TOP
Kisah Kanak-Kanak Penghidap Autisme Dan Kucingnya Yang Mengharukan
Iris Grace merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun yang mempunyai penyakit 'autism' atau sukar berkomunikasi dan berhubung dengan persekitaran. Walau bagaimanapun, Iris Grace merupakan seorang yang berbakat dalam lukisan dan itu adalah salah satu cara bagi Iris Grace meluahkan isi hatinya.
Walaupun Iris Grace kini masih kecil, tapi dia sudah dikenali sebagai seorang pelukis professional dan mempunyai laman webnya sendiri untuk menjual karya lukisannya. Tetapi disebalik kisah kejayaan kanak-kanak cilik ini, rupa-rupanya ada pembantu yang selalu menyokongnya dari belakang. Yang mengagumkan adalah pembantunya itu ialah seekor kucing!
Menurut ibu Iris Grace, setelah mengetahui tentang penyakit anaknya itu, mereka telah mencuba pelbagai cara bagi membantu anak mereka mengatasi penyakit tersebut sehinggalah mereka terjumpa dengan Thula, seekor kucing terapi. Thula kini berusia hampir setahun dan berasal dari keturunan Maine Coon. Keturuna kucing ini sememangnya terkenal dengan sifat mereka yang bijak dan lemah lembut.
Tugas Thula adalah untuk membuatkan Iris lebih suka bersosial dan untuk menenangkan Iris apabila dia mula merasa bimbang. Menurut ibu Iris, Arabella Carter-Johnson, Iris lebih suka bercakap dengan Thula, seperti bercakap perkataan "sit cat".
Thula akan sentiasa bersama dalam apa jua aktiviti yang ingin dilakukan oleh Iris termasuklah bermain air, playdoh, melukis, naik basikal, mengecat, dan ketika bermain iPad sekalipun. Thula memberikan Iris keinginan untuk berinteraksi dan berkawan.
Thula melakukan tugas dengan baik untuk menenangkan Iris ketika dia di dalam keresahan dan menyokong Iris untuk berkomunikasi.
Menurut ibu Iris lagi, Iris susah untuk mandi dan membenarkan rambutnya dibasuh dengan air. Thula telah membantu Iris dengan masuk sekali ke dalam tab mandi dan mandi bersama Iris. Thula juga membenarkan ibu Iris membasuh bulunya dengan shampoo bagi membantu Iris.
Kini, dengan adanya Thula, Iris lebih senang untuk bangun pagi dan memulakan aktivitinya sehari-hari.
Menurut ibu Iris, Thula pada asalnya bukanlah seekor kucing yang telah sedia asal dilatih. Dia sendiri yang melatih Thula untuk menjadi rapat dengan Iris dan yang selebihnya, Thula seperti seolah-olah tahu apa yang perlu dilakukan olehnya.
- Siakapkeli.com

Isu Eksploitasi AR Tompel: Astro Terima Notis, Sedang Buat Penelitian
Stesen TV berbayar Astro mengesahkan pihaknya ada menerima notis daripada waris pelakon Allahyarham AR Tompel agar telefilem 'Saloma Biopic' segera dihentikan kerana didakwa kebanyakannya berunsur tohmahan terhadap pelakon tersebut selain banyak kesalahan fakta.
Menurut Naib Presiden Bahagian Melayu Astro, Khairul Anwar Saleh, pihaknya sedang membuat previu semula ke atas telefilem tersebut sebaik saja menerima notis berkenaan.
"Kami ada menerima notis daripada waris AR Tompel dan kami sekarang sedang membuat semula previu terhadap telefilem tersebut", katanya ketika ditemui pasa majlis tayangan telefilem Rombongan Cik Kiah ke Kelana Jaya, bertempat di GSC Signature, The Gardens, semalam.
Sementara itu mengulas mengenai dakwaan pihak Astro tidak memberi respon terhadap notis tersebut sehingga memaksa Adlin Aman Ramlie membuat sidang media khas, kata Khairul Anwar,
"Kami bukan tidak respon tetapi kami telah menyerahkan perkara ini kepada pihak peguam kami untuk membuat penelitian terhadap isu ini dan ia mengambil sedikit masa. Jadi saya tidak boleh komen lebih lanjut", jelasnya.
Semalam, laporan sebuah akhbar menyebut pelakon Adlin mendakwa telefilem yang diterbitkan oleh syarikat produksi Kus Semangat milik Melissa Saila itu menjejaskan semua nilai dan tanggapan murni masyarakat terhadap AR Tompel, seolah-olah ayahnya itu menjadi punca Saloma menderita.
Dakwa Adlin lagi, AR Tompel telah dieksploitasi oleh pihak penyiar, penulis, penerbit, pengarah dan pelakon dalam pelbagai nada prejudis malah berunsur kecaman yang telah mengaibkan sehingga mampu menjejaskan kredibiliti dan reputasi ayahnya. Malahan telefilem itu dikatakan telah memberi impak buruk kepada waris-waris AR Tompel, termasuklah masuklah dirinya sendiri sebagai anaknya.
Bagaimanapun kata Khairul Anwar, Astro tidak akan menghentikan telefilem arahan Melissa Saila itu.
"Tayangan tetap diteruskan kerana permintaan terhadap telefilem tersebut masih tinggi", katanya lagi.
Telefilem yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Mencuri Guruh dan Pandang Kaseh telah disiarkan menerusi saluran Astro First Eksklusif bermula 28 Ogos lalu.
Ia menampilkan pelakon Nabila Huda sebagai Saloma, Tony Eusoff (Tan Sri P. Ramlee), Azhan Rani (A.R. Tompel), Sazzy Falak (Mariani) dan Sharifah Amani (Siput Sarawak). - Malaysia Digest
TOP
Khabar Angin Kenaikan Tarif Elektrik Pada Januari Adalah Palsu
Baru-baru ini, satu gambar yang menunjukkan keratan berita mengenai kenaikan tarif elektrik telah tersebar secara meluas terutamanya di aplikasi Whatsapp.
Setelah disiasat, ternyata gambar tersebut telah diedit oleh pihak-pihak tertentu menandakan khabar angin tersebut adalah palsu.
Perubahan yang dikesan pada gambar tersebut hanyalah pada tarikh dan gambar yang telah ditambah oleh pihak berkenaan bagi mengelirukan umum. Dengan meletakkan tarikh 5/10/2014, orang ramai mungkin terkeliru dengan menafsir tarif elektrik bakal naik mulai Januari 2015 walhal berita asal memberitahu kenaikan bermula pada Januari 2014.
keratan berita asal
Berita asal yang bertarikh pada Disember 2013 itu dipercayai diambil dari portal berita Malaysia Insider dan mula disebarkan pada minggu lalu. Petikan berita di dalam keratan gambar palsu itu juga langsung tidak diubah menguatkan lagi kepalsuan gambar tersebut. Diharap agar orang ramai berhenti berkongsi khabar angin palsu ini kerana khuatir boleh menimbulkan fitnah. - SiakapKeli.com

Gaji MP Perlu Dinaikkan Kerana Sering ‘ikat perut’
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahidan Kassim membuat kenyataan 'perubahan' gaji bagi 222 ahli parlimen adalah tindakan yang wajar ekoran perubahan ekonomi yang berlaku di dalam negara. Menurut Shahidan Kassim lagi, gaji terkini bagi semua Ahli Parlimen adalah sebanyak RM6,500.
“Sebelum ini, Jawatankuasa Dewan telah memberi makluman kepada pihak pembangkang, terutamanya Ketua Pembangkang mengenai ‘perubahan’ gaji tersebut, dan pihak Ketua Pembangkang telah bersetuju dengan perkara ini,” katanya dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.
Dalam sidang media itu juga beliau turut menyatakan perkataan 'dinaikkan gaji' adalah tidak tepat tetapi perkataan yang lebih tepat adalah 'perubahan gaji'. Menurutnya lagi, gaji ahli parlimen Malaysia merupakan antara yang terendah di dunia.
“Jika dibandingkan dengan Ahli Parlimen di Uganda, gaji mereka lebih dua kali ganda daripada gaji Ahli Parlimen di Malaysia. Begitu juga jika perbandingan dilakukan terhadap gaji Ahli Parlimen di Singapura,” katanya.
sumber : FMT
TOP
Polis Marin Tahan 5 Pati Cuba Masuk Ke Malaysia
Polis Marin.
SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan lima pendatang asing tanpa izin untuk masuk ke negara ini selepas menahan sebuah bot pam di perairan Salakan dekat sini, Rabu. Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Madun berkata pasukan peronda PPM Semporna menahan bot itu pada 8.10 pagi dan ketika diperiksa, lima penumpang di dalam bot itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah. Mereka terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita berumur antara lapan dan 41 tahun, katanya dalam kenyataan di sini, Khamis. Katanya, berdasarkan gaya bahasa yang digunakan, pihaknya percaya suspek berkenaan pernah menetap di daerah Semporna sebelum ini dan kesemua mereka diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut. - mstar

Harap Bajet 2015 Tawar Inisiatif Untuk Belia Tangani Kos Sara Hidup
Khairul Azwan Harun
(Ubah saiz teks) MELAKA: Pergerakan Pemuda Umno berharap kerajaan dapat mewujudkan lebih banyak inisiatif yang lebih berkesan khusus untuk golongan belia dalam Bajet 2015 bagi menangani masalah kenaikan kos sara hidup pada masa ini. Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, inisiatif baharu khusus bagi golongan belia terutamanya yang baru memulakan kerjaya dan baru berkeluarga perlu bagi memastikan golongan itu tidak terbeban ketika memulakan kehidupan mereka. Katanya, inisiatif melibatkan golongan belia pada bajet lepas seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk individu bujang lebih 21 tahun, Baucar Buku 1Malaysia dan dana untuk usahawan siswazah perlu diteruskan namun dalam masa sama perlu ditambah baik bagi menambah keberkesanan inisiatif itu. "Saya percaya Kementerian Kewangan mempunyai maklumat dan statistik terkini mengenai belia yang boleh dijadikan panduan untuk merangka inisiatif baharu khusus bagi membantu belia mengatasi masalah kenaikan kos sara hidup," katanya kepada Bernama. Katanya, berikutan kenaikan harga rumah pada masa ini belia terpaksa membayar harga yang tinggi untuk memiliki atau menyewa rumah seterusnya menyebabkan kenaikan terhadap kos sara hidup mereka. Justeru, Khairul Azwan berkata, satu daripada inisiatif yang boleh diperkenalkan ialah program pemilikan rumah mampu milik golongan belia yang lebih komprehensif dengan mengambil kira harga rumah, pinjaman dan lokasi. "Harga rumah yang ditawarkan mestilah berharga bawah RM250,000 berserta bayaran pinjaman bulanan dengan kadar amat rendah seperti RM500 sebulan dan lokasi di pinggir bandar bagi memberi keselesaan kehidupan kepada keluarga belia. "Pemuda Umno juga sebelum ini ada mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan bandar belia iaitu belia memperoleh rumah pada harga rendah serta kemudahan untuk menjamin kehidupan yang lebih baik kepada mereka," katanya. Pengerusi Biro Kepenggunaan, Alam Sekitar dan Kualiti Hidup Pergerakan Pemuda Umno Mohd Ar Rahman Husin berkata, inisiatif menangani kos sara hidup yang diperkenal kerajaan perlu menepati keperluan tiga kumpulan belia iaitu kumpulan tamat pengajian, berkerjaya dan berkeluarga. "Lebih banyak inisiatif meningkatkan kemahiran perlu diperkenal bagi memastikan belia mendapat peluang kerjaya dengan gaji yang tinggi selepas belajar yang seterusnya dapat membantu mereka menyara keluarga. "Kerajaan juga perlu memperkenal lebih banyak inisiatif untuk golongan pertengahan yang mana majoriti berada dalam kelompok ini, seperti potongan cukai dan pinjaman perumahan," kata Mohd Ar Rahman. Beliau berkata, Bajet 2015 perlu memperkenal mekanisme tegas untuk meneutralkan 'impak domino' yang terhasil akibat pengurangan subsidi antaranya kenaikan harga barang. Pengerusi Biro Pelajaran, Pergerakan Pemuda Umno Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, inisiatif Bajet 2015 tidak sepatutnya terlalu tertumpu kepada melahirkan belia berpendapatan tinggi sebaliknya memberikan kualiti hidup lebih baik kepada belia. "Tidak semestinya pendapatan tinggi dapat menjamin kualiti hidup lebih baik kepada belia contohnya nilai gaji RM1,000 sebulan, lebih 20 tahun lalu membantu belia menjalani hidup dengan mewah tetapi sekarang gaji RM2,000 sukar tampung hidup di bandar," katanya. Beliau berkata, kerajaan perlu mengimbangi purata gaji belia dengan kos sara hidup bagi memastikan belia dapat menampung kenaikan kos sara hidup yang berlaku di negara ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan dijadual membentangkan Bajet 2015 di Dewan Rakyat, Jumaat. - mstar

Mamat Khalid Jawab Isu Masam Muka Dengan Usop Wilcha
Syed Mohamad Asri lebih dikenali dengan nama Usop Wilcha dan juga Shy8
KUALA LUMPUR: Pengarah filem Mamat Khalid terkejut apabila dikatakan bermasam muka dengan pelakon Shy8 atau lebih dikenali sebagai Usop Wilcha. Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohd Khalid berkata, jika benar pelakon itu berasa hati, dia seharusnya memaklumkan perkara berkenaan dengan cara bertentang mata daripada bercerita kepada pihak ketiga iaitu media. "Saya terkejut apabila ramai yang menghubungi saya untuk meminta penjelasan tentang perkara itu kerana saya tidak ada masalah langsung dengan dia. Baru beberapa hari lepas saya berjumpa dengan dia untuk menyelesaikan proses suntingan filem. "Pada saya, jika dia ada rasa tidak puas hati seharusnya dia berjumpa dan beritahu sendiri kepada saya berbanding menggunakan media," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem televisyen Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya, di The Garden, di sini, Rabu.
Mamat Khalid
Mamat berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gosip di ruangan pojok akhbar mingguan Ahad lalu mengenai hubungannya dengan pelakon Usop Wilcha yang dikatakan bermasalah. Mamat sebagai pengarah filem dikatakan tidak memberi kerjasama dan sering kali mengubah skrip ketika penggambaran filem Usop Wilcha Menggonjang Makhluk Muzium (UWMMM) yang diterbitkan sendiri oleh Usop Wilcha. Dalam pada itu, Mamat berkata, dia tidak mengetahui niat sebenar pelakon itu menceritakan hal dalaman produksi kepada media. "Kalau ada keluh kesah daripada pihak dia kenapa tidak beritahu sendiri. Sepatutnya saya orang pertama yang tahu perkara ini dan bukan orang terakhir, "Tentang mengubah skrip itu adalah perkara biasa pada setiap penggambaran, jika saya rasa skrip yang dibuat itu tidak sesuai saya akan minta dia ubah menjadi lebih baik," katanya. Bagaimanapun, Mamat berkata, dia enggan memanjangkan hal tersebut dan menghalalkan apa juga dakwaan pelakon tersebut terhadap dirinya. - mstar

Pergaduhan Kumpulan Gengster Punca Letupan Di Bukit Bintang - Polis
KUALA LUMPUR: Pergaduhan melibatkan kumpulan gengster dipercayai sebagai punca insiden letupan di Kompleks Sun di Jalan Bukit Bintang pada Khamis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kumpulan gengster mungkin menjadi punca kejadian letupan, yang dipercayai menggunakan bom tangan, tetapi polis sedang menyiasat kes itu dari semua sudut.
Seorang joki kereta cedera parah dalam letupan itu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Sekurang-kurangnya 13 yang lain cedera dan dimasukkan ke HKL dan Hospital Tung Shin.
Khairi berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam pada kira-kira pukul 4.25 pagi.
"Ketika kejadian, sebahagian mangsa mahu menaiki sebuah kereta Toyota Vellfire apabila satu bahan letupan jatuh ke arah mereka dari tingkat dua bangunan itu.
"Mangsa-mangsa merupakan pelanggan pub dan penghuni di hotel-hotel berdekatan.
"Sebuah kereta Toyota Camry, Mazda dan BMW turut rosak dalam letupan itu," tambahnya.
Kes itu diklasifikasikan sebagai cubaan untuk membunuh di bawah Akta Senjata Api. - mstar
TOP
'Semoga Cepat Sembuh Ozil' - Cazorla
PEMAIN Arsenal, Santi Cazorla mendoakan supaya rakan sepasukannya, Mesut Ozil cepat sembuh.
Menurut Cazorla, Arsenal amat memerlukan pemain dari Jerman itu.
Ozil mengalami kecederaan di bahagian lutut kirirnya. Doktor yang merawatnya memeriksa terdapat koyakan di sebahagian ligamen lututnya.
Kecederaan yang dialami Ozil telah menarik perhatian Cazorla. Pemain yang berasal dari Sepanyol itu memberi sokongan kepada Ozil supaya rakannya itu cepat sembuh.
"Cepat sembuh (Ozil). (Arsenal) amat memerlukan kamu," kata Cazorla di akaun Twitternya. - mstar
TOP
Alexis Sanchez Tetapkan Sasaran Tinggi Di Arsenal
Alexis Sanchez. Foto AFP
ALEXIS Sanchez menetapkan sasaran tinggi di Arsenal. Pemain dari Chile itu mengakuI ingin mencipta semua kemenangan dengan Arsenal kerana menyedari kualiti kelab berkenaan. Arsenal sememangnya baharu sahaja meraih gelaran juara Piala FA pada musim lalu. Kelab di utara London itu kini berada pada kedudukan kelapan dalam Liga Perdana Inggeris kerana menerima empat kekalahan daripada tujuh perlawanan. Walaupun demikian, Alexis Sanchez masih percaya bahawa Arsenal akan meraih gelaran itu pada akhir musim ini. Ini kerana bekas pemain Barcelona itu menilai Arsenal memiliki kualiti dan keupayaan untuk mencapai sasaran itu. "Saya ingin menang kesemuanya. Berdasarkan kualiti pemain dan jurulatih yang kami ada, dengan semangat dan cita-cita kami semua untuk meraih kemenangan, saya fikir kami dapat meraih semuanya," kata Sanchez. "Sebelum saya menandatangani kontrak di sini, ada yang menyatakan kepada saya bahawa Arsenal merupakan kelab besar yang mempunyai pemain-pemain berkualiti. Sekarang saya di sini, saya melihat semua pemain sepanjang latihan dan menyedari kualiti hebat yang dimiliki mereka," tambahnya lagi. - mstar

Rakaman Video Dua Beranak Nyanyi Lagu 'Let It Go'
RAKAMAN video Chris Price dan anak perempuannya menyanyikan lagu tema filem animasi Frozen, 'Let It Go' mencecah lebih 20 juta tontonan (view) dan 850,000 'like' di Facebook hanya dalam masa tiga hari.
Dua beranak itu menjadi 'superstar' segera di Internet selepas rakaman mereka menyanyikan lagu tema filem blokbuster tersebut di dalam kereta menjadi viral.
Rakaman berdurasi lebih 2 minit dan 30 saat menunjukkan Price dan anak perempuannya yang berasal dari Leicester, England menyanyikan lagu itu dengan penuh teruja. Kedua-dua mereka ketika itu dalam perjalanan untuk bersiar-siar di London. Lily bagaimanapun bukan peminat filem animasi Disney itu yang pertama menyanyikan lagu tersebut di Internet. Terdapat ramai lagi yang turut menyanyikan lagu tersebut dengan cara dan gaya masing-masing, dan kemudiannya dimuat naik di Internet termasuk YouTube. - mstar

Foto Bogel Jennifer Lawrence Hanya Untuk Kekasih
PELAKON Jennifer Lawrence menjelaskan gambar-gambar bogelnya yang tersebar di Internet merupakan gambar yang diberikan kepada kekasihnya iaitu Nicholas Hoult.
Jennifer berkata, gambar tersebut telah dicuri oleh pengodam Internet untuk disebarkan kepada umum.
"Gambar tersebut adalah untuk Nicholas yang mana kami menjalani hubungan cinta jarak jauh. Namun ia adalah merupakan hak peribadi kami sahaja.
"Saya kesal apabila ada pihak yang mengambil kesempatan dan mencuri gambar-gambar itu untuk kepentingan tertentu," ujarnya.
Tambah Jennifer, dia pernah berniat untuk meminta maaf atas kejadian tersebut kepada peminat, namun hasrat itu dibatalkan apabila memikirkan ia bukan kesalahannya.
Bagaimanapun, Jennifer mengakui bimbang perkara tersebut akan menjejaskan kerjaya lakonannya. - mstar
TOP
Wanita Ditemui Selamat Selepas 17 Hari Hilang Dalam Hutan
Shannon Fraser. Foto au.news.yahoo.com
SYDNEY: Seorang wanita yang hilang selama lebih dua minggu di hutan hujan Australia ditemui selamat, dengan berjaya meneruskan hidup dengan minum air sungai dan makan ikan kecil, kata pegawai pada Khamis. Shannon Fraser, 30, dilaporkan hilang pada 21 September lalu dekat Air terjun Josephine di Queensland selepas sesat di dalam hutan. Akhbar Brisbane Courier-Mail melaporkan, Fraser ditemui oleh seorang pemilik kebun pisan pada Rabu. "Dia susut berat badan, dan mempunyai kesan calar, tetapi dia bersemangat kuat," kata abangnya Dylan Fraser kepada akhbar itu. Polis mengesahkan ibu kepada tiga anak yang ditemui itu selamat dan sihat. Abangnya Dyland memberitahu stesen radio bahawa adiknya menangis seorang diri setiap kali hendak tidur, selama 16 malam berada di dalam hutan. Bagaimanapun adiknya itu bersemangat kuat untuk meneruskan hidup dengan selamat apabila memikirkan anak-anaknya yang disayanginya. "Dia begitu cekal, dan dia berjaya melakukannya," katanya sambil menambah bahawa adiknya itu susut berat badan hampir 17 kilogram. - AFP - mstar

Gangguan Bekalan Air Di Seremban Ditunda Ke 28 Oktober
SEREMBAN: Penutupan sementara bekalan air di sebahagian kawasan Seremban yang dijadualkan pada 14 hingga 15 Oktober ini ditunda kepada 28 Oktober atas sebab-sebab tertentu.
Penolong Pengurus Unit Komunikasi Korporat, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Norzita Ismail berkata, waktu dan kawasan terlibat adalah sama seperti notis sebelum ini.
"Bagaimanapun, Sains akan mengeluarkan notis baharu berkenaan tundaan tarikh ini dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.
Para pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982.
Pada Khamis, Sains dalam kenyataannya memaklumkan bahawa sebahagian kawasan Seremban akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam mulai 8 pagi Selasa ini (14 Oktober) berikutan kerja-kerja penyelenggaraan Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Loji Rawatan Air Sungai Terip dekat sini.
Kawasan terlibat ialah seluruh bandar Seremban, Seremban 2, Taman Nusari Bayu, Taman Nusari Aman, Seremban 3, Temiang, Templer, Light Industri Templer, Lobak, Jalan Rasah, Mambau, Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Hospital Pakar KPJ, Hospital Columbia dan Hemodialisis Mawar.
Turut terlibat Hospital Bersalin Cina Templer, Batu 1 Jalan Kuala Sawah hingga Taman Angsa Mas (Mambau), Jalan Labu, Taman Desa Rhu dan Taman Warisan Puteri (Sikamat), seluruh kawasan Ampangan, Paroi, Senawang, Rahang, kawasan industri Sungai Gadut, Taman Tuanku Jaafar dan Taman Seremban Selatan.- mstar
TOP
Aedes: 137 Tapak Pembinaan Di Seluruh Negara Diarah Tutup
Seorang [etugas Unit Vektor Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur melakukan penyemburan atau 'fogging' bagi membasmi pembiakan nyamuk aedes di Kuala Lumpur. Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 137 buah tapak pembinaan di seluruh negara telah diarah tutup setelah kawasan itu didapati menjadi sarang pembiakan nyamuk Aedes. Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof dalam satu kenyataan berkata, kesemua tapak projek pembinaan yang diarah tutup itu adalah antara 341 kawasan yang ditakrif sebagai berisiko menjadi tempat pembiakan Aedes. Katanya, kesemua tempat pembiakan nyamuk aedes itu dikesan hasil pemeriksaan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Jabatan Kesihatan. "Sejumlah 100 kompaun telah dikeluarkan dan 137 premis telah diarahkan tutup bagi tujuan pembersihan. Manakala 127 buah premis lagi diarahkan melakukan pembersihan tanpa diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)," katanya. Beliau berkata, CIDB akan mengambil tindakan disiplin terhadap kontraktor, jurutera dan arkitek yang melanggar mana-mana undang-undang bertulis berkaitan pembiakan Aedes di tapak bina. Kementerian juga akan terus memantau dan mengesan tapak bina berisiko menjadi tempat pembiakan Aedes dan akan menyalurkan maklumat tersebut kepada Jabatan Kesihatan. - mstar

Falcao Mahu Bertahan Lebih Lama Di Manchester United
Radamel Falcao (kanan). Foto EPA
PENYERANG Manchester United, Radamel Falcao memberitahu bahawa dirinya mahu bertahan lebih lama di Old Trafford. Kenyataan Falcao memberikan lampu hijau buat Red Devils untuk melanjutkan kontrak kepada pemain yang berasal dari Colombia itu. Falcao dibawa oleh Manchester United dari AS Monaco pada musim panas lalu. Beliau memasuki Old Trafford sebagai pemain pinjaman sehingga akhir musim 2014/2015. Bagaimanapun, khidmat Falcao begitu memuaskan Manchester United. Dikhabarkan kelab tertarik untuk memberi kontrak tetap kepada beliau. Perkara tersebut mendapat reaksi yang positif daripada Falcao yang sememangnya mahu bertahan lebih lama bersama Manchester United. "Mengenai apa yang saya fikirkan tentang masa depan, saya mahu bertahan di MU sehingga beberapa tahun akan datang," kata Falcao kepada ESPN. "Saya masih memerlukan masa bagi menyesuaikan diri untuk berada pada kedudukan yang terbaik, tetapi saya begitu selesa di sini (Manchester United)," katanya. - mstar

Video : Keretapi Langgar Treler Tersangkut Atas Landasan
Los Angeles - Sebuah keretapi lokomotif telah melanggar sebuah treler yang tersangkut atas landasan keretapi di bandar Louisiana, Mer Rouge telah menyebabkan kecederaan pada konduktor dan jurutera keretapi tersebut.
Rakaman kejadian telah dirakamkan oleh seorang wanita yang berada di tempat kejadian beberapa ketika sebelum keretapi itu melanggar treler berkenaan. Kejadian telah menyebabkan kaki jurutera keretapi terbabit patah manakala konduktor keretapi terbabit terpaksa menghadapi pembedahan bagi membuang limpa dan hatinya kerana beberapa tulang rusuknya yang patah.
Bagaimanapun pemandu treler yang terbabit dengan kejadian sempat melarikan diri kerana treler tersebut sudah tersekat beberapa minit sebelum kereta api berkenaan merempuh treler malang tersebut - SiakapKeli.com

14 Cedera Akibat Letupan Bom Tangan di Jalan Bukit Bintang
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 14 telah cedera selepas satu letupan di hadapan Sun Complex di Jalan Bukit Bintang hari Khamis.
Polis berkata mereka menerima maklumat berkenaan letupan berhampiran pub sekita jam 4.30am. Sekurang-kurangnya 4 buah kereta terkena letupan tersebut. Difahamkan letupan itu datang dari bawah sebuah kereta yang diletakkan di kawasan itu. Satu lagi alat letupan yang tidak meletup, dipercayai bom tangan, ditemui di bawah kereta lain. Difahamkan dua objek letupan telah dibuang di tempat kejadian dari tingkat dua sebuah bangunan.
Menurut laporan The Star, antara mangsa yang tercedera ialah dalam lingkungan umur antara 22 dan 40, termasuk dua wanita, telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Tung Shin berhampiran. Kereta-kereta yang terkena letupan termasuk Toyota Vellfire, Camry, Mazda dan siri BMR 5. - Siakapkeli.com

Pesakit Ebola Pertama Di US Meninggal Dunia
Thomas Eric Duncan
DALLAS (AP) , 9 Okt-- Thomas Eric Duncan, yang menjadi orang pertama yang menghidap Ebola di US telah meninggal dunia di hospital Dallas semalam. Lelaki yang berusia 42 tahun itu telah dicatatkan meninggal pada jam 7:51 pagi waktu disini. Duncan yang sebelum ini telah disahkan menghidap Ebola pada 28 September lepas dan telah diasingkan dari pesakit-pesakit lain.
Hospital Texas yang menempatkan seorang pesakit warga Liberia yang dijangkiti Ebola meninggal dunia. Foto AFP
Duncan dilaporkan telah membawa virus berbahaya itu dari rumahnya di Liberia, walaupun ketika dia sampai ke US, dia tidak menunjukkan sebarang simpton Ebola. Duncan tiba di Dallas pada 20 September dan jatuh sakit beberapa hari kemudian. - Siakapkeli.com

Lima perogol digantung di Afghanistan
KABUL 9 Okt. - Seramai lima lelaki Afghanistan dijatuhi hukuman gantung semalam di atas kesalahan merogol secara berkumpulan empat orang wanita sekali gus mencetus kritikan kumpulan hak asasi manusia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap perbicaraan serta hukuman yang dijatuhkan.
Serangan ganas itu berlaku di Paghman, luar Kabul menimbulkan kemarahan rakyat dan negara Afghanistan yang menuntut supaya pesalah itu digantung, dan pada minggu lalu pada masa yang sama Presiden Hamid Karzai meluluskan hukuman gantung ke atas pesalah terbabit sebelum keluar meninggalkan pejabat minggu lalu.
"Lima lelaki yang mempunyai kaitan dengan insiden rogol Paghman dan jenayah besar yang lain, telah digantung petang ini," kata Timbalan Pendakwa Raya Negara, Rahmatullah Nazari. - AFP / Utusan
TOP
Hezbollah beri amaran pada Israel
BEIRUT 9 Okt. - Kumpulan bersenjata Hezbollah melancarkan satu serangan ke atss Israel di sempadan Lebanon semalam menyebabkan dua anggota tentera Israel tercedera, kata timbalan ketua kumpulan Hezbollah.
Menurutnya, serangan itu merupakan satu pesanan yang menunjukkan bahawa kumpulan Hezbolllah sentiasa bersedia dalam menghadapi musuh lamanya walaupun berhadapan dengan peperangan bersama Syria.
Anggota tentera itu cedera akibat letupan sebuah bom yang ditanam anggota kumpulan Hesbollah di bukit Shebaa, sekali gus menyebabkan pasukan tentera artileri Israel terpaksa bertindak balas melancarkan serangan. - REUTERS / Utusan
TOP
Trio menembak lelaki negara menang gangsa WUSC
Jonathan Wong Guanjie
AL AIN (UAE): Skuad menembak lelaki negara berjaya memenangi pingat gangsa dalam acara 50 meter Air Pistol di Kejohanan Universiti Dunia WUSC Ke-5 di sini, hari ini. Trio negara - Jonathan Wong Guanjie, Jasmi Muhammad Zin dan Eddy Chew - adalah pasukan pertama dari Asia untuk menyumbang pingat pada hari pertama kejohanan yang bermula hari ini sehingga 12 Oktober ini. Pingat emas dalam acara berkenaan dimenangi pasukan Poland manakala perak menjadi milik Romania. Menurut Ketua Pengurus Pasukan Menembak Malaysia, Prof Dr Mohamed Fadzil Che Din semangat perjuangan ditunjukkan trio negara amat tinggi. "Mereka memiliki motivasi luar biasa sebagai bukan pilihan dan bertanding dengan pasukan bertaraf dunia, terutama dari Blok Timur seperti Romania, Poland, Slovakia dan Republik Czech," katanya. Eddy dan Jonathan, baru-baru ini mewakili skuad negara dalam Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan. Menurut Mohamed Fadzil, kejohanan lima di Emiriah Arab Bersatu ini membabitkan 450 penembak dari lebih 50 negara - BH Online

6 Termasuk Seorang Bayi Parah Trak Rempuh Kedai Roti
New York - Enam, termasuk seorang bayi berusia 4 bulan parah setelah sebuah trak merempuh kedai roti di Queens, New York.
Memetik dari NBC New York, salah seorang dari mangsa berada di dalam kedai berkenaan ketik sebuah lori tiba-tiba merempuh dalam pukul 10 pagi, lapor pegawai bomba. Mangsa lain dilaporkan berada di kaki lima berdekatan dengan kedai berkenaan. - SiakapKeli.com

Video Pencuri Telefon Di Petronas Jadi Viral
Macam-macam berlaku akhir-akhir ini memperlihatkan sikap dan tingkah laku orang awam hingga sanggup untuk mencuri dan merompak harta orang lain.
Jika tempoh hari, video kes curi motosikal di Gombak menjadi viral di media sosial sehinggakan polis berjaya menahan beberapa suspek berkenaan kes tersebut.
Hah, hebat bukan ,kuasa viral!
Kali ini muncul pula video viral yang baru melibatkan kes mencuri telefon bimbit di Petronas Taman Sri Manja , Petaling Jaya semalam.
Jika kita perhatikan video ini, pemilik telefon bimbit ini sedang membayar wang kepada juru jual dilihat terlupa mengambil telefon bimbitnya yang baru beberapa saat diletakkan di atas meja.
Selepas pemiliknya beredar, lelaki lain yang memakai kemeja warna biru dilihat menghulurkan wang dan beredar mengambil telefon bimbit tu tanpa segan silu .
Jika kita lihat tingkah lakunya seakan-akan dia memang sengaja lah mahu mencuri telefon bimbit itu.
Hishh… abang oii, tak elok tau ambil barang bukan milik kita.Penat berkerja nak kumpul duit beli telefon.Tak gitu?- MYNEWSHUB

Fathul Bari Mahu LPF Kaji Semula Tayangan Filem Dracula – Untold
Oleh kerana sinopsisnya yang menyentuh sensitiviti Islam, Dr. Fathul Bari Mat Jahya yang juga Exco Pemuda UMNO mengharapkan agar Lembaga Penapisan Filem (LPF) mengkaji semula tayangan filem Dracula – Untold.
Gesaan tersebut juga disampaikan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin melalui ‘tag’ ke akaun twitter masing-masing.
Beliau berkata terdapat babak yang jelas sekali ditokok bagi mengubah sejarah sekaligus memburukkan agama Islam.
Antaranya, dalam babak perjanjian darah antara Sultan Turki dan Putera Transylvania, tertulis kalimah Allah.
Status beliau kemudiannya menerima banyak sokongan dari masyarakat dengan berkongsi pendapat masing-masing.
Selain itu, filem ini juga menerima kritikan dari banyak pihak kerana memaparkan watak antagonis Sultan Turki iaitu Sultan Mahmet II sebagai seorang yang kejam kerana mengambil kanak-kanak untuk dijadikan bala tenteranya.
Menurut beliau, gesaan ini bukan hanya dibuat jika melibatkan agama Islam, namun akan juga dilakukan jika mana-mana pihak memainkan isu yang melibatkan sensitiviti agama-agama lain.
Seharusnya, isu agama tidak dipermainkan kerana Islam menyeru umatnya untuk menghormati perbezaan pegangan agama.
Dalam kemaskini terbarunya di laman Twitter, Dr. Fathul Bari juga mencabar produksi Hollywood agar memfilemkan Sejarah Andalusia yang berkisarkan tentang kekejaman pihak Kristian kerana membunuh masyarakat Islam dan Yahudi.
Filem Dracula – The Untold mendapat sentuhan pengarahan oleh Gary Shore, mengisahkan tentang putera Translyvania lakonan Luke Evans yang membuat perjanjian dengan seorang ahli sihir bagi menukarkan dirinya menjadi pontianak demi keluarga dan negaranya.- MYNEWSHUB

Ming Jian Kutuk Doa Penerbangan Dalam Pesawat MAS
Seperti diketahui, syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) kini memaparkan doa perjalanan di dalam pesawat miliknya sebelum ia memulakan penerbangan.
Ia sebagai langkah penambahbaikan kepada syarikat itu dalam memperbaiki operasinya.
Sebelum itu, pesawat MAS pernah terlibat dalam dua insiden penerbangan terbesar di dunia melibatkan pesawat MH370 dan MH17.
Bagaimanapun, pengguna laman sosial seperti Ming Jian sememangnya tidak membantu dalam usaha ini apabila dia memperlekehkan doa berkenaan yang dipaparkan di kerusi penumpang di dalam pesawat.
“Seriously MAS? this is NOT helping to calm people with flying phobia, it only make it worst (Serius MAS? Ini TIDAK membantu untuk mereka yang ada ‘fobia untuk terbang’, ia (doa) hanya memburukan keadaan),” kata dia.
Petikan skrin laman Facebook beliau itu sudah pun disebarkan meluas ke laman sosial berkenaan menunjukkan betapa kurang ajar dan biadapnya pelaku ini dalam memburuk-burukkan nama agama Islam.
MAS hanya memberikan peluang kepada pengguna atau penumpangnya yang beragama Islam untuk berdoa tambahan pula MAS bernaung dan beropeasi sebagai syarikat penerbangan negara Malaysia yang merupakan sebuah negara Islam.
Secara jujurnya, penulis memang merasakan bahawa tindakan ini agak melampau tambahan pula MAS dalam rangka kerja untuk memperbaiki mutu perkhidmatan kepada penumpang gara-gara dua tragedi besar yang menyayat hati itu.
Pesawat MH370 hilang pada Mac lepas ketika dalam penerbangan ke Beijing, China dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan pesawat itu masih tidak dijumpai sehingga kini.
Kemudian, di pada 17 Julai pesawat MH17 pula terhempas di kawasan berhampiran sempadan Ukraine dipercayai telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu sehingga menyebabkan kesemua 298 orang di dalam pesawat itu terbunuh. - MYNEWSHUB

Gadis 16 Tahun Ditangkap Khalwat Dengan Kekasih Negro
Subang Jaya: Seorang remaja perempuan sanggup datang sejauh lebih 300 kilometer (km) dari selatan tanah air bertemu dengan kekasihnya warga Nigeria yang tinggal di Puchong, di sini, untuk bermadu asmara dan bersekedudukan.
Bagaimanapun, perbuatan terkutuk remaja berusia 16 tahun itu bersama kekasihnya terbongkar selepas ahli kariah masjid kawasan terbabit yang menyedari perbuatan mereka melakukan pemeriksaan sebelum menemui gadis terbabit bersama lelaki warga Nigeria itu.
Dalam kejadian jam 12 tengah malam Khamis lalu, ahli kariah masjid kawasan terbabit menerima aduan penduduk taman itu memberitahu terdapat seorang remaja perempuan tinggal bersama lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.
Menurut sumber, mereka kemudian ke rumah lelaki terbabit dan menerangkan tujuan kedatangan mereka dan meminta keizinan membuat pemeriksaan.
Sebaik masuk ke dalam kediaman lelaki terbabit, mereka menemui remaja itu bersembunyi dalam bilik utama bersama barangannya disimpan di dalam almari. – Harian Metro

GAMBAR: Gerhana Bulan ‘Berdarah’ Yang Sempat Dirakam Malam Tadi
Hari ini, berlaku fenomena luar biasa di langit yang dapat disaksikan dengan mata kasar iaitu gerhana bulan ‘berdarah’ (blood moon).
Gerhana bulan ‘berdarah’ merujuk pada fenomena kedudukan bulan sejajar dengan bumi dan matahari.
Biasan cahaya yang dikenali sebagai cahaya Umbra oleh atmosfera bumi kemudiannya mewujudkan pemandangan bulan kelihatan merah seperti darah.
Kali terakhir fenomena ini disaksikan adalah pada 15 April lalu.
Berikut antara gambar gerhana bulan ‘berdarah’ yang dirakamkan berlaku di langit Malaysia antara jam 5.14 petang hingga 8.34 malam tadi.
Bukit Baru, Melaka
Kuala Selangor
Bukit Putra Mahkota, Bangi
Bukit Putra Mahkota, Bangi
Jambatan Pulau Pinang
Kulim, Kedah
Seksyen 13, Shah Alam
- MYNEWSHUB

Anjing disyaki dijangkiti Ebola di Sepanyol
KUMPULAN aktivis hak haiwan bergelut dengan polis ketika sebuah ambulans tiba di hadapan bangunan apartmen yang menjadi kediaman jururawat mangsa Ebola di Alcorcon, pinggir Madrid. - REUTERS
MADRID, Sepanyol – Mangsa terbaharu wabak demam Ebola mungkin seekor anjing bernama Excalibur, kata beberapa pegawai semalam. Pihak berkuasa bandar raya ini mendapatkan perintah mahkamah untuk mematikan Excalibur kerana haiwan itu berisiko menyebarkan Ebola. Anjing tersebut dimiliki oleh seorang jururawat tempatan yang kini dijangkiti virus maut itu. Sekurang-kurangnya satu kajian utama mencadangkan bahawa anjing boleh dijangkiti virus Ebola tanpa menunjukkan simptom. Namun, setakat ini saintis belum pasti sama ada anjing boleh menyebarkan virus itu. Jururawat berkenaan dan suaminya telah dikuarantin sejak dia disahkan menghidap demam Ebola pada minggu ini. Mangsa merupakan sebahagian daripada pasukan perubatan yang merawat seorang paderi dijangkiti Ebola. Paderi berkenaan kemudian meninggal dunia akibat wabak tersebut. Dalam pada itu, seorang pakar haiwan di Amerika Syarikat, Dr. Peter Cowen memberitahu, tindakan mematikan anjing itu jelas keterlaluan. “Pihak berkuasa sepatutnya membuat penyelidikan terlebih dahulu. Belum ada kajian yang mendapati anjing menyebarkan virus Ebola,” kata Cowen. “Wabak Ebola yang kini mengancam Afrika Barat juga tidak menular kerana anjing,” tambahnya. Setakat ini, saintis masih belum mengenal pasti pembawa virus Ebola walaupun mereka mengesyaki virus itu disebarkan oleh sejenis kelawar buah. Pertubuhan Kesihatan Sedunia pula menyenaraikan beberapa haiwan lain termasuk cimpanzi, gorila, monyet dan landak sebagai pembawa kuman maut itu. Sementara itu di Dallas, AS pihak berkuasa kesihatan masih memantau 48 orang yang pernah berhubungan dengan pesakit Ebola, Thomas Duncan. – AP

Makan di restoran tergantung 48 meter di udara
PELANGGAN restoran tergantung sedang menikmati makanan.- AGENSI
LONDON – Sebuah syarikat menawarkan pengalaman makan malam mewah sambil tergantung pada ketinggian 48 meter di beberapa lokasi menarik di seluruh dunia, lapor MailOnline kelmarin.
Syarikat Dining In The Sky itu mula diperkenalkan oleh seorang ahli perniagaan, David Ghysels pada tahun 2006 dan perkhidmatan tersebut kini ditawarkan di beberapa buah bandar raya terkenal di dunia termasuklah di London, Britain dan di Paris, Perancis.
Setiap tetamu perlu membayar kira-kira £200 (RM1,000) untuk menikmati hidangan makan malam di atas satu platform yang lengkap dengan sebuah meja makan tetapi tidak mempunyai dinding atau lantai.
Ghysels berkata, seramai 22 orang tetamu boleh duduk di meja makan berkenaan pada satu-satu masa dan mereka perlu memakai tali pinggang keselamatan di kerusi bagi mengelakkan terjatuh.
Katanya, setiap tetamu boleh memilih hidangan yang mereka mahukan dan seorang tukang masak profesional dan dua pelayan akan menyediakan makanan berkenaan di atas meja.
“Tetamu juga akan dihiburkan dengan satu persembahan piano yang digantung berhampiran meja makan.
“Bagaimanapun, jika ada tetamu mahu ke tandas kren ini terpaksa menurunkan meja makan ke tanah bagi membolehkan mereka ke tandas,” katanya. – Agensi
TOP
Tujuh atlet Sukan Asia hilang di Incheon
SEOUL – Pihak berkuasa tempatan kini berusaha mencari tujuh atlet yang dilaporkan hilang selepas acara Sukan Asia dipercayai disebabkan ingin mencari peluang pekerjaan di Korea Selatan, lapor polis.
Mereka terdiri daripada tiga atlet dari Nepal, Sri Lanka (dua) dan masing-masing seorang dari Bangladesh dan Palestin.
“Kami kini menggiatkan usaha mengumpul maklumat di kawasan yang menjadi tumpuan pendatang asing untuk bekerja di negara ini khususnya di bandar Incheon, Bucheon dan Ansan.
“Sebaik sahaja atlet tersebut dikesan, mereka akan dihantar pulang meninggalkan Korea Selatan dengan segera kerana pas visa lawatan mereka akan tamat pada 19 Oktober ini,” kata jurucakap polis.
Sebelum ini, perkara yang sama turut berlaku semasa acara Sukan Asia Busan pada 2002 apabila seramai 16 atlet dari negara Asia Tenggara dan Asia Selatan dilaporkan hilang. Mereka dipercayai tinggal di Korea Selatan untuk bekerja secara haram.
Setiap tahun Korea Selatan mengeluarkan ribuan visa kepada pekerja dari Vietnam, Filipina dan beberapa negara Asia lain untuk menampung kekurangan tenaga kerja, bagaimanapun dipercayai lebih 200,000 pekerja asing bekerja secara haram dalam sektor pembuatan, pembinaan dan industri lain di negara itu. – AFP
TOP
Serangan udara AS gagal lemahkan IS
ASAP menjulang ke udara dari pusat bandar Kobani, Syria semasa pertempuran sengit pejuang Kurdis dan IS kelmarin.
ANKARA – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan kelmarin memberi amaran bahawa bandar puak Kurdis di Kobani, Syria akan jatuh ke tangan kumpulan militan Negara Islam (IS). Beliau pada masa sama mengkritik kempen serangan udara yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap IS sebagai tidak mencukupi. “Anda tidak boleh menamatkan keganasan ini hanya melalui serangan udara,” kata Erdogan ketika berucap kepada pelarian di bandar Gaziantep, selatan Turki. Dalam ucapannya, Erdogan turut mengulangi keperluan untuk membentuk sebuah zon pelindungan dan zon larangan terbang di Syria serta memperkuatkan pemberontak berfahaman sederhana di negara itu. Komen tersebut dibuat ketika pejuang Kurdis bertempur dengan IS di jalan-jalan di Kobani dan pakatan AS mengebom kedudukan kumpulan militan itu di pinggir bandar berkenaan. Pejuang Kurdis yang dikenali sebagai Unit Perlindungan Rakyat Kurdis (YPG) berjaya mengekang kemaraan IS di timur Kobani tetapi militan tersebut terus mara di barat daya bandar itu, dekat sempadan Syria dengan Turki. Ketua pertahanan Kobani, Ismet Hassan berkata, YPG telah menawan beberapa trak pikap yang dilengkapi mesingan berat. Laman berita Kurdis, Welati melaporkan bahawa YPG kehilangan 12 pejuang dalam beberapa pertempuran tetapi berjaya membunuh puluhan militan IS. “Hanya beberapa puluh orang awam yang masih tinggal di bandar ini,” kata Hassan. Kepungan IS itu menyebabkan seramai 185,000 orang awam melarikan diri ke Turki. – dpa

Mati Rebut Kawasan Edar Dadah Di P. Pinang
Tasek Gelugor – Dendam lama dan perebutan kawasan menjual dadah dipercayai punca seorang lelaki warga Myanmar maut ditetak sekumpulan lelaki dalam kejadian di Ladang Malakof, Pokok Machang, Tasek Gelugor, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 30-an ditemui mati dengan kepalanya terbelah manakala kedua-dua tangan hampir putus.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, siasatan awal mendapati suspek berang kerana mangsa menguasai kawasan berkenaan dengan menjadi pengedar dadah kepada rakan senegara mereka.
Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa bersama seorang lagi rakan didatangi kumpulan lelaki terbabit yang bersenjata tajam.
“Rakan mangsa bagaimanapun sempat melarikan diri dan meminta bantuan penduduk kawasan itu,” katanya. – myMetro Online
TOP
Lebuhraya AKLEH Ditutup Sempena KL Maraton Ahad Ini
KUALA LUMPUR: Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) akan ditutup mulai pukul 2 pagi hingga 10 pagi Ahad ini sempena Larian Maraton KL Standard Chartered 2014.
Pengurusan AKLEH dalam kenyataan hari ini berkata penutupan itu melibatkan keseluruhan lebuh raya itu dan semua susur masuk dan keluar ke lebuh raya tersebut.
Kawasan yang terjejas termasuk susur masuk di Jalan Sultan Ismail (JS1), Jalan Raja Abdullah (JRA), Jalan Tun Razak Selatan (JTR3/JTR4), laluan masuk Parkir KLCC, Jalan Jelatek dari Kuala Lumpur (JJ 1)), Jalan Jelatek dari Wangsa Maju (JJ 2).
Jalan Lingkaran Tengah 2 (JUK 2) berdekatan Hotel Flamingo, Jalan Kerja Air Lama dekat Petronas, Persimpangan Ahmad Razali (Jalan Ampang) dan Jalan Tun Razak Utara (JTR1).
Sementara, susur keluar termasuk termasuk Jalan Sultan Ismail (JSI2), Jalan Ampang (Menara Sunway), Jalan Tun Razak Selatan (JTR2), Jalan Tun Razak Utara (JTR3), Parkir KLCC, Jalan Jelatek to Wangsa Maju (JJ3), Jalan Lingkaran Tengah 2 (JUK 1) dekat Kuil Sikh, Jalan Kerja Air Lama (JKAL 1) dan susur keluar Jalan Memanda 9 di Tiara Condominium.
Lebuh raya itu akan dibuka semula selepas 10 pagi pada hari berkenaan.
Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi papan tanda dan arahan petugas PROLINTAS yang ditempatkan di kawasan berkenaan.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol AKLEH di 1-300-88-1012. Maklumat trafik juga boleh diperoleh menerusi Twitter Akleh atau www.prolintas.my.- mstar online
TOP
Annuar Bidas FAM Kerana 'Berat Sebelah'
Tan Sri Annuar Musa
KUALA LUMPUR: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa membidas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana bersikap berat sebelah dalam penjadualan semula perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2014. Beliau berkata FAM tidak seharusnya mengubah tarikh yang sudah ditetapkan sebelum ini kerana ia hanya akan memberikan masalah kepada pasukan lain. "Jadual perlawanan tidak harus di ubah sewenang wenang...Layanan pada pasukan hendaklah sama dan adil...jadual tidak boleh diubah atas kehendak satu pihak. "Cukup-cukuplah buat benda sebegini....kekalkan jadual yang sudah lama di sahkan.....bila nak berubah ini?..."," katanya dalam laman sosial Facebooknya, Rabu. Annuar berkata demikian bagi mengulas keputusan FAM pada Selasa yang bersetuju dengan permintaan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk mengubah tarikh suku akhir kedua antara JDT dan Terengganu di Larkin daripada 11 Okt kepada 17 Oktober. Jumaat lepas, pada perlawanan suku akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.- mstar online

Kecederaan Lutut, Ozil Tidak Dapat Beraksi Selama 12 Minggu
Mesut Ozil
BERLIN: Mesut Ozil akan terlepas peluang beraksi dalam perlawanan kelayakan Euro 2016 di Jerman menentang Poland pada Sabtu dan tidak dapat bermain dalam tempoh 12 minggu akibat kecederaan lutut, Persatuan Bola SEpak Jerman (DFB) mengesahkan, Rabu. Bintang Arsenal berusia 25 tahun itu mengadu sakit di bahagian lutut kirinya dan diterbangkan ke Munich pada pagi Rabu untuk dirawat oleh doktor DFB, yang mendiagnosis terdapat koyakan di sebahagian ligamen lutut kirinya. Ozil akan terlepas bermain di pusingan kelayakan Kumpulan D di Warsaw dan menentang Republik Ireland di Gelsenkirchen Selasa depan. Dia juga terlepas perlawanan kelayakan menentang pasukan kerdil Gibraltar di Nuremberg pada 14 November serta perlawanan persahabatan menentang juara Eropah, Sepanyol pada 18 November.- mstar online

PBNJ Nafi Penangguhan Perlawanan Piala Malaysia Disebabkan Ketiadaan Harris
Tunku Ismail Sultan Ibrahim
JOHOR BAHARU: Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) menafikan bahawa penangguhan perlawanan Piala Malaysia suku akhir kedua antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu disebabkan ketiadaan pemain tengahnya kelahiran Singapura, Harris Harun. Presiden PBNJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata penangguhan perlawanan itu Sabtu ini tidak kena-mengena dengan Hariss yang dipanggil untuk mewakili republik itu dalam perlawanan persahabatan, Jumaat ini. Sebaliknya, Tunku Mahkota Johor itu memberitahu sidang media di sini hari ini bahawa penangguhan itu disebabkan beberapa perkara termasuk persiapan JDT dan usaha menaik taraf padang di Stadium Larkin. Perlawanan tersebut ditunda kepada 17 Oktober ini. Pada suku akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Jumaat lepas, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan. Sementara itu, Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu (PETEH) dalam satu kenyataan hari ini telah melahirkan rasa tidak puas hati terhadap penangguhan perlawanan itu.- mstar online

LLM Cadang Kuatkuasa Perintah Larangan Kenderaan Berat Pada Cuti Umum
KUALA LUMPUR: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bercadang menguatkuasakan perintah larangan kepada kenderaan berat semasa cuti-cuti umum tertentu dalam usaha mencegah kemalangan di lebuh raya.
Ketua Pengarah LLM, Datuk Ir Ismail Md Salleh berkata pihaknya percaya, kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan dapat menguatkuasakan larangan itu melalui Seksyen 70 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Larangan (boleh) dikuatkuasakan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta melarang atau menyekat daripada memandu atau menggunakan kenderaan-kenderaan atau apa-apa kelas atau perihalan tertentu kenderaan-kenderaan di mana-mana jalan atau mana-mana bahagian jalan yang dinyatakan dalam perintah itu," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
LLM mengulas mengenai kemalangan di KM256.1 (Arah Utara) Lebuhraya PLUS iaitu 4.7 kilometer selepas Terowong Menora pada 4 Okt lepas yang telah mengorbankan seorang ibu dan anaknya selain mencederakan tiga yang lain.
Ismail berkata, pihaknya menerusi syarikat konsesi PLUS Berhad juga sentiasa melaksanakan intervensi yang bersesuaian dari semasa ke semasa bagi meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya.
Selain itu, beliau berkata pihaknya juga sedang mengkaji kemungkinan penyediaan jajaran baru bagi seksyen Ipoh ke Kuala Kangsar yang akan menjadi laluan alternatif sedia ada.
Mengenai cadangan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk menyediakan laluan khas kenderaan berat, Ismail berkata kajian secara menyeluruh perlu dilaksanakan terlebih dahulu memandangkan lokasi cadangan pelebaran lorong di kawasan berbukit melibatkan kos yang tinggi.
Dalam pada itu, LLM berharap Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memantau dengan lebih ketat ke atas pengusaha perkhidmatan logistik ini dari segi aspek keselamatan keadaan kenderaan berat tersebut.- mstar online
TOP
Penyiasat Antarabangsa Dijangka Masuk Ke Lokasi Nahas MH17 April 2015 - KPN
Tan Sri Khalid Abu Bakar
KUALA LUMPUR: Pasukan penyiasat antarabangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dijangka masuk semula ke lokasi kejadian pada musim bunga iaitu April tahun depan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. Beliau berkata perkara itu telah diputuskan pasukan penyiasat tiga negara iaitu Malaysia, Belanda dan Australia berikutan siasatan dihentikan akibat musim sejuk yang sedang melanda timur Ukraine ketika ini selain pergolakan yang masih berterusan di sana. "Pertempuran di sana masih berlaku, terbaru saya difahamkan pagi tadi berlaku kejadian tembak-menembak antara kumpulan pemisah dan pihak berkuasa Ukraine di lapangan terbang di Donetsk, Ukraine," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas di Bukit Aman di sini, Selasa. Terdahulu, Khalid menyaksikan majlis serah terima tugas antara Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Negeri Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, SAC Datuk Amer Awal kepada Timbalan Pengarah Pasukan Gerakan Am KDNKA, DCP Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim yang dilantik sebagai Pengarah KDNKA yang baharu dengan memangku pangkat Senior DCP. Amer kini memegang jawatan Timbalan Pengarah Kepolisan Am Jabatan KDNKA Bukit Aman. Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) DCP Datuk Wan Ahmad Najmudin Mohd pula menyerahkan tugas kepada Ketua Polis Perak sebelum ini Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang dilantik sebagai Pengarah JPJKK Bukit Aman yang baharu dengan pangkat Pesuruhjaya Polis (CP). Khalid berkata pasukan penyiasat tragedi MH17 akan menumpukan kepada lokasi baharu di kawasan nahas pesawat itu membabitkan sebuah ladang ternakan yang terdapat serpihan pesawat yang terbakar. Penerbangan MH17, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lepas. Dalam perkembangan lain, Khalid berkata pihaknya akan menahan rakyat Malaysia yang merancang untuk menyertai 'Islamic State' (IS) di Syria dan Iraq kerana perbuatan itu salah di sisi undang-undang. Beliau berkata mereka yang terbabit boleh ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) di bawah . "Kepada mereka yang merancang untuk pergi ke Iraq dan Syria walaupun melalui negara ketiga, kita telah memperoleh butir-butir mereka ini dan telah berkongsi dengan Interpol dan Aseanapol," katanya. Sebelum ini, media melaporkan tiga rakyat Malaysia telah ditahan polis di Lapangan Terbang KL (KLIA) kerana disyaki merancang untuk berlepas ke Syria bagi menyertai perjuangan IS.- mstar online

Hubungan Ketenteraan Malaysia - China Diperkukuh, Perangi Militan - Hishammuddin
Hishammuddin Hussein
KUALA LUMPUR: Hubungan ketenteraan antara Malaysia dan China perlu diperkukuhkan lagi, antara lain, boleh membawa kepada kejayaan lebih baik dalam memerangi semua bentuk kegiatan militan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata bagi tujuan itu, persefahaman antara kedua-dua negara amat penting, khususnya apabila mendepani kemungkinan dari segi sensitiviti pada peringkat kemudian kelak. Malah, sebelum ini, tegasnya Malaysia dan China telah berikrar untuk bekerjasama dalam membina keupayaan industri pertahanan. "Kedua-dua negara sebenarnya telah memeterai perjanjian yang disaksikan oleh perdana menteri kedua-dua negara semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke China sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara. "Sepertimana yang telah saya katakan, isu-isu berkaitan militan dalam semua bentuk yang merentasi sempadan dan fahaman, dan kawasan panas berpotensi adalah sesuatu yang kami sedang usahakan ketika ini," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Anggota Dewan Negara China Yang Jiechi, di sini Selasa. Berhubung lawatan Jiechi dan delegasinya ke negara ini, Hishammuddin percaya ia satu permulaan baik bagi Malaysia sebelum menjadi pengerusi Asean tahun depan. Katanya hubungan diplomatik antara Malaysia dan China tidak wujud secara automatik, tetapi antara lain, hasil daripada lawatan dan persefahaman yang dipupuk. "Saya berasa amat gembira dengan lawatan tuan yang terutama (Jiechi), tetapi saya percaya apa yang kita telah persetujui perlu diterjemahkan kepada sesuatu yang konkrit," katanya. Sementara itu, Jiechi menegaskan walaupun lawatannya adalah singkat, ia mencapai objektifnya dan beliau berpeluang mengadakan perbincangan termasuk dengan Najib, pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Luar dan Kementerian Pengangkutan. Katanya kedua-dua negara telah menikmati kerjasama erat dalam pelbagai bidang sejak sekian lama, namun beliau mencadangkan kerjasama dalam bidang pendidikan dan pelancongan dipertingkatkan. Jiechi berkata kini terdapat kira-kira 10,000 pelajar China sedang melanjutkan pelajaran di Malaysia dan kira-kira 6,000 pelajar Malaysia sedang menuntut ilmu di kolej-kolej di China. Beliau juga yakin hubungan dua ekonomi dua hala akan mencapai sasaran perdagangan US$150 bilion menjelang 2017 berdasarkan kekukuhan ekonomi kedua-dua negara. Jiechi berkata China juga mengalu-alukan penyertaan Najib pada forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik yang akan berlangsung di Beijing November ini. "Kami percaya penyertaan beliau akan memainkan peranan penting bagi kejayaan mesyuarat itu," katanya. Jiechi tiba pagi ini untuk lawatan kerja dua hari di Malaysia.- mstar online

Lelaki Ditahan, Rempuh Anggota Polis Sedang Bertugas
KUANTAN: Polis menahan seorang pemandu kerana merempuh motosikal seorang anggota yang sedang bertugas di Bukit Goh petang Selasa.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz berkata, dalam kejadian jam 3 petang itu anggota terbabit cedera di kaki dan leher dan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.
"Kejadian berlaku semasa anggota polis berkenaan hendak menahan kereta dipandu suspek berusia 26 tahun itu untuk tujuan pemeriksaan setelah didapati berada dalam keadaaan mencurigakan.
"Mangsa bersama beberapa lagi anggota polis telah mengejar kenderaan itu sehingga ke jalan mati.
"Keadaan itu menyebabkan suspek terperangkap dan ketika membuat pusingan U dalam usaha untuk melepaskan diri, dia telah merempuh motosikal yang dinaiki anggota polis berkenaan dan melarikan diri," katanya ketika dihubungi di sini.
Bagaimanapun, katanya hasil maklumat dan risikan, suspek yang berasal dari Pekan berjaya ditahan di kawasan Bukit Goh kira-kira jam 9.30 pagi tadi.
Kata Abdul Aziz, siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Saga yang dipandu suspek menggunakan nombor pendaftaran berbeza di bahagian hadapan dan belakang.
"Polis percaya nombor pendaftaran kereta itu palsu dan berkemungkinan kenderaan itu adalah kereta curi namun siasatan sedang dijalankan," katanya.
Katanya, ujian saringan awal air kencing juga mendapati suspek positif dadah dan dia kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan untuk siasatan lanjut.- mstar online
TOP
Syabas Laksana Operasi Terhadap Pelanggan Dengan Bil Tertunggak
KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) sedang melaksanakan operasi bil tertunggak bagi bulan ini di lapan kawasan termasuk di ibu negara.
Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS Priscilla Alfred berkata kawasan terlibat ialah Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Hulu Selangor, Sepang dan Sabak Bernam.
"Tindakan pemotongan bekalan air akan dikenakan kepada para pengguna yang gagal menjelaskan bil air tertunggak.
Sekiranya tindakan telah diambil, pengguna akan dikenakan caj sebanyak RM35 masing-masing untuk pemotongan dan penyambungan semula bekalan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.
Beliau berkata caj berkenaan adalah caj tetap perkhidmatan yang dikenakan SYABAS terhadap pengguna seperti diwartakan kerajaan Selangor di bawah Enakmen Pembekalan Air 1997.
Sehubungan itu, beliau meminta pengguna yang bilnya tertunggak membuat pembayaran secepat mungkin bagi mengelak dikenakan tindakan berkenaan.
Pengguna boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) SYABAS di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui khidmat pesanan ringkas dengan menaip PUSPEL dan aduan atau pertanyaan serta dihantar ke 39222.- mstar online
TOP
Prasarana Sedia Bas Atasi Masalah Parkir Di Parlimen
KUALA LUMPUR: Kumpulan Prasarana menyediakan perkhidmatan bas pengantara dari KL Sentral ke bangunan Parlimen sebagai usaha mengatasi masalah petugas dan pelawat meletak kenderaan mereka ekoran kerja-kerja penambahbaikan dan menaiktaraf kawasan bangunan itu.
Naib Presiden Eksekutif Operasi RapidKL Muhammad Yazurin Sallij (ulang: Sallij) berkata perkhidmatan bas disediakan dari KL Sentral bermula pukul 7 pagi dan 7.30 pagi dari Parlimen ke KL Sentral seterusnya setiap 30 minit dari kedua-dua lokasi sehingga 9 pagi.
"Selepas pukul 9 pagi, bas RapidKL akan berlepas setiap satu jam sehingga 7 petang dari KL Sentral dan 8 malam dari Parlimen.
"Perkhidmatan dengan pengenalan bas bernombor S100 ini akan ditawarkan sepanjang sesi Parlimen berlangsung bermula Isnin hingga Khamis termasuk Jumaat ini sempena pembentangan bajet," katanya kepada Bernama selepas bermesyuarat bersama Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia Datuk Lamien Sawiyo di Bangunan Parlimen, di sini.
Pada Jumaat ini, kekerapan bas akan ditambah selepas 2 petang pada setiap 30 minit sehingga 7.30 malam dari KL Sentral, katanya.
Bajet 2015 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Muhammad Yazurin berkata bayaran RM1 dikenakan untuk seorang penumpang bagi perkhidmatan sehala dengan pemberian diskaun 20 peratus kepada pemegang Kad Touch'N Go dan Rapid.
Katanya, pihaknya akan meletakkan papan tanda mengenai perkhidmatan bas itu di kawasan daftar pintu masuk ERL di KL Sentral.
Sementara itu, Lamien berkata sebanyak 104 lot tempat letak kereta terjejas akibat kerja-kerja penambahbaikan yang bermula sejak 2011 secara berfasa dan dijangka siap sepenuhnya pada awal tahun 2017.
"Saya galakkan petugas termasuk orang ramai supaya menggunakan perkhidmatan awam bagi mengurangkan kesesakan tempat letak kereta terutamanya pada Jumaat ini dengan tetamu yang hadir ke Parlimen boleh mencecah hingga 3,000 orang," kata Lamien.- mstar online
TOP
Papan Iklan Oktoberfest Tidak Dapat Kelulusan MBSA
SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menegaskan papan iklan promosi festival Oktoberfest tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri itu.
Malah, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata, papan iklan itu juga bukan milik MBSA.
"Visual iklan yang berunsur perjudian, lucah atau menjolok mata dan minuman keras tidak akan diluluskan seperti yang terkandung dalam syarat-syarat permohonan iklan yang dikuatkuasakan oleh MBSA," katanya.
Bagaimanapun, Mohd Jaafar berkata, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali akan membuat pengumuman sepatutnya selepas mesyuarat Exco kerana beliau telah diberi penjelasan mengenai perkara itu.
"Sesiapa sahaja dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan sensitif kerana kita hidup dalam negara pelbagai kaum dan budaya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada program ibadah Korban peringkat MBSA 2014 di padang MBSA di sini, Rabu.
Katanya, MBSA tidak menerima sebarang permohonan untuk pemasangan papan iklan mempromosikan festival itu dan ianya telah diturunkan oleh kakitangan PBT berkenaan.
Terdahulu, Azmin Ali berkata, perkara tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco pada Rabu.
Jelas beliau, laporan mengenai isu tersebut turut diterima daripada MBSA dan MBPJ.- mstar online
TOP
Tugas Bawa Balik CB204 Paling Mencabar - Pegawai Pemerintah
Bot tempur CB204 yang membawa lima anak kapal berjaya ditemui selepas hilang lebih 30 jam di perairan Mengalum Sabah ketika tiba di Jeti Pengkalan Wilayah Laut Dua tengahari Rabu. -fotoBERNAMA
KOTA KINABALU: Pegawai Pemerintah KD Ganas, Lt Komander Che Mohd Fakhrul Azizi Che Nah menyifatkan tugas membawa pulang kru bot tempur CB204 ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini tengah hari tadi sebagai paling mencabar baginya sejak menyertai TLDM lapan tahun lalu. Namun beliau berkata pelayaran mengendalikan KD Ganas dan menunda bot itu selama lebih 21 jam merupakan kebanggaan yang tidak mudah dilupakannya. "Kami mencari lokasi bot tempur CB204 dengan mengesan posisi longitud dan latitud dan seterusnya bergerak menuju koordinat itu. Alhamdulillah, kerjasama dari pusat operasi dan kapal yang ditugaskan berjaya mengesan isyarat dari CB204. "Kami mencari posisi berkenaan dan menjumpai CB204," katanya kepada pemberita di Pangkalan TLDM, Sepanggar di sini Rabu. Bot itu ditemui petang Isnin lepas setelah dilaporkan hilang lebih 30 jam di Perairan Mengalum, Sabah. Ia tiba di Pangkalan TLDM di sini pada pukul 12.50 tengah hari tadi. Che Mohd Fakhrul Azizi berkata keadaan laut bergelora dengan ketinggian ombak antara tiga hingga empat meter selain gangguan komunikasi perhubungan adalah antara cabaran yang menyukarkan operasi penundaan yang turut diiringi KD Lekiu. "KD Ganas memang berada di kawasan operasi di perairan berdekatan pada hari kejadian dan kami bergegas ke sektor diarahkan untuk memulakan pencarian sejurus menerima arahan. "Kami bergerak dengan kelajuan kuasa menunda pada enam knot. Setakat ini inilah pengalaman paling mencabar bagi saya sepanjang berkhidmat di TLDM," katanya yang berpengalaman hampir setahun mengendalikan aset TLDM sejak Disember tahun lepas. Beliau bersyukur kerana usaha membawa kesemua kru bot itu dipermudahkan bukan sahaja dari sudut cuaca yang baik, namun mendapat kerjasama daripada 32 anggota KD Ganas. Tujuh kru bot berkenaan ialah Lt Azri Bakar, BK PAP Charles Cristopher Muni, BM TMK Ince anak Ewin, BM TMK Steven Hudson anak Miso, BM JTP Nor Azuan Ariffin, LK KOM Sulhajji Daah dan LK I PAP Azhry Maani. Dua daripada mereka iaitu Charles Cristopher dan Steven Hudson yang mengalami masalah kesihatan telah diterbangkan ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu dengan pesawat Super Lynx kira-kira pukul 6.13 petang Selasa. Charles dilaporkan mengalami sakit perut (gastrik) manakala Steven terkena renjatan elektrik dan kedua-duanya menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu.- mstar online

Kerajaan P.Pinang Tak Akan Pecat Iszuree Sehingga Perbincangan Dibuat
Iszuree Ibrahim
GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan melaksanakan keputusan untuk memecat Anggota Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Iszuree Ibrahim sehingga perbincangan diadakan bersama beberapa pihak termasuk Anggota Majlis MPPP. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin berkata Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang hari ini mengambil ketetapan untuk mengekalkan Iszuree sebagai Anggota Majlis MPPP. Namun, Iszuree yang juga Bendahari PAS negeri itu digugurkan daripada menganggotai mana-mana jawatankuasa kecil MPPP dan peruntukan beliau dibekukan dan disalur kepada Anggota Majlis daripada PAS, Mohd Nasir Yahya, serta diurus oleh Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang, kata Dr Afif. "Kerajaan negeri menghargai usaha Badan Perhubungan PAS negeri diketuai (Timbalan Pesuruhjaya) PAS negeri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang hadir bertemu Ketua Menteri Lim Guan Eng pada 2 Oktober lepas, disertai oleh beberapa pimpinan PAS Pulau Pinang. "Malang sekali, dalam pertemuan itu Iszuree telah gagal hadir dan bersemuka. Pandangan dan penjelasan kerajaan negeri dan PAS Pulau Pinang dikongsi ketika pertemuan ini. "Ini membuktikan tidak timbul isu mengenai hubungan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang seperti yang digembar-gemburkan oleh media pro Barisan Nasional," katanya pada sidang akhbar di sini Rabu. Dr Afif berkata mesyuarat Anggota Majlis Kerajaan Negeri pada 1 Oktober lepas telah mengambil keputusan untuk memecat Iszuree daripada jawatannya atas kesalahan memfitnah kerajaan negeri dan melanggar etika profesionalisme. Beliau berkata kenyataan Iszuree dalam Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor pada 28 September lepas berhubung isu perumahan adalah fitnah dan bercanggah dengan polisi sebenar kerajaan negeri dan MPPP. Sementara itu, usaha Bernama untuk mendapatkan komen Iszuree berhubung keputusan kerajaan negeri itu gagal kerana beliau tidak menjawab panggilan.- mstar online

Laporan Polis Terhadap Saya Bersifat Jahat - Latheefa
Latheefa
PETALING JAYA: Penasihat undang-undang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Latheefa Koya berkata laporan polis yang dibuat oleh Pemuda Umno Kinabatangan yang mendakwa beliau membuat ancaman bunuh terhadap ahli Parlimen Kinabatangan adalah adalah palsu dan bersifat jahat. "Saya merujuk kepada laporan berita mengenai laporan polis yang dibuat oleh ahli-ahli Umno di Kinabatangan berhubung apa yang dipanggil 'ancaman mati' oleh saya terhadap Bung Mokhtar Radin. "Saya ingin menyatakan bahawa tidak ada sebab untuk saya membuat ancaman seperti itu kepada Bung Mukhtar dan tweet saya tidak boleh ditafsirkan sebagai ancaman kematian oleh mana-mana imaginasi," katanya dalam satu kenyataan akhbar. Kumpulan itu membuat laporan polis terhadap Latheefa, yang juga seorang peguam hak asasi manusia terkemuka kerana didakwa membuat ancaman bunuh terhadap ahli Parlimen mereka, Datuk Bung Mokhtar Radin, Rabu. Laporan itu, yang telah dibuat oleh ketua mereka Aksyah Nasrah, menunjukkan bahawa Latheefa telah merujuk kepada Bung sebagai 'Kebinatangan' dan bukannya Kinabatangan, yang merupakan kawasan Parlimennya. Dia mendapati laporan polis yang dibuat bukan sahaja palsu tetapi juga bersifat jahat yang dirancang oleh ahli-ahli Umno untuk menakut-nakutkan dan juga untuk memberi tekanan kepada pihak polis bagi mengambil tindakan walaupun tidak terdapat kesalahan yang dilakukan oleh beliau. Latheefa juga menambah bahawa beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terus membuat tuduhan palsu ke atas beliau. Pada Selasa, Bung dan Latheefa bertekak di Twitter berikutan kenyataan Bung di Parlimen yang menggesa agar semua yang membantah Akta Hasutan didakwa di bawah Akta tersebut.- mstar online

Video: Demo Bantah GST, Kenaikan Bahan Api Di Luar Parlimen
KUALA LUMPUR: Bantah dengan kenaikan harga petrol dan diesel sejak 1 Oktober lalu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perhimpunan di perkarangan bangunan Parlimen pada Rabu.
Kumpulan berkenaan juga pada masa sama turut menjadikan perhimpunan itu sebagai platform membantah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan bermula 1 April tahun depan.
Hadir membawa pelbagai sepanduk dan kain rentang bertulis "Kembalikan Wang Saku Anak-Anak Kami", "No GST", dan "Saya Bantah GST", kumpulan itu turut menyanyikan lagu khusus membantah kenaikan minyak dan pengenalan GST.
Bagaikan 'berpesta', kumpulan itu bagaimanapun tidak dibenarkan memasuki kawasan bangunan Parlimen.
Sebaliknya hanya tujuh wakil kumpulan itu dibenarkan masuk bagi menyerahkan memorandum kepada beberapa Ahli Parlimen. Wakil Ahli Parlimen pembangkang yang hadir menerima memorandum tersebut ialah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah, Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa serta beberapa lagi ahli Parlimen lain. Kumpulan itu juga turut menyerahkan memorandum yang sama kepada wakil kerajaan iaitu pegawai khas di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd Zain Zainal dan wakil Kelab Kumpulan Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Kolonel Omar Daud. Melalui memorandum itu, kumpulan berkenaan menuntut agar kerajaan membatalkan pengurangan subsidi minyak yang mengakibatkan kenaikan harga barangan. Selain itu, mereka turut menuntut kerajaan menghentikan rancangan untuk melaksanakan GST dan mengadakan referendum bagi mendapatkan pandangan daripada rakyat.- mstar online

Gangguan Bekalan Air 12 Jam Di Selangor Esok
PETALING JAYA: Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mengumumkan terdapat gangguan bekalan air tidak berjadual di Selangor pada Khamis dari pukul 9 pagi sehingga 9 malam.
Syabas dalam satu kenyataan di Facebook berkata, gangguan bekalan air itu akan melibatkan daerah Sepang, Hulu Langat, Petaling dan Gombak.
Gangguan bekalan air itu disebabkan oleh penyelenggaraan kecemasan yang dilakukan oleh Konsortium ABASS Sdn Bhd di loji rawatan air Sungai Semenyih.
"Pada masa sama, Syabas turut akan menjalankan kerja-kerja menyelenggara dan menaik taraf di empat lokasi berbeza di kawasan terbabit.
"Kesemua kerja-kerja penyelenggaraan ini telah diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)," katanya.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kawasan tertentu yang mungkin berhadapan dengan gangguan bekalan air boleh menghubungi khidmat pelanggan Syabas di talian 1-800-88-5252, atau layari laman sosial Facebook mereka, atau laman web di www.syabas.com.my. - mstar online
TOP
JPP Tak Langgar Perlembagaan, Tak Bertindih Fungsi Majlis PBT
Abdul Rahman Dahlan
KUALA LUMPUR: Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) oleh kerajaan persekutuan di peringkat bandar tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan dan tiada pertindihan dengan tugas ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Dewan Rakyat diberitahu pada Rabu. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, terdapat perbezaan fungsi antara JPP dan ahli majlis PBT terutama dari segi bidang penguatkuasaan undang-undang. "Tiada isu JPP mahu mengambil alih tugas ahli majlis PBT kerana JPP tiada sebarang kuasa untuk melakukan sebarang dakwaan atau mengenakan bayaran atau fi seperti PBT. "Sebaliknya JPP ditubuhkan untuk membantu PBT yang kita fikir mungkin tidak mampu menangani isu-isu lain penduduk di kawasan bandar yang pastinya bukan hak mutlak kerajaan tempatan sahaja," katanya ketika menjawab soalan tambahan Su Keong Siong (DAP-Ipoh Timur) di sini, Rabu. Keong Siong mahu tahu sama ada pelantikan JPP melanggar Perlembagaan Persekutuan dan cubaan untuk mengambil alih fungsi ahli majlis PBT. Kepada soalan asal Ahli Parlimen Ipoh Timur yang ingin tahu keperluan kerajaan persekutuan menubuhkan JPP dengan peruntukan sebanyak RM63 juta setahun serta kriteria yang diguna pakai untuk melantik anggota JPP, Abdul Rahman berkata: "JPP adalah satu mekanisme kerajaan persekutuan bagi penduduk bandar menyalurkan aduan dan pandangan kepada pihak berkuasa. "Ia amat diperlukan susulan proses pemesatan bandar kerana sehingga kini 70 peratus penduduk di negara ini tinggal di kawasan bandar". Sementara itu, katanya, kriteria yang diguna pakai untuk melantik anggota JPP ialah antaranya penduduk yang bermastautin di kawasan berkenaan, berusia antara 21 dan 65 tahun serta kelayakan akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta bukan dalam kalangan ahli majlis yang sedang berkhidmat. Untuk penyelarasan JPP di setiap PBT, kerajaan katanya, meluluskan 184 perjawatan Unit Kesejahteraan Bandar yang terdiri daripada Gred M44, N32, N27 dan N17 yang akan ditempatkan di PBT terpilih sebagai sekretariat JPP di peringkat negeri.- mstar online

MAS, Tourism Malaysia Tawar Percutian Untuk Pelancong India
Menara Berkembar Petronas antara destinasi mesti lawat pelancong dalam dan luar negara.
NEW DELHI: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) serta Tourism Malaysia, menawarkan tawaran hebat percutian ke Malaysia kepada pelancong India sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Kempen itu yang bermula Rabu hingga 20 Oktober ini, adalah bagi perjalanan mulai sekarang hingga 31 Mei 2015 bagi kelas ekonomi, kata MAS menerusi satu kenyataan. "Sebagai syarikat penerbangan negara, Penerbangan Malaysia bangga menawarkan tawaran hebat bersama Tourism Malaysia," kata Naib Presiden Kanan Serantau, Asia Selatan dan Timur Tengah MAS, Azahar Hamid. Beliau berkata, pekancong India boleh meneroka destinasi terbaik Malaysia menerusi tawaran hebat sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 ini. "Beli sekarang dan melancong ikut kesesuaian anda dalam tempoh enam bulan." Pengguna boleh menempah perjalanan dari Delhi, Mumbai, Hyderabad, Bangalore, Chennai dan Kochi ke pelbagai destinasi di Malaysia, seperti mengunjungi Langkawi, resort kepulauan yang cantik atau kota raya Kuala Lumpur atau Johor Bahru. Tambang termasuk cukai lapangan terbang dan surcaj, bagasi masuk seberat 30kg dan satu bagasi dalam kabin sehingga 7 kilogram, katanya. Tambang dari India ke Kuala Lumpur bermula daripada Rs13,987 (RM740) Langkawi Rs16,656 (RM882), Pulau Pinang, Kuala Terengganu dan Johor Rs16,342 (RM865) serta Kuching dan Kota Kinabalu Rs18,860 (RM999). "Inilah masa yang paling sesuai untuk mengalami dan menerokai sendiri Malaysia menerusi pakej khusus pada harga yang sangat menarik ini," kata Pengarah Tourism Malaysia, Manoharan Periasamy. Pelanggan boleh merujuk destinasi popular dan mendapatkan lebih banyak maklumat menerusi saluran pengedaran Malaysia Airlines di www.malaysiaairlines.com, pusat panggilan Malaysia Airlines di +603 7843 3000, pejabat tiket dan ejen yang dilantik di seluruh India.- mstar online

12 Projek Berskala Besar Di K.Lumpur Masih Terbengkalai
Datuk Seri Ahmad Phesal Talib
KUALA LUMPUR: Sebanyak 12 projek berskala besar di bandar raya ini masih terbengkalai selama enam hingga 18 tahun, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib. Beliau berkata kebanyakan projek terbengkalai itu melibatkan bangunan komersial seperti hotel dan bangunan bercampur pejabat dengan hotel. Katanya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memandang serius projek yang tidak disiapkan dalam tempoh sepatutnya itu dan mengambil pendekatan untuk berunding dengan pemaju terlibat bagi membantu mereka menyambung semula projek berkenaan. "DBKL bersedia untuk menimbang permohonan pindaan kepada pelan yang diluluskan terdahulu dengan segera," katanya kepada pemberita selepas melawat Quill City Mall di Jalan Sultan Ismail di sini, Rabu. Ahmad Phesalberkata projek terbengkalai memberikan impak negatif dari aspek kebersihan dan keselamatan penduduk. Mengulas mengenai lawatan itu, Ahmad Phesal berkata Quill City Mall ialah bangunan kompleks membeli-belah yang juga sebahagian daripada projek pembangunan Bandar Wawasan yang terbengkalai selama 17 tahun. Beliau berkata pembangunan semula projek itu dimulakan pada tahun 2012 yang dibahagikan kepada tiga fasa oleh pemaju Quill Group of Companies. Katanya, Quill City Mall juga akan dihubungkan dengan ketiga-tiga blok pejabat iaitu Bangunan Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Menara DBKL 3 dan Bangunan Bank Pembangunan di tingkat 4. Bangunan kompleks membeli-belah itu akan dilancarkan pada 18 Okt ini bersempena dengan alamat bangunan itu, 1018 Jalan Sultan Ismail dan dijangka beroperasi sepenuhnya tahun hadapan.- mstar online

PDRM Dalam Fasa Akhir Bentuk Skuad Taktikal Khas 3 - KPN
Tan Sri Khalid Abu Bakar
SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang dalam fasa akhir pembentukan Skuad Taktikal Khas 3 yang dijangka mula beroperasi Disember ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. Khalid berkata skuad khas yang ditubuhkan bagi membendung kegiatan perjudian, maksiat dan kongsi gelap itu juga turut berperanan sebagai pasukan penyiasat penggubalan wang haram di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001. "Dalam skuad ini, kita turut menerapkan elemen penyiasatan kewangan atau AMLA kerana kita perlu siasat kedudukan kewangan mereka yang terbabit dengan kegiatan tersebut. "Kelainan unit taktikal ini dengan unit-unit lain seperti D7 (Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap) adalah ia lebih mengkhususkan kepada pembanterasan kegiatan perjudian sahaja," katanya kepada pemberita di sini Rabu. Beliau ditemui ketika melakukan lawatan ke I-City di sini bagi membincangkan langkah terbaik meningkatkan tahap keselamatan di kawasan pembangunan seluas 29.1 hektar itu. Khalid berkata, skuad itu bukan sahaja akan dianggotai oleh pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah malah ia dimantapkan dengan kekuatan pelbagai jabatan dalam pasukan keselamatan. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada persidangan Parlimen, Rabu menyatakan skuad khas dengan kekuatan 200 pegawai dan anggota itu akan membuat serbuan serta pemeriksaan ke atas pusat-pusat yang menganjurkan perjudian di seluruh negara. Ahmad Zahid berkata kementerian juga menyediakan nota makluman khas dalam mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri tentang keperluan tindakan antara Pihak Berkuasa Tempatan dan PDRM untuk mengekang kegiatan itu.- mstar online

126 Rakyat Malaysia Dibawa Pulang Ke Tanahair Dari Yaman
PUTRAJAYA: Sebanyak 126 rakyat Malaysia telah dipindahkan dari Sana'a, Yaman dan selamat tiba di tanah air, kata Kementerian Luar dalam kenyataan Rabu.
Katanya kumpulan kedua terdiri daripada 54 rakyat Malaysia yang dipindahkan dari negara itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KL) dengan dua penerbangan, Rabu.
13 rakyat Malaysia tiba pada 8.25 pagi dan 41 lagi pada 3.05 petang.
Menurut kementerian berkenaan, kumpulan pertama, yang terdiri daripada 72 orang, tiba pada Selasa.
Kerajaan mengambil keputusan membawa pulang rakyat Malaysia berikutan pergolakan yang berlaku di Yaman.- mstar online
TOP
Peraturan Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Talian Diperhalusi - Rohani
Datuk Seri Rohani Abdul Karim
BANGI: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan memperhalusi peraturan-peraturan mengenai perlindungan kanak-kaank dalam talian bagi melindungi mereka daripada kesan negatif akibat melayari internet. Menteri berkenaan Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata sehingga kini beberapa siri perjumpaan telah diadakan melibatkan anggota jawatankuasa daripada pelbagai pihak antaranya Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan bagi menyediakan peraturan itu. "Banyak perkara yang kita rasa kanak-kanak perlukan perlindungan. Jadi kita memerlukan satu peraturan. Ia tidak mungkin Akta Kanak-Kanak kerana kita sudah ada akta. Ia mungkin peraturan untuk kita melindungi kanak-kanak ini daripada gejala negatif ketika dalam talian," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan penutupan Seminar Perlindungan Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini Rabu. Menurutnya peraturan itu masih dalam proses penyediaan dan akan dimaklumkan perinciannya, dijangka pada tahun hadapan. Bagaimanapun Rohani berkata peranan ibu bapa amat diperlukan untuk memantau pergerakan anak-anak ketika melayari internet. Terdahulu Rohani dalam ucapannya berkata statistik Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) menunjukkan terdapat peningkatan kes penderaan, pengabaian, keganasan dan eksploitasi kanak-kanak daripada 3,257 kes pada 2010 kepada 4,119 kes tahun lepas. Orang yang paling rapat dengan kanak-kanak dikenal pasti orang yang kebiasaannya menjadi pendera kepada kanak-kanak itu iaitu ibu kepada kanak-kanak, bapa atau kekasih ibu atau bapa," kata beliau. Pada majlis itu Rohani turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara JKM dan UKM bagi merangka program pencegahan bagi menangani kes penderaan, pengabaian, keganasan dan ekploitasi terhadap kanak-kanak. Menerusi MoU itu yang dimeterai selama tiga tahun, JKM dan UKM bersedia berkongsi sumber-sumber dan kepakaran di institusi masing-masing. Sebelas resolusi hasil perbincangan daripada seminar berkenaan turut diserahkan kepada Rohani untuk tindakan selanjutnya antaranya pemantauan dan kawalan penggunaan gajet dan akses internet, membina perisian (aplikasi dan permainan) yang berbentuk keselamatan dan pendefinisian semula umur kanak-kanak mengikut perspektif psikologi.- mstar online

Jerebu Tidak Jejas Orang Ramai Lihat Gerhana Bulan Penuh Malam Ini
Kelihatan gerhana bulan penuh yang berlaku dua kali setahun dirakamkan pada jam 8.29 malam di Menara Kuala Lumpur, malam Rabu. Gerhana itu dapat dilihat dengan mata kasar bermula pukul 5.15 petang dan berakhir pada 8.34 malam. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Peluang untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh malam ini tidak terjejas walaupun jerebu melanda di beberapa kawasan di seluruh negara. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Datuk Che Gayah Ismail memberitahu Bernama di sini, Rabu, keadaan jerebu adalah sederhana dan tidak menjejaskan penglihatan untuk melihat fenomena gerhana itu. "Jerebu tidak tebal. Ia tidak menghalang orang ramai untuk menyaksikan fenomena ini," katanya. Sementara itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) merekodkan hanya Tanjung Malim, Perak mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu bacaan (112) setakat pukul 6 petang. Sebanyak 34 kawasan mencatat IPU sederhana antaranya Batu Muda, Kuala Lumpur (72), Kemaman, Terengganu (64) dan Kuala Selangor, Selangor (53). Bacaan IPU baik berada antara 0-50, sederhana (51-100), tidak sihat (100-200), sangat tidak sihat (200-300) dan berbahaya pada bacaan melebihi 300. Sementara itu, menurut laman web Persatuan Falak Syari Malaysia, fenomena gerhana bulan penuh berlaku pada malam ini iaitu bersamaan 14 Zulhijjah. Gerhana itu dapat dilihat dengan mata kasar bermula pukul 5.15 petang dan berakhir pada 8.34 malam. Gerhana bulan akan hanya dapat kelihatan di seluruh Malaysia ketika waktu Maghrib, iaitu terbenamnya matahari di langit barat dan timbulnya bulan di langit timur.- mstar online

Hanyut 30 Jam Tak Luntur Semangat Terus Kawal Perairan Negara
SELAMAT TIBA… Panglima Wilayah Laut 2 Laksamana Muda Datuk Mohammad Rosland Omar bersama lima anak kapal yang terselamat selapas hilang 30 jam di perairan Mengalum iaitu (dari kiri) LK I PAP Azhry Maani, BM JTP Nor Azuan Ariffin, Ketua anak kapal Bot tempur CB204 Lt Azri Bakar, BM TMK Ince anak Ewin dan LK KOM Sulhajji Daah (kanan) sebaik tiba di Jeti Pengkalan Wilayah Laut Dua di Kota Kinabalu, Rabu. -fotoBERNAMA
KOTA KINABALU: Pengalaman hanyut di laut bergelora di perairan Mengalum, Sabah selama 30 jam, tidak langsung mematah semangat tujuh anak kapal Bot Gempur CB204 untuk meneruskan tugas menjaga keselamatan perairan negara. Komander Bot Gempur CB204, Lt Azri Bakar berkata sebagai anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sudah menjadi kewajiban beliau dan rakan anggotanya yang lain untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan pada setiap masa. "Bila-bila masapun saya boleh belayar. Saya berjiwa TLDM," katanya kepada pemberita di sini hari ini sejurus tiba di jeti Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Sepanggar kira-kira jam 12.50 tengah hari. Ketibaan Azri dan empat anggotanya disambut Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Datuk Mohammad Rosland Omar dan anggota serta pegawai TLDM lain. Turut menyambut Azri ialah isterinya Leftenan Komander Fazilah Makun, 29, juga anggota TLDM. Bot Gempur CB204, yang dalam pelayaran ke Stesen 5, Gususan Semarang Peninjau, Pulau Layang-Layang pada pagi Ahad, hilang dan hanyut sehingga ke kedudukan 50 batu nautika di Timur Pulau Layang-Layang selepas mengalami kerosakan injin dan gear kemudi. Selepas dapat dikesan, bot berkenaan ditunda ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu kira-kira jam 10 malam semalam (Selasa) dan tiba di sini Rabu. Selain Azri, enam anggota TLDM yang turut sama dalam pelayaran berkenaan ialah BK PAP Charles Cristopher Muni, BM TMK Ince anak Ewin, BM TMK Steven Hudson anak Miso, BM JTP Nor Azuan Ariffin, LK KOM Sulhajji Daah dan LK I PAP Azhry Maani. Menceritakan pengalamannya selepas terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring KD Paus, Azri dari Cheras, Selangor, berkata ombak pada ketika itu antara 2.5 hingga 3 meter menyukarkan komunikasi radio. Bagaimanapun pada hari Isnin, kira-kira jam 12 tengah hari, pihaknya dapat berhubung dengan kapal awam dan meminta mereka menyampaikan mesej kepada kapal TLDM untuk mereka melancarkan operasi mencari dan menyelamat. Azri yang baharu dilantik sebagai Komander Bot Gempur CB204 pada 18 Sept lalu dan merupakan pelayaran sulungnya mengemudi bot itu ke Stesen 5, berkata pasukannya bersyukur kerana akhirnya KD Paus dapat memintas komunikasi radio mereka dan seterusnya membolehkan lokasi mereka dikenal pasti. "Saya cuba beritahu rakan-rakan agar sentiasa berfikir positif," katanya. BM JTP Nor Azuan Ariffin, 34, dari Pahang, yang telah berkhidmat dengan TLDM selama 15 tahun pula menganggap pengalamannya itu bagaikan 'mati hidup semula' memandangkan bot tempur itu terputus hubungan komunikasi pada hari pertama. LK KOM Sulhajji Daah, 34, dari Tawau pula, berkata ingatannya hanya kepada isteri dan kedua-dua anak yang berusia tujuh dan lima tahun sepanjang tempoh 30 jam sebelum mereka dikesan. "Masa itu ingatan hanya pada anak isteri yang memberi semangat kuat...ketika itu langit sentiasa gelap langsung tiada matahari...kami dilambung ombak dan kadang-kadang rasa takut juga jika tiada bantuan datang dan kami akan karam," katanya di sisi kedua-dua anaknya Adam Haris, 7, dan Aidil Hafiz, 5. Sementara itu, LK 1 PAP Azhry Maani, berkata pengalaman itu amat berharga dalam menilai erti persahabatan antara anak-anak kapal yang terpaksa berkongsi bekalan makanan roti bersama air mineral. "Kami ketika memulakan perjalanan tiada rasa susah hati tetapi berjaga-jaga memandangkan cuaca hujung tahun musim hujan. Cuaca pada mulanya baik kemudian bertukar hujan lebat. "Apabila kami sampai di Perairan Mengalum, ombak bergelora besar dan kami tidak nampak apa-apa pada jarak jauh dan pada pukul 1 tengah hari kami terpisah oleh kapal induk...terus terputus hubungan," katanya di sisi isteri Rohaiza Abdul Halim. Azhry yang lapan tahun berkhidmat di TLDM berkata pengalaman pertama kali itu tidak akan dilupakan termasuk memberi pengajaran baharu kepadanya. "Kami sudah biasa meredah ombak sebelum ini, tetapi pada kali ini nasib kami kurang baik kerana gelombangnya lain dari yang lain," katanya.- mstar online

Isu SJKC: Peguam Negara Yang Perlu Putuskan Pendakwaan - MCA
Eric Choo Wei Sern
PETALING JAYA: Polis belum mempunyai kata akhir dalam memutuskan sama ada akan mengambil tindakan terhadap pemimpin Umno yang mencadangkan bahawa pendidikan vernakular perlu dihapuskan, kata MCA. Pengerusi Biro Undang-undang Pemuda MCA, Eric Choo Wei Sern berkata keputusan sama ada untuk mendakwa timbalan pengerusi Umno Bahagian Petaling Jaya Utara terletak pada Peguam Negara, bukan pasukan polis. "(Kami) benar-benar terkejut dengan keputusan polis untuk tidak mendakwa atau mengenakan tindakan terhadap Timbalan Pengerusi Umno Bahagian Petaling Jaya Utara Mohamad Azli Mohamed Saad berhubung cadangan beliau supaya pendidikan vernakular dimansuhkan. "Pasukan polis tidak boleh memainkan peranan dalam dua perkara iaitu penyiasat dan pendakwa," kata Choo dalam satu kenyataan Rabu. Azli Mohamad baru-baru ini telah dikritik kerana menggesa Perhimpunan Agung parti akan datang membincangkan kemungkinan memansuhkan sekolah rendah. Beliau dilaporkan berkata bahawa ramai orang telah membuat kesimpulan bahawa sekolah-sekolah Cina digunakan oleh pihak pembangkang untuk menyebarkan sentimen perkauman dan anti-kerajaan, membangkitkan kemarahan MCA. Walaupun MCA telah membuat banyak laporan polis terhadap pemimpin Umno dan meminta supaya beliau disiasat kerana hasutan, pihak polis dilaporkan berkata bahawa mereka tidak mempunyai sebarang rancangan untuk mengambil tindakan kerana kes beliau telah dikategorikan sebagai perkara sivil. Choo berkata keputusan yang diumumkan oleh pihak polis "mengejutkan" kerana kerajaan melalui pasukan polis, perlu mengambil tindakan keras terhadap individu yang menghasut, atau mencetuskan ketegangan kaum atau ketidakharmonian di bawah Akta Hasutan sejak bulan-bulan kebelakangan ini. Walaupun Biro Undang-Undang Pemuda MCA tidak bersetuju dengan penggunaan Akta, mereka percaya bahawa terdapat peruntukan undang-undang sedia ada di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan untuk menghukum mereka yang membuat kenyataan-kenyataan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam. "Oleh itu, kami menyeru pihak polis untuk menyiasat laporan polis yang dibuat di seluruh negara di bawah peruntukan Kanun Keseksaan dan Pejabat Peguam Negara untuk mendakwa dan mengenakan tindakan terhadap pemimpin Umno itu kerana membuat kenyataan yang secara serius boleh membahayakan keamanan dan keharmonian kita yang telah kita nikmati 57 tahun yang lalu," katanya.- mstar online

Isteri PM Tak Guna Pesawat VIP Ke Padang - Shahidan
Shahidan Kassim
KUALA LUMPUR: Pesawat VIP Airbus A319CJ milik kerajaan tidak pernah melakukan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Padang, Indonesia pada 27 Ogos lalu. Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan bahawa pada tarikh berkenaan, pesawat rasmi itu hanya digunakan oleh delegasi kerajaan ke Singapura. Pendedahan itu sekaligus menafikan dakwaan pembangkang kononnya pesawat VIP itu digunakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk perjalanan ke Padang. "Untuk maklumat, penumpang pesawat tersebut adalah Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), isteri Perdana Menteri dan delegasi kerajaan bagi lawatan rasmi ke Singapura," katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Rabu. Beliau menjawab soalan Anthony Loke (DAP-Seremban) yang ingin mengetahui butiran lengkap termasuk senarai penumpang dan tujuan pesawat VIP milik kerajaan itu berlepas ke Padang pada 27 Ogos lalu. Sementara itu, menerusi sidang media di lobi Parlimen, Loke mempersoalkan dan mendakwa kononnya Rosmah menggunakan pesawat rasmi kerajaan untuk tujuan peribadi. Katanya, pada tarikh sama, Rosmah berada di Padang bagi menerima anugerah darjah tertinggi wanita suku Minangkabau. Rosmah menerima 'Darjah Kebesaran Kerabat Yang DiPertuan Gadih Minang' yang membawa gelaran Puan Puti Reno, membawa maksud puteri tertinggi dalam kerabat Minangkabau.- mstar online

MH370: Lokasi Baharu Pencarian Lebih Jauh Ke Selatan Lautan Hindi
KUALA LUMPUR: Pencarian di dasar laut bagi pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang sejak tujuh bulan lepas akan bertumpu di kawasan lebih jauh ke selatan iaitu kawasan terpencil dikenali sebagai 'seventh arc' di Lautan Hindi.
Keputusan itu disahkan berdasarkan analisis terbaru dilakukan satu pasukan daripada United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia dan Malaysia.
Laporan rasmi berhubung butiran analisis itu dikeluarkan hari ini oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), yang menerajui operasi itu.
Menurut laporan itu, lokasi baharu misi pencarian itu ditetapkan selepas memperhalusi data komunikasi satelit dan maklumat panggilan telefon selama 17 minit dari darat ke udara yang tidak dijawab selepas maklumat terakhir diterima daripada radar.
"Perkembangan terkini itu memberikan input penting terhadap perancangan ATSB dan hala tuju aktiviti pencarian di dasar laut," katanya.
Laporan itu menyatakan, pemeriksaan dan analisis yang sedang dijalankan terhadap data Satcom dan simulasi "berakhirnya penerbangan" akan diteruskan dan mungkin akan membawa kepada perubahan pengerahan aset bagi misi pencarian.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac dan hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian ketika merentasi Laut China Selatan.
Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Misi mencari dianggotai pelbagai negara digerakkan untuk mencari pesawat itu di selatan Lautan Hindi, tempat pesawat itu dipercayai 'berakhir'.
Usaha mencari pesawat itu masih diteruskan, tanpa sebarang bukti kukuh ditemui setakat ini.- mstar online
TOP
Rumah Transit 1Malaysia Boleh Guna Mulai Disember Ini
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan (dua, kanan) melawat tapak projek Rumah Transit 1Malaysia dekat Bukit Jalil, Rabu. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 632 pemohon yang layak dan terpilih menyewa Rumah Transit 1Malaysia di Bukit Jalil di sini dijangka boleh memasuki rumah berkenaan mulai Disember ini. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, dalam kenyataan pada Rabu, berkata ini kerana kerja-kerja menaik taraf dua blok Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk dijadikan Rumah Transit 1Malaysia itu dijangka siap sepenuhnya pada 23 November ini. Projek rumah pertama seumpamanya itu melibatkan pengubahsuaian dua buah blok merangkumi 632 unit rumah PPR di Bukit Jalil iaitu Blok L dan Blok M. Program Rumah Transit 1Malaysia bertujuan memberi kemudahan perumahan bagi golongan berpendapatan rendah untuk pasangan yang berkahwin dan berumur bawah 30 tahun. Beliau berkata kerajaan telah menetapkan kadar sewa rumah berkenaan ialah RM250 sebulan dengan tempoh penyewaan selama dua tahun. "Pemohon tidak boleh menyewakan rumah transit dan tidak boleh menuntut sebarang kos untuk pindah masuk atau keluar dari rumah transit tersebut," katanya. Abdul Rahman berkata bagi mengatasi masalah pengangkutan awam untuk penduduk rumah berkenaan, pihak RapidKL telah bersetuju menyediakan perkhidmatan bas yang menghubungkan kompleks PPR Bukit Jalil dengan stesen LRT Bukit Jalil laluan Ampang mulai Disember ini. "Perkhidmatan bas RapidKL ini akan beroperasi pada kekerapan setiap 30 minit," katanya.- mstar online

