Monday, June 9, 2014
Berita Terkini 09 June 2014
TOP
Teresa Kok Mahu Pindah Kes Ke Mahkamah Tinggi
KUALA LUMPUR – Naib Pengerusi DAP Teresa Kok Suh Sim, yang menghadapi pertuduhan menghasut di Mahkamah Seseyan berhubung klip video kontroversi sempena Tahun Baharu Cina, hari ini memohon untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi. Hakim Mahkamah Sesyen Norsharidah Awang menetapkan 2 Sept untuk mendengar hujahan kedua-dua pihak berhubung permohonan itu dan memerintahkan peguam S.N.Nair yang mewakili Kok untuk membuat permohonan secara formal berhubung perkara itu. Nair memberitahu mahkamah, semasa kes itu dibentangkan untuk pengurusan kes hari ini, anak guamnya memohon untuk memindahkan kes itu mengikut Seksyen 417, Kanun Acara Jenayah. Katanya permohonan itu dibuat atas dua alasan, iaitu sekiranya kes itu bermula di Mahkamah Sesyen, anak guamnya hanya dapat mengemukakan rayuan akhir di Mahkamah Rayuan tetapi jika kes itu bermula di Mahkamah Tinggi, rayuan akan berakhir di Mahkamah Persekutuan. Beliau juga berkata pertuduhan itu juga melibatkan isu perlembagaan yang hanya boleh diputuskan oleh mahkamah atasan. Berikutan itu, Norsharidah mengosongkan tarikh untuk perbicaraan bagi kes itu yang sebelum ini ditetapkan empat hari dari 2 September. Pada 6 Mei, Kok yang juga anggota Parlimen Seputeh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan menghasut berhubung satu video kontroversi sempena Tahun Baharu Cina. Kok, 50, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah unit Apartmen Putra Ria, Jalan Bangsar, Brickfields, pada kira-kira pukul 9 pagi, 1 Febuari. Dia menghadapi pertuduhan itu mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, seseorang wakil rakyat boleh kehilangan haknya jika mahkamah menjatuhi hukuman denda lebih aripada RM2,000 atau penjara lebih setahun terhadap sebarang kesalahan undang-undang. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad. Sumber: Bernama
TOP
Proton Akan Tukar Strategi – Tun Mahathir
KUALA LUMPUR – Proton kini menukar strateginya daripada pengeluar kereta murah kepada pengeluar kereta bertaraf dunia, kata Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri keempat itu berkata Proton sentiasa dilabel sebagai pembuat kereta murah atau pengeluar kereta berkualiti rendah. “Kini, Proton mahu mengeluar kereta bertaraf dunia, dan anda perlu membayar harga yang lebih tinggi. Anda tidak boleh dapat kereta yang baik dan membayar pada harga yang rendah,” katanya kepada pemberita semasa ditanya mengenai rancangannya ke atas Proton. Dr Mahathir yang juga pengerusi Yayasan Kemajuan Kehidupan Manusia (HLAF) menyampaikan ucaptama dan melancarkan Anugerah tahunan HLAF dan Bengkel di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. Beliau berkata semasa Proton mengeluarkan model kereta Preve dan Suprima berkualiti tinggi namun dijual pada harga RM80,000, orang ramai mengatakan harganya terlalu mahal untuk kereta Proton. “Kereta berikut dengan kualiti yang sama berharga RM120,000. Anda (pengguna) mahukan kereta murah, ok, Proton akan mengeluarkan kereta murah,” kata Dr Mahathir. Ditanya sama ada Proton akan terus mengeluarkan kereta murah, Dr Mahathir menjawab : “Proton perlu membuat keuntungan. Jika pengguna mahukan kereta murah, Proton akan mengeluarkan kereta murah. Ia bergerak tiga batu dan rosak.” Mengulas sama ada Proton sudah didatangi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Petronas untuk menawarkan dana, beliau berkata Proton tidak pernah meminta dana. Ditanya sama ada beliau sendiri selaku pengerusi Proton akan menemui mereka untuk mendapatkan dana, Dr Mahathir menjawab: “Tidak sama sekali,” “Ini disebabkan Proton ialah syarikat swasta dan ia mampu membuat kemajuan dalam penyelidikan dan pembangunan,” katanya. Dr Mahathir juga berkata kerajaan kini menggalakkan import kereta daripada menggalakkan industri tempatan. “Bila anda import kereta, wang mengalir keluar dan anda tidak dapat sebarang teknologi daripadanya,” katanya. Ditanya sama ada Proton memerlukan bantuan kerajaan, beliau berkata semasa tempoh perkhidmatan bekas presiden Korea Selatan Park Chung Hee, beliau memanggil 12 individu dan meminta mereka membuka industri, dan beliau akan menyediakan pinjaman dan dana. Mereka adalah syarikat swasta seperti Hyundai, LG dan Daewoo. Semuanya syarikat swasta dan kerajaan (Korea Selatan) membantu mereka sepenuhnya. Hasilnya, mereka (syarikat-syarikat Korea Selatan) tidak lagi memerlukan bantuan kerajaan, kata Dr Mahathir. Sumber: Bernama
TOP
Itu Bukan WeChat ID Zaquan – Ayu Raudhah Respon Isu Suami ‘Flirting’
BACA: Zaquan Adha Bermain Cinta Dengan Penyokong JDT Di WeChat?
Dalam masa beberapa jam sahaja, foto screenshot yang didakwa merupakan perbualan antara Zaquan Adha dengan seorang gadis cheerleader JDT sudah menjadi bahan viral di internet. Artikel Berkaitan: I Tak Nak Kiss?- Suami Ayu Raudhah ‘Flirt’ Dengan Gadis Sorak JDT? Ehem.
Mana taknya, memegang status sebagai suami kepada Ayu Raudhah dan juga merupakan pemain bola sepak terkenal, sudah tentu gosip panas tersebut menular dengan pantas.
Bagaimanapun, Ayu ketika dihubungi sebentar tadi telahpun memberi penjelasan kepada kami berkenaan isu ini. Apa agaknya respon si isteri ya?
WeChat ID ini hanyalah fake ID?
“Sebenarnya saya dah terima foto screenshot itu semalam daripada wanita bernama Miranda Kerr. Dia kata kawan dia yang sering berbalas mesej dengan suami saya. So, dia rasa bertanggungjawab nak bagitahu saya.Tapi saya terkejut bila hari ini semua media pula tahu hal ini. Cuma saya nak jelaskan bahawa itu bukan WeChat ID Zaquan. Malah, Zaquan menggunakan gambar lain dalam aplikasi WeChat dan saya pun tahu akaun WeChat Zaquan.”
Ayu tidak menafikan bahawa perkara ini sengaja dilakukan oleh pihak tertentu yang berniat mahu merosakkan kebahagiaan rumahtangga yang dimilikinya kini.
“Saya pun tak tahulah siapa yang buat semua ini. Tapi yang pasti perkara ini sedikit sebanyak beri kesan kepada rumahtangga saya. Mungkin saya akan ambil tindakan lanjut selepas ini.”
P/S: Ada yang dengki dengan rumahtangga Ayu dan Zaquan ke? Sumber: Oh Bulan!
TOP
Mampukah Khaled tegur Sultan? - Tun Mahathir
KUALA LUMPUR – Antara yang dibimbangkan rakyat Johor jika Sultan diberi kuasa penuh dalam Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) adalah mampukah Menteri Besarnya, Tan Sri Khaled Nordin menasihati Sultan walaupun beliau mengaku mempunyai kuasa eksekutif selaku pemimpin negeri. Bercakap hari ini mungkin mudah tetapi realitinya, Khaled masih terikat sebagai rakyat biasa di bawah naungan sistem beraja. Bila sampai waktunya, apakah Khaled boleh menegur Sultan jika ada yang tidak berkenan di hatinya? Selain rakyat, itulah yang turut dibimbangi mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahatihir Mohamad. Pada satu sidang media di Kuala Lumpur pagi ini, Mahathir berkata, Khaled mungkin akan tunduk kepada adat tradisi negeri Melayu yang menganggap Sultan sebagai ketua. “Kita orang Melayu dan sudah menjadi adat resam Melayu jika sultan berkata sesuatu, ia mesti diikut dan saya bimbang bukan dia (MB) yang menasihati Sultan tapi Sultan yang akan nasihat dia,” katanya. Jelas Mahathir, Sultan Johor tidak seharusnya terlibat dalam pentadbiran eksekutif negeri demi menghormati Perlembagaan Persekutuan. “Kita tak guna sistem adat tradisional, kita ada sistem raja berpelembagaan. Dulu selepas merdeka kita pilih ikut sistem ini. Saya harap agar Perlembagaan dihormati,” katanya. Tambah Mahathir lagi, beliau bimbang kerana Johor sebuah negara yang kaya tetapi menjual terlalu banyak tanah kepada rakyat asing. “Saya dengar banyak tanah di Johor telah dijual kepada rakyat asing. Ini perkara tidak bagus dan kerajaan negeri kini sedar dan akan memastikan ianya tidak akan berlaku lagi. “Mereka cuba baiki kelemahan dan ini jelas menunjukkan betapa tegasnya kerajaan negeri dalam menangani masalah ini kerana mereka (kerajaan negeri) tahu ini salah,” katanya. Sumber: Malaysian Gazzete
TOP
Lemas: Mayat Adik Mohd Osama Ditemui
KUANTAN – Mayat murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Seri Iman yang hilang ketika berkelah bersama keluarganya di kawasan perkelahan Sungai Pasir Kubur, Sungai Lembing dekat sini Sabtu lepas ditemui pada pukul 9.35 pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota, Muhammad Najib Hashim berkata, mayat Mohd Osama Suparman, 12, dijumpai oleh orang kampung kira-kira satu kilometer dari tempat mangsa dikatakan terjatuh. “Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan akan dituntut oleh keluarga mangsa selepas bedah siasat dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Sementara itu bapa mangsa, Suparman Hanan, 46, ketika ditemui pemberita di perkarangan Jabatan Forensik HTAA berkata, beliau dan anggota keluarga menerima kematian anak kelima dari tujuh beradik itu dengan reda. “Sudah takdir Allah…kami reda dengan pemergiannya. Kali terakhir saya jumpa dengan Osama pada minggu lepas dan saya sempat membelikannya sebiji bola dan stokin sebab arwah sangat minat dengan sukan bola sepak,” katanya. Namun beliau terkilan kerana cita-cita Allahyarham untuk menjadi seorang ustaz tidak kesampaian. “Dia tidak sabar untuk menduduki peperiksaan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) sebab lepas tu dia nak masuk sekolah pondok, arwah nak jadi ustaz,” katanya. Katanya jenazah akan dibawa dan dikebumikan di Kampung Jabor, Kemaman hari ini. Dalam kejadian Sabtu lepas, Mohd Osama dilaporkan lemas selepas terjatuh ketika turun membasuh tangan di sungai berkenaan. Kejadian itu juga menyebabkan lima lagi saudaranya nyaris lemas akibat dibawa arus ketika cuba menyelamatkan mangsa, namun berjaya diselamatkan oleh sekumpulan pemancing yang berada tidak jauh dari kawasan kejadian. Sumber: Bernama
TOP
Jurujual Mengaku Tidak Bersalah Kurung Wanita
KUALA LUMPUR – Seorang jurujual hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mengurung seorang wanita warga Indonesia selama tiga hari, bulan lalu. Ng Wui Kheng, 28, dituduh mengurung secara salah Wehel Mina Wanda Kalli di PPR Kampung Baru Air Panas, Jalan Usahawan Setapak, di sini, kira-kira pukul 5 petang, bermula 31 Mei hingga 3 Jun lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 343 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Ravindran Selvaraj memohon mahkamah menetapkan jaminan berjumlah RM5,000 bagaimanapun peguam Ahmad Zahid Abu Hashim merayu agar jumlah tersebut dikurangkan memandangkan penjamin adalah ibu tertuduh yang tidak bekerja. Majistret Nur Azura Murah kemudian membenarkan Ng diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Jun untuk sebutan. Ng membayar wang jaminan tersebut. Sumber: Bernama
TOP
'Penderma Misteri' Di Sebalik Pakej Umrah Murah
Kumpulan jemaah yang terkandas di Madinah selepas agensi yang menawarkan pakej murah tidak membeli tiket penerbangan balik ke tanahair.
PETALING JAYA: 'Penderma misteri' didakwa berselindung di sebalik agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah murah hingga mengakibatkan sekumpulan 121 jemaahnya terkandas ketika mengerjakan ibadat itu, baru-baru ini. Agensi berkenaan yang menawarkan pakej umrah pada harga serendah RM3,700 dikatakan menerima pembiayaan daripada penderma yang sehingga kini tidak diketahui identitinya. Sumber yang rapat dengan agensi berkenaan berkata, pihak atasan dan wakil agensi berkenaan sering memberitahu bakal jemaah bahawa ada penderma yang bermurah hati membiayai sebahagian perbelanjaan mereka untuk mengerjakan umrah. Beliau mendakwa, atas sebab itulah pakej yang ditawarkan agensi pelancongan yang berpusat di Perak itu lebih murah berbanding agensi lain. "Apabila bakal jemaah curiga dengan pakej murah yang ditawarkan kerana bimbang ditipu, wakil agensi berkenaan akan menggunakan nama penderma yang bermurah hati untuk meyakinkan mereka. Ia satu jawapan yang 'boleh diterima'. "Tetapi sehingga kini tiada siapa yang dapat tahu identiti penderma berkenaan dan tiada siapa dapat membuktikan ia wujud atau sebaliknya," katanya kepada mStar Online. Minggu lalu, sejumlah 121 jemaah Malaysia terkandas di Madinah selepas tujuh hari menunaikan umrah dibawa pulang setelah Pengerusi Biro Kebajikan Umno, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim yang juga Pengerusi Tabung Haji mengadakan rundingan dengan Konsulat Jeneral di Mekah. Siasatan awal mendapati agensi yang membawa jemaah berkenaan dengan menawarkan pakej umrah berharga RM3,999 hanya membeli tiket penerbangan pergi tanpa menempah tiket penerbangan pulang. Menurut sumber itu lagi, setiap kali memaklumkan penderma misteri antara sebab pakej ditawarkan murah, kebanyakan bakal jemaah berpuas hati dan tidak akan bertanya lebih lanjut. Katanya, kepercayaan wujud kerana rekod cemerlang yang ditunjukkan agensi terbabit dalam mengendalikan kira-kira 12,000 jemaah sejak beroperasi akhir 2012. Difahamkan, lebih membuatkan orang ramai tertarik dengan pakej ini apabila kemudahan yang diberikan seperti hotel, penerbangan dan makanan adalah setaraf, malah lebih baik berbanding pakej umrah lain yang lebih mahal. Sumber juga tidak menolak kemungkinan penderma misteri itu enggan menonjolkan diri atau identitinya hanya rekaan semata-mata. "Mungkin juga agensi menggunakan 'sistem kutu' dalam menjalankan perniagaannya," katanya membuat andaian berdasarkan pemerhatian. Mengenai jemaah di bawah agensi berkenaan yang terkandas, beliau berkata, kes itu pertama kali berlaku dan ia mungkin ada kaitan dengan masalah visa. Seorang jemaah yang pernah mengerjakan umrah di bawah agensi sama juga mengaku pernah dimaklumkan pihak atasan agensi berkenaan mengenai penderma misteri itu. "Seseorang yang saya panggil ustaz beritahu saya terdapat saudagar kaya dari Arab Saudi bermurah hati membiayai sebahagian perbelanjaan jemaah di bawah agensi ini untuk menunaikan umrah. "Saya teruja dan tidak fikir apa-apa yang tidak baik kerana rakan saya sudah ambil pakej ini dan mereka gembira. Saya juga puas hati selepas terbang ke Mekah dengan pakej ini sebab ia murah tetapi kemudahannya setaraf pakej umrah yang mahal," katanya. Sementara itu, agensi pelancongan berkenaan gagal dihubungi untuk mendapatkan komen dan penjelasan daripada wakilnya. Namun, difahamkan ibu pejabatnya masih dibuka dan beroperasi seperti biasa serta masih membuka tawaran untuk pakej umrah. Sumber: mStar
TOP
Google Menambah Data “2014 FIFA World Cup” Di Enjin Carian
Bersempena dengan Piala 2014 FIFA World Cup yang bakal menjelang tiba dalam beberapa hari lagi, pihak Google dilihat menambah satu demi satu data berkaitan dengannya pada perkhidmatan mereka. Selepas menambah sokongan Street View untuk stadium, kini Google turut menambah data berkaitan Piala Dunia FIFA tersebut di enjin carian. Melalui integrasi ini, pengguna boleh melihat jadual permainan, skor semasa dan beberapa perkara lain terus melaluinya. Untuk membuat carian, pengguna boleh menggunakan kata kunci seperti nama pasukan yang berlawan, ataupun dengan mudah menaip “world cup” untuk melihat jadual perlawanan terdekat. Info yang diperlihatkan dioptimasikan mengikut jadual pengguna, maka anda dapat melihatnya dalam waktu tempatan terus.
Sumber: hzqahmd / My News Hub
TOP
Mayat David Huntley Dituntut Keluarga
KUANTAN – Mayat lelaki warga Britain Gareth David Huntley, 34, yang ditemui di Sungai Mentawang, di Kampung Juara, Pulau Tioman Rabu lalu dituntut oleh wakil keluarga berkenaan hari ini. Mayat Huntley yang merupakan sukarelawan di Pusat Santuari Penyu Kampung Juara, Pulau Tioman dituntut dari Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) kira-kira 1.30 tengah hari oleh wakil keluarganya daripada Casket Paradise Funeral Sdn Bhd. Menurut wakil syarikat berkenaan, mayat Huntley akan dibawa ke Kuala Lumpur sebelum diterbangkan ke Britain Rabu ini untuk proses pengebumian. Bagaimanapun kelibat ibu mangsa, Janet Southwell dan teman wanita Huntley, Kit Natariga, tidak kelihatan sepanjang proses tuntutan mayat itu dilakukan hari ini. Sabtu lalu Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani mengesahkan mayat lelaki yang dijumpai di Sungai Mentawang, di Kampung Juara, Pulau Tioman Rabu lalu ialah Gareth David Huntley yang dilaporkan hilang di pulau berkenaan pada 27 Mei lepas. Ia disahkan menerusi ujian DNA yang dilakukan selepas sampel darah ibu mangsa 99.99 peratus sama dengan DNA tulang mangsa. Huntley dilaporkan hilang pada 27 Mei lepas selepas dikatakan pergi ke air terjun Lubuk Teja berseorangan kira-kira pukul 12 tengah hari. Operasi mencari dan menyelamat dilakukan sejurus selepas kehilangannya dilaporkan pada 29 Mei lepas dengan melibatkan 154 orang anggota merangkumi Polis Pahang, Polis Marin, Rela, Tentera Darat serta Bomba dan Penyelamat Pahang. Sumber: Bernama
TOP
Malaysia Tanggung RM27.6 Juta Kos Logistik Fasa Pertama Cari MH370
KUALA LUMPUR: Malaysia menanggung RM27.6 juta sebagai kos keperluan logistik anggota keselamatan negara dalam fasa pertama pencarian pesawat MH370 yang hilang, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, Isnin. "Kos berkenaan digunakan untuk pembiayaian awal bagi menggerakkan aset milik kerajaan Malaysia dan tentera dari segi kos bahan api, makan dan minuman pasukan pencarian," katanya. Hishammuddin berkata, kos berkenaan adalah kecil jika dibandingkan dengan kos yang dikeluarkan negara lain untuk menggerakkan aset dan keperluan logistik yang menelan belanja lebih RM73.5 juta (AS$23 juta). Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya - selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan - di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi. Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi, barat Perth. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu, Penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi. Sumber: mStar
TOP
Rozita Che Wan Sekat 1,000 Pengikut Instagram
Rozita Che Wan sudah lali dengan kritikan orang.
PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan mendedakan dia berjaya menyekat kira-kira 1,000 pengikut laman sosial Instagram miliknya kerana rimas dengan mesej-mesej yang dikomen apabila gambarnya dimuat naik. Rozita, 41, atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta berkata, dia juga akan membuang mana-mana status peminat yang dirasakan tidak bersesuaian ataupun menyakitkan hati. “Bagi saya, Instagram saya adalah ‘personal’ . Adalah menjadi hak saya untuk meletakkan gambar saya. Kalau sesiapa yang tak suka jangan follow. “Saya pun pernah… lebih kurang 1,000 orang saya block,” katanya. Rozita berkata demikian ketika menjadi tetamu rancangan h live yang disiarkan menerusi Astro Ria dan Maya HD pada Ahad pukul 8.30 malam. Pelakon itu ditemubual pengacara Datuk Aznil Nawawi. Ketika ini Rozita menerusi akaun Instagram miliknya iaitu rozitachewan1 mempunyai lebih 300,000 pengikut. Dalam pada itu Rozita berkata, dia juga kecewa setiap kali memuat naik gambar-gambarnya bersama suami iaitu Zain Saidin, banyak komen negatif diberikan pengikut laman sosial itu.
Gambar percutian Rozita dan Zain di Paris ini turut menjadi isu apabila mereka dikatakan bercium.
Malah gambar percutiannya dengan Zain di Paris pada bulan lalu turut menjadi isu apabila aksi mereka berbaring di atas katil dan juga berpelukan seolah-olah bercium dengan berlatar belakangkan menara Eiffel turut dikritik. Saya muat turun gambar pun, gambar dengan laki (suami). Sebenarnya gambar kami nampak macam bercium tu, sebenarnya kami bukan bercium pun. “Tapi bila kita jelaskan, dia orang tetap kata tu gambar bercium. Kalau bercium pun apa salahnya, bukan laki (suami) orang,” katanya sambil ketawa. Tambah Rozita walaupun dia sakit hati dengan komen-komen itu namun dia tidak terlalu memikirkan perkara berkenaan. Bagaimanapun dia benar-benar marah apabila isu Zain mewarnakan rambut perang dipersoalkan tanpa peminat mengetahui perkara sebenar. Ujar Rozita, Zain terpaksa berbuat demikian kerana terikat dengan kontrak lakonanya memegang watak sebagai Mr. Henry Middelton dalam Oh My English musim ketiga yang akan berakhir penggambarannya sehingga hujung tahun ini. “Zain warna rambut pun nak komplen. Kita buat sesuatu benda mesti ada sebab. Dia terikat dengan Oh My English. Orang asyik nampak buruk je,” katanya yang kini mengandung lima bulan. Sumber: mStar
TOP
Tipu Ada Bom Di Pasar Raya Supaya Abang Dapat Balik Awal
Seorang remaja melakukan tindakan bodoh apabila menelefon polis memberitahu kononnya terdapat ancaman bom di sebuah pasar raya semata-mata supaya abangnya yang bekerja di restoran makanan segera Burger King di situ dapat pulang awal.
Kesan perbuatan itu, Luke Brown dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Norwich Crown, Jumaat lalu. Brown melakukan kesalahan tersebut pada 6 Mac lalu apabila menelefon dan memaklumkan bahawa terdapat bom yang akan meletup dalam masa enam jam di bahagian medan selera Castle Mall. Pemeriksaan polis mendapati tiada bom ditemui jadi kawasan berkenaan tidak ditutup dan Brown segera ditahan. Brown berkeras dia membuat panggilan itu selepas disuruh abangnya namun Hakim Stephen Holt menjelaskan, semua orang sepatutnya maklum bahawa perbuatan membuat panggilan palsu akan membawa mereka ke penjara. Sumber: Metro UK / Rem Ramzi / My News Hub
TOP
Nadal Rangkul Trofi Kesembilan Terbuka Perancis
Rafael Nadal.
RAJA gelanggang tanah liat, Rafael Nadal merangkul trofi Terbuka Perancis buat kali kesembilan selepas menewaskan Novak Djokovic 3-6 7-5 6-2 6-4, awal pagi Isnin. Pemain No.1 dunia dari Sepanyol itu menjadi pemain lelaki pertama memenangi lima kejuaraan di Roland Garros, menjadikan jumlah grand slamnya kepada 14. Djokovic bermula dengan baik tetapi bergelut dengan keadaan cuaca yang panas terik selepas tewas pada set kedua. Nadal, 28, hanya tewas sekali daripada 67 permainannya di gelanggang tanah liat di Paris. "Pada perlawanan seperti ini, setiap saat amat penting. Bermain menentang Novak merupakan cabaran terbesar, saya pernah tewas kepadanya sebanyak empat kali. "Saya minta maaf kepadanya hari ini, dia layak memenangi kejohanan ini," kata Nadal. Sumber: mStar
TOP
Ricciardo Takluk GP Kanada
Ricciardo mencipta kejutan di Litar Gilles Villeneuve, Montreal.
PELUMBA Australia, Daniel Ricciardo melakar kejutan apabila memperoleh kemenangan pertamanya pada perlumbaan Formula Satu (F1) selepas mencatat masa terpantas di Grand Prix Kanada, awal pagi Isnin. Ricciardo diikuti rapat pelumba Mercedes, Nico Rosberg yang menamatkan saingan di tempat kedua selepas bermula di petak hadapan sebelum saingan bertukar sengit di Litar Gilles Villeneuve, Montreal. Juara tahun lalu, Sebastian Vettel dari Red Bull sekadar menduduki tempat ketiga. "Saya masih lagi terkejut dan pada masa sama merasakan kemenangan ini sesuatu yang menakjubkan," katanya. Rosberg masih kekal sebagai pendahulu kejuaraan dengan 22 mata manakala rakan sepasukannya, Lewis Hamilton terpaksa menamatkan saingan pada pusingan ke-49 selepas jenteranya menghadapi masalah brek belakang. "Ia perlumbaan hujung minggu yang baik dan kutipan mata amat penting. Jadi saya amat gembira sekarang," kata Rosberg yang menang di Monaco, dua minggu lalu. Sumber: mStar
TOP
12 maut serangan militan di lapangan terbang Karachi
ANGGOTA keselamatan Pakistan berkawal di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, Karachi, selepas serangan malam
tadi. Sekurang-kurangnya enam penyerang yang disyaki tentera militan dengan dilengkapi senjata, maut setakat ini dengan semua penerbangan digantung serta-merta. - Foto AFP KARACHI: Sekurang-kurangnya enam maut dalam satu serangan militan di lapangan terbang yang sibuk di Karachi, selatan Pakistan menyebabkan penerbangan dibatalkan dan tentera dikerah ke tempat kejadian. Dalam kejadian itu, enam anggota militan turut terbunuh selepas berbalas tembakan dengan dua letupan menggegarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah itu.
TOP
Berdarah malam pertama
“Biar suami sihat, baru kami bersanding,” kata Nor Diana Ayu Zainuddin, 26, isteri Mohamad Saiful Khairi Mat Jidi, 28, yang terbabit dalam kemalangan pada malam pertama perkahwinan mereka di Kampung Padang Midin, di sini, kelmarin. Menurut Nor Diana, kemalangan jam 1.30 pagi itu berlaku selepas suaminya yang berasal dari Kota Tinggi, Johor, bersama bapa saudara dan rakan dalam perjalanan pulang rumah tumpangan tidak jauh dari kediamannya. Katanya, suaminya yang memandu Toyota Hilux hilang kawalan selepas dirempuh sebuah kereta dari belakang menyebabkan kenderaan suaminya terjunam ke dalam bahu jalan yang curam. “Kami diakad nikah jam 5 petang Jumaat lalu dan selepas itu sibuk berbincang mengenai pelamin untuk bersanding. Dia pulang ke rumah tumpangan ahli keluarga pada jam 1.30 pagi selepas semua urusan di rumah saya selesai. “Hampir pengsan saya apabila dimaklumkan suami terbabit dalam kemalangan itu,” katanya ketika ditemui menemani Mohamad Saiful di Wad Ortopedik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam. Nor Diana berkata, dia hanya mampu mengucap panjang selepas melihat suami diangkat pegawai perubatan di tempat kejadian. “Lutut jadi lemah dan tidak berdaya melihat keadaannya yang cedera parah, manakala rakannya cedera di kaki dan muka. Sumber: mStar
TOP
Suami Isteri Rentung Rumah Terbakar Di Kunak
BEGINILAH keadaan rumah kayu musnah dijilat api dalam kebakaran yang mengorbankan pasangan suami isteri di Kampung Kunak Jaya, Sabah semalam.
KUNAK – Sepasang suami isteri rentung dalam kebakaran yang memusnahkan rumah mereka di Kampung Kunak Jaya di sini awal hari ini. Ketua Bomba dan Penyelamat Daerah Kunak Jaafar Salleh berkata mayat Jumaidi Sakka, 50-an, dan isterinya Dahati Juma, 50-an, dijumpai di ruang dapur rumah berkenaan oleh pasukan bomba yang memadamkan kebakaran itu. Beliau berkata sebuah jentera bersama enam anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 1.08 pagi. “Semasa tiba di tempat kejadian, api sedang marak namun pasukan kami berjaya mengawal dan memadamkan kebakaran sepenuhnya pada pukul 1.40 pagi. Selesai memadamkan api, kami menemui kedua-dua mayat suami isteri yang rentung di bahagian dapur rumah,” katanya ketika dihubungi Bernama. Beliau berkata ketika kejadian pasangan itu tinggal berdua di rumah. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih disiasat. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kunak untuk bedah siasat. Sumber: Bernama
TOP
Piala Dunia: England Siap Sedia Beraksi di Brazil
Pasukan England mendarat di Rio De Janeiro pada Ahad untuk Piala Dunia 2014. RIO DE JANEIRO: Joe Hart dan rakan sepasukan yang mewakili England tiba di Brazil dengan semangat berkobar-kobar dan bersedia untuk beraksi pada Piala Dunia 2014. Selepas melalui sesi persediaan rapi di Portugal dan seterusnya Miami bagi menyesuaikan diri dengan cuaca panas di negara Selatan Amerika itu, pasukan negara itu kini mahu memberi yang terbaik. Ketika di Florida, sesi latihan turut membabitkan perlawanan persahabatan dengan Ecuador dan Honduras yang berakhir dengan seri, selain masalah kecederaan yang dialami Alex Oxlade-Chamberlain. Kini, pasukan yang tiba pada Ahad itu mula memberi fokus kepada perlawanan pertama dalam kumpulan D menentang Itali. "Kami dalam keadaan baik, lebih-lebih lagi apabila Steve Gerrard dan Jordan Henderson turut bersama dalam pasukan. "Nampaknya pasukan ini seperti digeruni dan ia sesuatu yang positif," kata penjaga gol skuad negara itu. Hart juga menyuarakan rasa gembira kerana pasukan negara itu kini memiliki semangat sepasukan yang kukuh sejak meluangkan masa berlatih bersama sejak tiga minggu lalu. Dalam tiga perlawanan persahabatan yang disertai baru-baru ini, England hanya berjaya menewaskan Peru 3-0 di Wembley. Malah, Hart juga memaklumkan kem latihan khusus untuk Piala Dunia tahun ini memenuhi apa yang diinginkan setiap pemain. "Kami akan bekerja keras setiap hari dan kami bersedia sepenuhnya sebaik menjejakkan kaki ke Brazil," katanya. Sumber: mStar
TOP
Jual Anak RM700
KERANA terdesak, seorang ibu empat anak menjual bayi yang baru dilahirkannya dengan harga RM700. Gauri Shah, 32, yang tinggal di kawasan setinggan berhampiran landasan kereta api di sebuah kampung di Jalpaiguri, Benggala Barat bersama-sama-sama tiga anak berusia tiga dan lapan tahun, ditinggalkan suaminya lapan bulan lalu ketika dia hamil anak keempat. Dia menjual bayi lelaki itu kepada pasangan yang tidak mempunyai zuriat. Gauri melahirkan bayi itu pada 25 Mei, dan menjual bayi yang masih tidak bernama itu tujuh hari kemudian kerana tidak mampu membesarkannya. Bagaimanapun, berita mengenainya tersebar dan kerajaan segera bertindak menyelamatkan bayi itu. Wanita itu enggan menerima semula anaknya menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menyerahkannya kepada rumah kebajikan buat sementara waktu. Punca pendapatan keluarganya hanya datang daripada ibunya yang berusia 70 tahun, hasil meminta sedekah di jalanan. Gauri sedikit pun tidak kesal dengan tindakannya sebaliknya berpendapat keputusan yang diambilnya tepat bagi menyelamatkan bayi itu dan tiga anak perempuannya yang lain. “Suami saya meninggalkan saya dan tiga anak lapan bulan lalu. Kami bergantung dengan hasil wang sedekah yang diperoleh ibu saya. “Bagaimana saya harus membesarkan anak sedangkan saya tidak mempunyai wang?” katanya. Menurut Gauri, sepasang suami isteri yang tidak mempunyai zuriat datang dan menawar mengambil anaknya dengan membayar 1,300 rupi (RM700). “Saya menerima tawaran itu kerana tiada pilihan lain,” katanya. Dia hanya bersedia mengambil semula bayinya sekiranya kerajaan memberinya bantuan. Pihak berkuasa tempatan memberinya tempoh 60 hari untuk berfikir sama ada menerima bayi berkenaan semula atau mereka akan menyerahkannya kepada keluarga angkat. Sumber: Agensi
TOP
Apa Seterusnya Yang Akan Haram?
Halal:Dimanakah silapnya? - Pic: Halalfood
TERBAHARU Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengesahkan bahawa produk Cadbury yang dilaporkan mengandungi DNA babi sebagai bebas daripada unsur haram itu susulan analisis terhadap kandungannya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam kenyataannya berkata, kedua-dua sampel produk coklat dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam diambil dari kilang pengeluar produk tersebut di Shah Alam. Semestinya laporan yang dikeluarkan Jakim sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada penggemar produk tenusu tersebut, khususnya umat Islam. Namun masih ramai pengguna ragu atau was-was. Justeru, kita mendengar banyak unsur sinis dan kecaman yang diterima oleh pengeluar produk terkenal itu. Antaranya, persoalan pelik tentang bagaimana ibadat akan diterima sekiranya seseorang sudah terpalit dengan DNA babi bila termakan coklat tersebut. Ringkasnya, ia perlu dilihat kepada asal kejadian! Asal Kejadian Halal Sehingga Ia Terbukti Haram Mengulas mengenai perkara tersebut, bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, umat Islam khususnya perlu kembali kepada asal kejadian setiap sumber di muka bumi ini. “Asal sesuatu makanan itu halal sehingga terbukti haram. Demikian apa-apa makanan yang dikatakan kononnya haram, tapi tidak terbukti, maka kekal atas hukum asalnya iaitu halal. “Jakim pihak yang ada keupayaan kajian dalam hal ini, maka apabila pihak Jakim menyatakan halal sesuatu produk, maka rakyat tidak bersalah sama sekali untuk memakannya. Ini kerana kaedah asal yang halal telah dikuatkan dengan dakwaan kajian oleh pihak yang berkemampuan,” katanya dalam satu kenyataan ketika dihubungi oleh Malaysian Digest.
Asal sesuatu makanan itu halal sehingga terbukti haram. Demikian apa-apa makanan yang dikatakan kononnya haram, tapi tidak terbukti, maka kekal atas hukum asalnya iaitu halal/Pic:malaysia-chronicle.com
Bercakap kepada Malaysian Digest, Mohd Asri menambah, sekiranya wujud kenyataan ‘haram’ terhadap sesuatu sumber, individu yang membuat dakwaan tersebut perlu membuktikan kesahihan bahawa ia adalah haram. “Sama dalam konteks makanan lain, selagi ia tidak dinyatakan haram, maka ia tidak perlu diragui. Jika ia didakwa haram, maka individu terbabit yang mengeluarkan kenyataan perlu menjelaskannya,” tegasnya. Memetik kenyataan beliau dalam entri terbaharunya di Facebook, DrMaza.com sebagai berkata, “saya katakan apa yang dikatakan halal oleh Jakim, maka kita yakini halal dan apa yang tidak berikan cap halal oleh Jakim belum tentu haram.” “Sementara DNA khinzir yang terdapat dalam makanan itu terdapat para ulama yang mengharuskannya atas asas proses istihalah. Ini pendapat yang dipegang oleh kebanyakan fatwa di Eropah, Dr Yusuf al-Qaradawi dan lain-lain,” katanya.
Bagaimana Pengeluaran Makanan Lain?
Penceramah bebas, Ustaz Md. Daud Che Ngah ketika ditanya mengenai status pengeluaran makanan dan pemprosesan di Malaysia berkata, sebagai rakyat biasa yang tidak mempunyai kepakaran dalam selok-belok pengeluaran makanan, mereka akan menerima apa sahaja kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa – Jakim. “Sebagai rakyat, kita menerima apa sahaja yang dimaklumkan. Tetapi, dalam proses membuat keputusan sekiranya ia menjurus kepada hukum haram, maka kita harus menolaknya. “Kurang mahir dalam penghasilan makanan bukan punca untuk setiap individu tertipu kerana kita boleh memilih,” katanya.
Jakim Perlu Beri Panduan Lebih Jelas
Mesra dengan panggilan Ustaz Daud, beliau berkata, kaedah terbaik dalam penentuan status pengeluaran dan pemasaran makanan di Malaysia perlu dijelaskan dengan lebih berkesan dan mudah oleh Jakim.
USTAZ Daud:Sebagai rakyat, kita menerima apa sahaja yang dimaklumkan. Tetapi, dalam proses membuat keputusan sekiranya ia menjurus kepada hukum haram, maka kita harus menolaknya./Pic:mD
Katanya, Jakim sebagai badan yang dipertanggungjawab perlu memastikan segala maklumat yang melibatkan status halal diperincikan agar tidak mudah dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. “Segala kenyataan yang ingin dikeluarkan perlu diselidik terlebih dahulu agar tidak memberi impak kepada kepercayaan masyarakat. “Ini termasuk dengan peralatan, kandungan dan acuan yang digunakan oleh sesebuah kilang dalam mengeluarkan makanan. Jika diragui, Jakim mempunyai hak untuk menyiasat,” jelasnya. Beliau menambah, jika sifat ragu masih timbul meskipun status makanan tersebut sudah dijelaskan, masyarakat ada hak untuk menolaknya. Terdahulu, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha dalam kenyataannya kepada sebuah portal berita berkata, produk tempatan dengan sijil pengesahan Halal Malaysia yang mempunyai 'kod E' boleh digunakan tanpa was-was. Katanya, tidak semua produk makanan yang mempunyai kod atau nombor 'E' mengandungi bahan daripada sumber yang haram. Beliau menjelaskan bahawa kod E ialah kod untuk bahan tambah (aditif) dan selalu digunakan pada label makanan di negara Kesatuan Eropah yang merujuk kepada bahan aditif yang dibenarkan.
Fahami Konsep Halal
Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh hukum Syarak. Manakala takrif halal mengikut Perintah Perihal Dagangan 1975 adalah - tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut hukum Syarak; bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang dilarang untuk orang islam. Berbalik kepada konsep penentuan halal dan haram dalam produk, menurut sumber ia mengambil masa lama iaitu tujuh hari bekerja dan terpaksa melalui sembilan proses atau ujian yang teliti. Kecuaian boleh sahaja berlaku atau kesilapan juga mungkin berlaku sebelum sesuatu produk itu disahkan halal atau haram.
Kembalikan Kepercayaan
Di manakah silapnya?
Cadbury kembali meraih kepercayaan masyarakat
Sebagai pengguna kita semua rasa tertipu dan terpaksa berhati-hati dengan produk yang disahkan halal kemudian dikatakan haram dan kini disahkan kembali halal. Namun titik tolaknya bermula kepada pihak yang diberi tanggungjawab untuk mengesahkannya dalam memulihkan kembali keyakinan masyarakat. Tetapi sebagai pengguna, kita mempunyai hak untuk membuat pilihan. Iklan Cadbury muncul kembali meraih kepercayaan masyarakat dengan slogan “Segalanya baik. Kembali Ceria bersama kami” dan "Seperti anda, halal adalah keutamaan kami".
Sumber: Malaysian Digest
TOP
Cemburu Hubungan Isteri, Majikan
Gambar hiasan
KUCHING: Cemburu terhadap hubungan isteri dan majikan dipercayai motif utama pembunuhan seorang lelaki di rumah tidak bernombor di Jalan Batu Kawa-Matang, di sini, kelmarin. Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Pauzi Bujang berkata, siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai berpunca daripada sikap cemburu suspek yang menyangkakan isterinya mempunyai hubungan sulit dengan mangsa. Bagaimanapun, katanya, siasatan masih dilakukan bagi mengenal pasti pembabitan suspek dalam kes dan kronologi kejadian. “Polis masih menyiasat bagaimana isteri suspek boleh berada di lokasi kejadian dan parah di kepala pada hari kejadian. Polis juga masih mencari senjata digunakan suspek ketika menyerang mangsa. “Keterangan wanita itu belum diambil sepenuhnya kerana keadaan kesihatan tidak mengizinkan. Selain itu, keterangan saksi di lokasi kejadian turut diambil bagi membantu siasatan,” katanya. Pauzi berkata, suspek berusia 40-an ditahan di Hospital Umum Sarawak (HUS) petang kelmarin selepas dia menghantar isterinya untuk mendapatkan rawatan. “Suspek direman tujuh hari sehingga 15 Jun ini bagi membantu siasatan,” katanya. Dalam kejadian itu, mayat seorang lelaki dikenali sebagai Lee Mui Chai, 57, ditemui dalam keadaan tertangkup di ruang tamu sebuah rumah di Jalan Batu Kawa-Matang, di sini, jam 2.30 petang. Turut ditemui wanita berusia 39 tahun dalam keadaan berlumuran darah berhampiran lokasi kejadian yang kemudiannya dihantar ke hospital oleh suaminya yang tinggal 100 meter dari lokasi kejadian. Terdahulu, polis menerima laporan kemalangan di lokasi kejadian dan sebaik tiba mendapati tiada kemalangan, tetapi menemui tompokan darah membawa kepada penemuan mayat mangsa. Sejurus selepas kejadian, seorang lelaki yang juga suami kepada wanita berkenaan ditahan bagi membantu siasatan. Sumber: myMetro Online
TOP
Jururawat lekat pelekat pada mulut bayi
Mulut Yohannes dilekat pita pelekat kerana dikatakan kuat menangis.
MANILA - FILIPINA. Sepasang suami isteri berang apabila mendapati jururawat sebuah hospital di Filipina melekatkan pita selofan pada mulut anaknya yang baru lahir. Apabila Ryan Noval dan Jasmine Badocdoc meminta jururawat membuka pelekat pada mulut Yohannes Noval, alasan yang diberikan adalah bayi itu menangis dengan kuat dan sentiasa meminta susu lapor Daily Mail. Media Sun.Star Cebu melaporkan, semasa jururawat membuka pelekat tersebut, bayi itu menangis kerana kulitnya terlekat pada pita dan luka. "Anak saya tidak boleh bercakap tentang pengalaman ngeri yang dilalui ketika berada di bawah jagaan jururawat di nurseri hospital. "Saya perlu bersuara bagi pihak dia. Jika anda berasa bayi anda selamat, fikirkanlah semula," katanya. Sumber: Sinar Online
TOP
Lebih RM534 juta Diagih Untuk Selenggara Jalan Di Johor
NUSAJAYA – Sejumlah RM534.73 juta dari Akaun Amanah Penyelenggaraan Jalan Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (Marris) telah diagihkan kepada semua agensi pelaksana untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan jalan di Johor pada tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Negeri Johor Datuk Hasni Mohammad berkata, jumlah tersebut adalah daripada baki sebanyak RM538.87 juta di dalam akaun berkenaan sehingga 30 April tahun ini. “Kerja-kerja penyelenggaraan tersebut perlu diselesaikan sebelum bulan November 2014,” katanya semasa menjawab soalan lisan Jimmy Puah Wee Tse (PKR-Bukit Batu) di persidangan Dewan Undangan Negeri Johor, di sini, hari ini. Puah bertanya mengapa terdapat begitu banyak baki di dalam akaun yang sepatutnya disalurkan untuk penyelenggaraan jalan raya di negeri itu. Hasni berkata baki di dalam akaun tersebut tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana terdapat agensi pelaksana yang lewat melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan. “Tindakan bagi mengurangkan baki Akaun Amanah Penyelenggaraan Jalan Marris akan terus diambil dengan mengagihkan peruntukkan kepada semua agensi pelaksana pada awal tahun bagi membolehkan kerja-kerja siap dilaksanakan dan pembayaran dapat dibuat dalam tahun yang sama,” katanya. Selain itu katanya, pihak agensi pelaksana telah diberikan tempoh penyiapan kerja dan penyerahan tuntutan bayaran selewat-lewatnya pada akhir November tahun ini dan dengan itu, tiada lagi peruntukkan yang diberi tidak dibelanjakan. Menjawab soalan tambahan Datuk Adam Sumiru (BN-Tanjung Puteri), beliau berkata tidak timbul baki peruntukkan yang dibawa ke tahun yang berikutnya tidak digunakan kerana baki di dalam tabung amanah itu akan digunakan mengikut garis panduan yang ditetapkan. Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Penerangan Johor Md Jais Sarday berkata, kerajaan negeri sedang merangka dasar baru dalam pembangunan hartanah untuk menambah bangunan-bangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di seluruh negeri bagi merancak dan memperkukuh prestasi pengusaha. Menjawab soalan Datin Azizah Zakaria (BN-Parit Raja), Md Jais berkata dasar itu perlu bagi membantu pengusaha PKS di kawasan bandar kecil dan pinggir bandar untuk lebih berjaya dalam meningkatkan produktiviti serta perkhidmatan, memastikan mereka memperoleh sijil halal dan pengiktirafan Amalan Pengeluaran Baik. Sehingga kini, jumlah pengusaha PKS di negeri ini adalah sebanyak 68,874 dan merupakan ketiga tertinggi selepas Selangor dan Kuala Lumpur. “Menyedari kepentingan sumbangan PKS ini, kerajaan negeri akan terus komited untuk meningkatkan jualan serta mutu produk PKS di negeri ini supaya bukan sahaja mampu menembusi pasaran domestik yang lebih luas bahkan di pasaran global,” katanya. Sumber: Bernama
TOP
Bom gegar Baghdad
Keadaan kawasan dan kereta selepas letupan bom kereta di Baghdad, semalam. Ramadi
BAGHDAD: Beberapa siri letupan bom kereta berlaku di Baghdad kelmarin mengorbankan lebih 60 orang, dan kumpulan bersenjata menceroboh masuk sebuah kampus universiti di barat Iraq. Keseluruhannya, berpuluhpuluh letupan berlaku terutamanya di daerah yang didiami puak Syiah dengan kejadian paling teruk di Bayaa, lokasi bom kereta menyebabkan kematian 23 orang kebanyakannya remaja lelaki yang sedang bermain biliard. “Ketika itu saya baharu saja mahu menutup kedai, kemudian saya terdengar letupan kuat di jalan utama,” kata Kareem Abdulla. Kaki beliau masih menggigil akibat kejutan daripada letupan. “Saya nampak banyak kereta dan kedai turut terbakar.” Letupan bom yang lain berlaku di panggung wayang, sebuah kedai jus yang popular serta sebuah masjid Syiah. Komuniti Syiah jadi sasaran Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab terhadap manamana insiden pengeboman itu tetapi komuniti Syiah sering menjadi sasaran pemberontak Sunnah yang meningkatkan kembali pergerakan dan serangan di Iraq tahun lalu. Sumber: BH Online
TOP
VIDEO: Let It Go (Frozen) Versi Ramadan
Umum mengetahui, filem Frozen telah mencetuskan fenomena tersendiri terutama dalam kalangan kanak-kanak. Tidak hairanlah di sana sini kedengaran anak-anak kecil menyanyikan lagu ‘Let It Go’ dengan penuh perasaan. Bagi ibu bapa muslim, sebenarnya ada cara untuk mengambil kesempatan daripada kegilaan anak-anak anda terhadap filem ini sambil mendidik.
Caranya, perdengarkan lagu Let It Go versi parodi yang dinyanyikan Amar tetapi liriknya sudah ditukar tentang Ramadan.
Berikut adalah liriknya:
Di malam yang indah dan hening
Ku tak sabar menanti
Bulan yang sungguh istimewa
Bulan yang diberkati
Di dalamnya rahmat juga keampunan
Besar ganjaran yang dijanjikan
Beramallah beribadatlah
Gandakanlah semua itu
Tingkatkanlah keimananmu
Capai redhanya
Ramadhan ramadhan
Bulan yang istimewa
Ramadhan Ramadhan
Gembiranya ku rasa
Ayuhlah rebut kelebihannya
Ayuh semua
Setahun sekali sahaja
Padanya diturunkan Al-Quran yang mulia
Di penghujungnya ada malam lebih baik dari seribu bulan
Beramallah beribadatlah
Gandakanlah semua itu
Tingkatkanlah keimananmu
Capai redhanya
Ramadhan ramadhan
Bulan yang istimewa
Ramadhan Ramadhan
Gembiranya ku rasa
Ayuhlah rebut kelebihannya
Ayuh semua
Setahun sekali sahaja
Allah menjanjikan dua kenikmatan
Bagi hamba yang ikhlas berpuasa keranaNya
Nikmat di saat bila kita berbuka
Dan di saat kita berjumpa denganNya
Ramadhan ramadhan
Bulan yang istimewa
Ramadhan Ramadhan
Gembiranya ku rasa
Ayuhlah rebut kelebihannya
Ayuh semua
Setahun sekali sahaja
Mudah-mudahan dengan cara ini, anak-anak kita bukan sahaja berhibur tapi pada masa sama terdidik tentang kelebihan Ramadan yang sudah semakin dekat menghampiri. Sumber: Rem Ramzi / My News Hub
TOP
Awas! Logo halal palsu
TIDAK dinafikan Malaysia sebuah negara Islam yang terkenal sebagai syurga makanan. Pelbagai jenis makanan dari seluruh pelosok dunia mudah didapati. Bahkan, restoran yang menyajikan kepelbagaian menu antarabangsa tumbuh bagai cendawan dan berlumba-lumba mencipta kelainan dalam menarik pengunjung mengunjungi premis mereka. Restoran Ala Thai, ala Jepun, Cina Muslim, ala Cina dan tidak ketinggalan restoran mamak menjadi pilihan pengunjung pelbagai kaun dan menjadi fenomena dalam industri pemakanan negara. Namun, bagi menghadapi persaingan perniagaan dan menarik ramai pengunjung, terdapat segelintir pihak yang cuba mengambil kesempatan menimbulkan kekeliruan kepada pengguna Islam dalam status halal sajian makanan dengan dekorasi restoran menunjukkan restoran halal dan tidak kurang menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf Jakim. Terdapat segelintir pihak yang cuba menumpang dan mengaut keuntungan daripada populariti restoran mamak yang diusahakan golongan India Muslim dengan meniru kriteria kedai makan berkenaan biarpun status halalnya diragui. Pengusaha restoran bukan Islam cuba mengaburi mata pelanggan dengan meletakkan ayat-ayat al-Quran, gambar masjid dan menggunakan khidmat pelayan warga asing berkopiah bagi lelaki dan bertudung bagi perempuan. Diakui, terlalu banyak cabaran dan kekeliruan bagi pengunjung Islam membuat pilihan pemilihan restoran halal jika tiada penegasan soal halal dan haram diutamakan dan mungkin ia akan terus menjadi permasalahan sekiranya tiada jalan yang tuntas dalam membuka penyelesaiannya. Bagaimanapun berdepan beberapa insiden kekeliruan dalam produk makanan dan restoran menjadi cabaran kepada Jakim untuk meyakinkan pengguna terutama Muslim. Sumber: Sinar Online
TOP
Suami Cemburu Hubungan Isteri Dan Majikan
Kuching – Cemburu terhadap hubungan isteri dan majikan dipercayai motif utama pembunuhan seorang lelaki di rumah tidak bernombor di Jalan Batu Kawa-Matang, di sini, kelmarin. Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Pauzi Bujang berkata, siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai berpunca daripada sikap cemburu suspek yang menyangkakan isterinya mempunyai hubungan sulit dengan mangsa. Bagaimanapun, katanya, siasatan masih dilakukan bagi mengenal pasti pembabitan suspek dalam kes dan kronologi kejadian. “Polis masih menyiasat bagaimana isteri suspek boleh berada di lokasi kejadian dan parah di kepala pada hari kejadian. Polis juga masih mencari senjata digunakan suspek ketika menyerang mangsa. “Keterangan wanita itu belum diambil sepenuhnya kerana keadaan kesihatan tidak mengizinkan. Selain itu, keterangan saksi di lokasi kejadian turut diambil bagi membantu siasatan,” katanya. Pauzi berkata, suspek berusia 40-an ditahan di Hospital Umum Sarawak (HUS) petang kelmarin selepas dia menghantar isterinya untuk mendapatkan rawatan. “Suspek direman tujuh hari sehingga 15 Jun ini bagi membantu siasatan,” katanya. Dalam kejadian itu, mayat seorang lelaki dikenali sebagai Lee Mui Chai, 57, ditemui dalam keadaan tertangkup di ruang tamu sebuah rumah di Jalan Batu Kawa-Matang, di sini, jam 2.30 petang. Turut ditemui wanita berusia 39 tahun dalam keadaan berlumuran darah berhampiran lokasi kejadian yang kemudiannya dihantar ke hospital oleh suaminya yang tinggal 100 meter dari lokasi kejadian. Terdahulu, polis menerima laporan kemalangan di lokasi kejadian dan sebaik tiba mendapati tiada kemalangan, tetapi menemui tompokan darah membawa kepada penemuan mayat mangsa. Sejurus selepas kejadian, seorang lelaki yang juga suami kepada wanita berkenaan ditahan bagi membantu siasatan. Sumber: myMetro Online
TOP
Percuma Sebulan Tengok Panda
Fu Wa dan Feng Yi bakal mendapat nama baharu yang akan diumumkan Perdana Menteri pada 25 Jun ini.
PUTRAJAYA: Orang ramai mungkin diberi kemasukan percuma untuk melihat pasangan panda gergasi di Zoo Negara bagi tempoh sebulan, selepas ianya diberi nama baharu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 25 Jun ini. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel berkata, beliau akan mengemukakan cadangan tersebut kepada pihak zoo sebagai meraikan kehadiran panda jantan Fu Wa dan panda betina Feng Yi di negara ini dari Chengdu, China. "Saya akan bercakap dengan Presiden Zoo Negara (Datuk Seri Zaharin Md Arif) bagi membolehkan kemasukan percuma kepada orang ramai untuk sebulan. "Kita tetapkan seramai 1,200 orang untuk melihat panda dalam satu hari iaitu, 200 orang bagi satu lawatan dengan (tempoh) 20 minit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Pengurusan Sumber Air Malaysia 2014, di sini, Isnin. Palanivel berkata, selepas tempoh itu harga tiket untuk melawat pasangan panda itu mungkin dikenakan RM20 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak. Pasangan panda itu yang dipinjamkan oleh kerajaan China melalui program Perjanjian Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi Malaysia-China, kini masih di tempat khas di Zoo Negara untuk membolehkan haiwan itu menyesuaikan dengan persekitaran baharu. Mengulas lanjut Palanivel berkata, kedua-dua panda yang masih dikuarantin, akan ditempatkan di lokasi berasingan di Zoo Negara pada 21 atau 22 Jun ini sebelum upacara perasmian oleh Perdana Menteri. "Kedua-dua Panda itu sihat, berat pun meningkat dan menyesuaikan diri dengan persekiratan Malaysia. Duta China telah beri tiga nama baharu dan kita akan memilih nama sesuai bagi Panda itu," katanya. Pada 25 Mei, Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor turut melawat pasangan panda gergasi itu sambil membuat catatan dan memuat naik gambar lawatan dalam laman Facebook dengan menyifatkan ianya simbol keamanan dalam budaya China dan amat dihormati. Pasangan panda gergasi itu akan berada di Malaysia selama 10 tahun sebagai simbol jalinan hubungan diplomatik antara Malaysia dan China selama 40 tahun yang disambut pada 31 Mei lepas. Melalui program yang dimeterai pada 2012, Malaysia mempunyai peluang untuk menjalankan penyelidikan pemuliharaan panda gergasi selain dapat membangun dan melatih pakar dalam bidang itu. Sumber: mStar
TOP
Anak gaduh ibu cedera dibaling kulit durian
PULAU PINANG – Segalanya berpunca daripada pertengkaran dua remaja perempuan sebelum ibu mereka masuk campur. Akibatnya, seorang daripada wanita terbabit dikejarkan ke hospital selepas muka dan kepalanya cedera dilontar kulit durian dalam kejadian di sebuah flat di Teluk Kumbar, di sini, Rabu lalu. Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa yang berusia 47 tahun dikejarkan ke hospital oleh jirannya selepas kepalanya luka terkena kulit durian terbabit. Menurut sumber, kejadian itu berlaku apabila anak perempuan mangsa serta jirannya bertengkar beberapa jam sebelum itu dan anak mangsa kemudian mengadu kepadanya. “Mangsa pergi ke rumah jirannya kerana mahu bertanya berhubung perselisihan faham anak mereka dan dia yang tidak berpuas hati meninggikan suara. “Tindakannya itu membuatkan jirannya berang dan menarik rambut serta menumbuknya sebelum cuba dileraikan beberapa penghuni kawasan itu,” katanya. Menurutnya, mangsa yang ketika itu terjatuh cuba bangun, namun sejurus dia berdiri, jirannya itu melontarkan kulit durian ke arah mukanya membuatkan dia mengerang kesakitan. “Pergaduhan mereka akhirnya berjaya dileraikan dan mangsa dengan bantuan beberapa penghuni kawasan terbabit dibawa menjalani rawatan di hospital. “Keadaannya bagaimanapun dilaporkan stabil dan dia hanya mengalami bengkak di kepala serta luka di dahi akibat terkena kulit durian dan juga dipukul jirannya itu,” katanya. Menurutnya, mangsa membuat laporan berhubung kejadian di Balai Polis Teluk Kumbar, Rabu lalu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit dan siasatan awal mendapati pergaduhan berpunca salah faham antara mangsa dan jirannya. Sumber: Harian Metro
TOP
VIDEO: Toyol Meronta Dikurung Dalam Botol
Tak dapat dinafikan, makhluk halus sememangnya wujud di dunia ini. Kita menggelarnya jin, jembalang, hantu, pontianak, toyol dan sebagainya namun yang pasti mereka tetap makhluk Allah seperti manusia. Bagi makhluk ini yang sebahagian kerjanya mengganggu manusia, hukuman diterima daripada pengamal perubatan Islam adalah dikurung di dalam botol selepas ditangkap. Kaedah perubatan ini sememangnya tidak dapat dipertikaikan lagi. Bagaimanapun, video di bawah yang didakwa menunjukkan seekor toyol yang ditangkap dan dimasukkan ke dalam botol meronta-ronta hendak keluar tidak dapat dipastikan kesahihannya. Maklumlah, zaman sekarang ini kebanyakan orang semua sudah pandai mengedit gambar mahu pun video. Apa pun sedikit sebanyak, inilah gambaran nasib makhluk halus jika mereka berjaya dikalahkan dan ‘ditangkap’ oleh bomoh atau pengamal perubatan Islam selepas mengganggu atau merasuk manusia.
Sumber: Rem Remzi / My News Hub
TOP
Mah, Ramkarpal Angkat Sumpah Sebagai Ahli Parlimen
Mah Siew Keong mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen pada Isnin.
KUALA LUMPUR: Datuk Mah Siew Keong dan Ramkarpal Singh mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada Isnin. Berpakaian sut hitam, mereka mengangkat sumpah di hadapan Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee. Dewan Rakyat senyap seketika bagi menghormati kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Selain itu, penghormatan turut diberikan kepada Karpal Singh (Ahli Parlimen Bukit Gelugor) dan Seah Long Peng (Ahli Parlimen Tekul Intan) yang masing-masing meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dan penyakit kanser.
Ramkarpal mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada Isnin.
Kiandeee turut mengumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan Belanjawan 2015 pada 10 Oktober, bukannya 31 Oktober. Mesyuarat kedua akan diadakan pada Isnin dan dijadualkan berakhir pada 19 Jun ini. Mesyuarat ketiga pula akan berlangsung pada 7 Oktober hingga 27 November ini. Ramkarpal dari DAP mempertahankan kerusi bapanya, Karpal Singh di Bukit Gelugor dengan memperoleh majoriti 37,659 undi pada 25 Mei lalu. Mah dari Gerakan, memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan selepas menewaskan calon DAP, Dyana Sofea Mohd Daud dengan majoriti tipis, 238 undi pada 31 Mei lalu. Sumber: mStar Online
TOP
Pulau Perhentian nikmati internet tanpa wayar
BESUT - Program Kampung Tanpa Wayar anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia membolehkan penduduk Pulau Perhentian menikmati capaian Internet berkelajuan sehingga 7 megabit sesaat (Mbps). Timbalan Menteri berkenaan Datuk Jailani Johari berkata kemudahan Internet di Pulau Perhentian adalah bagi menampung dan memenuhi permintaan penduduk setempat dan pelancong dari dalam serta luar negara ke pulau yang dinobat sebagai kelima tercantik di dunia itu. Bagi mengelak timbul masalah capaian Internet, kerajaan akan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan tahap kelajuan di kawasan itu sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa, katanya kepada pemberita selepas perasmian Penubuhan Komuniti 1Malaysia di Pulau Perhentian hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Datuk Ibrahim Abd Rahman, Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan wakil agensi berkaitan. Jailani juga berkata penduduk di Pulau Perhentian akan terus menikmati pelbagai kemudahan tanpa perlu ke tanah besar, terutama dengan kewujudan sebuah pejabat wakil pos, yang membolehkan mereka melakukan pembayaran pelbagai jenis bil selain urusan surat-menyurat. Sumber: Bernama
TOP
Bimbang Bayi Lapar, Tuang Susu Guna Jug Sehingga Maut
London – Seorang wanita dari Ghana dituduh membunuh bayinya dengan memberinya makan berlebihan. Mahkamah turut mengarahkan dia diusir dari United Kingdom. Wanita itu dikatakan terlalu bimbang anaknya lapar bertindak menuangkan susu ke dalam mulut bayinya dengan mengguna jag. Akibatnya, bayi malang itu mati kerana radang paru-paru. Hukuman yang dikenakan terhadapnya bagaimanapun ditolak oleh mahkamah tinggi. Dia sebaliknya dibenar untuk terus tinggal di England, berdasarkan Artikel 8 Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia. Wanita berusia 33 tahun itu hanya dihukum penjara tiga tahun tetapi dibenar tinggal bersama tiga anaknya yang lain di kediaman yang sama apabila bebas kelak. Keputusan mahkamah tinggi mendapat kecaman masyarakat.Keputusan mahkamah tinggi itu bagaimanapun dikritik oleh orang ramai. Sumber: AFP
TOP
Zaquan Adha Bermain Cinta Dengan Penyokong JDT Di WeChat?
Teknologi kalau digunakan dengan betul banyak faedahnya — contohnya laman web kami yang serba canggih ini, menjadi penyebar kisah selebriti untuk umpatan anda semua. AHAHAHA! Seorang peminat mengirimkan sepucuk e-mail kepada kami hujung minggu lalu mendedahkan perilaku seorang pemain bola sepak terkenal yang juga merupakan suami kepada seorang artis atau selebriti yang agak terkenal juga.
Melalui susur masa Moments di WeChat, seorang gadis yang tidak dikenali namanya telah tanpa segan silu memuat naik beberapa keping screenshot yang menunjukkan dirinya sedang bersembang dengan Zaquan Adha. Menurut sumber yang memaklumkan, gadis tersebut merupakan salah seorang gadis sorak atau penyeri (mascot? cheerleader?) untuk pasukan Johor Darul Takzim (JDT). Tidak pasti sejauh mana hubungan gadis ini dengan Zaquan Adha namun boleh dilihat walaupun sudah bergelar suami, lelaki tetap menjadi lelaki. Heh. Sumber: Roti Kaya
TOP
Apa Yang Haram Tetap Haram – Mufti Perak
Harussani
SHAH ALAM - Bahan-bahan yang haram di sisi agama Islam tetap dianggap haram meskipun ia telah mengalami perubahan zat, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Menurutnya, istilah istihalah (proses perubahan zat yang membolehkan bahan-bahan haram berubah menjadi halal) yang diguna pakai sesetengah pihak tidak wajar dijadikan landasan untuk menghalalkan sesuatu perkara, khususnya di negara ini. "Jangan sewenang-wenangnya bercakap isu ini. Ini isu halal haram. Tambah pula, ia tidak sesuai dipraktikkan di sini. "Masih banyak (lagi) sumber halal yang masih boleh digunakan oleh umat Islam, jadi isu istihalah tidak boleh digunakan," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Beliau berkata, bahan halal apabila telah bercampur dengan yang haram, ia akan dianggap haram di sisi Islam. "Harus diingat, jika keadaan darurat sahaja, dibolehkan menggunakan bahan haram, contohnya dalam perubatan. "Seorang pesakit diharuskan mengambil imunisasi yang ada DNA babi dengan tujuan untuk selamatkan nyawanya semata-mata," katanya. Beliau turut mengingatkan rakyat di negara ini khasnya umat Islam supaya mengelakkan diri daripada terdedah dengan benda-benda haram tersebut jika tidak mempunyai kewajipan untuk mengambilnya. Pendapat sama turut disokong Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid yang menyifatkan apa jua jenis bahan yang telah bercampur dengan babi tetap dikira haram. "Jika zat babi masih terdapat di dalam bahan tersebut, ia tetap dikira haram. "Hanya makanan yang secara tidak sengaja tercemar dengan babi, hukumnya harus, lain-lain tidak boleh, apa lagi disengajakan," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan ulama Dr Yusuf Al-Qaradawi mengenai proses perubahan zat yang membolehkan bahan-bahan haram berubah menjadi halal. "Jika ada bahan haram yang memasuki air melebihi dua kolah, air tersebut masih digunakan, tetapi mesti tiada perubahan warna, bau dan rasa. Sumber: Sinar Online
TOP
Terkejut Lihat ‘Mayat’ Terkebil-Kebil Di China
Shanghai – Seorang pekerja rumah mayat di sini berkata dia menemui wanita yang masih hidup dalam laci penyejuk beku mayat setelah menyedari pintunya terbuka. Menurut laporan, wanita itu cuba membunuh diri . Dia dikatakan pergi ke rumah mayat itu dan tidur dalam satu daripada peti penyejuk beku berkenaan. Pekerja rumah mayat yang menyedari pintu laci mayat itu tidak ditutup, menjenguk ke dalam dan terkejut melihat mata wanita berusia 70 tahun itu terkebil-kebil. Laporan sebuah stesen televisyen menyatakan, wanita itu mengalami kemurungan dan pernah cuba membunuh diri sebelum ini. Sementara itu, dalam satu kes lain di Anhui, seorang budak berusia sebulan yang disahkan meninggal dunia, bangun dan menangis di sebuah rumah mayat sejurus sebelum dia dibakar. Bayi itu dihantar ke sebuah hospital tempatan sebelum dia diisytihar mati akibat beberapa kecederaan dalaman. Ekoran kejadian itu, pihak berkuasa bertindak membatalkan lesen doktor yang mengesahkan kematian bayi itu. Sumber: Agensi
TOP
19 kereta musnah dalam kebakaran di Melaka
Antara kereta yang terbakar.
Melaka: Sebuah syarikat wakil pengedar kenderaan kerugian lebih RM600,000 selepas 19 kereta baru dan terpakai yang diletakkan di pusat penyimpanan miliknya musnah dalam kebakaran di Bukit Palah, di sini, semalam. Kebakaran kira-kira jam 6.45 petang itu memusnahkan 12 Perodua Viva, sebuah Perodua Myvi dan enam kereta terpakai pelbagai jenis yang diletakkan di barisan belakang pusat penyimpanan berkenaan. Ketua Operasi Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat negeri Kamarulzaman Mohd Din berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 6.54 petang dan tiba di lokasi jam 7.05 malam. "Ketika tiba api sedang marak, ia dapat dikawal jam 7.15 malam dan padam sepenuhnya 10 minit kemudian. "Kita juga berjaya menyelamatkan baki 185 kereta baru yang ditempatkan di sini. Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya. Sumber: myMetro Online
TOP
Yammy Kecewa Belum Terima Surat Tunjuk Sebab
Yammy Samat diberi surat tunjuk sebab berhubung tindakannya menyokong kempen calon parti yang menentang Barisan Nasional (BN).
PETALING JAYA: Yammy Samat, ibu Dyana Sofya Mohd Daud yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan kecewa kerana sehingga kini masih belum menerima surat tunjuk sebab daripada Umno. Menurut Yammy, beliau teruja untuk melihat surat berkenaan sebelum memutuskan sama ada mahu menjawabnya ataupun tidak. "Memanglah saya tunggu sangat surat itu, nak tahu apa butirannya. Tapi malangnya sampai hari ini saya belum terima lagi. "Rugilah saya kerana masa yang diberikan untuk menjawab surat itu makin suntuk," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin. Sebelum ini Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor berkata parti itu sudah menghantar surat tunjuk sebab kepada Yammy pada 3 Jun lalu berhubung tindakannya menyokong kempen calon parti yang menentang Barisan Nasional (BN). Ahli veteran Umno itu diberi tempoh 14 hari untuk menjawab surat berkenaan. Mengulas lanjut, Yammy mempersoalkan kelewatan pengurusan Umno mengendalikan kes berkenaan, selain mendakwa partinya itu cuba menafikan haknya sebagai ahli untuk membela diri. "Mustahil Umno gagal cari saya untuk beri surat itu. Bukannya mereka tak kenal siapa saya. Kalau serah kepada Pejabat Umno Perak atau pejabat bahagian pun pastinya akan sampai kepada saya. "Malah Ketua Cawangan saya, Idris Samat adalah abang kandung saya sendiri...bertambah mustahil surat itu tak boleh sampai," katanya. Yammy merupakan ahli Umno Cawangan Kampung Tawas Tambahan dalam Bahagian Ipoh Barat. Sementara itu Pejabat Umno Perak ketika dihubungi turut gagal memberi sebarang maklumat mengenai status surat tunjuk sebab yang perlu dijawab Yammy selewat-lewatnya pada 17 Jun ini. Sumber: mStar
TOP
Kes Keganasan Rumah Tangga Meningkat
Mohd Khir/Pic:Sinar Harian
KOTA BHARU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) catat 20 kes keganasan rumah tangga sehingga Mei lalu susulan peningkatan kesedaran orang ramai yang memanfaatkan Talian NUR. Pegawai JKM Kota Bharu, Mohd Khir Omar berkata, orang ramai kini membuat aduan secara terus jika berlaku kes penderaan melibatkan suami isteri. “Kita mahu masyarakat sedar ia adalah kesalahan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Kes memang meningkat tetapi kebanyakannya hanya bergaduh sekejap sahaja, kemudian mereka berbaik semula. "JKM sentiasa komited membantu mangsa keganasan rumah tangga yang tidak berupaya membuat laporan polis dan mendapatkan perintah perlindungan sementara,” katanya kepada media. Menurutnya, bagi menjarakkan mangsa daripada masalah tersebut, mereka ditempatkan di Rumah Seri Kenangan dekat Kemumin, Pengkalan Chepa. Tambahnya, bagi mangsa yang trauma, khidmat kaunseling akan diberikan, selain merujuk kes kepada badan terlibat untuk bantuan kewangan, guaman atau agensi lain jika diperlukan. “Kita tidak bertindak sendirian, sebaliknya melibatkan polis dan Kementerian Kesihatan, dalam 20 kes tersebut, satu melibatkan warga asing iaitu wanita warga Rusia yang berkahwin dengan rakyat tempatan dan kes tersebut dibawa balik ke negara mangsa. "Sehingga kini, JKM telah membawa tiga kes ke mahkamah syariah. Kebanyakan mereka rujuk kembali selepas dipujuk suami atau keluarga mertua," katanya. Sumber: Sinar Online
TOP
Jue Aziz Kecewa Anak Angkatnya Dituduh Anak Haram
Hati ibu manalah yang tidak sedih dan kecewa apabila anak mereka dituduh sebagai anak haram ataupun anak luar nikah. Sebelum ini pelakon Jue Aziz pernah mengeluarkan kenyataan dia mempunyai seorang anak angkat bernama Darwish, namun tak disangka-sangka banyak pihak di luar sana membuat khabar angin mengatakan Darwish sebenarnya anak kandung Jue. Dan disebabkan perkara itulah Jue dikatakan menyorok statusnya pernikahan dengan seorang pemuzik dari Indonesia, Bayu. Jue turut mendedahkan Darwish sebenarnya sudah kematian ibu kandungnya. Memetik kenyataannya dalam program Melodi semalam, Jue mengatakan, “saya agak kecewa bila mereka kata anak saya anak haram, anak luar nikah. Sebab itu saya senyap dahulu. Its okay, takpelah orang nak cakap apa pun, teruskan. Yang mengatakan benda bukan-bukan pasal anak saya, terpulang pada mereka”. “Saya nak buat satu video kenapa kami kahwin macam ini dan nak buktikan anak itu siapa sebab orang ramai masih tak percaya, cuma sekarang tiada masa,” ujar aktres berusia 31 tahun ini. Hmm, sabar sahajalah Jue, apa yang penting jangan dihiraukan cakap-cakap orang luar yang tiada kena mengena dalam hidup anda, yang lebih penting semoga perhubungan keluarga ini akan bertambah erat di sebalik segala kontroversi yang menghimpit.
Sumber: Audrey Lee / My News Hub
TOP
Azad Jazmin & Eira Syazira Jawab Tuduhan Cari Gaduh
Azad nafi dia dan isteri kaki gaduh.
KUALA LUMPUR: Pelakon Azad Jazmin mengakui sikapnya dan isteri iaitu Eira Syazira yang suka berterus terang terhadap sesuatu perkara membuatkan ramai yang tidak menyenangi sikap mereka. Azad atau nama sebenarnya Azad Jazmin John Louis Jeffri, 38, berkata, mereka lebih senang bersikap sebegitu agar tidak dilihat hipokrit namun sebaliknya pula berlaku apabila ada pihak menyifatkan mereka berdua merupakan pasangan yang suka mencari gaduh. "Bukannya kami suka bergaduh dengan orang tetapi kami lebih senang bercakap secara terus terang. "Lagipun kami enggan terlalu mengikut mentaliti orang Malaysia yang enggan mengguris hati orang tetapi mereka cakap belakang pula. Lebih baik kita berterus terang dan cakap sahaja apa yang dirasakan tidak kena," katanya. Azad ditemui pada majlis pra-tonton filem Suatu Malam Kubur Berasap 2 (SMKB 2) di Berjaya Times Square di sini pada Ahad. Eira juga turut hadir menemani suaminya pada acara tersebut. Sebelum ini, Azad pernah terbabit dengan kes bergaduhan dengan seorang lelaki di Pulau Pinang sehingga ia menjadi kes polis. Malah pelakon itu turut dikatakan pernah berkelahi dengan beberapa kru produksi.
Eira Syazira . Foto: Annaseaskey
Pada pertengahan Mei lalu, Eira pula dikatakan telah menampar seorang kru produksi sewaktu penggambaran sebuah telefile Pulanglah Abah. Ditanya apakah perkembangan kes tersebut memandangkan ia kini sudah menjadi kes polis kata Eira dia berharap isu tersebut dapat diselesaikan dengan segera. "Kalau nak diikutkan saya dah tidak mahu menjawab berkaitan perkara ini. Benda ini kecil sebenarnya tetapi menjadi besar. Saya harap ia dapat diselesaikan secepat mungkin. "Mungkin ada yang menganggap saya sengaja mahu mencari masalah tetapi sesuatu perkara tidak akan berlaku jika ada yang memulakannya dahulu bukan?" soalnya. Pergaduhan itu berpunca apabila kru tersebut meminta Eira menguatkan suaranya ketika penggambaran kerana tahap audio terlalu rendah di sebuah restoran di Ampang. Berang dengan teguran itu, Eira kemudiannya dipercayai menampar muka kru produksi tersebut. Sumber: mStar
TOP
Tahan 2 Tokan, Rampas Dadah RM8 Juta Termasuk Esctasy Cecair - Bukit Aman
Produk dadah terbaharu yang dipercayai syabu berbentuk cecair.
KUALA LUMPUR: Penahanan dua tokan dan 10 anggota sindiket pengedaran dadah membawa kepada penemuan produk dadah terbaharu dipercayai esctasy cecair serta beberapa jenis dadah lain membabitkan nilai rampasan mencecah hampir RM8 juta. Kejayaan pperasi terbaharu itu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar Negeri Sembilan dan Lembah Klang, minggu lalu. Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, penahanan pengedar kecil-kecilan ini membawa kepada penahanan dua lelaki dipercayai tokan di Seremban pada 7 Jun lalu. "Susulan itu, sejumlah 50,000 pil Eramin 5, 100 pil esctasy dan 3 gram ketamin ditemui dan dirampas dalam bonet kereta anggota kumpulan terbabit," katanya pada sidang media di Bukit Aman, Isnin. Noor Rashid berkata, kedua-dua lelaki yang ditahan itu berusia 29 dan 34 tahun ditahan reman tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952. Beliau berkata, tindakan susulan seterusnya dibuat pada hari sama di sebuah pangsapuri di Kampung Cheras Baru, dekat sini. "Dipercayai pangsapuri ini dijadikan stor dan juga tempat memproses dadah. "Di situ kami merampas sejumlah 342,000 pil Eramin, 88 gram serbuk syabu, 1.4 kilogram Ketamin, 2,225 pil esctasy, 38 gram serbuk dan 835 mililiter cecair disyaki esctasy. "Produk cecair itu dipercayai yang terbaharu dan kami akan menjalani ujian rapi kerana ia dipercayai digunakan dalam minuman di kelab malam," tambahnya. Sumber: mStar
TOP
Serdak Emas Mengalir Dari Paip Air
Serdak emas ditemui keluar dari paip rumah.
SERDAK berkilauan dipercayai emas ditemui mengalir dari pair air di beberapa kediaman di sekitar Whitehall, Montana di Amerika Syarikat. Berita mengejutkan itu bagaimanapun tidak menggembirakan penduduk kerana mereka bimbang air minuman itu mungkin mengandungi sesuatu yang membahayakan kesihatan. Mark Brown dimaklumkan oleh isterinya mengenai penemuan serdak emas ketika sedang mencuci pinggan mangkuk di rumahnya. "Isteri saya mencabut palam untuk membiarkan air mengalir dan singki dipenuhi serdak yang berkilauan," katanya. Lombong emas berdekatakan dipersalahkan kerana mengakibatkan pencemaran air tetapi perkara itu dinafikan seorang pegawai bertugas. Menurutnya, kandungan serdak tersebut mungkin datang dari paip penyambung. Sumber: mStar
TOP
Anak Beranak Samseng WANTED Pecah Cermin Kereta Orang
Adatlah sewaktu memandu, ada kalanya pemandu lain bersikap kurang toleransi hingga menyakitkan hati. Bagaimanapun bagi mereka yang mempunyai sifat panas baran, hal ini boleh menyebabkan mereka bertindak di luar batasan hingga menjadi pembuli jalanraya. Menerusi status Facebook yang kini tersebar meluas di media sosial, seorang pemandu kereta jenis Perodua MyVi kini dicari pihak polis kerana bertindak melanggar dan memecahkan cermin kereta pemandu lain di Lebuhraya Karak, 7 Jun lalu. Dalam gambar yang turut disebar bersama sedikit keterangan apa telah berlaku, seorang lelaki dirakam telah memecahkan cermin kereta mangsa hingga isterinya yang sarat mengandung mengalami kecederaan di bahagian tangan.
Apa yang menyedihkan, suspek berbangsa Melayu dan salah seorangnya siap bersongkok lagi. Kenapalah dibiarkan perasaan marah menguasai diri sampai begini sekali? Kot ye pun marah takkanlah tak boleh dibawa berbincang kan. Maka natijahnya, menjawablah anda di balai polis nanti. Sumber: Rem Ramzi / My News Hub
TOP
Pelajar tipu diculik nak telefon pintar
KUALA LUMPUR : Gara-gara tidak dibelikan telefon pintar seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun tergamak menipu keluarganya kononnya dia diculik lima lelaki sebelum berjaya menyelamatkan diri di Bukit Tinggi, Klang, dekat sini, Jumaat lalu. Dalam kejadian 1 tengah hari itu, pelajar berkenaan difahamkan memberitahu keluarganya dia diculik selepas tamat waktu persekolahan di Jalan Hang Tuah, di sini sebelum di bawa ke sebuah kawasan perumahan di Klang, Selangor oleh lima lelaki bertopeng menggunakan sebuah kereta. Menurut sumber polis, bagaimanapun tembelang pelajar itu terbongkar apabila dia ditemani keluarga membuat laporan di balai polis KL Sentral, di sini. “Hasil siasatan polis mendapati pelajar itu berbohong serta membuat laporan palsu. Pelajar itu memberitahu keluarganya dia diculik dengan harapan keluarganya bersimpati seterusnya membelikannya telefon pintar seperti dihadiahkan kepada abangnya,” katanya. Sumber itu berkata, lakonan pelajar berkenaan yang menampakkan seolah-olah dia diculik sudah dirancang beberapa hari lepas dan dia sebenarnya hanya pergi ke rumah rakannya di Klang selama beberapa jam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan mengenai kes berkenaan dan berkata tiada tindakan susulan di ambil ke atas laporan yang di buat kerana ia laporan palsu. Beliau turut menasihatkan ibu bapa agar lebih berhati-hati dengan sikap anak mereka dan tidak mudah percaya dengan apa yang diberitahu sebaliknya harus menyelidik terlebih dulu. Sumber: Harian Metro
TOP
6,000 anggota tentera pantau keadaan di Bangkok
Gambar fail bertarikh 21 September 2006, menunjukkan beberapa unit kereta kebal dikerah ke Bangkok dua hari selepas rampasan kuasa dilaksanakan di Thailand semasa pemerintahan Perdana Menteri ketika itu, Thaksin Shinawatra. - AFP
BANGKOK 8 Jun - Junta tentera Thailand bertindak mengerahkan pasukan keselamatan yang terdiri daripada 6,000 anggota tentera dan polis ke sekitar ibu negara hari ini bagi menyekat dan menghalang kumpulan pembangkang mendapatkan momentum melakukan demonstrasi antirampasan kuasa. Timbalan ketua polis, Somyot Poompanmoung berkata, pasukan keselamatan itu ditempatkan di lima lokasi utama termasuk Lapangan Terbang Suvarnabhumi, dan kawasan sekitar Istana Besar Raja Thailand di Bangkok. "Selain itu, kami turut menempatkan anggota di lokasi pernah tercetus bantahan sebelum ini. "Kami berharap tunjuk perasaan itu tidak mencetuskan apa-apa keganasan dan akan berakhir dengan aman," kata Samyot. Beliau dalam pada itu berkata, Panglima Angkatan Tentera Thailand, Jeneral Prayuth Chan-ocha turut mengarahkan anggota pasukan keselamatan mengelak konfrontasi. Menurut Somyot, penempatan anggota pasukan keselamatan hari ini melibatkan 27 kompeni tentera dan 15 pasukan polis. Sejak rampasan kuasa dilaksanakan pada 22 Mei lalu, anggota pasukan keselamatan ditempatkan di beberapa lokasi di bandar-bandar besar Thailand bertujuan menghalang penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi yang dikhuatiri boleh memburukkan lagi keadaan di negara ini.
Penunjuk perasaan anti rampasan kuasa menutup mulut ketika demonstrasi di pusat beli-belah di Bangkok, semalam.
- REUTERS
TOP
Kepulangan Ronaldo ceriakan Portugals
FLORHAM PARK, Amerika Syarikat - Cristiano Ronaldo memberi khabar gembira buat Portugal, seminggu sebelum memulakan kempen Piala Dunia apabila kembali menjalani latihan bersama rakan-rakan sepasukan, semalam. Bintang sayap Real Madrid itu diketepikan daripada dua perlawanan pemanas badan sebelum ini akibat kecederaan paha kiri dan otot lutut, kecederaan yang mungkin menyebabkan dia terlepas pertemuan dengan Jerman dalam aksi pembukaan Kumpulan G pada 16 Jun ini. Bagaimanapun kepulangan semula Pemain Terbaik Dunia itu di padang latihan pasukan semalam nyata melegakan Portugal, malah pemain tengah berpengalaman, Raul Meireles juga mula menjalani latihan penuh. Namun begitu, tonggak pertahanan, Pepe masih terpaksa melakukan program pemulihan berasingan. Ronaldo, 29, mengambil bahagian di dalam sesi latihan yang dijalankan di New Jersey dan masih mempunyai peluang untuk beraksi dalam perlawanan pemanas badan mereka yang terakhir menentang Ireland, esok. Ketiadaan Ronaldo menyebabkan Portugal sekadar seri tanpa jaringan dengan Greece, minggu lalu dan berhempas pulas untuk menundukkan Mexico 1-0 dalam perlawanan terakhir, kelmarin. - AFP CRISTIANO Ronaldo kembali menjalani latihan bersama skuad Portugal di Florham Park, Amerika Syarikat semalam. - AFP
TOP
Felda Sasar perolehan RM100 juta
KUALA LUMPUR 8 Jun - Felda D'Saji Sdn. Bhd. (Felda DSaji), anak syarikat Felda Holdings Bhd. (Felda Holdings) mengunjurkan perolehan sebanyak RM100 juta dalam tempoh lima tahun akan datang, dipacu melalui penglibatannya dalam sektor pengurusan hotel dan program francais restoran yang akan dilaksanakan pada tahun depan. Ketua Pegawai Operasi Felda DSaji, Ahmad Zaki Abdullah berkata, syarikat tersebut bakal menguruskan sebuah hotel milik Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd. (KPF) yang dalam proses pembinaan serta dijangka siap dan memulakan operasi menjelang suku pertama tahun depan. Beliau berkata, hotel yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor berkenaan merupakan penglibatan sulung syarikat tersebut dalam pengurusan hotel. Katanya, dengan pengalaman meluas dalam sektor makanan dan minuman (F&B) seperti katering dan bankuet, Felda D'Saji yakin pihaknya mampu untuk membangunkan hotel terbabit dengan baik. "Seperti yang kita tahu, Bandar Baru Bangi adalah kawasan yang besar, namun tidak banyak dewan bankuet terdapat di kawasan itu. "Jadi, kami mengenal pasti keperluan itu dan ia adalah satu daripada keistimewaan hotel yang mempunyai dewan bankuet dan boleh memuatkan 1,200 orang serta kemudahan acara di kawasan taman, katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini. Hotel yang dibangunkan di kawasan seluas 2.3 hektar itu dilengkapi 300 buah bilik dan 200 buah kediaman pangsapuri. Apabila dibuka nanti, purata harga bagi bilik adalah sekitar RM220 hingga RM250 semalam. Sementara itu, Ahmad Zaki berkata, Felda D'Saji juga merancang untuk mengadakan program francais bagi restoran jenamanya yang akan dilaksanakan pada 2015. Menurutnya, program francais tersebut akan dilaksanakan untuk usahawan-usahawan terdiri daripada anak-anak peneroka dan mereka sedang bekerjasama dengan Felda Holdings bagi menjayakan usaha terbabit. "Buat masa ini, Felda D'Saji beroperasi sebagai katering dan juga penyedia makanan untuk institusi seperti universiti dan kolej. Bagaimanapun kami sudah mempunyai sebuah restoran di bangunan Southgate. "Tahun depan, Felda D'Saji menyasarkan untuk membuka lima restoran di sekitar Lembah Klang dan selepas ia berjaya, kami akan buka untuk program francais pula," ujarnya.
TOP
Peningkatan harga rumah tempatan mulai susut
KUALA LUMPUR 8 Jun - Indeks Harga Rumah Global yang didedahkan oleh firma penyelidikan hartanah Global Knight Frank (GKF) minggu lalu menunjukkan, harga rumah di Malaysia naik lapan peratus untuk tempoh setahun sehingga suku pertama 2014, sebenarnya adalah peningkatan harga yang terendah sejak 2010. Indeks yang dikeluarkan oleh firma itu merupakan maklumat yang boleh diperoleh menerusi laman sesawang Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Malaysia, yang bertanggungjawab mengeluarkan paras purata harga rumah tempatan untuk setiap suku tahun. Meskipun laporan indeks harga rumah itu (GKF) telah disensasikan serta berjaya mendatangkan kerisauan kepada orang ramai, namun jika maklumat itu disertakan dengan peningkatan-peningkatan harga rumah di Malaysia dua tiga sebelum ini, ternyata kadar lapan peratus itu boleh dianggap sebagai melegakan. Lapan peratus itu diperoleh dengan membandingkan harga rumah pada suku pertama 2013 iaitu kira-kira RM256,199 sebuah, telah meningkat kepada RM276,668 sebuah pada suku pertama 2014, iaitu peningkatan sekitar RM20,000 hanya dalam tempoh setahun. Walaupun peningkatan itu cukup tinggi bagi kebanyakkan rakyat negara ini, peningkatan RM20,000 itu adalah yang terendah sejak dua tahun sebelum ini dengan setiap tahun mengalami kenaikkan RM25,000. Ini belum diambil kira sejak kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan pelbagai peraturan bagi mengawal harga rumah seawal suku ketiga 2013, harga purata rumah tempatan dari Oktober 2013 hingga Mac 2014 hanya meningkat RM2,300 sahaja. Itu bermakna, peningkatan lebih RM17,000 lagi hanya berlaku antara Januari hingga September 2013, iaitu sebelum kerajaan memperkenalkan pelbagai peraturan baharu bagi mengawal kenaikkan harga rumah yang mendadak. Antara usaha-usaha yang diperkenalkan ialah mengetatkan pemberian pinjaman, pengenalan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT), pelaksanaan harga maksimum RM1 juta kepada pembeli asing. Menurut Penganalisis Affin Investment Bank, Isaac Chow, langkah kerajaan itu ternyata berjaya membendung peningkatan harga rumah yang tidak terkawal sejak dua tiga tahun sebelum ini. Katanya, hal itu sedikit sebanyak telah menjejaskan perolehan syarikat-syarikat pemaju hartanah, khususnya pemaju yang menfokuskan rumah jenis kediaman atau kondominium mewah. Ini dapat dilihat apabila perolehan beberapa syarikat seperti IOI Properties, S P Setia, Sunway, UOA dan Tropicana menyusut sejak enam bulan lalu. "Hal ini dapat dikesan sejak pertengahan tahun lalu lagi terutama sekali selepas pengenalan beberapa dasar baharu bagi mengawal kenaikan harga hartanah. "Pada masa yang sama, agak sukar untuk menjangkakan harga rumah akan mengalami penurunan ketara, memandangkan pemaju hartanah terpaksa menanggung kos pembinaan yang semakin tinggi. "Tetapi disebabkan pelbagai dasar baharu yang menyukarkan pembeli mendapat pinjaman, harga rumah tidak akan naik mendadak," katanya kepada Utusan Malaysia. Namun penganalisis itu menjangka pasaran harga rumah pada suku kedua kembali rancak, apabila pemaju-pemaju serta pembeli boleh membiasakan diri untuk menghadapi pelaksanaan peraturan oleh kerajaan dan BNM. Tetapi, potensi untuk memperlihatkan berlakunya penurunan harga rumah tetap wujud. Sebagai contoh, Singapura yang melaksanakan peraturan lebih ketat seperti mewajibkan wang pendahuluan pembelian rumah yang tinggi serta hutang peminjam tidak melebihi 60 peratus pendapatannya. Berdasarkan perangkaan GKF, harga rumah di Singapura menyusut 0.1 peratus dalam tempoh setahun lalu, meskipun mempunyai kepadatan yang tinggi. Malah, usaha kerajaan yang memperkenalkan program-program rumah mampu milik juga dilihat membantu orang ramai membeli rumah serta menurunkan harga purata rumah tempatan.
TOP
Insentif cukai bantu koperasi kecil
KUALA LUMPUR 8 Jun - Koperasi-koperasi kecil dan sederhana di negara ini perlu diberi insentif dalam bentuk pengecualian cukai bagi meningkatkan daya saing dan terus kekal tumbuh secara positif. Pengerusi Eksekutif Koperasi Wawasan Malaysia (Kowamas), Datuk Mohamed Farid Zawawi berkata, pendekatan itu dapat menggalakkan koperasi kecil dan sederhana terlibat dalam projek-projek ekonomi berskala besar sekali gus memberi nilai tambah kepada pendapatan koperasi. Sebelum ini katanya, hanya koperasi yang mempunyai saham RM500,000 dan ke bawah menerima insentif cukai sedangkan jumlah tersebut adalah amat kecil dan tidak dapat membantu koperasi terbabit menjalankan aktiviti yang boleh menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. "Tidak salah sekiranya kerajaan memberi keistimewaan dari segi insentif cukai ini jika kita mahu melihat gerakan koperasi berupaya berkembang dalam tempoh tertentu," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini. Menurut beliau, walaupun kerajaan menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyediakan bantuan menerusi Tabung Modal Pusingan (TMP), namun tabung tersebut adalah kecil berbanding dengan jumlah koperasi dan keanggotaan yang semakin bertambah saban tahun. Berdasarkan rekod, bilangan koperasi di negara ini kini berjumlah 11,000 dengan keanggotaan seramai lapan juta orang. Buat masa ini, koperasi menjadi penyumbang ketiga ekonomi negara dengan perolehan pada 2013 sebanyak RM32.97 bilion. Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan perlu mengkaji semula keperluan bagi koperasi untuk memiliki saham dalam syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia sebagai satu langkah untuk meningkatkan pegangan bumiputera dalam sektor ekonomi. "Saya kira kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri boleh melaksanakan perkara ini. Walaupun saham yang diberikan itu dalam peratusan yang kecil tetapi impaknya cukup besar kepada sesebuah koperasi," katanya. Bagaimanapun ujarnya, koperasi yang berpeluang membeli saham dalam syarikat-syarikat tersebut diingatkan supaya tidak bertindak menjual saham dalam tempoh masa yang singkat. "Jika boleh, beli dan pegang dalam tempoh tertentu supaya dapat merasai kesan positif hasil daripada pemilikan saham ini," katanya.
TOP
Orang Islam wajib kaya, memiliki kenderaan hebat?
Orang Islam seharusnya memiliki cita-cita untuk mempunyai kenderaan yang baik. Selalunya barang yang baik dan berkualiti sudah tentu mahal. Kenderaan juga boleh diibaratkan seperti senjata, dengan senjata ini juga menjadikan kita bangsa yang kuat dan digeruni. Sebenarnya antara kekuatan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dahulu adalah kuda-kuda yang hebat dan gagah perkasa yang dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW. Melihat kegagahan kuda-kuda itu sahaja sudah mampu melemahkan pihak musuh. Hanya baru melihat sudah ada yang melarikan diri. Rasulullah SAW mempunyai enam ekor kuda yang mashyur pada zaman itu. Kuda-kuda baginda boleh diibaratkan seperti: Al-Sakaf-Lamborghini, Al-Lizaz-Ferrari, Al-Zarab-Burgati, Al-Sabaha-Bentley, Al-Murtajis-Masrati dan Al-Sanjah-Hummer. Apabila berjumpa dengan orang Islam yang mempunyai dan menaiki kenderaan begini maka hendaklah kita bersyukur bukan menuding jari dengan mengatakan pemiliknya mengejar keduniaan, materialistik, cemburu, iri hati dan sebagainya. Ya, memang benar kenderaan terakhir kita merupakan kereta jenazah tetapi kita telah berjaya mengiringi pahala jihad memandu kenderaan dengan membaca doa dan mengingati sunnah Rasulullah, dengan niat ingin menunjukkan bahawa Allah pemberi rezeki dan Islam juga bangsa yang hebat, Islam juga mampu. Dalam kita memiliki kenderaan yang baik dan mahal ini wajib kita zuhud di dalam hati, merendah diri serendah mutiara di dasar lautan, jangan sombong dengan rezeki yang dikurniakan. Walaupun kita hanya memandu kereta Kancil tetapi dijiwa masih ada sikap sombong dan riak maka dosa juga akan dicatit. Berusahalah wahai sahabat, berjuanglah untuk menjadi orang kaya yang beriman dan bertaqwa, Berjihad demi ekonomi Islam, mencari harta sebanyak mungkin untuk ditinggal, diwariskan dan diinfakkan ke jalan Allah. Seperti yang telah dinyatakan dalam surah At-Taubah ayat 41 dan 60, Ali-Imran ayat 133-134. Insya-Allah, semoga kita semua memahami makna Islam yang sebenar.
Islam bukan agama yang lemah, jangan biarkan agama kita dihina lagi. Bangkitlah, demi Islam yang dijulang panji kebenaran.
DATUK SERI DR. RUSLI ZAMAN merupakan Pengerusi Eksekutif Dubaiz Group of Companies
TOP
Kelly Osbourne tampil fesyen rambut pelik
IMEJ pelik penyanyi berusia 29 tahun ini dirakamkan sewaktu tiba di Lapangan Terbang Antarabangasa Los Angeles
LOS ANGELES - Penyanyi yang terkenal dengan emej pelik, Kelly Osbourne sekali lagi tampil mengejutkan dengan gaya rambut Edgy Mohawk ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles di sini, Jumaat lalu. Terdahulu, Osbourne pernah mewarnakan rambutnya dengan pelbagai warna pelik seperti merah jambu terang, tiba di lapangan terbang dengan imej yang lebih berani. Rambutnya telah dicukur pada bahagian tepi, manakala bahagian atas diwarnakan dengan warna ungu dan dipintal dengan klip rambut merah jambu dan putih. Penyanyi berusia 29 tahun ini memadankan pakaian serba hitam bersama jaket dengan butang besar berwarna perak. Sewaktu di lapangan terbang, Osbourne dilihat menghampiri seorang wakil dari syarikat penerbangan British Airways dan berkemungkinan dia akan pulang ke negara asalnya di Britain. - Agensi
TOP
Pesawat Boeing diubah suai jadi kediaman
CAMPBELL sedang berehat di dalam pesawat Boeing 727-200 yang telah diubah suai menjadi rumahnya.
HILLSBORO, Oregon - Seorang pesara jurutera, Bruce Campbell telah mengubah suai sebuah pesawat lama jenis Boeing 727-200 menjadi sebuah rumah yang juga kediaman keduanya. Campbell, 64, telah membeli pesawat lama itu pada harga AS$100,000 (RM321,300) tahun lalu dan kini merancang untuk membeli sebuah lagi pesawat lama yang lebih besar dari Jepun. Bekas jurutera elektrik itu telah menghabiskan masa selama enam bulan untuk mengubah suai pesawatnya yang dilengkapi dengan sayap dan gear pendaratan sehingga menjadi sebuah kediaman yang lengkap. Pada tahun 1999, Campbell pernah berikrar untuk menyelamatkan pesawat yang tidak digunakan daripada menjadi besi buruk. Dianggarkan kira-kira 1,200 hingga 1,800 buah pesawat sedang menunggu masa untuk dilupuskan dengan 500 hingga 600 buah daripadanya sudah digunakan melebihi 20 tahun. Sebelum tinggal di dalam pesawat itu, Campbell pernah tinggal selama bertahun-tahun di dalam kereta yang menjadi kediamannya dan berpindah ke dalam pesawat apabila permitnya diluluskan. - Agensi
TOP
Cara baharu elak kehadiran gelandangan
KAWASAN bawah jambatan diletakkan dengan logam panjang dan tajam bagi menghalang golongan gelandangan menjadikan kawasan itu tempat tidur.
LONDON - Para pemilik premis di bandar ini kini menemui cara untuk mengatasi masalah individu yang tidak memiliki tempat tinggal atau gelandangan tidur di pekarangan bangunan mahupun kediaman penduduk setempat. Beberapa logam panjang dan tajam setinggi 43 sentimeter diletakkan di bahagian yang sering menjadi tumpuan golongan ini untuk tidur seperti di kaki lima bangunan serta bawah jambatan. Tindakan itu menyebabkan beberapa pengguna laman sosial Twitter melahirkan rasa tidak puas hati mereka, bagaimanapun ada kalangan pengguna yang bersetuju dengan langkah yang diambil. "Mereka layak tinggal di kawasan yang lebih baik daripada tidur di sepanjang jalan," kata seorang pengguna Twitter, Katharine Sacks-Jones. - Agensi
TOP
Ajak (Shiro) Kejar Pencuri Sehingga Kereta Rosak
Ajak (kiri) bersama gandingannya dalam kumpulan Shiro, Shahrol.
PETALING JAYA: Kereta Honda Accord yang baru dibeli tiga bulan lalu oleh pelawak Ajak (Shiro) rosak teruk selepas dia menggunakan kenderaan itu untuk mengejar pencuri yang cuba memasuki rumahnya di Kempas, Johor pada pagi Ahad. Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak, 28, berkata, seramai tiga orang pencuri yang membawa lori jenis Isuzu cuba mengambil barangan katering yang disewa dan diletakkan di belakang rumah untuk kegunaan majlis pertunangan adiknya Sabtu lalu. "Mujurlah ibu saya perasan ada orang di belakang rumah mengambil barangan katering tersebut dan dia terus menjerit melihat pencuri-pencuri berkenaan.
ANGGOTA polis memeriksa lokasi lori yang membawa perkakas dapur curi ditinggalkan di tepi jalan di ladang kelapa sawit berhampiran Taman Purnama di Kempas, Johor Bahru kelmarin. Gambar kecil Ajak
"Selepas mendengar jeritan ibu, mereka berhenti mencuri dan terus lari. Saya pula terus mendapatkan kereta saya untuk mengejar mereka. "Bayangkan dari Kempas sampai ke Kulai saya kejar. Sudah macam adegan dalam filem pula. Habis jalan berlubang saya redah sampai rosak kereta dibuatnya. Walhal baru tiga bulan kereta itu saya beli," katanya kepada mStar Online. Tambah Ajak, bagaimanapun ketiga-tiga pencuri tersebut meninggalkan lori mereka di tepi jalan dan menyelamatkan diri masing-masing sementara barang yang dicuri masih lagi berada dalam lori berkenaan. Selepas kejadian tersebut, Ajak telah membuat laporan polis di Balai Polis Kulai dan di Skudai. Dalam pada itu, pelawak Jep (Sepah) turut berada di tempat kejadian. "Saya tak sangka Jep pun sanggup turun padang mahu membantu saya. Apa-apapun saya anggap ia sebahagian pengalaman yang tidak akan dilupakan kami sekeluarga," ujarnya.
TOP
Pengarah Yakin 'Suatu Malam Kubur Berasap 2' Pecah Panggung
Antara artis yang hadir di majlis pratonton filem SMKB di GSC Maxx, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, Ahad.
KUALA LUMPUR: Pengarah filem Suatu Malam Kubur Berasap 2 (SMKB 2), Ernie Chen yakin karyanya yang bakal ditayangkan 12 Jun ini mampu mencapai kutipan pecah panggung. Ernie berkata, karyanya itu mempunyai pengikut yang tersendiri dan kejayaan filem pertama SMKB sebelum ini yang mendapat kutipan RM4.1 juta pada tahun 2011 membuatkan dia bersemangat mahu menghasilkan SMKB 2, dengan plot penceritaan yang baharu. "Apabila SMKB mampu menarik perhatian penonton dengan kadar kutipan yang tinggi, saya yakin filem ini mampu mencapai kejayaan yang lebih tinggi. "Kalau boleh saya mahu kutipan filem ini melebihi filem The Journey (yang mendapat RM17 juta)," katanya. Ernie ditemui pada majlis pratonton filem SMKB di GSC Maxx, Berjaya Times Square di sini pada Ahad. Turut hadir barisan pelakon filem tersebut Azad Jazmin, Rahim (R2), Siti Chubby dan kumpulan Cuit. Dalam pada itu, tambah Ernie, dia juga mahu filem SMKB dijadikan kepada sebuah filem francais yang mampu di bawa sehingga ke peringkat antarabangsa. Sementara itu, Ernie berkata, bagi filem SMKB 2, dia telah melaburkan sebanyak RM550,000 untuk tujuan promosi ke seluruh negara. "Saya telah menyediakan sebuah trailer untuk dijadikan rumah hantu SMKB. Ia akan berada di seluruh negara bagi acara-acara tertentu sebagai mempromosikan filem ini. "Saya percaya promosi yang bagus mampu menarik perhatian orang ramai ke panggung," ujarnya. SMKB 2 mengisahkan tentang Amir dan Nayan mendapat tawaran berlakon di dalam sebuah filem seram. Memandangkan mereka tidak pakar dalam lakonan seram, mereka mahu merasai pengalaman seram di kampung mereka sendiri Mereka bersama pengurusnya Chot telah ke rumah seorang bomoh bernama Tok Mat di kampung mereka dan mula kejadian-kejadian yang tidak diingini yang menakutkan Chot, Nayan dan Amir.
TOP
Zara Zya Kecewa Dituduh Mulut Jahat
Zara menganggap berita kononnya dia cuba memburukkan nama Azlee Khairi adalah tidak benar.
PETALING JAYA: Pelakon Zara Zya berasa kecewa apabila dituduh bermulut celupar dengan menjaja cerita buruk mengenai aktor Azlee Khairi kepada orang di sekelilingnya. Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 29, berkata, dia terkejut dituduh sebegitu sedangkan tidak pernah menjaja cerita-cerita buruk orang kepada mana-mana individu selain menganggap tuduhan itu sebagai fitnah semata-mata. "Mula-mula rasa geramlah juga apabila membaca berita kononnya saya bermulut celupar memburukkan dia (Azlee). Sedangkan saya tak pernah berbuat begitu. "Entah apa tujuan mereka yang menyebarkan cerita seperti itu tentang saya, saya tak tahu. Apa yang saya rasakan ia adalah fitnah," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Ahad. Sebuah akhbar mingguan pada Ahad melaporkan Zara masih lagi bermusuhan dengan pelakon gandingannya menerusi drama Love You Mr Arrogant, Azlee Khairi walaupun kedua-dua mereka menafikan dakwaan tersebut. Malah, laporan itu turut menyatakan sehingga kini Zara suka menjaja cerita buruk mengenai aktor itu sehingga ada pihak menyatakan dia seorang yang bermulut jahat dan celupar.
Azlee dan Zara merupakan pasangan yang digandingkan dalam drama Love You Mr Arrogant.
Dalam pada itu, Zara juga dikatakan sudah mula lupa diri sejak memenangi Artis Baru Wanita Popular bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) yang berlangsung pada bulan lalu. Tambah Zara, dia menganggap berita yang dikeluarkan itu sekadar gosip semata-mata dan enggan mengambil perkara itu secara serius. "Siapa yang tidak terasa hati apabila berita buruk mengenai kita dilaporkan. Tetapi, tidak apa, saya sudah lama bersedia dengan isu-isu sebegini. "Lapan tahun saya bergelar pelakon dan tiba-tiba nama saya naik hanya kerana drama Love You Mr Arrogant membuatkan saya cukup bersyukur kerana akhirnya orang melihat bakat saya. "Tetapi saya juga perlu tahu ketika orang gembira dengan kejayaan kita, ada juga orang yang tidak senang. Saya akur tentang perkara itu," ujarnya yang kini sedang sibuk dengan penggambaran Delina yang bakal ditayangkan di TV9 pada September depan. Sementara itu, mStar Online yang cuba mendapatkan penjelasan Azlee tetapi dia gagal dihubungi.
TOP
G.Na Jaga Badan Bersenam Dalam Kereta
G.Na mula menjaga penampilan diri sejak berusia belasan tahun.
BARU-BARU ini, G.Na menjadi selebriti undangan bagi program temubual OnStyle Get It Beauty dan penyanyi itu mempamerkan koleksi fesyen musim panas miliknya. Menurut laporan Soompi, G.Na bukan sekadar menunjuk koleksi barangannya tetapi juga tip mendapatkan tubuh badan yang langsing. "Saya menjaga bentuk tubuh badan saya sejak belasan tahun lagi. Tidak kiralah daripada segi penjagaan makanan sehinggalah kepada aktiviti bersenam. "Tidak kira di mana-mana saya akan cuba bersenam termasuklah ketika berada dalam kereta saya akan perbanyakkan regangan otot," katanya. Tambah penyanyi berusia 27 tahun itu, dia paling senang dengan bahagian pinggulnya kerana tidak perlu bersusah payah untuk bersenam mengekalkan bentuk pinggul yang cantik. "Saya mahu berterima kasih kepada ibu kerana dia memiliki bentuk pinggul yang cantik dan saya mewarisinya," selorohnya.
TOP
Jimmy Shanley Lega Tamatkan Tuduhan Kahwin Janda
Jimmy (kiri) bersama isterinya, Mariam Jamilah.
SHAH ALAM: Pengacara dan penyampai radio Jimmy Shanley menganggap perkahwinannya dengan Mariam Jamilah Abdul Jalil, 27, menamatkan spekulasi yang menuduhnya selama ini dia bercinta dengan seorang wanita berstatus janda. Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 34, berkata, khabar angin tersebut sedikit sebanyak menganggu hubungan mereka yang ketika itu masih dalam proses ingin mengenali antara satu sama lain. "Alhamdullillah, perkahwinan ini menepis khabar angin sebelum ini tentang saya berkahwin atau bercinta dengan janda. "Isteri saya ini bukan janda dan ini perkahwinan pertamanya. Saya tahu ada orang sebarkan fitnah tentang saya berkahwin dengan seorang wanita berstatus janda kerana mereka tersilap orang. "Ketika khabar angin itu tersebar saya sudah berkawan dengan dia dan saya bimbang juga tanggapan dia kepada saya," ujarnya ketika ditemui selepas selesai majlis akad nikah diantara dia dengan wanita itu yang diadakan di Hotel Concorde, di sini, petang Sabtu. Jimmy Shanley sah bergelar suami kepada Mariam Jamilah dengan sekali lafaz berwalikan bapa Mariam iaitu Abdul Jalil Othman. Jimmy memberi mas kahwin sebanyak RM1,000 dan wang hantaran sebanyak RM15,000. Sebelum ini, Jimmy pernah bernikah dengan Nursuhaila Eliani Suhaimi pada 1 Oktober 2010 dan berpisah pada 10 Oktober 2012. Hasil perkahwinan singkat itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Zahrah Rania Shanley yang kini berusia 3 tahun. Dalam pada itu, Jimmy turut menjelaskan tindakannya merahsiakan hubungan tersebut adalah bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan fitnah yang boleh menjejaskan hubungan tersebut. "Bukan saya merahsiakan sebaliknya saya tidak mahu orang bercakap dan timbul apa-apa fitnah lagi. "Sebelum ini saya pernah mengalami macam-macam perkara dan saya tidak mahu ia berlaku kepada Mariam," katanya. Sementara itu, menceritakan tentang perkenalan mereka, Jimmy berkata, hubungan tersebut diperkenalkan oleh seorang rakan. Katanya, sifat wanita itu yang mementingkan ciri-ciri wanita Islam dan mempunyai latar belakang keluarga yang mengamalkan ajaran agama Islam dengan baik menambat hatinya. "Kami dikenalkan oleh seorang kawan dan boleh dikatakan sudah hampir beberapa tahun dan bagi saya dia seorang yang sesuai untuk dijadikan teman hidup. "Dia tidak ramai kawan sama seperti saya dan kami suka mengisi masa lapang dengan mencari makanan yang sedap-sedap dan main volley ball," ujarnya. Sementara itu, Mariam berkata dia menerima lamaran Jimmy kerana pemuda itu seorang yang mementingkan agama dan boleh membimbingnya menjadi isteri yang solehah. Tambahnya, Jimmy juga pandai mengambil hati kedua-dua orang tuanya. "Saya selesa bersama dia dan dia seorang yang tahu tentang agama, lagi pula dia pandai menjaga hati saya dan ibu bapa saya," katanya. Sementara itu, pasangan ini memilih untuk berbulan madu di Eropah sebelum bulan Ramadan ini.
TOP
Rita Ora & Calvin Harris Akhiri Hubungan Cinta
Rita Ora dan Calvin Harris akhirnya berpisah.
LAGI-LAGI berita perpisahan yang datang dari Hollywood. Khabarnya kini giliran pasangan Rita Ora dan Calvin Harris pula yang menghakhiri perhubungan mereka. Menerusi akaun Twitter milik Calvin, katanya, dia berusaha cuba menjawab spekulasi masalah hubungan cintanya dengan Rita tetapi ketika itu dia belum bersedia. "Sebenarnya saya dan Rita memang sudah pun mengakhiri hubungan kami. Dia wanita cantik dan berbakat, saya mendoakan yang terbaik untuk dia," katanya. Bagaimanapun, Calvin tidak menceritakan pula punca sebenar mereka berpisah, begitu juga dengan Rita, penyanyi wanita itu belum memberikan sebarang penjelasan lagi. Sebelum ini pasangan itu kerap muncul bersama di acara karpet merah. Namun sejak akhir akhir ini, mereka tidak kelihatan bersama lagi.
TOP
Datuk Bandar, Dua Yang Lain Terbunuh Dalam Serangan Hendap Di Filipina
Ernesto Balolong
MANILA: Sekumpulan lelaki bersenjata menembak mati Datuk Bandar dan dua yang lain dalam satu serangan hendap yang dilakukan di tepi jalan di Filipina pada Sabtu, menurut polis. Datuk Bandar, Ernesto Balolong sedang berjalan di kawasannya, Urbiztondo, sebuah pekan di kawasan luar bandar utara Manila, apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan dan membunuh beliau, polis pengiring dan seorang pemantau, menurut laporan polis di Manila. Kumpulan lelaki bersenjata terbabit melarikan diri dalam sebuah van yang kemudiannya didapati ditinggalkan di sebuah bandar berhampiran. Polis masih belum mengetahui motif serangan terhadap Datuk Bandar yang merupakan seorang ahli parti pemerintah Presiden Benigno Aquino. Dalam serangan yang lain, pegawai-pegawai tempatan di Filipina telah menjadi sasaran serangan oleh pesaing politik atau pemberontak komunis tetapi penyiasat tidak dapat menyatakan dengan segera sama ada Balolong sebelum ini pernah menerima apa-apa ancaman.
TOP
Suspek Bunuh Soffea Tidak Kenal Keluarga Mangsa - Polis
KUALA LUMPUR: Polis menafikan suspek kes bunuh kanak-kanak berusia enam tahun Siti Soffea Emelda mempunyai kaitan dengan keluaga mangsa. "Suspek yang baru dibebaskan dari Penjara Kajang empat hari sebelum kejadian tidak mengenali bapa mangsa yang kini berada di Penjara Bentong. "Malah ibu mangsa, Siti Salmy Shuib juga tidak mengenali suspek," jelas Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad pada sidang media, Jumaat. Beliau memberitahu, laporan yang mendakwa suspek dan bapa mangsa atau ibu mangsa saling mengenali adalah tidak benar. "Kita sudah jelaskan kepada media agar membuat laporan yang betul kepada orang ramai. Malah kami masih lagi menyiasat motif pembunuhan kanak-kanak tersebut," tambahnya. Beliau juga menafikan bahawa ibu mangsa ditahan polis untuk siasatan ketika ini. "Itu juga tidak benar. Kami tidak menahan ibu mangsa," katanya. Lelaki yang didakwa membunuh Soffea ditemui mati dalam keadaan terapung di Sungai Klang berhampiran plaza tol Sunway pada Sabtu lepas. Kanak-kanak malang itu dipercayai dibunuh kejam dengan kepalanya terputus dipercayai akibat dikelar di tepi Sungai Klang berhampiran stesen komuter di Jalan Hishamuddin di sini pada Khamis lepas. Saksi mendakwa melihat seorang lelaki merebahkan kanak-kanak itu di tepi sungai sebelum menghempaskan sesuatu ke kepalanya dan melakukan 'sesuatu' pada leher mangsa.mstar
TOP
Pekerja Pelantar Minyak Dakwa Lihat 'Pesawat Terbakar' Dipecat
PETALING JAYA: Akhbar harian New Zealand Sunday Star Times melaporkan bahawa warga New Zealand, Mike McKay, yang mendakwa melihat sebuah pesawat sedang terbakar terbang di perairan Vietnam pada bulan Mac, telah dipecat dari pekerjaannya berikutan dakwaan itu. McKay, yang bekerja di pelantar minyak Songa Mercur telah menghantar e-mel dengan nama penuhnya dan nombor pasport New Zealand kepada pihak atasan pada bulan Mac selepas melihat sebuah kapal terbang terbakar yang dipercayai pesawat Malaysia Airlines (MAS), penerbangan MH370 yang hilang. E-mel tersebut yang dibocorkan kepada media terkandung maklumat yang dikenalpasti sebagai pengendali pelantar, Idemitsu dan kontraktor McKay, Songa Offshore, maklumat yang membawa kepada petunjuk bahawa komunikasi kedua-dua syarikat itu disekat kerana dibanjiri pertanyaan. Ekoran apa yang berlaku, pegawai-pegawai Vietnam telah menemuramah McKay dan bersedia untuk bertindak ke atas maklumat yang diberikannya sebelum usaha carian beralih ke laut Andaman dua hari selepas temubual dijalankan. McKay juga telah membuat kenyataan untuk Interpol kepada polis New Zealand setelah kembali ke negaranya, di mana dia kini sedang menunggu kontrak Asia Tenggara yang baharu. Sunday Star Times memetik McKay sebagai berkata bahawa dia dilepaskan dari pelantar lima hari lebih awal, tetapi dibayar sehingga akhir tempoh kerja. Walau bagaimanapun, sub-kontraktor di bawah tempat dia berkerja, M-I Swaco berkata McKay telah dilepaskan awal kerana mereka telah menemui seorang jurutera tempatan untuk menggantikan tempatnya. McKay, seorang pekerja veteran yang telah berkhidmat selama 35 tahun di Asia Tenggara menambah bahawa 'kontrak mempunyai makna yang kecil dalam kerjayanya' tetapi menegaskan bahawa dia percaya pesawat terbakar yang dilihat pada altitud tinggi itu adalah MH370. "Saya percaya saya melihat kapal terbang Malaysia Airlines sedang menjunam. Masanya sesuai," kata McKay, yang menambah pesawat yang didakwa dilihat adalah di luar laluan penerbangan biasa, berdasarkan pemerhatian hariannya. Dalam e-melnya, McKay, yang telah bekerja di perairan Vietnam secara konsisten sejak tahun 2008, memasukkan butiran tertentu seperti lokasi tepatnya di Songa Mercur, bearing kompas berkaitan apa yang dilihatnya dengan pelantar, permukaan semasa dan arah angin. McKay bukan satu-satunya individu yang telah tampil dan menyatakan melihat pesawat yang terbakar, tetapi pelaut British, Katherine Tee juga dilaporkan melihatnya pada awal Mac. Tee, 41, berkata dia telah belayar dari Cochin, India ke arah Phuket, Thailand dengan suaminya Marc Horn, 50, apabila dia melihat sesuatu seperti kapal terbang terbakar melintasi langit malam pada 7-8 Mac. "Saya melihat sesuatu yang kelihatan seperti kapal terbang terbakar. Itulah yang saya terfikir pada masa itu. Kemudian, saya berfikir tentangnya dan saya akan menjadi gila... Ia menarik perhatian saya kerana saya tidak pernah melihat kapal terbang dengan cahaya oren sebelum ini, jadi saya tertanya-tanya mengenainya," katanya kepada Phuket Gazette. Pada malam itu, dua pesawat lain dengan lampu navigasi biasa telah bergerak ke arah yang bertentangan. "Saya masih ingat ketika itu saya berfikir jika apa yang saya lihat adalah kapal terbang terbakar, pesawat lain akan melaporkannya," tambahnya. Tee tidak berkongsi pengalamannya dengan sesiapa sehingga mereka tiba di Phuket pada 10 Mac.mstar
TOP
PM Ucap Tahniah Kejayaan Pahang Rangkul Piala FA
Pemain Pahang meraikan kemenangan mereka selepas merangkul Piala FA malam Sabtu. Pahang menewaskan Felda United FC 2-1. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad mengucapkan tahniah dan memuji persembahan skuad bola sepak Pahang yang menjulang Piala FA 2014 selepas menundukkan Felda United FC malam Sabtu. "Apa lagi boleh saya katakan tentang pasukan bola sepak negeri kelahiran saya ini. Ternyata handal. Tahniah skuad Tok Gajah!," katanya dalam laman twitter beliau pada Ahad. Pahang muncul juara Piala FA 2014 selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas pasukan berstatus kelab, Felda United FC di Stadium Shah Alam.mstar
TOP
Johor kaji bukti baharu Pulau Batu Puteh
Mohamed Khaled Nordin
NUSAJAYA - Kerajaan Johor bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa yang akan dikelola Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bagi mengkaji dan mendapatkan bukti baharu berkaitan Pulau Batu Puteh. Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata permohonan untuk menyemak semula keputusan dalam kes Pulau Batu Puteh perlu dibuat sebelum tempoh 10 tahun daripada tarikh penghakiman berdasarkan Artikel 61(5), Bab III, Akta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). "Di dalam kes Pulau Batu Puteh, tarikh penghakimannya adalah pada 23 Mei 2008 dan ini bermakna, tempoh rayuannya akan tamat pada 23 Mei 2018. "Dengan tertubuhnya jawatankuasa ini, ia dapat mengkaji serta mengumpul segala bukti baharu yang tidak dikemukakan pada proses penghakiman terdahulu," katanya pada penggulungan perbahasan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor hari ini. Beliau berkata penubuhan jawatankuasa itu juga selari dengan Artikel 61(1) akta sama yang menyatakan bahawa setiap rayuan berhubung penghakiman terbabit hendaklah disertakan dengan bukti baharu yang kukuh. Mohamed Khaled berkata bagaimanapun, segala rayuan mesti menerusi kerajaan Persekutuan memandangkan penghakiman itu adalah antara kerajaan Malaysia dengan Singapura, dan kerajaan negeri akan memohon kerjasama kerajaan Persekutuan untuk menanggung segala perbelanjaan. Sultan Johor Sultan Ibrahim ketika perasmian pembukaan penggal persidangan kedua Dun Johor ke-13 pada 29 Mei lepas, bertitah agar kerajaan negeri menubuhkan satu pasukan khas bagi mengkaji untuk merayu keputusan ICJ berkaitan Pulau Batu Puteh. Sultan Ibrahim bertitah langkah itu sejajar dengan pesanan ayahanda baginda, Almarhum Sultan Iskandar, bahawa Pulau Batu Puteh adalah milik Johor dan pulau berkenaan mesti kekal menjadi sebahagian daripada negeri Johor. Sementara itu, Mohamed Khaled berkata kerajaan negeri akan meneliti kesesuaian pelaksanaan penyeragaman cuti mingguan Johor antara agensi kerajaan dan swasta dalam sektor seperti perindustrian, perbankan dan kewangan selain faktor keluarga dan sosial. "Kita juga akan membuat perbandingan dengan penggunaan cuti mingguan dengan negeri-negeri lain yang telah lama mempraktikannya seperti Kedah, Terengganu dan Kelantan," katanya. Mohamed Khaled berkata semua pihak mengetahui hasrat Sultan Johor menukar cuti mingguan ke hari Jumaat dan Sabtu ialah untuk menerapkan nilai agama dalam institusi keluarga, khususnya dalam kalangan masyarakat Islam. Beliau berkata bagaimanapun, kerajaan negeri menyedari kebimbangan rakyat terhadap kurangnya masa bersama keluarga apabila cuti mingguan antara agensi kerajaan dan swasta tidak diseragam. Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata kerajaan negeri tidak akan sesekali membenarkan pusat kasino beroperasi di Johor. Menjawab isu yang dibangkit Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat (BN-Kempas), Mohamed Khaled berkata kerajaan negeri sejak awal telahpun bertindak menghindari budaya judi dalam kalangan rakyat Johor, antaranya menerusi pemberhentian pemberian permit hiburan keluarga. Mengulas isu pemberian kontrak keselamatan di kawasan pembangunan Iskandar Malaysia kepada sebuah syarikat asing yang turut dibangkit Tengku Putra Haron Aminurrashid, beliau berkata kerajaan negeri tidak pernah memberi kontrak kepada syarikat keselamatan luar bagi menjaga keselamatan Johor. "Segala permit membabitkan syarikat keselamatan memerlukan kelulusan daripada kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Dalam Negeri. Jadi tidak adil untuk menuduh kerajaan negeri sebagai menggadai keselamatan negeri kepada syarikat asing," katanya. - Bernama
TOP
Bakal calon SPM hilang, disyaki lari ikut kekasih
Che Ahmad menunjukkan gambar Nur Azlin yang hilang dari rumah sejak 1 Jun lalu.
ALOR SETAR 9 Jun -- Seorang bapa kepada remaja perempuan berumur 17 tahun di Jalan Bunga Raya di sini merayu supaya anaknya pulang ke pangkuan keluarga setelah dipercayai lari mengikut teman lelakinya sejak 1 Jun lalu. Che Ahmad Din, 54, berkata, anak tirinya itu, Nor Azlin Azelan yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini tidak pulang ke rumah selepas menaiki sebuah kereta yang menunggu di hadapan rumahnya pada pukul 3 pagi. Kehilangan Nor Azlin disedari ibunya Sabarashah Musa, 47, selepas melihat anak perempuannya itu tiada di dalam bilik. "Jiran yang duduk berhampiran rumah memberitahu mereka nampak anak saya memanjat pagar dan menaiki sebuah kereta yang menunggu di hadapan rumah dalam keadaan tergesa-gesa. "Dia keluar membawa kad pengenalan serta telefon bimbitnya. Saya sudah beberapa kali cuba menghubungi telefon bimbitnya tetapi tidak dijawab," katanya kepada pemberita di sini semalam. Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja itu supaya menghubungi pihaknya di talian 012-5297161 atau balai polis berdekatan. - BERNAMA
TOP
Kes Jais serbu majlis kahwin Hindu masih disiasat
Tan Sri Joseph Kurup
KUALA LUMPUR - Kerajaan masih menyiasat kes seorang wanita yang didakwa melangsungkan perkahwinannya mengikut agama Hindu sedangkan dia mempunyai nama Islam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata, kerajaan peka dengan pandangan masyarakat berhubung perkara itu, khususnya permohonan wanita berkenaan, Zarena Abd Majid, 32, yang dilapor ingin menukar agamanya. Kontroversi itu tercetus susulan tindakan Jabatan Kemajuan Islam Selangor (Jais) yang melakukan pemeriksaan ke atas Zarena ketika majlis perkahwinannya berlangsung di sebuah kuil di Shah Alam, Ahad lepas. "Kerajaan akan terus meneliti perkara ini," kata Kurup kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kerajaan kepada sebuah gereja di sini hari ini. Zarena sebelum ini mendakwa apabila bapanya memeluk Islam, status agamanya dalam sijil kelahiran dan MyKad didaftarkan sebagai seorang Islam namun dia tidak pernah mengamalkan ajaran Islam. Dia turut mendakwa pernah cuba menukar status agama di kad pengenalannya sejak tujuh tahun lepas namun gagal. Pada majlis itu, Kurup menyampaikan sumbangan RM500,000 bagi pembinaan pusat komuniti Gereja Methodist Tamil Brickfields. Beliau berkata pusat komuniti empat tingkat itu bakal dilengkapi pelbagai kemudahan seperti ruang aktiviti, tadika, bilik mesyuarat, pusat pembelajaran, pejabat pentadbiran dan auditorium. Turut hadir Presiden Local Church Executive Committee (LCEC) Walter Santhosam dan Ketua Gereja Methodist Tamil John Navamany. - Bernama
TOP
JMM fail saman ke atas Cadbury Khamis ini
Azwanddin (kiri) menyampaikan sijil watikah perlantikan pengarah JMM Perak yang baru ditubuhkan sebulan lalu pada majlis ramah mesra bersama ahli JMM Perak di Malim Nawar.
