TOP
Hishammuddin Nafi Jadi ‘Kabel’ Adik Dapat Kontrak Label Keselamatan, Rokok RM77 juta
Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan membantu adiknya, Datuk Haris Onn, mendapatkan kontrak mencetak label keselamatan rokok dan minuman keras daripada Putrajaya bernilai RM77 juta.
Menteri Pertahanan itu berkata, beliau tidak tahu mengenai adiknya memperoleh kontrak berkenaan dan meminta Haris menjelaskan sendiri bagaimana syarikatnya, Lembah Sari Sdn Bhd memperoleh kontrak itu.
"Saya tidak tahu dan tidak ada kaitan dengan apa yang adik saya lakukan.
"Jika ada perkara yang tidak kena, saya minta dia jawab," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Naib presiden Umno itu berkata, beliau terbuka sekiranya pihak berkuasa hendak menyiasat perkara itu dan tidak akan mempertahankan Haris jika didapati wujud unsur salah laku.
"Saya tidak akan mempertahankannya jika dia salah. Biar dia jawab. Dia takkan dapat perlindungan daripada saya," katanya.
Beliau menafikan wujud konflik kepentingan dalam perkara itu kerana adiknya tidak memperoleh kontrak itu daripada kementerian di bawah portfolionya.
Pada masa sama, beliau tidak menghalang jika Haris memperoleh kontrak itu daripada kementerian lain.
"Menjadi prinsip saya tidak memberikan kontrak kepada keluarga dari semasa portfolio saya terdahulu pun, sebab ada kepentingan konflik.
"Kementerian lain saya tidak halang. Kalau salah, biar dia jawab," katanya.
DAP semalam mempersoalkan kewajaran Haris menerima kontrak mencetak label keselamatan rokok dan minuman keras bernilai RM77 juta.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua bertanya sama ada syarikat miliknya menawarkan harga paling rendah sehingga berjaya menerima kontrak berkenaan.
"Adakah syarikat ini saja yang ada kepakaran dalam bidang ini, atau mereka saja yang menawarkan kontrak paling rendah?" soalnya, memetik berita mengenainya yang dilaporkan akhbar The Edge pada 12 September. – 16 Oktober, 2014, The Malaysia Insider
TOP
Apple secara tak sengaja terdedah rahsia iPad Mini 3
KUALA LUMPUR: Apple Inc. (AAPL) didakwa secara tidak sengaja mendedahkan ciri dan keperincian terbaru iPad mini 3 nya sebelum tarikh rasmi pengumuman tablet itu.
Imej-imej iPad, iPad Air 2 dan iPad mini 3 diungkap di laman sesawang iTunes pada hari Rabu, sehari sebelum pelancarannya. Kesilapan ini merupakan sesuatu yang mengejutkan bagi penggemar Apple kerana gergasi teknologi dan komunikasi ini amat terkenal dengan sifat berahsia dan misteri dalam mengumumkan keperincian dan wajah produknya. Imej-imej itu menunjukkan versi terbaru panduan pengguna Apple untuk iOS 8. Selain daripada sensor jari ataupun TouchID yang ada pada iPhone, rekacipta bentuk dan fizikal terbaru tablet-tabletnya tidak mempunyai banyak perubahan seperti sebelumnya. Namun, imej-imej yang ditemui oleh sebuah laman sesawang berita teknologi, 9to5Mac itu yang kemudiannya diturunkan, tidak menunjukkan matlumat lengkap dan menyeluruh. Apple dijangka membuat pengumuman rasmi produk terbarunya itu bersama pengumuman rasmi tarikh pengeluarannya di sidang media pada Khamis bersama Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tim Cook di ibu pejabat Apple di Cupertino, California. - Astro Awani

Harga Minyak Mentah Dunia Terus Jatuh.
NEW YORK: Harga minyak mentah dunia jatuh lagi pada Rabu di tengah-tengah kebimbangan kemungkinan perkembangan ekonomi dunia yang perlahan sekaligus mengurangkan permintaan terhadap bahan bakar itu dan wujudnya lebihan di pasaran.
Petunjuk harga Amerika Syarikat* West Texas Intermediate* menyaksikan kejatuhan 6 sen kepada USD81.78 (RM267.40) setong untuk bulan November dalam dagangan di New York Mercantile Exchange, paras terendah sejak Jun 2012.
Petunjuk harga minyak Eropah, Brent menyaksikan kejatuhan USD1.22 (RM3.90) kepada USD83.78 (RM268) setong dalam dagangan di London.
Kerugian dilihat rendah berbanding hari sebelumnya yang menyaksikan kejatuhan hampir lima peratus selepas Agensi Tenaga Antarabangsa mengubah unjuran permintaan minyak dunia.
Harga minyak di Amerika di Amerika Syarikat telah jatuh hampir 24 peratus sejak pertengahan Jun.
Sejak beberapa hari lalu, harga minyak dunia menyaksikan aliran menurun selepas negara-negara kuasa ekonomi dunia seperti China dan negara-negara Eropah mengubah unjuran pertumbuhan kepada paras lebih rendah.
Ia diburukkan lagi dengan berita negara pengeluar minyak Arab Saudi dan OPEC melahirkan pendirian tidak akan menyekat pengeluaran meskipun harga minyak jatuh.-siakapkeli
TOP
Lelaki Temui Bangkai Tikus Dalam Cawan Kopi
SEORANG lelaki tidak menyangka akan menemui bangkai anak tikus di dalam cawan kopi selepas habis menghirup air tersebut yang dibeli dari sebuah restoran makanan segera.
Ron Morais dari Frederiction, Kanada, berkata, anak tikus itu hanya ditemui selepas dia selesai minum kopi tersebut.
“Ketika mula minum, saya menggunakan penutup cawan, tetapi ketika buka penutup itu untuk menghirupnya sehingga habis, saya menemui anak tikus,” katanya kepada BBC.
Ron mendakwa, dia kecewa dengan perkhidmatan restoran makanan segera yang terdapat di seluruh dunia itu kerana menyajikan minuman tersebut.
Sementara itu, ibu pejabat rangkaian restoran makanan segera itu telah memulakan siasatan terhadap dakwaan berkenaan.
“Kita akan meneruskan siasatan sehingga mengetahui kebenaran dakwaan tersebut, selain mengambil sampel bukti,” jelasnya.-siakapkeli
TOP
RM26.8j Untuk Baiki Stadium T’ganu Yang Bermasalah
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu akan membaiki Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh lima tahun yang lalu dengan kos sebanyak RM26.8 juta, melibatkan 14 kontraktor.
Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pembaikan melibatkan tempat duduk penonton, lif, surau, kemudahan asas, sistem elektrik dan mekanikal.
“Kita perlu menambah baik stadium memandangkan ia telah lama terbiar. Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu memastikan bahawa kontraktor yang dilantik adalah kompeten.
“Kerja-kerja perlu diagihkan kepada beberapa kontraktor yang mampu dan pakar dalam bidang masing-masing.
“Kontraktor yang tidak kompeten dan tidak berpengalaman tidak akan diupah kerana kami tidak mahu kejadian itu berulang,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri oleh Pengarah JKR negeri, Datuk Shafie Mohamad.
Ahmad Razif berkata JKR telah memberi jaminan bahawa stadium itu boleh digunakan pada bulan Januari sebagai persiapan menjadi tuan rumah perlawanan bola sepak Piala FA dengan kapasiti 35,000 penonton.
Beliau berkata disebabkan pembaikan tidak akan melibatkan bahagian bumbung dan lampu, perlawanan hanya dapat diadakan pada waktu siang.
“JKR telah berjanji semua kerja-kerja pembaikan di stadium akan siap pada Jun tahun depan. Meskipun demikian kami sedang mencari formula untuk memperbaiki lampu dan bumbung stadium selepas ini,” katanya.
Stadium ini telah siap pada tahun 2008 untuk menjadi tuan rumah Sukan Malaysia. Ia runtuh pada 2 Jun 2009, setahun selepas ia digunakan. – mStar Online
TOP
Bayi lelaki ditemui di surau
SHAH ALAM: Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui di Surau Mawaddah, Seksyen 7, awal pagi tadi.
Kejadian disedari penduduk yang sedang mengadakan program Qiamullail di surau berkenaan selepas terdengar suara bayi menangis.
Sumber berkata, penduduk kemudian keluar dan menemui bayi itu di kaki lima surau terbabit .
"Penduduk itu kemudian melaporkan kepada pihak berkuasa dan bayi terbabit dibawa ke hospital," katanya.-siakapkeli
TOP
Dibogelkan Penyamun Pakai Topeng Ultraman
Gambar hiasan
Kuala Lumpur: Tidak hanya diacu pistol malah seorang lelaki turut dibogelkan oleh sekumpulan empat perompak yang muncul dengan memakai topeng watak animasi Ultraman. Suspek membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita sebelum itu bertindak menceroboh kediaman mangsa di Brickfields, di sini, sekitar jam 4 pagi kelmarin. Sumber polis berkata, mangsa berusia 30-an yang ketika itu berada di ruang tamu terkejut apabila diserang suspek bertopeng yang menyerbu masuk melalui pintu hadapan kediaman. Menurutnya, suspek mengacukan pistol dan mengarahkan mangsa berdiam diri. "Mangsa yang sebelum itu sedang melayari Internet dipaksa memindahkan wang tunai ke dalam akaun diberikan suspek. "Bagaimanapun mangsa enggan akur dengan arahan itu menyebabkan suspek yang berang mengarahkan mangsa membuka baju dan seluar," katanya. Menurutnya, suspek kemudian merakam gambar dan video bogel mangsa. "Penjenayah mengugut menyebar video itu ke laman sesawang jika mangsa terus berdegil enggan menyerahkan wang diminta. "Suspek memberi tempoh sehingga jam 7 pagi kepada mangsa supaya memindahkan wang diminta ke dalam akaun bank suspek," katanya. Difahamkan suspek terus beredar dari kediaman itu tanpa mencederakan mangsa. "Bimbang dengan kejadian itu, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields di sini, untuk tindakan lanjut," katanya. - myMetro online

Ahmad Maslan: Jika Dicukai Terlalu Banyak, Orang Kaya akan Tinggalkan Malaysia
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mempertahankan orang kaya daripada dikenakan cukai terlalu banyak kerana bimbang golongan tersebut akan berpindah keluar dari Malaysia.
Bercakap semasa wawancara mengenai Bajet 2015 di Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam tadi, ahli Parlimen Pontian itu berkata, cadangan Pakatan Rakyat (PR) untuk mengenakan Cukai Warisan Harta sebagai tidak masuk akal.
"Berapa banyak cukai yang hendak dikenakan kepada orang kaya? Cukai SST mahu dikenakan, cukai syarikat, cukai CGT dan apabila mereka mati pun mereka masih perlu membayar cukai iaitu cukai warisan harta.
"Jadi apa yang tinggal untuk mereka dan apa nak diberi pada anak mereka? Kita tidak mahu sekiranya dikenakan terlalu banyak cukai maka akan menyebabkan golongan kaya keluar dari negara," katanya.
Beliau mengulas cadangan Belanjawan PR yang mahu memperkenalkan Cukai Keuntungan Modal bagi Ekuiti (CGT) dan Cukai Warisan Harta sebagai alternatif kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Ahmad turut menolak dakwaan PR iaitu tiada masalah bagi negara mengenakan dua cukai tersebut kerana ia banyak diamalkan di negara maju.
Beliau berkata, dua cukai dicadangkan PR hanya boleh dilaksanakan di negara maju dan bukannya Malaysia yang masih belum mencapai status tersebut.
"Kena ingat kita bukan negara maju tapi kita menuju negara maju," katanya.
Ahmad bagaimanapun mengakui tidak mustahil untuk Malaysia melaksanakan sistem dua cukai dicadangkan PR sekiranya sudah mencapai status negara maju.
Sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2015 Jumaat lalu, PR mencadangkan pelaksanaan CGT dan Cukai Warisan Harta sebagai alternatif kepada GST dalam Belanjawan 2015 mereka.
Menurut PR, dua cukai tersebut hanya disasarkan kepada golongan kaya saja berbanding GST yang lebih menyeluruh termasuk kepada golongan berpendapatan rendah.
Pengarah Strategi DAP Ong Kian Ming berkata, dengan pelaksanaan dua cukai tersebut beban golongan berpendapatan rendah dapat dikurangkan.
“Pengenalan cukai alternatif ini berbeza daripada GST yang akan dikenakan secara menyeluruh dan menekan golongan berpendapatan rendah,” katanya.
Ahli Parlimen Serdang itu berkata, dengan pengenalan cukai tersebut PR menjangkakan sebanyak RM3 bilion dapat dikutip pada tahun pertama.
PR menolak alasan pengenalan CGT akan merencatkan pelaburan, memandangkan semua negara Eropah menganggotai Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) melaksanakan CGT.
Berhubung Cukai Warisan Harta, PR melihat Malaysia tidak mempunyai sebarang bentuk cukai bagi keuntungan hasil daripada perwarisan harta di kalangan golongan kaya.
Cadangan PR ini berdasarkan kepada keupayaan United Kingdom (UK) memungut 2.7 bilion pound sterling (RM14 bilion) daripada Cukai Warisan Harta pada 2011.
PR yakin pelaksanaan Cukai Warisan Harta juga boleh memungut cukai yang tinggi, kata Ong. – 16 Oktober, 2014. - The Malaysian Insider
TOP
Gafim Tiada Niat Boikot Finas Anjur FFM 26
PETALING JAYA – Presiden, Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Jurey Latiff Rosli berkata pihaknya tiada niat untuk memusuhi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) ataupun memboikot penganjuran Festival Filem Malaysia ke 26 (FFM 26) yang bakal berlangsung pada 1 November depan.
Malah Jurey berkata, Gafim juga keliru dengan kenyataan pihak Finas yang mendakwa persatuan seni bersikap dingin untuk memberikan kerjasama dalam menjayakan penganjuran acara tersebut.
“Sebenarnya sejak awal tiada sebarang perbincangan dibuat oleh Finas dengan Gafim untuk menentukan lokasi, tarikh, calon dan perkara penting lain berkaitan FFM 26. Mereka lebih tahu apa sebenarnya yang terjadi dan jawapan ada pada tangan mereka,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Rabu.
Terdahulu, Pengarah projek FFM 26, Mohd Zulkifli Ab. Wahab meluahkan rasa kesal terhadap persatuan-persatuan seni di negara ini yang bersikap dingin untuk memberikan kerjasama dalam menjayakan acara tahunan festival itu.
Zulkifli yang juga Pengarah Pembangunan Industri Finas berkata, sepatutnya 15 persatuan seni termasuk yang bergabung bawah Gafim memberi kerjasama dalam melakukan persiapan FFM 26 tetapi hanya beberapa sahaja yang terlibat.
FFM 26 akan diadakan di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban, Negeri Sembilan.
Ia bakal disiarkan menerusi saluran Astro Ria pada pukul 8.30 malam.
Tambah Jurey, pihaknya sentiasa memberi sokongan terhadap apa juga tindakan Finas yang ingin menganjurkan FFM 26 tanpa campur tangan Gafim seperti mana tahun-tahun sebelumnya.
“Gafim ditubuhkan untuk menganjurkan FFM tetapi apabila Finas mengambil keputusan untuk menganjurkan tanpa Gafim pada tahun ini, kami tetap beri sokongan kerana festival ini diadakan untuk meraikan industri perfileman negara.
“Saya mewakili Gafim ingin mengucapkan tahniah kepada Finas kerana akhirnya berjaya menetapkan tarikh dan lokasi FFM26 yang sudah beberapa kali tertangguh,” ujarnya.
Mengulas mengenai ketidakhadiran wakil Gafim pada sidang media yang berlangsung di Hotel Empire, Subang Jaya pada Selasa lalu itu Jurey berkata, ia disebabkan pertukaran hari dan waktu sidang media tersebut pada saat-saat akhir yang menyukarkan pihaknya untuk hadir.
“Sidang media itu sepatutnya berlangsung pada Jumaat lalu namun pada saat-saat akhir ia dibatalkan. Kelewatan pemberitahuan itu menyebabkan saya tidak dapat menukar jadual bagi menghadiri sidang media berkenaan,” ujarnya.
Selain Presidan Gafim, Jurey juga memegang jawatan sebagai Presiden, Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM). - mStar Online
TOP
Luiz Suarez Dinobat Penjaring Terbanyak Eropah
BARCELONA – Luis Suarez menerima anugerah Kasut Emas selaku penjaring terbanyak di Eropah musim lalu yang disampaikan bekas pengurus Liverpool, Kenny Dalglish – insan yang bertanggungjawab membawanya ke Anfield pada 2011, semalam.
Penyerang Barcelona dan Uruguay itu menjaringkan 31 gol ketika membantu The Reds menghuni kedudukan kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.
Pemain berusia 27 tahun itu berkongsi anugerah bersama bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo yang menamatkan kempen dengan jumlah jaringan sama.
“Saya mahu berterima kasih kepada semua orang yang penting dalam hidup saya, isteri dan anak-anak,” kata Suarez yang bakal menamatkan penggantungan empat bulan perlawanan kerana menggigit pemain lawan ketika Piala Dunia dengan menentang Real Madrid, minggu depan.
“Sudah tentu semua orang yang berada di Liverpool, semua rakan saya, bukan saja tahun lalu namun sepanjang tiga tahun setengah saya berada di kelab itu.
“Ia adalah tahun yang menakjubkan dan terima kasih kepada lelaki di sini (Dalglish) kerana mengambil saya kerana mereka menyedari saya.
“Kini saya berada di tahap yang baru dan saya perlu menikmati tahap seterusnya dalam hidup saya. Ia adalah impian jadi kenyataan,” katanya.
Dalglish ketika ditanya bagaimana Suarez mampu menyesuaikan diri dengan suasana di Nou Camp membalas: “Saya tidak fikir ada sesiapapun mampu menghalangnya.
“Dia beraksi dengan menakjubkan di mana saja dia berada, kejayaan yang besar dan amat menghiburkan. Tiada sebarang alasan dia tidak dapat meneruskannya di Barcelona.
“Jika dia berdepan masalah, saya pasti kami boleh membawanya pulang sebagai pinjaman,” kata Dalglish.
Suarez turut menyifatkan dia kini sudah bersedia menjelang pertembungan menentang Real selepas mengharungi dua perlawanan persahabatan antarabangsa.
“Jika kamu bertanya kepada saya seminggu lalu, sebelum permainan bersama Uruguay, saya mungkin masih ragu-ragu. Namun saya sudah bermain dalam dua perlawanan dan saya mungkin berada dalam keadaan yang lebih baik daripada saya sangkakan.
“Jadi saya fikir saya boleh berkata ya, 100 peratus, saya bersedia untuk bermain,” katanya. – AFP
TOP
Pengantin Baru Mati 3 Jam Lepas Kahwin
Keadaan pikap yang dinaiki Bloomfield selepas kemalangan.
Ohio (Amerika Syarikat) – Seorang pengantin lelaki terbunuh pada hari perkahwinannya selepas lori pikap yang membawanya terbabas. Andrew Bloomfield, 27, dan rakannya Elizabeth Shelton, 26, maut dalam kejadian berkenaan manakala isteri Bloomfield, Ruth Driskill, 37, dan pemandu, Timothy Tebbe, parah. Syerif Michael R Hetzel berkata, pemandunya berkemungkinan mabuk ketika kejadian namun perkara itu masih belum dapat disahkan. Menurutnya, empat rakan berkenaan dalam perjalanan ke majlis resepsi sempena perkahwinan itu tidak jauh dari rumah Tebbe. Malangnya, Tebbe hilang kawalan kenderaannya dan terbabas sebelum melanggar tebing jalan serta tiang telefon dan bergolek beberapa kali. Menurut penyiasat, semua mangsa didapati tidak menggunakan tali pinggang keledar. Ruth dan Tebbe terpaksa dikeluarkan daripada kenderaan yang remuk teruk sebelum dibawa ke hospital. Elizabeth mati serta-merta manakala Bloomfield disahkan mati di hospital. Rakan Bloomfield, Jessica Lehner berkata, kejadian itu berlaku hanya tiga jam selepas majlis perkahwinan dilangsungkan. – Agensi

Elak Dibelasah Suami, Ibu Dan Anak Nekad Terjun Apartment
Sharjah (Emiriyyah Arab bersatu) – Seorang wanita bersama ibu dan anak perempuannya cedera selepas nekad terjun dari tingkat dua apartmen mereka untuk menyelamatkan diri dari dibelasah suaminya yang kejam.
Ketiga-tiganya memberitahu polis lelaki itu mengunci mereka di dalam kediaman itu dan memukul mereka selama dua hari sebelum mereka berjaya memecahkan tingkap dan melarikan diri melalui balkoni rumah itu.
Akhbar Emarat Al Youm melaporkan, tiga mangsa itu dibawa ke Hospital Al Qassimi untuk rawatan manakala polis memburu lelaki terbabit yang sudah menghilangkan diri.
“Si isteri mengadu kepada polis bahawa suaminya memukul mereka bertiga kerana pasangan berkenaan mengalami masalah rumah tangga,” lapor akhbar berkenaan.
Bagaimanapun, kewarganegaraan dan usia tiga mangsa itu tidak dinyatakan. – Agensi
TOP
Obama Batal Program Hari Ini, Tumpu Kes Ebola
PRESIDEN Amerika Syarikat, Barack Obama membatalkan lawatan ke Rhode Island dan New York untuk memberi tumpuan kepada kes Ebola di negara itu. - Foto REUTERS
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama membatalkan lawatan ke Rhode Island dan New York hari ini untuk memberi tumpuan kepada tindakan pentadbirannya terhadap kes Ebola di negara itu. Jurucakap Rumah Putih berkata, Obama bercadang menyentuh mengenai ekonomi ketika berucap di Rhode Island dan melancarkan kutipan sumbangan untuk parti Demokrat di New York tetapi membatalkan rancangannya bagi hari kedua berikutan kebimbangan orang ramai berhubung virus berkenaan selepas orang kedua dikesan menghidap Ebola. – REUTERS

