TOP
MH370: Bukti Baharu Dakwa Wujud Gangguan Di Kokpit Pesawat
PENYIASAT nahas udara, kehilangan pesawat MH370 telah menemui bukti baharu mengenai kokpit pesawat yang berkemungkinan telah diganggu.
Satu laporan yang dikeluarkan oleh penyiasat nahas udara Australia mendedahkan bahawa pesawat Boeing 777 yang hilang mengalami gangguan kuasa misteri pada peringkat awal penerbangan, yang membuatkan pakar-pakar percaya ia boleh menjadi sebahagian daripada usaha untuk mengelak daripada dikesan radar.
Menurut laporan itu, unit data satelit pesawat telah melakukan permintaan ‘log masuk’ yang tidak dijangka kepada satelit, dalam tempoh kurang dari 90 minit semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Laporan menyebut mengenai permintaan ‘log masuk’ yang dikenali sebagai ‘handshake’ yang dilihat mungkin muncul disebabkan gangguan kuasa elektrik di atas kapal pesawat.
“Permintaan log masuk ketika penerbangan bukan perkara biasa.
“Analisis telah dilakukan yang menentukan bahawa ciri-ciri dan masa permintaan ‘logon’ adalah padanan terbaik sebagai akibat daripada gangguan kuasa,” Menurut laporan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia.
David Gleave, seorang pakar keselamatan penerbangan dari Loughborough University, berkata gangguan bekalan kuasa muncul sebagai hasil apabila seseorang di kokpit cuba untuk mengurangkan penggunaan sistem pesawat.
Tindakan itu, katanya, adalah selaras dengan usaha untuk menjadikan komunikasi pesawat dan sistem terpadam dalam usaha untuk mengelak daripada dikesan radar.
“Seseorang mungkin berlegar-legar di dalam kokpit yang akan membawa kepada gangguan kuasa,” katanya.
“Ia boleh menjadi satu tindakan yang sengaja bagi mematikan kedua-dua enjin untuk beberapa ketika. Dengan kerunsingan di dalam kokpit anda mungkin boleh mematikan kuasa buat sementara dan menghidupkannya semula apabila anda memerlukan sistem lain untuk menerbangkan pesawat.”
Inmarsat, syarikat yang secara rasmi menganalisis data penerbangan dari MH370, telah mengesahkan penilaian ini tetapi berkata tidak mengetahui mengapa pesawat itu mengalami kegagalan kuasa.
“Ia kelihatan seperti terdapat kegagalan kuasa pada kedua-duanya.
“Ia merupakan satu lagi misteri kecil. Kita tidak boleh menerangkannya. Kita tidak tahu mengapa. Kami hanya tahu ia berlaku,” kata Chris McLaughlin, dari Inmarsat, kepada The Telegraph.
Laporan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Australia mendedahkan bahawa Boeing 777 cuba untuk membuat ‘log masuk’ ke satelit Inmarsat pada pukul 2.25 pagi, tiga minit selepas ia dikesan oleh radar tentera Malaysia.
Ketika itu pesawat sedang terbang di utara pulau Sumatera Indonesia.
Pesawat itu telah menyimpang dari laluan sebenar untuk ke destinasinya iaitu Beijing, tetapi tidak lagi menukar arah ke selatan Lautan Hindi.
Pesawat itu mengalami satu lagi permintaan log masuk hampir sama kira-kira enam jam kemudian, walaupun ini adalah ‘handshake’ satelitnya ketujuh dan terakhir di mana dipercayai pesawat kehabisan bahan api dan kuasa elektrik sebelum terhempas, di suatu tempat di selatan Lautan Hindi.
Lima ‘handshake’ lain mula dikenalpasti oleh stesen satelit bumi dan tidak dianggap luar biasa.
Ketika ditanya sama ada gangguan kuasa yang boleh disebabkan oleh kerosakan mekanikal, Gleave berkata: “Terdapat kegagalan mekanikal yang boleh dipercayai menjadi sebab. Tetapi anda tidak akan terbang sejauh beratus-ratus batu dan hilang di Lautan Hindi kemudiannya.” ─ mStar.com.my
TOP
Isteri Perdana Menteri Ziarah Muhammad Firdaus Di HTJS
SEREMBAN – Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menziarahi remaja orang kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang dijumpai dalam keadaan terabai di Flat Taman Semarak, Nilai baru-baru ini, di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini, hari ini.
Ketibaan Rosmah disambut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan timbalannya Datin Paduka Chew Mei Fun, isteri Menteri Besar Negeri Sembilan Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan Datuk Dr Zailan Adnan.
Rosmah berada kira-kira setengah jam di HTJS beramah mesra dan bertanyakan perkembangan remaja itu selain menghadiahi sepasang baju Melayu biru, songkok serta hamper buah-buahan kepada Muhammad Firdaus.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Rosmah berkata beliau dimaklumkan Pengarah HTJS Datuk Dr Jaafar Che Mat bahawa Muhammad Firdaus telah pun makan dan tidur dengan baik manakala berat badannya meningkat 2.3 kilogram. “Insya-Allah, dia akan dibenarkan keluar dari hospital hujung minggu ini atau minggu depan dan dia akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan,” katanya. Rosmah, yang juga Pengerusi Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), turut menyampaikan sumbangan RM1,000 daripada Bakti dan sumbangan peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebanyak RM1,000, yang akan dimasukkan ke dalam akaun Tabung Haji remaja berkenaan. Beliau berkata mereka yang ingin menyumbang kepada remaja itu boleh berbuat demikian menerusi akaun Tabung Haji Muhammad Firdaus bernombor 010602000453616, yang dibuka untuk mengurus sumbangan yang diterima Muhammad Firdaus bagi keperluan masa depannya. Sementara itu, Dr Zailan berkata Muhammad Firdaus telah sembuh dengan baik dan berat badannya pun meningkat sejak dimasukkan ke HTJS. “Kita membuat pemeriksaan rapi dan melaksanakan semua disiplin perubatan. Kita bagi makanan tinggi protein dan tinggi karbohidrat. Kita juga sedang memulihkan keadaan ‘electrolytes’ dalam badannya dan apabila telah ‘normalise’ dia mungkin dibenarkan keluar hospital seawal-awal Jumaat ini atau besar kemungkinan minggu depan,” katanya. Beliau berkata walaupun diletakkan di bawah jagaan JKM Negeri Sembilan, pihak hospital akan terus memantau keadaan Muhammad Firdaus. Rohani pula berkata Muhammad Firdaus akan ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah di sini setelah dia dibenarkan keluar hospital. Katanya adik Muhammad Firdaus berumur tujuh tahun, Muhammad Haziq, sudah ditempatkan di rumah kanak-kanak itu. “Kami masih lagi mengesan waris sebelah bapa Muhammad Firdaus,” katanya. Muhammad Firdaus ditemui dalam keadaan kurus kering dan tidak berurus di dalam bilik yang kotor dan dipenuhi najis oleh Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman semasa jabatan itu menjalankan operasi bersepadu 6P di rumah pangsa Taman Semarak, Nilai, 21 Jun lepas selepas melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan. – BERNAMA

Rizab Aset Malaysia Mei 2014 Kini AS$130.94 Bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia(BNM) secara rasminya berjumlah AS$130.94 bilion sehingga akhir Mei 2014, manakala aset mata wang asing sebanyak AS$4.45 bilion.
Dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini, BNM berkata berdasarkan rizab antarabangsa Malaysia mengikut format ‘Special Data Dissemination Standard’ (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa menunjukkan pada akhir Mei, rizab Malaysia tetap boleh guna dan tiada halangan menggunakannya.
“Bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek bagi pinjaman dalam mata wang asing diunjurkan sebanyak AS$267.4 juta, disebabkan oleh pembayaran balik berjadual dan pinjaman luar negeri oleh kerajaan.
” Pengeluaran pinjaman projek berjumlah AS$2.76 bilion dalam tempoh 12 bulan akan datang. Jumlah kedudukan hadapan sebanyak AS$850 juta sehingga akhir Mei 2014,” katanya.
Bank pusat itu berkata satu-satunya salur keluar bersih bagi aset mata wang asing ialah jaminan kerajaan ke atas hutang luar negara dalam tempoh setahun sebanyak AS$232 juta. – BERNAMA
TOP
Fahami konsep jihad supaya tidak mudah terpengaruh
KUALA LUMPUR: Umat Islam perlu memahami konsep jihad supaya tidak mudah terpengaruh dan ditipu dalam keterujaan mereka mahu berjuang untuk mendapatkan pahala.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, ramai memahami jihad dari pandangan orientalis yang mengaitkannya sebagai ‘The Holy War’, bermaksud menentang musuh bukan beragama Islam.
“Sebab itu jihad tidak sesuai untuk digunakan dalam konteks isu di Syria kerana melibatkan sesama Islam, dan adalah tidak adil untuk kita mengisytiharkan pihak yang ditentang sebagai bukan Islam,” katanya semasa dihubungi Bernama, Isnin.
Beliau menambah perkara itu juga selari dengan sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud ‘apabila dua pihak Muslim bertemu (saling berbunuhan) dengan pedang mereka, maka yang membunuh dan yang dibunuh masuk neraka’, memandangkan yang dibunuh turut berniat untuk membunuh, cuma tidak berpeluang terlebih dahulu.
Bagi mereka yang berpegang kepada alasan mahu menentang pemerintah yang zalim untuk berjihad di Syria, Mohamad Shukri berkata, perkara itu perlu dilihat dari konteks lebih mendalam pelaksanaannya.
“Jika perbalahan ini berlaku lebih lama, ia akan membawa kemudaratan lebih besar kepada penduduk di sana, khususnya kepada golongan wanita, kanak-kanak dan orang tua.
“Mengambil kira hal ini, kita boleh merujuk kepada pandangan bahawa apabila jika berlaku dua kemudaratan, maka kita perlu pilih yang mana lebih kecil kesannya, apatah lagi jika ulama di Syria sendiri telah meminta orang ramai untuk bersabar,” kata Mohamad Shukri.
Dekan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Emeritus, Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid pula berpendapat kekeliruan konsep jihad boleh mempengaruhi individu untuk terjerumus dalam kegiatan ekstremis.
“Umat Islam di negara ini perlu meningkatkan lagi kefahaman mengenai erti jihad untuk mengelakkan keliru sehingga menyebabkan mereka mengaplikasi konsep jihad pada landasan tidak tepat,” katanya.
Menyentuh pembabitan beberapa individu Malaysia di Syria, Mahmood Zuhdi yang juga Pengerusi Majlis Dekan-Dekan Pengajian Islam Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berpendapat, terdapat cara lain untuk umat Islam di negara ini berjihad.
Mahmood Zuhdi berkata, ini kerana erti jihad adalah sangat meluas dan merangkumi pelbagai aspek termasuk pemikiran, tenaga, harta dan pendidikan.
“Di Malaysia juga boleh berjihad, walaupun caranya berbeza daripada pemahaman orang mengenai jihad di Syria. Sebagai contoh, umat Islam di sini boleh berjihad ekonomi kerana ekonomi kita masih lemah.
“Jihad untuk memupuk penyatuan antara ummah juga harus diberi tumpuan dan boleh dilakukan memandangkan perpaduan ummah di negara ini masih ada ruang untuk diperbaiki bagi melahirkan umat Islam yang mantap dan bersatu padu,” katanya.
Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin secara peribadi juga berpendapat, umat Islam tidak seharusnya berjihad hingga ke Syria jika tidak mempunyai pemahaman yang jelas mengenai situasi di sana.
“Mereka mungkin mengalami masalah seperti kekangan bahasa menyebabkan terpaksa bergantung kepada perantara dan jika individu itu berbohong untuk menarik simpati, maka kita sudah terpedaya,” katanya.
Asri juga mengingatkan bahawa ulama di Syria yang menasihatkan umat Islam untuk tidak menyokong kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), kerana ia membabitkan peperangan sesama Muslim, yang tidak selari dengan konsep jihad.
Beliau menambah, jika benar umat Islam mahu berjihad, mereka boleh melakukannya dalam isu yang lebih jelas seperti di Palestin, bukan hanya dari sudut tenaga, tetapi menghulurkan bantuan kewangan untuk masyarakat Islam di sana.
Sumber: Sinar Online
TOP
Robben minta maaf kerana sengaja ‘jatuhkan diri’
Robben (tengah) dijatuhkan dalam kotak penalti dalam perlawanan pusingan kedua Piala Dunia menentang Mexico di Arena Castelao, Fortaleza, awal pagi Isnin.
PEMAIN Belanda Arjen Robben memohon maaf di atas tindakannya yang sengaja menjatuhkan diri dalam kemenangan 2-1 ke atas Mexico, tetapi menegaskan kejadian sebelum keputusan muktamad diumumkan ‘adalah penalti’. Pemain tengah Belanda itu diberikan beberapa sepakan percuma apabila ‘dijatuhkan’ pemain lawan dalam perlawanan pusingan kedua Piala Dunia di Fortaleza, awal pagi Isnin dan diberikan sepakan penalti pada masa kecederaan. “Saya mesti meminta maaf,” Robben memberitahu media Belanda, NOS selepas wisel penamat. “Pada akhir perlawanan ia adalah penalti, tetapi yang lainnya, pada separuh masa pertama saya menjatuhkan diri. Saya tidak patut melakukannya.” Pemian Bayern Munich ini menyerahkan tugas sepakan penalti kepada pemain ganti, Klaas Jan Huntelaar, yang tenang menyumbat gol sekali gus menghantar Belanda ke suku akhir. “Biasanya saya selesa mengambil penalti, tetapi tidak kali ini,” kata Robben. “Saya pasti Huntelaar mampu melakukannya. “Ia adalah detik untuk dirinya, dia berhak mendapatkannya. Saya hampir menangis kerana beremosi. Kami mahu menang, untuk berjuang bersama-sama sebagai satu pasukan. Saya sangat bangga.” Rafael Marquez, pemain yang dihukum mengasari Robben dalam kotak penalti, tidak bersetuju dengan keputusan penting itu. “Saya percaya ia bukan penalti,” katanya. “Saya rasa saya menyentuh tanah tetapi saya tidak menyentuhnya, mungkin dia yang menyentuh saya.” Kapten Mexico itu berkata Robben, 30, yang mempunyai kerjaya yang menyenangkan, tetapi sering dituduh menjatuhkan dirinya dengan sengaja, telah menyalahgunakan semangat permainan. “Bagi 10 kesalahan yang dia terima, dia sengaja mejatuhkan badan lebih lima kali, dan itu bukan permainan yang adil,” kata Marquez. “Itu perlu diubah. Malangnya dalam Piala Dunia ini ia bukan hanya sekali atau dua kali perkara-perkara seperti itu menjejaskan kami, tetapi saya tidak mahu menjadikan itu alasan.” Sumber: mStar online

