TOP
Luke Shaw Sah Sertai MU
MANCHESTER United mengesahkan penyertaan Luke Shaw ke kelab itu dari Southampton dengan kontrak selama empat tahun.
Pemain pertahanan itu menyelesaikan perpindahannya dalam perjanjian yang difahamkan bernilai 31.5 juta pound sterling.
Shaw kini menjadi pemain remaja termahal di dunia dengan bayaran gaji sebanyak 100,000 pound sterling seminggu.
"Saya amat teruja untuk menyertai Manchester United.
"Saya bersama Southampton sejak berusia lapan tahun dan saya amat berterima kasih kepada mereka dan peminat yang menyokong selama ini," kata Shaw.
TOP
Ribuan Penyokong Uruguay Sambut Kepulangan Suarez
Sebahagian daripada penyokong-penyokong Suarez menyambut kepulangan bintang Uruguay itu.
PENYERANG Uruguay, Luis Suarez kembali ke negaranya sebaik sahaja hukuman kesalahannya diumumkan oleh Persatuan Bola sepak Dunia (Fifa) pada Khamis malam. Suarez dikenakan hukuman gantung sembilan perlawanan dan empat bulan dilarang melibatkan diri dalam sebarang aktiviti bola sepak kerana didapati bersalah menggigit bahu pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini Isnin lalu. Lebih kurang 1,000 orang penyokong Uruguay setia menunggu pemain tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Carrasco bagi menyambut kepulangan wira mereka itu. Sesetengan penyokong turut memakai topeng Suarez sebagai tanda sokongan kepadanya. Presiden Uruguay, Jose Mujica dilihat turut berada di lapangan terbang itu, namun pulang ke rumahnya sebaik sahaja diberitahu penerbangan Suarez ditunda.

Liverpool Jual Suarez, Dapatkan Adam Lallana, Lazar Markovic
Adam Lallana
MUNGKIN bosan dengan drama gigit yang dibawa Luis suarez, Liverpool kini sedia menjual penyerang mereka dengan bidaan sebanyak £80 juta kepada Barcelona. Penjualan pemain yang menggondol kasut emas bagi saingan Liga Perdana Inggeris musim lalu itu akan membolehkan Liverpool merombak bahagian serangan. Bagaimanapun, pergantungan selama empat bulan yang dijatuhkan keatas Suarez oleh Fifa mungkin membuatkan Barcelona menarik diri daripada memndapatkan pemain terbabit. Hasil penjualan Suarez dapat membantu Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers mendapatkan dua pemain iaitu Adam Lallana (Southampton) dan Lazar Markovic dari Benfica. Lazar Markovic Liverpool telah membuat bidaan sebanyak £25 juta bagi mendapatkan Lallana dan £20 juta untuk Markovic. Kedua-dua pemain itu dijangka akan menandatangani perjanjian bersama Liverpool dalam tempoh terdekat sebelum Suarez dijual.
Luis Suarez
Suarez ketika tiba di Uruguay selepas digantung empat bulan daripada terlibat dalam bola sepak.

Rakyat Bertanggungjawab Menentang Keganasan Dan Kumpulan Militan
PUTRAJAYA: Tanggungjawab untuk menentang pelampau dan pertubuhan militan terletak pada masyarakat sendiri, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menteri Dalam Negeri itu berkata, masyarakat perlu menentang dan menolak aktiviti keganasan walaupun terdapat undang-undang di negara ini yang memandang serius terhadap gejala berkenaan.
"Apa yang penting adalah masyarakat perlu bertanggungjawab dalam menentang budaya keganasan dan kekejaman di kalangan mereka yang taksub.
"Bukan hanya ibu bapa, tetapi juga sekolah-sekolah, universiti, badan-badan profesional dan pertubuhan bukan kerajaan, (kita) tidak harus menerima aktiviti militan.
"Kita tidak mahu Malaysia dilihat sebagai sarang yang melahirkan pengganas," katanya selepas melancarkan Wakaf Al-Quran Kebangsaan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini, Jumaat.
Sehubungan itu Ahmad Zahid menasihatkan orang ramai supaya tidak tersalah tafsir terhadap erti jihad.
"Kami berharap mereka yang tidak terlibat dalam jihad dapat memahami erti jihad sebenar iaitu bukan membunuh diri.
"Jangan silap tentang istilahnya (jihad) dan jangan dipengaruhi oleh mereka (yang merekrut orang ke jalan keganasan)," ujarnya
TOP
Belum Ada Bukti 15 Rakyat M'sia Terbunuh Berperang Di Syria
TAIPING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk menyiasat dakwaan penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan di Syria, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata dakwaan terdapat beberapa rakyat Malaysia terbunuh di Syria dalam keganasan dan aktiviti jihad dengan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), kumpulan yang berpecah daripada Al-Qaeda, masih tidak dapat dibuktikan oleh mana-mana pihak.
"Kita masih berhubungan lagi dengan rakan-rakan kita (Interpol) untuk mengetahui perkara sebenar...setakat ini tak dapat dibuktikan oleh mana-mana pihak," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Beret 69 Komando dan Sayap Kehormat di Markas Latihan Luar, Ladang Allagar, Sungai Nyior di sini pada Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan seramai 15 rakyat Malaysia yang terbabit dalam keganasan dan aktiviti jihad dengan kumpulan militan ISIL telah terbunuh di Syria.
Dakwaan itu dilapor dibuat oleh seorang pegawai Syria yang berpusat di New York pada sidang media 18 Jun yang turut mendakwa selain rakyat Malaysia, rakyat dari negara lain termasuk beberapa negara Asean juga terlibat dalam aktiviti seumpama itu di Syria.
Kepada soalan sama ada terdapat pangkalan untuk melatih dan merekrut rakyat Malaysia dalam aktiviti militan, beliau berkata:"Tidak wujud training base di Malaysia sebaliknya terdapat pihak yang merekrut anak-anak muda untuk menyertai aktiviti militan".
Khalid turut mengingatkan golongan muda agar tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana pihak yang memujuk mereka menyertai kumpulan tertentu dengan mendakwa mereka akan ke syurga jika menyertai kumpulan itu.
"Kita bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam dan alim ulama. Kita beri penerangan dan penjelasan kepada masyarakat berkenaan apa dia jihad dan bagaimana jihad yang kita perlu buat. Pelbagai langkah yang kita ambil untuk menangani masalah ini," katanya.
Dalam ucapannya pada majlis itu, Khalid berkata anggota unit 96 Komando perlu menjalani pelbagai latihan keras yang menguji ketahanan diri sebagai persediaan menghadapi ancaman.
"Pasukan 69 komando yang mencecah usia 45 tahun kini dilihat semakin matang dan berevolusi daripada sebuah pasukan yang memberikan fokus kepada 'counter insurgency warfare' ataupun peperangan melawan insurgensi, kepada sebuah pasukan yang serba boleh ataupun multi-skilled," katanya.
Katanya dengan sejarah perjuangan yang hebat ketika era insurgensi di hutan rimba, kini pasukan 69 komando bergelut pula dengan cabaran dalam penugasan membanteras jenayah, ancaman lanun serta ancaman pihak militan.
Seramai 67 pegawai dan anggota berjaya menamatkan Kursus Asas 69 Komando Siri 1/2011 dan Siri 1/2014 itu.
TOP
Wanita Maut Digilis Bas
GEORGE TOWN: Seorang pengawal keselamatan wanita maut apabila motosikal yang dinaikinya dirempuh sebuah bas kilang di persimpangan jalan kawasan perindustrian Bayan Lepas, di sini pada Jumaat.
Dalam kejadian pada 8 pagi itu, Sapnah Habits Mat Ghani, 42, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata ketika kejadian mangsa yang baru selesai bekerja, membonceng motosikal bersama rakan sekerjanya M. Nantha Gopal, 38, untuk pulang ke rumah di Bayan Lepas.
"Motosikal yang dinaiki mangsa berhenti di persimpangan jalan sebelum sebuah bas kilang dari arah Jalan Hilir Sungai Kluang yang mahu mengambil pekerja kilang membelok masuk ke simpang itu dan melanggar motosikal mereka," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata Sapnah Habits jatuh di hadapan bas menyebabkan wanita itu digilis bas berkenaan manakala Nantha Gopal yang jatuh di kiri jalan hanya mengalami kecederaan ringan.
"Kami telah merekodkan keterangan dan mengambil darah serta ujian air kencing pemandu bas berusia 25 tahun itu untuk siasatan lanjut," katanya.
Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
TOP
Ibu Remaja OKU Terbiar Mengaku Tidak Bersalah
SEREMBAN: Seorang ibu berusia 40 tahun pada Jumaat mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengabaikan anak kurang upaya berusia 15 tahun yang ditemui dalam keadaan terbiar di sebuah flat di Nilai dekat sini.
Tertuduh, Lolanopita Sadi juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyebabkan gangguan emosi dan kecederaan kepada anaknya, Muhammad Firdaus Dullah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen B. Jagjit Singh.
Lolanopita dituduh mengikut seksyen 31 (1) (a) dan 33 (c) Akta Kanak-Kanak 2001.
Pesalah mengikut seksyen 31 (1) (a) boleh dikenakan denda sehingga RM20, 000, dan penjara sehingga 10 tahun manakala Seksyen 33 (c) memperuntukkan denda sehingga RM5, 000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.
Kisah Muhammad Firdaus menjadi perhatian masyarakat selepas pasukan penguatkuasa Imigresen yang menjalankan pemeriksaan rutin terhadap kawasan penempatan pendatang tanpa izin menemui remaja itu dikurung di dalam bilik sebuah rumah flat pada Sabtu lalu. Ketika ditemui, Muhammad Firdaus berada dalam keadaan berlumuran najis dan pakaiannya koyak-rabak. Ibu Muhammad Firdaus iaitu Lolanopita, yang bekerja di sebuah syarikat katering di Sepang, sebelum ini mendakwa terpaksa membiarkan anaknya kerana tidak tahu tempat untuk dirujuk. Sehubungan itu, Hakim Jagjit membenarkan Lolanopita diikat jamin RM7,000 bagi kedua-dua tuduhan dan menetapkan 24 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Malaysiakini Mahu Hakim Dengar Kes Saman Fitnah Najib
KUALA LUMPUR: Penerbit Malaysiakini dan dua yang lain memohon supaya seorang hakim Mahkamah Tinggi mendengar kes saman fitnah yang difailkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Kerjanya, Datuk Ab Rauf Yusoh terhadap mereka berhubung penerbitan dua artikel.
Dalam permohonan tersebut, Mkini Dotcom Sdn Bhd, Ketua Editor Malaysiakini, Steven Gan dan Ketua Pengarangnya, Fathi Aris Omar, meminta Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Wira Kamaludin Md Said menarik diri daripada mendengar saman fitnah itu atas alasan bahaya berat sebelah yang nyata.
Saman tersebut ditetapkan untuk pendengaran di hadapan Kamaludin.
Ketiga-tiga defendan tersebut berkata Pesuruhjaya Kehakiman dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara.
Mereka berkata Pesuruhjaya Kehakiman tidak menikmati jaminan tempoh penugasan, selain tidak ada jaminan bahawa mereka akan dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi.
Oleh itu, mereka menuntut Kamaludin menarik diri daripada mendengar saman tersebut dan kes itu didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi.
Peguam Ashok Kandiah, yang mewakili pihak defendan, memberitahu media bahawa permohonan itu difailkan Selasa lepas. Salinan permohonan disediakan kepada media hari ini.
Beliau berkata mahkamah menetapkan 8 Julai ini untuk pengurusan kes bagi permohonan tersebut di hadapan timbalan pendaftar.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai permohonan itu, peguam Raihanah Ashriqin Ariffin, yang mewakili Najib dan Ab Raud, berkata beliau akan mendapatkan arahan anak guamnya sama ada untuk membantah permohonan tersebut.
Pada 30 Mei lepas, Najib, selaku plaintif kedua memfailkan saman tersebut atas kapasiti peribadi manakala Ab Rauf sebagai plaintif kedua bagi pihak Umno.
Pihak plaintif mendakwa defendan telah melapor, mengeluar dan membenarkan penerbitan dua artikel bertajuk 'A case of the PM reaping what he sows' dan 'How much will Najib spend to keep Terengganu?' di bawah ruangan Yoursay di laman portal berkenaan, www.malaysiakini.com pada 14 Mei lepas.
Dalam ruangan itu, pihak defendan sendiri atau ejen atau pembantu mereka telah mengumpul komen-komen daripada pelanggan atau pengguna laman portal itu dan kemudian menggabungkan komen-komen yang terpilih sebagai satu artikel, yang secara jelas telah memfitnah pihak plaintif dan diterbitkan semula di laman portal tersebut.
Artikel bertajuk 'A case of the PM reaping what he sows' berkaitan dengan dasar-dasar kerajaan dan hudud manakala artikel 'How much will Najib spend to keep Terengganu?' adalah mengenai krisis politik di Terengganu yang berlaku pada Mei lepas.
Najib dan Ab Rauf mendakwa pihak defendan dengan sengaja didakwa membenarkan penerbitan artikel-artikel itu walaupun mengetahui tuduhan mereka tidak berasas dan perkara yang tidak benar.
Najib mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu telah mencemarkan reputasinya sebagai ahli politik, selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri.
Kedua-dua plaintif juga mendakwa komen-komen dalam artikel-artikel tersebut tersirat sindiran untuk menunjukkan bahawa Umno tidak cekap sebagai badan politik dan tulang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN).
Mereka mendakwa perkataan fitnah telah juga direka untuk mencerminkan Umno sebagai menyalahgunakan kuasa demi kepentingan parti dan ia sebuah parti yang tidak demokratik dan sengaja dicipta situasi yang tidak diingini.
Akibat daripada penerbitan tersebut, pihak plaintif mendakwa, reputasi mereka telah terjejas dengan teruk apabila Umno dikecam terutama dalam media sosial dan media massa.
Berikutan itu, pihak plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi keterlaluan, faedah, kos dan perintah injunksi bagi menghalang pihak defendan, pembantu atau ejen mereka daripada berbicara lebih lanjut atau menerbitkan atau menyebabkan penerbitan artikel-artikel itu atau seakan-akan dengannya.
Mereka turut menuntut suatu perintah supaya pihak defendan membuat permohonan maaf secara bertulis untuk disiarkan dalam akhbar serta kos.
TOP
Penswastaan Kampus UiTM Cepatkan Pembinaan - Menteri
PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengguna pakai Inisiatif Kewangan Awam (PFI) bagi pembinaan enam kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk mempercepatkan proses pembangunannya, kata Menteri di Jabatan Perdana Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar.
"Ia merupakan strategi yang diguna pakai oleh kerajaan. Jika kita menunggu adanya perbelanjaan kerajaan, enam kampus tidak akan dibina dan siap pada 2014, memandangkan kita mempunyai komitmen lain di bawah belanjawan perbelanjaan pembangunan.
"Itulah sebabnya ia dilakukan secara PFI dan ia membolehkan infrastruktur kritikal atau yang diperlukan dibina lebih awal daripada rancangan asalnya, " katanya.
Abdul Wahid berkata demikian selepas pelancaran 'Malaysia Economic Monitor' Bank Dunia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Jumaat.
Beliau juga mengulas kritikan terhadap penswastaan projek-projek oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli.
Semasa menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata ia bermula dengan langkah untuk meningkatkan pengambilan di UiTM kepada 200,000 pelajar pada 2007, dan PFI telah diputuskan pada 2009, yang melibatkan sembilan kampus, dua Pusat Asasi dan satu institut latihan.
Bagaimanapun, fasa pertama hanya melibatkan enam kampus dengan pembinaan bermula pada 2011 dan siap pada tahun ini, katanya.
Mengulas mengenai kos, Abdul Wahid berkata ia jauh lebih tinggi memandangkan jumlah kos termasuk penyelenggaraan kemudahan itu selama 20 tahun.
Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan kos berkenaan.
"Pastilah setiap kali kita memulakan sebarang inisiatif tertentu, kita mempunyai kos standard dan penanda aras untuk digunakan, di samping memastikan ia munasabah bagi kerajaan," katanya.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata mesyuarat kabinet pada Rabu meminta Abdul Wahid supaya menjelaskan perkara berkenaan secara terperinci.
TOP
Rakyat Malaysia Berjihad Di Luar Negara Perlu Dipantau - TPM
MUAR: Aktiviti jihad membabitkan rakyat Malaysia di luar negara tidak boleh dipandang ringan dan perlu terus dipantau pihak berkuasa bagi memastikan aktiviti keganasan tidak menular di dalam negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata aktiviti seumpama itu agak membimbangkan kerana mereka yang terlibat dianggap sebagai pelampau walaupun mungkin tujuan mereka ialah ke arah jihad fisabilillah.
"Mereka ini dilatih dalam bentuk ketenteraan oleh pasukan-pasukan bersenjata, jadi ini sesuatu yang kita harus pantau (dan) walaupun ia berlaku di luar negara, tetapi kemungkinan ada (di dalam negara) kalau mereka pulang ke tanah air.
"Kalau tidak dipantau, inilah kumpulan-kumpulan yang boleh memberi masalah dan mempunyai hubung kait dengan keganasan dan sebagainya," kata beliau kepada pemberita di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh di sini, Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika mengulas aktiviti jihad membabitkan rakyat Malaysia di luar negara yang semakin membimbangkan.
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, Muhyiddin berkata kerajaan tidak mahu sebarang perkara yang boleh menimbulkan huru-hara.
"Jadi walapun peristiwa itu berlaku di luar negara seperti Syria dan di mana pun, kita tidak boleh pandang ringan, memang pihak kerajaan ada buat pemantauan melalui hubungan kita dengan rakan-rakan pihak berkuasa di peringkat antarabangsa.
"Kita sudahpun terima laporan pihak Kementerian Dalam Negeri menerusi Interpol. Kita sudah dapat maklum balas tentang keadaan yang sebenar tetapi kita belum dapat memastikan secara terperinci," kata beliau.
Dua hari lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis telah mengenal pasti identiti sebahagian daripada 15 individu yang terkorban dalam kegiatan keganasan dan jihad di Syria pertengahan bulan ini.
Bagaimanapun, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mendapatkan butiran tepat sebelum mendedahkan sama ada 15 individu itu adalah rakyat Malaysia atau sebaliknya.
Sebuah laporan akhbar tempatan baru-baru ini mendedahkan terdapat aktiviti merekrut pejuang jihad melalui laman sosial yang turut membabitkan rakyat Malaysia.
Terdahulu, Muhyiddin menyampaikan sumbangan kepada masjid dan surau sempena Ramadan serta hadiah cemerlang peperiksaaan Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan Darjah Khas bagi Parlimen Pagoh.
Sebelum itu, Muhyiddin merasmikan Karnival Rakyat di Kampung Sungai Meda, Bukit Kepong.
Di majlis itu, beliau menyampaikan hadiah kepada pemenang utama Pertandingan Industri Kecil dan Sederhana Pagoh, Aini Ayub dari Multiniaga Frozen Food Sdn Bhd.
Muhyiddin turut menyampaikan bantuan Program Rakan Usahawan Negeri Johor, Sijil Penghargaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Parlimen Pagoh selain hadiah utama cabutan bertuah sebuah motosikal Modenas 110 yang dimenangi oleh Mohd Syamel Kamarudin dari Kampung Sawah Laku.
Karnival itu menyaksikan pelbagai acara diadakan seperti pameran IKS oleh 24 peserta dari kawasan Parlimen Pagoh dan perlumbaan motorcross.
TOP
Kayuh Beca Pada Usia 95 Tahun Demi Tunaikan Haji
KOTA BAHARU: Meskipun mencecah usia 95 tahun, Omar Osman tetap meneruskan rutin harian mengayuh beca yang menjadi punca rezekinya membesarkan sembilan anak sejak 40 tahun lepas.
Warga emas ini tetap bersemangat meneruskan pekerjaan bermandikan keringat itu demi impian untuk mengerjakan haji dengan hasil mengayuh beca.
Pengayuh beca tertua di Kelantan ini bersyukur dengan kesihatan baik hasil daripada pekerjaannya itu yang menurutnya merupakan senaman semulajadi.
"Sepatutnya pada usia emas ini pakcik dah boleh berhenti memandangkan duit bulanan anak-anak dah sediakan, tetapi disebabkan hasrat pakcik untuk ke tanah suci dengan hasil duit mengayuh, jadi pakcik lebih bersemangat.
"Anak-anak turut membantu menyediakan duit untuk tujuan tersebut dan pakcik harap ada pihak dapat membantu mempercepatkan hasrat pakcik ini," katanya ketika ditemui di perkarangan Pasar Siti Khadijah, di sini.
Masih menggunakan beca usang dan berkarat yang dibelinya pada harga RM1,200 pada 40 tahun lalu itu, Omar berkata beca itu banyak berjasa kepadanya dalam menyara keluarga dan memberi pelajaran kepada anak-anaknya.
"Kayuh beca ini adalah senaman semulajadi, menyihatkan dan memberi pendapatan.
"Rugi anak-anak muda yang mengganggur dan masih banyak tenaga tidak menjadikan pekerjaan kayuh beca sebagai kerjaya...jadi pengayuh beca bergantung kepada rezeki," katanya yang kini tinggal di Kampung Sungai Keladi di sini.
Menurutnya, tiga daripada anaknya telah meninggal dunia manakala isterinya telah kembali ke rahmahtullah beberapa tahun lepas.
Katanya keadaan sekarang adalah amat jauh berbeza berbanding ketika mula menjadi pengayuh pada tahun 1970-an.
"Kalau dahulu pakcik mengayuh dengan jarak jauh tetapi belum tentu untuk dapat RM3, tetapi kini dengan jarak yang dekat pakcik dah dibayar sebanyak RM3.
"Ada juga pelanggan memberikan upah antara RM3 hingga RM10 sekali perjalanan di bandar Kota Baharu, selain RM50 sebagai tanda penghargaan dalam jarak yang dekat," katanya.
Omar berharap hasratnya untuk mengerjakan haji akan tercapai dan berdoa agar diberikan kesihatan baik untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.
TOP
Rakyat Malaysia Ditahan Di Lubnan Dalam Keadaan Baik
Gambar hiasan.
PETALING JAYA: Dua rakyat Malaysia yang ditahan di Lubnan pada 2012 kerana dipercayai terlibat dengan al-Qaeda berada dalam keadaan baik dan sedang menunggu perbicaraan pada November ini. Sumber memberitahu The Star bahawa mereka masih ditempatkan di penjara Lubnan kerana kes perbicaraan mereka ditangguhkan beberapa kali akibat masalah kesihatan. "Terbaharu, kes mereka dijadualkan akan didengar pada Mei tetapi ia ditangguhkan kerana keluarga tertuduh melantik peguam baharu," kata sumber. Beliau berkata, Muhamad Razin Sharhan Mustafa Kamal, 22, dan Razif Mohd Ariff, 31, yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut pada Oktober 2012 kerana disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan berada dalam keadaan baik. "Pihak berkuasa Malaysia di Beirut seringkali melawat Razin dan Razif," katanya. Kedua-dua mereka ditahan berdasarkan risikan tentera yang mendakwa mereka direkrut oleh seorang anggota yang juga rakyat Malaysia sebelum dibawa ke Yaman, lokasi mereka dijadualkan bertemu ahli al-Qaeda yang lain. Razif dan Razin turut didakwa cuba memasuki Syria melalui Turki untuk melancarkan serangan berani mati, dua bulan sebelum mereka tiba di Lubnan.

Empat Pejuang Jihad Kongsi Penglibatan Di Laman Sosial
Mohd Lotfi (tiga kiri) dipercayai terlibat dengan gerakan jihad di Syria.
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang menjadi pejuang jihad di Syria dilihat berbangga dengan perbuatan mereka dengan memuat naik gambar selfie dan video di laman sosial Facebook dan YouTube. Sekurang-kurangnya empat daripada mereka berkongsi gambar dan pengalaman secara terbuka di media sosial sekali gus membuktikan mereka aktif terlibat dalam gerakan jihad di sana. Mereka dipercayai direkrut oleh Jabhat al-Nusra atau Al Nusra Front, sebuah kumpulan jihad beroperasi di Syria dan Lubnan. Carian di Internet mendapati laman web dalam Bahasa Malaysia yang mengagung-agungkan kumpulan jihad ini termasuk Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Islam dan Uncle Syahid Insya Allah. Antara salah seorang anggotanya yang terkenal adalah bekas Ahli Dewan Ulama PAS dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Lotfi Ariffin dan penglibatan beliau itu turut didedahkan oleh penyokongnya. Mohd Lotfi berasal dari Baling, Kedah, pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama enam tahun dari 2001 turut berjuang di Afghanistan. Beliau dipercayai antara 20 rakyat Malaysia yang disahkan oleh Bukit Aman terlibat dalam pemberontakan di Syria. Seorang lagi rakyat Malaysia yang didakwa terlibat dengan kumpulan jihad tersebut ialah pemain drum kumpulan pop yang popular pada era 90-an, Akil Zainal Ukays. Beliau dikatakan seorang graduan Universiti Teknologi Mara. Dalam satu klip video, seorang lelaki yang menyerupai Lotfi bersama dengan beberapa anggota gerakan itu membawa AK-47. Kumpulan Jabhat al-Nusra yang dipercayai ditubuhkan pada 2012 disifatkan sebagai kumpulan militan paling agresif dan mempunyai sokongan kewangan yang kuat. Ia dianggap sebagai kumpulan militan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat, Australia dan Britain. Dua lagi rakyat Malaysia yang dipercayai turut terlibat dalam gerakan jihad itu muncul dalam satu klip video di YouTube. Salah seorang daripadanya yang memperkenalkan dirinya sebagai Mohamed Fauzi, dan kini menggelar dirinya sebagai Abu Dayyan dan Abu Naeem berada di tebing Sungai Euphrates. Dalam video tersebut, turut kelihatan tiga orang lelaki termasuk seorang yang dikenali sebagai Abu Issa Al-Andalusi yang banyak bercakap mengenai jihad. Klip tersebut yang dimuatnaik oleh Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Islam bertajuk 'Mujahideen ISIS dari Malaysia' mempunyai sari kata dalam Bahasa Malaysia. ISIS merujuk kepada kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS). Ia juga merujuk kepada Militan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL). Akhbar British mendakwa, lelaki ketiga yang memperkenalkan dirinya sebagai Abu Issa Al-Andalusi didakwa sebagai bekas pemain Arsenal. Namun jurucakap Arsenal berkata, kelab tersebut tiada rekod pemain dengan nama tersebut.

Lebih 1,000 Produk Halal Negara Dijangka Tembusi Pasaran China
BERA: Lebih 1,000 produk halal negara akan menembusi pasaran China sebelum akhir tahun ini yang merangkumi barangan berasaskan pertanian, ternakan, ikan, dan daging.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, satu pasukan pemantau produk halal dari Wilayah Xian akan ke negara ini pada September bagi memastikan produk halal yang akan memasuki pasaran negara China itu.
"Kita akan mempamer dan mengemukakan produk halal keluaran negara bagi membolehkan mereka pilih dan lihat sendiri sebelum memasuki pasaran negara terbabit sebelum akhir tahun ini.
"Kita harap lebih banyak produk halal negara akan menembusi pasaran China yang mana sehingga ini 232 jenis produk halal negara sudah dijual di negara itu termasuk di pasar raya Sam Bao di Xian dan mendapat sambutan mengalakkan," katanya.
Ismail Sabri berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru peringkat daerah Bera di Dewan Majlis Daerah Bera malam semalam.
Majlis turut hadiri oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemayan Datuk Mohd Fadzil Othman dan Pegawai Daerah Bera Shamsuddin Shah Mohd Said.
Beliau berkata, China amat yakin dengan keluaran produk halal Malaysia kerana selain bersih dan bermutu tinggi, harganya juga berpatutan serta diusahakan orang Islam sendiri.
"Produk halal negara mempunyai masa depan yang cerah untuk eksport kerana mendapat permintaan tinggi bukan sahaja dari negara China, malah Asia Barat, Eropah dan Afrika," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, Agro Bazar pertama negara di Singapura yang dijadual dirasmikan pada semalam ditunda pada 27 Ogos depan.
Katanya, majlis yang dijangka dirasmikan bersama oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Singapura terpaksa ditunda berikutan jadual padat pemimpin kedua-dua negara itu.
Ismail Sabri berkata, agro bazar pertama yang dibuka di luar negara itu akan memasarkan buah-buahan segar tempatan seperti durian, duku, rambutan dan produk industri asas tani terutamanya keluaran industri kecil dan sederhana (IKS).
Bazar berkenaan juga dijangka dibuka di Indonesia, Taiwan, Hong Kong, Jepun dan negara-negara Asia Barat secara berperingkat-peringkat, katanya.
TOP
Malaysia Pamer Pelbagai Makanan Di New York
NEW YORK: Malaysia akan mempamerkan beraneka jenis produk makanan diproses pada New York Fancy Food Show (NYFFS) yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 29 Jun, 2014.
NYFFS, salah satu pameran makanan terbesar dalam pasaran AS, menarik ramai pelawat dari luar negara.
Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia di sini, Muhd Shahrulmiza Zakaria, berkata lapan syarikat Malaysia akan mempamerkan pelbagai produk makanan.
"Penyertaan di NYFFS bertujuan mempopularkan masakan Malaysia yang, seterusnya, akan mewujudkan permintaan bagi produk makanan, bahan dan rempah ratus Malaysia, sekali gus menggalakkan eksport makanan Malaysia yang mempunyai potensi pertumbuhan yang besar dalam sebuah pasaran yang terbuka bagi produk makanan baharu," katanya.
Muhd Shahrulmiza berkata suruhanjaya perdagangan bekerjasama dengan sebilangan persatuan perdagangan dan kumpulan-kumpulan lain yang mempunyai capaian kepada bukan sahaja pembeli, malah juga pengguna.
"Kita juga menggunakan pameran perdagangan seperti NYFFS untuk memasarkan produk kita.
"Pameran perdagangan adalah alat pemasaran yang sangat baik untuk menampilkan produk kita bukan sahaja kepada kalangan perdagangan, malah juga membuat pengguna sedar tentang rangkaian produk makanan yang boleh disediakan oleh Malaysia," katanya.
Beliau berkata tujuan suruhanjaya itu bukan sahaja untuk menampung pasaran etnik, malah juga pasaran arus perdana.
"Kita dapati semakin ramai orang Amerika mengunjungi restoran Malaysia di New York. Di NYFFS kita mempamerkan satu rangkaian makanan segera yang mudah disediakan dan tidak memerlukan banyak persiapan dan kerja memasak," katanya.
Antara jenama makanan terkemuka Malaysia di NYFFS itu nanti ialah Brahim's (rempah segera dan hidangan siap untuk dimakan), Linghams, Sharifah, Julie's Biscuits dan S & P (santan).
Penyertaan Malaysia di NYFFS dianjurkan sempena Program Dapur Malaysia.
TOP
Paip Gas Meletup: 14 Maut, 10 Cedera
Kesan letupan yang berjaya dirakam dari jauh selepas paip gas meletup di selatan India pada Jumaat.
SEKURANG-kurangnya 14 orang maut selepas saluran paip gas meletup Andhra Pradesh, selatan India pada awal pagi Jumaat. Dalam kejadian di pusat pemprosesan dan pengedaran gas terbesar di India itu, 10 orang disahkan cedera. Menteri Dalam Negeri Andhra Pradesh, N Chinna Rajappa berkata, laporan yang diterima pihaknya mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya 14 orang terkorban setakat ini. "Punca letupan masih belum diketahui kerana kami menumpu perhatian terhadap kerja menyelamat terlebih dahulu," katanya. Pengawai Kanan Daerah Timur Godavari, Neetu Kumari Prasad memberitahu, angka kematian mungkin akan meningkat kerana api letupan turut merebak ke kawasan perumahan. "Kesan letupan atau api turut merebak ke sebuah kawasan perkampungan berdekatan, bagaimanapun keadaan masih terkawal setakat ini," jelasnya.

SME Bank Rancang Sedia Pembiayaan RM3 Bilion
KUALA LUMPUR: SME Bank menyasarkan untuk menawarkan pembiayaan RM3 bilion kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tahun ini bagi memupuk pembangunan mereka, kata Pengarah Urusan Kumpulan itu, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus.
Mohd Radzif berkata, setakat Mei lalu, bank itu telah mengeluarkan pinjaman RM1.2 bilion kepada PKS untuk membantu pertumbuhan perniagaan mereka.
"Kami menyediakan pembiayaan bernilai RM2.73 bilion kepada 1,737 PKS pada tahun lalu," katanya ketika mengumumkan keputusan kewangan bank itu untuk 2013 di sini, Jumaat.
Bank berkenaan mencatat keuntungan sebelum cukai RM93.97 juta pada tahun lalu, hampir 1.5 kali lebih daripada sasaran.
Ia mencatatkan keuntungan operasi RM99.47 juta, iaitu lebih dua kali ganda daripada jumlah sasaran, katanya.
Mohd Radzif berkata, pendapatan kasar bank itu daripada perniagaan perbankan Islam meningkat 22 peratus kepada RM209.3 juta berbanding pada 2012, mencerminkan pertumbuhan pesat dalam aset perbankan Islam.
"Ia sejajar dengan sasaran kami untuk menjadi institusi kewangan pembangunan berasaskan Syariah yang lengkap menjelang 2015," katanya.
Menurutnya, kompleks kilang bank itu di bawah Program Premis Usahawan menikmati 91.8 peratus kadar diduduki daripada 439 unit ditawarkan dengan 10 peserta menamatkan program itu tahun lalu.
Sejumlah 43 syarikat didaftar di bawah program IQ Dagang telah menterjemahkan idea mereka kepada perniagaan yang menguntungkan, kata Mohd Radzif.
"Program itu digunakan oleh SME Bank untuk mendapatkan mereka yang mempunyai idea inovatif untuk berkongsi dan meneroka kemungkinan mengkomersilkannya jika ia berdaya maju," katanya.
Bank itu juga mengembangkan jangkauan pasarannya melalui pembukaan dua pusat usahawan baharu di Batu Pahat dan Kajang.
Mohd Razif berkata, bank itu telah mewujudkan satu pusat perniagaan di Rawang, Selangor, di samping tiga lagi cawangan di Pusat Transformasi Bandar di Alor Setar, Ipoh dan Kuantan.-mstar
TOP
Akibat Suara Seperti Lelaki, Wanita Dituduh Menyamar
GARA-gara suaranya yang kasar seperti lelaki, seorang wanita berdepan masalah apabila permohonannya untuk menamatkan langanan siaran televisyen Sky ditolak.
Masalah itu timbul apabila Norma Clarke, 56, yang tinggal di Manchester membuat panggilan ke bahagian pendaftaran Sky untuk menamatkan siaran televisyen berbayar itu.
Akibat berang permintaannya ditolak, Norma menjerit berkata, "Saya Norma bukan Norman. Saya wanita bernama Norma.
Pekerja Sky yang menerima panggilan itu memberitahunya, Norma telah memberikan kata laluan dan mejawab soalan dengan betul.
"Tetapi saya tidak dapat menamatkan panggilan ini kerana suara anda membayangkan kamu seorang lelaki dan bukannya wanita," kata pekerja Sky diakhir panggilan.
Berikutan itu, Norma terpaksa ke pejabat Sky bagi membuktikan dia seorang wanita yang bersuara kasar seperti lelaki.-mstar
TOP
Cerewekkah Sheila Rusly? Ramai Artis Takut Untuk Bekerja Bawahnya
Sheila Rusly
KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit drama Sheila Rusly mengakui ramai artis baharu takut untuk bekerja di bawah syarikat terbitanya JS Pictures kerana menganggap dia terlalu cerewet. Sheila, 43, berkata perkara itu dibesarkan lagi apabila ada pihak yang cuba menakut-nakutkan artis kononnya dia bersikap tegas tidak bertempat. "Saya tidak nafikan kebanyakkan artis yang baru pertama kali kerja dengan kami agak takut kerana mereka mendengar desas-desus tentang cara kerja saya. “Memang saya agak teliti dan serius bila bekerja kerana saya mahu hasil yang baik agar stesen televisyen berpuas hati dengan produk terbitan kami," katanya ketika ditemui pada pelancaran program-program Ramadan dan Syawal terbitan syarikat produksi milik Sheila iaitu JS Puctures di Hotel Renaissance, di sini, Khamis. Antara drama dan program yang bakal disiarkan sepanjang Ramadan ini ialah Di Pintu Neraka, Lima Ramadan, Ramadan Jangan Pergi, Ketuk-Ketuk Ramadan dan Ketuk-Ketuk Syawal. Selain itu katanya, karakter dan watak garang yang sering dilakonkan sebelum ini turut memberi persepsi buruk kepadanya. Bagaimanapun, dia akui sentiasa menitik beratkan soal disiplin ketika berada di lokasi penggambaran. "Bukan pelakon sahaja malah semua yang terlibat dengan produksi saya perlu ikut cara saya bekerja. "Paling penting ialah disiplin dan mereka perlu buat kajian dulu tentang watak sebelum berada di set. "Saya mahu orang luar menilai dan dapat rasakan hasil kerja itu, jika cerita sedih biar ia sampai betul-betul dalam hati mereka," katanya. Dalam pada itu, Sheila mengakui menitikberatkan soal pemilihan pelakon dalam membintangi drama dan program terbitannya. Katanya, dia banyak mengambil muka baharu dalam sesebuah watak penting supaya tidak dipengaruhi oleh kontroversi atau kehidupan peribadi artis yang sudah diketahui umum. "Saya sangat pentingkan pemilihan pelakon dan watak mereka, contohnya jika watak itu sedih dan orang miskin saya akan mengambil pelakon baru yang tidak dikenali lagi. "Penonton akan lebih menjiwainya berbanding saya letak pelakon yang sudah biasa di lihat di laman sosial yang sering berpakaian seksi dan berjenama," ujarnya. Antara artis yang hadir pada majlis tersebut ialah Nad Zainal, Lutfya, Rabecca Nur Islam, Sharul Ridzuan, Syafiq Kyle dan Ryzal Jaafar. Sumber: mStar

Diana Danielle Enggan Komen Isu Cemburu Terhadap Nora Danish
Diana tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas berhubung tindakannya meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap Nora Danish. Foto BRIAN MOH
KUALA LUMPUR: Pelakon Diana Danielle enggan memberi sebarang komen berhubung tindakannya meluahkan perasaan tidak puas hati selepas pelakon Nora Danish memuat naik gambar promosi filem Pengantin Malam yang memperlihatkan aktres itu memegang tangan suaminya. Biarpun diasak dengan pelbagai soalan daripada pihak media, Diana, 24, tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas mengenai kejadian tersebut. "Saya tidak mahu mengulas tentang keluarga. Tiada komen dan terima kasih," katanya ringkas. Diana ditemui pada majlis pelancaran produk terbaharu Lip Ice di Hampshire Place dekat sini, Jumaat. Pelakon itu turut dilantik sebagai jurucakap produk berkenaan selama setahun. Tindakan Diana telah mendapat respon kurang senang daripada sebahagian pengikutnya di Instagram, malah ada yang menganggap Diana bersikap kebudak-budakan dan tidak matang. Suaminya, Farid pada Rabu lalu berharap mana-mana pihak yang terasa hati dengan tindakan isterinya agar dapat memaafkan wanita tersebut. Farid, 32, berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku namun tidak menolak perasaan cemburu wanita itu menjadi punca kepada kejadian itu. Sementara itu, Diana berkata, dia tidak mengambil masa lama untuk bersetuju menjadi jurucakap produk Lip Ice kerana telah menggunakannya sejak zaman remaja. "Ia mudah digunakan dan sesuai bukan sahaja untuk remaja tetapi wanita berkahwin seperti saya dan sudah menggunakan sejak remaja lagi," katanya.-mstar

Foto Cium Keith Foo & Tunang Jadi Bualan
KL, 27 JUN 2014: Aktor sensasi Keith Foo yang semakin dikenali menerusi drama Ariana Ross tidak lama dahulu dilaporkan telah bertunang dengan seorang pelajar berusia 24 tahun dikenali dengan nama Kim Raymond.
Pertunangan mereka ini telah menjadi bualan minggu lalu dan baru-baru ini telah tersebarnya gambar mereka bercium. Gambar ini dilaporkan telah dimuatnaik oleh seorang pereka fesyen terkenal, Alia Bastamam.
Keith dilaporkan telah melangsungkan majlis pertunangan bersama wanita pilihannya itu pada 24 Jun lalu. Antara petikan kapsyen oleh Alia di Instagram itu berbunyi “ Kim and Keith are engaged! Congratulations to KL's most gorgeous couple. We can't wait for the big day you guys".
Majlis pertunangan ini khabarnya diadakan di Publika walaupun beberapa minggu lalu Keith Foo ada membuat kenyataan menafikan perkara ini.
Sumber: Murai.com.my
TOP
Penyerang Brazil, Neymar Terselamat dari Skandal
Patricia Jordane
Sao Paulo: Penyerang Brazil, Neymar menang dalam rayuannya di mahkamah supaya majalah Playboy edisi tempatan keluaran Jun yang dikatakan memaparkan foto ghairah bekas teman wanitanya, ditarik balik dari jualan.
Mahkamah negeri di Sao Paulo dalam keputusannya kelmarin, setuju semua naskhah majalah yang memaparkan model Patricia Jordane sebagai ‘Si cantik berambut perang yang menggembirakan Neymar’ di muka depan perlu ditarik balik daripada edaran serta merta.
Keputusan itu bagaimanapun boleh dirayu, kata jurucakap mahkamah kepada Reuters. Kelab peminat rasmi Neymar, meraikan keputusan mahkamah itu dan berkata penerbit majalah itu hanya ‘bercakap sesuatu yang tidak betul’ mengenai bintang bola sepak itu selain ‘juga menggunakan namanya tanpa kebenaran.’
Masih beredar di pasaran
Wakil akhbar untuk Editora Abril, penerbit majalah Playboy do Brasil, berkata kelmarin mahkamah masih belum menyatakan secara rasmi mengenai keputusan terhadap majalah itu, justeru edisi berkenaan masih ada dijual. Mahkamah memutuskan 10,000 real (RM13,593) denda sehari akan dikenakan sekiranya arahan berkenaan tidak dipatuhi. Brazil akan menentang Chile awal pagi esok di Belo Horizonte pada pertemuan 16 pasukan terakhir Piala Dunia. Neymar ialah penjaring bersama terbanyak temasya dengan empat gol pada peringkat kumpulan. – Reuters

Suami Orang Dicekup Khalwat dengan Isteri Orang
ANGGOTA penguat kuasa JAIK mengambil keterangan
sebelum pasangan dibawa ke pejabat agama
ALOR SETAR: Seorang penjawat awam dicekup berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah rumah tumpangan di Simpang Kuala, di sini, malam kelmarin.
Mereka dicekup berkhalwat kira-kira jam 12 tengah malam oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dalam Ops Bersih.
Lelaki lingkungan 30-an yang mempunyai isteri dan seorang anak berusia empat tahun itu berasal dari Pendang dan dipercayai baru bertukar kerja dari Sabah ke negeri ini sejak sebulan lalu.
Difahamkan, lelaki terbabit dipercayai baru mengenali wanita berusia 25 tahun itu yang bekerja di sebuah salun rambut di bandar raya ini.
Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa dan Undang-undang JAIK Syeikh Mohd Roshidi Mahmud, berkata operasi itu disertai 25 anggota penguat kuasa JAIK yang tertumpu di sekitar bandar raya ini dalam usaha membanteras kegiatan maksiat di negeri ini.
Beliau berkata, ketika membuat pemeriksaan di sebuah rumah tumpangan di Simpang Kuala, di sini mendapati sebuah bilik berkunci dari dalam.
“Selepas mengetuk pintu dan memberi salam hampir 10 minit, seorang wanita yang berpakaian lengkap kemudian membuka dan membenarkan pemeriksaan dalam bilik itu.
Sumber: myMetro online
TOP
Lagi kes hina nabi di Facebook
Aminuddin (kiri) bersama sekumpulan kakitangan Jabatan Penjara Marang menunjukkan laporan
polis yang dibuat dan kenyataan penghinaan lelaki itu di Facebook
MARANG – Sekumpulan kakitangan Jabatan Penjara Marang mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas seorang lelaki yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW melalui Facebook.
Wakil mereka, Aminuddin Mahmood, menyifatkan kenyataan lelaki itu, yang pernah bertugas di Penjara Marang, sebagai melampau dan tidak boleh dibiarkan.
Menurutnya, tindakan lelaki itu, yang kini tinggal di Sabah, bukan sahaja biadab, malah seolah-olah mencabar kesabaran umat Islam.
“Saya dan rakan-rakan berasa tidak berpuas hati dengan tindakannya menghina Islam. Kami minta pihak berkuasa ambil tindakan segera terhadapnya,” katanya kepada Sinar Harian selepas membuat laporan di Balai Polis Marang, di sini, semalam.
Rakannya, Che Kamaruddin Abu Bakar berkata, kenyataan lelaki itu timbul ketika kemarahan orang Melayu dan Islam terhadap isu-isu seperti itu belum pun reda.
“Pihak berkaitan, khususnya kerajaan, perlu bertegas dalam isu sensitif seperti ini. Semakin banyak pihak yang berani menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW secara terbuka, terutamanya melalui Facebook,” katanya.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Risikin Satiman ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan berkenaan.
Hasil semakan terhadap akaun Facebook milik lelaki terbabit gagal menemui kenyataan yang menghina itu kerana akaunnya boleh dilihat rakan-rakannya sahaja, tetapi bukti penghinaan tersebut didakwa disimpan kakitangan berkenaan.
Sumber: Sinar Online
TOP
Inikah Rupa iPhone 6?
Forbes melaporkan artis Taiwan iaitu Jimmy Lin telah mendedahkan gambar yang berkemungkinan iPhone 6.
Jimmy juga sebelum ini pernah mendedahkan gambar iPhone 5 sebelum penjualannya dan gambarnya hampir serupa dengan model versi terakhir. Pada halaman Weibo beliau juga turut menunjukkan perbezaan antara iPhone 6 dan iPhone 5S.
Sekiranya dilihat dari gambar tersebut, skrin iPhone 6 tampak lebih besar dengan bahagian tepi yang melengkung dan lebih nipis. Butang kuasa iPhone 6 juga dialihkan kesebelah kanan. Terdapat juga jack audio sekaligus memberikan idea yang pin 3.5mm untuk fon telinga masih digunapakai dan fon telinga berasaskan Lightning mungkin akan mengambil masa 2-3 tahun lagi. Tema bentuknya seakan-akan iPad Mini yang turut mempunyai kenipisan dan bahagian tepi yang melengkung.
Sebelum ini juga ura-ura berkenaan saiz resolusi iaitu 1704 x 960 pixel yang dikatakan, mungkin resolusi tersebut akan diimplementasikan padanya. Ia juga selari dengan ura-ura paparan skrin Ultra Retina yang datang pada saiz 4.7 inci. Selain dari itu iPhone 6 juga dikatakan akan hadir dengan pengesan suhu, tekanan, dan kelembapan. iPhone 6 dijangka bakal diperlihatkan kepada umum pada September tahun ini dan seperti model terdahulu ia dijangka bakal hadir untuk pasaran tempatan menjelang november atau disember kelak. Sumber: Amanz.my

Susulan Kepala Lembu: Itu harga yang terpaksa dibayar kerana bermulut celupar. - Zahid
HULU SELANGOR: "Itu harga yang terpaksa dibayar kerana bermulut celupar."
Itu komen Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika diminta mengulas mengenai insiden penemuan kepala lembu di kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N Rayer, pagi tadi. Katanya, sebagai seorang ahli politik, beliau bersimpati dengan kejadian yang menimpa Rayer itu namun katanya itu harga yang terpaksa dibayar kerana bermulut celupar. Beliau berkata demikian pada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Program Latihan Certified Security Guards (CSG) di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, pagi tadi. Difahamkan, kepala lembu yang sudah bersiat kulit dan berdarah itu ditemui di hadapan pintu pagar pada jam 7 pagi oleh isteri ADUN berkenaan. Rayer kemudian memuat naik gambar penemuan kepala lembu itu di laman Facebooknya pada jam 8 pagi. ADUN berkenaan sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila melabelkan pemimpin Umno sebagai 'celaka' pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 20 Mei lalu. Sumber: BH Online

Peronda LPT2 Maut, Rakan Parah Dirempuh Treler
Keadaan kenderaan dinaiki mangsa dan lori tangki setelah terlibat kemalangan di KM415.1 LPT II, petang semalam.
HULU TERENGGANU - Hasrat seorang peronda Lebuhraya Pantai Timur (LPT) II bergelar raja sehari pada 3 Syawal ini tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan setelah Toyata Hilux dipandunya dirempuh lori tangki di Kilometer 415.1 LPT II, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang itu, Razali Ishak, 44, dari Kampung Teluk Kemudi, Ajil, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah di badan. Difahamkan, sebelum kemalangan, Razali, yang mula bertugas sebagai peronda pertengahan tahun lalu bersama rakan setugasnya, Saifudin Mohamad, 35, berhenti di lorong kecemasan. Waktu itu mereka dari arah menghala ke Kuala Terengganu menjalankan rondaan. Bagaimanapun, secara tiba-tiba kenderaan mereka dirempuh sebuah lori tangki membawa muatan minyak sawit dipandu seorang lelaki yang dipercayai hilang kawalan. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Pegawai Bomba Kanan II Zuraidi Mohd Yusuf berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.16 petang sebelum lapan pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian. “Mangsa tersepit di tempat pemandu berjaya dikeluarkan kira-kira lima minit kemudian, manakala rakan mangsa dikeluarkan orang awam yang berada di tempat kejadian. “Kemalangan bukan sahaja mengakibatkan lori tangki terbalik ke dalam longkang, tetapi pemandunya berusia 34 tahun turut tercampak di tepi jalan, manakala Toyata Hilux dinaiki mangsa pula berada berhampiran longkang iaitu kira-kira 20 meter dari lori,” katanya. Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya, manakala pemandu lori dan rakan mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan. Sumber: Sinar Online

Pecah Tingkap Kereta Ketika Solat Jumaat
Shah Alam: 27 Jun, Ketika orang ramai sedang menunaikan solat Jumaat di Masjid Shah Alam, ada pula yang sibuk buat perkara lain. Sudahlah tidak solat, dipecahkannya pula cermin kereta orang.
Bagaimanapun seorang pegawai keselamatan yang berada di situ pada ketika itu, menghentikan solatnya lalu mengejar pemuda terbabit da berjaya ditahan setelah dia jatuh ke dalam longkang. -
Sumber: Page FB Daily Traffic Report / Page FB Shah Alam Resident
TOP
Berita Palsu Orang Bunian Solat Di Gunung Jerai Kedah
Lihat sahaja gambar diatas, dalam bulatan biru itu mesti anda perasan terdapat tiga orang berpakaian serba putih sedang berdiri seakan-akan sedang solat di atas perkuburan tersebut. Inilah gambar yang viral di laman-laman sosial sejak akhir-akhir ini.
Menurut pemilik gambar ini, salah seorang kakitangan TM telah mendakwa yang ketika mengambil gambar suasana adalah senyap sunyi dan tiada orang lain selain daripada mereka sahaja. Dia hanya perasan berkenaan tiga lembaga yang disangkakan bunian itu apabila melihat semula gambar tersebut sewaktu di rumah.
Bagaimanapun, Page "Wujud (Paranormal Team)" mendakwa yang kelibat tiga orang itu adalah penduduk-penduduk di kawasan itu yang sedang mengadakan pengembumian seseorang.
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Cuaca Panas dan Kering ini Bukan Fenomena El Nino
KUALA LUMPUR: Cuaca panas dan kering yang melanda Malaysia ketika ini tiada kaitan langsung dengan fenomena El Nino, kata Pengarah Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan (NARC) Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah.
Sebaliknya beliau berkata keadaan itu berlaku disebabkan Monsun Barat Daya yang berlangsung dari pertengahan Mei lalu dan dijangka berlarutan sehingga September ini.
"Jadi, apa yang kita hadapi sekarang ialah fenomena cuaca lazim yang seringkali dikaitkan dengan Monsun Barat Daya iaitu kita akan mengalami musim yang lebih kering daripada biasa," katanya sambil menambah El Nino belum bermula lagi dan tiada tanda-tandanya setakat ini.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menjadi tetamu khas untuk rakaman program Ruang Bicara terbitan Bernama TV di Wisma Bernama di sini, Jumaat.
Pada awal Mei lalu, Pejabat Kaji Cuaca United Kingdom meramalkan kemungkinan besar fenomena El Nino, yang mengakibatkan peningkatan suhu dan taburan hujan, akan melanda rantau Asia Tenggara pertengahan tahun ini.
El Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut setiap dua hingga empat tahun di timur Lautan Pasifik.
Ia boleh menyebabkan rantaian perubahan iklim berlaku di seluruh dunia dan antara kesannya ialah hujan lebat di sesetengah kawasan sementara di kawasan lain, berlaku kemarau berpanjangan.
Menurut Azizan, berdasarkan 'kitaran angin' di Malaysia, musim panas dan kering itu biasa berlaku antara Jun dan Julai setiap tahun, sebelum monsun perantaraan bermula menjelang Oktober.
Tambahnya musim hujan dan sejuk pula akan berlaku bermula November hingga Disember.
Sumber: mStar
TOP
Indonesia Senaraikan Program Larang Tayang Sepanjang Ramadan
JAKARTA: Indonesia melarang penayangan program televisyen yang memaparkan adegan ghairah, mistik dan provokatif sepanjang Ramadan ini.
Perkara itu diputuskan Pusat Penyiaran Indonesia (KPI) apabila mengeluarkan senarai beberapa tayangan yang dilarang bulan mulia ini.
Jurucakap KPI berkata, larangan itu dianggap tidak sesuai untuk tontonan umum, selain bagi menghormati kesucian bulan mulia ini.
"Kami mengambil langkah awal bagi mengelakkan kontroversi berhubung perkara ini," katanya yang dipetik menerusi laporan Tribune news.
Kata jurucakap itu lagi, antara siaran dilarang adalah tayangan mempunyai unsur ghairah, adegan tidak senonoh dan pakaian tidak menutup aurat.
"Lelaki berpakaian wanita, provokatif, mistik juga dilarang," katanya.
Sumber: mStar
TOP
Bantah Hukuman Suarez, Jurulatih Uruguay letak jawatan FIFA
RIO DE JANEIRO: Jurulatih Uruguay, Oscar Tabarez meletak jawatan dalam Jawatankuasa Strategik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebagai membantah hukuman yang dikenakan terhadap penyerangnya, Luis Suarez.
Tabarez berkata, "mungkin tindakan ini tidak bijak, tetapi sekurang-kurangnya tidak berhemah" baginya untuk berada dalam FIFA.
Jurulatih itu berkata, FIFA kelihatan "mempunyai nilai yang amat berbeza daripada apa yang ada pada diri saya."
Panel Disiplin FIFA mengantung Suarez sebanyak sembilan perlawanan antarabangsa dan empat bulan daripada terbabit dan menyertai sebarang aktiviti bola sepak kerana tindakan bodohnya menggigit bahu pertahanan Itali, Giorgio Chiellini.
Katanya yang juga bekas ahli penasihat kejurulatihan dalam kejohanan FIFA berkata: "Saya rasa saya mesti tinggalkan jawatan ini."
Jawatankuasa Strategik FIFA dipengerusikan Presiden FIFA, Sepp Blatter dan mengendalikan urusan "strategik global untuk bola sepak sepak dan aspek politik, ekonomi dan status sosial." - AP
TOP
World Cup 2014: Dua maut, 31 cedera rai kejayaan Algeria
ALGIERS: Dua penyokong bola sepak Algeria terbunuh dan 31 lagi mengalami kecederaan dalam nahas kenderaan ketika meraikan kejayaan negara itu mara ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia, kata pihak berkuasa.
Jabatan Pertahanan Awam Algeria berkata, tiga nahas kereta menyebabkan dua mati di lima wilayah pada malam kelmarin.
Selepas skuad negara itu mara ke pusingan kedua Piala Dunia apabila seri 1-1 dengan Russia, penduduknya meraikan kejayaan di atas jalan raya.
Minggu lalu, seorang lelaki muda terkorban dan beberapa lagi cedera ketika meraikan kemenangan Algeria ke atas Korea Selatan. - AFP
TOP
Ronaldo Terima Tajaan Paling Tinggi Piala Dunia ─ RM61,842,058
PENYERANG Portugal, Cristiano Ronaldo mendapat bayaran penajaan tertinggi pada aksi Piala Dunia 2014.
Biarpun pasukan Portugal tersingkir awal pada aksi di Brazil, Ronaldo tetap mencatat tajaan paling tinggi dengan nilai tajaan sebanyak £14.1 juta (RM78 juta) setahun bersama jenama pakaian sukan Nike.
Manakala ayam tambatan Argentina, Lionel Messi berada di kedudukan kedua dengan £13.6 juta (RM75 juta) bersama Adidas.
Pemain Brazil, Neymar Jr. di tempat ketiga £9.5 juta (RM52 juta) setahun.
Manakala tiga pemain England yang berada dalam kelompok sepuluh mendapat tajaan paling tinggi ialah Steven Gerrard, Wayne Rooney dan Frank Lampard.
Pemain kontroversi Uruguay, Luis Suarez juga berada dalam kelompok tersebut.
Senarai penuh tajaan kit sukan paling tinggi:
1) Cristiano Ronaldo (Portugal dan Real Madrid) Nike - £14.1m
2) Lionel Messi (Argentina dan Barcelona) Adidas - £13.6m
3) Neymar Jr. (Brazil dan Barcelona) Nike - £9.5m
4) Thomas Muller (Germany dan Bayern Munich) Adidas - £3m
5) Mesut Ozil (Germany dan Arsenal) Adidas - £3m
6) Wayne Rooney (England dan Manchester Utd) Nike - £3m
7) Sergio Aguero (Argentina dan Manchester City) Puma - £3m
8) Steven Gerrard (England dan Liverpool) Adidas - £3m
9) Frank Lampard (England dan Chelsea) Adidas - £3m
10) Luis Suarez (Uruguay dan Liverpool) Adidas - £3m

Rangka Kepala Lembu Di Hadapan Rumah Rayer
GEORGE TOWN – Rangka kepala lembu yang masih berdarah ditemui di rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R.S.N Rayer awal pagi Sabtu.
Kepala lembu itu ditemui isteri Rayer sekitar pukul 7 pagi hadapan pagar rumahnya.
Rayer memuat naik gambar tersebut di laman Facebook pada pukul 8 pagi dan menulis: “Pagi ini saya terjumpa kepala lembu di hadapan pintu pagar rumah saya…”
Rayer sebelum ini menjadi perhatian selepas menimbulkan kontroversi dengan melabelkan UMNO ‘celaka’ ketika persidangan DUN pada 20 Mei lalu.
Pada hari berikutnya sekumpulan pembantah merempuh masuk bangunan untuk mencari Rayer yang tidak ada di situ.
Sumber: mStar Online
TOP
“Agama Saya Cuma Atas Kertas, Saya Tidak Kisah”
Nilai – “Agama saya cuma atas kertas, saya tidak kisah.”. Itu pengakuan mengejutkan seorang lelaki warga tempatan dikenali sebagai Zul, 45, yang ditemui di rumah sewa seorang warga Kanada di Flat Taman Semarak, di sini, semalam.
Malah, Zul mengaku kepada wartawan bahawa dia dan lelaki warga Kanada berusia 50 tahun itu adalah pasangan gay sejak lebih 20 tahun lalu.
Dalam Ops 6p pada Sabtu lalu, warga Kanada itu ditahan bersendirian oleh anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di rumah berkenaan kerana kesalahan tinggal lebih masa di negara ini selain agensi terbabit turut menemui remaja orang kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, dalam keadaan kebuluran di sebuah rumah di kawasan flat berkenaan.
Bagaimanapun, Jabatan Imigresen berkunjung semula ke rumah berkenaan, malam kelmarin, bagi mengesan maklumat yang boleh membantu siasatan berhubung warga Kanada itu sebelum menemui Zul, sekali gus membongkar kehidupan terlarang mereka.
Zul berkata, dia berkenalan dengan warga Kanada terbabit pada 1990 dan sejak itu, dia tidak lagi mementingkan kehidupan beragama dan jauh lari dari landasan Islam.
Sumber: myMetro Online
TOP
'Saya bukan pengebom berani mati' ─ Mohd Lotfi Ariffin
Mohd Lotfi (dua, kanan) bersama rakyat Syria yang berjuang bersama.
ALOR SETAR - Salah seorang rakyat Malaysia yang dikaitkan dengan aktiviti militan di Syria, Mohd Lotfi Ariffin, 45, menepis dakwaan pihak-pihak tertentu yang mendakwa dirinya sedang menjalani latihan ketenteraan di luar negara untuk menjadi pengebom berani mati. Dalam kenyataannya itu, Mohd Lotfi yang berada di Syria sejak awal Februari lalu mempertikai tindakan pihak terbabit yang memaparkan gambarnya di negara bergolak itu sebagai antara 10 ahli Jemaah Islamiah (JI) dari Malaysia yang pernah menjalani latihan ketenteraan di luar negara bagi direkrut menjadi pengebom berani mati. Katanya, dakwaan itu tidak berasas kerana tujuan sebenar menjejakkan kaki ke Syria adalah membantu saudara Islam di bumi Syam itu memerangi kezaliman yang dilakukan tentera Assad. “Saya dikatakan dilatih untuk jadi pengebom berani mati, sedangkan saya takut mati. Dari mana mereka dapat maklumat itu?,” katanya sinis. Mohd Lotfi turut menjelaskan penyertaannya dalam peperangan di Syria bukannya untuk menyertai kumpulan pemberontak atau pengganas, sebaliknya bersama kumpulan Ajnad As Syam yang memerangi Presiden Bashar al-Assad. “Saya bukan bersama Isil (kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya), namun ada pihak membuat bayangan dalam Facebook mereka, kononnya saya Isil sehingga ada rakan yang tidak bersetuju dengan saya. Sebenarnya saya berjuang bawah Ajnad As Syam yang namanya tidak begitu dikenali. Saya bersama mereka untuk memerangi tentera Bassyar,” katanya. Menurutnya, beliau kesal apabila ada pihak menyalahgunakan namanya yang dikatakan menyokong pihak tertentu. Mengulas mengenai jihad yang diperjuangkannya, Mohd Lotfi berkata, beliau sanggup meninggalkan isteri dan enam orang anak demi mempertahankan golongan ditindas, selain mahu bantu masyarakat di sana menyekat kemaraan tentera Assad daripada menyeksa dan membunuh manusia yang tidak berdosa. “Bagi mereka yang mahu berjihad di bumi Syam, perlu sanggup meninggalkan anak, isteri dan dunia semata-mata kerana jihad fisabilillah. Kami juga sanggup dipenjara, dibunuh dan dibuang daerah,” katanya. Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan tidak boleh menghalang rakyat Malaysia daripada melawat negara yang terkesan dengan konflik dalaman jika mereka mempunyai visa. Ahmad Zahid juga menegaskan individu yang berjuang atau mempertahankan kesucian Islam tidak bermakna mereka perlu menggunakan senjata dan meletupkan diri, selain dinasihatkan agar tidak menjadikan Malaysia pangkalan kumpulan militan. Sementara itu, seorang lagi militan Malaysia yang dipapar di blog dan laman web pro-militan adalah bekas pemain dram kumpulan terkenal era 90-an. Beliau dikatakan dipengaruhi Mohd Lotfi dan kemudian menyertainya di Syria, di mana kedua-duanya kelihatan bersenjata dan memakai pakaian tentera. Sumber: Sinar Online

Bukti Felixia Yeap Peluk Islam 3 Julai 2014 Ramadhan
Felixia Yeap kini dengan rasminya telah mengumumkan yang beliau akan memeluk Islam pada 3hb Julai 2013 bersamaan 5 Ramadhan 1435H. Pengumuman tersebut dibuat pada status Facebook beliau. Tarik memeluk Islam tersebut menurut katanya adalah sempena tarikh lahir beliau.
Pengumuman tersebut disambut baik oleh ribuan umat Islam di Malaysia.Tahniah kepada Felixia Yeap kerana telah diberi hidayah terdetik di hati untuk memeluk Islam.
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Kereta Proton Dijadikan Sebagai Bom Kereta Di Syria
Militan menggunakan Proton Saga BLM sebagai bom kereta.
PETALING JAYA: Sebuah kereta Proton digunakan sebagai bom kereta seperti yang dipaparkan dalam rakaman video di Syria.
Paparan video selama 3 minit 3saat itu dimuat turun di laman You Tube (http://www.youtube.com/watch?v=xf-i9vn68-o) dengan menyaksikan seorang lelaki sedang menyiapkan empat bahan peranti letupan (IED) di bahagian belakang dalam Proton Saga BLM tersebut.
IED itu dipasang bagi kawalan letupan dan kereta itu juga di ubahsuai untuk bergerak secara kawalan.
Lelaki di dalam video tersebut memandu ke arah jalan sebelum membiarkan kereta itu bergerak secara kawalan dan sejurus itu letupan besar berlaku.
Lokasi sebenar kejadian ini di salah satu tempat di Syria yang berlaku konflik sejak 2011.
Proton Saga BLM telah dilancarkan pada tahun 2008 dan Proton turut dijual ke Syria sejak tahun 2001.
"Ia tidak menunjuk Proton digunakan secara sengaja. Anggota militan dengan mudah boleh menggunakan mana-mana kereta. Mereka tidak perlu menggunakan Proton," jelas satu sumber.
Bagaimanapun, sumber tersebut berkata, pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan militan cuba mencemarkan nama Malaysia dengan menggunakan Proton Saga.
Sumber: mStar
TOP
Saksi tiba-tiba menggelupur, diserang sawan
SHAH ALAM - Salah seorang saksi pendakwaan yang dipanggil memberi keterangan semalam di mahkamah tinggi berhubung kes bunuh kakitangan Ambank Subang Sentral, Norazita Abu Talib, 37, tidak sedarkan diri di kandang saksi dipercayai diserang penyakit sawan.
Bekas Penyelia Stor Senjata Syarikat Kawalan Prima, Mohamad Rahli Mohamed,37, tiba-tiba sahaja menggelupur di kerusinya ketika peguam bela, S Selvi mengemukakan soal balas terhadapnya.
Hakim, Datuk Akhtar Tahir meminta bantuan polis mahkamah untuk menenangkannya sebelum menangguhkan prosiding selama 30 minit.
Lelaki itu dibawa keluar dari mahkamah dengan kerusi roda dan dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang dengan ambulan.
Sebelum itu, lelaki tersebut hadir memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan ke 16 membuat pengecaman terhadap nombor siri serta senjata api yang digunakan oleh tertuduh, La Ode Ardi Rasila, 37, pada hari kejadian.
“Berdasarkan nombor ‘carry and use’(CNU), senjata api jenis pump gun ini telah digunakan oleh Ardi,” katanya.
Berdasarkan keterangannya, setiap pergerakan senjata api direkodkan di dalam Senarai Daftar Keluar Masuk Senjata api setiap hari.
“Bagaimanapun ada juga pergerakan yang tidak direkodkan berikutan penyelia atau pemandu zon kesuntukan masa untuk mengutip senjata api,” katanya.
Menurutnya, setiap pagi penyerahan akan dibuat kepada penyelia dan pemandu zon untuk diserahkan kepada pengawal keselamatan.
“Turut dibekalkan lima biji peluru bagi setiap senjata api. Kebiasaannya peluru itu disimpan oleh pengawal keselamatan di bank,” katanya.
Mohamad Rahli kemudiannya mengesahkan La Ode sebagai Ardi yang dikenalinya.
Dia yang bekerja di syarikat keselamatan itu sejak Januari 2011 tidak bersetuju terhadap soalan yang dikemukakan oleh Selvi bahawa Ardi tidak menjalani latihan menembak pada 29 September 2013 kerana takutkan bunyi kuat.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang merupakan pengawal keselamatan warga Indonesia, La Ode Ardi Rasila,37, dituduh membunuh Norazita antara jam 6 petang hingga jam 6.30 petang di Bangunan Ambank, Jalan USJ Sentral, Subang Jaya pada 23 Oktober 2013.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.
La Ode turut didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Asyraf Md Kamal turut bertindak sebagai Timbalan Pendakwa Raya bersama Mohd Azari Haron manakala tertuduh diwakili peguam bela, Selvi yang dilantik oleh Kedutaan Indonesia.
Sumber: Sinar Online
TOP
RM76 Juta Disalur Kepada Pekebun Kecil Getah
KUALA LUMPUR: Sejumlah RM76 juta telahpun disalurkan kepada pekebun kecil getah di bawah skim Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah, kata Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Beliau berkata kementerian menyasarkan untuk mengagih keseluruhan peruntukan RM130 juta dalam bentuk bantuan 'one-off' sebanyak RM500 seorang kepada kesemua 260,000 pekebun kecil getah sebelum Aidilfitri bulan depan.
"Harga getah di peringkat dunia menurun ke paras yang rendah sehingga ada pendapatan golongan itu dalam lingkungan RM300 hingga RM500 sebulan.
"Keadaan itu dilihat agak menekan... namun saya bersyukur kerana peruntukan ini membolehkan kita membantu seramai 260,000 pekebun kecil dalam menghadapi masa-masa sebegini," katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi.
Awal bulan ini, kerajaan Persekutuan memutuskan untuk membantu golongan itu ekoran kejatuhan harga getah yang mendadak di pasaran dunia.
Antara syarat yang ditetapkan ialah pekebun kecil mestilah rakyat Malaysia yang memiliki keluasan kebun di bawah 2.5 hektar serta berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).
Ini merupakan kali kedua kerajaan mengagih Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah dengan sejumlah RM127.3 juta telahpun disalurkan melalui Risda kepada 254,672 pekebun kecil tahun lepas. - BERNAMA
TOP
Wanita OKU yang dikurung alami sakit mental - Pengarah Hospital Tumpat
TUMPAT: Pemeriksaan awal mendapati wanita orang kurang upaya (OKU) yang diselamatkan semalam selepas dikurung selama 10 tahun mengalami sakit mental.
Pengarah Hospital Tumpat, Dr Norlalili Sabariah Mohd Ghazali, bagaimanapun berkata penyakit mental wanita itu bukan kategori kronik dan agresif.
Katanya, keadaan Nasitah Yahya sebaik tiba di hospital semalam dalam keadaan letih namun kesihatannya kini sudah kembali stabil.
Sumber: BH Online
TOP
Dollah Salleh Jurulatih Baharu Bola Sepak Kebangsaan
Dollah dijulang pemain-pemain PDRM selepas dinobatkan sebagai juara Liga Perdana 2014.
PETALING JAYA: Dollah Salleh dilantik sebagai ketua jurulatih baharu pasukan bola sepak negara. Keputusan melantik bekas pemain antarabangsa ini sebagai jurulatih kebangsaan akan diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Wisma FAM pada Sabtu. Dollah,51, bersara dari pasukan kebangsaan pada tahun 1998. Beliau kini merupakan ketua jurulatih Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertanggungjawab membawa pasukan itu ke aksi Liga Super musim depan. Tahun lalu, beliau membimbing pasukan Pahang sehingga bergelar juara Piala Malaysia. Pencapaian terbaik sebagai jurulatih adalah pada tahun 2005 ketika membawa pasukan Selangor bergelar juara treble - Liga Perdana, Piala FA, dan Piala Malaysia. Dollah dikenali sebagai jurulatih yang mempunyai sentuhan Midas (emas). Beliau telah membimbing empat pasukan dalam Liga Perdana untuk berada di kedudukan teratas iaitu MPPJ FC (2004), Selangor (2005), Pahang (2012) dan PDRM (2014) mara ke Liga Super. Sementara itu, badan induk bola sepak tanah air ini telah mula mencari jurulatih kebangsaan sejak Januari lalu berikutan kontrak Datuk K.Rajagobal tidak sambung yang berakhir 31 Disember 2013. FAM sebelum ini berminat untuk melantik jurulatih Perancis, Philippe Troussier namun perbincangan kedua-dua pihak tidak berjalan lancar. Manakala jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee yang menjadi jurulatih sementara skuad kebangsaan akan meneruskan persiapan skuad Bawah 23 Tahun menjelang Sukan Asia di Incheon September ini. Dollah dilantik serta merta bagi menguruskan skuad kebangsaan dalam persiapan mengharungi kempen Piala Suzuki AFF yang dihoskan oleh Singapura dan Vietnam Disember ini. Sumber: mStar

Pelajar Cedera Parah Dihentak Helmet
Gambar hiasan
TAMPIN – Seorang pelajar tingkatan empat di daerah ini terpaksa dikejarkan ke Hospital Melaka (HM) akibat cedera parah dipukul dan dihentak dengan topi keledar di luar pekarangan sebuah sekolah, dekat sini, Rabu lalu. Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira 1 petang itu, pelajar lelaki berkenaan sedang berjalan untuk menaiki bas pulang ke rumah, sebelum didatangi empat lelaki menaiki dua motosikal yang juga bekas pelajar sekolah terbabit. “Dipercayai suspek berang dengan tindakan sekumpulan pelajar yang berada di dalam kawasan sekolah membaling batu ke arah suspek selepas salah seorang daripada suspek membuat bising dengan motosikal. “Jadi sebaik mangsa keluar dari sekolah, suspek telah bertindak ganas dengan membelasah pelajar itu menggunakan dua buah helmet sehingga salah satu daripada helmet tersebut pecah,” katanya dekat sini, semalam. Tambah sumber, seorang pelajar lain yang nekad menyelamatkan mangsa turut dipukul namun hanya mengalami cedera ringan. “Mangsa yang cedera parah di kepala, badan dan tangan dikejarkan ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintenden Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu kesemua suspek berjaya ditahan beberapa jam selepas kejadian. “Suspek berusia 17 hingga 19 tahun diberkas di kawasan Gemencheh dan direman selama tiga hari. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. “Kesemua suspek bakal berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua seksaan itu jika sabit kesalahan,” katanya. Sumber: Sinar online

Kebakaran di Tenom Pagi Sabtu, Budak 4 Tahun Rentung
KEADAAN bilik tidur dimana mangsa ditemui rentung. - Foto NSTP
Sabah: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui rentung apabila rumah mereka di Kampung Melalap, dekat sini, terbakar, pagi tadi. Mangsa dikenali sebagai Itham Nick Ivan, ditemui rentung di bilik tidurnya, dalam kejadian kira-kira jam 7.40 pagi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, berkata api dapat dipadam sepenuhnya jam 8.45 pagi.

Pembunuh Bersiri Amerika Dihukum Mati 2 Kali
LOS ANGELES – Sebuah panel juri mencadangkan hukuman mati sekali lagi ke atas seorang lelaki yang telah dihukum mati kerana membunuh 10 wanita di kawasan bandar raya Los Angeles, Amerika Syarikat
Tertuduh, Chester D. Turner, 47, patut dihukum mati kerana membunuh empat wanita lain antara tahun 1987 hingga 1997, kata panel juri tersebut kelmarin.
Bekas penghantar piza itu didapati bersalah minggu lalu berhubung siri pembunuhan kedua di selatan Los Angeles.
“Bukti asid deoksiribonukleik (DNA) mengaitkan Turner dengan jenayah tersebut,” kata pendakwa raya.
Menurut media AS, hukuman ke atas pembunuh bersiri itu akan diputuskan pada 1 Ogos depan.
Dia sebelum ini didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati pada 2007 kerana membunuh 10 wanita termasuk seorang ibu mengandung.
Turner turut dijatuhi hukuman penjara minimum 15 tahun sehingga penjara seumur hidup kerana membunuh bayi dalam kandungan mangsa.
Menurut pihak berkuasa AS, lelaki itu merupakan antara tiga pembunuh bersiri yang bermaharajalela di kawasan Los Angeles semasa era penagihan kokain pada tahun 1980-an hingga 1990-an.
Dua tahun lalu, seorang lelaki, Michael Hughes telah dihukum mati kerana menjerut seorang gadis berumur 15 tahun dan dua wanita lain. – AP
TOP
Masjid Merah Jambu Dibuka Sempena Ramadan
Bandaraya Cotabato – Penduduk Maguindanao menyaksikan pelancaran Masjid Merah Jambu sempena Ramadan ini di bandar Datu Saudi Ampatuan, yang dibina Datuk Bandar, Samsodin Dimaukom.
Beliau berkata, ia dibuka untuk kegunaan orang ramai bermula semalam.
Sementara itu, ulama berkumpul di kawasan ditentukan di Bandaraya Cotabato dan bandar sekitar Maguindanao bermula jatuh matahari semalam, untuk melihat anak bulan menentukan permulaan Ramadan.
Pada bulan Ramadan, umat Islam berpuasa bermula terbit fajar hingga terbenam matahari, bagi menunaikan rukun Islam ketiga
“Jika anak bulan tidak kelihatan disebabkan pelbagai punca seperti kadar penglihatan teruk atau cuaca buruk, puasa akan bermula esok,” kata jurucakap Darul Iftah di Mindanao Tengah, Jaafar Ali.
Pengumuman Ramadan
Jaafar berkata, mereka akan membuat pengumuman akhir mengenai permulaan Ramadan pagi ini di stesen radio tempatan. Pejabat Wilayah Autonomi Muslim Mindanaao (ARMM), Gabenor Mujiv Hataman dan jabatan perdagangan dan industri akan mengendalikan pasar makanan Ramadan, yang membolehkan peniaga menjual makanan berbuka puasa pada harga murah. Setiausaha Eksekutif ARMM, Laisa Alamia, berkata jualan di perkarangan kerajaan tempatan seluas 32 hektar akan dibuka Isnin ini. Alamia berkata, pentadbiran Hataman mahukan suasana Ramadan berjalan lancar dan aman. Jurucakap Unit Infantri Ke-6 Tentera, Kolonel Dickson Hermoso, memberitahu wartawan Gabenor Esmael Mangudadatu meminta unitnya mengecualikan anggota tentera beragama Islam daripada menjalani tugasan fizikal sepanjang Ramadan. Sumber: Agensi

Lelaki Maut Ditikam Kerana Bihun RM2.60
Hubei (China) – Seorang lelaki ditahan selepas menikam mangsa hingga mati, sebelum mengelar leher dan merobek dada untuk mengeluar jantung mangsa.
Lelaki berkenaan dikatakan turut menggigit organ itu selepas mencabutnya dari tubuh mangsa.
“Kejadian berdarah dan menakutkan itu berlaku di tepi jalan dan ia berpunca daripada pergaduhan demi semangkuk bihun berharga 5 RMB (RM2.60),” kata saksi.
Orang ramai berkumpul untuk menyaksikan perbuatan kejam itu, namun tidak seorang pun berani menghentikan perbuatan lelaki berkenaan.
Menurut saksi, suspek tidak melarikan diri selepas melakukan kekejaman berkenaan, sebaliknya merayau-rayau di lokasi kejadian dan duduk sambil memegang jantung mangsa.
Kira-kira 40 minit kemudian, polis tiba dan menahan suspek.
Penduduk tempatan menyifatkan serangan itu sebagai ‘tidak masuk akal’ dan mengaku ketakutan kerana ia berlaku berhampiran kediaman mereka.
“Kami tidak berasa selamat sekarang,” kata seorang penduduk di situ.- Agensi
TOP
Polis Temui 3 Tingkat Ladang Ganja Dalam Bangunan
Porth – Ganja yang dianggarkan bernilai £1 juta (RM5.5 juta) ditemui ditanam di tiga tingkat sebuah bekas kelab malam.
Polis menemui lebih 1,000 pokok dadah itu ketika menyerbu bekas tapak kelab malam Apollo di bandar ini di Wales.
Menurut jurucakap polis, bangunan tiga tingkat itu hanya dikosongkan kira-kira tiga bulan lalu.
Dua lelaki yang dipercayai warga asing ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti menanam ganja berkenaan.
Kawasan bar dan dewan tari dalam bangunan itu didapati diubah suai untuk dijadikan kawasan yang luas bagi menanam ganja berkenaan.
Tingkat satu digunakan untuk menanam anak pokok sementara tingkat bawah dan dua digunakan untuk menempatkan pokok yang peringkat usia pertengahan dan matang.
Pokok yang sudah matang yang ditemui di tingkat atas bangunan sudah sedia untuk dituai dan menurut pegawai, ia hanya mengambil masa beberapa minggu atau hari saja untuk dijual.
Sarjan Rhondda Chris Peters berkata, ia penemuan terbesar dan tepat pada masanya.
“Ia operasi terbesar dan paling canggih pernah saya temui. Ia mampu menghasilkan dadah bernilai jutaan dolar dalam tempoh 12 bulan,” katanya. – Agensi
TOP
Kontraktor Jatuh Papa Kedana, Marajuk Tinggal dalam Kereta 3 Bulan
Gombak – Dia sanggup berpanas dan berhujan, malah menjadikan kereta sebagai rumah selama tiga bulan dipercayai akibat tekanan selepas kehidupan mewahnya sebagai kontraktor bertukar menjadi papa kedana apabila perniagaannya mengalami kerugian.
Lebih menyayat hati, lelaki berusia 50-an itu sanggup tinggal dengan timbunan botol air mineral, bekas makanan dan sisa rokok selain sampah sarap serta diselubungi najis di dalam kereta Proton Saga berkenaan sejak Mac lalu.
Selepas pelbagai usaha dilakukan penduduk untuk memujuknya keluar dari kereta itu kerana bimbang keselamatannya menemui kegagalan, mereka menghubungi wartawan untuk memaklumkan mengenai keadaan lelaki itu, kelmarin.
Wartawan yang bergegas ke lokasi sebaik menerima berita itu juga berdepan situasi sukar apabila usaha memujuknya menemui jalan buntu biarpun selepas enam jam cuba mengajaknya keluar dari kereta yang menjadi kediamannya. Malah, ikhtiar yang turut disertai Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama beberapa penduduk juga gagal kerana dia langsung tidak mahu memberikan kerjasama, malah mengherdik orang ramai di situ supaya beredar dan tidak mahu diganggu. Sumber: myMetro online

Teknik memanah purba dijumpai semula. Tembak 3 anak panah dalam masa 1.5 saat
Kagum juga SK dengan video ini. Sebelum menonton video ini kita mungkin tidak percaya yang seseorang boleh menembak 3 anak panah dalam masa 1 setengah saat. Bayangkan 10 anak panah dalam masa 4 saat? agak-agak ada peluang untuk bertarung dengan senjata api sekarang tak?
Video ini menyatakan penemuan teknik yang telah digunakan oleh orang Parsi pada zaman dahulu. SK tidak mahu menjelaskan dengan lebih terperinci kerana anda boleh tonton sendiri!
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Islam Slimani ukir sejarah
Curitiba (Brazil): Penyerang kelab Portugal, Sporting Clube, Islami Slimani mengangkat tangan dan kemudian sujud selepas jaringan penyamaannya buat Algeria menerjah masuk ke jaring Russia, pada saingan Kumpulan H, di Arena da Baixada, awal pagi ini.
Jaringan Slimani itu yang kekal sehingga tamat perlawanan akhirnya melakarkan sejarah baru buat Algeria apabila layak buat pertama kali ke pusingan 16 pasukan dan juga sejarah buat Russia - tewas di pusingan pertama.
Kejayaan itu menyaksikan Algeria yang menduduki tangga kedua kumpulan dan mengiringi johan Kumplan H, Belgium, bakal bertemu juara Kumpulan G, Jerman, 1 Julai ini.
Algeria yang tersentak dengan gol pendahuluan Russia memperoleh jaringan penyamaan pada minit ke-60 apabila Slimani menanduk masuk gol keramat itu selepas menerima hantaran daripada sepakan percuma Brahimi.
Russia membuka jaringan pada minit keenam menerusi Kokorin yang melakukan tandukan selepas menerima hantaran silang jauh daripada pemain pertahanan, Kombarov.
Pada pertemuan penentuan itu, kedua-dua jurulatih Algeria - hanya perlu seri - dan - Russia - memerlukan kemenangan - melakukan perubahan pada kesebelasan utama mereka.
Jurulatih Algeria, Vahid Halilhodzic menggantikan ketua pasukannya, Madjid Bouguerra dengan Esseid Belkalem manakala Rafik Halliche diberikan tanggungjawab menggalas tugas yang ditinggalkan itu.
Pengurus Russia, Fabio Capello pula menyenaraikan penyerangnya, Aleksandr Kerzhakov - jaring gol tunggal ketika seri 1-1 dengan Korea Selatan - bagi menggantikan Maksim Kanunnikov.
Sumber - myMetro
TOP
Lelaki didenda RM10,000 memiliki VCD lucah
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki hari ini didenda RM10,000 atau lima bulan penjara oleh Mahkamah Majistret setelah mengaku bersalah memiliki 43 keping video cakera padat (VCD) lucah.
Wilson Cheong Wee Son, 28, turut dituduh memiliki 152 keping VCD berbahasa Inggeris serta 70 keping VCD berbahasa Cina yang tidak mempunyai sijil 'B'.
Bagi tuduhan memiliki 43 keping VCD lucah berbahasa Cina, Majistret Zuraini Abdul Razak memerintahkan Cheong membayar denda RM10,000 dan jika gagal membayar denda, dia dihukum penjara lima bulan.
Majistret Zuraini turut mengenakan bon berkelakuan baik dengan cagaran RM5,000 terhadap Cheong Wee Son selepas mengaku bersalah atas pertuduhan kedua kerana memiliki VCD tanpa sijil kelulusan Badan Penapisan Filem.
Cheong Wee Son yang kini bekerja sebagai penjual jam tangan, didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di hadapan flat Cheras Ria, Jalan Ketumbar Height, Cheras, di sini pada 21 Mei 2008, jam 8.30 malam.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama
TOP
13 Terbunuh Letupan Paip Gas Di India
HYDERABAD (India) – Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh apabila saluran paip gas meletup di negeri Andhra Pradesh, hari ini.
Menteri Dalam Negeri Andhra Pradesh, N Chinna Rajappa, berkata letupan berkenaan berlaku di saluran paip milik Pihak Berkuasa Gas India Limited pada jam 5.30 pagi tadi (waktu tempatan).
Saluran paip itu melalui sebuah kampung kecil di negeri berkenaan, katanya.
Menurut pihak berkuasa tempatan, letupan itu menyebabkan kebakaran besar dan memaksa penduduk di sekitar kawasan berkenaan dipindahkan. – AP
TOP
Wardina: ‘Perasaan Saya Tidak Penting’
PENEMUAN remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, pada Sabtu lalu, di Flat Semarak, Nilai, mendapat perhatian seluruh masyarakat.
Di saat masing-masing sedang membuat andaian sendiri, kenyataan yang dikeluarkan pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah, mengenai nasib remaja OKU ini mendapat pelbagai reaksi masyarakat.
Wardina menerusi Instagram, berkata perkara ini berpunca daripada ibu bapa remaja OKU yang tidak diberikan bantuan.
Malah, Wardina turut membandingkan sistem pengurusan kerajaan dan polisi negara ini dengan tempat kediamannya, Australia.
Walaupun ada yang menyokong tindakan Wardina yang dilihat lantang bersuara, namun ada juga yang memandang negatif terhadap kenyataan selebriti ini.
Malah, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, membidas kenyataan Wardina dan memberitahu bahawa kerajaan sebenarnya telah mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi memastikan keperluan remaja berkenaan dipenuhi.
Meskipun dikritik, dicemuh dan menerima tohmahan, namun Wardina tetap positif dan berpegang teguh kepada kenyataannya sebelum ini.
“Perasaan saya tidak penting. Yang penting adalah perasaan ibu bapa yang selama ini menjaga anak-anak OKU.
“Jangan tanya saya, tanyalah ibu bapa yang mempunyai anak-anak OKU, bagaimana perasaan mereka sepanjang menjaga anak-anak istimewa ini.
“Tanya juga kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terlibat dengan perkara ini seperti Orkids.
“Saya pernah bekerjasama dengan mereka,” katanya menerusi perbualan di Facebook miliknya.
Kongsi kisah rakan
Dalam pada itu, Wardina juga turut berkongsi kisah rakannya di Facebook yang perlu menjaga suaminya yang berstatus OKU. Menerusi tulisan itu, suaminya dikatakan mengidap sejenis penyakit kulit bersisik (Psoriasis) dan bengkak sendi seluruh badan (rheumatod arthritis) yang kronik, terpaksa menunggu lebih setahun untuk mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Katanya, dia turut menyokong pendapat Wardina yang dilihat dapat membantu dalam menyedarkan kerajaan mengenai kesukaran untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya. Selain itu, menerusi tulisan itu, pemilik akaun bernama, Khairun Darwani Khairuddin, permohonan untuk mendapatkan bantuan JKM bukanlah semudah yang disangka. Menurutnya, untuk mendapatkan bantuan RM300 sebulan, permohonan mereka akan disaring dan sekiranya ibu bapa anak-anak OKU bekerja, peluang untuk mendapatkannya sukar. “Bagi yang layak pula, mereka terpaksa membawa anak-anak OKU ini menghadiri kelas Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) sekurang-kurangnya lapan kali sebulan. “Agak tidak logik untuk membawa anak-anak OKU yang terlantar sakit, tambahan pula kekangan masa ibu bapa yang bekerja,” katanya. Sumber: Sinar online

Kadar Zakat Fitrah Di Perlis RM6.50 – MAIPs
KANGAR – Kadar zakat fitrah di Perlis tahun ini ditetapkan RM6.50 seorang berbanding RM6 pada tahun lepas, kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) Abdul Malik Hussin.
Beliau berkata kenaikan itu berikutan kenaikan harga beras di samping MAIPs yakin umat Islam semakin berkemampuan untuk membuat bayaran itu.
Bayaran zakat fitrah boleh dibuat mulai 1 Ramadan hingga sebelum solat sunat Aidilfitri nanti, katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau mengingatkan orang ramai supaya membayar zakat fitrah kepada amil yang dilantik oleh ulul amri atau pemerintah sebagaimana yang ditetapkan oleh agama Islam.
Abdul Malik berkata, MAIPs telah melantik sebanyak 103 amil di semua kariah di seluruh negeri selain amil yang ditempatkan di agensi dan jabatan kerajaan.
Beliau menjangkakan kutipan zakat fitrah pada tahun ini sebanyak RM850,000 dan menurutnya wang zakat fitrah dan zakat lain akan digunakan untuk membantu mereka yang memerlukan termasuk kira-kira 7,000 asnaf di seluruh Perlis. – BERNAMA
TOP
DiGi Umum Pemenang Aplikasi Terbaik
KUALA LUMPUR – DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi), mengumumkan pemenang pembangun aplikasi mudah alih terbaik menerusi Challenge for Change (DiGiCFC).
Dalam pertandingan itu yang memasuki edisi kelima, sebanyak lima kategori dipertandingkan iaitu Learning & Edutainment, Discovering Culture, Connected Citizens, DiGizens’ Choice dan Anugerah Inovasi menyaksikan pemenang membawa pulang wang tunai keseluruhan lebih RM200,000.
Ketua Pegawai Operasi DiGi, Albern Murty, berkata inovasi aplikasi yang dihasilkan peserta memenuhi kriteria yang digariskan oleh idea asal yang berpotensi untuk dikomersialkan bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia.
“Kematangan idea yang dibentangkan dan aplikasi mudah alih yang dibangunkan menunjukkan bahawa ramai rakyat Malaysia mengiktiraf aplikasi mudah alih dalam memacu inovasi sosial seluruh masyarakat.
“Ini menunjukkan visi kami untuk membawa perubahan dan menjadi satu langkah lebih dekat menyampaikan komitmen DiGi iaitu Internet Untuk Semua dengan membantu rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Pada pertandingan itu, Alex Wong Kek Liang, 27, dari Melaka, diumumkan sebagai penerima Anugerah Inovasi DiGi dan membawa pulang wang tunai RM25,000 menerusi idea Tag A Price, iaitu aplikasi yang membolehkan pengguna membuat perbandingan harga barang.
Sementara itu, aplikasi Banjir Alerts turut dipilih bagi anugerah Telenor Group Award sebagai aplikasi terbaik keseluruhan dengan pemenangnya bakal mewakili Malaysia ke Telenor Digital Winners Global App Developer Challenge, selain berpotensi memenangi geran €25,000 (RM112,000) bagi membangunkan perniagaan dan bekerjasama rapat dengan Telenor Digital sebagai rakan komersial.
Bagi pemenang kategori lain, mereka turut menerima wang tunai RM25,000 dan DiGi akan terus menyokong aktiviti mempromosikan aplikasi bersandarkan kepada pangkalan data pelanggan melebihi empat juta pengguna internet.
Tahun ini, lebih 2,500 idea diterima DiGi sebelum lima idea dipilih sebagai pemenang.
Program DiGiCFC turut disokong oleh Program Transformasi Ekonomi (ETP), Digital Malaysia, Google Malaysia, Microsoft Malaysia, 1Malaysia for Youth (iM4U) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
Sumber: BH Online
TOP
Pengarah Kastam Sabah rugi RM70,000, rumah dipecah masuk
Datuk Dr Janathan Kandok
KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah, Datuk Dr Janathan Kandok kerugian kira-kira RM70,000 termasuk sebuah kenderaan jabatan dilarikan setelah rumahnya di Taman Ujana Kingfisher di sini dipecah masuk, awal pagi tadi. Ketika kejadian, Janathan dan anggota keluarganya sedang tidur dan pembantu rumah mereka menyedari kejadian itu kira-kira 3 pagi. Laporan polis dibuat di Balai Polis Inanam pada jam 7.50 pagi. Antara barangan yang dilarikan ialah Proton Inspira, komputer riba dan tablet iPhone. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun mengesahkan kejadian itu dan berkata polis turut menemui sebatang paip PVC yang dipatahkan yang dipercayai digunakan untuk memasuki rumah itu. Beliau berkata pihak polis tidak menolak kemungkinan suspek yang terlibat lebih daripada seorang. Ini adalah insiden pecah masuk kedua selepas rumah Pengarah Kesihatan Negeri Dr Christina Rundi kerugian kira-kira RM15,000 setelah rumahnya di Taman Tuan Huatt, Kepayan Ridge di sini dipecah masuk Rabu lepas. Sumber - BERNAMA

Pekan minyak jatuh ke tangan militan
Gambar Hiasan
Baghdad: Militan menawan sebuah pekan yang terletak sejam perjalanan dari Baghdad yang menempatkan empat lapangan gas asli semalam, kemenangan terbaharu pemberontak Sunnah yang sudah meraih sebahagian besar kawasan utara dan barat ibu negara Iraq. Wakil presiden Iraq berkata, satu sesi Parlimen akan diadakan pada 1 Julai, langkah pertama dalam membentuk kerajaan baharu yang diharapkan komuniti antarabangsa lebih inklusif untuk menghadapi pemberontakan. Serangan semalaman itu membabitkan kawasan Mansouriyat al-Jabal, lokasi operasi gas asli syarikat luar negara, demikian menurut pasukan keselamatan. Pertempuran mengancam memecahkan negara itu, dua setengah tahun selepas tamatnya pendudukan Amerika Syarikat. Pemberontak, diterajui Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) turut membabitkan kumpulan Sunnah lain menyalahkan Perdana Menteri Nuri al-Maliki kerana meminggirkan Sunnah ketika lapan tahun berkuasa dan kini berusaha untuk kekal berkuasa. Tiga bulan selepas pilihan raya, gesaan di Iraq dan di luar negara mahukan proses pembentukan kerajaan dimulakan, termasuk gesaan ulama terkemuka Syiah Ayatollah Ali al-Sistani. Wakil presiden mengeluarkan perintah semalam, supaya sesi Parlimen 1 Julai diadakan, menurut televisyen kerajaan. Parlimen kemudian akan mempunyai tempoh 30 hari untuk menamakan presiden dan 15 hari untuk menamakan Perdana Menteri. Sumber - Berita Harian

Malaysia Kaji insentif tambah zuriat
Gambar Hiasan
Putrajaya: Kerajaan akan mengkaji cadangan untuk memberi insentif kepada mereka yang melahirkan anak seperti yang diamalkan beberapa negara termasuk Singapura, bagi meningkatkan bilangan penduduk muda. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata ia berikutan penurunan kadar kesuburan yang ketara iaitu nisbah 2.1 anak bagi setiap pasangan pada tahun 2012 berbanding tiga anak pada tahun 2000. “Pemberian insentif ini dilihat sebagai pendorong kepada pasangan untuk menambah zuriat dan secara tidak langsung, memastikan negara tidak ketandusan golongan muda yang menjadi tunjang pembangunan negara pada masa depan.
EPU tunggu laporan
“Justeru, kerajaan mengkaji cadangan pemberian insentif ini dan pada masa sama, Unit Perancang Ekonomi (EPU) turut menunggu laporan berhubung perkara ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2014, di sini, semalam. Persidangan itu diadakan sempena sambutan Hari Penduduk Sedunia yang disambut pada 11 Julai setiap tahun. Sumber - Berita Harian

MH370: Hamzah ketuai delegasi ke China kemas kini maklumat pencarian
Datuk Hamzah Zainudin
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainudin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang akan mengetuai delegasi yang terdiri daripada empat anggota jawatankuasa dan pegawai kanan yang lain ke Republik China hari ini. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, perjumpaan itu bertujuan untuk mengemaskini rakan dari negara China terhadap usaha terbaru dalam operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di peringkat tiga pihak dan sumbangan Malaysia dalam misi itu. “Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan sekali lagi komitmen Malaysia dalam usaha pencarian MH370. Malaysia, Australia dan China sedaya upaya kami melakukan yang terbaik dalam operasi ini dan keutamaan kami masih mencari pesawat yang hilang,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini. Sumber - Berita Harian

General Motors panggil balik 33,000 Chevrolet Cruze
Chevrolet Cruze
WASHINGTON: General Motors (GM) memanggil balik 33,000 unit Chevrolet Cruze sedan di Amerika Utara bagi model keluaran tahun 2013 dan 2014 berikutan kecacatan sistem beg udara yang dikeluarkan firma Jepun, Takata Corp. Kecacatan sistem itu mungkin menyebabkan beg udara pecah dan melontarkan serpihan ke dalam kereta. Masalah itu juga yang menyebabkan beberapa pengeluar lain termasuk Toyota dan Honda membuat panggilan semula kenderaan mereka di seluruh dunia. Jurucakap GM, Jim Cain, berkata syarikat dalam proses memaklumkan pengguna dan mengatur jadual pembaikan. Syarikat juga katanya, turut menghentikan serta merta jualan model itu sebaik dimaklumkan kecacatan pada sistem beg udara. Isnin lalu, pengeluar kereta Jepun termasuk Honda, Mazda dan Nissan mengumumkan program panggilan semula membabitkan tiga juta unit kenderaan keluaran mereka di seluruh dunia. Sementara itu, Takata Corp yang mengeluarkan beg udara itu memohon maaf dan berjanji mengambil langkah berkaitan bagi mengelaknya berulang. Sumber - Berita Harian

PM Nepal hidap kanser paru-paru
Sushil Koiarla
KATMANDU: Perdana Menteri Nepal menghidap kanser paru-paru dan dijadual memulakan rawatan radioterapi di Hospital New York. Menteri Penerangan, Minendra Rijal, berkata doktor di Pusat Kanser Kettering Sloan Memorial di New York percaya bahawa bintik pada paru-paru Sushil Koiarla adalah pada peringkat pertama dan boleh dirawat dengan segera. Doktor pakar dijadual memulakan rawatan radioterapi hari ini dan dijangka berakhir dalam tempoh dua minggu. Koiarla mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada Februari lalu, dengan mengetuai kerajaan campuran selepas parti beliau memenangi kerusi terbanyak di Parlimen tetapi bukan majoriti. Beliau terbang ke hospital di New York untuk pemeriksaan perubatan tahunan. Berita mengenai penyakitnya muncul ketika kerajaan perlu meluluskan belanjawan tahunan sebelum berakhirnya tahun fiskal pada 16 Julai. Sumber - AP

Minum jus buah ketika sahur untuk kekal cergas - Pakar dietetik
Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR: Minum air buah semasa bersahur adalah antara tindakan yang baik dalam memastikan umat Islam sentiasa bertenaga dan sihat sepanjang hari pada bulan Ramadan ini, menurut pakar dietetik. Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman berkata dengan meminum air buah-buahan segar, ia dapat mencegah tubuh daripada mengalami dehidrasi pada bulan puasa ini. buah-buahan ini mengandungi pelbagai jenis nutrien seperti vitamin, potasium dan glukosa, dan berperanan sebagai bekalan tenaga di dalam badan, katanya kepada Bernama baru-baru ini. "Sebenarnya rasa letih, penat dan mengantuk bukannya disebabkan kekurangan makanan tetapi ia adalah disebabkan kuantiti air di dalam badan berada pada tahap rendah. "Bila berlakunya dehidrasi, tubuh kita kehilangan air serta garam galian seperti sodium, potasium, kalsium, fosfat dan sebagainya, sebab itu air memainkan peranan penting di dalam tubuh kita," tambahnya. Memandangkan bulan Ramadan kali ini jatuh pada musim Monsun Barat Daya dengan cuaca yang panas dan kering, serta diburuk dengan jerebu yang tidak menentu dan ramalan fenomena El Nino akan melanda Malaysia pada pertengahan tahun ini, maka adalah perlu bagi umat Islam memastikan bekalan air dalam badan sentiasa dijaga. Ridzoni berkata selain meminum air buah-buahan, orang ramai perlu mengelak daripada meminum kopi ataupun teh pada bulan puasa kerana minuman itu mempunyai kesan deuratik. Minuman tersebut akan merangsang pengeluaran air kencing, dan akibatnya, badan akan mengalami dehidrasi dan tekak menjadi sangat haus, katanya. Sementara itu, Pegawai Dietetik Pusat Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Mohd Hairil Nizam Abdul Hamid turut bersependapat pengambilan air yang mencukupi amat penting dalam menghadapi musim panas ketika berpuasa. Katanya, kekurangan air ini boleh menyebabkan tubuh menghadapi masalah kerana 70 peratus daripada komposisi tubuh terdiri daripada air. "Tubuh badan memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari bagi memastikan sel-sel tubuh dapat berfungsi dengan baik. "Apabila tubuh mengalami dehidrasi masalah utama adalah buah pinggang kerana bila tubuh kekurangan air, buah pinggang akan kecut yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, malah antara perkara lain yang boleh berlaku adalah pening dan pitam," katanya. Tambah beliau, walaupun pengambilan air yang mencukupi dititikberatkan namun orang ramai turut dinasihat memakan makanan seimbang. Sumber - Bernama

Pernikahan Sham Kamikaze terbatal
Sham Kamikaze
Rawang : Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, di sini memutuskan pernikahan bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Sham dengan isterinya Nurul Halimin Mohd Salleh pada 16 Januari 2012 di Masjid Padang Ibu, Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang adalah tidak sah dan terbatal. Hakim Syarie Kamarulzaman Ali memutuskan bahawa pernikahan Sham atau Shamril Mohd Salleh, 38, itu dibubarkan serta merta mulai hari ini. Kamarulzaman dalam penghakimannya berkata, pernikahan pasangan itu yang dijalankan oleh wali hakim adalah tidak sah selain urusan pernikahan itu yang diuruskan pihak ketiga adalah tidak bertauliah. "Pejabat Agama Islam Daerah Seberang Prai mengesahkan bahawa sijil pernikahan Sham bersama pasangannya adalah palsu," katanya. Selain itu, Kamarulzaman turut memutuskan anak pasangan terbabit yang dilahirkan pada 21 Januari lalu adalah anak sah taraf. sumber - myMetro

Terhumban dalam tali air
ORANG ramai melihat treler yang terbalik.
Alor Gajah: Seorang pemandu dan kelindannya terpaksa menempuh detik cemas apabila treler membawa muatan pembetung konkrit yang dinaiki terhumban ke dalam tali air dan terbalik di Jalan Lubok Cina-Kampung Jeram, Masjid Tanah, di sini, kelmarin. Difahamkan, dalam kejadian jam 4.40 petang itu, treler dipandu Osman Rahmat, 26, bersama kelindan berusia 25 tahun dalam perjalanan dari arah Lubok Cina ke Masjid Tanah. Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu treler cuba mengelak sebuah Perodua Myvi di hadapannya yang menekan brek secara mengejut ketika melalui laluan berbukit di lokasi itu. “Sebaik menekan brek, pemandu treler terkejut apabila mendapati kenderaan dipandunya mengundur ke belakang sebelum kelindannya menjerit meminta dua kenderaan di belakang menyelamatkan diri. “Pemandu itu cuba mengawal stereng dengan mengubah laluan ke sebelah kiri, namun treler berkenaan hilang kawalan sebelum terhumban dan terbalik di dalam tali air di kiri jalan,” katanya. Sumber - myMetro

600 pengasuh tak berdaftar
Gambar hiasan
Putrajaya: Mengejutkan apabila lebih 600 rumah pengasuh tidak berdaftar dikesan beroperasi di sini, sekali gus mengundang kebimbangan ramai pihak terutama yang mempersoalkan kualiti perkhidmatan pengasuh bayi yang ditawarkan. Kebimbangan itu disuarakan Persatuan Pengusaha Taska Tadika Putrajaya (PUSPAJAYA) selepas melihat berlaku peningkatan kematian bayi di rumah pengasuh, di sini yang pada tahun ini saja, lapan kematian direkodkan berbanding lima kes tahun lalu. Presiden Puspajaya Husna Abdul Rahaman berkata, pihaknya bimbang perkembangan itu, malah tidak mahu kes kematian terus meningkat di pusat pentadbiran kerajaan ini. Beliau berkata, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia menawarkan pertolongan kepada pemilik rumah pengasuh itu mendaftarkan rumah pengasuh masing-masing. “Kami sedia membantu mereka berdaftar dengan JKM". Kebanyakan pengasuh mengambil jalan mudah serta tidak mempedulikan undang undang. “Sebelum memeriksa ke rumah pengasuh berkenaan, kami mengadakan beberapa bengkel untuk beri pendedahan kepada mereka selain turut mengedarkan borang pendaftaran,” katanya ketika ditemui selepas menyertai operasi mengesan rumah pengasuh tidak berdaftar di sini, semalam. Operasi sama turut disertai lima pegawai JKM diketuai Pegawai JKM Putrajaya Mohd Fazli Abdul Rahman dan Penolong Pegawai JKM Putrajaya yang juga Pegawai Diberi Kuasa Taska, Norliza Abu Bakar. Dalam operasi bermula jam 11 pagi hingga 12.30 tengah hari itu, 17 rumah pengasuh dilawati dan diperiksa. Sebanyak 12 daripadanya diberi surat peringatan kerana tidak berdaftar dengan JKM. Sementara itu, Norliza berkata, pemeriksaan rambang dilakukan pihaknya mendapati kebanyakan pengasuh di rumah yang beroperasi di sekitar Presint 11 tidak berdaftar dengan JKM serta tidak terlatih. “Mereka yang tidak berdaftar akan diberi surat peringatan kali pertama dan surat peringatan kali kedua akan diberikan jika tidak mendaftarkan rumah pengasuh masing-masing dalam tempoh tujuh hari. “Jika masih tidak memberi kerjasama, kami akan menghantar lagi surat peringatan kali ketiga dan akan dikenakan kompuan sehingga RM5,000. Malah, mereka juga boleh didakwa di mahkamah bawah Seksyen 6, Akta Taman Asuhan Kanak Kanak,” katanya. Sumber - myMetro

Subsidi haji paling tinggi
Kuala Lumpur: Sejumlah RM130 juta yang bakal dibelanjakan Lembaga Tabung Haji (TH) pada tahun ini adalah subsidi tertinggi ditanggung kerajaan buat setiap jemaah haji bagi menyempurnakan ibadat itu Oktober depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, TH masih mengekalkan kos mengerjakan haji pada kadar RM9,980 seorang tahun ini biarpun kos untuk tujuan itu sudah meningkat kepada RM16,155 berbanding RM15,555 tahun lalu.
Jumlah itu secara tidak langsung memperlihatkan sebanyak RM6,175 ditanggung kerajaan bagi seorang jemaah berbanding hanya RM5,755 pada 2013.
“Seperti mana dinyatakan Perdana Menteri baru-baru ini, ini adalah subsidi tertinggi ditanggung kerajaan untuk seorang jemaah dan ia akan dinikmati seramai 22,320 jemaah Malaysia yang dibenarkan menunaikan haji oleh kerajaan Arab Saudi untuk 2014.
“Peningkatan kos mengerjakan haji dipengaruhi oleh kos pengurusan haji kendalian TH khususnya penerbangan, penginapan, makanan serta pengangkutan untuk jemaah yang meningkat saban tahun,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penghargaan Sahabat Korporat TH di Jalan Tun Razak, di sini, semalam.
Hadir sama Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Ismee Ismail.
Sementara itu, Abdul Azeez berkata, jemaah pertama musim haji tahun ini dijadualkan berlepas pada 27 Ogos depan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Kita menjangkakan lebih 60 penerbangan dari pelbagai lokasi termasuk Alor Setar (Kedah), Senai (Johor), Kuala Terengganu (Terengganu) dan Kota Kinabalu (Sabah) sehingga 27 September,” katanya.
Pada majlis itu, sebanyak 41 sahabat korporat TH memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai dan barangan keperluan jemaah haji antaranya daripada Yayasan FELDA, Maybank Islamic Berhad dan Lembaga Zakat Selangor.
Sumber - myMetro
TOP
PEMADAM Sokong Rampas Tanah Ketum
Pokok Ketum
Alor Setar: Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) menyokong tindakan kerajaan negeri Kedah untuk merampas tanah pertanian dan persendirian di negeri itu yang didapati terbabit dengan penanaman pokok ketum secara besar-besaran. Yang Dipertua PEMADAM Malaysia Datuk Mohd Johari Baharum berkata, pihaknya menyokong penuh tindakan itu bagi memastikan semua ladang pokok ketum di sekitar kawasan utara tanah air terutama Kedah dimusnahkan bagi mengelak penggunaan air ketum dalam kalangan anak muda khususnya dibanteras. “Bukan kita saja yang menyokong tindakan ini sekiranya ia dikuatkuasakan, malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan perasmian ketika Mesyuarat Agung Kebangsaan PEMADAM di Johor Bahru semalam (kelmarin) turut menyuarakan pendapat sama untuk membanteras semua aktiviti berkaitan penanaman pokok ketum. “Kita berharap pihak kerajaan dapat menggubal satu akta berkaitan pengharaman penggunaan air ketum di kalangan rakyat di negara dan mewartakan ketum sebagai bahan terlarang di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 ini bagi mengelak semakin berleluasa. “Kalau boleh kita juga mahu menyarankan pihak kerajaan supaya membentangkan rang undang-undang ini secepat mungkin kerana kita tahu keburukan jika masalah itu tidak dibendung daripada sekarang,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam. Katanya, PEMADAM sentiasa komited dalam membantu kerajaan berusaha membanteras gejala penyalahgunaan daun ketum dengan turun padang bagi memberi taklimat dan kursus kepada rakyat mengenai bahaya ketum. “Seperti yang diketahui umum penggunaan ketum dalam kalangan penduduk di kawasan utara tanah air bukan lagi menjadi satu perkara pelik, malah ia dipercayai digunakan secara berleluasa. “Kita bimbang masalah ini akan berterusan sehingga ke generasi akan datang. Banyak masalah akan timbul pada masa akan depan jika perkara ini tidak ditangani segera.” katanya. Sumber - myMetro

Pilihan majoriti peniaga makanan
ANTARA minyak masak yang menimbulkan kontroversi kerana penggunaan yang berulang.
Kuala Lumpur: Lebih 90 peratus pengusaha premis makanan di negara ini dikesan menggunakan minyak masak secara berulang kali selain memilih minyak masak paket yang lebih murah dan dikitar semula. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya memang menerima aduan mengenai kegiatan itu dan sedang bekerjasama dengan agensi penyiasat untuk meneliti sejauh mana kebenarannya. “Kita boleh tengok sendiri sebahagian besar peniaga makanan di pasar malam misalnya, mereka akan menggunakan minyak masak yang sama secara berulang kali untuk menggoreng makanan yang dijual. “Bagaimanapun, kami juga dimaklumkan kewujudan pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan lesen dikeluarkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk mengutip minyak terpakai di premis makanan sebelum menjualnya kepada industri,” katanya ketika dihubungi. Nadzim berkata, minyak masak berkenaan sepatutnya digunakan untuk industri biodiesel termasuk bagi penghasilan lilin, sabun dan sebagainya namun disalah guna dengan mengitar semula untuk dijadikan minyak terpakai. “Apa yang turut merisaukan adalah kualiti minyak itu rendah jadi ia boleh membawa kepada kemunculan penyakit seperti jantung, hati dan kanser,” katanya. Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, pihak berkuasa perlu lebih serius dalam menangani isu membabitkan minyak masak kitar semula yang diproses menjadi minyak masak baru jika benar ia wujud di negara ini. Menurutnya, FOMCA juga pernah menerima beberapa aduan berhubung kewujudan kegiatan ini sebelum merujuk kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dan MPOB. “KKM menafikannya ekoran tiada bukti kukuh sementara MPOB langsung tidak memberikan sebarang maklum balas. “Tetapi jika kegiatan ini benar-benar wujud dan membabitkan minyak yang dikutip di premis makanan bukan Islam, ia memang serius kerana membabitkan makanan yang dimakan umat Islam,” katanya. Sumber - myMetro

Dua Rakyat tempatan berstatus 'Panglima' diburu
Gambar hiasan
Kota Kinabalu: Dua rakyat tempatan berstatus ‘panglima’ diburu pihak keselamatan susulan tertangkapnya seorang suspek pengganas Sulu berpangkat ‘panglima’ dan lima yang lain dalam operasi khas di Kunak, kelmarin. Harian Metro difahamkan kedua-dua rakyat tempatan itu dipercayai masih berada di negeri ini dan usaha menjejaki mereka dilakukan menerusi operasi bersepadu oleh pasukan perisikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Menurut sumber, kedua-dua individu terbabit dikatakan tidak berada di lokasi ketika sepasukan Cawangan Khas Bukit Aman dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) melakukan serbuan di Kunak itu. “Kumpulan terbaru ini didapati cuba menyebarkan kembali tuntutan terhadap negeri ini selain mahu mencetuskan kekacauan,” katanya. Beliau berkata, modus operandi digunakan hampir menyamai kejadian pencerobohan pengganas Kiram di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Februari, tahun lalu. Dalam serbuan kelmarin, enam individu, termasuk pasangan suami isteri dan seorang anggota polis berpangkat koperal yang dipercayai ada kaitan dengan pengganas Sulu ditahan antara jam 5.30 hingga 6 pagi di Kunak. Serbuan itu turut menemui kad keahlian dan sijil pelantikan Panglima Kesultanan Sulu serta dokumen berkaitan Kesultanan Sulu selain beberapa senjata tajam. Sumber - myMetro

Ahli Akademik Malaysia diiktiraf minda saintifik utama dunia
Kuala Lumpur: Tiga ahli akademik Malaysia diiktiraf sebagai antara minda saintifik utama dunia.
Laporan maklumat perniagaan oleh firma Thomson Reauters menyebut, gelaran Minda Saintifik Paling Berpengaruh Dunia 2014 itu kali ketiga dikeluarkan selepas yang pertama pada tahun 2001.
Mereka ialah Prof Dr Abdul Latif Ahmad dari Fakulti Kejuruteraan Kimia Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Ishak Hashim (Fakulti Teknologi dan Sains Universiti Kebangsaan Malaysia) dan Prof Dr Saidur Rahman (Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya).
Thomson Reuters dalam kenyataan media berkata, semua sarjana yang tersenarai memperoleh kepujian melalui penerbitan artikel terbanyak yang kerap dipetik oleh penyelidik lain.
Senarai terkenal dunia itu yang turut dikenali sebagai laporan Penyelidik Paling Tinggi Dipetik menampilkan sebanyak 3,200 individu yang menghasilkan pelbagai penerbitan yang paling tinggi dipetik dari tahun 2002 hingga 2012.
Dr Abdul
Dr Ishak
Dr Saidur
Sumber - myMetro
Dr Abdul
Dr Ishak
Dr Saidur
Sumber - myMetro
TOP
3 Pekerja Asing Maut Ditimbus Runtuhan
JOHOR BAHRU – Tiga pekerja warga asing maut manakala seorang lagi cedera apabila tembok berhampiran longkang yang sedang digali, runtuh secara tiba-tiba dan menimbus mereka hari ini.
Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Jaya Mohamad Anwar Mohd Amdzah berkata, pekerja asing terbabit sedang menggali sebuah longkang milik kilang yang sedang di dalam pembinaan di Jalan Angkasa Emas, Johor Jaya.
Pihak Bomba dan Penyelamat, katanya, menerima panggilan daripada orang awam pada 8.36 pagi dan tiba di tempat kejadian pada 8.47 pagi.
“Mereka yang terbunuh adalah dua warga Indonesia yang hanya dikenali sebagai Sairin, 44, dan Abu Kassim, 41, manakala pekerja warga Bangladesh yang maut pula dikenali sebagai Ripoon Mioh, 27,” katanya kepada Bernama hari ini.
Pekerja warga Indonesia yang cedera itu masih belum dikenal pasti, tetapi telah dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut, kata Mohamad Anwar.
Menurutnya, longkang sedalam lebih satu meter yang sedang digali oleh pekerja-pekerja asing terbabit dipercayai telah menyebabkan tembok berhampiran tidak stabil, mengakibatkannya runtuh dan menimbus kesemua mereka.
“Tembok itu menjadi tidak stabil dan runtuh menimbus mangsa,” katanya dan menambah, mangsa pertama dikeluarkan daripada timbusan tanah pada 10.20 pagi, diikuti mangsa-mangsa lain tidak lama selepas itu.
Katanya, 20 anggota pegawai bomba dan penyelamat termasuk dari Johor Baharu dikerah ke tempat kejadian.
Ketika kejadian, katanya, beberapa pekerja asing lain sedang menjalankan kerja-kerja tanah di kilang terbabit dan telah memberi bantuan menggali mangsa-mangsa yang tertimbus itu.
Kerja-kerja pembinaan infrastruktur lain di kilang yang hampir siap itu digantung buat sementara waktu, katanya. – BERNAMA
TOP
Jihad Ikut Tafsiran Sempit Undang Risiko
KUALA LUMPUR – Jihad mengikut tafsiran sempit serta tidak menepati kehendak agama, bukan hanya mengundang risiko kepada diri sendiri, malah memberi imej buruk kepada negara.
Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri Zamihan Mat Zain Al Ghari berkata penglibatan rakyat Malaysia dalam jihad yang tidak menepati erti kata sebenar, hanya akan dipandang serong oleh masyarakat antarabangsa yang melihat negara ini sebagai hab keganasan global.
“Bila perang di Afghanistan, kita pergi Afghanistan, bila perang di Iraq, rakyat kita pergi ke Iraq, jadi masyarakat antarabangsa melihat Malaysia ini sebagai hab dan pengeksport keganasan militan Islam.
“Ini sesuatu yang tidak sihat dan berbahaya kepada umat Islam di Malaysia dan pandangan dunia terhadap Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas ditemu bual dalam rancangan Ruang Bicara bertajuk ‘Cabaran Institusi Agama’ terbitan BernamaTV di sini, semalam.
Zamihan yang juga Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia, diminta mengulas penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan di Syria.
Baru-baru ini didakwa bahawa 15 rakyat Malaysia yang terbabit dalam keganasan dan aktiviti jihad dengan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), kumpulan yang berpecah dari Al-Qaeda, telah terbunuh di Syria.
Zamihan berkata penyertaan rakyat negara ini dalam aktiviti berkenaan turut memberi kesan negatif kepada keluarga yang trauma apabila dikejutkan dengan berita penglibatan anggota keluarga mereka.
“Bila identiti mereka dipaparkan dalam media, keluarga mereka akan terkejut dan sebahagiannya akan trauma, sebab sebahagian besar yang pergi berperang itu, saya yakin tidak berterus terang kepada keluarga mereka.
“Ia juga akan memberi tekanan kepada waris atau keluarga apabila media melaporkan tentang kecederaan, peperangan atau kemalangan jiwa yang berlaku ke atas anggota keluarga mereka,” katanya.
Zamihan berkata kerajaan perlu terus mengawasi pergerakan kumpulan Syiah di negara ini kerana yakin mereka mempunyai hubungan dengan kumpulan Syiah di luar negara termasuk Hizbullah di Lubnan.
“Hizbullah juga terlibat dengan perang saudara di Syria bagi membela hak-hak saudara Syiah di pihak kerajaan Bashar Al-Asad. Dan kebanyakan mereka (kumpulanSyiah) ini berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya. – BERNAMA
TOP
Polis Pantau Militan Didakwa Dari Malaysia
PUTRAJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa melakukan pemantauan terhadap anggota militan yang didakwa berasal dari Malaysia melalui pelbagai sumber maklumat dan risikan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia merupakan usaha berpanjangan PDRM bagi memastikan Malaysia tidak dianggap sebagai sarang pengganas.
“Undang-undang sedia ada dan pemantauan yang dilakukan pihak polis terhadap militan dari Malaysia adalah usaha berpanjangan sama ada melalui intipan atau maklumat dari media sosial, Aseanapol, Interpol dan maklumat risikan dari negara jiran yang kononnya menerima militan ini,” kata beliau.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Wakaf Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2014 anjuran Kementerian Dalam Negeri di sini, hari ini.
Dalam pada itu Ahmad Zahid turut menasihatkan individu yang belum terbabit dengan kumpulan militan supaya memahami erti jihad yang sebenar dan tidak mudah terpengaruh dengan kumpulan yang merekrut militan.
“Kita tahu di Indonesia perkara ini berlaku. Mereka seolah-olah ada rumpun Nusantara sama ada daripada selatan Filipina atau selatan Thailand, Malaysia dan dan Indonesia yang berada dalam satu kumpulan.
Kita harap mereka yang belum terjebak dengan apa yang dipanggil sebagai jihad harus memahami makna jihad sebenarnya. Bukan tindakan membawa maut atau dengan mengebom diri sendiri,” katanya.
Sehubungan itu katanya peranan ibu bapa, sekolah dan badan bukan kerajaan juga amat diperlukan untuk menasihati anak-anak muda yang ingin terlibat dengan kumpulan militan.
Dalam perkembangan lain Ahmad Zahid berkata orang ramai diminta melaporkan kepada pihak polis jika terjumpa individu mencurigakan atau pihak tertentu yang disyaki ingin menculik kanak-kanak seperti yang berlaku akhir-akhir ini.
“PDRM sentiasa memantau jenayah ini yang dibuat oleh pihak tertentu yang mahukan wang,” katanya sambil meminta ibu bapa mengawasi keselamatan anak-anak.
Sumber: BERNAMA
TOP
Pakcik Polis Nyanyikan Sebuah Lagu Sempena Tiada Cuti Raya
Bulan puasa dijangka tiba ahad ini, dan sebulan selepas itu kita begama Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Bagi sesetengah pekerja ada yang tidak dapat bercuti pada hari raya diatas sebab-sebab perkerjaannya. Lebih-lebih lagi bagi pegawai-pegawai keselamatan dan perubatan, mana tidaknya, penjenayah dan sakit tidak kenal akan Hari Raya.
Walaupun masih belum masuk bulan puasa, sesetengah pihak sudah mula berasa sayu apabila tahu yang mereka tidak dapat bercuti sempena hari raya nanti.
Di sini ada sebuah video nyanyian seorang pegawai polis yang lirik diubahnya mengikut emosi dan perasaan beliau. Agaknya kita boleh dengar dan rasa akan kesayuannya itu. Bagaimanapun, pandai juga dia bermain guitar ya?
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Penduduk Desak Hentikan Operasi Korek Pasir
BALING – Penduduk tiga kampung di Kuala Sedim di sini meminta kerajaan negeri Kedah membantu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi berikutan kerja-kerja mengorek pasir dan sungai berhampiran kampung mereka itu.
Penduduk Kampung Kuala Sedim, Kampung Permatang Durian dan Kampung Bukit Chong berharap agar kegiatan berkenaan dapat dihentikan kerana aktiviti mengorek pasir di tepi dan dalam Sungai Sedim, Sungai Muda dan Sungai Karangan sejak lebih setahun itu didakwa boleh menyebabkan kampung mereka tenggelam jika tidak dihentikan segera.
Mereka juga mendakwa pihak terlibat menutup laluan Sungai Karangan sejak baberapa bulan lepas dan membina jambatan merentasi Sungai Sedim untuk memunggah pasir yang dikorek dan disedut dari kawasan sungai itu di daerah Baling dan Sungai Muda di kawasan daerah Kuala Muda.
Seorang penduduk Kampung Kuala Sedim, Anwar Yahya, 46, berkata mereka bimbang kampung itu akan dilanda banjir jika berlaku hujan lebat di musim hujan kerana keadaan Sungai Sedim, Sungai Muda dan Sungai Karangan kini semakin teruk akibat kerja-kerja pengambilan pasir di darat dan sungai.
“Saya merayu kerajaan negeri dan pihak Menteri Besar bertindak segera menghentikan kegiatan mengorek pasir di kawasan berdekatan Kampung Kuala Sedim yang kini semakin parah,” katanya.
Pengerusi Jawatankuasa dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Kuala Sedim Zainal Yaakob, 61, berharap kerajaan negeri dapat mencari jalan bagi
menghentikan kerja-kerja mengeluarkan pasir darat dan sungai terlibat dengan segera.
“Saya bimbang kerana pihak pengusaha pasir tidak menghormati peraturan hingga sanggup menutup laluan air Sungai Karangan hingga menjadi kawasan daratan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kawasan terlibat hari ini.
Pemilik tanah bersebelahan dengan kawasan sungai yang telah runtuh tebingnya, Kamis Desa, 68, pula bimbang kegiatan itu akan meruntuhkan tebing tanah dan rumahnya ke dalam sungai jika tiada tindakan segera bagi menyelamatkan tanah di kawasan itu daripada dijadikan lombong pasir.
“Kami meluahkan perasaan kepada pihak media kerana pihak lain termasuk pihak Pejabat Tanah dan Daerah Baling dan Kulim langsung tidak melayan aduan kami,” katanya.
Tinjauan media ke kawasan itu mendapati longgokan pasir begitu banyak dan berpuluh-puluh lori sedang memuatkan pasir untuk dibawa ke satu lokasi di sekitar Kulim dan Seberang Perai.
Penduduk turut mengadakan bantahan aman di kawasan berkenaan dengan menyatakan bantahan bagi mendesak kegiatan itu dihentikan. – BERNAMA
TOP
Penyanyi Min Yasmin Kini Bertudung
Sempena mengambil keberkatan bulan Ramadan yang bakal menjelang sedikit masa lagi, pelantun lagu 'Jauh Di Mata', Min Yasmin membulatkan tekad dengan mengambil keputusan untuk bertudung penuh.
Min yang juga isteri kepada komposer terkenal, Julfekar mengakui keputusannya untuk berhijab tidak dipengaruhi oleh sesiapa.
"Alhamdulillah, akhirnya seru datang dengan sendirinya. Tiada sesiapa yang memaksa Min membuat keputusan ini. Sebagai hamba Allah, Min rasakan sudah sampai masanya Min berhijrah ke arah yang lebih baik. Doakan yang terbaik untuk Min," ujar Min yang ditemui oleh Media Hiburan Online.
Dalam pada itu, Julfekar meluahkan rasa gembiranya dengan jalan yang dipilih oleh isterinya;
"Saya cukup seronok melihat perubahan isteri saya. Nampak lebih manis dan ayu. Sebagai suami, saya mahu dia kekal bertudung hingga ke akhir hayat."
Tahniah Media Hiburan Online ucapkan, semoga penghijrahan ini akan kekal dan secara tidak langsung Min dan keluarga dilimpahi kebahagiaan yang berpanjangan.
Sumber: Media Hiburan Karangkraf
Sumber: Media Hiburan Karangkraf
TOP
Seorang Petani Maut Tertikam Diri Sendiri
ALOR SETAR – Seorang petani warga Thailand maut tertikam diri sendiri di rumah sewanya di Pekan Tanah Merah, Pendang, dekat sini, kelmarin.
Difahamkan, mangsa, Amporn Bunmanati, 34, baru sahaja mendiami rumah berkenaan seorang diri sejak tiga bulan lepas
Majikannya, Nazri Abdul Rahman, 50, berkata, mangsa tinggal di sini kerana mengambil upah sebagai pesawah, manakala isterinya tinggal di Padang Besar, Perlis.
“Saya mengetahui berita mengenai kejadian berkenaan selepas menerima panggilan telefon kira-kira jam 12 tengah malam daripada isteri mangsa, Jirawan, 45.
“Sebaik tiba di sana didapati mangsa tertiarap dalam keadaan berdarah atas lantai. Bagaimanapun, dia masih hidup dan bercakap dalam bahasa sukar difahami,” katanya.
Katanya, mangsa masih bernafas dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, namun meninggal lebih kurang dua jam kemudian.
Nazri berkata, dia menemui Amporn kali terakhir pada jam 6 petang, hari sama namun mangsa kelihatan seperti biasa.
“Saya pernah melihat mangsa mengambil minuman keras, namun kali ini dia mengambil dalam kuantiti banyak berbanding kebiasaannya,” katanya.
Menurutnya, dia mendapati melalui rekod panggilan, mangsa ada menghubungi isterinya kira-kira jam 7.55 petang, namun gagal.
“Namun, isterinya memaklumkan kepada saya dia menerima panggilan telefon kira-kira jam 9 malam, memberitahu mengenai kejadian itu,” katanya.
Sementara itu, isterinya ketika ditemui di Bilik Forensik, dekat sini, tidak mampu berbual dalam Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Melayu.
Bagaimanapun, mangsa dipercayai akan menjalani upacara pembakaran mayat di Watt Siam, Padang Pusing, Pendang, dekat sini.
Sumber: Sinar Online
TOP
Didie Alias selamat lahirkan bayi lelaki
KUALA LUMPUR: Artis komedi wanita, Didie Alias melahirkan cahaya mata lelaki di Pusat Pakar Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), awal pagi tadi.
Didie atau nama lengkapnya, Fadzilah Mohd Ali, 42, melahirkan bayi seberat 2.92 kilogram itu secara pembedahan pada jam 3.35 pagi.
Didie yang dihubungi BH melahirkan perasaan syukur dan terharu kerana proses kelahiran bayi sulung hasil perkahwinan keduanya dengan Norisham Ismail dipermudahkan Allah.
“Mengikut perkiraan doktor, saya dijadualkan bersalin pada 7 Julai ini, tapi apabila tanda untuk melahirkan anak muncul, suami segera membawa saya ke hospital.
“Disebabkan berdepan masalah pintu rahim yang lambat terbuka, doktor menasihatkan saya supaya menjalani pembedahan.
“Alhamdulillah, kami berdua sihat dan jika tiada sebarang masa, kemungkinan besar saya dibenarkan pulang ke rumah esok,” katanya.
Didie yang pernah dua kali menjulang trofi Artis Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) sebelum ini dikurniakan lima cahaya mata hasil perkahwinan pertama dengan aktor, Ridzuan Hashim.
Sumber - Berita Harian
TOP
Sheila Rusly Kesal Cara Kerjanya Selalu Disalah Erti
Pelakon dan produser terkenal Sheila Rusly kesal apabila cara kerjanya disalah erti oleh segelintir pihak.
Ini kerana sekiranya beliau memberikan satu-satu tawaran kepada seseorang pelakon untuk berlakon dibawah produksinya iaitu JS Pictures Sdn Bhd, pasti akan kedengaran ‘suara-suara sumbang’ yang memberikan gambaran negatif syarikat milik beliau dan suaminya, Jinggo.
Kononnya, sesiapa yang berkerja dibawa produksi beliau pasti tidak sanggup berdepan dengan cara kerja yangg dipraktikan Sheila terhadap setiap krunya. Ekoran itu, ramai pelakon dikatakan takut mahu bekerja dengan JS Pictures.
“Ada suara-suara sumbang mengatakan sesiapa yang bekerja dengan JS Picture pasti berdepan dengan dugaan, cabaran dan mereka mesti tidak tahan dengan cara kerja saya.
“Memang waktu kerja saya sangat serius. Saya bukan laser tapi tegas. Paling penting, saya mahu kru-kru saya berdisiplin,menepati masa dan kalau dia seorang pelakon, kalau datang set dia mesti dah buat homework dan dah faham wataknya yang bagaimana.
“Saya tegas sebab saya mahu pelakon-pelakon saya dapat menjiwai watak mereka dan kami dapat mengahsilkan sebuah produk yang betul-betul berkualiti untuk mana-mana stesen TV. Bayangkan kalau pihak stesen TV tidak berpuas hati dengan lakonan para pelakon saya, tentunya reputasi produksi kami sedikit terjejas. Kami perlu juga jaga hubungan kami dengan stesen TV. Tapi sekiranya lakonan para pelakon saya bagus, nama mereka juga akan disebut-sebut.
“Seperti drama kami yang terbaru, ‘Ramadan Jangan Pergi’, saya gembira kerana baru dua episod drama itu di tayangkan di TV3, ramai penonton yang beri respon positif”, kata Sheila Rusly ketika ditemui pada majlis pelancaran majlis pelancaran lima produk terbaharu terbitan JS Pictures Sdn Bhd sempena bulan Ramadan bertempat di hotel Renaissance Kuala Lumpur, semalam.
Sheila bagaimanapun mengaku, gara-gara sikapnya yang sangat tegas semasa bekerja menyebabkan timbulnya salah faham sebegitu. Namun hakikatnya, ia tidak seperti yang digambarkan oleh segelintir pihak.
“Saya rasa persepsi negatif itu timbul mungkin juga kerana sikap dan karakter saya. Saya akui, sebelum ni saya dikenali menerusi watak-watak ganas, jahat dan serius. Jadi tak dinafi bila saya bekera saya memang tegas. Saya tak kisah lah orang nak cakap apa pun tentang saya.
“Sebab, seperti yang saya katakan, kami buat drama bukan untuk simpan dalam almari untuk anak-beranak tengok. Tapi untuk tontonan ramai. Jadi kami perlu berikan satu produk yang betul-betul berkualiti.
“Kalau saya marah pun, bukan semata-mata marah. Saya mahu pelakon saya betul-betul fokus dan berikan komitmen. Bila orang ramai bagi maklum balas positif terhadap drama-drama terbitan JS Picture, penat lelah serta susah kami sekurang-kurangnya berbaloi”, katanya.
Sempena Ramadan kali ini, JS Pictures telah menerbitkan lima produk terbarunya yang akan di tayangkan di pelbagai saluran televisyen. Program-program tersebut ialah drama ‘Ramadan Jangan Pergi’, ‘Di Pintu Neraka’, ‘Ramadan Berlima’ serta dua program masakan yang tidak asing lagi iaitu ‘Ketuk-Ketuk Ramadan’ dan ‘Ketuk-Ketuk Syawal’.
Kembali Berlakon
Dalam pada itu, setelah hampir dua tahun Sheila tidak muncul menerusi lakonan, istimewanya beliau kembali menerusi drama ‘Ramadan Jangan Pergi’ dan ‘Di Pintu Neraka’. Menurut isteri kepada pengarah, Jinggo, ini beliau tidak berlakon bukan kerana merajuk. Tetapi sepanjang tempoh itu beliau sebenarnya sibuk membantu suaminya di sebalik tabir menguruskan kerja-kerja penerbitan. “Dua tahun saya senyap, tak berlakon. Sampai ada suara-suara sumbang mengatakan JS Pictures sudah tidak ada lagi ker? Sebenarnya ada. Kami sibuk siapkan lima produk untuk ramadan kali ini. Semuanya arahan Jinggo. Kami ambil masa lebih kurang setahun untuk menyiapkan semua program ini. “Saya kurang berlakon kerana saya kira elok lah saya beri peluang pada pendatang baru. Berlakon sudah jadi sebahagian darah daging saya. Saya tak akan menggatakan yang saya tidak mahu berlakon lagi. Sekembalinya saya ke dunia lakonan kali ini untuk memeriahkan lai industri ini. Sambil melepaskan rindu nak berlakon juga mengubat kerinduan para peminat saya. “Tapi jangan pula ingat saya nak pulun semua. Sebab sebelum ini ada yang kata asal produksi saya saja, muka saya juga yang berlakon. Sebenarnya ia atas permintaan stesen TV. Saya sekadar memenuhi permintaan mereka”, kata figura ini yang telah melibatkan diri dalam dunia lakonan seawal usia 15 tahun lagi. - Malaysian Digest

Warga Emas Dihalau Kerana Bau Asap Rokok
Berlin – Sebuah mahkamah memerintahkan seorang warga emas keluar dari tempat tinggal yang didiami sekurang-kurang sejak 40 tahun lalu selepas jiran mengadu tidak tahan dengan bau asap rokoknya.
Friedhelm Adolfs, 75, diberi masa sehingga hujung tahun ini untuk mengosongkan apartmen di bandar Duesseldorf selepas rayuan terhadap keputusan mahkamah sebelum ini gagal.
Menurut mahkamah daerah, merokok bukan punca seseorang penghuni diusir daripada menetap di situ.
Namun, disebabkan pesara itu membiarkan asap rokok meresap hingga ke ruang depan apartmen itu, ia menimbulkan ketidakselesaan penghuni lain.
Difahamkan, warga emas berkenaan gagal menghilangkan bau asap rokok dan membersihkan bekas abu rokoknya.
Menurut sumber, Adolfs juga pernah diberi amaran beberapa kali pada 2012, namun gagal untuk mengubah sikapnya.
“Walaupun gagal dalam rayuan sebelum ini, pesara itu dibenarkan untuk membawa kes ini ke mahkamah persekutuan,” katanya ketika ditemui.
Kes itu mendapat liputan meluas di Jerman, menjadikan Adolfs perokok tegar kedua selepas Helmut Schmidt, 95, bekas Canselor yang terkenal kerana tabiat tidak lekang daripada rokok walaupun ketika temu bual di televisyen.
Sementara itu, 16 negeri di Jerman mengharamkan pengunjung menyalakan rokok di bar dan restoran sejak Julai 2008. – AFP
TOP
Peniaga Terima Pinjaman Mikro-i Bazar Ramadan
TUARAN – Sebanyak RM2 juta pinjaman di bawah Skim Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadan diluluskan kepada 847 peniaga dan penjaja di Sabah tahun ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata, skim itu dikhususkan bagi membantu penjaja dan peniaga kecil memulakan perniagaan sepanjang bulan Ramadan ini.
“Ini adalah pinjaman yang istimewa kerana ianya diberikan tanpa faedah khas untuk peniaga yang menjual makanan pada bulan Ramadan sahaja,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan skim Mikro-i Bazar Ramadan di Dewan Persidangan Majlis Daerah Tuaran, di sini, hari ini.
Hajiji yang juga Pengerusi Majlis Perunding Penjaja negeri berkata Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sedang berusaha untuk memberi ruang kepada lebih 2,000 penjaja dan peniaga yang tidak mendapat kelulusan permohonan pinjaman itu.
“PPDNKK akan berusaha untuk menyampaikan permohonan ini kepada pihak kementerian untuk meluluskan tambahan peruntukkan dalam masa terdekat ini di Sabah” katanya.
Menerusi skim itu, peniaga diberi pinjaman berlandaskan syariah tanpa cagaran sehingga RM3,000 untuk dijadikan modal perniagaan pada bulan Ramadan dengan kadar bayaran balik dua bulan selepas pinjaman.
Beliau berkata, kerajaan negeri juga sedang mencari kawasan yang sesuai bagi menempatkan peniaga dan penjaja yang menjalankan perniagaan di tepi jalan bagi menjamin keselamatan serta menjaga kebajikan mereka selain mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Dalam perkembangan lain, Hajiji yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Sulaman berkata sistem laluan dua hala menuju ke pekan Tuaran kini dalam perancangan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama pada waktu puncak.
Beliau berkata, laluan dua hala itu akan dibina bermula daripada bulatan Berunggis menghala ke Pekan Tuaran.
“Di kawasan pekan juga, saya meminta majlis daerah supaya mencari kawasan untuk memperbanyakkan lagi tempat meletakkan kereta supaya tidak sesak terutamanya semasa tamu dan majlis keramaian,” katanya. – BERNAMA
TOP
KLIA Catat Peningkatan 12 Peratus Penumpang
SEPANG – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengendalikan 20.3 juta penumpang dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, peningkatan 12 peratus berbanding 18.2 juta penumpang yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas.
Pengarah Urusan Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB), Datuk Badlisham Ghazali berkata, Bangunan Terminal Utama-KLIA pula mencatatkan pergerakan penumpang seramai 26.7 juta antara Januari dan Mei.
“Pertumbuhan ketara dalam prestasi trafik ini disumbangkan oleh peningkatan permintaan untuk perjalanan udara, pengembangan laluan dan peningkatan kekerapan penerbangan oleh syarikat penerbangan biasa dan juga tambang rendah.
“Kami telah lama melepasi sasaran pertumbuhan yang telah ditetapkan dalam dokumen hala tuju perniagaan kami iaitu 60 juta penumpang, setiap tahun pada tahun 2014,” katanya ketika berucap pada ulang tahun ke-16 KLIA di sini hari ini.
Beliau berkata, tragedi kehilangan pesawat MH370 yang membawa 329 penumpang dan anak kapal, tidak mempunyai impak yang besar ke atas kedatangan pelancong ke negara ini disebabkan giatnya aktiviti promosi yang dibuat oleh Kementerian Pelancongan Malaysia untuk Tahun Melawat Malaysia 2014.
Katanya MAHB juga telah menyemak semula sasaran untuk merekodkan jumlah penumpang melebihi 10 juta menjelang 2020 di bawah hala tuju lima tahun perniagaannya.
Tahun lepas, MAHB merekodkan 79.6 juta penumpang bagi kesemua 39 lapangan terbang dalam negara yang merangkumi lima lapangan terbang antarabangsa, 16 domestik dan 18 landasan perlepasan pendek dan pendaratan, termasuk 47.5 juta penumpang di KLIA.
“Ini merupakan peningkatan sebanyak 19.1 peratus daripada yang didaftarkan pada 2012 untuk KLIA dan peningkatan tertinggi tahun ke tahun, sejak 2014,” katanya.
Sebanyak 63 syarikat penerbangan beroperasi dari KLIA untuk ke 100 destinasi.
Tahun lepas, KLIA menerima tujuh syarikat penerbangan baharu iaitu Malindo Air, Air France, Turkish Airlines, Philippine Airlines, Iraqi Airways, Regent Airways dan Shanghai Airlines. – BERNAMA
TOP
Polis Buru Baki Anggota Kumpulan Pengganas Sulu
TAIPING – Polis sedang memburu beberapa lagi anggota kumpulan pengganas Sulu yang terbabit dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada Februari tahun lepas.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata ia susulan tangkapan enam individu dalam operasi khas sekitar daerah Kunak di Sabah, Rabu lepas kerana disyaki menganggotai kumpulan terbabit.
“Enam orang yang kita tangkap di kawasan Kunak, Sabah itu kekal jumlahnya,walaupun ada lagi sasaran yang sedang kita buru. Saya percaya mereka (anggota kumpulan) tak akan lari ke mana dan hanya tunggu masa untuk diberkas,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya berhubung dakwaan empat daripada enam yang ditahan itu terlepas daripada tahanan, selepas majlis penganugerahan Beret 69 Komando dan Sayap Kehormat di Markas Latihan Luar, Ladang Allagar, Sungai Nyior di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Salleh Mat Rasid, Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dan Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.
Berhubung dakwaan perintah berkurung dilaksanakan di Kunak ketika ini, Khalid menafikan perkara itu.
Seorang anggota polis berpangkat koperal antara enam ditahan dalam operasi itu oleh Cawangan Khas Bukit Aman dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).
Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 124 (C) Kanun Keseksaan dan akan disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Pada Februari tahun lepas, sekumpulan pengganas bersenjata menceroboh Lahad Datu dan berlaku pertempuran yang mengorbankan nyawa 10 anggota pasukan keselamatan Malaysia, iaitu lapan polis serta dua tentera. – BERNAMA
TOP
Doa Malaikat Menjelang Ramadan Yang Disebar Hadis Palsu
Satu pesanan daripada SK, janganlah senang menelan Ilmu agama dari internet, pastikan orang yang menyampaikan ilmu itu adalah orang yang disahkan umum tentang ilmunya. Lebih-lebih lagi kita di laman sosial dan perbagai aplikasi online tentunya kita jumpa ramai ustaz-ustaz internet.
Berikut adalah satu hadis yang tidah sahih berkenaan Ramadhan yang turut tersebar di laman sosial.
Bagaimanapun, mujurlah saudara Sabri ini tidak mudah menelan dan menerima ilmu dari sumber internet dan mengesahkannya dengan UAI.
Berkongsi ilmu itu tidak salah, yang salah itu adalah ilmu (ilmu salah). Kepada para pengguna laman sosial, pastikan ilmu itu adalah benar sebelum dikongsikan bersama. - SiakapKeli.com

PATI ceroboh 15.3 hektar hutan simpan bakau di Sandakan
Gambar Hiasan
SANDAKAN: Jabatan Perhutanan Sabah menahan 13 pendatang tanpa izin (PATI) yang membuka penempatan haram di kawasan hutan simpan bakau di sekitar daerah ini dalam satu operasi bersepadu. Pengarahnya, Datuk Sam Mannan berkata pendatang terbabit diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut manakala 88 buah rumah yang didirikan secara haram dirobohkan dalam operasi tiga hari bermula 26 Mei lalu. Operasi bersepadu itu melibatkan Polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran dan Jabatan Kastam, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Kawasan hutan simpan bakau yang terlibat antaranya adalah di Sungai Saliha, Tambaha, Tandawan, Samaguan, Sekong Kecil, Inda Baru, Lansikan, Papahan, Tigowis, Lamiring dan Tambahan. Sebelum itu, katanya, jabatan telah mengeluarkan notis selama tiga hari mulai 7 April lalu mengarahkan lebih 1,400 pendatang yang mendirikan lebih 300 rumah secara haram supaya keluar dari kawasan hutan simpan itu. Ada yang mengikut arahan itu dengan merobohkan rumah terbabit sebelum keluar dari kawasan itu. Beliau berkata dalam operasi itu juga mendapati beberapa buah rumah diduduki penduduk tempatan dan mereka diberi tempoh enam bulan untuk keluar dari kawasan hutan itu. Katanya tindakan itu dilakukan mengikut Seksyen 20(1)(b)(i) Enakmen Hutan 1968 dan langkah susulan akan diambil untuk memantau kawasan berkenaan bagi memastikan pendatang tanpa izin atau orang tempatan tidak menceroboh semula. Menurutnya projek pemulihan hutan dengan aktiviti penanaman semula akan dilakukan menggunakan spesies pokok bakau yang sesuai dalam tempoh terdekat. Beliau berkata operasi sama akan diperluaskan ke daerah lain di negeri ini secara berperingkat-peringkat. Sumber - Bernama

Jangan Sebar Berita Palsu Budak Diculik
BALIK PULAU – Polis memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyebarkan berita palsu daripada laman sosial facebook dan aplikasi WhatsApp serta khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa seorang budak perempuan diculik untuk diambil organ dalamannya di daerah Barat Daya, di sini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin berkata tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu itu telah menggempar dan menakutkan penduduk di daerah berkenaan.
“Saya sebagai Ketua Polis Daerah menafikan sekeras-kerasnya mengenai kejadian culik budak perempuan untuk diambil organ dalamannya seperti yang tersebar di facebook, WhatsApp dan SMS sekarang ini.
Malah saya juga ingin mengesahkan sehingga hari ini tiada kejadian atau insiden seperti didakwa itu di Barat Daya. Berita itu adalah palsu dan rekaan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau juga menyeru kepada semua orang dan pemilik akaun facebook dan WhatsApp supaya tidak mudah percaya dengan khabar angin serta berita palsu seperti itu. – BERNAMA
TOP
Anda Ketagih Selfie? Tonton Video Ini.
KUALA LUMPUR: Trend popular ‘selfie’ masih belum surut dan kini, ia dikaitkan pula dengan masalah mental dan kemungkinan kehilangan keyakinan diri.
Selfie yang popular di kalangan generasi muda dikatakan boleh menyebabkan ketagihan selain memberi impak negatif kepada individu tersebut.
Budaya yang mula popular sejak kira-kira setahun lalu ini bukan sahaja mendapat perhatian anak-anak muda, malah golongan dewasa dan artis.
Sebagai contoh di Malaysia, artis popular negara tidak kurang memuat naik gambar selfie mereka ke lama sosial seperti Instagram, Facebook dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, ketagihan selfie ada kesan sampingannya.
Jabatan Kesihatan Mental Thailand memberi peringatan kepada generasi muda yang obses dengan trend popular ‘selfie’ bahawa ia boleh menyebabkan mereka hilang keyakinan selain menyebabkan ketagihan yang boleh membawa kepada impak negatif terhadap kehidupan dan pekerjaan mereka.
Budaya selfie ini semakin popular di kalangan pengguna internet, terutama remaja dan kumpulan pelajar, dimana mereka memuat naik gambar-gambar mereka ke laman media sosial bagi mendapatkan perhatian, kata Timbalan Ketua Pengarah, Panpimol Wipulakorn dalam satu kenyataan pada Ahad.
Menurut beliau, sikap ini boleh menyebabkan masalah mental pada masa hadapan terutama sekali berkaitan keyakinan diri dimana ini boleh menyebabkan kesan negatif terhadap kehidupan seharian seseorang, karier dan juga pembangunan negara.
“Memberi terlalu banyak perhatian kepada selfie sendiri dengan terus memeriksa komen yang diberikan kepada mereka dengan harapan mendapat jumlah ‘like’ paling banyak merupakan satu petanda bahawa selfie boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah buat mereka, termasuk kemungkinan untuk hilang keyakinan,” tambah Dr Panpimol.
Thailand mempunyai kira-kira 19 juta pengguna Facebook dan 800,000 pengguna Instagram, menurut satu kajian oleh Agensi Pembangunan Transaksi Elektronik (ETDA), sebuah organisasi awam.
Pakar kesihatan mental itu memetik kata-kata seorang pakar psikiatri Amerika yang berkata, selfie boleh menyebabkan seseorang hilang atau kurang keyakinan diri. Beliau menambah pegawai kesihatan awam di United Kingdom mengumumkan ketagihan terhadap media sosial seperti Facebook dan Twitter merupakan satu jenis penyakit dan lebih daripada 100 pesakit mendapatkan rawatan setiap tahun.
Menurutnya, keyakinan diri adalah penting kerana ia membolehkan seseorang itu merasa berpuas hati, gembira, berupaya menerima kebenaran dan bukan untuk mencari cinta atau perhatian daripada orang ramai.
Mereka yang kehilangan keyakinan akan merasa gementar, teragak-agak dan tidak gembira dengan kehidupan sendiri. Hidup dalam keadaan ini untuk satu jangka masa yang lama boleh menyebabkan gangguan mental dan emosi seperti paranoia, cemburu, penumpuan kepada perkara yang remeh serta kemurungan. “Jika belia warga Thai mula hilang keyakinan, ini bermakna mereka tidak akan mahu untuk mencuba perkara baru dalam kehidupan mereka dan mereka hanya akan mengikut atau meniru orang lain, dan ini akan menyebakan kesukaran bagi mereka untuk memajukan diri sendiri. “Ini akan memberi kesan terhadap negara pada masa hadapan memandangkan bilangan generasi baru semakin mengecil. Ia akan menghalang kreativiti dan inovasi negara,” kata Dr Panpimol. Bagi memberhentikan ketagihan selfie, mereka perlu memberi perhatian kepada orang ramai dan perkara di sekeliling mereka selain meluangkan masa bersama ahli keluarga serta rakan-rakan dengan bersenam, menonton filem atau bercuti. Dr Panpimol menggesa pengguna internet untuk menerima perbezaan dan pendapat orang lain setaraf dengan mereka, selain berusaha untuk mengurangkan mengambil selfie terlalu kerap.

Lelaki China Tempah 4 Panggung Imax Bukti dia Tidak Pokai kepada Bekas Kekasih
BEIJING: Seorang jejaka warga China yang pernah ditinggalkan kekasihnya kerana tidak memiliki wang telah membelanjakan AS$40,000 membuat tempahan empat pawagam IMAX di sini untuk tayangan perdana filem terbaru "Transformers" pada Jumaat sebagai bukti yang dia tidak lagi pokai.
"Ketika kami di tahun empat kolej pada 2007 saya tidak mempunyai wang untuk membeli dua tiket wayang pun," ujar Hu Xiaoyun dalam laman Twitter China, Sina Weibo.
Dan Xiaoyun berkata, pada hari kekasihanya meninggalkan Beijing, dia telah memberi komen yang Xiaoyun akan berada dalam keadaan yang sama sampai bila-bila.
"Sejak itu saya telah bekerja keras dan hari ini saya telah membelanjakan separuh daripada pendapatan bulanan saya untuk membuat tempahan ke atas empat panggung IMAX sebagai bukti, keputusan yang dibuat oleh bekas kekasih saya tujuh tahun lalu adalah satu kesilapan besar," katanya lagi.
Sebagai bukti, Xiaoyun turut memuat naikkan salinan resit tempahan kesemua panggung tersebut yang berjumlah 250,000 yuan atau $40,000.
Xiaoyun juga telah meminta bantuan para pengguna internet supaya menyebarkan mesej yang ingin disampaikan kepada bekas kekasihnya itu dan menjanjikan tiket percuma kepada mereka.
Mesejnya itu telah dihantar sebanyak 110,000 kali menjelang Jumaat.
Sebelum ini, filem-filem "Transformers" mencapai tahap pecah panggung di China dan tayangan tengah malam filem keempat "Age of Extinction" berjaya mencecah jualan tiket sehingga 40 juta yuan.
Sumber: mStar online
TOP
Lagi kes OKU, Kali ini dikurung 10 tahun
TUMPAT: Baru selesai kes adik Muhammad Firdaus Dullah, 15, kali ini seorang wanita OKU juga telah diselamatkan oleh anggota polis bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setelah dikurung bawah kurang selama 10 tahun.
Menurut laporan myMetro, setelah mendapat aduan daripada penduduk setempat, serbuan itu dilakukan pada jam 3.30 petang.
Tiada beza dengan kes sebelum ini, dalam sebuat tersebut juga didapati wanita ini kurus kering serta tidak terurus dalam bilik konkrit bawah rumah.
"Keluarga mangsa akan dipanggil untuk diambil keterangan", kata Ketua Polis Daerah Superintendan Zaharuddin Rasip.
Menurut maklumat, mangsa adalah di bawah jagaan abangnya kerana kedua ibu dan bapa mereka sudah meninggal dunia. - SiakapKeli.com
TOP
Hukuman buat Suarez kerana Mengigit Pemain
Luis Suarez
Rio De Janeiro: Penyerang Uruguay, Luis Suarez jelas terpaksa membayar harga mahal di sebalik tindakan bodohnya menggigit bahu pertahanan Itali, Giorgio Chiellin apabila digantung sembilan perlawanan berkuat kuasa serta merta oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), semalam. Penyerang kontroversi itu juga digantung daripada terbabit dan menyertai sebarang aktiviti bola sepak selama empat bulan dan dikenakan denda AS$111,000 (RM355,000). Malah tindakan itu bermakna Uruguay terpaksa melupakan khidmatnya apabila beraksi menentang Colombia dalam pusingan kalah mati, awal pagi Ahad ini. “Tindakan seperti itu tidak boleh diterima di mana-mana perlawanan bola sepak, terutama di Piala Dunia FIFA, ketika jutaan peminat sedang menyaksikan bintang mereka beraksi di atas padang. “Dalam menilai kes ini, jawatankuasa tatatertib FIFA sudah mengambil kira pelbagai faktor dan tahap kesalahan yang dilakukan oleh Suarez berdasarkan kod yang diperuntukkan. Sumber: BH Online

Lola didakwa abai anak OKU
Lolanopita Sadi
Seremban: Ibu remaja kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini atas dua kesalahan iaitu sengaja mengabaikan anaknya itu sejak Januari lalu hingga minggu lalu dan membiarkannya tanpa pengawasan. Lolanopita Sadi, 40, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di rumah mereka di Blok 15-5-9 Flat Semarak, Nilai, dekat sini. Bagi pertuduhan pertama, pekerja pembantu penyajian di sebuah syarikat katering di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu dengan sengaja mengabaikan anaknya itu dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi di rumah mereka antara Januari lalu hingga jam 2.30 pagi, 21 Jun lalu. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda hingga RM20,000 atau penjara 10 tahun penjara atau kedua-duanya. Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa membiarkan anaknya itu tanpa pengawasan yang berpatutan pada 21 Jun lalu, kira-kira jam 2.30 pagi. Oleh itu, dia didakwa melakukan kesalahan Seksyen 33(c) Akta sama, sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM5,000 atau dipenjara sehingga dua tahun atau keduanya sekali. Pendakwaaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Terrirudin Mohd Salleh manakala tertuduh diwakili Peguam Hanif Hassan. Sehubungan itu, Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh, menetapkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin manakala sebutan kes pada 24 Julai depan. Sumber - myMetro

Barang kawalan 17 hari
HASAN (kanan) menunjukkan harga barang kawalan.
Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) semalam, mengumumkan harga maksimum borong dan runcit bagi 18 barang yang dikawal harga sempena Ramadan dan menjelang Aidilfitri. Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, harga mengikut Skim Kawalan Harga Musim Perayaan itu ditetapkan selama 17 hari bermula 20 Julai hingga 5 Ogos depan membabitkan 89 daerah di Semenanjung, 32 daerah di Sarawak, 27 daerah di Sabah dan satu daerah di Wilayah Persekutuan. Katanya, kawalan itu membabitkan ayam hidup (RM5.80 sekilogram), standard (RM7) dan super (RM7.70); daging lembu tempatan (RM24) dan daging kerbau import (RM13); telur ayam Gred A (RM0.34 sebiji), B (RM0.33) dan C (RM0.32), cili merah (RM9), tomato (RM3.50), kelapa biji (RM1.50 sebiji) dan parut (RM6 sekilogram), bawah merah kecil (RM4), bawang besar import (RM1.50), bawang putih (RM4) dan ubi kentang (RM2) yang diimport dari China dan ikan kembung termasuk ikan mabung (RM10). “Terdapat penurunan beberapa barang kawalan dalam skim tahun ini iaitu harga maksimum runcit cili merah ditetapkan RM11 sekilogram berbanding RM14 tahun lalu berikutan bekalan yang mencukupi di samping harga stabil di pasaran semasa. “Harga maksimum runcit pula seperti ayam hidup, standard dan super; daging kerbau import; telur ayam Gred A, B dan C, tomato, kelapa biji dan parut, bawah merah kecil, bawang besar import, bawang putih dan ubi kentang yang diimport dari China dan ikan kembung termasuk ikan mabung (berat antara tujuh ekor hingga 10 ekor sekilogram) dikekalkan di Semenanjung mengikut harga tahun lalu,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan KPDNKK di Sasana Kijang Bank Negara, dekat sini, semalam. Katanya, daging lembu tempatan pula ditentukan lebih tinggi iaitu RM24 sekilogram (borong) dan RM26 (runcit) sedikit atas faktor pasaran lembu hidup mengalami kenaikan harga akibat kesan peningkatan permintaan lembu hidup oleh beberapa negara, kenaikan kos pengeluaran dan pengangkutan serta kekurangan bekalan dari negara pengeluar seperti Australia dan Thailand akibat perubatan cuaca. “Ini antara usaha kita supaya pengguna dapat membeli barangan musim perayaan pada harga berpatutan, selain langkah kerajaan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat terutama ketika menyambut perayaan,” katanya, semalam. Hasan berkata, peniaga diwajibkan menjual semua barangan harga terkawal itu tidak melebihi harga maksimum ditetapkan kerajaan dan wajib meletakkan tanda harga khas merah jambu. Beliau turut memberi jaminan barangan terkawal lain seperti minyak masak, gula dan tepung, mencukupi menjelang Aidilfitri tahun ini. “Kita menetapkan harga maksimum ini berdasarkan maklumat dari pemantauan harga di seluruh negara sejak Februari hingga Jun ini dan juga pungutan harga yang ditetapkan secara mingguan oleh KPDNKK. “Selain itu, pendapat dan pandangan daripada pelbagai agensi kerajaan berkaitan iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Jabatan Pertanian Malaysia, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Jabatan Perikanan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan perbincangan dengan pengeluar, pengimport, pembekal serta pemborong,” katanya. Hasan berkata, bagi mengelakkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga pada musim perayaan itu, seramai 1,800 pegawai penguat kuasa KPDNKK dan 800 pemantau harga akan memantau harga barangan terkawal di seluruh negara. “Pemantauan dilakukan 24 jam sepanjang tempoh penguatkuasaan skim harga barang kawalan itu. Kami juga minta pengguna membuat aduan sekiranya berlaku kenaikan harga barang pada musim perayaan itu nanti,” katanya. Beliau berkata, sekiranya ada dalam kalangan peniaga yang ingkar dengan harga ditetapkan itu, mereka boleh didakwa di mahkamah mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. “Jabatan Peguam Negara memaklumkan peniaga yang menaikkan harga barang kawalan sesuka hati tidak lagi dikenakan kompaun sebaliknya didakwa di mahkamah,” katanya. Sumber - myMetro

Kisah Saiful undang simpati
WAKIL Jabatan Kerja Sosial Hospital Raja Perempuan Zainab II
menyampaikan sumbangan kepada Saiful.
Rantau Panjang: Kisah remaja orang kurang upaya (OKU) di Kampung Kuin Merah, di sini, yang kakinya terpaksa dirantai sejak empat tahun lalu, menarik perhatian ramai pihak untuk menghulurkan bantuan. Kakaknya, Rohani Abdul Rahman, 30, yang gembira dengan perhatian orang ramai terhadap keadaan adiknya, Muhamad Saiful Riduan, 19, berkata sejak kisah adiknya itu tersiar di akhbar, pelbagai pihak tampil mahu membantu Muhamad Saiful. Rabu lalu, Harian Metro menyiarkan kisah Muhamad Saiful yang mengalami masalah sindrom Down, terpaksa dirantai keluarga bagi mengelak dia merayau serta membahayakan nyawa sendiri. Dia sudah beberapa kali keluar dari semak di tepi jalan sebaik melihat lori atau treler di jalan raya sebelum merebahkan dirinya di atas jalan. Rohani berkata, mereka dikunjungi wakil Jabatan Kerja Sosial Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi mendapatkan persetujuannya untuk membenarkan Muhamad Saiful Riduan dihantar ke sekolah khas di Johor. Katanya, dia akan mempertimbangkan tawaran berkenaan, namun berat hati untuk melepaskan adiknya itu. “Saya masih dalam dilema untuk melepaskan dia tinggal berjauhan daripada kami sekeluarga kerana selama ini tidak pernah berpisah. “Berat hati melepaskannya, namun saya tidak boleh mengetepikan haknya mendapatkan pendidikan, sekurang-kurangnya membolehkan dia mengurus diri sendiri. “Pihak hospital memberitahu adik bukan pesakit mental, tetapi terencat akal sejak kecil dan rawatan khas sememangnya disediakan bagi membantu pesakit seperti dia“ katanya. Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pasir Mas Hulwati Mohamad berkata, pihaknya bersetuju memberikan kad OKU kepada remaja terbabit selain bantuan bulanan RM150. “Sebagai pemegang status OKU dan ketidakupayaan melakukan kerja, remaja itu layak menerima bantuan RM150 daripada JKM yang akan disalurkan segera,” katanya. Sumber - myMetro

Tanggung hingga dewasa
Petaling Jaya: Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) akan membuka akaun Tabung Haji (TH) kepada remaja kelainan upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, untuk memudahkan urusan keperluan dan perbelanjaan remaja malang berkenaan hingga dewasa.
Isteri Perdana Menteri yang juga Yang Dipertua BAKTI Datin Seri Rosmah Mansor berkata, proses pembukaan akaun itu akan diuruskan Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Rahim.
“Semua wang yang diterima Muhammad Firdaus akan dimasukkan ke dalam TH untuk kegunaannya sehingga dewasa.
“Bagaimanapun, buku itu akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang akan menguruskan semua perbelanjaan yang diperlukan remaja itu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pembungkusan dan Penyerahan Sumbangan Hari Raya di Bangunan BAKTI Tun Hasmah di sini, semalam.
Hadir sama, Naib Yang Dipertua Puan Seri Noorainee Abdul Rahman dan Ahli Kehormat BAKTI Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Menurutnya, BAKTI juga akan melawat Muhammad Firdaus yang kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), Negeri Sembilan, Isnin ini.
Rosmah yang bersimpati dengan penderitaan Muhammad Firdaus turut melahirkan rasa sedih dan menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak OKU merujuk kepada JKM bagi mendapatkan bantuan sewajarnya.
Sumber - myMetro
TOP
Rezeki 43,000 penoreh tiada kebun
Gambar Hiasan
Batu Pahat: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bantuan RM500 seorang kepada 43,000 penoreh getah tidak memiliki kebun sendiri. Bantuan wang tunai berkenaan mula dibayar kepada penoreh getah berkenaan pada Ramadan nanti. Menurutnya, seramai 231,000 pekebun kecil juga akan menerima bantuan itu pada tempoh yang sama. “Memandangkan harga getah berada di paras yang rendah, Kabinet membuat keputusan memberi sumbangan ‘one-off’ kepada penoreh getah tidak memiliki kebun yang mula dibayar bermula Ramadan ini. “Bantuan ini akan disampaikan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW),” katanya. Beliau berkata demikian ketika hadir ke majlis Penyampaian Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2013 di Kampung Parit Haji Ali, Mukim 8 Sri Gading di sini, semalam. Hadir sama, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Menurut Najib, bantuan itu membuktikan Kerajaan Persekutuan sentiasa prihatin pada golongan yang memerlukan bantuan terutama masyarakat di luar bandar. Sementara itu, Najib berkata Anugerah Desa Cemerlang akan dikenali sebagai Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia dengan memperkenalkan empat kategori baru bermula pada tahun ini. “Tahun ini empat kategori dipertandingkan iaitu Kampung Tradisional, Kampung Baru Cina, Kampung Orang Asli dan Rumah Panjang. “Pertandingan ini diperkenalkan bagi mewujudkan persekitaran persaingan yang sihat untuk memajukan kampung berdasarkan kemampuan dan acuan masing-masing,” katanya. Sumber - myMetro

Mahu Zizan kemuka bukti
DARI kiri, Sashalyna, Marina dan Harjit Singh dalam sidang akhbar, semalam.
Subang Jaya: Rakan kongsi Zizan Razak meminta pelakon dan pelawak terkenal itu mengemukakan bukti menunjukkan dia menyeleweng wang syarikat mereka, Wire Fame Entertainment Sdn Bhd (WFE) seperti yang didakwa. Marina Juki yang juga Pengarah Urusan WFE berkata, Zizan menuduhnya menyalahgunakan wang syarikat hingga membuatkan pelawak itu membekukan akaun syarikat sejak awal Jun lalu. “Jika benar ia berlaku, saya minta Zizan kemukakan bukti dan berjumpa saya serta juruaudit syarikat untuk membincangkan hal ini,” katanya dalam sidang media di sini, semalam. Hadir sama dalam sidang media berkenaan juruaudit syarikat, Azlan Karim; peguam WFE, Sashalyna Abdul Latif serta peguam Marina, Harjit Singh Sandhu dan Wan Norliyana. Dalam pada itu, Azlan turut menjelaskan setakat ini tiada berlaku sebarang penyalahgunaan wang dalam syarikat itu. Katanya, setakat ini, usaha mereka untuk bersemuka dengan Zizan gagal. “Pertemuan dengan Zizan adalah penting bagi berbincang secara baik dan bekerjasama bagi menyediakan laporan audit yang akan dikeluarkan,” katanya. Terdahulu, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak dikatakan tidak berhubungan dengan Marina yang juga pengurusnya gara-gara masalah peribadi membuatkan WFE yang ditubuhkan bersama akan dibubarkan. Masalah itu berlarutan sehingga Marina yang memegang saham 30 peratus dituduh menyeleweng wang syarikat terbabit dan Zizan yang memegang saham terbesar 70 peratus menyekat akaun bank syarikat membuatkan dia sukar menjelaskan pembayaran kepada artis naungan syarikat seperti Johan As’ari dan Kaka Azraf. Sumber - myMetro

Pelajar pondok pikul senjata
RAKAMAN yang dimuat naik di YouTube.
Kuala Lumpur: Sekumpulan rakyat Malaysia yang didakwa menyertai peperangan saudara di Syria bersama Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) seperti disiarkan dalam satu video di YouTube kelmarin dipercayai pernah mendapat pendidikan di beberapa sekolah pondok di utara tanah air.
Sumber Bukit Aman berkata, kumpulan terbabit dipercayai terdiri daripada pelajar sekolah pondok yang berpusat di Kedah.
“Mereka masuk ke Syria dari negara ketiga. Contohnya, mereka masuk ke negara berkenaan (Syria) melalui Jordan ataupun Turki sebelum menyertai kumpulan ISIL yang kononnya untuk berjihad kerana mengejar syahid,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya bimbang kerana rakyat Malaysia berkenaan dipergunakan selepas terpengaruh dengan dakyah ‘jihad’.
Katanya, mereka sepatutnya lebih waspada sebelum menyertai mana-mana kumpulan pejuang kerana bimbang kumpulan terbabit bukannya memperjuangkan keadilan seperti didakwa sebaliknya digunakan pihak tertentu untuk agenda tersembunyi.
Sumber - myMetro
TOP
Wakil Asia kecundang
Sao Paulo (Brazil): Harapan terakhir benua Asia untuk memiliki wakil di peringkat kedua Piala Dunia hampa apabila Korea Selatan kecundang 1-0 kepada Belgium dalam saingan Kumpulan H di Arena de Sao Paulo, awal pagi ini.
Lebih mengecewakan, kejohanan dunia kali ini adalah prestasi terburuk wakil Asia -Korea Selatan, Iran, Jepun dan Australia sejak Piala Dunia 1990 kerana tidak mencatat sebarang kemenangan.
Jurulatih Belgium Marc Wilmots melakukan tujuh pertukaran daripada kesebelasan utama yang menundukkan Rusia sebelum ini dan mendominasi perlawanan pada babak pertama sehinggalah pemain tengah, Steven Defour dilayangkan kad merah kerana mengasari Kim Shin-wook.
Korea Selatan yang memerlukan kemenangan untuk menghidupkan peluang ke pusingan kedua mula mendapat rentak pada babak kedua dan menghasilkan beberapa percubaan berbahaya menerusi gandingan Son Heung-Min dan Kim Young-Gwon.
Namun, harapan Taeguk Warriors untuk menjadi satu-satunya wakil Asia di pusingan kedua musnah apabila Jan Vertonghen menjaringkan gol selepas rembatan Divock Origi ditampan penjaga gol Kim Seung-gyu.
Belgium menjuarai Kumpulan H dengan sembilan mata dan akan menentang Amerika Syarikat di Arena Fonte Nova, Salvador, 2 Julai depan.
Sumber - myMetro
No comments:
Post a Comment