Iklan Payudara Penyebab 500 Kemalangan Dalam Masa 24 Jam
Moscow - Satu iklan yang menunjukkan seorang perempuan sedang memegang payudara dengan tangan dikatakan penyabab 500 kemalangan yang berlaku dalam masa sehari.
Iklan yang sama diletakkan pada 30 lori itu bagaimanapun tidak mempamerkan puting payudara tersebut kerana telah ditapis menggunakan garisan biru.
Pengguna jalan raya yang tidak senang dengan iklan itu telah membuat laporan polis bagi membuang iklan tersebut dari jalan-jalan di Moscow.
Seorang penunggang motor, Ildar Yuriev, 35 berkata, "Saya sedang dalam perjalanan ke perjumpaan bisnes dan ternampak satu gambar payudara yang besar tertampal di bahagian tepi lori". "Kemudian saya dilanggar oleh sebuah kereta dari belakang yang mengatakan fokusnya lari apabila ternampak lori tersebut.", tambahnya lagi. Syarikat pengiklanan yang terbabit dalam isu ini, Sarafan Advertising Agency berkata mereka terjejas kemalangan disebabkan gambar itu akan diberikan wang pampasan sekiranya tidak dibayar oleh insuran mereka. - SiakapKeli.com

Kumpulan Abu Sayyaf Disyaki Tembak Bot Nelayan
KOTA KINABALU – Kumpulan lelaki bersenjata yang mempunyai kaitan dengan Abu Sayyaf mungkin menjadi dalang di sebalik kejadian tembak bot menangkap ikan Sabah di perairan utara Kudat dan Filipina.
Dua daripada 10 anak kapal warga Vietnam cedera ditembak ketika cuba mengelak dan melarikan diri ke arah Sabah dalam kejadian pada pukul 9 pagi Selasa, kira-kira 22 batu nautika timur Pulau Banggi.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kedua-dua lelaki yang cedera, Nguyen Nain Len, 47, dan Huynh Thanh Tuan, 33, telah pulih daripada kecederaan di bahagian lutut dan rusuk akibat terkena peluru di Hospital Queen Elizabeth 2 selepas mereka tiba di jeti polis marin di sini kira-kira pukul 9.30 pagi Rabu.
Anak-anak kapal Vietnam berjaya melarikan diri ke Pulau Sepanggar di luar bandar di sini dan telah diselamatkan oleh polis marin sehari kemudian.
Jalaluddin berkata, mereka telah memberitahu Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom) dan mengambil langkah berhaga-jaga sepenuhnya di sekitar Pulau Banggi.
Sumber risikan Filipina berkata mereka sedang melihat kemungkinan kumpulan Abu Sayyaf berada di belakangnya kejadian ini.
Antara kecurigaan yang timbul termasuklah lelaki bersenjata yang mempunyai kaitan dengan Abu Sayyaf mungkin bergerak ke utara untuk mencari mangsa tebusan kerena keselamatan yang ketat dan perintah berkurung di kawasan timur Sabah.
Pegawai Filipina telah mengambil perhatian terhadap trend itu sejak penculikan pasangan Jerman, Henrite Dielen dan Dr Stefan Viktor Okonek, 25 April lalu berhampiran pulau Filipina selatan Palawan (utara Pulau Banggi).
Pasangan itu telah diculik oleh lelaki bersenjata yang berpangkalan di Tawi Tawi dan bergerak ke utara setelah mereka gagal melepasi pasukan keselamatan Malaysia.
Pasangan itu telah diserahkan kepada militan al-Qaeda, yang mengancam untuk memenggal kepala Dr Okonek pada pukul 3 petang 17 Oktober jika tuntutan mereka untuk tebusan, pengunduran tentera AS di Syria dan Iraq, serta panggilan terhadap kerajaan Filipina untuk menyokong gabungan global IS tidak dipenuhi.
Dua rakyat Malaysia, Konstabel Zakiah Aleip, 26, dan penternak ikan Chan Sai Chuin, 32, masih ditahan sebagai tebusan oleh kumpulan berkaitan Abu Sayyaf. – mStar Online
TOP
Penjual Burger Ditembak Ketika Cuba Tangkap Penyamun
Jasin: Peniaga burger cedera di kaki kanan apabila menjadi korban tembakan rambang ketika cuba menangkap dua penjenayah dalam cubaan samun kedai runcit di Taman Bukit Tembakau Indah, Umbai, di sini, malam tadi.
Penjual burger berusia 29 tahun itu terkena tembakan di buku lali kaki kanannya yang dilepaskan seorang daripada penjenayah ketika mereka hendak melarikan diri, dalam kejadian kira-kira 8.30 malam.
Mangsa bertindak demikian selepas dia yang bersama isteri dan anaknya yang berada di gerai burger tidak jauh dari kedai runcit itu, terdengar jeritan wanita daripada premis berkenaan.
Dia kemudian mencapai kayu dan berlari ke arah kedai runcit berkenaan serta sempat membelasah seorang daripada penjenayah itu yang ketika itu hendak membonceng motosikal rakan jenayahnya.
Berikutan terkena hayunan kayu daripada penjual burger itu, seorang daripada mereka melepaskan tembakan dan terkena kaki mangsa.
Sebelum itu, kedua-dua penjenayah berusia lingkungan 20-an cuba menyamun kedai runcit tetapi gagal apabila pemiliknya menjerit meminta tolong dan menyembur ubat nyamuk ke arah seorang daripada mereka.
Berikutan tindakan itu, seorang daripada penjenayah itu mengetuk kepala wanita itu menggunakan pistol menyebabkannya cedera.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Nur Hishamudin Hashim mengesahkan kejadian dan berkata, penjual burger dan taukeh kedai runcit itu dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut. - myMetro online
TOP
Tiada Fatwa Akan Dikeluarkan Mengenai Status Konflik Di Syria
PUTRAJAYA – Malaysia tidak akan mengeluarkan sebarang fatwa mengenai status konflik di Syria kerana ia tidak menjadi keperluan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
“Adalah jelas bahawa ia (perang dan membunuh sesama Muslim) dilarang.
“Tidak perlu fatwa itu,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan penyerahan zakat perniagaan oleh 10 koperasi berjumlah RM2.3 juta kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di sini Rabu.
Jamil Khir berharap umat Islam di Malaysia jelas mengenai perkara itu.
Beberapa negara, termasuk Arab Saudi, telah melarang rakyat mereka daripada menjalankan sebarang aktiviti jihad di dalam mana-mana negara yang dilanda konflik, termasuk di Syria.
Jamil Khir berkata apa yang dipanggil jihad di Syria itu bertentangan dengan ajaran Islam, sambil menambah Islam melarang perang di kalangan pengikutnya dan membunuh antara satu sama lain tidak dianggap jihad. - mStar Online
TOP
Polis Israel Tangkap Penduduk Palestin Di Masjid Al-Aqsa
BAITULMUQADDIS – Penduduk Palestin bertempur dengan polis Israel di sini semalam selepas pihak berkuasa mengehadkan kemasukan orang Islam ke pekarangan Masjid Al-Aqsa, kata polis rejim Zionis.
Jurucakap polis, Luba Samri berkata, empat penduduk Palestin ditangkap manakala tiga anggota polis Israel cedera dalam konfrontasi tersebut.
Polis menggunakan grenad renjatan bagi menyuraikan 400 orang yang berhimpun dekat pintu masuk masjid berkenaan, menurut seorang jurugambar agensi berita AFP.
Pihak berkuasa Israel hanya membenarkan warga Palestin berusia lebih 50 tahun memasuki pekarangan Masjid Al-Aqsa. Perintah itu dikuatkuasakan untuk kali kedua sejak seminggu lalu.
Pada Isnin lalu, penduduk Palestin bertempur dengan polis Israel selepas waktu subuh kerana berang orang Yahudi diberi kebenaran untuk memasuki pekarangan tersebut.
Masjid Al-Aqsa merupakan tempat ketiga paling suci untuk orang Islam.
Lokasi itu yang menempatkan Masjid Kubah Emas dan Masjid Al-Aqsa kerap mencetuskan situasi tegang antara penduduk Palestin dan pihak berkuasa Israel.
Pekarangan masjid itu juga didakwa menempatkan kuil Yahudi dan dianggap tempat paling suci bangsa Yahudi.
Kunjungan orang bukan Islam ke pekarangan Masjid Al-Aqsa dibenarkan dan diselaraskan oleh polis Israel tetapi orang Yahudi dilarang beribadat di tempat itu kerana bimbang boleh mencetuskan kemarahan umat Islam.
Mereka sebaliknya beribadat di bahagian bawah pekarangan masjid tersebut yang dikenali sebagai Tembok Barat.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Keselamatan Awam Israel, Yitzhak Aharonovitch kelmarin mengugut untuk menutup keseluruhan pekarangan Masjid Al-Aqsa jika orang Islam dan bangsa Yahudi tidak dapat beribadat secara aman.
“Kami mahu pekarangan Masjid Al-Aqsa dibuka untuk orang Islam dan Yahudi tetapi jika bangsa Yahudi tidak dapat memasukinya, orang Islam juga tidak akan dapat memasukinya,” kata Aharonovitch. – AFP
TOP
Raja Azmi Kecewa UIAM Larang Sertai Dialog Kerana Novel Seks
PETALING JAYA: Penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman kesal apabila penganjur hari terbuka Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan menggugurkan namanya menyertai dialog di pusat pengajian itu pada Sabtu ini kerana ‘novel seks’.
Raja Azmi, 55, berkata, alasan diberikan apabila dia pernah menulis novel yang mengandungi fantasi seks melampau sedangkan dia hanya mahu mempromosikan novel terbaharu iaitu Karkuma.
"Saya terkejut apabila pertemuan bersama pelajar-pelajar UIAM Kuantan dibatalkan hanya kerana mereka baru saja membuat kajian pada salah satu novel saya yang diharamkan pada tahun 2001 iaitu Cinta 100 Ela.
"Sedangkan dalam pertemuan bersama pelajar, saya akan mempromosikan novel terbaru saya, Karkuma yang tiada kaitan dengan seks. Apakah mereka kurang membuat kajian tentang hasil karya novel terbaru saya?
Raja Azmi Raja Sulaiman
"Adakah mereka tidak tahu bahawa saya pernah menghasilkan buku-buku ajaran solat kanak-kanak, komik Anak-Anak Sidek, novel politik," katanya yang menghubungi mStar Online di sini pada Rabu. Bagaimanapun, beritahu Raja Azmi, dia tetap akan meneruskan promosi novel Karkuma dengan membuat pertemuan bersama pelajar-pelajar di Kolej Matrikulasi Labuan pada Ahad ini. "Saya akan membuat sesi dialog bersama pelajar- pelajar di sana dan selain promosi Karkuma, mereka juga berpeluang untuk bertanya sebarang perkara mengenai hal-hal penulisan novel serta dunia seni perfileman," ujarnya. Sementara itu, Raja Azmi berkata, dia bersama pihak penerbit Karkuma iaitu Merpati Jingga juga memberi ruang kepada mana-mana kampus Institut Pengajian Tinggi yang mahu mengadakan sesi dialog bersama mereka.- mstar online

Syarat Baharu Taska Tak Penuhi Keperluan Majikan Swasta
PETALING JAYA: Kebenaran untuk mewujudkan pusat jagaan kanak-kanak atau taska di tingkat dua ke atas tidak akan memberi impak besar terhadap keperluan majikan sektor swasta, kata Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF).
Sebaliknya, cara yang lebih berkesan dan ekonomikal adalah menubuhkan taska komuniti berdekatan tempat tinggal pekerja atau insentif potongan cukai kepada syarikat yang memberi elaun bayaran yuran taska kepada pekerja.
Kedua-dua kaedah itu dicadangkan MEF untuk pertimbangan kerajaan sebelum pembentangan Bajet 2015 bagaimanapun ia tidak mendapat perhatian sewajarnya.
Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, kemudahan taska sebenarnya tidak begitu popular di syarikat swasta kerana berikutan kos penubuhannya yang tinggi berikutan itu jumlahnya kini kurang 30 berbanding kira-kira 100 pada awal 1990-an.
Malahan, katanya, taska yang beroperasi itu kebanyakannya dikendalikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat besar sahaja.
“Taska komuniti boleh digunakan pekerja tidak kira di mana mereka bekerja dan ini lebih ekonomikal serta mendapat sambutan daripada pekerja sendiri.
“Bagi saya kebenaran untuk mengendalikan pusat jagaan melebihi tingkat dua tidak memberi impak yang besar terhadap kemahuan majikan,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.
Kebenaran untuk membenarkan majikan mengendalikan pusat jagaan kanak-kanak melebihi tingkat dua itu dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi pembentangan Bajet 2015 pada Jumaat lalu.
Najib menjelaskan bahawa ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan penubuhan lebih banyak pusat jagaan itu di premis swasta, di mana garis panduan sedia ada akan dipinda.
Shamsuddin berkata, persekitaran kerja bagi kebanyakan syarikat swasta kurang sesuai untuk diwujudkan pusat jagaan berbanding di sektor awam turut menyebabkan penubuhannya tidak begitu popular.
Menurut Shamsuddin, kebanyakan syarikat swasta terdiri daripada sektor pembuatan dan pengeluaran yang bukan sekadar pejabat sahaja dan keadaan itu kurang sesuai untuk menempatkan kanak-kanak.
Mengenai insentif potongan cukai pula, katanya, potongan cukai berganda wajar dipertimbangkan bagi syarikat yang memperuntukkan elaun yuran taska kepada pekerjanya kerana ia dapat membantu mengurangkan beban kakitangan.
Ditanya apakah elaun seumpama itu disediakan syarikat swasta kepada pekerja, Shamsuddin berkata: “Ada, tapi tak banyak.”
"Walaupun kerajaan menerusi Bajet 2014 pernah menyatakan bahawa elaun berkenaan tidak dikira sebagai pendapatan untuk potongan cukai tetapi majikan tidak diberikan sebarang insentif cukai,” katanya.- mstar online
TOP
Polis Rakam Percakapan 21 Individu Kes Letupan Di Bukit Bintang
KUALA LUMPUR: Polis telah merakam percakapan 21 individu bagi membantu siasatan insiden serangan bom tangan di depan sebuah kelab malam di Bukit Bintang, Khamis lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata sehingga kini, masih belum ada tangkapan dibuat bagi kes berkenaan.
"Polis sedang mengumpul serta memeriksa kesemua rakaman litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dan menjangka dapat menyelesaikan pemeriksaan dalam tempoh terdekat," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Pada 9 Oktober lepas, seorang joki kereta, Tiong Kwong Yie, 36, maut dan 12 yang lain cedera termasuk pelancong asing dalam serangan bom tangan dipercayai melibatkan perebutan kawasan kumpulan kongsi gelap. - mstar online
TOP
Hoki Piala Sultan Johor: Impian Malaysia Ke Final Musnah, Tewas 3-2 Kepada Britain
Pemain Malaysia Azuan Hasan mengasak pemain Great Britain Robert Farrington pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor kali ke-4 di Stadium Hoki Taman Daya Johor Baharu pada Rabu.
JOHOR BAHARU: Malaysia boleh melupakan impian untuk ke final apabila kalah 3-2 kepada pasukan pilihan, Great Britain pada perlawanan ketiga Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2014 Rabu malam. Great Britain mengekalkan rekod tanpa kalah apabila membuka jaringan seawal minit kelima menerusi Benjamin Boon, hasil hantaran lintang Samuel French. Seminit kemudian, French, yang masih melihat kelekaan pertahanan Malaysia, sekali lagi membuat hantaran lintang dari sebelah kiri dan dibias oleh David Goodfield ke dalam gawang untuk gol kedua Great Britain. Malaysia cuba merapatkan jurang gol dengan beberapa cubaan namun pergerakan mereka mudah dipatahkan sehingga tamat separuh masa. Bagaimanapun, anak buah Arul Selvaraj, bangkit dengan lebih bersemangat pada babak kedua perlawanan dengan mengatur gerakan yang lebih kemas untuk memburu gol. Hanya seminit selepas melangkah ke separuh masa kedua, Sufi Ismat Rohulamin berjaya mencuri bola di hadapan gawang gol sebelum menewaskan penjaga gol Harry Gibson. Gol tersebut memberi keyakinan kepada pasukan Malaysia untuk meningkatkan lagi penguasaan bola namun kubu pasukan bimbingan jurulatih Jon Bleby ternyata kebal untuk ditembusi. Great Britain yang terpaksa bekerja lebih keras untuk menambah gol dan peluang itu hadir apabila diberi pukulan sudut penalti pada minit ke-62 dan berjaya disempurnakan oleh Luke Taylor untuk gol ketiga. Tidak goyah dengan jaringan itu, Malaysia terus mencari gol dan apabila dihadiahkan dengan pukulan sudut penalti pada minit ke-65, Muhammad Sharil Shaabah tidak mensia-siakannya untuk gol kedua pasukan negara. Great Britain mengungguli kedudukan carta pada kejohanan bawah 21 tahun itudengan sembilan mata manakala Malaysia menghuni tangga kelima daripada enam pasukan dengan hanya satu mata. Dalam perlawanan sebelum itu, Australia hanya mengambil masa 10 minit untuk bangkit daripada ketinggalan tiga gol untuk mengalahkan New Zealand 4-3. Kebangkitan Australia itu bermula dengan jaringan sudut penalti oleh Andrew Scanlon pada minit ke-50 dan diikuti dengan 'set piece' oleh Joshua Bretherthon (minit ke-54), serta gol padang oleh Oliver Crane (57') dan Maximillan Hendry pada minit ke-62. Gol New Zealand sebelum itu diperolehi melalui pukulan sudut penalti oleh Nic Woods dan Daniel Panchia masing-masing pada minit kedua dan minit ke-35 serta gol padang oleh Kim Kingstone pada minit ke-41. Australia kini menghuni tangga kedua dengan tujuh mata manakala New Zealand di tangga keempat dengan satu mata. Dalam pada itu, India membelasah musuh tradisinya Pakistan 6-0. Gol separuh masa pertama diperolehi melalui pukulan sudut penalti Imran Khan pada minit ke-22 dan gol padang Parvinder Singh pada minit ke-34. Di separuh masa kedua, Pakistan cuba merapatkan jurang gol namun cubaan mereka yang tidak cukup berbisa mudah dipatahkan oleh barisan pertahanan India. India menambahkan duka Pakistan dengan melebarkan gol melalui jaringan Armaan Qureshi pada minit ke-49 serta pukulan sudut penalti oleh Harmanpreet Singh, Varun Kumar dan Armaan Qureshi masing-masing pada minit ke-53, 67 dan 69. India menduduki tangga ketiga dengan enam mata manakala Pakistan tercorot dengan satu mata.- mstar online

Penunjuk Perasaan Di Hong Kong Bertindak Ganas, Cabar Polis
HONG KONG – Polis terpaksa menggunakan kekerasan dan penyembur lada ketika menghadapi penunjuk perasaan prodemokrasi yang bertindak ganas dalam pertempuran awal pagi ini.
Wartawan AFP melaporkan polis juga terpaksa menggunakan belantan dalam tindakannya ke atas penunjuk perasaan itu yang enggan membenarkan pihak berkuasa mengalihkan penghadang yang mereka naikkan berhampiran jalan raya menuju ke bangunan ibu pejabat kerajaan.
Keganasan yang berlaku adalah antara yang terburuk sejak perhimpunan pelajar yang disokong orang ramai bagi mendesak Beijing supaya memberi hak sepenuhnya untuk menentukan pemimpin di Hong Kong dalam pilihan raya 2017.
Dalam tempoh sejam polis menguasai kawasan di Jalan Lung Wo, beberapa meter dari pejabat Ketua Eksekutif Hong Kong yang dilanda masalah.
Sebilangan penunjuk perasaan yang cedera, kelihatan ditahan polis. – AFP
TOP
Lelaki Parah Dihempap Kereta Sendiri Meninggal Dunia
Anggota Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa Musa Ngah, 55 yang dihempap Perodua Viva miliknya yang dirempuh sebuah Proton Gen 2 di Kampung Pulau Kerengga, Marang. - Foto NSTP
KUALA TERENGGANU – Pesara Jabatan Kimia, Musa Ngah, 55, yang cedera parah selepas dihempap kereta sendiri akibat rempuhan kenderaan yang terbabas, meninggal dunia jam 1 pagi tadi. Mangsa yang cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia selepas 13 jam menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini. Bilal Masjid Kampung Pulau Kerengga, Ibrahim Muda, 55, yang turut parah dalam kejadian itu masih dirawat di HSNZ dan dilaporkan dalam keadaan kritikal. Terdahulu, BH melaporkan dalam kejadian jam 1.30 tengah hari semalam, Musa dan Ibrahim serta dua lagi rakan mereka sedang berehat di bangku hentian bas di hadapan masjid berkenaan selepas selesai solat Zuhur. Ketika sedang berbual, sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 41 tahun dari arah Kuala Terengganu ke Dungun terbabas lalu merempuh kereta Perodua Viva milik Musa yang diletakkan bersebelahan bangku hentian bas berkenaan. – BHarian Online

‘Pak Ndak’ Didakwa Bunuh Teman Wanita
BUKIT MERTAJAM – Seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Pak Ndak’ dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan membunuh teman wanitanya pada September lepas.
Tertuduh Abd Khalid Md Isa, 43, hanya mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Munsyiri Peet.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.
Dia dituduh membunuh Rohani Hashim, 30, di sebuah rumah bernombor 4183, Jalan Pengkalan Datuk Keramat, Bukit Tengah di sini antara pukul 4 petang 29 Sept dan 6 petang 30 Sept.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 15 Dis depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Lim Saw Sim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA
TOP
JPJ Terengganu Sita 15 Kenderaan Mewah Yang Diklon
KUALA TERENGGANU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu kini sedang giat memburu kenderaan mewah yang diklon dan dipercayai digunakan secara berleluasa di negeri ini.
Pengarahnya Abdul Rahman Emang Anyie berkata bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini pihaknya menyita 15 kenderaan mewah yang memiliki nombor casis dan nombor pendaftaran palsu.
Katanya kesemua yang dikesan diklon itu adalah kenderaan mewah seperti Mini Cooper, Honda Jazz, Subaru Impreza serta Honda Civic.
“Daripada jumlah yang disita itu empat daripadanya kita serahkan kepada Jabatan Kastam untuk siasatan lanjut dan kita dapati kereta asal yang diklonkan ini masih digunakan di Sabah atau Sarawak namun nombor casis atau nombor pendaftaran yang sama itu digunakan pada kenderaan lain.
“Di Terengganu kita dapati kereta jenis Honda antara yang paling banyak diklonkan iaitu enam buah dan jumlah kereta klon yang dikesan di negeri ini agak tinggi,” katanya kepada pemberita di sini.
Abdul Rahman berkata lazimnya kereta yang diklonkan itu dijual dengan harga yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran.
Menurutnya kesemua pemilik kenderaan ketika ditahan mendakwa tidak tahu kereta yang dibeli itu adalah kereta klon dan ketika urusan jual beli dilakukan mereka juga diberikan geran.
Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak tertipu dengan sindiket penipuan seperti itu, memiliki kereta mewah dengan harga yang jauh lebih rendah.
“Kita harap orang ramai berhati-hati dan tidak terjerat dengan penipuan untuk memiliki kereta mewah, sebaliknya membuat pemeriksaan dan rujukan dengan pihak berkuasa,” katanya.
Jelasnya pihaknya memandang serius kegiatan seperti itu dan JPJ sedang giat mengesan kereta klon yang masih berleluasa digunakan di jalan raya. – BERNAMA
TOP
Timun, Cuka, Lemon & Roti, Bahan Mujarab Untuk Petua Harian
Hari ini kita nak kongsikan petua-petua mudah yang boleh di amalkan dalam urusan seharian kita. Petua-petua ini dikongsikan secara meluas di laman sosial. Pada siapa yang telah mencuba, mungkin boleh kongsikan pendapat korang tentang ‘keberkesanan’ petua-petua tersebut. PETUA
1. Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut.
2. Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman berkarbonat Sprite.
3. Untuk menanggalkan gula-gula getah yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam.
4. Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit.
5. Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus dibilas.
6. Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam.
7. Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakan sekeping roti ketika kita memasak.
8. Kalau baju terkena dawat, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru cuci.
9. Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh dari situ.
10. Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh mengurangkan 90 peratus dari serangan jantung. Begitu juga bila bangun pagi.
Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman.
Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.
Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah.
Selamat Mencuba!!
:-MYNEWSHUB.CC

KWSP Dianugerah Penarafan 5 Bintang Untuk Kali Ketiga
KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dianugerahi penarafan lima bintang bagi kali ketiga atas kecemerlangan penyampaian perkhidmatannya.
Anugerah itu diberikan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) menerusi penilaian Sistem Penarafan Bintang untuk 2013-2014.
Ini mengesahkan komitmen berterusan KWSP untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa menyampaikan anugerah itu kepada KWSP pada Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) 2014 baru-baru ini.
KWSP pernah menerima anugerah yang sama pada 2009 dan 2011.
“KWSP sangat berbangga menerima penarafan yang berprestij ini dan diiktiraf sebagai antara agensi barisan hadapan terbaik di negara ini.
“Pencapaian ini adalah hasil dedikasi kakitangan barisan hadapan dan mereka yang bekerja keras di belakang tabir untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan dalam satu kenyataan hari ini.
“Pengiktirafan ini juga membuktikan keupayaan KWSP untuk melepasi harapan pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan terbaik dalam kelasnya. KWSP tidak akan berpuas hati dengan pencapaian yang diperoleh dan akan terus berusaha meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan untuk manfaat 14 juta ahli,” katanya.
Penilaian menyeluruh dan intensif telah dijalankan oleh MAMPU berdasarkan kriteria Sistem Penarafan Bintang yang dibahagikan kepada tiga komponen – pengurusan, perkhidmatan teras dan pengurusan pelanggan.
Sistem penarafan ini diperkenal pada 2008 untuk menilai prestasi agensi-agensi sektor awam dan memberikan pengiktirafan ke atas tadbir urus yang baik serta kecemerlangan penyampaian perkhidmatan. – BERNAMA
TOP
Gaji Pekerja Ladang Anggur Lumayan Di Australia
DENGAN kenaikan kos sara hidup yang makin tinggi, ramai belia di Malaysia mula terfikir untuk berpindah atau berhijrah ke negara lain untuk memulakan penghidupan baharu yang lebih selesa.
Jadi, buat mereka yang teringin berhijrah ke negara orang, apa kata cuba-cubalah call nombor yang tertera ni..
Mana tahu mungkin rezeki anda ada di sini.
Jangan tak tahu gaji pekerja ladang anggur dan pekerja kedai makan di sana ditawarkan gaji yang agak lumayan iaitu dari range RM5,000 hingga RM10,000!
Tapi, seperti yang kita tahu lah, kos sara hidup di OZ pun tinggi, so, ada sesiapa yang nak cuba nasib ke? – MYNEWSHUB
TOP
Video: Mentega Lemak Manis Dari Susu Badan
SEORANG ibu mendedahkan cara bagaimana dia membuat mentega daripada susu ibu sendiri.
Michelle Cohn, 26, dari Rockville, Maryland, berkongsi gambar ciptaannya di Reddit, dan menggelarkannya sebagai ‘mentega yang di buat tanpa perlu meninggalkan rumah! Sungguh mengkagumkan! Beliau menyifatkan rasanya kepada Mail Online sebagai ‘sangat manis dan sangat berkrim – ia benar memang terbaik!’
Michelle mempunyai anak perempuan berusia 16 bulan berkongsi idea bagaimana menghasilkan mentega susu ibu. Idea ini tercetus semasa dia tinggal di rumah sendirian sejak anak perempuannya dilahirkan. ‘Saya perlu memastikan bahawa susu saya sentiasa ada dan mencukupi bagi setiap kali pengeluaran,” kata beliau. ‘Ketika itu, saya meletakkannya ke dalam bekas kecil dan kemudian saya teringat ketika saya berada di sebuah tapak pesta, mereka menganjurkan pertandingan membuat mentega di mana mereka meletakkan susu di dalam balang dan menggoncangnya.
‘Jadi saya tertanya-tanya jika anda boleh melakukannya dengan susu ibu. Saya merujuk resepi di dalam talian dan setelah yakin, saya mencubanya,” katanya. Beliau berkata percubaan kali pertama, dia menggunakan kira-kira dua auns susu, dan selepas dia mengoncang kira-kira 45 minit, mentega pertama mula terbentuk. Dia kemudian mengoncang selama 15 minit dan menghasilkan sedikit mentega bersaiz kacang soya. ‘Keesokan harinya, saya meletakkan sedikit susu di dalam peti sejuk semalaman dan menambah sedikit lagi pada hari seterusnya dan terus menambah hampir lapan auns – dan saya menggoncangnya. Dalam masa dua minit, ia menghasilkan mentega,” katanya.
Michelle berkata hasilnya adalah ‘tidak jauh berbeza daripada mentega biasa.’ Seorang pengguna Reddit mendakwa telah membuat kek cawan dengan mentega susu ibu dan memberikannya kepada keluarganya. Michelle berkata beliau tidak berkongsikan makanan itu dengan orang kecuali anak perempuannya. Menurut Michelle, dia berkongsikan gambar itu pada Reddit sekadar ingin berkongsikan sesuatu yang menarik perhatian dengan orang lain. “Saya rasa idea orang dewasa mengambil susu atau produk susun badan hanyalah sekadar cerita, tak tahu bagaimana ingin bertindak balas kepadanya,” katanya. Ada sesiapa nak belajar cara buat mentega sendiri di rumah, sila tonton klip ini…

Gaji Besar Bukan Jaminan Mampu Beli Rumah
Rumahku syurgaku. Ungkapan ini jelas menunjukkan betapa pentingnya rumah dalam kehidupan individu juga bagi yang sudah berkeluarga.
Kenaikan kos sara hidup serta harga rumah mencetuskan pelbagai kesulitan khusus bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Rencana lima bahagian ini mengupas isu rumah daripada pelbagai sudut.
Bahagian dua daripada lima bahagian ini hasil wawancara dengan Dr Nor Malina Malek, Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) yang pernah menjalankan kajian mengenai isu perumahan dalam kalangan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
GEORGETOWN (Pulau Pinang) – Mungkin ramai mengandaikan gaji bulanan RM5,000 ke atas sudah cukup besar untuk menikmati kehidupan yang selesa termasuk mudah membeli rumah. Mereka ini biasanya tergolong dalam kelompok pekerjaan profesional seperti peguam, pengurus dan pensyarah. Rungutan atau keluhan mengimpikan kediaman sendiri lazimnya datang daripada mereka berpendapatan lingkungan RM1,500 ke bawah atau juga dikenali sebagai golongan berpendapatan rendah. Kehidupan hari ini, bagaimanapun, menunjukkan mereka yang bergaji antara RM2,500 sehingga melangkaui RM7,000 bukanlah satu jaminan pasti untuk seseorang itu ‘mampu’ memiliki rumah. Tidak mustahil juga golongan bergaji sederhana dalam kategori pekerjaan profesional ini akan menyewa sehinggalah akhir hayat mereka disebabkan tidak mampu membeli rumah. Ini adalah antara kebimbangan yang disuarakan Dr. Nor Malina Malek, Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) kepada Bernama. Beliau turut berkongsi hasil kajiannya bertajuk “Pemilikan Rumah Dalam Kalangan Masyarakat Bandar Berpendapatan Sederhana dan Rendah di Malaysia” baru-baru ini.
PERHATIAN WAJAR
Kalau hendak diikutkan, isu perumahan terutama dalam kalangan masyarakat bandar berpendapatan sederhana dan rendah bukanlah perkara baharu. Rumah adalah antara keperluan asas utama, sama ada bujang, baru berkahwin atau yang sudah berkeluarga. Meskipun keperluan memiliki rumah semakin kritikal namun bagi mereka yang bergaji sederhana, impian untuk merealisasikan impian ini dilihat sukar tambahan harga rumah yang melonjak dari tahun ke tahun dan ada yang sampai tidak masuk akal.
HARGA LEBIH RM200,000
Bayangkan, nilai bagi seunit apartmen tiga bilik tidur dengan keluasan bawah 92.9 meter persegi dan dua bilik air berdekatan pusat bandar berharga lebih RM245,OOO. Sekiranya pihak bank meluluskan pinjaman sebanyak 90 atau 100 peratus pun bagi pembiayaan pembelian rumah, ada kemungkinan semua wang gaji bulanan diperuntukkan untuk membayar pinjaman bulanan. “Isu ini semakin kritikal terutama di kawasan bandar besar seperti Lembah Klang, Johor Baharu dan Pulau Pinang. “Mengapa saya menyatakan golongan sederhana yang kritikal kerana 40 peratus penduduk bandar terdiri daripada mereka”, katanya yang menjalankan kajian itu bersama rakannya, Dr. Azrina Husin, pensyarah kanan di pusat pengajian sama.
MENGAPA TIDAK MAMPU?
“Berbelanja lebih dan hidup bergaya sehingga tidak mampu membeli rumah”. Itu antara isu yang dibangkitkan dalam menangani faktor kemampuan di samping hakikat harga rumah yang tinggi. Namun, kata Nor Malina, ramai tidak menyedari atau mengkaji daripada sudut ‘pendapatan boleh guna’. Tidak dinafikan, gaji RM7,000 nampak besar tetapi dengan pelbagai kos kehidupan hari ini yang semakin meningkat di bandar besar, keupayaan dan kemampuan mereka memiliki rumah sendiri semakin sukar. Pada masa sama pula, mereka ini dianggap tidak layak untuk membeli rumah kos rendah berdasarkan kepada pendapatan bulanan. Dalam kajian yang dibuat pada 2010, Nor Malina menjelaskan, syarat Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menetapkan mereka yang layak membeli rumah kos rendah adalah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM1,500 sebulan. Kelayakan rumah kos sederhana ialah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,600 sebulan. Katanya, usaha kerajaan sebelum ini lebih tertumpu kepada usaha membantu golongan berpendapatan rendah dengan pelbagai projek perumahan kepada mereka. “Golongan sederhana agak terpinggir. Memanglah gaji nampak hebat, RM7,000, tetapi setelah ditolak untuk perbelanjaan tetap berapakah baki yang masih tinggal untuk diperuntukkan beli rumah? “Sebagai contoh, kos seorang anak dihantar ke pusat jagaan di bandar RM250. Kalau ada tiga orang anak, RM250 kali 3, van sekolah, seorang RM90. Ini belum perbelanjaan sekolah, bayaran pinjaman kereta, pinjaman pendidikan, tolak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan kos perbelanjaan harian. “Setelah ditolak pelbagai kos, mungkin ‘net disposable income’ yang diperoleh jauh lebih rendah daripada RM7,000. Jadi bagaimana hendak beli rumah. Mahu tidak mahu, terpaksalah menyewa rumah, mungkin seumur hidup”, kata Nor Malina.
HANYA MAMPU BAWAH RM150,000
Dapatan kajian Nor Malina menunjukkan majoriti golongan berpendapatan sederhana yang merangkumi 85.1 peratus daripada responden hanya mampu membeli rumah bernilai RM50,000 hingga RM200,000 sahaja. Agak mustahil untuk memiliki rumah seumpama itu di bandar besar. Kalaupun ada, mungkin saiz keluasan rumah dan kawasan persekitaran tidak begitu selesa. Ini jelas menunjukkan keperluan terhadap perumahan kos sederhana dan rendah dalam kalangan pekerja berpendapatan rendah dan sederhana di kawasan bandar masih lagi tinggi. Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) ada menganggarkan purata permintaan terhadap rumah di Malaysia adalah sebanyak 150,000 unit setahun. Ini berdasarkan pertumbuhan penduduk dan pembentukan isi rumah. Kajian yang dilakukan oleh Nor Malina pada 2010 dengan melibatkan 400 responden dari empat buah negeri, Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Baharu menunjukkan faktor penting dalam isu pemilikan rumah ialah harga.
LOKASI DEKAT
Menurut Nor Malina, lonjakan harga rumah tidak dapat dielakkan akibat peningkatan harga tanah di bandar serta kos bahan binaan. Ia juga sedikit sebanyak berpunca daripada kadar pembandaran atau urbanisasi negara yang dijangka meningkat 75 peratus menjelang tahun 2020, susulan daripada proses penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar. Bagi menangani masalah ini, kerajaan, katanya, sejak tahun 2011 memberi tumpuan besar memenuhi keperluan perumahan kumpulan berpendapatan sederhana dan rendah, khususnya di bandar besar. Antaranya, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Program Perumahan Rakyat, Perumahan Rakyat Bersepadu, Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHome. Bagaimanapun, penawaran rumah kos rendah dan mampu milik yang ditawarkan ketika ini masih tidak dapat memenuhi permintaan penduduk bandar, kata Nor Malina. Antara isu yang perlu diambil perhatian juga ialah kebanyakan rumah itu terletak jauh dari bandar dan dari tempat kerja. Walhal, kajian menunjukkan faktor lokasi amat diambil kira dalam pemilikan rumah selepas faktor harga. Sebanyak 27.5 peratus daripada responden mementingkan faktor geografi serta lokasi sesebuah rumah lebih signifikan berbanding faktor fizikal dan sosial rumah. “Untuk itu, mereka sanggup menyewa kerana tidak sanggup berulang-alik jauh dari tempat kerja kerana kos minyak dan tekanan letih”, katanya.
PERLU LAKUKAN SESUATU
Nor Malina juga mengulas harga rumah PR1MA yang berada dalam lingkungan RM100,000 hingga RM400,000 yang dilihat tidak membantu golongan sederhana. “Bayangkan, rumah harga RM200,000 ke atas pun susah hendak beli. Malahan, kajian juga mendapati hanya 15.1 peratus sahaja yang mampu membeli rumah berharga RM200,000 ke atas,” katanya. Beliau menambah, sesuatu perlu dilakukan segera kerana ‘rumah’ antara isu sensitif yang menekan emosi warga bandar. “Kajian menyeluruh perlu dilakukan bukan sahaja merangkumi tawaran rumah harga berpatutan dan pendapatan sahaja, tetapi paling utama mengkaji dari sudut ‘kemampuan’ dan ‘pendapatan boleh guna’. “Jika keperluan perumahan tidak dapat dipenuhi, masyarakat akan berasa marah, tertekan serta kecewa kerana rumah adalah keperluan asas hidup dan kesejahteraan keluarga”, katanya. – BERNAMA

Memanah Sasar Sekurang-Kurangnya Ke Separuh Akhir
INCHEON: Jurulatih Memanah Paralimpik negara, Abd Rahman Saayon (kanan) memberi taklimat dan teknik yang betul kepada atlet Paralimpik negara, ketika sesi latihan mereka di Gyeyang Asiad Archery Field sebelum bermulanya Kejohanan Sukan Para Asian di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
INCHEON – Ketua jurulatih memanah, Abd Rahman Saayon menyasarkan skuad memanah sekurang-kurangnya layak ke saingan separuh akhir pada Sukan Para Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan. Abd Rahman berkata beliau mahu atlet memanah mendapat keputusan lebih baik berbanding kejohanan sama di Guanghzou, China pada 2010. Di Guanghzou, skuad memanah hanya mengumpul sebutir gangsa melalui acara recurve berpasukan. “Kalau skuad kita boleh melepasi sasaran separuh akhir, lagi bagus…saya lagi bersyukur. “Cuma dari segi teknik memang ada perubahan sedikit…dan ada juga atlet baharu yang saya lihat memang berbakat,” katanya kepada pemberita semasa latihan di Padang Memanah Gyeyang di sini hari ini. Abd Rahman berkata beliau hanya meletakkan sasaran awal ke saingan separuh akhir terlebih dulu kerana tidak pasti sejauh mana persaingan yang bakal dihadapi dari beberapa negara yang tidak pernah bertanding seperti Iran dan Taiwan. Dari segi cabaran cuaca sejuk yang terpaksa dihadapi atlet negara, beliau mengambil pendekatan mengadakan latihan pada awal pagi. “Saya harap atlet cepat biasakan diri dengan cuaca sejuk supaya mereka tidak terganggu pada hari perlawanan nanti,” katanya. – BERNAMA

