TOP
Lelaki Maut Dirempuh & Diseret Keretapi Di Kuala Lipis
KUANTAN – Seorang lelaki maut selepas dirempuh dan diseret keretapi sejauh 250 meter di Kuala Lanar dekat Kuala Lipis awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Lipis Supt Abdul Razak Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.23 pagi ketika keretapi berkenaan dalam perjalanan dari Tumpat, Kelantan menuju ke Kuala Lumpur.
“Polis yang menerima maklumat kejadian itu daripada kakitangan Keretapi Tanah Melayu sejurus selepas kemalangan tersebut kemudian bergegas ke lokasi kejadian,” katanya.
Mayat lelaki itu kemudian ditemui dalam keadaan menyayat hati dan mukanya tidak dapat dikenal pasti, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, mayat tanpa sebarang indentiti pengenalan diri itu kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat mangsa.
“Pemandu dan semua penumpang keretapi Senandung Wau TN yang tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu kemudiannya telah meneruskan perjalanan setengah jam kemudian,” katanya.
Abdul Razak meminta orang ramai yang melihat kejadian itu supaya menghubungi polis bagi membantu siasatan. – BERNAMA
TOP
Kedah Tumpu Usaha Tingkatkan Pengeluaran Padi
ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan pengeluaran padi demi pembangunan serta kelangsungan industri padi dan beras sekali gus memastikan bekalan makanan negara terjamin.
Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, pada masa ini pihaknya agak bimbang kerana peratusan padi yang dibekalkan Kedah ke seluruh negara berada pada tahap 31 hingga 32 peratus sahaja.
“Kita hendak tingkatkan (pengeluaran padi) sekurang-kurangnya sampai 35 peratus dan saya lihat kita tidak ada pilihan selain daripada menggunakan teknologi terbaharu untuk tingkatkan hasil padi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah, di Taman Jubli Emas dekat sini hari ini.
Beliau berkata, kawasan sawah yang mengalami masalah tanah jerlus juga boleh dipulihkan bagi menambah keluasan kawasan penanaman padi.
Katanya, sawah yang diusahakan secara persendirian pula perlu berusaha meningkatkan hasil kerana kebanyakan mereka hanya menuai 3 tan metrik padi sehektar berbanding 6 tan metrik padi dalam kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada).
Mukhriz berkata, dalam usaha meningkatkan hasil padi, para petani juga perlulah memastikan kualiti tanaman mereka terus berada pada tahap yang baik kerana padi atau beras yang dikeluarkan Kedah terkenal kerana bermutu tinggi.
“Kita nak pertahankan kedudukan (bermutu tinggi) itu sambil pada waktu sama nak tingkatkan kuantiti padi,” katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata penghasilan padi secara mini-estet atau estet padi, adalah langkah penambahbaikan atau transformasi yang perlu dilakukan bagi menjamin sektor penamanan padi terus berdaya maju dan produktif.
Katanya, langkah lain ialah dengan mewujudkan Pusat Pengumpulan/Belian Padi dan Kilang Padi yang beroperasi secara lebih sistematik.
Sementara itu, katanya, pembelian padi mulai Musim 1/2014 juga mematuhi harga baharu yang ditetapkan kerajaan iaitu RM1,200 bagi satu tan metrik, berbanding RM1,050 sebelum ini.
“Ini menunjukkan bahawa kerajaan prihatin untuk membela nasib rakyat supaya pendapatan petani meningkat sesuai dengan kenaikan kos sara hidup pada masa ini.
“Petani pula perlu berusaha meningkatkan kuantiti dan kualiti pengeluaran sejajar dengan peningkatan harga tersebut,” katanya. – BERNAMA
TOP
Polis Sabah Pergiat Usaha Kesan Warga Itali Yang Hilang
KOTA KINABALU – Polis Sabah masih giat mengesan seorang lelaki warganegara Itali yang dilaporkan hilang sejak tiba di Lahad Datu pada 13 Okt, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.
Katanya maklumat terakhir melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diterima pihak polis mendapati mangsa, William Bocchi, 52, dikesan mendaftar masuk di Hotel Four Point di Sandakan pada 13 Okt jam 9.25 malam dan mendaftar keluar pada 14 Okt.
“Sehingga sekarang usaha-usaha mengesan telah diperluaskan ke Lahad Datu, Semporna dan Sandakan. Mungkin kita akan perluaskan ke kawasan pedalaman hingga ke Kinabatangan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Jalaluddin pihaknya telah mengarahkan semua ketua polis daerah di timur Sabah untuk mengedarkan gambar William untuk mengesannya dan percaya kehilangan William tiada kaitan dengan perbuatan jenayah.
Jalaluddin berkata Kedutaan Itali sudah menghubunginya mengenai kejadian itu.
Katanya orang ramai juga diminta segera menghubungi pihak polis sekiranya terlihat mangsa.
Bocchi, seorang peniaga, tiba di Kota Kinabalu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12 Okt sebelum meneruskan penerbangan pada keesokan harinya dan tiba di Lahad Datu pada jam 1.05 petang. – BERNAMA
TOP
‘Doping’ Makin Jadi Kegemaran Atlet Malaysia
Kancah sukan Malaysia nampaknya masih belum surut dari isu pengambilan bahan terlarang atau dadah. Tahun ini sahaja, 5 atlet tempatan gagal dalam ujian ‘doping’ melibatkan acara di dalam dan luar negara.
Justifikasi pengharaman penggunaan ‘doping’ adalah disebabkan kesannya terhadap prestasi atlet yang berganda dan memberikan kelebihan secara tidak saksama kepada lawan.
Selain itu, kesan pengambilannya juga amat berbahaya terhadap kesihatan atlet tersebut, malah mampu menyumbang kepada kematian!
Sedikit informasi, terma ‘doping’ diguna pakai dalam arena sukan bagi mentakrifkan penggunaan dadah atau ubatan yang dilarang oleh International Olympic Council (IOC).
Antara dadah popular yang diambil adalah ‘Anabolics Steroid’, bahan untuk menguatkan otot dan kerap diambil atlet lontar peluru dan lumba pecut. Terdapat juga atlet menembak yang menggunakan bahan tersebut bagi mengurangkan pergerakan tangan ketika memetik picu. Manakala ‘Deuretics’ pula diambil untuk tujuan mengurangkan jumlah air dalam badan lantas meringankan berat atlet. Ia selalu diambil oleh atlet tinju dan mendayung. Awal bulan lalu, isu ‘doping’ dicanang di media apabila atlet wushu Sukan Asia, Tai Cheau Xuen positif dadah jenis ‘Sibutramine’ yang mengakibatkan figura tersebut kehilangan pingat emas yang diraihnya.
Sebelum itu, pada tahun 2011, atlet lumba basikal negara kelahiran Terengganu, Ahmad Fallanie Ali positif mengambil ‘Methandienone Metabolit’ yang tergolong dalam ‘Anabolics Steroid’. Di temasya Sukan Sea tahun sama juga, satu pingat gangsa dari acara angkat berat milik Firdaus Abdul Razak terpaksa ditarik balik akibat positif dalam penggunaan bahan terlarang itu. Bukan hanya diambil atlet sukan di pertandingan antarabangsa, pengambilan bahan terlarang tersebut juga menimpa arena sukan tempatan. Mei lalu, tiga atlet SUKMA 2014 gagal dalam ujian ‘doping’ melibatkan olahragawati SUKMA sendiri , Jelinie Em Pira yang merupakan atlet angkat berat dari Sarawak. Akibatnya, dia kehilangan ‘title’ sebagai olahragawati dan dua pingat emas.
Dua lagi atlet adalah pelumba basikal, Dhia Danial Mohd Khairi dari kontinjen Wilayah Persekutuan dan atlet angkat berat wanita, Siti Fazera Ishak dari kontinjen Perlis. Pada tahun lalu, seorang atlet dari pasukan The Red Warriors didapati positif menggunakan bahan terlarang usai aksi final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil. Lantas, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub mengeluarkan kenyataan, “Sudah masanya ujian doping diadakan secara menyeluruh.” Menurut beliau kepada Sinar Harian terbitan 27 Ogos 2013, ujian doping harus dilakukan sepanjang masa dan tidak tertumpu pada perlawanan berskala besar sahaja bagi mewujudkan pertandingan yang sihat dan adil. Hari ini, sekali lagi negara dikejutkan dengan berita melibatkan atlet elit dari sukan badminton yang positif menggunakan ‘doping’. Sama-sama kita tunggu sidang media dari Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. – MYNEWSHUB

Peniaga Didakwa Kes Tipu RM50,000
KUALA LUMPUR – Seorang peniaga mengaku tidak bersalah hari ini atas tuduhan menipu seorang lelaki membabitkan wang berjumlah RM50,000 berhubung kontrak dengan sebuah syarikat akhbar tahun lepas.
Saifulddin Kadir, 31, didakwa menipu Mohd Shafizan Ismail, 34, juga seorang peniaga, dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa dia (tertuduh) telah memperoleh kontrak bernilai RM88,000 itu dengan menunjukkan borang pembelian palsu.
Perbuatan itu mendorong Mohd Shafizan menyerahkan RM50,000 kepadanya di Maybank Desa Seri Hartamas, Brickfields, di sini pada 22 dan 23 Mei 2013.
Bagi pertuduhan itu, Saifulddin didakwa mengikut Sekyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.
Dia juga didakwa menggunakan borang pembelian atas nama Seniman Production bertarikh 29 Mac 2013 sebagai tulen bagi meyakinkan Mohd Shafizan mengenai kontrak berkenaan sedangkan borang pembelian itu palsu.
Tertuduh melakukan kesalahan itu di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Jalan Hartamas 1, Brickfields, di sini pada 22 Mei tahun lepas dan didakwa mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Hakim Abdul Rashid Daud membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 28 Nov untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan di Mahkamah Sesyen itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Ahmad Poad manakala tertuduh diwakili peguam Rohani Ibrahim. – BERNAMA
TOP
4 Peniaga Miliki Rokok Belum Lulus Kastam Didenda
KANGAR – Sepasang suami isteri antara empat pengusaha kedai runcit yang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan memiliki barang larangan iaitu rokok pelbagai jenama yang belum diluluskan Kastam.
Majistret Norhayati Ibrahim memerintahkan Ooi Cheng San, 50, didenda RM6,000 atau penjara 12 bulan jika gagal membayar denda selepas mengaku memiliki dua paket rokok bernilai RM445.35 di premisnya di Kuala Perlis pada 1.10 tengah hari, 28 Nov 2013.
Ahmad Said, 65, pula didenda RM200 atau sebulan penjara kerana memiliki lima paket rokok yang belum diluluskan Kastam bernilai RM16.12 di kedainya di Jejawi pada 11.40 pagi, 25 Jun lepas.
Pasangan Lim Ah Kian, 40, dan isterinya Carin Kiang, 36, masing-masing didenda RM1,400 atau penjara enam bulan kerana memiliki sembilan paket rokok bernilai RM102.97 di kedai mereka di Jalan Panggas, Chuping pada 4 petang, 7 Mac lepas.
Kesemua tertuduh menjelaskan denda masing-masing.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Perlis, Abdul Malek Awang Kechik@Ramli manakala pasangan suami isteri itu diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Norherdawati Harun. – BERNAMA
TOP
Perintah Berkurung Di Esszone Dilanjut Hingga 6 Nov
KOTA KINABALU – Perintah berkurung yang dikuatkuasakan di perairan enam daerah di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone dilanjutkan lagi sehingga 6 Nov depan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.
Beliau berkata pelanjutan perintah berkurung yang meliputi kawasan perairan daerah Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau, dari jam 7 malam hingga 5 pagi itu berkuatkuasa mulai hari ini.
“Saya memikirkan kawasan keselamatan di timur Sabah ini memerlukan perintah berkurung untuk menjamin ketenteraman dan kedaulatan (negara).
“Keduanya, untuk kita mengekang aktiviti-aktiviti penyeludupan serta mempermudah tugas agensi-agensi penguatkuasaan yang berada di kawasan perintah berkurung,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata sepanjang pelaksanaan perintah berkurung sebelum ini, agensi keselamatan negara di kawasan ESSZone terus mendapat sokongan daripada orang awam, pelancong dan pengusaha pelancongan yang mahu perintah berkurung itu diteruskan.
Jalaluddin menyatakan perintah berkurung itu tidak menjejas ekonomi atau mata pencarian penduduk setempat termasuk golongan nelayan. – BERNAMA
TOP
Dua Anggota Polis Didakwa Tuduhan Rasuah
BUTTERWORTH – Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan meminta dan menerima suapan pada 2010.
Mereka ialah Konstabel Zaidi Tahir, 27, yang menghadapi tiga pertuduhan manakala Lans Koperal Ismail Mohamad Bohari, 35, pula berhadapan dengan dua pertuduhan bersubahat melakukan rasuah.
Zaidi dituduh meminta suapan RM10,000 daripada Lee Chia Yoong sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan terhadapnya dan Lee Theng Theng yang disyaki memiliki 96 biji pil Eramin 5.
Dia melakukan kesalahan itu di Jalan Kampung Puyu dalam daerah Seberang Perai Utara (SPU) antara 11 pagi dan 12 tengah hari pada 6 Nov 2010.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.
Zaidi juga dituduh menerima suapan RM5,000 daripada Chia Yoong pada 1 tengah hari, 6 Nov 2010 dan menerima RM3,000 antara 5 petang dan 5.15 petang pada 10 Nov 2010 di Stesen Minyak Caltex, Jalan Raja Uda, SPU.
Sementara itu Ismail pula dituduh bersubahat dengan Zaidi menerima suapan bernilai RM5,000 dan RM3,000 pada tarikh, masa dan tempat yang sama.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, mereka didakwa di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.
Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membenarkan Zaidi diikat jamin RM8,000 manakala Ismail RM6,000, masing-masing dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Nov untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Kedah Syahrul Khuzaini Amiruddin. – BERNAMA
TOP
Islam Angkat Darjat Wanita Setingginya
Buat golongan feminis dan individu berfikiran liberal yang cuba membela hak-hak wanita kerana kononnya tidak diamalkan dalam ajaran Islam, mereka harus baca ini!
Rmai yang masih belum sedar, Islam bukanlah satu agama yang menindas kaum hawa, malah mengangkat darjat golongan tersebut setinggi-tingginya.
Namun mungkin kerana kecetekan ilmu, sementelah disogok oleh anasir jahat dengan propaganda negatif mengakibatkan persepsi sesetengah wanita telah lari dari akidah sebenar seorang Islam.
Antara yang sering kita dengar, golongan hawa mempertikaikan tentang aurat yang perlu ditutup, kewajipan mereka untuk mendahului suami, dan banyak lagi.
Jadi, sebelum ada yang terus-terusan menghentam hukum-hakam Islam, Istighfar sebentar dan baca penjelasan di bawah.
Islam mewajibkan golongan wanita untuk menutup aurat lebih dari lelaki kerana aurat wanita diibaratkan seperti permata yang sangat bernilai dan patut disembunyikan untuk tatapan semua. Analoginya mudah, gula-gula yang berbalut sudah tentulah bersih dari sebarang kekotoran, manakala gula-gula yang tidak berbalut sudah tentulah dihurung semut dan terdedah dengan pencemaran. Mana satu yang akan menjadi pilihan? Kedua, ramai yang mempertikaikan musabab isteri perlu taat kepada suami dan menurut perintah si suami. Sedarkah mereka, tanggungjawab lelaki itu lebih besar kerana taatnya kepada ibu adalah 3 kali lebih dari bapanya.
Buat wanita yang sudah berkahwin, tanggungjawab terhadap kedua orang tuanya telah gugur. Malah si suami juga akan berkongsi dosa si isteri andai dia gagal mendidik isterinya mengikut ajaran Islam! Ada juga yang mempertikaikan hukum alam kenapa wanita perlu melahirkan anak dan bukan lelaki sedangkan lelaki dikurniakan kekuatan melebihi wanita. Ya, memang betul, tetapi perlu diketahui, andai seorang wanita meninggal dunia ketika melahirkan anak, di sisi Allah SWT dia telah mati syahid dan dijanjikan ganjaran syurga. Malah setiap kali melahirkan anak, sekalian makhluk termasuk malaikat mendoakan mereka! Sedarkah wahai para wanita, di akhirat nanti, para lelaki perlu bertanggungjawab ke atas 4 individu lain selain dari dirinya, iaitu ketaatan kepada ibunya dan tanggungjawab terhadap isteri, adik perempuan dan anak perempuan. Untuk wanita pula, mereka akan dibantu oleh empat lelaki terbabit; bapa, suami, adik lelaki dan anak lelaki. Beruntung bukan? Untuk golongan Adam, mereka juga dituntut untuk jihad fisabilillah iaitu berjihad di jalan Allah, namun tidak bagi wanita. Hanya dengan taat pada perintah suami dan menjalankan kewajipannya sebagai seorang Islam, pahala yang dikurniakan ke atas mereka setara dengan jihad fisabilillah tanpa perlu mengusung senjata. Maka nampakkah golongan wanita, Islam tidak pernah sesekali mengurangkan hak ke atas mereka. Islam itu indah dan tidak sesekali berlaku tidak adil ke atas umatnya. Buat golongan feminis, tidak salah untuk menuntut sesetengah hak ke atas wanita, namun sedarlah bawa hukum Allah itu tidak harus dilanggar dan dipertikaikan. Semoga masing-masing istiqamah selepas ini. – MYNEWSHUB

Kebajikan Warga Emas Terus Diberi Perhatian Oleh K’jaan
KINABATANGAN – Sebagai kerajaan prihatin dan bertanggungjawab, kebajikan warga emas terus diberi perhatian bagi membolehkan mereka menikmati kehidupan baik dan selesa.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata setiap tahun kerajaan menyediakan peruntukan yang besar kepada kementerian dan jabatan berkaitan serta persatuan warga emas bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti yang dirancang.
Katanya dalam Bajet 2015 yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sebanyak RM1.2 bilion disediakan untuk bantuan kewangan kepada keluarga miskin, kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).
Menurutnya dalam bajet itu, lima pusat aktiviti warga emas ditambah menjadikan 50 buah di seluruh negara serta pewujudan unit penyayang warga emas yang menyediakan pengangkutan percuma kepada warga emas ke hospital.
Dalam bajet negeri yang lalu, kerajaan negeri menyediakan peruntukan yang besar untuk program sosial dan kebajikan am berunsur kebajikan produktif melibatkan warga emas, kanak-kanak dan OKU, katanya pada majlis sambutan Hari Warga Emas peringkat negeri di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid.
Majlis disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlida R.M. Jasni.
Terdahulu, Jainab dalam ucapan alu-aluannya berkata sebanyak 30,704 warga emas di Sabah menerima bantuan melibatkan peruntukan RM90,747 pada tahun ini sehingga Oktober.
Katanya di bawah skim bantuan itu, penerima mendapat RM300 setiap bulan.
Pada majlis itu, Mohd Jukin Matta dan isteri Sarmiah Mislong serta Mohd Mahalan Pindot dan Jaliha Mating menerima anugerah khas warga emas peringkat
negeri. – BERNAMA
TOP
Samun: Meninggal Dunia Selepas 6 Hari
MELAKA – Seorang pengawal keselamatan institut memandu di Kandang di sini yang disamun sekumpulan penjenayah Rabu lepas, meninggal duniasemalam selepas dirawat selama enam hari di Hospital Melaka di sini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, mangsa Omar Yusof, 63, yang cedera parah di kepala dalam kejadian itumeninggal dunia kira-kira 11 pagi akibat kecederaan tersebut selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi hospital itu.
“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan polis sedang berusaha memburu penjenayah tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Dalam kejadian itu, warga emas tersebut ditemui tidak sedarkan diri dipercayai akibat dipukul selepas kedua-dua tangan dan ibu jari kaki mangsadiikat dengan tali manakala mulutnya ditutup dengan pita pelekat dalam kejadian samun itu.
Mangsa dipercayai dipukul dari belakang menggunakan objek tumpul ketika sedang berada di kaunter institut memandu berkenaan oleh sekumpulan penjenayah yang melarikan komputer riba dan wang tunai di institut memandu berkenaan. – BERNAMA
TOP
Dadah Disimpan Dalam Bekas Tom & Jerry Bunuh Anak Sendiri
Gara-gara menyimpan dadah di dalam bekas minuman Tom and Jerry milik anaknya, pasangan penagih, Barry Jones dan Michelle King menghadapi tuduhan menyebabkan kematian Sophie Jones, 2 tahun.
Sophie, tanpa sedar telah meminum dadah jenis methadone dan ditemui tidak sedar serta berlumuran muntah sendiri oleh paramedik. Sehari kemudian, Sophie disahkan meninggal dunia. Ibunya, King mengakui tuduhan membunuh anak sendiri manakala Jones sedang menghadapi perbicaraan.
Dalam perbicaraan tersebut, Jones mengakui bahawa dadah yang disimpan dalam bekas Tom and Jerry itu bukan untuk kegunaan sendiri tetapi untuk dijual. Keuntungan dari hasil jualan tersebut akan digunakan oleh si bapa tersebut untuk membeli dadah jenis lain seperti kokain dan heroin. Menurut hujah pendakwa raya, Jeremy Grout-Smith, King kerap menggunakan bekas minuman tersebut sebagai tempat simpanan dadah sehingga ia terjual kepada pelanggan. 146ml methadone lagi dijumpai di belakang rumah pasangan tersebut yang mana, hanya 5ml diperlukan untuk mengancam nyawa seorang kanak-kanak. Polis juga menjumpai kesan kokain di mainan kanak-kanak tersebut. Dalam sesi perbicaraan, mahkamah mendengar hujah tentang penemuan dadah jenis heroin, kokain, methadone dan diazepam di sampel rambut milik Sophie. Apabila disoal, pasangan tersebut berkata, mereka menyangka anak mereka meminum cuka. Namun selesai bedah siasat, pakar menjumpai dos methadone yang tinggi dalam salur darah Sophie, namun bukan dalam perutnya. Ia menandakan dadah tersebut telah menyerap ke dalam tubuh Sophie. – MYNEWSHUB

KSN Mahu Penjawat Awam Terus Berintegriti
PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa mahu semua penjawat awam supaya terus mengamalkan integriti yang tinggi dalam perkhidmatan masing-masing.
“Penjawat awam perlu sentiasa mempunyai integriti terhadap apa yang dilakukan.
“Tugas kami dalam perkhidmatan awam ialah untuk terus menggalakkan penjawat awam menjadi pegawai-pegawai yang berintegriti tinggi,” katanya.
Beliau mengulas mengenai kes-kes rasuah dan salah laku melibatkan penjawat awam termasuk anggota penguatkuasa yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti dilaporkan akhir-akhir ini.
Pada masa yang sama Ali berkata SPRM akan terus menjalankan tugas mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawai yang kurang berintegriti.
Ali bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) kedua di sini hari ini. – BERNAMA
TOP
Jangan Pertikai Ibadat Orang Islam – Ahmad Yakob
KOTA BAHARU – Pihak yang cuba mempertikaikan ibadat orang Islam harus menghentikannya, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.
Beliau menegaskan mereka sepatutnya menghormati agama masing-masing.
“Ia hanya melibatkan orang Islam … kita tak kritik dan tak pernah kata apa-apa tentang amalan agama lain, jadi mereka harus hormat agama kita,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ulang Tahun Pentadbiran PAS Kelantan ke-24 di sini, hari ini.
Turut hadir Mursyidul Am PAS yang juga bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sebuah portal berita semalam melaporkan badan bukan kerajaan Lawyers for Liberty (LFL) menyifatkan tindakan kerajaan Kelantan untuk mengenakan tindakan terhadap orang Islam yang gagal hadir tiga kali solat Jumaat berturut-turut, akan memberikan kesan serius.
Menurut LFL tindakan kerajaan PAS Kelantan itu adalah bertentangan dan melanggar perlembagaan negara iaitu Perkara 5 berkaitan kebebasan individu, Perkara 8 berhubung undang-undang sama rata, Perkara 9 berkaitan kebebasan bergerak dan Perkara 11 berkaitan kebebasan beragama.
Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata kerajaan negeri akan mengenakan tindakan terhadap mana-mana lelaki Islam di negeri ini yang didapati sengaja tidak menunaikan solat Jumaat tiga kali berturut-turut.
Katanya mereka akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 104, Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 yang sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya. – BERNAMA
TOP
Wartawan RTM Buat Liputan Pencarian MH370 Di Dasar Laut
PERTH – Dua wartawan Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan membuat liputan siasatan di dasar laut untuk mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang, di sebuah kawasan terpencil di Lautan Hindi, 3,000 km dari Perth.
Wartawan kanan RTM, Awaludin Abdul Ghani, 51, dan jurukamera, Abdul Halim Mohd Yusof, 44, akan menaiki kapal, GO Phoenix, yang dilengkapi dengan kenderaan sonar ditunda Pro Synthetic Aperture Sonar atau Prosas, untuk memberikan liputan berita selama 30 hari.
Ketua Pegawai Eksekutif Pertahanan dan Penerbangan DEFTECH DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd, Amril Samsudin berkata, kapal sepanjang 90 meter itu akan bertolak dari pelabuhan Freemantle di sini untuk operasi Khamis ini.
Prosas, kenderaan pengesan yang canggih itu, yang dilekatkan kepada kapal itu dengan kabel tunda, diprogramkan untuk mengesan bahagian terbesar pesawat mungkin dalam satu bahagian seperti enjin dan fiuslaj.
Kapal itu akan menyertai operasi mencari dengan kapal Fugro Discovery dan Fugro Equator yang disewa kontrak oleh Malaysia-Australia.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi pada 8 Mac dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika merentasi Laut China Selatan.
Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Bagaimanapun, pesawat Boeing 777 itu masih belum ditemui, walaupun selepas usaha mencari secara besar-besaran melibatkan pelbagai negara dilancarkan di selatan Lautan Hindi di mana pesawat itu dipercayai berakhir selepas tersasar dari laluan asal.
Usaha mencari pesawat itu masih dijalankan tanpa sebarang bukti kukuh ditemui setakat ini. – BERNAMA
TOP
“Nothing Greater Than Being Malaysian” Pikat Hati Rakyat
Dalam kesibukan masyarakat India membuat persiapan menyambut ketibaan Pesta Cahaya esok.
Sebuah video pendek yang berkonsepkan ‘Nothing Greater Than Being Malaysian,’ memaparkan kepetahan seorang warga emas Melayu yang fasih berbahasa Tamil, membawa kegembiraan kepada komuniti Internet dan media sosial.
Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan merupakan seorang daripada mereka yang memuat naik video itu, sejak 13 Oktober lalu yang dikongsi 22 kali dan menerima 49 ‘Like’ di akaun Facebooknya.
Video yang memaparkan seorang pemilik gerai berusia 75 tahun, Jamil Mohd Yusuf yang fasih berbahasa Tamil, bercerita tentang cinta zaman dahulu dan sekarang.
“Melayu, Cina dan India dahulu hidup macam satu keluarga. Kita berkongsi manis dan pahit, lebih-lebih lagi bila ada perayaan suatu kaum, kita merayakan bersama-sama…gembira betul.
“Ibarat kasih sayang antara ibu dan anak, tetapi sekarang lebih kepada kenalan,” katanya dalam bahasa Tamil.
Ucapan Pakcik Jamil yang spontan dan bersahaja itu sememangnya sarat dengan mesej yang sangat bermakna dan signifikas beliau layak kami gelarkan sebagai ‘Rakyat Malaysia Tulen’.
Syabas Pakcik Jamil dari kami MYNEWSHUB.CC
TOP
Isu Rasuah: PKNS Tak Halang SPRM Siasat Azmin Ali
KUALA LUMPUR – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan kes salah laku rasuah membabitkan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali sewaktu memegang jawatan Pengerusi PKNS.
PKNS dalam satu kenyataan memberitahu, PKNS akan memberi kerjasama kerana badan itu mengamalkan tadbir urus korporat terbaik dan merupakan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) pertama yang menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) pada 14 November 2012.
“SPRM berhak membuat siasatan berkaitan PKNS berasaskan aduan oleh mana-mana pihak dan PKNS bersedia memberikan kerjasama untuk SPRM melaksanakan tugas mereka,” kata kenyataan itu hari ini.
Media sebelum ini melaporkan dakwaan salah laku rasuah Mohamed Azmin Ali ketika memegang jawatan Pengerusi PKNS masih dalam siasatan SPRM.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah dipetik berkata, pegawai penyiasat kes masih dalam proses mengumpulkan bukti dan keterangan berhubung isu itu.
PKNS bagaimanapun memaklumkan, PKNS tidak pernah menerima sebarang aduan terhadap Mohamed Azmin yang membabitkan salah laku atau penyalahgunaan kuasa seperti dilaporkan media. - mynewshub.cc
TOP
TERKINI! Video Puting Beliung Di Pandamaran, Klang Sebentar Tadi
BELUM lagi ‘kebah’ dengan kisah puting beliung setinggi bangunan empat tingkat yang melanda di Pendang, Kedah baru-baru ini, satu puting beliung didakwa telah melanda kawasan Pandamaran, Klang, sebentar tadi.
Menerusi video berdurasi 46 saat ini dapat dilihat situasi cemas yang melanda kawasan terbabit.
Difahamkan, Jabatan Meteorlogi juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi agar orang ramai dinasihati tidak berada di kawasan lapang ketika musim hujan yang berlaku disebabkan peralihan monsun sekarang.
- MYNEWSHUB.CC

Pasangan Kuruskan Badan, Kejutkan Tetamu Di Majlis Kahwin
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Itu yang boleh digambarkan terhadap pasangan Matt Bradley dan Hannah yang berusaha untuk kelihatan sempurna di hari perkahwinan mereka.
Sebaik setuju untuk berkahwin, mereka berdua berjanji untuk sama-sama mengurangkan berat badan yang gempal dan mendapat bentuk badan ideal.
Matt yang merupakan seorang chef muda berusia 23 tahun, kemudiannya mula menghentikan pengambilan snek dan hadir ke pusat menguruskan berat badan bersama tunangnya. Selepas kehilangan sejumlah berat badan, mereka kemudiannya menyertai gim, bersenam dan berlari.
Ujarnya, “Walaupun kami gembira kerana memiliki satu sama lain, namun kami tidak gembira dengan diri sendiri. Tetapi sekarang, kami berdua memiliki keyakinan.”
Perubahan drastik fizikal pasangan ini berjaya mengejutkan para tetamu yang hadir dan kagum dengan kegigihan mereka untuk tampil sempurna dengan cara yang sihat. Dalam masa 18 bulan, mereka berdua mampu mengubah diri sendiri 360 darjah dari bentuk asal. Ya, tak ada perkara yang mustahil kalau mempunyai keinginan dan kegigihan bukan? – MYNEWSHUB

Harga Petrol RON95 Mungkin Kekal Sehingga Jun 2015
KUALA LUMPUR – Harga petrol RON95 mungkin kekal pada kadar RM2.30 seliter sehingga Jun tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata, rasionalisasi subsidi petrol mungkin tidak akan dibuat sehingga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melaksanakan sistem pengkhususan pemberian subsidi petrol kepada golongan sasaran pada Jun 2015.
“Perincian bagi sistem ini masih lagi di peringkat kajian. Setakat ini, apa yang diberitahu kepada saya ialah sistem yang bakal dilaksanakan ini akan dimuatkan dalam MyKad,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2014, di sini hari ini.
Ahmad berkata, sistem itu akan turut dilaksanakan ke atas pengguna diesel pada Januari depan, seperti pengumuman yang dibuat oleh Ketua Setiausaha KPDNKK baru-baru ini.
“Bagi subsidi diesel, saya difahamkan setakat ini sistem tersebut bakal dimuatkan dalam kad ‘fleet’ para pengguna,” katanya, sambil menambah bahawa cadangan ini mungkin akan berubah disebabkan jangka masa yang masih panjang.
Ahmad berkata, KPDNKK telah membuka Permohonan Cadangan (RFP) untuk pelaksanaan sistem subsidi petrol yang menilai dari segi pendapatan individu dan hak milik kenderaan berkenaan.
Sementara itu, beliau berkata Kementerian Kewangan telah membuat permohonan bertulis kepada KPDNKK untuk menukar terma ‘caj perkhidmatan’ yang dikenakan oleh sesetengah restoran dan hotel, kepada ‘caj restoran’ atau ‘caj hotel’.
Beliau berkata, langkah ini wajar dalam memastikan rakyat tidak terkeliru dengan terma berkenaan dan menyangka bahawa kadar 10 peratus yang dikenakan ke atas bayaran itu diambil oleh kerajaan.
“Caj perkhidmatan diambil oleh restoran dan hotel. Ia bukan cukai perkhidmatan yang dikenakan oleh kerajaan,” katanya. – BERNAMA
TOP
Kemaluan Pasangan Warga Itali Melekat Akibat Seks Dalam Air
Kisah malang ini memberi definisi baru kepada istilah ‘berkepit macam belangkas’.
Sepasang kekasih warga Itali dikejarkan ke hospital apabila kedua-duanya ‘melekat’ selepas melakukan seks di dalam lautan di wilayah Marche.
Akhbar Il Mattino melaporkan, pasangan tersebut membuat keputusan ‘gila’ untuk bersetubuh di lautan Porto San Giorgio bagi mengenang saat indah percutian mereka.
Namun, aksi akuatik bertukar menjadi mimpi ngeri apabila kemaluan mereka melekat disebabkan tekanan udara dalam vagina.
Kaget dengan situasi yang menimpa, pasangan ini bertindak untuk teruskan ‘berendam’ di dalam laut sehingga masalah mereka disedari oleh seorang pengunjung lain.
Terima kasih kepada pengunjung itu, pasangan ini diberikan sehelai tuala untuk menutup kemaluan mereka, sebelum digegaskan ke hospital berdekatan.
Wanita tersebut telah diberikan suntikan yang lazimnya diberikan kepada ibu mengandung bagi mengembangkan uterusnya, supaya ‘masalah’ mereka selesai.
Ish, kalau ya pun nak penuhkan fantasi seksual, fikirkan juga akibatnya. Kan dah dapat malu! – MYNEWSHUB.CC
TOP
Diana Dah Tak Cemburu Lagi, Kata Farid Kamil
JIKA sebelum ini, pelakon Diana Danielle menimbulkan kontroversi apabila dikatakan cemburu melihat gandingan suaminya, Farid Kamil dengan aktres comel Nora Danish, tapi kini api cemburunya mungkin sudah boleh dikawal.
Ini kerana menurut Farid, isterinya itu kini sudah memahami dan lebih profesional apabila melibatkan gandingannya dengan mana-mana heroin.
“Dia (Diana) sudah profesional, faham dan dia sendiri tidak sabar menantikan malam gala Anak Jantan kerana mahu menonton filem ini,” katanya memetik Sinar Online.
Menerusi filem Anak Jantan, Farid sekali lagi bergandingan dengan Nora selain pelakon lain antaranya Qi Razali dan Bront Palarae.
Anak Jantan arahan Faizul A Rashid akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 30 Oktober ini. - MYNEWSHUB.CC
TOP
MAS: Tambang Menarik Dalam Kempen ‘Make It Happen’
KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines (MAS) menawarkan tambang termasuk semua yang menarik bagi perjalanan ke destinasi domestik dan antarabangsa di bawah kempen ‘Make it Happen’ dari 20 Oktober hingga 3 November 2014.
Naib Presiden Kanan Serantau Malaysia MAS, Datuk Muzammil Mohammad, berkata tiada kos tersembunyi bagi mereka yang ingin melakukan perjalanan menggunakan syarikat penerbangan negara.
Tambang itu merangkumi makanan, hiburan dalam penerbangan dan bagasi daftar masuk percuma 30kg dan satu bagasi yang dibawa bersama penumpang, tidak lebih 7kg, kata MAS dalam kenyataan di sini hari ini.
Sebagai menyokong pelancongan domestik, MAS turut menawarkan tambang pergi balik termasuk semua daripada RM120 dalam Semenanjung Malaysia dan serendah RM260 bagi pelanggan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Miri, Kuching atau sebaliknya.
Bagi mereka yang merancang ke luar negara, boleh mendapatkan tambang pada harga berpatutan bagi kelas ekonomi seperti RM2,700 ke Amsterdam, Frankfurt dan Paris, Hong Kong pada RM700, Seoul (RM1,550), Dubai (RM1,800) dan RM1,850 ke Tokyo.
MAS yang bekerjasama dengan Tourism Australia akan mengadakan pameran perjalanan-mini dalam mempromosikan tarikan ke Australia, dengan tawaran pakejnya, di One Utama Shopping Centre antara 22-27 Oktober.
Maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari www.malaysiaairlines.com atau hubungi 1-300-88-3000. – BERNAMA
TOP
VIDEO : Lagu Duet P Ramlee & Chandra, Viral Menjelang Deepavali
Sebuah lagu yang pernah dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri P Ramlee pada tahun 1968, berduet dengan seorang pelakon berbangsa India kini viral dan memarakkan semangat perayaan Deepavali yang akan disambut esok.
Lagu bertajuk ‘Pujaan Ku’ diperdengarkan pada awalnya dalam filem Gerimis terbitan tahun yang sama, dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook Kd Murugan Selvam pada 10 Oktober lepas.
Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan telah dikongsikan sebanyak 1,447 kali dan mendapat 289 Likes.
P Ramlee menyanyikan lagu ini berduet dengan Chandra Shanmugam, dengan Chandra menyanyikan lagu berkenaan dalam bahasa Tamil.
Lirik lagu itu versi Bahasa Melayu ditulis oleh Datuk Jamil Sulong manakala lirik versi Tamil ditulis oleh RE Shanmugam.
Ketika zaman kegemilangan P Ramlee, seniman agung itu sentiasa menampilkan penglibatan ketiga-tiga kaum utama di Malaysia dalam filem arahannya tidak kira bergenre lucu, cinta, sedih mahu pun serius. Pelakon berbangsa Cina dan India, diberi ruang untuk tampil dalam karya-karyanya. Rata-rata peminat Facebook merindui zaman seperti itu, yang kelihatannya semakin jarang wujud dalam karya hari ini.
Gerimis adalah sebuah filem yang dibintangi oleh P Ramlee yang memegang watak Kamal, iaitu seorang pelukis yang jatuh cinta dengan seorang penari kelab malam India bernama Leela, yang dimainkan wataknya oleh Chandra. Dalam filem ini, konfliknya berkisar tentang perkahwinan berlainan bangsa di negara seperti Malaysia. Filem ini dikatakan telah membuka mata masyarakat pada zamannya terhadap isu bahawa rakyat sesebuah negara tidak sepatutnya meletakkan rasa iri atau benci kepada rakyat lain yang berlainan bangsa. – MYNEWSHUB.CC

RM9.32b Diperlukan Untuk Atasi Banjir Kilat Di Bandar
PUTRAJAYA – Sejumlah RM9.32 bilion diperlukan untuk mengatasi banjir kilat di kawasan bandar seluruh negara, meliputi pembinaan infrastruktur sistem saliran bandar, penyelesaian jangka pendek secara ‘quick win’ dan penyediaan Pelan Induk Saliran Bandar Secara Mesra Alam di bandar terpilih.
Anggaran peruntukan itu hasil kajian Jabatan Pengairan dan Saliran 2013 dimaklumkan dalam satu kenyataan selepas Mesyuarat Majlis Sumber Air Negara kali kesembilan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Mesyuarat turut dimaklumkan 102 kawasan bandar dikenal pasti mengalami masalah banjir kilat kritikal, antaranya disebabkan hujan lebat setempat berkeamatan tinggi dalam tempoh singkat dan ketidakupayaan sistem saliran sedia ada untuk menampung pertambahan air larian permukaan.
Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid serta menteri-menteri besar.
Mesyuarat turut mempertimbangkan Perkongsian Sumber Air Mentah dan Penyaluran Bekalan Air Terawat Antara Dua Negeri Berjiran sebagai platform perkongsian sumber air mentah.
Perkara itu bagi memberi manfaat antara dua negeri berjiran menjamin bekalan air serta memupuk kerjasama dan persefahaman dalam pembangunan serta pengurusan sumber air.
Selain itu, garis panduan dan dasar yang komprehensif perlu diwujudkan antara negeri terlibat agar sumber air dapat dioptimumkan penggunaan dan faedahnya.
Mesyuarat itu turut membincangkan tentang Kepentingan Keselamatan Struktur Empangan yang menekankan keperluan memperkukuhkan pasukan teknikal pengendali empangan sedia ada di setiap negeri.
Langkah itu bagi membolehkan kerja-kerja operasi dan penyenggaraan di setiap struktur empangan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. – BERNAMA
TOP
Nik Aziz Sifatkan Peserta Program Sentuh Anjing Tak Berotak
SUSULAN Program ‘I Want To Touch A Dog’ yang dianjurkan di sebuah taman rekreasi di Taman Tun Dr. Ismail baru-baru ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengelarkan individu yang terlibat dalam program tersebut sebagai manusia yang tidak berotak.
Memetik Berita Harian, Nik Aziz mengatakan, “orang seperti ini hanya mempunyai kepala saja tapi di dalamnya tidak mempunyai otak. Tidak boleh digunakan untuk berfikir.
“Malah dalam kepala mereka itu juga penuh dengan ulat. Perkara ini tidak munasabah langsung terutama membabitkan orang Islam,” katanya.
Menurutnya lagi, perkara sebegini harus dicegah sebelum ianya menjadi satu budaya yang boleh memusnahkan kesucian Islam itu sendiri.
Nik Aziz turut berharap pemimpin keluarga, masyarakat serta negara beragama Islam memberi keutamaan dalam menjaga kesucian agama Islam. - MYNEWSHUB.CC
TOP
VIDEO: Mengejutkan.. Gelandangan Lebih Pemurah Dari Orang Kaya!
Di zaman ini, memang agak susah gamaknya nak jumpa orang yang pemurah dan baik hati.
SpreadTheMessage, sebuah komuniti amal dari Amerika Syarikat telah membuat eksperimen bagi mengetahui apa akan terjadi sekiranya seorang lelaki biasa meminta makanan kepada orang awam. Hasilnya memang sangat mengejutkan kerana rata-rata masyarakat tidak memberikan sedikit makanan pun kepada lelaki tersebut. Apa yang mengharukan ialah perkara sebaliknya berlaku apabila mereka meminta makanan kepada golongan gelandangan. Hasilnya memang sangat membuka mata kita, bayangkan… golongan miskin kota dan warga tidak berumah ini pula yang menghulurkan makanan lalu berkongsi bersama peminta makanan tersebut! - mynewshub.cc
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB
TOP
Penceramah Jemputan Dakwa Tak Tahu Ada Acara Peluk, Cium Anjing
PENCERAMAH yang diundang dalam program kontroversi ‘I Want To Touch A Dog’ mendakwa tidak mengetahui ada aktiviti memeluk, mencium anjing pada acara tersebut.
Ustaz Mohd Iqbal Parjin,33, berkata, dia setuju mengambil bahagian dalam program tersebut selepas dijemput oleh penganjur Syed Azmi untuk mengisi slot ilmu, setelah mendapat tahu program berkenaan mendapat izin Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Memetik laporan The Rakyat Post, Ustaz Iqbal berkata dia telah menerangkan bahawa orang Islam tidak dibenarkan menyentuh anjing tanpa sebab yang perlu menerusi perkongsian ilmu pada hari berkenaan.
“Pada awalnya, penganjur program menjemput saya untuk mengisi slot ilmu.
“Saya memenuhi jemputan ini, dan telah menjelaskan kepada yang hadir mengenai hukum-hakam yang jelas menurut mazhab Syafie, seperti yang terdapat dalam fatwa JAKIM,” katanya dalam satu kenyataan.
Malah menurutnya, dia sendiri tidak menyangka penglibatannya menjurus kepada perkara tidak betul seolah-olah menyokong perbuatan memegang anjing dalam program berkenaan.
“Saya difahamkan bahawa tempat perkongsian ilmu diasingkan dari tempat anjing-anjing berkumpul.
“Saya akui yang saya terlepas pandang bahawa program ini boleh disalah tafsir malah diambil kesempatan oleh sesetengah pihak untuk menggalakkan masyarakat Melayu awam bermesra-mesra dengan anjing tanpa sebab.
“Saya tidak pernah terfikir perkara ini boleh berlaku seolah-olah saya yang menggalakkannya,” ujarnya lagi.
Tindakan Ustaz Iqbal yang terlibat secara langsung dengan program berkenaan pada Ahad lalu, mendapat kecaman ramai pihak khususnya orang Islam yang menganggap beliau menggalakkan aktiviti sebegitu.
Bagaimanapun, dalam ceramahnya pada hari tersebut, Ustaz Iqbal mendakwa dia telah menyentuh isu larangan memegang anjing tanpa sebab sebagaimana dalam rakaman klip di bawah:
Bagaimana pun menurut Ustaz Iqbal, dia bersyukur isu ‘pegang anjing’ tidak menjejaskan tugasnya sebagai pendakwah apabila dia masih sering dihubungi oleh masyarakat untuk bertanyakan lebih lanjut tentang Islam hingga ke hari ini. - MYNEWSHUB.CC

Kes Liwat Anwar: PKR Arah Setiap Cabang Bawa Ahli Ke Mahkamah
Selama ini, pembangkang sering menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) memaksa orang ramai hadir ke program kerajaan dengan membawa mereka menaiki bas ke lokasi program, tetapi kali ini mereka sendiri terdesak melakukannya.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengarahkan cabang di seluruh negara untuk membawa ratusan penyokong ke Istana Kehakiman di Putrajaya untuk berhimpun kononnya bagi menuntut kebebasan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jika dihitung, tinggal kira-kira seminggu sahaja lagi rayuan peringkat terakhir Anwar di Mahkamah Persekutuan yang bakal menentukan nasib Anwar sama ada dipenjarakan atau dibebaskan.
Mac lepas, Anwar didapati bersalah selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pasukan pendakwaan ke atas kes liwat II melibatkannya dan beliau dijatuhi hukuman penjara lima tahun.
Anwar dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan tetapi dibebaskan Mahkamah Tinggi pada 2012.
Setiausaha Agung PKR yang baru, Rafizi Ramli mengarahkan lebih daripada 200 pemimpin cabang parti menunjukkan sokongan kepada perjuangan mereka bagi membebaskan Anwar daripada sabitan liwat.
“Di negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR), setiap cawangan perlu menghantar sekurang-kurangnya lima buah bas yang penuh dengan penyokong,” katanya dalam satu pekeliling yang dihantar kepada cabang-cabang parti.
Menurut Rafizi, bagi negeri bukan dikuasai oleh PR, cabang dalam kawasan pilihan raya yang dipegang oleh PKR masing-masing perlu menghantar sekurang-kurangnya dua buah bas yang penuh dengan penyokong.
“Bagi cabang yang tidak mempunyai wakil PKR, mereka disarankan masing-masing menghantar sekurang-kurangnya sebuah bas yang penuh penyokong,” katanya.
Orang Kena Tuduh (OKT) Anwar akan mengetahui nasibnya dalam kes berkenaan pada 28 dan 29 Oktober ini.
Rafizi juga menggesa cabang-cabang untuk berdoa mengikut kepercayaan agama masing-masing untuk membebaskan Anwar daripada sabitan liwat.
“Saya merayu kepada semua pemimpin cabang untuk menggerakkan ahli dan penyokong beramai-ramai ke Istana Kehakiman Putrajaya sebagai tanda sokongan kepada ketua kita,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Muzium Peringati Pengarah Yasmin Ahmad Dibuka Di Ipoh
BAGI peminat karya pengarah tersohor Yasmin Ahmad, kini anda boleh meneroka dengan lebih dekat hasil karya beliau di Yasmin At Kong Heng yang dibuka di Ipoh, Perak.
Yasmin At Kong Heng bukan sekadar muzium biasa.
Ia terletak di Ipoh yang merupakan lokasi kegemaran Yasmin yang telah mengabadikan bandaraya ini dalam karyanya termasuk Rabun, Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf dan Talentime.
Muzium istimewa untuk peminat-peminat Yasmin ini mempamerkan sejarah peninggalan pengarah tersebut antaranya koleksi-koleksi iklan nukilannya yang tidak pernah dilupakan setiap kali menjelang musim perayaan. Bahan pameran yang ada termasuk dalam bentuk instalasi video, visual multimedia, teks dan grafik, menurut portal Awani.
Pereka terkenal Ng Sek San bertanggungjawab sebagai pereka landskap bagi muzium ini, manakala reka bentuk oleh arkitek Kamil Merican dan pereka hiasan dalaman dipertanggungjawabkan kepada Wei Ming. Menurut Fatimah Abu Bakar, pembinaan muzium ini bukan berniat untuk mengagung-agungkan Yasmin, sebaliknya sebagai kenangan buat penggemar karyanya.
“Kehadiran Yasmin sering jadi perangsang untuk mengajar kita tentang cinta. Beliau tidak pernah lupa untuk menggalakkan kita sentiasa memaafkan dan kini semuanya terus tersimpan dalam hati kita semua,” kata teman baik Yasmin itu pada majlis memperingati allahyarham. Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang muzium ini, bolehlah ke laman Facebook yasminatkongheng. -MYNEWSHUB.CC

Chong Wei : Dari Bola Keranjang Ke Jaguh Badminton Dunia
Minatnya pada mulanya bukanlah badminton tetapi bola keranjang
Namun kerap dilarang oleh ibunya kerana lokasi gelanggang bola keranjang yang terbuka terdedah kepada panas membuatkan beliau beralih arah kepada bermain badminton.
Itulah permulaan kisah juara badminton dunia dari Malaysia Datuk Lee Chong Wei yang dilahirkan pada 21 Oktober 1982.
Dalam sukan badminton dunia, Chong Wei pernah berada di kedudukan nombor satu dunia selama 199 minggu berturut-turut dari 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012.
Beliau merupakan pemain Malaysia ketiga selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim yang berjaya mencatatkan prestasi seperti itu sejak sistem ranking mula diperkenalkan sekitar 80-an.
Tetapi, Chong Wei merupakan satu-satunya pemain negara yang berjaya mengekalkan kedudukan nombor satu lebih dari tempoh satu tahun.
Chong Wei merupakan pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2008 Beijing dan 2012 London menjadikan beliau atlet keenam dari Malaysia yang berjaya memenangi pingat di sukan paling berprestij dunia itu.
Pencapaian menakjubkan mengakhiri kemarau pingat Olimpik sejak 1996 itu membolehkan beliau dianugerahkan gelaran Datuk dengan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) oleh Yang diPertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada 30 Ogos 2008.
Chong Wei juga digelar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira Malaysia.
Mula bermain badminton seawal 11 tahun, dibawa oleh bapanya ke sebuah dewan badminton sehingga aksinya menarik perhatian seorang jurulatih tempatan.
Jurulatih itu mengambil keputusan menggilap bakat Chong Wei pada masa latihan setiap kali selepas sekolah.
Ketangkasan beliau berjaya dilihat oleh Jurulatih negara Datuk Misbun Sidek dan dibawa masuk sebagai anggota pasukan badminton kebangsaan pada umur 17 tahun.
Berkenaan insiden hitam dalam hidupnya, pada 3 November 2006, Chong Wei terlibat dalam satu kemalangan kereta dalam perjalanan ke Bukit Jalil selepas makan malam.
Dia dihantar ke Pusat Perubatan Sunway dan dirawat serta menerima enam jahitan akibat kecederaan di kepalanya.
Hasil kejayaannya, Chong Wei menerima RM300,000 pada 21 Ogos 2008 sebagai hadiah kemenangan pingat perak di Sukan Olimipik Beijing serta menerima pencen RM3,000 sebulan seumur hidup sejak Ogos 2008.
Kisah cinta Chong Wei memperlihatkan hubungan istimewanya dengan pemain badminton wanita negara Wong Mew Choo.
Mereka pernah berpisah ketika Kejohanan Dunia 2009 di Hydreabad, India tetapi cinta kembali bertaut seelpas memenangi pingat perak di Sukan Olimpik London.
Akhirnya Chong Wei dan Mew Choo berkahwin pada 9 November 2012 dan sudah pun mempunyai seorang cahaya mata bernama Kingston yang lahir pada Ogos tahun lepas.
Tahun ini, pada Januari Chong Wei tewas pada perlawanan akhir Terbuka Korea kepada pemain China Chen Long, kekalahan keempat berturut-turut kepada pemain China.
Seminggu selepas itu, beliau menang kejohanan Terbuka Malaysia kesepuluhnya.
Chong Wei kemudiannya memenangi Kejohanan All England dan Terbuka India sebelum tewas kepada pemain Indonesia Simon Santoso pada perlawanan akhir Terbuka Singapura.
Pada Ogos, di Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, beliau tewas kepada Chen Long sekali lagi pada perlawanan akhir dalam straigt set.
Di Sukan Asia Incheon, Korea Selatan, Chong Wei tewas kepada Chen Long sekal lagi pada saingan separuh akhir berpasukan sebelum tewas kepada Lin Dan di peringkat separuh akhir perseorangan lelaki. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Orang Islam Tak Boleh Belai Anjing Macam Kucing – Ustaz Fathul Bari
Kutukan keras oleh ilmuan agama terhadap program ‘I Want To Touch A Dog’ yang berlangsung di Selangor kelmarin berterusan, kali ini oleh pendakwah dan Exco Pemuda UMNO, Ustaz Fathul Bari Mat Jahya.
Sebagai mana disiarkan dalam Facebook Abu Aqif Studio, berikut adalah kenyataan dikeluarkan Ustaz Fathul Bari berhubung isu ini:
“I Want to Touch a Dog” – bersikap ihsan kepada haiwan sememangnya satu tuntutan dalam Islam termasuk berlaku ihsan ke atas Anjing.
Telah terbukti di dalam hadith yang sahih seorang pelacur tua telah dimasukkan ke dalam syurga kerana memberi minum seekor anjing yang kehausan.
“Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu.”
[Hadith Riwayat al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya, hadis no: 3467]
Namun, kempen “I Want to Touch a Dog” bukanlah cara yang dimaksudkan oleh Nabi sallallahu alaihi wasallam.
Bersikap ihsan bukan bermaksud membela ataupun membelai. Sebaliknya ia bermaksud menjaga hak-hak haiwan trsebut. Sebagai contoh, apabila sakit ianya dirawat, apabila lapar diberi makan.
Bagi orang Islam, anjing tidak boleh dijadikan “pets”, dibelai-belai, dimanja-manjakan, berbeza dengan kucing yang boleh menjadi teman kita bagi umat Islam.
“Kucing ini tidaklah najis. Sesungguhnya kucing merupakan haiwan yang sering kita jumpai dan berada di sekeliling kita.” [HR. At Tirmidzi, Abu Daud, An Nasa’i, Ibnu Majah, Ad Darimi, Ahmad, Malik. Syaikh Al Albani dalam Irwa’ul Gholil no. 173 mengatakan bahwa hadits ini shahih]
Islam menetapkan kucing adalah haiwan peliharaan dan disifatkan dekat dengan manusia tetapi bukan anjing. Namun, kita diizinkan pelihara anjing dalam dua keadaan sahaja iaitu:
1. membela anjing untuk menjaga keselamatan
2. membela anjing untuk memburu
Selain daripada itu, tidak pernah diizinkan oleh syariat malah menjadi janggal acara seperti “I Want to Touch a Dog” diadakan apatah lagi diasaskan oleh orang Islam sendiri.
Saya menyokong sepenuhnya apa yang dilaksanakan oleh sahabat saya salah seorang doktor pakar di pusat perubatan swasta yang mengadakan rawatan percuma ke atas anjing-anjing pemburu masyarakat orang asli yang cedera.
Perbuatan ini dikategorikan bersikap ihsan kepada anjing.
Saya bukan anti anjing, tapi saya cuba sampaikan mengikut perspektif syariat dalam isu ini.
Umat islam tak perlu ‘support’ kempen seperti ini. Sebaliknya umat Islam perlu ‘support’ kempen “Ihsan” kepada haiwan secara keseluruhannya termasuk anjing dan lain-lainya. Ini membuktikan ke-universal-an Islam.
Adakah selepas ini akan ada program “I Want to Touch a Pig”
Allahua’lam - mynewshub.cc

Anak Sosilawati Mahu JPN Keluarkan Sijil Mati Ibu Mereka
KUALA LUMPUR – Lima anak jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya menfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk memaksa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengeluarkan sijil kematian ibunya, yang mati dibunuh di Ladang Gadong, Banting, Selangor, pada 2010.
Erwan Suwari Rizuwan Buhari, 28, Md Erwan Nasri, 27, Erni Erinawati Sofia, 25, Erni Rineelawati,24, dan Siti Nur Fatimah, 17, menfailkan permohonan itu di pejabat pendaftaran, Mahkamah Tinggi di sini pada 24 September lepas melalui Tetuan Basharuddin Fa’izie Iskandar.
Kelima-lima pemohon itu menamakan JPN sebagai responden.
Hari ini Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Diana Md Razali menetapkan 25 November untuk mendengar permohonan kebenaran itu selepas kes itu disebut di hadapannya.
Peguam Mohd Iskandar Ismail mewakili kesemua pemohon memberitahu pemberita bahawa Hakim Datuk Asmabi Mohamad akan mendengar permohonan itu. Peguam Kanan Persekutuan Mazlifah Ayob mewakili JPN.
Dalam permohonan itu anak Sosilawati antara lain memohon satu perintah untuk membatalkan keputusan JPN pada 25 Julai lepas yang tidak mengeluarkan sijil kematian ibunya.
Mereka juga mahu supaya JPN mengeluarkan sijil kematian ibunya, kos dan juga lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Dalam surat kepada JPN, kesemua pemohon berkata mereka memohon supaya JPN mengeluarkan sijil kematian itu bagi membolehkan pembahagian harta, saham dan aset-aset ibunya diagih-agihkan kepada waris.
Erwan Suwari Rizuwan dalam afidavit sokongannya mendakwa JPN dalam jawapan lisan berkata sijil kematian Sosilawati tidak boleh dikeluarkan kerana tiada mayat dijumpai berdasarkan Seksyen 18 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 dan sekiranya tiada mayat dijumpai, orang itu akan dianggap hilang.
Anak lelaki Sosilawati itu mendakwa JPN berkata atas sebab itu Seksyen 108 Akta Keterangan 1950 adalah terpakai di mana sekiranya orang itu tidak dapat dijumpai atau dihubungi selama tujuh tahun, satu anggapan kematian akan dibuat dan selepas itu surat anggapan kematian akan dikeluarkan.
Bagaimanapun, Erwan Suwari Rizuwan berkata dalam kes ibunya, terdapat keadaan khas bahawa walaupun mayat tidak dijumpai dan masih belum mencapai tujuh tahun namun mahkamah masih boleh sahkan kematian ibunya berdasarkan keterangan-keterangan dan bukti-bukti yang diberikan semasa perbicaraan kes bunuh ibunya.
JPN dalam surat jawapannya kepada Erwan Suwari Rizuwan bertarikh 25 Julai lepas berkata berdasarkan nasihat perundangan memaklumkan bahawa pendaftaran kematian Sosilawati hanya boleh dipertimbangkan oleh jabatan itu selepas rayuan kes empat tertuduh dalam kes bunuh Sosilawati di Mahkamah Rayuan diputuskan.
Mahkamah Rayuan menetapkan lima hari bermula 9 Feb 2015 untuk mendengar rayuan itu.
Pada 23 Mei tahun lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya selepas mereka didapati bersalah terhadap pertuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Pathmanabhan, T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010. – BERNAMA
TOP
Zul Ariffin Beli Kereta Audi A5 Bukan Maserati, Guna Duit Sendiri!
TAK baik tau tuduh Zul Ariffin beli kereta mewah pakai duit kekasihnya, Gayatri Su Lin Pillai.
Penat-penat dia guna duit sendiri, ada pula yang menuduh dia ‘disponsor’.
Bagaimanapun, cakap-cakap ini timbul kerana kekasih Zul bukan calang-calang orang, punyai nama besar lagi dalam industri perfileman negara.
ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin Melaram Dengan Kereta Mewah Dihadiahkan Gayatri?
Berhubung gosip menyatakan Zul membeli kereta mewah Maserati, ternyata ia tidak benar kerana dia sebenarnya membeli kereta Audi A5 berwarna putih yang menjadi idamannya selama ini.
Menurut aktor yang cukup popular dengan drama Rindu Awak 200 Peratus itu, kereta yang digunakan sekarang iaitu Audi A5 dibeli menggunakan duit dikumpul sepanjang dirinya terlibat dalam bidang lakonan.
Memetik laporan Malaysian Digest:
“Saya tak minat pun Maserati. Kalau Gaya nak beli, baik dia beli untuk diri dia sebab dia yang minat kereta tu. Sebenarnya Gaya yang dulu muat naik gambar kereta tu di Instagram dia. Kebetulan minggu lalu saya beli kereta baru. Kakak saya muat naik gambar kereta saya itu di Instagramnya.
“Mungkin sebab gambar yang kakak saya muat naik tu nampak sama macam gambar yang Gaya letak di Instagram dia, walhal saya beli Audi A5 bukan kereta yang dihebah-hebahkan itu dan saya beli dengan duit saya sendiri.
“Sebelum ini saya membeli sebuah Myvi, sebuah trak dan superbike. Saya jual trak dan superbike untuk beli kereta baru ini,” kata Zul.
Wah, dengan kereta barunya ini pasti wanita-wanita di luar sana akan pandang Zul dua tiga kali kalau terserempak.
Pakej lengkap kot… kacak, berbadan sasa dan pandu kereta mewah lagi you alls!
- MYNEWSHUB.CC
TOP
Warga Emas Ditahan Kerana Buang 500 Video Lucah Di Taman
TOKYO – Seorang pesara yang membuang hampir suku tan bahan pornografi di sebuah taman di sini ditahan tetapi berkemungkinan besar tidak dituduh di mahkamah kerana bahan terbabit adalah milik rakannya yang sedang sakit, menurut polis.
Hideaki Adachi dilihat memunggah 17 guni filem dan majalah, termasuk kira-kira 500 pita video VHS dari sebuah trak di sebuah taman kecil di Osaka.
Menurut polis, Adachi, 70, ditahan kerana disyaki membuang secara haram 200 kilogram bahan pornografi, tetapi dibebaskan pada hari berikutnya selepas dia memberitahu polis barangan terbabit ditemui di sebuah stor milik rakannya yang sakit.
“Dia ingin membuangnya bagi membantu rakannya,” kata seorang jurucakap.
Ditanya apakah pesara berkenaan meninggalkan bahan terbabit di taman itu untuk diberikan kepada orang lain, jurucakap itu berkata polis tidak berpendapat sebegitu kerana pita video berkenaan tidak disusun untuk dilihat.
Adachi yang bekerja secara suka rela di taman berkenaan bagi membantu orang gelandangan, berharap koleksi itu akan dipungut dan dibawa ke tempat pelupusan. – AFP
TOP
Pereka Fesyen, Oscar De La Renta Meninggal Dunia Akibat Kanser
PEREKA fesyen tersohor, Oscar de la Renta, dilaporkan meninggal dunia di rumahnya di Connecticut, semalam. Oscar, 82, meninggal dunia di sisi ahli keluarga dan rakan-rakannya menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh anak tirinya, Eliza Reed Bolen.
Pereka fesyen kelahiran Republik Domanica itu disahkan menghidap penyakit kanser pada 2006.
Antara hasil rekaan terakhir Oscar ialah gaun pengantin isteri George Clooney, Amal Alamuddin yang dipakai ketika majlis perkahwinan aktor itu pada 27 September lalu.
Antara selebriti terkenal yang pernah menggayakan helaian busana menarik Oscar di acara red karpet ialah Penelope Cruz dan Sandra Bullock. – MYNEWSHUB

Pemandu Lori Ayam Maut Nahas Di Taiping
SEORANG maut, manakala dua cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 203.6, Lebuhraya Utara-Selatan, menghala selatan, dekat sini, pagi tadi
TAIPING – Seorang maut, manakala dua cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 203.6, Lebuhraya Utara-Selatan, menghala selatan, dekat sini, pagi tadi. Mangsa yang maut ialah pemandu lori membawa ayam, Salim Sariboo, 43, yang dilaporkan tersepit di tempat pemandu kenderaan itu. Mangsa yang cedera pula ialah dua beranak yang belum dikenal pasti identiti mereka. Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.42 pagi dan apabila tiba di tempat kejadian mendapati lori ayam berkenaan merempuh belakang sebuah lori membawa muatan kelapa sawit. Katanya, anggota bomba kemudian membantu mengeluarkan mayat pemandu lori ayam yang meninggal dunia di tempat kejadian. Dua beranak cedera selepas PROTON Iswara yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah kereta Nissan Teana selepas kedua-dua kenderaan itu cuba mengelak tandan sawit yang bertaburan di atas lebuh raya. – BH Online

Lelaki Lemas Jatuh Sungai Ketika Tarik Jaring
JOHOR BAHRU – Seorang lelaki berusia 31 tahun lemas akibat terjatuh ke dalam sungai selepas cuba menarik jaring dalam kejadian di Jalan Kempas, Kampung Baru Cina, Ulu Tiram, di sini malam tadi.
Mayat Lee Keng Thoon ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada jam 3 pagi tadi selepas lebih tiga jam dilaporkan hilang.
Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.38 malam tadi sebelum pasukan mencari dan menyelamat ditubuhkan untuk mengesan mangsa.
“Seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya tiba di lokasi kejadian pada jam 11.53 malam dan bertindak menjalankan operasi untuk mencari mangsa.
“Selepas lebih tiga jam usaha mencari dijalankan, mayat mangsa ditemui pada jam 3 pagi sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini semalam.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk dibedah siasat. – BH Online
TOP
Wilayah Chiba Tawar Laluan Produk Halal M’sia Ke Jepun
CHIBA (Jepun) – Malaysia dan Jepun akan menjalin kerjasama lebih rapat dalam pembangunan produk halal, dengan menjadikan Wilayah Chiba di sini sebagai pintu masuk kepada produk halal untuk pasaran Jepun.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata rakan sejawatannya, Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun, Koya Nishikawa telah menyatakan komitmennya dalam merealisasikan kerjasama itu ketika pertemuan dua hala di Tokyo hari ini.
“Jepun yang sudah bersedia menerima atlet untuk temasya Olimpik Tokyo 2020, masih belum membuat keputusan mengenai negara pembekal produk halal.
“Kita mungkin negara pertama yang menawarkan produk halal, dan Chiba melalui Naib Gabenornya Takahashi Wataru, menerima cadangan menjadikan wilayahnya sebagai pintu masuk,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dua hala berkenaan serta melawat ladang lembu wilayah Chiba, di sini.
Oleh itu, beliau berkata Kementerian Pertanian akan menganjurkan ekspo dan seminar produk halal di wilayah Chiba awal tahun depan.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun bersetuju membawa masuk produk ayam beku Malaysia ke negara ini.
Beliau bagaimanapun berkata kerajaan Jepun memerlukan kepastian dan jaminan daripada Kerajaan Malaysia berhubung status wabak selesema burung di Malaysia.
“Ini bukan suatu isu yang besar kerana mereka (kerajaan Jepun) menganggap kita masih mengalami wabak selesema burung, dan kita akan menulis surat secara rasmi untuk memaklumkan kepada mereka bahawa Malaysia bebas daripada penyakit itu,” katanya.
Beliau berkata produk ayam beku merupakan antara 112 produk yang masih belum menerima kelulusan pihak berkuasa Jepun untuk dipasarkan di negara Matahari Terbit ini.
Pada pertemuan dua hala itu juga beliau berkata kementerian berkenaan meminta Kerajaan Jepun mengkaji dengan serius permohonan Malaysia untuk mendapatkan kelulusan bagi produk-produk terbabit termasuk mangga, betik dan tembikai.
“Mereka minta kita menyenaraikan produk mengikut keutamaan, dan kita akan tengok produk yang mendapat permintaan tinggi dari Jepun, dan kita akan menghantar senarai tersebut secepat mungkin,” katanya.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata kerajaan Jepun telah meluluskan kemasukan produk Mempelam Harumanis untuk dipasarkan di negara ini.
Beliau berkata Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun turut memohon kerajaan Malaysia meluluskan sekatan ke atas eksport daging lembu Jepun bagi membolehkan produk itu dipasarkan di Malaysia.
“Mereka memaklumkan ada larangan (eksport) daging lembu dari Jepun ke negara kita, saya akan teliti isu ini, saya tidak nampak ia berhubung masalah kebersihan, tetapi semua daging lembu mesti berstatus halal,” katanya. – BERNAMA
TOP
Fahrin Sedar Popularitinya Bersifat Sementara
Fahrin menganggap populariti diraihnya menerusi siri berkenaan hanya bersifat sementara.
PETALING JAYA – Pelakon drama bersiri Maaf Jika Aku Tak Sempurna, Fahrin Ahmad menganggap populariti diraihnya menerusi siri berkenaan hanya bersifat sementara dan kitaran biasa bagi mana-mana artis terlibat dalam karya yang mendapat perhatian luar biasa penonton. Fahrin, 35, berkata, dia tidak terkejut jika namanya kembali suram selepas drama lakonan bersama Sara Ali siaran TV3 itu berakhir pada Isnin depan. “Populariti menerusi lakonan dalam sesuatu drama itu bermusim sifatnya malah saya sudah beberapa kali mengalami situasi berkenaan. “Pada tahap sekarang saya tidak begitu peduli atau terbawa-bawa dengan populariti yang diraih kerana saya tahu ia kitaran biasa dan penonton akan lupakan selepas muncul drama lain,” katanya kepada mStar Online. Fahrin ditemui pada majlis memperkenalkannya sebagai pengacara Anugerah Skrin 2014 bersama tujuh hos bersama di Sri Pentas, Bandar Utama di sini pada Isnin. Tujuh artis lain yang bakal bersama Fahrin pada malam kemuncak itu nanti adalah Zul Ariffin, Amyra Rosli, Nabila Huda, Shukri Yahya, Tasha Shilla, Fiza Sabjahan dan Fara Fauzana. ASK 2014 bakal berlangsung pada 7 November depan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada pukul 8 malam. Dalam pada itu, Fahrin berkata, artis-artis baharu sepatutnya tidak hanyut dengan populariti yang diraih menerusi lakonan mereka kerana ia hanya bersifat sementara. Sebaliknya kata Fahrin, mereka seharusnya menggunakan peluang tersebut untuk lebih bijak merancang strategi bagi membolehkan karier mereka kekal lebih lama ditambah dengan persaingan semakin sengit dalam industri lakonan. “Kadang-kadang ada di antara mereka ini terus lupa objektif asal menjadi pelakon dan membiarkan diri mereka hanyut dengan pujaan peminat yang pada pengalaman saya tidak kekal lama. “Malah ada yang tersalah langkah sehingga nama mereka terjerumus dalam gosip dan kontroversi yang akhirnya memusnahkan karier mereka sendiri,” jelasnya. Sementara itu, Fahrin berkata, pemilihannya sebagai hos utama ASK 2014 adalah satu cabaran besar kerana seminggu sebelum itu dia diamanahkan untuk mengemudi Festival Filem Malaysia ke-26 (FFM26) bersama aktres Nur Fazura. Jelas Fahrin, dia kini sedang sibuk membuat persiapan untuk kedua-dua acara itu yang memerlukan pendekatan berbeza namun dia yakin dapat melunaskan tugas diberikan kepadanya. “Jika diikutkan memang gementar tetapi pada tahap ini saya tiada masa untuk berperasaan sedemikian kerana sibuk memberikan perhatian untuk mengacarakan dua anugerah berprestij itu. “Sepatutnya FFM 26 berlangsung lebih awal tetapi ia ditangguhkan kepada tarikh 1 November dan saya berharap dapat melaksanakan tugas diberikan dengan baik nanti,” ujarnya. - mStar Online

‘Protes Didalangi Orang Luar Mengarut’
Hong Kong – Pemimpin prodemokrasi Hong Kong semalam menafikan dakwaan ketua eksekutif Hong Kong bahawa perhimpunan besar-besaran di hab kewangan Asia itu didalangi “pihak luar.”
Leung Chun-ying membuat dakwaan itu dalam satu temubual disiarkan Ahad lalu, namun enggan mendedahkan pihak yang dimaksudkan.
“Penunjuk perasaan ini semakin tidak terkawal dan saya harap keadaan ini dapat diselesaikan secara baik serta aman.
“Saya tidak ingin bercakap banyak, namun ini bukanlah isu dalam negeri semata-mata,” katanya.
Pandangan itu turut disuarakan media rasmi China yang berulang kali mendakwa “kuasa anti-China” seperti Amerika Syarikat (AS) memanipulasi penunjuk perasaan, malah Beijing turut memberi amaran supaya pihak luar tidak mencampuri masalah dalamannya.
Kenyataannya itu dikutuk pemimpin prodemokrasi yang menegaskan pergerakan mereka semata-mata untuk menyuarakan tuntutan penduduk tempatan supaya diberi lebih banyak kebebasan diberi, selain menggambarkan rasa tidak puas hati terhadap jurang sosial yang semakin ketara.
Presiden Persekutuan Pelajar Hong Kong, Alex Chow menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan mencabar Leung menunjukkan bukti konkrit.
“Jelas dia cuma mahu semua pihak memandang kami sebagai alat pihak luar.
“Sebagai ketua eksekutif bandar raya ini yang bertanggungjawab kepada penduduknya, saya harap dia menyediakan bukti sewajarnya,” katanya.
Pemimpin pelajar Joshua Wong dengan sinis menulis di Facebooknya: “Pertalian saya dengan negara asing sekadar membabitkan telefon bimbit saya dari Korea, komputer dari AS dan Gundam Jepun (siri animasi robot). Dan sudah tentu semuanya buatan China.”
Beberapa lokasi utama di Hong Kong ditutup akibat perhimpunan dan sekatan jalan yang dibuat bagi menuntut pilihan raya bebas di wilayah separa autonomi China itu.
Keadaan ini dilihat antara tamparan paling hebat terhadap pentadbiran Beijing sejak protes prodemokrasi di Dataran Tiananmen pada 1989. – AFP
TOP
Piala Malaysia: Felda United Atasi JDT 4-3
KUALA LUMPUR – Wakil kelab, Felda United FC (FUFC) membawa bekalan tipis satu gol selepas sekadar menang 4-3 ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, dekat sini, malam ini.
Kedua-dua pasukan akan beraksi pada separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru pada 25 Okt ini.
Pada perlawanan malam ini, kedua-dua pasukan begitu bersemangat untuk memburu jaringan awal walaupun keadaan padang yang becak akibat hujan pada babak awal permainan, menyukarkan kawalan bola oleh para pemain.
Nasib nyata lebih menyebelahi FUFC yang membuka tirai jaringan menerusi penyerang importnya dari Liberia, Edward Junior Wilson yang melakukan sepakan kencang dari luar kotak penalti seawal minit ketujuh perlawanan.
Skuad ‘The Fighters’ kendalian Irfan Bakti Abu Salim terus menggandakan asakan ke kubu JDT dan berjaya meraih gol kedua menerusi sentuhan penyudah Ahmad Syamim Yahya pada minit ke-42.
Bersambung babak kedua perlawanan, pasukan lawan yang dikenali sebagai skuad ‘Harimau Selatan’ mengasak ke kubu FUFC dan berjaya mengurangkan defisit jaringan menerusi penyerang import dari Argentina, Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-52.
Empat minit kemudian, FUFC ditimpa malang selepas pemain pertahanannya, Mohd Nasriq Baharom diperintah keluar padang oleh pengadil, Samsudin Ibrahim selepas menerima kad kuning kedua.
Kekurangan seorang pemain nyata tidak melemahkan semangat skuad ‘The Fighters’ yang berjaya meraih gol ketiga menerusi Makeche Ndumba pada minit ke-60.
Pemain gantian JDT, Luciano Figueroa menjaringkan gol kedua untuk pasukan pelawat pada minit ke-80 sebelum beliau membuka peluang kepada Pereyra untuk mengikat kedudukan menjadi 3-3 pada minit ke-88.
Makeche menjadi watak pemusnah untuk pasukan pelawat selepas meledak jaringan kemenangan pada masa tambahan separuh masa kedua. – BERNAMA
TOP
IS Lancar Serangan Terbaharu Di Kobani
KEPULAN asap naik berikutan letupan di bandar Kobani berikutan diserang Kumpulan Negara Islam (IS), lewat semalam. - Foto AFP
MURSITPINAR (Turki) – Kumpulan Negara Islam (IS) melancarkan serangan terbaharu ke atas bandar Kobani lewat semalam, beberapa jam selepas pejuang Kurdis menerima senjata yang digugurkan dari udara oleh Amerika Syarikat (AS). Pengarah Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman, berkata kumpulan jihad terbabit melancarkan serangannya di semua penjuru bandar berkenaan. Terdapat laporan mengenai pertempuran sengit di Kobani pada sebelah petang. Serangan itu menyusuli dua serangan bunuh diri di utara Kobani pagi semalam, dalam usaha pihak terbabit untuk memutuskan hubungan bandar berkenaan dari Turki. IS juga melancarkan satu serangan di pekan Qara Tapah yang dikuasai Kurdis, mengakibatkan 10 orang terbunuh dengan separuh daripada penduduknya yang berjumlah 9,000 orang dilaporkan meninggalkan pekan itu. “Kami bimbang IS akan mengepung pekan ini dan menjadikannya seperti Amerli kedua,” kata seorang penduduk Qara Tapah, Haidar. Amerli adalah sebuah pekan Syiah Turki yang ditawan oleh IS sejak dua bulan lalu. – AFP

Van Gaal Percaya Manchester United Boleh Juarai EPL
Louis van Gaal - Foto AFP
WEST BROMWICH, United Kingdom - Pengurus Manchester United, Louis van Gaal menegaskan pasukannya masih boleh mengatasi pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea, biarpun wujud jurang 10 mata antara kedua-dua pasukan. Namun, keputusan seri 2-2 dengan West Brom awal pagi tadi menuntut pasukan Van Gaal untuk meraih keputusan positif apabila berdepan pasukan Jose Mourinho Ahad ini. Perlawanan itu menjanjikan ujian terbesar ke atas Van Gaal sejak ia tiba di Old Trafford kerana United masih belum bertemu pasukan empat teratas liga musim lalu. Namun bekas jurulatih Belanda dan Barcelona itu menegaskan harapan untuk pasukannya menjuarai liga masih belum berakhir. “Ia boleh dicapai tetapi sukar untuk dikatakan kerana ia akan menunjukkan saya sombong. Tetapi saya sudah melakukannya banyak kali,” katanya. Van Gaal juga menegaskan kegagalan pasukannya untuk menewaskan West Brom tidak bermakna kemungkinan untuk mengatasi pendahulu liga yang belum pernah kalah musim ini, harus ditolak. “Kini kami perlu bertemu Chelsea tetapi anda tidak boleh bandingkan West Bromwich Albion. Saya rasa Chelsea dan Man City di tahap berbeza. Kami perlu tunggu sama ada boleh menewaskan mereka,” katanya. United terpaksa menunggu gol penyamaan Daley Blind pada minit ke-87 untuk mencuri satu mata, sekali gus satu peringatan bahawa masih banyak yang perlu dilakukan pasukan kendalian van Gaal itu. – AFP

Tun M: Jika Tak Tahu English, Melayu Akan Ketinggalan
BANGI – Memperolehi sesuatu pengetahuan melalui bahasa lain, termasuk bahasa Inggeris, tidak akan menjejaskan rakyat Malaysia atau bangsa Melayu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri berkata, kepentingan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris tidak harus dianggap sebagai tidak patriotik tetapi satu keperluan supaya negara dan rakyatnya boleh terus maju dengan pengetahuan yang diperolehi.
Dr Mahathir berkata beliau telah membuat keputusan kedua-dua mata pelajaran itu diajar dalam bahasa Inggeris semasa beliau menjadi perdana menteri kerana menyedari kebanyakan bahan bacaan yang ada adalah dalam bahasa Inggeris, terutama bagi mereka yang mendaftar untuk belajar dalam bidang perubatan dan peringkat Sarjana dan PhD, sehinggalah ke hari ini.
“Saya sedar dengan tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran, orang kita akan ketinggalan dalam mengejar ilmu.
“Bukan saya tidak suka bahasa saya atau bangsa saya. Saya hanya menjadi pragmatis. Kita hanya akan merampas pengetahuan hanya kerana kita mahu menekankan penggunaan bahasa, “katanya.
Dr Mahathir menegaskan bahawa negara ini juga memerlukan orang yang berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang seperti sains dan teknologi, penyelidikan dan penemuan, katanya.
“Hanya jika kita menyumbangkan pengetahuan dan maklumat kepada dunia kita boleh menyatakan bahawa kita adalah sebuah negara maju,” katanya.
Dr Mahathir berkata demikian pada majlis pelancaran “UKM in Space”, program yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mempromosikan sains angkasa di kalangan pelajar.
Ia diadakan sempena memperingati ulang tahun ketujuh pengembaraan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ke angkasa.
Beliau berkata walaupun pelajar menuntut ilmu dalam bahasa Inggeris, perlu ada dorongan kuat untuk membawa bahasa Melayu ke tahap ‘bahasa ilmu’ seperti Rusia, Jerman dan Jepun.
Dr Mahathir berkata sekarang Malaysia telah menghantar manusia ke angkasa lepas, dan selepas itu perlu menggalakkan rakyatnya memperoleh pengetahuan yang diperlukan di bidang sains angkasa dan ‘bagaimana untuk membina roket’.
Di Kuantan, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kepada pelajar-pelajar bahawa mahir dalam bahasa Inggeris akan meningkatkan keyakinan mereka dalam berkomunikasi dengan dunia.
“Tidak ada refleksi kemajuan yang lebih besar bagi sesebuah negara daripada penglibatan pelajar-pelajar kita di peringkat antarabangsa. Ini adalah benar sama sekali,” kata Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran. - mStar Online
TOP
Penumpang Dakwa Tiada Pemeriksaan Ebola Di KLIA2
PETALING JAYA – Beberapa orang rakyat Malaysia yang kembali dari luar negara mendakwa mereka tidak nampak sebarang pemeriksaan kesihatan wabak Ebola atau pengimbas suhu di lapangan terbang atau pintu masuk.
“Pramugari menyembur bahan penyahjangkit dalam penerbangan sebelum mendarat, tetapi apabila melewati pintu pagar automatik di lapangan terbang, pegawai kesihatan atau pengimbas tidak kelihatan,” kata seorang guru Kho Wai Mun, 46, yang mendarat di KLIA2 selepas pukul 10 malam Ahad.
Wai Mun berkata tiada warga Afrika dalam penerbangannya dari Mongolia dan Malaysia yang transit di Korea Selatan itu.
“Walaupun ancaman terhadap virus Ebola adalah rendah di sini, tahap kesedaran perlu ditekankan,” tambahnya.
Penumpang lain, Ooi Chin Hooi, 53, yang tiba pada pukul 7.30 malam hari Ahad dari Hong Kong juga menyatakan bahawa tiada pemeriksaan dijalankan di booth kesihatan.
Ahli perniagaan Mel Hui, 39, berkata dia dan suaminya Leslie Ho, 40-an, juga tidak melihat seseorang mengendalikan booth kesihatan apabila mereka terbang pulang dari Bali pada 13 Oktober pada pukul 5.15 petang.
Ho, berkata pemeriksaan juga tidak dilakukan di pos pemeriksaan Johor Baharu ketika dia memandu dari Singapura.
Bagaimanapun, dia berkata ketibaan pelancong dari negara-negara Afrika adalah rendah di negara ini, berbanding Singapura, Taiwan dan Hong Kong di mana pemeriksaan yang lebih ketat dilakukan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pegawai yang dilihat oleh beberapa penumpang di booth kesihatan KLIA telah ditugaskan untuk melihat gambar dan membuat pengesanan pada monitor.
“Mana-mana penumpang yang dikesan mempunyai demam seperti yang dipaparkan pada monitor akan didekati untuk pemeriksaan lanjut,” katanya, sambil menambah pemeriksaan Ebola dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen.
“Kami juga menggesa rakyat Malaysia yang tiba dari negara terjejas melaporkan kepada kakitangan kesihatan untuk saranan lebih lanjut,” katanya. – mStar Online
TOP
Pelari Maraton Tahan Bas Ke Garisan Penamat
New Delhi – Sebuah acara larian maraton berakhir dalam keadaan mengejutkan selepas kereta penunjuk arah tersesat, mengakibatkan tiga pelari utama terpaksa mengikuti laluan yang lebih jauh sebelum mengabaikan usaha mereka dan mengambil bas untuk kembali ke garisan penamat.
Pemandu kereta itu dilaporkan terlepas satu pusingan-U mengakibatkan peserta terbabit lari empat kilometer (km) tambahan sebelum pihak penganjur akhirnya memaklumkan mereka tersalah jalan.
Pelari terbabit menyedari mereka tidak mungkin dapat memenangi larian 42km di Bangalore itu terus mengabaikan larian dan meminjam wang daripada penonton untuk menaiki bas ke garisan penamat.
Seorang daripada mereka, Inderjit Patel berkata, tiada pegawai penganjur di jalan itu.
“Maka kami sekadar mengekori kereta berkenaan tanpa ada sebarang keraguan.
“Selepas diberitahu kesilapan itu, kami menganggap tiada gunanya meneruskan larian. Saya tidak kisah gagal menang wang namun kejadian ini amat memalukan,” katanya.
Sementara itu penganjur mengakui kesilapan mereka dan memohon maaf. – Agensi
TOP
16 Ditahan Dipercayai Pengikut Ajaran Sesat Di Cheras
PEGAWAI Penguat Kuasa JAWI menjalankan pemeriksaan.
KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyerbu sebuah premis dipercayai dijadikan lokasi penyebaran ajaran sesat dikenali Milah Abraham, di sebuah pusat perniagaan dekat Cheras, malam tadi. Dalam serbuan kira-kira jam 9.30 malam oleh sekumpulan 30 penguatkuasa JAWI itu, 16 individu dewasa berusia sekitar 30-an hingga 50-an ditahan, membabitkan 11 lelaki dan lima wanita. Turut ditahan dalam serbuan itu ialah tujuh kanak-kanak dipercayai anak kepada suspek dewasa berkenaan. Dalam pemeriksaan hampir sejam di premis dua tingkat itu, barang milik semua individu termasuk telefon bimbit, komputer serta beberapa naskhah kitab turut dirampas. Ketika anggota penguatkuasa menyerbu premis terbabit, semua pengikut kumpulan berkenaan sedang khusyuk mendengar ceramah di dalam sebuah kelas dikendalikan oleh seorang lelaki berusia 40-an. Kesemua mereka kini dihantar ke Ibu Pejabat JAWI bagi pemeriksaan lanjut. Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Operasi JAWI, Muhamad Rais Rashid yang ditemui selepas serbuan itu memaklumkan, individu terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 4 dan 5 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan berkaitan penyebaran ajaran yang bertentangan dengan Islam. Beliau juga tidak menolak kemungkinan jumlah pengikut kumpulan berkenaan lebih besar berbanding yang ditahan malam ini. Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan, termasuk meneliti latar belakang semua individu yang ditahan sebelum proses pendakwaan. - BH Online

Wanita Dihalau Dari Opera Hanya Disebabkan Pakai Purdah
Perancis – Seorang wanita dihalau keluar dari pentas opera selepas pelakon opera terbabit enggan membuat persembahan hanya disebabkan wanita terbabit memakai purdah.
Pelakon-pelakon opera La Traviata itu hanya menyedari mengenai wanita tersebut ketika mereka melakukan lakonan pada masa kedua.
Menurut pengarah pentas terbabit, Philippe Thiellay, selepas menyaksikan wanita itu, penyanyi kumpulan berkenaan enggan menyanyikan lagu-lagu opera.
Beliau turut mengesahkan wanita yang memakai purdah tersebut telah dihalau kerana dia enggan menanggalkan kain yang menutup mukanya itu.
Meskipun tidak didedahkan namanya, namun wanita berkenaan dipercayai daripada kalangan keluarga berada dari negara teluk dan dia menghadiri persembahan opera tersebut bersama rakannya.
Kejadian yang berlaku pada 3 Oktober lalu, kini menjadi polimik politik.
Ia juga menyebabkan orang ramai berbelah bagi mengenai peraturan yang mengharamkan wanita memakai purdah di Perancis, atau mereka akan didenda sebanyak £180.
Undang-undang mengharamkan pemakaian purdah telah dilaksanakan sejak 2011 di negara itu.
Dalam pada itu, salah seorang peminat opera, Guy Laurent menyelar tindakan pengurusan pentas itu yang menghalau wanita terbabit.
“Apa salahnya wanita itu duduk diam di kalangan penonton dengan wajahnya ditutup.
“Wanita itu dimalukan dengan kejadian ini. Kebudayaan Perancis sepatutnya lebih bertolak ansur.
“Ia bukan tanggungjawab pentas opera untuk melaksanakan undang-undang dengan menghalaunya,’’ katanya. - mynewsub
TOP
VIDEO : Gol Jaringan Pelawak Jep Sepahtu Bertaraf Dunia
Siapa sangka pelawak dalam kumpulan Sepahtu, Jep begitu lincah bermain bola sepak dan sepakan percumanya ada kelas antarabangsa.
Jep melakukan sepakan percuma yang boleh dianggap kelas dunia itu pada perlawanan amal antara Super Lawak FC bertemu pasukan MB Perak di Stadium Ipoh, kelmarin.
Dalam perlawanan itu, pasukan Jep tewas 1-4 kepada pasukan MB Perak. Gol sepakan percuma itu hari ini menjadi viral apabila ia dimuatnaik ke laman YouTube Perak The Yob semalam. Tendangan Jep tinggi di udara dan melencong sebelum terkena tiang serta menerjah jaring lawan. Penjaga gol MB Perak, Ramli Talib tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan sepakan itu. Tidak disangka Jep mempunyai kemahiran mengambil sepakan percuma sedemikian rupa. Mungkin selepas ini, Jep ada ruang untuk bermain dengan pasukan Johor Darul Takzim (JDT). - MYNEWSHUB.CC

Perak Tuan Rumah Sambutan Ulang Tahun PAS Ke-63
KUALA LUMPUR – Perak akan menjadi tuan rumah Sambutan Ulang Tahun PAS Ke-63 yang akan berlangsung dari 29 hingga 30 November ini.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, pelancaran sambutan tersebut akan diadakan di Kuala Kangsar.
“Perak dipilih sebagai tuan rumah kerana negeri itu ada sejarah tersendiri dalam penubuhan PAS.
Kebangkitan para ulama menentang penjajahan British melalui penubuhan Hizbul Muslimin yang diharamkan oleh penjajah bermula di Perak,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Mahfuz berkata, kongres-kongres penting PAS juga pernah diadakan di Perak di awal penubuhan parti itu selain ramai pengasas, tokoh dan pemimpin utama PAS berasal dari Perak.
“Pilihanraya pertama 1955 kerusi pertama PAS yang dimenangi juga di Perak,” katanya lagi. - mynewshub.cc
TOP
PAS Minta Batalkan Terus Pelaksanaan AES
KUALA LUMPUR – PAS menggesa menamatkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang bernilai RM700 juta kerana didakwa telah menjadi sebuah projek ‘gajah putih’.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar mendakwa, kerajaan wajar mengadakan rundingan dengan syarikat yang mengendalikan AES bagi membatalkan perjanjian itu walaupun terpaksa membayar ganti rugi.
“Bagi saya sepatutnya kerajaan umumkan pembatalan AES walaupun kerajaan terpaksa bayar ganti rugi kerana masih belum terlambat untuk adakan rundingan dengan syarikat terbabit
“AES ini sangat menyusahkan rakyat. Isunya kita tegas tolak AES batalkan terus semua perjanjian dan bayar ganti rugi,” katanya.
Mahfuz mendakwa, pelaksanaan AES wajar ditamatkan kerana kaedah itu bukan jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah kemalangan jalan raya di negara ini.
Kementerian Dalam Negeri pada September tahun lalu bagaimanapun telah mengesahkan penguatkuasaan AES kini dikendalikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kerajaan membuat keputusan mengambil alih AES selepas mendapat maklum balas daripada jawatankuasa pemandu yang ditubuhkan bagi meneliti isu tersebut. – mynewshub.cc
TOP
Farid Kurangkan Tawaran Aksi Ngeri Selepas Patah Tulang Rusuk
PETALING JAYA – Pelakon Farid Kamil memberitahu dia kini mengurangkan tawaran berlakon melibatkan aksi ngeri yang dilakukannya sendiri selepas beberapa kali mengalami kecederaan sehingga patah tulang rusuk.
Farid berkata, dia akan lebih memilih untuk melakonkan watak-watak aksi tersebut secara sendiri bagi mengelakkan kecederaan berulang.
“Lepas filem Anak Jantan ini saya banyak ambil filem-filem cinta yang tidak ada aksi, memang saya kurangkan untuk berlakon filem aksi kerana beberapa kali sudah tercedera.
“Namun saya tidak letak limitasi pada watak aksi cuma saya hanya akan melakonkan aksi yang tidak begitu berisiko yang boleh mengakibatkan kecederaan,” ujarnya kepada mStar Online.
Farid berkata demikian ketika ditemui selepas tayangan filem Anak Jantan di Cathay Cineplaxes, dekat sini, Isnin.
Tambahnya, ketika penggambaran filem tersebut pada tahun 2012, dia mengalami patah tulang rusuk kiri sehingga mengakibatkan sukar untuk bernafas.
“Ketika penggambaran itu saya sudah terlalu penat kerana bermula daripada 8 pagi hingga 4 pagi buat adegan pertarungan menjadikan saya tidak fokus.
“Saya rasa rusuk kiri sakit dan sukar untuk tarik nafas dan ketika itu juga saya ingin melangsungkan pernikahan dengan Diana Danielle (3 November 2012), saya makan pil tahan sakit dan keesokannya lepas majlis pernikahan itu saya tidak boleh bangun.
“Mereka bawa saya ke hospital untuk rawatan dan doktor mengesahkan tulang rusuk kiri saya patah,” ujarnya.
Dalam pada itu, Farid akui hampir 90 peratus aksi ngeri dalam filem tersebut dilakukannya sendiri.
Ia disebabkan kerana dia kurang berpuas hati dengan lakonan pelakon lagak ngeri dari Thailand yang dibayar melakonkan aksi berkenaan.
“Saya buat hampir semua aksi lagak ngeri dalam filem Anak Jantan itu sendiri kerana tidak percaya melihat lakonan pelakon stunt dari Thailand.
“Dia hanya buat beberapa aksi berlari-lari yang saya tidak begitu mencabar tetapi memenatkan,” ujarnya.
Farid memegang watak sebagai Darin yang ingin keluar daripada kumpulan pengganans yang banyak melakukan kekejaman di kampung mereka, namun terpaksa melalui pelbagai rintangan.
Antara pelakon yang turut terlibat ialah Bront Palarae, Nora Danish, Azhar Rani dan Qi Razali. – mStar Online
TOP
Program Pegang Anjing Anjuran Liberalis Agama
KUALA LUMPUR – Program pegang anjing suatu usaha halus untuk meruntuhkan pegangan umat Islam negara ini terhadap aspek tradisi dalam soal agama.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, bukan itu sahaja malah banyak aktiviti masa kini yang cuba menyalahi amalan kebiasaan Islam atas alasan `inovasi’.
“Sikap suka menyanggahi amalan tradisi termasuk agama adalah sifat utama kepada liberalisme dan pluralisme yang cuba membebaskan diri dari sebarang ikatan autoriti.
“Sifat agama yang mengikat tidak membenarkan penganutnya membebaskan diri dan melakukan amalan ikut hawa nafsu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Nik Mohamad Abduh berkata, bagi seorang pluralis dan liberalis, tradisi dan agama telah mengongkong kehidupan mereka.
Maka, kata beliau, menyanggahi tradisi termasuk agama adalah suatu keperluan bagi golongan itu.
“Mereka mengkritik biarpun perkara yang sudah tetap di dalam agama. Fenomena inilah yang disebut sebagai post modernism,” katanya.
Semalam ramai tokoh agama tampil membantah penganjuran program “Saya Mahu Sentuh Anjing” yang diadakan di Central Park, pusat beli-belah One Utama kelmarin.
Malangnya, perkara itu dianggap remeh oleh Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang belum pun cukup 100 hari dilantik memegang jawatan tersebut. – mynewshub.cc
TOP
Penahanan Tanpa Bicara Perlu Dalam Akta Antikeganasan
KUALA LUMPUR – Penahanan tanpa bicara perlu diserapkan ke dalam Akta Antikeganasan jika kerajaan benar-benar serius mahu mewujudkan undang-undang baharu bagi membanteras aktiviti keganasan di negara ini, kata Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed .
Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia itubagaimanapun menyarankan kerajaan menetapkan tempoh maksimum setahun sahaja bagi penahanan tersebut untuk memberi ruang pihak berkuasa menyiasat dan mendapatkan bahan bukti.
Tempoh penahanan dua tahun yang dilaksanakan menerusi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum ini berkemungkinan terlalu lama dan boleh menimbulkan bantahan daripada sesetengah pihak, katanya kepada Bernama.
Ahmad Martadha mengulas cadangan Kementerian Dalam Negeri memperkenal Akta Antikeganasan sebagai akta baharu bagi memerangi kegiatan keganasan dan mencegah usaha merekrut sukarelawan kononnya atas nama ‘jihad’.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan sebagai berkata akta yang dicadangkan itu antara lain akan memperkuat lagi undang-undang sedia ada iaitu Akta Kesalahan, Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Poca).
Ahmad Martadha berkata Amerika Syarikat, menerusi Akta Patriot turut menggunakan penahanan tanpa bicara, dan “pesalah akan ditahan di Guantanamo Bay dalam suatu tempoh lama sebelum dihadapkan ke mahkamah”.
Selain itu, hukuman penjara seumur hidup atau dengan tempoh yang lama juga wajar dimasukkan sebagai sebahagian hukuman dalam Akta Antikeganasan supaya dapat mencegah individu yang berniat terlibat dalam aktiviti keganasan, katanya.
Melihat ancaman ekstremisme ketika ini kian menjadi-jadi dan semakin membimbangkan, beliau berkata bukan hanya undang-undang, malah pasukan petugas khas juga amat diperlukan bagi mengkaji dan mengawasi penularan ancaman ini agar aktiviti membanteras dapat diselaraskan dengan akta yang dicadangkan itu.
“Seperti di Sabah, kerajaan menubuhkan pasukan petugas khas antara lain dianggotai polis dan tentera bagi menangani isu perairan negara, maka, pasukan seumpama ini wajar ditubuhkan khusus bagi menangani isu ekstremisme,” katanya.
Ahmad Martadha berkata jika cadangan memperkenal Akta Anti-Keganasan ini direalisasikan, ia akan menjadi mekanisme penting untuk tindakan pencegahan bagi menghalang tindakan yang boleh mengancam keselamatan negara.
“Apabila ISA dimansuhkan, negara tidak ada peruntukan undang-undang khusus mengekang aktiviti yang mengancam keselamatan, dan ini amat membimbangkan,” katanya.
Pandangan sama diberikan Pakar Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz yang berkata mekanisme pencegahan adalah penting bagi membanteras aktiviti keganasan daripada berleluasa.
“Kita memerlukan undang-undang pencegahan kerana tanpanya, kita akan mengalami kebimbangan seperti sekarang ini…kebimbangan mengenai menularnya aktiviti militan, tindakan agresif yang boleh mengancam keselamatan bukan sahaja individu tetapi negara,” jelasnya.
Justeru, kesedaran mengenai pentingnya undang-undang pencegahan dalam sesebuah negara adalah perlu agar rakyat benar-benar memahami peranan undang-undang diwujudkan bagi menjaga keselamatan negara dan rakyat, katanya.- BERNAMA
TOP
Selfie Dua Pemimpin Serumpun Nusantara.. Sweet Tak?
Dato' Sri Najib sempat selfie bersama Presiden Baharu Indonesia, Joko Widodo menerusi gambar dimuatnaik di Twitter beliau pagi tadi.
Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Razak berkongsi gambar selfie bersama Presiden Baharu Indonesia, Joko Widodo menerusi laman sosial beliau, pagi ini. Gambar sama turut dimuat naik di laman Facebook Najib Razak dan menerima banyak komen positif daripada rakyat kedua-dua negara.
ARTIKEL TERDAHULU: Joko Widodo Selesai Angkat Sumpah Presiden Indonesia Ke-7 Najib kini berada di Indonesia atas jemputan peribadi daripada Jokowi, 53, bagi menghadiri majlis angkat sumpah beliau sebagai Presiden ke-7 republik berkenaan, sejak kelmarin. Dalam upacara yang selamat berlangsung semalam, Najib diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyertai kalangan 18 kenamaan asing dan sembilan ketua kerajaan yang turut hadir menyaksikan upacara bersejarah ini. Antara ketua negara lain yang turut hadir adalah Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Australia Tony Abbott serta Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry. ARTIKEL BERKAITAN: PM Yakin Jokowi Bakal Eratkan Hubungan Kedua Negara Berjiran Difahamkan, Najib telah diberikan keistimewaan oleh negara jiran kita sebagai kalangan ketua kerajaan asing pertama tiba di Istana Merdeka, kediaman rasmi Presiden untuk membuat kunjungan hormat dan merakamkan ucapan tahniah bagi pihak rakyat dan kerajaan Malaysia kepada Jokowi yang baharu sahaja beberapa jam mengangkat sumpah sebagai Presiden. - mynewshub.cc

GAMBAR: Perempuan Peluk Ex-Boyfriend Kahwini Orang Lain
Kisah berlaku di daerah Sulawesi Selatan, Indonesia pada satu majlis perkahwinan yang dilangsungkan pada 17 Oktober lepas.
Pada tarikh tersebut seorang lelaki dikenali sebagai Rais melangsungkan pernikahannya. Antara yang hadir di hari berbahagianya itu adalah bekas teman wanita Rais dikenali sebagai Risna, 22. Persis babak sedih dalam drama, Risna tiba-tiba tidak dapat menahan diri lalu memeluk bekas kekasihnya itu di hadapan khalayak ramai termasuk isteri Rais. Difahamkan, Risna dan Rais telah berpacaran selama tujuh tahun tetapi kerana jodoh tiada, Rais akhirnya berkahwin dengan wanita lain, menurut sumber suarainsan.net. Tindakan Risna membuat suasana majlis menjadi agak kecoh namun ada juga jemputan turut menangis menyaksikan babak drama realiti percintaan yang berlaku depan mata mereka itu. Keluarga Rais menyatakan pihak mereka sudah pernah bertemu keluarga Risna untuk datang melamarnya bagi dijadikan isteri selepas mereka berpacaran lama, namun lamaran ditolak oleh keluarga Risna dengan pelbagai alasan. “Jodoh di tangan Tuhan, bukan manusia yang menentukan,” jelas keluarga Rais lagi.
Gambar Risna memeluk Rais di hari perkahwinan lelaki itu yang juga bekas
kekasihnya yang tersebar di Indonesia.
Di Indonesia, gambar saat Risna memeluk bekas kekasihnya itu menjadi viral dan hangat diperkatakan.
– MYNEWSHUB.CC

Wanita Mabuk Tak Sedar ‘Berenang’ 75 Kilometer
Itulah, ada sebabnya kenapa Islam melarang umatnya untuk mengambil minuman beralkohol. Kisah benar ini berlaku terhadap seorang wanita di China akibat pengambilan minuman tersebut.
Shen Ailan yang berusia 57 tahun telah mabuk selepas mengambil sejenis vodka China – Baijiu sebanyak 2 botol.
Untuk menghilangkan pening, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk merendamkan kepalanya ke dalam sebatang sungai.
Dia terjun ke dalam Sungai Yangtze di Bandar Huangshi, Wilayah Hubei dan sedikit masa kemudian, dia tidak sedarkan diri.
Ajaibnya, selepas 10 jam, Ailan kembali terjaga dari ‘tidurnya’ dan berada di Bandar Ruichang, kira-kira 75 kilometer dari Yangtze.
Memetik kenyataan Ailan dari laman Oddity Central,”Saya mengambil keputusan untuk membasahkan kepala agar ia segar kembali. Ia berlaku pada tengah hari dan selepas itu semuanya menjadi gelap.” Walau bagaimanapun, dia bernasib baik kerana masih hidup walaupun menghidapi kejutan hipotermia akibat berada di dalam air yang sejuk. Paramedik juga berkata, secara automatik, tubuh Ailan telah mengekalkan posisi kepalanya di atas permukaan air kerana arus membawanya ke hilir sungai. Dia juga bernasib baik kerana walaupun terdapat banyak bahaya menanti di sepanjang laluan sungai, antaranya jambatan, bot dan kapal, namun dia tidak mengalami sebarang luka teruk. Ketika sedar, tangisannya telah didengar oleh Li Chunfu, penduduk di Ruichang. Chunfu terjun ke dalam air dan menarik Ailan keluar. “Saya menghidu bau alkohol yang kuat ketika menariknya keluar dari sungai,” ujar Chunfu. – MYNEWSHUB

‘Lame’.. Isu Anjing Untuk Alih Perhatian Rakyat, Kata KP PAS
KUALA LUMPUR – Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kayat mendakwa isu kempen sentuh anjing ‘I Want to Touch a Dog’ baru-baru ini sahaja digembar-gemburkan pihak tertentu bagi menutup isu yang lebih besar dalam negara.
Beliau mendakwa, isu program menyentuh anjing tersebut cuba melindungi isu-isu besar seperti kenaikan harga petrol, tarif elektrik, pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada tahun depan dan penyalahgunaan Akta Hasutan 1948.
“Cuba kita sama-sama perhatikan bermula dengan isu kepala lembu, bible, kalimah Allah, hudud, arak dan terakhir anjing.
“Semua isu-isu ini seolah-olah dikontroversikan untuk melindung isu-isu besar dalam negara seperti kenaikkan harga minyak, elektrik, GST, akta hasutan, korupsi, boros dan salah guna kuasa,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pendirian beliau itu kelihatan tidak selari dengan pandangan Timbalannya, Muhammad Khalil Abd Hadi yang secara terbuka menyelar penganjuran program itu.
Malah, beliau menyindir pengajur program itu daripada sibuk mengajak umat Islam menyentuh anjing, lebih baik membuat kempen mengusap kepala anak yatim.
Program sentuh anjing ‘I Want to Touch a Dog’ anjuran Syed Azmi Alhabshi di adakan di Central Park, Bandar Utama, Selangor.
Acara tersebut dianjurkan kononnya bagi membantu orang ramai terutamanya yang beragama Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing.
Kempen itu juga turut memberi peluang kepada orang ramai yang beragama Islam untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan berkenaan. – mynewshub.cc
TOP
Lari Lintang Pukang Nampak Mayat Bengkak Atas Katil
CHEMOR – Niat seorang lelaki mencari tuan rumah yang ingin dibelinya terbantut apabila menemui pemiliknya terbaring dalam keadaan kaku di Medan Klebang Restu di sini, malam kelmarin.
Dia yang dibawa oleh jiran kawasan perumahan terus lari lintang pukang setelah tercium bau busuk mayat tersebut.
Jirannya, Hamid Badaruddin, 60, membawa lelaki berkenaan ke rumah mangsa, untuk berbincang harga rumah yang ingin dijual mangsa setelah berminat dengan rumah terbabit.
“Saya membawa dia pergi ke rumahnya kerana lelaki berkenaan tidak tahu lokasi rumahnya. Kami beri salam beberapa kali tetapi tiada yang menyahut. Saya percaya dia ada di dalam sebab keadaan rumahnya yang terang.
“Kami pun buat keputusan untuk selak langsir tingkap bilik tidurnya dan terkejut apabila nampak dia (mayat) terbaring atas katil dengan bau busuk,” katanya yang turut menghubungi pihak polis.
Adik mangsa berkata, abangnya tinggal sendirian di rumah itu kerana tidak pernah berkahwin selain disifatkan sebagai seorang pendiam.
“Arwah ada menyatakan untuk menjual salah sebuah rumahnya kerana dia tinggal seorang diri. Lama juga kami tidak bertemu dan bersyukur penduduk di sini menemui abang saya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mangsa yang bekerja sebagai peniaga pasar malam ditemui jiran dengan keadaan mayat yang telah berbau dan bengkak.
“Siasatan awal mendapati tiada sebarang perbuatan jenayah dan mangsa tinggal seorang diri. Mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat,” katanya.
Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Sinar Harian Online
TOP
Bekas Ketua Gapena, Tan Sri Ismail Hussein Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Tan Sri Ismail Hussein meninggal dunia kira-kira jam 9.36 malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya, dipercayai akibat sakit tua.
Ismail berusia 82 tahun, meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Rugayah Abdul Rashid dan empat anak – dua lelaki dan dua perempuan.
Ketua Satu Gapena Prof Datuk Dr Abdul Latif Abu Bakar berkata Ismail merupakan seorang tokoh di bidang kesusasteraan Melayu di negara ini.
“Sepanjang mengenali Allahyarham, beliau merupakan seorang yang lemah lembut dan selalu menghulurkan pertolongan kepada orang lain.
“Manakala dari sudut kepimpinan, beliau adalah seorang pemimpin yang berjaya membawa Gapena sehingga terkenal dalam memperjuangkan bidang kesusasteraan dan budaya Melayu di negara ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Allahyarham yang juga bekas Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya dilahirkan pada 30 Jan 1932 di Kampung Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah dan menerajui Gapena bermula 1971 hingga 2013. – BERNAMA
TOP
Budak Lelaki Putus Tangan Diserang Beruang Di Zoo
China – Ia merupakan satu insiden yang mengejutkan semua pengunjung zoo di Herbin Park, apabila seekor beruang menyerang seorang budak lelaki berusia sembilan tahun hingga menyebabkan tangan kanannya putus.
Ketika kejadian, budak berkenaan terpaksa bergelut dengan beruang tersebut selama 10 minit. Lebih memilukan budak lelaki itu yang dalam keadaan terkejut, berdiri tegak tanpa menangis, seolah-olah kaku, ketika bajunya berlumuran dengan darah. Malah ketika pasukan paramedik tiba, mereka terpaksa merawat tangan budak itu dalam keadaan dia berdiri tegak. Ketika itu kelihatan tulang tangannya tersembul. Manakala tangannya yang putus itu masih berada berhampiran kandang beruang tersebut. Ketika insiden itu berlaku, budak tersebut sedang melawat kandang beruang di zoo terbabit bersama datuknya. Namun ketika datuknya ke kedai membeli gula-gula di kawasan berhampiran, dia telah mendekati beruang tersebut. Binatang itu secara tiba-tiba kemudiannya menyerang budak tersebut dengan menggigit tangannya. Meskipun orang ramai cuba membantu namun mereka gagal.
Dalam pada itu, ibu bapa budak-budak berkenaan mengecam pihak pengurusan zoo kerana tidak memantau beruang tersebut. Malah ibunya yang hanya dikenali sebagai Ku berkata, dia amat terkejut dengan kejadian tersebut. “Apa yang menyedihkan sebaik saya tiba di hospital, doktor memberitahu bahawa mereka terpaksa memotong keseluruhan tangan kanan anak saya. “Kami tidak tahu bagaimana kami dapat berdepan dengan kejadian ini. Seluruh keluarga kami musnah disebabkan oleh zoo ini,’’ katanya. Pihak zoo bagaimanapun tidak memberikan sebarang komen.

Manusia Tak Bertamadun! Kerat Jari Kaki Unta Untuk Mengemis
China – Pengemis di negara ini kini menggunakan taktik baru bagi mendapatkan simpati ramai, iaitu dengan menggunakan kaedah tidak bertamadun iaitu memotong jari kaki unta.
Perbuatan berkenaan dikesan dilakukan di Fujian. Malah polis sendiri mengesahkan bahawa taktik itu digunakan oleh sindiket pengemis tersebut.
Namun pihak berkuasa tidak dapat mengambil tindakan kerana kumpulan itu tidak melanggar sebarang undang-undang.
Ini kerana China tidak mempunyai undang-undang khusus terhadap penganiayaan binatang.
Unta berkenaan dikesan dipotong jari kakinya sejak bulan April lalu.
Kumpulan itu bagaimanapun menafikan perbuatan berkenaan sebaliknya memberi alasan bahawa mereka telah menyelamatkan unta tersebut daripada dilanggar keretapi.
Mereka juga mendakwa terpaksa menggunakan unta tersebut untuk mengemis kerana untuk menjaganya, mereka memerlukan wang bagi membeli makanan.
TOP
Program Sentuh Anjing Hina Hukum Allah – Dr MAZA
Isu program ‘I Want To Touch A Dog’ yang berlangsung sabtu lepas di Central Park, One Utama masih berlanjutan diperkatakan masyarakat, terutamanya sensitiviti komuniti Islam.
Menurut laporan The Malaysian Insider, bekas mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, hukum menyentuh anjing tidak haram walaupun haiwan berkenaan digolongkan dalam najis berat.
Memetik kenyataan Asri dalam portal berkenaan,”Sebahagian fuqaha (pentafsir Al-Quran dan Al-Hadis) hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis.”
Asri juga menambah, ulama sepakat bersetuju bahawa anjing yang kering tidak tergolong dalam najis, namun demikian sekiranya ia dalam keadaan najis (basah), maka perlulah dibasuh untuk beribadat dan berurusan dengan masyarakat. Tambah pensyarah Universiti Sains Malaysia(USM) itu, jika najis haram disentuh maka mereka juga diharamkan untuk menyentuh najis diri sendiri, anak atau sesiapa sahaja di bawah jagaan. Beliau juga memberi contoh individu yang bekerja membersihkan tandas, doktor dan jururawat yang mencuci darah dan nanah serta doktor veterinar. Bagi isu memelihara anjing di dalam rumah pula, Asri berkata jika tidak mempunyai tujuan maka hukumnya menjadi makruh. Beliau merujuk kepada hadis Islam yang tidak menyebut ia merupakan satu dosa dan hanya pengurangan pahala walaupun ada ulama mengatakan tindakan tersebut adalah haram. Beliau turut memberi pendapat tentang makruh memelihara anjing dalam rumah dan mengaitkan dengan faktor kerohanian dan kemasyarakatan, seperti masalah bau, kesihatan dan salakan. Isu program ‘I Want To Touch A Dog’ mendapat reaksi bercampur, termasuk kenyataan dari Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang menyeru agar penganjur dan pengunjung untuk bertaubat.
Kata beliau kepada Sinar Harian, “Jika dianjurkan oleh orang Islam, dia sebenarnya menghina hukum Allah dan boleh dianggap sebagai satu sindiran tajam terhadap kewibawaan umat Islam. Bertaubatlah.” – MYNEWSHUB - mstar

Kes Doping : KJ Akan Umum Nasib Lee Chong Wei Petang Ini
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin akan melakukan pengumuman khas pada pukul 4 petang ini berhubung kes seorang pemain badminton utama negara yang gagal ujian doping di Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark Ogos lepas.
Keputusan ujian sampel A telah diketahui Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan Khairy sendiri.
Menurut laporan media, kesemua pihak ketika ini masih enggan mengeluarkan kenyataan dan mendedahkan identiti pemain itu kerana dikatakan sedang menunggu keputusan ujian sampel B.
Bagaimanapun, dikatakan pemain itu ialah pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei yang dikesan positif ujian dadah.
Jika bukan beliau, masakan Khairy sendiri akan membuat pengumuman itu sebentar lagi.
Menurut laporan media, seorang Pegawai Kanan MSN mendedahkan bahawa keputusan ujian itu diketahui selepas temasya Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan baru-baru ini.
Biasanya, jika sampel A sudah didapati positif begitu juga keputusannya untuk sampel B.
Perkembangan ini pastinya menggemparkan arena sukan tanah air dikala Malaysia dilihat amat bergantung harap kepada sukan badminton dalam membawa pulang pingat emas pada temasya sukan yang berprestij seperti Sukan Olimpik.
Selain menggemparkan, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pasukan pengurusan serta kejurulatihan pasti dipalit imej memalukan kerana perkembangan ini.
Sudahlah prestasi mereka terumbang-ambing, kini terpaksa berdepan dengan kejadian seperti ini.
Dikatakan, pemain itu akan menghadapi hukuman penggantungan selama dua tahun tetapi dia boleh mengemukakan rayuan akibat penggantungan itu. – MYNEWSHUB
TOP
GEMPAR! Bintang Badminton Positif Dadah, Adakah Chong Wei?
Sukan badminton Malaysia dikejutkan semalam dengan berita seorang pemain utama badminton negara gagal dalam ujian dadah yang dilakukan di Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark Ogos lepas.
Dalam laporan khas laman web Harian Metro hari ini, Pegawai Kanan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang enggan namanya disiarkan berkata, BAM dan organisasi berkaitan sudah dimaklumkan mengenai keputusan itu selepas berahkhir temasya Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan baru-baru ini.
Ia melibatkan sampel A pemain dimaksudkan yang didapati positif.
Jika benar, perkembangan ini pastinya mencalarkan imej sukan badminton negara dan BAM sebagai badan induk badminton di negara ini.
Menurut laporan itu, BAM masih belum mahu mendedahkan identiti sebenar pemain terbabit sehingga keputusan untuk sampel B dikeluarkan.
Bagaimanapun, pemain lelaki itu dilaporkan banyak memenangi kejohanan di pentas antarabangsa serta turut mewakili negara di Incheon dan memenangi pingat.
“Dia didapati positif dadah diharamkan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA). Tapi saya tidak ingat sama ada ia membabitkan bahan terlarang anabolik steroid atau dadah perangsang prestasi. Saya percaya dia tidak sengaja mengambil bahan itu, tapi sepatutnya harus lebih berhati-hati.
“BAM tidak mahu membuat kenyataan rasmi sebelum keputusan sampel B dikeluarkan. Semua pihak tahu mengenai perkara ini termasuk Ketua Pegawai Operasi Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Azizi dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin,” katanya.
Di Sukan Asia, Malaysia telah menghantar pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei, Chong Wei Feng, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Goh Soon Huat, Goh V Shem, Tan Wee Kiong, Tan Boon Heong dan Hoon Thien How sebagai wakil negara.
Berkenaan kes ini, pihak ISN juga belum membuat sebarang kenyataan kerana mahu menunggu laporan penuh dahulu dalam masa terdekat.
Menjadi amalan kebiasaan, jika sampel A didapati positif, keputusan sampel B juga akan menunjukkan keputusan sama.
Sekiranya didapati bersalah, pemain terbabit bakal berdepan penggantungan dua tahun namun dia masih boleh mengemukakan rayuan. – MYNEWSHUB.CC
TOP
JIPS Siasat Anggota Polis Tak Jujur, Terbabit Jenayah
Gambar hiasan
PETALING JAYA: Wujud satu bahagian dalam pasukan polis yang mempunyai kuasa untuk membuat serbuan terhadap balai polis dan menjalankan ujian secara rawak untuk menangkap anggota polis yang tidak jujur dalam tugas dan terbabit dengan jenayah. Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman (JIPS), adalah satu jabatan baharu yang ditubuhkan dengan diberikan kuasa untuk mengambil tindakan terhadap kakitangan yang didapati cuai atau malas dalam tugas-tugas mereka. Pengarah jabatan ini yang pertama, Datuk Zubaidah Md Ismail memberi amaran bahawa tiada pegawai yang akan terlepas daripada disiasat dan diperiksa secara rawak oleh JIPS. "Kami perlu memperbaharui integriti kami melalui pemeriksaan and keseimbangan. "Mungkin ada sebahagian anggota dalam pasukan tidak akan menyukainya tetapi ini adalah masa itu kita melihat diri kita sendiri dan mengubah apa yang perlu diubah," katanya kepada The Star. Zubaidah berkata JIPS adalah Biro Hal Ehwal Dalaman, Jabatan Polis New York (NYPD) versi Bukit Aman. "Beberapa tahun lalu, NYPD adalah agensi yang dikaitkan dengan rasuah tetapi ia berjaya membersihkan namanya dengan melakukan ujian integriti secara rawak dan disasarkan kepada kakitangan. "Kita tahu bahawa kita memerlukan sesuatu seperti ini dan ini sebabnya mengapa JIPS telah ditubuhkan," tambah beliau. Dengan penubuhan jabatan baharu itu, Zubaidah berkata lembaga disiplin polis juga telah diserap ke dalam JIPS. "Sebelum ini, lembaga disiplin adalah entiti yang berasingan. Tetapi dengan penubuhan JIPS, tujuannya adalah untuk memantau bukan sahaja sikap, tetapi juga integriti pegawai kita," katanya. Zubaidah berkata JIPS akan berusaha untuk memastikan bahawa semua pegawai memenuhi pematuhan standard dalam melaksanakan tugasnya. "Kami akan menempatkan pegawai kami dan menyerbu premis tanpa pengetahuan OCPD jika tiada tindakan diambil terhadap laporan yang dibuat. "Kadang-kadang, kita perlukan tamparan kecil untuk menyedarkan kita yang sudah berpuas hati," katanya, sambil menambah JIPS juga akan menghantar surat peringatan kepada ketua polis daerah jika piawaian integriti dan pematuhan mereka tidak mencapai tahap sepatutnya. pegawai kanan Biro Hal Ehwal Dalaman NYPD serta bekas ketua NYPD, Charles V Campisi yang berada di sini pada bulan Jun untuk bengkel mengenai memerangi rasuah, berkata rasuah biasanya dikaitkan dengan dadah apabila polis menerima suapan daripada pengedar, sambil menambah terdapat juga anggota polis yang terbabit dengan dadah. Untuk mengatasi perkara itu, beliau berkata jabatan itu memperkenalkan ujian dadah secara rawak dan mereka yang gagal dalam ujian atau menolak untuk mengambil ujian itu akan dipecat. Beliau juga berkongsi mengenai sasaran ujian integriti ke atas pegawai yang akan dilakukan terhadap lebih daripada 1,000 pegawai setiap tahun. Zubaidah juga menggesa rakyat Malaysia untuk tidak menawarkan rasuah kepada anggota polis dan memberi amaran bahawa JIPS tidak memberi sesiapa yang ditangkap tawaran rasuah.- mstar online

MH17: Laporan Jerman Menyalahkan Pemisah Pro-Rusia
PETALING JAYA: Agensi perisikan asing Jerman (BND) membuat kesimpulan bahawa pemberontak pro-Rusia perlu dipersalahkan dalam kes tembak jatuh penerbangan MH17 di Ukraine pada Julai lalu, menurut laporan mingguan Der Spiegel pada Ahad.
Ia merupakan agensi Eropah yang pertama yang menyatakan sedemikian.
Kecelakaan di kawasan yang dikuasai pemberontak pro-Rusia di timur wilayah Ukraine pada 17 Julai membunuh kesemua 298 penumpang dan anak kapal dan membawa kepada kemerosotan hubungan antara Barat dan Moscow, yang mempertikaikan peranan Rusia dalam krisis Ukraine.
Presiden BND Gerhard Schindler, memberitahu jawatankuasa parlimen rahsia mengenai hal ehwal keselamatan awal bulan ini bahawa pemberontak telah menggunakan sistem pertahanan peluru berpandu BUK Rusia dari pengkalan Ukraine untuk menembak roket yang terkena pesawat dan meletup, Der Spiegel melaporkan.
"Ia dilakukan oleh pemisah pro-Rusia," kata majalah itu memetik beliau sebagai berkata.
BND menyimpulkan bahawa pemberontak yang harus dipersalahkan selepas analisis terperinci berdasarkan satelit dan foto-foto lain, kata Der Spiegel. Bagaimanapun, tidak ada seorang pun di BND yang bersedia untuk memberikan komen.
Kiev menyalahkan insiden itu dengan mengaitkannya dengan pemberontakan yang berlaku dan menuduh Moscow menggunakan senjata mereka, tetapi para pemberontak dan Moscow menafikan tuduhan itu.
Kerajaan Eropah setakat ini menahan diri daripada secara terbuka menuding jari kepada mana-mana pihak, tetapi tidak lama selepas kemalangan itu, Setiausaha Amerika Syarikat, John Kerry berkata terdapat bukti kukuh bahawa pemisah Moscow telah menembak jatuh pesawat.
Kerajaan Belanda, yang menjalankan dua siasatan masih belum menyatakan tentang siapa yang bertanggungjawab. Dua pertiga daripada penumpang adalah warga Belanda.- mstar online
TOP
Modul Pemanduan Motosikal Berkuasa Tinggi Perlu Lebih Menyeluruh - Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi.
PUTRAJAYA: Modul etika dan kaedah pemanduan yang lebih menyeluruh perlu diwujudkan berikutan peningkatan kes kematian melibatkan penunggang motosikal. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, garis panduan khusus perlu dirangka bagi mereka yang mahu membeli motosikal berkuasa tinggi melebihi 500cc. "Kita harus memperkenalkan kursus tambahan istimewa untuk penunggang motosikal berkuasa tinggi. "Ujian semasa yang dijalankan untuk mendapatkan lesen motosikal berkuasa 500 cc ke atas tidak mencukupi," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan wakil kelab motosikal berkuasa tinggi di sini, Isnin. Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Kelab Superbikes Malaysia (SAM) berkata, pihak berkuasa harus melihat semula garis panduan yang digunapakai terhadap penunggang motosikal di negara membangun. "Di sana, penuggang motosikal melancong secara konvoi, mereka tidak memandu secara berbahaya, mereka lebih mementingkan keselamatan. "Inilah antara perkara yang kita perlu perbetulkan...menunggang motosikal dengan kaedah dan etika yang betul, dan tragedi seperti yang berlaku di Lebuh Raya Karak itu dapat dielakkan," katanya.- mstar online

