Sunday, June 15, 2014

Berita Terkini 15 June 2014


Ngeri: Pemandu Lori Maut Dihempap Batu Konkrit

PM Singapura Sanggup Beratur 30 Minit Untuk Ayam Goreng

Bajet 2015 Tumpu Usaha Kurangkan Defisit Negara

Suami Isteri Maut Nahas Di Teluk Kalong

Rakyat Malaysia Di Iraq Selamat - Wisma Putra

Keselamatan Siber Cabaran Baharu Pertahanan Negara

Danial Muncul Juara Idola Kecil Ultra

Kami Harapkan Luis Suarez – Tabarez

Mayat mangsa lemas ditemui

Ronaldo Penting Buat Kami – Eduardo

Guru Tumbuk Pelajar Digantung Tugas

Pelajar IPTA Puaskan Nafsu di Hotel Bujet

US, Iran Pertahan Iraq dari Pemberontak Sunni

100 hari MH370: Kerajaan Komitmen Dengan Semangat Baharu Kesan MH370

Iraq di ambang perang

Aktres Bollywood dakwa dicabul

30 belasah dua

Koperasi Tentera Bayar Dividen 12 Peratus

Dua Tekong Ditahan Cuba Bawa Masuk Warga Asingperkongsian jadi trend baharu

Video: Pencuri Diberi Permainan Ketuk Kelapa Kepala

Kemalangan Maut di Lebuhraya Plus

Semua 186 Rakyat Malaysia Di Iraq Selamat

MAS Tamatkan Penggunaan Pesawat Boeing 737-400

Anggota PGA, Pengawal Keselamatan Ditemui Mati Ditembak Di Sandakan

Ops Titik Catat 151 Kes, Rampasan RM8.05 Juta - Hasan Malek

Laman Web Palsu Tiru The Star Online

Tiada Kompromi Anggota Tentera Terbabit Jenayah Atau Militan

8 NGO Buat Laporan Polis Terhadap Pemilik FB 'Chow Jack'

15 Kepala Tentera Assad Sebagai Mas Kahwin

Bayi Berusia 5 Minggu Ditemui Tidak Cedera Dalam Kemalangan Kereta

Lelaki Saman Hospital Sebabkan Kemaluan Pendek 3 Sentimeter

Guru Tumbuk Pelajar Digantung Tugas

Hari Bapa: Lakukan Yang Terbaik Untuk Keluarga - PM

Gol Penyamaan Punca Fisioterapis England Cedera

Bapa Utamakan Empat Anak Jadi Doktor Sebelum Belajar Bidang Perubatan

Kemalangan: Suami Isteri Maut, 2 Anak Parah Akibat Tercampak Keluar Kereta

Lelaki Cemas Tertelan Telefon Bimbit

Bekas Guru Mengaku Rogol Murid Di Tempat Letak Kereta Sekolah

Warden Penjara Didakwa Terima Rasuah

MP Veteran Bidas Kesatuan Sekerja MAS
Anifah Aman.
Malaysia Bimbang Keganasan di Mosul - Anifah

Kesatuan Guru Anggap Masalah Disiplin Pelajar Serius

30 Terbunuh Dalam Letupan Dekat Sempadan Iraq

Felda United Intai Isi Slot Terakhir Ke Liga Super 2015

‘Ramai tuduh saya jahat’

Pelatih Akademi Remaja Maut Kemalangan Di Kota Tinggi

‘Kenapa awak langgar saya’

Kerajaan Jamin Usaha Pencarian MH30 Dipertingkatkan

Mayat Murid Tahun Tiga Lemas Di Jeram Besu Ditemui

Lapangan Terbang Baharu Untuk Tampung Keperluan Zon Utara

Sembilan Terbunuh Rusuhan di Dhaka

FIFA siasat kain rentang ‘provokatif’ skuad Argentina

Pengguna Islam makan coklat Cadbury esok

Mesir mohon YouTube tidak siar gambar wanita diserang seksual

Video: ‘Free Show’ di Tengah-Tengah Kesesakan Lalu Lintas

Pakar Bius Hantar SMS Lucah, ‘Selfie’ Ketika Bedah Pesakit Digantung Lesen

TOP
Ngeri: Pemandu Lori Maut Dihempap Batu Konkrit

KUANTAN – Seorang pemandu lori mengangkut tanah di sebuah tapak pembinaan di Muadzam Shah dekat Rompin maut selepas lori yang dipandunya dihempap batu konkrit petang semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin, ASP Mohd Razali Razak berkata Ahmad Khussairie Saffari, 29, mati ditempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian leher, kepala dan tangan. “Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang sewaktu mangsa sedang menunggu giliran untuk mengangkut tanah. Bagaimanapun secara tiba-tiba, batu konkrit yang berada berhampiran lori mangsa menghempap kepala lori berkenaan menyebabkan mangsa terperangkap di dalamnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Pasukan Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah yang dimaklumkan tentang kejadian itu kemudiannya menjalankan operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa dengan dibantu beberapa jentera berat. Mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira setengah jam kemudian dan didapati telah meninggal dunia. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat.

Sumber: BERNAMA
Foto: FB Bomba & Penyelamat Malaysia

TOP
PM Singapura Sanggup Beratur 30 Minit Untuk Ayam Goreng

Kalau ada lah yang tidak mengenali Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong ini di sekitar itu mesti mereka tidak tahu yang pakcik ini adalah seorang yang amat berpengaruh. Apa tidaknya beliau adalah seorang Perdana Menteri. Dan mungkin yang ada di sekitar beliau pada masa itu juga tidak perasan akan kehadirannya.

Apa yang SK ingin ketengahkan di sini, lihat sahaja kesederhanaan dan betapa berjiwa rakyatnya beliau. Tidak pasti pula jika terdapat beberapa orang pengawal peribadi berhampiran ataupun tidak tetapi yang pasti beliau sanggup menunggu 30 minit untuk mendapatkan ayam goreng (kegemarannya mungkin) sama seperti orang awam yang tiada apa-apa keistimewaan sedangkan beliau sudah tentu dapat menggunakan pengaruhnya untuk ayam goreng tersebut. Melihat gambar diatas, rata-rata rakyat dari negara jiran kagum dengan sikapnya. Tatapi selepas SiakapKeli.com berkongsi entri ini di Page Facebook Siakap Keli ramai pula yang kencam kononnya ini adalah sandiwara semata-mata dan ada juga yang mengaku dirinya dari singapura dan mengatakan hal yang sama menambah pilihanraya Singapura bakal tiba 2016. Bagaimanapun dengan entri ini SK bukan hendak menjatuh Perdana Menteri lain-lain negara termasuklah Malaysia yang mana mungkin cara mereka berbeza dan faktor masa juga adalah kekangan bagi orang-orang ternama sebegini yang mana masa mereka amat terhad untuk melakukan aktiviti-aktiviti sebegini. Selain itu, menurut sumber beliau juga tidak kisah menjamu selera di pusat penjaja terletak di Block 85 Redhill Market sama seperti rakyat kebanyakan lain. Bagamainapun ramai yang tidak percaya akan kesahihan gambar tersebut tetapi semuanya telah membuka mata apabila beliau sendiri mengemaskini Status Facebooknya tentang sebuah kedai popular di sana pada Jumaat lalu.

TOP
Bajet 2015 Tumpu Usaha Kurangkan Defisit Negara

IPOH – Penyediaan Bajet 2015 akan menumpukan usaha untuk mengurangkan defisit negara tanpa menjejaskan momentum pertumbuhan ekonomi. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, bajet itu penting kerana ia bajet terakhir dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10). “Tahun depan kita perlu kekalkan pertumbuhan walaupun apa kedudukan ekonomi dunia. “Kita juga kena pastikan defisit berkurangan dan jika nak kurangkan defisit maka kita tidak boleh berbelanja dengan cara sewenang-wenangnya tetapi mesti belanja dengan cara produktif dan yang memberi nilai tinggi supaya pertumbuhan tinggi,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Pusat Khidmat Bergerak Parlimen Tambun di Padang Awam Tanjung Rambutan, dekat sini. Sumber: BHarian

TOP
Suami Isteri Maut Nahas Di Teluk Kalong

CHUKAI – Sepasang suami isteri maut, manakala dua anak mereka berumur tiga dan lima tahun parah apabila kereta dipandu bertembung sebuah kereta lain dari arah bertentangan. Dalam kejadian jam 7.50 pagi itu di Kilometer 140 Jalan Kuala Terengganu – Kuantan dekat Teluk Kalong, di sini, Ahmad Shakri Abd Wahab, 34, dan isterinya Nor Asmalia Wahab, 34, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua anak mereka yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Kemaman. Mangsa yang maut memandu kereta Proton Satria, manakala pemandu kereta Honda Accord seorang lelaki cedera parah dan dirawat di Hospital Kemaman. Sumber: BHarian

TOP
Rakyat Malaysia Di Iraq Selamat - Wisma Putra

Pasukan keselamatan mengawal keadaan di sekitar Iraq. 
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar pada Ahad mengesahkan semua 186 rakyat Malaysia yang berada di Iraq selamat. Wisma Putra dalam kenyataannya di sini, berkata, kementerian itu sentiasa memantau perkembangan krisis di Iraq yang sehingga kini mengorbankan sekurang-kurangnya 335 nyawa. Kementerian turut menasihati rakyat Malaysia di Iraq agar segera kembali ke tanah air jika tiada perkara penting di negara itu susulan keadaan yang semakin buruk di Iraq sekarang. "Kementerian juga menasihati rakyat Malaysia agar menangguhkan atau membatalkan perjalanan ke Iraq sehingga keadaan kembali pulih," kata kenyataan itu. Keganasan semakin meningkat di Iraq selepas anggota militan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (Isil) menawan bandar raya Mosul di utara Iraq, awal minggu ini. Sumber: Bernama

TOP
Keselamatan Siber Cabaran Baharu Pertahanan Negara

KUALA LUMPUR – Tidak dapat disangkal alam siber membawa pelbagai manfaat kepada pengguna termasuk dalam aspek hubungan antara negara, namun kini medium itu juga dianggap oleh pakar keselamatan sebagai ancaman terbaru pertahanan sesebuah negara. Antara ancaman alam siber ialah kegiatan menggodam yang berupaya mendedahkan sistem pertahanan dan maklumat negara kepada pihak tidak bertanggungjawab. Menurut Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, isu keselamatan siber sudah wujud sejak beberapa tahun lalu dan walaupun tidak membabitkan banyak pihak, kesannya sangat ketara. “Ancaman alam siber menguji keampuhan pertahanan negara bukan dari segi fizikal, tetapi teknologi yang kecanggihannya disalah guna untuk kepentingan pihak terbabit,” katanya dalam temu bual dengan Bernama di sini. Sehubungan itu, katanya sangat penting bagi sektor pertahanan negara mengetahui cabaran baharu pada masa depan yang pastinya lebih hebat seiring dengan perkembangan teknologi. Menurut Zulkifeli dalam masa yang sama sektor pertahanan negara turut berdepan dengan ancaman bukan konvensional yang semakin mendapat momentum dan diyakini terus berkembang pada masa depan. “Dalam abad ini, persengketaan antara negara telah banyak berkurangan. Sekarang kita menghadapi banyak isu-isu yang bukan konvensional seperti jenayah rentas sempadan, kegiatan lanun, dan penyeludupan manusia. “Satu lagi jenis ancaman ialah penggunaan bahan-bahan kimia dan sebagainya yang memang telah sedia wujud sejak sekian lamanya,” katanya. Beliau berkata, bentuk ancaman terbabit akan terus berubah seiring peredaran zaman, namun objektif mungkin sama. Selaras itu juga katanya ATM berkembang dan belajar daripada pengalaman bagi memastikan struktur pertahanan negara terus tersusun dan kekal ampuh. “Kita memang bersedia dan sentiasa membuat persiapan. Kita boleh berada dalam keadaan paling bersedia, tetapi kita tidak tahu sejauh mana (kesan) ancaman yang mungkin datang. “Bagaimanapun di peringkat nasional hinggalah ATM, kita mempunyai kepakaran dan sistem yang boleh mencegah ancaman itu,” kata Zulkifeli. Dari segi ancaman alam siber, beliau berkata, kerajaan menubuhkan agensi seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang peranan utamanya mengukuhkan keselamatan siber, mengawal selia aktiviti-aktiviti siber dan sebagainya. “Yang pentingnya sekarang ini kita perlu ada kerjasama bukan saja dengan negara serantau, tetapi juga negara lain yang kita ada kepentingan dari segi pertahanan dan ekonomi,” katanya yang turut mengakui kepentingan pertukaran maklumat dan perisikan. Zulkifeli juga berkata, ATM masih berusaha untuk membina dan memperkukuh industri pertahanan negara tatkala kebanyakan negara lain melakukannya lebih awal. Antara yang dilaksana ialah menjalin kerjasama dengan syarikat yang kukuh dalam industri pertahanan dan juga industri lain sebagai strategi serampang dua mata iaitu untuk kegunaan tentera dan juga awam memandangkan kos untuk membangunkan sektor pertahanan amat tinggi. “Sekarang saya lihat industri pertahanan kita semakin matang dan lebih fokus dalam memberi keutamaan terhadap apa yang boleh dibangunkan dulu,” tambahnya. Dalam pada itu, menyedari jumlah peruntukan untuk pertahanan negara terbatas, Zulkifeli menggesa agar industri pertahanan tempatan dibangunkan dengan lebih agresif. “Ada masanya peruntukan yang kita peroleh tidak mencukupi. Jadi kita perlu mengubah suai atau menjadi lebih kreatif dalam menggunakan dan mengagihkan peruntukan yang ada,” katanya. Pendekatan ini perlu dilakukan supaya produk atau aset yang dihasilkan kelak memberi nilai terbaik terhadap wang yang dibelanjakan selain dapat mengurangkan kos penyelenggaraan dan kos perolehan aset itu. Sumber: Bernama

TOP
Danial Muncul Juara Idola Kecil Ultra

BEKAS juara program Idola Kecil musim keenam, iaitu Danial Cheur Hamasiah muncul sebagai juara pertandingan Idola Kecil Ultra yang diadakan di KL Live @ Life Centre dekat sini, malam Sabtu. Danial, 13, mendendangkan lagu nyanyian asal Christina Aguilera iaitu Hurt dan sebuah lagu baharu berjudul Sinar Pelangi yang turut menampilkan penyanyi Asmidar berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM30,000 berserta trofi. Selain hadiah tersebut, Daniel juga membawa pulang kontrak bernilai RM50,000 bersama The Talent Unit yang akan menerbit dan menguruskan kerjaya nyanyiannya pada masa hadapan. Danial ketika ditemui nyata terkejut dengan kemenangan kali keduanya itu kerana mengakui saingan daripada tiga peserta lain amat sengit pada malam kemuncak itu. “Saya memang tak sangka sebab kawan-kawan lain turut membuat persembahan yang hebat. Apabila diumumkan sebagai pemenang dan melihat gambar saya yang keluar di skrin, saya akui sangat terkejut kerana terlalu teruja untuk mengetahui keputusannya,” katanya. Idola Kecil Ultra dicetuskan selepas kejayaan program realiti kanak-kanak Nombor Satu Malaysia, iaitu Idola Kecil yang telah pun bersiaran selama enam musim di TV9 dan memperlihatkan persaingan 30 peserta terbaik menerusi musim terdahulu. Tempat kedua menjadi milik Muhammad Azzamuddin Lop Hashim atau Azzam, 17, finalis daripada Idola Kecil musim ketiga. Azzam mendendangkan lagu nyanyian asal Azlan & The Typewriter iaitu Kelibat dan sebuah lagu baharu berjudul Dengar duet bersama Awi Rafael. Manakala Harris Alif Rashidi atau Harris, 15, juara Idola Kecil musim ketiga terpaksa berpuas hati ditempat ketiga. Harris mendendangkan lagu nyanyian asal John Legend, All Of Me dan sebuah lagu baharu berjudul Destinasi duet bersama Radhi dari kumpulan OAG. Satu-satunya finalis perempuan iaitu Nor Balqis Ahmad Tajuddin atau Balqis, 15, daripada Idola Kecil musim ketiga berada ditempat terakhir. Balqis mendendangkan lagu nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza berjudul Nirmala dan sebuah lagu baharu iaitu Nyawa duet bersama Aepul. Penjurian kali ini memperlihatkan 90 peratus daripada markah diadili oleh juri profesional iaitu Tomok, Akim Ahmad dan Elfira Loy manakala 10 peratus lagi diadili oleh peminat. Dalam perkembangan sama, Idola Kecil Ultra turut menyampaikan Anugerah Idola Ultra kepada Azzam yang dipilih oleh peminat menerusi laman web TV9 sebelum pertandingan akhir bermula. Program itu dihoskan oleh Aliff Satar. Sementara itu, Pengurus Besar TV3 dan TV9, Sherina Nordin berkata, program berkenaan diwujudkan kerana tidak mahu mempersia-siakan bakat peserta daripada keenam-enam musim sekaligus memperlihatkan penerbitan Idola Kecil Ultra yang menyaksikan pertarungan antara 30 finalis terbaik sepanjang enam musim. “Menerusi Idola Kecil Ultra ini juga, kita dapat melihat perubahan vokal mereka yang semakin mantap dan persembahan mereka yang lebih berkeyakinan,” katanya. Idola Kecil Ultra disiarkan secara langsung menerusi saluran TV9 pada pukul 8.30 malam. Sumber: mStar

TOP
Kami Harapkan Luis Suarez – Tabarez

FORTALEZA – Uruguay berharap penyerang berbisanya, Luis Suarez cukup cergas ketika menentang England pada aksi kedua Piala Dunia Kumpulan D selepas tewas mengejut 3-1 kepada Costa Rica, awal pagi tadi. Jurulatih Uruguay, Oscar Tabarez yang mengakui Suarez memintanya untuk kekal di bangku simpanan pada perlawanan terbabit berkata pemainnya terperangkap dengan gerakan pantas lawan dan terdesak memulihkan imej yang tercalar. “Dia jelas pemain yang saya harapkan namun dia masih tidak mampu beraksi pada tahap kejohanan seperti ini ketika latihan. Dia meminta untuk kekal di bangku simpanan. Adakah dia akan memenuhi jangkaan. Dia akan beraksi di atas padang kerana buat kami, dia pemain yang amat penting. Dia penting dan potensinya boleh membantu pasukan. “Ketika ini, kami tidak mampu meletakkannya di atas padang. Kini kami mempunyai beberapa hari sebelum perlawanan menentang England. Jika dia meningkat, kami akan menyenaraikannya dalam perlawanan itu,” kata Tabarez yang memuji permainan ditampilkan Costa Rica yang dianggap perlawanan yang sudah lama tidak dirasai pemainnya. “Ia perlawanan yang sukar pada separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua, mereka menggunakan sepenuhnya kelebihan dan peluang yang mereka miliki. Ia satu kekalahan yang sukar buat kami, dengan cara kami tewas, dengan gol hasil permainan yang sudah lama kami tidak rasai. “Kami perlu menghadamnya dengan pantas. Pasukan berdepan lebih banyak kesukaran pada awalnya berbanding jangkaan,” kata Tabarez yang pasti berdepan tugas sukar selepas England turut tewas ketika menentang Itali. Empat tahun lalu di Afrika Selatan, Uruguay mara ke separuh akhir dan bergelar pasukan dari Amerika Selatan terbaik di kejohanan terbabit. Sumber: Reuters

TOP
Mayat mangsa lemas ditemui

Mayat mangsa ditemui di Lubuk Biara kira-kira 2 kilometer dari lokasi kejadian. Gambar kecil: Mohamad Zul Hassan.
RAUB - Mayat seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang lemas di Jeram Besu ditemui kira-kira 2 kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat. Mayat mangsa, Mohamad Zul Hassan Mohamad Norlan, 9, ditemui oleh unit K9 Bomba di Lubuk Biara, kira-kira jam 1.10 petang semalam. Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, semalam merupakan hari ketiga operasi mencari dijalankan. “Seorang pegawai dan 23 anggota polis berserta dua bot dikerahkan dalam operasi terbabit. “Selain itu, seramai 18 anggota Bomba dan Penyelamat termasuk seorang pegawai bersama sembilan unit skuba Bomba Temerloh dan tiga anggota unit K9 termasuk dua ekor anjing dan sebuah bot dilibatkan dalam operasi terbabit,” katanya. Selain itu juga, seorang pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bersama 22 anggota dan sebuah bot turut serta dalam operasi tersebut. “Turut bersama kami mencari mangsa ialah 10 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Kebajikan Kampung (JKKK) bersama sebuah bot rafting dan sebuah kayak,” katanya. Wan Mohd Samsudin juga berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut dipanggil bagi memberikan khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa. Mayat mangsa kemudian-nya dibawa ke Hospital Raub sebelum dibawa pulang ke Teluk Panglima Garang, Selangor, untuk dikebumikan di sana. Ibu mangsa, Zaliha Barlan, 51, dalam masa sama turut merakamkan ucapan terima kasih kepada penduduk setempat dan Adun Dong, Datuk Shahiruddin Ab Moin kerana menyediakan tempat menginap dan kelengkapan lain kepada mereka sekeluarga sepanjang operasi mencari dijalankan. Sumber: Sinar Online

TOP
Ronaldo Penting Buat Kami – Eduardo

CAMPINAS – Pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo hampir pasti akan diturunkan pada perlawanan pembukaan Piala Dunia Kumpulan G menentang Jerman sekalipun masih bergelut dengan masalah lutut, kata penjaga gol, Eduardo. Penyerang bintang Real Madrid itu menjalani latihan pemanas badan penuh sambil disaksikan media namun dilihat agak berhati-hati supaya tidak meletakkan beban tambahan kepada lututnya yang masih berbalut. Kecergasan Ronaldo yang beraksi selama 65 minit ketika perlawanan persahabatan menentang Ireland, minggu lalu penting buat Portugal namun kembali mencetus bimbang selepas meletakkan ais kepada lututnya pada sesi latihan, Khamis lalu. “Cristiano berlatih dengan baik, berlatih dengan kuat dan kami semua yakin dia akan 100 peratus mampu membantu kami untuk mendapat perlawanan yang baik,” kata Eduardo yang mengulangi komen rakan sepasukannya, William Carvalho sebelum ini. Pertemuan Kumpulan G di Salvador membabitkan Portugal dan Jerman seakan aksi ulangan perlawanan pembukaan Euro 2012 yang berakhir dengan kekalahan 1-0 kepada Portugal hasil jaringan Mario Gomez. Eduardo menambah motivasi Ronaldo dan Portugal ketika ini cukup tinggi selepas duka 2010 selepas sekadar menamatkan saingan di peringkat 16 terakhir selepas tumbang kepada Sepanyol. “Dia cergas dan tidak sabar untuk memulakan kejohanan. Dia bertekad dan mahu bermain sebaik mungkin, sama seperti kami semua, mahu menang dan memberikan yang terbaik. Kamu dapat melihatnya ketika latihan, di hotel dan sudah tentu ia akan memberi kepada kejohanan ini,” katanya. Sumber: AFP