MALIM NAWAR – Jaringan Melayu Malaysia (JMM) bersama 50 peguam akan memfailkan saman ke atas syarikat Cadbury kerana kerana produk mereka mengandungi sampel DNA babi Khamis depan. Presidennya, Azwanddin Hamzah berkata, tindakan saman itu bagi menuntut kerugian dan penipuan yang dilakukan syarikat tersebut kepada pengguna Islam. Menurutnya, JMM masih berpegang kepada hasil kajian pertama Kementerian Kesihatan yang mengesahkan dua coklat Cadbury iaitu Cadbury Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam mempunyai DNA babi. “Pendirian kita mudah sahaja, Kementerian Kesihatan mereka mempunyai makmal khusus untuk menjalankan kajian dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak. “Malah Jakim sebelum ini mengakui kemungkinan ada pencemaran DNA babi seperti yang dinyatakan Kementerian Kesihatan sebelum ini dan perkara ini yang diragukan oleh JMM termasuk pengguna di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini. Pada 24 Mei lalu, Kementerian Kesihatan mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mengesan porcine atau DNA babi dalam produk coklat Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond. Susulan itu, Jakim menarik serta- merta sijil halalnya. Cadbury turut menarik kedua-dua produk milik syarikatnya di kesemua premis yang menjual coklat tersebut.
TOP
Lima suspek samun kontraktor ditahan
KLANG - Tindakan pantas seorang kontraktor menghubungi polis membawa kepada penangkapan lima lelaki yang menyamunnya di Jalan Batu Nilam, Taman Bukit Tinggi 2, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata selain wang tunai RM10,000, mangsa berumur 33 tahun kehilangan tiga keping cek, dua telefon bimbit, dua kad kredit serta lesen memandu. Beliau berkata dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi tadi, mangsa didatangi lima suspek sebelum seorang daripada mereka mengeluarkan pedang samurai dan mengarahkan lelaki itu menyerahkan sebuah beg yang disandangnya. "Disebabkan ketakutan, mangsa menyerahkan beg itu dan kesemua suspek melarikan diri menggunakan kereta jenis Proton Preve berwarna putih dan Perodua Kelisa berwarna merah dari tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama. Kamarul Zaman berkata setelah disamun, kontraktor itu mengekori kereta suspek sehingga ke Taman Melati dan melihat kesemua mereka masuk ke sebuah kedai makanan segera 24 jam di kawasan itu. Mangsa terus menghubungi polis yang kemudiannya menahan semua suspek terbabit yang berumur antara 28 hingga 35 tahun. Katanya, polis merampas beberapa peralatan termasuk satu pedang samurai, dua parang, dua batang kayu, satu cota besi, 14 telefon bimbit dan tiga kunci kereta daripada suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu merompak secara berkumpulan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebat. - Bernama
TOP
Seorang tahanan lokap IPD Kuantan mati sesak nafas
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh.
KUANTAN - Seorang tahanan lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan meninggal dunia selepas mengadu sesak nafas petang semalam. Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, berkata lelaki berusia 44 tahun yang ditahan pada Khamis lepas, meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan. "Lelaki yang berasal dari Kuala Lumpur sebelum itu mengadu sakit dada kepada anggota polis bertugas sebelum kakitangan HTAA tiba di IPD Kuantan kira-kira jam 5.30 petang semalam untuk memberi rawatan awal. "Susulan pemeriksaan awal, lelaki terbabit kemudiannya dibawa ke HTAA untuk mendapatkan rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital berkenaan kira-kira pukul 6 petang," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata lelaki itu ditahan di rumahnya, di Jalan Haji Ahmad di sini oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Pahang selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti penagihan dadah. Katanya, lelaki itu ditahan reman sehingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Katanya, polis masih menunggu laporan bedah siasat terhadap mangsa bagi mengenal pasti punca sebenar kematian dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Bernama
TOP
Gabung sokong pembabitan Sultan Johor dalam LPHJ
JOHOR BAHRU - Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung) menyuarakan sokongan penuh pembabitan Sultan menerusi enakmen baharu bagi penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ). Bendaharinya, Zaini Atan berkata, ini adalah penting untuk mengimbangi pembangunan hartanah dan kemajuan perumahan di negeri ini. "Sultan perlu diberi ruang untuk memastikan Johor berkembang pesat dengan seimbang kerana jika dilihat pembangunan yang ada kini didakwa banyak meminggirkan orang Melayu daripada tinggal dalam kawasan bandar," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Rakyat berpendapatan rendah tidak mampu beli rumah berharga tinggi yang banyak dibangunkan di negeri ini, katanya. "Orang ramai seharusnya ingat semula dengan perkenan Tuanku yang mengizinkan pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Stulang dahulu sehingga orang yang kurang berkemampuan di bandar raya ini mampu memiliki kediaman sendiri," katanya. Gabung menggesa pemimpin dari luar Johor tidak terlalu beremosi dan terpengaruh dengan dakyah pembangkang lalu menghentam rang undang-undang baharu itu. Di Dewan Undangan Negeri hari ini, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) yang akan dibentangkan esok akan terdapat pindaan fasal khususnya peruntukan yang menyentuh peranan raja. - Bernama
TOP
Polis: Tahanan mati sebab sawan
Kakak kepada S. Aginraj, S. Regina Dewi (dua, kiri) bercakap kepada pihak media mengenai kematian adiknya di Hospital Seberang Jaya, Butterworth, Penang.
BUKIT MERTAJAM - Polis hari ini mengesahkan kematian seorang lelaki yang merupakan tahanan reman berusia 26 tahun di Hospital Bukit Mertajam (HBM) di sini pada Sabtu akibat serangan sawan. Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Supt Baharom Abu berkata tahanan S. Aginraj disahkan mati pada pukul 7.05 petang semalam selepas dirawat di hospital berkenaan sejak Rabu lepas. "Ketika ditahan tahanan itu mengalami sesak nafas dan sawan, jadi pihak polis menghantarnya ke HBM untuk rawatan pada Rabu sebelum dilaporkan mati semalam. "Hasil bedah siasat pada pagi tadi di Hospital Seberang Jaya di sini oleh Pakar Patalogi Datuk Dr. Bhupinder Singh mendapati dia meninggal dunia kerana kekurangan oksigen ke otak yang menyebabkan sukar bernafas atau sawan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Katanya tahanan berkenaan bersama seorang rakannya berusia 31 tahun ditahan di Perai dekat sini pada pukul 8.15 malam pada 2 Jun lalu selepas ditangkap oleh seorang pengawal keselamatan sebuah kilang ketika mereka memunggah 12 ketul besi jenis 'pig iron' menggunakan sebuah motosikal. Baharom berkata selepas ditahan dua lelaki yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau itu direman selama empat hari sehingga Jumaat di lokap Ibu Pejabat Polis SPT. "Tahanan itu telah dibawa ke HBM pada 4 Jun lalu kerana mengalami sawan dan dilaporkan dalam keadaan stabil menyebabkan pertuduhan terhadapnya terpaksa dilakukan di katil hospital. "Dia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut dan diberi jaminan sebanyak RM8,000 manakala rakannya diberi jaminan sebanyak RM3,000 dalam perbicaraan berasingan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada hari sama," katanya. Beliau berkata waran terhadap Aginraj sepatutnya dilanjutkan sehingga hari ini kerana keluarganya tidak mampu membayar wang jaminan tersebut. Sementara itu, anggota keluarga Aginraj dalam sidang akhbar berasingan di Hospital Seberang Jaya hari ini mempersoalkan tindakan mahkamah meletakkan jumlah jaminan yang tinggi berbanding rakannya. Adiknya Regina berkata keluarganya hairan dengan keadaan abangnya yang lemah dan langsung tidak kenal anggota keluarga ketika sedang dirawat di hospital. - Bernama
TOP
Video - Road To Ramadan
Majalah Midi hari ini menganjurkan siri ceramah 'Road to Ramadan bersama Ustaz Kazim Elias' bertempat di pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam.
TOP
Ada bukti kukuh dakwa perogol wanita Malaysia
Sekadar gambar hiasan
NEW DELHI - Ketidakhadiran wanita warga Malaysia yang menjadi mangsa rogol di Jaipur, India, tidak akan menjejaskan pendakwaan suspek bukti yang kukuh telah diperoleh untuk mendakwanya. "Ketidakhadiran mangsa tidak memberi kesan apa-apa kesan kepada pendakwaan. Kami telah merakamkan kenyataan mangsa di hadapan majistret di bawah seksyen 164 CrPC (Merakamkan pengakuan dan kenyataan) sebelum beliau kembali ke Malaysia," menurut seorang pegawai polis seperti dipetik dalam laporan akhbar 'The Times of India'. Mangsa berusia 30 tahun itu telah berkali-kali menceritakan insiden itu di hadapan majistret betul-betul seperti yang beliau beritahu kepada polis, kata pegawai polis itu. Menurut laporan, polis telah menjumpai kesan air mani dalam kereta yang mangsa mendakwa dia dirogol dan polis juga merampas senjata yang dikatakan digunakan oleh suspek untuk mengugut mangsa. Sebuah botol minuman ringan yang tertuduh memasukkan dadah supaya mangsa tidak sedarkan diri juga telah dijumpai. Pihak berkenaan juga masih menunggu laporan perubatan dan forensik, menurut akhbar harian berbahasa Inggeris itu. Polis berkata mangsa tidak dapat memberitahu lokasi tepat, tempat dia dirogol kerana suspek memandunya di sekitar kawasan yang beliau langsung tidak ketahui. Polis akan cuba mengesahkan ini daripada suspek yang kini ditahan reman sehingga esok. Menurut pegawai polis, berdasarkan bukti yang diperoleh oleh polis, insiden itu merupakan rogol yang dirancang terlebih dahulu. Walaupun sebelum suspek membawa mangsa ke hotel untuk makan malam bersamanya, dia berniat untuk memasukkan dadah dalam minuman dan merogolnya. "Kami telah menjumpai beberapa bukti yang tidak ragu-ragu lagi untuk membuat andaian bahawa dia merogol mangsa. Hakikat bahawa suspek membawa senjata memperkukuhkan lagi teori bahawa dia merancangnya terlebih dahulu," kata pegawai polis itu. - Bernama
Berkaitan: Wanita Malaysia dirogol di Jaipur
TOP
3,000 produk halal Malaysia ke China tahun depan
Ismail Sabri
BERA - Sebanyak 3,000 produk halal buatan tempatan berasaskan pertanian akan menembusi pasaran China mulai tahun depan. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kini hanya 232 jenis produk halal tempatan dijual di wilayah Xian, China iaitu di sebuah pasar raya bernama "Sam Bao". "Kira-kira 1,000 lagi produk halal akan memasuki pasaran China sebelum akhir tahun ini dan sebanyak 3,000 produk halal akan memasuki pasaran negara terbabit tahun depan. "China yakin dengan keluaran produk halal negara kita kerana ia bersih dan bermutu tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Informasi Jelajah Usahawan Pahang, di sini hari ini. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan Negeri, Datuk Shahiruddin Ab Moin. Ismail Sabri berkata, Malaysia mempunyai masa depan cerah untuk memasarkan produk halal di China kerana permintaan tinggi daripada masyarakat Islam di negara itu, khususnya di wilayah Xian. Anggota Parlimen Bera itu berkata, satu seminar mengenai Produk Halal Malaysia akan diadakan di wilayah tersebut yang akan disertai pemimpin agama dan kaum negara berkenaan. "Pengeluar produk halal di negara ini perlu lebih agresif merebut peluang daripada peningkatan permintaan daripada masyarakat Islam di sana," katanya. Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan Agro Bazar pertama yang diadakan di luar negara di Singapura 26 Jun ini. "Empat buah kedai telah disewa di Arab Street yang akan menjual pelbagai barangan berasaskan pertanian dan buah-buahan tempatan seperti nangka madu, rambutan, manggis dan durian," katanya. - Bernama
TOP
Petronas taja RM2.8 bilion bagi 21,000 pelajar
SERI ISKANDAR - Petronas telah memperuntukkan sebanyak RM2.8 bilion kepada 21,000 pelajar menerusi Program Penajaan Pendidikan Petronas sejak tahun 1975, kata Naib Presiden Kanan, Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan Petronas Raiha Azni Abdul Rahman. Beliau berkata sejak penubuhan Petronas pada 1974, progam tersebut merupakan usaha utama Petronas untuk menyumbang ke arah pembangunan modal insan yang mampan di negara ini. "Petronas sememangnya menekankan perkembangan pendidikan dan kapabiliti warga muda sejak ditubuhkan 40 tahun lalu. "Komitmen ini bukan sahaja memainkan peranan sebagai kunci utama pembangunan syarikat khususnya tetapi berupaya memacu kemajuan rakyat secara umumnya," katanya. Beliau berucap pada majlis penyampaian anugerah program penajaan pendidikan Petronas di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini hari ini. Dalam bidang pendidikan dan pembangunan sumber manusia, Raiha Azni berkata Petronas telah merangka objektif untuk menjadikan Malaysia sebagai Hab Pendidikan dan Pembelajaran Minyak dan Gas di rantau ini. Katanya, ia bakal direalisasikan melalui institusi-institusi pendidikan Petronas iaitu, UTP, Institut Teknologi Petroleum Petronas, Petronas Leadership Centre dan Akademi Laut Malaysia. Hasrat tersebut adalah untuk pembangunan sumber manusia industri minyak dan gas negara, serta industri sokongan yang berkenaan secara keseluruhannya. Mengenai tajaan Petronas pada tahun ini, beliau berkata Petronas menerima lebih daripada 9,000 permohonan daripada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi 2013. Katanya hanya lebih kurang 1,500 pemohon terbaik telah disenarai pendek untuk sesi penilaian dan temuduga dan daripada jumlah itu 316 pelajar berjaya mendapat tajaan tersebut berdasarkan merit. Raiha Azni berkata para penerima tajaan pendidikan Petronas seharusnya berasa bertuah dan berbangga atas kejayaan mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang teknikal dan bukan teknikal. Ini kerana mereka berpeluang untuk mendapat pendedahan di persekitaran pembelajaran bertaraf antarabangsa, katanya. "Petronas dengan usaha yang jitu akan terus membantu negara dalam mendidik dan membangunkan bintang-bintang yang istimewa ini untuk industri minyak dan gas serta industri-industri yang lain," katanya. -Bernama
TOP
PruBSN terima Anugerah Institusi Takaful Terbaik
Pengarah Pemasaran PruBSN Nor Azman Zainal (Kiri) menerima Anugerah Institusi Takaful Terbaik daripada wakil Pengarang Urusan The Asset Chito Santiago. - Foto Sinar Harian Azmi Aryanto
PRUDENTIAL BSN Takaful Berhad (PruBSN) menerima penghargaan daripada institusi penyelidikan dan penerbitan di Hong Kong, The Asset, sebagai Institusi Takaful Terbaik sempena penganugerahan Triple A Islamic Finance Awards. Pengarah Pemasaran PruBSN Nor Azman Zainal adalah wakil PruBSN yang menerima anugerah itu daripada Pengarang Urusan The Asset Chito Santiago. PruBSN turut dianugerahkan kepada syarikat itu melalui Anugerah Triple A Islamic Finance Awards adalah Anugerah Bintang Cemerlang Institusi Takaful pada 2011 dan CEO Takaful Terbaik pada 2013. PruBSN memberikan perlindungan kepada lebih 600,000 pemegang-pemegang sijil iaitu 2 peratus daripada populasi rakyat Malaysia.
TOP
Diana Danielle tidak boleh mengandung kerana kontrak
PELAKON Diana Danielle mengambil pendekatan merancang untuk memiliki anak kedua iaitu dalam masa dua tahun lagi kerana ingin memberi fokus bagi membesarkan anak sulungnya iaitu Muhammad yang kini berusia setahun. Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 23, berkata, memandangkan dia juga mempunyai komitmen sebagai duta kepada beberapa produk, dia merasakan adalah lebih baik kelahiran anak dirancang selepas dua tahun kemudian. “Nak ikutkan hati teringin juga nak tambah anak. Tetapi saya ada menandatangani kontrak untuk beberapa produk di mana saya tidak boleh mengandung kerana ia akan menyukarkan pergerakan promosi. “Tambahan pula Muhammad sedang membesar, dia juga perlukan perhatian sepenuhnya daripada saya dan suami (Farid Kamil). “Mungkin selepas habis kontrak iaitu pada dua tahun akan datang baru kami boleh memikirkan anak kedua,” katanya kepada mStar Online. Diana ditemui pada majlis pelancaran koleksi rekaan baju Hari Raya terbaharu Melinda Looi iaitu Emel by Melinda Looi di Menara Kuala Lumpur di sini pada Selasa. Sebanyak 36 koleksi baharu diperagakan pada majlis tersebut dan 20 daripada koleksi berkenaan merupakan gabungan idea bersama Diana. “Selalunya artis akan menjadi model untuk koleksi-koleksi baju terbaru tetapi saya gembira kerana diberi peluang untuk memberikan idea dalam penghasilan baju raya pada tahun ini. “Dapat dilihat, baju yang saya reka lebih feminin dan berkonsep sederhana. Berbeza dengan Melinda yang lebih berkonsep avant garde,” ujarnya. Sementara itu, koleksi baju raya yang berharga RM280 hingga RM480 boleh dibeli menerusi laman web www.zalora.com, www.fashionvalet.com dan butik Melinda Looi yang terletak di Jalan Maarof, Bangsar di sini. Sebahagian daripada jualan tersebut akan disalurkan kepada pesakit-pesakit jantung di Institut Jantung Negara (IJN). Sumber: mStar
Labels:
Berita Terkini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment