Wednesday, June 11, 2014
Berita Terkini 11 June 2014
TOP
Sewa Tapak Bazar Ramadan RM13,400 Keterlaluan
Pada 2 Jun 2014 jam lebih kurang 4.07 petang pihak polis telah menerima maklumat menyatakan ada orang jatuh dari bangunan Pusat Komuniti, Bandar Tun Razak. Sebaik sahaja menerima maklumat tersebut pihak polis telah bergegas ke tempat kejadian. Hasil siasatan awal pihak polis di tempat kejadian percaya mangsa didapati terjatuh dari tingkat 7 bangunan tersebut. Saksi awam yang berada berhampiran tempat kejadian sebelum itu nampak mangsa kelihatan sedang berjalan seorang diri. Sumber: Facebook Daily Traffic Report
TOP
Tapir Untuk Panda: K’jaan Tunggu Jawapan China
JERANTUT – Kerajaan sedang menunggu jawapan China berhubung cadangan Malaysia meminjamkan sepasang tapir kepada negara itu sebagai balasan terhadap sepasang beruang panda gergasi yang dipinjamkan oleh China. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel berkata jika China bersetuju, pasangan tapir berkenaan akan dihantar ke sana dalam tahun ini juga. “Kita sudah beritahu China dan sedang tunggu jawapan mereka,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Pengurus-pengurus Kawasan Peliharaan Kebangsaan yang pertama di Taman Negara Kuala Tahan, di sini hari ini. Media sebelum ini melaporkan tapir antara haiwan yang dijangka dipinjamkan kepada China sebagai pertukaran balas sepasang beruang panda gergasi yang tiba di negara ini bulan lepas. Ditanya mengenai kemasukan percuma untuk rakyat negara ini menyaksikan pasangan beruang panda gergasi Fu Wa dan Feng Yi di Zoo Negara, Palanivel berkata perkara itu masih dalam pertimbangan. “Kemungkinan kita akan beri kemasukan percuma untuk tujuh atau 10 hari sahaja,” katanya. Sumber: Bernama
TOP
Hati-Hati Bila Awek Cun Ini Ajak Kawan Di FB Atau Skype!
Masih ingatkah anda dengan penyampai television TV Al-Hijrah yang mana diugut akan diaibkan? Sebelum ini seorang dari Filipina yang dibenali sebagai Amin di Facebook yang mana modus operandinya dengan mengajak mangsa untuk berbual diatas urusan Kerja di Skype sebelum mendapatkan gambar-gambar mangsanya.
Kemudian gambar itu akan digunakan untuk membuat tiga video palsu sebagai bahan ugutan. Sekarang ini orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan akaun Facebook dan Skype yang menggunakan nama Eya Pidena yang mana dia juga dipercayai menggunakan modus operandi yang sama.
- Foto rilek1corner.com
TOP
GAMBAR: Kemalangan Maut Akibat Langgar Lampu Isyarat
Kemalangan maut melibatkan sebuah kereta dan motorsikal di persimpangan lampu isyarat berhampiran Balai Polis Alam Damai.Kemalangan yang baru berlaku sebentar tadi itu menyebabkan penunggang motorsikal berbangsa India maut di tempat kejadian.Menurut sumber,kejadian itu berlaku apabila motorsikal yang ditunggang dengan laju itu tidak memberhentikan kenderaannya semasa isyarat lampu merah.
- Daily Traffic Report
TOP
Bukan sahaja babi, budu, cencalok pun haram – Chef Wan
KUALA LUMPUR -”Melampau atau tidak bila Chef selebriti, Redzuawan Ismail atau Chef Wan meletakkan budu dan cencalok sebagai makanan haram kerana dikategorikan sebagai bangkai? “Dia siapa untuk membuat hukum begitu? Adakah dia ni bertaraf ulama sampai sesuka hati nak jatuhkan hukum halal haram makanan yang dimakan oleh umat Islam?” Itu tegas seorang surirumah, Alawiyah Musa bila terbaca komen tukang masak itu di dalam laman sosial Intagram miliknya baru-baru ini. Katanya, Chef Wan cuba mengaitkan isu halal haram tentang makanan apabila isu babi dalam coklat terbongkar seolah-olah umat Islam tidak boleh bertolak ansur dalam hal berkaitan babi. “Dia boleh marahkan umat Islam yang geli tengok gambar babi serta masakan yang ada daging babi. Alasannya cara itu dilihat sebagai tidak menghormati perasaan orang bukan Islam. “Bila dah terlalu ‘bijak’, dia mula kaitkan budu dengan cencaluk. Kononnya, Islam melarang memakan bangkai dan kedua-dua makanan itu dibuat daripada bangkai,” ujarnya. Jelasnya, Chef Wan sebaiknya tidak mengulas perkara ini khususnya caranya mempertahankan babi. “Lebih baik dia tidak buka mulut sebab setiap apa yang diucapkan itu hanya menimbulkan sakit hati dan kemarahan umat Islam. “Dia patut tahu bezakan antara bangkai dan babi sebelum sesuka hati membuat kenyataan,” katanya Sumber: Malaysia Gazzete
TOP
Ahli Parlimen Kuala Terengganu akan saman blogger fitnahnya muflis
KUALA TERENGGANU – Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah tidak teragak-agak untuk menyaman penulis blog KedahNews.com kerana memfitnahnya muflis sehingga hilang kelayakan sebagai wakil rakyat. Raja Kamarul berkata, dirinya tidak pernah terlibat dalam mana-mana kes mahkamah membabitkan perniagaan, tetapi mengesyaki ada kaitan dengan isu kenaikan cukai pintu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sebanyak 1,000% yang diperjuangkannya, baru-baru ini. “Nak buat tuduhan tunjuk mana bank, mana projek? “Ini muslihat politik, hairan kerana saya orang baru dan saya tak pegang apa-apa jawatan negeri dan pusat,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini. Sumber: The Malaysian Insider
TOP
Mayat Lelaki Berbungkus Cadar Ditemui
BUKIT MERTAJAM – Mayat seorang lelaki dibungkus dalam cadar dipercayai warga asing ditemui di dalam longkang di tepi kawasan tapak pembinaan di Penang Science Park, Juru di sini semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superintendan Baharom Abu berkata, mayat dibungkus cadar bercorak kotak-kotak warna biru muda ditemui oleh seorang lelaki yang melalui kawasan itu pada 11.44 pagi semalam. “Ketika ditemui mayat itu dibungkus dengan cadar. Bahagian kepala dan kaki diikat. Keadaannya seperti sudah dikafankan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Katanya berdasarkan keadaan mayat itu, polis tidak menolak kemungkinan lelaki berkenaan mati di tempat lain sebelum mayatnya diletakkan di situ. “Mayat itu masih dalam keadaan sempurna dan tidak berpakaian. Kita percaya mungkin lelaki yang dipercayai berusia lingkungan 30-an itu mati lebih 24 jam kerana telah berbau busuk,” katanya. Baharom berkata, lelaki itu dipercayai pendatang tanpa izin kerana tiada sebarang dokumen perjalanan diri ditemui bersama mayat berkenaan. Katanya mayat itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian. “Siasatan awal polis tidak menemui sebarang kesan kecederaan pada badan mayat itu dan tiada unsur jenayah. Kes disiasat sebagai mati mengejut bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya. Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penemuan mayat itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. Sumber: Bernama
TOP
Anggota penguatkuasa KPDNKK periksa kilang `Bihun Istimewa' hari ini
KUALA LUMPUR: Anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini memasuki kilang produk `Bihun Istimewa' yang menggunakan lambang masjid di Batu 7, Jalan Ipoh di sini.
ANGGOTA penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memasuki premis kilang ‘Bihun Istimewa’ yang menggunakan lambang masjid di Batu 7, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, hari ini selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan produk itu tidak mempunyai sijil halal. - Foto BH Online Pemeriksaan anggota terbabit dibuat selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan bihun keluaran kilang berkenaan tidak mempunyai sijil halal.Pegawai KPDNKK yang enggan namanya disiarkan berkata, pemeriksaan terbabit bertujuan membuat siasatan lanjut terhadap kilang berkenaan dan mengenal pasti pelanggannya di seluruh negara. "Berdasarkan siasatan yang dilakukan mendapati antara pelanggan utamanya adalah sebuah pasar raya borong di Selayang, peruncit dan restoran makanan di sekitar Lembah Klang. "Siasatan turut mendapati kilang berkenaan mengedarkan empat jenis jenama bihun iaitu bihun cap kucing, cap kambing, cap Van Loong dan cap masjid," katanya ketika ditemui di kilang berkenaan di sini, hari ini. Akhbar hari ini melaporkan, Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, Hakimah Mohd Yusoff berkata, pemeriksaan dibuat selepas pihaknya menerima aduan orang awam mengenai isu kilang bihun kotor dan jijik guna logo halal yang tersebar di laman sosial. Sumber: BH Online
TOP
Kertas Putih Lahad Datu Diumum Selepas Siasatan Selesai
KUALA LUMPUR 11 Jun - Kerajaan akan mengumumkan kertas putih bagi menjelaskan situasi sebenar yang berlaku di sebalik insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah pada Mac tahun lepas. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, bagaimanapun, laporan berwibawa itu hanya akan diumumkan selepas siasatan pihak berkuasa selesai. Katanya, maklumat lengkap siasatan dan pengalaman yang berlaku di kawasan pantai timur Sabah itu turut membabitkan beberapa pihak berkepentingan termasuk negara jiran, Filipina. "Berhubung dengan maklumat dan apa yang kita kenal pasti daripada siasatan dan pengalaman kita di Lahad Datu tahun lepas, kertas putih itu apabila telah pun lengkap, saya yakin tiada sebab ia tidak diumumkan kepada orang ramai. "Ia perlu dilakukan dengan teliti kerana melibatkan ancaman dalam dunia tanpa sempadan sekarang," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Tian Chua (PKR-Batu) berhubung perkembangan terkini kertas putih mengenai insiden pencerobohan di Lahad Datu. Pada 3 Mac tahun lepas, beberapa wakil pembangkang telah menggesa kerajaan supaya memanggil sidang khas Parlimen dan mengeluarkan kertas putih dan membuat penjelasan berhubung insiden pertempuran pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh di Lahad Datu. Dalam pada itu, menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa) berhubung langkah kerajaan dalam memastikan fungsi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) benar-benar menjamin keselamatan Sabah daripada pencerobohan berikutan kekerapan berlakunya insiden penculikan, Hishammuddin memberitahu, pendekatan kawalan keselamatan kedua-duanya perlu diteliti semula. Tambahnya, penubuhan Esscom dan Esszone adalah untuk mengawal keselamatan dan kedaulatan negara khususnya daripada ancaman pengganas yang bersifat insurgensi seperti yang berlaku di Lahad Datu. Beliau menjelaskan, kedua-dua Esscom dan Esszone sebenarnya bukan diformasikan untuk menangani ancaman bersifat jenayah seperti penyeludupan, pemerdagangan orang dan penculikan. "Setiap jenayah berkenaan, ada pendekatan tersendiri untuk menanganinya. Sebab itu bila ada ancaman insurgensi pada Mac tahun lepas, sedikit sebanyak dengan wujudnya Esszone dan Esscom telah membantu kita memastikan ia tidak berulang. "Namun, insiden jenayah penculikan memerlukan kita memikirkan semula pendekatan Esszone dan Esscom dan sebab itulah kita mengumumkan cara menangani jenayah ini seperti penggunaan pelantar minyak dan pulau-pulau tertentu untuk pemantauan, mengerah kapal-kapal tertentu, meneliti semula undang-undang serta mewartakan laluan-laluan khusus," jelasnya. Kepada soalan Ahmad Fauzi mengenai kewajaran sistem penggiliran komander yang akan mengetuai Esscom dan Esszone seperti diumumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam, beliau berkata, perkara itu masih belum dibawa kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Kita akan fikirkan dari segi tempoh dan cara kaedah penggiliran itu tetapi kita tunggu sampai ia dibentangkan ke MKN untuk diputuskan bersama dan itu akan diumumkan secara sah pada ketika itu," ujarnya.
TOP
Anak Fail Permohonan Tentu Status Agama Ibu
GEORGE TOWN – Keluarga kepada seorang wanita yang didakwa mualaf, Teoh Cheng Cheng membuat permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah bagi menyemak status agamanya. Anak Teoh, Medelyn Teoh memfailkan permohonannya melalui peguam Wan Faridulhadi Mohd Yusoff pada Selasa. Menerusi permohonannya, Medelyn berkata ibunya tidak pernah melafazkan syahadah. Tambah Medelyn, teman lelaki Teoh adalah orang yang bertanggungjawab membuat permohonan menukar agama bagi pihak ibunya ketika mereka merancang untuk berkahwin. Menurut Medelyn lagi, ibunya bagaimanapun tidak menerima sijil penukaran agama namun MyKad baharunya tertera status agama sebagai Islam. Wan Faridulhadi berkata, Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) akan memfailkan afidavit jawapan kira-kira pukul 11 pagi Rabu. Menurutnya teman lelaki Teoh turut akan hadir sebagai saksi. Sebelum ini dilaporkan Teoh yang dikenali sebagai Nora Teoh Abdullah memeluk Islam 17 tahun lalu. Dia mempunyai empat orang anak yang berumur antara 17 hingga 20 tahun. Anaknya yang sulung dilahirkan hasil perhubungannya dengan seorang lelaki Cina. Cheng Cheng, seorang pelayan berumur 38 tahun dilaporkan meninggal dunia Sabtu lepas selepas menggantungkan diri di rumahnya di Lebuh Macallum selepas bertengkar dengan teman lelakinya. Mayat Teoh sepatutnya disemadikan petang semalam mengikut adat Tao, tetapi dihentikan oleh pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang datang menuntutnya mayatnya. Sumber: mStar
TOP
Dua Lelaki Didakwa Rogol Dua Gadis
Kota Bharu – Dua lelaki mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan merogol dua remaja perempuan berusia 15 tahun dan 17 tahun di Mahkamah Sesyen sebentar tadi dalam kejadian membabitkan 21 suspek di sebuah rumah kosong di Ketereh, 20 Mei lalu. Tertuduh Muhmed Azroel Hassan, 23, dan Azuan Che Hassan, 32, membuat pengakuan itu di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Noorhaslinda Che Seman. Kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin dan mahkamah menetapkan 13 Julai depan untuk sebutan semula kes. Mengikut pertuduhan kedua-dua tertuduh didakwa merogol dua remaja berusia 15 dan 17 tahun dengan kehadiran orang lain di sebuah rumah kosong di Kampung Hutan Pasir, Ketereh di sini antara jam 7.30 malam hingga 11 malam pada 20 Mei 2014. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(c) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan. Akhbar sebelum ini melaporkan dua remaja perempuan dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong, 20 Mei lalu. Bagaimanapun semalam Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abd Rahman dalam satu kenyataan media berkata hanya 21 suspek terbabit dalam kejadian berbanding 38 suspek yang dilaporkan oleh salah seorang mangsa. Katanya tujuh lagi suspek yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian itu masih diburu. Sumber: myMetro Online
TOP
Hukum Suami Hisap Buah Dada Isteri Beranak Kecil
Suami gemar menghisap buah dada isteri? Adakah suami menjadi mahram kerana menjadi anak susuan isteri jika terminum susunya? Ikuti soalan dan jawapannya. Penting kerana ini membantu dalam hubungan intim anda dilakukan tanpa keraguan!
Soalan: Apakah hukum seorang suami gemar menghisap payu dara isteri sambil terminum susunya sewaktu melakukan hubungan seks. Ini kerana suami saya amat gemar melakukan perbuatan tersebut dan saya juga menikmatinya. Pada masa yang sama, saya menyusukan anak perempuan berusia 10 bulan.
Jawapan:
Persetubuhan antara seorang lelaki dan perempuan menjadi halal melalui pernikahan yang sah. Nikah yang sah menjadi portfolio untuk mengadakan persetubuhan. Islam menghalalkannya dengan nikah dan mengharamkannya bagi mereka yang tidak bernikah. Melalui perkahwinan tertunailah segala keinginan seorang lelaki dan keinginan seorang wanita. Fitrah semulajadi manusia telah dilengkapkan dengan keinginan ini. Mereka yang hidup dengan menahan dan mengorbankan keinginan fitrah nafsunya berhadapan dengan pelbagai masalah di antaranya; psikologi yang terganggu, ketidakstabilan emosi, seterusnya membawa masalah dalam kehidupan seharian. Dalam hal ini, Islam memberi ruang untuk seseorang itu menikmati keinginan nafsunya dengan izin syarak. Namun sebagai hamba yang diciptakan untuk mematuhi perintah Allah maka cara dan etika dalam mengadakan hubungan suami isteri perlu dijaga. Ini kerana jimak juga dikira sebagai ibadat. Dalam surah al-Baqarah, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah ( amal-amal yang baik ) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya ( pada hari akhirat kelak ). Dan berilah khabar gembira ( wahai Muhammad ) kepada orang-orang yang beriman. Dalam ayat ini Allah s.w.t. menggambarkan sebagai ladang atau kebun itu dengan tatacara yang beradab, walaupun ayat ini menyatakan datanglah kepada isteri-isteri kamu mengikut kamu suka. Mengikut al-Raghib al-Asfahani, makna kebun itu adalah tempat kamu menanam benih zuriat kamu. Al-Jauhariy menegaskan bahawa “kebun dalam ayat ini adalah satu perumpamaan” manakala Ibn Abbas r.a. berpendapat: “siramlah tanaman kamu di mana ia boleh tumbuh”. Allah memberikan kebebasan bagi suami isteri untuk menikmati jimak sesuai dengan kaedah dan cara yang dianggap sesuai menurut syarak. Maksudnya memenuhi kepuasan nafsu dengan tidak melampaui nilai dan adab. Namun begitu, Islam juga menggariskan batas-batas jimak tersebut, seperti dilarang menjimak isteri ketika haid atau nifas, dilarang menjimak dubur isteri dan lain-lain. Mengenai persoalan terminum susu isteri ketika bersetubuh sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Harus menghisap payu dara isteri ketika berjimak, tetapi jika isteri dalam tempoh menyusukan anak adalah lebih baik tidak menghisapnya sampai terminum susu dari tubuh isteri. Ini kerana mungkin mulut si suami boleh membawa kuman dan anak yang menghisap susu itu boleh terdedah kepada sebarang jangkitan kuman. Perkara yang kedua ialah susu itu hak si anak dan bukan hak si suami. Walaupun dengan meminum susu si isteri tidak menjadikan lelaki itu bapa susuan kerana syarat menjadi anak susuan ialah lelaki yang berumur kurang 2 tahun menghisap susu sehingga 5 kali kenyang. Suami anda umur berapa? Sumber: My Islam Blog
TOP
Lebih 13,000 Rumah PR1MA Dibina Di Pahang
KUANTAN – Hanya dalam tempoh setahun, kerajaan negeri Pahang berjaya melaksanakan pembinaan lebih 88 peratus daripada 15,000 unit Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dijanjikan semasa Pilihan Raya Umum ke-13. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata 15,000 unit rumah PR1MA itu dijanjikan untuk dibina dalam tempoh lima tahun, 2014 hingga 2018. “Namun, hanya dalam tempoh setahun selepas PRU, sebanyak 13,257 unit atau kira-kira 88 peratus daripada sasaran telah bermula serta dalam pelbagai peringkat pembinaan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis Anugerah Belia Negara peringkat Pahang di sini, malam tadi. Katanya, kesemua unit rumah itu dibina hampir di seluruh daerah di Pahang merangkumi 29 kawasan dengan keluasan 669 hektar. Dalam perkembangan lain, Adnan berkata enam janji kerajaan negeri terhadap golongan belia dalam manifesto Barisan Nasional pada PRU13 sedang dalam usaha pelaksanaan. Beliau berkata malah kebanyakan apa yang dijanjikan sebelum ini telah pun ada dan hanya memerlukan kerja menaik taraf. “Antara janji kerajaan negeri ialah untuk menyalurkan bantuan pengurusan kepada persatuan belia, menambah baik dan melengkapkan semua gelanggang futsal, menyediakan premis perniagaan khusus, memperkasa capaian ekonomi graduan anak Pahang dan bercadang mewujudkan Tabung Amanah Usahawan Muda bernilai RM5 juta. Katanya, golongan belia sentiasa mendapat perhatian daripada kerajaan kerana sedar golongan itu amat penting untuk membangunkan negara dan merupakan bakal pemimpin pada masa akan datang. “Masa depan negara terletak kepada belia yang ada hari ini dan dianggarkan negara mempunyai 13.6 juta orang iaitu membentuk kira-kira 49 peratus daripada jumlah keseluruhan 28 juta penduduk negara pada masa kini,” katanya. Anugerah Belia Negara peringkat Pahang yang diadakan itu menawarkan sembilan anugerah iaitu bagi Kategori Daya Juang dianugerahkan kepada Ahmad Kazamirul Nasruddin dan Ismail Abu manakala Kesukarelaan, penerima Azril Ramli. Bagi Anugerah Ikon Belia penerima Ustaz Badlishah Alauddin, Perdana Belia Negara (wanita) (Norlisa Khalimi), Perdana Belia (lelaki) (Khairul Irwan Khalek). Tokoh Jasa Belia wanita pula disandang oleh Datuk Mahadiah Mohamad, Tokoh Jasa Belia (lelaki) (Mahadi Daud), naib johan Anugerah Perdana Pertubuhan Belia (Persatuan Belia Kampung Ibam) dan johan Anugerah Perdana Pertubuhan Belia (Persatuan Belia 1 Pelangai). Sumber: Bernama
TOP
Pemuda Maut Dipukul Dua Lelaki Di Segamat
SEGAMAT – Seorang pekerja sebuah syarikat pemungutan sisa pepejal swasta di Labis, di sini, meninggal dunia pagi semalam, selepas hampir 12 jam dimasukkan ke Hospital Daerah Segamat (HDS) selepas dipukul dua lelaki. Mangsa, Mohd Shukri Zakaria, 35, melalui jalan pintas di bawah landasan kereta api berhampiran sebuah ladang estet untuk ke pekan Labis dan dia sebelum itu dikatakan baharu sahaja pulang dari tempat kerjanya di Kawasan Perindustrian Labis. Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5.50 petang itu, mangsa yang menunggang motosikal berselisih dengan motosikal dinaiki suspek di jambatan kayu di laluan berkenaan. Menurutnya, jalan tersebut sempit dan tidak boleh dilalui kereta. “Apabila tiba di bawah jambatan tersebut, berlaku perselisihan faham dan sedikit pertengkaran kecil di antara mangsa dan suspek. “Kedua-dua suspek bertindak turun daripada motosikal mereka kemudian memukul mangsa menggunakan topi keledar. Kejadian tersebut disedari polis bantuan ladang kerana jarak di antara kawasan kejadian dan pos pengawal kira-kira 50 meter,” katanya, semalam. Mohd Kamil berkata, melihat kejadian berkenaan, polis bantuan ladang yang bertugas ketika itu terus menghubungi Balai Polis Labis memaklumkan kejadian dan meminta pihak berkuasa supaya segera ke lokasi. Katanya, mangsa dibawa ke HDS oleh salah seorang polis bantuan ladang berkenaan sebelum dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) kerana cedera parah pada kepala dan muka. “Mangsa meninggal dunia di HDS kira-kira pukul 6.30 pagi semalam, dan dibawa ke rumah mayat HDS untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. “Salah seorang suspek juga telah ditahan pada jam 9.30 pagi tadi (semalam) setelah anggota polis membuat intipan bermula dari waktu kejadian pada petang semalam (kelmarin), manakala seorang suspek lagi masih diburu,” katanya. Sementara itu, adik bongsu mangsa, Mohd Suhami Zakaria, 29, berkata, mangsa adalah anak ketiga daripada enam beradik dan masih belum berkahwin selain tinggal bersama keluarga di Taman Perumahan Awam Labis, Jalan Muar, di sini. Menurutnya, kali terakhir dia bertemu abangnya itu kira-kira jam 5 petang kelmarin, ketika mangsa pulang ke rumah untuk menukar baju kerja kepada baju biasa sebelum keluar semula ke pejabatnya untuk merekod kad perakam waktu (punch card). “Beberapa hari sebelum kejadian, abang lebih banyak duduk di biliknya menyepikan diri. Emak juga ada beritahu semalam (kelmarin) abang sempat bergurau dengan emak dan anak saudara sebelum keluar. “Kali terakhir kami semua adik-beradik berkumpul pada Jumaat minggu lalu ketika menyambut hari lahir salah seorang anak saudara saya dan ketika itu arwah tidak menunjukkan sebarang perangai pelik,” katanya. Mohd Suhaimi berkata, dia mendapat tahu abangnya dipukul selepas dihubungi salah seorang polis bantuan menggunakan telefon bimbit mangsa sebelum bergegas ke kawasan kejadian bersama salah seorang rakan. Jelasnya, ahli keluarga reda dengan kejadian yang berlaku dan jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Paya Merah, di sini, selepas solat Zuhur, semalam. Sumber: Sinar Online
TOP
Perbicaraan Kes Khalwat Shahrizal Jaszle Ditangguh ke Bulan Ogos
Kes khalwat pelakon, Shahrizal Jaszle atau lebih dikenali dengan nama Shahz Jaszle, ditangguh kepada tarikh 12 Ogos 2014 berikutan Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling tidak dapat bertugas kerana dijangkiti demam denggi. “Saya menghormati sepenuhnya keputusan mahkamah kerana perihal sakit ini tidak dapat dikawal oleh manusia. Jadi saya menerima sahaja keputusan yang diberikan oleh pihak mahkamah yang mana untuk menyambung perbicaraan ke tarikh yang telah ditetapkan. Pihak Hakim Syarie yang bertugas juga menegaskan yang tidak wajar untuk meneruskan perbicaraan kes. Ini kerana sekiranya Hakim Syarie bertukar menyebabkan kes perlu dibicara balik dari awal,” ujar Shahz Jaszle ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam, pada Selasa. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam satu kenyataan media mengesahkan yang mereka telah menahan Shahz Jaszle pada 16 Mei tahun lalu atas tuduhan khalwat dengan seorang gadis bernama Farah Nurizzati Salleh di Kayangan Apartment, Taman Sri Subang, pada pukul 5 pagi. Ketika perbicaraan kes lalu, Mohd Radzi Saliman selaku saksi kes berkata yang ketika serbuan dilakukan seorang wanita yang mengenakan baju t-shirt dan seluar pendek telah membuka pintu. Manakala Shahz Jaszle pula dikenalpasti yang mana hanya mengenakan seluar dalam jenis ‘boxer’ sahaja. Pasangan tersebut ketika ditanya mengenai pertalian mereka, Shahz menjelaskan hubungan dia bersama wanita itu bukan suami isteri dan mengakui wanita itu merupakan teman wanitanya. Sebelum ini, Farah telah mengaku bersalah atas dakwaan penangkapan khalwat mereka pada 13 November lalu. Mahkamah memerintahkan Farah membayar denda maksimum RM3000 atau penjara selama tiga bulan jika Farah gagal membayar denda. Sumber: GUA
TOP
Farhan Akui Dicederakan Abby Abadi Sebelum Cerai
KUALA LUMPUR, 11 JUN 2014: Hakim Mahkamah Syariah Rendah Gombak Timur Shaiful Azli Jamaluddin memutuskan kes penceraian Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah adalah sah menerusi SMS yang dihantar oleh Muhammad Nor Farhan Che Bakar pada 9 Mei lalu. Namun, Murai yang mendapatkan komen dari bekas suaminya mendapati terdapat faktor lain yang menjadi punca berlakunya penceraian. Farhan dikatakan telah dicederakan secara fizikal di bahagian muka, tangan dan lengan. "Saya telah dicakar, Abby kata saya tidak membawa kepentingan padanya serta tidak membawa apa-apa faedah untuk meneruskan hubungan suami isteri," katanya kepada media selepas perbicaraan kes penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Menurutnya, Abby sering meminta wang dan dia akan dimarahi sekiranya tidak diberikan jumlah yang dikehendakinya. "Saya sudah buat laporan polis untuk dijadikan sebagai bukti sekiranya hakim memerlukannya tetapi kes penceraian diselesaikan secara baik dan dipersetujui kedua-dua pihak." katanya. Mengenai kontroversi Farhan yang dikatakan sering keluar malam dan berkaroke, dia menjelaskan ianya tidak tepat seperti mana digembar-gemburkan. Farhan dengan tegas mengatakan dia sudah tawar hati dan tidak mungkin kembali semula bersama Abby. Sumber: Murai
TOP
Jangan Biarkan Anak Masuk Tandas Sendirian - Ikuti Kisah Benar Ini
Gambar Hiasan
Semenjak kes kehilangan kanak-kanak dan ditemui mayatnya tanpa kepala mesti kita semua sudah terdetik untuk tidak akan mengulangi kesilapan yang sama seperti apa yang berlaku kepada pasangan dan anaknya itu kepada anak kita. Walaubagaimanapun adakalanya kita leka dalam keadaan tertentu yang mana kita hanyalah manusia biasa dan tidak terlepas dari kecuian. Di sini terdapat status dari FB Page Cantik.BeautifulNara (Sumber asal tidak diketahui) yang mana boleh dijadikan sebagai panduan untuk kita ambil iktibar betapa pentingnya pengawasan anak-anak dan mengelakkan anak kita hilang dari pandangan
Smlm ptg aku pi giant kat tepi sg muo tu...anak2 aku nak pi toilet tgkt 1..pastu ada sorang bangla pon ikut masuk..tgk anak2 aku atas bawah..then dia berselisih ngan cina sambil mata masing2 tengok sesama sendiri 2 3 kali. Pastu..aku terus rasa tak sedap hati suruh laki aku ikut sekali masuk toilet. Aku tunggu kat luar tepi lift..then cina tu pon tunggu sekali..aku igtkan dia ada tunggu anak ke wife ke..sebab 2 3 kaki gak cina tu tengok2 kat toilet. Dah lebih 3 4 minit..bangla tu keluar sambil cina tu bg arahan ke tepi toilet..memasing senyap tapi tak kata apa2..pastu anak2 n laki aku kuar..aku tanya bangla tu buat apa. Laki aku kata..dia takda buat apa selain basuh muka pastu berdiri kat situ diam2 sambil tgk anak aku yg 1st tu ngan laki aku banyak2 kali ke atas bawah. Seb baik laki aku ada..pastu dia terus kuar..laki aku heran apa bangla tu nak. Yang pelik..bangla n cina tu laki aku kata terus ke tepi toilet tu ikut tangga kecemasan. Hurm..aku mmg rasa tak sedap hati sebab laki aku kata pelik sebab cina tu jengah2 kat dlm toilet sambil tgk bangla tu mcm bagi isyarat mata tanpa bercakap. So aku assume diaorg mcm sindiket nak rompak budak2..or culik. .or benda yg tak baik sebab kenapa turun guna tangga kecemasan n masuk toilet takda buat apa2. So korang be careful..jangan biarkan anak2 pi toilet sorang2..kita tak tahu apa yg boleh berlaku..sebab skrg ni byk kes budak hilang n organ kena jual...hati2 ye nakkk
Berdasarkan apa yang ditulis anak itu amat bernasib baik kerana si ibunya amat peka dengan perkara yang berlaku di sekeliling. Bayangkan sekiranya dia membiarkan anaknya itu memasuki tandas bersendirian maka tidak tahulah apa nasib anaknya itu... Wallahualam.. - SiakapKeli.com Sumber: Cantik Beautiful Nara
TOP
5 gambar isteri Bade, madu Erma Fatima
Gambar wajah sebenar isteri Bade, madu Erma Fatima - Kalau sebelum ini, hanya sekeping gambar yang memaparkan wajah isteri baru Bade, madu Erma Fatima telah dikongsikan kepada umum. Gambar tersebut bagaimanapun kurang jelas dan sukar untuk mengecam bagaimana bentuk raut wajah sebenar Aida Abdul. Sebentar tadi, portal myartis telah berkongsi lima keping gambar isteri Bade Haji Azmi yang dikahwininya pada April lalu. Memang cantik dan jelita orangnya. Apa yang menarik, Erma Fatima turut merestui pernikahan mereka malah memberitahu dia tiada kuasa untuk menghalang ketentuan jodoh yang ditetapkan Allah.
TOP
Gambar terbaru Nora Danish di Instgram
TOP
Isteri kerap disetubuhi jin selepas menginap di hotel Tawau
Gambar Hiasan
Panggilan yang diterima lewat malam itu benar-benar memberi kesan. Sepanjang malam saya tidak dapat melelapkan mata kerana asyik memikirkan potongan ayat lelaki tersebut. “Isteri saya enak disetubuhi jin, sedangkan saya keseorangan di sofa ruang tamu dengan hanya ditemani nyamuk-nyamuk yang menggila seolah-olah mengejek-ejek diri saya,” ungkap pemanggil tersebut. Teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saya telah mengaturkan satu pertemuan dengan pemanggil tersebut. Ridzwan, 31, (bukan nama sebenar) telah berjaya mengubah dimensi saya tentang kewujudan alam lain di muka bumi ini. Melihat secara luaran, perwatakan Ridzwan sama seperti lelaki-lelaki lain malah dia kelihatan kemas dan segak, sesuai dengan profesionnya sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat terkemuka. Nyata telahan saya tersasar kerana menyangka Ridzwan seorang lelaki yang tidak terurus ekoran masalah yang sedang dialaminya itu. “Tujuan saya berkongsi pengalaman ini bukanlah mahu membuka aib keluarga mahupun isteri saya, tetapi amat berharap agar perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada suami-suami yang mungkin menerima nasib yang sama seperti saya tetapi masih tertanya-tanya apakah musibah yang sedang melanda mereka,” ujar Ridzwan membuka bicara. Menurut Ridzwan, peristiwa ini berlaku lima tahun lalu selepas usia perkahwinan mereka mencecah tiga tahun. Menurutnya, keganjilan yang mula melanda isterinya itu berlaku sekembalinya mereka dari percutian di Tawau, Sabah kerana mengikutinya bekerja di luar kawasan. Kesempatan bekerja di kawasan itu telah dimanfaatkan oleh mereka untuk terus pergi bercuti. Apatah lagi mereka masih belum dikurniakan anak setelah tiga tahun berkahwin menyebabkan mereka sentiasa mengisi setiap kesempatan yang ada untuk bersama. “Sejak pulang dari Tawau, isteri saya mula berubah perangai setiap hari selepas pukul 10 malam. Pada mulanya, saya tidak menyangka apa-apa kerana dia sendiri mengakui kadang-kadang mood seseorang itu sentiasa berubah-berubah. Namun, keadaan itu berpanjangan sehinggalah tiga bulan,” ujar Ridzwan lagi. Apa yang ganjilnya, isterinya di waktu siang berkelakuan normal sahaja seperti biasa. Dia amat suka jika Ridzwan sentiasa merapatkan dirinya dan saling bersentuhan, malah dia jugalah yang sentiasa merangsang Ridzwan supaya melayaninya pada malam hari. Namun setelah jam menunjukkan oukul 10 malam, isterinya itu terus tidur dan memalingkan diri ke arah bertentangan dengannya. “Pernah sekali saya cuba juga untuk bermesra dengannya sambil membelai-belai rambut dan memeluknya dari belakang namun dia menepis tangan saya sambil mendengus,” tambah Ridzwan sambil pandangan matanya dilemparkan jauh-jauh seolah-olah cuba menyembunyikan perasaanya hiba. Pernah juga mereka bertengkar pada malam tersebut kerana isterinya seolah-olah tidak rela disentuh oleh Ridzwan dan menganggap seolah-olah suaminya itu cuba untuk merogolnya. Setiap malam juga Ridzwan akan kecewa dan membawa dirinya tidur berseorangan di ruang tamu rumah mereka. Seperti biasa, pada sebelah pagi, isterinya akan bangun dengan begitu segar sekali dan penuh bersemangat. Dia seringkali memberitahu Ridzwan bahawa perasannya setiap kali bangun seolah-olah mereka telah bersama pada malam tersebut. Hal ini menyebabkan Ridzwan mulai curiga dan risau. Tidak mungkin isterinya itu curang kerana setiap malam isterinya akan pulang ke rumah dan di sebelah siangnya mereka adalah pasangan yang paling bahagia. Isterinya juga sering mengadu yang seringkali melihat kesan lebam di pangkal paha setiap kali bangun tidur dan pada lebam itu terdapat lima lubang halus. “Pada mulanya, saya tidak menghiraukan aduan yang dibuat oleh isteri saya itu dan menganggap mungkin itu hanyalah gigitan serangga di malam hari. Tambahan pula perasaan yang kecewa pada malam hari menyebabkan saya tidak menghiraukan aduan-aduan isteri saya itu,” tambah Ridzwan. Pernah juga dia terfikir untuk menjalankan hubungan sulit dengan perempuan lain, namun itu sekadar angan-angan kosong bagi menyedapkan hati kerana jauh di sudut hatinya, dia terlalu sayangkan isterinya itu. Keadaan ini berlarutan sehingga mencecah hampir setahun. Untuk mengatasi masalah tersebut, Ridzwan terpaksa mendatangi isterinya pada waktu siang sebelum ke pejabat kerana menganggap isterinya hanya bernafsu pada waktu itu. Disebabkan keadaan ini menyebabkan isterinya semakin lama semakin susut tubuhnya dan matanya mulai cengkung seolah-olah tidak mendapat rehat yang secukupnya walhal isterinya tidur nyenyak seawal pukul 9 malam dan tidak akan diganggu. Pernah juga Ridzwan membawa isterinya berjumpa doktor, namun doktor mengesahkan yang isterinya sihat dan hanya menasihat supaya memperbanyakkan rehat. Semakin hari isterinya mula mengalami kemurungan dan tidak seceria dulu. Dia semakin menjadi pasif, takut untuk berhadapan dengan orang ramai, rendah diri, tiada keyakinan dan prestasi kerjanya mula merosot. Ridzwan cuba mendapatkan ikhtiar lain dengan cara menggunakan pendekatan rawatan secara Islam. Perjumpaan dengan seorang ustaz yang terkemuka di ibu kota telah merungkaikan segala persoalan yang selama ini tidak terfikir oleh Ridzwan. Menurut ustaz tersebut, isterinya itu sedang didampingi oleh jin dan menyetubuhinya setiap malam dan semakin lama jin itu semakin ketagih. Ketika proses perubatan dilakukan, Ridzwan melihat sendiri bagaimana interaksi antara ustaz tersebut dengan jin yang menumpang dalam badan isterinya. “Jin tersebut mula terpikat dengan isteri saya semasa mereka menginap di sebuah hotel di Tawau dan ketika itu isteri saya sedang mandi ber-#b’0′gel di dalam bilik air hotel tersebut. Sejak itu jin berkenaan mula mendampingi isteri saya dan amat benci kepada saya dan inginkan kami berpisah,” tambah Ridzwan. Namun, kecekalan hati Ridzwan serta rasa cintanya terhadap isteri menyebabkan mereka berjaya mengekalkan hubungan tersebut walaupun seringkali bercakaran. Setelah pertemuan demi pertemuan diadakan dengan ustaz tersebut selama sebulan, akhirnya jin itu berjaya dikeluarkan dan isterinya itu kembali normal dan ceria seperti biasa. Kini perhubungan Ridzwan dan isterinya kembali normal. Nasihat Ridzwan, jika terdapat sebarang tingkah laku atau perbuatan-perbuatan ganjil yang dilakukan oleh seorang isteri, segera mendapatkan rawatan sama ada secara moden atau Islam. “Jangan pandang ringan akan hal ini kerana mungkin akan membawa kemudaratan jika dibiarkan berpanjangan. Ramai dalam kalangan isteri seringkali tidak menyedari yang dirinya telah ditiduri dan dirogol oleh jin akibat mengabaikan doa sebelum tidur sebagai pelindung diri. Ini akan menyebabkan jin mudah masuk ke dalam tubuh dan mendampingi mereka tanpa disedari. “Naluri seorang isteri adalah sentiasa berkehendakkan layanan suaminya, dan jika dia mula menolak, mungkin ada sesuatu yang mengganggu dirinya. Mungkin yang mengganggu itu datangnya dari alam lain, ataupun yang mengganggu itu datangnya dari alam kita sendiri,” kata-kata terakhir Ridzwan yang mendalam mengakhiri pertemuan tersebut. The post Isteri kerap disetubuhi jin selepas menginap di hotel Tawau appeared first on Media Suara Insan (MSI). Sumber: Utusan
TOP
Gambar Neelofa terbaru
Bentuk Badan Neelofa umpama memiliki Aura Segar yang sentiasa menarik tumpuan Para Pecinta Wanita. Jelasnya, walaupun bersahaja Neelofa tetap MaleTop. Oleh itu tidak hairanlah bentuk badan Neelofa sentiasa menjadi bahan Pencetus Kontroversi di dunia seni Tempatan. Kebanyakkan Isu Panas dan Sexy Neelofa sebenarnya tidaklah seperti yang digembar-gemburkan. Walaupun hakikatnya Neelofa tidaklah terlalu bersungguh pamerkan bentuk badan kepada umum. Namun tetap menjadi mangsa kotroversi. Pakaiannya sepertimana artis-artis Malaysia lainnya juga. Apakan daya, sudah lumrah dunia selebriti, semakin popular seseorang artis, semakin kuat dugaan yang perlu ditempuhi. Sepertimana bersungguhnya anda menatap Badan Neelofa yang Beraura Segar ini. Mencerahkan Mata dan Menambahkan Dosa. Sememangnya para Sniper sungguh cepat mensasarkan lensa mereka. Fokus Biar Tepat itulah yang pastinya. Sebagai buktinya lihat beberapa keping Gambar Bentuk Badan Neelofa yang dirakam dibawah, ada Aura Segar kan..
TOP
Peragut Melayu berjaya di berkas oleh orang ramai
DUA lelaki ditahan selepas disyaki cuba memecah masuk sebuah rumah di Taman Chai Leng, kelmarin - Foro Harian MetroSumber: myMetro Online
BUTERWORTH: Dua lelaki menerima habuan segera apabila dibelasah orang ramai selepas ditahan ketika cuba memecah masuk sebuah kediaman di Taman Chai Leng di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian jam 2.15 petang itu, suspek berusia 28 dan 37 tahun itu menceroboh kawasan rumah berkenaan selepas menyangka pemilik kediaman itu tiada di rumah. Namun, gelagat dua suspek itu sebenarnya diperhatikan jiran pemilik kediaman terbabit yang kemudian menahan kedua-duanya selepas mengepung rumah itu. Menurut sumber, suspek dipercayai aktif melakukan kegiatan pecah rumah di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT), namun mereka tidak bernasib baik apabila ditahan ketika cuba menceroboh kediaman terbabit. “Pada mulanya gelagat mereka masuk ke kawasan belakang sebuah rumah disedari seorang penduduk dan dia yang curiga dengan aksi dua suspek itu memaklumkan perkara itu kepada beberapa jiran lain. “Selain itu, dua pengawal peribadi seorang lelaki yang kebetulan berada di situ memerhati dari jauh dan mendapati suspek cuba memecah masuk pintu belakang untuk masuk ke dalam rumah,” katanya. Sumber berkata, melihat aksi itu, pengawal peribadi berkenaan dengan bantuan orang ramai mengepung kawasan berkenaan bagi mengelakkan suspek meloloskan diri. The post Peragut Melayu berjaya di berkas oleh orang ramai appeared first on Media Suara Insan (MSI).
Sumber: myMetro Online
TOP
Cristiano Ronaldo Menyinar Bersama Portugal
EAST RUTHERFORD, New Jersey – Cristiano Ronaldo menjelmakan keyakinan buat skuad Portugal menjelang aksi Piala Dunia apabila mempamerkan permainan cemerlang selepas sembuh daripada kecederaan, hari ini. Bermain buat kali pertama sejak final Liga Juara-juara, kehadiran Ronaldo ternyata menyuntik semangat Portugal apabila membenam Ireland 5-1 pada perlawanan di Stadium MetLife di sini. Biarpun Ronaldo tidak berada dalam senarai penjaring dan dikeluarkan pada minit ke-64 tetapi berupaya mempamerkan permainan terbaik dan tidak mengalami cedera selepas tidak beraksi dalam dua perlawanan memanaskan badan kerana kecederaan di lutut kiri dan paha kanan. Pemain Terbaik Dunia itu nyaris menjaringkan gol pada minit ke-18 apabila mengambil sepakan percuma yang terkena palang dan sekali lagi pada minit ke-37 dengan tandukan yang terus ke dakapan penjaga gawang Ireland, David Forde. Sumber: Reuters
TOP
Fida Liat langsai hutang?
POPULAR dengan lagu Apo Kono Eh Jang, Rafidah Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Fida dihimpit cerita buruk lagi. Kali ini ada isu mengatakan dia seorang yang suka berhutang dan liat untuk melangsaikan hutang terbabit. Benarkah begitu? Aduh, satu kisah yang memang memalukan, jika benar berlaku. Nampaknya Fida memang hadir ke dunia seni dengan kisah-kisah negatif sahaja, jika diperhatian semenjak setahun dua ini. Bagai diramal, empunya diri menafikan sekeras-kerasnya cerita terkini yang dipautkan dengan dirinya itu. Pun Fida mengaku, dia juga tidak terlepas daripada masalah hutang dan kadang-kala ada juga meminjam jika menghadapi kesulitan dalam kewangannya, sama seperti orang lain. “Nak katakan saya tidak pernah berhutang tu tidaklah, semua orang berhutang. Beli kereta, beli rumah atau beli apa jua jenis aset yang mahal-mahal semuanya secara kredit atau bahasa pasarnya berhutang. “Apabila merujuk hutang antara saya dengan individu lain, ya memang ada. Tetapi sehingga sekarang, Alhamdulillah tiada masalah kelewatan membayar balik hutang tersebut. Kalau saya tak mampu nak bayar sekaligus, saya sedaya upaya akan membayar sedikit demi sedikit. Akan tetapi, jika mengatakan saya langsung tidak bayar hutang, saya rasa itu tuduhan yang tidak benar," jelasnya menjawab isu terbabit . Bagaimanapun, tambah Fida, jika benar dia ada berhutang dengan sesiapa dan tidak pernah berbayar, harap individu tersebut dapat menghubunginya segera. “Seingat saya, semua hutang-hutang saya dijelaskan mengikut jadual. Jika ada yang tertangguh pun, tidak mengambil masa yang lama. Pun begitu, saya sebagai seorang manusia biasa mungkin terlupa sekiranya ada hutang yang terlepas pandang," katanya penuh hemah.
Godaan VIP
Pada masa yang sama, Fida menjelaskan dalam kesibukan menjayakan beberapa projek korporat yang memerlukannya berhubungan secara terus dengan pihak atasan, dia pernah diganggu dan digoda oleh golongan kenamaan (VIP). Justeru, dia amat berhati-hati apabila berhadapan dengan situasi tersebut dan cuba mengendalikannya secara bijak dan berhemah. “Saya faham dan sedar lambat laun akan terjebak dalam situasi seperti ini. Sejak awal pembabitan dalam bidang seni, saya sudah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapinya. “Jika diminta bukan-bukan oleh VIP berkenaan, saya akan jelaskan dengan baik. Saya tidak mahu kecilkan hati mana-mana pihak. Tetapi jika sudah melampaui batas, saya terus putuskan hubungan atau sebarang bentuk komunikasi dengannya. Ia bukan satu tugas mudah dan artis kena bijak buat keputusan apabila digoda VIP," katanya. Sumber: Utusan
TOP
Suspek Bunuh Gadis Di Hotel Bajet Ditahan
BACA: Wanita Jalin Hubungan Sulit Dengan Abang Ipar Ditemui Mati Dalam Keadaan Bogel
KUALA LUMPUR – Suspek kes pembunuhan gadis berusia 22 tahun di sebuah hotel bajet di Kelana Jaya berjaya ditahan di Teluk Intan, sebentar tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supritenden Fadil Marsus berkata, suspek ditahan di Hospital Teluk Intan selepas cuba membunuh diri dengan meminum racun. Suspek sebelum ini dipercayai melarikan diri selepas membunuh adik iparnya dan sempat memberitahu ahli keluarga isterinya untuk pergi ke hotel bajet selain memberitahu hasratnya untuk membunuh diri.