Saksikan Persiapan Akhir Sambutan Deepavali
TIGA hari sahaja lagi, penganut agama Hindu akan menyambut Deepavali atau 'pesta cahaya'.
Deepavali bermaksud sebarisan pelita.
Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.
Dalam tempoh yang singkat itu, Little India di Brickfields, Kuala Lumpur menjadi salah satu lokasi yang menjadi tumpuan mereka yang gemar membeli-belah saat akhir.
Pelbagai barang keperluan boleh didapati di sana antaranya, pakaian, aksesori, hiasan rumah dan kuih-muih.
Malah, ada pengunjung yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk membeli-belah saat akhir di Little India. Kehadiran perayaan ini bukan sahaja membuka ruang kepada sanak-saudara untuk merapatkan hubungan, malah kunjungan rakan berlainan bangsa dan agama juga dialu-alukan. Mereka percaya pesta cahaya mampu membawa perubahan ke arah kebaikan dan menjauhi kejahatan. Ikuti tinjauan mStar Online sempena persiapan Deepavali di Little India pada Isnin.- mstar online

Ketua Menteri Marah Aktiviti Pembalakan Haram Berterusan Di Sarawak
Tan Sri Adenan Satem
MIRI: Aktiviti pembalakan haram telah dikesan dijalankan di dua taman negara di Sarawak, salah satu daripadanya ialah hutan paya terbesar yang dilindungi sepenuhnya di negara ini. Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem pada Isnin menyatakan kemarahannya berhubung aktiviti haram yang masih berterusan dan dijalankan secara terang-terangan, terutama di hutan-hutan yang dilindungi. "Cukuplah," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat dengan agensi-agensi penguatkuasaan di Miri di mana beliau mahu melihat aktiviti pembalakan haram dihentikan. "Ya, kami mengesan aktiviti penebangan haram di negeri ini, termasuk di dua taman negara iaitu Taman Negara Maludam dan juga di Taman Negara Bukit Tiban. "Saya mahu pegawai-pegawai perhutanan mencari dalang di sebalik aktiviti haram ini," katanya. "Cukuplah, saya hanya ingin melihat hasil dalam memerangi pembalak haram ini. Saya telah berhenti mengeluarkan lesen pembalakan yang baharu. Mereka yang sekarang memegang lesen pembalakan juga telah diberi amaran untuk tidak boleh melampaui batas," katanya. Ini adalah sesi ketiga perbincangan yang dilakukan Adenan dengan agensi-agensi penguatkuasaan di Sarawak dalam usahanya untuk menanamkan integriti dalam perkhidmatan awam selepas beliau mengambil alih jawatan sebagai Ketua Menteri pada awal tahun ini daripada Tun Abdul Taib Mahmud. Maludam adalah paya gambut yang dilindungi sepenuhnya yang terbesar di Sarawak dengan keluasan 432 kilometer persegi di Bahagian Sri Aman di selatan Sarawak. Taman Negara Bukit Tiban terletak di Bahagian Bintulu di utara Sarawak. Taman nasional adalah habitat kepada spesies tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok dan haiwan yang jarang ditemui dan terancam.- mstar online

Teknologi Baharu Bakal Selesaikan Pencemaran Sisa Ternakan Babi
Contoh sistem pengurusan pelepasan air yang digunakan oleh sesetengah ladang babi di Malaysia.
PETALING JAYA: Bau busuk dan pencemaran air akibat industri penternakan babi di negara ini dijangka selesai selepas syarikat Ronser Bio-Tech Sdn Bhd (Ronser) menjalankan projek rawatan sisa air pertamanya di sebuah ladang babi di Butterworth, Pulau Pinang. Pengerusi Ronser, Woo Min Fong berkata, teknologi itu telah berjaya digunakan dalam pelbagai projek rawatan pengurusan sisa di China dan akan digunakan buat kali pertama bagi industri penternakan babi di Malaysia. "Teknologi ini dapat merawat sisa air ladang babi untuk mencapai Piawaian A sebagaimana yang dikehendaki oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), dalam memastikan air dan udara yang bersih. "Malah, air yang dikitar semula ini boleh digunakan untuk tujuan-tujuan mencuci dan pembersihan. “Tiada teknologi sama boleh didapati dalam pasaran semasa dan ia juga menjimatkan kos kerana teknologi ini hanya memerlukan kawasan kira-kira 1,400 kaki persegi,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Isnin. Tambahnya, teknologi ini dilaksanakan melalui penemuan kaedah baru yang dipanggil ‘Sistem Bio-Mass' oleh Profesor Zhang Zhenjia dari Universiti Jiaotong Shanghai, pemegang utama saham Ronser.
Ringkasan keputusan daripada ujian yang dilakukan oleh makmal bebas mengenai pencemaran najis babi. Fungsi Sistem Bio-Mass adalah untuk menghapuskan kandungan ammonia dari sisa air. Ujarnya lagi, Profesor Zhang juga telah mencipta teknologi-teknologi pelepasan sifar sisa kilang minyak kelapa sawit dan pelepasan sifar pembetungan yang kini sedang diusahakan oleh Ronser. “Berdasarkan ujian terkini yang dilakukan oleh sebuah makmal bebas baru-baru ini, kandungan ammonia dari kolam yang terakhir daripada kemudahan rawatan sisa air semasa di ladang babi itu adalah 927 ppm (bahagian per sejuta), kira-kira 92 kali lebih dari bacaan yang dibenarkan iaitu 10 ppm seperti yang ditetapkan oleh JAS. Tiada syarikat lain dalam industri ini dilaporkan mampu mencapai piawaian teknologi Ronser ini,” katanya. Terdahulu projek komuniti yang bermula pada awal Januari 2015 itu dijangka mengambil masa enam bulan untuk disiapkan manakala ladang babi tersebut adalah salah satu daripada 150 ladang yang terletak di kawasan Butterworth. Buat masa ini pemngusaha ladang itu menternak 4,000 ekor haiwan berkenaan. - mstar online

Permaisuri Agong Terima Kunjungan Isteri Delegasi Capam
Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan bergambar bersama delegasi Puspanita dan Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) 2014 ketika menerima kunjungan hormat sempena persidangan dwitahunan pertubuhan itu di Istana Negara di sini, Kuala Lumpur pada Isnin.
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah pada Isnin menerima kunjungan hormat tiga orang isteri delegasi yang menghadiri persidangan dwitahunan Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) 2014. Mereka ialah isteri kepada Menteri Jabatan Perkhidmatan Awam dan Pentadbiran Afrika Selatan Khensani Mavis Chabane, isteri Setiausaha Agung Kabinet Palestin Rawan Hatem Rafeq Alnasser dan isteri Setiausaha Tetap kepada Perdana Menteri Trinidad and Tobago Leslie Ann Antoinette-Cooper. Yang Dipertua Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) Kebangsaan Puan Sri Rohani Abdullah turut hadir mengiringi mereka semasa perjumpaan itu yang berlangsung kira-kira satu jam di Dewan Seri Temenggong, Istana Negara, di sini. Persidangan CAPAM 2014 dianjurkan dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Sekretariat Komanwel dengan tema 'Transformasi Perkhidmatan Awam: Suatu Bicara Baharu'. Persidangan tiga hari itu diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini dan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yesterday. Persidangan itu dianjurkan untuk anggota berdialog, bertukar-tukar pengetahuan praktikal dan teori serta menjalin rantaian dengan masyarakat antarabangsa yang membangunkan perkhidmatan awam untuk masa depan Komanwel. Kira-kira 1,500 peserta negara Komanwel terdiri daripada ketua kerajaan, penjawat awam kanan, ahli akademik dan penyelidik menghadiri persidangan itu. CAPAM, sebuah persatuan bukan bermotifkan keuntungan, menjadi rangkaian antarabangsa bagi 1,100 penjawat awam kanan, ketua-ketua kerajaan, ahli akademik terkemuka dan penyelidik dari 53 negara anggota Komanwel.- mstar online

800 Hadir Acara 'I Want To Touch A Dog'
PETALING JAYA: Program 'I want to touch a dog' (Saya mahu sentuh anjing), yang bertujuan untuk menghilangkan kebimbangan dan persepsi negatif terhadap anjing, terutamanya di kalangan umat Islam, disifatkan sebagai berjaya oleh penganjurnya.
Program yang diadakan buat kali pertama di One Utama di sini, menarik kira-kira 800 orang, dengan separuh daripada yang hadir adalah mereka yang beragama Islam.
Kebanyakan mereka yang datang bersama anak-anak dan bebas berjalan-jalan, menyentuh dan berinteraksi dengan pelbagai spesis anjing.
Kesemua anjing-anjing tersebut telah diperiksa dengan teliti oleh pihak penganjur.
Ketika menyentuh anjing dianggap "taboo" oleh sesetengah orang Islam, individu di sebalik acara itu, Syed Azmi Alhabshi gembira apabila ramai yang hadir bagi menyokong acara tersebut.
Syed Azmi berkata beliau agak terkejut dengan bilangan orang Islam yang datang.
"Ini hanya satu langkah kecil bagi kita. Saya tidak tahu sama ada selepas ini orang ramai faham dan tidak lagi membaling batu kepada anjing tetapi kita mahu orang ramai tahu bahawa jika mereka tidak memiliki pengetahuan atau ingin tahu tentang perkara ini, mereka hanya perlu bertanya," kata ahli farmasi berdaftar itu.
Acara dimulakan dengan ceramah agama oleh Mohd Iqbal Parjin, 33, seorang guru agama dan pelajar sarjana di Pusat Lanjutan Pengajian Islam, Sains dan Tamadun, berkaitan Islam dan anjing.
Beliau menjelaskan bahawa walaupun air liur anjing dianggap najis, Islam tidak perlu takut kepada binatang itu atau melihatnya sebagai jijik.
Umat Islam juga diberi tunjuk ajar tentang bagaimana untuk membersihkan diri mereka mengikut ajaran-ajaran Islam (samak) selepas menyentuh anjing.
Tunjuk ajar diberikan oleh para sukarelawan yang menunjukkan cara samak, langkah demi langkah dengan membasuh dengan tanah untuk kali pertama dan enam kali dengan air bersih.
Seorang suri rumah tangga yang masih muda yang berpakaian hitam dan berpurdah yang mahu dikenali sebagai Fatimah, memerhatikan proses samak dengan teliti.
"Saya datang ke sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang berinteraksi dengan anjing, mengenai pembersihan samak dan Sertu. Saya tidak pernah melakukan perkara seperti ini sebelum ini," kata ibu kepada dua anak ini sambil tersenyum.- mstar online
TOP
Rasuah: Lima Penjawat Awam, Seorang Pesara Polis Didakwa
Salah seorang anggota penguat kuasa (tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth untuk didakwa kerana rasuah.
BUTTERWORTH: Lima penjawat awam dan seorang pesara polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menerima suapan antara 2013 dan 2014. Tertuduh terdiri daripada tiga anggota polis dan seorang pesara polis iaitu Koperal Shahirul Abdul Hamid, 40; Sarjan Muhd Pakhri Hassan, 54; Sarjan Mejar Mohd Yusob Md Rodzi, 48; dan pesara polis. Nor Roslan Che Ros, 53. Dua lagi tertuduh ialah Penolong Pegawai Penguat Kuasa, Kementerian Dalam Negeri, Alias Md Yusof, 40; dan Pembantu Penguat Kuasa, Majlis Perbandaran Seberang Perai, Amran Che Anin, 38. Empat tertuduh menghadapi satu pertuduhan menerima rasuah daripada Ng Lap Ken, 47, supaya tidak mengenakan tindakan terhadapnya yang menjalankan perniagaan video cakera padat (VCD) dan cakera padat digital (DVD) haram di premis bernombor 89, Jalan Tingkat Kurau 4, Taman Chai Leng. Kegiatan anggota penguat kuasa berkenaan dilaporkan mStar Online beberapa bulan lalu sehingga mereka ditahan baru-baru ini. Alias menerima suapan bernilai RM1,500; Shahirul (RM500); Nor Roslan (RM250) dan Muhd Pakhri (RM500) dan mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 24 September 2013 dan 17 Oktober 2013. Mereka didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi. Pendakwaan terhadap keempat-empat tertuduh dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Ghazali Muhamad Nadzri, manakala Shahirul diwakili peguam Abdul Aziz Ibrahim dan Muhd Pakhri diwakili peguam Rafael Abdullah. Sementara itu, Amran dan Mohd Yusob menghadapi dua pertuduhan iaitu meminta dan menerima suapan masing-masing bernilai RM500 dan RM1,000 daripada dua individu. Amran dituduh meminta suapan bernilai RM500 daripada Mohamed Noor Azman Shaik Othman, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 7 Mac lepas dan tuduhan kedua, terima suapan RM500 pada tarikh sama di nombor 28, Tingkat 1, Taman Penanti, Jalan Penanti, Bukit Mertajam. Mohamed Noor memberi suapan itu supaya tertuduh tidak mengenakan kompaun ke atas Puncak Mutiara Kristal Sdn Bhd yang melakukan kesalahan membuang sampah iaitu sisa makanan di Pasar Awam Penanti. Mohd Yusob pula didakwa meminta suapan bernilai RM1,000 daripada Mohd Hasfikin Mohd Said pada 9 Mei lepas, manakala pertuduhan kedua menerima suapan RM1,000 pada 12 Mei lalu di bilik nombor 19, Pejabat Bahagian Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan. Dia didakwa menerima suapan itu untuk membantu menutup kes Mohd Hasfikin yang disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan. Amran dan Mohd Yusob dituduh mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi. Pertuduhan terhadap mereka dilakukan Pegawai Pendakwa, SPRM Mohd Firdaus Abdullah. Hakim Julie Lack kemudian menetapkan 19 November ini untuk sebutan semula kes dan masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.- mstar online

Khairy Dibenar Merayu Keputusan Mahkamah Tidak Benar Pinda Kenyataan Pembelaan
Khairy Jamaluddin.
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan pada Isnin memberi kebenaran kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak membenarkannya meminda kenyataan pembelaannya dalam saman fitnah oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Panel hakim lima anggota dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif berkata mahkamah perlu mendengar hujahan lanjut berhubung perkara itu. Beliau membenarkan permohonan Khairy bagi kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan berhubung dua persoalan undang-undang yang akan didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada prosiding rayuan. Persoalan undang-undang itu bertumpu pada pembelaan 'justifikasi separa' dan sama ada ia boleh diguna pakai dalam saman fitnah di Malaysia, dan sama ada ia boleh berdasarkan penemuan spesifik Mahkamah Persekutuan dalam kes pertama liwat Anwar. Turut bersidang dalam panel itu ialah hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Datuk Ramly Ali. Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy, mendakwa Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno, telah mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah dan menyebabkan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' disiarkan dalam laman web, termasuk Malaysiakini.com. Anwar turut mendakwa klip video dalam Malaysiakini.com mengandungi sebahagian daripada ucapan Khairy di Lembah Pantai pada atau sekitar 20 Februari 2008. Khairy, dalam kenyataan pembelaan difailkan pada 8 Okt, 2010, berkata beliau bergantung pada pembelaan justifikasi dan perlindungan bersyarat. Pada 9 Oktober tahun lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Khairy untuk meminda pembelaannya dalam kes saman tersebut. Beliau memfailkan permohonan untuk merayu di Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan menolak permohonannya untuk merayu pada 20 Ogos tahun lepas. Khairy diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah manakala Anwar diwakili Datuk Sulaiman Abdullah.- mstar online

14 Anggota Penguatkuasa Bakal Didakwa Pada Isnin
PETALING JAYA: Seramai 14 anggota penguatkuasa akan didakwa pada Isnin kerana terlibat dalam kegiatan rasuah dan salah guna kuasa.
Daripada jumlah itu, lapan anggota penguatkuasa termasuk seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri, seorang penguatkuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai dan enam anggota polis akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang.
Mereka akan didakwa kerana kesalahan melindungi pengusaha VCD dan DVD haram.
Manakala enam lagi anggota yang akan didakwa merupakan pegawai dari Jabatan Kastam Diraja Malaysa (JKDM) kerana terlibat dengan kegiatan penyeludupan minuman keras tanpa duti dan cukai kastam.
Dua daripadanya akan di dakwa di Mahkamah Sesyen Jalan Duta dan selebihnya di Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Sehingga kini seramai 25 pegawai JKDM telah didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam, Kuala Lumpur dan Ipoh secara berperingkat berkaitan dengan aktiviti tersebut.- mstar online
TOP
Sweden Kerah Tentera Kesan Kapal Selam Rahsia Rusia Ceroboh Perairan
SWEDEN mengerahkan beratus-ratus tenteranya yang terdiri daripada, pelayar, juruterbang dan penyelam untuk mengesan kehadiran kapal selam rahsia milik Rusia yang didakwa berada di perairan negara tersebut.
Operasi skala besar yang tidak pernah diadakan sejak perang dingin itu dimulakan selepas tentera Sweden berjaya memintas transmisi radio dipercayai milik kapal selam rahsia Rusia.
Transmisi itu dipercayai dipintas ketika kapal selam berkenaan dilaporkan berada berhampiran Stockholm.
Berikutan itu, sebagai tindakan awal, Sweden telah menghantar kapal selam mini untuk mengesan kapal selam rahsia milik Rusia.
Ia disusuli dengan penyelaman, tinjauan udara dan pelayar yang membuat pemantauan di pulau-pulau.- mstar online
TOP
Kerani Bingung, Dua Pemegang Geran Untuk Tanah Yang Sama
KULAIJAYA: Seorang kerani kini berada dalam teka-teki selepas mendapati terdapat seorang lagi individu yang memiliki geran tanah asal bagi tanah yang telah dipindahkan ke atas namanya.
Wanita berusia 39 tahun itu yang hanya mahu dikenali Chong, pada Isnin berkata dia terkejut dengan perkembangan itu dan berkata pejabat tanah juga tidak dapat memberikannya jawapan yang sebenar.
"Saya juga membuat laporan polis berkaitan perkara itu dan seorang lagi yang dikatakan sebagai pemilik juga telah melakukan perkara yang sama.
"Saya terkejut apabila mendapati dia mempunyai geran hak milik tanah yang asal untuk bahagian tanah yang sama," katanya sambil menambah telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mengesyaki terdapat unsur rasuah.- mstar online
TOP
Najib, Jokowi Setuju Selesaikan Isu Sempadan Maritim
Najib (kiri) menyampaikan ucapan tahniah kepada presiden Indonesia yang baharu, Presiden Joko Widodo (Jokowi) selepas majlis mengangkat sumpah pelantikannya sebagai presiden Indonesia yang ke-7 di Istana Merdeka di sini, Isnin.
(Ubah saiz teks)
JAKARTA: Malaysia dan Indonesia bersetuju bahawa isu sempadan maritim antara kedua-dua negara yang telah tertangguh lama dan sering menemui kebuntuan pada setiap rundingan perlu diselesaikan secepat mungkin, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin.
Katanya, persetujuan peringkat tertinggi itu tercapai pada pertemuan beliau dengan Presiden baharu Indonesia Joko Widodo, yang memulakan tugas hari pertamanya sebagai presiden ketujuh republik itu selepas mengangkat sumpah jawatan dalam satu istiadat di Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR), badan perundangan tertinggi negara itu.
"Saya telah menyatakan bahawa satu masalah yang menjadi hambatan antara Indonesia dan Malaysia adalah isu sempadan terutama sekali sempadan maritim yang melibatkan banyak kawasan khususnya Sulawesi Selatan atau dikenali di Indonesia sebagai Ambalat.
"Saya telah mencadangkan kaedah saya iaitu dengan melantik 'chief negotiator' (ketua perunding) iaitu Malaysia dan Indonesia masing-masing melantik seorang negotiator," katanya kepada delegasi media Malaysia pada akhir lawatan beliau selama dua hari di sini.
Perdana Menteri berkata, melalui kaedah baharu itu, setiap cadangan dikemukakan akan dibawa ke peringkat lebih tinggi untuk diselesaikan terus dan jika memerlukan mandat "pengarahan politik" yang melibatkan pucuk pimpinan kerajaan, ia boleh dilaksanakan.
Najib berkata, kaedah terbaru itu dipersetujui oleh Joko atau lebih mesra dengan panggilan Jokowi dalam kalangan rakyat Indonesia, berikutan kaedah penyelesaian melibatkan perundingan peringkat teknikal melibatkan kedua-dua pihak sebelum ini gagal mengatasi masalah itu.
"Jawatankuasa teknikal sebelum ini telah berbincang sebanyak 26 kali tapi tiada kemajuan yang telah dicapai," katanya.
Sejak 2005, Malaysia dan Indonesia telah melakukan perundingan sempadan wilayah maritim antaranya melibatkan lima segmen laut iaitu Selat Melaka Utara, Selat Melaka Selatan, Laut China Selatan, Selat Singapura dan Laut Sulawesi.
Perdana Menteri berkata, dalam pertemuan itu yang berlangsung di Istana Merdeka, kediaman rasmi Presiden Indonesia, Jokowi juga memberi reaksi positif pada setiap cadangan dan pandangan yang dikemukakan oleh Malaysia.
Katanya, malahan Jokowi bersetuju bahawa setiap masalah yang timbul antara kedua-dua negara berjiran itu, ia patut "diselesaikan dengan seberapa segera yang boleh" bagi memastikan hubungan erat Malaysia dan Indonesia terus kekal terjalin.
Jokowi, bekas Gabenor Jakarta dipilih sebagai presiden ketujuh negara itu bagi memimpin negara berpenduduk 250 juta orang, dengan mengambil alih kepimpinan daripada Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) yang menjadi presiden sejak tahun 2004.
Yang turut mengangkat sumpah pada istiadat di hadapan lebih 1,000 anggota MPR di sini, pada Isnin ialah Jusuf Kalla sebagai Naib Presiden.
Terdahulu, Najib yang berada di sini atas undangan peribadi daripada Jokowi, 53, bagi menghadiri majlis bersejarah Indonesia itu, dengan diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor menyertai kalangan 18 kenamaan asing dan sembilan ketua kerajaan pada upacara yang berlangsung selama dua jam itu.
Perdana Menteri juga diberi keistimewaan oleh republik itu sebagai kalangan ketua kerajaan asing pertama tiba di Istana Merdeka, kediaman rasmi presiden bagi membuat kunjungan hormat dan merakamkan ucapan tahniah bagi pihak rakyat dan kerajaan Malaysia kepada Jokowi selepas beberapa jam mengangkat sumpah sebagai Presiden.
Sempena lawatan rasmi ini, Perdana Menteri juga menerima kunjungan hormat Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry yang turut berada di sini, sejurus selepas tamat upacara Jokowi mengangkat sumpah sebagai presiden.
Antara ketua negara yang turut hadir bagi menyaksikan upacara mengangkat sumpah itu ialah Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Australia Tony Abbott serta Kerry.
Jokowi dan gandingannya Jusuf memenangi pilihan raya Presiden apabila memperoleh 70,990,832 undi atau 53.15 peratus daripada sejumlah 133,567,276 undi.
Calon lawannya Prabowo Subianto dan gandingannya Hatta Rajasa, yang turut hadir pada upacara hari ini, memperoleh 62,576,444 atau 46.85 peratus.- mstar online
TOP
Kisah Hafizh Syahrin 'Si Ikan' Dan Litar Sepang
KUALA LUMPUR: Kali pertama penulis bertemu anak muda ini di Grand Prix San Marino pada September lepas di Itali, timbul rasa pelik melihat lambang seekor ikan dengan kapsyen "Pescao" di dinding trak pasukannya.
Penulis cuba mengingati jika ada mana-mana jenama motorsikal atau alat ganti motorsikal yang menggunakan nama ini tetapi tidak ada pula yang terlintas dalam fikiran.
Tambahan pula, bila Hafizh Syahrin Abdullah, 20, menghulurkan kad nama beliau, imej dan kapsyen sama terpampang penuh di belakang kad. Gambar ikan berwarna biru meliuk dengan kapsyen, seperti ada sesuatu rahsia di sebaliknya.
"Itulah nama timang-timangannya", kata Barry Leong, pengurus pasukan motorsikal kategori Moto2 negara, Petronas Raceline Malaysia yang baru menyertai kategori ini bermula tahun ini.
Perkataan "pescao" mempunyai maksud yang sama dengan perkataan "pescado" dalam Bahasa Sepanyol yang bermaksud "ikan" dalam Bahasa Melayu.
Apa kaitan imej ikan dengan pelumba harapan negara ini?
SI IKAN YANG SUKA HUJAN
Hafizh mendapat gelaran "Si Ikan" sebaik menyertai perlumbaan kategori Moto2 siri CEV di Sepanyol pada 2012. "Nama saya Hafizh, mereka (orang Sepanyol) susah nak sebut nama saya, nak keluar kata 'Ha' itu macam susah sangat, lalu mereka panggil saya 'fizh' sahaja". "Nak jadi cerita, musim pertama pada perlumbaan pusingan pertama, cuaca hujan. Saya memang suka hujan. Namun saya dapat tempat kelima. Terus melekat perkataan 'fish' sebab dalam Bahasa Inggeris fish bermaksud 'ikan' kemudian jadi 'pescao' sebab itu maksudnya dalam Bahasa Sepanyol", cerita beliau diselangi ketawa. Ternyata, cerita 'Si Ikan' dan hujan tidak tamat di situ sahaja.
Hafizh ketika beraksi di litar perlumbaan.
Pada tahun yang sama, Hafizh mendapat peluang berlumba di GP Sepang menggunakan tiket 'wildcard' dalam kategori Moto2. "Wildcart di Sepang, hujan, saya semangat, tak sangka dari petak 27 boleh kejar sampai tempat pertama, boleh pula ketuai kelompok depan, dan boleh jarakkan kedudukan daripada pelumba lain". "Tak lama lepas itu, hujan berhenti sekejap, kemudian hujan semula. Waktu itu tayar saya dah habis makan (haus), terpaksa bawa perlahan, dah macam bawa bot atas litar, pelumba lain dapat pintas saya". "Elok sahaja lepas dipintas, penganjur naikkan bendera merah (tamatkan perlumbaan akibat cuaca). Kalaulah bendera merah naik awal sedikit, saya dah dapat kedudukan 'podium first'. Tapi tiada nasib, dapat tempat ketiga sahaja", jelasnya dengan bersemangat.
MENABUNG UNTUK MAIN MOTOR
Anak sulung daripada tiga adik beradik ini punya cerita menarik cara beliau mula menceburkan diri dalam bidang permotoran yang membawa beliau hingga ke tahap sekarang.
Waktu berumur antara tujuh hingga lapan tahun, Hafizh sering membantu ayah di bengkel motor bila pulang dari sekolah. Selalunya Hafizh akan ditugaskan membeli air minuman. Dengan pengetahuan ayah, wang baki akan disimpan sebagai tabungan. "Bila duit dah cukup, saya ajak kawan ayah teman saya ke litar motosikal poket di kompleks membeli-belah Galaxy Ampang. Sekali main, RM20 untuk 15 minit. Kalau ada duit lebih, saya akan main beberapa kali hingga habis wang yang ada", kata Hafizh. Situasi ini berlaku tidak lama. Selepas sebulan, ayah mendapat tahu dan terus menemui pengusaha litar. Bila diberitahu yang Hafizh telah berbelanja hampir RM400 semata-mata untuk bermain motor, ayahnya menghalang beliau daripada ke sana lagi. Rupa-rupanya ayah ada perancangan tersendiri. Tidak lama selepas kejadian itu, Hafizh diberi satu kejutan besar. "Ayah paksa saya ikut beliau ke kedai alat ganti motor. Saya yang masih merajuk dengan ayah, ikut sahaja. Bila sampai ke kedai kedua, ayah pegang sebuah motor, saya tengok sahaja. Kemudian beliau bawa motor itu, letak dalam kereta, dan beritahu, motorsikal itu untuk saya". Sejak hari itu, Hafizh berlatih bersungguh-sungguh, hingga membawanya ke beberapa kejohanan motorsikal poket di seluruh negara dan mula mencipta nama hingga diberi gelaran 'Raja Motorsikal Poket'.
BERTEMU BARRY LEONG
Hafizh, Barry (belakang) dan ketua mekanik, Albert Floriach sedang meneliti trek sebelum perlumbaan.
"Saya sedang melatih anak saya di kawasan Bukit Jalil bila saya dengar deruman motorsikal poket Hafizh yang secara kebetulan berlatih di kawasan sama", jelas Barry Leong, menceritakan detik pertemuannya dengan Hafizh pada 2007. Tertarik dengan kelincahan Hafizh mengawal motorsikal, Barry kemudian menawarkan sesi ujian, yang digunakan sepenuhnya Hafizh, untuk menempatkan dirinya dalam pasukan. Satu demi satu kejayaan dicapai oleh Hafizh melalui perlumbaan Cub Prix, 600cc dan kategori sampingan, Harley Davidson hinggalah hari ini Hafizh menjadi tumpuan pelbagai pihak walaupun baru musim pertama menyertai Grand Prix bagi kategori Moto2.Hafizh menambah kata, sokongan yang diberi Petronas adalah satu sebab utama beliau boleh mencapai tahap yang disandang sekarang. Menyifatkan tajaan Petronas melebihi nilai wang ringgit yang diberi, buat Hafizh, semangat kekeluargaan juga amat berharga. "Hafizh adalah seorang pelumba yang berbeza. Beliau tidak kenal erti kalah, tidak kenal erti penat dan semangat juangnya sangat kuat. Walaupun ini adalah kali pertama beliau di sini (Moto2) namun beliau sudah mencipta beberapa keputusan yang mengejutkan", kata Barry. Meskipun baru setahun jagung berlumba dalam kategori ini, Hafizh berjaya mendapat tempat ke-10 teratas pada empat pusingan iaitu di litar Assen (Belanda), Indianapolis (USA), Silverstone (Britain) dan Motegi (Jepun). Beliau juga kini menduduki tempat ke-18 keseluruhan selepas 16 daripada 18 pusingan, adalah satu-satunya pelumba Asia dalam senarai 20 terbaik kejuaraan setakat ini. "Saya berjanji akan memberi persembahan terbaik sewaktu di Sepang nanti (25-26 Okt) buat negara, penyokong, pasukan dan penaja saya", janji Hafizh. - mstar online

PM Jepun Hilang Dua Menteri Kabinet Wanita
Shinzo Abe
TOKYO: Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe pada Isnin menerima tamparan hebat dengan peletakan jawatan dua menteri kabinet wanitanya berhubung dakwaan mereka menyalahgunakan dana politik. Menteri Industri Yuko Obuchi dan Menteri Keadilan, Midori Matsushima, meletakkan jawatan setelah baru-baru ini dituduh menyalahgunakan wang dalam apa yang dikatakan pembangkang sebagai satu usaha untuk membeli undi. Peletakan jawatan ini mengurangkan menteri kabinet wanita kepada tiga orang selepas tindakan Abe melantik lima menteri kabinet wanita dalam pentadbirannya pada September mendapat pujian ramai. "Saya adalah orang yang melantik kedua-dua mereka. Sebagai Perdana Menteri, saya mengambil tanggungjawab ini dan sangat memohon maaf kerana situasi ini," Abe kepada pemberita, sambil menambah beliau akan menggantikan dua menteri berkenaan dalam masa beberapa hari. Pengunduran dua menteri itu adalah kemelut yang pertama untuk Abe sejak memegang tampuk pemerintahan pada bulan Disember 2012.- mstar online

Semua Perlu Bekerja Bermula Sekarang - Jokowi
JAKARTA: "Kerja...kerja dan kerja," itu ungkapan pertama yang dilaungkan oleh Joko Widodo sebaik sahaja mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia ketujuh pada pagi Isnin.
"Ini masanya kita bersama bekerja, bekerja dan bekerja," ulangnya kemudian di Parlimen negara itu.
Beliau yang dikenali sebagai Jokowi turut meminta kesemua rakyat bersatu untuk meningkatkan martabat negara itu dalam bidang politik dan ekonomi.
"Saya akan bekerja untuk memastikan kerajaan dapat membela rakyat dengan sebaik mungkin.
"Negara akan menjadi lebih kuat jika semua institusi bekerja berdasarkan fungsinya," jelasnya.
Beliau berkata, pentadbirannya akan berusaha mengembalikan kegemilangan negara itu dalam perusahaan laut termasuk memberi tumpuan terhadap pembangunan sektor marin.
Majlis angkat sumpah presiden itu turut dihadiri oleh pemimpin serantau seperti Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.- mstar online
TOP
"Dia Gemuk, Dia Pemalas Dan Dia Berpendapatan Pound Sterling 70,000 Seminggu"
Adel Taarabt dikritik teruk oleh pengurusnya sendiri, Harry Redknapp kerana sikapnya sewaktu sesi latihan dan juga berat badan yang berlebihan.
PENGURUS pasukan Liga Perdana Inggeris Queens Park Ranger (QPR), Harry Redknapp tanpa berselindung lagi telah membalun pemainnya sendiri iaitu penyerang asal Magribi, Adel Taarabt sebagai seorang yang pemalas dan gemuk. "Macamana harus saya memilihnya jika dia gemuk dan malas hendak berlari sewaktu latihan. Malah saya boleh berlari lebih pantas dari dia. Dia hanya layak bermain dalam Liga Simpanan sahaja," tegas Redknapp ketika ditanya kenapa penyerang itu tidak disenaraikan dalam perlawanan menentang Liverpool pada Ahad yang menyaksikan mereka tewas 2-3. Taarabt hanya bermain dalam tiga perlawanan untuk QPR musim ini musim lalu dia telah dipinjamkan ke Fulham dan juga AC Milan. Pemain berusia 25 tahun itu dikritik kerana tidak mencapai tahap kecergasan yang diperlukan oleh Redknapp musim ini sedangkan pasukan mereka bergelut dengan jaringan gol. Selepas lapan perlawanan, QPR berada di tangga tercorot liga daripada 20 pasukan dan cuma mampu mengutip empat mata sahaja. Redknapp memberi komen yang membelasah Taarabt, selepas pemain itu tanpa merasa segan silu memuatnaikkan fotonya dalam laman Instagram sebelum dan selepas perlawanan menentang Liverpool itu. "Tidak...dia tidak mengalami kecederaan. Dia cuma tidak cergas. Dia tidak cergas untuk bermain bolasepak pada tahan tertinggi. Dia hanya layak bermain dalam Liga Simpanan sahaja dan saya boleh berlari lebih laju daripadanya. "Saya ingin jelaskan yang saya hanya akan memilih pemain yang mahu berusaha dan mencuba sedaya upaya dan pemain yang datang ke padang latihan setiap hari bersedia untuk memberikan yang terbaik dan menunjukkan sikap yang betul. Jika dia (Taarabt) mula menunjukkan semangat itu, jika dia mampu berbuat demikian, mungkin dia akan terpilih untuk bermain. Saya tidak boleh melindungi pemain yang tidak mahu berlari dan berlatih dengan berat badan yang berlebihan. "Apa lagi yang boleh saya katakan? Terus memperolehi 60, 70 ribu pound sterling (kurang lebih RM350,000) seminggu dan tidak berlatih?," tanya Redknapp kepada para pemberita.- mstar online

Man United Sedia Tawar Kontrak Mega Kepada Sami Khedira
MANCHESTER United bersedia menawarkan kontrak mega kepada Sami Khedira bagi memastikan pasukan itu dapat mengalahkan Arsenal dan Chelsea dalam usaha memikat pemain terbabit.
Pemain tengah skuad juara Piala Dunia itu terdesak untuk meninggalkan Real Madrid apabila kontraknya tamat pada musim panas akan datang. Chelsea dan Arsenal mula mengintai pemain terbabit sejak dia pulih daripada kecederaan dan beraksi pada Piala Dunia, tetapi kini United turut enggan melepaskan peluang untuk mendapatkan Khedira.
Berikutan itu, United dilapor akan mengeluarkan perbelanjaan besar untuk menawarkan kontrak mega kepada Khedira walaupun telah berbelanja sebanyak £150 juta pada musim perpindahan lalu. United dilapor sedia menaikkan gaji sebanyak £150,000 seminggu yang kebiasaan dibayar oleh Arsenal dan Chelsea kepada £200,000 seminggu kepada Khedira. Chelsea kini telah memiliki Nemanja Matic dan Cesc Fabregas di bahagian tengah selain Eden Hazard, Oscar, Willian serta Andre Schurrle, manakala United hanya mempunyai Michael Carrick, Darren Fletcher, Ander Herrera dan Daley Blind. - mstar online

Van Gaal Kecewa United Terlepas Aksi Eropah
LOUIS van Gaal mendakwa Manchester United kini berada dalam keadaan kecewa selepas tidak dapat bersaing dalam Liga Juara-juara Eropah musim ini kerana pesaingnya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal berhadapan perlawanan tumpuan dunia.
Manchester City dan Liverpool masing-masing sedang membuat persediaan untuk berhadapan CSKA Moscow serta Real Madrid, manakala United sekadar menentang West Brom pada Selasa bagi terus mengumpul mata.
Lebih malang buat juara 20 kali EPL itu, mereka turut terlepas beraksi dalam Liga Europa sekaligus sekadar menjadi penonton untuk perlawanan besar di Eropah bagi musim ini.
Bagaimanapun, kelapangan itu bakal membawa kelebihan kepada Van Gaal untuk memulihkan kecederaan pemain dan memberi ruang kepada anak didiknya mengadaptasi taktikal baharu.
"Saya tidak tahu jika ini satu kelebihan (tidak bersaing dalam liga juara-juara dan Liga Europa).
"Jika dapat bermain (dalam liga juara-juara atau Liga Europa) anda dapat membezakan diri dengan pasukan dan pemain mereka.
"Saya mempunyai falsafah tersendiri, pemain yang ingin menjadi terbaik perlu bermain sebaik mungkin.
"Bila saya menjadi pengarah teknikal untuk Persatuan Bola Sepak Belanda, saya memberikan struktur pembelajaran kepada pemain muda untuk mereka menjadi lebih baik daripada pemain lain.
"Dari situ anda dapat membentuk sebuah pasukan yang baik kerana mereka dapat bermain lebih cemerlang daripada lawan, khususnya pemain muda.
"Sebab itu saya fikir jika dapat bermain untuk liga juara-juara, anda akan menjadi lebih baik apabila berjaya menewaskan lawan serta berhadapan perlawanan seterusnya," katanya.- mstar online
TOP
Public Bank Tawar Kadar Untung Sehingga 4.08 Peratus Setahun
KUALA LUMPUR: Public Bank Bhd (PBB) dan Public Islamic Bank Bhd (PIBB) bersama-sama melancarkan kempen 'PB FD Xtra' bagi memberi ganjaran kadar keuntungan yang lebih tinggi sehingga 4.08 peratus setahun, kepada pelanggan.
Kempen itu dibuka kepada pelanggan individu dan bukan individu baharu dan sedia ada mulai 1 September hingga 31 Disember, 2014, kata PBB dalam satu kenyataan.
Bagi menikmati kadar keuntungan yang lebih tinggi, pelanggan perlu membuat deposit tetap (FD) untuk tempoh enam bulan dalam PLUS FD atau Term Deposit-i (TD-i) sepanjang tempoh kempen bagi menikmati kadar keuntungan yang lebih tinggi itu.
Pelanggan individu perlu mendepositkan minimum RM20,000 dan maksimum RM10 juta untuk menyertainya, manakala penempatan minimum dan maksimum lebih tinggi masing-masing RM50,000 dan RM20 juta, terpakai untuk pelanggan bukan individu.
Pelanggan akan menikmati kadar keuntungan promosi 3.68 peratus setahun bagi tempoh enam bulan pertama dan kadar keuntungan lebih tinggi 4.08 peratus setahun jika mereka mengekalkan penempatan itu untuk tempoh enam bulan seterusnya.- mstar online
TOP
Kerajaan Belanja RM59.5 Juta Bagi Program Empower ECER
BESUT: Kerajaan membelanjakan lebih RM59.5 juta bagi menjayakan Program Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) kepada peserta di 17 kawasan dalam wilayah berkenaan setakat ini.
Ketua Pegawai Eksekutif ECER, Datuk Jebasingam Issace John berkata, peruntukan itu melibatkan perbelanjaan dua program iaitu memberi latihan akademik kepada pelajar serta menyediakan latihan kemahiran dan keusahawanan kepada golongan dewasa.
Katanya, 17 kawasan itu membabitkan sembilan daerah di Pahang, Terengganu (empat), Kelantan (tiga) dan sebuah di Johor, melibatkan perbelanjaan kira-kira RM3.5 juta bagi setiap kawasan yang memberi manfaat kepada kira-kira 34,000 peserta.
"Pelaksanaan kedua-dua program di kesemua kawasan menunjukkan kejayaan memberangsangkan dengan bilangan pelajar miskin yang lemah dalam akademik semakin berkurangan," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Program Empower ECER Besut di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, di sini, Ahad.
Jebasingam berkata, pihaknya sedang mengenal pasti lebih ramai pelajar dan golongan dewasa yang perlu dibantu dan mendapat faedah daripada pelaksanaan kedua-dua program berkenaan pada masa depan.
"Dalam bidang kemahiran dan keusahawanan juga menunjukkan penganggur, lepasan sekolah serta ibu bapa tunggal dapat berdikari dan mempunyai pendapatan sendiri yang memberangsangkan daripada kegiatan keusahawanan yang mereka lakukan dengan bantuan ECER," katanya.- mstar online
TOP
PIDC Labur RM55 Juta Untuk Kampus Baharu
BUTTERWORTH: Kolej Pergigian Antarabangsa Pulau Pinang (PIDC) memperuntukkan RM55 juta untuk mendirikan kolej baharu dan kompleks hospital pergigian di Jalan Bagan Luar di sini.
Kolej berkenaan dimiliki Vinayaka Missions University di Salem, Tamilnadu, India.
Pro-Canselor universiti itu, Datuk Dr S Sharavanan berkata, projek itu dijadual bermula pada akhir tahun ini dan dijangka siap pada akhir 2018.
Kawasan kolej berkeluasan lebih 1.6 hektar itu dengan bangunan untuk menempatkan kampus baharu dan moden, hospital pergigian 200 kerusi, sebuah pusat sumber, auditorium 500 tempat duduk dan kemudahan rekreasi.
"Dengan kampus baharu ini, PIDC pada kedudukan yang baik untuk memainkan peranan yang lebih dinamik sebagai institusi pendidikan pergigian utama di rantau ini," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah bagi pembinaan kolej baharu itu oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di sini, Isnin.
PIDC kini terletak di NB Towers di sini. Sejak penubuhannya pada 2006, ia telah berkembang menjadi sebuah kolej pergigian terkemuka, menghasilkan 185 doktor gigi setakat ini, termasuk 59 yang tamat pengajian pada April tahun ini.
"PIDC kini pada kedudukan yang baik untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dan pergigian, menyumbang kepada wawasan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah pusat pendidikan antarabangsa," kata Dr S Sharavanan.
Beliau berkata, PIDC berhasrat untuk memperkenalkan pusat pendidikan di negeri lain selain Pulau Pinang dan Lembah Klang.
"Kami melihat Malaysia sebagai lokasi strategik untuk melabur, terutama dengan usaha kerajaan ke arah mewujudkan satu hab pendidikan di rantau ini.
"Kami telah memperuntukkan RM100 juta yang akan dibelanjakan untuk menubuhkan pusat pendidikan pada 2015 di Johor, Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak," katanya. - mstar online
TOP
Affin Research Jangka Kadar Inflasi Meningkat 3.3 Peratus Bulan Ini
KUALA LUMPUR: Affin Hwang Capital Research menjangka kadar inflasi meningkat 3.3 peratus pada Oktober susulan program rasionalisasi subsidi minyak kerajaan.
Harga petrol gred RON95 baru-baru ini naik sebanyak 9.5 peratus atau 20 sen daripada RM2.10 seliter kepada RM2.30 seliter, manakala harga diesel sebanyak 10 peratus atau 20 sen daripada RM2.00 kepada RM2.20 seliter.
Firma penyelidikan itu berkata kadar inflasi meningkat daripada 3.3 peratus tahun ke tahun pada Ogos kepada 2.6 peratus pada September, sejajar dengan jangkaan pasaran.
"Kos transport turun kepada 0.5 peratus tahun ke tahun pada September (5.5 peratus pada Ogos), terutamanya disebabkan kesan asas yang perlahan selepas kenaikan harga petrol pada bulan sama tahun lepas," katanya dalam nota pada Isnin.
Affin Hwang Capital berkata, begitu juga, harga makanan, yang menyumbang 30.3 peratus daripada jumlah indeks harga pengguna, turun daripada 3.3 peratus tahun ke tahun pada Ogos kepada 3.2 peratus pada September.
"Kami menjangka inflasi kekal pada sekitar 3.4 peratus pada 2014 berbanding 2.1 peratus pada 2013," menurut firma penyelidikan itu.
Bagaimanapun, ke arah 2015, kadar inflasi negara dijangka meningkat kepada antara 4.0-5.0 peratus, berikutan pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan skim subsidi bersasar.
Pandangan ini turut dikongsi oleh firma penyelidikan lain.
RHB Research Institute berkata kesan daripada pelaksanaan CBP, inflasi dijangka meningkat dengan ketara kepada 4.2 peratus pada 2015, naik daripada 3.4 peratus yang dianggarkan pada 2014 dan berbanding 1.6 peratus yang rendah pada 2012.
"Mengurangkan inflasi ketika pertumbuhan perlahan menunjukkan bahawa tiada gesaan Bank Negara untuk menaikkan kadar faedah dalam masa terdekat," katanya.
Kedua-dua firma penyelidikan turut berpendapat kadar dasar semalaman (OPR) bank pusat akan berada pada 3.25 untuk sepanjang tahun, bagaimanapun boleh dinaikkan sebanyak 25 mata asas pada 2015. - mstar online
TOP
Groom Big Perkasa Usahawan Bumiputera, Bina Peluang Kerja
ALOR SETAR: Skim Pembiayaan Groom Big (SPG) bukan sahaja membantu memperkasakan usahawan Bumiputera, malah membolehkan mereka menawarkan peluang pekerjaan sekali gus meningkatkan taraf ekonomi masyarakat setempat.
Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) Mara, Zanudin Ab Rahim berkata, Mara menawarkan SPG bagi usahawan yang benar-benar komited dan berpotensi untuk lebih berjaya, bagi membantu mengembangkan perniagaan mereka.
"Bila perniagaan mereka lebih maju, banyak peluang pekerjaan akan wujud dan ia akan membolehkan mereka terus berkembang dan dapat menambah aset," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Inovasi 2014 Mara Kedah di sini, Isnin.
Beliau berkata, melalui skim berkenaan, usahawan Bumiputera yang mempunyai rekod yang baik, akan mendapat kemudahan pembiayaan tambahan tanpa perlu menyelesaikan sepenuhnya pembiayaan sedia ada.
"Bila kita buat macam ini, usahawan tidak perlu membuat pinjaman bank lagi kerana melalui Mara, urusan pinjaman lebih mudah dan dari segi bayaran pun tidak membebankan usahawan," katanya.
Skim yang diperkenalkan pada 2011 itu membolehkan peminjam memiliki dua akaun dengan jumlah pembiayaan terkumpul tidak melebihi RM1 juta dengan setiap akaun tidak boleh melebihi RM500,000.
Sementara itu, Pengarah Mara Kedah, Abdul Halim Mamat berkata, bagi tahun ini, lima usahawan telah dicadangkan untuk menerima SPG iaitu membabitkan sektor pelancongan, pengangkutan, pengusaha barang kemas, pengendali Pusat Latihan Khidmat Negara dan aksesori.
"Sebelum ini, hanya seorang usahawan telah terpilih menerima SPG di Kedah dan yang kita cadangkan untuk terima Groom Big ini bukanlah yang biasa, tetapi mereka sudah ada perniagaan yang berpotensi untuk lebih berjaya," katanya.
Dalam perkembangan lain, katanya Mara Kedah telah membelanjakan RM42 juta dari Januari hingga Oktober ini bagi membantu lebih 250 usahawan Bumiputera.
"Mara bukan sahaja membantu dari segi kewangan, malah kami juga menyediakan pelbagai bentuk latihan, kursus-kursus dan nasihat untuk mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawan.
"Dengan bimbingan Mara para usahawan boleh berjaya asalkan mereka berdaya maju, bersikap positif, berdaya saing, berdisiplin tinggi dan berusaha meningkatkan perniagaan mereka," katanya.- mstar online
TOP
Perompak Ugut Bunuh Sukarelawan Terkenal Pakistan Sebelum Larikan Wang Tunai & Emas
Foto Abdul Sattar Edhi dan isterinya, Belqees (tengah) yang dirakamkan pada Mac 2002 ketika pusat kebajikannya diberi amanah untuk menjaga 11 orang bayi yang berjaya diselamatkan daripada sindiket penyeludupan oleh polis Karachi.
KARACHI: Lapan orang perompak yang bersenjatakan pistol telah merompak salah seorang sukarelawan kerja amal terkenal Pakistan dengan melarikan wang tunai sehingga AS$400,000 serta barangan kemas emas seberat lima kilogram daripadanya. Menurut polis, kelapan-lapan perompak itu telah merompak Pusat Kebajikan Edhi di sini dengan menjadikan beberapa orang kakitangan pusat itu sebagai tebusan dan mengugut untuk membunuh pengasas pusat kebajikan itu Abdul Sattar Edhi dengan mengacukan pistol kearahnya. Abdul Sattar, yang berusia 80 tahun merupakan salah seorang yang dikenali di Pakistan kerana kerja-kerja amalnya termasuklah menyediakan kemudahan ambulans di serata pelusuk negara itu dan menguruskan rumah tumpangan untuk wanita, kanak-kanak dan golongan yang melarat. Menurut polis, perompak-perompak itu telah memecah masuk ke pusat berkenaan yang juga merupakan kediaman Abdul Sattar pada Ahad dan menjadikan kakitangan wanita sebagai tebusan. Abdul Sattar ketika itu sedang tidur di biliknya dan hanya tersedar apabila para perompak berkenaan mengacukan senjata di kepalanya dan memaksanya membuka peti besi. Tetapi selepas Abdul Sattar memberitahu yang anak kunci kepada peti besi itu berada di dalam simpanan isterinya, mereka memecah peti besi itu dan mengambil wang tunai serta apa sahaja barangan berharga yang tersimpan di dalamnya. "Hasil siasatan kami mendapati, terdapat bantuan dalaman dalam rompakan tersebut," kata Zahid Hussain, salah seorang pegawai penyiasat dalam kes tersebut kepada agensi berita AFP. "Barangan kemas yang dilarikan itu adalah milik orang ramai yang meletakkan kepercayaan kepada Abdul Sattar untuk menyimpannya di dalam peti besi tersebut kerana mereka fikir ia selamat manakala wang tunai itu adalah sumber kewangan untuk menguruskan pusat kebajikan berkenaan," kata salah seorang pengurus kanan Pusat Kebajikan Edhi, Anwer Kazmi, kepada AFP. Abdul Sattar memperolehi sumber kewangan untuk kerja-kerja kebajikannya menerusi derma orang-ramai dan juga kempen kebajikan sewaktu majlis-majlis keagamaan. Dia kini menderita sakit buah pinggang dan perlu melalui proses rawatan dialisis dua kali seminggu.- mstar online

Adun Sri Muda Tarik Balik Rayuan Pertuduhan Hasutan
Suhaimi Shafiei
PUTRAJAYA: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda Mat Shuhaimi Shafiei pada Isnin menarik balik rayuannya di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan hasutan dihadapinya. Peguam mewakilinya, Joshua Tay memaklumkan kepada mahkamah tentang penarikan balik rayuan itu, menyatakan anak guamnya telah memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 15 Sept lepas, untuk mencabar perlembagaan dan Akta Hasutan. Panel lima anggota diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Maarop dengan itu membatalkan rayuan itu. Turut bersidang dalam panel itu ialah empat hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Datuk Ramly Ali. Mat Shuhaimi, 46, Adun daripada Parti Keadilan Rakyat, dihadapkan ke mahkamah pada 2011 atas pertuduhan memuat naik artikel berbaur hasutan dalam blognya, srimuda.blogspot.com berhubung pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu. Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Pusat Khidmat Rakyat, Jalan Anggerik Vanilla, Kota Kemuning di Shah Alam pada 30 Dis, 2010. Pada 1 April, 2011, Mat Shuhaimi memfailkan notis usul di Mahkamah Tinggi di Shah Alam memohon pertuduhan hasutan terhadapnya dibatalkan atas alasan Akta Hasutan melanggar perlembagaan kerana ia bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara. Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada 26 Ogos, 2011, menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan menghasut itu, dan beliau juga tidak berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan yang ditolak pada 17 Mei tahun lepas. Di luar mahkamah, Tay memberitahu pemberita, Mahkamah Tinggi menetapkan 8 Jan untuk mendengar permohonan Mat Shuhaimi mencabar Akta Hasutan. Katanya pada 20 Mei tahun ini, Mahkamah Persekutuan menyatakan ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar rayuan anak guamnya itu untuk membatalkan pertuduhan atas alasan perkara itu bermula di Mahkamah Sesyen dan perlu berakhir di Mahkamah Rayuan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Awang Amardajaya Awang Mahmud.- mstar online

Ancelotti Yakin Ronaldo Tidak Pulang Ke Man United
CARLO Ancelotti menegaskan bahawa Cristiano Ronaldo tidak akan kembali ke Manchester United, malah akan menamatkan karier di Real Madrid.
Pemain Portugal itu sebelum ini dikaitkan dengan kepulangan penuh emosional ke Old Trafford selepas dilaporkan kecewa di Bernabeu.
Berikutan itu juga terdapat penyokong United memasang kain rentang dalam satu perlawanan Real Madrid yang meminta pemaIn itu kembali.
Bagaimanapun ketika Real Madrid bakal berhadapan Liverpool dalam Liga Juara-juara Eropah minggu ini, Ancelotti memberitahu, Ronaldo akan menamatkan kariernya di kelab gergasi bola sepak tersebut. "Saya yakin 100 peratus bahawa Ronaldo akan bersama Real pada musim depan bukan Manchester United - 100 peratus. "Dia gembira, dia disayangi setiap orang di Real. Ia merupakan satu perhubungan yang hebat ketika ini dan saya tidak terfikir ia akan berubah. Ronaldo akan menamatkan kariernya di sini," katanya. Ronaldo akan membantu Real ketika turun berhadapan pasukan tuan rumah, Liverpool pada Rabu.- mstar online

Penganjur 'I Want To Touch A Dog' Akan Dipanggil Beri Penjelasan - Jakim
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil pihak penganjur program 'I Want To Touch A Dog' (Saya Mahu Sentuh Anjing) bagi mendapatkan penjelasan berkenaan penganjuran program tersebut.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, program yang berlangsung di Central Park, One Utama dekat Petaling Jaya, petang Ahad telah menimbulkan keresahan orang awam khasnya dalam kalangan umat Islam kerana perkara itu bercanggah dengan pegangan mazhab dan 'uruf' atau adat di Malaysia.
"Menurut mazhab Syafie, umat Islam adalah dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram di sisi Islam," katanya dalam satu kenyataan di sini, Isnin.
Beliau berkata, walaupun Islam meletakkan kaedah 'sertu' apabila terkena najis yang dikategorikan 'mughallazah' namun kaedah tersebut bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang memegang najis itu dengan sengaja.
"Tindakan tersebut samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya," katanya.
Othman berkata, tindakan penganjur itu dikhuatiri mempunyai agenda terselindung dan seolah-olah cuba mencipta budaya baharu serta boleh membawa kepada perbuatan menghina Islam.
"Malaysia adalah sebuah negara yang berpegang kepada mazhab Syafie sebagai mazhab rasmi. Justeru peranan Jakim adalah untuk memastikan umat Islam di negara ini mangamalkan syariat yang tidak menyalahi mazhab Syafie," katanya.
Beliau juga menjelaskan Islam tidak pernah memandang keji haiwan itu kerana anjing juga wajar diberi kasih sayang, belas kasihan dan dijaga kebajikannya.
"Walau bagaimanapun dalam Mazhab Syafie, umat Islam tidak dibenarkan menjadikan haiwan tersebut sebagai binatang peliharaan," katanya.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat mengenai kedudukan anjing dalam Islam serta hukum berkaitannya boleh melayari portal fatwa Jakim di www.e-fatwa.gov.my.- mstar online
TOP
90 Peratus Perkhidmatan Kerajaan Dalam Talian Tahun Depan - Mampu
Pelajar sekolah berpeluang mendapatkan maklumat semasa melawat pameran statik Mampu yang menerangkan tentang struktur pentadbiran Kerajaan Malaysia sempena CAPAM 2014 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Isnin.
PUTRAJAYA: Perkhidmatan kerajaan dalam talian dijangka mencapai 90 peratus tahun depan daripada lebih 60 peratus tahun lepas, kata Pengarah Advisori Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (Mampu), Wan Mohd Rosdi Wan Dolah. Beliau berkata, sasaran Malaysia adalah untuk membolehkan rakyat mengakses perkhidmatan kerajaan dari mana dan bila-bila masa sahaja. "Bagaimanapun, terpulang kepada rakyat untuk menilai keberkesanan perkhidmatan kerajaan dalam talian... 90 peratus itu hanyalah angka. "Memang sukar untuk mengukur keberkesanan perkhidmatan awam dalam talian. ICT amat mahal. Apabila kita membelanjakan satu juta (ringgit), bolehkah kita mendapat satu juta lagi?," kata beliau dalam pembentangan bertajuk 'Kerajaan Elektronik Malaysia: Perjalanan Ke Arah Kejayaan E-kerajaan bagi Perkhidmatan Awam Moden dan Responsif' pada sesi serentak di sini, Isnin. Sesi itu berlangsung pada hari kedua Persidangan Dwitahunan Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (Capam) 2014 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Pengerusi Jawatankuasa Pakar mengenai Pentadbiran Awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Margaret Saner menjadi moderator pada sesi itu. Wan Mohd Rosdi berkata, e-kerajaan memendekkan masa perkhidmatan yang biasanya mengambil masa sehari untuk disiapkan kepada hanya satu jam menggunakan sistem dalam talian. Beliau berkata, untuk memastikan kejayaan sistem e-kerajaan, kerajaan perlu memahami keperluan rakyatnya selain membangunkan infrastruktur ICT yang baik. Antara perkhidmatan dalam talian yang boleh dilayari oleh rakyat Malaysia kini ialah menyemak saman, permohonan kerja, kata Wan Mohd Rosdi dan menambah, inisiatif e-kerajaan Malaysia bermula pada 1997 apabila kerajaan melancarkan Koridor Raya Multimedia. Sementara itu, seorang lagi penceramah, Elida Reci yang juga Pegawai Pentadbiran Awam dan Tadbir Urus, Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial, Bangsa-Bangsa Bersatu berkata satu daripada trend e-kerajaan adalah penyertaan secara elektronik oleh rakyat. Beliau berkata, kerajaan berpindah kepada sistem dalam talian untuk memastikan semua lapisan masyarakat terutama belia, wanita dan warga emas ialah antara golongan yang memanfaatkannya.- mstar online

River Cruise Kedah Dijangka Mula Operasi Tahun Depan
Masjid Zahir dan Menara Alor Setar dapat dilihat oleh pelancong tempatan dan asing ketika menyusuri Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit dengan menaiki River Cruise Kedah.
ALOR SETAR: River Cruise Kedah, yang mampu menarik pelancong tempatan dan asing menyusuri Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit di sini, dijangka memulakan operasi awal tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan negeri Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata dua buah bot yang dikendali swasta akan disediakan bagi tujuan itu dan telah diluluskan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri baru-baru ini. Beliau berkata, kerajaan negeri turut menyediakan peruntukan RM300,000 bagi membina pelbagai kemudahan seperti jeti terapung di Tanjung Chali, Masjid Zahir, Rumah Merdeka dan Tongkang Yard di sini. "Jeti terapung yang dibina bertujuan memberi peluang kepada pelancong melawat beberapa tempat seperti Masjid Zahir, Rumah Merdeka dan beberapa kampung tradisional yang terletak berhampiran Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit. "Pelancong boleh melihat Istana Anak Bukit dan beberapa tinggalan sejarah yang terdapat di sepanjang sungai. Kita juga akan bina papan tanda yang menunjukkan tempat sejarah dan kampung tradisional," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit, Isnin. Mohd Rawi berkata, kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Bandaraya Alor Setar dan syarikat Environment Idaman Sdn Bhd akan membersih serta mengindahkan Sungai Kedah dan Anak Bukit yang melibatkan laluan sepanjang 11 kilometer. Beliau berkata, pihaknya turut menyediakan tong sampah kepada penduduk yang tinggal berhampiran sungai agar mereka tidak membuang sampah sarap ke dalam sungai yang boleh mencacatkan pemandangan. Katanya, kempen kesedaran juga akan dilaksanakan agar mereka menjaga kebersihan sungai dan tidak sewenang-wenang membuang sampah ke dalam sungai seperti yang dilakukan segelintir penduduk. "Kita juga akan memperbaiki rumah setinggan penduduk dan mengindahkannya bagi membolehkan pelancong melihat dengan lebih dekat kehidupan masyarakat di negeri ini," katanya. Beliau berkata, dua restoran bakal beroperasi di Mini Marina Tongkang Yard dan Tanjung Chali tahun depan. Mohd Rawi berkata, pihaknya turut menggalakkan peniaga tempatan untuk menjalankan perniagaan seperti menjual air nira nipah, air kelapa dan pelbagai kuih tradisional negeri itu di kawasan berkenaan.- mstar online

Polis Siasat Lelaki Warga Itali Hilang Di Lahad Datu
William Bocchi yang dikenali sebagai Fabio hilang sejak 13 Oktober lalu.
TAWAU: Polis meminta kerjasama orang ramai mengesan seorang lelaki warga Itali yang dilaporkan hilang di Lahad Datu, dekat sini Sabtu lepas. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, William Bocchi, 52, dilaporkan hilang oleh rakannya apabila mangsa tidak kembali ke Itali Sabtu lepas seperti dijadualkan. "Menurut laporan, rakan William yang berada di Itali, dikenali sebagai Fabio telah mengirimkan pesanan melalui email kepada rakan mangsa yang berada di Kuala Lumpur, bahawa William tidak kembali ke Itali seperti waktu yang telah ditetapkan. "Siasatan awal pihak polis mendapati kali terakhir William menghubungi Fabio pada 13 Oktober lepas dengan mengatakan dia berada di Lahad Datu, namun tidak memberitahu tujuannya berada di situ," katanya dalam satu kenyataan di sini, Isnin. Beliau berkata, hasil maklumat yang diterima William terlibat dalam "Financial Service" dan dipercayai datang ke Lahad Datu untuk berjumpa dengan pelanggan. "Semakan rekod Imigresen menunjukkan William masuk ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12 Oktober lepas dan pergi ke Lahad Datu keesokan harinya melalui penerbangan dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu pada pukul 1.05 petang," kata Jalaluddin. Beliau berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai William supaya menghubungi balai polis berhampiran. - mstar online

Ada Ahli Politik Dibiayai Perjudian Haram - Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi
PUTRAJAYA: Terdapat ahli politik dipercayai dibiayai dengan hasil pendapatan daripada pusat perjudian haram di tiga kawasan iaitu pekan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga di Perak. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, meskipun tidak terlibat secara langsung tetapi ada ahli politik yang dikesan dibiayai dengan hasil pusat perjudian haram tersebut. "Tidak ada ahli politik yang terlibat secara langsung tetapi mungkin ada yang memperolehi wang daripada pendapatan hasil perjudian itu untuk melakukan kegiatan politik. "Berdasarkan laporan yang saya perolehi ada ahli politik yang terlibat...saya tidak mahu menuduh, tetapi jika mahu pembuktian pihak polis ada bukti," katanya kepada pemberita di sini, Isnin. Beliau berkata, dalam masalah perjudian atau kegiatan jenayah sepatutnya mana-mana ahli politik tidak bersekongkol dengan individu atau pertubuhan haram. Ahmad Zahid diminta mengulas laporan akhbar mengenai kegiatan perjudian di tiga kawasan berkenaan yang dikatakan kebal untuk ditembusi pihak berkuasa. Sehubungan itu, beliau berharap pihak parti politik dapat mengambil tindakan terhadap ahli-ahlinya yang terlibat dibiayai dengan kegiatan perjudian haram. "Kami juga mohon kerjasama orang ramai, bukan sahaja melaporkan tetapi bersama-sama mengambil tindakan dengan pihak berkuasa, kerana apa yang berlaku sekarang bila ada permintaan maka adalah penawaran," katanya.- mstar online

Video: Pejalan Kaki Temui Mayat Remaja Ditetak, Lengan Hampir Putus
PETALING JAYA: Seorang pejalan kaki yang melalui Jalan Teknologi 3, Kota Damansara di sini terkejut apabila menemui mayat remaja lelaki dalam keadaan ngeri pada awal pagi Isnin.
Dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi itu, mangsa dipercayai warga tempatan maut akibat ditetak di kepala manakala lengannya hampir putus.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Azmi Abu Kassim berkata, remaja terbabit dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan berkenaan. "Berdasarkan pemeriksaan forensik, mayat itu dibuang di kawasan berkenaan kurang dari enam jam sebelum ditemui seorang pejalan kaki. "Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan lengan dipercayai akibat ditetak. Polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup di kawasan tersebut untuk siasatan lanjut," katanya. Difahamkan, keluarga mangsa turut berada di lokasi kejadian ketika forensik melakukan pemeriksaan. Tambahnya, mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.- mstar online

Label 'Pendatang' : Gerakan Gantung Keahliaan Tan Lai Soon
Tan Lai Soon.
KUALA LUMPUR: Parti Gerakan telah menggantung keahlian seorang perwakilan dari Johor, Tan Lai Soon berhubung kenyataannya yang melabelkan orang India, Cina dan Melayu adalah 'pendatang' atau imigran. Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu membuat keputusan tersebut selepas mengadakan mesyuarat tergempar pada Isnin. Sebelum itu, kira-kira 14 ahli parti telah membuat aduan terhadap kenyataan Tan sebelum ini. Ekoran daripada aduan tersebut CWC telah memutuskan untuk menggantung keahilan dan mengeluarkan surat tunjuk sebab terhadap Tan. Dalam Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-43 pad Ahad, Tan berang dengan tindakan ahli Umno yang melabelkan orang Cina dan India sebagai 'pendatang', beliau berkata orang Melayu juga tidak jauh berbeza kerana mereka juga datang dari Indonesia. Tan berkata hanya Orang Asli dan penduduk asal Sabah dan Sarawak sahaja boleh dianggap sebagai penduduk asal di negara ini. Timbalan Presiden Geraka, Datuk Dr Cheah Soon Hai berkata parti itu mengutuk kenyataan yang dibuat oleh Tan. "Ia tidak melambangkan pendirian parti, semua kita adalah rakyat Malaysia dan tidak ada rakyat Malaysia yang boleh digelar sebagai 'pendatang' atau imigran. "Rakyat Malaysia yang lahir di sini Malaysia adalah warganegara. Saya yakin sekiranya orang Melayu memanggil orang Cina sebagai 'pendatang' ia akan menyakiti antara satu sama lain," kata Cheah kepada pemberita pada Isnin. "Kita harus mengambil maklum, Tan menarik balik kenyataannya sebelum ini dan dia telah memohon maaf atas kesilapannya," katanya. Tan diberi tempoh selama 14 hari untuk menjawab surat tunjuk sebab mengapa dia tidak harus disingkirkan daripada parti seperti yang termaktub di bawah Artikel 17.2, perlembagaan parti. Cheah turut memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang berasa kecil hati terhadap kenyataan Tan sebelum ini. "Kami ingin menegaskan sekali lagi Gerakan merupakan sebuah parti yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum dan kami menolak sebarang kenyataan yang tidak melambangkan sifat perpaduan masyarakat pelbagai kaum di negara ini," katanya. "Justeru, kami menggesa semua pihak berhenti membuat tuduhan kerana ia akan hanya memburukkan lagi keadaan. Gerakan sentiasa menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan," katanya. - mstar online

Brad Pitt Akui Lebih Bahagia Selepas Sah Kahwin
Pasangan Brad Pitt dan Angelina Jolie semakin bahagia sejak berkahwin September lalu.
AKTOR Brad Pitt mengakui semakin bahagia sejak berkahwin dengan aktres Angelina Jolie. Menurut laporan Dailymail, walaupun sudah 10 tahun menjalinkan hubungan, Brad tidak menyangka perasaan bahagia lebih dirasai sejak mendirikan rumah tangga. "Hari saya menjadi lebih luar biasa dan saya dapat rasa, aman yang datang bersama-sama dalam hal ini (perkahwinan)," katanya.
Foto keluarga Angelina dan Brad pada majlis perkahwinan mereka.
Hubungan yang terjalin antara Brad dan Angelina sering membuatkan orang lain berasa cemburu apatah lagi penikahan pasangan itu yang berlangsung baru-baru ini di Perancis membuatkan ramai yang terkejut. Dalam pada itu, Brad turut memberitahu dia kini sedang sibuk dengan penggambaran filem terbaharu berjudul By The Sea bersama isterinya. Menariknya mereka menyifatkan penggambaran itu sebagai sebuah bulan madu yang penuh produktif, bekerja sambil menikmati suasana mesra. Pasangan itu memiliki enam anak iaitu Maddox, 13, Pax, 12, Zahara, 9, Shiloh, 8, dan dua anak kembar Knox dan Vivienne, 6.- mstar online

Perbicaraan Kes Kassim Ahmad Ditangguh
PUTRAJAYA – Mahkamah Tinggi Syariah di sini sebentar tadi menangguhkan kes perbicaraan bekas aktivis politik dan sosial, Dr Kassim Ahmad kepada 14 dan 15 Januari tahun depan.
Hakim Syarie Azzeman Omar memutuskan perkara itu selepas Kassim, 82, tidak dapat hadir ke mahkamah atas faktor kesihatan.
Kes berkenaan sepatutnya dibicarakan selama tiga hari bermula hari ini.
Kassim sebelum ini dituduh di mahkamah kerana menghina agama Islam serta mengingkari pihak berkuasa agama. – BH Online
TOP
Saintis Terjumpa Labah-Labah Sebesar Anak Anjing
(Gambar: Piotr Naskrecki)
Seorang saintis telah membuat penemuan yang mengejutkan dalam hidupnya apabila dia terjumpa seekor labah-labah bersaiz seekor anak anjing. Piotr Naskrecki, seorang entomologist, berkata bunyi labah-labah jenis Goliath birdeater itu berjalan menyerupai bunyi derapan kaki kuda.
(Gambar: Piotr Naskrecki)
Saintis itu menemukan labah-labah tersebut di hutan hujan Amazon. - SiakapKeli.com
TOP
Pekerja ditumbuk gara-gara GST
KUALA LUMPUR - Seorang pekerja kedai makan di Kampung Bharu ditumbuk apabila pelanggan kedai itu tidak berpuas hati kerana dikenakan caj tambahan sebanyak enam peratus. Menceritakan keadaan itu, pengurus kedai makan berkenaan berkata, majikannya terpaksa menghentikan caj enam peratus itu setelah mendapat rungutan pelanggan. “Ramai marah apabila caj tambahan itu dikenakan, mereka kata tidak patut kedai kami kenakan cukai itu. Mereka merungut ‘kedai nasi campur pun nak kenakan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) ke? “Sebenarnya caj berkenaan baru dikenakan sekitar dua minggu lalu kepada pelanggan setelah didenda sebanyak RM23,000 akibat tidak memulakan operasi memungut cukai sebaik mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bulan enam lalu,” dakwanya yang enggan dikenali. Dakwanya lagi, bukan mahu mengambil kesempatan tetapi itu adalah syarat yang ditetapkan kerajaan. Pengurus kedai itu mendakwa menerima arahan untuk memungut cukai itu sebagai langkah persediaan kepada pelaksanaan GST. “Kami mendaftar kerana tidak mahu lari daripada membayar cukai, bersikap bertanggungjawab atas perniagaan ini. Namun ramai yang menyangka kami telah laksanakan GST lebih awal,” katanya. Ditanya adakah kedainya itu mencatatkan pendapatan melebihi RM500,000, pengurus itu bagaimanapun kurang pasti mengenai perkara itu. - Sinar Harian
TOP
Program sentuh anjing cubaan hina ulama, kata bekas mufti Johor
Bekas Mufti Johor Datuk Nooh Gadut berkata penganjuran program "I want to touch a dog" anjuran umat Islam di Selangor semalam sebagai satu percubaan untuk menghina ulama dan pihak berkuasa agama.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij) itu berkata, perbuatan menyentuh anjing secara sengaja adalah haram kerana ia merupakan najis berat iaitu najis mughallazah yang dipandang secara serius dalam mazhab Shafie dan Hanbali.
"Jangan cuba mencipta budaya yang bercanggah dengan Islam dan mazhab Shafie, apatah lagi mempunyai unsur menghina ulama di negara ini," katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.
"Perkara ini dilarang kerana tiga perkara iaitu agama, kesihatan dan budaya yang bercanggah dengan Islam. Perlu diingat di Malaysia kita berpegang teguh kepada mazhab Shafie,” katanya.
Menurut Berita Harian, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mewartakan pada Oktober tahun lalu haram bagi umat Islam menyentuh anjing yang kering tanpa darurat.
Sementara itu, Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Othman berkata pihak berkuasa agama perlu memberi perhatian dan menyiasat tujuan penganjuran program itu yang jelas bertentangan dengan pegangan umat Islam negara ini.
Berita Harian melaporkan beliau berkata, umat Islam tidak seharusnya mengambil mudah mengenai perkara ini dan perlu merujuk pihak berkuasa agama terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu yang bercanggah dengan mazhab Shafie.
Semalam Siti Sakinah bersama 4 anaknya hadir ke Central Park, Bandar Utama, Selangor, untuk mengambil bahagian dalam acara "I Want to Touch a Dog", satu acara untuk mengatasi ketakutannya terhadap anjing.
"Ia juga untuk menunjukkan menyentuh anjing tidak haram. Ramai yang bimbang menyentuh anjing lebih kerana ia satu dosa, bukannya takut kepada dosa yang lebih besar," kata Siti Sakinah, seorang bekas guru agama yang kini bekerja dengan sebuah NGO.
Beliau berkata, suaminya, seorang ustaz, memberi izin untuk menghadiri majlis hari ini.
"Saya mahu melompat gembira apabila dia berkata ya dan saya beritahu anak-anak, mereka harus pergi. Dan mereka semua datang hari ini dengan saya untuk mengatasi ketakutan mereka dan apabila mengetahui anjing juga makhluk yang dicipta Allah yang memerlukan cinta dan kasih sayang," kata Siti Sakinah, yang sejak pagi menyentuh dan mengelus anjing saja.
"Saya masih takut pada anjing besar jadi saya menyentuh yang kecil terlebih dahulu," katanya dengan gembira.
Siti Sakinah dan anak-anaknya antara keluarga yang hadir pada majlis itu yang dihadiri lebih 1,000 orang.
Penganjur acara itu, Syed Azmi Alhabshi, berkata dia berpuas hati dengan hasilnya.
"Kami hanya jangka 60, tetapi ini sudah lebih daripada 60. Ini amat menggalakkan dan saya harap saya menyediakan air yang cukup untuk anjing dan meminta maaf ke atas sebarang kekurangan," katanya. – The Malaysian Insider 20 Oktober
TOP
Maklum Balas JAIS Mengenai Isu Memegang Anjing
Baru-baru ini kita dikecohkan dengan satu program yang diberi nama "I Want To Touch A Dog" yang katakan bertujuan untuk membuang perasaan takut orang Malaysia terhadap anjing.
Kes ini bukanlah sesuatu yang baru. Sebelum ini beberapa kes orang Islam di Malaysia memegang anjing sudah beberapa kali menjadi isu di Malaysia. Bagi menjelaskan isu tersebut, satu laporan dari pihak JAIS telah dikeluarkan pada tahun 2010 lagi.
Anda boleh membaca laporan dengan membuka pautan ini. Selain dari isu memegang anjing, laporan setebal 6 muka surat itu juga ada menyentuh isu berkenaan mazhab.
Berkenaan dengan isu memegang anjing, laporan tersebut ada menyebut, memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam. TETAPI perlu diingat bahawa perbuatan memelihara anjing sebagai hobi tidak dibolehkan mengikut mazhab Shafie melainkan jika anda mempunyai sebab-sebab tertentu (sila rujuk laporan pada muka 2).
Keratan laporan yang menyatakan memegang anjing tidak salah.
Pada pendapat kami, eloklah sekiranya kita cuba mengelak dari membuat sesuatu perbuatan yang kita curigai. Selain itu, perlu diingat, cara hidup yang terbaik adalah cara hidup Nabi kita. Teramatlah elok jika kita cuba mengikut apa yang dibuat oleh Nabi dan apa yang tidak dibuat oleh Nabi serta menjauhi gaya hidup musuh-musuh Islam. Rasanya sudah tiba masa bagi media-media arus perdana membuat liputan untuk memperjelaskan isu ini seperti mengumpulkan ilmuan islam dan membuat forum yang ekslusif supaya umat Islam di negara ini jelas dengan isu ini dan tidak terus terkeliru.
Sumber : JAIS

Ubah Sikap Makan Berlebihan, Nasihat Menteri Kesihatan
PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia perlu mengubah sikap gemar makan secara berlebihan kepada makan secara sihat, demikian nasihat Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.
Menurutnya budaya (makan) tidak sihat itu perlu diubah segera memandangkan masyarakat kini menghidap pelbagai penyakit yang mengancam kesihatan.
“Kita perlu menjadi masyarakat prihatin kalori. Maknanya, setiap kali kita makan, kita pastikan jumlah kalori yang kita ambil. Kemudian tahu bagaimana membakarnya.
“Di negara maju, masyarakat cukup prihatin tentang kalori. Sebelum mereka makan apa-apa, mereka akan lihat dulu. Jika mereka dapati ia menambah terlalu banyak kalori mereka akan mengelakkannya,” katanya pada sidang akhbar ‘Makan Secara Sihat Sempena Deepavali’ di sini hari ini.
Saranan pengambilan kalori untuk orang dewasa berumur 18 hingga 59 tahun berdasarkan Panduan Diet Malaysia ialah lelaki, 2000 kcal sehari, manakala wanita 1500 kcal sehari.
Sempena Hari Deepavali yang akan disambut Rabu ini, beliau turut menasihatkan masyarakat India supaya mengawal pengambilan makanan meskipun pelbagai juadah lazat dihidangkan.
Buku Panduan Makan Secara Sihat Semasa Perayaan Deepavali menggariskan tujuh warna-warni hidangan Deepavali sebagai panduan pemakanan sihat.
Garis panduan itu menghadkan satu hidangan makanan berlemak, berminyak atau bergoreng pada setiap waktu makan, mengambil dua sajian buah setiap hari, ambil tiga sajian sayur setiap hari.
Elak pengambilan makanan empat jam sebelum tidur, hadkan kepada lima gram atau satu sudu teh gula dalam minuman serta melakukan aktiviti fizikal sebaik-baiknya tujuh kali seminggu.
Panduan itu boleh diperoleh melalui buku berkenaan yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang kementerian www.moh.gov.my atau http://nutrition.moh.gov.my. – BERNAMA
TOP
Tanah Mendap : Penduduk Apartmen Diarahkan Berpindah
Kawasan perumahan di Apartmen Teratai, Taman Bunga Raya di Bukit Beruntung mengalami masalah tanah mendap hari ini.
Perkara itu menurut laporan portal Astro Awani turut disahkan oleh Balai Bomba Kuala Kubu Bharu.
Kejadian dikatakan disebabkan kegagalan struktur tanah akibat pergerakan air yang dibimbangi akan menjejaskan blok K dan L apartmen berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB) Apartmen Teratai Suhaili Abdul berkata, pihak Jabatan Kerja Raya sedang mmebuat kerja mengorek tanah bagi memeriksa tahap keseriusan dan mengambil langkah selanjutnya.
“Kejadian disedari semalam ketika hujan lebat. Penduduk mengesan berlakunya situasi geseran tanah berdekatan dengan Blok L apartmen ini.
“Buat masa ini, beberapa pihak seperti bomba dan JKR serta pihak polis sudahpun berada di tempat kejadian untuk tujuan kawalan dan keselamatan,” katanya dalam laporan itu.
Kejadian itu rupa-rupanya bukan kali pertama berlaku tetapi pernah berlaku empat tahun lalu menyebabkan ramai orang bimbang kerana kejadian sama berulang.
“Penghuni di Blok K dan L sudah menerima arahan untuk berpindah ke Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya sebagai langkah berjaga-jaga sementara kerja-kerja pemeriksaan dan pembaikan dijalankan.
“Namun pemindahan tersebut dijangka mula dijalankan selepas pukul 6 petang memandangkan ramai penduduk masih belum pulang ke kediaman mereka dari tempat kerja,” kata Suhaili.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan buat masa ini dan pihak JMB Apartmen Teratai berharap insiden ini dalam kawalan pihak berwajib. – MYNEWSHUB
TOP
Tekun Tawar Pinjaman Kepada Peniaga Uptown Shah Alam
SHAH ALAM – Tabung Ekonomi Usaha Niaga Nasional (Tekun) menawarkan pinjaman maksimum sehingga RM100,000 kepada peniaga di Uptown Shah Alam yang terjejas akibat kebakaran Rabu lepas.
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata menerusi pinjaman itu, peniaga terbabit dikecualikan membayar caj perkhidmatan sebanyak empat peratus bagi pinjaman tersebut.
“Pengecualian caj itu bertujuan mengurangkan beban yang ditanggung peniaga kerana mereka telah mengalami kerugian teruk akibat kebakaran tersebut.
“Jumlah pinjaman yang diberikan pula bergantung pada jenis perniagaan,” katanya selepas mengadakan pertemuan bersama peniaga-peniaga itu di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, sebanyak 196 gerai milik peniaga Uptown Seksyen 24 di sini musnah dalam kebakaran yang membabitkan kerugian mencecah RM19 juta. – BERNAMA
TOP
Suntikan Semangat Bagi Penjawat Awam Jadi Tumpuan
PUTRAJAYA – Fokus perlu diberikan bagi menyuntik semangat kakitangan perkhidmatan awam memandangkan mereka merupakan tulang belakang dan pemangkin program pembangunan kerajaan , kata timbalan ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.
Beliau berkata pembangunan bakat amat penting dalam menggalakkan pekerja awam menjelmakan sifat-sifat seperti tadbir urus yang baik, patriotisme dan integriti.
“Ini adalah mengenai melatih mereka untuk menjadi pemimpin yang lebih baik, meningkatkan kemahiran kecekapan, prestasi dan inovatif mereka,” katanya dalam sidang pleno Persidangan Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) 2014 di sini hari ini.
Sharifah Zarah berkata satu daripada cara paling mudah untuk mengatur semula sebuah organisasi ialah dengan melaksanakan pembangunan organisasi (OD) yang memang dirancang, usaha organisasi bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan bagi membolehkan sesebuah organisasi mencapai matlamat strategiknya.
Beliau berkata jika memiliki bakat manusia tanpa organisasi yang baik menjadi tidak bermakna tanpa dimasukkan dengan etika, budaya dan integriti.
Selain menampilkan pembangunan bakat dan OD sebagai dua unsur penting dalam pentadbiran awam, Sharifah Zarah juga menekankan kepentingan rangkaian strategik terutama dalam masyarakat yang bergerak pantas hari ini.
“Adalah penting untuk melibatkan diri dengan setiap peringkat masyarakat dalam piramid sosial. Dengan berbuat demikian, setiap keputusan yang dibuat adalah sesuatu yang diketahui dan setiap orang mempunyai rasa memiliki,” katanya.
Katanya antara cabaran utama yang dihadapi oleh pegawai perkhidmatan awam ialah rasuah dan meningkatnya harapan rakyat terhadap kerajaan.
“Kita sudah pasti belum lagi berada di tahap sifar rasuah memandangkan kita terus menerus mendengar cakap-cakap mengenai isu ini..namun apa yang rakyat selalu lupa ialah ia melibatkan dua hala.
“Ia tidak hanya membabitkan pegawai awam tetapi juga orang ramai. Kita perlu mewujudkan tahap toleransi sifar untuk rasuah,” katanya.
Persidangan dwitahunan tiga hari bertemakan ‘Transformasi Perkhidmatan Awam: Suatu Bicara Baharu’ dianjurkan dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) dan Sekretariat Komanwel. Persidangan ini berakhir esok. – BERNAMA
TOP
Ahli Parlimen Kalabakan, Abdul Ghapur Nafi Keluar UMNO
TAWAU – Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau telah keluar daripada Umno.
Ketua Umno Bahagian Kalabakan itu berkata, khabar angin itu adalah tidak benar dan percaya ia disebarkan oleh individu yang mahu mengambil kesempatan terhadap kelantangan beliau bersuara di Dewan Rakyat.
“Saya memang agak lantang ketika menyuarakan hak-hak rakyat Sabah di Dewan Rakyat kerana itu adalah tanggungjawab saya selaku wakil rakyat. Saya mahu setiap permasalahan rakyat terutama yang tinggal di kawasan Parlimen Kalabakan, diberikan perhatian yang sewajarnya.
“Bagaimanapun, apabila saya bersuara tentang permasalahan atau isu masyarakat, itu bukanlah bermaksud yang saya mahu keluar daripada parti … saya hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, beliau berharap masyarakat tidak mempercayai khabar angin berkenaan dan menyifatkan ia disebarkan oleh pihak tertentu yang memiliki kepentingan tersendiri.
Sementara itu, Abdul Ghapur berterima kasih kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana mengambil perhatian terhadap isu kawalan di perairan Tawau yang dikemukakannya di Dewan Rakyat baru-baru ini.
“Untuk membanteras isu penyeludupan dengan berkesan, saya berharap semua agensi yang terlibat termasuklah APMM, Kastam, dan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dapat bekerjasama, manakala masyarakat pula perlu membantu dengan menyalurkan maklumat yang berkaitan kepada pihak berkuasa,” katanya.
Untuk memastikan APMM dapat menjalankan tugas dengan lebih mantap dan berkesan, Abdul Ghapur berharap kerajaan dapat membekalkan lebih banyak lagi aset kepada agensi itu yang bertugas mengawal sempadan perairan negara, terutamanya di perairan pantai timur Sabah.
“Kita berharap kerajaan akan mempertimbangkan perkara ini. Jika boleh, kita juga berharap bidang kuasa Maritim turut diperluaskan kerana saya difahamkan bahawa ketika ini mereka tidak memiliki kuasa untuk membuat tangkapan selain di kawasan laut,” katanya. – BERNAMA
TOP
Syabu Bernilai RM4 Juta Dirampas Di KLIA
KUALA LUMPUR – Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting) Bukit Aman menemui lapan paket dadah jenis syabu seberat 37.3 kilogram dianggarkan bernilai RM4 juta yang cuba diseludup, di terminal kargo Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata dadah itu tiba dari Addis Ababa pada kira-kira 7.15 malam melalui penerbangan komersial.
“Sepasukan anggota dengan bantuan unit anjing pengesan menemui paket berisi dadah itu yang dibungkus dengan plastik hitam dan diletakkan bersama bungkusan kekacang dalam satu kotak ” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Pada 11 Okt lalu, polis menahan 11 anggota sindiket dadah antarabangsa termasuk dua ketuanya dan merampas syabu seberat 30.3 kg dianggarkan bernilai RM3 juta.
Mereka yang ditahan terdiri daripada sembilan warga Nigeria, seorang wanita warga Tanzania dan seorang wanita tempatan dari Sarawak. – BERNAMA
TOP
Penunggang Maut Motosikal Bertembung Kereta
IPOH – Seorang penunggang motosikal maut selepas kenderaannya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Batu Enam, Jalan Lekir dekat Sitiawan, awal hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.25 pagi itu, Mohd Ariff Bakar, 27, yang dalam perjalanan dari arah Teluk Intan ke Manjung meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata siasatan awal mendapati motosikal jenis Yamaha Lagenda itu cuba memotong sebuah lori di hadapannya.
“Bagaimanapun, motosikal itu dipercayai gagal memotong lori berkenaan lalu bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi di sini.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Manjung untuk bedah siasat.
Beliau berkata pemandu MPV jenis Honda Stream itu tidak mengalami sebarang kecederaan. – BERNAMA
TOP
Lelaki Ditahan Selepas Pistol Ditemui Di Rumahnya
KUANTAN – Polis menahan seorang anggota geng kongsi gelap 77 bersama isteri dan seorang pekerjanya selepas menemui sepucuk pistol jenis Magnum .22 USA serta sebutir peluru di rumahnya di Taman Balok Makmur dekat sini, malam tadi.
Selain itu polis turut merampas dua biji pil kuda, kelongsong peluru, komponen pistol dan beberapa barangan tertera logo dipercayai lambang kongsi gelap.
Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang melakukan serbuan pada 8.30 malam selepas menerima maklumat awam berhubung satu kes pengedaran dadah.
Katanya semasa serbuan, kontraktor berusia 32 tahun yang berasal dari Kemaman, Terengganu, isterinya berumur 30 tahun dan pekerjanya berusia 25 tahun dari Kelantan, ada di dalam rumah, bagaimanapun mereka tidak melawan atau cuba melarikan diri ketika ditahan.
“Hasil pemeriksaan ke atas suspek dan rumah tersebut membawa kepada penemuan senjata api dan barangan lain yang dirampas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kata Sharifuddin, hasil siasatan, suspek mengaku memiliki pistol itu sejak lima bulan dan mendakwa ia sekadar hobi selain untuk menjaga keselamatan diri.
Beliau berkata suspek mendakwa membeli pistol tersebut dari negara jiran dengan harga RM2,600 dan baru sekali melakukan tembakan bagi mengujinya.
“Semakan awal mendapati tiada sebarang maklumat yang menunjukkan suspek pernah menggunakan pistol tersebut untuk sebarang kegiatan jenayah. Lelaki terbabit juga mengakui menganggotai kumpulan kongsi gelap 77 bagaimanapun penglibatannya sekadar suka-suka dan tidak aktif,” katanya.
Sharifuddin berkata mereka kini ditahan reman selama seminggu di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan untuk siasatan lanjut.
“Hasil semakan juga mendapati ketiga-tiga suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau bagaimanapun hasil ujian saringan air kencing lelaki itu didapati positif dadah jenis Methamphetamine.
Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Panalti Lebih berat) 1971 yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan tidak kurang enam sebatan jika sabit kesalahan,” katanya.
Sharifuddin berkata suspek turut disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 berikutan rampasan dua biji pil kuda dan jika sabit kesalahan mereka berdepan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali. – BERNAMA
TOP
Kerajaan Mungkin Perkenal Subsidi Petrol Berasaskan Kuota
KUALA LUMPUR - Kerajaan mungkin memperkenalkan subsidi petrol berasaskan kuota bagi memastikan peruntukan yang lebih bersasaran.
Pengarah Penyelidikan dan Pelaburan Khazanah Nasional Bhd, Mohamed Ridzuan Mohamed berkata, MyKad akan digunakan untuk pengenalan dan kuota tertentu atau kuantiti akan diperuntukkan bagi mengelak salah guna subsidi oleh golongan berada.
“Inilah sebabnya pada pendapat saya kerajaan mengambil masa lebih panjang untuk memperkenalkannya (struktur baharu subsidi petrol) kerana ia membabitkan banyak perubahan pada pam atau sistem pembayaran.
“Ia juga akan membabitkan banyak perubahan perisian,” katanya pada Seminar Deloitte TaxMax di sini, Isnin.
Seminar bajet tahunan itu yang menarik lebih 400 peserta menawarkan penelitian mendalam Bajet 2015, isu pemindahan harga, cukai korporat dan bidang lain berkaitan pengurusan cukai. – BERNAMA
TOP
Gambar Gadis Cantik Belai Harimau Mendapat Ribuan Komen
Harimau sememangnya digeruni dan dianggap binatang berbahaya gara-gara karakternya yang ganas dan oleh sebab itulah binatang ini digelar raja rimba.
Lihat sahajalah kes insiden tragis yang berlaku di Zoo Delhi apabila seorang lelaki berusia 20 tahun maut dibaham harimau putih bulan lepas hingga mendapat perhatian dunia.
Hari ini di laman sosial, Facebook tersebar pula sekeping gambar yang digabungkan menunjukkan 4 reaksi gadis cantik itu sebelum menyentuh dan akhirnya membelai binatang itu. Pada awalnya ,gadis cantik itu dilihat seakan gementar dan takut-takut namun akhirnya dilihat berani memangku kepala harimau itu. Rasa-rasanya harimau ini jantan agaknya..miang dan manja semacam ye! Tapi yang kelakarnya , gambar ini mendapat ribuan komen dan reaksi daripada pengguna Facebook dan membandingkan gambar ini dengan kontroversi kes acara ‘I Want to Touch a Dog’ (Saya Mahu Sentuh Anjing) .
Nampaknya ramai yang memberi komen lebih baik menyentuh harimau berbanding anjing.
Tetapi perlulah diingat menyentuh anjing tidaklah haram dan berdosa cuma haiwan ini tergolong dalam najis berat dan atas tujuan apa anda memegangnya? itulah yang kini menjadi tanda tanya. Anda bacalah sendiri reaksi-reaksi orang ramai ini yer.

Joko Widodo Selesai Angkat Sumpah Presiden Indonesia Ke-7
Sebentar tadi, Joko Widodo selesai mengangkat sumpah sebagai Presiden ketujuh Republik Indonesia dalam satu majlis di Parlimen negara itu.
Turut hadir menyaksikan acara bersejarah ini adalah pemimpin negara lain termasuk Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Saya bersumpah dengan nama Allah untuk melaksanakan tugas selaku Presiden Republik Indonesia yang terbaik mengikut kemampuan saya dan dengan cara yang seadil mungkin,” kata Jokowi ketika membacakan sumpah.
Beliau merupakan pemimpin pertama negara itu yang bukan hadir daripada golongan elit politik atau ketenteraan.
Pada 22 Julai, Jokowi diumumkan menang pilihan raya presiden dengan mendapat 53 peratus undi. Dalam statistik undi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia, Jokowi berjaya meraih 70,997,859 undi atau 53.15 peratus daripada 133 juta undi yang sah. Lawannya, bekas Jeneral Prabowo Subianto mendapat 62,576,444 undi atau 46.85 peratus. Dalam pada itu, hari ini, belum pun dilantik secara rasmi menjadi Presiden Indonesia yang baru, laman Facebook Joko Widodo dilihat sudah pun mendapat Likes melebihi 1 juta iaitu 1,422,477 Likes setakat laporan ini ditulis.
Jokowi turut memuatnaik beberapa gambar sebelum dirinya secara rasmi akan memulakan tugas sebagai Presiden menggantikan Susilo Bambang Yudhoyono.
Antara yang dikongsikan, gambar Jokowi bersama keluarga beliau yang bersedia untuk majlis angkat sumpah dan pelantikan selain gambarnya berpindah ke pejabat baru sebagai Presiden Indonesia.
– MYNEWSHUB

Bekas Teman Lelaki Dakwa Dyana – Zairil Memang Ada Hubungan!
AMBOI makin panas pula cerita tentang pasangan ‘hot’ Melayu DAP ini, Dyana – Zairil.
Di kala masing-masing menafikan ‘keintiman’ mereka kononnya tidak ada sebarang hubungan, tup-tup keluar kenyataan seorang lelaki dikenali sebagai Fairuz Azhan. Difahamkan, Fairuz merupakan bekas teman lelaki Dyana Sofya. Menurut status yang dimuat naik Fairuz Azhan di laman Facebooknya, dia mendakwa kecuaian berlaku di pihak Zairil yang kononnya ingin memuat naik gambar untuk tatapan peribadi tapi tersilap menukar status kepada tontonan umum.
Katanya, adalah mustahil mengatakan akaun Zairil diceroboh kurang dari lima minit. Dan lebih menarik lagi, dia mempertikaikan kenapa hubungan antara Dyana dan Zairil sesuatu yang tidak logik. BACA: Zairil Tak Mengaku Dirinya Individu Dalam Gambar Intim Dengan Dyana Sofya Secara jelas Fairuz kemudiannya membayangkan bahawa hubungan antara kedua mereka sudah lama diketahuinya tetapi didiamkan selama ini demi menjaga aib. Baru sekarang dia bersuara, selepas aib itu dibuka ‘sendiri’. Sebenarnya, memang tak mustahil jika jika Dyana dan Zairul mempunyai hubungan namun ia tidak wajar dari sudut moral memandangkan Zairul sudah pun berkahwin. Selain itu, jika benar mereka mempunyai hubungan itimewa sudah tentulah sedikit sebanyak umum akan mengaitkannya dengan keputusan Dyana masuk parti DAP yang terlebih dahulu disertai Zairul. Apa pun baca sajalah komen bekas kekasih Dyana Sofya ini, kemudian penilaiannya terpulanglah pada kebijaksanaan akal masing-masing. - MYNEWSHUB.CC

Akhirnya.. Zul Ariffin Dedah Siapa Wanita Seksi Yang Dipeluknya
AKHIRNYA Zul Ariffin membuka mulut tentang isu kontroversi gambarnya yang tersebar sedang berpelukan erat bersama seorang wanita.
Selama ini, ramai peminat sememangnya tertanya-tanya siapakah gerangan wanita seksi berbaju hitam yang dipeluk mesra oleh Zul Ariffin tersebut.
Lebih-lebih lagi, pelakon Rindu Awak 200 Peratus ini sememangnya sedang digilai ramai wanita selepas lakonannya dalam drama tersebut mendapat perhatian.
Memetik laporan mStar Online, Zul mengakui bahawa dia sememangnya ada mengambil gambar bersama wanita tersebut ketika menjalani sesi penggambaran di Langkawi, baru-baru ini. Bagaimana pun dia menafikan mengenali wanita tersebut. “Ketika kejadian saya sedang menonton persembahan live band di sebuah kelab dan disapa oleh wanita berkenaan untuk mengambil gambar dan saya sekadar memenuhi permintaannya. “Selepas gambar itu tersebar saya sedar ia satu kesilapan besar kerana cara itu agak berlebihan sehingga menimbulkan salah faham di kalangan peminat,” katanya. Zul memberitahu perkara ini menjadi pengajaran kepadanya supaya lebih berhati-hati untuk bergambar bersama peminat wanitanya selepas ini. Bagaimana pun dia sudah terlebih dahulu menjelaskan perkara ini kepada kekasihnya, Gayatri dan ibunya. Pada masa sama, Zul menafikan dia berada dalam keadaan mabuk ketika itu. Baguslah Zul berani berterus terang, cuma harap-harap imej bersih terus dikekalkan. Maklumlah, mujur saja aksinya dalam gambar itu tidak terlalu hangat dipertikaikan hingga mencemar nama yang sedang melonjak naik. Kalau tidak, sayang sahaja populariti yang baru hendak mengangkat namanya sebagai hero idaman Malaya masa kini. - MYNEWSHUB.CC

PM Yakin Jokowi Bakal Eratkan Hubungan Kedua Negara Berjiran
JAKARTA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini yakin pentadbiran Indonesia yang kini dipimpin oleh Presiden baharu, Joko Widodo bakal mengeratkan lagi hubungan dua hala yang sedia terjalin antara Malaysia-Indonesia.
Bekas Gabenor Jakarta itu yang lebih popular dengan panggilan Jokowi di kalangan rakyat Indonesia, memulakan tugas hari pertamanya hari ini sebagai presiden ketujuh republik itu dalam satu istiadat di hadapan Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR), badan perundangan tertinggi negara itu, bagi memimpin negara berpenduduk 250 juta orang.
Joko mengambil alih kepimpinan daripada Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) yang menjadi Presiden sejak tahun 2004.
“Saya mengucapkan selamat kepada Presiden Joko dan juga Wakil Presiden Jusuf Kalla,” kata Perdana Menteri kepada media Indonesia sejurus selepas menghadiri upacara pelantikan Jokowi di Dewan MPR.
Memetik laporan media online Detiknews.com, Najib juga dilaporkan berkata bahawa Jokowi dan Jusuf sangat memahami pentingnya hubungan Malaysia dengan Indonesia.
“Saya berharap akan bekerjasama dengan Presiden baharu untuk mengukuhkan lagi hubungan bilateral Indonesia dan Malaysia.
“Kepada Bapak Jokowi, atas pelantikannya saya ucapkan selamat maju jaya,” kata Najib berdasarkan petikan laporan itu.
Turut mengangkat sumpah pelantikan jawatan di hadapan lebih 1,000 anggota MPR di sini ialah Jusuf Kalla sebagai Naib Presiden.
Terdahulu, Najib yang berada di sini atas jemputan peribadi daripada Jokowi, 53, bagi menghadiri majlis bersejarah Indonesia itu, dengan diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyertai kalangan 18 kenamaan asing dan sembilan ketua kerajaan pada upacara yang berlangsung selama dua jam itu.
Perdana Menteri juga diberi keistimewaan oleh republik itu sebagai kalangan ketua kerajaan asing pertama tiba di Istana Merdeka, kediaman rasmi Presiden membuat kunjungan hormat dan merakamkan ucapan tahniah bagi pihak rakyat dan kerajaan Malaysia kepada Jokowi yang baharu sahaja beberapa jam mengangkat sumpah sebagai Presiden.
Sempena lawatan rasmi ini, Perdana Menteri juga menerima kunjungan hormat Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry yang turut berada di sini, sejurus selepas tamat upacara itu.
Antara ketua negara yang turut hadir bagi menyaksikan upacara mengangkat sumpah itu ialah Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Australia Tony Abbott serta Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry.
Jokowi dan gandingannya Jusuf memenangi pilihan raya Presiden apabila memperoleh 70,990,832 undi atau 53.15 peratus daripada sejumlah 133,567,276 undi.
Calon lawannya Prabowo Subianto dan gandingannya Hatta Rajasa, yang turut hadir pada upacara hari ini, memperoleh 62,576,444 atau 46.85 peratus. – BERNAMA
TOP
Ada Bukti MAIS ‘Luluskan’ Program Sentuh Anjing?
Selepas seorang daripada penganjur program ‘I Want To Touch A Dog’ (IWTTAD) mengatakan bahawa program berkenaan mendapat kebenaran majlis agama dan masjid, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengeluarkan kenyataan berbeza.
Mufti Negeri Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid hari ini menafikan bahawa pihak MAIS meluluskan penganjuran program itu.
Beliau berkata MAIS tidak mengeluarkan sebarang surat kebenaran kepada penganjur tetapi kebenaran dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang mempunyai bidang kuasa memberi kebenaran penggunaan padang awam.
Bagaimanapun, seorang pengguna Facebook yang katanya mengikuti proses penganjuran program IWTTAD dari awal, mendedahkan satu surat daripada MAIS yang menunjukkan bukti kelulusan diberikan oleh organisasi berkenaan. Di bahagian atas, tertulis ‘Penganjur IWTTAD, untuk makluman, Selamat Maju Jaya’ disertakan dengan tandangan serta cop rasmi Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, dalam surat bertarikh 9 Oktober lepas itu.
Kalau dibaca daripada kata-kata, maksudnya MAIS sudah pun meluluskan program berkenaan. Tetapi bagi Mohd Tamyes, kenyataan yang diberikannya memang berbeza. “Tidak ada satu pun kebenaran untuk mengadakan program sentuh anjing. “Itu hanya dibuat individu tertentu atas inisiatif sendiri,” katanya dipetik daripada The Malaysian Insider (TMI). Mohd Tamyes turut menuntut MBPJ memberikan penjelasan mengapa kebenaran diberikan untuk penganjuran program seumpama itu dan beliau turut mempersoalkan matlamatnya. “Perlu ditanya apa justifikasi kerana pihak berkuasa tempatan yang berhak luluskan atau halang, bukan di bawah jabatan agama atau majlis agama,” katanya. Bagaimanapun, beliau mengalu-alukan tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). “Saya ucapkan tahniah kepada Jakim kerana campur tangan. Sekurang-kurangnya orang ramai sedar perkara ini (sentuh anjing) tidak digalakkan,” katanya. Sementara itu, seorang daripada penganjur mengatakan wakil MAIS sepatutnya hadir ke program berkenaan tetapi tidak muncul pada saat-saat akhir. – MYNEWSHUB

Keluarga Pelajar AF Berhabis RM35,000 Untuk Mengundi?
Alahai kesian pula kami mendengar kisah ibu bapa seorang peserta Akademi Fantasia yang sanggup berhabisan wang ringgit demi kerjaya anaknya dalam industri seni.
Terkejut juga mulanya mengetahui cerita tentang keluarga peserta ini yang dikatakan berbelanja kira-kira RM5,000 setiap minggu untuk mengundi anaknya agar kekal dan tidak menjadi pelajar tersingkir daripada AF.
Jika dikira-kira daripada minggu pertama hinggalah kini, bermakna mereka mungkin sudah menghabiskan sebanyak RM35,000. Hishhh.. banyak tu!
Iyelah mak ayah mana yang tak gembira nak lihat anak berjaya. Ye dak?
Selain berhabis wang ringgit, keluarga peserta ini juga dikatakan selalu mempromosi peserta tersebut kepada rakan-rakan agar mereka mengundi sama.
Tapi masalahnya, persembahan dan bakat peserta itu dikatakan hanya suam-suam kuku sahaja..
Maka bila hal ini berlaku, nasib pelajar-pelajar lain yang lebih berbakat terpaksa melalui penyingkiran gara-gara undian lebih rendah. Apa pun, inilah realitinya bila kejayaan peserta program hiburan diukur dengan nilai SMS. Sedikit sebanyak dah tentu ia menguntungkan peserta yang datang daripada keluarga kaya. Patutlah orang sering kata, siapa ada duit dialah paling berkuasa. Gitew! - MYNEWSHUB.CC

Gambar Bakal Ibu Yang Cantik Dan Menakjubkan
Melihat gambar perkahwinan yang mempunyai kesan ‘WOW’ dan berjaya menunjukkan semangat cinta antara pasangan sesuatu yang boleh dianggap biasa.
Namun, melihat gambar yang diambil dengan cantik bagi merakam kenangan semasa mengandung (maternity) boleh dikatakan agak jarang, kalau ada pun masih di tahap ‘biasa-biasa’ sahaja.
Sedangkan, fasa mengandung merupakan momen terindah dan memberikan pengalaman luar biasa kepada bakal ibu.
Begitu pun karya jurukamera, Adam Opris yang terbaru ini amat mempesonakan, malah gambar yang terhasil sememangnya seperti lukisan terindah.
Memang hasil bidikan jurukamera ini menghasilkan gambar yang luar biasa dan sangat cantik sekaligus memberi idea kepada ibu mengandung di luar sana jika ingin merakam momen berharga yang sedang dilalui sekarang. – MYNEWSHUB.CC

Padah Kenyataan Kontroversi, Ahli GERAKAN Digantung Keahlian
Ekoran kenyataan kontroversinya mengatakan rakyat Melayu di negara ini merupakan pendatang, seorang ahli parti GERAKAN daripada Johor, Tan Lai Soon telah digantung keahlian.
Laman portal Malaysiakini, melaporkan Ketua Pemuda GERAKAN Tan Keng Lian berkata, Lai Soon juga mesti memberikan sebab kenapa beliau tidak patut dipecat ekoran kenyataannya dalam Perhimpunan Perwakilan Nasional GERAKAN semalam.
Dalam ucapannya, dia mengingatkan pemimpin UMNO untuk tidak menggunakan istilah ‘pendatang’ terhadap bangsa lain kerana bangsa Melayu juga pendatang di negara ini.
Tan berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden GERAKAN Datuk Mah Siew Keong dalam majlis itu.
Sementara itu, Lai Soon yang dipetik portal The Rakyat Post telah memohon maaf di atas kenyataan berkenaan.
Menurutnya, ahli parti serta rakannya yang terdiri daripada orang Melayu telah menasihatkannya supaya memohon maaf dan menarik balik kata-katanya yang menyinggung perasaan itu.
Dia turut mengkritik ahli UMNO yang melabelkan kaum Cina dan India sebagai pendatang, sedangkan orang Melayu adalah pendatang dari Indonesia.
Katanya, hanya Orang Asli dan penduduk asal di Sabah serta Sarawak boleh dikategorikan sebagai penduduk asli negara ini.
Lain Soon berkata demikian pada Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-43, di Pusat Konvensyen Setia City, pada Ahad.
“Saya telah menulis surat kepada Ketua Setiausaha Gerakan, Liang Teck Meng untuk memohon maaf atas perkara ini, seperti dipetik The Rakyat Post.
Kenyataan Lai Soon sudah mendapat kecaman beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan ada di antara mereka sudah pun membuat laporan polis ke atas kenyataan yang dikeluarkannya.
NGO yang dikenali Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi berkenaan isu itu.
Naib Pengerusi PEMBELA Aminuddin Yahya mendesak Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mendakwa Lai Soon mengikut Akta Hasutan 1948. - MYNEWSHUB
TOP
Terlalu Asyik Bermain Sampai Kepala Sangkut Di Jeriji!
KEASYIKAN seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun bermain di jeriji rumahnya mengundang malang petang semalam, apabila kepalanya tersangkut hampir 20 minit.
Kanak-kanak itu yang tinggal di tingkat tiga kondominium di Selayang, di sini dikatakan memasukkan kepala ke celah jeriji itu sebelum gagal menarik keluar kepalanya.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2.20 petang semalam, memetik laporan Harian Metro.
Ahli keluarga mangsa yang panik kemudian segera menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang untuk meminta bantuan.
Jurucakap BBP Selayang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.28 petang dan tiba di lokasi kejadian pada jam 2.35 petang.
“Sebaik tiba, kami melihat kepala kanak-kanak itu tersepit di jeriji besi pintu rumahnya.
“Mangsa yang tersepit selama hampir 20 minit kemudian berjaya diselamatkan selepas anggota bomba menggunakan alat pemotong besi untuk memotong jeriji itu,” katanya. - MYNEWSHUB.CC
TOP
Linangan Air Mata Iringi Kejayaan Amil-Khairul
INCHEON – Linangan air mata mengiringi kejayaan pasangan atlet boling negara – Ahmad Amil Husin dan Mohd Khairul Ishak – selepas meraih pingat perak acara beregu campuran TPB8 + TPB8 pada Sukan Para Asia 2014, hari ini.
Pasangan itu yang mengumpul 1,662 jatuhan pin kelihatan sebak kerana tidak menyangka dengan kemenangan tersebut sebaik acara berkenaan berakhir di Gimnasium Anyang Hogye di sini.
Pingat emas acara itu milik pasangan tuan rumah, Kwon Min-Kyu dan Park Sang-Soo yang melakukan 1,896 jatuhan pin manakala gandingan Saaid Anuar dan Tay Leong Hock dari Singapura yang mencatat 1,582 jatuhan pin meraih gangsa.
“Kemenangan ini sangat beremosi kerana terlalu banyak cabaran terpaksa saya lalui untuk meraih kejayaan ini. Kami memang tidak menyasarkan meraih pingat tetapi hanya mahu melakukan terbaik buat diri sendiri dan negara,” kata Ahmad Amil.
Dia yang mula berpasangan dengan Mohd Khairul sejak Kejohanan Asia 2014 di Thailand Julai lalu, berharap kejayaan itu akan menjadikan mereka semakin mantap untuk meraih emas di Sukan Para ASEAN di Singapura, tahun depan.
Ahmad Amil, 51, yang menyertai acara perseorangan campuran TPB8 semalam, gagal meraih pingat apabila menduduki tempat keempat.
Mohd Khairul, 34, yang mula mencebur diri dalam sukan paralimpik sejak 2006 selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 2000 menyebabkan beliau hilang keupayaan berjalan, berkata pencapaian itu menjadi pembakar semangat untuk terus maju dalam sukan berkenaan.
“Saya sangat bersyukur, walaupun sudah tidak boleh berjalan selepas kemalangan, saya sekarang boleh mengharumkan nama negara dengan bersukan,” katanya yang pertama kali menyertai Sukan Para Asia.
Acara tenpin boling turut menyumbang satu gangsa kepada negara menerusi gandingan Wong Kee Soon-Abu Bakar Nyot yang melakukan 2,144 jatuhan pin dalam acara beregu campuran TBP9/10 dan TPB9/10.
Son Dae-Ho dan Lee Min-Su dari Korea Selatan meraih emas selepas mencatat 2,325 jatuhan pin manakala perak dimenangi Matias Samuel dan Chi Kim Ian dari Filipina yang melakukan 2,175 jatuhan pin.
“Memang agak kecewa kerana tidak mendapat pingat emas. Pada temasya di Guangzhou (2010), kami menang emas namun nasib tidak menyebelahi kami kali ini,” kata Abu Bakar. – BERNAMA
TOP
Sistem GST Malaysia Antara Terbaik Dunia
PETALING JAYA – Sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) Malaysia merupakan antara yang terbaik di dunia, kata Ketua Serantau Asia Pasifik, China KPMG, Lachlan Wolfers.
“Jabatan Kastam Diraja Malaysia membuat persiapan yang amat baik dan maklumat yang mereka sediakan untuk pembayar cukai adalah bertaraf dunia,” katanya kepada media pada Sidang Kemuncak Cukai KPMG Malaysia 2014 di sini hari ini.
“Mempunyai pengalaman dalam pelaksanaan GST di Australia, saya katakan Jabatan Kastam membuat persiapan yang amat baik, jika pun tidak lebih baik daripada apa yang saya lihat pada peringkat yang sama di Australia,” katanya.
Wolfers berkata cabaran di Australia ternyata sama dan terkandung dalam ungkapan yang mudah bahawa GST bukan hanya satu perubahan cukai, tetapi perubahan yang memberi kesan kepada perniagaan harian, dan bukan hanya pakar-pakar cukai sahaja yang perlu memahami sistem tersebut.
“Cabaran utamanya ialah ciri-ciri GST yang saling bergantungan, tidak cukup bagi syarikat menangani isu GST mereka sendiri, mereka perlu memahami bagaimana ia memberi kesan kepada pelanggan dan bekalan mereka.
“Mereka perlu memastikan aktiviti huluan dan hiliran mereka bersedia untuk GST dan sebab itu pendaftaran pada peringkat awal sangat penting,” kata Wolfers.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif – GST Initiative Indirect Tax Leader, Bob Kee bersetuju dengan Wolfers bahawa syarikat perlu memulakan pelaksanaan GST.
“Banyak perniagaan di Malaysia tidak memahami GST dengan baik dan bagi mereka yang menganggap memahaminya, mereka sering memandang ringan kesukaran yang terlibat,” kata Kee.
“Jika anda mengenepikan kesukaran teknikal GST, pelaksanaan sebenar boleh memakan masa dan memerlukan usaha.
“Terdapat banyak masa untuk membuat perubahan terhadap sistem, proses dan dokumen dan jika anda menangguhkannya lebih lama, tidak akan mempunyai masa yang cukup, berikutan pengalaman kami menunjukkan walaupun bagi perniagaan yang paling mudah, pelaksanaan GST boleh mengambil masa sehingga enam bulan,” kata Kee. – BERNAMA
TOP
Tingkat Kemahiran Tenaga Kerja Kunci Perkukuh Ekonomi Digital
BUSAN (Korea Selatan) – Cabaran utama dalam memacu pertumbuhan ekonomi digital bukan lagi membabitkan infrastruktur, tetapi pembangunan tenaga kerja negara dan keupayaan mereka memanfaatkan sepenuhnya infrastruktur berkenaan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau menegaskan perkara itu dalam ucapannya kepada perwakilan daripada 52 negara pada Mesyuarat Menteri-Menteri ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) 2014 Busan di Korea Selatan hari ini.
Katanya ekonomi digital telah mengubah pasaran buruh, dengan mewujudkan kerja baharu dalam ICT dan pada masa sama mengubah keperluan kemahiran dalam kerja bukan-ICT yang sedia ada.
“Kami sedar bahawa penembusan ICT, infrastruktur dan pembiayaan hanya sebahagian kecil cabaran-cabaran yang kita hadapi sekarang.
“Cabaran utama kami adalah memperkasakan sistem pendidikan kami dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja kami melalui latihan semula supaya mereka dapat terus menyumbang kepada ekonomi digital baharu ini,” katanya.
Ahmad Shabery berkata langkah seterusnya adalah bagaimana untuk belajar daripada pihak lain mengenai intervensi kerajaan dan peraturan.
Katanya sektor ICT akan menyumbang 17 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menjelang 2020, khususnya dalam bidang perkhidmatan ICT, e-perdagangan, pembuatan ICT, perdagangan ICT serta kandungan dan media.
Mesyuarat Menteri-Menteri ICT Busan diadakan sebelum perasmian Persidangan Ke-19 Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), bertema ‘Peranan ICT Pada Masa Depan – Pembangunan Mampan Dengan ICT Inklusif”.
Mengambil perhatian bahawa maklumat merupakan alat untuk mengurangkan ketidakpastian, Ahmad Shabery berkata dalam dunia yang kini mempunyai jaringan hubungan yang luas, masih terdapat banyak ketidakpastian.
“Kita berdepan ancaman siber, kadang kala dalam bentuk serangan terhadap rangkaian kita yang lemah. Kadang kala kita menyaksikan ICT digunakan untuk tujuan memecah-belahkan jaringan sosial atau tindakan pihak tiada negara untuk meruntuhkan negara yang sah,” katanya.
Beliau percaya mesyuarat itu dan platform lain pada masa depan akan menyediakan garis panduan kepada semua peserta, bukan sahaja dari segi memacu pertumbuhan ekonomi tetapi juga mengelakkan kemungkinan impak negatif daripada jaringan hubungan luas di dunia yang disediakan ICT.
Ketika ditemui selepas mesyuarat itu, Ahmad Shabery berkata Malaysia tidak bersendirian dalam mendepani cabaran berkenaan.
Di seluruh dunia, katanya, kerajaan, pengawal dan industri turut memberi perhatian terhadap usaha bagaimana untuk menggalakkan dan mempromosikan pertumbuhan ICT, keterangkuman, inovasi mampan dan keselamatan.
“Kami akan meneruskan usaha kami untuk merapatkan jurang digital, memperkasakan warganegara kami dan membuka peluang-peluang baharu untuk meningkatkan taraf kehidupan menerusi ICT.
“Kami juga akan fokus terhadap pembangunan modal insan kami, melindungi kedaulatan infrastruktur negara kami dan memastikan pengunaan teknologi secara selamat,” kata Ahmad Shabery yang mengetuai delegasi Malaysia pada Persidangan ITU yang bermula Isnin.
Pada majlis makan malam yang diadakan sempena mesyuarat itu, Malaysia diberikan penghormatan untuk berucap mewakili 52 negara dan menyampaikan perutusan tahniah kepada tuan rumah. – BERNAMA
TOP
Jumlah Kes Ragut Di Kelantan Meningkat
GAMBAR HIASAN
KOTA BHARU – Jumlah kes ragut di Kelantan mencatat peningkatan tahun ini apabila 56 kes dilaporkan sejak Januari hingga September berbanding 43 kes sepanjang tahun lepas. Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Rosli Abdul Rahman berkata, daripada jumlah itu, polis menyelesaikan 16 kes dan menahan 12 individu. “Bagi sepanjang tahun lepas, polis menahan 21 individu dan menyelesaikan 26 kes ragut di negeri ini,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini. Rosli berkata, individu yang ditahan itu berumur antara 18 dan 30 tahun, kebanyakannya penagih dadah. Beliau berkata, daerah Pasir Mas mencatat bilangan kes ragut tertinggi di negeri ini membabitkan 15 kes diikuti Kota Baharu (9) dan Tumpat (8). Rosli berkata, berdasarkan siasatan, beberapa kawasan didapati menjadi tumpuan utama berlakunya kes ragut dan polis sedang memantau kawasan berkenaan di samping menasihati orang ramai supaya lebih berwaspada. “Kes yang berlaku di kawasan utama berikutan tidak mempunyai ciri keselamatan seperti tiada kamera litar tertutup (CCTV), tidak mempunyai lampu dan kawasan yang tidak mempunyai penghadang jalan,” katanya. Beliau menasihati golongan wanita supaya lebih berhati-hati dan jangan memakai barangan kemas keterlaluan kerana ia boleh menarik perhatian penjenayah. – BERNAMA

GST Mungkin Tidak Naikkan Kadar Inflasi
KUALA LUMPUR – Ada kemungkinan kadar inflasi tidak meningkat apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan tahun depan berdasarkan senarai panjang barangan berkadar sifar dan dikecualikan GST, kata seorang perunding percukaian.
Ketua Percukaian Cukai Tidak Langsung Deloitte Touche Tohmatsu Tax Services Sdn Bhd, Robert Tsang, berkata senarai berkenaan akan memberikan pengguna dan perniagaan banyak pilihan yang membolehkan mereka berjimat-cermat dalam perbelanjaan harian.
“Tidak ada kepastian bahawa GST akan menyebabkan harga naik, namun kita perlu tunggu untuk melihat tindak balas peniaga terhadap regim percukaian itu.
“Pengguna dan peniaga sudah pasti akan berhati-hati ketika membeli barang dan perkhidmatan yang dikenakan GST dan menghadapinya secara berhemah,” katanya di luar Seminar TaxMax Deloitte di sini hari ini.
Beliau berkata Akta Anti-Pencatutan juga akan membantu mengawal harga dan memastikan peniaga tidak menaikkan harga sesuka hati selepas pelaksanaan GST.
Pengarah Cukai Deloitte Tax Services Sdn Bhd, Bruce Hamilton berkata pengguna akan menggunakan media sosial sepenuhnya untuk menghebahkan peniaga melampau yang tidak beretika.
“Ini akan memberikan satu gambaran negatif terhadap sesuatu perniagaan, jadi mereka akan serik untuk menaikkan harga secara berlebihan.
“Kini terlalu mudah menyebarkan maklumat kepada orang ramai berbanding 10 atau 15 tahun lalu. Ini satu isu penting yang peniaga perlu sedar,” katanya.
Kira-kira 400 peserta menghadiri seminar bajet tahunan Deloitte Touche Tohmatsu yang membincangkan Bajet 2015 yang menjejas pengguna dan peniaga. – BERNAMA
TOP
Yang Di-Pertuan Agong Bangga Kejayaan UPNM
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah melahirkan rasa bangga baginda terhadap kejayaan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang menawarkan program baharu tahun ini.
Program itu adalah Sarjana Keselamatan Siber di Malaysia dan Sarjana Kejuruteraan Aeronautika.
Tuanku Abdul Halim bertitah baginda dimaklumkan UPNM bakal menawarkan beberapa program baharu bertunjangkan bidang pertahanan dan keselamatan pada masa akan datang.
“Cita-cita Beta adalah untuk melihat UPNM menjadi sebuah universiti terunggul di mana pembelajaran dan pembinaan modal insan yang diterapkan kepada mahasiswa mempunyai kualti yang tinggi.
“Alhamdulillah, hal yang demikian sudah mula menampakkan hasil positif apabila graduan UPNM kini semakin menjadi rebutan dalam sektor pekerjaan awam dan swasta,” titah baginda.
Teks titah ucapan Tuanku Abdul Halim dibacakan Tunku Panglima Besar Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim, yang juga Pro Canselor UPNM pada Istiadat Konvokesyen ke-5 UPNM di sini, hari ini.
Seri Paduka baginda bertitah baginda mahu UPNM menjadi sebuah universiti yang disegani dalam negara dan mampu bersaing dengan universiti lain di persada antarabangsa.
“UPNM adalah satu-satunya universiti di negara ini yang kesemua mahasiswanya terlibat dengan latihan ketenteraan. Selain daripada pegawai kadet Angkatan Tentera Malaysia, bermula tahun lepas kesemua mahasiswa awam di UPNM diwajibkan mendaftar sebagai anggota pasukan latihan pegawai simpanan,” titah baginda.
Pada majlis hari ini, 245 graduan menerima ijazah mereka terdiri daripada lapan graduan doktor falsafah, 10 graduan peringkat sarjana, 107 graduan pegawai kadet dan 120 graduan awam.
Pada majlis itu, universiti berkenaan turut menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Sumber) kepada bekas Panglima Tentera Darat Jen (B) Tan Sri Mohd Sany Abdul Ghaffar dan Ijazah Kehormat Sarjana (Sains dan Teknologi Maritim) kepada bekas Panglima Tentera Laut Laksamana Muda (B) Tan Sri K. Thanabalasingam.
Sementara itu, penerima pingat emas Canselor kerana pencapaian cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum, Pegawai Kadet Farah Khairunnisa Arif menyifatkan anugerah itu terlalu istimewa dan sebagai hadiah kepada ibu bapa serta tenaga pengajarnya.
Anak kelahiran Perlis berusia 23 tahun itu berkata beliau akan menyambung kerjaya bersama Angkatan Tentera Darat untuk menyumbang kepakaran beliau dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik.
Penerima Anugerah Pelajaran Diraja, Pegawai Kadet Muhammad Aimaan Mastahir, 22, berkata kesungguhan untuk belajar merupakan rahsia kejayaan beliau dalam jurusan yang diambil iaitu Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Cerdas).
Beliau tidak menyangka akan menerima anugerah tersebut dan berharap akan menjadi contoh kepada dua adik serta sahabatnya yang lain. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment