Monday, June 16, 2014

Berita Terkini 16 June 2014

Restoran Nasi Kandar Line Clear masih beroperasi seperti biasa hari ini.
Line masih belum Clear
Agen Piala Dunia 2014, Agen Bola Piala Dunia, Agen Piala Dunia, Agen Judi Piala Dunia
Judi Piala Dunia: Polis Sabah tahan dua lelaki

Penduduk Malaysia paling ramai alami obesiti
Jais
NGO gesa Jais tak pulangkan Bible
 Wakil media menuruni anak tangga selepas dimaklumkan insiden kebakaran. - Foto Sinar Harian
Mais terbakar ketika sidang media
pecah amanah
Akauntan mengaku tak bersalah pecah amanah
Sempena majlis penerangan ruang kerja baharu Google Malaysia di Quill 7 KL Sentral.
Saran pengusaha IKS guna Google
Mi Power Bank 10400mAh
Mi Power Bank 10400mAh

Lelaki Berseluar Dalam Terjun Aksi Akrobatik Di Jambatan Pejalan Kaki

Fabregas Dedah Arsenal Tolak Dirinya Untuk Kembali

Ronaldo Sedia Serang Kubu Jerman

Benzema, Teknologi Garisan Bantu Kemenangan Perancis Terhadap Honduras

Tasha Shilla Kongsi Cerita Makan Angin Di Sydney

Laporan Audit: RTM Beli Program RM100 Juta Tanpa Kontrak Formal

Restoran Di Filipina Jual Ais Krim Buaya

10 Perkara Menarik Tentang Piala Dunia 2014

Brazil Pelopor Inovasi Moden Piala Dunia 2014

Sokong Pasukan Yang Abang Sokong...

Usul hudud salah faham media – Ketua Pembangkang

Video: Lagi Pergaduhan antara Pelajar Perempuan

Budak Perempuan Dihalau Dari KFC Kerana Muka Berparut

Ukraine mengamuk

Dua Lelaki Diculik Di Kampung Sapang Semporna

Belanja Harian Keira Knightley RM160,000 Setahun

Polis Marin tahan 7 bot, rampasan RM1.5j

Siapa dalangi gerakan militan ISIL?

Pelajar Malaysia Kemalangan Di Mesir Meninggal Dunia

Bekas pengikut Al-Arqam bertaubat

Kejadian Aneh Menimpa Remaja 14 Tahun Selepas Meniduri Isteri Orang

Honda Accord terbabas: 4 maut, 7 parah

Perompak gunting seluar mangsa

Kes Culik Di Kunak: Seorang Mangsa Berjaya Terjun Dari Bot

Penerbangan Ke Las Vegas Dialih Ke Detroit Selepas Lelaki Serang Krew

Hakikatnya, DBKL tiada perikemanusiaan

Lisdawati Selamat Bersalin Anak Ketiga

MH370: Ibu Penumpang Iran Guna Pasport Palsu Sedang Menderita

Awie Kesal Jalinkan Kerjasama Dengan KRU

Pemilik Kedai Daging Cedera Ditembak Dua Kali

Sasaran Malaysia layak Piala Dunia 2014 dikritik di Dewan Rakyat

DAP setuju keputusan AG, mahu Mais pulangkan Bible

Saman fitnah: MP tarik balik rayuan

Denda RM1.8 Juta Kerana Rasuah, Pengubahan Wang Haram

Nora Danish Sekat Lebih 5,000 Pengikut Sehari Kerana Komen Lucah

Waris Pelik Ada Pihak Besarkan Isu Rakam Lagu 'Sampling'

Kenderaan Polis Pun Tidak Terlepas Dengan Saman Traffik

Mangsa Kerakusan Anggota JPJ

NUTP Gesa LPM Beri Penerangan Pelaksanaan PT3

Op Warta Khas bermula hari ini
http://www.poskotanews.com/cms/wp-content/uploads/2012/01/pisau1.jpg
Buruh dijel 13 tahun, 10 sebatan

Tentera Iraq rampas semula 3 bandar

Jeddah guna trak tunda atasi kesesakan

Bajet 2015: Fokus kurangkan defisit

Malaysia teroka industri minyak, gas bernilai RM3.3 trilion di Kanada

Kerajaan disaran gubal Dasar Pengiklanan Negara



Koperasi Sabah catat pertumbuhan positif

Perogol bersiri Kelantan kena dakwa lagi

Jet Pakistan bom kubu Taliban
Penduduk tukar sampah untuk rawatan kesihatan
Ibu jumpa bilah pisau dalam makanan bayi
Abdul Rahim Bakri
Militan: Tentera serah siasatan pada polis
Azharuddin sewaktu mengadakan sidang media mengenai kehilangan pesawat MH370, Mac lalu.
MH370: Doa kami tetap bersama mereka
Seorang anggota polis menunjukkan dua buah kereta Geng Ady yang dirampas.
Polis tumpas dua geng samun
Che Gayah
Pembentukan El Nino sedang berlaku
Ibrahim Ali Akta Hasutan 1948 perlu untuk keselamatan negara Seorang 'suspek' pencuri kabel ditahan oleh anggota polis dan RELA ketika demonstrasi Kempen Pembanterasan Jenayah dan TM I-Watch di Kuching hari ini. - Foto Bernama
Pelaksanaan TM i-Watch perlu ada penguatkuasaan

Polis gagalkan cubaan seludup diesel

SKM sasar 4 koperasi perbankan menjelang 2020
Ketua Tentera Thailand, Jeneral Prayuth Chan-ocha tiba di Kelab Tentera di Bangkok, Thailand untuk menghadiri mesyuarat dengan pemimpin peringkat tinggi negara itu. Gambar Reuters, 24 Mei, 2014.
Thai akan tubuh kerajaan sementara

700,000 liter diesel dirompak dari 'MT Ai Maru'
Datuk Zainal Abidin Osman
Kerajaan P Pinang tidak sepatutnya rasa terancam
Aizi Saidi Abdul Aziz
Semua jenis taruhan haram
Khalid Ibrahim
Pertemuan esok bakal akhiri isu Bible
Mohamad Adzib Mohd Isa
Mais enggan pulangkan Bible kepada BSM

Chong Wei Raih Gelaran Kelima Terbuka Jepun

2 Lelaki Ditahan Bersama Dadah Bernilai RM17,000

Tiada Kompromi Anggota Tentera Terbabit Jenayah Atau Militan

Nenek Trauma Lalui Pengalaman Ngeri Hampir Dirogol

Bahana guna logo halal tak sah

Hudud: Umno Kelantan Sedia Sertai Jawatankuasa Teknikal Kebangsaan

Rasuah: Warden Penjara Hadapi Sembilan Pertuduhan

Kapal TLDM berjaya tumpas cubaan lanun

Pemuda Orang Asli ditemui mati dipercayai dibunuh di Rompin

Hanya blogger jamah Cadbury, pegawai JAKIM enggan

Tayang Bikini Dekat Instagram – Keliru Nak Pilih Katanya

Nora Danish Komen Isu Edit Gambar Baju Ketat Nampak Besar

Murid Tahun Satu Maut Dilanggar Bas Sekolah

Di Alam Ini, Cicak Pun Boleh Kita Contohi

TPP Lengkapi APEC, Kata Pegawai Jabatan Negara AS

Imej pontianak dirakam CCTV Plaza Tol LEKAS

TOP
Line masih belum Clear
Restoran Nasi Kandar Line Clear masih beroperasi seperti biasa hari ini.
Restoran Nasi Kandar Line Clear masih beroperasi seperti biasa hari ini.
GEORGETOWN - Isu perebutan pengurusan Restoran Nasi Kandar Line Clear di Jalan Penang di sini, belum ada sebarang penyelesaian walaupun tempoh dua minggu yang diberi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berakhir hari ini. Pengarah Bahagian Perlesenan MPPP, Azman Sirun berkata, semua pihak yang berkaitan masih diberi peluang dan ruang untuk mengadakan rundingan sebelum keputusan dibuat dalam mesyuarat pada 20 Jun ini. Beliau berkata, pihaknya difahamkan Persatuan Liga Muslim Pulau Pinang sebelum ini menawarkan diri menjadi orang tengah bagi menyelesaikan isu perebutan restoran itu antara tiga individu iaitu Sahubarali China Mohd Hanibah, Abdul Latiff Thulkarunai dan Pathumah Iskandar dengan pengurus sekarang, Abdul Hamid SN Seeni Pakir. "Saya difahamkan mereka berjaya mengaturkan pertemuan dengan semua yang terlibat. Tetapi kita belum menerima laporan dari Liga Muslim mengenai keputusan dan hasil perbincangan yang dilakukan. "Pada 20 Jun ini, kita akan turut panggil Liga Muslim dalam mesyuarat dan mencari langkah yang terbaik untuk semua pihak," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di Restoran Nasi Kandar Line Clear mendapatinya masih beroperasi seperti biasa. Sebelum ini, restoran itu berhadapan tindakan pengosongan dari MPPP jika semua yang terlibat gagal menyelesaikan pertikaian milikan antara pengusaha dan tiga pemilik lesan yang dikeluarkannya.

TOP
Judi Piala Dunia: Polis Sabah tahan dua lelaki
Agen Piala Dunia 2014, Agen Bola Piala Dunia, Agen Piala Dunia, Agen Judi Piala Dunia
KOTA KINABALU - Polis Sabah menahan dua lelaki yang menjalankan aktiviti perjudian membabitkan perlawanan bola sepak Piala Dunia dalam serbuan berasingan di Penampang pada Sabtu dan semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Omar Mamah berkata pada serbuan pertama Sabtu lepas, seorang lelaki berusia 26 tahun ditangkap di sebuah premis membaiki telefon bersama-sama wang pertaruhan berjumlah RM10,000. "Turut dirampas set komputer, telefon bimbit dan wang tunai (RM10,000)," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini. Omar berkata seorang lelaki berusia 24 tahun ditahan di sebuah kedai runcit bersama-sama buku catatan keputusan dan pertaruhan Piala Dunia pada petang semalam. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 yangmembawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun, denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM200,000, jika sabit kesalahan. Beliau berkata polis serius menangani aktiviti itu dengan menubuhkan pasukan khas menangani aktiviti perjudian sepanjang musim Piala Dunia. - Bernama

TOP
Penduduk Malaysia paling ramai alami obesiti

KUALA LUMPUR - Malaysia diletakkan sebagai antara negara yang mempunyai paling ramai penduduk dengan berat badan berlebihan di Asia, kata penasihat sains kepada perdana menteri Tan Sri Zakri Abdul Hamid. Zakri berkata menurut dapatan terkini sebuah jurnal perubatan Britain, The Lancet, 49 peratus wanita dan 44 peratus lelaki di negara ini mengalami obesiti. "Ini suatu masalah yang sangat besar kerana ia membawa impilikasi penyakit kencing manis, masalah jantung serta penyakit lain dan oleh itu, perdana menteri kita (Datuk Seri Najib Tun Razak) meminta Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global membantu menanganinya," kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran United Nations University-International Institute for Global Health (UNU-IIGH) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini. Menurut hasil kajian terbaru yang disiarkan jurnal perbuatan itu bulan lepas, Malaysia diletakkan sebagai 'heavyweight' kerana 45.3 peratus penduduknya mengalami berat badan berlebihan, diikuti Korea Selatan (33.2 peratus), Pakistan (30.7 peratus) dan China (28.3 peratus). Turut hadir Rektor UNU Dr David M. Malone dan Pengarah UNU-IIGH Prof Anthony Capon. Zakri berkata kehadiran UNU-IIGH boleh membantu kerajaan mencari jalan untuk menyelesaikan isu obesiti di negara ini. Sementara itu, Malone berkata UNU-IIGH akan memberi tumpuan terhadap beberapa isu yang menjadi kebimbangan antarabangsa seperti masalah kesihatan fizikal dan mental akibat proses urbanisasi yang pesat berkembang. "UNU-IIGH yang terdapat di Malaysia ini juga akan meneliti dasar yang turut memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan pemikiran integratif tentang kesihatan, perubahan iklim, urbanisasi dan kemerosotan biodiversiti," katanya. UNU-IIGH di negara ini diasaskan pada 2007 dan merupakan satu daripada 13 institut dan progran UNU yang terdapat di 12 negara. Misi UNU-IIGH adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemampuan berkaitan penggubalan keputusan berkaitan isu kesihatan global. - Bernama

TOP
NGO gesa Jais tak pulangkan Bible
Jais
SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini digesa supaya tidak tunduk kepada arahan kerajaan Selangor yang meminta jabatan itu memulangkan semula 300 naskhah Bible dalam bahasa Malaysia yang dirampas Januari lepas. Gabungan 100 NGO Islam menerusi Pengerusi Pembela-pembela Islam Malaysia (Pembela) Hafiz Nordin berkata, hal ini kerana naskhah Bible tersebut mengandungi kalimah ALLAH yang dilarang penggunaannya oleh kaum bukan Islam di negeri ini. "Tidak perlu dipulangkan kitab Bible yang dirampas itu kerana kitab itu bercanggah dengan titah Sultan Selangor dan fatwa negeri ini yang melarang kaum bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH dalam kegiatan agama mereka," katanya dalam sidang media di sini, hari ini. Khamis lepas, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan mengarahkan Jais memulangkan semua kitab tersebut kepada Persatuan Bible Malaysia (BSM). Arahan itu dibuat berikutan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memaklumkan tidak ada sebarang pendakwaan akan dibuat berhubung kes rampasan Bible dan kes itu ditutup. Abdul Gani berkata, naskhah Bible yang dirampas itu adalah himpunan buku Taurat, Zabur dan Injil yang merupakan buku asas penganut agama Kristian.

TOP
Mais terbakar ketika sidang media
 Wakil media menuruni anak tangga selepas dimaklumkan insiden kebakaran. - Foto Sinar Harian
Wakil media menuruni anak tangga selepas dimaklumkan insiden kebakaran. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM - Sidang media 100 NGO yang menyokong Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bersabit isu Bible terpaksa dihentikan separuh jalan apabila berlaku kebakaran di tingkat bawahnya tengah hari tadi. Kejadian kira-kira jam 12:30 tengah hari itu menyebabkan 50 NGO, wartawan dan wakil Mais bilik mesyuarat di Tingkat 10 Bangunan Mais Shah Alam bergegas keluar menyelamatkan diri. Pada awalnya walaupun loceng kebakaran berbunyi, tetapi ia tidak dihiraukan sehinggalah seorang kakitangan masuk ke dalam bilik menghentikan sidang media dan meminta semua mengosongkan bangunan tersebut. Ketika melalui tingkat 9, ternampak kepulan asap yang tebal dan semua orang turun menggunakan tangga dan berkumpul di dataran luar bangunan. Hal ini menyebabkan sidang media yang bermula kira-kira jam 12:15 itu dibatalkan. Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul mengesahkan kejadian itu tersebut dan berdasarkan laporan awal kejadian kebakaran melibatkan tranformer penyaman udara di Tingkat 9. "Punca kejadian masih disiasat," katanya.

TOP
Akauntan mengaku tak bersalah pecah amanah
pecah amanah
PETALING JAYA - Seorang akauntan syarikat pengurusan majlis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap enam pertuduhan pecah amanah wang syarikat berjumlah RM170,800 tahun lepas. Zafisasrul Burham @ Borhan, 36, yang bekerja dengan Syarikat Memories Showcase Sdn Bhd sejak 2009, didakwa melakukan pecah amanah wang itu melalui enam keping cek yang masing-masing bernilai RM35,000, RM33,600, RM15,000, RM31,200, RM21,000 dan RM35,000 iaitu wang syarikat bagi pembayaran kepada pembekal syarikat. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di syarikat berkenaan di Jalan Penchala di sini antara jam 8 pagi hingga 5 petang, pada 4 September hingga 13 Disember tahun lepas. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan. Hakim Zamri Bakar membenarkan Zafisasrul diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Ogos hadapan untuk sebutan kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aishah Ahmad Zakiuddin manakala tertuduh diwakili peguam Jayananda Rao. - Bernama

TOP
Saran pengusaha IKS guna Google
Sempena majlis penerangan ruang kerja baharu Google Malaysia di Quill 7 KL Sentral.
Sempena majlis penerangan ruang kerja baharu Google Malaysia di Quill 7 KL Sentral.
KIRA-kira 700,000 pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di negara ini disaran menggunakan perkhidmatan internet bagi memasarkan produk masing-masing. Ketua Pemasaran Google Malaysia, Matthew Zaheen berkata, ini kerana platform berkenaan mampu membantu mereka dalam meluaskan pasaran dengan cepat dan mudah. Menurutnya, sesuatu perniagaan itu dilihat berpotensi berkembang lebih maju apabila hampir 20 juta pengguna internet ditambah dengan 35 peratus daripada mereka mengaksesnya menggunakan telefon pintar. “Sehingga kini hanya 15 peratus pengusaha IKS di negara ini menggunakan internet sebagai medium pemasaran dan pengiklanan produk mereka. “Justeru, Google menerusi program Google Adwords dalam Bahasa Melayu akan membantu individu, pengusaha dan agensi mengembangkan perniagaan masing-masing khusus untuk golongan sasar serta mencapai pelanggan baharu. “Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar juga berperanan cukup penting mempromosi produk secara dalam talian di negara ini kerana 60 peratus penduduk menggunakan bahasa tersebut,” katanya di Pelancaran Program Google Adwords dalam Bahasa Melayu di Johor Bahru, baru-baru ini. Keunikan Google Adwords ialah pengusaha boleh mereka dan merangka iklan bagi produk masing-masing bersesuaian dengan bajet sendiri. Dengan pilihan kos-per-klik, pengusaha hanya dikenakan bayaran apabila pengguna menekan iklan mereka di carian Google, bukan apabila ia dipaparkan. Matthew berkata, kebanyakan pengusaha IKS sedar mengenai keberkesanan pemasaran menggunakan perkhidmatan internet, namun mereka berhadapan pelbagai kekangan termasuk tiada masa dan kekurangan maklumat mengenainya. “Menyedari perkara tersebut, Google Malaysia sedang giat menjalankan jelajah mengenai penggunaan AdWorks ini dan kita sudah pun pergi ke beberapa negeri termasuk Pulau Pinang dan Sarawak, sementara misi akan datang adalah di Kelantan. “Kami harap lebih ramai pengusaha IKS datang ke dalam talian dan memasarkan perniagaan mereka menggunakan kaedah ini yang dilihat mudah dan cepat,” katanya.

TOP
Mi Power Bank 10400mAh
Mi Power Bank 10400mAh
JENAMA Xiaomi, dalam memasarkan peranti telefon pintar mereka turut hadir dengan peranti pengecas kuasa Mi Power Bank dengan kapasiti 10400mAh yang dijual pada harga RM36.
Rekabentuk & Spesifikasi
Rekaan Mi Power Bank boleh dikatakan agak premium kerana ia hadir dengan kemasan aluminium pada badan peranti ini. Ianya seberat 250 gram dengan ketebalan kurang daripada satu inci. Ia agak kecil jika ingin dibandingkan dengan peranti pengecas lain yang mempunyai kapasiti pengecasan yang sama. Turut disertakan ialah kabel Micro-USB dengan setiap unit. Ia dilengkapi empat lampu LED yang memberikan indikasi berkenaan kapasiti pengecasan yang tersedia di dalam peranti ini. Setiap LED mewakili 25 peratus kuasa pengecasan. Boleh dikatakan keseluruhan rekaan peranti ini mempunyai tema seakan-akan Apple dan tidak mustahil sekiranya Apple mempunyai iPowerBank, maka Mi Power Bank boleh dikatakan mempunyai ciri-ciri tersebut.
Penggunaan
Menurut pengalaman penulis, berbanding dengan kebanyakan peranti pengecas kuasa yang ada di pasaran dan menawarkan sehingga 80 -100 peratus kuasa, peranti ini pula hanya mempunyai 25 peratus apabila penulis mula menggunakannya untuk kali pertama. Perkara ini dibuktikan apabila peranti ini yang baharu digunakan boleh mengecas penuh iPhone 5 (kapasiti bateri 1440 mAh) sebanyak dua kali sebelum peranti pengecas kehabisan kuasa pada percubaan pengecasan kali ketiga. Mi Power Bank juga memerlukan 5 hingga 6 jam untuk pengecasan penuh. Melalui ujian ringkas, dengan menggunakan peranti ini, ia boleh mengecas iPhone 5 sebanyak 5 kali. Sekiranya dikira, jumlah tenaga digunakan sebanyak 7200 mAh namun oleh kerana semasa dua kali pengecasan tersebut terdapat aktiviti Waze yang beroperasi selama 4 jam, ia mungkin sesuatu yang turut memberi kesan kepada pengecasan. Menurut laman web rasmi, peranti ini boleh mengecas iPhone 5S sebanyak 4.5 kali. Boleh dikatakan dari hasil ujian ringkas, ia agak konsisten.
Harga RM 36. Gimik atau Betul?
Xiaomi memasarkan peranti ini pada harga RM36. Kita sudah terbiasa dengan peribahasa ‘alah membeli, menang memakai’ dengan kita mungkin menyangkakan hanya barang-barang yang mahal berkualiti dan bagus untuk digunakan. Xiaomi cuba mengubah tanggapan tersebut dengan menyediakan peranti berkualiti pada harga murah kerana mereka boleh menyasarkan kesemua unit habis dijual. Xiaomi juga mampu menjualnya pada harga sebegini kerana mereka menjual kesemua peranti melalui kedai dalam talian mereka pada masa singkat jadi mengurangkan kos-kos pengedaran dan kos gudang. Pada harga RM36, ia sememangnya dijual pada harga yang sangat menggiurkan menyebabkan Mi Power Bank habis dijual dalam masa 1 minit dan 2 saat pada fasa kedua penjualannya. Untuk mereka yang tidak biasa dengan Xiaomi, mereka sentiasa menjual peranti dengan kuantiti yang terhad jadi sekiranya anda melawat laman web mereka pada masa biasa, ia akan memaparkan ketiadaan stok. Berkenaan proses pembeliannya, ia perlu dilakukan dengan pantas. Malah unit yang dibeli kami ini dibeli pada hari kedua selepas penjualan fasa pertama (20 Mei 2014). Ini kerana selepas 24 jam, pembelian yang gagal dilengkapkan pada hari sebelumnya akan dijual semula pada masa yang sangat terhad. Untuk penjualan fasa ketiga, Xiaomi turut hadir dengan pilihan dengan kapasiti 5200 mAh pada harga RM25 yang ditawarkan pada 10 Jun 2014.
Pro
- Harga yang sangat murah jika dibandingkan dengan kuasa yang diberikan.
- Kemasan yang tampak premium dan kualiti binaan yang kukuh.
Kontra
- 25 peratus kuasa tersedia pada kali pertama penggunaan. Agak rendah berbanding kebiasaan peranti pengecas yang lain.
- Kabel Micro-USB yang pendek.