Sumber: Harian Metro
TOP
Warga India Ditikam Kekasih Indonesia
Suspek seorang wanita yang dipercayai warga Indonesia ditahan polis di Petaling Jaya. PETALING JAYA: Seorang lelaki berusia 40 tahun yang dipercayai warganegara India dikatakan ditikam hingga mati oleh teman wanitanya di tingkat tiga sebuah rumah kedai di Jalan PJS 1/46, Petaling Jaya di sini, Rabu. Polis menerima laporan mengenai kejadian oleh pengusaha restoran berdekatan kira-kira pukul 5 pagi. Jurucakap polis berkata, lelaki berkenaan dijumpai mati dalam keadaan bogel dengan kesan tikaman di dada. "Dia baru selesai mandi ketika ditikam. "Teman wanitanya dipercayai rakyat Indonesia. Dia ditahan di tempat kejadian ketika sedang mengemaskan barang-barang sebelum cuba melarikan diri," katanya. Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. Sumber: mStar
TOP
Pengantin Terkilan Rekaan Pelamin Tidak Seperti yang Digambarkan
Alangkah bahagia rasa hati sekiranya dapat menjadi Raja Sehari dengan pelamin yang begitu indah sekali ya? Walauapapun berhati hatilah ketika memilih wedding planner kerana ini SiakapKeli.com menerima aduan yang mana rekaan pelamin yang mereka tempah itu indah khabar dari rupa.
Review ini dibuat terhadap pereka pelamin Lots of Love - bridal dari Kuala Lumpur.
FB Lots of Love
Ini kisah mereka...
Masa mula-mula plan, rasa macam betul ke nak ambik bridal dari KL ni, sebab takut kos mahal. Kos travel lagi, penginapan lagi. Last-last decide, tapelah, tolong member. Ini gambar contoh pelamin yang aku agree: Ni gambar yang dia bagi kat aku. Masa mula2 dapat, aku tau dah ni mesti dia amik dari page org lain. Aku siap google image, and memang betul pun dia amik dari page lain. Sedapkan hati, maybe dia just amik as contoh. So aku pun mintak la pelamin yang betul2 dia yang buat.
Ini pelamin yang dia buat sendiri. Katanya la. Ana (bukan nama sebenar) cakap, pelamin aku akan jadi macam ni. props semua sama. Aku pun layan.
Al kisah ceritanya bermula begini.
Service – Mula-mula service memang thorbaik. Aku siap suruh dia datang Johor dulu sebab nak suruh dia tengok tempat pelamin. Ana pun turun la Johor dengan baby dia yang baru je lahir, melihat kawasan. Ukur punya ukur, diskas2 and decide buat macam mana. Ana pun ada bagi cadangan2 yang menarik, so boleh kita guna untuk tambahan2 idea. Aku kahwin Sabtu, 31st May 2014. Bayangkan, hari Jumaat, sehari before kahwin, tengah hari tu aku asyik call Ana, tak berangkat. Mula2 dah risau dah, tapi tak apa, sedapkan hati. Maybe ada kerja la tu kot. Tak lama lepas tu, baru dia angkat, “Dali, kita tengah make up orang ni”. FINE. Beberapa jam kemudian, aku call lagi, tak berangkat. Masa tu dah petang Jumaat. Pelamin tak pasang lagi. Risau serius risau. Aku mesej, bila nak sampai. Lepas tu baru dapat reply, “Dali, husband kita baru bertolak.” Aku macam whatttttttttttt. Masa tu dah pkul 3 lebih, baru nak bertolak? Habis tu sampai dalam pkul berapa? 7 petang? Member2 dah cuba tenangkan pengantin. Tak apa lah, biasa la tu ada yang bridal memang pasang pelamin lambat pun. Aku tanya, kenapa gerak lambat, kata pasang petang. Dia balas, “Suami kita nak gerak after solat jumaat.” And guess what. Dah nak dekat pukul 7 aku call, tak angkat2. Berkali2. Macam2 sms aku bagi. Sedih tak sedih, pukul 7 malam, tak ada kabar berita. Lepas tu tak sampai2. Aku masa tu memang sedih tahap alahai….. Memang dah meleleh je air mata. Sedu sedan. Tatau kenapa dia buat sampai macam tu sekali. At least, angkat lah phone, ni senyap je. Aku dah call husband dia, pun tak berangkat jugak. Aku call time whatsapp dia online, memang tak berangkat. Pukul 8 malam, baru dapat response. Terkejut aku. Rupanya tak bertolak lagi. Subhanallah… Aku nak taip ni pun, sakit dada bila ingat balik saat2 malam tu. Haih…. Katanya, pukul 10 baru nak bertolak. Habis tu tadi tu apa? Kata bertolak dah? So maknanya sampai dalam pukul 1-2 pagi la kan. Masa tu memang asyik menangis je. Nasib baik ada bridemaids yang tolong tenangkan aku. Kakak2 and family pun semua tenangkan. Aku dah nangis teresak2 sedu sedan bagai. Family suruh tido, aku pun tido. Sebab memang semua masa tu dah ready, aku pun memang plan nak tido awal. Pukul 10 tu da tak buat apa dah, cuma pelamin je yang tak pasang2 lagi. Aku set alarm, pukul 1:30 pagi. Bangun2, cepat2 check hp, tak ada sms, tak ada misscall. Call husband Ana, nak tanya dah sampai mana. And guess what, dia cakap dekat Nilai. Nak minum2 dulu. Subhanallah. Masa tu jantung da nak tercabut. Apa ke hal nya kata bertolak pukul 10, tapi pukul 1:30 baru sampai Nilai???????? Siap cakap nak minum2 dulu tu. Kalau korang jadik aku, apa perasaan. Lepas tu kalau 1:30 pagi baru sampai Nilai, sampai johor pukul berapa? 4 pagi? siap pasang pelamin pukul berapa? 6 pagi? Di pendekkan cerita, korang sendiri paham2 lah perasaan aku masa tu. Memang tak boleh tidur dah. Mak suruh solat. Aku solat hajat, solat taubat, dah tiup dah Al-Fatihah dekat suami dia, supaya cubalah faham perasaan aku ni. Berdoa jugak dekat Allah semoga tabah hati menghadapi dugaan… Sedihnya bila ingat balik waktu2 tu. Aku pulak bukan jenis melenting2, ikut hari rasa nak maki hamun je. Tapi tak pandai (T_T) Pukul 4 pagi, aku call, dekat mana? Nasib baik angkat. Dekat Tangkak. Tercabut jantung lagi. Tangkak – Kluang, lagi dua jam. Abis tu pelamin sampai pukul berapa? 6 pagi? Pasang2 semua, siap pukul berapa? Yang aku geramnya, suami Ana, cakap tanpa rasa bersalah. Aku cakap, mana ada orang pasang pelamin pukul 6 pagi.. dia cakap, ‘ha tu aa… tapi nak buat mcm mana kan..’ Subhanallah.. Ada jugak manusia macam ni.. Pukul 5 pagi aku da start mandi, siap2 nak ke tempat kenduri aku. Sampai sana, bridemaids aku semua dah bangun.. Sejuk sikit tengok diorang da start tolong2 kemas barang. Lega aku ada yang bagus macam diorang ni. Dah pukul 6 pagi ni, aku pun call la Afiq. Tak berangkat. Aku call banyak kali. Tak berangkat. Jam da dekat pukul 6:30 pagi. Aku masuk bilik pengantin, solat subuh. Bila solat subuh, mengadu padaNya, aku rasa sebak sangat2. Sangat2. Aku menangis lagi pagi tu. Beristighfar banyak2. Kenapalah diorang tak angkat phone… Pukul 7 pagi, pelamin masih tak di pasang. Majlis start pukul 9 pagi. Kak Liza, juru mekap aku, dah sampai. Bila dia tau pelamin tak sampai lagi, dia pun risau. Kak Liza sangat2 lah bagus. Aku pun mulakan mekap, dengan pelamin yang masih tak terpasang. Pukul 7:30 pagi, bridemaid aku bagi tau, ‘Kak Dali, diorang dah sampai’. Ya Allah…………. Leganya subhanallah… Legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat2. At least diorang datang la kan. Aku memang sangat2 lega. Aku dah malas nak pikir apa dah masa tu. Cuma bila pihak lelaki datang, diorang masih lagi pasang2 pelamin.. malu memang sangat lah malu.. Selesai mekap, aku belum ada kesempatan nak tengok pelamin macam mana, sebab aku mekap dekat tingkat atas. Hopefully, macam yang aku nak.. Bila tok kadi panggil turun, benda first yang aku nak tengok bukanlah Kamil, tapi pelamin. haha. Risau weh masa tu. Tetapi, apakan daya, kecewa. Kecewa. Kecewa. Pelamin tidak seperti yang dijanjikan. Aku bayar RM2500 untuk pelamin di bawah.
Beza tak? sgt beza. Benda bulu2 tu entah ke mana, meja entah ke mana.. dengan kerusi dah berkulat bagai.. aku tatau la daun2 gantung tu, katanya penuh, aku tengok jarang2 kemain. color dah berwarna warni bagai. caca merba. tolak bunga telur tu, sebab bunga telur yang cantik tu abg n kakak ipar aku yang buat.
Ni bantal berlubang, terbakar bagai dia bagi kat aku..
Tempat merenjis yang dah tertanggal, ada tiga je mangkuk. Patutnya ada 4, suami Ana dengan selamba je ckp, ‘patah lagi satu’ Pernah tak rasa geram, yang sampai tak tau nak cakap apa. Dah lah tak angkat phone bila call. Habis majlis, husband confront dekat husband Ana. Boleh husband dia cakap, ‘kitorang tatau apa2, kitorang cuma ikut cakap bos je.’ Paling aku geram, dia cakap ‘Saya pun lupa ada kena pasang pelamin hari ni’. Terkejut aku bila dia cakap macam tu. Afiq asyik cakap, apa2 tanya Ana. Saya tak tau apa2. Oh mai. Korang duduk serumah, tidur sekatil kot. And yang aku peliknya, tiap kali aku mintak quotation, Sue akan cakap, kejap kita tanya husband kita dulu. Lepas tu husband dia boleh cakap dia tatau pape pasal bisnes Sue ni. Ya Allah.. Apabila selesai majlis, pelbagai cerita aku dengar pasal Afiq ni. Daripada saudara mara dan rakan2. Walaupun diorang dah trang tang tang datang lewat, masa diorang pasang pelamin tu, kawan aku cakap, diorang tak bersungguh pun nak pasang dengan cepat. Siap ada masa lagi nak berhenti sekejap smoking. Haih.. memang tatau lah nak cakap apa.. Kecewa memang sangat lah kecewa. Sedih. Sedih yang teramat. Tapi benda dah jadi, tak boleh nak ulang balik. Kalau lah boleh di ulang semula, memang aku tak ambik bridal ni. Tak ada satu pun yang bagus. Harga mahal, service teruk. And diorang tak profesional pun. Sebab Ana and husband dia dua2 ada kerja tetap lain. Bridal ni part time je. So memang caca merba la. Ye lah aku ni niat nak tolong member, tapi, ini yang dapat.. Haih… Mak kata, muhasabah diri. Sekarang ni aku redha. Redha memang redha, tapi bila ingat2 balik, sakit nya hati… itu je hari yang aku ada.. aku memang plan semuanya awal, tapi apakan daya, kita hanya merancang, Tuhan menentukan… At least ada la jugak pelamin kan. Daripada tak ada. It could be worst.. (nak sedapkan hati). Alhamdulillah dah selamat pun jadi isteri orang. Nasihat kepada yang bakal nak berkahwin, tak payah lah nak tolong2 member kalau menda2 macam ni.. banyak lagi cara korang boleh tolong member.. too risky kalau nak involve hari bersejarah korang.. and kena kuat mental bila benda2 macam ni jadi… masa aku meleleh2 air mata meroyan masa pelamin tak sampai2, berapa kali cakap dalam hati, ‘it could be worst’. ulang banyak2 kali. and true, it could be worst. Member aku cerita, ada sorang pasangan ni pun terkena lebih kurang macam aku. Tapi lagi teruk, siap keluar dekat sinar harian lagi. Saman bagai. Aku ni tak mampu la kan nak kluar dekat sinar harian. Mampu tepek dekat blog sendiri yang ada la 2 org baca seminggu. Kalau ada yang nak share dekat FB, dipersilakan. Apa2 pun, untuk bakal pengantin, berhati2 lah memilih bridal. Jangan sebab nak tolong kawan, diri sendiri tergadai.. Aduan dan Kredit: Faizul Mohd Fauzi Sumber: Dierlufeng
TOP
Misteri Harta Karun Bukit Jeragan, Johor
BATU PAHAT – Penduduk sekitar Bukit Jeragan, di sini, mendakwa menemui harta karun didakwa milik tentera Jepun dan kerajaan Majapahit yang pernah berada di lokasi berkenaan satu ketika dahulu. Antara barangan ditemui di bukit yang turut dikenali sebagai Pulau Kundur itu adalah serpihan tembikar, manik, batu permata, hulu parang, emas, peluru lama dan syiling lama di mana bentuknya hampir sama dengan syiling ditemui di Pulau Nangka, Melaka, baru-baru ini. Syed Abdul Hafis Syed Abu Bakar, 40, berkata, dia yang mula mencari harta berkenaan pada 1990 berjaya menemui beberapa duit syiling yang diperbuat daripada tembaga. Menurutnya, keinginannya untuk mencari harta karun terbabit wujud sejak kecil apabila mendengar cerita daripada datuknya. “Malah datuk saya ada temui beberapa barangan seperti batu permata yang dijadikan cincin. “Saya difahamkan oleh orang terdahulu bahawa daerah Batu Pahat ini sebenarnya ialah lautan dan Bukit Jeragan merupakan sebuah pulau yang begitu strategik untuk perdagangan. Pada mulanya ia dikuasai oleh individu yang cukup hebat berasal dari Majapahit dikenali sebagai Jeragan Budiman dan kemudiannya telah dikuasai oleh tentera Jepun. “Kami penduduk di sini hanya mencarinya secara sendirian, namun ada kalanya tidak menemui apa-apa. Tetapi kebanyakan orang termasuk dari luar akan menemui sesuatu terutamanya manik dan batu permata,” katanya, di sini semalam. Syed Abdul Hafis bersama penduduk setempat percaya masih banyak lagi harta yang tertanam di bukit berkenaan kerana sebelum pembangunan berlaku, terdapat pintu gua yang kecil, tetapi tertimbus sedikit demi sedikit. Katanya, dia juga pernah menggunakan alat pengesan logam di kawasan berkenaan khususnya di kawasan kubur lama dan bacaan diterima menunjukkan terdapat logam yang tertanam di sekitar lokasi terbabit. “Disebabkan ia kubur, kami penduduk sekitar tidak mengoreknya kerana tahu ia salah… dan kami mengharapkan agar kerajaan negeri dapat melakukan sesuatu untuk membongkar antara khazanah berharga di Batu Pahat ini. “Kami juga difahamkan gelaran Bandar Penggaram yang diberikan kepada Batu pahat ini berasal dari sekitar ‘pulau’ ini juga yang mana namanya ialah Pangkal Jeram sebelum kemudiannya menjadi Penggaram,” katanya. Dia bersama penduduk berharap ‘pulau’ dan khazanahnya dibongkar untuk dipelihara oleh kerajaan sebagai tarikan sejarah. “Penduduk asal di Bukit Jeragan juga diharapkan tidak dipindahkan di mana kini terdapatnya satu rumah yang diwarisi turun-temurun,” katanya. Sementara itu, seorang lagi penduduk, Ibrahim Johari, 75, berkata, kawasan Bukit Jeragan berkenaan memang tidak putus-putus dikunjungi orang ramai. Katanya, dia yang merupakan antara penduduk asal di situ, mendengar sejarah secara lisan daripada datuknya yang menyatakan Bukit Jeragan berkenaan merupakan pelabuhan yang sibuk dan dikunjungi pedagang dari China, India, Arab dan juga Eropah “Selain tempat berdagang, atuk juga ada memberitahu ia juga dijadikan tempat berehat oleh Orang Besar di Nusantara, termasuklah para sultan serta keturunan diraja, selain terdapatnya pintu gerbang seperti A Farmosa, di Melaka. “Saya juga pernah bermimpi yang memberitahu di Bukit Jeragan yang turut dikenali sebagai Pulau Kundur ini mempunyai harta yang tertanam di bawahnya dan mempunyai gua untuk menyimpan harta berkenaan,” katanya. Sementara itu Ismail Bawi, 54, berkata, semasa kecil dia sering terjumpa ketulan logam berbentuk bulat seperti duit syiling, tetapi tidak menyimpannya kerana tidak mengetahui nilainya ketika itu. “Pernah juga saya terjumpa patung angsa berwarna keemasan tetapi takut untuk mengambilnya dan apabila saya datang sekali lagi untuk mengambilnya bersama rakan, ianya telah tiada. “Atuk saya juga pernah bercerita kepada saya yang bukit berkenaan agak sibuk satu ketika dahulu, namun kebanyakan kemudahan di situ musnah ketika tentera Jepun menyerang negara ini,” katanya. Sumber: Sinar Online
TOP
Forum Hiburan Cetuskan Sengketa Azlee Khairi & Zara Zya
Azlee berharap isu dia bersengketa dengan Zara tidak akan berbangkit lagi. PETALING JAYA: Pelakon Azlee Khairi menyifatkan gosip kononnya dia bersengketa dengan aktres Zara Zya masih menjadi buah mulut orang disebabkan hal berkenaan masih menjadi topik perbincangan di laman-laman sosial. Azlee atau nama sebenarnya Azlee Khairi Zulah Hanee, 25, berkata, dia tidak faham motif individu di satu laman forum memanaskan isu tersebut memandangkan dia dan Zara tidak pernah bergaduh sebelum ini. "Walaupun saya pernah bercakap tentang perkara ini, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa saya dan Zara tidak pernah bergaduh, menarik muka atau tidak berpuas hati antara satu sama lain. "Saya tidak faham mengapa isu ini masih lagi berbangkit. Saya lihat, ini semua bermula daripada sebuah forum yang tidak sudah-sudah mahu mencari kesilapan untuk melihat kami bersengketa," katanya dalam satu mesej kepada mStar Online.
Azlee Khairi mula popular selepas membintangi drama bersiri Love You Mr Arrogant.
Sebuah akhbar mingguan pada Ahad lalu melaporkan Zara masih lagi bermusuhan dengan Azlee yang digandingkan menerusi drama Love You Mr Arrogant, walaupun kedua-dua sudah menafikan dakwaan tersebut. Malah, laporan itu turut menyatakan sehingga kini Zara suka menjaja cerita buruk Azlee sehingga ada pihak menyatakan dia seorang wanita yang bermulut jahat dan celupar. Sementara itu, Azlee memberitahu, khabar angin itu bagaimanapun tidak pernah menjejaskan persahabatannya dengan Zara kerana mereka masih lagi baik seperti sebelum ini. Malah, Azlee juga tidak menolak sekiranya ada pihak penerbit yang mahu mereka digandingkan bersama lagi pada masa hadapan. "Kami masih berkawan dan tiada sebarang masalah pun. Malah kami boleh bekerjasama lagi pada masa akan datang. Hanya orang di luar sana yang tidak ada kerja cuba mencipta sengketa antara kami," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Azlee kini sedang menjalani penggambaran mengendalikan sebuah rancangan terbitan RTM iaitu Kuasa Pengguna yang akan disiarkan pada Ogos atau September depan. Sumber: mStar
TOP
Rita Rudaini Tuntut Nafkah Tertunggak Lebih RM100,000
TUNTUTAN nafkah tertunggak lebih RM100,000 difailkan pelakon, Rita Rudaini, terhadap bekas suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak, akan melalui perbicaraan penuh pada 30 September ini. Tarikh perbicaraan itu ditetapkan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Mawardi Che Man, ketika prosiding berlangsung di hadapannya, semalam. Ketika prosiding semalam, Rita dan Aidil Zafuan tidak kelihatan di mahkamah, sebaliknya mereka hanya diwakili peguam masing-masing. Peguam Rita, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, berkata hakim turut menetapkan 22 September ini sebagai tarikh pengesahan afidavit dan dokumen. Beliau berkata, tuntutan nafkah berjumlah lebih RM100,000 yang difailkan Rita membabitkan kos bayaran rumah, makan minum, pakaian dan barangan asasi lain. “Jumlah terbabit dikira bermula dari tarikh Aidil keluar daripada rumah mereka di Kota Damansara sejak Januari 2012, meninggalkan Rita serta dua anak mereka, Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3. “Tuntutan nafkah ini difailkan pada awal Januari lalu dan semua jumlah adalah nafkah tertunggak,” katanya ketika ditemui selepas prosiding semalam. Aidil Zafuan pula diwakili oleh peguam, Roshdan Sujak. Sebelum ini, Rita turut menuntut nafkah anak merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan juga lampin pakai buang sebanyak RM5,392 sebulan. Bagaimanapun, Aidil yang juga pemain pertahanan skuad JDT, menegaskan beliau hanya mampu membayar RM2,000 sebulan. Sumber: Berita Harian
TOP
Otak Orang Hot FM Ni Kat Bontot Ke Apa?
Peminat Anggap Panggilan Hangit HOT FM Kepada Isteri Norfarhan Melampau | Biasa dengar panggilan hangit HOT FM? Siapa yang tak suka bila mendengar panggilan hangit yang sering ke udara menerusi radio HOT FM. Walaupun bersifat suka-suka namun panggilan hangit ini kadangkala agak kurang disenangi juga. Contoh terkini ialah panggilan hangit HOT FM keatas isteri pemain bolasepak Terengganu, Norfarhan Mohammad yang agak kurang disenangi peminat dengan menganggapnya melampau dan kurang ajar. Panggilan bermula apabila seorang wanita yang mengenalkan dirinya sebagai Lina mengadu kepada isteri Norfarhan (kak Su) kononnya dia telah 2 minggu dihamilkan oleh Norfarhan. Malangnya si pengadu berkata, Norfarhan enggan bertanggungjawab. Isteri Norfarhan dilihat tenang menjawab panggilan Lina sambil mempelawa Lina membuat pemeriksaan di klinik. Dalam pada itu, kak Su turut mengajak Lina berjumpa dengannya.
Sementara mereka sedang berbincang, datang pula abang Lina yang kononnya sedang marah kepada Paan sambil mengamuk sakan. Di akhir panggilan hangit tersebut, abang Lina berkata yang "Rafli" telah mengenakanya sambil mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Kak Su. Komen peminat mengatakan isteri Norfarhan sememangnya seorang wanita yang penyabar serta mampu menghadapi tekanan. Namun mereka juga menyatakan panggilan seperti itu tidak perlu dilakukan HOT FM kerana menurut mereka bergurau perlu ada batasnya. Saksikan video tersebut dibawah.
Sumber: kezoom.blogspot.com
TOP
Pelajar UiTM Tidak Dibenarkan Beronani Dalam Bilik?
Ok..ini berita yang agak lucu lagi memeningkan. Sekeping pelekat amaran berkenaan larangan melakukan kerosakan, merokok dan beronani telah tersebar di ruang maya. Pelekat tersebut dipercayai diambil dari Kolej Perindu, Universiti Teknologi Mara (UiTM). Menurut laporan The Malaymail Online, pihak pengurusan kolej telah menafikan larangan tersebut dikuatkuasakan di sini. "Kami tidak pernah mengeluarkan arahan sedemikian," kata jurucakap rasmi koleh berkenaan. Apabila ditanya adakah ini bermaksud kegiatan onani dibenarkan di situ, beliau menjawab: "Larangan tersebut palsu"
Beliau juga sedia maklum berkenaan pelekat tersebut yang berada di kolej berkenaan. "Kami telah membuat laporan kepada pihak polis bantuan kolej," katanya lagi. Pelekat tersebut tertulis nama Kolej Perindu dan telah tersebar beberapa ketika di internet. “Dilarang melakukan kerosakan, dilarang merokok, dilarang beronani. Awas! Anda sedang diperhatikan,” itulah yang tertulis pada pelekat tersebut. Pegawai kolej itu juga memberitahu hanya dua larangan yang pertama sahaja dipakai dalam pelekat tersebut. Pelekat tersebut dikeluarkan bertujuan mengesan penggunaan barangan elektrik oleh pelajar di dalam kolej. Sumber: pilihan-anda.blogspot.com
TOP
Mesir berkas tujuh pesalah seksual
Perhimpunan sempena pelantikan al-Sisi dicemari insiden yang menggemparkan masyarakat dunia pada Ahad lalu. KAHERAH - MESIR . Seramai tujuh lelaki yang didakwa melakukan serangan seksual ketika perhimpunan untuk meraikan pelantikan Presiden Abdel Fattah al-Sisi diberkas pihak berkuasa, kelmarin. Kementerian Dalam Negeri memaklumkan kesemua suspek berumur 16 hingga 49 tahun itu dipercayai turut melakukan perbuatan sama ke atas beberapa lagi remaja pada Ahad lalu. Bagaimanapun, mereka tidak mengesahkan sama ada ketujuh-tujuh individu itu terlibat dalam serangan yang turut dirakamkan menerusi telefon bimbit dan kini tersebar secara meluas di beberapa media sosial termasuk Youtube serta Facebook. Difahamkan, rakaman perbuatan biadab sekumpulan lelaki yang bertindak membogelkan seorang remaja perempuan di Dataran Tahrir itu telah mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa. Polis mengesahkan mangsa berumur 19 tahun yang mengalami kesan lebam teruk akibat dipukul ketika insiden tersebut dan kini sedang dirawat di hospital. Sementara itu, kumpulan aktivis, I Saw Harassment menyelar pasukan keselamatan kerana tidak mengambil sebarang langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kejadian seperti itu walaupun ia pernah berlaku sebelum ini. Dalam perkembangan lain, seramai 82 penuntut Universiti Al-Azhar dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas disabit bersalah kerana menyertai protes antikerajaan pada awal tahun lalu. Kesemua mereka yang ditahan pada Disember dan Januari lalu masing-masing dikenakan denda EGP100,000 (RM45,000), dopetik dari laporan AFP. Sumber: Sinar Online
TOP
Sepp Blatter Didesak Berundur Sebagai Presiden Fifa
PRESIDEN Persekutuan Badan Induk Bola Sepak Dunia (Fifa), Sepp Blatter menerima desasakan supaya berundur daripada terus mengetui badan itu berikutan dakwaan rasuah terhadapnya ketika pembidaan tuan rumah Piala Dunia Qatar 2022. Presiden Persatuan Bola Sepak Belanda, Michael van Praag berkata, Blatter tidak sepatutnya mencalonkan diri untuk pemilihan semula tahun depan kerana imej Fifa sudah tercalar ketika era kepimpinannya. Menurut Van Praag: “Orang mengaitkan Fifa dengan rasuah dan pecah amanah.” Pada Selasa Blatter mengadakan pertemuan dengan delegasi UEFA setelah mendapat sokongan daripada lima konfederasi Fifa yang lain. Selain itu Naib Pengerusi FA, David Gill turut menggsa supaya Blatter tidak bertanding semula pada pemilihan akan datang. Beliau berkata keputusan Blatter untuk bertanding semula pada 2015 adalah mengecewakan. Sumber: mStar
TOP
DAP Bantah Hudud Di Selangor
Gobind Singh Deo.
PETALING JAYA: DAP Selangor tetap tidak akan membenarkan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo berkata, beliau berikrar tidak akan membenarkan usaha itu menjadi kenyataan. "Kami sudah berulang kali katakan, kami berpendapat bahawa sebarang undang-undang untuk melaksanakan hudud bertentangan dengan Perlembagaan. "Justeru kami menentang sekeras-kerasnya cadangan memperkenalkan undang-undang syariah itu di negeri Selangor," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong berkata, undang-undang jenayah hanya boleh diluluskan oleh Parlimen dan bukannya Dewan Undangan Negeri (DUN). Terdahulu, sebuah portal berita berbahasa Inggeris melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik mencadangkan kajian untuk memperkenalkan hukum hudud di Selangor akan dibahaskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Isnin depan. Cadangan itu diserahkan oleh Kamarol Zaki kepada Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh pada minggu lalu. “Ia diserahkan minggu lalu oleh Inmind bagi pihak saya,” katanya Kamarol Zaki. Inmind adalah Institut Perkembangan Minda, sebuah agensi yang dilantik oleh Adun Barisan Nasional (BN) di Selangor. Hannah turut mengesahkan kajian mengenai hudud adalah satu daripada empat cadangan yang diterima daripada BN untuk dibahaskan. “Saya masih belum membuat keputusan sama ada untuk membenarkan mereka membahas isu ini atau tidak,” katanya. Keputusan cadangan itu hanya akan dibuat ketika mesyuarat Adun BN Selangor pada Selasa. Usaha mStar Online untuk mendapatkan kenyataan Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Mohd Shamsudin Lias yang juga Adun Sungai Burong berhubung keputusan tersebut bagaimanapun tidak berjaya.
TOP
Google beli firma satelit pencerap imej AS$500 juta
PAPAN tanda Skybox Imaging di ibu pejabat di Mountain View, California. - Foto AFP
SAN FRANCISCO: Google hari ini mengaumumkan rancangan untuk membeli firma satelit, Skybox Imaging bernilai AS$500 juta bagi meningkatkan lagi pemetaan dan berapa perkhidmatan berkaitan data geografi. “Kami bersetuju untuk membeli Skybox Imaging, dan kami amat mengalu-alukan mereka untuk bersama-sama dengan Google,” kata Google dalam satu kenyataan. “Satelit mereka akan membantu pemetaan dengan tepat serta imej yang terkini. "Malah untuk jangka masa panjang, kami berharap pasukan Skybox dan teknologinya akan membantu meningkatkan akses internet dan bantuan bencana - sektor yang semakin lama menarik minat Google untuk menceburinya," kata kenyataan itu. Sementara itu, Skybox dalam posting blognya berkata, matlamat syarikat yang berusia lima tahun itu adalah untuk menawarkan satu 'revolusi akses maklumat dalam setiap perubahan di permukaan bumi'. “Kami sudah membina dan melancarkan satelit pencerapan imej resolusi tinggi yang terkecil di dunia yang mengumpul imej dan video yang cantik serta berguna setiap hari," katanya. Berita itu susulan pengumuman Google, dua bulan lalu mengenai rundingan pembeliau Titan Aerospace, syarikat pembuat pesawat kawalan menggunakan tenaga solar bagi meningkatkan lagi keupayaan ekses internet di kawasan terpencil. Google juga sedang melaksanakan Projek Loon, iaitu penggunaan bola gergasi untuk memancarkan isyarat di kawasan yang tidak mempunyai penyambungan internet. Sumber: AFP
TOP
Lesen Bunkering, Borong Minyak Di Jeti Persendirian Batal Serta-Merta
Hasan Malek.
PUTRAJAYA: Lesen bunkering (penyaluran minyak ke kapal) dan lesen borong minyak petrol dan diesel di jeti-jeti persendirian dibatalkan serta merta, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek. Beliau berkata, keputusan itu diharapkan dapat mengekang aktiviti penyelewengan petrol dan diesel, khususnya yang beroperasi di jeti-jeti persendirian. Selain itu, beliau berkata, KPDNKK juga akan menggantung lesen stesen minyak yang didapati terlibat dalam penyelewengan bahan api itu. "Syarikat minyak akan mengambil alih sementara operasi stesen minyak yang digantung lesen sehingga siasatan selesai untuk memastikan bekalan tidak terjejas di kawasan tersebut," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan perjumpaan khas bersama wakil-wakil agensi kerajaan dan syarikat-syarikat minyak mengenai isu penyelewengan bahan petroleum bersubsidi di sini, Selasa. Pada Isnin, Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Alias Ahmad berkata, permohonan lesen pemborong minyak diesel dan petrol dan pembukaan stesen minyak baharu semua jenama dibekukan selama enam bulan mulai Selasa sehingga Disember ini. Selain itu, Hasan berkata KPDNKK akan meminda Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk mengenakan hukuman lebih berat terhadap mereka yang terlibat dalam penyelewengan bahan api bersubsidi. "Kami berpendapat penalti RM100,000 untuk kesalahan pertama adalah terlalu kecil. Selain itu, soal rampasan, membekukan akaun antara perkara yang akan dipinda di bawah akta ini. "Saya sudah mengarahkan pihak berkaitan dengan undang-undang termasuk Peguam Negara supaya melihat semula akta ini boleh dikuatkuasakan," katanya. Mengenai Ops Titik, Hasan berkata operasi yang dilancarkan pada 15 Mei lalu berjaya menangani isu kehabisan stok di stesen minyak di seluruh negara dengan ketara. Sehingga 8 Jun, beliau berkata sebanyak 124 kes bersabit dengan penyelewengan bahan api bersubsidi berjaya ditumpaskan dengan jumlah sitaan RM5.39 juta. Sementara itu, seorang wakil syarikat minyak yang ditemui selepas mesyuarat itu berkata, pihak mereka akan akur dengan keputusan kerajaan.
TOP
Penipuan Internet: Peniaga Jangan Sampai Ditipu Pembeli
PETALING JAYA: Kes penipuan di internet bagai tiada penghujungnya apabila kumpulan-kumpulan penipu terus menyasarkan laman-laman popular jualan barangan dalam talian untuk mencari mangsa. Jika sebelum ini penjual sering dikaitkan sebagai penipu, namun trend itu telah bertukar apabila pembeli pula dikesan menipu di laman web jualan barangan dalam talian. Penyangak dalam talian ini dilihat semakin berani apabila mereka menggunakan pendekatan yang lebih mesra, iaitu berurusan secara langsung dengan peniaga melalui telefon, menjadikan peniaga yang diumpan lebih yakin dengan mereka. Modus operandinya cukup mudah iaitu dengan menghubungi mana-mana individu yang mengiklankan barangan yang ingin dijual dalam talian dan berpura-pura menjadi pembeli yang kononnya sangat berminat dengan barangan yang diiklankan. Bagi memastikan mangsa lebih cepat masuk ke perangkap yang dipasang, penyangak tersebut sanggup menawarkan bayaran yang lebih tinggi daripada harga asal. Seorang pengiklan yang enggan dikenali berkata, dia terkejut apabila dihubungi seorang 'pembeli segera' selepas tidak sampai lima minit mengiklankan kamera yang ingin dijualnya di sebuah laman jualan barang popular di negara ini. "Tidak sampai lima minit, seseorang kononnya dari UK (United Kingdom) menghubungi saya melalui 'WatsApp' menyatakan minat untuk membeli kamera yang saya iklankan. Katanya dia mahu menghadiahkan kamera itu untuk sepupunya di Amerika Syarikat. "Saya macam terpukau...ikutkan hati memang saya nak jual sangat kamera tu, tapi atas nasihat kawan-kawan, saya tidak segera menjualnya. "Dia di UK dan nak belikan untuk sepupu di AS. Itu sudah membuatkan saya curiga. Kenapa mahu beli dari Malaysia? "Lagipun dia tak banyak bertanya tentang kamera saya, tetapi terus mahu beli siap tawar untuk tambah RM300 untuk bayar 'Poslaju' ke AS. Bagaimana pula dia tahu tentang Poslaju?," katanya kepada mStar Online baru-baru ini.
Antara salinan perbualan mangsa dengan individu yang didakwa cuba menipu untuk membeli sebuah kamera.
Lebih membuatkan penjual kamera itu bimbang apabila pembeli berkenaan seolah-olah tergesa-gesa meminta maklumat tentang dirinya seperti nama penuh, nombor akaun bank dan butiran lain. Seorang lagi mangsa yang pernah ditipu empat tahun lalu terkejut apabila taktik penipuan itu semakin berjaya memperdaya penjual barangan dalam talian. Katanya, dia mengalami kerugian kira-kira RM2,000 gara-gara ditipu individu yang kononnya mahu membeli barang untuk sepupunya di Nigeria. "Dia beritahu sudah masukkan duit ke dalam bank tetapi duit ditahan oleh pihak bank yang mahukan resit penghantaran item sebagai bukti. Saya percaya kerana memang saya terima emel yang dihantar oleh bank kepada saya. "Jadi saya pergi pos barang yang saya jual, tetapi sekali lagi dia minta bayaran RM1,000 dengan alasan tertentu. Akibatnya saya kerugian lebih kurang RM2,000 berserta barang saya," katanya sambil mengakui bertindak terburu-buru ketika itu. Seorang lelaki yang deknali sebagai Hasan pula nyaris menjadi mangsa penipuan apabila kereta yang diiklankan di internet untuk dijual mendapat pembeli dari luar negara yang sanggup membayar dengan harga lebih tinggi. "Kami berurus niaga guna Paypal. Saya bernasib baik sebab apabila saya pergi bank untuk kesan nombor paypal itu mendapati ia merupakan maklumat palsu dan tidak wujud dalam sistem syarikat berkenaan," katanya. Mengulas mengenai perkara ini, Penolong Pengarah Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Asisten Komisioner Kamaruddin Md Din berkata, selain pembeli terdapat banyak laporan penipuan daripada penjual. Katanya, siasatan mendapati kebanyakan mereka sebenarnya hanya mahu mendapatkan maklumat untuk menipu peniaga atau pihak ketiga dengan teknik 'phishing'. "Saya menasihatkan orang ramai yang sering menjalankan urusniaga jualan di internet supaya berhati-hati dengan sesiapa sahaja, sama ada peniaga atau pembeli yang mencurigakan. "Seboleh-bolehnya bayaran biarlah dibuat secara COD (cash on delivery)," katanya. Pengerusi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia Reihana Abd Razak berkata, dalam kes peniaga yang ditipu pembeli, mereka perlu membuat tuntutan di Mahkamah Sivil. "Jika mereka datang kepada kita, pihak tribunal nasihatkan mangsa supaya memfailkan tuntutan mereka di Mahkamah Sivil. "Itulah satu-satunya saluran yang boleh digunakan peniaga yang mendakwa mereka ditipu," katanya.
TOP
Kerap Berpindah Taktik Elak Bayar Nafkah – BSK
Prof Dr Mohd Naim Mokhtar. Foto izuman18.blogspot.com
PETALING JAYA: Lelaki yang mempunyai tanggungan selepas bercerai dikesan gemar berpindah-randah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa selepas ingkar perintah mahkamah untuk membayar nafkah. Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Prof Dr Mohd Naim Mokhtar berkata, taktik itu dikesan ketika pihaknya meneliti sistem pangkalan data maklumat bersepadu daripada agensi kerajaan terhadap lelaki yang diperintah oleh mahkamah untuk memberi nafkah kepada tanggungan selepas bercerai. "Mengikut trend terkini, kebanyakan mereka sengaja berpindah-randah untuk melarikan diri daripada dikesan pihak berkuasa selepas ingkar arahan mahkamah. "Sejak 2013, BSK bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). "Menerusi pangkalan data agensi terbabit, maklumat peribadi seperti majikan dan alamat terkini bekas suami yang ingkar itu akan diperoleh dan memudahkan urusan menghantar notis mahkamah meminta mereka membayar tunggakan nafkah yang diperintahkan," katanya kepada mStar Online. Sebelum ini, portal berita ini melaporkan tindakan bekas suami yang memberi alasan tidak munasabah bagi mengelak membayar nafkah, antaranya kerana gagal berjumpa anak dan mengakui diri muflis, selain menipu tidak mempunyai wang sedangkan memiliki harta termasuk kereta dan rumah mewah. Mengikut statistik JKSM, Selangor mencatatkan jumlah kes tuntutan nafkah tertunggak tertinggi iaitu 500 sejak 2008 dan 207 kes untuk tahun lalu sahaja, manakala Sabah (186) dan Wilayah Persekutuan serta Johor yang masing-masing mencatatkan 171 dan 142 kes untuk tempoh lima tahun. Mohd Naim berkata, sejak 2010 kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM15 juta kepada BSK untuk membantu bekas isteri yang tidak mempunyai sumber pendapatan. "Kita memang ada menyediakan bantuan kewangan kepada bekas isteri dengan memberi bayaran pendahuluan nafkah selama enam bulan. "Bagaimanapun, ada syarat yang ditetapkan dan ia akan diberikan kepada pemohon yang layak sahaja," katanya. Justeru, beliau meminta bekas isteri yang mempunyai masalah dalam soal pembayaran nafkah untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan BSK. Mengikut prosedur, katanya, pihaknya akan memberi nasihat supaya bekas suami dapat menyelesaikan tunggakan nafkah secara baik. "Sekiranya bekas suami gagal membayar, BSK boleh arahkan majikannya membuat potongan gaji untuk membayar nafkah berkenaan. "Jika masih ingkar, tindakan lebih tegas dikenakan yang boleh membawa hukuman penjara atau melelong harta untuk menyelesaikan tuntutan nafkah," katanya.
TOP
Zarena, Jais Nafi Serbuan Majlis Kahwin Hindu
Zarena dan Mohamad Adzib menunjukkan kenyataan media kepada para pemberita selepas mengadakan mesyuarat bersama yang turut disertai ahli keluarga wanita itu dan para pegawai Jais.
PETALING JAYA: Semuanya nampak dalam keadaan baik selepas satu mesyuarat yang diadakan antara Zarena Abdul Majid dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) pada Selasa berhubung kontroversi pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan pada upacara perkahwinannya yang mengikut adat agama Hindu pada 1 Jun lalu. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Pengerusi Mais, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Zarena hadir bersama ahli keluarganya. Turut hadir adalah timbalan pengarah Jais dan beberapa pegawai. Mereka mengeluarkan kenyataan bersama selepas itu dengan menyatakan bahawa Jais telah melakukan siasatannya dalam cara yang betul "tanpa menyinggung perasaan keluarga dan tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan itu". Dalam insiden 1 Jun lalu, para pegawai Jais dilaporkan telah menganggu upacara perkahwinan Zarena bagi mempersoalkan status agamanya. Zarena mendakwa bahawa dia ayahnya yang merupakan mualaf yang telah terpisah dengannya telah mendaftarkannya sebagai Muslim ketika dia masih kecil tetapi dia telah dibesarkan sebagai penganut Hindu oleh ibunya. Kenyataan itu berkata, Zarena kecewa dengan media yang menggunakan terma "serbuan" yang menyebabkan rasa tidak senang di kalangan masyarakat. "Menurut Jais, Zarena dan keluarganya memberikan kerjasama dalam siasatan itu," kata kenyataan tersebut. Menurut kenyataan itu, Mais meminta Zarena untuk memfailam satu permohonan dengan mahkamah Syariah berhubung pengenalan keagamaannya kerana ia di bawah kuasa mahkamah. "Mais dan Jais akan membantu mempercepatkan proses pendengaran kesnya di mahkamah Syariah," kata kenyataan itu lagi.
TOP
Pengarah Drama Kesal Dihina Kerana Seekor Beruk
Pengarah Shuhaimi Lua (tiga dari kanan) ketika mengarahkan Beruk Tok Ayah.
PETALING JAYA: Bunyinya seperti lucu tetapi itulah hakikatnya apabila seorang pengarah drama ditertawakan dan dihina gara-gara menerima tawaran mengarah sebuah telefilem yang dilakonkan seekor beruk. Pengarah berkenaan Shuhaimi Lua Abdullah, 39, berkata, dia rasa terhina apabila pihak berkenaan sanggup memperkecilkan bakatnya selepas dia mendapat tawaran mengarahkan telefilem bejudul Beruk Tok Ayah. “Ada orang mentertawakan bakat saya selepas saya mengambil peluang mengarah drama yang mana beruk adalah ‘pelakon’ utamanya,” jelas Shuhaimi kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa.
Zamarul Hisham dan Intan Ladyana dalam Beruk Tok Ayah.
Drama Beruk Tok Ayah ayah bakal menemui penonton menerusi slot Cerekarama di TV3 pada Sabtu ini pukul 10 malam sempena sambutan Hari Bapa. Ia membariskan pelakon Zamarul Hisham, Wan Hanafi Su, Syafie Naswip, Intan Ladyana dan Keena (Mentor). Penggambaran drama ini dilakukan di Kota Bharu, Kelantan manakala skripnya ditulis oleh MF Kencana.
Shuhaimi Lua Abdullah
Jelas Suhaimi, bukan mudah untuk dia mengarahkan sebuah drama yang dilakonkan oleh haiwan yang tidak terlatih seperti seekor beruk kerana ia memerlukan kesabaran yang tinggi. Malah katanya, adegan yang dikehendaki dalam skrip iaitu beruk berkenaan perlu mengambil tisu untuk diberikan kepada tuannya yang sedang menangis terpaksa ditiadakan kerana haiwan berkenaan tidak boleh berbuat demikian walaupun telah diajar. Kata Shuhaimi, dia terpaksa menggunakan kreativiti lain bagi membolehkan watak beruk yang bernama Comel itu benar-benar hidup agar drama berkenaan mencapai sasarannya. “Kepada sesiapa yang nak ketawakan saya tu, cubalah arahkan drama atau filem melibatkan haiwan. Ia bukan perkara mudah. Jadi, ketawalah pada diri sendiri dahulu,” katanya. Dalam pada itu Shuhaimi berkata, dia percaya ada pihak yang cemburu dengan peluangnya itu apatahlagi karya berkenaan mendapat slot untuk tayangan pada waktu perdana di TV3. Beruk Tok Ayah mengisahkan pengorbanan seorang bapa bernama Tok Ayah (lakonan Wan Hanafi Su) yang hidup kesunyian selepas kematian isteri. Bagi mengubat kesunyiannya, seekor beruk bernama Comel dijadikan peneman dan sumber rezeki untuk memetik buah kelapa. Tok Ayah dimusuhi oleh anak sendiri iaitu Hisham (Zamarul Hisham) yang mengangap beruk berkenaan membawa sial kerana menjadi punca kematian ibunya.
TOP
Malaysia Mula Dilanda Suhu Panas
Jurujual, Nazatul Akma menikmati aiskrim ketika cuaca panas di luar KLCC. -RAJA FAISAL HISHAN/The Star.
PETALING JAYA: Fenomena suhu panas yang berlaku sejak kebelakangan ini merupakan gambaran awal mengenai keadaan cuaca yang akan dirasai untuk beberapa bulan akan datang. Walaupun dijangkakan terdapat hujan dan ribut petir untuk tempoh tiga bulan akan datang, Jabatan Meteorologi berkata suhu purata boleh mencecah sehingga 36°C. Pada Ahad dikatakan stesen meteorologi di Felda Belera, Terengganu, and Daro, Sarawak, merekodkan bacaan suhu sehingga 37°C. Selain suhu panas dan cuaca kering, lebih banyak kebakaran hutan dijangka berlaku pada masa akan datang. Jabatan itu berkata Malaysia kini memasuki musim monsun barat daya dan di negara ini akan mengalami suhu purata maksimum sehingga 33.1°C setiap hari sehingga September. "Kami menjangka untuk melihat lebih banyak hari tanpa hujan," katanya dalam kenyataan pada Selasa. Walaupun dalam suhu panas, jabatan itu berkata masih terdapat hujan lebat dijangka akan berlaku di kawasan pedalaman di barat Semenanjung Malaysia dan di Sabah dan Sarawak. Di bahagian tengah dan utara semenanjung dijangka mencatat purata suhu harian tertinggi antara 33°C dan 34°C dalam tempoh tiga bulan akan datang. Mengenai keadaan jerubu tebal yang dijangka berlaku, jabatan itu berkata ia akan membahayakan kesihatan dan memberi kesan kepada sektor pertanian, penerbangan dan pelancongan.
TOP
Rombakan Kabinet: Saya Tidak Tahu - Najib
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, klanan) diiringi Presiden Turkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedov (kanan) di Istana Presiden sempena lawatan rasminya selama dua hari ke Ashgabat, Turkmenistan.
ASHGABAT (TURKMENISTAN): Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak tahu menahu mengenai sebarang rombakan Kabinet dalam masa terdekat ini. "Saya tidak tahu," katanya ketika ditanya wartawan Malaysia di sini, mengenai laporan sebuah akhbar harian mengenai kemungkinan rombakan Kabinet akan dilakukan pada Jumaat. Najib berkata demikian pada sidang akhbar sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ashgabat pada Selasa malam, setelah melakukan lawatan rasmi yang kedua ke Turkmenistan. Beliau diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam lawatan dua hari itu. The Malay Mail, yang memetik sumber berkata Najib sedang menimbangkan rombakan besar dalam barisan pentadbirannya bukan hanya untuk membawa masuk Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong sahaja. Barisan baharu itu dilaporkan mungkin diumumkan seawal Jumaat ini dan selewat-lewatnya selepas Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 28 Julai.
TOP
Hubungan Sulit Bersama Abang Ipar Bawa Maut
PETALING JAYA: Hubungan sulit seorang lelaki bersama adik kepada isterinya bertukar tragedi apabila mayat wanita itu ditemui dalam keadaan berbogel dengan kesan lebam di leher di sebuah bilik hotel bajet. Sumber berkata, mayat wanita yang bekerja sebagai juruwang di sebuah spa itu ditemui oleh kakaknya dan kakitangan hotel pada kira-kira pukul 5 petang Selasa selpeas suaminya menghubunginya dan didakwa mahu membunuhnya. Lelaki yang berusia 27 tahun itu bekerja di sebuah pub di Kuala Lumpur turut didakwa memberitahu isterinya bahawa dia mengambil keputusan untuk membunuh diri. Polis kini sedang memburu lelaki berkenaan. Difahamkan bahawa lelaki dan wanita itu telah mendaftar masuk ke sebuah hotel bajet di Kelana Jaya pada kira-kira pukul 4 petang Isnin dan lelaki itu keluar dari hotel itu seorang diri pada keesokan harinya sebelum menghubungi isterinya. Timbalan Ketua Polis Polis Petaling Jaya, Supt Fadil Marsus berkata, wanita itu mengalami kesan lebam di lehernya dan punca kematian mungkin akibat dicekik. "Tiada tanda-tanda lain dikesan pada badannya. "Tiada penemuan kondom atau dadah di bilik hotel," katanya di tempat kejadian. Dipercayai bahawa kematian itu mungkin disebabkan sesuatu yang berlaku ketika melakukan hubungan seks. Fadil berkata, polis sedang menunggu laporan bedah siasat bagi mengesahkan punca kematian. Beliau berkata, wanita itu didapati meninggal dunia pada kira-kira pukul 12.30 pagi Selasa. Polis turut membuat pemeriksaan terhadap rakaman litar tertutup (CCTV) di hotel tersebut.
TOP
Piala Dunia: Pemain Inter Milan Keliru Mangkuk Tandas Berkembar
PERTAHANAN Itali, Andrea Ranocchia keliru dengan kewujudan dua mangkuk tandas yang terletak bersebelahan di pusat latihan skuad negara itu di Rio, Brazil. Kekeliruan pemain Inter Milan itu dikongsikan menerusi laman sosial Twitter miliknya.
Ready for action: Ranocchia (left) is ready to fill in if a member of Italy's 23-man squad gets injured Ranocchia (gambar atas, kiri) yang tidak disenaraikan dikalangan 23 pemain Itali oleh Cesare Prandelli menjelajah ke Amerika Latin bagi memberi sokongan kepada rakan-rakannya. Mangkuk tandas yang dibina bersebelahan itu bukan kali kedua ditemui oleh atlit selepas ia kali pertama ditemui di asarama Olimpik Musim Sejuk Soci awal tahun ini (gambar bawah).
TOP
Junta Thailand mansuhkan perintah berkurung di 20 wilayah
BANGKOK 11 Jun - Junta tentera Thailand memansuhkan perintah berkurung lewat malam di lebih 20 wilayah, tetapi perintah itu kekal di Bangkok dan 50 wilayah lain. Pengumuman itu dikeluarkan semalam bagi memudahkan rutin harian orang ramai dan disebabkan keadaan wilayah-wilayah tersebut aman. Perintah berkurung itu juga telah dikurangkan dari tujuh jam ke empat jam, selain perintah itu dimansuhkan di beberapa wilayah yang terkenal dengan kedatangan pelancong luar. Kerajaan tentera Thailand mengeluarkan perintah berkurung di kesemua 77 wilayah pada 22 Mei lalu selepas rampasan kuasa tentera dilaksanakan ke atas kerajaan bagi mengembalikan keamanan daripada konflik politik negara ini. - AP
TOP
Imam Turki dibenar bermain muzik rock
ISTANBUL 11 Jun - Seorang imam di Turki dibenarkan untuk meneruskan kegiatannya bermain dalam sebuah kumpulan muzik selepas pihak berkuasa agama tempatan memutuskan hobinya itu tidak menyalahi Islam serta tidak mengganggu tugasnya di masjid. Imam berkenaan, Ahmed Muhsin Tuzer yang merupakan ketua agama di sebuah perkampungan kecil, disoal siasat oleh badan yang bertanggungjawab terhadap masjid berhubung kegiatannya dalam kumpulan muzik, Firock. Badan berkenaan membenarkan Ahmed Muhsin bermain dalam kumpulan muzik itu yang menggabungkan elemen rock dan lagu Sufi, dan dia hanya diberi nasihat ekoran kritikannya terhadap siasatan yang dikenakan itu. - AFP
TOP
Bas terjunam ke dalam sungai, dua pelancong Rusia maut
Gambar Hiasan
NEW DELHI 11 Jun - Sebuah bas yang membawa 14 pelancong Rusia terjunam ke dalam sungai di utara India semalam menyebabkan dua daripada mereka terbunuh. Menurut seorang pegawai polis, kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan yang sedang dalam perjalanan ke bandar Gangotri, terjunam ke dalam Sungai Bhagirathi di negeri Uttarakhand. Sekurang-kurangnya dua orang maut, manakala seorang lagi masih hilang dipercayai dihanyutkan oleh arus sungai. Seramai 11 orang pelancong lagi yang tercedera telah dibawa ke hospital di Dehradun dengan menggunakan helikopter. - AP
TOP
20,434 penjawat awam dikena tindakan
Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR 10 Jun - Seramai 20,434 penjawat awam telah dikenakan tindakan tatatertib bagi tempoh 2009 hingga 2013. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, daripada jumlah itu, seramai 4,743 orang telah dibuang kerja manakala 125 orang diturunkan pangkat dan tidak akan dipertimbangkan kenaikan pangkat bagi tempoh 48 bulan. Jelasnya, selain itu, seramai 963 orang lagi diturunkan gaji dan tidak akan dipertimbangkan kenaikan pangkat bagi tempoh 36 bulan serta 2,048 orang ditangguhkan pergerakan gaji dan tidak akan dipertimbangkan kenaikan pangkat bagi tempoh 30 bulan. "Seramai 3,491 penjawat awam telah dilucutkan hak emolumen dan tidak akan dipertimbangkan kenaikan pangkat bagi tempoh 24 bulan serta 3,373 dikenakan denda maksimum tujuh hari emolumen dan tidak akan dipertimbangkan kenaikan pangkat bagi tempoh 18 bulan. "Sementara itu, seramai 10,531 orang diberi amaran dan tidak akan dipertimbangkan kenaikan pangkat bagi tempoh 12 bulan," katanya menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini. Shahidan menambah, kesemua penjawat awam yang dikenakan tindakan itu adalah daripada perkhidmatan awam Persekutuan, perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun Persekutuan dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Jelasnya, jumlah tersebut mengambil kira seseorang penjawat awam juga boleh dikenakan lebih daripada satu hukuman tatatertib apabila didapati bersalah.
TOP
2 maut, 3 parah elak serpihan tayar lori
Gambar Hiasan
KUBANG PASU 10 Jun - Kerana cuba mengelak serpihan tayar lori yang terbiar di jalan raya, dua maut dan tiga lagi parah dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 18.7, Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke selatan, berhampiran Kampung Nongka, Napoh dekat sini malam tadi. Mangsa, kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Aziz Mohd., 44, maut di tempat kejadian bersama adik iparnya, Zursahira Zulkifli, 14, setelah kenderaan pelbagai guna (MPV), Nissan Grand Livina dinaiki mereka melepasi longkang selebar hampir dua meter sebelum merempuh pokok jati di tepi lebuh raya berkenaan. Mangsa yang parah ialah ibu mertua Aziz, Khatijah Yusof, 54, dan dua anaknya. Lapan lagi mangsa lain iaitu isteri serta dua lagi anak Aziz, pemandu Naza Ria dan empat penumpang Perodua Viva hanya cedera ringan. Menurut Ketua Polis Daerah, Supritendan Abd. Rahim Abdullah, kejadian yang berlaku pada pukul 10.20 malam itu bermula apabila sebuah Naza Ria dipandu seorang lelaki terlanggar serpihan tayar berkenaan menyebabkan objek itu melantun. "Keadaan itu menyebabkan kereta Perodua Viva dinaiki empat pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) serta Grand Livina dipandu Aziz yang berada di belakang kenderaan tersebut cuba mengelak serpihan tayar tersebut sehingga terbabas ke kiri jalan. "Perodua Viva tersebut tersadai di dalam longkang sementara Grand Livina itu pula terlanggar pokok jati berkenaan menyebabkan pemandunya serta salah seorang penumpang meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada Utusan Malaysia. Difahamkan, ibu mertua Aziz iaitu Khatijah cedera parah akibat patah tulang rusuk selain luka di kepala. Dua daripada empat anaknya yang turut berada dalam kenderaan itu cedera parah, sementara, isterinya, Zuraini Zulkifli, 37, mengalami luka di kepala. Sementara itu, pemandu Perodua Viva berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Nadia memberitahu, keempat-empat mereka sedang dalam perjalanan ke Hospital Jitra bagi mendapatkan rawatan untuk salah seorang rakannya yang sakit telinga. "Ketika itu kami berada di laluan kanan apabila tiba-tiba tayar itu melantun menyebabkan saya terkejut dan cuba mengelak ke kiri jalan. 'Tindakan itu menyebabkan kenderaan kami terbalik ke sebelah kanan dan terseret sehingga ke dalam longkang sebelum orang ramai datang membantu membetulkan semula kedudukan kereta," katanya. Bapa mertua Aziz, Zulkifli Zakaria, 58, pula memberitahu kejadian itu berlaku ketika mereka sekeluarga dalam perjalanan pulang daripada menziarah rumah adiknya di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin di Arau, Perlis. "Mereka berlapan menaiki Grand Livina sementara saya menunggang motosikal. Apabila saya tiba di susur keluar Alor Setar, saya terdetik untuk melihat telefon bimbit yang banyak kali berdering sebelum menerima satu lagi panggilan yang memaklumkan kejadian ini. "Sebelum kejadian, kami sekeluarga cukup ceria terutamanya apabila menikmati makan malam di Kuala Perlis. Apa pun, saya reda dengan pemergian menantu dan anak bongsu saya," katanya.
TOP
Lelaki lalui detik cemas lori dilarikan sekumpulan perompak
IPOH 10 Jun - Seorang pemandu lori melalui detik cemas apabila 'ditawan' sekumpulan tiga lelaki yang melarikan lori miliknya dalam kejadian di kawasan rehat dan rawat (R&R) Simpang Pulai menghala selatan di sini, semalam. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 59 tahun itu sedang berehat dalam lori muatan susu getah seberat 30 tan di kawasan tempat letak kereta di R&R berkenaan. Katanya, dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, cermin sebelah kiri kenderaan tersebut secara tiba-tiba telah dipecahkan sebelum tiga lelaki bersenjatakan parang menyerbu masuk dan memukul mangsa. "Mangsa dari Sungai Bakap, Pulau Pinang itu telah diikat di tangan dan kaki manakala kepalanya pula ditutup dengan kain. "Suspek kemudiannya telah mengarahkan pengadu diam dan meminta mangsa baring di kerusi di bahagian belakang kenderaan berkenaan," katanya. Chang Keong berkata, salah seorang suspek kemudiannya memandu lori jenis Hino berwarna putih itu dan kira-kira lima jam kemudian, suspek telah memberhentikan lori tersebut untuk menurunkan muatan susu getah. Katanya, penjenayah terbabit kemudiannya meneruskan perjalanan sebelum berhenti di suatu kawasan kira-kira dua jam selepas itu dan pengadu mendakwa mendengar bunyi seperti badan lori berkenaan dipotong. "Menurut mangsa, suspek meneruskan perjalanan dan berhenti di suatu lokasi untuk minum. Bagaimanapun selepas lebih kurang 20 minit, mangsa mendapati suspek tidak muncul. "Mangsa kemudiannya keluar dari lori itu dan mendapati dia telah berada di Jalan Baru, Sungai Choh dekat Ayer kuning," katanya. Tambahnya, dalam kejadian itu, mangsa kehilangan telefon bimbit, dokumen penting dan dompet yang mengandungi wang tunai berjumlah RM1,000. Katanya, pihaknya sedang menyiasat perkara itu mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
TOP
Jual antara pilihan sedang dikaji untuk selamatkan MAS
KUALA LUMPUR 10 Jun - Pemegang saham utama Malaysia Airlines System Bhd. (MAS), Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) melihat penjualan syarikat penerbangan nasional itu sebagai satu daripada pilihan yang sedang dikaji dalam usaha memulihkan syarikat itu untuk jangka masa panjang. Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokthar berkata, antara pilihan lain yang turut dipertimbangkan ialah suntikan modal dan pengisytiharan bankrap. Bagaimanapun kata beliau, semua pertimbangan itu bergantung kepada kesannya ke atas kewangan MAS serta kepentingan sosial dan imej negara memandangkan syarikat penerbangan itu merupakan aset penting negara. "Pada masa sama, bantuan kepada MAS oleh Khazanah adalah menggunakan wang pembayar cukai. Perkara itu juga harus dipertimbangkan. "MAS merupakan pelaburan teras Khazanah kerana syarikat itu menjaga kepentingan negara," katanya pada sidang akhbar sempena persidangan Invest Malaysia 2014 di sini hari ini - UTUSAN ONLINE
TOP
Kos cari MH370 belum ditentukan
GAMBAR fail menunjukkan tentera laut Australia yang terlibat dalam operasi mencari bangkai pesawat MH370.- AFP
SYDNEY - Kerajaan Australia dan Malaysia bersedia untuk membincangkan fasa seterusnya untuk mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang, kata pihak berkuasa di sini. Setakat ini, Malaysia membelanjakan kos keseluruhan operasi mencari sebanyak satu persepuluh daripada AS$84 juta (RM269 juta). Dalam pada itu, Australia dijangka memperluaskan pencarian pesawat itu yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing tiga bulan yang lalu. "Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak AUD$89.9 juta (RM269.81 juta). Saya rasa kira-kira AUD$25 (RM75 juta) telah disalurkan kepada pasukan pertahanan yang mengendalikan pencarian secara visual," kata Ketua Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC), Angus Houston. Sementara itu, tambahan sebanyak AUD$60 juta (RM180 juta) diperuntukkan untuk operasi pencarian dasar laut di Lautan Hindi di mana pesawat itu dipercayai terhempas di kawasan carian Australia dan zon menyelamat. "Wang berkenaan telah diperuntukkan tetapi kami masih mahu membuat keputusan atau masih mahu berbincang dengan beban perkongsian misalnya dengan Malaysia," katanya. Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Abdul Rahim Bakri dijangka berada di Canberra untuk berbincang dengan pegawai-pegawai Australia. Beliau berkata kepada pemberita pada Isnin lalu, kos berkenaan akan dikongsi 50-50 antara Malaysia dan Australia. Terdahulu, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kepada Parlimen, kerajaan Malaysia telah membelanjakan sebanyak RM27.6 juta untuk minyak, peralatan makanan dan pencarian peribadi. "Kos yang terpaksa ditanggung kerajaan Malaysia sebenarnya adalah sedikit jika hendak dibandingkan dengan aset-aset yang diberikan oleh negara lain. "Saya amat berbangga kerana ramai rakan negara lain membantu serta menanggung perbelanjaan pencarian sendiri tanpa membuat sebarang tuntutan kepada Malaysia," kata Hishammuddin. Pesawat MH370 hilang pada 8 Mac lalu semasa dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing, China. Ia membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal semasa hilang daripada radar. - AFP
TOP
Boko Haram culik 20 ibu muda
TIGA pelajar perempuan yang melarikan diri selepas diculik kumpulan Boko Haram di Kampung Chibok bercakap kepada media dalam keadaan berselubung di Lagos pada 5 Jun lalu. - REUTERS
MAIDUGURI, Nigeria - Sekumpulan anggota kumpulan militan Boko Haram yang lengkap bersenjata bertindak menculik sekurang-kurangnya 20 ibu muda dekat sebuah bandar di timur laut Nigeria, menurut beberapa sumber semalam. Kumpulan militan tersebut pernah menculik lebih 200 pelajar perempuan di sekitar bandar berkenaan, Chibok hampir dua bulan lalu Setakat ini, terdapat laporan bercanggah berhubung jumlah wanita yang diculik dengan seorang pemimpin tempatan memberitahu, bilangan mereka melebihi 40 orang. Penculikan terbaharu pada Sabtu lalu itu berlaku di sekitar kampung Garkin Fulani yang terletak 8 kilometer dari Chibok, dalam negeri Borno. "Berdasarkan maklumat yang diterima, kumpulan lelaki bersenjata itu muncul sekitar waktu tengah hari dan menculik 20 wanita serta tiga pemuda yang ditugaskan untuk menjaga kampung tersebut," kata seorang anggota pasukan kawalan kampung, Alhaji Tar. "Semua lelaki di kampung tersebut keluar untuk menggembala lembu apabila kumpulan penculik itu datang," tambahnya. Setakat ini, masih tiada maklumat tentang lokasi wanita tersebut dibawa manakala kumpulan penculik juga tidak membuat apa-apa permintaan. Dalam pada itu, sebuah persatuan penternak lembu tempatan memberitahu, seramai 40 orang ibu muda di kampung tersebut dibawa menaiki beberapa buah kenderaan menuju ke satu lokasi yang tidak diketahui. Kumpulan Boko Haram berjuang untuk menubuhkan sebuah pemerintahan Islam di utara Nigeria. - AFP
TOP
Bengkel kereta khas untuk wanita elak ditipu
SEORANG mekanik wanita membaiki kenderaan yang dihantar oleh para pelanggan ke bengkel Only Girls untuk dibaiki.- AFP
PARIS - Sebuah bengkel kenderaan khusus untuk kaum wanita yang turut menawarkan perkhidmatan rias kuku dan urutan badan dibuka di ibu kota Perancis di sini. Bengkel itu, Only Girls mula beroperasi pada Mei lalu dan memberi perkhidmatan kepada wanita yang merasakan mereka kerap ditipu dan dikenakan caj mahal oleh mekanik lelaki di bengkel lain. Sejak sebulan beroperasi, Only Girls menerima 40 pelanggan setakat ini dengan dua pertiga daripada mereka terdiri daripada golongan wanita. "Apabila anda seorang wanita, ia seperti ada cop 'ini mangsa' di dahi anda," kata seorang pemilik kereta berusia 42 tahun, Sandrine Hautenne. "Saya pernah mengunjungi tiga bengkel berlainan dan diberikan tiga anggaran harga berbeza tetapi apabila saya menghantar bapa saudara saya, harga yang ditawarkan menjadi lebih rendah," tambahnya. Only Girls menyediakan beberapa mekanik wanita berpengalaman yang bukan sahaja bekerja membaiki kereta tetapi turut mengajar pelanggan tentang aspek kenderaan. - AFP
TOP
Mexico larang guna haiwan dalam sarkas
PERTUNJUKAN sarkas di bandar raya Mexico tidak akan ada lagi persembahan melibatkan haiwan.- Agensi
BANDAR RAYA MEXICO - Bandar raya Mexico menjadi kawasan terbaharu di negara ini yang mengharamkan penggunaan haiwan dalam sarkas. Majlis perbandaran itu menyokong larangan tersebut yang boleh membawa hukuman denda sebanyak AS$45,000 hingga AS$60,000 (RM144,083 - RM192,111). Bagaimanapun, undang-undang yang diluluskan pada Isnin lalu tidak diguna pakai dalam persembahan ikan lumba-lumba atau perlawanan laga lembu jantan mahupun penggunaan kuda dalam acara tradisional Mexico yang dikenali sebagai 'charreadas'. Justeru, pihak pengurusan sarkas diberi tempoh setahun untuk mengubah tindakan mereka. Beberapa negeri dan bandar-bandar di Mexico sebelum ini meluluskan larangan tersebut dan cuma membenarkan akrobat, badut dan aktiviti sarkas yang lain. Namun, pihak sarkas membantah dengan larangan itu dan menyatakan mereka melayan haiwan dengan berperikemanusiaan. Begitupun, aktivis hak asasi haiwan pula mempertikaikan haiwan-haiwan di sarkas sering kali berada di dalam ruang yang terhad dengan kemudahan serba kekurangan dan haiwan-haiwan dipaksa membuat persembahan. - AP
TOP
Juruwang ditemui mati dicekik di bilik hotel
ANGGOTA polis mengusung mayat Sivasanggeri yang ditemui dalam keadaan bogel di sebuah hotel di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor semalam.
KUALA LUMPUR 10 Jun - Kerana masalah cinta, seorang wanita mati dibunuh oleh kekasih yang dipercayai abang iparnya sendiri di sebuah hotel bajet di Kelana Jaya dekat sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mayat A. Sivasanggeri, 22, yang bekerja sebagai juruwang di sebuah kelab malam ditemui terbaring di atas katil dengan kesan lebam di leher. Menurut sumber, mangsa menginap di hotel tersebut bersama suspek sejak semalam dan sepatutnya mendaftar keluar dari hotel tersebut tengah hari ini. Kata sumber itu, suspek bagaimanapun telah menyambung tempoh menginap di hotel terbabit selama beberapa jam lagi sebelum keluar. "Suspek kemudiannya terus menghubungi keluarganya memaklumkan mangsa berada di bilik hotel. Keluarga mangsa kemudian membuat laporan polis sebelum pergi ke bilik hotel tersebut. Bagaimanapun ketika ditemui, mangsa sudah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Sumber itu memberitahu, berikutan kejadian, suspek bertindak meminum racun bagaimanapun dia dapat diselamatkan dan kini sedang dirawat di sebuah hospital di Perak. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supritendan Fadil Marsus yang ditemui di tempat kejadian berkata, mangsa dipercayai meninggal dunia kira-kira pukul 12.30 malam tadi di bilik yang terletak di tingkat satu hotel terbabit. "Terdapat kesan lebam pada leher mangsa dipercayai kesan pergelutan. Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. "Polis kini sedang mengesan suspek dan akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mendapatkan maklumat," katanya.
TOP
Tiga kereta hangus dibaling bom petrol
ANGGOTA bomba memadamkan api yang membakar tiga buah kereta di tempat letak kereta awam di Hospital Selayang semalam.
KUALA LUMPUR - Tiga buah kereta yang diletakkan di tempat letak kenderaan awam Hospital Selayang dekat sini semalam musnah dijilat api selepas dibaling dengan beberapa bom petrol. Difahamkan, kejadian pukul 11 pagi itu berlaku apabila beberapa botol berisi petrol dibaling ke arah sebuah kereta jenis Toyota Camry yang diletakkan di situ. Ini menyebabkan kereta Toyota Camry itu terbakar sebelum api merebak dan membakar kereta Proton Saga dan Proton Wira yang diletakkan di antara kereta Toyota Camry itu.
TOP
Demam Piala Dunia: Brazil antara pilihan utama
Brazil menjadi pilihan untuk memenangi Piala Dunia 2014.
KUALA LUMPUR, 11 Jun Kehangatan Piala Dunia 2014 mula terasa, penyokong masing-masing mula menunjukkan kecenderungan pasukan mana yang menjadi pilihan mereka. Rata-rata peminat sukan yang ditemui The Rakyat Post menjangkakan pasukan tuan rumah untuk kejohanan kali ini, Brazil akan meneruskan legasi cemerlang sekali gus menjulang piala berprestij itu bagi kali keenam dalam sejarah bola sepak dunia. Namun pasukan Argentina, Jerman, Belanda, Sepanyol masih lagi dalam senarai mereka yang juga berpotensi untuk menjulang piala termasyhur ini. Mohd Faizal Hasan, 30 tahun berpendapat skil individu yang ada pada setiap pemain Brazil membolehkan pasukan itu membelasah pasukan lawan dengan mudah.
Mohd Faizal Hasan menyatakan sokongannya terhadap pasukan tuan rumah Piala Dunia 2014, Brazil.
“Walaupun rentak permainan samba sudah hilang tapi Brazil mempunyai keistimewaan lain dengan permainan laju,” katanya. Menurut Faizal, kelebihan bermain di tempat sendiri juga memberi peluang kepada pasukan itu untuk beraksi cemerlang. “Itu adalah satu kelebihan nyata, sesiapa sahaja yang bermain di tempat sendiri akan lebih selesa dan yakin,” katanya. Pendapat itu turut dikongsi oleh Mohd Ezuan Mohd Yassim, 26 tahun menyifatkan pasukan itu tidak akan berdepan masalah untuk memberi saingan dalam Kumpulan A bersama Mexico, Cameroon dan Croatia. “Tidak mustahil semangat dan kekuatan mereka akan bertambah berkali ganda dengan adanya sokongan padu daripada penyokong yang memenuhi seluruh ruang stadium,” katanya. Mohd Ezuan berkata, walaupun dia tidak mengikuti perkembangan bola sepak secara serius namun kempen Piala Dunia yang meluas memberi gambaran awal bahawa pasukan samba itu akan menjuarainya walaupun mungkin berdepan tentangan hebat daripada pasukan Sepanyol, Jerman dan Argentina. “Saya tidak terlalu gilakan bola sehingga sanggup keluar awal pagi semata-mata untuk menonton bola sepak, tetapi jika hujung minggu atas ajakan kawan-kawan saya terpaksa akui bahawa menyaksikan Piala Dunia bersama penyokong lain akan memberi suatu perasaan yang tak dapat saya gambarkan. Ia lebih mendebarkan dan mengujakan,” katanya. Sementara itu, bagi Mohd Zuhairi Abdul Sabba, 28 tahun, pasukan Jerman menjadi pilihannya kerana strategi menurunkan gabungan pemain yang pernah beraksi dalam kempen Piala Dunia sebelum ini memberi kelebihan. “Kita perlu sedar bahawa Jerman menurunkan Mesut Ozil dan Muller sebagai tunggak utama dan dia pernah bermain ketika Piala Dunia 2010. “Kali terakhir skuad itu menjulang Piala Dunia adalah pada 1990 apabila menewaskan Argentina 1-0 pada perlawanan akhir,” katanya. Sementara itu bagi peminat wanita, Nur Sakinah Mohd Farit, 24 tahun berpendapat, pasukan bukan pilihan Belgium bakal menjulang Piala Dunia buat kali pertama kerana skuad yang diturunkan merupakan pemain muda yang berpengalaman bermain Liga Juara-Juara.
Nur Sakinah Mohd Farit menjangkakan pasukan bukan pilihan, Belgium bakal merangkul Piala Dunia untuk edisi 2014.
Malah katanya, corak permainan ditonjolkan oleh pemain Belgium yang hampir sama dengan Sepanyol dan Jerman mungkin akan memberi saingan hebat kepada pasukan pilihan. “Penjaga gawang Thibaut Courtois, pada umur 22 tonjolkan kehebatan di gawang gol dan membawa pasukan yang meminjamnya dari Chelsea, Atletico Madrid ke peringkat akhir Liga Juara-Juara. “Di bahagian serangan mereka mempunyai Eden Hazard, Adnan Januzaj yang menonjolkan aksi konsisten dalam Liga Perdana Inggeris untuk musim 2013/2014,” katanya yang mahu melihat pasukan pilihannya menentang Sepanyol di perlawanan akhir nanti.
TOP
Lelaki China dihurung 326,000 lebah
Gao Bingguo mencatat rekod dunia selepas dihurung kira-kira 326,000 lebah. – Foto Rex
BEIJING, 10 Jun: China menapak satu lagi langkah untuk mendominasi dunia apabila seorang rakyatnya muncul mencatat rekod baharu dalam acara yang membabitkan lebah, lapor Metro UK. Gao Bingguo, 54, penternak lebah dari wilayah Shandong yang menternak serangga itu sejak 34 tahun lalu mencatat rekod dunia apabila dia dihurung kira-kira 326,000 lebah yang seberat 33 kilogram. Gao terpaksa mandi selama beberapa jam sebelum mencatat rekod dalam acara itu kerana lebah dipercayai lebih gemar menyengat manusia yang berbau busuk. Berbekalkan petua itu, penganjur di China yakin Gao tidak akan mati disengat ketika acara terbabit yang disiarkan secara langsung melalui stesen televisyen kerajaan. Gao yang hanya berseluar dalam dibiarkan duduk di atas kerusi sebelum beberapa petugas kemudian meletakkan ratu lebah ke tubuhnya. Keadaan ini dilakukan untuk menarik perhatian lebah lain yang kemudian segera menghurungi tubuhnya. Gao terpaksa menunggu selama dua jam setengah untuk membolehkan tubuhnya dihurung sepenuhnya oleh serangga berkenaan. Selepas rekod dunia dicatat, Gao terpaksa berendam di dalam air sekali lagi bagi mengurangkan sengatan yang dirasai di tubuhnya. Gao berkata, tubuhnya disengat kira-kira 2,000 lebah. Dia kemudian diberikan plak pengiktirafan kerana telah mencatat rekod dunia yang baharu.
TOP
Polis buru 7 lagi suspek kes rogol
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman
KOTA BHARU - Polis Kelantan memburu tujuh lagi suspek yang disyaki terbabit dalam kes rogol bergilir-gilir ke atas dua remaja perempuan di sebuah rumah kosong di Ketereh di sini, 20 Mei lalu. Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata mengikut siasatan polis, mereka yang masih bebas itu berumur dalam lingkungan 20-an. "Tindakan memburu suspek-suspek yang masih bebas sedang giat dijalankan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Jalaludin berkata hasil siasatan, polis menafikan mangsa yang berumur masing-masing 15 dan 17 tahun, telah dirogol oleh 38 lelaki seperti yang didakwa dalam laporan yang dibuat mereka sebelum ini. "Bagaimanapun dipercayai mangsa telah dirogol oleh orang yang sama berulang kali," katanya. Katanya dalam laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua mangsa pada 26 Mei lepas, dua mangsa itu menyatakan telah dirogol di dua tempat berasingan iaitu di sebuah rumah kosong dan rumah suspek di Ketereh, katanya. Beliau berkata hasil siasatan polis mendapati kejadian melibatkan 13 orang suspek di tempat pertama dan lapan suspek lagi di lokasi kedua kejadian. Melalui serbuan dan pemeriksaan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan di sekitar Ketereh, polis menahan 14 lelaki dalam lingkungan 15 hingga 38 tahun, katanya. Beliau berkata, polis telah selesai menjalankan siasatan terhadap dakwaan kes rogol bergilir-gilir membabitkan dua remaja perempuan itu. Kes berkenaan dirujuk kepada Ketua Unit Pendakwaan Negeri Kelantan dan empat suspek akan didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama. - Bernama
TOP
Marin gagal cubaan seludup 99,000 paket rokok
JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya menumpaskan cubaan menyeludup masuk 99,000 paket rokok puteh dan kretek bernilai RM975,000 selepas menahan sebuah bot di Sungai Bagan dekat Batu Pahat, awal pagi ini. Komandernya, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, penahanan dilakukan pada kira-kira pukul 3 pagi oleh sepasukan tujuh pegawai dan anggota PPM yang melakukan operasi di perairan Selat Melaka. "Terdahulu, pegawai dan anggota yang menaiki sebuah bot ronda telah mengesan lebih dari empat bot di kedudukan lapan batu nautika dari pantai Sungai Bagan, pada kira-kira pukul 2.45 pagi. "Selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa, bot-bot terbabit terus berpecah dan memecut laju bagi melarikan diri," katanya kepada pemberita, di Markas PPM Wilayah Dua, di sini, hari ini. Khon Chiang berkata, bot ronda PPM kemudian bertindak mengejar salah satu bot berkenaan selama 15 minit sebelum bot itu terkandas di kawasan paya bakau. Beliau berkata pegawai dan anggota PPM ada melihat lebih dua individu melarikan diri dari bot terbabit menuju ke dalam hutan paya bakau, namun, gagal menahan mereka kerana keadaan yang gelap. Katanya pegawai dan anggota PPM kemudian memeriksa bot gentian kaca yang dilengkapi tiga enjin sangkut 200 kuasa kuda itu dan menemui kesemua rokok jenama 'John' dan 'Gudang Garam Suria'. "Kita percaya rokok itu adalah dari negara jiran dan hendak dipasarkan ke Malaysia, namun, siasatan lanjut mengenainya sedang dilakukan," katanya. Beliau berkata pihaknya percaya sindiket menyeludup rokok tersebut kini menggunakan taktik baharu dengan menggerakkan beberapa bot serentak bagi mengelirukan dan menyukarkan penahanan pihak berkuasa. Katanya, kesemua rokok, bot berserta tiga enjin sangkut itu ditunda ke Markas PPM Wilayah Dua untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 kerana menyeludup barang bercukai. - Bernama
TOP
Puncak Niaga terima tawaran kerajaan Selangor
Puncak Niaga
SHAH ALAM - Puncak Niaga (M) Sdn Bhd hari ini bersetuju menerima tawaran kerajaan negeri Selangor untuk mengambil alih 100 peratus pegangan saham syarikat rawatan air itu dan 70 peratus pula saham dalam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). Keputusan pengambilalihan itu dimaklumkan kepada anak syarikat kerajaan negeri Selangor, iaitu Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) melalui sepucuk surat bertarikh 6 Jun lalu. Menurut kenyataan media Pejabat Menteri Besar Selangor hari ini, KDEB membalas surat Puncak Niaga itu dan bersetuju dengan prinsip tawaran tersebut. "Kedua-dua pihak telah menyatakan persetujuan dengan terma dan syarat pengambilalihan 100 peratus pegangan saham dalam PNSB dan 70 peratus dalam Syabas dengan pertimbangan tunai bersih berjumlah RM1,555.3 juta. "Sebagai sebahagian daripada tawaran pengambilalihan itu, KDEB akan mengambilalih pegangan saham Puncak Niaga dalam PNSB dan Syabas termasuk semua aset dan liabiliti yang berkaitan industri air sahaja," katanya memetik kenyataan medianya, hari ini.
Kenyataan itu menyebut Ahli Lembaga Pengarah Puncak Niaga juga telah membuat pengumuman tentang hasratnya itu kepada Bursa Malaysia pada akhir dagangan hari ini. Bagaimanapun tawaran itu masih tertakluk kepada kelulusan pemegang saham Puncak Niaga pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang akan diadakan oleh PNSB dalam masa terdekat. Penerimaan tawaran pengambilalihan itu susulan rayuan Puncak Niaga kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada 15 Mei 2014 bagi menangguhkan penguatkuasaan Seksyen 114 Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (WSIA). Dalam pada itu, Menteri Besar, Tan Sri Seri Abdul Khalid Ibrahim menyambut baik perkembangan terbaharu itu dan mengucapkan tahniah kerana usaha mengembalikan hak air kepada rakyat sudah di peringkat akhir. Beliau berkata, kerajaan negeri akan memulakan proses menawarkan saham air kepada rakyat Selangor yang layak sebaik sahaja pengambilalihan ini selesai sepenuhnya. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kerana komitmen dan bantuan kepada Kerajaan Selangor dalam memuktamadkan penyusunan semula industri air Selangor seperti yang dihasratkan WSIA. Menteri Besar berkata, usaha menggabungkan industri air di Selangor secara bersepadu hampir menjadi kenyataan dan kerana itu, kerajaan negeri akan memenuhi komitmen untuk memudahkan pelaksanaan projek Langat 2 seperti yang telah dipersetujui menerusi Perjanjian Persefahaman (MoU) Air yang dimeterai antara Kerajaan Selangor dan Persekutuan pada Februari 2014. Menteri Besar juga akan mempengerusikan bersama mesyuarat Langat 2 dengan Menteri KeTTHA, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili pada Khamis ini.
TOP
Punca kematian Huntley belum diketahui
KUANTAN - Polis masih belum dapat mengesahkan punca kematian warga Britain Gareth David Huntley yang mayatnya ditemui di Sungai Mentawang, Kampung Juara, Pulau Tioman, Rabu lepas. Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata, setakat ini polis masih meneliti beberapa perkara sebelum dapat mengenal pasti punca kematian lelaki itu. "Kita dah serah kepada pihak hospital untuk bedah siasat...setakat ini punca kematian belum dapat dipastikan dan perlu siasatan lanjut. "Jangan sebut pasal media asing. Penemuan kita adalah mengikut kata pakar perubatan dan undang-undang. Dalam siasatan yang dijalankan setakat ini terhadap kawasan kejadian tidak ada unsur-unsur jenayah," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Kenyataan beliau sekali gus menyanggah laporan media asing yang mendakwa kematian Huntley berunsur jenayah. Sharifuddin juga mengesahkan lelaki itu mati dalam tempoh tiga hari atau lebih ketika mayatnya ditemui. Huntley, 34, seorang sukarelawan di Pusat Konservasi Penyu Kampung Juara, Pulau Tioman ditemui mati di sungai tersebut selepas dilapor hilang ketika pergi ke air terjun Lubuk Teja berseorangan kira-kira pukul 12 tengah hari 27 Mei lepas. Mayat Huntley telah dituntut oleh keluarganya semalam dan akan dibawa pulang ke Britain esok untuk pengebumian. Terdahulu Sharifuddin merasmikan Program Derma darah anjuran bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan sempena Hari Polis ke-207. Sebanyak 300 pegawai dan anggota PDRM serta ATM menderma darah pada program sehari itu. - Bernama
TOP
Mahasiswa gesa mansuh Auku, Akta 174
Pengerusi Gerakan Mahasiswa Mansuhkan Auku/Akta 174 (GMMA/174), Khairul Najib Hashim (tiga dari kanan) bersama jurucakap GMMA/174 Safwan Shamsuddin (dua dari kiri) ketika sidang media di bangunan Parlimen selepas menyerahkan memorandum Mansuhkan Auku dan Akta 174 kepada ahli parlimen PR, hari ini. - Foto Sinar Harian Online Oleh: RAZIATUL HANUM A.RAJAK
KUALA LUMPUR - Mahasiswa menggesa Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 (Auku) dan Akta Institusi-institusi Pelajaran 1976 (Akta 174) dimansuhkan kerana tidak cukup membebaskan mahasiswa berpolitik. Pengerusi Gerakan Mahasiswa Mansuhkan Auku/Akta 174 (GMMA/174), Khairul Najib Hashim berkata, pindaan terhadap Auku pada 2012 masih tidak cukup untuk membebaskan mahasiswa daripada undang-undang restriktif universiti. "Biarpun sekatan terhadap mahasiswa berpolitik sudah dimansuhkan tapi masih ada peruntukan lain yang memberi 'absolute power' kepada pihak pengurusan universiti untuk membuat kaedah-kaedah tatatertib sendiri. "Dalam Auku sendiri tidak akan ditemui peruntukan yang mengekang aktiviti mahasiswa secara jelas tapi Auku beri kuasa kepada pihak universiti untuk membuat regulasi tatatertib seperti terkandung dalam Seksyen 16C (1). "Kuasa inilah membuka ruang untuk Kaedah-kaedah Tatatertib itu dibuat secara prejudis terhadap mahasiswa," katanya pada satu sidang media di Pejabat Pembangkang di bangunan Parlimen, hari ini. Malah menurutnya, Akta 174 juga turut berjaya mendiamkan aktivis mahasiswa selama ini. "Akta 174 kurang popular berbanding Auku tapi akta inilah yang selama ini berjaya mendiamkan aktivis mahasiswa daripada UiTM dan menakutkan penuntut Institusi Pendidikan Guru. "Berbeza dengan Auku, Akta 174 ini secara terang-terangan mengandungi peruntukan yang drakonian seperti terkandung dalam Jadual Kedua akta berkenaan. "Jadual kedua ini mengandungi 26 jenis-jenis keslaahan tatatertib termasuk beberapa seksyen yang menghalang hak asasi mahasiswa seperti hak untuk berhimpun secara aman, hak untuk berekspresi dan hak untuk bebas berorganisasi," katanya. Menurutnya, dalam tempoh enam bulan ini sahaja, 25 mahasiswa telah dikenakan tindakan prosiding tatatertib oleh pihak universiti terlibat gara-gara mempraktikkan hak mereka sebagai rakyat Malaysia. "Saya meminta agar pihak universiti yang terlibat membatalkan segala tindakan yang dikenakan ke atas 25 mahasiswa ini dengan serta merta. "Rata-rata mahasiswa yang dikenakan prosiding ini hanya mempraktikkan hak mereka sebagai rakyat Malaysia yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu hak untuk berhimpun secara aman, hak untuk bersuara dan beraktiviti serta berorganisasi," katanya. Sementara itu, jurucakap GMMA/174 Safwan Shamsuddin berkata pihaknya juga menggesa agar ahli parlimen BN dan PR menubuhkan satu jawatankuasa untuk meneliti semula pemansuhan Auku. "Ia telah dipinda dan benarkan pelajar berpolitik cuma di universiti kami masih disekat. "Auku bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan membenarkan kita berhimpun tapi Auku tak benarkan sebab itu kita minta Auku dimansuhkan bukan lagi dpinda," katanya. Menurut Safwan, pada 18 April lalu, empat mahasiswa Universiti Malaya (UM) dikenakan surat tunjuk sebab kerana menyertai perhimpunan membantah penurunan harga getah di hadapan bangunan Parlimen. Kemudian, katanya, 28 April pula seorang mahasiswa UiTM cawangan Kota Kinabalu dikenakan 11 pertuduhan di bawah Akta 174 dan dibawa ke prosiding tatatertib oleh pihak pentadbiran Uitm kerana membuat kenyataan terbuka di Facebook yang dianggap menggugat kepentingan UiTM. Tambahanya lagi, kemudian pada 9 Mei, empat lagi mahasiswa UM dikenakan surat tunjuk sebab kerana mengangkat sepanduk membantah perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dan hukuman mati di Mesir ketika Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berucap di UM. 26 Mei lalu pula, 16 mahasiswa Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) dikenakan prosiding tatatertib kerana mengadakan perhimpunan membantah tindakan pihak pentadbiran yang menarik semula sebuah premis kedai dalam kampus yang sudah diuruskan mahasiswa selama enam bulan.
TOP
PDRM, ATM bergilir ketuai Esscom mulai 1 Julai
KOTA KINABALU - Tanggungjawab operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) akan diketuai secara bergilir antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula 1 Julai ini. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata giliran akan dilakukan untuk selama 18 bulan bermula dengan ATM sebelum diserah kepada PDRM. "Pemerintah ini akan dikenali sebagai komander Esscom dan akan bertanggungjawab terhadap operasi di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pegawai kanan PDRM kontinjen Sabah dan ketua polis daerah Esszone, di sini hari ini. Pada April lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata pegawai memerintah bahagian operasi Esscom akan digilirkan antara PDRM dan ATM. Katanya penggiliran itu bagi mengelak percanggahan kuasa selain melibatkan penggunaan aset setiap pasukan. Sementara itu mengulas isu rasuah dalam Esscom, Khalid berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan atau aduan salah laku membabitkan anggotanya dalam institusi tersebut. "Bagaimanapun jika didapati ada insiden rasuah, PDRM akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM," katanya. Khalid berkata PDRM turut mengambil langkah untuk mencegah kegiatan rasuah dalam kalangan anggotanya dengan memperkenalkan ujian integriti yang diwajibkan ke atas semua rekrut baharu. "Kita akan cuba untuk tidak mengambil anggota yang ada kecenderungan terbabit rasuah," katanya. - Bernama
TOP
Mayat wanita ditemui dalam keadaan bogel
KUALA LUMPUR - Seorang wanita tempatan berusia 22 tahun ditemui mati dalam keadaan bogel dalam sebuah bilik hotel bajet di Kelana Jaya, di sini , hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada kira-kira 4.30 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian. Beliau berkata mangsa dikatakan mendaftar masuk dengan teman lelakinya pada 4 petang semalam (Isnin) sebelum lelaki terbabit menghilangkan diri tengah hari tadi. "Hasil siasatan mendapati, terdapat kesan lebam di leher mangsa dipercayai dicekik. Bagaimanapun, tiada sebarang senjata ditemui di bilik tersebut," katanya di sini hari ini. Fadil berkata mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan setakat ini, motif pembunuhan bukan kerana samun. Beliau berkata polis sedang mengesan teman lelaki mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama
TOP
PPDNKK rampas jersi tiruan bernilai RM33,415
PASIR MAS - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) cawangan Pasir Mas merampas 1,284 helai jersi tiruan bernilai RM33,415 di sebuah premis di kompleks perniagaan di Rantau Panjang di sini, hari ini. Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Mazni Abdul Rasid berkata bertindak atas risikan, sepasukan penguatkuasa KPDNKK menyerbu premis berkenaan pukul 10 pagi ini dan merampas jersi tiruan jenama Nike. "Terdapat juga jersi tiruan pasukan yang bertanding pada Piala Dunia tahun ini berjenama Nike dirampas, selain itu kita turut merampas 82 sandal dan 33 seluar panjang tiruan jenama sama," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau berkata kesemua barangan yang dirampas itu dipercayai dibawa masuk dari negara jiran untuk dijual kepada penduduk tempatan. "Jersi tiruan ini dijual dengan harga murah iaitu antara RM20 dan RM30 sehelai dan ia menarik minat orang ramai kerana harganya jauh lebih murah daripada jersi yang asli," katanya. Mazni berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 8(1)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000 dan penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali. Beliau berkata pihaknya akan terus membuat pemantauan bagi mengelakkan berlakunya kegiatan penjualan jersi tiruan. "Sekarang musim Piala Dunia 2014 jadi peniaga ini akan ambil kesempatan untuk jual jersi tiruan, jadi kita akan terus melakukan pemeriksaan bagi mengekang kegiatan ini," katanya. - Bernama
TOP
Maut dibaham anjing jiran
DUA wanita di Britain dijatuhi hukuman penjara 12 bulan selepas anjing mereka dibiarkan kelaparan selama 45 jam membaham seorang lelaki. Anjing spesies Presa Canario milik Hayley Sulley, 30, dan Della Woods, 29, itu dipercayai menceroboh laman kediaman jiran mereka selepas ia tertarik dengan bau masakan stew daging yang disediakan mangsa dalam kejadian menggemparkan pada Mei tahun lalu. Clifford Clarke, 79, terpaksa bergelut dengan haiwan itu selama 15 minit sebelum ia ditembak mati pihak berkuasa. Bekas pesara tentera itu meninggal dunia di hospital akibat cedera parah. Seorang jurucakap polis turut menyifatkan kejadian itu adalah paling mengerikan sepanjang kerjayanya. Sementara itu, hasil siasatan pihak berkuasa mendapati, anjing tersebut sangat lapar kerana ia cuba untuk memakan bekas makanan plastik, puntung rokok, makanan burung dan minum air kotor sebelum menyerang Clarke. Susulan daripada kejadian itu, Liverpool Crown Court turut melarang mereka memelihara anjing pada masa akan datang. Hakim Mark Brown memberitahu Sulley dan Woods amat bernasib baik kerana kedua-dua wanita tersebut tidak didakwa melakukan pembunuhan seperti yang terkandung dalam undang-undang baharu di negara itu. “Mereka mungkin akan dikenakan hukuman lebih berat iaitu penjara 14 tahun jika disabit kesalahan,’ katanya lagi dipetik Daily Mail. Difahamkan, hukuman lebih tegas telah diperkenalkan di England dan Wales, bulan lalu susulan daripada kematian mengerikan akibat serangan anjing yang meningkat di kedua-dua kawasan terbabit. Hukuman penjara maksimum kerana menyebabkan anjing menyerang individu lain hingga menyebabkan kematian telah dilanjutkan dari 24 bulan kepada dua tahun.
TOP
Episod hitam Bosnia
SEKITAR pertengahan bulan lalu, nama Bosnia Herzegovina dan Serbia sekali lagi mencuri tumpuan dunia apabila kedua-dua negara itu dilanda banjir terbesar yang disifatkan paling teruk dalam tempoh 100 tahun. Banjir di kawasan bersejarah Balkan juga menyebabkan lebih 2,000 kejadian tanah runtuh dan meragut lebih 70 nyawa, ratusan ribu penduduk terpaksa dipindahkan serta satu perempat daripada 4 juta penduduknya terjejas teruk. Malah, pihak berkuasa Bosnia turut membandingkan kemusnahan daripada bencana itu dengan kemusnahan ketika perang melanda Bosnia sekitar tahun 1992 hingga 1995. Difahamkan, hujan lebat turun selama tiga hari hingga mengakibatkan satu pertiga daripada Bosnia menyerupai tasik lumpur apabila landasan kereta api dan jalan raya ditenggelami air. Menteri Luar Bosnia Zlatko Lagumdzija berkata, lebih 100,000 buah rumah dan bangunan di negara itu musnah dan lebih 1 juta penduduk terputus bekalan air bersih. “Keadaannya sangat menakutkan. Kemusnahan fizikal yang dialami hampir sama dengan kemusnahan akibat perang. “Jika 22 tahun dulu, ramai orang kehilangan segala-galanya. Kini, kami sekali lagi tidak mempunyai apa-apa,” katanya. Sementara itu, Perdana Menteri Serbia Aleksandar Vucic memberitahu, kewangan di negara tersebut akan terjejas sehingga ratusan juta Euro terutamanya apabila gelombang banjir baharu dari Sungai Rava melanda kompleks Nikola Tesla, sebuah kawasan penjana kuasa utama negara terletak kira-kira 30 kilometer di barat daya ibu negara Belgrade. “Kami mengharapkan sokongan besar kerana tidak banyak negara pernah mengalami malapetaka seperti ini,” katanya.
Bahagian terjejas banjir
Serbia merupakan bahagian paling teruk terjejas di mana beberapa bandar utama ditenggelami air dan tanah runtuh di kawasan pergunungan. Di Bosnia, khususnya di kawasan Republika Sepska lumpuh akibat banjir. Sementara itu, di Croatia timur dan selatan Romania juga terlibat banjir. Manakala di Austria, Bulgaria, Hungary, Itali, Poland dan Slovakia terjejas oleh ribut.
Bosnia
Kebanyakan bahagian utara Bosnia dilanda banjir di mana lembah sungai Bosna adalah paling teruk. Kawasan lain terjejas termasuk Sarajevo Canton, Tuzla, dan wilayah Semberija. Manakala sungai yang mencapai paras tinggi hingga melimpah adalah termasuk Bosna, Vrbas, Drina, Sana dan Sava. Sehari selepas Bosnia dilaporkan banjir, 24 kematian dicatatkan dan timbul spekulasi bahawa banjir mungkin mengganggu kedudukan periuk api yang tertinggal semasa perang Bosnia yang boleh mendatangkan bahaya.
Serbia
Bandar Obrenovac dilanda banjir paling teruk di mana hampir 90 peratus daripadanya ditenggelami air. Pada 15 dan 16 Mei, paras air berhampiran Sungai Kolubara naik beberapa meter secara tiba-tiba menyebabkan seluruh penduduk di kawasan itu dipindahkan. Sepanjang tempoh banjir, lebih 300,000 isi rumah terputus bekalan elektrik. Menteri Tenaga Aleksandar Antic mencadangkan supaya penduduk menjimatkan elektrik dan menggunakannya dengan lebih berhemah. Pada 20 Mei, kerajaan Serbia mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari. Malah, Perdana Menteri Aleksandar Vucic menyifatkan banjir itu sebagai bencana paling buruk yang pernah melanda negara itu.
Croatia, Romania, Slovakia
Kawasan paling kritikal terjejas adalah di selatan Slavonia. Benteng di Sungai Sava pecah dan air melimpah berhampiran Rajevo Ranau dan Racinovi. Akibatnya, lebih 15,000 terpaksa dipindahkan. Merupakan banjir kali ketiga yang melanda Romania sejak April lalu. Lebih 8,000 orang dipindahkan dan 2,000 hektar tanah ditenggelami air. Secara keseluruhannya, 125 kampung terjejas dan 30 laluan jalan raya ditutup kerana rosak teruk serta dilitupi lumpur.
Ekonomi Balkan lumpuh
Bank Eropah untuk Pembinaan Semula dan Pembangunan (EBRD) menganggarkan jumlah kerugian di dua negara itu mencecah lebih 3 bilion Euro (RM13 bilion). EBRD memaklumkan, pihaknya meletakkan anggaran kasar kerugian antara 1.5 bilion Euro hingga 2 bilion Euro (RM7 bilion hingga RM9 bilion) di Serbia dan 1.3 bilion Euro (RM6 bilion) di Bosnia. “Banjir juga boleh memberi kesan makro ekonomi yang agak besar di Serbia dan Bosnia dan memberi kesan kepada pertumbuhan jangka pendek dan inflasi serta keutamaan polisi untuk bajet mereka tahun ini,” menurut bank itu dalam satu kenyataan. Sektor paling teruk terjejas adalah pertanian kerana kebanyakan tanah yang sesuai untuk sektor tersebut musnah. Kerugian di kedua-dua negara boleh mencecah hingga ratusan juta Euro. Manakala, kerugian pada sektor tenaga juga dijangka tinggi terutamanya di Serbia di mana kompleks perlombongan terbesar Kolubara yang penting untuk sistem tenaga negara telah ditenggelami air. Selain itu, jutaan penduduk di kawasan terjejas turut hilang pekerjaan sekali gus menambahkan lagi kesukaran mereka. Sehingga kini, kerajaan belum menjanjikan sebarang pampasan atau ganti rugi kerana ia melibatkan perbelanjaan besar. Oleh itu apakah nasib mereka selepas ini? Bagaimanakah mereka boleh meneruskan kelangsungan hidup tanpa sebarang bantuan merupa wang ringgit. Susulan itu, negara-negara jiran ditagih untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka.
Reaksi antarabangsa
38 negara hulur bantuan
Kejadian ini mencetuskan pelbagai kempen bantuan antarabangsa daripada lebih 38 negara termasuk Malaysia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Jerman, Itali dan Jepun. Agensi Bantuan Malaysia (MRA) menyalurkan bantuan bernilai RM43,780 dalam bentuk makanan dan kit kesihatan kepada wilayah di Bosnia. Selain itu, MRA dan beberapa organisasi swasta turut melancarkan tabung bantuan untuk mangsa bencana terbabit. Manakala PBB turut menyediakan bantuan segera kepada dua negara itu, terutamanya kapasiti Serbia sebagai sebuah negara calon pertubuhan sekali gus melayakkannya menerima bantuan kewangan. Sekumpulan pasukan pakar PBB mengatakan bahawa pembinaan semula besar-besaran, pemulihan dan usaha pembersihan amat diperlukan bagi membaik pulih keadaan Serbia selepas dilanda bencana alam itu. Malah, dalam laporan kepada kerajaan Serbia, PBB memberi amaran berkaitan risiko kesihatan daripada air bertakung, potensi risiko kepada alam sekitar dan kerosakan kepada pertanian selain kemusnahan rumah serta infrastruktur. “Laporan ini adalah titik permulaan. Kami tidak sabar untuk bekerja dengan kerajaan Serbia, Kesatuan Eropah dan Bank Dunia mengenai penilaian tentang keperluan jangka panjang negara ini yang dipanggil Penilaian Keperluan Selepas Bencana (PDNA),” menurut Penyelaras Residen PBB di Serbia, Irena Vojackova-Sollorano.
Bantuan selebriti
•Pemain tenis Serbia Novak Djokovic mendermakan kesemua wang tunai AS$500,000 (RM1.7 juta) yang dimenanginya pada perlawanan tenis Terbuka Itali 2014 selepas mengalahkan Rafael Nadal. Selain itu, dia turut mengumpul tambahan AS$100,000 (RM321,000) menerusi Dana Novak Djokovic.
•Ahli perniagaan Romania, Ion Tiriac yang juga pemilik Kejohanan Terbuka Masters Mutua Madrilena Madrid tenis, bekas pemain tenis dan hoki mendermakan AS$100,000 (RM321,000) kepada mangsa banjir di Serbia.
•Pelakon Angelina Jolie menderma AS$50,000 (RM161,000) kepada Bosnia dan Serbia.
•Pemuzik terkenal Bosnia, Goran Bregovic mendermakan 20,000 Euro (RM88,000) ke Bosnia.
•Pemain bola sepak Bosnia Miralem Pjanic membeli keperluan perubatan yang sama nilainya seperti sebuah farmasi.
TOP
Penduduk Gaza tiada akses air bersih
GENTING GAZA - Penduduk Palestin di Gaza dilaporkan tidak mempunyai akses air bersih susulan sekatan Israel di bandar itu. Pengarah air, Ahmad Yacoubi berkata, air di bandar itu dicemari nitrat dan klorida tiga kali lebih tinggi berbanding paras normal. "Pencemaran dicatatkan semakin tinggi hingga menyebabkan 90 peratus air di Gaza tercemar teruk," katanya kepada PIC. Pengarah Penyulingan, Ahmad Robaie pula berkata, penyulingan air laut adalah penyelesaian menangani masalah itu namun ianya tercemar dan memberi kesan kepada penduduk," katanya.
TOP
Militan serang lapangan terbang di Karachi
Sebahagian mayat militan dan senjata dirampas anggota keselamatan. Foto: AFP
KARACHI - PAKISTAN. Pasukan keselamatan melancarkan semula operasi ketenteraan di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah di Karachi, Pakistan apabila insiden serangan bersambung semula beberapa jam selepas mereka mengumumkan berakhirnya penawanan militan, semalam. Jurucakap pasukan separa tentera Rangers, Sibtain Rizvi berkata, pihaknya melancarkan semula operasi dan turut memanggil tentera tambahan. “Setakat ini 30 maut antaranya 10 militan, 14 anggota keselamatan dan empat pekerja lapangan terbang manakala identiti mangsa lain masih dalam siasatan,” katanya kepada Agensi. Saksi kejadian berkata, bunyi tembakan boleh didengari di dalam lapangan terbang dan renjer serta komando elit bergegas masuk ke dalam. “Serangan ini dianggap antara terganas yang terjadi di bandar terbesar Pakistan,” katanya.
SEBAHAGIAN bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah musnah akibat serangan militan Taliban di Karachi, kelmarin. - REUTERS
Insiden tercetus selepas beberapa anggota militan lengkap bersenjata menyerang lapangan terbang itu awal pagi kelmarin. Pertempuran enam jam tersebut berlarutan sepanjang malam termasuk dua letupan yang menggegarkan lapangan terbang Jinnah. Jurucakap ketenteraan Mejar Jeneral Asim Bajwa dalam tweetnya berkata, "Kawasan lapangan terbang telah dikosongkan, tiada kerosakan pada pesawat dan api yang kelihatan dalam gambar yang disebarkan menerusi media sosial adalah kebakaran bangunan lapangan terbang dan bukannya pesawat." Media tempatan melaporkan, sehingga kini, belum ada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu, namun media tidak menolak ia adalah angkara militan Taliban. “Salah seorang daripada mereka meletupkan diri setelah terkena tembakan. Penyerang dilihat memasuki lapangan terbang dari dua bahagian sekitar pukul 11 malam (waktu tempatan) iaitu di terminal haji dan bahagian kejuruteraan berdekatan dengan terminal lama yang sudah tidak digunakan lagi. "Penyerang dilengkapi senjata mesingan dan bom tangan,” menurut laporan itu. Menurut laporan itu lagi, sejurus menerima laporan berlaku serangan, tentera, pasukan keselamatan lapangan terbang, polis dan pasukan separa tentera dikerah ke tempat kejadian. Anggota renjer separa tentera terlibat dalam operasi itu berkata, anggota militan membolosi bahagian kejuruteraan di Pakistan International Airlines (PIA) telah menembak mati beberapa pengawal keselamatan di situ.
TOP
Tiada rakyat Malaysia terlibat di Pakistan
PAKISTAN. Tiada rakyat Malaysia terkandas di Jinnah International Airport, susulan serangan militan, semalam. “Kami telah memeriksa dengan pihak berkuasa dan tiada rakyat Malaysia terkandas di lapangan terbang itu. "Penduduk Malaysia di Karachi diminta berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa,” kata Konsul Jeneral Malaysia di Karachi, Abu Bakar Mamat. Menurutnya, rakyat Malaysia dinasihati supaya memeriksa dengan pejabat perwakilan sebelum merancang melakukan perjalanan ke Pakistan. - Bernama
TOP
Polis Makkah bersiap sedia
MAKKAH - Kerajaan Saudi menambah lebih 2,000 anggota polis tambahan pada hari pertama Ramadan bagi memudahkan jemaah menunaikan Umrah di kota suci itu. Pengarah Polis Makkah, Assaf Al-Qurashi berkata, penambahan polis dilakukan selepas lebih 300 kes kecurian dilaporkan di Masjid Besar yang kebanyakannya melibatkan pendatang haram warga Afrika lapor Arab News. "Kami bekerja di bawah pengawasan langsung Menteri Dalam Negeri Putera Muhammad Naif dan pegawai kanan polis dalam memastikan semua langkah diambil bagi menjamin keselamatan pengunjung sepanjang bulan Ramadan ini," katanya. Polis Makkah turut menyelia kemudahan pengangkutan untuk jemaah berulang alik dari kawasan penempatan ke tanah suci. Difahamkan, jumlah jemaah Haji pada tahun ini dianggarkan kurang daripada 2 juta orang susulan kerja penyelenggaraan yang sedang dilakukan.
TOP
Gereja Katolik didakwa dera kanak-kanak
DUBLIN - Sebuah gereja Katolik di Ireland didakwa melakukan penderaan kanak-kanak susulan penemuan hampir 800 rangka budak di sebuah kubur besar di barat negara itu. Kerajaan memaklumkan, mereka sedang mempertimbangkan melakukan siasatan berhubung dakwaan tersebut lapor Press TV. Sebelum ini, gereja terbabit pernah dikecam aktivis hak asasi manusia selepas ada pihak mendakwa mereka melakukan penderaan dan pengabaian kanak-kanak di bawah jagaan institusi berkenaan. Difahamkan, ratusan rangka itu adalah milik kanak-kanak dipercayai meninggal dunia atas pelbagai sebab seperti kekurangan zat, diserang penyakit berjangkit dan kecacatan pada 1925 hingga 1961. Kubur besar itu ditemui penduduk selepas simen penutup tangki septik mengandungi tulang retak.
TOP
PAC Puas Hati Penjelasan Projek KSAS
KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berpuas hati dengan penjelasan pihak berkaitan berhubung projek pembinaan Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) di Tanjung Malim, Perak. Projek itu sebelum ini dikategorikan sebagai kurang memuaskan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2013 siri 1 yang dibentangkan di Parlimen April lalu, berikutan pembinaannya tidak mengikut spesifikasi dan lambat mendapat sijil layak menduduki (CF). Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pihaknya telah memanggil Ketua Setiausaha Kedua Kementerian Pendidikan Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang, Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Zakaria Kasa, kontraktor projek iaitu Kumpulan Sakata Sdn Bhd dan Jabatan Kerja Raya Perak bagi memberi penjelasan berhubung isu itu. “Hasil penjelasan yang diberikan pihak berkenaan, PAC amat berpuas hati terutama tentang penambahbaikan yang dilaksanakan ke atas struktur bangunan kampus itu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PAC di bangunan Parlimen di sini, hari ini. Projek pembinaan Kampus KSAS itu menerima kelulusan peruntukan sebanyak RM459.58 juta bagi Pakej 1 yang meliputi kerja tanah dan infrastruktur berjumlah RM36.59 juta dan Pakej 2 meliputi kerja bangunan berjumlah RM422.99 juta. Projek yang diberikan secara rundingan terus itu sepatutnya bermula pada Mei 2008 dan dijadual siap pada 2010, namun masalah kelulusan projek memaksa projek itu dimulakan lewat sebelum akhirnya siap pada Januari 2012. Nur Jazlan berkata, walaupun disiapkan lewat dari tarikh asal namun projek itu menepati kos yang telah diperuntukkan kerajaan. “Selepas siap pada tahun 2012, kampus itu telah mendapat Certificate of Partial Completion (CPC) dan seramai 5,000 pelajar telah mula mendiami kampus itu. “Namun dalam tempoh itu terdapat sedikit masalah berlaku terhadap struktur bangunan dan sedang dibaik pulih oleh pihak kontraktor dan dijangka siap sepenuhnya dalam bulan ini dan seterusnya kampus itu dijangka akan diberikan Certificate of Completion and Compliance (CCC),” katanya. Ditanya mengapa projek itu diberikan secara rundingan terus dan tidak secara tender terbuka, Nur Jazlan berkata, kerajaan boleh berbuat demikian sekiranya berpendapat sesuatu projek itu perlu disegerakan kerana proses tender terbuka biasanya mengambil masa yang lama. “Dalam kes projek ini, memang ada ‘urgency’ kerana kampus utama UPSI tidak lagi mampu menampung pelajar yang kini berjumlah 28,000 pelajar dan kampus kedua ini amat perlu disiapkan segera bagi menampung jumlah pelajar yang meningkat,” katanya. Sumber: Bernama
TOP
Ops Cantas Khas: 79,414 Individu Ditahan
KUALA LUMPUR – Sebanyak 79,414 individu yang terlibat dalam pelbagai jenayah ditahan sejak Ops Cantas Khas dilaksanakan pada 17 Ogos tahun lalu, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Selasa. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam tempoh sama juga sebanyak 37,507 kertas siasatan dibuka. “Daripada jumlah itu, sebanyak 7,256 kes dituduh di mahkamah, 28,486 kes masih lagi dalam siasatan dan 1,948 kes tiada tindakan diambil,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Nur Jazlan Mohamed (BN-Pulai) mengenai keberkesanan Ops Cantas Khas dalam mengurangkan jenayah terancang di dalam negara. Selain itu, Ahmad Zahid berkata, pihak polis turut merampas 9,659 pelbagai jenis senjata api, peluru, bahan letupan dan senjata berjadual yang dipercayai digunakan oleh kumpulan tertentu untuk melakukan jenayah. Beliau berkata, sebanyak 2,379 jenis kenderaan yang digunakan untuk melakukan jenayah serta kenderaan yang dicuri turut dirampas. Ahmad Zahid menegaskan pelaksanaan Ops Cantas Khas telah berjaya mengurangkan kes jenayah berprofil tinggi seperti kes bunuh dan samun bersenjata api. “Kes bunuh menurun daripada 504 kes kepada 433 kes iaitu penurunan sebanyak 14 peratus, kes samun berkawan bersenjata api daripada 83 kes kepada 54 kes dengan penurunan sebanyak 34 peratus. “Kes samun berkawan tanpa senjata api daripada 13,533 kepada 12,048, penurunan sebanyak sembilan peratus dan kes samun bersenjata api daripada 20 kes kepada 14 kes, penurunan sebanyak 13 peratus,” jelas Ahmad Zahid. Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata kajian persepsi masyarakat mengenai indeks keselamatan dan kepuasan terhadap perkhidmatan Polis Diraja Malaysia oleh Frost & Sullivan yang dijalankan pada Julai, September dan Oktober tahun lepas telah menunjukkan impak yang positif. “Kajian persepsi masyarakat terhadap indeks keselamatan penilaian rasa takut menjadi mangsa jenayah pada Oktober 2012 menunjukkan bahawa daripada 100 orang, 57 orang merasa takut menjadi mangsa jenayah, dan pada Oktober 2013 telah menurun kepada 37 orang iaitu penurunan sebanyak 19 peratus,” katanya. Sumber: mStar Online
TOP
Keputusan Jawatankuasa Hudud Bebas Politik
KOTA BHARU – Jawatankuasa Teknikal Peringkat Pusat yang diwujudkan untuk mengkaji pelaksanaan hukum hudud atau Enakmen Jenayah Syariah II 1993 di Kelantan, akan membuat keputusan yang lebih sah dan bebas daripada pengaruh parti politik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau berkata jawatankuasa itu memang tidak dianggotai orang politik dan ia berpegang kepada peraturan dan pelaksanaan hukum hudud. “Jawatankuasa tersebut telah pun wujud dan akan melaksanakan tugas secara tangungjawab dalam lingkungan mereka. Orang (anggota jawatankuasa) itu faham undang-undang dan arah mana undang-undang itu hendak dibawa,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Multaqa (pertemuan) Imam, Guru Takmir (agama) dan Jawatankuasa Masjid Mukim negeri Kelantan 2014 di Kompleks Islam Darulnaim, Lundang di sini, hari ini. Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha. Jamil Khir berkata, antara tanggungjawab jawatankuasa itu ialah memberi pandangan arah tuju berkaitan rang undang-undang persendirian (hukum hudud) sebelum kerajaan negeri Kelantan membentangkannya di Parlimen kelak. “Jawatankuasa ini juga akan memandu kita apakah perkara yang perlu diberi penambahan dan pindaan,” katanya sambil menyatakan tiada tempoh diberikan kepada jawatankuasa itu untuk menyelesaikan tugas mereka. Kerajaan pusat menubuhkan jawatankuasa itu setelah Pas mahu membentangkan Rang Undang-undang Persendirian (Hukum Hudud) di Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993. Pembentangan rang undang-undang persendirian itu bertujuan mendapatkan kebenaran melaksanakan hukum hudud itu seperti yang diperuntukkan Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan. Terdahulu semasa berucap pada majlis berkenaan, Jamil Khir mengumumkan pada tahun ini, kerajaan pusat melalui Jakim memperuntuk sebanyak RM68.52 juta kepada kerajaan negeri Kelantan untuk membayar elaun 840 imam, 267 guru takmir, 5,306 guru Kelas Al Quran dan Fardu Ain (Kafa), 10 pegawai penyelaras masjid jajahan negeri ini. Katanya Imam harus memainkan peranan yang lebih aktif untuk mengimarahkan masjid masing-masing dengan pelbagai program bagi memartabatkan syiar dan syariat Islam Sumber: Bernama
TOP
Kes rogol di Ketereh babit 21 suspek, bukan 38
Jalaluddin
KOTA BHARU 10 Jun - Polis Kelantan mengesahkan 21 lelaki yang terlibat dalam kes rogol membabitkan dua remaja bawah umur di Ketereh di sini baru-baru ini dan bukannya 38 orang seperti yang dilaporkan media sebelum ini. Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, daripada jumlah tersebut, pihaknya telah menahan 14 suspek lelaki yang berusia di antara 15 sehingga 38 tahun dalam beberapa serbuan sebelum ini. Beliau berkata, pihak polis juga sedang mengesan tujuh lagi suspek berusia dalam lingkungan 20-an yang masih bebas. "Siasatan ke atas mangsa pertama berusia 15 tahun menyatakan dia telah dirogol di dua tempat berasingan iaitu di sebuah rumah kosong dan di sebuah rumah suspek yang dikenali sebagai Fadil yang masih bebas di Kampung Hutan Pasir, Ketereh di sini. "Kejadian melibatkan 13 orang suspek di tempat pertama dan lapan orang suspek di tempat kedua. "Siasatan ke atas mangsa kedua berusia 17 tahun menyatakan dia turut dirogol bersama mangsa pertama di sebuah rumah kosong di Kampung Hutan Pasir, Ketereh," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. Pada 26 Mei lalu, dua remaja perempuan berusia 15 dan 17 tahun membuat laporan polis mendakwa telah dirogol bergilir-gilir di sebuah rumah di kawasan Ketereh di sini. Mangsa pertama mendakwa menjadi mangsa 'kenduri seks' 38 lelaki di sebuah rumah kosong di Ketereh di sini. Jalaluddin berkata, siasatan polis berhubung kes tersebut telah selesai dan tindakan memburu suspek yang masih bebas sedang giat dijalankan. "Kes ini telah dirujuk ke Ketua Unit Pendakwaan Negeri Kelantan dan bersetuju supaya pertuduhan di bawah Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 Undang-undang yang sama dikenakan ke atas empat orang suspek. "Daripada hasil siasatan, pihak polis menafikan mangsa telah dirogol oleh 38 lelaki seperti yang didakwa dalam laporan polis yang telah dibuat oleh mangsa. "Walau bagaimanapun dipercayai mangsa telah dirogol oleh orang sama berulang kali," katanya. Difahamkan empat suspek tersebut akan didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu pagi esok.
TOP
Pemindahan 5 Tanah Perkuburan Berjalan Lancar
JOHOR BAHRU – Kerja pemindahan lima tanah perkuburan bukan Islam di Pengerang berjalan lancar dengan kontraktor yang dilantik menggali semula 436 mayat setakat Isnin lepas, kata Pegawai Daerah Kota Tinggi, Mohd Noorazam Osman hari ini. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata kontraktor terbabit, Pengerang Memorial Sdn Bhd (PMSB), menyambung kerja itu Jumaat lepas dan semua tugas dijangka disiapkan menjelang hujung Ogos ini. PMSB sebelum ini menangguhkan kerja berikutan kekeliruan berhubung kes yang dibawa ke Mahkamah Tinggi Johor Baharu pada 26 Mei yang membawa kepada perintah sementara untuk menghentikan kerja. Noorazam berkata, pihaknya dimaklumkan pada 5 Jun bahawa Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada 19 Jun dan perintah sementara dikeluarkan untuk menghentikan kerja hanya bagi kubur yang terlibat dalam kes mahkamah itu. Kubur lain di Pengerang tidak terjejas. Noorazam mengulangi bahawa kerajaan mematuhi semua proses perundangan dan pentadbiran dalam melaksanakan tugas berkenaan. Tanah perkuburan terbabit diisytiharkan ditutup pada 15 Januari selepas beberapa peringatan disiarkan dalam akhbar mengingatkan waris supaya mendaftarkan kepentingan mereka. Beliau berkata perkuburan lama itu terletak di atas tanah kerajaan dan waris diberi peringatan dan notis yang lebih daripada mencukupi. Sementara itu, jurucakap PMSB berkata kerja pemindahan itu berjalan lancar hasil kerjasama dan persefahaman waris yang terlibat. Beliau berkata setakat ini, 53 mayat dikebumikan semula manakala 373 lagi dibakar dan abunya disimpan di columbarium (tempat simpan abu mayat) di Bukit Glugor Memorial Park. Sepuluh lagi mayat dihantar ke luar Pengerang berdasarkan permintaan waris. “Kami bekerjasama rapat dengan keluarga terbabit untuk mencari penyelesaian sama ada mayat itu dikebumikan semula atau dibakar mengikut kemahuan atau kepercayaan keluarga,” kata jurucakap itu. Sumber: Bernama
TOP
Penyerahan Dokumen Kes Saman Hadi 16 Julai
KUALA TERENGGANU – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 16 Julai bagi penyerahan dokumen untuk pengurusan kes sebelum menetapkan tarikh perbicaraan kes saman fitnah bekas calon PKR bagi kerusi Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Tarikh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Rusita Md Lazim, bagi plaintif dan defendan memasukkan fail ikatan dokumen berkaitan sebelum memulakan perbicaraan penuh. Mohd Shamsul hadir di mahkamah hari ini manakala Abdul Hadi selaku defendan tidak hadir. Peguam Alias Ibrahim yang mewakili Mohd Shamsul berkata, dijangka terdapat beberapa tarikh sebutan lagi sebelum tarikh perbicaraan ditetapkan bagi membolehkan pernyataan bertulis saksi-saksi dan lain-lain perkara difailkan. “Kita akan masukkan dokumen termasuk video, gambar, keratan akhbar dan sebagainya sebagai dokumen sokongan untuk tarikh perbicaraan penuh ditetapkan nanti,” katanya kepada pemberita. Pada 23 Februari lalu, Abdul Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang dikemukakan oleh pihak plaintif. Bagaimanapun pada 14 April lalu, Mahkamah Tinggi mengetepikan perintah penghakiman ingkar terhadap Abdul Hadi itu setelah mendapati writ saman yang difailkan oleh Mohd Shamsul selaku plaintif pada 17 Februari lalu tidak mengikut prosedur mahkamah. Mohd Shamsul mengambil tindakan itu selepas Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang PRU13 tahun lepas sebagai alasan untuk Pas meletakkan calonnya bertanding di Dun Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru. Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Shamsul mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April 2013 telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan. Plaintif yang merupakan pemaju perumahan juga mendakwa berdepan dengan tekanan emosi dan mental yang berpanjangan setelah menerima cemuhan dan penghinaan serta dipandang serong oleh masyarakat. Pada PRU13, Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dun Bukit Besi melalui Roslee Daud dengan memperoleh 6,966 undi menewaskan calon Pas, Roslan Ismail (4,408) dan Mohd Shamsul yang cuma memperoleh 52 undi. Sumber: Bernama
TOP
`Food Not Bombs-KL’ Bantah Pinda Akta Orang-Orang Papa
Kami mengambil serius terhadap penggunaan Akta Orang-Orang Papa 1977 (Akta 183) (“Akta tersebut”) oleh pihak kerajaan dalam usaha membanteras komuniti warga jalanan dan “kepapaan” komuniti tersebut. Akta tersebut telah digunapakai sebagai platform untuk pihak pegawai Kebajikan Masyarakat dan pihak berkuasa untuk menangkap, reman dan menahan (sehingga tiga tahun) mana-mana rakyat Malaysia yang dianggap “papa”. Bertentangan dengan apa yang dicerminkan oleh pihak media dan kerajaan, Akta tersebut sama sekali bukan suatu sistem penyelamatan. Ia memudahkan kepolisan, gangguan, dan pengusiran secara paksa warga jalanan dari ruang awam. Ini melanggari hak dan kebebasan bergerak, perlindungan sama rata dan kebebasan kediri. Akta tersebut membazirkan sumber awam ke atas aktiviti operasi seperti penangkapan, reman dan penahanan warga jalanan. Sumber yang diboroskan itu adalah lebih bermanfaat sekiranya diperelokkannya bantuan konstruktif kepada masyarakat dari segi sosial dan ekonomi. Sedarilah yang kehidupan jalanan dan kemiskinan tidak boleh dibanteras dan dikawal menerusi penangkapan, penahanan dan kepolisan. Penahanan warga jalanan secara paksa di pusat kebajikan tentu tidak terukur dengan “keprihatinan” Akta tersebut yakni penyelamatan, pemulihan dan penjagaan dan langsung tidak sama sekali menyentuh pada akar penyebab masalah kehidupan jalanan ini. Adalah tidak bermoral dan adil dari segi undang-undang apabila hak sivil warga jalanan dibantutkan melalui operasi-operasi penangkapan yang membuta-tuli. Namun demikian, baru-baru ini KPWKM ada mengumumkan suatu pelan untuk meminda Akta tersebut untuk memastikan hukuman keras terhadap mereka yang didapati “mengemis”. Kami ingin menegaskan bahawa kami membantah sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk menjenayahkan kemiskinan. Seperti kehidupan jalanan, “mengemis” adalah suatu simptom masalah sosial dan ekonomi yang lebih kompleks dan ia tidak boleh diatasi dengan menyukarkan lagi keadaan hidup warga jalanan. Warga kehidupan jalanan yang kami lihat kini adalah suatu petanda bahawa keadaan sosial dan ekonomi negara ini tidak terjamin. Masalah adalah dalam bentuk dan pelaksanaan skim-skim pekerjaan, pencen, perumahan, kesihatan, pendidikan dan perlindungan sosial. Kerajaan harus melihat hubungan secara langsung faktor-faktor yang tersebut di atas dan mengambil pendekatan serius terhadap masalah ini. Orang awam adalah berkepentingan terhadap suatu strategi jelas dari pihak kerajaan untuk mengurangkan masalah kehidupan jalanan dengan pemantauan yang berkesan serta pengambilan langkah-langkah untuk mengatasi masalah sosial dan ekonomi pada akar penyebabnya. Agensi-agensi kerajaan, bukan sahaja KPWKM, harus melakukan kajian yang menyeluruh dan menggunakan maklumat dengan bijak ke arah pembangunan, kemajuan program sosial dan ekonomi dan polisi awam. Kami menggesa supaya Akta Orang-Orang Papa 1977 (Akta 183) dimansuhkan dan satu polisi yang mengetengahkan keutamaan pada kesejahteraan dan penyertaan sosial dan ekonomi untuk semua di bangunkan. Polisi dan program untuk mengatasi masalah kehidupan jalanan harus – tanpa – pengecualian – dibentuk berlandaskan kesamarataan, kesaksamaan, kebebasan, nilai maruah diri mengikut kehendak dan kepentingan semua rakyat negara. Sumber: bm.selangorku.com
TOP
DBKL mahu perkenal konsep baru perlindungan untuk gelandangan
KUALA LUMPUR: Sebuah pusat serbaguna akan dibina oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertujuan memberi tempat tinggal buat golongan gelandangan yang memenuhi persekitaran ibu kota Kuala Lumpur. Dalam satu laporan oleh akhbar The Star, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata inisiatif ini bertujuan untuk mengumpul kesemua gelandangan yang berada di sekitar ibu kota ke satu tempat. “Kami sedar terdapat pelbagai jenis gelandangan iaitu seperti penagih dadah, pendatang asing, warga emas yang ditinggalkan serta ibu tunggal. Terdapat juga mereka yang bekerja tetapi tidak mahu menghabiskan duit menyewa rumah. Oleh itu mereka memilih untuk tinggal di bawah jambatan," katanya. Menurut Ahmad Phesal, cadangan tersebut dibincangkan susulan satu mesyuarat bersama pihak-pihak lain seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO). “Kami sedang mengenal pasti kompleks yang sesuai. Kami telah membuat tinjauan ke beberapa bangunan di sekitar Jalan Chow Kit dan Lorong Haji Taib,” kata Ahmad Phesal. Katanya, NGO yang membekalkan makanan kepada gelandangan turut akan ditempatkan di pusat serbaguna tersebut bagi memastikan DBKL dapat menjalankan operasi pembersihan dengan lebih efektif. “Kini, gelandangan yang menerima makanan daripada NGO ini membuang kotak makanan serta sisa makanan mereka merata tempat menjadikan proses pembersihan sukar,” tambahnya. Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa pusat penjagaan kanak-kanak turut akan diwujudkan dalam bangunan tersebut bagi membantu ibu tunggal menjaga anak-anak mereka. Pada 31 Mei lalu, AWANI745 memberi fokus kepada isu gelandangan yang dilihat tiada kesudahannya hingga kini selain mengadakan sesi perbincangan bagi mencari penyelesaian serta usaha yang dapat dilakukan bagi membantu golongan ini. Tinjauan Astro AWANI turut mendapati sekitar 1,000 gelandangan menjadikan beberapa lokasi terbuka sekitar Kuala Lumpur sebagai tempat kediaman mereka saban malam. Sumber: Awani
TOP
Diesel Subsidi Bernilai RM24,564 Dirampas
SEREMBAN – Sebanyak 8,900 liter diesel bersubsidi bernilai RM24,564 dirampas oleh pasukan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri Sembilan dalam ‘Ops Titik’ di tiga stesen minyak di sekitar bandar ini Selasa. Ketua Pegawai Penguat kuasa PPDNKK Negeri Saifulbahri Abdul Kadir berkata dalam serbuan bermula 10 malam hingga 5 pagi itu, pihaknya turut menyita tiga buah lori, termasuk sebuah lori tangki, yang kesemuanya bernilai RM110,000. “Pemeriksaan mendapati dua daripada lori itu berisi bahan api tersebut. Ketiga-tiga lori berkenaan dilengkapi tangki tambahan yang diubah suai dan disembunyikan di dalam kenderaan itu bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. Dalam serbuan itu, kami turut menahan empat lelaki (pemandu dan kelindan lori) berumur 20-an dan 50-an,” katanya di sini hari ini. Katanya pihak penguatkuasa melakukan risikan dan intipan sejak lebih seminggu sebelum bertindak. Saifulbahri berkata serbuan pertama di stesen minyak di Garden Avenue, membabitkan rampasan 600 liter diesel bernilai RM1,656, di stesen minyak di Taman Bukit Emas (rampas 8,300 liter diesel bernilai RM22,908), manakala di Senawang (tiada minyak diesel dirampas). “Siasatan ke atas pihak stesen minyak juga akan dilakukan sama ada wujud unsur subahat dalam perkara ini,” katanya. Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu terlibat, manakala syarikat pula dendanya tidak melebihi RM250,000. Sumber: Bernama
TOP
Doktor lelaki ditemui mati dalam tandas
Alor Gajah: Seorang doktor lelaki atas panggilan yang sedang bertugas ditemui mati tanpa seurat benang dalam keadaan tertiarap di dalam tandas di Hospital Alor Gajah (HAG) di sini. Difahamkan mayat mangsa berusia 29 tahun ditemui kira-kira jam 9 pagi oleh beberapa kakitangan hospital itu selepas membuka pintu tandas berkenaan yang berkunci dari dalam. Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supritendan Mohamad Laham berkata, mangsa dipercayai terjatuh dari mangkuk tandas di bilik air yang terletak di dalam bilik doktor atas panggilan hospital itu. “Kali terakhir mangsa dilihat masuk ke dalam bilik doktor atas panggilan oleh kakitangan hospital pada jam 6.45 pagi ini, namun kira-kira jam 8.30 pagi dia gagal dihubungi. “Mangsa ditemui kira-kira jam 9 pagi di dalam tandas bilik berkenaan oleh kakitangan hospital selepas mereka membuka pintu tandas itu, kes dikasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya. Sumber: myMetro Online
TOP
Jadual Siaran Piala Dunia FIFA 2014 Di RTM
Jadual Piala Dunia 2014 RTM Perlawanan Waktu Malaysia : Akhirnya kejohonan bola sepak paling unggul di dunia yang berlangsung 4 tahun sekali telah pun tiba. Pembukaan perlawanan Piala Dunia 2014 akan dimulakan antara tuan rumah Brazil VS Crotia pada pukul 2 petang 13 Jun 2014 (iaitu hari Jumaat). Tarikh Jadual Piala Dunia 2014 RTM : Perlawanan Waktu Malaysia Klik pada gambar di bawah untuk perbesarkan
Sumber: Berita Semasa / forums.hardwarezone.com.sg
TOP
Wawa Zainal Kongsi Kehidupan Bahagia Bersama Suami, Aeril Zafrel
PERTEMUAN dengan pasangan sama cantik sama padan ini di Sri Pentas, Bandar Utama, Khamis lalu, membongkar pelbagai kisah menarik. Antaranya, berkongsi cerita bagaimana mereka mengemudi rumah tangga dan bergelar ibu bapa di usia yang muda, sekali gus impak fasa kehidupan berkeluarga kepada diri mereka yang kini lebih matang. Nur Hawa Zainal Abidin, 23, atau lebih dikenali menerusi nama komersialnya Wawa Zainal, memberikan kredit kepada suaminya, Aeril Zafrel atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 26, yang disifatkan sebagai seorang yang sangat penyabar.
“Saya orangnya agak baran sementara, Aeril sangat penyabar. Kadang-kadang penat, benda kecil pun jadi hal. Kalau saya marah-marah, dia biasanya diam saja atau paling tidak pun merajuk.
“Akhirnya saya yang pujuk dia semula bila dibebani rasa serba salah. Namun Aeril mudah sejuk dan tidak pernah memanjangkan hal. Saya berasa bersyukur kerana mempunyai suami yang baik dan tidak banyak kerenah.
WAWA dan Aeril sibuk membesarkan anak mereka, Attar yang kini berusia sembilan bulan.
“Aeril seorang yang ringan tulang dan sangat membantu. Dia akan ambil alih jaga Attar, kalau saya memasak atau melakukan kerja rumah. Sumber: myMetro Online
TOP
Pelakon Izreen Azminda - Muhammad Riza sah bercerai dengan talak satu
Izreen Azminda
KUALA LUMPUR: Pelakon, Izreen Azminda, 29, sah diceraikan dengan talak satu oleh Muhammad Riza Baharuddin di hadapan hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, pagi semalam. Perbicaraan kes cerai mereka berlangsung dalam keadaan tenang, malah tiada wakil media yang hadir ketika sebutan kes berlangsung. Sebelum ini, BH pernah melaporkan menerusi sumber bahawa Riza, 31, dilaporkan melafazkan cerai ke atas Izreen di Pulau Pinang pada 16 Mei lalu ketika pelakon itu menjalani penggambaran drama Kerana Terpaksa Aku Relakan, siaran TV3. Bagaimanapun, Riza kemudian tampil mempertikaikan apa yang terjadi. Ketika dihubungi petang tadi, Izreen menjelaskan beliau tidak menuntut apa-apa daripada bekas suami, selain kebajikan untuk anak mereka, Adrian Umar. “Kami juga takkan berebut soal menjaga anak. Riza boleh ambil Umar bila-bila masa beliau mahu. Yalah, kami bekerja dalam bidang yang sama, jadi memang kerja tidak mengikut waktu. Cuma secara mutlaknya, hak jagaan anak adalah milik saya," katanya. Izreen mengaku lega kerana semua kemelut dapat diselesaikan dengan baik. Demi anak, Izreen dan bekas suami juga sepakat untuk terus berkawan. “Cuma apa yang saya minta sekarang, hentikanlah cerita bukan-bukan, yang mengaitkan diri saya mahupun Riza dengan perkara tidak benar. Ada yang kononnya mengaitkan saya dengan pelakon lelaki lain, yang dikatakan antara punca kami berpisah. Tidak kurang juga yang mengatakan Riza ada perempuan lain. “Berilah ruang kepada kami untuk meneruskan hidup dan membesarkan anak dengan cara berasingan. Dengan apa yang terjadi, saya juga enggan memikirkan soal pengganti,” katanya. Izreen dan Riza berkahwin pada 31 Ogos 2012 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak lelaki, Adrian Umar, 10 bulan.
SAAT manis Izreen (kanan) kini hanya tinggal kenangan apabila dia diceraikan dengan talak satu oleh Muhammad Riza baru-baru ini.
Sumber: BH Online
TOP
Video Parodi Demam Bola Piala Dunia 2014
Dalam masa dua hari lagi, temasya bola sepak terunggul dunia, Piala Dunia 2014 bakal membuka tirainya. Dan seperti kebiasaannya, fanatik bola sepak akan mula ‘melupakan’ sebentar perkara-perkara lain dan memberi tumpuan kepada kesemua 64 perlawanan yang bakal berlangsung selama sebulan bermula 12 Jun sehingga 13 Julai ini di Brazil. Antara ragam-ragam yang biasa dilihat menjelang Piala Dunia ialah di mana, teman lelaki akan mula menghiraukan kekasihnya, MC berleluasa akibat tak cukup tidur, perbalahan pasukan mana yang disokong, potong rambut bak idola bola yang dikagumi, kegemaran memakai jersi dan sebagainya. Jom saksikan dulu video kerjasama Astro dan JinnyBoyTV berkenaan tabiat sesetengah orang bila menjelangnya Piala Dunia. Adakah anda tergolong dalam kategori individu dalam video ini? Enjoy!
Sumber: Jinny Boy TV / My News Hub
TOP
Penangan Aura Selebriti Bola Sepak
Mereka bukan sahaja popular dengan aksi lincah ketika menggelecek bola di padang, namun mereka juga popular di luar padang apabila tidak terlepas daripada perhatian lensa kamera dunia hiburan. Ada yang digosipkan serta berkahwin dengan selebriti, malah tidak kurang juga ada yang dilantik sebagai duta produk. Ketika era 90-an, pemain bola sepak kebangsaan, Azman Adnan mula mendapat perhatian selepas berkahwin dengan pelakon dan penyanyi, Haleeda. Walau bagaimanapun, mereka bercerai setelah lapan tahun berumahtangga dan setahun kemudian, Azman berkahwin dengan Asfarina Muhamad atau lebih popular sebagai As Feminin. Pemain bola sepak Selangor, Subadron Aziz juga turut mendapat perhatian apabila berkahwin dengan penyanyi popular era 80-an, Salwa Abdul Rahman. Pemain bola sepak era sekarang juga tidak kurang hebatnya terkena tempias aura selebriti. Pasangan kembar Aidil Zafuan dan Zakuan Adha antara contoh pemain bola sepak yang popular selepas berkahwin dengan selebriti.
Populariti Aidil lebih menyerlah berbanding Zakuan memandangkan kisah perceraian Aidil dengan pelakon Rita Rudaini hangat diperkatakan. Walaupun sudah bercerai dengan Rita, namun peminat masih mengikuti perkembangan pemain pasukan Johor Darul Takzim (JDT) ini termasuklah kisah cinta dan perkahwinannya dengan wanita bernama Zarema Zainal. Terbaru, Zakuan dihimpit gosip apabila dia didakwa cuba bermain cinta dengan seorang gadis menerusi aplikasi WeChat. Ayu Raudhah bagaimanapun menafikan perkara itu dan mendakwa ada pihak yang cuba memporak-perandakan perkahwinannya.
Seorang lagi pemain skuad JDT, Mahali Jasuli juga turut menerima tempias dalam industri hiburan tempatan apabila dikaitkan dengan pelakon Tasha Shilla. Jejaka berusia 25 tahun ini dikatakan menjalin hubungan cinta dengan Tasha apabila mereka sering mengungkap kata-kata cinta dan sayang di laman Twitter masing-masing. Tasha juga pernah pergi ke stadium bagi memberi sokongan terhadap Mahali. Namun, kedua-duanya mengklasifikasikan status hubungan mereka sebagai kawan rapat sahaja.
Pemain pertahanan pasukan Selangor, Mohd Asraruddin Putra Omar atau lebih mesra dengan panggilan Asra juga pernah menggemparkan industri seni tanah air pada tahun 2009 apabila dikaitkan dengan pelakon cantik, Rozita Che Wan. Walaupun kedua-dua mereka lebih selesa mengunci mulut mengenai hubungan mereka, namun ada pihak memberitahu pasangan ini pernah keluar bersama bagi menonton wayang dan bersiar-siar.
Che Ta juga turut dilihat hadir ke perlawanan persahabatan antara pasukan Malaysia dengan Manchester United (MU) di Stadium Nasional Bukit Jalil di mana Asra turut beraksi ketika itu. Che Ta menafikan kehadirannya adalah bagi menyokong Asra dan memberitahu hanya membawa anaknya yang meminati pasukan MU. Nama Wan Zack Haikal Wan Noor mula meniti di bibir peminat-peminat wanita ketika dia bermain untuk skuad Harimau Muda A. Selain aksi lincahnya sebagai pemain tengah skuad tersebut, Wan Zack juga popular kerana memiliki wajah tampan. Namun, apabila Wan Zack mengakui mempunyai teman wanita bernama Zzati Rashid yang juga merupakan pendatang baharu dalam industri nyanyian, ramai gadis yang kecewa.
Walau bagaimanapun, perkenalan yang bermula di Twitter ini tidak kekal lama dan berakhir pada Oktober 2013 kononnya disebabkan sikap mengongkong Zzati selain dilabel sebagai pisau cukur. Tidak lama kemudian, Wan Zack telah bertunang dengan seorang gadis bernama Nur Syahifah Azmi dan pasangan ini baru saja melangsungkan pernikahan pada 30 Mei lalu. Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih popular dengan panggilan Apex mula popular selepas aksi hebatnya di AFF Suzuki Cup pada tahun 2010. Dari situ, peminat mula mengikuti perjalanan kariernya sehinggalah ke kisah peribadinya. Biarpun bukan artis, namun percintaan Apex dengan seorang gadis bernama Dahlia Teck menjadi tumpuan hangat masyarakat. Pasangan ini bagaimanapun putus dan tidak lama selepas itu, timbul pula cerita kononnya Apex dikaitkan sebagai punca pemilik butik, Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey putus tunang.
Aura selebriti jejaka kelahiran Kelantan ini mula terserlah apabila dia dilantik sebagai duta wangian jenama Simplysiti. Lebih menarik, Apex turut bergandingan dengan Leuniey dalam iklan komersial tersebut. Dari situ, mereka menjalin hubungan cinta, bertunang seterusnya berkahwin sehinggalah dikurniakan cahaya mata perempuan pada awal Februari lalu. Selain itu, nama-nama seperti Safee Sali dan Safiq Rahim juga tidak terlepas dari diperkatakan di mana Safee pernah dikaitkan dengan pelakon Julia Hana manakala Safiq pula pernah digosipkan bercinta dengan seorang pelakon dan pengarah muda, Nurul Ain Nordin. Hebat sungguh penangan aura selebriti mereka sehingga membuatkan mereka lebih popular mengalahkan artis tempatan. Walau bagaimanapun, diharap kehebatan aura selebriti mereka juga seiring dan sama hebat ketika beraksi di padang bola! Sumber: Gua
Labels:
Berita Terkini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment