TOP
Imigresen Melaka Tahan 28 Warga Asing Sedang Berpesta
MELAKA – Sebanyak 28 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Melaka atas pelbagai kesalahan ketika sedang berpesta di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Imigresen Melaka Norhafiza Junaidi berkata semua yang ditahan merupakan warga China berumur antara 20 hingga 35 tahun.
“Ketika kami membuat serbuan ke atas premis berkenaan, semua mereka sedang berpesta serta melayan pelanggan yang ada di situ,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata 20 orang disiasat di bawah Seksyen 61C Akta Imigresen 1959/63 kerana masuk ke negara ini tanpa pas atau permit yang sah manakala selebihnya disiasat di bawah Seksyen 39B akta sama kerana melanggar syarat pas atau premit.
“Sebanyak 16 orang daripada yang ditahan juga mendakwa sedang memohon pas lawatan ikhtisas dan pihak kami juga sedang menyiasat perkara ini,” katanya.
Norhafiza berkata Imigresen Melaka turut menahan seorang warga tempatan berumur lingkungan 30-an di bawah kesalahan 56(1)D akta sama kerana sengaja memberi perlindungan kepada pendatang tanpa izin. – BERNAMA
TOP
Selangor Minta Penjelasan Berhubung Dokumen Air
SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini meminta Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) memberi penjelasan tentang nasihat Pejabat Peguam Negara berhubung pendedahan kepada umum dokumen perjanjian air antara kerajaan negeri dengan kerajaan Pusat.
Menurutnya, pendedahan dokumen itu seharusnya dibenarkan kerana ia tidak menyentuh sebarang isu berkaitan keselamatan negara.
“Apa nasihat dia (Pejabat Peguam Negara), saya nak tahu…mesti ada justifikasi kenapa dokumen itu dihalang (untuk didedahkan).
“Perlu beri penjelasan kerana perjanjian itu tidak melibatkan isu keselamatan…ia hanya kontrak perniagaan, kenapa perlu disembunyikan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan perhimpunan bulanan jabatan kerajaan negeri Selangor di sini.
Sabtu lepas, menteri berkenaan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata kandungan perjanjian air itu belum boleh didedahkan kepada umum.
Maximus berkata keputusan itu dibuat selepas kementerian mendapatkan nasihat Pejabat Peguam Negara. – BERNAMA
TOP
Azmin Ali Anggap Isu Kempen Sentuh Anjing, Isu Kecil
Pada ketika ramai agamawan tampil dan membantah isu penganjuran program “Saya Mahu Sentuh Anjing” yang telah diadakan di Central Park, pusat membeli-belah One Utama semalam.
Bagaimanapun, perkara itu dianggap remeh oleh Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang belum pun cukup 100 hari dilantik ke jawatan itu.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali
Beliau sebelum itu ditemui wartawan hari ini enggan mengulas berkenaan kempen berkenaan dipetik oleh laman portal Agenda Daily. “Kita cerita isu besarlah, ok?” kata beliau ringkas kepada pemberita selepas diajukan soalan berkenaan. Sebelum ini, kecoh di internet berkenaan pesta minum arak yang diadakan di Selangor anjuran Carlsberg iaitu Octoberfest, kini ada kempen ajak orang menyentuh anjing pula yang dikategorikan sebagai najis berat dalam Islam. Beberapa pendakwah lain turut mengecam program berkenaan yang dianjurkan oleh Syed Azmi Alhabshi atas inisiatif komuniti Muslim di Taman Tun Dr Ismail (TTDI). Penceramah terkenal, Ustaz Mohd Kazim Elias berkata program itu boleh diumpamakan umpama jarum yang cukup halus dicucuk kepada umat Islam agar dipengaruhi fahaman liberal. “Inilah jarum halus yang dicucuk kepada umat Islam agar menjadi fahaman liberal dan plural. Nanti ada yang kata kenapa ustaz bising isu anjing dan kenapa tidak bising isu memegang bukan mahram yang tidak bertudung. “Isu tersebut sudah pun saya tegur, tetapi dalam isu kempen anjing ini, ianya satu gerakan yang cukup halus untuk menghalalkan sesuatu yang sudah diharamkan dan dimulakan dengan satu kempen secara kecil-kecilan yang akhirnya akan merubah dan menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya,” katanya di dalam laman Faceboolk. Bagaimanapun, bagi Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, rupa-rupanya isu berkaitan anjing bukan satu isu besar yang mampu menggugat fahaman umat Islam di negara di bawah pentadbirannya. – MYNEWSHUB

Lelaki Terlepas Hukuman Gantung Kes Bunuh Ibu Penyampai Radio
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki hari ini terlepas daripada hukuman gantung atas kesalahan membunuh ibu seorang penyampai radio berbahasa Cina tiga tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi Kamardin Hashim melepas dan membebaskan Lim Kang Wee, 32, di akhir kes pendakwaan setelah mendapati pendakwa gagal membuktikan kes prima facie.
Dalam penghakimannya, Hakim Kamardin berkata pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nordin Mohd Ismail hanya bergantung kepada keterangan mengikut keadaan semata-mata.
Katanya mahkamah meragui bukti yang dikemukakan iaitu cebisan sarung tangan ditemui di dalam sebuah kereta yang dipinjam daripada kawan tertuduh, tidak mempunyai darah mangsa sebaliknya hanya ada darah tertuduh.
“Pihak pendakwaan turut gagal membuktikan sebarang motif kejadian untuk tertuduh melakukan kesalahan jenayah itu dan hanya syak wasangka selain keterangan saksi lain adalah kabur dan lemah,” katanya.
Hakim Kamardin juga berkata mahkamah tidak dapat menerima bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian sebagai sebahagian keterangan kerana tidak memenuhi Seksyen 90 (A) Akta Keterangan 1950.
Bagaimanapun, mahkamah berpuas hati terhadap keterangan tiga saksi pihak pendakwaan termasuk pegawai penyiasat yang membuktikan kecederaan mangsa berpunca daripada tikaman, bukan wujud daripada sebarang penyakit.
Lim, yang berdiri di kandang tertuduh, dilihat tersenyum sejurus mahkamah membuat keputusan itu dan kemudian beredar bersama anggota keluarga yang menunggu di galeri awam.
Pada 15 Dis 2011, dia didakwa melakukan kesalahan itu ke atas Lai Kam Lian, 62, di sebuah rumah di Jalan Udang Kertas, Taman Segambut, Sentul di sini pada 9.45 malam, 1 Dis 2011.
Lim diwakili peguam Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden. Sejumlah 28 saksi dikemukakan sepanjang prosiding bicara itu. – BERNAMA
TOP
Dengan Imaginasi, Anda Mampu Hasilkan Gambar Kreatif Lagi Unik
Pernahkah anda ketika kecil dahulu bermain dengan bentuk awan? Bagi kami, apabila nampak awan terus pantas membayangkan bentuk untuk menyamakan awan itu dengan objek sebenar.
Pasti akan keluar pelbagai bentuk atau rupa seperti arnab, kuda, bunga dan bermacam-macam lagi yang boleh anda fikirkan.
Tahukah anda, fenomena psikologi ini dinamakan sebagai pareidolia, iaitu melibatkan awan stimulus samar ataupun rawak yang seolah menghasilkan bentuk menyerupai sesuatu yang dianggap sebagai signifikan.
Selain awan, beberapa contoh lain melibatkan pareidolia adalah melihat ibu sedang menyusu bayi di permukaan bulan atau mendengar mesej tersembunyi apabila sesebuah lagu dimainkan secara terbalik.
Namun, apabila intuitif pareidolia ini digunakan dengan sebaiknya, anda pasti dapat menangkap gambar-gambar awan yang sangat kreatif seperti berikut, jom saksikan!
Bagaimana? Sangat kreatif doh! Jom luaskan imaginasimu dan tangkap gambar awan di langit biru mengikut kreativiti anda.
Selamat bereksperimentasi.
Sumber: Boredpanda
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC
Bagaimana? Sangat kreatif doh! Jom luaskan imaginasimu dan tangkap gambar awan di langit biru mengikut kreativiti anda.
Selamat bereksperimentasi.
Sumber: Boredpanda
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC
TOP
Mayat Dua Kanak-Kanak Lemas Ditemui
JOHOR BAHRU – Mayat dua kanak-kanak perempuan, yang lemas ketika mandi di sebuah tasik di Taman Nusa Damai, Masai di sini, ditemui malam ini.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, mayat Nurdiana Nurhassan, 11, dan Yunis anak Simol, 10, ditemui pasukan penyelamat pada 10.20 malam.
“Mayat mereka dihantar ke Hospital Sultan Ismail di sini untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Sementara itu jurucakap Bomba dan Penyelamat Johor berkata, mayat berkenaan ditemui oleh lima anggota penyelam skuba. Nurdiana dan Yunis yang tinggal di Taman Scientex, di sini mandi di tasik berkenaan, yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumah mereka. – BERNAMA
TOP
Elemen Tuah Bantu Liverpool Atasi QPR 3-2
LONDON – Queens Park Rangers menghadiahkan Liverpool kemenangan 3-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas gol sendiri pemain pertahanan mereka, Steven Caulker dan Richard Dunne di Loftus Road.
Dalam satu penyudahan dramatik dengan empat gol dalam tempoh lapan minit, pemain gantian, Eduardo Vargas nampak seperti sudah mengesahkan satu mata untuk QPR selepas dia menjaringkan gol pada minit pertama masa tambahan untuk kedudukan 2-2.
Tidak berputus asa, Liverpool melancarkan serangan pada saat-saat terakhir permainan yang menyaksikan Caulker menolak masuk ke dalam gawang sendiri untuk mengesahkan mata penuh buah anak didik Brendan Rodgers.
Pemain gantian Liverpool, Philippe Coutinho meletakkan The Reds mendahului 2-1 pada minit ke-90 sebelum Vargas menyamakan kedudukan.
Selepas Mario Balotelli merembat melepasi palang pada mini ke-62, Dunne menjaringkan gol sendiri yang juga gol sendiri ke-10 sepanjang kerjayanya.
“QPR tidak harus kalah dalam perlawanan ini. Kami bernasib baik untuk pulang dengan kemenangan tapi kami juga menunjukkan karakter hebat di sini,” kata Rogers.
Pengurus QPR, Harry Redknapp nampak banyak petanda positif dalam kekalahan ketiga berturut-turut buat pasukannya walaupun dia berasa keputusan seri adalah adil, hari ini.
“Ini adalah persembahan terbaik pernah saya saksikan sejak berada di sini,” kata Redknapp. – AP
TOP
Kesederhanaan Kekal Keharmonian Dan Perpaduan Kaum
MELAKA – Sikap kesederhanaan dalam semua aspek kehidupan merupakan faktor terpenting dalam mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.
Beliau yang juga Timbalan Presiden MIC berkata ini kerana kesederhanaan dapat membendung sikap ekstremis dan keganasan yang merupakan ancaman utama keharmonian dan perpaduan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Justeru, katanya semua pemimpin di negara ini sama ada parti politik atau pemimpin masyarakat, harus menunjukkan sikap kesederhanaan dan mengambil kira keperluan semua kumpulan masyarakat bagi mengekalkan keharmonian negara.
“Ini kerana, jika ia (ekstremis) berlaku ia akan menjadi satu ancaman besar kepada keamanan dan keselamatan negara, jadi kita perlu jaga ia supaya tidak menjadi lebih teruk lagi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pesta Deepavali di Jalan Nyiru, di sini malam tadi.
Subramaniam berkata rakyat di negara ini juga perlu mempunyai semangat hormat-menghormati dan tolak ansur yang tinggi untuk menjayakan pembangunan negara dan mewujudkan kestabilan politik serta ekonomi. – BERNAMA
TOP
Pendayung Solo Tamat Fasa Pertama Ekspedisi Berkayak
JOHOR BAHRU - Pendayung solo negara, Nadzeri Mustaffa yang melakukan ekspedisi berkayak mengelilingi Semenanjung Malaysia dari Kelantan ke Perlis, menamatkan fasa pertama misinya selepas tiba di bandar raya ini dua hari lepas.
Nadzeri, 50, yang memulakan ekspedisi itu pada 20 Sept lepas dari Pengkalan Kubor, Kelantan, tiba di Stulang Laut di sini kira-kira 3 petang selepas berkayak sejauh 1,000 kilometer (km).
“Perairan Kota Tinggi adalah laluan mencabar sepanjang fasa pertama di bahagian timur ini apabila saya berdepan dengan ombak besar terutama di kawasan Tanjung Sedili dan Tanjung Balau. Namun, saya bersyukur selamat tiba di Stulang Laut mengikut jadual ditetapkan,” katanya.
Beliau ditemui pemberita sebelum berlepas bagi fasa kedua ekspedisi itu, sejauh 1,000 km lagi dari jeti Pasukan Polis Marin Wilayah Dua di sini, hari ini ke Pengkalan Asam, Perlis.
Nadzeri berkata ekspedisi yang dijangka tamat pada 24 Nov ini, adalah misi ketiga solonya selepas kali pertama pada Januari lepas dari Pantai Remis, Selangor ke Gua Kerbau, Kodiang, Kedah membabitkan laluan sejauh 700 km.
Misi kedua pula pada Mac lepas membabitkan laluan sejauh 2,000 km dari Sungai Bugis, Perlis ke Danga Bay di sini dan berpatah balik ke Pengkalan Asam.
Mengenai cabaran yang bakal dihadapi pada fasa kedua di bahagian pantai barat, beliau perlu berkayak kira-kira lima kilometer dari pantai berikutan keadaan perairan yang berselut selain faktor cuaca yang tidak menentu sekarang.
Selain mempromosi sukan berkayak, Nadzeri yang merupakan jurulatih sukan berkayak pada tahun 80-an berkata, ekspedisi itu juga adalah sebagai simbolik bagi membantah kekejaman Zionis di Palestin dan simpati terhadap tragedi pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17.
“Saya ingin membuktikan sukan ini (kayak) sukan yang selamat. Rakyat Malaysia harus lebih terbuka dan sedar sukan berkayak boleh memupuk kecekalan individu dalam aspek ketahanan diri,” katanya yang berharap agar pelbagai pihak dapat memberi sumbangan bagi menampung kos ekspedisi itu. – BERNAMA
TOP
Pulau Bebas Cukai Kekal Dikecualikan GST
LABUAN – Pulau bebas cukai seperti Langkawi, Tioman dan Labuan kekal dikecualikan daripada pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang berkuatkuasa mulai 1 April tahun depan.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata pelaksanaan GST tidak akan menjejaskan kawasan khas dan bebas cukai kerana cukai tersebut akan memberi manfaat kepada rakyat berikutan pengurangan harga barangan keperluan di negara ini.
“Ketika ini, kebanyakan barangan dikenakan cukai di bawah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan peralihan kepada GST akan memastikan harga barangan tidak meningkat sekali gus langkah ini dapat meringankan beban rakyat,” katanya pada majlis Penerangan Perdana GST di sini hari ini.
Katanya kerajaan mengukuhkan Unit Penguatkuasaan GST dengan penambahan 2,270 anggota, 1,300 anggota Unit Pemantauan Harga dan 202,800 sukarelawan Skuad Pengguna serta membabitkan 579 penghulu dan penggawa.
“Kerajaan mengambil pendekatan dengan mewujudkan dan memberi peruntukan kepada kumpulan pemantau harga dari kalangan persatuan pengguna bagi mengelak berlaku kenaikan harga,” katanya.
Beliau berkata pelaksanaan GST berupaya untuk meningkatkan pendapatan kerajaan dan hasil kutipan cukai itu akan dapat disalurkan semula kepada rakyat melalui pembangunan.
“Malaysia juga perlu berubah daripada sistem percukaian era 70an kepada era digital seiring dengan kehendak dan peredaran dunia,” katanya. – BERNAMA
TOP
Gambar Intim: Zairil, Dyana Tak Jadi Buat Laporan Polis?
KUALA LUMPUR – Laporan polis berhubung gambar intim antara calon DAP Teluk Intan, Dyana Sofya dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang tersebar luas di media sosial dibatalkan tanpa memberitahu sebarang sebab kepada wartawan yang telah menunggu sejak jam 11 pagi tadi.
Satu pesanan ringkas kepada wartawan pagi tadi memberitahu bahawa Dyana dan Zairil bakal membuat laporan polis berhubung gambar mereka yang tersebar di Balai Polis Jalan Pudu jam 12 tengahari, hari ini.
Namun setelah lebih sejam menunggu kelibat kedua-dua pemimpin muda DAP itu tidak kelihatan.
Jam 12.30 tengahari satu lagi pesanan ringkas dihantar kepada para wartawan memberitahu yang laporan polis dan sidang media telah dibatalkan.
Sebelum ini gambar intim berpelukan antara Dyana Sofya dan Zairil Khir Johari menjadi buah mulut pengguna laman sesawang.
Zairil ketika ditemui menafikan gambar yang tersebar itu adalah beliau namun tiada sebarang kenyataan untuk menafikan gambar tersebut daripada Dyana.
- SELANGOR PRESS
TOP
Nokia Here Maps Untuk Pengguna Peranti Samsung Galaxy
Nokia dan Samsung baru-baru ini telah melancarkan aplikasi pemetaan Nokia Here Maps, di Play Store.
Untuk permulaan, ia diterbitkan di Samsung Galaxy Apps, sekaligus menjadikan ia hanya eksklusif untuk pengguna peranti Samsung Galaxy sahaja buat masa ini.
Ini bermakna telefon pintar Samsung seperti Galaxy S5 dan Galaxy Note 4 serta mana-mana telefon pintar Samsung yang dilengkapi 1GB RAM dan menjalankan Android 4.1 boleh memuat turun aplikasi tersebut.
Ini merupakan berita baik untuk pengguna Samsung yang ingin mencari alternatif kepada Google Maps yang tidak memerlukan sambungan internet untuk dijalankan. Menggunakan aplikasi HERE Maps ini, ia membawakan sokongan peta dan juga navigasi serta pengguna turut boleh memuat-turun peta Malaysia untuk digunakan secara offline. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi HERE Maps ini daripada Galaxy Apps hari ini.

Pandalela Mahu Berehat, Pulih Kecederaan
KUALA LUMPUR – Atlet terjun negara, Pandelela Rinong Pamg akan berehat seketika daripada menyertai kejohanan untuk menjalani proses pemulihan selepas menyertai Grand Prix Terjun FINA hujung minggu ini.
“Mungkin selepas Grand Prix di sini, saya akan menjalani proses pemulihan. Sejak mengalami kecederaan saya tidak pernah menjalani
rehabilitasi dan terus menjalani latihan dan pergi bertanding,” katanya ketika ditemui selepas sidang media mengenai kejohanan berkenaan di sini, hari ini.
Malaysia akan menjadi penganjur edisi akhir siri Grand Prix Terjun FINA yang akan berlangsung dari 24 hingga 26 Okt di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.
Atlet elit berusia 21 tahun dari Bau, Sarawak itu mengalami kecederaan lutut kiri ketika menjalani latihan di Guangzhou, China, sebulan sebelum beraksi pada Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland, Ogos lepas.
“Saya tidak mahu katakan kecederaan yang saya alami ini menjadi penyebab saya tidak dapat beraksi dengan baik di Sukan Asia baru-baru ini.
“Sebagai atlet ada masanya kita tidak berada pada prestasi terbaik. Kadang-kala keputusan yang dikehendaki tidak dapat diperoleh,” katanya.
Pada temasya Sukan Komanwel, Pandelela sekadar meraih pingat perak dalam acara kegemarannya 10m platform individu dan pingat gangsa acara 10m platform seirama bersama Nur Dhabitah Sabri.
Di Sukan Asia Incheon, Korea Selatan bulan lepas, beliau memenangi pingat gangsa acara 10m platform seirama bergandingan dengan Leong Mun Yee.
Mengenai penyertaan pada edisi akhir Grand Prix Terjun FINA, Pandelela berkata beliau belum mengetahui acara yang bakal disertainya.
“Setakat ini, saya dan rakan lain hanya menjalani latihan di sini (Pusat Akuatik Nasional). Jumlah acara yang akan saya sertai akan ditentukan jurulatih nanti,” katanya.
Sebanyak 55 penerjun dari 11 negara akan mengambil bahagian dalam edisi akhir Grand Prix Terjun FINA, antaranya China, Amerika Syarikat, Kanada, Colombia dan Australia.
Indonesia menarik diri di saat akhir atas faktor kewangan. – BERNAMA
TOP
Elfira Roy Berpacaran Dengan Artis Seberang, Baim Wong?
MEDIA Indonesia melaporkan artis kita, Elfira Roy kini berpacaran dengan artis mereka, Baim Wong, memetik lapora Rotikaya.
Pasangan itu yang pernah berlakon bersama di telemovie ‘Untuk Terakhir’ dikatakan memang hangat bercinta, berdasarkan pengakuan Baim sendiri.
Ketika ditemui media Indonesia, pasangan Baim Wong,33 dan Elfira Loy,20 hadir ke majlis perkahwinan pasangan Raffi Ahmad dan Nagita Slavina di The Ritz Carlton, Jakarta hujung minggu lalu namun media di sana tidak sempat merakam gambar pasangan ini bersama. Wartawan tabloid NOVA bertemu Baim Wong di tempat letak kereta valet dan sempat bertanyakan tentang gadis yang dibawa bersama ke majlis perkahwinan itu. “Ada (pacar), dia orang Malaysia. Sudah kenal lama kok, empat tahun yang lalu. Namanya Elfira Loy. Dia di atas, lagi makan. Aku ke bawah cuma mau ketemuan sama orang kok, untuk kasih barang,”ujar Baim Wong seperti dilaporkan media Indonesia.
Sekitar Jun 2013 yang lalu, menerusi program TV Meletop, pasangan ini tampil seakan sepasang kekasih mesra di kaca televisyen selain aksi Baim Wong sendiri yang secara spontan dan berseloroh mengatakan sedang bercinta dengan Elfira Loy. Ketika itu Baim Wong hadir ke Malaysia untuk mempromosikan telemovie bersama Elfira Loy ‘Untuk Terakhir Kali’. Hari ini juga, Elfira Loy mengirimkan sekeping gambar beliau bersama Elfira Loy yang berjalan di sekitar Jakarta sempena perlantikan Presiden Indonesia yang baru, Joko Widodo. Dikatakan juga, Elfira Roy sudah bertemu dengan ahli keluarga Baim Wong dan disukai oleh ahli keluarganya. Kalau dah begitu, bila lagi nak naik pelamin ini? Tak sabar nak tengok… :-MYNEWSHUB.CC