Ganti Rugi RM351,000 Kepada Anak-Anak Akibat Bapa Dikatakan Mati Ditembak Polis
PUTRAJAYA: Tiga anak perempuan yang kematian bapa dikatakan akibat ditembak polis, dianugerah sejumlah RM351,000 sebagai ganti rugi oleh Mahkamah Rayuan di sini Rabu.
Mahkamah itu membenarkan tuntutan mereka atas kehilangan tempat bergantung berikutan kematian tersebut akibat tindakan polis itu.
Panel tiga hakim dipengerusikan oleh Hakim Datuk Linton Albert sebulat suara membenarkan rayuan itu yang dikemukakan oleh tiga anak perempuan berkenaan, Nurasmira Maulat Abdul Jaffar, Siti Asma Abdul Jaffar, dan Siti Fatimah Abdul Jaffar bagi mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman sivil mereka terhadap Ketua Polis Negara, Kerajaan Malaysia dan pegawai polis ASP Ong Seng Keong.
Dua hakim lagi ialah Hakim Datuk Hamid Sultan Abu Backer dan Hakim Vernon Ong Lam Kiat.
Dalam penghakiman 31-halaman, Hakim Hamid berkata sering disebut bahawa undang-undang Malaysia atau Perlembagaan Persekutuan tidak membenarkan pegawai polis membunuh suspek dan penjenayah yang digeruni menerusi pertembungan 'palsu'.
"Polis dibayar gaji menerusi dana awam dengan tugas utama menangkap penjenayah dan mengemukakan mereka untuk perbicaraan.
"Mereka tidak boleh dibiarkan berkeliaran menembak sesuka hati kerana ini melanggar peraturan undang-undang dan pihak berkuasa mesti menyekat pelanggaran ini dengan serius," kata beliau.
"Sering diperkatakan bahawa pasukan polis tidak diberikan kuasa 'menjalankan hukuman' dengan alasan untuk mempertahan diri," kata Hakim Hamid.
Panel itu menganugerahkan RM51,000 sebagai ganti rugi kerana kehilangan tempat bergantung dan RM300,000 ganti rugi teladan, serta kos RM50,000 untuk proseding di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi kepada anak perempuan itu berusia 15, 8 dan 7 tahun yang menerusi ibu mereka Abra Bibi Shahul Hamid mengemukakan saman tersebut, akibat kematian Abdul Jaafar Abdul Mutalib, 38.
Hakim Hamid berkata mahkamah sentiasa mengingati pengorbanan anggota polis dalam memelihara undang-undang dan peraturan dan dalam proses itu berlaku kejadian malang mengorbankan nyawa pegawai-pegawai polis dalam pertembungan tulen.
"Apa yang memualkan dan perlu dikutuk ialah pertembungan palsu sebagaimana ditunjukkan oleh fakta kes prima facie berkenaan dan kegagalan pihak berkuasa
mendisiplin pegawai seumpama itu dan lebih teruk lagi mendakwa untuk mempertahan diri di bawah Akta Polis yang tidak relevan dengan pembunuhan," kata beliau.
Beliau berkata peguam kanan persekutuan yang mewakili responden telah juga gagal menarik perhatian mahkamah terhadap sebarang undang-undang yang memberi kuasa kepada polis hak untuk menembak bila muncul di depan mata atau sebarang undang-undang berkaitan pertahanan diri atau pematuhan sebarang Prosedur Operasi Khas.
Hakim Hamid juga berkata mahkamah mempunyai tugas dari segi perlembagaan menangani "tindakan berlebihan polis" dan menyediakan input atau arahan perlu untuk tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa relevan demi menentukan peraturan undang-undang dipelihara setiap masa.
Dalam insiden berkenaan, si mati, seorang penarik kereta, sedang duduk di kerusi penumpang bahagian hadapan sebuah Proton Waja bila tiba-tiba kenderaannya dan sebuah kenderaan lain diserang hendap oleh pasukan Gerak Khas polis dekat sebuah stesen petrol di Batu 3, Shah Alam pada 2 September, 2008.
Polis mendakwa kereta-kereta berkenaan bergerak dalam "keadaan mencurigakan".
Polis, bagaimanapun berkata, mereka melepaskan tembakan untuk mempertahan diri setelah tembakan dilepaskan ke arah mereka dari arah Proton Waja mengakibatkan lelaki berkenaan maut dengan enam kesan tembakan, dan tiga orang lain yang juga berada dalam kereta itu.
Mereka (polis) tidak mempertikai pembunuhan itu tetapi berkata ia dilakukan untuk mempertahan diri.- mstar online
TOP
Saman RM50 Juta: Anwar Nafi Liwat Saiful
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pernyataan pembelaannya pada Rabu menafikan beliau meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lepas.
Anwar membuat penafian itu dalam pernyataan pembelaan yang diserahkan kepada Mahkamah Tinggi di sini oleh peguamnya Shahid Adli Kamarudin, pada pengurusan kes saman, yang difailkan Mohd Saiful pada 23 Jun lepas bagi menuntut ganti rugi RM50 juta berhubung kes liwatnya.
Anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata dakwaan bahawa beliau meliwat Mohd Saiful adalah tidak benar kerana menurutnya kejadian liwat itu tidak pernah berlaku.
Anwar berkata ketika kejadian pada 26 Jun 2008, beliau hanya meminta satu sampul surat dihantar kepadanya ketika menghadiri mesyuarat di Damansara dan surat itu telah dihantar oleh Mohd Saiful kerana hanya beliau (Mohd Saiful) yang berada di pejabat Parti Keadilan Rakyat pada masa itu.
Beliau mendakwa laporan polis yang dibuat Mohd Saiful pada 28 Jun 2008 mengenai kejadian liwat itu berniat jahat dan mempunyai sebab yang tersembunyi untuk memburukkan dan merosakkan karier politiknya.
Media memperoleh pernyataan pembelaan itu daripada Shahid Adli pada pengurusan kes itu hari ini yang didengar di dalam kamar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan dengan dihadiri peguam Zamri Idrus yang mewakili Mohd Saiful.
Zamri kemudiannya memberitahu pemberita, mahkamah menetapkan 18 November depan untuk pengurusan kes.
Mohd Saiful memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM50 juta selepas mendakwa beliau mengalami kesakitan fizikal dan menanggung penderitaan sejak 2008 sehingga kini akibat diliwat oleh Anwar.
Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Saiful mendakwa Anwar menuduh laporan polis yang dibuat pada 28 Jun 2008 mengenai kejadian liwat itu sebagai satu fitnah dan konspirasi terhadap Anwar.
Mohd Saiful juga mendakwa beliau tidak pernah berbohong dengan kandungan laporan polis itu yang menyatakan Anwar telah meliwatnya dan kali terakhir kejadian itu berlaku pada 26 Jun 2008, di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, di sini.
Mohd Saiful mendakwa beliau telah dipandang rendah oleh masyarakat yang mempercayai tuduhan Anwar terhadapnya, dicemuh di laman-laman sosial dan telah mengalami tekanan teruk akibat daripada fitnah dan kejadian liwat itu.
Sehubungan itu, Mohd Saiful memohon ganti rugi RM50 juta, ganti rugi am, khas, teruk, faedah, kos dan lain-lain relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah.- mstar online
TOP
Pesara Tentera Dituduh Menipu Wang RM30,000
IPOH: Seorang pesara tentera pada Selasa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menipu membabitkan wang sebanyak RM30,000, tahun lepas.
Nordin Ahmad, 52, dari Jitra, Kedah mengaku tidak bersalah dan mohon dibicara selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah.
Tertuduh yang pernah bertugas sebagai Sarjan Udara dalam perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia itu didakwa menipu Mohamad Firdaus Idris, 39, kononnya boleh mendapatkan projek membekal makanan bermasak kepada Depot Tahanan Pendatang Tanpa Izin di Juru, Pulau Pinang melalui Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.
Perbuatan tertuduh kemudian mendorong Mohamad Firdaus memberi wang tunai berjumlah RM5,000 dan cek bank CIMB Islamic bernilai RM25,000 kepadanya sebagai wang pendahuluan projek tersebut.
Nordin didakwa melakukan kesalahan itu di PT 4159, Jalan Sultan Idris Shah, Lumut pada pukul 4 petang, 14 Dis tahun lepas.
Pendakwaan yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mukhriz Mat Rus itu dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama.
Tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Madihah menetapkan wang jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin serta memerintahkan passport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.
Kes akan disebut semula pada 7 Nov ini.- mstar online
TOP
Abu Sayyaf Ancam Penggal Kepala, Tebusan Jerman Rayu Pembebasan Segera
Gambar hiasan
ZAMBOANGA CITY: Dua warga Jerman yang dijadikan tebusan oleh kumpulan Abu Sayyaf di Sulu telah merayu kepada kerajaan Jerman dan Filipina untuk 'melakukan apa saja' bagi memastikan mereka dapat dibebaskan dengan selamat. "Saya berharap mereka melakukan apa sahaja yang boleh dilakukan untuk melepaskan kami secepat mungkin kerana kami di sini semakin hari benar-benar semakin teruk," kata Henrite Dielen, isteri kepada tebusan, Dr Stefan Viktor Okonek, dalam satu temu bual telefon yang disiarkan secara langsung di Zamboanga pada Sabtu. Dielen berkata masalah kesihatan suaminya semakin serius. "Terdapat banyak nyamuk dan saya cuba untuk menjaganya. Dia banyak tidur dan saya cuba melindunginya dan memanaskannya dan itu adalah apa yang mampu saya lakukan," kata Dielen. Okonek, yang juga telah diberi peluang untuk bercakap dalam temu bual itu, berkata dia datang ke Filipina untuk bercuti, "tetapi rancangan bertukar kepada apa yang saya alami sekarang." "Saya mohon kepada kerajaan, rakyat Filipina untuk berusaha keras untuk membebaskan saya," katanya. "Saya tidak mempunyai apa-apa ubat dan situasi saya tidak bertambah baik daripada sebelumnya. Saya amat lemah dan saya dipenjarakan dan saya tidak boleh melakukan apa yang mereka suka saya lakukan, "katanya. Okonek dan Dielen hilang di Palawan pada bulan April. Abu Sayyaf pada 17 Oktober berkata kepala Okonek akan dipenggal jika tuntutan mereka untuk mendapatkan wang tebusan P250-juta, pengunduran tentera AS di Syria dan Iraq dan panggilan kepada kerajaan Filipina untuk menyokong gabungan global ISIS, tidak dipenuhi. Abu Rami, yang mendakwa menjadi jurucakap pemimpin Abu Sayyaf Radulan Sahiron, enggan membenarkan kedua-dua warga Jerman untuk ditemuramah oleh Philippine Daily Inquirer, sebaliknya menuntut "liputan secara langsung supaya dunia akan mendengar kata-kata kita dan rayuan kedua-dua warga Jerman." Rami, dalam temubual telefon, berkata "tidak ada, sama ada dari kerajaan Filipina atau Jerman berkomunikasi dengan kami atau dengan kedua-dua warga Jerman itu." "Jika kerajaan Filipina ingin mengekalkan imej yang baik di mata dunia, adalah lebih baik berurusan dengan kami atau tindakan akan diambil untuk membuatkan kerajaan malu," kata Rami. Leftenan Kolonel Harold Cabunoc, jurucakap Angkatan Tentera Filipina, memberitahu Inquirer melalui telefon bahawa mereka mengambil ancaman dan nyawa 12 tebusan, termasuk lima warga asing, yang diculik oleh kumpulan-kumpulan bersenjata di Mindanao, sebagai serius. Turut ditahan sebagai tebusan adalah dua rakyat Malaysia Konstabel Zakiah Aliep, 26, dan penternak ikan dari Sabah Chan Sai Chiun, 32, oleh puak yang berbeza daripada Abu Sayyaf yang diketuai oleh Al-Habsi.- mstar online

Penemuan Mayat Kanak-Kanak: Pasangan Kekasih Disambung Reman 7 Hari
BUKIT MERTAJAM: Sepasang kekasih disambung reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, yang dipercayai dibunuh dan dibuang dalam semak berhampiran ladang sawit di Kampung Tongkang, Permatang Tinggi di sini, Isnin lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Supt Baharom Abu berkata wanita berusia 30 tahun, yang juga ibu kepada kanak-kanak berkenaan dan teman lelakinya, 24, ditahan sejak 30 September lepas dan tamat reman pada Selasa.
"Polis memohon untuk menyambung reman pasangan kekasih berkenaan dan mahkamah membenarkan mereka direman sehingga 13 Oktober ini bagi membolehkan kami melengkapkan siasatan kes berkenaan.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan penahanan mereka diharap dapat membantu siasatan kami," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini Selasa.
Katanya polis telah merekodkan keterangan daripada beberapa anggota keluarga dan kenalan pasangan kekasih berkenaan bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Mayat kanak-kanak itu ditemui kira-kira 12 tengah hari Isnin lepas oleh sepasukan polis selepas hasil siasatan terhadap ibu kanak-kanak itu, yang melaporkan kehilangan anaknya semasa bersiar-siar di Padang Kota, George Town Selasa lepas.
Wanita itu ditahan setelah memberikan keterangan bercanggah dan mencurigakan.- mstar online
TOP
Penahanan Tiga Lelaki Rungkai Kes Kematian Guru Di Kundasang, Ranau
KOTA KINABALU: Polis berjaya merungkaikan kes kematian seorang guru sekolah rendah di Kundasang, Ranau, pada Jumaat lepas selepas memberkas tiga lelaki di sekitar daerah itu, Isnin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC Salehudin Abdul Rahman berkata, kesemua lelaki berusia antara 17 hingga 27 tahun itu ditahan antara pukul 10.30 malam hingga 11.30 malam di dua lokasi berasingan di sekitar Kundasang.
"Dua suspek ditahan di sebuah kereta manakala seorang lagi di sebuah rumah dan kesemua mereka tinggal di kawasan yang sama dengan mangsa," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.
Beliau berkata hasil penahanan kesemua suspek, pihaknya menemui beberapa barangan milik mangsa termasuk sebuah buku bank.
Menurutnya, ujian air kencing ke atas semua suspek mendapati mereka positif dadah jenis syabu.
Salehudin berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 kerana membunuh.
Sebelum ini, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dilaporkan berkata polis percaya kes kematian guru itu berpunca daripada rompakan dan samun oleh suspek yang dikenali mangsa.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.35 pagi itu, Masinah Samadi, 50, ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di bahagian kepala dan badan di sebuah rumah berhampiran kuarters Sabah Electricity Sdn Bhd, Kundasang, Ranau.
Mangsa ditemui terbaring dan berlumuran darah di ruang tamu rumah berkenaan oleh suaminya yang baru pulang dari kerja.- mstar online
TOP
Dua Lelaki Maut, Seorang Parah Van Bertembung Treler
KUANTAN: Dua lelaki maut manakala seorang lagi parah selepas van yang dinaiki bertembung dengan sebuah treler dalam kemalangan di Kilometer 112.5 Jalan Kuantan-Segamat dekat Rompin pagi Rabu.
Dalam kemalangan kira-kira 11.50 pagi itu, mangsa yang maut ialah Azhar Jusoh, 40, dan Rozaman Samin 22 tahun, manakala identiti seorang lagi yang parah masih belum dikenalpasti.
Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, DSP Mohd Noor Yusof Ali berkata, kemalangan berlaku ketika van yang dinaiki enam penumpang termasuk pemandu itu dalam perjalanan dari arah Muadzam Shah menghala ke Bandar Tun Razak.
"Ketika tiba di tempat kejadian, lori treler berkenaan yang datang dari arah Segamat telah memotong sebuah kenderaan lain di hadapannya menyebabkan van terpaksa turun ke bahu sebelah kiri jalan.
"Bagaimanapun lori terbabit telah masuk semula ke laluannya lalu merempuh van terbabit menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan dan telah terbabas ke kiri jalan sebelum terbalik," katanya ketika dihubungi di sini.
Kejadian menyebabkan dua penumpang van itu maut, seorang parah dan tiga lagi mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk mendapat rawatan.
Beliau berkata, polis telahpun menahan pemandu lori berkenaan berusia 27 tahun untuk soal siasat serta ujian air kencing dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu dalam kemalangan berasingan seorang penuntut UiTM Pulau Pinang maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar bahagian tepi sebelah kanan sebuah kereta jenis Proton Waja di Kilometer 12 Jalan Kuantan-Kemaman berhadapan Hotel Swiss Garden di Jalan Beserah dekat sini tengah hari Rabu.
Mohd Noor berkata, mangsa Mohamad Zarin Ikmal Zan Mohd Zamri, 21, berasal dari Kemaman, Terengganu mati di tempat kejadian manakala pembonceng motosikal, 20an, bersama pemandu kereta berkenaan, berusia 48 tahun turut cedera dalam kemalangan itu.- mstar online
TOP
Polis Siasat Bantahan Kenaikan Harga Minyak Di Luar Bangunan Parlimen
Datuk Tajuddin Md Isa
KUALA LUMPUR: Polis akan menyiasat bantahan terhadap kenaikan bahan api yang dilakukan oleh sekumpulan NGO di luar bangunan Parlimen, Rabu. Kumpulan tersebut, yang terdiri daripada kira-kira 40 orang berkumpul sekitar pukul 8 pagi dan menyerahkan memorandum kepada Parlimen, menyeru pengurangan harga bahan api. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata kumpulan itu telah bersurai secara aman pada pukul 10 pagi. "Kita mempunyai petugas-petugas di sana untuk memantau keadaan tetapi tidak ada yang ditangkap. "Bagaimanapun kami akan melakukan siasatan ke atas mereka kerana tidak memohon permit seperti yang dikehendaki di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya.- mstar online

Lelaki Cedera Ditembak Ketika Cuba Larikan Diri
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang disyaki cuba mencuri sebuah kenderaan pacuan empat roda, cedera ditembak apabila cuba melarikan diri bersama dua lagi rakannya, selepas dikepung polis di SS7/17, Kelana Jaya, Rabu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Azmi Abu Kassim berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 pagi itu, sepasukan polis diarah ke lokasi kejadian selepas mendapat maklumat daripada penghuni kondominium berhampiran yang ternampak beberapa lelaki dilihat cuba mengumpil kenderaan itu.
"Dua unit MPV polis cuba mengepung suspek dari arah depan dan belakang, menyedari kehadiran polis, kesemua suspek berusia lingkungan 30 tahun cuba melarikan diri menggunakan kereta jenis Proton Wira Aeroback hitam.
"Suspek mengundurkan kenderaan mereka dan telah melanggar sebuah kereta polis di belakang, kemudian suspek bergerak ke depan dan telah melanggar sebuah lagi kereta polis," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.
Azmi berkata polis telah melepaskan tembakan ke arah kereta suspek dan satu das tembakan telah mengenai peha kiri seorang suspek di tempat duduk penumpang belakang.
"Seorang suspek telah ditangkap ketika cuba lari ke kawasan semak berhampiran manakala seorang lagi berjaya melarikan diri...kenderaan yang digunakan mereka itu juga disyaki kereta curi berikutan kesan umpil ditemui di bahagian 'dashboard'," katanya.
Katanya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek yang cedera itu mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan kes samun.
"Tiada anggota polis yang cedera dan hanya kereta peronda terbabit yang rosak di bahagian depan akibat dilanggar suspek, manakala suspek yang cedera telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk menerima rawatan," katanya.
Beliau berkata polis kini sedang memburu suspek yang melepaskan diri itu dan kes disiasat dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.- mstar online
TOP
CB204: TLDM Akan Tubuh Lembaga Siasatan
Anak kapal bot tempur CB204, BM TMK Ince anak Ewin dipeluk oleh Panglima Wilayah Laut 2 Laksamana Muda Datuk Mohammad Rosland Omar sebaik tiba di Jeti Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu, Rabu. -fotoBERNAMA
KOTA KINABALU: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan sebuah lembaga siasatan berhubung insiden kehilangan bot tempur CB204 lebih 30 jam di perairan Mengalum, Ahad lepas. Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Datuk Mohammad Rosland Omar berkata lembaga itu akan menyiasat semua aspek termasuk kerosakan gear kemudi bot berkenaan sehingga ia gagal dikesan selepas terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring, KD Paus. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menyambut ketibaan lima anak kapal Bot Tempur CB204 yang berjaya tiba di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Sepanggar kira-kira jam 12.50 tengah hari, diiringi Bot Tempur CB211 di sini Rabu. Bot tempur CB204 dengan tujuh orang anak kapal, yang belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada pukul 5 pagi Ahad lepas untuk melaksanakan penggiliran tugas dengan bot yang beroperasi di Gugusan Semarang Peninjau terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring KD Paus pada 11.15 pagi. Bagaimanapun, Bot tempur CB204 berjaya ditemui pada petang Isnin lepas dan mula ditunda oleh KD Ganas untuk di bawa balik ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada pukul 10 malam, Selasa. Dua daripada tujuh anak kapal bot berkenaan bagaimanapun diterbangkan lebih awal dan tiba kira-kira jam 6.13 petang semalam menggunakan helikopter Super Lynx di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu kerana masalah kesihatan dan seterusnya menerima rawatan di Hospital Wilayah TLDM Kota Kinabalu. Mohammad Rosland berkata selain memeriksa dan memperbaiki CB204, bot tempur dalam kelas yang sama juga akan diperiksa bagi memastikan ia berada dalam keadaan sempurna. Beliau berkata CB204 diperiksa dan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan pelayaran. Mengenai perasaannya selepas anggota CB204 kembali dengan selamat hari ini, Mohammad Rosland berkata beliau amat seronok dan gembira manakala kebimbangan yang dirasainya sejak kehilangan bot tempur dan tujuh anak kapalnya berakhir. Katanya sejak Ahad lalu beliau memang tidak lena tidur dan tidak berselera makan kerana bukan sahaja bimbangkan keselamatan anak kapal tetapi juga semua anggota keluarga mereka yang menunggu di sini.- mstar online

Suami Isteri Rentung Kereta Bertembung Dengan Bas
PEKAN: Sepasang suami isteri rentung apabila kenderaan yang mereka naiki terbakar selepas bertembung dengan sebuah bas persiaran dalam kemalangan di KM16 Jalan Pekan-Nenasi dekat Kampung Sungai Miang, Pekan pada Rabu.
Mangsa yang terbunuh adalah pemandu kereta, seorang anggota tentera Mohd Safiuddin Mohd Sezali, 26, berasal dari Kampung Panchor Merah, Permaisuri, Terengganu dan isterinya, Nor Farina Rosli, 26, dari Kampung Edang, Melor, Kelantan yang bertugas sebagai jururawat di Klinik Desa Sungai Sayong Kluang, Johor.
Ketua Polis Daerah Pekan Supritendan Yahaya Othman berkata dalam kejadian 4.45 pagi itu kereta yang dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah bas yang sedang menghala ke Kuala Terengganu bersama 30 penumpang.
"Akibat pertembungan itu kedua-dua kenderaan tersebut hangus terbakar dan kedua-dua mangsa yang tersepit di dalam kereta Proton Persona itu tidak sempat menyelamatkan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Bagaimanapun, katanya kesemua penumpang bersama pemandu bas terbabit berjaya menyelamatkan diri dan mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.
Yahaya berkata berkata pihak bomba yang dimaklumkan tentang kejadian itu kira-kira 5 pagi bergegas ke tempat kejadian dengan dua jentera bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pekan dan Nenasi bersama 11 anggota dan pegawai.
Bagaimanapun, katanya mangsa tidak dapat diselamatkan.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat," katanya.- mstar online
TOP
Penjual VCD Maut Kena Sembilan Tikaman
KUANTAN: Seorang peniaga cakera padat maut akibat ditikam sembilan kali di hadapan sebuah restoran di Jalan Haji Ahmad 6 dekat sini tengah malam Selasa.
Mangsa Thong Kong Wai, 39, berasal dari Tapah, Perak mati di tempat kejadian.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata, mangsa pergi ke restoran itu bersama dua rakannya.
"Selesai makan, mereka menuju ke kereta yang diletakkan lebih kurang 20 meter dari restoran itu sebelum tiba-tiba seorang lelaki menyerang mangsa dari arah belakang.
"Suspek menikam mangsa beberapa kali di dada dan badan sebelum melarikan diri," katanya ketika dihubungi.
Sharifuddin berkata, rakan mangsa kemudiannya menghubungi pihak polis dan meminta bantuan hospital.
Sebaik ambulans sampai, mangsa disahkan telah meninggal.
Beliau berkata, pemeriksaan fizikal mendapati terdapat sembilan kesan tikaman pada mangsa.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk dibedah siasat.- mstar online
TOP
Mayat Patah Tengkuk Ditemui Di Sawah
JITRA: Seorang lelaki berusia 30-an ditemui mati dengan kesan cekik pada lehernya di Kampung Permatang Kong, Ayer Hitam dekat sini, Selasa.
Mayat yang dibalut dengan selimut dan kepala dengan baju T ditemui kira-kira pukul 5 petang di kawasan sawah padi.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritendan Abd Rahim Abdullah berkata, leher mangsa dipercayai patah akibat dicekik dan dipulas.
"Mangsa kemungkinan dibunuh di tempat lain sebelum diletak di kawasan tersebut," katanya.
Identiti mangsa belum dikenal pasti.- mstar online
TOP
Wanita Maut Kereta Rempuh Belakang Treler
Sebuah kereta remuk selepas merempuh sebuah treler di KM367 Lebuhraya Utara Selatan di Bidor, awal pagi Rabu. Foto twitter Jabatan Bomba dan Penyelamat @bombaJBPM
IPOH: Seorang wanita maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya merempuh belakang sebuah treler di Km367 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Bidor, awal pagi Rabu. Mangsa, Wan Markiyah Wan Hamid, 35, meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian. Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, seorang lelaki dan lima kanak-kanak yang turut menaiki kenderaan yang sama mengalami kecederaan. Seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, orang ramai membawa kesemua mangsa yang cedera ke Hospital Slim River sebelum pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian. "Kita telah mengeluarkan mayat daripada kenderaan itu. "Mayat wanita itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya. Ketika kejadian, kedua-dua kenderaan sedang menuju ke arah selatan di lebuh raya itu.- mstar online

Pelancong Gay Yang Ditangkap Di Maghribi Kembali Ke Britain
Rabat, Magribi adalah destinasi popular untuk pelancong-pelancong dari benua Eropah.
RABAT: Seorang pelancong British yang dihukum penjara selama empat bulan di sini kerana kecenderungan homoseksualnya telah kembali ke Britain pada Selasa. Ray Cole, 70, ditahan di sebuah perhentian bas di Marrakech di sini bersama-sama seorang lelaki tempatan berusia 20-an. Cole memberitahu para pemberita yang dia berasa lega selepas pesawat yang membawanya pulang selamat mendarat di London. Cole dibebaskan tanpa menjalani hukuman penjara empat bulan itu selepas peguamnya berjaya membuat rayuan kepada kerajaan Maghribi. "Kami ingin merakamkan rasa terima kasih kami kepada kerajaan Maghribi kerana menunjukkan belas kasihan mereka kepada Cole," demikian menurut kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh keluarganya. Bagaimanapun lelaki yang ditahan bersama-sama Cole masih lagi dipenjarakan. Kedua-dua mereka telah menafikan melakukan hubungan intim tetapi imej yang ditemui di dalam telefon bimbit mereka menceritakan sebaliknya. Itu yang menjadi punca mengapa mereka dipenjarakan. Kedua-dua mereka mula berkawan menerusi laman Facebook, dan Cole ditahan dalam lawatan keduanya ke Maghribi untuk bertemu rakannya itu. Perbuatan homoseksual adalah menjadi satu kesalahan di Maghribi dan boleh dipenjarakan sehingga tiga tahun jika didapati bersalah. Penahanan Cole telah mendapat perhatian dunia barat yang kini melancarkan kempen untuk pelancong memboikot Maghribi. Kementerian Luar Britain pernah mengeluarkan nasihat kepada warganegara Britain agar berhati-hati dengan risiko tersebut.- mstar online

Seorang Maut, 300 Cedera Gempa Bumi Di China
Gempa bumi kuat berukuran 6.0 magnitud menggegarkan wilayah Yunnan di China.
BEIJING: Satu gempa bumi kuat menggegarkan kawasan pergunungan wilayah Yunnan di barat daya China mengakibatkan seorang maut, dan lebih 300 orang cedera manakala 50,000 lagi terpaksa dipindahkan, kata media tempatan pada Rabu. Menurut Pusat Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran berukuran 6.0 magnitud itu melanda lewat malam Selasa di wilayah itu yang terletak berhampiran sempadan Myanmar dan Laos. Agensi berita Xinhua berkata, setakat ini seorang maut akibat gempa bumi tersebut. Tambahnya, seramai 324 orang cedera, di mana kebanyakan mereka di daerah Jinggu, yang terletak dekat dengan pusat gempa itu. Ia memetik pegawai tempatan sebagai berkata, lebih 92,000 orang di Jinggu terjejas akibat bencana itu dan seramai 56,880 orang telah dipindahkan. "Banyak rumah runtuh, dan kita sedang menyiasat jika terdapat sebarang kematian/kecederaan," kata seorang pegawai tempatan kepada agensi itu. Dilaporkan, kira-kira 3,200 anggota tentera diarah ke kawasan yang dilanda gempa untuk operasi mencari dan menyelamat. Seramai 600 anggota penyelamat ditambah bersama anjin pengesan turut dihantar ke kawasan berkenaan. - AFP

Rakaman Video Bapa Imbangi Anak 6 Bulan Atas Tapak Tangan
BAYI berusia enam bulan, Tot Lennox dilihat menikmati keseronokan apabila dia berdiri di tapak tangan bapanya untuk beberapa saat dalam satu rakaman video.
Keadaan itu begitu menakjubkan apabila bayi berkenaan dapat mengimbangi dirinya dalam tempoh itu sebelum ayahnya membaringkannya di atas katil. Ibu bayi berkenaan, Simone Gilmartin, 32, dari Glasgow, Scotland memberitahu STV: "Ia tidak masuk akal, saya seperti tidak percaya video ini boleh menjadi viral. "Ia merupakan video pertama seumpama ini yang saya buat. Saya hanya menunjukkannya kepada teman-teman. "Maklum balas yang diterima sukar dipercayai, tetapi tiada seorang pun yang mempersendakannya. Malah terdapat seorang ketua pasukan sorak memberitahu bahawa mereka berharap dapat melakukan aksi seperti itu." - mirror.co.uk- mstar online

Hotel NY Paling Mewah Dibeli Firma China Pada Harga Rekod Dunia
The Waldorf-Astoria New York merupakan hotel paling mewah di dunia kini dijual kepada sebuah firma China dengan harga rekod dunia. Foto: The New York Post.
NEW YORK: Hotel paling terkemuka di dunia, The Waldorf-Astoria di sini kini dijual kepada sebuah firma dari China pada harga rekod dunia AS$1.95 bilion. Akhbar The New York Post melaporkan, Anbang Insurance Group yang berpusat di Beijing adalah pemilik baharu hotel yang sebelum ini dimiliki kumpulan Hilton Worldwide Holdings itu. Jumlah yang dibayar oleh Anbang untuk memiliki hotel yang mempunyai 1,232 bilik itu adalah bersamaan dengan AS$1.3 juta sebilik. Waldorf-Astoria yang terletak di tengah bandar raya ini adalah lambang kemewahan New York. Setiap presiden Amerika Syarikat sejak 1931 ketika melawat New York akan menginap di Waldorf-Astoria. Harga semalam untuk presiden Amerika menginap di Presidential Suite Waldorf-Astoria adalah AS$10,000. Penjualan hotel mewah itu kepada Anbang bagaimanapun tidak termasuk kasinonya. Kumpulan Hilton Worldwide Holdings akan diminta untuk terus menguruskan hotel tersebut untuk tempoh 100 tahun lagi. Ketua Pegawai Eksekutif LW Hospitality Advisors iaitu firma perunding hospitaliti, Daniel Lesser mengesahkan kepada The New York Post bahawa penjualan tersebut adalah satu rekod dunia untuk urusniaga sebuah hotel. Sebuah lagi hotel ikon di bandar raya ini iaitu The Plaza, dijual pada harga AS$570 juta dua tahun yang lalu. Menurut Hilton Worldwide, dengan pengambilalihan ini, The Waldorf akan menjalani proses pengubahsuaian dalam tempoh terdekat. Pengasas rangkaian hotel Hilton, Conrad Hilton membeli The Waldorf-Astoria pada 1949. Tidak ada presiden Amerika yang tidak pernah bermalam di hotel ini sejak 1931.- mstar online

Putin Dipuji, Dikeji Pada Hari Lahir
Antara gambar yang tersebar sempena hari lahir Putin yang ke-62, Selasa.
MOSCOW: Ketika Presiden Vladimir Putin bersuka-ria meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-62 di Siberia, Selasa, warga Internet pula mempunyai cara tersendiri untuk mengenang tarikh berkenaan. Ramai pengguna Twitter tampil mengampu dan mempersenda pemimpin Russia itu, selain mengkritik dasar serta rekod pentadbirannya sebelum ini. Kemeriahan tarikh 7 Oktober itu juga diwarnai pameran seni, lakaran grafiti, penghasilan baju T patriotik dan karya muzik khas untuk beliau. Kumpulan yang menggelar diri mereka Rangkaian Sokongan Vladimir Putin, misalnya, mengadakan pameran seni dengan menampilkan imej Putin sebagai hero dalam mitos purba Greek, Hercules. Ia bersesuaian dengan imej perkasa yang sering ditampilkan Putin dalam siri gambar propagandanya sebelum ini. Bagi kalangan peniaga pula, kesempatan itu digunakan dengan menjual pelbagai barang berkaitan dengan Putin, seperti baju serta sarung telefon bimbit. Untuk golongan pengkritik, tarikh 7 Oktober digunakan untuk mengecam Putin. Menggunakan akaun Euromaidan PR, pemiliknya menulis: “7 Oktober di #Russia bukan sekadar hari lahir #Putin. Pada hari ini pengkritiknya Anna Politkovskaya dibunuh. pic.twitter.com/bPC1vYXpwO @olgatokariuk” Peguam Ronald Zajac pula menulis: “Seseorang boleh menjangkakan budaya kediktatoran sesebuah negara dengan melihat tahap mereka meraikan hari lahir pemimpinnya. #Putinbirthday”- mstar online

Bajet: Kementerian Pertahanan Harap Pembelian Aset Teknologi Tinggi
Datuk Abdul Rahim Bakri (berdiri, dua, kanan) melihat demonstrasi Nyah Cemor pada majlis Perbarisan Tamat Latihan Kem Tahunan 2014 Rejimen Askar Jurutera DiRaja Senggara Perhubungan di Kem Wardieburn di Kuala Lumpur, Rabu. Turut kelihatan Ketua Jurutera, Mejar Jeneral In Senior Datuk Abdul Nasser Ahmad (berdiri, tiga, kanan). -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan mengharapkan pembentangan Bajet 2015 Jumaat ini antaranya menumpukan kepada pembelian aset ketenteraan berteknologi tinggi untuk memperkukuhkan keadaan keselamatan di dalam negara, terutamanya di perairan Sabah dan Sarawak. Timbalan Menterinya Datuk Abdul Rahim Bakri berkata bilangan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga perlu ditingkatkan, terutamanya di pantai timur Sabah ekoran pencerobohan dan ancaman keselamatan di sana sejak kebelakangan ini. "Pertamanya kami perlu melengkapkan anggota yang bertugas di kawasan yang sukar, terdapat keperluan untuk tambahan bot. Bajet pada Jumaat ini diharap membantu Sabah dan Sarawak dari segi (mengukuhkan) keselamatan, katanya. Beliau memberitahu wartawan demikian selepas merasmikan Perbarisan Tamat Latihan Kem Tahunan 2014 Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Senggara Perhubungan, di sini Rabu. Mengulas perkembangan kumpulan militan "Negara Islam"(IS), Rahim berkata perisikan tentera dan polis menerusi Cawangan Khasnya sedang memantau pergerakan kumpulan itu di Malaysia. Pada masa yang sama, beliau mencadangkan lebih ramai lagi anggota baharu Askar Wataniah direkrut untuk membanteras ancaman militan itu. "Mereka (perisikan tentera dan polis) bekerja 24 jam untuk memerhati kumpulan ini, kami juga bekerjasama dengan jaringan perisikan antarabangsa, kami amat prihatin. "Seperti yang kamu boleh lihat, IS kini mencapai kemajuan yang pantas dalam mencapai matlamat mereka. Mereka tidak terpencil, bersekutu dengan banyak kumpulan di kawasan ini dan kami perlu berwaspada dengan ancaman keselamatan ini," katanya. Antara April dan September tahun ini , 19 rakyat Malaysia telah ditahan atas dakwaan terlibat dalam IS dan mereka dipercayai direkrut oleh empat sel militan dikenali sebagai Khaled Al Waled, Briged Al Jemaah, Daulah Islamiah dan Daulah Islamiah Arakan untuk dihantar ke Syria. Pada 26 September lepas, tiga lagi rakyat Malaysia yang hendak ke Syria ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL selepas disyaki menjadi penyokong IS. Sementara itu, Rahim dalam ucapannya berkata kementeriannya sudah mengenal pasti beberapa perkhidmatan penting negara antaranya pengendali bahan api, perkhidmatan lapangan terbang, perkhidmatan pengangkutan udara awam dan perkhidmatan penyiaran negara untuk diserap dalam angkatan sukarela RAJD. Katanya, tugas mempertahankan negara adalah tanggungjawab masing-masing dan penglibatan setiap jabatan dan agensi adalah penting dalam menghadapi ancaman musuh.- mstar online
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan mengharapkan pembentangan Bajet 2015 Jumaat ini antaranya menumpukan kepada pembelian aset ketenteraan berteknologi tinggi untuk memperkukuhkan keadaan keselamatan di dalam negara, terutamanya di perairan Sabah dan Sarawak. Timbalan Menterinya Datuk Abdul Rahim Bakri berkata bilangan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga perlu ditingkatkan, terutamanya di pantai timur Sabah ekoran pencerobohan dan ancaman keselamatan di sana sejak kebelakangan ini. "Pertamanya kami perlu melengkapkan anggota yang bertugas di kawasan yang sukar, terdapat keperluan untuk tambahan bot. Bajet pada Jumaat ini diharap membantu Sabah dan Sarawak dari segi (mengukuhkan) keselamatan, katanya. Beliau memberitahu wartawan demikian selepas merasmikan Perbarisan Tamat Latihan Kem Tahunan 2014 Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Senggara Perhubungan, di sini Rabu. Mengulas perkembangan kumpulan militan "Negara Islam"(IS), Rahim berkata perisikan tentera dan polis menerusi Cawangan Khasnya sedang memantau pergerakan kumpulan itu di Malaysia. Pada masa yang sama, beliau mencadangkan lebih ramai lagi anggota baharu Askar Wataniah direkrut untuk membanteras ancaman militan itu. "Mereka (perisikan tentera dan polis) bekerja 24 jam untuk memerhati kumpulan ini, kami juga bekerjasama dengan jaringan perisikan antarabangsa, kami amat prihatin. "Seperti yang kamu boleh lihat, IS kini mencapai kemajuan yang pantas dalam mencapai matlamat mereka. Mereka tidak terpencil, bersekutu dengan banyak kumpulan di kawasan ini dan kami perlu berwaspada dengan ancaman keselamatan ini," katanya. Antara April dan September tahun ini , 19 rakyat Malaysia telah ditahan atas dakwaan terlibat dalam IS dan mereka dipercayai direkrut oleh empat sel militan dikenali sebagai Khaled Al Waled, Briged Al Jemaah, Daulah Islamiah dan Daulah Islamiah Arakan untuk dihantar ke Syria. Pada 26 September lepas, tiga lagi rakyat Malaysia yang hendak ke Syria ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL selepas disyaki menjadi penyokong IS. Sementara itu, Rahim dalam ucapannya berkata kementeriannya sudah mengenal pasti beberapa perkhidmatan penting negara antaranya pengendali bahan api, perkhidmatan lapangan terbang, perkhidmatan pengangkutan udara awam dan perkhidmatan penyiaran negara untuk diserap dalam angkatan sukarela RAJD. Katanya, tugas mempertahankan negara adalah tanggungjawab masing-masing dan penglibatan setiap jabatan dan agensi adalah penting dalam menghadapi ancaman musuh.- mstar online
TOP
Lelaki Cedera Ditembak Ketika Cuba Larikan Diri
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang disyaki cuba mencuri sebuah kenderaan pacuan empat roda, cedera ditembak apabila cuba melarikan diri bersama dua lagi rakannya, selepas dikepung polis di SS7/17, Kelana Jaya, Rabu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Azmi Abu Kassim berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 pagi itu, sepasukan polis diarah ke lokasi kejadian selepas mendapat maklumat daripada penghuni kondominium berhampiran yang ternampak beberapa lelaki dilihat cuba mengumpil kenderaan itu.
"Dua unit MPV polis cuba mengepung suspek dari arah depan dan belakang, menyedari kehadiran polis, kesemua suspek berusia lingkungan 30 tahun cuba melarikan diri menggunakan kereta jenis Proton Wira Aeroback hitam.
"Suspek mengundurkan kenderaan mereka dan telah melanggar sebuah kereta polis di belakang, kemudian suspek bergerak ke depan dan telah melanggar sebuah lagi kereta polis," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.
Azmi berkata polis telah melepaskan tembakan ke arah kereta suspek dan satu das tembakan telah mengenai peha kiri seorang suspek di tempat duduk penumpang belakang.
"Seorang suspek telah ditangkap ketika cuba lari ke kawasan semak berhampiran manakala seorang lagi berjaya melarikan diri...kenderaan yang digunakan mereka itu juga disyaki kereta curi berikutan kesan umpil ditemui di bahagian 'dashboard'," katanya.
Katanya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek yang cedera itu mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan kes samun.
"Tiada anggota polis yang cedera dan hanya kereta peronda terbabit yang rosak di bahagian depan akibat dilanggar suspek, manakala suspek yang cedera telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk menerima rawatan," katanya.
Beliau berkata polis kini sedang memburu suspek yang melepaskan diri itu dan kes disiasat dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.- mstar online
TOP
Lebih Ramai Berpeluang Tunai Haji Musim Akan Datang - Jamil Khir
SEPANG: Lebih ramai rakyat Malaysia berpeluang mengerjakan haji pada musim haji akan datang apabila kerajaan Arab Saudi mengkaji semula kuota haji bagi setiap negara selepas pembangunan dan pembesaran kawasan Masjidil Haram di Mekah selesai.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, berdasarkan perbincangan dengan Ketua Bahagian Muassasah Asia Tenggara, dimaklumkan kuota bagi semua negara termasuk Malaysia akan dikaji semula apabila pembangunan selesai.
"InsyaAllah jika pembangunan yang dijangka siap hujung tahun hadapan itu dapat diselesaikan lebih awal, ia mungkin membantu untuk mempercepatkan penambahan kuota bagi menunaikan haji," katanya pada sidang media sejurus tiba dari Jeddah di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, Rabu.
Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi memberi kuota 0.1 peratus daripada jumlah populasi kepada semua anggota negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) termasuk Malaysia.
Sejak 2009, kerajaan Arab Saudi memperuntukkan 27,900 tempat setahun bagi jemaah Malaysia menunaikan ibadah haji namun dikurangkan sebanyak 20 peratus kepada 22,320 sejak tahun lepas berikutan kerja-kerja pembangunan di Masjidil Haram.
Jamil Khir berkata, jumlah kuota terkini kepada Malaysia akan diumumkan selepas mesyuarat haji yang akan diadakan kemudian.
Sehingga Mei lepas, seramai 1.5 juta umat Islam negara ini telah mendaftar untuk menunaikan haji.
Dalam pada itu, beliau berkata seramai 10 jemaah meninggal dunia di tanah suci manakala 81 jemaah sedang dirawat di hospital di Makkah, iaitu 75 di hospital Tabung Haji dan enam di hospital kerajaan Arab Saudi.
Jamil Khir berkata, kumpulan pertama jemaah haji Malaysia dijangka tiba di KLIA pada 9 malam, Jumaat ini, manakala penerbangan akhir dijadual mendarat di tanah air pada 6 Nov, jam 6.30 pagi.- mstar online
TOP
Cadang Mansuh SJKC: Polis Akan Siasat Pemimpin Umno
Tan Sri Khalid Abu Bakar
KLANG: Polis akan menyiasat laporan yang dibuat terhadap Timbalan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara Mohamad Azli Mohemed Saad kerana didakwa mencadangkan pemansuhan sekolah-sekolah vernakular, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. "Kami tidak mengamalkan pendakwaan terpilih kerana setiap kali laporan dikemukakan, ia menjadi tanggungjawab kami untuk menyiasat tanpa mengira siapa orang itu," katanya kepada pemberita selepas melawat I-City, Rabu. Khalid menambah, pihak berkuasa juga akan merakamkan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berikutan kenyataan perkauman yang didakwa dibuat semasa Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubor. "Kami akan menyiasat dan kenyataan akan dirakam. Tinggalkan kepada kami tentang bagaimana untuk menjalankan siasatan," katanya.- mstar online

Bekas Pengurus Chelsea Roberto Di Matteo Dilantik Pengurus Kelab Jerman Schalke
Di Matteo kini menyandang jawatan baru di Schalke 04, dua tahun selepas dipecat Chelsea.
> Ia adalah jawatan Di Matteo yang pertama sejak dipecat Chelsea dua tahun lalu
> Di Matteo masih dibayar £130,000 seminggu oleh Chelsea sehingga Jun lalu
> Pengurus berusia 44 tahun itu ambil alih jawatan Jens Keller
> Kelab Bundesliga itu kini berada di tangga ke-11
> Di Matteo tanda tangan kontrak tiga tahun
> Schalke akan bertemu Chelsea dalam Liga Juara-Juara 25 November ini
BEKAS pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo telah dilantik sebagai pengurus baru kelab Jerman, Schalke 04 berkuatkuasa serta merta selepas kelab Bundesliga itu memecat pengurus mereka Jens Keller ekoran prestasi buruk sejak musim baru bermula.
Pengurus asal Itali yang berusia 44 tahun itu mencatat sejarah sebagai pengurus Chelsea yang pertama berjaya membawa pulang Piala Eropah ke kelab London itu pada musim 2012. Bagaimanapun dia dipecat beberapa bulan kemudian selepas gagal mengekalkan prestasi Chelsea dipembukaan musim 2012-13. Tempat Di Matteo kemudiannya diambil alih oleh Rafa Benitez sehingga tamat musim berkenaan. Sejak dipecat Chelsea pada November 2012, Di Matteo tidak menyandang apa-apa jawatan - sebahagian besarnya kerana dia masih dibayar gaji sebanyak £130,000 seminggu oleh Chelsea sehingga Jun lalu kerana penamatan awal kontraknya. Di bawah perjanjian tersebut, bayaran gajinya akan dengan sendirinya terbatal jika Di Matteo menerima tawaran kerja dengan mana-mana kelab. Namun Di Matteo tidak berkhidmat dengan mana-mana kelab sehinggalah dilantik oleh Schalke. Dia kini menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan kelab Jerman itu. Ironinya, pada 25 November depan, Di Matteo akan memimpin kelab barunya ini menentang kelab lamanya Chelsea dalam persaingan Liga Juara-Juara di gelanggang sendiri iaitu Gelsenkirchen. Schalke di bawah Keller, hanya terdaya mengutip lapan mata daripada tujuh perlawanan permulaan liga musim ini. Mereka tewas 2-1 di tangan Hoffenheim, Sabtu lalu dan disingkirkan oleh kelab Divisyen 3, Dynamo Dresden dalam saingan Piala Jerman baru-baru ini. Keller memimpin Schalke sejak Disember 2012 sehinggalah dipecat pada Selasa. Kelab itu kini berada di tangga ke-11 liga.- mstar online

Barcelona Berhadapan Risiko Tersingkir Dari La Liga Jika Wilayah Catalonia Merdeka
Pasukan Barcelona berhadapan dengan risiko tersingkir dari La Liga jika wilayah Catalonia memutuskan untuk merdeka sepenuhnya dari Sepanyol bulan depan.
> Barcelona adalah ibu negeri wilayah Catalonia yang menuntut kemerdekaan penuh
> Sepanyol enggan melepaskan wilayah itu
> Dua pemain Barca, Xavi dan Gerard Pique sokong referendum kemerdekaan
> Undang-undang Sepanyol hanya benarkan Andorra sebagai satu-satunya wilayah asing beraksi dalam La Liga
> Jika merdeka Barca dan Espanyol terpaksa bermain dalam Liga kecil Catalonia
> 9 November adalah tarikh referendum
BARCELONA kini berhadapan dengan risiko tersingkir dari La Liga jika wilayah Catalonia membuat keputusan untuk merdeka sepenuhnya dari Sepanyol dalam satu referendum yang dijadualkan berlangsung pada 9 November ini.
Barcelona adalah ibu negeri wilayah berkenaan.
Wilayah tersebut buat masa ini menikmati beberapa keistimewaan autonomi seperti mengamal dan mengekalkan bahasa Catalan serta mempunyai parlimen mereka sendiri.
Bagaimanapun jika wilayah ini berjaya dalam usaha mereka mencapai kemerdekaan mutlak, kelab Barcelona berhadapan dengan risiko tidak dibenarkan beraksa dalam La Liga lagi, demikian menurut Presiden Persatuan Bolasepak Sepanyol, Javier Tebas. Bulan lalu, Scotland yang menuntut kemerdekaan penuh dan ingin berpisah dari kesatuan United Kingdom gagal berbuat demikian apabila majoriti warganya memutuskan untuk terus kekal sebagai sebahagian daripada UK dalam satu referendum yang dijalankan. Warga Catalan yang menyaksi dan menanti referendum tersebut dengan penuh debar kecewa dengan apa yang berlaku di Scotland kerana nasib dan masa depan mereka juga akan bergantung dalam referendum yang lebih kurang sama dengan Scotland. Tebas menjelaskan, undang-undang sukan Sepanyol hanya membenarkan sebuah pasukan bukan wilayah Sepanyol iaitu Andorra secara sah mengambil bahagian dalam La Liga. Ini bermakna jika Catalonia merdeka, Barcelona tidak boleh menjadi pasukan kedua yang mengambil bahagian dalam La Liga melainkan undang-undang sedia ada dipinda. Selain Barcelona, sebuah lagi kelab dari wilayah Catalonia yang bersaing dalam La Liga sekarang ialah Espanyol. Dan seandainya ini berlaku ia adalah satu tamparan hebat ke atas La Liga kerana Barcelona adalah kelab terkemuka dunia dan menarik perhatian peminat dari seluruh dunia. "Saya tidak dapat bayangkan La Liga tanpa Barcelona...sama seperti saya tidak dapat bayangkan juga Sepanyol tanpa Catalonia," ujar Tebas. Andorra pula adalah sebuah wilayah kecil yang terletak di Pergunungan Pyrenees di sempadan antara Sepanyol dan Perancis. Dalam pada itu, dua pemain kanan Barcelona, Xavi dan Gerard Pique secara terbuka telah menyatakan sokongan mereka kepada kemerdekaan wilayah Catalonia. Parlimen kerajaan autonomi Catalan pada 15 Oktober ini akan membuat keputusan muktamad sama ada akan meneruskan juga dengan referendum tersebut. "Kami sepertimana warga dunia yang lain mempunyai hak untuk mengundi bagi menentukan masa depan kami. Malah kami perlu mengambil bahagian dalam undian tersebut kerana hanya dengan cara itu sahajalah pandangan setiap seorang daripada wara Catalan akan didengari," ujar Xavi dalam satu sidang media. Xavi dan Pique buat masa ini adalah pemain antarabangsa Sepanyol. Tidak pula diketahui apakah mereka akan melepaskan kewarganegaraan Sepanyol jika Catalonia memutuskan untuk merdeka.- mstar online

Keputusan Tenis Shanghai Masters
Aksi David Ferrer ketika menentang Martin Klizan, Rabu. Ferrer mara ke pusingan ketiga. -AFP
BERIKUT adalah keputusan perlawanan Tenis Shanghai Masters, Rabu:
Perseorangan Lelaki
(Pusingan Kedua)
David Ferrer- Martin Klizan 4-6, 7-6 (7/4), 6-4
Roberto Bautista Agut - Vasek Pospisil 7-6 (7/1), 3-6, 6-4
Julien Benneteau - Grigor Dimitrov 7-5, 6-3
Malek Jaziri - Wang Chuhan 6-0, 6-4
Gilles Simon - Stanislas Wawrinka 5-7, 7-5, 6-4
Andy Murray - Jerzy Janowicz 7-5, 6-2
- mstar online

Siapa Pengganti Pardew Di Newcastle?
DENGAN rekod buruk, nasib pengurus Newcastle boleh dianggap bagaikan telur di hujung tanduk. Ketika pasukan itu berada di kelompok tiga terbawah, nama Alan Pardew sangat ‘popular’ untuk mengisi carta pengurus pertama bakal dipecat pada musim ini.
Selepas tujuh perlawanan peminat dan pemilik Newcastle masih ternanti-nanti tiga mata penuh diperoleh pasukan itu.
Setakat ini, Newcastle hanya mempunyai empat mata hasil empat keputusan seri dan tiga kekalahan.
Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa tindak tanduk Pardew sedang diteliti pemilik kelab, Mike Ashley yang sering hadir ketika pasukan itu turun padang.
Jika benar Pardew dipecat, berikut adalah beberapa nama yang mungkin mampu mengubah nasib Newcastle jika diberikan kedudukan sebagai pengurus.
* Patrick Kluivert
Bekas pemain Belanda dan Barcelona ini pernah dikenali sebagai penyerang berbisa. Selepas bersara Kluivert pernah berkhidmat sebagai jurulatih, termasuk sebagai orang kepercayaan Louis Van Gaal di Piala Dunia baru-baru ini. Media melaporkan Kluivert dikatkan dengan beberapa jawatan ketika dia cuba mendapatkan tugas sebagai pengurus untuk kali pertama.
* Rafael Benitez
Ada pihak mendakwa nama bekas pengurus Liverpool ini disenarai pendek sebelum Pardew ditawarkan jawatan itu beberapa musim lalu. Dengan rekod kemenangan sebanyak 50 peratus selepas lebih 800 perlawanan, Benitez akan mencipta kejutan jika berjaya dipujuk meninggalkan tugasnya di Napoli ketika ini.
* Frank de Boer
Kini menguruskan kelab Belanda, Ajax, de Boer pernah disebut-sebut mengendalikan kelab Tottenham Hotspur sebelum ia diisi oleh Mauricio Pochettino. Dalam tempoh tiga tahun peratusan kemenangan pasukan dibawah de Boer ialah lebih 60 peratus. Walaupun kemungkinan de Boer meninggalkan kerjaya selesanya di Liga Belanda, bukan menjadi rahsia lagi bahawa dia memang mahu mencuba nasib di Liga Perdana Inggeris.
* David Moyes
Selepas gagal menyerlah di Manchester United pemerhati meramalkan Moyes tidak perlukan masa lama untuk kembali diberi kepercayaan mengendalikan kelab penting di England. Bekas pengurus Everton itu pernah mengendalikan pasukannya tanpa peruntukan pemindahan pemain dan jika dibawa ke Newcastle, dia dipercayai akan dapat mengukuhkan barisan pertahanan pasukan berkenaan.
* Tim Sherwood
Selama enam bulan menjadi pengurus sementara Tottenham, kebolehan Sherwood dapat dilihat dengan jelas ketika dia membawa kelab itu ke kedudukan keenam liga dan melayakkan mereka bersaing di Liga Europa tahun ini. Tawaran daripada Newcastle tentu akan disambar Sherwood bagi membuktikan bahawa penyingkirannya dari Tottenham adalah salah.

