TOP
Eksport Perabot Malaysia Ke AS Meningkat
KUALA LUMPUR: Eksport perabot Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) mengalami permintaan kukuh berdasarkan angka eksport pada enam bulan pertama tahun ini.
Pesuruhjaya Perdagangan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di Los Angeles, Rusiah Mohamed berkata pemulihan ekonomi AS secara beransur-ansur telah membawa kepada peningkatan dalam pendapatan boleh guna dan jualan rumah, yang menyebabkan peningkatan jualan produk kelengkapan rumah termasuk perabot.
Perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdagangan AS menunjukkan negara itu mengimport perabot bernilai RM1.28 bilion dari Malaysia dalam tempoh enam pertama bulan pertama tahun ini, meningkat 8.18 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas, dan menyumbang 1.6 peratus daripada bahagian pasaran.
Matrade dalam satu kenyataan, berkata AS kekal antara pasaran perabot terbesar Malaysia.
Import perabot dan kelengkapan tempat tidur dunia ke AS naik 10.4 peratus kepada RM80.68 bilion dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Perabot bilik tidur kayu adalah produk eksport utama ke AS dengan nilai eksport sebanyak RM550 juta dalam sektor eksport (43.1 peratus daripada jumlah eksport), diikuti oleh lain-lain jenis perabot kayu (RM186 juta, 14.6 peratus); rangka kayu dan perabot upholsteri (RM104.29 juta, 8.2 peratus) serta perabot dan peralatan (RM95.62 juta, 7.5 peratus).
China kekal sebagai sumber terbesar import perabot kontena ke Amerika Syarikat, menguasai 70.7 peratus daripada jumlah keseluruhan, diikuti oleh Vietnam dan Malaysia.- mstar online
TOP
Belgium Mulakan Serangan Terhadap IS
BRUSSELS: Pesawat tempur (F-16) milik Belgium pada Ahad memulakan pengeboman terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS) di Iraq, menurut Kementerian Pertahanan negara itu.
Belgium turut menyertai misi memusnahkan IS yang diketuai AS dengan menghantar sebanyak enam buah pesawat F-16.
"Dua daripada enam pesawat telah memulakan misi membantu tentera Kurdish yang melakukan serangan dari darat.
"Selepas mengenal pasti kumpulan militan yang menyerang pasukan keselamatan Iraq, pesawat tempur telah diminta melancarkan serangan pertama," katanya dalam satu kenyataan.
Parlimen Belgium sebelum ini meluluskan negara itu membantu AS melakukan serangan terhadap IS.
Bagaimanapun negara itu hanya melakukan serangan di Iraq bersama Perancis, British, Denmark dan Belanda.
Manakala AS dan kumpulan negara arab lain melakukan serangan udara terhadap IS di Syria.- mstar online
TOP
Rakyat Malaysia Berperangai 'Buruk'
PETALING JAYA: Rakyat Malaysia telah membuktikan mereka mempunyai perangai yang buruk dengan membuang sampah sesuka hati ke dalam tandas.
Mereka tidak berusaha untuk mengubah perangai itu, malah menyaksikan peningkat sebanyak 17 peratus terhadap kelakuan itu tahun ini.
Sebanyak 60,000 ton sampah ditemui tahun lalu yang dianggap cukup untuk memenuhi 25 buah kolam renang bersaiz Olimpik.
Manakala dalam tempuh tujuh bulan pertama tahun ini, peningkatan dapat dilihat dengan jelas dan perlu menambah 'lima buah lagi kolam renang'.
Indah Water Konsortium (IWK) yang direka dikhaskan untuk memproses sampah domestik ini telah mengumpul hampir 70,000 ton sampah ketika sistem pemulihan dibuat pada Julai lalu.
"Jumlah 70,000 ton sampah itu mampu dimuatkan dalam 30 buah kolam renang yang bersaiz Olimpik," jelas Ketua Komunikasi Korporat IWK, Azzatullina Pawanchik kepada katanya kepada The Star.
Jelas Azzatullina, IWK menyediakan RM1.2 juta bagi kegunaan untuk mengeluar dan menghapuskan sampah-sampah ini.
"Mereka merasakan sampah yang dibuang ke dalam tandas itu akan hilang dengan sendiri.
"Namun sebaliknya, sampah-sampah ini akan pergi ke tempat lain. Sesetengah pergi kepada tumbuh-tumbuhan dan sesetengah lagi akan menyebabkan tandas tersumbat," katanya.
Pada tahun lalu, The Star melaporkan rakyat Malaysia telah membuang sampah sebanyak 60,000 ton ke dalam tandas secara keseluruhannya.
Turut dilaporkan, secara purata lebih kurang lima mayat bayi ditemui dalam sistem IWK setahun.
Malah kebelakangan ini dilaporkan lebih 10 mayat bayi ditemui, namun Azzatullina menafikannya dan memberitahu jumlah sebenar kurang daripada sepuluh kes.
Bagaimana pun Azzatullina mengakui kes buang bayi terus berlaku dan yang terbaharu minggu lalu apabila menjumpai mayat bayi ketika proses pengendalian sampah dilakukan.
"Kebiasaannya mayat bayi ditemui ketika proses awal yang dipanggil 'grit chamber'. Barang-barang asing akan ditapis sebelum proses selanjutnya dijalankan," katanya.
Selain itu, Azzatullina berkata antara barang-barang yang selalu dikumpul ialah peralatan rumah, permainan kanak-kanak, barang plastik, lampin bayi, tuala wanita, dan juga kondom.
Laporan mengenai masalah tersumbat juga meningkat tahun ini iaitu dari 1,798 kes kepada 1,827 kes.
"Masalah tersumbat berpunca daripada minyak dan sampah sarap yang dibuang ke dalam tandas.
"Sesetengah restoran membuang sisa makanan termasuk minyak masak yang tidak digunakan.
"Ada juga disebabkan oleh kontraktor yang membuang barang-barang pengubahsuaian rumah ke dalam lubang tandas sekaligus membuatkan ia tersumbat," jelasnya.
Tambah Azzatullina, masyarakat perlu mengubah mentaliti ini yang boleh memberi kesan buruk kepada sistem dalam tempoh jangka masa panjang dan boleh meningkatkan kos penyelenggaraan. - mstar online
TOP
AS Dakwa China Lancar Perang Siber, Curi Maklumat Rahsia
James Comey
WASHINGTON: China didakwa melancarkan perang siber secara besar-besaran terhadap Amerika Syarikat (AS) sehingga menyebabkan kerugian berbilion dolar setiap tahun, jelas Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), James Comey. Ketua FBI itu memberitahu, program '60 Minit' yang dilancarkan China bertujuan mencuri maklumat rahsia daripada firma-firma utama di AS.
"Terdapat dua jenis syarikat di AS yang menjadi sasaran pengodam China iaitu syarikat yang sedar maklumat dicuri dan tidak mengetahui bahawa data rahsia telah dirompak.
"Kerugian setiap tahun akibat serangan dari China itu tidak terkira , mungkin cecah bilion," jelasnya. Ketika ditanya negara manakah lagi yang menggodam data di AS, Comey menjawab, "Saya tidak boleh memberi senarai penuh, tetapi...saya boleh memberitahu bahawa China berada di kedudukan teratas senarai ini.- mstar online

Bot TLDM Belum Ditemui, OP Sar Diteruskan - Panglima TLDM
KUALA LUMPUR: Sebuah bot tempur bersama tujuh anggotaTentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang hilang di perairan Pulau Mengalum,Sabah, pagi Ahad masih belum ditemui setakat 8 pagi Isnin.
Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dalam twitternya berkata kapal diraja (KD) Lekiu, KD Ganas, KD Serang dan dua aset milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) KM Berani dan KM Mabul, masih meneruskan pencarian bot tempur CB90.
"Sehingga 8 pagi tadi, masih belum ditemui. KD Lekiu, KD Ganas, KD Serang, ,KM Berani dan KM Mabul meneruskan pencarian, B200T ditugaskan.
"Keadaan laut bergelora (tahap 5) serta hujan awan rendah menyukarkan pencarian oleh kapalx (super Lynx TLDM) dan pesawat Beechcraft dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR)," kata Abdul Aziz di laman Twitternya itu.
Bot tempur yang dinaiki tujuh kru diketuai Lt Azri Bakar terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus semasa dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah.
Dalam satu kenyataan Ahad malam, Abdul Aziz berkata bot tempur itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring tersebut pada 11.15 pagi.- mstar online
TOP
Kecemerlangan Falcao Di EPL Kini Bermula - Van Gaal
LOUIS van Gaal percaya kecemerlangan karier Radamel Falcao di Liga Perdana Inggeris kini bermula selepas penyerang Colombia itu berjaya menjaringkan gol pertamanya pada Ahad.
Dalam perlawanan menentang Everton di Old trafford itu, Falcao menjaringkan gol kedua bagi memastikan United berjaya mengutip tiga mata penuh selepas keputusan terikat 1-1.
Falcao yang bakal menjadi pemain tetap Manchester United dengan nilai £50 juta sebelum ini gagal menjaringkan gol dalam tiga perlawanan pertama. Pemain berusia 28 tahun itu gagal menyempurnakan beberapa peluang sebelum ini tetapi Van Gaal memintanya untuk berusaha keras dan mendapatkan gol pertama. "Dia perlukan gol itu. Saya telah bercakap dengannya kerana saya rasakan dia berusaha begitu banyak untuk menjaringkan gol.
"Dia merupakan pemain yang sentiasa menjaringkan gol pada setiap perlawanan dan sebelum ini dia telah menunggu dalam tempoh yang lama. Saya boleh memahami dan sekarang dia telah menjaringkan gol," kata Van Gaal. Walaupun kemenangan itu meletakkan United di tangga keempat liga namun Van Gaal masih belum menggunakan kekuatan sebenar pasukan berkenaan yang telah membelanjakan £150 juta pada musim ini. - mstar online

Mourinho Kekal Rekod Tanpa Kalah, Benam Arsenal 2-0
SKUAD Jose Mourinho mengekalkan 12 rekod tanpa kalah ke atas Arsenal selepas menang 2-0 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, lewat Ahad malam.
Masih segar dalam ingatan selepas dibenam 6-0 pada perlawanan musim lalu, Wenger menghantar anak buahnya untuk menyerang kubu Chelsea dan hampir mendapat hasil.
Biarpun menguasai permainan pada babak pertama, Eden Hazard berjaya memecah kebuntuan gol pada minit ke-27 sebelum Diego Costa menambah jaringan kedua The Blues sekaligus mencatat sembilan gol peribadi dalam tujuh perlawanan musim ini.
Dalam masa sama, Wenger agak kecewa dengan corak kasar Gary Cahill yang mengawal Alexis Sanchez pada aksi separuh masa pertama, membawa kepada pertengkaran kecil di antara Wenger dan Mourinho.
Manakala kedua-kedua pemain itu yang selalu bertembung pada aksi sebelum ini enggan berjabat tangan selepas wisel akhir dibunyikan, malah Mourinho terus bergegas ke bilik persalinan.
Perlawanan ini juga menyaksikan penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois terpaksa dibawa ke hospital gara-gara mengalami kecederaan di kepada selepas berlanggar dengan Alexis.
Perlawanan ini juga berakhir dengan Hazard dipilih sebagai 'Man Of The Match'.
SENARAI PEMAIN:
Chelsea: Courtois , Ivanovic , Cahill , Terry, Azpilicueta ; Matic, Fabregas; Schurrle, Oscar, Hazard; Costa; (simpanan): Cech, Mikel, Willian
Arsenal: Szczesny, Chambers, Mertesacker, Koscielny , Gibbs, Wilshere, Flamini, Cazorla, Ozil Alexis, Welbeck; (simpanan): Rosicky, Oxlade-Chamberlain, Podolski
- mstar online

Anuar Zain Tampil Bermisai Kerana Bosan Imej Kemas
Anuar Zain
PETALING JAYA: Penyanyi Anuar Zain mengakui cuba untuk tampil dengan imej terbaharu iaitu bermisai bagi menghilangkan rasa bosan terhadap penampilan kemasnya sebelum ini. Bagaimanapun, Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 44, berkata, ia hanyalah sekadar suka-suka dan tidak melibatkan sebarang perjanjian kormersial. "Imej bermisai ini hanya suka-suka sahaja sebab sudah lama saya berpenampilan kemas, saya nak tengok kelainan sebab kalau tengok muka sama setiap hari pun bosan. "Namun tidak ada kena mengena dengan jadi mana-mana duta produk atau iklan," ujarnya kepada mStar Online. Sementara itu, bercerita tentang kerjaya, Anuar berkata tahun ini merupakan antara tahun sibuk buat dirinya sebagai penyanyi. Jelasnya, sepanjang tahun ini dia banyak menerima undangan nyanyian dan melakukan beberapa persembahan untuk beberapa acara hiburan. "Tahun ini antara tahun paling sibuk buat saya sebagai penyanyi dengan banyak persembahan dan undangan nyanyian. "Bagaimanapun, saya suka bila banyak kerja dan otak kita akan lebih banyak bergerak untuk menerima maklumat. "Selain itu saya dapat jumpa dengan ramai orang daripada duduk sahaja di rumah," ujarnya. Anuar bakal mengadakan persembahan makan malam amal bersama Anuar Zain di The Majestic Hotel, dekat sini, pada 5 Disember depan bagi membantu kutipan dana untuk pesakit jantung di Institut Jantung Negara.- mstar online