Industri Kecantikan Di Negara Ini Berkembang Maju
REMBAU – Industri kecantikan di Malaysia berkembang maju selari dengan perkembangan di peringkat global, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.
Namun Hasan berkata secara amnya, pihak industri menjalankan peranan sebagai penyedia produk dan perkhidmatan secara profesional serta rakyat Malaysia sentiasa berhati-hati di dalam pembelian produk kecantikan dan memperoleh perkhidmatan.
“Kita mengeluarkan garis panduan industri kecantikan pada tahun lepas bertujuan sebagai panduan kepada pengamal kecantikan supaya lebih berhemah dan profesional di dalam amalan perniagaan dan memupuk kesedaran pengguna supaya berhati-hati dalam sebarang penggunaan produk dan perkhidmatan kecantikan.
“Terdapat pelbagai akta atau peraturan untuk mengawal selia industri ini antaranya Akta Perubatan 1971, Akta Farmasi 1951, Akta Pusat Kesihatan Persendirian 1998 dan Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012,” katanya selepas melancarkan kempen Jom Bawa Bekal Ke Sekolah peringkat negeri di Sekolah Kebangsaan Sepri dekat sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Zaidon Asmuni dan Pemangku Pengarah Urusan Suruhanjaya Syarikat Malaysia Zahrah Abdul Wahab Fenner.
Hasan berkata secara amnya, syarikat dan rakyat Malaysia berbelanja RM1.6 bilion setahun bagi tujuan rakwatan dan produk kecantikan.
Katanya berdasarkan rekod pendaftaran perniagaan, sehingga 1 Okt lepas terdapat 39,928 syarikat yang menjalankan perniagaan atau perkhidmatan kecantikan.
“Perniagaan ini juga dianggap berkembang dengan nilai kira-kira RM30 juta. Kerajaan komited di dalam usaha untuk membangunkan industri kecantikan dengan membantu mereka bagi mengembangkan perniagaan dan pasaran.
“Terdapat beberapa institusi kewangan dan agensi kerajaan yang boleh membantu usahawan ini berkembang maju di dalam dan luar negara, antaranya SMECorp dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade),” katanya.
Sementara itu, Hasan berkata berdasarkan statistik kementeriannya, bilangan aduan, kes yang difailkan dan jumlah nilai tuntutan bagi kes-kes melibatkan kecantikan menurun dari tahun 2011 hingga 2013 iaitu merekodkan 28 aduan pada 2011 dan jumlah ini menurun kepada 24 aduan pada tahun lepas.
Hasan berkata pada masa sama, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia juga merekodkan pengurangan bilangan pemfailan kes dan jumlah nilai tuntutan dari 2011 hingga 2013.
“Pada 2011, terdapat 443 bilangan pemfailan kes dengan nilai tuntutan RM2.6 juta. Ia berkurangan kepada 266 kes dengan nilai tuntutan RM1.4 juta pada 2013.
Dengan statistik ini, secara amnya, kerajaan beranggapan, walaupun industri kecantikan ini berkembang maju, mentaliti pengguna di Malaysia adalah matang dan bijak dalam membuat pilihan,” katanya.
Kempen Jom Bawa Bekal Ke Sekolah diadakan bagi memperomosikan amalan membawa bekal makanan yang dimasak dari rumah sebagai langkah menjimatkan wang saku harian murid, selain murid juga akan dapat menikmati makanan yang sihat dan seimbang yang disediakan dari rumah masing-masing. – BERNAMA
TOP
Ali Rustam Gesa Usahawan PUNB Segera Daftar GST
KUALA LUMPUR – Semua usahawan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) digesa agar segera mendaftar untuk melaksanakan cukai barang dan perkhimatan (GST) yang akan dikuat kuasa 1 April tahun depan.
Pengerusi PUNB Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata ini bagi membolehkan usahawan terbabit menikmati pelbagai faedah daripada GST termasuk membuat tuntutan semula terhadap cukai yang dikenakan kepada mereka.
“Selain itu, mereka yang berdaftar juga boleh tuntut semula GST yang mereka bayar semasa membeli sesuatu barang atau perkhidmatan daripada pembekal,” katanya kepada Bernama selepas sesi perjumpaan dengan perantis akauntan di bawah seliaan PUNB di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PUNB Datuk Dzulkifli Fadzilah.
Mohd Ali juga menggalakkan usahawan PUNB yang mencatat nilai jualan tahunan kurang daripada RM500,000 agar turut mendaftar untuk melaksanakan GST.
Mengulas program Perantis Akauntan PUNB, beliau berkata program pelatih pengurusan itu bertujuan melatih lulusan institusi pengajian tinggi dengan kemahiran mengurus akaun usahawan bumiputera di bawah seliaan PUNB.
Program itu diwujudkan antara lain bagi mengatasi masalah sistem kewangan tidak teratur yang sering dihadapi oleh kebanyakan syarikat yang memperoleh pinjaman daripada PUNB.
“Program ini selama setahun dan bermula lima bulan lepas dengan 50 perantis.
“Sehingga kini sebanyak 164 syarikat telah menggunakan perkhidmatan perantis akauntan ini dan kami sasarkan 500 orang lagi menjelang penghujung program,” katanya. – BERNAMA
TOP
Pos Malaysia, Hong Kong Post Keluar Setem Khas
Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Berhad dan Hong Kong Post secara bersama mengeluarkan satu set empat setem mengenai makanan tempatan yang memaparkan sajian istimewa dari Malaysia dan Hong Kong. Penolong Naib Presiden Pos Malaysia Diyana Lean Abdullah berkata Pos Malaysia berbangga diberi peluang untuk mengeluarkan setem itu secara bersama dengan rakannya dari Hong Kong bagi mempromosikan makanan tempatan di kedua-dua destinasi. Koleksi setem berukuran 30mm x 50mm yang dijual dalam denominasi RM1.40 setiap satu itu memaparkan menu istimewa Malaysia iaitu nasi lemak dan sate serta makanan terkenal Hong Kong iaitu wafel telur dan ‘poon choi’. “Pengumpul setem tidak harus melepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi setem ini kerana ia adalah cara paling menarik untuk mempelajari tentang sesuatu tempat melalui makanan tempatan,” kata beliau semasa memaparkan koleksi setem itu di sini hari ini. Pegawai Pos Malaysia itu berkata ia juga memberi kefahaman mengenai gaya hidup, budaya dan tradisi serta sejarah sesuatu tempatan dan rakyatnya. Setem-setem dan produk filateli itu boleh didapati di semua cawangan Pos Malaysia mulai Jumaat ini. – BERNAMA

Jangan Terikut-Ikut Dengan Penghasut Peralat Agama
KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengingatkan semua lapisan rakyat di Sabah supaya tidak terikut-ikut dengan tindak-tanduk pihak tertentu yang cuba menghasut mereka dengan menggunakan isu agama.
Musa menegaskan bahawa sejak dahulu isu agama tidak timbul di Sabah justeru perbuatan penghasut berkenaan disifatkannya sebagai mempunyai agenda tersendiri.
“Pada kesempatan ini juga, suka saya menekankan bahawa isu-isu berkaitan agama tidak timbul di Sabah. Selama ini, kita di Sabah hidup dalam keadaan aman, damai dan harmoni, saling hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira suku kaum, agama dan budaya.
“Sehingga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah mengakui dan mengiktiraf bahawa Sabah adalah contoh terbaik semangat 1Malaysia,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kewangan kerajaan negeri Sabah kepada badan-badan keagamaan bukan Islam dan sekolah-sekolah Bahagian Pantai Barat Selatan dan Pedalaman Bawah di sini hari ini.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Teo Chee Kang.
Pada majlis itu, Musa menyerahkan bantuan kewangan kerajaan negeri Sabah berjumlah RM32 juta kepada hampir 200 badan-badan keagamaan bukan Islam, sekolah jenis kebangsaan, sekolah mubaligh dan sekolah swasta.
Sehubungan itu Musa mengajak semua lapisan rakyat agar bersama-sama dengan kerajaan untuk memelihara dan mengekalkan semangat perpaduan, kekitaan dan keharmonian yang telah dikecapi di Sabah selama ini.
Mengenai bantuan kewangan berkenaan, Musa berharap bantuan itu dapat memenuhi sebahagian daripada keperluan badan keagamaan masing-masing.
Menurut Musa sejak 11 tahun lalu, kerajaan negeri Sabah telah memberi bantuan kewangan berjumlah RM208,533,199 iaitu RM88,536,019 kepada
sekolah-sekolah mubaligh, sekolah jenis kebangsan dan sekolah swasta dan RM119,997,180 lagi diperuntukan kepada badan-badan keagamaan bukan Islam. – BERNAMA
TOP
Ferrari F60A Hanya Untuk 10 Pemilik Sahaja
FERRARI bukanlah calang=calang kenderaan. Jika ia kelihatan seperti terlalu mewah pada masa kini, begitulah juga ia pada era 50-an dan 60-an, bahkan mungkin lebih mewah.
Ini kerana, Ferrari di Amerika Syarikat pada waktu itu hanya dihasilkan setelah mendapat pembeli, oleh itu setiap kereta Ferrari dari setiap segi mencerminkan citarasa pemiliknya.
Dahulu pembuatan kereta bukanlah satu industri seperti yang kita kenali sekarang. Apatah lagi bagi segmen yang lebih mewah, di mana setiap kereta yang terhasil lebih menepati citarasa pembeli secara individu. Konsep ini masih hidup sehingga hari ini, tetapi khusus kepada model-model yang sangat premium; di mana setiap bahagian kereta dapat dipilih dengan teliti, daripada warna sehinggalah ke bahan yang digunakan.
Sempena menyambut ulangtahun ke 60 ketibaan Ferrari ke Amerika Syarikat, maka terhasillah model F60A. Hanya 10 unit akan dibuat (dan kesemuanya sudah pun mempunyai pembeli). Dikuasakan oleh enjin V12 yang dimuatkan ke bahagian depan-tengah kereta ini, kelajuan 0-100km/sj dapat dibuat dalam masa 3.1 saat! Memetik portal drebar.my, walaupun sangat eksklusif, jelas sekali ia menggunakan badan model F12 Berlinetta dengan enjin 12-silinder Ferrari yang menghasilkan lebih dari 700hp.
Bezanya F60A ini adalah sebuah cabriolet, di mana bumbungnya adalah diperbuat daripada kain. Menariknya, ‘bumbung’ ini hanya sesuai digunakan sehingga kelajuan 120km/sj. Disebabkan tidak mempunyai bumbung kukuh, kereta ini diberikan sepasang ‘roll-hoop’ yang kelihatan begitu menawan bukan sahaja daripada kontra warnanya (roll-hoop itu sendiri mendapat trim gentian karbon manakala warna kereta pula mendapat inspirasi daripada pasukan lumba Amerika Utara klasik), tetapi juga kerana bentuknya yang menjalar dari belakang kerusi hinggalah ke bahagian belakang F60A ini. Siapalah agaknya 10 pemilik Ferrari F60A ini kan? :-MYNEWSHUB.CC

Penyelidik USM Cipta Alat Penjimatan Minyak
GEORGETOWN – Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mencipta alat penjimatan minyak petrol dan diesel yang mampu mengurangkan penggunaan bahan api itu sehingga 45 peratus.
Ketua Penyelidik dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik USM Prof Madya Dr Soib Taib berkata rekaan produk itu berasaskan proses elektrolisis yang dihubung terus ke dalam sistem enjin kereta untuk pembakaran lebih sempurna.
“Ia sebuah alat kompak diperbuat daripada bahan aluminium tahan karat dan kegunaannya dapat memperbaiki aliran pengudaraan enjin sekali gus mengoptimumkan kegunaan bahan api sesebuah kenderaan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata penyelidikan untuk menghasilkan alat yang dikenali sebagai ‘bahan api kapasitor’ itu mengambil 10 bulan untuk disiapkan dengan dibiayai geran penyelidikan berjumlah RM40,000.
Penggunaan alat itu bagi perjalanan 20,000 kilometer setahun dianggar dapat menjimatkan perbelanjaan sehingga RM1,300 berdasarkan harga minyak semasa, katanya.
“Alat ini turut mengurangkan pembebasan asap dan gas tidak dikehendaki seperti karbon dioksida serta karbon monoksida sekali gus mengurangkan pencemaran udara,” katanya.
Dr Soid berkata alat itu sesuai dipasang pada lori, kereta dan motosikal dengan kos RM350 dan jangka hayatnya boleh bertahan sehingga tiga tahun.
Beliau berkata prototaip alat itu kini dalam proses penjenamaan dan pihaknya bersedia bekerjasama dengan industri yang berminat untuk mengkomersialkan produk itu dengan harga kompetitif. – BERNAMA
TOP
Najib Ucap Tahniah Kepada Pendebat UiTM
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pendebat Universiti Teknologi Mara (UiTM) kerana menjuarai Kejohanan Debat Parlimen British Asia baru-baru ini.
Perdana Menteri berkata beliau berharap kejayaan ini akan memberi galakan kepada pasukan itu untuk menampilkan persembahan terbaik pada Kejohanan Debat Antara Universiti Dunia akan datang.
“Tahniah kepada pendebat-pendebat kita dari UiTM kerana memenangi Kejohanan Debat Parlimen British Asia, kali kedua pasukan dari Malaysia menjuarai kejohanan ini,” kata Najib menerusi entri dalam laman Facebook beliau hari ini.
Pelajar tahun ketiga jurusan undang-undang Mohd Mifzal Mohd Murshid Kieron, 21, dan Rafiq Saladdin Omar Salahuddin, 22, diumumkan sebagai juara selepas menewaskan Nanyang Technology University dari Singapura, Institute of Business Administration (IBA) Dhaka dari Bangladesh dan satu lagi pasukan dari UiTM pada peringkat akhir.
Ini kali kedua pasukan Malaysia merangkul gelaran juara sejak kejohanan itu bermula pada 2009, apabila dimenangi oleh Universiti Multimedia (MMU).
Kejohanan itu berlangsung dari 2 hingga 9 Okt dan dihoskan oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMas), Kuching. – BERNAMA
TOP
Mangsa Puting Beliung Di Pendang Dapat Perhatian
PENDANG – Nasib mangsa kejadian puting beliung yang melanda Kampung Alor Besar di sini, yang merosakkan beberapa buah rumah dan sebuah sekolah petang semalam mendapat perhatian beberapa pihak.
Hari ini, beberapa jabatan dan agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil membantu penduduk kampung terlibat.
Umno Bahagian Pendang akan bertindak menyelaraskan bantuan keperluan seperti keperluan makanan serta pakaian kepada mangsa yang terlibat secepat mungkin bagi membantu meringankan beban yang ditanggung mangsa.
Ketua Umno Bahagian Pendang Datuk Mohd Rozai Shafian berkata Tabung Bencana Alam akan diwujudkan dan dikendalikan oleh pejabat daerah bersama agensi dan jabatan terlibat bagi membantu mangsa yang ditimpa bencana itu.
Katanya bantuan awal seperti beras dan keperluan makanan disumbangkan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) manakala bantuan lain akan menyusul terutama bantuan membaiki rumah serta sekolah.
Setakat ini 11 buah rumah dikenal pasti rosak teruk dan perlu dibaiki segera.
Sehubungan itu, Mohd Rozai yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah meminta penduduk yang terlibat segera membuat laporan polis bagi memudahkan bantuan disampaikan.
Katanya kerajaan negeri akan terus membantu mangsa-mangsa puting beliung ini terutama bagi membaiki rumah dan menyediakan bantuan susulan kepada mereka.
” Kita ada tabung bencana melalui pejabat daerah dan ini yang kita nak selaraskan daripada pejabat daerah, jabatan kebajikan, agensi seperti Mada yang juga berhasrat untuk memberi bantuan dan NGO serta pertubuhan sukarela seperti JPAM (Jabatan Pertahanan Awam) yang datang membantu membuat pembersihan.
Kita minta pejabat daerah selaraskan kerja-kerja pemulihan segera. Pihak TNB (Tenaga Nasional Berhad) juga telah memberhentikan bekalan elektrik semalam,” katanya ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan Alor Besar di sini hari ini.
Sekolah itu terjejas teruk, sehingga sesi persekolahan hari ini terpaksa diberi cuti khas.
Sementara itu, kira-kira 100 murid sekolah itu diarahkan pulang ke rumah mereka pada pukul 9.30 pagi tadi bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan dilakukan anggota JPAM dan Rela Pendang.
Tinjauan di sekolah itu mendapati keadaan terlalu teruk dengan kantin, makmal komputer, dewan peperiksaan dan bangunan untuk prasekolah rosak teruk. – BERNAMA
TOP
Mangsa Kebakaran Uptown Dapat Bantuan Pelbagai Pihak
SHAH ALAM: Mangsa yang juga peniaga membuat laporan kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat selepas gerai mereka hangus terbakar dalam satu kejadian kira-kira 2.30 pagi tadi di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM – Sebanyak 136 peniaga di Uptown Shah Alam yang terjejas akibat kebakaran awal pagi tadi boleh menarik nafas lega apabila pelbagai pihak berjanji menyalurkan bantuan kewangan bagi meringankan beban mereka. Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata pihaknya melalui Tabung Ekonomi Usaha Niaga Nasional (Tekun) akan memberi pinjaman segera RM10,000 bagi setiap peniaga untuk kembali berniaga dalam masa terdekat. “Selain pinjaman, kami juga akan menyalurkan bantuan berupa khemah-khemah kecil untuk mereka gunakan apabila berniaga di tapak baharu kelak,” katanya yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor kepada pemberita ketika melawat kawasan kejadian di sini hari ini. Sementara itu, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengumumkan pemberian RM500 bagi setiap peniaga yang terjejas dalam kejadian itu hasil sumbangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor sebagai satu daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu. “Selain sumbangan wang, kerajaan negeri melalui Skim Mikro Kredit Miskin Bandar (Mimbar) akan menyalurkan pinjaman tanpa faedah berjumlah RM5,000 kepada setiap peniaga,” katanya kepada pemberita. Mohamed Azmin berkata beliau telah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk menurap kawasan lapang yang digunakan sebagai tempat letak kereta di sebelah tempat berkenaan untuk digunakan sebagai tempat berniaga sementara. Sebanyak 196 gerai milik peniaga Uptown Seksyen 24 di sini musnah dalam kebakaran pukul 3 pagi. Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor, Amer Haizal Sahar berkata siasatan awal mendapati punca kebakaran disebabkan litar pintas daripada sebuah gerai dalam bazar berkenaan. Katanya, jumlah kerugian dianggarkan RM19 juta. – BERNAMA

Penyeludupan Kereta Mewah: Polis Thai Cari Dua Warga Malaysia
BANGKOK: Polis Thailand sedang mengesan dua rakyat Malaysia berhubung dengan kes yang berlarutan selama setahun apabila enam buah kereta mewah terbakar dan musnah semasa penghantaran.
Bagaimanapun, tiada sesiapapun yang tampil untuk menuntut pemilikan kenderaan terbabit.
Polis percaya Ng Chee Kiong, 30, dan Poh Boon Poy, 42, boleh membantu siasatan dalam kes penyeludupan kenderaan itu ke Thailand.
Pengarah biro operasi khas Jabatan Siasatan Khas, Lt Kol KorawachPanpraphakorn memberitahu pemberita hari ini bahawa polis telah memperoleh warantangkap ke atas mereka.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kedua-duanya, yang menyamar sebagai pelancong telah memandu dua daripada enam kereta terbabit iaitu Lamborghini dan Bentley, ke Thailand.
Insiden itu yang berlaku di Nakhon Ratchasima, kira-kira 259 kilometer dari Bangkok, telah menarik perhatian umum dan menjadi tajuk perbualan di sini.
Menurut Bangkok Post, kereta mewah yang diseludup masuk ke Thailand itu ialah unit kenderaan siap dipasang sepenuhnya (CBU) tetapi diisytiharkan sebagai kereta dipasang semula di Thailand untuk mengelak pembayaran tarif 300 peratus ke atas kenderaan CBU.- mstar online
TOP
Jualan BMW Malaysia Naik 18% Pada Suku-3, 2014
KUALA LUMPUR – BMW Malaysia Sdn Bhd menjual sebanyak 6,629 kenderaan dalam suku ketiga 2014, peningkatan 18 peratus daripada 5,616 kenderaan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Model BMW menyumbang 5,782 daripada kenderaan itu, diikuti 473 kereta MINI dan 374 kenderaan BMW Motorrad.
Pengarah Urusannya Alan Harris berkata prestasi itu merupakan satu lagi penanda aras bagi BMW di negara ini.
“Kami mencatatkan pertumbuhan sejak permulaan tahun ini, yang mengukuhkan lagi kekuatan perniagaan di Malaysia.
“Dan dengan itu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas kepada pelanggan Malaysia kami yang dihargai,” katanya dalam satu kenyataan.
Sejak Januari 2014, BMW Group Malaysia memperkenalkan 11 kereta premium dan tujuh motosikal premium.
BMW Group Malaysia juga memasang BMW 3 Series Gran Turismo, BMW X3, BMW X5, dan edisi ke-55 MINI Cooper Countryman di kemudahannya di Kulim, Kedah, menjadikan jumlah model yang dipasang di kilang tempatannya sebanyak 17 varian, kata Harris. – BERNAMA
TOP
Bahagian PERMATA Buat Laporan Polis Ke Atas Keadilan Daily
Bahagian Program Permata Negara (PERMATA), Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini membuat satu laporan polis ke atas akhbar milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Keadilan Daily kerana menerbitkan satu berita fitnah dan mengelirukan orang ramai.
Laporan polis berkenaan mendakwa artikel bertajuk “Subsidi Dipotong Demi Permata Rosmah RM711 Juta” yang diterbitkan Ahad lepas mengelirukan orang ramai dan berniat jahat. Dalam artikel itu, Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak 10 Oktober lepas memperuntukkan RM711 juta untuk PERMATA yang dinaungi isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Kenyataan dibuat oleh Naib Ketua Wanita PKR Haniza Talha yang berkata tidak sepatutnya subsidi untuk rakyat dipotong hanya semata-mata untuk disalurkan kepada program berkenaan. “Dalam keadaan ekonomi negara yang agak sukar apabila subsidi dipotong dan rakyat menanggung beban, lebih baik duit yang diperuntukkan itu dibelanjakan pada benda yang lebih berguna,” katanya dalam laporan Keadilan Daily itu.
Pengadu yang bertanggungjawab menguruskan pengurusan dan perjalanan progran PERMATA berkata artikel itu turut menjejaskan dan kredibiliti beliau sebagai seorang pegawai yang bertanggungjawab dengan program itu. “Artikel ini juga telah berniat jahat ke atas pegawai Bahagian PERMATA yang bertanggungjawab menguruskan peruntukan PERMATA. “Pegawai-pegawai saya adalah penjawat awam yang tertakluk sepenuhnya kepada peraturan kewangan kerajaan dan lain-lain yang berkuatkuasa. “Pada artikel ini, imej kredibiliti dan tanggapan masyarakat ke atas PERMATA terjejas teruk apabila artikel ini telah tersebar dan digunakan oleh pihak lain untuk memburukkan lagi nama PERMATA,” kata pengadu dalam laporan berkenaan. Dalam artikel Keadilan Daily itu, Haniza turut menyifatkan PERMATA tidak telus apabila diberikan peruntukan besar di bawah kuasa JPM. “Peruntukkan ini sangat besar sedangkan program ini tidak duduk di bawah kementerian (pendidikan) tetapi di bawah JPM. Siapa yang memantau perlaksanaan projek ini? Banyak yang saya tengok tidak telus. “Ada juga saya dengar bahawa jumlah yang diperuntukkan itu tidak digunakan sepenuhnya untuk tujuan pendidikan,” katanya. Beliau berkata ada dakwaan bahawa terdapat kakitangan PERMATA tidak menerima peruntukan dan terpaksa meminta sumbangan pihak luar, Haniza meragui cara pengendalian wang bagi program tersebut. “Kalau kakitangan Permata sendiri tidak perolehi peruntukan itu jadi mana peginya duit yang disalurkan itu? Itu kena bentangkan laporan prestasi program tersebut,” katanya menurut artikel berkenaan. Pengadu dalam laporannya menyifatkan kenyataan Haniza sebagai tidak berasas kerana Bahagian PERMATA telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara sebagaimana agensi kerajaan yang lain. Lebih lantang, Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Shaik Ismail pula mempersoalkan ke mana wang peruntukan PERMATA dibelanjakan. Menurutnya seolah-olah wujud satu konflik kepentingan memandangkan Perdana Menteri, Najib yang juga Menteri Kewangan adalah suami kepada Rosmah. “Seolah-olah Datin Seri Rosmah ada akses yang penuh di dalam kewangan negara,” katanya seperti dilaporan Keadilan Daily. Kenyataan Siti Aishah pula dikatakan sebagai tidak benar apabila mengatakan seolah-olah Rosmah mempunyai akses penuh kepada kewangan negara. Aishah juga mempersoalkan tiada siasatan dan laporan daripada Ketua Audit Negara mengenai penyaluran wang berkenaan. – MYNEWSHUB

Angkara Hutang Penyewa Rumah, Ibu Tunggal Diancam Along
JOHOR BAHARU – Seorang ibu tunggal berdepan dengan ancaman ‘Along’ angkara hutang bekas penyewa rumahnya.
Wanita berumur 52 tahun itu yang mahu dikenali sebagai “Lee” berkata, kegagalan penyewa rumahnya “Ah Jack” menjelaskan pinjaman kepada Along telah menyebabkan rumahnya dibaling cat sebanyak dua kali dan bom petrol atau molotov cocktail juga dua kali.
“Dua kejadian dibaling cat berlaku pada 2 dan 7 Okt lepas manakala dua botol berisi minyak petrol juga dibaling dan menyebabkan kebakaran di sebahagian kecil rumah saya,” katanya kepada pemberita di Pejabat MCA di sini hari ini.
Menurutnya kejadian berlaku pada awal pagi dan ketika itu beliau tiada di rumah dan hanya mengetahuinya selepas jiran memaklumkan tentang kebakaran yang berlaku di halaman rumahnya.
Lee berkata sehingga kini Ah Jack gagal dihubungi bagi menyelesaikan masalah ini, dan meminta bekas penyewa rumahnya itu menjelaskan pinjamannya kepada Along supaya ia tidak melibatkan dirinya.
Sepanjang menyewa bilik di rumahnya, Lee berkata Ah Jack tidak pernah menangguh pembayaran sewa bilik sebanyak RM500 bulan.
Sementara itu, Ketua Biro Penyelarasan Hal Ehwal Kerajaan MCA Michael Tay Chee Boon berkata, tindakan Along terbabit sangat biadab dan tidak memikirkan nyawa orang lain.
“Kejadian seperti ini sangat membahayakan nyawa orang lain dan Along tidak sepatutnya bertindak ganas seperti ini bagi menuntut kembali wang daripada peminjam,” katanya.
Beliau memberitahu kaedah dilakukan Along itu tidak mendatangkan hasil malah mengundang kebimbangan tuan rumah itu yang secara tidak langsung turut terlibat. – BERNAMA
TOP
Video: Kami Tahu Harga Minyak Naik, Tetapi Prank Ini Sangat Melampau
Seorang prankster, Roman Atwoo, pelawak kelahiran Amerika ini sangat dikenali kerana sering membuat video prank di tempat awam melalui rakaman kamera tersembunyinya.
Menerusi video yang dikongsikan, dia sedang berpura-pura mencuri petrol daripada beberapa buah kereta dengan menggunakan air sebagai pengganti ‘minyak petrol’ yang dicuri. Tetapi malang buat beliau kerena kebanyakkan ‘mangsa’ yang terkena boleh dikatakan seakan bertukar menjadi ‘pemangsa’ pula. Prank seperti ini seharusnya tidak dilakukan kerana gelagat mencuri ini sememangnya sangat dibenci oleh masyarakat, yelah siapa je yang suka pencuri kan? Bagaimana jika prank tersebut berlaku di Malaysia, apa anda akan lakukan? Jom saksikan.. Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Gambar Selfie Yang Seksi & Hot… Wanita
Wow!!! Para lelaki di luar sana, sila tutup mulut anda yang melopong itu dengan apa yang kami paparkan ini. Kami tau anda mungkin terkesima dengan keseksian dan kejelitaan wanita ini beraksi selfie. Namun, sila cover line sikit….
Untuk wanita-wanita semua, sila jeles.!! Mampulah nak selfie camgini kalau serba serbi sempurna. Cantik gila u olls!!
Ada banyak lagi gambar yang hot dan seksi dalam post selfie di PBH-Network.com di bawah artikel 101 Of The Hottest Sexy Selfies Photos Ever Taken! :-
MYNEWSHUB.CC

Cabul Penumpang Dalam Tandas, Pesawat Berpatah Balik
HONOLULU – Sebuah pesawat Japan Airlines terpaksa berpatah balik ke Honolulu selepas seorang penumpang lelaki mencabul kehormatan seorang penumpang wanita di tandas pesawat.
Ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menahan penumpang terbabit, Michael Tanouye, 29, dari Hilo, Hawaii, pada malam Sabtu lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Honolulu kerana mengganggu seorang anggota kru penerbangan dan melakukan pencabulan.
Tuduhan pencabulan seks itu membawa hukuman maksimum kepada penjara seumur hidup.
Menurut afidavit FBI, penerbangan itu dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai ketika Tanouye menceroboh masuk ke tandas berkenaan dan mencabul wanita itu.
Wanita terbabit yang dalam perjalanan pulang ke Jepun dengan ibunya selepas bercuti selama empat hari di Hawaii, menggunakan tandas kira-kira sejam 45 minit selepas pesawat berkenaan berlepas.
Ketika bergelut dengan Tanouye, wanita itu berjaya menekan butang kecemasan di dalam tandas berkenaan.
Dalam afidavitnya, Ejen Khas FBI, Necosie Wilson berkata ibu wanita terbabit, atendan penerbangan dan penumpang lain cuba membuka pintu tandas tetapi tidak dapat melakukannya kerana Tanouye menghalangnya.
Katanya, mereka terpaksa membuka pintu itu dengan menanggalkan skrunya.
Atendan penerbangan dan penumpang kemudian memberitahu FBI bahawa seorang penumpang lelaki turut cedera ketika bergelut untuk mententeramkan Tanouye.
Sebelum kejadian itu, Tanouye dikatakan melaungkan sesuatu yang tidak sepatutnya dan ibunya memberitahu atendan penerbangan bahawa dia menghidapi kemurungan dan sedang mengambil ubat.
Dia kemudian berdiri dan kelihatan tenang sambil berkata, dia akan menziarahi neneknya.
Atendan penerbangan juga tidak memberinya minuman beralkohol kerana dia sedang makan ubat.
Afidavit berkenaan menyatakan selepas kejadian itu, ibu Tanouye memberinya satu dos ubat dan dia terus tertidur.
Kapten penerbangan memutuskan untuk berpatah balik selepas terbang kira-kira dua jam berikutan kejadian itu.
Jurucakap FBI di Honolulu, Ejen Khas Tom Simon berkata, polis Hawaii membawa Tanouye keluar dari pesawat sebaik mendarat di Honolulu sebelum ejen FBI menahannya.
Suspek kini ditahan tanpa jaminan di Pusat Tahanan Persekutuan Honolulu. – AP
TOP
Video: Anjing Sajian Utama Festival Paling Kontroversi Di China
Pesta yang dinamakan Festival Daging Anjing berlangsung setiap tahun pada bulan Oktober di Bandar Yulin, dengan dianggarkan lebih 10,000 ekor anjing akan disembelih dalam sehari untuk dijadikan makanan.
Amalan tradisi kuno yang diwarisi sejak 600 tahun lalu ini mendapat pelbagai bantahan terutamanya daripada pencinta haiwan sedunia.
Kebanyakan rakyat China sendiri membantah kerana ia dilihat perbuatan yang telalu kejam terhadap anjing namun para penduduk di daerah Yulin masih tidak boleh meninggalkan amalan tradisi nenek moyang mereka ini.
Festival ini disambut bagi merayakan musim panas dengan mewajibkan daging anjing sebagai sajian utama.
Gambar: Penduduk tempatan dan pelancong sedang makan daging anjing di Yulin
Festival tersebut sangat mendapat sambutan bagi penduduk Yulin dan para pelancong-pelancong yang mengunjungi daerah tersebut akan disajikan dengan pelbagai menu hidangan daging dalam bentuk BBQ, stir-fry dan boiled bersama-sama dengan sayur-sayuran, laici dan alkohol.
Gambar: Seorang lelaki sedang makan daging anjing
Penduduk tempatan Yulin mendakwa memakan anjing serta minum minuman keras pada solstis musim panas membuatkan tubuh mereka kekal sihat ketika musim sejuk.
Aktivis haiwan menganggarkan sebanyak 10,000 anjing dibunuh setiap kali festival daging anjing itu diadakan.
Petisyen bantahan telah dikeluarkan bagi memohon Gabenor Yulin, Chen Wu membatalkan festival ini di laman Change.org
Gambar: Aktivis haiwan melutut untuk membeli anjing ini bagi elak ia dibunuh untuk Festival Daging Anjing
Kebanyakan aktivis berusaha membeli anjing-anjing yang telah dijual di pasaran terbuka dengan menggunakan duit kutipan derma dan duit sendiri. Namun, mereka tidak dapat menyelamatkan kesemuanya.
Gambar: Antara ribuan anjing yang telah menjadi sajian festival
Penyokong-penyokong festival ini sering menggunakan hujah tentang daging lembu yang dimakan oleh orang lain walaupun orang India menganggapnya haiwan suci sebagai alasan utama meneruskan festival ini.
Petikan dari CNN, seorang lelaki berteriak kerana tidak puas hati dengan tekanan media terhadap festival tersebut di pasar terbuka Dong Kou:
“Adakah anda makan daging lembu? Jika anda berhenti makan daging lembu, kami akan berhenti makan daging anjing.”
Gambar: Keadaan di pasar terbuka menjual daging anjing
“Ini adalah tradisi kita dan kita dah biasa makan daging anjing. Ia adalah budaya kami dan kami takkan mengubahnya (menghentikannya). Ia lazat! Tapi kami tidak bunuh binatang peliharaan kami,” kata pemilik kedai menjual daging.
Gambar: Pemotong daging anjing di pasar terbuka.
Aktivis haiwan menyatakan daging anjing adalah sebahagian dari diet harian penduduk Yulin.
Mereka mahu festival ini dilarang seperti mana tradisi China yang telah mengharamkan tradisi foot binding sebelum ini.
- mynewshub.cc Sumber: Newsrepublic / VICE

8 GAMBAR : Bilik Darjah Dibakar, Diconteng Pelajar Gangster
Gara-gara pertengkaran sesama pelajar, sebuah kelas di SMK Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur dibakar manakala dinding dan koridor diconteng dengan perkataan kesat.
Mengikut maklumat daripada sebuah akaun Facebook pelajar sekolah berkenaan, kejadian berlaku pagi Sabtu lalu.
Difahamkan, punca kejadian khianat ini disebabkan dendam antara suspek yang merupakan pelajar tingkatan lima dengan sekumpulan pelajar tingkatan lima lain.
Daripada contengan dibuat terdapat nama pelajar tertentu ditulis selain perkataan carut yang popular dalam kalangan remaja hari ini. ‘*le ut*’.
Amat menyedihkan jika benar perbuatan ini dilakukan oleh pelajar yang sepatutnya bergelut dengan peperiksaan SPM yang bakal menentukan hala tuju mereka selepas ini – nampak seolah-olah pelakunya lebih minat untuk menjadi ahlong daripada doktor!
Diharapkan pihak sekolah mengambil tindakan serius untuk membendung kejadian gangsterisme sebegini daripada terus menular.
- MYNEWSHUB

10 Perangai Buruk Penumpang Pesawat Yang Harus Di Elakkan
PERNAHKAH anda merasai pengalaman berhadapan dengan penumpang-penumpang yang memiliki perangai buruk ketika menaiki kapal terbang?
Jika kita adalah mangsa keadaan bagi manusia-manusia seperti yang kami kongsikan, apa yang patut dilakukan untuk mengajar mereka?
Jom lihat 10 perangai buruk penumpang-penumpang ini…
1. Membuang air di dalam ‘potty’ atau bekas kencing kanak-kanak. Menjijikkan!
2. Menggantung jaket, blazer di tempat duduk. Hello, kami kat belakang ni tak payah guna ‘tray’ ke?
3. Meletakkan kaki di atas ‘tray’ pesawat. Gelilah!
4. Ni lagi berani mati. Tidur atas lantai pesawat… Mungkin kapal terbang tempat paling selesa untuk dia tidur kot.
5. Sempat lagi nak ‘pedicure’… Pengotor lah!
6. Apa hal ko menyelit kaki kau kat celah aku ni!!
7. Amboi…. Beli sekali dua ‘seat’ ke bang…
8. Oh mummy! Tolong jangan jadi pengotor sangat boleh. Boleh tak panggil anak kapal untuk kutip lampin pakai buang tu atau tukar kan je kat tandas!
9. Ni bukan sila panggung namanya, ni mintak pelangkung. Jaga adab sikit boleh…
10. Yang ni mintak penampar. Patutlah rasa geli je kaki ni, rupanya ada kaki lain kat bawah seat kita..!! Dergghhhh!
So, macamana? Moga-moga korang semua tidak tergolong dalam kategori ini…
- mynewsub

KLIA Menang Anugerah ‘Lapangan Terbang Besar Terbaik’
KUALA LUMPUR – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipilih sebagai pemenang Anugerah ‘Lapangan Terbang Besar Terbaik’ oleh Pusat Penerbangan Asia Pasifik (CAPA) yang berpejabat di Sydney.
Anugerah itu yang sekali gus meningkatkan status KLIA dalam industri penerbangan dunia, disampaikan pada Sidang Kemuncak Penerbangan Asia dan Kongres Syarikat Penerbangan Kos Rendah, anjuran CAPA, di Singapura pada Selasa.
Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd Datuk Badlisham Ghazali yang menerima anugerah itu, berkata perakuan ke atas KLIA sebagai lapangan terbang utama paling pesat berkembang di Asia Pasifik, dibuktikan menerusi pertumbuhan 19 peratus pergerakan penumpang tahun lepas.
“Dari segi pertumbuhan penerbangan, kawasan Asia Pasifik berkembang pesat dengan separuh daripada pertumbuhan trafik udara dunia dalam tempoh 20 tahun akan datang dijangkakan datang dari kawasan ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Badlisham berkata Malaysia Airports merancang meningkatkan usaha sama dengan syarikat-syarikat penebangan dan kerajaan bagi membawa lebih banyak trafik ke Malaysia. – BERNAMA
TOP
Untunglah… Hospital Swasta Sponsor Kos Bersalin Che Ta
BERUNTUNG sungguh Rozita Che Wan, dah lah majlis perkahwinannya dengan Zain Saidin sebelum ini ditaja sepenuhnya, kali ini proses kelahiran anak sulung pasangan ini juga akan disponsor sepenuhnya oleh Hospital Ampang Puteri.
Hospital swasta itu sudah bersetuju untuk menaja sepenuhnya proses kelahiran anaknya yang dijangka lahir Disember ini di mana tajaan itu merangkumi urusan di bilik bersalin, diberikan bilik penginapan serta rawatan dan layanan kelas pertama secara percuma.
Murah rezeki Che Ta sekeluarga, ni yang dikatakan sebagai rezeki anak.
Apa-apa pun kita doakan sahaja agar proses kelahiran cahaya mata Che Ta kelak selamat dan berjalan lancar. - MYNEWSHUB
TOP
Malaysia Tak Dapat Stok iPhone 6 Pada Bulan Ini
Berita yang agak mendukacitakan untuk para peminat produk Apple, terutamanya iPhone.
Terkini, Apple telah mengeluarkan senarai negara yang akan menerima iPhone 6 dan iPhone 6 Plus pada bulan ini, dan agak mendukacitakan memandangkan Malaysia tidak tersenarai di dalamnya.
Antara negara yang tersenarai antaranya adalah China, India dan juga negara jiran kita, Thailand.
iPhone 6 telah mula dijual sejak sebulan lepas dalam dua variasi saiz iaitu iPhone 6 pada saiz 4.7-inci dan iPhone 6 Plus pada saiz 5.5-inci.
Ia dilengkapi dengan cip pemprosesan A8, selain turut menyertakan beberapa penambahbaikan termasuk pada bahagian kamera dan dijana menggunakan sistem operasi iOS8. Memandangkan Malaysia tidak tersenarai pada fasa ketiga ini, peminat Apple yang ingin memiliki iPhone 6 mungkin perlu menanti hingga November atau Disember depan untuk membelinya secara rasmi di Malaysia. - mynewshub.cc Sumber: APPLE

Awek Ganas Ditahan Kerana Tendang Anggota Polis
Seorang wanita ditahan di Kuching, Sarawak awal pagi tadi akibat tindakannya menendang dua orang pegawai polis selepas dia mengalami satu kemalangan.
Memetik laporan The Borneo Post hari ini, kejadian itu berlaku di Jalan Wawasan 2020 berhampiran gereja St Thomas.
Wanita itu yang berusia 20 tahun pada mulanya memandu kereta sebelum hilang kawalan dan melanggar sebatang tiang lampu.
Seorang pemimpin masyarakat di situ, terdengar kemalangan yang berlaku dan keluar dari rumah kedainya membantu wanita berkenaan keluar dari keretanya yang rosak sebelum menghubungi ambulans serta polis ke tempat kejadian.
Dua orang anggota polis yang meronda tiba di lokasi dan bertemu dengan wanita itu.
Bagaimanapun, ada beberapa soalan yang ditanyakan polis kepada wanita itu tidak berjaya dijawab.
Kejadian menjadi semakin tegang apabila wanita itu enggan menaiki ambulans kerana dia mendakwa dirinya tidak cedera. Tiba-tiba wanita itu bertindak menendang anggota polis berkenaan serta berkasar dengan kakitangan perubatan.
Kelakuan agresif itu memaksa polis bertindak menggari wanita itu dan menahannya.
Dia kemudian dibawa ke sebuah balai polis berdekatan untuk menjalani ujian air kencing bagi mengenalpasti adakah dia positif dadah atau sebaliknya.
Dalam laporan itu, wanita itu dikatakan berasal dari Matang dan kini ditahan untuk siasatan lanjut. – MYNEWSHUB
TOP
Video: Snap! 6: Cangkerang iPhone 6 Dengan Butang Kamera Fizikal
Sebanyak 20 Juta unit iPhone 6 dan 6 Plus telah terjual sejak dilancarkan bulan lalu.
Pelbagai casing atau cengkerang tambahan juga telah dihasilkan demi memenuhi permintaan pelanggan.
Bagi anda yang ingin memaksimumkan penggunaan fungsi kamera yang terdapat pada iPhone 6. Kini Bitplay, sebuah syarikat yang berpengkalan di Taiwan telah menghasilkan cangkerang yang mempunyai camera grip dengan bateri terbina – Snap! 6.
Casing atau cengkerang Snap!6 ini mempunyai butang kamera fizikal yang membonjol di bahagian tepi dan disertakan dengan 3 lensa tambahan.
Lensa sudut lebar dan makro ini boleh digantikan mengikut kehendak pengguna.
Selain cangkerang, Bitplay juga mempunyai aplikasi kamera mereka sendiri bagi memudahkan pengguna memilih tetapan gambar yang terbaik mengikut situasi.
iPhone 6 anda kini bakal menjadi sebuah kamera!- mynewsub

MH17: Malaysia Pergiat Rundingan Masuk Semula Ke Lokasi Nahas
KUALA LUMPUR – Malaysia sedang memperhebat rundingan dengan kerajaan Ukraine dan puak pemisah di timur negara itu bagi membenarkan pasukan penyiasat nahas Malaysia Airlines MH17 memasuki kawasan tragedi dalam masa terdekat sebelum musim sejuk hujung tahun ini.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa Malaysia berharap rundingan itu dapat membuahkan hasil walaupun peluang untuk memasuki kawasan berkenaan kini semakin tipis.
“Kita akan teruskan perbincangan dan harap dapat masuk kawasan nahas dalam tempoh secepat mungkin sebelum tiba musim sejuk, jika tidak kita terpaksa tunggu selepas musim sejuk.
“Mungkin April tahun depan,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang ingin tahu tindakan kerajaan bagi membolehkan pasukan penyiasat memasuki semula kawasan nahas MH17.
Liow berkata bahawa semalam beberapa pakar penyiasat Belanda dan pasukan penyiasat tempatan telah dapat memasuki lokasi nahas MH17 dan berjaya mengumpul barangan peribadi milik mangsa pesawat malang itu.
Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila pesawat itu ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.
Liow berkata kerajaan komited dalam merealisasikan usaha itu bagi membawa keluar bukti yang diperlukan iaitu bangkai pesawat tersebut untuk siasatan yang menyeluruh.
Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah menghadiri beberapa siri perbincangan dengan kerajaan Ukraine.
“Kita faham dari segi kompleksiti, Ukraine kerana di negara itu terdapat banyak kumpulan puak pemisah sekurang-kurangnya 12 hingga 13 kumpulan dan bukan senang untuk kita dapatkan persetujuan gencatan senjata dicapai sepenuhnya,” katanya.
Menjawab soalan asal Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) yang meminta beliau menyatakan perkembangan, kos mengurus dan membawa balik jenazah serta jumlah wang pampasan, Liow berkata usaha gigih sentiasa dijalankan perdana menteri bagi melancarkan proses berkaitan.
Sehingga kini, katanya, sebanyak 278 jenazah daripada 298 mangsa telah dikenal pasti oleh pasukan perubatan di Pusat Perubatan Tentera di Hilversum, Belanda dan daripada jumlah itu 43 jenazah rakyat Malaysia termasuk seorang yang mempunyai dwikerakyatan telah dikenal pasti.
“Kesemua jenazah yang dibawa pulang ke tanah air telah diberikan penghormatan terakhir oleh kerajaan melalui istiadat yang diadakan secara
berperingkat mengikut kumpulan yang dibawa pulang,” katanya.
Liow berkata tindakan untuk menuntut keadilan ke atas tragedi itu diambil bersama pihak berkuasa negara lain yang mempunyai penumpang dalam pesawat itu dengan mengambil keterangan dalam bentuk rakaman serta rakaman pemintasan komunikasi antara pihak berkenaan yang diperoleh daripada negara terbabit.
Menyentuh kos yang ditanggung setakat ini, Liow berkata kerajaan hanya menanggung sebahagian kos perbelanjaan seperti tiket penerbangan, tempat penginapan dan makan minum penjawat awam yang dihantar bertugas di Ukraine serta Belanda.
“Kos selebihnya bagi pengurusan membawa balik jenazah ditanggung MAS manakala kos perbelanjaan mengenainya masih belum dimuktamadkan,” katanya.
Mengenai satu lagi soalan Fong, Liow sekali lagi menekankan bahawa tiada sebarang perjanjian yang dibuat antara kerajaan Malaysia dan puak pemisah pro-Rusia, apabila puak pemisah itu bersetuju menyerahkan kotak hitam MH17 kepada Malaysia selain membenarkan pasukan penyiasat membawa keluar mayat dari kawasan nahas.
“Saya ingin tekankan bahawa tiada apa-apa perjanjian dibuat. Kotak hitam sudah dikembalikan kepada kita dan dianalisis. Kesemua data perbualan dalam keadaan baik,” katanya. – BERNAMA
TOP
Uptown Shah Alam Akan Dibangunkan Semula – Azmin
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali meninjau kemusnahan kira-kira 187 daripada 442 tapak gerai di Uptown Shah Alam di Seksyen 24yang hangus terbakar dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi tadi di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM – Kompleks bazar larut malam (Uptown Shah Alam) di Seksyen 24 yang terbakar awal pagi tadi akan dibangunkan semula bagi memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung pusat perniagaan Bumiputera itu. Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, berkata pembangunan bazar yang juga dikenali Kompleks Muhibah Seksyen 24 itu membabitkan menaik taraf lot perniagaan dan kemudahan letak kereta. “Mengikut perancangan jangka panjang kompleks ini kita akan bangunkan semula termasuk meningkatkan tahap keselamatan dan kemudahan tempat letak kereta. “Kerajaan Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menurap kawasan yang lapang bersebelahan kompleks perniagaan ini,” katanya. [BACA: 8 GAMBAR: Kebakaran Musnahkan 40 Peratus Up Town Shah Alam] Beliau berkata demikian ketika meninjau gerai Uptown Shah Alam yang hangus terbakar di sini, sebentar tadi. Dalam kejadian kira-kira 2.45 pagi tadi, sebanyak 136 peniaga terjejas akibat kebakaran itu. Azmin berkata, kerajaan negeri akan memberi sumbangan RM500 dan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM5,000 bagi meringankan beban peniaga yang terjejas. “Kita juga akan menurap kawasan lapang seluas 6.5 ekar di bawah tanah pusat pembangunan ibu tunggal bagi menyediakan khemah sementara supaya mereka (peniaga) meneruskan perniagaan,” katanya. – BHarian Online

8 GAMBAR: Kebakaran Musnahkan 40 Peratus Up Town Shah Alam
Sekitar jam 3 pagi tadi, hampir 200 gerai menjual aneka barangan di bazar larut malam Up Town Shah Alam, Sek 24 hangus dijilat api.
Kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas.
Laporan akhbar hari ini memetik kenyataan Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul yang mengesahkan pihak bomba menerima panggilan kecemasan berkaitan kebakaran ini pada jam 2.57 pagi.
Bomba menggerakkan tiga pasukan ke lokasi dengan pasukan pertama mengambil masa cuma 5 minit untuk tiba dan mula memadamkan kebakaran.
Pemeriksaan mendapati 196 daripada 425 gerai atau 40 peratus daripada Up Town musnah akibat kebakaran ini.
Bagaimana pun syukurlah, tiada kemalangan jiwa dilaporkan walau jumlah kerugian belum dapat ditafsir.
Up Town Shah Alam merupakan tempat beli belah aneka barangan pada harga berpatutan yang dibuka antara jam 8 malam hingga 4 pagi.
Ia antara lokasi yang menjadi tarikan di Bandaraya Shah Alam.

Kursi Kepimpinan Islam Seiring Komitmen Kerajaan Tingkat Martabat Islam - Muhyiddin
Dr Musa (kiri) and Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Nurul Yaqeen Datuk Wira DR Ismail Ibrahim bertukar dokumen selepas majlis menandatangani perjanjian penbuhan Kursi Kepimpinan Islam sambil disaksikan Muhyiddin dan Mohamad.
NILAI: Usaha Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mewujudkan Kursi Kepemimpinan Islam adalah amat siginifikan dan bertepatan dengan komitmen kerajaan untuk meningkatkan martabat Islam di mata dunia, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, dengan pengiktirafan masyarakat dunia terhadap Malaysia sebagai sebuah sebuah negara Islam yang moden, demokratik, stabil dan pesat membangun, penubuhan Kursi Kepimpinan Islam ini akan menjadi sumber utama dalam bidang kajian kepimpinan Islam kontemporari. "Kejayaan kita menubuh serta mengurus dengan baik pelbagai institusi Islam dalam bidang pengurusan hal ehwal agama, pendidikan, ekonomi, undang-undang dan pembangunan sosial menjadikan Malaysia antara negara contoh yang diteladani oleh negara-negara Islam yang lain," katanya. Berucap melancarkan Kursi Kepimpinan Islam Tuan Guru Haji Mohd Yassin Muhammad di USIM di sini, Rabu, Muhyiddin berkata, kerajaan menyokong penuh penubuhan Kursi ini. Turut hadir Yang Dipertua Dewan Negara Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Naib Canselor USIM Prof Datuk Dr Musa Ahmad. Kursi Kepimpinan Islam ini dinamakan atas nama ayahanda Muhyiddin iaitu Mohd Yassin sebagai menghargai ketokohan Allahyarham yang semasa hayatnya begitu progresif, proaktif serta memiliki jati diri dalam memperjuangkan kepentingan agenda Melayu dan pembangunan Islam di Malaysia khususnya menerusi bidang pendidikan dan pentadbiran. Muhyiddin berkata, model kepimpinan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang moden, progresif dan stabil amat penting untuk dikaji secara lebih mendalam. "Pada hemat saya, Kursi Kepimpinan Islam Tuan Guru Haji Mohd Yassin Muhammad di USIM ini boleh menjadi pelopor kepada usaha pengkajian ilmiah yang komprehensif tentang ciri-ciri, nilai dan amalan kepimpinan Islam kontemporari yang sesuai dengan tuntutan masyarakat moden hari ini. "Saya menyarankan agar ahli akademik dari dalam dan luar USIM bekerjasama dalam menghasilkan kajian-kajian ilmiah yang signifikan menerusi Kursi Kepimpinan Islam ini," katanya. Sementara itu, Musa berkata, melalui Kursi ini, USIM berhasrat agar universiti itu dapat berfungsi sebagai pusat meneroka aspek kepimpinan dari perspektif Islam bagi mengembangkan teori dan pengalaman Malaysia dalam membentuk pemimpin masa depan. "Kajian-kajian yang akan dijalankan diharap akan menghasilkan penemuan kajian yang bersifat universal dan mempunyai asas elemen Islam yang kukuh untuk dijadikan panduan pemimpin di peringkat global, seterusnya menjadi pusat promosi model kepimpinan baharu yang unik dan stabil," katanya. Kursi Kepimpinan Islam ini ditubuhkan dengan kerjasama Yayasan Nurul Yaqeen dengan dana permulaan RM500,000 untuk tempoh setahun. USIM turut melantik bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak sebagai penyandang Kursi berkenaan. Pada majlis yang sama, Muhyiddin turut menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) di antara USIM dan Yayasan Nurul Yaqeen. Beliau turut menyaksikan penyampaian cek RM500,000 oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Nurul Yaqeen Datuk Dr Ismail Ibrahim kepada Musa, sebagai dana awal untuk kursi itu.- mstar online

Novelis Australia Richard Flanagan Menang Anugerah Berprestij Man Booker Prize
Richard Flanagan tersenyum di sebalik novelnya berjudul "The Narrow Road to the Deep North" yang diumumkan sebagai penerima anugerah Man Booker Prize iaitu anugerah kesusasteraan berprestij di London pada petang Selasa, 14 Oktober 2014.
LONDON: Novelis Australia, Richard Flanagan telah diumumkan sebagai penerima anugerah kesusasteraan berprestij Britain iaitu Man Booker Prize untuk novelnya "The Narrow Road to the Deep North", yang diilhamkan di atas pengalaman bapanya sebagai tawanan perang. Novel itu mengisahkan pengalaman seorang doktor bedah, Dorrigo Evans, yang terpenjara di dalam sebuah kem tahanan Jepun setelah dia menjadi tawanan perang dan dipaksa bekerja membina landasan kereta api di sempadan Thailand-Burma. "Dua tema terhebat dalam mana-mana asal usul kesusasteraan ialah tentang percintaan dan peperangan. Cerita yang terkandung di dalam novel ini ialah kisah cinta dan perang yang hebat," kata tokoh akademik, AC Grayling, yang menyampaikan hadiah berkenaan dalam satu majlis yang berlangsung di London Guildhall pada petang Selasa sambil menambah "Ini adalah buku yang ditakdirkan untuk ditulis oleh Richard Flanagan. Dia dilahirkan untuk menulis cerita ini." Flanagan adalah warga Australia yang ketiga untuk memenangi hadiah kesusasteraan ini yang datang bersama sebuah trofi dan hadiah wang tunai sebanyak Pound Sterling 50,000 (RM250,000). Dalam temuramah dengan stesen BBC selepas menerima anugerah tersebut, penulis berusia 53 tahun itu menegaskan idea tentang kisah kereta api maut itu sentiasa mempengaruhi kehidupannya. "Ketika kanak-kanak, ayah sentiasa menyebut beberapa perkataan Jepun dan yang paling digemarinya ialah san byaku san ju go iaitu nombor tahanannya - 335 - ketika dia menjadi buruh paksa tentera Jepun membina landasan maut di sempadan Thailand-Burma," kata Flanagan. Sejak itu, bagi Flanagan, ia adalah satu misteri yang aneh yang dia adalah anak kepada mangsa landasan kereta api maut dan sebagai seorang penulis dia sentiasa ingin merungkai cerita di sebalik kisah itu semua. Flanagan mengambil masa 12 tahun untuk menghabiskan cerita di dalam novel tersebut yang mana pada hari dia menaip noktah terakhir pada novelnya itu, dia menerima berita kematian bapanya. Apa yang menakjubkan ialah Flanagan meninggalkan persekolahan ketika dia berusia 16 tahun tetapi kemudiannya memenangi biasiswa untuk melanjutkan pengajiannya di Universiti Oxford untuk melengkapkan ijazah sarjana dalam bidang persuratan. Dia bermula dengan menulis buku sejarah sebelum beralih kepada fiksyen. Anugerah The Man Booker bermula pada 1969 dan merupakan satu anugerah berprestij dalam dunia kesusasteraan antarabangsa. Untuk disenarai pendekkan di dalam anugerah ini sudah memadai untuk melonjakkan nilai komersial sesebuah buku apatah lagi memenanginya. Novel The Garden of Evening Mists hasil karya novelis Malaysia, Tan Twan Eng yang diterbitkan pada 2012 pernah dicalon dan disenarai pendekkan untuk anugerah ini tahun lalu. Sebelum ini, Man Booker Prize hanya terbuka kepada naskhah asli yang dihasilkan dalam bahasa Inggeris oleh warganegara Komanwel, Ireland dan Zimbabwe sahaja tetapi tahun ini dibuka kepada penulis-penulis dari Amerika Syarikat. Tindakan tersebut menerima kritikan daripada pelbagai pihak termasuk penulis-penulis dari benua Asia dan Komanwel.- mstar online

Polis Bebaskan Seorang Lelaki Selepas Dilarikan Tiga Along
Mohd Mokhtar Mohd Shariff (tengah) bersama anggotanya menunjukkan sebilah pedang antara barang rampasan atas kejayaan polis menahan lima lelaki dipercayai "Along" dan membebaskan mangsa yang diculik pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor pada Rabu.
JOHOR BAHARU: Polis membebaskan seorang lelaki warga tempatan berumur 21 tahun selepas beliau dilarikan tiga lelaki dipercayai Along di sebuah pasar raya di Taman Tun Aminah di sini Rabu lepas. Ketua Polis Johor Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata, suspek terbabit telah meminta sejumlah wang daripada abang mangsa sebelum bersetuju untuk membebaskannya. "Sehari selepas kejadian itu, polis telah membuat tangkapan seorang lelaki dan seorang wanita berumur 24 dan 29 tahun di Taman Mount Austin disyaki terlibat dengan kejadian terbabit," katanya kepada pemberita pada Rabu. Penangkapan kedua-dua individu terbabit, katanya, telah membawa kepada penangkapan seorang lagi lelaki berumur 19 tahun sehingga polis dapat menyelamatkan mangsa dan menemui kembali kereta miliknya. Mokhtar berkata, operasi susulan dijalankan sehingga membawa kepada penangkapan dua lagi lelaki berumur 22 dan 24 tahun di Johor Jaya yang terlibat di dalam kejadian yang sama. "Polis turut menahan lima lelaki dipercayai Along yang terlibat dalam kes ini," katanya sambil menambah, polis turut merampas pelbagai barangan termasuk enam bilah parang, sebilah pedang dan sebilah pisau. Polis turut merampas pelbagai barangan lain termasuk sebatang kayu menyerupai pedang, tiga buku lima, kad pengenalan milik mangsa dan enam buah telefon bimbit. Katanya hasil semakan kes-kes terdahulu, polis mendapati seorang daripada suspek memiliki lima kes jenayah lampau. "Kejayaan ini membolehkan polis menyelesaikan satu kes melarikan orang di Johor Baharu Utara, manakala suspek-suspek dipercayai dapat membantu siasatan tujuh kes Along melempar molotov cocktail di Johor Baharu Utara, Johor Baharu Selatan dan Nusajaya," katanya. Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, katanya. Sementara itu, dalam kes berasingan, polis menangkap tujuh lelaki tempatan berumur di antara 27 hingga 65 tahun di sebuah restoran di Jalan Hang Tuah,Taman Ungku Tun Aminah, Isnin lepas. Tangkapan itu hasil laporan polis oleh seorang lelaki warga tempatan sehari sebelum itu yang mengadu rumahnya disimbah cat oleh tiga lelaki dipercayai Along. "Hasil penangkapan, polis merampas 12 keping resit pengeluaran wang, empat keping resit wang deposit, enam keping simkad , dua buah telefon bimbit jenis Nokia, enam buku bank dan wang tunai," kata beliau. Beliau berkata empat daripada suspek yang ditahan mempunyai lima rekod kesalahan jenayah lampau. - mstar online

Tamrin Keluar PAS
Tamrin ketika bersama Hadi pada program ceramah PAS tahun lalu.
KUALA LUMPUR: Selepas hanya dua tahun menganggotai PAS, anak bekas timbalan perdana menteri, Mohd Tamrin Abdul Ghafar umum meninggalkan parti itu pada Rabu. Menerusi surat yang dihantar ke Pejabat Agung PAS bertarikh 15 Oktober, Mohd Tamrin memaklumkan kepada parti itu bahawa beliau menarik diri daripada PAS. "Adalah diharapkan pihak Yang Berbahagia Datuk dapat mengemaskinikan rekod keahlian saya berkaitan keputusan ini," katanya menerusi surat yang dialamatkan ke atas nama Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. Pejabat Agung PAS mengesahkan menerima surat berkenaan. Difahamkan surat berkenaan disampaikan menerusi serahan tangan. Mohd Tamrin menyerahkan borang keahlian PAS kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 11 Ogos 2012. Tamrin merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam.- mstar online

GST: Tanda Harga Khas Perlu Seragam, Mesra Pengguna, Peniaga
PETALING JAYA: Pemain industri secara umumnya mencapai kata sepakat untuk melaksanakan tanda harga khas bagi setiap barangan yang tidak dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Bagaimanapun, kerajaan diminta mencari mekanisme terbaik untuk melaksanakannya supaya kemudahan buat pengguna itu turut memudahkan peniaga dan pemain industri berkaitan.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman yang mencadangkan perkara berkenaan berkata, langkah kerajaan itu bertepatan dalam memastikan cukai baharu yang akan dikuatkuasakan pada 1 April tahun depan dapat dilaksanakan dengan baik.
Beliau berkata, penggunaan tanda harga khas itu akan memberi lebih kefahaman kepada pengguna mengenai barangan yang dikenakan atau tidak oleh GST.
“Diharapkan kerajaan dapat mempertimbangkan supaya tanda harga khas itu bukan sahaja melibatkan barangan dikecualikan GST malah yang dikenakan cukai kadar sifar bagi membezakan dengan yang dikenakan GST,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.
Pada Selasa, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad memberitahu mStar Online bahawa kementerian itu menyambut cadangan tanda harga khas itu bagi mendidik pengguna mengenai pelaksanaan GST.
Bagaimanapun Alias berkata, perkara tersebut masih dalam pertimbangan yang perlu diteliti menerusi beberapa perbincangan dan maklum balas serta mendapat persetujuan semua pihak sebelum ia diputuskan.
Sementara itu, Pengarah Perhubungan Kerajaan dan Hal Ehwal Korporat Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco), Azlam Shah Alias berkata, penggunaan tanda harga khas itu boleh dilaksanakan kerana barangan harga kawalan pada setiap musim perayaan yang ditetapkan kerajaan menggunakan label berbeza.
Bagaimanapun katanya, notis lebih awal perlu diberikan kepada peniaga terlibat supaya persiapan boleh dilakukan untuk memastikan pelaksanaan berjalan lancar.
“Kerajaan juga perlu selaraskan tanda harga khas yang sama digunakan di semua premis dari segi grafik, warna dan penggunaan perkataan supaya pengguna dapat mudah untuk mengenal pasti barangan yang tidak dikenakan GST itu,” katanya.
Mengenai keseragaman itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Ma’amor Osman berkata, kerajaan perlu membuat satu ketetapan secara rasmi supaya ia diguna pakai oleh semua pihak.
“Barangkali, ia buat dilakukan menerusi pewartaan mengenai tanda harga khas barangan tidak dikenakan GST di bawah akta sedia ada.
“Kita tidak mahu nanti ada peniaga yang tidak laksanakannya dan ada peniaga yang juga memanipulasi pengguna berdasarkan pelaksanaan tanda harga khas itu,” katanya yang merujuk kepada Akta Perihal Dagangan 2011 dari segi pelabelan barangan.
Bagaimanapun, bagi Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin), Datuk Dr Ameer Ali Mydin, walaupun penggunaan tanda harga khas itu dianggap cadangan yang baik tetapi ia mungkin memberi kesan terutama kepada peniaga kecil.
Beliau berkata, peniaga kecil menggunakan mesin yang sama untuk melabelkan tanda harga bagi semua barangan termasuk yang tidak akan dikenakan GST.
“Pelaksanaan ini mungkin membabitkan kos tambahan, malahan pengurusan juga akan menjadi lebih rumit sekiranya sebahagian besar barangan yang dijual perlu dilabelkan dengan tanda harga secara berasingan,” tambah Ameer.
Sehubungan itu beliau mencadangkan supaya kerajaan dan pemain industri bekerjasama untuk mempertingkatkan kesedaran awam mengenai barangan yang tidak dikenakan GST.
“Mungkin sekarang pengguna kurang faham, tetapi ini sementara sahaja. Lama-lama nanti mereka akan faham juga sekiranya semua pihak dapat membantu untuk memberi kesedaran terhadap terutama barangan yang tidak dikenakan GST.
“Senarai barangan berkaitan GST yang diwartakan telah pun dikeluarkan. Kerajaan hanya perlu mempermudahkan lagi senarai itu bagi orang awam mendapatkan kefahaman dengan lebih jelas,” kata Ameer.- mstar online
TOP
Kenyataan Hasutan: Polis Siasat Menteri Dalam Negeri
Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu mengesahkan beliau disiasat polis kerana dikatakan mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan. Menurut menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal keselamatan itu, beliau memberi kenyataan kepada polis pada Isnin lepas, berhubung laporan polis yang dibuat DAP terhadapnya baru-baru ini. "Saya telah berikan rakaman audio, visual dan juga transkrip ucapan saya dua hari lepas. "Saya beri kepercayaan penuh kepada pihak polis untuk melakukan siasatan kepada menteri yang jaga hal ehwal polis," katanya secara berseloroh ketika ditemui pemberita di bangunan Parlimen, di sini. DAP Perak sebelum ini membuat laporan polis terhadap Ahmad Zahid berhubung dakwaan kononnya beliau membuat kenyataan berunsur hasutan dalam ucapannya semasa kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, pada 22 September lepas, berkaitan demonstrasi di Kuala Kangsar semasa krisis perlembagaan Perak. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada minggu lepas dilaporkan menolak dakwaan bahawa polis mengamalkan 'double standard' berhubung siasatan di bawah Akta Hasutan dan polis juga akan merakam kenyataan Menteri Dalam Negeri itu.- mstar online

Isu MB Selangor: Cubaan Hanipa Nak Jadi Hero Gagal
Hanipa Maidin
KUALA LUMPUR: Cubaan Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin untuk menjadi 'hero' dengan memuji langkah Parti Keadilan Rakyat (PKR) menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor akhirnya memakan diri. Malah wakil rakyat PAS itu dimalukan apabila sidang Dewan Rakyat diberitahu bahawa parti sekutu pakatan pembangkang itu sendiri yang menolak pencalonan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar. "Cakap sahaja (angkat martabat wanita), tapi parti sendiri pun tak setuju, parti Yang Berhormat," kata Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 di sini, Rabu. Terdahulu Hanipa ketika mencelah sesi perbahasan Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang), memuji keberanian PKR mencalonkan seorang wanita untuk menduduki kerusi menteri besar. Hanipa turut membandingkan kononnya Barisan Nasional (BN) gagal mengangkat kedudukan wanita diperingkat pembuat keputusan seperti yang dilakukan PKR. "Lenggong (Shamsul Anuar) bangkitkan kononnya Presiden PKR tak diberi tempat. Saya nak tanya Ampang (Zuraida), pernahkah dalam sejarah Malaysia ada mana-mana parti yang sedia mencadangkan seorang wanita sebagai menteri besar. "Soal terima atau tidak, itu isu lain. Yang penting ada keberanian untuk naikkan martabat wanita hingga ke tahap menteri besar," katanya. Sebelum ini Pakatan Rakyat berhadapan krisis pelantikan menteri besar Selangor yang baharu apabila PAS tidak bersetuju dengan pencalonan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal. Malah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri secara terbuka mengakui Dr Wan Azizah tidak mampu mentadbir kerajaan Selangor. Tegas Presiden PAS itu, Dr Wan Azizah gagal membuktikan ketokohannya sebagai pemimpin termasuk tidak memiliki kebolehan untuk berhadapan dengan parti lawan. Bagaimanapun menurut Abdul Hadi, tindakan PAS menolak pencalonan Dr Wan Azizah sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor bukan disebabkan faktor jantinanya.- mstar online

Tiga Penggerak Utama Militan Antara 14 Ditahan Di Selangor
Dr Mahmud Ahmad
KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga individu disyaki penggerak utama yang bertanggungjawab merekrut, membiayai dan mengatur pemergian rakyat Malaysia ke Syria untuk menyertai kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS). Mereka adalah antara 14 individu yang ditahan dalam satu operasi khas tiga hari oleh Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman di sekitar Shah Alam dan Damansara, Selangor mulai Isnin (13 Oktober). Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan lewat petang Rabu berkata kesemua yang ditahan adalah rakyat negara ini, berumur antara14 dan 48 tahun, terdiri daripada peniaga, petugas majlis, tukang masak, pereka grafik, pelajar, suri rumah dan jurutera. "Hasil siasatan, penggerak utama pertama, suspek berusia 37 tahun merupakan pengendali facebook yang mempromosi, merekrut, dan memuat turun propaganda kumpulan IS bagi mempengaruhi rakyat Malaysia untuk berjihad di Syria," katanya. Khalid berkata suspek itu juga aktif merekrut pelajar wanita universiti tempatan untuk dihantar ke Syria. "Penggerak utama kedua berusia 34 tahun, pernah menyertai kumpulan IS di Syria antara Disember 2013 hingga April 2014. "Beliau yang kembali ke Malaysia 8 April lalu berperanan dalam memberi panduan, galakan dan berkongsi pengalaman dengan rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan IS di Syria," katanya. Manakala pengerak utama ketiga berusia 37 tahun adalah seorang jurutera yang memegang jawatan Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Pembentungan, KementerianTenaga, Teknologi Hijau dan Air. Katanya, suspek ketiga itu disyaki membiayai perbelanjaan individu-individu yang direkrut tersebut ke Syria. Khalid berkata suspek ketiga itu juga dipercayai mempunyai hubungan dengan pengganas lain iaitu Dr Mahmud Ahmad, Mohd Najib Hussein, dan Mohd Joraimee, yang kini menyertai kumpulan Abu Sayyaf di Selatan Filipina. Beliau berkata lima daripada yang ditahan terdiri daripada sebuah keluarga yang disyaki merancang untuk berlepas ke Syria menyertai IS. Katanya penggeledahan rumah keluarga itu turut menemui buku-buku jihad dan aktiviti militan. "Malah seorang daripada keluarga itu merupakan pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah di Klang, Selangor," katanya. Katanya kesemua suspek ditahan di bawah Bab VIa - Kesalahan Berkaitan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).- mstar online

Seorang Wanita Ditemui Mati Dengan Lima Kesan Tikaman
SHAH ALAM: Seorang wanita ditemui mati dengan lima kesan tikaman di badannya di sebuah pangsapuri di Seksyen 7, di sini awal hari Rabu.
Wanita berusia 40-an itu ditemui berlumuran darah oleh penghuni pangsapuri pada kira-kira 2.10 pagi.
Mangsa yang berbadan gempal dan bertudung, ditemui terbaring di ruang tangga tingkat 6 pangsapuri berkenaan.
Difahamkam mangsa masih bujang dan menyewa bersama beberapa rakan dipangsapuri itu, menurut sumber polis ketika dihubungi.
Pemeriksaan ke atas mayat wanita itu mendapati terdapat lima kesan tikaman di beberapa bahagian anggota badan termasuk di belakang leher.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat.
Susulan kejadian, polis menahan seorang lelaki berumur 20-an di hadapan bilik mayat HTAR kira-kira pukul 2 petang ini bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Ketua Polis Shah Alam ACP Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata kes itu akan disiasat mengikut Seksyen302 Kanun Keseksaan.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mencari bukti-bukti lain berhubung kes ini," katanya. - mstar online
TOP
Toyota Kerah Balik 1.75 Juta Kenderaan Di Seluruh Dunia
Crown Majesta adalah antara model yang popular di Jepun turut dipanggil balik oleh Toyota kerana masalah kecacatan pada beberapa bahagian yang boleh membawa risiko ketika memandu.
TOKYO: Pembuat kereta terbesar dunia, Toyota pada Rabu mengeluarkan notis global memanggil balik 1.75 juta modelnya yang diedarkan di seluruh dunia berhubung komplikasi brek dan beberapa isu termasuk risiko kebakaran. Ini termasuklah jenama mewahnya, Lexus dan Crown Majesta. Sebahagian besar masalah pada bahagian brek ini dikenalpasti melibatkan 802,000 model yang dihasilkan dari Jun 2007 dan Jun 2012 untuk edaran di Jepun dan China. "Ini bukan bermakna brek tidak efektif ketika digunakan tetapi prestasinya akan berkurangan selepas satu jangka masa tertentu," kata Toyota dalam emelnya kepada seluruh pelanggan yang terlibat. Sementara itu dalam isu yang berasingan sejumlah 759,000 model lagi turut dipanggil balik termasuk model mewah Lexus dan Crown Majesta kerana masalah yang baru dikenalpasti di paip saluran minyak yang berpotensi mencetuskan kebakaran. Model-model yang terlibat adalah keluaran antara Januari 2005 hingga September 2010. Separuh daripada jumlah yang dikenalpasti itu dijual di Amerika Syarikat manakala 109,000 lagi di Jepun. Untuk model yang diedarkan di Jepun ia adalah keluaran Oktober 2006 dan Oktober 2014. "Walaupun risiko masalah ini baru dikenalpasti tetapi Toyota tidak menerima laporan sebarang kebakaran, kemalangan, kecederaan atau maut yang berpunca darinya," jelas Toyota. Empat bulan yang lalu, Toyota memanggil semula 2.27 juta modelnya di seluruh dunia kerana kecacatan pembuatan yang akan menyebabkan beg angin gagal berfungsi sekiranya berlaku kemalangan. Dan sejak awal tahun ini, Toyota secara keseluruhannya memanggil balik 11 juta kenderaan di seluruh dunia atas masalah-masalah teknikal dan pembuatan yang baru dikenalpasti. Ini termasuklah memanggil balik 1.9 juta unit Toyota Prius hybrid Februari lalu.- mstar online

Polis Rampas Pistol Dan Pelbagai Dadah Bernilai RM25,000 Di Bukit Damansara
Law Hong Soon (dua, kiri) menunjukkan sepucuk pistol angin jenama Glock 26 Austria yang turut dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL) pada Rabu.
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki dan merampas sepucuk pistol angin dan pelbagai jenis dadah bernilai RM25,000 di Bukit Damansara, di sini Jumaat lepas. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur DCP Datuk Law Hong Soon berkata, suspek,seorang warga tempatan, pekerja am di sebuah syarikat komputer swasta berumur 31 tahun itu ditahan ketika membawa sebuah beg di kawasan tempat meletak kenderaan di tempat kerjanya dalam kejadian kira-kira 8.45 malam itu. "Hasil pemeriksaan, beg itu didapati mengandungi pelbagai jenis dadah iaitu 100 pil Eramin 5, satu peket plastik lutsinar mengandungi dadah masing-masing jenis ketamin, syabu dan ganja yang beratnya dianggarkan 77.23 gram. "Susulan dari penahanan itu, suspek membawa polis ke sebuah loker miliknya di bangunan yang sama di mana polis menemui 75 foil berisi 750 pil khayal jenis pil Eramin 5 seberat 210 gram dan sepucuk pistol angin," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) pada Rabu. Dalam serbuan itu juga, Law berkata polis turut merampas wang tunai bernilai RM2,818 dan pelbagai mata wang asing. Suspek ditahan reman tujuh hari bermula Sabtu lepas sehingga 17 Oktober ini. - mstar online

Jawatankuasa Parlimen Mampu Kikis Persepsi Sabah 'Anak Tiri'
KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran supaya menubuhkan Jawatankuasa Parlimen bagi mengkaji sosio ekonomi rakyat Sabah bagi menghakis persepsi kononnya Sabah sentiasa 'dianak-tirikan'.
Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh berkata, menerusi langkah itu, isu kemiskinan di negeri berkenaan dapat ditangani dengan lebih berkesan.
Dalam nada tegas, Abdul Ghapur mahu kerajaan segera menjalankan kajian pendapatan isi rumah di Sabah bagi menentukan tahap kemiskinan rakyat di negeri itu.
"Setelah 51 tahun kita (Sabah) merdeka, tapi nampak kita di Sabah ini macam dianak-tirikan. Apa jadi kalau kita jadi anak tiri? Kita minta perhatian daripada kerajaan Persekutuan.
"Jadi saya cadangkan di Sabah kita buat satu Jawatankuasa Parlimen untuk kaji seluruh negeri Sabah. Pergi setiap rumah dan kita nilai, buat laporan kemudian bentangkan kepada Parlimen berapa peratus kemiskinan di Sabah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 di Dewan Rakyat pada Rabu.
Selain itu, Abdul Ghapur dengan lantang turut mempersoalkan janji kerajaan semasa Pilhan Raya Umum ke-13 lalu untuk membina sejuta rumah dalam tempoh lima tahun kepada rakyat Sabah.
Bagaimanapun menurut Abdul Ghapur, beliau kecewa apabila janji berkenaan masih belum dilaksanakan walaupun selepas lebih setahun PRU-13 diadakan.
"Saya percaya dalam masa lima tahun kita dapat bina sejuta rumah. Ini tidak, masih tiada. Bila saya tanya belum ada dan macam-macam jawapan yang diberi.
"Waktu diberi penerangan saya puas hati, tapi bila lama kelamaan saya sudah tidak puas hati. Sebab itu saya bangkitkan di sini," katanya.
Tambah Abdul Ghapur, masalah pembinaan rumah di Sabah boleh diselesaikan sekiranya tanggungjawab itu diberikan kepada kerajaan negeri.
"Bila kita tanya, macam-macam jawapan yang ada, sebab apa kita gagal? Sebab semuanya berpusat.
"(Kerajaan Persekutuan) tidak mahu bagi peluang kerajaan negeri bina, sepatutnya kuasa untuk membuat rumah ini (diberi kepada) kerajaan negeri. Kerajaan Pusat hanya beri peruntukan," katanya.- mstar online
TOP
100 Juta Pengundi Akan Tentukan Dua Kerajaan Negeri India Yang Baru
Modi ketika berkempen pada pilihan raya umum India Mei lalu.
MUMBAI: Hampir 100 juta pengundi telah memulakan proses mengundi dalam pilihan raya negeri di dua buah negeri di India pada Rabu iaitu yang pertama sejak Perdana Menteri, Narendra Modi merampas tampuk pemerintahan pusat dari tangan Parti Kongres India Mei lalu. Lima bulan selepas parti berhaluan kanan, Bharatiya Janata Party (BJP) menang besar dalam pilihan raya kebangsaan, kini dua buah negeri iaitu Haryana di Utara dan Maharashtra di Barat India memulakan proses menentukan kerajaan negeri yang baru. Modi telah turun berkempen secara besar-besaran di Maharashtra, yang mana Mumbai adalah ibu negerinya dan merupakan pusat kewangan dan ekonomi India. Dia perlu menang di Maharashtra untuk memastikan program reformasi ekonominya dapat dipacu dari wilayah ini sebagaimana yang dijanjikannya kepada para pengundi lima bulan lalu. Modi sendiri menerusi laman tweetenya menyeru pengundi-pengundi muda keluar mengundi dan menjadi peneraju dan pemacu kepada kemajuan dan pertumbuhan ekonomi yang rancak menerusi pelan yang dibentangkan oleh partinya. Buat masa ini Parti Kongres pimpinan anak lelaki bekas Perdana Menteri, Rajiv Gandhi iaitu Rahul menguasai pemerintahan di Maharashtra sejak 15 tahun yang lalu dan di Haryana sejak sedekad yang lalu. Tidak sepertimana masa-masa yang lalu, BJP kali ini berkempen sendirian, tidak lagi bersama-sama Parti Shiv Sena, iaitu sekutu mereka di Maharashtra selama 25 tahun. Maharashtra adalah negeri kedua paling padat di India dan Modi mengambil peluang itu untuk meletakkan iklan kempen menerusi akhbar-akhbar utama negeri tersebut untuk menyeru pengundi supaya memilih sebuah kerajaan yang jujur dan stabil. Modi diberi mandat dengan majoriti yang kukuh pada pilihan raya kebangsaan yang lalu setelah dia berjanji untuk menentang korupsi dan mewujudkan peluang pekerjaan menerusi pelan reformasi ekonomi jangka panjang. Bagaimanapun selepas lima bulan, rakyat masih ternanti-nanti pelaksanaan pelan ekonomi Modi. Sebaliknya dia hanya mengumumkan beberapa inisiatif kecil seperti pembukaan akaun bank untuk rakyat termiskin.- mstar online

Kelayakan Euro 2016: Perlawanan Serbia-Albania Terpaksa Dihentikan
Mitrovic menarik turun bendera Albania yang diterbangkan di kawasan padang.
PERLAWANAN Kelayakan Euro 2016 bagi Kumpulan I di antara Serbia dan Albania terpaksa dihentikan selepas penyerang tuan rumah, Stefan Mitrovic menarik turun bendera Albania yang diterbangkan di kawasan padang Stadium Partizan, Belgrade awal pagi Rabu. Pengadil perlawanan, Martin Atkinson menghentikan perlawanan dengan kedudukan 0-0 selepas permainan tertangguh selama setengah jam. Pergaduhan di antara pemain-pemain, pegawai dan juga penyokong kedua-dua belah pihak bermula apabila Mitrovic menarik turun bendera Albania yang diterbangkan sekaligus menimbulkan perkelahi kedua-dua negara. Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mengharamkan penyokong-penyokong Albania daripada hadir ke Belgrade namun membenarkan kedua-dua negara itu bertemu sekali lagi walaupun berdepan dengan tekanan politik. Bendera tersebut yang memaparkan peta Kosovo dengan tulisan 'autochthonous' yang bermaksud 'penduduk asli' diterbangkan dengan kawalan jauh sebelum jatuh sekaligus membangkitan pergaduhan teruk.
Olsi Rama iaitu abang kepada Perdana menteri Albania, Edi Rama ditahan di tempat duduk orang kenamaan kerana disyaki menjadi dalang pergaduhan ini dan turut ditemui alat kawalan jauh bersamanya, jelas stesen televisyen Serbia.
Namun Menteri Dalam Negeri Albania, Saimir Tahiri berkata, beliau percaya Olsi Rama telah meninggalkan stadium menuju ke lapangan terbang. Beliau menafikan penahanan Olsi itu. Bagi mententeraman keadaan stadium yang huru-hara itu, pihak stadium memainkan lagu 'Believe' yang dinyanyikan oleh penyanyi terkenal tahun 1998, Cher. Sebagai rekod, pergolakan di antara Serbia dan Albania telah telah lama berlaku. Kosovo telah diisytiharkan sebuah negara merdeka pada tahun 2008, namun tidak diterima Serbia. Pada tahun Oktober 2010, kekecohan turut berlaku di antara penyokong-penyokong Serbia yang memulakan keganasan ketika aksi Kejuaraan Eropah ketika menentang Itali. UEFA menghadiahkan kemenangan 3-0 kepada Itali.- mstar online

Saya Tidak Ambil Jalan Mudah - Presiden WFM
Cheau Xuen diuji positif mengambil bahan perangsang 'sibutramine', selepas memenangi pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Asia baru-baru ini.
KUALA LUMPUR: Presiden Persekutuan Wushu Malaysia (WFM), Datuk Martin Lim menolak dakwaan bahawa beliau melepaskan jawatannya sebagai jalan mudah untuk keluar daripada isu doping melibatkan atlet kebangsaanTai Cheau Xuen pada temasya Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan. Beliau berkata tindakan melepaskan jawatan berkuat kuasa akhir bulan iniadalah untuk mengambil tanggunjawab penuh atas kegagalannya sebagai presiden untuk membendung perkara tersebut sehingga mencalar imej dan nama baik persatuan. "Tugas sebagai presiden bukan satu perkara mudah dan saya perlu bertanggungjawab dengan apa yang berlaku baik kepada atlet, jurulatih dan juga persatuan kerana tidak apa yang mampu saya lakukan lagi," katanya pada Khamis. Cheau Xuen, 23, diuji positif mengambil bahan perangsang 'sibutramine', selepas memenangi pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia pada temasya sukan itu, 20 September lepas. "Perkara yang berlaku telah berlalu dan tidak apa yang boleh dilakukan lagi walaupun persatuan membuat siasatan dalaman seperti yang disarankan," kata Lim. Beliau mengulas mengenai saranan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) agar beliau menjalankan siasatan dalaman terlebih dahulu sebelum meletak jawatan sebagai presiden. Pada Selasa, Setiausaha Agung MOM, Datuk Sieh Kok Chi meminta Lim menyelesaikan kes doping itu terlebih dahulu sebelum melepaskan jawatan bagi memberi keadilan kepada atlet itu. Kok Chi juga meminta agar Lim membuat pilihan sama ada menentukan hukuman yang setimpal terhadap atlet terbabit ataupun segera membuat rayuan meringankan hukuman kepada atlet itu sebelum membuat pertimbangan bagi meletak jawatan. Mengulas mengenai bentuk hukuman yang bakal diambil WFM terhadap Cheau Xuen,Lim berkata beliau menyerahkan perkara tersebut kepada timbalannya, Ling Eng Chan untuk membuat tindakan susulan. "Selepas ini, saya tiada lagi dalam persatuan namun masih bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada persatuan dan sukan wushu pada bila-bila masa diperlukan," katanya. "Beliau berharap tindakannya turut menjadi satu pengajaran kepada pemimpin persatuan sukan supaya memberi penekanan kepada aspek doping dan tidak hanya sibuk memburu kejayaan dalam sesuatu kejohanan.- mstar online

PLBT Gabungkan Pelumba TSG Untuk Bimbing Pelumba Muda
Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan
KUALA TERENGGANU: Persatuan Lumba Basikal Terengganu(PLBT) akan meletakkan seorang pelumba daripada pasukan Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG) untuk membimbing pelumba Sukan Malaysia (Sukma) negeri dalam siri kejohanan jemputan pada masa akan datang. Ketua jurulatih PLBT, Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata inisiatif itu mampu memberi impak yang besar dalam arena sukan berbasikal dengan mengabungkan muka lama dan muka baru. Katanya menerusi perlumbaan jemputan, Tour di Siak di Indonesia, bulan lepas, pihaknya meletakkan Mohd Hariff Salleh untuk mengetuai barisan pelumba dan membuahkan hasil yang memberangsangkan. "Walaupun mereka diberi latihan namun dalam perlumbaan mereka masih kurang mahir, jadi kita letakkan seorang pelumba profesional untuk menjadi ketua untuk bimbing mereka sepanjang perlumbaan," katanya kepada Bernama pada Rabu. "Selain itu ia juga mampu memberi rangsangan semangat kepada para pelumba muda untuk membantu pelumba profesional ini berada di kedudukan terbaik" katanya. Menurutnya, kehadiran pelumba pasukan TSG juga mampu berkongsi pelbagai strategi dan teknik perlumbaan dan membantu pelumba muda ini untuk mencorakkan rentak sepanjang perlumbaan. Jelasnya sejak kombinasi ini dilakukan prestasi pelumba muda semakin meningkat dan banyak perubahan yang dapat dilihat daripada mereka. "Saya berpuas hati dengan pencapaian dan prestasi yang ditunjukkan barisan pelumba yang menggalas cabaran di Siak sehingga dua kali berjaya menaiki podium di tangga pertama dan membantu Hariff merebut jersi Hijau,"katanya. Syed Mohd Hussaini berkata pihaknya akan terus menggunakan stategi seperti ini bagi memastikan sukan berbasikal di Terengganu berada di tahap yang membanggakan.- mstar online

LIMBC 2014: Platt Dan Klemencic Ungguli Peringkat Kedua Perlumbaan
Platt mengangkat tangan ketika menghampiri garisan penamat pada cabaran peringkat ke dua dari Timur ke Barat Pulau Langkawi (XCP) sejauh 45 kilometer pada perlumbaan LIMBC, Rabu.
LANGKAWI: Kelebihan mengetahui selok belok laluan membantu pelumba Jerman, Karl Platt dan Blaza Klemencic dari Slovenia menjuarai peringkat kedua Cabaran Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) 2014 dalam kategori lelaki dan wanita elit pada Rabu.
Saingan peringkat kedua 'Langkawi East to West' sejauh 45kilometer menyaksikan Platt, daripada pasukan Bulls, merampas jersi kuning, selaku pendahulu, dengan catatan masa satu jam 49 minit 22.70 saat.
Kemenangan ini membolehkan Platt merampas jersi kuning daripada juara peringkat pertama, Michal Lami, mewakili pasukan kebangsaan Slovakia, yang menduduki tangga kedua dengan catatan masa 1:50:32.40s.
Pelumba Switzerland, Fabian Giger daripada Giant Pro XC di tempat ketiga dengan mencatatkan masa 1:51:32.00s.
Platt muncul pendahulu keseluruhan dengan mencatatkan masa keseluruhan 4:17:26.30s selepas peringkat kedua.
"Walaupun bukan pelumba terpantas di peringkat pendakian, saya mengawal kelajuan serta berjaya memintas Lami dan sampai ke garisan penamat. Saya perlu mengekalkan kelajuan dan ia berbaloi," kata Platt kepada pemberita di sini.
Katanya pengalaman menyertai beberapa saingan LIMBC sebelum ini dan mengetahui selok belok laluan memberi banyak kelebihan dengan mengatur strategi yang betul.
Platt berkata beliau berada dalam keadaan fizikal yang baik untuk mempertahankan jersi kuning pada peringkat ketiga pada Khamis.
Bagi Klemencic, mewakili pasukan kebangsaan Slovenia, mempamerkan persembahan yang cukup baik untuk mengekalkan jersi merah jambu selaku pendahulu keseluruhan.
Beliau menamatkan peringkat kedua dengan catatan masa 2:12:20.60s untuk muncul juara, sekali gus merakamkan catatan masa keseluruhan 5:03:12.40s.
Pelumba senegara Klemencic, Tanja Zakelj, yang mewakili pasukan Unior Tools, di tempat kedua dengan masa 2:13:25.70s manakala pelumba Itali, Eva Lechner daripada pasukan Colnago Suditrol di tempat ketiga dengan catatan masa2:16:54.40s.
"Perlumbaan ini sukar tetapi lebih mudah daripada tahun lepas kerana ia lancar. Ia adalah sukar di peringkat pendakian tetapi bersyukur kerana tiada masalah. Saya mahu memenangi peringkat seterusnya dan cuba mengekalkan jersi merah jambu," kata Klemencic, yang bersaing buat kali ketiga dalam edisi ini.
Pada perlumbaan pada Khamis, pelumba akan menghadapi cabaran peringkat ketiga sejauh 81km bermula di Oriental Village.
Edisi kelima LIMBC 2014 yang bermula Isnin hingga Sabtu, menawarkan hadiah wang tunai berjumlah US$150,000 (RM500,000).
KEPUTUSAN PERINGKAT KEDUA:
LELAKI ELIT:
1. Karl Platt (GER) Bulls (1:49:22.70s)
2. Michal Lami (SVK) Slovakia (1:50:32.40s)
3. Fabian Giger (SUI) Giant Pro XC Team (1:51:32.00s)
WANITA ELIT:
1. Blaza Klemencic (SLO) Slovenia (2:12:20.60s)
2. Tanja Zakelj (SLO) Unior Tools (2:13:25.70s)
3. Eva Lechner (ITA) Colnago Suditrol (2:16:54.40s)
- mstar online

Sime Darby Property Raih Anugerah Pemaju Hartanah Utama
KUALA LUMPUR: Sime Darby Property Bhd menerima anugerah Pemaju Hartanah Utama untuk tahun kelima berturut-turut pada anugerah Kecemerlangan Hartanah The Edge Malaysia 2014 pada Isnin.
Sime Darby Property di tempat kedua daripada tiga pemaju dalam anugerah berkenaan.
Anugerah disampaikan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan kepada Pengarah Urusan Sime Darby Property, Datuk Seri Abdul Wahab Maskan.
"Kami gembira dengan kepercayaan pengguna kami terhadap jenama, yang dapat digambarkan dalam elemen kuantitatif ranking, termasuk dana pemegang saham, hasil, keuntungan sebelum cukai dan gearan bersih, yang menyumbang dalam proses penilaian bagi anugerah berprestij ini," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, syarikat itu akan terus berusaha dengan lebih gigih lagi ke arah membina masyarakat yang lebih mampan dan nama isi rumah di dalam dan di luar negara. - mstar online
TOP
Bank Rakyat Unjur Pinjaman Sektor Runcit Lebih Tujuh Peratus Pada 2015
KUALA LUMPUR: Bank Rakyat mengunjurkan pertumbuhan pinjaman sektor runcitnya lebih tujuh peratus tahun depan, kata Ketua Pegawai Perkhidmatan Korporatnya Nik Mohd Nasir Nik Rithauddeen.
Beliau berkata, bank itu yakin mencapai sasaran tersebut berdasarkan kedudukan ekonomi yang stabil selain unjuran positif sektor perbankan tempatan, terutama dalam kewangan Islam.
"Selain sektor runcit, kami berharap pinjaman peribadi akan terus meningkat dengan membantu rakyat Malaysia membeli rumah," katanya kepada pemberita selepas taklimat mengenai Persidangan Kewangan Islam Antarabangsa Bank Rakyat, Rabu.
Persidangan dua hari itu dari 27 Okt dijangka dihadiri kira-kira 500 peserta.
Mohd Nasir berkata, Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lepas, menawarkan belia berusia antara 25 dan 40 tahun dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000, peluang membeli rumah pertama mereka berharga tidak melebihi RM500,000.
"Ini akan merangsang perniagaan pinjaman peribadi kami," katanya.
Mengenai persidangan kewangan Islam itu, Mohd Nasir berkata Bank Rakyat merupakan bank pertama di Malaysia menganjurkan acara seperti itu, dengan kerjasama Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa untuk Kewangan Islam.
"Kami akan menimbang untuk menganjurkan acara yang sama tahun depan jika ia terbukti berjaya kali ini," katanya.
Bertemakan 'Perbankan Islam, Melepasi Asas' persidangan itu akan membincangkan prinsip kejujuran dan ketelusan berpandukan Syariah dan melibatkan pakar industri, penggiat, sarjana dan ahli akademik.- mstar online
TOP
Pas Mula Kerja Usahawan Ekspatriat Dikeluarkan Tahun Depan
Mohd Irwan Serigar selepas majlis pelancaran Akademi Permulaan MaGIC, Rabu.
CYBERJAYA: Satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan Januari depan bagi mengeluarkan 'pas permulaan kerja' kepada usahawan ekspatriat yang akan menubuhkan syarikat permulaan di Malaysia. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar berkata, jawatankuasa yang diketuai Jabatan Imigresen itu yang antara lain dianggotai Pusat Inovasi Global dan Kreativiti Malaysia (MaGIC), juga akan membuat saringan terhadap usahawan ekspatriat yang berminat untuk memulakan operasi di negara ini. Selain itu, beliau berkata, usahawan ekspatriat permulaan akan diberi pas kerja permulaan untuk tempoh setahun. "Dalam tempoh setahun, kita akan menilai kemajuan syarikat permulaan. Jika difikirkan syarikat itu berkembang dan dapat mengambil pekerja tempatan, kita akan melanjutkan pas tersebut. "Ini merupakan satu perkembangan yang baik untuk memperkukuh ekosistem (syarikat) permulaan di Malaysia agar pertumbuhan ekonomi negara lebih mampan dan lebih kompetitif di rantau ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Akademi Permulaan MaGIC di sini, Rabu. Ketika membentangkan Bajet 2015, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan modal berbayar kini ditetapkan pada RM75,000 bagi menarik lebih ramai usahawan ekspatriat membuka syarikat di Malaysia. Sementara itu, Irwan menyarankan wanita merebut peluang untuk kembali ke pasaran kerja, khususnya dalam keusahawanan, melalui program seperti '1Malaysia Support for Housewife dan Women Career Comeback', dalam Bajet 2015. "Kita mendapati ramai pelajar wanita di Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, namun penglibatan golongan wanita selepas tamat pengajian adalah rendah. "Kita berharap MaGIC yang menawarkan latihan dan kemahiran keusahawanan dapat meningkatkan penglibatan wanita dalam pasaran kerja, khususnya dalam bidang keusahawanan," katanya. Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat diperuntukkan RM2.26 bilion bagi mempergiat penglibatan wanita dalam pasaran kerja dan aktiviti keusahawanan. - mstar online

MH370 : Pencarian Pertama Di Air Dalam Tidak Memberi Hasil
Kapal Furgo yang bakal menyertai operasi pencarian MH370 pada minggu depan.
Pihak berkuasa Australia telah membuat kenyataan rasmi berkenaan pencarian pertama di kawasan air dalam yang dilakukan bagi mencari MH370.
Menurut apa yang yang dinyatakan didalam kenyataan tersebut, kawasan pencarian sebesar 670 kilomemeter persegi tidak membuahkan apa-apa hasil.
Pesawat MAS MH370 yang membawa seramai 239 penumpang telah hilang ketika membuat penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac dan setakat ini tiada sebarang jejak dijumpai walaupun banyak operasi pencarian besar-besaran yang dilakukan
Kritikan dari CEO Emirates Airlines
Dalam laporan lain, CEO Emirates Airlines, Sir Tim Clarke melemparkan kritikan terhadap penyiasatan MH370 dengan menyatakan "MH370 dikawal hingga ke hujungnya" dan memberi pendapat bahawa pesawat itu tidak terhempas ke dalam lautan hindi.
Sir Tim Clark
"Pengalaman kami memberitahu yang di dalam kemalangan yang melibatkan air, dimana pesawat itu telah terhempas, akan ada sesuatu (serpihan bangkai pesawat)", katanya. "Kami tidak nampak sebarang bukti yang mengesahkan lokasi pesawat itu berada, melainkan benda yang kononnya dipanggil "electronic satellite handshake" yang mana turut saya persoalkan(kurang percaya)", katanya.
Kritikan Sir Tim Clarke dipandang serius kerana pengalamannya yang luas dalam bidang penerbangan termasuklah dalam mengoperasikan 127 buah pesawat boeing 777.
Sumber : www.atsb.gov.au, westernjournalism, independent.co.uk

Adik Mohammad Sofwan Selamatkan Anjing Lemas? Ini Bukan di Malaysia!
Gambar yang memaparkan seorang remaja lelaki yang dinamakan "Adik Mohammad Sofwan" menyelamatkan seekor anjing dari banjir menjadi viral di media sosial. Tetapi malangnya, adik Mohammad Sofwan ini hanyalah fantasi semata-mata.
Gambar ini sebenarnya berasal dari Filipina dan diambil pada tahun lepas lagi. Anda boleh melihat gambar ini di imgur, satu laman perkongsian gambar.
Dipercayai gambar tersebut telah dipotong kredit asal yang mana ia diambil oleh Reuters. Di sini kita boleh melihat gambar asal yang dipaparkan pada portal huffingtonpost.com.
Namun, gambar fantasi adik sofwan itu bukanlah berasal dari page tersebut, tapi sebenarnya telah tersebar dibeberapa blog dan kemudiannya mungkin diambil oleh admin page tersebut yang tidak sedar yang gambar ini diolah menjadi sesuatu yang palsu.
Bagaimanapun tidak tahulah dari mana boleh timbulnya nama itu mungkin betul nama budak tersebut kerana di Filipina juga terdapat ramai umat Islam namun tiada tanda-tanda itu adalah nama sebenar budak itu dari mana-mana sumber yang boleh dipercayai.
Hasil carian Google Mengenai komen-komen dari pengguna pula memang ramai yang memuji dan berdoa kepada adik sofwan ni. Tetapi pujian dan doa tu hanya kepada seorang manusia yang tidak wujud. Orang yang mula-mula sebar berita ni patut malu dengan diri sendiri.
Diharap agar orang ramai, terutamanya penyebar-penyebar berita terlebih dahulu mengkaji kesahihan satu-satu perkara sebelum menghebahkan perkara tersebut. Jika perkara positif seperti ini mungkin tak apa kerana impaknya kecil sahaja. Tetapi jika perkara yang boleh menyumbangkan reaksi negatif, dikhuatiri fitnah pula yang timbul.
Jika ada pihak yang tidak suka dengan cerita sebenar mengenai gambar ini, kami nasihatkan "Wake up from ur fantasy"
- SiakapKeli.com
#kajisebelumsebar #malaysiamustknowthetruth #hentisebarberitapalsu #wakeupcall

Rungkai : Isu Gambar Gandar Perodua Tercabut
Status : Dinafikan Oleh Perodua
Baru-baru ini tersebar beberapa keping gambar di media sosial yang menasihatkan pemilik kereta Myvi atau Alza supaya berhati-hati. Mesej tersebut berbunyi seperti berikut "Sudah terjadi beberapa kes gandar belakang kereta Perodua tercabut terus (walaupun kereta baharu)..sayangi nyawa anda. Jangan terus percaya kualiti kereta anda."
Memandang serius isu penyebaran mesej ini, Perodua tampil memberikan penjelasan.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Amnar Rashid Salleh, kerosakan yang ditampilkan didalam gambar tersebut adalah disebabkan pelanggaran yang berlaku diantara Perodua Alza dan kenderaan lain. Menurutnya lagi, Perodua mengambil berat akan kualiti kereta-kereta keluarannya, memetik kenyataan rasmi oleh Perodua.
Setelah disiasat, ternyata salah satu gambar yang tersebar sebenarnya adalah gambar dari kemalangan, bukannya secara tiba-tiba tercabut. Pemilik asal kereta Alza merah tampil memberi penjelasan berkenaan perkara itu yang dikepilkan bersama dengan laporan polis berkenaan kemalangan tersebut.
Kenyataan dari pemilik Alza
Laporan polis berkenaan kemalangan
Bagi gambar kereta Myvi putih pula, pihak perodua mengatakan kereta itu telah diubahsuai. Spring bukan original. Strut/stabilizer bar telah di tambah kepada kereta berkenaan. Gandar mungkin tercabut mungkin disebabkan pemasangan yg tidak sempurna.
Tidak jelas apa tujuan pihak yang menyebarkan mesej ini tetapi apa yang jelas, mesej yang disampaikan olehnya itu tidak menyeluruh sehingga menimbulkan salah faham(gandar kereta tercabut sendiri) dalam kalangan pengguna kereta Perodua.

Keluarga Mangsa Nahas MH17 Mahu Saman Ukrain
(Reuters) - Keluarga mangsa nahas MH17 dari Jerman mahu menyaman negara Ukrain dan presidennya kerana pembunuhan disebabkan kecuaian yang membabikan 298 kes, memetik kenyataan dari penguam yang mewakili keluarga berkenaan.
Elmar Giemulla, seorang professor undang-undang penerbangan yang mewakili tiga buah keluarga berkata menurut undang-undang antarabangsa, Ukrain perlu menutup ruang udaranya jika tidak mampu menjamin keselamatan pesawat.
"Setiap negara perlu bertanggungjawab keatas keselamatan ruang udaranya", memetik kenyataaan Giemulla di dalam satu kenyataan yang diemel kepada Reuters. - SiakapKeli.com
TOP
Lelaki Mengaku Buat Seks Dengan 700 Buah Kereta
Kerana terlalu cintakan kereta, seorang lelaki mengaku telah melakukan seks dengan lebih 700 buah kereta. Edward Smith mendedahkan perangai peliknya itu dalam satu rancangan Televisiyen bertajuk This Morning di U.K.
Edward mengaku dia mula meminati kereta ketika masih kecil, menyebabkan dia kehilangan terunanya kepada sebuah Volkswagen Beetle ketika remaja.
Tapi bagaimanakah Edward melakukan hubungan intim dengan kereta? Edward menjelaskan cara dia melakukannya adalah dengan memeluk dan memegang bentuk badan kereta dan seterusnya melakukan kepuasan fizikal yang lain..
Edward mengaku pernah 'tidur' bersama Jaguar dan Mustang. Selain itu dia juga mendakwa pernah melakukan 'threesome' di dalam bilik pameran kereta selain dari pernah melakukan seks dengan sebuah helikopter - SiakapKeli.com

Zuckerberg Sumbang US$25 Juta Untuk Bantu Lawan Ebola
SAN FRANCISCO — CEO Facebook, Mark Zuckerberg dan isterinya, Priscilla Chan, menyumbang sebanyak US$25 juta kepada CDC
Di dalam satu posting Facebook, Zuckerberg berkata penyebaran virus itu kini di dalam 'di titik perubahan kritikal'.
"Ia telah menjangkiti 8,400 orang setakat ini, tapi merekab dengan sagat cepat dan ramalan mengatakan ia boleh menjangkiti 1 juta orang dalam masa beberapa bulan jika dibiarkan.", memetik dari posting Zuckerberg.
"Kita perlu meletakkan Ebola di bawah kawalan dalam masa terdekat supaya ia tidak tersebar lebih teruk dan menjadi masalah jangka masa panjang di dalam dunia perubatan global yang kita pernah lawan berdekad-dekad secara besar-besaran seperti HIV atau Polio." katanya lagi - SiakapKeli.com
No comments:
Post a Comment