Sanggup Mengaku Janda Walaupun Sudah Bersuami
Gambar hiasan
ALOR GAJAH – Seorang wanita sanggup mengaku janda dan tunangan kepada lelaki yang dicekup bersamanya ketika Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) membuat serbuan di sebuah hotel bajet, di Rembia di sini, kelmarin. Ketua Penguatkuasanya, Rahimin Bani berkata, wanita berusia 33 tahun dan pasangan mudanya berusia 26 tahun itu ditahan ketika serbuan kira-kira jam 11 pagi. “Wanita itu ditemui berdua-duaan di dalam salah satu bilik di hotel berkenaan selepas pintu dibuka lelaki kira-kira 20 minit diarahkan berbuat demikian. “Mereka yang berpakaian lengkap mengaku sudab bertunang ketika disoal mengenai status dan hubungan antara mereka,” katanya di sini, semalam. Rahimin berkata, rahsia wanita tersebut isteri orang hanya terbongkar apabila suaminya sendiri datang ke pejabat penguatkuasa Jaim di Bukit Palah, malam kelmarin. “Suaminya seorang tentera dan mereka yang mempunyai dua anak kini menetap di negeri ini datang ke pejabat kira-kira jam 11 malam. “Maklumat lelaki berkenaan diambil bagi membantu siasatan terhadap isterinya yang ditangkap berkhalwat dengan pasangan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991,” katanya. Seramai tiga pegawai dan dua anggota polis terlibat dalam pemeriksaan terhadap wanita yang berasal daripada Negeri Sembilan dan pasangannya yang berniaga sendiri, berasal dari Kelantan. ─ Sinar Online

Peniaga bazar Ramadan gagal pamer tanda harga akan dikenakan tindakan
RAUB – Semua peniaga di bazar Ramadan wajib mempamerkan tanda harga untuk mengelak pembeli keliru dengan harga barangan yang dijual.
Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab Moin berkata, lebih 200 anggota penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang bersama 2,000 anggota skuad pemantau akan turun padang untuk meninjau perkara tersebut.
“Mereka yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan tindakan tegas mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
“Jika sabit kesalahan, peniaga yang gagal mempamerkan tanda harga boleh di denda sehingga RM5,000 bagi perseorangan dan maksimum RM100,00 kepada syarikat,” katanya di sini.
Menurutnya, langkah meletakkan tanda harga pada setiap barangan yang dijual, akan lebih memudahkan orang ramai dan peniaga dalam urusan perniagaan.
Dalam masa yang sama, Shahiruddin turut memberi amaran kepada penjaja agar tidak menjual barangan dan makanan yang telah tamat tarikh lupus kepada pembeli untuk mengelakkan kejadian seperti keracunan makanan.
“Peniaga sepatutnya bertimbang rasa, jujur dan jangan mementingkan keuntungan semata mata, sebaliknya perlu lebih bertimbang rasa,” katanya. – Bernama
TOP
Video: Google Semakin Hampiri SkyNet ─ Rangkaian Robot Jahat Penguasa Dunia
Anda kenal Google? Jika tidak kenal sila tekan butang pangkah pada tetingkap browser anda! Syarikat gergasi yang banyak membantu di internet yang menyediakan pelbagai kemudahan-kemudahan secara percuma, sudah pasti semua kenal.
Tahukah anda yang mereka semakin menghampiri SkyNet? Sekiranya anda pernah menonton filem Terminator sudah tentu anda tahu yang SkyNet itu adalah rangkaian robot-robot jahat yang menguasai dunia.
Apa pula kaitan SkyNet dengan Google? Rasanya masih ramai yang tidak tahu yang Google telah membeli syarikat penyelidikan robot “Boston Dynamics” pada tahun 2013 dan secara tidak langsung Google telah terlibat dengan penyelidikan Robot-robot pembunuh, mungkin secara teknikalnya belum lagi.
Pada satu sudut pandangan kita boleh lihat yang robot-robot ini berkebolehan untuk menjadi pembunuh di masa hadapan. Walaupun ia seperti pengaruh television tetapi perkara ini tidak mustahil. Lihat sahaja video-video prototaip robot-robot berkenaan agak mengerikan dengan kekuatan dan pergerakan yang hebat tambah pula dengan kemahiran Artificial Inteligence (AI) yang dimiliki oleh Google sudah tentu dapat menghasilkan robot yang kuat dan pintar. Mungkin suatu hari nanti Google akan terlibat dalam bisnes pembekal tentera robot dalam peperangan.
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Nak Bakar Seekor Labah-Labah, Satu Rumah Dibakarnya
Seorang wanita di Hutchinson, Kansas, dituduh membakar rumah selepas polis mengatakan dia menyebablan rumahnya terbakar dalam satu percubaan untuk membunuh labah-labah, laporan Berita Hutchinson
Ginny M. Griffith, 34, memberitahu pegawai polis dia menggunakan pemetik api untuk membakar tuala sekitar jam 1.30, Jumaat. Dia berharap dapat menangkap seekor labah-labah Arachnid yang kecil dengan tuala yang dinyalakan dan membakar ia sehingga mati, menurut WTSP.
Tidak tahulah sama ada dia berjaya membunuh labah-labah tersebut atau tidak, tetapi api yang dinyalakan pada tuala itu terpaksa dipadam oleh pasukan bomba. Lima unit bomba telah datang dan berjaya mengawal api tersebut. - SiakapKeli.com
TOP
Piala Dunia: Costa Rica mara suku akhir atasi Greece
Costa Rica yang terpaksa beraksi sejam dengan 10 pemain meneruskan kejutan di Piala Dunia apabila mara ke peringkat suku akhir selepas menyingkirkan Greece menerusi penentuan penalti 5-3 pada aksi pusingan kedua di Arena Pernambuco, sebentar tadi.
Penentuan penalti terpaksa dilakukan selepas perlawanan berakhir 1-1 selepas tamat masa tambahan dengan penjaga gol, Keylor Navas boleh diangkat sebagai wira selepas menyelamatkan penalti keempat pemain Greece, Theofanis Gekas.
Dan jaringan terakhir Costa Rica menerusi Michael Umana membawa wakil Amerika Utara itu pertembungan getir bertemu Belanda di suku akhir.
Menjuarai Kumpulan D dengan menyingkirkan dua jaguh Itali dan England, Costa Rica begitupun tidak menampilkan aksi yang diharapkan pada babak pertama yang berakhir tanpa jaringan dengan Greece lebih banyak bertahan.
Begitupun, gawang Greece akhirnya bocor pada minit ke-52 hasil jaringan kapten, Bryan Ruiz yang mudah melepaskan rembatan padu yang gagal dibaca Orestis Karnezis sebelum malang menimpa.
Pada minit ke-66, Costa Rica terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila pertahanan, Oscar Duarte diarah keluar padang selepas memperoleh kad kuning kedua.
Ketika perlawanan hampir memihak Costa Rica, Greece yang melangkah ke pusingan kedua menerusi kemenangan sukar ke atas Ivory Coast sekali lagi menjaringkan gol di masa kecederaan menerusi Sokratis Papasthathopoulos.
Greece memperoleh beberapa peluang terbaik menambah gol pada masa tambahan namun tuah dan kehebatan Navas menghalang mereka. - Agensi
TOP
Anak saman Ibu kerana habiskan wang pampasan miliknya
Anak kepada seorang lelaki terbunuh dalam dalam peristiwa pengeboman 7/7 di London telah menyaman ibunya selepas ibunya menghabiskan keseluruhan pampasan £ 50,000 milik beliau.
Adam Gray berumur 11 tahun ketika bapanya Richard mati dalam serangan bom berani mati berhampiran stesen Aldgate pada 7 Julai 2005.
Sebagai pampasan, pihak berkuasa memberi ibunya, Louise, £ 250,000, Adam £ 50,000, dan £ 100,000 kepada kakaknya, yang tidak mahu dikenali.
Apabila Gray mencapai 18 dia telah diberikan wang, tetapi meminta ibunya untuk menjaga wang itu sehingga dia lebih tua.
Walaubagaimanapun, kurang daripada dua tahun kemudian ibunya mengakui telah membelanjakan kesemua wang milik Gray.
Ibunya didakwa membazirkan wangnya itu untuk membeli-belah, pakaian mewah, restoran mahal serta perhiasan rumah dan taman di Ipswich. - SiakapKeli.com
Sumber: DailyMail.com
TOP
Piala Dunia: Jerman waspada tapi sudah sedia kekang Algeria
Joachim Loew
PORTO ALEGRE: Jurulatih Jerman, Joachim Loew akur dia tidak kenali pemain Algeria dan percaya bakal meniti ranjau sukar dalam pusingan kedua, awal pagi esok. “Kami kurang kenal dengan nama-nama pemain mereka tapi sudah mengikuti persembahan mereka untuk beberapa tahun sebelum ini,” kata Loew ketika sesi latihan pasukan di Porto Alegre. “Kami tahu bagaimana mereka berlatih....kami tahu pengaruh Perancis dalam pasukan itu. Kami juga tahu ramai daripada pemain skuad ini berlatih di Perancis bersama pasukan remaja. Nama mungkin kurang dikenali tapi saya percaya mereka ada kualiti mencabar kami.” Algeria - antara pasukan yang membuat kejutan dalam kejohanan ini - berjaya layak ke kelompok 16 terakhir buat pertama kali. Namun, Loew menegaskan Jerman sudah bersiap sedia dan mengerti apakah ramuan diperlukan apabila berdepan wakil dari Afrika Utara itu di Stadium Beira Rio. Kelmarin, Loew turut mengesahkan pemain sayap, Lukas Podolski akan terlepas aksi menentang Algeria selepas tercedera otot di paha ketika perlawanan terakhir menentang Amerika Syarikat. - Reuters

Nina Iskandar Tegur Peminat Persoalkan Gambar Dedah Rambut
Nina Iskandar berharap pengikut Instagram mendoakan yang terbaik buat dirinya daripada terus mengecam segala tindakan yang dilakukan.
PETALING JAYA: Pelakon Nina Iskandar terkilan apabila tindakan muncul dengan penampilan bertudung dipersoalkan oleh segelintir pengikut di laman sosial Instagram selepas dia memuat naik gambar dan video yang menampakkan rambutnya. Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar, 23, berkata, gambar dan video yang dimuat naik itu merupakan beberapa babak lakonannya sebelum bertudung yang dilakukan sebagai tujuan promosi. "Saya benar-benar berhijrah pada akhir April lalu dan selepas berhijrah saya tidak pernah buka tudung dan Insya-Allah ia akan berterusan. "Pengambaran drama Raya Ni Mesti Kahwin dilakukan sebelum saya berhijrah lagi, jadi tolonglah faham dan jangan terlalu cepat menuduh sebelum mengetahui hal sebenar," katanya. Nina menulis status di Instagram pada Ahad bagi menjelaskan tindakannya memuat naik gambar-gambar dan video sebelum bertudung.
Antara komen daripada penguna Instagram yang mempersoalkan penghijrahannya. Beberapa pengikutnya di laman sosial tersebut telah mempersoalkan penghijrahaannya apabila dia mempromosi drama-drama tidak bertudung yang bakal bersiaran tidak lama lagi. "Saya berbuat demikian kerana mempromosi drama yang saya lakonkan itu kerana ia adalah salah satu perkara yang tertulis dalam kontrak yang saya persetujui. "Betul, mungkin saya belum sempurna, saya masih memakai solekan dan memakai selendang yang tidak cukup panjang, namun soalan saya, adakah anda cukup sempurna untuk mempersoalkan apa yang saya lakukan," soalnya. Tambahnya, sebagai insan yang baharu mula berhijrah, dia belajar sedikit demi sedikit untuk mencari kesempurnaan sebagai seorang muslimah sejati. Malah, dia berharap peminat dan pengikutnya sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya daripada terus memfitnah atau mengecam segala tindakan yang dilakukan. Sumber: mStar

Piala Dunia: Belanda Mara, Ranap Peluang Mexico Pada Saat Akhir
Belanda menewaskan Mexico dengan dua gol yang dijaringkan pada saat-saat akhir perlawanan.
USAHA Belanda yang berhempas-pulas menyekat kemaraan Mexico ke suku akhir membuahkan hasil dalam perlawanan yang berlangsung penuh mendebarkan di Stadium Estadio Castelao, Fortaleza, awal pagi Isnin. Mexico, yang hampir melangkah ke suku akhir dengan berbekalkan satu gol oleh Giovani Dos santos pada minit ke-48 tanpa balas terpaksa akur apabila Belanda berjaya menyamakan kedudukan hanya dua minit sebelum wisel penamat ditiup menerusi rembatan Wesley Sneijder. Gol Sneijder datang selepas Belanda dihadiahkan sepakan sudut yang dilakukan Klaas-Jan Huntelaar, pemain yang dibawa masuk pada saat akhir menggantikan Robin van Persie. Sepakan sudut tersebut nyata menyelamatkan Belanda apabila Sneijder melakukan rembatan dari luar kotak penalti membolosi sudut kanan gawang Mexico. Kedudukan terikat 1-1 pada saat-saat akhir menampakkan kebangkitan Belanda yang berhempas pulas mahu mendapatkan gol kedua dan tiket ke suku akhir, tanpa mahu mengheret perlawanan ke masa tambahan dalam pusingan kalah mati ini. Mexico terpaksa melupakan terus impian beraksi di suku akhir apabila Belanda dihadiahkan sepakan penalti pada masa tambahan apabila Arjen Robben dijatuhkan kapten Mexico, Marquez dalam kotak penalti. Gol kemenangan Belanda diperolehi menerusi sepakan penalti oleh Huntelaar yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol Mexico, Ochoa. Namun terdahulu Ochoa telah beberapa kali berjaya menyelamatkan gawang Mexico yang sering diserang Belanda. Sumber: mStar

