TOP
Melihat anak bulan Ramadan petang ini
PUTRAJAYA 27 Jun - Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia telah menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan ialah pada hari ini bersamaan 29 Syaaban 1435H.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, kaedah penentuan menggunakan kaedah rukyah (cerapan) dan hisab (hitungan) berpandukan kriteria imkanur rukyah (kebolehnampakan), seperti yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja .
Beliau yang juga Pengerusi Panel Pakar Falak (PPF) berkata, kaedah itu juga telah dipersetujui oleh negara-negara anggota Pertemuan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS).
"Jakim selaku urusetia PPF berfungsi menyediakan data dan membuat analisis kajian falak sebagai maklumat dan rujukan bagi membantu Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia membuat pengisytiharan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, amalan lazim yang dilaksanakan ialah pada setiap petang bulan Syaaban, yang kebetulan jatuh pada petang hari ini, cerapan rasmi dilaksanakan oleh Jawatankuasa Rukyah, Jabatan Mufti Negeri-negeri, meliputi 29 tempat yang telah diperaku oleh PPF dan dipersetujui oleh negeri-negeri.
Sumber: Utusan
TOP
Operasi 6P: Bayi Usia 40 Hari Antara Ditahan
BUTTERWORTH – Seorang bayi perempuan berusia 40 hari adalah antara 27 pendatang tanpa izin yang ditahan dalam Operasi 6P di Kampung Bagan Lebai Tahir di sini, awal hari ini.
Pengarah Jabatan Imigresen Pulau Pinang Hasbullah Abdul Rashid berkata 111 rakyat asing yang menghuni kampung berkenaan diperiksa dalam operasi dua jam bermula 12 tengah malam.
Beliau berkata sejumlah 27 orang termasuk sembilan wanita yang diperiksa itu tidak mempunyai dokumen perjalanan diri dan tinggal lebih masa.
“Selain bayi berusia 40 hari itu, kami turut menahan lima kanak-kanak Indonesia dan Myanmar berusia lima hingga 10 tahun yang tidak mempunyai
dokumen,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata operasi itu diadakan berikutan aduan orang ramai yang kurang selesa dengan bilangan rakyat asing yang semakin bertambah di kampung berkenaan.
“Perjumpaan dan dialog antara penduduk dan pemimpin tempatan menyuarakan rasa kurang selesa dengan kehadiran warga asing di kawasan itu dan kami bertindak berdasarkan aduan berkenaan,” kata Hasbullah.
Beliau berkata operasi itu disertai 145 anggota terdiri daripada pelbagai agensi.
Kesemua mereka iaitu 17 rakyat Myanmar dan 10 Indonesia berusia antara 40 hari dan 50 tahun itu dibawa ke Pejabat Imigresen Seberang Jaya untuk didokumentasi sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Juru.
Sumber: BERNAMA
TOP
Johan As'ari Kesal Sikap Zizan Razak Bekukan Akaun Bank
Johan As'ari
SUBANG JAYA: Pelakon Johan As'ari memberitahu dia tetap sayangkan hubungannya dengan Zizan Razak walaupun pendapatannya sebagai artis bawah Wire Fame Entertainment Sdn Bhd milik pelawak itu disekat. Johan, 28, bagaimanapun berkata, dia cuma kecewa dengan tindakan Zizan yang mengarahkan bank menyekat akaun syarikat berkenaan kerana perbuatan itu benar-benar menyusahkan kerana Johan memerlukan wang untuk keperluan harian selain melangsaikan bil hospital ibunya yang sedang sakit. "Sebenarnya saya masih sayangkan dan tidak bencikan dia. Cuma saya tidak suka dengan perbuatan dia yang menyekat akaun syarikat sehingga menyusahkan saya dan rakan artis lain yang bernaung di bawah Wire Fame. "Sepatutnya sebagai seorang rakan artis dan salah seorang pengarah syarikat itu, dia perlu profesional dan berfikir lebih bijak sebelum membuat tindakan," katanya.
Zizan Razak
Johan ditemui pada sebuah sidang media khas yang dianjurkan oleh Pengarah Urusan Wire Fame, Marina Juki di hotel Holliday Villa di sini pada petang Khamis. Terdahulu, Marina telah dituduh menyeleweng wang syarikat tersebut dan Zizan telah menyekat akaun bank syarikat berkenaan. Perkara itu telah membuatkan Johan dan Kaka Azraf membuat laporan polis di Balai Polis USJ8 Subang Jaya di sini pada 25 Jun lalu mengenai bayaran pendapatan yang disekat. Sementara itu, Johan memberitahu kontraknya dengan Wire Fame sudah pun tamat pada Mei lalu namun saya akan membuat keputusan menyambung kontrak berdasarkan pengakhiran masalah syarikat itu sama ada ia selesai secara baik atau tidak. "Saya nak tengok dahulu macam mana Zizan dan Marina menyelesaikan masalah Wire Fame. "Kita lihat kesudahan masalah Wire Fame, barulah saya akan memikirkan semula sama ada mahu menyambung kontrak dengan syarikat itu atau tidak," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Johan bakal muncul dengan filem Juvana 2 dan Juvana 3, Tujuh, Kanang Anak Langkau, Gangster Superstar serta Ophilia.-mstar

Jejai Minta Isu Perceraiannya Dengan Nora Danish Tidak Diungkit
Fasha bahagia bersama bersama suaminya, Jejai.
PETALING JAYA: Suami kepada Fasha Sandha iaitu Rizal Ashram Ramli buat pertama kali membuat kenyataan di Instagram memohon kepada orang ramai supaya tidak lagi menyakitkan hati isterinya selain membandingkan aktres itu dengan bekas isterinya Nora Danish. Rizal atau lebih mesra dengan panggilan Jejai berkata, tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan kepada Fasha membuatkan dia terpaksa membuka mulut bahawa perceraiannya dengan Nora Danish enam tahun lalu langsung tiada kaitan dengan Fasha. "Saya akui, pada masa itu, sayalah punca perceraian itu, bukannya Fasha. "Ianya telah ditentukan dan telah terjadi, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Saya berharap sangat semua ini berhenti di sini sahaja dan tolong jangan panjangkan perkara ini," katanya dalam Instagram miliknya yang dimuatr naik pada Khamis. Pada Selasa lalu, Fasha telah menegur segelintir pengikut Instagram miliknya yang memberi pelbagai komen apabila dia tidak memuat naik gambarnya bersama mertua berbanding Nora yang memuat naik pelbagai foto dengan keluarga itu pada acara Kuala Lumpur Fesyen Week 2014 yang berlangsung baru-baru ini.
Komen jejai kepada seorang pengikut Fasha di Instagram. Perkara tersebut membuatkan Fasha mempersoalkan kenapa dia dibandingkan dengan Nora selain berasa terluka dengan komen-komen berkenaan. Tidak tahan melihat pelbagai komen negatif yang dilemparkan kepada Fasha, Jejai mengambil langkah menjelaskan situasi sebenar yang terjadi antaranya, Fasha dan Nora menerusi satu komen yang ditulis di Instagram milik isterinya itu. Sementara itu, Jejai juga berkata, dia faham apabila situasinya bercerai dengan Nora dan kemudiannya berkahwin dengan Fasha membuatkan Fasha dilihat sebagai perosak rumah tangganya sebelum ini. Dalam pada itu Jejai memahami situasi Fasha sehingga terpaksa menegur salah seorang pengikut laman Instagram miliknya dan menganggap Fasha ada hak berbuat demikian. "Dia yang menanggung segala tuduhan selama ini dan bersabar. Tetapi kesabarannya juga ada had. Harapan saya kepada para pengikut (Instagram) semua agar tidak membandingkan Fasha dan Nora serta tidak mengaibkan mereka berdua. Saya memohon maaf kepada semua kerana disebabkan sayalah punca semua ini terjadi," ujarnya. Jejai dan Fasha telah mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012. Terdahulu Jejai telah bercerai dengan Nora pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin. -mstar

Kesilapan Pegang Tangan Farid Kamil Satu Pengajaran - Nora Danish
KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish menyifatkan kejadian memuat naik foto dia memegang tangan Farid Kamil di Instagtam bagi mempromosikan filem Pengantin Malam sehingga membuatkan isteri aktor itu menegurnya menjadi satu pengajaran.
Nora, 32 berkata, keadaan itu juga akan membuatkan dia lebih berhati-hati untuk bekerjasama dengan mana-mana pelakon lelaki berstatus suami orang agar tidak melukakan mana-mana pihak.
"Kalau boleh saya enggan memberi sebarang komen berkenaan dengan isu ini sebab takut apa yang saya komen akan akan membuatkan keadaan menjadi lebih teruk.
"Cuma selepas ini saya akan lebih berhati-hati apabila bekerjasama dengan pelakon lelaki yang berstatus suami orang.
"Mungkin perkara ini akan menjadi pengajaran buat diri saya sendiri," katanya kepada mStar Online.
Terdahulu, Diana meluahkan perasaan tidak puas hati dalam Instagram miliknya dengan menyindir seorang artis yang memegang tangan suaminya ketika bergambar untuk mempromosikan sebuah filem.
Tanpa menyebut siapakah individu itu, umum dapat mengagak artis tersebut adalah Nora Danish yang diminta bergambar bersama Farid bagi mempromosikan filem Pengantin Malam.
-mstar
TOP
Adira Bimbang Kisah Cinta Jadi Sebab Peminat Meluat
KUALA LUMPUR: Penyanyi Adira tidak mahu terus menceriktakan hubungan cintanya dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBB1M), Shahrul Nasrun Kamarudin, 27, kerana bimbang masyarakat akan meluat.
Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 23, berkata, jika cerita itu terus disogokkan, peminat juga akan terus menyimpan perasaan bosan kepada seseorang artis.
"Saya rasa saya ni bukanlah terlalu berahsia. Saya pun manusia biasa. Tapi kalau saya asyik saja mendedahkan tentang hal peribadi saya, nanti lama-kelamaan tentu orang naik meluat.
"Apa yang boleh saya katakan, hubungan kami bertambah baik. Kalau mereka ingin tahu selanjutnya boleh tengok gambar-gambar di Instagram saya", katanya kepada mStar Online.
Adira ditemui pada majlis pelancaran dan showcase album sulung berjudul Dewi Cinta yang diadakan di Restoran Saloma Bistro, di sini, Khamis.
Dalam persembahan tersebut Adira menyampaikan sebanyak 10 buah lagu yang terdapat dalam album Dewi Cinta. Bercerita tentang album tersebut, Adira berkata, dia mengambil masa selama dua tahun untuk mengumpul bahan yang terbaik untuk album itu. "Proses pembikinan album ambil masa memang agak panjang iaitu dua tahun, ia adalah berikutan proses memilih bahan-bahan terbaik sahaja. "Dalam album ini terdapat lima buah lagu lama iaitu Ombak Rindu, Ilusi, Kuada Kamu, Juwita, dan Ombak Rindu dan lima lagu baru iaitu Dewi Cinta, Hilang, Ku Bawa Cintamu, Ruhi Cinta dan Sekadar Mimpi," katanya. Sementara itu, mengulas tentang tajuk album tersebut iaitu Dewi Cinta, Adira berkata tajuk lagu tersebut adalah melambangkan dirinya sendiri. Tambahnya, kebanyakkan lagu dalam album tersebut adalah berkaitan dengan kehidupan peribadinya.-mstar

MH370 Hampir Pasti Guna Kawalan Autopilot
Truss menunjukkan lokasi pencarian baharu di selatan Lautan Hindi.
SYDNEY: Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss berkata, misi pencarian pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH370 diperluaskan ke selatan dan pesawat tersebut dipercayai menggunakan sistem kawalan autopilot sebelum dilaporkan hilang. "Pesawat itu hampir pasti menggunakan sistem kawalan autopilot. Jika tidak pesawa itu tidak akan terbang mengikut laluan teratur seperti dikesan beberapa buah satelit," katanya. Namun, beliau berkata, penyiasat belum dapat merungkai misteri kehilangan pesawat tersebut dan berdasarkan analisis keseluruhan maklumat itu, mereka yakin MH370 menggunakan fungsi autopilot. Truss berkata, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia mengeluarkan laporan yang menggariskan asas kepada kesimpulan mereka bahawa kawasan pencarian baharu itu adalah lokasi pesawat tersebut mungkin boleh ditemui. Katanya, semakan data mengenal pasti satu kawasan baharu seluas 60,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi. Fasa baharu pencarian pesawat berkenaan akan bermula pada Ogos depan dan dijangka memakan masa sehingga 12 bulan. "Kami kini mengubah tumpuan ke satu kawasan yang lebih jauh ke selatan berdasarkan analisis yang dilakukan," kata Truss. Menurutnya, zon pencarian baharu itu terletak sekitar 1,800 kilometer ke barat bandar raya Perth. Kawasan itu pernah menjadi zon pencarian udara MH370 tetapi gagal menemui sebarang serpihan. Sebanyak dua kapal iaitu Fugro Equator dan Zhu Kezhen mula meninjau kawasan tersebut sebelum pencarian di dasar laut dilakukan secara intensif bagi mencari kapal terbang hilang itu.-mstar

17 Kes Diskriminasi Terhadap Pesakit HIV/AIDS Dikesan
KUALA LUMPUR: Sebanyak 17 kes diskriminasi dan penafian hak asasi terhadap individu dijangkiti HIV dan AIDS telah dilaporkan dalam 'HIV and Human Rights Mitigation Report 2013' di negara ini.
Presiden Majlis AIDS Malaysia (MAM) Datuk Dr Raj Karim berkata ini membuktikan masih wujud sikap diskriminasi terhadap golongan berkenaan dalam negara ini.
Beliau berkata laporan itu, yang mengandungi kes-kes yang telah direkodkan daripada pelbagai sudut penafian hak asasi dan diskriminasi seperti peluang pendidikan, rawatan kesihatan dan peluang pekerjaan terhadap golongan dijangkiti HIV dan AIDS itu, dihasilkan dengan kerjasama 'European Asia Action'.
"Antara kes diskriminasi...berkaitan peluang pendidikan ialah kes melibatkan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang tidak diberi sijil diploma setelah lulus dalam peperiksaan daripada IPT berkenaan," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas pelancaran kempen 'Bantu, Jangan Menghukum' dan 'HIV and Human Rights Mitigation Report 2013' di sini, Khamis.
Majlis anjuran MAM itu sempena tarikh memperingati Hari Penyalahgunaan dan Pengedaran Dadah Antarabangsa oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
"Hal ini jelas menunjukkan diskriminasi dalam menyediakan peluang pendidikan kepada pelajar yang dijangkiti HIV dan AIDS di negara ini juga tetap berlaku," katanya.
Dr Raj berkata golongan itu juga tidak wajar dipinggirkan dan dinafikan hak mereka untuk mendapatkan kemudahan seperti rawatan kesihatan, pendidikan mahupun sokongan komuniti dalam kehidupan.
"Dengan adanya stigma dan sikap diskriminasi dalam masyarakat terhadap golongan ini, peningkatan jangkitan HIV dan AIDS tidak dapat dikurangkan sedikit pun.
"Oleh itu, saya mohon agar semua pihak menghentikan sikap demikian, dan lebih memainkan peranan membantu serta menyokong mereka melalui penyediaan kesihatan awam dan hak asasi manusia, seperti membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang layak," katanya.-mstar
TOP
Sindiket Judi Bola Sepak Pertaruh RM7.5 Juta Sehari Tumpas
KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket perjudian perlawanan bola sepak Piala Dunia 2014 yang membuat pertaruhan RM7.5 juta sehari, berikutan penahanan empat individu di ibu negara, Rabu.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman DCP Datuk Mazlan Mansor berkata hasil maklumat dan risikan selama empat minggu menerusi Op Soga V, pasukannya menahan kesemua suspek berumur antara 20 dan 32 tahun di sebuah premis di Kompleks Metro Pudu di sini pada 4.30 petang.
Beliau berkata polis merampas tiga komputer riba, dua iPad, dua kemudahan jalur lebar dan 30 buku log yang tercatat angka pertaruhan bola sepak.
"Mereka ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seskyen 6 (3) Akta Pertaruhan 1953 kerana dipercayai mereka menjadi ejen sindiket pertaruhan," katanya kepada pemberita di sini Khamis.
Siasatan awal mendapati ejen yang ditahan itu mempunyai 1,500 pelanggan dengan had kredit pertaruhan RM5,000 sehari, katanya.
Mazlan berkata pada 6 petang hari sama, JSJ turut merampas 12 alat server yang disyaki terdapat laman web perjudian membabitkan rangkaian perjudian di rantau Asia Pasifik.
"Ini merupakan kali pertama kita merampas server yang digunakan untuk tujuan perjudian. Kita masih menyiasat laman web yang digunakan untuk perjudian dan tindakan seterusnya akan diambil," katanya.
Sejak Op Soga V bermula 12 Jun lepas, 194 individu ditahan di seluruh negara kerana disyaki terbabit dalam aktiviti perjudian haram bola sepak yang menyaksikan RM175,000 wang tunai dirampas.
Kejayaan hasil serbuan itu turut dinyatakan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi catatan di laman Twitternya.-mstar
TOP
Perhimpunan Haram: 10 Disabitkan Kesalahan, 3 Dibebaskan
TAIPING: Mahkamah Tinggi Taiping pada Khamis mengekalkan sabitan terhadap 10 daripada 13 individu yang didapati bersalah kerana menyertai perhimpunan haram di kawasan Jalan Istana, Bukit Chandan di sini, lima tahun lepas.
Hakim Datuk Ahmad Nasfy Yasin dalam penghakimannya bagaimanapun membatalkan hukuman penjara dua tahun dan mengekalkan denda RM5,000 terhadap 10 individu berkenaan.
Mereka ialah Bad Latif Mansor, 48; Suhana Abdullah, 50; Mohd Faiz Mohd Arshad, 27; Zulhaizam Zulkifli, 30; Isha Riduan Ishak, 60; Adi Hilmee Mohd Nasir, 45; Mohamad Nazeer Hameed, 48; Khairul Azmi Hassan Basri, 49; Mohd Hasri Ismail, 40; dan Mohamed Ismail S.M. Abdul Kadir, 48.
"Mahkamah berpendapat keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar adalah keterlaluan dan tidak wajar," katanya.
Ahmad Nasfy membuat keputusan itu selepas mendengar rayuan pihak pembelaan bagi mengetepikan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 terhadap 13 individu berkenaan yang diputuskan Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada 13 Sept tahun lepas.
Kesemua 13 individu berkenaan didakwa mengikut Seksyen 145 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Pada prosiding tersebut tiga lagi individu yang terlibat dalam perhimpunan haram pada pukul 3.30 petang, 6 Feb 2009 semasa istiadat pelantikan dan angkat sumpah jawatan menteri besar Perak itu, dilepaskan dan dibebaskan.
Mereka ialah Idris Mohd Thaib, 49; Yusoff Jaafar, 49; dan Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 39.
Beliau berkata ketiga-tiga individu itu dibebas dan dilepaskan setelah mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie manakala pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah.
"Bagi yang tinggal (10 individu), saya mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, maka mereka didapati bersalah dan pihak peguam diminta membuat rayuan atas hukuman," katanya.
Terdahulu, peguam Aminuddin Zulkipli yang mengetuai pasukan empat peguam yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengurangkan denda dan mengetepikan hukuman penjara terhadap 10 tertuduh yang disabitkan kesalahan menyertai perhimpunan haram itu.
Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud memohon mahkamah mengekalkan hukuman yang dibuat oleh Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar.
Sementara itu, anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang juga Menteri Besar Perak semasa pakatan pembangkang menerajui pentadbiran negeri selama 11 bulan selepas pilihan raya umum ke-12 turut hadir di mahkamah bagi mengikuti kes itu.-mstar
TOP
Kevin Zahri Perkenal E-Book Panduan Senaman Sempena Ramadan
PETALING JAYA: Pakar Kesihatan dan Kecergasan, Kevin Zahri memperkenalkan buku elektronik (e-book) mengenai panduan senaman di rumah khusus untuk bulan puasa.
E-book bertajuk ‘Ramadhan: 30 Rutin Senaman Circuit Rumah’ itu boleh didapati secara dalam talian untuk ahli berdaftar di laman web kevinzahri.com.
“Panduan elektronik dalam edisi bahasa Melayu itu bertujuan mendidik orang ramai cara senaman di rumah selepas waktu berbuka puasa.
“Sebagai contoh, katakan anda seorang ahli di gim dan kebiasaannya pergi ke gim selepas waktu kerja sebelum makan malam.
“Tetapi bila bulan puasa, ramai yang kena kerja sehingga waktu berbuka dan hanya dapat bersenam selepas itu. Jadi, ini adalah panduan senaman untuk anda,” katanya kepada mStar Online dalam satu temuramah di sini, baru-baru ini.
Kevin berkata, beliau sebelum ini pernah memperkenalkan e-book mengenai ‘Panduan Diet dan Senaman Bulan Ramadan’. Beliau bagaimanapun berkata, e-book berkenaan lebih tertumpu kepada teori dan kefahaman mengenai penurunan berat badan pada bulan puasa. "E-book bulan puasa yang pertama lebih menerangkan panduan untuk berbuka puasa dan bersahur serta perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan sepanjang Ramadan. “Manakala e-book kali ini merupakan edisi tambahan kepada panduan untuk Ramadan tetapi lebih menumpukan kepada senaman,” katanya. E-book bertajuk ‘Ramadhan: 30 Rutin Senaman Circuit Rumah’ merupakan buku elektronik ke-12 Kevin selepas 20 Contoh Pelan Diet Malaysia, 45 Tip Kawal Nafsu Makan, Panduan Kurangkan 5 kilogram (kg) Dalam 5 Minggu, 45 Craving Saving Tips. Antara lain adalah 25 Tip Elak Gemuk Di Hari Raya, dan Gemuk Air?, Panduan Kurang 4kg Air Seminggu, Panduan Tambah Berat Badan dalam 10 Minggu. Menurut Kevin, e-book yang paling popular adalah Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu. Setakat ini, seramai 45,000 ahli seumur hidup melanggan e-book, termasuk video di kevinzahri.com. Kevin menjelaskan, keahlian seumur hidup itu dengan hanya bayaran sekali iaitu RM60 untuk melanggan e-book sahaja dan pakej e-book dan video RM80. “Sepanjang keahlian seumur hidup, kita akan mengeluarkan lebih banyak e-book yang memberi panduan tentang pemakanan sihat dan senaman,” katanya. -mstar

Ibu Negara Nigeria Dibom, 21 Maut
KETIKA skuad Nigeria berhempulas-pulas bagi melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik saingan Piala Dunia di Brazil, ibu negaranya, Abuja dikejutkan dengan kejadian pengeboman yang mengorbankan 21 orang awam.
Dalam insiden di pusat beli-belah terkenal, Plaza Banex ketika waktu kemuncak itu, seramai 52 orang parah akibat letupan berkenaan. Polis telah berjaya menahan suspek yang dipercayai telibat. Bagaimanapun tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab melakukannya.
Firefighters try to put out a fire after a bomb exploded in a crowded shopping centre in Nigeria's capital Abuja on 25 June 2014. Kumpulan militan Boko Haram sebelum ini menjadikan Plaza Banex sebagai sasaran dalam siri pengebomannya. Doktor dan jururawat yang bertugas menceritakan mereka telah menerima ramai mangsa yang mengalami kecederaan serius seperti terbakar di muka selain luka di seluruh badan. "Terdapat seorang kanak-kanak lelaki yang berdarah di dahi menangis teresak-esak mencari ibunya. "Kami tidak menemui ibunya dan tidak dapat dipastikan sama ada wanita itu hidup atau mati," jelas jururawat terbabit.

Tamar: Makanan Sunnah, Khasiat Sepanjang Masa
PETALING JAYA: Setiap kali menjelang Ramadan, buah kurma atau tamar menjadi hidangan tradisi bukan sahaja ketika berbuka puasa, malahan bersahur.
Khasiat kurma juga tidak dapat disangkal kerana ia turut dijadikan penawar untuk pelbagai jenis penyakit, malah memberi tenaga selepas seharian menahan lapar dan dahaga.
Pengasas program Iman Muda dan Ustazah Pilihan, Tuan Asmawi Tuan Umar berkata, selain menjadi kebiasaan, umat Islam disunatkan berbuka dengan kurma kerana ia merupakan makanan sunnah.
“Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah kerana mempunyai khasiat semulajadi yang tinggi. Amalan berbuka puasa dengan mengambil tiga biji kurma dengan diikuti segelas air sudah memadai," katanya kepada mStar Online.
Jelas Tuan Asmawi, buah kurma amat sesuai dijadikan hidangan berbuka puasa kerana kandungan tenaganya yang tinggi dapat mengembalikan paras gula rendah dalam darah kepada paras normal.
Malah, katanya, kehebatan kurma juga diiktiraf oleh dunia perubatan kerana ia mengandung pelbagai vitamin penting yang diperlukan tubuh badan.
“Kurma adalah penghalang kepada pelbagai penyakit seperti sembelit, kencing manis dan gangguan makhluk halus. Jika kita lihat di negara Arab, mereka susah diserang peyakit kerana sering mengamalkan makan kurma,” katanya.
Malah, Tuan Asmawi berkata, bagi sesetengah penduduk di negara itu, kurma sudah dijadikan sebagai makanan premier selain roti.
“Jadi kita tidak seharusnya makan kurma apabila tiba Ramadan sahaja. Kita harus mengamalkan pengambilannya setiap hari,” katanya.
Katanya lagi, hari ini pelbagai jenis buah kurma sama ada yang kering, basah mahupun segar boleh didapati dengan mudah di pasaran tempatan.
Namun, katanya, kurma yang terbaik dan paling mahal adalah kurma Ajwa atau lebih dikenali sebagai kurma Nabi.
"Kurma Ajwa iaitu kurma pertama ditanam sendiri Nabi Muhammad S.A.W dikurniakan kelebihan oleh Allah S.W.T iaitu mampu menghalang serangan penyakit fizikal dan makhluk halus," katanya.
Tuan Asmawi berkata, selain kurma Ajwa, sebenarnya terdapat 1,400 jenis kurma di seluruh dunia.
"Di Arab Saudi sahaja ada sekitar 400 jenis kurma. Itu belum termasuk kurma yang terdapat di Mesir, Iraq, Iran, Tunisia, Pakistan dan California," katanya.
Namun, antara yang popular dan digemari adalah kurma Sekki, Barhi, Kholas, Khidri, Mactoumi, Sokari, Siraj, Majol, Monief, Noor, Amir Hajj, Halawy, Khastawi, Khadrawy dan Zahdi.-mstar
TOP
Kerajaan Tidak Tolak Cadangan Bina Lapangan Terbang Di Kulim
ARAU: Kerajaan tidak menolak mentah-mentah sebarang cadangan, termasuk pembinaan lapangan terbang baharu di Kulim, yang dicadangkan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata lapangan terbang menjadi pemangkin pembangunan dan kemajuan sesuatu kawasan dan sebab itu cadangan Mukhriz diberi perhatian serius.
Beliau berkata lebih banyak kargo kini dihantar atau dieksport menggunakan kapal terbang berbanding kapal laut, dan lapangan terbang juga melengkapkan ekosistem untuk menarik pelaburan asing.
"Kerajaan tidak kata ya atau tidak kepada idea ini, namun kita perlu mengkajinya secara mendalam dan teliti," kata Mustapa kepada pemberita selepas menemui penuntut Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di kampus induk UniMAP di Pauh Putra di sini pada Khamis.
Turut hadir Naib Canselor UniMAP Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin dan pegawai kanan universiti.
Mustapa berkata Mukhriz menerangkan kepadanya mengenai visi dan rasional pembinaan lapangan terbang ketiga di Kedah itu pada taklimat ringkas semasa mereka bertemu di Alor Setar pagi ini.
"Antara perkara yang dipertimbang ialah sejauh mana lapangan terbang di Kulim ini memberi tempias kepada pembangunan di Selatan Kedah dan Perak selain kesan terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang.
"Apabila lapangan terbang Subang tidak dapat tampung keperluan, kita bina KLIA dan klia2. Sekarang Subang dah pulih (sibuk) kembali selepas agak merosot dengan adanya KLIA. Inilah contohnya," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata kementerian berkenaan bersama Kementerian Kewangan membuat kajian semula untuk memperkenal insentif dalam bentuk berlainan daripada yang ditawarkan oleh lima Koridor Ekonomi Wilayah kepada pelabur.
Kajian ini penting kerana insentif yang diberi oleh kerajaan kepada pelabur yang mendirikan kilang di pinggir atau luar bandar ditarik balik apabila Koridor Ekonomi Wilayah dibentuk supaya insentif itu tidak bertindih, katanya.
Menurut Mustapa langkah itu diambil bagi mengimbangi pembangunan di bandar dan luar bandar, selain merupakan kaedah untuk memberi insentif lebih lumayan untuk membawa pelaburan baharu ke Koridor-koridor ekonomi tersebut bagi mengurangkan penghijrahan.
Mengenai pelantikan Datuk Lee Chee Leong sebagai timbalannya, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam, Mustapa berkata beliau sangat memerlukan timbalan untuk membantunya menarik lebih banyak pelaburan asing yang akan mewujudkan peluang pekerjaan.
"Saya ucap tahniah kepada Naib Presiden MCA itu...banyak kerja menanti. Walaupun mewakili MCA, dia sebenarnya berkhidmat untuk seluruh rakyat Malaysia," kata Mustapa.-mstar
TOP
Kerajaan Belum Cadang Letak Anggota Polis Diami Taman Perumahan - Wan Junaidi
KUALA LUMPUR: Kerajaan belum bercadang meletakkan anggota polis untuk mendiami setiap taman perumahan di seluruh negara setakat ini, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata ini kerana langkah berkenaan memerlukan kajian terperinci termasuk beban kewangan yang bakal ditanggung kerajaan untuk menyediakan prasarana dan anggota yang diperlukan.
"Faktor lain juga perlu diambil perhatian seperti keselamatan kepada anggota bertugas, bentuk dan jadual penugasan harian anggota serta pertambahan keanggotaan yang diperlukan bagi menempatkan anggota di taman perumahan," katanya pada persidangan Dewan Negara di sini, Khamis.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang ingin tahu adakah kerajaan bercadang meletakkan anggota polis untuk mendiami setiap taman perumahan seluruh negara memandangkan banyak kes kecurian dan rompakan berlaku.
Wan Junaidi bagaimanapun berkata kerajaan mengambil inisiatif mengawal kejadian jenayah di kawasan perumahan dan perindustrian dengan mewujudkan Balai Polis Komuniti di beberapa negeri.
Beliau berkata sejak 2008 sehingga kini, sebanyak 82 Balai Polis Komuniti dibina iaitu empat di Johor, Kuala Lumpur (21), Selangor (41), Pulau Pinang (15) dan Perak (sebuah).
Menjawab soalan tambahan Mohd Ali mengenai tambahan masa rondaan daripada 16 jam sehari kepada 24 jam sehari, beliau berkata kerajaan akan mempertimbangkan perkara itu namun ia tertakluk kepada jumlah keanggotaan polis sedia ada.-mstar
TOP
JAWS III: Suarez Digantung 9 Perlawanan, 4 Bulan Dari Semua Aktiviti Bola Sepak
PERSATUAN Bola Sepak Dunia (Fifa) mengumumkan Luis Suarez dijatuhkan hukuman gantung sembilan perlawanan selepas didapati bersalah menggigit bahu pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini.
Selain itu, Suarez juga tidak dibenarkan melibatkan diri dalam sebarang aktiviti bola sepak selama empat bulan.
Ini bermakna, Suarez tidak dapat beraksi bersama Uruguay dalam aksi pusingan kedua Piala Dunia bertemu Colombia serta lapan baki perlawanan lagi.
Lebih malang, Suarez bakal terlepas sembilan perlawanan bersama kelabnya, Liverpool termasuk kunjungan ke Manchester City pada 23 Ogos.
Suarez dijangka akan kembali ke padang pada 1 November bertemu Newcastle United.
Hukuman ini berkuat kuasa serta merta.
Di samping itu Fifa juga turut melarang Suárez memasuki mana-mana stadium sepanjang tempoh pengantungannya itu.
Pemain itu juga dilarang memasuki stadium dengan tujuan untuk menyaksikan perlawanan yang melibatkan pasukan kebangsaan Uruguay pada semua peringkat.
Fifa menjelaskan yang keputusan muktamad untuk mengantung pemain itu telah dimaklumkan kepada Persatuan Bolasepak Uruguay pada lewat Khamis.
"Kelakuan di atas padang yang dipamerkan oleh pemain itu tidak boleh diterima apatah lagi di pentas Piala Dunia yang sedang berlangsung sekarang yang mana berjuta mata menyaksikan perlawanan yang disertainya.
"Jawatankuasa Disiplin Fifa telah mengambil kita semua faktor yang melibatkan kes Suarez ini dan bentuk kesalahan yang telah dilakukannya dan telah membuat keputusan yang tindakannya itu adalah satu kesalahan berat di bawah peraturan-peraturan yang terdapat di dalam perlembagaan Fifa.
"Maka itu keputusan untuk mengantung penglibatan Suarez dalam semua aktiviti bola sepak selama empat bulan akan berkuatkuasa serta merta," tegas Claudio Sulser, pengerusi jawatankuasa berkenaan.
Selain itu juga, Suarez turut didenda pound sterling 66,000 (RM361,339) malah dilarang bersama-sama kelabnya menjalani latihan sepanjang tempoh penggantungan.-mstar
TOP
Pemimpin PAS Antara Pejuang Jihad di Syria
Lotfi Ariffin (kiri) bersama dengan Akil Ukays (kanan) di Syria. Foto Ihsan bicaraworld.blogspot.com.
PETALING JAYA: Ahli Dewan Ulama dan Ketua Penerangan PAS Kedah, Lotfi Ariffin telah dikenalpasti sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang pergi ke Syria dan menyertai gerakan jihad di sana. Siasatan The Star mendapati, Lotfi secara terbuka memuat naik gambar dan video klip tentang dirinya di media sosial dan penglibatan beliau itu turut didedahkan oleh penyokongnya. Esok The Star akan memaparkan artikel eksklusif mengenai seorang lagi rakyat Malaysia yang dipercayai telah direkrut oleh gerakan Jabhat al-Nusra atau Al Nusra Front, sebuah kumpulan jihad yang beroperasi di Syria dan Lubnan.
Bekas pemain drum kumpulan Ukays, Akil Zainal Ukay. - Foto Malaysianreview.com Seorang lagi rakyat Malaysia yang didakwa terlibat dengan kumpulan jihad ialah pemain drum kumpulan pop yang popular pada era 90-an, Akil Zainal Ukays. Beliau dikatakan berjaya mempengaruhi Lotfi untuk menyertai kumpulan berkenaan dan telah pergi ke Syria, di mana kedua-duanya dilihat memegang senjata dan memakai pakaian seragam sebagai pejuang jihad.-mstar

Pemilihan PKR: Khalid Gagal Pertahan Jawatan
Abdul Khalid Ibrahim
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor selepas tewas pada pemilihan semula Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lalu. Calon Timbalan Presiden itu ditewaskan lawannya, S. Manikavasagam. Abdul Khalid hanya meraih 515 undi, manakala Manikavasagam yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor mendapat 701 undi. Bagaimanapun, difahamkan Abdul Khalid berjaya meraih undi tertinggi bagi jawatan Timbalan Presiden PKR menewaskan penyandang, Mohamed Azmin Ali di peringkat cabang berkenaan. Sebelum ini Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR menggantung keahlian Manikavasagam kerana mendakwa Abdul Khalid terlibat dalam politik wang namum menarik balik keputusan berkenaan. Namun menurut sumber pejabat Menteri Besar, Abdul Khalid akan membuat bantahan terhadap keputusan yang belum diumumkan secara rasmi itu. Sumber itu mendakwa wujud penipuan ketika proses pengiraan undi yang berakhir pada Rabu malam. "Ada sebanyak 390 undi rosak bagi jawatan timbalan presiden, tapi Tan Sri (Khalid) tetap menang. "Namun masalah timbul apabila dewan pusat pengiraan undi di Ibu Pejabat PKR blackout secara tiba-tiba selama dua jam ketika proses pengiraan undi bagi jawatan ketua cabang nak bermula," kata sumber yang enggan dikenali. Tambah sumber itu, pihaknya terkejut apabila Abdul Khalid tewas hanya dengan 186 undi bagi jawatan ketua cabang walaupun menang bagi pemilihan timbalan presiden. "Ia amat mencurigakan, malah kita dapati jumlah undi rosak bagi jawatan timbalan presiden yang sudah dikira awal juga berkurangan. "Kita percaya wujud tindakan pihak tidak bertanggungjawab menukar kertas undi rosak kepada undi yang berpihak kepada Manikavasagam," katanya.-mstar

Akibat Huru-Hara, Pemilihan Cabang PKR Ditangguh Lagi
PETALING JAYA: Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlarutan sejak April lalu masih belum berakhir apabila pemilihan semula dua cabang di Selangor ditangguhkan lagi sehingga Ogos depan.
Ahli Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Abd Malek Hussin berkata, penangguhan itu melibatkan Cabang Puchong dan Kelana Jaya.
"Pemilihan semula bagi Cabang Puchong dan Kelana Jaya ditangguhkan ke 10 Ogos depan," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Tambahnya, pemilihan di dua cabang itu sepatutnya berlangsung pada Sabtu ini sebelum penangguhan dibuat.
Sebelum ini JPP membatalkan pemilihan di kedua-dua cabang berkenaan yang berlangsung pada 11 Mei lalu kerana wujud bantahan berikutan pelbagai masalah.-mstar
TOP
El-Nino: Tasik Putrajaya Mungkin Jadi Sumber Air Baharu
SEPANG: Tasik Putrajaya akan menjadi antara lokasi yang berkemungkinan dipilih sebagai sumber air bagi para pengguna sekitar Lembah Klang sekiranya paras empangan air di sekitarnya berada di tahap kritikal ekoran fenomena El-Nino yang dijangka berlaku hujung bulan ini.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, selain itu, tasik lain seperti di Mines, Seri Kembangan dan beberapa lokasi turut terpilih sekiranya Kementerian Kesihatan mengesahkan tasik-tasik berkenaan selamat untuk digunakan.
Beliau menjelaskan, alternatif itu merupakan antara beberapa cadangan yang akan dikemukakan dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa El-Nino dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 30 Jun ini.'
"Selain itu, kita berhasrat untuk menggunakan sumber air bawah tanah bagi menampung keperluan air sama ada domestik atau industri yang terjejas akibat musim kemarau.
Jawatankuasa El-Nino itu perlu terlebih dahulu mendapatkan data paras empangan di seluruh negara sebelum membuat sebarang keputusan," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan majlis pembukaan rasmi Hotel Tune klia2 di sini pada Rabu.
Ketika ditanya sama ada kemungkinan catuan air berulang kembali, Mahdzir berkata, pihaknya perlu mendapat penjelasan Jabatan Meteorologi berhubung perubahan monsun barat daya pada minggu kedua Julai ini.
Katanya, fenomena cuaca panas yang berlaku sejak minggu lalu bukan berpunca daripada El-Nino tetapi disebabkan oleh Monsun Barat Daya dari Lautan Hindi.
"Pada minggu kedua bulan hadapan, kita akan lihat sama Monsun Barat Daya telah beralih daripada Lautan Hindi kepada Lautan Pasifik dan jika berlaku, maka fenomena El-Nino telah melanda.
Fenomeno El-Nino mendatangkan cuaca panas berpanjangan bakal memberi impak cukup besar pada negara dengan melibatkan lima sektor iaitu domestik, pertanian, industri, janakuasa eletrik dan kesihatan," katanya.-mstar
TOP
Jurugambar Saman Justin Bieber
Justin Bieber
PENYANYI Justin Bieber, 20, telah dinamakan dalam tuntutan mahkamah yang baru oleh jurugambar Walter Lee, yang mendakwa dia mengalami kecederaan teruk selepas dilanggar oleh penyanyi itu di Los Angeles pada Jun tahun lalu. Menurut dokumen mahkamah yang diperolehi oleh laman web gosip TMZ.com, plaintif memohon ganti rugi untuk menampung bil-bil perubatan selain mendakwa dia tidak boleh pulih sepenuhnya daripada kecederaan termasuk luka, melecet serta beberapa komplikasi lain pada kaki kirinya. Pegawai polis menyiasat kejadian itu pada Julai 2013 selepas seorang jurugambar mendakwa dia dilanggar kereta Ferarri milik Justin ketika dia mengambil gambar Justin di West Hollywood. Bintang dari Kanada itu kemudiannya didakwa tetapi dibebaskan tanpa caj. Bagaimanapun sumber penguatkuasaan undang-undang sebelum ini berkata pihak pendakwaan mempunyai bukti yang cukup untuk mensabitkan tertuduh dengan sengaja meninggalkan tempat kejadian selepas seseorang telah cedera. Berita mengenai kesalahan jenayah itu timbul selepas Justin baharu sahaja memulihkan hubungan cintanya dengan Selena Gomez pada Selasa lalu.-mstar

Foto Mesra Choiza Dan Sulli Tersebar
Choiza dan Sulli dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta.
GARA-GARA penyebaran foto mesra Sulli (F(x)) dan Choiza (Dynamic Duo), para peminat mula membuat spekulasi bahawa mereka kini sedang bercinta. Foto tersebut menunjukan sebuah dompet yang telah dibuka terdapat pelekat foto mesra Sulli dan Choiza. Menurut laporan Allkpop, bagaimanapun agensi SM Entertainment menafikan bintang itu menjalinkan hubungan sebaliknya Choiza hanya dianggap sebagai seorang penyanyi senior bagi Sulli. "Mereka tidak pernah bercinta tetapi mereka akrab dan sering bertemu," kata jurucakap daripada agensi tersebut.
Foro mesra Choiza dan Sulli yang tersebar di internet.
Baru-baru ini, fdompet Choiza yang mempunyai pelekat foto bersama Sulli tersebar di internet. Hal tersebut membuatkan Choiza berang kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah membuka dompet tersebut, mengambil gambar dan kemudian menyebarkannya di internet. "Kami sedang membuat persiapan mengambil tindakan terhadap orang yang tidak bertanggungjawab itu," beritahu jurucakap tersebut lagi.-mstar

Pengurus Minta Zizan Razak Tunjuk Bukti Seleweng Wang Syarikat
SUBANG JAYA: Pengurus Zizan Razak iaitu Marina Juki meminta pelawak itu mengemukakan bukti menunjukkan dia menyeleweng wang syarikat mereka, Wire Fame Entertainment Sdn Bhd seperti yang didakwa.
Marina berkata, berdasarkan maklumat daripada juruaudit Wire Fame, Azlan Karim setakat ini tiada sebarang penyelewengan berlaku dalam syarikat itu.
"Saya telah dimaklumkan bahawa tiada sebarang penyelewengan telah berlaku dalam syarikat sama ada daripada pihak saya mahupun Zizan.
"Saya tak faham kenapa dia menuduh saya berbuat demikian sampai membekukan akaun syarikat tanpa persetujuan saya.
"Diharap dia dapat bersemuka dengan saya dan tunjukkan bukti bahawa saya menyeleweng wang syarikat itu," katanya.
Marina ditemui pada sidang media khas di hotel Holliday Villa di sini pada petang Khamis.
Selain Azlan, turut hadir pada sidang media itu peguam Wire Fame, Sashalyna Abdul Latif serta peguam Marina, Harjit Singh Sandhu dan Wan Norliyana.
Marina Juki menunjukkan laporan polis yang dibuatnya terhadap Zizan Razak selepas akaun bank sayrikat Wire Fame disekat.
Terdahulu, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak dikatakan sudah tidak berhubungan dengan pengurusnya gara-gara masalah peribadi, membuatkan syarikat Wire Fame yang ditubuhkan bersama akan dibubarkan. Masalah itu berlarutan sehingga Marina yang memegang saham sebanyak 30 peratus dituduh menyeleweng wang syarikat tersebut dan Zizan yang memegang saham terbesar sebanyak 70 peratus telah menyekat akaun bank syarikat. Sementara itu, Marina berkata, sekatan akaun bank syarikat mereka membuatkan dia sukar menjelaskan pembayaran kepada artis-artis naungan seperti Johan As'ari dan Kaka Azraf. "Dua akaun syarikat telah pun dibekukan sejak 4 Jun lalu dan ianya adalah atas arahan Zizan sendiri tanpa sebarang persetujuan daripada saya. "Perkara ini membuatkan Johan As'ari dan Kaka yang bernaung di bawah syarikat ini terpaksa membuat laporan polis di Balai Polis USJ8 Subang Jaya berhubung bayaran mereka yang tersangkut. "Kami berharap agar kenyataan ini dapat menjawab segala isu yang timbul dan kami juga berharap agar Zizan akan meluangkan sedikit masa bersama kami untuk menyelesaikan kemelut ini secara baik dan profesional," ujarnya. Zizan kini berada di negara Jepun bagi menjalani penggambaran program travelogue Jejak Jepun terbitan Astro.-mstar

72 Terjemahan al-Quran Di Masjidil Haram
Pengguna telefon bimbit kini boleh memuat turun al-Quran di Masjidil Haram.
MAKKAH: Kerajaan Arab Saudi membangunkan sistem teknologi yang membolehkan pengguna telefon pintar memuat turun perisian al-Quran di Masjidil Haram. Wakil Presiden Hal Ehwal Masjidil Haram, Ali Hamid Al Nafji memaklumkan al-Quran dengan terjemahan 72 bahasa asing tersebut kini boleh dimuat turun dengan mudah oleh jemaah. Beliau berkata, mereka juga telah menambah 4,000 rak untuk menempatkan 950,000 al-Quran di dalam Masjidil Haram. Sementara itu, pihak berkuasa dilaporkan sedang membuat persiapan akhir untuk menangani kemasukan ratusan ribuan jemaah umrah menjelang Ramadan. "Sebanyak 2,000 kamera pengawasan ditempatkan di beberapa lokasi strategik di dalam Masjidil Haram dan kawasan sekitar Makkah," kata jurucakap polis. Menerusi Arab News, polis trafik juga mengeluarkan arahan melarang kenderaan masuk kawasan sekitar Masjidil Haram bagi mengelakkan kesesakan. -mstar

Bersedekah Sempena Ramadan: Peniaga Tambah Bekalan
Imran Khan sedang melipat koleksi sejadah yang dijual di kedainya di Jalan Munshi Abdullah untuk persiapan Ramadan.
PETALING JAYA: Amalan bersedekah di surau, masjid dan rumah kebajikan bagaikan sesuatu yang menjadi kebiasaan sepanjang Ramadan sama ada dalam kalangan individu atau korporat. Segalanya bagi mengejar keberkatan bulan mulia ini dengan syarat ia dilakukan secara ikhlas. Bagi yang berhasrat membeli pelbagai barangan untuk disedekahkan, lokasi yang wajar dikunjungi pastinya Jalan Munshi Abdullah, sekitar Masjid Jamek di ibu negara. Pelbagai barangan seperti al-Quran, sejadah dan kopiah dijual di sini pada harga berpatutan. Peniaga di situ, Imran khan berkata, amalan bertadarus meningkatkan jumlah permintaan al-Quran setiap kali menjelang Ramadan sehingga Syawal. Sehubungan itu, pemuda berusia 28 tahun itu akan memastikan bekalan yang mencukupi disediakan untuk tidak menghampakan pembeli terutama yang mahu menunaikan hajat bersedekah. "Selain al-Quran, kami mempunyai pelanggan tetap yang membeli sejadah, kopiah dan songkok," katanya kepada mStar Online. Tinjauan mendapati seunit al-Quran boleh didapatkan diantara RM15 sehingga RM250, begitu juga sejadah, manakala kopiah pelbagai warna dan rekaan pula dijual antara RM15 hingga RM55.-mstar