TOP
Lelaki Berseluar Dalam Terjun Aksi Akrobatik Di Jambatan Pejalan Kaki

Seorang pengawal keselamatan sedang memeriksa keadaan lelaki yang hanya berseluar dalam di stesen LRT Bandaraya.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dalam lingkungan 30an mencetuskan kekecohan di Stesen LRT Bandaraya di sini pada pagi Isnin, apabila cuba untuk terjun seperti aksi 'akrobatik' melalui jambatan pejalan kaki dengan hanya berseluar dalam. Lelaki itu kemudiannya dilihat menanggalkan pakaiannya sehingga hanya menampakkan seluar dalamnya dan melakukan aksi 'akrobatik' di jambatan penjalan kaki di stesen LRT itu pada pukul 9.57 pagi. "Saya rasa dia mahu melompat terjun ke jalan raya, tetapi dia tidak berjaya dan dia terlanggar penghadang," kata Ibrahim Sani yang menyaksikan kejadian itu ketika sedang bersarapan pagi berhampiran. Ibrahim berkata, lelaki itu masih sedarkan diri selepas terjatuh tetapi mengalami kecederaan. "Dia mengalami kecederaan di bahagian belakang seperti patah tulang. "Saya segera menghubungi polis dan ambulans, dan datang untuk membantunya. "Ramai yang mengerumuni lelaki itu, tetapi tiada sesiapa pun yang cuba berbuat apa-apa untuk membantu," tambahnya. Lelaki yang hanya berseluar dalam itu mula berdoa selepas dia jatuh dan cuba untuk merangkap dalam jarak 100 meter menghala ibu pejabat CIMB. "Dia kemudiannya mula bercakap mengenai nenek dan datuknya," kata Ibrahim. "Dia mungkin menghidap penyakit skizofrenia atau khayal akibat pengambilan dadah kerana dia memberitahu dia mendengar suara dalam fikirannya. "Saya memberitahu dia supaya tidak bergerak kerana dia tengah kesakitan, tetapi dia tidak mendengar kata-kata saya," katanya. Ambulans dan polis tiba di tempat kejadian 10 minit dan mendapatkan lelaki yang cedera itu.

TOP
Fabregas Dedah Arsenal Tolak Dirinya Untuk Kembali

PEMAIN tengah Sepanyol, Cesc Fabregas mendedahkan dia terpaksa memilih Chelsea untuk beraksi dalam Liga Perdana Inggeris musim depan selepas pengurus Arsenal memberitahunya bahawa posisi yang ditinggalkan sudah diambil alih oleh Mesut Ozil. Arsenal mempunyai pilihan untuk mendapatkan semula bekas pemain tengahnya selepas Fabregas mengumumkan untuk meninggalkan Barcelona pada hujung musim lalu.
On your bike, son: Fabregas cycles into training in Curitiba on Sunday
On your bike, son: Fabregas cycles into training in Curitiba on Sunday Bagaimanapun, tindakan Chelsea membuat bidaan pantas menyebabkan Fabregas memilih pasukan tersebut dengan yuran perpindahan sebanyak £30 juta. "Kami berbincang dengan Wenger tetapi dia memberitahu sukar untuk memberikan posisi tengah kepada saya kerana ia telah diambil alih oleh Ozil," kata Fabregas pada sidang media Piala Dunia di Brazil. Tambahnya, bagaimanapun dia telah melakukan pilihan yang terbaik apabila berjaya berada dalam antara tiga skuad utama Liga Perdana Inggeris.
Moving: Fabregas signed for Chelsea in a £30million deal instead after speaking with Jose Mourinho
Moving: Fabregas signed for Chelsea in a £30million deal instead after speaking with Jose Mourinho "Saya bercakap dengan Mourinho dan dia berkata ingin mendengar saya beredar lebih pantas dari Barcelona ke Chelsea," ujarnya.

TOP
Ronaldo Sedia Serang Kubu Jerman

Lutut Ronaldo masih lagi berbalut ketika menjalani latihan pada Ahad lalu.
PEMAIN Terbaik Dunia, Cristiano Ronaldo berkata, tiada yang lebih penting dalam kariernya buat masa ini selain mengisytiharkan dirinya cergas menjelang pertemuan dengan Jerman bagi peringkat kumpulan G awal pagi Selasa. Sebelum ini tahap kecergasan Ronaldo menjadi tanda tanya selepas mengalami kecederaan di lutut kiri walaupun turut menjalani latihan pada Ahad lalu. "Saya telah menjalani latihan beberapa hari dan saya berbuat demikian kerana keadaan bertambah baik," jelasnya. "Jika tidak bersedia, saya sendiri yang akan memberitahu jurulatih yang saya tidak boleh bermain. "Saya juga bersedia beraksi menyerang kubu pertahanan Jerman nanti". Ronaldo merupakan penjaring terbanyak di kelabnya Real Madrid malah turut membantu menjulang gelaran juara, namun dia hanya mencipta dua gol daripada 10 perlawanan dalam Piala Dunia. Gol pertamanya pada tahun 2006 ketika penalti bertemu Iran, manakala satu lagi ketika aksi kemenangan 7-0 bertemu Korea Utara 2010.

TOP
Benzema, Teknologi Garisan Bantu Kemenangan Perancis Terhadap Honduras

Teknologi garisan gol membantu mengesahkan gol untuk Perancis dalam perlawanan awal pagi Isnin. -AFP
PORTO ALEGRE: Dua gol sumbangan bintang Karim Benzema membantu Perancis menewaskan Honduras 3-0 dalam perlawanan Piala Dunia (Kumpulan E), awal pagi Isnin. Perlawanan itu turut menyaksikan teknologi garisan gol digunakan buat pertama kali dalam edisi kali ini bagi mengesahkan gol kedua untuk pasukan Perancis,selaku juara edisi 2008 pada separuh masa kedua, minit ke-72. Ia berikutan rembatan Benzema yang terkena tiang, melantun terkena badan penjaga gol Honduras dan bergolek masuk ke dalam gawang. Honduras semakin tertekan selepas kad merah dilayangkan kepada Wilson Palacios dan terpaksa bermain dengan 10 pemain gara-gara mengasari Paul Pogba dalam kotak penalti pada minit ke-45. Perancis mendapat peluang menambah gol kedua menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Benzema. Gol ketiga adalah hasil rembatan rembatan sepakan sudut yang pada minit ke-72 oleh N. Valladares.

TOP
Tasha Shilla Kongsi Cerita Makan Angin Di Sydney

Tasha Shilla memberikan aksi istimewa di Pantai Bondi, Sydney, Australia.
SYDNEY: Pelakon Tasha Shilla menganggap percutiannya ke Sydney, Australia sebagai satu pilihan yang cukup istimewa kerana dia dapat melakukan pelbagai aktiviti lasak yang jarang dilakukan pada percutian-percutiannya sebelum ini. Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abd. Razak, 27, berkata, sudah agak lama dia berhasrat untuk menjejakkan kaki ke Sydney selepas berpeluang menggembara salah satu destinasi di Australia iaitu ke Perth tidak lama dulu. “Saya macam tak percaya dapat ke Sydney dan dalam masa yang sama berpeluang menyertai pelbagai aktitiviti lasak yang dianjurkan ketika musim sejuk sedang bermula. Lebih bermakna saya dapat bercuti bersama ibu saya,” katanya kepada mstar Online.

Menaiki parasiling. 
Tasha bersama ibunya Rosnah Suratmat, 57, diberi peluang untuk makan angin di negara kanggaru itu dalam percutiaan yang ditaja oleh syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia X. Dalam percutian berkenaan, Tasha dan beberapa rambongan diberi peluang ke beberapa tempat menarik yang menjadi tarikan di bandar itu. Ia bermula selama empat hari dari 11 Jun lalu.

Tasha berkata, dia menggigil kerana kesejukan ketika melakukan aktiviti parasailing. 
Turut serta Pegawai Khas kepada Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad iaitu Edd Razhe dan Ketua Bahagian Pemasaran dan Komunikasi AirAsia X, Fairuz Majid. Tasha berkata, sepanjang empat hari di Sydney itu, pengalaman baharu yang dirasainya ialah melakukan ‘quadbiking’ di bukit pasir yang terletak di Williamtown iaitu pinggir Sydney.

Tak sah kalau tak memberi makanan kepada kangaru jika ke Australia. 
Kata Tasha, dia dapat melihat satu pemandangan luar biasa dan indah di kawasan seperti padang pasir yang luas sambil menunggang kenderaan ‘quadbiking’. "Selama ini saya hanya menonton aktiviti ini di televisyen tetapi peluang yang ada membolehkan saya merasai satu pengalaman yang indah. Apatah lagi apabila ibu sendiri yang menemani saya," katanya yang turut bermain luncur pasir.

Selain itu Tasha berkata, dia juga merasai aktiviti bermain payung terjun ‘parasailing’ di pelabuhan yang dikenali Port Stephens Watersports. Menurut Tasha, walaupun berpengalaman menyaksikan suasana persekitaran yang indah di kawasan pantai berkenaan dari udara tetapi disebabkan suhu yang ketika itu 13 darjah selsius menyebabkan dia berada dalam keadaan menggigil akibat kesejukan. Tasha juga berpeluang melihat kehidupan ikan lumba-lumba di satu kawasan teluk pelabuhan berkenaan yang mempunyai kira-kira 160 ekor selain merasai masakan ikan siakap bakar di pusat ternakakan ikan itu.

Keindahan bukit pasir. 
"Saya pernah menaiki parasailing sebelum ini di Malaysia tetapi kali ini yang menjadi pengalaman menarik apabila aktiviti ini dilakukan ketika udara sejuk. Ia menyebabkan saya menggigil," katanya. Dalam pada itu lebih menarik ujar Tasha apabila pihak AirAsia membuat kejutan dengan memanggil sekumpulan pemilik motosikal Harley Davidson untuk membawanya serta rombongan percutian itu mengelilingi bandar Sydney. Antara aktiviti lain yang menarik dan menambahkan lagi keterujaan apabilka berpeluang memasuki pusat kesenian Opera House yang menjadi kebanggaan rakyat Australia kerana ia dapat memperlihatkan kehebatan dunia kesenian di negara itu.

Menaiki quadbiking. 
"Saya benar-benar teruja apabila dapat memasuki Opera House yang selama ini kita hanya melihat gambarnya sahaja. Ia sebuah panggung pementasan yang benar-benar menakjubkan,” katanya. Dalam perkembangan lain Fairuz berkata, AirAsia X melakukan penerbangan dua kali sehari ke Sydney yang mana destinasi itu merupakan pilihan popular ke Australia. AirAsia X juga katanya turut melakukan pelbagai promosi tambang murah dalam usaha menarik lebih ramai penggembara mengembangkan destinasi pelancongan mereka. Maklumat lanjut dan pakej menarik boleh layari www.airasia.com.
mStar Default Image
Inilah ibu Tasha, Rosnah Suratman.

TOP
Laporan Audit: RTM Beli Program RM100 Juta Tanpa Kontrak Formal

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM) meluluskan perolehan secara rundingan terus berjumlah RM111.83 juta, melebihi RM21.79 juta daripada peruntukan yang diluluskan Kementerian Kewangan bagi tempoh 2011 hingga 2013. Menurut Laporan Ketua Audit Negara Siri-2, Jabatan Penyiaran yang dahulunya dikenali sebagai Radio Televisyen Malaysia (RTM) meluluskan peruntukan berkenaan bagi perolehan 426 program untuk saluran TV Interaktif (TVi). Namun, 413 program daripadanya yang bernilai melebihi RM50,000 setiap satu tidak mempunyai kontrak formal. "Ketiadaan kontrak formal antara KKM dengan pembekal program boleh menimbulkan perselisihan antara kedua-dua pihak. "Penggunaan Surat Setuju Terima (SST) bagi menggantikan kontrak formal tidak menyatakan klausa yang menjaga kepentingan negara," kata Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang pada Isnin. Selain itu, Ambrin turut menegur tindakan KKM melaksanakan usaha sama dengan pihak Astro selama tiga tahun tanpa sebarang kontrak formal iaitu antara 2012 hingga 2014. Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan wujud perbincangan antara KKM dan RTM dengan Astro pada Jun 2012 dan semua pihak bersetuju kos sewaan platform siaran TVi di saluran 180 secara 24 jam tidak perlu dibayar mulai tahun berkenaan. "Persetujuan tanpa kontrak formal ini boleh menjejaskan kepentingan kerajaan jika berlaku sebarang perselisihan di masa hadapan," katanya.

TOP
Restoran Di Filipina Jual Ais Krim Buaya

JIKA anda rasa sesuatu yang pelik pada ais krim yang dijamah, jangan pula risau kerana ia hanya sekadar perisa terbaharu yang ada kaitan dengan buaya. The Sweet Spot, sebuah kedai makan di Davao City, Filipina, telah memutuskan untuk menghidangkan hidangan pelik sebagai pencuci mulut untuk pelanggannya. Pemilik kedai, yang terdiri daripada pasangan suami isteri, Dino dan Bianca Ramos, telah menjual ais krim yang unik sejak dihadiahkan telur buaya dari bapa saudara Dino. Memulakannya sebagai satu percubaan dan eksperimen, ia kini telah bertukar menjadi salah satu hidangan paling popular yang dijual di situ. "Sudah tentu ia merupakan ais krim yang tidak mempunyai rasa daging buaya," kata Dino. "Kita hanya menggunakan telurnya. Tetapi telur buaya menjadikan rasa ais krim begitu lazat. "Oleh kerana buaya merupakan spesies terancam, kami hanya mendapatkan telur yang tidak menetas atau lebihan," katanya. Telur buaya dikatakan mempunyai 80 peratus kuning telur dan lebih sihat berbanding telur ayam.

TOP
10 Perkara Menarik Tentang Piala Dunia 2014

Stadium Maracana
BEBERAPA perkara yang menarik berkenaan dengan Piala Dunia 2014 yang kini sedang berlangsung di Brazil.
1. Pertama kali perlawanan menggunakan teknologi garisan gol sekaligus menutup kelemahan kontroversi gol yang berlaku pada edisi Piala Dunia sebelum ini.
Pengadil kini mempunyai 14 kamera dan komputer utama membantu pengadil membuat keputusan tepat.Jika keputusan gol, jam tangan khas yang dipakai pengadil akan memaparkan 'gol'.

2. Edisi 2014 ini juga menyaksikan satu-satunya pasukan baharu yang pertama kali layak ke final Piala Dunia, Bosnia-Herzegovina.

3.Aksi Piala Dunia melibatkan 12 buah bandaraya berbeza, melebihi rekod yang kejohanan sebelum ini. Lokasi perlawanan di Manaus, Fortaleza,Natal,Recife,Salvador,Cuiaba, Brasilia,Belo Horizonte, Rio de Janeiro, Sao Paolo dan Porto Alegre.
The Christ the Redeemer statue, located on the top of Corcovado Mountain and the Sugar Loaf Mountain, are seen from the Parque Nacional da Tijuca in Rio de Janeiro.
The Christ the Redeemer statue, located on the top of Corcovado Mountain and the Sugar Loaf Mountain, are seen from the Parque Nacional da Tijuca in Rio de Janeiro.
4.Kapasiti stadium paling kecil ialah Stadium Arena de Baixada yang hanya menempatkan 38,000 penonton, manakala Maracana mampu memuatkan 75,000 penonton.

5.FIFA mengumumkan jumlah kapasiti keseluruhan pada Piala Dunia 2014 dijangka 3,720,225 peminat.

6.Brazil menggondol trofi Piala Dunia sebanyak lima kali, kali terakhir 2002. Manakala lapan pasukan yang pernah bergelar juara mengambil bahagian pada tahun ini - Itali, Uruguay, Argentina, England, Perancis dan Sepanyol.

7.Tahun ini maskot FIFA Piala Dunia dinamakan Fuleco The Armadillo yang diundi oleh orang awam di Brazil.

8.'Caxirola' menjadi peralatan bunyi rasmi digunakan di Brazil. Bagaimanapun pegawai persekutuan menggantung peralatan ini bagi tujuan keselamatan. Pun begitu ia tidak menghalang bunyi peralatan ini di luar stadium (sebutan ka-shee-role-ah).

9. Brazil menjadi tuan rumah Piala Dunia buat kali kedua. Kali pertama pada tahun 1950, namun tewas kepada Uruguay pada aksi akhir.Sejak itu, Brazil tidak pernah menang trofi Piala Dunia di laman sendiri.

10. Slogan rasmi Piala Dunia 2014 ialah 'Juntos num so rirmo", atau "Satu Irama".

TOP
Brazil Pelopor Inovasi Moden Piala Dunia 2014

BRAZIL menjadi penganjur Piala Dunia pertama yang mula menggunakan teknologi moden lebih inovatif. Selain penggunaan teknologi garisan gol yang digunakan ketika perlawanan Perancis menentang Honduras pada Isnin, edisi 2014 ini juga lebih menarik dengan kelengkapan moden bagi pemain.

Penggunaan teknologi garisan gol. 
But menjadi elemen penting kepada seseorang pemain. Inovasi but terkini yang dinamakan 'Mercury Superfly' dicipta khas dan dikatakan lebih ringan dan stabil. Manakala inovasi moden lain yang dilihat adalah rekaan jersi yang mampu menyejukkan suhu badan pemain seperti jersi yang dipakai pemain-pemain Brazil. Lebih 56 peratus jersi tersebut menyerap peluh pemain berbanding sebelum ini. Malah 'vest' turut disedia untuk dipakai oleh pemain selepas perlawanan ataupun ketika menjalani latihan.Vest berteknologi ini disimpan ditempat sejuk beku bagi memastikan suhu sejuk berada dalam keadaan baik.

Jersi Brazil direka khas mampu menyejukkan suhu badan pemain. 
Namun paling menarik perhatian peminat-peminat bola sepak dunia adalah penggunaan 'spray' atau semburan oleh pengadil ketika sebelum pemain memulakan sepakan percuma. Semburan putih digunakan untuk membuat bulatan atau garisan bagi memastikan kedudukan bola atau pemain di tempat yang diarahkan oleh pengadil. Pengadil dari Jepun, Nishimura menjadi pegawai perlawanan pertama menggunakan spray ini ketika perlawanan pembukaan di antara Brazil dan Croatia. Ketika itu, Nishimura dilihat membuat garisan di depan barisan pemain Croatia yang membuat benteng sebelum sepakan percuma dilakukan.
Fakta penggunaan spray:
1. Memastikan pemain-pemain yang membuat benteng pertahanan berada dalam kedudukan yang betul.
2. Kad kuning akan dilayangkan sekiranya ada pemain yang melepasi garisan putih ini.
3.Semburan ini akan hilang dalam tempoh satu minit selepas digunakan.
4. Akan digunakan pada aksi Liga Juara-Juara musim depan.
5. Mampu mengelak daripada aksi tolak menolak di kalangan pemain sebelum sepakan percuma dibuat.

TOP
Sokong Pasukan Yang Abang Sokong...

BERMINGGU-minggu sebelum tendangan pertama di Brazil, rakyat Malaysia telah merasai bahang dari perlawanan merebut anugerah paling berprestij di arena bolasepak dunia. Tiada kampung atau kota yang terlepas dari wabak demam yang telah mengharungi seluruh pelusuk tanahair, tidak kira di desa, di pusat bandar mahupun di taman perumahan. Suatu catatan yang dimuatnaikkan di dalam laman Facebook beberapa minggu sebelum pertandingan bermula menggambarkan ‘mood’ di kalangan peminat fanatik di Malaysia dan seantero dunia mengenai Piala Dunia ini. Posting yang ditulis seperti pesanan kepada seorang isteri, di antaranya, menyebut: Alat kawalan jauh televisyen adalah hak milik abang sepanjang musim World Cup ini. Tolong beritahu kawan -kawan jangan beranak, kahwin atau sakit pada bulan ini. Kita tak kan pergi. Sokong pasukan yang abang sokong. Sentiasa senyum, melainkan pasukan abang kalah. Kalau nak lalu depan TV, lebih baik merangkak. Jangan tanya soalan yang memalukan. Contoh: JDT main tak dalam World Cup? Tolong profesional.Tahap kehenseman Cristiano Ronaldo tak ada kena mengena dengan bola sepak. Cristiano Ronaldo dan Ronaldo Brazil tak ada pertalian darah daging atau bau-bau bacang. Walaupun pihak media bertanggungjawab melaporkan segala perkara dan kejadian yang lain; namun para pembaca lebih cenderung mengalih perhatian ke halaman-halaman yang memuatkan cerita dan berita mengenai perlawanan merebut Piala Dunia 2014.
Permainan Indah
Gambar, imej dan catatan mengenai sukan yang digelar permainan yang indah (beautiful game) ini juga digunakan di dalam pelbagai promosi barangan, dalam iklan televisyen dan pawagam, di medan selera, di pusat membeli belah dan di jalan raya untuk membakar semangat peminat di seluruh ceruk negara. Di sesetangah pejabat, seperti di bilik berita The Star, bendera negara-negara yang bertanding menghiasi ruang kerja, dinding dan siling. Di Brazil, rakyatnya memang suka kepada permainan bola sepak, hingga budak-budak berusia dua dan tiga tahun pun diberi bola untuk mengasahkan bakat dari usia yang begitu muda. Para pekerja dikatakan telah bersungguh-sungguh bekerja keras untuk memperbaiki atau membina stadium baru. Mereka bekerja siang malam untuk menepati masa yang ditetapkan bagi menyiapkan pelbagai kemudahan awam, bangunan, jalan raya dan pusat-pusat riadah dan membeli-belah. Sebelum ini, hari Sabtu dan Ahad digunakan untuk beristirehat dan bercuti tapi dikhabarkan warga Brazil sanggup menepikan soal keselesaan dan kerja demi menjaga nama baik negara. Namun, menurut suatu kajian, dalam linkungan tiga orang, hanya seorang saja yang mempunyai ongkos yang mencukupi untuk membeli tiket masuk ke stadium, yang begitu mahal. Paling membimbangkan bagi mereka, ialah kemungkinan keuntungan besar yang diharapkan tidak akan menjelma. Yang mereka tak berkenan ialah apa yang sedang dilakukan oleh pihak-pihak komersial yang mengambil kesempatan ke atas orang Brazil.
Meraih Keuntungan
Negara ini menjadi hos kepada Piala Dunia buat kali kedua sejak tahun 1950 dan sudah tentu banyak pihak yang cuba meraih keuntungan seberapa banyak yang boleh sepanjang pesta bola ini berlangsung. Beberapa laporan menyatakan rakyat Brazil dah jemu dan sudah naik meluat dengan gelagat syarikat-syarikat asing yang cuba mendapat pekerja gaji murah dengan menyatakan ini suatu perkhidmatan negara yang paling baik untuk warga tempatan. Sebenarnya, rakyat marhaen di Brazil tidak suka dengan propaganda seperti ini yang terang-terang mempunyai muslihat tertentu. Juga, sesetengah penajaan iklan, perkhidmatan dan tawaran kerja dianggap tiada ada kaitan langsung dengan bola sepak dan ia boleh membawa kepada eksploitasi tenaga kerja dan pencemaran kepada nama baik negara mereka. Acara yang sebenarnya - iaitu pertandingan sebanyak 64 perlawanan yang melibatkan 32 pasukan negara di 12 stadium yang berlainan – seolah-olah ditolak ke belakang tirai oleh kerancakan syarikat komersial mengiklan dan mempromosikan produk mereka. Tak hairanlah, di antara mereka yang bakal meraih keuntungan ialah syarikat-syarikat media, pengiklanan, penaja, hotel, tempat makan dan pusat hiburan. Sesetengah stadium dikatakan menukarkan nama semata-mata untuk menuruti syarat-syarat yang ditetapkan penaja untuk mengiklankan Piala Dunia di pelbagai media, termasuk di papan iklan, di bungkusan produk, di corong radio dan di kaca televisyen. Fifa (Persekutuan Antarabangsa Bolasepak Dunia) adalah badan yang akan memperolehi keuntungan yang terbesar, kerana ribuan peminat, pengunjung dan pelabur akan mencurahkan wang ke dalam dananya, secara langsung atau tidak langsung. Piala Dunia sudah tiba dan selepas 30 hari, ia akan pergi. Selepas Bossa Nova, tarian ala-samba , dan Carnavalesca, carnival jalanan; kini negara Amerika Selatan ini punyai Brazuka – nama bola rasmi Piala Dunia 2014.

TOP
Usul hudud salah faham media – Ketua Pembangkang

SHAH ALAM – Usul hudud ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hanya dimainkan oleh media, bukan Barisan Nasional (BN) negeri, kata Ketua Pembangkang, Datuk Mohd Shamsudin Lias. Beliau berkata, pihaknya tidak pernah bercadang mengemukakan usul itu kerana tidak mempunyai banyak soalan untuk ditanya dan dibahaskan dalam persidangan itu. “Mana ada… kita tidak pernah pun sebut soal usul. Kita hanya sebut pembangkang (BN) akan kemukakan soalan berkaitan hudud. Ia dalam bentuk soalan, bukan usul. “Apabila media menulis, mereka katakan BN Selangor nak kemukakan usul dan Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh pula tanpa usul periksa mengatakan persetujuannya,” katanya kepada wartawan selepas sesi persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Ke-13 di Bangunan Kerajaan Negeri (SUK) hari ini. Shamsudin berkata, apabila isu ‘usul hudud’ itu diperbesarkan secara meluas, beliau segera memaklumkan kepada Hannah mengenai salah faham itu dan Speaker pula seolah terikut-ikut dengan laporan media. Sebab itu katanya, sebaik sahaja sesi DUN bermula, Hannah menegur dan memberi peringatan kepada wakil pembangkang iaitu BN agar tidak mempermainkan sidang dewan, pihaknya tidak memberi sebarang reaksi atau maklum balas. “Kerana kita tahu Hannah juga salah faham dan dia percaya bulat-bulat laporan media daripada penjelasan yang kita berikan kepadanya tiga hari sebelum DUN bersidang,” katanya. Katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik ada memberitahu media baru-baru ini, yang beliau bersama rakan pembangkang akan bertanyakan soalan mengenai hukum hudud. Bagaimanapun, katanya, kenyataan itu telah diputarbelitkan oleh media propembangkang dengan laporan kononnya Sungai Air Tawar hendak kemukakan usul hudud. “Kita tahu, hudud yang diperbincangkan sejak tahun 1993 oleh Pas Kelantan ini telah dijadikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah dan kerajaan Pusat juga telah mencadangkan agar ditubuhkan jawatankuasa teknikal hudud di peringkat pusat. “Jadi, soal perbincangannya untuk mendapatkan persetujuan biarlah dilakukan di peringkat Dewan Rakyat. Kita di Dewan Negeri hanya boleh berbincang dan berbahas sahaja. Itu yang BN Selangor maksudkan,” katanya. Ditanya apakah menarik balik usul yang sudah mendapat kelulusan Yang Dipertua Dewan sebagai suatu yang memalukan, Shamsudin yang juga ADUN Sungai Burong berkata, pembangkang di negeri yang diperintah oleh BN juga pernah menarik usul mereka. Ujarnya, soal menarik balik usul adalah perkara biasa jika satu-satu pihak itu mendapati ia tidak sesuai didebatkan. Hannah hari ini memberi peringatan keras kepada pihak pembangkang (BN) dan kerajaan yang diwakili Pas, PKR serta DAP supaya tidak menjadikan DUN berkenaan sebagai wadah mainan politik murahan. Beliau berkata demikian merujuk kepada penarikbalikan usul hudud yang dikemukakan Kamarol Zaki untuk dibahaskan dan telah mendapat kelulusan DUN untuk dibahaskan. Sidang DUN Selangor bersambung esok selepas ditangguhkan sehingga jam 12 tengah hari ini oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. Sumber: Malaysia Gazzete

TOP
Video: Lagi Pergaduhan antara Pelajar Perempuan

Lagi tersebar video pergaduhan pelajar di media sosial. Lokasi pergaduhan ini tidak dapat dipastikan tetapi berdasarkan video ianya bukan dalam kawasan sekolah. Dalam pergaduhan ini seorang pelajar perempuan seakan-akan begaduh dengan beberapa pelajar perempuan lain. Tetapi apa yang menghairankan tiada siapa yang cuba meleraikan pergaduhan tersebut. Semua pelajar-pelajar lelaki seolah-olah hanya menyaksikan pergaduhan ini.

TOP
Budak Perempuan Dihalau Dari KFC Kerana Muka Berparut

Gambar dailymail.co.uk
SEORANG kanak-kanak perempuan yang diserang oleh anjing sehingga menyebabkan mukanya berparut telah diusir keluar dari restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) di Jackson, Mississippi, selepas pekerja di situ berkata mukanya itu menakutkan pengunjung yang lain. Keluarga kepada Victoria Wilcher, 3, bagai mengalami mimpi ngeri selepas mereka diminta untuk meninggalkan restoran popular itu hanya kerana wajah anak perempuan mereka . Mereka berkongsi kemarahan di laman Facebook bertajuk 'Victoria's Victory (Kemenangan Victoria). "Adakah wajah ini menakutkan anda? Minggu lepas di KFC di Jackson MS wajah ini telah diminta meninggalkan restoran kerana wajahnya menakutkan pengunjung yang lain," demikian 'posting' yang dibuat di laman Facebook. Wilcher cedera dalam serangan pada bulan April, apabila tiga ekor anjing datuknya berlari menuju rumahnya di Simpson County, Mississippi. Anjing-anjing itu masuk melalui pintu belakang rumah dan menerkamnya. Anjing-anjing itu kemudian mengheret kanak-kanak itu ke belakang rumah dan terus menyerangnya sebelum datuknya, Donald Mullins, dan teman wanitanya, Rita Tompkins, cuba untuk menghentikan serangan. Anjing-anjing itu turut menyerang tuannya itu, menyebabkan Mullins terpaksa menembak mereka. Dua ekor anjing berjaya dibunuh manakala Wilcher dikejarkan ke bilik kecemasan. Bahagian atas dan bawah rahangnya berkecai, tulang pipi, hidung dan tulang bahagian matanya patah. Menurut posting pertama di Facebook, Wilcher hilang mata kanannya dan hilang keupayaan untuk bergerak pada bahagian kanan mukanya. Mullins dan Tompkins telah ditangkap atas tuduhan membahayakan kanak-kanak. Lapan ekor anjing pasangan berkenaan yang masih hidup telah dirampas oleh pegawai- pegawai Kawalan Haiwan. Wilcher berada di hospital selama kira-kira satu bulan selepas serangan itu. Setelah pulang ke rumah, dia menjalankan terapi fizikal dan memakai tiub untuk makan. "Saya membawanya berjumpa doktor dan pergi ke KFC," kata nenek Wilcher, Kelly Mullins. "Saya memesan teh manis bersaiz besar dan kentang putar berserta kuah untuknya kerana dia lapar. Dia dipasang tiub pada masa itu, saya anggap hanya kentang yang boleh ditelan dengan tiub itu." "Mereka hanya beritahu kami, "Kami perlu meminta anda meninggalkan tempat ini kerana mukanya mengganggu pelanggan-pelanggan kami". Victoria benar-benar faham apa yang mereka katakan," katanya. Mullins berkata dia meletakkan Victoria dalam kereta dan terus meninggalkan tempat itu. Katanya, Victoria menangis sepanjang perjalanan pulang ke Simpson County. "Sekarang apabila kami pergi ke sesuatu tempat, dia tidak mahu keluar," kata Mullins. Sejak posting mengenai kejadian di KFC itu pada Khamis, ia dihujani simpati dan kemarahan terhadap syarikat itu. "KFC melancarkan siasatan sebaik sahaja kami dimaklumkan tentang laporan ini," kata jurucakap KFC Rick Maynard pada Jumaat. "Kami memandang serius perkara ini, dan langsung tidak akan bertoleransi terhadap sebarang tindakan menyakiti atau tidak menghormati tetamu kami. Siasatan sedang dijalankan, tetapi kami akan melakukan tindakan yang betul untuk kanak-kanak comel ini dan keluarganya, dan akan bekerjasama dengan pemegang francais untuk mengambil tindakan yang sesuai terhadap restoran." KFC juga bertindak balas terhadap posting di Facebook di ruangan komen dengan menulis: Harap dapat menerima permohonan maaf ikhlas kami sementara kami cuba menyiasat kejadian ini. Sumber: mStar

TOP
Ukraine mengamuk

Kereta kakitangan Kedutaan Rusia yang dirosakkan ketika protes di Kiev.
LUGANSK - UKRAINE. Jutaan rakyat Ukraine berikrar untuk membalas dendam terhadap kumpulan pemisah yang menembak jatuh pesawat tentera sehingga mengorbankan 49 askar di timur negara itu, kelmarin. Presiden Petro Poroshenko mengarahkan rakyat menentang kumpulan pemisah itu sebagai simbol tindak balas kerana membunuh wira negara. “Saya mengisytiharkan hari ini (semalam) sebagai hari berkabung. Semua rakyat perlu bersatu menentang kumpulan ini yang didalangi Rusia,” katanya. Media tempatan melaporkan, sekumpulan penduduk Ukraine mulai berang dan bertindak memecah tingkap, melempar telur dan membaling bom molotov koktel di Kedutaan Rusia di Kiev. “Puluhan tingkap bangunan kedutaan Rusia pecah. Kereta kakitangan kedutaan dirosakkan dan turut berlaku kebakaran akibat balingan bom tangan,” menurut laporan itu. Sementara itu, pro-Rusia menafikan bahawa mereka adalah kumpulan puak pemisah yang menembak jatuh pesawat berkenaan, kelmarin. Hanya mahu dikenali sebagai Mudzhakhed, beliau memberitahu, kumpulannya terlihat pesawat berkenaan membuang senjata api selepas ditembak kumpulan tidak dikenali. “Empat enjin pengangkut dan puluhan mesingan digugurkan sebelum terhempas ketika cuba melakukan pendaratan kecemasan,” katanya, laporan dipetik dari AFP. Sumber: AFP / Sinar Online

TOP
Dua Lelaki Diculik Di Kampung Sapang Semporna

SEMPORNA, 16 Jun - Dua lelaki - seorang penjaga pusat ternakan ikan dalam sangkar dan seorang suku kaum Suluk - dilarikan oleh dua lelaki bersenjata di Kampung Sapang, barat Pulau Timbun Mata, di sini tengah malam Ahad. Menurut laporan awal, penjaga pusat ternakan itu dipercayai bernama Chan Sai Chiun, 32, berasal dari Perak dan lelaki Suluk itu yang hanya dikenali sebagai Mazlan berumur sekitar 20-an. Mereka dikatakan diculik kira-kira pukul 12.40 tengah malam tadi di pusat ternakan ikan milik syarikat Davel Bay di sini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP Omar Mamah mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi Bernama. Ini merupakan kes penculikan ketiga di kawasan pantai timur Sabah tahun ini. Pada 6 Mei lepas, lima lelaki bersenjata menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik di Lahad Datu, sebulan selepas seorang pelancong wanita warga China diculik di sebuah resort di Semporna. Sumber: BERNAMA

TOP
Belanja Harian Keira Knightley RM160,000 Setahun

Keira lebih selesa hidup sederhana berbanding menghabiskan wangnya semata-mata untuk hidup mewah.
SEPERTI semua sedia maklum, kebanyakan bintang Hollywood mempunyai pembiayaan hidup yang cukup tinggi atas tuntutan kerja selain menjalani aktiviti harian yang mewah. Bagaimanapun tidak pula buat aktres Keira Knightley, dia memberitahu kepada majalah Glamour bahawa perbelanjaan hariannya kira-kira RM160,000 untuk setahun. Jika dibandingkan dengan bintang Hollywood lain, ternyata nilai itu terlalu sedikit apatah lagi sebagai selebriti, Keira harus mempunyai bajet khusus untuk melakukan rawatan kecantikan, pakaian pelbagai acara, aksesori serta anggaran lain yang perlu difikirkan seperti tempat tinggal dan pembayaran kereta. "Ya, tidak banyak wang saya gunakan untuk diri sendiri. Bagi saya, dengan mempunyai gaya hidup mewah membuatkan kita tidak boleh bergaul dengan golongan yang hidup sederhana. "Memang banyak perkara yang saya perlu laburkan seperti gaji pengawal peribadi, pembantu rumah serta keperluan saya sebagai selebriti, tetapi saya percaya sekiranya dapat menguruskan wang dengan baik, kita mampu berjimat beberapa kali ganda wang," katanya. Sumber: mStar

TOP
Polis Marin tahan 7 bot, rampasan RM1.5j

TUMPAT – Pasukan Polis Marin (PPM) Pengkalan Kubor berjaya menahan tujuh bot dengan nilai rampasan berjumlah RM1.5 juta membabitkan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 sepanjang Januari hingga Jun tahun ini. Pegawai Pemerintah PPM Pengkalan Kubor, Asisten Superintendan Mohd Nawi Yunus berkata, sepanjang tempoh tersebut, lima tangkapan dibuat membabitkan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 itu. Sumber: Sinar Online

TOP
Siapa dalangi gerakan militan ISIL?

Dr Maszlee Malik
SHAH ALAM – Sehingga kini, tiada siapa yang tahu dalang di sebalik kumpulan Militan Negara Iraq dan jajahannya (ISIL) yang mencetuskan krisis perang sehingga menawan wilayah Mosul, Iraq. Penganalisis Politik Asia Barat dan Afrika, Dr Maszlee Malik berkata, banyak persoalan tidak jelas mengenai siapa mendalangi ISIL sehingga kewujudannya menimbulkan pergolakan dan campur tangan Amerika Syarikat (AS), Iran serta negara Teluk. Katanya, terdapat pelbagai teori berhubung siapa yang membantu gerakan militan ini, termasuklah dakwaan didalangi Iran. “ISIL yang didakwa ciptaan Iran ini, ditubuhkan bagi mengganggu perjuangan rakyat Syria, di mana Iran bertanggungjawab membiayai kumpulan ini serta membekalkan peralatan senjata canggih dan terkini. “Namun, serangan ke atas Iraq, termasuk kejayaan mereka menawan wilayah Mosul, dikatakan mengancam kedudukan Iran seterusnya membenarkan Iran menerima bantuan AS,” katanya, semalam. Katanya, jika ISIL bukan ciptaan Iran, ia berkemungkinan didalangi Arab Saudi, namun tiada fakta yang dapat menyokong kesahihan dakwaan itu. “Ahli kumpulan ISIL pula dikhabarkan adalah serpihan dari kumpulan al-Qaeda yang keluar dari kumpulan itu untuk membentuk ISIL. Namun, al-Qaeda tidak pernah mengiktiraf kewujudan mereka yang dianggap terlalu radikal,” katanya. Katanya, ahli ISIL datang dari pelbagai negara seperti Syria, Lybia serta negara-negara Arab. “Kebangkitan golongan ISIL ini berpunca daripada dasar pemerintahan kuku besi yang menghalang perjuangan demokrasi Islam di negara Arab,” katanya. Bagaimanapun, beliau berkata, pergolakan di negara itu sebenarnya tidak dicetuskan oleh ISIL, sebaliknya kerana pemberontakan tentera Iraq yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri, Nouri al-Maliki. Katanya, paparan media barat mengenai pergolakan berpunca dari serangan ISIL adalah tidak tepat. Sumber: Sinar Online

TOP
Pelajar Malaysia Kemalangan Di Mesir Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Pelajar jurusan pergigian yang terbabit dalam kemalangan di Mesir awal bulan ini dilaporkan meninggal dunia. Laman Facebook Media Perubatan (Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (Perubatan), melaporkan bahawa Ummi Nadiah Filzah Daud meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi, Hospital Miri Iskandariah, Mesir, pada Ahad. "Semoga roh Allahyarhamah Ummi Nadiah Filzah Daud ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang dicucuri rahmat oleh Allah. Insya-Allah," menurut posting Facebook itu. Enam pelajar Malaysia dari Fakulti Pergigian Universiti Iskandariah dilaporkan terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Borg El, Mesir, awal bulan ini. Difahamkan, kejadian kira-kira pukul 8.30 malam waktu tempatan itu berlaku selepas pemandu van melanggar bahagian belakang sebuah lori, menyebabkan van dinaiki pelajar terbabit berpusing beberapa kali. Perlanggaran itu menyebabkan pintu van tercabut dan kesemua enam pelajar perubatan itu tercampak ke luar. Semua mangsa dalam perjalanan ke lapangan terbang untuk pulang ke tanah air. Sumber: mStar

TOP
Bekas pengikut Al-Arqam bertaubat

Abdul Rahman Othman
KUANTAN - Lebih 100 bekas pengikut kumpulan Al-Arqam di Pahang sudah insaf dan mengamalkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kehidupan seharian mereka. Pengarah Global Ikhwan Sdn Bhd, Nur Muhammad Azral Mohd Noor berkata, mereka yang dahulunya aktif dalam kumpulan Al-Arqam kini sudah bertaubat dan mahu masyarakat tidak memandang serong kepada bekas pengikut ajaran berkenaan. Menurutnya, mereka kini lebih tertumpu kepada perniagaan dan mahu turut serta dalam program kemasyarakatan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara umat Islam di negara ini. “Dahulu kami selesa bergerak dalam kumpulan kami sahaja tanpa bergaul dengan orang lain, sehinggakan waktu solat, kami berjemaah di surau dan masjid sendiri. “Namun, selepas insaf kami mahu balik ke pangkal jalan dan mulakan hidup baru berlandaskan al-Quran dan sunnah,” katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas Majlis Ceramah Agama Bersama Mufti Pahang di Surau Al Raudhah, semalam. Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Othman berkata, bekas pengikut kumpulan Al-Arqam di negeri ini sudah kembali ke landasan yang benar dan mahu mereka terus mengamalkan ajaran Ahlil Sunnah Wal Jamaah. “Mereka sudah insaf dan melafazkan taubat di depan saya serta berjanji tidak mengulangi pegangan terdahulu. “Oleh itu, saya berharap agar masyarakat memberi peluang kepada bekas pengikut ini untuk kita sama-sama mengamalkan ajaran Islam mengikut syariat yang dibenarkan. “Mereka juga kini sedang dalam kursus pemulihan akidah selama 500 jam dan saya percaya, banyak perkara yang dipelajari oleh mereka untuk perbaiki diri sendiri,” katanya. Sehubungan itu, beliau berharap agar masyarakat tidak ragu-ragu lagi dengan kumpulan ini kerana mereka sudah berubah dan mahu bersama-sama di kalangan masyarakat. “Selagi amalan mereka tidak bercanggah dengan ajaran Islam, kita harus hormati mereka, tetapi jika sebaliknya, tindakan akan diambil oleh pihak berkuasa kepada sesiapa sahaja yang mengamalkan ajaran sesat,” katanya. Sumber: Sinar Online

TOP
Kejadian Aneh Menimpa Remaja 14 Tahun Selepas Meniduri Isteri Orang

Penduduk setempat kini gempar selepas kisah seorang remaja lelaki dimasuki cacing luar biasa gara-gara meniduri isteri orang semakin tersebar. Menurut sumber, remaja berusia 14 tahun itu kini semakin tenat apabila ada cacing ‘anaconda’ mengganas di dalam badannya. “Budak itu mula sakit dua hari selepas meniduri seorang wanita berusia dan sudah bersuami,” katanya. Ibu saudara remaja terbabit, Nobuhle Moyo berkata, cacing berkenaan semakin membesar, manakala kesihatan remaja itu semakin merosot. “Dia mula mengalami masalah kencing berdarah,” katanya. Menurut Nobuhle, dia semakin risau kerana anak saudaranya itu kini tidak berselera makan atau minum, Katanya, remaja terbabit hanya bergantung kepada air teh untuk mengisi perut. “Pada awalnya kami tertanya-tanya mengapa dia mengalami masalah itu. “Selepas didesak berkali-kali, akhirnya dia mengaku mengadakan hubungan sulit dengan isteri orang,” katanya. Sementara itu sumber berkata, remaja terbabit dibawa berubat dengan seorang bomoh. “Keadaannya masih belum banyak berubah. “Kami yakin suami wanita berkenaan menggunakan sihir sebagai membalas dendam,” katanya, semalam. Sumber: Agensi

TOP
Honda Accord terbabas: 4 maut, 7 parah

TEMERLOH: Empat maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta yang dinaiki 11 individu di Kilometer 134 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran susur keluar tol Temerloh, di sini, awal pagi tadi. Kejadian jam 4.30 pagi itu menyebabkan empat lelaki berusia 20an termasuk tiga warga Myanmar maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan anggota badan. Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)Pahang Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda Accord yang dipandu seorang lelaki tempatan bersama sepuluh penumpang disyaki warganegara Myanmar. Katanya, mangsa yang terbunuh adalah pemandu kereta, Che Mohd Azuwan Che Hashim, 30, dari Tanah Merah, Kelantan manakala tiga lagi mangsa masih tidak diketahui identiti mereka kerana tiada sebarang pengenalan diri ditemui. “Nahas dipercayai berlaku ketika mereka dalam perjalanan dari Rantau Panjang, Kelantan menghala ke Kuala Lumpur. “Siasatan awal mendapati kenderaan dinaiki mereka terbabas ke kiri jalan lalu terbalik menyebabkan empat mangsa tercampak keluar dan mati di tempat kejadian,” katanya. Sumber: myMetro

TOP
Perompak gunting seluar mangsa

MIRI: Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki yang memakai penutup muka di bilik tidurnya sebelum menakutkan mangsa dengan menggunting seluar dipakainya dalam kejadian pecah rumah di Taman Perumahan Quadruplex di sini, semalam. Dalam kejadian jam 4.55 pagi, suspek turut bertindak ganas apabila menumbuk dahi mangsa berusia 20 tahun menyebabkan wanita itu hanya mampu tergamam dan menggigil ketakutan. Difahamkan, mangsa tidur bersendirian dalam biliknya. Katanya, akibat terlalu panik mangsa hanya mendiamkan diri manakala suspek mengugut supaya tidak berbuat apa-apa sambil memegang gunting. “Suspek tiba-tiba menghampiri mangsa di katil sebelum menggunting seluar dipakai. “Sebaik selesai menggunting seluar mangsa, suspek menumbuk dahi wanita itu sebelum melarikan diri melalui pintu dapur,” katanya. Menurutnya, sebaik suspek melarikan diri, mangsa bergegas mengejutkan ibunya memaklumkan kejadian itu. “Beg tangan ibu mangsa mengandungi dokumen pengenalan diri dan pelbagai kad bank dilarikan suspek,” katanya. Sumber: myMetro

TOP
Kes Culik Di Kunak: Seorang Mangsa Berjaya Terjun Dari Bot

LAHAD DATU: Salah seorang daripada dua orang yang diculik oleh lelaki bersenjata Filipina dari pusat ternakan ikan dalam sangkar berhampiran Kunak di pantai timur Sabah awal Isnin telah berjaya melarikan diri. Difahamkan, pekerja yang hanya dikenali sebagai Maslan itu bertindak terjun dari bot laju kumpulan lelaki bersenjata, manakala penternak ikan Chan Sai Chiun dari Perak masih tidak diketahui nasibnya. Maslan dipercayai melarikan ketika bot itu memecut dan berenang naik ke darat untuk membuat laporan polis. Kumpulan lelaki bersenjata itu telah menculik Chan dan Maslan kira-kira pukul 12.45 pagi dari pusat ternakan di Kampung Sapang di Kunak kira-kira 60km dari sini. Bersenjatakan senapang, dua lelaki bertopeng menyelinap masuk ke kawasan yang gelap yang merupakan kawasan tempat tinggal pekerja pusat ternakan ikan itu dan menculik dua orang yang sedang tidur di dalam bilik mereka, menurut sumber. Mereka berkata Chan dan Maslan telah ditolak ke dalam sebuah bot laju dengan kelajuan 40 kuasa kuda di mana dua lagi rakan sejenayah dilihat menunggu di dalam bot berasingan. Sumber: mStar

TOP
Penerbangan Ke Las Vegas Dialih Ke Detroit Selepas Lelaki Serang Krew

Imej yang dirakamkan salah seorang penumpang menunjukkan seorang lelaki sedang membuat kecoh dalam penerbangan ke Las Vegas. PENERBANGAN JetBlue dari New York ke Las Vegas pada pagi Sabtu telah dialihkan ke Detroit selepas seorang penumpang yang sedang bertekak dengan keluarganya naik angin terhadap atendan penerbangan. Dalam rakaman video penumpang, lelaki yang tidak dikenali dilihat memaki seorang anak kapal, manakala anaknya menyuruhnya berhenti dan seorang yang lain dilihat cuba menenangkannya. Dia menjerit dalam bahasa asing dan tidak bercakap Bahasa Inggeris, menurut seorang penumpang menyebabkan tiada siapa mempunyai sebarang idea tentang apa yang menjadi punca kemarahannya. Penerbangan pada pukul 6.40 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa John F.Kennedy telah terbang selama kira-kira satu jam apabila gangguan itu berlaku, menurut seorang penumpang yang turut merakamkan kejadian. Dia kelihatan sedang bertengkar dengan keluarganya sebelum penumpang lain cuba meleraikan keadaan. Lelaki itu bagaimanapun hanya menjadi lebih marah, dan menghantuk-hantukkan tempat duduk sambil memberi isyarat kepada anak kapal yang cuba menenangkannya. Tetapi usaha itu hanya sia-sia apabila lelaki itu mula menyerang atendan penerbangan sementara anak-anaknya menjerit ketakutan. "Ayah, ayah, hentikannya," mereka merayu. Bapa mereka telah digari oleh anak kapal dan dibawa beredar dari situ. Kapten kemudian membuat keputusan menurunkan lelaki itu di Detroit, di mana dia telah dibawa ke hospital tempatan untuk penilaian. "Oleh kerana isu ini melibatkan pelanggan, kapten membuat keputusan mengalihkan penerbangan ke Detroit sebagai langkah berjaga-jaga," kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan. Tiada sebarang kejadian lain yang berlaku, dan penerbangan diteruskan semula selepas beberapa jam. Penumpang terbabit masih dalam tahanan polis dan masih tidak dapat dipastikan sama ada ia dipengaruhi dadah atau alkohol. Sumber: mStar

TOP
Hakikatnya, DBKL tiada perikemanusiaan

KUALA LUMPUR – Surat Mahkamah Tinggi sudah pun keluar pada 12 Jun 2014 bagi menghalang kerja-kerja menceroboh atau menceroboh kawasan perumahan Kampung Chubadak Tambahan di Sentul tetapi malang sekali, hampir semua rumah telah selamat direbahkan ke bumi! Tangisan penduduk yang menjadi mangsa kerakusan pihak pembuat keputusan merobohkan rumah mereka sudah tidak bermakna lagi. Tempat berteduh sudah musnah dan hati mereka yang merobohkannya mungkin puas melihat kerja-kerja yang dilakukan gagal dihalang penduduk yang rata-rata adalah orang Melayu yang beragama Islam. Sebelum rumah mereka dirobohkan, penduduk merayu, menangis malah ada yang meraung sampai pengsan di hadapan sekumpulan anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Mereka cuma merayu agar kerja-kerja meroboh itu ditanghuhkan kerana mereka sedang menanti keputusan mahkamah. Itulah yang diminta sambil cuba menghalang keganasan jentolak DBKL meluru ke arah rumah mereka. Berkat doa penduduk teraniaya yang bakal menyambut Ramadan tidak sampai dua minggu lagi ini, akhirnya surat perintah Mahkamah Tinggi berjaya diperoleh. Serta merta kerja-kerja meroboh dihentikan dan tidak ada lagi kelibat penguat kuasa DBKL di kawasan kampung tersebut yang telah pun dimusnahkan. Apa yang menghairankan, kenapa kerja-kerja meroboh tidak diteruskan sahaja sehingga kampung tersebut menjadi padang jarak padang tekukur? Kenapa boleh berhenti sebaik sahaja surat perintah Mahkamah Tinggi dikeluarkan sedangkan surat itulah yang memaklumkan permohonan penduduk sedang diproses sebelum tindakan meroboh diambil oleh DBKL? Di sinilah letaknya peri kemanusiaan dan timbang rasa dalam menentukan sesuatu keputusan. Penangguhan yang diminta penduduk sepatutnya boleh dipertimbangkan kerana mereka ada asas yang kukuh menunggu keputusan mahkamah. Apa yang dilihat, kerja-kerja yang dilihat terburu-buru ini tidak langsung mencerminkan kejujuran dalam pelbagai aspek. Pendek cerita, kejadian di Kampung Chubadak bagai ada yang tak kena sehingga kerja-kerja meroboh seperti tidak boleh ditunggu kerana desakan pembangunan. Walaupun sehari, rumah-rumah di situ wajib dimusnahkan sedangkan bila dikaji balik, projek pembangunan yang hendak dibina bukanlah akan dibuat minggu depan. Perkara sudah berlaku dan hasilnya, penduduk yang menjadi mangsa hilang tempat berteduh. Bila keluar surat mahkamah, mereka melahirkan rasa syukur namun di sebalik itu, siapa yang bertanggungjawab untuk membayar ganti rugi rumah yang telah dirobohkan. Apakah DBKL yang bertindak melulu tanpa ada timbang rasa untuk menunggu seketika akan bertanggungjawab untuk mengembalikan rumah mereka? DBKL boleh buat kenyataan membela diri tetapi sesuatu yang perlu dipersoal, apakah DBKL akan melakukan perkara sama jika kejadian itu melibatkan rumah keluarga sendiri? Sedihnya kita yang melihat tidak akan sama dengan kesedihan yang ditanggung oleh mangsa. Sekiranya ada pertimbangan atau sedikit sifat perikemanusian sebelum perintah mahkamah dikeluarkan, DBKL akan menjadi badan yang disanjung selamanya. Malang sungguh, apa yang berlaku adalah sebaliknya dan DBKL akan terus dikenang sebagai badan yang membawa imej buruk kepada kerajaan! Itulah hakikatnya. Sumber: Malaysia Gazzete

TOP
Lisdawati Selamat Bersalin Anak Ketiga

Tahniah diucapkan kepada pasangan pelakon Fauzi Nawawi dan Lisdawati yang telah selamat menyambut kelahiran anak ketiga mereka, Sabtu lalu. Difahamkan, bayi lelaki yang diberi nama Ahmad Nur Fyrdaus itu telah dilahirkan secara normal di Hospital Selayang.

"Syukur alhamdulillah atas kelahiran @fyrdaus15 . Tq Allah @fauzinawawi #mymom peneman setia saat detik kelahiran ini. Tq #hospitalSelayang atas layan an yg baik dr semua staff . #luvMyFamily" ujar Lisda menerusi akaun Instagramnya. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pasangan ini, semoga kehadiran Ahmad Nur Fyrdaus akan menyerikan lagi kehidupan keluarga mereka. Sumber: Media Hiburan Karangkraf

TOP
MH370: Ibu Penumpang Iran Guna Pasport Palsu Sedang Menderita

Saat-saat indah Niloufar (kanan), bersama anaknya Pouria. 
KUALA LUMPUR: Bagi ibu kepada warga Iran yang menaiki penerbangan MH370 dengan pasport palsu, setiap hari yang dilaluinya tidak ubah seperti 'kematian perlahan-lahan', sejak pesawat itu hilang 8 Mac. Niloufar Vaezi Tehrani, yang menetap di Jerman, menyifatkan dirinya sebagai seorang wanita yang menderita. "Saya akan menemui ahli psikologi kerana saya bukan sahaja kehilangan anak, saya juga kehilangan kehidupan saya sendiri. Saya terlepas kereta api kerana tidak boleh menumpukan perhatian. Apabila saya bangun, saya akan menuju ke TV dan komputer riba untuk melihat berita dan tiba-tiba saya sedar segala-galanya sudah berlalu," kata Niloufar, 47. Dia memberitahu The Star bahawa Pouria Nourmohammadi, 19, telah menghantar e-mel kepadanya sebelum ini, menyatakan rancangan untuk terbang ke Malaysia dan kemudian menggunakan pasport palsu untuk ke Jerman. Pelajar kejuruteraan kimia itu rindu untuk melihat ibunya yang sedang berjuang melawan penyakit kanser payudara peringkat kedua. Pada awal krisis MH370, perhatian global telah tertumpu kepada imej-imej kabur dua warga Iran yang dikenal pasti oleh polis sebagai penyamar yang telah menggunakan pasport palsu. Untuk satu ketika, Pouria merupakan suspek utama dalam kehilangan Boeing 777. Terdapat spekulasi ketika itu bahawa dia merupakan seorang pengganas. Bagaimanapun, kebenaran cerita seorang anak yang cuba sedaya upaya untuk bersatu kembali dengan ibunya, tidak menyebabkan spekulasi itu berpanjangan. Walaupun keluarga anak-anak kapal MH370 dan penumpang berada di bawah jagaan Malaysia Airlines dan sukarelawan, Niloufar berkata dia menanggung derita keseorangan. "Hari ini, tiada siapa yang menjaga saya. Saya tidak tahu apa-apa mengenai MH370. Saya tidak tahu apa yang berlaku kepada anak saya. MAS dan pihak berkuasa Malaysia tidak pernah sekali bercakap dengan saya atau memberi saya maklumat mengenai anak saya," dakwanya. Dia melarikan diri dari Teheran dua tahun lalu selepas didera oleh suaminya. Niloufar membawa bersama anak bongsunya Ilia, 14, dan menetap di Jerman. "Dia mempunyai kesukaran membawa keluar Pouria bersama kerana usianya," kata peguam Niloufar, Dan Gilleon. Pouria, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Reza, 29, menaiki pesawat malang menggunakan pasport milik warga Austria dan Itali pada 8 Mac. Mereka terbang ke Beijing dan kemudian mengambil penerbangan sambungan ke Frankfurt, di mana Niloufar menunggu di sana. Dipercayai pasport dan dokumen Itali dan Austria yang digunakan tidak memerlukan visa untuk memasuki Jerman. "Dia mahu melihat ibunya yang sakit. Okay, cari dia dan jatuhkan hukuman kepadanya. Tetapi saya hanya mahu tahu mengenai anak saya," kata Niloufar dengan penuh emosi. Niloufar dan Gilleon kini merancang untuk meneruskan tuntutan 'kematian tidak benar' terhadap MAS. Gilleon mendakwa MAS enggan melepaskan maklumat tiket Pouria, yang diperlukan untuk menentukan bidang kuasa bagi membuat tuntutan mahkamah, sambil menambah MAS memberi alasan bahawa siasatan sedang dijalankan terhadap Pouria. Niloufar berkata apa boleh dilakukan sekarang ialah menunggu dan berdoa, dengan harapan pihak berkuasa akan memahami bahawa dia hanyalah seorang ibu yang mencari seseorang yang disayangi. "Saya melihat gambar salah seorang isteri krew melahirkan anak. Saya tahu bagaimana penderitaan yang dialaminya. Hari ini, saya berdoa bukan sahaja untuk Pouria tetapi semua penumpang supaya mereka selamat dan Tuhan memberkati mereka. Saya berharap dunia tidak akan melupakan kami, "katanya. Sumber: mStar

TOP
Awie Kesal Jalinkan Kerjasama Dengan KRU

Awie berharap masalah cetak rompak turut dibantu pihak kerajaan.
PETALING JAYA: Penyanyi rock Awie (Wings) mengakui berasa menyesal kerana menjalinkan kerjasama dengan pihak KRU Music Group lebih-lebih apabila isu beberapa lagu dalam album terbaharu mereka terbitan syarikat itu, Menakluk Kosmos yang dicetak rompak seperti tidak diambil peduli oleh syarikat itu. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, berkata, keadaan itu juga membuatkan Wings enggan manyambung kontrak dengan KRU Studios sekiranya ditawarkan lagi kerana menganggap pihak syarikat itu seperti tidak serius dalam pembikinan album mereka. "Dulu, saya ditawarkan untuk bekerjasama dengan KRU Studios secara solo, tetapi saya tak nak. Kemudian mereka mengajak Wings pula dan pemain gitar utama kami, Joe bersetuju, dan saya pun ikut sahaja. "Selepas album siap, kami bersemangat mahu lancarkan album tersebut sebaik-baiknya tetapi malang sekali, majlis dibuat seperti 'melepaskan batuk di tangga'. Malah tiada sebarang poster menunjukkan ia adalah majlis pelancaran kami. "Sudahlah beberapa lagu dalam Menakluk Kosmos dicetak rompak. Dan apabila meminta penjelasan Norman (Presiden Eksekutif KRU Music) dia hanya memberikan komen menerusi YouTube. Kenapa mesti YouTube? Cukuplah satu album kerjasama kami dengan mereka," katanya. Pada 20 Mei lalu, Wings telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Taman Malawati, Hulu Kelang, dekat sini berhubung empat lagu dalam album terbaharu mereka iaitu Peti Pandora Mu, Ingatkan Dia, Bisa Yang Tertunda dan Hei

Lihat Sini telah dicetak rompak.
Wings pada pelancaran album Menakluk Kosmos baru-baru ini. Lagu kumpulan itu bukan sahaja boleh dimuat turun secara percuma malah album itu juga boleh didengari menerusi aplikasi Spotify dan Deezer bagi pengguna telefon pintar sebelum sempat ia dilancarkan. Perkara itu dikatakan berpunca daripada kelemahan pihak KRU sendiri. Sementara itu, Awie berkata, pihak kerajaan juga sepatutnya perlu sama-sama membanteras isu cetak rompak, namun apa yang dilihatnya, perjuangannya itu hanya dilakukan oleh golongan penggiat industri muzik sahaja. "Isu cetak rompak ini sudah lama dah sampaikan artis-artis sendiri terpaksa terima perkara tersebut dengan rasa sakit hati. "Saya harap sangat agar pihak kerajaan peka dengan situasi ini dan cuba membanterasnya. Saya percaya setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, terpulang pada individu itu sama ada mereka mahu membantu ataupun tidak," ujarnya Sumber: mStar

TOP
Pemilik Kedai Daging Cedera Ditembak Dua Kali

Kopiah dan selipar milik Abd Ghani. 
KAJANG: Seorang pemilik kedai daging di pasar Kajang cedera selepas lelaki bersenjata melepaskan dua das tembakan kepadanya kira-kira pukul 6.30 pagi Isnin. Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata mangsa yang dikenali sebagai Abd Ghani Abdullah, 50, meletakkan kereta jenis Mercedes Benz miliknya di Metro Point dan berjalan ke pasar apabila lelaki bersenjata terbabit lalu di situ menaiki motosikal. Suspek kemudian melepaskan tembakan kepada Abd Ghani, yang mana tembakan pertama terkena bahu kirinya manakala tembakan kedua terkena di bahagian bawah telinga kanan. Ab Rashid berkata penunggang motosikal memecut selepas melakukan tembakan dan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu terus menghubungi polis. "Abd Ghani dikejarkan ke Hospital Kajang untuk rawatan dan keadaannya stabil," katanya. Ab Rashid berkata ahli perniagaan itu tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini dan kes itu disiasat di bawah Akta 1971 Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat). Seorang pekerja yang bekerja di kedainya, V. Devarasa, berkata serangan itu menjadi tanda tanya Abd Ghani tidak pernah bermusuh. "Dia telah dianugerahkan gelaran 'Datuk' kira-kira dua hingga tiga tahun lepas. "Dia masih merendah diri dan meminta dirinya hanya dikenali sebagai pemilik perniagaan," tambah kakitangan berusia 60 tahun itu. Devarasa berkata Abd Ghani tinggal di Putrajaya dengan isteri dan empat anaknya dan akan datang seawal 5.30 pagi untuk memulakan perniagaan harian. "Semua orang di pasar mendengar bunyi tembakan dan bergegas keluar untuk melihat apa yang berlaku. "Saya terkejut apabila melihat bos saya terbaring tidak sedarkan diri di atas tanah di belakang pasar," katanya. Menurut Devarasa, perniagaan di pasar Kajang itu telah dijalankan selama lebih 40 tahun Sumber: BERNAMA

TOP
Sasaran Malaysia layak Piala Dunia 2014 dikritik di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Sebahagian Ahli Parlimen hari ini mengkritik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang gagal menunaikan janjinya apabila sasaran pasukan negara untuk layak ke Piala Dunia 2014 tidak menjadi kenyataan. Perkara itu dibangkitkan Datuk Wan Khairil Anuar Wan Ahmad (BN-Kuala Kangsar) yang mempersoalkan kemampuan pasukan bola sepak negara yang masih gagal mencapai sasaran berkenaan ketika pertandingan berprestij itu sedang berlangsung di Brazil. Menjawab pertanyaan itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata beliau tidak mempunyai jawapan tentang perkara itu kerana sasaran terbabit diletakkan oleh FAM yang sepatutnya bertanggungjawab menjadikannya sebagai kenyataan. Bagaimanapun, Khairy berkata, beliau yakin pasukan negara akan berupaya beraksi di Piala Dunia suatu masa nanti melalui program pembangunan bola sepak yang dilaksanakan kementeriannya, namun tidak mahu meletakkan sasaran khusus seperti FAM. “Saya bukan Presiden FAM dan tidak boleh menjawab perkara ini, cuma kita berharap melalui pelan pembangunan bola sepak yang dilaksanakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kita akan layak ke Piala Dunia, namun tidak mahu meletakkan sasaran bila? Nanti saya kena jawab pula nanti, macam hari ini,” katanya dalam persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini. Khairy berkata: “Melalui pelan pembagunan ini kita kena bermula semula dari awal. Kita sudah bincangkan sebelum ini saiz bukanlah halangan, contohnya pasukan kegemaran saya Argentina pagi tadi masih mampu mencipta kemenangan walaupun saiz pemainnya tidak begitu besar.” Katanya, masalah yang dihadapi negara sehingga masih belum berupaya melayakkan diri ke Piala Dunia adalah disebabkan tidak memberi tumpuan kepada aspek pembangunan bola sepak. Malah beliau yang pernah menjadi Timbalan Presiden FAM menyedari bahawa peruntukan untuk tujuan pembangunan bola sepak cukup kecil, begitu juga persatuan negeri lebih memberi tumpuan kepada soal pembayaran gaji pemain senior. Sementara itu, menjawab mengenai pembangunan infrastrukrur sukan bagi tujuan Sukan Malaysia (SUKMA) yang berlangsung di Perlis baru-baru ini, beliau berkata ia tidak akan dijadikan gajah putih sebaliknya akan digunakan bagi pembangunan sukan khususnya melatih bakat baharu. Katanya, sehingga kini hanya Kelantan saja yang belum menganjurkan Sukma kerana negeri itu tidak pernah mengemukakan permohonan penganjuran sukan terbabit yang boleh dijadikan sebagai batu loncatan pembinaan infrastruktur sukan peringkat negeri. Sumber: BERNAMA

TOP
DAP setuju keputusan AG, mahu Mais pulangkan Bible

Ong Kian Ming
KUALA LUMPUR - DAP hari ini mempertahankan keputusan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bahawa tiada pendakwaan bersabit rampasan kitab Bible milik Persatuan Bible Malaysia (BSM) dan kes perlu ditutup. Ahli Parlimen DAP-Serdang, Ong Kian Ming menegaskan, penerbitan Bible dalam dua bahasa itu bukan satu kesalahan dan BSM tidak boleh didakwa selaras dengan keputusan Peguam Negara pada Rabu lalu. "Peguam Negara telah memutuskan bahawa buku-buku yang dirampas bukan merupakan tulisan yang diterbitkan di bawah seksyen 9(1)(a) Enakmen Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988. "Ini bermaksud bahawa penerbitan Bible bukan satu kesalahan dan BSM tidak boleh didakwa," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini. Januari lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah menyerbu masuk premis BSM di Petaling Jaya dan menyita 300 Bible dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Iban. Menurut Kian Ming, Mais bukan sahaja enggan memulangkan kitab Bible tersebut bahkan mereka mengambil langkah tambahan untuk meminta supaya ia dilupuskan. "Dalam kenyataan Mais bertarikh 14 Jun lalu, mereka telah mendesak Timbalan Pendakwa Raya (DPP) di Selangor untuk mendapatkan perintah pelupusan untuk barang dalam kes ini iaitu Bible, mengikut Seksyen 407A Kanun Acara Jenayah (CPC)," katanya. Sehubungan itu, Pengarah Strategi DAP itu mendesak Mais dan Jais supaya bekerjasama memulangkan kitab Bible itu dalam keadaan baik dan tidak dirosakkan. "Langkah pertama yang perlu diambil oleh Mais dan Jais adalah untuk menunjukkan bahawa Bible masih dalam keadaan yang baik dan tidak dirosaki dan dilupuskan," ujar beliau. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Jais dan Mais petang ini bagi menyelesaikan isu berkenaan. Sumber: Sinar Online

TOP
Saman fitnah: MP tarik balik rayuan

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Seremban, Loke Siew Fook hari ini menarik balik rayuannya di Mahkamah Rayuan di sini berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah RM5 juta yang difailkannya terhadap dua pemimpin MCA negeri. Panel tiga hakim diketuai Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin kemudiannya menolak rayuan Siew Fook selepas peguam Gobind Singh Deo yang mewakilinya memberitahu mahkamah beliau menarik balik rayuan itu tanpa perintah berkaitan kos. Alizatul yang bersidang bersama Hakim-hakim Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan Datuk Mah Weng Kwai juga tidak membuat sebarang perintah berkaitan kos. Berikutan keputusan ini, keputusan Mahkamah Tinggi pada 29 Nov 2013 yang menolak kes saman fitnah Siew Fook terhadap Setiausaha MCA Negeri Sembilan, Datuk Lim Fui Ming dan timbalannya Jason Lee Kee, kekal. Siew Fook, yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan, memfailkan saman terhadap kedua-dua defendan itu kerana didakwa memfitnah beliau dalam satu artikel yang disiarkan akhbar Guang Ming Daily pada 24 Februari 2012. Siew Fook mendakwa artikel itu menjejaskan dengan teruk kredibiliti dan reputasi beliau. Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa sungguhpun kandungan artikel itu merupakan satu fitnah terhadap Siew Fook, namun plaintif gagal membuktikan fitnah itu dilakukan Lee Kee dan Fui Ming. Lee Kee diwakili peguam V. Ganesalingam dan Fui Ming pula oleh peguam Haresh Mahadevan. Sumber: BERNAMA

TOP
Denda RM1.8 Juta Kerana Rasuah, Pengubahan Wang Haram

MELAKA: Seorang bekas pemeriksa penyelenggaraan loji kimia hari ini dijatuhi hukuman denda lebih RM1.8 juta dan penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah atas lapan tuduhan rasuah dan 13 tuduhan pengubahan wang haram antara tahun 2006 hingga 2010. Hakim Ahmad Sazali Omar turut mengarahkan hukuman penjara ke atas T Gauthaman, 45, berjalan serentak, menjadikan tertuduh menjalani hukuman penjara empat tahun. Tertuduh boleh dipenjara lebih tujuh tahun lagi sekiranya gagal membayar denda tersebut. Ahmad Sazali turut membenarkan permohonan Gauthaman untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sehingga proses rayuan di Mahkamah Tinggi selesai. Mahkamah juga menaikkan jumlah jaminan terhadap tertuduh daripada RM100,000 kepada RM130,000 dengan seorang penjamin. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Heikal Ismail daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, manakala tertuduh diwakili peguam Azrul Zulkifli Stork. Pada 28 Mei lepas, Ahmad Sazali menyabitkan Gauthaman atas lapan tuduhan rasuah dan 13 pertuduhan pengubahan wang haram selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan pertuduhan melampaui keraguan yang munasabah. Tertuduh didapati bersalah menerima suapan berjumlah RM341,922 daripada Ghang Min Goo sebagai upah bagi membantu Syarikat Soo Min Inc mendapatkan tawaran kerja membekal dan membaiki peralatan di BP Chemical (M) Sdn Bhd. Gauthaman juga disabitkan atas tuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dan menggunakan wang hasil aktiviti haram untuk membayar deposit membeli sebuah kereta dan polisi insurans hayat. Tertuduh melakukan semua kesalahan itu di Maybank dan HSBC Jalan Hang Tuah di sini dan Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad cawangan Melaka di Plaza Mahkota antara 3 Feb 2006 dan 6 Mei 2010. Sumber: mStar

TOP
Nora Danish Sekat Lebih 5,000 Pengikut Sehari Kerana Komen Lucah

Kami pun tidak pasti kenapa akaun Instagram Nora Danish menjadi tumpuan ramai sejak dua tiga hari ini. Bermula dengan berita melaporkan Nora Danish sebagai selebriti tempatan paling popular di Instagram dengan lebih 800,000 pengikut. Hebat ‘kan? Bercakap kepada Pancaindera hujung minggu lalu, Nora Danish berkata beliau berterima kasih ke atas kesudian para peminat mengikuti perkembangan dirinya melalui Instagram namun mengakui tidak terlepas dari kesan negatif yang datang. Paling terkesan apabila ada pengikut yang meninggalkan komen negatif mengaitkan fizikalnya dan daya seksualiti dan Nora Danish menganggap itu sebagai keterlaluan & memalukan. “Saya letih apabila terpaksa sekat hampir 5,000 pengikit di Instagram yang menulis komen yang melampau setiap hari. Bagi saya tidak wajar buat seseorang itu begitu berani menulis komen membabitkan fizikal orang lain,” ujar Nora Danish. Terbaru, Nora Danish ada memuat naik sekeping gambar dirinya memakai baju berwarna putih dan sedikit menampakkan bentuk dadanya dan ini menjadi medan orang ramai menulis komen yang bukan bukan terhadap dirinya termasuk yang berbaur lucah. “Saya kesal apabila dijadikan bahan untuk imaginasi yang tidak sepatutnya,” ujar Nora Danish lagi kesal selain mengakui akan lebih berhati hati selepas ini. Bagus. Sumber: RotiKaya

TOP
Waris Pelik Ada Pihak Besarkan Isu Rakam Lagu 'Sampling'

Waris. Gambar dari Gua.com
PETALING JAYA: Penyanyi rap Waris bertegas akan terus menghasilkan lagu-lagu yang diambil daripada penyanyi lain (sampling) walaupun akan ada pihak yang mengkritik usaha itu. Waris atau nama sebenarnya Muzammil Alias, 24, berkata ia sebenarnya merupakan perkara yang biasa diamalkan dalam dunia muzik namun dia pelik apabila ada segelintir pihak cuba memperbesar-besarkan isu tersebut. "Macam biasa, saya akan terus hasilkan lagu-lagu berbentuk sampling untuk album terbaharu saya yang dijangka berada di pasaran selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri ini. "Kita lihat saja, ada tak sesiapa yang dapat meneka lagu yang saya ambil itu siapakah penyanyi asalnya," kata Waris kepada mStar Online. Sebelum ini, single lagu pertama, Botingkek nyanyian Waris ditolak daripada Anugerah Industri Muzik 20 (AIM 20) kerana ia dikatakan karya ciplak daripada lagu Racks, nyanyian YC dan Future. Sementara itu, mengenai projek album terbaharu, Waris berkata sebanyak 13 daripada 23 buah lagu dipilih untuk dimuatkan dalam album tersebut dan kesemua karya itu menggunakan dialek Negeri Sembilan. "Untuk album pertama, lirik-lirik yang dibawakan lebih kepada membuat pengenalan mengenai sejarah serta cerita-cerita mitos Negeri Sembilan. "Ia juga berdasarkan pengalaman kisah-kisah masyarakat kampung negeri itu yang sering diceritakan oleh nenek saya ketika kecil dahulu. Tidak dinafikan, bagi mengukuhkan isi cerita, saya membuat sedikit kajian," ujarnya yang popular dengan lagu Gadis Jolobu yang turut menampilkan rakaman suara Datuk Hattan. Sumber: mStar

TOP
Kenderaan Polis Pun Tidak Terlepas Dengan Saman Traffik

Kalau beberapa hari lepas SiakapKeli.com telah memaparkan wang kertas bertujuan sogokan yang dikoyak oleh anggota polis traffik kali ini timbul pula gambar baru yang sedang tersebar di media sosial dan beberapa buah blog dimana gambar seorang polis traffik sedang menyaman seorang anggota polis lain. Melihat kepada gambar berkenaan, kereta yang disaman itu adalah kegunaan Polis Diraja Malaysia. Walaubagaimanapun punca saman tidak diketahui. Dua peristiwa yang membanggakan polis ini sekaligus menaikkan imej anggota polis traffik yang mana selama ini masyarakat hanya tahu melabelkan mereka ini penerima rasuah. Itulah masyarakat kita senang sangat melabelkan mana-mana pihak walaupun hanya segelintir yang terlibat dengan jenayah tersebut. - SiakapKeli.com Foto: Wawa @ Daily Traffic Report

TOP
Mangsa Kerakusan Anggota JPJ

KG Medan Selangor: Kira-Kira jam 12 tengah malam sabtu, Mohd Fakrul Aiman Mohd Nawawi dikatan mangsa kerakusan anggota Jabatan Pengangkutan Jalanraya kini dalam keadaan tidak sedar disebabkan kecederaan parah di bahagian kepala selepas terbabit dalam kemalangan. Menurut laporan Daily Traffic Report kemalangan itu berpunca apabila salah seorang daripada anggota JPJ membaling kon terhadap mangsa sehingga menyebabkan mangsa itu hilang kawalan lalu merempuh sebuah kereta yang berhenti tepu jalan dalam sekatan jalan raya di Tol Kg Medan.

Sumber & Foto: Daily Traffic Report

TOP
NUTP Gesa LPM Beri Penerangan Pelaksanaan PT3

KUANTAN: Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) diminta mengatur pertemuan dengan semua guru yang berkenaan bagi menerangkan berhubung pelaksanaan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang akan bermula 1 Julai ini. Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, pertemuan itu perlu diadakan dalam tempoh terdekat sebelum peperiksaan itu dijalankan bagi memastikan semua pengetua dan guru memahami aspek pelaksanaannya. "Guru yang dikenal pasti untuk pelaksanaan PT3 itu, perlu memahami proses pelaksanaannya untuk memastikan kelancaran perjalanannya. "Dalam hal ini LPM perlu mengadakan sesi penerangan tersebut dengan segera kerana kita sudah tidak mempunyai banyak masa berikutan pelaksanaannya akan bermula 1 Julai ini," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung TriTahunan NUTP Cawangan Pahang Kali Ke-20, di sini yang turut dihadiri oleh Pengerusi NUTP Pahang Kamarozaman Abd Razak. Menurut Lok, selain itu ketua jabatan dan guru besar juga perlu diberi pemahaman yang lebih mendalam tentang perkara tersebut supaya mereka tahu mengatasi masalah yang mungkin timbul semasa pelaksanaanya nanti. Dalam masa yang sama, beliau berkata guru terbabit dalam PT3 yang menggantikan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tidak perlu bimbang kerana LPM menyediakan set soalan untuk dipilih, bersesuaian tahap pencapaian sekolah berkenaan. Beliau juga mengesa guru berpegang kepada integriti dengan memberikan markah kepada pelajar berdasarkan jawapan dan bukannya disebabkan ingin meluluskan pelajar berkenaan. Katanya mana-mana guru yang didapati berbuat demikian boleh dikenakan tindakan tata tertib mengikut peraturan Kelakuan dan Tata Tertib 1993 (pindaan 2002). Semalam Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan peperiksaan PT3 bagi menggantikan PMR bermula 1 Julai ini dan ia akan dimulakan dengan Instrumen Kajian Kes berbentuk kerja kursus bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi bermula 1 hingga 18 Julai. Ini akan diikuti ujian bertulis bagi 11 mata pelajaran lain pula pada 12 hingga 17 Okt depan dan ujian lisan (mendengar dan bertutur) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris dalam tempoh 6 hingga 29 Ogos ini. Sumber: mStar

TOP
Op Warta Khas bermula hari ini

KUALA LUMPUR 15 Jun - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melancarkan Op Warta Khas berkuat kuasa esok bagi mengesan pesalah trafik yang masih enggan menyelesaikan waran tangkap mereka di seluruh negara. Berdasarkan rekod, kira-kira 1.9 juta waran tangkap masih belum diselesaikan sehingga kini. Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd. Fuad Abd. Latiff (gambar) berkata, pihaknya akan mengesan pemilik waran tangkap itu, antaranya melalui sekatan jalan raya. "Di negeri-negeri, terpulang kepada polis yang bertanggungjawab dalam Op Warta Khas ini untuk membuat perancangan sendiri. Ini adalah bagi membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat menjalankan Op Warta Khas dengan lebih berkesan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Pada 15 Mei lalu, Mohd. Fuad dalam sidang akhbarnya memberitahu, polis akan melancarkan Op Warta Khas secara besar-besaran bagi memburu pesalah trafik ekoran jumlah waran tangkap yang belum diselesaikan masih banyak. Ini kerana, sebanyak 4.2 juta waran tangkap dikeluarkan sejak 10 tahun lalu dan sehingga kini hanya 2.3 juta waran tangkap telah diselesaikan oleh pesalah trafik yang terlibat. Op Warta Khas kali ini juga memberi tumpuan kepada nombor plat kenderaan yang tidak mengikut undang-undang, menggunakan lampu mata arah (beacon light) atau strobe light tanpa kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan.

TOP
Buruh dijel 13 tahun, 10 sebatan
http://www.poskotanews.com/cms/wp-content/uploads/2012/01/pisau1.jpg
JOHOR BAHRU 15 Jun - Seorang buruh dipenjara 13 tahun dan sebatan 10 kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki Mac lalu. Tertuduh, Kurnaedhy Aminudin, 39, yang mempunyai penyakit mental membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan pindaan dibacakan di hadapan Hakim, Muhammad Jamil Hussin. Kurnaedhy didakwa menyebabkan kematian Ahmad Syukri Abu Bakar@Mohamed, 41, di Masjid As Muslihin, Jalan Persiaran Permai, Kempas Baru pada pukul 7.53 malam, 31 Mac lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Berdasarkan fakta kes, tertuduh dan mangsa yang saling mengenali tiba di masjid yang berhampiran Hospital Permai di sini pukul 7.30 malam untuk menunaikan solat Maghrib dan berada di saf yang sama. Ketika mengangkat takbir 'Allahuakbar', tertuduh terus mengeluarkan parang yang diselit di dalam seluarnya dan berundur ke belakang mangsa sebelum menikamnya di bahagian pinggang. Mangsa terdorong ke hadapan dan menjerit meminta tolong, namun jemaah lain tidak berpaling kerana sedang menunaikan solat. Mangsa terus berlari ke luar masjid untuk menyelamatkan diri, namun dikejar oleh tertuduh dan apabila sampai di kaki lima masjid, tertuduh berjaya menikam mangsa di beberapa bahagian badan seperti perut, dada serta leher. Tertuduh kemudiannya membasuh tangan dan mengambil wuduk lalu menunaikan semula solat Maghrib. Kurnaedhy bagaimanapun ditangkap oleh sepasukan polis yang tiba di tempat kejadian selepas menerima laporan daripada jemaah. Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Afif Ali, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

TOP
Tentera Iraq rampas semula 3 bandar

Kumpulan bersenjata Kurdis Iraq Peshmerga mengerahkan anggota dan kereta kebal ke pinggir bandar Kirkuk, kira-kira satu kilometer dari kawasan yang dikuasai kumpulan Jihad Sunah daripada Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) di jalan utama antara Kirkuk, Mosul dan Baiji di utara Iraq pada 12 Jun lalu. - AFP
BAGHDAD 15 Jun - Pasukan keselamatan Iraq berjaya merampas semula tiga pekan di wilayah Salahudin ketika pertempuran sengit berterusan bagi menggempur kumpulan pemberontak Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) sejak kelmarin. Perkembangan terbaharu itu, sekali gus menyekat kemaraan militan ISIL yang sebelum ini menguasai banyak kawasan di wilayah Diyala selepas tentera Iraq melancarkan serangan balas, yang bermula kelmarin. Agensi berita Xinhua melaporkan, tentera kerajaan yang disokong sukarelawan awam menguasai semula pekan Ishaqi, al- Mu'tasim dan Duluiyah, tiga kawasan yang terletak di utara Baghdad. Dua lagi kampung dekat bandar Baiji, kira-kira 200 kilometer ke utara Baghdad, turut bebas daripada ancaman militan selepas pasukan polis dan penduduk tempatan mengangkat senjata memerangi militan ISIL dan mereka dilapor bersedia merampas semula bandar-bandar lain yang dikuasai ISIL. Di wilayah Diyala, pertempuran sengit meletus antara pasukan keselamatan dan kumpulan militan di bandar Saadiyah mengakibatkan lima orang terbunuh termasuk seorang anggota polis, manakala serangan tentera udara Iraq ke atas pusat sukarelawan Kurdis menyebabkan enam orang terbunuh. Serangan udara juga dilancarkan di beberapa kawasan penempatan di bandar Fallujah, kira-kira 50 kilometer dari Baghdad, mengorbankan lima orang dan mencederakan 14 yang lain. Sementara itu, militan ISIL dan beberapa kumpulan bersekutu lain masih menguasai banyak kawasan di utara Iraq termasuk 17 kampung di sekitar Qara-Tabba dan 16 kampung di Saadiyah. Kumpulan berkenaan turut menguasai 15 kampung di Udheim dan 12 kampung di luar bandar Jalawlaa, kira-kira 130 kilometer ke timur laut Baghdad. Situasi itu, sekali gus memberi tekanan kepada Perdana Menteri Nouri al-Maliki sama ada mahu meminta bantuan Amerika Syarikat (AS) yang sedia melancarkan serangan udara dari Teluk Parsi selain menerima tawaran bantuan dari Iran.

TOP
Jeddah guna trak tunda atasi kesesakan

Polis trafik akan menggunakan lebih 2,000 buah trak tunda bagi melancarkan pergerakan lalu lintas. - AGENSI
JEDDAH 15 Jun - Polis Trafik Jeddah akan memperkenalkan tiga rancangan baharu, bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas di bandar raya ini pada bulan Ramadan ini. Laman web Arab News memetik Ketua Trafik Jeddah, Major Jeneral, Waslallah Al-Harbi sebagai berkata, rancangan tersebut bakal menyaksikan pihaknya akan menggunakan lebih 2,000 buah trak tunda bagi melancarkan pergerakan lalu lintas. Katanya, trak tunda tersebut juga akan memain peranan untuk menunda kereta yang tersadai di tengah-tengah kesesakan jalan raya. "Saya mengakui kerja-kerja pembangunan seperti pembinaan bangunan, jambatan dan jalan raya yang kini sedang pesat berjalan menyumbang kepada kesesakan di beberapa buah kawasan di bandar ini," jelas Waslallah. Masalah kesesakan jalan raya sering berlaku di bandar raya ini ketika bulan Ramadan, di mana jumlah pengguna jalan raya meningkat sebanyak dua kali ganda berbanding hari biasa. Pada Ramadan tahun lalu, kira-kira 200 kemalangan berlaku di Jeddah setiap hari, dengan kebanyakannya terjadi pada waktu berbuka puasa. Tambah Waslallah, pihaknya sudah bersedia untuk menghadapi masalah berkenaan, terutamanya di jalan Madinah, selepas bandar raya ini dibanjiri bilangan kenderaan yang banyak, tiga kali ganda daripada jumlah biasa. "Kira-kira 1,900 orang pegawai trafik terlatih akan dikerahkan ke kawasan sasaran bagi melaksanakan rancangan ini," ujarnya. Menurut Waslallah, kawalan trafik juga akan ditingkatkan pada waktu malam bagi mengawal kesesakan pada waktu tersebut. "Anggota kami akan mengawal di beberapa persimpangan jalan raya di Prince Mohammad bin Abdulaziz, Morabba, Sari, Quraish, Heraa, Al-Sabaeen, Al-Arbaeen serta kawasan pasar dan kompleks membeli-belah," katanya, sambil menambah kata, tiada tolak ansur akan diberikan kepada mana-mana pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan trafik.

TOP
Bajet 2015: Fokus kurangkan defisit

Ahmad Husni Hanadzlah
IPOH 15 Jun - Malaysia perlu mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi melebihi 5 ke 5.5 peratus biar apa jua senario ekonomi dunia pada tahun depan, bagi memastikan pengurangan defisit secara beransur-ansur sekali gus mencapai bajet berimbang menjelang 2020. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pertumbuhan ekonomi yang memfokuskan kesejahteraan rakyat tidak semata-mata mementingkan kepada pengukuhan kedudukan fiskal, malah menitikberatkan Indeks Kebahagiaan dengan mengambil kira taraf hidup semasa. Katanya, bersandarkan kepada prestasi ekonomi negara mencecah 6.2 peratus pada suku pertama tahun ini, beliau optimis Malaysia mampu mengunjur pertumbuhan sekiranya tahap produktiviti ditingkatkan selain diimbangkan kadar pendapatan penduduk yang tinggal di bandar mahupun luar bandar. "Kita tidak serta-merta mengurangkan defisit kerana ingin menyeimbangkan dengan pertumbuhan. Pertumbuhan yang terjejas boleh mengakibatkan ekonomi menguncup, peluang pekerjaan berkurangan, kadar pengangguran meningkat seterusnya mengakibatkan pendapatan serta perbelanjaan rakyat berkurangan. "Tahun ini kita sasar defisit 3.5 peratus, tahun lepas 4.7 peratus, tahun depan tiga peratus sehingga menjadi berimbang pada 2020 dan kemudian baru kita wujudkan lebihan bajet," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis silaturahim dan pusat khidmat bergerak Barisan Nasional (BN) Parlimen Tambun di Padang Awam Tanjung Rambutan di sini hari ini. Sehubungan itu, Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, Bajet 2015 yang juga merupakan bajet terakhir bagi Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) perlu mendapat input daripada akar umbi dalam memperuntuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan. Menurut beliau, antara perkara yang terkandung dalam taraf hidup rakyat yang perlu diteliti termasuk soal gaji, kualiti pendidikan, akses kepada kesihatan, keselamatan dalam negara, kuasa beli rakyat serta peluang mendapatkan perumahan berkualiti. "Soal gaji pekerja, kita sekarang telah mencapai 32 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar, maka kita akan tingkatkan kepada 40 peratus pada 2020 agar seiring dengan negara maju. Perkara ini bukanlah satu isu mudah tetapi memakan masa. "Kos sara hidup akan terus meningkat di semua negara, tetapi yang penting adalah taraf kehidupan rakyat bagi menghadapi peningkatan tersebut. "Namun, kadar pengangguran rendah di Malaysia yang berada sekitar tiga peratus jika dilihat dari segi perkiraan dunia sebagai penggunaan tenaga kerja penuh berbanding Amerika Syarikat dan China yang masing-masing mencatatkan tujuh dan empat peratus," katanya.

TOP
Malaysia teroka industri minyak, gas bernilai RM3.3 trilion di Kanada

HAMIM Samuri (tiga dari kiri) meninjau jualan peniaga yang menyertai Program Karnival Rakyat Ledang 2014 di Pulau Penarik,Sungai Mati dekat Ledang, Johor, semalam. - UTUSAN/Ishak Rahmad LEDANG 15 Jun - Malaysia bakal meneroka industri minyak dan gas di Vancouver, Kanada menerusi projek mega bernilai hampir RM3.3 trilion yang dijadual bermula tahun ini. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir. Hamim Samuri memberitahu, sebagai permulaan Petronas telahpun mendapat surat persetujuan dari negara itu untuk projek bernilai RM115.5 bilion. "Petronas sedang melakukan bidaan dengan kongomerat antarabangsa lain bagi beberapa projek lagi di bahagian baratnegara itu. Peluang Malaysia adalah cerah setelah mendapat projek bernilai RM115.5 bilion itu yang merupakan perintisnya. "Petronas diberi kepercayaan berdasarkan kejayaan dan rekod cemerlang di peringkat antarabangsa dalam industri tersebut," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Karnival Rakyat Ledang 2014 di Pulau Penarik, Sungai Mati, di sini hari ini. Beliau yang juga Ahli Parlimen Ledang berkata, perkara itu dipersetujui semasa beliau mewakili Malaysia dalam lawatan Menteri-menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke negara itu pada 1 hingga 8 Jun lalu dan Kanada memuji serta menaruh keyakinan tinggi terhadap keupayaan Petronas. Menurutnya, kejayaan itu bersifat serampang dua mata kerana turut melonjakkan nama Malaysia di persada dunia dan mempromosikan industri pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014.

TOP
Kerajaan disaran gubal Dasar Pengiklanan Negara

Mohamad Md Yusoff
KUALA LUMPUR 13 Jun - Kerajaan disaran menggubal Dasar Pengiklanan Negara (DPN) bagi memperkasakan agenda ekonomi Bumiputera-Melayu dalam industri pengiklanan dan komunikasi pemasaran menjelang 2020. Penasihat Persatuan Pengiklanan Bumiputera (Pribumi) Kuala Lumpur dan Selangor, Prof. Madya Mohamad Md. Yusoff berkata, penggubalan DPN dapat mentransformasikan struktur industri pengiklanan negara yang berat sebelah kerana dikuasai oleh syarikat multinasional asing yang sudah bertapak lama sejak zaman penjajahan lagi. Menurutnya, penstrukturan semula tersebut memungkinkan pemain industri seperti agensi pengiklanan Melayu, agensi produksi, pengiklan dan pembekal mampu diperkasakan dalam konteks menikmati keadilan ekonomi seperti yang dituntut oleh Wawasan 2020. Katanya, perkara itu bertujuan untuk memastikan masa depan dan hala tuju industri strategik ini berlandaskan aspirasi nasional dan Wawasan 2020 agar pengagihan kemewahan negara dikongsi bersama oleh semua kaum, bukan hanya diraih oleh segelintir kuasa menerusi proksi syarikat asing luar negara. "Semua ini adalah supaya agenda ekonomi Bumiputra terus dipelihara dan dipertingkatkan agar guna tenaga dan modal insan anak bangsa dalam industri pengiklanan dapat dimanfaatkan. "Lulusan komunikasi pemasaran dari institusi pengajian awam (IPTA) perlu dijamin kelangsungan mereka dan saya yakin DPN mampu menjamin modal insan ini bagi dimanfaatkan oleh industri, bukan sebaliknya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas artikel ‘Dasar pengiklanan negara, pemangkin pembangunan’ dalam segmen Di Sebalik Jenama, Utusan Malaysia tulisan Adi Satria pada 7 Jun lalu. Mohamad berkata, DPN seperti dicadangkan tersebut, wajar dijadikan bahan wacana kontemporari sepanjang hayatjika jihad ekonomi hendak dilestarikan. "Yang penting, industri pengiklanan negara kini bernilai RM13 bilion dan dijangka meningkat kepada RM20bilion menjelang 2020. "Persoalannya, berapa banyak yang pendapatan yang diperoleh agensi pengiklanan dan pemain indsutri Melayu Bumiputera sepanjang industri ini diiktiraf sumbangannya?," katanya. Beliau mempersoalkan mengapa industri pengkilanan dan komunikasi pemasaran di Malaysia masih berada di takuk lama sedangkan pasaran halal di Malaysia hampir mencecah berbilion ringgit. "Kita seperti dianak tirikan dan pemain luar negara dilihat membolot hasil pendapatan industri ini. "Dalam hal ini, syarikat milik kerajaan (GLC) perlu membantu dalam mentransformasikan struktur iklan yang sama rata dan pengagihan pendapatan serta bersifat lokal bukan berkiblatkan orientasi Barat," tegasnya.

TOP
Koperasi Sabah catat pertumbuhan positif

KOTA KINABALU 13 Jun - Gerakan Koperasi di negeri ini mencatat pertumbuhan memberangsangkan untuk tiga bulan pertama tahun ini dengan jumlah peningkatan satu peratus atau RM0.3 juta menjadikan jumlah keseluruhan perolehan sebanyak RM283.7 juta. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin berkata, bagi tempoh sama itu, koperasi berdaftar bertambah sebanyak 24 buah menjadikan kini berjumlah 1,086 koperasi, manakala pertambahan keanggotaan seramai 30,309 orang (10.2 peratus) sekali gus menjadikan keseluruhan ahli berjumlah 328,180 orang. "Koperasi di Sabah turut mencatat pertambahan modal syer dan yuran sebanyak RM14.03 juta (15.2 peratus) menjadikannya sejumlah keseluruhan RM106.1 juta serta pertambahan aset koperasi pula meningkat sebanyak RM166.8 juta (20 peratus) menjadikan jumlahnya kini RM696.7 juta," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Peringkat Negeri Sabah (MPKNS), di sini hari ini. Yahya yang juga Pengerusi MPKNS berkata, sehingga 31 Disember 2013, Sabah memiliki 1,062 koperasi berdaftar dengan keanggotaan seramai 297,871 orang, sementara modal syer dan yuran sebanyak RM92.07 juta, Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri berkata, aset koperasi negeri juga berada pada tahap yang memberangsangkan iaitu bernilai RM529.9 juta dan perolehan sebanyak RM283.4 juta. Katanya, Sabah mempunyai lapan buah koperasi yang diketegorikan sebagai koperasi kluster besar, sementara 40 koperasi dalam kluster sederhana, sebanyak 71 koperasi untuk kluster kecil dan baki sebanyak 972 bagi kluster koperasi mikro. Tambahnya, sebanyak sembilan buah koperasi memperoleh pinjaman Tabung Modal Pusingan (TMP) yang bernilai RM4.08 juta pada tahun lalu bagi membantu koperasi meningkatkan perolehan masing-masing. "Kerajaan berharap koperasi di Sabah akan meningkatkan perniagaan dan perolehan masing-masing agar bilangan koperasi kluster besar akan bertambah, manakala koperasi mikro dapat dinaik taraf menjadi koperasi kluster kecil atau sederhana di masa akan datang," katanya. Sementara itu Yahya berkata, sebanyak 26 kedai runcit koperasi di Sabah dinaik taraf melalui Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar) melibatkan bantuan pembangunan kepada koperasi bernilai RM1.56 juta sepanjang tahun lalu. Katanya, sebuah pasaraya koperasi akan diwujudkan di Kota Kinabalu pada tahun ini di bawah Koperasi Pembangunan Usahasama Masyarakat Maju Sabah Berhad dan sebuah stesen minyak jenama Smart akan dibangunkan oleh Koperasi Kakitangan Sawit Kinabalu Sabah Berhad di Balung, Tawau. "Saya juga ingin menyarankan agar koperasi di Sabah menceburi sektor pembangunan hartanah kerana ia berpotensi sebagai satu sektor yang boleh mempercepatkan pertumbuhan koperasi, selain menceburi industri ternakan ayam pedaging," katanya.

TOP
Perogol bersiri Kelantan kena dakwa lagi

AMRAN (baju hijau) keluar dari Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam selepas didakwa menceroboh rumah seorang jurujual tiga tahun lalu.
KOTA BHARU - Seorang duda yang dikaitkan dengan 20 kes rogol dan cabul di negeri ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas satu lagi tuduhan baharu semalam iaitu menceroboh masuk ke dalam rumah seorang jurujual pasar raya di Jalan Langgar di sini tiga tahun lalu. Bagaimanapun, tertuduh, Amran Che Jaafar, 32, mengaku tidak bersalah dan mohon untuk dibicarakan di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad semalam. Tertuduh dari Bachok itu didakwa melakukan pencerobohan dengan masuk ke dalam rumah yang disewa oleh Rosnani Ngah, 26, di Jalan Langgar pada pukul 8.20 pagi, 13 Mei 2011.

TOP
Jet Pakistan bom kubu Taliban

ASAP tebal kelihatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, Karachi selepas diserang kumpulan Taliban pada 9 Jun lalu.
MIRANSHAH - Jet pejuang Pakistan mengebom beberapa lokasi persembunyian di wilayah Waziristan Utara semalam sebagai membalas serangan Taliban ke atas lapangan terbang paling sibuk di negara itu seminggu lalu, kata sumber perisikan Pakistan. Menurut sumber berkenaan, sekurang-kurangnya 100 militan Taliban dengan kebanyakan mereka etnik Uzbekistan maut dalam serangan udara terbaharu di rantau berkenaan. Wilayah Waziristan Utara yang bersempadan dengan Afghanistan dikenali sebagai lokasi persembunyian militan dan komander pergerakan Al-Qaeda. "Jet-jet pejuang menyerang beberapa lokasi persembunyian di kampung Dagan dekat sempadan Afghanistan," kata sumber itu di ibu negeri wilayah Waziristan Utara di sini. "Seorang komander utama militan berketurunan Uzbekistan, Abdul Rehman, terbunuh dalam serangan udara itu," tambahnya. Menurut sumber sama, Abdul Rehman merupakan dalang serangan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah di Karachi seminggu lalu. Namun, perkembangan tersebut masih belum disahkan oleh tentera Pakistan. Serangan gaya komando ke atas lapangan terbang itu pada Ahad lalu dilakukan militan-militan Taliban yang terlatih dan berpangkalan di Waziristan Utara. Serangan semalaman itu memusnahkan prospek rundingan damai antara pihak berkuasa Pakistan dengan kumpulan-kumpulan militan di negara itu termasuk Taliban. Kumpulan Taliban berjuang untuk menumbangkan kerajaan di ibu kota Pakistan, Islamabad dan melaksanakan undang-undang syariah di negara kuasa nuklear itu. Serangan ke atas lapangan terbang di Karachi itu mengorbankan sekurang-kurangnya 38 orang. Susulan serangan tersebut, pesawat kawalan jauh atau dron milik Amerika Syarikat melancarkan serangan udara pertama di Pakistan sepanjang tahun ini untuk memusnahkan beberapa kubu Taliban. Jet tentera udara Pakistan pula mengebom bertubi-tubi beberapa tempat persembunyian militan sekali gus mengukuhkan spekulasi bahawa tentera akan melancarkan serangan darat besar-besaran di rantau berkenaan. - Reuters

TOP
Penduduk tukar sampah untuk rawatan kesihatan

MALANG, Indonesia - Beberapa buah klinik di sini menawarkan skim pemeriksaan kesihatan dan ubat untuk ditukarkan dengan sampah sarap yang dikutip oleh penduduk miskin. Skim rawatan unik itu diasaskan oleh seorang pemuda berusia 24 tahun, Gamal Albinsaid. Setakat ini, terdapat lima klinik termasuk Klinik Bumi Ayu yang beroperasi di bandar ini, Pulau Jawa. Orang ramai yang mahu mendapatkan rawatan percuma di rangkaian klinik itu perlu membawa sejumlah sampah yang dikitar semula sekali seminggu untuk diserahkan pada setiap Sabtu. Mereka perlu mengutip sampah bernilai 10,000 rupiah (RM2.90) pada setiap bulan untuk layak menyertai skim tersebut. Setiap ahlinya boleh mendapatkan dua rawatan percuma pada setiap bulan. Seorang lelaki berusia 60 tahun yang menghidap sakit sendi, Mahmud merupakan pengunjung tetap klinik tersebut. Dia akan membawa beg-beg plastik berisi kadbod, botol plastik dan sampah sarap lain ke klinik itu beberapa kali sebulan untuk ditukarkan dengan rawatan kesihatan yang tidak mampu untuk dia membiayainya. "Saya tahu saya boleh menyimpan dan menjual sampah saya di sini," kata Mahmud. "Pada mulanya, saya membuang sampah ke jalanan tetapi kini saya sedar bahawa sampah juga berguna," tambahnya. - AFP

TOP
Ibu jumpa bilah pisau dalam makanan bayi

MCLEAN menemui serpihan bilah pisau (dalam bulatan) sepanjang dua sentimeter dalam bungkusan makanan bayi yang dibeli di sebuah pasar raya di Adelaide, Australia. - Agensi
ADELAIDE - Seorang ibu, Danni McLean terkejut sewaktu menyediakan makanan untuk anaknya apabila menemui serpihan bilah pisau dalam makanan bayi yang dibeli di sebuah pasar raya di sini, lapor portal Mirror.co, kelmarin. Serpihan bilah pisau sepanjang dua sentimeter itu ditemui dalam bungkusan makanan bayi daripada jenama Wollworths. Pihak pasar raya yang menerima aduan tersebut kemudian bertindak meminta ibu bapa yang membeli makanan bayi berkenaan supaya memulangkan semula produk itu. "Saya berasa sesuatu ketika memerah makanan tersebut di dalam mangkuk dan ternyata objek itu bilah pisau," katanya McLean. Pihak pengeluar makanan bayi Woolworths dalam satu kenyataan segera telah memohon maaf kepada pelanggan dan memberi jaminan menjalankan siasatan lanjut. "Kami akan meneruskan siasatan dan percaya ini merupakan satu kes terpencil. Kami telah menarik semula semua produk yang berada di pasaran," kata jurucakap Woolworths. - Agensi

TOP
Militan: Tentera serah siasatan pada polis
Abdul Rahim Bakri
Abdul Rahim Bakri
SUNGAI BULOH - Kementerian Pertahanan menyerahkan siasatan ke atas anggota tentera yang disyaki terbabit dalam kegiatan militan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Menurut Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri, pihaknya menanti hasil siasatan polis terhadap isu berkenaan. “Ini masih lagi dalam siasatan polis sehingga siasatan tersebut selesai barulah kita dapat mengetahui jenis-jenis kesalahan dilakukan pihak anggota terbabit, sekiranya ada. “Setelah dapat hasil siasatan polis, kita akan teruskan dengan siasatan dalaman. Pihak Kementerian Pertahanan melalui agensi perkhidmatan tentera laut akan mengambil tindakan selanjutnya seperti mana yang telah ditetapkan dalam peraturan-peraturan untuk semua anggota tentera,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Tentera ke-49, hari ini. Jumaat lalu, seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berpangkat Laskar Kanan ditahan polis di Sandakan, Sabah selepas disyaki terbabit dalam kegiatan militan. TLDM dalam satu kenyataan berkata, anggota yang ditahan dalam operasi khas Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman itu kini masih dalam siasatan polis. Ketika diminta mengulas lanjut, Abdul Rahim percaya, kepakaran pasukan penyiasatan polis sudah mencukupi untuk membuat pengawasan terhadap pihak yang terlibat tanpa campur tangan pihak tentera. “Pasukan penyiasat yang dimiliki polis itu, saya fikir mencukupi untuk membuat pengawasan terhadap mereka-mereka yang terlibat ini. “Bagaimana pun kita juga meminta pihak perkhidmatan masing-masing untuk memantau anggota-anggota masing-masing tentang penglibatan mereka dengan masalah disiplin dan masalah melibatkan tingkah laku yang tidak bersesuaian sebagai anggota beruniform,” katanya. Dalam pada itu, beliau sempat memberi amaran kepada semua anggota keselamatan bahawa kementerian tidak akan bertolak ansur terhadap salah laku yang menjejaskan kepentingan negara. “Kita akan ambil tindakan...bertegas dengan mereka dan memastikan anggota kita memiliki imej yang tinggi serta tidak terlibat dengan perkara-perkara yang merosakkan imej anggota tentera. “Institusi tentera merupakan institusi negara yang menjadi tonggak pertahanan dan keselamatan negara. Oleh itu saya minta semua anggota, bersikap profesional dan mematuhi disiplin serta latihan-latihan yang telah ditetapkan. “Pihak kementerian dan perkhidmatan tidak akan bertolak ansur terhadap apa juga tingkah laku yang tidak bersesuaian dan boleh menjejaskan kepentingan negara,” katanya.

TOP
MH370: Doa kami tetap bersama mereka
Azharuddin sewaktu mengadakan sidang media mengenai kehilangan pesawat MH370, Mac lalu.
Azharuddin sewaktu mengadakan sidang media mengenai kehilangan pesawat MH370, Mac lalu.
SHAH ALAM - Sepanjang tragedi kehilangan MH370, antara wajah yang paling kerap muncul di kaca televisyen adalah Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman. Sebagai individu yang paling rapat dalam tragedi ini, sudah tentu kesedihan yang dialami waris kru dan penumpang benar-benar meremuk hati Azharuddin. “Krew dan penumpang juga seperti keluarga, abang, kakak, adik dan seperti anak saya sendiri. Saya juga seperti orang lain, ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku kepada pesawat itu. “Sejak dari mula pesawat tersebut hilang, saya dah tanamkan dalam diri akan mencuba sedaya upaya membantu mencari pesawat tersebut,” katanya. Memahami kegelisahan keluarga mangsa dan berharap supaya waris tidak putus harapan dan terus berdoa agar segala-galanya dipermudahkan oleh Yang Maha Esa. “Kita semua meletakkan harapan tinggi supaya pesawat ini akan dijumpai, ditambah dengan keberkatan bulan Ramadan yang bakal tiba, kita banyakkan doa agar pesawat tersebut dapat dijumpai dalam masa terdekat. "Angka 100 hari merupakan satu jangka masa yang agak lama, tetapi berapa lama pun tempoh yang diambil, masyarakat Malaysia seharusnya tidak melupakan tragedi ini dan turut sama berdoa," katanya.

TOP
Polis tumpas dua geng samun
Seorang anggota polis menunjukkan dua buah kereta Geng Ady yang dirampas.
Seorang anggota polis menunjukkan dua buah kereta Geng Ady yang dirampas.
KUALA LUMPUR - Kumpulan perompak dikenali ‘Geng Ady’ yang bermaharajalela melakukan rompakan sekitar ibu negara berjaya ditumpaskan dalam satu operasi, kelmarin. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya melakukan operasi terbabit setelah kumpulan terbabit melakukan samun ke atas seorang ahli perniagaan di Ampang Park, Khamis lalu. “Sebaik sahaja mendekati mangsa, salah seorang daripada suspek menetak tali beg galas yang dibawa mangsa. Namun, mangsa melawan dan enggan melepaskan begnya,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, semalam. Katanya, melihat mangsa melawan, suspek terus menarik mangsa ke dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi. Sebaik sahaja kereta dihidupkan, suspek membawa mangsa sejauh 300 meter dan mangsa ditendang beberapa kali. “Akhirnya, mangsa tercampak keluar di Jalan Tun Razak dan suspek berjaya menyentap jam tangan mangsa,” katanya. Kata Zainuddin, suspek dipercayai mengekori mangsa dari sebuah bank di Taman Connaught sebelum melakukan samun dan mangsa mengalami kerugian kira-kira RM165,000. Menurutnya, hasil risikan, polis berjaya menahan seorang lelaki warga Indonesia di sebuah rumah di Sri Kembangan, Selangor. Hasil soal siasat lelaki itu menjurus kepada kejayaan polis menahan tiga lagi suspek di Chow Kit, Kuala Lumpur serta Gombak, Selangor. “Kami turut merampas sebuah teksi, empat buah set walkie-talkie, dua bilah parang, wang tunai RM4,000 dan pelbagai barangan lain,” katanya. Beliau berkata, kumpulan ini dipercayai sudah melakukan rompakan sebanyak 20 kali pada tahun ini dan polis masih memburu dua lagi ahli kumpulan terbabit. Kesemua ditahan direman selama 14 hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata. Sementara itu, pihak polis turut menumpaskan 'Geng Nazi Botak' yang menjadikan warga asing sebagai sasaran. Kumpulan ini berjaya ditumpaskan polis dalam satu operasi khas di Jalan Leboh Ampang, di sini setelah seorang lelaki warganegara Bangladesh disamun kumpulan terbabit di Jalan Pudu. “Bertindak daripada aduan berkenaan, polis melakukan tindakan pantas dan berjaya menahan kesemua pada awal pagi Rabu lalu,” katanya. Menurut Zainuddin, polis berjaya menahan tiga orang warga tempatan serta seorang warganegara Nepal yang dipercayai menganggotai kumpulan terbabit. Katanya, semua ditahan berumur lingkungan 30-an dan suspek adalah gelandangan yang tinggal di merata-rata tempat sekitar Kuala Lumpur. “Siasatan polis mendapati kumpulan ini mempunyai rekod 13 jenayah samun di sekitar ibu kota dan tempat mereka melakukan jenayah adalah di Jalan Silang, Pasar Seni, Puduraya dan beberapa kawasan lain,” katanya. Zainuddin berkata, polis masih memburu saki-baki kumpulan ini. Kesemua suspek direman selama dua minggu.

TOP
Pembentukan El Nino sedang berlaku
Che Gayah
Che Gayah
KUALA TERENGGANU – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa proses pembentukan fenomena El Nino kini sedang berlaku dan berada pada tahap 65 hingga 80 peratus buat masa ini. Perkara itu dijelaskan sendiri Ketua Pengarahnya, Datuk Che Gayah Ismail yang menyifatkan negara (Malaysia) masih berada pada tahap pembentukan fenomena yang sama seperti bulan lalu. “Fenomena El Nino dijangka berlaku di antara Jun hingga Ogos, tetapi buat masa ini masih dalam pembentukan. Memang sekarang pembentukan fenomena ini dilihat semakin meningkat tetapi kita tak boleh putuskan lagi bahawa ia sudah berlaku di negara ini,” katanya kepada media ketika ditemui pada Program Latih Amal Tsunami di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Datuk Dr Rosli Mohamed dan Setiausaha Politik Menteri Besar, Rosdi Muda. Gayah berkata, El Nino akan berlaku apabila suhu air di permukaan Lautan Pasifik berdekatan Garisan Khatulistiwa berlaku peningkatan lebih tinggi daripada biasa iaitu melebihi 0.5 darjah celsius. Sebelum ini, Pejabat Kaji Cuaca United Kingdom meramalkan kemungkinan besar fenomena El Nino yang mengakibatkan peningkatan suhu dan taburan hujan akan melanda rantau Asia Tenggara pertengahan tahun ini. Untuk pengetahuan umum, negara pernah dilanda El Nino sebanyak 12 kali dan yang terburuk pada 1982, 1983, 1997 dan 1998.

TOP
Akta Hasutan 1948 perlu untuk keselamatan negara
Ibrahim Ali
Ibrahim Ali
KUALA TERENGGANU - Akta Hasutan 1948 masih diperlukan untuk mencegah insiden yang mengancam keselamatan negara, kata Pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Memorandum Perpaduan Nasional, Datuk Ibrahim Ali. Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan tidak sekali-kali tunduk kepada desakan pihak tertentu supaya Akta itu dimansuhkan. "Kalau kita nak keselamatan negara terus kekal, kita tak boleh bebas seratus peratus," katanya kepada pemberita selepas majlis Dialog Awam dan Isu- Isu Perpaduan Nasional Keempat di sini hari ini. Majlis dialog itu yang dihadiri kira-kira 200 orang mewakili 50 badan bukan kerajaan (NGO) diadakan dalam siri jelajah seluruh negara dan dijadual berakhir di Kota Kinabalu, Sabah, Ahad ini. Ibrahim berkata, pihaknya turut meragui aspek keselamatan negara yang kian terancam ekoran pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkuat kuasa September 2011. "Jadi kita cadangkan supaya ada instrumen yang betul-betul berkesan demi keselamatan negara. Jika tidak, keadaan negara seolah-olah 'api dalam sekam' yang kalau silap bertindak, negara boleh hancur...ia umpama 'telur di hujung tanduk," katanya. - Bernama

TOP
Pelaksanaan TM i-Watch perlu ada penguatkuasaan
Seorang 'suspek' pencuri kabel ditahan oleh anggota polis dan RELA ketika demonstrasi Kempen Pembanterasan Jenayah dan TM I-Watch di Kuching hari ini. - Foto Bernama
Seorang 'suspek' pencuri kabel ditahan oleh anggota polis dan RELA ketika demonstrasi Kempen Pembanterasan Jenayah dan TM I-Watch di Kuching hari ini. - Foto Bernama
KUCHING - Pelaksanaan Sistem TM i-Watch harus disusuli dengan tindakan penguatkuasaan yang keras bagi memastikan keberkesanan dalam mengekang kecurian kabel telekomunikasi, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini. Beliau berkata isu kecurian kabel termasuk telekomunikasi adalah suatu yang serius kerana bukan sahaja menyebabkan kerugian besar kepada syarikat terlibat tetapi juga mencemar imej negara dalam kalangan pelabur asing. "Kita tidak boleh biarkan keadaan (kecurian kabel) ini berterusan," katanya berucap melancarkan Kempen Pembanterasan Jenayah dan Sistem TM i-Watch Telekomm Malaysia (TM) peringkat Sarawak, di sini hari ini. - Bernama

TOP
Polis gagalkan cubaan seludup diesel

KOTA TINGGI - Polis menahan seorang lelaki serta merampas lori tangki minyak yang dipandunya, membawa muatan diesel yang dipercayai cuba diseludup keluar negara dekat simpang Jalan Sungai Rengit-Tanjung Belungkor, dekat sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Rahmat Othman berkata bertindak atas maklumat orang awam, lori terbabit ditahan pada 10.10 malam yang membawa muatan diesel bernilai kira-kira RM90,000. Pemeriksaan awal mendapati lori tangki itu dipercayai dalam perjalanan membawa minyak diesel itu ke jeti Tanjung Belungkor, kata beliau. "Dalam operasi itu, polis menahan seorang lelaki berusia 44 tahun berasal dari Masai, Johor. Pemandu mengaku dibayar upah untuk membawa lori tangki muatan minyak diesel dari Pasir Gudang ke Jeti Tanjung Belungkor," kata beliau ketika dihubungi hari ini. Rahmat berkata hasil tindakan susulan, polis turut menahan dua lelaki yang dipercayai bertindak sebagai tonto dan merampas sebuah kereta jenis Toyota Vios malam tadi untuk siasatan lanjut. - Bernama

TOP
SKM sasar 4 koperasi perbankan menjelang 2020

BUTTERWORTH - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyasar untuk mewujudkan empat buah koperasi perbankan menjelang tahun 2020 berbanding satu ketika ini iaitu Bank Rakyat. Pengerusi Eksekutifnya Datuk Nik Ali Mat Yunus berkata ketika ini proses untuk menubuhkan bank koperasi kedua sedang berjalan dengan Bank Persatuan sudah mendapat kelulusan daripada SKM. "SKM yakin dapat mewujudkan empat buah koperasi dan kita juga telah menubuhkan Unit Khas Penyeliaan Co-op Bank (UKPC) bagi melaksanakan pemantauan melalui kaedah rangka kerja penyeliaan berasaskan risiko ke atas koperasi-koperasi yang menjalankan aktiviti perbankan di bawah peruntukan Seksyen 64 Akta Koperasi 1993. "Dengan adanya UKPC yang dianggotai oleh pegawai-pegawai SKM dan Bank Negara Malaysia yang berkepakaran dalam membuat penilaian prestasi kewangan koperasi, mampu meningkatkan tahap penyeliaan ke atas Co-op Bank," katanya semasa berucap pada majlis perasmian mesyuarat agung perwakilan tahunan Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad kali ke-55, di sini hari ini. Beliau berkata, ketika ini masyarakat mula membuka mata terhadap keupayaan koperasi kerana ada di antaranya yang mampu membayar dividen sehingga 15 peratus kepada anggotanya. Nik Ali berkata, pengendalian koperasi oleh golongan profesional berjaya mengembalikan keyakinan masyarakat untuk menanam modal. Sementara itu, beliau berkata koperasi mampu meningkatkan taraf kehidupan anggotanya kerana gerakan koperasi turut memainkan peranan dalam agenda pembasmian kemiskinan dan pengagihan kekayaan negara. "Gerakan koperasi kini juga memikul tanggungjawab dalam agenda tranformasi negara. Jadi ia tidak boleh lagi beroperasi secara konvensional tetapi perlu lebih kreatif dan berinovasi untuk bersaing dalam dunia perniagaan yang kompetitif," katanya. Beliau berkata, sehingga tahun ini, anggota koperasi di negara ini mencecah 7.6 juta orang iaitu hampir 25 peratus daripada jumlah penduduk keseluruhan. "Ia penting dalam mencorak masa depan gerakan koperasi di negara ini kerana kejayaan sesebuah koperasi bergantung kepada permuafakatan dalam kalangan anggotanya,” katanya. - Bernama

TOP
Thai akan tubuh kerajaan sementara
Ketua Tentera Thailand, Jeneral Prayuth Chan-ocha tiba di Kelab Tentera di Bangkok, Thailand untuk menghadiri mesyuarat dengan pemimpin peringkat tinggi negara itu. Gambar Reuters, 24 Mei, 2014.
BANGKOK - THAILAND. Junta tentera Thailand bakal menubuhkan kerajaan sementara pada September depan untuk menyelia pembaharuan politik yang akan disusuli dengan pilihan raya baharu dalam tempoh 12 bulan. Keputusan itu diumumkan Jeneral Prayuth Chan-ocha, semalam yang mengetuai rampasan kuasa pada 22 Mei lalu lapor AFP. Bagaimanapun, beliau tidak memberi butiran lanjut sama ada Kabinet akan dibarisi orang awam atau tentera. "Kerajaan baharu bakal ditubuhkan pada Ogos atau selewat-lewatnya awal September depan. Saya berharap rakyat Thailand dapat bersabar dengan pembaharuan yang bakal dilakukan secara berperingkat," katanya. Menurutnya lagi, kerajaan juga memerlukan tentera yang kuat untuk mempertahankan negara. "Jika tentera tidak kuat, tiada siapa mahu mendengar atau berunding dengan kita," jelasnya. Sebelum ini, Prayuth pernah menolak gesaan banyak pihak untuk mengadakan pilihan raya baharu kerana mahu memberi laluan kepada pembaharuan politik di negara itu. -

TOP
700,000 liter diesel dirompak dari 'MT Ai Maru'

PUTRAJAYA - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) mengesahkan kira-kira 700,000 liter minyak diesel bernilai RM1.4 juta dirompak dalam kejadian kapal tangki 'MT Ai Maru' yang ditawan lanun di 31 Batu Nautika Timur Tanjung Sedili, Johor, malam tadi. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim, Datuk Mohd Puzi Ab Kahar berkata, pihaknya turut menyiasat pembabitan orang dalam iaitu 13 anak kapal warga Thailand serta seorang kapten warga Indonesia . "Kapal tersebut kini sedang diiring oleh kapal KM Manjung milik Maritim untuk masuk ke perairan Pengerang dan dijangka tiba pukul 7 malam bagi membolehkan siasatan dilakukan," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini. Dalam kejadian jam 8 malam tadi, kapal berkenaan yang didaftarkan di Honduras dalam perjalanan dari Singapura ke Kemboja telah dirampas kumpulan lanun yang dilaporkan menggunakan bot laju. Biro Maritim Antarabangsa (IMB) menerima maklumat kira-kira sejam kemudian sebelum memaklumkan kepada Maritim serta Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan TLDM menghantar kapal KD Terengganu. Mohd Puzi berkata, kapal itu ditemui pukul 3.20 pagi tadi dan pemeriksaan mendapati kesemua anak kapal dalam keadaan selamat dan soal siasat terhadap kapten kapal mendapati kumpulan lanun itu terdiri daripada tujuh orang namun status warganegara mereka belum dapat dikenal pasti. Katanya kumpulan lanun terbabit dipercayai melarikan diri ke pulau-pulau berhampiran seperti Pulau Andalas di Indonesia atau Pulau Aur selepas rompakan itu. "Berdasarkan siasatan terhadap anak kapal, kumpulan lanun tersebut telah mengepam keluar minyak itu dalam masa tiga jam setengah ke sebuah kapal lain yang tidak dapat dipastikan. "Semasa kejadian itu kapten kapal mendakwa anak-anak kapal telah dikurung dalam sebuah bilik manakala beliau telah diarahkan untuk mengemudi kapal tersebut oleh kumpulan yang bersenjatakan parang serta pistol itu," katanya. Beliau berkata tempoh mengepam keluar atau masuk minyak ke kapal lanun juga adalah fokus siasatan untuk meneliti kebenaran kenyataan anak kapal serta kapten. Mengulas lanjut, Mohd Puzi berkata sebelum ini terdapat beberapa kapal lain di bawah nama syarikat itu telah dirompak dan mempunyai kaitan dengan penama di syarikat tersebut dan terbaru ialah pada 22 April lepas di perairan Pelabuhan Klang. Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 391 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. - Bernama

TOP
Kerajaan P Pinang tidak sepatutnya rasa terancam
Datuk Zainal Abidin Osman
NIBONG TEBAL - Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak sepatutnya berasa terancam dengan cadangan kerajaan negeri Kedah untuk membina lapangan terbang antarabangsa di Kulim. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata lapangan terbang antarabangsa itu kelak bukan sahaja memberi manfaat kepada Kedah, malah bakal memberi impak positif kepada tiga daerah di Pulau Pinang dan utara Perak. "Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) tidak perlu bimbang kerana Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) sudah membuktikan kemampuannya dalam merancakkan aktiviti pertumbuhan ekonomi di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Pusat Transformasi Komuniti Bergerak anjuran Kementerian Kewangan, di sini hari ini. Zainal Abidin mengulas laporan akhbar bahawa Lim akan meminta tambahan dua buah lapangan terbang untuk Pulau Pinang sekiranya cadangan yang dibuat Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu diluluskan kerajaan Pusat. Guan Eng berkata, lokasi di Kulim menimbulkan banyak persoalan memandangkan ia begitu hampir dengan Pulau Pinang, tambahan pula Kedah sudah mempunyai dua lapangan terbang iaitu di Langkawi dan Alor Setar. Zainal Abidin juga berkata permintaan Muhkriz itu adalah hak Kedah dalam merencanakan pembangunan di Kulim. - Bernama

TOP
Semua jenis taruhan haram
Aizi Saidi Abdul Aziz
Aizi Saidi Abdul Aziz
KUALA TERENGGANU - Semua jenis kegiatan melibatkan pertaruhan adalah haram di sisi agama Islam. Imam Besar Masjid Negeri, Aizi Saidi Abdul Aziz berkata, sebagai umat Islam, kita ditegah daripada menyertai sebarang kegiatan melibatkan pertaruhan dan hukum itu jelas digariskan dalam agama. “Judi haram di sisi agama kita walau macam mana jenis sekalipun, apabila ia melibatkan pertaruhan, maka ia adalah haram. “Jadi, umat Islam perlu mengelak menyertai sebarang kegiatan melibatkan apa jua jenis perjudian terutama sempena musim Piala Dunia 2014 ini,” katanya. Bagaimanapun, beliau berkata, ramalan mengenai siapa yang menang atau kalah dalam perlawanan bola sepak itu tidak ditegah asalkan tidak melibatkan pertaruhan. “Ramalan yang dibuat oleh binatang yang menjadi trend setiap kali musim Piala Dunia tidak menjadi salah kalau tidak melibatkan pertaruhan. “Mungkin ramalan atas kemenangan pasukan itu mungkin dilihat dari segi kehebatan pemainnya atau prestasi persatuan yang cemerlang. Maka, ia tidak menjadi kesalahan kecuali ada yang bertaruh atas ramalan itu, itu tidak dibenarkan agama Islam,” katanya. Terdahulu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, kegiatan pertaruhan dalam talian menggunakan telefon pintar merupakan trend terkini yang digunakan sindiket judi sempena Piala Dunia 2014. Katanya, fenomena itu dikhuatiri akan lebih menyukarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan, sekali gus membanteras kegiatan tersebut malah sekiranya suspek ditahan, pendakwaan di mahkamah mungkin gagal kerana tiada bukti kukuh.

TOP
Pertemuan esok bakal akhiri isu Bible
Khalid Ibrahim
Khalid Ibrahim
KAPAR – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadakan pertemuan ringkas petang esok bersama pihak Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk menyelesaikan isu bible milik Persatuan Bible Malaysia (BSM) dirampas sebelum ini. “Mesyuarat petang esok diadakan bertujuan untuk membincangkan isu Bible yang dilihat semakin meruncing dan kata sepakat akan dicapai sebelum keputusan diserahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memutuskan jalan penyelesaian terhadap isu berkenaan,” katanya ketika ditemui oleh pihak media ketika mengadakan lawatan ke Pemilihan Cabang PKR yang berlangsung di Dewan Sungai Pinang Cawangan Klang. Mais dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkannya semalam, bertegas bahawa pihaknya dan Jais tidak akan memulangkan Bible yang dirampas daripada pejabat BSM pada 2 Januari lalu. Abdul Khalid dalam kenyataannya sebelum ini memberitahu bahawa beliau telah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Khusrin Munawi mengadakan mesyuarat dengan Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid dan penasihat undang-undang negeri, Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman, serta wakil daripada Mais dan Jais.

TOP
Mais enggan pulangkan Bible kepada BSM
Mohamad Adzib Mohd Isa
Mohamad Adzib Mohd Isa
SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (Mais) tidak bersetuju dengan keputusan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menutup kes rampasan 300 kitab Bible daripada Persatuan Bible Malaysia (BSM), Januari lepas. Selain itu, Mais juga tidak akan memulangkan kitab Bible versi Bahasa Malaysia dan Iban yang dirampas daripada BSM. Pengerusinya Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, mesyuarat khas badan itu semalam, memutuskan tidak bersetuju dengan keputusan Peguam Negara untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap BSM. Mais meyakini wujudnya undang-undang di dalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988, untuk satu pendakwaan dibuat, katanya. "Mais dan Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) sebagai pihak berkuasa yang bertanggungjawab memelihara kesucian agama Islam di Selangor amat peka dengan kegiatan dan usaha pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mencemar kesucian Islam dengan menyalahgunakan istilah atau nama-nama tertentu yang berteraskan ajaran al-Quran bagi memudahkan kegiatan memurtadkan umat Islam. "Alasan yang diberikan oleh Peguam Negara untuk tidak menuduh pihak yang terlibat juga dilihat boleh mengelirukan akidah umat Islam," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Rabu lepas, Pejabat Peguam Negara memaklumkan tidak ada sebarang pendakwaan dibuat berhubung kes rampasan Bible tersebut, sekali gus menutup kes berkenaan. Abdul Gani dalam satu kenyataan berkata naskhah yang dirampas itu bukan merupakan tulisan yang diterbitkan di bawah Seksyen 9(1)(a) Enakmen Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988. Susulan itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan Jais memulangkan semua kitab tersebut kepada BSM. Mohamad Adzib berkata, bagaimanapun, Mais tidak bersetuju dengan arahan kerajaan Selangor itu dan menjelaskan ia adalah di luar bidang kuasa mereka (kerajaan Selangor). "Mais mendesak Timbalan Pendakwa Raya Negeri Selangor untuk merujuk perkara ini ke mahkamah terlebih dahulu bagi mendapatkan perintah pelupusan barang kes sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 407A Kanun Acara Jenayah. Pada 2 Januari lepas, Jais menyerbu pejabat BSM di Damansara Kim, Petaling Jaya dan merampas 300 kitab Bible sebagai usaha membanteras penggunaan kalimah ALLAH dalam kitab itu yang didakwa melanggar Enakmen 1988. - Bernama

TOP
Chong Wei Raih Gelaran Kelima Terbuka Jepun

PETALING JAYA: Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei meraih gelaran kelima Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Jepun 2014 selepas menundukkan pemain Hong Kong, Hu Yun, 21-14, 21-12. Pemain kelahiran Pulau Pinang itu sebelum ini pernah menjuarai Terbuka Jepun sebanyak empat kali iaitu pada 2007, 2010, 2012 dan 2013.

Sumber: mStar

TOP
2 Lelaki Ditahan Bersama Dadah Bernilai RM17,000

KUALA KRAI – Polis menahan dua lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dianggar bernilai hampir RM17,000 di Kampung Sungai Batu, Dabong di sini Rabu lepas. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai DSP Nuraddin Wahab berkata kedua-dua suspek yang berumur 24 dan 37 tahun ditahan ketika sedang menunggang motosikal pada pukul 11.45 malam hari tersebut oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai. “Kita tahan suspek dan pemeriksaan ke atas beg silang milik seorang suspek, polis menemui pelbagai jenis dadah, tiga cincin serta seutas rantai emas. “Kita menemui 523 biji pil kuda, 2 botol serta 1 tiub straw mengandungi dadah jenis heroin dan wang tunai sebanyak RM4,155 di dalam beg berkenaan,” katanya kepada pemberita di IPD Kuala Krai di sini, hari ini. Beliau berkata siasatan awal mendapati dadah itu dipercayai untuk diedarkan di sekitar Dabong, Kuala Krai dan Gua Musang. “Suspek memperoleh bekalan dadah dari pembekal dalaman. “Kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan opiate serta mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya. Nuraddin berkata suspek kini direman selama seminggu bermula tarikh mereka ditahan untuk siasatan lanjut. Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Kes turut disiasat di bawah seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum seumur hidup dan sekurang-kurangnya 10 kali sebatan. Sumber: BERNAMA

TOP
Tiada Kompromi Anggota Tentera Terbabit Jenayah Atau Militan

KUALA LUMPUR – Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana anggota tentera yang didapati terbabit dalam jenayah atau kumpulan militan. Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata kerajaan tidak akan berkompromi terhadap anggota pasukan keselamatan yang terbabit dalam jenayah yang jelas boleh mengancam keselamatan negara. “Institusi ketenteraan merupakan tunggak pertahanan dan keselamatan negara, saya minta semua pegawai dan anggota meningkatkan khidmat profesionalisme ke tahap tertinggi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Tentera ke-49 di Kem Sungai Buloh, dekat sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penahanan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sandakan, Sabah dua hari lepas selepas disyaki terbabit dalam kegiatan militan. “Kes ini masih dalam siasatan pihak polis…kenal pasti jenis kesalahan yang dilakukan dan sekiranya ada baru pihak kementerian melalui TLDM akan ambil tindakan selanjutnya,” katanya. Abdul Rahim meminta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meningkatkan pemantauan terhadap pegawai dan anggota ketiga-tiga cabang perkhidmatannya bagi mengelakkan mereka terbabit dalam perbuatan jenayah atau terbabit dalam kumpulan militan. Beliau berkata meskipun keupayaan perisikan Polis Diraja Malaysia terutamanya dalam menangani kegiatan militan tidak boleh dipertikaikan, namun ATM sendiri perlu memantau pegawai dan anggotanya. “Risikan yang dimiliki polis mencukupi untuk membuat pemantauan terhadap kegiatan militan, tetapi kita juga minta setiap perkhidmatan pantau anggota masing-masing sama ada terbabit dengan masalah disiplin dan tingkah laku yang tidak bersesuaian,” katanya. Sumber: Bernama

TOP
Nenek Trauma Lalui Pengalaman Ngeri Hampir Dirogol

MELAKA: Seorang nenek, yang hampir dirogol oleh seorang penceroboh masih trauma dengan seorang lelaki yang mengancam akan kembali untuk mengapa-apakannya. "Saya trauma," kata Halimah Ismail, 59. Mengimbas kembali pengalaman negeri yang berlaku pada kira-kira pukul 4 pago 6 Jun lalu, Halimah berkata, dia sedang nyenyak tidur ketika menyedari seseorang sedang berada di atas badannya. "Saya menjerit meminta tolong," katanya. "Dia mengambil sebuah bantal dan menutup mulut saya sambil memegang kedua-dua tangan saya dengan kuatm" kata Halimah, yang merupakan ibu tunggal kepada empat anak. Dia mempunyai enam cucu yang berumur antara dua dan tujuh tahun. Lelaki berkenaan kemudiannya menanggalkan kain sarungnya tetapi dia cuba untuk menghalangnya dengan mengikat kakinya dengan kuat. Penceroboh itu kemudiannya melarikan diri selepas tidak berjaya merogolnya. Haliman berkata, keadaan ketika itu agak gelap tetapi dia dapat menggambarkan bahawa lelaki itu berbadan kurus, botak dan mempunyai bau badan yang busuk. Bagaimanapun, Halimah berkata, lelaki yang mempunyai badan busuk itu yang mengatakan badannya berbau. Dalam satu temuramah, wanita itu berkata, penceroboh itu pasti memasuki rumah kampungnya dengan memanjat tingkap di biliknya. Dia bagaimanapun bersyukur kerana lelaki itu melarikan diri. "Saya kemudiannya menyedari lelaki itu botak." Halimah berkata, kesemua anaknya, termasuk dua anak lelaki kembarnya berada di luar bandar pada hari berkenaan. "Saya tidak tidur di bilik itu lagi. Saya sekarang tidur di ruang tamu," katanya, sambil menambah bahawa dia kini tidur dengan memakai seluar berbanding sebelum ini dengan hanya berkain sarung. "Saya juga meminta anak perempuan bongsu saya yang berusia 28 tahun dan tinggal di Jasin supaya kerap pulang ke rumah," kata Halimah. Dia turut meminta supaya jiran-jiranya untuk sentiasa berjaga-jaga terutama pada waktu malam. "Penceroboh itu tahu saya tinggal seorang dan boleh menjadikan saya sebagai mangsa buat kali kedua," katanya sambil menambah telah membuat satu laporan polis berhubung kejadian. Pegawai Kanan Siasatan Polis Melaka Tengah, ACP R. Kumares berkata, polis sedang memburu penjenayah itu. "Kita percaya lelaki berkenaan dari kampung yang sama," katanya. Sumber: mStar

TOP
Bahana guna logo halal tak sah

BUKIT MERTAJAM - Sebuah kilang mi sanggul diserbu penguatkuasa Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan (PPDNKK) kelmarin kerana dipercayai menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf kelmarin. Seramai lapan anggota penguatkuasa PPDNKK Cawangan Seberang Perai Tengah (SPT) memeriksa premis berkenaan kira-kira jam 3 petang berikutan penggunaan logo halal yang tidak diiktiraf pada bungkusan mi sanggul yang dikeluarkan. Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Md Nasir Mohamed berkata, selain bungkusan mi sanggul, dua lagi produk iaitu mi tiaw dan mi suah turut menggunakan logo halal keluaran syarikat swasta yang tidak disahkan. “Ketiga-tiga produk terbabit didapati menggunakan logo halal yang bertentangan dengan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. “Sebanyak 1,800 bungkus mi sanggul, 400 bungkus mi tiaw dan 352 bungkus mi suah dirampas manakala 780 unit kotak kosong yang turut tertera logo halal turut disita menjadikan nilai rampasan RM4,184,” katanya. Beliau berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan dan kaji selidik pasaran berkenaan produk yang dijual kepada orang awam menggunakan label yang tidak diiktiraf. “Pantauan dibuat di pasar dan premis bagi memastikan pengeluar tidak melanggar peraturan dan menggunakan label yang diiktiraf. “Ini merupakan kali kedua kilang ini diserbu beberapa tahun lalu atas kesalahan menggunakan logo halal tanpa kebenaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). “Jika sabit kesalahan, sesebuah syarikat itu boleh dikenakan kompaun sehingga RM200,000 bagi kesalahan pertama dan RM500,000 bagi kesalahan kedua di bawah akta yang sama,” katanya. Penguatkuasa juga menyita pembungkus produk dalam serbuan itu. Sumber: Sinar Online

TOP
Hudud: Umno Kelantan Sedia Sertai Jawatankuasa Teknikal Kebangsaan

KOTA BAHARU: Umno Kelantan sedia menyertai jawatankuasa teknikal peringkat kebangsaan bagi membincangkan pelaksanaan hukum hudud di negeri itu. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, bagaimanapun pihaknya menyerahkan kepada jawatankuasa teknikal itu untuk menentukan siapa yang akan menjadi wakil dari Kelantan. "Kita bersifat terbuka dalam hal ini dan menyerahkan segala keputusan kepada pihak pusat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Tautan Kasih-Kami Prihatin anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, Ahad. Kerajaan pusat menubuhkan jawatankuasa itu setelah PAS mahu membentangkan Rang Undang-undang Persendirian (Hukum Hudud) di Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993. Terdahulu pada majlis itu, Mustapa menyampaikan bantuan kewangan dan sumbangan peralatan perubatan Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM)berjumlah RM70,523.68 kepada 13 pesakit terpilih dan royalti Hospimart berjumlah RM111,479 kepada HRPZII. Projek Hospimart, kedai runcit yang diusahakan Persatuan Pegawai Kerja Sosial Perubatan Malaysia itu telah mengembalikan royalti sebanyak RM250,054 kepada 3,326 pesakit bagi tiga tahun terakhir dari 2011 hingga 2013. Sumber: Bernama

TOP
Rasuah: Warden Penjara Hadapi Sembilan Pertuduhan

ALOR SETAR – Seorang warden penjara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap sembilan tuduhan menerima suapan bernilai RM2,800 daripada beberapa individu antara Januari 2012 hingga Februari 2013. Muhammad Hafizal Che Dan, 32, dituduh menerima wang tunai RM400 dengan tiada balasan daripada V Anetha di Malayan Banking Berhad, 175&176, Jalan PJ7, Pekan Jitra 2, Jitra pada 3.38 petang 12 Februari 2012. Tertuduh yang ketika itu berkhidmat sebagai warden penjara gred KX17 di Jabatan Penjara Malaysia Institut Penjara Tapah juga dituduh menerima wang tunai RM100 daripada K.Devika di tempat sama pada 9.35 malam 19 Januari 2012. Muhammad Hafizal melakukan tiga lagi kesalahan di tempat yang sama apabila sekali lagi menerima RM100 daripada Devika pada pukul 9.11 malam, 4 Mac 2012, menerima RM100 dariada Chan Yin Ling pada hari sama pukul 4.09 petang dan menerima RM300 daripada A Hemalatha pada 5.37 petang, 14 Januari 2013. Empat lagi pertuduhan terhadapnya ialah menerima RM600 daripada Hemalatha pada 5.16 petang 10 Februari 2013, menerima RM300 daripada B Darshaini pada 5.47 petang 22 November 2012, menerima RM700 daripada Darshaini pada 7.53 pagi 10 Disember 2012 dan menerima wang tunai RM200 daripada Darshaini pada 5.50 petang 27 Disember 2012. Muhammad Hafizal dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan. Hakim Azhar Mokhtar membenarkan tertuduh diikat jamin RM16,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mukhriz Mat Rus manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Sumber: BERNAMA

TOP
Kapal TLDM berjaya tumpas cubaan lanun

SHAH ALAM – Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Terengganu berjaya mematahkan cubaan lanun untuk menawan sebuah kapal tangki, MT AI MARU, semalam. Kapal tangki tersebut yang membawa 1000 tan metrik Marine Gas Oil telah ditawan lanun semalam kira-kira jam 8.30 malam di 30 batu nautika selatan Pulau Aur, Johor. Sebaik menerima laporan, TLDM telah menggerakkan KD Terengganu untuk memintas. Dalam satu kenyataan sebentar tadi, TLDM memaklumkan, KD Terengganu berjaya memintas kapal lanun dan menghampiri MT AI MARU. “Lanun menyedari kehadiran KD TERENGGANU yang menghampiri MT AI MARU telah melarikan diri menggunakan bot laju ke perairan antarabangsa. “Semua kru kapal dipercayai dalam keadaan selamat dan minyak yang dibawa juga tidak dapat dilarikan,” lapor kenyataan itu. Dalam perkembangan berkaitan, KD Terengganu sedang melaksanakan pemantauan rapi ke atas MT AI MARU bagi mendapatkan status kru kapal serta mengesan baki penjenayah sekiranya ada. Sumber: Sinar Online

TOP
Pemuda Orang Asli ditemui mati dipercayai dibunuh di Rompin

KUANTAN: Seorang pemuda Orang Asli ditemui mati dengan kesan kecederaan di bahagian rusuk kirinya di sebuah ladang di Kampung Sungai Gayung, Kedaik dekat Rompin, awal pagi tadi. Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin, Asisten Superintendan Mohd Razali Razak, berkata mayat Rosli a/l Kam Pak Chin, 20, ditemui terbaring berhampiran motosikalnya di Jalan Ladang Far East Kedaik kira-kira jam 3.30 pagi. “Mayat mangsa ditemui oleh kenalan rapatnya yang kemudiannya memaklumkan kepada keluarga mangsa sebelum kakak mangsa membuat laporan polis. “Kakaknya juga memaklumkan terdapat kesan darah serta kecederaan pada rusuk kiri adiknya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Menurutnya, polis yang menerima maklumat berhubung kejadian itu bergegas ke tempat kejadian dan siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh. Katanya, mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Daerah Rompin untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sumber: BERNAMA

TOP
Hanya blogger jamah Cadbury, pegawai JAKIM enggan

KUALA LUMPUR: “Kami tidak takut dikecam. Malah sanggup berdepan dengan mana-mana individu sekalipun.” Itulah pengakuan berani yang disuarakan Presiden Aktivis Siber Malaysia (ASM), Md Faisal Ahmad yang mempertahankan imej JAKIM susulan isu coklat Cadbury yang didakwa sebelum ini ada DNA babi. Katanya pengguna harus mempercayai sepenuhnya keputusan status halal yang dikeluarkan JAKIM selaku pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal. “Sebagai pengguna Islam, kami percaya dan yakin dengan keputusan tersebut kerana JAKIM tidak akan mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberikan khususnya kepada umat Islam.” Tambahnya lagi kaedah ujian dan pensijilan halal oleh JAKIM mencukupi untuk mengesahkan status produk tersebut. Ketika ditanya mengapa JAKIM tidak turut menjamah coklat Cadbury itu, tegas Md. Faisal pihak JAKIM tidak berhak untuk dipaksa berbuat demikian. Dalam pada itu pihak Astro AWANI yang cuba untuk mendapatkan reaksi daripada wakil pegawai JAKIM berkenaan isu jamah Cadbury, gagal untuk mendapatkan beliau. Dalam pada itu, penggiat media sosial menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar tampil memberi kenyataan mengapa keputusan ujian DNA babi ke atas dua produk coklat Cadbury iaitu Cadbury Dairy Milk Roast Almond dan Hazelnut dibiarkan utuk tempoh tiga bulan. Menurut Md Faisal lagi, isu ini terjadi selepas KKM pada mulanya mengesahkan ada DNA babi pada awal Februari, namun membiarkan perkara ini sehingga 5 Mei. “Kita juga mahu tahu mengapa KKM tidak menjalankan ujian kedua bagi mengesahkan penemuan awal, dalam penemuan kontroversi seperti ini adalah tidak wajar pihak Kementerian tidak membuat sebarang tindakan ujian lanjut dan berdiam diri sahaja .” Katanya, tindakan itu bukan sahaja mengaibkan Malaysia sebagai peneraju hab halal yang menyumbang hampir tiga trillion ringgit setahun kepada negara, malah kepada seluruh kakitangan syarikat pengeluar jenama coklat terbesar dunia Cadbury. Mereka ditemui pada Forum Sijil Halal Malaysia dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif yang dihadiri penggiat media sosial yang lain. Sumber: AWANI

TOP
Tayang Bikini Dekat Instagram – Keliru Nak Pilih Katanya

Maria Farida merupakan pelakon popular yang telahpun mencecah 40an umurnya. Namun ternyata dia seorang yang awet muda dan masih terserlah kejelitaan dan kecantikkannya. Di laman sosial milik Maria Faria, dia telah menjadi tumpuan followernya apabila memuatnaik gambar BlKlNl dan pening tak tahu mana satu nak dipakai. Ini tulis Maria Farida: " Can't decide on which one... hmm " Gambar itu mendapat reaksi komen yang pelbagai dari orang ramai. Ada yang suggest mana satu nak pakai dan ada yang memberi nasihat. Pelakon dan pelawak Saiful Apek turut memberi komen dengan emoji menunjukkan dia pening dan terkejut dengan gambar Maria Farida. Gambar Maria Farida di bawah:
Hurm. Warna hitam tu sesuai rasanya. :)
Sumber: Hot Lips Corner

TOP
Nora Danish Komen Isu Edit Gambar Baju Ketat Nampak Besar

Pelakon comel yang juga kekasih hati Nedim iaitu Nora Danish telah memuatnaik gambar yang menimbulkan perbualan rancak di laman instagram miliknya. Foto panas itu memperlihatkan Nora Danish mengupload gambar berbaju ketat memperlihatkan bahagian bentuk dadanya.

Foto itu kemudian didelete dan diedit oleh Nora Danish dengan mewarna dan mengaburkan sedikit bahagian dadanya itu dan diupload semula. Banyak komen-komen di gambar itu, ada yang lawak ada yang menyindir dan ada yang memberi nasihat.

Wartawan Metro berjaya mendapatkan Nora Danish untuk mengulas dan memberi komen tentang gambar tersebut. Ini kata-kata Nora Danish:
“Hanya kerana baju ketat yang saya pakai, ada saja spekulasi timbul. Saya jarang pakai baju ketat dan sekali-sekali ada juga foto yang terlepas pandang.
“Foto itu sudahpun saya keluarkan daripada Instagram sebab kasihankan anak saudara saya yang masih bersekolah. Dia turut terkena tempias,”
Ada juga yang menyindirnya memakai push up agar nampak besar.
Ini kata Nora Danish:
“Mereka tahu atau tidak ada ‘push-up’ bra?”
p/s: macam-macam Nora Danish ni. ada-ada je. sepatutnya ND lebih berhati-hati upload gambar, ye la, ND kan artis paling berpengaruh di Instagram. :)
Sumber: Hot Lips Corner

TOP
Murid Tahun Satu Maut Dilanggar Bas Sekolah

JOHOR BAHARU: Seorang murid tahun satu maut selepas dilanggar bas sekolah yang dinaikinya di Jalan Seroja, Taman Plentong Baru di sini tengah hari Ahad. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Abd Samad Salleh berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 1.10 tengah hari sejurus Nor Balqis Atiqah Hamdan Rasan Tawani Ahmad, 7, yang baru pulang dari sekolah turun dari kenderaan terbabit untuk melintas jalan ke rumahnya. "Dipercayai selepas menurunkan Nor Balqis Atiqah, pemandu bas mini sekolah berkenaan terus bergerak menuju ke hadapan tanpa menyedari murid perempuan itu berada di hadapan basnya. "Selepas mendengar jeritan orang ramai, pemandu bas terbabit keluar untuk memeriksa keadaan dan mendapati mangsa yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 2 sudah terbaring di atas jalan raya di belakang kanan bas," katanya kepada pemberita di sini, Ahad. Beliau berkata Nor Balqis Atiqah yang cedera parah di kepala dan badan kemudiannya digegaskan ke Hospital Sultan Ismail untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia, hampir dua jam kemudian. Abd Samad berkata pemandu bas berkenaan, seorang wanita berumur 40-an sudah membuat laporan polis dan siasatan lanjut terhadapnya kini sedang dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sementara itu bapa saudara mangsa, Sulaiman Ibrahim, 48, yang ditemui di rumah mayat berkata beliau menerima panggilan kira-kira pukul 2 petang dari ibu mangsa, Noraini Husin, 31. "Saya masih terkejut dan tidak menyangka kejadian seumpama ini menimpa anak saudara saya. Pemandu bas tersebut sepatutnya kena berwaspada dan memastikan murid-murid selamat sampai ke rumah sebelum menggerakkan kenderaannya," katanya. Menurut Sulaiman, jenazah anak ketiga daripada tujuh beradik itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tengkorak. Bapa murid terbabit yang merupakan pekerja sebuah syarikat perkapalan di sini kini sedang berada di Filipina. Sumber: BERNAMA

TOP
Di Alam Ini, Cicak Pun Boleh Kita Contohi

Ya! SK tahu apa yang bermain dalam fikiran anda kali ini. Apa punya portal la ye. Pasal cicak pun boleh buat cerita. Mungkin entri berkenaan cicak adalah entri murahan. Tapi yang mahalnya adalah morale of the story. Dari gambar diatas sudah pasti kita menyangka yang cicak dibelit ular itu akan tamat riwayatnya di situ. Apa-apa pun saksikan dahulu video di bawah ini. Konklusinya di sini, ini adalah contoh persahabatan yang baik. Bagi seekor cicak bukan mudah untuk melawan ular tetapi bila dua ekor? Sama-samalah menjaga antara satu sama lain.

TOP
TPP Lengkapi APEC, Kata Pegawai Jabatan Negara AS

NEW YORK – Seorang pegawai kanan dari Jabatan Negara AS tidak nampak sebarang persaingan antara Perkongsian Trans Pasifik (TPP) dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec). “Malah, TPP akan melengkapi Apec bukan bersaing dengannya. Ia akan membuka laluan pasaran dengan menurunkan tarif dan juga mengatasi isu-isu lain yang boleh menjadi halangan kepada perdagangan bebas barangan dan perkhidmatan,” kata Robert S.Wang, seorang pegawai kanan AS bagi Apec, kepada Bernama. Beliau berkata demikian di luar acara satu perbincangan panel anjuran Jawatankuasa Kebangsaan Forum Dasar Luar Negara Amerika mengenai Keselamatan Asia Pasifik, baru-baru ini. Wang juga menyambut baik penubuhan Komuniti Ekonomi Asean pada 2015 yang akan dipengerusikan oleh Malaysia. Tema perbincangan panel itu ialah “Apec in 2014: Regional Growth and Integration (Apec pada 2014: Pertumbuhan dan Penyepaduan Serantau)” yang menyentuh tentang kepentingan rantau ini bukan sahaja bagi negara anggotanya, malah juga bagi seluruh dunia. Wang berkata Presiden AS, Barack Obama, akan melawat beberapa buah negara Asia Pasifik tahun ini, iaitu China, Myanmar dan kemudiannya, Australia. Beliau berkata kedudukan Asia dari segi ekonomi amat baik, dengan Jepun, China dan Asia Tenggara mencatatkan pertumbuhan yang kukuh. Bagaimanapun, katanya, pertumbuhan ini tidak boleh diambil mudah memandangkan Asia mengalami krisis kewangan terbesarnya pada lewat tahun-tahun 1990-an. “Pertumbuhan ini boleh merosot pada bila-bila masa,” tegas beliau. Wang berkata AS juga bimbang tentang kedudukan keselamatan di Asia Tenggara dan Asia Timur dengan nada permusuhan daripada China, khususnya di Timur dan Laut China Selatan. “Kita perlu uruskan isu keselamatan agar ekonomi-ekonomi terus berkembang. “Tetapi Apec akan terus melaksanakan apa yang telah dilakukannya sejak 25 tahun lalu – menggalakkan perdagangan dan penyepaduan,” katanya. Beliau berkata pelaksanaan perjanjian Apec telah menghasilkan penurunan tarif. “Kita mengkaji rantaian nilai global… Apec semakin bergerak ke arah perkhidmatan dan tidak lagi hanya memberikan tumpuan kepada barangan,” kata beliau. Meskipun China telah berkembang, namun ia mempunyai masalah lain seperti jaminan tenaga, pencemaran alam sekitar dan jaminan makanan,” tegas Wang. Sumber: BERNAMA

TOP
Imej pontianak dirakam CCTV Plaza Tol LEKAS

JIKA nak kata betul ke tidak sememangnya pada masa sekarang ramai yang telah pandai mengedit pada masa sekarang seiring dengan kepantasan teknologi pada masa kini . Namun jika diperhatikan terdapat gambar makhluk yang memakai pakaian putih dan berambut panjang mengurai atau lebih kita kenali sebagai pontianak dilihat berada berdekatan dengan pondok tol ini giat dikongsikan di laman-laman sosial. Terdapat beberapa orang yang mengatakan kejadian ini telah dirakam di Tol LEKAS namun kesahihannya itu masih tidak dapat dipastikan. Namun apa yang pasti , selain manusia sememangnya ada makhluk lain di dunia ini yang kalau boleh kita tak nak nampak dia walaupun dia hampir dengannya . Apa yang pasti kita berbalik semula kepada tuhan dan kita kena tahu bahawa setiap apa yang dijadikan tuhan adalah yang terbaik dan kita sebagai kalifah dimuka bumi harus percaya bahawa adanya kewujudan makhluk lain selain manusia Sumber: Blog BraderPanas

No comments:

Post a Comment