Dayana Dan Sakinah Tidur Sekatil, Ashraf Tidur Ruang Tamu?
Bagi lelaki diluar sana yang kahwin dua atau lebih mesti tahu asam garamnya ye tak? Bukan SK nak kata hubungan tidak bahagia cuma tidak ramai yang hubungan antara madu-madu itu rapat sehingga boleh tidur sekatil.
Ha! Itulah yang berlaku kepada keluarga si Ashraf ini, jangan tidak percaya pula yang kedua-dua isternya itu tidur sekali. Memetik laporan Harian Metro, “walaupun masing-masing tidak tinggal sebumbung, kami sering berhubung dan berkumpul di rumah. Kalau saya datang berehat di rumah Sakinah, hanya saya, Sakinah dan Sarah tidur di bilik dan Ashraf kena tidur di ruang tamu” ─ kata Dayana.
Menurutnya juga, selain itu mereka juga sering keluar membeli belah bersama-sama sebab berkongsi citarasa hampir sama dan pada ketika itu Ashraflah yang akan menjaga anak di rumah. - SiakapKeli.com
TOP
KDN Nafi Wujud Kes Culik Kanak-Kanak Untuk Ambil Organ
KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri menafikan laporan yang tersebar di media sosial kononnya terdapat kes penculikan kanak-kanak di Malaysia bagi tujuan penjualan organ manusia di dalam dan luar negara.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata sehingga kini, pihak polis tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak berhubung kes penjualan atau pembelian organ berkenaan.
“Dakwaan terdapat kanak-kanak diculik dan organ mereka diambil untuk dijual seperti yang tersebar di laman sosial khususnya di Facebook dan WhatsApp sejak kebelakangan ini merupakan khabar angin semata-mata.
“Risikan mengesahkan tiada maklumat diperoleh sama ada di dalam atau di luar negara berkaitan sindiket penjualan atau pembelian organ oleh mana-mana pihak dari negara ini,” katanya pada persidangan Dewan Negara, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Raja Roopiah Raja Abdullah yang ingin tahu mengenai dakwaan berkenaan serta apakah perancangan kerajaan untuk menangani masalah itu.
Wan Junaidi berkata, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, proses perolehan organ melibatkan prosedur klinikal yang perlu dijalankan dengan penuh teliti mengikut garis panduan tertentu dan dilakukan penuh terhormat, tidak seperti yang disebar dan digambarkan di dalam media sosial.
Katanya, proses perolehan dan pemindahan organ melibatkan prosedur pembedahan yang kompleks dan ia memerlukan penglibatan pakar perubatan berkemahiran tinggi mengikut bidang kepakaran masing-masing seperti urologi (saluran kencing), pembedahan hepatobiliari (hati), kardiotorasik (jantung) dan anaestesiologi (organ dalaman) serta rawatan rapi.
Jelasnya, proses penyimpanan organ juga rumit iaitu disimpan di dalam cecair pengawet khas pada suhu yang tertentu supaya ia berada dalam keadaan optimum sebelum dipindahkan kepada penerima dengan secepat mungkin.
“Sekiranya tempoh masa untuk penyimpanan dan pemindahan organ tidak dipenuhi, organ yang diperoleh tidak dapat digunakan kerana ia tidak akan berfungsi dengan sepatutnya,” katanya.
Justeru, Wan Junaidi menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai maklumat itu yang disebarkan individu tidak bertanggungjawab untuk menakutkan orang ramai.
Menjawab soalan tambahan Raja Roopiah mengenai jumlah kes culik kanak-kanak di Malaysia setakat ini, Wan Junaidi berkata Jan hingga Jun tahun ini sebanyak lima kes culik dilapor dan tiga daripada kes itu berjaya diselesaikan. – BERNAMA
TOP
Bank Kehabisan Wang: Pemimpin Bulgaria rayu rakyat tidak panik keluarkan simpanan
SOFIA: Pemimpin Bulgaria merayu kepada rakyat supaya tidak panik dan mengeluarkan simpanan mereka apabila bank dibuka hari ini, berikutan insiden dua bank kehabisan wang sehingga membangkitkan kebimbangan mengenai kestabilan kewangan negara Balkan itu.
Perkara yang menimpa Corporate Commercial Bank (Corpbank) dan First Investment Bank, peminjam keempat dan ketiga terbesar Bulgaria, memberikan cabaran hebat kepada negara miskin Kesatuan Eropah itu.
Bank pusat negara itu menyatakan terdapat usaha sengaja dan sistematik untuk menjadikan sistem perbankan Bulgaria tidak stabil dan berikrar akan mengambil segala langkah perlu untuk melindungi simopanan rakyat.
Menurutnya, pegawai penyiasat sudah memulakan siasatan mereka. - Reuters
TOP
Pemerdagangan Orang: Jumlah Yang Ditahan, Didakwa Tidak Sepadan Jumlah Kes
PETALING JAYA: Malaysia mengenalpasti 650 mangsa pemerdagangan manusia tahun lepas tetapi hanya sembilan pedagang manusia telah ditangkap dan disabitkan kesalahan.
Ini menjadi antara sebab utama mengapa kedudukan negara ini telah menurun kepada Peringkat 3 dalam Laporan Pemerdagangan Orang (TiP) 2014 - ranking yang paling rendah, dan berada dalam kategori yang sama seperti Thailand, Venezuela, Korea Utara, Arab Saudi dan Zimbabwe.
Malaysia kini perlu berusaha untuk merapatkan jurang antara jumlah mangsa dan bilangan orang yang dibawa ke muka pengadilan, menurut Duta Besar Duta Amerika Syarikat (AS) yang bertanggungjawab bagi Membanteras Pemerdagangan Manusia, Luis CdeBaca.
Laporan TiP 2014 menyatakan bahawa Malaysia telah mengurangkan usaha penguatkuasaan undang-undang anti-pemerdagangan dan dilaporkan siasatan dan sabitan pada 2013 adalah lebih sedikit berbanding dengan 2012.
CdeBaca, yang mengetuai Pejabat Pemantau dan Membanteras Pemerdagangan Orang berkata layanan terhadap mangsa juga adalah kritikal.
"Semua orang tahu jika anda melayan mangsa anda dengan sebaiknya, mereka akan menjadi saksi-saksi yang baik untuk anda di mahkamah," CdeBaca memberitahu The Star dalam satu temu bual telefon dari Washington.
Beliau berkata ini termasuk menyediakan penjagaan psikologi dan aspek keselamatan terhadap mangsa.
CdeBaca juga menggesa Malaysia supaya memberikan sokongan yang lebih baik untuk organisasi bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam membantu mangsa-mangsa perdagangan manusia.
"Negara-negara yang mengadakan kerjasama erat dengan masyarakat awam dalam memerangi penyeludupan manusia akhirnya menjadi yang paling berjaya," katanya.
Beliau menegaskan bahawa NGO tidak mungkin merujuk kes kepada pihak berkuasa jika mangsa disimpan di pusat-pusat tahanan dan dihantar pulang.
Memetik kes mangsa yang telah ditahan di pusat perlindungan selama hampir setahun, beliau berkata: "Mereka tidak ada kebebasan untuk bergerak.
"Mereka tidak pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan tetapi masih berada di belakang pintu pagar dan kawat berduri."
Walau bagaimanapun, CdeBaca mengakui terdapat peningkatan sejak 2009.
Beliau berkata Malaysia mempunyai pegawai-pegawai yang berdedikasi dalam usaha memerangi penyeludupan manusia dan penurunan dari Peringkat 2 bukan satu cacian terhadap mereka yang berada di barisan hadapan.
Beliau berkata laporan TiP, yang diterbitkan sejak 2001, dibuat berdasarkan Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan AS tahun 2002.
"Ini adalah Perjanjian Bangsa-Bangsa Bersatu yang telah ditandatangani kebanyakan negara," katanya.
Beliau juga menafikan kritikan bahawa sekutu rapat AS tidak akan jatuh ke kategori Peringkat 3.
"Kita hanya perlu melihat penurunan tahun ini oleh Colombia, Qatar, Malaysia dan Thailand untuk menyedarkan bahawa Amerika Syarikat tidak takut untuk memberitahu kebenaran tentang keadaan pemerdagangan.
"Saya fikir adalah menjadi tanggungjawab untuk memberitahu rakan-rakan anda apabila terdapat masalah dan bekerjasama dengan mereka untuk cuba menangani perkara itu," katanya.
Sumber: mStar
TOP
Video Perkahwinan yang Romantik juga Sangat Menyedihkan (Kisah Benar)
Ini adalah video romantik bercampur sedih tentang seorang pemuda bernama Rowden (Kisah benar) yang akhirnya impian beliau tercapai walaupun bahagia seketika.
Rowden dikesan mengidap kanser hati tahap 4 pada lewat bulan 5. Permintaan terakhirnya adalah untuk berkahwin dengan cinta hatinya. Selepas 12 jam persediaan, segala impiannya ditunaikan. Bagaimanapun keadaannya tidak diizinkan untuk dibawa keluar dari hospital ke gereja namun perkahwinan mereka dilangsungkan di dalam wad beliau. Lebih menyayatkan hati, beliau telah meninggal dunia kurang dari 10 jam berlangsungnya perkahwinan mereka.
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Rahsia Kebahagiaan Rumah Tangga ─ Tidur Bogel
Kajian mengatakan cara terbaik untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga adalah tidur dalam keadaan bogel bersama pasangan anda.
Berdasarkan testimoni dan undian, mereka yang tidur tanpa memakai apa-apa bersama pasangan adalah mempunyai hubungan yang lebih kukuh berbanding dengan mereka yang tidur berpakaian.
Dalam 1,004 penduduk Britain, 57% daripada itu adalah mereka yang tidur bogel bersama mengatakan hubungan mereka sangat bahagia. Berbanding dengan 48% daripada mereka yang berbaju tidur, 43% pemakai Nightie dan 38% daripada mereka dalam Onesies.
Bagaimanapun ini adalah antara faktor-faktor berdasarkan kajian dan masih banyak lagi faktor-faktor lain yang memberi kesan dalam kebahagiaan rumah tangga dan yang penting dalam memastikan kebahagian rumah tangga adalah Solat, semoga Allah sentiasa memberi perlindungan kepada rumah tangga anda. ─ SiakapKeli.com
Sumber: Daily Mail
TOP
2 bangunan roboh di India ─ 15 maut
Penduduk membantu anggota keselamatan mengeluarkan mangsa dari kawasan runtuhan di
New Delhi, semalam.- Foto: EPA
NEW DELHI - INDIA . Sekurang-kurangnya 15 orang dilaporkan maut dalam dua runtuhan bangunan berasingan di New Delhi, India, semalam. Pesuruhjaya Polis Delgi, Madhur Verma berkata, mangsa maut dalam kedua-dua tragedi itu termasuk wanita dan kanak-kanak. “Dalam kejadian pertama, bangunan usang empat tingkat yang dibina hampir 50 tahun dahulu tiba-tiba roboh menyebabkan sekurang-kurangnya 11 orang maut,” katanya. Menurutnya, bangunan berkenaan yang terletak di kawasan perumahan setinggan didiami oleh 14 orang penduduk. “Orang ramai membantu mencari mangsa terperangkap sebelum pihak berkuasa tiba. Tujuh mangsa dapat dikeluarkan dari bawah runtuhan,” katanya. Sementara itu, sebuah lagi bangunan 12 tingkat yang masih dalam pembinaan di pinggir bandar Chennai juga tiba-tiba runtuh. Seramai 17 buruh dibawa keluar dan empat daripadanya maut di hospital. “Operasi menyelamat diteruskan bagi mengesan puluhan lagi yang terperangkap. Angka korban dijangka meningkat,” katanya, dipetik dar laporan Time of India. Sumber: Time of India / Sinar Online

Bapa mangsa cubaan culik kesal kerana berulang kepada orang lain
Man (kiri) dan anaknya, Siti menunjukkan tempat van tersebut diletakkan kepada wartawan Sinar Harian.
“SAYA tidak mahu kejadian yang menimpa anak perempuan saya berulang kepada kanak-kanak yang lain dan mahu ibu bapa supaya berjaga-jaga dengan kes culik tersebut," demikian luahan bapa kepada mangsa kes cubaan culik di Bestari Jaya yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 36. Man yang kecewa apabila tindakannya menyebarkan maklumat mengenai kes cubaan culik anaknya dalam laman sosial Facebook didakwa mengganggu siasatan pihak berkuasa. Menurutnya, tindakannya itu hanya bertujuan memberi peringatan kepada ibu bapa untuk sentiasa memantau anak-anak supaya tidak menjadi mangsa kepada penculik sama yang tidak berhati perut. “Selepas saya memuat naik status tersebut, saya dapat panggilan memberitahu status itu telah menjadi ‘viral’. Status itu juga dikatakan mengganggu siasatan polis. “Menurut polis, kemungkinan untuk buat tangkapan dah berkurang kerana apabila penjenayah dah tahu yang kita ambil langkah berjaga-jaga, mereka akan melarikan diri. Kita buat perkara tersebut (sebar status) untuk elak anak-anak orang lain jadi mangsa dan umpan,” katanya kepada Sinar Harian. Mendengar kata-kata ingatan itu, Man tidak berasa hairan jika kes culik sebegini dipandang sepi sehingga penculik berani mengulangi perbuatan itu tanpa rasa takut. Man dan keluarga yang tinggal di Kampung Bukit Tagar, 40 kilometer dari kawasan kejadian terpaksa menghantar anaknya ke sekolah di Bestari Jaya kerana tempat tinggalnya hanya mempunyai Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Dalam masa sama, Man turut membawa wartawan Sinar Harian ke lokasi kejadian yang hanya 300 meter dari rumah nenek saudaranya, tempat anaknya tinggal seketika sebelum pulang ke rumah di Bukit Tagar pada sebelah malam. Tinjauan Sinar Harian mendapati kawasan tersebut hanya dikelilingi pokok-pokok besar selain keadaannya yang sunyi, dan jika ada perkara-perkara seperti merompak atau culik, ia sukar disedari penduduk sekitar. Kawasan tersebut merupakan laluan harian anaknya untuk ke sekolah. Anaknya terpaksa berjalan sejauh 200 meter untuk ke tempat menunggu van. Terdapat juga sebuah taman permainan dan balai raya di kiri jalan tersebut yang dilihat terbiar. Menurut Man, keadaan tersebut agak sunyi dan lengang daripada kenderaan mahupun laluan orang. Kawasan itu hanya sibuk pada waktu petang apabila beberapa anak muda beriadah di gelanggang berhampiran balai raya. Mengimbas kembali hari kejadian, Man tidak menyangka kejadian tersebut menimpa anaknya. "Saya sedang bekerja pada waktu itu mendapat panggilan daripada anak saya memberitahu hal berkenaan. "Katanya, dia hampir diculik empat lelaki yang menaiki sebuah van. Mujur ada yang menyelamatkan anak saya, selepas gagal, empat lelaki tersebut bertindak melarikan diri menggunakan van yang di letakkan berhampiran kawasan tersebut,” katanya. Terkejut dengan perkara itu, Man bergegas ke Balai Polis Bestari Jaya untuk membuat laporan. Pihak sekolah tersebut turut mengeluarkan surat kepada semua ibu bapa supaya memantau pergerakan anak-anak bagi mengelakkan kejadian sama berulang selain pihak polis yang turut melakukan rondaan secara kerap di kawasan kejadian.
Leher diacu pisau potong sayur
TIADA siapa mahu kejadian seumpama ini berlaku pada diri atau ahli keluarga. Namun bagi kanak-kanak ini, kejadian hampir diculik merupakan pengalaman ngeri untuknya. Sedia berkongsi cerita, Siti (bukan nama sebenar), 10, berharap di sebalik kisah pahit ini akan ada satu kekuatan untuknya menempuh kehidupan mendatang. Siti sudah biasa pulang dari sekolah pada jam 1.50 petang setiap hari. Dia akan berjalan kaki melalui ‘jalan pintas’ menuju ke rumah nenek saudaranya. Bagi Siti, sejak dahulu, rumah nenek saudaranya adalah tempat singgah untuknya bersiap untuk ke sekolah agama pula pada waktu petang. Siti dan abangnya hanya akan dijemput bapa mereka pada waktu malam. Rutin harian Siti tidak pernah berubah. Berjalan kaki sejauh 200 meter bersama abangnya berusia 12 tahun menyusur jalan sunyi sudah dianggap biasa baginya. Namun, siapa sangka pada hari kejadian, Siti yang seorang diri selepas abangnya tidak sihat, nyaris diculik dan apa yang lebih menyedihkan, penculik sanggup meletakkan pisau di leher seorang budak perempuan yang sememangnya tidak terdaya untuk melawan. “Semasa saya berjalan pulang, ada empat orang lelaki jalan senyap-senyap belakang saya dan cuba menghampiri saya. “Kemudian salah seorang tutup mulut saya, seorang lagi letak pisau kat leher saya dan cuba mengheret saya masuk ke dalam van putih. Saya nak jerit dan nak lepaskan diri tapi tidak boleh, mereka kuat sangat,” katanya. Katanya, walaupun tahu tidak mampu, dia tetap melawan dan cuba melepaskan diri. "Nasib saya baik, sebab ada dua abang sekolah menengah (pelajar tingkatan empat) lalu jalan itu dan menyergah lelaki tersebut. "Lepas kena sergah, mereka lepaskan saya dan terus naik van putih yang diletakkan hujung jalan," katanya. Man berkata, anaknya terpaksa berjalan seorang diri pulang ke rumah kerana abangnya yang berusia 12 tahun kurang sihat dan tidak dapat menemaninya ke sekolah. “Pada kebiasaannya, dia akan ditemani abangnya pergi dan balik dari sekolah kerana abangnya turut bersekolah di sekolah yang sama. Tetapi pada hari kejadian, abangnya tidak sihat. "Ketika kejadian, anak saya baru sahaja selesai sekolah pada sesi pagi dan dalam perjalanan pulang ke rumah nenek saudaranya untuk bersiap sebelum hadir ke kelas agama petang,” katanya. Katanya lagi, selepas kejadian tersebut, anaknya mengalami trauma yang agak teruk dan dia terpaksa menghantar dan menemaninya ketika pergi dan pulang dari sekolah setiap hari. "Saya bersyukur kerana anak saya terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Saya tidak pasti nasib anak saya jika diculik kumpulan penjenayah tersebut," katanya. Sumber: Sinar Online

Remaja AS Azam Pecah Rekod Dunia Terbang Solo Mengelilingi Dunia
Matt Guthmiller bersama pesawat ringan yang digunakannya untuk mengelilingi dunia. -foto THE STAR
SUBANG: Ketika remaja lain sedang menikmati musim panas di Amerika Syarikat (AS), Matt Guthmiller membuat keputusan mengelilingi dunia secara solo menggunakan pesawat satu enjin dalam perjalanan sejauh 46,671km untuk membuktikan tiada apa yang mustahil dilakukan dalam dunia ini. Guthmiller, yang tiba di Subang pada malam Jumaat selepas penerbangan selama 12 jam yang meletihkan dari Nagpur, India, berkata matlamat beliau adalah untuk menjadi orang termuda dapat mencapai cita-citanya sekali gus memberikan inspirasi supaya orang lain juga berani mempunyai impian besar. "Dan itulah sebabnya mengapa penerbangan ini dipanggil Limitless Horizons. "Anda boleh mempunyai idea yang besar. Anda tidak perlu persekolahan atau pengalaman yang bertahun-tahun untuk melakukan perkara yang anda mahu. "Hanya keluar, pastikan apa masalah sebenar dan fikirkan bagaimana anda boleh melakukannya. Ini termasuklah untuk memulakan syarikat atau mencari beberapa matlamat yang anda mahu capai," katanya kepada The Star. Guthmiller menyahut cabaran untuk terbang mengelilingi dunia secara solo selepas membaca tentang Jack Wiegand, yang menjadi juruterbang paling muda berbuat demikian pada usia 21, tahun lepas. Ryan Campbell, 19, dari Australia memecahkan rekod tersebut beberapa bulan kemudian. "Saya akan memasuki usia 19, tetapi lebih muda daripadanya kira-kira tiga minggu. Ini menjadikan perkara ini sesuatu yang menarik," kata Guthmiller, yang memulakan perjalanannya dari California pada 31 Mei. Katanya, beliau akan berhenti di kira-kira 20 perhentian sebelum pulang pada 14 Julai. Selain bersaing untuk Guinness World Record, Guthmiller dari Aberdeen, Selatan Dakota, ini juga cuba mengumpul sumbangan sebanyak AS$250,000 (RM800,000) dalam usaha yang dipanggil Code.org, bagi meletakkan program pendidikan sains komputer di sekolah-sekolah. Baginya, sains komputer adalah sesuatu yang benar-benar hebat yang membolehkan orang ramai untuk membina sesuatu yang baharu. Bapa Guthmiller menceburi bidang hartanah manakala ibunya adalah ahli farmasi. Dia merupakan anak tunggal dalam keluarga. Pelajar Massachusetts Institute of Technology (MIT) ini berkata beliau mula menjadi seorang programmer ketika masih muda. "Pada masa ini, saya sedang belajar kejuruteraan elektrik dan sains komputer," katanya. "Sejak beberapa tahun, saya telah mula berkerja dengan beberapa syarikat dengan membangunkan sesuatu dengan komputer." Kelab Penerbangan EAA Malaysia menyediakan kemudahan persinggahan Guthmiller di Malaysia. Dia akan berlepas ke Manila pagi esok. Sumber: mStar online

Lelaki Pasang Kamera Pada Locker Wanita ─ Kantoi Terakam Wajah Sendiri
Gambar hiasan
Seekonk, Mass ─ Polis Massachuseets mengatakan mereka dapat mengenal pasti seorang lelaki yang menyembunyikan kamera video di bilik persalinan wanita kerana dia tertangkap wajah sendiri ketika hendak memasang kamera tersebut. Menurut laporan Huffingtonpost, Polis berkata kamera itu ditemui di sebuah kelab kesihatan Planet Fitness 24 jam oleh ahli kelab tersebut pada hari Rabu. Kamera itutelah merakam lebih daripada 21 minit ketika ditemui. Menurut pekerja Gym berkenaan, dia mengenali lelaki yang memasang kamera itu dan dia adalah salah seorang daripada ahli kelab tersebut - SiakapKeli.com

“Double Standard” ─ Kritik Murtad terhadap isu Felixia memeluk Islam
Bermulanya Felixia mengubah cara hidupnya yang sebelum itu Model Majalah PlayBoy dan kini 100% cara pemakaiannya secara Islam, topik beliau hangat dikalangan masyarakat kita.
Seperti yang kita semua tahu, Felixia yang akan memeluk Islam pada 3 hb Julai ini sempena tarikh lahirnya, ramai yang menyokong dan tak lupa juga yang mengkritik diatas pengumuman yang dilakukan oleh Felixia tentang tarikh memeluk Islam tersebut.
Tidak puas hati dengan sambutan baik umat Islam terhadap penghijrahan Felixia, seorang murtad bernama Juli Jalaludin telah memuat naik status yang menyatakan perkara ini adalah “Double Standard” yang mana kita meraikan kepada mereka yang ingin memeluk agama Islam dan mengancam bunuh apabila mereka hendak meninggalkan agama Islam.
Bagaimanapun perkongsian tersebut mendapat jumlah like lebih dari 1300 like.
Beliau mungkin tidak tahu yang murtad itu adalah satu berdosa besar. wait... mahunya dia peduli dosa pahala dalam Islam kalau dah sanggup menukar agama kan? - SiakapKeli.com
TOP
Sudah Mengandung 2 Bulan ─ Terdesak, Post Status Cari Calon Pak Sanggup di FB
Kegilaan apa kah ini? Itu lah, sebelum buat taknak fikir, kan dah susah tu.
Menghairankan SK, kenapa dia nak update status macam ni? Satu dunia tahu dia mengandung anak luar nikah.
Jadi kalau ada orang yang sanggup kahwin sekalipun tetap tidak akan menyorokkan yang dia mengandung anak luar nikah dari pandangan masyarakat memandangkan dia dah pun buat pengumuman seperti ini.
Bagaimanapun, tidak tahulah samada akaun Facebook dia telah digodam dan sebagainya.
Kepada pemuda-pemuda di luar sana yang teramat baik hatinya untuk cuba menutup aib wanita ini bolehlah jadi pak sanggup. - SiakapKeli.com
TOP
Pengusaha Bas Dakwa UNISEL Tamatkan Kontrak Tanpa Notis
KUALA SELANGOR – Sekumpulan 15 pengusaha bas yang menyediakan perkhidmatan bagi penuntut Universiti Selangor (UNISEL) kampus Bestari Jaya membantah tindakan pengurusan universiti yang didakwa menamatkan kontrak mereka tanpa sebarang notis.
Tindakan itu dilihat akan menjejaskan 900 penuntut institusi milik kerajaan negeri Selangor itu yang menggunakan perkhidmatan bas ulang-alik hampir setiap hari dari kawasan seperti Taman Ilmu dan Kota Puteri untuk ke universiti itu.
Pengarah Urusan Konsortium Bas Ekspres Melayu (Klang) Sdn Bhd, Mohd Kamal Mohamed Noor, yang mewakili pengusaha bas berkenaan, mendakwa penamatan kontrak itu pada 7 Julai melanggar syarat perjanjian dengan pihak universiti, sedangkan ia sepatutnya berakhir pada 21 Oktober.
“Tempoh kontrak bagi menyediakan bas ulang-alik ini adalah setahun namun ia akan ditamatkan Julai. Kami tidak diberi sebarang notis oleh pihak Unisel mengenainya,” katanya.
Mohd Kamal bercakap kepada pemberita di luar kampus Unisel Bestari Jaya di sini hari ini ketika menyertai pengusaha bas berkenaan yang berkumpul secara aman sebagai membantah perkembangan itu.
Beliau mendakwa perkara itu hanya sampai ke pengetahuan pengusaha bas berkenaan apabila dimaklumkan oleh pelajar UNISEL.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UNISEL kampus Bestari, Jaya Muhammad Aiman Kamarudin, berkata tuntutan pengusaha bas berkenaan telah disampaikan kepada pihak universiti dan tindakan sedang diambil bagi mengatasi masalah itu. – BERNAMA
TOP
Kalah Pertaruhan Piala Dunia ─ 2 Angkasawan U.S dibotakkan oleh Angkasawan German
Demam piala dunia rupanya-rupanya bukan di Bumi sahaja, malah deman ini telah berjangkit sampai ke angkasa lepas.
Dua orang angkasawan Amerika telah bertaruh dengan angkasawan German yang mana sekiranya U.S tewas kepada German dalam Piala Dunia, kedua-dua mereka akan dicukur.
Tidak disangkakan Stece Swanson dan Reid Wisemen, U.S mingkin bertahan sehingga Group Stage tetapi telah kalah kepada German 1-0. Sebuah video dari NASA menunjukkan Swanson dan Wisemen sedang membotakkan rambut. Mereka dicukur oleh angkasawan German Alexander Gerst.
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Gigit Chiellini: Suarez Dakwa Terjatuh, Fifa Anggap Alasan Mengarut
Suarez beri alasan terjatuh dan tidak berniat menggigit Chiellini pada aksi Piala Dunia, Rabu lalu.
BRASILIA: Alasan Luis Suarez yang dianggap mengarut mungkin akan mengakibatkan tempoh penggantungannya kerana menggigit pemain Itali tidak dipendekkan. Suarez dikatakan mendakwa terjatuh secara tidak sengaja ke atas lawannya, Giorgio Chiellini ketika insiden itu berlaku. Menerusi sepucuk surat yang dikirimkan bintang Uruguay itu kepada Fifa, Suarez menjelaskan, beliau tidak berniat menggigit atau cuba menggigit pemain pertahanan Itali itu pada perlawanan Piala Dunia di Natal, Rabu lalu. Surat Suarez untuk Fifa berbunyi: “Susulan impak itu, kedua-dua lutut saya berlanggar, saya hilang keseimbangan dan badan menjadi tidak stabil lalu terjatuh ke atas lawan. Ketika itu, muka saya terlanggar pemain itu, menyebabkan lebam kecil di pipi saya dan kesakitan yang kuat di bahagian gigi hingga memaksa pengadil menghentikan perlawanan. Inilah yang sebenarnya berlaku dan saya tidak pernah berniat, seperti yang tertulis dalam dokumen, ‘menggigit’ atau ‘cuba menggigit’.” Ahli Jawatankuasa Disiplin Fifa memandang serius perbuatan itu dan mengenakan hukuman berat kepada Suarez dengan mengharamkannya terbabit dalam sebarang aktiviti bola sepak selama empat bulan dan digantung sembilan perlawanan antarabangsa. Alasan bertulis Fifa mengenai hukuman berkenaan dikeluarkan Sabtu dan dokumen itu juga memaklumkan penjelasan Suarez berhubung isu pelanggarannya dengan Chiellini. Tindakan Suarez mempertahankan perbuatannya itu memberikan kesukaran kepada Liverpool yang terdesak menjual penyerang itu walaupun sedar pemain itu tidak boleh meminta yuran perpindahan £80 juta (RM437.7 juta) susulan insiden mengejutkan itu. Uruguay menewaskan Itali 1-0 dan layak ke pusingan kedua namun tewas kepada Colombia awal pagi semalam. Dakwaan Suarez yang beliau tidak bersalah adalah satu kesilapan besar. Jawatankuasa Disiplin Fifa mengatakan bintang bola sepak itu tidak menunjukkan sebarang penyesalan untuk tidak mengulangi perbuatan itu. Sumber: mStar online

Gambar Kes Bunuh Diri Di Wisma Persekutuan KB Kelantan
KOTA BHARU: Seorang lelaki dipercayai telah membunuh diri dengan terjun dari bangunan Wisma Persekutuan Kota Bharu, Kelantan berhadapan dengan Sutera Inn pada petang Sabtu. Bagaimanapun punca kejadian masih dalam siasatan. Gambar-gambar di tempat kejadian ini turut tersebar di media sosial.
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
TRW dalam Red Warrior The Movie?
KOTA BHARU - ‘Red Warrior The Movie’ bakal menemui peminat penghujung tahun ini, menampilkan barisan pemain TRW dalam filem itu, di samping beberapa pelakon utama sebagai tarikan baharu dalam dunia bola sepak Kelantan.
Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, penggambaran filem tersebut telah bermula sejak dua minggu lalu dan akan berjalan dalam masa dua bulan sehingga selepas Aidilfitri ini.
“Kita harap produk terbaharu Red Warrior ini akan siap dalam masa tiga bulan dan boleh ditayangkan kepada umum pada penghujung tahun ini.
“Pada mulanya, saya tidak yakin dan tidak menyangka bola sepak boleh difilemkan, berdasarkan skripnya ia bukan menceritakan bola sepak semata-mata, malah jalan ceritanya menarik berkisarkan kepada kemasyarakatan menggunakan bola sepak sebagai latar belakang dalam kehidupan masyarakat Kelantan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Latihan Kemahiran dan Keusahawanan Empower ECER di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Ketereh, di sini, semalam.
Turut serta dalam program itu, pengacara tersohor negara, Datuk Aznil Nawawi yang dibawa khas bagi menceritakan kejayaannya sebagai usahawan dalam ceramah motivasi bertajuk ‘Nak Kaya Ketahui Rahsia Usahawan’.
Sementara itu dalam perkembangan sama, Annuar berkata, filem berkenaan menampilkan isu kekeluargaan, selain minat seorang anak kepada bola sepak yang memberikan kesedaran kepada ibu bapa bahawa sukan bola sepak mempunyai masa depan.
"Ia turut menyelitkan pelbagai peristiwa yang berlaku, rusuhan penyokong dan elemen kemasyarakatan yang akhirnya memberi impak positif dalam masyarakat yang menyatukan semua walaupun berbeza pangkat, darjat dan latar belakang.
“Semua pemain turut berperanan dalam filem ini dan ada juga dihantar ke kelas lakonan termasuk Wan Zack Haikal dan Zairol Fitrie yang mengikuti kelas lakonan dikendalikan oleh Fauziah Nawi.
“Penggambaran juga turut merakamkan perlawanan sebenar antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad V pada 13 Julai ini," katanya.
Sumber: Sinar Online
TOP
Perisian “Halal Malaysia” untuk kita umat Islam tentukan status halal produk makanan
Sekarang ini isu makanan halal dan haram amat diberi perhatian oleh masyarakat kita yang beragama Islam. Apa tidaknya, dengan isu cadbury dan meehun cap masjid sudah tentu para pengguna akan lebih berhati-hati dalam memilih produk khususnya makanan.
Kini Bafe Solution telah membangunkan satu perisian untuk memudah kita umat Islam dengan cepat mengesan status halal sesuatu produk. Perisian tersebut adalah “Halal Malaysia” (PlayStore) yang boleh dipasang pada telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android. Data perisian ini seratus peratus boleh dipercayai kerana ia berdasar data-data dari JAKIM. Bagaimanapun khidmat internet diperlukan untuk menggunakan perisian ini.
Bayangkan anda sedang membeli belah di pasaraya dan terpandang satu produk yang menarik perhatian anda dan anda ragu dengan status halalnya.
Mengikut nasihat agamawan, apabila timbul rasa was-was, anda perlu jauhi makanan itu.
Akan tetapi dengan kehadiran perisian Halal Malaysia ini dengan cepat anda boleh mengenalpasti status halal produk tersebut. Cara menggunakan perisian ini amat mudah. Taip sahaja nama produk tersebut contohnya “Cadbury” pada fungsi carian dan perisian ini akan memaparkan keputusan carian dalam beberapa saat saat. Produk tersebut disahkan halal jika ia tersenarai dalam senarai keputusan. Selain itu yang anda perlu tahu sekiranya nama produk tersebut tersenarai dan bewarna merah ia bermakna status halal produk tersebut sudah tamat tempoh. - SiakapKeli.com

Video Sambungan Peragut Dibelasah ─ Benar dia Menikam Muka Mangsa
Sebelum ini SK ada kongsi satu video yang mana peragut telah dibelasah teruk sehingga merayu supaya dia dihantar ke balai polis.
Video: Peragut Dibelasah Sehingga Merayu Dihantar Balai Polis
Dan baru sahaja SK mendapat video yang dirakam mungkin oleh orang yang lain pada ketika peragut tersebut dibelasah. Melihat kepada video tersebut, rupa-rupanya betul seperti dilaporkan yang peragut tersebut menikam muka mangsa kerana ada terlihat di dalam video ini seorang makcik sedang menekap mukanya dengan kain. Patutlah orang ramai terlalu marah sehingga peragut tersebut dibelasah sedemikian rupa. Apa tidaknya, kalau sudah mencederakan mangsa sampai tahap itu.

Video Dokumentari Lama UFO Kurun Ke-70 yang telah Diharamkan
Ini adalah dokumentari lama dari tahun 1976 berdurasi 1 jam 30 minit berkenaan kajian UFO yang mana telah diharamkan dan video ini telah ditemui semula. Video ini memaparkan segala analisa daripada testimoni secara terus, bukti serta analisa-analisa dan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada kurun ke 70.
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Teknologi 3D “Joy Strick” Untuk Pembangun Animasi
Sebelum ini, pereka animasi menggunakan perisian komputer dan terpaksa mencipta pergerakan animasi dengan menggunakan tetikus komputer dan itu adalah perkara yang membosankan dan memakan masa.
3D animation software joystick 'input puppet' (Image: Interactive Geometry Lab / ETH Zurich) Kini penyelidik di Makmal Geometri Interaktif (IGL) di ETH Zurich telah membangunkan satu cara yang baru mewujudkan pergerakan dalam animasi dalam komputer dengan menggunakan model 3D "Joy Stick" yang secara langsung mencipta pergerakan animasi-animasi tersebut. - SiakapKeli.com

Jokowi-JK Belum Ada Senarai Nama Calon Kabinet
JAKARTA – Calon presiden dan naib presiden, Joko Widodo (Jokowi)-Jusuf Kalla (JK) belum memiliki senarai nama individu yang bakal mengisi kabinet akan datang.
Ketua Pasukan Pemenang Jokowi-JK, Tjahjo Kumolo berkata pihaknya kini fokus agar kedua-dua pemimpin berkenaan memenangi Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden, 9 Julai depan.
“Belum ada (nama dalam kabinet). Atas nama Jokowi-JK, kita sepakat untuk tidak terpancing dengan kempen hitam, manipulasi dan hal-hal bohong. Saya yakin masyarakat tahu sikap beliau jujur dan terbuka,” kata Tjahjo di sini, Ahad.
Beliau mengulas desakan pihak tertentu agar calon presiden dan naib presiden mengumumkan kabinet bayangan masing-masing, jika terpilih dalam Pemilu Presiden itu.
Langkah itu diyakini pihak tertentu dapat memberi pengetahuan kepada masyarakat mengenai percaturan calon presiden dan naib presiden jika terpilih kelak.
Tjahjo berkata Jokowi-JK tidak ingin tergesa-gesa dalam menentukan susunan kabinet, sebaliknya hanya berbuat demikian setelah menang pada Pemilu Presiden itu.
Katanya Jokowi-JK ingin pemerintahan mereka nanti diisi oleh menteri-menteri yang memiliki kemampuan, berintegriti dan ‘boleh mendengar denyutan nadi rakyat’. – BERNAMA
TOP
Shah Rukh Khan Ditegur Lewat Bayar Bil Air
PELAKON Bollywood Shah Rukh Khan dilaporkan seringkali mendapat surat teguran daripada pihak pentadbir air India, Bombay Muncipal Corporation.
Raja Bollywood itu didakwa lambat membayar lebih 45 hari daripada tarikh pembayaran sepatutnya.
Bagaimanapun, bukan hanya Shah Rukh Khan, beberapa nama besar dan kaya lain sering terlambat membayar bil air mereka.
Pihak Bombay Muncipal Corporation memberitahu satu kajian yang dibuat mendapati kelewatan membayar adalah disebabkan kesibukkan mereka dengan tugas seharian dan bukan kerana masalah kewangan.-mstar
TOP
MBAM Gesa Kajian Bersama Garis Panduan Keselamatan MRT, LRT
Kejadian pada Khamis di mana seorang pemandu dan penumpang sebuah kereta cedera selepas kenderaan mereka ditimpa beberapa batang besi pembinaan LRT di Jalan Lapangan Terbang Subang menghala ke Lebuhraya Persekutuan.
PETALING JAYA: Satu kajian bersama mengenai garis panduan keselamatan pembinaan MRT dan LRT adalah perlu untuk mengelakkan kemalangan. Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM) Matthew Tee, yang membuat panggilan tersebut berkata kedua-dua kemalangan di tapak MRT di Pusat Bandar Damansara dan tapak LRT di Jalan Lapangan Terbang Subang adalah membimbangkan. Beliau berkata hakikatnya, kemalangan itu lebih menunjukkan kecacatan dan kelemahan dalam garis panduan keselamatan berbanding kesalahan daripada kontraktor berkenaan. "Sudah tentu, syarikat-syarikat pembinaan yang terlibat dalam kemalangan perlu bertanggungjawab (terhadap keselamatan di tapak), tetapi pemilik perlu memikul beberapa tanggungjawab," kata beliau ketika dihubungi. Projek MRT dan projek sambungan LRT sedang dilaksanakan di bawah MRT Corp dan Syarikat Prasarana Negara Bhd (Prasarana). Pada Selasa, satu kepingan logam jatuh di atas sebuah kereta yang lalu di tapak pembinaan MRT Pusat Bandar Damansara, mencederakan pemandu dan pada hari Khamis seorang pemandu dan penumpang sebuah kereta cedera selepas kenderaan mereka ditimpa beberapa batang besi pembinaan Aliran Transit Ringan (LRT) di Jalan Lapangan Terbang Subang menghala ke Lebuhraya Persekutuan. Tee berkata MRT dan Prasarana perlu terlibat secara aktif dengan pihak kontraktor mengenai keselamatan dan aspek pembinaan yang lain di tapak pembinaan. "Jangan hanya menyerahkan (aspek keselamatan) kepada syarikat-syarikat pembinaan. Pemilik perlu melebihkan penglibatan," tegas beliau. Beliau mencadangkan supaya pegawai-pegawai MRT dan Prasarana bertemu dengan syarikat-syarikat pembinaan yang terlibat untuk pelan pengurusan keselamatan yang lebih baik.-mstar

P.Pinang Perlukan Landasan Kedua
Lim Guan Eng
GEORGE TOWN: Ketua Menteri Lim Guan Eng pada Ahad mengulangi bahawa Pulau Pinang memerlukan landasan kedua dan mempunyai cukup tanah untuk membina landasan tambahan. Beliau berkata permintaan itu berdasarkan peningkatan jumlah penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) dan pengangkutan kargo udara juga meningkat kerana pelaburan langsung asing (FDI). "Bagi mereka yang tidak bersetuju Pulau Pinang memerlukan landasan kedua, anda tidak melihat kepentingan Pulau Pinang. Tolong lihat kepentingan Pulau Pinang, jangan sabotaj kepentingan Pulau Pinang dengan berkata kami tidak memerlukan landasan kedua. "Pada masa sama kami yakin di Pulau Pinang landasan keduanya akan digunakan sepenuhnya, ia akan dioptimumkan tapi di Kedah kami tidak pasti," katanya kepada pemberita di sini Ahad. Pada 12 Jun, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata Kedah bakal memiliki lapangan terbang antarabangsa baharu di atas tanah seluas 600 hektar yang akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di negeri-negeri di utara tanah air. Pada masa ini Kedah mempunyai dua lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Lim berkata Pulau Pinang tidak takut bersaing dengan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kulim dengan syarat menyediakan kemudahan sama iaitu memberi Pulau Pinang landasan tambahan, kemudahan dan penyelenggaraan kargo udara bersepadu, hab membaiki dan membaik pulih pesawat. Terdahulu, Lim menyaksikan majlis menandatangani pajakan Wisma Yeap Chor EE antara Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Universiti Terbuka Wawasan (WOU) Sdn Bhd. PDC diwakili Pengurus Besarnya Datuk Rosli Jaafar dan WOU diwakili Pengerusinya Datuk Seri Stephen Yeap Leong Huat. Lim berkata kepentingan menandatangani perjanjian itu membuktikan kerajaan negeri komited mempromosikan sains dan teknologi, serta animasi kreatif, dengan menyediakan tempat yang diperlukan melalui pajakan bangunan warisan berusia 100 tahun itu, Wisma Yap Chor Ee. "Ini akan menjadi hab bagi Pencetus Animasi Kreatif di George Town dan akan menempatkan Kafe Sains Pulau Pinang yang dikendalikan oleh Penang Science Cluster (PSC). Projek ini akan siap pada suku pertama tahun depan," katanya.-mstar

Bapa Kepada Pembunuh Sakit Mental Buka Laman Web Bantu Mangsa Lain
Elliot Rodger menembak dirinya sendiri selepas membunuh enam orang dan mencederakan 13 yang lain berhampiran University of California 23 Mei lalu.
PETALING JAYA: Menyedari hakikat bahawa anaknya Elliot terbabit dalam kejadian tembak di Isla Vista di Santa Barbara, California, bulan lalu terlalu menyakitkan untuk dikenang seorang bapa yang juga pembikin filem Hollywood Peter Rodger. Rodger telah menubuhkan laman web AskForHelp.org untuk berkongsi maklumat dan sumber-sumber yang berkaitan dengan penyakit mental sebagai satu cara mencegah kejadian pembunuhan beramai-ramai pada masa akan datang. Elliot, salah seorang daripada dua anak kandung Rodger hasil perkahwinan dengan bekas isterinya, anak kelahiran Pulau Pinang, Ong Li Chin, dilaporkan terbabit dalam kejadian amuk yang mengakibatkan enam mati dan 13 cedera berhampiran University of California pada 23 Mei, sebelum menembak dirinya sendiri. Insiden itu berlaku selepas remaja berusia 22 tahun itu memuat naik video 'hukuman muktamad' di YouTube yang menggariskan rancangan dan sebab-sebab pembunuhannya. Ong, 53, dikatakan telah cuba menghalang anaknya daripada melakukan kesilapan besar itu selepas menerima manifesto panjang anaknya itu yang memperincikan rancangan dan kekecewaannya melalui emel. "Kira-kira seorang dalam empat rakyat Amerika mengalami penyakit mental dalam tahun-tahun yang diberikan. Sudah sampai masanya kita menghapuskan stigma dengan meminta bantuan. "Sebagai permulaan, kami menyediakan sumber dan meminta anda untuk berkongsi kisah anda supaya kami boleh membantu satu sama lain," kata Rodger, 49, di laman web. Rodger tidak pernah terfikir bahawa Elliot akan menjadi seorang pembunuh besar-besaran kerana anaknya tidak kelihatan seperti seseorang yang sanggup melakukan perbuatan seperti itu. Bapanya juga telah mencurahkan isi hatinya di dalam surat yang disiarkan di laman web. "Sudah satu bulan dan tiga hari sejak anak saya, Elliot, melakukan perkara yang tidak pernah difikirkan. "Tidak ada satu saat pun yang membuatkan saya sedar bahawa saya tidak pernah memikirkan tentang kesakitan dan penderitaan yang dilaluinya. "Saya lebih merasainya untuk mangsa-mangsa dan keluarga mereka berbanding kehilangan anak lelaki saya sendiri. "Saya berkabung untuk anak lelaki saya yang pendiam, yang hilang kerana penyakit yang tidak seorang pun daripada kami tahu ia begitu teruk. "Ia akan menjadi satu perjalanan yang panjang apabila ia melibatkan pilihan peribadi individu dan keluarga, perbincangan awam, reformasi kesihatan mental, perubahan dalam budaya atau apa-apa sahaja - anda boleh namakannya. "Mesej mudah saya adalah, jika ragu-ragu tentang ahli keluarga, sila minta bantuan," tulis Rodger. Dalam temu bual dengan hos American TV, Barbara Walters yang disiarkan pada Jumaat pada waktu puncak ABC, Rodger menggambarkan insiden itu sebagai cerita seram di dunia. "Ia adalah apabila anda mengenali seseorang secara luaran, dan secara dalaman ia adalah sesuatu yang berbeza dan anda tidak melihatnya," katanya dalam temubual eksklusif itu.-mstar

Konflik Syria: Tentera, FSA Setuju Gencatan Senjata Sepanjang Ramadan
Penduduk beredar ke bandar Homs selepas dimaklumkan mengenai gencatan senjata sepanjang bulan puasa ini.
DAMSYIK: Tentera Syria dan Kumpulan Pembebasan Syria (FSA) di bandar purba Homs bersetuju melaksanakan gencatan senjata sepanjang Ramadan bagi menghormati bulan mulia itu. Stesen televisyen Arab al-Mayadeen melaporkan, gencatan senjata akan dilakukan di daerah al-Waer iaitu kawasan kubu kuat FSA sebelum ini. Sebelum ini, kerajaan Syria mengisytiharkan Homs adalah kawasan pemberontak selepas termeterai perjanjian antara tentera rejim dan FSA. Selain itu, Al Ahram pula melaporkan, perjanjian itu disifatkan berjaya selepas kerajaan bersetuju membebaskan beberapa aktivis yang dipenjarakan di daerah itu, manakala FSA pula mengeluarkan semua sayap kumpulannya di kawasan terbabit. Kini, keseluruhan Homs berada di bawah kawalan kerajaan kecuali kejiranan al-Waer dan tiga bandar di kawasan utara iaitu al-Dar al-Kabira, Talbiseh dan al-Rastan.-mstar

Indonesia Tahan Anggota Sindiket Dadah Malaysia - Iran
JAKARTA: Agensi Narkotik Nasional Indonesia (BNN) menahan beberapa suspek yang terbabit dalam sindiket dadah Malaysia-Iran yang mengembara di seluruh Indonesia.
BNN menahan seorang suspek Iran pada Selasa yang memiliki kerakyatan British yang dikenali sebagai SHB selepas seorang lagi suspek Iran, MST ditahan pada 16 Jun, lapor Jakarta Post pada Sabtu.
Jurucakap BNN, Sumirat Dwiyanto berkata MST ditahan di hadapan pejabat pos apabila dia mengambil bungkusan dari Iran yang mengandungi 25.07 gram kristal methamphetamine.
Menurut kenyataan MST, dia menyertai perniagaan dadah pada Mei atas sebab kewangan dan SHB menawarkannya peluang untuk menjadi pembawa dadah.
Sumirat berkata suspek mencampur methamphetamine dengan serbuk putih yang kelihatan seperti tepung apabila dihantar dari Iran ke Indonesia.
MST ditawarkan 200 juta Rupiah (US$1,663) untuk melakukan kerja itu. MST kemudian menawarkan seorang lagi rakyat Iran 50 juta Rupiah untuk membantu mencari sebuah rumah untuk dijadikan tempat menyimpan dadah.
Menurut polis, mereka merancang menjual dadah kepada sindiket di Aceh atas arahan seorang lelaki di Malaysia yang hanya dikenali sebagai MHR.
Ekoran penahanan MST, polis menggeledah apartmennya di Kalibata di sini dan merampas 30 helai kertas putih yang polis percaya digunakan untuk menapis campuran methamphetamine dan serbuk putih.-mstar
TOP
Tujuh Kawasan Masih Alami Gangguan Bekalan Air
KUALA LUMPUR: Hanya tujuh daripada 54 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam dilaporkan masih mengalami gangguan bekalan air sehingga kini.
Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Priscilla Alfred berkata kawasan terbabit ialah Kampung Bukit Lanchong, Seksyen 26, Seksyen 27, Seksyen 28, Seksyen 35, Jalan Kebun Nenas dan UEP/USJ Subang.
"Bagi Wilayah Kuala Lumpur, daripada sejumlah 32 kawasan yang terjejas, kini hanya kawasan Taman Shamelin Perkasa yang masih mengalami terputus bekalan dan tekanan air rendah," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata pada masa sama, sebahagian kawasan di Wilayah Hulu Langat masih terputus bekalan dan mengalami tekanan air rendah.
"Gangguan ini tidak dapat dielakkan kerana bekalan air terawat di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Sungai Langat tidak dapat menampung permintaan air di kawasan tersebut.
"Kedua-dua loji ini tidak lagi dapat menambah pengeluaran air terawat kerana masing-masing sudah beroperasi di tahap maksimum," katanya.
Dalam perkembangan lain yang membabitkan gangguan bekalan air tidak berjadual di Pulau Ketam dan Sungai Lima, Priscilla berkata kerja-kerja menaikkan paip dari dasar laut yang dalam dan berlumpur masih diteruskan.
Beliau berkata ia dilakukan dengan bantuan kontraktor yang dilantik dan kerja-kerja pembaikan hanya akan dijalankan selepas kerja menaikkan paip itu selesai.-mstar
TOP
PM Ziarah Hadi Awang Di IJN
Najib melawat Abdul Hadi di Institut Jantung Negara (IJN) pada Ahad.
PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak pada tengah hari Ahad meluangkan masa menziarahi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur. Difahamkan kunjungan Perdana Menteri ke IJN berlangsung kira-kira 45 minit. "Sempat melawat Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Institut Jantung Negara tengah hari tadi. "Alhamdulillah, kesihatan beliau bertambah baik. Marilah kita doakan agar beliau segera sembuh agar dapat menyambut Ramadan bersama keluarga," demikian tulis Najib di Facebooknya. Perdana Menteri turut berkongsi sekeping gambar beliau bersama Abdul Hadi. Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berusia 67 tahun itu menjalani pemeriksaan perubatan susulan di IJN selepas tahap kesihatannya dilaporkan terjejas semasa menghadiri satu persidangan di Istanbul, Turki hujung bulan lalu.-mstar

Festival Berbuka Puasa Sepanjang Jalan Raja, Dataran Merdeka
Suasana sekitar majlis berbuka puasa di sepanjang Jalan Raja dan Dataran Merdeka pada setiap hujung minggu sepanjang bulan puasa ini bersempena Festival Ramadan 2014.
KUALA LUMPUR: Umat Islam dijemput menghadiri majlis berbuka puasa di sepanjang Jalan Raja dan Dataran Merdeka pada setiap hujung minggu sepanjang bulan puasa ini bersempena Festival Ramadan 2014. Program Merakyatkan Seni Budaya 'Jom Buka Puasa' itu menyajikan hidangan seperti buah kurma, kuih-muih dan bubur lambuk, yang disediakan Masjid Jamek Kampung Baru pada 29 Jun, 5 hingga 6 Julai, 12 hingga 13 Julai dan 19 Julai. Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Norliza Rofli berkata program itu antara enam aktiviti bersempena Festival Ramadan 2014. "Bila kami laksanakan festival ini sejak dua tahun lepas, kami mendapat maklum balas yang cukup mengalakkan, sebab itu kami rasa kita teruskan menganjur festival seperti ini. "Untuk tahun lepas sahaja, kita berjaya mencapai lebih 22,000 pengunjung dan kali ini kami sasarkan 25,000," katanya pada pelancaran program itu hari ini, yang bertema 'Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Yang Menerima'. Norliza berkata aktiviti itu anjuran bersama JKKN dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Beliau berkata majlis itu turut diisi dengan tazkirah Ramadan dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh qari dan qariah generasi muda bermula 6 petang. Program lain termasuk Pertandingan Nasyid dan Marhaban, Tadarus Al-Quran, Bazar Ramadan Raya, Peragaan Busana Muslimah serta Kem Remaja Ramadan. Norliza berkata Kem Remaja Ramadan akan diadakan dari 11 hingga 13 Julai di Masjid Negara dan pengisiannya ialah tadarus al-Quran, qiamullail, solat berjemaah, motivasi kuliah dan ceramah agama. Beliau berkata festival itu merupakan sebuah program yang berteraskan kerohanian untuk menjadikan Ramadan sebagai bulan menyemarakkan aktiviti kebudayaan dan kesenian Islam kepada masyarakat umum.-mstar

Sekitar Hari Pertama Umat Islam Berpuasa
Orang ramai membeli ayam percik di bazar Ramadan di Serdang.
PETALING JAYA: Apabila tibanya bulan puasa, bazar Ramadan pastinya menjadi lokasi tumpuan orang ramai untuk membeli juada berbuka.
Antara menu wajib yang sering menjadi tumpuan setiap kali Ramadan ialah bubur lambuk dan ayam golek serta kuih-muih tradisonal.
Uniknya, masyarakat bukan Islam turut mengambil kesempatan sepanjang bulan ini untuk turut sama memeriahkan suasana bazar Ramadan di seluruh negara.
Ayam golek antara menu tumpuan untuk berbuka puasa.
Orang ramai beratur untuk mengambil bubur lambuk yang diagihkan secara percuma di perkarangan Masjid Abidin, Kuala Terengganu pada hari pertama Ramadan di sini, hari ini.
Cuaca panas tidak menghalang peniaga dan orang ramai untuk membeli juadah berbuka puasa.
Bubur lambuk.
Pelbagai lapisan masyarakat memeriahkan bazar Ramadan di Serdang.
Roti John turut menjadi menu popular di bulan Ramadan.
Murtabak Pak Din di Ipoh tetap menjadi pilihan untuk berbuka puasa pada hari pertama Ramadan hari ini.-mstar

SKMM Sedia Sekat Laman Sosial Babitkan Aktiviti Militan
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersedia membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari segi teknikal mahupun forensik bagi menyekat penggunaan laman sosial membabitkan aktiviti militan.
Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin berkata bagaimanapun penglibatan pihaknya dalam memantau serta menyekat kegiatan itu hanya dapat dilakukan dengan persetujuan polis kerana ia tertakluk di bawah bidang kuasa polis.
"Aktiviti militan atau pengganas boleh disiasat mengikut Seksyen 130 Kanun Keseksaan. Namun, setakat ini, SKMM belum menerima sebarang permohonan sekatan laman web daripada pihak polis mahupun Jabatan Agama Islam berkaitan perkara ini," katanya kepada Bernama, Ahad.
Beliau mengulas laporan sebuah akhbar pada Jumaat lepas tentang keterbukaan militan Malaysia di Syria berkongsi pengalaman berjihad di negara itu dalam laman sosial kebelakangan ini.
Bagaimanapun Zulkarnain menegaskan, penyekatan itu terhad kerana setiap laman sosial seperti Facebook dan YouTube mempunyai terma dan syarat penggunaan tersendiri.
"Kandungan yang dimuat naik melalui Facebook atau YouTube tidak boleh disekat keseluruhannya kerana ia boleh menjejaskan keseluruhan kandungan lain yang terdapat dalam laman web tersebut untuk pengguna yang lain," katanya.
Namun begitu, tindakan tegas boleh diambil oleh pihak pentadbir laman media sosial terhadap pemilik akaun yang memuat naik kandungan yang berunsur militan.
Justeru, orang ramai juga digalakkan untuk melapor terus kepada Facebook dan YouTube bagi akaun media sosial yang melanggar syarat dan terma penggunaannya.
Jumaat lepas, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dipetik sebagai berkata polis sedang menjejaki laman-laman web dan blog yang mempromosikan pergerakan jihad palsu dan militan kepada umum.
Menurutnya, polis akan memantau ketat laman-laman web itu terutama media sosial yang digunakan untuk merekrut anggota-anggota militan ke Syria dan Iraq.-mstar
TOP
Dua Warga Tempatan Cedera Ditembak Ketika Perjalanan Pulang
KUALA LUMPUR: Dua orang warga tempatan termasuk seorang wanita daripada sekumpulan lapan sahabat, cedera ditembak suspek tidak dikenali di Puchong Gateway, berhampiran Km30.6 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), awal pagi Ahad.
Dalam kejadian 5.10 pagi itu, enam lelaki dan dua wanita itu yang menaiki tiga buah kereta, sebelum itu dipercayai berada di sebuah rumah rakan mereka di Kampung Baru, Batu 14, Puchong.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata, kesemua mereka yang ketika itu dalam perjalanan pulang, telah didatangi sebuah motosikal Honda EX5 hitam yang ditunggangi dua lelaki dalam keadaan mencurigakan.
"Tiba-tiba pembonceng motosikal itu melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa dan rakan-rakan sebelum melarikan diri.
"Pengadu (mangsa) lelaki mengalami kecederaan di paha kanannya manakala mangsa wanita pula cedera pada tangan kanan dan kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.
Menurut beliau berikutan hasil pemeriksaan di tempat kejadian, pihaknya menemui enam kelongsong peluru jenis 9mm dan sepucuk pistol serta satu kesan das tembakan pada bahagian pintu kereta mangsa.
Katanya, kesemua mereka (lapan sahabat) kini disoal siasat bagi membantu dan mengenal pasti motif kejadian itu.-mstar
TOP
Video: Peragut Dibelasah Sehingga Merayu Dihantar Balai Polis
PETALING JAYA: Sebuah video yang menunjukkan sekumpulan anggota masyarakat memukul seorang peragut dan kemudian merayu supaya dihantar ke balai polis telah tersebar di media sosial.
Video dua bahagian, yang dimuat naik di laman Facebook Kempen Kesedaran Jenayah Malaysia, menunjukkan seorang lelaki muda dipukul dan disoal oleh sekumpulan lelaki lain kerana lelaki terbabit didakwa menikam muka seorang wanita,
"Berapa umur kau? Berapa lama kau dah buat kerja ini (meragut)?," demikian suara-suara yang dapat didengar dalam video itu.
Menurut keterangan di laman Facebook itu, kejadian itu berlaku dekat Lebuhraya Duke.
Lelaki muda itu diheret ke arah seorang wanita yang dikatakan sebagai mangsa, di mana orang ramai terus memukulnya dan kemudian mengikat tangannya di belakang.
"Tengok apa yang telah kau buat," kata salah seorang lelaki, disusuli tendangan di kepala lelaki yang dikatakan sebagai penjenayah itu.
Kesan darah dilihat di kepala dan muka lelaki muda itu yang merayu untuk dihantar ke balai polis.
"Hantar saya ke balai, bang," katanya berulang kali.
Pengguna laman sosial yang melihat video itu tidak bersimpati terhadap lelaki yang melakukan perbuatan seperti itu dan dilaporkan tidak membangkang tindakan kumpulan yang berkenaan.
Sumber: mStar
Sumber: mStar
TOP
Suami Isteri Maut Motosikal Terbabas Dalam Tali Air
ALOR SETAR – Hasrat sepasang suami isteri untuk berniaga buat pertama kali di bazar Ramadan tidak kesampaian apabila ditemui lemas dalam tali air akibat kemalangan di Batu 8 Jalan Alor Setar-Sungai Petani, Simpang Empat dekat sini, awal hari ini.
Dalam kejadian pada 6.45 pagi itu, Abd Muin Hamzah, 56, dan isterinya Nor Hanida Jaafar, 51, dari Kampung Batu Menunggol, Pendang maut di tempat kejadian apabila motosikal yang dinaiki dipercayai terlanggar batu sebelum terbabas ke dalam tali air Terusan Wan Mat Saman.
Saksi kejadian, Shahiran Ahmad, 33, yang bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat berita mengenai kemalangan itu berkata, beliau melihat mayat pasangan suami isteri itu dalam keadaan terlentang dan mengiring
“Saya dan rakan lain mendapatkan alamat dan nombor telefon segera menghubungi ahli keluarga mangsa bagi memaklumkan kejadian itu sebelum mendapatkan bantuan pasukan kecemasan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Sementara itu adik Nor Hanida, Rozhan Jaafar, 41, berkata kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan dari rumah mereka ke kedai pemborong ayam di Simpang Empat untuk membeli ayam, sebagai persiapan berniaga nasi ayam di bazar Ramadan petang ini.
Rozhan berkata mereka yang pertama kali merancang berniaga di bazar Ramadan Tanah Merah, Pendang dikatakan keluar dari rumah selepas subuh dengan menaiki motosikal bagi mendapatkan bahan mentah itu.
“Saya ketika itu berada di rumah di kampung Kobah terima panggilan dan terus ke lokasi kejadian. Saya mengecam kedua-dua mangsa adalah kakak dan abang ipar saya,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
Rozhan berkata mangsa meninggalkan dua anak perempuan berusia 20 dan 27 tahun.
Sementara itu ibu mangsa, Zainab Rejab, 72, berkata dia reda dengan kehilangan anak perempuan dan menantunya walaupun masih terkejut dengan kejadian berkenaan.
Katanya jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Menunggol selepas solat asar.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. – BERNAMA
TOP
Piala Dunia: Mesut Ozil Mengaku Tidak Puasa
KEDATANGAN Ramadan berlangsung serentak dengan pusingan kalah mati di Kejohanan Piala Dunia.
Pemain Perancis, Karim Benzema dan pemain Jerman, Mesut Ozil antara pemain beragama Islam yang beraksi di Piala Dunia 2014.
Ia bukan halangan buat sebahagian pemain Perancis, Jerman, Switzerland, Belgium, Algeria dan Nigeria yang beragama Islam.
Selain Benzema dan Ozil, antara pemain beragama Islam dalam Piala Dunia kali ini ialah Sami Khedira dari pasukan Jerman, Mamadou Sakho dan Moussa Sissoko dari pasukan Perancis, Marouane Fellaini pemain tengah Belgium, Xherdan Shaqiri pemain tengah Switzerland serta beberapa pemain lain.
Bagaimanapun Ozil mengakui tidak akan berpuasa untuk beraksi bagi pasukannya.
Kebiasaannya, bintang-bintang profesional ini mengamalkan pemakanan ketat bagi mengekalkan hidrasi dan menjamin kecergasan tubuh.
Mereka juga perlu menyesuaikan diri dengan atmosfera panas lembap di beberapa tempat perlawanan di Brazil.
Waktu dari imsak ke azan Maghrib di Rio de Janeiro mengambil tempoh 11 hingga 12 jam.
Sumber: Astro Awani
TOP
Dicekup Berkhalwat Di Bulan Ramadan
ALOR SETAR – Di kala umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dengan melakukan solat Tarawih dan amal ibadat, lain pula yang terjadi di Alor Setar, Kedah.
Seorang model sambilan dicekup berkhalwat bersama pasangannya di sebuah hotel di Lebuhraya Darulaman, Alor Setar, malam tadi.
Wanita berusia 24 tahun itu dipercayai berasal dari Selangor dikatakan datang ke Kedah semata-mata untuk menemui kekasihnya yang berusia 25 tahun yang menetap di Langgar, Alor Setar.
Menurut pasangan itu mereka bercadang untuk berkahwin pada penghujung tahun ini dan memberi alasan mereka sedang bersiap untuk menonton bola sepak Piala Dunia di sebuah restoran 24 jam sebelum mereka dicekup berkhalwat.
Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Mohd Roshidi Mahmud yang mengetuai operasi itu berkata, pasangan itu ditahan dalam operasi bermula jam 11 malam hingga 2 pagi tadi.
Hasil soal siasat, pasangan itu mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan yang sah.
Dalam serbuan berasingan di sebuah hotel di Jalan Putra, anggota JAIK turut menahan beberapa pasangan lain.
Kesemua mereka dibawa ke Pejabat Majlis Agama Islam Kota Setar untuk disiasat dan direkod keterangan, sebelum dibebaskan dengan jaminan keluarga.
Mohd Roshidi berkata, pihaknya akan meneruskan operasi membanteras kegiatan maksiat walaupun pada bulan puasa untuk membendung gejala tidak bermoral di kalangan remaja dan umat Islam di negeri ini.
Sehubungan itu, beliau meminta supaya orang ramai tidak mengambil kesempatan melakukan maksiat di bulan Ramadan ini kerana anggotanya akan terus bertugas setiap hari. – Astro Awani
TOP
Felixia Yeap Pilih Nama Islam Menerusi Mimpi
FELIXIA bersama pengunjung di majlis Santai Ramadan Petamaku, semalam.
Selayang: “Saya sudah mempunyai nama yang diperoleh melalui mimpi dan akan digunakan selepas saya memeluk Islam,” kata bekas model Felixia Yeap, 28, yang bakal memeluk Islam pada Khamis ini.
Menurutnya, dia akan hanya mengumumkan nama barunya pada majlis memeluk agama Islam nanti.
“Dalam dua tiga minggu kebelakangan ini, saya sedikit runsing memikirkan nama Islam saya.
“Bagaimanapun, pada suatu malam, nama itu muncul dalam mimpi dan saya terkejut boleh mengingatinya selepas bangun daripada tidur,” katanya ketika majlis Santai Ramadan Pertamaku di sini, semalam.
Yeap berkata, pada mulanya dia menyangka nama berkenaan tidak membawa apa-apa maksud.
“Namun apabila saya memeriksa maksud nama berkenaan, ternyata ianya mempunyai maksud yang baik dan indah,” katanya.
Menurutnya lagi, dia mengimpikan menjadi Muslimah yang baik selepas memeluk Islam.
“Saya mahu masyarakat sekeliling mengambil iktibar kehidupan lampau saya.
“Pada masa yang sama, saya mahu mengimbangi kehidupan dunia dan akhirat dan sudah tentu mahu berkahwin,” katanya yang mengakui sudah mempunyai calon suami yang bukan daripada kalangan ustaz.
Ditanya mengenai pengalaman berpuasa, Yeap berkata, dia pernah cuba berpuasa pada dua tahun lalu iaitu selama sehari, tetapi tidak merasai keindahan.
“Itupun saya diajak oleh kawan saya, namun pada waktu itu, saya ingatkan minum dibenarkan, jadi saya hanya tidak makan saja.
“Pada tahun ini, saya akan berlatih berpuasa bermula hari ini,” katanya yang menjadikan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan Najwa Latif sebagai ikon wanita bertudung. - myMetro
TOP
Gempa Bumi Kuat Di Pulau South Sandwich
KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat berukuran 6.9 pada skala Richter berlaku di rantau Pulau South Sandwich pada 3.53 petang ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa berpusat di 3,540 kilometer tenggara dari Puerto Montt, Chile dan 12,626 kilometer barat daya Pontian, Johor.
Gempa berkenaan tidak mendatangkan sebarang ancaman tsunami. – BERNAMA
TOP
Pelakon Transformers ditahan!
LOS ANGELES – AMERIKA SYARIKAT. Pendukung watak utama siri Transformers, Shia LaBeouf ditahan pihak berkuasa di sebuah studio kerana menyebabkan gangguan dan menggunakan bahasa lucah kepada pihak berkuasa.
Menurut jurucakap pihak New York Police Department (NYPD), George Tsourovakas, pihaknya menerima laporan berkenaan kelakuan luar batasan aktor tersebut di studio terbabit dan sebaik tiba di sana, pengawal keselamatan telah pun mengarahkan LaBeouf untuk beredar namun dia enggan berbuat demikian.
Sejurus selepas itu, pemegang watak Sam Withwicky bagi siri Transformers itu menjadi tidak terkawal dan mula mengeluarkan perkataaan lucah sehingga mengganggu ketenteraman orang awam.
“Dia menjadi sukar, agresif dan tidak terkawal secara lisan, sehingga ke satu tahap, beliau enggan beredar walaupun diminta oleh pihak pengawal dan ketika itulah pihak kami terpaksa ambil tindakan.
“Beliau kini telah ditangkap dan ditahan,” katanya.
Mengesahkan penahanannya, Pegawai Penyiasat Brian Sessa berkata, LaBeouf terpaksa diiring keluar dari studio tersebut bersama pihak polis selepas gagal bekerjasama dengan pihak polis.
Menurut sebuah laporan portal semalam, dia kini berada dalam tahanan pihak polis untuk tindakan lanjut manakala jurucakap LaBeouf masih gagal untuk dihubungi bagi kenyataan lanjut.
Sumber: Sinar Online
TOP
Wanita dibunuh ketika rai Colombia menang
BOGOTA: Seorang wanita berusia 25 tahun dibunuh di sini berikutan kemenangan Colombia ke atas Uruguay pada perlawanan Piala Dunia dan menyifatkan ia adalah nahas peluru sesat yang dilepaskan ketika sambutan meraikan kejayaan berkenaan.
Pihak berkuasa berkata, ada orang awam yang melepaskan tembakan ke udara dan peluru itu dengan tidak sengaja terkena mangsa dalam kejadian di Bosa.
Pemangku Datuk Bandar Bogota, Ricardo Bonilla bagaimanapun berkata, penyiasatan mendapati suspek memang menjadikan mangsa sebagai suspek.
“Seorang suspek menunggang motosikal melepaskan tembakan terhadap tiga orang. Salah seorang mati terkena tembakan,” katanya. – AFP
TOP
178 pasar raya sertai kempen penurunan harga setakat ini
SEREMBAN: Kempen penurunan harga yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 29 Januari lepas, setakat ini berjaya menarik penyertaan 178 pasar raya dengan 1,089 cawangan di seluruh negara.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata kempen itu yang bertujuan meringankan beban yang ditanggung pengguna akibat kenaikan harga barangan melibatkan sehingga 4,000 produk.
Kempen itu menawarkan penurunan harga antara 10 dan 70 peratus, katanya kepada pemberita selepas melawat pasar raya Tesco Seremban 2, di sini, Ahad.
Mengenai skim kawalan harga sempena Aidilfitri kali ini, Hasan mengingatkan peniaga skim tersebut akan berkuat kuasa dari 20 Julai hingga 5 Ogos dan membabitkan 18 jenis barangan.
“Peniaga yang gagal mematuhi skim ini akan dikenakan tindakan tegas,” katanya.
Antara barangan yang dimasukkan di bawah skim itu ialah ayam hidup, ayam standard, daging lembu tempatan, daging kerbau import, telur ayam, cili merah, kelapa dan bawang merah serta ikan kembung.
Sumber: BERNAMA
TOP
Tuntutan i-BR1M Boleh Dibuat Melalui Pejabat LHDNM
KUALA LUMPUR – Tuntutan Insurans Takaful Berkelompok Insurans 1Malaysia, atau i-BR1M, boleh dibuat melalui pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri yang berhampiran.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata tuntutan itu boleh dibuat melalui borang khas yang disediakan di pejabat pengendali Takaful atau dimuat turun di www.malaysiatakaful.com.my atau http://www.hasil.gov.my Ahmad mendedahkan perkara ini menerusi Twitter beliau hari ini. Dalam catatan itu, beliau turut menyertakan pautan info grafik berhubung tuntutan i-BR1M yang telahpun dibayar kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).
Kerajaan pada pembentangan Bajet 2014, memperkenal i-BRIM dengan tuntutan boleh dibuat sehingga RM30,000 bagi kematian disebabkan kemalangan dan kemalangan mengakibatkan hilang upaya kekal serta menyeluruh, dan RM1,000 untuk kematian biasa.
Tempoh perlindungan bermula 1 Jan hingga 31 Dis tahun ini.
i-BR1M adalah pelan insurans takaful yang memberi manfaat perlindungan kepada penerima BR1M kategori isi rumah.
Penerimaan i-BR1M membantu meringankan tanggungan penerima dan keluarga penerima sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal akibat kemalangan.
Bagaimanapun, penerima BR1M kategori bujang dan warga emas sebatang kara adalah tidak layak menuntut i-BR1M.
Pada Jumaat lepas, Ahmad berkata i-BR1M membayar RM20.37 juta bagi tuntutan membabitkan 6,483 kes dari 1 Jan hingga 25 Jun tahun ini.
Kematian akibat kemalangan yang membabitkan 476 kes menerima tuntutan sebanyak RM14.28 juta manakala bagi kematian biasa, i-BR1M membayar RM6 juta membabitkan 6,004 kes.
Kecacatan kekal disebabkan kemalangan pula membabitkan tuntutan sebanyak RM90,000, katanya.
Antara dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan ialah sijil kematian dan laporan polis. – BERNAMA
TOP
Budak Sekolah Jerit “Cepat Terjun!” Kepada Cubaan Bunuh Diri
Shaanxi: Seoarang wanita telah disedari orang sekitar ketika cubaan bunuh diri di atas menara keselamatan Hanzhong. Dilaporkan dia mempunyai hutang lebih dari sejuta Yuan China dan dia fikir dengan bunuh diri sahaja dapat menyelesaikan masalah hutangnya.
Ketika polis cuba untuk bercakap dengannya di atas atap menara berkenaan, orang ramai mula berkumpul di bawah bagi menyaksikan drama cemas itu termasuklah pelajar-pelajar sekolah rendah yang kebetulannya baru habis waktu kelas.
Yang mengejutkan adalah pelajar-pelajar sekolah rendah menjerit "Terjun! Cepat Terjun untuk Kami!. lagi tambah mereka, "Ini sesuatu yang menyeronokkan!". Bagaimanapun wanita selamat setelah polis berjaya menariknya dari tebing menara itu. - SiakapKeli.com
TOP
Siswazah Raih Pendapatan Lumayan Ternak Kambing
SUNGAI PETANI – Empat sekeluarga membuktikan berbudi pada tanah tetap berupaya membawa hasil lumayan apabila bidang penternakan yang diceburi sejak enam tahun lalu memberi pulangan sekitar RM50,000 sebulan.
Pemilik bersama Sinar Utara Agrofarm, Nor Khairah Jamaluddin, 34, berkata mereka menumpukan kepada ternakan kambing yang menghasilkan daging dan susu segar.
Bermula dengan 21 ekor kambing di ladang ternakan seluas 2.5 hektar di Kampung Padang Besar, Jeneri dekat sini, ladang kami kini menternak lebih 130 ekor kambing, katanya kepada Bernama di sini.
Menurut siswazah bidang multimedia dari Universiti Sains Malaysia itu kambing yang diternak terdiri daripada baka Jamnapari, Farrel, Boer, dan Shami.
“Sejak setahun lalu syarikat kami menumpukan kepada penjualan daging kambing segar selain turut mengimport daging lembu dari Australia.
“Selain itu kami juga membekalkan susu kambing segar dengan permintaan lebih 1,000 botol seminggu, terutama sekitar Alor Setar,” katanya.
Nor Khairiah yang dibantu suami Mohd Zaim Kamaruddin, 34 serta abangnya Azhan, 35 dan adik Azri, 31, berkata mereka juga mengusahakan ternakan itik telur, arnab dan lebah kelulut.
“Orang ramai khususnya peminat daging segar boleh berkunjung ke kedai kami di Bandar Lagenda, Merbok atau hubungi melalui facebook Sinar Utara Agrofarm atau talian 019-4267726,” katanya. – BERNAMA
TOP
Solat Terawih ‘Bonus’ Untuk Umat Islam
SEORANG anak kecil bersama botol susu kelihatan turut menghadiri solat Terawih pertama dalam bulan Ramadan di Masjid Universiti Islam Antarabangsa di Kuantan, Pahang, malam Sabtu.
Umat Islam di Malaysia bersama jutaan yang lain di seluruh dunia memulakan puasa pada Ahad.
Sememangnya anak kecil wajar dibentuk dari awal untuk mendekatkan diri dengan ajaran agama dan sering ke masjid atau surau untuk memantapkan keimanan diri.
Sumber: mStar
TOP
Tikam diri hingga usus terburai
IPOH – Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental bertindak menikam perut sendiri menggunakan gunting dan mengeluarkan ususnya di tapak pasar malam Hutan Melintang dekat sini, kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintendan Mohd Zaki Harun berkata, dalam kejadian jam 1 petang itu, lelaki itu, Shurkey, 42, dilihat meracau seorang diri sebelum bertindak mencucuk perutnya berulang kali.
Menurutnya, orang ramai yang melihat kejadian itu cuba menasihati mangsa namun lelaki berkenaan dilihat semakin agresif.
“Orang ramai terus menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan bagi menenangkan mangsa.
“Bagaimanapun, ketika polis cuba memujuknya, mangsa menjadi semakin ganas dan polis terpaksa memegangnya bagi mengelakkan dia terus mencederakan dirinya.
“Mangsa dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan namun meninggal dunia kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin),” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Zaki berkata, siasatan awal mendapati, mangsa bukan penduduk tempatan dan dia tinggal bersama keluarga saudaranya di Hutan Melintang.
Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sumber: Sinar Online
TOP
Suarez: Saya Tak Gigit, Gigi Saya Juga Sakit!
KUALA LUMPUR – Luis Suarez menafikan bahawa dia menggigit Giorgio Chiellini dalam perlawanan Kumpulan D Piala Dunia di antara Uruguay dan Itali.
Penyerang Uruguay tersebut dikenakan penggantungan serta merta sebanyak sembilan perlawanan dan juga tidak dibenarkan melibatkan diri dalam sebarang aktiviti berkaitan dengan bola sepak selama empat bulan selepas bukti rakaman video menunjukkan bahawa dia telah menggigit bahu Chiellini.
Walau bagaimanapun, pemain berumur 27 tahun itu tetap mendakwa dia tidak melakukan sebarang kesalahan dalam rayuannya kepada FIFA.
“Pada masa itu, saya gagal mengimbangi badan dan terjatuh ke arah pihak lawan (Chiellini)”, jelas Suarez.
“Muka saya terkena pemain tersebut dan mengakibatkan luka kecil. Gigi saya juga sakit dan pengadil membuat keputusan untuk memberhentikan perlawanan.
“Ini yang apa berlaku dan saya langsung tidak menggigit atau cuba menggigit pihak lawan.” – Astro Arena
TOP
5,000 rakyat Malaysia berpuasa di tanah suci
MADINAH: Kira-kira 5,000 rakyat Malaysia akan menyertai jutaan umat Islam lain menunaikan ibadah puasa di Makkah dan Madinah sepanjang Ramadan ini.
Menurut sumber Tabung Haji, mereka akan berada di Makkah bagi menunaikan ibadat umrah dan berpuasa sepanjang Ramadan ini.
Kerajaan Arab Saudi semalam mengumumkan Ramadan bermula Ahad ini (29 Jun), sama seperti tarikh awal Ramadan di Malaysia.
Umat Islam di tanah suci juga mula menunaikan solat sunat Tarawih malam ini.
Beberapa rakyat Malaysia ketika ditemui di Madinah turut melahirkan penuh kesyukuran kerana dapat menunaikan ibadah puasa di Tanah Suci.
Mohd Shah Che Ahmad, 26, dari Kuala Lumpur berkata, peluang berpuasa di Tanah Suci buat pertama kalinya amat bermakna kerana ia dapat mendekatkan dirinya kepada Allah.
Beliau dijadual menunaikan umrah esok, selepas dua hari menziarah Madinah.
“Azam saya untuk berpuasa di Tanah Suci akhirnya dimakbulkanNya. Saya berdoa semoga dapat menunaikan ibadat puasa dengan penuh keberkatan,” katanya.
Johari Ramli, 44, pula berkata, beliau berdoa supaya isteri, keluarga dan sahabat handainya juga kelak berpeluang menunaikan ibadat puasa di tanah suci.
Sumber: mStar
TOP
Isteri pertama dedah suami nikah guna sindiket
ALOR SETAR – Tidak sanggup bersekongkol dengan perbuatan salah suami, seorang wanita mendedahkan suaminya bernikah dengan isteri kedua menggunakan khidmat sindiket di Alor Setar.
Lelaki berumur sekitar 40-an itu dikatakan bernikah dengan isteri keduanya pada 25 Oktober 2010, di Thailand.
Perkahwinannya itu bagaimanapun terbongkar selepas beberapa bulan mereka melangsungkan pernikahan bukannya di Thailand, sebaliknya negeri ini.
Difahamkan, si suami yang merupakan seorang kontraktor di negeri ini mengenali wanita terbabit sebagai rakan kongsi perniagaan.
Namun, selepas sekian lama berkenalan, mereka kemudiannya bersetuju untuk berkahwin menerusi sindiket nikah poligami ekspres sebagai langkah mudah.
Isteri pertamanya, Sarah (bukan nama sebenar), 40, berkata, dia tidak menghalang sekiranya suaminya ingin berpoligami tetapi bukan dengan cara seperti itu.
“Saya bukan menghalang mereka untuk berpoligami, tetapi suami saya tidak mampu. Dia lebih banyak bergantung kepada saya dan keluarga,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, dia mula mengetahui suaminya berkahwin dengan wanita itu pada 2011.
“Saya dimaklumkan bahawa mereka berkahwin di Thailand. Syukur suami saya tidak berzina dan mereka berkahwin.
“Kemudian, saya hubungi Pejabat Agama Kuala Nerang untuk menyemak sama ada mereka mendaftar perkahwinan itu di Malaysia, tetapi jawapan yang diterima adalah mengecewakan,” katanya.
Sarah berkata, dia dimaklumkan bahawa suaminya tidak berkahwin di negara jiran sebaliknya melakukan pernikahan itu di Alor Setar.
“Saya betul-betul terkejut dengan perkara ini. Bagaimana mereka boleh nikah poligami di Malaysia tanpa pengetahuan saya.
“Selepas itu, saya cuba dapatkan salinan sijil nikah dan pergi ke Pejabat Agama Daerah Kota Setar untuk menyemak. Mereka kemudiannya mengesahkan bahawa sijil nikah itu adalah palsu,” katanya.
Jelasnya, sebaik pasangan itu mengetahui bahawa sijil nikah adalah palsu, maka berlakulah pertikaman lidah sehingga terbongkarnya kegiatan sindiket nikah poligami ekspres.
“Suami saya mengakui bahawa mereka berkahwin di sebuah bilik hotel sekitar Alor Setar dan memang mengenali sindiket berkenaan.
“Saya tidak tahu berapa yang dibayar untuk berkahwin melalui sindiket itu, tetapi pada sijil nikah tertulis belanja sebanyak RM7,000 dan mas kahwin RM80,” katanya.
Sebagai bukti pernikahan itu, suaminya pernah menunjukkan gambar pernikahan mereka dalam sebuah bilik dipercayai di sebuah hotel mewah.
“Dalam gambar itu saya nampak katil dan kerusi hotel tetapi tidak pula kelihatan tok kadi (penolong pendaftar nikah) atau saksi lain,” katanya.
Sarah memberitahu suaminya pernah menggambarkan wajah tok kadi yang menikahkan mereka adalah seorang lelaki tua, berjanggut panjang dan memakai serban putih.
Menurutnya, lelaki itu mungkin imam masjid di Alor Setar.
Sementara itu, berdasarkan surat rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah Kota Setar mengesahkan bahawa sijil nikah poligami terbabit adalah palsu.
Sebelum ini, Sinar Harian mendedahkan khidmat sindiket nikah poligami ekspres yang menyediakan pakej lengkap termasuk sijil nikah menyerupai Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) boleh dilakukan tanpa kehadiran wali dengan bayaran serendah RM3,000.
Sumber: Sinar Online
TOP
Jalan TAR, Masjid India jadi tumpuan
KUALA LUMPUR – Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan sekitar Masjid India sinonim sebagai kawasan membeli-belah di ibu negara, lebih-lebih lagi ketika umat Islam menyambut Ramadan yang bermula hari ini dan seterusnya Aidilfitri sebulan lagi.
Pengunjung dilihat sanggup meredah kesesakan lalu lintas di ibu negara terutama pada hujung minggu untuk ke Jalan TAR bagi mendapatkan apa yang diidamkan diri sendiri dan anggota keluarga.
Seorang kerani di sebuah syarikat swasta, Nur Nazihah Mazlan, 28, berkata beliau lebih gemar membuat persiapan awal sebelum Ramadan bermula kerana tidak sanggup bersesak dengan lautan manusia menjelang 1 Syawal.
“Saya suka berkunjung ke sini kerana terdapat baju dengan fesyen terkini. Juga ada banyak pilihan barangan dan saya boleh dapatkan apa yang diperlukan di satu tempat sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama.
Antara produk ‘wajib beli’ yang mudah didapati di sekitar Jalan TAR-Masjid India ialah kurma untuk berbuka puasa yang menyaksikan penjual mampu mengaut pendapatan lumayan.
Peniaga kurma, Normala Abdullah, 40, berkata nilai jualan yang diraihnya boleh mencecah sehingga RM3,000 sehari.
“Pelbagai jenis kurma dijual termasuk jenis Safawi dan Mariami yang mendapat sambutan ramai. Tetapi saya terpaksa kurangkan kuantiti kurma yang dijual di gerai saya kerana ruang berniaga yang agak terhad,” jelasnya.
Roslina Yusuf, 40, peniaga kain pelikat dan kain batik selama hampir 18 tahun di sekitar Jalan TAR, berkata beliau teruja dengan sambutan menggalakkan daripada pembeli.
Menurutnya mereka bukan sahaja dari Kuala Lumpur dan Selangor, tetapi ada yang datang dari negeri seperti Kedah dan Johor untuk membeli barangannya secara pukal.
“Kebetulan ini merupakan minggu gaji masuk,” katanya sambil menambah sambutan menggalakkan pembeli juga dapat dilihat sejak pagi di gerai-gerai lain.
Bagi Hasibah Abdul Kadir, 43, dari Port Dickson, Negeri Sembilan, beliau sanggup memandu jauh ke Jalan TAR sebagai persiapan menyambut Ramadan dan Aidilfitri kerana kepelbagaian barangan yang ditawarkan pada harga berpatutan.
“Kebiasaannya kami sekeluarga berkunjung ke sini untuk melihat perhiasan rumah dan pakaian yang menyediakan banyak pilihan serta harga yang murah,” jelasnya.
Beliau bagaimanapun berharap peniaga memperbanyak pilihan pakaian kanak-kanak kerana mendapati tumpuan lebih diberi kepada pakaian orang dewasa.
Dalam pada itu, Penguasa Jabatan Penguatkuasaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Mohd Hariyadi Mohd Nor berkata tapak jualan lebih luas kepada peniaga dan penjaja berlesen di Jalan Masjid India dicadang diwujudkan dengan menutup sebahagian daripada kawasan letak kenderaan di situ.
Menurutnya DBKL juga mengadakan kawalan di sekitar Jalan TAR dan Jalan Masjid India sepanjang Ramadan melibatkan kira-kira 400 anggota penguat kuasa DBKL. – Bernama
TOP
Polis Ambil Keterangan Keluarga OKU Dikurung
KOTA BHARU – Polis sedang dalam proses mengambil keterangan daripada anggota keluarga wanita orang kurang upaya (OKU) yang ditemui dikurung dalam sebuah bilik kecil di bawah rumah di Tumpat, Jumaat lalu untuk membantu siasatan.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata polis semalam mengambil keterangan abang dan kakak kepada Nasitah Yahya, 44.
“Kita akan cari saudara maranya yang lain untuk diambil keterangan. Wanita itu ada tujuh beradik semuanya,” katanya kepada pemberita selepas majlis Serah-Terima Tugas Ketua Polis Kelantan dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kontinjen Kelantan di sini hari ini.
Beliau berkata tindakan lanjut termasuk kemungkinan menahan mereka yang terlibat dengan kes wanita OKU itu akan dibuat berdasarkan keterangan dan siasatan.
Mazlan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 342 kanun Keseksaan kerana kurungan salah yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sebelum ini, kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis menemui Nasitah dikurung di sebuah bilik berukuran 5.8 meter persegi dan setinggi lebih dua meter di Kampung Pasir, Pekan Hulu, Tumpat.
Dia dipercayai berada dalam keadaan demikian sejak 10 tahun lalu selepas kematian ibu bapanya.
Nasitah kini ditempatkan di Wad Psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini untuk rawatan lanjut.
Mazlan, yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Polis Kelantan, dilantik sebagai Ketua Polis Kelantan yang baharu menggantikan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman yang kini menjadi Pesuruhjaya Polis Sabah.
Isteri kepada Mazlan, Datin Anizah Musa kini menjadi Pengerusi Perkep Kontinjen Kelantan yang baharu menggantikan Datin Siti Aishah Haron.
Dalam perkembangan lain, Mazlan berkata pihaknya akan meningkatkan penguatkuasaan membanteras kegiatan jenayah dan penyeludupan melalui Ops Cantas Khas sepanjang Ramadan di semua daerah.
“Selain itu, wawasan saya adalah untuk memberi fokus kepada kes jenayah melibatkan dadah dan penyeludupan di kawasan sempadan sesuai dengan garis panduan yang ditetapkan pucuk pimpinan,” katanya. – BERNAMA
TOP
Pemuda Mohon Tolong Kesan Waris Arwah Rakannya
Hari ini, saudara “Aku Pelik” (nama Facebook beliau) atau nama sebenarnya adalah Haffiz menyatakan yang kawan dia bernama Rudy Salam Bin Arman Daris telah meninggal dunia semalam kerana sakit.
Bagaimanapun dia dan Majikan temannya itu tidak dapat menghubungi waris kepada Rudy. Kini dia memohon orang rama bagi membantunya mencari waris kepada arwah sahabatnya itu.
Ini adalah status beliau:
“Salam sahabat2 semua..
Tolong khabar2kan dan sebarkan2 terutama warga Johor..
Housemate saya baru sahaja meninggal tadi, 28 June 2014 ( 6pm)… dibawah adalah detail beliau…. tolong hubungi saya dengan segera jika ada apa2 maklumat ttg saudara mara terdekat beliau… saya seorang diri sedang menguruskan hal ini… tolong sy, plez..
masalah bertambah apabila beliau dh lama hilang ic, tp xrenew… kt employment form kerja xde detail family, boss dia pun cari sy,cmne???
hubungi saya dengan segera : 013-5321224… Haffiz…
Nama : Rudy Salam Bin Arman Daris
Lahir tahun : 87
Panggilan : ady..
Duduk di : shah alam
Pekerjaan : Promoter unifi.
Berasal : Johor
Share sebanyak mungkin…..
call me Haffiz – 013-5321224″
Laporan polis juga telah dibuat, bagaimanapun hasil pencarian dokumen-dokument di bilik arawah tidak memberi apa-apa maklumat.
Setelah itu, Hafiz mendapat tahu yang keluar arwah itu semua telah meninggal dunia dan kini hafiz cuba mencari saudara-mara terdekat arwah.
Jadi, sesesiapa yang mengenali arwah dan tahu maklumat-maklumat arwah boleh hubungi Haffiz. - SiakapKeli.com