Cahaya, Bunyi, Bulu Roma Penentu Waktu Sahur
PETALING JAYA: Mungkin ramai yang tidak tahu, suatu ketika dahulu cahaya, bunyi dan bulu roma menjadi penentu bermula dan tamatnya waktu sahur.
Berkongsi cerita mengenainya dengan mStar Online, Presiden Persatuan Sejarah Malaysia, Datuk Omar Mohd Hashim berkata, petua itu menjadi amalan ketika zaman kecilnya.
Sesuatu yang sukar dilupakan, katanya, penggunaan alam semulajadi seperti cahaya matahari dan kokokan ayam membantu beliau sekeluarga menentukan masuknya waktu sahur yang afdal sehingga tamatnya waktu itu.
Tidak dapat disangkal, cerita sahur 'orang lama' dan berpengalaman ini begitu menarik sekali, terutama apabila dinding rumah yang diperbuat daripada daun nipah, cahaya dan bulu roma menjadi subjek utama.
"Datuk dan orang tua saya kata, kalau nak tahu sama ada waktu sahur dah habis atau tidak, caranya dengan menyelak dinding atap nipah biar cahaya masuk.
"Kalau masih tak nampak bulu roma, maksudnya masih boleh makan sahur, tetapi kalau bulu roma dapat dilihat bermakna waktu sahur dah habis," katanya mengimbas kembali pengalaman yang disifatkan sebagai sangat berharga.
Berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang, beliau menganggap panduan alam untuk bersahur adalah sesuatu yang unik walaupun ia senasib dengan amalan mengetuk beduk yang tidak kini ditelan zaman.
Walaupun generasi kini tidak berpeluang melalui amalan itu, wajar jika ia diceritakan untuk anak muda kini mengetahui sejarah budaya masyarakat Islam negara ini.
Beliau percaya perubahan daripada budaya mengetuk beduk, penggunaan jam tangan, jam loceng sehinggalah terciptanya telefon pintar dengan alat penggera pelbagai fungsi juga untuk tujuan sama yang memudahkan manusia.-mstar
TOP
Bina Puri Laksana Projek Perumahan Bernilai RM281.5 Juta Di Brunei
KUALA LUMPUR: Bina Puri (B) Sdn Bhd, anak syarikat Bina Puri Holdings Bhd, akan melaksanakan projek perumahan dan infrastruktur di Brunei dalam tempoh 24 bulan, dengan kontrak bernilai RM281.5 juta (B$109.50 juta).
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Bina Puri berkata anak syarikatnya itu memperoleh kontrak pada 5 Jun, dan berdasarkan projek terbaharu itu, projek dalam tangan kumpulan berkenaan yang belum dibangunkan kini bernilai RM2.09 bilion.
"Pihak pengurusan yakin memperoleh lebih banyak kontrak tahun ini," katanya.-mstar
TOP
Pengerang Independent Terminals Sedia Tambah Pelaburan - Najib
KOTA TINGGI: Pengerang Independent Terminals Sdn Bhd (PITSB) dijangka menambah RM16 bilion dalam tempoh 15 tahun akan datang bagi membangunkan lagi kawasan untuk memenuhi permintaan masa depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Semasa mengumumkannya, beliau berkata pelaburan itu akan menyaksikan peluasan terminal bebas daripada kapasiti semasa 1.3 juta meter padu kepada 10 juta meter padu dalam tempoh 10 tahun.
"Juga apa yang amat penting ialah dengan setiap RM1 bilion pelaburan, kesan berganda akan menjadi RM20 bilion," kata beliau semasa berucap sebelum merasmikan Fasa 1A PITSB di Pengerang, di sini pada khamis.
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata limpahan ekonomi daripada projek-projek ini amat besar.
"Dengan limpahan aktiviti ekonomi yang semakin pesat di negara ini, saya berharap ia akan mendorong lebih ramai anak-anak watan negeri Johor khususnya dan rakyat Malaysia amnya untuk menceburi bidang minyak, gas dan petrokimia, kata perdana menteri.
PITSB merupakan perkongsian awam-swasta antara kerajaan negeri Johor, Royal Vopak dari Belanda dan Dialog Group.-mstar
TOP
Man Utd Kempunan Athletic Bilbao Tiba-Tiba Tolak Tawaran £28.7 Juta Untuk Ander Herrera
Sekejap jadi sekejap tak jadi...perpindahan pemain Athletic Bilboa, Ander Herrera ke Manchester United terbantut selepas kelab lamanya enggan menerima tawaran bekas juara Liga Perdana Inggeris pada Khamis.
PADA ketika semua media Britain melaporkan yang Manchester United berjaya memperolehi khidmat pemain tengah Sepanyol, Ander Herrera dari Athletic Bilbao, pada harga £28.7 juta, tiba-tiba kelab Sepanyol itu pada Khamis muncul dengan kenyataan akhbar menyatakan mereka telah menolak tawaran tersebut kerana terlalu rendah. United pada mulanya yakin yang mereka telah berjaya mendapatkan pemain berusia 24 tahun itu kerana harga pembelian yang ditawarkan itu memenuhi kehendak syarat pembelian kontrak yang terkandung di dalam kontrak Herrera apatah lagi pemain tersebut sendiri sudah bersetuju secara prinsip untuk menyertai United. Malah pemain itu dilaporkan telah pun berada di Ibu Pejabat United di Carrington, Manchester untuk melihat butiran terperinci kontrak peribadinya pada Rabu. Bagaimanapun, Bilbao mengumumkan dalam laman web rasmi mereka yang mereka tidak berhasrat untuk menerima tawaran United. "Athletic dengan ini ingin mengumumkan yang kami telah menolak tawaran yang dikemukakan oleh Manchester United FC, ke atas Ander Herrera pada harga Euro 36 juta," demikian menurut kenyataan ringkas yang dimuat naikkan dalam laman web kelab itu pagi Khamis. Pemain itu disifatkan sebagai salah seorang pemain tengah yang kreatif dalam Liga Sepanyol dan berjaya mengemudi kelab tersebut ke tangga keempat pada musim ini. Tindakan yang diambil oleh Athletic Bilbao itu dipercayai ada kaitan dengan pembelian kontrak Herrera yang akan secara automatis meningkat kepada £32 juta jika dia dilepaskan menjelang 1 Julai yang akan tiba beberapa hari sahaja lagi.-mstar

Fowler Minta Suarez Tinggalkan Liverpool
BEKAS penyerang Liverpool, Robbie Fowler percaya Luis Suarez akan meninggalkan kelab itu musim depan selepas pemain itu sekali lagi terlibat dengan insiden menggigit pemain lawan.
Persatuan Bola Sepak Dunia (FIFA) kini sedang meneliti laporan Suarez menggigit pemain Itali Giorgio Chiellini pada Rabu ketika aksi peringkat Kumpulan D Piala Dunia yang menyaksikan Uruguay menang 1-0.
Jika didapati bersalah, ia bakal mencatat hukuman ketiga Suarez bagi kesalahan yang sama berikutan sebelum ini turut menggigit lengan pemain pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic dan satu lagi pada tahun 2010 ketika bersama Ajax.
Fowler yakin Liverpool sudah hilang sabar dengan kelakuan Suarez walaupun sebelum ini pihak pengurusan sudah memberi peluang.
"Kebanyakan penyokong Liverpool amat menyukainya sebagai pemain, namun kelakuan tersebut memberi nama buruk kepada kelab ini.
Robbie Fowler
"Ia satu perkara yang betul selepas apa yang kelab lakukan kepadanya. Saya tidak terkejut jika Suarez tinggalkan Liverpool sekarang. "Dia seorang yang berbeza ketika di padang. Saya bingung kerana dia membawa nama baik Liverpool dengan kelakuannya itu. "Kamu tidak boleh terus mempertahankan dia," jelas Fowler.-mstar

Suarez Atasi Kontroversi Piala Dunia Sepanjang Zaman
NAMPAKNYA penyerang Uruguay, Luis Suarez bukan baru mencipta kontroversi dengan menggigit bahu pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini pada kempen Piala Dunia kali ini, sebaliknya pemain itu telah menimbulkan masalah pada Piala Dunia di Afrika Selatan pada 2010 apabila menahan bola menggunakan tangannya di atas garisan gol ketika pada aksi suku akhir akhir bertemu Ghana 2010. Berikutan itu Suarez dilayangkan kad merah dan Ghana diberi sepakan penalti.
Antara lain-lain kontroversi yang menjadi sejarah Piala Dunia sepanjang zaman:
1. Kapten Perancis, Zinedine Zidane menanduk dada pemain Itali Marco Materazzi ketika aksi final 2006 di Berlin. Dia diarahkan keluar padang selepas pegawai perlawanan keempat melaporkan kejadian itu kepada Horacio Elizondo.
2. Penyerang Perancis, Bruno Bellone sepatutnya mendapat sepakan percuma selepas penjaga gol Brazil Carlos membuat kesalahan.
3.Pengadil Rudolf Kreitlein menghantar kapten Argentina Antonio Rattin keluar padang ketika bertemu England pada saingan suku akhir di Wembley 1966. Rattin mengambil masa lama untuk berbuat demikian.
4.Penjaga gol Jerman Barat Harald Schumacher melakukan kekasaran kepada pemain Perancis Patrick Battiston sehingga tidak sedarkan diri dan terpaksa diberi oksigen. Namun pengadil Charles Corver menghadiahkan sepakan percuma kepada pasukan Jerman.
5.Pemain tengah Belanda, Frank Rijkaard meludah ke arah pemain Jerman, Rudi Voller selepas kedua-dua mereka diarah keluar padang selepas 22 minit beraksi pada aksi kalah mati pada tahun 1990.
6. Bintang Argentina, Diego Maradona menggunakan tangan untuk menjaringkan gol ketika berdepan dengan penjaga gawang England, Peter Shilton pada aksi suku akhir di Mexico,1986. Pegawai perlawanan gagal melihat aksi itu dan mengesahkan jaringan tersebut. Namun selepas itu, Maradona memberitahu kepada wartawan dia dibantu oleh 'Tangan Tuhan'.
7.Penyerang Uruguay, Luis Suarez menahan bola menggunakan tangannya di atas garisan gol ketika pada aksi suku akhir bertemu Ghana 2010. Suarez dilayangkan kad merah dan Ghana diberi sepakan penalti.
8. Empat pemain diarah keluar padang dan 16 kad kuning dilayangkan menjadikan aksi Piala Dunia paling 'panas' ketika perlawanan Portugal menewaskan Belanda pada 2006 di Jerman. Perlawanan ini dikenali sebagai 'Battle of Nuremberg'.
9. Pemain Belanda Nigel de Jong hanya diberi kad kuning oleh pengadil Howard Webb selepas melakukan tendangan ala 'karate kick' ke dada pemain Sepanyol, Xabi Alonso pada final 2010.
10.Pada Piala Dunia 2002, pemain Brazil Rivaldo berpura-pura cedera di kepala walaupun pemain pertahanan Turki Hakan Unsal menyepak bola terkena di betis pemain itu. Hakan diarah keluar padang. Namun kamera TV berjaya menangkap 'lakonan' Rivaldo itu.
11. Dua pemain Itali diarah keluar padang berikutan kekasaran terhadap pemain Chile pada Piala Dunia 1962. Perlawanan tersebut dikenali sebagai 'Battle of Santiago'.

Piala Dunia: Jurulatih Iran Letak Jawatan
JURULATIH Iran, Carlos Queiroz meletak jawatan sebaik sahaja saingan Piala Dunia peringkat Kumpulan F berakhir awal pagi Khamis.
Iran tewas 1-3 kepada Bosnia and Herzegovina sekaligus meletakkan pasukan itu di kedudukan paling bawah kumpulan.
Bekas pembantu Sir Alex Ferguson di Manchester United ini mendedahkan pengurusan bola sepak Iran tidak menawarkan kontrak baharu kepadanya.
"Saya telah menunjukkan komitmen dalam projek ini, tetapi saya tidak menerima sebarang tawaran baharu.
"Bagaimanapun satu penghargaan buat saya ketika bersama pasukan Iran, dan gembira berada i sini.
"Terima kasih kepada semua yang memberi komitmen sepanjang saya mengendalikahn tugas ini," jelasnya.
Queiroz,61, pernah melatih negara Portugal pada tahun 2008-2010.-mstar
TOP
Itali: Mancini Jadi Perhatian Ganti Prandelli
Roberto Mancini
ROBERTO Mancini dalam perhatian untuk mengisi kekosongan posisi jurulatih Itali selepas Cesare Prandelli meletak jawatan. Prandelli,56, meletak jawatan sebaik sahaja pasukan Itali tersingkir di peringkat kumpulan pada aksi Piala Dunia 2014 di Brazil. Persatuan Bola Sepak Itali yakin Mancini merupakan pilihan terbaik bagi jawatan tersebut. Bekas pengendali Manchester City itu dijangka tidak mempunyai masalah untuk mengambil alih tempat Prandelli memandangkan tugasnya bersama Gatalasaray akan berakhir awal musim baharu nanti. Mancini hanya menguruskan pasakan Galatasaray selama sembilan bulan, meninggalkan gaji lumayan £3.2 juta selepas gagal menyerlah, dengan hanya menamatkan saingan di tangga kedua Liga Turki.-mstar

Kelab Real Madrid Terima Bonus Tertinggi RM251.51 juta
Kelab Real Madrid dinobatkan juara Liga Juara-Juara musim 2013/14.
KELAB Real Madrid meraih bonus bernilai £46 juta (RM251.51 juta) selepas merangkul gelaran trofi Liga Juara-Juara musim lalu. La Decima menerima bonus insentif dari Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) apabila menewaskan Atletico Madrid 4-1 pada aksi final di Lisbon sekaligus mencatat kejayaan pertama sejak 2002 dan trofi ke-10 kelab itu keseluruhannya. UEFA menyalurkan tabung insentif sebanyak £726 juta (RM3969.55 juta) diagihkan kepada 32 kelab yang layak ke pusingan peringkat kumpulan. Atletico menerima habuan sebanyak £40.1 juta (RM219.25 juta). Sementara itu Paris Saint-Germain yang mara ke suku akhir meraih £43.7 juta (RM238.94) hasil keuntungan siaran TV Perancis. Bagaimanapun UEFA terpaksa menolak £16 (RM87.48 juta) sebagai denda kerana melanggar peraturan Financial Fair Play (FFP). Manakala Manchester United, Chelsea,Bayern Munich dan Barcelona turut mendapat habuan walaupun gagal mara ke final. United yang tewas kepada Bayern dalam aksi suku akhir meraih £34.85 juta, melebihi pasukan jirannya, Manchester City £28.4 juta. Chelsea tewas kepada Atletico pada aksi separuh akhir mendapat £34.85 juta, manakala Arsenal membawa pulang £21.87 juta. Kelab dari Belgium, Anderlecht mendapat habuan paling rendah iaitu £9.7 juta.-mstar

Makan nasi kandar boleh positif dadah
Gambar Hiasan
Kuala Lumpur: Peminat nasi kandar diminta berhati-hati memakan makanan popular dari Utara Semenanjung itu kerana ujian air kencing ke atas mereka yang memakannya boleh positif dadah. Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor, Alias Jaafar, berkata ujian dilakukan anggotanya sendiri mendapati kandungan bahan rempah yang digunakan seperti kaskas menyebabkan kandungan air kencing menjadi positif seperti mengambil najis dadah. “Pegawai kami sudah uji dengan makan nasi kandar. Lima orang yang buat ujian air kencing semuanya positif selepas makan. Oleh itu kena hati-hati, takut lepas makan, naik kereta ada sekatan jalan raya, tak pasal-pasal kita masuk lokap pula. Sumber - Berita Harian

Budak 12 tahun terjun motosikal lepaskan diri daripada penculik
Muhammad Mujahid Mohd Sharbi
Kuala Lumpur: Keberanian seorang murid tahun enam melompat dari motosikal penculiknya berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu daripada dilarikan seorang lelaki dalam kejadian di Taman Melewar, dekat Gombak, di sini semalam. Dalam kejadian jam enam petang itu, Muhammad Mujahid Mohd Sharbi, 12 tahun, terjun dari motosikal ketika melalui jalan berbukit di persimpangan jalan Kampung Padang Balang-Jalan Kampung Bandar Dalam, kira-kira satu kilometer dari lokasi dia diculik, di Jalan Marmar 1, Taman Melewar. Menurut bapanya, Mohd Sharbi Kamaruzzaman, selepas menyelamatkan diri, anaknya menemui seorang rakannya di Kampung Padang Balang yang kemudian menghantar Mujahid kepadanya yang ketika itu berada di Taman Melewar. Beliau berkata, ketika kejadian, Mujahid sedang berjalan kaki dari rumahnya ke padang bola di taman itu apabila tiba-tiba seorang lelaki, dipercayai keturunan India menariknya menaiki motosikal dan memecut ke arah Kampung Padang Balang. Bagaimanapun, anaknya tidak dapat memastikan jenis dan nombor motosikal berkenaan. Beliau juga telah membuat laporan kejadian di Balai Polis Setapak.Menurut bapanya, Mohd Sharbi Kamaruzzaman, selepas menyelamatkan diri, anaknya menemui seorang rakannya di Kampung Padang Balang yang kemudian menghantar Mujahid kepadanya yang ketika itu berada di Taman Melewar. Sumber - Berita Harian

Helikopter kawalan jauh jatuh di penjara Dublin
Gambar Hiasan
LONDON: Siasatan sedang dijalankan selepas sebuah helikopter kawalan jauh yang disyaki membawa dadah terhempas di padang sebuah penjara terbesar di Dublin, semalam. Pesawat berkenaan terhempas di Penjara Wheatfield, di barat Dublin kira-kira jam 10 malam waktu tempatan. Satu bungkusan disyaki dadah diikat di perisian pesawat namun pesawat didapati terperangkap ketika melalui kawat besi yang dipasang di penjara berkenaan bagi mengelak banduan melarikan diri. Dipercayai 20 bantuan berlari untuk mendapatkan bungkusan di pesawat berkenaan namun berjaya dihalang warden penjara. “Kami dimaklumkan mengenai kejadian di penjara berkenaan pagi semalam," kata pejabat media balai polis Garda. Sumber - Berita Harian

Manchester City ikat Reges dengan harga RM65.94 juta
LISBON: Pemain tengah Brazil, Fernando Francisco Reges akan beraksi untuk kelab Manchester City musim depan selepas kelabnya FC Porto bersetuju dengan tawaran 15 juta euro (RM65.94 juta) oleh juara Liga Perdana Inggeris itu.
Pada Januari, tawaran City untuk mendapatkan khidmat pemain 26 tahun itu ditolak, namun pengurus pasukan, Manuel Pellegrini membuka semula rundingan itu.
Fernando tidak dipanggil Brazil untuk beraksi dalam kempen Piala Dunia 2014.
Awal tahun ini, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa menyuarakan dia tidak layak bermain untuk Portugal walaupun memiliki status kerakyatan negara terbabit kerana sebelum ini pernah beraksi bersama Brazil dalam kelayakan FIFA Bawah 20 tahun.
Sumber - Agensi.
TOP
Piala Dunia: Keshi label Messi pemain dari planet Jupiter
Lionel Messi
PORTO ALEGRE: Kelibat Lionel Messi memukau jurulatih Nigeria, Stephen Keshi, awal pagi tadi selepas bintang Argentina itu menyertai Neymar dari Brazil selaku pendahulu penjaring terbanyak kejohanan kali ini dengan empat gol. Pengendali dari benua Afrika itu yang menghambur pujian ke atas bintang Barcelona itu berkata penyerang berkenaan seperti diterbangkan dari planet Jupiter dengan kehebatan cukup menghiburkan berbanding pemain lain. “Messi adalah pemain cukup menakjubkan. Dia dianugerahkan bakat,” kata Keshi selepas Nigeria tewas kepada Argentina 3-2 dalam aksi terakhir Kumpulan F tapi masih layak ke pusingan kedua selaku naib juara kumpulan. “Ada beberapa pemain lain yang mantap dalam skuad Argentina tetapi Messi adalah dari Jupiter.” Sementara itu, jurulatih Argentina, Alejandro Sabella menyatakan keputusannya mengeluarkan Messi ketika menentang Nigeria tadi adalah bertujuan untuk merehatkan penyerang itu. Tindakan itu sebagai langkah berwaspada pengendali berkenaan untuk memastikan pemain yang menyambut hari jadinya ke-27 Selasa lalu dapat meneruskan rentak cemerlang menjelang perlawanan pusingan kedua menentang Switzerland, Ahad ini. Messi berjaya meledakkan dua gol membantu pasukan mengatasi wakil Afrika itu untuk menjuarai Kumpulan F. Tetapi Sabella yang bertindak menggantikan penyerang itu dengan Ricardo Alvarez pada minit ke-63 berkata: “Kami memerlukan Messi untuk berehat.” Bagaimanapun, Messi seakan-akan kurang senang dengan keputusan jurulatih dan sekadar menyuarakan dia ‘ok’ apabila ditanya pemberita sama ada dia sudah letih ketika itu. “Sekarang kita ada lima atau enam hari tempoh rehat dan saya sihat,” kata bintang yang dianggap bakal menyinar seperti dicipta legenda negaranya, Diego Maradona pada 1986 di Mexico. Sementara itu, Sabella mengakui dia perlu mengukuhkan bahagian pertahanan pasukannya pada perlawanan seterusnya bertemu Switzerland. “Kita adalah sebuah pasukan serangan. Sebagai pasukan serangan, kita ada kalanya berdepan masalah. Tetapi pertahanan kini sudah menjalankan tugasnya dengan baik dan kami akan cuba untuk menjadikannya lebih kukuh.” Sumber - Agensi

Piala Dunia: Pemimpin bola sepak Uruguay pertahan tiada bukti cukup hukum Suarez
Suarez
MONTEVIDEO: Presiden Persatuan Bola Sepak Uruguay, Wilmar Valdez, semalam berkata tiada bukti yang mencukupi untuk mengenakan hukuman ke atas penyerang bintang, Luiz Suarez gara-gara menggigit pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini. “Kami percaya bahawa tiada bukti yang cukup untuk sesungguhnya menghukum Luis,” kata Valdez kepada Channel 10 television. "Ia harus jelas dan dalam video yang diberi kepada kami oleh FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) kami rasa ia tidak jelas,” kata Valdez selepas mengemukakan kes Suarez untuk didengar FIFA di Rio de Janeiro. “Kami yakin hujah kami akan mendapat suatu keputusan nanti,” dia menambah. Suarez didakwa menggigit Chiellini ketika kemenangan 1-0 Uruguay ke atas Itali dalam perlawanan Kumpulan D, kelmarin. Kemenangan itu membantu Uruguay layak ke pusingan kedua. Terdahulu, media Uruguay dipetik berkata FIFA mungkin akan membuat satu keputusan disiplin ke atas Suarez hari ini. Pasukan Uruguay kini berada di Natal sebagai persiapan untuk bertemu Colombia dalam pusingan kedua, awal pagi Ahad ini. Sementara itu, kapten Uruguay, Diego Lugano menyangkal insiden berkenaan sambil mendakwa media British ada agenda tersendiri. “Insiden apa? Insiden yang mana satu? Saya tak tahu insiden apa anda bercakap,” kata pemain pertahanan itu apabila ditanya seorang wartawan British mengenai drama menggigit oleh Suarez tempoh hari. “Anda cakap pasal EPL (Liga Perdana Inggeris) atau pasukan kebangsaan. Anda ada masalah mahu diselesaikan?” Wartawan itu cuba menjelaskan dalam bahasa Inggeris tetapi dia memberitahu sidang akhbar itu adalah dalam bahasa Sepanyol. “Saya tak faham Inggeris,” kata Lugano yang bermain untuk kelab West Bromwich Albion, musim lalu. Sumber - Berita Harian

Rampas sijil ‘panglima’
Salah seorang yang ditahan yang disyaki pengganas
Kuala Lumpur: Sijil pelantikan ‘panglima’ kesultanan Sulu antara dokumen dirampas daripada enam termasuk seorang anggota polis berpangkat koperal yang ditahan kerana disyaki pengganas dalam satu operasi khas sekitar daerah Kunak di Sabah, semalam. Turut dirampas ialah kad keanggotaan kumpulan pengganas yang mereka sertai, beberapa dokumen berkaitan kesultanan Sulu serta beberapa senjata tajam. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan semalam, berkata, anggota polis ditahan itu dikenali sebagai Koperal Zainuddin Mislani. Menurutnya, turut ditahan Abu Bakar Jayari@Alex, 60; anak Abu Bakar, Ilyasa Abu Bakar@Maharaja Omar; Kassim Ibrahim (disyaki pendatang tanpa izin) bersama isterinya, Sitti Nukah Abdul Lama, 56, dan Industan@Md Bustan Lumatang@Hindustan, 55. Tangkapan terbaru oleh Cawangan Khas Bukit Aman dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) ini susulan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada Februari tahun lepas,” katanya. Sumber - myMetro

Penduduk simpan kurma berikutan harga meningkat
Pokok Kurma
Riyadh: Penduduk Arab Saudi mula menyimpan kurma menjelang Ramadan berikutan peningkatan harga sepanjang musim berkenaan. Kedai dan peruncit kurma di Jeddah menyaksikan peningkatan permintaan beberapa hari menjelang bulan puasa, menjadikan Ramadan musim paling sibuk bagi industri itu. Sebahagian pengguna meluahkan kebimbangan mengenai kemungkinan kenaikan harga. “Harga kurma tidak tetap tetapi berbeza kerana beberapa alasan, termasuk kuantiti pengeluaran, perubahan iklim dan pengangkutan tinggi serta harga stok. Kekurangan pekerja dan peningkatan gaji mereka juga memberi impak harga kurma,” kata penjual kurma di Jeddah, Ali Abdullah. Harga bagi paket kurma Al-Barhi seberat tiga kilogram berharga SR35 (RM30), manakala bagi sekotak tiga kilogram kurma Rotana Madinah berharga kira-kira SR30 (RM25). Kurma Madinah, yang dianggap jenis paling baik dan popular di kalangan keluarga Arab Saudi, dijual pada harga SR60 (RM51) sekilo, manakala kurma Sukary Al-Halil dari Madinah berharga SR17 (RM14) sekilo. Penjual kurma di Jeddah, Said Hael Saad, berkata harga kurma berbeza mengikut hari, terutama pada musim puncak, disebabkan pelbagai faktor. “Syarikat menyimpan tuaian lebihan di dalam peti sejuk pada musim kurang permintaan. Harga mahal menyewa peti sejuk menyebabkan harga runcit tinggi,” katanya. Sumber - Berita Harian

China perkenal peta baharu
Peta baharu China menegak yang memperbesarkan lagi
peranannya dalam tuntutan di Laut China Selatan.
Beijing: China memperkenalkan satu peta rasmi terbaharu negara itu yang memperbesarkan lagi peranannya dalam tuntutan di Laut China Selatan, lapor media semalam menjadikan perairan yang dipertikaikan serta beberapa pulau sekitarnya lebih jelas seperti milik negara itu. Peta sebelum ini dikeluarkan kerajaan turut memasukkan tuntutan China di kebanyakan Laut China Selatan tetapi di dalam sebuah kotak kecil biasanya di bahagian sudut bawah untuk membolehkan negara lain menyesuaikan dengan peta itu.
Peta baharu
Peta baharu dengan kotak lebih besar menunjukkan benua China bersama sempadan laut yang diisytiharkan mereka sendiri di Laut China Selatan, jauh ke bawah hingga perairan Malaysia, Vietnam dan Filipina pada satu peta lengkap. “Pulau Laut China Selatan pada peta tradisi China ditunjukkan dalam kotak terputus dan pembaca tidak boleh secara penuh atau secara langsung mengetahui peta penuh China,” kata People’s Daily di laman webnya. “Kedudukan China terhadap isu Laut China Selatan adalah konsisten dan jelas sekali. Pendirian kami adalah tidak berubah,” kata jurucakap kementerian, Hua Chunying kepada akhbar itu. Sumber - REUTERS

‘Kurangkan aktiviti luar ketika jerebu’
Gambar Hiasan
Kuala Lumpur: Semua klinik kesihatan awam diarah bersedia menghadapi peningkatan pesakit susulan pencemaran udara di sekitar Lembah Klang yang semakin buruk akibat jerebu. Indeks pencemaran udara (IPU) semalam menunjukkan lapan kawasan mencatatkan bacaan tidak sihat lebih 100, iaitu Putrajaya (112), Banting (108), Pelabuhan Klang (107), Shah Alam (106), Cheras (106), Nilai (104) serta Petaling Jaya dan Batu Muda, masing-masing 103, manakala 32 lagi kawasan mencatatkan kualiti sederhana kurang 100.
Guna pelindung pernafasan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata semua klinik kesihatan juga sudah diarah memastikan bekalan ubat dan peralatan berkaitan, termasuk penutup hidung dan mulut mencukupi, manakala rakyat pula diminta mengurangkan aktiviti di luar rumah atau memakai pelindung pernafasan jika terpaksa keluar. “Semua langkah itu perlu bagi mengelak penyakit berkaitan jerebu, iaitu jangkitan saluran pernafasan (URTI), asma dan sakit mata,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam. Di Shah Alam, Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Priscilla Alfred, berkata cuaca panas menyebabkan kadar penggunaan air setiap individu di Lembah Klang meningkat antara dua hingga lima peratus sehari daripada purata 213 liter sedia ada.
Penggunaan meningkat
“Setakat ini, ada dua hingga lima peratus peningkatan dalam penggunaan air di Lembah Klang dengan purata 225 hingga 300 liter digunakan seorang individu sehari sejak cuaca panas dan kering melanda negara. “Keadaan itu juga mungkin menyebabkan gangguan air atau masalah tekanan air rendah di sesetengah kawasan,” katanya. Bercakap selepas Program Santai Kelab Briged Penyelamat Sungai Puncak Niaga (BPS) di Taman Botani Negara semalam, beliau berkata, SYABAS sudah menyediakan 66 lori tangki yang setiap satu mampu membawa 600 gelen air untuk disalurkan kepada pengguna di kawasan terjejas, selain menyediakan notis pemberitahuan melalui laman webnya. Sumber - Berita Harian

Keputusan rayuan kes bunuh Altantuya ditangguh
Putrajaya: Mahkamah Persekutuan semalam, menangguhkan keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar yang dituduh membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, kepada satu tarikh yang ditentukan kemudian.
Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, membuat keputusan itu selepas selesai mendengar hujah pihak pendakwaan dan pembelaan selama tiga hari bermula Isnin lalu.
Empat lagi hakim termasuk Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum selain tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.
Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah, manakala Azilah selaku responden pertama diwakili peguam, Kuldeep Kumar dan Sirul selaku responden kedua oleh Kamarul Hisham Kamaruddin.
Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos tahun lalu melepas dan membebaskan Azilah dan Sirul, yang juga anggota Unit Tindakan Khas (UTK) daripada sabitan hukuman mati atas tuduhan membunuh Altantuya pada 2006.
Pada 9 April 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas mereka selepas didapati bersalah melakukan pembunuhan itu di Mukim Bukit Raja, Klang, antara 10 malam 19 Oktober 2006 dan 1 pagi 20 Oktober 2006.
Dalam prosiding semalam, Tun Abdul Majid, dalam hujah penggulungannya, berkata mahkamah harus mengambil kira mengenai log panggilan telefon Azilah yang menunjukkan beliau berada di Puncak Alam berdekatan lokasi kejadian malam pembunuhan dan bukan di Wangsa Maju seperti yang didakwa dalam alibinya.
Sumber - Bernama
TOP
Suspek ditahan ketika tidur
Rashid bersama isteri, Karniyurtini dan Muhammad Naqiuddin membaca laporan
kejadian, ketika ditemui di rumah mereka di Subang Jaya, semalam.
Subang Jaya: Suspek kes larikan dua budak lelaki kelmarin, berkeras tidak tahu menahu mengenai kejadian itu ketika pasukan polis menahan remaja berusia 17 tahun itu di rumahnya, 2.30 pagi semalam. Kedegilan remaja yang masih bersekolah itu menyebabkan suasana pagi rumah ibunya di taman perumahan Puchong Perdana menjadi kecoh tetapi dapatkan ditenangkan apabila ibunya memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis. Sebelum itu, ibu suspek sendiri membuka pintu rumah bagi membolehkan pasukan polis masuk ketika remaja yang masih bersekolah itu nyenyak tidur. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, penahanan remaja itu susulan penemuan kereta PROTON Gen 2 yang dilarikan suspek pada jam 6.30 petang kelmarin, oleh orang awam.
Hantar pasukan forensik
“Kita hanya dimaklumkan penemuan kereta yang dijumpai di Jalan Mawar 1 itu pada jam 8.30 malam, sebelum menghantar sepasukan forensik bagi membuat pemeriksaan dan siasatan di tempat kejadian. “Kereta itu diletakkan di bahu jalan 500 meter dari lokasi kejadian yang dilaporkan,” katanya ketika dihubungi, semalam. Yahaya berkata, hasil padanan cap jari ya ng diperoleh, pihaknya kemudian menyerbu sebuah rumah teres dan menahan suspek yang ketika itu sedang tidur. “Pemeriksaan lanjut di dalam bilik suspek menemui wang tunai sebanyak RM117 dipercayai diperoleh selepas melarikan kenderaan berkenaan,” katanya.
Pengecaman orang awam
Beliau berkata, maklumat tangkapan itu juga turut dibantu hasil pengecaman orang awam yang berada di lokasi kejadian serta kanak-kanak berusia sembilan tahun yang dilarikan itu. “Suspek direman mulai hari ini (semalam) selama empat hari sehingga Sabtu ini,” katanya. Dalam kejadian 7.15 pagi kelmarin, Muhammad Naqiuddin Rashid dan adiknya Muhammad Thaqiff dilarikan suspek yang mencuri kereta ibunya Karniyurtini Ishak, 35. Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa ditinggalkan bersama adik bongsunya di dalam kereta yang tidak dimatikan enjin ketika ibu mereka menghantar dua lagi adiknya di rumah pengasuh. Sumber - Berita Harian

Polis lanjut tempoh reman ibu Firdaus
Seremban: Tempoh tahanan reman ibu Muhammad Firdaus Dullah, remaja orang kelainan upaya (OKU) yang berakhir semalam, disambung tiga hari lagi hingga Sabtu ini.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdullah Roning, berkata tempoh reman itu dilanjutkan bagi membolehkan siasatan terhadap wanita berusia 40 tahun itu dijalankan secara terperinci.
Katanya, hasil siasatan yang dijalankan membolehkan polis mendapat beberapa maklumat berkaitan kes anaknya, tetapi siasatan perlu diteruskan bagi mengumpulkan maklumat penting lain.
“Kita juga akan memanggil bapa tiri Firdaus dalam tempoh terdekat, bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Ibu remaja itu ditahan kira-kira jam 11.30 malam, Sabtu lalu, untuk disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001, iaitu perbuatan berkaitan penganiayaan, pengabaian, kecuaian atau mendedahkan kanak-kanak kepada kemungkinan kecederaan fizikal, mental dan emosi.
Akta itu memperuntukkan hukuman denda hingga RM20,000 atau penjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Remaja itu ditemui ketika operasi Jabatan Imigresen negeri untuk memburu pendatang tanpa izin di rumah pangsa Taman Semarak.
Ketika ditemui, tubuh Firdaus dipenuhi najis dan air kencing kering, manakala bajunya reput. Keadaan bilik yang didiaminya juga dipenuhi najis dan sampah sarap. Dia kini dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) dan keadaannya dilaporkan semakin stabil.
Abdullah berkata, pendakwaan terhadap wanita itu hanya dapat dilakukan selepas mendapat arahan daripada Peguam Negara.
Sumber - Bernama
TOP
Pelajar rabit telinga kiri digigit ‘Suarez’
Gambar Hiasan
Tambun: Umpama meniru aksi Luis Suarez! Seorang pelajar Tingkatan Satu, rabit pada telinga kiri akibat digigit rakan sekelas, yang berang susulan salah faham di antara mereka. Dalam kejadian jam 5 petang Isnin itu, mangsa bukan setakat berdarah di telinga, tetapi turut lebam tubuh badan akibat ditumbuk rakan berkenaan. Pergelutan berlaku selepas mangsa bertanyakan rakannya, sama ada membaling pen ke arahnya, tetapi pertanyaan itu menimbulkan kemarahan rakan terbabit yang kemudian mengajak mangsa bertumbuk. Mangsa dikejar Mangsa yang takut, menjauhkan diri tetapi tindakan itu menyebabkan remaja berkenaan mengejar sebelum menolaknya hingga terjatuh sebelum menumbuknya berulang kali. Selain menumbuk pada badan dan kepala, suspek bertindak lebih ganas apabila menggigit telinga kiri mangsa hingga berdarah. Mangsa tidak berani melawan kerana bimbang dipukul lebih teruk. Bapa buat laporan polis Bapa mangsa yang mengetahui kejadian itu selepas sesi persekolahan, membawa anaknya membuat laporan di Balai Polis Tambun, kelmarin. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan tetapi enggan mengulas lanjut. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria, berkata pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai pergaduhan itu. Beliau menyifatkan pergaduhan sebagai kes disiplin di peringkat sekolah yang perlu ditangani oleh pengurusannya dengan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelajar terbabit mengikut peraturan sedia ada. Sumber - Sinar Harian

‘Separuh sah rakyat Malaysia’
Gambar Hiasan
Bukit Kayu Hitam: “Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sudah mengenal pasti sebahagian daripada 15 anggota militan yang terbunuh dalam pertempuran di Syria adalah rakyat negara ini,” kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. Beliau berkata, pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Syria bagi mendapatkan maklumat berkaitan dalam usaha mengenal pasti identiti mereka sama ada rakyat negara ini atau sebaliknya. “Kita sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Syria. Setakat ini kita mengesahkan identiti sebahagian daripada mereka (militan terbunuh) sebagai rakyat Malaysia dan kita sedang dalam proses mengenal pasti mangsa yang lain. “Kita sudah mengenalpasti sebahagian daripada 15 anggota militan yang terbunuh adalah rakyat negara ini yang terbabit dalam keganasan dan aktiviti jihad dengan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL), kumpulan yang berpecah dari Al-Qaeda, sudah terbunuh di Syria,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Unit Risikan Sempadan (URS) Pangkalan Utara Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, di sini, semalam. Turut hadir, Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah, Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim, Ketua Polis Wilayah 9 Songkhla Thailand Pisit Pisuthsak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam Datuk Ahmad Zaini Japar. Kelmarin, sebuah portal berita melaporkan Wisma Putra mendedahkan ada dakwaan bahawa 15 rakyat Malaysia terbunuh di Syria pada pertengahan bulan ini selepas terbabit dengan aktiviti jihad kumpulan militan ISIL yang berpecah daripada Al-Qaeda. Dalam laporan itu juga menyebut, Kementerian Luar dalam satu kenyataannya juga mengesahkan dakwaan dibuat oleh Wakil Tetap Syria di New York pada satu sidang media pada 18 Jun lalu. Sementara itu, Khalid berkata, kebanyakan anggota militan yang dipercayai pergi ke Syria melalui negara ketiga menyebabkan usaha mengesan mereka menjadi kesukaran. “Kebanyakan mereka tidak pergi terus ke Syria, tetapi dari mana mana-mana negara ketiga atau keempat. Jika mereka terus pergi dari negara ini ke Syria mudah untuk kita kesan. Polis akan pantau segala bentuk dan aktiviti yang berkaitan dengan militan ini yang kebanyakannya mensasarkan golongan muda. “Polis berusaha untuk mengekang kegiatan yang terbabit dengan militan lebih mudah dilakukan di negara ini dengan menangkap individu terbabit yang didapati melatih dan menerima latihan militan,” katanya. Sumber - myMetro

Tersandar disengat
Gambar Hiasan
Rembau: “Saya berkejar ke arah ayah dan mendapati dia tersandar di pokok dalam keadaan tidak sedarkan diri manakala muka dan badannya membengkak teruk. “Saya terus membuka baju lalu cuba menutup muka ayah bagi mengelak sengatan lebih banyak dan menariknya ke anak sungai, namun usaha itu gagal apabila arwah semakin lemah dan nadinya terhenti.” Demikian kata Shahrani Hashim, 38, menceritakan detik bapanya Hashim Ibrahim, 78, maut disengat ratusan lebah ketika membersihkan dusun duriannya di Kampung Pabai, Miku, dekat sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam. Difahamkan, mangsa yang menetap di Kampung Anak Air, Nerasau, Chengkau, di sini, keluar seorang diri ke dusun berkenaan pada kira-kira jam 8.30 pagi sebelum diikuti Shahrani dan cucu Amirul Ashraf Fadhil, 19. Menurut Shahrani, ketika kejadian dia berada kira-kira 100 meter dari mangsa kerana sedang memungut buah durian yang gugur sebelum anak saudaranya berlari memberitahu arwah disengat lebah. “Sehari sebelum kejadian, arwah ada memberitahu mahu membersihkan dusunnya bagi memudahkan kerja mengutip durian untuk dijual kepada peraih,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Tampin, petang semalam. Sumber - myMetro

‘Saya sudah maafkan Diana’
Farid Kamil dan Diana Danielle
Kuala Lumpur: Pelakon Farid Kamil Zahari, 33, tidak marah dengan tindakan isterinya pelakon Diana Danielle Danny Beeson, 23, yang baru-baru ini melepaskan kemarahan menerusi laman sosial Instagram berikutan tidak puas hati dengan gambar Farid berpegangan tangan dengan pelakon Nora Danish untuk promosi filem terbaru Pengantin Malam tersebar. Farid ketika ditemui menyifatkan isu berkenaan hanya salah faham kecil yang tidak perlu diperbesarkan. “Saya juga sudah maafkan Diana dan kami ada berbincang mengenai hal itu juga. Tindakan Diana memadam gambar berkenaan selepas itu pun bukan atas kehendak saya kerana saya tidak berhak atas akaun Instagram miliknya itu. “Apa yang pasti, saya tidak melihat ia satu kesalahan besar kerana saya profesional dalam kerjaya saya. Isu itu pun tidak menjadi masalah dalam kerjaya saya,” katanya ditemui pada pelancaran filem Lagenda Budak Setan 3 di sini, semalam. Sumber - myMetro

Tabung Khas bantu Muhammad Firdaus
Seremban: Orang ramai yang bersimpati dengan penderitaan remaja orang kelainan upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, boleh menghulurkan bantuan menerusi Tabung Khas.
Tabung Khas yang ditubuhkan Pergerakan Wanita UMNO Malaysia bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu kini sudah mengumpul RM4,000.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Datuk Norhayati Omar berkata, untuk permulaan, orang ramai boleh menghulurkan sumbangan mereka di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini atau pejabat JKM kerana akaun tabung berkenaan masih dalam proses pelaksanaan.
Menurutnya, tabung berkenaan sudah menerima derma termasuk dari Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Dan Pegawai-Pegawai Kanan Negeri Sembilan (PEKERTI) Datin Seri Raja Salbiah Tunku Nujumuddin.
“Saya menggalakkan orang ramai terutama pertubuhan bukan kerajaan tampil menghulurkan bantuan kepada Muhammad Firdaus yang menghidap penyakit ‘Celebral Palsy’ demi memastikan kehidupannya terjamin pada masa hadapan.
“Saya bersyukur kerana banyak pihak mengambil berat keadaan Muhammad Firdaus dan adiknya yang ditempatkan di wad sama di HTJ.
Saya yakin keadaan mereka berdua akan bertambah baik,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Katanya, beliau bersyukur semua keperluan remaja itu dijaga dengan baik termasuk makanan dan lampin pakai buang berbanding keadaannya sebelum ini yang tidak terurus.
Beliau berkata, walaupun tempoh rawatan remaja itu dijangka mengambil masa, namun dengan bantuan semua pihak terutama hospital, beliau yakin Muhammad Firdaus akan pulih.
Gerakan Belia 4B cawangan Amar Penghulu dan Ulu Klawang turut menganjurkan perlawanan amal bola sepak, malam tadi, dalam usaha mengutip derma untuk membantu Muhammad Firdaus.
Sumber - myMetro
TOP
Masakan ramuan biodiesel
MOHAMMAD Khairzan menunjukkan kaedah menjernihkan minyak terpakai.
Shah Alam: Minyak masak berkeladak dan hitam yang digunakan terutama dalam industri makanan mampu dijernihkan seperti minyak baru dikeluarkan dari kilang dalam beberapa minit dengan penggunaan sejenis serbuk dikenali sebagai ‘bleaching earth’ sebelum ia dibungkus semula dan dijual kepada pengguna. Taktik berkenaan dipercayai digunakan pihak tidak bertanggungjawab yang terbabit dalam industri biodiesel sebagai cara mudah untuk mengaut keuntungan lumayan walaupun mereka tahu ia memberi kesan kesihatan kepada pengguna sedangkan minyak berkenaan hanya sesuai untuk industri biodiesel saja. Minyak masak terpakai berkenaan dibeli pada harga antara RM1.40 dan RM1.80 sekilogram daripada pengusaha sama ada kedai makan, kantin sekolah atau kilang atau dewan makan asrama sebelum dijual semula pada harga RM2.30 hingga RM2.50 sekilogram di pasaran. Kebanyakan pelanggan minyak masak terpakai ini adalah mereka yang terbabit dalam industri berkaitan makanan kerana pengusaha tidak boleh membeli minyak masak pada harga subsidi sebaliknya perlu membayar harga industri iaitu RM4.75 sekilogram. Seorang kakitangan syarikat biodiesel Mohammad Khairzan Idlan Ramli berkata, pihaknya mengesyaki wujudnya aktiviti menjernihkan semula minyak masak terpakai ini sebelum dijual kepada pengguna dalam bungkusan plastik seberat satu kilogram setiap satu. Sumber - myMetro

Lubuk ‘emas’ pendatang
Gambar Hiasan
Klang: Dengan menyasarkan tapak pembinaan sebagai lubuk rezeki, warga asing didapati mampu meraih keuntungan ribuan ringgit sebulan apabila bertindak membuka gerai yang menyediakan makanan dan minuman kepada pekerja di tapak pembinaan. Seorang pengusaha gerai makanan yang juga warga asing yang dikenali sebagai Suri, 40, berkata, pada mulanya dia hanya mengikut suaminya yang bekerja sebagai buruh binaan, tetapi diminta menyediakan makanan secara kecil-kecilan. Katanya, selepas beberapa kali diminta berbuat demikan, beliau menyedari potensi untuk memperoleh sumber pendapatan lumayan dengan berniaga di tapak pembinaan sehingga mencecah RM5,000 sebulan sejak dua tahun lalu. “Setiap hari saya hanya perlu menyediakan makanan untuk 20 hingga 30 orang sahaja dan setiap orang saya kenakan bayaran antara RM10 hingga RM12, kerja saya senang kerana mereka (pekerja asing) tidak banyak ragam serta makan apa yang kita sediakan. “Apabila pembinaan siap saya akan mencari tapak pembinaan lain memandangkan saya kenal ramai orang dan mudah mencari tapak baru,” katanya yang turut ditahan penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah. Menurutnya yang berasal dari Jawa Tengah, Indonesia, walaupun kebanyakan buruh membeli secara hutang dan hanya akan bayar sekali sebulan, tetapi itu tidak jadi masalah kerana dia juga perlu bersaing dengan beberapa rakan yang turut menjual makanan. Katanya, beliau dan suami sudah lapan tahun tinggal di negara ini dan memberikan alasan ditipu RM3,200 oleh seorang ejen yang menguruskan dokumen perjalanannya yang sudah tamat tempoh. Dalam serbuan yang dijalankan semalam di Bandar Putera 2, Jalan Kebun, di sini, seramai 50 warga asing termasuk 23 perempuan dan empat kanak-kanak ditahan. Timbalan Penolong Pengarah Operasi Jabatan Imigresen Selangor Othman Montil berkata, operasi yang dijalankan selama empat jam yang berakhir jam 1.30 tengah hari itu, hasil daripada aduan orang awam dan intipan yang dilakukan anggotanya selama seminggu. “Operasi yang dijalankan dengan kerjasama anggota RELA (Pasukan Sukarelawan Malaysia) berjaya menahan 50 pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia antara 25 hingga 40 tahun,” katanya. “Mereka yang ditahan terdiri daripada warganegara Indonesia, Bangladesh, Nepal serta Pakistan yang mana ketika serbuan dilakukan mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan yang sah,” katanya. Othman berkata, memandangkan lokasi serbuan adalah tapak pembinaan segelintir pandatang tanpa izin berjaya melarikan diri masuk ke dalam semak berhampiran. Menurutnya, mereka yang ditangkap akan disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Imigresen 1963 dan semua warga asing yang ditahan akan dihantar ke Depoh Tahanan Sementara Imigresen Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, untuk tindakan selanjutnya. Sumber - myMetro

Senarai harga barang kawalan diumum hari ini
Gambar hiasan
Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengumumkan senarai harga barang kawalan hari ini bagi menghadapi Ramadan beberapa hari lagi. Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, pihaknya mengenal pasti senarai barangan berkenaan dan akan mendedahkan harga berkenaan sebelum Ramadan. Kami ada senarai berkenaan termasuk harga kawalan, namun saya umumkan esok (hari ini) sebelum menjelang bulan Ramadan. “Ia menjadi amalan kementerian untuk mengeluarkan senarai harga barang kawalan sebelum Ramadan bagi mengelakkan pihak tertentu sewenang-wenangnya memanipulasi harga barangan,” katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi, di sini, semalam. Hasan berkata, pihaknya juga akan mengarahkan bahagian penguatkuasaan untuk menjalankan pemantauan harga di semua pasar termasuk bazar Ramadan. Beliau berkata, pemantauan di bazar Ramadan juga bagi mengelakkan eksploitasi harga daripada peniaga sehingga menimbulkan masalah kepada pembeli. “Kami sedar perkara itu dan langkah untuk mengawal isu berkenaan dibuat termasuk bekerjasama dengan beberapa pihak lain,” katanya. Sumber - myMetro

Lelaki maut rempuh tiang elektrik
KEADAAN kereta dipandu mangsa yang terbabit kemalangan tengah malam tadi.
Alor Gajah: Seorang pekerja perkapalan Mohd Khairul Md Sani, 33, terbunuh selepas kereta dipandu merempuh tiang elektrik Kampung Tanjung Dahan, Kuala Linggi di sini, tengah malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tgh malam, mangsa mati di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala dan badan. Kemalangan dipercayai berlaku selepas kereta Proton Saga dipandu mangsa hilang kawalan sebaik tiba di satu selekoh di lokasi lalu merempuh tiang eletrik menyebabkan dia tercampak keluar. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat. Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Deputi Superintendan Abd Rahman Jid mengesahkan mengenai kejadian dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sumber - myMetro

Kejutan di semak
Kenderaan polis membawa mayat seorang warga asing yang dipercayai dibunuh dalam satu kejadian di Jalan Hi-Tech 8, Taman Kulim Hi-Tech, Kulim, petang kelmarin.
Kulim: Seorang lelaki yang mahu membuang air kecil di kawasan semak berhampiran tangki air Syarikat Air Darul Aman (SADA) terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki dipercayai warga asing yang dibunuh dalam kejadian di Jalan Hi-Tech 8, Taman Kulim Hi-Tech, Kulim, petang kelmarin. Dalam kejadian jam 3 petang, mangsa berusia lingkungan 30-an ditemui masih memakai kemeja-T berwarna biru muda serta seluar berwarna hijau dipercayai ditikam menggunakan tiga senjata tajam yang berbeza, manakala kedua-dua tangan diikat ke belakang badan dengan sebelah tangan kiri masih memakai sarung tangan. Difahamkan, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain dan mayatnya dicampak di kawasan berkenaan. Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Abdullah Arshad, berkata pihaknya dimaklumkan kejadian itu oleh orang awam yang ingin membuang air kecil di kawasan semak di jalan berkenaan. Beliau berkata, saksi terbabit terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan terbaring di tepi lorong masuk ke kawasan tangki air SADA. Katanya, lelaki terbabit kemudian menghubungi anggota di Balai Polis Kulim Hi-Tech untuk memaklumkan kejadian berkenaan. “Sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian lalu menemui mayat seorang lelaki yang dipercayai warga asing dalam keadaan terbaring dengan keadaan tangan mangsa diikat ke belakang serta badan mangsa berlumuran darah,” katanya. Sumber - myMetro

Sejarah tercatat, spekulasi berakhir
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam menamatkan spekulasi dengan mengumumkan anggota Kabinet baru pada sidang media khas di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Semua pemimpin utama MCA dan Gerakan kembali ke dalam kerajaan.
Beberapa nama yang disebut-sebut akan digugurkan nampaknya mengekalkan status quo mereka.
Pastinya mereka menarik nafas lega kerana berpeluang meneruskan tugas seperti biasa.
Akibat daripada khabar angin kononnya ada menteri atau timbalan menteri akan digugurkan, khabarnya ada antara mereka menangguhkan acara rasmi semalam semata-mata mahu menunggu sehingga selesai pengumuman oleh Perdana Menteri.
Mana tahu kalau-kalau nama mereka disebut sebagai antara yang digugurkan.
Tapi semua spekulasi itu tidak berlaku sebaliknya Najib menambah bilangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjadikan bilangan Menteri sebanyak 33 orang - yang terbesar dalam sejarah.
“Pada mulanya saya tidak bercadang untuk wujudkan saiz Kabinet sebegini besar tetapi tidak dapat dielakkan berikutan keadaan luar jangkaan yang berlaku,” kata beliau.
Bagaimanapun sambil berseloroh beliau berkata: “Tapi dalam masa sama tiada siapa yang mahu menawarkan diri untuk berundur.” Apa pun, apa yang beliau harapkan daripada Jemaah Menteri yang ramai ialah kerajaan akan dapat membuat keputusan dengan pelaksanaan yang lebih bermakna.
“Saya sedar saiz lebih besar, tapi keadaan tak dapat dielakkan kerana keadaan di luar jangkaan,” kata beliau.
Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.
Anggota kabinet yang baru ialah Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai Menteri Pengangkutan, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Turut dilantik ialah tiga Naib Presiden MCA Datuk Lee Chee Leong sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Kewangan) dan Datin Paduka Chew Mei Fun (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).
Majlis istiadat mengangkat sumpah akan diadakan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara pada jam 11.30 pagi esok.
Sebagai Perdana Menteri, beliau mempunyai prerogatif melantik anggota Kabinet mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berhak melantik atau menggantikan atau menamatkan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri pada bila-bila masa jika diperlukan.
Jadi seeloknya, jauhkan spekulasi kerana beliau boleh mengubahnya berdasarkan pertimbangannya sendiri.
Kerana itu beliau mengingatkan bahawa Kabinet yang ada tidak mungkin kekal kerana ia boleh digantikan sekiranya keadaan memerlukan.
“Kabinet sekarang baru ditubuhkan setahun lebih sikit.
Kena beri peluang kepada mereka untuk menunjukkan prestasi tetapi saya akan kaji semula apabila tiba masanya kelak,” katanya.
Yang penting sekarang semua yang dilantik mestilah mengambil perhatian serius peringatan Perdana Menteri selaku bos mereka bahawa tugas mesti dilaksanakan dengan memahami polisi kerajaan.
“Walaupun kita wakil parti dan etnik tapi kena ingatkan bahawa kita wakil dan secara kolektif sebagai wakil Barisan Nasional (BN) yang mewakili semua komuniti,” tegas beliau.
Agihan tugas akan dilakukan dengan teliti termasuk berkaitan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Hal Ehwal Kaum India yang dipengerusikannya sendiri demi menjaga kepentingan kaum itu.
Sumber - myMetro
TOP
RM2,000 kerana maki polis
GOH (kanan) ketika keluar dari mahkamah.
Melaka: Gara-gara memaki polis dengan perkataan ‘bodoh’ dan menghalang tugas penjawat awam, seorang bekas pembantu akauntan dipenjara empat hari dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam. Hukuman itu diputuskan Majistret Mohd Firdaus Saleh terhadap Goh Guo Quan, 22, dari Mersing, Johor yang mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa. Mengikut pertuduhan, Goh didakwa secara sengaja menghalang tugas penjawat awam dengan tidak memberhentikan kenderaan ketika ditahan anggota polis trafik yang menjalankan tugas selepas didapati tidak memakai tali pinggang keledar ketika memandu dan mengeluarkan perkataan ‘bodoh’ kepada anggota itu. Kesalahan itu dilakukan tertuduh di Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya di sini, kira-kira jam 3 petang, 22 Jun 2014. Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Berdasarkan fakta kes, ketika melakukan rondaan di Jalan Merdeka, pengadu menahan kereta tertuduh. Kereta itu yang berhenti kemudian memecut sebelum diekori dan ditahan semula di hadapan sebuah pejabat di Taman Melaka Raya. Selepas diberitahu kesalahan dilakukan adalah tidak memakai tali pinggang keledar dan tidak memberhentikan kenderaan ketika ditahan, pemandu (tertuduh) dengan nada tinggi berkata ‘cepat tulis, jangan bising’ sebelum keluar dari kereta ke arah pengadu serta mengeluarkan perkataan ‘bodoh’. Peguam Faiezad Razali yang mewakili tertuduh ketika rayuan memohon supaya anak guamnya dikenakan hukuman denda yang ringan dengan alasan kesalahan itu dilakukan dalam keadaan tertekan. “Ketika kejadian tertuduh baru berhenti kerja sebagai pembantu akauntan dan tertuduh dalam keadaan tertekan, kes ini juga tidak membabitkan kecederaan,” katanya. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Norshazwani Ishak yang mengendalikan kes memohon supaya tertuduh dikenakan hukuman berat sebagai iktibar. “Walaupun tidak membabitkan kecederaan, namun sebagai rakyat Malaysia kita terkenal dengan sikap sopan santun dan keadaan tertekan tidak membolehkan seseorang bersikap tidak sopan kepada orang lain,” katanya. Sumber - myMetro

Muhyiddin Lancar I-Card Untuk Pelajar Antarabangsa
PETALING JAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan kad pengenalan bagi pelajar antarabangsa bertujuan untuk menambah baik pengurusan pelajar asing di Malaysia khususnya soal keselamatan.
I-Card akan dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen dari 1 Julai, kata Timbalan Perdana Menteri pada majlis di sini hari ini.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan berkata kad itu juga akan digunakan sebagai dokumen perjalanan sah bagi pelajar antarabangsa di Semenanjung Malaysia.
“Ini mencerminkan sikap responsif kerajaan terhadap keperluan dan kebajikan pelajar,” katanya.
Selain foto, kad itu akan mengandungi butiran setiap pelajar termasuk nombor pasport serta maklumat institusi pengajian tinggi mereka.
Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Dalam sidang media kemudiannya, Muhyiddin menjelaskan tempoh sah laku kad yang mengandungi tandatangan Ketua Polis Negara dan Ketua Pengarah Imigresen itu tertakluk kepada tempoh pengajian pelajar berkenaan, namun boleh disambung jika mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Beliau berkata penggunaan kad itu akan diperluaskan dalam masa terdekat ke Sabah dan Sarawak bagi menyeragamkan maklumat berkenaan pelajar asing di seluruh negara.
“Kad ini belum dapat digunakan di Sabah dan Sarawak kerana peraturan imigresen bagi kedua-dua negeri itu adalah berbeza,” jelasnya.
Kata Muhyiddin, dengan membawa I-Card ini, pelajar tidak perlu lagi membawa pasport masing-masing.
Beliau turut berharap tempoh penyediaan kad itu yang diuruskan sepenuhnya oleh institusi pengajian masing-masing dapat dipendekkan sepertimana tempoh sehari siap bagi permohonan pasport antarabangsa ketika ini.
Dalam ucapannya, Muhyiddin menyentuh tentang keperluan untuk memastikan warga asing yang datang untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia adalah tulen dan berkaliber tinggi.
Beliau juga berkata institusi pengajian tinggi perlu secara berterusan menilai daya maju model perniagaan mereka untuk memenuhi keperluan masa depan.
Sumber: BERNAMA
TOP
Pemandu Terjunam Jambatan Bukit Kuang Meninggal Dunia
KEMAMAN – Selepas dua hari bertarung nyawa setelah kereta yang dipandu terjunam 15 meter dari jambatan Bukit Kuang, di sini, pemandu kenderaan itu meninggal dunia hari ini.
Mangsa Nazlie Ali, 27, mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan pada 8.30 pagi ini.
Dalam insiden pukul 4.45 petang Selasa itu, mangsa yang berasal dari Marang memandu bersendirian dan dipercayai terbabas di KM149, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan sebelum melanggar besi penghadang jambatan Bukit Kuang.
Rempuhan kuat itu menyebabkan kereta mangsa menjunam sebelum terhempas ke tanah setinggi 15 meter yang menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Kemaman.
Ketua Polis Daerah Kemaman Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan meminta pihak tidak bertanggungjawab menghentikan khabar angin yang mengatakan mangsa adalah suspek yang terbabit dalam kejadian jenayah.
“Polis telah membuat semakan dan mengesahkan mangsa bukanlah suspek yang dikehendaki sebagaimana khabar angin yang tersebar luas di media sosial.
Perbuatan ini amat dikesali kerana mendatangkan aib kepada mangsa dan keluarganya,” kata beliau. – BERNAMA
TOP
Pagar Elektrik, Parit Jejas Habitat Gajah Borneo
KINABATANGAN – Pembinaan pagar elektrik dan parit bagi melindungi tanaman daripada dimusnahkan gajah menyebabkan banyak laluan pergerakan hidupan liar itu semakin sempit di sekitar daerah ini.
Ia menyumbang kepada kejadian gajah menceroboh masuk ke kawasan kampung dan memusnahkan tanaman disebabkan kemusnahan habitat semula jadi haiwan itu.
Seorang pakar ekologi dan pergerakan gajah di Kinabatangan, Nurzhafarina Othman berkata pagar elektrik dan parit itu dibuat oleh syarikat ladang kelapa sawit dan penduduk kampung bagi melindungi tanaman mereka dimusnahkan oleh gajah.
“Jumlah gajah di Hilir Kinabatangan menjadi stabil sejak 10 tahun lepas. Bagaimanapun, saiz habitat tersedia untuk gajah (hutan dan padang rumput) berkurangan pada masa sekarang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah hari ini.
Beliau sudah lima tahun mempelajari ekologi dan pergerakan gajah di Kinabatangan dan sedang menyiapkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD).
Dalam insiden terbaru, sekumpulan sembilan ekor gajah terkurung dalam kawasan hutan berhampiran Kampung Sukau dan memasuki kawasan kampung untuk mencari makanan khususnya tanaman penduduk.
Unit Penyelamat Jabatan Hidupan Liar sedang melakukan kerja memindah gajah berkenaan ke kawasan hutan di Sanktuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Datuk Dr Laurentius Ambu berkata walaupun Kinabatangan ialah sebuah destinasi terkenal seluruh dunia untuk eko pelancongan, penukaran hutan untuk ladang kelapa sawit baharu tidak berkurang.
Katanya penukaran hutan di Kinabatangan pada masa lepas dikenal pasti sebagai isu utama dihadapi oleh hidupan liar di kawasan itu.
Menurutnya jaminan membekukan pembangunan baharu di kawasan itu telah diambil semasa Kolokium Hidupan Liar Sabah beberapa tahun lepas dan sebahagian dalam dokumen pengurusan seperti Pelan Tindakan Sabah untuk Gajah dan Orang Utan.
Bagaimanapun, Laurentius berkata analisis terbaru menunjukkan bahawa lebi hbanyak tanah sedang ditukar setiap tahun di Kinabatangan.
Beliau berkata pihaknya mengakui fakta penyelesaian segera dan paling mendesak adalah menangkap dan memindahkan hidupan liar ke kawasan berhampiran Sanktuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan.
“Usaha memindah kumpulan gajah telah dilaksanakan di beberapa kawasan di negeri ini sejak beberapa tahun lepas, tetapi perlu disedari ia bukan penyelesaian untuk tempoh jangka panjang.
“Sebagai contoh, kos memindahkan sembilan gajah di Kampung Sukau adalah antara RM100,000 hingga RM200,000 dan ia juga mewujudkan tekanan kepada gajah yang dipindahkan,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa semua syarikat perladangan khususnya sekitar Kampung Sukau membangunkan Pelan Induk Ruang yang akan menghormati koridor gajah.
Sumber: BERNAMA
TOP
8 Kes Kematian Bayi Di Taska Di Putrajaya
PUTRAJAYA – Putrajaya mencatatkan lapan kematian bayi di taman asuhan kanak-kanak di rumah (Taska) pada tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding lima kes sepanjang tahun lepas.
Penolong Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Putrajaya, Norliza Abu Bakar berkata, jumlah kematian itu merupakan sesuatu yang membimbangkan berikutan 600 buah taska di rumah di sini tidak berdaftar dengan jabatan tersebut.
“Kira-kira 30 buah taska di rumah sahaja berdaftar di sini,” katanya yang juga Pegawai Diberi Kuasa Taska JKM.
“Sekiranya berdaftar maka mudah untuk JKM memberikan latihan penjagaan kanak-kanak kepada pengusaha taska berkenaan,” katanya kepada pemberita semasa operasi mengesan taska di rumah yang tidak berdaftar di Presint 11, di sini hari ini.
Operasi yang dilakukan oleh Persatuan Pengusaha Taska Tadika Putrajaya (Puspajaya) dengan kerjasama JKM itu adalah untuk mengesan rumah yang dijadikan taska dan mempunyai sekurang-kurangnya empat kanak-kanak (tidak termasuk anak sendiri).
Beliau berkata, pengusaha yang tidak berdaftar boleh didakwa di bawah Seksyen 6 Akta Taman Asuhan Kanak Kanak 1984, jika disabitkan kesalahan mereka boleh dikenakan denda RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua duannya sekali.
Sementara itu, Presiden Puspajaya Husna Abdul Rahaman berkata, pihaknya juga giat mengadakan ceramah untuk memberi kesedaran kepada pemilik taska yang masih tidak berdaftar di sekitar Putrajaya selain mengedarkan borang pendaftaran.
“Kita hadir untuk menolong mereka bagaimana cara yang mudah untuk berdaftar di bawah JKM. Kebanyakan pengasuh mengambil jalan mudah serta tidak mempedulikan undang undang,” katanya.
Katanya operasi seperti ini akan diteruskan ke semua taska rumah di sekitar Putrajaya bagi memastikan kesemua pengasuh memberikan perkhidmatan secara sah.
Sumber: BERNAMA
TOP
El Nino: 300 Lokasi Berpotensi Terbakar Dikesan
TRONOH – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti 300 lokasi hutan tanah gambut di seluruh negara berpotensi berlaku kebakaran sepanjang fenomena El Nino yang diramal melanda Asia Tenggara dari Jun hingga Disember ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Mahadi Md Ali berkata semua anggota JBPM telah diletakkan dalam keadaan siap sedia untuk menghadapi situasi tersebut termasuk menempatkan pasukan khas di kawasan yang mempunyai potensi tinggi berlaku kebakaran.
“Kita ada ‘water tanker’ dan ‘water carrier’ dan kita telah membuka pusat gerakan bagi memastikan pemadaman dapat dijalankan selain memastikan unit udara (bomba) bersiap sedia,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Akademi Bomba dan Penyelamat Tronoh di sini hari ini.
Beliau berkata bagi operasi pemadaman itu nanti, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Saliran dan Pengairan.
Berhubung akademi itu, Mahadi berkata projek fasa pertama bernilai RM24.5 juta bermula 22 Feb 2012 dan siap sepenuhnya pada 12 Jun lepas.
“Fasa satu ini mempunyai bangunan pentadbiran, bilik kuliah, asrama, padang kawad dan fasiliti latihan keselamatan air. Akademi ini dapat menampung 60 pelatih di kawasan utara,” katanya.
Katanya akademi baharu itu dapat memberi keselesaan, kesenangan dan semangat baharu kepada penghuni dan jurulatih yang ditugaskan untuk mengajar dan melatih para peserta kursus.
Beliau berkata JBPM akan memohon kepada kerajaan untuk membangunkan projek untuk fasa dua di akademi baharu itu bagi menyediakan fasiliti-fasiliti lain.
Sumber: BERNAMA
TOP
Masuk Butik Fareeda Kena Tunjuk Slip Gaji - Itu Berita Palsu!
Hari ini agak hangat di laman sosial dimana Fareeda Exclusive milik Mawar dan Fizo Omar mewajibkan pelanggan-pelanggan mereka menunjukkan 3 bulan slip gaji sebelum dibenarkan untuk memasuki butik berkenaan.
Khabar itu telah tersebar dan agak ramai yang mencemuh kenyataan tersebut. Bagaimanapun pihak Fareeda telah menjelaskan bahawa dakwaan tersebut tidak benar dan tidak berasas. Menurut Fareeda, pelanggannya hanya perlu buat temujanji sebelum ke butik berkenaan. Biasalah, bila sudah popular, semestinya ada yang iri hati atau mungkin ada yang tidak berpuas hati dengan butik berkenaan lalu menyebarkan berita berkenaan. - SiakapKeli.com
TOP
Luahan Pengarah Imigresen NS dan Isteri mengenai Detik Sedih Temui Adik Firdaus
Sesiapa yang lihat video ketika penemuan adik Muhammad Firdaus Dullah, 15, seorang OKU yang kurus ketika dijumpai mesti boleh mendengar Faizal Fazri Othman, Pengarah Imigresen telah beristighfar beberapa kali setelah pintu bilik untuk pemeriksaan.
Hari ni, menerusi Sinar Harian, ini adalah luahan beliau berkenaan apa yang dialaminya:
Ketika dia dijumpai tubuhnya hanya tinggal tulang. Perutnya langsung tidak berisi.
Malah paling menyedihkan dia ditinggalkan di sebuah bilik kosong yang kotor dan berbau busuk.
Sehingga kini, saya masih gagal membendung rasa marah. Kecewa dan segala macam perasaan timbul setiap kali terkenang adik Muhammad Firdaus Dullah. Saya tidak sanggup memikirkan seorang anak kurang upaya dibiarkan dalam keadaan sebegitu rupa.
Semuanya bermula selepas menerima maklumat daripada jawatankuasa rumah pangsa Taman Semarak Nilai berhubung lambakan warga asing yang tinggal di situ.
Jadi saya melakukan operasi dan rumah Firdaus merupakan antara rumah yang menjadi sasaran.
Ketika menghampiri rumah terbabit kami mendapati hanya pintu besi yang berkunci.
Dari luar saya tolak pintu rumah. Ketika itu hati saya dapat rasa ada orang yang sedang bersembunyi di dalam kerana lampu tidak ditutup.
Saya cuba memanggil beberapa kali namun tidak disahut sesiapa. Jadi saya arahkan pintu besi rumah terbabit dipecahkan.
Pemeriksaan dilakukan di setiap sudut rumah. Salah sebuah pintu bilik di rumah itu tertutup seolah-olah ada seseorang bersembunyi di dalam. Ketika itu jam sekitar 2.30 pagi.
Namun ketika pintu bilik itu ditolak saya terus beristighfar panjang.
Saya terlihat satu susuk kecil. Saya seperti melihat rangka bernyawa.
Dia sedang baring beralaskan lantai. Sedangkan lantai itu bergelumang dengan najis dan sisa makanan.
Ada sebuah kerusi roda dan sebiji bantal ditinggalkan. Firdaus yang pada awalnya baring, bangun dan merenung saya. Saya lihat ada najis keras melekat di rambutnya. Air mata saya mula bergenang. Hampir menitis.
Tiada perasaan jijik. Bau busuk dan hamis pula seperti hilang tiba-tiba. Malah seolah bau wangi syurga mula meresap hidung.
Apa yang timbul hanya rasa belas. Saya hampiri tubuh kurus itu. Saya usap kepalanya. Hati saya terlalu sebak.
Melihat keadaannya yang kurus kering, saya percaya dia sudah lama tidak menyentuh makanan.
Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana perasaan menjadi orang pertama melihat Firdaus?
Jawapan saya, hanya mereka yang tidak mempunyai hati sahaja tidak sedih melihat Firdaus.
Sebab itu saya terus mengusap kepala dia kerana saya betul-betul tidak sangka dia yang tidak berupaya dibiarkan hidup dalam keadaan yang sangat menyedihkan.
Tapi sampai sekarang pun saya masih berfikir kenapa saya digerakkan ke situ?
Syukur ALLAH gerakkan hati ini ke sana. Seandainya tidak, mungkin sehingga hari ini tiada sesiapa pun tahu derita hidup remaja OKU bernama Firdaus.
Mungkin Firdaus akan terus menderita seorang diri. Syukur kepada ALLAH semakin bertambah.
Saya gembira lihat perubahan Firdaus. Keadaannya jauh lebih baik berbanding ketika mula dijumpai. Saya bersyukur dia kini dapat segala yang diperlukan. Cukuplah derita yang dia tanggung selama ini…
Ketika ini bukan masa untuk tuding jari tetapi penemuan itu perlu dijadikan pengajaran pelbagai pihak agar lebih menghargai anak-anak sendiri termasuk juga mereka yang bergelar Orang Kelainan Upaya (OKU).
Selain daripada itu, isteri kepada pengarah tersebut juga ada mendedahkan fakta berkenaan kes ini di Facebook beliau. - SiakapKeli.com
TOP
Diserang samseng ketika di lif
SINGAPURA: Seorang meluahkan yang anaknya diserang samseng ketika di lif rumah mereka. Samseng tersebut menyekit anaknya di kawasan kediaman dan menuduh anaknya itu membuatnya nyaris kemalangan.
Kejadian tersebut bermula apabila anaknya memandu untuk pulang ke rumah dan ada sebuah kereta memasuki lorong yang sama dengan mengejut lalu anaknya memberikan hon kepada kereta tersebut. Bermula kejadian itu kereta tersebut terus mengekorinya ke rumah.
Tibanya di lif samseng itu terus menyerang dan mencekit anaknya. Bagaimanapun gambar samseng itu sempat diambil sebagai bukti. - SiakapKeli.com
TOP
Nabila Huda Merajuk Buang Semua Gambar di Instagram
Nabila Huda yang tidak pernah putus dengan kontroversinya dan yang hangat baru-baru ini dia ditegur oleh bapanya sendiri Amy Search di instragram gara-gara gambar kontroversi.
Terkini di instragram, Nabila Huda meluahkan rasa kesalnya dan seakan-akan merajuk. Apa tidaknya, habis kesemua gambar di instagram beliau dibuang dan hanya ada satu gambar bertulis sahaja yang mana menggambarkan perasaannya.
"Just Upset" itu sahaja perkataan yang di pamerkan di instagram. Kepada siapa dia merajuk SK tidak tahu yang SK tahu beliau juga punya perasaan, buruk baik tingkahlakunya itu pun selagi bernama manusia tidak lepas dengan perasaan sedih dan sebagainya. - SiakapKeli.com
TOP
Gambar Isteri Awie Dipukul Teruk Tersebar?
Gambar ini mula tersebar di Whatsapp sebelum ada pihak memuat naik ke sebuah komuniti di Facebook dan ianya kini mula menjadi perhatian ramai.
Gambar itu menunjukkan individu yang didakwa adalah isteri kepada penyanyi Awie, Rozana Misbun kelihatan agak teruk dan menurut sumber itu adalah akibat dipukul seseorang. Sumber juga ada menyebut yang ini adalah bukti kes pukul isteri yang melibatkan Awie baru baru ini. Wallahu’alam. Gambar begini sahaja tidak mampu sebenarnya untuk menyabitkan Awie sebagai pelaku / kaki pukul.
Sumber - Roti Kaya

Daerah Baling Kawasan Paling ‘Bahagia’ Di Malaysia
KUALA LUMPUR – Majlis Daerah Baling, Kedah dikenal pasti sebagai kawasan yang mencatat kadar kebahagiaan tertinggi di Malaysia, iaitu sebanyak 84.62 peratus, berdasarkan Kajian Indeks Kebahagiaan Negara 2013.
Ia diikuti Majlis Perbandaran Alor Gajah, Melaka dengan 81.54 peratus dan Majlis Daerah Pekan serta Majlis Daerah Raub, Pahang masing-masing mencatat 80 peratus.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata indeks ini dapat mengenal pasti hasrat dan aspirasi rakyat secara langsung terhadap pembangunan.
“Soal kebahagiaan tidak lagi terhad kepada menerima manfaat pembangunan sahaja, tetapi penglibatan setiap rakyat dalam proses pembangunan fizikal, sosial dan ekonomi melalui konsep pemerkasaan, perwakilan dan perundingan bersama penduduk,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyatakan sebab Baling mencatat indeks kebahagiaan tertinggi.
Abdul Rahman berkata kajian indeks terbaru ini menunjukkan 90 pihak berkuasa tempatan (PBT) mencatat tahap sederhana untuk kebahagiaan penduduk di kawasan masing-masing, iaitu antara 50 hingga 79 peratus, dan hanya empat PBT melepasi 80 peratus.
“Peningkatan kualiti hidup penduduk ini dapat membendung masalah rasuah, jenayah, juvenil dan masalah sosial lain.
“Indeks ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada piawaian Petunjuk Rangkaian Pembangunan Mampan Bandar-Luar Bandar Malaysia (Murninets) yang merangkumi 151 PBT di Malaysia,” katanya.
Indeks Kebahagiaan Negara mula dilaksana pada 2012 dengan 82 PBT, dan pada tahun lepas, ia disertai 94 PBT. – BERNAMA
TOP
KPDNKK Rampas 56,000 Liter Diesel Di Bagan Hailam
PELABUHAN KLANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas 56,000 liter diesel bersubsidi bernilai lebih RM500,000 dalam serbuan di sebuah premis di Bagan Hailam, Tanjung Harapan di sini hari ini.
Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Mohd Roslan Mahayudin berkata dalam serbuan pada jam 3 pagi itu, turut ditahan enam kru sebuah bot tunda yang menjadi perantara untuk menjual semula diesel berkenaan kepada kapal-kapal dagang besar di sekitar perairan tersebut.
“Enam anak kapal terdiri daripada lima lelaki warga Indonesia dan seorang lelaki warga tempatan itu ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki antara anggota sindiket penyeludupan diesel di situ.
“Mereka menggunakan bot tunda sebagai perantara untuk mengangkut diesel yang mana ia mampu memuatkan sehingga 30,000 liter dan disyaki dijual dengan harga lebih tinggi daripada harga pasaran,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata premis yang beroperasi sebagai pusat pengumpulan diesel itu mula aktif sejak setahun lepas dan berselindung sebagai stor kitar semula, namun pemeriksaan lanjut mendapati pemilik premis telah melarikan diri.
Mohd Roslan berkata diesel yang dikumpul di premis berkenaan dibeli dengan harga subsidi dari stesen-stesen minyak sekitar Lembah Klang dengan menggunakan lori dan van yang telah diubah suai namun menjualnya semula dengan harga tinggi bagi mengaut keuntungan berlipat ganda.
Katanya KPDNKK turut merampas empat ‘skid tank’, 30 tong gentian, sebuah tong besi dan beberapa peralatan memindahkan diesel selain menyita sebuah bot tunda, dua van serta dua lori yang diguna untuk membeli minyak tersebut.
Mohd Roslan berkata pihaknya sedang menyiasat sama ada sindiket berkenaan mempunyai rangkaian penyeludupan diesel di negeri-negeri lain dan operasi membanteras kegiatan itu akan terus dipergiat.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan denda sehingga RM100,000 dan penjara tiga tahun bagi pesalah individu jika sabit kesalahan manakala bagi kesalahan melibatkan pihak syarikat pula denda sehingga RM250,000 dan penjara tiga tahun. – BERNAMA
TOP
‘Wira Malaysia’ Rekaan Melinda Looi Untuk Atlet Malaysia
KUALA LUMPUR – Koleksi baharu pakaian rasmi kontinjen Malaysia akan diperagakan oleh atlet negara buat pertama kali pada temasya Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland, Julai ini.
Dikenali sebagai ‘Wira Malaysia’, koleksi rekaan pereka fesyen terkenal Melinda Looi itu merangkumi set pakaian rasmi untuk acara perarakan pada perasmian temasya sukan dan kit atlet merangkumi trek sut, kemeja-T berkolar dan tidak berkolar, beg dan topi.
Pada majlis pembukaan dan perarakan masuk temasya sukan, kontinjen negara akan mengenakan baju kurung dan selendang bagi atlet wanita dan baju Melayu bersampin bagi atlet lelaki bermotifkan corak songket mengikut warna Harimau Malaya iaitu oren dan hitam.
Berucap melancarkan koleksi bercorak baharu itu di sini hari ini, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata setelah hampir 10 tahun, sudah tiba masanya ia diberi nafas baharu supaya lebih segar, menarik, bertenaga dan ‘lebih garang’ seiring dengan nama Harimau Malaya yang dibawa.
“Sudah pasti corak baju tidak menentukan kemenangan tetapi ia boleh menaikkan semangat kita sebagai identiti negara,” katanya. Kit kontinjen negara sedia ada mula digunakan sejak November 2005.
Khairy berkata beliau mendapat ilham untuk memperbaharui rekaan pakaian rasmi kontinjen negara menerusi penampilan pasukan bola sepak Itali dan Great Britain yang mana pakaian rasmi masing-masing pernah mendapat sentuhan golongan pereka tersohor.
“Kita bukan sahaja mahu melihat dari segi prestasi tetapi juga mahu memberikan gambaran penampilan atlet negara sebagai sebahagian daripada aset dan gaya kepada mereka,” katanya.
Sementara itu, beberapa atlet kebangsaan yang ditemui berkata corak baharu pakaian rasmi kontinjen kebangsaan itu mampu meniup semangat baharu kepada mereka yang bakal beraksi di Sukan Komanwel nanti.
Ratu terjun negara Pandalela Rinong yang dikenali antara yang gemar berfesyen, berkata beliau teruja dengan rekaan baharu lebih segar itu yang
sedikit sebanyak mampu meningkatkan motivasi atlet kebangsaan.
Pandangannya itu dikongsi jaguh badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei yang berkata koleksi baharu itu akan menguatkan lagi semangatnya untuk berjuang di arena antarabangsa. – BERNAMA
TOP
Lebih 3,000 polis bantuan ditempatkan di 72 IPT seluruh negara
Gambar Hiasan
MELAKA: Sejumlah 3,237 polis bantuan ditempatkan di 72 institusi pengajian tinggi di seluruh negara, kata Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) Datuk Ayub Yaakub. Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 2,237 anggota ditempatkan di enam institusi pengajian tinggi awam (IPTA) manakala 1,000 orang di 66 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) bagi memantau jenayah dalam komuniti institusi berkenaan dan mewujudkan persekitaran yang lebih selamat. "Kita masih mempertimbangkan permohonan beberapa IPT lagi untuk mewujudkan unit polis bantuan di institusi mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis kunjungan hormat Pengarah JPPJ PDRM dan pemakaian pangkat Pengarah Keselamatan Polis Bantuan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini, hari ini. Turut hadir Naib Canselor UTeM Prof Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin. Katanya, permohonan tersebut perlu dipertimbangkan dari pelbagai aspek terutama kemampuan IPT berkenaan dalam mengekalkan pasukan polis bantuan yang merupakan penjawatan tetap dan gaji perlu dibiayai institusi berkenaan. Sementara itu, Shahrin berkata pasukan polis bantuan UTeM di bawah Pejabat Keselamatan universiti berkenaan ditubuhkan pada 26 Februari lepas dengan 77 anggota. "Inisiatif penubuhan pasukan polis bantuan ini bertujuan melahirkan modal insan berkualiti pada masa depan yang mematuhi undang-undang dan bersama mewujudkan persekitaran yang selamat," katanya. Terdahulu, Ayub menyempurnakan pemakaian pangkat Supt/PB kepada Pengarah Keselamatan UTeM Affindi Abu Bakar. Sumber - Bernama

Zali Bibir tak sempat lari
Mersing: Kelicikan peragut bersiri dikenali sebagai Zali Bibir, 25, dengan melakukan 16 kes ragut sekitar bandar ini sejak setahun lalu berakhir apabila dia dicekup ketika cuba meloloskan diri dengan menaiki teksi ke Kluang 21 Mei lalu.
Rentetan penangkapan itu, polis turut menahan dua lagi rakan suspek berusia 24 dan 25 tahun di sekitar Endau dan Mersing pada 5 Jun lalu yang turut terbabit dengan jenayah ragut dan pecah rumah di sekitar daerah ini.
Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Zulkepli Hashim berkata, kejayaan itu dicapai hanya seminggu selepas pendedahan akhbar ini yang menyiarkan wajah suspek.
“Hasil risikan dan maklumat awam serta edaran wajah suspek melalui media massa, Zali Bibir cuba melarikan diri ke Kluang dengan menaiki teksi namun berjaya ditahan dalam sekatan polis di Jalan Kluang pada 21 Mei lalu.
“Susulan daripada itu, siasatan dijalankan turut membolehkan polis menahan dua lagi rakan suspek yang turut terbabit dalam jenayah sama di sekitar daerah ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing di sini, semalam.
Beliau berkata, berikutan tangkapan itu polis berjaya menemui pelbagai jenis telefon bimbit, barangan kemas serta dokumen pengenalan diri dipercayai milik mangsa.
Dalam kes berasingan, tiga lelaki berusia 16,19 dan 23 tahun yang terbabit dalam kemalangan jalan raya Jalan Teluk Sari- Endau, dekat sini berjaya ditahan kerana memiliki motosikal curi.
Menurut Zulkepli, sebaik berlaku kemalangan, anggota polis menyemak rekod motosikal terbabit dan mendapati ia dicuri sekali gus menyaksikan semua lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan.
Katanya, polis turut merampas dua motosikal dan satu enjin yang sudah dileraikan, manakala semua suspek yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal.
Sumber - myMetro
TOP
‘Papa tak kembali sampai bila-bila’
Gambar Hiasan
Pasir Mas: “Papa tidak mahu lagi ke sana, kalau papa pergi kali ini, itu tidak akan kembali sampai bila-bila,” kata Mohd Hafizie Azmi, 25, kepada isterinya Nor Syazwani Mat Samsudin, 25, sebelum maut dalam kemalangan di Kampung Kelar, di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, kereta Proton Satria GTI dipandu mekanik itu dari arah Tok Uban ke Cabang Tiga Kelar, terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan treler menyebabkan dia cedera parah di kepala dan muka akibat tersepit. Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Pasir Mas (HPM) kira-kira jam 5.30 petang. Menurut Nor Syazwani, beberapa jam sebelum kejadian itu dia sempat berbual dengan suaminya dan menyangkakan apa yang diperkatakan itu adalah gurauan. “Dia tinggal di rumah sewa di Ampang, Selangor, dan saya memberitahunya mahu mengikut tinggal bersamanya di sana. “Saya pelik apabila dia pesan supaya menuntut bayaran deposit rumah sewa itu dengan alasan tidak mahu lagi kembali bekerja di sana, mahu tinggal di sini. Saya anggap dia bergurau,” katanya. Katanya, suaminya bekerja sebagai mekanik dan pulang bercuti di kampung sejak seminggu lalu. Katanya, dalam kejadian itu, suaminya sedang memandu uji kereta yang baru siap dibaikinya. “Tidak lama selepas suami keluar, saya diberitahu suami terbabit dalam kemalangan lalu bergegas ke tempat kejadian. “Sebaik tiba, saya lihat suami dibantu orang ramai kerana tersepit di tempat duduk dan dia dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia ketika dirawat,” katanya. Jenazah suaminya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gual Kulim, Batu Karang, di sini, kira-kira jam 11 pagi semalam. Mangsa meninggalkan dua cahaya mata iaitu Norhayatul Humaira, 5 dan Nur Jannatul Zahra yang berusia 13 bulan. Sumber - myMetro

Aidil diarah bayar kos Rita
RITA bersama Mohd Zaidi di Mahkamah Rendah Syarie Petaling Jaya, semalam.
Petaling Jaya: Hakim Mahkamah Rendah Syarie menegur kapten pasukan Harimau Malaya, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak supaya memberi komitmen kepada mahkamah berhubung kes tuntutan nafkah dua anaknya yang difailkan bekas isterinya, pelakon Rita Rudaini. Teguran itu dibuat selepas Aidil Zafuan yang mewakili pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu tidak hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di sini, semalam kerana terbabit dalam perlawanan bola sepak menentang Sarawak di negeri itu yang berlangsung malam tadi. Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah kemudian memerintahkan Aidil Zafuan, 27, selaku defendan untuk membayar kos kehadiran berjumlah RM300 kepada Rita (plaintif) selepas membenarkan permohonan peguam syarie Rita Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain. Terdahulu, Roshdan Sujak Rafie membantah permohonan itu kerana anak guamnya sudah memaklumkan ketidakhadiran ke prosiding semalam terlebih dahulu kerana terbabit dalam perlawanan bola sepak di Kuching, Sarawak malam tadi, namun plaintif tetap memilih untuk hadir. Bagaimanapun, Mohd Zaidi memaklumkan bahawa Rita hadir ke mahkamah bukan atas pilihan, namun kerana perintah mahkamah dan memohon kos kehadiran dikenakan sebagai pengajaran kepada defendan. Dalam perkembangan sama, Abd Halim berkata, walaupun Aidil Zafuan gagal hadir ke prosiding kerana arahan majikan (terbabit perlawanan bola sepak), namun kehadirannya ke mahkamah adalah perintah mahkamah. “Perlawanan yang disertai defendan itu pada sebelah malam, sepatutnya majikan mengambil inisiatif membawanya (Aidil Zafuan) dengan penerbangan lewat berikutan adanya prosiding mahkamah. “Alasan remeh-temeh ini menyebabkan kes tertangguh,” katanya. Mahkamah kemudian menetapkan 20 Ogos depan untuk menyambung semula perbicaraan kes itu. Rita, 38, menuntut RM5,392 sebulan nafkah dua anak mereka, Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3, merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan juga lampin pakai buang. Sumber - myMetro

Seksa terseret 80 meter bawah kereta
SEORANG doktor memberi bantuan awal kepada mangsa kemalangan.
Kuching: Berpantang maut sebelum ajal. Itu yang berlaku apabila seorang lelaki terselamat dalam kemalangan walaupun diseret sejauh 80 meter selepas tersangkut pada besi penghadang pacuan empat roda dalam kejadian berhampiran Jambatan Tun Salahuddin di sini, semalam. Dalam kejadian jam 9 pagi itu, pengguna jalan raya terpaksa membunyikan hon dan menahan pacuan empat roda berkenaan kerana pemandunya tidak sedar kenderaannya merempuh motosikal mangsa bersama anaknya. Sumber berkata, lelaki berusia 48 tahun itu terpaksa menahan kesakitan selepas diseret tetapi bernasib baik apabila pemandu pacuan empat roda segera memberhentikan kenderaannya sebaik ditahan orang ramai. "Kemalangan berlaku apabila kedua-dua kenderaan itu dalam perjalanan ke Pending dari arah jambatan berkenaan, namun pemandu pacuan empat roda tidak menyedarinya lalu merempuh. Rempuhan itu menyebabkan motosikal dinaiki dua beranak terbalik. “Seorang daripada mangsa dikatakan tersangkut dengan kedua-dua tangan memegang besi penghadang pacuan empat roda manakala anak lelaki mangsa berusia 25 tahun terbaring di lokasi kemalangan. “Kemalangan itu menyebabkan penunggang motosikal itu parah dan orang awam segera menghulurkan bantuan mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawah kenderaan itu,” katanya. Katanya, anak penunggang motosikal itu hanya cedera ringan dan kedua-dua mereka dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan. “Sebelum itu, mangsa diberi rawatan oleh seorang doktor yang kebetulan berada tidak jauh dari lokasi kejadian sementara menunggu pegawai perubatan tiba di tempat kejadian,” katanya. Pemandu pacuan empat roda itu enggan ditemu bual dipercayai ketakutan akibat kejadian itu. Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut masih dijalankan. Sumber - myMetro

Rakan diperkosa depan mata
YULIDA menunjukkan tempat kejadian.
Miri: “Saya merayu supaya rakan saya (pembantu rumah) dilepaskan tetapi penjenayah tidak mempedulikan rayuan saya, sebaliknya terus menarik rakan saya itu dan membuka seluarnya sebelum dirogol di depan saya,” kata pembantu rumah Yulida Zailan, 39, mengenai perbuatan keji seorang daripada lima penjenayah yang bukan saja memecah rumah majikannya, malah merogol rakan sekerjanya wanita warga Indonesia berusia 33 tahun dalam kejadian di Taman Desa Indah 2 di sini, semalam. Dalam kejadian jam 2.30 pagi, penjenayah yang bersenjatakan parang dan memakai penutup muka menceroboh rumah berkenaan melalui pintu belakang dengan memotong jeriji tingkap. Ketika kejadian, majikan mangsa bercuti di Sabah manakala anak lelakinya tiada di rumah dengan hanya Yulida dan mangsa bersama seorang anak perempuan majikannya berusia enam tahun berada di rumah ketika itu. Yulida berkata, ketika rakannya dirogol, dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu cemas dan bimbang dirinya turut menjadi mangsa rogol. “Walaupun rakan saya menangis dan berulang kali merayu dilepaskan, namun rayuannya tidak dihiraukan, sebaliknya lelaki itu tetap bertindak ganas memperkosanya. Sumber - myMetro

Resah bersarang di hati
PENDUDUK kampung pedalaman menggunakan kereta api
untuk memasarkan hasil pertanian mereka.
Gua Musang: Keputusan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menutup landasan sektor Gemas-Gua Musang pada 27 Jun ini mengundang keresahan pengguna setia perkhidmatan itu. Kebanyakan mereka sudah sekian lama bergantung kepada kemudahan itu yang dianggap pengangkutan selamat dan murah. Rata-rata penumpang yang ditemui terkejut dan terkilan dengan keputusan itu yang dikatakan bertujuan menjaga keselamatan untuk kerja baik pulih. Seorang penumpang, Ramly Husin, 59, berkata ia bakal membebankan mereka kerana kebanyakan penduduk tinggal di tepi landasan dan menggunakan perkhidmatan kereta api untuk bergerak. Katanya, penduduk bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan itu yang menjimatkan perbelanjaan selain selesa ke destinasi dituju sama ada jauh atau dekat. “Saya kesal dengan keputusan itu kerana kami di sini selalu menggunakan perkhidmatan kereta api kerana ia murah dan selesa. “Saya berpendapat perkhidmatan kereta api di pantai timur boleh lumpuh kerana sebelum ini ramai penumpang dari Kelantan dan Pahang menggunakannya untuk ke Kuala Lumpur dan Johor,” katanya. Katanya, ia bukan saja menjejaskan penumpang malah juga aktiviti ekonomi setempat penduduk tempatan. “Ini pasti merugikan penduduk yang memasarkan hasil pertanian mereka menggunakan perkhidmatan kereta api,” katanya. Keputusan penutupan itu dicapai oleh KTMB dan SPAD baru-baru ini, yang meninjau tahap keselamatan di 11 lokasi landasan berkenaan, antara yang tertua di Malaysia dan kali terakhir dinaik taraf pada 1981. Susulan itu, Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu (KTMB) menuntut SPAD memberi penjelasan mengenai arahan penutupan sektor Gemas-Gua Musang. Seorang lagi penumpang, Suhaimi Harun, 46, berkata, paling menyukarkan ketika musim perayaan kerana ramai penduduk Kelantan berpusu-pusu pulang ke kampung. Katanya, dia tidak bersetuju dengan penutupan itu yang dianggap dilakukan tergesa-gesa tanpa memikirkan masa sesuai terutama ketika umat Islam mahu menyambut Ramadan dan Aidilfitri. “Ia menyukarkan ramai rakyat Kelantan pulang ke kampung kerana pengangkutan lain mungkin tidak dapat menampung jumlah penumpang,” katanya. Sementara itu, Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar ketika dihubungi, memaklumkan beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu hari ini. Sumber - myMetro

7 didakwa rosakkan surau
SEMUA tertuduh yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban, semalam.
Seremban: Tujuh lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret berasingan di sini, semalam, atas empat pertuduhan iaitu mencederakan seorang lelaki, khianat, berhimpun dan merosakkan sebuah surau di Mantin, dekat sini, minggu lalu. Bagaimanapun, semua tertuduh S Steven Kumar, 24, S Alex Manoah, 23, A Kumar, 20, N Daniel, 20, S Dinesh Kumar, 20, E Murugan, 25, dan C Seran Raj, 20, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa merosak dan mencemarkan sebuah surau di Sri Palma Villa, Mantin dengan niat menghina agama Islam iaitu merosakkan tingkap, pagar dan dinding surau itu pada jam 9.30 pagi, 14 Jun lalu. Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 149 kanun sama, memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Pertuduhan kedua, mereka didakwa mengadakan perhimpunan yang menyalahi undang-undang dengan merosakkan tingkap, pagar dan dinding surau di lokasi, masa dan tarikh yang sama. Berikutan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 149 kanun sama jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Selain itu, Steven Kumar turut berdepan pertuduhan menyebabkan kecederaan tangan dan kaki kiri Jaime Buotan, 50, menggunakan botol minuman keras di lokasi, masa dan tarikh sama. Dia berdepan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua seksaan itu, jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Majistret Siti Khairiah Abdul Razak kemudian membenarkan semua tertuduh diikat jamin RM7,000 bagi setiap pertuduhan dan tambahan RM4,000 terhadap Steven Kumar bagi pertuduhan ketiga serta menetapkan 4 Ogos depan untuk sebutan semula kes. Sementara itu, di Mahkamah Majistret berasingan, Daniel turut berdepan tuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melanggar pintu pagar surau berkenaan dengan van hingga mengakibatkan kerugian berjumlah RM2,600 jika sabit kesalahan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dan menetapkan sebutan semula kes 4 Ogos depan. Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Terrirudin Salleh manakala semua tertuduh diwakili peguam A Partheeban. Sumber - myMetro

Pekerja kedai batu permata mati ditikam
Gambar Hiasan
GEORGETOWN - Seorang lelaki Myanmar yang bekerja di kedai batu permata ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di dada dan leher di Jalan Samak, Medan Samak di sini hari ini. Mayat Tin Tun Myat, 24, yang berlumuran darah dan masih memakai topi keledar ditemui orang awam pada 9.40 pagi. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Asisten Komisioner Mohd Nasir Salleh berkata Tin yang menunggang motosikal untuk ke tempat kerja dilanggar sekumpulan lelaki dengan motosikal sehingga terjatuh sebelum ditikam dengan senjata tajam. "Polis percaya lebih daripada tiga lelaki terlibat dan motif pembunuhan masih disiasat. Polis akan meneliti rakaman litar tertutup dari premis berhampiran bagi mengenal pasti identiti penyerang," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian. Mohd Nasir berkata lelaki itu memiliki dokumen perjalanan yang sah dan polis kini mengesan warisnya untuk urusan tuntutan mayat. Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu supaya menghubungi pegawai penyiasat Insp Chien Chung Tsaur di talian 012-4087999 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Sumber - Bernama

MH370: Zon pencarian baharu tertumpu lebih jauh di zon selatan Lautan Hindi
CANBERRA: Zon pencarian terbaharu pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 akan tertumpu lebih jauh di zon selatan kawasan dasar laut di selatan Lautan Hindi.
Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss berkata lokasi baharu pencarian itu akan meliputi 1,800 kilometer (km) di perairan barat Australia.
“Selepas pemeteaan di dasar laut selesai, pencarian laut dalam secara komprehensif akan dijalankan selama 12 bulan yang akan bermula Ogos ini,” katanya pada sidang media khas mengenai pengumuman lokasi terbaru operasi carian pesawat Boeing 777 itu, di sini, sebentar tadi.
Truss berkata, lokasi terbaharu itu dipercayai kawasan terakhir MH370.
Sumber - Bernama
TOP
Imam luar negara tarawih empat masjid di KL, Putrajaya
PUTRAJAYA: Beberapa imam dari Mesir, Zimbabwe dan Syria akan mengimamkan solat sunat tarawih di empat masjid utama di Putrajaya dan Kuala Lumpur sepanjang Ramadan ini.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha berkata jemputan itu dibuat setahun sekali sebagai daya tarikan selain memberi peluang kepada para jemaah yang merindui kefasihan dan kelunakan alunan bacaan Al-Quran daripada orang Arab.
Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata Imam Syeikh Abdurrahman el-Dousuky Taha Radwan dari Mesir yang merupakan imam tarawih jemputan di Masjid Negara sejak 2010, akan mengimamkan solat tarawih di masjid yang sama kali ini.
"Imam jemputan bagi Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya ialah Imam Syeikh Dr Samy Abdul Rahman Al-Fakky dari Mesir dan Mufti Zimbabwe iaitu Imam Syeikh Ismail Musa Menk.
"Syeikh Romi Al Badawi dari Syria dan Syeikh Muhammad Munjji dari Mesir pula akan mengimamkan solat tarawih di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur," kata Othman.
Sementara itu, katanya, Masjid Putra, Putrajaya menjemput imam tarawih tempatan iaitu Pensyarah Jabatan Tahfiz dan Qiraat Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Ustaz Ikmal Zaidi Hashim Al Hafiz dan guru Sekolah Kebangsaan Puchong Ustaz Shamsulrijan Uwais Al-Qarny Ali Al Hafiz.
Sehubungan itu Othman berkata masyarakat Islam berdekatan dipelawa memanfaatkan peluang untuk menyertai solat tarawih di masjid-masjid utama ini.
"Semua masjid utama di bawah Jakim ini juga telah menyediakan pelbagai aktiviti bagi mengimarahkan Ramadan antaranya majlis berbuka puasa (Iftar Jamai'e), kaunter zakat fitrah, edaran bubur lambuk secara pandu lalu, program tadarus mengikut kumpulan sasaran, program Qiamullail dan tazkirah," katanya.
Sumber - BERNAMA
TOP
I-Card untuk penuntut luar negara di Malaysia
Gambar Hiasan
Petaling Jaya: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Kad Pelajar Antarabangsa atau I-Card untuk penuntut luar negara yang belajar di institusi pendidikan tinggi di negara ini, hari ini. Kad yang dikeluarkan Jabatan Imigresen yang berkuat kuasa 1 Julai itu mengandungi maklumat peribadi penuntut seperti nama, tarikh lahir, nombor pasport, institusi, tarikh tamat pas serta gambar. Beliau berkata, kad berkenaan sebagai langkah keselamatan selain bertujuan memenuhi keperluan serta menjaga kebajikan mereka yang menuntut di negara ini. Beliau berkata, kerajaan memberi tumpuan kepada pendidikan tinggi swasta, apatah lagi negara kini menjadi tumpuan penuntut luar negara yang berminat menyambung pengajian di negara ini. Menurutnya, daripada 156 institusi pendidikan swasta di negara ini pada 1992, kini terdapat lebih 533 institusi seperti universti, kolej university dan kolej di seluruh negara. "Jumlah penuntut semakin meningkat malah graduan yang berjaya menamatkan pengajian daripada 230,000 graduan pada 1990 kini mencecah sejuta graduan," katanya. Sumber - myMetro

Lelaki warga emas ditemui mati tepi bangunan
Gambar Hiasan
Johor Bahru: Seorang lelaki berusia 63 tahun yang hidup bergelandangan sejak lebih 10 tahun lalu ditemui mati di Jalan Meldrum, di sini, 6 petang semalam. Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, beberapa kakitangan jabatan itu menemui lelaki berkenaan ketika menjalankan operasi menyelamatkan gelandangan di sekitar pusat bandar raya. Beliau berkata, pada awalnya, lelaki berkenaan disangka terbaring dalam keadaan mabuk. "Kakitangan JKM khuatir apabila lelaki berkenaan dalam keadaan kaku sebelum menghubungi polis dan hospital berhampiran. "Lelaki berkenaan yang disahkan meninggal dunia itu pernah hidup bergelandangan lebih 10 tahun lalu dan kerap dilihat dalam keadaan mabuk. "Lelaki berkenaan pernah mendapatkan perlindungan di Desa Bina Diri Mersing beberapa tahun lalu namun memilih untuk kembali hidup bergelandangan, " katanya. Sumber - myMetro

Diskaun harga Viva hingga RM5,300
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengurangkan harga bagi semua varian Viva dengan potongan sehingga RM5,300, selaras dengan usaha membawa nilai lebih baik secara keseluruhan pemilikan kepada pelanggan.
Selain penurunan harga, Perodua memberi bonus tunai RM800 kepada mereka yang mendaftar pembelian Viva bermula 17 Jun dan 31 Ogos tahun ini.
Selain itu, turut ditawarkan pakej harga Perodua Viva baharu lebih murah sehingga RM6,100.
Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, selain pembelian berkenaan, pelanggannya juga berhak untuk mendapat pakej perkhidmatan percuma tiga tahun yang ditawarkan kepada semua pelanggan Perodua baharu.
Pengurangan harga bermula 17 Jun lalu di semua 181 cawangan jualan di seluruh negara.
Sumber - Bernama
TOP
Pertukaran menteri tak jejas operasi MH370
TAWAU - Pertukaran jawatan Menteri Pengangkutan tidak akan menjejaskan misi pencarian MH370 kerana kesinambungan usaha akan diteruskan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
"Saya yakin Menteri Pengangkutan kita yang baharu, Datuk Seri Liow Tiong Lai mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik. Oleh itu saya mahu kita jangan bimbang kerana strukturnya telah ada... saya mahu beritahu kepada keluarga kru dan penumpang bahawa saya juga tetap komited untuk membantu misi pencarian pesawat MH370 itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat dan mendengar taklimat keselamatan bersama Pemerintah Pasifik Kor Marin Amerika Syarikat Lt-Jen Terry Robling di Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2), di sini, hari ini.
Semua pihak terutama keluarga yang terlibat perlu yakin kerana komitmen yang diberikan oleh kerajaan tidak akan berhenti dan komitmen itu juga datang daripada peringkat tertinggi, katanya.
"Komitmen itu juga datang dari negara lain termasuk China dan Australia. Jadi sokongan itu telah ada dan jawatankuasa kementerian juga telah diwujudkan dan hari ini satu delegasi tertinggi akan ke Bejing untuk berbincang mengenai fasa baharu dan minggu lepas delegasi yang sama ke Canberra untuk berbincang dengan Australia," katanya.
Semalam Najib mengumumkan pelantikan tiga jawatan menteri dan tiga timbalan menteri dari kalangan pemimpin MCA dan Gerakan.
Selain Tiong Lai (Presiden MCA) turut dilantik ialah Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong masing-masing dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Mengulas lawatan bersama Pemerintah Pasifik Kor Marin Amerika Syarikat ke ATB 2 itu, Hishammuddin berkata pihak kementerian bersetuju untuk berkongsi pengalaman dalam isu keselamatan di negara ini khususnya di Sabah.
"Ia penting untuk kita mendapat sebanyak mungkin maklumat yang boleh membantu dalam perancangan yang dibuat perdana menteri berkaitan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Essom) dan ini bukan sahaja dari segi perancangan tetapi juga dari segi latihan dan juga risikan," jelas beliau.
Sementara itu, Hishammuddin berkata tugas pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berkisar kepada jenayah tradisi, penculikan, penyeludupan dan perdagangan manusia, tetapi kini lebih kepada ancaman militan.
"Jadi jangan kita samakan jenayah rentas sempadan itu dengan isu pencerobohan keganasan militan seperti apa yang kita lalui semasa di Lahad Datu awal tahun lepas. Pendekatan yang holistik, kerjasama lebih luas dngan negara-negara yang dapat memberi nilai tambah kepada perancangan kita akan diteruskan," katanya.
Turut hadir dalam lawatan itu ialah Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Pang Yuk Ming.
Sumber - Bernama
TOP
Lebih 700,000 rumah alami gangguan bekalan air
Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR - Lebih 700,000 rumah di sekitar wilayah Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam dan Hulu Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual hari ini. Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam kenyataan hari ini, berkata gangguan ini berikutan pengeluaran air terawat dari loji rawatan air yang berkaitan tidak dapat menampung permintaan air tinggi di kawasan itu. Syabas menjangkakan pemulihan bekalan air mengambil masa agak lama dan tidak dapat ditentukan kerana bergantung kepada bilakah loji rawatan air yang terlibat dapat mencapai pengeluaran maksimum dan jika terdapat sumber air terawat tambahan disediakan. Syabas akan terus menggerakkan lori tangki air dan tangki statik untuk pengagihan bekalan air kecemasan tetapi bantuan itu amat terhad serta tidak mampu menampung sepenuhnya permintaan pengguna di kawasan terlibat, katanya. Antara kawasan yang terlibat ialah:
Wilayah Gombak
· Air Panas · Aman Siara · Ampang Jaya · Ampang Jaya Water Front · Andaman Ukay · Astana Gemilang · AU1-AU5 · Balai Polis Gombak · Bandar Baru Ampang · Bandar Baru Selayang · Bandar Baru Wangsa Maju · Beverly Height · Bukit Antarabangsa · Bukit Idaman/Idaman Hills · Bukit Indah · Bukit Lela · Bukit Setiawangsa · Bukit Wangsa Mas · Dagang Jaya/Halaman Indah · Dataran Ukay · Desa Bakti · Desa Hussein Onn · Desa Lembah Pantai · Desa Melawati · Desa Minang · Gombak Setia · Harmonis · Industri Bolton · Intan Baiduri · Jalan Ampang · Jalan Chung Hwa Gombak · Jalan Genting Kelang · Jalan Hulu Kelang · Jalan Kepong · Jinjang Baru · Jinjang Selatan · Kampung Ampang Campuran · Kampung Ampang Indah · Kampung Baru Ampang · Kampung Cangkat · Kampung Dato Mufti · Kampung Datuk Keramat · Kampung Kemensah · Kampung Kerdas · Kampung Klang Gates · Selayang Utama · Sering Ukay · Setapak Jaya · Sri Edaran Kepong · Sri Gombak · Sri Melati · Sri Murni · Taman Ampang Indah · Taman Ampang Mewah · Taman Ampang Prima · Taman Ampang Utama · Taman Andaman Wangsa Maju · Taman Beringin Jinjang · Taman Bidara · Taman Bukit Ampang · Taman Bukit Ampang Permai · Taman Bukit Jaya · Taman Bukit Jubina · Taman Bukit Kemensah · Taman Bukit Mas Melawati · Taman Bukit Mewah · Taman Bukit Mulia · Taman Bukit Utama · Taman Bunga Raya · Taman Cahaya Indah · Taman Cemerlang · Taman Danau Kota · Taman DAR · Taman Desa Setapak · Taman Fadason · Taman Faizura Ampang · Taman Gombak Jaya · Taman Grandview Ampang Jaya · Taman Halaman/KESUMA · Taman Harmonis · Taman Hijau · Taman Hillview · Taman Ibukota · Taman Kamariah · Taman Kelab Ukay · Taman Kemensah Indah · Taman Kepong · Taman KOSAS · Taman Melati · Taman P. Ramlee Wilayah Klang/Shah Alam
· Bandar Putera · Batu 3 Shah Alam · Batu 8 Bukit Kemuning · Bukit Naga · Bukit Jelutong · Jlan Harum Estate · Jalan Hulubalang · Jalan Kebun · Jalan Kebun Nanas · Jalan Sellathevan · Kampung Baru HICOM · Kampung Kebun Bunga · Kampung Lombong · Kota Kemuning · Lorong Seri Gambut · Puncak Perdana · Putra Height · Seksyen 1-3, Shah Alam, · Seksyen 7-9, Shah Alam · Seksyen 11-13, Shah Alam · Seksyen 16, Shah Alam · Seksyen 22, Shah Alam · Seksyen 25 (Axis), Shah Alam · Seksyen 26-28, Shah Alam · Seksyen 32,33, Shah Alam · Taman Alam Impian, Seksyen 35, Shah Alam · Bukit Rimau · Berjaya Park · Johan Setia · Sri Lembayung · Subang Mas · Taman Alam Nyata · Taman AMJ · Taman Cahaya SPK · Taman D’Kayangan · Taman Desa Kemuning · Taman Desa Latania · Taman Kandis Permai · Taman Samarinda · Taman Sentosa · Taman Sunway Suria · Taman Subang Impian Wilayah Petaling
· Seluruh USJ Subang Wilayah Kuala Lumpur
· Flat DBKL Dato Keramat · Jalan Padang Tembak · Jalan Semarak · Jalan Gurney · Kementah · Pulapol · Wisma Tanah · JUPEM · Universiti Teknologi Malaysia (UTM) · FELDA · Pusat Latihan Telekom · Jalan U-Thant · Jalan Ampang Hilir · Taman Pandan Jaya · Taman Cempaka · Taman Bakti · Taman Nirwana · Kampung Pandan Dalam · Taman Cahaya · Pandan Cahaya · Taman Dagang · Taman Shamelin Perkasa · MINDEF · Taman Tenaga · Taman Miharja · Taman Kobena · Desa Pandan · Flat Sri Melaka · Jalan Kent 1 hingga 7 · Taman Putra Sulaiman · Taman Pandan Utama · Bandar Sri Permaisuri Senarai bagi wilayah Hulu Langat tidak disertakan dan juga beberapa kawasan lain yang turut terjejas.

Apple Dilaporkan Akan Mengeluarkan Pengeluaran iPhone Bersaiz Besar Pada Bulan Hadapan
Apple pada tahun ini telah diperkatakan bakal hadir dengan dua variasi saiz iPhone, yang mana lebih besar berbanding iPhone sedia ada di pasaran pada hari ini. Mengikut Bloomberg, Apple sedang menyiapkan dua telefon pintar, iaitu pada saiz 4.7-inci dan juga pada saiz 5.5-inci.
Ia dilaporkan kedua-dua variasi telefon pintar Apple ini akan memulakan pengeluaran mereka pada bulan hadapan, dan bakal dijual bermula di Amerika Syarikat sekitar bulan September kelak.
Dari segi rekabentuk, kedua-dua peranti ini dikatakan akan membawakan rekaan yang lebih nipis, dan lebih bulat berbanding versi sebelum ini. Apple turut dikatakan akan menyertakan sokongan sensor yang lebih baik pada peranti mereka ini.
Di pasaran mudah-alih hari ini, kebanyakkan peranti yang dijual bersaiz sekitar 5-inci, dimana pengguna meminati skrin lebih besar yang memudahkan mereka menikmati fail berbentuk multimedia, memainkan permainan, membaca web dan melakukan pelbagai tugasan lain dengan mudah. Perkara ini sekaligus memberikan tekanan kepada pihak Apple untuk hadir dengan peranti bersaiz lebih besar berbanding tawaran sedia ada mereka.
Kedua-dua telefon pintar baru daripada Apple ini bakal menggunakan iOS 8 sebagai sistem operasinya.
Sumber: Amanz.my
TOP
EKSKLUSIF! "Saya Dan Isteri Sudah Bercerai Tujuh Hari Lalu" - Munir
Bekas anggota Phyne Ballerz yang juga pelakon, Munir telah membuat pengakuan kepada Media Hiburan Online bahawa dia dan isterinya, Yuhaznimie Yaakob telah sah bercerai pada 18 Jun, kira-kira tujuh hari yang lalu.
Pasangan ini memfailkan perceraian di Mahkamah Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan segala-galanya selesai selepas dia menjatuhkan talak secara sah ke atas bekas isterinya itu pada hari tersebut.
"Jodoh kami sampai setakat ini sahaja. Keputusan ini dibuat atas persetujuan bersama tetapi atas permintaan dia. Dalam perceraian, saya perlu memberitahu kepada umum supaya tidak timbul fitnah suatu hari nanti. Sekarang bekas isteri masih dalam tempoh edah.
"Sebenarnya sudah setahun kami cuba memperbaiki hubungan ini malah kami juga pernah mengambil pendekatan untuk pergi bercuti bersama. Tetapi akhirnya berpisah juga jalan terbaik untuk kami.
"Awalnya saya terkejut tetapi selepas menjatuhkan talak, hati saya rasa tenang. Ini merupakan pengajaran dalam hidup saya dan ianya adalah ketentuan Allah," ujar selebriti berusia 40 tahun ini yang masih kelihatan sedih dengan situasi tersebut.
Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2007 yang lalu dan mereka juga tidak mewar-warkan majlis tersebut kepada umum. Sepanjang tujuh tahun usia perkahwinan, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Sumber: Media Hiburan Karangkraf
TOP
Kes Cerai Nurul Izzah Ditangguh 7 Ogos
KUALA LUMPUR – Mahkamah Rendah Syariah, di sini, hari ini menetapkan tarikh 7 Ogos depan bagi perbicaraan kes perceraian Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
Hakim Syarie Ab Malek Awang menetapkan keputusan terbabit bagi membolehkan pihak defendan meneliti dan menilai laporan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pendamai terhadap kes perceraian Izzah dan pasangannya selaras dengan Seksyen 47 (8)(9) dan (10).
Semasa perbicaraan, defendan iaitu suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim tidak hadir ke mahkamah dan hanya diwakili oleh peguamnya, Zulkifli Che Yong.
Menurut peguam defendan, laporan tersebut perlu diteliti oleh pihaknya sebelum meneruskan segala prosiding ke atas kes tersebut diteruskan.
“Dalam Seksyen tersebut, mahkamah boleh memberi arahan kepada Jawatankuasa Pendamai mengenai penjalanan pendamaian dan ia hendaklah menjalankannya mengikut arahan itu, jika jawatankuasa itu tidak dapat bersetuju atau jika Mahkamah tidak berpuas hati mengenai penjalanan perdamaian itu, Mahkamah boleh memecat jawatankuasa itu dan melantik jawatankuasa lain bagi menggantikannya.
“Jawatankuasa itu hendaklah meminta pihak-pihak itu hadir dan hendaklah memberi tiap-tiap seorang daripada mereka peluang untuk didengar dan boleh mendengar mana-mana orang lain dan membuat apa-apa penyiasatan yang difikirkannya patut dan boleh, jika ia fikirkan perlu, menangguhkan prosidingnya dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita.
Nurul Izzah memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, pada awal Januari.
Pasangan tersebut yang dikurniakan dua orang anak berumur tujuh dan empat tahun telah berkahwin sejak 9 Mei 2003.
Sumber: Sinar Online
TOP
Chew Mei Fun Angkat Sumpah Jawatan Senator
KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun pada Khamis mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Ia merupakan pelantikan semula beliau sebagai Senator untuk penggal kedua dan akan akan berkhidmat bagi tempoh tiga tahun.
Pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan Chew sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selain penyertaan beberapa anggota MCA dan Parti Gerakan dalam Kabinet.
Chew, ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut berkata, beliau amat berterima kasih kepada Perdana Menteri serta Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai atas kepercayaan yang telah diberikan.
“Dengan pelantikan saya sebagai Senator hari ini, serta pengumuman yang dibuat Perdana Menteri semalam, saya percaya ini merupakan platform bagi saya untuk terus menyumbang kepada kemajuan negara dan menjamin keharmonian kaum secara lebih berkesan,” katanya.
Sumber: BERNAMA
TOP
Syed Mokhtar, Tony Wira Dalam Forbes Asia
KUALA LUMPUR – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan tauke AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, muncul dalam senarai tahunan terbaru Wira Dermawan Forbes Asia.
Dalam satu kenyataan hari ini, Forbes Asia berkata, Syed Mokhtar telah menderma US$500 juta kepada mereka yang terbabit dalam beberapa bencana alam di Asia dan tempat lain.
“Mereka yang mendapat bantuan itu termasuk pelarian di Pakistan, anak yatim di Guinea dan program pemulihan untuk mangsa bencana di China, Indonesia and Iran,” katanya.
Sementara itu, Fernandes melalui Yaysan AirAsia telah mengumpul lebih daripada AS$2 juta untuk mangsa Taufan Haiyan pada November lalu di Filipina untuk membina semula tempat tinggal dan membantu mereka membuka kedai runcit di rumah.
Tokoh dermawan lain yang turut tersenarai ialah Rohini Nilekani dari India yang menyumbangkan kira-kira US$40 juta dalam tempoh beberapa tahun lalu.
Beliau menubuhkan Amanah Arghyam yang menyokong projek untuk melindungi air bawah tanah serta meningkatkan kebersihan di India.
“Beliau juga telah mendermakan dana yang dikumpul daripada jualan saham Infosys bagi meningkatkan kualiti undang-undang India serta memelihara biodiversiti,” kata Forbes Asia.
Senarai Wira Dermawan itu menonjolkan 48 dermawan terkemuka Asia Pasifik daripada bilionair dengan wawasan bagaimana cara terbaik untuk membantu masyarakat sehingga kepada ahli perniagaan yang kurang terkenal.
Senarai itu juga memberi penghormatan kepada dermawan terbabit, empat orang bagi setiap satu daripada 12 pasaran di rantau Asia Pasifik. - BERNAMA
TOP
Karpal Singh Diberi Anugerah Perkhidmatan Awam
SHAH ALAM – Mendiang Karpal Singh akan diberi Anugerah Perkhidmatan Awam sebagai pengiktirafan terhadap perkhidmatan beliau yang penuh dedikasi kepada negara selama lebih 40 tahun, kata Pengerusi Gandhi Memorial Trust (GMT) S.Radhakrishnan.
Beliau berkata anugerah anumerta itu akan disampaikan GMT pada satu majlis khas di Royal Selangor Club, Kuala Lumpur pada 30 Jun.
Radhakrishnan menyifatkan Karpal Singh, bekas pengerusi kebangsaan DAP dan anggota Parlimen Bukit Gelugor, sebagai peguam yang bijak, ahli politik dan anggota Parlimen yang pintar dan paling istimewa, seorang aktivis hak asasi manusia yang berjiwa kental.
“Sepanjang hayatnya, Karpal Singh memperjuangkan keadilan sosial serta menjunjung tinggi Perlembagaan Persekutuan dan Kedaulatan Undang-undang.
“Beliau adalah harta negara dan akan amat dirindui serta diingati kerana sumbangan dan pengorbanan besarnya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang menjadi kebanggaan kita semua di Malaysia,” katanya kepada Bernama.
Karpal Singh, yang digelar ‘Harimau Jelutong’, meninggal dunia dalam nahas jalan raya di Km306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung, Kampar pada awal pagi 17 April. Beliau berusia 74 tahun.
Radhakrishnan berkata GMT mengundang empat individu terkemuka dalam bidang guaman untuk memperkatakan tentang pelbagai sisi kehidupan dan kerjaya Karpal Singh sebelum penyampaian anugerah itu.
Mereka ialah bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi undang-undang Datuk Mohd Zaid Ibrahim, bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan dan peguam Datuk Jagjit Singh, katanya.
Isteri Karpal Singh, Gurmit Kaur dan semua anak beliau akan menghadiri majlis itu di samping 20 duta dan pesuruhjaya tinggi serta beberapa hakim dan bekas hakim.
Mereka yang ingin menghadirinya atau ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh berbuat demikian dengan menghantar emel kepada radhakrishnan@shearndelamore.com. - BERNAMA
TOP
Kapal Dagang Asing Ditahan Di Tanjung Piai
Johor Bahru – Kapal dagang yang berdaftar di Monrovia, Liberia, ditahan selepas didapati bersauh tanpa kebenaran di perairan Tanjung Piai, di sini, tengah hari semalam.
Kapal berkenaan dikesan pasukan peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilauah Selatan yang sedang menjalankan Ops Satria Selatan pada 12.50 tengah hari.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Johor Bahru, Kapten Aminuddin Abd Rashid dalam satu kenyataan media berkata, kapal berkenaan dikesan bersauh di kedudukan 1.8 batu nautika di barat daya Tanjung Piai.
Menurutnya, kapal berkenaan yang membawa 22 anak kapal warga Taiwan dan China itu didapati gagal melaporkan ketibaannya kepada Pengarah Laut Malaysia dan gagal membayar dius api.
Menurutnya, pemilik kapal boleh didakwa mengikut Seksyen 491B(1)(I) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 dan Seksyen 3 Akta Dius Api Persekutuan 1953.
Sumber: myMetro online
TOP
Kassim Ahmad Cabar Keputusan Pendakwa
KUALA LUMPUR – Bekas aktivis politik dan sosial, Dr Kassim Ahmad hari ini memfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk mencabar keputusan pihak pendakwaan yang mendakwanya terhadap dua pertuduhan iaitu menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama.
Kassim, 81, yang hadir di mahkamah bersama-sama peguamnya Abdullah Khubayb Awaluddin, memfailkan permohonan itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas melalui Tetuan Lee Hishammuddin Allen & Gledhill.
Beliau menamakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Ibrahim Deris, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan kerajaan Malaysia sebagai responden.
Dalam permohonannya, beliau antara lain memohon suatu perintah certiorari untuk membatalkan keputusan Ketua Pendakwa Syarie pada 27 Mac yang mendakwanya terhadap dua pertuduhan iaitu menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya.
Beliau memohon supaya prosiding kesnya di Mahkamah Tinggi Syariah digantung sehingga permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman itu diputuskan.
Kassim juga memohon suatu perintah membatalkan tindakan dan keputusan pegawai-pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) yang menyerbu, menggeledah dan menyita bahan terbitannya, memeriksa, menahan, menangkap dan mengeluarkannya dari Kedah dan membawanya ke Wilayah Persekutuan.
Beliau juga mahu suatu perintah membatalkan apa jua waran tangkap, geledah, sita dan bon yang dikenakan kepadanya.
Kassim juga memohon suatu deklarasi bahawa tindakan pencerobohan pegawai Jawi dan pendakwaan terhadapnya adalah ultra vires dan bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Akta-Akta Syariah Wilayah Persekutuan dan Enakmen-Enakmen Syariah Kedah.
Beliau memohon suatu deklarasi bahawa kesalahan melanggar fatwa Wilayah Persekutuan hanya terpakai kepada pemastautin di Wilayah Persekutuan sahaja.
Sementara itu Abdullah Khubayb memberitahu pemberita bahawa pihaknya juga memfailkan permohonan itu bersama-sama sijil perakuan supaya kes itu didengar segera. Bagaimanapun katanya tiada tarikh ditetapkan mahkamah setakat ini.
Pada 27 Mac lepas, Kassim mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu di Mahkamah Tinggi Syariah. Kes itu akan dijadual disebut semula pada 17 Julai.
Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu dalam ‘Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian Hala Tuju Bangsa dan Negara Malaysia Untuk 30 Tahun Akan Datang’ di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8, Putrajaya, pada 15 dan 16 Feb lepas.
Kassim antaranya dituduh menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina selain mengingkari pihak berkuasa agama, perintah Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam, Majlis Agama Islam atau Mufti.
Kassim dituduh mengikut Seksyen 7 (b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 9 akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – BERNAMA
TOP
Pekerja Kedai Batu Permata Mati Ditikam
GEORGETOWN – Seorang lelaki Myanmar yang bekerja di kedai batu permata ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di dada dan leher di Jalan Samak, Medan Samak di sini hari ini.
Mayat Tin Tun Myat, 24, yang berlumuran darah dan masih memakai topi keledar ditemui orang awam pada 9.40 pagi.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Asisten Komisioner Mohd Nasir Salleh berkata Tin yang menunggang motosikal untuk ke tempat kerja dilanggar sekumpulan lelaki dengan motosikal sehingga terjatuh sebelum ditikam dengan senjata tajam.
“Polis percaya lebih daripada tiga lelaki terlibat dan motif pembunuhan masih disiasat. Polis akan meneliti rakaman litar tertutup dari premis berhampiran bagi mengenal pasti identiti penyerang,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.
Mohd Nasir berkata lelaki itu memiliki dokumen perjalanan yang sah dan polis kini mengesan warisnya untuk urusan tuntutan mayat.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu supaya menghubungi pegawai penyiasat Insp Chien Chung Tsaur di talian 012-4087999 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Sumber: BERNAMA
TOP
Microsoft Bakal Memperkenalkan Peranti Lumia Baru Di Malaysia Minggu Hadapan
Nampaknya, tidak lama lagi satu lagi peranti Lumia baru akan memasuki pasaran Malaysia, dimana pihak Microsoft menjadualkan sebuah acara khas untuknya pada 30 Jun ini.
Apa pun, Microsoft tidak memberikan nama model telefon Lumia yang mereka bakal lancarkan, sebaliknya melalui emel yang dihantar pihak Microsoft menekankan kepada inovasi dan rekaan pada Lumia.
Secara kasarnya, ia dilihat sebagai salah satu peranti utama dibawah keluarga Lumia, dan berkemungkinan adalah Lumia 930. Perkara ini juga selari dengan pengumuman ketika pengenalan April lepas, dimana Nokia menyasarkan untuk memasarkan Lumia 930 di Asia bermula Jun.
Untuk makluman, Lumia 930 hadir dengan skrin bersaiz 5-inci, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 800 2.2Ghz, memori 2GB RAM, bateri berkapasiti 2420mAh, dan menyokong rangkaian LTE. Fokus turut diberikan pada bahagian kamera, dimana ia menyertakan kamera 20-megapixel PureView, sokongan OIS dan dilengkapi optik ZEISS. Seperti biasa, kami akan membawakan kemaskini langsung daripada acara Microsoft ini kelak pada hari Isnin hadapan, dan sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh mereka. Sumber: Amanz.my

Remaja Berjaya Selfie Dengan Ratu Elizabeth
BELFAST – Seorang remaja Ireland, Jack Surgenor, 14, telah bertindak di luar dugaan apabila meluru ke arah Ratu Elizabeth semata-mata mahu merakamkan gambar selfie dirinya bersama pemerintah Britain itu yang melakukan lawatan rasmi ke Ireland utara selama tiga hari.
Kejadian berlaku sewaktu rombongan diraja itu berada di pasar tertutup St George di sini untuk sesi lawatan.
Gambar selfie Surgenor itu kemudian telah didedahkan oleh rancangan televisyen, ITV News.
Melalui satu rakaman pendek yang disiarkan, Ratu Elizabeth kelihatan sedikit terkejut apabila secara tiba-tiba seorang remaja lelaki melompat keluar daripada kelompok orang ramai semata-mata mahu merakam gambar selfie.
Gambar selfie bersama pemerintah Britain itu kemudian telah tersebar dengan meluas dalam laman sosial.
Dalam lawatan itu, Ratu Elizabeth turut melawat ke set studio sewaktu penggambaran filem Titanic. – Agensi
TOP
Samsung, LG Lancar Jam Pintar Perisian Baru Google
SEOUL – Samsung dan LG hari ini melancarkan jam tangan pintar yang menggunakan perisian terbaharu Google yang bakal mencetuskan satu lagi saingan pasaran dalam industri telefon pintar dan digital.
Dikenali sebagai Samsung “Gear Live” and LG “G Watch” — kedua-duanya menggunakan Android Wear — aplikasi pertama yang menggunakan perisian baru Google yang dibangunkan khas untuk pengguna jam.
G Watch — jam pintar pertama keluaran LG — juga dilengkapi dengan khidmat pengenalan suara Google dan mampu melakukan tugasan mudah termasuk menyemak emel, menghantar pesanan ringkas, dan melakukan operasi carian online menerusi arahan suara pemilik atau penggunanya.
Dua aplikasi di telefon ini bagaimanapun tidak boleh melakukan panggilan telefon namun ia boleh dihubungkan dengan mana-mana telefon pintar yang mempunyai pangkalan Android, demikian menurut dua firma Korea Selatan itu dalam kenyataan berasingan.
Samsung dan LG kini adalah pembuat dan pengeluar telefon pintar keempat terbesar di dunia.
Jam pintar biasa membolehkan pengguna membuat panggilan, menerima teks dan emel, mengambil gambar dan juga mengakses aplikasi.
G Watch mula dibuka untuk tempahan menerusi dalam talian hari ini di 12 negara termasuk Amerika Syarikat, Perancis dan Jepun sebelum berada di pasaran biasa di 27 lagi negara termasuk Brazil dan Russia, awal Julai ini.
Gear Live juga boleh dibeli menerusi dalam talian mulai hari ini.
Samsung memperkenalkan jam pintar Android pertamanya dikenali Galaxy Gear tahun lalu namun tidak mendapat sambutan hanya daripada pengguna.
Edisi kedunya, Gear II, dikeluarkan Februari lalu dengan menggunakan perisian Samsung sendiri iaitu Tizen.
Pesaingan Samsung, Apple dipercayai akan melancarkan jam pintarnya sendiri tidak lama lagi, manakala Google bergerak ke hadapan untuk melancarkan Google Glass iaitu perisian menerusi mata pengguna, lewat tahun ini.
Pembuat telefon pintar China, Huawei juga mempunyai jam tangan pintar dikenali TalkBand.
Pasaran global jam pintar dijangka mencapai pertumbuhan lebih 500 peratus tahun ini daripada 1.9 juta unit pada 2013, demikian menurut penyelidik pasaran Strategic Analytics.
Sumber: AFP
TOP
Maya Karin Jawab Kenapa Kerap Ke London
TOP
Setelah Kumpul Aset, Anzalna Sahkan Kahwin Tahun Depan
Selama ini setiap kali diajukan soalan bilakah dia mahu menamatkan zaman anak daranya, pelakon cantik Anzalna sekadar tersenyum dan mengatakan semoga jodohnya bersama jejaka pilihannya, Hanif Zaki dipercepatkan.
Sudah lama juga Anzalna menjalin cinta dengan jejaka kelahiran ibu kota itu. Dulu kerap juga dia membawa kekasihnya itu di acara-acara hiburan. Tetapi sejak akhir-akhir ini heroin drama ‘Aku Isterinya’ ini jarang sekali ditemani Hanif.
Ditanya mengenai perkembangan hubungan mereka, Anzalna memberitahu hubungan mereka seperti biasa. Masing-masing sibuk dengan kerjaya.
“Alhamdulillah, hubungan kami okay. Semuanya berjalan lancar. Dia pun sekarang ni sibuk bekerja sebab tu dia dah semakin jarang temankan saya di majlis-majlis sebegini”, jelas Anzalna ketika ditemui pada majlis pelancaran Kosmetik Fesyen Pertama Malaysia, Airish Miracle di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, baru-baru ini.
“Kalau tiada aral, kami nak kahwin tahun depan. Alhamdulillah, sekarang ni saya dah mampu memiliki aset seperti rumah dan kereta. Itu memang target saya sebelum berkahwin sebab saya tak mahu nanti hanya bergantung pada suami
“Sekarang ni saya tunggu ibu bapa saya pulang dari United Kingdom dulu. InsyaAllah selepas itu saya dan dia akan melangsungkan perkahwinan. Majlis akan diadakan di Kuala Lumpur”, tambah Anzalna lagi ketika ditanya mengenai perancangan masa depan.
Bantu Pesakit Kanser
Dalam pada itu, aktres berdarah campuran Cina-Melayu -Punjabi ini sibuk dengan persiapan untuk aktiviti amal kebajikan yang akan dijalankan pada bulan Ramadan nanti. Jelas Anzalna, dia bersama beberapa rakan akan melawat kanak-kanak yang mengidap penyakit kanser di hospital-hospital terpilih dan menghulurkan bantuan berupa makanan dan permainan serta sumbangan sejumlah wang. Selain itu, aktiviti amal kebajikan ini juga akan dialankan di beberapa rumah orang-orang tua sekitar ibu kota. “Sebenarnya ini tahun ketiga saya buat aktiviti ni. Tahu lalu saya diundang menyertai aktiviti amal kebajikan yang dijalankan kerabat diRaja Selangor. Tapi tahun ini saya bergerak sendiri. Perancangannya, saya bersama beberapa rakan dan juga fans club saya akan mengutip derma juga sumbangan daripada orang ramai. Kemudia kami akan serahkan pada mereka yang memerlukan. “Saya pilih kanak-kanak yang mengidap penyakit kanser kerana pada aktiviti kebajikan lalu, saya ada melawat kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini. Hati saya tersentuh bila melihat penderitaan mereka. Kanak-kanak yang hidupnya tipis dan bila-bila masa saja akan menemui ajal. Saya tak boleh tengok mereka lama-lama. Saya sedih. Kerana tu saya terpanggil untuk menghulurkan bantuan setakat mana yang saya mampu”, katanya. Tambahnya lagi, untuk aktiviti amal kali ini sasaran sumbangan derma yang mahu dikumpul sebanyak sekurang-kurangnya RM10,000. Bagi peminat yang ingin menyumbang apa jua bentuk sumbangan, boleh mengikuti perkembangan di laman sosial Facebook, Instagram, dan Twitter Anzalna. Sumber: Malaysian Digest

10,020 Penjawat Awam Bakal Memiliki Rumah Sendiri
PUTRAJAYA – Masalah perumahan penjawat awam di Putrajaya dijangka akan dapat dikurangkan dengan siapnya fasa pertama Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) pada 2017.
Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Tan Sri Aseh Che Mat berkata dengan siapnya projek perumahan itu, sejumlah 10,020 penjawat awam bakal memiliki rumah sendiri.
“Jadi pemohon yang sekarang tinggal di kuarters akan berpindah ke rumah sendiri membolehkan kekosongan kuarters diberikan kepada penjawat awam lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata sebaik siapnya PPA1M Fasa 1, pihaknya akan merancang bagi pembinaan Fasa 2.
“Ia masih dalam perancangan tetapi mungkin kali ini kita akan beri peluang kepada penjawat awam untuk memiliki rumah jenis teres atau banglo pula,” katanya.
Terdahulu Aseh menghadiri Majlis Cabutan Undi PPA1M siri keempat untuk PPA1M Pangsapuri Larai, disempurnakan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
PPA1M Pangsapuri LARAI akan dibina di Presint 6, menyediakan 1,680 unit rumah.
Sebelum ini, terdapat tiga lagi siri cabutan membabitkan 1,263 unit rumah untuk projek perumahan Selasih, Presint 17 dan Palma, Presint 11; 1,062 unit rumah untuk projek perumahan Seruling Presint 5; 1,167 unit rumah untuk projek perumahan Jintan Presint 16 dan Melinjau Presint 11.
Sehingga kini, sebanyak 5,172 unit rumah PPA1M telah ditawarkan dan sebanyak 10,020 permohonan yang diterima.
Aseh berkata semua pemohon yang layak dan menepati kriteria berpeluang memiliki rumah PPA1M menerusi beberapa lagi siri cabutan undi yang akan dijalankan PPj. ─ BERNAMA
TOP
Bas Terbabas Termasuk ke dalam Longkang.
Lapan penumpang menempuh detik cemas apabila bas yang di naiki termasuk ke dalam longkang.
Lapan penumpang tersebut terpaksa dikeluarkan ikut cermin depan yang dipecahkan selepas bas
ekspres mereka naiki terbabas.
Kejadian berlaku di Jalan Baru Prai, dekat Taman Chai Leng, Perai,pada jam 6 pagi ini. Sumber: myMetro online / Ohpilihanku.blogpost.com
Kejadian berlaku di Jalan Baru Prai, dekat Taman Chai Leng, Perai,pada jam 6 pagi ini. Sumber: myMetro online / Ohpilihanku.blogpost.com
TOP
Murid Perempuan 9 Tahun Dilarikan Sebelum Dicabul
IPOH – Seorang pelajar perempuan berusia sembilan tahun menempuh detik cemas apabila dilarikan oleh seorang lelaki berdekatan Sekolah Rendah Kebangsaan Aminuddin Baki, Slim River sebelum dicabul dalam sebuah pondok di kawasan jirat di Jalan Slim Lama, semalam.
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, suspek dikatakan mendekati mangsa di Stesen Bas Slim River dan berpura-pura bertanya kepada mangsa sama ada mahu membeli buku, sebelum mengajak kanak-kanak itu menaiki keretanya.
Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nayan berkata, ketika di dalam kereta, suspek mengugut mangsa supaya tidak melarikan diri.
Beliau berkata, suspek kemudian membawa mangsa sebelum memberhentikan keretanya di kawasan jirat berkenaan dan memaksa mangsa pergi ke sebuah pondok di situ.
“Apabila berada di dalam pondok berkenaan, suspek mengarahkan mangsa membuka kasut dan seluar dan mencabul kehormatannya. Selepas beberapa minit suspek beredar dari situ dan ketika itu mangsa melarikan diri.
“Pada kira-kira jam 1.50 tengah hari, seorang wanita yang sedang memandu sebuah kereta di jalan berkenaan melihat mangsa berlari di tepi jalan dalam keadaan ketakutan.
“Wanita itu kemudian memberhentikan kenderaannya dan bertanya kepada mangsa. Selepas mengetahui kejadian sebenar, wanita terbabit membawa mangsa ke Balai Polis Slim River,” katanya ketika dihubungi di sini.
Othman berkata, bapa mangsa berusia 43 tahun yang turut dimaklumkan oleh kakak mangsa berusia 12 tahun bergegas ke balai polis dan terkejut melihat mangsa sudah berada di situ.
Beliau berkata, dua anggota kereta peronda polis (MPV) mengesan kenderaan suspek kira-kira jam 2.30 petang iaitu PROTON Wira Aeroback berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WKQ 907 sebelum cuba menahannya.
“Bagaimanapun suspek enggan memberhentikan kenderaan sebaliknya memecut laju menghala ke arah Plaza Tol Slim River menghala Ipoh.
“Ketika di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berlaku kejar-mengejar dan anggota MPV meminta bantuan. Suspek kemudian merempuh palang Plaza Tol Sungai dan terus menghala ke pekan Sungkai.
“Semasa kejar-mengejar di pekan Sungkai pula, kenderaan suspek telah melanggar sebuah PROTON Exora milik orang awam sebelum terus memasuki Taman Desa Idaman Sungkai. Bagaimanapun, anggota MPV berjaya mengesan dan menghalang laluan suspek, namun suspek bertindak melanggar MPV berkenaan di bahagian hadapan sisi kiri.
“Dengan bantuan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Tanjung Malim dan Unit Rondaan Bermotosikal Slim River telah berjaya menahan suspek bersama seorang wanita dan kanak-kanak lelaki dipercayai isteri dan anaknya untuk siasatan lanjut,” katanya.
Othman berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 363 dan 354 Kanun Keseksaan iaitu menculik dan mencabul.
Katanya, mangsa sudah dihantar ke Hospital Slim River untuk pemeriksaan dan hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan mangsa diperkosa.
Sumber: BH Online
TOP
Perompak Tawar Diri Untuk Jadi Kekasih!
BANDAR BAHARU – Pelik tapi benar! Detik berhadapan dengan penyamun sepatutnya menjadi saat mendebarkan boleh bertukar menjadi satu koleksi cerita lucu yang mungkin diingati sampai bila-bila.
Situasi itulah yang berlaku kepada seorang gadis apabila seorang daripada empat lelaki yang memecah masuk kediamannya di Kampung Permatang Pasir, awal pagi semalam, menawarkan diri untuk menjadi teman lelaki.
Gadis dikenali Nurul, 24, penuntut sebuah universiti berkata, lelaki berusia lingkungan 25 tahun itu mengakui meminatinya dalam diam dan berhasrat untuk menjadikannya teman wanita.
Menurutnya, lelaki itu juga memaklumkan sering memerhatikannya terutama di majlis keramaian yang diadakan di kawasan itu.
“Dalam sibuk mereka cari barang, lelaki itu setia berada dekat dengan saya, dia tak ikat saya, cuma ajak saya berbual-bual, hampir satu jam juga kami berbual.
“Dia juga kata nak jadi rakan dalam Facebook dan mahukan nombor telefon supaya senang untuk berbual nanti. Saya tak dapat kenal siapa mereka, sebab pakai topeng,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Hadir sama, Setiausaha Pertubuhan Sukarela Keselamatan dan Kebajikan Islam Kerian (PSKK), Abdul Sukur Ahmad.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, empat lelaki berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun itu dipercayai memecah masuk rumah berkenaan melalui pintu belakang sebelum mengikat tiga ahli keluarga lain iaitu, kakak, abang ipar dan anak saudara Nurul.
Selain wang ringgit, barang kemas, dua komputer riba, telefon bimbit dan sebuah gitar dengan nilai keseluruhan hampir RM10,000 turut dilarikan kumpulan itu.
Nurul berkata, ketika kejadian, dia sedang tidur dalam biliknya sebelum dikejutkan dua lembaga hitam yang berdiri di atas katil.
Katanya, tergamam dengan kehadiran dua lelaki tidak dikenali itu, dia cuba menjerit meminta tolong, namun mulutnya segera ditutup.
“Saya disuruh baring atas katil, seorang daripada mereka ada cuba buat sesuatu, namun dihalang seorang lagi rakan.
“Saya rasa mungkin itu ketua kumpulan sebab dia siap bagi amaran akan membelasah mereka sekiranya saya diapa-apakan,” katanya.
Sementara itu, abang ipar mangsa dikenali Razak, 35, tidak menolak kemungkinan, kumpulan lelaki itu merupakan orang tempatan.
“Saya percaya mereka memecah masuk rumah kami melalui salah satu pintu belakang rumah dan melarikan diri dengan meredah semak-samun di belakang rumah, ini kejadian pertama berlaku di rumah ini.
“Apa-apapun saya bersyukur, semua ahli keluarga selamat walaupun ada antara mereka ugut akan memperkosa adik ipar saya sekiranya melawan,” katanya.
Laporan polis dibuat di Balai Polis Bandar Baharu, jurucakap polis ketika ditemui mengesahkan kejadian dan menegaskan siasatan masih sedang dijalankan.
Dalam pada itu, Abdul Sukur menegaskan, PSKK menawarkan kesediaan untuk membantu polis dalam mempertingkatkan rondaan di sekitar kawasan Kampung Permatang Pasir terutama pada waktu malam.
Sumber: Sinar Online
TOP
Polis Indonesia guna Lamborghini?
Jakarta: Dua kereta peronda polis yang dipamerkan di sebuah pusat beli-belah di sini menarik perhatian setiap pengunjung.
Kereta berkenaan yang dihiasi dengan lambang polis Indonesia ialah Lamborghini Gallardo dan Aventador mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengunjung sama ada polis negara itu juga akan mengikuti jejak polis Dubai dalam menggunakan kereta semewah itu untuk menjalankan tugas.
Lamborghini Gallardo itu berwarna kelabu gelap dengan tulisan ‘Polisi’ di bonet depannya.
Kepercayaan bahawa polis Indonesia akan menggunakan kereta itu semakin kuat apabila siren juga terpasang di atasnya.
Lamborghini Aventador berkenaan pula berwarna latar putih dan ada corak biru dan merah.
Bagaimanapun, jurucakap polis di Jakarta Utara, Azhar Nugroho berkata, kedua-dua kereta mewah itu bukan milik polis. ─ myMetro online
TOP
Video Jihad Rakyat M’sia Di Syria Tersebar Di YouTube
KUALA LUMPUR – Video dipercayai dirakamkan rakyat Malaysia yang terlibat dalam peperangan saudara di Syria, selama seminit dan 33 saat mula tersebar di laman YouTube.
Video yang bertajuk “Siria – Mercenarios Asiáticos Combaten en las Filas Terroristas – 7″ telah dimuat turun ke laman YouTube pada 7 Jun dan dirakamkan oleh seorang individu yang bercakap bahasa Melayu loghat utara.
Video itu merakamkan sebuah kereta kebal bergerak ke medan pertempuran dan sekumpulan lelaki, yang berpakaian celoreng tentera dan bersenjata, berada di dalam sebuah trak pengangkut.
“Ya kereta kebal sedang bergerak menuju ke destinasinya menuju ke medan pertempuran, Allahuakbar, Allahuakbar..Kesemuanya cinta syahid,” kata jurukamera video itu.
Seorang lagi lelaki bercermin mata, yang dirakamkan dalam video itu, turut berkata: “Mujahid-mujahid hensem”.
Rakaman video itu dikesan ketika Malaysia meminta pihak berkuasa Syria mengesahkan dakwaan berhubung penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan di negara Timur Tengah itu. Dalam kenyataan semalam, Kementerian Luar berkata Malaysia menentang dan tidak merestui tindakan keganasan atau ekstremisme oleh mana-mana pihak termasuk oleh rakyatnya sendiri. Kenyataan itu merujuk kepada dakwaan bahawa 15 rakyat Malaysia yang terbabit dalam keganasan dan aktiviti jihad dengan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), kumpulan yang berpecah daripada Al-Qaeda, telah terbunuh di Syria. Dakwaan itu dilapor dibuat oleh seorang pegawai Syria yang berpusat di New York pada sidang media 18 Jun yang turut mendakwa selain rakyat Malaysia, rakyat dari negara lain termasuk beberapa negara Asean juga terlibat dalam aktiviti seumpama itu di Syria. ─ BERNAMA

Asrama lelaki UIAM terbakar
Petaling Jaya: Kediaman asrama lelaki Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Seksyen 16 Damansara, di sini terbakar jam 3 petang tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.02 petang dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dan Seksyen 7 tiba sembilan minit kemudian.
Menurutnya, laporan awal kebakaran berlaku di ruang membasuh di tingkat satu bangunan lima tingkat apabila tilam yang berada di ruang terbabit terbakar.
“ Api berjaya dipadam jam 3.46 petang dan tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu.
“Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Sumber: myMetro online
TOP
Tunjuk slip gaji 3 bulan untuk masuk butik Fareeda Exclusive?
Biasanya kita dengar ada orang yang sanggup tidur di kaki lima semata-mata ingin memiliki keluaran terbaru tudung Fareeda.
Namun, berlainan pula cerita mengenai butik Fareeda Exclusive. Dikatakan bahawa pelanggan perlu menunjukkan slip gaji 3 bulan untuk masuk ke butik Fareeda Exclusive ini.
Admin tidak dapat mengesahkan kesahihan perkara ini. Ia disebarkan melalui satu satus facebook pelanggan Fareeda yang kini tersebar di media sosial.
TOP
Wanita maut selepas 'selfie'
SEORANG wanita maut selepas berkongsi gambar 'selfie' semasa dalam perjalanan ke sebuah majlis di Amerika Syarikat.
Collette Moreno, 26, yang duduk di tempat duduk penumpang maut dalam insiden itu apabila kereta yang dinaiki bertembung dengan kenderaan lain ketika pemandu cuba memotong sebuah lori.
Kereta yang mereka naiki bertembung dengan kenderaan lain dari arah bertentangan, lapor sebuah portal.
Pemandu kereta tersebut, Ashley Theobald merupakan sahabat baik kepada mangsa. Ketika insiden itu, mereka dalam perjalanan ke Tasik Ozarks di Missouri dan memakai tali pinggang keledar.
Theobald, 26, berkata, dia cuba untuk memintas lori yang mengeluarkan banyak asap semasa kejadian. Moreno merupakan penghidap asma dan asap menyebabkan dia batuk.
"Saya cuba untuk memintas dan sebuah lagi lori datang dari arah depan," ujar Theobald.
Lapan minit sebelum kejadian, Moreno mengambil gambar 'selfie' bersama Theobald, yang menunjukkan mereka sedang menikmati perjalanan tersebut.
Peronda Lebuhraya Missouri berkata, Theobald boleh didakwa atas pemanduan cuai.
Sumber - Sinar Harian
TOP
Nafi Sebar Mesej Bonus Aidilfitri
Mesej dalam WhatsApp yang tersebar mengatakan penjawat awam bakal memperoleh bonus satu bulan sempena Aidilfitri.
KUALA KANGSAR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan berhubung pemberian bonus kepada penjawat awam sempena Hari Raya Aidilfitri ini.
Presidennya, Azih Muda berkata, mesej palsu tersebut yang tersebar dalam aplikasi WhatsApp sejak semalam tiada kena mengena dengan Cuepacs dan pihaknya tidak pernah menerima berita seumpama itu setakat ini.
Justeru, beliau meminta pihak berkuasa menyiasat mengenai penyebaran maklumat berunsur fitnah seperti itu kerana ia menjejaskan imej penjawat awam.
“Cuepacs berasa kesal kerana ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama Setiausaha Agung Cuepacs yang menyatakan kononnya Kabinet buat keputusan beri sagu hati kepada penjawat awam sempena Ramadan dan Syawal.
“Kita harap pihak berkuasa menyiasat perkara ini kerana ia boleh menyebabkan gangguan kepada perkhidmatan awam dan meletakkan integriti penjawat awam semakin rendah di mata masyarakat.
“Sesuatu perlu dibuat untuk kenal pasti punca sebenar kenapa perkara ini berlaku,” katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tri Tahunan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE) di sini, semalam.
Beliau berkata, mesej tersebut dipercayai direka untuk mempermainkan pembaca dan sekiranya mereka membuka ‘link url’ yang disertakan, mereka akan mendapati bahawa mesej tersebut adalah palsu semata-mata.
Dalam perkembangan lain, Cuepacs menggesa kerajaan supaya memberi pertimbangan khusus dalam memberi sagu hati kepada penjawat awam sempena Ramadhan dan Aidilfitri nanti.
Katanya, penjawat awam berasa tertekan dengan sara hidup pada zaman sekarang dan dengan sedikit suntikan daripada kerajaan, ia sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban kewangan mereka.
“Perkara ini (pemberian sagu hati sempena Ramadhan dan Syawal) sememangnya menjadi harapan penjawat awam kerana ada di kalangan mereka tidak mempunyai wang ang cukup untuk menyambut Syawal.
“Pemberian sagu hati tersebut pastinya akan menggembirakan penjawat awam terutamanya ketika mereka sedang sibuk mahu meraikan Hari Raya Aidilfitri,” ujarnya.
Sumber: Sinar Online
No comments:
Post a Comment