Kerajaan Pulau Pinang Guna Pendekatan Baharu Atasi Banjir
GEORGETOWN – Semua pemaju projek pembangunan baharu di negeri ini disyaratkan untuk menaik taraf sistem saliran dan perparitan di sekitar kawasan projek mereka dalam usaha mengatasi masalah banjir di Pulau Pinang.
Itu antara pendekatan baharu kerajaan negeri bagi mengatasi dan menguruskan masalah banjir supaya ia dapat dikurangkan sehingga tahap minimum, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow.
“Pihak berkuasa tempatan akan mengawal pembangunan projek baharu dengan mengenakan syarat kepada pemaju untuk menaik taraf parit utama di sekeliling kawasan pembangunan mengikut Pelan Induk yang dijalankan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA),” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Sambil mengakui masalah banjir memang tidak dapat diatasi sepenuhnya oleh kerajaan negeri pimpinan DAP itu, beliau berkata Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sentiasa berusaha menjalankan projek mitigasi banjir bagi mengurangkan kesan banjir kilat dalam kawasan bandar.
Katanya, kerajaan negeri sudah membelanjakan sebanyak RM27 juta sejak 2008 hingga kini untuk melaksanakan beberapa projek tebatan banjir di Pulau Pinang.
Kon Yeow berkata bagi projek pembangunan baharu di luar kawasan bandar Georgetown, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan mengenakan syarat kepada pemaju untuk menaik taraf sistem saliran yang terbabit dengan pembangunan berkenaan.
Beliau berkata pemaju juga harus menaik taraf sistem saliran mengikut Panduan Manual Saliran Mesra Alam Malaysia (MSMA) dan Pelan Induk Saliran Daerah.
“Selain itu, kami juga sudah mengenal pasti punca berlakunya banjir kilat di negeri ini, antaranya curahan hujan yang tinggi iaitu melebihi 60 milimeter (mm) dalam tempoh singkat, kapasiti parit yang tidak mencukupi, kawasan rendah dan kesan air pasang,” katanya. – BERNAMA
TOP
Peronda Keselamatan Hadapi Tuduhan Culik
KUALA LUMPUR – Seorang peronda keselamatan warga tempatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menculik seorang pelajar kolej swasta warga Pakistan, Mei lepas.
Priyanta Dharmasena, 27, didakwa bersama seorang lagi rakannya yang masih bebas menculik pelajar lelaki berusia 20 tahun itu dengan melarikan dan mengurung mangsa di dalam sebuah kereta bagi mendapatkan wang tebusan RM2,000.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tepi Jalan Kasipillay off Jalan Ipoh di sini pada 12.30 tengah hari, 5 Mei lepas.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1962 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup, dan jika tidak dihukum mati boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.
Priyanta yang tidak diwakili peguam mengangguk kepala tanda faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa. Tiada sebarang pengakuan direkodkan.
Majistret Erry Shariman Nor Aripin memerintahkan kes itu dipindah ke Mahkamah Tinggi dan menetapkan 10 Nov ini sebagai tarikh sebutan.
Di mahkamah sama, seorang peniaga warga Bangladesh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melarikan seorang rakan senegara awal bulan ini.
Delwar Hossain, 35, dituduh bersama tiga lagi rakannya yang masih bebas melarikan pengurus syarikat, Md Fazlul Huq, 64, pada 4.30 petang, 1 Okt lepas.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pangsapuri Sri Jati 1, Jalan Puchong di sini, dan didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.
Peguam Fairis Arshad yang mewakili tertuduh memohon supaya anak guamnya diikat jamin namun permohonan itu ditolak Erry Shariman atas alasan kesalahan itu tidak boleh diikat jamin.
Erry Shariman menetapkan 28 Okt untuk tarikh sebutan kes.
Kedua-dua pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa. – BERNAMA
TOP
Lihatlah Wajah Miss Universe 1965 Selepas 50 Tahun.
Melihat wajah jelitawan ini selepas 50 tahun pasti membuatkan anda tergamam dan terkesima.
Ini kerana wajahnya masih sama malah kulitnya tampak muda dan anjal pada usianya kini, 67 tahun.
Apasra Hongsakula menjadi perhatian umum selepas memenangi ‘title’ Miss Universe pada tahun 1965, buat kali pertama dari Thailand. Kini, gambarnya menjadi viral dalam media sosial kerana ramai tidak menyangka pada usia sekarang dia kelihatan masih muda dan tidak jauh beza semenjak anugerah yang dimenangi 50 tahun lalu.
Namun dengarnya, bagi mengekalkan kemudaan wajah dia melakukan pelbagai rawatan anti-penuaan berjumlah 2.5 juta Baht (RM 253,289) Bagaimanapun, pengurus kepada Apasra menafikan khabar angin tersebut dan memberitahu wajahnya adalah asli dan hanya rambutnya sahaja diluruskan dan mungkin itu jadi penyebab ratu cantik itu kelihatan muda. Ye ke.. korang rasa boleh percaya? - MYNEWSHUB.CC

Beberapa Negara Komited Kongsi Maklumat PPP
PUTRAJAYA – Malaysia bersedia menyumbang idea dan pengalaman menjayakan sistem Perkongsian Awam-Swasta (PPP) dengan negara anggota Komanwel, di samping melakukan pembaharuan berdasarkan perkongsian pengalaman dengan negara yang lebih terkehadapan.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata beberapa negara seperti Kanada, Australia dan New Zealand telah menyatakan hasrat untuk bersama-sama Malaysia dalam berkongsi kejayaan PPP masing-masing dengan negara Komanwel yang lain.
Presiden Pertubuhan Komanwel Bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) itu berkata negara seperti Kenya dan Ghana berminat untuk belajar daripada Malaysia serta mendapatkan bantuan kepakaran negara dalam PPP terutamanya bidang infrastruktur.
“Malaysia mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam urusan kerjasama antara awam dan swasta, malah negara akan berusaha memperkenalkan beberapa konsep transformasi yang digunakan di Malaysia … tambahan pula pada masa ini kita lihat permintaan anggota CAPAM adalah lebih kepada keupayaan Malaysia dalam PPP.
“Mereka memerlukan kepakaran Malaysia untuk menangani isu-isu strategik bagi kebaikan negara masing-masing … dalam masa sama negara seperti
Kanada, Australia dan New Zealand turut ingin terlibat dalam perkongsian maklumat mengenai PPP,” katanya dalam temu bual eksklusif di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Ali berkata banyak negara menghadapi isu kelembapan terutamanya daripada segi pelaksanaan infrastruktur, justeru mereka amat memerlukan inisiatif antaranya untuk mengurangkan perbelanjaan awam melalui PPP.
“Terdapat beberapa cara … bukan mudah untuk terus menerima pakai model negara lain, tetapi mereka perlu melihat kepada keadaan di negara mereka, dari segi kapasiti ekonomi, keupayaan dan juga respons.
“Ia perlu membawa kepada keadaan menang-menang, kerajaan tidak menanggung semua kerugian kerana pada asasnya kami berkongsi risiko tetapi sudah pasti sektor swasta akan dapat lebih banyak faedah,” katanya.
Ali berkata dalam masa sama, Malaysia turut mengambil peluang untuk menambah baik sistem PPP yang digunakan dengan mengkaji modul yang digunakan oleh Kanada, Australia dan New Zealand.
“Mungkin ada beberapa perkara yang perlu kita boleh dapatkan lebih banyak penjelasan dan meneliti dengan lebih mendalam, sebelum ia boleh diadaptasi di Malaysia,” katanya.
Beliau berkata negara-negara Komanwel optimis untuk mempertingkatkan hubungan PPP di negara masing-masing dan untuk permulaan, Malaysia mewujudkan Pusat Kecemerlangan, iaitu CAPAM atau mana-mana negara Komanwel boleh mengadakan kerjasama berkaitan dengan PPP.
Ali, yang sebelum itu mempengerusikan mesyuarat pertama Lembaga Pengarah CAPAM yang baharu, berkata badan itu bertekad membawa pembaharuan dan penambahbaikan yang lebih positif untuk penggal 2014 hingga 2016.
“Dalam mesyuarat itu antara bidang yang kita tekankan termasuklah menambah ‘networking’ bagi memperkenalkan CAPAM dengan seluasnya, di mana ahli-ahli lembaga yang merupakan ketua perkhidmatan awam di negara masing-masing apabila bertemu dengan rakan-rakan di luar negara, juga bertindak sebagai duta CAPAM,” katanya.
Ali berkata mesyuarat itu turut membincangkan mengenai permintaan beberapa agensi antarabangsa untuk bekerjasama dengan CAPAM termasuk Bank Dunia serta Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNDP) seperti bergabung dalam penganjuran beberapa program.
CAPAM 2014 yang dianjurkan dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Sekretariat Komanwel, bertemakan ‘Transformasi Perkhidmatan Awam: Suatu Bicara Baharu’. Ia berlangsung selama tiga hari di PICC dan akan berakhir esok. – BERNAMA
TOP
Volt Buckle: Tali Pinggang Merangkap Pengecas Peranti
Oppo Find 7, Galaxy Note 4 dan Nexus 6 ialah tiga peranti dengan sistem pengecasan pantas.
Peranti dapat dicas sehingga penuh dalam masa kurang daripada satu jam dengan menggunakan teknologi tersebut.
Kami percaya suatu hari nanti pengecasan pantas akan menjadi fungsi yang wajib ada pada setiap jenama peranti pintar.
Namun sementara menanti impian jadi realiti, kita masih memerlukan pengecas biasa untuk mengecas peranti yang kehabisan bateri.
Penyelesaian yang biasa dilakukan ialah membawa pengecas atau powerbank ke mana-mana sahaja dalam beg.
Ini bukanlah penyelesaian terbaik kerana bagi kaum lelaki, membawa beg tidak berapa praktikal lebih-lebih lagi ketika mengunjungi pusat beli belah.
Oleh itu jika mahu membawa pengecas tanpa memerlukan beg, anda boleh menggunakan Volt Buckle. Ia merupakan tali pinggang yang mempunyai pengecas peranti terbina. Kepala tali pinggang ini adalah sebuah pengecas yang boleh ditanggalkan apabila diperlukan ketika kecemasan, walau sekilas pandang ia langsung tidak kelihatan seperti sebuah pengecas peranti. Nyata, ini satu idea fesyen hibrid yang menarik. – mynewshub.cc Sumber: Gadgeteer

Biar ROS Buat Keputusan – Dr Subramaniam
JOHOR BAHRU – MIC menyerahkan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membuat keputusan sama ada parti perlu mengadakan pemilihan baharu berikutan dakwaan berlakunya penyelewengan pilihan raya parti pada November tahun lalu.
Timbalan Presiden Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata ROS kini sedang menyiasat dakwaan tersebut.
Tambahnya, beberapa ahli parti yang tidak berpuas hati telah menghantar memorandum mengenai perkara itu kepadanya di satu tempat kira-kira pertengahan tahun lalu dan ia telah dikemukakan kepada presiden parti Datuk Seri G. Palanivel.
“Jika ROS menentukan bahawa tidak akan ada pemilihan semula, semua orang harus menerima keputusan itu.
“Jika ia memutuskan sebaliknya, maka kita akan melihat kembali perkara itu,” katanya selepas melawat bazar Deepavali Johor Baru di sini, Ahad.
Komen Dr Subramaniam menyusul ekoran laporan bahawa sekumpulan ahli MIC telah berkumpul di bangunan Perdana Putra di Putrajaya pada Khamis untuk menyerahkan memorandum mengenai isu itu kepada pegawai di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Dalam Negeri.
Memorandum itu mempersoalkan kelewatan ROS ‘dalam menyelesaikan sesuatu dakwaan, termasuk kononnya terdapat perbezaan dalam bilangan perwakilan pada perhimpunan agung parti dan undi dalam pemilihan jawatan.
Dalam perkembangan lain, Dr Subramaniam menyambut baik peruntukan RM160 juta untuk masyarakat India dalam Bajet 2015.
Peruntukan itu termasuk RM50 juta untuk pembangunan, penyelenggaraan dan menaik taraf sekolah-sekolah Tamil di seluruh negara.
Berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk peruntukan itu, Dr Subramaniam berkata kira-kira RM650 juta telah diberikan kepada 532 sekolah Tamil sejak enam tahun yang lalu. – mStar Online
TOP
5 Kakitangan Awam, Pesara Dituduh Rasuah
BUTTERWORTH – Lima penjawat awam dan seorang pesara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tuduhan meminta dan memperoleh suapan berjumlah antara RM250 hingga RM1,500 dari tahun 2013 dan 2014.
Tertuduh, Mohd Yusob Md Rodzi, 48; Amran Che Amin, 38; Alias Md Yusof, 47; Shahirul Abdul Hamid, 40; Nor Roslan Che Ros, 53 dan Muhd Pakhri Hassan, 54, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Yulie Lack.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Yulie kemudiannya membenarkan semua tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan 19 November ini sebagai tarikh sebutan kes.
Hanya dua tertuduh, iaitu Shahirul dan Muhd Pakhri diwakili peguam manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Firdaus Abdullah dan Ahmad Ghazali Mohd Nazri. - BH Online
TOP
Rossi Teruja Mahu Menang Lagi Di Sepang Minggu Ini
PHILLIP ISLAND – Valentino Rossi memiliki sedikit kelebihan ke atas rakan sepasukan Yamaha, Jorge Lorenzo untuk perebutan tempat kedua dalam kejuaraan dunia ketika musim MotoGP menuju ke Grand Prix Malaysia, hujung minggu ini.
Rossi menguatkan peluangnya untuk menjadi naib juara di belakang juara dunia, Marc Marquez untuk tahun ini selepas kejayaan di GP Australia, semalam.
Legenda Itali itu yang berusia 35 tahun – penunggang tertua dalam MotoGP – sudah memenangi enam perlumbaan perdana di Malaysia dan teruja mahu menambah rekod itu minggu ini.
“Saya cintai Sepang. Ini adalah antara gelanggang kegemaran tetapi perlumbaan di sini amat sukar dan juga secara fizikal kerana ia terlalu panas untuk perlumbaan MotoGP,” katanya.
Rossi menang MotoGP Australia yang pertama sejak sembilan tahun selepas Marquez terbabas ketika mendahului selesa menunggang Repsol Honda pada pusingan ke-19 daripada jumlah 27 pusingan itu.
Dia mengatasi Lorenzo dengan lebih 10 saat untuk mendahului rakannya itu dengan lapan mata. – AFP
TOP
Wajah Menyeramkan… Ini Manusia Ke Syaitan ?
MEXICO – Manusia syaitan. Ia bukan satu topeng muka sebaliknya adalah wajah Caim Mortis, 42, yang merupakan seorang DJ.
Meskipun wajah dan badannya menggerun serta menyeramkan, namun dia bangga kerana berbeza dengan orang lain.
Mortis menghabiskan masa selama 11 tahun untuk mengubahsuai mukanya termasuk mencacah bola mata menjadi hitam, memasukkan implan tanduk dan menindik subang di wajah.
Wajah menyeramkan ini juga menyebabkan Mortis yang berasal dari Colombia, dihalau oleh keluarganya.
“Apabila orang memandang saya, mereka akan terkejut.
“Perkara pertama mereka akan tanya ialah sama ada ia menyakitkan atau siapa yang mencacah tatu pada badan saya,’’ katanya.
Menurut manusia pelik ini, pengubahsuaian badan yang dilakukannya merupakan sesuatu yang unik dan berbeza berbanding orang lain di dunia ini.
“Pengubahsuaian badan ini telah lama diamalkan dan ia bukan satu fesyen seperti disangka oleh orang ramai selama ini,’’ katanya.-mynewsub
TOP
Budak Dibelasah Hingga Mati Kerana Kencing Dalam Seluar
NEW YORK – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati selepas dia dibelasah oleh teman lelaki ibunya hanya kerana dia kencing dalam seluar secara tidak sengaja.
Selain ditumbuk, Jeida Torres turut dicekik oleh kekasih ibunya, Kelsey Smith yang hanya berusia 20 tahun.
Ketika itu, ibunya, Kimberly Torres keluar bekerja, maka Jeida dan abangnya, Andrew, yang berusia lima tahun dijaga oleh Smith.
Jeida dikejarkan ke Hospital Wyckoff akibat kecederaan di kepala dan badan kecilnya itu namun kanak-kanak malang itu gagal diselamatkan.
Sementara Andrew pula mengalami kesan lebam. Namun dia berada dalam keadaan stabil.
Manakala Smith, yang mempunyai rekod jenayah lampau, cuba membunuh diri namun gagal.
Dia juga melarikan diri dari apartmen yang diduduki kekasihnya itu dan berjata ditangkap di Queens.
Dalam pada itu, jiran-jiran memberitahu pasangan itu sering bergaduh sejak dua minggu lalu.-mynewsub
TOP
Mesin Dispenser Air Lucah Jadi Tarikan Parti Bujang
TOKYO– Ia merupakan satu pemandangan yang menjelikkan. Apa tidaknya payu dara patung dijadikan sebagai mesin dispenser minuman.
Untuk mendapatkan air, hanya perah payu dara patung tersebut dan ia kini terkenal di Jepun terutama ketika penganjuran parti bujang.
Patung mesin dispenser ini berharga $5,000 dolar. Ia dikatakan boleh diperolehi di Amerika Syarikat tidak lama lagi. Mesin ini memang mengganggu pemandangan dan dalam masa sama perbuatan memicit payu dara patung itu untuk mendapatkan air merupakan satu perbuatan lucah.-mynewsub

Real Buru Kemenangan, Liverpool Tekad Kekal Rekod
LONDON – Dua pasukan terhebat benua yang menjuarai Piala Eropah 15 kali sesama mereka akan kembali bertembung semula di Anfield, Rabu ini dengan Liverpool bertekad mahu mengekalkan rekod 100 peratus ke atas Real Madrid.
Perlawanan peringkat kumpulan, Liga Juara-Juara ini harus menjadi perhatian ramai ketika Barcelona bakal menentang Ajax Amsterdam dalam satu lagi saingan menarik membabitkan dua pasukan yang sudah menjulang trofi terbesar benua itu lapan kali sesama mereka.
Perlawanan antara AS Roma dan Bayern Munich di Rome juga satu pertarungan heavyweight untuk memberi Francesco Totti satu lagi peluang mengatasi rekodnya sendiri selaku pemain tertua menjaringkan gol di kejohanan.
Real – juara bertahan benua – sudah kalah tiga perlawanan ketika menentang Liverpool iaitu pada 1981 apabila Liverpool menang 1-0 dalam final Piala Eropah.
Kemudian The Reds mengatasi lawan 1-0 di Paris serta kemenangan 4-0 dan 1-0 dalam kelompok 16 terakhir Liga juara-Juara pada 2009.
Namun, senario berbeza kali ini dengan Real berada pada prestasi memuncak dengan sentuhan berbisa Cristiano Ronaldo dengan memenangi tujuh perlawanan terakhir mereka, termasuk kemenangan 5-0 ke atas Levante dalam La Liga, Sabtu lalu. – Reuters
TOP
TERKINI: TMJ Pilih Gadis Gombak Sebagai Pasangan Hidup
TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 30, memilih gadis dari Gombak, Selangor, Cik Khaleeda Bustaman, 21, sebagai suri hatinya.
Istiadat pertunangan dijadualkan berlangsung di Istana Bukit Serene, jam 10 pagi Jumaat ini.
“Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan menghadiahkan tujuh barangan kepada pihak perempuan, manakala pihak keluarga perempuan pula akan membalas dengan sembilan barangan,” kata Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli pada sidang media di Bukit Timbalan, pagi tadi.
Istiadat pernikahan dikendalikan Mufti Johor Datuk Tahrir Samsuddin.
Hanya kerabat dan keluarga terdekat kedua-dua pasangan dijemput menghadiri istiadat pertunangan dan pernikahan pasangan ini.
Manakala istiadat persandingan Tunku Mahkota Johor dengan Cik Khaleeda akan diadakan di Istana Besar, Johor Baharu pada 7.30 malam, 8 November depan.
Istiadat merisik telah pun berlangsung pada 27 September lalu dengan rombongan diraja diketuai Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.
Cik Khaleeda akan dikurniakan gelaran Che Puan, isteri kepada Tunku Mahkota Johor selepas istiadat pernikahan itu, menurut Abdul Rahim. Cik Khaleeda dilahirkan pada 16 Julai 1993 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu daripada lima beradik kepada pasangan Bustamam Daud dan Aziyah Abdul Aziz. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Gombak daripada 2000 hingga 2003, sebelum meneruskan pendidikan awalnya di Sekolah St. George’s Hanover Square, London pada 2003 hingga 2004. Cik Khaleeda seterusnya melanjutkan persekolahan menengahnya di Westminster Academy London pada September 2004 hingga Julai 2008 dan di Sekolah Sri Utama, Kuala Lumpur sekembalinya ke Malaysia pada 2010. Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor juga mengumumkan istiadat persandingan bakal berlangsung secara sederhana tetapi penuh istiadat diraja Johor dan ketenteraan, dengan jangkaan kehadiran kira-kira 1,200 jemputan dari dalam dan luar negara.
Antara tetamu kehormat yang akan menghadiri istiadat kelak termasuk Sultan Brunei, Sultan Pahang, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Perdana Menteri Singapura serta barisan exco dan anggota Dewan Undangan Negeri Johor. Menurut Abdul Rahim tiada liputan media bagi istiadat berkenaan. Tunku Mahkota Johor diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Baharu dan merupakan putera sulung daripada enam beradik kepada Sultan Johor dan Raja Zarith Sofia. Baginda mendapat pendidikan awal di Johor Baharu sebelum melanjutkan pendidikan di Australian International School, Singapura pada 1999 dan Hale School di Perth, Australia. Kemudian, Tunku Ismail menjalani latihan ketenteraan di India Military College di Dehradun, India dan ditauliahkan pangkat Leftenan pada 2004. Baginda pernah menempa sejarah apabila menjadi rakyat asing pertama mengetuai Rejimen Berkuda Tentera India memberi tabik hormat kepada Presiden India, A.P.J Abdul Kalam sempena sambutan Hari Kebangsaan India ke-58 pada 20 Januari 2007. - MYNEWSHUB.CC

Pengawal Keselamatan Didakwa Dera Anak Perempuan
MELAKA – Seorang pengawal keselamatan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mendera anak perempuannya berusia tujuh tahun, bulan lepas.
Abdul Mutalib Sivakumar Abdullah, 36, didakwa menganiaya Nurul Farhana Abdul Mutalib, 7, menyebabkan anaknya itu mengalami kecederaan fizikal di seluruh badan.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di rumah beralamat T/P 8365, Batu 1/2, Paya Rumput di sini pada pukul 7.15 petang, 29 Sept lepas.
Turut didakwa atas kesalahan sama dan di mahkamah yang sama, ibu tiri mangsa, Nurul Najwa Abdullah, 31, yang didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 8.30 malam di tempat dan tarikh yang sama.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 3(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Majistret Mohd Firdaus Saleh membenarkan semua tertuduh diikat jamin masing-masing sebanyak RM3,500 berserta seorang penjamin dan menetapkan 25 Nov depan untuk sebutan semula kedua-dua kes tersebut.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashraf Abd Hamid manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA
TOP
Acara Pegang Anjing, Minum Arak, Semudah Itu Islam Dimainkan?
SEBELUM ini ramai pihak terutama umat Islam berasa terpukul dengan “October Fest” namun secara tiba-tiba isu pesta minum arak ini terus sunyi, digantikan pula dengan acara “I Want To Touch A Dog”.
Secara jujurnya, apakah motif penganjuran acara-acara seumpama ini pada masyarakat kita.
Selama ini setelah hidup berpuluh-puluh tahun dalam suasana majmuk dan harmoni, penganjuran acara-acara seperti ini bak jarum yang halus, mencucuk perlahan-lahan ke dalam masyarakat, maaf dikatakan ia hanyalah agenda untuk memecah belahkan perpaduan sedia ada.
Tidak perlu dicanangkan mengapa arak dan anjing tidak boleh bagi masyarakat Islam.
Waima kamu berbangsa Hindu, Budha, Kristian dan menetap di Malaysia, dari zaman nenek moyang kita, sudah sedia maklum dan saling hormat menghormati pegangan agama antara satu sama lain. Apa, terlalu berat sangatkah untuk menghormati prinsip dan ajaran agama masing-masing?
Menyentuh penganjuran ‘nak sentuh anjing’ kononnya untuk menghilangkan rasa takut pada makhluk Allah yang satu ini, mungkin yang menyertainya kurang cerdik, kurang agama, terpedaya ataupun ingin ‘feeling’ moden sedikit dengan budaya bela anjing.
Maklumlah, kebelakangan ini ramai selebriti yang dah berani ‘expose’ kan anjing ‘as best friend’, tanpa disedari ramailah anak remaja kita yang heboh nak meniru. Iyer, memang bangsa kita gemar meniru budaya orang. Itu tak dapat dinafikan!
Program ini mendapat respon balas dari ramai ahli agama yang menganggap penganjurannya mampu mencipta fitnah, kekacauan dan kekeliruan.
Benar, ada mazhab menyatakan tubuh anjing bukan najis jika tidak terdapat air liur atau najis pada tubuh binatang itu (najis mughallazah) tapi kita harus menghormati pegangan rakyat Malaysia yang berpegang kepada Mazhab Syafie. Mengapa penganjur tidak merujuk dulu kepada alim ulama untuk menganjurkan program ini? Apakah motifnya?
Jika ingin diulas terlalu panjang berjela kenapa program ‘sentuh anjing’ ataupun ‘pesta minum arak’ sememangnya tidak boleh dan tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Bukankah sekarang zaman maklumat di hujung jari, terlalu mudah untuk mendapatkan sesuatu info mahupun berhubung dengan para cerdik pandai sesuatu bidang (jika mahu) kecuali ada agenda tersembunyi.
Hari ini mungkin sentuh saja, esok lusa nak bela pula. Hari ini mungkin tengok saja pesta mabuk, esok lusa anak-anak kita terpedaya dan mahu cuba!
Benarlah, jika ini agenda halus puak-puak yang tidak diketahui siapa mereka itu, maka umat Islam sendiri yang perlu mengukuhkan jati diri dan pegangan agama serta melengkapkan segala ilmu di dada.
Hanya dengan asas agama yang kuat, itu saja yang mampu menjadi pendinding dan benteng dari melihat agama, bangsa dan negara kita terus dicuit dan diusik.
Kita lihat selepas ini, apa pula agenda seterusnya? Dan ketika itu, masih kukuhkah pegangan dan jati diri bangsa kita, agama kita? Tunggu… - MYNEWSHUB.CC
TOP
Parlimen Australia Tarik Balik Larangan Burqa
CANBERRA – Parlimen Australia hari ini menarik balik larangan menutup muka, termasuk burqa dan niqab selepas campur tangan Perdana Menteri, Tony Abbott.
Awal bulan ini, jabatan kerajaan yang mengendalikan urusan di Parlimen mengumumkan bahawa wanita yang menutup muka tidak lagi dibenarkan berada di galeri terbuka di Dewan Rakyat atau Senat.
Sebaliknya, mereka diarah ke galeri yang selalunya disediakan untuk kanak-kanak sekolah yang membuat bising, di mana terdapat cermin kalis bunyi.
Pengumuman pada 2 Oktober itu dibuat beberapa jam sebelum sidang terakhir sesi dua minggu lalu namun larangan itu dilaporkan tidak memberi apa-apa kesan.
Namun, beberapa jam sebelum bermula sesi baharu Parlimen hari ini, Jabatan Perkhidmatan Parlimen atau DPS dalam satu kenyataan berkata, mereka yang menutup muka dibenarkan di semua tempat awam di bangunan Parlimen.
Katanya, pakaian yang menutup muka perlu dibuka sementara ketika melalui pusat pemeriksaan keselamatan di pintu hadapan agar kakitangan dapat mengenal pasti orang yang dilarang memasuki Parlimen atau yang diketahui boleh menimbulkan risiko keselamatan.
Larangan terhadap penutupan muka di galeri awam dikecam dengan meluas sebagai tindakan bagi mengasingkan wanita Muslim dan boleh melanggar undang-undang anti diskriminasi persekutuan.
Abbott kemudian menjelaskan beliau tidak dimaklumkan terlebih dulu mengenai larangan itu dan meminta Speaker, Bronwyn Bishop memikir semula keputusan itu.
Larangan itu dikuatkuasakan dengan kebenaran Bishop, yang sebelum ini pernah berkempen bagi larangan pemakaian skaf di sekolah kerajaan, yang juga disokong oleh Presiden Senat, Stephen Parry.
Pihak pembangkang mengalu-alukan penarikan balik ‘larangan burqa’ itu dan mahukan penjelasan diberikan kenapa ia dikuatkuasakan.
“Pada 2014 selama dua minggu, dasar rasmi Parlimen Australia adalah mengamalkan pengasingan dan kita perlu memastikan ia tidak berlaku lagi,” kata ahli parlimen pembangkang, Tony Burke.
Abbott hari ini berada di Jakarta bagi upacara mengangkat sumpah Presiden baharu Indonesia, Joko Widodo. – AP
TOP
Daripada Sentuh Anjing Baik Belai Anak Yatim – Pemuda PAS
PETALING JAYA – Timbalan Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalid Abd Hadi berkata adalah lebih baik jika umat Islam berkempen untuk perkara-perkara lain selain kempen ‘menyentuh anjing’.
“Daripada berkempen menyentuh anjing, adalah lebih baik jika mereka berkempen tentang penjagaan anak yatim.
“Nabi Muhammad pernah berkata bahawa sesiapa sahaja yang membelai kepala anak yatim akan menerima banyak ganjaran untuk setiap helai rambut yang dibelai.
“Daripada belajar tentang bagaimana kita harus mengusap anjing, apa kata kita belajar bagaimana untuk membersihkan kaki kita semasa berwuduk tanpa perlu membuka lapisan pakaian,” kata Khalil, anak kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan, Selasa.
Mencadangkan bahawa acara ‘menyentuh anjing’ pada Ahad adalah cara bagi rakyat Malaysia untuk meredakan tekanan daripada masalah seperti kenaikan harga bahan bakar, Khalil berkata umat Islam hendaklah terlebih dahulu belajar bagaimana untuk memegang dan mencium batu Hajar Aswad di Kaabah sebelum mereka berfikir tentang bagaimana untuk membelai anjing.
“Ada satu kejadian berkaitan anjing peliharaan di dalam Al-Quran. Pelajaran daripadanya ialah, bukan untuk kita memiliki anjing sebagai haiwan peliharaan, tetapi bagi kita mengakui bahawa anjing juga memainkan peranan yang penting dalam perjuangan Islam.”
Beliau menambah, penglibatan umat Islam dengan anjing adalah setakat memberi makan ketika lapar dan tidak mencederakannya kerana kerana haiwan itu berhak dianggap sebagai salah satu ciptaan Allah. - mStar Online
TOP
VIDEO: Kisah Ibu Yang Berlari 20KM Setiap Hari Demi Anaknya
Video yang berdurasi 4.26 minit ini pasti akan menyentuh hati sesiapa sahaja.
Ia berdasarkan kisah benar seorang ibu di China bernama Wang Shuan Li, berusaha untuk menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram hanya dalam masa tiga bulan. Dia berbuat demikian berikutan nasihat doktor itu adalah syarat jika mahu mendermakan buah pinggang kepada satu-satu anaknya, Dong Wei yang disahkan menghidap Uremia (kegagalan buah pinggang berfungsi).
Wang Chuanli bersama anaknya Dong Wei sebelum pembedahan dijalankan
Setiap pagi, Shuan Li akan berlari sejauh 20 kilometer, melakukan senaman ekstrim dan menjaga pemakanan demi memberi ‘hadiah’ terbaik yang boleh disumbangkan seorang ibu kepada anaknya. Kami pasti, video pendek kisah Shuan Li ini akan membuatkan anda lebih menghargai kasih sayang seorang ibu… – MYNEWSHUB

Jakim Siasat Program ‘I Want To Touch A Dog’
KUALA TERENGGANU – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung penganjuran acara ‘I Want To Touch A Dog’ (Saya Mahu Sentuh Anjing) yang berlangsung di Central Park, One Utama dekat Petaling Jaya, petang semalam.
Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata program itu tidak sepatutnya berlaku dan pihaknya kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak npenganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti umat Islam di negara ini.
Katanya, Islam di Malaysia yang berpegang teguh kepada Mazhab Syafie sudah jelas memperincikan bahawa anjing dan babi itu tergolong dalam najis mughallazah (berat).
“Acara itu tidak pernah dianjurkan sebelum ini dan ia merupakan kali pertama didedahkan kepada masyarakat, kita orang Islam dan agama sudah menetapkan dengan jelas hukum berkaitan anjing.
“Jakim akan segera menyiasat perkara ini dan sebarang tindakan akan dirujuk pada peruntukan-peruntukan yang ada,” katanya kepada pemberita mengulas penganjuran program itu yang mendapat sambutan luar biasa daripada kalangan umat Islam di sekitar ibu kota, semalam.
Othman ditemui media selepas merasmikan Multaqa Pengetua Sekolah Agama peringkat kebangsaan di sini, malam tadi.
Beliau turut menasihatkan umat Islam agar melihat semula dan mendapatkan pandangan ulama mahupun ustaz sama ada apa yang dilakukan mereka dengan menyentuh, memeluk dan mendukung anjing itu betul dari segi agama dan selaras dengan tuntutan Islam.
Penganjuran program ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’ oleh Syed Azmi Alhabshi yang bertujuan membantu orang ramai terutama masyarakat Islam untuk mengatasi rasa takut mereka terhadap anjing.
Program selama dua jam bermula 8 pagi hingga 10 pagi itu dibanjiri ratusan umat Islam bagi memberi peluang kepada mereka untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan.
Sementara itu, ketika ditanya tentang kehadiran seorang ustaz di samping dua individu lain dalam forum mini bagi menjawab pertanyaan dan kemusyiklan berkaitan anjing dalam acara tersebut, Othman berkata pihaknya akan turut menyiasat kelayakan agama lelaki berkenaan.
“Buat masa ini, kita tidak dapat maklumat lengkap sama ada betul atau tidak individu itu ustaz, sekarang ini siapa-siapa yang pakai songkok (berpenampilan alim) pun sudah boleh jadi ustaz,” katanya. – BERNAMA
TOP
Program “I Want To Touch A Dog” Menghina Islam – Tuan Asmawi
Perbuatan segelintir pihak menganjurkan program “I want to touch a dog” di Selangor semalam sebenarnya boleh diambil tindakan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atas kesalahan menghina agama.
Pendakwah, Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar berkata pihak berkuasa agama mesti bertindak tegas untuk menghalang program sedemikian demi menjaga kesucian umat Islam.
“Selain melanggar tata susila masyarakat Melayu, ia memberi gambaran bahawa pihak berkuasa khususnya yang memegang amanah agama begitu longgar dalam menjulang kesucian agama Islam,” katanya ketika dihubungi oleh Mynewshub hari ini.
Tambah Ustaz Tuan Asmawi, tindakan penganjur menggunakan pendekatan tidak berdosa untuk seseorang Muslim menyentuh anjing adalah salah kerana bukan peranan mereka menentukan dosa atau pahala.
“Kita kena ingat bahawa yang meletakkan dosa dan pahala, haram atau halal itu bukannya manusia, tetapi ia adalah tetapan hukum Feqah,” kata beliau.
Sementara itu, Bekas Mufti Johor Datuk Nooh Gadut menyifatkan program “I want to touch a dog” yang diadakan di Selangor dan dianjurkan oleh umat Islam semalam adalah percubaan untuk menghina para ulama dan pihak berkuasa agama di negara ini.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor itu berkata, adalah haram untuk seorang Muslim sengaja menyentuh anjing tanpa sebab kerana haiwan itu dikategorikan dalam najis berat menurut ajaran mazhab Imam Shafie dan Hanbali.
“Jangan cuba memulakan budaya yang bertentangan dengan Islam dan mazhab Imam Shafie, khususnya apabila ia mempunyai elemen menghina ulama di negara ini,” katanya, memetik laporan Berita Harian.
Menurut Nooh, perbuatan itu diharamkan kerana tiga sebab iaitu agama, kesihatan dan budaya yang bertentangan dengan Islam.
“Perlu diingat, rakyat Malaysia merupakan umat Muslim yang mengikut mazhab Imam Shafie,” katanya.
Menurut laporan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah pun mewartakan pada Oktober tahun lepas bahawa haram bagi umat Islam menyentuh anjing yang kering tanpa darurat.
Program ‘I Want To Touch A Dog’ yang dianjurkan semalam dikatakan mendapat sambutan hangat dalam kalangan umat Islam yang hadir kerana ingin menyentuh anjing. Pelbagai jenis anjing disediakan untuk disentuh antaranya husky, German Sheperd, Doberman, Golden Retriever dan Poodle. Dikatakan dalam program berkenaan, seorang ustaz iaitu Ustaz Mohd Iqbal Parjin turut memberikan ceramah mengenai soal menyentuh anjing dalam Islam. “Anjing juga makhluk tuhan, kita perlu mengatasi mentaliti melihat haiwan itu sebagai makhluk yang menyakitkan hati tapi pada masa sama tahu batasan untuk menyentuhnya,” demikian antara inti pati ucapan ustaz itu yang dilaporkan. – MYNEWSHUB

Polis Marin Rampas Rokok Putih RM10.9 Juta Di Tawau
TAWAU – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas kira-kira 532,500 bungkus rokok putih dianggarkan bernilai RM10.9 juta dalam Ops Paradise di kawasan perairan Ice Box, dekat sini, Jumaat lalu.
Semua rokok terbabit dirampas susulan pemeriksaan ke atas sebuah kapal dagang tukar barang yang dalam perjalanan ke Filipina, kira-kira jam 5.50 petang.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata operasi berkenaan dijalankan hasil risikan dan pemantauan PPM Tawau di perairan berkenaan dan rampasan itu juga adalah yang terbesar tahun ini.
“PPM turut menahan seorang juragan dan dua awak-awak dalam bot berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) (e) Akta Kastam 1967 iaitu membawa atau memunggah barangan yang belum lulus cukai Jabatan kastam Diraja Malaysia (JKDM). – BH Online
TOP
Mayat Nelayan Cuba Selamat Bot Hanyut Tersangkut Di Jaring
Jasin – Mayat nelayan yang terjun dari kelong semalam untuk menyelamatkan botnya yang hanyut dari Jeti Nelayan Pantai Siring, Serkam di sini ditemui hari ini.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau Masri Ibrahim berkata, mayat Ibrahim Mat, 51, ditemui jam 9.23 pagi tersangkut pada jaring kira-kira 500 meter dari kelong tersebut.
“Mayat mangsa ditemui nelayan yang turut serta membantu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dimulakan jam 8 pagi tadi.
“Mayatnya dibawa ke jeti sebelum dihantar ke Hospital Melaka dan justeru itu operasi SAR ditamatkan jam 9.30 pagi,” katanya ketika dihubungi.
Difahamkan mangsa terjun dari kelong kira-kira jam 8.30 malam tadi untuk menyelamatkan botnya yang hanyut kira-kira satu kilometer dari jeti. – myMetro Online
TOP
Waspada Tabung Derma Masjid Palsu Di Kedai Makan
Abdul Radzi menunjukkan tabung masjid palsu yang diletakkan di sebuah kedai dekat Kampung Pandan 2 di sini. Abdul Radzi menunjukkan tabung masjid palsu yang diletakkan di sebuah kedai dekat Kampung Pandan 2 di sini.
KUANTAN – Penduduk sekitar Kampung Pandan dinasihatkan agar berwaspada dengan kewujudan tabung derma masjid palsu yang diletakkan di sebuah kedai makan di sini. Ketua Kampung Pandan 2, Abdul Radzi Ahmad berkata, hasil makluman orang kampung, tabung yang tertulis perkataan ‘DERMA MASJID KG PANDAN 3′ tersebut mencurigakan kerana Masjid Kampung Pandan 3 tidak wujud. Menurutnya, dia lantas menghubungi nombor telefon yang tertera pada tabung itu, bagaimanapun tidak berjawab. “Tidak syak lagi tabung ini tabung palsu digunakan individu bagi meraih keuntungan peribadi. “Sebelum ini, ada yang tidak perasan dan terus menyumbangkan duit ke dalam tabung untuk membantu pengurusan masjid. “Setiap pagi ada seseorang yang akan meletakkan tabung tersebut di kedai makan itu, dan sebelah petang akan mengambil semula. Begitulah rutin harian sehingga ada pihak yang curiga,” katanya. Abdul Radzi berkata, tidak mustahil individu tersebut boleh meraih pendapatan RM100 sehari dengan meletakkan tabung tersebut di kedai. Beliau bagaimanapun menasihatkan orang ramai supaya memaklumkan perkara ini kepada pihaknya untuk tindakan lanjut jika terlihat insiden yang sama. “Laporan polis akan dibuat tidak lama lagi bagi mengesan individu tidak bertanggungjawab agar tiada lagi tertipu dengan kewujudan tabung palsu itu. “Saya kesal apabila nama masjid diletakkan untuk kepentingan sendiri walhal, masjid tidak mendapat sebarang faedah daripada perbuatan ini. “Derma yang seharusnya menjadi milik masjid ini disalahgunakan dan mungkin tiada orang yang akan percaya untuk menderma kepada tabung sebenar lagi kerana bimbang ditipu,” katanya. Sehubungan itu, beliau turut memberi amaran kepada individu ini untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut yang akhirnya akan membawa balasan kepada diri sendiri. – Sinar Harian Online

Gambar Di FB: Zairil Fikir Ambil Tindakan Undang-Undang
GEORGE TOWN – Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari memikirkan kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyiaran foto yang mengaitkan dirinya dengan seorang wanita di laman web sosial.
Foto-foto tersebut, yang menunjukkan seseorang yang kelihatan seperti dirinya sedang melakukan hubungan intim dengan seorang wanita yang kelihatan seperti calon DAP di Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud mula muncul di Facebook, Sabtu lalu.
“Saya telah berbincang dengan peguam saya dan akan membuat keputusan tidak lama lagi,” kata Zairil di rumah terbuka Deepavali kuil Dewi Sri Mahamariamman Bathrakaliamman di Batu Ferringhi, Ahad.
“Ini adalah politik kotor paling teruk. Saya tidak terkejut kerana terdapat dakwaan di media sosial pada masa lalu menyatakan bahawa saya lebih gemar kepada perempuan muda.
“Telefon saya juga digodam ketika PRK Sg Limau di Kedah November lalu,” katanya.
Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang Teng Chang Yeow kesal dengan posting tersebut.
“Memualkan apabila politik kotor menjadi berita sekali lagi. Ini agak tidak menyenangkan.
“Saya menggesa SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk menyiasat sumber dan membawa pelakunya ke muka pengadilan,” kata Chang Yeow dalam satu kenyataan. – mStar Online
TOP
Golongan Pondan Sasaran Jenayah Kebencian Melampau
Manila – Jenayah kebencian membabitkan golongan transgenders di Filipina diyakini berlaku dengan meluas tetapi tidak semuanya direkodkan.
Sebuah pertubuhan hak transgenders, Ganda berkata, sekurang-kurangnya 20 orang dibunuh di negara itu sejak 2008.
Pengarah Eksekutif Ganda, Naomi Fontanos berkata, maklumat yang dikumpul mereka menunjukkan semua pembunuhan itu membayangkan berlaku pola kekejaman melampau, kemarahan dan penghinaan.
Berucap di sebuah forum di Universiti Diliman semalam, Naomi berkata, sekurang-kurangnya lima individu transgender dibunuh antara 2011 hingga 2014.
AT-M Ad
“Satu daripada kes paling kejam berlaku ke atas Luningning yang gemar menyertai pertandingan ratu cantik.
“Mayatnya ditemui berbogel, tengkorak retak, kulit di dada disiat, manakala di dalam perutnya ditemui rumput yang disumbat secara paksa.
“Tidak cukup dengan itu, dia disula dan kemaluannya dibakar,” katanya.
Syarahan Naomi dibuat sebagai mengulas kematian seorang mak nyah tempatan, Jeffrey Laude – lebih dikenali sebagai Jennifer – dipercayai dibunuh seorang anggota tentera marin Amerika Syarikat.
Kes itu mencetuskan kemarahan ramai apabila AS enggan menyerahkan suspek untuk ditangkap dan disoal siasat.
Naomi berkata, satu lagi kes membabitkan doktor gigi, Anne, yang ditemui mati di atas lantai apartmennya dengan percikan darah memenuhi seluruh dinding rumahnya.
Dia dibunuh oleh teman lelakinya.
Kata Naomi, seorang rakannya mati dibunuh awal tahun ini. – Agensi
TOP
2 Isteri Subahat Bantu Bomoh Rogol Guru Wanita
Surat, India – Seorang bomoh ditangkap polis kerana disyaki merogol pesakit dengan bantuan dua isterinya.
Polis Gujarat berkata, suspek dikenali sebagai Bhupat.
Menurut jurucakap polis, Bhupat Serta dua isterinya – Mona dan Rama – tinggal di rumah sama di Amroli.
“Mereka kini didakwa bersubahat merogol,” katanya.
Jurucakap polis berkenaan berkata, mangsa adalah seorang guru wanita yang bertemu Bhupat untuk mendapatkan bantuan mengesan bapanya yang hilang.
Apabila mengadu masalahnya, Bhupat berjanji membantu mangsa menggunakan kuasa hikmatnya tetapi dengan syarat, guru terbabit mesti mengikut setiap arahan diberi.
Menurut jurucakap polis, mangsa mengadu menjadi pemuas nafsu Bhupat selama empat hari.
“Isteri Bhupat turut bersubahat dalam kes berkenaan.
“Mereka kemudian mengugut untuk membunuh mangsa jika kejadian berkenaan dibocorkan kepada polis,” katanya, semalam.
Pihak berkuasa kemudian menangkap ketiga-tiga suspek selepas mangsa pergi menjalani pemeriksaan perubatan di hospital berdekatan.
Di samping itu, polis yakin dapat menyabitkan kesalahan tertuduh kerana sudah memperoleh bukti kukuh. – Agensi
TOP
Ustaz Kazim: Mula-Mula Kempen Pegang Anjing.. Pastu?
Penganjuran acara ‘I Want to Touch a Dog’ (Saya Mahu Sentuh Anjing) yang berlangsung di Central Park, One Utama di Petaling Jaya, baru-baru ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat terutama umat Islam.
Program dianjurkan Syed Azmi Alhabshi ini dikatakan bertujuan membantu orang ramai terutama masyarakat Islam untuk mengatasi rasa takut terhadap anjing.
Bagaimanapun acara ini, mengundang pelbagai reaksi dan mencetuskan kontroversi daripada pelbagai pihak hingga kes ini bakal disiasat secara terperinci oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Hari ini, Ustaz Mohd Kazim Elias turut memberi reaksi mengenai kes ini yang dilihat seperti mempunyai agenda tersendiri.
Malah acara yang dilihat membolehkan orang Islam menyentuh anjing tanpa sebab ini seakan tiada faedah atau kebaikan yang bakal diperolehi.
Menerusi laman sosial Facebooknya, Ustaz Mohd Kazim Elias berkata:
“Mana boleh saja-saja bela, saja-saja nak pegang. Sebab apa nak pegang? Isu apa? Nak jadikan anjing sebagai apa? Mula-mula pegang pastu bela, pastu masuk dalam rumah pastu? Pastu? Tidaklah salah pegang anjing, tapi apa sebabnya sampai buat kempen? Kenapa tak buat kempen ke masjid ke?”
Menurut beliau, anjing merupakan binatang mughalazah seangkatan dengan babi maka kempen seperti ini yang pada mulanya kecil-kecilan akan merubah dan akhirnya ada yang menidakkan hukum pula.
Ini pula beberapa gambar pengunjung di acara tersebut yang dilihat begitu gembira dapat menyentuh anjing malah turut merakamkan gambar sebagai kenang-kenangan kerana buat pertama kali meyentuh binatang tersebut.
Sememangnya bagi umat Islam, menyentuh anjing tidak haram namun kita dikehendaki menyucikan kembali anggota dengan cara bersamak.
Acara ini dikatakan turut diisi dengan cara-cara samak yang diajar oleh beberapa ustaz. Peliknya, adakah acara seperti ini relevan dijalankan atau sememangnya ada agenda tersendiri yang tidak kita ketahui? Anda fikirkan! - MYNEWSHUB

Joko Widodo Selesai Angkat Sumpah Presiden Indonesia Ke-7
Sebentar tadi, Joko Widodo selamat dan selesai mengangkat sumpah sebagai Presiden ketujuh Republik itu dalam satu majlis di Parlimen negara itu dengan turut dihadiri para pemimpin negara lain termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Saya bersumpah dengan nama Allah untuk melaksanakan tugas selaku Presiden Republik Indonesia yang terbaik mengikut kemampuan saya dan dengan cara yang seadil mungkin,” kata Jokowi ketika membacakan sumpah.
Beliau merupakan pemimpin pertama negara itu yang bukan hadir daripada golongan elit politik atau ketenteraan.
[BACA - Najib Hadiri Upacara Angkat Sumpah Jokowi Sebagai Presiden]
Pada 22 Julai, Jokowi diumumkan menang pilihan raya presiden dengan mendapat 53 peratus undi.
Dalam statistik undi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia Jokowi berjaya meraih 70,997,859 undi atau 53.15 peratus daripada 133 juta undi yang sah.
Lawannya, iaitu bekas jeneral Prabowo Subianto hanya mendapat 62,576,444 undi atau 46.85 peratus.
Selain itu hari ini, belum pun dilantik secara rasmi menjadi Presiden Indonesia yang baru, laman Facebook Joko Widodo sudah pun mendapat likes melebibi 1 juta iaitu 1,422,477 likes setakat laporan ini ditulis.
Beliau yang lebih senang dipanggil Jokowi turut memuatnaik beberapa gambar sebelum dirinya secara rasmi akan memulakan tugas sebagai Presiden menggantikan Susilo Bambang Yudhoyono.
Jokowi berkongsi gambar beliau bersama keluarganya yang bersedia untuk majlis angkat sumpah dan pelantikan selain gambarnya yang berpindah ke pejabat baru sebagai Presiden Indonesia. – MYNEWSHUB

TMJ Kahwini Gadis Pilihan 8 November Ini
JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Cik Khaleeda Bustamam di Istana Besar di sini, pada 8 November ini.
Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berkata istiadat pertunangan dan pernikahan Tunku Ismail akan diadakan di Istana Bukit Serene di sini, pada Jumaat ini.
“Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris memberi perkenan untuk Tunku Mahkota Johor melangsungkan perkahwinannya.
“Justeru, perkahwinan baginda akan dilangsungkan penuh istiadat Diraja Johor serta berunsurkan tentera,” katanya pada sidang media di Bukit Timbalan, di sini sebentar tadi.
- BH Online
TOP
Ibu Dyana Nafi Anaknya & Zairil Bercinta, Gambar Intim Satu Fitnah
YAMMY Samat, ibu bekas calon PRK Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud mendakwa gambar intim yang tersebar antara anaknya dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari adalah fitnah yang sengaja merosakkan imej anaknya.
“Itu bukan Dyana. Dyana dan Zairil tak bercinta!” itu yang ditegaskan ibunya, memetik laporan Sinar Harian.
Menurut Yammy, penyebaran gambar itu berkemungkinan agenda pihak-pihak tertentu yang mahu merosakkan imej DAP sekali gus melihat Dyana Sofya disingkirkan dari parti itu.
Tindakan itu juga dilihat sebagai cubaan mengalih perhatian terhadap isu-isu semasa yang lebih besar.
“Kalau (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, mereka boleh fitnah dan reka gambar macam-macam, inikan pula Dyana. Ini bukan benda baru, masa PRK Teluk Intan pun berlaku.
“Jika difikirkan secara logik, sebagai seorang ahli Parlimen yang dihormati, takkan Zairil nak buat perkara yang jejas imej macam itu,” katanya lagi.
Yammy juga mendakwa pihak yang mereka-reka cerita intim anaknya dan Zairil sudah jelas ketandusan modal.
Namun, beliau belum memikirkan sebarang tindakan lanjut berhubung isu itu memandangkan beberapa kes mahkamah yang sudah difailkan terhadap beberapa ahli politik sedang berjalan. - MYNEWSHUB.CC
TOP
Awas! Anak Anda Mungkin Dijangkiti Denggi Ketika Ke Sekolah
Masalah demam denggi tak harus diambil mudah.
Jika perkara asas seperti tidak menyimpan air bertakung dalam rumah sudah diketahui ramai orang, kita juga mesti peka tentang waktu nyamuk aedes gemar mengganas iaitu sekitar 6 pagi hingga 8 pagi dan 6 petang hingga 8 malam.
Fakta ini menunjukkan pemandu dan penumpang bas sekolah terdedah kepada gigitan aedes kerana ia adalah waktu mereka berada dalam bas untuk pergi atau pulang dari sekolah hampir setiap hari.
Justeru golongan dewasa terlibat terutama ibu bapa dan pengusaha bas sekolah mesti mengambil berat cara mencegah gigitan aedes pada waktu ini.
Antara langkah yang boleh diamalkan adalah menyembur aerosol racun serangga, memakai bahan penghalau nyamuk dan memakai pakaian bertutup seperti baju dan seluar panjang. Harus diingat, demam denggi yang diakibatkan daripada gigitan aedes tidak mempunyai ubat khusus untuk merawatnya maka langkah-langkah kawalan dan pencegahan amat penting. Bayangkan jika anak-anak anda terkena jangkitan demam denggi semasa pergi atau pulang dari sekolah, naya bukan? ‘CEGAH DENGGI DALAM BAS, TIADA AEDES TIADA DENGGI’ - mynewsub

Isu UPSR Bocor: Murid Dyslexia Saman Kerajaan
KUALA LUMPUR – Seorang murid lelaki penghidap dyslexia memfailkan saman terhadap pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia dan kerajaan yang didakwanya cuai dalam mengendalikan kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, yang menyebabkannya perlu menduduki semula ujian bagi beberapa mata pelajaran.
K. Mangala Bhavani memfailkan saman itu bagi pihak murid berkenaan Ananda Krishnan Menon, 13, di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil pada 13 Okt melalui firma guaman Messrs Rajadevan & Associates.
Saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 12 Nov.
Dalam penyata tuntutan, murid Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 2 itu berkata defenden gagal melaksanakan suatu sistem selamat bagi memastikan tidak berlaku kebocoran kertas soalan.
Katanya defenden juga gagal menyelia petugas dan ejen mereka – wakil sah – dalam memastikan tidak berlaku kebocoran kertas soalan mulai proses awal penyediaan soalan, hinggalah proses pengedaran kertas soalan ke semua sekolah di Malaysia.
Peperiksaan UPSR dijadual diadakan dari 9 hingga 11 Sept, tetapi berikutan kebocoran kertas soalan, murid perlu menduduki semula ujian bagi kertas Sains, Bahasa Inggeris, Matematik dan Bahasa Tamil pada 30 Sept dan 9 Okt.
Ananda Krishnan mendakwa sebagai penghidap dyslexia dengan keperluan khas, dia mengalami stres, tekanan yang tidak sepatutnya dan kekecewaan serta hilang motivasi untuk menduduki semula peperiksaan UPSR.
Murid ini menuntut ganti rugi khas, am dan kos saman itu. – BERNAMA
TOP
Teruja Jaringkan Gol, Aksi ‘Somersaults’ Undang Maut
AKIBAT terlalu teruja dengan jaringan gol yang dilakukannya, seorang pemain bola sepak muda di India meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah pada tulang belakangnya.
Memetik laporan AP, Peter Biaksangzuala, 23, membuat aksi lonjakan tunggang terbalik (somersaults) beberapa kali sebelum terjatuh ke belakang lalu mendarat atas kepalanya sendiri.
Ketika itu dia meraikan gol untuk pasukannya, Bethlehem Vengthlang FC dalam satu perlawanan tempatan di bandar Khawzawl berdekatan sempadan Myanmar, Selasa lalu.
Malang sekali ketika Biaksangzuala terlantar kesakitan, rakan sepasukan melonjak pula ke atasnya untuk sama-sama meraikan kejayaan gol itu sebelum menyedari kecederaan teruk dialaminya.
Mereka kemudian bergegas mengusung dan mengejarkan rakan mereka itu ke hospital.
Biaksangzuala bagaimana pun meninggal dunia semalam selepas keadaannya bertambah teruk ketika doktor berusaha membetulkan tulang belakangnya. Lal Hmar, seorang pegawai bola sepak di wilayah Mizoram memberitahu wartawan, pemain muda itu mendermakan matanya sebelum dia meninggal dunia. “Peter pemain berbakat yang menyimpan harapan besar mahu beraksi dalam liga kebangsaan satu hari nanti,” kenang Hmar. - MYNEWSHUB.CC

Program Sentuh Anjing Dakwa Dapat Kebenaran Majlis Agama
Seperti diketahui, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah pun mengeluarkan kenyataan akan menyiasat program ‘I Want To Touch A Dog’ yang diadakan semalam di Central Park, One Utama.
Kenyataan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah JAKIM Datuk Othman Mustapha hari ini.
Menurut beliau program itu tidak sepatutnya berlaku dan pihaknya kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak penganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti umat Islam di negara ini.
[BACA - JAKIM Siasat Program 'I Want To Touch A Dog' ]
“Acara itu tidak pernah dianjurkan sebelum ini dan ia merupakan kali pertama didedahkan kepada masyarakat, kita orang Islam dan agama sudah menetapkan dengan jelas hukum berkaitan anjing.
“Jakim akan segera menyiasat perkara ini dan sebarang tindakan akan dirujuk pada peruntukan yang ada,” katanya kepada pemberita mengulas penganjuran program itu yang mendapat sambutan luar biasa daripada kalangan umat Islam di sekitar ibu kota, semalam.
Bagaimanapun, di laman Facebook penganjur program berkenaan, Syed Azmi Alhabshi, seorang penyokong program berkenaan memaklumkan bahawa ia sudah mendapat lampu hijau dari pihak masjid dan Majlis Agama Islam.
Individu berkenaan Hariz Said berkata program berkenaan merupakan satu inisiatif komuniti Muslim di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), yang diketuai Syed Azmi. “Mari kita lihat realiti, kita tahu anjing najis berat tetapi fobia masyarakat kita kepada anjing itu keterlaluan sampai nampak anjing saja nak lari, tak selesa, nak bunuh, nak pulau pemiliknya, menyertu rumah pangsa dan benda mengarut yang masyarakat kita buat kerana takut najis anjing.
Post by Hariz Said.
“Kita tidak sensitif bahawa anjing itu kadang-kadang haiwan peliharaan jiran non-Muslim dan lebih-lebih lagi, anjing itu makhluk Allah juga. “Tujuan program ini adalah untuk kurangkan fobia masyarakat kita terhadap anjing, bukan semua yang datang akan sentuh. boleh je datang untuk lihat,” katanya dalam satu posting di laman Facebook Syed Azmi. Menurut beliau, pihak penganjur sudah pun bertanyakan dulu kepada ustaz sebelum mengadakan majlis seumpama itu. “Tak silap saya, salah satu slot dalam program tersebut ada sesi penerangan Fiqh berkenaan anjing oleh agamawan. “Jadi, kenapa masih ingatkan komuniti kami buat benda ini kerana suka-suka nak sentuh najis?” katanya. Pelbagai pihak tampil hari ini mengkritik program berkenaan yang disifatkan sebagai menghina Islam dan juga mazhab Imam Shafie yang diikuti oleh umat Islam di Malaysia. Soalnya, pihak JAKIM perlu siasat apabila dikatakan majlis itu sudah pun mendapat kebenaran daripada masjid dan majlis agama, majlis agama mana kerana JAKIM pun tidak mendapat lengkap berkenaan majlis itu. – MYNEWSHUB

Perisik Jerman Dakwa Pemisah Ukraine Tembak Jatuh MH17
BERLIN – Agensi perisikan Jerman mendakwa kumpulan pemisah pro-Russia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat penumpang Malaysia, MH17 di Ukraine menggunakan peluru berpandu yang ditawan dari tentera kerajaan.
Laporan media hari ini menyebut, Kiev dan negara Barat sebelum ini mendakwa pesawat Penerbangan Malaysia MH17 itu ditembak di udara pada Julai lalu oleh pemisah menggunakan peluru berpandu BUK sistem permukaan ke udara yang dibekalkan oleh Russia, namun dinafikan oleh Moscow.
Namun, ketua Agensi Perisikan Jerman (BND), Gerhard Schindler, berkata maklumat perisikan mendapati puak pemberontak menawan sistem BUK dari pangkalan tentera Ukraine dan melepaskan tembakan sehingga meletup berhampiran pesawat, demikian dipetik Majalah Spiegel.
Pesawat dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu terhempas pada 17 Julai lalu ketika pesawat terbang di ruang udara wilayah yang dikuasai pemberontak di timur Ukraine, mengorbankan semua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 153 warga Belanda.
Schindler berkata, dakwaan Russia bahawa misil berkenaan ditembak oleh askar Ukraine dan pesawat pejuang Ukraine dilihat terbang rapat dengan MH17 adalah tidak benar.
Beliau juga berkata, gambar yang dikeluarkan Ukraine juga sudah ‘dimanipulasikan’ namun laporan itu tidak pula menjelaskan gambar berkenaan.
Timbalan Perdana Menteri yang mendakwa mewakili Republik Rakyat Donetsk, Andrei Purgin, segera menafikan laporan berkenaan yang dianggap tidak berasas.
“Tuduhan terhadap kami ini tanpa sebarang asas,” katanya kepada agensi berita Russia, Interfax sambil menambah, peluru berpandu BUK hanya mampu dilepaskan oleh pakar yang sudah terlatih.
Pada Julai lalu, pegawai perisikan Amerika berkata, pesawat kemungkinan tersalah tembak sehingga jatuh oleh askar pemisah yang kurang terlatih.
“Bekas pelombong yang hari ini mempertahankan negaranya tidak mempunyai kepakaran untuk mengendalikan sistem yang serba canggih itu,” katanya.
Laporan siasatan awal Belanda yang dikeluarkan bulan lalu menunjukkan MH17 terkena ‘objek berkuasa tinggi’ namun tidak meletakkan pihak yang melakukannya. – AFP
TOP
Universiti Larang Guna Peranti Pintar Masa Kuliah
Peranti pintar dan penuntut kolej kini ibarat isi dengan kuku, boleh dikatakan sekurang-kurangnya telefon pasti akan melekat 24 jam di tangan mereka.
Aplikasi seperti SMS, Whatsapp, Twitter dan pelbagai lagi media sosial dimuat naik di peranti pintar ini.
Setiap penuntut rata-rata memiliki peranti pintar kerana ia memudahkan komunikasi dengan rakan sekuliah malah boleh mengurangkan keperluan menyalin nota di dalam kelas (ambil sahaja gambar pada papan putih).
Malang sekali, penggunaan peranti pintar di dalam kelas juga menyebabkan masalah lain iaitu tahap tumpuan yang kian berkurangan ketika sesi pembelajaran.
Oleh sebab itu, Universiti Central South di Changsha China kini mengharamkan penggunaan peranti pintar ketika menghadiri kuliah.
Setiap penuntut dimestikan meletak peranti pintar mereka di hadapan kelas semasa kuliah dijalankan.
Pengharaman ini mendapat sambutan baik daripada pensyarah, ibu bapa dan apa paling mengejutkan, oleh pelajar universiti sendiri.
Apa pendapat anda kalau perkara ini turut dikuat kuasakan di universiti atau kolej anda? - mynewshub.cc
TOP
27 Sen Sesaham Atau Tiada Apa-Apa - Pakar Ekonomi
KUALA LUMPUR: Pemegang saham minoriti Malaysian Airline System Bhd (MAS) mungkin tidak akan memperoleh apa-apa jika mereka menolak tawaran 27 sen sesaham pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang dijadual pada 6 November, kata pakar ekonomi.
Dr Yeah Kim Leng, Dekan Fakulti Perniagaan Universiti Sains dan Teknologi Malaysia memberi nasihat ini kepada pemegang saham tersebut.
"Lebih baik "menerimanya walaupun sukar" dan sekurang-kurangnya mendapat semula sebahagian daripada pelaburan itu," katanya.
Dana kekayaan negara, Khazanah Nasional Bhd pada 30 Ogos telah mengumumkan satu pelan yang radikal untuk memulihkan MAS yang memerlukan pengurangan pekerjaan, suntikan modal sehingga RM6 bilion dan penubuhan sebuah syarikat baharu (Newco) untuk menjalankan perniagaan syarikat penerbangan itu.
Selain itu, ia menawarkan 27 sen sesaham kepada pemegang saham minoriti dan selepas memperoleh kelulusan pemegang saham, MAS akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula yang bertujuan mengembalikan keuntungan syarikat penerbangan negara itu dalam tempoh tiga tahun dinyahsenarai.
Kim Leng berkata, jika MAS menjadi entiti swasta sekarang, pemegang saham minoriti sedia ada akan kehilangan semua pelaburan mereka.
"Mereka akan memperoleh nilai sifar daripada pelaburan mereka. Mujurlah, Khazanah campur tangan sekurang-kurangnya jalan keluar itu dianggap munasabah dengan keadaan semasa di MAS.
"Justeru, tawaran 27 sen itu tidak perlu dilihat sebagai terlalu rendah kerana sekurang-kurangnya suntikan modal dan diambil alih oleh Khazanah, mereka akan mendapat semula sebahagian daripada pelaburan mereka," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, memandangkan kepada hakikat bahawa tiada wira lain yang muncul dan mampu untuk menyelamatkan MAS, tiada asas yang kukuh bagi pemengang saham minoriti untuk menolak tawaran tersebut.
"Sudah tentu, mereka boleh tawar-menawar bagi nilai yang lebih tinggi tetapi berdasarkan masalah yang dihadapi oleh MAS, sukar untuk mempertikaikan untuk nilai yang lebih tinggi bagi saham mereka," katanya.
Bersetuju dengan pendapat Dr Yeah, bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Ong Tee Keat berkata pemengang saham minoriti sebenarnya tidak mempunyai pilihan kecuali menerima tawaran tersebut.
"Apabila syarikat dinyahsenarai, apa pilihan yang kita ada? Anda perlu menerimanya," katanya.
Ong berkata, kerajaan yang bertanggungjawab kepada pembayar cukai dalam apa keadaan sekali pun, menambah: "Anda tidak mampu untuk memuaskan hati pemegang saham minoriti dengan mengorbankan kepentingan pembayar cukai. Saya kira ini merupakan keseimbangan yang kerajaan perlu laksanakan".
Beliau berkata, jika MAS gagal dan tanpa bantuan daripada Khazanah, pemegang saham minoriti tidak akan mendapat apa-apa.
MAS dalam pekelilingnya bertarikh 15 Oktober 2014 menggesa pemegang saham minoritinya untuk menerima harga tawaran 27 sen oleh Khazanah untuk penswastaan syarikat penerbangan itu bagi memberi laluan kepada pelan pemulihannya.
Pelan pemulihan komprehensif MAS yang diumumkan oleh dana negara tersebut pada 29 Ogos adalah bergantung kepada penerimaan penswastaan MAS bernilai RM1.38 bilion.
Syarikat penerbangan negara, yang menanggung kerugian bagi tiga tahun kewangan yang lepas, menghadapi tekanan yang besar untuk meningkatkan prestasi kewangannya. Dan dua tragedi MH370 dan MH17 telah menjadikan proses pemulihan lebih sukar.
Berdasarkan persekitaran yang mencabar dalam sektor penerbangan, prestasi kewangan MAS dijangka terus lemah.
Dalam pekelilingnya kepada pemegang saham, yang akan mengadakan pertemuan pada 6 November, MAS memberi penekanan bahawa ia perlu melaksanakan penstrukturan semula yang komprehensif dengan segera untuk menangani keadaan perniagaan yang kurang baik, justeru syarikat penerbangan negara memerlukan pembiayaan untuk mengekalkan perniagaannya.
MAS dikatakan membelanjakan RM4 juta sehari untuk memastikan operasinya terus berjalan.
Jika MAS terus menanggung kerugian yang besar, ditambah dengan pengurangan simpanan tunai, tanpa sebarang bantuan kewangan mungkin akan terus memburukkan keadaan kewangannya dan membawa kepada Syarat-Syarat Penyenaraian PN17. - mstar online
TOP
Bintang Amerika Syarikat Warnai Golf CIMB 2014
KUALA LUMPUR: Bekas juara Piala FedEx 2012, Brandt Snedeker adalah antara empat bintang Amerika Syarikat yang bakal menyertai Kejohanan Golf CIMB Classic 2014 di Kelab Golf & Country Kuala Lumpur (KLGCC) di Bukit Kiara di sini dari 30 Oktober hingga 2 November ini.
Kejohanan bernilai US$7 juta (RM22.917 juta) itu turut menyenaraikan juara Kejohanan PGA 2013, Jason Dufner, pemenang 20 kali Jelajah PGA, Davis Love III dan juara Terbuka Britain 2009, Stewart Cink.
Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Kumpulan CIMB, Effendy Shahul Hamid berkata selain bintang Amerika Syarikat itu, pemain lain ialah pemain Kanada, Mike Weir, bekas juara Masters 2003.
Di samping itu, pemain Afrika Selatan terdiri daripada Retief Goosen, Trevor Immelman, Louis Oosthuizen dan Charl Schwartzel, katanya dalam kenyataan pada Ahad.
"Edisi kelima ini telah membuktikan kematangan dan menjadi antara acara utama dalam kalender golf dunia. Kami gembira kerana kejohanan ini mampu menjadi daya tarikan dengan kehadiran pemain ternama tahun ini.
"Ini adalah berita baik untuk Malaysia dan menunjukkan kemampuan negara menganjurkan acara bertaraf dunia," katanya.
Pada kejohanan ini, Malaysia akan diwakili oleh dua pemain berpengalamania itu, Danny Chia, selaku juara pusingan kelayakan kebangsaan Sapura Kencana, dan seorang pemain tempatan terbaik dalam senarai terbaru ranking dunia.
Pihak penganjur akan mengumumkan pemain kedua itu pada Isnin.
CIMB Classic, yang diiktiraf bersama Jelajah Asia dan Persatuan Golf Profesional Malaysia, akan menampilkan 78 pemain elit iaitu 60 daripada Jelajah PGA, 10 daripada Jelajah Asia dan lapan pemain tajaan.- mstar online
TOP
Piala Malaysia Separuh Akhir Pertama: Kedah Menang 3-1 Ke Atas Pahang
Pemain import Kedah, Namkong Wong (kuning) lincah membawa bola sambil diperhatikan pemain pertahanan Pahang pada perlawanan suku akhir Piala Malaysia di Stadium Darul Aman pada Ahad.
ALOR SETAR: Kedah memperoleh bekalan selesa ke Stadium Darul Makmur, Kuantan, apabila mengalahkan juara bertahan Pahang 3-1 pada separuh akhir pertama Piala Malaysia 2014 di Stadium Darul Aman, Ahad malam. Kedah melaungkan amaran awal apabila membuka tirai jaringan menerusi pemain import, Namkung Woong, pada minit kelapan selepas menyudahkan hantaran daripada Mohd Rizal Ghazali. Tersentak dengan gol tersebut, Pahang mula bangkit dan nyaris menyamakan kedudukan pada minit ke-16 apabila hantaran Mohd Azamuddin Md Akil gagal disempurnakan oleh R. Gopinathan. Bagaimanapun, beraksi di depan penyokong sendiri, seakan memberi semangat kental buat pasukan Kedah untuk memburu gol kedua apabila gawang pasukan pelawat hampir dibolosi pada minit ke-38. Namun tendangan kencang Badrol Bakhtiar hanya singgah di tepi tiang gol pasukan pelawat untuk Kedah berpuas hati dengan kedudukan 1-0 pada separuh masa. Sebaik babak kedua bermula, Kedah bertindak garang apabila Mohd Farhan Roslan menanduk masuk gol kedua selepas menerima hantaran silang Badrol pada minit ke-48. Anak buah Zainal Abidin Hassan, yang terus mengasak kubu pasukan Kedah, hampir memperoleh gol menerusi Mohd Faizol Hussain pada minit ke-51 namun tendangannya tersasar dari gawang pasukan tuan rumah. Walaupun ketinggalan dua gol, Pahang tidak patah semangat malah bekerja keras untuk mencari peluang sehingga berjaya merapatkan jurang menerusi sepakan percuma pemain import, Matias Conti, pada minit ke-90. Bagaimanapun, Khyril Muhymeen Zambri berjaya menjarakkan kedudukan Kedah menerusi jaringan pada waktu kecederaan sebelum visel penamat ditiupkan pengadil perlawanan Syed Azhar Syed Kamar. Kedah akan bertandang ke Stadium Darul Makmur, Jumaat ini untuk perlawanan separuh akhir kedua bagi menentukan laluan ke final. - mstar online

Keputusan Liga Perdana Inggeris, Ahad
Pemain Liverpool meraikan jaringan
BERIKUT ialah keputusan perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung pada Ahad:
Queens Park Rangers 2 - 3 Liverpool
- mstar online
BERIKUT ialah keputusan perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung pada Ahad:
Queens Park Rangers 2 - 3 Liverpool
- mstar online
TOP
Danyal Akan Buat Rayuan Awal Kes Cheau Xuen
Tai Cheau Xuen
SEREMBAN: Ketua kontinjen Sukan Asia Incheon 2014, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mahu membuat rayuan kepada Agensi Antidoping Antarabangsa (WADA) bagi pihak alet wushu wanita, Tai Cheau Xuen. Cheau Xuen, pemenang pingat emas acara gabungan nanquan dan nandao, gagal dalam ujian doping pada 20 September lepas pada temasya sukan itu dan kini berdepan dengan hukuman penalti atau penggantungan. "Saya mempunyai alasan munasabah dan kukuh untuk mengemukakan rayuan awal. Kita bukan hendak mempersoalkan prosedur atau peraturan proses doping tetapi hanya meminta kelonggaran dalam membuat keputusan terhadap atlet itu. "Rayuan itu akan dikemukakan dalam tempoh terdekat walaupun WADA belum memutuskan nasib atlet itu," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Kejohanan Wushu Pencarian Bakat Sekolah Peringkat Negeri Sembilan pada Ahad. Majlis itu dirasmikan oleh Presiden Majlis Pendekar Malaysia (MPM), Tan Sri Omardin Mauju. Beliau berkata selaku ketua kontinjen negara Sukan Asia 2014, beliau akan membuat rayuan itu memandangkan Cheau Xuen tidak berniat mengambil bahan terlarang, 'sibutramine'. Danyal, yang juga Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (OCM), berkata rayuan itu akan dikemukakan dengan sokongan Persekutuan Wushu Malaysia. "Kita tidak mahu minat dan karier Cheau Xuen terkubur begitu sahaja,gara-gara kes ini...lebih-lebih lagi menjelang Sukan SEA 2015 di Singapura. Lagipun, alet ini sudah mencapai taraf dunia," katanya. Berikut kegagalan ujian doping, pingat emas Cheau Xuen, 23, atlet kelahiranNegeri Sembilan itu, ditarik balik oleh Majlis Olimpik Asia (OCA).- mstar online

Sukan Para Asia 2014: Malaysia Raih Emas Pertama
INCHEON: Siti Noor Radiah memenangi pingat emas pertama Malaysia menerusi acara lompat jauh T20 wanita.
Lain-lain keputusan melibatkan atlet Malaysia pada hari kedua temasya Sukan Para Asia 2014 di sini Ahad adalah seperti berikut:
OLAHRAGA:
Wanita:
Lempar Cakera - F11/12
EMAS: Zhang Liangmin Zhang (CHN)
PERAK: Hajar Taktaz (IRI)
GANGSA: Hemala Devi Eni Kutty (MAS)
Lempar Cakera - F36/37/38
EMAS: Mi Na (CHN)
PERAK: Qianqian Jia (CHN)
GANGSA: Umi Syuhadah Idris (MAS)
TREK BERBASIKAL:
Lelaki:
Kejar-Mengejar Individu (B)
EMAS: Kim Jong-Giu (KOR)
PERAK: Tatsuyuki Oshiro (JPN)
GANGSA: Aiman Asyraff Ahmad Bajuri (MAS)
Kejar-Mengejar Individu (C4-5)
EMAS: Xinyang Lui (CHN)
PERAK: Ishii Masashi (JPN)
GANGSA: Mohd Najib Turano (MAS)
1km Ujian Masa: Individu Campuran (B)
EMAS: Yurie Kanuma (JPN)
PERAK: Aiman Asyraff Ahmad Bajuri (MAS)
GANGSA: Kim Jong-Giu (KOR)

Kerajaan Digesa Tangguh Hasrat Mansuh Atau Pinda Akta Hasutan 1948
PARIT BUNTAR: Kerajaan hari ini digesa supaya menangguhkan hasrat untuk memansuhkan atau meminda Akta Hasutan 1948 sehingga sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di negara ini benar-benar matang.
Gesaan itu terkandung dalam usul Umno Bahagian Parit Buntar, yang diluluskan sebulat suara pada persidangan perwakilan bahagian itu di sini, pada Ahad.
Usul sama juga meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus menjalankan penyiasatan dan Jabatan Peguam Negara perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang melanggar akta itu demi memelihara keamanan dan melindungi kepentingan majoriti rakyat Malaysia.
Wakil Jawatankuasa Bahagian itu Datuk Abdul Rahman Sulaiman ketika membentangkan usul itu berkata walaupun kerajaan Barisan Nasional (BN) pernah berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 menjelang pilihan raya umum lepas, namun janji itu tidak perlu dipatuhi kerana apa yang berlaku akhir-akhir ini adalah jelas bahawa hasrat murni kerajaan itu tidak dihargai oleh pihak-pihak tertentu.
Beliau menarik perhatian tentang kecenderungan semasa kalangan tertentu yang sering mempersolkan pelbagai peruntukan khusus dalam Perlembagaan Persekutuan terutama yang berkaitan dengan isu-isu sensatif.
"Ini termasuk kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak serta hak-hak kaum lain serta kedudukan Raja-Raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 152 dan 181 Perlembagaan," katanya.
Datuk Abdul Rahman berkata oleh kerana suasana politik di Malaysia jelas belum cukup matang, maka negara masih memerlukan peraturan tertentu bagi mengawal, mengelola dan membimbing perilaku, tindakan, perbuatan, ucapan dan kenyataan pemimpin dan anggota parti politik.
Beliau bimbang sekiranya kecenderungan negatif itu tidak dibendung, ia mampu menjejaskan hubungan harmoni antara kaum yang telah wujud di negara ini sejak sekian lama.
"Selain itu, ia juga boleh mencetuskan keadaan huru hara atau pergaduhan kaum," katanya.
Terdahulu, persidangan itu dirasmikan Menteri Besar Perak Datuk Seri DrZambry Abdul Kadir.- mstar online
TOP
Najib Bincang Ancaman IS, Ebola Bersama Amerika Syarikat Dan Australia
Najib Tun Razak disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (kiri) setibanya di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma dalam rangka lawatan rasmi ke Jakarta, Indonesia sempena majlis mengangkat sumpah perlantikan baharu Presiden Republik Indonesia Yang Ke-7, Presiden Joko Widodo (Jokowi).
JAKARTA: Pelbagai isu semasa yang dihadapi dunia kini termasuk wabak Virus Ebola (EVD) dan ancaman Kumpulan Militan Negara Islam (IS) dijangka mendapat perhatian dan menjadi topik perbincangan utama pada perjumpaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry dan Perdana Menteri Australia Tony Abbott pada Isnin. Mereka berada di sini sempena upacara pelantikan Joko Widodo sebagai Presiden ketujuh Indonesia. Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata pertemuan Najib dengan kedua-dua pemimpin itu dijangka berlangsung selepas upacara pelantikan Joko. Malaysia serius menangani isu militan berikutan pendedahan Polis Diraja Malaysia baru-baru ini berhubung penglibatan pelajar tempatan yang dipercayai direkrut menjadi penggerak utama gerakan IS di Malaysia untuk berjihad di Syria menerusi kumpulan militan IS, Jabhat Al Nusra dan Ajnad Al Sham. Malaysia juga serius mengawasi EVD, sejenis penyakit demam berdarah yang membunuh ribuan nyawa di beberapa negara dan kian menular ke negara lain. - "Selain itu, turut dijangka dibincangkan mereka adalah isu konflik di Syria dan Iraq manakala topik lain seperti perdagangan dan penyeludupan manusia juga terkandung dalam agenda," kata Zaharin kepada media Malaysia disini,Ahad. Najib adalah antara 18 kenamaan asing dan sembilan ketua kerajaan yang dijadual menghadiri upacara pelantikan Joko atau lebih dikenali sebagai Jokowi pada 10 pagi Isnin di hadapan Majlis Permusyawaratan Rakyat(MPR), badan perundangan tertinggi republik ini. Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di sini petang tadi bersama-sama pegawai Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Luar Negeri. Zahrain berkata pada pertemuan bersama Abbot, Najib juga dijangka menyentuh kerjasama dua hala yang bakal dibincangkan semasa persidangan APEC di Beijing, China bulan depan serta Sidang Kemuncak Asean di Brisbane.- mstar online

Pelihara Anjing Untuk Keselamatan, Buru, Bukan Dibelai - Fathul Bari
Peserta turut diberi tutorial mengenai penjagaan anjing termasuk cara menyuci menerusi kempen I Want To Touch A Dog, Ahad.
PETALING JAYA: Sikap ihsan terhadap haiwan termasuk anjing bukan bermaksud membela atau membelai, sebaliknya menjaga hak haiwan berkenaan. Penceramah bebas, Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, ihsan di sini lebih menjurus kepada merawat haiwan itu ketika sakit atau apabila ia lapar diberinya makan. "Oleh itu, umat Islam tidak boleh menjadikan anjing sebagai haiwan pemeliharaan untuk tujuan dibelai atau dimanjakan, berbeza dengan kucing yang ditetapkan sebagai haiwan peliharaan kerana ia disifatkn dekat dengan manusia tetapi bukan anjing. "Bagaimanapun, umat Islam diizinkan memelihara anjing dalam dua keadaan sahaja iaitu untuk menjaga keselamatan dan memburu, selain daripada itu tidak pernah diizinkn oleh syariat," katanya kepada mStar Online ketika ditanya mengenai kempen 'I Wang To Touch A Dog' yang diadakan di Central Park One Utama pada Ahad. Acara yang mendapat sambutan ramai itu bertujuan untuk membantu orang ramai mengatasi rasa takut mereka kepada anjing. Fathul Bari menambah, walaupun sikap ihsan itu dituntut agama termasuk ke atas anjing tetapi kempen 'I Wan To Touch A Dog' bukanlah cara yang dimaksudkan Nabi Muhammad SAW. "Saya bukan anti anjing, Tapi saya cuba sampaikan perspektif syariat dalam isu ini. "Misalnya, saya menyokong sepenuhnya apa yang dilaksanakan seorang doktor pakar di sebuah pusat perubatan swasta yang memberi rawatan percuma ke atas anjing pemburu masyarakat orang asli yang cedera dan perbuataan ini dikategorikan bersikap ihsan kepada anjing," katanya yang juga Exco Agama Pemuda Umno. Beliau juga mempersoalkan kenapa perlu diadakan kempen menyentuh, sebaliknya lebih sesuai jika pengisian untuk mengajar bersuci atau sertu atau kempen ihsan kepada haiwan termasuk anjing yang bersifat universal. Kaedah menyucikan najis mughalazah termasuk menyentuh anjing yang basah kerana hujan atau terkena air liurnya adalah enam kali bancuhan air mutlak dan sekali air bercampur tanah. Menerusi kempen itu pengunjung juga diberi tutorial cara sertu iaitu membersihkan diri selepas memegang anjing. - mstar online

22 Cedera Selepas Pesawat Airbus380 Alami Masalah Pergolakan Udara
Singapore Airlines A380 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura.
SINGAPURA: Seramai lapan orang penumpang dan 14 anak kapal Singapore Airlines (SIA) mengalami kecederaan selepas SIA Flight 424 mengalami masalah pergolakan udara. Pesawat Airbus A380 yang membawa 408 penumpang dan 25 orang anak kapal itu berlepas dari Singapura menuju ke Mumbai. Perkembangan mengenai kesemua 22 orang yang tercedera itu belum diketahui, namun mereka telah menerima rawatan selepas pesawat itu mendarat di Mumbai. Menurut jurucakap SIA: "Kami mengambil perhatian segera kepada kesemua penumpang dan anak kapal. Singapore Airlines akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk membantu pihak berkuasa melakukan siasatan." - mstar online

NGO Perlu Maksimumkan Kegunaan Peruntukan Untuk Kumpulan Sasar - Najib
Najib Tun Razak (dua, kiri) menyampaikan sumbangan cek kepada pesara polis, Datuk Thambi Pillay, 85 (kanan) bagi bantuan perubatan pada majlis Ulangtahun ke-5 Yayasan myNadi di Dewan Puspanitapuri, Ahad. Turut kelihatan Pengerusi Yayasan myNadi, Dr Jeyaindran Sinadurai (kiri).
PUTRAJAYA: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu memastikan peruntukan yang diterimanya daripada kerajaan digunakan secara maksimum untuk melaksanakan projek bagi membantu golongan sasar, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata langkah itu boleh menjamin lebih ramai rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada dana yang kerajaan kepada NGO. | "NGO yang berkesan bukan diukur daripada jumlah aktiviti yang laksanakan tetapi laporan yang disampaikan atau hasil yang dicapai. Apa sahaja peruntukan yang diberikan kerajaan, NGO perlu menggunakannya dengan cara yang terbaik. "NGO yang berkesan beri tumpuan kepada hasil bukan output. Bukan bilangan aktiviti yang dilakukan tetapi hasil yang dicapai," kata beliau pada majli sulang tahun kelima penubuhan Yayasan myNADI di sini, Ahad. Terdahulu, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan myNADI Tan Sri Dr Jeyaindran Sinnadurai ketika membentangkan pencapaian lima tahun yayasan itu, berkata hanya enam peratus daripada dana kerajaan digunakannya untuk pentadbiran. Sebanyak 94 peratus lagi digunakan untuk pelaksanaan pelbagai projek bagi membantu kumpulan sasar seperti membaiki sekolah, kuil dan krematorium, katanya. Najib menyifatkan myNADI sebagai NGO paling berjaya berdasarkan laporan yang dibentangkan Jeyaindran. "Kalau semua NGO amal kaedah seperti ini (enam peratus dana untuk pentadbiran dan 94 peratus lagi untuk projek), maka peruntukan diluluskan kerajaan sudah tentu boleh beri manfaat kepada begitu ramai kumpulan sasar danrakyat Malaysia," katanya. Dalam tempoh lima tahun lepas, kerajaan meluluskan peruntukan berjumlah RM6juta kepada Yayasan myNADI dengan lebih 300,000 orang dan 250 NGO mendapat manfaat daripada dana itu melalui 555 projek yang dilaksanakan. - mstar online

579 Belia Diisytihar Muflis Enam Bulan Pertama Tahun Ini
JOHOR BAHARU: Kadar belia berumur 25 tahun ke bawah yang diisytiharkan bankrap di negara ini semakin membimbangkan apabila sebanyak 579 individu direkodkan muflis dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding keseluruhan 208 individu pada tahun lepas dan 130 individu pada tahun sebelumnya.
"Jumlah 579 individu berkenaan merupakan sebahagian daripada keseluruhan 12,381 individu yang diisytiharkan bankrap di negara ini bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini," katanya pada program 'Memperkasa Informasi Generasi Muda' anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Jabatan Perdana Menteri, di sini, Ahad.
Nancy berkata, bagi belia berumur 25 hingga 34 tahun pula, sebanyak 2,491 individu diisytihar bankrap bagi tempoh Januari hingga Jun ini manakala belia berumur 35 tahun hingga 44 tahun pula adalah 4,121 individu.
Beliau berkata, kebanyakan punca individu berkenaan mengalami bankrap adalah disebabkan kegagalan membayar balik pinjaman kenderaan, pinjaman peribadi dan bayaran kad kredit.
Nancy berkata, kerajaan menerusi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) ada menganjurkan program kepada masyarakat khususnya belia untuk menguruskan wang dengan bijak sekali gus mendidik mereka menangani bankrap.
Sehubungan itu, beliau berkata, mana-mana individu mahupun belia disaran supaya mendapatkan nasihat agensi berkenaan ataupun bantuan awal sekiranya diisytihar bankrap.
"Berdasarkan maklum balas penganjuran beberapa program sebelum ini, kita dapati kebanyakan belia tidak mempunyai kesedaran tentang perkhidmatan dan bantuan oleh kerajaan sehingga menyebabkan mereka bankrap pada usia muda.
"Perkara ini tidak akan berlaku sekiranya mereka tampil ke AKPK atau MdI dan dengan mengambil tindakan awal, mereka juga sekurang-kurangnya tidak mengalami masalah dihalang ketika hendak ke luar negara," katanya.
Sementara itu, mengenai penganjuran program 'Memperkasa Informasi Generasi Muda' tersebut, Nancy berkata, ia amat wajar dalam menyalurkan maklumat usaha dan kemudahan yang disediakan kerajaan dengan tepat kepada belia.
Menurutnya, ilmu yang diperoleh daripada program itu dapat menangkis penyebaran maklumat tidak sahih yang diperoleh masyarakat lebih-lebih lagi pada zaman penggunaan media sosial yang semakin meluas ketika ini.- mstar online
TOP
Anggota Gerakan Buat Kenyataan Perkauman Boleh Dipecat
Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong (dua dari kiri) mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyanyikan lagu Barisan Nasional (BN) semasa hadir bagi merasmikan Majlis Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan ke-43 di Pusat Konvensyen Setia City di sini, Ahad.
SHAH ALAM: Anggota dan pemimpin parti Gerakan yang mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman akan dikenakan hukuman berat termasuk dipecat, kata Presidennya, Datuk Mah Siew Keong. "Jika sesiapa di Gerakan mengeluarkan kenyataan rasis (perkauman), kita akan ambil tindakan termasuk pecat," katanya semasa menyampaikan ucapan dasar presiden pada Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-43 di sini, Ahad. Siew Keong juga mencadangkan parti-parti komponen Barisan Nasional untuk mengambil tindakan serupa bagi memelihara dan mengukuhkan perpaduan rakyat negara ini. Beliau berkata, tindakan tegas itu perlu memandangkan semakin ramai anggota dan pemimpin politik menyentuh isu perkauman atau ekstremisme keterlaluan sehingga menyinggung perasaan sesetengah pihak. Kenyataan berbaur perkauman yang keterlaluan juga menyebabkan Mah berhenti melayari internet sebelum tidur sejak tujuh bulan lalu, sedangkan ia merupakan rutin hariannya sebelum ini. "Saya berhenti daripada melayari internet kerana saya tidak dapat tidur selepas itu. Ia bukan kerana komen negatif atau serangan peribadi ke atas saya kerana sebagai pemimpin sebuah parti politik, saya sudah biasa dengan keadaan itu. "Namun ia disebabkan apabila saya baca blog atau Facebook, komen yang dibuat generasi muda amat rasis dan ini generasi masa depan kita," katanya sambil menambah jalan penyelesaian terbaik adalah menghentikan keadaan tidak sihat ini. Beliau juga mengingatkan anggota parti untuk kembali kepada visi pengasas Gerakan iaitu Prof Syed Hussin Alatas, Tun Dr Lim Chong Eu dan Dr Tan Chee Koon yang mahu melihat 'sebuah parti politik yang menjaga kepentingan negara mengatasi kumpulan etnik'. Siew Keong yang dipilih sebagai presiden Gerakan pada 2013 juga berjanji untuk memulihkan keadaan parti itu dan mendapatkan kembali kepercayaan rakyat selepas mengalami kekalahan teruk dalam dua pilihan raya terdahulu. Formula kebangkitan yang akan digunakan termasuk memilih calon boleh menang tanpa mengira sama ada calon itu 'berada di kem A, B atau mana-mana kem sehingga Z', katanya. "Banyak orang berkata calon boleh menang itu dekat dengan presiden, suatu perkara yang tidak benar! Saya akan meletak jawatan jika Gerakan tidak dapat memperbaiki prestasinya daripada keputusan (pilihan raya umum) 2013. "Namun saya tidak mahu menjadi presiden untuk jangka masa pendek, jadi kita mesti menang. Mulakan kerja sekarang. Jangan tunggu sehingga saat-saat akhir," katanya.- mstar online

Keputusan DAP Sarawak Adalah Hak Mereka - Pemimpin DAP
Keputusan DAP Sarawak untuk menghentikan semua komunikasi dengan PAS dan PKR adalah hak mereka, kata Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming.
Memetik laporan dari TheRakyatPost, Ong berkata, walaupun DAP Sarawak perlu memaklumkan kepimpinan pusat parti mengenai perkara itu, mereka tidak perlu mendapatkan kelulusan untuk perkara tersebut.
"Kedua-dua DAP Sarawak dan DAP Sabah mempunyai autonomi untuk membuat keputusan itu. Keputusan terbaru dari DAP itu perlu dihormati, "katanya. - SiakapKeli.com
Sumber : therakyatpost
TOP
Pelajar tipu lapor diculik berdepan hukuman penjara
KUALA TERENGGANU: Padah membuat laporan palsu berhubung dirinya diculik oleh tiga individu yang tidak dikenali seorang remaja bakal berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata hasil siasatan yang dijalankan pihaknya mendapati penuntut perempuan Politeknik Ibrahim Sultan di Pasir Gudang telah mereka cerita dirinya diculik ketika berada di depan rumah sewanya di Pasir Gudang pada malam Jumaat lalu.
“Perbuatan ini bukan sahaja satu kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara enam bulan atau denda RM2,000 ataupun kedua-duanya sekali tetapi yang penting sekali dalam perkara ini saya ingin memaklumkan bahawa perbuatan ini telah menyebabkan kita telah mengerakkan begitu banyak jentera polis maksudnya sumber manusia masa logistik tenaga di serata tempat bagi mengesan kenderaan ini dan bagi menyelamatkan mangsa-mangsa ini.” ujar ACP Wan Abdul Aziz Wan Hamzah dan satu sidang media di Kuala Terengganu.
Katanya penuntut terbabit itu bertindak demikian kerana gagal menyiapkan tugasan yang diberikan.
Hasil siasatan yang dijalankan malam tadi, polis mendapati kenyataan yang dilakukan pelajar yang berusia 20 tahun itu bercanggah dan mangsa kemudianya mengaku laporan yang dibuat adalah palsu.
Pelajar berkenaan berbuat demikian untuk menipu rakan-rakannya namun didesak ibunya untuk membuat laporan polis selepas memberitahu dia diculik.
Katanya perbuatan remaja ini seperti telah dirancang dari awal ekoran beberapa barang milik mangsa seperti beg kuliah serta kunci rumah masih ada pada motorsikal terbabit dan membuat rakannya percaya dirinya telah dilarikan.
“Sepatutnya dia pergi kelas, beg dia tidak ambil ada dalam motor kunci pun ada pada motor jadi kawan-kawan dia pun percaya juga memang betul dia diculik berdasar kan kenyataan itu kita pun yakin beliau diculik pada mulanya tapi apabila kita telah melaksanakan operasi-operasi khas di sempadan-sempadan pada malam semalam beliau mengatakan semuanya adalah rekaan semata-mata.” tambahnya lagi.
Kes yang menjadi viral di laman Facebook dan Whatsapp itu menyebabkan PDRM terpaksa membuat operasi besar-besaran di lima negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis.
Remaja yang berasal dari Ampang, Selangor itu mendakwa berjaya melarikan diri selepas 10 jam dilarikan dari Johor Baharu ketika lori yang membawanya berhenti untuk mengisi minyak di Dungun, awal pagi semalam.
Mangsa meminta bantuan seorang penjual akhbar sebelum seorang penduduk membantu membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun.
Dalam laporannya remaja berkenaan memaklumkan dia bertindak melarikan diri dalam keadaan ketakutan dan gagal mengecam nombor pendaftaran lori terbabit.
Beliau mendakwa suspek terdiri daripada tiga lelaki Melayu manakala kesemua mangsa akan dibawa ke Kelantan sebelum dibawa masuk ke negara jiran.
Remaja terbabit mendakwa turut diculik bersamanya ialah tujuh lagi kanak-kanak berbangsa Cina, India serta dua berbangsa Melayu.
Remaja terbabit diserahkan kepada keluarganya sehingga siasatan penipuan itu selesai dan akan didakwa dalam masa terdekat. - Astro Awani
TOP
Izzah: Tahniah penganjur acara sentuh anjing
SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengucapkan tahniah kepada penganjur dan orang ramai yang hadir pada satu acara yang membolehkan pengunjung, termasuk umat Islam, menyentuh anjing hari ini.
Dalam kemas kini status Twitternya, beliau menyindir Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahaya yang sebelum ini pernah menyebut bahawa 'kempen sentuh anjing' itu sangat janggal.
“Islam juga mengenai belas kasihan. Tahniah (penganjur) Syed Azmi (Alhabshi) dan semua yang datang,” tulis Nurul Izzah, hari ini.
Namun, Fathul Bari membalas status itu dengan mengatakan: “YB Nurul Izzah, umat Islam sokong kempen ‘ihsan’ ke atas haiwan, termasuk anjing. Cuma kempen ‘touch (a) dog’ (sentuh anjing) sangat janggal,” katanya.
Melalui interaksi terkini, Ahli Parlimen Pantai Dalam itu menyindir Fathul Bari dengan berkongsi paparan skrin gambar surat, dipercayai daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).
“Untuk ‘haters’ (mereka yang tidak suka) di luar sana, termasuk Ustaz Fathul Bari, acara termasuk tazkirah ringkas oleh ustaz (Mais),” katanya.
Kemudian Fathul Bari membalas: “YB Nurul Izzah, jangan emosi. Saya hanya sebut ‘sangat janggal’. Jangan bimbang OK. Saya tidak setuju konsep tersebut dan itu adalah hak saya memberikan pendapat.”
Hari ini berlangsung acara ‘I Want To Touch a Dog’ (Saya ingin sentuh anjing) di Central Park, Bandar Utama, yang bertujuan membantu orang ramai, terutamanya umat Islam, untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing dan dilaporkan mendapat sambutan.
Memetik laporan sebuah portal, sebelum acara bermula, sebuah forum memberi peluang kepada orang ramai membangkitkan kemusykilan kepada seorang ustaz, seorang pemandu teksi berbangsa Melayu yang berpengalaman mengendalikan anjing serta doktor haiwan.
Orang ramai turut diberi taklimat dan diberi tunjuk ajar cara melakukan samak yang betul sekiranya ada yang was-was atau memegang anjing dalam keadaan basah. - Sinar Harian
TOP
Petah Dalam Pelbagai Dialek Selepas Kena Strok
KUALA TERENGGANU – Akibat diserang angin ahmar atau strok, seorang penjaja, Rohani Mohd Noor, 49, secara spontan menukar dialek apabila bercakap ketika melayani tetamu yang datang ke rumahnya di Kampung Losong Nyior Kembar, di sini.
Menurut Rohani yang begitu petah dalam pelbagai dialek termasuk Indonesia, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan sebagainya berkata, dia sendiri terkejut dengan perubahan spontan itu dan tindakannya di luar kawalan.
“Ketika saya diserang angin ahmar pada tahun lepas, ramai jiran dan sanak saudara datang ke rumah untuk melihat keadaan saya dan mereka terkejut apabila saya tidak bercakap dialek Terengganu.
“Pada mulanya mereka (tetamu) menyangkakan saya hendak bergurau, tetapi suami, Wan Abu Bakar Wan Ngah memberitahu mereka keadaan sebenar yang saya hadapi selepas diserang angin ahmar,” ceritanya kepada Sinar Harian ketika mengunjungi kediaman bekas penjaja pasar malam itu.
Kadang-kadang rumahnya menjadi riuh rendah kerana gelak tawa rakan-rakan yang datang apabila mereka mendengar Rohani bertutur dalam pelbagai jenis dialek.
Reaksi keluarga terdekat termasuk anak-anak juga agak janggal apabila dia tidak reti bertutur dialek Terengganu, sedangkan sebelum ini mereka dibesarkan dengan ‘dialek pekat’ Terengganu.
Rohani yang diserang angin ahmar ketika menjual di pasar malam di sini (Kuala Terengganu) sudah mencuba pelbagai jenis rawatan termasuk moden dan tradisional bagi mengubati pertuturannya itu, namun sehingga kini masih sama.
“Banyak tempat dah saya pergi berubat, tapi masih sama, macam ini juga (cakap dialek lain) tidak cakap Terengganu lagi dah,” katanya.
Apa yang lebih ketara, Rohani tidak dapat menyebut perkataan ‘tak mboh’ (tak nak) dengan sempurna walaupun telah berkali-kali mencuba.
Sementara itu, menurut Abu Bakar, dia berharap mendapat bantuan daripada kerajaan kerana sekarang dia juga mengalami sakit pada bahagian kaki yang mula membengkak, tambahan pula, dia masih menanggung anak bongsu yang bersekolah di
tingkatan lima.
“Pakcik harapkan duit anak-anak bagi, hendak menjual memang tidak larat sebab dulu makcik yang masak, pakcik jual sahaja, tetapi sekarang duduk di rumah jaga makcik.
“Seminggu sekali kena bawa pergi urut, tak boleh selalu sangat sebab tak mampu, sekali urut kena bayar lebih daripada RM50. Kadang-kadang kalau tak cukup duit pakcik yang urut sendiri di rumah,” jelasnya.
Difahamkan, perubahan yang berlaku berhubung dialek Rohani disebabkan fungsi otaknya yang terkesan akibat diserang angin ahmar. - Sinar Harian
TOP
Meroyan Kerana Suami Curang
Juli (bukan nama sebenar) menceritakan kisah hidup madu beliau kepada wartawan Sinar Harian. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN
SESUNGGUHNYA saya pasrah dengan kehidupan ini. Saya akui, bukan mudah untuk bangkit dan bertahan setelah hati berpuluh-puluh kali disakiti. Apatah lagi, selama lapan tahun perkahwinan, saya tidak pernah menerima nafkah seperti yang selayaknya kaum suami berikan. Namun, saya harus bangkit dan memperjuangkan kedudukan diri demi cinta dan anak-anak yang masih kecil, serta bayi dalam kandungan. Nama samaran saya Juli. Saya kini hamil tujuh bulan anak ketiga, hasil perkahwinan saya dengan suami, seorang pemilik restoran di Shah Alam. Saya berasal dari Selatan tanah air dan dahulunya seorang pelajar kursus kulinari di sebuah kolej di Kuala Lumpur. Setelah beberapa bulan berkenalan dengan suami lapan tahun lalu, saya mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya, atas dasar cinta. Pada awalnya, keluarga keberatan memandangkan saya baru habis belajar dan bercita-cita untuk menyambung di peringkat Diploma. Tetapi, dek kerana kesungguhan saya yang ingin berkahwin, keluarga tidak dapat menghalang dan saya akhirnya berkahwin dengan lelaki yang saya cinta.
Suami curang
Suami berbeza umur tujuh tahun dengan saya. Kehidupannya, gayanya, duitnya, buat saya alpa akan dugaan berumah tangga yang menanti di masa hadapan. Saat itu saya tidak pernah terfikir bahawa hati manusia mudah berubah. Dan lelaki yang mencintai kecantikan wanita dari luaran, akan terus mencintai dan memburu kecantikan itu. Pemburu itu adalah suami saya. Di saat saya hamilkan anak pertama, perubahan drastik berlaku pada tubuh. Daripada seorang yang tinggi, cantik dan ramping, saya berubah menjadi tembam dan gempal. Leher saya yang jinjang berubah kehitam-hitaman akibat alahan. Kaki saya yang panjang dan cantik menjadi semakin menebal dek tempelan lemak. Ia buat saya nampak pendek dan hilang seri. Apatah lagi, selulit mula kelihatan dan saya semakin hilang keyakinan diri serta merasa tertekan dengan kandungan. Saya alah teruk sehinggakan tidak suka pada wangi-wangian. Hilanglah seri dan kecantikan yang saya miliki. Di hadapan saya, suami melayan dengan baik seperti biasa. Namun suatu hari, telefon bimbitnya memecangkan segala tembelang suami. Mesej berbunyi, ’sayang dah sampai kedai’ buat dada saya berdebar-debar. Saya hubungi nombor tertera dan suara yang kedengaran di hujung talian amat menyesakkan nafas. Ya, saya kenal suara itu. Dia pekerja wanita di restoran milik suami dan telah lebih setahun bekerja dengan kami. Ya ALLAH, demi Mu saya amat tertekan dengan perkhabaran ini. Rupa-rupanya, sepanjang saya hamil, ada perempuan lain yang menghiburkan suami saya di luar. Hati saya hancur. Saya bergaduh dengan suami dan minta penjelasan kenapa saya diperlakukan sedemikian. Alasan suami amat mudah, saya sudah tidak menarik seperti dahulu lagi.
Terima bermadu
Saya ambil keputusan keluar dari rumah dan menyendiri sehinggalah saya habis berpantang. Saya pulang ke kampung mengadu pada ibu dan adik-beradik. Hidup saya menjadi kucar-kacir kerana saya selalu menangis dan menyalahkan diri sendiri serta kandungan. Saya tidak membenci bayi saya tapi saya membenci kehidupan saya sebagai wanita yang terpaksa mengandungkan anak dan mengalami perubahan teruk pada tubuh badan. Apa salah saya sehingga kecantikan yang mengikat hati suami terhadap saya selama ini hilang sekelip mata? Saya selalu memutar soalan itu dalam kepala sehingga saya merasa sakit yang amat sangat. Saya menjerit. Melempar semua barang yang ada dalam bilik termasuk menggigit-gigit cadar dan selimut. Saat itu, ibu akan menjauhkan bayi daripada saya, kerana menurut ibu, saya meroyan dan hampir mencederakan diri sendiri. Dalam tempoh berpantang, saya tidak ingat berapa kali suami datang melawat saya di kampung kerana saya tidak pernah mengingati wajahnya lagi. Kata ibu, suami selalu datang tapi keadaan tidak mengizinkan beliau untuk menemukan kami. Saya selalu menjerit mahu berjumpa suami dan teman wanitanya. Saya ingin tahu, apa salah saya? Saya sanggup menerima jika ditakdirkan bermadu tapi saya tidak sanggup kehilangan suami yang amat saya cintai.
Hikmah hidup
Keluarga banyak membantu saya menjalani rawatan. Berkat usaha dan doa mereka yang tidak pernah padam, saya sembuh dari tekanan. Saya kembali ke pangkuan suami dan saat itu saya merelakan diri dimadukan. Saya juga tidak kisah suami membawa madu tinggal serumah dengan saya. Suka duka perkahwinan, kami tempuh dan kongsikan bersama. Kini, madu adalah teman baik saya. Kami terbuka berbincang apa sahaja. Saya mula sedar, ada hikmahnya madu didatangkan ALLAH dalam hidup saya. Sepanjang tempuh ini, saya sudah pun hamil tiga kali dan kini menunggu masa untuk melahirkan. Madulah yang banyak menjaga saya. Kadangkala saya kasihankannya kerana dia melayan saya bukan sahaja sebagai isteri tua suami, tetapi masih ibarat majikan. Dia menjaga saya dengan baik. Saya juga menantikan jika dia akan hamil seperti saya. Namun masih belum ada rezeki. Soal sikap suami, biarlah kami berdua pendamkan. Apa yang boleh kami kongsikan adalah, jika suami memburu kecantikan, maka dia akan terus memburu. Jika dia memburukan akhirat, maka pemburuannya pasti menghasilkan cinta yang lebih indah. Doa kami semoga keluarga kami sejahtera hingga akhir hayat. Madu kini teman rapat.
- Sinar Harian

Siti Noor Radiah Sumbang Emas Pertama Malaysia
INCHEON: Atlet paralimpik negara, Siti Noor Radiah Ismail (kiri) bersama Siti Nooriasah Mohamad Ariffin gembira setelah berjaya merangkul pingat emas dan perak dalam acara lompat jauh wanita kategori T20 di Kejohanan Sukan Para Asia 2014 di Asiad Main Stadium di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
INCHEON – Atlet olahraga negara, Siti Noor Radiah Ismail menghadiahkan pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia pada Sukan Para Asia 2014 menerusi acara lompat jauh wanita T20 di Stadium Utama Asiad di sini, hari ini. Siti Noor Radiah bersaing hebat dengan rakan senegara Siti Nooriasah Mohamad Ariffin sebelum merangkul pingat emas dengan lompatan sejauh 5.10m. Siti Nooriasah pula menyumbang pingat perak dengan perbezaan jarak 0.05m. Olahraga juga turut menyumbang pingat emas kedua negara menerusi atlet lelaki Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru dengan balingan 15.31m. Bagaimanapun, balingan itu hanya 0.01m tersasar daripada rekod peribadi yang diciptanya pada Kejohanan Olahraga Dunia Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) di Lyon, Perancis, tahun lepas. “Walaupun tidak melepasi rekod peribadi, namun tetap bersyukur dengan kejayaan ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian pingat. Muhammad Ziyad berkata beliau tidak merasa tertekan apabila menjadi sandaran pingat emas negara tetapi sebaliknya menganggap ia sebagai tonik untuk menguatkan semangat. “Jurulatih saya juga tidak langsung beri saya tekanan untuk dapatkan pingat emas. Dia hanya minta pingat, tidak kira warna apa pingat itu,” katanya. Katanya beliau mahu melakukan persediaan secukupnya untuk bersaing di Kejohanan Olahraga Dunia IPC 2015 di Doha, Qatar, dan meletakkan sasaran peribadi pingat emas bagi temasya Sukan Paralimpik Rio pada 2016. Dalam pada itu, ketua jurulatih lompat jauh negara, R.Jeganathan melahirkan rasa gembira apabila kedua-dua anak didiknya, Siti Noor Radiah dan Siti Nooriasah, berjaya menambah pungutan pingat buat kontinjen negara. “Memang saya sasar Siti Noor Radiah akan menang acara ini kerana semasa latihan pun dia sudah tunjukkan kelebihannya manakala Nooriasah yang baru sahaja sertai kita selepas hampir enam tahun berehat juga dapat pingat perak, ini memang satu kejutan. “Bagi saya Radiah masih muda, kita boleh didik dia untuk jadi juara dunia suatu hari nanti. Sekarang ini saya mahu berikan persediaan rapi kepadanya supaya dia layak ke Sukan Paralimpik 2016,” katanya. Jeganathan berharap Siti Noor Radiah akan menyumbangkan pingat emas pada Kejohanan Dunia IPC 2015 di Doha. Selepas hari kedua temasya itu, Malaysia berjaya mengumpul dua pingat emas, tiga perak dan lima gangsa. – BERNAMA

AEON M’sia, Jepun Bekerjasama Pasarkan Produk Malaysia
CHIBA (Jepun): Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menunjukkan produk minuman keluaran Agro Mas yang dipasarkan di AEON Makuhari New City sempena program Best of Malaysia di sini hari ini. - Foto BERNAMA
CHIBA (Jepun) – AEON Co (M) Bhd akan mengadakan kerjasama rapat dengan AEON Jepun untuk memasarkan produk keluaran Malaysia di 1,800 pasar raya di Jepun pada masa akan datang, kata Pengarah Eksekutif AEON Co (M) Bhd Poh Ying Loo. Beliau berkata langkah itu bagi meningkatkan bilangan produk Malaysia khususnya milik usahawan industri kecil dan sederhana di pasar raya negara itu. “AEON Jepun tidak mengenakan sebarang had untuk produk Malaysia memasuki pasaran negara ini tetapi perlu mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa negara ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian program Best of Malaysia (BEM) di AEON Makuhari di sini hari ini. Program itu bertujuan mempromosikan produk keluaran Malaysia ke peringkat antarabangsa dan dirasmikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Poh berkata BEM yang bermula dari 17 hingga 20 Okt ini mempamerkan 158 produk termasuk 89 produk berasaskan makanan yang dipasarkan di tujuh pasar raya AEON di Tokyo, Osaka dan Chiba. Beliau berkata usaha promosi melalui BEM penting bagi mendedahkan produk keluaran Malaysia kepada pelanggan di negara Jepun. Katanya kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Pelancongan turut membantu memperkenalkan produk dari Malaysia. Selain itu, katanya kerjasama antara kerajaan Malaysia dan Jepun dalam mengenal pasti peraturan dan kehendak pihak berkuasa tempatan penting bagi memastikan produk keluaran usahawan tempatan mendapat kelulusan untuk dipasarkan di Jepun. – BERNAMA
CHIBA (Jepun) – AEON Co (M) Bhd akan mengadakan kerjasama rapat dengan AEON Jepun untuk memasarkan produk keluaran Malaysia di 1,800 pasar raya di Jepun pada masa akan datang, kata Pengarah Eksekutif AEON Co (M) Bhd Poh Ying Loo. Beliau berkata langkah itu bagi meningkatkan bilangan produk Malaysia khususnya milik usahawan industri kecil dan sederhana di pasar raya negara itu. “AEON Jepun tidak mengenakan sebarang had untuk produk Malaysia memasuki pasaran negara ini tetapi perlu mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa negara ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian program Best of Malaysia (BEM) di AEON Makuhari di sini hari ini. Program itu bertujuan mempromosikan produk keluaran Malaysia ke peringkat antarabangsa dan dirasmikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Poh berkata BEM yang bermula dari 17 hingga 20 Okt ini mempamerkan 158 produk termasuk 89 produk berasaskan makanan yang dipasarkan di tujuh pasar raya AEON di Tokyo, Osaka dan Chiba. Beliau berkata usaha promosi melalui BEM penting bagi mendedahkan produk keluaran Malaysia kepada pelanggan di negara Jepun. Katanya kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Pelancongan turut membantu memperkenalkan produk dari Malaysia. Selain itu, katanya kerjasama antara kerajaan Malaysia dan Jepun dalam mengenal pasti peraturan dan kehendak pihak berkuasa tempatan penting bagi memastikan produk keluaran usahawan tempatan mendapat kelulusan untuk dipasarkan di Jepun. – BERNAMA
TOP
Pulau Bebas Cukai Kekal Dikecualikan GST
LABUAN – Pulau bebas cukai seperti Langkawi, Tioman dan Labuan kekal dikecualikan daripada pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang berkuatkuasa mulai 1 April tahun depan.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata pelaksanaan GST tidak akan menjejaskan kawasan khas dan bebas cukai kerana cukai tersebut akan memberi manfaat kepada rakyat berikutan pengurangan harga barangan keperluan di negara ini.
“Ketika ini, kebanyakan barangan dikenakan cukai di bawah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan peralihan kepada GST akan memastikan harga barangan tidak meningkat sekali gus langkah ini dapat meringankan beban rakyat,” katanya pada majlis Penerangan Perdana GST di sini hari ini.
Katanya kerajaan mengukuhkan Unit Penguatkuasaan GST dengan penambahan 2,270 anggota, 1,300 anggota Unit Pemantauan Harga dan 202,800 sukarelawan Skuad Pengguna serta membabitkan 579 penghulu dan penggawa.
“Kerajaan mengambil pendekatan dengan mewujudkan dan memberi peruntukan kepada kumpulan pemantau harga dari kalangan persatuan pengguna bagi mengelak berlaku kenaikan harga,” katanya.
Beliau berkata pelaksanaan GST berupaya untuk meningkatkan pendapatan kerajaan dan hasil kutipan cukai itu akan dapat disalurkan semula kepada rakyat melalui pembangunan.
“Malaysia juga perlu berubah daripada sistem percukaian era 70an kepada era digital seiring dengan kehendak dan peredaran dunia,” katanya. – BERNAMA
TOP
KDN Cadang Wujud Akta Baharu Perangi Keganasan
BANGI – Kementerian Dalam Negeri bercadang memperkenalkan akta baharu bagi memerangi kegiatan keganasan, kata menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata akta yang dicadangkan itu akan memperkuatkan lagi undang-undang sedia ada iaitu Akta Kesalahan, Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Poca).
“Dengan penwujudan satu undang-undang baharu, maka ia bukan sahaja dapat membanteras, malah akan mencegah pengrekrutan bakal sukarelawan ‘jihad’ ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri program Gempur MAGIC anjuran Majlis Belia Selangor dan Biro Tata Negara di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini, hari ini.
Ahmad Zahid berkata penularan aktiviti kumpulan militan Islam di negara ini perlu dibendung segera terutamanya dengan adanya cubaan merekrut pelajar-pelajar sekolah menerusi laman sosial.
Menurutnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta Unit Pemantauan Media Sosial Polis DiRaja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus memantai laman sosial bagi mengekang kegiatan itu.
Mengulas lanjut, beliau berkata kerjasama dengan ATM juga akan diteruskan untuk berkongsi maklumat sekiranya terdapat sarang-sarang latihan merekrut militan diwujudkan.
“Kita yakin dapat menangkap lebih ramai lagi dan mengumpul maklumat-maklumat yang selama ini amat diperlukan bagi menentukan Malaysia tidak dijadikan sarang latihan ‘jihadist’ untuk dihantar ke Syria, Iraq dan negara-negara berkaitan,” kata beliau.
Menurutnya pertemuan antara Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dan Barisan Pembebasan Islam Moro(MILF) juga diharap dapat menyelesaikan permasalahan di Selatan Filipina terutamanya di Mindanao, sekaligus mengurangkan atau menyelesaikan masalah pengrekrutan sukarelawan jihad.
Mengulas mengenai Kedutaan Amerika Syarikat yang dikatakan memberi tekanan kepada Malaysia untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948, Ahmad Zahid berkata mereka harus menghormati sistem politik dan perundangan negara ini.
“Mereka mesti tahu daripada komitmen kerajaan dan kenyataan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) juga jelas. Mereka tidak harus beri tekanan kepada kerajaan, apalagi memihak kepada mana-mana kumpulan untuk mengatakan penghapusan satu-satu akta itu adalah terlalu lewat atau tidak diadakan,” katanya.
Dalam perkembangan, lain Ahmad Zahid berkata operasi membanteras kegiatan haram sindiket berpengaruh di kawasan perkampungan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Puala Kuala Sangga di Perak, yang didakwa menjadi lubuk jenayah, akan terus diperhebat.
Kementerian Dalam Negeri melalui Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC), Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) dan Skuad Taktikal Khas serta kerjasama dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)dan pasukan keselamatan lain akan memberi tumpuan kepada kawasan itu.
“Mereka bukan sahaja tangkap ikan tetapi ada kemungkinan melakukan penyeludupan barangan daripada luar negara tanpa cukai. Ada kemungkinan mereka seludup senjata atau dadah dari luar negara menggunakan awak-awak dari negara luar,” katanya.
Menurutnya meskipun APMM kerap kali melakukan operasi membanteras kegiatan haram di perkampungan nelayan, anggota sindiket itu dapat memboloskan diri daripada pihak berkuasa.
Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai kawasan-kawasan yang didakwa menjadi lubuk jenayah dan dikatakan ‘kebal’ daripada tindakan pihak berkuasa. – BERNAMA
TOP
Hampir 200,000 Wanita Jalani Ujian Mamogram LPPKN Sejak 2007
KUALA LUMPUR: Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Tan Sri Napsiah Omar (kanan) melakukan simbolik perasmian majlis "Kiss Goodbye to Breast Cancer" di sini hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR – Sebanyak 192,365 wanita menjalani pemeriksaan saringan kanser payu dara menerusi Program Subsidi Ujian Mamogram sejak pelancarannya pada 2007, kata Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Tan Sri Napsiah Omar. Daripada jumlah itu, hasil saringan seramai 176,843 wanita didapati normal manakala 15,522 lagi dikategorikan di bawah penyiasatan lanjut yang memerlukan pemeriksaan susulan. “Sementara 204 kes lain pula disahkan positif kanser payu dara dan telah menjalani pembedahan dan rawatan lanjut,” katanya semasa berucap merasmikan kempen kesedaran kanser payu dara ‘Kiss Goodbye to Breast Cancer 2014′ (KGBC 2014) di sini, hari ini. Napsiah berkata ujian mamogram yang dikendali LPPKN merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu golongan wanita selain meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya pengesanan awal penyakit itu. Beliau turut menggesa golongan sasar untuk menjalani pemeriksaan saringan khususnya bagi mereka yang mempunyai latar belakang keluarga menghidap kanser payu dara. Mengenai kempen berkenaan, Napsiah berkata ia merupakan kerjasama kali kedua antara LPPKN dan Avon Cosmetics (M) Sdn Bhd. Melalui siri jelajah KGBC 2014 , LPPKN turut menyediakan enam unit klinik bergerak yang menawarkan khidmat termasuk pemeriksaan klinikal payu dara, kaunseling dan suntikan vaksin Human Papillomavirus (HPV) untuk remaja wanita. – BERNAMA

Banyak Sekolah Bakal Guna Kemudahan ICT
BESUT – Kementerian Pendidikan akan melaksanakan lebih banyak proses pembelajaran menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) di sekolah-sekolah seluruh negara bersesuaian dengan teknologi itu yang kini menguasai dunia.
Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata penggunaan ICT bukan sahaja memudahkan pengurusan di peringkat sekolah, malah amat diminati pelajar yang sekarang menguasainya dengan baik.
“Untuk menerajui dunia, kita perlu menguasai kemajuan dunia yang banyak didapati melalui penguasaan ICT yang semakin berkembang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan ‘Future Classroom My1lmu’ di Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Jerteh, di sini hari ini.
SK Seberang Jerteh dipilih sebagai sekolah perintis menggunakan sistem makmal dalam pengajaran dan pembelajaran di negara ini.
Idris berkata program tersebut yang memperkenal bilik darjah berkonsep futuristik menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran secara efektif dengan penggunaan kemudahan peralatan ICT.
Katanya ia amat bersesuaian dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Negara yang berhasrat membuat perubahan besar terhadap pendidikan termasuk dalam memperkasa kemahiran ICT.
Idris meminta syarikat korporat turut membantu merealisasikan penubuhan kelas futuristik menggunakan makmal ICT berikutan langkah kementerian memperkenalkan pelbagai inisiatif dalam merancakkan pendidikan negara.
“Syarikat korporat dialu-alukan mengambil mana-mana sekolah sebagai sekolah angkat bagi membolehkan mereka membuka makmal kelas futuristik yang memerlukan perbelanjaan sebanyak RM60,000 bagi kegunaan 100 murid dengan empat guru,” katanya.
Idris berkata Future Clasroom My1lmu yang merupakan program pendidikan pintar berjenama My1lmu telah diperkenal di beberapa negara seperti Taiwan, China serta Indonesia dan menghasilkan impak yang positif terutama dalam pembelajaran bahasa khususnya bahasa Inggeris.
Beliau berkata empat buah sekolah lagi dikenal pasti untuk program tersebut iaitu SK Kampung Baharu, Kuala Besut; SK Keluang, Kota Putera; SK Pasir Akar, Hulu Besut dan SK Jabi, Jabi; kesemuanya di Terengganu, dalam tempoh terdekat.
Turut hadir, Pengarah Urusan Weidu Sdn Bhd Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir. Weidu Sdn Bhd adalah syarikat korporat yang memperkenalkan proses pembelajaran menggunakan makmal ICT itu. – BERNAMA
TOP
Angkasa Sasar 10 Koperasi Sekolah Capai RM1 Juta Pada 2015
KUANTAN – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menyasarkan 10 koperasi sekolah menengah masing-masing dapat menyumbang perolehan RM1 juta pada tahun depan.
Presidennya Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata koperasi sekolah itu yang berada di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan kini menjana keuntungan sehingga RM750,000 setahun dalam perniagaan barangan keperluan sekolah terutama alat tulis.
Dengan pendapatan sebanyak itu, katanya koperasi sekolah itu mempunyai potensi untuk menjana lebih banyak keuntungan menerusi perniagaan atau menyediakan perkhidmatan lain.
“Sehingga kini, kira-kira 2 juta anggota koperasi sekolah berbelanja sekurang-kurangnya RM300 untuk pembelian peralatan sekolah setiap kali musim sekolah bermula.
“Jika koperasi membekalkan pakaian sekolah, membuat perkhidmatan pembersihan di kawasan sekolah atau membekalkan barangan kepada kantin sekolah, ia pasti mengaut keuntungan berlipat kali ganda,” katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Transformasi Koperasi Sekolah di sini, hari ini.
Sehubungan itu, Abdul Fattah berkata pengurusan koperasi sekolah lain perlu melakukan lonjakan dengan memberikan komitmen serius bagi memajukan koperasi masing-masing untuk menyumbang kepada pembangunan negara.
“Perniagaan koperasi sekolah juga mampu mengurangkan kos sara hidup rakyat kerana mereka boleh menjual brangan dengan harga lebih murah kerana stok dibeli dengan harga pukal berbanding membeli di luar yang dijual mengikut harga pasaran,” katanya. – BERNAMA
TOP
Julius Anggap Acara Pertama Medan uji Kekuatan Lawan
INCHEON: Atlet renang paralimpik negara, Julius Jaranding semasa beraksi acara gaya bebas lelaki 400m akhir kategori S13 pada Kejohanan Sukan Para Asia 2014 di Munhak Aquatics Centre di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
INCHEON – Perenang negara, Julius Jaranding menganggap penyertaannya dalam acara 400m gaya bebas lelaki S13 sebagai medan menguji kekuatan lawan sebelum bersaing dalam acara kegemarannya, 100m kuak dada S13, pada temasya Sukan Para Asia 2014, Rabu ini. Julius sekadar menduduki tempat keempat dalam acara 400m gaya bebas dengan catatan masa lima minit 29.82 saat pada hari pertama acara renang di Pusat Akuatik Munhak Park Tae-hwan di sini hari ini. “Walaupun gagal meraih pingat bagi acara 400m gaya bebas tapi saya menganggap ini sebagai acara pemanas badan sebelum cuba memperbaharui masa 1:21s dalam acara 100m kuak dada,” katanya di sini hari ini. Pingat emas acara itu dimenangi oleh prenang Iran, Vahid Keshtar dengan catatan masa 5:06.07s, diikuti Mohammad Hossein Karimi Jahan Abadi (Iran) dan Sutat Sawattarn (Thailand). Julius, 28, turut kecundang dalam acara kelayakan 50m gaya bebas S13 dengan menduduki tangga tercorot dengan masa 31.20s. “Kali ini terlalu ramai atlet baharu, jadi saya tidak tahu sejauh mana kekuatan mereka dan saya tidak mengetahui persaingan yang bakal diberikan,” katanya. Ketua jurulatih renang negara, Gan Kok Lee berkata beliau tidak menyangka Julius akan menerima persaingan sengit kerana beliau kini berada pada ranking kedua Asia. “Disebabkan Julius kurang menyertai acara 400m gaya bebas, jadi kita tidak tahu kekuatan perenang lain. Namun saya harap Julius dapat sumbangkan pingat dalam acara 100m kuak dada nanti,” katanya. – BERNAMA

2 Nelayan Dikhuatiri Lemas Bot Karam Di Pantai Jerejak
Pantai Jerejak, Pulau Pinang
GEORGETOWN – Dua nelayan dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki dipercayai karam di perairan berhampiran Pantai Jerejak, di sini, sebentar tadi. Bot kecil yang dipercayai dinaiki dua lelaki itu karam selepas mengalami kebocoran ketika keluar menangkap ikan kira-kira jam 2.50 petang tadi. Komander Pasukan Polis Marin Wilayah (1) Pulau Pinang, Asisten Komisioner, Mohd Yusof Abdullah, berkata pihaknya menerima laporan daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri mengenai kejadian itu kira-kira jam 3 petang tadi. “Sebuah bot marin sudah diarah untuk ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat. “Kita masih belum dapat mengesan kedudukan sebenar bot yang karam itu dan maklumat lanjut masih belum diperoleh,” katanya ketika dihubungi. Difahamkan, operasi mencari dan menyelamat masih lagi dijalankan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Dua. – BH Online

Deepavali: Bekalan Di Negeri Sembilan Mencukupi
SEREMBAN – Keperluan bekalan makanan di Negeri Sembilan sempena perayaan Deepavali adalah mencukupi, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Malah, beliau berkata keperluan barangan asas seperti beras, gula, minyak masak dan tepung memang mencukupi.
“Apa yang penting sekali ialah apabila orang ramai tahu bahawa bekalan cukup di pasaran, di samping harganya dikawal, mereka tidak akan melakukan pembelian secara panik.
“Masalah ini timbul apabila pihak pengguna merasakan barang-barang mereka tidak cukup dan mereka cuba untuk membeli secara banyak,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan sempena Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali di Pasar Awam Rantau, dekat sini, hari ini.
Mohamad berkata kuota yang diberikan kepada setiap pemborong sebenarnya melebihi permintaan di negeri itu.
Dalam pada itu, Mohamad turut menasihati orang ramai supaya membeli barang secara berhemah dan tidak membazir.
“Kalau kita beli banyak dan simpan sahaja, ia merupakan kos kepada kita. Oleh itu, belilah barang yang kita perlu dan kita gunakan tetapi jangan disimpan. Langkah ini dapat mengamalkan perbelanjaan seharian secara berhemah dalam kalangan masyarakat,” katanya.
Mengenai persediaan menghadapi banjir, beliau berkata kerajaan negeri mengarahkan kesemua pegawai daerah menggerakkan Bilik Gerakan Bencana Alam di kawasan masing-masing.
Katanya ini perlu sebagai langkah berjaga-jaga supaya bantuan dapat disalurkan dengan kadar segera jika sebarang bencana alam termasuk banjir
berlaku.
Beliau turut mengingatkan orang ramai terutamanya penduduk yang tinggal di kawasan yang sering dilanda banjir supaya berhati-hati dan bertindak dengan cepat seperti berpindah ke kawasan yang lebih selamat jika terdapat tanda-tanda banjir kilat bakal melanda.
“Bagaimanapun, insya-Allah…dengan adanya projek tambatan banjir yang banyak kita lakukan di kawasan seperti Gemas, masalah banjir dapat dikurangkan di negeri ini,” katanya. – BERNAMA
TOP
Barisan Pemain Kelantan 2015 Belum Muktamad – Annuar
KUALA LUMPUR – Barisan pemain Kelantan yang akan beraksi pada musim depan akan dimuktamadkan oleh barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang baharu.
Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, KAFA akan mengadakan Mesyuarat Agung persatuan itu pada 15 November ini bagi memilih AJK KAFA yang seterusnya bagi sesi 2014-2018.
“Sebelum dapat dimuktamadkan barisan The Red Warriors (TRW) 2015, kami AJK KAFA sedia ada akan menamatkan khidmat sesi 2010-2014 pada 15 November 2014 selari dengan peraturan KAFA.
“KAFA akan mengadakan mesyuarat agungnya pada tarikh itu dan semua AJK akan gugur secara automatik. AJK baharu akan terdiri daripada seorang presiden, timbalan presiden, naib serta lapan AJK wajib,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Annuar berkata, mereka yang akan menerajui jawatan itu dipilih secara undi oleh perwakilan badan gabungan KAFA bagi tempoh 2014-2018.
Justeru, katanya, barisan pemain Kelantan yang baharu terpaksa menunggu barisan AJK KAFA yang baharu dalam menentukan hala tuju bola sepak TRW untuk tempoh empat tahun akan datang.
“Pilihan AJK adalah terbuka kepada sesiapa sahaja,” katanya.
TRW mencatatkan prestasi hambar musim ini dengan gagal memenangi sebarang piala termasuk tewas kepada pasukan bukan pilihan, Kedah dalam saingan Piala Malaysia 2014 baru-baru ini.-mynewsub
TOP
Hafizh Syahrin Gagal Teruskan Perlumbaan Selepas 14 Pusingan
MASALAH kesihatan telah menjejaskan rentak cemerlang Hafizh Syahrin Abdullah apabila terpaksa menarik diri daripada perlumbaan akhir Moto2 Grand Prix Australia yang berlangsung di Litar Phillip Island, Australia, hari ini.
Pelumba PETRONAS Raceline Malaysia itu mengalami demam selesema yang teruk sejak sesi kelayakan semalam namun tekad untuk meneruskan perlumbaan akhir sebelum terpaksa akur terhadap tahap kecergasan yang tidak begitu baik sehingga memaksanya untuk menarik diri selepas 14 pusingan perlumbaan berlangsung.
“Saya tidak begitu sihat dan mengalami demam selesema yang teruk sejak semalam dan keadaan semakin teruk sebelum perlumbaan bermula. Saya pergi berjumpa doktor di litar dan kemudiannya saya memutuskan untuk tetap meneruskan perlumbaan.
“Selepas berjaya memberi cabaran pada peringkat awal perlumbaan, kecergasan saya mula menurun dan tidak mampu lagi untuk meneruskan perlumbaan. Saya meminta maaf kepada penaja, peminat dan pasukan namun saya berjanji akan bangkit memberikan aksi terbaik di Malaysia nanti,” jelas Hafizh.
Pengurus pasukan, Barry Leong berkat, “Kami telah melakukan sebaik mungkin pada minggu ini. Hafizh berjaya mencatat masa yang baik, begitu juga dengan jentera. Secara peribadi, saya yakin Hafizh mampu mengutip mata lagi di sini namun masalah seperti ini tidak boleh dielak. Kami harap semuanya akan lebih baik di Sepang nanti.”-mynewsub
TOP
Artis Bermasalah Jejaskan Rating, Kata Ahmad Izham Omar
Alahai, kasihannya dengan Hanez Suraya. Sudahlah sebelum ini dia dicaci masyarakat kerana isu merampas suami orang, kini periuk nasinya pula terjejas gara-gara kurang tawaran berlakon.
ARTIKEL BERKAITAN: Hanez Suraya Rayu Stesen TV Beri Dirinya Peluang Kedua
Baru-baru ini, Hanez pernah membuat kenyataan tentang perkara tersebut kepada media dengan harapan terdapat produser dan konglomerat media yang mendengar keluh-kesahnya dan kembali menawarkannya peluang berlakon.
Namun, menurut laporan dari blog beautifulnara, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar memutuskan untuk tidak menawarkan peluang lakonan kepada selebriti bermasalah atas sebab yang konkrit. “Saya tahu ada ramai artis mengadu tentang perkara ini. Tetapi perlu diingat pihak stesen televisyen ‘hidup’ berdasarkan iklan. “Sekiranya seseorang artis tu bermasalah dan peminat pun tidak suka, ia boleh menjejaskan rating penonton. Apabila perkara ini berlaku, pihak kami pula sukar mendapat iklan.” Maka, menurut Ahmad Izham, keputusan memboikot terpaksa diambil demi menjaga rating, sekaligus keuntungan syarikat. Itulah, bila sudah terhantuk baru nak terngadah. Kan rugi diri sendiri? Buat Hanez, semoga terus bersabar dan percayalah, rezeki ada di mana-mana. - MYNEWSHUB

PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Bekas Panglima TUDM
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Panglima No 1 Divisyen Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Jeneral Datuk Khairul Bakri Mustaffa yang meninggal dunia pada Jumaat.
“Takziah kepada keluarga bekas Panglima TUDM Mejar Jeneral Datuk Khairul Bakri Mustaffa yang kembali ke Rahmatullah. Al-Fatihah,” kata Perdana Menteri dalam catatannya di laman Twitter.
Khairul Bakri, 61, meninggal dunia di Turki ketika sedang bercuti bersama-sama keluarganya.
Beliau bersara daripada jawatan terakhirnya itu pada 25 Jun 2011.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Bibi Sabariah Mohd Amin dan empat anak. – BERNAMA
TOP
Najib Tiba Di Jakarta Sempena Pelantikan Jokowi
JAKARTA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini, petang ini untuk menghadiri upacara mengangkat sumpah Joko Widodo sebagai Presiden Indonesia esok.
Pesawat khas yang membawa Najib, yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mendarat di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma kira-kira 6 petang (7 petang waktu Malaysia).
Ketibaan Najib disambut oleh Duta Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Wakil Tetap Malaysia ke Asean Datuk Hasnudin Hamzah serta pegawai-pegawai kedutaaan Malaysia.
Perdana menteri adalah antara 18 pembesar dan kenamaan asing yang akan menghadiri upacara bersejarah itu, yang dijadualkan berlangsung 10 pagi esok (waktu tempatan) yang menyaksikan Joko atau lebih dikenali sebagai “Jokowi” dilantik sebagai Presiden Republik Indonesia ketujuh.
Najib juga dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Australia Tony Abbott dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry selepas upacara itu sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur malam esok.
Jokowi mengambil alih jawatan itu daripada Susilo Bambang Yudhoyono, yang menjadi Presiden sejak 2004.
Jokowi, yang juga Gabenor Jakarta dan gandingannya Jusuf Kalla, memenangi pilihan raya Presiden selepas menewaskan Prabowo Subianto dan gandingannya Hatta Rajasa. – BERNAMA
TOP
VIDEO: “Hug A Terrrorist” Tanda Simpati Pada Anak Palestin
Israel mengatakan bahawa terdapat ramai pengganas di Gaza, sedangkan yang dibunuh mereka dengan banyaknya adalah golongan kanak-kanak yang menjadi mangsa hingga ke hari ini.
Pihak Israel laknatullah melabelkan semua rakyat Palestin sebagai pengganas dan ini termasuklah bakal-bakal ibu yang akan melahirkan anak di sana.
Begitulah kejamnya sikap tidak berperikemanusian rejim Zionis ke atas penduduk Palestin sejak dahulu lagi.
Melalui video yang dikongsikan, ini adalah inisiatif anak muda di Kanada. Keprihatinan sekumpulan anak-anak muda Kanada terhadap rakyat Palestin, membuat mereka menggunakan daya kreativiti bagi menjayakan satu projek yang dinamakan ‘Hug A Terrorist’. Ia bertujuan mendapatkan reaksi orang ramai tentang dakwaan Israel yang mengatakan seluruh kanak-kanak Palestin adalah pengganas. Idea yang kreatif sememangnya membawa mesej yang kuat.- mynewshub.cc

Pemegang Saham Minoriti MAS Dinasihat Terima 27 Sen Sesaham
KUALA LUMPUR – Pemegang saham minoriti Malaysian Airline System Bhd (MAS) mungkin tidak akan memperoleh apa-apa jika mereka menolak tawaran 27 sen sesaham pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang dijadual pada 6 Nov, kata pakar ekonomi terkemuka pada Ahad.
Dr Yeah Kim Leng, Dekan Fakulti Perniagaan Universiti Sains dan Teknologi Malaysia memberikan nasihat ini kepada pemegang saham tersebut — Lebih baik “menerimanya walaupun sukar” dan sekurang-kurangnya mendapat semula sebahagian daripada pelaburan itu.
Dana kekayaan negara, Khazanah Nasional Bhd pada 30 Ogos telah mengumumkan satu pelan yang radikal untuk memulihkan MAS yang memerlukan pengurangan pekerjaan, suntikan modal sehingga RM6 bilion dan penubuhan sebuah syarikat baharu (Newco) untuk menjalankan perniagaan syarikat penerbangan itu.
Selain itu, ia menawarkan 27 sen sesaham kepada pemegang saham minoriti dan selepas memperoleh kelulusan pemegang saham, MAS akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula yang bertujuan mengembalikan keuntungan syarikat penerbangan negara itu dalam tempoh tiga tahun dinyahsenarai.
Dr Yeah berkata jika MAS menjadi entiti swasta sekarang, pemegang saham minoriti sedia ada akan kehilangan semua pelaburan mereka.
“Mereka akan memperoleh nilai sifar daripada pelaburan mereka. Mujurlah, Khazanah campur tangan sekurang-kurangnya jalan keluar itu dianggap munasabah dengan keadaan semasa di MAS. Justeru, tawaran 27 sen itu tidak perlu dilihat sebagai terlalu rendah kerana sekurang-kurangnya suntikan modal dan diambil alih oleh Khazanah, mereka akan mendapat semula sebahagian daripada pelaburan mereka,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata memandangkan kepada hakikat bahawa tiada wira lain yang muncul dan mampu untuk menyelamatkan MAS, tiada asas yang kukuh bagi pemengang saham minoriti untuk menolak tawaran tersebut.
“Sudah tentu, mereka boleh tawar-menawar bagi nilai yang lebih tinggi tetapi berdasarkan masalah yang dihadapi oleh MAS, sukar untuk mempertikaikan untuk nilai yang lebih tinggi bagi saham mereka,” katanya.
Bersetuju dengan pendapat Dr Yeah, bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Ong Tee Keat berkata pemengang saham minoriti sebenarnya tidak mempunyai pilihan kecuali menerima tawaran tersebut.
“Apabila syarikat dinyahsenarai, apa pilihan yang kita ada? Anda perlu menerimanya,” katanya.
Ong berkata kerajaan yang bertanggungjawab kepada pembayar cukai dalam apa keadaan sekali pun, menambah: “Anda tidak mampu untuk memuaskan hati pemegang saham minoriti dengan mengorbankan kepentingan pembayar cukai. Saya kira ini merupakan keseimbangan yang kerajaan perlu laksanakan”.
Beliau berkata jika MAS gagal dan tanpa bantuan daripada Khazanah, pemegang saham minoriti tidak akan mendapat apa-apa.
MAS dalam pekelilingnya bertarikh 15 Okt, 2014 menggesa pemegang saham minoritinya untuk menerima harga tawaran 27 sen oleh Khazanah untuk penswastaan syarikat penerbangan itu bagi memberi laluan kepada pelan pemulihannya.
Pelan pemulihan komprehensif MAS yang diumumkan oleh dana negara tersebut pada 29 Ogos adalah bergantung kepada penerimaan penswastaan MAS bernilai RM1.38 bilion.
Syarikat penerbangan negara, yang menanggung kerugian bagi tiga tahun kewangan yang lepas, menghadapi tekanan yang besar untuk meningkatkan prestasi kewangannya. Dan dua tragedi MH370 dan MH17 telah menjadikan proses pemulihan lebih sukar.
Berdasarkan persekitaran yang mencabar dalam sektor penerbangan, prestasi kewangan MAS dijangka terus lemah.
Dalam pekelilingnya kepada pemegang saham, yang akan mengadakan pertemuan pada 6 Nov, MAS memberi penekanan bahawa ia perlu melaksanakan penstrukturan semula yang komprehensif dengan segera untuk menangani keadaan perniagaan yang kurang baik, justeru syarikat penerbangan negara memerlukan pembiayaan untuk mengekalkan perniagaannya.
MAS dikatakan membelanjakan RM4 juta sehari untuk memastikan operasinya terus berjalan.
Jika MAS terus menanggung kerugian yang besar, ditambah dengan pengurangan simpanan tunai, tanpa sebarang bantuan kewangan mungkin akan terus memburukkan keadaan kewangannya dan membawa kepada Syarat-Syarat Penyenaraian PN17. – BERNAMA
TOP
DAP Ugut Mahu Saman Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR – DAP mengugut mahu menyaman akhbar Utusan Malaysia kerana didakwa memfitnah proses pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada 29 September lalu.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Loke Siew Fook mendakwa, akhbar itu membuat laporan fitnah mengenai 120 cawangan yang belum mendaftar tetapi mengundi dalam pemilihan semula itu.
“Utusan Malaysia meneruskan siri pembohongan dan fitnah berterusan terhadap DAP. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang sedang menyaman Utusan Malaysia di atas fitnah yang dilemparkan.
“DAP tidak akan teragak-agak untuk mengheret Utusan Malaysia ke mahkamah sekali lagi jika mereka meneruskan fitnah terhadap pimpinan Pusat DAP,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.
Siew Fook seterusnya menafikan laporan Utusan Malaysia sebanyak 120 cawangan yang belum mendaftar telah hadir dan mengundi dalam pemilihan semula CEC DAP pada 29 September 2013.
Dakwanya, senarai perwakilan yang layak untuk mengundi adalah senarai sama yang diguna pakai dalam pemilihan Kongres Kebangsaan DAP pada 15 Disember 2012.
Dakwa beliau, semua laporan yang dikehendaki oleh ROS telah pun dihantar kepada pegawai penyiasat ROS yang bertanggungjawab dalam kes itu.
“Angka 120 cawangan yang belum mendaftar yang dilemparkan adalah jumlah permohonan cawangan baharu yang telah dihantar kepada ROS secara berperingkat sejak bulan Mei 2013 yang masih belum diluluskan oleh ROS,” dakwanya lagi.- mynewsub
TOP
VIDEO: Bila Perempuan Terlalu ‘Konfiden’ Dia Pandai Menari..
Selalunya menonton perempuan menari adalah perkara yang mengasyikkan.
Tapi merujuk pada perempuan dalam video ini, tak tahulah nak rumuskan macam mana.
Bukan tak ada aksi goyang badan, punggung dan dada.. malah siap buka kain lagi, tapi perasaan ketika menyaksikan dia menari lebih kepada bingung daripada seronok.
Cuba korang tengok pulak dan fikirkan, ini tarian jenis apa ni.. nak kata tomoi pun bukan.
Ke perempuan ni tengah kena rasuk?
Apa pun sesiapa yang tonton video ni sampai habis memang gigih.. kikiki. - mynewshub.my
Apa pun sesiapa yang tonton video ni sampai habis memang gigih.. kikiki. - mynewshub.my
TOP
Naya.. Penumpang Bas Ekspres Dipaksa Berak Tepi Highway?
Gambar Hiasan
Seorang pengguna Facebook hari ini mendakwa menyaksikan satu kejadian memalukan ketika menaiki sebuah bas ekspres dari Hentian Bas Sri Putri, Skudai ke Shah Alam. Apa yang berlaku, pemandu kedua bas ekspres dikatakan bertindak zalim dan tak berhati perut apabila berhenti di tepi lebuh raya selepas seorang penumpang meminta supaya bas dihentikan di R&R berhampiran kerana sakit perut dan mahu membuang hajat. Apabila pemandu terbabit enggan berhenti di R&R sebaliknya di tepi highway sahaja, mahu tak mahu terpaksalah penumpang malang itu turun bagi melaksanakan hajat. Tambah haru kawasan bas dihentikan adalah kawasan lapang dan aksi penumpang yang terpaksa membuang air besar di tepi jalan dapat disaksikan semua orang.
Jika kejadian ini benar, maka ia amat tidak berhati perut. Bayangkan jika diri sendiri dipaksa membuang hajat bersaksikan orang lain? Sudah tentu malu bukan kepalang.. Hai, baru pegang stereng bas ekspres sudah jadi begini angkuh. Kalau jadi pilot tak tahulah macam mana dia punya eksyen. – mynewshub.my

1:100 Rakyat Malaysia Dikesan Hidap Sakit Mental, Skizofrenia!
KEPALA BATAS – Setiap seorang daripada 100 rakyat Malaysia dikesan menghidap penyakit mental, skizofrenia, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
Beliau berkata situasi itu membimbangkan kerana pesakit skizofrenia boleh bertindak mencederakan diri sendiri dan orang lain.
“Semakin ramai rakyat Malaysia menghidap skizofrenia kerana pesakit dan masyarakat sekeliling tidak memandang serius masalah berkenaan selain enggan mendapatkan rawatan.
“Masalah kesihatan mental terutama penghidap skizofrenia tidak boleh dipandang ringan kerana jika tidak dirawat, mereka boleh bertindak mencederakan orang lain, ini sangat berbahaya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kem I Want Sihat (KIS) sempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2014 di sini, hari ini.
Skizofrenia ialah sejenis penyakit mental di mana pesakit mengalami gangguan perasaan, pemikiran, emosi dan tingkah laku yang menyebabkan mereka seolah-olah berada dalam dunia mereka sendiri.
Dr Hilmi berkata masyarakat juga perlu membuang stigma bahawa pesakit mental tidak boleh diubati atau diberi perhatian yang sewajarnya.
Katanya masalah berkaitan kesihatan dan penyakit mental perlu dibincang secara terbuka agar stigma terhadap isu itu dapat dikurangkan dan pesakit berkenaan tidak berasa malu untuk mendapatkan rawatan.
“Masyarakat terutama keluarga sepatutnya tidak menjauhkan diri daripada mereka sebaliknya terus memberi sokongan dan saya percaya sekiranya rawatan awal diberi, penyakit itu dapat dikawal dan pesakit akan pulih,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata pihaknya menyasarkan untuk menambah jumlah pakar psikiatri daripada 300 kepada 900 orang dalam tempoh beberapa tahun akan datang bagi memastikan ia dapat menampung keperluan rakyat Malaysia.
Bagi merealisasikan sasaran itu, beliau berkata setiap tahun Kementerian Kesihatan menawarkan biasiswa kepada 50 doktor untuk menjadi pakar psikiatri.
“Pada masa ini, nisbahnya adalah seorang pakar psikiatri untuk 150,000 rakyat. Kita sepatutnya mempunyai nisbah pakar ini mengikut piawaian antarabangsa iaitu seorang pakar bagi 50,000 penduduk,” katanya.
Dr Hilmi berkata jumlah mereka yang menghidap sakit mental di negara ini dijangka bertambah setiap tahun berdasarkan faktor tekanan hidup, pekerjaan, ekonomi dan rumahtangga.
“Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada 2006 mendapati mereka yang mengalami masalah mental adalah 11.2 peratus bagi dewasa dan 20.3 peratus untuk kanak-kanak dan remaja.
“Pada 1996, kita mencatat 10.3 peratus (dewasa) dan 13 peratus (kanak-kanak dan remaja),” katanya. – BERNAMA
TOP
5,000 sertai perhimpunan
Penduduk Palestin melaungkan slogan mengutuk kebiadaban polis Israel dalam perhimpunan anjuran Hamas, kelmarin.
GAZA CITY - PALESTIN. Kira-kira 5,000 penduduk Palestin menyertai perhimpunan anjuran Hamas, kelmarin. Perhimpunan itu bertujuan mengutuk tindakan polis Israel yang berterusan menceroboh Masjid al-Aqsa. Penduduk mula berhimpun selepas solat Jumaat sambil melaungkan slogan berjanji untuk membela masjid berkenaan lapor Arab News. Jurucakap Hamas, Ismail Radwan dalam ucapannya berkata penduduk Palestin di Jerusalem dan Tebing Barat perlu mempertahankan al-Aqsa. Baru-baru ini, satu pertempuran tercetus antara penduduk Palestin dan polis Israel di pekarangan Masjid al-Aqsa. Insiden itu dipercayai berlaku selepas sekumpulan pemuda Palestin membantah rancangan rejim Zionis yang membenarkan penganut Yahudi Ortodoks memasuki al-Aqsa untuk melakukan upacara keagamaan mereka. -sinar

Militan IS rampas pesawat MiG
Seorang anggota IS mengibarkan bendera di atas sebuah jet pejuang di pangkalan udara Tabqa di Raqqa, awal tahun ini.
BAGHDAD - IRAQ. Aktivis Syria berkata kumpulan militan Negara Islam (IS) telah merampas beberapa pesawat tempur MiG di Syria dan memandu ujinya dengan bantuan bekas juruterbang tentera udara Iraq. Pengarah Pemantau Hak Asasi Syria, Rami Abdel Rahman berkata, beberapa jet pejuang dipercayai jenis MiG-21 dan MiG-23 kelihatan terbang pada altitud rendah di timur Aleppo, minggu ini lapor Arab News . Difahamkan, IS berjaya merampas beberapa jet pejuang ketika menawan pangkalan tentera udara Tabqa di wilayah Raqqa, pada awal tahun ini. -sinar

Dalang penculikan pelajar diberkas
Sidronio Casarrubias didakwa terlibat secara langsung terhadap kehilangan 43 pelajar di Guerrero, awal bulan ini.
ACAPULCO - Pihak berkuasa Mexico mengumumkan penangkapan ketua geng dadah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 43 pelajar, awal bulan ini. Ketua peguam, Jesus Murillo Karam berkata penangkapan Sidronio Casarrubias dijangka bakal membuka lembaran baharu dalam siasatan kes berkenaan. Menurut laporan AFP, pengumuman itu dibuat beberapa jam selepas beribu-ribu penunjuk perasaan menutup lebuh raya ke Acapulco di selatan Mexico bagi mendesak pihak berkuasa mencari 43 pelajar yang hilang sejak tiga minggu lalu. Tiga hari lalu, seorang ketua geng dadah Guerrrro Unidos, Banjamin Mondragon bertindak membunuh diri selepas dikepung polis di wilayah Morelos. Mondragon dikatakan terlibat secara langsung dalam penculikan pelajar dari kolej latihan guru berhampiran Chilpancingo itu. -sinar

Gigit ekor elak tergelincir dalam kolam
BUKAN sahaja manusia, bahkan haiwan pun boleh tunjukkan sifat kerjasama berpasukan.
Dalam sebuah video yang dipaparkan melalui portal Metro.co.uk, kita dapat menyaksikan komunikasi hebat antara dua ekor anjing dalam membantu satu sama lain.
Melalui paparan video itu, kelihatan seekor anjing mengigit ekor anjing yang lain bagi mengelakkan ia tergelincir ke dalam kolam renang ketika bergelut mencapai bola yang berada di permukaan air.
Akhirnya bola tersebut berjaya diperoleh dan anjing itu tidak terjatuh ke dalam kolam renang.
Kedua ekor anjing tersebut merupakan binatang peliharaan yang dikenali sebagai ‘shaggy dogs’.
Video tersebut dikatakan menjadi popular untuk seketika dan dikongsikan oleh 3,700 pengunjung laman berkenaan setakat ini.-sinar
TOP
Petrol, diesel naik 50 peratus
Penunggang motosikal berbaris di sebuah stesen minyak di Denpasar, Bali selepas berlaku kekurangan bahan api. - Foto: AFP
JAKARTA - INDONESIA . Bakal Presiden Indonesia Joko Widodo merancang untuk menaikkan harga petrol bersubsidi dan diesel sebanyak 50 peratus dalam tempoh dua minggu selepas menjawat jawatan itu secara rasmi 20 Oktober ini. Penasihat Widodo atau lebih mesra disapa Jokowi memaklumkan, langkah itu akan menjimatkan hampir AS$13 bilion (RM43 bilion) tahun depan. Menurutnya, Jokowi berhasrat untuk menaikkan harga bagi kedua-dua petrol dan diesel sebanyak AS$0.25 (80 sen) seliter pada November depan. "Rancangan untuk melaksanakannya adalah pada 1 November, tetapi lebih selamat untuk katakan bahawa ia mungkin dilaksanakan dalam tempoh dua minggu pertama selepas memegang jawatan presiden," katanya. Katanya lagi, duit yang diperoleh hasil daripada penjimatan kos subsidi bahan api digunakan untuk infrastruktur, pertanian, pendidikan dan projek kesihatan. Difahamkan, Jokowi akan pertimbangkan sama ada untuk menaikkan harga bahan api sekali lagi pada suku keempat tahun depan. Harga bahan api Indonesia antara yang paling rendah di rantau ini di mana petrol berharga 6,500 rupiah (RM1.80) seliter dan diesel 5,500 rupiah (RM1.50) seliter, dipetik dari laporan Reuters.

Pyongyang tuduh Seoul angkuh
Tindakan kapal peronda Seoul dan Pyongyang berbalas tembakan baru-baru ini dilihat antara punca tiada keputusan dalam rundingan Khamis lalu.
PYONGYANG - KOREA. Korea Utara menuduh jirannya Korea Selatan sengaja mengganggu usaha pengenduran ketegangan antara kedua-dua negara itu. Kenyataan itu dibuat selepas rundingan ketenteraan peringkat tertinggi pertama antara Pyongyang dan Seoul yang diadakan Khamis lalu tidak mencapai sebarang keputusan. Difahamkan, Pyongyang turut mengutuk Seoul sebagai angkuh. Agensi berita Korea Utara KCNA melaporkan, sikap Seoul seolah-olah cuba membangkitkan kemarahan Pyongyang dan hakikat untuk menyatukan dua negara itu tidak dinafikan adalah rendah. Pegawai Korea Selatan memaklumkan, Seoul menawarkan untuk mengadakan satu lagi rundingan politik peringkat tertinggi pada 30 Oktober depan, namun sehingga kini masih tiada jawapan dari Pyongyang, dipetik dari laporan Press TV.-sinar

Nepal akan sedia sistem amaran cuaca di Himalaya
Pihak berkuasa Nepal menyelamatkan seorang mangsa selepas berlaku kejadian ribut dan salji runtuh di pergunungan Himalaya.
KATHMANDU - NEPAL . Perdana Menteri Nepal berjanji akan menubuhkan satu sistem amaran cuaca selepas insiden ribut dan runtuhan salji di kawasan pergunungan Himalaya yang meragut 32 nyawa, kelmarin. Sushil Koirala dalam satu kenyataan berkata, beliau berjanji akan menyediakan maklumat cuaca lebih baik di kawasan pelancongan dan menyifatkan kehilangan nyawa akibat insiden itu sebagai sangat tragis terutamanya ketika keadaan cuaca dunia kini yang boleh diperoleh setiap masa. "Saya ingin beri jaminan bahawa kerajaan akan melakukan usaha untuk menubuhkan pusat amaran awal untuk cuaca di tempat penting di seluruh negara terutamanya di kawasan pergunungan Himalaya dan di sepanjang sungai," katanya menurut laporan AFP. Kelmarin, salji setebal 91 sentimeter dilaporkan turun dan menjejaskan pendakian 168 pelancong asing yang mendaftar untuk menyertai ekspedisi pendakian di sepanjang litar Manang dan Mustang. -sinar

Muzik Jazz bantu redakan sakit lepas pembedahan
NEW ORLEANS – AMERIKA SYARIKAT. Muzik Jazz membantu mengurang kadar denyutan jantung sekaligus, mengurangkan rasa berdebar berdasarkan kajian yang dibentangkan dalam perjumpaan tahunan Anestesiologi 2014 baru-baru ini.
Menurut Pakar Anestesiologi Pusat Perubatan Penn State S. Hershey, Dr. Flower Austin memberitahu, kebimbangan pesakit untuk menghadapi pembedahan, di tambah dengan rasa takut terhadap anesthesia mewujudkan tekanan emosi dan keresahan kepada kebanyakan pesakit.
"Pakar bius akan menyediakan ubat bius kepada pesakit.
"Namun, terdapat sesetengah ubat bius boleh memberi kesan sampingan yang ketara kepada pesakit," katanya.
Austin menambah, kajian ini bertujuan mengetahui kaedah baru yang lebih efektif dari segi kos untuk diguna pakai bagi merawat pesakit.
Austin dan pasukannya telah membuat pemerhatian terhadap 56 pesakit yang menjalani prosedur histerektomi elektif dengan membahagikan seramai 28 pesakit untuk mendengar muzik Jazz, dan selebihnya memakai fon kepala penebat bunyi selepas pembedahan.
Bacaan pertama kadar denyutan jantung, tekanan darah serta tahap kesakitan dan keresahan selepas pembedahan dijadikan garis pengukur sebelum mengambil rekod bacaan selama 30 minit.
Bacaan rekod menunjukkan kadar denyutan jantung pesakit bagi kedua-dua kumpulan menurun dengan ketara.
Bagi pesakit yang mendengar muzik Jazz, kadar denyutan jantung mereka menurun selepas 20 minit berbanding pesakit yang menggunakan fon kepala.
Namun, mereka mencatatkan tahap kesakitan yang lebih rendah selepas 10 minit.-sinar
TOP
Datuk terpaksa rantai tangan cucu
Wenwen (kanan) terpaksa dirantai bagi mengelaknya menyerang orang lain.
BEIJING - Seorang gadis berusia 17 tahun di bandar Lanzhou terpaksa menjalani kehidupan seperti banduan apabila tangannya dirantai hampir setiap hari oleh datuknya. Cao Maolao, 65, berkata dia terpaksa berbuat demikian kerana cucunya, Wenwen Cao memiliki sikap panas baran dan akan menyerang orang yang tidak dikenalinya lapor Mirror . "Dia jadi begini kerana dia sakit. Bila tangannya dirantai, dia lebih terkawal dan tidak mendatangkan sebarang masalah," katanya. Difahamkan, remaja berkenaan menghidapi masalah mental dan bertambah teruk ketika usianya 14 tahun.-sinar

Lagi penyokong Mursi dipenjara
Mahkamah Mesir menjatuhkan penjara seumur hidup ke atas 25 lagi penyokong Mursi.
KAHERAH - MESIR. Mahkamah Mesir semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas 25 orang penyokong bekas Presiden Mesir, Mohamed Mursi atas kesalahan melakukan tunjuk perasaan ganas. Memetik laporan AFP, kesemua defendan didapati bersalah selepas membakar sebuah balai polis di bandar al-Ghanaim pada 14 Ogos, tahun lalu. Sejak Mursi digulingkan Julai tahun lalu, ratusan penyokong beliau di penjara dan dikenakan hukuman mati. -sinar

Jokowi mungkin umum Kabinet esok
JAKARTA - INDONESIA. Bekas Gabenor Jakarta, Joko Widodo atau lebih mesra disapa Jokowi dikhabarkan bakal mengumumkan barisan Kabinet yang bakal bersama-samanya mentadbir republik itu, selepas diisytiharkan sebagai Presiden ke-7 Indonesia.
Memetik laporan Kompas.com, Jokowi berkata, semua nama calon menteri yang dipilih telah sedia dan akan diumumkan kepada umum dengan segera.
Namun, Jokowi enggan mendedahkan tarikh sebenar nama barisan Kabinet itu akan diumumkan kepada umum secara rasmi.
“(Pengumuman) menteri boleh saja esok, lusa, tiga hari lagi, enam hari lagi. Ya, nama tinggal diumumkan,” katanya selepas menghadiri raptai perisytiharan Presiden dan Naib Presiden 2014-2019, di sini, hari ini.
Jokowi dan Jusuf Kalla akan diistiharkan sebagai Presiden dan Naib Presiden Indonesia, esok.
Sebelum ini, Jokowi dilaporkan memilih 34 kementerian supaya dapat melaksanakan tugasan dengan cepat dan berkesan.
Timbalan pasukan peralihan Kabinet baharu presiden itu, Eko Putro Sandjojo berkata, Jokowi mahu menteri Kabinetnya lebih menumpukan kepada masalah negara berbanding urusan dalaman kerajaan.
Jokowi dan gandingannya Jusuf Kalla, memenangi pilihan raya presiden dengan memperoleh 70,990,832 undi atau 53.15 peratus daripada sejumlah 133,567,276 undi.
Calon lawannya Prabowo Subianto dan gandingannya Hatta Rajasa, mendapat 2,576,444 undi atau 46.85 peratus.-sinar
No comments:
Post a Comment