Wednesday, June 4, 2014
Berita Terkini 04 June 2014
TOP
Lelaki Ditemui Mati Dengan Kesan Cedera Di Kepala
KLANG Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan cedera di belakang kepalanya berdekatan pintu pagar belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Convent di sini pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Supt Goh Lee Fook berkata mayat mangsa yang lengkap berpakaian ditemui orang ramai kira-kira 7.20 pagi. Beliau berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa yang berumur lewat 20-an mati akibat dibunuh kerana kesan cederanya didapati seperti bekas tetakan. Namun punca sebenar kematiannya masih disiasat, katanya kepada pemberita. Beliau meminta orang ramai atau saksi kejadian agar tampil memberi maklumat. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk dibedah siasat.
Sumber: Bernama
TOP
Punca Sebenar Kanak-Kanak Maut Jatuh Tingkat 3 The Gardens
31 Mei lalu, cuti persekolahan yang baru bermula mencatat sejarah pahit buat satu keluarga apabila seorang kanak-kanak perempuan 7 tahun meninggal dunia selepas jatuh dari tingkat 3 pusat beli belah The Gardens, Mid Valley. BACA: Kanak-Kanak 7 Tahun Maut Jatuh Tingkat 3 Mid Valley Menurut berita yang tersebar Nur Emielda Nadia Bt Sallehudin dikatakan jatuh ke ruang sebelah eskalator sebelum melayah jatuh ke tingkat satu.
Bagaimanapun menerusi satu pekeliling dikeluarkan pusat beli belah terbabit 2 Jun lalu, berita yang tersebar ini disahkan kurang tepat. Berdasarkan siasatan dalaman termasuk penelitian daripada CCTV sejurus sebelum insiden berlaku, adik Nur Emielda dan keluarganya dirakam berdiri di sebelah eskalator yang terletak di Utara The Gardens. Ketika itu mangsa dilihat bermain dengan tempat pemegang tangan (susur tangan) eskalator yang bergerak ke atas sebelum tubuh kecilnya ikut tertarik oleh pergerakan susur tangan tersebut hingga hilang kawalan. Keadaan itu membuatkan Nur Emielda tercampak ke bahagian kiri susur tangan eskalator sebelum terjatuh dari eskalator tingkat tiga tersebut. Sebaik sahaja insiden disedari pengawal keselamatan di P1 tempat Nur Emielda jatuh, kawasan kejadian dikepung dan hanya kakitangan perubatan serta keluarga dibenarkan berada berhampiran. CPR segera dilakukan. Kakitangan perubatan bertugas turut melibatkan anggota paramedik dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Polis Bricfields yang dihubungi oleh pihak pengurusan pusat beli belah. Bagaimanapun Nur Emielda disahkan sudah meninggal dunia oleh paramedik yang melakukan pemeriksaan sebaik sahaja tiba di tempat kejadian. Apa pun, tragedi sudah pun berlaku. Hanya iktibar yang dapat diambil daripada kejadian ini. Benar malang tak berbau, namun awasilah anak-anak anda kerana mereka mungkin masih terlalu mentah untuk menyedari bahaya sekitar mereka. Apatah lagi tragedi melibatkan eskalator dan kanak-kanak bukan kes baru yang didengar. Sumber: Rem Ramzi / Mynewshub
TOP
Pelayar Britain dakwa nampak MH370
PHUKET - THAILAND. Di kala perkhabaran berita mengenai status di mana MH370 masih kabur, sebuah portal berita Thailand melaporkan seorang pelayar wanita dari Britain mendakwa melihat pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu. Katherine Tee , 41, dilaporkan melihat pesawat ketika belayar merentasi Lautan Hindi tetapi hanya memberitahu pihak berkuasa baru-baru ini kerana takut aduannya tidak akan diberi perhatian serius. "Saya melihat sesuatu yang kelihatan seperti kapal terbang terbakar. "Itulah yang saya fikir ia adalah," katanya yang dipetik dari Phuket Gazette. Katanya lagi: "Kemudian, saya fikir saya mesti menjadi gila... Ia menarik perhatian saya kerana saya tidak pernah melihat kapal terbang dengan lampu oren sebelum ini, jadi saya tertanya-tanya apakah ia." Ketika kejadian, Tee sedang dalam pelayaran dari India ke Phuket. Turut sama belayar, suaminya, Marc Horn, 50. Tambah Tee, dia tidak memberitahu suaminya selepas melihat kejadian itu. Memetik laporan itu, kedua-dua pasangan itu dilaporkan telah menemui pihak Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), yang mengetuai pencarian MH370, tetapi organisasi tersebut belum mengesahkan perkara ini. Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang dari skrin radar pada 8 Mac tidak lama selepas berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing. Sumber: Sinar Online
TOP
Abdul Khalid Perlu Pandai Kawal JAIS – Gerakan
KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim tidak boleh bersikap lepas tangan dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu majlis perkahwinan seorang pengantin perempuan beragama Hindu di negeri itu pada Ahad lalu. Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang berkata, Menteri Besar Selangor mempunyai kuasa untuk mengawal JAIS daripada menyebabkan perpecahan yang tidak diingini antara umat Islam dan penganut agama lain di negara ini. “Pemuda Gerakan menggesa Abdul Khalid memastikan JAIS lebih sensitif dalam melaksanakan kuasa mereka pada masa depan. JAIS adalah sebuah agensi negeri di bawah kerajaan Selangor. “Sebelum ini JAIS merampas lebih 300 kitab Bible dan hal itu pun masih belum selesai,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini. Justeru, Keng Liang berkata, Menteri Besar Selangor tidak boleh terus menyepi dengan kelakukan agensi kerajaan negeri seperti JAIS tersebut. Menurutnya, JAIS mempunyai banyak kaedah lain untuk mengendalikan kes perkahwinan tersebut tanpa mendatangkan malu kepada mana-mana kuil Hindu. Menteri Besar Selangor hari ini menyifatkan tindakan JAIS menyerbu majlis perkahwinan seorang pengantin perempuan beragama Hindu dengan nama Islam sebagai “memalukan” dan “merosakkan majlis perkahwinan”. Sumber: Mynewshub
TOP
JPJ N.Sembilan Lelong Motosikal Pada 18 Jun
SEREMBAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan akan mengadakan lelongan awam lebih 50 buah motosikal pada 18 Jun ini. Lelongan akan diadakan di Dewan Melati JPJ di sini dari pukul 9 pagi. Pengarah JPJ Negeri Saiful Azzri Hamzah berkata kebanyakan motosikal yang dilelong itu masih boleh dilesenkan dan hanya mereka yang membeli dokumen penjualan lelong sahaja akan dibenarkan mengambil bahagian. “Kenderaan ini telah dilucut hak melalui perintah mahkamah dan pembida yang berjaya akan memperoleh hak milik penuh ke atas kenderaan yang dimenangi dalam bidaan,” katanya dalam satu kenyataan. Orang ramai boleh menyaskikan motosikal yang bakal dilelong di stor simpanan kenderaan sita JPJ Seremban pada 16 dan 17 Jun mulai pukul 9 pagi hingga 4 petang sementara dokumen penjualan lelong boleh dibeli pada dua tarikh tersebut di Kaunter 39 yang berharga RM50.00 senaskah. Kali terakhir JPJ Negeri Sembilan mengadakan lelongan awam ialah pada Disember 2013. Sumber: Bernama
TOP
Ngeri.. GAMBAR Rakyat Tempatan Yang Ditetak PATI Di Keningau
Satu status dan video di Facebook tentang kekejaman pendatang asing di Keningau, Sabah ketika melakukan jenayah kini tersebar.
Baca: Video Pergaduhan Di Pasar Ikan Keningau
Tersebar Bersama status tersebut, turut disertakan contoh kes dan gambar mengerikan keadaan mangsa yang ditetak dengan teruk dalam satu kejadian gaduh pada 1 Jun lalu, jam 5.30 petang. Mengikut laporan polis dibuat mangsa, dia cedera ditetak dengan parang di siku kiri hingga terpaksa menerima lima jahitan di Hospital Keningau. Saudaranya bernama Analem Tony, 31, dan Manayon Raw Palanok, 39, turut mengalami kecederaan selepas diserang sekumpulan lelaki antara tujuh hingga lapan orang menggunakan senjata tajam termasuk parang, besi dan kayu. Analem mengalami kecederaan di muka apabila terjatuh di jalan raya semasa melarikan diri manakala Manayon menerima sebelas jahitan di kepala sebelah kiri akibat ditetak dengan parang. Bagaimanapun, siasatan mendapati insiden ini berpunca daripada masalah peribadi yang bermula di sebuah kedai karaoke selepas mangsa mengambil minuman keras . Pengadu bersama saudaranya yang berada di kedai karaoke tersebut sejak jam 3 petang bersama empat wanita dipercayai menimbulkan perasaan tidak puas hati seorang suspek yang bertindak memukul saudara pengadu di luar kedai. Apabila dimaklumkan hal ini, pengadu bersama Analem dan Manayom mengejar suspek yang melarikan diri hingga ke kawasan Pasar Umum. Di sana sudah terdapat antara tujuh hingga lapan lelaki menanti mereka lalu bermulalah insiden gaduh dan tetak menetak. Jika dilihat, insiden ini bermula daripada pergaduhan peribadi yang tak boleh juga nak disalahkan PATI seratus peratus. Bagaimanapun apa yang dapat disampaikan menerusi penyebaran status Facebook sebegini adalah, kebanyakan pendatang asing memiliki hati kering dan setakat menetak orang dengan parang adalah perangai biasa mereka apabila bergaduh. Sumber: BorneoSensasi.blogspot.com / Rem Ramzi / Mynewshub
TOP
Operasi Cermin Gelap Diteruskan 16 Jun - Trafik Bukit Aman
PETALING JAYA: Operasi cermin gelap yang dijadualkan pada 16 Jun ini akan diteruskan, kata Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff. Beliau berkata, keputusan mengenai kadar telus cahaya yang baharu akan diketahui dalam beberapa hari dan ia tidak mengganggu perancangan pihaknya itu. "Keputusan rasmi mengenai usul Kadar Ketelusan Cahaya (VLT)pada cermin gelap belum diputuskan lagi. "Jadi, kita akan teruskan operasi cermin gelap bermula 16 Jun ini dan sehingga tarikh itu, pengguna kenderaan masih boleh mengubahsuai mengikut peraturan ditetapkan. "Dan jika dalam masa terdekat ini keputusan muktamad dibuat, kami akan bermesyuarat bagi membincangkan perkara itu," jelasnya kepada mStar Online. Bagaimanapun, Mohd Fuad enggan mengulas lanjut mengenai usul mengurangkan penggunaan VLT di bahagian belakang kepada 30 peratus berbanding 50 peratus sebelum ini. "Saya perlu lihat sendiri sejauh mana gelap penggunaan 30 atau 25 peratus cermin itu dan sehingga itu segalanya berjalan seperti biasa," tambahnya. Sebelum ini, pihak trafik memberi tempoh sebulan bermula 15 Mei hingga 16 Jun kepada pengguna cermin gelap untuk menukar kepada penggunaan cermin gelap pada kadar dibenarkan. Bagaimana pun timbul pelbagai pandangan mengenai penggunaan cermin gelap ini sehingga Bengkel Kajian Semula Peraturan Penggunaan Cermin Gelap diadakan selama dua hari bermula Isnin lalu. Hasil daripada pembentangan di bengkel itu, rumusan dicapai untuk mengesyorkan penggunaan VLT di cermin depan sebanyak 70 peratus, dan 50 peratus di bahagian sisi pemandu dikekalkan, manakala untuk cermin sisi penumpang dan lain-lain disyorkan VLT diturunkan sebanyak 30 peratus. Sumber: mStar
TOP
Mati tergantung pada besi penyangkut baju
MIRI – Seorang lelaki warga asing tergamam selepas menemui rakan baiknya mati tergantung pada besi penyangkut baju di sebuah rumah pekerja di Kuala Baram di sini kelmarin. Mayat Utiya Handoko, 29, berasal dari Jawa Timur, Indonesia ditemui pada pukul 8.30 malam dengan lehernya terjerut pada sehelai baju yang diikat pada besi penyangkut baju tersebut. Rakan mangsa yang ingin dikenali sebagai Sigit, 25, berkata, mangsa yang bekerja sebagai mekanik di sebuah kilang dikatakan ada menelan sebanyak 12 biji paracetamol pada malam Ahad lalu. Malah ceritanya, dua hari sebelum kejadian, Utiya pernah menceritakan masalah yang dihadapinya sejak beberapa bulan bekerja dengan majikannya. “Saya tidak sangka, dia yang pernah memberontak untuk berhenti kerja bertindak menggantung diri. “Saya sendiri pun tidak tahu apa masalah sebenar yang dihadapi sehingga dia sanggup bertindak seperti ini kerana Utiya merupakan seorang yang ceria dan senang didekati,” katanya ketika ditemui di sini semalam. Sumber: Kosmo
TOP
Bomba Perluas Pencarian Huntley Di 2 Buah Kampung
PULAU TIOMAN – Operasi mencari dan menyelamat warga Britain Gareth David Huntley, 34, yang hilang lebih seminggu, hari ini diperluaskan ke dua kawasan iaitu Kampung Paya dan Kampung Mukut, selain sekitar kawasan Air Terjun Lubuk Teja, lokasi mangsa dilaporkan hilang sebelum ini. Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Pahang Morni Mamat berkata pasukan itu yang dianggotai 55 orang anggota, termasuk pegawai; dan empat ekor anjing pengesan dipecahkan kepada tiga kumpulan. Katanya dua kumpulan akan melakukan pencarian di Kampung Paya manakala satu kumpulan lagi di Kampung Mukut. Pencarian di sekitar kawasan air terjun dan Gunung Kajang tetap diteruskan. “Dua kumpulan itu akan bertemu semula di Gunung Kajang keesokan hari dan anggota kita telah bermalam di dalam hutan di Gunung Kajang sejak malam tadi. “Pencarian mangsa akan diperluaskan ke kawasan gunung itu kalau-kalau mangsa telah keluar dari lokasi dia dilaporkan hilang dan menuju ke kawasan gunung berkenaan, ” katanya kepada Bernama di sini hari ini. Pencarian di Gunung Kajang yang berketinggian 1,038 meter dari paras laut perlu dilakukan secara berhati-hati kerana ia mempunyai 50 meter darjah ketinggian cerun serta dilitupi hutan tebal dan batu. Mozni berkata anggota bomba akan terus bermalam di hutan sekiranya warga Britain itu masih gagal ditemui hari ini. Selain itu, katanya, sebuah helikopter bomba dalam keadaan siap sedia berada di Mersing untuk misi membawa keluar mangsa dari dalam hutan atau membawanya ke hospital berdekatan. Sementara itu Ketua Kampung Pulau Tioman Ab Razib Ali Awang berkata kehilangan Huntley merupakan kehilangan paling lama dicatatkan membabitkan pelancong yang hilang atau sesat di kawasan Air Terjun Lubuk Teja. Katanya sebelum ini kehilangan pelancong di dalam hutan itu tidak melebihi dua jam. Menurutnya hutan di kampung berkenaan yang berkeluasan hampir 30 kilometer kaki persegi merangkumi Gunung Kajang dan air terjun Lubuk Teja adalah bercuram serta berbatu sekali gus berbahaya kepada pengunjung luar jika memasukinya tanpa jurupandu arah. “Setakat ini sudah lima orang pelancong sesat di hutan berkenaan dan kali terakhir adalah awal tahun lalu membabitkan warga Singapura namun berjaya ditemui sejam kemudian selepas penduduk kampung menjalankan operasi mencari,” kata Ab Razib. Menurutnya sebaik sahaja mangsa gagal kembali ke chalet Projek Penyu Juara pada pukul 4 petang 27 Mei lepas, pekerja dan sukarelawan di projek penyu tersebut keluar mencari mangsa sehingga pukul 7 malam. Operasi mencari mangsa diteruskan keesokan harinya oleh Rela dan penduduk kampung namun gagal menemui mangsa, seterusnya laporan polis dibuat pada 29 Mei. Ab Razib berkata Huntley atau mana-mana pelancong sepatutnya mengupah jurupandu arah untuk memandu mereka ke kawasan air terjun berkenaan kerana kebarangkalian untuk sesat adalah tinggi berikutan keadaan hutan tebal dan berbatu. Wartawan Bernama Nurazira Abdul Rashid bersama jurufoto Mohd Faizol Abdul Aziz berkesempatan menyertai Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani ke Air Terjun Lubuk Teja semalam. Perjalanan mereka dari chalet Projek Penyu Juara yang didiami mangsa ke lokasi kejadian mengambil masa lebih kurang dua jam ternyata amat mencabar dan memenatkan kerana laluan berbukit dan berbatu besar. Walaupun trek laluan amat jelas kelihatan serta anak panah diletakkan di sepanjang laluan, namun sifat ingin tahu atau hobi meneroka alam yang dimiliki seseorang itu boleh menyebabkannya tersasar dari laluan sebenar yang sekali gus mengakibatkan sesat di dalam hutan tebal. Sumber: Bernama
TOP
MH370: ATSB Umum Tender Pencarian Dasar Laut
KUALA LUMPUR – Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) mengeluarkan tender terbuka bagi mengendalikan pencarian dasar laut untuk mengesan pesawat MH370 mulai Ogos tahun ini. Biro itu dalam kenyataan akhbar berkata, syarikat yang pakar akan diambil sebagai kontraktor utama di bawah arahan ATSB bagi melaksanakan pencarian berkenaan yang dijangka mengambil masa selama 12 bulan bergantung kepada keadaan cuaca. “Syarikat itu akan menyediakan pakar, peralatan dan kapal bagi mengendalikan pencarian dasar laut bagi mengesan pesawat Boeing 777 di dalam zon ditetapkan iaitu selatan Lautan Hindi,” katanya. ATSB berkata, pembida yang berjaya dijangka mengendalikan pencarian membabitkan kawasan sehingga 60,000 kilometer persegi berdasarkan komunikasi terakhir pesawat itu dengan satelit Inmarsat. Katanya, kawasan pencarian yang tetap sedang dibuat oleh kumpulan kerja strategik antarabangsa dan akan dimuktamadkan dalam tempoh dua atau tiga minggu. Sumber: BH Online
TOP
Rogol: Polis buru polis
JOHOR BAHRU : Seorang anggota polis yang tidak hadir bertugas sejak April lalu kini diburu polis selepas seorang remaja perempuan membuat laporan mendakwa dirogol lelaki berkenaan di rumah sewanya, Ahad lalu. Difahamkan, pada hari kejadian, anggota berjawatan konstabel berusia 28 tahun itu dikatakan menjemput mangsa dari sebuah sebuah rumah di Skudai, kira-kira jam 3 pagi sebelum membawanya pulang ke bilik sewanya di Jalan Wong Ah Fook di sini. Mereka dikatakan berkenalan menerusi aplikasi sembang digital WeChat, kira-kira dua minggu lalu sebelum bertemu kali pertama pada hari kejadian. Sumber berkata, ketika berada di bilik sewa berkenaan, mereka dikatakan hanya bersembang sebelum lelaki terbabit memujuk mangsa mengadakan hubungan seks. Menurutnya, remaja berusia 14 tahun itu tidak menolak ajakan suspek sebelum mereka dikatakan tertidur selepas mengadakan hubungan seks. Katanya, mangsa sekali lagi mengadakan hubungan seks dengan lelaki yang sudah beristeri itu kira-kira jam 2 petang di tempat dan hari yang sama. “Mereka kemudian terus melepak di bilik sewa berkenaan hingga jam 10 malam apabila rakan mangsa menghubungi memaklumkan yang bapanya sedang mencari. “Remaja berkenaan yang panik terus keluar dari bilik sewa berkenaan sebelum bertemu bapanya tidak jauh dari tempat kejadian,” katanya. Selepas menceritakan kejadian yang berlaku, remaja berkenaan dibawa bapanya membuat laporan di Balai Polis Sentral pada jam 11.21 malam hari sama. Difahamkan, anggota terbabit tinggal seorang diri di bilik sewa berkenaan kerana isterinya berada di Sarawak. Lelaki berkenaan dikatakan sudah tidak hadir bertugas sejak 19 April lalu menyebabkan penyelianya sudah membuat lima laporan polis berikutan kegagalannya bertugas. Menurut sumber, siasatan awal mendapati mangsa menghubungi suspek sebelum dibawa membonceng sebuah motosikal ke bilik sewa berkenaan. Katanya, hasil siasatan awal mendapati mangsa mengaku pernah mengadakan hubungan seks dengan beberapa rakan lelaki lain sebelum itu. “Remaja berkenaan masih disoal siasat dan sudah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk pemeriksaan lanjut manakala suspek masih dikesan selepas menghilangkan dirisebaik mengetahui mangsa membuat laporan polis,” katanya. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Sumber: myMetro
TOP
Foto Majlis Resepsi Wan Zack Haikal
Tahniah diucapkan buat penyerang pasukan Harimau Muda A, Wan Zack Haikal yang telah selamat bergelar suami kepada tunangannya, Nur Shahifa, Jumaat lalu. Pasangan ini telah selamat diijabkabulkan di Masjid Kampung Pengkalan Pandan, Kemaman, Terengganu. Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan telah diadakan keesokan hari bertempat di Puteri Foodcourt, Bukit Mentok, Kemaman dengan menggunakan latar warna pastel sebagai tema. Tahniah diucapkan buat Wan Zack dan isteri, semoga ikatan suci yang dibina berkekalan hingga akhir hayat.
Sumber: SBXS Photography / Audrey Lee / Mynewshub
TOP
Gambar Babi ‘Pening’ Terjun Dari Lori Jadi Viral
SEKADAR hiburan di pagi ini, gambar seekor babi yang bertindak terjun dari sebuah lori telah menjadi viral di laman sosial. Ramai yang berseloroh dengan mengatakan haiwan tersebut mungkin sudah ‘pening’ dengan isu DNA babi dalam coklat Cadbury, baru-baru ini. Aduhai, tak tahulah apa nasib babi itu selepas terjun dari lori tersebut. Tapi, kalau dah setinggi itu terjunnya, rasanya tak mungkin ia terselamat. Kasihan… Sumber: Elza / Mynewshub
TOP
Mahkamah Saudi arah adik-beradik susuan cerai
Rass: Mahkamah Arab Saudi mengarahkan satu pasangan berpisah selepas 25 tahun berkahwin kerana mereka didapati adik-beradik susuan (menyusu dengan wanita yang sama ketika bayi). Dalam laporan akhbar tempatan semalam, mahkamah di pusat bandar Rass itu mempunyai bukti kukuh pasangan yang mempunyai tujuh anak itu menyusu dengan wanita yang sama, menjadikan perkahwinan mereka tidak sah menurut undang-undang Islam. “Mahkamah mengarahkan pasangan itu berpisah selepas mendapati mereka adik-beradik susuan,” lapor akhbar berkenaan. Menurut undang-undang Islam, apabila seorang wanita menyusukan seorang bayi di bawah umur dua tahun sebanyak lima kali atau lebih, maka anak tersebut menjadi anak susuannya dan anak suaminya. Oleh yang demikian anak susuan itu menjadi mahram (haram dinikahi) kepada suami dan wanita yang menyusukan, begitu juga terhadap keturunan suami isteri tersebut. Mereka yang menjadi mahram kepada anak susuan adalah wanita yang menyusukan, suami ibu susuan, ibu bapa kepada ibu susuan, ibu bapa kepada suami ibu susuan, adik beradik kepada ibu susuan, adik beradik kepada suami ibu susuan susuan dan anak kepada ibu dan bapa susuan. - Agensi
TOP
Risau taktik polis menyamar wartawan
Bangkok: Persatuan Wartawan Thailand semalam menyatakan kebimbangan terhadap tindakan polis menyamar sebagai petugas media untuk menangkap penunjuk perasaan antikudeta di Bangkok. Kebimbangan itu dinyatakan selepas satu rakaman video menunjukkan polis memakai pengenalan wartawan ketika membuat tangkapan tersebar dengan meluas. Satu lagi klip video menunjukkan dua lelaki menolak seorang wanita yang menyertai protes aman ke arah sebuah teksi yang sedang bergerak di Bangkok. Junta tentera Thailand kini melancarkan kempen besar-besaran mengekang bantahan orang awam terhadap tindakan mereka merampas kuasa pada 22 Mei lalu. Kelmarin pihak berkuasa berkata, kira-kira 5,700 tentera dan polis dikerah berkawal di sekitar Bangkok bagi mematahkan demonstrasi yang dirancang. Melalui klip video itu seorang wanita dilihat mempertikaikan tindakan beberapa lelaki berpakaian awam mengiringi ke sebuah motosikal. Seorang daripada lelaki terbabit jelas memakai lencana bertulis ‘PRESS’ serta lilitan lengan hijau seperti pengenalan dikeluarkan dua persatuan wartawan berkenaan. Jurucakap Persatuan Wartawan Thailand, Manop Thip-osod berkata, mereka amat bimbang dengan taktik pihak berkuasa itu. “Kami menggesa polis mengkaji semula strategi menghantar anggotanya menyamar sebagai wartawan untuk menahan penunjuk perasaan kerana ia memberi kesan besar terhadap keselamatan serta kredibiliti media negara,” katanya. - AP
TOP
Desak kerajaan tangani serangan seksual
Lucknow: Polis India semalam menggunakan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan kebanyakannya wanita yang mengecam kejadian rogol berkumpulan serta pembunuhan dua remaja di Uttar Pradesh. Beberapa ratus penunjuk perasaan berkumpul di luar pejabat ketua menteri untuk menuntut pihak berkuasa bertindak segera menamatkan keganasan ke atas wanita. Polis kemudian menembak mereka menggunakan meriam air. Protes itu diadakan ketika kemarahan orang ramai masih belum reda ekoran kejadian ganas dan kejam membabitkan dua remaja perempuan bersaudara di daerah Badaun. Mangsa berusia 12 dan 14 tahun keluar rumah untuk membuang air pada malam Selasa lalu kerana seperti kebanyakan rumah di situ, ia tidak dilengkapi tandas. Mayat mereka ditemui digantung pada sebatang pokok mangsa dan penduduk kampung enggan membenarkan polis menurunkannya selama beberapa jam sebagai protes terhadap kelembapan pihak berkuasa bertindak. Bapa seorang daripada mangsa terbabit berkata, polis enggan membantu penduduk kampung mengesan suspek kerana dia daripada kasta tinggi. Seorang daripada penunjuk perasaan itu berkata, mereka tidak akan pulang atau tidur selagi kerajaan tidak menamatkan keganasan terhadap wanita. Aktivis berkata, kejadian terbaru itu menunjukkan kerajaan negeri Uttar Pradesh - ditadbir Parti Samajwadi - tidak serius menangani jenayah seksual. Ketika ditanya dalam sidang media mengenai kejadian rogol di situ, Ketua Menteri Uttar Pradesh, Akhilesh Yadav bertanya semula kepada seorang wartawan wanita: “Anda tidak dicederakan, betul? Bagus. Terima kasih.” - AFP
TOP
China guna panda ramal keputusan Piala Dunia
Beijing: Sekumpulan anak panda akan digunakan untuk meramalkan keputusan kejohanan bola sepak Piala Dunia. Agensi berita Xinhua melaporkan, beruang berkenaan akan meramalkan pemenang sesuatu perlawanan dengan memilih makanan dari bakul yang disediakan dan memanjat pokok di pangkalan pemeliharaan panda di Sichuan. China berharap haiwan berkenaan akan dapat menandingi kemampuan dan populariti Paul, sotong Jerman yang meramalkan dengan betul keputusan beberapa perlawanan Piala Dunia 2010 dengan menggunakan sesungutnya. Pada perlawanan peringkat kumpulan, panda berusia antara satu dua tahun akan memilih makanan dari tiga bakul buluh, mewakili sama ada menang, kalah atau seri. Untuk pusingan kalah mati, haiwan itu akan memilih pemenang dengan memanjat pokok yang ditanda dengan bendera kebangsaan negara yang bertanding. Mereka bagaimanapun mempunyai perjalanan yang jauh untuk menandingi Paul yang berjaya meramalkan keputusan perlawanan dengan memilih tiram daripada dua kotak yang bertanda bendera negara peserta. Sotong berkenaan mati pada 2010. - AFP
TOP
Janda sorok dadah dalam kemaluan demi kekasih
Bandung: Demi cinta seorang janda beranak dua sanggup menggadai masa depannya dengan menyeludup syabu yang disembunyi dalam kemaluannya ke penjara Banceuy, lapor media semalam. Dadah itu, kata polis, dibawa masuk untuk diserahkan kepada seorang daripada banduan di penjara berkenaan yang menjadi kekasih suspek. Bagaimanapun, kata sumber, cubaan itu digagalkan selepas pihak penjara menjalankan pemeriksaan teliti terhadap janda terbabit. “Dadah itu seberat 25.3 gram disimpan dalam plastik jernih sebelum dimasukkan ke kemaluan,” katanya. Sementara itu, janda terbabit berkata, dia tidak tahu bahan berkenaan adalah dadah. “Saya cuma menurut arahan kekasih saya. “Dia memberitahu bahan yang saya bawa cuma ubat tidur,” katanya. Polis berkata, suspek adalah penduduk Sumedang dan datang ke penjara itu untuk bertemu banduan terbabit yang baru dikenalinya setahun lalu. Menurut sumber, wanita itu mendapat arahan daripada dua lelaki lain di Jalan Sukarno - Hatta di Bandung. “Suspek mendakwa dia melakukan penyeludupan itu secara sukarela, tanpa sebarang upah,” katanya. - Agensi
TOP
30 Minit Tewaskan Kerapu Gergasi Seberat 134.7 Kg
SEORANG pemancing melalui pengalaman menakjubkan apabila berjaya menewaskan seekor ikan kerapu gergasi seberat 134.7 kilogram. Hasil tangkapan yang mengejutkan ramai itu diperoleh berhampiran pelantar minyak di perairan Teluk Mexico pada Selasa. Cullen Greer dari Houston, Amerika Syarikat berjaya menangkap kerapu gergasi itu selepas 30 minit bertarung di luar kawasan pantai Venice, Los Angeles. Kerapu setinggi hampir dua meter dengan ukur lilit juga sekitar dua meter ini disenaraikan sebagai tangkapan ke lima terbesar yang pernah dibawa ke pelabuhan Louisiana. Sumber: mStar
TOP
Sharnaaz Terima Maaf Terbuka Lisdawati & Fauzi Nawawi
Sharnaaz terima Permohonan Maaf Lisdawati dan Fauzi Nawawi.
PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad telah menerima permohonan maaf yang dibuat secara terbuka oleh Fauzi Nawawi dan Lisdawati bagi menyelesaikan insiden apabila dia dituduh menyerang aktres itu pada awal Februari lalu. Menurut Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, permohonan maaf yang dibuat suami-isteri berkenaan menerusi rancangan H!Live pada Ahad lalu itu menunjukkan isu berkenaan sudah selesai dan tidak perlu dibangkitkan lagi. "Mereka sudah minta maaf. Saya terima. Lagipun tidak perlu saya memohon maaf lagi memandangkan menerusi kenyataan saya sebelum ini saya sudah minta maaf. "Hati orang, siapa tahu. Saya cuma terima sahaja permohonan maaf itu. Diharap isu ini tidak lagi diperbesar-besarkan lagi oleh mana-mana pihak," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada petang Selasa. Sebuah akhbar pada 24 Februari lalu melaporkan Sharnaaz, 29, telah menyerang Lisdawati di lokasi penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta di Sungai Buloh dekat sini ketika penggambaran pada 19 dan 21 Februari lalu.
Peristiwa itu menjadi tegang apabila Fauzi dikatakan menerima SMS (pesanan khidmat ringkas) daripada Sharnaaz berbaur ugutan selepas dia bertanyakan hal berkenaan. Status Twitter yang dimuat naik Fauzi pada Ahad lalu. Lisdawati mendakwa mengalami darah tinggi akibat kejadian itu. Dia dan suami turut membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi sebagai langkah keselamatan diri. Bagaimanapun, pasangan itu telah membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi program H!Live saluran Astro Ria dan Maya HD pada Ahad lalu selepas pulang daripada mengerjakan umrah. Program tersebut dikendalikan oleh pengacara popular Datuk Aznil Nawawi. Fauzi turut memuat naik foto dia bersama isteri dan Aznil di Twitter akaun miliknya dengan kapsyen; "Maafkan semua kesilapan saya dan isteri yang sengaja atau tidak dan kami juga telah memaafkan anda yang selama ini membenci..." Difahamkan kenyataan itu turut ditujukan kepada Sharnaaz. Sementara itu, Sharnaaz pula ketika ditanya sama ada sudah menonton program tersebut berkata, rakannya telah merakam video rancangan berkenaan namun dia belum sempat untuk menontonnya lagi. "Ketika itu saya bercuti di Langkawi dan saya tak tengok pun mereka (Lisda dan Fauzi) pada program itu. Tak kisahlah sama ada saya dah tonton program itu atau tidak, saya anggap ia dah selesai. "Saya pun tidak ada masalah jika akan bekerjasama dengan mereka pada masa akan datang ini. Terpulang kepada mereka," ujarnya. Sumber: mStar
TOP
Video Pergaduhan Di Pasar Ikan Keningau Tersebar
Video Pergaduhan Di Pasar Ikan Keningau Tersebar
KOTA KINABALU: Video pergaduhan yang didakwa melibatkan penduduk tempatan dan warga asing di pekan Keningau tersebar dan heboh diperkatakan. Video berdurasi 23 saat itu yang dipercayai dirakamkan dekat pasar ikan pekan itu pada Ahad, menunjukkan sekumpulan lelaki dikejar oleh seorang lelaki bersenjatakan skimmer ikan. Video tersebut turut memaparkan seorang lagi lelaki yang mukanya tertiarap ke tanah dan disepak oleh seorang lagi individu di bahagian muka. Lelaki yang cedera itu kemudiannya dilihat mengangkat kepalanya seketika sebelum rebah di atas jalan. Jurukamera yang merakam video tersebut tidak terlibat dalam pergaduhan itu dan mungkin menyembunyikan diri dari kekecohan tersebut. Polis pada Selasa mengesahkan seorang lelaki warga asing berusia 34 tahun telah ditahan kerana terlibat dengan insiden yang menyebabkan tiga lelaki mengalami kecederaan. Timbalan Ketua Polis Daerah Keningau, Asisten Supritendan, Awang Amit berkata pergaduhan itu tercetus apabila suspek didakwa berang dengan empat lagi rakannya yang minum di luar pusat karaoke dekat pasar ikan di sini. Insiden itu berlaku kira-kira pukul 3 petang Ahad. Awang berkata, polis sedang mencari individu lain yang terlibat dalam insiden itu dan percaya kesemua mereka bekerja di pasar ikan itu. Salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Manayon Palanok, 39, yang disepak di bahagian muka, menerima rawatan di hospital daerah Keningau manakala tiga lagi dirawat sebagai pesawat luar.
Sumber: mStar
TOP
Dua Remaja Berkemungkinan Menghadapi Hukuman Penjara 65 Tahun
WASHINGTON: Dua remaja perempuan warga Amerika berusia 12 tahun menghadapi tuduhan sama seperti orang dewasa dan berdepan hukuman penjara sehingga 65 tahun atas cubaan menikam rakan mereka, menurut laporan tempatan pada Selasa. Kedua-dua remaja itu yang merupakan peminat sebuah laman web cerita seram telah merancang serangan tersebut beberapa bulan lebih awal bagi memuaskan hati ‘Slender Man’, iaitu watak antagonis fiksyen yang dipaparkan di laman web CreepyPasta, menurut laporan Fox 6 Now. Kedua-dua remaja perempuan tersebut juga mahu menjadi ‘proksi’ bagi Slender Man, menurut sebuah laman portal berita yang memetik dokumen mahkamah. Menurut dakwaan yang di muatnaik ke laman web itu, seorang daripada remaja perempuan tersebut berkata mereka mahu membunuh seseorang bagi menunjukkan kesetian mereka kepada Slender Man. Mangsa mereka iaitu seorang rakan yang juga berusia 12 tahun telah dijemput untuk bermalam di rumah salah seorang daripada remaja tersebut pada Sabtu di Waukesha, Wisconsin. Manga telah di umpan untuk masuk ke dalam sebuah hutan dan kemudiannya ditikam 19 kali dimana salah satu tikaman tersebut terkena arterinya sebelum ditinggalkan seorang diri. Seorang penunggang basikal menjumpai mangsa dan menghantarnya ke hospital dimana beliau dilaporkan berada dalam keadaan stabil pada Selasa. Semasa sidang media pada Isnin, Ketua Polis Waukesha memaklumkan kepada ibu bapa tentang bahayanya Internet. “Ini boleh dijadikan pedoman buat ibu bapa. Ibu bapa dinasihatkan supaya menyekat serta memantau anak mereka semasa menggunakan internet,” kata Russell Jack. Kedua-dua suspek yang kini ditahan di Penjara Wisconsin akan dihadapkan ke mahkamah pada 11 Jun. Sumber: AFP
TOP
Wanita Hamil Pengsan Di Kandang Tertuduh
KUALA LUMPUR: Prosiding di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhenti seketika selepas seorang tertuduh wanita yang mengandung, pengsan di kandang tertuduh sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman terhadapnya. Bagaimanapun, Mardiana Othman, 35, yang jatuh ke lantai, sedar selepas hampir seminit pengsan dan dia diangkat seorang tertuduh wanita yang berada di sebelahnya serta seorang anggota polis. Keadaan itu membuatkan Majistret Nurul' Ain Abdul Rahim dan semua yang berada dalam mahkamah tergamam seketika sebelum prosiding diteruskan seperti biasa. Nurul' Ain kemudian menjatuhkan hukuman denda RM1,000 ke atas Mardiana yang mengaku gagal menunjukkan kad pengenalan atau sebarang dokumen pengenalan sementara kepada pegawai polis semasa diperiksa. Mahkamah juga memerintahkan ibu kepada tiga anak itu dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda berkenaan. Mardiana didakwa melakukan kesalahan itu di depan sebuah hotel di Jalan Raja Laut di sini pada 6 petang 31 Mei lepas mengikut Peraturan 25(1)(n) Peraturan Pendaftaran Negara 1990. Terdahulu, Mardiana memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana dia tidak bekerja, sedang mengandung serta pendapatan suaminya sebagai 'packaging mover' adalah rendah selain menyara ibunya yang berumur 70 tahun. Di mahkamah sama, seorang bekas pengawal keselamatan dihukum penjara dua bulan selepas mengaku memeras ugut seorang lelaki sebanyak RM5. Mohd Hafiezie Hussien, 26, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Syed Tun Mohamad Aiman Syed Zulkhairanain di Tingkat G, Menara Daya Bumi di sini pada 4.45 petang 29 Mei lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda, atau sebatan, atau mana-mana dua hukuman, jika sabit kesalahan. Sumber: Bernama
TOP
Rombakan Kabinet Bakal Berlaku
Najib bakal mengumumkan rombakan Kabinet tidak lama lagi. PETALING JAYA: Rombakan Kabinet yang dinanti-nantikan, akan dilakukan sebelum bermulanya bulan puasa, dijangka akan melihat dua menteri baharu dan memberi kesan kepada sehingga tiga menteri yang sedang berkhidmat ketika ini. Sumber Putrajaya berkata, Perdana Menteri yang kembali semula selepas kejayaan lawatan beliau ke China, sedang meneliti butiran lebih terperinci mengenai perubahan itu yang pastinya akan melibatkan Presiden MCA dan Gerakan. Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan yang akan diberikan kerusi dalam Kabinet. Dengan sambutan yang begitu baik diterima beliau sewaktu di China, dan potensi yang luas bagi perdagangan antara Malaysia dan China juga ada keperluan untuk mewujudkan perwakilan Cina dalam Kabinet. Najib juga dijangka akan mengisikan tiga jawatan timbalan menteri 'yang masih kosong' sejak pilihan raya umum lalu. Jawatan berkenaan adalah Kementerian Kewangan, Kementerian Pelancongan dan Jabatan Perdana Menteri. Menurut sumber Putrajaya yang sama mencadangkan bahawa seramai tiga menteri yang sedang berkhidmat ketika ini, dua daripada mereka adalah senior, mungkin terjejas di dalam rombakan itu. Menteri-menteri tersebut dari Umno tetapi sebarang rombakan yang melibatkan mereka tidak akan menjejaskan kuota Umno dalam Kabinet. "Ia amat sukar untuk meramalkan PM. Beliau begitu membisu tetapi beliau mungkin ada untuk bertindak balas terhadap rasa tidak puas hati di kalangan ahli Umno mengenai beberapa menteri ini," kata sumber itu. Najib tidak mungkin akan mengembangkan lagi jumlah kerusi Kabinet untuk menampung permintaan bagi jawatan-jawatan itu. Kabinet sekarang ini sudah mencukupi dengan 32 menteri dan 26 timbalan menteri. Sementara itu, media akan memantau rapi apabila Najib akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapat perkenan Baginda sebelum beliau meneruskan dengan rombakan Kabinet. Sumber Putrajaya percaya bahawa rombakan itu akan dibuat pada bulan ini untuk memberi masa kepada menteri-menteri baharu masa untuk mempelajari dan memahami tugasnya, yang biasanya selama enam bulan sebagai tempoh dijadikan penanda aras. "Pada masa mereka memahami perkara dan perjalanan kementerian, ia sudah akan menjelang akhir tahun ini. "Adalah lebih baik pelantikan dibuat tidak lama lagi supaya Kabinet boleh diwakili kaum Cina dan semua orang boleh bergerak ke hadapan," kata seorang pemerhati. Beberapa menteri berkata, di sebalik spekulasi satu rombakan akan berlaku, Perdana Menteri tidak bercakap mengenainya semasa mesyuarat mingguan diadakan. "Kami juga ingin tahu sama ada kita akan berada di dalam kementerian kami atau sekiranya kami akan diberikan portfolio baharu atau digugurkan," kata seorang menteri yang tidak mahu dikenali. Sumber: mStar
TOP
Pembeli Alat Pembesar Zakar Tertipu
Michael Chong (kiri) dan peguam, Alex Kok menunjukkan mesej yang dikirimkan oleh seorang lelaki yang membeli alat pembesar zakar tetapi ditipu apabila hanya menerima kanta pembesar.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang membeli alat pembesar zakar dengan membuat bayaran sebanyak RM450 secara dalam talian tertipu apabila dia hanya menerima satu kanta pembesar dengan arahan "Jangan gunakannya pada waktu siang". Pelanggan yang berasa terhina itu hanya mahu dikenali sebagai Ong, dari Seri Kembangan, merupakan antara pembeli yang terpedaya dengan penipuan secara dalam talian, sehingga kerugian ribuan ringgit. Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, Ong merupakan antara tiga individu yang tampil berjumpa dengan beliau bagi mengadu mengenai mereka telah ditipu oleh penipuan dalam talian pada tahun ini. Satu lagi aduan yang meminta bantuan untuk diselesaikan apabila ditipu membayar RM78,000 untuk membeli sebuah skuter air Yamaha tetapi ia tidak dihantar kepada pembeli. "Dia (pembeli) tidak dapat mengesan penjual berkenaan," kata Chong kepada sidang media di sini, Selasa bagi memberi amaran kepada para pembeli supaya berhati-hati ketika membuat tempahan secara dalam talian untuk mana-mana produk. Beliau berkata, seorang lagi pengadu menempah sebuah telefon pintar dengan jenama terkenal, tetapi apabila menerima produk tersebut didapati komponennya bukan dari jenama yang asli. Seramai 12 mangsa penipuan dalam talian membuat pengaduan kepada Chong sejak 2012. "Kedua-dua lelaki dan wanita sama sahaja mudah terpengaruh dengan penipuan sebegini. "Penipu menarik perhatian mangsa dengan menawarkan produk pada harga rendah. "Selalunya, barang-barang ini tidak pernah diterima oleh para pelanggan, Dalam beberapa kes, pelanggan mendapat produk yang salah," kata Chong, sambil menambah bahawa salah satu bahayanya membeli produk dalam talian adalah tidak ada cara untuk mengetahui sekiranya barang-barang yang dibeli itu tidak selamat untuk digunakan atau sekiranya ia telah disahkan oleh Sirim. "Salah seorang daripada pengadu saya sebelum ini membeli periuk memasak secara dalam talian, dan ia meletup selepas beberapa hari digunakan. Dia nyaris maut dalam kejadian itu," katanya. Sumber: mStar
TOP
Projek terbengkalai: PAC panggil kementerian
Datuk Nur Jazlan Mohamed SHAH ALAM - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil kementerian terlibat memberi keterangan berhubung isu 14 projek pembinaan ibu pejabat polis dan balai polis terbengkalai bernilai kira-kira RM1 bilion seperti yang dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan, kelmarin. Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, semua keterangan itu akan digunakan pihaknya bagi membantu siasatan yang dijalankan. Menurutnya, pihaknya juga mahu tindakan tegas dikenakan kepada kontraktor yang gagal menyiapkan projek terbabit mengikut jadual termasuk menyenaraihitamkan syarikat terbabit daripada mendapat semua projek kerajaan. “Saya terkejut membaca kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar apabila sekurang-kurangnya 14 Ibu Pejabat Polis di Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan Sabah masih gagal disiapkan sehingga ada yang terbengkalai sejak 10 tahun lalu. "Saya tidak faham kenapa soal kelewatan pembinaan projek kerajaan terus berlaku kerana perancangan terhadap pembinaannya bukan baru dilakukan," katanya. Nur Jazlan berkata, soal kelewatan pembinaan infrastruktur kerajaan tidak boleh dipandang ringan kerana membabitkan kepentingan rakyat dan kegagalan menyiapkan projek infrastruktur keselamatan itu memberikan imej buruk terhadap kerajaan. Menurutnya, ia sekaligus menimbulkan pelbagai keraguan dan persepsi negatif terhadap tender projek terbabit. Bagaimanapun, menurutnya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak harus dipersalahkan dalam isu kelewatan pembinaan berkenaan, memandangkan pembinaan projek berkenaan itu terletak di bawah bidang kuasa Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kementerian Kewangan (MoF). Nur Jazlan berkata, beliau juga akan meminta Jabatan Audit Negara melakukan audit terhadap 14 projek pembinaan ibu pejabat polis yang gagal disiapkan mengikut jadual. “Saya akan hubungi Ketua Audit Negara dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat perkara ini, jika berlaku kecuaian, ketirisan dan penyelewengan sehingga menyebabkan ia gagal disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya. Sumber: Sinar Online
TOP
Angka kematian MERS di Arab Saudi kini 282
RIYADH: Jumlah korban akibat Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) di Arab Saudi meningkat kepada 282 orang, kata Kementerian Kesihatan negara itu. Peningkatan jumlah kematian itu berlaku selepas pengiraan semula dibuat pihak berkuasa negara berkenaan yang teruk dilanda virus berkenaan. Kenyataan akhbar kementerian berkenaan berkata, "pengiraan komprehensif" dari 2012 menyebabkan jumlah kematian meningkat. Pada awalnya angka kematian ialah 190 orang manakala jumlah yang dijangkiti meningkat dari 575 kepada 688 orang. Terdahulu semalam, Kementerian Kesihatan mengumumkan Pemangku menteri, Adel Fakieh memecat salah seorang timbalannya, Ziad Memish tanpa memberikan sebarang alasan. Fakieh yang sebelum ini memegang jawatan Menteri Buruh diarah memimpin Kementerian Kesihatan selepas bekas menteri, Abdullah al-Rabia dipecat pada April lalu tanpa sebarang penjelasan rasmi. Sumber: AFP
TOP
Samsung lancar telefon baharu Tizen
PEKERJA Samsung menunjukkan model terbaru telefon pintar Samsung Z910F (kanan) dan jam pintar SM-R380 pada Persidangan Pembangun Tizen di San Francisco, California, hari ini. - Foto AFP SAN FRANCISCO: Samsung hari ini melancarkan telefon pintar terbaharunya menggunakan platform Tizen yang bermatlamat untuk memisahkannya dari Google Android dan menyifatkan peranti itu sebagai “Internet of Things.” Pengeluar produk elektronik Korea Selatan itu mempamerkan Samsung Z, telefon pintar pertama yang dijana platform Tizen bagi membezakannya daripada majoriti peranti yang menggunakan sistem operasi Android. Samsung berkata, Tizen adalah platform yang bukan hanya untuk telefon tetapi boleh disambung dengan peranti lain seperti peralatan rumah, mengunci pintu dan jam yang boleh berkomunikasi dengan orang lain pada masa depan. Pengumuman produk terbaharu itu dibuat sehari selepas Apple melancarkan versi terbaharu sistem operasi telefon bimbit iOS. Samsung Z yang direka untuk kegunaan platform Tizen akan mula dijual di Russia pada suku tahun ketiga tahun ini sebelum sampai di pasaran lain. Kebanyakan peranti keluaran Samsung termasuk telefon pintar Galaxy S menggunakan sistem operasi Android. Sumber: AFP
TOP
Jejak Kaki Ditemui Dalam Pencarian Gareth Huntley
PULAU TIOMAN: Pasukan penyelamat yang mencari warga Britain, Gareth Huntley yang hilang melaporkan terdapat penemuan kesan jejak tapi kaki antara dua sehingga tiga hari. Operasi mencari akauntan yang berusia 34 tahun ini kini memberi tumpuan di kawasan sebelah barat ke Gunung Kajang, di mana jejak itu dipercayai menjadi petunjuk, kira-kira 7.5 kilometer dari air terjun Lubuk Teja yang sepatutnya dikunjungi Huntley. "Kumpulan yang melakukan pencarian telah berkhemah dan bermalam di kawasan carian yang mengecil dari timur laut air terjun berkenaan, akan menuju ke Gunung Kajang dan dijangka tiba di sana pada sebelah petang. "Kami juga mempunyai pasukan-pasukan dari Kampung Mukut dan Kampung Paya bergerak ke utara dan timur, dengan Gunung Kajang sebagai titik pertemuan untuk semua pasukan," kata Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Morni Mamat kepada pemberita di kem pangkalan operasi di tapak projek penyu Kampung Juara pada Selasa. Kira-kira tengah hari 27 Mei lalu, Huntley dilaporkan memaklumkan kepada pihak pengurusan chalet bahawa dia akan melakukan 'trekking' ke air terjun, dengan tempoh pendakian yang sepatutnya mengambil masa kira-kira 75 minit. Apabila dia masih tidak pulang ke chalet pada pukul 5 petang, rakan-rakannya dan beberapa penduduk kampung mula mencari Huntley, yang tiba di tapak projek penyu itu pada 24 Mei lalu untuk berkhidmat sebagai sukarelawan. Morni berkata, jejak kaki itu ditemui di luar sebuah empangan hidro yang terletak kira-kira 1 kilometer dari air terjun. Beliau menambah bahawa jabatan itu yakin jejak itu adalah kepunyaan Huntley berikutan kawasan berhampiran empangan itu jarang dikunjungi pelancong dan sehingga kini ia tidak pernah diterokai oleh anggota mencari dan menyelamat. Beliau menyifatkan penemunaan laluan berkenaan turut termasuk ranting patah, daun yang dipijak dan kesan tapak kaki. Beliau berkata, pihak berkuasa percaya Huntley, yang dilaporkan sebagai seorang pejalan kaki yang berkebolehan, akan mula mencari sungai sebaik sahaja dia sedar dia sesat dan mungkin akan menyebabnya ke Gunung Kajang. "Ia mudah untuk dia untuk terus hidup di sana kerana terdapat banyak sungai air tawar untuk memberikannya tenaga," tambah Morni. Sumber: mStar
TOP
al-Sisi Presiden Baharu Mesir
Abdel Fattah al-Sisi
KAHERAH: Bekas Panglima Angkatan Tentera Mesir, Abdel Fattah al-Sisi dipilih sebagai Presiden baharu Mesir. Pemimpin tentera itu menang 96.9 peratus undi pada pilihan raya yang diadakan sejak kira-kira setahun selepas beliau menggulingkan Presiden Mohamed Morsi. Bagaimanapun, pakatan parti Islam memboikot pilihan raya berkenaan. Pengundian minggu lalu dilanjutkan selama tiga hari berikutan kebimbangan peratusan keluar mengundi yang rendah. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Anwar Rashad al-Asi berkata, sebanyak 47.45 peratus keluar mengundi pada pilihan raya berkenaan. Kemenangan besar Sisi sudah dijangka dengan kebanyakan pengundi menyifatkan beliau sebagai wira kerana menamatkan pemerintahan Morsi pada Julai lalu. Dalam pilihan raya itu, pencabar tunggal Sisi, Hamdeen Sabbahi hanya meraih tiga peratus undi. Sumber: mStar
TOP
MH370: Saintis Kaji Bunyi Misteri Dikesan Di Selatan India
KUALA LUMPUR: Sekumpulan saintis antarabangsa sedang mengkaji satu bunyi misteri berfrekuensi rendah bawah laut yang dikesan pada masa yang sama ketika pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dilaporkan dikesan kali terakhir oleh radar satelit. Bunyi terbabit dikatakan berasal dari selatan negara India. Ia percayai telah merentasi Lautan Hindi dan telah dikesan oleh dua alat penerima (receiver) sekitar pesisiran pantai dan selatan Perth, Australia, lapor laman berita United Kingdom, Telegraph. Namun lokasi asal isyarat itu adalah hampir lima ribu kilometer dari barat laut Australia, yang mana lokasinya tidak sama dengan lokasi carian MH370 di Australia yang dibuat berdasarkan data satelit Firma British, Inmarsat sebelum ini. Walau bagaimanapun, kekuatan bunyi tersebut adalah di luar lingkungan pendengaran manusia. Telegraph turut memetik laporan New York Times yang menemubual Ahli Sains Marin dari Universiti Curtin, Alec Duncan mengenai bunyi tersebut. Duncan berkata beliau menganggarkan hanya terdapat 25 hingga 30 peratus peluang untuk bunyi tersebut datang dari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac yang lalu. “Hanya 25 hingga 30 peratus kebarangkalian bunyi tersebut datang dari pesawat MH370, walaupun rendah namun berbaloi untuk dikaji” kata Duncan kepada New York Times. Kata Duncan lagi, bunyi tersebut telah dikesan oleh alat penerima yang biasanya beroperasi untuk memantau aktiviti ikan paus. Sementara itu, dalam laporan yang sama dari Telegraph menyatakan bahawa seorang wanita British, Katherine Tee, 41 memberitahu Thailand Gazette bahawa dia dan suaminya ada terlihat sebuah pesawat terbakar ketika belayar dari Lautan Hindi ke Thailand. Tee mendakwa kejadian berkenaan disaksikan olehnya pada 8 Mac namun hanya membuat laporan mengenainya pada keesokan harinya. “Ketika itu saya nampak sebuah pesawat terbakar, seluruh badan pesawat diselubungi api yang marak dan asap hitam berkepul-kepul. “Saya fikir mungkin saya hilang akal seketika, objek tersebut menarik perhatian saya. Ia kelihatan berwarna jingga terang dan bersaiz lebih panjang dari kapal terbang biasa” beritahu Tee kepada Thailand Gazette. Menurut Tee lagi, pada masa yang sama dia terlihat pesawat lain berdekatan dan menyangka mereka pasti telah membuat laporan berkenaan pesawat yang terbakar itu. “Ada dua pesawat di bawah kapal terbang yang terbakar itu, dan mereka bergerak ke arah lain ketika itu. Mereka mempunyai lampu navigasi normal. Saya masih ingat ketika itu saya terfikir bahawa dua pesawat tersebut pasti sudah melaporkan mengenai kapal yang terbakar itu” cerita Tee lagi. Pada 29 Mei, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) menyimpulkan bahawa pesawat MH370 tidak hilang di kawasan empat isyarat ping dikesan sebelumi ini. Kawasan laut dalam di Lautan Hindi yang menjadi tumpuan operasi pencarian pesawat MH370 selepas empat isyarat ping yang dipercayai datang dari kotak hitam pesawat diiystiharkan sebagai bukan kawasan pesawat MH370 hilang. Sumber: Astro Awani
TOP
Harga rumah Malaysia naik 8% pada suku pertama
HARGA rumah di Malaysia meningkat lapan peratus pada suku pertama 2014 berbanding suku yang sama tahun lepas. Menurut Indeks Harga Rumah Knight Frank Global yang disiarkan hari ini, Malaysia menduduki tempat ke-15 antara 54 negara. Dubai yang menduduki tangga teratas ranking tahunan buat suku keempat berturut-turut, mencatatkan pertumbuhan 27.7 peratus hingga akhir Mac, katanya dalam nota penyelidikannya. Bagaimanapun, harga meningkat 3.4 peratus pada tiga bulan pertama 2014, berikutan fi pemindahan yang meningkat sekali ganda dan sekatan gadai janji memberi impak ke atas pasaran hartanah negara berkenaan. Ketua Penyelidik Knight Frank bagi Asia Pasifik, Nicholas Holt berkata 14 negara merekodkan penurunan harga rumah tahun ke tahun berbanding 12 di Eropah manakala Singapura dan Jepun merupakan negara bukan Eropah. "Langkah-langkah membendung spekulasi serta syarat pinjaman gadai janji yang lebih ketat membendung peningkatan harga di Singapura manakala di Jepun, 'Abenomics' belum menolak naik harga rumah ke jajaran positif," katanya. Beliau berkata : 'Kami menjangkakan melihat pengukuhan prestasi indeks pada suku kedua. Tumpuan kini kekal pada bank-bank pusat khususnya Rizab Persekutuan, Bank of England dan Bank Pusat Eropah. "Isunya bukan bila kadar faedah akan naik tetapi kepantasan dan tahap ia boleh dilakukan". Secara keseluruhannya, Indeks Harga Rumah Global meningkat buat lapan suku berturut-turut, namun kadar pertumbuhan harga perlahan di sepanjang tiga bulan pertama 2014. - Bernama
TOP
OCBC Al-Amin bank Islam terbaik
Syed Abdull Aziz (tengah) menunjukkan ikon Anugerah Bank Islam Terbaik 2014 yang diterima daripada The Banker.
OCBC Al-Amin Bank Bhd (OCBC Al-Amin), anak syarikat perbankan Islam milik penuh OCBC Bank (Malaysia) Bhd, dipilih sebagai Bank Islam Terbaik 2014 di Malaysia oleh The Banker, terbitan perbankan antarabangsa paling lama di dunia yang berpangkalan di London, United Kingdom. Ini adalah kali pertama bank Islam milik asing memenangi anugerah tersebut. Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Al-Amin Syed Abdull Aziz Syed Kechik berkata, anugerah itu mengesahkan kekuatan dan pertumbuhan bank tersebut sejak penubuhannya pada 2008. "Kami berbesar hati untuk menerima anugerah ini, yang sesuai dengan masanya, lebih-lebih lagi dalam konteks sebuah negara yang mempunyai beberapa peserta perbankan Islam yang kukuh dan dalam usaha untuk memartabatkannya sebagai hab perbankan di rantau ini. "Selain anugerah ini, kami terus mengiktiraf rangka kerja mantap yang disusun pihak berkuasa kawal selia yang membolehkan kami mencapai kejayaan selama ini. Kami akan terus melakukan yang terbaik bagi masyarakat perbankan tempatan dan antarabangsa sambil terus meluaskan operasi," katanya melalui satu kenyataan, semalam. Sementara itu, menurut Pengarang The Banker Brian Caplen, anugerah itu membuktikan pengurusan mantap, model perniagaan kukuh, strategi inovatif dan pendekatan risiko teliti OCBC Al-Amin. "Anugerah kepada OCBC Al-Amin memperlihatkan kekuatan sektor perbankan Islam di Malaysia. "Dalam pasaran yang kompetitif, bank ini menunjukkan tahap inovasi dan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa, dan juga kadar pertumbuhan keseluruhan yang kukuh untuk menduduki tangga teratas," katanya. OCBC Al-Amin baru-baru ini juga berkembang pesat dalam sektor runcit, dengan memperkenalkan cawangan OCBC Al-Amin Xpres yang menawarkan kemudahan dan capaian yang menyenangkan penduduk muda di bandar dan segmen Bumiputera. Dengan pembukaan dua cawangan OCBC Al-Amin Xpres baharu pada 2013, bank itu kini mempunyai 10 cawangan perbankan Islam tersendiri. OCBC Al-Amin turut mencatatkan peningkatan 131 peratus dalam untung sebelum cukai, daripada RM59 juta pada 2012 kepada RM136 juta pada 2013, iaitu tahun operasi penuhnya yang kelima.
TOP
Budak 11 tahun mekanik kereta
Tuan Asyraaf menghabiskan masa luangnya mempelajari ilmu mengenai enjin kereta daripada abangnya yang juga seorang mekanik.
DUNGUN - Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Biarpun umurnya baru 11 tahun, anak seorang mekanik, di sini, sudah pandai membaiki enjin kenderaan. Malah Tuan Asyraaf Tuan Muter mula berjinak-jinak dengan kerja membaiki enjin kereta sejak umurnya 9 tahun lagi. Bakatnya itu diwarisi daripada bapanya, Tuan Muter Tuan Putih, 53, yang membuka bengkel kenderaan di rumah mereka dekat Gong Pasir sebelum dia diserang angin ahmar kira-kira lapan bulan lalu. “Saya nak jadi mekanik yang berjaya suatu hari nanti, dapat buka bengkel kereta sendiri,” kata murid tahun lima SK Batu 48 itu. Tuan Asyraaf berkata, dia tidak kisah dipandang sinis oleh rakan sebayanya berikutan dia memilih melakukan pekerjaan yang terpaksa bergelumang dengan minyak dan kotoran. Katanya, dia yakin kerja membaiki kenderaan yang diminatinya itu memberikan masa depan yang cerah walaupun jika dia gagal dalam pelajaran. “Kerja baiki kereta juga boleh dapat banyak duit jika dilakukan secara bersungguh-sungguh. “Apa pun saya bangga dengan pekerjaan ini kerana ia juga satu pekerjaan halal dan boleh menjamin masa depan,” katanya. Bagaimanapun Tuan Asyraaf berkata, walaupun sangat meminati pekerjaan itu, dia tidak pernah melupakan pelajarannya. Anak bongsu daripada lima beradik itu berkata, dia cuma melakukan pekerjaan itu selepas pulang dari sekolah, manakala masa terluang cuti sekolah pula dimanfaatkan untuk mendalami ilmu membaiki kenderaan daripada abangnya, Tuan Syed Azhan, 24, yang juga seorang mekanik. Katanya, dia kini sudah dapat menguasai kerja asas enjin seperti menukar minyak pelincir, penapis, membuka tayar dan servis enjin. "Setiap hari saya akan belajar perkara baru berkaitan enjin dan sejak tiga tahun saya membantu abang di bengkel, sudah banyak yang saya pelajari," katanya. Menurutnya, setakat ini dia banyak membaik pulih kereta buatan tempatan seperti Proton Saga, Wira dan Perodua. Bagaimanapun, dia bercita-cita mahu mendalami selok-belok enjin kereta buatan Eropah kerana tidak ramai mekanik yang mahir dengan kenderaan import itu. “Kalau ada peluang, saya nak belajar enjin kereta BMW, Mercedes dan Audi. “Mana tahu saya dapat jadi mekanik profesional yang mahir tentang enjin kereta mewah suatu hari nanti,” katanya.
TOP
Dua anggota renjer maut di Pattani
PATTANI - THAILAND. Dua anggota renjer maut apabila mereka diserang ketika sedang menjalankan tugas mengawal keselamatan guru dan orang ramai di sini hari ini. Kejadian berlaku pada jam 7 pagi di jalan utama Pattani-Narathiwat di Kampong Trakborn, Saiburi Pattani, menurut pihak berkuasa. Ketua polis daerah Saiburi Pol. Col. Panya Karawanan berkata kedua-dua mereka ditembak di bahagian kepala dan tubuh dengan senjata M16 dan .9mm oleh lelaki yang berada di dalam kereta. Polis menemui lebih 20 kelongsong peluru M16 dan .9mm ketika melakukan siasatan. Kejadian itu mengagalkan percubaaan suspek menanam bom di tempat berhampiran. Polis percaya suspek membawa bom untuk ditanam di atas jalan di kawasan berhampiran kerana 100 meter dari tempat kejadian terdapat satu lubang yang telah digali. Berikutan kejadian, 100 pegawai keselamatan dikerah untuk mengepung kawasan jarak satu kilometer dari tempat kejadian. - Bernama
TOP
Kupu-kupu gergasi muncul dipengaruhi banyak faktor
KUANTAN - Kemunculan jutaan kupu-kupu gergasi sejak seminggu lepas di bandar ini menimbulkan banyak tanda tanya dalam kalangan penduduk di sini dan pelancong luar. Serangga bersayap ini dilihat sangat aktif pada waktu malam dan sering mengurumuni kawasan yang melimpahkan cahaya lampu amat terang. Malah, ia turut mengerumuni padang Stadium Darul Makmur ketika perlawanan bola sepak Pahang menentang Johor Darul Takzim dalam saingan separuh akhir Piala FA Jumaat lepas. Profesor Entomogi Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia Profesor Che Salmah Mat Rawi berkata serangga 'misteri' ini dikenali dengan nama saintifiknya Lyssa Zampa Docile. Beliau berkata pelbagai teori boleh dikaitkan dengan kemunculan kupu-kupu termasuk faktor perubahan cuaca yang menyebabkan peningkatan mendadak serangga itu di bandar ini. "Lazimnya, serangga ini mendiami kawasan tanah tinggi tetapi ada kemungkinan ia boleh didapati dengan banyak di kawasan penanaman atau kawasan pembangunan terutama pada Mei hingga Ogos setiap tahun. "Serangga yang bersifat nokturnal ini sangat aktif pada waktu malam dan akan mudah tertarik dengan cahaya lampu. Pada siang hari, ia akan berehat dan mendiami kawasan teduh dan sejuk seperti di bumbung-bumbung rumah atau di kaki pokok-pokok besar," katanya ketika dihubungi di sini. Prof Che Salmah berkata faktor tarikan lampu, perubahan cuaca, banyak sumber makanan serta tiada musuh yang mengancam keselamatan serangga ini turut mempengaruhi kemunculannya. "Walaupun kajian menyatakan serangga ini tidak beracun, namun ia boleh menyebabkan kegatalan pada kulit jika disentuh. "Bulu pada kepak serangga ini juga boleh mengganggu penafasan dan amat sensitif terhadap penghidap penyakit lelah," katanya. - Bernama
TOP
Port panas penagih diserbu lagi
Penagih yang ditahan di dua lokasi berasingan dikumpulkan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPU untuk siasatan lanjut
KEPALA BATAS - Seorang pengedar dan 60 penagih dadah ditahan dalam Ops Bersepadu yang dijalankan di Kuala Muda dan Tasek Gelugor awal pagi semalam. Operasi yang bermula pada jam 4 pagi itu disertai 49 anggota dan pegawai polis serta 69 kakitangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang melakukan serbuan di ‘port’ penagih melepaskan gian. Anggota yang bertugas bertindak menyembunyikan diri di sebalik belukar dalam gelap malah menunggu kedatangan penagih yang mula tiba di kawasan terbabit seawal tujuh pagi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang, Superintendan Guan Beng Kang berkata, pihaknya telah menjalankan risikan dan membuat pantauan sebelum kawasan terbabit diserbu. “Maklumat yang disalurkan orang awam turut digunakan bagi membanteras kawasan penagih berkumpul. “Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 20 sehingga 50 tahun dan kebanyakannya bekerja sebagai nelayan. “Ini merupakan kali kedua kawasan terbabit diserbu selepas April lalu berikutan penagih dadah yang aktif di sini malah kesemua mereka yang ditahan akan menjalani ujian air kencing bagi mengenal pasti sama ada positif dadah atau sebaliknya,” katanya. Beliau berkata, pihaknya turut memberkas seorang pengedar yang dipercayai bergerak aktif di kawasan sekitar dan menemui dua paket besar berisi bungkusan mengandungi pil yang dipercayai heroin. “Selain itu, salah seorang daripada mereka yang diberkas merupakan orang yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes pecah rumah yang berlaku beberapa hari lalu," katanya. Katanya, kesemua penagih yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 3(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1983 manakala pengedar berkenaan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
TOP
Setem 158 tahun dilelong RM64.5j
Gambar Hiasan (British Guiana One Cent Black on Magenta), Setem 158 tahun dilelong RM64.5j Setem paling mahal di dunia diramal bakal mencapai harga RM64.5 juta apabila dilelong akhir bulan ini.
London: Setem paling mahal di dunia dan mempunyai pelbagai kisah sejarah tersendiri mula dipamerkan sebelum dilelong lewat bulan ini. Ia adalah satu-satunya setem magenta daripada British Guiana yang masih wujud sejak 1856 dan jarang dilihat sejak kali terakhir dipamerkan kepada umum pada tahun 1986. Sejak diperkenalkan ia pernah mencatat rekod baru dunia dan lelongan di New York pada 17 Jun bakal mencatatkan harga mencecah AS$20 juta (RM64.5 juta). Rumah lelongan Sotheby’s yang beribu pejabat di London, akan melelong setem itu dengan harga sekitar AS$10 juta (RM30.25 juta dan AS$20 juta. Setem unik itu dikatakan ditemui oleh seorang budak lelaki Scotland berusia 12 tahun yang tinggal di British Guiana, Amerika Selatan pada tahun 1873. Ia ditemui di dalam simpanan keluarganya dan mengambilnya untuk koleksi peribadi tanpa menyedari setem itu adalah sesuatu yang jarang ditemui. Namun kemudian, dia menjual setem itu dengan harga yang murah dan dalam tempoh lima tahun ia telah berada di dalam jagaan bangsawan terkenal Austria, Count Philippe la Renotiere von Ferrary. Dirampas Perancis
Count Philippe pula mewariskan setem berharga itu kepada sebuah muzium di Berlin. Malangnya ia dirampas oleh Perancis pada tahun 1920 sebagai sebahagian pampasan Perang Dunia Pertama dari Jerman dan kemudian dijual kepada hartawan tekstil New York. Sering digambarkan sebagai ‘setem yang paling berharga di dunia’ yang ditemui oleh seorang budak lelaki dan kemudian dijual kepada pengumpul setem tempatan dengan harga yang sangat murah. Pengarah projek khas di Sotheby, David Redden berkata, sepanjang kerjayanya bersama rumah lelongan Sotheby’s, perkara pertama mengenai hasil karya seni terbesar dunia yang beliau ketahui adalah setem Guiana British sebelum mengetahui mengenai Mona Lisa atau Gereja Besar Chartres. - AGENSI
TOP
Seluar 3,300 tahun ditemui
Seluar berusia 3,300 tahun yang ditemui di kawasan perkuburan Yanhai di China. Beijing: Penemuan sehelai seluar yang dipercayai berusia lebih 3,000 tahun adalah sesuatu yang mengejutkan dan sekalipun ia kelihatan usang dan lusuh tetapi tetap kelihatan utuh. Seluar itu ditemui bersama pakaian lain di kawasan perkuburan Yanghai di Lembangan Tarim, di China. Seluar yang diperbuat daripada tiga cebisan kain itu dijahit bersama dan hasil tenunan dapat dilihat dipermukaannya. Lebih menarik lagi, ia dipercayai pakaian yang digunakan untuk menunggang kuda. Seluar yang dianggarkan berusia lebih 3,300 tahun itu juga dianggap sebagai yang tertua pernah ditemui. Penemuan itu juga memberi ilham kepada penyelidik Ulrike Beck dari Institut Arkeologi Jerman di Berlin untuk mencadangkan bahawa penciptaan seluar itu adalah untuk digunakan bagi menunggang kuda. Penyelidik turut menemui serpihan seluar bulu yang dipercayai digunakan sejak abad ke 10 dan 13 sebelum Masihi. Seluar tertua untuk menunggang itu dipercayai mula digunakan sejak 4,000 tahun lalu. Jumpa peralatan kuda, senjata
Penyelidik juga menemui peralatan kuda dan senjata. Mereka membuat andaian bahawa ciptaan pakaian itu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu untuk dua kaki dan kemaluan, dikaitkan dengan zaman baharu menunggang kuda bertujuan memudahkan pergerakan ketika berperang. Penyelidik menyifatkan seluar sebagai perlindungan yang penting kepada manusia untuk meningkatkan kualiti fizikal. Ia lebih bersesuaian berbanding jenis pakaian lain seperti jubah. Laporan penemuan itu sudah dikeluarkan untuk kegunaan antarabangsa dan menyokong idea penciptaan seluar menunggang untuk kegunaan gembala yang sering berpindah-randah. - AGENSI
TOP
'Doktor Ika' dipenjara tiga tahun
HASDI Jamal Aripin dibawa ke mahkamah sebelum dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun atas kesalahan menyamar sebagai doktor di Mahkamah Majistret Melaka, semalam.