Boyfriend Jadi Pontianak Dalam Witch
BAGI memberi kelainan terhadap single terbaharu kumpulan Boyfriend, mereka tampil dengan karekter sebagai pontianak untuk video muzik lagu Witch.
Kumpulan ini memuat naik video muzik pendek berdurasi 27 minit buat tatapan peminat mereka.
Apa yang menarik penampilan Youngmn dan rakan-rakannya sebagai pontianak menjadi perhatian utama.
Dalam video muzik itu, terdapat adegan ahli kumpulan yang menunjukkan gigi taring mereka sebelum berubah menjadi manusia biasa.
Kumpulan ini akan mula mempromosikan lagu tersebut pada 9 Oktober ini dan album Witch akan dilancarkan pada 13 Oktober 2014.- mstar online
TOP
Kim Kardashian Sangkal Dakwaan Tinggalkan Anak Di Hotel
BINTANG realiti Kim Kardashian menyangkal dakwaan bahawa dia telah meninggalkan anaknya North West yang baharu berusia setahun itu bersendirian di hotel.
Kim melalui laman sosial Twitter miliknya memberitahu bahawa dia hanya turun daripada hotel bagi membetulkan kerusi untuk bayi tersebut.
"Saya dengar di radio tentang saya meninggalkan North bersendirian di hotel.
"Kamu berguraukah? Saya hanya pergi ke kereta untuk membetulkan kerusi North sebelum kami keluar bergerak ke lapangan terbang," tulisnya.
Kejadian ini bukan kali pertama selebriti ini dikecam tentang cara menjaga anak.
Sebelum ini ramai yang mengkritik kesibukan pasangan itu telah mengabaikan masa untuk bersama bayi mereka.- mstar online
TOP
Bunkface Tak Akan Tukar Identiti Untuk Masuk Indonesia
Bunkface tidak akan menukar identiti mereka semata-mata untuk menembusi pasaran Indonesia.
PETALING JAYA: Kumpulan Bunkface tidak akan menukar identitinya sebagai kumpulan yang membawakan muzik punk rock ini semata-mata untuk diterima masuk ke pasaran muzik Indonesia. Vokalisnya, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 27, berkata, negara jiran tersebut sukar menerima aliran muzik yang dibawa kumpulan mereka jika tidak mengikut beberapa syarat tertentu. "Kalau ingin diterima di Indonesia kami perlu duet dengan artis negara itu, tahu berbahasa Indonesia dan tinggal di sana. "Namun, kami tidak akan tukar cara dan identiti Bunkface semata-mata untuk masuk pasaran negara Indonesia, kalau mereka mereka tidak boleh terima tidak apa," ujarnya kepada mStar Online. Sam berkata, mereka sudah beberapa kali mengadakan persembahan dan menyertai acara besar di negara tersebut sejak akhir tahun lalu. Bagaimanapun, ia masih belum berjaya mendapat tempat dan menarik pendengar daripada negara itu. "Akhir tahun lalu kami sudah cuba beberapa kali mengadakan persembahan di Hard Rock Jakarta dan di Makasar serta beberapa karnival yang besar, namun ia seperti salam perkenalan. "Mereka suka tetapi mereka tidak panggil kami semula untuk persembahan," ujarnya. Selain Sam, kumpulan Bunkface turut dianggotai oleh Youk (Farouk Jafaar) dan Paan (Ahmad Farhan). Dalam pada itu, Sam berkata, dia berharap dengan bernaung di bawah syarikat rakaman Sony Music mampu memberi peluang kepada kumpulan tersebut menembusi pasaran luar. Jelasnya, impian untuk menembusi industri muzik luar sememangnya merupakan cita-cita setiap anak seni. "Siapa tidak mahu pergi pasaran luar, namun buat masa ini kami rasa peminat kami kuat di sini. Insya-Allah selepas berada bawah Sony Music ini kami dapat lebarkan sayap di negara luar," ujarnya. Bunkface yang baharu sahaja melancarkan album kedua mereka berjudul Malam Ini Kita Punya berharap album tersebut diterima oleh peminat. Sementara itu, kata Sam, mereka bakal mengadakan konsert jelajah universiti sempena mempromosi album tersebut. "Sempena mempromosi album ini kami akan adakan mengadakan konsert jelajah universiti yang akan dimulakan dalam masa terdekat. "Kita tahu kekuatan peminat ramai di universiti sebab itu kami pilih untuk buat persembahan di sana," ujarnya.- mstar online

Bot Tempur TLDM Terputus Hubungan Di Perairan Sabah
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menggunakan BOT CB90 untuk aktiviti rondaan di perairan.
KUALA LUMPUR: Sebuah bot tempur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dikhuatiri hilang semasa cuaca buruk di perairan Pulau Mengalum, Sabah. Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata bot tempur jenis CB90 itu terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus semasa dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah. Dalam satu kenyataan pada Ahad malam, beliau berkata bot tempur itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada pukul 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring tersebut pada pukul 11.15 pagi. Bot tempur itu ditugaskan untuk beroperasi di stesen berkenaan, katanya. Abdul Aziz berkata operasi mencari sedang dijalankan oleh aset-aset TLDM, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), namun ia masih belum ditemui. Tujuh orang krew yang diketuai Leftenan Azri Bakar berada di atas bot tempur itu, kata beliau. Operasi mencari kini diteruskan mengikut prosedur sedia ada, katanya. - mstar online

C Ronaldo Cipta Rekod Baharu Hatrik Dalam La Liga
BINTANG bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo berjaya menghasilkan hatrik ke-22 dalam La Liga sekaligus menyamai rekod yang dibuat oleh Alfredo di Stefano dan Telmo Zarra sebelum ini.
Ronaldo mencipta hatirk itu ketika membantu Real Madrid membelasah Athletic Bilbao 5-0 di Bernabeu pada Ahad.
Selain mencipta hatirk, Ronaldo juga berjaya menjaringkan 14 gol secara berturut-turut ketika beraksi di Bernabeu. Kejayaan Real Madrid membenam Athletic Bilbao turut digelar jaringan BBC iaitu 'Bale, Benzema dan Cristiano' - kerana Bale membantu Ronaldo menghasilkan dua gol manakala Benzema menjaringkan dua gol dalam perlawanan itu.
"Kami berjaya melakukan yang terbaik untuk permulaan musim ini. Gabungan BBC berkerja dengan baik. Kami bermain bersama dan menjaringkan gol," kata Ronaldo. Kejayaan itu membantu Real Madrid menghampiri pendahulu La Liga, Barcelona dengan perbezaan empat mata.

Mati Tertembak Pistol Pen Di Bintulu, Sarawak
Bintulu: Malang tidak berbau apabila seorang lelaki yang juga pemandu van sewa tiba-tiba rebah dan meninggal dunia selepas senjata berbentuk pen atau ‘ball pen gun’ di tangan meletup dan terkena dadanya dalam kejadian berhampiran pasar tamu, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa berusia 43 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kesan peluru dari senjata itu mengena tepat pada jantungnya. Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Abdul Razak Mohammad berkata, sebelum kejadian mangsa dipercayai bertemu beberapa rakan yang ketika itu sedang menunggu penumpang di pasar berkenaan.
Menurutnya, secara tiba-tiba, rakannya terdengar bunyi seperti letupan mercun sebelum melihat mangsa rebah.
“Rakannya memaklumkan ‘ball pen gun’ itu masih di tangan dan mangsa sempat memberitahu dadanya sakit.
- Harian Metro

Bianchi Masih Kritikal Selepas Jalani Pembedahan Otak
PELUMBA Marussia, Jules Bianchi yang mengalami kemalangan ngeri pada perlumbaan Formula Satu (F1) di Litar Suzuka Ahad masih belum sedarkan diri selepas menjalani beberapa pembedahan di bahagian otak.
Bagaimana pun Bianchi mampu bernafas tanpa menggunakan sebarang alat sokongan pernafasan.
Pelumba Perancis ini mengalami kecederaan teruk di kepala selepas melanggar traktor keselamatan yang cuba mengalih jentera pelumba Adrian Sutil yang terbabas sebelum itu ketika kelajuan 160mph.
Kemalangan itu juga disebabkan keadaan litar yang basah.
Bianchi dikeluarkan dari jenteranya dan bergegas dibawa ke Hospital Besar Mie dengan ambulan dan kini masih dirawat di sana.
Punca kemalangan ini berlaku apabila pada lap ke-42 Sutil gagal mengawal kenderaannya pada Turn 7 dan terbabas.
Marsyal telah mengibarkan bendera kuning sebelum selekoh itu dan memberi amaran kepada pelumba-pelumba mengenai kemalangan tersebut.
Traktor keselamatan masuk ke tempat kemalangan bagi mengalih jentera Sutil, namun jentera no.17 yang dipandu Bianchi gagal dikawal seterusnya melanggar belakang kren itu.
Ketika dibawa ke hopital, Bianchi tidak sedarkan diri dan terpaksa ke hospital menaiki ambulan kerana helikopter tidak dapat digunakan memandangkan keadaan cuaca yang buruk. - mStar
TOP
Bot Tempur TLDM Hilang Di Perairan Sabah, Masih Belum Ditemui
KUALA LUMPUR: Bot tempur TLDM CB 204 telah dilaporkan terputus hubungan ketika dalam ke Gugusan Semarang Peninjau.
Lokasi terakhir bot tempur itu adalah pada 20 batu nautika Timur laut Pulau Mengalun kira-kira pukul 1.05 petang (Ahad).
Menurut apa yang diberitahu, pada jam 10.30 pagi, Bilik Operasi Markas Wilayah Laut 2 telah menerima panggilan dari KD PAUS, yang bertanggungjawab mengiringi CB 204, yang menyatakan CB 204 akan berpatah balik ke PTKK kerana cuaca buruk.
Namun pada jam 1.05 petang, KD PAUS gagal untuk berkomunikasi dengan CB 204. Dilaporkan 7 orang berada di atas bot yang diketuai oleh Leftenan Azri bin Bakar. Bot tempur itu dipercayai hilang kerana cuaca buruk.
Kenyataan Rasmi kejadian ini.
Memetik tweet dari Panglima TLDM, Abdul Aziz Jaafar (@chiefofnavy), sehingga jam 8 pagi tadi (Isnin, 6 October), kapal itu masih belum ditemui.
Kini beberapa aset TLDM telah dikerah untuk memperhebatkan pencarian.-siakapkeli

iPhone 6 : Dulu #BendGate, Kini #HairGate
Jika sebelum ini, iPhone 6 mencetus kontroversi setelah beberapa pengguna mendakwa ia melengkung kerana diletakkan di dalam poket, kini timbul pula isu lain apabila beberapa pengguna mendakwa telefon itu menarik beberapa rambut mereka sehingga putus ketika mereka melekapkan telefon itu ke telinga mereka untuk menjawab panggilan.
Beberapa status dari Twitter mendakwa penyebab perkara itu berlaku adalah ruang kecil yang wujud diantara kaca skrin dan aluminium di belakang telefon itu.
Jika masalah iPhone melengkung diberi nama #BendGate, masalah ini pula diberi jolokan #HairGate.
-siakapkeli

‘Ninja bogel’ Ganggu Pelajar UiTM
KUALA SELANGOR – Puluhan pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Puncak Alam yang tinggal menyewa di Pangsapuri Astana Alam 3 dekat sini bukan sahaja hidup dalam ketakutan malah diselubungi seribu misteri apabila kawasan perumahan itu diganggu ‘ninja bogel’.
‘Ninja bogel’ yang menimbulkan ketakutan dalam kalangan pelajar itu dikatakan akan muncul secara tiba-tiba di depan pelajar perempuan yang pulang lewat malam ke pangsapuri itu.
Dalam beberapa kes, ‘ninja bogel’ itu pernah mengetuk pintu rumah yang disewa pelajar-pelajar wanita terbabit pada lewat malam. ‘Ninja bogel’ itu dikatakan hanya berhenti mengetuk pintu sehingga penghuninya membuka pintu rumah.
Semasa kemunculan ‘ninja bogel’ yang digambarkan tanpa seurat benang kecuali bahagian muka dan kepala ditutup dengan baju-T berwarna hitam, ‘ninja bogel’ itu hanya berdiri kaku dan melihat gelagat mangsa-mangsanya yang menjerit ketakutan dan lari lintang-pukang.
‘Ninja bogel’ itu hanya meninggalkan lokasi selepas mangsanya lari akibat ketakutan.
Kejadian itu dikatakan sudah berlarutan sejak tahun 2012 sebelum dalam tempoh dua minggu lalu ‘ninja bogel’ itu semakin kerap menunjukkan diri kepada pelajar institusi pengajian tinggi itu (IPT).
Penuntut IPT terbabit mendakwa gangguan itu disyaki dilakukan oleh seorang lelaki yang tinggal di kawasan berkenaan. Ini kerana ketika kemunculannya, ‘ninja bogel’ itu seolah-olah mengetahui masa pengawal keselamatan atau ahli persatuan penduduk membuat rondaan. - Kosmo!
TOP
Punca Kematian Pelajar Malaysia Di England Belum Ditemui
KUALA LUMPUR: Punca kematian seorang pelajar undang-undang 22 tahun dari Malaysia yang menuntut di Newcastle, England pada 1 Oktober lalu masih belum diketahui selepas mengalami deman dan muntah selama dua hari.
Keluarga Rebecca Edward berkata, doktor di sana turut hairan dengan punca kematian dan perlu menyimpan mayat tersebut sehingga enam bulan untuk mencari jawapan sebenar.
"Dia (mangsa) ada memberitahu ibu bapa kami bahawa dia mengalami muntah-muntah dan telah pergi ke Hospital Royal Victoria namun hanya diberi ubat demam," jelas abangnya, Jeffrey Edward,25.
"Keesokan harinya, rakan serumah memberitahu menjumpai dia dalam keadaan tidak sedarkan diri. Dan terus bergegas ke hospital menaiki ambulan, dan Rebecca dilaporkan berhenti bernafas, tidak dapat diselamatkan," jelas seorang pelajar perubatan ketika ditemui.
Jelas Jeffrey, ibu mereka Selvi Kaur,47, diterbangkan ke Nuewcastle untuk menemui doktor di sana dan mambawa balik mayat, namun terpaksa ditunda.
"Mereka masih cuba menyiasat punca kematian dan akan menyimpan mayat sehingga sehingga enam bulan.
"Kami berharap mereka boleh memberi jawapan untuk proses ini dan mempercepatkannya agar kami boleh kebumikannya dengan sempurna," jelasnya.
Katanya, Rebecca merupakan anak bongsu daripada dua orang adik beradik, dan tiba di UK tiga minggu lalu bagi menghadapi tahun akhir pengajian ijazah undang-undang.
Jeffrey memberitahu Rebecca mempunyai sejarah penyakit asma dan tidak mungkin adiknya itu mengalami keracunan makanan kerana kawan-kawannya turut makan makanan yang sama tetapi tidak jatuh sakit. - mStar
TOP
Padah wanita hina polis
Status dan gambar dimuat naik oleh wanita terbabit dalam Facebook.
IPOH – Tindakan seorang wanita memuat naik gambar dua anggota polis yang menyamannya dalam laman sosial, Facebook membawa padah apabila dia bakal dikenakan tindakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Sebelum ini, wanita berusia 29 tahun itu ditahan oleh dua anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) terbabit atas kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar ketika memandu kereta jenis Proton Saga FLX di Kampar, dekat sini. Menerusi status Facebooknya, wanita terbabit menyatakan tindakan dikenakan terhadapnya itu bertujuan untuk mendapatkan ‘duit kopi’ dan dia turut menulis ‘tidak guna polis dan kerajaan’. Susulan status yang dilihat menjejaskan imej polis, anggota terlibat membuat laporan di Balai Polis Kampar pada jam 2.15 petang, 29 September lalu. Anggota berpangkat Lans Koperal itu membuat laporan setelah berasakan status ditulis wanita terbabit berunsur hinaan kerana menjatuhkan maruah, reputasi dan kredibiliti pengadu sebagai anggota polis dan menjatuhkan imej PDRM. Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kampar, Asisten Superintendan Noor Janihan Nanyan berkata, pihaknya menerima laporan polis terbabit namun kes berkenaan diserahkan kepada SKMM untuk siasatan lanjut. “Wanita terbabit telah dipanggil untuk ambil keterangan dan disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana kandungan statusnya menghina seseorang,” katanya. -sinar

Palestin beri amaran heret Israel ke ICC
Israel bakal berdepan dakwaan melakukan jenayah perang susulan daripada Operasi Perlindungan Sempadan pada 8 Julai lalu.
RAMALLAH - PALESTIN. Palestin memberi amaran bahawa mereka akan mengheret Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) jika Majlis Keselamatan PBB gagal meluluskan tarikh akhir bagi memastikan Tel Aviv berundur dari wilayah yang diduduki oleh mereka. Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour berkata, Pihak Berkuasa Palestin (PA) telah mengemukakan tuntutan kepada agensi antarabangsa tersebut supaya memberi tekanan kepada Israel agar mematuhi rangka masa ditetapkan. "Kami berharap Majlis Keselamatan PBB dapat mengeluarkan draf resolusi yang membawa kepada pengunduran Israel dari wilayah Palestin termasuk Tebing Barat, Genting Gaza dan Baitulmaqdis Timur menjelang November 2016. "Jika mereka gagal berbuat demikian, kami tidak akan teragak-agak mengambil langkah menyertai ICC untuk mendapatkan pengadilan sewajarnya," katanya dipetik Press TV Menurutnya lagi, Palestin tidak akan berputus asa kerana objektif utama mereka adalah mencari cara yang paling efektif untuk menamatkan pendudukan Israel bagi mendapatkan kemerdekaan. Pada 29 November 2012, Palestin diiktiraf sebagai negara pemerhati bukan anggota PBB yang membolehkan mereka mengemukakan tindakan undang-undang ke atas Israel atas dakwaan melakukan jenayah perang di ICC. Sehingga kini, Tel Aviv masih enggan mematuhi perjanjian garis sempadan 1967 dan terus berdolak-dalik dalam setiap rundingan damai bersama Palestin.-Press Tv

Rejim Zionis ceroboh Genting Gaza
Beberapa kereta kebal milik tentera Israel dilihat memasuki wilayah selatan Genting Gaza pada jarak 200 meter, kelmarin.
GENTING GAZA - PALESTIN . Tentera Israel, kelmarin didakwa menceroboh selatan Genting Gaza dan turut melepaskan tembakan ke kawasan pertanian milik penduduk Palestin. Tindakan itu dilihat sebagai pencabulan gencatan senjata terbaharu sejak ia dikuatkuasakan pada 26 Ogos lalu. Saksi memberitahu beberapa penduduk terpaksa meninggalkan kawasan pertanian mereka di Khan Yunis sejurus pencerobohan itu berlaku, namun tiada kecederaan dilaporkan. Awal minggu lalu, seorang penduduk Palestin dilaporkan cedera ditembak tentera rejim Zionis berhampiran pagar pemisah di utara Gaza. Dalam perkembangan lain, Amerika Syarikat (AS) didakwa sengaja memberi tekanan kepada Presiden Mahmoud Abbas supaya menarik balik rancangannya mengemukakan tuntutan kepada Majlis Keselamatan PBB untuk mengeluarkan resolusi bagi menamatkan sekatan haram Israel. Menurut Mahmoud, Washington turut mengancam untuk menyekat dana bantuan berjumlah AS$700 juta (RM2.3 bilion) setahun jika mereka tetap meneruskan usaha tersebut. "Kami tidak akan berganjak dengan keputusan itu dan bakal menyertai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) jika AS menggunakan kuasa veto mereka," tegasnya, menurut laporan Press TV.-Press Tv

China beri amaran kepada AS
Peserta protes pro demokrasi masih meneruskan bantahan di Hong Kong. - Foto: AFP
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT . Kerajaan China memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) agar tidak campur tangan dalam protes pro demokrasi yang semakin meruncing di Hong Kong. Menteri Luarnya, Wang Yi berkata situasi yang berlaku di Hong Kong adalah masalah dalaman China dan menegaskan semua kerajaan asing harus menghormati kedaulatannya. "Kerajaan China amat tegas dalam hal ini. Mana-mana kerajaan atau kumpulan tidak boleh bertindak sesuka hati kerana ianya bakal menggugat ketenteraman awam," kata Yi selepas mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara AS, John Kerry, semalam. Sebelum ini, AS menyuarakan kebimbangan mengenai tindakan China menahan puluhan penunjuk perasaan yang bertindak melancarkan protes bagi menggesa peletakan jawatan pemimpin demokrasinya, Leung Chun-Ying. Menurut AS, China sepatutnya menggunakan budi bicara dan membenarkan rakyatnya berkumpul bagi menyatakan pandangan mereka secara aman. Namun tegas Yi, tindakan China adalah wajar dan berkata AS akan mengambil pendekatan sama jika situasi tersebut berlaku di negaranya. Difahamkan, penunjuk perasaan terus menghalang laluan utama pengangkutan dan pelajar mengancam untuk meningkatkan bantahan jika tuntutan mereka tidak dipenuhi termasuk peletakan jawatan Chung-Ying dan menarik balik pelan reformasi pilihan raya yang diumumkan Beijing. Polis memaklumkan lebih 70 orang cedera sejak bantahan dimulakan minggu lalu, dipetik dari laporan IBT.

Laman web berita Myanmar digodam
YANGON - MYANMAR . Sebuah portal berita popular di Myanmar digodam selepas mendakwa pelampau Buddha di negara tersebut sebagai radikal.
Penggodam melancarkan serangan siber ke atas The Irrawaddy kerana mendakwa portal berita berbahasa Inggeris itu menyokong penduduk minoriti Islam di negara tersebut.
Kumpulan yang bertanggungjawab melakukan penggodaman itu turut mendakwa portal berita berkenaan menyokong aktiviti jihad dan cuba menyerang mereka menggunakan kebebasan bersuara.
Editor The Irrawaddy, Aung Zaw menggambarkan serangan siber itu sebagai 'ganas' selain mendedahkan laman Facebook mereka turut dihujani emel berbaur ancaman.
"Saya percaya ada dalang di sebalik serangan siber ini. Amat jelas mereka adalah penjenayah," katanya, dipetik dari laporan AFP.
TOP
Pensyarah arah mahasiswa buka purdah
Seorang mahasiswi diarah membuka purdahnya sewaktu sesi pengajian berlangsung di Universiti La Sorbonne.
PARIS - PERANCIS. Kontroversi yang menyelubungi wanita Islam yang bertudung di Perancis kembali selepas seorang mahasiswi diarah membuka purdahnya sewaktu sesi pengajian berlangsung di Universiti La Sorbonne. “Adakah anda merancang untuk memakai 'benda itu' sepanjang kelas saya?” soal pensyarah geografi kepada pelajarnya, lapor akhbar Perancis, Le Monde. Bagaimanapun, nama pensyarah dan mahasiswi berkenaan tidak didedahkan kepada umum. "Saya di sini sedang membantu anda mengintegrasikan diri ke dalam kehidupan profesional dan 'benda itu' (purdah) akan menyebabkan anda bermasalah," tambah pensyarah itu. Apabila mahasiswi itu enggan membuka tudungnya, pensyarah itu dilaporkan telah meminta wanita itu 'pergi ke kelas yang lain'. Pada 2004, kerajaan Perancis menguatkuasakan undang-undang yang melarang memakai atau paparan simbol agama secara terbuka di sekolah-sekolah Perancis, tetapi ia tidak dikuatkuasa di universiti. Dan pada 2010, satu undang-undang larangan mengenakan niqab atau burqa (tudung yang menutup keseluruhan wajah seorang Muslim) telah dikuatkuasakan di negara itu. Undang-undang tersebut melarang pemakaian niqab atau burqa dihadapan umum, namun ia tidak termasuk tudung yang dipakai oleh seorang Muslimah bagi menjaga auratnya. Perancis berpendapat, larangan tersebut yang telah diluluskan oleh Majlis Perlembagaan perlu digunapakai untuk melindungi budaya sekular negara dan beberapa peraturan lain antara agama dan negara. Baru-baru ini sebuah agensi kerajaan Perancis mencadangkan pengharaman pemakaian hijab atau tudung bagi wanita Muslim di universiti di negara tersebut.
Insiden luar jangkaan
Tenaga pengajar atau profesor universiti Perancis pada kebiasaannya mengamalkan sikap keterbukaan dan tolak ansur dan Perancis pula difahamkan sebagai sebuah negara bebas. Insiden pengharaman pemakaian purdah oleh pelajar Muslim seolah menunjukkan rasa tidak hormat ke atas pelajar dan agama Islam itu sendiri. Jean-Marie Salamito, profesor sejarah Kristian purba di Université Paris-Sorbonne 1, memberitahu Al Arabiya, ia insiden 'sangat jarang berlaku'. Menurut Salamito, sikap tersebut menunjukkan peningkatan terhadap fahaman Islamophobia dalam sistem pendidikan Perancis.
Mohon Maaf
Ekoran kemarahan pelbagai pihak yang wujud akibat sebuah insiden di La Sorbonne, Presiden Universiti, Philippe Boutry tampil memohon maaf kepada pelajar pada minggu ini, lapor media barat, Le Monde. Dalam surat permohonan maaf beliau, Boutry menyatakan kejadian itu adalah disebabkan salah faham pensyarah tersebut terhadap undang-undang pada 2004. Bagaimanapun pelajar tersebut sebaliknya menuntut supaya pensyarah tersebut dikenakan tindakan tatatertib bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa akan datang. Insiden tersebut bukanlah yang pertama berlaku di Perancis, malah perbincangan mengenai pakaian Muslim dalam integrasi individu dalam masyarakat Perancis merupakan satu kelaziman biasa bagi para profesor untuk membincangkannya di dalam kelas. Menurut Salamito lagi, hanya hijab jenis burqa sahaja yang mungkin bermasalah kerana profesor tidak dapat melihat wajah pelajar yang sedang berkomunikasi dengan mereka. “Tudung sepatutnya tidak menjadi masalah. Ia adalah komunikasi biasa,” jelasnya. Leila al-Hakim, seorang pelajar Muslim di La Sorbonne, melahirkan rasa terkejut berhubung kejadian yang menimpa. Menurutnya, kakitangan universiti mesti menghormati pelajar tidak kira asal atau agama mereka. Kata al-Hakim lagi, kejadian itu mencerminkan ketidaksamaan yang berterusan di antara Islam dan pelajar-pelajar lain di universiti. Perancis adalah salah sebuah negara yang mempunyai jumlah penduduk Islam terbesar di Eropah Barat. -sinar

