TOP
Kelantan Sambar Dua Pemain Harimau Malaya
KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mendapatkan khidmat dua pemain skuad Harimau Malaya bagi memperkuat pasukan Kelantan menghadapi Liga Malaysia 2015.
Tanpa mendedahkan identiti dua pemain berkenaan, Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa berkata tiga pemain import asing berusia 22 hingga 26 tahun dan merupakan pemain kebangsaan negara masing-masing turut menyatakan persetujuan untuk menyertai skuad 'The Red Warriors' (TRW).
"Tumpuan meremajakan lagi TRW serta persiapan untuk bermain bola sepak 'pantas dan menyerang'...Semoga dipermudahkan Allah (SWT)," kata Annuar menerusi laman Facebooknya, pada Isnin.
Annuar menjelaskan, pengurusan pasukan turut merancang beberapa aksi persahabatan pramusim menentang pasukan tempatan dan luar negara sebelum bermulanya saingan Liga Malaysia 2015.
Antara aksi tersebut adalah menentang pasukan kebangsaan Timor Leste; kelab Liga Perdana Thailand, BEC Tero Sasana FC; dua kelab Liga Super Indonesia, Persib Bandung dan Persija Jakarta serta jiran mereka, Terengganu.
Dalam pada itu, Annuar mengakui pengurusan pasukan berdepan masalah penajaan dan kewangan yang sangat terhad bagi menyaingi lima pasukan tempatan yang mendapat tajaan daripada kerajaan negeri masing-masing.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama lima pasukan tersebut.
"Namun secara prinsip, kita bersetuju untuk tidak mudah berputus asa dan mengambil pendirian 'bergadai godek' (mencuba sedaya upaya) pada 2015 demi membentuk (skuad) TRW yang kuat," katanya.
Sebagai rekod, pasukan Kelantan menduduki tangga keenam Liga Super musim ini dengan pungutan 31 mata selain mara ke peringkat separuh akhir Piala FA.
Mereka turut tersingkir daripada saingan Piala Malaysia selepas kalah agregat 3-4 kepada Kedah pada peringkat separuh akhir.- mstar online
TOP
Cannavaro, Michael Owen, Patrick Kluivert Dan Luis Figo Beraksi Di Malaysia
KUALA LUMPUR: Global Legends Series (GLS) akan menampilkan beberapa pemain legenda dunia untuk beraksi dalam siri perlawanan di seluruh dunia bagi meningkatkan kesedaran mengenai usaha amal pasukan itu termasuk mengutip dana dan pembangunan belia di negara yang mereka lawati.
Siri perlawanan amal itu akan bermula di Bangkok, Thailand sebelum beralih ke China, Jepun dan Malaysia pada 2015.
Pengasas bersama GLS, Fabio Cannavaro, berkata beliau mahu meninggalkan legasi di mana sahaja mereka beraksi dan akan berkongsi idea baik itu bersama belia di semua negara berkenaan.
"Saya ingin melakukan sesuatu di Asia kerana saya melihat Asia adalah masa depan bola sepak.
"Saya ingin berkongsi semangat ini dengan masyarakat terutama anak-anak muda di rantau ini," kata bekas ketua pasukan Itali itu kepada pemberita di pejabat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di sini, Isnin.
GLS terdiri pemain legenda dari seluruh dunia yang membantu pasukan atau negara mereka meraih gelaran dalam beberapa kejohanan bola sepak berprestij seperti Piala Dunia, Kejohanan Euro, Liga Juara-Juara atau mereka yang membuat penampilan 50 kali bersama negara masing-masing seperti Michael Owen, Patrick Kluivert dan Luis Figo.
Perlawanan pertama GLS akan berlangsung di Stadium Nasional Rajamangala di Bangkok pada 5 Dis ini.
Peminat boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai tiket perlawanan itu dengan melayari laman web www.glsfootball.com.- mstar online
TOP
Balotelli Bebas Daripada Dakwaan Ancam Wanita
Mario Balotelli.
LONDON: Penyerang Liverpool, Mario Balotelli tidak akan berdepan tindakan undang-undang berhubung laporan bahawa dia mengancam seorang wanita yang merakamkan gambar kereta Ferrari miliknya. Polis Greater Manchester dipanggil pada Khamis lalu, susulan laporan mengenai tingkah laku 'menakutkan' pemain skuad kebangsaan Itali itu yang difahamkan melawat ibunya pada waktu kejadian. Namun, selepas menyoal siasat wanita yang membuat panggilan itu, polis mendapati tidak ada sebab untuk meneruskan siasatan atau bertemu dengan Balotelli. "Pegawai polis telah diarahkan ke Pewsey Road, Wythenshawe kira-kira pukul 3 petang Khamis lalu susulan laporan daripada seorang wanita yang mendakwa menerima ancaman daripada Balotelli. "Wanita tersebut sudah disoal siasat dan polis mendapati tiada kesalahan jenayah dinyatakan dan tiada jenayah dirakamkan. Jadi, tiada sebarang tindakan akan diambil," kata jurucakap polis. Balotelli mengalami permulaan sukar di Liverpool sejak berpindah dari AC Milan dan hanya menjaringkan satu gol sahaja daripada 11 kemunculan pertama.- mstar online

Kumpulan Penyerang Bakar Dua Pejabat Pentadbiran Mukim Di Pattani
PATTANI: Dua buah pejabat pentadbiran mukim di daerah Nongchik, Pattani dibakar pada Isnin, setelah kumpulan penyerang yang mulanya hendak membakar sekolah menukar sasaran mereka.
Komander Tentera Bahagian Ke-4 Lt Jen Prakarn Chollayuth berkata beliau mendapat maklumat mengenai cubaan untuk membakar sekolah itu.
"Ada orang memberitahu saya tentang hal ini iaitu terdapat kumpulan pengkhianat pergi ke sekolah tetapi apabila melihat ramai pengawal keselamatan kampung bertugas lalu mereka menukar sasaran," katanya.
Bangunan kerajaan yang terlibat adalah Banganan Pejabat Pentadbiran Mukim Donrak dan Pulut Puyo.
Ketua Polis Daerah Mukim Nongchik Kol Polis Manit Yimsai berkata kejadian berlaku pada pukul 11.30 malam dan dilakukan secara serentak.
Semasa kejadian di Pejabat Pentadbiran Mukim Dorak, tiga pengawal keselamatan bertugas diikat tangan dan kaki oleh lelaki bersenjata yang kemudiannya memecahkan cermin dan membakar bangunan dengan menggunakan petrol, kata beliau.
Polis percaya sekurang-kurangnya 10 suspek berada di setiap tempat kejadian.
Sasaran mereka ialah bilik yang penuh dengan dokumen rasmi dan alat-alat komputer.
Lima buah kereta turut musnah dalam kejadian itu.
Bangunan konkrit dua tingkat itu hanya musnah sedikit dan pihak bomba mengambil masa kira-kira dua jam untuk memadamkan api.
Selepas kejadian itu, semua pejabat kerajaan yang terletak dalam kawasan berisiko diarahkan supaya lebih berhati-hati.
Polis juga menyiasat sama ada suspek yang mendalangi kejadian itu ada kaitan dengan kumpulan yang membakar enam buah sekolah di Pattani pada 12 Oktober lalu.- mstar online
TOP
Tuduhan Liwat Ke Atas Anwar Satu Konspirasi - Peguam Bela
Anwar meninggalkan mahkamah selepas tamat sesi pendengaran rayuan kes liwatnya pada Selasa.
PUTRAJAYA: Para peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mendakwa pertuduhan liwat terhadap anak guam mereka adalah satu konspirasi. Peguam Anwar, N. Surendran memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang Anwar telah didakwa meliwat, mengadakan pertemuan dengan beberapa orang, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum insiden liwat yang didakwa itu. Beliau berkata pertemuan berlangsung antara 24 Jun, 2008, dua hari sebelum insiden, dan 28 Jun 2008, apabila Mohd Saiful akhirnya membuat laporan polis. Surendran berkata Mohd Saiful telah mengaku semasa pemeriksaan balas bahawa dia telah bertemu dengan Najib, yang pada waktu itu Timbalan Perdana Menteri, di kediaman Najib dan pada 24 Jun 2008 dan bahawa pada hari yang sama, beliau juga telah bertemu pegawai khas Najib Khairil Anas Yusof di rumahnya (Khairil Anas). "Selepas itu beliau telah bertemu pegawai kanan polis Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof di Hotel Melia di Jalan Imbi pada 25 Jun, Mohd Saiful juga telah menghubungi Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Musa Hasan sebelum membuat laporan," kata Surendran. Beliau memberitahu mahkamah bahawa Mohd Saiful juga pernah bertemu bapa saudaranya dikenali sebagai "Tuah" sebelum bertemu Senator Mohd Ezam Mohd Noor dan orang yang terakhir dia bertemu adalah bekas pelari pecut Datuk Mumtaz Begum Abdul Jaafar. Surendran menegaskan ia adalah kemungkinan bahawa insiden yang didakwa berlaku direka-reka Mohd Saiful dan orang-orang yang ditemui beliau antara 24 Jun hingga Jun 28. "Kewujudan rancangan yang diatur melibatkan Najib dan lain-lain telah dibangkitkan oleh Anwar dalam satu kenyataan dari kandang tertuduh tetapi Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan gagal memberikan pertimbangan ini dalam keputusan mereka," katanya. Surendran bersetuju bahawa malah melalui satu kenyataan dari kandang tertuduh juga kurang pertimbangannya berbanding keterangan bersumpah, mahkamah sepatutnya memberikan pertimbangan sewajarnya ke atas aduan oleh perayu (Anwar). Bagaimanapun, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai panel lima hakim mendengar rayuan itu, mengingatkan Surendran supaya menunjukkan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyokong hujahnya berkaitan dengan kenyataan dari kandang tertuduh. "Anda seharusnya menurut apa yang peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram (dalam pasukan pembelaan Anwar) telah lakukan, apabila dia mengemukakannya, dia menunjukkan undang-undang kes," katanya. Sebelum itu, dalam isu alibi, Sri Ram berhujah bahawa sebelum perbicaraan itu, Anwar telah memberikan notis mengenai alibi itu kepada pihak pendakwaan namun memutuskan untuk tidak meneruskannya apabila Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan gagal untuk memberikannya pertimbangan apabila anak guamnya mengeluarkan kenyataan dari kandang tertuduh. Anwar menjelaskan kenapa beliau berbuat demikian dalam kenyataan dari kandang tertuduh, namun pihak pendakwaan menggunakan kenyataan itu terhadap perayu apabila merayu keputusan Mahkamah Tinggi, yang melepaskan Anwar selepas kes pembelaan. "Notis alibi ini tidak diteruskan namun ia tidak boleh digunakan ke atas perayu. Mahkamah tertinggi perlu campur tangan apabila dengan jelas wujud arah yang salah," kata Sri Ram. Beliau memberitahu mahkamah tertinggi itu bahawa pemilik kndominium, hanya dikenali sebagai Hasanuddin, disoal siasat hampir 30 jam dan ia telah dirakamkan melalui video. Ahli perniagaan itu mempunyai dua unit berdekatan satu sama lain di kondominium Desa Damansara, di mana alibi Anwar adalah beliau bukan berada di unit lain semasa insiden yang didakwa itu berlaku. Sri Ram juga berkata walaupun Anwar berada di kondominium itu semasa tarikh dan masa yang didakwa itu, namun ia tidak bermakna insiden yang didakwa itu telah berlaku. Dalam perkembangan berkaitan, prosiding yang ditetapkan untuk hari ini (Selasa) dan esok (Rabu), berkemungkinan berterusan sehingga Khamis memandangkan dua lagi peguam pasukan pembelaan, Ramkarpal Singh dan Sangeet Kaur, akan mengemukakan analisis lanjut mengenai DNA yang menjadi isu utama kes ini. Sementara itu, peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan, membayangkan bahawa beliau memerlukan sekurang-kurangnya sehari untuk menjawab. Perbicaraan bersambung pada Rabu.- mstar online

Rafizi: Jangan halang penyokong Anwar
Rafizi Ramli
PUTRAJAYA - Pihak berkuasa tidak perlu meletak penghadang besi bagi menghadapi sebarang situasi di kompleks Istana Kehakiman," demikian ujar Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli. Katanya kepada Sinar Harian Online, tindakan pihak berkuasa meletakkan penghadang seolah memberi gambaran pihak polis mahu konfrontasi dengan rakyat. "Halangan ini tidak diperlukan. Keadaan masih terkawal dan pihak berkuasa mempunyai kerahan tenaga untuk mengawal selia situasi semasa di sekitar kompleks mahkamah. "Kita tidak perlu dihalang dari memasuki pekarangan kompleks Istana Kehakiman. Pihak berkuasa seolah mahu bertegang urat dengan kami," katanya. Sementara itu beliau turut menjamin tiada sebarang tindakan agresif oleh penyokong Ketua PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya penghadang dihapuskan. "Soal itu tidak timbul langsung. "Tidak pernah terjadi insiden di mana penyokong merempuh masuk ke dalam mahkamah," tegasnya. Bagaimanapun beliau memuji pihak berkuasa yang bijak mengawal keadaan. "Layanan pihak polis cukup baik dan terkawal, kita diberi kebebasan sepenuhnya untuk bergerak. Itu saya tidak nafikan," ujarnya - Sinar

Berita ular telan budak palsu
Penyebaran berita palsu di media sosial mengenai kanak-kanak perempuan 11 tahun yang ditelan ular sawa di Perak.
IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menafikan penyebaran berita di media sosial mengenai kejadian kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang didakwa ditelan ular sawa di Perak. Pegawai Perhubungan Awam JBPM Perak, Mohd Fadli Nik Abu berkata, berita tersebut palsu kerana pusat gerakan operasi JBPM Perak tidak mendapat sebarang panggilan berhubung kes tersebut. Menurutnya, mengikut maklumat diterima daripada Pegawai Perhubungan Awam JBPM Sabah, kes tersebut berlaku di Tuaran namun cerita sebenarnya adalah berbeza. “Tiada kes orang ditelan ular sawa berlaku di Perak. Bagaimanapun, di Tuaran, Sabah terdapat kes seorang lelaki yang mereka cerita palsu, dia hampir ditelan ular. “Ketika anggota bomba tiba di tempat kejadian, tiada ular ditemui sebaliknya mereka hanya menemui lima ekor ikan patin yang dipercayai dicuri lelaki terbabit. “Sebenarnya, lelaki terbabit dikejar orang kampung akibat perlakuannya dan dia bertindak memanjat pokok untuk mengelakkan dirinya ditangkap," katanya dalam satu kenyataan semalam. Beliau berkata, lelaki terbabit cuba mengalihkan perhatian daripada kesalahan dilakukannya dengan menjerit meminta tolong di tepi jalan dan mengatakan dia hampir ditelan ular. Katanya, anggota bomba hanya membantu menurunkannya dari pokok. - Sinar

Dua kapal kontena di Pelabuhan Barat terbakar
SHAH ALAM - Dua kapal kontena yang berlabuh di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang dekat sini terbakar kira-kira pukul 7.30 malam ini.
Pegawai Pasukan Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Aidil Ab Majid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 7.38 malam.
Menurutnya, pasukan bomba yang tiba pada 8.17 malam telah menarik salah sebuah kapal tersebut kira-kira satu kilometer ke tengah laut dari dermaga bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak. "Sebuah lagi kapal masih berada di Dermaga 20 dan kerja-kerja memadam kebakaran masih dijalankan pada saat ini namun tiada mangsa terlibat dalam kejadian tersebut," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas malam ini. Sehingga pukul 10 malam ini, operasi memadam kebakaran masih dijalankan dan maklumat lanjut mengenai status kapal belum diperolehi. - Bernama- Sinar

Himpunan sokong Anwar hambar tanpa penyokong Pas
PUTRAJAYA - Perhimpunan di pekarangan Istana Kehakiman yang diadakan demi menyokong Ketua PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya sedikit hambar tanpa kehadiran para penyokong mewakili Pas.
Berdasarkan tinjauan Sinar Harian Online hari ini, perhimpunan yang berlangsung sejak awal pagi hari ini hanya dihadiri oleh beberapa pemimpin Pas seperti Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan Ketua Pengarah Pilihanraya Pas Pusat, Dr Hatta Ramli.
Ditanya mengenai sokongan Pas yang sedikit 'lesu', Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kebanyakan penyokong Pas memilih untuk ke Terengganu bagi mengikuti perkembangan perbicaraan kes saman fitnah terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut berlangsung pada hari ini.
"Hari ini ada perbicaraan kes melibatkan Datuk Seri Abdul Hadi. Sebab itu ramai wakil Pas tidak dapat hadir.
"Bagaimanapun pemimpin yang tidak dapat hadir seperti Datuk Seri Abdul Hadi ada menyampaikan kata-kata sokongan kepada Datuk Seri Anwar melalui ucapannya pada siri ceramah yang diadakan," jelasnya.
Kenyataan tersebut turut disokong oleh Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.
"Mereka (penyokong Pas) ada kes mahkamah di Terengganu, jadi mereka pergi ke sana.
"Tapi esok mereka sudah jamin mereka akan datang turut serta dalam himpunan esok," katanya.- Sinar
TOP
Fenomena Api biru
Sulfur bertoksik yang dibebaskan dari kawah itu mencetuskan fenomena api biru.
ADAKAH anda sanggup mencabar adrenalin untuk berkunjung ke kawasan yang terkenal dengan fenomena 'api biru' di Indonesia ini? Jika ya, anda sememangnya mempunyai keberanian sama seperti sekumpulan pelancong yang sanggup menggadai nyawa mereka semata-mata untuk menyaksikan sendiri keindahan sekitar kawasan kawah beracun Gunung Ijen, Jawa Timur pada waktu malam. Api biru setinggi lima meter yang memukau pandangan mata dan menjadi tarikan utama pelancong dipercayai terhasil daripada pembebasan sulfur bertoksik dari kawah terbabit. Penduduk tempatan pula menjadikan kawah gunung berapi tersebut sebagai punca pendapatan mereka menerusi aktiviti perlombongan belerang. Ia telah lama beroperasi sejak era pemerintahan Belanda dan masih diteruskan hingga kini. - Sinar

Seniman terlampau
SEORANG seniman persembahan yang memaku kemaluannya di Dataran Merah di Moscow tahun lalu, sekali lagi menggemparkan Rusia.
Kali ini, Petr Pavlenskiy bertindak mengerat cuping telinganya di Serbski berhampiran Moscow.
Polis tiba di tempat kejadian beberapa minit selepas menerima aduan orang ramai dipetik laporan Mirror.
Artis jalanan berusia 31 tahun itu kemudiannya dikejarkan ke sebuah hospital di Botkinsky.
Sebelum ini, Pavlenskiy pernah menjahit mulut dan melilit tubuhnya menggunakan kawat berduri.
Tindakan itu dikatakan kerana tidak berpuas hati dengan dengan penahanan kumpulan punk wanita, Pussy Riot yang dikenakan hukuman penjara dua tahun kerana mencemuh Presiden Rusia, Vladimir Putin.- Sinar
TOP
Nekad bina badan lawan barah
LELAKI berumur 20 tahun dari Amerika Syarikat ini sememangnya berjiwa kental untuk melawan penyakit barah yang dihidapinya selepas disahkan menghidapi kanser kelenjar atau limfoma pada 2010.
Zach Zeiler dari Ida, Michigan turut mengalami penurunan berat badan sehingga 44 kilogram (kg) akibat penyakit itu lapor The Mirror.
Bagaimanapun, sokongan dan kata-kata semangat ahli keluarga serta rakannya telah memberi kekuatan kepada Zeiler untuk melawan kanser tersebut melalui aktiviti bina badan yang dilakukan selama dua jam pada setiap hari.
"Saya mula melakukan aktiviti kecergasan fizikal selepas selesai menjalani rawatan kemoterapi kerana ia dapat menambah berat badan dan membina otot," katanya.
Usaha keras Zeiler telah mengubah hidupnya menjadi bintang media sosial dengan lebih 11 juta view di Youtube dan kira-kira 68,000 pengikut di Facebook.
Dia turut berkongsi rutin senamannya di Youtube dengan harapan ia mampu menjadi inspirasi kepada orang lain. Dia juga mahu memberi ilham kepada orang lain yang mahu mencapai impian dalam hidup mereka.- Sinar
TOP
Siklon Nilofar hampiri kawasan barat India
Penduduk Gujarat diarah membuat persiapan bagi menghadapi Nilofar.
NEW DELHI - INDIA. Pihak berkuasa India mengeluarkan amaran mengenai Siklon Nilofar yang kini menuju ke bahagian pantai barat negara itu. Jabatan Meteorologi meramalkan Nilofar bakal membadai wilayah Gujarat dengan kelajuan angin sehingga 145 kilometer sejam. Hujan lebat juga dijangka melanda beberapa daerah di sepanjang pantai Gujarat antaranya Saurashtra dan Kutch. Awal bulan ini, kawasan di timur India mengalami kemusnahan teruk selepas di badai ribut Hudhud dalam laporan BBC. - Sinar