TOP
Guru Tumbuk Pelajar Digantung Tugas

Siasatan dalaman dilakukan di Sekolah St Cyres di South Wales berhubung dakwaan seorang guru lelaki menumbuk seorang pelajar. 
SEORANG guru digantung tugas selepas didakwa menumbuk seorang pelajar di dalam kelas. Satu siasatan dalaman telah dilakukan berhubung insiden itu mengatakan bahawa ia melibatkan seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun di Sekolah St Cyres di Penarth, South Wales. Pelajar itu dikatakan berkelakuan buruk semasa sesi pembelajaran pada Khamis, lapor WalesOnline. Wakil rakyat Vale of Glamorgan, Christopher Elmore berkata: "Kami mengesahkan seorang kakitangan di Sekolah St Cyres di Penarth telah digantung tugas berikutan insiden yang berlaku pada 12 Jun. "Polis menyiasat berhubung insiden itu dan pegawai majlis perbandaran sedang bekerjasama bagi membantu siasatan," katanya. Beliau turut mengesahkan bahawa pihak berkuasa Vale of Glamorgan telah melaksanakan siasatan dalaman di sekolah berkenaan. Seorang jurucakap bagi Polis South Wales berkata: "Satu dakwaan telah dibuat terhadap seorang guru lelaki dan kita sedang melakukan siasatan berhubung perkara itu." Sumber: mirror.co.uk

TOP
Pelajar IPTA Puaskan Nafsu di Hotel Bujet

Gambar hiasan
SURA GATE (DUNGUN) – Demi memuaskan nafsu, sepasang kekasih sanggup menyewa sebuah bilik di hotel bajet, dekat sini. Pasangan terbabit difahamkan mendaftar masuk ke bilik hotel dekat bandar Dungun itu kira-kira jam 8.30 malam kelmarin. Bagaimanapun, usaha sepasukan pegawai penguat kuasa syariah yang tiba kira-kira jam 11 malam untuk mengambil tindakan sebaik menerima maklumat tidak berhasil apabila pasangan lelaki dikatakan keluar lebih awal dari bilik penginapan tersebut untuk membeli makanan. Siasatan awal mendapati pasangan perempuan berusia awal 20-an itu merupakan seorang pelajar di sebuah pusat pengajian tinggi dan dia mengaku menginap di hotel berkenaan untuk memadu kasih. Pasangan itu bagaimanapun dilepaskan selepas keterangan diambil. Sumber: Sinar Online

TOP
US, Iran Pertahan Iraq dari Pemberontak Sunni

TENTERA Amerika Syarikat dan Iran kini dilaporkan sedang merangka serangan ke atas Iraq bagi mempertahan negara tersebut dari ditakluk oleh kumpulan pemberontak Sunni. Menurut Presiden AS, Barack Obama, Pegawai-pegawai kanannya kini sedang mengadakan pertemuan bagi membincangkan strategi serangan udara dan penyusunan pertahanan dan keputusan akan dibuat dalam masa terdekat. Jelasnya, mesyuarat tersebut turut membincangkan strategi dan penggunaan tentera udara, laut, atau kedua-duanya serentak. Dalam pada itu, tentera Iran yang diketuai oleh Mejar Jeneral Qassem Suleimani sedang bergerak menuju ke barat untuk bertemu degan pemimpin tentera dan ketua-ketua puak di Baghdad. Sejak berminggu yang lalu, kira-kira 7,000 pejuang jihad yang menggelarkan diri mereka sebagai Pejuang Kumpulan Sunni atau Isis telah menyerang dan merampas bandar-bandar utama dan bandar bandar utara di sekitar Iraq sehingga menyebabkan ratusan ribu rakyat menjadi pelarian dan meninggalkan negara tersebut. Sementara itu, Obama dalam ucapannya baru-baru ini berkata, perjuangan yang dibawa oleh kumpulan terbabit boleh menimbulkan ancaman yang akhirnya akan menjejaskan kepentingan AS. Beliau turut menyifatkan pemberontakan yang berlaku itu turut menjejaskan pengeluaran AS di Iraq. Justeru, beliau menegaskan bahawa tenteranya kini sedang bersiap-sedia untuk menghadapi segala ancaman yang bakal dihadapi oleh pihaknya. Jumaat lalu, sumber dari The Guardian melaporkan bahawa sebuah pertempuran melibatkan pejuang Sunni dan tentera Syiah telah berlaku di dalam dan sekitar bandar Samarra. Walau bagaimanapun menurut saksi, tempat-tempat suci tidak dirosakkan dan penduduk di bandar tersebut juga kekal selamat tanpa diancam oleh kumpulan terbabit. Sumber: Sinar Online

TOP
100 hari MH370: Kerajaan Komitmen Dengan Semangat Baharu Kesan MH370

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengulangi komitmen dengan semangat baharu untuk mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, 100 hari selepas kehilangannya. Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga memberi jaminan bahawa kerajaan akan meneruskan usaha melakukan yang terbaik dalam pencarian itu tanpa meninggalkan sebarang aspek. "Selepas 100 hari kehilangan MH370, kehilangannya terus meninggalkan kesedihan kepada semua rakyat Malaysia dan di seluruh dunia. Usaha ini tidak boleh dihentikan sehingga MH370 ditemui. "Kita tidak boleh dan tidak akan meminggirkan keluarga anak kapal dan penumpang MH370. Kami akan dengan izin Allah, mencari pesawat yang hilang ini dengan memulakan proses penyembuhan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata Malaysia bertuah kerana tidak bersendirian dan menyampaikan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan antarabangsa terutama rakan kongsi tiga negara - Australia, China (dan Malaysia) selain jiran negara Asean, Amerika Syarikat dan anggota Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA). Hishammuddin juga percaya Malaysia akan dipuji kerana melakukan usaha terbaik dalam situasi hampir mustahil dan sejarah akan menilai negara, kerana melaksanakan usaha itu. "Lebih 14 minggu telah berlalu sejak kerajaan Malaysia mula-mula menyelaraskan operasi pencarian pesawat. Usaha pencarian ini sukar dan kompleks membabitkan 26 negara semasa di kemuncaknya. "Malaysia sebuah negara kecil tetapi berbangga kerana menjadi perintis - walaupun dikritik, kita membuktikan kepada dunia bahawa kita boleh bekerja bersama-sama, dalam semangat kemanusiaan dan keakraban," katanya. Beliau berkata insiden seperti itu mengingatkan kita tentang kehidupan yang tidak terjamin dan menghargai ikatan sesama kita. "Sebagai seorang bapa sempena Hari Bapa, saya memahami kesedihan yang dilalui oleh anggota keluarga. Tiada ungkapan yang dapat meringankan seksaan jiwa mereka kerana tidak mengetahui apa yang berlaku terhadap insan yang disayangi. "Seperti lazimnya, saya menyampaikan ucapan simpati yang mendalam dan semoga berada dalam keadaan baik untuk semua anggota keluarga - di mana sahaja mereka berada. "Dalam tempoh dugaan ini, kita bersatu dalam doa bersama, yakin kepada takdir, terutama menjelang sambutan bulan Ramadan, kita akan terus berharap semoga babak hitam dalam sejarah penerbangan global baru-baru ini, terungkai," katanya. Hishammuddin juga menyampaikan penghargaan kepada golongan lelaki dan wanita yang mempertaruhkan nyawa mereka di barisan hadapan dalam usaha pencarian terbesar setakat ini. "Bagi pihak kerajaan Malaysia, kami mengucapkan terima kasih untuk pengorbanan anda dan kita akan terus berdoa untuk keselamatan anda dalam mengemudi di perairan yang belum pernah diterokai itu," katanya. Penerbangan MH370 dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal itu hilang pada 12.41 tengah malam 8 Mac selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL dalam penerbangan ke Beijing. Sumber: Bernama

TOP
Iraq di ambang perang

KAHERAH - MESIR. Pusat Islam di Mesir mengeluarkan fatwa melarang umat Islam menyertai kumpulan Militan Negara Iraq dan jajahannya (ISIL). Jurucakap Dar al-Ifta, Ibrahim Negm yang mengumumkan fatwa tersebut berkata, aktiviti ISIL di Syria dan Iraq umpama berkhidmat kepada musuh Islam. “Kumpulan pelampau ini melakukan jenayah di negara Islam menggunakan alasan ‘demi agama’ dan menerima pakai tafsiran yang salah dalam ajaran Islam,” katanya. Dar al-Ifta merupakan pertubuhan Islam terbesar di Mesir yang berfahaman Sunni. Jumaat lalu, ulama Syiah, Ayatollah Ali al-Sistani mengeluarkan fatwa menyeru orang ramai di Iraq dan Syria supaya mengangkat senjata dan mempertahankan negara mereka terhadap gerakan militan ISIL. “Semua individu dari seluruh lapisan masyarakat digesa menyertai tentera untuk menentang ISIL,” katanya. Sementara itu, Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki berkata, pihak berkuasa di wilayah Niniwe dan Salahuddin harus melawan gerakan ISIL yang makin ganas. “Arab Saudi dan Qatar punca utama merebaknya krisis keselamatan dan keganasan ini. Mereka juga adalah penyokong utama keganasan global,” katanya. ISIL kini cuba menawan Baghdad selepas mengambil alih sepenuhnya wilayah Mosul minggu lalu. Sumber: Agensi

TOP
Aktres Bollywood dakwa dicabul

Zinta mendakwa dicabul, didera dan diugut Wadia. MUMBAI - INDIA. Pelakon terkenal Bollywood, Preity Zinta mendakwa beliau telah dicabul, didera dan diugut bekas teman lelakinya ketika perlawanan kriket Liga Perdana India (IPL), menurut polis, semalam. Zinta menuduh ahli perniagaan, Ness Wadia melakukan perbuatan itu selepas mereka bertengkar pada 30 Mei lalu. Ketua Polis Mumbai, Vijay Mane mengesahkan mereka ada menerima aduan daripada pelakon itu. "Wadia didakwa mengasarinya dan turut mengeluarkan kata-kata kesat selepas mereka berselisih pendapat ketika menyaksikan perlawanan di Stadium Wankhede," jelasnya. Bintang filem Chori Chori Chupke Chupke itu turut memaklumkan mengenai perkara tersebut menerusi akaun Twitter miliknya. "Saya tidak berniat melukakan hati sesiapa tetapi tindakan ini adalah untuk melindungi dan mempertahankan hak saya," menurutnya, laporan dipetik dari AFP. Sumber: AFP / Sinar Online

TOP
30 belasah dua

RAKAN mangsa yang cedera parah dirawat di hospital
BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati dalam keadaan ngeri apabila lehernya dijerut wayar selain ditikam di belakang badan selepas bergaduh dengan 30 rakan senegaranya di tapak pembinaan perumahan di Jalan Ara Kuda, di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 1 pagi, mayat mangsa ditemui terperosok dalam longkang dengan keadaan badannya lembik dipercayai akibat patah tulang kerana dibelasah beramai-ramai sebelum ditinggalkan. Selain mangsa berusia 30-an itu, seorang lagi rakannya turut dibelasah kumpulan terbabit dan keadaannya dilaporkan parah dan dirawat di Hospital Seberang Jaya, di sini. Difahamkan, semua yang terbabit dalam pergaduhan itu bekerja sebagai buruh binaan di tapak pembinaan rumah dan dikatakan bergaduh kerana tidak berpuas hati berhubung soal agama dan perkauman yang tercetus di negara mereka. Polis yang menerima maklumat berhubung kejadian itu bergegas ke lokasi kejadian, namun semua suspek didapati meloloskan diri di kawasan hutan berhampiran tapak pembinaan terbabit Sumber: Harian Metro

TOP
Koperasi Tentera Bayar Dividen 12 Peratus

KUALA LUMPUR – Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Bhd (Koperasi Tentera) mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 12 peratus kepada lebih 145,000 anggotanya membabitkan sejumlah RM116.4 juta. Pengerusi Koperasi Tentera Mejar Jeneral Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, bayaran dividen tahun ini sedikit menurun berbanding 14 peratus tahun lepas berikutan penurunan pendapatan dan keuntungan. Katanya, koperasi itu mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat untuk tahun kewangan 2013 berjumlah RM159 juta, berbanding RM249 juta tahun sebelumnya iaitu penurunan sebanyak 36 peratus. “Penurunan pendapatan ini disebabkan peningkatan kos operasi dalam tahun lalu selain ketiadaan pendapatan luar jangka yang diperoleh berbanding yang diterima dalam tahun 2012,” katanya semasa berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Koperasi Tentera di Kem Sungai Buloh, di sini hari ini. Majlis mesyuarat itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri. Che Hasni berkata, di sebalik kekurangan pendapatan kali ini, Koperasi Tentera konsisten dengan prestasinya untuk pembayaran dividen sebanyak 12 peratus atau lebih sejak 1999. Dalam pada itu beliau berkata, bagi tahun kewangan sama, Koperasi Tentera mencatatkan jumlah yuran dan modal terkumpul lebih RM1 bilion berbanding RM915 juta pada tahun sebelumnya. Katanya, koperasi itu juga berjaya meningkatkan jumlah aset sebanyak 10.1 peratus kepada RM2.63 bilion berbanding RM2.38 bilion. “Aset pembiayaan pula menokok sebanyak RM339.8 juta dalam tahun 2013 atau 17 peratus kepada RM2.362 bilion berbanding RM2.023 bilion pada tahun 2012. Koperasi Tentera ditubuhkan pada tahun 1960 dengan objektif utama untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kebajikan anggota ATM dan keanggotaannya terbuka kepada seluruh anggota ATM dan kakitangan awam yang berkhidmat dengan Kementerian Pertahanan. Sumber: Bernama

TOP
Dua Tekong Ditahan Cuba Bawa Masuk Warga Asing

MUAR – Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan manusia warga Indonesia yang cuba memasuki negara ini di perairan Kuala Sungai Muar, Johor malam tadi. Komander PPM Wilayah Dua ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata hasil maklumat risikan yang diperolehi pihaknya telah membuat operasi dan berjaya menahan sebuah sampan yang dinaiki 23 orang warga Indonesia termasuk seorang kanak-kanak dan dua tekong. “Kami mengejar sampan yang digunakan hampir 10 minit sebelum berjaya dihentikan dan menahan kesemua warga asing itu,” katanya lagi. Kesemua mereka dibawa ke pangkalan PPM Muar untuk disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan yg sah dan Seksyen 26A ATIPSOM iaitu penyeludupan migran. Sumber: FB PDRM

TOP
Video: Pencuri Diberi Permainan Ketuk Kelapa Kepala

Dua orang pemuda yang dipercayai mencuri buah kelapa berjaya ditangkap oleh orang kampung. Walauapapun kes ini bukanlah seperti kes ragut yang mana bila mereka ditangkap semestinya lunyai dibelasah penduduk kerana kejahatan mereka itu boleh menyebabkan kecederaan dan ada yang terbunuh. Walaubagaimanapun, dua orang pencuri kelapa ini telah diberi satu permainan yang mana mereka perlu memukul kepala sesama mereka dengan kelapa sambil-sambil menunggu ketibaan pihak berkuasa.

TOP
Kemalangan Maut di Lebuhraya Plus

Kemalangan maut yang berlaku di Lebuhraya Plus Nilai ke Seremban pada jam lebih kurang 7 pagi tadi. Kejadian yang melibatkan seorang penunggang motosikal meninggal ditempat kejadian. Menurut laporan Daily Traffic Report, Lebuhraya Plus Nilai-Seremban (Kuala Lumpur) sedang dinaik taraf kepada empat lorong menyebabkan lorong kenderaan menjadi sempit dan juga ketiadaan lorong kecemasan bagi memudahkan kerja-kerja tersebut. Perkara ini mungkin adalah faktor berlakunya kemalangan tersebut. Kepada para penunggang motosikal sila lebih berhati-hati kerana anda tidak boleh mencelah pada lebuhraya tersebut buat masa ini. Sumber: Daily Traffic Report

TOP
Semua 186 Rakyat Malaysia Di Iraq Selamat

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar pada Ahad mengesahkan semua 186 rakyat Malaysia yang berada di Iraq selamat. Wisma Putra dalam kenyataannya di sini, berkata kementerian itu sentiasa memantau perkembangan krisis di Iraq yang sehingga kini mengorbankan sekurang-kurangnya 335 nyawa. Kementerian turut menasihati rakyat Malaysia di Iraq agar segera kembali ke tanah air jika tiada perkara penting di negara itu susulan keadaan yang semakin buruk di Iraq sekarang. “Kementerian juga menasihati rakyat Malaysia agar menangguhkan atau membatalkan perjalanan ke Iraq sehingga keadaan kembali pulih,” kata kenyataan itu. Keganasan semakin meningkat di Iraq selepas anggota militan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) menawan bandar raya Mosul di utara Iraq, awal minggu ini. Sumber: Bernama

TOP
MAS Tamatkan Penggunaan Pesawat Boeing 737-400

SEPANG: Malaysia Airlines (MAS) menamatkan penggunaan pesawat Boeing 737-400 malam ini untuk memberi laluan kepada pesawat baharu Boeing 737-800 untuk kegunaan syarikat penerbangan negara. Ketibaan pesawat penerbangan B737-400 dari Pulau Pinang di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 9.31 malam, menandakan berakhirnya perkhidmatan pesawat itu selepas melakukan penerbangan selama 22 tahun. Ketibaan 99 penumpang dan lapan anak kapal disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahaya. Sejak Mei 1992, MAS mengendalikan 54 pesawat B737-400, menjadikan ia pengendali terbesar siri fleet B737-400 di luar Amerika Syarikat pada suatu masa. Bercakap kepada pemberita, Ahmad Jauhari berkata MAS telah menggantikan B737-400 dengan pesawat baharu B737-800 sejak tiga tahun lepas. "Kita mempunyai 56 pesawat B737-800 yang digunakan sekarang dan dijangka mempunyai 64 pesawat untuk siri ini menjelang akhir tahun depan," katanya. Beliau berkata pesawat siri baharu itu mempunyai sayap lawi membolehkan penggunaan bahan api secara lebih cekap dan B737-800 juga akan digunakan untuk laluan jarak sederhana seperti Perth dan New Delhi kerana pesawat itu boleh terbang selama lima jam.

TOP
Anggota PGA, Pengawal Keselamatan Ditemui Mati Ditembak Di Sandakan

SANDAKAN: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan seorang pengawal keselamatan ditemui mati dengan kesan tembakan di tapak pembinaan Taman Casa Uno di Batu 4, Jalan Utara Bypass, di sini pagi Ahad. Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Supritendan Fadzil Mohd Ali berkata, pihak polis menerima laporan mengenai penemuan dua mayat itu daripada orang awam pada pukul 11.30 pagi tadi. Beliau berkata mayat anggota PGA itu berpakaian biasa manakala pengawal itu merupakan penjaga tapak pembinaan tersebut. Kedua-dua mayat ditemui terbaring berhampiran pagar masuk utama ke tapak pembinaan itu. "Motif kejadian masih dalam siasatan dan mayat kedua-duanya dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk bedah siasat," katanya. Fadzil berkata identiti anggota PGA dan pegawal keselamatan itu belum dikenal pasti dan pihaknya turut menemui sepucuk pistol di tempat kejadian.

TOP
Ops Titik Catat 151 Kes, Rampasan RM8.05 Juta - Hasan Malek

Rampasan diesel kini mencecah lebih RM8 juta.
KUALA PILAH: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek menegaskan Ops Titik bagi menangani penyelewengan diesel mula membuahkan hasil dengan 151 kes dicatat membabitkan sitaan bernilai RM8.05 juta sejak dilancar pada 15 Mei lalu. Katanya, operasi bersepadu itu menyasarkan semua pihak, bukan setakat individu tertentu tetapi juga syarikat dan kawasan 'hot spot' yang dikenal pasti menerusi risikan. "Semalam sahaja, dua kes dilapor di Selangor dengan nilai sitaan RM116,006 manakala pada Jumaat lapan kes iaitu empat di Kelantan, dua di Negeri Sembilan dan satu kes masing-masing di Sabah dan Sarawak dengan nilai sitaan RM186,560," katanya kepada pemberita di sini, Ahad. Menurut Hasan, sepanjang Ops Titik, Johor dan Putrajaya mencatatkan kes tertinggi iaitu enam kes, namun dari segi nilai sitaan Johor tertinggi dengan RM2.166 juta manakala Putrajaya RM1.592 juta. Selain itu, beliau berkata, kementeriannya juga mengambil beberapa langkah lain bagi mengekang penyelewengan diesel bersubsidi termasuk yang terkini membatalkan lesen 'bunkering' iaitu penyaluran minyak ke kapal serta lesen borong petrol dan diesel terhadap 26 jeti persendirian. "Bukan itu sahaja, kita sedang menambah baik peruntukan undang-undang sedia ada. Akta Kawalan Bekalan 1961 sedang dipinda dengan peruntukan penalti yang lebih berat," katanya. Beliau turut meminta orang ramai agar memainkan peranan membantu pihak berkuasa menangani isu itu dengan menyalurkan maklumat menerusi talian bebas tol1-800-886-800. Terdahulu Hasan merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Pesara Pegawai Pekhidmatan Pendidikan Malaysia cawangan Negeri Sembilan.

TOP
Laman Web Palsu Tiru The Star Online

PETALING JAYA: Star Publications (M) Bhd mengesan sebuah laman web yang menyalahgunakan logo The Star Online serta menyerupai portal berita berbahasa Inggeris itu. Star Publications menafikan sebarang kaitan dengan laman web itu yang pada masa ini menggunakan thestar.com-x.biz/special-report. "Kita akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya bagi memastikan isu ini ditangani secepat mungkin," kata Ketua Produk (Digital) Star Publications, Serm Teck Choon. "Ini termasuk, membuat laporan kepada polis, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)." Para pembaca dan pengunjung laman web The Star Online perlu memastikan mereka melayari laman web yang tepat menerusi thestar.com.my.

TOP
Tiada Kompromi Anggota Tentera Terbabit Jenayah Atau Militan

Salah seorang daripada mereka adalah anggota tentera Malaysia yang terbabit dalam kegiatan militan.
KUALA LUMPUR:Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana anggota tentera yang didapati terbabit dalam jenayah atau kumpulan militan. Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap anggota pasukan keselamatan yang terbabit dalam jenayah yang jelas boleh mengancam keselamatan negara. "Institusi ketenteraan merupakan tunggak pertahanan dan keselamatan negara, saya minta semua pegawai dan anggota meningkatkan khidmat profesionalisme ke tahap tertinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Tentera ke-49 di Kem Sungai Buloh, dekat sini, Ahad. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penahanan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sandakan, Sabah dua hari lepas selepas disyaki terbabit dalam kegiatan militan. "Kes ini masih dalam siasatan pihak polis...kenal pasti jenis kesalahan yang dilakukan dan sekiranya ada baru pihak kementerian melalui TLDM akan ambil tindakan selanjutnya," katanya. Abdul Rahim meminta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meningkatkan pemantauan terhadap pegawai dan anggota ketiga-tiga cabang perkhidmatannya bagi mengelakkan mereka terbabit dalam perbuatan jenayah atau terbabit dalam kumpulan militan. Beliau berkata, meskipun keupayaan perisikan Polis Diraja Malaysia terutamanya dalam menangani kegiatan militan tidak boleh dipertikaikan, namun ATM sendiri perlu memantau pegawai dan anggotanya. "Risikan yang dimiliki polis mencukupi untuk membuat pemantauan terhadap kegiatan militan, tetapi kita juga minta setiap perkhidmatan pantau anggota masing-masing sama ada terbabit dengan masalah disiplin dan tingkah laku yang tidak bersesuaian," katanya.

TOP
8 NGO Buat Laporan Polis Terhadap Pemilik FB 'Chow Jack'

Abdul Rani (depan) bersama NGO yang membuat laporan polis terhadap Chow Jack pada Ahad.
KUALA LUMPUR: Lapan badan bukan kerajaan (NGO) pada Ahad membuat laporan polis berhubung sebuah akaun Facebook (FB) yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan agama Islam. NGO itu terdiri daripada Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Gerak Kerja Ayahanda Negeri Selangor, Persatuan Veteran Tentera Melayu, Majlis Ayahanda Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Melayu Klang dan Persatuan Sosial Minda Pemikiran. Wakil NGO-NGO berkenaan membuat laporan polis ke atas pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama 'Chow Jack' di Balai Polis Dang Wangi, di sini kira-kira 10.30 pagi. Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, laporan itu dibuat bagi meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit.

TOP
15 Kepala Tentera Assad Sebagai Mas Kahwin

Aicha bersama tunangnya, Ahmad.
DAMSYIK: Seorang wanita di Syria meminta sebanyak 15 kepala tentera pro Bashar al-Assad sebagai mas kahwin dan 50 kepala lagi jika bercerai. Permintaan luar biasa Aicha Faaourya, 50, itu dibuat ketika dilamar Ahmad Ramilat yang kehilangan dua anaknya akibat kekejaman Assad. “Ibu tunggal itu meletakkan syarat ngeri selepas suaminya yang juga askar Tentera Pembebasan Syria maut dibunuh tentera rejim itu dua tahun lalu,” menurut laporan media. Difahamkan, Aicha atau lebih mesra disapa Umm Shouhada yang bermaksud ibu para syuhada meletakkan syarat demikian selepas beliau dilamar Ahmad yang juga ketua daerah Aleepo. “Saya bersumpah memerangi tentera Assad hingga mati. Rejim membunuh suami saya dan kini empat anak saya sedang mencari keadilan untuk keluarga kami,” katanya. Sementara itu, Ahmad berikrar menentang rejim selepas dua anaknya maut ketika bertempur dengan tentera awal tahun lalu. “Saya akan memenuhi hajat Aicha dan bersumpah akan memenggal kepala 15 kepala askar rejim untuk memperisterikannya,” katanya. Keadaan ini berlaku berikutan perang saudara yang berlangsung lebih tiga tahun di Syria. Akibat perang itu, lebih 160,000 orang terbunuh dan lebih dua juta terpaksa menjadi pelarian.

TOP
Bayi Berusia 5 Minggu Ditemui Tidak Cedera Dalam Kemalangan Kereta

Gambar menunjukkan M40 yang merupakan lokasi kejadian seorang ibu dan anaknya yang baharu terbabit dalam satu kemalangan yang membabitkan sebuah lori. Dia bagaimanapun meninggal dunia manakala anaknya ditemui selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.
SEORANG bayi berusia lima minggu ditemui tidak mengalami kecederaan di dalam sebuah kereta, bersebelahan dengan mayat ibunya, yang terbabit dalam satu kemalangan jalan raya. Bayi berkenaan, Ruby diselamatkan dari kereta Peugeot 406 yang terbabit dalam satu kemalangan dengan sebuah lori di M40 dekat Bicester, Oxfordshire. Pasukan kecemasan berkejar ke tempat nahas dekat persimpangan 9 yang sibuk dengan lalu lintas, tetapi tidak dapat menyelamatkan ibu bayi itu, Joanna Bull. Ruby yang baharu dilahirkan diangkat oleh ambulans ke hospital sebagai langkah pencegahan tetapi pihak hospital sukar untuk dipercayai dia tidak cedera di dalam kemalangan itu. Bayi perempuan itu kini dijaga oleh ayahnya, Dave yang tidak berada bersama isteri dan anak perempuannya ketika kejadian berlaku. Wanita berusia 29 tahun yang baharu sahaja menjadi ibu untuk sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Kenilworth untuk melawat ibunya, Teressa bersama anaknya yang baharu dilahirkan ketika kejadian berlaku pada Jumaat. - dailymai.co.uk

TOP
Lelaki Saman Hospital Sebabkan Kemaluan Pendek 3 Sentimeter

Kemaluan lelaki warga Kanada ini dikatakan pendek tiga sentimeter selepas menjalani pembedahan.
SEORANG lelaki mendakwa pembedahan ke atas kemaluannya menyebabkan ukuran alat kelaminnya itu menjadi pendek sekurang-kurangnya tiga sentimeter. Berikutan itu, lelaki itu sedang mempertimbangkan untuk menyaman pihak hospital sebanyak £90,000 kerana cuai apabila tersalah diagnos penyakitnya hingga menyebabkan beliau menanggung kesakitan. Beliau dikatakan mengalami kecederaan pada kemaluannya ketika mengadakan hubungan seks dengan isterinya pada Julai 2011 dan dikejarkan ke hospital. Ketika insiden itu, seorang jururawat dikatakan menjalankan pemeriksaan dengan hanya melihat kemaluannya tanpa menyentuhnya. Seterusnya, menerusi panggilan telefon, pakar urologi memberitahu petugas di hospital berkenaan bahawa beliau mengalami sedikit trauma dan kemudian membenarkannya pulang. Bagaimanapun, lelaki itu yang juga penghidap paraplegik iaitu bermasalah rangsangan deria mendakwa insiden itu menyebabkan beliau gagal untuk mengadakan hubungan seks. Lebih memburukkan keadaan, hanya selepas tiga bulan baharu pihak hospital memaklumkan kemaluannya retak dan perlu dibedah. Pembedahan itu menyebabkan beliau 'kehilangan' kira-kira tiga sentimeter panjang kemaluannya, selain kesan parut kekal. Lelaki berasal dari Quebec, Kanada itu juga mendakwa pembedahan di Hospital Le Gardeur di Montreal itu menjadi punca keruntuhan rumahtangganya kerana beliau tidak mampu mengadakan hubungan seks selama dua tahun.

TOP
Guru Tumbuk Pelajar Digantung Tugas

Siasatan dalaman dilakukan di Sekolah St Cyres di South Wales berhubung dakwaan seorang guru lelaki menumbuk seorang pelajar.<br /> SEORANG guru digantung tugas selepas didakwa menumbuk seorang pelajar di dalam kelas. Satu siasatan dalaman telah dilakukan berhubung insiden itu mengatakan bahawa ia melibatkan seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun di Sekolah St Cyres di Penarth, South Wales. Pelajar itu dikatakan berkelakuan buruk semasa sesi pembelajaran pada Khamis, lapor WalesOnline. Wakil rakyat Vale of Glamorgan, Christopher Elmore berkata: "Kami mengesahkan seorang kakitangan di Sekolah St Cyres di Penarth telah digantung tugas berikutan insiden yang berlaku pada 12 Jun. "Polis menyiasat berhubung insiden itu dan pegawai majlis perbandaran sedang bekerjasama bagi membantu siasatan," katanya. Beliau turut mengesahkan bahawa pihak berkuasa Vale of Glamorgan telah melaksanakan siasatan dalaman di sekolah berkenaan. Seorang jurucakap bagi Polis South Wales berkata: "Satu dakwaan telah dibuat terhadap seorang guru lelaki dan kita sedang melakukan siasatan berhubung perkara itu." - mirror.co.uk

TOP
Hari Bapa: Lakukan Yang Terbaik Untuk Keluarga - PM

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua rakyat Malaysia yang bergelar bapa sambil mengingatkan mereka mengenai kepentingan melakukan yang terbaik untuk anak dan keluarga mereka. Dalam mesej sama, Najib turut memberi penghormatan kepada Almarhum bapanya, perdana menteri Malaysia yang kedua Tun Abdul Razak Hussein, dan mengakui sumbangan beliau atas kejayaannya sekarang. "Saya tidak akan menjadi sesiapa pada hari ini jika bukan kerana bapa saya. "Biarlah kita diingatkan bahawa sebagai bapa, melabur bagi kehidupan keluarga kita adalah suatu langkah yang amat bijak daripada menumpukan seluruh tenaga kita dalam perkara yang akan hilang selepas kita telah tiada. "Warisan paling hebat yang boleh ditinggalkan adalah anak-anak," kata Najib dalam entri Facebook beliau pada Ahad. Hari Bapa adalah sambutan bagi menghormati seorang bapa, hubungan seorang bapa dan pengaruh bapa dalam masyarakat. Di Malaysia, Hari Bapa disambut pada hari Ahad ketiga dalam bulan Jun, yang jatuh pada hari ini.

TOP
Gol Penyamaan Punca Fisioterapis England Cedera

Lewin terpaksa diusung untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital selepas cedera ketika menyaksikan perlawanan England menentang Itali pada Piala Dunia 2014.
SELEPAS tidak bernasib baik apabila dibaham Itali 2-1 pada perlawanan sulung Piala Dunia 2014, England mungkin berdepan kemungkinan kehilangan khidmat fisioterapi pasukan itu, Gary Lewin. Semuanya gara-gara terlalu gembira dengan jaringan gol penyamaan Daniel Sturridge pada minit ke-36 perlawanan itu hingga menyebabkan Lewin mengalami kecederaan. Kecederaan pada buku lali.

Ketua Fisioterapi berusia 50 tahun itu dialami ketika meraikan gol yang membawa kepada kedudukan seri 1-1 bersama pemain simpanan dan pegawai pasukan itu. Pemeriksaan awal mendapati kecederaan pada buku lalinya agak serius hingga terpaksa diusung keluar untuk mendapatkan rawatan lanjut. Lewin sudah lama berkhidmat sebagai fisioterapis pasukan itu, malah meletak jawatan di Arsenal pada 1996 untuk memberi tumpuan sepenuh masa bersama England. Berpengalaman luas dalam bidang fisioterapi, Lewin pernah bersama Arsenal selama 22 tahun.

TOP
Bapa Utamakan Empat Anak Jadi Doktor Sebelum Belajar Bidang Perubatan

Dr Chew menunjukkan gambar-gambar baharu dan lama mengenai anak-anaknya, di Petaling Jaya baru-baru ini. Foto LOW LAY PHON / THE STAR
PETALING JAYA: Seorang bapa memberi inspirasi kepada keempat-empat anaknya untuk menjadi doktor dengan menanamkan minat dalam bidang perubatan. Selepas kesemua anaknya bergelar doktor, barulah beliau meneruskan pengajiannya di sekolah perubatan. Hari ini pada usianya 59 tahun, beliau adalah Dr Chew Eng Khuan, graduan yang paling tua dari Sekolah Perubatan di Angeles University Foundation yang ditubuhkan pada 1984 di Filipina. Bapa tunggal itu membuat simpanan yang mencukupi untuk anak-anak lelakinya dapat belajar dalam bidang perubatan. Bagaimanapun, ketiga-tiga anaknya menerima biasiswa. Jadi, lima tahun lalu, seorang bekas pensyarah pergi ke Filipina untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, menggunakan peruntukan kewangan yang tidak digunakan oleh anak-anaknya. "Saya amat berterima kasih kepada anak-anak saya kerana belajar dengan bersungguh-sungguh, dan mereka menggunakan kewangan sendiri untuk pendidikan mereka," katanya. Beliau menerima ijazah perubatan pada 22 April lalu. Chew dibesarkan di sebuah kampung di Sungai Petani, Kedah. Kedua-dua ibu bapa angkatnya merupakan imigran yang miskin dari China tetapi mereka memahami mengenai betapa pentingnya pendidikan itu. "Saya seorang bayi yang ditinggalkan, bayangkan tidak mempunyai nama dalam sijil kelahiran," katanya. "Kesemuanya sudah berubah. Saya bersyukur kerana menjadi apa yang saya sekarang," kata Chew, yang mempunyai Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan, Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Biokimia dan Kimia, dan Diploma dalam Pengurusan Latihan. Walaupun mencatatkan keputusan cemerlang dalam MCE (kini SPM), beliau ditawarkan untuk belajar dalam bidang sains di Universiti Malaya, dan bukannya perubatan. Walaupun kecewa, beliau bagaimanapun tidak berputus asa. "Saya sedar sekiranya saya mahu menjadi seorang yang berjaya, saya perlu melakukannya sendiri. "Dalam hidup ini, terdapat banyak cabaran. Bagaimana anda melihatnya dan menanganinya adalah penting," katanya. Chew kemudiannya menjadi seorang pensyarah pada usianya 37 tahun kerana beliau mahu menghabiskan lebih masa bersama keluarga dan tidak menyesal mengorbankan kerjaya korporatnya yang memberikan keuntungan, demi membesarkan anak-anaknya. Menariknya, anak menantu perempuan Chew juga merupakan seorang doktor. "Anak-anak lelaki saya menasihatkan saya supaya tidak mengikuti program perubatan kerana saya. Saya berharap saya boleh mendapat biasiswa untuk melanjurkan pelajar ke peringkat dok Anak saya menasihati saya daripada berbuat program housemanship kerana usia saya. Saya berharap saya boleh mendapatkan biasiswa untuk melakukan ijazah kedoktoran dalam pengurusan penjagaan kesihatan di luar negata," katanya sambil menambah bahawa menubuhkan sebuah klinik keluarga Chew merupakan impiannya suatu hari nanti. Anak-anaknya Chang Eek, 31, Chang Chuan, 28, Chang Feng, 25, dan Chang Fu, 23, masing-masing di Kedah, Sarawak, Negeri Sembilan dan Rusia.

TOP
Kemalangan: Suami Isteri Maut, 2 Anak Parah Akibat Tercampak Keluar Kereta

KEMAMAN: Sepasang suami isteri maut, manakala dua anak mereka parah selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah kereta lain dalam kejadian di Kilometer (km) 140 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, di sini, Ahad. Pegawai Pusat Gerakan Operasi Bomba Terengganu, Mohd Hasbullah Halipah berkata, mereka yang terbunuh ialah Ahmad Shukri Abd Wahab, 34 dan Nor Asmalia Wahab, 34. "Kejadian 7.50 pagi itu turut mengakibatkan anak mereka yang berusia tiga dan lima tahun serta pemandu sebuah lagi kereta cedera parah," katanya kepada Bernama. Menurut Mohd Hasbullah, kejadian berlaku ketika Ahmad Shukri dan isterinya dalam perjalanan menghantar anak mereka ke pusat asuhan di Jalan Jakar 3 di sini sebelum menuju ke tempat kerja. "Nahas dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu lelaki warga asing itu hilang kawalan dan memasuki laluan kereta yang dinaiki empat sekeluarga tersebut," katanya. Beliau berkata, rempuhan kuat itu menyebabkan pasangan suami isteri terbabit tersepit di tempat duduk masing-masing sementara dua anak mereka tercampak keluar. "Kesemua mangsa dikeluarkan oleh orang awam," katanya menambah semua mangsa dihantar ke Hospital Kemaman.

TOP
Lelaki Cemas Tertelan Telefon Bimbit

PANGGILAN kecemasan yang diterima di Afrika Selatan ini luar biasa sekali apabila kecuaian seorang lelaki menyebabkan telefon bimbit tersangkut dalam mulutnya. Dalam kejadian itu, seorang lelaki cemas apabila dikatakan tertelan telefon bimbitnya jenis Blackberry hingga ia tersangkut di tekak lelaki itu. Sebaik tiba di hospital, doktor yang mengendalikan kes itu tidak dapat menahan ketawa melihatkan keadaan lelaki itu sambil berusaha mengeluarkan telefon bimbit itu dari mulut lelaki berkenaan. Rakaman video menunjukkan pesakit dari Klerksdorp itu terbaring sambil mulutnya terbuka dan dikelilingi paramedik untuk menyaksikan prosedur yang lain daripada lain itu, malah ada dalam kalangan petugas hospital itu yang merakamkan kejadian itu menerusi telefon bimbit mereka. Dapat didengar ketawa beberapa petugas hospital itu ketika forseps digunakan untuk menarik keluar telefon bimbit dari mulut pesakit itu. Rakaman oleh Edwin Shingo yang menyaksikan prosedur unik pada 2012 itu menjadi viral hujung minggu lalu selepas video itu dikonsi pada laman LiveLeak.


TOP
Bekas Guru Mengaku Rogol Murid Di Tempat Letak Kereta Sekolah

Anthony Criscuolo (kiri) mengaku merogol seorang murid di tempat letak kereta sekolah.
SEORANG bekas guru berhadapan dengan hukuman penjara 14 tahun selepas mengaku merogol seorang murid berusia 10 tahun di tempat letak kereta sekolah. Pendakwa berkata, Anthony Criscuolo, 41, yang pernah menjadi seorang guru untuk gred lima di sebuah sekolah awam di New York membuat tipu helah terhadap keluarga mangsa dengan memberitahu mereka bahawa dia akan membawa murid berkenaan ke sebuah majlis anugerah sekolah. Sebaliknya, lelaki berkenaan merogol murid tersebut di tempat letak kereta sekolah, lapor New York Daily News. Beliau sebelum ini membeli beberapa hadiah untuk murid berkenaan termasuk sebuah iPod touch, dan menghantar emel tidak senonoh kepadanya. Peguam daerah Bronx, Roberth Johnson berkata, Criscuolo bersetuju untuk membuat rayuan berhubung kesnya pada Jumaat. Syarat-syarat perjanjian itu bermaksud beliau akan hilang lesen perguruannya, dan didaftarkan sebagai pesalah seks. Beliau juga boleh dikenakan penjara selama 14 tahun apabila dia akan dijatuhkan hukuman pada bulan depan. - mirror.co.uk

TOP
Warden Penjara Didakwa Terima Rasuah

ALOR SETAR: Seorang warden penjara berusia 32 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini Ahad atas sembilan kesalahan rasuah. Muhammad Hafizal Che Dan, didakwa menerima rasuah daripada lima individu antara 19 Januari 2012 dan 14 Januari 2013 di Jitra ketika beliau menjadi warden di penjara Tapah di Perak. Kesemua kesalahan itu dibawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekiranya disabitkan bersalah. Hakim Azhar Mokhtar menetapkan ikat jamin RM16,000 dengan seorang penjamin. Sehingga berita ini ditulis, Hafizal tidak memohon ikat jamin. Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mukhriz Mat Rus membuat pendakwaan terhadap Hafizal.

TOP
MP Veteran Bidas Kesatuan Sekerja MAS

Dr Tan Seng Giaw
KUALA LUMPUR: Kesatuan-kesatuan Pekerja Penerbangan Malaysia (MAS) dikecam oleh seorang Anggota Parlimen (MP) paling lama berkhidmat kerana menghalang usaha untuk memulihkan MAS dengan tuntutan dan ancaman yang "tidak munasabah". Dr. Tan Seng Giaw, MP Kepong yang berkhidmat selama lapan penggal berkata, "kisah MAS" berlanjutan lebih 40 tahun, manakala kesatuan semakin kukuh hingga boleh menggugat syarikat penerbangan nasional yang bermasalah itu sendiri. "Memandangkan kesatuan-kesatuan ini sudah lama dan mantap, mereka membuat tuntutan-tuntutan yang menakjubkan. Jika ada kesatuan-kesatuan yang tidak memahami kedudukan industri penerbangan hari ini, MAS tidak boleh bertahan. Jika mereka membuat terlalu banyak tuntutan, bagaimanakah MAS hendak terus hidup?" tanya Dr Tan, yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) Dewan Rakyat. Antara lain Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS Semenanjung Malaysia (Maseu), kesatuan terbesar dalam kalangan kesatuan-kesatuan sekerja dalam MAS, baru-baru ini mengancam melancarkan mogok jika tuntutannya supaya eksekutif pengurusan syarikat itu disingkirkan dan meminta kerajaan campur tangan dalam syarikat itu tidak dipenuhi. MASEU tidak berpuas hati dengan percubaan pengurusan untuk menyusun semula MAS yang merangkumi ura-ura untuk menjual bahagian kejuruteraannya dan perniagaan-perniagaan bukan teras lain. Dalam 2011 dan 2012, kesatuan-kesatuan pekerja MAS membantah cadangan penggabungan antara syarikat itu dan AirAsia, iaitu langkah yang disambut baik oleh banyak pihak sebagai permulaan baharu bagi MAS, termasuk mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Kedua-dua syarikat penerbangan itu yang tunduk kepada tekanan kesatuan itu dan pada Mei 2012, membatalkan penggabungan itu. Dr Tan berkata, apa jua tuntutan yang dibuat oleh kesatuan-kesatuan itu seharusnya mengambil kira kepentingan syarikat penerbangan itu dan mestilah sejajar dengn prestasi kewangan, produktiviti dan pulangannya. "Jika tuntutan dan ancaman itu merosakkan MAS, dan jika menyebabkan menjunamnya produktiviti, bagaimanakah MAS boleh mencapai prestasi yang baik? Jadi, saya rasa tuntutan ini tidak logik dan menjejaskan semua pihak, bukan sahaja MAS, malah juga imej Malaysia. "Keadaan ini sudah berlanjutan terlalu lama dan saya rasa cukuplah setakat ini," tegas beliau. Bercakap lebih lanjut tentang ancaman kesatuan-kesatuan itu untuk melancarkan mogok jika pengurusan penting tidak berubah, Dr. Tan berkata, kedua-dua pihak, iaitu kesatuan dan pengurusan harus mencari penyelesaian secara baik demi kepentingan kedua-dua pihak dan bagi kepentingan negara. Beliau berkata, tuntutan kesatuan itu harus mengambil kira tuntutan yang selari oleh tuntutan kesatuan-kesatuan di Singapura, Indonesia, Korea Selatan dan Britain. "Kita perlu bandingkan tuntutan ini dengan tuntutan kesatuan-kesatuan lain di negara ini dan seluruh dunia, sama ada ia munasabah atau tidak. Apakah keuntungan yang boleh diraih oleh kesatuan-kesatuan ini, jika mereka dapat apa yang mereka mahu tetapi menyebabkan MAS jatuh?" tanya Dr. Tan. MAS melaporkan kerugian sebanyak RM1.17 bilion tahun lepas dan RM443 juta bagi suku pertama 2014, jauh lebih teruk daripada kerugian RM279 juta yang dialami bagi suku pertama 2013. Khazanah Nasional, pemegang saham majoriti MAS, juga telah mengumumkan bahawa ia akan memerlukan enam hingga 12 bulan untuk melaksanakan rancangan penyusunan semula syarikat itu dan semua pilihan sedang dipertimbangkan. Dr Tan juga tidak bersetuju dengan sebarang langkah menyelamat selanjutnya bagi MAS, sambil berkata, langkah sedemikian tidak pernah menjadi cara yang sesuai bagi mana-mana syarikat. "Budaya dalam MAS yang bergantung kepada subsidi kerajaan mestilah diberhentikan, memandangkan hakikat bahawa Khazanah Nasional setakat ini telah menyuntik sejumlah RM5 bilion wang pembayar cukai, namun tiada tanda-tanda syarikat penerbangan itu akan pulih. "Dan setiap kali kita tukar CEO (Ketua Pegawai Eksekutif), kita tidak nampak sebarang penambahbaikan hinggakan pada satu ketika, MAS menanggung hutang sebanyak RM8 bilion. Jika kita teruskan subsidi dan bantuan kerajaan begini, kita tidak akan ada sebuah syariiat penerbangan nasional yang berdaya maju selama-lamanya," kata beliau. Dr Tan juga berkata, pencarian bagi seorang CEO MAS pada masa akan datang haruslah mengambil kira orang yang terbaik bagi tugas itu, tanpa mengira warna kulit atau keturunan, dan ini telah dibuktikan oleh syarikat penerbangan lain yang pulih dengan jayanya, manakala MAS terus gagal.

TOP
Malaysia Bimbang Keganasan di Mosul - Anifah
Anifah Aman.
KUALA LUMPUR: Malaysia menyatakan kebimbangan terhadap keganasan di Mosul, Iraq yang kini dikuasai militan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (Isil). Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan di sini, berkata Malaysia berharap keamanan dan kestabilan dapat dikembalikan segera di Mosul dan bahagian lain di utara Iraq yang turut diledak dengan keganasan. Pada masa yang sama Malaysia mengecam keras tindakan militan menawan Konsulat Turki di Mosul serta menjadikan 49 stafnya sebagai tebusan. "Malaysia menggesa semua mereka dibebaskan dalam keadaan selamat pada kadar segera," katanya. Anifah berkata Malaysia turut menyatakan sokongan kepada kerajaan dan rakyat Turki serta Iraq, selain mendoakan keselamatan semua yang terjejas akibat keganasan di wilayah berkenaan. Iraq kembali bergolak dengan keganasan selepas Isil menawan Mosul, bandar raya di utara negara itu, awal minggu ini.

TOP
Kesatuan Guru Anggap Masalah Disiplin Pelajar Serius

KANGAR – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) mentakrif masalah disiplin pelajar kini mencapai tahap serius dan mahu Kementerian Pelajaran menubuhkan pasukan petugas untuk menanganinya. Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng turut menggesa Kementerian Pelajaran mengumumkan keputusan peraturan baharu yang memberi lebih kuasa kepada sekolah untuk mengawal disiplin pelajar, yang dibincangkan sejak empat tahun lepas. Beliau berkata penubuhan pasukan petugas itu tidak boleh dilengahkan lagi memandangkan disiplin pelajar semakin meruncing sehingga tidak terkawal akibat pengaruh pelbagai unsur tidak sihat khususnya Internet. “KPPK bukan sekadar prihatin malah bimbang dengan perkembangan tidak sihat ini dan sebab itu mahu berkongsi dengan pihak-pihak berkepentingan agar tindakan berkesan dapat dilaksanakan dalam mengawal disiplin pelajar. “Budaya buli sama ada buli melalui siber atau buli fizikal tidak boleh dipandang ringan kerana ia merosakkan pelajar,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat KPPK cawangan Perlis di sini hari ini. Lok yang juga Setiausaha agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkata pelajar nakal merupakan perkara biasa tetapi apabila berlaku kejadian buli atau pergaduhan berkumpulan dan satu kumpulan memukul seorang pelajar ia merupakan kes serius. “Masalah disiplin dicetuskan oleh banyak pelajar yang banyak menghabiskan masa melayari Internet, mengakses bahan tidak bertapis seperti lucah dan main permainan video. Masalah ini lebih berat apabila guru terbabit sama menghabiskan masa bersembang di Internet. “Perkembangan ini mulai menjadi budaya dan akhirnya pelajar yang dihasilkan tidak berkualiti serta tidak mahir untuk menjadi warganegara cemerlang,” katanya. Beliau berkata selain sikap ibu bapa yang membawa kepada punca disiplin pelajar tidak terkawal, ia juga disebabkan guru tidak diberi hak untuk merotan pelajar untuk mendisiplinkan mereka. Katanya antara sebab KPPK ingin berkongsi perkembangan ini dengan badan-badan bukan kerajaan seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ialah supaya mereka serius untuk terlibat membantu membaiki disiplin pelajar. KPPK akan terus mendesak Kementerian Pelajaran untuk melantik seorang guru sebagai ketua guru disiplin yang diberi kuasa dan tanggungjawab untuk mengambil tindakan khususnya terhadap pelajar samseng. Dalam perkembangan semasa, Lok turut mengingati guru supaya tidak lalai melaksanakan tanggungjawab dalam keghairahan menonton kejohanan bola sepak Piala Dunia. “Saya harap guru-guru tidak terbabit dengan perjudian bola sepak dan pastikan masa tidur mencukupi apabila sesi persekolahan bermula Ahad atau Isnin ini,” katanya. Sumber: Bernama

TOP
30 Terbunuh Dalam Letupan Dekat Sempadan Iraq

DAMSYIK – Satu kejadian serangan bom di timur Syria berhampiran sempadan Iraq hari ini menyebabkan 30 pengganas terbunuh. “Satu letupan besar terkena sebuah pasar senjata api pengganas di Mayadeen, mengorbankan 30 pengganas dan mencederakan berpuluh lain,” lapor berita televisyen. Satu lagi laporan menyatakan letupan itu turut mengorbankan 15 orang awam di kawasan pasar. Laporan itu menyatakan satu bom kereta diletupkan oleh militan jihad, Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), kumpulan sama yang menawan Mosul di Iraq dan sedang mara ke Baghdad. Sumber: mStar

TOP
Felda United Intai Isi Slot Terakhir Ke Liga Super 2015

KUALA LUMPUR – Berbaki tiga perlawanan Liga Perdana musim ini, wakil kelab Felda United FC (FUFC) mengintai peluang untuk meraih slot terakhir ke Liga Super musin 2015. Pengendali pasukan FUFC, Irfan Bakti Abu Salim menyifatkan naib juara Piala FA 2014 itu masih berpeluang meraih slot ke Liga Super musim hadapan seandainya meraih kemenangan dalam baki tiga perlawanan. FUFC akan menentang pendahulu liga, Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Isnin ini, disusuli Negeri Sembilan di tempat lawan pada 20 Jun sebelum menamatkan aksi Liga Perdana 2014 menentang Kedah di Stadium MBPJ, empat hari kemudian. “Insya-Allah, ada lagi baki tiga perlawanan melibatkan beberapa pasukan tangga teratas dan kami cuba untuk meraih kemenangan walaupun terpaksa menempuh jadual liga yang agak padat,” katanya ketika ditemui Bernama selepas perlawanan menentang Pulau Pinang di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, dekat sini, malam tadi. Pada perlawanan itu, skuad ‘The Fighters’ mencatat kemenangan selesa 4-1 bagi memintas kedudukan Pulau Pinang di tangga kedua Liga Perdana. Berkongsi pandangan yang sama adalah ketua jurulatih Pulau Pinang, K. Devan yang optimis pasukan kendaliannya mampu melayakkan diri ke Liga Super, musim hadapan walaupun sedar mereka perlu mengharapkan FUFC supaya keciciran mata dalam baki tiga perlawanan. “Kita hanya dibezakan dengan dua mata bersama FUFC dengan baki tiga perlawanan untuk ditamatkan…Kami akan cuba meraih kemenangan dalam tiga perlawanan selepas ini untuk layak beraksi ke Liga Super (2015),” katanya. Devan turut membidas kelalaian benteng pertahanan selain beberapa pemain tengah yang dilihat gagal berfungsi menjadi punca skuad ‘Harimau Kumbang’ kalah kepada FUFC pada perlawanan berkenaan. PDRM hanya perlu mencatatkan keputusan seri menentang FUFC untuk meraih kejuaraan Liga Perdana, sekali gus mengesahkan slot ke Liga Super 2015. Skuad ‘The Cops’ mengekalkan rekod tanpa kalah kepada 19 perlawanan susulan kemenangan selesa 4-1 ke atas Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang FC (PBAPP FC) di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, malam tadi. Keputusan itu menyaksikan mereka mengumpul 49 mata, berkelebihan lapan mata berbanding FUFC Sumber: Bernama

TOP
‘Ramai tuduh saya jahat’

PENGAKUAN menjalin cinta dengan Nad Zainal mengheret Hefny dalam kancah kontroversi Jauh daripada jangkauannya, kesediaannya untuk berterus terang mengenai hubungannya dengan pelakon bertubuh kecil molek, Nad Zainal telah disalah erti malah mengheret Hefny Sahad dalam dilema apabila dilabel sebagai orang ketiga. Baginya, tiada guna menipu kerana lambat laun peminat akan mengetahui cerita sebenar. Meskipun perit, terutama apabila bekas kekasih Nad, Azwan Kombos memberikan pelbagai kenyataan, Hefny memilih untuk tidak memperbesarkan isu itu. Ketika perbualan dibawa menjurus ke arah kontroversi yang baru menimpanya, anak kelahiran Johor Bahru yang juga naib juara program realiti, On Air itu agak keberatan untuk mengulas kerana bimbang kenyataannya akan memburukkan lagi situasi. “Bukan sombong atau cuba menunjuk pandai, tetapi saya tidak mahu lagi memperbesarkan isu itu. Tidak semua hal saya sedia untuk berkongsi dengan masyarakat, jadi saya berharap semua pihak faham. Sumber: BH Online

TOP
Pelatih Akademi Remaja Maut Kemalangan Di Kota TinggiTerbunuh Jatuh Dari Tingkat Tujuh Di Cheras

KOTA TINGGI – Seorang pelatih Akademi Remaja Lukut maut apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah kereta di KM1, Jalan Batu 4, Lukut Cina, berhampiran Dewan Teratai Kampung Batu Ampat, Kota Tinggi di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata dalam kejadian 10 malam itu, Muhammad Asyraf Kanin, 18, dari Kampung Lukut, Kota Tinggi parah di bahagian kepala, menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian. Pemandu kereta jenis Mercedes Benz itu, yang juga bekas anggota Parlimen Panti Datuk Yusof Malim Kuning, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. Berdasarkan siasatan awal, Rahmat berkata motosikal jenis Yamaha 125Z berkenaan dipercayai datang dari arah Kampung Lukut dan menghala ke Kota Tinggi. “Keadaan cuaca ketika itu cerah dan laluan jalan di tempat kejadian adalah lurus. Ekoran kemalangan itu, motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan. “Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Kesihatan Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat sebelum dituntut anggota keluarga untuk dikebumikan di perkuburan Islam Kampung Lukut di sini,” kata Rahmat yang dihubungi di sini hari ini. Sementara itu, seorang rakan mangsa yang enggan dikenali berkata anak bongsu daripada dua beradik itu dalam perjalanan untuk bertemu rakannya di bandar Kota Tinggi. Katanya, tiada perubahan ketara yang ditunjukkan mangsa melainkan catatan beliau di laman sosial yang agak pelik dan menyentuh hati. “Catatannya berbunyi: ‘Jika akaun ini sudah tidak aktif lagi, maka saya minta kamu semua sedekahkan al-Fatihah kerana mungkin saya pergi bertemu Ilahi’,” katanya sambil menambah arwah amat menghormati orang tua dan rakan-rakannya. Sumber: Bernama

TOP
‘Kenapa awak langgar saya’

REMBAU – “Sebaik menghampiri mangsa, dia terus memberi salam kepada saya dan bertanya mengapa saya melanggarnya,” luah Zahari Ahmad, 64, ketika ditemui di lokasi kemalangan di Kilometer 44, Jalan Seremban-Tampin, dekat Kendong, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira 7.50 malam itu, mangsa yang menunggang motosikal dikejarkan ke Hospital Tampin, namun dipercayai tidak mengalami kecederaan serius. Mangsa dilanggar sebuah kereta jenis Proton Perdana dari arah Alor Gajah menghala ke Kampung Penajis. Menurut Zahari, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Tampin ke Kendong dan ternampak mangsa merangkak ke bahu jalan selepas terjatuh di jalan raya. “Saya terus memberhentikan motosikal dan menuju ke mangsa kemalangan, tiba-tiba mangsa kemalangan memberikan salam kepada saya dan bertanyakan kenapa melanggarnya. “Saya beritahu bukan saya yang melanggarnya dan ingin menghulurkan bantuan kepadanya. Pada masa itu, saya lihat mangsa mengalami sakit-sakit badan,” katanya. Pemandu kereta Proton Perdana, Marzali Margini, 65, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Sebang Baru, Alor Gajah ke Masjid Kariah Kampung Penajis. Menurutnya, sewaktu kejadian dia mahu menghantar tempahan makanan di masjid berkenaan untuk majlis Malam Nisfu Syaban. “Saya memandu seperti biasa dan tidak menyedari terdapat motosikal di hadapan kerana lampu belakang motosikal berkenaan tiada. Jadi bila sudah terlalu hampir saya terkejut dan kenderaan kami bergesel. Sementara itu, jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal, sebuah motosikal ditunggang di hadapan tengah jalan lalu bergesel dengan sebuah kereta. Sumber: Sinar Online

TOP
Kerajaan Jamin Usaha Pencarian MH30 Dipertingkatkan

RAUB – Usaha pencarian penerbangan MH370 yang hilang sejak lebih 100 hari lalu akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa dengan bantuan negara-negara seperti China dan Australia, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata menerusi hubungan dua hala yang kukuh antara Malaysia dan dua negara terbabit serta negara Asean lain, operasi pencarian menjadi lebih mudah. “Kita bagi jaminan daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), China, Australia dan negara-negara Asean lain kepada anggota keluarga (penumpang dan kru MH370), kita bersama-sama mereka dalam usaha pencarian ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Dalam masa yang sama Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan, berkata hubungan kukuh antara negara yang terlibat dalam pencarian amat penting bagi menangkis dakwaan konspirasi geopolitik yang mahu melaga-lagakan Malaysia, China dan Australia. Pesawat Malaysia Airlines yang membawa 239 orang termasuk 12 anak kapal hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac. Pesawat sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Pada 24 Mac, Najib mengumumkan berdasarkan analisis data satelit, penerbangan itu dipercayai “berakhir” di selatan Lautan Hindi. Sumber: Bernama

TOP
Mayat Murid Tahun Tiga Lemas Di Jeram Besu Ditemui

KUANTAN – Mayat murid lelaki tahun tiga yang dikhuatiri lemas semasa mandi bersama keluarganya di Jeram Besu, Dong dekat Raub Khamis lepas ditemui tengah hari tadi. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang Anuar Hassan berkata, mayat Mohamad Zul Hassan Mohamad Norlan, 9, ditemui 1.30 tengah hari oleh pasukan penyelamat. “Mayat murid yang hilang sejak dua hari lepas itu ditemui di Lubuk Bidara dekat situ kira-kira dua kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang. “Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat,” katanya kepada Bernama hari ini. Pada Khamis lepas, mangsa yang berasal dari Teluk Panglima Garang, Selangor bersama keluarganya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kelantan telah singgah di situ untuk mandi. Mangsa tiba-tiba didapati hilang semasa sedang mandi di situ kira-kira jam 11 pagi sebelum anggota keluarga cuba mencarinya dan membuat laporan polis di Balai Polis Dong. Sumber: Bernama

TOP
Lapangan Terbang Baharu Untuk Tampung Keperluan Zon Utara

KUALA LUMPUR – Cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kedah dijangka dapat menampung keperluan penumpang dan perkhidmatan kargo yang semakin meningkat bagi negeri-negeri di utara Semenanjung, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir. Beliau berkata pihaknya mendapati kemudahan di lapangan terbang antarabangsa di Pulau Pinang semakin terhad untuk menampung keperluan pertambahan kargo serta penumpang di masa depan. Beliau sebelum ini berkata kerajaan negeri Kedah bercadang untuk membina sebuah lapangan terbang antarabangsa di atas sebidang tanah seluas kira-kira 6,000 hektar di Kulim. Cadangan itu telah dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya. Beliau hari ini merasmikan Pesta Kedah 2014 di sini sehingga esok anjuran Persatuan Wanita Kedah di Kuala Lumpur dan Selangor. Ia mempromosi keunikan budaya dan tradisi negeri Kedah serta kawasan pelancongan selain bagi mengumpul dana untuk penubuhan Rumah Kedah di ibu negara. Sumber: Bernama

TOP
Sembilan Terbunuh Rusuhan di Dhaka

DHAKA – Sembilan dilaporkan terbunuh dalam rusuhan di kem pelarian ketika satu sambutan pesta hari ini. Majoriti penduduk di Bandar Mirpur itu terdiri daripada masyarakat Muslim Bihari. Pihak berkuasa berkata ketegangan semakin memuncak. Perkhidmatan kecemasan menganggarkan sembilan orang maut setakat ini, termasuk lapan di kem berkenaan dan seorang lagi dibawa ke hospital dari pusat bandar Dhaka. Punca sebenar kejadian masih tidak diketahui. Kira-kira setengah juta Muslim daripada keturunan India tinggal di kem pelarian di negara itu sejak perang kemerdekaan daripada Pakistan pada 1971. Sebahagian besar mangsa di kem pelarian berkenaan mati terbakar selepas rumah mereka dibakar dalam pergaduhan itu, kata pengarah bomba, Mahabubur Rahman. Sumber: AFP

TOP
FIFA siasat kain rentang ‘provokatif’ skuad Argentina

RIO DE JANEIRO: FIFA sudah menjalankan inkuiri terhadap satu kain rentang yang bersifat ‘provokatif’ skuad Argentina mengenai tuntutan Kepulauan Falkland dalam satu perlawanan persahanatan sebelum Piala Dunia. Ketua Jawatankuasa Disiplin FIFA berkata, kain rentang yang tertera itu jelas menyalahi peraturan kerana ia bersifat agresif dan provokatif. Sehubungan itu, Argentina boleh berdepan dengan hukuman denda pada penghujung inkuiri itu. Pemain skuad Argentina memaparkan kain rentang yang tertera: “Las Malvinas Son Argentinas (The Malvinas are Argentinian – Orang Malvinas adalah penduduk Argentina)” di tengah penonton sebelum perlawanan menentang Slovenia di La Plata, lima hari sebelum sepak mula Piala Dunia. Falklands yang menjadi perebutan pada 1982 apabila tercetusnya perang antara Britain dan Argentina selepas Argentina menduduki Kepulauan Selatan Atlantik itu yang juga dikenali sebagai Las Malvinas dalam bahasa Sepanyol. Pemain England di Piala Dunia sudah diarahjkan agar jangan memberi reaksi terhadap soalan berhubung kepulauan Falklands di temasya bola sepak terbesar itu. FIFA berkata, Persatuan Bola Sepak Argentina sudah diminta mengemukakan pendirian mereka kepada jawatankuasa disiplin FIFA berhubung isu itu. Sumber: AFP

TOP
Pengguna Islam makan coklat Cadbury esok

KUALA LUMPUR: Lebih kurang 100 pengguna Islam termasuk blogger akan makan coklat Cadbury pada petang Ahad untuk mempertahankan bahawa produk jenama itu sah halal. Majlis makan coklat Cadbury itu dianjurkan oleh myKMU dengan kerjasama portal SuaraTV dan Ikatan Aktivis Siber Malaysia (IKAS). Program itu diberi nama ‘Sijil Halal Malaysia Dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif’. Editor Suara TV, Zulkifli Mat Rawi dalam satu kenyataan berkata program itu antara lain bertujuan untuk mempertahankan kenyataan halal yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Cadbury Malaysia berhubung isu DNA babi dalam coklat “yang dibangkitkan oleh beberapa pihak sejak kebelakangan ini.” “Diharapkan usaha ini dapat mengembalikan kepercayaan dan keyakinan masyarakat khususnya pengguna Melayu dan Islam terhadap sijil halal yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sekali gus menamatkan polemik yang semakin membelenggu persepsi dan minda masyarakat,” katanya. Pada 23 Mei, produk coklat Cadbury iaitu Kacang Hazel 175 gram (kelompok 200813M01H I2 tarikh luput 13 Nov 2014) dan Buah Badam 175 gram (kelompok 221013N01R I1 tarikh luput 15 Januari 2015) telah dikesan mempunyai Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi atau porsin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Beberapa hari selepas itu, JAKIM membuat pengumuman bahawa dakwaan KKM sebelum ini mengenai penemuan DNA babi di dalam dua produk Cadbury itu adalah tidak benar dan mengesahkan kedua-dua produk itu sebagai halal. Susulan isu ini, pihak berkuasa Arab Saudi turut menarik balik beberapa produk coklat jenama Cadbury dari pasaran sementara menunggu laporan ujian makmal bagi mengesan DNA babi dalam produk berkenaan. Dalam pada itu, ulama tersohor, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi mengeluarkan kenyataan bahawa gelatin atau DNA yang diperolehi daripada babi boleh dianggap halal jika ia telah melalui proses transformasi, mengikut konsep Islam istihalah dan pandangan ini turut disokong bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Syarikat Cadbury turut memikat hati pengguna menerusi iklan akhbar dengan menggunakan slogan ‘Segalanya baik. Kembali ceria bersama kami’ bagi menawan semula hati pelanggan mereka. Sumber: Awani

TOP
Mesir mohon YouTube tidak siar gambar wanita diserang seksual

KAHERAH: Mesir meminta YouTube agar tidak menunjukkan lagi video mengenai wanita yang diserang secara seksual pada perhimpunan di Dataran Tahrir pada majlis sambutan kemenangan presiden baharu awal minggu ini. Jurucakap bagi Presiden, Abdul Fattah al-Sisi, berkata permintaan itu disampaikan kepada laman sosial YouTube itu oleh Kedutaan Mesir di Washington. Wanita terbabit sendiri juga meminta agar video itu dikeluarkan daripada YouTube ketika al-Sisi melawatnya di hopsital Rabu lalu. YouTube setakat ini masih belum memberi reaksi berhubung perkara itu. Video grafik itu yang menunjukkan seorang wanita dibogelkan dan diserang di Dataran Tahrir ditonton dengan meluas minggu ini. Sumber: Agensi

TOP
Video: ‘Free Show’ di Tengah-Tengah Kesesakan Lalu Lintas

Asyik berita politik je kalau tak politik pulak pasal bunuh orang, tak pun kes culik, artis kawin, cerai dan sebagainya. Tidak mengapa jika anda stress dengan semua itu kerana kali ini anda tidak akan kecewa dengan gelagak abang ini ketika pemandu kenderaan lain sibuk menghadapi stress dengan traffic jem dia boleh buat dancing lak. Tahap mana tu? Saksikan... Peristiwa ini dipercayai berlaku di Klang. Walaubagaimanapun SK harap ramai lagi yang ceburi bidang ini kerana sesiapa sahaja boleh praktis ketika kesesakan lalu lintas selain itu dapat menghiburkan pemandu-pemandu yang sedang alami tekanan perasaan akibat situasi kesibukan itu.


TOP
Pakar Bius Hantar SMS Lucah, ‘Selfie’ Ketika Bedah Pesakit Digantung Lesen
Lesen perkhidmatan pakar bius digantung

Seattle: Pihak berkuasa perubatan menggantung lesen perkhidmatan seorang pakar bius di sini selepas disyaki menghantar “selfie” dan berbalas pesanan ringkas lucah ketika pembedahan sedang berlangsung. Penemuan bukti terhadap Arthur K. Zilberstein, 47, yang dikeluarkan Isnin lalu oleh Jabatan Kesihatan negeri Washington, menunjukkan 250 mesej terperinci serta berbaur seksual dan lucah dibalas sepanjang prosedur membabitkan semua jenis pembedahan, termasuk Cesarean, apendik, pediatrik, epidurals, mengikat tiub fallopian dan pemeriksaan jantung. “Beliau mempertaruhkan keselamatan pesakit dengan sikapnya yang “asyik dengan hal seksual” sekurang-kurangnya sepanjang April hingga Ogos 2013,” kata kenyataan pihak berkuasa perubatan negeri Washington Isnin lalu. Kenyataan pendakwaan rasmi menyatakan ketika prosedur pemeriksaan penyakit jantung, Zilberstein didakwa bertukar 26 mesej “termasuk komen seksual yang jelas. Sewaktu pembedahan perut, beliau dilaporkan saling berbalas 45 mesej “dengan bayangan seksual” dalam tempoh kurang daripada satu setengah jam. Beliau juga didakwa bertukar-tukar 18 mesej “dengan bayangan seksual” ketika pembedahan Cesarean dengan salah satu mesejnya berbunyi: “Saya sangat sibuk dengan pembedahan cesarean.” Pendakwaan itu juga menyatakan bahwa di dalam satu mesejnya pada Julai 2013, Zilberstein dilaporkan menjemput teman wanitanya untuk datang ke hospital tempat beliau bekerja dan memberitahunya secara terperinci dorongan seksual yang tidak tertahan terhadapnya. Zilberstein juga dikatakan menghantar selfie kepada pesakit ketika memakai pakaian hospital lengkap dengan lencana tetapi mendedahkan kemaluannya. Imej itu datang bersama beberapa mesej lucah antaranya berbunyi: “Oh! Rakan setugas saya masuk ketika saya sedang memakai sseluar hospital. Saya agak pasti yang saya tertangkap.” Sumber: Agensi

No comments:

Post a Comment