TOP
Sanggup Berlari Bogel Atas Jalan Semata-Mata Kerana iPhone
Seorang peremuan di Guangxi telah berlari bogel di jalan raya di Chongzuo malam semalam sebagai syarat untuk memenangi sebuah iPhone 6 dari rakan yang membuat pertaruhan dengannya.
Gambar ini telah menjadi viral dan menimbulkan pelbagai reaksi dari netizens. Ada yang mempersoalkan sifat keduniawian perempuan itu sehinggakan sanggup menjatuhkan maruahnya dan ada juga yang mengatakan ianya adalah win-win situation dimana perempuan itu mendapatan telefon dan orang ramai mendapat 'free show'. - SiakapKeli.com

Rumah Di Malaysia Lebih Mahal Dari Singapura, Jepun dan US - Laporan
KUALA LUMPUR, Okt 13 — Sebuah laporan dari sebuah akhbar tempatan Singapura yang memetik laporan dari Demographia, kumpulan penyelidik pembangunan yang berpengkalan di US, harga rumah kediaman di Malaysia dikatakan lebih mahal jika dibandingkan dengan rumah kediaman di Singapura, Jepun dan US.
Melalui TheMalayMailOnline, laporan dari Demographia itu telah dipetik oleh akhbar tempatan Singapura itu bertujuan untuk menunjukkan ramai rakyat Malaysia masih terumbang ambing dalam isu pembelian rumah walaupun ada percubaan dari kerajaan untuk membantu mereka membeli rumah pertama.
Menurut laporan dari akhbar Singapura itu, Demographia melabelkan rumah sebagai 'sangat mahal' jika harganya 5.1x lebih mahal dari 'median annual income' (pendapatan tahunan golongan pertengahan)..
Laporan akhbar itu juga menyebut, harga rumah di Malaysia diletakkan pada paras 5.5x manakala di Singapura pula pada paras 5.1x. Di US dan Jepun pula, Demographia melabelkan harga rumah disana sebagai 'sederhana mahal'.
Keratan laporan dari Demographia
Ini bermakna, jika diambil pada statistik yang dikeluarkan pada baru-baru ini, pendapatan tahunan bagi golongan pertengahan adalah RM60,000 (RM5,000 x 12 bulan). Jika di darabkan dengan paras yang diletakkan (5.5x), harga rumah yang diambil kira di dalam laporan berkenaan adalah RM330,000 (5.5 x RM60,000). Rasanya harga rumah kat Malaysia ni terutamanya kat Kuala Lumpur ni lagi mahal
Paras 5.5x yang diletakkan kepada Malaysia tiada dalam laporan Demographia, tetapi mungkin dikira sendiri oleh akhbar Singapura itu menggunakan formula yang sama digunakan oleh Demographia.
- SiakapKeli.com
Sumber : themalaymailonline, Laporan Tahunan Demographia 2014

GAMBAR: Flat Di Jalan Loke Yew Tercabut Dinding Gara-Gara Ribut
SEMALAM hujan lebat dan ribut melanda ibu kota sememangnya agak menakutkan apabila banyak pokok yang tumbang. Turut dilaporkan kematian dua anggota polis yang bertugas di Brickfileds yang mana maut selepas dihempap pokok.
Selain itu rumah flat yang dipercayai terletak di Jalan Loke Yew juga turut terkena tempias sehingga menyebabkan dinding bilik salah sebuah rumah di situ tercabut.
Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan berlaku dalam insiden tersebut.
- Siakapkeli.com

Duit RM1,423.64 dalam akaun lesap digodam dalam tempoh sejam
PARIT BUNTAR - Seorang wartawan terkejut apabila mendapati sebahagian wangnya lesap setelah akaun bank tempatan miliknya digodam dalam tempoh sejam pada 3 Oktober lalu.
Difahamkan, keempat-empat transaksi pengeluaran wang mangsa dibuat melalui khidmat perbankan secara online dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Berlin, Jerman, sedangkan mangsa berada di Malaysia pada waktu itu.
Wartawan sebuah akhbar berbahasa Cina itu, Lee Huat Lian, 47, berkata, pada hari kejadian kira-kira jam 9.30 malam, dia sedang membuat liputan media di Kuala Gula, Selinsing sebelum menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada bank yang memaklumkan terdapat satu transaksi pemindahan wang secara online dibuat atas kad debit miliknya berjumlah EUR 107 kepada syarikat Deutsuche bagi satu urusan pembelian.
Menurutnya, pada kira-kira jam 10.06 malam, dia menerima satu lagi SMS daripada bank sama mengatakan terdapat satu lagi transaksi pemindahan wang secara online dibuat melalui kad debit miliknya berjumlah EUR 197.16 kepada syarikat penerbangan tambang murah, EasyJet bagi pembayaran tiket kapal terbang.
“Hairan dengan SMS itu, saya segera hubungi pihak bank dan pegawai bank itu mengesahkan terdapat empat transaksi pengeluaran wang dibuat melalui kad debit saya.
“Terkejut dengan maklumat tersebut, saya segera beritahu saya berada di Malaysia dan mengarahkan pegawai terlibat membekukan kesemua transaksi kewangan dibuat selain membatalkan kad debit digunakan,” katanya semalam.
Huat Lian berkata, sebaik sahaja kad debitnya dibatalkan dan kesemua transaksi kewangan daripada akaunnya dibekukan, beliau kemudiannya bertanyakan jumlah keseluruhan transaksi yang dibuat tanpa pengetahuannya itu.
Menurutnya, dia tergamam apabila pegawai bank bertugas memaklumkan keseluruhan empat transaksi pemindahan wang dilakukan melalui kad debit miliknya berjumlah RM1,423.64 dalam tempoh tidak sampai sejam.
“Bimbang kejadian ini berulang, saya segera mengeluarkan keseluruhan wang simpanan dalam akaun bank dan membuka akaun baharu,” katanya.
Huat Lian berkata, dia kemudiannya menemui pihak bank bagi mendapat penjelasan dan dimaklumkan, maklumat keselamatan akaun bank dan kad debit miliknya digodam dari luar negara.
Katanya, susulan kejadian tersebut beliau membuat laporan di Balai Polis Parit Buntar.
“Pihak bank juga turut beri jaminan akan menyiasat kes itu dan memulangkan wang saya yang dilesapkan dalam tempoh 30 hingga 60 hari,” katanya. - Sinar Online
TOP
Lebuh Raya Pan Borneo dijangka siap 2025
MELAKA – Projek pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 1,663 kilometer (km) yang menghubungkan Sabah dan Sarawak melibatkan kos sebanyak RM27 bilion dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2025.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, projek tersebut dijangka dapat mula dilaksanakan pada tahun hadapan.
“Projek tersebut kini di peringkat perincian kaedah pelaksanaan melibatkan Kementerian Kewangan, Unit Perancang Ekonomi dan Unit Kerjasama Awam Swasta manakala Kementerian Kerja Raya akan memantau pelaksanaan projek ini,” katanya. - Kosmo!
TOP
Maut Selepas Cuba Himpit Polis Trafik
BANDA HILIR – Seorang anggota polis trafik cedera selepas terjatuh akibat dihimpit sebuah kereta yang cuba dikesan polis kerana gagal berhenti di sebuah sekatan jalan raya di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu, seorang lelaki yang berada di dalam kereta berkenaan maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta itu dikatakan terbabas dan melanggar sebuah kren selepas dipercayai menghimpit anggota trafik berkenaan.
Anggota trafik yang identitinya masih belum dikeluarkan polis, dilaporkan mengalami kecederaan pada tangan, kaki dan beberapa anggota badan.
Pemangku Ketua Polis Melaka Tengah, Superintendan Razali Bakar berkata, anggota trafik berkenaan berjaya mengesan kereta terbabit berhampiran Jalan Syed Abdul Aziz selepas ia tidak berhenti di sekatan jalan raya berhampiran kawasan jam besar di sini.
Menurutnya, kereta Proton Persona berkenaan terbakar selepas terbabas dan melanggar sebuah kren yang sedang melakukan kerja-kerja mengali parit di kawasan itu.
Ekoran kejadian, beberapa pekerja terus menggunakan air lumpur dari parit berkenaan untuk memadamkan kebakaran.
“Pemeriksaan polis mendapati salah seorang di dalam kereta itu mati manakala seorang lagi cedera,” katanya di sini semalam.
Menurut Razali, pemeriksaan polis ke atas kereta berkenaan membawa kepada penemuan peralatan pecah rumah seperti kapak, parang, pemutar skru serta pemotong dawai, selain menjumpai beberapa paket serbuk putih yang dipercayai dadah.
Menurutnya, punca kemalangan serta identiti kedua-dua mangsa dalam kereta masih disiasat. – Sinar Harian Online
TOP
Rafizi Ramli Kini Setiausaha Agung PKR Yang Baharu
PETALING JAYA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat keputusan mengejut apabila melantik Naib Presiden, Rafizi Ramli sebagai setiausaha agung parti itu yang baharu bagi menggantikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Ketetapan itu dilakukan seiring dengan pelantikan Timbalan Presidennya, Mohamad Azmin Ali yang kini mengisi jawatan Menteri Besar Selangor.
Saifuddin dan Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar kini dilantik sebagai Pengarah Bersama Pilihan Raya parti, manakala Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mengambil alih kerusi Rafizi sebagai pengarah strategik.
Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat yang dipengerusikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Ahad.
Bercakap kepada The Star Online, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, perubahan itu adalah amalan biasa untuk memastikan pemimpin yang sesuai mengisi jawatan tertentu bagi memantapkan operasi parti.
“Dengan timbalan presiden dilantik sebagai menteri besar, tentu sekali dia sibuk dengan pelbagai tugas selain dalam parti, sebab itu kita perlu membuat perubahan ini,” katanya ketika dihubungi.
PKR juga melantik dua naib presiden yang baharu, sebagai tambahan kepada tiga yang dipilih baru-baru ini.
Bagaimanapun, seorang lagi naib presiden belum diputuskan dan ia dikatakan akan diisi di kalangan pakar akademik Melayu.
“Dua naib presiden baharu itu adalah Ahli Dewan Undangan Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking.
“Bagaimanapun, kami belum memutuskan nama ketiga untuk jawatan itu. Pengumuman mengenainya akan dibuat tidak lama lagi,” kata Zuraida.
Sementara itu, katanya, Fahmi Fadzil kekal sebagai pengarah komunikasi parti.
Pengumuman rasmi berhubung perubahan jawatan dalam parti ini dijangka diumumkan dalam masa terdekat. - mStar Online
TOP
Pertandingan Ratu Cantik Biri-Biri Di Taif
Taif – Penternak dan ahli perniagaan Arab Saudi serta dari beberapa negara Arab lain semalam berkumpul di bandar ini untuk menghadiri acara terbesar ratu cantik biri-biri di rantau itu.
Acara itu hanya membabitkan biri-biri jantan dan betina paling cantik dan baka yang jarang ditemui.
Akhbar Ajel memetik penganjur acara itu, Mashaal Al Zahrani sebagai berkata, ia juga menjadi acara lelongan biri-biri terbesar pernah di adakan di Asia Barat.
Dia menjangka sejumlah besar wang akan terbabit dalam urusan jual beli sementara seekor biri-biri mungkin dijual dengan harga terendah SR410,000 (RM356,000). – Agensi
TOP
Biar Mahkamah Sahaja Yang Tentukan Keputusan – Rita Rudaini
KUALA LUMPUR: Kemelut dan persengketaan antara Rita Rudaini dan bekas suaminya, Aidil Zafuan semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Malah Zafuan menggunakan laman sosial Instagram untuk berkongsi ceritanya mengenai Rita.
Aidil memuat naik foto transaksi wang berjumlah RM2,000 yang diberikan kepada Rita untuk nafkah anak mereka. Aidil turut memuat naik keratan akhbar baru-baru ini bertajuk 'Rita Mengaku Tak Pernah Tuntut Cerai'.
Ia bertambah kecoh apabila Rita menerima ugutan bunuh menerusi komen pengikut Aidil di laman Instagramnya. Rita bagaimanapun sudah membuat laporan polis tiga hari lalu.
"Saya ambil benda ini begitu serius kerana ia membabitkan keselamatan saya dan anak. Tak sangka hanya kerana nak menuntut hak saya dan anak, sampai ada pula yang sanggup buat semua ini.
"Sedih jadinya apabila penat lelah saya seorang diri menjaga anak tidak dihargai langsung. Mana nak jaga anak, bekerja, naik turun mahkamah lagi.
"Saya pun bukan wanita yang bersosial. Saya bersih daripada cerita negatif. Saya cuba terbaik untuk jadi ibu dan bapa yang sempurna untuk anak. Saya melebihkan anak daripada segala-galanya," katanya.
Rita berkata, jika bekas suaminya itu tidak berpuas hati dan rasa diri tidak salah, tak perlulah beliau menggunakan laman sosial untuk bersuara.
"Lawan saja di mahkamah. Kes kami pun masih dibicarakan di mahkamah. Tak payah nak tunjuk di Instagram dan marah-marah tak tentu fasal. Saya sendiri ada bukti banyak tapi tak pernah ditunjuk di Instagram. Semua bukti saya serahkan ke mahkamah.
"Instagram ini bukan boleh buat keputusan siapa betul tanpa salah. Hanya mahkamah yang akan menentukan segala-galanya. Selama ini saya tak pernah cakap dia tak pernah bagi nafkah. Cuma nafkah yang dia bagi selama ini tak mencukupi. Itu saja.
"Jika dia bapa yang baik kepada anak saya, tak perlu dia menafikan apa yang kami minta dan tuntut untuk anak. Jika dia anggap RM2,000 itu satu nilai yang besar dan dia sudah boleh lepas tanggung jawab, memang dia silap," katanya.
Berkenaan dakwaan Aidil yang Rita pernah menuntut cerai, sekali gus berbohong ketika memberikan kenyataan kepada wartawan, Rita mempersoalkan bukti yang Aidil ada.
"Ada ke bukti di mana-mana mahkamah yang saya ada permohonan cerai daripada. Mahkamah sebelum ini pun sudah buktikan yang terdahulu bahawa saya tak pernah nusyuz. Kalau permohonan cerai daripada dia adalah saya terima," katanya.
Rita juga memohon supaya orang yang tidak berkaitan dengan rumah tangga mereka usah masuk campur seperti mereka tahu setiap inci apa yang terjadi. "Kalau mereka di luar sana nak terus mengeji, mengutuk, dan memfitnah silakan. Saya banyak benda lagi nak fikir. Hanya doa senjata saya untuk mereka. Saya sedar ada mereka yang seronok melihat dia benci saya, sampai nak laga-lagakan kami supaya tak boleh berbaik," katanya. - BH Online

Kuda ‘Ceroboh’ Ibu Pejabat Polis Di Britain
WINSFORD, Britain – Beberapa anggota polis di ibu pejabat polis di Cheshire di sini terkejut selepas seekor anak kuda tiba-tiba menceroboh bangunan berkenaan, lapor Mirror Online kelmarin.
Sebuah kemera keselamatan merakamkan aksi seekor kuda itu yang masuk ke bangunan berkenaan melalui pintu hadapan.
Seorang anggota polis yang menyedari kejadian tersebut cuba menghalau kuda berkenaan tetapi haiwan itu terus berkeliaran di dalam bangunan.
Bagaimanapun, seorang lagi anggota polis kemudiannya datang membantu dan berjaya membawa kuda tersebut keluar.
Seorang anggota polis yang memuat naik video berkenaan di internet memberitahu bahawa kuda itu berkeliaran selepas terlepas dari jagaan pemiliknya.
Haiwan itu akhirnya berjaya diserahkan kepada pemiliknya yang berada berhampiran banggunan berkenaan. – Agensi
TOP
Rakyat Bosnia Mengundi Pilih Tiga Presiden
SARAJEVO – Rakyat Bosnia keluar mengundi untuk memilih pemimpin baharu dan sebuah Parlimen semalam ketika negara itu dihimpit gejala rasuah dan ketegangan etnik.
Selepas hampir 20 tahun perang berlaku antara penduduk Islam, Croat dan Serb, Bosnia kekal antara negara termiskin di Eropah dan berpecah mengikut garisan etnik.
Perang antara tahun 1992 hingga 1995 itu menyaksikan seramai 100,000 orang terkorban dan menyebabkan bekas negara Republik Yugoslavia itu berpecah menjadi dua entiti separa autonomi iaitu Republik Serb Srpska dan Persekutuan Islam-Croat.
Dua entiti berasingan itu dihubungkan oleh pemerintahan pusat yang lemah.
Kira-kira 3.3 juta pengundi layak mengundi kali ini untuk memilih tiga calon masing-masing seorang Croat, Islam dan Serb bagi mengisi kerusi Presiden di samping memilih anggota Parlimen pusat.
Mereka juga akan memilih wakil rakyat untuk dua entiti tersebut.
“Saya tidak akan memilih pemimpin sedia ada. Mereka gagal membawa sebarang kemajuan,” kata seorang perpustakawan wanita berusia dalam lingkungan 50-an, Nadja Kadric di sini.
Terdahulu, Presiden Serb-Bosnia, Milorad Dodik yang bertanding untuk penggal ketiga mengulangi ancamannya untuk keluar daripada persekutuan Bosnia.
“Matlamat saya adalah supaya kita semakin kurang menjadi sebuah entiti dan berubah ke arah sebuah negara (merdeka),” katanya di sebuah perhimpunan politik.
Sebagai tindak balas, Presiden etnik Islam Bosnia, Bakir Izetbegovic yang bertanding untuk penggal kedua merayu umat Islam di negara itu supaya bersatu padu untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Dalam pada itu, ekonomi Bosnia kini mundur dengan negara itu mencatat kadar pengangguran sebanyak 44 peratus manakala purata pendapatan bulanan rakyatnya pula sekitar 415 euro (RM1,351).
Bosnia juga dihimpit gejala rasuah yang menyebabkan ia mengalami kerugian sebanyak 750 juta euro (RM2.9 bilion) setahun.
Pada pilihan raya semalam sebanyak 5,400 pusat mengundi telah dibuka. Semua pusat membuang undi itu ditutup pada pukul 7 malam waktu tempatan manakala keputusan awal pengiraan undi dijangka diketahui sekitar lima jam kemudian. – AFP
TOP
Polis Hong Kong Alihkan Penghadang penunjuk Perasaan
HONG KONG – Polis Hong Kong mula mengalihkan penghadang yang dipasang oleh penunjuk perasaan prodemokrasi yang berhimpun di beberapa kawasan di sekitar bandar raya ini sejak dua minggu lalu.
Menurut saksi, beberapa penunjuk perasaan terdiri daripada pelajar berhadapan dengan polis di kawasan utama bantahan itu di daerah Admiralty.
Kerajaan Hong Kong sebelum ini menyatakan tunjuk perasaan itu adalah haram. – REUTERS
TOP
Bekas Jaguh Bina Badan Negara Meninggal Dunia
Bujang terlantar di Hospital Umum Sarawak ketika mendapatkan rawatan akibat asma di Kuching sejak minggu lalu.- fotoBERNAMA
KUCHING: Bekas jaguh bina badan negara Bujang Taha, 77, meninggal dunia pada pukul 10.47 malam Ahad di Hospital Umum Sarawak (HUS) kerana komplikasi kanser mulut, kanser paru-paru serta asma. Menurut menantu perempuan beliau, Suzana Ibrahim, Allahyarham yang mendapatkan rawatan di HUS sejak seminggu lalu akibat asma, meninggal di sisi anak dan cucunya. "Esok (hari ini), bekas jaguh bina badan Datuk Malek Noor sudah beritahu hendak datang tengok bapa, tapi apakan daya bapa pergi dulu," katanya. Pada kemuncak kariernya, Bujang memenangi gelaran Mr Asia sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1980, 1982, 1983 dan 1986 selain memenangi dua pingat emas pada Sukan SEA di Kuala Lumpur pada 1977 dan di Jakarta pada 1979. Beliau pernah bertanding Mr Universe di Belgium pada 1982.- mstar

Keputusan Aksi Persahabatan Antarabangsa
BERIKUT adalah keputusan perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa:
Mexico 1 - 0 Panama
- mstar
Mexico 1 - 0 Panama
- mstar
TOP
Keputusan Aksi Kelayakan Euro 2016
BERIKUT adalah keputusan aksi kelayakan Euro 2016:
Belarus 1 - 3 Slovakia
Luxembourg 0 - 4 Sepanyol
Lithuania 0 - 2 Slovenia
Sweden 2 - 0 Liechtenstein
Ukraine 1 - 0 Macedonia
Estonia 0 - 1 England
Rusia 1 - 1 Moldova
Austria 1 - 0 Montenegro
- mstar
Belarus 1 - 3 Slovakia
Luxembourg 0 - 4 Sepanyol
Lithuania 0 - 2 Slovenia
Sweden 2 - 0 Liechtenstein
Ukraine 1 - 0 Macedonia
Estonia 0 - 1 England
Rusia 1 - 1 Moldova
Austria 1 - 0 Montenegro
- mstar
TOP
Hoki Piala Sultan Johor: Malaysia Tewas 2-1 Kepada Australia
Pemain Malaysia Mohd Hamsani membuat pukulan sambil dihadang oleh pemain Australia Simon Benetti pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor kali ke-4 di Stadium Taman Daya Johor Baharu Ahad. -fotoBERNAMA
JOHOR BAHARU: Malaysia gagal memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri apabila tewas 2-1 kepada Australia dalam perlawanan pusingan awal Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2014 di sini Ahad. Malah, pasukan negara hanya mampu mencuri satu pukulan sudut penalti di Stadium Hoki Taman Daya itu tetapi tidak dapat menjaringkan gol berikutan kecekapan pertahahan pasukan Australia mengawal kubu mereka. Gol diperolehi melalui pukulan penalti oleh ketua pasukan Muhammad Haziq Samsul pada minit keempat setelah Meor Azuan Hassan dikasari oleh pemain Australia di hadapan pintu gol pasukan itu. Namun Australia kemudiannya menyamakan kedudukan apabila William Gilmour yang tidak dikawal pertahanan Malaysia menjaringkan gol padang pada minit kesembilan, hasil cubaan pukulan sudut penalti. Australia menghasilkan gol kemenangan menerusi jaringan Joshua Bretherthon pada minit ke-18, juga akibat kelemahan kawalan pertahanan Malaysia menangkis percubaan pukulan sudut penalti. Pasukan negara memperbaiki kelemahan tersebut dan menggagalkan empat lagi pukulan sudut penalti yang diperolehi Australia selepas itu. Anak buah Arul Selvaraj cuba merapatkan jaringan melalui percubaan demi percubaan namun pertahanan Australia cekap menghalang pemain berpengalaman Muhammad Shahril Saabah daripada membuat hantaran bola kepada rakan-rakannya. Sementara itu dalam perlawanan pembukaan kejohanan antarabangsa bawah 21 tahun sebelum itu, Great Britain membelasah Pakistan 5-0 dengan pemainnya Luke Taylor menjaringkan hatrik yang pertama pada kejohanan tersebut. Gol dijaringkan Taylor pada minit ke 12, 14 dan 25, manakala dua lagi gol oleh Benjamin Boon dan David Goodfield masing-masing pada minit ke-40 dan 45. India pula menang 2-1 ke atas New Zealand dengan jaringan gol oleh Parvinder Singh dan Varun Kumar masing-masing pada minit kelima dan 43. Gol New Zealand dijaringkan oleh Nic Woods pada minit ke-53. - mstar

Jepun, India Dilanda Ribut
Ribut Hudhud yang melanda India terutama di kawasan Visakhapatnam mengakibatkan tiga maut setakat Ahad.
TOKYO: Lebih 40 cedera di Kyushu dan Okinawa, manakala ratusan ribu lagi lagi dinasihatkan berpindah selepas taufan Vongfong membadai selatan Jepun, Ahad. Pihak berkuasa Jepun mengeluarkan arahan supaya penduduk berpindah ke tempat selamat kerana bimbang Vongfong yang berkelajuan 178 km sejam boleh mengakibatkan berlakunya tanah runtuh.
Taufan yang dijangka melanda kepulauan Kyushu di timur laut Jepun pula selepas ini juga dikatakan boleh memyebabkan tenaga elektrik terjejas dan menghentikan perkhidmatan kereta api laju.
Sebelum ini, media asing melaporkan taufan yang melanda Amerika Syarikat minggu lalu mengakibatkan tiga anggota tentera udaranya terkorban dan mayat mereka hanya dijumpai tersadai di laut Okinawa. Sementara itu, di Visakhapatnam, timur India pula, tiga maut akibat ribut Hudhud yang menyebabkan pokok tumbang dan terputus bekalan elektrik di negeri Andhra Pradesh dan Orissa. Akibat kejadian itu, ratusan pusat penempatan sementara dibuka untuk memastikan penduduk dalam keadaan selamat. Kelajuan angin sehingga 195 kilometer sejam juga mengakibatkan banjir kilat melanda beberapa kawasan. - mstar

Pelajar Sekolah Direkrut Sertai Militan Berjihad Di Syria - Polis
Ayob Khan Mydin Pitchay.
KUALA LUMPUR: Usaha merekrut gadis Malaysia menyertai kumpulan militan di negara bergolak Syria yang kononnya atas dasar jihad, semakin agresif apabila ia turut dikesan cuba merekrut pelajar sekolah. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman SAC Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang mendedahkan perkara itu berkata individu yang giat menjalankan kegiatan itu hanya melalui Facebook menyasarkan golongan ini memandangkan mereka lebih mudah terpedaya. "Trend rekrut melalui Facebook amat membimbangkan dengan menyasarkan usia antara 15 dan 30 tahun ... kita ada kesan pelajar sekolah menengah juga cenderung untuk berjihad dan dipujuk melalui Facebook. "Selain pelajar sekolah, penuntut IPTA/IPTS yang biasanya mempunyai masalah dalam pengajian dan masalah keluarga turut menjadi sasaran ... pekerja swasta dan kerajaan termasuk ahli perniagaan juga dipujuk untuk sama-sama berjihad," katanya. Ayob Khan berkata terdapat tiga kumpulan militan yang disertai rakyat Malaysia di Syria iaitu Islamic State (IS), Jabhat Al Nusra dan Ajnad Al Sham. Beliau menjelaskan kebiasaannya golongan sasaran ini dipujuk dan direkrut berasaskan ayat-ayat suci Al-Quran dan untuk berjihad bersama mujahidin. "Adakalanya potongan ayat Al-Quran hanya diambil separuh sahaja malahan ada juga yang disalah tafsir bagi 'menghalalkan' matlamat mereka," katanya. Dalam konteks itu, Ayob Khan berkata sudah tiba masanya pihak berkuasa agama mengambil langkah proaktif dalam menangani perkara ini sekali gus menangkis dakyah kumpulan militan ini. Katanya pihak berkuasa agama perlu mengeluarkan fatwa rasmi seperti dikeluarkan kebanyakan negara Arab termasuk Arab Saudi iaitu mengharamkan rakyat berjihad di negara bergolak khususnya di Syria sebagai langkah membendung pengrekrutan militan ke negara berkenaan. "Peranan menangani ideologi militan daripada berkembang terletak pada pihak berkuasa agama ... polis boleh bertindak sekiranya ada bukti dan asas yang individu berkenaan sedang merancang tindakan keganasan," katanya. Ayob Khan berkata semua pihak khususnya ibu bapa, guru serta majikan harus peka mengenai kegiatan itu (merekrut) dan dapat memaklumkan kepada polis sekiranya mengesan mana-mana individu yang cenderung ke arah untuk berjihad di negara bergolak itu. Katanya sekiranya dimaklumkan pada peringkat awal, pihak polis akan mengaturkan sesi kaunseling kepada individu terbabit dengan pakar agama daripada Polis Diraja Malaysia. Setakat ini, sebanyak 22 rakyat Malaysia termasuk tiga wanita dikesan berada di Syria menyertai kumpulan militan manakala 23 individu lagi telah ditahan selepas dipercayai terbabit dengan kumpulan militan. Pada Ahad, polis mengesahkan seorang wanita yang merupakan bekas pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah berlepas ke Syria pada 4 Oktober untuk menyertai IS. - mstar

Essien Nafi Dijangkiti Virus Ebola
Michael Essien.
BEKAS pemain tengah Chelsea dan Real Madrid, Michael Essien menafikan khabar angin bahawa dia disyaki dijangkiti virus Ebola. Bintang Ghana itu yang kini menyarung jersi AC Milan diketepikan daripada skuad negaranya ketika terikat 1-1 dalam aksi kelayakan Piala Negara-Negara Afrika di Guinea. Susulan itu timbul khabar angin yang mendakwa Essien dijangkiti Ebola tersebar luas di laman Twitter. Tindakan itu menyebabkan Essien pantas menafikan dakwaan tersebut dengan memuat naik gambarnya yang dalam keadaan sihat di Instagramnya.
Gambar Essien yang dalam keadaan sihat dimuat naik di laman Instagramnya.
"Saya cergas dan sihat. Khabar angin yang tersebar di Internet mengenai saya dijangkiti Ebola tidak benar. "Saya akan berlatih seperti biasa esok. Virus Ebola adalah isu yang serius dan ia tidak patut dijadikan bahan gurauan," tulisnya dalam Instagram. Tidak cukup dengan itu, Essien turut membuat kenyataan mengenai perkara tersebut di laman Twitternya. "Kita perlu mendoakan mangsa sebenar virus Ebola supaya kembali sihat," tulisnya. AC Milan turut menafikan dakwaan tersebut dengan menyifatkan khabar angin itu tidak berasas dan tidak pernah disahkan oleh kelab tersebut. "Kami menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengenai salah seorang pemain kami. Tuduhan itu tidak berasas," menurut kenyataan kelab tersebut. - mstar

Anak Datuk K, Adib Dilantik CEO Tune Studios
Adib kini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios/Tune Records berkuatkuasa 9 Oktober 2014.
PETALING JAYA: Anak Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa atau Datuk K iaitu Mohd. Adib dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios/Tune Records yang sebelum ini disandang oleh Allahyarham Jeremy Ahmad Maikel. Adib, 24, menerusi laman Instagram miliknya memberitahu, selain memegang jawatan tertinggi itu dia juga bertindak sebagai pemegang saham syarikat kumpulan Tune tersebut berkuatkuasa 9 Oktober lalu. "Saya ingin berterima kasih kepada semua di Tune Group terutamanya Datuk Kamarudin Meranun dan Tan Sri Tony Fernandes di atas kepercayaan diberikan kepada saya untuk memikul tanggungjawab dan mengalu-alukan kedatangan saya ke dalam keluarga Tune. Terdahulu, Jeremy, 31, yang memegang jawatan tersebut sejak 2012 meninggal dunia pada 9 April lalu di Mekah, Arab Saudi semasa mengerjakan Umrah. Selain syarikat rakaman, Tune juga mempuyai rangkaian hotel seluruh negara yang mana ia merupakan anak syarikat kepada AirAsia Berhad milik Kamarudin dan Tony Fernandes. Dalam pada itu, Adib dalam kenyataan sama berjanji akan berusaha dalam memberikan perkhidmatan terbaik dengan menghidangkan muzik terbaik kepada peminat di seluruh rantau Asia. "Saya tidak sabar untuk memberikan peminat di rantau ini hiburan muzik terbaik," katanya lagi. Tune Studios/Tune Records adalah studio rakaman terbesar di Malaysia menyediakan peralatan rakaman audio dan produksi dengan lebih 10 bilik studio yang terletak di Klang, Selangor. Selain kerja-kerja rakaman, ia juga menyediakan kelas pendidikan dan latihan muzik yang terbuka kepada orang ramai dan pemain dalam industri seni. Dalam pada itu pihak Tune yang dihubungi mStar Online berkata, satu kenyataan rasmi berhubung pelantikan Adib akan dibuat dalam masa terdekat. Adib sebelum ini mempunyai syarikat rakamannya sendiri iaitu What's Up Entertainment yang bertanggungjawab menerbitkan album Inggeris ibu tirinya iaitu Datuk Siti Nurhaliza berjudul All Your Love. - mstar

Rooney Pacu Kemenangan England, Sepanyol Bangkit Benam Luxembourg
Rooney menjaringkan gol tunggal England.
ENGLAND menguasai corak permainan apabila Estonia beraksi dengan hanya 10 orang pemain sebelum Wayne Rooney membantu pasukan kendalian Roy Hodgson itu menang 1-0 di gelanggang lawan pada aksi kelayakan Euro 2016 di Tallinn, awal pagi Isnin. Kemenangan itu memboleh England mengutip tiga mata penuh dan meletakkan mereka di kedudukan teratas Kumpulan E dengan sembilan mata. Penyerang sensasi Manchester United itu menjaringkan gol ke-43 untuk England, ketinggalan enam gol untuk menyamai rekod Bobby Charlton. Estonia kehilangan kaptennya Ragnar Klavan pada permulaan aksi babak kedua selepas dilayangkan kad merah kerana mengasari Danny Wellback. Dalam perlawanan berasingan, Sepanyol mencatat kemenangan besar apabila menewaskan Luxembourg 4-0 di Stadium Josy Barthel, awal pagi Isnin. Dalam perlawanan itu, Diego Costa akhirnya menjaringkan gol pertama untuk Sepanyol.
Diego Costa.
Terdahulu, juara bertahan itu tewas mengejut 2-1 kepada Slovakia namun kemenangan tersebut membuktikan mereka bangkit untuk menebus kekecewaaan. La Roja berada di depan seawal minit ke-26 menerusi jaringan David Silva sebelum Paco Alcacer menggandakan jaringan pada minit ke-42. Costa mempamerkan aksi cemerlang apabila merembat masuk gol ketiga pada minit ke-69 sebelum Juan Bernat melengkapkan gol kemenangan. Kemenangan itu meletakkan Sepanyol di tempat kedua Kumpulan C, ketinggalan tiga mata dibelakang pendahulu, Slovakia. - mstar

Anak Tiri Dipeluk Jasad Bapa
TINGGAL KENANGAN... Ellyas bersama anak tirinya, Julia yang maut selepas dirempuh sebuah kenderaan awal pagi Ahad.
JOHOR BARU: Seorang lelaki yang sudah tidak bernyawa masih tetap memeluk anak tirinya yang turut cedera parah selepas dirempuh sebuah kenderaan di kilometer 7 Jalan Johor Bahru - Kota Tinggi, kira-kira pukul 5.50 pagi Ahad. Tukang masak kantin, Ellyas Salleh, 33, meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak tirinya, Julia Alfiana Nasyirah Adi Kasumi, 4, menghembuskan nafas terakhir beberapa jam kemudian. Ibu Ellyas, Zuraina Hashim, 50 berkata, kedua-dua mangsa bersama dengan menantunya, Wati Damam, 29, sedang melintas jalan untuk menahan teksi. "Wati melintas jalan terlebih dahulu dan hanya beberapa langkah dihadapan apabila sebuah kereta merempuh Ellyas dan Julia. "Apabila Wati menoleh ke belakang untuk mencari mereka, dia terlihat suaminya yang terbujur di atas jalan raya memeluk erat Julia," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sultanah Aminah di sini. Seorang jiran mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Ridzuan, 44, berkata Ellyas merupakan bapa penyayang kepada tiga orang anak tirinya. "Dia sentiasa tersenyum dan akan bermain dengan mereka terutamanya Julia, anak bongsu diantara tiga beradik itu," katanya. Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata mangsa sedang melintas jalan dari arah Kampung Datuk Sulaiman menghala ke Giant Extra Taman Suria sebelum dilanggar sebuah kereta. Pemandu kereta terbabit yang berusia 39 tahun mengalami luka ditangan. - mstar

Laporan Alyah Hamil Tidak Benar
Alyah nafi kini sedang berbadan dua.
PETALING JAYA: Penyanyi Datin Alyah tidak mengetahui siapakah individu yang menyebarkan cerita kononnya dia kini sedang hamil anak pertama bersama pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS. Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hassan, 33, berkata, dia hanya mengetahui perkara berkenaan melalui sebuah akhbar mingguan pada Ahad. "Pertama sekali berita saya hamil tidak benar dan apabila membaca mengenai laporan berkenaan saya terkejut kerana ia bukan datang daripada mulut saya. "Saya tidak tahu siapa yang sebarkan mengenai cerita itu tetapi ia sama sekali tidak benar," katanya kepada mStar Online pada Ahad. Menerusi laporan berkenaan, Alyah dikatakan berkunjung ke sebuah klinik kesihatan dan seorang individu yang turut berada di tempat sama terdengar penyanyi itu berbual mengenai kehamilan. Dalam pada itu, Alyah tidak menafikan ada berkunjung ke klinik berkenaan bersama seorang temannya tetapi tidak berbual mengenai hal-hal kehamilan seperti yang dilaporkan. Jelas Alyah, semasa berada di ruang menunggu hanya sepasang suami isteri turut berada di dalam klinik berkenaan dan dia pelik dengan tuduhan yang dibuat terhadapnya itu. "Saya berkunjung ke klinik berkenaan atas sebab lain dan tiada pula bercakap mengenai kehamilan malah hanya ada sepasang suami isteri sahaja di dalam klinik tersebut ketika itu," katanya. Alyah dan Ramli bernikah secara rahsia di Batam, Indonesia pada 18 Mac 2013 dan perkahwinan itu terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, 28 Ogos lalu. - mstar

Rita Rudaini Repot Polis Selepas Diugut Bunuh
Rita Rudiani
PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 38, membuat satu laporan polis selepas diugut bunuh oleh pengikut di Instagram milik bekas suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 27, menerusi satu status yang dimuat naik Jumaat lalu. Laporan yang dibuat di Balai Polis, Jalan Tun Razak dekat sini pada Sabtu lalu itu antara lain meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemilik akaun Instagram bernama ‘Hanifhafizul’ yang telah menimbulkan ketakutan Rita berhubung status ugutan bunuh. “Pemilik akaun itu mengugut untuk membunuh saya selepas Aidil memuat naik resit pindahan wang nafkah anak-anak kami yang dilakukannya dengan kapsyen bertujuan menimbulkan rasa benci pengikut-pengikutnya kepada saya. "Jadi… saya perlu melakukan seusatu kerana bimbang dengan ugutan berkenaan selain untuk menjaga keselamatan diri,” katanya kepada mStar Online menerusi mesej aplikasi sosial WhatsApp di sini pada Ahad.
Ini adalah bukti Rita membalas mesej-mesej kiriman Aidil dan Rita terkejut bagaimana bekas suaminya itu mengatakan sebaliknya.
Berdasarkan laporan polis berkenaan, pemilik akaun itu antara lain telah menulis cadangan meminta Aidil agar mengupah orang untuk membunuh Rita bagi menyelesaikan masalah mereka berdua. Status berkaitan bunuh itu terus dipanjangkan apabila pemilik akaun tersebut menasihati Aidil agar pada masa depan merancang dapat membunuh dan tidak memberikan Rita peluang untuk hidup. Rita berkata, status paparan skrin yang dimuant naik Aidil itu berjaya meracuni pengikut Instagramnya untuk membenci Rita selain ia satu penghinaan kepada seorang wanita yang telah melahirkan dua orang anak hasil perkahwinan mereka yang sah. Dalam pada itu diminta komennya mengenai paparan skrin resit pembayaran nafkah berjumlah RM2,000 itu Rita berkata, selama ini dia tidak pernah mengatakan Aidil gagal memberi nafkah kepada anak sebaliknya kegagalan Aidil berhubung hak sebagai seorang suami kepada isteri semasa mereka belum bercerai. “Saya sangat kesal dengan tindakan Aidil sehingga boleh membiarkan nyawa saya diancam hanya kerana saya menuntut hak saya sebagai isteri yang tidak diberikan oleh Aidil. “Saya juga tidak pernah mengatakan Aidil gagal memberi nafkah kepada anak-anak tetapi apakah ia cukup dengan mengirimkan wang sahaja bagi menyatakan kesempurnaan tanggung jawab seorang bapa tanpa menjenguk anak-anaknya?” soal Rita.
Aidil dan isterinya, Zarema. Foto dari Instagram milik Aidil.
Mengenai status papran skrin berasingan Aidil dalam Instagram yang mendakwa Rita tidak menjawab mesej yang dikirimkannya untuk mengetahui perkembangan anak, wanita ini turut mendedahkan ia adalah tuduhan tidak benar. Sambil memberikan bukti paparan skrin mesej perbualan mereka Rita berkata, seminggu sebelum Hari Raya Aidiladha lalu dia ada mengirim mesej kepada Aidil yang berjanji untuk bertemu anak mereka tetapi pemuda berkenaan gagal berbuat demikian. “Dia tiada kesungguhan. Sebab itu saya malas untuk melayan mesejnya apatah lagi saya pernah mendapat mesej ‘jangan gatal’ seoalah-oleh ada pihak yang menganggap saya mahu mengganggu rumah tangga yang baru dibina Adil. “Saya juga pernah membalas mesej-mesejnya mengenai anak tetapi saya terkejut kenapa dia masih menganggap tidak menerima sebarang balasan daripada saya,” ujar Rita. Rita dan Aidil bernikah pada 25 Februari 2008 di Selatan Thailand dan disahkan bercerai talak satu pada 5 September 2013 iaitu selepas lima tahun berkahwin. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna, yang masing-masing berusia lima dan tiga tahun. Aidil yang juga pemain bola sepak kebangsaan dan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) kemudiannya bernikah dengan Zarema Zainal, 28, pada 14 Mac lalu. - mstar

Cuaca Buruk Landa K.Lumpur
Hujan lebat dan angin kencang petang Ahad turut mengakibatkan kejadian pokok tumbang di Jalan Bellfield, Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR: Hujan lebat dan angin kencang bermula kira-kira 5 petang Ahad mengakibatkan kejadian pokok tumbang, dahan pokok jatuh serta insiden papan tanda dan dinding rumah tercabut di sekitar ibu negara. Menurut jurucakap Bilik Kawalan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), antara kawasan terjejas akibat pokok tumbang ialah Jalan Stadium berhampiran Stadium Negara, Bulatan Kereta Api Tanah Melayu berhampiran Hotel Majestic, Jalan Maharajalela susur ke Jalan Hang Tuah serta laluan masuk ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Kejadian dahan pokok jatuh pula dilaporkan berlaku di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Tun S.H. Lee dan Jalan Tun Razak berhadapan Kedutaan Indonesia, katanya ketika dihubungi Bernama malam Ahad. "Selain itu, kami turut menerima masing-masing satu laporan berhubung papan tanda terjatuh dekat Stesen LRT di Jalan Tun Perak dan dinding papan di Flat Loke Yew tercabut," katanya. Sementara itu, jurucakap Polis Trafik Kuala Lumpur melaporkan kejadian pokok tumbang di Jalan Tun Sambathan di Brickfields, Jalan Changkat Stadium, Jalan Kuching menghala ke Bulatan Datuk Onn dan laluan ke Bangunan RHB Bank di Jalan Tun Razak. Beliau berkata setakat 8 malam, kesemua pokok tumbang itu telah dialihkan dan ini membantu mengurangkan kesesakan trafik. Dalam pada itu, jurucakap Bilik Kawalan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur melaporkan sebuah kenderaan dihempap sebatang pokok berhampiran Flat Loke Yew. Bagaimanapun, ia tidak mengakibatkan sebarang kecederaan, katanya. Di Klang, hujan lebat dan angin kuat pada sebelah petang meruntuhkan khemah untuk sambutan Deepavali yang didirikan beberapa peniaga di kawasan Little India menyebabkan kerosakan barangan termasuk barang perhiasan untuk sambutan. Setiausaha Persatuan Peniaga Tekstil dan Barangan Am India Malaysia, Maheswary Ramasamy berkata khemah itu tidak dapat menahan cuaca buruk yang berlaku kira-kira 7.30 malam. Beliau berkata persatuan itu akan mendapat maklum balas peniaga terbabit untuk tindakan lanjut. - mstar

Polis Hong Kong Alih Penghadang Penunjuk Perasaan
Penghadang yang dibina oleh kumpulan prodemokrasi sejak dua minggu lalu.
HONG KONG: Polis Hong Kong mula mengalihkan penghadang yang dipasang oleh penunjuk perasaan prodemokrasi yang berhimpun di beberapa kawasan di sekitar bandar raya itu sejak dua minggu lalu. Menurut saksi, beberapa penunjuk perasaan terdiri daripada kalangan pelajar bersemuka dengan polis di kawasan utama bantahan itu di daerah Admiralty. Kerajaan Hong Kong sebelum ini menyatakan tunjuk perasaan itu adalah haram. Terdahulu, pemimpin pelajar berkata, mereka akan mengadakan rundingan dengan pihak kerajaan jika beberapa syarat yang telah ditetapkan dipenuhi. "Selagi kerajaan memberi tindak balas yang positif berhubung permintaan kami, kumpulan pelajar sedia untuk mengadakan rundingan sekali lagi," kata ketua Persekutuan Pelajar Hong Kong (HFKS) dalam satu kenyataan pada 5 Oktober lalu. Kumpulan prodemokrasi bertindak memenuhi jalan-jalan utama di wilayah ini sejak seminggu lalu bagi menuntut hak untuk mencalonkan pemimpin pada pilihan raya 2017 nanti, selepas Beijing menegaskan hanya calon yang dipersetujui oleh mereka boleh mengambil bahagian. - mstar

Morales Menang Pilihan Raya Presiden Di Bolivia
Morales (tengah) memenangi Pilihan Raya Presiden di Bolivia.
LA PAZ: Evo Morales menang besar dalam pilihan raya presiden di Bolivia bagi penggal ketiga. "Kemenangan itu adalah kejayaan untuk anti-imperialis dan anti-penjajah," katanya dihadapan beribu-ribu penyokongnya dari balkoni istana presiden. Morales yang juga tokoh terkemuka dalam blok sosialis dan anti pemimpin Amerika Syarikat di Latin Amerika, menang 61 peratus daripada undi. Pencabar terdekat, Samuel Doria Medina menang 24 peratus.- mstar

Mat Razi Angkat Sumpah Sebagai Adun Pengkalan Kubor
Mat Razi Mat Ail.
KOTA BARU: Mat Razi Mat Ail, 49, yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor, Kelantan pada 25 September lalu mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang baharu sebentar tadi. Majlis angkat sumpah diadakan sebelum bermulanya persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di hadapan Speaker, Datuk Abdullah Yaakub. Mat Razi Mat Ail memperoleh sejumlah 9,961 undi sekali gus membantu Barisan Nasional mempertahankan kerusi DUN Pengkalan Kubor yang dikuasai sejak tiga penggal berturut-turut. Pencabarnya, Wan Rosdi Wan Ibrahim daripada PAS mendapat 7,326 undi dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary, 38 undi. Pada PRK kali ini, jumlah majoriti BN meningkat sebanyak 2,635 undi berbanding 1,736 undi pada PRU-13. - mstar

Terbuka AS: Nicol, Wee Mara Ke Pusingan Kedua
KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David dan pemain nombor dua negara, Low Wee Wern berjaya mara ke pusingan kedua Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat di Philadelphia, Sabtu.
Nicol, yang memburu gelaran ketiga berturut-turut pada kejohanan itu, hanya mengambil masa 32 minit untuk mengatasi pemain Mexico daripada pusingan kelayakan, Samantha Teran dengan 11-6, 11-5 dan 11-4.
"Ia tidak pernah mudah menentang rakan pelatih dan rakan (Samantha). Saya akan berdepan dengan pemain Australia Rachael Grinham, Isnin ini," kata Nicol dalam kiriman di laman Facebooknya.
Rachael pula menempah slot pusingan kedua selepas mengalahkan juara remaja dunia, Habiba Mohamed dari Mesir dengan 11-3, 11-9, 3-11 dan 11-7.
Dalam pada itu, Wee Wern, selaku pemain pilihan keenam, terpaksa berhempas pulas sebelum menjinakkan pemain Hong Kong, Joey Chan dengan 11-5, 14-12, 7-11 dan 11-6.
Wee Wern akan menentang pemain Guyana, Nicolette Fernandes, pada pusingan kedua selepas Nicolette menyingkirkan pemain Ireland, Aisling Blake, 11-5, 12-10 dan 11-5 pada pusingan pertama.- mstar online
TOP
Lewis Hamilton Juara GP Rusia
LEWIS Hamilton semakin hampir meraih gelaran juara dunia Formula 1 2014 apabila memenangi Grand Prix Rusia di Sochi, Ahad.
Hamilton yang memandu untuk Mercedes menyudahkan tugasnya dengan mudah selepas rakan sepasukan yang juga pencabar terdekatnya Nico Rosberg menghadapi masalah pada tayar pada pusingan pertama.
Valtteri Bottas dari Williams menduduki tempat ketiga di podium, manakala Jenson Button dan Kevin Magnussen yang memandu untuk McLarens di tempat keempat dan kelima dan Fernando Alonso dari Ferrari menduduki tempat keenam.
Hamilton menjadi pemandu yang terpantas dengan catatan masa 1 jam 31 minit,50.744 saat.
Rosberg berada di belakang Hamilton 13.6 saat.
Kemenangan Hamilton ini juga bersejarah, kerana pemandu dari Britain itu menjuarai edisi pertama GP Rusia.
Selain itu, Mercedes juga hampir pasti menjadi juara F1 musim ini yang tidak mungkin dapat diatasi Red Bull yang berada di belakangnya.
Keputusan penuh:
1. Lewis Hamilton Britain Mercedes-Mercedes 1hr 31m 50.744s
2. Nico Rosberg Germany Mercedes-Mercedes +00m 13.6s
3. Valtteri Bottas Finland Williams-Mercedes +00m 17.4s
4. Jenson Button Britain McLaren-Mercedes +00m 30.2s
5. Kevin Magnussen Denmark McLaren-Mercedes +00m 53.6s
6. Fernando Alonso Spain Ferrari-Ferrari +01m 00.0s
7. Daniel Ricciardo Australia Red Bull-Renault
8. Sebastian Vettel Germany Red Bull-Renault
9. Kimi Raikkonez Finland Ferrari-Ferrari
10. Sergio Perez Mexico Force India-Mercedes
11. Felipe Massa Brazil Williams-Mercedes
12. Nico Hulkenberg Germany Force India-Mercedes
13. Jean-Eric Vergne France Toro Rosso-Renault +01m 37.3s
14. Daniil Kvyat Russia Toro Rosso-Renault +1 lap
15. Esteban Gutierrez Mexico Sauber-Ferrari +1 lap
16. Adrian Sutil Germany Sauber-Ferrari +1 lap
17. Romain Grosjean France Lotus-Renault +1 lap
18. Pastor Maldonado Venezuela Lotus-Renault +1 lap
19. Marcus Ericsson Sweden Caterham-Renault +2 laps
- mstar online

Pulau Pinang Kekal Destinasi Pelaburan Utama Pelabur Asing - Mustapa
KUALA LUMPUR: Pulau Pinang kekal sebagai satu daripada destinasi pelaburan utama di negara ini bagi pelabur asing terutamanya dalam industri elektrik dan elektronnik (E&E) dan peralatan perubatan.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ini disebabkan oleh sejarah negeri itu, prasarana canggih dan ekosistem industrinya yang kukuh.
Bagi tempoh 2011 hingga September 2014, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) cawangan Pulau Pinang telah mempermudahkan lebih 200 lawatan daripada syarikat asing ke negeri ini.
"MIDA telah mengadakan pelbagai bengkel kerja dan taklimat mengenai Dana Strategi Pelaburan Domestik kepada persatuan industri dan syarikat di Pulau Pinang sejak dana itu diperkenalkan pada Julai 2012," katanya dalam satu kenyataan, Ahad.
Pada 17 Oktober dan 13 November MIDA akan menganjurkan Seminar Pelaburan Sektor Perkhidmatan di Pulau Pinang dan juga menyertai satu persidangan PKS, kata Mustapa.
"MIDA telah mempelawa INVEST Penang menjadi penceramah di Persidangan Perkhidmatan.
"Selain itu, kami juga merancang menganjurkan Persidangan SEMICON awal tahun depan, kali pertama diadakan di Malaysia dan Pulau Pinang," katanya.
Mustapa mengeluarkan kenyataan ini sebagai membalas kenyataan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa Kerajaan Persekutuan dan MIDA telah berhenti mempromosikan pelabur ke negeri itu pada tahun lepas.
Beliau menyifatkan kenyataan Lim itu sebagai tidak bertanggungjawab.
Tegasnya Kerajaan dan MIDA telah mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan sejak 47 tahun lepas dan tidak pernah mendiskriminasikan mana-mana negeri.
Keputusan untuk melabur, antara faktor-faktor lain, katanya, ditentukan oleh penilaian syarikat terhadap lokasi tapak. - mstar online
TOP
Ceramah Akta Hasutan Di P.Pinang Diganggu
GEORGE TOWN: Satu ceramah mengenai pemansuhan Akta Hasutan oleh Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) terganggu apabila sekumpulan orang bertindak menyerbu Speaker Corner di Esplanade di sini.
Jurucakap GHAH Ong Jin Cheng baharu sahaja memulakan ucapannya kira-kira pukul 6 petang, Ahad apabila sekumpulan yang terdiri daripada kira-kira 30 orang mula mengganggu ucapannya.
Kemudian berlaku pergelutan kecil sebelum pihak polis campur tangan untuk menghentikan kejadian itu daripada berterusan.
Jin Cheng dan 20 penyokong GHAH kemudiannya diiringi keluar padang oleh pihak polis.
Dalam satu kenyataan pada Ahad, GHAH melahirkan kekecewaan mereka dengan kejadian itu tetapi berkata ia tidak akan menghalang kumpulan itu daripada terus menuntut pemansuhan Akta Hasutan 1948.- mstar online
TOP
Jari Kanak-Kanak Tersepit Escalator Pusat Beli-Belah
Gambar hiasan
MELAKA: Seorang kanak-kanak lelaki cedera tiga jari kaki kanannya apabila kasut yang dipakainya tersepit di eskalator di sebuah pusat beli belah terkenal di sini, Ahad. Ketika kejadian kira-kira 12.15 tengah hari tadi, kanak-kanak berusia 10 tahun itu bersama keluarganya sedang menaiki eskalator ke tingkat atas pusat membeli belah itu. Pegawai Bomba Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu Arshad Mail berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 12.32 tengah hari dan tiba empat minit kemudian bersama sebuah jentera dan unit Perkhidmatan Respons Perubatan Kecemasan (EMRS) dengan lapan anggota. "Sebaik tiba di lokasi, kaki kanak-kanak tersebut telah berjaya dikeluarkan pengawal keselamatan pusat beli-belah berkenaan dan bomba kemudian memberikan rawatan kecemasan awal kepada mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama di sini. Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kasut jenis kanvas yang dipakai kanak-kanak berkenaan tersepit di tepi eskalator berkenaan sebelum menarik bersama tiga jari kaki kanannya. Katanya kanak-kanak tersebut kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.- mstar online

Bom Lama Ditemui Di Kawasan Perindustrian Klang
Gambar fail
SHAH ALAM: Sebutir bom lama dijumpai di tapak simpanan besi buruk di kawasan perindustrian Bukit Raja, Klang, dekat sini awal hari Ahad. Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Mohd Shukor Sulong berkata bom berukuran 0.3 meter panjang itu ditemui seorang anggota polis bantuan yang sedang bertugas di kawasan berkenaan kira-kira 9.30 pagi. Beliau berkata sepasukan unit pemusnah bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor telah bergegas ke lokasi penemuan bom itu untuk menjalankan pemeriksaan lanjut. Mohd Shukor berkata siasatan awal mendapati pin pencetus bom telah lesap. "Siasatan seterusnya mendapati bom itu dibawa ke kilang besi ini bersama besi buruk yang lain dalam tong besi. "Kita percaya tong berisi bom dan besi buruk itu dibawa dengan kapal dari Amerika Syarikat ke Pulau Carey, Kuala Langat dan diangkut menggunakan treler ke tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini. Mohd Shukor berkata bom tersebut telah dibawa ke Permatang Pasir, Banting, untuk dimusnahkan.- mstar online

Lelaki Maut Selepas Larikan Diri Dari Sekatan Jalan Raya
MELAKA: Seorang lelaki dipercayai penjenayah maut selepas kereta yang dinaikinya merempuh sebuah jentolak ketika cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya polis di Jalan Syed Abdul Aziz dekat Limbongan di sini, Ahad.
Dalam kejadian kira-kira 4.45 petang itu, seorang anggota polis trafik berpangkat koperal turut cedera di bahagian kaki dan tangan selepas cuba menahan kenderaan terbabit.
Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Supt Razali Bakar berkata sebelum kejadian, kereta jenis Proton Persona dinaiki dua lelaki tidak berhenti ketika sekatan jalan raya yang dijalankan di Jalan Laksamana di sini.
Beliau berkata hebahan kemudian dibuat kepada semua petugas sebelum anggota trafik berkenaan mengesan kereta terbabit di Jalan Syed Abdul Aziz sebelum cuba menahannya.
"Anggota polis berkenaan yang menaiki motosikal peronda kemudian telah dihimpit lalu terjatuh menyebabkannya mengalami kecederaan di bahagian kaki dan tangan," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.
Razali berkata kereta berkenaan kemudian memecut ke arah Limbongan sebelum terbabas dan merempuh sebuah jentolak yang sedang menjalankan kerja pembesaran jalan dan parit di kiri jalan.
Beliau berkata kenderaan tersebut kemudian terbakar sebelum pengendali jentolak tersebut menyimbah lumpur bagi memadam kebakaran.
"Hasil pemeriksaan polis mendapati seorang penumpang yang tersepit maut manakala pemandu kereta mengalami kecederaan parah akibat rempuhan itu," katanya.
Katanya polis turut menemui beberapa bungkusan serbuk putih dipercayai dadah dan beberapa peralatan seperti kapak, parang, pemutar skru dan pemotong kabel disyaki digunakan untuk jenayah pecah rumah.
Polis belum mengenal pasti identiti kedua-dua lelaki berusia lingkungan 20-an terbabit, katanya.
Lelaki yang cedera parah serta anggota polis berusia 45 tahun berkenaan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.- mstar online
TOP
Hassan Budu Ditangkap Curi Kereta
Gambar hiasan
BESUT: Seorang penjenayah mencuri kenderaan paling dikehendaki di Terengganu dan Kelantan ditangkap ketika dia cuba melarikan sebuah kereta pacuan empat roda dari Taman Radhiah di sini sebelum kereta terbabit terbalik di satu persimpangan di Kampung Padang Luas Jerteh di sini tengah malam Sabtu. Samsul Bahri Awang Noh, 41, yang lebih dikenali sebgai 'Hassan Budu' mengalami kecederaan dan dimasukkan ke Hospital Daerah Besut. Ketua Polis Daerah Besut Supt Khaled Che Lah ketika mengesahkan kejadian itu berkata suspek memang seorang penjenayah yang dikehendaki kerana banyak terbabit dalam kes mencuri kenderaan sejak beberapa tahun lalu. Beliau berkata kira-kira 12.01 tengah malam tadi, seorang kontraktor yang sedang minum di sebuah kedai di Kampung Bukit Yong, Pasir Putih, Kelantan ternampak sebuah pacuan empat roda menghala dari Jerteh ke Pasir Putih, yang seakan-akan kenderaannya yang hilang Sabtu lalu. "Oleh kerana ingin tahu, beliau mengekori kenderaan itu dengan kenderaannya yang lain sehingga dia dapat pasti bahawa kenderaan Pajero yang diekorinya itu memang kepunyaannya," kata Khaled kepada pemberita di sini Ahad. Khaled berkata suspek yang menyedari dia diikuti telah memecut sehingga memasuki Jalan Air Terjun dan ke Kampung Padang Luas sehingga kenderaan berkenaan terbabas dan terbalik. Suspek yang cedera kemudiannya ditangkap anggota polis.- mstar online

Pokok Tumbang Hempap Pondok Polis, Dua Anggota Meninggal Dunia
Kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan oleh anggota yang bertugas.
KUALA LUMPUR: Dua anggota polis terkorban apabila angin kuat mengakibatkan pokok tumbang dan menghempap pondok kontena polis tempat mereka bertugas di Jalan Bellfield, Kampung Attap, petang Ahad. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 7.09 malam. "Kami menghantar 28 pegawai ke tempat kejadian dan mendapati memang terdapat pokok tumbang di pondok polis di sana. Seorang anggota telah dibawa keluar pada pukul 7.45 malam dan seorang lagi dibawa keluar pada pukul 8 malam," katanya. Kedua-dua mereka telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur di mana mereka telah disahkan meninggal dunia. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah mengesahkan kematian. Ribut petir pada petang Ahad menyebabkan banyak pokok tumbang di seluruh pusat bandar. Tinjauan The Star mendapati bahawa pokok-pokok besar telah tumbang di Jalan Syed Putra dan Jalan Damansara. Akses ke Jalan Hose, Jalan Bellfield dan Jalan Kg Attap telah tersekat kerana pokok-pokok yang tumbang.- mstar online

MH17: Jenazah Shaliza Tidak Akan Dibawa Pulang Ke Malaysia
KUALA LUMPUR: Jenazah mangsa MH17 dari Malaysia yang baharu dikenal pasti tidak akan dibawa pulang ke Malaysia atas permintaan keluarganya, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
"Ya..sepatutnya dibawa ke Malaysia, tapi atas permintaan keluarga mangsa, jenazah akan dibawa pulang ke Australia, iaitu negara suaminya," katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-61, di Wisma MCA, di sini, Ahad.
Beliau berkata pihak berkuasa masih cuba untuk mengenal pasti seorang lagi mangsa dari Malaysia.
Mengenai proses siasatan, beliau menjangkakan ia akan mengalami kelewatan berikutan lokasi nahas di Donestk masih tidak selamat, selain faktor musim sejuk hampir tiba.
Pada Jumaat, dilaporkan mayat Shaliza Zaini Dewa, 45, telah dikenal pasti.
Shaliza Zaini, 45, bersama suaminya, Hans van den Hende serta anak-anak Piers, 15, Marnix, 12 dan Margaux, lapan tahun berada dalam penerbangan yang malang itu pada 17 Julai.
Mereka pulang dari bercuti di Amsterdam dan mahu menyambut Aidilfitri dengan saudara-mara mereka di Kajang, sebelum kembali ke Melbourne.
Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 terhempas ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam pada 17 Julai, membunuh semua 298 orang di atas kapal, termasuk 43 rakyat Malaysia.
Pesawat itu dipercayai telah ditembak jatuh di Ukraine, kira-kira 50km dari sempadan Rusia.- mstar online
TOP
12 Gambar : "Typing error & CopyPaste" Media-media Di Malaysia
Sempena #HariTypo1Malaysia hari ni, kami bawakan beberapa keratan gambar typo yang dilakukan oleh media arus perdana di Malaysia.
1 - Gembira Terima ...
2 - Kesian pokok getah
3 - No komen..
4 - Yang ni bukan typo, salah terus.
5 - Mereka tidak bersalah...
6 - Yang ni typo masa copy paste.
7 - Jujurnya...
8 - Tau kt KJ ni mau mengamuk dia.
9 - TV2, kalau ye pon, cover-cover la sikit..
10 - Pilih... nak internet ke bini percuma
11 - PM baru Malaysia
12 - Plot twist : mereka-mereka ni sebenarnya shapeshifter kot..
TOP
Polis Serbu Bukit Bintang Jejak Suspek Letup Bom
KUALA LUMPUR: Polis menyerbu enam premis hiburan di sekitar ibu negara awal pagi tadi bagi menjejaki suspek kes letupan bom di Bukit Bintang, Khamis lalu.
Operasi mengejut dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, dibantu Pasukan Taktikal Khas Jenayah (STAFOC) ke atas enam premis terbabit dibuat selepas polis mempercayai lokasi itu menjadi tumpuan individu yang terbabit dalam aktiviti kongsi gelap untuk bertemu dan berhibur.
Seramai 620 pengunjung dan kakitangan enam premis hiburan berkenaan turut diperiksa.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian D7 Bukit Aman, Datuk Roslee Chik, berkata melalui operasi sedemikian, pihaknya yakin kes itu dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat. Katanya, hasil penahanan beberapa individu, berkemungkinan mempunyai maklumat dan terbabit secara tidak langsung dengan insiden berkenaan akan mempercepatkan siasatan. "Setakat ini kita dapat menahan individu yang mungkin dapat bantu kita selesaikan kes letupan itu disamping membanteras elemen kongsi gelap, maksiat dan dadah yang dipercayai turut wujud di sebalik operasi di premis berkenaan," katanya ketika ditemui hari ini. - BH Online

Federer Raih Gelaran Pertama Di Shanghai Masters
Roger Federer
SHANGHAI: Roger Federer menewaskan pesaingnya dari Perancis Gilles Simon 7-6 (6), 7-6 (2) di kejohanan Shanghai Masters, Ahad untuk meraih gelaran keempat tahun ini. Bintang Switzerland itu hampir tersingkir dari kejohanan pada perlawanan pembukaan menentang Leonardo Mayer. Tetapi dia berjaya bangkit daripada permulaan yang buruk untuk menewaskan pemain nombor satu dunia Novak Djokovic di peringkat separuh akhir dan kemudian Simon untuk mendapatkan gelaran pertama di Shanghai. Pada Isnin, Federer akan menduduki ranking kedua yang selama ini diduduki Rafael Nadal, buat kali pertama dalam tempoh lebih dari setahun.- mstar online

Enam Sekolah Dibakar Serentak Di Pattani - Polis
PATTANI: Enam buah sekolah rendah kerajaan di wilayah Pattani di bakar pada waktu yang sama sekitar pukul 2 pagi Ahad.
Menurut polis, sebuah sekolah dibakar di daerah Mayo dan lima lagi di daerah Tung-yang-daeng.
Ketua Polis Daerah Mayo, Pol Col Korn-art Suwankham berkata sebuah sekolah kerajaan iaitu Sekolah Ban Kasak di Mukim Kasak, daerah Mayo dibakar oleh beberapa orang suspek.
Sekolah dua tingkat dengan lapan bilik darjah itu musnah dijilat api dan pegawai penyelamat dan bomba mengambil masa dua jam untuk memadamkan api.
Ketua Polis Daerah Tung-yang-daeng Pol Col Kovit Rattanachot berkata di Daerah Tung-yang-daeng, lima sekolah yang di bakar ialah Sekolah Ban Namdam di Mukim Namdam, Sekolah Ban Khaodin, Sekolah Ban Mananjung dan Sekolah Ban Paku di Mukim Paku serta Sekolah Ban Tebok di Mukim Piten.
Selain bangunan sekolah, turut musnah atau rosak adalah alat-alat pembelajaran seperti komputer, kata beliau.
Pihak polis sedang menyiasat motif kejadian dan kumpulan yang mendalangi kejadian tersebut, iaitu sama ada ia ada kaitan dengan kumpulan pemisah atau angkara pihak lain.
Selama ini selalunya para guru menjadi sasaran pihak pemisah.- mstar online
TOP
Dibelasah Suami Ketika Baca Al-Quran
ALOR SETAR: Seorang wanita mendakwa dipukul oleh suaminya yang terjaga dari tidur ketika dia sedang membaca al-Quran dan Yassin.
Fadzilah Ismail, 50, akhirnya mengalami patah tulang dalam pengalaman pahit itu.
"Dia begitu agresif. Mula-mula dia menumbuk saya, kemudian mengheret saya ke lantai dan memijak kaki, tangan dan muka," dakwanya sambil dilinangi air mata di Hospital Sultanah Bahiyah di sini Sabtu.
Fadzillah, yang bekerja di sebuah kedai percetakan juga mendakwa suaminya yang berusia 59 tahun itu telah memukulnya selama bertahun-tahun tetapi tidak pernah memberitahu sesiapa mengenai perkara itu.
Tetapi pengalaman pahit terbaharu yang dilaluinya, di mana suaminya menderanya tanpa henti selama tiga jam dari pukul 4.15 pagi pada hari Isnin, adalah keterlaluan.
Fadzillah, yang berasal dari Kampung Sentang, Utan Aji di Kangar, berkata sepupunya menghantarnya ke Hospital Kangar sehari selepas dipukul selepas mengalami kesakitan yang teramat.
"Kemudian saya membuat laporan polis di Arau. Keesokan harinya, saudara-mara saya menghantar saya ke Hospital Sultanah Bahiyah di mana saya diberitahu saya mengalami patah tulang," katanya, sambil menambah dia perlu menjalani pembedahan minggu depan.
Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, mereka sedang menyiasat kes.
"Tiada tangkapan dibuat setakat ini di mana kita memerlukan perintah mahkamah.
"Bagaimanapun, apabila saya mendapat laporan dari hospital mengenai kecederaan Fadzilah, kami akan mengklasifikasikan semula kes itu dan mengambil tindakan yang perlu," katanya ketika dihubungi Sabtu.- mstar online
TOP
MCA Lulus Enam Resolusi, Sokong Penuh Pelan Transformasi Parti
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) MCA Ke-61 pada Ahad meluluskan enam resolusi merangkumi 15 perkara berhubung hal ehwal parti, politik, ekonomi, pendidikan, hal ehwal kerajaan dan keselamatan.
Antara yang diluluskan sebulat suara oleh perwakilan ialah pelan transformasi parti dengan gesaan supaya wujud penyertaan padu daripada anggota untuk memperkasa semula parti.
Perhimpunan agung itu juga mahu pandangan mengenai kesederhanaan dan kepelbagaian tamadun diterima guna bersama konsep 1Malaysia dalam menggubal dasar-dasar negara yang lebih majmuk, sederhana, saksama dan berdaya saing.
Bagi resolusi politik, MCA antara lain menyokong kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya ditolak ekstremisme demi menjaga keharmonian sosial dan negara.
Menyentuh aspek ekonomi, MCA mahu kerajaan menyediakan mekanisme pelaksanaan komprehensif dan jaringan keselamatan untuk menyerap impak Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) terhadap golongan berpendapatan sederhana dan rendah.
Kerajaan juga diminta memperbesar saiz dan rangkuman projek rumah mampu milik bagi mengurangkan beban rakyat memandangkan harga rumah kian meningkat, sekali gus mencapai matlamat pemilikan rumah untuk semua.
Di bawah resolusi pendidikan, MCA menegaskan pendirian parti yang tidak berganjak mengenai hak pendidikan bahasa ibunda sambil menolak desakan berkaitan penghapusan sekolah vernakular.
Parti komponen Barisan Nasional (BN) itu juga meminta kerajaan mengambil kira hak semua kaum untuk memelihara dan membangunkan bahasa ibunda dan budaya masing-masing dalam penggubalan serta pelaksanaan dasar pendidikan negara.
Resolusi lain termasuk gesaan pembaharuan dalam perkhidmatan awam supaya lebih telus, efisien dan bertanggungjawab, selain mengurangkan birokrasi dan membasmi rasuah.
Selain itu, MCA menyokong segala usaha kerajaan dalam menangani tragedi Malaysia Airlines (MAS) pesawat MH370 dan MH17 sambil meminta rakyat bersatu dalam mempertahan maruah dan integriti negara.
MCA juga menekankan komitmen berterusan untuk memajukan kerjasama Malaysia-China dalam semua bidang termasuk politik, ekonomi, kebudayaan dan pendidikan.
Menerusi resolusi keselamatan, MCA mahu keupayaan pasukan polis dipertingkat dalam memerangi jenayah dan menyaran usaha berterusan bagi mempertingkat keupayaan bagi melindungi pantai timur Sabah daripada pencerobohan asing.- mstar online
TOP
Polis Perlu Jelaskan Mengapa Ibrahim Ali Tidak Dikenakan Tindakan
Datuk Seri Liow Tiong Lai
KUALA LUMPUR: Polis perlu memberikan alasan mengapa Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali tidak dibawa ke muka pengadilan berikutan gesaan beliau supaya Bible bahasa Melayu dibakar yang didakwa mengancam, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata walaupun polis telah mengumumkan bahawa tiada tindakan akan diambil terhadap Ibrahim, mereka perlu memberikan butiran siasatan. "Jika parti merasakan bahawa tidak ada penjelasan yang mencukupi, kami akan membuat permintaan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan MCA ke-61 di Wisma MCA di sini, Ahad. Rabu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata tiada tindakan akan diambil terhadap Ibrahim mengenai ancaman beliau pada Januari tahun lepas yang didakwa membangkitkan kemarahan ahli-ahli politik dan kumpulan Kristian. Beliau berkata polis telah membuat kesimpulan bahawa kata-kata Ibrahim itu hanya ditujukan kepada individu tertentu dan bukan satu ancaman kepada masyarakat dan dibuat untuk melindungi kesucian Islam. Liow menegaskan bahawa MCA tidak bertolak ansur dengan pelampau dan tidak akan membenarkan ia untuk mempunyai bertapak di negara ini.- mstar online

Pencemaran Sungai Selangor Akibat Pembuangan Sisa Industri - Azmin
Azmin Ali
SHAH ALAM: Pencemaran di Sungai Selangor yang menyebabkan beberapa loji rawatan air (LRA) dihentikan operasinya adalah berpunca daripada pembuangan sisa industri ke dalam sungai. Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali bagaimanapun berkata pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor sedang menyiasat untuk mengenal pasti punca sebenar bagaimana insiden itu berlaku. "Insiden pencemaran sungai akibat tumpahan hidrokarbon telah menjejaskan bekalan air bersih hingga menyebabkan gangguan sementara kepada hampir 60 peratus pengguna di Selangor iaitu melibatkan hampir 800,000 akaun pengguna. Kerajaan negeri kesal dengan kejadian pencemaran yang berulang lagi selepas kejadian pencemaran diesel di Sungai Gong pada Ogos tahun lepas di mana kerajaan negeri telah ambil tindakan tegas termasuk merampas tanah dan mengambil tindakan mahkamah," katanya. Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar mengenai insiden itu di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini petang Ahad, beliau berkata keadaan dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh tiga hari. Pada masa sama, katanya, kerajaan negeri telah meminta Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) meningkatkan pengeluaran dan pengagihan air dengan serta-merta termasuk menempatkan tangki statik di beberapa kawasan terjejas dan mengemas kini laman sesawang syarikat selain meningkatkan keupayaan pusat perkhidmatan pengguna, Puspel. "Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan membantu mendapatkan lori tangki tambahan dari negeri-negeri berhampiran dan Angkatan Tentera Malaysia. "Pada masa sama, operator loji SSP1 (Sungai Selangor Fasa 1) iaitu Splash (Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd) diminta meningkatkan pengeluaran daripada 950 juta liter kepada 1,045 juta liter sehari serta-merta sebagai langkah mitigasi," katanya. Beliau berkata keutamaan bantuan bekalan air kecemasan diberi kepada pengguna kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan rumah kebajikan serta situasi yang amat memerlukan seperti kematian atau kenduri. Mengulas lanjut mengenai insiden itu, Mohamed Azmin berkata ia disedari operator LRA SSP 1,2 dan 3 serta Rantau Panjang pada pukul 8 malam tadi menyebabkan pihak loji menghentikan pengepaman air mentah untuk mengelak bahan pencemaran memasuki sistem rawatan seterusnya menjejaskan sistem agihan air. Beliau berkata kesemua operator rawatan air yang terlibat telah mula mengepam air mentah pada 5 pagi ini. "Pihak SYABAS telah memaklumkan proses pemulihan di kebanyakan kawasan terbabit akan mula pulih bermula 8 pagi esok. Namun, sebahagian lokasi terutama kawasan tinggi dan di hujung sistem agihan seperti Pulau Indah, Pelabuhan Klang dan Banting akan pulih secara berperingkat," katanya. Ditanya kemungkinan insiden yang berlaku mempunyai unsur sabotaj, Mohamed Azmin berkata pihaknya enggan membuat sebarang spekulasi tetapi menegaskan pihak bertanggungjawab tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang termasuk dirampas tanah. Beliau turut menegaskan insiden pencemaran ini tidak akan melibatkan tindakan catuan air di negeri itu.- mstar online

Kerajaan Tidak Pernah Mendiskriminasi P.Pinang - Mustapa
Mustapa Mohamed
KUALA LUMPUR: Pulau Pinang kekal sebagai satu daripada destinasi pelaburan utama di negara ini bagi pelabur asing terutamanya dalam industri elektrik dan elektronnik (E&E) dan peralatan perubatan. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Sri Mustapa Mohamed berkata ini disebabkan oleh sejarah negeri itu, prasarana canggih dan ekosistem industrinya yang kukuh. Bagi tempoh 2011 hingga September 2014, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) cawangan Pulau Pinang telah mempermudahkan lebih 200 lawatan daripada syarikat asing ke negeri ini. "MIDA telah mengadakan pelbagai bengkel kerja dan taklimat mengenai Dana Strategi Pelaburan Domestik kepada persatuan industri dan syarikat di Pulau Pinang sejak dana itu diperkenalkan pada Julai 2012," katanya dalam satu kenyataan Ahad. Pada 17 Oktober dan 13 November MIDA akan menganjurkan Seminar Pelaburan Sektor Perkhidmatan di Pulau Pinang dan juga menyertai satu persidangan PKS, kata Mustapa. "MIDA telah mempelawa INVEST Penang menjadi penceramah di Persidangan Perkhidmatan. "Selain itu, kami juga merancang menganjurkan Persidangan SEMICON awal tahun depan, kali pertama diadakan di Malaysia dan Pulau Pinang," katanya. Mustapa mengeluarkan kenyataan ini sebagai membalas kenyataan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa Kerajaan Persekutuan dan MIDA telah berhenti mempromosikan pelabur ke negeri itu pada tahun lepas. Beliau menyifatkan kenyataan Lim itu sebagai tidak bertanggungjawab. Tegasnya Kerajaan dan MIDA telah mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan sejak 47 tahun lepas dan tidak pernah mendiskriminasikan mana-mana negeri. Keputusan untuk melabur, antara faktor-faktor lain, katanya, ditentukan oleh penilaian syarikat terhadap lokasi tapak.- mstar online

900 Lagi Pakar Psikiatris Diperlukan - Subramaniam
Subramaniam melancarkan logo 'ASEAN Mental Health Campaign 2014' bersama pemenang pencipta logo, Ryan Fauzi dari Indonesia di Taman Wetland di sini, Ahad.
PUTRAJAYA: Kira-kira 900 lagi pakar psikiatris diperlukan di Malaysia bagi menyeimbangkan nisbah standard antarabangsa antara pakar dengan pesakit iaitu 1:50,000. Menyatakan demikian, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, jumlah pakar psikiatris yang ada sekarang adalah 300 pada nisbah 1:150,000 pesakit. "Sasaran baru itu harus diperolehi secepat mungkin. "Antara cara untuk mendapatkan tambahan pakar psikiatris adalah melalui graduan Institut Pengajian Tinggi serta program-program lain supaya lebih ramai berminat dalam bidang ini (psikiatris)," katanya dalam sidang media selepas merasmikan 'Asean Mental Health Campaign 2014' di sini, Ahad. Mengulas lanjut beliau berkata, mengikut kajian kementeriannya sejak tahun 2011 terdapat kira-kira 340,000 atau 1.8 peratus rakyat Malaysia dewasa mengalami kesihatan mental yang tidak mendapatkan rawatan. Jumlah mereka yang mendapatkan rawatan amat sedikit dan perkara tersebut amat membimbangkan, katanya. Dr Subramaniam berkata, namun apa yang lebih membimbangkan ialah peningkatan masalah itu di kalangan kanak-kanak berumur antara 5 hingga 15 tahun iaitu 13 peratus pada tahun 1996, 19.3 peratus (2006) dan 20 peratus (2011). "Boleh dikatakan satu dari setiap lima kanak-kanak mempunyai masalah mental dan perkara ini perlu diberi perhatian serius memandangkan tempoh tersebut adalah fasa mereka mendapat pengetahuan, nilai kehidupan dan personaliti," katanya. Justeru itu, katanya, kementeriannya menyarankan supaya kesihatan mental diserap dalam satu daripada spesifikasi kesihatan keseluruhan. Beliau berkata, pakar psikiatris yang ramai boleh ditempatkan di klinik-klinik desa atau biasa supaya mereka yang mengalami kesihatan mental boleh datang meminta nasihat atau ubatan yang sesuai. "Kalau 30 atau 40 tahun dahulu, orang yang mengalami masalah mental akan diasingkan dari masyarakat, tetapi sekarang kita hendak mereka bercampur dengan masyarakat sekaligus mandapatkan rawatan di klinik-klinik," katanya. - mstar online

Najib Mahu Pemain Golf Malaysia Cipta Nama Peringkat Dunia
Najib menyampaikan hadiah kejuaraan kepada Feng Shanshan di KLGCC, Ahad.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu melihat pemain golf Malaysia mencipta nama di pentas dunia. Beliau berkata, ini boleh dicapai menerusi sokongan berterusan terhadap sukan itu daripada kerajaan dan perbadanan yang sehaluan seperti Sime Darby Berhad. "Sime Darby sentiasa menyokong pembangunan pemain golf muda kita dan diharapkan satu hari nanti kita akan menyaksikan lebih banyak pemain Malaysia bertanding (dalam kejohanan golf antarabangsa). "Dan adalah menjadi hasrat saya untuk membawa sukan golf di Malaysia ke peringkat lebih tinggi," katanya dalam ucapan pada majlis penyampaian hadiah Kejohanan Golf Sime Darby LPGA Malaysia 2014 di Bukit Kiara di sini, Ahad. Najib mengucapkan tahniah kepada Feng Shanshan dari China yang mengatasi lebih 70 peserta pada kejohanan selama empat hari ini untuk memenangi hadiah utama US$300,000 dan trofi. Pada kejohanan ini, Malaysia diwakili enam pemain golf profesional iaitu Jean Chua, Ainil Johani Abu Bakar, Michelle Koh, Kelly Tan, Aretha Pan dan Michele Low. Bakat tempatan berkenaan diberikan tiket pengecualian penaja untuk beraksi dalam kejohanan itu. Najib mengambil perhatian kejohanan LGPA, yang menarik penyertaan pemain golf antarabangsa berkaliber tinggi, telah menjadi jenama bagi Malaysia dan dengan itu kejohanan perlu diteruskan pada masa depan.- mstar online

Fama: Pihak Gagal Patuhi GPL Bakal Ke Mahkamah
TASEK GELUGOR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) bercadang untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang gagal mematuhi Peraturan Gred, Pembungkusan dan Label (GPL).
Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Fam, Mohd Nawawi Harun berkata, tindakan keras perlu dikenakan terhadap mereka masih berdegil dan tidak mengikut peraturan GPL.
"Fama bercadang untuk membawa mereka yang tidak mematuhi GPL ke mahkamah. Pada masa ini, mereka yang tidak patuhi peraturan hanya diberi peringatan, surat amaran dan rampasan sayuran dan buah-buahan dilakukan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pematuhan GPL peringkat Pulau Pinang di sini, Ahad.
Majlis dirasmikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Dua Muhammad Yusoff Mohd Noor.
Menurut Mohd Nawawi, sehingga Oktober 2013, sebanyak 669 surat amaran telah dikeluarkan kepada pengeksport, pengimport, pemborong serta peruncit sayuran serta buah-buahan kerana gagal mematuhi peraturan GPL.
Mohd Nawawi berkata, lebih 50 surat amaran telah dikeluarkan kepada pasar raya, pemborong, peniaga pasar dan peruncit di Pulau Pinang kerana gagal mematuhi peraturan GPL.
"Tinjauan menunjukkan mereka yang tidak patuhi GPL, hasil pertanian mereka akan alami kerosakan tinggi iaitu sebanyak 30 peratus. GPL dapat kurangkan kerosakan dan menurunkan kos peniaga," katanya.
Selain itu, Mohd Nawawi berkata GPL menjamin kualiti hasil yang dipasarkan, mengelak penipuan, memastikan hasil pertanian selamat digunakan, mengurangkan kerugian dan pembaziran, tidak merosakan kualiti produk dan peniaga boleh mendapat keuntungan yang tinggi.
Beliau berkata, Fama akan meneruskan kempen dan program pematuhan GPL supaya penglibatan lebih hebat bukan sahaja daripada pasar raya tetapi peniaga pasar, peruncit serta golongan petani.
Peraturan GPL yang dikuatkuasakan pada 1 Julai tahun lepas merupakan peraturan yang memastikan penjualan keluaran pertanian secara borong dan runcit digred, dibungkus dan dilabel sebelum dipasarkan ke pasaran tempatan, dieksport atau diimport.- mstar online
TOP
Schumacher "Perlahan-Lahan Makin Sedar"
Peminat masih mengharapkan Schumacher sembuh daripada kecederaan yang dialaminya.
JAGUH lumba Formula 1, Michael Schumacher dikatakan "perlahan-lahan makin sedar" selepas mengalami kecederaan otak yang teruk akibat kemalangan ketika bermain ski di Pergunungan Alps pada Disember lalu. Berita baik mengenai pelumba berusia 45 tahun itu disampaikan anaknya yang juga pemandu litar go-kart, Mick.
Pengulas sukan F1 Perancis, Jean-Louis Moncet pula memberitahu stesen radio Europe 1:"Saya bertemu anak lelakinya yang memaklumkan bahawa Schumi secara perlahan-lahan semakin sedar. "Walaupun semuanya berlaku dengan perlahan tetapi dia masih ada harapan." Moncet juga mengesahkan Schumacher masih 'bertarung' di rumah agam miliknya di Switzerland di mana dia menerima rawatan 24 jam di sebuah bilik khas.
Juara tujuh kali kejohanan dunai itu pulang ke kediamannya bersama isteri dan anak mereka dua bulan lalu selepas dibenarkan keluar dari klinik pemulihan di Lausanne. Schumacher menghabiskan masa di klinik itu sebaik sedar dari koma selepas kemalangan itu. Sebelum ini, Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa, Jean Todt yang melawat Schumacher bulan lalu berkata:"Apa yang penting dia masih hidup dan keluarganya bersama dengannya. Kami percaya keadaan akan menjadi lebih baik. Dia perlukan masa dan tidak perlu diganggu." Ketika ini, Schumacher dijaga pasukan pakar seramai 15 orang di kediaman mewahnya dengan anggaran kos £100,000 sebulan.- mstar online

Datuk 81 Tahun Tukar Jantina
Ruth Rose kini bukan lagi James pada usia 81 tahun.
BEKAS pemandu arah pesawat Tentera Udara Diraja British menjadi individu paling tua di negara itu yang menjalani pembedahan tukar jantina pada usia 81 tahun.
Pembedahan bagi menukar penampilan James kepada Ruth Rose itu bagaimanapun menimbulkan pelbagai kritikan kerana usia lanjutnya. Bagaimanapun, wanita itu berkata: "Saya sentiasa tahu saya berada dalam tubuh yang salah." Ruth mengakui dia hanya ada satu kekesalan ketika melakukan pembedahan itu iaitu mengimpikan untuk memiliki payu dara yang lebih besar. Tetapi, dia gembira kerana penantian sejak berusia lapan tahun untuk menjadi seorang wanita itu akhirnya menjadi kenyataan baru-baru ini.
Dahulu dia dikenali sebagai James, seorang duda beranak tiga dan juga datuk kepada empat cucu.
Dia kemudiannya mula menjalani kehidupan sebagai Ruth empat tahun lalu dan mula menerima terapi hormon wanita sebelum menjalani transfomasi dirinya menerusi pembedahan. Pada Julai lalu, Ruth yang bertugas sebagai petugas kebajikan menjalani pembedahan untuk membuang organ seks lelaki. "Saya merasakan diri ini lebih sempurna sekarang," katanya dengan Sunday People dalam temubual baru-baru ini. Ruth yang mendapat sokongan doktonya berkata, setiap saat kini akan dinikmati sebagai seorang wanita, seperti mana yang diimpikan selama ini. Berasal dari Newhaven, East Sussex, Ruth yang aktif dalam kegiatan kebajikan bercerai 11 tahun lalu. "Ketika berkahwin, hidup saya di rumah sebagai seorang lelaki dan ketika keluar untuk bersama rakan, saya akan berpakaian seperti wanita," katanya. Prosedua dan rawatan yang dijalani Ruth mencecah £4,000 dan dia adalah individu paling tua untuk melalui proses rumit itu. "Pakar bedah memberitahu, melalui pembedahan seumpama itu mereka dapat menyelamatkan ratusan nyawa daripada membunuh diri," katanya. Pembedahan bagi menukar penampilan James kepada Ruth Rose itu bagaimanapun menimbulkan pelbagai kritikan kerana usia lanjutnya. Bagaimanapun, wanita itu berkata: "Saya sentiasa tahu saya berada dalam tubuh yang salah." Ruth mengakui dia hanya ada satu kekesalan ketika melakukan pembedahan itu iaitu mengimpikan untuk memiliki payu dara yang lebih besar. Tetapi, dia gembira kerana penantian sejak berusia lapan tahun untuk menjadi seorang wanita itu akhirnya menjadi kenyataan baru-baru ini. Dahulu dia dikenali sebagai James, seorang duda beranak tiga dan juga datuk kepada empat cucu. Dia kemudiannya mula menjalani kehidupan sebagai Ruth empat tahun lalu dan mula menerima terapi hormon wanita sebelum menjalani transfomasi dirinya menerusi pembedahan. Pada Julai lalu, Ruth yang bertugas sebagai petugas kebajikan menjalani pembedahan untuk membuang organ seks lelaki. "Saya merasakan diri ini lebih sempurna sekarang," katanya dengan Sunday People dalam temubual baru-baru ini. Ruth yang mendapat sokongan doktonya berkata, setiap saat kini akan dinikmati sebagai seorang wanita, seperti mana yang diimpikan selama ini. Berasal dari Newhaven, East Sussex, Ruth yang aktif dalam kegiatan kebajikan bercerai 11 tahun lalu. "Ketika berkahwin, hidup saya di rumah sebagai seorang lelaki dan ketika keluar untuk bersama rakan, saya akan berpakaian seperti wanita," katanya. Prosedur dan rawatan yang dijalani Ruth mencecah £4,000 dan dia adalah individu paling tua untuk melalui proses rumit itu. "Pakar bedah memberitahu, melalui pembedahan seumpama itu mereka dapat menyelamatkan ratusan nyawa daripada membunuh diri," katanya.- mstar online

Ebola: Kementerian Kesihatan Perkukuh Tahap Kesiapsiagaan
Pasukan kesihatan di United Kingdom juga menjalankan latihan sebagai persiapan untuk menghadapi sebarang kemungkinan penyebaran wabak Ebola.
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan terus memperkukuhkan tahap kesiapsiagaan dan respons bagi menghadapi sebarang kemungkinan penularan penyakit virus Ebola. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berktaa, pihaknya mengenal pasti 21 hospital di seluruh negara untuk menerima rujukan kes Orang Bawah Pemantauan (PUI) Ebola bagi tujuan pengurusan awal dan pengesahan jangkitan. "Bagi kes yang disahkan positif jangkitan Ebola melalui ujian makmal, akan dirawat di tiga buah hospital khas yang dikenal pasti iaitu Hospital Sungai Buloh bagi semenanjung Malaysia, Hospital Queen Elizabeth Sabah, dan Hospital Umum Kuching Sarawak," katanya dalam satu kenyataan, Ahad. Definisi kes PUI Ebola melibatkan kriteria dari aspek klinikal dan epidemiologikal. Dari aspek klinikal, ia meliputi pengesanan gejala demam dengan gejala tambahan seperti sakit kepala, sakit otot, muntah, cirit birit, sakit perut atau pendarahan manakala epidemiologikal pula meliputi sejarah risiko pendedahan sepanjang tempoh 21 hari sebelum individu terbabit mula sakit. Beliau berkata sebanyak 20 makmal di hospital dari seluruh negara telah dikenal pasti untuk menjalankan ujian rutin bagi pengurusan kes PUI Ebola. "Manakala sebanyak tiga makmal yang boleh menjalankan ujian pengesanan Ebola iaitu di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh dan Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu,"katanya. Dr Noor Hisham berkata KKM turut mengadakan latihan simulasi di pelbagai peringkat KKM dan setakat ini empat sesi latihan simulasi telah diadakan selain mempertingkat kerjasama dengan pelbagai kementerian dan agensi yang berkaitan dalam usaha mencegah penularan penyakit Ebola ke dalam negara. "Pada 8 Oktober lalu, kita adakan latihan simulasi Ebola yang dianjurkan oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) peringkat Pejabat Rantau Pasifik Barat," katanya. - mstar online

Pekerja Penjagaan Kesihatan Orang Kedua Positif Ebola Di AS
Hospital Kesihatan Presbyterian, Texas, Dallas, di mana pesakit Ebola Thomas Eric Duncan dirawat sebelum meninggal dunia Rabu lalu.
WASHINGTON: Pekerja penjagaan kesihatan di Texas yang merawat seorang lelaki yang kemudiannya meninggal dunia akibat Ebola didapati positif penyakit tersebut dalam ujian awal, menurut doktor, Ahad. Pekerja itu merupakan orang kedua yang disahkan menghidap Ebola di Amerika Syarikat (AS). "Kita tahu kes kedua boleh menjadi kenyataan, dan kita telah bersedia untuk kemungkinan ini," kata Dr David Lakey, Pesuruhjaya Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Negeri Texas. "Kami sedang memperluaskan pasukan kami di Dallas dan berusaha keras untuk mengelakkan ia terus merebak." Pekerja penjagaan kesihatan berkenaan demam dengan suhu rendah malam Jumaat dan telah diasingkan serta dirujuk untuk ujian, perkhidmatan kesihatan Texas berkata dalam satu kenyataan. Identiti pekerja berkenaan tidak dinyatakan, begitu juga maklumat terperinci bagaimana dia terdedah kepada virus itu. Kenyataan itu menambah: "Para pegawai kesihatan telah menemuramah pesakit dan mengenal pasti mana-mana kenalan atau potensi pendedahan. Orang-orang yang mempunyai hubungan dengan pekerja penjagaan kesihatan tersebut yang menunjukkan gejala akan dipantau berdasarkan sifat interaksi mereka dan potensi mereka terdedah kepada virus." Pekerja penjagaan kesihatan tersebut adalah dari Hospital Kesihatan Presbyterian Texas di Dallas, hospital yang merawat Thomas Eric Duncan, lelaki Liberia yang meninggal dunia pada Rabu.- mstar online

Peningkatan Bilangan Kanak-Kanak Masalah Mental Membimbangkan - Dr Subramaniam
Datuk Seri Dr S. Subramaniam
PUTRAJAYA: Bilangan kanak-kanak yang mempunyai masalah mental pada usia lima hingga 15 tahun didapati meningkat di negara ini dan keadaan ini membimbangkan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam. Beliau berkata, pada 1996, 13 peratus dari jumlah mereka yang mempunyai masalah mental ialah kanak-kanak dalam lingkungan usia berkenaan, dan bilangan itu meningkat ke 19.3 peratus pada 2006, dan 20 peratus pada 2011. "Boleh dikatakan satu dari setiap lima kanak-kanak mempunyai masalah mental dan perkara ini perlu diberi perhatian serius memandangkan tempoh tersebut adalah fasa mereka mendapat pengetahuan, nilai kehidupan dan personaliti," katanya. Dr Subramaniam bercakap pada sidang media selepas merasmikan 'Asean Mental Health Campaign 2014' di sini Ahad. Beliau berkata, kementeriannya menyarankan supaya kesihatan mental diserap dalam satu daripada spesifikasi kesihatan keseluruhan. Mengulas lanjut beliau berkata, mengikut kajian kementeriannya sejak 2011 terdapat kira-kira 340,000 atau 1.8 peratus rakyat Malaysia dewasa mengalami kesihatan mental dan tidak mendapatkan rawatan. Jumlah mereka yang mendapatkan rawatan amat sedikit dan perkara tersebut amat membimbangkan, katanya. Sehubungan dengan itu, Dr Subramaniam berkata, kira-kira 900 lagi pakar psikiatris diperlukan di Malaysia bagi menyeimbangkan nisbah standard antarabangsa antara pakar dengan pesakit iaitu 1:50,000. Menurutnya, jumlah pakar psikiatris yang ada sekarang adalah 300 - pada nisbah 1:150,000 pesakit. "Sasaran baharu itu harus diperolehi secepat mungkin. "Antara cara untuk mendapatkan tambahan pakar psikiatris adalah melalui graduan Institut Pengajian Tinggi serta program-program lain supaya lebih ramai berminat dalam bidang ini (psikiatris)". Beliau berkata, pakar psikiatris yang ramai boleh ditempatkan di klinik-klinik desa atau biasa supaya mereka yang mengalami kesihatan mental boleh datang meminta nasihat atau ubatan yang sesuai. "Kalau 30 atau 40 tahun dahulu, orang yang mengalami masalah mental akan diasingkan dari masyarakat, tetapi sekarang kita hendak mereka bercampur dengan masyarakat sekaligus mandapatkan rawatan di klinik-klinik," katanya. - mstar online

Utusan Mohon Maaf Siar Cerita Paderi Peluk Islam
PETALING JAYA: Utusan Malaysia telah menyiarkan permohonan maaf secara terbuka di laman webnya berhubung cerita palsu mengenai seorang paderi Katolik yang memeluk agama Islam selepas sedar dari koma.
"Laporan yang dipetik dari laman web World News Daily Report mengenai seorang paderi Katolik, Eduardo Vincenzo Maria Gomez, 87, dari Sepanyol memeluk Islam selepas 17 bulan koma, pada Ahad, adalah tidak benar.
"Utusan memohon maaf atas sebarang kesulitan dan kekeliruan berikutan penyiaran berita yang berpunca daripada laman web itu," siar akhbar harian itu di laman webnya, Ahad.- mstar online
TOP
Ah Hai Terus Diburu, Enam Kelab Malam Di Bukit Bintang Diserbu
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa membuat serbuan di enam kelab malam di Bukit Bintang dalam usaha berterusan memburu 'Ah Hai', suspek sasaran serangan bom tangan di Kompleks Sun, Khamis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata serbuan di enam outlet telah dijalankan antara 11 malam Sabtu dan 5 pagi Ahad.
"Kami menyerbu tiga outlet dan memeriksa 405 orang serta dua ditahan kerana membenarkan individu bawah umur memasuki sebuah pusat hiburan dan membuka pusat hiburan melebihi masa yang ditetapkan.
"Kakitangan Bukit Aman termasuk Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) menyerbu tiga outlet lain dan memeriksa 215 orang serta menyelamatkan tiga wanita Vietnam di bawah Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran.
"Ketiga-tiga mereka dipercayai telah dieksploitasi untuk tujuan seks," katanya ketika dihubungi, Ahad.- mstar online
TOP
Dua Parah Nahas Tujuh Kenderaan
Kemalangan di Lebuh Raya Karak menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan itu. Gambar Hiasan.
KUANTAN: Dua lelaki parah selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan termasuk sebuah lori tangki di Kilometer 68 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Bukit Tinggi dekat Bentong, Sabtu. Kenderaan terlibat ialah sebuah Proton Wira, sebuah kenderaan pelbagai guna Naza Ria, lori tangki Volvo, Proton Persona, kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux, Perodua Viva dan kereta Hyundai Getz. Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, nahas pukul 5.30 petang itu berlaku selepas kereta Proton Wira dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kuantan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar pembahagi jalan. "Akibat itu sebuah MPV yang mengekori belakang kereta berkenaan tidak sempat membrek kenderaan lalu melanggarnya. Pada masa sama lori tangki yang membawa muatan minyak telah berhenti secara mengejut di lokasi kejadian menyebabkan empat lagi terbabit melanggar belakang sesama sendiri," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Ahad. Beliau berkata, pemandu Proton Wira terbabit mengalami patah kaki kanan manakala pemandu Naza Ria yang berusia 30-an patah tangan kiri dan kedua-dua lelaki tersebut kini dirawat di Hospital Bentong. Pemandu serta penumpang kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan dan ada antara mereka sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong, katanya. Katanya siasatan awal polis mendapati keadaan jalan yang berselekoh itu licin kerana hujan lebat menyebabkan Proton Wira berkenan terbabas sebelum dilanggar Naza Ria seterusnya menyebabkan kenderaan lain terlibat sama. Mohamad Mansor berkata, polis sudah mengambil keterangan daripada pemandu serta saksi kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - mstar online

Polis Sah Bekas Pelajar Kuis Terlibat IS
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan seorang bekas pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Syamimi Faiqah telah berlepas ke Syria, 4 Oktober lepas dipercayai untuk menyertai kegiatan kumpulan militan Negara Islam (IS). Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman SAC Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata Syamimi, 20, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) kira-kira pukul 11.55 malam. "Berdasarkan maklumat terkini semalam Syamimi kini berada di sempadan Turki-Syria dan kita yakin dia akan seberang masuk kerana sewaktu tiba di Lapangan Terbang Istanbul sudah ada individu yang menunggu untuk membawanya ke Syria melalui jalan darat iaitu di wilayah Hatay. "Dari sana akan ada sindiket yang akan membawanya melepasi sempadan Turki sehingga sampai ke Syria. Polis percaya Syamimi di 'passing' dan ada individu yang menunggu di checkpoint tertentu," katanya kepada Bernama di sini Ahad. Hari ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan Syamimi melarikan diri ke Syria untuk berkahwin dengan pejuang IS dikenali sebagai Akel Zainal, yang beliau kenali menerusi laman sosial Facebook. Akel Zainal difahamkan adalah bekas pemuzik sebuah kumpulan rock terkenal tanah air pada 1990-an dan kini berada di Syria untuk menyertai perang. Ayub berkata, Akel dipercayai giat menyasarkan gadis dan wanita Melayu khususnya pelajar institusi pengajian tinggi tempatan untuk direkrut ke Syria. "Apa yang membimbangkan: bayangkan hanya melalui Facebook, dia boleh tarik Syamimi tinggalkan keluarga dan mereka boleh atur untuk pergi ke rumah Syamimi untuk bawa ke lapangan terbang," kata Ayub. Beliau berkata, sejak polis mengesan penglibatan rakyat Malaysia dalam perjuangan militan di negara Syria yang bergolak itu, seramai lima orang telah maut dan enam cedera. Setakat ini, sebanyak 22 rakyat Malaysia termasuk 3 wanita dikesan berada di Syria menyertai kumpulan militan, manakala 23 individu lagi telah ditahan selepas dipercayai terbabit dengan kumpulan tersebut.- mstar online

Kes Kena Gantung "Saya Dah Jangka"
Hasnul Baharuddin
KUALA LUMPUR: Hasnul Baharuddin tidak terkejut dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat menggantung keahilannya bersama Saari Sungib. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS kawasan Morib itu berkata, perkara itu bagaikan sudah dijangka dari awal lagi. "Saya dah jangka (keputusan itu)," katanya ketika dihubungi sebaik pengumuman mengenainya dibuat selepas mesyuarat itu, Ahad. Bagaimanapun, Hasnul berkata, beliau belum membuat sebarang keputusan sama ada ingin mengemukakan rayuan atau tidak kerana masih menunggu surat rasmi mengenai penggantungan keahliannya. Dalam pada itu, Saari yang juga Adun Hulu Kelang pula berkata, beliau mendapat tahu mengenai perkara itu melalui pemberita yang ingin meminta maklum balasnya mengenai tindakan tersebut. "Saya tau (penggantungan ini) sebab wartawan yang hubungi saya. Saya masih menunggu surat rasmi, lepas tu baru saya putuskan mengenai rayuan," katanya. Kedua-duanya digantung selama setahun berkuatkuasa Ahad kerana membelakangkan keputusan parti berhubung kemelut calon Menteri Besar Selangor. Mesyuarat kepemimpinan tertinggi PAS itu dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Berikutan keputusan itu, kedua-dua Adun itu boleh mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Setiausaha Majlis Syura Ulama dalam tempoh 15 hari dari tarikh surat penggantungan itu dikeluarkan. Rayuan bertulis boleh dikemukakan berdasarkan pasal 83 (4) (5) Perlembagaan PAS pindaan 2011. Pada 29 September lalu, Saari dan Hasnul dipanggil untuk memberi penjelasan berhubung tindakan mereka menandatangani surat akuan bersumpah menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal untuk jawatan Menteri Besar Selangor. Tindakan kedua-dua Adun itu dianggap bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas pada 7 Ogos lalu yang memutuskan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak boleh digugurkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor selagi beliau tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkannya disingkirkan. - mstar online

Saari, Hasnul Kena Gantung - PAS
Keahlian Hasnul dan Saari digantung selama setahun.
KUALA LUMPUR: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin yang membelakangkan keputusan parti berhubung kemelut calon Menteri Besar Selangor digantung keahliannya daripada PAS selama setahun berkuatkuasa pada Ahad. Keputusan membabitkan Adun Hulu Kelang dan Morib itu diumumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebentar tadi selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Ibu Pejabat PAS di sini, Ahad. "Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat sebentar tadi memutuskan untuk menggantung keahlian mereka selama setahun berkuatkuasa hari ini (Ahad)," katanya pada sidang media di sini. Terdahulu, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat itu dipengerusikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Namun, Mustafa berkata, kedua-dua Adun itu boleh mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Setiausaha Majlis Syura Ulama dalam tempoh 15 hari dari tarikh surat penggantungan itu dikeluarkan. "Mereka boleh buat rayuan bertulis berdasarkan pasal 83 (4) (5) Perlembagaan PAS pindaan 2011 kepada Majlis Syura Ulama dari tarikh surat penggantungan itu dikeluarkan. "Jadi penggantungan itu berkuatkuasa hari ini. Dalam masa 15 hari mereka boleh merayu kepada Majlis Syura... Insyallah. Itu keputusan yang telah dibuat tadi," katanya. Jelas beliau, dengan penggantungan itu, kedudukan mereka sebagai Adun Selangor tidak terjejas tetapi mereka tidak boleh terlibat dalam sebarang aktiviti PAS. "Mereka masih lagi Adun Selangor dan masih lagi ahli parti tapi tidak dibenarkan menyertai sebarang aktiviti berkaitan parti sepanjang tempoh penggantungan itu," katanya. Pada 29 September lalu, Saari dan Hasnul dipanggil untuk memberi penjelasan berhubung tindakan mereka menandatangani surat akuan bersumpah menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal untuk jawatan Menteri Besar Selangor. Tindakan kedua-dua Adun itu dianggap bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas pada 7 Ogos lalu yang memutuskan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak boleh digugurkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor selagi beliau tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkannya disingkirkan.- mstar online

GP Jepun: Marquez Kekalkan Kejuaraan MotoGP
Marc Marquez meraikan kemenangannya dalam Kejohanan Dunia MotoGP 2014 selepas berjaya menamatkan perlawanan di tempat kedua GP Jepun di Motegi, Ahad. -AFP
TOKYO: Marc Marquez mengekalkan kejuaraan MotoGP selepas mendapat tempat kedua dalam perlumbaan Grand Prix Jepun, Ahad. Penunggang dari Sepanyol itu meraih gelaran dunia buat kali keempat dalam tempoh lima tahun bersama Honda di Litar Motegi. Dengan mengutip 20 mata untuk mendapat tempat kedua di sini, Marquez, kini menjarakkan pendahuluan ke atas Valentino Rossi dari Yamaha serta rakan senegara dan sepasukan, Dani Pedrosa kepada 82 mata dengan baki tiga perlumbaan. "Saya amat gembira memenangi gelaran di halaman Honda. Saya mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya dan pasukan yang memberi motivasi dan bahan terbaik untuk memenangi gelaran dunia," Marquez. Penunggang Yamaha dan bekas juara berganda dunia, Jorge Lorenzo mengesahkan kejuaraan di GP Jepun dengan kepantasan 1.638 saat mengatasi Marquez yang memintas Rossi ketika berbaki lapan pusingan. Ia merupakan kemenangan kedua berturut-turut untuk Lorenzo selepas kejayaan di GP Aragon bulan lalu.- mstar online

Pelari Kenya Kuasai Standard Chartered KL Marathon Ke-4
Kennedy Kiproo Lilan mempertahankan kejuaraannya buat kali keempat.
KUALA LUMPUR: Pelari dari Kenya menguasai Standard Chartered KL Marathon 2014 di sini hari ini apabila mereka memenangi tiga tempat teratas masing-masing bagi kategori lelaki dan wanita. Juara bertahan Kennedy Kiproo Lilan merangkul kejuaraan itu buat kali keempat dalam Maraton Penuh 42 km Lelaki terbuka. Lilan mencatat masa 2 jam 17 minit 47 saat, mendahului rakan senegara Geoffrey Birgen dan Chelimo Luka Kipkemoi, masing-masing menamatkan larian dengan masa 2'17:48s dan 2'18:45s di Dataran Merdeka, di sini. "Perlumbaan tahun ini agak mencabar bagi saya. Memenangi KL Marathon bagi kali keempat adalah pencapaian yang sangat besar buat saya. Cuaca juga baik berbanding tahun lepas. Saya membuat persediaan bagi KL Marathon selama tiga bulan. "Keseluruhannya saya berpuas hati dengan catatan masa. Lepas ini saya akan sertai Jakarta Marathon bulan depan," kata Lilan kepada pemberita selepas acara itu. Sementara itu, rakan senegara Mugo Hellen Wanjiku cemerlang dalam Maraton Penuh 42 km Terbuka Wanita, mengetepikan Demes Alemtsehay Mefsin dan Ruth Chemisto Matebo, kedua-duanya juga dari Kenya. Wanjiku menamatkan maraton dengan catatan masa 2'43:22s manakala Mefsin 2'43:59s dan Matebo 2'44:32s. Sejumlah 35,200 pelari mengambil bahagian dalam acara itu yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak US$116,740 (RM376,534). Hadiah disampaikan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. Bagi kategori Maraton Penuh Malaysia Lelaki dan Maraton Penuh Malaysia Wanita, pemenangnya ialah Muhaizar Mohamad dan Loh Choon Fern. Berikut senarai pemenang Standard Chartered KL Marathon 2014:
Maraton Penuh Terbuka Lelaki
1. Kennedy Kiproo Lilan (Kenya) 2 jam 17 minit 47 saat
2. Geoffrey Birgen (Kenya) 2'17:48s
3. Chelimo Luka Kipkemoi (Kenya) 2'18:45s
Maraton Penuh Terbuka Wanita
1. Mugo Hellen Wanjiku (Kenya) 2'43:22s
2. Demes Alemtsehay Mefsin (Kenya) 2'43:59s
3. Ruth Chemisto Matebo (Kenya) 2'44:32s
Maraton Penuh Malaysia Lelaki
1. Muhaizar Mohamad 2'41.11s
2. Shaharudin Hashim 2'46.24s
3. Tan Huong Leong 2'47.23s
Maraton Penuh Malaysia Wanita
1. Loh Choon Fern 3'25:52s
2. Yuan Yu Fang 3'34.27s
3. Adele Wong Li-Peng 3:35.05s

Video : Kanak-kanak Tadika Indonesia Di Buli Rakan Sebaya
Indonesia - Sebuah video berdurasi 1minit 52 saat kini telah tersebar dan menjadi viral terutamanya di Indonesia.
Video berkenaan memaparkan rakaman seorang budak perempuan dibuli oleh beberapa budak lain. Dipercayai kejadian ini berlaku di dalam tadika disebabkan kanak-kank berkenaan masih lagi memakai pakai seragam tadika. - SiakapKeli.com

Jangan Buat Tuntutan Jika Tidak Menyokong BN - Najib
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib hari ini memberitahu bahawa masyarkat Cina tidak boleh membuat tuntutan keatas kerajaan Barisan Nasional (BN) sekiranya mereka terus memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR).
Berucap pada perhimpunan agung MCA yang ke-61, Najib berkata BN hanya akan berlaku adil kepada orang Cina hanya jika mereka menyokong parti pemerintah dan bukannya PR.
"Saya suka untuk melakukan lebih lagi, mungkin satu hari nanti saya boleh lakukannya. Tapi saya juga perlukan sokongan dari golongan Cina untuk menyokong BN. Ayuh lah. Kamu pun perlu lakukan bahagian kamu juga."
"Kamu tak boleh membuat tuntutan dan menyokong DAP. Kamu tak boleh membuat tuntutan dan menyokong PR. Kamu buat tuntutan, kamu sokong BN, kami akan berlaku adil kepada golongan Cina.", kata Najib.
Walau bagaimanapun, Najib mengakui bahawa dia masih "cuba" untuk berlaku adil kepada masyarakat Cina sekarang, walaupun terdapat hanya dua menteri MCA dalam Kabinet.
"Walaupun terdapat hanya dua menteri MCA dalam Kabinet, mereka tetap memainkan peranan untuk membantu masyarakat Cina.
Sumber : MalaysiaInsider
Sumber : MalaysiaInsider
TOP
Bumbung Jejantas Di Lebuh Raya Diterbangkan Angin, 5 Cedera
Bumbung jejantas pejalan kaki di Lebuhraya Perling-Pasir Gudang berhampiran Taman Kobena runtuh ketika hujan lebat, Ahad. -- fotoBERNAMA
JOHOR BAHARU: Bumbung sebuah jejantas di KM12 Lebuhraya Perling-Pasir Gudang di sini tercabut dan diterbangkan angin sebelum jatuh ke atas jalan dalam kejadian di Lebuhraya Taman Perling-Pasir Gudang berhampiran Taman Kobena, di sini Ahad.
Komander Operasi Pegawai Bomba Tinggi Omera Omar berkata kejadian pada kira-kira pukul 4.30 petang ketika hujan itu mengakibatkan dua lelaki dan tiga wanita cedera.
Beliau berkata kejadian itu mengakibatkan kerosakan pada dua buah kereta dan sebuah lori yang sedang menggunakan lebuh raya itu.
"Lelaki yang cedera itu merupakan pemandu lori satu tan berusia 50-an dan seorang lagi lelaki adalah pemandu kereta jenis Honda Jazz yang berusia 30-an," katanya menerusi satu kenyataan.
Omera berkata tiga wanita berusia 30-an pula berada di dalam sebuah kenderaan jenis Toyota Vios.
Beliau berkata pemandu lori yang tersepit dikeluarkan oleh bomba dan dihantar ke hospital manakala empat mangsa lain dibantu orang ramai yang melalui lebuh raya terbabit.
Omera berkata bomba yang menerima panggilan tentang kejadian pada 4.38 petang dan tiba pada 5.05 petang, menghantar sebuah jentera bersama-sama sembilan anggota ke tempat kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara ACP Mohd Khamsani Abd Rahman yang mengesahkan kejadian berkata anggota trafik ditugaskan mengawal lalu lintas dan kenderaan yang melalui lebuh raya terbabit dilencongkan ke laluan lain.
Beliau berkata jejantas terbabit adalah untuk kegunaan pejalan kaki antara Taman Melati dan Taman Kobena, Tampoi.

No comments:
Post a Comment