Kekejaman pengasuh terbongkar
TINDAKAN kejam seorang pengasuh di Amerika Syarikat yang diberi tanggungjawab untuk menjaga empat kanak-kanak terbongkar selepas seorang daripada mereka mendedahkan perkara itu kepada ibu mereka.
Ketika kejadian itu, Dana Cash, 34, dari Yucaipa, Los Angeles, California diupah oleh seorang wanita yang enggan identitinya didedahkan kepada umum.
Menurut wanita itu, dia telah memeriksa rekod suspek di laman care.com sebelum memberi kepercayaan kepadanya untuk menjaga keempat-empat anaknya termasuk sepasang kembar lapor Daily Mail.
"Dia melayan anak saya dengan baik sepanjang tempoh percubaan yang kami berikan," katanya lagi.
Bagaimanapun, wanita itu terkejut selepas anak sulungnya mengadu tentang perbuatan Cash terhadap adik kembarnya yang berumur 12 bulan.
"Saya cuba untuk mengumpulkan bukti dengan cara melihat semula rakaman video daripada kamera litar tertutup (CCTV). Dia bertindak kasar dengan si kembar termasuk memasukkan tangannya ke dalam mulut salah seorang daripada mereka dengan ganas," jelasnya.
Susulan daripada insiden itu, Cash telah diberkas oleh Syerif San Bernardino pada 2 Oktober lalu selepas disyaki melakukan penderaan ke atas kanak-kanak, namun dia dibebaskan dengan ikat jamin.
Pihak berkuasa memaklumkan kes tersebut masih dalam siasatan. - Sinar
TOP
China mansuhkan hukuman mati
BEIJING - CHINA. Badan perundangan China sedang mempertimbangkan untuk membatalkan sembilan hukuman mati daripada 55 jenayah yang telah dibicarakan.
Menurut laporan AFP, ia termasuk pengumpulan dana haram yang menjadi perhatian umum dalam beberapa kes berprofil tinggi di negara itu, demikian mengikut laporan Xinhua News.
Jenayah lain yang termasuk dalam draf pindaan perundangan itu antaranya penyeludupan senjata api, pemalsuan mata wang dan aktiviti peminjaman wang haram.
Tahun lalu, China telah melaksanakan hukuman mati ke atas 2,400 orang yang terlibat dalam pelbagai kes jenayah.- Sinar
TOP
'I am Liberian, not a virus'
Video kempen yang dimulakan oleh Shoana Solomon mendapat jumlah tontonan tinggi di internet.
NEW YORK – AMERIKA SYARIKAT. Kempen “I am Liberian, not a virus” yang dimulakan oleh seorang wanita Liberia, Shoana Solomon dan tiga orang wanita lain lebih kurang dua minggu lalu dengan cepat menjadi viral di laman sosial. Kempen tersebut bertujuan untuk menghentikan diskriminasi masyarakat terhadap imigran Liberia serta mereka yang datang daripada negara yang dijangkiti wabak Ebola, lapor al-Jazeera. Wabak Ebola telah membunuh lebih daripada 2,700 orang di Liberia, menjadikan negara tersebut sebagai antara tiga negara Afrika Barat paling teruk dijangkiti wabak tersebut. Wabak membunuh itu juga turut menyebabkan ramai imigran Liberia berhijrah ke negara yang lebih selamat termasuk ke Amerika Syarikat (AS). Namun, golongan ini terpaksa berdepan stigma masyarakat yang menganggap mereka sebagai punca wabak tersebut. Menurut Solomon, stigma ini disebabkan ketakutan masyarakat terhadap wabak, selain bersikap paranoid. “Mereka seperti tidak mahu mempunyai apa-apa kaitan dengan kami atau sesiapa sahaja dari negara kami. Malah, ada yang menuduh kami membawa virus tersebut ke negara mereka," katanya. Solomon bertindak memulakan kempen tersebut setelah anak perempuannya dituduh dijangkiti Ebola semasa hari pertama persekolahan hanya disebabkan anaknya merupakan warga Liberia. Tambahnya, ramai kanak-kanak yang bukan berasal dari Liberia tetapi mempunyai ibu bapa warga Liberia turut menerima nasib yang sama. Malahan, kata Solomon lagi, stigma ini berlaku di seluruh dunia termasuk di Afrika sendiri. Dia melihat masyarakat perlu diberi pendidikan mengenai wabak ini supaya tidak terus menghukum warga Liberia dan rakyat daripada negara-negara dijangkiti. Malah sebagai ibu bapa juga, penting untuk mereka mendidik anak-anak supaya lebih jelas tentang wabak ini. “Perkara sebegini sensitif kepada kanak-kanak. Jadi ibu bapa perlu peka apabila anak-anak mereka bercakap mengenai Ebola dan sebagainya. "Ia memang wabak yang menakutkan, tapi kita perlu peka terhadap apa yang anak-anak dengar daripada kita,” katanya. Selain itu, stigma ini dilihat berpunca daripada sikap masyarakat sendiri yang lebih memberi perhatian terhadap jumlah pesakit yang terbunuh disebabkan Ebola. Mereka lebih tertarik dengan berita-berita sebegitu tanpa memberi perhatian tentang bagaimana wabak tersebut boleh berjangkit. - Sinar

Remaja maut digilis kereta api
Bunga diletakkan di sekitar kawasan kejadian bagi memperingati Ngaremu King yang dilanggar kereta api barang kelmarin.
TE KUITI – NEW ZEALAND. Seorang remaja lelaki maut selepas dilanggar kereta api barang, di sini, kelmarin. Penasihat Komunikasi Kanan Kiwi Rail, David Miller, mengesahkan mangsa, Ngaremu King, 14, berada di tepi landasan dan tiba-tiba muncul di hadapan kereta api yang dalam perjalanan dari Wellington ke Auckland. Pemandu kereta api yang trauma dengan insiden tersebut diberikan cuti. Difahamkan remaja tersebut bermain di taman berhampiran sebelum melintasi landasan untuk ke taman di seberang landasan ketika kejadian tersebut berlaku. Menurut sepupu mangsa, Jaime-Leigh Matthews, seorang rakan mangsa jatuh dari basikal dan mangsa berlari untuk membantu rakannya. Namun ketika berlari semula ke taman berhampiran dia dilanggar kereta api tersebut. Insiden itu menyebabkan landasan tersebut ditutup lebih kurang empat jam untuk pihak polis melakukan siasatan. Menurut Miller, pihak Kiwi Rail turut menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut, serta mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika berada berhampiran dengan landasan. - Sinar

Wanita mati dipukul kerana amal sihir
Aktiviti memburu ahli sihir yang mensasarkan golongan wanita menjadi kebiasaan di beberapa bahagian di India. - Foto AFP
CHHASTTISGARH - INDIA. Seorang wanita dibunuh olah saudara-mara kerana disyaki mengamalkan ilmu sihir di daerah Weragama, di sini. Menurut laporan polis, Dukalheen Bai mati selepas dibogel, dipukul dan diseksa selama beberapa jam oleh abang iparnya, Nakul Patel dan beberapa lagi ahli keluarga mangsa. Patel menuduh mangsa mengamalkan sihir yang menyebabkan anak lelakinya jatuh sakit. Dia kemudian ditahan bersama 10 orang lagi ahli keluarga termasuk lima orang wanita yang terlibat dalam pembunuhan tersebut, lapor AFP. Menurut anak mangsa, Ashok Patel, ibunya dipukul dengan teruk di hadapan orang kampung, numun tiada seorang pun tampil membantu wanita tersebut. “Ibu saya menjerit tapi orang kampung hanya melihat. Saya cuba menghalang namun tidak dapat menyelamatkannya,” katanya. Tradisi memburu ahli sihir ini menjadi amalan kaum tertentu di India yang masih memegang kepercayaan terhadap kuasa sihir dan mistik. Namun terdapat juga yang mengambil kesempatan dengan mensasarkan golongan janda untuk mendapatkan harta dan tanah mereka. Awal bulan ini, bekas atlet lontar lembing India, Debjani Bora turut diikat dan dipukul dengan teruk setelah dituduh mengamalkan sihir di kampungnya di sebelah utara-timur Assam. - Sinar

Australia berdepan perubahan cuaca ekstrem
Sekurang-kurangnya 37,000 penduduk di New South Wales dan Victoria terpaksa bergelap kerana angin kencang menumbangkan pokok dan kabel-kabel elektrik.
CANBERRA - AUSTRALIA. Angin sejuk telah membawa perubahan dramatik kepada suhu dan ribut petir. Di Port Lincoln, Australia Selatan, suhu jatuh mengejut sehingga lima darjah Celsius, daripada 32 darjah Celsius kepada 27 darjah Celsius, diiringi ribut petir pada Ahad lalu. Ribut tersebut dianggarkan menjana sehingga 80 000 serangan kilat dalam masa 24 jam, sehingga mencetuskan kebakaran padang dan gangguan bekalan kuasa. Cuaca buruk tersebut kebanyakan melanda di bahagian utara Australia Selatan, dengan hujan lebat di bahagian pesisir pantai. Angin itu kemudian dikesan ke arah timur melalui Victoria ke New South Wales yang membawa kerosakan di wilayah itu. Difahamkan sekurang-kurangnya 37,000 penduduk terpaksa bergelap kerana angin kuat menumbangkan pokok dan kabel-kabel elektrik. Selain berlaku kebakaran rumah di Melbourne akibat disambar petir. Gangguan elektrik disebabkan rebut ini juga telah menyebabkan kesesakan jalan raya akibat lampu isyarat gagal berfungsi. Malah, pengguna komuter juga terpaksa menunda perjalanan mereka. Sementara itu, Queensland berdepan dengan cuaca terik. Beberapa Bandar dilaporkan mencatat suhu tinggi, bagaimanapun di selatan Queensland dilaporkan berlaku ribut petir. Angin kencang ini dilihat menurunkan suhu di wilayah tersebut, namun mengakibatkan 12,000 kediaman terputus bekalan kuasa. Dipercayai untuk beberapa hari akan datang, cuaca dijangka baik di Australia Selatan dan Victoria. Manakala Queensland akan kekal berhadapan suhu ekstrem. - Sinar

Wernher Von Braun saintis kontroversi
Von Braun
SAINTIS roket ini sememangnya figura penting dalam teknologi angkasa lepas. Dia adalah individu yang memainkan peranan besar dalam projek Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Nasional (NASA) Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1960-an.
Namun sebelum berhijrah ke AS, Von Braun sebenarnya bekerja untuk tentera Nazi.
Kehidupan awal
Von Braun lahir pada 23 Mac 1912 di sebuah wilayah dikuasai Jerman iaitu Wirsitz (kini Wyrzysk di Poland). Pada 1920 keluarganya berhijrah ke Berlin dan di situ, dia menemui hobi baharu iaitu astronomi. Minatnya terhadap roket dan angkasa lepas semakin ketara selepas dia membaca buku hasil tulisan Hermann Oberth bertajuk 'Die Rakete zu den Planetenrauman' (Roket Ke Ruang Antara Planet). Selepas menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan mekanikal di Universiti Teknikal Berlin, Von Braun terus melibatkan diri dalam aktiviti yang berkait rapat dengan penciptaan roket.
Bekerja untuk Nazi
Pada 12 November 1937, permohonan Von Braun untuk menyertai Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional atau Nazi telah diterima. Dia terlibat secara langsung dalam projek sulit Nazi iaitu membina peluru berpandu jarak jauh yang pertama. Menjelang 1944, Von Braun dan pasukannya berjaya menghasilkan roket V-2 yang digunakan untuk membedil tentera bersekutu berpangkalan di London, England. Menurut laporan BBC, serangan itu mengakibatkan kira-kira 9,000 orang awam dan anggota tentera maut. Manakala seramai 12,000 buruh paksa mati ketika menghasilkan roket berkenaan.
Berpaling tadah
Menyedari peluang Jerman untuk menang dalam Perang Dunia kedua tipis, Von Braun mula mencari jalan untuk berhijrah ke AS. Pada 1945, Von Braun dan beberapa saintis Jerman melarikan diri dan menyerah diri kepada tentera bersekutu. Selepas itu dia dibawa ke AS untuk mengetuai satu projek kerajaan dikenali sebagai Project Paperclip. Von Braun berkhidmat selama 15 tahun bersama Jabatan Pertahanan AS sebagai pengarah di Agensi Misil bagi menghasilkan peluru berpandu balistik.
Terlibat dalam Nasa
Pada 1960, Von Braun telah ditukarkan jabatan dan menyertai NASA yang baharu ditubuhkan. Tugas pertamanya di NASA adalah membina sebuah roket tanpa pemandu untuk program Mercury-Redstone. Impian Von Braun untuk melihat manusia terbang ke angkasa lepas dan berjalan di permukaan bulan akhirnya menjadi kenyataan apabila roket Apollo 8, iaitu roket pertama AS membawa angkasawan ke angkasa lepas dilancarkan pada Disember 1968. Enam bulan kemudian roket Apollo 10 dilancarkan sebagai kajian dan persediaan sebelum Apollo 11 dilancarkan. Akhirnya pada 16 Julai 1969, Apollo 11, roket seberat 30,320 kilogram dan setinggi 111 meter dilancarkan dari tapak Pusat Angkasa Kennedy di Houston pada jam 9.32 malam waktu Malaysia (9.32 pagi waktu AS). Empat hari kemudian, roket berkenaan mendarat di bulan.
Tetap diingati
Von Braun meninggalkan Nasa pada 1972. Dia didiagnosis menghidap barah dan meninggal dunia ketika berusia 65 tahun pada 16 Jun 1977. Sehingga ke hari ini, kehidupan Von Braun diselubungi kontroversi. Meskipun AS menganggapnya sebagai Bapa Saintis Roket namun ramai juga yang tidak memaafkan perbuatannya semasa Perang Dunia Kedua. - Sinar

Operasi Gempur Aurat di Kota Bharu
Jurujual wanita yang berpakaian ketat boleh dikenakan kompaun kerana tidak mematuhi peraturan ditetapkan.
KOTA BHARU - Operasi Gempur Aurat yang dilancarkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) membuktikan keseriusan MPKB-BRI menangani isu aurat, khususnya melibatkan peniaga di Kelantan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Wanita MPKB-BRI, Nor Azariza Mohd Alawi berkata, operasi bermula September sehingga Disember 2014, diadakan berikutan ramai dikesan mula leka dengan peraturan dikeluarkan sebelum ini. “Ia bukan perkara baharu, malah pekeliling di bawah Arahan Mematuhi Etika Berpakaian sudah dikeluarkan sebelum ini, namun bila kita lihat ada peniaga yang bagaikan leka dan mula mengabaikan peraturan tersebut, penguatkuasaan semula perlu dilakukan. “Operasi Gempur Aurat dan kompaun maksimum RM500 yang dikenakan kepada peniaga yang melanggar arahan ini, diharap akan menjadi pengajaran, sekali gus mengingatkan mereka kewajipan menutup aurat,” katanya kepada Sinar Harian, di sini. Menurutnya, sehingga kini operasi berkenaan sudah diadakan secara menyeluruh di lokasi tumpuan orang ramai seperti pasar raya dan pasar malam. Sementara itu, Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Ropein Hassan berkata, sejak operasi tersebut dilancarkan, sebanyak 34 kompaun dikeluarkan MPKB-BRI terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan. Menurutnya, tidak timbul isu tidak tahu kerana segala peraturan dan syarat sudah dijelaskan sebelum peniaga mendapatkan lesen perniagaan daripada MPKB-BRI. “Penghujung 2013, semua peniaga diwajibkan menghadiri kursus perniagaan mengikut perspektif Islam yang diadakan secara berperingkat-bagi memaklumkan kepada mereka mengenai Undang-Undang Kecil MPKB,” katanya. Sehingga kini lebih 3,000 peniaga telah mengikuti kursus berkenaan dan kira-kira 10,000 dalam proses serta sedang menunggu giliran. - Sinar

Pemberian e-baucar SME Corp tingkat pendaftaran
PEMBERIAN e-baucar sebanyak RM1,000 daripada SME Corporation Malaysia kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dapat membantu meningkatkan jumlah pendaftaran bagi cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Penolong Kanan Pengarah Kastam bahagian GST, Rozila Saad berkata bantuan yang diberikan itu bertujuan menarik dan membantu mereka untuk membuat persediaan pembelian perisian perakaunan cukai tersebut.
"Pihak Kastam menyaksikan pertambahan jumlah pendaftaran daripada kalangan PKS berikutan pengenalan insentif tersebut," katanya kepada pemberita semasa Seminar Komprehensif GST, di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau, bagaimanapun berkata jumlah PKS yang telah memohon e-baucer hanya boleh dirujuk kepada SME Corp.
Menurutnya, e-baucar dilihat sebagai bantuan yang kondusif dalam memastikan sistem percukaian ini berupaya dilaksanakan dengan lebih lancar.
Dalam Bajet 2015 kerajaan telah memperuntukkan bantuan kewangan berjumlah RM150 juta kepada PKS untuk memudahkan pembelian perisian perakaunan GST yang akan dilaksanakan April tahun depan. - Bernama- Sinar
TOP
PB FD Rush tawar kadar lebih tinggi
KEMPEN PB FD Rush kembali untuk memberi ganjaran kadar promosi lebih tinggi kepada pelanggan setia.
Dalam satu kenyataan media bank berkenaan berkata, kempen itu pertama kali dilancarkan Public Bank Berhad (PBB) pada Mac lalu dan kini dilancarkan semula oleh PBB dengan kerjasama Public Islamic Bank Berhad (PIBB) yang bermula 1 Oktober lalu hingga 30 November depan.
Ia terbuka kepada semua pelanggan individu dan bukan individu PBB dan PIBB yang baharu dan sedia ada.
Menurut kenyataan itu, penyertaan untuk kempen ini adalah amat mudah dan pelanggan-pelanggan akan menikmati kadar faedah atau keuntungan promosi sebanyak 3.68 peratus setahun dengan meletakkan wang mereka di bank untuk tempoh jangka pendek selama 4 bulan.
Deposit Tetap Plus (DT Plus) dan Deposit Bertempoh-i (DB-i) ditawarkan sebagai produk yang layak di bawah Kempen ini. DT Plus adalah akaun Deposit Tetap Konvensional, manakala DB-i adalah Deposit Bertempoh Islam yang memberi pelanggan fleksibiliti untuk mengendalikan dana mereka bagi peletakan jangka pendek atau jangka panjang.
"Pelanggan individu dan bukan individu hanya perlu meletakkan minimum sebanyak RM50,000 untuk menikmati kadar promosi di bawah kempen ini, tertakluk pada peletakan maksimum sebanyak RM5 juta bagi individu dan RM20 juta untuk bukan individu.
"Kempen 'PB FD Rush' ini sebahagian usaha bank untuk menggalakkan simpanan dengan memberi ganjaran kepada pelanggan apabila mereka menambah simpanan dalam Tempoh Kempen.
"Kami sentiasa adakan pelbagai kempen sebagai penghargaan kepada pelanggan atas kepercayaan dan kesetiaan mereka yang berterusan," menurut kenyataan itu- Sinar
TOP
Datuk Seri 'Diculik' Oleh Ahli Keluarga Isteri - Polis
PETALING JAYA: Seorang lelaki dipercayai berstatus Datuk Seri yang berkelahi dengan isterinya 'diculik' oleh ahli keluarga isterinya di luar restoran di Taman Sri Manja di sini, petang Selasa.
Namun, kebimbangan mengenai insiden 'penculikannya' timbul selepas satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki berkelahi dengan beberapa individu dan diheret masuk ke dalam sebuah kereta di sebuah restoran, dimuat naik secara dalam talian.
Difahamkan seorang wanita berstatus Datin Seri telah mengarahkan ahli keluarganya untuk membawa suaminya yang berusia 53 tahun pulang ke rumah. "Dia mahu suaminya pulang supaya perselisihan pendapat antara mereka dapat diselesaikan . Dia mahu mengelak pertelingkahan di tempat awam," kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Azmi Abu Kassim. Malangnya, rancangan itu menjadi tidak keruan selepas seorang pelanggan restoran terbabit memuat naik video rakaman insiden tersebut. Malah, pelanggan tersebut turut membuat laporan polis bimbang insiden 'penculikan' berlaku. Video tersebut menjadi viral di laman media sosial. "Kumpulan penyiasat sedang menghubungi mangsa. Dia kini selamat bersama isteri dan dalam perjalanan ke ibu pejabat polis PJ ditemani isteri dan empat ahli keluarga mereka untuk disoal siasat," kata Azmi.- mstar online

Warga Emas Simbah Air Panas Ke Muka Isteri
MELAKA: Seorang warga emas ditahan kerana menyimbah air panas ke muka isterinya yang enggan keluar membeli serbuk minuman, di sebuah rumah di Bachang di sini pada Ahad.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata lelaki berusia 61 tahun itu ditahan di rumah itu bagi membantu siasatan kira-kira pukul 4 petang Isnin.
Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku apabila peniaga itu yang ingin membancuh minuman mendapati serbuk minuman di rumah mereka telah habis sebelum menyuruh isterinya ke kedai kira-kira pukul 2 pagi Ahad.
"Lelaki tersebut berang apabila isterinya itu enggan ke kedai lalu menyimbahnya dengan air panas," katanya ketika dihubungi di sini, Selasa.
Beliau berkata wanita berusia 49 tahun dibawa ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan di pondok polis di hospital tersebut kira-kira pukul 6 pagi pada Ahad.
Katanya lelaki tersebut ditahan reman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.
"Mangsa yang melecur di bahagian pipi kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan," katanya.- mstar online
TOP
Pendengaran Rayuan Kes Liwat Anwar Mungkin Dilanjutkan Sehingga Khamis
PUTRAJAYA: Pendengaran rayuan terakhir kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan besar akan dilanjutkan sehingga Khamis.
Ini berbeza dengan ketetapan asal untuk pendengaran rayuan tersebut selama dua hari iaitu pada Selasa dan Rabu.
Perkara ini diberitahu sendiri oleh Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen yang mengikuti pendengaran kes pada Selasa dan meminta supaya penyokong-penyokong Anwar tidak cepat berputus asa.
"Ada kemungkinan dan cakap-cakap awal kes ini akan berlanjutan sehingga Khamis.
"Jangan cepat mengalah dan yang paling penting ada masa yang cukup untuk pastikan peguambela dapat meneruskan hujah bagi menunjukkan keadilan dapat ditegakkan di mahkamah," katanya kepada pemberita ketika sesi pendengaran rayuan kes liwat Anwar berhenti rehat. Turut memaklumkan perkara yang sama ialah Ahli Parlimen Kapar Manivanan Gowin yang menyampaikan pesanan bagi pihak Anwar. "Datuk Seri Anwar sendiri berpesan kepada saya supaya bersedia mungkin kes akan sampai hari Khamis. "Dia minta semua bersabar, teruskan perjuangan sebab ini bukan keadilan untuk beliau tapi untuk setiap rakyat Malaysia," katanya. Sementara itu Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata pada Selasa Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai barisan peguam Anwar sedang memberikan hujah-hujahnya. Katanya, terdapat beberapa lagi peguam Anwar yang akan mengetengahkan hujah dan mematahkan hujah pihak lawan. "Ia mungkin menjadikan kes ini dibawa sehingga Khamis," katanya.- mstar online

Dua Anak, Menantu Pulang Dari AS Untuk Bersama Anwar
PUTRAJAYA: Dua anak Datuk Seri Anwar dan seorang menantunya yang menetap di luar negara pulang ke tanahair bagi menghadiri pendengaran rayuan terakhir kes liwat Anwar.
Perkara itu diberitahu oleh emak saudara Anwar yang hanya mahu dikenali sebagai 'Mak Ndak'.
Mak Ndak, 66, yang hadir di Istana Kehakiman bersama ratusan penyokong lain pada Isnin berkata dua anak Anwar, Nurul Hana, 21, dan Mohd Ihsan, tiba di tanahair dari Amerika Syarikat pada Ahad.
Isteri kepada Mohd Ihsan, Nurul Syahidah turut hadir ke mahkamah bersama keluarga mertuanya.
"Ketiga-tiga mereka pulang semata-mata untuk bersama bapa mereka, Datuk Seri Anwar bagi memberi sokongan dan semangat.
"Mereka akan pulang ke Amerika pada malam Khamis," katanya kepada mStar Online.
Mak Ndak berkata Mohd Ihsan dan isteri menetap di Amerika manakala Nurul Hana sedang mengikuti pengajiannya di sana.
"Kesemua anak-anak dan isteri Datuk Seri Anwar berada dalam keadaan tenang menghadapi situasi ini.
"Kami sentiasa berdoa supaya keadilan dapat ditegakkan, namun sudah bersedia menerima apa jua keputusan kerana percaya Allah sudah menentukannya dan Allah juga sebaik-baik perancang," katanya.- mstar online
TOP
Kes Liwat Anwar: Tun Ariffin Ketuai Panel Lima Hakim
Ariffin Zakaria
PUTRAJAYA: Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria akan mengetuai barisan lima panel hakim yang akan mendengar rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes liwat keduanya, bermula Selasa. Empat lagi hakim yang diberi mandat untuk mendengar rayuan kes ini adalah Tan Sri Md Raus Sharif, Tan Sri Abdul Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop. Selain itu, pasukan pendakwa pula diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria. Ketua pembangkang itu pula akan diwakili bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang akan bertindak sebagai ketuai pasukan peguambela melibatkan 14 peguam. Ketua Umum Pakatan Rakyat itu tiba di hadapan Istana Kehakiman di sini pada pukul 8.50 pagi. Ketika itu, penyokong pemimpin pembangkang itu sudah menunggu di pekarangan Istana Kehakiman, selain kumpulan media dalam dan luar negara yang membuat liputan kes berkenaan. Selama dua hari berakhir Rabu, pendengaran rayuan terakhir Anwar di Mahkamah Persekutuan terhadap sabitan kesalahan dan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu kerana didapati bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan. Anwar, 67, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Sekiranya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu gagal dalam rayuan ini, kelayakannya sebagai anggota parlimen boleh dilucutkan berdasarkan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa kelayakan seseorang anggota parlimen boleh dibatalkan sekiranya beliau dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau denda lebih daripada RM2,000. Ini kes liwat kedua terhadap Anwar. Dalam kes pertama, beliau didapati bersalah meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar, di Tivoli Villa di sini pada 1994 dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos, 2000.- mstar online

Liwat 2: Istana Kehakiman Mula Jadi Tumpuan
Skuad AMK) merupakan kumpulan penyokong yang tiba paling awal iaitu kira-kira pukul 7.30 pagi.
PUTRAJAYA: Pendengaran rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan terhadap sabitan kesalahan dan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu kerana didapati bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan, bermula Selasa. Hari pertama pendengaran, mahkamah tertinggi negara di Putrajaya mula dipenuhi wartawan dan jurugambar dari dalam dan luar negara yang mula berkumpul seawal pukul 6 pagi. Difahamkan, wartawan hanya dibenarkan masuk untuk mengikuti pendengaran pada pukul 8.30 pagi.
Sekumpulan wartawan yang mengikuti kes pendengaran kes Anwar menunggu di luar mahkamah.
Pasukan keselamatan ditempatkan di sekitar bangunan Istana Kehakiman untuk mengawal keadaan sekiranya berlaku insiden yang tak diingini selain penghadang besi turut diletakkan di bahagian hadapan bangunan. Pendengaran terakhir ini sudah tentunya tidak dapat lari daripada kehadiran anggota parti dan penyokong-penyokong Anwar. Skuad Timbalan Setia Angkatan Muda Keadilan (AMK) merupakan kumpulan penyokong yang tiba paling awal iaitu kira-kira pukul 7.30 pagi. Timbalan Ketua AMK Dr Afif Bahardin yang memimpin kumpulan ini berkata kumpulan yang terdiri daripada 200 anggota ini hadir dengan tujuan membantu pihak berkuasa memantau dan membuat kawalan khususnya terhadap pimpinan parti dan penyokong. Sebaik tiba, kumpulan ini membacakan doa sebelum diberikan taklimat oleh ketua mereka.Anwar, 67, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Sekiranya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu gagal dalam rayuan ini, kelayakannya sebagai anggota parlimen boleh dilucutkan berdasarkan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa kelayakan seseorang anggota parlimen boleh dibatalkan sekiranya beliau dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau denda lebih daripada RM2,000. Ini merupakan kes liwat kedua terhadap Anwar. Dalam kes pertama, beliau didapati bersalah meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar, di Tivoli Villa di sini pada 1994dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos, 2000.- mstar online

Pengikut Instagram Terima Komen Kesat Tauke (Jambu)
Tauke mahu pengikut lebih hormat hal peribadi seorang artis.
PETALING JAYA: Pelawak Tauke (Jambu) menganggap tindakannya membalas komen pengikut Instagram miliknya dengan kata-kata kesat adalah sebagai memberi pengajaran kepada individu berkenaan. Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 38, berkata, dia berbuat demikian kerana merasakan sikap pengikut tersebut keterlaluan apabila memberi komen yang disifatkan menjatuhkan maruahnya. "Saya sedar sebagai selebriti perkara tersebut agak sensitif, namun bagi saya biarlah orang pandang buruk kepada saya asalkan individu tersebut tidak mengulangi perbuatannya itu. "Jika saya tidak berbuat demikian, mungkin dia akan terus berani memberi komen negatif kepada orang atau artis lain pula. Saya harap pengikut yang lain juga lebih menghormati hak dan privasi seseorang artis," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Selasa.
Gambar dengan seorang wanita ketika program Super Spontan yang menimbulkan kontroversi apabila Tauke digelar kaki perempuan.
Tauke berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakannya membalas komen seorang individu yang menuduh dia sebagai 'kaki perempuan' gara-gara memuat naik gambar bersama seorang wanita tidak dikenali. Perkara tersebut membuatkan pelawak itu berang dan membalas dengan perkataan yang agak kasar sehingga menimbulkan rasa kurang senang terhadap pengikutnya yang lain. Dalam pada itu, Tauke berkata, dia berani menulis kata-kata kesat berikutan individu yang menulis status itu tidak mendedahkan identiti sebenar dirinya dan akaun itu diwujudkan juga adalah bertujuan memburuk-burukan seorang artis. "Saya tengok akaun dia memang akaun palsu yang sengaja dibuat untuk mengutuk dan membuat fitnah sebab itu saya sengaja beri dia kata-kata begitu. "Kita sendiri tidak tahu individu itu siapa, jadi sesuai sangatlah dia kena marah begitu, sebelum ini akaun yang sama juga selalu komen negatif di Instagram artis-artis lain," ujarnya. Sementara itu, Tauke menjelaskan bahawa wanita dalam gambar tersebut merupakan salah seorang kru yang terlibat menjayakan program Super Spontan minggu lalu.- mstar online

Lahar Gunung Kilauea Di Hawaii Semakin Hampiri Rumah Penduduk
Gunung berapi Kilauea.
KAILUA-KONA: Lahar Gunung berapi Kilauea di Hawaii yang meletus sejak beberapa bulan lalu kini hanya 70 meter dari kawasan kediaman penduduk, kata pihak berkuasa pada Isnin. Penduduk yang tinggal berhampiran kawasan letusan lahar kini dinasihatkan supaya sentiasa berjaga-jaga dan mungkin dipindahkan. Letusan lahar yang pertama berlaku pada 27 Jun lalu tetapi berhenti seketika pada lewat September lalu sebelum aktif semula beberapa minggu lalu. Lahar tersebut mengalir sejauh 275 meter sejak pagi Ahad. Menurut jurucakap Jabatan Pertahanan Awam, lahar tersebut mengalir kira-kira 10 hingga 15 meter sejam. Namun, aliran lahar kembali perlahan iaitu dua meter sejam lewat petang Isnin. Dua batang jalan telah ditutup dan Pasukan Bulan Sabit Merah telah membuka bilik kecemasan. Perkara itu disahkan oleh Pejabat Datuk Bandar Billy Kenoi. Kilauea dianggap sebagai gunung berapi paling aktif di dunia dan menurut saintis, aktiviti terkini ialah letusan berterusan yang bermula sejak tahun 1883. Gunung berapi tersebut dikatakan telah meletus sebanyak 34 kali sejak tahun 1952.- mstar online

Google Glass Kesan Pesalah Jalan Raya Di Dubai
Anggota polis trafik Dubai menggunakan peranti Google Glass ketika bertugas.
DUBAI: Polis trafik di sini mula menggunakan peranti Google Glass untuk mengawasi pesalah jalan raya di setiap laluan seluruh negara itu. Ketua Pengarah Polis Trafik Dubai, Saif al-Mazrouie berkata, peranti itu digunakan untuk kali pertama di rantau itu. “Menerusi penggunaannya, peranti itu membantu anggota polis merakam pesalah trafik dengan kamera. “Imej itu kemudian dihantar ke Ibu Pejabat Polis Dubai menggunakan sistem khas untuk diteliti sebelum tindakan lanjut diambil,” katanya. Google Glass juga boleh mengenal pasti kenderaan yang dikehendaki polis. Kata Saif lagi, polis hanya perlu melihat ke arah nombor kenderaan terbabit dan secara automatik Google Glass akan mengimbasnya. Seterusnya, data akan disalurkan kepada pihak berkuasa jika kenderaan itu mempunyai rekod kesalahan.- mstar online

Koperal Polis Cedera Ditikam
KOTA BAHARU: Seorang anggota polis berpangkat koperal cedera apabila ditikam sebanyak tiga kali oleh seorang lelaki dipercayai kurang siuman di Kampung Bechah Pulai, Laloh, Kuala Krai pada Selasa.
Dalam kejadian pukul 7 pagi itu, tiga anggota polis dari Balai Polis Laloh diarah ke kampung itu berikutan terdapat laporan mengenai seorang lelaki telah mengamuk.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng berkata anggota yang tiba mendapati terdapat seorang lelaki berusia 26 tahun sedang berdiri di hadapan pintu rumahnya dan memegang sebilah pisau.
"Anggota cuba memujuk suspek namun gagal dan mengambil keputusan menyembur 'Pepper Spray' ke arah suspek.
Semburan berkenaan kena pada mata suspek menyebabkan suspek meluru ke arah mangsa dan menikamnya sebanyak tiga kali menggunakan pisau," katanya ketika di hubungi Bernama di sini, Selasa.
Beliau berkata akibat tikaman itu mangsa Koperal Awang Awang Besar cedera di bahagian telinga sebelah kiri, rusuk kiri dan lengan kiri dan dirawat di Hospital Kuala Krai dengan keadaannya stabil.
Suspek juga ditahan di hospital sama.- mstar online
TOP
Polis Mohon Bantuan Interpol Tahan Pemilik Blog, Aktivis
Alvin Tan (tengah) didakwa melarikan diri ke Amerika Syarikat.
KUALA LUMPUR: Polis meminta bantuan daripada Interpol untuk menahan dua warga Malaysia yang memohon suaka politik di Amerika Syarikat dan Sweden. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Bukit Aman telah menulis permohonan rasmi kepada organisasi polis antarabangsa berpangkalan di Lyon, Perancis untuk mengesan dan menahan pemilik blog kontroversi Alvin Tan dan aktivis Ali Abd Jalil. "Jadi buat masa ini kita perlu tunggu. Kita telah memohon untuk mendapatkan notis merah melalui Interpol," katanya kepada pemberita selepas melancarkan seminar ketua polis di Cheras. Tan yang melarikan diri untuk mengelak dari didakwa, memohon untuk mendapatkan suaka politik di Amerika Syarikat. Dia mendakwa berada di California. Tan, 26, dan bekas teman wanitanya, Vivian Lee, 25, didakwa atas tiga pertuduhan mempersenda umat Islam dan Ramadan serta mempamerkan gambar lucah di laman sosial Facebook mengemukakan permohonan tersebut Jumaat lepas. Sementara itu, Ali yang kini berdepan tuduhan hasutan kerana didakwa menghina institusi raja, kini mencari suaka politik di Sweden. Dalam Facebooknya, Ali berkata dia kini memohon untuk mendapatkan suaka politik di Sweden selepas mendakwa tidak mendapat layanan adil daripada pihak berkuasa Malaysia.- mstar online

Lima Ditahan, 11 Rumah Haram Diroboh Di Hutan Bakau Sandakan
Bot Jabatan Perhutanan Sabah digunakan ketika operasi bersepadu merobohkan rumah yang didirikan di tanah haram di kawasan hutan simpan bakau sekitar daerah ini pada 29 September lepas.
SANDAKAN: Sebanyak 11 rumah diroboh dalam Operasi Bersepadu oleh Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) bagi membanteras pencerobohan kawasan hutan bakau di sekitar daerah ini. Lima orang ditahan dalam operasi yang dilaksanakan pada 29 September itu,empat daripadanya kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Enakmen Hutan 1968, manakala seorang lagi ditahan kerana tiada dokumen pengenalan diri. Pengarah JPS Datuk Sam Mannan dalam kenyataan pada Selasa berkata sasaran operasi kali kedua itu membabitkan empat lokasi iaitu Sekong Kecil, Sedungor, Sepinong dan Papahan terletak di sekitar teluk Sandakan dan termasuk dalam Hutan Simpan Bakau (Kelas V) Elopura. Menurutnya tiga rumah haram yang dimusnahkan tiada penghuni di Sekong Kecil, tiga (lima penghuni) di Sedungor dan lima (tiada penghuni) di Sepinong. Sebuah pondok baharu yang dihuni lima orang turut dikesan di Papahan,katanya. Sam berkata kawasan yang diceroboh dalam perkampungan haram itu dianggarkan seluas 17.3 hektar termasuk dua hektar yang baru ditemui ketika operasi susulan kedua tersebut. Beliau berkata operasi itu merupakan operasi susulan dengan objektif untuk mengusir saki-baki pendatang asing tanpa izin (Pati) yang masih berada dalam kawasan hutan simpan bakau dan juga memusnahkan saki baki rumah yang masih belum dirobohkan setelah tamat tempoh notis keluar dari hutan simpan semasa operasi pertama. Katanya langkah itu diambil untuk memastikan hutan simpan bebas daripadatempat persembunyian Pati. Menurutnya tindakan itu selaras dengan kuasa yang diperuntukkan di bawah Enakmen Hutan 1968 dan sebelum operasi berkenaan dilaksanakan, tinjauan di lapangan dengan menggunakan bot dan juga tinjauan udara dengan helikopter dilaksanakan. Sam berkata dalam operasi kedua ini, sebanyak 130 orang anggota terlibat iaitu 80 anggota daripada JPS dan 50 anggota daripada agensi penguatkuasaan yang lain. Katanya projek pemulihan hutan dengan aktiviti penanaman spesies pokok bakau yang sesuai akan terus dilaksanakan di lokasi bekas kawasan perkampungan haram seluas 17.3 hektar itu dalam tempoh yang terdekat. Operasi pertama dilaksanakan pada 26 Mei lepas, sebanyak 13 pendatang ditahan, dan sebanyak 88 rumah haram dirobohkan. - mstar online

IRDA Beri 76 Peratus Projek Prasarana Kepada Kontraktor Bumiputera
Ismail Ibrahim
DUBAI: Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA) setakat ini telah memberikan sejumlah RM1.52 bilion atau 76 peratus daripada nilai kontrak projek prasarana di Iskandar Malaysia kepada kontraktor Bumiputera sejak 2006. "Perbelanjaan kerajaan bagi pembangunan prasarana di Iskandar Malaysia dari 2006 hingga sekarang ialah sebanyak RM8.3 bilion, menerusi pelbagai agensi kerajaan termasuk IRDA. "Di bawah bidang kuasa IRDA ialah projek bernilai RM2.6 bilion di mana RM2 bilion telah diberikan kepada pelbagai kontraktor dengan 76 peratus daripada nilai kontrak diberikan kepada kontraktor Bumiputera," kata Ketua Eksekutifnya, Datuk Ismail Ibrahim kepada media Malaysia di luar Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) Ke-10 di sini. IRDA ialah badan kawal selia yang diberikan mandat untuk merancang, menggalak dan memudahkan pembangunan Iskandar Malaysia menjadi metropolis bertaraf antarabangsa, di mana kehidupan, pekerjaan, perniagaan dan liburan berpusat di satu tempat. Dengan reputasi sebagai koridor ekonomi paling pantas berkembang di rantau ini, Iskandar Malaysia terus menarik pelaburan dari dalam dan luar negara. Wilayah itu memperoleh pelaburan bernilai RM10 bilion dalam suku ketiga tahun ini menjadikan jumlah nilai pelaburan terkumpul sejak ia dibuka pada 2006 hingga 30 Sept tahun ini kepada RM156.35 bilion, di mana RM77.17 bilion atau 49 peratus merupakan pelaburan yang telah dilaksanakan. Mengenai salah tanggapan bahawa Iskandar Malaysia hanya menyasar menarik pelabur asing, Ismail berkata wilayah itu merupakan sebuah destinasi mesra perniagaan bagi pelabur tempatan dan juga antarabangsa. Ismail menyatakan bahawa pelaburan domestik di Iskandar Malaysia berjumlah RM98.85 bilion atau 63 peratus daripada jumlah pelaburan terkumpul sehingga September 2014. Khazanah Nasional Bhd merupakan satu daripada syarikat tempatan yang melabur dalam projek pemangkin di Iskandar Malaysia iaitu Pinewood Iskandar Malaysia Studios, LEGOLAND Malaysia dan EduCity, Medini. Syarikat lain termasuklah Genting Chelsea Sdn Bhd dalam Johor Premium Outlets, Renaissance Hotel dalam projek hospitaliti dan Dato' Onn International Specialist Hospital dalam sektor penjagaan kesihatan. Mengenai penyertaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Iskandar Malaysia, Ismail berkata, Johor merupakan satu dari tiga negeri utama yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan pertanian. "Pembangunan ini disokong oleh 341,152 PKS yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 2011, dan angka ini adalah empat kali ganda angka PKS di Johor pada 2010. "Peningkatan drastik ini sejak 2010 menunjukkan tahap keusahawanan tinggi dalam kalangan PKS di Iskandar Malaysia," ujarnya. Menurut Ismail, pertumbuhan pelaburan di Iskandar Malaysia juga merancakkan aktiviti ekonomi dan seterusnya meningkatkan permintaan bagi tenaga kerja dari Johor. Dari 2007 hingga 2012, sejumlah 554,796 pekerjaan disediakan di Iskandar Malaysia, dalam sembilan sektor yang dipromosikan serta sektor hartanah, pembinaan dan runcit. "Bagi memenuhi permintaan bagi kemahiran khusus, kami menyediakan beberapa program seperti Program Pembangunan Tenaga Kerja Kreatif Iskandar Malaysia, Program Menamatkan Persekolahan bagi Sektor Hospitaliti dan Pelancongan, dan Minyak dan Gas, Program Peningkatan Tenaga Kerja Nasional (NTEP), Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (KEPAK) dan Program Capaian Tenaga Kerja," katanya. Ismail berkata, pada 2013, sejumlah 98,440 peluang pekerjaan disediakan di Iskandar Malaysia, terdiri daripada 15 peratus pekerjaan mahir, 20 peratus separa mahir dan 65 peratus pekerjaan kurang mahir/tidak mahir. Sektor elektrik dan elektronik menyumbang 46 peratus daripada pekerjaan yang disediakan (bagi pengendali pengeluaran) diikuti Pembinaan (27.9 peratus), Makanan & Pertanian (12.6 peratus) dan Hospitaliti & Pelancongan (8.3 peratus). "Tahun lepas, sebanyak 11,180 peluang pekerjaan telah diisi," katanya. - mstar online

Hong Leong Islamic Bank Menang Anugerah Sukuk
KUALA LUMPUR: Hong Leong Islamic Bank Bhd (HLISB) diumumkan sebagai pemenang 'Best Sukuk Deal' 2014, yang merupakan sebahagian daripada Anugerah Kewangan Islam Dunia 2014 yang berlangsung di Dubai.
HLISB dalam satu kenyataan hari ini berkata pencalonannya adalah berasaskan pembabitannya sebagai Penasihat Utama Bersama dalam program rentas sempadan inovatif - Sukuk Wakalah - struktur Sukuk pertama seumpamanya di Malaysia, yang menggabungkan kontrak Wakalah dan Ijarah di bawah bidang kuasa berasingan.
Selain itu, proses korporat itu juga merupakan badan penerbit bukan kerajaan pertama berkaitan Saudi Corporate dalam pasaran Sukuk Malaysia.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLISB Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz berkata anugerah itu memperakui usaha mereka dalam mempromosi pertumbuhan transaksi Sukuk rentas sempadan.
Anugerah Kewangan Islam Global mengetengahkan amalan terbaik dalam kewangan dan perbankan Islam dan meraikan kejayaan institusi dan individu, dengan tumpuan kepada usaha mempromosi tanggungjawab sosial, kesahihan Syariah dan komitmen perbankan dan kewangan Islam.
Anugerah disampaikan pada Forum Ekonomi Islam Dunia, satu acara tahunan yang menghimpunkan pakar dan pengamal industri dari seluruh dunia.- mstar online
TOP
Hutang Negara Susut 1.9 Peratus
KUALA LUMPUR: Jumlah hutang negara pada akhir Jun tahun ini adalah sebanyak RM568.9 bilion atau 52.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Ia berkurangan sebanyak 1.9 peratus berbanding 2013 yang menyaksikan Malaysia menanggung hutang sebanyak RM547.6 peratus atau 54.7 peratus pada tahun berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, daripada jumlah berkenaan, 97.1 peratus atau RM552.7 bilion adalah hutang domestik sementara bakinya RM16.2 bilion atau 2.9 peratus merupakan pinjaman luar persisir.
"Kedudukan hutang kerajaan ini kekal terurus di bawah 55 peratus daripada KDNK dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana," katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Selasa.
Najib yang juga Menteri Kewangan menjawab soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang bertanya mengenai jumlah hutang terkini Kerajaan Persekutuan.
Sementara itu Najib berkata, jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada 2010 adalah sebanyak RM407.1 bilion atau 51.1 peratus daripada KDNK dan pada 2011 hutang negara mencatat jumlah sebanyak RM456.1 bilion atau 51.5 peratus.
Manakala pada 2012, Malaysia berhutang sebanyak RM501.6 bilion atau 53.3 peratus daripada KDNK.
Menurut Najib lagi, sehingga kini kerajaan membayar balik semua hutang dan bayaran khidmat hutang dengan teratur serta mengikut jadual.
Tambah beliau, pinjaman yang dilakukan Kerajaan Persekutuan hanya bagi membiayai perbelanjaan pembangunan setelah mengambil kira kemampuan membayar balik.
"Bayaran khidmat hutang yang merujuk kepada bayaran faedah ke atas pinjaman merupakan bayaran tanggungan mandatori yang perlu diberi keutamaan dan dikategori di bawah peruntukan tanggungan T13.
"Bayaran khidmat hutang dijangka kekal terurus pada 10.3 peratus daripada hasil iaitu masih jauh di bawah paras 15 peratus yang ditetapkan dalam peraturan pengurusan fiskal," katanya.- mstar online
TOP
Syarikat Bumiputera Layak Daftar GST - PUNB
KUALA LUMPUR: Empat puluh peratus daripada 7,800 syarikat Bumiputera di bawah naungan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), layak mendaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP), kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Jammi Abdul Karim.
Beliau berkata, semua syarikat yang layak untuk skim percukaian baharu itu, yang akan dilaksanakan pada 1 April tahun depan, perlu mendaftar dan tidak menunggu sehingga saat-saat akhir untuk berbuat demikian.
"Kami sudah menganjurkan beberapa seminar sejak awal tahun ini, dan mula melihat peningkatan dalam jumlah pendaftaran," katanya kepada pemberita pada Seminar Komprehensif CBP di sini, Selasa.
Acara dua hari itu yang bermula hari ini, dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Sejumlah 378 peserta termasuk 250 wakil syarikat, menghadiri seminar itu.- mstar online
TOP
MPOC Jangka Harga Minyak Sawit Mentah Naik Tahun Depan
KUALA LUMPUR: Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menjangkakan harga minyak sawit mentah (MSM) meningkat antara RM2,100 dan RM2,500 tahun depan, didorong oleh faktor-faktor seperti peningkatan permintaan bahan api bio dan harga petroleum.
Ketua Pegawai Operasinya Tan Sri Yusof Basiron berkata selain faktor bekalan dan permintaan, permintaan terhadap bahan api bio dan peningkatan harga petroleum akan menentukan jumlah bio diesel yang akan diperlukan.
"Pengumuman oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah Embas, untuk mengenakan syarat penggunaan tujuh peratus minyak sawit dalam biodiesel daripada lima peratus sekarang, merupakan langkah yang akan mengukuhkan harga MSM," katanya.
Basirom berkata demikian pada Seminar dan Pesta Perdagangan Minyak Sawit Antarabangsa MPOC di sini, pada Selasa.
Uggah dilaporkan berkata langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah stok dan meningkatkan harga tahun ini yang telah menurun sehingga 20 peratus.
Perlaksanaan baharu itu akan bermula secara berperingkat mulai November di Semenanjung Malaysia dan Disember depan untuk Sarawak, Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan, katanya.
Menurut Basiron, kerajaan juga sedang berusaha untuk menghapuskan faktor-faktor yang memberi tekanan ke atas harga melalui pengecualian duti eksport ke atas MSM.
"Ini akan menghapuskan sebarang faktor penurunan yang memberi kesan ke atas harga minyak sawit.
"Langkah ini juga akan merangsang eksport negara ini dan membantu merasionalisasikan paras stok memandangkan pengeluaran minyak sawit sekarang ini telah memasuki kitaran pengeluaran yang rendah," katanya.- mstar online
TOP
Aktivis Wanita Terbang Ke Turki, Kahwin Militan IS
Gambar hiasan.
MELAKA: Seorang aktivis keagamaan wanita terbang ke Turki untuk berkahwin dengan militan Negara Islam (IS) selepas hanya seminggu berkenalan di laman sosial September lalu. Bapa wanita yang berusia 56 tahun membuat laporan polis dan memberitahu beliau telah melihat gambar berkaitan dengan senjata, kelengkapan militan dan aktiviti berkaitan keganasan di dalam komputer riba milik anaknya itu. Tambah lelaki itu, anaknya hilang pada 29 September selepas mengenali seorang lelaki, yang berasal dari Johor. Sementara itu, saudara wanita itu berkata, pasangan tersebut mula mengenali antara satu sama lain pada September lalu. Wanita itu memberitahu keluarganya bahawa dia mahu berkahwin di Turki dan bapanya telah membuat laporan polis pada 30 September lalu, malah lelaki terbabit telah memasukkan duit RM6,000 dalam akaun anaknya untuk membeli tiket penerbangan ke Istanbul. Dia juga memberitahu keluarganya bahawa tarikh penerbangan pada 8 Oktober dan lelaki tersbut akan bertemu dengan keluarga pengantin di Seremban sebelum berangkat. Bagaiamanapun, mereka berdua tidak muncul pada 2 Oktober seperti yang dijanjikan. Dan selepas itu, bapa wanita itu membuat laporan polis buat kali kedua. Tambah saudara wanita terbabit, kelakuan aktivis itu mula berubah secara mendadak selepas menyertai sebuah kumpulan keagaamaan bukan kerajaan (NGO) di Kuala Lumpur tahun lalu. "Dia mula memakai niqab dan menyembunyikan dirinya. Malah banyak masanya dihabiskan di internet," jelasnya. Dalam pada itu, sumber polis berkata, laporan tersebut merupakan yang pertama diterima daripada ahli keluarga yang berkaitan dengan kumpulan militan di negara Timur Tengah. Pada 14 Oktober lalu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, setakat ini tiada laporan daripada ahli keluarga wanita yang pergi ke Timur Tengah untuk menjadi 'teman wanita' IS.- mstar online

Mourinho, Van Gaal, Pellegrini Pilihan Jurulatih Dunia
JOSE MOURINHO, Louis van Gaal dan Manuel Pellegrini bukan sahaja bersaing untuk membawa kejayaan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), tetapi mereka kini turut berada dalam senarai Fifa untuk dianugerahkan sebagai Jurulatih Dunia.
Pellegrini berjaya membawa Manchester City menjuarai EPL pada musim lalu manakala Van Gaal memastikan Belanda beraksi pada separuh akhir Piala Dunia dan mendapat tempat ketiga.
Bagaimanapun, jurulatih Jerman, Joachim Loew, Diego Simeone dan Carlo Ancelotti dilihat jurulatih paling layak untuk memenangi anugerah berkenaan.
Loew berjaya memastikan anak didiknya menjuarai Piala Dunia dengan membelasah Brazil 7-1 pada separuh akhir.
Ancelotti pula memenangi Liga Juara-juara Eropah, UEFA Super Cup dan Copa Del Rey, manakala Simeone meletakkan Atletico Marid sebagai juara La Liga.
Berikut merupakan senarai jurulatih yang bakal dianugerahkan sebagai Jurulatih Dunia. -
Carlo Ancelotti (Italy/Real Madrid CF)
Antonio Conte (Italy/Juventus FC/Italy national team)
Pep Guardiola (Spain/FC Bayern Munich)
Juergen Klinsmann (Germany/ USA national team)
Joachim Loew (Germany/Germany national team)
Jose Mourinho (Portugal/Chelsea FC)
Manuel Pellegrini (Chile/Manchester City FC)
Alejandro Sabella (Argentina/Argentina national team)
Diego Simeone (Argentina/Atletico Madrid)
Louis van Gaal (Netherlands/Netherlands national team/Manchester United FC)- mstar online

Balak Haram: Dua Lagi Didakwa Pada Selasa
SIBU: Dua lagi pembalak haram didakwa di sini pada Selasa kerana memberi sogokan kepada anggota penguat kuasa, masing-masing dengan nilai antara RM2,000 dan RM10,000.
Kedua-dua tertuduh yang didakwa berasingan itu tidak mengaku salah setelah jurubahasa Mahkamah Sesyen Jenayah Rasuah membacakan pertuduhan ke atas mereka.
Tertuduh pertama, Law King Chai, 47 yang bertugas sebagai penyelia kem Syarikat KCL Timber Service Sdn Bhd. mengaku tidak bersalah dihadapan Hakim Kenedy Kumbong di atas pertuduhan memberi suapan RM2,000 kepada polis berpangkat Inspektor.
Beliau dituduh melakukan kesalahan tersebut pada 8 September 2014 di kawasan pembalakan Kampung Boyan, di sini sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang kerana didakwa melakukan kesalahan mengikut Ordinan Perhutanan Sarawak 1958.
Suapan tersebut diberi kepada Inspektor Mohamad Dzakriya Abdul Kader yang bertugas di Ibu Pejabat Briged Sarawak, Pasukan Gerakan Am Batu Kawa, Kuching.
Hakim membenarkan King Chai diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin rakyat tempatan dan melantik peguam bela sebelum perbicaraan bermula mulai 15 Disember hingga 19 Disember 2014. Selain itu, tertuduh kedua, Lee Hock Liang, 63 yang juga penolong penyelia Syarikat Bario Pasific Sdn Bhd mengaku tidak bersalah dihadapan hakim sama atas pertuduhan memberi rasuah RM10,000 kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Hock Liang memberikan habuan itu kepada Penolong Kanan Penguasa Sendri Anak Ugi yang bertugas di SPRM Sarawak pada 25 April 2014 di kawasan pembalakan Sungai Antu Pala, Kanowit atas kesalahan memindahkan 300 batang kayu balak dari kawasan pembalakan Sungai Antu ke Tug Bot "Fouk Hua" tanpa dokumen pengisytiharan royalti yang sah dari Jabatan Perhutanan Sarawak. Hock Liang melakukan kesalahan mengikut Seksyen 85(1) Ordinan Perhutanan, Fasal 126 (1958) Undang-Undang Sarawak. Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin rakyat tempatan dan melantik peguam bela sebelum perbicaraan bermula. Tarikh perbicaraan ditetapkan pada 9 Disember 2014 hingga 12 Disember 2014. Bagi kedua-dua kes ini Pendakwaan SPRM diwakili Pegawai Pendakwa SPRM Sarawak, Katherine Nais. Minggu lalu, empat pembalak haram dituduh menjadikan enam dituduh setakat ini. Pertuduhan ini adalah rentetan Ops Tukul yang dilancarkan SPRM bermula 20 Oktober lalu bagi membanteras aktiviti rasuah yang mengakibatkan berleluasanya pembalakan haram. Jika sabit kesalahan, Seksyen 17(b) Akta SPRM memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.- mstar online

Isteri Ahmad Hakimi Mulakan Kehidupan Baharu
PUTRAJAYA: Tiga bulan selepas tragedi nahas pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang meragut nyawa pembantu juruterbang, Ahmad Hakimi Hanapi, isteri dan anaknya yang berusia setahun kini memulakan kehidupan baharu dengan membuka francais The Boost Juice di D'Pulze, Cyberjaya pada Rabu.
"Suami saya pernah menyuarakan hasrat untuk membuka sebuah restoran sebelum meninggal dunia dan dia mencadangkan kami bermula dengan perniagaan secara kecil-kecilan," kata Asmaa Aljuned, isteri Hakimi atau lebih mesra disapa sebagai Kimi oleh rakan-rakannya.
Sebelum pemergian Ahmad Hakimi, 29, Asmaa merupakan suri rumah sepenuh masa.
Pembukaan francais The Boost Juice merupakan titik permulaan kepada Asmaa untuk memulakan kariernya selepas memilih untuk menjaga anaknya sebelum ini.
"Saya menggunakan semua wang simpanan saya untuk memulakan perniagaan ini. Bapa saya turut menyumbang sedikit begitu juga Kimi," katanya.
Menurut Asmaa, francais tersebut menyediakan minuman yang mudah dan penyelesaian efektif untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya penjagaan kesihatan di kalangan rakyat Malaysia.
Dengan perjanjian francais yang telah ditandatangani, Asmaa merancang untuk menandatangani surat tawaran pinjamannya pada Jumaat lalu, 18 Oktober, hari Kimi sepatutnya dijadualkan tiba dari Amsterdam.
Namun, tragedi menyayat hati yang menimpa pesawat MH17 menyebabkan segala yang dirancang tertangguh.
"Apabila ia berlaku, saya hanya ada RM400 di dalam akaun bank. Saya hanya mempunyai beberapa keping wang RM1 ketika itu dan Kimi meninggalkan RM50 di dalam laci. Itu sahaja wang yang saya ada di dunia kerana saya telah menggunakan semua wang simpanan untuk bayaran pendahuluan," kata Asmaa.
Abderrahman meraikan ulang tahun kelahiran pertama bersama ibunya, Asmaa.
"Walaupun saya kekurangan modal, Alhamdulillah, bantuan datang. Rakan-rakan Kimi, rakan-rakan saya, keluarga dan ahli-ahli Persatuan Juruterbang Penerbangan Malaysia (MAPA) memberikan sumbangan, jadi ia cukup untuk kami," kata Asmaa. Asmaa dan Abderrahman turut menerima sumbangan daripada individu yang prihatin dengan nasib yang menimpa mereka. "Kimi amat rapat dengan Abderrahman. Tapi pada satu hari, Kimi pergi bekerja dan tidak kembali. Saya percaya ia amat memberi kesan kepadanya. Abderrahman ingin sentiasa berada di sisi saya sepanjang masa," katanya. Malah ketika temu bual ini, Abderrahman akan menangis dan mencari ibunya setiap kali dia merasakan Asmaa akan meninggalkan bilik tersebut. "Jika dia melihat saya pergi ke mana-mana, ia akan menakutkannya. Dia akan menarik baju saya jadi saya tidak akan meninggalkannya. "Dia lebih gemar dengan orang lelaki, terutamanya jika mereka kelihatan seperti Kimi. Jika dia terlihat sesiapa sahaja seperti juruterbang, dia akan menunjuk-nunjuk ke arahnya dan mahu mendekati individu tersebut. "Jika dia terlihat sepupu saya yang memiliki susuk badan dan ketinggian seperti Kimi, dia akan mendekati individu itu. Baru-baru ini, apabila sepupu saya datang menziarahi kami, Abderrahman mahu mengikut sepupu saya balik ke rumahnya! Dia tidak mahu dengan saya sama sekali," kata Asmaa sambil ketawa.
TINGGAL KENANGAN.. Gambar Kimi bersama Abderrahman.
"Saya mempunyai beberapa rakaman suara Kimi dan apabila ia dimainkan, Abderrahman akan mendengarnya. Jika saya memainkan video Kimi, Abderrahman akan melihatnya. Ada satu ketika, dia akan mencium video tersebut," katanya. Namun, Asmaa berkata Abderrahman merupakan seorang anak yang ceria dan periang. "Satu perkara yang saya beritahu diri sendiri adalah untuk tidak menangis dihadapan Abderrahman. Dia adalah kekuatan saya dan alasan saya untuk terus bangkit," katanya. Fokus Asmaa kini adalah perniagaannya supaya beliau boleh bangkit dan berupaya menjaga Abderrahman. Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sesiapa sahaja yang memberi sokongan ketika dia sedang bersedih terutamanya keluarga, rakan-rakan, MAS dan wakil dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. "Saya benar-benar merasakan MAS banyak membantu saya, keluarga saya dan juga keluarga Kimi dalam pelbagai perkara. Walaupun kami kehilangan insan tersayang, mereka juga sama - bukan sahaja dua pesawat tetapi juga keluarga," katanya.- mstar online

Usaha Zambry Tangani Kemiskinan Diiktiraf Dunia Kewangan Islam
IPOH: Usaha Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menangani masalah kemiskinan di Perak mendapat pengiktirafan dunia kewangan Islam apabila dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Kewangan Islam Global 2014 (GIFA) yang berlangsung di Dubai, pada Isnin malam.
Menurut kenyataan pejabat Menteri Besar Perak yang dikeluarkan di sini hari ini, Zambry diiktiraf sebagai pemimpin contoh atas sumbangan beliau menangani isu kemiskinan dengan mengilhamkan penubuhan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR).
Panel pemilihan GIFA yang diketuai Pengerusi GIFA Prof Humayon Dar memilih Zambry berdasarkan pembentangan kertas kerjanya yang bertajuk 'Membina Keupayaan Rakyat Miskin di Negeri Perak: Cara YBU' semasa Simposium Ekonomi Global 2014 (GES) di Kuala Lumpur, September lepas.
Anugerah tersebut turut diberikan atas komitmen dan kejayaan negeri Perak dalam menjalankan tanggungjawab sosial Islam (ISR) di negeri itu.
Beliau menerima anugerah tersebut daripada Gabenor Bank Negara Kazakhtan, Kairat Kelimbetov dalam majlis makan malam gala.
Dalam ucapannya, Zambry berkata anugerah tersebut merupakan pengiktirafan peringkat antarabangsa atas usaha keras kerajaan negeri menangani isu kemiskinan di Perak.
"Meskipun usaha kita selama ini telah diiktiraf di peringkat global melalui penganugerahan GIFA ini, namun ia tidak bermakna kita harus bersenang-lenang," katanya.
Anugerah tersebut perlu dijadikan pembakar semangat untuk menggandakan usaha mencapai matlamat memastikan tiada lagi rakyat yang tertinggal, tiada lagi rakyat Perak yang terpinggir, katanya.
YBUDR yang didaftarkan pada 2009, merupakan ilham Zambry dalam usaha beliau menangani masalah kemiskinan dan isu berkaitan sosioekonomi penduduk Perak melalui pelbagai program seperti Skim Kredit Mikro, sistem pajak gadai Islam Ar-Rahnu dan pemberian kotak makanan.
Sejak penubuhannya sehingga 2012, YBU berjaya mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri Perak daripada 0.5 peratus kepada 0.2 peratus.
GIFA merupakan antara anugerah paling berprestij dalam industri perkhidmatan kewangan Islam. Anugerah tersebut diberikan kepada individu dan organisasi yang dipilih atas kejayaan serta amalan terbaik dalam sektor kewangan Islam.
Bagi tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dipilih menerima anugerah tertinggi untuk tokoh pemimpin negara manakala Presiden Republik Kazakhstan Nursultan Nazarbayev menerima anugerah bagi ketegori individu.
Majlis penyampaian anugerah tersebut diadakan sebelum pembukaan Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-10 yang berlangsung di Pusat Persidangan Madinat Jumeirah, dari 28 hingga 30 Okt ini.- mstar online
TOP
Proses Dadah Dalam Rumah, 7 Sekeluarga Ditahan
KUANTAN: Tindakan seorang lelaki menjadikan rumah teres dua tingkat milik keluarganya di Jalan Haji Ahmad di sini sebagai makmal haram memproses dadah terbongkar setelah polis menyerbu rumah itu awal pagi Ahad lepas.
Dalam serbuan kira-kira pukul 1.30 pagi itu, polis turut menahan enam lagi anggota keluarganya iaitu dua lelaki berusia 19 dan 41 tahun serta empat wanita berusia lingkungan 15 hingga 69 tahun.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani berkata, turut ditahan dalam serbuan itu ialah seorang wanita warga Thailand berusia 58 tahun yang merupakan tukang masak di kedai keluarga itu.
"Siasatan awal mendapati dalang utama kegiatan haram itu merupakan seorang lelaki, 21, yang bekerja sendiri.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Sharifuddin Abdul Ghani (tengah) menunjukkan bahan dan peralatan membuat dadah jenis syabu yang dirampas ketika serbuan di sebuah rumah yang dijadikan makmal memproses dadah syabu, ketika sidang media di Kuantan, hari ini. Serbuan dilakukan pada 26 Oktober 2014 itu menemui sebuah bilik tingkat atas yang dijadikan tempat memproses dadah. Polis turut menahan tiga lelaki dan empat perempuan dalam rumah tersebut bagi membantu siasatan. - Foto Bernama
Suspsek dipercayai mempelajari cara memproses dadah tersebut melalui internet sejak dua bulan lepas sebelum menjadikan bahagian atas rumah itu makmal haram memproses syabu," katanya dalam sidang media di sini, Selasa. Katanya, dalam serbuan itu polis telah menemui 3.49 gram syabu yang siap diproses, 125.39 gram syabu yang belum masak sepenuhnya, 3.3 kg minyak meth, bahan kimia seperti asid hidroklorik dan natrium hidroksida serta peralatan yang digunakan untuk memasak syabu. Beliau berkata, bahan-bahan itu dipercayai dapat menghasilkan 2.5kg dadah jenis methamphetamine atau syabu dengan nilai anggaran keseluruhan berjumlah RM275,000. Katanya, polis turut merampas tiga kereta iaitu dua jenis Proton Saga, sebuah Perodua Kancil, sebuah motosikal jenis Yamaha dan sebuah motosikal Honda serta wang tunai RM400 dengan jumlah keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM323,600. "Semakan rekod turut mendapati bapanya, 41, mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah termasuk tiga kali pernah ditahan di bawah Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985. "Manakala suspek lain tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan saringan ujian air kencing mendapati kesemua suspek lelaki positif dadah jenis meth sementara suspek wanita didapati negatif," katanya. Katanya, semua suspek kini ditahan reman sehingga 2 Nov depan di lokap IPD Kuantan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.- mstar online

Polis Curiga Laporan Pengawal Keselamatan Dakwa Wang RM2 Juta 'Dirompak'
SHAH ALAM: Sebuah van berisi wang tunai RM2 juta dilarikan sekumpulan perompak selepas empat pengawal keselamatan yang selesai melakukan kutipan wang berhenti untuk makan malam.
Insiden kira-kira pukul 9 malam Isnin itu dilaporkan oleh pengawal keselamatan terbabit kepada polis.
Bagaimanapun, polis ragu-ragu dengan kenyataan yang diberikan oleh kesemua pengawal keselamatan terbabit.
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Che Mat berkata, terdapat ketidaktetapan di dalam laporan yang diberikan oleh pengawal keselamatan terbabit dan pemandunya.
Polis percaya kesemua pengawal keselamatan tersebut mungkin terlibat dalam insiden itu.
Abdul Samah berkata, keempat-empat pengawal keselamatan itu berkata mereka baharu sahaja selesai mengutip wang dari beberapa lokasi di Seri Kembangan sebelum berhenti makan di sebuah restoran dekat Jalan Lestari Perdana 7.
Tiga pengawal tersebut dilaporkan meninggalkan pump gun mereka di dalam van bersama pemandunya untuk makan malam.
"Apabila mereka kembali 15 minit kemudian, mereka mendakwa van tersebut hilang. Mereka kemudiannya menjumpai van tersebut dengan pemandu ditemui dalam keadaan tangannya diikat," kata Abdul Samah.
Pemandu tersebut memberitahu polis bahawa dua lelaki dengan sepucuk pistol menyerangnya di dalam van sebelum mengikat dan melarikan van berkenaan.
Mereka meninggalkan van tersebut selepas melarikan wang dari belakang kenderaan berkenaan.
Abdul Samah berkata 'perompak' tersebut tidak melarikan bersama pump gun yang ditinggalkan di dalam van berkenaan.
Pemandu van itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Prosedur operasi standard tidak membenarkan mereka untuk berhenti ketika sedang bertugas. Mereka membawa sejumlah wang yang banyak, mengapa mereka berhenti untuk makan?
"Ia bertentangan dengan latihan dan SOP mereka," katanya.- mstar online
TOP
JDT Ada Kelebihan - Suleiman
JOHOR BAHARU: Perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Pahang pada Sabtu ini, peluang terbaik bagi pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) membawa pulang piala berprestij bola sepak negara itu selepas kali terakhir pada 1991.
Bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Datuk Suleiman Mohd Noor berkata selepas 23 tahun, kini tiba masanya untuk piala keagungan bola sepak tanah air itu kembali ke negeri berkenaan.
Suleiman yang digelar 'Bapa Bola Sepak Johor' berkata Skuad Harimau Selatan itu mempunyai kelebihan sama ada dari segi pemain, pengurusan mahu pun penyokong yang mantap.
"Pemain JDT mempunyai kemahiran hebat, corak permainan tersusun selain pengurusan terbaik. Selepas 23 tahun, saya amat yakin sudah tiba masanya untuk kita bawa pulang piala ini ke Johor buat kali ketiga.
"Namun, untuk menewaskan Pahang, pemain perlu fokus 100 peratus, mempunyai stamina bermain lebih 100 minit dan cukup bermotivasi untuk menang kerana lawan bukan calang-calang pasukan," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Stulang, dekat sini, Selasa.
Suleiman turut mengingatkan pemain JDT agar berhati-hati kerana ketua jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan, mampu menjadi pencetus semangat kepada anak buahnya.
Selain mengecap kejuaraan pada 1991, Johor pernah memenangi Piala Malaysia buat kali pertama pada 1985 menerusi jaringan Muhidin Husin dan Fadzli Ahmad untuk mengalahkan Kuala Lumpur.
Pada 1991, penyerang dari Croatia, Ervin Boban mencipta hatrik untuk menewaskan Selangor 3-1 sekali gus memastikan Johor kembali menjulang Piala Malaysia buat kali kedua.
Andai berjaya menewaskan skuad Tok Gajah di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini, JDT akan mengulangi pencapaian 1991 dengan meraih kejuaraan berganda iaitu Piala Malaysia dan juara liga.
Dalam pada itu, Suleiman, 85, turut memuji tindakan Presiden PBNJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang bekerja keras dalam usaha mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak Johor.
"Saya anggap Sabtu ini sebagai penentu sama ada kita sudah berjaya mengembalikan zaman kegemilangan Johor atau tidak.
"Pihak pengurusan sudah cuba mendapatkan sebuah pasukan yang mantap tetapi saya harap, jika kecundang pemain jangan patah semangat kerana tahun depan masih ada," katanya yang meramal JDT bakal menewaskan Pahang 2-1.
JDT mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menundukkan Felda United 3-1 pada separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini Sabtu lepas, menjadikan agregat 6-5.
Pahang pula menempah slot ke perlawanan akhir selepas menumpaskan Kedah dengan agregat 6-3. - mstar online
TOP
Morten Frost Kembali Sertai BAM Mac 2015
Morten Frost Hansen.
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengesahkan legenda badminton, Morten Frost Hansen akan kembali berkhidmat bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Menurut Khairy, beliau sudah mengadakan pertemuan dengan Morten Frost dan bekas juara Seluruh England itu bersetuju untuk kembali pada Mac tahun depan. Katanya, Morten Frost akan dilantik selaku Pengarah Teknikal BAM. Badan induk itu turut bersetuju dengan pelantikan tersebut memandangkan kos untuk mendapatkan khidmat pakar dari Denmark itu akan diserap oleh pihak kementerian.- mstar online

'Berani Buat Berani Tanggung', Kata Syed Ali Kepada Anwar
Syed Ali Alhabshee.
PETALING JAYA: "Berani buat berani tanggung, tak usah nak mengaburi mata rakyat." Demikian tegas, Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dalam proses rayuan akhir untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Katanya, Anwar seharusnya menggunakan mahkamah untuk mempertahankan diri dan bukannya mengheret orang ramai supaya bersimpati dengan nasibnya. "Buat apa nak menyalak di luar, gunakanlah mahkamah untuk pertahankan diri, tak perlu nak heret orang ramai supaya simpati, itu masalah peribadi beliau," tegasnya. Menurut beliau, orang yang baik akhlaknya tidak akan mendabik dada mengatakan dirinya adalah terbaik dan sempurna. "Hanya orang yang buruk tingkah laku dan moralnya sahaja yang akan menjerit memberitahu dunia kononnya diri baik dan bersih," tegasnya lagi. Syed Ali berkata, Anwar tidak sewajarnya memperalatkan golongan mahasiswa untuk terpedaya dengan 'lakonan akhir' Ketua Pembangkang itu dalam ceramahnya di Universiti Malaya (UM) malam Isnin. "Tindakan itu bukan setakat mencemarkan nama baik universiti malah turut mengecewakan orang ramai kerana kampus telah dipolitikkan untuk kepentingan peribadi," katanya. Sebaliknya, jelas beliau, Anwar harus belajar menerima kenyataan dan bukannya terus menunding jari kepada pihak lain di atas kesalahannya. "Terimalah hakikat, terima ketentuan Allah S.W.T, kalau tak buat, buat apa nak takut, tak payah nak bagi tahu kononnya diri tidak bersalah. "Saya harap Anwar boleh terima apa jua keputusan mahkamah, kerana semua itu adalah ketentuan Illahi," tegasnya. Beliau turut menasihati penyokong Anwar supaya bersikap terbuka dan rasional apabila keputusan penghakiman terhadap kes tersebut diumumkan nanti. "Tak payah nak buat kecoh, terimalah realiti sebenar bahawa Tuhan itu tahu segala-galanya," ujar beliau. Pada Selasa, Mahkamah Persekutuan mula mendengar rayuan akhir Anwar berhubung sabitan kes liwatnya terhadap Mohd Saiful pada 26 Jun 2008. Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan sama ada hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar dikekalkan atau beliau dibebaskan. Hari kedua pendengaran rayuan akan bersambung Rabu pada pukul 9.30 pagi yang juga merupakan hari terakhir pendengaran namun berkemungkinan besar ia akan berlanjutan sehingga Khamis.- mstar online

Saya Tak Gentar Disiasat - Aktivis Pelajar
Fahmi Zainol.
PETALING JAYA: Presiden Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol mengakui tidak gentar sekiranya dipanggil untuk membantu siasatan dalaman kes melibatkan pelajar universiti itu yang terlibat dalam perhimpunan haram yang diadakan pada Isnin malam. Bagaimanapun Fahmi berkata, setakat ini dia belum menerima sebarang panggilan mahupun surat daripada pihak pentadbiran universiti bagi memaklumkan perkara tersebut. Bagaimanapun, anak muda yang berasal dari Permatang Pauh, yakin pihak universiti tidak akan mengambil tindakan drastik terhadapnya atau mana-mana pelajar yang terlibat dengan perhimpunan itu. "Saya yakin UM sebuah universiti yang mendukung aspirasi kebangsaan dan membenarkan kebebasan bersuara, sekiranya siasatan dijalankan ia akan dilaksanakan secara adil. "Saya sedia untuk memberikan keterangan jika dipanggil. Berani kerana benar,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa. Ditanya sekiranya pihak universiti mengambil tindakan tegas termasuk menggantung pengajian atau membuangnya daripada UM, Fahmi berkata: "Saya yakin pihak pentadbiran UM tidak akan mengambil tindakan kejam seperti itu." "Saya sentiasa bersiap sedia. Cuma saya harap dapat tamatkan pengajian, kerana saya tinggal satu semester sahaja lagi," katanya yang merupakan pelajar tahun akhir jurusan Pentadbiran dan Keadilan Sosial. Fahmi turut menafikan beliau merupakan penyokong tegar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebaliknya menyatakan tujuan 'Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya ke Penjara' di Dataran Tunku Canselor diadakan bagi memperjuangkan kebebasan bersuara dan menolak kekejaman kuasa politik yang campur tangan dalam pentadbiran universiti tempatan. "Saya adakan program ini bukan hanya kerana saya meminati beliau (Anwar Ibrahim), malah sudah tiba masanya masyarakat mendengar suara anak muda, kerana mereka ini akan menjadi pemimpin masa hadapan,” katanya yang juga pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Terdahulu, UM telah menjalankan siasatan dalaman terhadap pelajarnya yang terlibat dalam perhimpunan haram di universiti berkenaan pada Isnin malam. Dalam masa sama juga, pihak pentadbiran UM turut membuat laporan polis di Balai Polis Pantai pada Selasa berhubung perhimpunan haram itu. Keadaan di UM pada perhimpunan haram menjadi huru-hara apabila sekumpulan mahasiswa dan orang ramai yang terdiri daripada penyokong Anwar bertindak merempuh pintu utama UM untuk menghadiri program pidato Ketua Pembangkang itu. Dalam kejadian pada pukul 9.20 malam itu, kumpulan tersebut berjaya merempuh masuk pintu arah Bangsar selepas ia dikunci bagi tujuan keselamatan manakala pintu lain dibuka dengan kawalan.- mstar online

Nelayan Terkejut Tangkap Pari Sebesar Lori Pasir
NENASI – Tiga nelayan terkejut apabila melihat seekor ikan pari bersaiz gergasi tersangkut pada pukat mereka ketika turun ke laut petang kelmarin.
Seorang nelayan terlibat yang dikenali Che Deraman, 60an berkata, dia bersama dua lagi rakannya turun ke laut seperti biasa awal pagi kelmarin untuk mencari rezeki.
Menurutnya, jumlah hasil tangkapan pada hari berkenaan adalah seperti biasa sahaja dan mereka turut mengambil masa untuk berehat sebentar ketika berada di laut Nenasi manakala pukat ikan telah diturunkan bagi menahan dan menangkap hasil laut.
‘Kami kemudiannya memeriksa kedudukan dan menaikkan pukat untuk melihat hasil yang diperoleh, namun terkejut selepas melihat seekor pari yang amat besar dan berat berada di dalam pukat.
“Kabel yang digunakan untuk mengangkat pukat membantu kesukaran kami menaikkan pari tersebut namun tetap bimbang kerana saiznya yang amat besar mampu menyebabkan kerosakan kepada pukat dan kabel,” katanya ketika menimbang berat pari berkenaan di jeti Nenasi, di sini.
Dia berkata, struktur isi ikan pari gergasi ini mungkin jauh lebih keras atau kenyal berbanding ikan lain namun ia menepati cita rasa dan mendapat permintaan tinggi pembeli dari negara jiran iaitu Singapura.
“Ini tangkapan pari yang paling besar diperoleh kerana sepanjang menjadi nelayan sejak lebih 30 tahun lalu, saya juga sering memperoleh tangkapan ikan pari tapi selalunya berat ikan mencecah 100 kilogram lebih sahaja.
“Harga ikan ini turut dikira melalui berat kilogram namun ia bersesuaian dengan tawaran di antara pembeli dan nelayan atau peraih yang bersetuju untuk menjualnya dengan harga semasa,” katanya. - Sinar Harian
TOP
Gareth Bale, Neymar Tersenarai Untuk Anugerah Ballon d’Or
LONDON – Penyerang Real Madrid, Gareth Bale adalah antara 23 pemain disenaraikan bagi Ballon d’Or 2014.
Bale, 25, menyumbat 22 gol untuk Real Madrid, musim lalu ketika barisan La Liga itu memenangi Liga Juara-Juara.
Lima pemain dari Liga Perdana Inggeris – Thibaut Courtois, Diego Costa, Angel Di Maria, Eden Hazard dan Yaya Toure juga dicalonkan bagi anugerah pemain terbaik dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo juga akan berharap dapat mempertahankan gelaran itu sekali lagi.
Penyerang Barcelona, Lionel Messi yang sudah menang anugerah ini tiga kali dalam tempoh empat tahun juga disenaraikan bersama rakan sepasukan, Neymar.
Jumlah calon ini akan dikurangkan kepada tiga pada Disember ini dengan pemenang bakal diumumkan pada 12 Januari di Zurich.
Sementara itu, Carlo Ancelotti yang mengemudi Real Madrid menjuarai Liga Juara-Juara buat kali ke-10 serta memenangi Piala Super dan Copa del Rey, musim ini dicalonkan untuk anugerah jurulatih terbaik.
Pengurus Chelsea, Jose Mourinho, pengendali Manchester City, Manuel Pellegrini dan Louis van Gaal (Manchester United) yang membimbing Belanda mendapat tempat ketiga dalam Piala Dunia 2014 juga dicalonkan bersama jurulatih Jerman, Joachim Low. – BBC Sport
INFO
SENARAI PEMAIN TERBAIK
Gareth Bale (Wales, Real Madrid)
Karim Benzema (Perancis, Real Madrid)
Diego Costa (Sepanyo, Chelsea)
Thibaut Courtois (Belgium, Chelsea)
Cristiano Ronaldo (Portugal, Real Madrid)
Angel Di Maria (Argentina, Manchester United)
Mario Gotze (Jerman, Bayern Munich)
Eden Hazard (Belgium, Chelsea)
Zlatan Ibrahimovic (Sweden, Paris St-Germain)
Andres Iniesta (Sepanyol, Barcelona)
Toni Kroos (Jerman, Real Madrid)
Philipp Lahm (Jerman, Bayern Munich)
Javier Mascherano (Argentina, Barcelona)
Lionel Messi (Argentina, Barcelona)
Thomas Muller (Jerman, Bayern Munich)
Manuel Neuer (Jerman, Bayern Munich)
Neymar (Brazil, Barcelona)
Paul Pogba (Perancis, Juventus)
Sergio Ramos (Sepanyol, Real Madrid)
/> Arjen Robben (Belanda, Bayern Munich)
James Rodriguez (Colombia, Real Madrid)
Bastian Schweinsteiger (Jerman, Bayern Munich)
Yaya Toure (Ivory Coast, Manchester City)
SENARAI JURULATIH TERBAIK
Carlo Ancelotti (Real Madrid) Antonio Conte (Juventus-Itali)
Pep Guardiola (Bayern Munich)
Jurgen Klinsmann (AS)
Joachim Low (Jerman)
Jose Mourinho (Chelsea)
Manuel Pellegrini (Manchester City)
Alejandro Sabella (Argentina)
Diego Simeone (Atletico Madrid)
Louis van Gaal (Belanda-Manchester United)-mynewsub

Lebih RM19 Bilion Untuk Pembangunan Sejak 2010
KUALA LUMPUR – Sebanyak RM19.78 bilion peruntukan pembangunan telah diluluskan Kerajaan Persekutuan untuk pelaksanaan projek-projek pembangunan di Sarawak sejak Januari 2010 hingga 28 September lepas, Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata ia merupakan peruntukan tertinggi berbanding yang diterima negeri-negeri lain dalam tempoh itu.
Jumlah itu termasuk peruntukan pembangunan bernilai RM312.42 juta untuk Parlimen Sarikei bagi tempoh sama, katanya menjawab soalan Wong Ling Biu (DAP-Sarikei) di Parlimen di sini.
Wong ingin tahu jumlah peruntukan pembangunan yang disalurkan kerajaan pusat kepada negeri Sarawak, termasuk Parlimen Sarikei, dalam tempoh lima tahun lepas.
Shahidan berkata Kerajaan Persekutuan meluluskan jumlah peruntukan yang besar kerana mengambil kira keluasan negeri itu dan jumlah penduduk yang lebih ramai.
“Sarawak kini merupakan antara tiga negeri maju yang utama di Malaysia. Kita bukan saja bawa pembangunan, tetapi kita pastikan limpahannya dirasai oleh rakyat Sarawak,” katanya. – BERNAMA
TOP
23 Nov Tarikh Sambung Bicara Kes Saman Fitnah Hadi Awang
KUALA TERENGGANU – Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menetapkan 23 Nov depan untuk menyambung perbicaraan kes saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu berikutan kegagalan pihak plaintif mengemukakan seorang lagi saksi daripada akhbar Kosmo untuk memberi keterangan.
Abdul Hadi hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, yang diiringi kira-kira 1,000 penyokong, untuk memberi keterangan sebagai saksi defenden hari ini untuk mengetepikan perintah penghakiman ingkar terhadapnya dalam kes saman itu.
Peguam Hadi Asmuni Awi ketika ditemui di luar mahkamah berkata dalam perbicaraan hari ini plaintif telah memanggil seorang sahaja saksi iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar Azan Ismail bagi memberi keterangan.
“Sepatutnya seorang lagi plaintif daripada Kosmo, bagaimanapun tidak dapat hadir sungguhpun waran tangkap telah dikeluarkan, tapi waran tangkap tidak dapat dilaksanakan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar mahkamah.
Katanya selain Hadi, turut hadir memberi keterangan sebagai saksi defenden ialah Adun Alur Limbat Ariffin Deraman.
Pada 23 Feb lepas Abdul Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab atau memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul pada 5 Dis tahun lalu.
Mohd Shamsul mengambil tindakan itu selepas Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum lepas sebagai alasan untuk PAS meletakkan calonnya bertanding di DUN Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.
Dalam pernyataan tuntutannya Mohd Shamsul mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April 2013 telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan. – BERNAMA
TOP
Koperal Polis Didakwa Terima Suapan
BUTTERWORTH – Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menerima suapan wang tunai bernilai RM1,150 pada 2013.
Koperal Nordin Kamat, 55, dituduh menerima suapan itu daripada Ng Lap Ken sebagai dorongan tidak mengenakan tindakan terhadapnya yang menjalankan perniagaan cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) haram.
Dia melakukan kesalahan itu di premis nombor 89, Jalan Tingkat Kurau 4, Taman Chai Leng, pada 10 malam, 28 Oktober 2013.
Nordin didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi.
Hakim Julie Lack menetapkan 19 November ini untuk sebutan semula kes dan membebaskan tertuduh dengan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Ghazali Muhamad Nadzri manakala tertuduh diwakili peguam Jason Khoor. – Bernama
TOP
Isu Ibrahim Ali: Pemuda MIC Bantah Keputusan Peguam Negara
KUALA LUMPUR – Pemuda MIC kesal dengan keputusan Jabatan Peguam Negara tidak mendakwa Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali dibawah Akta Hasutan 1948.
Ketua Pemuda MIC, C.Sivarraajh berkata, Ibrahim dengan jelas telah melakukan perbuatan menghasut yang boleh menjejaskan hubungan baik antara kaum dan agama kerana menyeru umat Islam merampas dan membakar salinan bible Al Kitab mengandungi perkataan Allah pada 1 Januari 2013.
“Saya terperanjat dengan Peguam Negara boleh membuat kenyataan secara terbuka tiada elemen hasutan dalam kenyataan Ibrahim tersebut. Kami tidak bersetuju dengan Peguam Negara kerana ia jelas satu hasutan.
“Pada kami Ibrahim perlu dikenakan tindakan kerana menghasut,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Jabatan Peguam Negara semalam mengumumkan tidak akan mendakwa Presiden Perkasa mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataannya menyeru umat Islam merampas dan membakar salinan bible Al-Kitab yang mengandungi perkataan Allah.
Ia kerana kenyataan beliau didapati tidak dalam lingkungan definisi kecenderungan menghasut mengikut Akta Hasutan 1948. – mynewshub.cc
TOP
Kriteria Masuk Sekolah Berasrama Penuh
KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan mengambil kira beberapa kriteria penting dalam menentukan calon Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang layak memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pada tahun depan.
Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan memaklumkan, kriteria itu antaranya memperoleh Gred A sekurang-kurangnya enam mata pelajaran termasuk mata pelajaran Sains dan Matematik.
Enam mata pelajaran itu bagaimanapun tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Tambahan seperti Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Punjabi.
“Ujian Bertulis dan Ujian Lisan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Inggeris pula akan dikira sebagai dua pentaksiran berbeza bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, calon PT3 yang layak memasuki SBP pada tahun depan perlu juga memperoleh sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran yang lain.
Calon aliran Sains Tulen Agama dan Aliran Agama Ikhtisas pula wajib memperoleh Gred A bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran Bahasa Arab.
Tambah kenyataan itu, Kementerian Pendidikan akan turut mengambil kira pencapaian menerusi Pentaksiran Sekolah serta Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
Manakala, Pentaksiran Psikometrik dalam PT3 akan digunakan sebagai panduan kesesuaian aliran mata pelajaran serta kemampuan dan minat mereka.
“KPM juga mengekalkan aspek merit pemilihan untuk kemasukan ke SBP pada tahun 2015 iaitu dari aspek akademik, sukan, kokurikulum, status sosio ekonomi keluarga dan lokasi sekolah asal murid.
“Semua calon Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi tahun 2014 akan menerima Pelaporan PT3 pada 22 Disember ini di sekolah masing-masing,” kata kenyataan itu.
Kementerian Pendidikan memaklumkan permohonan bagi kemasukan di Tingkatan 4 ke SBP bagi tahun 2015 adalah secara ‘online’ melalui laman web KPM www.moe.gov.my bermula 1 hingga 30 Disember ini.
Justeru, calon-calon PT3 yang mahu memohon masuk ke SBP diminta mengisi secara `online’ pencapaian PAJSK, PS dan Psikometrik mereka pada 1 Disember 2014.
Tambah kenyataan itu lagi, semakan keputusan pemilihan dan penempatan boleh dibuat selewat-lewatnya 30 Januari 2015 menerusi laman web www. moe.gov.my.
“Calon-calon yang berjaya akan dimaklumkan juga melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Calon-calon yang tidak berjaya boleh mengemukakan permohonan secara e-rayuan di laman web KPM
“Setelah mengambil kira Cuti Tahun Baru Cina tahun 2015, maka bagi calon-calon yang berjaya dalam permohonan mereka, pendaftaran di SBP akan bermula pada 23 Februari 2015,” kata kenyataan itu. – mynewshub.cc
TOP
Pelajar Tingkatan 3 Mati Lemas Tercampak Dalam Longkang
TASEK GELUGOR – Seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di sini mati lemas selepas tercampak ke dalam longkang besar apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas di Padang Cempedak, di sini tengah malam tadi.
Muhammad Amirul Asraf Mohamad Sabri, 15, dipercayai dibawa arus deras dan mayatnya ditemui kira-kira satu kilometer dari lokasi pelajar itu dilapor terjatuh.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata ketika kejadian pada 12.45 tengah malam itu, pelajar berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Jarak Atas ke Tasek Gelugor.
“Mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya menyebabkannya terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh longkang dan terjatuh ke dalamnya. Kejadian itu disedari beberapa orang awam yang melalui kawasan itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata polis serta pasukan bomba dan penyelamat melancarkan gerakan mencari sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu.
Mayat dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat. – BERNAMA
TOP
Pemandu Teksi Warga Emas Cedera Ditetak Anak Tiri
BESUT – Seorang pemandu teksi warga emas berumur 62 tahun cedera di kepala setelah ditetak menggunakan golok oleh anak tirinya di tepi jalan Kampung Seberang Kastam di sini.
Sebelum kejadian yang berlaku Ahad lepas, bekas isteri warga emas itu berusia 50-an bersama anaknya (suspek) berumur 36 tahun telah menemui mangsa di stesen teksi pekan Kuala Besut pada pukul 4.20 petang pada hari yang sama untuk menuntut RM4,000 yang dipinjam mangsa sebelum itu.
Setelah berlaku bertengkaran, mangsa yang enggan melayani tuntutan bekas isterinya itu terus memandu teksinya menghala ke Kampung Raja tetapi berhenti di tepi jalan di tempat kejadian untuk berehat.
Tidak lama selepas itu suspek bersama seorang lagi rakan menghampiri mangsa dan menetak kepala mangsa dengan menggunakan golok yang dibawanya hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.
Orang ramai yang melihat kejadian itu telah membawa mangsa ke Hospital Daerah Besut untuk rawatan di Unit Kecemasan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Noor Halim Nordin yang dihubungi mengenai kejadian telah mengesahkan menerima laporan daripada mangsa.
Bagaimanapun katanya setekat ini masih belum ada tangkapan dilakukan dan pihaknya sedang menjalankan siasatan. – BERNAMA
TOP
Bomba Pantau 568 Kawasan Berisiko Banjir Di Kedah
ALOR SETAR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah membuat persiapan rapi dari segi logistik dan keanggotaan bagi memantau 568 kawasan berisiko banjir ekoran hujan tidak menentu di negeri ini.
Pengarahnya, Ahmad Shahabuddin berkata pihaknya menyediakan Pelan Tindakan Kontigensi Bencana Banjir untuk dijadikan panduan dan rujukan bagi menghadapi fenomena itu dan mekanisme tindakan bencana banjir juga dilaksanakan bagi memastikan tindakan operasi dapat dilaksanakan dengan terancang.
“Kita juga memantau semua aset dan kelengkapan supaya berada dalam keadaan terbaik untuk digunakan semasa operasi nanti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan JBPM Negeri Kedah di sini hari ini.
Katanya antara daerah yang dikenal pasti berisiko banjir ialah Langkawi (43 kawasan), Kubang Pasu (149), Sik (33), Bandar Baharu (22), Pendang (85), Yan (27), Kulim (24), Baling (97), Kota Setar (23), Padang Terap (22), Kuala Muda (37) dan Pokok Sena (6).
Ahmad berkata selain peralatan, pasukan khas seperti Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (Storm), Pasukan Kemahiran Pelbagai (Must) dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) telah bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku semasa operasi banjir nanti.
“Kita juga menyiapsediakan 26 anggota PPDA, tujuh anggota Storm dan 26 anggota Must dan boleh dikerahkan bertugas pada bila-bila masa yang diperlukan.
“Selain itu, kita telah menambah 10 unit bot aluminium oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sehingga kini JBPM Kedah mempunyai 58 unit jenis pengangkutan air iaitu bot aluminium besar (14), bot aluminium kecil (18), bot gentian kaca (6), bot kevlar (2), bot getah (1), jet ski (6), bot penyelamat (1) dan bot MKN12F V shape (10),” katanya.
Katanya dari segi persediaan anggota pula, kesemua 717 anggota bomba di seluruh negeri telah diberi latihan dan penerangan secukupnya berkaitan aktiviti menyelamat serta memindahkan mangsa yang terjejas. – BERNAMA
TOP
Lelaki Maut Terhidu Asap Kebakaran Sistem Audio Kereta
GEORGETOWN – Seorang lelaki maut dipercayai akibat terhidu asap berlebihan selepas sistem audio kereta yang dipandu rakannya terbakar di Lebuh Chulia di sini tengah malam tadi.
Dalam kejadian 12.42 tengah malam itu, Abdul Rahim Md Nor, 63, pengsan dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada jam 3 pagi tadi.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Mohd Suhaimi Abdullah, berkata kebakaran kecil dipercayai berpunca daripada sistem audio dalam kereta Jaguar itu yang pada mulanya mengeluarkan percikan api.
“Ketika kami sampai, pemandu kereta berusia 50-an itu sedang cuba mengeluarkan rakannya yang telah pengsan di tempat duduk penumpang…kebakaran itu tidak begitu serius,” katanya ketika dihubungi.
Seorang anggota keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, Abdul Rahim yang menghidap sakit jantung keluar daripada rumah mereka di Bukit Jambul, di sini kira-kira jam 11 malam untuk bertemu rakannya.
“Doktor kata arwah mengalami serangan jantung selepas kejadian, dia juga dikatakan sesak nafas sehingga terpaksa diberi bantuan pernafasan selepas dikeluarkan daripada kereta,” kata wanita itu ketika ditemui di Jabatan Forensik HPP di sini. – BERNAMA
TOP
PAS Anjur Program Luaskan Amalmu!
KUALA LUMPUR – Jambori Amal Peringkat Kebangsaan kali ke-21 di Padang Terap, Kedah anjuran Jabatan Amal Malaysia (JAM) PAS pada 30 Oktober hingga 2 November ini bertemakan Luaskan Amalmu.
Ketua Pengarah JAM, Johari Osman berkata, program yang akan diadakan di Brilliant Camp Site, Kampung Kuala Pai itu turut melibatkan pelbagai acara melibatkan masyarakat luar dan setempat daripada pelbagai kaum.
“Program ini akan mengumpulkan ke semua ahli amal di seluruh Malaysia untuk merealisasikan objektif amal kami,” katanya kepada sebuah portal pembangkang.
Johari berkata, program itu juga bertujuan mengeratkan silaturahim antara ahli amal seluruh negara serta memasyarakatkan amal kepada rakyat dan komponen pakatan pembangkang.
Program itu akan disertai ahli Jabatan Amal Malaysia, Briged Amal malaysia dan Briged Muslimat Malaysia.
Tema program Luaskan Amalmu itu bagaimanapun dilihat mirip slogan pasukan bola sepak Johor Harimau Selatan iaitu Luaskan Kuasamu.
Tida diketahui sama ada PAS meniru slogan Johor Darul Takzim (JDT) itu atas populariti pasukan berkenaan atau ia satu bentuk sindiran ke atas penyokong-penyokong bola sepak Johor. – mynewshub.cc
TOP
PAS Cadang M’sia Bina Taman Tema Al-Quran Pertama Di Dunia
KUALA LUMPUR – Seorang Ahli Parlimen PAS mencadangkan agar Malaysia membangunkan sebuah taman tema Al-Quran terbesar yang pertama di dunia yang dipercayai mampu menarik lebih ramai pelancong dan mendatangkan lebih banyak pahala kepada negara.
Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Bachok) berkata taman tema tersebut lebih bermanfaat daripada peruntukan bernilai RM30 juta yang dicadangkan untuk membina pusat percetakan kedua terbesar di dunia di Putrajaya.
“Saya mencadangkan peruntukan itu dipinda dan digunakan untuk pembinaan taman tema seperti dicadangkan.
“Di Malaysia, kini sudah ada Legoland, Sunway Lagoon dan Lost World of Tambun.
“Kini sudah tiba masanya seluruh dunia datang ke Malaysia untuk mempelajari Al-Quran di dalam taman tema,” katanya ketika membahaskan ucapan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada Selasa.
Ahmad Marzuk turut mencadangkan taman tema itu dibahagikan kepada 113 bahagian untuk melambangkan 113 surah dalam Al-Quran.
Beliau amat yakin kerajaan PAS Kelantan akan menawarkan tanah untuk projek tersebut.
Ketika ditanya oleh Datuk Wan Khairil Anuar Wan Ahmad (BN-Kuala Kangsar) mengenai kos projek yang dicadangkan itu, Ahmad Marzuk berkata, ia bukan menjadi kebimbangan pada masa sekarang.
“Kos bukan satu isu. Apa yang penting adalah lampu hijau daripada kerajaan. Sudah tentu ada peruntukan tambahan daripada kerajaan,” katanya. – mStar Online
TOP
Beg Sandang Anti Kecurian Bagi Pengguna Pengangkutan Awam
Pernahkah anda melihat seorang pengguna mengenakan gaya pemakaian beg secara terbalik di hadapan?
Ya, ia mungkin bagi mengelakkan kes di mana poket luar beg diseluk mengakibatkan barang-barang penting seperti peranti, wayar pengecas dan komputer riba tidak dicuri.
Bagi meyelesaikan malasah kecurian yang agak licik ini, beg RIUT (Revolution In User Thinking) adalah penyelesaian yang dihasilkan oleh Sarah Giblin dari United Kingdom.
Sebagai penduduk di kota London, menggunakan pengangkutan awam adalah sebuah keperluan.
Selepas daripada kejadian ragut yang menimpa dirinya, beliau mula menghasilkan protaip Riut.
Apakah yang membezakan beg ini dengan beg yang ada di pasaran?
Riut tidak mempunyai zip pada bahagian belakang beg, sebalikya zip terletak pada bahagian depan.
Apabila disandang zip akan tersorok dan dihimpit oleh badan pemakai.
Ini mengurangkan kebarangkalian anda boleh diseluk oleh pencuri. Riut juga diperbuat daripada bahan kalis air bagi memastikan peranti yang disimpan di dalamnya tidak akan rosak apabila hujan. Beg ini cukup besar untuk memuatkan sebuah komputer riba 15 inci dan beberapa peranti pintar pada waktu yang sama. Sarah masih mengumpul dana bagi menjadikan ciptaan menarik beliau ini menjadi realiti. Harga Riut bermula dari 45 pound (RM 238) sebuah. Kami rasakan ini adalah ciptaan yang bagus untuk pengguna pengangkutan awam harian dan harga yang ditetapkan sangat berpatutan. Sumber: Kickstater Oleh: hzqahmd

Malaysia Gesa Keselamatan Penerbangan Awam Dipertingkat
KUALA LUMPUR – Negara anggota Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) perlu mengguna pakai prosedur dan protokol mandatori bagi meningkatkan standard dan jaminan keselamatan penerbangan awam antarabangsa.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, membuat gesaan itu dalam ucapannya yang turut menyentuh tragedi menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan MH17 ketika mewakili Malaysia pada mesyuarat ke-203 Majlis ICAO di Montreal, Kanada semalam.
“Sebagai tanda sokongan padu kita kepada keluarga penumpang dan anak kapal yang terkorban, kini kita perlu melangkah ke hadapan dengan semangat baharu untuk mewujudkan standard dan jaminan keselamatan dalam penerbangan antarabangsa bagi generasi akan datang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Liow juga mengemukakan beberapa cadangan kepada Majlis ICAO berhubung isu risiko penerbangan berkaitan MH370 dan MH17.
Antaranya ialah keperluan melaksanakan pengesanan pesawat secara tepat masa, penggunaan bateri lebih tahan lama untuk kotak hitam dan kewajipan perkongsian maklumat antara ICAO, negara anggotanya dan industri penerbangan.
Mengambil contoh bagaimana kemajuan dalam penyiasatan tragedi MH17 tersekat oleh keadaan geopolitik di Ukraine, Liow menegaskan perlunya kajian semula dibuat terhadap garis panduan penyiasatan apabila sesuatu nahas udara berlaku di zon konflik.
Sambil memuji tindakan dan respons ICAO terhadap dua tragedi itu, beliau menggesa pertubuhan berkenaan meluaskan peranan kepimpinannya dengan memperkenalkan kepada negara anggota resolusi bagi menyokong syor yang dikemukakan Malaysia.
“Sekiranya dua kejadian yang belum pernah berlaku sebelumnya itu memberi pengajaran kepada kita, ia tidak lain dan tidak bukan ialah kita tidak boleh melengah-lengahkan untuk melakukan perubahan dalam operasi penerbangan komersial global.
“Pada hari biasa, lebih lapan juta orang menggunakan pesawat terbang dan kita akan dianggap cuai sekiranya membazirkan satu hari lagi dengan tidak melaksanakan dasar dan prosedur untuk membantu menjamin keselamatan mereka,” katanya.
Penerbangan MH370 yang membawa 239 orang hilang pada 8 Mac ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur. Usaha mencari pesawat MAS itu memasuki fasa laut dalam di selatan Lautan Hindi yang dipercayai menjadi tempat pesawat berkenaan bersemadi.
Penerbangan MH17 pula dipercayai ditembak jatuh di wilayah bergolak di Ukraine pada 17 Julai ketika dalam penerbangan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam, mengakibatkan semua 298 orang terkorban. – BERNAMA
TOP
Fama Yakin Pasar Tani Capai Sasaran Jualan
LEMBAGA Pamasaran Pertanian Persekutuan (Fama) yakin sasaran nilai jualan di pasar tani seluruh negara sebanyak RM1.5 bilion boleh dicapai tahun ini berikutan nilai jualan antara Januari dan Ogos sudah pun mencatat RM880 juta.
Pengarah Kanan Pembangunan Usahawan Fama, Abdul Razak Abdul Majid berkata, pihaknya yakin dapat mencapai sasaran itu berdasarkan beberapa program yang akan diwujudkan dalam tempoh terdekat ini.
Antara program tersebut ialah penambahan 17 pasar tani kekal di seluruh negara, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Pemantapan UrusSetia Pasar Tani Negeri Selangor/Wilayah Persekutuan, di Kota Bharu hari ini.
Abdul Razak berkata, sehingga kini terdapat 553 pasar tani di seluruh negara melibatkan 24,000 usahawan.
Nilai jualan pasar tani seluruh negara tahun lepas sebanyak RM1 bilion.
Beliau berkata, Fama turut membangunkan program Agro bazar dan kedai rakyat untuk memasarkan hasil pertanian dari kawasan luar bandar.
Di samping itu, sejak 2008 hingga kini, Fama menyediakan 443 motosikal roda tiga kepada pemborong untuk membeli hasil pertanian daripada penduduk luar bandar untuk dipasarkan, termasuk di pasar tani.
“Dengan menggunakan motosikal ini pemborong boleh mendapatkan bekalan kerana lori tidak boleh masuk ke kawasan luar bandar disebabkan jalan yang sempit dan sebagainya,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Fama Selangor/Wilayah Persekutuan Mat Sani Hassan berkata, pihaknya memilih Kelantan sebagai destinasi pertama penganjuran bengkel itu bagi mendedahkan kepada peserta mengenai pengurusan di negeri pengeluar selain memantapkan pengurusan bagi pasar tani di Selangor dan Wilayah Persekutuan.
“Kelantan ini merupakan negeri pengeluar seperti buah-buahan. Kita bersedia menerima lambakan hasil tanaman tersebut untuk dipasarkan ke Putrajaya atau di Wilayah Persekutuan yang mendapat permintaan yang lebih tinggi,” katanya. – BERNAMA
TOP
Kerjasama Strategik Perlu Untuk Kekalkan Warisan Melayu
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima cenderahati dari Penasihat Kongres dan Pameran Warisan Melayu Sedunia yang juga Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), di majlis perasmian Kongres dan Pameran Warisan Melayu Sedunia di Pusat Pameran dan Konvension MATRADE di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) perlu diwujudkan untuk memastikan warisan Melayu terus kekal dan relevan pada masa akan datang. Timbalan Perdana Menteri berkata, kerjasama itu penting untuk pemuliharaan, pengembangan dan pendidikan warisan Melayu sekali gus dapat memberi manfaat kepada semua penggiat industri yang terlibat. “Pada hemat saya, NGO seperti Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) boleh memikirkan bagaimana produk-produk yang berunsurkan warisan Melayu ini boleh dipasarkan baik di dalam dan luar negara. “Secara tidak langsung, nilai ekonomi pada produk warisan Melayu ini akan melonjak dan industri tersebut boleh berkembang dengan lebih maju dan berjaya,” katanya ketika berucap merasmikan Kongres dan Pameran Warisan Melayu Sedunia 2014 di sini hari ini. Turut hadir Presiden Perdasama Datuk Moehamad Izat Emir, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri Masyarakat dan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Dr Norsaadah Ismail. Jelas Muhyiddin, menerusi kerjasama tersebut, ia dapat menggalakkan usaha untuk memulihara warisan Melayu sebagai warisan penting dalam negara untuk dimanfaatkan generasi kini dan masa depan. Beliau menarik perhatian, usaha-usaha ke arah mengembangkan seni dan warisan Melayu dapat menjadi wahana penting termasuk untuk kaum bukan Melayu bagi mengenali bangsa Melayu dengan lebih dekat lagi. Menurutnya kepelbagaian budaya, bahasa dan warisan yang dimiliki setiap bangsa dan keturunan tidak akan menjadi faktor penghalang perpaduan, kemakmuran dalam sesebuah masyarakat majmuk. “Ini sebaliknya menyumbang kepada kewujudan sebuah masyarakat yang mengenali khazanah budaya dan tradisi masing-masing dalam suasana yang harmonis,” katanya. Muhyiddin berkata, menerusi seni dan warisan Melayu, masyarakat dapat mengetengahkan nilai-nilai murni yang menjadi pegangan sejak zaman berzaman untuk dijadikan panduan generasi hari ini dan akan datang. Menyentuh mengenai kongres hari ini, Timbalan Perdana Menteri berkata, ia menjadi satu medan terbaik untuk merangka satu pelan pembangunan industri berteraskan warisan Melayu di samping mengupas unsur-unsur positif dalam warisan sejarah ketamadunan dan kebudayaan Melayu. Kongres dan Pameran Warisan Melayu Sedunia 2014 yang bermula hari ini sehingga esok dianjurkan Perdasama dan UiTM sebagai platform menghimpunkan penggiat seni, cendekiawan, penggubal dasar dan pihak-pihak yang berkaitan untuk bermusyawarah bagi menghasilkan resolusi dalam memangkin keunggulan Warisan Seni Bangsa. Antara objektifnya juga ialah menyatupadukan Melayu dan Bumiputera dari dalam dan luar negara melalui satu rantaian dengan mewujudkan Pusat Cerdik Pandai Ekonomi dan memelihara harta intelek Melayu dan bumiputera. Sebanyak sembilan kertas kerja akan dibentangkan dan dua perbincangan diadakan sepanjang kongres ini berlangsung. – BERNAMA

Pastikan Rumah Bebas Aedes Selepas Pulang Bercuti
KUALA LUMPUR – Orang ramai yang kembali ke rumah selepas menyambut Hari Deepavali diminta melakukan pembersihan kawasan rumah untuk memastikan rumah mereka bebas nyamuk aedes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai hanya diminta meluangkan masa selama 10 minit untuk berbuat demikian.
“Orang ramai juga disarankan menyembur aerosol di dalam rumah sebaik pulang daripada bercuti bagi melindungi diri dan keluarga dari gigitan nyamuk aedes.
“Semburan aerosol juga digalakkan digunakan pada waktu puncak nyamuk aedes mengigit iaitu semasa pagi dan senja,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Noor Hisham dalam pada itu memaklumkan, sebanyak 1,882 kes denggi dilaporkan di seluruh negara dari 12 hingga 18 Oktober lalu.
Menurutnya, terdapat empat kematian akibat denggi dilaporkan dalam tempoh sama iaitu dua di Perak dan masing-masing satu kes kematian di Terengganu dan Kuala Lumpur.
Jelasnya, sebanyak 157 kematian akibat denggi dilaporkan dari Januari hingga 18 Oktober lalu berbanding cuma 59 kematian dalam tempoh sama pada tahun lalu. – mynewshub.cc
TOP
79 Kena Kompaun RM250 Merokok Di Tempat Awam
KUALA LUMPUR – Sebanyak 179 individu dikenakan kompaun kerana merokok di tempat awam dalam satu operasi Kementerian Kesihatan pada 30 September lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 17 pemilik premis turut dikenakan kompaun kerana gagal mempamer tanda larangan merokok di premis masing-masing.
“Seramai 133 individu terbabit dikompaun kerana merokok di kompleks beli belah, 45 perokok dikompaun kerana merokok di tempat makan berhawa dingin dan satu perokok dikompaun kerana merokok di kedai berhawa dingin.
“Mereka dikenakan kompaun minimum RM250 setiap seorang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Noor Hisham berkata, pemilik premis yang tidak memasang tanda larangan merokok turut dikenakan kompaun RM250.
Menurut beliau, mereka yang gagal menjelaskan kompaun itu boleh didakwa di mahkamah dan didenda maksimum RM10,000 atau dipenjara maksimum dua tahun. – mynewshub.cc
TOP
Tiada Lagi Penghantaran Powerbank Ke Sabah Sarawak
Bermula 1 November ini, Pos Malaysia tidak lagi akan menyokong penghantaran yang menyertakan bateri litium dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Serawak atau sebaliknya.
Melalui kenyataan rasmi mereka, perkara tersebut adalah selari dengan peraturan yang digunakan oleh IATA, yang mana menyertakan bateri litium di dalam barangan yang dilarang dan berbahaya untuk dikendalikan menggunakan mel udara.
Selain daripada powerbank, produk seperti telefon pintar juga tidak terkecuali memandangkan ia menggunakan bateri berasaskan litium padanya.
Buat masa ini, ia dilihat hanya Pos Malaysia menggunakan peraturan tersebut dan tiada notis daripada syarikat mel lain buat masa ini.
Anda boleh menghubungi di talian 1 300 300 300 bagi menghubungi pusat khidmat pelanggan Pos Malaysia untuk keterangan lanjut.
Berikut merupakan kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh pihak Pos Malaysia.
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC
TOP
Kes Liwat Anwar Bukan Isu Nasional – KJ
KUALA LUMPUR – Seluruh rakyat Malaysia diharap menerima apa sahaja keputusan yang akan dibuat oleh mahkamah berhubung kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, kes dihadapi Anwar merupakan kes individu yang tidak perlu dikaitkan dengan sistem kerajaan atau kehakiman negara ini.
Tegasnya, pertuduhan yang dihadapi Anwar langsung tiada kaitan kredibiliti kerajaan maka negara tidak perlu dibebani dengan isu peribadi ketua pembangkang tersebut.
“Apa sahaja keputusan mahkamah, saya harap sebagai rakyat Malaysia kita terima. Ini bukan masalah negara. Ini masalah seorang individu. Banyak lagi kerja kita untuk membangunkan negara.
“Yang dibicarakan pada minggu ini bukan negara kita, bukan kerajaan dan bukan sistem kehakiman kita. Yang dibicarakan adalah Anwar Ibrahim,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata, Anwar memang sentiasa cuba memberi gambaran perbicaraan beliau kononnya satu isu nasional untuk mengheret rakyat dalam masalah peribadinya.
Menurutnya, bagi Anwar hanya keputusan yang memihak kepada beliau membuktikan mahkamah bebas dan adil.
Sebagai bukti, katanya, Anwar akan menganggap kes saman malu yang beliau menang di mahkamah sebagai kebebasan institusi kehakiman.
Tetapi apabila keputusan yang tidak memihak kepadanya, Anwar akan mendakwa ia sebagai satu usaha menjatuhkan karier politik beliau.
“Kes ini mula dibicarakan pada 7 Ogos 2008. Kes yang ditangguhkan sebanyak 67 kali. Kebanyakkannya atas permintaan peguam Anwar,” katanya. – mynewshub.cc
TOP
Enggan Ditemuramah, Sempat Jumpa Penyokong Lepas Prosiding
SEBAIK selesai menjalani sesi prosiding mahkamah bagi mendengar rayuan berhubung kes liwat, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masanya bertemu dengan segelintir penyokongnya yang sedari awal pagi membanjiri perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya, hari ini.
Kehadirannya disambut dengan laungan reformasi oleh penyokong-penyokongnya.
Dalam pada itu, Anwar enggan ditemuramah pihak media dan sekadar memberi isyarat tangan untuk ‘tidak bercakap’ apabila diminta anggota parti dan penyokongnya untuk memberi sepatah dua kata.
Hari kedua pendengaran rayuan akan bersambung pada esok hari (Rabu) pada jam 9.30 pagi yang juga merupakan hari terakhir pendengaran namun berkemungkinan besar ia akan berlanjutan sehingga Khamis.
- MYNEWSHUB.CC
Oleh: JULIANA JOHAR
Foto/Video: RIZA RAZAK

Video: Suasana Sekitar Prosiding Rayuan Kes Liwat Anwar
PROSIDING rayuan bagi kes liwat yang melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan berlangsung selama dua hari bermula hari ini dan esok berkemungkinan besar akan dilanjutkan sehingga hari Khamis ini.
Prosiding yang berlangsung di Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman di Putrajaya ini ternyata menarik perhatian penyokong kedua-dua belah pihak Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan.
Pelbagai gelagat dapat dilihat sepanjang prosiding ini berlangsung di perkarangan Istana Kehakiman, ada yang memakai topeng Anwar, membahaskan debat dan juga menyatakan sokongan dengan memakai tshirt yang dicetak khas sempena prosiding rayuan ini.
Video di bawah merupakan sebahagian gelagat penyokong yang sempat Mynewshub rakamkan sebentar tadi.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: JULIANA JOHAR Foto/Video: RIZA RAZAK

Romantisnya Gelagat Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Di Eropah
Romantis sungguh melihat gelagat selebriti ini bak burung merpati dua sejoli.
Mereka berdua ini memang sepadan lah bersama-sama ditambah pula dengan rupa paras suaminya yang kacak dan isterinya yang cantik.
Pasangan selebriti ini, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sentiasa mendapat perhatian media gara-gara pelbagai kontroversi tercetus dengan pihak pengurusan mereka dahulu.
Meskipun, pelbagai badai melanda dalam karier seni mereka tetapi tiada siapa dapat menolak untuk memuji keakraban hubungan romantis suami isteri ini.
Rata-rata peminat selebriti ini begitu senang dan suka melihat kemesraan yang ditonjolkan oleh Aeril dan Wawa.
Untuk makluman anda, Aeril dan Wawa kini sedang berbulan madu bercuti di kota percutian paling popular iaitu di Eropah.
Mereka juga turut berkongsi gambar mereka bersama ketika menjalani sebuah program Romantika yang bakal ditayang kelak.
Alahai romantisnya mereka ini kan? Sweet je tengok macam pengantin baru pula …. Bila tengok gambar-gambar mereka ini, rasa kita pula nak bercuti ke sana. Gitew! - MYNEWSHUB.CC

Saman Fitnah Husam Terhadap Utusan Ditolak
KUALA LUMPUR 28 Okt. – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak dengan kos tuntutan saman RM10 juta yang difailkan Datuk Husam Musa terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB) kira-kira lima tahun lalu atas dakwaan memfitnahnya.
Keputusan dibuat oleh Hakim Datuk Su Geok Yiam yang menolak saman itu dengan kos RM45,000.
Pada 22 Feb 2010 Husam memfailkan saman itu dengan menamakan syarikat terbabit, Ketua Biro Kota Bharu Azran Fitri Rahim dan Ketua Pengarang Mingguan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketiga. Azran Fitri Abdul Rahim
Azran Fitri Abdul Rahim
Husam memfailkan saman tersebut berhubung artikel bertajuk ‘Husam letak jawatan? Nik Aziz Beri Cuti Lima Hari Untuk Tenangkan Fikiran’ kerana mendakwa artikel bertarikh 22 November 2009 yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia itu kononnya memfitnah beliau.
UMMB diwakili peguam Mohana Kumar T.K.B.
Sumber: UTUSAN ONLINE

Liwat: Peguam Bela Anwar Persoal Kewujudan KY Jelly
PUTRAJAYA – Pasukan pembelaan dalam kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersoal sama ada terjadi penembusan dalam perbuatan liwat yang didakwa berlaku kerana keterangan Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak konsisten berhubung kewujudan bahan pelincir dalam perbuatan itu.
Dalam hujahnya, peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram, bekas hakim Mahkamah Persekutuan, berkata berdasarkan keterangan pengadu, Mohd Saiful di Mahkamah Tinggi, perbuatan itu dilakukan secara kasar serta laju hingga menyebabkannya mengalami kesakitan pada anus dan perut.
Berhujah di hadapan panel lima anggota Mahkamah Persekutuan, yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, Sri Ram berkata sekiranya keterangan itu betul, maka bahan pelincir dikenali sebagai ‘KY Jelly’ telah tidak digunakan kerana penggunaannya bertujuan memudahkan penembusan dan mengelak kesakitan.
Katanya bukti perubatan mengesahkan bahawa tiada trauma atau kecederaan dikesan pada anus Mohd Saiful.
Sri Ram berkata bahan pelincir itu tidak disebut pihak pendakwaan dalam senarai barang kes yang diambil daripada Mohd Saiful, saksi pertama dalam perbicaraan kes liwat berkenaan.
“Ketiadaan bahan pelincir dalam senarai itu menimbulkan keraguan serius tentang kredibiliti Mohd Saiful serta ketiadaan kredibiliti dalam kes yang dikemukakan pendakwa dan keseluruhan penyiasatan,” katanya serta menegaskan bahawa dalam laporan polis juga, Mohd Saiful tidak menyebut tentang penggunaan jeli itu.
Menjawab soalan Arifin kenapa beliau berkata tidak wujud kredibiliti, Sri Ram berkata sekiranya jeli digunakan, Mohd Saiful tidak akan mengalami kesakitan.
Sri Ram berhujah bahawa hakim perbicaraan langsung tidak memberi tumpuan terhadap bahagian berkenaan dalam kes terbabit, walaupun perkara itu (penggunaan KY Jelly) menjadi tumpuan asakan dalam pemeriksaan balas oleh peguam Karpal Singh.
Sri Ram berkata dalam keterangannya, Mohd Saiful menyatakan air mani terus berada di dalam anusnya selama beberapa hari, tetapi dalam keterangannya ketika disoal balas oleh Karpal, Mohd Saiful berkata dia tidak mandi selepas berlaku kejadian itu dan hanya membilas tubuhnya, tetapi mandi pada pagi sebelum kejadian itu.
“Ini menunjukkan keterangan Mohd Saiful tidak konsisten,” katanya.
Sri Ram berkata KY Jelly adalah bahan kes penting, tetapi ia hanya muncul dalam pemeriksaan utama oleh pihak pendakwa terhadap Mohd Saiful dan Mohd Saiful pula memberitahu mahkamah bahawa dia sendiri membeli jeli itu sebelum pergi ke kondominium berkenaan. – BERNAMA
TOP
Sibuk seks, Ibu Bapa Biar Anak Kebuluran
Dek kerana nafsu seks melampau, seorang ibu sanggup membiarkan anaknya dengan mengunci bilik tanpa memberi sebarang makanan selama beberapa hari.
Akibatnya, kanak-kanak yang baru berusia 4 tahun itu ditemui dalam keadaan sadis oleh pihak berkuasa tempatan tahun lalu.
Ibu bapa kanak-kanak berkenaan kini didakwa di mahkamah kerana tidak memberi makanan kepada anak mereka dan kes masih dalam proses perbicaraan.
Bagaimana pun, ibu kanak-kanak tersebut telah mengaku bersalah memberi layanan buruk kepada anaknya gara-gara sibuk melakukan hubungan seks bersama pasangan.
Tapi jika dilihat suasana rumah pasangan tersebut yang terlalu kotor dan menjijikkan ketika pihak berkuasa melakukan serbuan, nampak gaya semua perkara dalam hidup diabaikan mereka semata-mata melayan hawa nafsu.
Kejadian di Adelaide ini mendapat liputan meluas oleh media gara-gara ramai marah terhadap si ibu berusia 24 tahun yang tidak menjaga anak dengan elok malah sanggup membiarkan si kecil hidup dalam rumah yang kotor.
Lebih menyedihkan kanak-kanak malang tersebut kini trauma dan sering ketakutan hingga sanggup menghentak kepalanya ke dinding. Hari ini ketika kes sedang dibicarakan, ibu kanak-kanak tersebut menangis mendengar keterangan tersebut daripada keluarga angkat baru anaknya. - MYNEWSHUB.CC

Suami Enggan Ceraikan Nurul Izzah Kerana Masih Sayang
Nurul Izzah(kanan) dan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim berjalan keluar dari Mahkamah Syariah selepas sebutan kes permohonan cerai mereka pada Selasa.-fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR – Suami kepada Nurul Izzah Anwar enggan menceraikan isterinya yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai kerana masih menyayanginya dan ingin menyelamatkan perkahwinan mereka. Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, 35, memberitahu perkara itu kepada pemberita selepas kesnya disebut di dalam kamar di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah, Ab Malek Awang. “Saya tidak bersetuju menceraikan isteri kerana masih sayangkannya dan anak-anak,” katanya yang kelihatan sugul selepas prosiding itu. Prosiding kes itu yang berlangsung dalam masa 40 minit turut dihadiri isterinya, Nurul Izzah. Terdahulu, peguam syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Raja Ahmad Shahrir memaklumkan, Hakim Syarie Ab Malek hari ini mensabitkan wujudnya ‘Shiqaq’ atau perbalahan berpanjangan dalam perkahwinan itu berdasarkan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP). Azmi berkata mahkamah juga menasihatkan defendan (Raja Ahmad Shahir) untuk melafazkan cerai, namun anak guamnya itu tidak bersetuju dan memasukkan bantahan terhadap laporan JKP tersebut hari ini atas alasan laporan berkenaan ringkas dan tidak lengkap. “Laporan daripada pengerusi JKP tidak menyatakan secara terperinci masalah rumah tangga yang dihadapi pasangan itu,” katanya. Peguam syarie itu berkata pihaknya juga memohon supaya diadakan satu lagi perbincangan JKP yang baharu tetapi ia dibantah oleh peguam Nor Mawaddah Ramli yang mewakili Nurul Izzah. Azmi berkata mahkamah kemudiannya menerima bantahan daripada pihak plaintif (Nurul Izzah) dan menetapkan 8 Dis depan untuk lantikan ‘Hakam’. ‘Hakam’ adalah sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh mahkamah untuk menasihati suami melafazkan talak tetapi sekiranya suami masih enggan maka ‘Hakam’ tersebut akan melafazkan talak bagi pihak suami. Nurul Izzah, 34, anak sulung ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, pada awal Januari. Seksyen itu menyentuh pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah. Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang anak lelaki berusia empat tahun. Nurul Izzah yang enggan mengulas mengenai kemelut rumah tangganya hanya berkata: “Terima kasih kerana menghormati privasi saya”. – BERNAMA
TOP
Zaman Ini, Kanak-Kanak Pun Sudah Pandai Berhutang!
BOLEH dikatakan hampir saban hari pelbagai berita dan kisah tragis mengenai ‘kesan hutang’ mengisi dada akhbar mahupun menjadi antara topik hangat paparan media elektronik.
Lebih mengejutkan lagi apabila Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) 2013 mendapati nisbah hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melebihi paras 86.8 peratus.
Peratusan ini secara tidak langsung menjadikan Malaysia antara negara yang mempunyai kadar hutang isi rumah tertinggi di rantau Asia Pasifik bagi tahun itu!
Biar apapun di sebalik kenyataan itu, tidak dinafikan berhutang bukanlah menjadi satu kesalahan malahan tidak ada larangan pun untuk itu. Konteks kehidupan hari ini juga, adalah sesuatu yang mustahil bagi seseorang individu membayar barang tertentu secara tunai.
Bagaimanapun, yang menjadi masalah apabila ada antara mereka yang terlupa mengukur baju di badan sendiri sehingga berbelanja melebihi kemampuan, kata Ketua Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Mohamad Fazli Sabri.
Akibat tersalah percaturan, boleh dikatakan hampir separuh daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk membayar hutang sehingga ada yang akhirnya diisytihar muflis!
Akan tetapi, belumpun reda mencari jalan penyelesaian senario peningkatan hutang isi rumah, agak mengejutkan apabila hasil kajian Mohamad Fazli mendapati tabiat itu kini merebak dalam kalangan kanak-kanak!
Satu penemuan yang tidak pernah diduga sama sekali, katanya kepada Bernama.
MEMBIMBANGKAN
Agak menggusarkan, apabila kajian yang mengambil masa selama dua tahun itu mendapati 80 peratus kanak-kanak berusia bawah 12 tahun sudah terjebak dengan budaya memberi hutang dan berhutang! Kajian itu dijalankan pada Ogos 2012 membabitkan 800 responden dalam kalangan pelajar tahun empat dan tahun lima meliputi lima buah negeri. Dipilih mengikut zon, kajian itu melibatkan dua buah sekolah di setiap negeri iaitu Kedah, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah bertujuan mengkaji tahap literasi, kompetensi dan sosialisasi murid sekolah rendah mengenai kewangan. “Penemuan 80 peratus itu, adalah sama ada mereka pernah meminjamkan wang kepada rakan ataupun meminjam wang daripada rakan. Agak mengejutkan kerana perkara ini sepatutnya tidak berlaku. “Menjadi persoalan, bagaimana kanak-kanak ini sudah pandai berhutang? Saya rasa ini membimbangkan dan perlu diambil perhatian jitu”, katanya.
SIMPANAN MENYEDIHKAN
Menegaskannya sebagai satu keadaan serius sekiranya tidak dibendung segera kerana akan mengakibatkan kanak-kanak ini membesar dan mengadaptasikan budaya hutang dalam kehidupan seharian. Dan, ada kemungkinan besar menyumbang kepada peningkatan jumlah golongan diisytiharkan muflis, kata Mohamad Fazli. Rakyat Malaysia yang diisytiharkan muflis bagi tempoh 2007 hingga tahun lepas berdasarkan kepada rekod Jabatan Insolvensi Malaysia ialah 122,169 orang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri baru-baru ini menyuarakan kebimbangannya berhubung peningkatan dalam bilangan belia yang diisytiharkan muflis, dengan 579 daripada 12,381 orang yang diisytiharkan muflis dalam enam bulan pertama 2014 terdiri daripada golongan belia. “Ini baru sekolah rendah dan mereka kalau hendak meminjam sepatutnya timbul rasa malu. Tetapi mereka sudah tidak rasa apa-apa pun, jadi saya rasa ada sesuatu tidak kena di sini. “Kita tidak mengatakan ia satu kesalahan, tetapi mereka masih muda. Sepatutnya, pada usia sebegitu mereka memperbanyakkan simpanan”, katanya. Biarpun kajian itu mendapati majoriti telah mempunyai akaun simpanan namun amalan menyimpan dalam kalangan responden adalah tidak begitu memuaskan. Ini kerana, hanya 11.7 peratus sahaja didedahkan dengan kebaikan menyimpan pada usia bawah tiga tahun. Kebanyakannya, mula diberi pendedahan menyimpan pada usia lebih tujuh tahun selain tidak mempunyai tabiat simpanan yang tetap, jelas beliau.
BOROS BERBELANJA
Mengapa mereka berhutang? Apakah puncanya? Dan, apakah yang menarik perhatian mereka sehingga perlu berhutang? Mengulas persoalan ini, beliau berkata semuanya berpunca daripada sikap ‘boros berbelanja’. Tahap pengetahuan kewangan kanak-kanak yang rendah menyebabkan mereka tidak dapat membezakan antara mana keperluan dan kehendak. Ini kerana, kajian itu mendapati lebih satu pertiga responden mengklasifikasi telefon bimbit sebagai satu daripada keperluan yang wajib mereka miliki. Malahan, hampir 60 peratus responden sudah memiliki telefon bimbit. Walhal, dalam umur sedemikian telefon bimbit bukanlah satu keperluan. “Disebabkan mereka tidak dapat membezakan keperluan dan kehendak, ada yang mempunyai matlamat menyimpan untuk membeli telefon bimbit dan pelbagai jenis gajet. “Memiliki gajet pelbagai ini, tanpa adanya kawalan boleh menyumbang kepada sikap boros berbelanja. Contoh, dia mungkin menghabiskan wang sakunya untuk menambah nilai kad prabayar”, katanya. Menjadi masalah, apabila sanggup meminjam wang rakan untuk tambah nilai kerana takut meminta daripada ibu bapa, jelas beliau. Keseronokan mengakses internet selain terpengaruh mengundi talian, pemberian gajet adalah sesuatu bahaya sekiranya tidak dikawal, kata beliau.
PENGUATKUASAAN
Selain itu, beliau melihat penjualan makanan dan minuman di luar perkarangan sekolah antara punca kanak-kanak ini boros berbelanja. Mereka cenderung membeli aiskrim, jeruk, makanan ringan, nugget goreng dan burger yang mudah didapati di luar sekolah. Ada juga yang tertarik membeli sesuatu makanan ringan itu semata-mata ingin memiliki permainan. “Menyedihkan, apabila mendapat tahu ada kanak-kanak sanggup tidak makan masa rehat kerana ingin berbelanja di luar pagar sekolah. Makanan seperti nugget, aiskrim bukannya murah, jadi tidak mustahil ada berhutang kawan”, katanya. Bagaimanapun, beliau tidak menyalahkan ibu bapa dalam permasalahan ini tetapi adalah sewajarnya mereka mula mendidik anak dengan pengetahuan kewangan yang mudah. Ibu bapa juga, seharusnya menyelidiki ke mana wang saku anak mereka dan sekiranya ada lebihan budaya menyimpan perlu digalakkan. “Tidak ramai ibu bapa yang bertanya kepada anak mereka ke mana perginya wang saku sekolah. Sedangkan ia sangat mudah dan paling asas tetapi tidak diaplikasikan dalam kehidupan seharian. “Ini kerana, dari situ kita dapat menilai apa yang dilakukan anak. Jika membeli sesuatu peralatan sekolah, suruh mereka tunjukkan. Ini bagi mengelakkan mereka daripada berbohong dan berhutang”, katanya. – BERNAMA

VIDEO: Permainan Yang Membuat Bayi 16 Bulan Ini Pandai Membaca..
Sewaktu video ini dirakam, Torin merupakan bayi yang baru sahaja berusia 16 bulan tetapi sudah boleh mengenali dan memahami makna bagi setiap perkataan di atas kadbod yang disediakan ibu bapanya.
Kebolehan si kecil ini sebenarnya bukanlah anugerah tetapi hasil usaha ibu bapanya memperkenalkan setiap perkataan dan ejaan melalui program “Your Baby Can Read”.
Mari kita saksikan rakaman salah satu sesi ‘permainan’ yang dijalankan oleh bapa Torin untuk mengajarnya membaca.
Jika diperhatikan, cara bapanya berkomunikasi dengan Torin seperti cara seorang dewasa.
Bapa Torin juga banyak menggunakan perkataan positif dan mendorong seperti perkataan “good job” dan “awesome”. Kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil, mungkin kaedah mendidik si comel agar boleh membaca pada usia muda boleh dipraktikkan dengan cara ini. Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Liwat: 500 Penyokong Saiful Hadir Berikan Sokongan
PUTRAJAYA: Kira-kira 500 penyokong hadir secara berperingkat bagi menyatakan sokongan terhadap mangsa pertuduhan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan di perkarangan Istana Kehakiman, di sini.
Menurut Exco Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya, Muhd Harith Ahmad Shafiq, kehadiran mereka hari ini adalah untuk menyatakan soladiriti buat Saiful yang menjadi mangsa penganiayaan seksual yang didakwa dilakukan oleh Ketua Umum PKR itu. “Kami datang untuk mengikuti prosiding ini dan akan datang semula esok. “Kami terdiri daripada pelbagai kaum, ada yang datang daripada Pemuda UMNO, wakil wanita UMNO dan persatuan-persatuan belia lain turut hadir,” kata Muhd Harith. Harith mewakili kesemua penyokong soladiriti untuk Saiful yang hadir pada hari ini menyatakan, jika terbukti Anwar bersalah atas pertuduhan meliwat maka mereka berharap pemimpin parti pembangkang itu akan dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahannya. Sementara itu, Pengerusi Majlis Belia Kawasan Putrajaya, Azizan Abd Aziz mengharapkan keadilan dapat ditegakkan dan keputusan mahkamah tidak diperjudikan oleh orang-orang tertentu.

Gambar Pejabat Datuk Siti Yang Mewah, Di Tengah Bandaraya KL
Beliau adalah diva, lagenda dan penyanyi terhebat di Malaysia. Siapa lagi kalau bukan Datuk Siti Nurhaliza!
Lihat sahaja sepanjang perjalanan karier seninya, populariti tidak pernah surut dan sentiasa berada di puncak.
Namun untuk menjadi sehebat beliau tidak mudah kerana pelbagai onak duri terpaksa ditempuh bagi mengecapi kesenangan seperti sekarang.
Kini bukan sahaja seorang penyanyi, Siti mengorak langkah sebagai usahawan wanita berjaya dengan jenama kosmetiknya sendiri iaitu Simplysiti.
Pasti ramai nak tahu bagaimana rupa pejabat miliknya kan?
Di bawah kami paparkan gambar pejabat Simpysiti yang dikongsikan di laman Instagram beliau.
Memang ‘kerlas’! Bukan sahaja dekorasi malah pemandangan bangunan pencakar langit kebanggaan rakyat Malaysia, Menara Berkembar Petronas dari bilik pejabat Siti sudah cukup untuk membayangkan kejayaannya.
Namun bak hashtag yang disertakan Siti bersama gambar tersebut iaitu #bukansenangnaksenang; sesiapa pun perlu usaha jika mahukan sesuatu dalam hidup waima anda penyanyi paling popular dan bersuamikan orang kaya sekali pun.
Kalau usaha segigih Siti, siapa tahu rezeki anda suatu hari nanti untuk miliki perniagaan dan pejabat seperti beliau kan? - MYNEWSHUB.CC

Inilah Ambulans Paling Pantas Di Dunia
Dalam situasi kecemasan, kepantasan atau kelewatan tibanya bantuan perubatan boleh mewujudkan perbezaan antara hidup dan mati.
Justeru, makin pantas sesuatu pasukan perubatan itu mampu tiba ke sesuatu lokasi, maka makin cerah peluang hidup sesorang mangsa atau pesakit. Atas konsep itu, Dubai (Di bawah Emiriyah Arab Bersatu – UAE) baru-baru ini melancarkan perkhidmatan ambulans yang boleh ditafsir sebagai yang terpantas di dunia. Ini kerana, ambulans mereka tidak menggunakan kenderaan ala-ala lori seperti di tempat lain seluruh dunia, sebaliknya menggunakan kereta sport Lotus Evora dengan kelajuan kenderaan itu mampu mencapai 300 kilometer sejam. Ia tidak membawa sebarang katil. Jelas ia bertujuan untuk memastikan pasukan perubatan tiba secepat mungkin ke lokasi kejadian dengan membawa perlatan yang paling penting. Selepas itu baru ambulans sebenar akan dihantar untuk membawa mangsa ke hospital.
Selain jenama kenderaan itu, perkhidmatan kesihatan Dubai juga akan menggunakan jenama Ford Mustang dan Chevrolet Corvette. Rasanya tindakan kreatif ini pasti akan membentu menyelamatkan lebih banyak nyawa.

Selamat Hari Setiap orang,
ReplyDeleteSaya memperkenalkan kepada anda syarikat pinjaman Rossa stanley, Kami adalah firma kredit pinjaman yang disokong oleh IMF (Dana kewangan antarabangsa) yang dibentuk untuk membantu orang miskin yang memerlukan bantuan di seluruh dunia, seperti bantuan kewangan. Jadi jika anda mengalami kesulitan kewangan atau anda berada dalam kekacauan kewangan, dan anda memerlukan dana untuk memulakan perniagaan anda sendiri, atau anda memerlukan gadai janji untuk menyelesaikan hutang anda atau membayar bil anda, memulakan perniagaan yang bagus, atau anda mendapati sukar untuk mendapatkan hipotek modal dari bank tempatan , @ Syarikat pinjaman ROSSA STANLEY, kami adalah syarikat kewangan berpengalaman yang menyediakan pinjaman percuma kepada individu yang berminat dan serius, syarikat, badan korporat dan orang awam pada kadar faedah 2%. Kami mempunyai akses kepada kumpulan tunai untuk memberi kepada syarikat dan mereka yang mempunyai rancangan untuk memulakan perniagaan tidak kira betapa kecil.Kami yakin bahawa kebajikan dan keselesaan anda adalah keutamaan kami yang optimum, mengapa kami berada di sini untuk menjaga pemprosesan pinjaman anda . Berhubung dengan perkhidmatan pelanggan kami
N: B Tolong jangan hubungi kami jika anda tidak bersedia untuk mendapatkan modal teroka anda
E-mel: rossastanleyloancompany@gmail.com
Viber: +15186756750
Instagram: Rossamikefavor
Twitter: Rossastanlyloan
Facebook: Stanley Rossa
untuk tindak balas yang cepat dan pantas ....
Mohon isi borang permohonan di bawah dan kami akan kembali kepada anda,
Perkhidmatan kami termasuk berikut:
Penyatuan Hutang
Gadai janji Kedua
Pinjaman Perniagaan
Pinjaman Peribadi
Pinjaman Antarabangsa
Pinjaman untuk apa-apa jenis
Gadai janji keluarga
E.T.C
Borang Permohonan Pinjaman:
* Nama pemohon:
* Alamat:
* Negeri:
* Negara:
* Jantina:
* Status perkahwinan:
* Umur:
* Pekerjaan:
* Kadar Pendapatan:
* Mudah alih:
* Amaun yang Diminta:
* Tempoh Pinjaman:
* Tujuan Pinjaman:
* Adakah anda memohon gadai janji sebelum ini?
* Jika ya; Nama syarikat & Lokasi:
EMPLOYMENT:
* Tempat kerja:
* Alamat:
* Nombor telefon:
Pegawai pinjaman.
Selepas mengemukakan Permohonan Pinjaman, anda boleh mengharapkan jawapan awal kurang dari 1 jam dan pembiayaan dalam tempoh 24-96 jam menerima maklumat yang kami perlukan
rossastanleyloancompany@gmail.com atau teks atau hubungi kami
viber +15186756750