Friday, June 6, 2014

Berita Terkini 06 June 2014


Julia Ziegler Kesal Dituduh Biadab Terhadap Tuan Rumah
Perintah berkurung diisytihar di seluruh Thailand
Rakyat Malaysia diminta patuhi perintah berkurung
pecah
Polis buru kumpulan aktif pecah rumah
Antara gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan sekumpulan individu didakwa orang Islam terlibat dalam aktiviti keagamaan di sebuah gereja. - Foto sumber Internet
Polis: Muslim dalam gereja bukan di Malaysia
dadah
Edar dadah: Tiga rakan ke tali gantung
Foto
Pencuri hujung usia
Foto
Felixia padam foto seksi
Foto
Ibu bayi dicampak gaung dakwa kena rogol
Foto
Ducati perkenal 1199 Panigale edisi khas
Perkhidmatan jalur lebar
Penembusan jalur lebar di Malaysia cecah 67.3%
Foto
Sebat lapan kali di mahkamah

Anggota polis trafik cedera dirempuh motosikal di Setiu

Agong terima 30 kek sempena hari keputeraan

Ikram sokong tindakan Jais

Fidyah perlu dibayar, puasa wajib diganti
Perceraian/ilustrasi
Usah mudah bermain talak
Kamil
1,001 hari di Kota Madinah
Aizi Saidi
Minta tolong hanya pada ALLAH

Menjawab tuduhan: ALLAH berjisim
Antara penerbit dan ahli PTVM yang hadir
Nasib golongan penerbit TV
Nina Iskandar
Hijrah artis Brunei

Masalah sosial remaja semakin parah
Motosikal yang dinaiki mangsa dalam nahas berkenaan.
Anggota trafik maut nahas
Hawa menunjukkan laporan polis dan senarai tempahannya kepada katering berkenaan.
Tanggung malu di hari persandingan

Junta lenyapkan pro Taksin
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
PM pening nak sokong Pahang atau Felda United
Post Pic
Dua restoran tom yam diarah tutup

Wanita warga asing ditahan tawar khidmat seks
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh (kanan) mengiringi Mohd Mokhtar memeriksa barisan anggota polis
Dua peragut tak sempat joli
Kapal ‘Ulaanbaatar’ dirampas dalam serbuan yang dilakukan selepas didapati terlibat dalam sindiket penyeludupan diesel.
Kapal cuba seludup diesel berjaya ditumpas lagi
Mayat dipercayai Gareth David Huntley dibawa menggunakan helikopter ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat semalam. - Foto Bernama
Mayat dikenalpasti sebagai Gareth David Huntley
FIFA WORLD CUP BRASIL
Perangi sindiket judi Piala Dunia
Azimat yang mudah didapati di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu.
Langgan azimat untuk laris jualan
Mursi bersama ahli Ikhwanul Muslimin masih berada dalam tahanan di Iskandariah. Foto: EPA
Respons Mursi terhadap Al-Sisi

Lelaki patah hati cabul wanita dengan 'air mani'

Kerajaan galak pengguna guna pengangkutan awam
Hadi Awang
Hadi dibenar keluar wad dalam masa terdekat

Komputer, salinan perisian cetak rompak dirampas
Salleh (kanan) pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, semalam
Lapor polis kes pelajar bergaduh
Rosli (dua, kiri) menunjukkan hasil rampasan produk kosmetik tiruan yang dirampas.
Kosmetik popular tiruan dirampas
Chan Hwa bimbang bayi perempuannya jadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia
'Tolong jangan jual bayi kami'
Che Wan Mohd Razi (tengah) dipeluk erat dua anaknya, Che Wan Norazilah, 19, yang juga atlet Sukma dan Che Wan Mohd Saiful Amin, 20, sebaik bapa mereka tiba di pekarangan rumah di Tanjung Pagar, petang semalam.
Dengar orang mengaji tengah laut

Imam Besar Masjid Negeri stabil
Sreedhar (kiri) dan Mohd Anwar pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.
Henti monopoli kandungan TV
Mohd Soffi (tengah) bersama pengguna Prime dan LPC sekitar Pahang sempena Seminat Electricity, semalam.
Kos bahan api dunia naik
Salah seorang kanak-kanak yang ditikam di dalam lif ketika keluar untuk membeli aiskrim.
Suspek tikam kanak-kanak dalam lif ditahan
Michael Schumacher
Keluarga sembunyi perkembangan Schumacher?
Jalaluddin Abdul Rahman
84 mangsa rogol bawah umur 18 tahun
Mayat mangsa dibawa ke Bilik Mayat Hospital Kuala Krai, semalam.
Lelaki ditemui mati dalam bilik tidur

Mayat ditemui dalam gear mendarat pesawat
 Assad kekal presiden Syria
Assad kekal presiden Syria
Puting beliung landa tengah AS
Puting beliung landa tengah AS
Salah import dinosaur
Salah import dinosaur
Kempen pilihan raya presiden bermula
Kempen pilihan raya presiden bermula
China diminta beri bukti dalam 6 bulan
China diminta beri bukti dalam 6 bulan
Indonesia hantar pulang 20 guru asing
Indonesia hantar pulang 20 guru asing

Penutupan pusat seks di Surabaya dibantah

Tiket perlawanan penting habis
Israel Umum Bina Rumah Haram
Israel mahu bina 1,500 rumah haram

Makan burger belalang di restoran AS

Cristiano Ronaldo disumpah Syaitan Hari Rabu

Bersih: Mahkamah Tinggi Kekal Keputusan Bebas 21 Individu

Lori Terbalik di Monterez Kg Melayu Subang

Polis Jumpa Telefon Bimbit Berdekatan Mayat Lelaki di Pulau Tioman

Peraturan Baru Cermin Gelap Tinted JPJ Mulai Jun 2014

Malaysia Rayu Kuota Tambahan Jemaah Haji - Najib

Pasangan Kekasih Ditahan Disyaki Curi RM19,000

Warga Cina Masih Tergamak Untuk Berkelah di Pantai Yang Kotor.

Serbu Majlis Kahwin Di Kuil: Jais Lebih Arif

Felixia Yap Luah Kesedihan Dalam Sajak

Gadis Sapu Air Mani Ke Wajah, Sangka Krim Pelembab

Pelajar kolej mengaku salah buang bayi

Sindiket Hamba Seks: Polis Siasat Dakwaan Pembantu Rumah

Adik Neelofa Yang Cun Melecun Tapi Sayangnya…

TOP
Julia Ziegler Kesal Dituduh Biadab Terhadap Tuan Rumah

PETALING JAYA – Pelakon Julia Ziegler berkata, individu yang menuduh dia berkelakuan biadab dan sombong terhadap tuan rumah semasa penggambaran sebuah drama telah membuat tuduhan tidak berasas. Menceritakan kejadian itu Julia atau nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegler, 30, berkata, dia mengambil pendekatan untuk tidak beramah mesra dengan tuan rumah yang dimaksudkan kerana enggan menganggu mereka semasa dia dan kru produksi tiba di lokasi berkenaan awal pagi. “Saya bukan sombong seperti yang mereka katakan. Perkara itu terjadi ketika penggambaran drama bermula pada pukul 8 pagi dan ketika itu ahli keluarga yang ada dalam rumah berkenaan muncul dengan berpakaian tidur menyebabkan saya tidak bercakap banyak sebaliknya sekadar menyapa sahaja. “Disebabkan tidak mahu menganggu privasi mereka, saya terus ke bilik persalinan bagi memulakan penggambaran,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis. Julia berkata demikian ketika diminta mengulas luahan hati seorang individu yang mendakwa sebagai anak kepada ahli keluarga tuan rumah berkenaan telah menulis status tidak berpuas hati terhadap pelakon wanita itu. Dalam status tersebut individu terbabit menyelar sikap Julia yang kononnya berlagak diva kerana tidak menegur keluarga tuan tumah berkenaan ketika hadir bagi menjalani penggambaran sebuah drama untuk siaran TV3. Penggambaran selama sehari itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Tun Dr Ismail dekat sini arahan Heykal Hanafiah pada pertengahan Mei lalu. Dalam pada itu Julia menjelaskan, tuan rumah tersebut juga tidak memahami suasana sesebuah penggambaran drama apabila menganggap kehadiran kru produksi sengaja membuat bising. “Ada adegan yang memerlukan saya bercakap terjerit-jerit, kemudian tuan rumah memberitahu kepada pengarah bahawa saya biadab kerana menjerit di rumahnya. Padahal saya sedang berlakon. Mungkin dia tidak tahu situasi penggambaran drama,” katanya. Bagaimanapun, Julia berkata, selepas selesai penggambaran tersebut dia ada bersalaman dan meminta diri daripada ahli keluarga berkenaan. Malah mereka turut mempelawanya hidangan pulut kuning untuk dibawa pulang. “Saya tidak sangka perkara tersebut menjadi isu kerana ketika selesai penggambaran saya ada bersalaman dan mereka semua saya lihat baik sahaja. “Malah mereka mempelawa saya bungkusan pulut kuning untuk dibawa balik. Tetapi saya tak sangka timbul cerita lain pula selepas itu,” katanya. Sumber: mStar

TOP
Rakyat Malaysia diminta patuhi perintah berkurung
Perintah berkurung diisytihar di seluruh Thailand
PADANG BESAR - Rakyat Malaysia yang melawat Thailand diminta mematuhi segala peraturan yang ditetapkan di negara itu terutama perintah berkurung dari 10 malam hingga 5 pagi. Panglima 6 Briged Brig. Jen. Mohd Zakarian Yadi berkata bagi yang mahu kembali ke tanah air pula, mereka perlu melintasi sempadan Malaysia-Thai sebelum atau selewat-lewatnya pada pukul 10 malam. Arahan ini adalah demi keselamatan diri mereka sendiri, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Projek Perhutanan Asean bagi Malaysia-Thailand di Kem Rimba Mas, di sini hari ini. Mohd Zakaria yang bertanggungjawab bagi pasukan tentera dalam hal ehwal keselamatan sempadan membabitkan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang berkata, secara keseluruhan tahap keselamatan di sempadan negara adalah terkawal. Sementara itu mengulas projek yang melibatkan negeri-negeri di utara Semenanjung dan empat wilayah selatan Thai tersebut, Mohd Zakaria berkata Malaysia dan Thailand masing-masing akan menanam 500 batang pokok di sempadan negara meliputi Perlis dan Kedah. Projek pertama dilaksana di Ban Tonpayom, Sadao, Songkhla, Thailand pada 29 Mei lepas. Sebanyak 120 batang pokok termasuk mempelam harumanis ditanam di Kem Rimba Mas dan di Ban Tonpayom. Benih pokok hutan itu dibekalkan oleh Jabatan Perhutanan Perlis sementara benih mempelam harumanis dibekalkan oleh Jabatan Pertanian Perlis, katanya. - Bernama

TOP
Polis buru kumpulan aktif pecah rumah
pecah
KANGAR - Polis sedang memburu tiga lelaki yang dipercayai terbabit menyamun tiga buah rumah dalam tempoh dua hari di sini, membabitkan kerugian kira-kira RM10,000. Ketua Polis Kangar Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata kes terbaharu membabitkan kediaman seorang penjawat awam di Simpang Empat Sanglang, malam semalam. Mereka melarikan sebentuk cincin emas dan seunit telefon bimbit bernilai lebih RM2,000, katanya dalam sidang media, di sini hari ini. Dua lagi kes masing-masing berlaku pada malam Rabu, membabitkan kerugian lebih RM8,000 apabila penyamun melarikan barangan seperti televisyen, komputer riba, kamera dan tabung duit dari rumah yang disamun, katanya. Beliau berkata kejadian pertama berlaku di Jalan Abi-Batas Paip dan satulagi di Kampung Guru di sini. - Bernama

TOP
Polis: Muslim dalam gereja bukan di Malaysia
Antara gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan sekumpulan individu didakwa orang Islam terlibat dalam aktiviti keagamaan di sebuah gereja. - Foto sumber Internet
Antara gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan sekumpulan individu didakwa orang Islam terlibat dalam aktiviti keagamaan di sebuah gereja. - Foto sumber Internet
SHAH ALAM – Polis mengesahkan gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan sekumpulan individu didakwa orang Islam terlibat dalam aktiviti keagamaan di sebuah gereja bukan berlaku di negara ini. Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara, Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata, penyebaran gambar-gambar berkenaan telah mencetuskan ketidaktenteraman dalam kalangan umat Islam di negara ini. “Penyebaran gambar-gambar melalui media sosial yang seakan-akan cuba membayangkan bahawa sekumpulan Muslim terlibat dalam aktiviti keagamaan di sebuah gereja telah mencetuskan kegusaran dan ketidaktenteraman di kalangan masyarakat Islam di negara ini. “Adalah disahkan bahawa gambar-gambar tersebut bukan melibatkan sebarang rakaman upacara yang berlaku di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Menurutnya, polis tidak menerima sebarang laporan terhadap isu tersebut. Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang bahan yang tidak sahih. “Orang ramai dinasihatkan untuk tidak memuat naik atau menyebar sebarang bahan yang tidak sahih melalui media sosial kerana ia berupaya menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya. Gambar-gambar yang tersebar menunjukkan sekumpulan lelaki dan wanita bertudung melakukan aktiviti keagamaan di dalam gereja.

TOP
Edar dadah: Tiga rakan ke tali gantung
dadah
SHAH ALAM - Tiga rakan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi semalam selepas didapati bersalah mengedar 202.2 gram heroin dan morfin dua tahun lalu. Keputusan itu dibuat oleh Hakim, Datuk Akhtar Tahir selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan pada akhir kes. Dalam penghakimannya, Akhtar berkata, tertuduh kedua memainkan peranan penting pada hari kejadian. "Dalam pembelaan, tertuduh kedua menyatakan bahawa beliau hanya menjalankan arahan abang iparnya," katanya. Menurutnya, mahkamah mendapati terdapat percanggahan dalam keterangan tertuduh. "Ia bukan sahaja sukar dipercayai, namun juga melucukan," katanya. Beliau berkata, pihak pembelaan tidak pernah membangkitkan isu tersebut pada peringkat pendakwaan dan abang ipar tertuduh juga tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan di Mahkamah. Penjual peralatan sembahyang Hindu, A Viganeswaran, 38, pemilik pusat pencuci kereta, K Nathan, 36, dan penjual nasi lemak P Selvam, 31 yang mana kesemuanya kini tidak bekerja didakwa mengedar 160 gram heroin dan 42.2 gram morfin di tapak letak kereta, Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, Gombak. Perbuatan itu didakwa dilakukan jam 1.30 pagi pada 11 Ogos 2012. Pendakwaan dilakukan oleh Hasila Awang yang mewakili rakannya, Mohd Zaki Mohd Salleh mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Tertuduh diwakili oleh peguam bela, Zamri Ibrahim, Datuk N Sivananthan dan Katherine Susan.

TOP
Pencuri hujung usia
Foto
TUKIMAN (kiri) menunjukkan kepala paip dan batang besi paip yang dirampas
Bandar Seri Jempol: Usianya 74 tahun, tapi lelaki warga emas ini seolah-olah tidak ingatkan dosa apabila dipercayai mencuri bagi menampung sisa kehidupannya sebelum perbuatan tidak bertanggungjawab itu terbongkar. Lelaki terbabit dipercayai mencuri kepala paip tembaga dan besi batang paip sebelum barang curi berkenaan dijual kepada pembeli untuk mendapatkan wang mudah. Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol Deputi Superintendan Tukiman Seriman berkata, suspek dipercayai mencuri barang berkenaan dari sebuah tapak projek pembinaan di Taman Margosa Maju, Bahau, dekat sini. “Kehilangan kepala dan batang paip berkenaan disedari pemaju Selasa lalu, ketika menjalankan pemeriksaan di kawasan pembinaan itu. Sebaik menyedari beberapa kepala dan batang paip hilang disyaki dicuri, dia tampil membuat laporan di Balai Polis Bahau. “Bertindak atas laporan itu, kita membuat pemeriksaan terhadap sebuah premis menjual barang lusuh di Bahau dan menemui semua barang curi terbabit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, semalam.

TOP
Felixia padam foto seksi
Foto
ANTARA komen yang dilontarkan pengguna laman sosial kepada Felixia.
Ipoh: “Siapa saya untuk menyuruh mereka berhenti daripada terus mencemuh dan memberi komen lucah pada gambar milik saya di Facebook (FB), justeru, saya mengambil keputusan untuk memadam semua gambar seksi itu. “Saya juga perlu mendapatkan bantuan pembantu peribadi bagi melakukan tugas terbabit dan menjangkakan semuanya dapat dipadam sebelum Ramadan ini,” kata bekas model majalah Playboy Felixia Yeap, 28, ketika dihubungi, semalam. Perkara itu dijelaskannya selepas banyak komen berbaur lucah serta negatif pada gambar seksinya itu walaupun dirinya sudah memakai hijab. Berdasarkan pemantauan dilakukan wartawan di FB wanita itu, masih ada memberi komen lucah tanpa menghiraukan sensitiviti Felixia yang kini sudah berhijab. Ada juga antara komen daripada peminat yang meminta Felixia memadam semua gambarnya itu yang menjadi tumpuan umum.

TOP
Ibu bayi dicampak gaung dakwa kena rogol
Foto
Shah Alam: Polis menahan seorang lelaki warganegara Bangladesh dipercayai merogol ibu bayi lelaki yang dicampak seorang lelaki ke dalam gaung di km 3.2 Jalan Genting Highland, Pahang, Sabtu lalu. Difahamkan, lelaki terbabit yang berusia lingkungan 30-an ditahan kira-kira jam 11 pagi semalam di sekitar Shah Alam lanjutan daripada dakwaan ibu mangsa terbabit yang mengatakan dirinya dirogol lelaki berkenaan. Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata, polis telah mendapatkan perintah reman selama 14 hari terhadap suspek bermula hari ini bagi menyiasat kes mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. "Selain daripada itu, kita juga telah menyelamatkan 11 lagi wanita warga asing di dua lokasi berasingan di USJ 2, Subang Jaya dan juga Kampung Jawa, Klang yang disyaki dieksploitasi suspek utama kes pembunuhan bayi tempoh hari. "Semua yang diselamatkan diletakkan di bawah perlindungan untuk disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 (Atip)," katanya.

TOP
Ducati perkenal 1199 Panigale edisi khas
Foto
Sepang: Ducati Malaysia memperkenalkan Ducati 1199 Panigale edisi khas sempena Kejuaraan Superbike Dunia yang hanya terhad dijual 10 unit sahaja, sebentar tadi. Edisi terhad yang ditempah hanya pasaran Malaysia itu dijual pada RM160,888. Perbezaan pada model itu adalah penampilan yang lebih sporty dengan padanan pelekat grafik menarik serta mempunyai nombor siri. Ia juga dilengkapi ekzos perlumbaan Termignoni, pelindung klac karbon, selain mempunyai tandatangan penunggang pasukan Ducati.

TOP
Penembusan jalur lebar di Malaysia cecah 67.3%
Perkhidmatan jalur lebar
Kuala Lumpur: Kadar penembusan jalur lebar di Malaysia semakin meningkat dengan angka semasa kini mencecah 67.3 peratus, iaitu hanya 7.7 peratus untuk mencapai sasaran 75 peratus menjelang tahun depan. Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, kadar terbaru itu merupakan peningkatan sebanyak 11.7 peratus dalam tempoh empat tahun lepas. Beliau berkata, peningkatkan kadar penembusan jalur lebar itu membuka ruang kepada Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi dan menikmati pembangunan mapan. "Komunikasi merupakan satu elemen penting dalam kehidupan kita dan dengan dikuasakan oleh jalur lebar, komunikasi pada hari ini hanyalah di hujung jari anda dan dunia kini menjadi tanpa sempadan," katanya dalam ucapan perasmian Kempen Melawat Muzium Telekom 2014 di sini, hari ini. Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha II kementerian Datuk Che Azemi Haron dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia (TM) Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa. Abdul Rahim berkata, sejajar dengan dasar telekomunikasi dan juga keperluan komunikasi masyarakat di negara ini, TM sentiasa mengorak langkah ke hadapan dengan pelbagai produk serta perkhidmatan terkini berasaskan jalur lebar. "Kita harus berbangga dengan tahap telekomunikasi di negara ini yang merupakan hasil usahasama pelbagai entiti di bawah Pelan Jalur Lebar Negara," katanya. Kempen tersebut diadakan bersempena sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia (WTISD) 2014 dengan tema 'Jalur Lebar Untuk Pembangunan Mapan.' "Kempen ini diadakan bermula 2 hingga 15 Jun ini dengan pengisian pelbagai acara menarik," katanya. Beliau berkata, WTISD disambut setiap tahun sejak sejak 45 tahun lepas bagi memberi kesedaran kepada masyarakat dunia mengenai manfaat teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). - Bernama

TOP
Sebat lapan kali di mahkamah
Foto
Ampang: Seorang penuntut kolej mendapat pembalasan dan pengajaran apabila disebat lapan kali menggunakan rotan halus di hadapan ahli keluarga dan orang awam di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, selepas mengaku salah terhadap dua pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur, tahun lalu. Ainur Asyriq Aizamuddin, 19, disebat oleh pegawai dari Penjara Kajang di hadapan Hakim Manira Mohd Nor sambil disaksikan ibu bapa remaja itu, wartawan dan orang awam yang berada di galeri awam mahkamah. Bagaimanapun hukuman sebatan ringan yang dikenakan ke atas tertuduh adalah bagi pertuduhan kedua. Pada 14 Mei lalu, bagi pertuduhan pertama, mahkamah menjatuhkan hukuman perintah kehadiran wajib dalam tempoh tiga bulan, setiap hari selama empat jam ke atas tertuduh mengikut Seksyen 5(1) Akta Kehadiran Wajib 1954 dan bon jaminan bercagaran RM6,000 dengan seorang penjamin. Sementara itu, pada prosiding hari ini, tertuduh yang bertubuh kurus kelihatan tenang ketika diperintahkan membongkok di bahagian meja hadapan galeri mahkamah untuk disebat menggunakan rotan sepanjang anggaran satu meter. Sesekali, tertuduh mengaduh kesakitan ketika disebat. Terdahulu, mahkamah memerintahkan doktor yang hadir memeriksa tahap kesihatan pesalah muda berkenaan sebelum sebatan dijalankan. Selepas dia disahkan sihat, proses sebatan dimulakan terhadap tertuduh. Pada 13 Disember 2013, tertuduh mengaku salah terhadap dua tuduhan merogol mangsa yang juga teman wanitanya yang ketika itu berusia 15 tahun 11 bulan masing-masing pada 29 November 2013 jam 9 pagi dan 7 Disember 2013 jam 4 petang di sebuah rumah, dekat sini. Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.


TOP
Anggota polis trafik cedera dirempuh motosikal di Setiu

SETIU - Seorang anggota polis trafik berpangkat Lans Koperal cedera selepas dirempuh sebuah motosikal ketika menjalankan tugas di Kilometer 64, Jalan Pantai Kuala Terengganu-Kampung Raja berhampiran Kampung Nyatoh, di sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab. Rahman Raja Mohamad berkata, akibat rempuhan itu, mangsa Mohamad Radhi Somiran, 26, patah bahu kanan dan patah pergelangan tangan kiri. Katanya, kejadian kira-kira pukul 3.15 petang berlaku ketika mangsa bersama dua lagi anggota sedang melakukan tugas penguatkuasaan di lokasi terbabit sebelum dirempuh ketika cuba menahan tiga lelaki bermotosikal yang menunggang secara merbahaya. "Ketika bertugas, mereka melihat tiga buah motosikal yang datang dari arah Penarik menghala ke Kampung Raja menunggang dalam keadaan meniarap dengan kedua-dua kaki ke belakang. Mangsa cuba menahan motosikal berkenaan namun secara tiba-tiba salah sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ bernombor pendaftaran CY 9960 telah melanggar mangsa dan terbabas," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Menurutnya, penunggang motosikal terbabit berusia 21 tahun dan bekerja di Kuantan, Pahang turut mengalami kecederaan ringan manakala dua buah lagi motosikal melarikan diri dan dua lagi anggota tidak mengalami sebarang kecederaan. Tambahnya, mangsa serta penunggang motosikal tersebut dibawa ke Hospital Setiu untuk rawatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai dan merbahaya sehingga menyebabkan cedera parah. - Bernama

TOP
Agong terima 30 kek sempena hari keputeraan
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan melihat kek yang dipersembahkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diwakili Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pada Majlis Persembahan Kek Sempena Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong esok di Dewan Santapan, Istana Negara di Kuala Lumpur hari ini. Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri meluangkan masa kira-kira sejam untuk melihat 30 kek yang dipersembahkan oleh hotel-hotel dari seluruh negara. - Foto Bernama
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan melihat kek yang dipersembahkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diwakili Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pada Majlis Persembahan Kek Sempena Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong esok di Dewan Santapan, Istana Negara di Kuala Lumpur hari ini. Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri meluangkan masa kira-kira sejam untuk melihat 30 kek yang dipersembahkan oleh hotel-hotel dari seluruh negara. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini menerima persembahan 30 kek sempena ulang tahun keputeraan Seri Paduka esok. Turut berangkat menyaksikan persembahan kek berkenaan di Dewan Santapan Istana Negara di sini ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Seri Paduka berdua meluangkan masa kira-kira satu jam dan tertarik dengan dekorasi pelbagai kek termasuk kek buah bertemakan 'Tahun Melawat Malaysia bersama KTM 2014' seberat 40 kilogram daripada Hotel Park Royal Kuala Lumpur. Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin turut hadir untuk mempersembahkan kek daripada ATM bertemakan 'ATM Taat Setia'. Hotel Berjaya Waterfront Johor Baharu pula mempersembahkan kek seberat 60 kilogram dengan tema 'Kapal Perang HMS Victory'. Turut menarik perhatian Seri Paduka berdua ialah kek 'Daulat Tuanku' daripada Pusat Dagangan Dunia Putra yang dihias di atasnya dengan sebuah 'Royal Buggy' yang boleh berpusing dan mengeluarkan bunyi 'Daulat Tuanku'. Hotel lain yang menghadiahkan kek dalam pelbagai bentuk dan rasa ialah Putrajaya Marriot Hotel & Spa, Mandarin Oriental Kuala Lumpur, Hotel Grand Bluewave Shah Alam, Hotel Golden Horse Palace Bhd, Federal Hotel International Kuala Lumpur, Kuala Lumpur Konvensyen Centre dan Hotel Shangri-la. Turut sama mempersembah kek bagi sambutan ulang tahun Seri Paduka ialah Hotel Maya Kuala Lumpur, Hotel Berjaya Times Square, Hotel Impiana KLCC, Hotel Intercontinental, Brahim's Airlines Catering, Hotel Doubletree by Hilton, Dorsett Hospitality International, The Royale Bintang, Hotel Uitm Shah Alam dan Hotel Istana. Hotel Chorus, Grand Millennium, Hotel Holiday Villa & Suites, Starwood Hotel & Resort Malaysia, The Ritz-Carlton, Putrajaya International Convention Centre, Malaysia Airlines, Hotel One World dan Hotel Seri Pacific turut mempersembah kek masing-masing. Persembahan kek merupakan acara tahunan setiap kali sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong. - Bernama

TOP
Ikram sokong tindakan Jais

SHAH ALAM - Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) menyifatkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menahan wanita Islam yang berkahwin di sebuah kuil, Ahad lalu sah di sisi undang-undang. Ahli Jawatankuasa Biro Undang-undang Ikram,Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, tindakan itu selaras dengan peruntukan undang-undang. “Saya berpandangan bahawa tindakan Jais pergi ke tempat kejadian bagi tujuan siasatan adalah satu tindakan yang sah di sisi undang-undang dan selaras dengan peruntukan-peruntukan Seksyen 9, 54, 55 dan atau 57 Enakmen Tatacara Jenayah Syari'ah (Negeri Selangor) 2003. “Tindakan Jais tersebut juga dibuat bagi menjalankan siasatan di bawah seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 iaitu menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam... berkaitan dengan seseorang yang disyaki Muslim terlibat dalam aktiviti yang boleh menghina agama Islam," katanya dalam satu kenyataan, semalam. Menurutnya, isu kemungkinan wanita itu keluar Islam perlu ditangani secara kehakiman bukan dikendalikan secara sebelah pihak semata-mata. “Isu kemungkinan Zarena Abdul Majid keluar Islam adalah ‘secondary'. Dakwaan yang dibuat oleh beliau tersebut haruslah ditangani secara kehakimandan oleh beliau sendiri dan pihak berkuasa agama Islam. “Ia tidak seharusnya dikendalikan secara persendirian atau sebelah pihak semata-mata dan haruslah ditangani dengan berhati-hati," katanya. Namun beliau juga menyarankan agar pihak berkuasa berhati-hati dalam melaksanakan tugas dan autoriti mereka. "Pihak berkuasa agama juga harus lebih berhati-hati dalam menguatkuasakan tugas dan autoriti mereka, walaupun mereka mempunyai imuniti di bawah seksyen 209 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah kerana dibimbangi ia boleh memberikan kesan kepada keharmonian masyarakat dan mencetuskan isu undang-undang sivil seterusnya akan menjejaskan reputasi pihak berkuasa agama Islam sendiri. "Tatacara adalah satu isu, tetapi amalan terbaik bagi melaksanakan tatacara tersebut juga adalah isu yang lain yang seharusnya juga diberikan perhatian yang serius oleh pihak yang berkenaan," katanya. Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Jais telah memainkan peranan sewajarnya menjaga kepentingan agama Islam di negeri ini dalam melaksanakan tugasnya. Katanya dari segi prosedur, Jais lebih arif berdasarkan kuasa yang telah diberi mengikut peruntukan dalam Jadual 9 Perlembagaan Senarai 2, Islam di bawah kuasa majlis agama Islam negeri. Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyifatkan serbuan Jais ke majlis perkahwinan tersebut tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP).

TOP
Fidyah perlu dibayar, puasa wajib diganti

KUALA LUMPUR - Bulan Ramadan bakal menjelang tidak lama lagi dan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia pastinya ternanti-nanti kehadirannya bagi meningkatkan amalan puasa dan pahala sepanjang bulan barakah ini. Namun, dalam keterujaan menyambut ketibaan Ramadan, umat Islam dinasihatkan agar tidak mengambil mudah mengenai fidyah (denda) puasa yang wajib dilaksanakan oleh mana-mana individu Islam yang meninggalkan puasa Ramadan. Fidyah merupakan bayaran denda dikenakan terhadap mereka yang gagal menggantikan puasa Ramadan pada sesuatu tahun sehingga tiba Ramadan tahun berikutnya. Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, Islam menetapkan fidyah mesti dibayar oleh beberapa golongan yang meninggalkan puasa Ramadan iaitu mereka yang uzur syar'ie, wanita hamil, ibu yang menyusukan anak dan orang yang telah meninggal dunia. Katanya, golongan tersebut dibahagikan kepada dua kategori iaitu perlu membayar fidyah, tetapi tidak perlu menggantikan (qadha) puasa dan kategori satu lagi iaitu perlu membayar fidyah dan menggantikan puasa. "Warga emas (uzur) dan mereka yang menghidapi penyakit tiada harapan untuk sembuh tidak diwajibkan mengganti puasa setelah membayar fidyah. "Sementara, wanita hamil, ibu yang menyusukan anak, orang yang melambatkan ganti puasa perlu membayar fidyah dan wajib mengganti puasa. Sebaliknya bagi orang yang telah meninggal dunia, fidyah mereka hendaklah disempurnakan waris malah waris juga boleh menggantikan puasa bagi pihak si mati," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini. Bagaimanapun katanya, dengan membayar fidyah tidak bermakna seseorang itu tidak perlu menggantikan puasa tersebut yang wajib diganti mengikut bilangan hari ditinggalkan. "Contohnya jika seseorang meninggalkan puasa selama tiga hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga tiga kali bulan Ramadan, maka kadar fidyahnya ialah: harga semasa secupak beras (675 gram) X tiga hari X tiga tahun," katanya. Menurutnya lagi, hasil kutipan fidyah akan disalurkan kepada golongan fakir atau miskin sahaja. Pengarah Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi (CFirst), Universiti Teknologi Malaysia Dr Arieff Salleh Rosman berkata fidyah boleh dibayar di cawangan pusat zakat atau amil bertauliah sebelum tiba Ramadan tahun berikutnya bagi mengelakkan gandaan puasa. "Hukum fidyah adalah wajib. Dan hukum mengganti puasa turut wajib disempurnakan seberapa segera kerana ia merupakan suatu tanggungan (hutang) kepada ALLAH S.W.T jika tidak dilaksanakan," katanya. Islam memudahkan cara sesuatu masalah maka setiap umat Islam perlu menyegerakan tuntutan agama dan menjauhi segala larangan yang telah ditetapkan di dalam agama, kata ilmuwan agama lulusan Universiti Mu'tah, Jordan itu. Mengulas lanjut mengenai fidyah, Mufti Perlis, Datuk Dr Juanda Jaya berkata walaupun kadar fidyah agak murah namun ia wajib dilaksanakan kerana puasa Ramadan hukumnya wajib. Beliau turut menasihatkan sebagai persediaan menyambut Ramadan, umat Islam digalakkan mengamalkan puasa sunat Syaaban bagi melatih serta mendisiplinkan diri masing-masing. "Qadha (ganti) puasa juga boleh dilakukan pada bulan tersebut (Syaaban)," katanya menambah tiada faedah melengah atau menangguh kewajipan mengganti puasa jika ada kemampuan dan memiliki tahap kesihatan yang baik. - Bernama

TOP
Usah mudah bermain talak
Perceraian/ilustrasi
PENCERAIAN adalah perkara yang tidak disukai Rasullullah SAW, sebagaimana maksud hadis ini. Daripada Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda: “Perkara halal yang paling dibenci ALLAH adalah sebuah penceraian.” (Riwayat Ibnu Majah dan Abu Daud)
Kahwin cerai dalam kalangan artis sering dipaparkan dan keudarakan di dada akhbar dan corong radio. Bahkan, jumlah pasangan artis bercerai terus meningkat. Isu kahwin cerai sesama artis ini menjadi kebiasaan bagi mereka apabila melepasi zon rumah tangga. Situasi ini jelas menunjukkan penceraian bukanlah langkah terbaik dalam menyelesaikan sesebuah masalah rumah tangga. Islam sendiri tidak menggalakkan penceraian bahkan menggalakkan umatnya agar berbincang dan menyelesaikan dengan cara yang baik dan berhikmah.
Mudahnya bercerai
Jika tiada angin, masakan pokok bergoyang. Penceraian yang berlaku pasti ada puncanya. Ramai mengatakan faktor penceraian berpunca kehadiran orang ketiga. Gosip liar tersebar luas di majalah hiburan, surat khabar mahupun di radio menimbulkan kontroversi apabila mereka mendedahkan hubungan seseorang sebelum mendapatkan kesahihan faktanya. Tidak mempunyai kesefahaman sering menjadi faktor yang menjurus ke arah penceraian. Perselisihan kecil atau perbezaan pendapat sudah menjadi asam garam dalam kehidupan berumah tangga. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Demi kesejahteraan rumah tangga, mengapa tidak dibuang sahaja yang keruh serta ambil yang jernih. Setiap pasangan pastinya ada kelemahannya masing-masing. Seelok-eloknya, ambillah masa untuk memahami pasangan masing-masing serta jadikan pengalaman yang lalu sebagai pengajaran untuk memastikan kerukunan rumah tangga sentiasa terpelihara. Ada yang mengatakan faktor penceraian berpunca dari wanita. Bila mana seseorang wanita itu mempunyai kerjaya sendiri, mereka lebih mementingkan kerjaya berbanding keluarga. Seorang wanita yang bekerjanya haruslah bijak membahagikan masa serta komitmen demi masa depan keluarga itu sendiri. Setiap pasangan haruslah mengetahui peranan serta tanggungjawab mereka dalam mengendalikan sesebuah keluarga agar isu penceraian tidak akan timbul antara mereka. Faktor kewangan juga menjadi salah satu faktor penceraian berlaku. Masalah ini akan timbul tatkala berlaku perbezaan pangkat dan jurang pendapatan antara pasangan. Apabila si isteri mempunyai pangkat dan pendapatan yang lebih daripada suami, isteri akan merasakan dirinya lebih berkuasa dan akan menyebabkan si isteri untuk tidak menjalankan kewajipan sebagai isteri di rumah. Perasaan hormat terhadap suami akan semakin hilang disebabkan sifat ego yang tinggi dalam diri. Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana suami merupakan ketua keluarga. Isteri seharusnya membantu dan bertolak ansur dengan suami.
Hasutan keluarga?
Campur tangan ibu dan bapa dalam masalah rumah tangga anak-anak juga turut menyumbang kepada pertambahan kes penceraian. Ada sesetengah ibu bapa suka menghasut anak – anak mereka untuk bercerai disebabkan mereka tidak suka kepada pasangan anak mereka atau dalam erti kata lain bukan menantu pilihan. Kes sedemikian ini sudah banyak berlaku dan anak pula mudah terpengaruh dengan hasutan ibu bapa tanpa mencari jalan penyelesaian yang lebih baik. Sebagai ibu bapa, mereka tidak harus mencampuri urusan rumah tangga anak-anak sebaliknya menasihati dan mengajar anak-anak dengan perkara yang menjurus kepada kebaikan. Menurut kenyataan daripada Pendakwah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dalam sebuah akhbar tempatan turut mengakui punca bagi setiap penceraian yang berlaku ialah tiada persefahaman dalam menguruskan rumah tangga, suami atau isteri terbabit dengan hubungan orang ketiga dan poligami. Katanya lagi, wujudnya campur tangan keluarga secara berlebihan dan tekanan bebanan kerja sehingga masa untuk bersama keluarga diabaikan turut menyumbang kepada pertambahan kes penceraian. Konklusinya, isu penceraian bukanlah jalan penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan. Setiap pasangan haruslah berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk bercerai. Bak kata orang-orang tua, jika mahu bercerai, lihatlah wajah anak kerana di mata mereka ada seribu penderitaan dan kesengsaraan jika ikatan perkahwinan itu terputus.
SABARINA MAT SAAT
(Penuntut Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim))


TOP
1,001 hari di Kota Madinah
Kamil
Kamil
KALI terakhir saya menulis untuk Majalah i ketika tahun pertama tiba di Madinah bagi memulakan tugas di Universiti Taibah. Begitu pantas masa berlalu. Alih-alih hampir 1,100 hari kami menjadi ahli Madinah. Kini kami kembali ke Malaysia. Kontrak kerja dengan universiti tidak dapat disambung lagi. Kolej Perniagaan dan Pengurusan menukar mod pengajaran daripada bahasa Inggeris kembali kepada bahasa ibunda. Saya nyatakan ia adalah tindakan paling bijak walaupun memberi kesan tidak suka kepada kami sekeluarga. Siswa-siswi universiti lebih berupaya menerima ilmu melalui bahasa ibunda. Apatah lagi mereka diberi anugerah ALLAH SWT dengan bahasa al-Quran, bahasa pertuturan ahli syurga. Tiket penerbangan sehala Madinah – Kuala Lumpur bertarikh 23 Julai 2014 disediakan universiti membuat kami sebak dan terharu. Sebelumnya, setiap kali pulang bercuti musim panas, kami ternanti-nanti untuk ke lapangan terbang. Anak-anak gembira diraikan dengan penerbangan kelas perniagaan. Setahun sekali universiti membelanjakan di sekitar SR26,000 (RM22,430) khas untuk tambang dua hala Madinah – Kuala Lumpur – Madinah untuk seisi keluarga. Malah rumah sewa kami dibayar mereka. Setiap tahun mereka menyerahkan SR25,000 (RM21,568) untuk kami mencari rumah yang sesuai untuk seisi keluarga. ALLAH ya ALLAH... mereka kaya dan berwang. Kami hanya menumpang nikmat ALLAH di negara asing hampir 7,000 km jauhnya. Malah kami tidak perlu bekerja selama dua bulan pada musim panas tetapi dibayar gaji penuh. Hidup di sini umpama main-main. Tiada tekanan kerja. Kalau ada pun yang dinamakan stres atau tekanan darah tinggi kerana kami tidak memahami budaya dan gaya kerja berbeza di peringkat awal ketibaan. Masa berlalu. Kami memerhati dan memahami. Diam-diam kehidupan menjadi ringan dan mudah. Tidak banyak perkara perlu difikirkan kecuali menghampirkan diri kepada-Nya. Tentu sekali kami akan merindui suasana seperti ini. Apabila saya mencongak kembali jumlah waktu kerja – secara umumnya – boleh menyebabkan bibir tersenyum. Dua bulan cuti musim panas bergaji penuh, dua minggu cuti haji, dua minggu cuti pertengahan semester dan seolah-olah dua minggu cuti menelaah menjadikan jumlah memberi kuliah hanyalah di sekitar lapan bulan dalam setahun. Subhanallah... jumlah kuliah seminggu pula antara enam hingga sembilan jam. Pada semester terakhir – bagi menghabiskan sisa siswa-siswi yang mengikut silibus berbahasa Inggeris – saya telah diminta mengajar 12 jam dan perbezaan tiga jam tersebut dibayar sebagai elaun lebih masa. Di sini tiada cukai pendapatan. Harga minyaknya di sekitar 30 sen seliter. Kereta Dodge kami bercc 3,600 hanya memerlukan SR42 untuk memenuhkan tangki. Lalu jika dihulur SR50 (RM43) kepada pemuda Bangladesh yang menjadi pekerja pam minyak maka tidak terlalu sulit untuk menyebut khalas. Maksudnya, wang baki itu kepunyaan kamu. Tentu sekali kami mahu terus tinggal di Madinah. Namun inilah realiti kehidupan. Perancangan manusia sentiasa terbatas. Kami merancang – jika tidak pun disembahyangkan di masjid Nabawi – biarlah kami berlama di sini. Sekurang-kurangnya 10 tahun. Namun ALLAH hanya membenarkan kami bermukim untuk 1,100 hari. Alhamdulillah. Insya-ALLAH ... banyak kenangan manis di sana tercatat di minda. Lalu 1,001 hari di Madinah adalah catatan ringkas mengumpulkan kenangan untuk dikongsi bersama khalayak Majalah i. Ia bukan soal Masjid Nabawi, ziarah atau umrah semata-mata. Ia kisah kehidupan.

TOP
Minta tolong hanya pada ALLAH
Aizi Saidi
Aizi Saidi
KUALA TERENGGANU – Tindakan menjual dan membeli tangkal, azimat atau apa sahaja yang dikatakan pendinding boleh diibaratkan seperti bersubahat dalam menyuburkan amalan syirik, sedangkan perbuatan itu adalah menyekutukan ALLAH. Iman Besar Negeri Terengganu, Aizi Saidi Abdul Aziz berkata, dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktikad dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak adalah sekutu bagi ALLAH. Menurutnya, menyekutukan ALLAH jelas dianggap syirik walaupun penggunaan barangan tersebut dikatakan sebagai satu ikhtiar, tetapi tetap berdosa. “Kenapa kita perlu melakukan perkara yang tidak dilakukan Nabi Muhammad SAW. Jika kita telah yakin dengan ALLAH, kita tidak perlu rasa was-was. Terus yakin, tidak perlu penggunaan tangkal, azimat atau apa sahaja pendinding dan pelaris. “Kita hanya mohon pertolongan daripada ALLAH kerana Dia yang menciptakan kita,” katanya mengulas tindakan segelintir peniaga yang menggunakan ayat suci al-Quran kepada barangan seperti azimat, tangkal dan apa sahaja pendinding. Aizi Saidi berkata, al-Quran bukan untuk dipamerkan tetapi diamalkan oleh semua umat Islam. Katanya, jika hanya meletakkan ayat al-Quran di kedai, tetapi pemiliknya sendiri masih tidak mengamalkan amalan wajib termasuk solat tiada gunanya. "Ikhtiar itu perlu iaitu dengan berusaha mencari rezeki halal dan mohon doa kepada ALLAH,” katanya. Dalam pada itu, beliau turut menyarankan agar umat Islam membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis Rasulullah SAW agar sentiasa dimurahkan rezeki dan dilimpahi kebahagiaan di dunia dan akhirat. “Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anak mu semua. “Insya-ALLAH dengan mengamalkan surah Al-Waqi’ah saban hari sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis Rasulullah SAW, hidup kita akan sentiasa dimurahkan rezeki dan dilimpahi kebahagiaan di dunia dan akhirat. "Dengan izin ALLAH juga kita akan memperoleh rezeki yang melimpah ruah supaya kita berkesempatan melaksanakan amal jariah dan meringankan beban golongan kurang bernasib baik,” katanya. Bagaimanapun beliau berkata, amalan membaca surah itu janganlah hanya berpaksikan kepada kekayaan dan kemewahan semata-mata, sebaliknya bacalah dengan hati dan niat yang ikhlas demi mengejar keredaan. “Bacalah surah ini dengan berserta niat apabila kita dimurahkan rezeki kelak, kita akan perbanyakan amal ibadat dan jariah. "Insya-ALLAH dengan niat yang suci ini, ALLAH akan memperkenankan doa-doa kita dengan mudah,” katanya.

TOP
Menjawab tuduhan: ALLAH berjisim

ANTARA dakwaan paling kerap dilontarkan musuh ke atas Ibn Taimiyyah adalah beliau berakidah mujassimah serta menjisimkan ALLAH SWT. Bahkan ramai dalam kalangan pembenci Ibn Taimiyyah menyandarkan gelaran mujassimah kepada beliau walaupun pada hakikatnya beliau jauh dari tuduhan dilemparkan golongan pencela. Dengan menjadikan label mujassimah ke atas Ibn Taimiyyah, pencela cuba memberi gambaran beliau menganut akidah yang songsang, menyamakan ALLAH dengan makhluk serta menganggap ALLAH berjisim. Artikel ini membahaskan pandangan Ibn Taimiyyah sendiri tentang mujassimah. Ibn Taimiyyah sepertimana yang diketahui umum adalah seorang yang bersungguh mengembalikan agama kepada dua sumber asalnya iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Kesungguhannya itu sering menyebabkan pentaksub madzhab membencinya kerana apabila manusia kembali kepada sumber asal agama, ini akan memecah tembok ketaasuban justeru dalam masa yang sama memecah dominasi sebahagian ahli agama yang menjadikan aliran pemikiran tertentu sebagai satu-satunya cara memahami agama. Namun tidak ada yang menghalang Ibn Taimiyyah dari terus menyampaikan buah fikiran hasil ijtihadnya dari al-Quran dan as-Sunnah. Seorang tokoh sejarah dan hadis yang juga murid Ibn Taimiyyah, iaitu Al-Zahabi menyebutkan hakikat ini dengan berkata:
"Adapun naqalannya terhadap ilmu fiqah dan mazhab sahabat serta tabiin selain dari empat mazhab, tidak ada siapa yang setanding Ibn Taimiyyah. Dia mempunyai pengetahuan luas tentang perkataan salaf, amat jarang dia menyebutkan suatu masalah melainkan pasti akan disebutkannya pandangan mazhab ulama bersama masalah tersebut. Dia berbeza pandangan dengan imam empat mazhab dalam beberapa masalah lalu dia menulis berkaitan bab itu serta meletakkan dalil dari al-Quran dan al-Sunnah."
Kemudian al-Zahabi berkata lagi: "Sehinggalah sekumpulan dari ulama di Mesir berdiri menentangnya, mereka membidaahkannya dan berdebat dengannya sedangkan dia masih berdiri teguh tidak menyembunyikan pandangannya, tidak pula tergelincir dari jalannya. Bahkan dia menyatakan kebenaran dicapai ijtihadnya dengan keluasan akal serta penguasaan ilmu.
Telah berlaku antara mereka kempen perang dan peristiwa genting. Mereka melemparkan kepadanya satu mata panah kemudian ALLAH menyelamatkannya.
Dia sentiasa berada dalam ujian, banyak mendapat pertolongan ALLAH, kuat bertawakal, berdiri teguh ketika dilanda ujian. Dia mempunyai wirid dan zikir yang sentiasa dilazimkan oleh jiwanya (dinaqalkan dalam al-Durar al-kaminah oleh ibn Hajar : terjemah Ibn Taimiyyah)
Pandangan peribadi Ibn Taimiyah tentang menisbahkan jisim kepada ALLAH adalah kembali kepada pegangan pada salaf yang tidak menggunakan perkataan ini. Kata Ibn Taimiyyah:
"Adapun lafaz jisim., tidak didapati daripada perkataan seorang pun dalam kalangan salaf sama ada menafikannya ataupun menisbahkannya. Bagaimana dibolehkan bagi seseorang untuk menyatakan: Mazhab salaf adalah menafikan tajsim ataupun menisbahkannya tanpa menyebutkan lafaz tersebut serta tanpa menyebut maknanya dari salaf". (Majmu al-Fatawa: 4/152)
Ibn Taimiyyah juga menetapkan lafaz jisim dan menafikannya adalah bidaah tidak ada asalnya dalam Quran dan sunnah, dan tiada seorang ulama salaf pun yang berkata seperti itu sebagaimana mereka tidak menetapkan lafaz berbatas (haiz) dan tidak pula menafikannya. Demikian juga lafdz jihah (arah) mereka tidak menetapkan serta tidak menafikan.
Namun demikian mereka menetapkan sifat-sifat yang datang dari al-Quran dan Sunnah dan menafikan perserupaan makhluk" (Bayan talbis al-jahmiyah:1/9)
Perkataan jisim itu sendiri di sisi ahli bahasa dan pengamal falsafah membawa maksud yang berbeza-beza. Untuk memahami hukum orang yang menisbahkan jisim kepada ALLAH, perlu diketahui apakah maksud yang difahami oleh mereka. Ibn Taimiyyah dalam bab ini seperti kebiasaannya yang tidak mengkritik sesuatu isu melainkan setelah memahami keseluruhan perbahasan berkaitannya. Beliau menyedari perbezaan pendapat ini dan menyatakannya seperti berikut: Dan Jisim di sudut bahasa Arab adalah badan, ia adalah jasad sepertimana disebut oleh lebih dari seorang dalam kalangan ahli bahasa antara mereka adalah al-Asma’i dan Abu Amru.
Maka lafaz jisim menyerupai lafaz jasad ia adalah sesuatu yang bersaiz (boleh disentuh) (Dar’u taarud al-aql wal-naql: 3/349)
Adapun pemikir istilah dalam kalangan ahli kalam dan falsafah, mereka menjadikan perkataan jisim lebih umum dari itu, ia adalah segala yang boleh diisyaratkan kepadanya, sesuatu yang dikatakan kepadanya ia berada di sini dan sana, dan apa yang menerima tiga dimensi serta selainnya. (Majmu al-fatawa: 17/343)
Ibn Taimiyyah tidak bersetuju dengan penggunaan istilah jisim mengikut pandangan ahli falsafah dan mengkritik penggunaan mereka. Berikut adalah bukti bantahan Ibn Taimiyyah terhadap pemahaman ahli falsafah terhadap istilah jisim. Lafaz-lafaz seperti murakkab, jisim, mutahayyiz, jauhar, jihat, al-ard dan selainnya. Sesungguhnya lafaz ini tidak terdapat dalam kitab dan sunnah dengan makna yang dikehendaki oleh ahli falsafah bahkan tidak terdapat dalam kaedah bahasa juga. Mereka menggunakan perkataan ini dengan makna yang tidak digunakan oleh orang lain.
Mereka (ahli istilah ini) mentafsirkan perkataan ini dengan cara yang berbeza (dari kefahaman bahasa) serta membatalkan apa yang ditunjukkan al-Quran. (Majmu al-fatawa:13/146)
Andai kata tajsim disandarkan kepada ALLAH dengan maksud sesuatu binaan dari beberapa unsur lain sebagaimana yang dituduh oleh kebanyakan pembenci ibn Taimiyyah, maka penggunaan ini jelas-jelas ditolak oleh Ibn Taimiyah. Beliau menyebutkan: "Demikian juga dengan orang yang mendakwa Tuhan adalah gabungan unsur serta binaan dalam erti kata tuhan boleh diasing-asingkan, di bahagian dan dipecahkan. Ini semua adalah manusia yang paling kafir dan paling bodoh serta perkataan mereka lebih buruk dari perkataan orang yang mengucapkan: ALLAH memiliki anak dalam erti kata terpecah satu bahagian dari ALLAH lalu menjadi anak kepada-Nya. Demikian juga apabila dikatakan: Dia adalah jisim yang bererti Dia adalah gabungan daripada beberapa unsur yang berasingan ataupun bahan dan gambar, ini adalah batil bahkan ia batil pada makhluk lalu bagaimana boleh berlaku untuk pencipta.
Ini adalah antara kemungkinan apa yang diucapkan sebahagian mujassimah musyabbihah (yang menyamakan ALLAH dengan makhluk), karamiyah dan selain mereka dalam kalangan orang yang dinaqalkan dari mereka (kepercayaan) tajsim. (Majmu fatawa: 5/428)
Bukan setakat ini , Ibn Taimiyyah menyesatkan juga orang yang menganggap ALLAH berjisim sebagaimana makhluk namun lebih besar dari makhluk. Sesiapa yang mengungkapkan perkataan tasybih (penyerupaan) yang mengandungi tajsim seperti dia menjadikan ALLAH dari kalangan selainnya dari jisim-jisim tetapi ALLAH lebih besar ukuran-Nya.
Ini adalah batil dengan kebatilan yang jelas dari segi syara’ dan akal. Mereka itu adalah musyabbihah yang dicela oleh salaf. (Bayan talbis al-jahmiyah: 1/151)
Tetapi untuk menentukan ucapan seseorang dikira batil ataupun tidak, menjadi kewajipan untuk mengenal pasti maksud sebenar yang difahami. Bagi sesiapa yang menggunakan perkataan tajsim dengan maksud yang tidak bercanggah dengan syara sama ada menisbatkannya atau menafikannya, pemahaman mereka tidak tertolak walaupun tafsiran mereka terhadap istilah tajsim salah serta bercanggah dengan tafsiran ahli bahasa. Ibn Taimiyyah berbicara tentang orang yang menafikan jisim atau menisbatkannya berdasarkan maksud yang tidak bercanggah dengan syara kata beliau: "Adapun lafaz al-Tajsim: Ia merupakan lafaz mujmal(umum) yang tiada asalnya dalam syara’. Untuk menafikan atau mengisbatkannya memerlukan kepada penelitian dan dalil sepertimana telah disebutkan." Jika orang yang menisbatkan jisim berkata: Maksudnya ALLAH di atas alam serta terpisah daripadanya. Dikatakan kepadanya : Ini adalah makna sahih. Seandainya orang yang menafikannya (jisim) berkata: maksudnya, dia tidak bercantum dengan makhluk, tidak juga menyerupai makhluk. Dikatakan kepadanya : ini adalah makna yang sahih. Tiada percanggahan antara kedua-duanya Kerana sesungguhnya Dia di atas alam terpisah daripada alam sedangkan makhluk tidaklah melitupi-Nya, tidak pula bercantum dengan-Nya. Dia tidak berkehendak kepada arash ataupun selain dari arash. Sedangkan ALLAH meninggi di atas Makhluk, terpisah daripadanya dan tidak menyerupainya. Tidaklah diharuskan kepada ALLAH apa yang diharuskan kepada makhluk.
Maksud ini sahih daripada orang yang menafikan dan menisbatkan jisim diterima. (Majmu fatawa: 5/ 307)
Maksud Ibn Taimiyyah di sini jelas berkaitan perbahasan tajsim yang ditegah dan dibenarkan melainkan bagi orang yang tidak mahu melihat teks Ibn Taimiyyah lalu menghalakan kritikan tanpa kajian terperinci.
Mohamad Salman Ali
Pensyarah Debat, Pusat Debat Qatar.

TOP
Nasib golongan penerbit TV
Antara penerbit dan ahli PTVM yang hadir
Antara penerbit dan ahli PTVM yang hadir
MUNGKIN ramai yang berpendapat, kos pembikinan drama tentunya lebih rendah berbanding filem di panggung. Namun, hakikatnya, drama kini turut menelan kos setanding filem, malah ada yang memperuntukkan jumlah yang lebih besar. Ini dibuktikan dengan beberapa drama bersiri yang menelan kos produksi melebihi RM1 juta, termasuk drama bersiri di TV2, Cikgu Kemisah Kirkby. Malah, baru-baru ini, drama bersiri, Planet Kiara Musim 2, mencatat kos produksi paling tinggi iaitu mencecah RM3 juta. Secara tidak langsung, jumlah ini amat berkait rapat dengan peningkatan kos sara hidup di negara kita. Walaupun drama-drama kini semakin diterima di kalangan penonton, ramai yang tidak tahu dilema yang dihadapi rata-rata penerbit drama tempatan. Malah, menerusi Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), masalah yang dihadapi penerbit drama telah dibongkar dalam satu sidang media khas yang diadakan di pejabat PTVM, di Taman Sri Rampai, Selasa lalu. Sidang media yang turut disertai Naib Presiden PTVM, A. Aida, Setiausaha PTVM, Yusof Kelana dan beberapa ahli jawatankuasanya itu tampil merungkai permasalahan yang dihadapi penerbit tempatan dalam mendapatkan pinjaman daripada syarikat kewangan. Kita ikuti temubual bersama Presiden PTVM, Jurey Latiff Rosli, mengenai perkara ini...
Boleh ceritakan secara keseluruhan mengenai sidang media khas baru-baru ini?
Sebelum ini, kita berdepan dengan isu pembelian drama yang rendah daripada syarikat produksi tempatan. Belum lagi selesai isu bayaran murah oleh stesen televisyen tempatan, golongan penerbit dikejutkan dengan sistem baharu yang ditetapkan agensi dan syarikat kewangan. Sebagai wakil PTVM yang menaungi lebih 100 syarikat produksi, saya kesal dengan syarat yang telah diperketatkan untuk penerbit televisyen dalam mendapatkan pinjaman.
Apakah kandungan syarat-syaratnya?
Saya difahamkan, syarikat kewangan dan agensi peminjam wang yang berkonsepkan sistem perbankan Islam menetapkan syarat iaitu 'patuh syariah' sebelum meluluskan permohonan pinjaman. Pihak mereka hanya akan meluluskan pinjaman dan pembiayaan syarikat produksi yang menerbitkan program televisyen seperti drama, telefilem, dokumentari dan program majalah yang bercirikan Islam dan mematuhi syariah sahaja. Sekiranya program TV itu mempunyai adegan bersentuhan, pelakon yang tidak bertudung, ada adegan disko, permohonan itu akan ditolak. Malah, untuk mendapatkan pinjaman itu, kami disarankan untuk menghasilkan dokumentari dan majalah. Ini menunjukkan tiada peluang untuk kami berkarya menerusi drama. Kami kesal dengan tindakan pihak berkenaan kerana syarat yang ditetapkan itu tidak selari dengan kehendak stesen-stesen televisyen selaku pembekal program.
Adakah PTVM menerima banyak aduan dan keluhan mengenai perkara ini?
Kami menerima banyak aduan dan rintihan daripada penerbit tempatan. Malah, syarat yang ditetapkan itu langsung tidak masuk akal dan membebankan penerbit. Syarat sedemikian tidak boleh ditetapkan kerana konsep atau genre sesebuah drama atau program TV bergantung kepada stesen televisyen. Malah, sebahagian besar, pihak stesen juga turut memilih pelakon yang mereka hendaki sebelum meluluskan siaran. Pihak kewangan perlu tahu bahawa, setiap drama yang bakal disiarkan akan dibentangkan kepada stesen TV terlebih dahulu untuk mencapai persetujuan. Bila mereka meluluskan program itu, barulah pihak produksi akan melakukan penggambaran. Jika bank atau syarikat pinjaman wang seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengenakan syarat yang tidak masuk akal, bagaimana kami mahu menerbitkan drama?
Perkara ini dilihat memberi bebanan hebat kepada golongan penerbit...
Ya, ia amat membebankan serta boleh membunuh karier kami sebagai penerbit. Malah, syarat yang ditetapkan ini menjadikan kami sukar untuk mendapatkan pinjaman dalam menjalankan kerja-kerja penerbitan. Akibat daripada kesukaran ini, ada di kalangan penerbit terpaksa mendapatkan khidmat pinjaman daripada ceti. Tindakan ini diambil apabila golongan penerbit sudah putus asa dalam mendapatkan pinjaman dengan cara yang betul. Kalau tidak pinjam, bagaimana kerja-kerja penerbitan ini mahu dilakukan? Tiada pilihan lain kerana jika kami tidak menyudahkan penggambaran, nama kami akan disenarai hitam oleh stesen TV. Namun, khidmat 'Ah Long' ini bukanlah pilihan yang terbaik kerana kita akan berdepan dengan imbuhan 'bunga' yang tinggi. Akhirnya, untung tak tahu ke mana...
Bagaimana pula dengan dana yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak, pada 2011?
Bank Simpanan Nasional (BSN) telah diberi mandat oleh kerajaan untuk menguruskan dana yang diperuntukkan dengan menyediakan kemudahan pinjaman untuk membiayai keperluan kewangan bagi mereka yang terlibat secara langsung dalam industri, Namun, kami dimaklumkan bahawa dana berjumlah RM200 juta itu telah habis digunakan. Ini amat mengelirukan kami. Bagaimana dana ini boleh habis sedangkan ia adalah bentuk pinjaman? Kami memohon agar BSN mengembalikan dana itu dengan mengasingkan dana untuk penerbit TV dan filem. Ini kerana, medan drama dan filem jauh berbeza kerana penghasilan drama tidak mempunyai apa-apa risiko berbanding filem yang hanya mengharapkan kutipan di pawagam. Malah, dengan kadar pinjaman yang biasanya dipohon antara RM80,000 sehingga RM500,000, tidak menimbulkan masalah buat penerbit untuk membuat bayaran semula. Mengapa pula kita menjadi mangsa dalam hal ini? Masalah-masalah begini dikhuatiri akan menghalang perkembangan industri kreatif negara seperti yang diuar-uarkan PM sebelum ini. Setakat ini hanya syarikat Credit Guarantee Corporation (CGC) sahaja yang tidak memperketat syarat dan boleh bekerjasama dengan PTVM.
Bukankah Perbadanan Filem Nasional Malaysia (Finas) juga turut menyediakan dana kepada penggiat seni menerusi, Dana Pembangunan Seni?
PTVM sudah beberapa kali memohon agar dana itu turut diberikan kepada penerbit televisyen, namun perkara itu tidak diendahkan. Finas menegaskan bahawa dana itu hanyalah untuk produksi filem dan dokumentari sahaja.
Pernahkah PTVM membawa perkara ini untuk dibincangkan?
Sebenarnya, pada tahun lalu, PTVM pernah mengemukakan perkara ini kepada pihak Mara dalam satu taklimat. Malah, ketika itu, pihak berkenaan bersetuju untuk mengkaji dan melonggarkan syarat-syarat yang ditetapkan. Namun, ianya hanyalah omongan kosong apabila syarat itu terus dikuatkuasakan. Malah, Mara turut memanggil bakal peminjam untuk membentangkan sinopsis drama sebelum proses kelulusan dibuat. Sekiranya jalan cerita itu bercanggah dengan syarat yang ditetapkan, mereka akan menolak permohonan berkenaan. Malah, panel syariah Mara pernah memberitahu, perniagaan dalam industri seni ini hukumnya adalah haram. Kalau begitu, kami mahukan penjelasan daripada ulama atau Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menjelaskan hukumnya, yang mana boleh dan yang mana tidak boleh.
Menerusi sidang media ini, apakah yang PTVM harapkan?
Pelbagai cara telah saya lakukan untuk membendung masalah ini. Demi kelangsungan penerbit TV yang rata-ratanya diusahakan oleh golongan Melayu serta visi kerajaan dalam melonjakkan industri kreatif negara, PTVM berharap agar pihak kerajaan khususnya, Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Mara selaku agensi dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dapat menyelesaikan isu ini secara 'win-win situation'. Janganlah menganaktirikan kami kerana kami juga sebahagian daripada penggiat seni tempatan yang memperjuangkan industri. Jika perkara ini berterusan, bagaimana pula penerbit TV seperti kami ingin berkarya? kami memerlukan campur tangan pihak kementerian untuk menyelesaikan masalah ini dari terus menjadi kemelut yang tiada kesudahan.

TOP
Hijrah artis Brunei
Nina Iskandar
Nina Iskandar
"PERANG yang paling susah untuk dihadapi adalah 'perang' dengan diri sendiri. "Lebih-lebih lagi, apabila sebagai manusia, terlalu banyak ajakan dan niat serta dugaan terutamanya daripada bisikan syaitan. "Oleh itu, saya berharap agar ALLAH SWT sentiasa tetapkan hati saya dengan penghijrahan ini," ulas Nina Iskandar mengenai harapannya terhadap penghijrahan yang dilakukannya sejak sebulan lalu. Bahkan, jelas pemilik nama sebenar Nur Akmalina Iskandar ini, perubahannya itu datang sepenuhnya daripada hatinya sendiri. "Punca berhijrah ini lebih kepada perasaan dan keadaan. "Sering saja saya melihat individu lain yang berhijab, ia menimbulkan tanda tanya dalam diri bilakah saya akan mula berhijab? "Keadaan itu menyebabkan keinginan saya semakin membuak-buak," katanya ketika ditemui selepas pelancaran saluran terbaru Hypp TV (Hypp Flick+) Blokbuster, baru-baru ini. Malah, pelakon itu kini mengakui yang dia semakin selesa dan tenang dengan penampilan terbaharunya itu. "Saya semakin membiasakan diri dan berasakan ia sebagai satu keperluan. "Lagi pula, saya berasakan terdapat perbezaan ketara terutamanya daripada segi pandangan sejak saya berhijab," katanya yang juga mendapat sokongan penuh dan jitu daripada rakan-rakan dan keluarganya.
Bawa imej Brunei
Sebelum ini, Brunei Darussalam mengamalkan pemerintahan lebih konservatif berbanding negara jiran Islamnya di Asia Tenggara iaitu Malaysia dan Indonesia, seperti mengharamkan penjualan dan kegiatan minum arak secara terbuka. Begitu pun, sejak Mei lalu, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah telah melaksanakan hukuman hudud, termasuk merejam sampai mati bagi mereka yang didapati bersalah kerana berzina. Mengumumkan keputusan itu, baginda merujuk langkah berkenaan sebagai yang bersejarah pelaksanaan undang-undang Islam sebenar di negara itu. Gadis kelahiran Brunei yang sedang mencipta nama di Malaysia, Nina iskandar yang kini berhijab bagaimanapun menafikan penampilannya itu adalah disebabkan pelaksanaan hudud berkenaan. "Ramai yang keliru dan beranggapan saya berubah kerana hukum hudud, tapi sebenarnya tidak!. "Hukum hudud tiada sebarang kaitan dengan penampilan diri sebaliknya ia lebih kepada jenayah melalui undang-undang syariah. "Ramai saja wanita di Brunei tidak menutup aurat. "Lagi pun, saya tahu menjadi kewajipan bagi seorang wanita untuk menutup aurat," tegasnya. Aktres berkenaan sebaliknya mengakui dia menghormati akan pelaksanaan undang-undang syariah di negara kelahirannya itu, Tambahnya lagi, undang-undang syariah di Brunei sudah lama diwujudkan cuma ia kini semakin dikuatkuasakan. Jelasnya lagi, sebagai 'public figure' dia berusaha untuk menjadi contoh terbaik sebagai salah satu cara mempersembahkan negara asalnya itu di mata negara lain. "Saya tahu, saya membawa imej negara kelahiran ke negara lain. "Ini adalah satu kelebihan buat diri saya," katanya.
Bertunang Ogos depan
Dalam pada itu, Nina turut mengakui bakal bertunang dengan ahli perniagaan, Ahmad Heiqal, pada Ogos depan selepas dirisik pada 15 Februari lalu. Bagaimanapun, Nina mengakui mereka masih belum punya perancangan untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat. Begitu pun, Nina memberitahu, dia sudah pun bersedia untuk menjadi seorang isteri. Malah, dia juga telah bersedia untuk meninggalkan kerjaya lakonannya pada bila-bila masa. "Bagi saya bertunang bukanlah benda jahat, sebaliknya ia adalah sesuatu yang baik. "Perasaan ini datang bukan kita yang minta. Ia datang secara tiba-tiba, jadi saya serah segala-galanya kepada takdir," katanya yang mengikat kontrak selama lima tahun dengan Metrowealth International Group (MIG). Bahkan, pihak pengurusannya juga tiada masalah mengenai perkara itu, malah menyokong niatnya untuk melangsungkan pertunangan. "Sebenarnya, saya sendiri sebelum ini pernah bercakap dan berbincang dengan Mejar (K) David Teo mengenai hubungan kami dan dan hasrat saya. "David sendiri tidak dapat menghalangnya dan dia sendiri akui telah merestuinya. "Lagipun, kami baru bertunang dan belum merancang untuk berkahwin lagi. Namun saya tidak menolak jika jodoh saya sampai dalam masa terdekat," katanya. Pengakuan aktres itu sekali gus menepis segala gosip yang mengaitkan dirinya dengan anak tiri kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid, 24. "Ternyata semua gosip di antara saya dengan anak Datuk K itu tidak benar!," tegasnya.
Kurang terima tawaran?
Bercerita mengenai soal kerjayanya pula, wanita kacukan Pakistan, Melayu dan Cina ini mula mencipta nama sejak membintangi filem Muka Surat Cinta di samping Mikail Andre, Atikah Suhaime dan Azwan Kombos. Sejak itu, dia mula berlakon dalam filem terbitan MIG seperti Lu Gua Bro, Sniper dan yang terbaharu, Pengantin Malam arahan Eyra Rahman yang akan menjengah pawagam pada 19 Jun ini di samping Nora Danish dan Farid Kamil. Begitu pun, dek penghijrahan yang dilakukannya itu, Nina mengakui tidak risau sekiranya kurang menerima tawaran berlakon. "Saya tidak risau akan perkara itu. rezeki Tuhan ada di mana-mana saja. "Semua rezeki telah ditentukan oleh ALLAH SWT dengan sebaik-baiknya. "Saya percaya akan perkara berkenaan dan pasti ada benda yang lebih baik sedang menunggu," katanya. Dalam perkembangan lain, Nina juga bakal terlibat dalam satu drama bersiri khas Ramadan ini iaitu Raya Ini Mesti Kahwin untuk ditayangkan di TV3 kelak.

TOP
Masalah sosial remaja semakin parah

SEJAK mutakhir ini krisis akhlak dan sosial dalam kalangan remaja kita semakin parah.
Menurut statistik, kes jenayah turut melibatkan kes juvana tahun 1955 sebanyak 1,895. Dari jumlah itu sebanyak 406 kes curi kenderaan atau (21.42 peratus), pecah rumah malam hari 324 kes (17.10%), curi dalam bangunan/orang gaji 277 kes, rogol 70 kes (3.70%), samun 58 kes (3.06%) dan lain-lainnya.
Pengaruh media massa merupakan salah satu faktor yang menyebabkan peningkatan kes rogol. Remaja yang terpengaruh akan mencuba atau melakukan apa yang dilihat dan ditonton di layar internet, video dan sebagainya. Selain itu, kurang pendidikan agama dan moral menjadi salah satu faktornya. Pendidikan agama dan moral sepatutnya diajar sejak kecil lagi. Di samping itu pihak ibu bapa juga boleh mendidik anak-anak mereka di rumah dengan akhlak yang baik seperti membaca al-Quran, melatih berpuasa dan seumpamanya. Kurangnya pendidikan agama dan moral menyebabkan berlaku jenayah, termasuk jenayah rogol yang mengancam kehormatan dan hak wanita.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan berzina seorang penzina kalau dia dalam keadaan beriman. Tidak akan mencuri seorang pencuri kalau dia dalam keadaan beriman. Tidak akan minum khamar pula jika dia dalam keadaan beriman.” (Riwayat Bukhari).
Dalam riwayat lainnya: “Iman itu laksana pakaian yang ALLAH kenakan kepada hamba-Nya. Apabila seorang penzina, maka lepaslah pakaian tersebut. Bila dia bertaubat, maka dikembalikan lagi pakaiannya.” (Riwayat Baihaqi). Pada dua hadis di atas, Rasulullah SAW telah menafikan maksiat boleh menyatu dengan keimanan. Jadi tidak mungkin seseorang mengaku beriman jika pada saat yang sama dia melakukan hal-hal yang dilaknati ALLAH. Jika seorang mukmin melakukan maksiat, bererti ketika itu dia sedang mengalami krisis keimanan yang parah dan luar biasa. Kesan atau implikasi kes-kes rogol semakin meningkat telah menyebabkan kemerosotan ekonomi. Kes rogol yang bertambah dari semasa ke semasa menunjukkan suasana negara yang tidak stabil dan tenteram dan keselamatan wanita tidak dapat dijamin. Dengan itu, nama negara akan terjejas dan mendatangkan pelbagai masalah terhadap negara dan rakyatnya. Contohnya, ekonomi negara merosot bila mana sektor pelancongan negara merosot oleh sebab suasana negara tidak tenteram dan aman serta disebabkan masalah sosial yang semakin meningkat. Pihak kerajaan hendaklah mengambil langkah menguatkuasakan undang-undang. Kes rogol yang menunjukkan peningkatan membuktikan bahawa perogol-perogol telah mengabaikan kuasa undang-undang. Undang-undang yang sedia ada hendaklah dikuatkuasakan agar perogol-perogol mematuhi undang-undang tersebut dan tidak melakukan kesalahan yang sama semula. Sebagai contoh, hukuman penjara dan sebat perlulah ditukar kepada hukuman mati. Hukuman berat ini patut dijatuhkan kepada perogol yang mengulangi kesalahan sama. Kempen kesedaran dan kaunseling mestilah diadakan bagi kedua-duanya iaitu perogol dan mangsa agar perogol ini menyedari serta mengakui kesalahan yang telah mereka lakukan dan bagi mangsa-mangsa pula tidak perlu merendah diri ataupun membunuh diri. Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama untuk menangani kes rogol. Kes ini berlaku kerana pengaruh media massa dan kurangnya pendidikan agama dan moral, jadi pihak kerajaan mestilah bekerjasama dengan pihak berkaitan dan agensi-agensinya untuk menangkap dan menghukum perogol-perogol terlibat. Bagi pihak pendidikan pula, mereka hendaklah memberi pengajaran di peringkat rumah tangga hinggalah sampai ke sekolah agar mereka tidak melakukan kesalahan yang tidak boleh dimaafkan. Dengan itu keselamatan maruah wanita dan kehormatannya dapat dikawal dan dijamin serta tidak menjejaskan nama negara di mata dunia, apa lagi di mata Tuhan.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.

TOP
Anggota trafik maut nahas
Motosikal yang dinaiki mangsa dalam nahas berkenaan.
Motosikal yang dinaiki mangsa dalam nahas berkenaan.
SEGAMAT - Seorang anggota polis trafik berpangkat Sarjan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, bersama kenalannya maut dalam kemalangan di Kilometer 11 Lebuh Raya Segamat-Kuantan, dekat sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 9.55 malam itu, mangsa Abdullah Darok, 58, bersama Norasikin Samingan, 34, dikatakan dalam perjalanan pulang ke Segamat. Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa bersama kenalannya itu dilanggar dari belakang sebuah kereta sebelum hilang kawalan. “Setibanya di kawasan kejadian, sebuah kereta Honda City yang dinaiki seorang pelajar sebuah kolej swasta di Subang, Selangor melanggar belakang motosikal Honda Wave 125 yang dinaiki oleh kedua-dua mangsa. “Sejurus pelanggaran tersebut, motosikal yang ditunggang oleh Sarjan Abdullah hilang kawalan sebelum dia bersama kenalannya itu terjatuh dan tercampak beberapa meter dari tempat kejadian,” katanya ketika mengesahkan kejadian, di sini semalam. Mohd Kamil berkata, kedua-dua mangsa meninggal dunia serta merta di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan beberapa anggota badan lain. Jelasnya, mangsa dibawa ke rumah mayat Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk dibedah siasat. “Siasatan awal juga mendapati, pemandu kereta tersebut yang berasal dari Terengganu dalam perjalanan ke Melaka dan ketika kejadian masing-masing menghala arah yang sama iaitu ke Segamat,” katanya. Beliau berkata, pemandu kereta itu kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Tambahnya, jenazah Sarjan Abdullah telah dituntut oleh keluarganya untuk dikebumikan di kampung halamannya di Benut, Pontian, manakala kenalannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gelang Chinchin, Segamat, pagi ini (semalam). “IPD Segamat kehilangan seorang anggota yang berdedikasi ketika menjalankan tugas dan arwah meninggalkan seorang balu dan lima anak iaitu tiga perempuan dan dua lelaki,” katanya.

TOP
Tanggung malu di hari persandingan
Hawa menunjukkan laporan polis dan senarai tempahannya kepada katering berkenaan.
Hawa menunjukkan laporan polis dan senarai tempahannya kepada katering berkenaan.
KLUANG - Seorang pengantin dari Kampung Kurnia, di sini, terpaksa menanggung malu apabila sajian hidangan untuk majlis perkahwinan didakwa dihantar lewat ketika majlis berlangsung, Sabtu lalu. Mangsa yang mahu dikenali sebagai Hawa, 22, tidak menduga katering yang ditempah sejak enam bulan lalu itu akan berbuat demikian kerana bayaran sudah diselesaikan Disember lalu. Menurutnya, malah sebelum majlis berlangsung pihaknya sudah menghubungi katering berkenaan untuk mengetahui sama ada persiapan berjalan lancar atau sebaliknya. “Dua hari sebelum majlis, kami ada telefon, tetapi tidak diangkat kemudian pihak katering datang ke rumah dan maklumkan segalanya berjalan lancar. “Walaupun, sebelum ini kami sekeluarga ada juga terdengar pihak katering hantar lewat sewaktu majlis berlangsung, tetapi apabila ditanya pihak katering memberi jaminan mereka akan tepati masa. “Sabtu itu (31 Mei), katering berkenaan mempunyai lebih kurang tiga tempahan majlis perkahwinan di Yong Peng, Segamat dan di tempat kami. “Entah macam mana pada majlis berlangsung, lori katering hanya tiba pada jam 2.45 di dewan Felda Ayer Hitam. “Tetapi sebelum lori sampai ahli keluarga ada pergi ke tempat katering lebih kurang pukul 1 lebih untuk mengambil nasi. “Jam 2.45 petang lori lauk-pauk baharu sampai. Bayangkan keadaan ketika itu bagaimana hendak bagi makan kepada tetamu yang hadir. “Kami memang malu disebabkan kelewatan katering berkenaan,” katanya ketika ditemui semalam. Hawa Nazira berkata, ahli-ahli keluarga terpaksa membeli makanan di kedai makan di sekitar Kluang untuk menjamu tetamu yang datang. Katanya, sementara menunggu makanan katering itu tiba, pihaknya membelanjakan lebih kurang RM2,000 untuk membungkus makanan dari luar semata-mata mengenangkan tetamu yang hadir. “Pada ketika itu kami tidak tahu ingin berkata apa malah pihak katering yang sampai lambat pun hanya dihantar oleh pekerjanya sahaja bukan bos mereka. “Kita ada telefon bos mereka, tetapi tidak dijawab dan kami juga ada telefon di pelanggannya yang menempah tempahan yang sama pada hari itu dan mereka pun menerima nasib yang sama. Makanan mereka juga datang lambat dan tidak cukup sepertimana yang ditempah sebelum ini. “Jika pihak katering memaklumkan mereka akan lambat, kami boleh cari jalan lain bagi menyediakan makanan dan bukannya hanya berdiam diri dan kita pun ternanti-nanti mereka datang. Pada majlis itu kami memang malu sangat dan kami telah mengambil tindakan membuat laporan polis di atas apa yang berlaku. “Ini adalah salah katering dan pihak kami telah membayar sebanyak RM8,400 kepada katering berkenaan, tetapi apa yang kami dapat makanan yang diberi tidak seperti apa yang kami tempah malah tidak mencukupi,” katanya. Hawa Nazira berkata, pihaknya cuba menelefon katering berkenaan selepas majlis, namun gagal dihubungi malah pejabatnya di Taman Makmur juga sudah tidak beroperasi. “Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas katering berkenaan di atas kelewatannya menghantar makanan,” katanya.

TOP
Junta lenyapkan pro Taksin

BANGKOK - THAILAND. - Kerajaan tentera Thailand melakukan rombakan sistematik bagi mengekang kuasa pegawai yang masih setia dengan bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra. Tindakan itu dibuat bagi memastikan pengaruh Taksin dari peringkat akar umbi tidak akan kembali berkuasa. Majlis Keamanan dan Ketenteraman Awam Negara (NCPO) berkata, sehingga semalam gabenor di 13 wilayah sudah ditukarkan, kebanyakannya dari wilayah di utara dan timur laut. “Kerajaan tentera turut menyusun semula jawatan polis yang dianggap kubu kuat Thaksin dan adiknya, Yingluck Shinawatra,” katanya dipetik AP. Difahamkan, Thaksin pernah bergelar sebagai pegawai polis selama 13 tahun sebelum meletak jawatan bagi memulakan perniagaan sendiri.

TOP
PM pening nak sokong Pahang atau Felda United
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
SUNGKAI- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara berseloroh mengatakan pening untuk memilih pasukan mana yang harus disokong pada pentas akhir Piala FA di antara Pahang dan Felda United, malam esok. "Saya kena pakai dua jersi. Felda dan Pahang. Saya menteri jaga Felda tapi orang Pahang. Lebih selamat kalau menonton siaran langsung di rumah," katanya disambut gelak ketawa hadirin ketika berucap di Majlis Pelancaran Perkhemahan Bitara STEM UKM-Felda di MRSM Felda Trolak, Sungkai, hari ini. Perlawanan di antara Pahang dan Felda United akan berlangsung di Stadium Shah Alam, malam esok. Pahang menamatkan kemarau lapan tahun untuk ke pentas final mengatasi finalis musim lalu, Johor Darul Ta'zim menerusi agregat 2-1, sementara Felda United mencatat sejarah tersendiri apabila menyingkirkan juara bertahan, Kelantan.

TOP
Dua restoran tom yam diarah tutup
Post Pic
GEORGETOWN - Sebuah restoran tom yam di Kubang Menerong, Kepala Batas dan sebuah lagi di Kampung Selamat, Tasek Gelugor dekat sini diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan negeri mulai semalam kerana gagal mematuhi peraturan kesihatan. Timbalan Pengarah Kesihatan Pulau Pinang (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) Ku Nafishah Ku Ariffin berkata, pengusaha dua premis berkenaan diberi tempoh 14 hari untuk melakukan kerja pembersihan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 sebelum diperiksa sekali lagi. Katanya pada operasi fasa ke-11 semalam, 78 premis diperiksa iaitu empat di Daerah Timur Laut, Barat Daya (38), Seberang Perai Utara (empat), Seberang Perai Tengah (25) dan Seberang Perai Selatan (tujuh), katanya kepada pemberita di sini hari ini. Ku Nafishah berkata jabatan itu mengeluarkan notis saman berjumlah RM3,300 atas kesalahan mengikut Seksyen 32B Akta Makanan 2009 dan pengusaha digesa menjelaskan bayaran dalam tempoh sebulan atau denda digandakan. Katanya pihak berkuasa tempatan turut mengeluarkan 25 kompaun berjumlah RM1,710 kerana kesalahan tidak menyediakan perangkap minyak pada saluran buangan di dapur dan kesalahan pengurusan sisa tidak sempurna. Beliau berkata pihaknya akan meneruskan operasi tanpa mengira waktu siang atau malam selain melakukan pemantauan mengejut termasuk di premis yang pernah diperiksa sebelum ini. Ku Nafishah berkata tahap kebersihan premis makanan di Pulau Pinang semakin baik kesan operasi penguatkuasaan yang dijalankan dua bulan sekali sejak awal tahun ini. "Jabatan Kesihatan negeri menetapkan jumlah 65 hingga 70 peratus mengikut kategori premis sebagai markah 'lulus' namun jika ada masalah kritikal arahan tutup akan dikeluarkan dan kami dapati kesedaran pengusaha semakin meningkat," katanya. Beliau berkata orang ramai boleh menghubungi talian 04-2017277 atau 04-2017278 jika mempunyai aduan berkenaan premis makanan kotor atau produk makanan rosak di negeri ini, katanya. Beliau berkata sejak awal Januari sehingga semalam sebanyak 85 aduan telah diterima melibatkan premis kotor di negeri ini dan pemeriksaan telah dilakukan serta-merta oleh pejabat kesihatan daerah terdekat untuk tindakan lanjut. - Bernama

TOP
Wanita warga asing ditahan tawar khidmat seks

GEORGETOWN - Jabatan Imigresen Pulau Pinang menahan enam wanita rakyat asing dipercayai terlibat dalam kegiatan pelacuran dalam serbuan di hotel bajet sekitar Jalan Penang dan Lebuh Chulia, awal hari ini. Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri Basri Othman berkata mereka yang ditahan dalam operasi pada 2 pagi itu ialah dua warga Laos, dua Indonesia, seorang Vietnam dan seorang Nigeria berumur antara 20-an dan 30-an. "Lima daripada mereka menggunakan pas lawatan sosial manakala seorang lagi warga Nigeria masuk ke negara ini dengan pas pelajar," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Hasil risikan dan pemantauan selama dua minggu mendapati wanita berkenaan menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan mereka dengan kadar bayaran serendah RM120 hingga RM150. Beliau berkata, warga asing itu dihantar ke Depo Tahanan Imigresen, Juru untuk siasatan mengikut Peraturan 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas masuk ke negara ini. - Bernama

TOP
Dua peragut tak sempat joli
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh (kanan) mengiringi Mohd Mokhtar memeriksa barisan anggota polis
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh (kanan) mengiringi Mohd Mokhtar memeriksa barisan anggota polis
JOHOR BAHRU – Dua peragut berjaya diberkas susulan tindakan pantas polis sebaik sahaja menerima maklumat berhubung kejadian ragut di Jalan Ayer Molek, di sini, 3 Jun lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengahari itu mangsa sedang memberhentikan keretanya di persimpangan lampu isyarat sebelum ditangani dua lelaki bermotosikal dari arah belakang. “Kedua-dua suspek telah memecahkan cermin kereta mangsa dan melarikan beg tangan miliknya. “Susulan kejadian itu, anggota trafik membuat hebahan ke pusat kawalan daerah dan Pasukan Ops Ragut Johor Bahru Selatan yang membuat rondaan berjaya menemui suspek,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, di sini semalam. Mohd Mokhtar berkata, polis berjaya merampas semula beg tangan milik mangsa, manakala kedua-dua suspek yang berusia 22 dan 24 tahun disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan. Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan di Jalan Maju, di sini oleh pasukan ops ragut khas yang sedang menjalankan rondaan kerana didapati memiliki sepucuk pistol tiruan dan sebilah pisau. “Seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan ditahan kelmarin pada kira-kira jam 2 pagi dan hasil pemeriksaan ke atas keretanya polis menjumpai sebilah pisau dan pistol tiruan. Selain itu, dua lelaki masing-masing berusia 17 tahun dan 20an ditahan selepas disyaki terlibat dalam kejadian ragut di Taman Dato Chelam, di sini, Sabtu lalu. “Kedua-dua mereka berjaya ditahan pada keesokannya di Jalan Beladau dan polis turut merampas barang-barang milik mangsa yang dilarikan. “Mereka ditahan untuk siasatan lanjut samada terlibat dalam lain-lain kes samun tepi jalan,” katanya. Sementara itu Mohd Mokhtar menjelaskan, Polis Johor merancang memperluaskan Unit Perhubungan Antarabangsa ke semua daerah bagi memudahkan pelancong yang tidak fasih berbahasa Melayu membuat laporan polis. Beliau berkata, anggota yang berkebolehan dalam bahasa Inggeris akan ditugaskan di unit itu dan setakat ini, enam anggota sudah ditempatkan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor. “Unit ini akan diperluaskan lagi terutamanya di kawasan tumpuan pelancongan terutamanya di kawasan pembangunan Iskandar Malaysia. “Langkah ini sebagai persediaan menerima kunjungan pelabur dan pelancong antarabangsa dengan menyediakan persekitaran yang selamat untuk mereka,” Mohd Mokhtar berkata, ketua polis daerah sudah diarahkan untuk mengenal pasti anggota masing-masing bagi menubuhkan unit itu demi memudahkan pelancong selain mewujudkan imej polis agar berorientasikan ekonomi. Katanya, tindakan lebih agresif akan turut diambil bagi menangani jenayah ragut dengan menempatkan lebih ramai anggota di lokasi-lokasi tumpuan selain memantapkan bilik gerakan polis. “Saya telah arahkan bahagian narkotik daerah untuk mempergiatkan tangkapan kerana kebanyakan jenayah ragut membabitkan penagih dadah. “Selain itu bilangan pasukan khas juga akan dipertingkat di samping menambah kehadiran polis di kawasan-kawasan utama,” katanya. Mohd Mokhtar juga memberitahu pihaknya merancang menambah bilangan balai polis di negeri ini, terutamanya di kawasan berkepadatan tinggi seperti Majidee dan Permas Jaya.

TOP
Kapal cuba seludup diesel berjaya ditumpas lagi
Kapal ‘Ulaanbaatar’ dirampas dalam serbuan yang dilakukan selepas didapati terlibat dalam sindiket penyeludupan diesel.
Kapal ‘Ulaanbaatar’ dirampas dalam serbuan yang dilakukan selepas didapati terlibat dalam sindiket penyeludupan diesel.
SENAI – Pasukan Polis Marin Wilayah Dua berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan minyak diesel membabitkan nilai rampasan keseluruhan kira-kira RM2.65 juta di Sungai Pasak, Kota Tinggi dekat sini, kelmarin. Komandernya, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, serbuan dilakukan ke atas sebuah kapal tangki yang disyaki menyeludup keluar minyak diesel bersubsidi pada kira-kira jam 1 petang. “Berdasarkan maklumat risikan yang diterima kita telah bertindak dan mendapati terdapat dua lelaki warga China berada dalam kapal. “Hasil pemeriksaan yang dijalankan kita menemui cecair dipercayai diesel terdapat dalam tangki kapal berkenaan dengan isian kira-kira 76,800 liter dianggarkan bernilai RM153,600,” katanya, di sini semalam. Paul berkata, kapal bernilai RM2.5 juta itu juga dirampas dan didapati telah beroperasi di luar kawasan yang dibenarkan selain turut melanggar syarat-syarat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. “Dua lelaki yang ditahan didapati tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri yang sah dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut. “Kesemua rampasan dan tangkapan turut diserahkan kepada Jabatan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Jabatan Laut,” katanya. Selain itu, katanya, PPM Wilayah Dua sudah berjaya menumpaskan lima kes penyeludupan minyak diesel dengan anggaran rampasan termasuk rampasan aset bernilai kira-kira RM65 juta sepanjang tahun ini. “Menerusi tangkapan ini dapat membantu pihak berkuasa membanteras sindiket penyeludupan minyak diesel yang berleluasa. “PPM juga akan terus mempergiatkan operasi dan serbuan untuk sama-sama mengekang jenayah ini,” katanya.

TOP
Mayat dikenalpasti sebagai Gareth David Huntley
Mayat dipercayai Gareth David Huntley dibawa menggunakan helikopter ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat semalam. - Foto Bernama
Mayat dipercayai Gareth David Huntley dibawa menggunakan helikopter ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat semalam. - Foto Bernama
SHAH ALAM - Mayat seorang lelaki yang ditemui pada petang Rabu lepas telah disahkan sebagai Gareth David Huntley. Menurut Astro Awani, DNA yang diambil pada mayat yang ditemui sepadan dengan DNA ibunya, Janet Southwell, namun punca kematian masih belum dapat dipastikan. Kelmarin, pasukan penyelamat menjumpai mayat yang sudah reput di Sungai Mentawak, kira-kira 20 minit dari unit penyimpanan kayak di chalet Juara Lagoon ketika mereka dalam perjalanan pulang dari operasi mencari. Sementara semalam pula, pihak berkuasa menemui iPhone dipercayai milik lelaki yang mayatnya ditemui berdekatan sebuah chalet terbabit. Kawasan tersebut merupakan salah satu laluan untuk ke air terjun Lubuk Teja yang ingin dikunjungi Huntley, 34, sebelum hilang pada 27 Mei lalu.

TOP
Perangi sindiket judi Piala Dunia
FIFA WORLD CUP BRASIL
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersiap sedia dalam usaha memerangi sindiket perjudian haram bola sepak sempena Piala Dunia yang bermula 13 Jun ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Sri Mortadza Nazareene berkata, pihaknya turut mewujudkan pasukan khas menerusi Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia bagi memantau beberapa laman web perjudian luar negara yang menarik minat kaki judi tempatan sepanjang tempoh kejohanan itu. “Siasatan kes berkaitan jenayah itu akan dilakukan oleh Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. “Ada sesetengah negara membenarkan kegiatan perjudian dan kelebihan itu kemungkinan akan dimanipulasikan sindiket untuk menjalankan kegiatan perjudian di negara ini,” katanya selepas pelancaran Kempen Kesedaran Jenayah Global Interpol yang bertemakan Turn Back Crime di Bukit Aman, semalam. Kempen yang julung kali diadakan itu adalah hasil inisiatif Sekretariat Interpol dalam persidangan mereka di Lyon, Perancis pada 2 hingga 4 April lalu yang disertai 190 negara anggota. Beliau berkata, pihaknya bersama bersama polis antarabangsa Interpol berusaha mempertingkatkan lagi kesedaran berhubung jenayah komersial yang membabitkan sindiket jenayah terancang merentasi sempadan dapat dibanteras dengan lebih berkesan. “Kempen ini bertujuan memberi kesedaran dan jalinan kerjasama kepada orang ramai, agensi kerajaan dan swasta termasuk badan bukan kerajaan (NGO) bagi memerangi jenayah global serta menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa. “Antara yang diberi perhatian, jenayah pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah dan jenayah siber, " katanya.

TOP
Langgan azimat untuk laris jualan
Azimat yang mudah didapati di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu.
Azimat yang mudah didapati di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu.
KUALA TERENGGANU – Biarpun jelas syirik dan tergolong dalam dosa besar, namun masih ada segelintir yang percaya dengan kehebatan tangkal dan azimat. Tinjauan Sinar Harian di Pasar Besar Kedai Payang, di sini mendapati tangkal atau azimat begitu mudah diperoleh kerana ia dijual secara terbuka di kaki lima pasar berkenaan. Hasil temu bual dengan seorang lelaki yang sedang menjual batu permata di pasar itu memberitahu, kebiasaannya pelanggan yang datang membeli azimat adalah mereka yang terbabit dalam perniagaan. “Pelanggan biasanya akan terus datang dan tanya harga apabila mereka melihat azimat ini. "Saya tidak perlu menceritakan kebaikan atau kelebihan sesuatu azimat yang dipamerkan kerana mereka seakan sudah mahir dengan cara dan penggunaannya," katanya yang hanya mahu dikenal sebagai Salleh. Hairan dengan situasi yang dialaminya itu, adakalanya Salleh bertanya kepada pembeli azimat yang dijual mengapa mereka memerlukan barangan itu. "Selalunya mereka beritahu saya, azimat itu digunakan sebagai pelaris untuk perniagaan yang diusahakan," katanya. Menurut Salleh yang berusia 50-an, azimat dijual dengan harga dari RM75 hingga lebih RM200 itu, didapati dari luar Terengganu.
Anggap bukan benda mengarut
Apabila ditanya berhubung amalan syirik kerana menjual azimat, dia mendakwa ia tidak salah kerana azimat yang dijual menggunakan ayat suci al-Quran malah ada pantang larangnya. “Azimat ini kena letak di tempat yang tinggi dan tidak boleh dilangkah. "Biasanya pelanggan letak atas meja dekat kaunter atau rak. Kalau digunakan dalam kereta pula, mereka perlu memastikan tempat itu tidak dilangkah," katanya. Kata Salleh, azimat yang dijual tidak menggunakan pengaruh jin, tetapi ayat suci al-Quran. “Azimat ini mana ada jin? Semuanya guna ayat suci al-Quran. Bukan ada benda-benda mengarut. Sebagai umat Islam kita jangan terlalu bergantung kepada azimat semata-mata,” katanya.
Dibeli orang kenamaan
Sementara itu, seorang penjual ubat-ubatan sunnah dikenal sebagai Razaiman berkata, fosil bio tenaga yang dijual bernilai RM1,500 hasil gabungan bahan yang diambil daripada bahagian atas bahtera Nabi Nuh AS di Bukit Al Judi, Ararat, Turki, adalah paling laris. “Kebanyakan fosil yang dijual ini dibeli oleh golongan atasan, termasuk mereka yang bergelar tan sri dan datuk, untuk meningkatkan aura zahir dan batin. “Fosil ini amat terhad kerana seluruh dunia mahukannya dan agak sukar dibawa masuk ke negara ini dalam kuantiti yang banyak," katanya. Katanya, barangan yang dijual itu boleh didapati pada masa tertentu sahaja kerana sangat terhad dan prosesnya yang memakan masa. Menurut Razaiman, sebelum dijual, fosil itu akan diuji terlebih dahulu dari segi aura atau tenaga yang ada di dalamnya dengan menggunakan alat khas yang sering digunakan oleh pengamal perubatan. “Alat itu seperti pen penguji. Apabila diletakkan di atas fosil, jika ia menyala, menunjukkan fosil itu berfungsi dan baru boleh jual. "Fosil ini juga sesuai bagi hilangkan penyakit sihir dan untuk jadi pelindung diri,” katanya.
Perlu bertaubat
Pengamal perubatan Islam yang hanya mahu dikenal sebagai Ustaz Faizal mendakwa dia dapat mengesan sesuatu penyakit hanya dengan membaca ayat suci al-Quran dan tidak pernah menggunakan tangkal, azimat atau jin dalam perubatannya. “Biasanya pesakit saya disuruh minum air yang telah dibacakan ayat suci dan sekiranya ada perkara buruk berlaku kepada pesakit seperti muntah darah dan sebagainya, saya dapat tahu punca dan sebabnya. “Tetapi bukan semua pesakit yang saya rawat boleh sembuh. Semuanya dengan izin ALLAH SWT dan dalam perubatan ini saya akan gunakan air yang telah diproses berasaskan makanan sunnah, termasuk menambah beberapa bahan lain yang mempunyai khasiatnya tersendiri,” katanya. Pesakit juga diberi nasihat supaya mengamalkan ayat al-Quran tertentu, perlu yakin apabila mengamalkan bacaan itu serta wajib melakukannya secara istiqamah. Bercerita mengenai penggunaan jin atau azimat dalam perubatan, Ustaz Faisal berkata, amalan itu jelas dilihat sebagai amalan syirik dan mereka yang mengamalkannya patut bertaubat. "Dalam Islam sendiri, Rasulullah SAW bersabda, Hendaklah kamu menggunakan dua perkara untuk penyembuh, iaitu al-Quran dan madu lebah," katanya.

TOP
Respons Mursi terhadap Al-Sisi
Mursi bersama ahli Ikhwanul Muslimin masih berada dalam tahanan di Iskandariah. Foto: EPA
Mursi bersama ahli Ikhwanul Muslimin masih berada dalam tahanan di Iskandariah. Foto: EPA
KAHERAH - MESIR. - ‘Bantah dan tentang rampasan kuasa’, itu respons pertama Presiden Mesir yang digulingkan Mohammed Mursi selepas bekas ketua tentera Abdel Fattah Al-Sisi disahkan sebagai Presiden baharu. Kenyataan itu disiarkan menerusi laman rasmi Facebook Mursi kelmarin. Dalam kenyataan itu, beliau mengarahkan belia Mesir untuk terus melakukan revolusi yang sebelum ini pernah dilakukan pada 25 Januari 2011. “Revolusi tidak akan lenyap selagi ia wujud melalui usaha belia di negara ini. Saya mengaku telah membuat kesilapan, tetapi saya memberi jaminan bahawa saya tidak pernah mengkhianati negara saya,” katanya dipetik Al Arabiya Menurut kenyataan itu lagi, masa depan Mesir terletak pada belia negara itu dan merekalah yang digelar wira. Pada akhir mesej itu, beliau menandatangani nama penuhnya dan nama ‘Republik Presiden Mesir’. Mursi kini berada di dalam tahanan bersama pengikutnya dari gerakan Ikhwanul Muslimin atas tuduhan pengintipan untuk menghasut pembunuhan.

TOP
Lelaki patah hati cabul wanita dengan 'air mani'

Seorang lelaki di China berusia 27 tahun telah bertindak mencabul dua orang wanita dengan melemparkan cecair ke atas pakaian mereka. Lelaki yang dikenali sebagai Huang ini bertindak sedemikian kerana kecewa ditinggalkan kekasihnya. Beliau membuat pengakuan tersebut kepada pihak berkuasa setelah berjaya ditahan kerana perbuatan terkutuknya itu. Cecair yang dihasilkannya menyerupai air mani lelaki dan melekit di pakaian. Apabila mangsa memegang cecair di pakaian mereka, baunya juga seolah-olah air mani lelaki. Huang juga mengaku melakukanya untuk menenangkan hatinya yang sedih.


TOP
Kerajaan galak pengguna guna pengangkutan awam

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan sedang melakukan yang terbaik untuk menggalakkan lebih ramai pengguna di negara ini beralih kepada pengangkutan awam. Dalam catatan terbaharunya dalam laman Twitter, Najib berkata: "Inisiatif di bawah Program Transformasi Kerajaan 2.0 ialah untuk membantu mengurangkan kenderaaan persendirian di jalan raya bagi mengurangkan kesesakan,". Perdana Menteri membuat catatan terbaharu itu selepas melawat Nu Sentral Mall, satu lagi projek oleh MRCB yang dibuka kepada awam pada Mac tahun ini dan terletak berhampiran stesen Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral). "Saya melawat Nu Sentral hari ini, prasarana terbaharu bagi KL Sentral. Ia merupakan ulang tahun ke-13 KL Sentral dan kemudahan itu semakin baik," kata Najib. Sehingga 160,000 orang menggunakan kemudahan KL Sentral setiap hari dan mereka terdiri daripada pengguna dan sebilangan besar pelancong, sehingga mencapai kira-kira 58.4 juta pengguna setahun. Sementara itu, dalam satu catatan di Facebook, Najib berharap para penjaja dan peniaga kecil mengambil peluang untuk menggunakan sepenuhnya Skim Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadan. Katanya skim itu merupakan inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi membantu penjaja serta peniaga kecil menjalankan perniagaan semasa Ramadan. Najib ketika melancarkan skim itu di Putrajaya pagi tadi berkata RM45 juta diperuntukkan bagi skim pembiayaan tanpa faedah itu yang memberi pinjaman kepada penjaja dan peniaga kecil sehingga RM3,000 sebagai modal perniagaan. Tempoh bayaran balik pula ialah 50 peratus dijelaskan sebelum tamat bulan Syawal sementara bakinya sebulan selepas Syawal. - Bernama

TOP
Hadi dibenar keluar wad dalam masa terdekat
Hadi Awang
Hadi Awang
SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semakin pulih dan mungkin dibenarkan keluar wad sehari dua lagi. Berita itu dimaklumkan Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. "Alhamdulillah kami menerima perkhabaran yang menggembirakan hari ini oleh doktor pakar yang merawat Tuan Guru bahawa dengan keadaan kesihatan beliau yang terkini setelah pemeriksaan dijalankan pagi ini, Tuan Guru kemungkinan besar akan boleh keluar dari wad dalam sehari dua ini. "Dalam masa yang sama, Tuan Guru juga perlu menjaga pengambilan makanan dan minuman serta berehat sepenuhnya dalam tempoh yang akan dinilai dari semasa ke semasa," ujarnya lagi. Abdul Hadi sebelum ini dikejarkan ke sebuah hospital di Istanbul setelah mengadu sesak nafas.

TOP
Komputer, salinan perisian cetak rompak dirampas

SHAH ALAM - Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Selangor merampas 10 unit komputer riba serta 22 salinan perisian cetak rompak bernilai RM51,200 dalam serbuan di Puchong dan Shah Alam, Isnin lepas. Ketua Penguatkuasanya, Othman Nawang berkata dalam serbuan pertama iaitu pada kira-kira 2 petang, lima unit komputer riba jenama Lenovo dan 12 salinan perisian cetak rompak dirampas dari sebuah kedai komputer di Puchong Jaya. "Manakala dalam serbuan kedua, kita merampas lima buah lagi komputer riba dari jenama yang sama serta 10 perisian cetak rompak dari sebuah pasar raya di sini," katanya dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini. Antara perisian disyaki cetak rompak yang dirampas ialah 'Adobe Photoshop', 'Autodesk Maya' dan 'Microsoft Office Enterprise'. "Siasatan turut menunjukkan kedua-dua premis menjual komputer kosong (tanpa perisian) dengan harga yang murah untuk menarik perhatian pelanggan supaya membeli komputer yang dijual," katanya. Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Akta Hak Cipta 1987 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda antara RM2,000 dan RM20,000 bagi setiap satu salinan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - Bernama

TOP
Lapor polis kes pelajar bergaduh
Salleh (kanan) pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, semalam
Salleh (kanan) pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, semalam
KUALA TERENGGANU - Polis memberi amaran akan mengenakan hukuman setimpal terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam kesalahan jenayah terutama membabitkan kes pukul dan gaduh di sekolah yang hangat disebarkan melalui video di laman sosial dan blog. Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rashid berkata, walaupun perkara itu tertakluk di bawah penguatkuasaan jenayah, pihaknya tetap memandang serius perkara itu. “Saya ingin beri amaran kepada mereka yang terlibat, ini adalah satu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan tindakan setimpal kerana ia mendatangkan kecederaan kepada orang lain. “Individu terlibat dalam kes demikian akan berdepan tindakan undang-undang,” katanya ketika mengulas mengenai penyebaran beberapa video pergaduhan melibatkan pelajar dan terbaharu didakwa berlaku di Terengganu. Salleh berkata, ibu bapa disarankan mengambil perhatian kelakuan anak mereka ketika berada di luar jagaan. Katanya, pihak sekolah dan orang awam juga bertanggungjawab melaporkan kepada pihak polis. “Saya menyarankan sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan, sila laporkan kepada pihak polis kerana kita akan bertindak mengikut undang-undang sedia ada. “Dengan pemantauan keluarga, pihak sekolah dan melalui maklumat diberikan orang awam kepada polis, perkara ini dapat dibendung,” katanya. Beliau berkata, penyebaran video memaparkan situasi pergaduhan itu tidak dapat menyelesaikan masalah tanpa maklumat kepada polis. “Masalah ini akan berterusan jika kita tidak menangani dan cegah kejadian itu daripada berlaku,” katanya.

TOP
Kosmetik popular tiruan dirampas
Rosli (dua, kiri) menunjukkan hasil rampasan produk kosmetik tiruan yang dirampas.
Rosli (dua, kiri) menunjukkan hasil rampasan produk kosmetik tiruan yang dirampas.
KUALA LUMPUR – Pelbagai produk kosmetik jenama popular dipercayai tiruan yang boleh memudaratkan kesihatan dirampas Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan dalam satu serbuan di enam premis di ibu kota, Selasa lalu. Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Rosli Ahmad berkata, produk kosmetik berkenaan jika digunakan boleh mendatangkan masalah pada kulit dan bibir. “Hasil risikan selama sebulan, premis terbabit dijadikan sebagai lokasi pemborong produk kosmetik tiruan itu, sebelum dipasarkan kepada peruncit di sekitar ibu kota dengan harga dua kali ganda murah daripada produk asli,” katanya. Beliau berkata, pihaknya merampas 42,717 unit produk terbabit yang dianggarkan bernilai RM431,715 dalam serbuan kira-kira jam 11 pagi. Kosmetik yang dirampas termasuk gincu, pembayang mata, glos bibir, minyak wangi dan pensil bibir. Menurut Rosli, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap penjual barangan tiruan. “Saya menasihati kepada pengguna jangan membeli barangan kosmetik tiruan kerana ia tidak ada jaminan dari segi kesihatan, malah boleh memudaratkan diri,” katanya. Kes itu mengikut Seksyen 8 (2) Akta Perihal Dagangan 2011.

TOP
'Tolong jangan jual bayi kami'
Chan Hwa bimbang bayi perempuannya jadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia
Chan Hwa bimbang bayi perempuannya jadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia
JOHOR BAHRU – Tindakan seorang buruh binaan menyerahkan bayinya yang baharu berusia sebulan kepada seorang wanita untuk dijadikan anak angkat, membawa padah apabila individu terbabit menghilangkan diri sejak enam bulan lalu. Yap Chan Hwa, 34, berkata, dia terpaksa menyerahkan bayi perempuannya hasil perkahwinan kedua bersama wanita warga Vietnam kepada orang lain selepas mengalami masalah kewangan. Dia dan isterinya yang berumur 25 tahun itu khuatir jika anak mereka dieksploitasi oleh sindiket penjualan bayi walaupun mereka berniat menyerahkannya kepada keluarga angkat. “Saya dikenalkan dengan wanita yang dikenali Pipi Go seorang pengurus kilang simen oleh seorang rakan yang memaklumkan dia berhasrat memelihara anak saya. “Seminggu kemudian kami bertemu dan saya menyerahkan bayi kami di sebuah restoran di Bandar Baru Permas Jaya, di sini, Disember tahun lalu. “Pipi dan seorang lelaki yang didakwa suaminya bersetuju dan ingin membawa bayi kami untuk ke hospital bagi tujuan pemeriksaan kesihatan. “Selepas itu mereka berjanji ingin memulangkan semula dan menghantarnya ke rumah,” katanya ketika ditemui media, di Kelab Media Cina Johor Selatan, di sini semalam. Chan Hwa berkata, hatinya berasa sedikit lega apabila wanita berusia 32 tahun itu menghubunginya dan berjanji ingin memulangkan semula bayi terbabit kerana hasil pemeriksaan mendapati anaknya mengalami masalah sindrom down. “Selepas menghubungi kami, Pipi terus menghilangkan diri dan gagal dihubungi sehingga kini. Kami berasa tidak sedap hati dan bimbang terhadap keselamatan anak kami. Saya dan isteri nekad membuat laporan di Balai Polis Permas Jaya selang empat hari kemudian (15 Disember 2013). “Hasil semakan melalui nombor telefon bimbit Pipi, kami berjaya mengesan kediaman wanita berkenaan di Pontian, namun malangnya dia tidak tinggal di situ. “Malah bapanya memaklumkan hubungan Pipi dan lelaki terbabit adalah sebagai kekasih, bukan suami isteri,” katanya. Katanya, paling mengejutkan apabila bapa wanita terbabit memaklumkan anaknya dipercayai terlibat dalam sindiket penjualan bayi selepas menjalinkan hubungan dengan lelaki berkenaan. “Kami berdua bingung selepas kejadian itu. Walaupun enam bulan berlalu, namun kami tidak berputus asa mencarinya. “Baru sebulan menatap wajah anak kami, saya juga tidak sempat mendaftarkan anak kami,” katanya. Perkahwinan pertama Chan Hwa dikurniakan tiga cahaya mata berumur tujuh hingga 13 tahun. Selepas bercerai dia berkahwin kali kedua dengan wanita Vietnam tersebut, namun tidak didaftarkan dan hanya menjalani upacara mengikut adat. Walaupun berhasrat menyerahkan anak mereka kepada orang lain, Chan Hwa dan isteri berharap keluarga angkat itu dapat memberikan sepenuh kasih sayang terhadap anak mereka seperti zuriat sendiri. Selepas anaknya gagal dijumpai, pasangan terbabit membuat aduan kepada Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA Johor, Kuo Song Tuck. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan menerima laporan daripada bapa bayi terbabit manakala kes disiasat mengikut Seksyen 369 Kanun Keseksaan kerana melarikan kanak-kanak berumur kurang 10 tahun. Beliau berkata, polis masih meneruskan siasatan berhubung laporan terbabit.

TOP
Dengar orang mengaji tengah laut
Che Wan Mohd Razi (tengah) dipeluk erat dua anaknya, Che Wan Norazilah, 19, yang juga atlet Sukma dan Che Wan Mohd Saiful Amin, 20, sebaik bapa mereka tiba di pekarangan rumah di Tanjung Pagar, petang semalam.
Che Wan Mohd Razi (tengah) dipeluk erat dua anaknya, Che Wan Norazilah, 19, yang juga atlet Sukma dan Che Wan Mohd Saiful Amin, 20, sebaik bapa mereka tiba di pekarangan rumah di Tanjung Pagar, petang semalam.
DUNGUN - “Jangan putus asa, ingat segala kejadian mesti ada hikmahnya, kita mesti bertawakal, jangan putus berdoa selain berikhtiar dengan apa cara sekalipun, dalam situasi seperti ini tiada siapa yang dapat menolong kita kecuali ALLAH,” kata Che Wan Mohd Razi Che Wan De, 48. Che Wan Mohd Razi adalah seorang daripada tiga nelayan yang terselamat selepas bot pukat tunda dinaiki mereka dihanyutkan arus sebaik dilanggar kapal besar ketika keluar menangkap ikan di perairan Dungun pada 26 Mei lalu. Menceritakan kembali detik sebelum tragedi, Che Wan Mohd Razi berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam pada hari ketiga mereka berada di laut untuk menangkap ikan. Menurutnya, ketika itu botnya sedang berlabuh di perairan Kerteh sebelum tiba-tiba dilanggar sebuah bot pukat tunda besar dipercayai berpangkalan di Kuantan, Pahang menyebabkan botnya terhuyung-hayang lalu mengambil keputusan memotong sauh bagi mengelakkan bot karam. "Selepas perlanggaran itu, saya cuba hidupkan enjin bot untuk pulang ke pangkalan, tapi gagal kerana masalah bateri. "Walaupun ketika itu baru dapat satu bakul hasil tangkapan, kami terpaksa batalkan niat menangkap ikan setelah bot rosak," katanya. Bot yang berpangkalan di jeti Nibong Bawah, Dungun itu akhirnya secara perlahan-lahan dihanyutkan arus ke tengah laut sehingga masuk hari kelima.
Tidak putus berdoa
Kata Che Mohd Wan Razi, sepanjang tempoh berkenaan, mereka tidak putus berdoa agar muncul bot lain bagi memberikan bantuan, selain berusaha memberikan isyarat melalui pelbagai cara termasuk menyalakan lampu suluh dan melaung sekuat hati, namun semuanya hampa. Dia juga cuba menghubungi keluarga dan rakan lain melalui telefon bimbit, bagaimanapun tiada isyarat talian. "Kami hanya bertemankan lampu suluh setelah lampu bot gagal dinyalakan kerana masalah bateri. “Dalam keadaan seperti itu, kami juga terpaksa makan secara berjimat untuk mengelakkan makanan habis,” katanya. Menurutnya, dia dan dua lagi rakannya berjaga secara bergilir untuk memberikan isyarat setiap kali ternampak bot yang melintas, namun semuanya hampa kerana isyarat yang diberikan melalui cahaya lampu suluh gagal dilihat. Katanya, dalam masa tiga jam, bot mereka dihanyutkan kira-kira dua batu nautika ke tengah lautan dan dalam masa lima hari, bot sudah hanyut kira-kira 18 batu nautika dari lokasi pertama sauh putus.
Hati berasa sayu
“Saya tak takut mati, cuma hati rasa sayu melihat kejadian Tuhan, malah merasakan apa yang berlaku seolah-olah satu cerita. “Dalam situasi itu, saya terus berdoa sehinggalah saya berjaya ditemui,” kata tekong bot itu. Bagaimanapun Che Wan Mohd Razi berkata, saat paling menyentuh perasaannya ketika berada di tengah lautan apabila dia tiba-tiba terdengar suara orang mengaji al-Quran sebaik masuk waktu Subuh pada hari ke tujuh dan hari terakhir sebelum botnya ditemui. Katanya, ketika itu, hatinya tiba-tiba berasa sayu, apatah lagi melihat kebesaran Tuhan dengan lautan yang meluas dan jarak lokasi ketika itu kira-kira 90 batu nautika dari perairan Seberang Takir Kuala Terengganu dan 20 batu nautika dari sempadan perairan Laos. Di saat itulah, dia berdoa sekali lagi agar ditunjukkan jalan keluar menemui daratan sebelum botnya ditemui kira-kira jam 10 pagi, kelmarin, oleh sebuah bot tempatan yang keluar untuk memancing ikan. “Sebaik ternampak bot itu, kami melambaikan tangan. Bot kami kemudian ditunda hingga ke jeti Seberang Takir sebelum pulang ke sini (Dungun),” katanya.
Isteri bersyukur suami selamat
Isteri Che Wan Mohd Razi, Azizah Mohamed Abdullah, 43, berkata, dia tidak dapat meluahkan perasaan gembiranya, selain bersyukur kepada Tuhan kerana suaminya berjaya diselamatkan selepas 10 hari hilang di laut. Katanya, dia menerima berita gembira itu kira-kira jam 5.30 pagi semalam sebaik suaminya sampai di jeti Seberang Takir. “Akhirnya Tuhan makbulkan doa saya selepas masuk hari kesebelas dia hilang. Saya bersyukur pada Tuhan kerana dia selamat dan dapat meneruskan kehidupan bersama kami,” katanya. Azizah berkata, walaupun tragedi itu menimpa suaminya, dia tidak akan menghalang suaminya untuk terus menjadi nelayan kerana hanya itu sumber pendapatan mereka sekeluarga. Sementara itu, seorang lagi mangsa, Ahmad Che Ngah, 39, berkata, dia bersyukur kerana berjaya kembali ke pangkuan keluarga selepas 10 hari hanyut di tengah lautan. Katanya, pengalaman berada di tengah laut dalam situasi mencemaskan itu paling bermakna baginya sepanjang menjadi nelayan.
Operasi mencari dihentikan
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Ahmad Zailani Yaacub berkata, berikutan penemuan tiga nelayan hilang itu, operasi mencari dihentikan serta-merta dan pihaknya melahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi tersebut. Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli yang menziarahi ketiga-tiga mangsa turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berusaha menjejaki tiga nelayan hilang itu. Wan Hassan yang turut menganjurkan solat hajat berkata, semua pihak harus mengambil iktibar daripada kejadian itu dan sentiasa berserah kepada ALLAH SWT setiap kali ditimpa musibah. Hadir sama menziarahi mangsa ialah Adun Sura, Wan Hapandi Wan Nik; Pengerusi Penyelaras Dun Sura yang juga Pengerusi JKKK Tanjung Pagar, Azmi Abdul Rahman dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Dungun, Mat Yassim Mohamed. Sinar Harian sebelum ini melaporkan Che Wan Mohd Radzi bersama dua awak-awak, Wan Kamarudin Wan Ali, 52 dan Ahmad Che Ngah dilaporkan hilang setelah keluar menangkap ikan di Perairan Pulau Tenggol, Dungun pada 26 Mei lalu. Bagaimanapun selepas 10 hari dihanyutkan di tengah laut, mereka berjaya diselamatkan nelayan tempatan kira-kira jam 10 pagi, kelmarin, sebelum bot mereka ditunda dan tiba di jeti Seberang Takir, jam 5.30 pagi semalam.

TOP
Imam Besar Masjid Negeri stabil

SHAH ALAM - Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, dilaporkan stabil setelah dimasukkan ke hospital, Selasa lalu. Menurut Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Ahmad Mustafa Mohd Sidin Al-Muqri mengadu sesak nafas lalu dimasukkan ke Hospital Selayang sebelum dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN). "Tuan Haji Ahmad Mustafa berada dalam keadaan stabil setelah menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari (CCU) IJN, semalam. "Sebelum ini beliau dimasukkan ke Hospital Selayang selepas mengadu mengalami sesak nafas pada 3 Jun. Pihak hospital memutuskan agar beliau dirujuk ke IJN bagi mendapatkan rawatan lanjut," kata Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan Jasi, Nurhamizah Othman. Sehubungan itu beliau mengajak seluruh rakyat khususnya dari negeri ini mendoakan kesihatan Ahmad Mustafa.

TOP
Henti monopoli kandungan TV
Sreedhar (kiri) dan Mohd Anwar pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.
Sreedhar (kiri) dan Mohd Anwar pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.
PENYEDIA perkhidmatan rangkaian televisyen kabel Asian Broadcasting Network (M) Sdn Bhd (ABNxcess) menggesa campur tangan kerajaan dalam menghapuskan perjanjian eksklusif yang mengehadkan siaran kandungan penting televisyen seperti saluran pendidikan, dokumentari dan sukan kepada hanya sebuah stesen televisyen berbayar. Perjanjian eksklusif ialah persetujuan antara stesen televisyen berbayar dengan pembekal kandungan yang menghalang kandungan itu dijual kepada stesen televisyen lain selama beberapa tahun, mengikut tempoh dipersetujui. Ketua Pegawai Eksekutif ABNxcess Sreedhar Subramaniam berkata, campur tangan itu perlu bagi mengimbangi industri itu dengan pembangunan negara bagi menghasilkan masyarakat berasaskan pengetahuan. “Sebagai pemegang lesen, kami (pengendali stesen televisyen) boleh diberitahu (oleh kerajaan) jika kami melakukan aktiviti yang mengurangkan persaingan (dalam pasaran). “Kami boleh diberitahu yang walaupun kami bebas lakukan pelbagai perkara, ada perkara yang perlu dielakkan untuk kepentingan negara,” katanya dalam sidang media sempena tahun pertama operasi ABNxcess di Kuala Lumpur, semalam. Sreedhar berkata, ABNxcess mempunyai matlamat memastikan kandungan televisyen termasuk pendidikan, dokumentari, berita dan program agama boleh diakses oleh rakyat dengan harga rendah. Menurutnya, negara yang mengamalkan pasaran bebas seperti Amerika Syarikat turut mengenakan kawalan dalam industri televisyen berbayar mereka untuk mengelakkan monopoli kandungan. Beliau berkata, ABNxcess bertemu kerajaan melalui beberapa platform berhubung isu itu dan kerajaan difahamkan sedang mengkaji perkara itu. “Tentu sekali sebelum ini kerajaan pernah mengarahkan beberapa program (televisyen) disiarkan di beberapa platform berbeza tetapi kami cadangkan ia tidak hanya terhad kepada acara sukan sahaja,” katanya. Menyentuh pelan perniagaan ABNxcess, Sreedhar berkata, syarikat itu menyasarkan 100,000 pelanggan sehingga akhir tahun ini, selain pelaburan RM2 bilion untuk menyediakan rangkaian kabelnya ke lima juta rumah di seluruh Malaysia menjelang 2017. Menurutnya pada masa ini, perkhidmatan ABNxcess yang menawarkan siaran televisyen digital dan internet berkelajuan tinggi boleh didapati di beberapa kawasan di Lembah Klang, Johor Bahru, dan Kajang sebelum dikembangkan ke Melaka, Seremban, Ipoh dan Pulau Pinang menjelang akhir tahun ini. Sementara itu, Pengerusi ABNcxess Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata, dengan pengenalan Akta Persaingan yang dikuatkuasakan pada 2012, kerajaan dan pemain industri perlu melihat untuk memberikan akses kandungan televisyen kepada semua orang berbanding sistem monopoli. “Kami mencadangkan tapak persaingan yang lebih adil. Mengambil semangat Akta Persaingan, kita tidak patut menggalakkan eksklusiviti dan monopoli kandungan,” katanya.

TOP
Kos bahan api dunia naik
Mohd Soffi (tengah) bersama pengguna Prime dan LPC sekitar Pahang sempena Seminat Electricity, semalam.
Mohd Soffi (tengah) bersama pengguna Prime dan LPC sekitar Pahang sempena Seminat Electricity, semalam.
KUANTAN – Kenaikan kos bahan api hasil perubahan struktur ekonomi dan sosial dunia memaksa negara membuat perubahan strategik dengan mengurangkan subsidi termasuk pengurangan subsidi bahan api. Pengurus Besar Kanan (Operasi Wilayah 2) Bahagian Pembahagian TNB, Abdul Aziz Abd Majid berkata, TNB akan menjalankan lebih banyak usaha membantu pengguna industri dan komersial dalam berhadapan kenaikan tarif elektrik melalui inisiatif ‘customer engagement’. Menurutnya, sebagai sebuah utiliti, TNB bertuah kerana dapat mempelopori kerjasama produktif dengan pengguna industri dan komersial di negeri ini. “Sebagai sebuah syarikat utiliti yang dinamik, TNB komited dalam melaksanakan usaha membangunkan infrastruktur untuk pengguna industri dan komersial ini. “Pelbagai inisiatif sedang dan akan terus dilaksanakan secara konstruktif bagi menyokong operasi perniagaan di kawasan industri dan komersial yang diwartakan,” katanya. Beliau berkata demikian pada Program Pahang Electricity Seminar untuk pelanggan prime dan Large Power Consumer (LPC) di Pahang, semalam. Hadir merasmikan majlis, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Negeri Pahang, Datuk Mohd Soffi Abdul Razak. Hadir sama, Pengurus Besar TNB Pahang, Datuk Ir Sharuddin Mohd Simin; Timbalan Pengerusi 1 Institute of Engineers Malaysia (IEM), Pahang, Datuk Ir Abdul Jalil Mohamed dan Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) Pahang, Zaul Abdul Hamid. Sementara itu, Mohd Soffi berkata, kerajaan sentiasa penyokong segala usaha yang dilakukan mana-mana pihak dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik untuk kesejahteraan rakyat khususnya di Pahang. “Semoga seminar yang diadakan ini dapat mengupas isu semasa berkaitan tarif elektrik, teknologi hijau, subsidi dan kecekapan tenaga untuk pemahaman semua pihak. “Saya percaya banyak lagi inisiatif yang akan dijalankan TNB sebagai platform untuk pengguna berurusan bagi mencapai program transformasi kerajaan,” katanya.

TOP
Suspek tikam kanak-kanak dalam lif ditahan
Salah seorang kanak-kanak yang ditikam di dalam lif ketika keluar untuk membeli aiskrim.
Salah seorang kanak-kanak yang ditikam di dalam lif ketika keluar untuk membeli aiskrim.
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 27 tahun yang dipercayai menjadi suspek utama terhadap kes tikam dua kanak-kanak di dalam sebuah lif sebuah apartmen, baru-baru ini. Menurut laporan berita dari CNN, suspek, Daniel St Hubert ditahan oleh seorang pegawai penyiasat Robert Boyce di sekitar jam 8 malam semalam. Menurut pihak polis, suspek telah ditahan sebanyak sembilan kali atas dakwaan melakukan serangan domestik dan menurut rekod, dia baru sahaja dibebaskan pada 23 Mei lepas di atas tuduhan yang sama. Pada 2 Jun lalu, dua kanak-kanak, Prince Joshua "PJ" Avitto, 6, dan Mikayla Capers, 7, ditikam di bahagian badan ketika berada di dalam lif di sebuah apartment di East New York, berhampiran Brooklyn. Pesuruhjaya Polis New York, Bill Bratton berkata, kedua-dua kanak-kanak sedang dalam perjalanan untuk membeli ais krim apabila mereka ditikam. "Prince Joshua "PJ" Avitto, 6, ditikam di bahagian badan dan meninggal dunia di hospital berhampiran. "Kanak-kanak perempuan juga ditikam di bahagian sama dan masih dalam keadaan kritikal," katanya. Bagi mempercepatkan usaha mencari, pihak polis mengeluarkan lakaran wajah suspek dan turut menawarkan wang ganjaran kepada individu atau pihak yang memberikan maklumat sehingga membawa kepada penangkapan suspek. Suspek yang masih dalam parol kini ditahan oleh pihak berkuasa bagi soal siasat berhubung kes terbabit.

TOP
Keluarga sembunyi perkembangan Schumacher?
Michael Schumacher
Michael Schumacher
KELUARGA lagenda Formula Satu, Michael Shcumacher didakwa menyembunyikan berita mengenai perkembangan terkini keadaan pelumba Jerman itu yang terlantar koma sejak tahun lepas. Bekas doktor sukan permotoran, Dr Gary Hartstein berkata, keluarga Schumacher mungkin mementingkan privasi dan kepentingan pelumba tersohor itu. “Mungkin jika ada perkembangan terbaru, sama ada berita baik atau perkhabaran buruk, mereka tidak akan dedahkannya kepada media dan umum.” “Pada 4 April lalu, Pengurus Schumacher, Sabine Kehm memaklumkan kami mengenai perkembangan Schumacher, dia mengatakan Schumacher ada menunjukkan tanda-tanda positif untuk sedar dari koma, itulah kali terakhir kami dimaklumkan dengan keadaan beliau," katanya menerusi Yahoo! Sports. Beliau berkata demikian menjawab satu kenyataan yang dikeluarkan oleh keluarga Schumacher baru-baru ini. Pada 2 Jun lalu, keluarga Schumacher telah memuatnaik ucapan penghargaan melalui laman rasmi milik Schumacher. Menerusi kenyataan tersebut, isterinya Corrina mengucapkan terima kasih kepada kesemua peminat yang memberikan sokongan terhadap mereka. Juara Formula Satu dunia tujuh kali, Michael Schumacher berada dalam keadaan koma selepas kepalanya mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan ketika sedang bermain ski di pusat peranginan Pergunungan Alps, Perancis, pada Disember lalu. Walaupun keadaannya dilaporkan stabil, menurut laporan doktor, Schumacher mungkin akan mengalami kerosakan otak yang akan menyebabkan beliau mengalami sindrom Apalik.

TOP
84 mangsa rogol bawah umur 18 tahun
Jalaluddin Abdul Rahman
Jalaluddin Abdul Rahman
KOTA BHARU - Seramai 84 daripada 91 mangsa rogol di Kelantan adalah remaja bawah umur 18 tahun berdasarkan statistik dalam tempoh Januari hingga Mei, tahun ini. Secara keseluruhan jumlah mangsa rogol dalam tempoh itu menunjukkan penurunan sebanyak 1.09 peratus berbanding 2013, walaupun berlaku sedikit peningkatan kepada jumlah mangsa bawah umur dalam tempoh yang sama. Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, 84 mangsa itu turut terdiri daripada pelajar yang berusia seawal 13 tahun iaitu seramai 15 orang, lebih rendah berbanding jumlah 20 orang, tahun lalu. “Mereka yang terdiri daripada usia 14 tahun pula seramai 24 orang; 15 tahun sebanyak 23 orang; 16 tahun berjumlah 15 orang dan 17 tahun seramai tujuh orang, manakala mangsa selebihnya berusia 18 tahun dan ke atas. “Daripada jumlah itu juga, 65 daripada mereka adalah pelajar. Jumlah tersebut menurun daripada 66 orang pelajar bagi tempoh sama, tahun lalu,” katanya. Menurutnya, pada tahun 2013, jumlah remaja berusia 15 tahun menjadi mangsa paling ramai iaitu sebanyak 30 orang, sementara yang berusia 14 tahun pula seramai 18 orang; 16 tahun berjumlah lapan orang dan 17 tahun, lima orang. “Semua mangsa tahun lalu berjumlah 92 termasuk 20 orang mangsa tidak ada pekerjaan dan enam lagi bekerja. Jumlah mangsa tahun ini pula 91 termasuk 18 orang yang tidak ada pekerjaan, manakala lapan lagi bekerja,” katanya. Sementara itu, Jalaluddin berkata, daripada keseluruhan kes antara Januari dan Mei tahun ini, sejumlah 88 kes berjaya diselesaikan dengan 90 tangkapan berjaya dilaksanakan. “Jumlah kes selesai meningkat daripada 87 kes dengan 51 tangkapan pada tahun sebelumnya. Jumlah keseluruhan kes selesai tahun 2013 pula berjumlah 214 dengan 161 tangkapan daripada 225 kes rogol yang dilaporkan,” katanya.

TOP
Lelaki ditemui mati dalam bilik tidur
Mayat mangsa dibawa ke Bilik Mayat Hospital Kuala Krai, semalam.
Mayat mangsa dibawa ke Bilik Mayat Hospital Kuala Krai, semalam.
KUALA KRAI - Seorang lelaki ditemui mati dalam bilik tidur di rumahnya di Tepi Loji Air Pahi, di sini, kira- kira jam 8.30 pagi semalam. Lelaki 25 tahun itu ditemui ibunya yang dikenali sebagai Hasnah, 61, membuka pintu bilik berkenaan menggunakan tukul setelah mangsa tidak keluar dari bilik. Rakan mangsa, Rozailani Mohd Zain, 24, tidak menyangka pertemuannya bersama bapa dua anak itu ketika keluar makan menjelang Asar petang semalam, menjadi detik akhir dia bertemu mangsa. Dia yang mengenali mangsa mengakui lelaki itu seorang yang baik, malah berita sedih itu mengejutkan dia dan rakan lain. Menurutnya, mangsa bekerja di Kuala Lumpur pulang Jumaat lalu, untuk mengambil isterinya yang baharu habis berpantang anak kedua. “Arwah kelihatan murung sejak balik, dia menceritakan masalahnya tidak dapat membawa isterinya ke Kuala Lumpur atas halangan pihak tertentu sedangkan mereka berdua tidak mempunyai sebarang krisis. “Lebih mengejutkan, arwah tidak memberitahu kami kawan-kawannya untuk mengambil sebarang tindakan di sebalik masalah dihadapinya,” katanya pagi semalam. Rozailani berkata, sebelum berpisah petang semalam, arwah sempat berpesan supaya menziarahinya pagi ini tetapi tidak terfikir apa-apa akan berlaku kepada rakannya itu. Menurutnya, dia tidak menyangka akan menziarahi mangsa dalam keadaan yang sudah tidak bernyawa. “Pagi tadi (semalam) ma (ibu arwah) ada menghubungi saya memberitahu kawan saya sudah meninggal. Lebih mengejutkan apabila diberitahu cara dia meninggal,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Kuala Krai, Superintendan Ab Rahim Che Ghani mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

TOP
Mayat ditemui dalam gear mendarat pesawat

THE HAGUE: Satu mayat ditemui dalam gear mendarat sebuah pesawat selepas ia mendarat di Lapangan Terbang Schiphol, di sini, semalam. Difahamkan ia adalah mayat remaja Norway yang dilaporkan hilang sehari sebelum kejadian. Polis tempatan berkata, selepas mendapat di Schiphol, satu mayat ditemui dalam ruang yang digunakan untuk gegar mendarat sebelah kanan. "Penyiasatan setakat ini mendapati ia bukan perbuatan jenayah dan mangsa mati kerana kekurangan oksigen," katanya. Pesawat syarikat KLM itu berlepas dari Sandefjord, lapangan terbang dekat bandar Larvik, Norway. - AFP

TOP
Assad kekal presiden Syria
 Assad kekal presiden Syria
GAMBAR bawah, Assad (kiri) dan isteri, Asma Assad (kanan) semasa mengundi di Damsyik, Selasa lalu. - Foto AP
Menangi 88.7 peratus undi, mudah tewaskan dua pencabar Damsyik: Bashar al-Assad dipilih semula sebagai presiden Syria apabila memperoleh 88.7 peratus undi pada pilihan raya yang kemenangannya sudah dijangka sedari awal. Dua lagi calon pada pilihan raya Selasa lalu — Hassan al-Nuri dan Maher al-Hajjar — masing-masing memenangi 4.3 peratus dan 3.2 peratus undi, kata speaker parlimen Mohammad al-Lahham. “Tahniah kepada rakyat Syria yang membuat pilihan dan keputusan,” katanya. “Syria mempunyai pemimpin dan kapten, yang akan mengemudi kapal ke pantai keamanan dan keselamatan.”

TOP
Puting beliung landa tengah AS
Puting beliung landa tengah AS
Seorang lelaki menolak kereta yang terperangkap dalam banjir di Iowa, kelmarin. - Foto AP Omaha (Amerika Syarikat): Ribut teruk melanda tengah Amerika Syarikat kelmarin, kelihatan dari jauh bagai menghasilkan gumpalan jerami sebesar bola keranjang dan laporan tidak rasmi kejadian puting beliung, memaksa pengundian pilihan raya di Iowa ditangguhkan dan menghalang penerbangan di Lapangan Terbang Nebraska. Berpuluh-puluh penduduk cedera ringan selepas terkena serpihan ketika cuba berlari mendapatkan perlindungan di sebuah cawangan pasar raya Walmart di Blair, Nebraska, utara Omaha, menurut ketua bomba Kent Nicholson. “Ia berbunyi seperti seseorang menggerudi bangunan kami dengan tukul besi. Bunyi terlalu kuat di kawasan kedai kami,” kata Nicholson, yang sedang bekerja ketika ribut berkenaan melanda. Jurucakap Lapangan Udara Eppley, Joe Rotterdam berkata, penerbangan ditangguhkan selama empat jam kelmarin di Lapangan Terbang Omaha. Tiga puluh tiga penerbangan dibatalkan kelmarin kerana banjir kilat, angin kuat serta besi berterbangan, katanya. Pengejar ribut melaporkan sekurang-kurangnya lapan insiden puting beliung menyentuh bumi di Nebraska, satu di Iowa dan satu lagi di Wyoming, kata Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan. Pengundian di pilihan raya utama Iowa ditangguhkan lewat tengah hari Selasa di Pottawattamie County dan Montgomery County kerana kakitangan pusat mengundi dan pengundi lari mencari perlindungan. Angin dilaporkan mencapai kelajuan sehingga 90 batu sejam (145 kilometer sejam), mengakibatkan bumbung tercabut di dua rumah tumpangan di Missouri Valley, Iowa. Satu kejadian ‘derecho’ sebaris ribut petir yang menghasilkan angin pemusnah, mengancam wilayah berkenaan malam kelmarin dan dijangka bergerak ke timur pagi semalam, kata ahli kaji cuaca kanan AccuWeather.com, Alex Sosnowski. “Ribut itu mampu menumbangkan pokok, menyebabkan kehilangan bekalan elektrik dan gangguan perjalanan bagi mereka yang bergerak pada pagi Rabu,” katanya. - REUTERS

TOP
Salah import dinosaur
Salah import dinosaur
Prokopi (kiri) meninggalkan mahkamah di New York, kelmarin selepas dijatuhi hukuman penjara tiga bulan. - Foto AP
Rangka 70 juta tahun dihantar semula ke Mongolia New York: Seorang warga Amerika Syarikat yang mengimport rangka dinosaur dari Mongolia, salah satunya berusia 70 juta tahun, kelmarin dihukum tiga bulan penjara, menurut pihak berkuasa. Eric Prokopi, yang mengaku bersalah pada Disember 2012 didakwa melakukan tempahan secara haram dari Mongolia dan kemudian membina semula tulang Tarbosaurus bataar (T-bataar) yang berusia 70 juta tahun. Pada ketinggian 2.43 meter atau lapan kaki dan 7.31 meter atau 24 kaki panjang, rangka itu dijual dalam lelongan pada harga AS$1.05 juta (RM3.4 juta) pada 20 Mei 2012 di New York. Tetapi selepas menerima maklumat dari pihak berkuasa Mongolia, rangka itu dirampas sebulan kemudian. Ia dikembalikan ke Mongolia pada Mei 2013. Prokopi, 39, didakwa melakukan import haram itu pada 2010 dan 2012, beberapa tulang dinosaur berharga AS$200,000 (RM647,789) daripada penjual di negara Asia itu dengan seorang rakan niaga Britain. - AFP

TOP
Kempen pilihan raya presiden bermula
Kempen pilihan raya presiden bermula
Jokowi (dua kiri) menerima nasi daripada bekas presiden Megawati Soekarnoputri (tengah) ketika majlis di Jakarta, semalam. - Foto AFP
Jokowi, Prabowo berdepan saingan sengit menjelang pemilihan 9 Julai Jakarta: Kempen pemilihan presiden Indonesia Julai ini bermula secara rasmi semalam, dengan calon pilihan, Joko Widodo, berdepan cabaran sengit daripada bekas jeneral sezaman bekas Presiden Suharto dengan pelbagai rekod hak asasi manusia. Joko Widodo atau Jokowi, yang mendapat sambungan hangat daripada penyokongnya ketika bertugas sebagai Gabenor Jakarta, memulakan tempoh kempen dengan perayaan di ibu pejabat Parti Demokratik Indonesia Perjuangan (PDI-P) di Jakarta. Ketua parti menyerahkan kon nasi, pemberian tradisi dalam budaya Indonesia bagi meraikan majlis penting. Beliau dijangka memulakan perjalanan ke wilayah Papua di timur, persinggahan pertama dalam lawatan seluruh kepulauan itu untuk menang dalam pilihan raya 9 Julai ini. Satu-satu pencabarnya, bekas jeneral Prabowo Subianto dari parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), menuju ke Bandung, di barat Jawa, untuk memulakan kempennya lewat semalam. Pengundi berdepan pilihan jelas antara Jokowi, yang dilihat sebagai muka baru di negara yang masih dikuasai tokoh pemerintahan kuku besi Suharto selama tiga dekad dan Prabowo, yang berpengalaman. Jokowi meningkat pantas, daripada Datuk Bandar Jawa kepada Gabenor Jakarta dan kini berkemungkinan menjadi presiden baharu Indonesia. Sikap merendah diri tokoh berusia 52 tahun itu, kerap melawat kawasan setinggan di bandar raya itu memakai pakaian biasa, membuatkan beliau popular di negara yang pemimpin selalunya daripada kalangan pegawai tentera atau kaya serta elit. “Saya akan mengundi Jokowi kerana beliau merendah diri dan rapat dengan rakyat biasa,” kata pemandu beca berjentera, Suradi, 60 tahun. Sebagai perbandingan, Prabowo ialah tokoh utama dalam tentera yang memerintah pasukan khas ketika saat akhir pemerintahan Suharto pada lewat 1990-an dan mengaku mengarahkan penculikan aktivis demokrasi. Namun isu hak asasi manusia tidak menjadi keutamaan dalam liputan media mengenai pilihan raya itu dan Prabowo memainkan peranannya dalam latar belakang tentera di negara yang menyaksikan ramai mahukan pemimpin kuat. Di sebalik populariti besar Jokowi yang mendahului dalam tinjauan pendapat untuk menjadi pemimpin baharu Indonesia sejak beberapa bulan lalu, Prabowo merapatkan jurang secara mendadak sejak pilihan raya perundangan April lalu, manakala Jokowi kehilangan asas. - AFP

TOP
China diminta beri bukti dalam 6 bulan
China diminta beri bukti dalam 6 bulan
Sebuah kapal China melakukan kerja penambakan tanah dan pembesaran Terumbu Johnson, yang dipanggil Mabini oleh Filipina dan Chigua oleh China, di Kepulauan Spratly di Laut China Selatan, berhampiran Filipina. - Foto AP
Manila: Tribunal yang berpangkalan di Hague meminta China memberikan bukti dalam tempoh enam bulan berhubung tuntutan wilayah di Laut China Selatan, meskipun Beijing enggan memberikan maklum balas kepada cabaran tindakan undang-undang Filipina terhadap tuntutan Beijing membabitkan kawasan perairan yang strategik itu. China enggan menyertai proses timbang tara yang dimulakan kerajaan Filipina tahun lalu. Rabu lalu, pegawai rasmi Filipina mengulangi tuntutan supaya China menyertai proses timbang tara sebagai cara aman dan penyelesaian terbaik terhadap isu pertikaian tuntutan wilayah yang berpanjangan itu, yang memuncak beberapa tahun kebelakangan ini dan mencetuskan konflik di Asia dan dunia. Tribunal yang berpangkalan di Hague itu mengeluarkan kenyataan kelmarin, memberikan China sehingga 15 Disember untuk menghantar hujah bertulis dan bukti menolak aduan Filipina, yang mempersoalkan kesahihan tuntutan ‘sembilan peringkat’ China. Ia merujuk kepada tindakan penetapan sempadan China secara membuta-tuli dalam peta rasmi tuntutan wilayahnya yang membabitkan hampir seluruh Laut China Selatan. Selain China dan Filipina; Brunei, Malaysia, Vietnam dan Taiwan mempunyai tuntutan bertindih di bahagian berlainan Laut China Selatan dengan Beijing berkata ia mempunyai kedaulatan terhadap seluruh perairan kaya sumber sejak dari zaman dulu lagi.
Cetus protes anti-China
Pertikaian berasingan China dengan Filipina dan Vietnam meruncing baru-baru ini, terutamanya selepas negara itu menghantar pelantar minyak awal bulan lalu dalam perairan yang turut dituntut Hanoi. Ia mencetuskan protes anti-China di Vietnam. Terdapat kebimbangan bahawa konflik wilayah di rantau itu, termasuk pertikaian antara Jepun dan China di Laut China Timur, mungkin mencetuskan konflik bersenjata Asia. Selepas memfailkan aduan awal tahun lalu, Filipina menghantar hujah bertulis dan bukti menidakkan tuntutan China pada 30 Mac. Tribunal lima hakim itu meminta China memberikan maklum balas, tetapi berkata kerajaan China menghantar notis bulan lalu mengulangi bahawa ‘ia tidak menerima timbang-tara yang dimulakan Filipina’ dan notis yang dihantar itu ‘tidak boleh dianggap penerimaan China terhadap pembabitan dalam perbicaraan itu.’ - AP

TOP
Indonesia hantar pulang 20 guru asing
Indonesia hantar pulang 20 guru asing
Polis dan anggota keselamatan swasta bertugas di pintu masuk Sekolah Antarabangsa Jakarta pada 21 April lalu. - Foto AFP
Jakarta: Indonesia akan menghantar pulang 20 guru asing yang bekerja di sebuah sekolah antarabangsa berprestij negara itu berhubung pelanggaran peraturan imigresen selepas dakwaan bahawa seorang kanak-kanak didera secara seksual oleh kakitangan pembersihan yang mencetuskan kemarahan. Guru berkenaan, dari Sekolah Antarabangsa Jakarta, memegang pelbagai kerakyatan termasuk Amerika Syarikat, Australia dan Britain, kata pegawai imigresen, Maryoto Sumadi. “Daripada 26 guru yang kita siasat, 20 melakukan pelanggaran peraturan imigresen dan akan dihantar pulang,” katanya, menjelaskan mereka melakukan kerja berbeza daripada tugas rasmi yang mereka nyatakan kepada pihak berkuasa. Keputusan berkenaan menyusul selepas skandal April lalu dengan dakwaan serangan seksual ke atas budak lelaki enam tahun oleh pekerja pembersihan dalam tandas di sekolah yang menjadi kegemaran di kalangan ekspatriat dan penduduk Indonesia yang kaya, itu. Krisis memuncak apabila kanak-kanak kedua tampil mendakwa didera, dan menurut siasatan Biro Siasatan Persekutuan seorang guru Amerika yang pernah bekerja di sekolah itu disyaki pedofilia bersiri. Kes berkenaan mencetuskan kemarahan di kalangan orang awam dan mendapat liputan media mengenai kes tinggi penderaan seksual di sekolah di negara itu. Sumadi berkata, 11 daripada guru terbabit akan dihantar pulang esok manakala yang lain akan menyusul. - AFP

TOP
Penutupan pusat seks di Surabaya dibantah

SEBAHAGIAN pekerja seks yang menyertai tunjuk perasaan di kawasan pelacuran Dolly di Surabaya semalam.- AFP
SURABAYA - Lebih 1,000 orang pekerja seks di sini mengadakan tunjuk perasaan semalam bagi membantah rancangan pemerintah untuk menutup sebuah kawasan pelacuran yang merupakan antara yang terbesar di Asia Tenggara. Kawasan pelacuran itu yang dikenali sebagai daerah Dolly tidak pernah diganggu oleh pihak berkuasa sejak beberapa dekad lalu. Bandar raya ini merupakan kota metropolitan kedua terbesar di Indonesia. Namun, Datuk Bandar Surabaya, Tri Rismaharini berikrar akan menutup lokasi tersebut menjelang 18 Jun ini. Nama Dolly berasal daripada seorang ibu ayam warga Belanda yang menguruskan sebuah rumah pelacuran di lokasi itu semasa pemerintahan penjajah di Indonesia. Bagaimanapun, ramai wanita yang bekerja di daerah Dolly memberitahu, mereka akan hilang mata pencarian jika lokasi tersebut ditutup. Seorang wartawan agensi berita AFP yang berada di lokasi kejadian semalam berkata, kira-kira 1,200 pekerja seks berarak di sepanjang daerah tersebut. Mereka kemudian menulis surat bantahan kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Suruhanjaya Kebangsaan Hak Asasi Manusia. "Wanita-wanita itu tiada pilihan kecuali bekerja sebagai pelacur untuk menyara diri sendiri dan keluarga masing-masing," kata seorang aktivis tempatan, Anisa. "Mereka tidak dapat mencari pekerjaan lain kerana kurang kemahiran dan berpelajaran rendah. Mereka tiada pilihan tetapi bekerja di sini," tambahnya. Tri sebelum ini berjanji memberikan bantuan kewangan kepada pekerja-pekerja seks tersebut apabila pusat pelacuran tersebut ditutup. Beliau juga berkata, pihak berkuasa tempatan juga berjanji akan mengajar kemahiran baharu seperti menghasilkan kraftangan kepada mereka. - AFP

TOP
Tiket perlawanan penting habis

SUASANA di pusat pengambilan tiket pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014 di Lapangan Terbang Antarabangsa Salvador, Brazil pada 3 Jun lalu.- AFP SAO PAULO - Tiket-tiket beberapa perlawanan penting bola sepak Piala Dunia 2014 habis dijual dalam tempoh yang singkat kelmarin. Tiket bagi perlawanan pembukaan, akhir dan separuh akhir telah habis dijual selepas ia disiarkan di laman web Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tengah malam kelmarin. Semua tiket perlawanan di sini dan di bandar raya Rio de Janeiro juga habis dijual secara dalam talian. Tiket yang tidak terjual secara dalam talian pula akan diagih-agihkan di pusat jualan tiket di seluruh Brazil. Namun, apabila kaunter- kaunter berkenaan dibuka pada waktu pagi, hanya tiket pasukan kurang ternama yang masih boleh dibeli. Situasi itu menyebabkan ramai peminat kecewa selepas mereka sanggup beratur sepanjang malam untuk mendapatkan tiket. Secara purata, sebanyak 180,000 tiket tambahan dikeluarkan FIFA untuk semua 64 perlawanan Piala Dunia kali ini yang berlangsung selama sebulan mulai minggu depan. Bagaimanapun, tiket untuk perlawanan pembukaan Brazil menentang Croatia di sini pada 12 Jun ini habis dijual dalam tempoh sejam. Keadaan yang serupa berlaku untuk final di Stadium Macarana pada 13 Julai depan. Situasi tersebut menyebabkan FIFA dikritik kerana gagal membuat anggaran tepat berhubung jumlah peminat yang hadir untuk membeli tiket. "Mereka (penganjur) bercakap bahawa rakyat Brazil tidak teratur tetapi mereka yang sebenarnya tidak teratur," kata seorang penduduk tempatan, Alexander Barbosa dalam satu wawancara bersama media APTN di Rio de Janeiro. Menjelang kelmarin, hanya tiket untuk 15 perlawanan masih boleh dibeli termasuk Bosnia menentang Iran di bandar raya Salvador, timur Brazil pada 25 Jun ini. Secara keseluruhan, kira-kira 3.3 juta tiket dijangka habis dijual untuk Piala Dunia kali ini. Menurut FIFA, lebih 2.5 juta tiket telah diagihkan termasuk menerusi program-program hospitaliti badan sukan tersebut. Dalam pada itu, sekitar 157,000 askar dan anggota polis akan dikerahkan untuk mengawal keselamatan di 12 buah lokasi perlawanan bola sepak Piala Dunia kali ini. Seramai 20,000 ejen perkhidmatan keselamatan swasta juga akan bertugas di stadium-stadium berkenaan. Sebagai tambahan, seramai 120 anggota polis dari 40 buah negara akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Brazil termasuk berkongsi maklumat risikan. - AP

TOP
Israel mahu bina 1,500 rumah haram
Israel Umum Bina Rumah Haram
BAITULMUQADDIS - Israel semalam mengumumkan akan membina lebih 1,500 buah rumah di kawasan penempatan haram Yahudi sebagai tindak balas terhadap pembentukan kerajaan perpaduan Palestin dengan Hamas. Menteri Perumahan, Uri Ariel memberitahu Radio Israel, tawaran tender pembinaan perumahan itu telah dikeluarkan ekoran terbentuknya secara rasmi apa yang beliau sifatkan sebagai 'kerajaan pengganas Palestin'. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan lokasi sebenar pembinaan penempatan haram itu. Namun, media Israel berkata, projek itu akan dibina di tujuh penempatan haram di Tebing Barat. Ekoran pengumuman itu, kerajaan Palestin akan mengemukakan rayuan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kerajaan baharu daripada kalangan tokoh teknokrat itu diiktiraf oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah tetapi Israel berikrar akan memboikot pentadbiran tersebut. - Agensi

TOP
Makan burger belalang di restoran AS

SEORANG wanita memakan ulat yang telah digoreng.- AFP
WASHINGTON D.C., Amerika Syarikat (AS) - Satu majlis memakan daging burger belalang diadakan di Restoran Occidental di sini kelmarin. Majlis tersebut ditaja syarikat Kawalan Serangga Ehrlich selama satu hari. Pada majlis itu, syarikat berkenaan akan menderma sebanyak AS$5 (RM16.12) untuk setiap pelanggan yang memakan burger tersebut, cengkerik dan ulat. Wang itu akan disumbangkan kepada program kitar semula makanan dan pengedaran daging di Washington D.C. - Agensi

TOP
Cristiano Ronaldo disumpah Syaitan Hari Rabu

PEMENANG FIFA Ballon d’Or 2013, Cristiano Ronaldo mungkin terlepas beraksi pada pentas terbesar bola sepak dunia di Brazil yang bermula kurang dari dua minggu dari sekarang. Ronaldo yang tercedera semasa kemenangan perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah bertemu Atletico Madrid, tidak beraksi sejak 25 Mei akibat masalah tendonitis pada lutut kirinya. Pahanya juga dikatakan masih mengalami masalah. Disebalik kecederaan pemain yang digelar CR7 itu, terdapat fakta yang lebih menggerunkan, seorang bomoh Ghana mengaku bertanggungjawab memastikan pemain Portugal itu tidak akan beraksi walau seminit pun. Portugal berada di dalam Kumpulan G yang juga merupakan kumpulan maut bersama Jerman, Amerika Syarikat dan Ghana. Bomoh tersebut Nana Kwaku Bonsam, yang namanya bermakna “Syaitan Hari Rabu” telah meramalkan bahawa Ronaldo akan terlepas Piala Dunia Brazil 2014 akibat kecederaan sejak bulan Februari lagi. Dalam satu wawancara bersama sebuah stesen radio di Ghana, Bonsam berkata “Saya tahu dengan teliti kecederaannya, saya kini memerhatikannya. “Saya memang serius. Minggu lepas saya telah mencari empat ekor anjing dan mendapatkan bahan yang saya perlukan untuk memastikan saya dapat menghasilkan ‘Kahwiri Kapam’ (formula ajaibnya). “Sudah empat bulan saya berkata yang dia tidak akan beraksi di Piala Dunia kali ini, atau sekurang-kurangnya memastikan yang dia tidak beraksi menentang Ghana. “Kecederaannya tidak dapat di sembuhkan oleh mana-mana doktor kerana mereka tidak dapat mengesan sebabnya kerana saya menggunakan ilmu ghaib. Hari ini mungkin lututnya bermasalah, esok pahanya dan kemudian bahagian lain akan bermasalah pula.” Pada hari Selasa, Ronaldo hanya mampu berlatih berasingan bersama-sama rakan senegara Raul Meireles, Beto dan Pepe yang juga tercedera di pusat latihan mereka di New York sebelum ke Brazil. Dia juga terlepas aksi persahabatan antarabangsa bertemu Greece pada hari Sabtu lalu yang berkesudahan tanpa jaringan. Portugal akan turun beraksi berdepan Mexico pada hari Sabtu ini disusuli Republik Ireland pada Selasa depan. Mereka akan bertemu Jerman pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2014 Jun 17 nanti. Sumber: Stadium Astro

TOP
Bersih: Mahkamah Tinggi Kekal Keputusan Bebas 21 Individu

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari menolak rayuan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membebaskan 21 individu yang didakwa terbabit dalam perhimpunan haram pada ulang tahun pertama BERSIH. Pesuruhjaya Kehakiman Choong Siew Khim memutuskan perkara itu dalam kamar selepas mendapati rayuan itu tidak mempunyai merit. Pada 18 Sept 2012, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepas dan membebaskan 21 individu berkenaan daripada tuduhan menyertai perhimpunan haram serta tidak mematuhi perintah pegawai polis. Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kesemua individu berkenaan dan polis gagal menunjukkan peranan peserta dalam perhimpunan nyalaan lilin bagi menyokong BERSIH pada 2008. Antara yang didakwa ialah Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, Exco Kerajaan Selangor Ronnie Liu serta peguam S. Ashok Kandiah. Sumber: mStar

TOP
Lori Terbalik di Monterez Kg Melayu Subang

Menurut Daily Traffic Report Group, kejadian ini berlaku pada tengah hari tadi dimana sebuah lori yang dipercayai terbalik ketika memausi simpang jalan besar di Monerez Kg. Melayu Subang. Kejadian ini mungkin berlaku kerana lori terbabit tidak stabil akibat berat dan selekoh yang diambilnya. Walaubagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Foto DAily TRaffic REport

TOP
Polis Jumpa Telefon Bimbit Berdekatan Mayat Lelaki di Pulau Tioman

KUANTAN: Polis hari ini menjumpai sebuah telefon bimbit Iphone dipercayai milik lelaki yang mayatnya ditemui berdekatan sebuah chalet di Kampung Juara, Pulau Tioman semalam. Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata polis masih meneruskan operasi di kawasan mayat dijumpai bagi mencari bahan bukti untuk membantu siasatan, termasuk dokumen pengenalan diri yang belum ditemui setakat ini. "Polis juga hingga kini masih belum dapat mengesahkan mayat lelaki berkenaan adalah Gareth David Huntley, lelaki warga British yang hilang 27 Mei lepas kerana siasatan masih dilakukan. "Bagaimanapun, kita telah mengambil sampel DNA ibu Huntley, Janet Southwell, bagi membantu siasatan. "Sampel berkenaan akan dihantar ke makmal di Petaling Jaya dan keputusan dijangka dikeluarkan dalam masa dua hari," katanya kepada pemberita di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini. Sharifuddin berkata siasatan awal mendapati tiada sebarang kecederaan ditemui pada anggota badan mayat dan menolak unsur jenayah sebagai punca kematian. Bagaimanapun, beliau berkata Southwell akan berada di Kuantan beberapa hari lagi bagi membantu siasatan. Terdahulu, Southwell tiba di Jabatan Forensik HTAA pada 11 pagi bersama-sama Naib Konsul Pesuruhjaya Tinggi British Karen Song dan teman wanita Huntley iaitu Kit Natariga Panyawatcharakun dengan helikopter bagi mengecam mayat itu. Mayat itu ditemui pada kira-kira 1.30 tengah hari semalam di tepi sungai, kurang 500 meter dari chalet penginapan Gareth di Pusat Perlindungan Penyu Kampung Juara. Gareth merupakan sukarelawan pusat perlindungan penyu itu dan dilaporkan hilang pada 27 Mei lepas ketika dikatakan mahu ke Air Terjun Lubuk Teja berseorangan. Sumber: mStar

TOP
Peraturan Baru Cermin Gelap Tinted JPJ Mulai Jun 2014

Peraturan baru cermin gelap tinted kereta oleh JPJ mulai Jun 2014. Kadar telusan cahaya bagi cermin sisi penumpang dan belakang kenderaan diturunkan kepada 25 peratus daripada 50 peratus berkuat kuasa mulai bulan Jun 2014. Bagi cermin depan dan sisi pemandu ia bagaimanapun masing-masing kekal 70 peratus dan 50 peratus. Perkara atau pindaan itu telah disahkan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi. Sumber: Melvister.com / Daily Traffic Report

TOP
Malaysia Rayu Kuota Tambahan Jemaah Haji - Najib

Najib (kiri) menyampaikan Kad Tabung Haji Debit-I Mastercard kepada antara pendeposit awal TH selepas melancarkannya di Menara TH di sini, Khamis. KUALA LUMPUR: Malaysia sekali lagi mengulangi pendirian untuk membuat rayuan bagi permohonan kuota tambahan jemaah haji tahun ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, seramai 1.5 juta umat Islam di negara ini telah mendaftar untuk haji setakat Mei tahun ini. Menurutnya, ia menunjukkan bahawa tahap ekonomi umat Islam di negara ini semakin baik dan peningkatan semangat serta kesedaran untuk mengerjakan ibadah haji. "Namun, jumlah pendaftar haji bagi lima tahun kebelakangan ini amat agresif menyebabkan sesiapa yang mendaftar pada hari ini sebagai contoh, mengikut purata, mungkin perlu menunggu sehingga 50 tahun sebelum tiba giliran mereka menunaikan haji. "Sehubungan itu, kita akan cuba untuk merayu supaya Kerajaan Arab Saudi dapat memberi kuota tambahan jemaah haji buat rakyat di negara ini," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Tabung Haji Debit-i Mastercard, Buku Coffee Table dan Pusat Perkhidmatan dan Kewangan Islamik (IFiC) di Ibu Pejabat Tabung Haji di sini, Khamis. Turut hadir Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail. Malaysia pada Mac lalu telah mengemukakan permohonan kepada kerajaan Arab Saudi untuk menambah 10,000 kuota jemaah haji bagi tahun ini. Najib berkata, Kerajaan Arab Saudi memberi kuota sebanyak 0.1 peratus daripada jumlah populasi kepada semua ahli negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) termasuk Malaysia. Katanya, Malaysia mendapat kuota Haji sebanyak 27,900 tempat untuk jemaah haji di negara ini sejak 2009. "Namun, akibat kerja-kerja pembangunan di sekitar Masjidil Haram, Kerajaan Arab Saudi telah mengurangkan kuota sebanyak 20 peratus kepada semua negara sehinggalah kerja-kerja pembangunan ini siap kelak pada 2016. "Oleh itu, sejak tahun lepas, kuota Haji baru bagi Malaysia adalah sebanyak 22,320. Ini merupakan cabaran untuk kita," katanya. Sumber: mStar

TOP
Pasangan Kekasih Ditahan Disyaki Curi RM19,000

Polis telah menahan satu pasangan berusia lingkungan 20-an disyaki terlibat dalam kejadian kecurian kira-kira RM19,000 dari sebuah restoran makanan segera di Jalan Parry di Miri semalam. Gambar suspek lelaki yang ditahan telah dipaparkan di laman Facebook Kempen Kesedaran Jenayah Malaysia (MACC) hari ini. Menurut laporan laman portal The Borneo Post, suspek lelaki merupakan pengurus restoran berkenaan manakala teman wanitanya merupakan pekerja di restoran sama. Pada 12 Mei lepas, pekerja di restoran berkenaan telah menyedari bahawa sebanyak RM19,000 telah hilang dari pejabat dan pihak majikan membuat laporan polis. Siasatan kes kecurian itu kini sedang dijalankan. Sumber: The Borneo Post / My News Hub

TOP
Warga Cina Masih Tergamak Untuk Berkelah di Pantai Yang Kotor.

Bagaimana mereka mash tergamak untuk beriadah dan berjemur di pantai ini SK tidak tahu. Yang SK tahu kalau kita di Malaysia tidak akan ada sorang pun manusia yang akan datang ke tempat macam ni melainkan untuk kerja pembersihan. Sampah-sarap ini dipercayai ditinggalkan oleh 480,000 pengunjung yang menghadiri Festival Bot Naga, beberapa hari lalu. Pemandangan pantai seluas 160,000 meter persegi itu kini dicemari dengan 362 tan sampah termasuklah bekas makanan dan minuman, tikar dan permainan yang rosak. Jika dilihat pada gambar-gambar ini, nampak seperti mereka tidak kisah dengan kekotoran di sekeliling mereka. Harap-harap rakyat Malaysia jangan pula amalkan budaya seperti ini ya…

Sumber: DailyMail

TOP
Serbu Majlis Kahwin Di Kuil: Jais Lebih Arif

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) lebih arif dalam menjalankan tanggungjawabnya ketika menyerbu majlis perkahwinan seorang wanita Islam mengikut upacara agama Hindu, Ahad lalu, kata Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu menyifatkan tindakan diambil kerana Jais bertanggungjawab memainkan peranan sewajarnya mengutamakan kepentingan agama Islam di Selangor. “Tentunya di atas urusan dan tanggungjawab yang diserahkan itu untuk menjaga kepentingan Islam di Selangor dan prosedur, Jais lebih arif berdasarkan kuasa yang diberikan di mana dalam peruntukan Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan Senarai 2, agama Islam adalah di bawah kuasa majlis agama Islam negeri. “Kita mengharapkan semua menyerahkan tanggungjawab ini kepada pihak yang diberi kuasa oleh majlis agama Islam negeri (Jais) untuk memainkan peranan mereka,” katanya. Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Rabu yang menyalahkan Jais kerana tidak mematuhi operasi standard (SOP) apabila menyerbu majlis perkahwinan Zarina Abdullah Majid yang dijalankan di sebuah kuil di Petaling Jaya. Menurut Jamil Khir, majlis agama Islam harus memainkan peranan untuk mempertahankan tanggungjawab agama di bawah kuasa yang diberikan mengikut undang-undang. “Sebarang kegagalan dalam hal seperti ini, mungkin majlis agama akan dilihat sebagai faktor yang gagal dalam melaksanakan tugas mereka,” katanya. Pada Rabu, Abdul Khalid menyifatkan serbuan Jais sebagai perkara yang ‘memalukan’ bagi jabatan berkenaan. “Menurut Jais ia bukan serbuan. Menurut polis ia satu serbuan, bagi pihak kita ia satu serbuan dan ini memalukan. Majlis perkahwinan sepatutnya menjadi detik paling indah dan mereka tidak wajar merosakkanya, ” katanya. Malah katanya, kerajaan negeri akan mengambil tindakan terhadap pegawai yang didapati tidak mengikut SOP ditetapkan. Sumber: mStar

TOP
Felixia Yap Luah Kesedihan Dalam Sajak

Apabila bekas model Playboy, Felixia Yeap mengambil keputusan untuk berhijab walaupun belum memeluk Islam kisahnya serta merta menjadi sensasi. Gadis berketurunan Cina namun fasih berbahasa Melayu ini serta merta menjadi popular dan menerima peminat yang ramai di media sosial. Walaupun belum memeluk Islam Felixia amat konsisten mengenakan hijab dan keputusan yang dikongsikan bahawa dia akan mengucap kalimah syahadah pada Ramadan tidak lama lagi adalah satu berita gembira. Bagaimanapun, dugaan Felixia nampaknya semakin berat selepas pengumuman keputusannya itu apabila sebilangan orang Islam dilihat semakin gemar memberi ‘ceramah’ dan kritikan keras padanya hingga kadangkala mengguris perasaan. Antaranya puak yang tidak habis-habis mengarahkan Felixia membuang gambar-gambar lamanya yang seksi walaupun Felixia sudah banyak kali menyuarakan keputusannya tentang hal ini.

Terlalu tertekan dengan perkara ini hingga jatuh sakit dibuatnya, Felixia terpaksa membuat rayuan terbuka di Facebook agar pihak yang memberi tekanan padanya supaya berhenti. Felixia turut mengepos sebuah sajak yang dihasilkannya sendiri bagi menggambarkan kesedihan hatinya sekarang.

Diharapkan selepas ini pihak berkenaan fikirlah banyak kali sebelum memberi tekanan kepadanya lagi. Harus diingat, walaupun belum memeluk Islam tapi Felixia jauh lebih istiqomah berkaitan aurat berbanding ramai orang Islam sendiri. Gunakanlah pendekatan berhemah dan mesra dalam menyambut saudara baru bukan dengan mengungkit kisah lamanya kerana orang yang dihina itu entah-entah akan jadi umat Muhammad yang lebih baik daripada kita satu masa nanti, siapa tahu? Sumber: FB Felixia Yap / Rem Ramzi / Mynewshub

TOP
Gadis Sapu Air Mani Ke Wajah, Sangka Krim Pelembab

Seorang pelajar cina tersalah ambil sebotol air mani sebagai pelembab kulit telah mendakwa lelaki yang memberikannya botol tersebut yang mana lelaki itu dipercayai meminatinya. Zeng Link, 19, telah menyapu separuh daripada cecair tersebut pada mukanya sebelum sedar akan bau krim tersebut. Sangkaan dia memang benar apabila rakannya memberitahu yang itu adalah air mani. Kata polis. Besotted Gou Wen, 22, berkata yang dia harap dapat meluahkan rasa cintanya terhadap wanita tersebut dengan memberikan hadiah yang jijik itu. Katanya "Saya sangat sayang akan dia tetapi dia tidak tahu dan saya pula tidak tahu bagaimana untuk memberitahunya". Gou terpaksa membayar sebanyak £200 sebagai denda dan tanda minta maaf. Sumber: IBTimes

TOP
Pelajar kolej mengaku salah buang bayi

KUALA TERENGGANU : Seorang pelajar kolej di sini, semalam mengaku salah di Mahkamah Majistret, atas pertuduhan cuba menyembunyikan kelahiran bayinya dengan membuang mayat bayi itu secara sulit, April lalu. Suzain Aharin, 21, mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 318/511 Kanun Keseksaan dibacakan kepadanya di depan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Muhammad Firdaus Abdul Rahim. Dia yang berasal dari Ranau, Sabah, didakwa cuba menyembunyikan kelahiran seorang bayi di sebuah rumah di Flet Awam Padang Hiliran, di sini, pada jam 2.30 pagi, 22 April lalu. Suzain berdepan hukuman penjara sehingga setahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan. Ikat jamin RM500 Sejurus pengakuannya direkodkan, Muhammad Firdaus menetapkan 10 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes di mahkamah sama dan membenarkan Suzain diikat jamin sebanyak RM500 dengan seorang penjamin. Pendakwaan kes dilakukan oleh Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Akhbar pada 23 April lalu, melaporkan seorang penuntut sebuah kolej di bandar ini ditemui berlumuran darah dalam tandas di rumahnya, manakala bayi lelaki yang baru dilahirkan, ditemui mati dalam mangkuk tandas. Bayi yang cukup sifat itu dilahirkan secara sembunyi di tandas rumah sewa pelajar terbabit sebelum kejadian disedari seorang rakan serumahnya. Rakan suspek yang terkejut melihat keadaan pelajar itu terbaring tidak bermaya di depan pintu tandas, kemudian menemui mayat seorang bayi lelaki dalam mangkuk tandas. Sumber: BH Online

TOP
Sindiket Hamba Seks: Polis Siasat Dakwaan Pembantu Rumah

Pada 2 Jun 2014 jam lebih kurang 4.07 petang pihak polis telah menerima maklumat menyatakan ada orang jatuh dari bangunan Pusat Komuniti, Bandar Tun Razak. Sebaik sahaja menerima maklumat tersebut pihak polis telah bergegas ke tempat kejadian. Hasil siasatan awal pihak polis di tempat kejadian percaya mangsa didapati terjatuh dari tingkat 7 bangunan tersebut. Saksi awam yang berada berhampiran tempat kejadian sebelum itu nampak mangsa kelihatan sedang berjalan seorang diri. Sumber: Facebook Daily Traffic Report

TOP
Adik Neelofa Yang Cun Melecun

Pelakon dan pengacara popular, Neelofa merupakan adik beradik yang ketiga dari 9 orang adik beradik. Ibunya bernama Kartini mempunyai darah keturunan Arab. Ahli keluarga Neelofa ialah ayahnya, Abdul Halim Khan Laikhan, ibu, Noor Kartini Noor Mohammad, serta kakak dan adiknya, Noor Sara Dinna, Noor Nabila, Noor Neelofa, Noor Nelissa, Putri Nur Athira, Mohd Aqief, Nur Athisha, Nur Ameera, dan Mohd Faliq. Sedikit info mengenai salasilah keluarga Neelofa. Sekarang, mari kita skodeng beberapa gambar adik Neelofa yang terlampau cun di bawah ini.

Sumber: Katak Comel

No comments:

Post a Comment