Britain gempur markas IS
Gabungan gambar menunjukkan kedudukan IS di barat Baghdad dibedil dalam serangan udara pertama Britain.
LONDON - BRITAIN. Britain melancarkan serangan udara pertama menyasarkan kedudukan kumpulan Negara Islam (IS) di barat Baghdad, menurut Kementerian Pertahanan Britain, semalam. Menurut laporan Agensi, Jurucakap kementerian itu memaklumkan empat peluru berpandu Brimstone turut mengenai pos artileri dan dua kenderaan milik IS. "Analisis awal menunjukkan serangan tersebut berjaya," katanya. Minggu lalu, Parlimen Britain meluluskan usul untuk menyertai kempen ketenteraan diketuai Amerika Syarikat (AS) selepas ancaman kumpulan itu semakin meningkat di rantau terbabit. Dalam perkembangan lain, IS dilaporkan semakin mara menghampiri sempadan Turki ketika AS dan negara sekutunya menggiatkan serangan di Iraq dan timur Syria. Kumpulan Takfiri dilaporkan berada pada jarak 2 kilometer dari sempadan bandar Ain al-Arab di utara wilayah Aleppo. Sementara itu, ketua pentadbiran bandar sempadan Syria berpendapat serangan bertubi-tubi yang dilancarkan AS dan sekutunya ke atas IS tidak berjaya. "Mereka gagal menghentikan kemaraan IS hingga menyebabkan hampir 30,000 termasuk wanita dan kanak-kanak kini berdepan ancaman krisis kemanusiaan terburuk jika kumpulan tersebut berjaya menguasai bandar Ain al-Arab," katanya. Difahamkan, serangan IS di bandar Kurdish itu turut memaksa lebih 200,000 penduduk meninggalkan kediaman mereka. -sinar

Mayat diikat pasir, motosikal di dasar sungai
Keadaan mayat yang dijumpai diikat dengan mangsa di Sungai Timun, dekat sini, semalam.
REMBAU - “Sebaik besi penyangkut mengenai benda berat di dasar sungai saya terus menariknya ke atas dan hati saya berdebar-debar apabila melihat kaki manusia,” luah penduduk, Zainudin Ali, 53, ketika ditemui di Jeti Pengkalan Sungai Nelayan, Lubok China, dekat sini, semalam. Dalam kejadian 5.45 petang itu, Zainudin nekad mengajak rakan sekampungnya, Mahat Saru, 53, untuk mencari kenalan mereka seorang penggembala lembu dan kambing berusia lingkungan 60an yang hilang sejak lewat petang Sabtu lalu. Menurut Zainudin, sejak mangsa hilang, penduduk sudah mencari mangsa iaitu seorang lelaki Cina di merata tempat di atas daratan di perkampungan berkenaan, namun tidak menjumpai jejak mangsa. “Bagaimanapun, hari Khamis lalu, saya datang ke lokasi ini dan terbau benda hanyir. Jadi, hari ini kira-kira jam 5.00 petang, saya nekad bersama rakan saya untuk mencari mangsa di dalam sungai pula. “Jika diikutkan lokasi ini berdekatan dengan lokasi buaya berjemur. Saya mulakan gerakan mencari dengan besi penyangkut yang dicucuk ke dasar sungai. Sebaik terasa benda berat saya tarik ke atas,” katanya. Zainudin berkata, kali pertama dia menarik objek berkenaan, objek berkenaan terlepas dan dia tetap berusaha menarik buat kali kedua. “Saya sangat terkejut apabila melihat objek berkenaan merupakan kaki manusia dan apabila ditarik bahagian pinggang ke bahagian atas muka sudah terlindung dengan karung berwarna putih. Sementara itu, Mahat berkata, mereka juga dibantu penduduk lain yang mencari mangsa pada petang berkenaan dan memohon bantuan untuk menghubungi pihak polis susulan penemuan mayat berkenaan. “Jadi kami ikut nasihat untuk menarik mayat mangsa ke bahagian tebing sungai sementara menanti bantuan polis tiba," katanya. Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau dikejarkan ke lokasi kejadian diketuai PB, Abdul Halim Abdul Malek bagi membantu mengeluarkan mangsa dari dalam sungai. Menurutnya, pihaknya mengambil masa kira-kira setengah jam bagi mengangkat mangsa ke tebing untuk diserahkan kepada polis berikutan badan mangsa diikat dengan motorsikal dan juga karung yang di dalamnya terdapat pasir. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes masih lagi dalam siasatan polis. -sinar

Maybank diberi lesen perbankan asing di Myanmar
MALAYAN Banking Bhd (Maybank) diberikan lesen perbankan untuk membuka pejabat cawangan di Myanmar, menjadikan satu-satunya bank Malaysia diberikan lesen perbankan asing di negara itu.
Lesen itu akan memudahkan Maybank untuk menyertai perkhidmatan yang sebelum ini disekat di Myanmar, termasuk menyediakan pinjaman kepada syarikat asing dan bank-bank tempatan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Abdul Farid Alias berkata lesen itu akan terus membantu mengukuhkan kedudukan serantau kumpulan, selain keupayaannya untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lancar di seluruh Asean.
"Di masa depan, kami berharap untuk memudahkan perdagangan merentasi sempadan yang lebih baik antara Myanmar dan pasaran teras kami, serta, sub rantau Sungai Mekong besar, terutamanya di Yunnan selepas pembukaan cawangan ketiga kami di China, di Kunming.
"Sejajar dengan misi kami memasukkan unsur kemanusiaan dalam perkhidmatan kewangan, kami turut berharap dapat membentuk sektor kewangan Myanmar, dan memperkasa komuniti Myanmar untuk memacu pertumbuhan sosio ekonomi," katanya.
Maybank, bank keempat terbesar di Asean dari segi aset, membuka pejabatnya di Yangon pada 1994, menyediakan perkhidmatan perhubungan dan khidmat nasihat.
Selama lebih 20 tahun, Maybank telah mewujudkan hubungan perbankan dengan bank-bank tempatan dan menyokong Myanmar dalam pembinaan infrastruktur dengan memanfaatkan kedudukan serantaunya dan pengukuhan pembiayaan projek.
Di masa depan, Maybank berkata ia yakin mengenai prospek ekonomi Myanmar dan akan mengambil pelbagai langkah untuk mendalami kerjasama dengan negara itu.
"Maybank akan memanfaatkan pengukuhan aset serantau dan keupayaannya untuk membantu meningkatkan pertumbuhan Myanmar di rantau ini," katanya. - Bernama
TOP
3 juta kanak-kanak bercermin mata
SELAIN bermain gajet, faktor keturunan dan persekitaran turut meningkatkan masalah penglihatan dalam kalangan kanak-kanak.
KUALA LUMPUR – Dianggarkan hampir 30 peratus atau tiga juta kanak-kanak bawah usia 12 tahun di negara ini kini menggunakan cermin mata akibat masalah daya penglihatan termasuk kira-kira sejuta kanak-kanak yang mengalami masalah itu akibat terlalu kerap terdedah kepada gajet elektronik. Punca lain masalah itu ialah keturunan dan persekitaran. Menurut Pakar Kanta Sentuh di Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Mutalib, beliau pernah menerima pesakit seawal usia tiga tahun kerana terlalu banyak terdedah kepada gajet seperti telefon bimbit, tablet, permainan video dan menonton televisyen. Malah, katanya, kuasa kanta cermin mata yang digunakan kanak-kanak hari ini juga agak menakutkan iaitu sehingga -8.00 Diopter yang merupakan kategori rabun tahap tinggi. “Aduan daripada ibu bapa mengenai perkara ini semakin kerap diterima. Secara purata, tiga daripada 10 pesakit mengalami masalah penglihatan akibat penggunaan gajet elektronik secara berpanjangan. “Dahulu masalah begini jarang berlaku. Perkembangan teknologi membolehkan kanak-kanak membawa gajet ke merata tempat menyebabkan mereka turut terdedah kepada risiko masalah kesihatan khususnya kejang ‘otot siliari mata’ seperti juga orang dewasa,” katanya ketika di hubungi Kosmo! semalam. -kosmo

1.5 bilion umat Islam sambut Aidiladha
BERIBU-RIBU penduduk menunaikan solat sunat Aidiladha di hadapan sebuah gereja yang terletak berhampiran Masjid Pusat di Moscow, Rusia semalam.
MEKAH – Seramai dua juta jemaah haji dari seluruh dunia memulakan ibadah melontar di tiga jamrah semalam sebagai kemuncak ibadah haji pada tahun ini. Berjuta-juta umat Islam dari seluruh dunia juga mula menyambut Hari Raya Aidiladha dengan bergotong-royong menyembelih haiwan ternakan untuk dikorbankan sebelum diagih-agihkan kepada fakir miskin. Jemaah haji melakukan ibadah melontar di Jamrah Al-Ula, Jamrah Al-Wusta dan Jamrah Al-Aqabah di Mina yang terletak kira-kira lima kilometer dari barat Masjidil Haram di kota suci Mekah. Mereka bergerak ke Mina sejak kelmarin dengan berjalan kaki, menaiki motosikal dan bas selepas berkumpul di Padang Arafah. Kerajaan Arab Saudi memberitahu seramai 1.4 juta jemaah haji dari 163 negara di seluruh dunia mengunjungi kota suci berkenaan untuk mengerjakan ibadah haji pada tahun ini. Seramai 700,000 lagi jemaah pula adalah dari negara tersebut.
SEORANG budak lelaki Palestin menarik seekor kambing untuk dijual di sebuah pasar di Rafah di Genting Gaza kelmarin untuk dijual sempena Hari Raya Aidiladha.
Seramai 85,000 anggota keselamatan dan beribu-ribu pegawai kesihatan ditempatkan oleh kerajaan Arab Saudi bagi memastikan musim haji pada tahun ini berjalan lancar. Dalam ibadah berkenaan, jemaah haji mengutip sejumlah batu yang dikutip di Muzdalifah ketika dalam perjalanan ke Mina sebelum melontar ke dinding di tiga jamrah sebagai simbolik mengusir syaitan. Ibadah tersebut sebagai memperingati Nabi Ibrahim a.s. yang melontar batu kepada syaitan yang cuba mempengaruhi baginda bagi mengingkari perintah Allah supaya mengorbankan anak kesayangannya, Nabi Ismail a.s. Pada hari tersebut jemaah haji termasuk umat Islam di seluruh dunia disunatkan mengorbankan haiwan ternakan seperti kambing, lembu dan unta sebelum dagingnya disedekahkan. Sejumlah 1.5 bilion umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha di seluruh dunia. – AFP Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1005&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3FHezKDcK Hakcipta terpelihara

Militan IS penggal lelaki warga Britain
YouTube - SEDUTAN video menunjukkan Henning berlutut di sebelah seorang militan IS sebelum dibunuh di satu lokasi di Syria.
BEIRUT – Kumpulan militan Negara Islam (IS) memenggal kepala seorang pekerja bantuan warga Britain, Alan Henning kelmarin sekali gus menjadi warga Barat keempat yang dibunuh kumpulan berkenaan. Rakaman pembunuhan Henning itu disiarkan di laman perkongsian video YouTube yang menunjukkan mangsa berlutut di sebelah seorang militan IS yang menutup muka. Dalam rakaman berkenaan Henning dilihat membaca satu kenyataan sebelum militan berkenaan memenggal kepalanya dengan sebilah pisau. “Kerana parlimen Britain mengambil keputusan untuk menyerang IS menyebabkan saya sebagai seorang warganegara Britain terpaksa menerima akibatnya,” katanya. Henning, 47, yang bekerja sebagai seorang pemandu teksi dari Salford, Britain diculik ketika terlibat dalam konvoi penghantaran bantuan perubatan di sebuah hospital di Syria pada tahun lalu. Militan IS itu juga mengancam untuk membunuh seorang lagi tawanan warga Amerika Syarikat (AS), Peter Edward Kassig, 26, yang diculik di Syria ketika me nyertai pasukan bantuan sukarelawan pada tahun lalu. Perdana Menteri Britain, David Cameron berkata, pembunuhan lelaki itu menunjukkan militan IS sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan. “Kami akan memburu pembunuh ini dan membawa mereka ke muka pengadilan,” katanya. – Reuters

Azizul, Shalwati Gembira Sambut Aidiladha Bersama Anak-Anak
Azizul Raheem Awalludin (tiga kanan) dan Shalwati (dua kanan) bersama empat anak mereka Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7, bermaaf-maafan pada pagi hari raya Aidiladha di kediaman keluarga mereka di Kampung Wakaf Tok Wali di Kota Bharu, Ahad. Foto BERNAMA
KOTA BHARU: Tiada lebih bermakna buat Azizul Raheem Awalludin dan isteri Shalwati Norshal kerana dapat menyambut Aidiladha bersama anak-anak setelah mengalami peristiwa hitam di Sweden sebelum ini. Azizul Raheem mengumpamakan sambutan Aidiladha kali ini seperti menyambut kelahiran seorang anak setelah terpisah daripada keluarganya selama sembilan bulan 13 hari setelah ditahan di negara itu. "Tempoh itu seperti seorang ibu mengandungkan anak dan tepatlah Aidiladha ini sungguh bermakna, ibarat menunggu kelahiran anak. "Aidiladha ini sangat berbeza setelah melalui pengalaman sukar selama tempoh itu sehingga anak-anak dan isteri berpisah dan kini kami bersatu semula," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini, Ahad. Kali terakhir mereka menyambut Aidiladha bersama di kampung ialah empat tahun lalu sebelum mereka ke Stockholm. Empat anak mereka iaitu Aisyah, 15, Ammar, 13, Adam, 12, dan Arif, 8, turut gembira dapat menyambut Aidiladha bersama di kampung kali ini. Menceritakan pengalaman menyambut Aidilfitri bersendirian di Sweden pada Julai lalu, Shalwati berkata beliau hanya bertakbir berseorangan di dalam penjara dan makan sandwic bersama coklat panas sebagai juadah. "Aidilftri di sana disambut sehari lebih awal dari di Malaysia. Selepas hari raya, saya terus buat puasa enam, 20 jam sehari. Namun hari ini sangat menggembirakan kami sekeluarga kerana dapat bertemu semula," katanya. Aisyah pula berkata: "Terlalu gembira, rasa semuanya kembali lengkap". Pada 28 Mac lepas, Mahkamah Daerah Solna di Stockholm menjatuhi hukuman penjara 10 bulan terhadap Azizul Raheem dan 14 bulan ke atas Shalwati atas kesalahan mengasari anak-anak mereka. Bagaimanapun hukuman itu dikurangkan apabila masing-masing hanya perlu menjalani dua pertiga daripada jumlah hukuman yang dikenakan sebelum itu. Azizul Raheem dibebaskan pada 9 Julai lalu selepas selesai menjalani hukuman penjara dan sempat menyambut Aidilfitri bersama anak-anaknya di sini. Shalwati pula dibebaskan pada 29 September dan kembali ke tanah air Rabu lalu.- mstar online

Shafie Harap Bajet 2015 Beri Perhatian Aspek Keselamatan Di Sabah
SEMPORNA: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berharap bajet yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat depan, memberi perhatian terhadap aspek keselamatan di Sabah.
Katanya bagi memastikan keadaan keselamatan di Sabah terus terjamin, kerajaan pusat diharap menambah aset peralatan dan kemudahan latihan bagi meningkatkan lagi struktur keselamatan di pantai timur Sabah atau Zon SelamatTimur Sabah (Esszone).
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat sunat Aidiladha dan Majlis Korban pada Ahad.
Mohd Shafie berkata pihaknya berharap bajet itu turut memberi perhatian terhadap pembangunan di luar bandar.
"Pembangunan di luar bandar sangat penting untuk memastikan ekonomi masyarakat di luar bandar boleh terus dimajukan ... selain mengukuhkan ekonomi negara," katanya.
Berhubung pelanjutan perintah berkurung yang dikuatkuasakan di enam daerah di pantai timur Sabah, Mohd Shafie yang mengalu-alukan langkah itu berkata ia berkesan untuk memastikan tiada lagi pihak yang cuba menceroboh dan melakukan jenayah di perairan negara.
"Arahan itu (perintah berkurung) bagi memastikan kedaulatan dan keamanan negara khususnya di Sabah terus terpelihara," katanya.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman hari ini berkata perintah berkurung yang dikuatkuasakan di enam daerah di pantai timur Sabah iaitu Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau dilanjutkan hingga 21 Oktpber.
Perintah berkurung itu yang dilaksanakan sejak 19 Julai kini memasuki fasa keenam selepas fasa kelima berakhir hari ini.- mstar online
TOP
Polis Sabah Perluas Siasatan Isu Sabah Keluar Dari Malaysia
KOTA KINABALU: Polis memperluaskan siasatan berhubung kesseorang wanita dipercayai penduduk Sabah yang tinggal di luar negara dilaporkan menjadi jurucakap sebuah kumpulan yang mahu Sabah keluar daripada Malaysia, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.
Katanya beliau tidak dapat mendedahkan apa-apa kerana perkara itu adalah sulit.
"Polis telah kembangkan (siasatan) ke peringkat lebih luas dan lebih tinggi termasuk mendapatkan bantuan beberapa pihak untuk membantu siasatan," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis jamuan Aidiladha di Masjid NurIslam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini.
Wanita itu yang dikenali sebagai Doris Jones, mempunyai akaun Facebook yang mencadangkan Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia.
Ketika ditanya sama ada wanita itu masih berada di luar negara, beliau berkata: Ya.
Sebelum ini, dilaporkan polis sedang mengesan wanita itu bagi membantu siasatan berhubung isu Sabah keluar daripada Malaysia.- mstar online
TOP
Polis Dalam Rundingan Akhir Bebas Konstabel Diculik - KP Sabah
Zakia Aliep
KOTA KINABALU: Polis kini dalam rundingan akhir untuk membebaskan anggota polis marin yang diculik sekumpulan penceroboh di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul, Semporna pada Julai lepas, kata PesuruhjayaPolis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman pada Ahad. Beliau berkata pihaknya mendapat kerjasama pihak Filipina dalam urusan rundingan dengan kumpulan penjenayah terbabit bagi membebaskan Konstabel Zakia Aliep yang diculik pada 12 Julai lepas. "Perkembangan kes setakat ini berjalan dengan baik dan terkawal. Mangsa berada dalam keadaan selamat dan kini dalam proses rundingan akhir antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Filipina dengan suspek penculikan itu," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis jamuan Aidiladha di Masjid Nur Islam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini. Jalaluddin berkata mangsa telah menghubungi anggota keluarganya sebanyak 79 kali sejak diculik kumpulan bersenjata itu. Beliau berkata pengusaha ikan dalam sangkar Chan Sai Chiun yang diculik di Kampung Sapang Air, Kunak pada 16 Jun lepas juga berada dalam keadaan selamat dan pihak polis juga sedang berusaha untuk pembebasannya.- mstar online

Tiga Lagi Mangsa Maut Kemalangan Di Rompin Dikenal Pasti
Keadaan bas yang terlibat dengan kemalangan di Rompin Sabtu malam.
ROMPIN: Identiti tiga lagi daripada enam sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Km142.8 Jalan Kuantan-Segamat, Muadzam Shah Sabtu malam sudah dikenal pasti. Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata mereka terdiri daripada tiga beradik iaitu Mohd Wazin Azhar, 20, Ain Nadiah, 13, dan Ain Najihah, 2. Identiti tiga mangsa yang dikenal pasti semalam ialah bapa mereka Azhar MatAli, 43, dan dua isterinya Zaliha Johar, 42, (isteri pertama) dan Siti Habibah Kasbon, 43, (isteri kedua). Mayat Azhar, Ain Nadiah dan Ain Najihah (kedua-duanya anak isteri kedua) dihantar ke Hospital Muadzam Shah manakala mayat Mohd Wazin (anak isteri pertama), Zaliha dan Siti Habibah dihantar ke Hospital Rompin, katanya. "Kesemua mangsa akan dibedah siasat pada pagi Ahad di hospital berkenaan,"katanya kepada Bernama. Johari berkata kemalangan kira-kira pukul 8.30 malam itu berlaku semasa enam sekeluarga itu dalam perjalanan dari arah Segamat menuju ke rumah ibu Azhardi Keratong 2, Bandar Tun Razak di sini, apabila hilang kawalan lalu masuk kelaluan bertentangan sebelum bertembung sebuah bas. Katanya seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan dalam bas itu mengalami kecederaan ringan di kepala namun dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Segamat manakala pemandu bas yang cedera di mata akibat terkena pecahan cermin bas kini dirawat di hospital sama. Sebanyak 25 lagi penumpang bas itu tidak mengalami sebarang kecederaan,katanya.- mstar online

Warga Emas Dan Anak Disamun
BESUT: Dua beranak berdepan detik cemas apabila diacukan sebilah kelewang panjang ke dada sebelum disamun dua lelaki tidak dikenali di rumah mereka di Kampung Lapan Kotak di sini Sabtu.
Malah kejadian itu turut menyebabkan ibu kepada pengadu yang merupakan seorang warga emas cedera dan patah beberapa batang gigi akibat ditarik ke luar rumah hingga terjatuh sebelum penyamun tanpa belas kasihan meragut barangan kemas milik mangsa lalu melarikan diri.
Ketika kejadian, Zaleha Awang, 42, bersama ibunya Mek Che Mat, 85, sedang mengemas rumah sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidiladha sebelum didatangi dua lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Honda berwarna kelabu.
"Seorang daripada suspek itu meluru masuk ke dalam rumah dengan membawa sebilah kelewang panjang walaupun saya cuba menghalangnya daripada masuk," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini Ahad.
Ekoran itu, terjadi pergelutan antara suspek dan mangsa hingga menyebabkan teman suspek yang menanti di dalam kereta turut naik ke rumah dan mengacukan kelewang di dada Zaleha sebelum meragut gelang tangan emasnya.
Zaleha berkata ibunya pula ditarik suspek hingga ke tepi longkang rumah sebelum gelang tangan emasnya direntap dengan kasar hingga menyebabkan luka di pergelangan tangan manakala beberapa batang giginya pula patah akibat terjatuh ditarik suspek.
Katanya kedua-dua suspek melarikan diri dengan dua utas gelang emas yang dianggarkan bernilai RM20,000.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Besut Supt Khaled Che Lah ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian dan berkata warga emas itu serta anaknya dibawa ke Hospital Besut untuk pemeriksaan.
Katanya siasatan masih dijalankan dan setakat ini operasi mengesan kedua-dua penyamun itu sedang dipergiatkan.- mstar online
TOP
Keriangan Malam Raya Bertukar Tragedi Rumah Terbakar
DUNGUN: Keriangan suasana sambutan Aidiladha tahun ini bertukar tragedi buat sebuah keluarga di Kampung Kuala Jengai, Hulu Dungun apabila rumah mereka hangus terbakar Sabtu malam.
Che Osman Ahmad, 74, berkata ketika kejadian kira-kira 9.30 malam, beliau sedang membakar lemang bersama-sama tiga anak dan menantunya di rumah anaknya yang terletak berhampiran rumahnya.
"Kami semua terdengar satu bunyi letupan yang kuat, saya menjengah untuk melihat dan tidak sangka ada kebakaran di satu daripada bilik di rumah kami ... semua tidak dapat diselamatkan.
"Pak cik sempat lari masuk ke dalam rumah dan capai beberapa dokumen penting saja sebelum api marak. Syukur tiada yang cedera," katanya ketika ditemui Bernama di tempat kejadian.
Menurutnya, ketika kejadian isterinya, Siti Jaharah Wok, 64, sedang bersendirian memasak di dapur bergegas keluar menyelamatkan diri manakala dua anak yang tinggal bersama mereka kebetulan tiada di rumah.
Menurutnya jentera Bomba dan Penyelamat hanya tiba selepas rumahnya rentung kerana rumahnya terletak jauh dari balai bomba terdekat iaitu di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, kira-kira 50 kilometer.
Che Osman berkata, beliau menganggarkan kerugian keseluruhan kira-kira RM50,000.
"Pak cik percaya kebakaran ini berpunca daripada litar pintas dan buat masa ni pak cik sekeluarga tumpang tinggal di rumah anak. Pak cik anggap ini semua ujian Allah swt untuk pak cik sekeluarga pada hari raya Aidiladha tahun ini," katanya.- mstar online
TOP
Kapal Fugro Discovery Tiba Di Australia Bagi Pencarian MH370
Kapal Fugro Discovery yang menyertai misi mencari pesawat MH370. Foto AFP
MELBOURNE: Kapal Fugro Discovery tiba di Fremantle untuk menyertai misi mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Kapal itu telah melalui proses pembaikan di Durban, Afrika Selatan sebelum tiba di Australia Barat, dan memiliki peralatan pencarian, serta anak-anak kapal bagi misi itu yang akan dikerahkan beberapa hari lagi, lapor agensi berita Australian Associated Press. Dilaporkan kapal induk Go Phoenix dijangka tiba di kawasan pencarian pada Ahad. Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata, kapal itu akan menjalankan operasi pencarian di kawasan berkenaan selama 12 hari sebelum belayar ke Fremantle untuk mengambil bekalan. Fugro Equator, yang melakukan kerja pengukuran di kawasan carian, mungkin akan diguna sebagai kapal pencarian apabila tugas mengumpul maklumat batimetri (instrumen untuk kajian dasar laut) selesai akhir bulan ini.- mstar online

Taska Ditutup Sementara, Gagal Patuhi Nisbah Pengasuh, Kanak-Kanak
Norani Mohd Hashim.
PUTRAJAYA: Taska Permata Bonda di Presint 11, di sini, yang diarah tutup sementara berikutan kematian seorang bayi berusia empat bulan kerana gagal mematuhi nisbah yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012, kata Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, Datuk Norani Mohd Hashim. Beliau berkata, peraturan menetapkan nisbah pengasuh hendaklah 1:3 (seorang pengasuh: 3 kanak-kanak di bawah satu tahun), 1:5 (seorang pengasuh : lima kanak-kanak berumur satu tahun hingga tiga tahun) dan 1:10 (seorang pengasuh : 10 kanak-kanak berumur tiga tahun hingga empat tahun). "Hasil siasatan awal Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati semasa kejadian hanya terdapat empat pengasuh yang menjaga 33 kanak-kanak di bawah umur empat tahun dan enam orang kanak-kanak transit yang melebihi umur empat tahun, berbanding sembilan pengasuh yang sepatutnya," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad. Selasa lepas, seorang bayi perempuan berusia empat bulan, Nur Imna Khalisa Muhd Zamri meninggal dunia di taska tersebut. Bayi itu ditemui dalam keadaan kaku dan kebiruan oleh ibu bapanya ketika hendak membawa pulang bayi mereka pada 5.45 petang pada hari tersebut. Beliau berkata JKM juga mendapati bahawa pengusaha Taska Permata Bonda gagal mematuhi syarat yang ditetapkan di bawah Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012. Norani berkata di bawah peraturan tersebut, setiap pengusaha perlu memastikan pengasuh yang dilantik wajib menghadiri Kursus Asuhan dan Didikan Awal Permata dan lulus selama bekerja di taska masing-masing. "Semakan mendapati empat pengasuh yang bekerja di Taska Permata Bonda pada hari kejadian masih belum menghadiri dan lulus kursus tersebut," katanya. Sehubungan itu, Norani berkata JKM dengan merujuk kepada Subseksyen 16 (1) (a) Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308), melalui perintah secara bertulis mengarahkan premis itu ditutup sementara sehingga diberitahu selanjutnya. "Tindakan JKM ini mengambil kira kepada risiko kanak-kanak lain yang masih berada di taska itu," katanya.- mstar online

Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora - Jabatan Meteorologi
KUALA LUMPUR: Angin kencang Barat Daya yang berlaku di kawasan perairan Phuket, Condore, Layang-Layang, Reef North, Reef South, Palawan, Labuan dan Sulu dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dijangka berterusan sehingga Rabu (8 Oktober).
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan ini berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Selat Melaka Utara, Reef North dan Reef South pula dijangka berterusan sehingga lewat petang Ahad.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter serta berbahaya kepada bot-bot kecil.
Sementara itu, bagi perairan Malaysia pula, angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Sarawak (Miri), Sabah(Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) dan Labuan dijangka berterusan sehingga Rabu (8 Oktober)
Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Sarawak (Mukah dan Bintulu) dan Sabah (Pantai Barat dan Kudat) dijangka berterusan sehingga lewat petang Ahad.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter serta berbahaya kepada bot-bot kecil.- mstar online
TOP
Ibadah Korban Terakhir Di Rumah Pengasih Bukit Tunku
Mohd Yunus (kiri) mengagihkan bungkusan daging korban kepada orang ramai pada Program Ibadah Qurban PENGASIH di perkarangan Rumah Pengasih, Bukit Tunku di sini, Ahad.
Sebanyak empat ekor lembu dan 11 ekor kambing dikorbankan dan diagih-agihkan pada Program Ibadah tersebut. Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban yang dijalankan sejak 23 tahun lepas di Rumah Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) di Bukit Tunku, di sini merupakan yang terakhir akan dilakukan di pusat berkenaan pada tahun ini. Presiden Pengasih, Datuk Mohd Yunus Pathi berkata bermula 2015, penghuni di pusat berkenaan akan berpindah ke Kampus Pengasih di Kampung Cinta Manis, Bentong, Pahang, yang kini 60 peratus siap dan sedang memasuki fasa kedua pembinaan. Beliau berkata Pengasih memerlukan kira-kira RM7 juta untuk fasa kedua pembinaan kampus berkenaan melibatkan pembinaan surau, dewan makan dan beberapa blok penginapan untuk penghuni yang sedang menjalani rawatan. "Kampus berkenaan juga diharap akan menjadi sebuah hab dan tempat rujukan di rantau ini bagi proses pemulihan dan pencegahan dadah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha di Rumah Pengasih di sini, Ahad. Pada program berkenaan, 11 ekor kambing dan empat ekor lembu dikorban hasil sumbangan kakitangan dan anggota keluarga penghuni di pusat berkenaan. Kampus tersebut bukan sahaja menjalankan fungsi utamanya untuk tujuan rawatan pemulihan dadah, tetapi juga melatih mereka yang berminat dengan kerja sosial termasuk dari luar negara. Transformasi Rumah Pengasih di Bukit Tunku daripada kawasan seluas 2.8 hektar ke Kampus Pengasih yang sekali ganda lebih luas mampu memuatkan kira-kira 300 penghuni pada satu-satu masa.- mstar online

Bianchi 'Jalani Pembedahan' Selepas Nahas GP Jepun
Jules Bianchi. Foto AFP
PELUMBA Marussia, Jules Bianchi menjalani pembedahan dan berada di dalam keadaan serius selepas mengalami kemalangan pada perlumbaan Formula 1 Grand Prix Jepun, kata bapa beliau kepada stesen televisyen Perancis. Bianchi mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan yang datang untuk menguruskan sebuah lagi kemalangan membabitkan Adrian Sutil. Bapa kepada pelumba Marussia memberitahu France 3 bahawa anaknya itu dalam keadaan "serius" di sebuah hospital dekat Litar Suzuka di Suzuka, Jepun. Beberapa laporan yang tidak disahkan daripada sumber Autosprint dan Sportmediaset dari Itali mendakwa Bianchi dalam keadaan koma tetapi boleh bernafas tanpa diberikan bantuan pernafasan. Pelumba pasukan Mercedes, Lewis Hamilton memenangi perlumbaan itu. Sutil yang merupakan pelumba Sauber yang tidak mengalami kecederaan berkata, kemalangan yang membabitkan Bianchi adalah serupa dengan kemalangan yang dialaminya. "Kemalangan ini adalah lebih kurang, hanya kesannya berbeza," katanya kepada Sky television. "Ia (kenderaan) datang untuk menyelamatkan kereta saya dan kemudiannya perkara ini yang berlaku." Ketua Komunikasi Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), Matteo Bonciani berkata: "Pelumba itu tidak sedarkan diri dan telah dihantar ke hospital menggunakan ambulans kerana helikopter tidak dapat membawanya dalam keadaannya sedemikian."- mstar online

Man United Tewaskan Everton 2-1
Di Maria ketika mempamerkan aksi menerusi jaringan pembukaan buat Manchester United ketika menentang Everton, pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, malam Ahad. Foto AFP
PASUKAN Manchester United menewaskan Everton dengan jaringan 2-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Manchester pada malam Ahad. Ini sekali gus menyaksikan Louis Van Gaal terus mencatatkan rekod kemenangan berturut-turut buat pertama kali sebagai pengurus pasukan itu. Pemain Angle Di Maria melakukan jaringan pembukaan menerusi babak pertama pada minit ke-27. Radamel Falcao Garcia pula mempamerkan aksi cemerlangnya menerusi jaringan pada minit ke-62 membuatkan pasukan Red Devils menamatkan perlawanan dengan kemenangan 2-1. Everton hanya mampu meraih satu jaringan yang dibuat oleh Steven Naismith pada minit ke-55. - mstar online

GP Jepun: Bianchi Tidak Sedarkan Diri Selepas Kemalangan
Pasukan perubatan berada di lokasi kemalangan yang dialami pelumba Jules Bianchi pada perlumbaan Formula 1 Grand Prix Jepun. Foto EPA
PELUMBA Marussia, Jules Bianchi dibawa ke hospital selepas mengalami kemalangan pada perlumbaan Formula 1 Grand Prix Jepun pada Ahad. Kemalangan berlaku selepas pelumba Perancis itu hilang kawalan dalam perlumbaan itu. Bianchi tidak sedarkan diri ketika dibawa keluar dari trek Litar Suzuka di Suzuka, Jepun. Seorang jurucakap Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) mengesahkan bahawa Bianchi tidak sedarkan diri ketika pelumba itu dibawa ke hospital dengan ambulans berbanding menggunakan helikopter perubatan. "Bianchi dibawa ke Mie Prefecture University Hospital, dekat Bandar Tsu," katanya. Kemalangan yang dialami pelumba berusia 25 tahun itu berlaku ketika perlumbaan diadakan di litar yang basah, sehingga memaksa perlumbaan dihentikan. Pelumba Mercedes, Nico Rosberg, yang mencatatkan kedudukan di tempat kedua bersama rakan pasukannya, Lewis Hamilton yang menjuarai perlumbaan, berkata: "Saya memikirkan keadaannya (Bianchi). Mereka memberikan maklumat berhubung keadaannya dan ia dilihat amat serius." Hamilton pula berkata, beliau mendapat tahu bahawa Bianchi "cedera teruk".- mstar online

OMNI2UAccount, Perisian Perakaunan Patuh CBP
KUALA LUMPUR: Dalam usaha membantu memudahkan perniagaan dalam pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) pada tahun depan, sebuah syarikat Malaysia membangunkan perisian Perakaunan Pematuhan CBP, berkonsepkan awan, dikenali sebagai 'OMNI2UAccount'.
Rakan Bersekutu OMNI2U Sdn Bhd Manogaran Govindan berkata perisian itu merupakan penyelesaian perakaunan awan terkenal yang membolehkan akses tanpa sempadan untuk mengurus dan memantau urus niaga perniagaan menggunakan pengiraan CBP.
"Sediakan payung sebelum hujan, buatlah persediaan untuk CBP, OMNI2UAccount adalah alat yang dapat membantu pemaju cukai, individu atau usahawan yang berkaitan dengan perniagaan.
"Anda perlu mempunyai pemahaman yang baik mengenai bagaimana CBP dilaksanakan untuk memastikan perniagaan anda mematuhinya," katanya kepada Bernama di sini.
Versi awan OMNI2UAccount telah disahkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan boleh diakses melalui telefon pintar, katanya.
Manogaran berkata perisian ini juga akan menyediakan beberapa manfaat kepada pengguna, antaranya pengguna tidak perlu memasang apa-apa program dalam komputer, malah OMNI2UAccount boleh diakses jika pengguna mempunyai sambungan internet.
"Jika mereka mahu melakukan secara manual, amat sukar untuk mengira CBP bagi perniagaan, dan perisian ini juga boleh mengenal pasti kelemahan syarikat dan rancangan perniagaan," katanya.
Beliau berkata perisian OMNI2UAccount juga melindungi setiap data syarikat sekiranya komputer atau peranti yang digunakan rosak, hilang dan dicuri.
"Dokumentasi dan proses operasi CBP yang rumit bagi perniagaan telah dipermudahkan oleh OMNI2UAccount.
"Kami sentiasa memantau dan mengemas kini sebarang pindaan statutori CBP dan penambahbaikan kecekapan perisian melalui teknologi awan kami," kata beliau sambil menambah latihan akan disediakan bagi pembeli perisian ini, yang berharga dari RM1,460.
Manogaran, yang juga Penasihat Penyelesaian Perniagaan, juga menasihatkan perniagaan supaya mengenal pasti kategori barang perniagaan mereka dengan bekalan (kadar standard bekalan atau bekalan kadar sifar atau pembekalan dikecualikan), inventori, pengekodan dan set tempat jualan selepas mendaftar.
"CBP hanya dikenakan dan dikenakan jika perniagaan itu didaftarkan di bawah CBP. Oleh itu, perniagaan itu tidak boleh mengenakan bayaran dan mengenakan CBP ke atas pembekalan barang dan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan mereka," katanya.
Mengulas mengenai persepsi orang ramai mengenai CBP, Manogaran berkata orang ramai perlu memahami mengenai sistem cukai ini kerana ada harga barang yang mungkin turun.
Pada pendapat beliau, tahap kesedaran yang rendah mengenai CBP, merupakan halangan utama untuk sistem cukai yang progresif, dan menggesa kerajaan supaya menggunakan mekanisme yang betul untuk meningkatkan kesedaran orang ramai.
Kerajaan akan melaksanakan CBP pada kadar tetap sebanyak enam peratus bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan sekarang ini pada 16 peratus.- mstar online
TOP
Nenek Maut Cuba Selamatkan Cucu Dari Dilanggar Kereta
SANDAKAN: Seorang wanita warga emas maut dirempuh kereta apabila cuba menyelamatkan cucunya yang melintas jalan raya di Batu 2, Jalan Lintas Utara di sini Ahad.
Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Zabidi Mohd Zain berkata, dalam kejadian 2 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Garatiah, 70, mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Duchess Of Kent di sini.
Zabidi berkata, cucu perempuan mangsa, Nurbayah Saptal yang berusia lima tahun turut mengalami cedera parah di kepala dan masih menerima rawatan di unit rawatan rapi di hospital sama.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa sebuah kereta Perodua Myvi dalam perjalanan dari arah bandar Sandakan ke Batu 7 terlanggar kedua-dua mangsa yang berada di tengah jalan pada masa itu," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, kemalangan berlaku apabila cucu Garatiah tiba-tiba berlari melintas dari kiri ke kanan jalan, kemudian disusuli oleh Garatiah yang cuba menyelamatkan cucunya sebelum kedua-duanya dilanggar.
Katanya, kedua-dua mangsa dihantar ke hospital oleh pemandu kereta berusia 30 itu.
Zabidi berkata pemandu kereta itu, seorang lelaki telah membuat laporan polis berhubung insiden itu.- mstar online
TOP
Kanak-Kanak 7 Tahun Dipercayai Didera Bapa Dan Teman Wanita
MELAKA: Seorang kanak-kanak perempuan cedera di beberapa anggota badan dipercayai didera bapanya dan teman wanita lelaki berkenaan di sebuah rumah di Paya Rumput di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP, Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, kanak-kanak berusia tujuh tahun itu dipercayai kerap menjadi mangsa dera pasangan berkenaan berdasarkan kesan kecederaan lama dan baharu di seluruh belakang badan mangsa.
Beliau berkata, laporan berhubung kes dera kanak-kanak itu dibuat nenek angkat kanak-kanak tersebut yang juga tuan rumah yang diduduki keluarga mangsa, di balai Tanjung Minyak kira-kira 6.05 petang pada Selasa (30 September).
"Wanita itu mendakwa pasangan berkenaan kerap mendera kanak-kanak tersebut menggunakan getah paip, penyangkut baju dan tali pinggang selain ditumbuk serta dihentak kepala ke dinding," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.
Beliau berkata sehubungan itu, bapa kanak-kanak berkenaan yang berusia 36 tahun dan teman wanitanya berusia 31 tahun, ditahan bagi membantu siasatan ketika diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka kira-kira 2.30 petang Rabu (1 Oktober).
Raja Shahrom berkata, lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang biskut di Batu Berendam di sini ditahan reman selama enam hari bermula Khamis manakala teman wanitanya dilepaskan dengan jaminan polis pada hari sama kerana menyusu anaknya berusia dua tahun.
Katanya, kanak-kanak perempuan mangsa dera itu kini dirawat di Hospital Melaka dan berada dalam keadaan stabil.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, ketika ditemui pemberita, nenek angkat kanak-kanak itu berkata, teman wanita kepada bapa kanak-kanak itu merupakan anak angkatnya yang menumpang di rumahnya di Paya Rumput sejak Julai lalu.
"Tangan kanak-kanak itu berbalut simen ketika hari pertama tiba di rumah saya dan apabila ditanya mangsa dikatakan patah tangan akibat terjatuh tangga di rumah sewa mereka di Masai, Johor," kata tukang cuci di sebuah sekolah di Paya Rumput itu.
Dia mendakwa sering melihat kanak-kanak itu dipukul bapa dan anak angkatnya itu walaupun tidak melakukan sebarang kesalahan sehingga mengakibatkan kecederaan di seluruh anggota badan.
Dalam pada itu, Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka, Rahimin Bani berkata, pasangan itu ditahan di rumah berkenaan kira-kira 12 tengah malam pada 29 September lepas.
Kes disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekedudukan dan Seksyen 54 enakmen sama kerana melahirkan anak luar nikah.- mstar online
TOP
Tiada Sebab Khalid Letak Jawatan Adun Pelabuhan Klang - Faekah
Faekah Husin.
PETALING JAYA: Tiada sebab bagi bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, kata bekas Setiausaha Politiknya, Faekah Husin. Faekah berkata, beliau tidak mengetahui tentang Khalid memberi gambaran akan meletakkan jawatan itu. Selain Adun Pelabuhan Klang, Khalid juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. "Tiada sebab untuk Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan jawatannya sebagai Adun Pelabuhan Klang. Diharapkan para pengundinya tidak mendengar khabar angin yang tidak berasas itu," kata Faekah menerusi mesej teks kepada The Star Online. Beliau mengulas mengenai laporan bahawa Khalid akan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekembalinya dari luar negara. Khalid dipecat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 9 Ogos lalu kerana enggan mengundurkan diri sebagai menteri besar bagi memberi laluan kepada Presiden parti dan Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk memegang jawatan itu. Khalid pada 22 September lalu berkata, beliau akan meneruskan jawatannya sebagai anggota Parlimen tetapi status Adunnya akan diputuskan selepas sidang DUN pada November depan.- mstar online

Lewis Hamilton Juara GP Jepun
Lewis Hamilton memegang trofi kemenangannya apabila menjuarai perlumbaan Formula 1 Grand Prix Jepun di Litar Suzuka di Suzuka, Jepun pada Ahad. Foto EPA
PEMANDU pasukan Mercedes, Lewis Hamilton menjuarai perlumbaan Formula 1 Grand Prix Jepun di Litar Suzuka di Suzuka, Jepun pada Ahad.
Hamilton terus mengungguli kemenangannya meskipun perlumbaan diadakan dalam keadaan hujan lebat.
Juara GP Jepun itu tetap berhak meraih mata penuh meskipun perlumbaan dihentikan pada pusingan ke-44 daripada jumlah keseluruhan 53 pusingan.
Ini berikutan kemalangan yang dialami oleh pelumba Marussia, Jules Bianchi pada pusingan ke-40.
Hamilton yang memenangi perlumbaan tiga kali berturut-turut menerima 10 mata yang mendahului pelumba Mercedes, Nico Rosberg.
Hamilton kini memperolehi 266 mata, manakala tempat kedua yang diduduki oleh Rosberg meraih 256 mata, manakala pelumba Red Bull, Daniel Ricciardo di tempat ketiga dengan 193 mata.
1-Lewis Hamilton (Mercedes) 1:51:43:021
2-Nico Rosberg (Mercedes) +9.1
3-Sebastian Vettel (Red Bull) +29.1
4-Daniel Ricciardo (Red Bull) +38.8
5-Jenson Button (McLaren) +1:07.5
6-Valtteri Bottas (Williams) +1.53.7
7-Felipe Massa (Williams) +1:55.1
8-Nico Hulkenberg (Force India) +1.55.9
9-Jean-Eric Vergne (Toro Rosso) +2:07.6
10-Sergio Perez (McLaren) +1 pusingan

Dua Beradik Hilang Di Sungai Golok Belum Ditemui
Operasi mencari dan menyelamat di Sungai Golok. Foto SAZUKI EMBONG / THE STAR
KOTA BHARU: Dua beradik yang lemas dalam kejadian bot terbalik di Sungai Golok pada Sabtu masih belum ditemui. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Rahmat Kamaruzaman berkata, sehingga pukul 4 petang tadi, kira-kira 100 anggota yang menyertai operasi itu masih gagal menemui Wan Nurdina Nadia Wan Azli, 10, dan adiknya Wan Nurhabib Naufal, 6. Beliau berkata, operasi pencarian meliputi kawasan sepanjang tiga kilometer. "Operasi akan dihentikan pada pukul 7 malam ini (Ahad) dan disambung esok (Isnin)," katanya kepada Bernama. Mayat ibu mereka, Rosmiwati Zakaria, 37, ditemui pada pukul 5.45 petang Sabtu, kira-kira 100 meter dari tempat kejadian. Anak beranak itu adalah antara 15 penumpang bot yang sedang pulang dari Pasar Mundok, yang terletak di seberang Sungai Golok, sebelah Thailand. Rosmiwati merupakan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Jerantut, Pahang sementara Wan Nurdiana Nadia merupakan murid Sekolah Kebangsaan Jerantut. Bot itu terbalik dalam keadaan arus sungai deras berikutan hujan lebat sebelum itu. Mangsa lain berjaya diselamatkan dan ada yang berenang ke tebing.- mstar online

Nombor Plat BMW: 'Duit Saya Untuk Lakukan Apa Saja' - Sanjeevan
R. Sri Sanjeevan.
KUALA LUMPUR: Pengerusi badan pemantau jenayah MyWatch, R. Sri Sanjeevan mempersoalkan mengenai motif penyebaran dua nombor plat kenderaannya "BMW" yang bernilai kira-kira RM340,000 dengan menyatakan bahawa perkara itu dibuat menggunakan wang miliknya untuk apa sahaja yang disukainya. "Ia merupakan satu taktik murahan untuk menyerang saya kerana semuanya dilakukan secara sah. Tiada sesiapa boleh persoalkan saya. Saya berusaha keras untuk mendapatkan wang dan saya boleh melakukannya sebagai kepuasan." Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai satu gambar yang tersebar di media sosial mengenai pembida siri nombor plat "BMW", yang menyenaraikan beliau sebagai pemilik nombor plat BMW8 dan BMW11, masing-masing dengan harga RM174,776 dan RM165,000. Siri nombor plat BMW ini terbuka untuk tender awam di pejabat JPJ di seluruh negara dari 14 hingga 28 Ogos lalu. Turut berada di dalam senarai pemilik nombor plat "BMW" ialah jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, yang dikatakan membayar RM97,777 untuk BMW6. Sanjeeva mendapat perhatian umum selepas beliau ditembak di persimpangan lampu isyarat di Bahau, Negri Sembilan pada Julai 2013 dan berada dalam keadaan koma selama beberapa minggu. Beliau yang merupakan ketua pemantau jenayah MyWatch, telah mendedahkan dakwaan salah laku dan penyelewengan dana dalam polis. Sanjeevan berkata, beliau membeli nombor plat itu bagi tujuan pelaburan dan mempunyai sumber kewangan untuk membelinya. Menurut Sanjeevan, beliau telah lama berkecimpung dalam industri perhotelan sebelum memulakan kumpulan pemantau jenayah pada 2012. "Saya merupakan seorang pengurus kanan untuk Hotel Hilton selama lima tahun, dan berada dalam bidang perhotelan banyak tahun sebelum itu. Saya juga memiliki sebuah firma IT luar negara. Mereka yang menyerang saya tidak mengetahui latar belakang penuh mengenai diri saya," katanya. Disebabkan oleh cakap-cakap berkenaan pembelian nombor plat tersebut, Sanjeevan berkata, beliau akan menyerahkan plat BMW8 dengan harga RM500,000 dan akan menderma RM100,000 untuk kebajikan. Ditanya apakah yang akan dilakukannya terhadap satu lagi nombor plat iaitu BMW11, Sanjeevan secara berseloroh berkata: "Saya akan meletakkannya pada motosikal saya."- mstar online

Kematian Guru Di Kundasang Dipercayai Dibunuh Suspek Dikenali
Orang ramai berkumpul di kawasan perumahan mangsa bunuh di Kundasang Jumaat lalu.
KOTA KINABALU: Polis percaya kes kematian seorang guru sekolah rendah di Kundasang, Ranau, pada Jumaat lepas berpunca daripada rompakan dan samun oleh suspek yang dikenali mangsa. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata berdasarkan siasatan awal, polis percaya rumah mangsa dipecah masuk suspek yang dikenalinya sebelum membunuh mangsa. Bagaimanapun motif sebenar kejadian masih disiasat, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan hari raya Aidiladha di Masjid Nur Islam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di Kepayan pada Ahad. Dalam kejadian kira-kira pukul 10.35 pagi itu, Masinah Samadi, 50, ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di bahagian kepala dan badan di sebuah rumah berhampiran kuarters Sabah Electricity Sdn Bhd, Kundasang, Ranau. Mangsa ditemui terbaring dan berlumuran darah di ruang tamu rumah berkenaan oleh suaminya yang baru pulang daripada kerja. - mstar online

Guru Besar Ditahan Buka Zip Seluar Pekerja Lelaki Pejabat Sekolah
JEMPOL 4 Okt. - Seorang guru besar sebuah sekolah kebangsaan di sini ditahan kelmarin selepas didakwa mencabul seorang pekerja pejabat sekolah itu dalam satu kejadian pada 30 September lalu.
Suspek lelaki yang berusia 49 tahun itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah di sini kira-kira pukul 4.20 petang selepas mangsa membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Hamzah Alias berkata, pihaknya menerima aduan daripada mangsa pada kira-kira pukul 11.30 pagi Khamis lalu.
"Mangsa seorang lelaki berusia 26 tahun telah membuat laporan mendakwa dia telah dicabul oleh suspek pada kira-kira pukul 1 petang 30 September lalu ketika dia sedang baring secara sendirian di atas kerusi malas di dalam biliknya pada waktu rehat.
"Suspek didakwa mendekati sebelum membuka zip seluar mangsa dan memasukkan tangannya. Mangsa yang terkejut cuba melawan dan menghentikan perbuatan suspek," katanya ketika dihubungi di sini.
Berikutan kejadian tersebut kata Hamzah, mangsa mula trauma dan dia telah mengambil masa beberapa hari sebelum membuat laporan polis.
Menurut beliau, pihaknya telah menghantar mangsa ke Hospital Jempol untuk mendapatkan rawatan dan dia telah dibenarkan keluar.
Tambahnya, suspek pula dipanggil datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol untuk membantu siasatan sebelum ditahan.
"Suspek bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.
"Kita juga akan menjalankan siasatan sekiranya ada mangsa-mangsa lain yang terlibat dalam kes ini," ujarnya. ─ Utusan Online
TOP
Lelaki Tikam Kepala Bekas Kekasih
AGENSI - KEADAAN dos Santos yang berlumuran darah ketika dirawat di sebuah hospital di Sao Paolo, Brazil.
SAN PEDRO – Seorang wanita di Brazil bernasib baik kerana masih hidup selepas dia ditikam pada dahi dengan sebilah pisau oleh bekas teman lelakinya, lapor MailOnline kelmarin.
Beberapa anggota polis menemui Alcileide Rodrigues dos Santos, 22, dengan pisau tertusuk ke dalam tengkoraknya ketika dia duduk di sebuah bangku di bandar ini, dalam negeri Sao Paolo.
Di sebalik kecederaan yang dialami, Santos masih sedarkan diri dan memberitahu polis bahawa dia diserang oleh bekas teman lelakinya, Roberto Martins dos Anjos, 19.
“Saya diserang bekas teman lelaki saya sekitar pukul 5 petang (waktu tempatan) ketika kami bertengkar,” katanya,
Namun, wanita itu tidak mendedahkan punca mereka bertengkar atau mengapa bekas teman lelakinya naik berang sehingga sanggup menyerang*nya.
Doktor di hospital Estadual Mario Covas di sini berkata, pisau itu tertusuk beberapa sentimeter ke dalam tengkoraknya tetapi ia tidak mengenai otak mangsa. – Agensi
TOP
Luahan Warga Bangladesh Yang Sudah 10 Tahun Di Malaysia
Sebut sahaja Bangladesh mesti kita terbayang sebuah negara yang miskin dan juga pekerja-pekerja dari Bangladesh di negara kita.
Sememangnya warganegara Bangladesh ramai di negara kita. Sememangnya ketandusan hidup di negara mereka membuatkan mereka ke Malaysia untuk mencari rezeki.
Ramai diantara kita sebenarnya tidak tahu kisah Bangladesh dan apa yang berlaku di sana. Selain itu sejauh manakah kekuatan agama Islam di sana.
Bagaiamanpun seorang pengguna laman sosial Facebook, Mufarwa Farid telah menceritakan pengalaman beliau ketika berbual dengan seorang warganegara Bangladesh yang telah menetap di Malaysia selama 10 tahun.
Berikut adalah apa yang diceritakan oleh Mufarwa Farid serta perbualan mereka:
Ketika saya menaiki kereta api tadi, saya duduk di sebelah seorang warganegara Bangladesh. Dia duduk sambil menyanyi-nyanyi, dan saya pula sedang membaca buku. Disebabkan terasa terganggu, mood saya nak membaca itu sudah pudar. Saya pun memandang ke tingkap, dalam hati, berasa geram dengan dia.
Tetapi setelah dua stesen, tiba-tiba saya rasa ingin berbual dengan dia. Mungkin dia pun bosan, sebab itu menyanyi sambil menari-nari di sebelah saya. Saya memberi salam, lalu kami pun berkenalan. Namanya Muhammad Mubarak Khan.
“Semua nama orang Bangladesh mesti ada Muhammad.” Katanya.
“Sama macam Malaysia. Muhammad atau Ahmad.” Kata saya lalu saya memperkenalkan diri saya dengan nama penuh.
Dia sudah berada di Malaysia sejak 10 tahun yang lalu. Berkahwin dengan orang Malaysia yang berbangsa India dan bekas penganut Hindu.
“Keluarga isteri tak marah ke dia convert masuk Islam?”
“Mula-mula marah la. Tapi sekarang sudah ok. Saya suruh dia bagi semua gaji pada mak ayah dia. Nasib baik semua adik beradik dia perempuan. Kalau dia ada abang ka, adik lelaki ka, isteri saya kahwin dengan kepala saya sahaja. Badan sudah kena kerat.” Dia berseloroh.
Kami meneruskan perjalanan kami dengan berbicara tentang politik di Bangladesh.
“Bangladesh dahulunya sebuah negara bawah Pakistan. Tetapi disebabkan Pakistan itu sangat jauh, malah dipisahkan oleh negara Nepal, pembangunan Bangladesh sangat-sangat mundur kerana pemimpinnya lebih mementingkan Pakistan. Sedangkan kami sangat dekat dengan negara India. Tetapi disebabkan masa dahulu, Pakistan berpisah dengan India kerana Pakistan ingin menubuhkan negara Islam, Pakistan mengambil Bangladesh juga sebagai salah sebuah negeri mereka.
Kemudian Bangladesh pula yang berpisah dengan Pakistan.”
Saya tekun mendengar sejarah negaranya. Saya sebenarnya sudah tahu sejarahnya kerana saya mempunyai kawan baik yang bernama Ahmad Shauky dari Bangladesh di UIA. “Tapi sekarang, Bangladesh masih mundur. Kalau dekat Malaysia ha, aman sangat. Semua bersih. Semua orang di sini semuanya baik-baik. Rezeki mudah nak cari. Yang penting kena rajin. Kalau malas ha, baik mati aje. Rasuah kat sana ha, sangat banyak. Kalau nak hidup, mau dapat projek bangun bangunan ke apa ha, kena rasuah banyak orang. Sebab itu tak ada orang nak buat bangunan kat sana.”
Saya bertanya pula tentang agama di Bangladesh.
“Bangladesh, 98% orang Islam. Yang lain-lain ada Hindu. Di sana, kami wajib belajar bahasa Arab. Kami wajib belajar Al-Quran. Siapa yang tak belajar Al-Quran, masuk penjara. Siapa yang tak puasa, kalau kena tangkap, kena masuk penjara 3 bulan. Dan penjara akan bagi makan rumput sahaja. Pak cik saya ha, tadak puasa, dia kena makan rumput 6 hari seminggu.Tak ada nasik. Semuanya makan roti dengan rumput saja.” “Tapi ha, mintak maaf ya saya cakap, walaupun dekat Malaysia banyak aman, banyak cantik, banyak baik, tapi Islam dekat sini tadak kuat sangat. Kalu di sana ha, nampak perempuan tak tutup aurat, boleh kena denda RM10,000. Kalau ada orang pakai tatu, polis akan tangkap, dan akan letak iron panas sampai tatu tu hilang. Dekat Malaysia ha, orang perempuan semua ramai tadak tudung. Ada yang nampak dada. Berani sangat. Kalau di Bangladesh, masa kecik-kecik, kami takut dengan polis. Tapi bila sudah besar, kami tak mahu buka aurat sebab kami takutkan Allah.”
Saya fokus dan otak saya bermacam-macam yang difikirkan.
“Itulah kurangnya di Malaysia. Tetapi masjid semua cantik. Kalau dekat sana ha, ada banyak masjid tak ada dinding. Tapi orang semua sembahyang di masjid. Tetapi apa pun, Malaysia memang bagus.” Sambungnya sambil memberikan isyarat bagus. Lalu kami pun berbual lagi tentang pembangunan Bangladesh serta berbual tentang keluarganya. Sesampainya di Seremban, dia sangat bersedih kerana terpaksa berpisah dengan saya. Katanya, “Abang orang sangat baik. Ramai orang selalu hina orang Bangladesh. Kami sini mau cari makan sahaja. Tadak kacau orang.” Lalu dia pun mengambil nombor telefon saya, dan perpisahan kami diakhiri dengan lambaian.─ Siakapkeli.com

Menarik Sekitar Hari Raya AidlAdha 2014
Setiap kali raya, mesti ada sesuatu yang boleh dikatakan menarik. Dalam artikel kali ini, kami bawakan beberapa aktiviti atau perkara yang menarik sempena hari raya korban bagi tahun ini. Selamat Hari Raya Aidil Adha!
Selfie Bersama Lembu
Nampaknya lembu-lembu tidak terlepas menjadi mangsa selfie sempena hari raya korban pada tahun ini. Gambar dibawah merupakan kompilasi daripada beberapa gambar selfie bersama lembu yang sempat kami kumpulkan.
Lembu korban terlepas
Memang setiap kali nak dikorbankan, mesti ada ja kes lembu terlepas. Pada tahun ini beberapa aksi lembu-lembu yang degil ini sempat dirakam. Disini beberapa gambar gambar lembu yang tidak bersedia untuk dikorbankan.
Who is eid mubarak?
Nampaknya ada juga yang terkeliru dengan perkataan 'Eid Mubarak' sebagai seorang manusia .Tweet dari pengguna Twitter yang menggunakan nama @jesssteffx yang berbunyi "Siapakah Eid Mubarak dan kenapa dia 'trending'? " telah mendapat lebih 2,000 retweet.
#RayaHajiPickupLines
Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan keupayaan mereka mengeluarkan pick up line yang mantap. Gambar dibawah merupakan kumpulan-kumpulan pick up line yang mendapat retweet yang banyak sempena hari raya korban ini.
- SiakapKeli.com

Cuaca Mendung Tidak Jejas Kemeriahan Aidiladha Seluruh Negara
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah bertakbir raya selepas berkenan hadir pada Solat Sunat Aidiladha di Masjid Negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Ahad. Turut hadir Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali (tiga kiri).
KUALA LUMPUR: Cuaca mendung di beberapa tempat di seluruh negara pagi Ahad tidak menghalang umat Islam untuk beramai-ramai menunaikan solat sunat Aidiladha sebelum melaksanakan ibadah korban. Lebih 14,000 warga kota dan warga asing memulakan sambutan Aidiladha dengan menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negara di sini. Jemaah bersama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Othman Mustapha bertakbir raya sebelum menunaikan solat sunat itu yang diimamkan Timbalan Imam Besar Masjid Negara Mohamad Mohd Zin. Mohamad, ketika menyampaikan khutbah bertajuk 'Aidiladha: Pengorbanan Yang Sejati', menyeru umat Islam supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada terhadap segala ancaman yang boleh membawa kepada kesesatan akidah dan kecelaruan pemikiran serta kelemahan umat Islam. "Ini selari dengan tujuan agama Islam itu disyariatkan iaitu untuk memelihara kesucian ajaran Islam dan menyelamatkan umatnya daripada terpesong dan terpengaruh dengan ajaran atau akidah yang menyalahi syariat Islamiah,"katanya. Dalam pada itu, Mohamad berkata penyalahgunaan teknologi internet dan telekomunikasi adalah bertentangan dengan tuntutan agama, undang-undang serta tatasusila masyarakat. Katanya menggunakan laman sosial untuk melemahkan pegangan umat Islam merupakan strategi licik musuh Islam untuk menjatuhkan Islam. "Hari ini sekali lagi kita melihat umat Islam diserang daripada segenap arah dan cara, daripada serangan berbentuk fizikal hinggalah kepada serangan pemikiran, politik, ekonomi, budaya dan sebagainya. "Isu menghina Allah SWT, menghina Rasulullah SAW, menghina ibadah orangIslam, menghina Islam dengan menulis ayat-ayat suci pada pakaian, kasut,selipar, beg, jubin rumah, tatu badan dan lain-lain, cercaan terhadap sensitiviti Islam, orang Melayu dan institusi Raja secara viral disebarkan secara meluas di alam siber," katanya. Sehubungan itu, Mohamad berkata adalah menjadi tugas dan tanggungjawab umat Islam untuk menggunakan apa sahaja strategi yang munasabah termasuk media sosial bagi menangkis segala serangan, propaganda, tipu muslihat musuh Islam dan gerakan yang menggugat kedudukan Islam.- mstar online

No comments:
Post a Comment