Atletico Madrid Turut Buru Juan Mata
Juan Mata. Foto AFP
ATLETICO Madrid dilaporkan turut memburu pemain Manchester United, Juan Mata. Juara La Liga Sepanyol itu amat tertarik untuk mengambil pemain tersebut dalam perpindahan besar-besaran pada musim sejuk ini. Menurut laporan Daily Mail, Manchester United memang berhasrat untuk melepaskan Juan Mata pada Januari tahun depan. Ini berikutan pemain itu dianggap tidak serasi dengan skop permainan yang dilatih oleh pengurus pasukan, Louis van Gaal. Atletico Madrid pun berusaha untuk mengambil peluang tersebut. Pasukan yang turut digelar Los Rojiblancos itu siap menawarkan posisi utama agar Mata dapat bersedia berkhidmat untuk kelab tersebut pada Januari nanti. Bagaimanapun, bukan Atletico Madrid sahaja yang memburu Mata. Ini kerana Valencia yang merupakan kelab yang pernah disertai Mata sebelum ini dikatakan turut bersedia untuk mengambil pemain tersebut.- mstar online

Chelsea Pilihan Terbaik Cesc Fabregas
Cesc Fabregas. Foto AFP
PEMAIN Chelsea, Cesc Fabregas membuat pengakuan bahawa sebenarnya terdapat tiga kelab yang bersedia untuk mengambilnya sebagai pemain pada musim panas lalu. Bagaimanapun, Fabregas menilai pasukan The Blues merupakan pilihan terbaik yang ada ketika itu. Chelsea membuat kejayaan yang mengejutkan apabila mengambil khidmat Cesc Fabregas pada musim lalu. Ini kerana sebelum itu bekas pemain Barcelona itu dikaitkan dengan Arsenal dan Manchester United. Bagaimanapun, Fabregas mengaku bahawa beliau lebih memilih Chelsea. Menurut Fabregas, alasannya adalah Chelsea dilihat sebagai kelab yang lebih memberi jaminan yang meyakinkan. "Saya selalu bermain di kelab yang saya inginkan. Pada akhir musim lalu, saya lihat Chelsea sebagai pilihan terbaik, Saya selalu ingin kembali ke liga Inggeris dan saya bercakap dengan Mourinho, dan menyedari bahawa inilah pilihan terbaik. "Perpindahan ini sudah diaturkan oleh ejen saya. Tiada komunikasi dengan Mourinho dan hanya bersemuka selepas itu. Mourinho menunjukkan reaksi yang luar biasa sehingga mampu meyakinkan saya dengan cepat," jelas Fabregas. - mstar online

Bianchi Alami Kecederaan Sel Saraf
Jules Bianchi. Foto AFP
TAHAP kecederaan otak pelumba Formula Satu (F1), Jules Bianchi begitu serius apabila beliau mengalami kecederaan sel saraf (akson) akibat kemalangan pada perlumbaan Grand Prix Jepun, Ahad lalu. Pelumba Perancis itu didiagnosis dengan kecederaan saraf meresap yang boleh memberi kesan trauma kepada otaknya yang mungkin tidak boleh pulih sepenuhnya. Bianchi, yang dianggap sebagai bintang yang semakin bersinar dalam sukan F1 kini sudah tiga malam terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Mie di Yokkaichi, Jepun. Pemandu Marussia itu mengalami kecederaan parah selepas berlanggar dengan jentera pengangkut yang sedang mengalihkan kereta Adrian Sutil di Selekoh 7 di Litar Suzuka di Jepun, Ahad lalu.- mstar online

Rangka Pelan Jangka Panjang Kukuh Daya Tahan Ekonomi - MARC
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mempertimbang pelan jangka panjang untuk mengukuhkan daya tahan ekonomi bagi menghadapi kejutan pada masa depan, kata Malaysian Rating Corp Bhd (MARC), pada Rabu.
Katanya, pelan jangka panjang itu perlu termasuk langkah-langkah seperti strategi yang sesuai untuk menangani program pemberian tunai ketika ini, mengatasi liabiliti luar jangka dan meningkatkan perbelanjaan mengurus kerajaan.
"Tumpuan Bajet 2015 dijangka kepada isu-isu utama iaitu pengukuhan fiskal, pertumbuhan ekonomi dan menangani kenaikan kos sara hidup.
"Usaha pengukuhan fiskal seterusnya diperlukan untuk mengurangkan kebimbangan kemungkinan penurunan penarafan negara," kata Ketua Ekonomi Nor Zahidi Alias dalam nota pra-bajet agensi penarafan itu, Rabu.
Beliau berkata cabaran daripada momentum ekonomi global yang menyusut dan permintaan domestik yang perlahan akan terus menimbulkan halangan kepada ekonomi Malaysia walaupun sektor luar pulih lebih cepat daripada dijangkakan.
"MARC berpandangan bahawa Bajet 2015 dijangka memasukkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) ke atas kos sara hidup.
"Kesan awal CBP ke atas inflasi tidak boleh dipandang ringan, dengan permintaan mendadak dijangka menjelang pelaksanaannya serta kemungkinan peningkatan aktiviti pencatutan," kata Nor Zahidi.
Agensi penarafan itu turut menjangkakan kerajaan akan menaikkan pemberian tunai secara langsung melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk sementara bagi setahun hingga dua tahun untuk membantu rakyat menangani kesan inflasi yang dijangkakan daripada CBP.
Di samping itu, pemberian sekali sahaja turut dijangka diberikan untuk memastikan penduduk berpendapatan rendah tidak akan dibebani, kata Nor Zahidi.
"Terdapat juga kemungkinan hartanah kediaman berharga di bawah RM400,000, yang ketika ini dalam senarai dikecualikan CBP, akan diklasifasikan sebagai kadar sifar," katanya.- mstar online
TOP
Mekanisme Baharu Dikaji Atasi Masalah Kenaikan Harga Rumah
Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR: Penubuhan bank perumahan dan syarat mewajibkan 10 peratus portfolio pinjaman perumahan terhadap bank komersial adalah antara beberapa mekanisme baharu yang sedang dikaji kerajaan bagi mengatasi masalah kenaikan harga rumah. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, selain itu kerajaan juga mencadangkan pihak swasta dan koperasi untuk menawarkan bantuan kewangan yang bersesuaian dengan risiko minimum kepada pembeli rumah yang berpendapatan rendah dan sederhana. "Antara cadangan yang sedang dikaji ialah penubuhan bank perumahan, mewajibkan 10 peratus portfolio pinjaman perumahan terhadap bank komersial kepada kategori rumah-rumah berkenaan dan pemberian pinjaman kewangan oleh syarikat atau koperasi yang mempunyai dana besar kepada golongan tersebut," katanya. Abdul Rahman berkata demikian dalam sidang media ketika diminta mengulas mengenai keluhan pembeli rumah yang berpendapatan rendah dan sederhana yang mana permohonan pinjaman perumahan mereka ditolak oleh institusi kewangan komersial. Katanya, kerajaan sentiasa berusaha mencari formula bagi mengatasi masalah kenaikan harga rumah yang menjadi isu dan beban kepada rakyat negara ini.- mstar online

Malaysia Airports Sasar 50 Peratus Ruang Niaga Bumiputera Di klia2 pada 2018
SEPANG: Malaysia Airports Holdings Bhd (Malaysia Airports) menyasar untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam perniagaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) daripada 35 peratus kepada 50 peratus menjelang 2018, kata Pengarah Urusannya, Datuk Badlisham Ghazali.
Beliau berkata, penyertaan 35 peratus Bumiputera itu adalah tinggi berbanding pusat membeli-belah yang hanya mencatatkan antara lima peratus hingga 10 peratus penyertaan Bumiputera.
"Malaysia Airports komited untuk meningkatkannya (penyertaan Bumiputera) kepada 38 peratus menjelang akhir 2014," kata beliau pada program tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) di klia2 di sini, Rabu.
Di bawah program CSR berkenaan, Malaysia Airports dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, memberi peluang kepada enam syarikat Bumiputera mengendalikan kiosk makanan dan minuman serta nmenyediakan perkhidmatan lain di klia2.
Kedai-kedai berkenaan ialah Agro Bazaar, Santai Reflexology, Chill Malaysia, mysouvenirs.com, Rasa Tid Bits dan Noi's Kopitiam.
Perjanjian penyewaan kedai itu diserahkan kepada wakil enam usahawan berkenaan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi.
Bercakap pada sidang media selepas majlis itu, Abdul Aziz berkata, pada masa ini 60 usahawan Bumiputera beroperasi di klia2 dan jumlah ini mewakili 35 peratus daripada keseluruhan peniaga di klia2.
"Ada 169 outlet dalam terminal klia2 dan 60 adalah Bumiputera. Ini adalah satu perkara yang membanggakan kerana klia2 komited untuk pastikan peluang untuk usahawan Bumiputera terjamin," jelasnya.
Abdul Aziz berkata, terdapat 20 peratus kekosongan outlet di klia2 namun kekosongan itu untuk pembangunan masa depan klia2 bagi menampung perkembangan dari semasa ke semasa lapangan terbang yang baharu berusia lima bulan itu. - mstar online
TOP
LBS Tumpu Segmen Rumah Mampu Milik
KUALA LUMPUR: LBS Bina Group Bhd (LBS) akan terus menumpukan kepada produk gaya hidup inovatif dan perumahan mampu milik kerana pemaju hartanah melihat peningkatan permintaan daripada pembeli kali pertama dan profesional muda yang masih bujang.
"Kemampuan masih kekal menjadi kebimbangan utama bagi pembeli rumah Malaysia dan pada masa yang sama kumpulan itu juga mencari pembangunan perumahan dengan reka bentuk inovatif dan ciri-ciri yang memenuhi gaya hidup kontemporari mereka," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Pengarah Urusan LBS, Datuk Seri Lim Hock San berkata, orang ramai lebih berhati-hati dalam membuat keputusan pelaburan hartanah mereka dan masih berharap dapat memiliki rumah.
Bagaimanapun, dengan keadaan kos tanah, bahan mentah dan buruh yang semakin meningkat, Lim menasihatkan pembeli membuat keputusan pembelian mereka dengan segera.
Pemaju hartanah yakin momentum belian dalam separuh kedua 2014 akan meningkat, didorong oleh permintaan berterusan daripada pembeli rumah kali pertama serta, bakal pembeli yang akan membeli sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan pada tahun depan.
LBS akan mempamerkan pembangunan utamanya di Ekspo Hartanah Malaysia 2014 selama tiga hari bermula 10 Okt di Pusat Pameran Mid Valley.- mstar online
TOP
Denggi: 341 Tapak Projek Berisiko Jadi Sarang Biak Aedes
KUALA LUMPUR: Sebanyak 341 tapak projek di seluruh negara dikesan berisiko menjadi sarang pembiakan Aedes menerusi pemeriksaan mengejut yang dijalankan baru-baru ini.
Jumlah itu adalah 71.34 peratus daripada 478 tapak binaan yang diperiksa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) antara 10 Mac 2014 sehingga 30 September lalu.
Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, menerusi pemeriksaan mengejut itu, sejumlah 100 kompaun dikeluarkan dan 137 premis diarahkan tutup bagi tujuan pembersihan.
Selain itu, katanya, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) juga mengarahkan 127 lagi premis melakukan pembersihan ketika operasi.
"Sebanyak 57 daripada 478 tapak bina tersebut atau 11.92 peratus melibatkan projek kerajaan, di mana 19 kompaun dikeluarkan, 12 premis diarahkan tutup dan 10 diarahkan membuat pembersihan," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.
Menerusi pemeriksaan yang bertumpu kepada Hotspot Denggi di Lembah Klang dan Seremban pula, sejumlah 300 tapak binaan diperiksa.
Daripada jumlah itu, 238 tapak bina atau 79.33 peratus dikesan mempunyai masalah berkaitan pembiakan nyamuk Aedes merangkumi 219 tapak di Selangor dan selebihnya di Wilayah Persekutuan dan Seremban.
Susulan itu, kata Fadillah, CIDB mengeluarkan Pekeliling Tanggungjawab Kontraktor kepada semua kontraktor berdaftar sebagai peringatan supaya memberi perhatian serius terhadap tanggungjawab berkaitan keselamatan dan kesihatan, terutama orang awam.
Pekeliling dikeluarkan pada 1 September 2014 turut menyenaraikan peruntukan berkaitan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Akta 154).
"CIDB akan mengambil tindakan disiplin ke atas kontraktor yang disabitkan kesalahan di mahkamah jika berlaku pelanggaran undang-undang bertulis, termasuklah berkaitan pembiakan aedes di tapak bina," katanya.
CIDB dan Jabatan kesihatan juga mengadakan seminar kepada penggiat industri binaan di Selangor pada 24 September 2014 bagi meningkatkan kefahaman dan kesedaran mengenai wabak denggi yang sebahagiannya berpunca dari pengurusan tidak sempurna di tapak binaan.
Selain itu, kementerian itu juga mengingatkan golongan profesional seperti jurutera dan arkitek bahawa mereka juga bertanggungjawab dalam memastikan projek seliaan mereka tidak mengancam keselamatan dan kesihatan orang ramai.
"Tanggungjawab ini tidak boleh diletakkan dibahu kontraktor semata-mata, sebaliknya ia adalah tanggungjawab bersama," katanya.
Selain pemeriksaan itu, Ops Mega dilaksanakan bermula dari 15 Julai 2014 hingga 30 September 2014, iaitu satu inisiatif Kementerian Kesihatan di mana CIDB memainkan peranan sebagai anggota Pasukan Petugas Khas Denggi bersama-sama dengan Jabatan Kesihatan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan JKKP.
Ia dijalankan di seluruh negara secara serentak dan diberikan tumpuan khusus kepada kawasan tumpuan denggi di Lembah Klang dan Seremban.
Walaupun Ops Mega tamat pada 30 September 2014, CIDB akan terus memantau dan mengesan tapak bina berisiko menjadi tempat pembiakan Aedes dan akan menyalurkan maklumat tersebut kepada Jabatan Kesihatan.- mstar online
TOP
Hanyut 30 Jam Tak Luntur Semangat Terus Kawal Perairan Negara
SELAMAT TIBA… Panglima Wilayah Laut 2 Laksamana Muda Datuk Mohammad Rosland Omar bersama lima anak kapal yang terselamat selapas hilang 30 jam di perairan Mengalum iaitu (dari kiri) LK I PAP Azhry Maani, BM JTP Nor Azuan Ariffin, Ketua anak kapal Bot tempur CB204 Lt Azri Bakar, BM TMK Ince anak Ewin dan LK KOM Sulhajji Daah (kanan) sebaik tiba di Jeti Pengkalan Wilayah Laut Dua di Kota Kinabalu, Rabu. -fotoBERNAMA
KOTA KINABALU: Pengalaman hanyut di laut bergelora di perairan Mengalum, Sabah selama 30 jam, tidak langsung mematah semangat tujuh anak kapal Bot Gempur CB204 untuk meneruskan tugas menjaga keselamatan perairan negara. Komander Bot Gempur CB204, Lt Azri Bakar berkata sebagai anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sudah menjadi kewajiban beliau dan rakan anggotanya yang lain untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan pada setiap masa. "Bila-bila masapun saya boleh belayar. Saya berjiwa TLDM," katanya kepada pemberita di sini hari ini sejurus tiba di jeti Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Sepanggar kira-kira jam 12.50 tengah hari. Ketibaan Azri dan empat anggotanya disambut Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Datuk Mohammad Rosland Omar dan anggota serta pegawai TLDM lain. Turut menyambut Azri ialah isterinya Leftenan Komander Fazilah Makun, 29, juga anggota TLDM. Bot Gempur CB204, yang dalam pelayaran ke Stesen 5, Gususan Semarang Peninjau, Pulau Layang-Layang pada pagi Ahad, hilang dan hanyut sehingga ke kedudukan 50 batu nautika di Timur Pulau Layang-Layang selepas mengalami kerosakan injin dan gear kemudi. Selepas dapat dikesan, bot berkenaan ditunda ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu kira-kira jam 10 malam semalam (Selasa) dan tiba di sini Rabu. Selain Azri, enam anggota TLDM yang turut sama dalam pelayaran berkenaan ialah BK PAP Charles Cristopher Muni, BM TMK Ince anak Ewin, BM TMK Steven Hudson anak Miso, BM JTP Nor Azuan Ariffin, LK KOM Sulhajji Daah dan LK I PAP Azhry Maani. Menceritakan pengalamannya selepas terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring KD Paus, Azri dari Cheras, Selangor, berkata ombak pada ketika itu antara 2.5 hingga 3 meter menyukarkan komunikasi radio. Bagaimanapun pada hari Isnin, kira-kira jam 12 tengah hari, pihaknya dapat berhubung dengan kapal awam dan meminta mereka menyampaikan mesej kepada kapal TLDM untuk mereka melancarkan operasi mencari dan menyelamat. Azri yang baharu dilantik sebagai Komander Bot Gempur CB204 pada 18 Sept lalu dan merupakan pelayaran sulungnya mengemudi bot itu ke Stesen 5, berkata pasukannya bersyukur kerana akhirnya KD Paus dapat memintas komunikasi radio mereka dan seterusnya membolehkan lokasi mereka dikenal pasti. "Saya cuba beritahu rakan-rakan agar sentiasa berfikir positif," katanya. BM JTP Nor Azuan Ariffin, 34, dari Pahang, yang telah berkhidmat dengan TLDM selama 15 tahun pula menganggap pengalamannya itu bagaikan 'mati hidup semula' memandangkan bot tempur itu terputus hubungan komunikasi pada hari pertama. LK KOM Sulhajji Daah, 34, dari Tawau pula, berkata ingatannya hanya kepada isteri dan kedua-dua anak yang berusia tujuh dan lima tahun sepanjang tempoh 30 jam sebelum mereka dikesan. "Masa itu ingatan hanya pada anak isteri yang memberi semangat kuat...ketika itu langit sentiasa gelap langsung tiada matahari...kami dilambung ombak dan kadang-kadang rasa takut juga jika tiada bantuan datang dan kami akan karam," katanya di sisi kedua-dua anaknya Adam Haris, 7, dan Aidil Hafiz, 5. Sementara itu, LK 1 PAP Azhry Maani, berkata pengalaman itu amat berharga dalam menilai erti persahabatan antara anak-anak kapal yang terpaksa berkongsi bekalan makanan roti bersama air mineral. "Kami ketika memulakan perjalanan tiada rasa susah hati tetapi berjaga-jaga memandangkan cuaca hujung tahun musim hujan. Cuaca pada mulanya baik kemudian bertukar hujan lebat. "Apabila kami sampai di Perairan Mengalum, ombak bergelora besar dan kami tidak nampak apa-apa pada jarak jauh dan pada pukul 1 tengah hari kami terpisah oleh kapal induk...terus terputus hubungan," katanya di sisi isteri Rohaiza Abdul Halim. Azhry yang lapan tahun berkhidmat di TLDM berkata pengalaman pertama kali itu tidak akan dilupakan termasuk memberi pengajaran baharu kepadanya. "Kami sudah biasa meredah ombak sebelum ini, tetapi pada kali ini nasib kami kurang baik kerana gelombangnya lain dari yang lain," katanya.- mstar online
KOTA KINABALU: Pengalaman hanyut di laut bergelora di perairan Mengalum, Sabah selama 30 jam, tidak langsung mematah semangat tujuh anak kapal Bot Gempur CB204 untuk meneruskan tugas menjaga keselamatan perairan negara. Komander Bot Gempur CB204, Lt Azri Bakar berkata sebagai anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sudah menjadi kewajiban beliau dan rakan anggotanya yang lain untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan pada setiap masa. "Bila-bila masapun saya boleh belayar. Saya berjiwa TLDM," katanya kepada pemberita di sini hari ini sejurus tiba di jeti Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Sepanggar kira-kira jam 12.50 tengah hari. Ketibaan Azri dan empat anggotanya disambut Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Datuk Mohammad Rosland Omar dan anggota serta pegawai TLDM lain. Turut menyambut Azri ialah isterinya Leftenan Komander Fazilah Makun, 29, juga anggota TLDM. Bot Gempur CB204, yang dalam pelayaran ke Stesen 5, Gususan Semarang Peninjau, Pulau Layang-Layang pada pagi Ahad, hilang dan hanyut sehingga ke kedudukan 50 batu nautika di Timur Pulau Layang-Layang selepas mengalami kerosakan injin dan gear kemudi. Selepas dapat dikesan, bot berkenaan ditunda ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu kira-kira jam 10 malam semalam (Selasa) dan tiba di sini Rabu. Selain Azri, enam anggota TLDM yang turut sama dalam pelayaran berkenaan ialah BK PAP Charles Cristopher Muni, BM TMK Ince anak Ewin, BM TMK Steven Hudson anak Miso, BM JTP Nor Azuan Ariffin, LK KOM Sulhajji Daah dan LK I PAP Azhry Maani. Menceritakan pengalamannya selepas terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring KD Paus, Azri dari Cheras, Selangor, berkata ombak pada ketika itu antara 2.5 hingga 3 meter menyukarkan komunikasi radio. Bagaimanapun pada hari Isnin, kira-kira jam 12 tengah hari, pihaknya dapat berhubung dengan kapal awam dan meminta mereka menyampaikan mesej kepada kapal TLDM untuk mereka melancarkan operasi mencari dan menyelamat. Azri yang baharu dilantik sebagai Komander Bot Gempur CB204 pada 18 Sept lalu dan merupakan pelayaran sulungnya mengemudi bot itu ke Stesen 5, berkata pasukannya bersyukur kerana akhirnya KD Paus dapat memintas komunikasi radio mereka dan seterusnya membolehkan lokasi mereka dikenal pasti. "Saya cuba beritahu rakan-rakan agar sentiasa berfikir positif," katanya. BM JTP Nor Azuan Ariffin, 34, dari Pahang, yang telah berkhidmat dengan TLDM selama 15 tahun pula menganggap pengalamannya itu bagaikan 'mati hidup semula' memandangkan bot tempur itu terputus hubungan komunikasi pada hari pertama. LK KOM Sulhajji Daah, 34, dari Tawau pula, berkata ingatannya hanya kepada isteri dan kedua-dua anak yang berusia tujuh dan lima tahun sepanjang tempoh 30 jam sebelum mereka dikesan. "Masa itu ingatan hanya pada anak isteri yang memberi semangat kuat...ketika itu langit sentiasa gelap langsung tiada matahari...kami dilambung ombak dan kadang-kadang rasa takut juga jika tiada bantuan datang dan kami akan karam," katanya di sisi kedua-dua anaknya Adam Haris, 7, dan Aidil Hafiz, 5. Sementara itu, LK 1 PAP Azhry Maani, berkata pengalaman itu amat berharga dalam menilai erti persahabatan antara anak-anak kapal yang terpaksa berkongsi bekalan makanan roti bersama air mineral. "Kami ketika memulakan perjalanan tiada rasa susah hati tetapi berjaga-jaga memandangkan cuaca hujung tahun musim hujan. Cuaca pada mulanya baik kemudian bertukar hujan lebat. "Apabila kami sampai di Perairan Mengalum, ombak bergelora besar dan kami tidak nampak apa-apa pada jarak jauh dan pada pukul 1 tengah hari kami terpisah oleh kapal induk...terus terputus hubungan," katanya di sisi isteri Rohaiza Abdul Halim. Azhry yang lapan tahun berkhidmat di TLDM berkata pengalaman pertama kali itu tidak akan dilupakan termasuk memberi pengajaran baharu kepadanya. "Kami sudah biasa meredah ombak sebelum ini, tetapi pada kali ini nasib kami kurang baik kerana gelombangnya lain dari yang lain," katanya.- mstar online
TOP
Polis Siasat Bantahan Kenaikan Harga Minyak Di Luar Bangunan Parlimen
Datuk Tajuddin Md Isa
KUALA LUMPUR: Polis akan menyiasat bantahan terhadap kenaikan bahan api yang dilakukan oleh sekumpulan NGO di luar bangunan Parlimen, Rabu. Kumpulan tersebut, yang terdiri daripada kira-kira 40 orang berkumpul sekitar pukul 8 pagi dan menyerahkan memorandum kepada Parlimen, menyeru pengurangan harga bahan api. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata kumpulan itu telah bersurai secara aman pada pukul 10 pagi. "Kita mempunyai petugas-petugas di sana untuk memantau keadaan tetapi tidak ada yang ditangkap. "Bagaimanapun kami akan melakukan siasatan ke atas mereka kerana tidak memohon permit seperti yang dikehendaki di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya.- mstar online
KUALA LUMPUR: Polis akan menyiasat bantahan terhadap kenaikan bahan api yang dilakukan oleh sekumpulan NGO di luar bangunan Parlimen, Rabu. Kumpulan tersebut, yang terdiri daripada kira-kira 40 orang berkumpul sekitar pukul 8 pagi dan menyerahkan memorandum kepada Parlimen, menyeru pengurangan harga bahan api. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata kumpulan itu telah bersurai secara aman pada pukul 10 pagi. "Kita mempunyai petugas-petugas di sana untuk memantau keadaan tetapi tidak ada yang ditangkap. "Bagaimanapun kami akan melakukan siasatan ke atas mereka kerana tidak memohon permit seperti yang dikehendaki di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya.- mstar online
TOP
Melissa Saila Kunci Mulut Isu Burukkan AR Tompel Dalam Saloma
Melissa mengambil pendekatan berdiam diri berhubung isu melibatkan filem arahannya, Saloma.
PETALING JAYA: Pengarah drama Melissa Saila enggan memberikan sebarang respons terhadap rasa kesal pelakon Adlin Aman Ramlie yang mendakwa telefilem biopik berjudul Saloma arahannya memaparkan kisah berat sebelah bapa Adlin iaitu, Allahyarham AR Tompel selain terdapat banyak kesalahan fakta. Melissa menerusi pesanan aplikasi WhatsApp kepada mStar Online pada Rabu secara ringkas memberitahu dia tidak mempunyai sebarang komen berhubung dakwaan tersebut. "Maaf, saya tiada komen," katanya.
Adlin Aman Ramlie.
Terdahulu dalam laporan mStar Online menerusi artikel bertajuk 'Telefilem Saloma Papar Tohmahan Buruk Terhadap AR Tompel', Adlin berkata, telefilem itu memberi impak buruk kepada waris-waris AR Tompel dan peminat setia seniman itu. Malah kata Adlin bapanya telah dieksploitasi oleh pihak penyiar, penulis, penerbit, pengarah dan pelakon dalam pelbagai nada prejudis malah berunsur kecaman yang telah mengaibkan sehingga mampu menjejaskan kredibiliti dan reputasinya. Telefilem yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Mencuri Guruh dan Pandang Kaseh telah disiarkan menerusi saluran Astro First Eksklusif bermula 28 Ogos lalu. Ia menampilkan pelakon Nabila Huda sebagai Saloma, Tony Eusoff (Tan Sri P. Ramlee), Azhan Rani (A.R. Tompel), Sazzy Falak (Mariani) dan Sharifah Amani (Siput Sarawak).
Pihaknya Adlin yang diwakili peguam dari Azam & Co telah pun mengambil tindakan awal menerusi penghantaran notis kepada Astro agar telefilem itu segera dihentikan.
Bagaimanapun tiada respons diberikan pihak berkenaan. Satu sidang media akan diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada petang Khamis (esok) bagi mendapat liputan umum berkenaan isu tersebut.- mstar online

Telefilem Saloma Papar Tohmahan Buruk Terhadap AR Tompel
Nabila Huda (kiri) memegang watak Saloma bersama Azhan Rani (AR Tompel) dalam telefilem Saloma.
PETALING JAYA: Pelakon Adlin Aman Ramlie meluahkan rasa kesal apabila telefilem biopik Saloma siaran Astro First yang turut memaparkan kisah ayahnya, Allahyarham AR Tompel, kebanyakannya berunsur tohmahan selain banyak kesalahan fakta. Adlin berkata, telefilem yang diterbitkan oleh syarikat produksi Kus Semangat Aktor milik Melissa Saila itu sekali gus menjejaskan semua nilai dan tanggapan murni masyarakat terhadap AR Tompel, seolah-olah ayahnya itu menjadi punca Saloma menderita. "Telefilem itu telah memberi impak buruk kepada waris-waris AR Tompel, termasuklah saya sebagai anaknya. Malah saya percaya, peminat-peminat setia ayah juga pasti terkilan selepas menontonnya. "AR Tompel telah dieksploitasi oleh pihak penyiar, penulis, penerbit, pengarah dan pelakon dalam pelbagai nada prejudis malah berunsur kecaman yang telah mengaibkan sehingga mampu menjejaskan kredibiliti dan reputasinya," katanya yang menghubungi mStar Online di sini pada Selasa.
Adlin Aman Ramlie
Telefilem yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Mencuri Guruh dan Pandang Kaseh telah disiarkan menerusi saluran Astro First Eksklusif bermula 28 Ogos lalu. Ia menampilkan pelakon Nabila Huda sebagai Saloma, Tony Eusoff (Tan Sri P. Ramlee), Azhan Rani (A.R. Tompel), Sazzy Falak (Mariani) dan Sharifah Amani (Siput Sarawak). Tambah Adlin, pihaknya yang diwakili peguam dari Azam & Co telah pun mengambil tindakan awal menerusi penghantaran notis kepada Astro agar telefilem itu segera dihentikan. Bagaimanapun tiada respons yang diberikan. Justeru, satu sidang media akan diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada petang Khamis (esok) bagi mendapat liputan umum berkenaan isu tersebut. "Memandangkan notis yang diberikan sebelum ini tiada respons, maka saya bersama waris-waris AR Tompel yang lain akan mengambil tindakan seterusnya. "Pihak kami akan menjelaskan lebih terperinci berkenaan perkara ini pada sidang media nanti. "Tambahan pula telefilem itu tidak mendapat kebenaran daripada mana-mana waris untuk memaparkan kisah ayah saya dan perwatakannya telah dipersembahkan tanpa dirujuk daripada sumber yang sah," tegasnya. Pada sidang media tersebut, waris lain AR Tompel iaitu AR Badul, Amran Tompel serta dua isteri seniman itu, Ruminah Sidek dan Zaiton Ismail akan hadir.- mstar online

Dibantah Keluarga Tompel, Astro Terus Tayang Saloma
Nabila Huda sebagai Saloma
KUALA LUMPUR: Stesen televisyen Astro masih dalam proses meneliti isu penayangan telefilem biografi Saloma yang mendapat bantahan waris keluarga arwah A R Tompel. Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, pihaknya sudah menyerahkan perkara tersebut kepada peguam untuk memberi memberi maklum balas yang sewajarnya berhubung perkara tersebut. ”Kami akui memang ada menerima surat guaman daripada waris arwah dan surat itu telah diserahkan kepada peguam kami. ”Jadi, buat masa ini saya tidak boleh memberi komen yang lebih lanjut kerana semuanya masih dalam proses penelitian kami," ujarya ketika ditemui pada majlis tayangan filem televisyen komedi Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya di sini, Rabu.
Khairul Anwar Salleh
Khairul diminta mengulas berhubung isu salah seorang waris arwah A R Tompel iaitu pelakon Adlin Aman Ramlie meluahkan rasa tidak puas hati berhubung penayangan telefilem berkenaan yang dikatakan memaparkan watak arwah ayahnya yang berniat mengaibkannya Allahyarham selain dihasilkan tanpa fakta yang betul. Disebabkan perkara tersebut, waris keluarga AR Tompel bakal mengadakan satu sidang media untuk menyuarakan bantahan selepas permohonan mereka kepada stesen televisyen itu agar menghentikan tayangan berkenaan tidak diendahkan. Sidang media berkenaan akan diadakan di Panggung P Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada pukul pukul 3 petang Khamis. Khairul berkata, pihak Astro akan terus menayangkan telefilem berkenaan di saluran Astro First Eksklusif, meskipun mendapat bantahan daripada waris arwah. "Sehingga kini telefilem berkenaan mendapat sambutan yang menggalakkan serta pujian daripada penonton," ujarnya. Ia diarahkan oleh Melissa Saila dan dilakonkan oleh Nabila Huda sebagai Saloma manakala Azhan Rani memegang watak AR Tompel. - mstar online

UPSR: Calon Terjejas Banjir Di Sabah Tetap Duduki Peperiksaan Esok
Anggota Bomba dan Penyelamat membuat pemantauan sekitar Pekan Donggongon Penampang ditenggelami banjir selepas hujan berterusan sejak dua hari lepas di sini, Selasa.
NILAI: Kementerian Pendidikan akan memastikan semua calon peperiksaan ulangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sabah yang terjejas akibat banjir, akan tetap menduduki peperiksaan itu, Khamis. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata, setakat ini tiga buah sekolah di Penampang, Sabah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Terian, SK Buayan dan SK Longkogongon terputus hubungan akibat banjir yang melanda negeri itu, sejak Selasa. "Kertas soalan peperiksaan dan enam petugas akan dihantar menggunakan khidmat helikopter Sabah Air Aviation. Pusat peperiksaan di SK Terian mempunyai lima orang calon, SK Buayan (tujuh calon) dan SK Longkogongon (seorang calon)," katanya dalam sidang media selepas melawat empat buah sekolah rendah yang akan menjalani UPSR di sekitar Nilai di sini, Rabu. Khair berkata, kesemua 13 orang calon UPSR itu akan bermalam di pusat penginapan berdekatan sekolah pada malam ini dengan diawasi tiga orang guru. Calon juga akan menduduki peperiksaan di sekolah masing-masing manakala pusat peperiksaan di tiga buah sekolah itu dipindahkan ke tingkat atas bagi mengelak banjir, katanya. Sementara itu, Khair berkata, sekolah di Pulau Banggi, Kudat, Sabah tidak terjejas banjir, cuma menghadapi ancaman ombak yang besar. "Bagaimanapun, pagi ini kita berjaya menghantar kertas soalan peperiksaan dengan bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)," katanya. Khair berkata, terdapat enam buah sekolah di Pulau Banggi iaitu SK Semayan, SK Pulau Tigabu, SK Balambangan, SK Dogoton, SK Tanjung Manawali dan SK Kapitangan. "In sya-Allah, esok peperiksaan ulangan UPSR akan berjalan seperti yang dijadualkan walaupun banjir melanda negeri Sabah," katanya. Pada 22 September lepas, kementerian memutuskan kertas ujian Mathematics 015/1 (Sekolah Kebangsaan), 025/1 (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina), 035/1 (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) dan Bahasa Tamil 036, 037 bagi UPSR yang berlangsung pada 10 Sept dibatalkan setelah disahkan bocor. Tarikh baharu bagi kesemua kertas itu ditetapkan pada 9 Okt setelah mengambil kira cuti umum Aidiladha dan aspek logistik (percetakan dan pengedaran).- mstar online

Bajet 2015: Gaji, Elaun Ahli Parlimen Naik
KUALA LUMPUR: Kenaikan gaji dan elaun Ahli Parlimen dijangka diumumkan pada sesi perbentangan Bajet 2015, Jumaat ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim bagaimanapun berkata, jumlah kenaikan itu adalah pada tahap 'sederhana' berdasarkan keadaan ekonomi negara.
Menurut Shahidan, kenaikan itu bagaimanapun tidak membabitkan jawatan di peringkat pentadbiran termasuk perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri dan timbalan menteri.
"Ini bukan satu peningkatan yang mendadak tetapi sederhana. Ini perubahan yang biasa berdasarkan kepada pandangan-pandangan dari semua pihak. Rakyat juga berpandangan ahli parlimen wajar perubahan gaji...sedikit (kenaikan).
"Kita menunggu Perdana Menteri untuk mengumumkannya, mungkin masa bajet (Jumaat) atau masa lain daripada persidangan ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Rabu.
Selain itu, Shahidan berkata, cadangan kenaikan elaun Ahli Parlimen itu turut dipersetujui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Ketua pembangkang telah bersetuju, tiada masalah. Yang lain juga (Ahli Parlimen) pada dasarnya bersetuju.
"Tapi kalau ada yang tidak bersetuju, tak payah fikirlah, buang masa fikir. Ikatlah perutmu, tak ada masalah," katanya.- mstar online
TOP
Peniaga Di Sabah Kes Pertama Naik Harga Barang
Alias Ahmad.
PETALING JAYA: Seorang pengusaha pasar raya di Sabah disiasat kerana dipercayai mengambil kesempatan pengurangan subsidi bahan api pada 1 Oktober lalu dengan menaikkan harga barangan di premisnya. Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata, kes pertama itu diterima selepas mendapat aduan pengguna pada hari berikutnya. “Kita membuat siasatan dan mendapati peniaga berkenaan menaikkan harga barangan. Kita telah pun menghantar notis tunjuk sebab kepada peniaga terbabit untuk menyatakan alasan kenapa berbuat demikian. “Walaupun hanya satu kes sahaja setakat ini, kita tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga yang cuba mengeksploitasi dan memanipulasi pengguna dengan menaikkan harga barangan,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu. Alias berkata, KPDNKK akan mengenakan tindakan tegas mengikut Akta Kawalan Harga dan Akta Pencatutan 2011. Mengikut akta itu, peniaga yang didapati melakukan kesalahan pertama boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya. Bagi syarikat pula, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM500,000, manakala untuk kesalahan seterusnya maksimum RM1 juta. Sumber Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Sabah memberitahu mStar Online, pemeriksaan dijalankan terhadap premis berkenaan yang terletak di Penampang, Sabah pada 3 Oktober lalu, sehari selepas aduan tersebut diterima. “Pemilik pasar raya sudah pun menyatakan sebab-sebab harga barangan makanan yang dinaikkan harga. Kita sudah melengkapkan laporan siasatan semalam (Selasa) dan menghantarnya ke ibu pejabat pada hari ini (Rabu) untuk tindakan selanjutnya,” kata sumber itu. Sumber itu menambah, tempoh siasatan mengambil masa berikutan pemeriksaan turut melibatkan pembekal barangan berkenaan selain cuti umum sempena Hari Raya Aidiladha pada hujung minggu lalu. Kerajaan pada 1 Oktober lalu mengumumkan pengurangan subsidi minyak sebanyak 20 sen bagi petrol RON 95 dan diesel. Selain itu, kata Alias, pihaknya akan terus membuat pemantauan terhadap semua peniaga terutama di pasar dan pasar raya besar yang menjual barangan keperluan. “Seramai 1,300 pegawai pemantau harga dan 1,800 pegawai penguatkuasa akan membuat pemantauan bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan dengan cuba mengaut keuntungan di atas kenaikan harga bahan api," katanya. Beliau berkata, peniaga dinasihatkan untuk meningkatkan kecekapan dalam produktiviti mereka supaya bahan mentah yang digunakan dalam menghasilkan produk mereka dapat digunakan secara optimum. “Kecekapan produktiviti mereka ini akan membantu menyerap kos yang disebabkan oleh kenaikan harga bahan api berbanding menaikkan harga barangan yang membebankan pengguna,” katanya.- mstar online

Polis Tahan Bakal Pengantin Disyaki Terlibat ISIS
Tan Sri Khalid Abu Bakar
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita warganegara Malaysia kerana disyaki terlibat dengan kumpulan militan antarabangsa, Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), di Lapangan Terbang KLIA2 pada Ahad. Bakal pengantin berusia 25 tahun berasal dari Negeri Sembilan itu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012. Wanita berkenaan dijadual berkahwin dengan seorang rakyat Malaysia di Syria, yang menjadi anggota ISIS. Sumber polis memberitahu Bernama bahawa lelaki berkenaan memberi RM6,000 secara tunai kepada wanita terbabit sebagai perbelanjaan perjalanannya. Kata beliau, pada mulanya wanita itu menempah tiket penerbangan ke Istanbul, Turki, tetapi menukar rancangan perjalanannya ke Brunei sebelum menuju ke Timur Tengah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. Lelaki berkenaan pula dikatakan membunyai seorang saudara lelaki yang terbunuh pada 30 Sept dalam konflik di Syria. Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dihubungi Bernama di sini hari ini mengesahkan penangkapan wanita tersebut dan berkata satu sidang akhbar mengenainya akan diadakan. Ini merupakan tangkapan keempat oleh polis selepas tiga rakyat Malaysia ditangkap di KLIA pada 27 Sept kerana disyaki merancang untuk berlepas ke Syria bagi menyertai perjuangan ISIS. Wisma Putra baru-baru ini berkata Kerajaan Malaysia menyifatkan ISIS sebagai pertubuhan pengganas dan tidak bersetuju dengan sebarang aktivitinya. Sejak April hingga 21 September tahun ini, 19 rakyat Malaysia ditangkap kerana disyaki terlibat dengan ISIS. Mereka dipercayai direkrut oleh empat sel militan (Khaed Al Waled, Bridged Al Jemaah, Daulah Islamiyah dan Arakan Daulah Islamiyah Arakan) untuk dihantar ke Syria.- mstar online

Bajet 2015: Golongan Pertengahan Wajar Dapat Perhatian
PETALING JAYA: Mengurangkan kos sara hidup terutama golongan berpendapatan sederhana atau pertengahan wajar menjadi tumpuan kerajaan menerusi Bajet 2015 yang akan dibentangkan Jumaat ini.
Beberapa pakar ekonomi berpendapat, bajet kali ini seharusnya lebih realistik dan 'dekat di hati rakyat' pertengahan yang sebelum ini kurang mendapat bantuan, selain bagi mengurangkan bebanan.
Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Baayah Baba, pelaksanaan rasionalisasi subsidi bahan api memberi impak kepada semua golongan, terutama yang berpendapatan sederhana.
"Kenaikan bahan api sangat memberi kesan, ini kerana harga barangan keperluan asas akan meningkat sekali ganda. Dalam hal ini, kerajaan sepatutnya memikirkan kaedah lain seperti memberi kad subsidi kepada golongan sasar bagi mengelak penyeludupan diesel dan petrol di sempadan.
"Selain itu, pengurangan subsidi ini akan menyebabkan golongan berpendapatan sederhana terpaksa menanggung hutang dan mengurangkan kemampuan untuk membeli rumah dan kereta," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.
Dr Baayah Baba.
Baayah turut meminta kerajaan supaya memberi tumpuan kepada aspek pendidikan dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan terulung di rantau Asia Tenggara. "Kerajaan perlu memberi peluang kepada pensyarah melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD). "Program Mybrain 15 juga harus diperkasakan dalam usaha melahirkan lebih ramai tenaga akademik yang berkemahiran tinggi, iaitu sehingga PhD. Pada masa sama infrastrktur dan prasarana di universiti dan sekolah juga harus dinaik taraf seiring dengan perkembangan semasa,” katanya.
Prof Dr Shazali Abu Mansor
Sementara itu, Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Dr Shazali Abu Mansor menyarankan supaya kerajaan memberi pelepasan cukai pendapatan individu antara satu hingga dua peratus kepada golongan sama. "Pelepasan cukai ini dapat mengurangkan kos sara hidup golongan sederhana yang kebanyakannya terdiri daripada mereka yang berusia 24 hingga 30 tahun. Golongan ini sudah pasti terbeban dengan tanggungan hutang kereta, rumah dan anak. "Dengan pelepasan cukai individu seperti pengecualian cukai bagi mereka yang membayar secara ansuran hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Ini dapat mengurangkan sedikit sebanyak beban mereka," katanya. Selain itu, beliau menjangkakan Bajet 2015 kali ini tidak banyak berubah sebaliknya kesinambungan belanjawan tahun ini dengan tumpuan diberikan terhadap aspek pendidikan. "Bajet 2015 merupakan penutup kepada Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10), jadi strategi masih sama dan tumpuan juga sudah pasti untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat," katanya.
Prof Dr Zulkornain Yusop.
Bagi Ketua Jabatan Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Zulkornain Yusop pula, beliau meminta kerajaan membina lebih banyak rumah kos sederhana bagi membolehkan golongan ini memiliki rumah sendiri. "Jika dilihat ketika ini, pemaju membuat keuntungan berlipat ganda apabila harga rumah dijual antara RM2 hingga RM4 juta. Ini tidak masuk akal, siapa mampu membeli rumah pada harga seperti ini. "Golongan ekspatriat yang menetap di negara ini bolehlah beli rumah mewah seperti itu, kerana pertukaran mata wang asing. Bagaimana pula dengan golongan sederhana, adakah mereka akan terus menyewa dan tidak berpeluang memiliki rumah?," katanya. Justeru, beliau berharap kerajaan akan membina lebih banyak rumah kos sederhana bagi membantu golongan ini yang sangat terbeban tanpa bantuan sewajarnya daripada pihak kerajaan. "Kerajaan sepatutnya mewujudkan kuota kepada golongan ekspatriat untuk memiliki rumah dengan memperuntukkan kawasan khusus," katanya. Pada masa sama, beliau juga meminta kerajaan melihat semula harga kenderaan automatif yang dijual di negara ini yang disifatkannya lebih tinggi berbanding dengan negara jiran, seperti Thailand dan Indonesia. "Jangan bandingkan harga kereta di Jepun dan Singapura, sebaliknya bandingkan harga kereta nasional di sini dengan harganya di Thailand dan Indonesia yang lebih murah. "Polisi ini sepatutnya dilihat semula supaya semua golongan dapat memiliki kenderaan mereka sendiri terutamanya di kawasan yang tidak jauh daripada kemudahan pengangkutan awam," katanya. Zulkornain turut menyarankan supaya kerajaan melihat dengan lebih serius untuk mewujudkan pusat asuhan kanak-kanak di semua tempat kerja terutamanya agensi kerajaan. Selain itu, katanya, kos penjagaan seorang bayi di taska swasta juga mahal dan ini juga seharusnya dilihat semula oleh pihak kerajaan. Beliau berharap agar Bajet 2015 yang akan dibentangkan Jumaat ini dapat memberikan tumpuan kepada masalah dan beban yang ditanggung oleh golongan berpendatapan sederhana. - mstar online

Bot Tempur CB204 Tiba Di Pangkalan TLDM Sepanggar
KOTA KINABALU: Bot tempur CB204 yang ditemui petang Isnin lepas setelah dilaporkan hilang lebih 30 jam di Perairan Mengalum, Sabah tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepanggar pada tengah hari Rabu.
Ia tiba pada kira-kira pukul 12.50 tengah hari.
Antara yang menerima kepulangan kru bot tempur tersebut ialah para anggota TLDM yang diketuai oleh Panglima Wilayah Laut 2 di pangkalan TLDM itu, Laksamana Muda Datuk Mohammad Rosland Omar. Turut serta adalah ahli keluarga mereka.
Bot tempur yang dinaiki tujuh kru diketuai Leftenan Azri Bakar terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus semasa dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah.
Bot tempur itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi Ahad lalu sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring tersebut pada 11.15 pagi.- mstar online
TOP
Selangor Perlu Henti Keluarkan Lesen PHK - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor digesa supaya menghentikan pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga (PHK) yang dikesan menjadi tempat aktiviti perjudian haram. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengusaha PHK dikesan mengunakan modus operasi yang baharu apabila membolehkan pemenang menukar hadiah dengan wang tunai. "Saya mohon kepada Menteri Besar Selangor yang baharu supaya lesen PHK yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di hapuskan dan dibatalkan kerana inilah puncanya. "Sebab ketika mesin judi itu dioperasikan, hadiah dalam bentuk 'in kind' ditukarkan dengan wang. Ia jadi seolah-olah seperti pusat hiburan keluarga tapi sebenarnya itu pusat perjudian," katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Rabu. Beliau menjawab soalan Datuk Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa) yang bertanya mengenai keberkesanan pihak berkuasa menangani aktiiviti judi Internet. Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, usaha membanteras aktiviti pusat perjudian yang berselindung di sebalik lesen PHK perlu membabikan semua pihak khususnya PBT. "Ini tanggungjawab kerajaan negeri, saya minta kerajaan negeri yang dikuasai rakan-rakan di sana (Pakatan Rakyat) dan kita semua harus membatalkan semua PHK termasuklah Wilayah Persekutuan...saya kata semua dan kita semua bertanggungjawab. "Tanpa kerjasama daripada pihak TNB, tanpa kerjasama pihak syarikat air, tanpa kerjasama PBT, mustahil perkara ini dapat dilakukan," katanya.- mstar online

Hanez Suraya Rayu Stesen TV Beri Dirinya Peluang Kedua
Apakah nasib yang menimpa pelakon kontroversi ini. Terkini Hanes Suraya menejelaskan yang dia semakin kurang mendapat tawaran lakonan. Stesen televisyen seolah-olah memboikotnya setelah peristiwa kisah cinta dengan suami orang yang mana satu-persatu didedahkan oleh media tempatan.
Berikut adalah luahan hatinya.
“Benda sudah berlaku, tiada guna untuk saya menyesal kerana semua itu berpunca daripada kesilapan sendiri. Salah saya kerana terlalu terbuka, tanpa memikirkan kesan jangka panjang. Cuma saya terkilan apabila terus dihukum kerana kesilapan semalam sehingga ruang untuk saya kembali berkarya semakin sempit. Memang saya berdosa tetapi wajarkah saya dihukum hingga langsung tidak diberi peluang meneruskan minat dalam bidang seni?
“Setiap orang berhak mendapat peluang kedua untuk memperbetulkan semula kesilapan tetapi mengapa saya tidak diberi kesempatan itu? Saya tidak mengeluh sebaliknya berharap mereka yang mempunyai kuasa untuk memberikan semula kesempatan bagi saya membuktikan kesungguhan sebagai pelakon,” katanya memetik laporan sebuah akhbar mingguan, baru-baru ini. Mungkin disebabkan perkara yang lepas itu masih hangat di ingatan peminat dan masih baru mungkin stesyen-stesyen television belum lagi ingin menampilkan Hanez dalam mana-mana lakonan. Bagaimanapun semoga perkara ini menjadi tauladan kepada selebriti-selebrti lain yang peminat-peminat semua amat menitik beratkan perangai di luar lakonan dan bukan sekadar rupa ataupun seni. ─ Siakapkeli.com

Fenomena Gerhana Bulan Berdarah Malam Ini
Tahukah anda yang malam ini bukan sahaja akan berlaku kejadian gerhana bulan penuh malah juga akan berlaku dua lagi kejadian lain iaitu penampahan Uranus dan juga Selenelion.
Fenomena gerhana bulan merah yang turut dikenali sebagai ‘Gerhana Bulan Berdarah’ terjadi apabila kedudukan Bumi terletak pada kedudukan sejajar di antara Matahari dan Bulan.
Ketika itu, bayang Bumi yang menutupi permukaan Bulan itu akan menghasilkan bias berwarna merah seakan warna darah. Kali terakhir fenomena ini berlaku adalah pada 15 April tahun ini.
Selain fenomena bulan berdarah, satu lagi fenomena di mana planet Uranus boleh dilihat dengan mata kasar bakal berlaku malam ini, lapor TribunJogja.com.
Terdapat dua faktor yang membolehkan penampakan planet tersebut iaitu jaraknya yang dekat dengan Bumi, serta keadaan gerhana itu sendiri.
Seorang sumber astrologi Indonesia menyatakan bahawa Uranus dijangka dapat dilihat sebagai sebuah titik kecil yang menyerupai bintang dengan cahaya samar bermagnitud +5.
Namun, detik tersebut agak singkat dan mereka yang terlatih sahaja berpeluang mengesannya di dada langit. Oleh kerana cahayanya samar, Uranus hanya dapat dikesan dengan mata kasar pada saat gerhana terjadi sepenuhnya.
Sebelum atau selepas detik itu, kelibat planet ketujuh dalam sistem cakerawala itu akan pudar dan menghilang.
Fenomena selenelion pula merujuk kepada kejadian kedua-dua Matahari dan bulan gerhana yang dapat dilihat serentak. Ia hanya boleh terjadi pada detik sebelum matahari terbit atau terbenam.
Secara ringkasnya, ia adalah fenomena apabila dua objek langit terpisah 180 darjah dari sudut pandang manusia di Bumi.
Pada waktu senja nanti, selenelion yang terjadi melibatkan Bulan dan Matahari. Ini bermakna Matahari akan disaksikan tepat di ufuk barat manakala Bulan pula di ufuk timur.─ Siakapkeli.com
TOP
Pesara Terkejut Wang Simpanan RM70,000 Dalam Bank Lesap
SETIU: Wang seorang pesara bagi ganjaran pencen berjumlah RM70,000 di sebuah bank di Bandar Permaisuri telah lesap.
Perkara tersebut disedari oleh Johari Che Ismail, 57, yang tinggal di Taman Kancil Jaya selepas gagal mengeluarkan wang daripada mesin ATM pada 1.50 petang semalam berikutan bakinya tidak mencukupi iaitu RM42 sahaja.
Setelah tu beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Bandar Permaisuri pada jam 4 petang semalam.
“Setelah mencuba dua kali untuk mengeluarkan RM500, kad saya tidak diterima ATM hingga menyebabkan saya masuk ke dalam bank berkenaan untuk mendapatkan penjelasan daripada pegawai bank,” katanya.
Johari berkata beliau bersara daripada JKR Setiu akhir tahun lepas dan menerima ganjaran pencen berjumlah RM123,000 yang disimpan di dalam bank berkenaan.
Menurut beliau, dia bersara daripada JKR Setiu pada akhir tahun lepas dan menerima ganjaran pencen yang berjumlah RM123,000.
Tambahnya lagi, berdsarkan kenyataan bank menunjukkan terdapat pengeluaran wang dilakukan sejak 14 Mac sehingga 6 Oktober. Bagaimanapun pengeluaran itu telah dibuat oleh individu yang tidak dikenali secara pemindahan wang menerusi internet sebanyak 69 kali.
Menurut Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintenden Abdul Rahman Raja Mohammed, kes dikategorikan sebagai jenayah siber. ─ Siakapkeli.com
No comments:
Post a Comment