MELAKA 3 Jun - Seorang lelaki berperwatakan lembut yang menyamar sebagai doktor wanita berwajah ayu dengan gelaran 'Dr. Ika', memakai tudung dan gemar memakai baju kurung, akhirnya dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Hasdi Jamal Aripin, 27, yang beralamat di Ampang, Selangor dijatuhi hukuman tersebut oleh Majistret Nurul Ezwaney Husin setelah menukar pengakuan kepada bersalah atas tuduhan menipu Norman Mohd. Norawai, 42, dengan menyamar sebagai Doktor Norzulaikha Jamaluddin. Mengikut pertuduhan, tertuduh yang berasal dari Sabah didakwa menyerahkan dokumen sijil Perakuan Amalan Tahunan yang diketahuinya sebagai palsu dan perbuatan itu telah mendorong Norman menyerahkan wang RM8,280 sebagai gaji kepadanya. Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di Klinik Doktor Norman Sdn. Bhd., di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam di sini antara 15 Januari dan 11 April tahun lalu. Dakwaan terhadap Hasdi Jamal dikemukakan mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya. Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan termasuk mengenakan denda terhadapnya. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Ashraf Abd. Hamid yang mengendalikan pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal ke atas tertuduh. Menurut Mohd. Ashraf, perbuatan tertuduh yang menyamar sebagai doktor telah menjejaskan profesion kedoktoran.
"Dalam tempoh itu juga tertuduh telah merawat banyak pesakit," kata Mohd. Ashraf. Nurul Ezwaney memerintahkan tempoh pemenjaraan tertuduh berkuat kuasa hari ini. Mengikut fakta kes, tembelang tertuduh yang menyamar sebagai 'Doktor Norzulaikha Jamaluddin' terbongkar selepas Norman menerima satu panggilan telefon daripada seorang wanita yang mendakwa tertuduh telah mengganggu suaminya. Mangsa yang mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena kemudian telah membuat semakan di Internet melalui laman web Majlis Perubatan Malaysia (MMC) untuk mengetahui kesahihan kelayakan sijil yang dimiliki tertuduh. Selepas membuka laman web itu, mangsa mendapati nama yang tertera adalah Dr. Zulaika Nordin dan bukannya Norzulaikha Jamaluddin yang diguna tertuduh. Ekoran itu mangsa kemudian telah membuat laporan polis di Balai Polis Batu Berendam pada 8 April tahun lalu dan tertuduh kemudian ditangkap pada 11 April ketika sedang menunggu pesakit. Sepanjang menjadi doktor sambilan selama tiga bulan, mangsa telah membayar gaji hampir RM10,000 kepada tertuduh.
TOP
Serangan udara cemari pilihan raya Syria
Tiga orang kanak-kanak diselamatkan anggota Jabatan Pertahanan Awam ketika satu serangan udara tentera Syria dilancarkan di kawasan perumahan al-Shaar, di Aleppo, kelmarin. - REUTERS
DAMSYIK 3 Jun - Lebih 15 juta rakyat Syria mengundi untuk pilihan raya Presiden, semalam, dalam satu proses pemilihan yang dilihat bakal memberi kemenangan besar kepada penyandang jawatan itu, Bashar al-Assad ketika kumpulan penentang hanya mampu melihat proses tersebut. Pilihan raya itu mengundang kontroversi selepas hanya dijalankan di kawasan yang dikuasai tentera kerajaan sekali gus disifatkan kumpulan penentang sebagai satu 'sandiwara' yang akan memanjangkan lagi tempoh kekejaman di negara itu selepas tiga tahun. Sebanyak 11,000 peti undi disediakan di lebih 9,000 pusat saluran mengundi yang dibuka bermula dari pukul 7 pagi waktu tempatan hingga pukul 7 malam. Assad mengundi di Maliki, kawasan perumahan di tengah Damsyik bersama isterinya, Asma al-Assad. Bagaimanapun, proses pemilihan itu dicemari dengan tindakan tentera Syria mengebom kawasan dikuasai kumpulan penentang di wilayah Aleppo termasuk pertempuran sengit di Hama, Damsyik, Idlib dan Daraa. Assad dalam pada itu, dicabar dua pesaing kurang terkenal iaitu, Maher al-Hajjad dan Hassan al-Nuri yang hanya berkempen dengan tidak selalu mengkritik Assad, bimbang dikaitkan dengan kumpulan penentang dengan mereka memberi tumpuan hanya pada isu rasuah dan dasar ekonomi. Secara teori, pilihan raya itu adalah yang pertama dalam tempoh 50 tahun di Syria, dengan Assad dan bapanya memperbaharui mandat pentadbiran mereka menerusi proses pungutan suara. Pemerhati luar dari dalam kalangan pakatan kerajaan Syria iaitu Korea Utara, Iran dan Rusia turut dijemput bagi memantau pilihan raya itu yang diadakan dalam kawalan keselamatan yang ketat bagi mengelak serangan ke atas pengundi dan pusat pengundian. - AFP
TOP
Laporan Pemilu 2014 berat sebelah - Susilo
Susilo Bambang Yudhoyono
JAKARTA 3 Jun - Presiden Susilo Bambang Yudhoyono hari ini secara terbuka mengkritik media massa Indonesia yang disifatkan tidak melaporkan berita yang seimbang pada kempen Pemilihan Umum (Pemilu) 2014. Bahkan Presiden Indonesia itu juga menamakan dua stesen televisyen tempatan Metro TV dan TV One sebagai contoh media yang mengamalkan dasar berat sebelah. "Tahun ini, media kita sudah berpecah. Cuba semak. Paling mudah dilihat ialah Metro TV dan TV One," kata Susilo ketika berucap pada Perhimpunan Nasional Persiapan Pemilu Presiden dan Naib Presiden di Sentul, Bogor hari ini. Secara spontan Susilo turut menunjuk ke arah dua wartawan Metro TV dan TV One yang kebetulan sedang berdiri di hadapannya. "Beliau (wartawan) pun tersenyum dan ketawa," seloroh SBY kepada dua wartawan itu. Harapan Susilo ialah media massa memberikan laporan yang tepat dan membina. Menurutnya, perkara itu memang mudah untuk diucapkan, tetapi sangat sulit dilakukan pemilik media. "Saya harus berterus-terang. Walaupun media massa harus melaporkan fakta yang adil dan seimbang, perkara itu agak usah untuk dilaksanakan. "Hakikatnya, saya ingatkan, media massa milik orang ramai dan untuk kepentingan masyarakat, bukan hanya pemilik modal," tegas Presiden lagi. - UTUSAN
TOP
Otak bercantum dengan tengkorak
Archie Outlaw menikmati kehidupan yang lebih baik selepas menjalani pembedahan memisahkan otak (gambar kanan) dan tengkoraknya. - AGENSI
LONDON 2 Jun - Kebiasaannya, kebanyakan bayi normal dilahirkan dengan memiliki ruang di bahagian dalam tengkorak bagi membolehkan otak membesar dengan sempurna. Tetapi lain pula kisahnya di Britain apabila seorang kanak-kanak, Archie Outlaw yang dilahirkan dengan keadaan otaknya bercantum bersama tengkorak atau dikenali sebagai Frontometaphyseal dysplasia, penyakit genetik yang hanya dihidapi kira-kira 35 orang sahaja di seluruh dunia. Kanak-kanak yang menghidap sindrom tersebut boleh mengalami kerosakan otak atau tekanan terhadap otak selain masalah pembentukan rangka badan dan kesihatan buah pinggang, pundi kencing dan jantung jika tidak dirawat dengan segera. Ekoran itu, Outlaw, 4, terpaksa bertarung nyawa selama lima jam menjalani pembedahan yang boleh merosakkan otaknya, sehingga meninggalkan kesan jahitan seperti mata gergaji apabila doktor membelah tengkoraknya untuk pembentukan semula tulang kepala budak lelaki itu. Ibunya, Kelly, 32, berkata, dia mula menyedari kecacatan anaknya itu ketika berusia lima bulan apabila Outlaw mengalami masalah pernafasan dan dimasukkan ke hospital. Selain itu, rawatan lanjut doktor mendapati anaknya juga menghadapi masalah pendengaran, penglihatan dan pertuturan disebabkan otaknya yang tidak boleh berkembang. "Bagaimanapun disebabkan faktor usia yang masih kecil, Outlaw perlu menunggu sehingga berusia tiga tahun setengah untuk menjalani pembedahan memisahkan otak daripada tulang tengkoraknya. "Selepas dibedah, kehidupan anak saya lebih baik dan lebih cergas melakukan aktiviti fizikal," katanya kepada Mail Online.
TOP
Robot pecah rekod pecut Usain Bolt
SEOUL 2 Jun - Rekod pelari pecut dunia, Usain Bolt bakal tergugat dengan kewujudan robot Velicoraptor dari Korea Selatan yang dicipta mampu memecut melebihi kepantasan Bolt, iaitu 44.2 kilometer sejam. Robot yang dinamakan Raptor itu dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik dari Institut Lanjutan Sains dan Teknologi, Korea Selatan yang menggunakan dua kaki logam dan dipasang komponen yang mampu menyerap hentakan seperti tendon Achilles, lapor laman web, inquisitr.com. Ini membolehkan Raptor mencapai kelajuan sebanyak 45.9 kilometer sejam di atas mesin senaman treadmill, sekali gus menewaskan rekod Bolt. Sebelum Raptor, syarikat teknologi, Boston Dynamics pernah mencipta robot Cheetah dengan ciri-ciri haiwan terpantas di dunia itu yang mampu mencapai rekod maksimum pecutan sebanyak 45.5 kilometer sejam. Namun, kedua-dua robot itu hanya boleh memecut di atas treadmill selepas dipasang di atas landasan supaya robot tidak terjatuh. Tahun lalu, Bolt dilaporkan pernah memenangi perlumbaan dengan sebuah bas dalam satu pameran serta bertanding dengan tiga pelari pecut Jamaica, Mario Forsythe, Kimmari Roach, dan Daniel Bailey. Pemenang pingat emas acara pecut 100 meter Olimpik itu turut berhasrat untuk mempertahankan kedudukannya dalam Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil pada 2016. "Satu daripada matlamat utama saya ialah untuk menyertai Sukan Olimpik di Rio pada 2016 dan memenangi acara olahraga seperti sebelum ini. "Saya mahu menjadi atlet pertama yang mempertahankan pingat emas sebanyak tiga kali berturut-turut dalam acara berkenaan," katanya yang mungkin akan bersara selepas sukan Olimpik itu.
TOP
Tentera Britain alami obesiti ditamat perkhidmatan
LONDON 2 Jun - Tentera Britain dilaporkan menghadapi masalah obesiti yang menyebabkan ramai dalam kalangan mereka terpaksa dipecat, menurut laman web, Mail Online. Krisis kegemukan yang melanda tentera Britain itu menyebabkan mereka tidak sesuai untuk bertugas di medan perang, mencetuskan kebimbangan terhadap kemampuan mereka untuk mempertahankan negara. Data Kementerian Pertahanan menunjukkan, sekurang-kurangnya 50 anggota tentera dipecat kerana obesiti antara 2002 dan 31 Mac tahun lalu. Pada 2011 sahaja seramai 13 orang askar ditamatkan perkhidmatan ekoran masalah sama. Anggota Forum Obesiti Kebangsaan, Tam Fry menyifatkan pendedahan tersebut sebagai mengejutkan. Fry berkata, dia bimbang pasukan tentera Britain menghadapi masalah yang sama seperti tentera Amerika Syarikat (AS). Hampir separuh daripada tentera AS dilaporkan mengalami berat badan berlebihan, manakala 19 peratus lagi mengalami obesiti. Kementerian Pertahanan Britain melaporkan, askar yang gagal dalam ujian pemeriksaan kesihatan diarah supaya menjalani latihan fizikal, manakala bagi anggota tentera yang mengalami kes ekstrem, perkhidmatan mereka akan ditamatkan. Bagaimanapun, jurucakap kementerian berkata, pasukan tentera negara ini masih dalam keadaan sihat dan tegap berbanding orang awam.
TOP
PKS Malaysia sasar kedudukan 10 terbaik dunia untuk peniagaan dalam talian
KUALA LUMPUR 3 Jun - Malaysia menyasarkan untuk berada pada kedudukan 10 terbaik dunia dalam menjalankan perniagaan atas talian untuk tempoh enam tahun lagi. Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp., Datuk Hafsah Hashim berkata, sasaran itu boleh dicapai berdasarkan kepada komitmen kerajaan menyediakan pelbagai inisiatif teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Beliau berkata, ini termasuklah usaha sama dengan pemain industri, antaranya, eBay, Paypal dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC). Tambahnya, SME Corp. juga menjalin kerjasama dengan Microsoft untuk mempromosikan Pakej Office 365 yang diaplikasikan menerusi perkhidmatan awan bagi mengurangkan beban kos operasi yang ditanggung PKS. "Bagaimanapun, kaji selidik yang dijalankan MDeC mendapati hanya 30 peratus PKS dalam sektor pembuatan manakala 18 peratus daripada sektor perkhidmatan yang menggunakan sistem perkhidmatan awan ini disebabkan kurangnya kepakaran, tahap keselamatan, kepekaan terhadap undang-undang dan keselamatan data dalam kalangan PKS terbabit," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Bengkel Memperkasakan E-Dagang Untuk Membantu PKS Mencapai Pasaran Baharu di sini hari ini.
Yang turut hadir, Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Joseph Y.Yun; Ketua SME Hubungan ASEAN menerusi Perdagangan dan Pelaburan, Thitapha Wattanapruttipaisan dan Wakil Negara Majlis Perniagaan ASEAN-AS, Ezani Mansor. Bengkel tersebut dihadiri 150 peserta daripada kalangan PKS yang ingin memanfaatkan kelebihan e-dagang dalam mengembangkan perniagaan ke pasaran yang lebih luas. Sehingga April lalu, sebanyak 26,285 terminal e-bayaran telah digunakan dan memberi manfaat kepada 18,206 PKS di seluruh negara. Berdasarkan kepada Laporan Global A.T Kearney Bagi Peruncitan, China berada pada kedudukan teratas dalam menjalankan perniagaan atas talian diikuti oleh Jepun dan AS manakala hanya dua negara Asia Tenggara berada dalam kelompok 30 terbaik iaitu Malaysia dan Singapura. Tahun ini, perniagaan kepada pelanggan (B2C) menerusi e-dagang dijangka meningkat 20.1 peratus secara global dengan nilai jualan mencecah AS$1.5 trilion (RM4.84 trilion). Kajian pasaran juga menunjukkan buat pertama kali tahun ini, pengguna Asia Pasifik dijangka berbelanja lebih banyak secara atas talian berbanding pengguna di Amerika Utara dengan menyaksikan jualan B2C bagi e-dagang melonjak AS$525.2 bilion (RM1.69 trilion) di Asia Pasifik manakala AS$482.6 bilion (RM1.56 trilion) di Amerika Utara.
TOP
Lelaki cuba seludup 66 ekor burung dalam seluar
CAMAGUAY, Cuba 3 Jun - Seorang lelaki ditangkap selepas cuba menyeludup 66 ekor burung kelicap di dalam seluar panjangnya keluar ke Amerika Syarikat dari Cuba semalam. Lelaki itu ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Ignacio Agramonte di pusat bandar Cuba dan dikesan selepas terdapat beberapa benjolan yang kelihatan mencurigakan pada seluarnya. Selepas ditahan oleh Kastam, suspek mendakwa dia hanya menyembunyikan seekor burung merpati sebagai satu hadiah kepada cucu lelakinya.
- Agensi
TOP
Israel enggan bekerjasama
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas (tengah) mengadakan mesyuarat bersama menteri-menteri kerajaan perpaduan baharu di Ramallah, Tebing Barat, kelmarin. - REUTERS
TEL AVIV 3 Jun - Israel semalam mengancam untuk mengenakan sekatan lebih ketat ke atas Tebing Barat selepas pergerakan Fatah membentuk kerajaan perpaduan Palestin dengan Hamas yang memerintah Genting Gaza. Menurut pejabat Perdana Menteri Israel, satu mesyuarat keselamatan Kabinet turut diadakan bagi berbincang tentang kerajaan baharu Palestin serta memberi kuasa kepada Benjamin Netanyahu untuk mengenakan sekatan tersebut. Kenyataan itu menambah, Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang menguasai Tebing Barat turut bertanggungjawab di atas semua serangan yang dilancarkan terhadap Israel. "Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah bekerjasama dengan Hamas, pertubuhan yang diisytiharkan sebagai pengganas di Amerika Syarikat, Eropah dan seluruh dunia. "Perjanjian dengan Hamas membuatkan Abbas bertanggungjawab di atas semua serangan yang dilancarkan ke Israel," jelas kenyataan tersebut. Terdahulu, Israel menggesa pemimpin dunia supaya tidak mengiktiraf kerajaan perpaduan Palestin dengan menyifatkan Kabinet baharu itu hanya akan 'memperkuatkan keganasan'. Dalam pada itu, Barat hari ini menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan kerajaan baharu Palestin selepas majlis angkat sumpah pembentukan kerajaan perpaduan tersebut dilaksanakan semalam. Beberapa jam selepas majlis tersebut, Setiausaha Negara AS, John Kerry menghubungi Netanyahu bagi menyampaikan kesediaan AS untuk bekerjasama dengan kepemimpin baharu Palestin. Israel dalam reaksinya meluahkan kekecewaan terhadap kesediaan AS untuk bekerjasama dengan kerajaan perpaduan Palestin. "Kami amat kecewa dengan kenyataan Jabatan Negara AS yang menyatakan kesediaan mereka bekerjasama dengan kerajaan baharu Palestin. "Kerajaan Palestin disokong oleh pergerakan pengganas, Hamas yang komited dengan usaha memusnahkan Israel," kata seorang pegawai Israel yang enggan dikenali. Jelas Israel, sekiranya AS mahu mempercepat proses damai, negara itu patut memanggil Abbas untuk enamatkan pakatan dengan Hamas dan kembali dengan proses rundingan damai Israel. - AFP/AGENSI
TOP
5 maut, lebih 20 terperangkap bangunan runtuh di Kalimantan
Anggota penyelamat Indonesia mencari pekerja yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan tiga tingkat di Samarinda, Kalimantan Timur, semalam. - AFP
JAKARTA 3 Jun - Sekurang-kurangnya lima orang maut dan lebih 20 lagi masih terperangkap apabila sebuah rumah kedai setinggi tiga tingkat yang masih dalam pembinaan, runtuh di daerah Samarinda, Kalimantan Timur, awal hari ini. Agensi berita Antara memetik kenyataan jurucakap polis Samarinda, Agus Setyo berkata, seramai 129 pekerja sedang tidur di tingkat tiga bangunan itu selepas bekerja lebih masa pada waktu malam bagi menyiapkan projek berkenaan. Jelas Agus, lebih 80 orang telah diselamatkan setakat ini dan usaha mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan masih giat dijalankan. Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih belum dijelaskan.
Seorang mangsa yang terselamat dikenali sebagai Supardi, 40, berkata, dia dan rakannya yang lain selesai bekerja kira-kira pukul 5 pagi dan runtuhan berlaku pada pukul 6.25 pagi selepas mereka tidur di tingkat bawah. "Saya sempat menyelamatkan diri sebaik-baik mendengar bunyi rekahan dan melihat bangunan terbabit runtuh. "Saya terus meminta bantuan penduduk setempat apabila mendengar suara rakan-rakan lain meminta tolong di bawah timbunan runtuhan," katanya. Kemalangan industri merupakan perkara biasa yang berlaku di Indonesia dengan data kerajaan menunjukkan seramai sembilan orang mati setiap hari di tempat kerja. Tahun lalu, Indonesia mencatatkan sejarah terburuk dalam kemalangan industri apabila 28 orang maut akibat runtuhan sebuah terowong di pusat perlombongan di Papua.
TOP
AS bantu kerajaan Palestin
HAMDALLAH (tengah) mempengerusikan mesyuarat Kabinet Palestin di Ramallah semalam.
WASHINGTON - Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memberitahu kelmarin, pihaknya merancang untuk mengadakan kerjasama dan menyalurkan bantuan kepada kerajaan perpaduan baharu Palestin. Keputusan tersebut menyebabkan Israel turut menyuarakan rasa tidak puas hati dengan keputusan AS itu. Presiden Palestin, Mahmoud Abbas kelmarin menyaksikan majlis mengangkat sumpah kerajaan perpaduan kelmarin. Perjanjian damai itu ditandatangani antara Pihak Berkuasa Palestin dengan pergerakan Hamas yang menentang Israel. Selepas penubuhan kerajaan perpaduan itu, Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh mengumumkan untuk mengundurkan diri. Mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri baharu, Rami Hamdallah berlangsung di Ramallah semalam. AS sebelum ini melihat Hamas sebagai sebuah organisasi pengganas. Kongres AS sendiri menyekat dana kepada Palestin yang berjumlah kira-kira AS$500 juta (RM1.6 bilion) setahun. "Ketika ini, Presiden Mahmoud Abbas telah membentuk kerajaan teknokrat yang tidak termasuk menteri-menteri gabungan dengan Hamas," kata jurucakap Jabatan Negara, Jen Psaki kepada pemberita pada sidang media. "Apa yang kita tahu, kita memang berhasrat untuk bekerja dengan kerajaan itu. Namun, kita juga akan sentiasa melihat dengan teliti bagi memastikan Abbas berpegang kepada apa yang dikatakannya," katanya. Beliau merujuk merujuk tentang komitmen Abbas untuk berdamai dengan Israel. Dalam pada itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, beliau bimbang dengan keputusan AS mahu mengekalkan hubungan dengan kerajaan perpaduan Palestin yang baharu. Justeru, Netanyahu menggesa dunia supaya tidak bekerjasama dengan kerajaan baharu Palestin kerana Abbas disokong Hamas yang didakwa telah membunuh ratusan rakyat Israel. - Agensi
TOP
Polis Masih Siasat Mangsa Culik Warga Filipina
KOTA KINABALU – Polis Malaysia masih menahan wanita warganegara Filipina yang diselamatkan daripada kumpulan penculik di Pulau Jolo, Selatan Filipina pada Jumaat lepas, bagi membantu sisatan kes culik dua wanita asing dari Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna pada 2 April lepas. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata Marcy Dayawan atau Mimi,39, masih ditahan di Bukit Aman juga ditahan untuk membantu siasatan mengenai perkara berkaitan Akta Pecegahan Jenayah (POCA), yang diwartakan April lepas. “Selepas siasatan selesai, kita akan serahkan wanita ini kepada Kedutaan Filipina untuk dihantar pulang ke negara asal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Tolak Rasuah Polis DiRaja Malaysia (PDRM) peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini, Selasa. Marcy dan seorang wanita warga China, Gao Hua Yuan, 28, diculik dari resort itu kira-kira 10.30 malam pada 2 April lepas oleh sekumpulan lelaki bersenjata sebelum kedua-duanya berjaya diselamatkan hasil kerjasama pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina. Mengenai perkembangan kes lelaki warga China, Yang Zai Lin, 34, pengurus pusat ternakan ikan dalam sangkar yang diculik dari Pulau Baik, Lahad Datu pada 6 Mei lepas, Hamza berkata Polis Sabah dan Bukit Aman sedang berusaha menyelamatkannya. “Polis Malaysia sudah mengenal pasti kumpulan penculik yang melakukan kegiatan itu dan yakin kumpulan yang melakukan penculikan di Singamata, Semporna ada kaitan dengan kumpulan penculik di Pulau Baik, Lahad Datu,” katanya. Mengenai kes tembak anggota tentera di Lahad Datu sehingga menyebabkan seorang anggota tentera lain terbunuh pada 28 Mei lepas, Hamza menganggap kes itu selesai berikutan penahanan 15 anggota tentera sehingga pagi tadi. Sumber: Bernama
TOP
Polis Kuching Tahan Anggota Kumpulan Ah Kuang
KUCHING – Polis Kuching menahan seorang lelaki anggota kumpulan Ah Kuang dan merampas empat kenderaan yang disyaki dicuri kumpulan itu sekitar bandar raya ini dalam Op Lejang malam tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching (Operasi) Supt Fauzilan Abdul Aziz berkata suspek ditahan ketika menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan oleh sepasukan anggota polis dalam Op Lejang di kawasan Pending, Bintawa. “Pemeriksaan badan ke atas suspek telah menjumpai kunci sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Isuzu Trooper yang disembunyikan di belakang sebuah hotel berhampiran,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Beliau berkata hasil soal siasat yang dilakukan, suspek turut mendedahkan ada tiga lagi kenderaan curi disembunyikan kumpulan tersebut. “Tangkapan ini membawa kepada rampasan empat kenderaan curi yang dilakukan oleh kumpulan ini yang dilaporkan hilang empat tempat sekitar bandaraya Kuching di Bintawa, Padungan, Sekama dan Gita,” katanya. Fauzilan berkata suspek yang ditahan didapati positif dadah, dan polis sedang berusaha memburu dua lagi anggota kumpulan tersebut yang masih bebas. Katanya anggota kumpulan itu bergerak sendirian dengan menyasarkan kenderaan 4WD serta kereta lama dan kenderaan yang berjaya dicuri akan diletak di kawasan sunyi untuk dilerai dan komponen pada kenderaan tersebut akan dijual bila ada permintaan. “Dengan tangkapan ini juga, polis percaya banyak lagi kes curi kenderaan jenis lama akan dapat diselesaikan,” katanya. Sumber: Bernama
TOP
APMM Kelantan Tahan lima Nelayan Vietnam
PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia Kelantan (APMM) yang berpangkalan di Tok Bali di sini menahan lima nelayan Vietnam berumur 17 hingga 36 tahun kerana menangkap ikan di perairan negara, semalam. Ketua Penguatkuasa agensi berkenaan, Kapten Maritim Wan Burhanuddin Jusoh berkata turut dirampas daripada bot berkenaan adalah peralatan menangkap ikan serta lebih 200 kilogram sotong kering bernilai lebih RM2,000. “Ketika ditahan pukul 6 petang mereka sedang menangkap ikan kira-kira 40 batu dari Pantai Tok Bali,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini. Beliau berkata siasatan akan dijalankan mengikut Akta Perikanan 1985 Seksyen 15(1)(a) jika sabit kesalahan bot akan dirampas dan awak-awak didenda tidak lebih RM1 juta. Katanya ini merupakan tangkapan ke-13 dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini. Sumber: Bernama
TOP
Implikasi Pemansuhan Tol Perlu Dikaji
KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu menimbang pelbagai faktor termasuk implikasi kewangan jika ingin memansuhkan kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau di Lebuh Raya Persekutuan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof. Beliau menarik perhatian bahawa perjanjian dengan syarikat pemegang konsesi telah ditandatangani dan jika tol dihapuskan, pampasan perlu dipayar kepada pihak berkenaan. “Jadi kerajaan akan membuat pertimbangan sewajarnya dan rakyat perlu terima keputusan itu secara terbuka,” katanya selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2013 Kementerian Kerja Raya di sini hari ini. Beliau mengulas rayuan Umno Selangor yang mahu kerajaan persekutuan memansuhkan kutipan tol di dua lokasi itu. Menurut Fadillah, perjanjian konsesi Lebuh Raya Persekutuan tamat pada 2038. Fadillah menjelaskan perbincangan dengan beberapa syarikat konsesi mengenai penstrukturan perjanjian konsesi lebuh raya di seluruh negara telah dibuat. Bagaimanapun, beberapa cadangan yang dikemukakan syarikat terbabit memberi impak kewangan yang besar kepada kerajaan. “Ada syarikat konsesi yang perlu dibayar pampasan sehingga RM20 bilion dan kita ada 30 konsesi lebuh raya secara keseluruhannya. “Bagaimanapun, cadangan tersebut sudah dibentangkan kepada kabinet dan akan dikemukakan kepada Majlis Ekonomi Negara bagi mengenal pasti jika ada cadangan yang menguntungkan kedua-dua belah pihak,” tambahnya. Beliau turut mengulas mengenai insiden bumbung kanvas di kolam Pusat Akuatik Perlis di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra yang koyak akibat angin kuat pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-17. Fadillah berkata laporan awal mengenai kejadian itu akan diserahkan kepada kerajaan negeri Perlis, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Perlis. “Terdapat tiga faktor kemungkin menyebabkan ia berlaku – reka bentuk, kualiti bahan atau hasil kerja yang kurang baik. “Bagaimanapun, tindakan seterusnya akan diputuskan KBS kerana ia adalah pelanggan utama projek itu,” katanya. Sumber: Bernama
TOP
Polis Kelantan Rampas Pil Kuda Bernilai RM7.2 Juta
PUTRAJAYA : “Kami tidak berhasrat melindungi apa-apa sebab yang haram tetap haram dan kita bertanggungjawab sampai akhirat, malah menanggung dosa terlalu besar kalau menyembunyikan maklumat sebenar,” tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Malah, beliau berkata, JAKIM juga tidak melindungi mana-mana pihak (yang terbabit dalam isu ini) kerana ia tidak mendatangkan sebarang keuntungan kepada jabatan itu dan kerajaan. “Kita bertanggungjawab melindungi dan menjaga kemaslahatan umat Islam, satu perkara yang saya ingin pesan, apabila sebut mengenai soal halal…bukan sewenang-wenangnya mana-mana pihak boleh memberikan kenyataan dan sebagainya. “Oleh kerana bahagian halal dijaga JAKIM, jadi JAKIM pihak pemutusnya yang menentukan halal atau tidak sesuatu produk selepas mendapatkan pengesahan daripada makmal Jabatan Kimia yang diberi akreditasi untuk membuat kajian serta analisis,” katanya pada sidang media di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, dekat sini, semalam. Turut hadir Ketua Pengarah JAKIM Datuk Othman Mustapha dan Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Mohd Roslan Mahayudin. Kementerian Kesihatan sebelum ini dilaporkan mengesan dua coklat Cadbury iaitu coklat susu dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam mengandungi DNA babi (porcine). DNA babi dikesan dalam sampel coklat susu dengan kacang hazel bernombor kelompok 200813 M01HI2, tarikh luput 13 November 2014 dan coklat susu dengan buah badam bernombor kelompok 221013 N01RI1, tarikh luput 15 Januari 2015. Jamil Khir turut menegaskan JAKIM tidak akan sesekali menyembunyikan maklumat jika sudah menarik balik sijil halal sesuatu produk. “Konsep mengeluarkan sijil (halal) bukan merangkumi kehalalan produk itu saja, tetapi termasuk kebersihan dari ladang hingga ke meja makan. “Namun, jika ada unsur bahan campuran lain contohnya pengawet dimasukkan ke dalam sesuatu produk itu melebihi tahap dibenarkan Kementerian Kesihatan, sijil halal produk berkenaan juga akan ditarik balik,” katanya. Sumber: myMetro
TOP
‘Tanggung dosa besar kalau sembunyi maklumat sebenar’
PUTRAJAYA : “Kami tidak berhasrat melindungi apa-apa sebab yang haram tetap haram dan kita bertanggungjawab sampai akhirat, malah menanggung dosa terlalu besar kalau menyembunyikan maklumat sebenar,” tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Malah, beliau berkata, JAKIM juga tidak melindungi mana-mana pihak (yang terbabit dalam isu ini) kerana ia tidak mendatangkan sebarang keuntungan kepada jabatan itu dan kerajaan. “Kita bertanggungjawab melindungi dan menjaga kemaslahatan umat Islam, satu perkara yang saya ingin pesan, apabila sebut mengenai soal halal…bukan sewenang-wenangnya mana-mana pihak boleh memberikan kenyataan dan sebagainya. “Oleh kerana bahagian halal dijaga JAKIM, jadi JAKIM pihak pemutusnya yang menentukan halal atau tidak sesuatu produk selepas mendapatkan pengesahan daripada makmal Jabatan Kimia yang diberi akreditasi untuk membuat kajian serta analisis,” katanya pada sidang media di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, dekat sini, semalam. Turut hadir Ketua Pengarah JAKIM Datuk Othman Mustapha dan Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Mohd Roslan Mahayudin. Kementerian Kesihatan sebelum ini dilaporkan mengesan dua coklat Cadbury iaitu coklat susu dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam mengandungi DNA babi (porcine). DNA babi dikesan dalam sampel coklat susu dengan kacang hazel bernombor kelompok 200813 M01HI2, tarikh luput 13 November 2014 dan coklat susu dengan buah badam bernombor kelompok 221013 N01RI1, tarikh luput 15 Januari 2015. Jamil Khir turut menegaskan JAKIM tidak akan sesekali menyembunyikan maklumat jika sudah menarik balik sijil halal sesuatu produk. “Konsep mengeluarkan sijil (halal) bukan merangkumi kehalalan produk itu saja, tetapi termasuk kebersihan dari ladang hingga ke meja makan. “Namun, jika ada unsur bahan campuran lain contohnya pengawet dimasukkan ke dalam sesuatu produk itu melebihi tahap dibenarkan Kementerian Kesihatan, sijil halal produk berkenaan juga akan ditarik balik,” katanya. Sumber: myMetro
TOP
Penternak rugi RM100,000, 29 ekor lembu dilarikan
Gambar Hiasan.
KUANTAN - Sebuah syarikat ternakan di Kampung Pahang dekat Jalan Sungai Soi di sini kerugian hampir RM100,000 selepas 29 ekor lembu di ladang berkenaan dilarikan awal hari ini. Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu dipercayai dilakukan lapan lelaki bersenjatakan pistol. Beliau berkata sebaik menceroboh ke ladang berkenaan, suspek bertindak mengikat seorang pekerja lelaki berusia lingkungan 30-an di ladang, sebelum memindahkan lembu-lembu itu. "Kami percaya kesemua lembu itu dilarikan dengan menggunakan sebuah lori, namun jenis kenderaan yang digunakan masih lagi dalam siasatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau berkata polis juga masih menyiasat sama ada pistol yang digunakan dalam kejadian itu seperti yang didakwa oleh pekerja ladang adalah senjata tiruan atau sebaliknya. Katanya gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan. - Bernama
TOP
Jurukimpal didakwa cuba bunuh jiran
KUALA LUMPUR - Seorang jurukimpal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba membunuh seorang jirannya bulan lepas. M. Michkel Suntharam, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Tamil di depan Hakim Azwarnida Affandi. Dia didakwa melanggar D. Nagarajan, 23, dengan kereta sehingga menyebabkan kecederaan yang boleh membawa kepada kematian di tepi jalan padang permainan di Jinjang Utara, Sentul di sini pada 7.30 pagi 14 Mei lepas. Michkel Suntharam didakwa melakukan perbuatan itu bersama dua individu yang telahpun dihadapkan ke mahkamah dan seorang lagi yang masih bebas mengikut Sesyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh kerana bimbang dia akan mengganggu mangsa dan memohon kes itu dibicarakan bersama dua lagi tertuduh yang didakwa pada 23 Mei lepas. Peguam Tharamjit Singh memohon anak guamnya diikat jamin atas alasan Michkel Suntharam sudah berkahwin, mempunyai dua anak dan memberi kerjasama kepada polis. Azwarnida membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan mengenakan syarat tambahan iaitu dia perlu melapor diri di balai polis berdekatan pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan sehingga kes selesai. "Tertuduh dan keluarganya juga dilarang mengganggu saksi pendakwaan dengan apa cara sekalipun, termasuk khidmat pesanan ringkas atau panggilan telefon. "Sekiranya syarat ini gagal dipatuhi, jaminan boleh dibatalkan," katanya. Mahkamah juga mengarahkan kes itu dibicarakan bersama dua lagi tertuduh dan menetapkan 30 Jun untuk sebutan. - Bernama
TOP
Polis Marin rampas 1,500 liter petrol
Gambar Hiasan.
TUMPAT - Polis Marin merampas sejumlah 1,500 liter minyak petrol dan 10 buah kenderaan bernilai RM150,000 yang diubah suai untuk menyeludup bahan bakar itu di Kampung Simpangan di sini semalam. Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3 Pangkalan Kubor ACP Mohd Nawi Mohd Yunus berkata dalam serbuan sempena 'Ops Cantas Khas Perairan' itu, polis turut menahan lima lelaki rakyat tempatan di pangkalan haram berkenaan ketika sedang memasuki kawasan stor simpanan minyak yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran. "Lima buah kenderaan jenis salon telah diubah suai tangki manakala kenderaan jenis pacuan empat roda yang dirampas itu menggunakan tangki asal. "Kesemua yang ditahan berumur antara 40 hingga 50 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana kesalahan membawa dan memiliki barangan kawalan tanpa dokumen yang sah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau berkata operasi bermula 1 Jun itu melibatkan 30 anggota termasuk tiga pegawai menggunakan tujuh bot peronda meliputi kawasan Kubang Pak Hitam, Pasir Mas sehingga Pulau Perhentian, Besut, Terengganu. Mohd Nawi berkata sehingga Mei lepas, sebanyak 182 kes penyeludupan termasuk dadah, beras dan minyak berjaya ditumpaskan melibatkan nilai rampasan kira-kira RM1 juta. - Bernama
TOP
360 anggota polis kena tindakan tatatertib
KOTA KINABALU - Seramai 360 pegawai dan anggota polis di Sabah dikenakan tindakan tatatertib termasuk buang kerja kerana melakukan pelbagai kesalahan sejak 2010 hingga Feb 2014, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.
Daripada jumlah itu, seramai 53 orang adalah pegawai dan bakinya anggota lain-lain pangkat. Mereka adalah 1.1 peratus daripada keseluruhan anggota polis di Sabah selain 0.1 peratus lagi pegawai dan anggota turut dikesan terlibat dengan rasuah. "Tindakan tatatertib ini dikenakan berdasarkan Peraturan 38 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 1993," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Tolak Rasuah Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini, hari ini. Menurutnya jumlah wang rasuah yang dilaporkan melibatkan anggota polis pada 2012 ialah RM6,600, 2013 (RM7,500) dan sehingga Feb 2014 (RM1,500). Sementara itu, Hamza berkata seorang pegawai polis dan tiga anggota polis lain-lain pangkat dari Sabah telah diberi anugerah kerana menolak tawaran rasuah. Mengenai Kempen Tolak Rasuah peringkat Sabah, yang antara lain bertujuan meningkatkan integriti pasukan polis, beliau berkata Sabah merupakan negeri kelima menganjurkan kempen itu sejak ia dilancarkan di peringkat kebangsaan pada 1 April lepas. Kempen enam bulan yang akan berakhir pada 1 Sept itu akan dilancarkan di Tawau untuk kawasan pantai timur Sabah dalam masa terdekat. Terdahulu, dalam ucapannya Hamza berkata kempen itu merupakan program berterusan PDRM dalam meningkatkan kesedaran dan pengetahuan anggota polis mengenai keburukan gejala rasuah dan kesannya, selain meningkatkan integriti PDRM dalam kalangan masyarakat. Beliau meminta anggota PDRM supaya menjauhkan diri daripada perkara negatif termasuk rasuah kerana kejayaan sesuatu kempen dan program seperti kempen menolak rasuah juga bergantung kepada faktor manusia yang melaksanakan mesej kempen. Hamza turut meningatkan ketua-ketua jabatan supaya mengambil tindakan tegas terhadap anggota yang mereka melanggar peraturan. - Bernama
TOP
Buruh ditetak dituduh hilangkan kunci kereta
BESUT - Seorang buruh cedera setelah ditetak dan dipukul dengan sebatang besi di hadapan rumahnya oleh sekumpulan empat lelaki tidak dikenali di Kampung Tok Saboh, dekat sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian pada kira-kira 1 pagi itu, mangsa berusia 20 tahun yang mengalami kecederaan di betis kiri dan kepala, dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kuala Besut oleh anggota keluarganya. Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Noorzainy Mohd Noor berkata sebelum kejadian mangsa telah didatangi seorang rakannya bagi menanyakan kehilangan kunci kereta jenis BMW. Katanya, setelah kira-kira sejam berborak dan rakannya itu pulang, tiba-tiba muncul empat lelaki yang tidak dikenali dari kawasan semak. "Seorang daripada mereka bertindak menetak betis mangsa menggunakan golok manakala seorang lagi memukul kepala mangsa menggunakan sebatang besi hingga menyebabkan mangsa pengsan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Menurut Noorzainy siasatan awal mendapati serangan dilakukan kerana mangsa didakwa mengambil kunci kereta berkenaan dan gerakan memburu keempat-empat suspek sedang dilakukan. - Bernama
TOP
Polis siasat kes pelajar perempuan dibuli
Foto: THE STAR/ASIA NEWS NETWORK
SHAH ALAM - Polis sedang menyiasat kes seorang pelajar perempuan dibuli oleh sekumpulan pelajar perempuan lain dimana rakaman tersebut telah tersebar di laman sosial sejak kebelakangan ini. Kejadian tersebut berlaku pada 25 April lalu di sebuah sekolah di daerah Kota Samarahan, Sarawak. Menurut Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara, Asisten Komisioner Polis Datin Asmawati Ahmad, pihaknya menerima laporan berkenaan perkara itu sehari selepas kejadian tersebut. "Satu klip video yang memaparkan sekumpulan pelajar perempuan membuli seorang pelajar perempuan lain telah tersebar di media sosial dan ia sedikit sebanyak telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat. "Kejadian tersebut berlaku pada 25 April 2014 di sebuah sekolah di daerah Kota Samarahan, Sarawak. Pihak polis telah menerima laporan berkaitan kejadian tersebut pada 25 Mei 2014 dan siasatan serta tindakan susulan sedang dijalankan," katanya yang dipetik di Facecook rasmi Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
TOP
Ibu Huntley tiba di Tioman pagi tadi
TIOMAN - Ibu kepada warga Britain, Gareth David Huntley yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu tiba di Pulau Tioman, pagi tadi, lapor Mirror UK. Ibunya, Janet Southwell berkata, beliau mahu berada di situ apabila pihak berkuasa menemukan anak lelakinya itu. “Saya nak lihat kawasan ini sendiri, sudah tentu mahu merasai juga di mana dia menghilang. “Saya hanya mahu di sini apabila mereka menemuinya kelak. Saya fikir, dia pasti mahu melihat wajah yang dikenalinya apabila ditemui nanti,” katanya. Janet tiba di Singapura dari England semalam dan sampai ke Pulau Tioman pagi tadi manakala kekasih anaknya itu, Kit Natariga tiba di pulau itu, semalam. Huntley yang berusia 34 tahun itu dilaporkan hilang selepas pergi ke kawasan Air Terjun Lubuk Teja, Pulau Tioman bersendirian kira-kira jam 12 tengah hari, Selasa lalu. Mangsa juga dipercayai bekerja dan tinggal di Projek Penyu Juara di Kampung Juara. Sementara itu, menerusi laman sosial Facebook milik Polis Pahang, dimaklumkan bahawa pasukan bantuan telah ditambah bagi mengesan Huntley. “Pasukan bantuan terdiri daripada satu platun Pasukan Gerakan Am (PGA) dan empat anggota Bomba dan Penyelamat bersama seekor anjing pengesan telah dihantar tadi (semalam) ke Kampung Juara oleh Bot Ronda PA24 Pasukan Polis Marin Wilayah 3 bagi menggiatkan lagi usaha mencari dan menyelamat,” tulis akaun Facebook berkenaan.
TOP
Makmal KKM Tiada Akreditasi Tentukan Halal
Ahli perniagaan berstatus datuk direman tujuh hari bersama empat individu lain bagi siasatan kes tembak kontraktor.
TEMERLOH – Lima individu, termasuk seorang ahli perniagaan berstatus datuk, direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan kejadian tembakan membabitkan seorang kontraktor elektrik di Jalan Zabidin, Mentakab, di sini, 30 Mei lalu. Datuk berusia 48 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Temerloh bersama dua lelaki dan dua wanita secara berasingan. Kenderaan polis yang bawa ahli perniagaan itu tiba di pekarangan mahkamah pada jam 10.45 pagi semalam diikuti trak polis yang bawa empat individu yang lain lima minit kemudian. Mereka dibawa ke hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Temerloh Norita Mohd Noh bagi perintah reman tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk membunuh. Dalam kejadian minggu lalu, seorang lelaki parah selepas terkena dua das tembakan di rusuk di depan kedai elektrik miliknya di Jalan Zabidin berhampiran dengan Bangunan Umno Mentakab. Dalam kejadian pada kira-kira jam 10.15 malam itu, Munirkrishnan Muniapy, 37, dari Taman Bukit Bendera Intan, Mentakab, di sini, dipercayai terkena dua daripada tiga das tembakan dilepaskan suspek. Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, semasa kejadian mangsa yang merupakan kontraktor elektrik berbual dengan suspek di depan kedainya. “Selepas itu saksi terdengar tiga das tembakan sebelum mangsa rebah dan suspek lari dengan kereta. Mangsa yang parah kemudian dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh (Hoshas) untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.
TOP
Makmal KKM Tiada Akreditasi Tentukan Halal
Kementerian Kesihatan Malaysia mengakui bahawa makmalnya tidak diberikan akreditasi untuk menentukan status kehalalan sesuatu produk sebaliknya terhad untuk memastikan kandungan produk itu bebas daripada racun. Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata pihaknya terpaksa akur dengan penemuan terbaru kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang mengesahkan dua produk coklat Cadbury bebas daripada DNA babi dan ia halal dimakan.
TOP
KKM Akan Buat Siasatan Dalaman
Kementerian Kesihatan Malaysia akan melakukan siasatan dalam terhadap keputusan makmalnya sebelum ini yang mengesan DNA babi dalam dua produk coklat Cadbury.
TOP
Umno hantar surat tunjuk sebab kepada ibu Dyana
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
KUALA LUMPUR - Umno menghantar surat tunjuk sebab kepada Yammy Samat hari ini kerana didakwa berkempen untuk anak perempuannya, Dyana Sofya Mohd Daud, calon DAP pada Pilihan Raya Kecil Teluk Intan baru-baru ini. Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Yammy perlu menjawab surat tunjuk sebab itu dalam tempoh 14 hari bagi dipertimbangkan untuk tindakan seterusnya sebagaimana tertakluk dalam perlembagaan Umno. "Kita ada proses dan sistem sendiri sebelum ambil tindakan terhadap mana-mana anggota. "Jika tiada jawapan, terpulang kepada parti sebab tugas saya telah selesai dan saya hanya menjalankan tugas," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Guru anjuran Yayasan Pendidikan Cheras di sini, hari ini. Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, mengulas desakan sesetengah pihak yang mahu tindakan diambil terhadap Yammy yang didakwa telah berkempen untuk Dyana. Yammy sebelum ini dilaporkan berkata beliau berharap kekal bersama Umno dan terpulang kepada parti itu untuk menentukan kedudukannya. Pada PRK Teluk Intan Sabtu lepas, Dyana Sofia, 27, tewas dengan majoriti 238 undi kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong, 53. - Bernama
TOP
Menteri India maut dalam kemalangan
NEW DEHLI - INDIA. Menteri Pembangunan Luar Bandar India yang baharu dilantik, Gopinath Munde, maut dalam kemalangan, hari ini. Beliau yang sedang dalam perjalanan ke lapangan terbang untuk berlepas ke kampung halaman telah dilanggar oleh sebuah kenderaan, lapor BBC. Menurut doktor di Hospital AIIMS, beliau sudah meninggal dunia ketika di tiba hospital. "Beliau terlibat dalam sebuah kemalangan pada waktu pagi dan kemudiannya dibawa ke hospital di Delhi. "Doktor mengisytiharkan beliau meninggal dunia lebih kurang jam 8 pagi waktu tempatan," kata Menteri Pengangkutan, Nitin Gadkari ketika memberitahu wartawan. Munde, 64, baru sahaja dilantik untuk kerajaan baharu Perdana Menteri, Narendra Modi. Narendra Modi menyifatkan Munde sebagai 'pemimpin orang ramai' dan 'berjaya ke tahap tertinggi dan membantu orang ramai tanpa jemu'. "Saya amat terkejut dengan kehilangan kawan saya Munde. Kehilangan beliau ada kehilangan besar kerajaan dan negara," dipetik dari laman sosial Twitter Modi.
TOP
Tikam rakan 19 kali kerana pengaruh internet
WISCONSIN - AMERIKA SYARIKAT. Akibat terpengaruh dengan kisah hantu di internet, dua kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dituduh mengumpan seorang rakan mereka dan menikamnya sebanyak 19 kali di sebuah hutan. Ketua Polis Bandar Milwaukee, Russell Jack berkata, mangsa yang berumur 12 tahun berada dalam keadaan stabil. Mangsa terselamat apabila orang awam menjumpai basikalnya di sebuah jalan di Waukesha. Dua suspek berkenaan ditahan sejurus selepas mangsa dijumpai dan didakwa cuba membunuh dengan niat, lapor CNN. Morgan Geyser dan Anissa Weier akan didakwa sebagai orang dewasa dan muncul di Mahkamah pada Isnin. Suspek dan mangsa belajar di sekolah yang sama. Mahkamah menetapkan ikat jaminAS$500,000 (RM 1.6 juta) setiap seorang. Menurut Jack, kedua-dua suspek terpengaruh dengan sebuah karekter di sebuah laman web cerita hantu Menurut siasatan awal, suspek telah merancang sejak Februari lalu.
TOP
Jika sibuk berpolitik, sila undur diri
JAKARTA - INDONESIA. Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengulangi gesaannya agar menteri yang lebih sibuk berpolitik menjelang Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden 2014, agar mengundurkan diri daripada Kabinet Indonesia. Peringatan tersebut disampaikan Presiden Indonesia itu semasa mesyuarat penyelarasan nasional persiapan Pemilu Presiden dan Naib Presiden di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sentul di Bogor, Selasa. Susilo menegaskan sidang Parlimen Indonesia akan diadakan pada 14 Jun ini, dan pasa masa itu, beliau akan membentangkan laporan kerja dan tugas yang dilaksanakan oleh kementerian masing-masing. "Kami sudah berikan penilaian, ada sejumlah menteri yang sudah mendapatkan penilaian dan catatan (masing-masing)," kata Susilo. Menurut Presiden Indonesia itu, penilaian tersebut dilakukan agar jemaah menteri dapat memberi fokus dan menjalankan tugas di kementerian masing-masing dengan lebih baik. Dalam pertemuan itu juga, Susilo berkata beliau akan menyampaikan peringatan agar menteri terbabit, mengundurkan diri jika merasakan tidak mampu lagi melaksanakan tugas di kementerian. "Saya akan sampaikan ke para menteri, kalau memang tidak mungkin lagi urus kementerian atau masih ingin bergerak ke sana ke mari, saya persilakan supaya mengundurkan diri," kata Susilo yang juga Ketua Umum Parti Demokrat. Sebelum ini, Presiden Indonesia itu sering mengingatkan jemaah menteri yang ingin fokus kepada politik supaya mengundurkan diri daripada Kabinet. Berikutan itu, Gita Wirjawan mengundurkan diri sebagai Menteri Perdagangan kerana ingin fokus kepada proses Konvensyen Calon Presiden Parti Demokrat. Selain itu, Hatta Rajasa juga meletak jawatan sebagai Menteri Penyelaras Perekonomian kerana bertanding sebagai naib presiden untuk berpasangan dengan Prabowo Subianto sebagai calon presiden. Dalam Kabinet 'Indonesia Bersatu II', banyak menteri yang memegang jawatan penting dalam parti-parti politik dan mereka kini sibuk bagi menghadapi Pemilu Presiden, 9 Julai depan. - Bernama
TOP
Kanak-kanak ditikam ketika mendapatkan ais krim
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Polis sedang giat mencari seorang lelaki yang dilaporkan menikam dua kanak-kanak di dalam sebuah lif sebuah apartmen di East New York, berhampiran Brooklyn, petang kelmarin. Pesuruhjaya Polis New York, Bill Bratton berkata, kedua-dua kanak-kanak sedang dalam perjalanan untuk membeli ais krim apabila mereka ditikam. Menurut Bratton, suspek melarikan diri setelah menikam seorang kanak-kanak lelaki berumur 6 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berumur 7 tahun. "Prince Joshua "PJ" Avitto, 6, ditikam di bahagian badan dan meninggal dunia di hospital berhampiran. "Kanak-kanak perempuan juga ditikam di bahagian sama dan masih dalam keadaan kritikal," katanya. Sementara itu, Regenia Trevathan, moyang kepada kanak-kanak perempuan berkenaan memberitahu, kebanyakan orang dewasa sedang memerhati kanak-kanak lain di sebuah taman permainan semasa kejadian tersebut berlaku.
TOP
Suspek bunuh Siti Soffea miliki 4 rekod jenayah
KUALA LUMPUR - Polis hari ini mengesahkan suspek kes pembunuhan kejam kanak-kanak perempuan, Siti Soffea Emelda, memiliki empat rekod jenayah lampau dan baru dua bulan dibebaskan dari penjara atas kesalahan memiliki senjata berbahaya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata suspek berusia 27 tahun itu disahkan warga tempatan berasal dari Kulim, Kedah dan memiliki dua rekod kesalahan dadah selain mencuri kenderaan serta memiliki senjata berbahaya. Suspek dikesan menetap di Lorong Tiong Nam, Jalan Raja Laut, kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Kong Meng berkata dengan pengesahan laporan cap jari yang diperoleh polis, waris si mati yang berada di Sungai Petani dan Kulim akan dihubungi untuk membuat pengecaman ke atas mayat dan seterusnya urusan penyerahan untuk pengebumian. Polis turut mengesahkan mayat lelaki yang ditemui terapung di Sungai Klang berhampiran Plaza Tol Sunway pada Sabtu lepas, adalah suspek kes pembunuhan Siti Soffea Emelda. Identiti suspek dikenal pasti daripada analisis cap jari di bahagian Rekod Jenayah Polis. Khamis lepas, kanak-kanak berusia dua tahun enam bulan itu dibunuh kejam dengan kepalanya terputus daripada badan dipercayai dikelar suspek di tepi Sungai Klang berhampiran Stesen Komuter Kuala Lumpur, Jalan Hishammudin di sini. Dalam pada itu, Kong Meng berkata selain memfokuskan siasatan terhadap motif pembunuhan, polis juga meneliti kemungkinan wujudnya 'kesalahan membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan' terhadap penjaga Siti Soffea Emelda. Beliau berkata ia diperuntuk di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2011 (Akta 611) dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara selama tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Katanya, polis masih dalam proses mengenal pasti motif pembunuhan kanak-kanak itu dan mengambil keterangan beberapa saksi. - Bernama
TOP
Pemuda Umno pelawa Dyana Sofya
Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi
IPOH - Pemuda Umno hari ini mempelawa calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menyertai Umno bagi menyumbang idea dan tenaga untuk kepentingan anak muda di negara ini. Perkara itu dinyatakan sendiri, Exco Pemuda Umno, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi selepas melihat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyalahkan Dyana Sofya atas kekalahan mereka mempertahankan kawasan Parlimen Teluk Intan. "Selepas beberapa hari PRK Parlimen Teluk Intan tamat, masih ramai yang memperkatakan mengenai kehadiran seorang gadis yang tampak biasa tetapi penuh bersemangat sebagai calon yang mewakili DAP. "Malangnya, Guan Eng dengan angkuh telah memberi pandangan bahawa kekalahan Dyana Sofya adalah disebabkan ciri-ciri dirinya yang masih muda, seorang wanita dan seorang Melayu," katanya dalam satu kenyataan media. Syamsul Baharin yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat berkata, dia sendiri tertarik dengan penulisan Dyana Sofya bertajuk 'Satu Jam Bersama Obama', yang menyatakan anak muda harus mencari platform dengan melibatkan diri bersama kumpulan yang menghargai bakat dan usaha. Katanya, pelawaan itu dibuat agar ciri-ciri yang ada pada Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah itu dapat digunakan secara optimum demi 'survival' anak-anak muda Malaysia. "Semangatnya ketika mengharungi cabaran PRK cukup mengagumkan walaupun diperlekehkan oleh kepimpinan dan ahli-ahli DAP umumnya yang berbangsa Cina. Oleh itu silalah meneruskan perjuangan di tempat asalmu dan tempat ayahanda dan bondamu wahai saudari Dyana. "Kami sentiasa menerimamu dalam Umno Bahagian Ipoh Barat kerana Umno sahajalah parti keramat Melayu yang memperjuangkan nasib bangsa melayu dan bangsa-bangsa lain di Malaysia, melalui BN," katanya.
TOP
Cadangan peraturan cermin gelap dikemuka esok
Cermin gelap. Gambar hiasan
PUTRAJAYA - Keputusan Bengkel Kajian Semula Peraturan Penggunaan Cermin Gelap bagi kenderaan mengesyorkan supaya kadar ketelusan cahaya (VLT) untuk cermin sisi penumpang belakang dan cermin belakang dikurangkan kepada 30 peratus berbanding VLT asal sebanyak 50 peratus. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, kadar VLT bagi cermin depan dan sisi pemandu dikekalkan. Beliau berkata, cadangan hasil bengkel itu akan dikemukakan kepada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein esok untuk dipertimbangkan. "Jika beliau bersetuju, syor itu akan dilaksanakan serta-merta," katanya.
TOP
Jihad disalah erti, terjerumus aktiviti ekstremis
Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR - Pengertian jihad yang tidak tepat menyebabkan seseorang itu mudah terkeliru hingga boleh menyebabkan individu itu terjerumus kepada kegiatan ektremis sehingga ada yang sanggup menjadi pengebom berani mati, kata Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Dr Mohd Roslan Mohd Noor. Mohd Roslan berkata majoriti anggota pengebom berani mati beranggapan tugas yang mereka laksanakan itu tergolong dalam pengorbanan mulia jihad untuk ke arah mati syahid. Sedangkan idelogi jihad pengebom berani mati ini sudah salah kerana semata-mata taksub untuk mati syahid, katanya. Jihad dalam definisi syariah membawa makna menentang orang musyrik di medan pertempuran dan menghapuskan segala rintangan terhadap dakwah bagi memastikan kalimah ALLAH (Islam) itu dijulang setinggi-tingginya. "Dalam etika perang pula dilarang untuk membunuh wanita, kanak-kanak, dan orang tua, ini semua larangan yang telah diterangkan oleh Nabi Muhammad SAW. "Jadi jika kita lihat fenomena pergi meletupkan diri di tempat orang awam dan membunuh orang tidak berdosa adalah satu kesalahan besar sebenarnya dan berdosa," katanya kepada Bernama hari ini. Sehubungan itu, Mohd Roslan menasihatkan agar orang yang benar-benar ingin berjihad supaya memahami perkara itu secara holistik dan bukan bertindak melulu. Sebelum ini, akhbar Utusan Malaysia mendedahkan hasil tangkapan 10 individu rakyat Malaysia yang menganggotai Jemaah Islamiah (JI) pada 2001, mendapati kesemua individu terbabit telah direkrut untuk menyertai anggota pengebom berani mati. Malah kesemua individu terbabit didakwa ketika itu sedang merancang untuk melaksanakan serangan ke atas Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands di Singapura. Sementara itu, Timbalan Pengerusi Pasukan Intervensi Krisis Malaysia (MCIT), Dr Abdul Jalil Hassan mendedahkan bahawa antara taktik pengganas merekrut orang ramai menyertai mereka adalah dengan kaedah perang saraf. Katanya kaedah itu menggunakan taktik memainkan isu emosi yang kuat hingga mampu mempengaruhi minda seseorang. "Mereka selalunya akan guna isu agama sambil melontarkan ungkapan yang berbentuk emosi untuk memerangkap rekrut baharu, contohnya tidak ada orang nak memperjuangkan agama kita, kita kena pertahankan agama kita dan kitalah yang telah dipilih untuk menjadi seorang perjuang. "Ayat sebegitu mereka mainkan supaya dapat menarik orang ramai mengikuti ideologi mereka," kata Dr Abdul Jalil. Di Malaysia pernah terdapat kumpulan pengganas seperti Al-Maunah pada tahun 2000, Jemaah Islamiyah (JI) serta Kumpulan Militan Malaysia (KMM). Namun Kumpulan JI merupakan antara kumpulan yang cukup digeruni ekoran lebih tujuh insiden pengeboman di sekitar daerah Jakarta dan Bali dilaporkan dirancang oleh kumpulan itu. - Bernama
TOP
Kematian Mers di Jordan meningkat
AMMAN - JORDAN. Penularan virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers) yang sebelum ini mengakibatkan ratusan maut di Arab Saudi kini makin menular ke Jordan. Jurucakap kementerian Sultan Kasrawi berkata, mangsa terbaharu maut adalah seorang warga emas berusia 69 tahun yang mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. "Mangsa dimasukkan ke hospital sejak lima hari lalu. Keadaan makin kritikal selepas doktor mengenal pasti mangsa dijangkiti virus tersebut," katanya pada laporan Al Arabiya. Setakat ini, jumlah kematian akibat virus tersebut meningkat kepada enam orang.
TOP
Prabowo nombor 1, Jokowi nombor 2
Kedua-dua calon mengundi untuk nombor urutan di KPU. Foto: AFP
JAKARTA - INDONESIA. Pasangan calon presiden dan wakil presiden, masing-masing sudah mendapatkan nombor urutan bagi segala keperluan logistik sepanjang kempen pilihan raya presiden yang dijadualkan Julai nanti. Ketua KPU Husni Kamil Manik berkata, Prabowo Subianto-Hatta Rajasa mendapat nombor satu dan Joko Widodo-Jusuf Kalla (Jokowi-JK) berada pada urutan nombor ke-2. “Nombor urutan itu adalah untuk kegunaan mencetak kertas undi,” katanya pada Kompas. Mengenai tempoh berkempen beliau berkata, semua pihak harus menghormati tempoh bertenang antara 4 dan 5 Julai tetapi kempen di media sosial bukan di bawah tanggungjawab pihaknya. “Sehingga kini, kedua-dua calon tidak melanggar undang-undang kempen,” katanya.
TOP
Usaha cari MH370 kini lebih mudah
KUALA LUMPUR – Seorang pakar berpendapat usaha mencari pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas, kini tidaklah serumit dahulu ketika pasukan mencari dan menyelamat (SAR) melakukan pencarian di kawasan yang salah. Saintis angkasa lepas dan fizik di New Zealand, Duncan Steel, menyatakan perkara itu dalam wawancara menerusi e-mel dengan Bernama susulan pengumuman Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) baru-baru bahawa pesawat berkenaan tidak berada di sekitar tempat isyarat akustik, yang dikesan sebelum ini. “Itu semua bukan petunjuk sebenarnya (bagi dakwaan pengesanan isyarat akustik). Langkah menolaknya adalah sesuatu yang baik kerana ini membolehkan pertimbangan diberi terhadap kemungkinan yang lain pula,” kata Steel, yang juga Profesor Pelawat bidang Astrobiologi di University of Buckingham, England dan saintis angkasa lepas di Pusat Penyelidikan NASA-Ames di California, Amerika Syarikat. Menurutnya isyarat ping sonik yang dikesan di Lautan Hindi (bagi seorang ahli fizik) jelas sekali bukan berpunca daripada alat pengesan kedudukan kecemasan MH370 selain pengumuman ATSB tidak berkaitan langsung dengan maklumat yang diperoleh dari satelit. Beliau percaya berdasarkan maklumat data mentah yang dikeluarkan, besar kemungkinan MH370 menuju ke selatan pada kelajuan hampir 500 knot dan berakhir lebih jauh dari kawasan pencarian sekarang. Steel memuji syarikat telekomunikasi Britain, Inmarsat kerana usahanya mengeluar dan membuat analisis terhadap data berkenaan, yang memberikan hasil yang baik. “Bagaimanapun, ini bukanlah bermakna saya yakin hasilnya adalah tepat kerana kami tidak diberi maklumat penting tentang komposisi BFOs (Burst Frequency Offsets) dan model tugas yang dilakukan Inmarsat. “Sekiranya kami mendapat maklumat itu, kami boleh meneliti apa yang telah dilakukan untuk mengesahkannya atau mungkin menemui kesilapannya,” kata beliau. Steel berpendapat sekurang-kurangnya pertimbangan patut diberikan terhadap koridor utara, sebelum kemungkinannya diketepikan secara mutlak. “Sebagai contoh, ada orang yang perlu pergi melihat tempat pesawat berkenaan dikatakan terhempas di Besh Tash Valley (Kyrgyzstan) berikutan terdapat andaian adanya gumpalan asap selepas pesawat berkenaan terhempas. “Secara realiti, itu hanyalah satu per 1,000 daripada kemungkinan yang ada, tetapi mengapa tidak ke sana terlebih dahulu sebelum menolaknya?” kata beliau. Sementara itu, bekas ketua juruterbang Malaysia Airlines Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata beliau tidak mempunyai sebab untuk tidak mempercayai hasil analisis dan kiraan yang dibuat Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Nahas Udara (AAIB) berikutan pengumuman ATSB itu. “Kiraan yang dibuat berdasarkan data Inmarsat itu disahkan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika, AAIB, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia dan Pusat Penyelarasan Tindakan Bersama (JACC) yang berpangkalan di Perth,” katanya kepada Bernama. Beliau berkata semua badan itu, selain DCA dan NTSB, boleh dianggap sebagai badan luar yang hampir tidak langsung mempuyai kepentingan secara langsung dan mereka bersetuju dengan hasil itu. Nik Ahmad Huzlan juga berkata semua kiraan itu turut disahkan pakar tempatan yang mahir dalam bidang komunikasi satelit daripada sudut teknikal. “Bagaimanapun, terdapat margin kesilapan yang berpunca daripada penggunaan andaian, yang memungkinkan kawasan mencari diperluaskan,” katanya. – Bernama
TOP
Robot kawal keselamatan
BRAZIL bakal menggunakan perkhidmatan robot untuk mengawal keselamatan sepanjang Piala Dunia Fifa ke-20 yang berlangsung di negara itu bermula 12 Jun ini. Menurut Dailycaller, kontrak bernilai AS$7.2 juta (RM23 juta) juga ditandatangani bersama pengeluar 30 unit robot PackBot yang berpusat di Massachusetts di Amerika Syarikat. Ia diprogramkan untuk menganalisis objek mencurigakan di 12 bandar yang terlibat dengan pelawanan. PackBots mampu bergerak pada kelajuan 14 kilometer sejam selain mempunyai sistem mobiliti pintar yang membolehkan ia berjalan di atas pelbagai rupa bentuk muka bumi termasuk tangga. Model tersebut juga tahan lasak dan boleh berputar 360 darjah. Tahukah anda, robot yang sama pernah digunakan untuk mengakses loji nuklear Fukushima dan lebih 800 unit juga telah digunakan di zon perang di Iraq serta Afghanistan sejak 2007.
TOP
Membaca sambil memandu
AKSI berani mati seorang pemandu wanita yang membaca sambil memandu kereta di salah sebuah laluan paling sibuk di Britain dikecam banyak pihak. Menurut Daily Mail, wanita tersebut dilihat bersendirian memandu kereta jenis Nissan Micra pada kelajuan 113 kilometer sejam di Leicestershie sambil khusyuk membaca buku yang diletakkan pada stereng pada minggu lalu. Seorang pengguna jalan raya yang mahu dikenali sebagai Stonham turut mengambil gambar pemandu itu menggunakan telefon bimbitnya. "Tindakan wanita itu sememangnya di luar jangkaan kerana kebiasaannya, saya melihat orang makan atau mengenakan alat solek sambil memandu. Perbuatannya tidak dapat diterima dan tanpa disedarinya boleh membawa maut," katanya. Susulan daripada insiden tersebut, kempen keselamatan jalan raya bertindak menggesa pihak berkuasa mengenakan denda lebih tinggi terhadap mana-mana pemandu yang melakukan pelbagai perkara pada suatu masa.
TOP
Gajah Thailand boleh main piano
GAJAH digelar sebagai Peter ini dikurniakan kebolehan luar biasa. Rakaman dimuat naik PaulBartonPiano di Youtube menunjukkan haiwan mamalia ditempatkan di bawah program Elephantstay di Royal Elephant Kraal & Village di Thailand tersebut boleh bermain piano. "Peter kelihatan seronok menikmati muzik terbabit kerana ia turut 'menari' walaupun tidak mengikut alunan rentak dan irama lagu," kata jurucakap Elephantstay kepada laporan Daily Mail. Di program Yayasan Phra Kochabaan, sebuah pertubuhan bukan kerajaan, pengunjung juga dibenarkan untuk merasai pengalaman menyeronokkan tinggal bersama gajah.
TOP
62 negara keluar nasihat perjalanan ke Thailand
Mt Orapin 4 terputus hubungan dengan syarikat pemiliknya ketika dalam perjalanan ke Indonesia, Selasa lalu.
BANGKOK - THAILAND. Sebanyak 62 negara mengeluarkan nasihat perjalanan kepada warga mereka yang merancang berkunjung ke Thailand. Kementerian Luar memaklumkan 19 daripada negara tersebut termasuk Malaysia, Amerika Syarikat, Singapura, Rusia dan Iran mengeluarkan amaran tahap merah. "Pada masa ini, sebanyak 43 negara mengambil langkah waspada kepada rakyat mereka berhati-hati dengan situasi di Bangkok dan tidak sesekali menghampiri lokasi protes di negara tersebut," menurut jurucakap kementerian itu kepada Bangkok Post. Sementara itu, sebuah kapal tangki minyak diesel milik Thailand yang hilang selepas ia berlepas dari pangkalan di Singapura, 27 Mei lalu dibebaskan lanun. Biro Maritim Antarabangsa (IMB) memberitahu, Mt Orapin 4 selamat berlabuh di Pelabuhan Sri Racha di Bangkok, kelmarin. "Sekumpulan lanun bertindak merampas dan mencuri kargo minyak selain memusnahkan peralatan komunikasi mereka. Bagaimanapun, kesemua 14 kru kapal tersebut disahkan selamat," kata Ketua IMB, Noel Choong tanpa memberi butiran lanjut. Bulan lalu, dua buah kapal dilaporkan mengalami nasib sama selepas ia meninggalkan pangkalan di Singapura.
TOP
Raja Azmi tekad berhijab sampai pakai kafan
Untuk kekal berhijab sehingga penghujung usianya. “Insya-ALLAH, niat saya untuk berhijab sehingga memakai kain kafan,” katanya. Keputusannya itu juga disambut baik oleh suami dan anak-anaknya. Sebelum ini, Raja Azmi mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan mengenai pemakaian tudung sejurus kepulangannya dari menunaikan umrah. “Kalau betul tak pakai tudung satu dosa yang amat besar sampai orang kata kalau orang perempuan tak tutup rambut akan masuk neraka, Kak Mi tak boleh terima semua itu,” katanya. Ekoran kenyataan itu, beliau menerima kecaman hebat daripada masyarakat.
TOP
Tapak kaki bersaiz luar biasa ditemui
Dua kesan tapak kaki bersaiz 23 inci panjang yang ditemui.
PUCHONG – Kesan tapak kaki bersaiz gergasi yang ditemui di halaman sebuah rumah di Kampung Sri Aman Dalam dekat sini petang kelmarin, menimbulkan persoalan ia milik ‘bigfoot’ atau makhluk jenis lain. Bersaiz 23 inci panjang, dua belah tapak kaki itu turut ditemui bersama satu lagi kesan tapak kaki kiri bersaiz 15 inci. Pesara, Abdul Wahab Md Wali, 78, berkata, dia menemui empat objek pelik ketika berjalan menuju ke kebun buah-buahan terletak kurang 50 meter dari jarak rumahnya. Dari jarak rumah ke kebun dia menghamparkan sebidang permaidani bagi mengelakkan rumput tumbuh sejak sebulan lalu. Namun dia tidak menyangka akan menemui kesan tapak kaki gergasi atas permaidani yang dihampar, petang kelmarin. "Kesan tapak kaki bersaiz besar itu mempunyai lima jari mirip tapak kaki manusia dan jarak antara tapak kaki kanan dan kiri hampir satu meter. "Kira-kira tiga meter dari jarak dua tapak kaki itu terdapat dua lagi kesan menyerupai tapak kaki berukuran 15 inci manakala satu lagi hanya menampakkan kesan tumit kaki yang dipijak," katanya kepada Sinar Harian. Terkejut dengan penemuan itu, dia kemudian memanggil anaknya menyebabkan kini mereka sekeluarga dihantui rasa takut. “Mula-mula pakcik tak perasan kesan tapak kaki tu tapi bila diamati memang terkejut. Ia serupa tapak kaki manusia tapi besar macam gergasi. “Lepas jumpa semalam (kelmarin) pakcik taklah kecoh-kecoh tapi ada juga orang kampung yang dah tahu datang tengok,” katanya. Difahamkan, buah pokok belimbing buluh yang ditanam Abdul Wahab berhampiran kesan tapak kaki ditemui sering ‘ghaib’ sebelum ini. Sementara itu, adik ipar Abdul Wahab, Kamarudin Ismail, 68, berkata sepanjang hidupnya, itulah kali pertama dia melihat tapak kaki bersaiz besar. Bagi mendapat kepastian, penemuan itu diajukan kepada pihak polis dan Jabatan Perhilitan. “Jabatan Perhilitan kata ia bukan tapak kaki ‘bigfoot’...jadi tapak kaki ni milik siapa? Haiwan, manusia atau jin, kami semua nak tahu..., sekarang saya akan simpan permaidani yang terdapat kesan tapak kaki ni jika ada mana-mana pihak nak kaji,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli mengesahkan ada menerima laporan polis berhubung penemuan objek itu daripada seorang penduduk Kampung Seri Aman. Katanya, pihaknya akan melakukan siasatan dan memanggil pakar jika perlu untuk kajian lanjut.
Labels:
Berita Terkini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment