TOP
Bekas Pegawai KPWKM Didakwa Minta Suapan
SHAH ALAM – Seorang bekas pegawai di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan meminta suapan bagi projek kemasyarakatan bernilai RM18 juta.
Hazmi Samsudin, 39, yang bertugas di unit Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) kementerian berkenaan ketika kejadian, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.
Dia didakwa meminta suapan bagi projek kemasyarakatan 1Azam bagi menaik taraf dan membaik pulih balai raya, dewan masyarakat, surau dan masjid membabitkan 10 peratus daripada nilai keseluruhan projek hampir RM18 juta daripada seorang individu bernama Zainal Arifin Lahuri.
Ia sebagai dorongan untuk mendapatkan persetujuan ketua setiausaha KPWKM melantik kontraktor Kelas F tempatan untuk melaksanakan projek itu.
Hazmi didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan PH 2, Putra Heights, Sungai Merab Luar, Bandar Baru Bangi, Hulu Langat, Selangor, pada hujung 2010.
Pada 20 Jun lepas, Hazmi mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas kesalahan memperoleh suapan membabitkan enam projek kerajaan dengan nilai keseluruhan berjumlah hampir RM600,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Dia didakwa menerima sogokan antara RM98,455 hingga RM99,640.
Hakim Datuk Noradidah Ahmad memerintahkan agar kes terbaharu yang dihadapi tertuduh dipindahkan ke Mahkmah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama dengan kes pertamanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairul Anuar Wahab, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Baharuddin Ahmad Kassim.
Sumber: BERNAMA
TOP
Bekas Pembantu Tadbir Didakwa Pecah Amanah
MELAKA – Seorang bekas pembantu tadbir sebuah syarikat bekalan air hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas satu tuduhan pecah amanah melibatkan wang tunai RM 165,863 milik majikannya, Januari lepas.
Zanariah Ja’abar, 29, didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Syarikat Air Melaka Berhad, Kampung Gelam, Tanjung Keling di sini antara 2 hingga 21 Januari lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Sementara itu dalam mahkamah yang sama seorang kontraktor paip Zulhadi Taib, 36, didakwa bersubahat denagan kekasihnya Zanariah melakukan kesalahan pecah amanah itu.
Zulhadi mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan.
Majistret Syajaratudur Abd Rahman membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Julai ini untuk
sebutan semula kes.
Pendakwaan bagi kedua-dua kes itu dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Nizam manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Sumber: BERNAMA
TOP
MH370: Pampasan Akhir Selepas Isu Selesai
KUALA LUMPUR – Kerajaan komited untuk menyelesaikan isu pampasan bagi keluarga anak kapal dan penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH370, namun keutamaan diberikan kepada usaha mencari pesawat yang masih hilang itu, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi.
Beliau berkata pampasan akhir akan diberikan selepas isu berkaitan pesawat selesai.
“MAS dan kerajaan telah membuat ketetapan untuk memberi US$50,000 sebagai bantuan permulaan. Sehingga ada keputusan muktamad dan pesawat ditemui, barulah ada perkiraan akhir,” katanya.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Dr Johari Mat yang ingin tahu status terkini pembelaan terhadap waris mereka yang berada dalam pesawat.
Aziz menjelaskan adalah menjadi tanggungjawab dan komitmen kerajaan dalam menyelesaikan isu pampasan dan sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dengan segera.
Tujuh waris penumpang pesawat dilaporkan telah menerima bayaran pendahuluan pampasan US$50,000 seorang melalui insurans syarikat penerbangan.
Pada 8 Mac lalu, pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam menuju Beijing.
Usaha mencari pesawat dilakukan di selatan Lautan Hindi.
Sumber: BERNAMA
TOP
Bunuh: ‘Tuhan Harun’ & 5 Pengikut Dibicara Serentak
KUANTAN – Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan perbicaraan serentak kes bunuh Ketua Penolong Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Raffli Abd Malek membabitkan ketua ajaran sesat ‘Tuhan Harun’, Harun Mat Saat dan lima pengikutnya bermula Oktober.
Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman membuat keputusan itu selepas permohonan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Khamizah Salleh.
Hakim Ab Karim menetapkan tarikh perbicaraan kes itu pada 27 hingga 31 Okt.
Harun, 48, bersama isteri ketiganya, Azida Mohd Zol, 31; pemandu Harun, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 38; dan tiga lagi pengikutnya, Jefferi Safar, 37, Sumustapha Suradi, 39; Shamsinar Abdul Halim, 37, dan seorang lagi yang masih bebas, dituduh melakukan konspirasi jenayah dengan bersetuju antara mereka dengan niat membunuh Ahmad Raffli pada 10 Nov tahun lepas.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di rumah mangsa di Nombor 7, Lorong IM 2/29, Bandar Indera Mahkota di sini kira-kira pukul 1.50 tengah hari, 10 Nov 2013.
Sumustapha, Shamsinar dan seorang lagi yang masih bebas juga dituduh membunuh Ahmad Raffli pada tempat, tarikh dan masa yang sama.
Kesemua tertuduh yang diwakili peguam Hermes Media Putra Ibrahim berdepan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.
Sumber: BERNAMA
TOP
Kesatuan Pekerja KTMB Piket Bantah SPAD
Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPTMB) menyifatkan pendirian Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengekalkan penutupan landasan Gua Musang-Gemas pada 27 Jun ini sebagai tindakan zalim kepada pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) termasuk rakyat di Pantai Timur.
Presiden KPPTMB, Abdul Razak Md Hassan berkata arahan penutupan tersebut akan memberikan tekanan kepada 300 pekerja yang kemungkinan dipaksa untuk tidak bekerja atau dipindahkan ke depot lain.
Katanya, keengganan SPAD untuk mempertimbangkan saranan merekamenyebabkan kesatuan itu secara tidak langsung merasakan suruhanjaya itu gagal dalam melaksanakan peranannya.
"Kesatuan melahirkan dukacita yang teramat sangat dengan keegoan SPAD yang masih mengekalkan arahan berkenaan.
"Ia bukan sahaja menjejaskan lebih 300 pekerja termasuk ratusan ribuan penumpang kereta api yang menjadikan ia sebagai pengangkutan utama dalam kehidupan seharian seperti ke pejabat, sekolah selain daripada sambutan Aidilfitri tidak lama lagi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata arahan penutupan itu bakal mengurangkan pulangan pendapatan kepada KTMB iaitu sekurang-kurangnya RM100,000 sehari.
Akhbar Berita Harian hari ini melaporkan, SPAD berkata tetap akan menutup landasan tersebut atas faktor keselamatan bagi memberi laluan kepada kerja membaikpulih.
Menurut akhbar itu, keputusan itu dicapai selepas lawatan kerja sehari semalam membabitkan kedua-dua agensi untuk melihat tahap keselamatan di 11 lokasi kritikal landasan berkenaan.
Mengulas mengenai perkara itu, Abdul Razak berkata meskipun kesatuan akur dengan aspek keselamatan sepertimana yang dikatakan SPAD, mereka tetap mempersoalkan kewajaran tindakan itu dilakukan pada masa ini.
"Kenapa baru sekarang nak ambil tindakan, kita menyedari kegilinciran tren pernah berlaku pada 2012 kenapa tidak dibaikpulih ketika itu?
"Dan kenapa Presiden KTMB Datuk Elias Kadir tidak menangani keadaan itu seawal pengambilalihannya. Perkara kerosakan landasan bukan perkara baru malah berlaku pada zaman 80an, 90an dan 2000," katanya.
Beliau berkata tindakan SPAD adalah tidak wajar kerana alternatif operasi tren Gua Musang boleh dijalankan secara operasi.
"Kesatuan mengambil pendirian ia tidak boleh ditutup sepenuhnya sebaliknya dicadangkan membuat sistem operasi tren atau line block dan pada lokasi tertentu diletak peringatan (caution) dan membenarkan jajaran tren bergerak secara perlahan atau (dead slow)," katanya.
Jesteru itu dalam menyatakan bantahan mengenai isu tersebut kesatuan juga bertindak akan mengadakan piket pada Khamis ini dihadapan ibu pejabat SPAD.
Antara lain kesatuan itu juga turut menggesa tanggungjawab sepenuhnya diletakkan kepada presiden KTMB.
"Beliau yang menjadikan punca masalah kegagalan membaiki landasan di sektor berkenaan secara berperingkat menyebabkan SPAD bertindak mengarahkan penutupan.
"Kesatuan juga mahu kuasa yang ada pada SPAD dikembalikan semula kepada kementerian pengangkutan yang dilihat lebih berwibawa menangani KTMB," katanya.
Kerajaan baru-baru ini meluluskan peruntukkan RM400 juta untuk menaiktaraf laluan Gemas-Gua Musang melibatkan laluan sepanjang 322km.
Pada 2013 sekurang-kurangnya seramai RM500,000 penumpang kereta api menggunakan laluan berkenaan termasuk ketika musim perayaan. – 23 Jun, 2014.
Sumber: The Malaysian Insider
TOP
Edar Dadah: Pekerja Kilang Terlepas Tali Gantung
ALOR SETAR – Seorang pekerja kilang terselamat daripada tali gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini melepaskan dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar 2,702.3 gram methamphetamine dua tahun lalu.
Margaret Charles, 28, berasal dari Kuching, Sarawak dituduh melakukan kesalahan itu di Unit Bas/Jalan Kaki, Lorong Pemeriksaan Bas, Kompleks Imigresen, Bukit Kayu Hitam pukul 12.10 tengah hari pada 29 Mei 2012.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab dalam penghakimannya berkata mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal mengemukakan bukti bahawa tertuduh mempunyai kawalan dan pemilikan terhadap sebuah beg yang berisi dadah.
“Tertuduh telah membuat pembelaaan dengan keterangan bersumpah. Dalam keterangannya tertuduh berkata sebuah beg telah diletakkan di atas scanner oleh seorang lelaki Afrika yang baru dikenalinya di Bangkok.
“Saksi pendakwaan mengaku ada kamera litar tertutup (CCTV) di kompleks berkenaan,” katanya.
Mohd Zaki berkata bagaimanapun pendakwaan gagal mengemukakan rakaman CCTV Kompleks Imigresen, Bukit Kayu Hitam itu.
“Dalam kes ini selepas dipertimbangkan, pihak pendakwaan gagal membuktikan intipati pertuduhan, terdapat keraguan sama ada beg itu berada dalam kawalan tertuduh atau diketahui sama ada terdapat dadah atau tidak,” katanya.
Margaret didakwa mengikut Seksyen 39 B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kastam Diraja Malaysia, Mohd Khairuddin Idris dan tertuduh diwakili peguam Datuk Naran Singh.
Sumber: BERNAMA
TOP
Perbetul Situasi Kaya Semakin Kaya, Miskin Semakin Miskin
MELAKA – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bakal memperbetulkan situasi ‘yang kaya semakin kaya dan miskin semakin miskin’ di negara ini.
Beliau berkata sistem cukai jualan dan perkhidmatan pada masa ini mempunyai ruang untuk dimanipulasi sesetengah pihak sehingga merugikan negara dan rakyat.
“Melalui GST ini, tidak ada ruang bagi kumpulan yang lazimnya mengelak membayar cukai dan seterusnya mengangkat orang miskin yang perlu dibela,” katanya pada persidangan kedua Dewan Undangan Negeri Melaka ke-13 di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Tey Kok Kiew (DAP-Banda Hilir) mengenai jurang antara rakyat miskin dan kaya yang perlu dipertimbangkan kerajaan terlebih dahulu sebelum perlaksanaan GST.
Idris berkata jurang perbezaan antara rakyat miskin dan kaya di negara ini semakin rapat sekaligus membolehkan GST dilaksanakan pada 1 April 2015.
“Melaka merupakan contoh antara negeri yang rakyatnya mempunyai jurang pendapatan yang hampir setara,” katanya.
Dalam pada itu, menjawab soalan Datuk Norpipah Abdol (BN-Rembia) berhubung usaha penerangan berkenaan GST di Melaka, Idris berkata untuk tahun ini sebanyak 55 program penerangan telah dijalankan agensi kerajaan negeri dan Persekutuan sejak Jan hingga hari ini.
Katanya usaha penerangan mengenai GST telah dilaksanakan sejak 2012 dengan 19 program penerangan dijalankan dan 20 program pada 2013.
Bagaimanapun, katanya usaha memberikan maklumat dan pencerahan GST mendapat sedikit cabaran apabila sesetengah masyarakat berfikiran negatif dan tidak mahu menerima niat baik kerajaan dalam memperkenalkan sistem cukai itu.
“Saya sendiri membuat penerangan tetapi soalan yang diterima ada yang menyakitkan hati dan kadang-kadang jenaka…ada yang menganggap GST seperti seekor harimau lapar yang akan membaham orang kampung, ini suatu pemikiran yang negatif,” katanya.
Sumber: BERNAMA
TOP
Israel Lancar Serangan Udara Di Golan
BAITULMAQDIS – Israel melakukan serangan balas terhadap tentera Syria di Bukit Golan atas alasan kononnya seorang remajanya terbunuh dalam serangan awal Syria.
Serangan semalam adalah yang paling serius di kawasan peletakan senjata di Syria sejak Perang Asia Barat 1973.
Kawasan yang disasarkan termasuk ibu pejabat tentera Syria dan kawasan pelancaran serangan, kata Leftenan Kolonel Peter Lerner bagi pihak tentera Israel.
Tentera Yahudi mendakwa serangan udara itu dilakukan selepas anak lelaki kontraktor kementerian pertahanan Israel dibunuh di Golan semalam.
Sumber: AFP
TOP
Van Gaal Label FIFA ‘Bermain Muslihat’ Beri Brazil Kelebihan
SAO PAULO – Jurulatih Belanda, Louis van Gaal mendakwa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) cuba bermain ‘muslihat’ terhadap jadual kempen Piala Dunia apabila ia dilihat lebih memihak kepada cabaran tuan rumah, Brazil.
Van Gaal menyuarakan betapa ‘tidak munasabah’ Brazil yang sebelum ini bermain dua perlawanan Kumpulan A lebih awal daripada mereka kini hanya beraksi selepas skuad Oranje itu menentang dulu Chile, awal pagi esok.
Beliau bimbang Brazil akan mendapat kelebihan kerana pada ketika mereka menentang Cameroon beberapa jam kemudian mereka sudah tahu keputusan dan kedudukan Belanda dalam Kumpulan B.
“Setiap kali selepas perlawanan, FIFA akan membuat publisiti ‘Fair Play’. Sebaliknya, FIFA sendiri kemudian melakukan helah ini, sudah tentu ia tidakwajar,” kata Van Gaal.
Pasukan teratas Kumpulan A, ketika ini didahului Brazil, akan berdepan pasukan kedua Kumpulan B dan sebaliknya dalam saingan kalah mati kelompok 16 terakhir, minggu depan.
Brazil dan Belanda berpotensi menjadi juara pada kempen Piala Dunia kali ini dan kedua-duanya dilihat cuba mengelakkan daripada bertemu pada peringkat seterusnya.
Van Gaal yang memberitahu media di Sao Paulo menyatakan bahawa mereka kini hanya mahu memberi tumpuan untuk menang ke atas Chile, esok.
Pengurus baru Manchester United itu juga menyoal FIFA pemilihan jurulatih dari Gambia, Bakary Gassama, 35, mengadili perlawanan awal pagi esok.
”Saya hanya akan menganggap bahawa FIFA sudah memilih pengadil yang cemerlang. Saya hanya berharap FIFA menjalankan satu prosedur pemilihan pengadil yang baik,” kata Van Gaal.
Sumber: Agensi
TOP
Kalimah ALLAH: Mahkamah Tolak Rayuan Gereja
PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan sebentar tadi ketepi rayuan Gereja Katolik terhadap keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam mingguan The Herald.
Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mempengerusikan panel tujuh hakim mencapai keputusan majoriti itu.
Sehubungan itu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penerbitan mingguan The Herald daripada menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan versi bahasa Malaysia.
Sumber: BH Online
TOP
Polis Pahang tumpaskan Geng Padu
Gambar Hiasan
Kuantan: Polis Pahang menumpaskan Geng Padu yang aktif dalam samun bersenjata dan pecah rumah di daerah ini sejak Januari lalu dengan tertangkapnya lapan anggota kumpulan itu, minggu lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zakaria Ahmad berkata, mereka terdiri daripada enam lelaki dan dua perempuan berusia antara 17 dan 35 tahun di beberapa premis di bandar ini sejak 17 Jun lalu. Beliau berkata, polis turut merampas Perodua Kacil dan Isuzu Dimax, pedang samurai dengan pistol Colt automatik .22 Magnum. "Pistol itu tidak pernah digunakan lagi oleh kumpulan itu. Kita percaya dapat menyelesaikan tiga kes samun bersenjata di daerah ini dengan tertangkapnya kumpulan ini. "Mereka kini ditahan reman sehingga minggu depan dan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, sebentar tadi. Sumber - myMetro

Dijel 15 tahun bunuh suami kekasih
Ipoh: Seorang mekanik dihukum penjara 15 tahun oleh Mahkamah Tinggi, di sini sebentar tadi, selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan pindaan daripada membunuh kepada membunuh tanpa niat, suami teman wanitanya pada Februari 2012.
Tertuduh N Ravi Kumar, 30, dituduh melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian N Rajendhran, 50, pada 4 Februari 2012 kira-kira jam 12 tengah malam di Nombor B-1, Kampung Deralik, Setiawan, Manjung.
Ravi Kumar, yang diwakili peguam Terence Naidu kemudian mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan yang dibacakan kepadanya itu dan merayu supaya dikenakan hukuman paling ringan.
Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar, bagaimanapun meminta mahkamah mengenakan hukuman antara 15 hingga maksimum 30 tahun berdasarkan tindakan kejam tertuduh yang menetak mangsa sebanyak 32 kali dan menikam sebanyak 15 kali hingga menyebabkan mangsa tiada peluang untuk hidup dengan kesan luka yang dialami.
Hakim Lee Swee Seng kemudian menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadap tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap.
Sumber - myMetro
TOP
Piala Dunia : Wira muda Belgium
DIVOCK Origi (kanan) meraikan jaringannya menentang Rusia dengan rakan sepasukan, Kevin Mirallas dalam dalam saingan Kumpulan H di Stadium Maracana, Rio de Janeiro, pagi ini. Belgium menang 1-0 dan layak ke pusingan kedua. - AFP
DIVOCK Origi muncul penjaring termuda Belgium pada Piala Dunia apabila jaringan dramatiknya, dua minit sebelum tamat permainan membantu pasukannya menundukkan Rusia 1-0 pagi ini dan mara ke pusingan kedua, pagi ini. Baru berusia 19 tahun, Origi membawa Red Devils menerajui Kumpulan H dengan meledak gol kemenangan pada minit ke-88, berpunca daripada gerakan cantik Eden Hazard. Walaupun Rusia lebih banyak menyerlah dengan mengancam kubu Belgium, gerakan kelas dunia yang direncanakan pemain Chelsea, Hazard, yang bergerak ke bahagian tepi membuka ruang kepada Origi, pemain kelab Perancis, Lille yang mudah menolak masuk bola ke gawang Rusia. Jaringan itu membuatkan seluruh pemain dan pengawai termasuk jurulatih, Marc Wilmots melompat kegembiraan. “Kenapa kami begitu baik dalam tempoh 10 minit terakhir? Jawapannya cukup mudah, lawan kami kepenatan dan semua boleh lihat Rusia kelihatan letih dan itu membuka ruang buat kami melakukan serangan balas. “Sekarang detik buat pemain berpesta dan mereka berhak menikmati kejayaan ini, namun esok fokuskan kembali kepada aksi Piala Dunia, " kata Wilmots. Selepas seri 1-1 dengan Korea Selatan, Rusia mempersembahkan antara aksi yang cukup baik dan dominan berbanding Belgium di hadapan 73,819 penonton di Stadium Maracana. Malah, Belgium boleh dikira bernasib baik kerana menamatkan babak pertama dengan keputusan seri tanpa jaringan kerana pada minit ke-26, tindakan pertahanan, Toby Alderweireld yang mengasari Maksim Kanunnikov tidak diendahkan oleh pengadil. Dalam perlawanan yang turut disaksikan oleh Raja Belgium, King Philippe, sepakan percuma yang diambil pemain gantian, Kevin Mirallas, mengenai palang pada minit ke-84 dan sejak detik itu, mereka ternyata begitu bersemangat mendapatkan jaringan kemenangan. Akhirnya jaringan yang dicari menjelma empat minit kemudian apabila Hazard yang berjaya masuk sehingga ke sebelah kiri tepi pintu gol melakukan hantaran kepada Origi untuk menewaskan penjaga gol Rusia, Igor Akinfeev. “Tiada siapa boleh meramalkan perkara ini boleh terjadi, " kata Origi yang menggantikan nama Christian Benteke dalam skuad 23 pemain selepas penyerang Aston Villa itu mendapat kecederaan Achilles pada April lalu. Origi memang dikenali sebagai pemain berbakat besar kerana cukup menyerlah dalam saingan Ligue 1 musim ini. Jurulatih Rusia, Fabio Capello merasakan keputusan itu sesuatu yang tidak adil dan pasukannya berhak membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata. “Kami melakukan beberapa kesilapan dalam aspek hantaran dan pemain terlalu cepat melakukan percubaan, keputusan ini tidak adil, namun hakikatnya kami kalah, " kata Capello. Tiga mata yang diraih Red Devils meletakkan mereka mendahului dengan enam mata dan hanya memerlukan seri dalam perlawanan terakhir untuk muncul juara kumpulan. Pasukan itu akan bertemu Korea Selatan yang tewas 2-4 kepada Algeria dalam satu lagi perlawanan, pagi ini. Hanya satu berita buruk buat Belgium apabila tonggak pertahanan, Thomas Vermaelen mengalami kecederaan lutut. Sumber - Utusan Malaysia

Sisa makanan purba dijumpai atas almari
Sebahagian sisa makanan yang ditemukan di atas almari Universiti Bristol, Britain, kelmarin.
BRISTOL 22 Jun - Sekumpulan penyelidik di Britain terkejut, apabila menemukan sisa persembahan makanan untuk upacara pengebumian mayat zaman purba dari bandar Ur, Iraq di atas almari di Jabatan Arkeologi, Universiti Bristol semalam. Para penyelidik di universiti itu menjumpai persembahan makanan dipercayai berusia 4,500 tahun tersebut di dalam kotak kayu besar semasa sedang mengemas bilik Jabatan Arkeologi dan Antropologi. Menurut laporan akhbar Daily Mail, kotak itu dipenuhi tembikar, biji benih dan tulang haiwan serta mengandungi perkataan seperti 'predynastic', 'sargonid' dan 'Makam Diraja' yang ditulis pada kad indeks. Siasatan lanjut yang dilakukan mendedahkan bahawa artifak itu adalah sisa persembahan makanan dari kubur diraja berusia sekurang-kurangnya 4,500 tahun. Sisa persembahan makanan tersebut dipercayai dikumpul semasa penggalian terkenal oleh Sir Leonard Wolley di Ur, selatan Iraq semasa tahun 1920-an dan 1930-an. Pakar menyatakan, kotak tersebut merupakan sesuatu yang menarik kerana penemuan seumpama itu sukar dijumpai dalam tempoh awal kerja-kerja di lapangan arkeologi. Dr. Tamar Hodos, pensyarah kanan dalam Arkeologi di Universiti Bristol berkata, adalah tidak jelas bagaimana kotak itu telah diletakkan di bahagian atas almari. "Penemuan ini masih misteri kerana kita tidak tahu bagaimana sisa makanan itu berada di Bristol. "Jika ada sesiapa yang tahu tentang misteri sisa makanan ini, kami sangat suka untuk mendengarnya dari anda," kata Dr. Hodos. Sumber - Utusan Malaysia

Minuman berkarbonat, beralkohol punca gout
Gambar Hiasan
WASHINGTON 22 Jun - Satu kajian mendapati, pengambilan minuman berkarbonat dan beralkohol berlebihan mungkin boleh menyebabkan seseorang itu menghidap penyakit gout. Portal berita Mail Online melaporkan, kajian berhubung punca dan penyebaran penyakit gout menunjukkan seorang dalam 35 orang kini menghidapi penyakit tersebut. Gout dikaitkan dengan peningkatan asid urik dalam darah yang boleh menyebabkan kesakitan sendi jika jumlahnya dalam darah terlalu tinggi kerana akan membentuk ketulan kristal di dalam atau sekitar sendi. Punca seseorang menghidap gout masih belum jelas, namun genetik dilapor memainkan peranan tinggi. Sebelum ini dilaporkan, penyakit gout berlaku akibat cara pemakanan seseorang. Penyelidik dari Universiti Washington, Dr. Peter Simkin berkata, kes peningkatan penyakit itu sejajar dengan pertambahan pengambilan fruktosa dan obesiti. Fruktosa secara semula jadi ditemukan dalam buah-buahan dengan jumlahnya yang kecil, namun kini banyak digunakan sebagai bahan pemanis untuk makanan segera dan makanan dalam tin. "Nasihat kami ialah hadkan makan daging dan jauhi minuman beralkohol, selain kurangkan pengambilan fruktosa dan lebihkan minum kopi serta produk tenusu,'' katanya. Selain itu, pengambilan aspirin dan ubat untuk merawat tekanan darah tinggi juga dikaitkan dengan peningkatan risiko menghidap gout. Sumber - Utusan Malaysia

Gelora Rita Rudaini
GELORA yang melanda Rita Rudaini bukan kali pertama dihadapinya. Bersama kekuatan yang ada dalam diri, dia meneruskan kehidupan biar jauh di sudut hatinya tersimpan derita yang dipendam kejap.
Dia harus kuat demi dua cahaya matanya, Airit Rayyan Rizqin, 5 dan Airit Rafqa Arjuna, 3. Permata hati ini harus dibesarkan dengan sempurna walau ada krisis melanda antara dia dan bekas suami.
Kemelut Rita-Aidil Bagai tiada kesudahan!
Bagai tiada kesudahan! Begitulah yang dapat disimpulkan tatkala kisah Rita Rudaini dan bekas suami, Aidil Zafuan Abd Razak kembali menjadi perhatian. Bermula dengan isu tuntutan nafkah tertunggak lebih RM100,000 difailkan Rita terhadap bekas suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, baru-baru ini. Rita kemudiannya berkongsi kekecewaannya apabila Aidil sekali lagi seolah-olah mempermainkan perasaan anak-anaknya apabila 'hilang' begitu sahaja selepas kedua-dua anaknya itu mula rapat semula dengannya. “Saya memang pantang kalau ada orang main-mainkan perasaan anak-anak saya. Dia ingat anak-anak saya tu anak patung? “Sebelum ini dia pernah berjanji dan bersumpah untuk tebus kesalahannya terhadap anak-anak, tapi lepas berkahwin dia mula lupa semua tanggungjawab dia,” luahnya kepada media ketika ditemui baru-baru ini. Tambah Rita, Aidil ada berjumpa dengan anak-anak beberapa minggu sebelum dia berkahwin dan dalam masa dua minggu itu, dia gembira melihat Arjuna dan Rayyan mula mengenali bapanya. “Ketika itu setiap hari Aidil datang ke rumah tidur bersama dengan anak-anak. Sebagai seorang ibu saya bahagia melihat anak-anak saya gembira dan mula kenal ‘daddy’ mereka. “Bila budak-budak itu sudah rapat, boleh pula dia tinggalkan macam itu sahaja dan itu buat saya kesal dan marah,” tegasnya. Lebih mengejutkan, Rita membuat pendedahan berani dengan mengatakan isteri baru Aidil, Zarema Zainal sebagai punca Aidil gagal berhubung dengan anak-anak kerana disekat oleh wanita itu. “Apa yang saya beritahu sebelum ini semuanya daripada mulut Aidil sendiri. Kalau bukan dia yang cakap isterinya itu yang sekat aplikasi Whatssapp dan Wechat, mana mungkin saya boleh tahu dan berkata sedemikian. Aplikasi Whatsapp itu disekat sebelum mereka berkahwin dan Wechat itu pula selepas berkahwin. “Aidil yang meminta saya muat naik aplikasi Wechat sebab senang nak berhubung dengan anak secara ‘video call’. Saya menolak sebab tidak suka menggunakan aplikasi yang jarang digunakan. Akhirnya saya akur kerana dia menggunakan alasan anak-anak. “Selepas muat naik, dia sempat buat panggilan video sekali sahaja dan disekat oleh isterinya tiga hari selepas itu kerana kantoi dia berhubung dengan saya dan anak-anak. Kemudian, Aidil menghubungi saya menggunakan nombor lain. Saya tanya, mana pergi telefon lagi satu dan Aidil menjawab isterinya ambil,” jelas Rita.
Bahagiamu, deritaku
Bahkan beberapa minggu sebelum Aidil berkahwin, sudah terdengar ura-ura bahawa kembar kepada Zaquan Adha itu hampir membatalkan hasrat untuk berkahwin. Dan perkara itu seolah-olah disahkan oleh Rita. “Dua minggu sebelum mereka dinikahkan, Aidil juga mengadu yang dia tak mahu kahwin," ujar Rita. Namun Aidil tidak mengambil langkah untuk berdiam diri sebaliknya, dia mempertahankan isterinya daripada tuduhan-tuduhan yang dilemparkan Rita kepada pihak media pada Rabu lalu. "Selama ini isteri saya tidak pernah menghalang saya untuk berjumpa dengan anak-anak. Saya terkejut apabila Rita menuduh isteri saya pula menyekat (block) aplikasi WhatsApp dan WeChat saya agar tidak dapat berhubung dengannya. Rasanya tuduhan Rita itu sudah melampau," ujarnya. Manakala tinjauan Zass di Instagram Zarema mendapati wanita itu memuat naik sekeping gambar dengan kapsyen 'Beautiful moments make us stronger' (Momen yang istimewa menguatkan kami). Bukan itu sahaja, Zarema turut membalas segala komen rakan dan keluarga dengan ayat yang cukup ringkas, namun menggambarkan perasaannya kini. "Terlalu banyak cemuhan dek kerana gosip yang orang luar semua tidak pasti tentang kebenarannya dan kesahihannya. Biarlah orang luar menghakimi segalanya. Cukup keluarga dan kawan-kawan tahu Emma macam mana. "Terima kasih semua. Saya menghargai jika anda tidak berkata buruk tentang pihak satu lagi. Setiap kata-kata mencerminkan diri kita. Terima kasih atas segala doa dan kata-kata semangat untuk Emma dan Aidil," ujarnya. Sumber - Sinar Harian

OKU Terabai : Wardina salahkan kerajaan
Wardina
Hujung minggu lalu, isu seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 15 tahun yang dikurung sehingga kurus kering mendapat perhatian masyarakat dan ramai yang bersimpati dengan nasib remaja malang itu. Ianya masih diperkatakan ramai hari ini. Namun Wardina Safiyyah tidak mengambil masa yang lama untuk meletakkan kesalahan ke atas bahu kerajaan dan polisi negara terhadap golongan OKU hari ini. “Ini berlaku salah satunya berpunca dari ibu bapa remaja OKU itu tidak diberikan bantuan. Saya (di sini mahu) bandingkan bagaimana kita masyarakat orang Islam melayan anak anak istimewa ini dengan negara yang kononnya kafir,” Wardina memulakan tulisan di Instagram. “Di Australia, ibu bapa kepada anak OKU akan diberi pelbagai keistimewaan seperti elaun bulanan yang tinggi. Malah kawan saya mempunyai anak OKU kedua dua suami dan isteri tidak perlu bekerja kerana disuruh kerajaan untuk fokus menjaga anaknya yang OKU” “Anak anak OKU dihantar ke terapi secara percuma. Dihantar ke sekolah OKU berkualiti dengan percuma dan ibu bapa diberi cuti percuma setiap tahun kerana kerajaan faham betapa tertekannya untuk menjaga kanak kanak istimewa ini” “Ya, itu negara kafir. Anak anak istimewa & OKU kita pula? Di mana nilai kita? Terpaksa ibu bapa memikul beban tanpa pertolongan dan sistem sokongan yang padu dari mereka yang sepatutnya. Saya cuma berkongsi realiti, terimalah,” tambahnya lagi. Well Wardina Safiyyah, walaupun polisi kita mungkin tidak sehebat Australia yang anda julang tiinggi itu, kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mempertuntukkan banyak bantuan dan polisi untuk membantu golongan OKU. Sumber - RotiKaya

Doktor lemas di pantai PD
Anggota polis mengangkat mayat yang ditemui lemas
Port Dickson: Percutian seorang doktor bersama ahli keluarga bertukar tragik apabila mangsa ditemui lemas ketika mandi di pantai berhampiran hotel penginapannya Batu 4, Jalan Pantai di sini, pagi semalam. Mangsa, Alexander Isaac Gurubatham, 80, berasal dari Bukit Pantai, Kuala Lumpur dikatakan menginap di hotel berkenaan bersama isteri, anak serta cucunya sejak tiga hari lalu untuk menghabiskan percutian hujung minggu. Menurut seorang ahli keluarganya yang enggan dikenali, mangsa amat gembira ketika bercuti di sini tanpa menyangka sesuatu yang buruk bakal menimpa mereka. “Mendiang seorang yang sentiasa mengambil berat soal keluarga. Dia seorang ayah dan datuk yang penyayang kepada anak serta cucunya. “Kehilangannya pasti dirasai kerana dia amat rapat dengan semua ahli keluarga,” katanya yang enggan ditemu bual ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Abd Wahab Harun berkata, mangsa dan keluarga turun ke pantai untuk mandi sekitar jam 9 pagi. “Mangsa bagaimanapun dilihat tenggelam secara tiba-tiba pada jam 9.30 pagi. Anak lelaki mangsa menyelam mencari mangsa tetapi gagal. “Bagaimanapun, 20 minit kemudian mangsa dilihat timbul 50 meter dari lokasi dia tenggelam. Mangsa dibawa naik ke pantai oleh anak serta saudaranya sebelum didapati sudah tidak bernyawa,” katanya. Sumber - myMetro

Lari perut berdarah
Gambar Hiasan
Ipoh: Seorang lelaki yang berjalan pulang ke rumah selepas membeli barang di kedai serbaneka 24 jam di Khantan, di sini, parah akibat ditembak individu tidak dikenali, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, mangsa yang berusia 24 tahun ditembak dari belakang ketika cuba melarikan diri daripada suspek yang menaiki kereta Proton Satria berwarna hitam yang tiba-tiba menghalang laluannya. Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, akibat kejadian itu, mangsa yang cedera di perut sempat menyelamatkan diri dan pulang ke rumahnya. “Berdasarkan maklumat awal diperoleh, ketika kejadian mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang selepas membeli barang di kedai serbaneka, sebelum secara tiba-tiba dihampiri kereta. “Mangsa melihat seorang lelaki daripada kenderaan terbabit mengacukan sesuatu yang kelihatan seperti senjata api sebelum mangsa yang ketakutan melarikan diri, namun belum sempat mangsa lari jauh, tiba-tiba dia terdengar bunyi letupan dan merasakan perutnya luka serta berdarah. “Mangsa tidak berhenti dan terus lari pulang ke rumahnya,” katanya ketika ditemui pada majlis penutup Hari Kesedaran Jenayah dan Kempen Tolak Rasuah Peringkat Kontinjen Perak di Padang Polo Ipoh, di sini, semalam. Beliau berkata, selepas kejadian, mangsa tidak terus mendapatkan rawatan dan kejadian itu hanya disedari adik lelakinya yang datang ke rumah mangsa jam 9 pagi. “Adik mangsa yang terkejut melihat abangnya berlumuran darah membawa mangsa ke klinik berhampiran, namun pihak klinik tidak menerima dan mengarahkan mereka mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini. “Mangsa dihantar ke Jabatan Kecemasan HRPB untuk rawatan jam 11.10 pagi dan laporan mengenai kejadian itu dibuat jam 2 petang oleh anggota polis yang bertugas di pondok polis hospital berkenaan,” katanya. Katanya, polis belum dapat mengambil keterangan daripada mangsa secara keseluruhan mengenai kejadian itu kerana mangsa masih dalam keadaan lemah. “Setakat ini, polis belum mengetahui kawasan sebenar tempat kejadian untuk menjalankan siasatan dan memastikan sama ada mangsa ditembak menggunakan senjata api atau senapang angin. “Polis juga masih menunggu laporan daripada pihak perubatan untuk mengetahui punca kecederaan mangsa selain kebenaran bagi menyoal siasat mangsa dengan lebih lanjut selepas keadaan mangsa stabil,” katanya. Sumber - myMetro

Dua beradik parah ditetak
Mangsa S. Kalairasan dirawat di Hospital Port Dickson
Port Dickson: Dua beradik yang juga pekerja sebuah kilang di Seremban, dekat sini putus telinga kiri dan parah di belakang badan seleps diserang oleh seorang lelaki tidak dikenali di rumah mereka di sebuah taman di Meranti, Bandar Springhill, di sini, malam tadi. Sumber berkata, dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa, S Kalairasan, 27, putus telinga kiri selepas diserang menggunakan botol arak manakala adiknya, S Pavitran, 19, parah di badan selepas ditetak menggunakan parang. Katanya, sebelum kejadian kedua dua mangsa sedang menonton televisyen bersama keluarga sebelum Pavitran keluar di halaman rumah untuk mengambil angin. "Ketika itu dua lelaki yang menaiki kereta jenis Proton Waja berhenti di rumah mangsa sebelum seorang suspek dianggarkan berusia 20-an keluar daripada kenderaan dan bertanyakan Pavitran mengenai abangnya. "Menyedari kehadiran sebuah kereta, Kalairasan keluar rumah sebelum suspek berkenaan yang ketika itu memegang botol arak memecahkan botol terbabit dan menyerang mangsa menyebabkan putus telinga kiri. "Terpinga-pinga melihat abangnya diserang Pavitran bertanyakan sebab abangnya dicederakan sebelum dia pula ditetak selepas suspek mengambil parang di dalam kereta dinaikinya," katanya. Kata sumber, dalam keadaan cedera parah, dua beradik terbabit berlari memasuki rumah dan mengunci pintu jeriji dan suspek terus melarikan diri. "Dua mangsa terbabit kini dibawa ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut," katanya. Menurutnya, punca kejadian mungkin disebabkan dendam dan pihaknya masih menyiasat kes berkenaan. Sumber - myMetro

Musa Aman Turut Kecewa Kes Remaja OKU Terbiar
KOTA KINABALU – Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang turut kecewa dengan penemuan seorang ramaja orang kelainan upaya (OKU) dalam keadaan terbiar di Negeri Sembilan yang ibunya dilapor berasal dari Sabah, mahukan siasatan dibuat berhubung kes itu.
Beliau berkata beliau akan meminta Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Jainab Ahmad Ayid untuk membuat siasatan.
“Ibu bapa OKU itu sungguh tidak bertanggungjawab. Saya tidak boleh membayangkannya.
“Biarpun kejadian itu di negeri lain, tetapi kita sedar mangsa yang terlibat adalah orang Sabah. Jadi, kita akan membantu sebaik yang mungkin,” katanya.
Beliau merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-20 Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Sabah (Bakisa) di sini hari ini.
Remaja itu Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui dalam keadaan terabai di sebuah unit rumah pangsa di Nilai, Negeri Sembilan Sabtu lalu.
Dia juga dilapor menghidap penyakit ‘cerebral palsy’ dan telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk pemeriksan lanjut.
Sehubungan penemuan kes itu, Musa menyeru Bakisa agar memperhebat usaha membantu golongan terbiar terutama OKU.
Beliau berkata badan itu boleh mengenal pasti golongan yang tercicir daripada menerima bantuan kerajaan.
“Inilah tanggungjawab kita semua apabila melawat orang yang memerlukan termasuk di pedalaman. Mungkin ada OKU yang tidak mendapat sebarang pertolongan.
“Jadikan usaha ini sebagai salah satu peranan Bakisa kerana Bakisa dilihat sebagai satu badan yang mempunyai hati nurani yang sangat indah, baik, halus, penting dan pandai mengasihani orang,” katanya.
Sumber: BERNAMA
TOP
Engkar Arahan Bapa, Wanita Maut, Rakan Lelaki Kritikal
BUKIT MERTAJAM – Seorang wanita maut manakala rakan lelakinya cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta di Kilometer 8.6 Lebuhraya Butterworth Kulim Expressway (BKE) semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 pagi itu, Nor Farizah Suhaimy, 18, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala manakala Saiful Helmi Zulkiflee, 22, kritikal selepas dilanggar sebuah kereta Mercedes dari belakang.
Difahamkan, motosikal Honda EX5 yang ditunggang Saiful Helmi tidak melalui lorong khas yang disediakan sebaliknya menggunakan lorong kiri lebuh raya sebelum kedua-duanya tercampak di tepi jalan selepas dilanggar seorang lelaki.
Pelanggaran terbabit menyebabkan motosikal mangsa terperosok di bahagian depan kereta dan pemandu, Tan Jian Hong, 26, meneruskan pemanduan selepas beberapa ahli kumpulan motosikal yang menunggang bersama mangsa bertindak untuk menyerangnya.
Jian Hong kemudiannya memandu sehingga simpang Kampung Tok Elong sebelum keretanya terbabas ke dalam longkang di Jalan Tengah, Perkampungan Berapit.
Ahli kumpulan motosikal terbabit kemudiannya bertindak membaling batu dan memecahkan cermin kereta terbabit kerana menyangka pemandu cuba melarikan diri.
Jian Hong yang mengalami kecederaan di bahagian kepala kemudiannya dibawa orang awam ke Hospital Island, Georgetown untuk rawatan dan dilaporkan stabil.
Saiful Helmi dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) manakala mayat Nor Farizah turut dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.
Sementara itu, Suhaimy Yakin, 40, yang merupakan bapa Nor Farizah berkata, anaknya meminta izin untuk keluar kira-kira jam 9 malam namun tidak dibenarkan.
“Arwah tetap keluar apabila dijemput rakannya dan saya hanya tahu mengenai kemalangan yang menimpanya kira-kira jam 5 pagi.
“Saya sekeluarga reda dengan kejadian yang menimpanya dan berharap orang ramai memadamkan dan tidak menyebarkan gambar kemalangan tersebut,” katanya.
Sumber: Sinar Online
TOP
MRT Lulus Parkir Kereta Bertingkat, Kontrak RM519.5j
KUALA LUMPUR – Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) meluluskan lima projek parkir kereta bertingkat dan kontrak sistem untuk projek MRT Lembah Klang bagi Laluan Sungai Buloh-Kajang, bernilai RM519.5 juta.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Wira Azhar Abdul Hamid berkata berdasarkan kelulusan lima kontrak itu, 111 lagi pakej kerja belum dikeluarkan tahun ini.
“Kemajuan projek MRT berjalan lancar dengan 45.6 peratus pembinaan bertingkat dan bawah tanah sudah siap setakat 31 Mei.
“Pembinaan bawah tanah sudah menunjukkan pertumbuhan ketara, pada tahap 61.5 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.
Berikutan kelulusan lima kontrak itu, 74 daripada 85 pakej kerja sudah diserahkan bagi laluan MRT Sungai Buloh-Kajang.
“MRT akan mencapai sasaran operasi fasa pertama pada Disember 2016, dan operasi sepenuhnya pada Julai 2017,” katanya.
Sumber: BERNAMA
TOP
Tauke Durian Tidak Bayar Hutang, Gerai Diserang
GEORGE TOWN – Sebuah gerai di Jalan Dr Lim Chwee Leong di sini diserang sekumpulan lelaki semalam kerana pemiliknya dilapor tidak membayar hutang.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata dalam kejadian pukul 5 petang itu kumpulan berkenaan yang bersenjatakan rotan menterbalik meja serta kerusi yang menyebabkan beberapa pelanggan yang sedang menikmati durian bertempiaran lari.
“Mereka turut mengambil wang dari laci kaunter dan anggaran kehilangan ialah RM5,000,” katanya di sini pada Ahad.
Beliau berkata suspek yang berusia sekitar 20-an dan 30-an ditahan pada pukul 7 malam tidak jauh dari lokasi kejadian dan siasatan mendapati kejadian itu bermotif hutang dan dendam.
Siasatan mendapati kumpulan terbabit pergi ke gerai itu untuk mengutip hutang tetapi pemiliknya mendakwa dia tidak cukup wang dan secara tidak sengaja telah tertoreh tangan seorang daripada mereka dengan pisau mengopek durian.
Mior Faridalatrash berkata pemilik gerai itu yang ketakutan kerana telah mencederakan orang membuat laporan polis bagaimanapun dia terlupa membawa kad pengenalan dan kembali ke gerainya.
“Apabila tiba di gerainya, dia mendapati gerainya telah bersepah dan pekerjanya memberitahu kumpulan terbabit datang semula dan menyerang gerai itu,” katanya.
Sumber: BERNAMA
TOP
Dyana 'serang' UiTM lagi
PETALING JAYA - Konsesi penswastaan 10 kampus baharu Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang dibongkarkan PKR baru-baru ini turut mendapat perhatian calon DAP PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud.
Dyana Sofya yang juga Alumni UiTM itu mendakwa amalan kronisme dan sekatan ke atas kebebasan akademik tidak akan membantu memajukan warga universiti itu, sebaliknya bakal menghancurkan masa hadapan pusat pendidikan itu dan kepentingan Bumiputera.
"Sistem tender terbuka yang telus wajib diperkenalkan terutamanya melibatkan projek kerajaan dan perbelanjaan dana awam.
"Selaku alumni, kami tidak sanggup melihat UiTM tergadai kepada syarikat-syarikat konsesi hanya kerana kerakusan pemimpin Umno yang hanya ingin mengaut keuntungan di atas keringat rakyat," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.
Nama Dyana sebelum ini turut dikaitkan dengan UiTM ketika berkempen di PRK Teluk Intan.
Minggu lalu, Ahli Parlimen Pandan-PKR, Rafizi Ramli membuat beberapa pendedahan di Parlimen mengenai konsesi UiTM itu yang didakwa dikuasai oleh kenalan dan bekas pemimpin Umno yang dianugerahkan secara rundingan terus.
Berikutan pendedahan itu, pihak UiTM pada Jumaat lalu dalam satu kenyataan membidas dakwaan Pengarah Strategi PKR itu sambil menyifatkan keputusan kerajaan untuk meningkatkan enrolmen mahasiswa universiti itu.
UiTM juga turut mempertahankan kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) dengan mengemukakan empat manfaat.
Antaranya pembayaran kepada syarikat konsesi hanya bermula setelah projek siap sepenuhnya dan diserahkan kepada kerajaan, risiko pembinaan ditanggung pemegang konsesi, UiTM tidak perlu menanggung penyelenggaraan dan penggantian komponen utama selama 20 tahun dan keuntungan dikongsi bersama dengan kerajaan.
Sementara itu, Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin mendakwa sekiranya perkara berkenaan gagal diselesaikan, bermakna Umno tidak lagi mewakili kepentingan Bumiputera tetapi mengutamakan kroni dan keluarga semata-mata.
"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu mengkaji semula konsesi berat sebelah dan memperbetulkan semula demi kepentingan UiTM sebagai sebuah universiti.
"Satu projek yang jika ditanggung UiTM terikat dengan sewa sekitar RM56 hingga RM69 juta selama 23 tahun.Secara tidak langsung kosnya adalah sekitar empat kali ganda lebih besar dan dikhuatiri membebankan UiTM," katanya lagi.
Sumber - Bernama
TOP
2013, 842 juta penduduk dunia tidak cukup makan
LONDON - UNITED KINGDOM. Pengurusan sumber alam sekitar yang lemah, kemiskinan, kurangnya empati ke atas sesama insan dan ketidakupayaan untuk berkongsi, dikenal pasti sebagai sebahagian daripada punca sebilangan besar manusia lapar setiap hari sedangkan hakikatnya jumlah pengeluaran makanan dunia mencukupi untuk memberi makan tiga kali sehari kepada semua penduduk.
Menurut statistik Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa Bersatu (UNFO) bagi 2013, 842 juta penduduk dunia tidak mempunyai makanan yang mencukupi setiap hari dan 748 juta tidak mempunyai akses kepada air bersih setiap hari, dan ini berlaku ketika pelbagai usaha terhebat dibuat dalam perniagaan pengeluaran makanan serta hakikat bahawa pada masa ini separuh daripada pengeluaran makanan dunia dibazirkan.
Walaupun ironis dan menakutkan, namun inilah angka yang bentangkan pada majlis Anugerah kemanusiaan Air dan Makanan 2014 (WAF 2014) yang berlangsung di Westminster Hall Tengah, di sini baru-baru ini.
Secara realitinya, kita tidak menghadapi kekurangan makanan, namun isunya pengedaran," kata pengasas WAF, Tina Lindgreen, sambil menambah mengenai perlunya berkongsi amalan terbaik dan penyelesaian mampan yang boleh membantu mengubah keadaan.
Perubahan iklim dan set cabaran terhadap pengeluaran makanan dan air global, turut ditangani pada forum WAF, dengan pelbagai kumpulan individu, daripada pelajar dan perintis dalam amalan pertanian mampan sehingga wakil korporat dan kerajaan dan pakar-pakar alam sekitar dan penyelidik dari bahagian berlainan di dunia, berhimpun untuk berkongsi pengalaman dan kejayaan masing-masing.
Ditubuhkan pada 2008, Anugerah WAF yang berpusat di Copenhagen, Denmark, menggalakkan amalan terbaik global dalam inisiatif jaminan makanan dan air, menerusi penglibatan ahli perniagaan dan individu untuk meningkatkan skala inisiatif mampan selain menonjolkan kejayaan projek dan rakan sepadan.
Kriteria pemilihan penerima anugerah termasuk kemampanan, inovasi, pengupayaan, projek yang boleh diduplikasikan, serta impak sosial dan alam sekitar projek yang dilaksanakan.
Pemenang tahun ini ialah Pusat Pengurusan Holistik Zimbabwe Afrika, pemilihan sengit antara lima calon akhir, berdasarkan inisiatif penting menyediakan makanan dan air dan mengupayakan komuniti yang paling mencabar di dunia.
Dimulakan oleh Alan Sedap, projek Zimbabwe itu melibatkan pemulihan tanah tandus dengan penternakan lembu ragut yang akhirnya menjadi tanah yang subur dengan tuaian yang tinggi selain meningkatkan daya tahan komunitinya.
Sambil menggesa supaya komuniti dunia belajar daripada projek itu serta menimbang meniru inisiatif terbabit, anggota panel pemilihan Anugerah WAF serta pengasas Royal Botanic Gardens di Jordan, Puteri Basma binti Ali berkata jaminan makanan dan air merupakan isu yang paling penting dan memerlukan perhatian dan tumpuan segera sebelum keadaan menjadi lebih buruk dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Empat lagi projek yang layak ke peringkat akhir Anugerah WAF 2014 ialah projek Tadahan Air Bioindustri Masyarakat di India (naib juara), Tanah untuk kehidupan Afrika Selatan, Menambah bekalan tenaga di Milwaukee Amerika Syarikat dan Seanet Pendidikan dan Sekolah Taman, Kenya.
Duta Keamanan dan Penaung pertama Anugerah WAF, Prem Rawat menyampaikan ucaptama pada majlis itu.
Sumber- Bernama
TOP
Muat naik status yang menghina golongan kurang upaya
SK mendapat satu kiriman gambar status Facebook yang mana apa yang ditulisnya itu amat menyedihkan kerana tidak pernah terlintas di benak fikiran wujudnya orang seperti ini. Ya, rupa-rupanya orang seperti ini wujud di kalangan kita hanya mereka tidak tonjolkan ketidakperihatinan mereka.
Menerusi satu status Facebook, seorang wanita yang tidak diketahui agamanya telah menghina OKU sepertinya kesempurnaan fizikal yang dia kecapi itu datang dari usaha dia sendiri tanpa mengetahui yang itu semua anugerah dan ketentuan Ilahi. Sepatutnya dia bersyukur dengan kesempurnaan yang dia kecapi dan bukannya untuk membeza-bezakan diri dengan OKU sehingga sanggup untuk menghina OKU sedemikian rupa. - SiakapKeli.com
Bagaimanapun anda semua mesti berkerut muka cuba membaca status berkenaan oleh kerana bahasanya agak pelik lagi menjijikkan, oleh itu SK cuba mengalih-bahasanya:
Kalau aku la jadi menteri, aku buang je budak-budak OKU ni dalam loji, buat semak je la. Kat sekolah aku pun ada juga OKU, geli la nak kawan. Dah la tak hensem, hodoh. Nape la ada OKU-OKU ni? Buang duit rakyat je lah nak bela. Diorang ni baik buang dalam laut ke, kat loji ke.

Elfaeza Ul-Haq Sedar Zul Ariffin Kekasih Orang
PETALING JAYA – Pelakon yang berasal dari Singapura, Elfaeza Ul-Haq menegaskan dia masih solo dan tidak pernah bercinta dengan mana-mana lelaki termasuk aktor Zul Ariffin seperti didakwa sebuah blog hiburan.
Elfaeza, 29, berkata, dia dan Zul tidak mungkin bercinta kerana dia tahu lelaki berkenaan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan penerbit filem, Gayatri Su Pillai.
“Saya dan Zul bercinta? Tidak mungkin kerana semua orang tahu dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Gayatri dan kami tidak lebih dari sekadar kawan.
“Gosip berkenaan sama sekali tidak benar dan apa yang pihak lain dengar mungkin itu hanya salah faham sahaja,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Elfaeza lagi, mereka berdua sentiasa menghormati hak peribadi masing-masing dan perkara itu menyebabkan mereka selesa dan serasi sebagai kawan.
Dalam pada itu, Elfaeza berkata, dia mengenali Zul ketika sama-sama menjayakan sebuah penggambaran drama berjudul Janji Adam dan sejak itu hubungan mereka kekal rapat.
Elfaeza turut mengakui dia dan Zul juga ada beberapa kali keluar makan bersama-sama memandangkan mereka tinggal berdekatan namun turut ditemani oleh rakan-rakan lain.
“Zul adalah seorang kawan yang baik dan kelakar malah kami sering berdebat tentang pelbagai perkara sehingga kadang-kala timbul perbalahan tentang sesuatu topik yang diperbualkan.
“Kami pernah keluar bersama dan turut ditemani rakan-rakan lain dan ingin saya tegaskan hubungan kami hanya sekadar kawan sahaja malah buat masa ini fokus saya hanya kepada kerja,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Elfaeza berkata, bersempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dia bakal muncul dengan beberapa buah program istimewa khas buat peminatnya.
Sumber: mStar online
TOP
Apa kata bekas pengasuh remaja OKU?
SEREMBAN: Bekas pengasuh remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui kurus kering dikurung dalam sebuah rumah di Flat Semarak Taman Semarak, Nilai dekat sini rela menjaga remaja malang itu.
ORFITRI ketika ditemui selepas melawat keadaan remaja OKU di hospital.
Norfitri Radius, 42, berkata, dia sanggup menjaga Muhammad Firdaus Dullah, 15, sekiranya diberi kebenaran oleh pihak berkuasa.
Norfitri pernah menjaga remaja malang itu kira-kira lapan tahun iaitu pada 2003 sebelum berkahwin dan berpindah ke Gemencheh, Tampin dekat sini, tiga tahun lalu.
"Sepanjang saya menjaganya dulu, walaupun dia OKU tetapi badannya sihat dan berisi. Kadang-kala saya membawanya ke pantai di Port Dickson untuk diberi rawatan tradisional sehingga dia boleh berjalan sikit
Menurutnya, dia mengetahui berita penderitaan Muhammad Firdaus yang tidak terurus bercampur najis dan air kencing ditemui Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam operasi bersepadu 6P, semalam dan tidak menyangka anak yang pernah dijaganya seperti anak sendiri menjadi seperti mayat hidup.
"Selepas melihat berita itu, saya segera menghubungi ibu Firdaus dan wanita itu mengakui itu anaknya dan menceritakan perkara sebenar kenapa Firdaus ditinggalkan dan terabai sedemikian rupa.
"Saya faham masalah yang dihadapinya sebab kami seperti adik beradik sentiasa berkongsi cerita dan masalah. Kali terakhir saya menghubunginya dua minggu lalu bertanyakan khabar dan dia memberitahu Firdaus sihat cuma tidak selera makan," katanya ketika ditemui di perkarangan Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini, hari ini.
Sumber - myMetro
TOP
Walau sedih ditohmah, Rosmah takkan melatah
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau sedih dengan pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepadanya, namun akan tetap meneruskan kerja-kerja amal, sekalipun ia kerap kali diputarbelitkan pihak tidak bertanggungjawab.
Rosmah berkata, beliau juga akan sentiasa bersama Datuk Seri NajibTun Razak untuk bertemu rakyat di pelbagai peringkat.
"Walaupun sedih kerana sering kali dilemparkan dengan pelbagai tohmahan, fitnah dan tuduhan yang tidak berasas sama sekali, namun saya tidak sesekali melatah mahupun berputus asa ataupun tunduk dengan kata-kata mereka," kata Rosmah ketika berucap di majlis penyampaian Anugerah Nadi Negara 2013 Wanita Umno dan pelancaran alumni Nadi Negara Wanita Umno di ibunegara semalam.
Dalam ucapan tersebut, beliau menasihatkan golongan mahasiswa supaya memproses maklumat yang diperoleh di alam maya dengan bijak dan tidak hanya
mempercayainya tanpa membuat semakan dan kajian.
Rosmah berkata, dalam pelajaran di universiti, mahasiswa dididik untuk berfikir secara kritis dan rasional selain tidak hanya menggunakan pemikiran logik tetapi membuat semakan untuk memastikan kesahihan sesuatu maklumat.
"Saya berharap agar kaedah tersebut tidak hanya digunakan di peringkat universiti sahaja tetapi diaplikasikan dalam proses pencarian ilmu di Internet mahupun ketika membaca bahan-bahan di media sosial serta lamanweb.
"Jika bertindak melulu dan membantu menabur fitnah merata-rata, harus ingat perbuatan tersebut akan membinasakan masa depan anda sendiri dan memperjudikan negara kita kelak," katanya.
Tambah beliau, masyarakat tidak boleh menyalahkan segelintir kecil mahasiswa yang bertindak mengikut perasaan dan secara terburu-buru tanpa memahami keadaan sebenar.
Ini mungkin kerana mereka (mahasiswa) tidak mendapat gambaran sebenar mengenai usaha dan peranan kerajaan dalam membangunkan negara," jelas Rosmah.
Beliau turut menasihatkan mahasiswa supaya tidak mudah
terpengaruh dengan dakwaan pembangkang mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST).
"Saya dengar golongan pelajar kini tidak membaca surat khabar (arus perdana) kerana mendakwa surat khabar berat sebelah. Baca. Kita kena tahu benda yang betul (melalui media arus perdana)," katanya.
Turut hadir Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan lebih 1,000 mahasiswa dari pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh negara.
Di majlis itu, Rosmah menyampaikan Anugerah Khas Nadi Negara 2013 kepada Noor Liyana Nouxman dari University of Auckland, New Zealand dan Mohd Hafiz Ariffin dari Universiti Tun Hussein Onn.
Turut menerima Anugerah Nadi Negara 2013 ialah 35 mahasiswa dan mahasiswi lain dari pelbagai institusi awam dan swasta.
Anugerah tahunan ini diperkenalkan pada 2009 sebagai aspirasi kepada para graduan untuk menjadi pemimpin berketerampilan pada masa akan datang.
Sumber - Bernama
TOP
Geng kerat jari mangsa culik ditahan
KUANTAN - Dua remaja perempuan adalah antara lapan anggota kumpulan ganas 'Geng Padu' yang ditahan dalam dua serbuan di sebuah rumah di Jalan Bukit Ubi di sini Rabu lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Zakaria Ahmad berkata, anggota kumpulan itu yang berumur lingkungan 17 hingga 32 tahun ditahan antara pukul 11.45 pagi dan 4.30 petang.
Kumpulan ini aktif melakukan kegiatan jenayah di sini sejak awal tahun ini dan setakat ini dipercayai terlibat dalam lapan kes yang melibatkan tiga kes samun, dua kes pecah rumah, satu kes curi kenderaan dan satu kes memiliki pistol.
"Malah siasatan awal mendapati kumpulan ini juga terlibat dalam satu kes penculikan dan pengurungan salah membabitkan seorang mangsa wanita pada 1 Mei lepas di Indera Mahkota.
"Dalam kes ini mangsa telah didera selain dikerat jarinya kerana dipercayai menjadi tali barut polis," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pahang di sini hari ini.
Zakaria berkata, pihak polis turut merampas sepucuk pistol colt automatic 22 special magnum bersama 14 butir peluru yang dipercayai baru dibeli dari negara jiran.
"Kumpulan ini berbahaya, sangat berani, ganas dan menggunakan parang dan pisau semasa menyamun. Polis percaya jika belum tertangkap, kumpulan ini juga akan menggunakan pistol," katanya.
Hasil samun seperti telefon bimbit, TV LCD serta sebilah pedang samurai, sebuah pacuan empat roda dan kereta turut dirampas.
Beliau berkata kesemua mereka yang dipercayai penagih ditahan reman sehingga 1 Julai.
Sumber - Bernama
TOP
Pusat penyiaran kedua baiki mutu siaran Astro
SEBUAH pusat penyiaran kedua telah diwujudkan di Cyberjaya untuk menambah baik mutu perkhidmatan siaran Astro termasuk ketika cuaca hujan, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, ia bertindak sebagai pusat sokongan kepada pusat penyiaran utama Astro di Bukit Jalil.
"Setiap kali berlaku kegagalan untuk menghantar (isyarat) siaran dari Bukit Jalil ke satelit (uplink), maka pusat penyiaran di Cyberjaya ini akan membantu menghantar isyarat ke satelit dan sebaliknya.
"Usaha ini telah dapat mengurangkan sebahagian daripada faktor gangguan hujan," katanya menjawab soalan Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan hari ini.
Selain itu, Jailani berkata kerajaan juga telah meminta Astro melaksanakan penggunaan antena lebih besar untuk mengatasi masalah berkenaan.
Selain perkhidmatan Astro, beliau menarik perhatian bahawa kerajaan juga menyediakan pilihan kepada pengguna melalui dua jenis TV berbayar lain iaitu HyppTV dan ABNxcess. - Bernama
Sumber - Bernama
TOP
video terkini keadaan remaja OKU yang dikurung
Susulan kes remaja Orang Kurang Upaya: Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Negeri Sembilan, Datuk Norhayati Omar melawat remaja OKU, Muhammad Firdaus yang dipercayai dikurung dan diabaikan.
Sumber - FB
Sumber - FB
TOP
Tiga pelajar 'video pailang' mengaku bersalah
Kota Samarahan: Tiga pelajar perempuan berusia 16 tahun yang terbabit dalam video 'budak pailang' mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kota Samarahan di sini, atas tuduhan melakukan ugutan jenayah dan mendatangkan kecederaan kepada seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Hajah Laila Taib April lalu.
Pelajar terbabit mengaku bersalah di depan Majistret Zulhairil Sulaiman dan hukuman akan ditetapkan 11 Julai ini selepas meneliti laporan akhlak tertuduh.
Seorang tertuduh dikenakan dua pertuduhan mencederakan dan melakukan ugutan jenayah, manakala dua yang lain dituduh atas kesalahan menyebabkan kecederaan kepada mangsa.
Tertuduh yang hadir ditemani ibu bapa masing-masing dibebaskan dengan jaminan RM5,000 setiap seorang dan dikehendaki melaporkan diri di balai polis setiap minggu.
Pendakwaan dibacakan Timbalan Pendakwaraya Nur Nisla Abd Latif manakala tertiduh tidak diwakili peguam.
Video tertuduh membelasah mangsa dimuatnaik di Youtube dan menjadi viral di laman sosial.
Sumber - myMetro
TOP
Janin dalam lubang tandas
Janin yang dikatakan berusia 32 minggu
TAIPING – Tidak berhati perut!! Mungkin itu perumpamaan yang wajar diberikan kepada individu tersebut kerana sanggup membuang janin berusia kira-kira 32 minggu dalam lubang tandas di sebuah restoran makanan segera, Jalan Kota, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, janin perempuan itu ditemui dalam lubang tandas wanita. Menurut seorang saksi yang enggan dikenali berkata, ketika ingin menggunakan tandas tersebut dia terkejut melihat ada sesuatu dalam lubang tandas. “Saya terkejut kerana terdapat janin dalam lubang tandas tersebut. “Berikutan kejadian itu, saya segera memaklumkan kepada kakitangan restoran makanan segera tersebut dan mereka terus menghubungi pihak polis," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, polis melalui bilik gerakan menerima panggilan daripada salah seorang kakitangan restoran tersebut, memaklumkan penemuan janin perempuan. Menurutnya, selepas bedah siasat dilakukan, didapati janin perempuan itu berusia kira-kira 32 minggu. “Sehingga kini difahamkan masih tidak ada saksi yang melihat individu bertindak membuang janin tersebut ke dalam lubang tandas,” katanya kepada Sinar Harian. Dalam perkembangan sama, Yusuf berkata, janin tersebut kemudiannya dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat. “Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya ke balai polis berhampiran bagi tujuan membantu siasatan. “Jika sabit kesalahan, individu yang terlibat boleh dikenakan hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya. Sumber - Sinar Harian

AirAsia jawab isu wanita 'dihalang' naik pesawat
Gambar pasangan Nasran dan Nadirah
SHAH ALAM - Susulan penyebaran gambar dan video berkenaan dakwaan pasangan suami isteri dihalang menaiki pesawat AirAsia ke Kuala Terengganu ekoran wanita tersebut hamil dan tidak memiliki sebarang surat pengesahan daripada doktor, syarikat penerbangan tambang murah itu tampil memberi kenyataan. Menurut jurucakap AirAsia Berhad, penumpang hamil perlu mematuhi garis panduan ketat yang telah ditetapkan demi keselamatan mereka. "Penumpang yang sepatutnya menaiki penerbangan AK6220 dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu pada 21 Jun itu hamil 28 minggu dan tidak memiliki sebarang surat pengesahan dari doktor yang menyatakan beliau sihat untuk menaiki penerbangan tersebut seperti yang ditetapkan oleh syarat dan terma penerbangan. "Sehubungan itu, pihak penerbangan tidak dapat membenarkan beliau menaiki pesawat atas sebab keselamatan," katanya dalam satu kenyataan. Namun begitu, AirAsia menegaskan bahawa pihaknya telah menyediakan penginapan dan mengganti penerbangan keesokannya selepas penumpang tersebut memperoleh surat pengesahan doktor. "AirAsia sediakan penginapan percuma dan menggantikan penerbangan mereka kepada keesokan harinya tanpa sebarang caj tambahan dan penumpang boleh menaiki penerbang selepas mendapat surat pengesahan doktor," katanya. Sejak kelmarin, video dan gambar tentang pasangan suami isteri yang mendakwa dilarang menaiki penerbangan Air Asia ke Kuala Terengganu menjadi viral di media sosial. Pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Nasran dan Nadiah bersama anak mereka itu tiba di Kuala Lumpur dengan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dari Incheon, Korea Selatan, 4.30 petang, hari yang sama. Mereka dikatakan bergegas pulang ke Malaysia selepas dikhabarkan bapa Nadiah meninggal dunia di Terengganu. “Dari Incheon kami dapat ke KLIA selepas melalui pemeriksaan yang ketat. Namun tiada penerbangan MAS terus ke Kuala Terengganu dan penerbangan lain pula, Firefly tapi kena pergi ke Subang, ia agak jauh. “Memandangkan isteri saya hamil dan sangat letih malah secara emosi tidak stabil kerana bapanya meninggal dunia. Sebab itu kami cuba yang terbaik untuk mengejar penerbangan terakhir Air Asia. Kami ‘check in’ tiket yang dibeli secara online dan ke kaunter untuk dapatkan ‘boarding pass’. Saya tunjuk isteri (yang sedang hamil) dan anak saya,” katanya yang dipetik dari sebuah video yang tersebar di laman sosial. Nasran menegaskan sanggup mengambil sebarang risiko jika berlaku sesuatu ke atas isterinya asalkan diberi kebenaran menaiki pesawat AirAsia tersebut. “Di pintu terakhir, kami tidak dibenarkan masuk. Mereka kata kami kena dapatkan surat pengesahan kesihatan. (Tapi) di Korea, isteri saya tidak memerlukan apa-apa surat. Ini situasi kecemasan. Hari Jumaat jam 5.30 petang, bagaimana saya nak ke hospital untuk mendapatkan semuanya? “Prosedur hanya atas kertas. Kita ini manusia. Beri saja kebenaran dan sebagai suami segala risiko saya akan tanggung. Mendarat di Malaysia pun saya sudah sangat beruntung sebab saya berjaya membawa isteri saya ke sini walaupun dia tidak dapat bertemu dengan arwah ayahnya,” katanya yang kelihatan begitu sedih. Menurut Nasran juga, syarikat penerbangan tambang murah itu telah menawarkan hotel untuk mereka sekeluarga namun beliau menolak. “Mereka tawarkan hotel tapi kelihatan tak begitu ikhlas. Mereka mahu membawa kami untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan malam ini (semalam) supaya mereka boleh teruskan untuk penerbangan esok (hari ini). “Tapi kenapa penerbangan tadi (Jumaat lalu) isteri saya tak dibenarkan naik pesawat tapi esok (kelmarin) boleh?,” katanya. Kemudian seorang wanita yang bersimpati dengan keadaan keluarga itu bertanya soal tawaran hotel tersebut, Nasran menjawab, “Ini bukan sebab duit. Kalau saya mampu bawa isteri saya balik ke Malaysia, maksudnya saya mampu beli benda lain.” Sementara di laman sosial, rata-rata orang ramai mempersoalkan tentang larangan menaiki penerbangan yang hanya memakan masa 40 minit itu sedangkan penerbangan selama lima jam dari Korea ke Malaysia dibenarkan.
Tertakluk peraturan
Namun tegas syarikat penerbangan berkenaan, pihaknya tertakluk kepada peraturan ketat membabitkan wanita hamil demi keselamatan mereka. Kenyataan AirAsia menyebut, bagi wanita yang hamil sehingga 27 minggu, penumpang perlu memberitahu syarikat penerbangan dan menandatangani Penyata AirAsia / AirAsia X Liabiliti Terhad. Manakala bagi kehamilan antara 28 hingga 34 minggu, penumpang perlu menyediakan sijil perubatan doktor yang mengesahkan bilangan minggu kehamilan penumpang berkenaan. "Penumpang juga akan menandatangani Penyata Liabiliti Terhad selain daripada surat doktor. "Sebarang kehamilan yang 35 minggu dan ke atas tidak akan dibenarkan menaiki pesawat demi keselamatan dan kesejahteraan tetamu serta penumpang lain," katanya. AirAsia merakamkan simpati ke atas kehilangan bapa penumpang tersebut. Sumber - Sinar Harian

Datuk Abu Bakar Chik meninggal dunia
Kuala Terengganu: Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat Datuk Abu Bakar Chik meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di KM 390 Lebuh raya Pantai Timur laluan Bukit Besi-Ajil jam 3.16 pagi tadi.
Allahyarham yang berusia 64 tahun menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, kejadian berlaku apabila kereta dinaiki Allahyarham Abu Bakar melanggar sebuah van Vanette yang dinaiki enam penumpang.
"Sebaik beliau dan pembantunya (Hasmizi Hasan) dibawa keluar, kereta dinaiki itu terbakar.
"Jenazahnya akan dibawa pulang dari Hospital Hulu Terengganu ke Maahad Tahfiz wal Tarbiyah (MTT) Tok Jiring untuk disolat dan dikebumikan," katanya ketika dihubungi Harian Metro, sebentar tadi.
Sumber - myMetro
Sumber - myMetro
TOP
Terlalu awal sahkan didera emak
Seremban: “Berdasarkan pemeriksaan awal, badan remaja itu tinggal tulang dan kulit kerana tidak diberi makan secara sempurna. Dia memerlukan tempoh lama untuk pulih sepenuhnya.” kata Pengarah Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), Datuk Dr Jaafar Che Mat ketika ditemui semalam.
Bagaimanapun, katanya, masih terlalu awal untuk mengesahkan sama ada remaja orang kelainan upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, didera ibunya.
Menurutnya, pakar masih menjalankan rawatan rapi terhadap Muhammad Firdaus untuk meningkatkan tahap kesihatan remaja itu.
“Setakat ini, dia dilaporkan stabil dan pakar menjalankan pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti wujud penderaan fizikal atau sebaliknya,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga terpaksa memberi kaunseling kepada Muhammad Firdaus supaya dia membiasakan diri dengan persekitaran baru dan percaya dengan doktor pakar yang memberikan rawatan.
Dr Jaafar berkata, beliau meletakkan harapan tinggi remaja malang terbabit akan sembuh dan pihaknya akan memberikan perhatian dan rawatan khusus sepanjang ditempatkan di HTJS.
Sumber - Hmetro
TOP
Saya tidak dilahir kaya: Prabowo
Jakarta: Calon Presiden Prabowo Subianto menyangkal dakwaan bahawa dia dilahirkan sebagai orang kaya.
Calon parti Gerindra pada pilihan raya Presiden Indonesia itu sebaliknya mendakwa, dia juga pernah merasakan keperitan hidup kerana kedudukan ekonomi keluarganya.
“Ada yang berkata Prabowo lahir sudah kaya. Itu tidak benar. Bapa saya guru, kemudian menjadi pesnyarah seumur hidup. Dia pegawai negeri yang tidak pernah menerima rasuah.
“Saya pernah miskin dan kerana itu saya memahami perasaan orang miskin,” kata Prabowo ketika berucap pada perhimpunan puluhan ribu penyokongnya di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta, semalam.
Dia turut menceritakan bagaimana dia terpaksa mengira wang saku ketika hendak mengajak kekasihnya makan ketika usia mudanya.
“Dulu, ketika hendak ajak kekasih saya keluar makan, saya terpaksa mengira duit dalam simpanan saya. Bayangkan malunya kalau saya ajak dia keluar, tetapi tidak dapat belanja makan.
“Dan hingga sekarang saya mengerti perasaan orang yang tidak memiliki wang kerana saya juga dulu pernah tidak boleh tidur kerana memikirkan cara untuk mendapatkan wang,” katanya.
Bekas panglima pasukan komando Indonesia itu berjanji akan berusaha mengubah ekonomi rakyat Indonesia sekiranya menang pada pilihan raya 9 Julai depan.
Berdasarkan rekod Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonesia, Prabowo pada 2003 memiliki harta berjumlah Rp10 bilion (RM2.7 juta).
Bagaimanapun, kekayaan yang dimilikinya selepas bersara berlipat kali ganda. Pada tahun 2009, bekas menantu bekas presiden Suharto itu dikatakan memiliki kekayaan berjumlah kira-kira RM65 juta, termasuk aset tidak bergerak seperti perusahaan, penternakan dan surat berharga.
Sumber - Hmetro
TOP
Erin jumpa jejaka idaman
Mendirikan rumah tangga pada usia muda barangkali bukan keutamaan bagi wanita alaf ini terutama mereka yang bercita-cita tinggi. Tidak terkecuali golongan selebriti, selagi belum berada di puncak kejayaan, soal perkahwinan terpaksa ditolak tepi dulu.
Bagaimanapun, buat pelakon muda berkaliber Nur Arina Abdul Malek atau Erin Malek, 20, dia sudah bersedia menempuh fasa baru dalam hidupnya selepas dipertemukan dengan lelaki idaman. Mengikat tali pertunangan kelmarin bersama ahli perniagaan Farriz Fauzy, 30, beza umur antara mereka berdua bukanlah isu utama.
Mereka mula berkenalan Disember tahun lalu sebelum bertukar nombor dan menyulam cinta sejak Januari tahun ini. Meskipun usia perkenalan mereka sangat singkat, Erin nekad menamatkan zaman bujangnya selepas dilamar Farriz.
Farriz menepati ciri lelaki yang saya cari selama ini dan kematangannya membuatkan saya selesa bersamanya. Susah nak cari lelaki sesuai seperti dia yang matang, malah sangat memahami diri serta kerjaya saya.
“Justeru, kenapa saya perlu menolak cintanya kerana saya sendiri sudah bersedia untuk menempuh alam perkahwinan meskipun usia saya masih muda. Mengenai kerjaya pula, kami tidak ada isu besar kerana masing-masing saling memahami.
“Menjelang hari bahagia kami nanti tidak dinafikan pasti ada pelbagai rintangan, namun kami yakin dan percaya akan menempuhnya dengan tabah,” kata pelakon Misiku Kuza itu.
Pada majlis sederhana yang berlangsung di kediaman ibunya di Duta Suria Residency, Ampang, tarikh pernikahan ditetapkan terus di mana Erin dan Farriz bakal disatukan pada 10 Oktober ini. Majlis itu dirancang akan diadakan di tempat sama kelak.
Anggun dan berseri dalam persalinan Azura Couture pada majlis dihadiri kira-kira 150 ahli keluarga kedua pihak itu, menurut Erin lebih membuatkannya yakin untuk menerima lamaran itu apabila tunangnya tanpa berselindung menyatakan hasrat di hatinya.
“Farriz seorang yang ‘straight-forward’ dan apa saja yang terlintas di hatinya dia terus bertanya kepada saya. Menurut perancangan awal, sepatutnya kami sekadar mahu mengadakan majlis merisik, namun akhirnya keluarga memutuskan lebih baik terus mengikat tali pertunangan,” katanya.
Mula berkenalan menerusi kawan-kawan, Farriz akhirnya memberanikan diri mengajak pelakon itu keluar. Tidak mengambil masa yang lama, hatinya terpaut dengan kematangan Erin meskipun dia baru berusia 20 tahun.
“Untuk usia sebegitu, saya amat kagum dengan kematangan yang ada padanya meskipun ada kalanya terserlah juga sifat kebudak-budakannya. Dia jenis mudah memahami dan pendek kata, saya selesa serta serasi dengannya.
“Bahkan, saya mengambil keputusan untuk menonton semua lakonannya juga demi mengenali lebih banyak mengenainya. Pada perspektif saya apabila menilai lakonannya, bukan soal bagus atau tidak, namun tawaran yang masih diberikan buatnya,” ujar Farriz.
Berkonsepkan tema ‘Fairy Blossom’, pada acara yang berlangsung sekitar 8.45 malam itu, kedua-dua pihak berbalas dulang hantaran di mana lima daripada pihak lelaki termasuklah tapak sirih dan cincin, sirih junjung, kain, telekung dan kek manakala pihak perempuan membalas tujuh dulang iaitu tapak sirih, cincin, kain, set wangian, buah-buahan dan dua dulang manisan.Turut hadir memeriahkan majlis itu rakan artisnya, Fasha Sandha, Arja Lee, Shima Anuar, Sherry Alhadad, Zulyn Aziz dan Faralyna Idris.
Minta doa dan berkat
Kembali membina nama selepas selesai alam persekolahan, nama Erin yang masih kuat dalam industri tidak sukar buatnya meraih perhatian produser membintangi drama mahupun filem. Tampil menerusi filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya? sebagai watak utama baru-baru ini juga jadualnya semakin padat, apatah lagi selepas dia memenangi program realiti Fear Factor Malaysia musim kedua. Lantas, mengambil keputusan mengakhiri zaman bujangnya pada usia muda menimbulkan persoalan bagaimana agaknya perjalanan karier seni pelakon itu selepas ini. Akuinya, hal itu tidak akan menjejaskan kerjaya lakonannya memandangkan dia akan terus berlakon. Apapun, sudah bergelar isteri orang kelak, ditanya kepada Farriz sendiri adakah dia menetapkan apa-apa syarat kepada Erin, namun menurutnya, dia serahkan sepenuhnya kepada pelakon itu kerana cukup mempercayainya. “Saya tiada sebarang halangan terutamanya dalam bidang seni sendiri terpulang kepadanya. Saya yakin dan percaya dia pandai menjaga dirinya dengan baik.“Bahkan dia sendiri yang menetapkan untuk menjaga batas lakonannya kelak apabila kami sudah berkahwin. Faham dengan situasi di mana akan ada yang cuba menjatuhkannya, saya tidak risau kerana saya lebih kenal dia,” katanya. Selesai majlis pertunangan, Erin akan terus sibuk membuat persiapan hari pernikahannya pula. “Saya sangat bersyukur kerana majlis hari ini berjalan lancar. Kepada peminat di luar sana, doakan jodoh kami berkekalan sampai ke akhir nyawa,” katanya. Sumber- Hmetro

Dua guru disangka sesat cari pelajar hilang
Gambar Hiasan
Georgetown: Kegembiraan sekumpulan 15 pelajar sekolah melakukan aktiviti pendakian hujung minggu di kaki Bukit Bendera, di sini bertukar kecoh apabila dua guru dilaporkan tersesat di dalam hutan ketika mencari salah seorang pelajarnya yang dilaporkan hilang dalam kejadian malam tadi. Kumpulan 15 pelajar berusia 16 tahun bersama empat guru itu melakukan aktiviti pendakian pada sebelah petang sebelum dikejutkan dengan kehilangan seorang pelajar sejurus mereka tiba di sebuah banglo di atas Bukit Bendera itu kira-kira jam 9 malam. Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, pihaknya dimaklumkan ibu bapa pelajar berkenaan mula bimbang apabila mereka tidak pulang ke rumah sehingga jam 8 malam. Beliau berkata, mereka dikatakan membuat laporan polis di Balai Polis Air Itam sebelum tindakan selanjutnya dilakukan apabila sepasukan pegawai dan anggota polis dari Balai Polis Pulau Tikus pergi ke Bukit Bendera untuk membuat pemeriksaan dan siasatan lanjut. "Operasi mencari dan menyelamat turut membabitkan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Bagan Jermal sambil dibantu anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)," katanya. Mior berkata, pihaknya dimaklumkan semua pelajar dan guru tidak hilang, sebaliknya kelewatan berlaku kerana sikap tanggungjawab dua guru pergi mencari seorang pelajar yang tidak kelihatan ketika mereka tiba di banglo di situ dan pelajar itu tiba di banglo berkenaan pada jam 9.30 malam. Sumber - Hmetro

Dikeroyok jiran 4 beranak
Kuala Terengganu: “Saya tidak berdaya membalas balik serangan empat beranak itu,” kata Mohd Amir Amzar Zanuwa, 23, yang hampir putus tangan kanan selepas mendakwa diserang dengan gergaji oleh seorang lelaki bersama isteri dan dua anak di Felda Kertih 5, Kampung Ketengah Jaya, Dungun, Jumaat lalu.
Kejadian jam 3 petang itu dipercayai berpunca apabila tukang rumah berkenaan bertanyakan mengenai SMS berbaur makian dihantar anak lelaki jiran sekampungnya yang berusia 17 tahun.
Ketika mangsa pulang daripada menunaikan solat Jumaat di kampung itu, dia berhenti di rumah keluarga suspek bagi mendapatkan penjelasan mengenai SMS berkenaan namun belum sempat bertanya, bajunya ditarik remaja terbabit dan berlaku pergelutan.
Pada masa sama, muncul ibu remaja lelaki berkenaan berusia 50-an yang memukul kepala mangsa dari belakang dengan sebatang kayu menyebabkan dia terjatuh ke dalam longkang berhampiran.
Mohd Amir Amzar berkata, dia yang mengerang kesakitan diserang dengan gergaji oleh suami wanita itu yang berusia 60-an.
Sumber - myMetro
TOP
300 umat Islam berkumpul di luar mahkamah
Putrajaya: Lebih 300 umat Islam dari seluruh negara berkumpul di luar Istana Kehakiman, di sini bagi memberi sokongan dalam mengekalkan hak penggunaan eksklusif kalimah Allah terhadap umat Islam saja.
Antara kumpulan yang berkumpul terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ialah Pertubuhan Pribumi PERKASA, PEKIDA dan Pertubuhan Islam Gabungan Amal (PER3) Wilayah Putrajaya.
Difahamkan, mereka mula berkumpul di sini seawal jam 7.30 pagi untuk menanti keputusan penggunaan kalimah Allah pada kitab Bible versi Melayu yang akan diumumkan hari ini.
Pada hari ini Mahkamah Persekutuan akan menyampaikan keputusan yang amat ditunggu-tunggu, sama ada membenarkan atau tidak, Gereja Katolik merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penerbitan mingguan 'The Herald' daripada menggunakan kalimah 'Allah', dalam versi bahasa Malaysia terbitannya.
Ketika ini, beberapa pemimpin daripada NGO berkenaan melaungkan kata azimat, berzikir dan melaungkan Allahuakbar bersama ahli bagi mempertahankan kalimah berkenaan.
Selain itu, mereka turut membawa kain rentang yang bertulis 'bersatu demi mempertahankan kalimah' dan 'kalimah Allah hanya hak mutlak umat Islam'.
Sumber - hmetro
TOP
Empat maut nahas dua kereta
Baling: Empat orang termasuk tiga sekeluarga maut apabila kereta dinaiki bertembung dalam kemalangan di Jalan Kulim-Baling berhampiran Kampung Binjol Tawar, dekat sini, jam 5.40 petang tadi.
Difahamkan, seorang mangsa mati di tempat kejadian, manakala tiga lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Baling dan Hospital Kulim antara jam 8 malam hingga 9 malam tadi.
Sumber berkata, kejadian berlaku apabila kereta Perodua Kancil dalam perjalanan dari arah Baling menuju ke Kulim, cuba memotong sebuah kenderaan lain sebelum bertembung dengan Nissan Sentra berkenaan.
Berikutan itu, katanya lelaki yang juga pemandu Perodua Kancil disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera parah dan tersepit pada tempat duduk pemandu kenderaan yang remuk.
"Penumpang Nissan Sentra terbabit yang turut cedera dikejarkan ke Hospital Baling, di sini, namun disahkan meninggal dunia.
"Manakala isteri dan anak lelaki kepada pemandu kereta Perodua Kancil berkenaan turut disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kulim," katanya.
Katanya, pihak polis sedang mengenal pasti identiti mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.
Sumber - myMetro
TOP
Lagi mangsa rogol digantung
PUNJAB - PAKISTAN. Seorang mangsa rogol dibunuh kejam apabila mayatnya digantung pada sebatang pokok di sebuah perkampungan miskin di Layyah, wilayah Punjab, Pakistan, kelmarin.
Pegawai polis kanan Sadaqat Ali Chohan berkata, Muzammil Bibi, 20, diserang tiga lelaki berhampiran rumahnya sebelum diheret ke kawasan semak untuk dirogol secara bergilir-gilir.
“Ini adalah serangan rogol paling kejam di Pakistan. Ketika ditemui, mangsa pengsan dan pakaiannya koyak-rabak,” katanya pada laporan Dailymail.
Menurutnya, melalui siasatan awal, mangsa dicekik di leher dan dipukul beberapa kali berdasarkan kesan lebam pada anggotanya.
Difahamkan, ibu bapa mangsa meminta bantuan penduduk kampung untuk mencari mangsa sejurus mengetahui kehilangannya.
Keesokan harinya, penduduk kampung menemui mangsa tergantung pada sebatang pokok berhampiran rumahnya dalam keadaan tidak bermaya dan berlumuran darah.
Bulan lalu, kes sama turut berlaku apabila penduduk kampung menemui dua mayat adik-beradik mangsa rogol tergantung pada sebatang pokok di sebuah perkampungan di Uttar Prakash, India.
Sumber - Sinar Harian
TOP
Hishammuddin tolak desas-desus
KLUANG - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan laporan mengatakan dirinya bakal dilantik Timbalan Perdana Menteri (TPM) sesuatu tindakan nakal dan tidak bertanggungjawab yang bertujuan melaga-lagakan pemimpin Umno.
Beliau berkata, kisah mengenai status jawatannya telah dipertikai beberapa bulan lalu.
"Ada yang mendakwa saya tidak layak menjawat jawatan Naib Presiden Umno dan menteri, tetapi kini timbul pula spekulasi saya bakal menggantikan TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya.
Jelasnya, tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu tiada asas dan beliau telah melalui senario politik begitu lama.
“Saya mahu nasihatkan semua pihak jangan ikut rentak mereka, kita dalam parti rapatkan barisan dan beri sokongan padu kepada presiden dan naib presiden parti, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
“Mereka ini hanya mahu melaga-lagakan pemimpin supaya parti kita lemah. Saya tengok PM dan TPM, saya cukup hormat dan puas hati, janganlah ada pihak tertentu cuba melaga-lagakan.
“Ini pertama kali saya buat komen tentang spekulasi yang berlaku, sebab beberapa bulan lalu berbeza saya dikatakan tidak layak jadi menteri dan naib presiden Umno,” katanya selepas Majlis ‘1Veteran 1Malaysia: Jasamu sentiasa dikenang dan dihargai’ peringkat Johor di Hotel Prime City, semalam.
Minggu lalu, sebuah blog pro-kerajaan menyiarkan spekulasi bahawa Hishamuddin akan menggantikan Muhyiddin.
Ia juga timbul berikutan desas-desus rombakan Kabinet yang mungkin dilakukan Perdana Menteri khususnya untuk membawa masuk pemimpin daripada parti komponen BN iaitu MCA dan Gerakan.
Namun, Khamis lalu, Muhyiddin menafikan beliau akan meletakkan jawatan sebagai TPM dalam masa terdekat.
Katanya, beliau tidak pernah membincangkan isu itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Sumber - Sinar Harian
TOP
Langkah bersepadu tingkat sumber bekalan air
EXCO Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, kerajaan negeri menjalankan beberapa inisiatif bagi menghadapi El Nino antaranya pelepasan air dari kolam alternatif dan pengepaman semula air dari Sungai Selangor.
Menurutnya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 23 April lalu meluluskan peruntukkan sebanyak RM10 juta bagi membina infrastruktur untuk kerja-kerja mengepam air dari bekas lombong atau kolam sekitar Lembangan Sungai Selangor ke Sungai Selangor.
“Peruntukan ini termasuk membeli pam-pam berkeupayaan tinggi bagi memastikan kerja pengepaman memberi kesan maksimum dan mampu meningkatkan paras air di Sungai Selangor.
“Sebanyak 26 bekas lombong dikenal pasti di negeri ini dan sembilan melibatkan penyaluran ke Sungai Selangor dan kebanyakannya merupakan bekas lombong bijih timah yang telah berusia lebih 20 tahun.
“Infrastruktur ini juga akan digunakan bagi mengepam air Sungai Selangor ke kolam takungan apabila paras air sungai mencapai paras normal sebagai persediaan menghadapi musim kering berlanjutan yang diramal akan berlaku antara awal Jun hingga September tahun ini,” katanya.
Jelasnya, kerajaan negeri telah membuat persediaan awal menghadapi fenomena dengan mengenal pasti dan melengkapkan kemudahan pam bagi sembilan kolam alternatif di sepanjang Sungai Selangor yang terletak di hulu mula sauk.
“Sebanyak 20 pam alternatif berkapasiti 48 juta leter sehari (JLH) ditempatkan di semua kolam alternatif untuk membekalkan 960 JLH. Buat masa ini beberapa kolam alternatif tersebut sedang di isi dengan air dari Sungai Selangor yang di pam masuk ketika paras air sungai tinggi,” katanya.
Yunus berkata, bagi meningkatkan takungan operasi, pembenihan awan bagi kawasan tadahan di negeri ini telah dijalankan Lembaga Urus Air Selangor (Luas) bersama Jabatan Meteorologi sejak 27 Mac hingga 11 Jun sebanyak 39 kali dan akan diteruskan sehingga hujung tahun ini.
Beliau berkata, Luas sebagai koordinator yang akan memberi arahan mengikut paras kapasiti air di sungai kepada Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang ditugaskan mengawas pengepaman air ke sungai manakala Jabatan Pengairan dan Saliran mengawal kemasukan air dari sungai ke lombong.
“Luas akan memberi tugas berdasarkan keperluan. Berapa lama mengepam dan berapa juta meter padu sehari perlu dikeluarkan daripada kolam ke sungai atau sungai ke kolam,” katanya.
Sumber - Sinar harian
TOP
Baucar pakaian sekolah ganti wang tunai
KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri memperkenalkan konsep baharu dalam pengagihan bantuan pakaian sekolah kepada pelajar yang layak pada tahun ini melalui pemberian baucar bagi menggantikan wang tunai.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, baucar berkenaan akan diagihkan kepada penerima bermula Oktober ini dan mereka boleh menebusnya di kedai pakaian sekolah yang bakal disenaraikan kelak.
Menurutnya, kaedah itu dilihat lebih efektif bagi menjana ekonomi peniaga di negeri ini dan kerajaan mewujudkan satu unit khas untuk memantau pembahagian baucar serta pendaftaran kedai bagi mengelak penipuan.
“Kita akan pantau, saya tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan dengan memohon jadi pengedar sedangkan tidak mempunyai kedai menjual pakaian sekolah.
"Kita akan beri kepada betul-betul peniaga,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Terengganu di Hotel Grand Puteri, di sini semalam.
Hadir sama Presiden PKMM, Datuk Mokhtar Samad dan Yang Dipertua PKMM Terengganu, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri.
Kerajaan negeri dijangka membelanjakan kira-kira RM14 juta menyediakan bantuan tersebut kepada penerima yang layak iaitu RM200 satu keluarga.
Sementara itu, pada majlis sama Ahmad Razif turut memaklumkan bahawa Percetakan Yayasan Islam Terengganu akan menjadi 'payung’ kepada syarikat percetakan di negeri ini bagi membantu peniaga dalam bidang tersebut.
“Kita akan buat secara perkongsian, percetakan YIT akan jadi penyelaras supaya semua syarikat percetakan dapat manfaat bersama.
"Ia akan dilaksanakan secepat mungkin kerana kita ingin lahirkan lebih ramai usahawan percetakan dalam kalangan rakyat negeri ini,” katanya.
Sumber - Sinar Harian
TOP
Rebut ganjaran pahala Ramadan
Najib Tun Razak (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada wakil masjid dan surau dalam Parlimen Pekan sempena kedatangan bulan Ramadan di Pekan, semalam. Sebanyak 58 masjid dan 151 surau menerima sumbangan tersebut. - UTUSAN/MAHATHIR ALI
PEKAN 22 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru umat Islam merebut ganjaran pahala di bulan Ramadan yang akan disambut tidak lama lagi dengan memperbanyakkan amal ibadat terutama bersedekah. Menurut Perdana Menteri, perkara itu seperti sabda Rasulullah SAW bahawa sedekah yang paling afdal adalah di bulan Ramadan. "Maka banyakkan amalan sedekah dan kebaikan lain di bulan Ramadan seperti yang dituntut agama. "Insya-Allah kalau kita buat ibadat dengan penuh keikhlasan maka Allah akan memberi rahmat keampunan dan pembebasan daripada api neraka. "Semoga Allah memberi kesempatan dan kesihatan untuk kita jalankan ibadat Ramadan dengan sempurna," katanya ketika berucap dalam majlis penyampaian sumbangan Ramadan kepada masjid dan surau Parlimen Pekan di Dewan UMNO Bahagian Pekan, di sini hari ini. Yang turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Abu Bakar Harun. Pada majlis itu, Najib mengumumkan sumbangan berjumlah RM1,200 untuk setiap masjid dan RM800 bagi surau di Parlimen Pekan sempena kedatangan Ramadan tidak lama lagi. Menurut beliau, jumlah tersebut adalah tambahan RM200 berbanding tahun lalu dengan keseluruhannya melibatkan 209 masjid dan surau. "Selain itu, kita turut menyumbangkan barangan keperluan seperti kurma, air minuman, teh, kopi dan gula. "Biro Agama UMNO pula menyumbangkan kain jubah untuk setiap jawatankuasa masjid di seluruh negara yang bakal disampaikan sedikit masa lagi," katanya. Sementara itu dalam ucapannya, Najib berkata, penduduk di Parlimen Pekan bertuah kerana dengan izin Allah mereka diwakili oleh Perdana Menteri sebanyak dua kali dan ini merupakan sebahagian sejarah negara. Menurut Najib, ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong setiap Rabu, kelihatan dua keping gambar dengan yang pertama adalah gambar ayahandanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein bersama Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah manakala sekeping lagi adalah gambar beliau dengan baginda pada posisi yang sama. "Itu merupakan secebis sejarah, semuanya adalah takdir yang menentukan dan saya tak dapat bermimpi perkara ini boleh berlaku. "Dalam sejarah Malaysia amat sukar perkara seperti itu berulang, dapat Yang di-Pertuan Agong dua pusingan dengan dua generasi sebagai Perdana Menteri, namun itulah yang terjadi. "Maka jagalah sejarah kita ini supaya kita terus mendapat manfaat daripada apa yang Allah SWT tentukan, mudah-mudahan ini semua memberi rahmat kepada kita," katanya. Tambah Perdana Menteri, sokongan padu penduduk Pekan merupakan kekuatan kepada beliau untuk mentadbir negara. "Pekan merupakan tapak asas saya mentadbir negara sebagai Perdana Menteri, kejayaan dalam negara termasuk di Pekan adalah berkat kita bersama sebenarnya. Saya tidak boleh buat kerja tanpa sokongan anda semua," katanya.

45 peratus surat layang - SPRM
Nasir Safar (tengah), Mustafar Ali (kanan) dan Abdul Latiff Abu Bakar bertindak sebagai ahli panel Seminar Pengukuhan Integriti NGO Kelab Veteran MAYC Malaysia di Auditorium Institut Integriti Malaysia, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/RUSHDI SALLEH
KUALA LUMPUR 22 Jun - Kira-kira 45 peratus daripada 10,000 hingga 12,000 maklumat berkaitan aduan rasuah yang diterima Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap tahun diperoleh melalui surat layang. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, bagaimanapun hanya beberapa peratus maklumat berkenaan didapati benar dan berpotensi untuk disiasat ke peringkat seterusnya. Katanya, SPRM tidak akan terus mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang dituduh tetapi akan menapis dan menyiasat maklumat tersebut dengan terperinci. "Kebanyakan maklumat yang kita terima daripada surat layang hanya menggambarkan individu secara umum dan sukar untuk kita kesan atau siasat, oleh sebab itu, hanya jumlah yang kecil maklumat daripada surat layang yang boleh digunakan. "Selain itu, maklumat yang kita terima itu juga perlu ada asas dan boleh disabitkan dengan rasuah kerana banyak maklumat yang kita terima tidak boleh diproses kerana tiada unsur rasuah walaupun ada asas dan begitulah sebaliknya," katanya ketika berucap pada Seminar Pengukuhan Integriti Pertubuhan Bukan Kerajaan di Institut Integriti Malaysia (IIM), di sini hari ini. Yang turut hadir, Pengarah Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar; ahli IIM, Datuk Aidit Ghazali dan Presiden Kelab Veteran Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC), Datuk Nasir Safar. Dalam pada itu, Mustafar meminta orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat menggunakan saluran yang disediakan dengan memberi maklumat lengkap bagi membolehkan SPRM meneruskan siasatan. Katanya, orang ramai tidak perlu takut untuk melaporkan terus kepada pejabat SPRM kerana mereka dilindungi Akta Pemberi Maklumat dan menjadi saksi jika kes disabitkan ke mahkamah. "Kita bukan menolak maklumat daripada surat layang tetapi cara itu bukan satu kaedah yang baik untuk melaporkan sesuatu kes kerana boleh jadi maklumat surat layang itu tidak benar sehingga akan menjejaskan nama individu tertentu. "Kita mahu maklumat yang berkualiti agar mudah untuk kita siasat perkara ini dengan lebih lanjut," jelasnya. Sementara itu, pada majlis yang sama, satu memorandum persefahaman di antara IIM dengan Kelab Veteran MAYC Malaysia (KVMM) dimeterai bertujuan membantu dalam pelaksanaan Pelan Integriti Nasional di peringkat akar umbi yang turut disaksikan oleh Penasihat MAYC, Tan Sri Sanusi Junid.- Utusan Malaysia

PKMMJ minta kerajaan negeri pantau Iskandar
JOHOR BAHRU 22 Jun - Pembangunan yang berlaku di negeri Johor perlu diselaraskan dengan bijak supaya bukan sahaja kontraktor bumiputera malah kontraktor tempatan secara keseluruhan tidak terjejas akibat kehadiran pelabur luar negara.
Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Johor (PKMMNJ), Ir. Mahmood Amir berkata, antara kesan langsung yang dirasai oleh kontraktor tempatan adalah kesukaran mendapatkan pekerja dan peningkatan harga bahan binaan.
"Oleh kerana pembangunan sekarang banyak dibangunkan pihak swasta maka ramai kontraktor tempatan berdepan masalah. Pelabur asing datang membawa 'tsunami duit' dan kerajaan mahukan pembangunan dilakukan.
"Perkara ini tiada penyelesaian kerana zaman kontraktor mendapat peluang daripada kerajaan sudah habis dan ini adalah fakta. Situasi ini perlu diambil perhatian pihak atasan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pembangunan di Iskandar Malaysia, kata Mahmood, kebanyakan binaan prasarananya sudah siap atau hampir siap kecuali pembangunan oleh pihak swasta dan dari luar negara malah terdapat kontraktor yang disifatkan sebagai terbaik di negeri ini hanya diberikan tender membuat longkang.
Menurutnya, antara punca lain ketiadaan peluang melibatkan diri dalam pembangunan Iskandar Malaysia adalah ketidakupayaan kontraktor bumiputera atau tempatan untuk melaksanakan projek yang bernilai tinggi seperti yang sedang berlaku di negeri ini.
Bahkan, menurut beliau, Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (Rapid) yang telah ditetapkan syarat agar 25 peratus pembangunannya melibatkan kontraktor bumiputera turut berdepan masalah yang sama.
Tambah Mahmood, pembinaan adalah 'industri matahari terbenam' bagi kontraktor bumiputera namun bagi golongan bukan bumiputera mereka masih mampu untuk terus beroperasi.
"Kadar kontraktor kepada penduduk juga tinggi di Malaysia jika dibandingkan dengan negara lain, jadi ia juga adalah satu daripada faktor," katanya.
Beliau mengulas pandangan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mokhtar Samad dan Setiausaha Agung Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia, Datuk Seri Syed Hussein Al Habshee berkenaan pendominasian pelabur asing di negeri Johor.
China Daily sebelum ini melaporkan mengenai penglibatan lima firma pemaju China di zon ekonomi utama Iskandar manakala pemaju keenam, Macrolink Real Estate merancang untuk membangunkan sebuah resort percutian di situ.- Utusan Malaysia
TOP
Bunuh rakan setugas, tentera Korea Selatan diburu
Seorang askar Korea Selatan yang cedera parah akibat ditembak dalam kejadian berbalas-balas tembakan bagi memburu seorang rakan mereka yang menembak mati lima askar lain dihantar ke Hospital Gangneung untuk rawatan, semalam. - AFP
SEOUL 22 Jun - Tentera Korea Selatan berbalas-balas tembakan dengan seorang askar yang menembak mati lima rakan sejawatannya berhampiran sebuah sekolah rendah di sempadan Korea Utara, hari ini dalam usaha menahannya. Dalam kejadian malam semalam, seorang sarjan berusia 23 tahun yang dikenali sebagai Lim, dilapor melepaskan tembakan di sebuah pos pengawal di bahagian timur sempadan yang dikawal ketat, menyebabkan lima askar maut, manakala tujuh lagi cedera. Ekoran kejadian itu, pasukan tentera melancarkan operasi besar-besaran memburu Lim, selepas dia melarikan diri dari lokasi itu bersama raifal K-2 dan peluru. Seorang jurucakap Kementerian Pertahanan berkata, Lim berjaya dikesan kira-kira 10 kilometer dari sempadan Korea Utara pada pukul 2.30 petang (5.30 pagi waktu tempatan). "Dia melepaskan tembakan ke arah pasukan tentera, yang kemudian mencetuskan kejadian berbalas-balas tembakan," kata jurucakap itu, sambil menambah kata, seorang anggota tentera cedera di lengan dalam kejadian itu. Seorang pelajar kolej, Kim So-rae, yang tinggal di kawasan itu berkata, dia terdengar bunyi tembakan. "Kami tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Keadaan ini sangat menakutkan," ujarnya kepada televisyen YTN. Menurut tentera, Lim dijadual tamat latihan dalam tempoh beberapa bulan lagi selepas berjaya menghabiskan perkhidmatan wajib tentera. Kesemua yang terbunuh adalah rakan-rakan Lim dalam rejimen infantri di wilayah timur Gangwon. - AFP

Tidur ubat paling mujarab
Dapatkan tempat yang sunyi dan bersih agar tiada orang lalu-lalang atau deringan telefon mengganggu tidur anda.
TIDUR bola, makan bola, mandi bola, apa pun bola. Bermulanya Piala Dunia 2014 menandakan kehangatan demam bola kepada jutaan peminat sukan berkenaan di seluruh negara. Sudah pasti dalam tempoh tinggal hampir tiga minggu inilah 'kaki-kaki bola' ini akan bersengkang mata untuk menyaksikan perlawanan pasukan pilihan mereka yang kebanyakannya berlangsung pada awal pagi. Di Suzhou, China baru-baru ini menyaksikan seorang peminat bola sepak mati dipercayai akibat kurang tidur selepas berjaga beberapa malam untuk menonton siaran langsung Piala Dunia. Lelaki yang berusia 25 tahun itu ditemui mati di hadapan televisyen di rumahnya di Suzhou berhampiran Shanghai. Perbezaan waktu antara Suzhou dan Brazil ialah 11 jam. Ini bermakna peminat bola sepak di China perlu berjaga sepanjang malam untuk mengikuti perlawanan Piala Dunia, lapor laman web Yahoo Sports. Doktor memberitahu, kematian itu berkaitan dengan kurangnya tidur. Menurut Perunding dan Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Dr. Raymond Tan Suan Kuo, tidur ialah merehatkan badan dan minda beberapa jam pada waktu malam ketika sistem saraf tidak aktif, mata ditutup dan otot postur berehat. Bagaimana jika keadaan sebaliknya berlaku apabila kita kurang atau tidak tidur? Sudah tentu seseorang yang kurang tidur boleh menyebabkan memori terganggu dan keletihan bahkan mampu membawa kepada risiko-risiko buruk yang lain. Sebenarnya, masalah ini dapat di atasi jika anda tidur seketika pada waktu siang. Pun begitu, masih ramai menganggap bahawa tidur seketika pada waktu siang merupakan sifat orang yang malas. Tidak kurang juga yang beranggapan bahawa rutin tidur sebegini mengganggu kesihatan. Tidak ramai yang mengetahui bahawa tidur seketika dapat menyegarkan semula badan dan minda yang juga dipanggil sebagai power nap. Amalan ini telah dipraktikkan oleh masyarakat di negara-negara Barat dan umat Islam sejak dahulu.- Utusan Malaysia

Kekal cergas di bulan Ramadan
SEMUA orang mengimpikan bukan sekadar kecantikan luaran tetapi juga kesihatan dan kecantikan dalaman. Bayangkan, dengan pengambilan hanya satu sacet yang mengandungi 20 milimeter (lebih kurang tiga sudu besar) jamu setiap hari anda mampu memiliki kecantikan luaran dan dalaman ini. Wajah berseri dan tidak kusam lagi. Badan terasa lebih bertenaga walau pun baru beberapa hari mengamalkannya. Kulit semakin licin dan nampak segar. Kalau anda pernah mengambil jamu sebelum ini, maka Jamu Ratus Warisan Plus ini bakal menukar apa yang anda tahu dan percaya selama ini. Percayakah anda jika diberitahu adanya jamu yang apabila dimakan badan tidak panas? Malah ia membantu membanyakkan susu badan si ibu, kedatangan haid mula teratur, menyuburkan rahim, keintiman hubungan suami isteri meningkat dan banyak lagi.
Bayangkan anda memiliki jamu yang siap sedia untuk diminum sebagai sumber tenaga harian. Segala apa yang anda mahukan untuk kekal sihat, ceria, awet muda, akhirnya dalam bentuk cecair yang telah siap disacetkan.
Jamu Ratus Warisan ialah jamu resepi keluarga zaman berzaman yang terdiri daripada gabungan berpuluh-puluh herba dan rempah ratus. Produk ini mengandungi campuran herba asli seperti manjakani, kacip fatimah, lemuju, habatussauda, ibu kunyit, akar angina dan pelbagai herba terpilih. Ia kemudiannya diadun dengan air zam-zam, madu dan zaffaran.
Jamu Ratus Warisan Plus telah diekstrakkan yang mana hanya herbanya sahaja diambil dan hampasnya dibuang.
Selain Jamu Ratus Warisan Plus, syarikat ini juga mengeluarkan minuman kesihatan yang sangat laris di pasaran iaitu Kopi Pegaga Warisan. Pegaga digunakan oleh orang Melayu secara tradisional untuk menjaga kecantikan kulit, ejen anti-penuaan serta menyingkirkan toksin daripada badan. Khasiat pegaga juga dipercayai dapat menguatkan daya ingatan, menggalakkan peredaran darah dan melegakan ketegangan akibat tekanan. Hanya dengan RM25 sekotak, anda akan berasa cergas dan segar di samping menjadikan kulit wajah suci berseri. Sesuai untuk lelaki dan wanita.
Kopi Pegaga Warisan menjadi minuman kesihatan yang boleh diamalkan seisi keluarga.
Diperbuat daripada gabungan kopi putih berkualiti tinggi dan pegaga asli, Kopi Pegaga Warisan menjadi minuman kesihatan yang boleh diamalkan seisi keluarga.- Utusan Malaysia
TOP
Dr. Arras bekalkan oksigen tulen
ASMADY bersama Azli (baring)semasa lawatan kesihatan selepas jualan.
"Aduh! Perkataan inilah yang sering saya lafazkan ketika saya berdiri dan duduk. Keadaan menjadi lebih teruk apabila saya berbaring kerana masalah 'slip disc' yang saya alami sejak dua tahun lalu," itulah luahan Azli dari Cheras yang berusia 47 tahun. Menurut pakar, masalah ini berkemungkinan berpunca daripada faktor pekerjaan Azli. Pekerjaan Azli memerlukan dia berdiri untuk jangka masa panjang dan sering mengangkat barang yang berat. Inilah yang dilakukannya selama 20 tahun. Kerja shif juga salah satu punca waktu tidurnya tidak teratur, lesu, letih dan tidak fokus dalam pekerjaan. "Pada pertengahan 2012, saya mengalami kebas-kebas di bahagian pinggang ke bawah terutama di bahagian kaki. Saya menganggap ia perkara biasa akibat faktor pekerjaan saya. Namun, saya menganggap ia hanya sakit-sakit biasa. "Malangnya masalah ini berlarutan walaupun saya mendapat rawatan susulan tradisional dan moden. Akibatnya, pada akhir tahun 2013, saya mengalami kekejangan dan kaku serta terpaksa dihantar serta-merta ke hospital dan disahkan menghidap 'slip disc'. "Atas nasihat rakan baik saya,Wilson Yow Nam, saya terus mendapatkan Dr. Arras Oxygen Concentrator dan menggunakannya untuk kegunaan di rumah terutamanya pada waktu tidur malam. Alhamdulillah, setelah dua minggu penggunaan Dr. Arras Oxygen Concentrator, kini saya sudah boleh berdiri, duduk dan baring tanpa rasa sakit. Malahan saya sudah boleh memandu. Saya juga boleh menaiki tangga sehingga tingkat lima di kediaman tanpa bantuan," cerita Azli. Pengurus Besar Arrakasta MO Sdn. Bhd., Mohd Norazri Hamzah yang mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam bidang kesihatan memberitahu, masalah slip disc ini sering terjadi akibat daripada pelbagai faktor. Contohnya, sering membuat pekerjaan berat pada usia muda, kemalangan, terjatuh dan banyak lagi. Kebanyakan pesakit slip disc yang kronik sering meletakkan sokongan di bahagian pinggang untuk keselesaan terutamanya pada waktu tidur. Arrakasta MO Sdn. Bhd., ialah syarikat bumiputera yang terdiri daripada usahawan muda yang berkecimpung dalam bidang kesihatan dengan visi supaya rakyat Malaysia mendapat produk kesihatan terbaik. Dr. Arras Oxygen Concentrator dengan fungsi tiga dalam satu telah mendapat sambutan menggalakkan sejak dilancarkan. Authur C. Guyton, M.D. dalam bukunya The Textbook on Medical Physiology memberitahu, semua penyakit kronik berpunca daripada kekurangan oksigen yang berlaku di peringkat sel. Oleh itu, oksigen merupakan kunci kepada kehidupan. Hal ini kerana setiap sel di dalam tubuh manusia amat memerlukan oksigen untuk membelah, pertumbuhan dan sel tetap hidup. Selain itu, oksigen juga dapat meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan otak, meningkatkan metabolisma tubuh, mengurangkan toksin dalam darah serta menstabilkan tekanan darah. Di samping itu, oksigen juga berperanan untuk menguatkan sistem jantung dan pertahanan tubuh. Oksigen juga penting untuk mencegah stres dan mencantikkan kulit. Dr. Arras Oxygen Concentrator direka khusus berfungsi menyalurkan oksigen tulen yang cukup di dalam darah selain membantu masalah pernafasan. Uniknya, Dr. Arras Oxygen Concentrator merupakan mesin oksigen pertama di Malaysia yang mempunyai tiga fungsi istimewa dalam satu mesin. "Fungsi utama Dr. Arras Oxygen Concentrator membekalkan oksigen tulen sehingga 90 peratus yang bebas daripada pencemaran berbanding persekitaran yang hanya mempunyai 20 peratus oksigen sahaja," ujarnya. Arrakasta MO melihat oksigen tulen, udara bersih dan ion negatif berkait rapat antara satu sama lain. Setelah kajian dan penyelidikan, Arrakasta MO menggabungkan ketiga-tiga fungsi ini di dalam satu mesin. Ini lebih menjimatkan serta lebih praktikal, dan memberi nilai tambah kepada pengguna. "Kebanyakan pengguna Dr. Arras Oxygen Concentrator ialah mereka yang mengalami masalah asma, copd, paru-paru kronik, semput, jantung, perkembangan minda, kanser dan sebagainya. Alhamdulillah, mereka mendapat kesan yang memberangsangkan dan seterusnya dapat mengembalikan kesihatan yang diimpikan," katanya. Menurut Mohd Norazri lagi, ia amat sesuai untuk luka besar, luka terbakar, ibu mengandung serta penggunaannya tiada pantang larang dan tidak berbahaya. Di samping mereka yang mengalami masalah kesihatan, Dr. Arras Oxygen Concentrator juga sesuai untuk pencegahan dan baik untuk mereka yang sedang belajar sama ada di peringkat rendah atau di peringkat tinggi, untuk atlet sukan, golongan profesional dan mereka yang bekerja di ruangan terhad dan tertutup. Sebarang pertanyaan lanjut dan temu janji boleh menghubungi 019-2936337 atau 017-2990507, atau datang terus ke Arrakasta MO Sdn. Bhd., di alamat 23A-B Jalan Prima Saujana 1/1A, Taman Prima Saujana, 43000 Kajang Selangor.- Utusan Malaysia

Singkir toksin dari tubuh
Jika anda mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti cepat berasa penat, sakit kepala, jerawat, sembelit, berat badan berlebihan, insomnia, haid tidak teratur termasuk mulut berbau dan masalah kulit, kesemua itu merupakan tanda-tanda bahawa tubuh anda telah diracuni toksin berlebihan.
Agak mustahil bagi seorang manusia untuk bebas daripada toksin kerana toksin ada di mana-mana sahaja seperti di dalam udara, makanan, minuman serta berpunca daripada ubat-ubatan, dehidrasi, merokok, pengambilan minuman keras dan pemakanan yang tidak seimbang.
Biasanya toksin disingkirkan secara semula jadi melalui proses pencernaan iaitu pembuangan air kecil atau air besar. Namun begitu, jika proses pencernaan ini tidak berjalan dengan lancar, ia akan menyebabkan sisa toksin terperangkap di dalam tubuh.
Justeru, proses membuang toksin atau lebih dikenali dengan detoksifikasi secara semula jadi amat penting untuk meneutralkan, mengubah atau menghapuskan toksin. Proses ini berkait rapat dengan sistem pencernaan dan hati manusia.
Berikutan itu, kedua-dua organ tersebut perlu diberi perhatian khusus kerana ia merupakan organ yang terlibat dalam proses menyingkirkan sisa toksin daripada tubuh. Antara langkah yang boleh diikuti bagi menyingkirkan toksin secara semula jadi adalah dengan:
* Berpuasa: Puasa dapat merehatkan tubuh terutama sistem perut daripada bekerja secara berlebihan dan secara tidak langsung dapat membantu proses detoksifikasi.
* Hati: Sisa toksin yang tidak dapat disingkirkan akan berkumpul di dalam hati. Jadi, hati perlu dirangsang semula dengan mengurangkan pengambilan gula, garam, alkohol, kafein, makanan proses dan sebagainya.
* Sistem penghadaman: Bagi melancarkan sistem penghadaman, makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan serta sayuran segar perlu diambil dan jangan lupa minum air masak secukupnya. - Utusan Malaysia

KDNK catat pertumbuhan 6.2 peratus
ABDUL RAHMAN HASAN
KOTA KINABALU 19 Jun - Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku pertama 2014 mencatat kadar pertumbuhan 6.2 peratus, kata Ketua Perangkaan Malaysia, Datuk Dr. Abdul Rahman Hasan. Menurutnya, dari segi pengeluaran, pertumbuhan itu diterajui industri perkhidmatan, yang tumbuh 6.6 peratus, dan pembuatan (6.8 peratus) manakala dari segi permintaan ia didorong oleh kesan momentum kukuh perbelanjaan pengguna akhir swasta (7.1 peratus), pembentukan modal tetap kasar (6.3 peratus) dan pemulihan dalam sektor luaran (eksport: 7.9 peratus). "Daripada data-data ini, kita dapat lihat bahawa kemajuan ekonomi Malaysia terus mantap walaupun berhadapan dengan senario ekonomi global yang tidak menentu," katanya ketika berucap pada majlis sesi bersama responden Kepentingan Statistik Perdagangan Edaran Pemacu Ekonomi Sabah & Negara, di sini hari ini. Abdul Rahman berkata, berdasarkan laporan prestasi Program Transformasi Ekonomi (ETP) selepas tiga tahun perlaksanaannya, seperti yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan berjaya mewujudkan 196 projek dengan pelaburan komited berjumlah RM219.3 bilion, yang dijangka menyumbang RM144 bilion kepada KDNK dan mewujudkan hampir 440,000 pekerjaan baharu. Berdasarkan laporan prestasi berkenaan juga, beliau berkata, dalam sektor perkhidmatan borong dan runcit, 616 kedai dalam Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) telah dimodenkan, dan 78 peratus daripada kedai berkenaan berjaya meningkatkan hasil. Menurutnya, sebanyak 368 bengkel automotif juga berjaya ditransformasikan dalam program Pemodenan Bengkel Automotif (ATOM) sejak 2011, dan daripada jumlah itu, 81 peratus bengkel telah meraih keuntungan. Mengenai Banci Perdagangan Edaran 2014 yang bermula Mac lepas dan berakhir September ini, Abdul Rahman berkata, bancian melalui kaedah e-mel dan bersemuka itu melibatkan 594,445 syarikat di seluruh negara, termasuk 30,000 syarikat di Sabah. Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sabah, Norezan Wahid pula berkata, Jabatan Perangkaan membuka pejabat operasinya di lima daerah, masing-masing di Tawau, Sandakan, Keningau, Lahad Datu dan Kota Marudu, bagi menjaga hubungan baik dengan responden. "Pejabat operasi ini menjadi pusat pengumpulan data bagi daerah-daerah berdekatan sebelum diselaraskan dan diproses di pejabat Kota Kinabalu dan seterusnya di ibu pejabat Putrajaya," katanya. - BERNAMA

GST: Inflasi dijangka rendah
Ahmad Husni Hanadzlah (kanan) menyampaikan plak penghargaan kepada abdul Farid Alias sambil diperhatikan Mirzan Tun Mahathir pada Sidang Kemuncak hPerbankan Malaysia ke-18 di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA
KUALA LUMPUR 19 Jun - Negara dijangka menerima kesan inflasi yang rendah pada kadar 1.48 peratus apabila cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada 1 April 2015. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kesan tersebut juga dijangka bersifat sementara apabila ekonomi negara mula melakukan penyesuaian dan keseimbangan kepada keadaan tersebut. Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan yang prihatin dengan trend kemungkinan berlaku peningkatan kos hidup telah mengambil beberapa langkah termasuk mengecualikan cukai barangan dan perkhidmatan tertentu. "Langkah tersebut akan membantu meringankan tekanan kumpulan berpendapatan rendah. Kami sedang memuktamadkan senarai barangan dan perkhidmatan terbabit," katanya dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Perbankan Malaysia Ke-18 anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di sini hari ini. Yang turut hadir, Presiden ASLI, Mirzan Mahathir; Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Dr. Michael Yeoh dan, Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Berhad, Datuk Abdul Farid Alias. Menurut Ahmad Husni, kerajaan juga telah menurunkan defisit bajet tahun ini kepada 3.5 peratus, selain melakukan pembaharuan regim cukai untuk memastikan kedudukan kewangan negara kukuh serta ekonomi pula tumbuh mampan, seterusnya mengurangkan jurang antara golongan berpendapatan tinggi dan rendah. Beliau berkata, setiap polisi ekonomi dan perundangan yang digubal akan memastikan wujud keadilan dan kesaksamaan pengagihan pendapatan dalam kalangan rakyat. "Dalam memastikan pengagihan secara saksama kekayaan negara, kerajaan tidak pernah merampas hak mana-mana individu demi kepentingan individu lain," katanya sambil mengingatkan rakyat agar tidak mengambil mudah keadaan ekonomi negara yang dinikmati sekarang. Beliau turut menyentuh peranan sektor perbankan yang kekal sebagai antara tonggak utama ekonomi negara dan berharap industri tersebut terus berkembang. Sementara itu, bercakap kepada pemberita kemudiannya, Ahmad Husni memberitahu, kerajaan akan menganjurkan pertemuan dengan kumpulan fokus bagi membincangkan bajet gender pada bulan depan. "Kami akan mulakannya dengan persekitaran ekonomi dan apa yang perlu dikembangkan dari segi prospek dalam ekonomi global. Kemudian kami akan memasuki bidang lain termasuk jenis bajet dan dasar gender.

Sarawak berpotensi raih RM1 bilion daripada industri pengeluaran udang laut
BOHARI LENG
MUKAH 19 Jun - Sarawak berpotensi memperoleh RM1 bilion setiap tahun daripada pengeluaran udang laut jika industri itu dibangunkan sepenuhnya. Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan Laut Negeri, Bohari Leng berkata, jabatan telah mengenal pasti kawasan seluas 3,000 hektar di mana pengeluaran boleh dilakukan. Beliau berkata, kawasan-kawasan berkenaan ialah Loba Stoh/Rembungan, Santubong dan Telaga Air di bahagian Kuching, Selalang dan Belawai di Sarikei dan Tanjung Manis di Mukah. "Kawasan-kawasan ini mempunyai potensi untuk menghasilkan 80,000 tan metrik setahun. "Bagi membolehkannya dicapai, kita perlu menghasilkan sekurang-kurangnya lima bilion benih setiap tahun," katanya kepada pemberita selepas majlis melepaskan satu juta benih udang harimau di pinggir laut di Belawai di sini semalam. Bohari berkata, Pusat Penetasan Udang di Belawai, yang merupakan satu-satunya pusat milik kerajaan di negeri ini, mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 24 juta. Sementara itu, beliau berkata, Sarawak tidak menghasilkan banyak udang harimau sekarang memandangkan permintaan pasaran antarabangsa adalah untuk udang putih. "Penternak tempatan lebih kepada pengeluaran udang putih kerana tempoh matang yang lebih singkat, iaitu tiga bulan, dan kos pengeluaran yang lebih rendah. "Sebagai perbandingan, udang harimau hanya bersedia untuk dituai selepas enam bulan dan kos pengeluaran akan lebih tinggi," katanya. Bohari berkata, pasaran udang putih negeri adalah Amerika Syarikat, Eropah dan Asia Barat. Tahun lepas, ujarnya, Sarawak berjaya menghasilkan kira-kira 12,000 tan metrik produk akuakultur. Beliau juga menasihatkan nelayan supaya tidak menebang pokok bakau di kawasan mereka kerana ia merupakan habitat untuk ikan dan udang. - BERNAMA

Kenaikan minyak dijangka beri kesan jangka panjang
Mustapa Mohamed melakukan simbolik perasmian eTrade dalam Forum Pengeksport Muda 2014 di Matrade Jalan Duta di Kuala Lumpur, semalam. - utusan/ Aizzul A.Majid
KUALA LUMPUR 18 Jun - Kerajaan menjangkakan krisis yang berlaku di Iraq tidak akan menjejaskan ekonomi Malaysia dalam tempoh terdekat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Bagaimanapun beliau berkata, jika keadaan itu berlarutan, ia akan memberi kesan kepada Malaysia sebagai sebuah negara ekonomi terbuka. Katanya, kesan kenaikan minyak secara mendadak ini sudah tentu akan mengambil masa tertentu dan negara-negara maju di dunia tidak terkecuali menerima tempiasnya. "Kita berharap keadaan ini tidak berlarutan dan kalau naik secara mendadak, sudah tentu akan jejaskan penduduk dunia dan Malaysia yang mengamalkan ekonomi terbuka," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Forum Pengeksport Muda 2014 di sini hari ini. Yang turut hadir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir. Hamim Samuri; Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Dr. Rebecca Fatima Sta Maria; Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Noraini Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Datuk Wong Lai Sum dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Datuk Mohd. Badlisham Ghazali. Jumaat lalu, harga minyak mentah dunia melonjak kepada AS$107 (RM345.89) setong, susulan meningkatnya krisis Iraq apabila timbul kebimbangan bekalan dari negara pengeluar nombor dua terbesar dunia itu. Harga minyak meningkat kepada 10 bulan tertinggi selepas kumpulan yang dikaitkan dengan al-Qaeda menawan dua bandar utama Iraq pada minggu lalu termasuk Mosul yang merupakan pintu masuk utama minyak mentah. Bagaimanapun, kumpulan berkenaan berikrar untuk meneruskan penguasaan ke Baghdad. Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata, kementeriannya menyasarkan untuk membantu 25,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menarik pembeli global dan jualan secara atas talian menjelang 2020 menerusi inisiatif eTRADE. Beliau berkata, menerusi inisiatif tersebut yang dilaksanakan di bawah Digital Malaysia melibatkan kerjasama antara Matrade dan MDeC, dijangka dapat memberi manfaat kepada 2,625 PKS melibatkan urus niaga berjumlah RM50 juta tahun ini. "PKS yang layak akan menerima baucar elektronik sebanyak RM1,000 bagi membolehkan mereka terlibat dengan program eTRADE," katanya.

Azlee Khairi kahwin hujung tahun
AZLEE cukup terbuka dan profesional apabila membicarakan soal kehidupan peribadinya.
SEBELUM ini ada yang mendakwa kekasih pelakon Azlee Khairi, Dayang Norlelawati atau nama ringkasnya, Liswati yang mengendalikan laman sosial pelakon itu dan membalas semua komen negatif peminat kekasihnya. Semuanya berikutan apabila timbul gosip mengatakan Azlee dan Zara Zya, pelakon yang bergandingan dengannya dalam drama popular, Love You Mr. Arrogant kini bergaduh. Gosip tersebut telah menjadi topik panas di laman-laman sosial. Bertemu dengan pelakon berusia 25 tahun itu pada majlis Seindah Ramadan & Anugerah Syawal di Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini, Azlee secara profesional menjawab tentang persoalan yang membabitkan kekasihnya yang berasal dari Brunei itu. Azlee berkongsi perincian lanjut mengenai hubungannya dengan Liswati. Ikuti temu bual Azlee bersama Kosmo!.
Kosmo!: Benarkah seperti dakwaan sesetengah pihak bahawa kekasih anda, Liswati yang mengendalikan media sosial Azlee?
AZLEE: Tiada maknanya dia (Liswati) hendak buka atau tengok laman sosial saya. Saya sudah pesan dekat dia buat apa hendak sakitkan hati sendiri dengan tengok komen-komen negatif itu.
Mungkin pada tahap Azlee sekarang, ada yang cuba jatuhkan anda?
Itu saya tahu. Setinggi mana kita capai (dalam kerjaya) akan ada orang yang cuba hendak jatuhkan kita. Jadi, saya kena positif. Kalau saya terikut-ikut, maknanya saya bodoh seperti mereka. Saya tidak pernah ambil tahu tentang sesiapa jua yang cuba hendak menjatuhkan saya. Tetapi, saya akan terima sesiapa sahaja yang hendak kawan dengan saya. Daripada saya fikir sehingga sakit kepala, baik saya buat tidak tahu sahaja.
Bagaimanakah pula perkembangan hubungan anda dengan kekasih?
Pemikiran dia yang matang banyak membantu saya. Mungkin kalau saya berkawan dengan wanita yang lebih muda berbanding Liswati, banyak tindakan saya yang tidak kena. Liswati banyak membantu saya. Kalau di laman sosial, ramai yang kata kekasih saya ini cuba menjatuhkan saya. Sebenarnya, tidak. Dia yang menaikkan saya. Malah, dia banyak membantu saya dari segi menyusun jadual lakonan. Bila orang menyalahkan dia dengan mengatakan dia cuba menjatuhkan saya, pada saya tidak memberi apa-apa kesan pun. Tetapi mulut orang bila kita dengar banyak-banyak kali pun sakit hati juga. Ada yang mengatakan kekasih anda seorang yang kaya. Benarkah?
Walaupun dia dari Brunei, negeri yang banyak duit, saya terima dia kerana dia sanggup menerima baik dan buruk saya. Setakat saya muat naik dua gambar bersama dia pun ramai yang hendak bising. Itu tandanya mereka (peminat) tidak boleh menerima diri saya dengan ikhlas seperti mana saya memberikan kerja (lakonan) saya dengan ikhlas kepada mereka.
AZLEE digosip bergaduh dengan gandingannya dalam drama Love You Mr. Arrogant, Zara Zya.
Liswati berusia 31 tahun, adakah anda memang menyukai wanita lebih berusia?
Saya percaya pada qada’ dan qadar ketentuan Tuhan. Sebab itu saya tidak kisah. Dengan siapa Tuhan jodohkan sekalipun saya terima.
Bilakah perancangan anda untuk mendirikan rumah tangga?
Insya-Allah, jika segala perancangan berjalan lancar saya akan berkahwin pada penghujung tahun ini.
Bagaimanakah hubungan anda dengan keluarganya?
Alhamdulillah. Keluarga dia menerima saya seadanya. Sayapun takut status orang Brunei. Tetapi saya tidak pandang semua itu. Saya juga ada duit sendiri. Kalau saya kahwin dengan dia itu adalah tanggungjawab saya untuk menjaga dia. Takkanlah saya hendak jadi lelaki dayus. Berapa lama hubungan anda dengan kekasih sudah berlangsung?
Hampir setahun.
Adakah anda akan bertunang terlebih dahulu?
Kalau bertunang atau tidak orang tetap akan bercakap. Buat sahaja mana yang kita rasa termampu. Kalau ada kemampuan lebih kita buat majlis pertunangan. Kalau tidak, kami akan terus berkahwin.
Adakah anda risau populariti akan jatuh selepas berkahwin?
Saya bukan hendak jadi artis. Sebelum ini saya seorang pemain bola sepak. Cuma kuasa Allah bagi saya peluang untuk belajar. Saya dapat belajar di Universiti Teknologi Mara dalam jurusan pengarahan. Alhamdulillah, selepas habis belajar saya dapat pula bekerja dalam bidang lakonan.
Adakah anda mahu mengejar impian menjadi pengarah?
Memang cita-cita saya hendak jadi pengarah. Berlakon sekadar platform untuk saya jadi pengarah satu hari nanti. - Kosmo

ISIL tawan bandar Rawa, Ana
BEBERAPA anggota tentera Iraq mengambil kedudukan ketika memburu militan ISIL di bandar Ramadi, barat daya Baghdad 13 Jun lalu.
BAGHDAD - Militan kumpulan negara Islam Iraq dan Syam (ISIL) mara ke barat Iraq selepas menawan sebuah lintasan sempadan dengan Syria. Beberapa penduduk tempatan berkata, ISIL turut menguasai bandar Rawa dan Ana selepas menawan lintasan sempadan tersebut, Al-Qaim kelmarin. Kerajaan Iraq menyatakan, tenteranya membuat pengunduran taktikal dari kedua-dua bandar itu namun perkembangan tersebut membolehkan ISIL membuka laluan ke negara jiran Iraq, Syria. ISIL yang merupakan serpihan kumpulan Al-Qaeda turut menawan sebahagian besar kawasan di sepanjang lembah Sungai Euphrates di Syria. Kumpulan itu yang mahu menubuhkan khalifah Islam di Iraq dan Syria turut menjadi antara kuasa utama menentang rejim Presiden Bashar Al-Assad dalam perang saudara di Syria. Dalam pada itu, Amerika Syarikat (AS) mahu negara-negara Arab meningkatkan tekanan terhadap pemimpin Iraq supaya menyegerakan pembentukan kerajaan inklusif yang tergendala sejak pilihan raya pada April lalu. "Kami memberi Iraq peluang untuk membina demokrasi sekali gus merentasi perbezaan mazhab demi masa depan yang lebih baik untuk anak-anak mereka," kata Presiden Barack Obama dalam satu wawancara bersama stesen televisyen AS, CNN Jumaat lalu. "Namun, apa yang kami lihat amanah itu telah dikhianati," tambahnya. Kejatuhan lintasan sempadan Al-Qaim menyebabkan tentera Iraq cuma menguasai satu daripada tiga lintasan sempadan rasmi dengan Syria. Lintasan sempadan ketiga dikuasai oleh tentera Kurdish. Di beberapa tempat lain di Iraq pula, tentera kerajaan bertempur dengan militan ISIL termasuk melancarkan serangan udara ke bandar Tikrit yang dikuasai ISIL. Beberapa penduduk bandar tersebut memberitahu sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam serangan udara itu. Sebelum ini, Obama menawarkan untuk menghantar 300 penasihat tentera AS ke Iraq bagi mengukuhkan tentera negara itu. Namun, Presiden berkenaan menolak melancarkan serangan udara ke atas ISIL seperti yang diminta oleh Baghdad. - AFP

Penggunaan kanta lekap tidak betul bawa mudarat
KAEDAH pemakaian kanta lekap yang tidak betul didapati berisiko tinggi menyebabkan mata akan menjadi rosak atau buta.
KUALA TERENGGANU - Seorang pakar mata memberi amaran trend menggunakan kanta lekap yang semakin meningkat mungkin boleh membawa mudarat jika pengguna tidak mengikut kaedah pemakaian yang betul. Pakar perunding Oftalmologi Hospital Pakar Kuala Terengganu, Dr. Azhar Zainuddin berkata, ramai pengguna tidak mempunyai pengetahuan mengenai cara pemakaian dan penggunaan kanta lekap. "Sekarang ini, kita lihat ramai orang membeli kanta lekap di pasar-pasar malam atau di kedai-kedai biasa tanpa merujuk kepada doktor terlebih dahulu. "Trend ini membahayakan kerana memakai kanta lekap memerlukan penjagaan rapi dan pemakaian yang betul," katanya kepada Bernama di sini semalam. - Kosmo

Suami mabuk marah bakar rumah
PELABUHAN KLANG - Angkara geram dengan kedegilan isteri yang enggan membuka pintu rumah, seorang ejen insurans bertindak di luar kawalan dengan membakar rumahnya yang kemudian turut merebak ke rumah jiran dalam kejadian di Jalan Jati, Pandamaran di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah malam, bukan sahaja rumah ejen insurans itu yang musnah malah enam lagi buah rumah milik jiran yang terletak satu deret hangus.
Empat buah rumah termasuk rumah ejen insurans itu hangus 100 peratus manakala tiga lagi rumah lain musnah sebahagian sahaja.- Kosmo
TOP
Minyak masak ditambah 10 peratus
ALOR SETAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah mengarahkan pengilang minyak masak supaya menambah pengeluaran minyak masak dalam bentuk paket dan botol pada bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri ini.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, pengilang terbabit diarah meningkatkan pengeluaran barangan keperluan itu sebanyak 10 peratus lagi ekoran permintaan dijangka tinggi sepanjang tempoh itu.
"Penambahan pengeluaran minyak masak itu diharapkan dapat memastikan bekalan barangan berkenaan mencukupi sepanjang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri," katanya.
- Kosmo
TOP
Mengaku pukul jurugambar Kosmo!
ZULKEFLE (kiri) bersama Abd. Jalil (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan semalam dan mengaku bersalah atas tuduhan mencederakan seorang jurugambar Kosmo! minggu lalu.
KOTA BHARU - Dua beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan memukul seorang jurugambar Kosmo! minggu lalu. Kedua-dua tertuduh, Abd. Jalil Nor, 46 dan Zulkefle Nor, 53, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu selepas ia dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Isa Mohamad. Mengikut pertuduhan, pada 18 Jun 2014, mereka secara bersama telah dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada jurugambar Kosmo!, Irwan Abd. Majid, 32, ketika Irwan sedang menjalankan tugas di kawasan Kompleks Mahkamah pada pukul 10.30 pagi. Kedua-dua lelaki terbabit didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama mengikut Seksyen 32 kanun sama. Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Ghazali. Mahkamah kemudian menetapkan 29 Julai depan bagi sebutan semula kes dan juga hukuman. Mahkamah juga menetapkan wang jaminan sebanyak RM2,000 setiap seorang dan tertuduh dilihat membayar jaminan berkenaan. Pada 19 Jun lalu, Kosmo! melaporkan seorang jurugambar Kosmo!, Irwan cedera selepas dipukul oleh dua lelaki termasuk seorang suspek dipercayai suami kepada seorang tertuduh yang dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah mengedar dadah oleh Mahkamah Tinggi di sini. Kejadian pada pukul 10.30 pagi itu berlaku ketika mangsa menjalankan tugas merakam gambar tertuduh, Zaruna Yusof, 43, yang dibawa keluar dari mahkamah tersebut setelah dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah mengedar dadah heroin seberat 54.72 gram.- Kosmo

Pengurus Liverpool bersantai ketika pasukan England dimalukan
RODGERS bersama teman wanitanya, Hind bersiar-siar di Muzium Sejarah Semulajadi, New York, Khamis lalu.
NEW YORK - Pengurus pasukan Liverpool, Brendan Rodgers dilihat bersiar-siar di sebuah muzium pada hari jaringan anak buahnya, Louis Suarez menyingkirkan England daripada saingan Piala Dunia 2014, lapor akhbar MailOnline semalam. Ketika England bermati-matian menentang Uruguay pada perlawanan itu, Rodgers, 41, dirakam melawat Muzium Sejarah Semulajadi di sini bersama teman wanita, Charlotte Hind. Suarez yang bermain untuk negaranya, Uruguay juga merupakan penyerang berbisa kelab bola sepak Liga Perdana England, Liverpool. Dia dan Hind, 31, dilapor dilihat berjalan-jalan sambil berpegangan tangan di luar muzium berkenaan tanpa anak perempuan Hind. Mereka juga pernah dilihat bersama di sebuah lokasi percutian di Sepanyol tiga minggu sebelumnya. Ketika itu, Rodgers dilihat mendukung anak Hind. Wanita berkenaan masih dalam proses bercerai dengan suami yang dikahwininya selama lima tahun tetapi Rodgers menafikan bahawa mereka adalah pasangan kekasih. Sementara itu, Suarez yang memusnahkan harapan England pada Piala Dunia kali ini kini menjadi buruan dua kelab ternama Sepanyol iaitu Real Madrid dan Barcelona. Kedua-dua kelab tersebut dilaporkan menawarkan bayaran £100 juta (RM548 juta) untuk mendapatkan penyerang Uruguay tersebut. Pada perlawanan pusingan kedua Piala Dunia bagi kumpulan D, Khamis lalu, Uruguay menewaskan England 2-1 sekali gus menyingkirkan pasukan Three Lions itu daripada persaingan untuk pusingan kalah mati. Kedua-dua gol Uruguay dijaringkan oleh Suarez menyebabkan dia digelar 'raja' dan 'pembunuh' oleh media. - Agensi

Labah-labah tangkap, makan ikan
SEEKOR labah-labah dirakam sedang makan ikan yang ditangkapnya.
LONDON - Labah-labah lazimnya memakan serangga tetapi saintis mendapati pemangsa berkaki lapan itu turut membunuh dan memakan ikan, lapor sebuah akhbar Britain baru-baru ini. Laporan mengenainya yang disiarkan jurnal PLOS ONE menyatakan, saintis-saintis telah merekodkan lebih 80 kejadian labah-labah separa akuatik itu menangkap dan memakan ikan kecil di sungai. Spesies berbisa itu juga mampu membunuh ikan yang lima kali ganda lebih besar daripada saiznya. Labah-labah pemakan ikan boleh ditemui di setiap benua di dunia kecuali Antartika. - Agensi

Hukum Baju Jersey Piala Dunia 2014 Tanda Salib Haram
Hukum pakai baju jersey pasukan bola Piala Dunia 2014 ada tanda/ lambang salib haram bagi umat islam. Menerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, hukum menggunakan barangan yang mempunyai lambang agama lain adalah dilarang dan perlu dielakkan. Fatwa itu juga turut disebarkan menerusi laman rasmi Facebook Ustaz Azhar Idrus (Original) untuk makluman orang ramai.
Kenyataan Ustaz Azhar Idrus Menerusi Laman Sosial Facebook
Kenyataan Ustaz Azhar Idrus Menerusi Laman Sosial Facebook
TOP
Hadis Palsu Wanita Hamil Makan Tembikai Anak Cantik
Hadis palsu wanita namil makan buah tembikai akan menghasilkan anak yang berwajah cantik. Menerusi laman sosial, kini tersebar secara viral hadis palsu mengenai khasiat buah tembikai khusus untuk wanita yang sedang mengandung. Dalam kenyataan hadis palsu tersebut, wanita hamil yang memakan buah tembakai akan menghasilkan wajah yang cantik serta baik akhlaknya. Pengguna laman sosial dinasihatkan supaya tidak menyebarkan hadis yang tidak mempunyai kesahihan tersebut.
TOP
Gambar Zara Zya Kemalangan Kereta Dilanggar 22 Jun 2014
Kereta Suzuki Swift milik Zara Zya yang remuk selepas dirempuh kereta Honda Prelude dalam nahas di Port Dickson semalam.
Port Dickson: Kereta milik pelakon utama drama popular ‘Love You Mr Arrogant’, Zara Zya, remuk selepas dirempuh sebuah kereta yang terbabas di Batu 3, Jalan Pantai di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, sebuah kereta model Honda Prelude dikatakan terbabas sebelum merempuh empat kenderaan yang diletakkan di bahu jalan termasuk kereta model Suzuki Swift milik pelakon wanita itu. Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 29, berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama rakan-rakan sedang menjamu selera di sebuah gerai tepi pantai di Bagan Pinang di sini. Menurutnya, dia bagaimanapun terkejut sejurus mendengar bunyi dentuman kuat dari arah tempat keretanya diletakkan. “Sejurus mendengar dentuman itu, saya dan rakan bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati kereta saya remuk teruk akibat dirempuh. Namun saya bersyukur kerana tidak berada di dalam kereta ketika kejadian. “Saya tidak menyangka kedatangan ke Port Dickson kali ini untuk bercuti menjadi pengalaman mengejutkan dan esok (semalam) kami akan balik ke Damansara, Kuala Lumpur,” katanya Sumber - Hmetro
TOP
Harga Tiket Lawat Panda Di Zoo Negara Malaysia Online
Harga rasmi dan cara beli tiket lawat panda di Zoo Negara Malaysia secara online. Seperti sedia maklum, tarikh rasmi lawatan orang ramai untuk melihat pasangan panda gergasi iaitu Feng Yi dan Fu Wa di Zoo Negara akan dibuka mulai 27 Jun 2014. Justeru, orang ramai kini boleh membuat tempahan tiket secara online menerusi laman sesawang Zoo Negara untuk mengelakkan beratur panjang jika membeli tiket menerusi Kaunter.
Harga Tiket Lawat Panda Di Zoo Negara Online
Beli Tiket Lawat Panda Di Zoo Negara Online
Sila layari http://www.zoonegaramalaysia.my/
Harga Tiket Lawat Panda Di Zoo Negara Online
Beli Tiket Lawat Panda Di Zoo Negara Online
Sila layari http://www.zoonegaramalaysia.my/
TOP
Nico Rosberg Juarai GP Austria
SPIELBERG: Nico Rosberg menewaskan rakan sepasukannya, Lewis Hamilton bagi memenangi perlumbaaan GP Austria pada Ahad.
Ia adalah kemenangan ketiga Rosberg tahun dan keenam secara keseluruhan.
Sementara itu pemandu Williams, Valtteri Bottas dan Felipe Massa berada di tempat ketiga dan keempat di hadapan pemandu Ferrari, Fernando Alonso.
Senarai penuh keputusan GP Austria pada Ahad.
Senarai penuh keputusan GP Austria pada Ahad.
TOP
Pemilihan bertukar ganas, 2 cedera
KLANG - Proses pemilihan semula jawatan PKR Kota Raja di sini hari ini bertukar ganas sehingga mengakibatkan dua lelaki cedera dalam pergaduhan semasa sesi pengundian.
Wartawan Bernama di pusat pengundian iaitu Dewan Klang Jaya di Taman Desawan mendapati pergaduhan yang tercetus pada kira-kira 4.15 petang itu bermula dari dalam dewan menyebabkan penyokong calon yang berada di luar berang.
Seorang saksi yang enggan dikenali mendakwa pergaduhan itu bermula apabila seorang pengundi dipercayai cuba memecahkan peti undi selepas membuang undinya sehingga menimbulkan kekecohan.
Penyokong calon yang mengetahui insiden itu merempuh pagar pusat mengundi namun dihalang Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) yang mengawal ketat pintu masuk utama ke dewan berkenaan.
Situasi tegang itu bertambah 'panas' apabila ada penyokong calon di luar dewan mula membaling kerusi antara satu sama lain.
Kedua-dua mangsa, yang dipercayai penyokong dan pengundi, cedera di bahagian kepala menyebabkan proses pengundian semula cabang berkenaan terpaksa dihentikan setengah jam lebih awal.
Difahamkan pengumuman penutupan pusat mengundi itu dibuat wakil JPP atas faktor keselamatan namun beliau menyatakan peti undi tidak dirosakkan dan dihantar ke ibu pejabat PKR dengan diiringi polis untuk proses pengiraan pada kira-kira 5.30 petang.
Terdahulu, beberapa penyokong melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan seorang calon yang juga penyandang Ketua Cabang Kota Raja, Dr Xavier Jayakumar kerana mengarahkan sekumpulan pengundi keluar dari dewan pengundian.
K. Krishnan, 55, mendakwa Xavier yang juga Adun Seri Andalas cuba menyalahgunakan kuasanya sebagai wakil rakyat.
"Apa kuasa dia mahu panggil mereka? Dia hanya wakil rakyat, jadi mengapa mahu gaduh-gaduh. Dia panggil suruh periksa nama guna senarai dia sebab takut kalah sedangkan kita sudah periksa di pihak kita, memang nama ada," katanya.
Pemilihan PKR di Selangor dilakukan semula selepas berlaku kekecohan pada 11 Mei lepas, yang menyaksikan 11 daripada 22 cabang terpaksa menjalani proses itu sekali lagi.
Sementara itu, di Nibong Tebal, pemilihan semula jawatan PKR sedikit kecoh apabila penyokong calon bertanding bertikam lidah ketika proses pengundian di Dewan Serbaguna Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Seri Ampangan.
Proses pengundian yang bermula pukul 10.30 pagi itu tegang apabila penyokong penyandang Ketua Cabang Nibong Tebal Datuk Maktar Shapee dan seorang calon Datuk Mansor Othman, yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, cuba meraih undi anggota PKR yang hadir untuk mengundi.
Penyokong Maktar, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap, dan Mansor dilihat saling melakukan provokasi sehingga menyebabkan mereka hampir bertumbuk, bagaimanapun, urus setia pemilihan berjaya meleraikan keadaan itu.
Dalam pada itu, difahamkan pemilihan semula Cabang Nibong Tebal diboikot penyokong Maktar selepas mendakwa tidak berpuas hati dengan tarikh pemilihan semula yang diputuskan PKR pusat.
Penyandang Timbalan Ketua Cabang Nibong Tebal, Mohd Kamil Abu Bakar berkata pihaknya memboikot pemilihan semula itu kerana mendakwa mereka hanya dimaklum mengenai perkara berkenaan empat hari sebelum pengundian berlangsung berbanding penyokong Mansor yang dimaklum tiga minggu lebih awal.
"Kami ada menghantar surat kepada JPP minta ia diadakan pada 28 Jun namun tidak mendapat maklum balas. Justeru, kami memutuskan untuk boikot pemilihan ini kerana kekurangan masa untuk berkempen dan bertemu penyokong berbanding pengikut Mansor yang sudah membuat persediaan awal," katanya ketika dihubungi.
Proses pengundian yang berakhir pada 5.30 petang itu menyaksikan sebanyak 412 daripada 3,758 anggota PKR cabang Nibong Tebal yang layak mengundi, hadir membuang undi.
Proses pemilihan PKR Cabang Nibong Tebal dilakukan semula selepas berlaku kekecohan pada 4 Mei lepas apabila keputusan pengundian dibatalkan gara-gara terlebih undi.
Difahamkan jumlah kertas undi yang diterima ialah 838 keping berbanding senarai daftar sebanyak 672 orang.
Sumber - Bernama
TOP
Pemerdagangan manusia: Kerajaan kesal laporan AS
PUTRAJAYA - Kementerian Luar hari ini melahirkan rasa kesalnya terhadap Laporan Pemerdagangan Manusia 2014 Jabatan Negara Amerika Syarikat yang disiarkan di Washington DC pada 20 Jun 2014, yang meletakkan Malaysia di Tahap 3 daripada kedudukan sebelumnya iaitu Senarai Pemerhatian Tahap 2.
Kementerian menyatakan Malaysia amat serius dan komited dalam usahanya menangani pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran.
"Komitmen ini ditunjukkan melalui usaha signifikan yang dilaksanakan untuk meningkatkan mekanisme sedia ada dan memerangi jenayah kejam ini dengan berkesan.
"Di sebalik dakwaan bahawa Malaysia mencapai kemajuan dan penambahbaikan yang belum mencukupi dalam pendakwaan, pencegahan dan perlindungan, Malaysia sebaliknya telah melaksanakan langkah dan inisiatif untuk menangani isu pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran," kata Wisma Putra dalam kenyataan di sini, hari ini.
Jabatan Negara AS dalam laporan 2014 itu mengakui langkah-langkah positif itu dalam usaha melindungi mangsa dengan sesetengah mangsa pemerdagangan buruh dibenar menetap dan bekerja di Malaysia.
"Malaysia percaya maklumat yang digunakan dalam penyediaan Laporan itu lemah, tidak tepat dan tidak mencerminkan langkah-langkah yang diambil oleh pelbagai pihak berkuasa berkaitan di Malaysia untuk menangani jenayah pemerdagangan manusia di Malaysia secara keseluruhannya.
"Kami juga percaya bahawa sumber maklumat yang digunakan oleh pihak berkuasa di Amerika Syarikat adalah tidak berwibawa. Bergantung kepada maklumat yang tidak disahkan, yang disediakan oleh organisasi yang meragukan, mungkin mendorong kepada kesimpulan seperti ini dalam Laporan itu," kata Wisma Putra.
Malaysia mencatatkan rekod cemerlang dan lama dalam memberi perlindungan sementara kepada migran dari rantau Asia Tenggara dan luar.
Pada masa ini, dianggarkan 35,000 pelarian Rohingya mendapat perlindungan di Malaysia, dan negara ini melakukan segala-galanya yang dibenarkan mengikut undang-undang untuk meringankan penderitaan migran dengan harapan mereka ditempatkan semula di negara ketiga atau memilih kembali ke tanah air apabila keadaan bertambah baik.
"Walapun Malaysia telah melakukan segala-galanya yang dijangkakan sebagai anggota masyarakat antarabangsa yang bertanggungjawab bagi menangani isu pemerdagangan manusia tanpa mengira kewarganegaraan, kita tidak boleh dijangka untuk melaksanakan dasar yang memberi layanan lebih baik kepada migran berbanding rakyatnya sendiri," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, dasar baharu yang berkuat kuasa pada 1 Mac lepas, membenarkan mangsa pemerdagangan buruh yang tidak lagi memerlukan penjagaaan dan perlindungan lanjutan di pusat perlindungan, bekerja dan menetap di Malaysia.
Malaysia, pada November 2013, juga melancarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi agensi-agensi penguatkuasaan sebagai sumber rujukan.
"SOP ini juga berfungsi sebagai garis panduan bagi pegawai penguat kuasa untuk membanteras pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran yang akhirnya akan meningkatkan peningkatan sabitan jenayah.
"Selain langkah-langkah baharu ini, pada Mac 2014, Kerajaan Malaysia memuktamadkan penubuhan rumah perlindungan di Bandar Sri Damansara dan meluluskan pembiayaan awal berjumlah lebih RM800,000 bagi operasi rumah perlindungan itu," kata Wisma Putra.
Mengenai hubungan dua hala, Wisma Putra berkata Malaysia telah menandatangani memorandum persefahaman mengenai pembanterasan jenayah terancang merentasi sempadan dengan Bangladesh, Kanada, Republik Rakyat China, Arab Saudi, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
"Di peringkat serantau, Malaysia melalui ASEAN, memainkan peranan penting untuk membanteras pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran mengikut bidang kuasa undang-undang domestik utama berkaitan pemerdagangan manusia," kata kenyataan itu.
Sehubungan itu, Wisma Putra meminta Jabatan Negara Amerika Syarikat supaya mengkaji semula penilaiannya mengenai Malaysia.
"Ia haruslah mengambil kira langkah-langkah yang dilaksanakan sekarang termasuk usaha-usaha yang dinyatakan," kata Wisma Putra.
Sumber - Sinar Harian
TOP
Sokong Cadangan Wujud Hospital Pakar Di Baling
BALING – Kerajaan negeri menyokong cadangan mewujudkan sebuah hospital pakar di Baling bagi membolehkan penduduk di daerah ini mendapatkan rawatan segera sekali gus menyelamatkan nyawa pesakit dalam kes yang kritikal.
Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, kerajaan negeri amat prihatin dengan rungutan rakyat yang memerlukan sebuah hospital pakar kerana selama ini mereka terpaksa ke Sungai Petani atau Kulim untuk mendapatkan rawatan bagi kes-kes tertentu.
“Tentunya kami di pihak kerajaan negeri gembira kalau ia jadi satu kenyataan dan bersedia untuk bantu apa sekalipun dalam soal infrastruktur, mungkin dalam soal tanah dan sebagainya.
“Kalau nak bergantung kepada kerajaan negeri, memanglah tak cukup peruntukan untuk tujuan itu, jadi kita harap bantuan secara langsung daripada kerajaan pusat,” katanya dalam sidang akhbar media selepas mendengar taklimat pembangunan di Pejabat Daerah Baling hari ini.
Cadangan itu dikemuka oleh Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim semasa lawatan rasmi Mukhriz ke daerah ini hari ini.
Abdul Azeez pula berkata buat masa ini, pihaknya sudah mengenal pasti beberapa lokasi yang sesuai untuk membina hospital pakar berkenaan.
“Kita tinjau di kawasan hospital sekarang (pekan Baling) yang masih ada kawasan yang luas ataupun cadangkan kawasan sempadan di Lanai, Kuala Pegang yang akan memberi manfaat kepada rakyat di daerah Sik dan Baling,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata terdapat lebih 800 hektar tanah terbiar di Baling, majoritinya dimiliki individu, yang boleh dimanfaat untuk tanaman alternatif bagi menambah pendapatan rakyat.
“Oleh kerana harga getah sangat rendah pada masa ini, sangat sesuai untuk mencari sumber pendapatan lain untuk meningkatkan pendapatan,” katanya.
Beliau juga berkata pihaknya menerima banyak cadangan berhubung perkara itu, termasuk daripada pihak swasta, antaranya mengusahakan tanaman ubi kayu.
Katanya, ubi kayu sesuai dengan tanah di daerah ini selain mempunyai permintaan tinggi bagi menghasilkan makanan haiwan dan bahan industri lain seperti kosmetik.
Sumber: BERNAMA
TOP
Disamun waktu tonton Piala Dunia
NIBONG TEBAL - Dua sahabat cedera selepas disamun empat lelaki ketika mereka sedang menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia 2014 di sebuah restoran di Taman Nibong Tebal Jaya, di sini awal, pagi tadi.
Jurucakap polis berkata, dalam kejadian jam 4.30 pagi itu dua lelaki berusia 55 dan 43 tahun sedang minum di sebuah meja yang terletak di kaki lima restoran berkenaan.
"Tiba-tiba empat lelaki yang menaiki dua buah motosikal jenis Honda Ex5 berhenti berhampiran mereka dan menyerang dua sahabat berkenaan dengan menggunakan parang.
"Berlaku pergelutan antara mereka dan dalam masa yang sama kumpulan lelaki berkenaan turut mengarahkan mangsa menyerahkan wang tunai dan barangan berharga," katanya di sini hari ini.
Katanya, seorang daripada suspek itu turut memberitahu dia memiliki pistol dan jika dua lelaki itu terus melawan dia akan melepaskan tembakan.
"Bimbang keselamatan mereka, kedua-dua lelaki itu berhenti melawan dan menyerahkan wang tunai RM3,500 dan dua buah telefon bimbit, kesemuanya bernilai lebih RM5,000," katanya.
Jurucakap polis itu berkata, orang ramai yang berada di restoran berkenaan tidak dapat membantu berikutan seorang daripada suspek telah memberi amaran akan mencederakan sesiapa yang masuk campur.
Katanya sebaik empat lelaki berkenaan melarikan diri beberapa pelanggan memberikan bantuan dengan menghantar mangsa ke Hospital Sungai Bakap dan mereka menerima rawatan pesakit luar.
"Dua lelaki berkenaan mengalami kecederaan luka dan lebam di kepala serta badan. Mereka membuat laporan polis selepas menerima rawatan," katanya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asistan Komisioner Mazlan Kesah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Sumber - Bernama
TOP
Wajah Tampan Penjenayah Jadi Pujaan
Stockton – Gambar fotogenik seorang penjenayah menjadi bualan hangat pengguna Internet sebaik dimuat naik di laman Facebook Jabatan Polis Stockton di California pada Rabu.
Wajah tampan Jeremy Meeks, 30 tahun yang bermata biru itu menjadi pujaan pengguna Internet apabila gambarnya mendapat lebih 40,000 like dalam tempoh 24 jam selepas dimuat naik.
Daily Mail melaporkan foto kacak penjenayah itu kemudian dimuat naik di laman Twitter selepas ribuan pengguna media sosial terpikat dengan ketampanannya yang tidak dapat disangkal lagi.
Gambar Meeks turut menerima 12,000 komen daripada pengguna.
Jessica Gutierrez berkata: “Dia boleh culik saya bila-bila masa saja…culiklah saya kerana saya rela.
Seorang lagi pengguna menambah: “Seorang lelaki yang tampan tetapi itu tidak mengubah fakta yang dia ditahan kerana jenayah. Harap-harap dia tidak melakukan jenayah yang berat.”
Ada juga pengguna yang menyarankan agar Meeks ditawarkan pekerjaan sebagai model apabila dia keluar dari penjara kelak.
“Dia sepatutnya menjadi model. Saya akan beli apa saja yang dijualnya,” kata Bettina Jones.
Sementara itu, Meeks kini ditahan dengan ikat jamin AS$900,000 (RM2.8 juta).
Dia didakwa memiliki senjata api secara haram, selain terbabit dengan kegiatan samseng jalanan.
Sumber - Suara TV
TOP
Rakan berang laporan kaitkan Kapten Zaharie
SHAH ALAM – Ahli keluarga dan rakan-rakan juruterbang Malaysia Airlines MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah berang dengan laporan akhbar Sunday Times, di United Kingdom (UK) hari ini yang menamakan beliau sebagai suspek utama dalam kehilangan pesawat itu.
Mereka juga telah menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadap Kapten Zaharie dalam laporan itu sambil menyifatkannya sebagai laporan tersebut tidak bertanggungjawab kerana tidak menamakan sumber.
"Ia hanya disebut polis cawangan khas. Beri kami nama, yang merupakan seorang yang berkata semua ini? Polis Malaysia juga perlu datang dengan satu kenyataan mengenai perkara ini.
"Kami tidak mempertahankan Kapten Zaharie membuta-tuli tetapi setiap kenyataan perlu disokong oleh bukti yang besar dan bukti atau jika tidak, ia akan berakhir menjadi spekulasi lain,” kata Dr Mohd Ghouse Mohd Noor, seorang kawan keluarga juruterbang itu.
Dr Mohd Ghouse berkata, keluarga kapten itu kecewa selepas membaca laporan berita awal hari ini.
Laporan itu menyebut bahawa kegagalan mekanikal atau keganasan tidak dapat diketepikan, tetapi polis percaya jika ia adalah hasil daripada tindakan manusia dan kemungkinan pelakunya adalah Kapten Zaharie.
Akhbar itu turut melaporkan bahawa polis cawangan khas Malaysia telah memberi tumpuan kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie selepas pemeriksaan perisikan gagal untuk menyokong apa-apa syak wasangka tentang orang lain di atas kapal.
Dalam pada itu, laporan akhbar itu turut dianggap sebagai satu ejekan apabila ia disifatkan sebagai satu contoh ‘kewartawanan longkang’. Dr Mohd Ghouse berkata, apabila laporan itu diteliti, ia sangat kabur dengan mengatakan Kapten Zaharie adalah suspek utama jika kehilangan pesawat itu disebabkan tindakan manusia.
“Mereka tidak tahu apa yang terjadi kepada pesawat itu. Cari kotak hitam, cari kapal terbang dahulu dan letakkan segala-galanya di atas meja sebelum keluar (laporan) untuk menyalahkan Kapten Zaharie,”katanya.
Beliau berkata terdapat ruang kosong dalam laporan itu yang hanya membuka pintu kepada spekulasi dan tuduhan.
“Artikel seperti ini akan digunakan oleh entiti berita lain seperti Daily Mail dan Mirror, apa sahaja adalah dalam artikel hari ini hanya mengulangi dakwaan sebelum ini yang telah dinafikan oleh pihak polis,” kata Dr Mohd Ghouse.
Menurut laporan itu, keputusan awal siasatan itu belum diterbitkan tetapi telah dikongsi dengan kerajaan asing dan penyiasat. Mereka telah didedahkan oleh orang-orang dalam industri penerbangan dan pegawai kerajaan di Asia Tenggara.
Laporan itu memetik seorang jurucakap polis Malaysia sebagai berkata siasatan polis masih lagi dijalankan.
Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang dari radar pada 8 Mac selepas ia telah berangkat dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China.
Satu operasi carian antarabangsa besar-besaran setakat ini gagal untuk mencari apa-apa kesan pesawat Boeing 777-200ER
Sumber - Bernama
TOP
Menteri nafi Kapten Zaharie suspek utama
KLUANG - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyangkal laporan sebuah akhbar di United Kingdom mengenai juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah sebagai suspek utama di sebalik kehilangan pesawat MH370.
Hishammuddin berkata, perbuatan akhbar terbabit yang melaporkan tanpa sumber sahih merupakan sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan bertujuan meningkatkan jualan akhbar.
"Kalau hendak layan akhbar di UK (United Kingdom), hari-hari mereka ada cerita baharu. Jika ada asas, pihak tertentu di UK kena beri kita bukti dan petunjuk. Kita akan siasat mengenainya dan tidak perlu heboh di akhbar," katanya kepada pemberita selepas majlis 1Veteran 1Malaysia: Jasa Mu Sentiasa Dikenang dan Dihargai, di sini hari ini.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata Malaysia sentiasa konsisten dari awal mengenai apa jua petunjuk kejadian itu dan setiap perkara yang perlu diperjelaskan kepada umum mesti mendapat pengesahan daripada pakar serta badan tertentu.
Beliau berkata, kesahihan sebarang perkembangan kejadian terbabit amat penting kerana kerajaan tidak mahu keluarga juruterbang mahupun anak kapal dan keluarga keseluruhan penumpang menerima pelbagai tuduhan yang boleh menjejaskan mereka.
"Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga sudah menegaskan bahawa kita menggunakan segala pertimbangan bila kita siasat juruterbang, anak kapal dan penumpang. Jadi kita jangan layan konspirasi teori kerana kalau ada perkara yang disembunyikan sudah tentu ada pihak lain yang akan membantah," kata Hishammuddin.
Akhbar Sunday Times, UK melaporkan polis Malaysia kini menganggap suspek utama di sebalik kehilangan pesawat MH370 adalah juruterbang penerbangan tersebut, Kapten Zaharie Ahmad Shah.
Akhbar itu melaporkan Zaharie menjadi sasaran kini selepas semua yang lain di atas pesawat tersebut dibersihkan.
Dalam perkembangan lain, Hishammuddin menyifatkan desas-desus yang mengaitkan namanya untuk menggantikan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri sebagai perbuatan nakal dan tidak bertanggungjawab.
Naib Presiden Umno itu berkata, tindakan seumpama itu sengaja melaga-lagakan pemimpin dan bertujuan melemahkan parti.
"Kita tidak boleh ikut rentak ini kerana kita perlu rapatkan barisan dan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada perdana menteri dan timbalan perdana menteri," katanya.
Sebelum ini, laman blog dan media sosial melaporkan kemungkinan Muhyiddin berundur bagi memberi perhatian kepada usaha memulihkan Umno.
Ia juga timbul berikutan desas-desus rombakan Kabinet yang mungkin dilakukan perdana menteri khususnya untuk membawa masuk pemimpin daripada parti komponen Barisan Nasional iaitu MCA dan Gerakan.
Sumber - Bernama
TOP
Putera William Jadi Juruterbang Ambulans Udara Dibayar £40,000 Setahun
PUTERA Wiliam menjadi juruterbang ambulans udara dengan bayaran £40,000 (RM219,404.30) setahun selepas membuat keputusan untuk tidak menjadi kerabat diraja 'sepenuh masa'.
Satu pengumuman mengenai kerja sambilannya itu dibuat dalam tempoh beberapa hari yang mengakhiri spekulasi mengenai peranan akan datang, menurut Sunday Mirror yang mendedahkan perkara tersebut.
'Duke of Cambridge' yang berusia 32 tahun itu akan bertugas di Anglia Timur dan kemungkinan akan menetap di rumah agam di Estet Sandringham milik Ratu Elizabeth di Sandringham Estate di Norfolk bersama isterinya Kate Middleton dan anaknya, George selain kediaman mereka di London.
Ahli Parlimen Islington North dari parti Buruh, Jeremy Corbyn yang memaklumkan mengenai keputusan Putera William itu.
Beliau berkata: " Putera William agak bebas untuk melakukan tugas-tugas biasa. Tetapi sekiranya dia mahu mengekalkan tugas warisan kerabat dirajanya, maka dia perlu melakukan tugas itu.
"Ia kedengaran seperti dia mahukan yang terbaik buat kedua-dua peranannya. Kerabat diraja itu sudah pun mempunyai banyak rumah."
William berhenti daripada bertugas sebagai perintis mencari dan menyelamat pasukan tentera udara diraja (RAF) sembilan lalu selepas melakukan penempatan dalam perkhidmatan awam selama setahun.
Tetapi beliau telah memutuskan untuk tidak bersedia dengan tugas diraja sepenuh masa apabila ia berakhir pada September ini.
Beliau baru-baru ini membayangkan akan menjadi seorang juruterbang ambulans udara pada lawatannya ke pangkalan TENTERA di Perth di Scotland.
Tugas beliau bersama dengan Ambulans Udara Angila Timur akan disahkan tidak lama lagi.
Menurut sumber: "Ia sesuai untuk dia (Putera William). Beliau boleh menggabungkan tugasan diraja dengan menghabiskan masa bersama keluarga dan semangatnya untuk terbang.
"Beliau tidak mahu menjadi diraja sepenuh masa pada peringkat hidupnya ketika ini. Tetapi ini akan membuatkan beliau terbuka dengan kritikan mengenai beliau menikmati semua faedah sebagai golongan diraja sepenuh masa.
"Beliau akan menghabiskan lebih banyak masa di rumahnya di Sandringham yang akan membangkitkan persoalan mengenai berapa banyak kali beliau akan berada di Istana Kengsinton di London," kata sumber itu.
TOP
Singapura Diletak Pada Tahap 2 Laporan Pemerdagangan Manusia AS
SINGAPURA: Singapura diletakkan pada Tahap 2 dalam Laporan Pemerdagangan Manusia 2014 yang dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat, lapor stesen televisyen tempatan, Channel NewsAsia (CNA).
Ada empat peringkat yang negara-negara boleh diletakkan Tahap 1 iaitu ranking tertinggi; Tahap 2; Tahap 2 'Pemantau', dan Tahap 3.
Ini kali keempat berturut-turut Singapura diletakkan pada Tahap 2.
CNA melaporkan bahawa Pasukan Petugas Antara Agensi mengenai Pemerdagangan Manusia Singapura berkata dalam satu kenyataan pada Sabtu bahawa ia akan mengkaji laporan itu secara terperinci.
Dalam laporannya, Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata sebagai negara pada Tahap 2, kerajaan Singapura tidak mematuhi standard minimum bagi membanteras pemerdagangan manusia tetapi melakukan usaha yang signifikan untuk berbuat demikian.
Bagaimanapun, laporan itu menarik perhatian bahawa tiada pihak yang memperdagangkan pekerja didakwa atau disabitkan kesalahan dan kerajaan Singapura terus menghadapi kesukaran untuk mengenal pasti dan mengumpul bukti dalam kes-kes pemerdagangan.
Antara syor bagi Singapura dalam laporan itu adalah meningkatkan penyiasatan dan pendakwaan bagi kesalahan pemerdagangan, meningkatkan latihan kepakaran bagi pegawai barisan hadapan untuk mengenal pasti pemerdagangan seks dan pekerja, dan menyediakan dana kepada semua rumah perlindungan bukan kerajaan yang memberi perlindungan kepada mereka yang mungkin menjadi mangsa pemerdagangan.
Dalam responnya, CNA berkata Pasukan Petugas Antara Agensi Singapura berkata walaupun ia mengakui dan menyambut baik usaha Amerika Syarikat untuk menerbitkan laporan tahunan yang mengetengahkan isu global yang penting, ia tetap berpandangan bahawa Amerika Syarikat perlu mengamalkan kaedah lebih objektif dalam edisi akan datang.
"Ini akan memastikan bahawa standard yang konsisten, telus dan boleh diukur meliputi semua negara dengan mengambil kira struktur perundangan yang berbeza dan konteks domestik negara yang diliputi dalam laporan itu," jelasnya.
Pasukan petugas itu juga menarik perhatian tentang kemajuan signifikan yang dicapai dalam melaksanakan Pelan Tindakan Kebangsaan untuk memerangi pemerdagangan manusia melalui pencegahan, pendakwaan dan perkongsian.
TOP
Polis Tahan 16 Peserta Demonstrasi Lynas
KUANTAN: Polis menahan 16 orang termasuk dua wanita kerana mengadakan demonstrasi di hadapan kilang nadir bumi Lynas di Gebeng dekat sini, Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata kesemua mereka ditahan pada pukul 4.30 petang tadi bila enggan bersurai selepas diarahkan berbuat demikian oleh polis.
"Kira-kira 400 orang mula berkumpul di hadapan kilang Lynas itu pada pukul 1 tengah hari dan arahan kita agar mereka bersurai tidak dihiraukan.
"Kita bagaimanapun tidak menggunakan sebarang kekerasan ketika menahan mereka mengikut Seksyen 143 dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh dan berhimpun secara haram," katanya kepada pemberita di sini.
Menurutnya perhimpunan tersebut bertukar menjadi rusuhan apabila polis memberikan mereka tempoh 10 minit untuk bersurai namun tidak diendahkan.
"Polis juga berbincang secara elok dengan Pengerusi Himpunan Hijau namun dia masih berdegil dan tidak mahu bersurai menyebabkan dia dan 15 orang peserta perhimpunan itu ditahan," katanya.
Beliau berkata kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan untuk siasatan lanjut.
TOP
Ada Mangsa Bot Karam Punya Rekod Jenayah
KUALA LANGAT: Seorang mangsa bot karam di perairan Pulau Carey, Sungai Air Hitam disahkan mempunyai rekod jenayah lampau.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Azman Abdul Razak berkata mangsa yang dikenali sebagai Iseandar, berusia 30-an dan berasal dari Banda Aceh, pernah dipenjarakan di Penjara Kajang mengikut Seksyen 15 (4) Akta Imigresen.
"Hasil siasatan rekod jenayah setakat ini, daripada semua mangsa yang kita jumpa sama ada hidup atau mati, hanya seorang sahaja yang dikesan mempunyai rekod jenayah," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.
Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 10 daripada 14 mayat tragedi itu sudah dituntut waris dan anggota keluarga mangsa.
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat hari ini turut menjumpai tiga beg berisi pelbagai barangan termasuk pakaian yang dipercayai milik mangsa bot karam itu.
Dua daripada buah beg itu berisi telefon bimbit, pengecas telefon, beberapa jam tangan pelbagai jenama dan barangan peribadi manakala sebuah lagi beg berisi lima paket Milo dan barangan peribadi.
Semua barangan itu dijumpai di perairan Morib dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.
"Ketiga-tiga beg dijumpai di kawasan yang hampir sama dengan tempat bot karam di perairan Pulau Care... jadi kita percaya barangan ini adalah milik mangsa-mangsa," katanya.
TOP
Hanya Ada 2 Bulan Untuk Hidup Selepas Doktor Gagal Diagnosis Kanser Serviks
Natalie Poole, 34, bersama anak perempuannya, Chloe, 16.
SEORANG ibu tunggal diberitahu dia hanya mempunyai dua bulan lagi untuk hidup selepas beberapa doktor gagal mendiagnosis penyakit kanser serviks selama hampir setahun. Ejen estet, Natalie Poole, 34, melalui pertemuannya dengan pakar perubatan selama lebih 11 bulan, dia sering mengadu mengalami sakit belakang, letih dan penurunan berat badan yang mendadak. Walaupun mempunyai kesemua simptom penyakit serviks, doktor-doktor menolak untuk melakukan ujian terhadapnya dan cuba menghilangkan kebimbangannya dengan mengatakan bahawa ia sekadar jangkitan dan hanya fikiran negatifnya sahaja. "Saya tahu ada sesuatu yang serius tidak kena, tetapi saya sentiasa tidak dipedulikan oleh pakar perubatan," katanya kepada Sunday People. "Kes rujukan saya itu dikategorikan mereka sebagai tidak penting." Bagaimanapun, selepas melakukan 18 kali rawatan antibiotik dan kesakitan yang dialaminya semakin bertambah tenat, Natalie yang tinggal bersama anak perempuannya, Chloe, 16, di Swindon, Greater Manchester, mengetahui sesuatu yang tidka kena pada dirinya. Selepas pergi ke hopital sendiri, seorang doktor menghantarnya untuk ujian dengan segera dan mengesan sepertimana yang dibimbangi Natalie, iaitu menghidap kanser serviks pada tahap yang agresif. "Saya pergi ke Hospital Diraja Bolton pada Julai lalu, seorang doktor dengan segera mengesan sesuatu tidak kena dan menjalankan ujian lanjut yang menunjukkan saya menghidap kanser serviks pada tahap yang agresif dengan ketumbuhan bersaiz buah oren di pangkal rahim saya. "Hati saya hancur luluh bila mendengar berita itu tetapi saya diberitahu penyakit itu boleh diubati dan saya hanya berharap." Selepas menjalani 30 sesi radioterapi selain kemoterapi, penyakit Natalie dapat diubati pada Disember tetapi hanya tiga minggu kemudian, simptom penyakitnya berlaku semula dan pemeriksaan imbasan menunjukkan kanser yang dialaminya telah merebak dengan teruk. Selepas menjalani pembedahan yang drastik di Hospital Christie di Manchster pada April lalu, ujian menunjukkan sel kanser di dalam badannya telah merebak ke abdomen dan sistem limfa. "Saya diberitahu pada awal Mei. Saya mungkin hidup untuk dua bulan lagi. Dengan kemoterapi, saya mungkin hidup untuk 18 bulan lagi, tetapi badan saya sudah terkena jangkitan yang mana sekiranya saya melakukan kemoterapi ia akan mengancam nyawa saya sekarang. "Saya memutuskan untuk tidak menjalani sebarang kemoterapi dan pakar perubatan saya memberitahu saya untuk menikmati sepenuhnya kehidupan setiap hari, jadi apakah pilihan yang saya ada?" Memandangkan dia hanya mempunyai sedikit masa sahaja lagi untuk hidup, Natalie membuat senarai mengenai perkara yang ingin dilihat dan dilakukannya sebelum dia mengakhiri hidupnya akibat penyakit kanser. - mirror.co.uk

Piala Dunia: Fenomena Ramalan Binatang
SEJAK Piala Dunia Di Afrika Selatan pada tahun 2010, ramalan binatang terhadap perlawanan yang berlangsung menjadi fenomena di serata dunia.
Berikutan itu, bagi Piala Dunia di Brazil kali ini, fenemena ramalan binatang itu terus menjadi perhatian dan dilakukan oleh negara yang terlibat.
Saksikan himpunan gambar ramalan binatang oleh mStar Online
Penduduk di Colombia membuat ramalan dengan mengenakan jersi Brazil pada kambing peliharaan yang melibatkan perlawanan antara negara itu menentang pasukan tuan rumah.
Penduduk Thailand menggunakan gajah untuk membuat ramalan mengenai juara Piala Dunia Brazil.
Ramalan seekor burung mengenai kemenangan England ke atas Itali telah membuatkan penyokong England bersedia untuk menyembelihnya jika ditemui kerana dalam perlawanan itu skuad Roy Hodgson tewas.
Penguin Gentoo di Pusat Hidupan Laut Birmingham meramalkan keputusan perlawanan England menentang Itali akan berakhir dengan seri.
Segelintir peminat bola sepak di Jepun menggunakan ikan untuk membuat ramalan terhadap perlawanan dalam Piala Dunia Brazil.
Ramalan sotong gergasi yang menjadi kenyataan pada Piala Dunia 2010 antara dorongan hidupan laut itu terus menjadi bahan ramalan dan sotong di Berlin kali ini turut berjaya meramalkan Jerman memenangi perlawanan menentang Portugal baru-baru ini.
Peminat bola sepak di Jepun juga menggunakan sotong untuk membuat ramalan.
Peminat bola sepak di China kini sering merujuk kepada ramalan seekor panda yang didakwa tepat dan membawa keuntungan kepada 'kaki judi'.
Seekor penguin di Afrika meramalkan kemenangan Jepun ketika menentang Ivory Coast.

Ibu Remaja OKU Dikecam Dalam FB
Akaun Facebook yang dipercayai milik ibu kepada remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah.
PETALING JAYA: Penemuan seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dalam keadaan menyayat hati mengundang kemarahan orang ramai apabila sebuah akaun Facebook yang dipercayai milik ibu mangsa dikongsi secara meluas di Internet. Akaun Facebook yang menggunakan nama 'Imashima Lola' dengan gambar profil 'selfie' wanita memakai tudung merah itu mula dikongsi di laman sosial sejak petang Ahad dengan pelbagai komen negatif.
Antara komen pengguna Facebook di akaun milik wanita yang dipercayai ibu kepada Muhammad Firdaus Dullah.
Kebanyakannya mengecam wanita berkenaan kerana berkelakuan tidak berperikemanusiaan terhadap anaknya sendiri dengan mengurung dan membiarkan remaja OKU itu hidup menderita bergelumang dengan tanah dan najis. Hasil pemeriksaan di akaun berkenaan juga mendapati terdapat beberapa keping gambar yang dipercayai mirip wajah mangsa, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui Jabatan Imigresen Negeri Sembilan pada awal pagi Sabtu. Gambar ramaja yang dimuat naik pada September 2013 berpakaian kemeja-t dengan potongan rambut paras bahu itu turut dikongsi dengan pelbagai komen simpati oleh pengguna Facebook.
Gambar remaja yang dilihat mirip Muhammad Firdaus Dullah.
Berdasarkan pemerhatian, remaja berkenaan yang kelihatan sihat dan berisi dilihat duduk di atas sebuah sofa fabrik yang sama dengan kusyen dalam rumah di mana Muhammad Firdaus ditemui. Menurut maklumat peribadi Imashima Lola yang berasal dari Sabah itu, dia yang tinggal di Kampong Nilai, Negeri Sembilan bekerja di sebuah syarikat katering yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Kali terakhir Imashima Lola mengemaskini status Facebooknya ialah pada 19 Jun lalu.
Keadaan ketika Muhammad Firdaus Dullah ditemui Jabatan Imigresen Negeri Sembilan.
Sejak Sabtu, negara dikejutkan dengan berita penemuan remaja OKU ketika Ops 6P oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, Nilai. Menurut Pengarah jabatan berkenaan Faizal Fazri Othman, remaja berumur 15 tahun itu bukan hanya kurus kering, malah persekitaran bilik di rumah pangsa itu didapati dipenuhi dengan tanah dan najis.

Piala Dunia: Jurulatih Nigeria Bekas Pemain Perlis 1997-98
Keshi (kanan)cuba menghalang penyerang Selangor, Christopher Kiwomya daripada menjaringkan gol dalam saingan Piala Malaysia semasa mewakili Perlis.
JURULATIH skuad Piala Dunia Nigeria, Stephen Keshi pernah mewakili pasukan Perlis dalam Liga Malaysia pada tahun 1997 hingga 1998 sebagai pemain pertahanan. Keshi yang memimpin Nigeria dalam kumpulan F ketika ini berjaya mengutip satu kemenangan ke atas Bosnia Herzegovina selepas seri 0-0 semasa menentang Iran dalam perlawanan pertama.
Keshi (kiri) ketika mewakili Perlis cuba mengekang pemain Kedah dalam Mohd Nidzam Adzha dalam saingan Liga Malaysia.
Keshi (bertopi) berbincang sesuatu dengan John Obi Mikel dalam latihan Piala Dunia. Ketika mewakili Perlis, Keshi yang berusia 52 tahun kini melakukan 34 penampilan dengan menjaringkan 4 gol. Perlis juga merupakan pasukan terakhir yang diwakilinya sebelum bergelar jurulatih.
Keshi (tengah) disambut penyokong bola sepak Perlis ketika berjaya membawa pasukan itu layak ke separuh akhir Piala Malaysia.
Keshi menanduk bola ketika mewakili Perlis dalam perlawanan bertemu Sabah. Sepanjang kariernya yang bermula pada 1979 Keshi melakukan 386 penampilan bersama kelab dengan menghasilkan 51 gol. Dia yang juga pemain kebangsaan Nigeria sejak 1981 hingga 1995 berjaya menjaringkan sembilan gol ketika tampil sebanyak 64 kali bagi negaranya. Nigeria yang menghuni tangga kedua kumpulan F di belakang Argentina bakal melangkah ke pusingan kalah mati sekiranya berjaya meraih keputusan seri sekurang-kurangnya dalam perlawanan ketiga. Nigeria bakal berdepan Argentina pada 26 Jun ini.
Keshi yang merupakan bekas pemain Perlis kini tampil sebagai seorang jurulatih berjaya di Nigeria.

Serah pada JKM sebagai langkah terakhir
Kuching: Ibu bapa yang tidak mampu menjaga anak Orang Kurang Upaya (OKU) disaran merujuk masalah mereka kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daripada menganiayai anak istimewa itu.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata walaupun sering menekankan penglibatan JKM cara terakhir menyelesaikan masalah dihadapi, namun jika tiada penyelesaian pihaknya tidak menolak untuk mengambil alih tanggungjawab itu.
“Bagi saya daripada mereka mendera, membiarkan tanpa arah, serta mengabaikan anak istimewa yang seharusnya dibantu itu, kalau betul ibu bapa tidak mampu lagi, sila serahkan kepada kami, Insya-Allah kami meletakkan anak OKU ini di dalam institusi kementerian untuk kita pulihkan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kes remaja OKU ditemui dikurung dalam keadaan menyedihkan di rumah di Nilai, awal pagi kelmarin.
Sebelum itu, beliau menghadiri majlis makan malam Selami Kasih dan Apresiasi Lembaga Pelawat Sekolah Tunas Bakti (STB) Kuching, di sini, malam kelmarin.
Rohani berkata jika ibu bapa anak OKU ingin terus menjaga anak istimewa itu biarpun menghadapi masalah, pihaknya masih mampu menyalurkan bantuan menerusi Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).
“Ada 488 PDK di seluruh negara ketika ini.
Seperti yang saya sebut tadi, pembabitan JKM jalan terakhir kerana kami mahu semua OKU ini tidak dipisahkan daripada keluarga dan pemulihan boleh dilakukan di dalam komuniti menerusi PDK itu sendiri,” katanya.
Rohani berkata PDK ini diwujudkan sebagai program alternatif kepada perkhidmatan pemulihan di institusi.
Sumber - Bernama
TOP
Pasport Hilang: Pemilik Cuai Kena Denda
EKSKLUSIF PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen bercadang mengenakan denda terhadap individu yang kehilangan pasport sebagai langkah menangani kes kehilangan dokumen itu yang mencatat 83,015 sejak 2010.
Ketika ini, jabatan itu mengenakan penalti dengan menangguhkan permohonan gantian pasport antara dua hingga lima tahun.
Timbalan Ketua Pengarah (Kawalan) Jabatan Imigresen, Datuk Sakib Kusmi berkata, saranan itu akan dikaji secara terperinci terutama daripada segi proses permohonan gantian pasport Malaysia.
Katanya, tindakan itu bagi memberi kesedaran kepada pemilik pasport tempatan supaya menitikberatkan kepentingan dokumen pengenalan diri, termasuk kad pengenalan.
“Kita bercadang memperincikan pemeriksaan dan saringan bagi permohonan gantian pasport yang hilang.
“Kita juga mungkin mengkaji semula tahap denda yang akan dikenakan terhadap kes kehilangan pasport yang mana akan memperketatkan pengeluaran gantian pasport bagi kes kecuaian,” katanya kepada mStar Online dalam temuramah di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini, baru-baru ini.
Punca 83,015 pasport Malaysia yang dilaporkan hilang antara 2010 hingga Mei tahun ini menunjukkan kecurian mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 29,700 kes, diikuti tidak ingat dimana menyimpannya (24,622 kes) dan tercicir dari beg atau poket sebanyak 14,414 kes.
Sakib Kusmi.
Faktor lain adalah simpan di tempat tidak selamat (7,098), hilang semasa berpindah rumah (4,374), tertinggal di dalam kenderaan awam (773) dan malapetaka atau bencana alam (593). Sakib berkata, cadangan mengenakan denda untuk kes kehilangan pasport kali pertama juga mengambil kira punca dokumen itu hilang. “Semua cadangan ini masih di peringkat awal sebelum diperbincangkan secara teliti untuk pelaksanaannya,” katanya. Beliau menambah, perkara yang dipertimbangkan ini tidak akan menjejaskan proses pengeluaran pasport secara umum kerana hanya menumpukan permohonan gantian bagi pasport hilang sahaja. Mengulas lanjut, kata Sakib, mengikut kategori kehilangan kali pertama, tiada penalti dikenakan untuk mendapatkan gantian pasport baharu. “Keputusan penalti bergantung kepada punca dan kekerapan kehilangan. Contohnya, penalti penggantungan pengeluaran pasport dikenakan lima tahun kerana sudah tiga kali hilang berturut-turut dalam tempoh setahun. “Bagaimanapun, mereka masih boleh membuat rayuan untuk memberi kelonggaran kepada penalti atas sebab tertentu seperti ke luar negara atas urusan perniagaan dan rawatan perubatan,” katanya. Dalam pada itu katanya, penggantungan untuk menggantikan pasport yang hilang turut berlaku sekiranya pemiliknya didapati disenaraihitamkan oleh agensi tertentu yang menghalang mereka ke luar negara. Katanya, penggantungan itu turut melibatkan permohonan pasport baharu sehingga mereka dikeluarkan daripada senarai hitam.

Muktadir Bersaudara Dalang Penculikan Di Pantai Timur Sabah?
Polis membuat rondaan di sekitar sebuah resort di Pulau Pom Pom. Terdapat villa atas air di mana seorang pelancong warga Taiwan dibunuh dan seorang lagi diculik.
SEMPORNA: Bapa kepada lima anak lelaki itu merupakan seorang lanun yang terkenal sebelum kematiannya pada lewat 1990an. Mutakdir, seorang warga Filipina melakukan keganasan di laut Sulu dan Celebes yang memisahkan Sabah dan selatan Filipina. Kelima-lima anak lelaki beliau, yang dikenali sebagai "Muktadir bersaudara" merupakan sebahagian daripada keluarga penculik bersenjata. Pasukan keselamatan Malaysia memburu mereka yang dipercayai merupakan dalang di sebalik empat kes penculikan merentas sempadan yang berlaku di pantai timur Sabah sejak November lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, SAC Omar Mammah berkata, polis percaya kumpulan yang sama terlibat dalam kesemua empat kes penculikan sejak tujuh bulan lalu. Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti kumpulan yang menculik untuk tebusan (KFR). Menurut para pegawai risikan yang ditemurmah oleh Sunday Star, Mutakdir bersaudara itu merupakan salah satu daripada 14 kumpulan KFR yang dikenali di selatan Filipina. Tidak seperti Mutakdir bersaudara, kumpulan KFR lain menjalankan operasi mereka di antara perairan Filipina. Pasukan petugas keselamatan Malaysia telah mengenal pasti tiga daripada lima beradik berkenana iaitu Nelson, Badung dan Gadafi, manakala dua lagi dilaporkan dinamakan sebagai Murphy Ambang Ladia @ Gulam dan Ali, yang juga dikenali sebagai Braun. Adik-beradik itu dipercayai berpangkalan di perkampungan air di pulau Sitangkai di kepulauan Tawi Tawi yang merentasi pantai timur Sabah. Mereka dikatakan pernah tinggal di Semporna, Sabah ketika bapa mereka bertugas sebagai pengawal keselamatan di daerah itu sebelum dia menjadi seorang lanun terkenal yang menjalankan operasi di perairan Semporna dari selatan Filipina. Sumber risikan berkata, Nelson merupakan bekas anggota Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF). Beliau tinggal bersama isteri dan anak-anaknya di Kampung Bangau Bangau di Semporna dan bertugas sebagai tukang kayu dan pengurup wang serta menyeludup dadah jenis syabu. Kumpulan bersaudara itu mewujudkan hubungan tempatan menerusi saudara-mara dan rakan-rakan yang memberi bantuan kepada mereka setiap kali melakukan penculikan. Mereka juga biasa dengan persekitaran perairan dan pergerakan pasukan petugas keselamatan.

MH370: Polis Kenal Pasti Kapten Zaharie Sebagai Suspek Utama
SIASATAN rasmi polis berhubung kes kehilangan Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dilaporkan mengenal pasti juruterbang pesawat itu sebagai suspek utama.
Polis Malaysia mendapati ayah kepada tiga anak itu, Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, dilihat tidak membuat sebarang komitmen kerja atau sosial pada masa akan datang, melainkan anggota krewnya yang lain, lapor Sunday Times.
Siasatan mereka juga menemui bahawa beliau telah memprogramkan simulator penerbangan dengan latihan penerbangan jauh ke selatan lautan Hindi dan mendarat di sebuah pulau menggunakan landasan pendek, dakwa akhbar itu.
Program latihan itu dikatakan telah dipadam tetapi kemudiannya dikesan oleh pakar komputer.
Pesawat MH370 hilang pada 8 Mac dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China.
Terdapat 239 penumpang dan krew di dalam pesawat itu.
Sehingga kini, pesawat Boeing 777 itu masih belum ditemui. - mirror.co.uk
No comments:
Post a Comment