Tuesday, June 10, 2014
Berita Terkini 10 June 2014
TOP
Jijik: Proses Membuat Bihun Cap Masjid Yang Menggelikan
Heboh dimedia-media sosial penyebaran gambar mengenai sebuah Kilang Bihun terkenal di Kuala Lumpur yang menunjukan cara proses membuat bihun yang amat menjijikan.
Bihun yang mengunakan jenama dan gambar Cap Masjid antara jenama bihun yang agak popular di pasaran, namun amat malang cara proses mereka amat jijik dan mengelikan. Kawasan kilang kotor dengan perkerja yang tidak memakai baju melakukan kerja proses pembungkusan bihun tesebut.
Sumber: Brother Sam
TOP
Bukan saya paparkan resit kasut itu -Tauke Jambu
PELAWAK terkenal Tauke Jambu atau nama sebenar Zamatul Amri Zakaria, memberitahu wujud salah faham mengenai resit kasut sneakers ‘designers shoe’ yang dibelinya dengan nilai lebih RM6,000. “ Sebenarnya, kasut itu ditaja bukan saya beli, saya ambil gambar resit dan kongsi di ‘Whatsapp Group’ tapi adalah individu dalam ‘Group’ itu yang muat naik di laman sosial,” katanya di hubungi Murai. Menurutnya, individu yang sebarkan itu bukan kawan-kawannya yang sama berlakon mahupun berlawak, mereka adalah kawan-kawan di luar industrI. “ Apa yang saya buat itu adalah perkara biasa tapi mungkin ada segelintir dari ‘Group’ itu yang mungkin rasa cemburu dan cuba menjatuhkan reputasi saya, “ katanya. Murai turut bertanya, adakah Tauke akan siasat siapa dalang itu untuk diambil sebarang tindakan? Beliau hanya menjawab, ia tidak perlu dan hanya memaafkan sahaja kesalahan rakannya itu. “Mungkin lepas ini saya akan lebih berhati-hati, agar perkara sebegini tidak timbul lagi,” katanya. Tauke juga turut menjelaskan, kasut yang ditaja ini beliau ingin melaram untuk Hari Raya Aidilfitri akan datang. Beliau akui gemarkan sneakers itu dan berkemungkinan akan membelinya sendiri. “ Sebelum ini saya tidak menitik beratkan imej permakaian kini, saya sudah mula berjinak-jinak belajar mengenai fesyen terbaru untuk digayakan di majlis rasmi atau tidak rasmi,” katanya. Sekarang ini, Tauke sedang sibuk berlakon Telemovie Simpul Raya arahan Adlin Aman Ramli yang akan disiarkan di Astro Warna di Aidilfitri nanti. Sumber: Murai
TOP
Jason Lo Cetus Kontroversi, Cadang Buang ‘Islam’ Daripada IC
SEBENARNYA kami kurang pasti kenapa sesetengah selebriti gemar memuatnaik status di laman sosial yang mempunyai unsur-unsur provokasi terhadap agama tertentu. Salah seorangnya, penyanyi dan juga CEO Tune Talk, Jason Lo.
Menerusi ‘screenshot’ Twitternya yang kini tersebar di laman sosial, dia telah memberi cadangan untuk membuang status Islam daripada kad pengenalan (IC).
Bagi yang tidak tahu, Jason sendiri merupakan seorang penganut agama Islam kerana berkahwin dengan seorang wanita Islam. Justeru, ada pihak yang meminta pandangan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) yang juga teman baik penyanyi itu berhubung dengan status tersebut. Ini jawapannya:
Setakat ini, kami andaikan status Jason itu ada kaitannya dengan beberapa kontroversi yang melibatkan agama Islam sebelum ini.
Apapun, tak perlulah rasanya kita mencetuskan lagi hal berkaitan agama di laman sosial kerana dibimbangi ia akan menggugat keharmonian sesama rakyat Malaysia.
Sumber: Elza / My News Hub
TOP
Awie Tuntut Bukti Kes Pukul Isteri Di Sebuah Bank
AMPANG: Penyanyi rock Awie (Wings) yang dikatakan telah memukul isterinya, Rozana Misbun dalam satu kejadian di sebuah bank hanya akan memberi penjelasan berhubung tuduhan itu sekiranya ada bukti dia berbuat demikian. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, berkata, dia menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah terhadapnya. "Saya tak mahu komen tentang perkara ini. Kalau betul saya penyanyi rock yang dikatakan telah pukul isteri, buktikan dahulu. "Apabila ada bukti, baru saya akan jelaskan. Ini masalah rumah tangga saya dan saya tidak mahu cerita tentang perkara ini. "Buat masa sekarang saya anggap perkara ini adalah fitnah," katanya. Penyanyi ini ditemui pada majlis pelancaran Awie sebagai duta produk kesihatan LongJack di Bora Ombak di sini pada petang Selasa. Pada Sabtu lalu, sebuah akhbar tempatan melaporkan seorang penyanyi rock popular dan terkenal telah memukul isterinya di khalayak ramai di sebuah bank di Ampang di sini. Tindakan penyanyi itu mengejutkan kakitangan dan pelanggan bank berkenaan sehingga menimbulkan kekecohan. Isteri penyanyi rock itu dikatakan telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di ibu negara kerana kesakitan akibat ditampar dan dipukul suaminya. Difahamkan kekecohan itu berlaku apabila penyanyi rock yang dimaksudkan meminta isterinya membuat pengeluaran wang di bank berkenaan. Sementara itu, tambah Awie, laporan tersebut tidak ditujukan kepada dia dan mungkin ia ditujukan kepada penyanyi rock Malaysia yang lain. "Laporan itu tak cakap pun penyanyi itu adalah saya jadi tak perlulah nak besarkan isu ini. "Apa yang saya mahu katakan di sini, sebagai manusia kita tidak lepas melakukan kesilapan," ujarnya.
TOP
Gambar: Wajah Sebenar Princess Elsa Watak Dalam Filem Frozen
Filem yang telah mencetuskan fenomena seluruh dunia, Frozen telah mendapat sambutan yang hangat dikalangan peminat animasi disamping terdapat unsur dan jalan cerita yang menarik dan menghiburkan. Watak utama dalam animasi tersebut tidak lain lagi semestinya Princess Elsa. Difahamkan Princess Elsa sebenarnya telah menggunakan wajah milik seorang wanita yang cantik dan jelita! Walaupun ia hanyalah persamaan yang hanya kebetulan, tetapi wajah gadis cantik ini telah mendapat perhatian meluas di dunia maya kerana wajahnya saling tidak tumpah seperti wajah dalam watak Princess Elsa. Untuk info filem yang ditayangkan pada 2013 ini telah mendapat kutipan sebanyak RM101.12 juta dan telah menduduki carta teratas filem box office Amerika Syarikat. Untuk pengetahuan anda, filem Frozen adalah antara filem terbaik yang pernah kami saksikan sepanjang bulan novembertahun lepas. Filem ini juga memaparkan watak yang sangat comel dan plot cerita yang menarik disamping kesan khas atau grafik yang sangat “cool” dan mampu membuatkan penonton terharu.
Sinopsis Filem
Frozen mengisahkan permaisuri Elsa yang tinggal di Arrendell memiliki kuasa magis iaitu ais. Turut bersama adalah watak Anna sebagai adik kepada permaisuri Elsa. Penonton akan diperkenalkan dengan watak Elsa dan Anna pada waktu kecil dan Elsa yang memiliki kuasa ais tanpa sengaja telah membuatkan adiknya Anna cedera ketika mereka bermain. Anna disembuhkan oleh orang batu “Troll” dan ingatan Anna mengenai Elsa yang memiliki kuasa magis akan terhapus serta merta. Elsa terpaksa mengasingkan dirinya kerana dia tahu bahawa kuasa yang dimilikinya berbahaya kepada orang lain termasuk adiknya sendiri. Setelah Elsa dewasa, dia ditabalkan sebagai Puteri dan menjemput beberapa orang penting dari pelbagai wilayah buat pertama kalinya ke kota Arrendell. Anna pada ketika itu tanpa sengaja telah berjumpa dengan Putera Hans dan berhasrat untuk kahwin setelah kenal dalam tempoh sehari. Elsa tidak merestui hubungan tersebut kerana Anna dan Hans baru kenal sehari. Anna berasa marah dengan tindakan tersebut dan mempersoalkan tindakan kakaknya yang sering memulaukan dirinya. Akibat daripada itu, Elsa tidak mampu mengawal kemarahannya dan menyebabkan kuasa luar biasanya menyelubungi kerajaan Arrendell dan dilitupi salji selamanya. Elsa melarikan diri ke sebuah Gunung di mana dia telah membina sebuah istana ais sebagai tempat persembunyiannya. Cabaran bermula apabila Anna berusaha memujuk kakaknya untuk mengawal kuasa tersebut dan menghentikan segera musim sejuk yang melanda Arrendell. Disepanjang perjalanan tersebut, turut diperkenalkan adalah watak Olaf (Orang Salji), Sven (Rusa Kutub) dan Kristoff.
Sumber: Harian Blogger
TOP
Tukul besi penamat sesi mabuk warga Nepal
KOTA BHARU- Seorang warga Nepal parah di kepala akibat dipukul rakannya yang dipercayai mabuk menggunakan penukul besi dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Desa Kemumin, Pengkalan Chepa, dekat sini, semalam. Kejadian itu disedari jiran mangsa selepas terdengar sesuatu yang pelik sebelum bertindak menghubungi pihak polis pada jam 10.30 pagi. Akibat pukulan itu, mangsa berusia 20-an dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, oleh majikannya sementara rakannya yang juga berumur 20-an ditahan bagi membantu siasatan. Difahamkan, dua sahabat itu menghuni rumah sewa berkenaan dan bekerja di sebuah kilang sarung tangan di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, dekat sini, sejak dua tahun lalu. Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu Superintendan Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika kedua-dua sahabat berkenaan berada dalam keadaan mabuk, namun siasatan lanjut masih dijalankan. “Suspek ditahan di rumah berkenaan sebaik saja polis menerima laporan yang dibuat oleh jiran mereka. “Dia kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera dengan menggunakan senjata atau alat berbahaya,” katanya. Sumber: HM Online
TOP
Piala Dunia: 10 perlawanan yang patut ditonton ‘kaki bola’
Bola rasmi Piala Dunia 2014, Brazuca. BEBERAPA hari sebelum Piala Dunia 2014 di Brazil membuka tirainya, pelbagai spekulasi dibuat berkaitan pasukan dan pemain yang akan beraksi pada perlawanan yang dinanti-nantikan. Disenaraikan 10 perlawanan yang ‘patut ditonton’ kaki bola bermula 12 Jun hingga 25 Jun ini.
*12 Jun - Perlawanan pada upacara perasmian kejohanan itu tentunya membabitkan tuan rumah, Brazil yang akan menentang Croatia menduduki senarai teratas.
*13 Jun – Seterusnya, Sepanyol berdepan Belanda umpama perlawanan akhir pada 2010.
*14 Jun – Aksi Uruguay menentang Costa Rica dianggap penentu nasib kedudukan England yang diletakkan dalam kumpulan sama.
*15 Jun - Begitu juga perlawanan Argentina dengan Bosnia-Herzegovina apabila Lionel Messi yang sebelum ini berdepan masalah kecederaan akan beraksi untuk negaranya.
*16 Jun – Seterusnya, Jerman menentang Portugal yang dianggap pertembungan dua kuasa besar bola sepak yang berdepan masalah kecederaan pemain. Cristiano Ronaldo kini mula menjalani latihan, bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada pemain itu akan beraksi nanti, begitu juga Joachim Low dan Marco Reus.
*19 Jun – Perlawanan antara Colombia dan Ivory Coast pula dijangka menarik apabila keduanya dikatakan mahu membuktikan keupayaan masing-masing selepas berdepan kritikan. Columbia memiliki penjaring gol terbanyak Radamel Falcao yang melayakkan mereka ke Piala Dunia, manakala Ivory Coast pula dikatakan mempunyai barisan pemain berbakat.
*22 Jun – Belgium menentang Russia dengan meletakkan Belgium sebagai pilihan untuk memberi saingan hebat terutama apabila dibarisi pemain seperti Hazard, Kompany, Lukaku dan Courtois, manakala Russia yang diwakili 12 pemain Liga Perdana.
*23 Jun – Belanda berdepan Chile dimana kejayaan satu lagi negara Selatan Amerika ini perlu diberi perhatian selepas berjaya layak ke Piala Dunia.
*24 Jun – Itali menentang Uruguay tentunya akan menyaksikan bagaimana penyerang Itali, Mario Balotelli bermain dengan pasukan kebangsaannya. Ketika ini juga, kedudukan England dalam kumpulan D diramal selesa.
*25 Jun – Ecuador melawan Perancis turut disenaraikan kerana Ecuador dikatakan pasukan yang tidak menyerah kalah dan mampu memberi saingan kepada Perancis.
Sumber: mStar
TOP
Model Dibayar RM52 Ribu Untuk Menyusu Seorang Ahli Perniagaan
Kegilaan apakah ini?
JIANGXI, CHINA: Seorang ahli perniagaan menawarkan 100,000 yuan (RM52,000) kepada seorang penyanyi untuk ‘menyusu’nya di sebuah majlis makan malam di JiuJiang, daerah Jiangxi. Apa yang mengejutkan, tawaran tersebut diterima Mo Lulu, yang juga seorang model. Mo mula mencuri tumpuan apabila aksi ‘body mooncake’nya tersebar September tahun lalu, yang menyaksikan beberapa lelaki sedang makan kuih bulan di atas tubuh bogelnya.
Beliau kemudiannya mencipta nama lagi di pameran auto Jiujiang pada Jumaat lepas apabila beraksi seksi dengan seluar dalam pada sebuah kereta mewah. China National Radio melalui laman webnya melaporkan, pada satu majlis makan malam tertutup selepas selesai satu pameran auto, Mo telah ‘menyusu’ seorang lelaki yang membayarnya 100,000 yuan (RM52,000). Menurut laporan itu lagi, lelaki tersebut berulang kali menyebut ‘mak’ ketika menghisap payudara Mo. Beberapa tetamu lain telah mengambil gambar mereka dan memuat naiknya ke internet.
Akibatnya Mo mula menerima kecaman daripada penduduk China terhadap tindakannya itu.
TOP
Isteri Mengamuk Di Facebook Gara-Gara Suami ‘Gila’ Tamiya
BARU-BARU ini, tersebar satu ‘screenshot’ luahan kekecewaan seorang isteri kepada suaminya di laman Facebook. Ia gara-gara minat melampau suaminya terhadap kereta kawalan jauh Tamiya sehingga lupa akan tanggungjawabnya kepada rumahtangga.
Jika difikirkan, adalah tidak patut aib rumahtangga itu diceritakan secara terang-terangan kepada umum. Namun, dalam kes ini kami yakin si isteri sudah tidak mampu mengawal emosinya, tambahan pula dalam keadaan mengandung. Tak tahulah apa jenis suami kalau sudah begini perangainya. Kalau rasa masih nak berseronok dengan Tamiya 24 jam, lebih baik jangan kahwin, tak gitu? Sumber: Elza / My News Hub
TOP
Kerana rebut awek
GEORGETOWN: Segalanya berpunca daripada perebutan teman wanita hingga membawa kepada tindakan melampau dua lelaki yang membaling bom molotov koktel terhadap sepasang suami isteri dalam satu kejadian di Taman Pinggiran Alma, Bukit Mertajam, dekat sini, awal pagi minggu lalu. Akibatnya, pasangan suami isteri terbabit dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam kerana parah berikutan melecur di tangan serta muka. Bagaimanapun, selepas seminggu bertarung nyawa, si suami yang berusia 47 tahun meninggal dunia pada jam 2.30 pagi semalam akibat kecederaan dialaminya itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara anak mangsa dan rakannya kerana berebutkan teman wanita. Beliau berkata, rakan anak mangsa yang tidak berpuas hati mengajak seorang lelaki lain pergi ke rumah mangsa untuk membalas dendam dan mereka melontarkan bom buatan sendiri. “Pasangan suami isteri itu berada di dalam rumah sebelum dua lelaki memakai topi keledar masuk ke dalam kediaman itu dan membaling sesuatu yang kemudiannya meletup serta bakar sebelum mengenai kedua-dua mangsa. “Mereka berdua melecur teruk di muka serta tangan dan beberapa anggota badan dengan si suami dalam keadaan separuh sedar manakala si isteri masih boleh bercakap,” katanya. Sumber: HM Online
TOP
Miss Thailand Serah Gelaran Selepas Dikecam Gemuk
Bangkok – Weluree Ditsayabut, 22, yang baru dinobatkan sebagai Miss Universe Thailand kira-kira sebulan lalu, telah mengumumkan menyerahkan semula gelaran tersebut selepas dikritik gemuk dalam laman media sosial. Selain itu, kenyataannya mengenai isu politik di negara berkenaan bahawa semua penyokong parti pembangkang sepatutnya dihukum, turut menerima kecaman. Weluree yang juga aktres dan bekas pengacara rancangan bual bicara menerima komen-komen yang kejam hingga membuatkan ibunya tidak dapat tidur malam. “Saya membuat keputusan ini sendiri. Saya ingin merakamkan terima kasih kepada semua juri yang memilih saya. “Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada orang ramai yang memberikan komen mengenai saya sama ada yang baik atau buruk melalui media. “Pada mulanya keluarga saya merupakan orang yang paling gembira dengan kemenangan saya. Namun tiada lagi kegembiraan susulan gelombang kritikan yang saya terima daripada masyarakat,’’ katanya yang menangis ketika mengumumkan keputusan berkenaan. Kemenangan Weluree sebagai Miss Universe Thailand sebelum ini mengejutkan ramai, kerana dia berjaya menewaskan peserta pilihan Pimbongkod ‘Ellie’ Chankaew, yang mendapat tempat kedua. Ketika Weluree diumumkan sebagai pemenang, penonton melaungkan nama ‘Ellie, Ellie’ selain ejekan `boo’ kepada Weluree. Setakat ini tidak diketahui siapa yang akan menggantikan Weluree kerana imej Pimbongkod bercium dengan seorang lelaki juga telah tersebar di media sosial. Komen Weluree mengenai penyokong pembangkang berlaku ketika Thailand berdepan dengan krisis politik dan ia juga melambangkan golongan berpelajaran serta berpangkat tinggi yang memberikan sokongan kepada kerajaan bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra Sumber: My News Hub
TOP
Duit samun belanja kahwin
KUALA LUMPUR : Gara-gara kesempitan wang untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun ini sepasang kekasih bersekongkol bersama lima rakan mereka untuk menyamun seorang pekerja syarikat pengurup wang di Jalan Ipoh, di sini, sebelum mereka ditahan polis. Dalam kejadian 3 petang 1 Jun lalu, seorang wanita yang juga pekerja syarikat pengurup wang yang beroperasi di ibu negara memberitahu teman lelakinya bahawa syarikatnya mengarahkan seorang pekerja lelaki menyerahkan wang tunai kepada beberapa premis pengurup wang di Bukit Bintang, di sini. Menurut sumber polis, berdasarkan maklumat wanita itu, teman lelakinya mengajak seorang lagi rakan menaiki motosikal dan seterusnya menyamun pekerja terbabit yang turut menaiki motosikal. “Motosikal mangsa ditendang dari belakang oleh dua suspek, akibat daripada serangan itu mangsa terjatuh dan suspek melarikan sebuah beg galas yang mengandungi RM89,000,” katanya. Sumber memberitahu bertindak hasil laporan, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul menahan memberkas dua lelaki dan seorang wanita masing-masing di sebuah rumah dan restoran di ibu negara dipercayai terbabit dalam kejadian samun itu. Sumber berkata, hasil soal siasat mendapati sebahagian wang tunai yang disamun dua suspek lelaki itu diserahkan kepada empat rakan mereka manakala sebahagian lagi disimpan dua suspek. Sumber: myMetro Online
TOP
OKU dibuli ‘10 hantu’
KUANTAN: “Saya diperlakukan seperti amah apabila disuruh melakukan kerja seperti membawa minuman, membeli nasi serta menyanyi sebelum lagu dendangan saya itu akan direkod untuk dijadikan bahan jenaka mereka. “Lebih teruk lagi, hampir setiap malam mereka akan mengetuk pintu bilik beberapa kali dengan kuat kononnya ada ‘hantu’ datang mengusik dan mengganggu,” kata seorang penuntut orang kelainan upaya (OKU) di sebuah kolej di sini, Nurmayam Zainal Abidin, 19, yang mendakwa dibuli penuntut senior sehingga menjejaskan mental dan pelajarannya ketika ditemui, semalam. Kejadian itu dipercayai berlaku sejak awal Januari lalu apabila penuntut senior lebih daripada 10 orang bersilih-ganti membuli mangsa dengan mengarahkannya melakukan pelbagai kerja termasuk diminta menjadi artis sambilan. Nurmayam berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan dirinya berasa tertekan serta takut untuk meneruskan pelajaran di kolej berkenaan sebelum memaklumkan kepada ibunya, Hamizah Mohd Johor, 54, untuk meminta bantuan. Katanya, dia terpaksa mengikut setiap arahan yang diberikan oleh penuntut senior kerana bimbang dicederakan jika gagal melaksanakan tugas itu. “Mereka akan mengusik saya dengan cara mengetuk serta menendang pintu beberapa kali dengan kuat dan apabila pintu dibuka, saya dapati mereka sudah hilang kononnya ada hantu datang mengusik. Sumber: HM Online
TOP
Biarkan MAS ‘terbang’ sendiri, kata PAC
Kerajaan perlu buat keputusan berhubung penstrukturan semula Malaysia Airlines, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed pada sidang media di Parlimen, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 Jun, 2014.
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkata kerajaan seharusnya memutuskan sama ada untuk terus menanggung syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines (MAS) atau membiarkan syarikat itu bergerak sendiri. Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata sudah terlalu lama kerajaan membiayai MAS sejak sebelum Polisi Langit Terbuka sehingga sekarang, menyaksikan industri penerbangan yang semakin kompetitif disebabkan kemunculan syarikat penerbangan tambang rendah. "Kalau tanya PAC memanglah kita punya pandangan, buat apa hendak belanjakan wang rakyat lagi untuk menghidupkan MAS tanpa ada hasil yang berkekalan dan positif. "Sudah berapa tahun tanggung MAS, walaupun ada yang kata MAS itu syarikat disenaraikan dan tidak menerima duit kerajaan, tetapi pelaburnya adalah Khazanah, itu wang pokok datang dari kerajaan juga. "Jadi sudah tiba masa untuk kerajaan buat keputusan sama ada henda biar MAS terus hidup atau biar dia ‘terbang’ sendiri," katanya yang juga ahli Parlimen Pulai itu. Ketua Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd, Tan Sri Azman Mokhtar awal hari ini berkata, syarikat itu akan mengeluarkan pelan penstrukturan semula MAS dalam tempoh setahun. Beliau berkata, MAS memerlukan penambahbaikan dalam budaya kerja dan disiplin, sokongan luar, termasuk kepimpinan dan pengurusan. "Keputusan penuh akan dibuat kerajaan. Tugas kami memberikan khidmat nasihat apa yang perlu dilakukan," katanya. Nur Jazlan berkata, amalan menyuntik dana kepada syarikat penerbangan itu sesuai sebelum polisi langit terbuka dilaksanakan, dan situasi semasa menyukarkan syarikat berkenaan. "Penstrukturan MAS ini sudah banyak kali dibuat sejak 1998, daripada orang yang sama juga, jadi saya harap kali ini dapat penyelesaian yang positif, ke arah menghidupkan semula MAS. "Dulu MAS dilindungi Dasar Penerbangan Negara, itu sebabnya kerajaan suntik dana dalam MAS kerana ianya menepati dasar kerajaan kita. "Jadi bila sekarang ada Polisi Langit Terbuka, dengan adanya penerbangan kos rendah, jadi saya rasa dasar kerajaan itu sudah tidak sesuai dan masa depan MAS pun bergantung kepada Dasar Penerbangan Negara," katanya. Sehubungan itu, Nur Jazlan berkata, kerajaan seharusnya mempertimbangkan sama ada untuk terus membela MAS atau sebaliknya. "Kerajaan terpaksa buat keputusan, hendak beri MAS sambung lagi atau tidak," katanya. – 10 Jun, 2014. Sumber: The Malaysian Insider
TOP
Enam Ahli ‘Geng Pembaris’ Tumpas Di Melaka
Melaka – Polis menumpaskan satu kumpulan curi kereta lama di negeri ini dengan tertangkapnya enam ahli kumpulan ‘Geng Pembaris’ di Daerah Melaka Tengah dan Jasin, semalam. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman berkata, suspek berusia antara 34 hingga 48 tahun itu ditahan dalam satu operasi khas dijalankan dari jam 5 pagi hingga 11 malam tadi di Melaka Sentral, Ayer Keroh dan Jasin. “Selain ketua kumpulan berusia 45 tahun, siasatan awal mendapati tiga ahlinya yang ditahan terdiri daripada pemandu teksi berusia 40-an. “Hasil tangkapan, kita berjaya merampas enam kereta lama pelbagai jenama dan masing-masing satu pemotong besi, kuku kambing dan pemutar skru serta pelbagai anak kunci” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sini. Sumber: myMetro
TOP
Kereta Curi Dari Malaysia Antara 30 Yang Dirampas
BANGKOK – Jabatan Kastam Thailand merampas 30 buah kereta bernilai 21.6 juta Baht dengan 13 daripadanya disahkan dicuri di Malaysia, yang dibawa masuk ke negara ini menggunakan dokumen palsu. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kastam Thai Rakob Srisupaat, kenderaan terbabit yang dibawa dari Singapura dipercayai dalam perjalanan ke negara ketiga. Kontena yang membawa kenderaan terbabit disenaraikan sebagai mengangkut perabot atau kereta baharu, katanya dalam taklimat media di sini pada Ahad yang turut dihadiri oleh Duta Malaysia ke Thailand Datuk Nazirah Hussain. Menurut seorang pegawai kastam, Thailand akan menyerahkan 25 kereta curi kepada pihak berkuasa Malaysia pada hujung bulan ini. Terdapat ratusan kenderaan curi dari Malaysia di negara ini tetapi bukan mudah untuk diserah semula kerana perlu mematuhi prosedur undang-undang, kata seorang lagi pegawai kastam. Katanya antara yang menyukarkan proses itu ialah mendapatkan dokumen pengesahan daripada syarikat insurans. Beliau berkata ada kereta yang tersadai di sini selama bertahun-tahun kerana menjadi bahan bukti kes jenayah. Ada juga kereta tidak dikembalikan kerana proses itu menelan kos yang tinggi, katanya. Sementara itu, Nazirah menghargai kerjasama rapat antara pihak berkuasa Thailand dan Malaysia dalam menangani jenayah rentas sempadan. Banyak kereta curi berjaya diserahkan semula oleh pihak berkuasa Thailand kepada Malaysia, katanya.
(RM1 = 100 Baht)
Sumber: Bernama
TOP
Gelatin babi hanya untuk negara bukan Islam
SEREMBAN – Kenyataan kontroversi dikeluarkan Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi menerusi sebuah portal, baru-baru ini sebenarnya bertujuan menjawab kemusykilan umat Islam yang mendiami darul harbi atau negara bukan Islam dan sukar mendapat produk halal. Timbalan Mufti Negeri Sembilan, Nor Azamir Alias berkata, perkara tersebut hanya disedari beliau selepas membuat penelitian terperinci terhadap laman web ulama tersohor berkenaan, semalam. “Jelas sekali, jawapan diberikan beliau membabitkan penggunaan gelatin babi adalah berasaskan kepada persoalan dihadapi umat Islam yang tinggal dalam darul harbi sahaja dan bukannya untuk negara Islam. “Beliau mengambil kira kesukaran mereka untuk mendapatkan produk halal di negara terbabit, di mana kebanyakan produknya mengandungi gelatin babi atau haiwan yang tidak disembelih,” katanya di sini, semalam. Beliau berkata, atas sebab berkenaan, maka kaedah qadhiyyatul istihalah atau transformasi bahan iaitu bahan yang tidak halal apabila sebati menjadi makanan halal, maka hukumnya juga bertukar kepada halal, telah disarankan oleh Dr Yusuf untuk diguna pakai penduduk Muslim negara itu. “Ini mungkin berasaskan kepada kaedah fiqh iaitu addharuratu tubihuk mahzuurah iaitu kerana darurat, sesuatu yang haram diharuskan dan addharuratu tuqaddaru bi qadariha iaitu kadar keharusan itu pula mengikut keadaan daruratnya, sekali gus menunjukkan ia bukanlah terbuka dengan seluas-luasnya. “Kesimpulannya, kaedah qadhiyyatul istihalah tidak boleh dipraktikkan di negara Islam atau negara bukan Islam yang senang mendapatkan produk dan bahan-bahan halal,” katanya. Beliau berkata, ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW antaranya yang bermaksud, “(bahan) yang halal itu jelas (dinyatakan)” dan “setiap bahan yang haram banyaknya, maka sedikit pun menjadi haram juga”. “Kaedah fiqh juga menyatakan yang maksudnya, “apabila bercampur di antara bahan yang halal dengan haram (dalam satu transformasi), maka bahan itu dikira haram”. “Perlu diketahui, babi merupakan tergolong dalam najis ‘ainiyyah iaitu zatnya dapat dilihat, dicium dan dirasa berdasarkan nas al-Quran, dalil dan al thubut yang qat’ie. Maka tahwil yang diusahakan untuk menukar babi kepada benda lain sama sekali tidak merubah kenajisannya,” katanya. Justeru, beliau berharap penjelasan diberikan dapat merungkai kekeliruan sesetengah pihak yang mungkin beranggapan bahawa daging atau gelatin babi apabila ditransformasikan dan menjadi sebati sebagai makanan, maka statusnya menjadi halal dan harus dimakan. “Bagi mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang Dr Yusuf atau merujuk kepada Fiqh Al-Jaaliyat Al-Islamiyyah Fil Gharb (Fiqh Untuk Penduduk Islam di Negara Barat),” katanya. Sumber: Sinar Online
TOP
Samseng Tol Karak
UPDATE SAMSENG TOL KARAK: PEMANDU MYVI NAFI PECAHKAN CERMIN KERETA & CEDERAKAN ISTERI PEMANDU VIOS
Dari sebelah pihak pemandu Myvi pula menjelaskan pada masa kejadian itu, mereka sedang beratur di Lorong Smartag Tol Gombak. Akan tetapi, sebuah kereta Toyota Vios (perakam video) datang dari lorong sebelah dan terus memotong barisan di hadapan mereka dengan menggunakan strategi himpit dan rapat gila-gila. Akibatnya, cermin sisi kedua-dua kereta mereka bergesel. Pemandu Vios yang menyedari cermin sisi keretanya bergesel dengan cermin sisi Myvi, bertindak membunyikan hon bertalu-talu. Selepas berjaya memotong barisan dan melalui tol berkenaan, pemandu Vios dilihat cuba memprovok mereka dengan membrek secara tiba-tiba dengan sengaja di hadapan kereta.
Tidak tahan dengan kelakuan pemandu Vios berkenaan, pemandu Myvi mengambil keputusan untuk memberhentikan kenderaannya di tepi jalan. Apabila pemandu Myvi cuba menghampiri si pemandu Vios dan meminta penjelasan, pemandu Vios kelihatan takut dan terus meneruskan menaikkan cermin tingkapnya dan pemandu Myvi cuba menahan cermin kereta vios berkenaan dan tak semena-mena cermin tersebut pecah. Dia bagaimanapun menafikan jari isteri pemandu Vios cedera dan berdarah berpunca dari tindakan dia memecahkan cermin berkenaan. Namun dia tidak menafikan pula berkemungkinan serpihan cermin terkena pada jari isteri pemandu berkenaan. Menurut pemandu Myvi itu lagi, cermin kereta lelaki itu tidak pecah, sebaliknya berderai sebab cermin keretanya ada tinted. - My Media Hub
TOP
Satu Lagi Mesej Antara Zaquan Adha & Seorang Gadis Tersebar
Satu Lagi Mesej Antara Zaquan Adha & Seorang Gadis Tersebar Dunia teknologi zaman sekarang macam-macam boleh dilakukan. Abang Nara mengambil pendekatan tidak mahu mempercayai satu lagi mesej antara Zaquan Adha dan seorang gadis yang sedang tersebar ini. Bukan apa, benda-benda macam ini boleh diubahsuai dengan kecanggihan software. Benda tak ada boleh diadakan, benda yang ada boleh dihilangkan dengan hanya sentuhan jari sahaja. ayuham5-1 Daripada apa yang Abang Nara baca, mesej-mesej di atas di hantar menerusi akaun sosial Instagram. Sememangnya ID Zaquan Adha di Instagram ialah zaqone_08. Mesej ini khabarnya disebarkan oleh si gadis sebagai bukti kononnya Zaquan adalah seorang suami yang bermain kayu tiga. Hmmmmm. Agak pelik tiba-tiba kesemua bukti nak keluar pada satu masa. Konspirasi bukan? zaquan dan gadis
Sumber Beautifulnara.com
TOP
Amaran Jimmy Shanley Untuk Bekas Mertuanya
Amaran Jimmy Shanley Untuk Bekas Mertuanya Bekas mertua Jimmy Shanley, Datin Muniroh Kasim meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pengacara itu mengaitkan namanya selepas majlis pernikahan semalam. Muniroh berkata, bekas menantunya itu tidak sepatutnya menyindir sesiapa pun apatah lagi kejadian itu berlaku pada hari bahagia Jimmy. “Saya sebenarnya tumpang gembira selepas mengetahui Jimmy akan menikah lagi pada petang Jumaat lalu apabila dimaklumkan oleh wartawan. “Saya sentiasa berdoa dia dan isteri akan bahagia hingga ke akhir hayat. Namun yang terkilan dan tidak puas hati kenapa kaitkan nama saya selepas majlis pernikahannya semalam. “Sepatutnya selepas bergelar suami buat kali kedua, dia membuka lembaran baru dalam hidupnya dan pandang ke hadapan serta menganggap apa yang berlaku sebelum ini adalah pengalaman dalam hidupnya,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini. JIMMY- Semalam, pada sidang akhbar selepas majlis pernikahannya dengan Mariam Jamilah Abdul Jalil, Jimmy seolah-olah menyindir bekas mertuanya agar tidak lagi menjaja gossip kepada pihak media. Jimmy juga sempat memberi amaran kepada jutawan kosmetik produk Natasya itu dengan berkata,”Datin Muniroh, watch out,’ Mengulas lanjut, Muniroh menafikan dia sering menjaja cerita buruk bekas menantunya itu kepada pihak media. Jelasnya, ini kerana dia tidak mempunyai keperluan atau kepentingan untuk berbuat demikian kerana tidak memiliki masa dan sibuk dengan perniagaan. “Saya pun pelik kenapa dia nak salahkan atau kaitkan saya lagi. Cakap saya tidak benar jumpa anak. Rumah saya sentiasa terbuka untuk dia datang bila-bila masa tengok anak dia. Malah saya pernah hantar Rania (anak Jimmy) ke rumahnya kerana Jimmy sibuk ketika itu. “Malah setiap kali anak dia masuk hospital, saya sering maklumkan kepada Jimmy tapi ada dia datang melawat anak dia. Kalau datang pun, hanya lima minit, lepas itu balik. Kenapa macam tu? Kami bukan nak suruh dia bayar bil hospital pun,” katanya penuh kesal. Muniroh turut berharap Jimmy tidak lagi mengaitkan namanya pada masa depan kerana tindakan itu tidak membawa faedah kepada mana-mana pihak. “Saya pun malas lagi nak sebut nama Jimmy lagi dan harap jangan tanya saya lagi pasal dia. Yang penting, saya sentiasa doakan dia dan isteri bahagia hingga ke akhir hayat,” katanya serius. Sementara itu, setelah menduda hampir dua tahun, Jimmy selamat bernikah dengan Mariam Jamilah, 26, pukul 6.20 petang di Hotel Concorde Shah Alam, Selangor di semalam. Sebelum ini, Jimmy, 34, pernah berkahwin dengan anak Muniroh, Nursuhaila Eliani Suhaimy pada 1 Oktober 2010. Namun mereka hanya sempat melayari alam rumah tangga selama 20 hari sebelum tinggal berasingan. Mereka sah bercerai pada 11 Oktober 2012 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Zahrah Rania Shanley, 3 tahun, lapor MalaysiaGazette.
TOP
Muflis, Tak Dapat Jumpa Anak Alasan Enggan Bayar Nafkah
Bekas suami sering menggunakan pelbagai taktik untuk melarikan diri daripada membayar nafkah kepada bekas isteri dan anak. (gambar hiasan)
PETALING JAYA: Mendakwa muflis serta marah kerana tidak dapat melawat anak antara punca bekas suami enggan membayar nafkah kepada janda dan zuriat mereka. Malahan, lelaki tidak bertanggungjawab ini mengelak membayar nafkah walaupun hakikatnya memiliki harta termasuk kereta dan rumah mewah. Jika senario ini berlarutan, tentu kes tuntutan nafkah tertunggak yang mencatatkan peningkatan sejak dua tahun lalu tidak dapat diselesaikan. Mengikut statistik Jabatan Kehakiman Syariah, Selangor mencatatkan jumlah kes tuntutan nafkah tertunggak tertinggi iaitu 500 sejak 2008 dan 207 kes untuk tahun lalu sahaja, manakala Sabah (186) dan Wilayah Persekutuan serta Johor yang masing-masing mencatatkan 171 dan 142 kes untuk tempoh lima tahun.
Zaidi Mohd Zin.
Perunding Keluarga Islam, Datuk Zaidi Mohd Zin berkata, bekas suami sering memberi alasan tidak munasabah untuk mengelak daripada membayar nafkah. "Ada bekas suami yang tidak dapat jumpa anak terus tidak mahu bayar nafkah dan alasan ini tidak masuk akal kerana mengikut hukum syarak tanggungjawab tetap perlu dilaksanakan selepas berlaku penceraian. "Begitu juga dengan yang memiliki kekayaan tetapi masih cuba melarikan diri daripada membayar nafkah, malah ada yang mengakui diri muflis," katanya kepada mStar Online pada Selasa. Sehubungan itu, katanya, bekas isteri bijak mengumpul maklumat untuk membuktikan bekas suami mempunyai kewangan kukuh dan seterusnya membuat tuntutan nafkah di mahkamah. "Bekas suami akan dikenakan perintah penguatkuasaan, jika mempunyai harta atau aset seperti rumah, tanah dan bangunan ia boleh disita oleh pihak mahkamah. "Harta ini akan dijual dan wang daripada hasil penjualan aset berkenaan akan digunakan untuk membayar jumlah tunggakan nafkah anak dan bekas isteri," katanya.
TOP
Kes Culik Pulau Singamata Selesai - KPN
Tan Sri Khalid Abu Bakar
KOTA KINABALU: Warga Filipina, Marcy Dayawan, 40, yang sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan kes culik di Pulau Singamata, Semporna awal April lalu sudah dihantar pulang. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan berhubung kemungkinan pembabitan wanita itu dalam kes berkenaan juga sudah selesai. "Dia sudah dihantar pulang ke Filipina. Saya tidak mahu komen pasal siasatan itu," katanya dalam sidang media, di sini, Selasa. Menurut Khalid pihaknya kini bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina bagi mengambil tindakan terhadap penculik yang terbabit dalam kes itu. Pada 2 April lalu, sekumpulan tujuh lelaki bersenjata menculik pelancong warga China, Gao Hua Yuan, 29 dan Dayawan, yang bekerja di Singamata Adventures and Reef Resort, kira-kira 10.30 malam. Kedua-duanya dibebaskan pada hujung bulan lalu. Ditanya mengenai kes penculikan seorang pengurus syarikat pusat penternakan ikan di Pulau Baik, Lahad Datu pada awal pagi 6 Mei lalu, beliau berkata mangsa Yang Zai Lin, 34, dari Guangzhao, China dalam keadaan selamat dan pihaknya sedang berusaha untuk membebaskan mangsa itu.
TOP
Abby Abadi Akhirnya Pasrah Tiada Harapan Rujuk
Saat bahagia Abby dan Farhan.
PETALING JAYA: Hasrat pelakon Abby Abadi yang masih menanti sinar agar dia dan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, kembali rujuk terpaksa melupakan impian itu kerana ia tidak mungkin menjadi kenyataan. Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, dalam status terbaharu Instagram miliknya berkata, sekiranya perkara itu terjadi, ia merupakan satu keajaiban kepadanya. “Apa yang boleh saya katakan kalau berbaik memang ‘keajaiban’ berlaku. Jika sebaliknya, Allah lebih mengetahui apa yang diatur untuk saya. Saya reda,” ujarnya dalam kapsyen status berkenaan. Menerusi Instagram itu Abby turut memuat naik gambar lukisan anak keduanya iaitu Marissa Dania Hakim, 9, yang menggambarkan hubungan cinta ibunya dengan Muhammad Noor Farhan dahulu dan terkini.
Lakaran yang dibuat oleh anak Abby iaitu Marissa Dania Hakim
Sebelum ini Abby turut memuat naik rakamkan video anak-anaknya yang menuntut agar Muhammad Noor Farhan yang dipanggil Abi agar pulang ke rumah. Dalam pada itu Abby berkata, Dania ada memberitahu bermimpikan bapa tirinya. Sebaliknya Abby berkata, dia dapat rasakan Farhan lebih bahagia di luar sana dan dia tidak meletakkan apa-apa harapan lagi terhadap rumah tangga mereka. Abby juga turut mengulas lukisan yang dimuat naik dalam Instagramnya itu adalah hasil tulisan tangan anaknya dan bukan dia yang berbuat demikian untuk meraih simpati terhadap pemuda itu. Malah Abby turut menjelaskan, perkahwinannya dengan Farhan bukanlah paksaan mana-mana pihak sebaliknya atas kehendak mereka berdua. “Benda ni baru sangat takkan saya takde perasaan boleh lupa terus sekelip mata. Saya reda, tiada jodoh itu kuasa Dia. Saya tak pertikai pun,” ujarnya membalas komen pengikut laman sosialnya itu. Terdahulu Muhammad Noor Farhan dilaporkan telah melakukan dua kali lafaz cerai terhadap Abby termasuklah salah satunya tidak dimaklumkan kepada mahkamah.
Abby dan Muhammad Noor Farhan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 29 Mei lalu bagi mendengar permohonan lafaz cerai.
Sehubungan itu Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menetapkan 11 Jun depan bagi mendengar permohonan lafaz cerai kali pertama pemuda berkenaan ketika pelakon itu hadir bagi melaporkan lafaz cerai yang dibuat kali kedua. Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan. Mereka bernikah di Selatan Thailand. Ia merupakan perkahwinan pertama bagi Muhammad Noor Farhan dan kedua bagi Abby. Sebelum ini Abby pernah bernikah denagn pelakon Norman Hakim dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 11, Marissa Dania Hakim, 9, dan Maria Danisha Hakim yang berusia enam tahun.
TOP
Tiada Lagi Bacaan al-Quran Ramadan Ini - Penduduk Selatan Thailand
Anggota tentera sentiasa mengawal pergerakan penduduk Islam Thailand termasuk ketika menunaikan solat.
BANGKOK: Bagi penduduk di selatan Thailand, terutama umat Islam, Ramadan kali ini mungkin sunyi tanpa bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan program keagamaan lain yang lazimnya berkumandang melalui corong radio. Ini kerana sejak rampasan kuasa pada 22 Mei lalu, radio-radio komuniti di wilayah selatan telah diarah menghentikan siaran dan sekalipun rayuan telah dibuat agar mereka dibenar kembali bersiaran sebelum Ramadan, sehingga kini masih belum ada jawapan. "Setakat ini pihak tentera di selatan tidak boleh beri jawapan kerana arahan menghentikan siaran radio bukan hanya di selatan tetapi di seluruh negara, " kata Pengarah Media Selatan, Wan Ahmad Wan Kacik kepada Bernama.
Jurucakap junta di sini, Pattamaphorn Rattanadilok Na Phuket berkata keputusan mengenai perkara itu bergantung kepada Suruhanjaya Telekomunikasi dan Penyiaran Kebangsaan. Arahan menghentikan siaran oleh Majlis Kebangsaan Bagi Keamanan dan Ketenteraman itu membabitkan 14 stesen televisyen satelit dan 6,000 stesen radio komuniti berdaftar serta 2,000 yang tidak berdaftar, bertujuan menjaga keamanan. Di Pattani, Yala dan Narathiwat, lebih 50 stesen radio komuniti terjejas termasuk Stesen Radio dan Televisen Bahasa Melayu yang baru dibuka selama setahun lebih oleh Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC). Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata radio komuniti memainkan peranan penting di wilayah selatan terutama Media Selatan yang merupakan stesen radio dan laman sesawang. "Rancangan Dunia Hari Ini adalah ruangan yang paling ramai peminat," katanya. Program itu wujud selepas termeterainya Dialog Damai di Kuala Lumpur pada 28 Feb 2012 antara Thailand dan wakil Gerakan Pembebasan Patani-BRN (Barisan Revolusi Nasional) dengan Malaysia sebagai fasilitator. Rancangan ini memberi ruang kepada semua pihak menyuarakan hasrat mereka, kata beliau. Antara yang pernah ditemu bual menerusi program itu ialah wakil BRN Hasan Taib, Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Negara dan wakil tentera Jen. Paradorn Srichapan serta fasilitator dari kerajaan Malaysia iaitu Datuk Seri Ahmad Zamzamin Hashim. "Dunia Hari Ini mendapat sambutan dari segi saranan serta nasihat dan sebagainya daripada rakyat. Kalau dulu kita tidak pernah dengar rakyat Pattani memperkatakan tentang pendamaian, proses damai dan sebagainya," katanya. Wan Ahmad juga berkata maklumat yang disampaikan dalam siaran dalam bahasa Melayu lebih dipercayai oleh masyarakat setempat. Ini kelebihan radio komuniti kalau dibandingkan dengan radio kerajaan dan sebagainya, iaitu masyarakat umumnya di Pattani ini memberi kepercayaan kepada radio komuniti, kata Wan Ahmad. Beliau berkata selain daripada maklumat pengetahuan berita dan sebagainya, tugas radio komuniti di selatan ialah siaran agama seperti azan, kuliah agama dan sebagainya. Katanya, radio kerajaan banyak menggunakan bahasa Thai, sedangkan ramai rakyat di selatan Thai kurang memahami bahasa itu. "Saya rasa perkara ini akan membawa akibat yang buruk sekiranya Ramadan nanti kita tidak dapat menyiarkan radio kita. Masyarakat mungkin tertanya-tanya tentang kesungguhan kerajaan pusat terhadap masyarakat di sini dan sebagainya," kata Wan Ahmad.
TOP
Khazanah Kaji Pelan Selamatkan MAS
KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd akan mengumumkan pelan perancangan untuk menyelamatkan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang kini berhadapan masalah kewangan. Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar pada Selasa berkata, tiga perkara utama perlu diberi perhatian. "Pertamanya isu dalaman iaitu mengenai produktiviti MAS. Kedua, sebagai syarikat penerbangan negara, kita perlu jelas mengenai syarikat penerbangan yang bagaimana kita mahukan khususnya mengenai daya saing. "Dan yang ketiga ialah berkaitan isu kepimpinan yang merupakan perkara yang sangat mencabar," katanya. Bercakap kepada pemberita di Invest Malaysia 2014, Azman berkata, adalah amat mencabar bagi kepimpinan MAS dan "kami amat hargai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Jauhari Yahaya dan pasukannya bekerja bekerja kuat untuk syarikat itu."
TOP
Piala Dunia: KDN, Interpol, Fifa Pantau Judi Bola Mulai Jumaat Ini
Judi sepanjang Piala Dunia antara cabaran pihak berkuasa seluruh dunia.
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri akan bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) dan Persekutuan Badan Induk Bola Sepak Dunia (Fifa) bagi memantau kegiatan perjudian semasa berlangsungnya Piala Dunia mulai Jumaat. Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha itu dilakukan kerana pemantauan awal mendapati terdapat kegiatan perjudian melalui dalam talian atau online serta pembabitan 'bookies' di peringkat antarabangsa. "Bagi mencegah kegiatan perjudian peringkat domestik, beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui pakar-pakar yang akan menangani kegiatan perjudian ini telah menggerakkan unit forensik dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)), 'private security' dan Syarikat Telekomunikasi (Telco) Malaysia. PDRM akan menggunakan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, Seksyen 6, Akta Pertaruhan 1953 dan Seksyen 233 Akta SKMM 1998 terhadap mereka yang terbabit dalam kegiatan itu. "Dan kita harapkan, demam bola sepak harus, hanya ditontoni, bukan diletakkan wang pertaruhan," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen di sini, Selasa. Untuk siri Piala Dunia kali ini, ia akan berlangsung selama sebulan, bermula 13 Jun hingga 14 Julai di Brazil.
TOP
ACP Azmi Ketua Polis PJ Yang Baharu
Majlis serah tugas antara Arjunaidi (kiri) dengan Azmi (kanan) sambil disaksikan Abdul Samah di IPD Petaling Jaya, Selasa.
PETALING JAYA: Ketua Penolong Pengarah Jabatan Logistik (Kewangan) Bukit Aman, Asisten Komisioner (ACP) Azmi Abu Kassim dilantik Ketua Polis Daerah Petaling Jaya yang baharu. Beliau menggantikan ACP Arjunaidi Mohamed yang akan memulakan tugasnya sebagai Penolong Pengarah Pemalsuan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di Bukit Aman. Azmi,49, memulakan kerjayanya pada 1987 sebagai pegawai penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan seterusnya di Bahagian Narkotik sebelum ke Jabatan Pengurusan dan Logistik. "Semua pihak diharap dapat memberi kerjasama bagi memastikan keselamatan awam di daerah ini sentiasa terkawal dan berada di tahap terbaik. “Saya perlu sedikit masa untuk mendapatkan taklimat rasmi daripada pegawai di sini sebelum merangka sebarang langkah untuk manfaat bersama,” katanya pada majlis serah tugas yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini, Selasa. Majlis itu turut dihadiri Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat. Azmi juga pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban selama dua tahun, bermula 2007.
TOP
Kes Rebut Anak: Polis Ambil Jalan Tengah
Tan Sri Khalid Abu Bakar membincangkan sesuatu dengan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib (kanan) sebelum mengadakan sidang media pada Selasa. Dalam sidang media itu, Khalid berkata tugas pemerintah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (ESSCOM) akan dilaksanakan secara bergilir antara Polis Diraja Maysia (PDRM) dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mulai 1 Julai ini.
KOTA KINABALU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis mengambil jalan tengah dalam soal hak penjagaan anak yang membabitkan keputusan berbeza mahkamah syariah dan sivil. Katanya bagi memastikan keadilan kepada yang terbabit, polis akan menempatkan anak berkenaan di pusat penjagaan kanak-kanak tanpa menguatkuasakan perintah mahkamah syariah atau sivil. "Dengan cara ini masing-masing (ibu bapa) ada peluang untuk melawat anak mereka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pegawai kanan polis kontinjen Sabah dan ketua polis daerah di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone), di sini pada Selasa. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dua kes perebutan anak yang berlaku di Perak dan Negeri Sembilan. "Saya telah mengarahkan ketua-ketua polis daerah (di kawasan berkenaan) untuk membuat rundingan dengan pihak berkaitan supaya anak itu ditempatkan di pusat penjagaan," katanya. Bulan lepas, Mahkamah Rayuan menolak permohonan N. Viran atau nama Islamnya Izwan Abdullah, untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang memberihak penjagaan dua anaknya kepada ibu mereka S. Deepa yang beragama Hindu. Di Ipoh pula, guru tadika M Indira Ghandhi mendapat perintah mahkamah pada awal tahun ini untuk mendakwa bekas suaminya Muhammad Ridzuan Abdullah atau nama sebelum Islam, K. Patmanathan, kerana menghina mahkamah setelah gagal menyerahkan anak bongsu mereka, Prasana Diksa (Ummu Habibah), 6, kepada plaintif yang memenangi kes hak penjagaan anak, selaras dengan perintah Mahkamah Tinggi pada 11 Mac 2010. Pada April 2009, Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memberi hak penjagaan tiga anak mereka iaitu Abu Bakar (Karan Dinish), Ummu Salamah (Tevi Darsiny) dan Prasana kepada Mohd Ridzuan.
TOP
Wanita Mengaku Intim, Ghairah Dengan Ikan Lumba-Lumba
BUAT pertama kalinya, seorang wanita tampil mendedahkan hubungan intim yang mengghairahkan dengan Peter, seekor ikan lumba-lumba ketika menjalankan penyelidikan lebih 50 tahun lalu. Insiden sekitar 1960-an itu berlaku apabila penyelidik haiwan, Margaret Howe Lovatt yang memperoleh dana penyelidikan Nasa menjalankan penyelidikan untuk mengajar haiwan itu bercakap Bahasa Inggeris di Virgin Island di utara Amerika Syarikat. Pada 1963, beliau mengubahsuai sebuah rumah supaya dapat menakung air sehingga paras lutut bagi menempatkan ikan lumba-lumba itu bagi memudahkan proses penyelidikan.
Pertemuannya dengan Peter digambarkan sebagai perasaan seksual yang lahir disebabkan faktor usia. Hubungan antara Margaret dan Peter yang semakin akrab itu akhirnya membawa ke tahap keintiman fizikal. Kata Margaret: "Peter suka bersama saya. Dia akan menggesel badannya pada lutut, kaki dan tangan saya dan saya biarkan dia berbuat demikian." "Memang saya rasa tidak selesa, tetapi asalkan perbuatannya itu tidak terlalu kasar. Pada mulanya saya akan letakkan dia pada mesin pengangkat dan meminta dia pergi bermain bersama ikan lumba-lumba lain tetapi Peter tetap mahu bersama saya," katanya. Margaret mendakwa perlakuan Peter itu lebih menjurus kepada aspek seksual untuk haiwan itu, bukan dirinya, bagaimanapun ada ciri-ciri menghairahkan antara mereka. "Ia seperti kita menggaru apabila rasa gatal, selepas selesai kita teruskan dengan aktiviti lain," katanya. Penyelidikan itu berakhir dengan tragedi apabila timbul khabar angin menyatakan ikan lumba-lumba itu menderita akibat penyalahgunaan dadah, selain berita mengenai skandal membabitkan hubungan Peter dan Margaret. Selepas sekian lama, akhirnya Margaret terpanggil untuk mendedahkan hubungannya dan penyelidikan yang dijalankan kepada umum. Dokumentari bertajuk 'Gadis Yang Bercakap Dengan Ikan Lumba-Lumba' akan disiarkan di beberapa stesen televisyen di London bulan ini.
TOP
Saluran Paip Petronas Di Lawas Terbakar
PETALING JAYA: Cahaya terang yang kelihatan di sekitar perairan Sabah sejak awal pagi Selasa sebenarnya berpunca daripada kebakaran yang berlaku di saluran paip Petronas di daerah Lawas, Sarawak, kira-kira 135 kilometer dari Terminal Minyak dan Gas Sabah di Kimanis. Mengesahkan kejadian tersebut, Petronas dalam kenyataannya berkata tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dalam kebakaran tersebut. Penjelasan itu juga sekaligus menjawab pelbagai teka-teki dan andaian yang diperkatakan di laman sosial sejak awal pagi tadi kononnya kejadian langit merah itu berpunca daripada fenomena alam. Menjelas lanjut, Petronas berkata tiada sebarang penempatan komuniti di sepanjang saluran paip yang terbakar itu kerana yang paling dekat terletak kira-kira sembilan kilometer daripada tempat kejadian. Kebakaran itu yang bermula pukul 2 pagi telah berjaya dipadamkan dan siasatan sedang dijalankan untuk mencari punca kejadian, kata Petronas.
TOP
Jais ikut SOP, tidak salah
Sallehen Mukhyi
SHAH ALAM - Serbuan dan penahanan seorang pengantin perempuan di sebuah kuil di Petaling Jaya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), awal Jun lalu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi berkata, tindakan itu adalah selaras dengan SOP sedia ada dan tidak menyalahi undang-undang. “Jais mengikut SOP kerana mengambil tindakan segera setelah menerima aduan orang ramai dan tindakan itu dibuat untuk menyelamatkan akidah umat,” katanya ketika dihubungi, semalam. Bagaimanapun beliau berkata, masa serbuan itu dilakukan dilihat tidak munasabah. “Masa serbuan itu menjadi sebab dan kita akan membuat semakan bagi mengelak perkara sebegini berulang. Isu ini melibatkan agama lain dan sebab itu kita perlu menjaga kehormatan agama,” katanya. Pada 1 Jun lalu, pasukan penguat kuasa Jais menahan pengantin perempuan, Zarena Abdul Majid ketika mahu melangsungkan perkahwinannya dengan pasangannya beragama Hindu, di sebuah kuil di Petaling Jaya. Wanita berusia 32 tahun lengkap berpakaian pengantin itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988. Zarena yang merupakan kerani pentadbiran sebuah syarikat memberitahu, dia mengamalkan ajaran Hindu kerana dibesarkan oleh ibunya yang beragama Hindu sejak kecil. Ketika dia masih kecil, bapanya yang memeluk Islam telah mendaftarkan nama dan status agamanya. Bapanya kemudian telah meninggalkan keluarga. Zarena seterusnya merayu agar Jais membantu mengubah status nama dan agamanya dalam Mykad kerana beberapa kali permohonan sebelum ini ditolak disebabkan memerlukan pengesahan bapanya. Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta Jais membantu permohonan pertukaran status agama Zarena. “Kita minta Jais bantu wanita ini (Zarena) buat pertukaran agama yang diperlukan setelah beliau dikatakan tidak menganut agama Islam. “Jais akan bantu permohonan Zarena yang ingin menukar agamanya,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Dialog Belanjawan 2015, semalam. Abdul Khalid berkata, berkaitan kontroversi pemeriksaan Jais ke atas Zarena ketika majlis perkahwinannya, kes itu sedang dalam proses untuk dijelaskan kepada umum.
TOP
Nasib Muhammad Ahmad 'Isawa, Pembunuh Ikhwanul Muslimin
Jika anda semua membaca kisah ini pasti anda merasa terkejut. Kisah seorang pemuda yang mengkhianat negara sendiri. Muhammad Ahmad 'Isawa seorang pemuda berusia 28 tahun yang terkenal dengan kekuatan tubuh badannya kerana pernah membunuh singa, boleh memikul bebanan ribuan kilo dan boleh menarik lori serta kenderaan berat. Dia juga boleh memakan serpihan kaca dan tak lut tikaman pisau. Muhammad Ahmad 'Isawa juga terlibat dengan kegiatan merusuh dan memusnahkan pejabat Ikhwan sebelum rampasan kuasa ke atas Dr Mursi. Selepas rampasan kuasa dia digunakan pihak polis untuk mengganas terhadap peserta anti rampasan kuasa dan dia telah membunuh 4 orang wanita. Kesudahannya ketika mengganas di satu demo anti kudeta pihak polis tertembak pemuda ini di kepala, perut dan dada. Akibatnya beliau telah cacat, lumpuh dan tak boleh bangun. Mungkin inilah doa orang dizalimi yang dimakbulkan Allah SWT. Jangan lah kita berbuat perangai sedemikian kerana Allah maha mengetahui dan adil.
TOP
Isteri muda 8 tahun maut pada malam pertama
Mangsa yang dikenali sebagai Rawan meninggal dunia akibat pendarahan dalaman yang teruk. - Gambar hiasan
SANAA - YEMEN.Seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun di bandar Meedi, wilayah Hajjah, barat laut Yaman meninggal dunia pada malam pertama perkahwinannya dengan lelaki berumur 40 tahun, pada minggu lalu. Ketua Dewan Rakyat Yaman dan aktivis hak asasi manusia, Arwa Othman berkata, mangsa yang dikenali sebagai Rawan mengalami pendarahan dalaman yang teruk dan rahimnya turut pecah selepas melakukan persetubuhan pertama dengan suaminya. "Mereka membawanya ke klinik tetapi doktor gagal menyelamatkannya. "Pihak berkuasa juga belum mengambil sebarang tindakan terhadap keluarga pengantin cilik itu mahupun suaminya. Pemimpin puak juga dikatakan cuba untuk menutup kes tersebut selepas ia tersebar secara meluas," jelasnya lagi. Menurut Al-Arabiya, difahamkan kebanyakan keluarga miskin di negara itu mengahwinkan anak perempuan mereka pada usia yang muda kerana ingin menjimatkan kos selain mahu mendapatkan wang hantaran bagi menyara hidup pada masa depan.
TOP
Kompresor Angin Jadi Hadiah Hantaran
Kompresor angin yang dihiasi reben merah merupakan hadiah hantaran unik untuk bakal suami pengantin perempuan ini.
PETALING JAYA: Lupakan soal kek dan sirih junjung, seorang pengantin perempuan memberikan bakal suaminya hadiah perkahwinan paling bermakna iaitu sebuah kompresor angin. Gambar hadiah hantaran unik itu menjadi viral di laman sosial sejak Isnin. Beberapa perkakasan pertukangan yang dihias cantik di atas dulang turut menjadi sebahagian daripada hadiah hantaran pasangan itu. Bagaimanapun memandangkan kompresor angin itu terlalu besar untuk diletakkan di atas dulang hantaran, ia hanya diikat dengan reben merah beserta bunga. Hasil pemeriksaan, gambar berkenaan bukanlah baharu kerana ia turut tersebar dan menjadi perbualan ramai sejak 2013. Namun ia dikongsi semula pada Isnin dan kembali menjadi viral apabila lebih ramai pengunjung laman sosial menjadikan gambar berkenaan sebagai bahan gurauan.
TOP
121 Jemaah Umrah Terkandas Selamat Tiba Di KLIA
Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (kanan) menenangkan jemaah umrah Johari Chik, 69, dari Nibong Tebal, Pulau Pinang yang kini selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Isnin. SEPANG: Sebanyak 121 jemaah umrah yang terkandas di Madinah sejak lapan hari lepas selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki pesawat Flynas, petang Isnin. Tinjauan Bernama mendapati kesemua jemaah umrah berkenaan yang tiba pada 6.10 petang, gembira dan lega kerana selamat tiba di tanah air. Yanti Saliza Ibrahim, 34, pegawai di sebuah bank berkata beliau pergi menunaikan umrah bersama empat anggota keluarga termasuk ibu mertuanya sejak 21 Mei lepas. "Saya mengikuti pakej umrah ini melalui Koperasi Proton, syarikat adik saya bekerja..saya difahamkan, agensi umrah ini telah berurusan dengan koperasi sejak tahun lepas. "Keluarga saya telah mengikuti kursus umrah dan kami diberitahu ada individu tertentu yang akan taja perbelanjaan selebihnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di ruang menunggu KLIA di sini, pada Isnin. Bagi Seripah Tahar, 57, yang berasal dari Nibong Tebal, Pulau Pinang berkata beliau tidak berpuas hati dengan pengurusan agensi umrah itu. Seripah mendakwa sejak hari pertama dia menunaikan umrah pada 21 Mei lepas, tiada seorang pun mutawif yang kelihatan daripada agensi umrah terbabit yang menyertai rombongan mereka. Katanya beliau membawa kaum keluarganya termasuk anak dan menantunya mengikuti umrah itu kerana harganya yang murah. Sementara itu, Mohd Nor Akmal Omar, 50, berkata beliau berterima kasih dengan Biro Kebajikan Umno kerana menguruskan kepulangan beliau dan rombongan umrahnya yang terkandas sejak 2 Jun lepas. "Kami rasa terhutang budi kepada Ustaz Muiz daripada Kedutaan Malaysia di Makkah yang banyak membantu menguruskan keperluan kami sejak kami terkandas serta memberitahu perkembangan semasa mengenai perkara ini," katanya yang bekerja sebagai penyelia Proton. Pesara kerajaan, Abdul Ramis Abdul Rahim, 60, berasal dari Bayan Lepas, Pulau Pinang pula berkata biarlah pihak berwajib sahaja yang mengambil tindakan ke atas agensi umrah berkenaan. "Bukan urusan kami untuk ambil tindakan, biarlah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sahaja yang uruskan," katanya yang mengerjakan umrah bersama empat anggota keluarganya.
TOP
SPRM Diminta Siasat Jika Ada Bukti Penguat Kuasa KPDNKK Bersubahat
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek bersalaman dengan para pegawai Penguat Kuasa KPDNKK yang beruniform baharu pada majlis Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Penguatkuasa KPDNKK di Putrajaya, baru-baru ini. Foto BERNAMA
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta untuk menyiasat sekiranya terdapat bukti mengenai dakwaan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersubahat dalam kegiatan penyelewengan diesel dan petrol bersubsidi. Presiden Kesatuan Pegawai Penguatkuasa Malaysia (KPPM), Rus Bakarurraini Shahfei berkata, kesatuan itu sentiasa memberi sokongan sepenuhnya kepada SPRM supaya membuat siasatan terperinci dan menyeluruh terhadap penguat kuasa yang terlibat dengan rasuah dalam isu tersebut. "Sekiranya siasatan perlu dilakukan, saya berharap agar SPRM membuat siasatan menjurus kepada kenyataan akhbar yang menuduh secara terus penguat kuasa mengambil rasuah daripada pemborong. "Sebagai satu entiti yang bertanggungjawab dengan keselamatan, imej dan integriti serta kedaulatan negara, pihak kami memandang serius perkara tersebut dan menegaskan tidak akan menyebelahi pegawai di dalam kesatuan ini atas kesalahan yang dilakukan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. Sebuah akhbar baru-baru ini mendedahkan bagaimana penyelewengan diesel bersubsidi sukar dibanteras apabila anggota agensi penguat kuasa secara berkumpulan melindungi sindiket dengan menerima rasuah 1 sen bagi setiap 1 liter diesel bersubsidi yang diselewengkan. Rus Bakarurraini berkata, KPPM akan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak penyiasat terutama SPRM bagi membolehkan penyiasatan berjalan lancar dan dilakukan pada bila-bila masa. Dalam pada itu, beliau berkata, orang ramai dan pihak media diingatkan supaya tidak menunding jari kepada penguat kuasa KPDNKK dalam isu penyelewengan diesel dan petrol bersubsidi seolah-olah mereka bersekongkol dengan sindiket. Beliau mengingatkan semua pihak supaya jangan mudah membuat tuduhan terhadap penguatkuasa secara melulu tanpa fakta dan dokumen yang sahih. "Walaupun tidak dinyatakan secara khusus mengenai penglibatan penguat kuasa KPDNKK, namun tuduhan dan anggapan seperti ini adalah tidak adil terhadap pegawai penguatkuasa," katanya. Menurut Rus Bakarurraini, semua pegawai penguat kuasa terutama yang bertugas di KPDNKK berada pada tahap integriti tertinggi, kukuh dan tidak mudah tergugat dengan amalan rasuah dan sogokan. "Kini seluruh anggota penguat kuasa bekerja keras memerangi pelbagai kegiatan tidak bertanggungjawab oleh segelintir pihak, terutama berkaitan penyeludupan diesel. "Kegiatan ini dilakukan melalui “Operasi Titik” (Ops Titik) yang menekankan kepada pencegahan aktiviti penyeludupan diesel dan lain-lain berhubung bidang tugas yang telah diamanahkan kepada mereka (penguat kuasa)," katanya. Sejak dilancarkan pada 15 Mei lalu, Ops Titik mencatatkan 124 kes dengan nilai rampasan berjumlah RM5.39 juta.
TOP
Nora Danish Artis Paling Top Di Instagram
Nora Danish
PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish meraih populariti luar biasa di laman sosial Instagram kerana menjadi artis paling ramai pengaruh apabila mempunyai pengikut tertinggi iaitu seramai 828,000 orang. Pemantauan rambang mStar Online pada Isnin sehingga pukul 4 petang mencatatkan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza menduduki tempat kedua dengan memperoleh 622,000 pengikut. Pelakon Lisa Surihani pula mempunyai 601,000 pengikut yang melayakkannya menduduki tempat ketiga. Satu-satunya pelakon lelaki yang tersenarai antara lima teratas ialah pelawak Zizan Razak yang mempunyai pengikut seramai 589,000 orang. Manakala tempat kelima diikuti oleh kekasih Zizan iaitu Emma Maembong dengan 588,000 pengikut.
Tidak menjadi halangan bagi Nora untuk berkongsi dengan peminat gambar-gambarnya bersama Nedim Nazri.
Berdasarkan tiga artis yang tersenarai pilihan tertinggi, Nora banyak memuatkan gambar-gambar aktiviti hariannya termasuklah ketika penggambaran dan juga semasa melancong ke luar negara. Dia juga tidak menyembunyikan hubungannya dengan Nedim Nazri iaitu anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz apabila turut memuat naik gambar mereka bersama. Secara purata, setiap gambar yang dimuat naik Nora itu mendapat jumlah like daripada 15,000 hingga 30,000 orang. Jumlah status (posts) yang dikongsi Nora setakat ini ialah sebanyak 5,563. Siti Nurhaliza pula banyak mengabadikan aktiviti harian dengan memuat naik rakaman video ketika membuat persembahan, rakaman di studio, aktiviti riadah dan juga ketika di dapur. Malah Siti turut berkongsi cerita masakannya dengan peminat dan juga makanan yang dipilih ketika sarapan. Secara purata Siti mendapat lebih 15,000 like dan setakat ini telah memuat naik sebanyak 2,388 status.
Selfie antara Yusry dan Lisa Surihani.
Lisa Surihani pula menggunakan medium laman sosial itu dengan memuat naik pelbagai jenis gambar termasuklah pemandangan, aktiviti percutian bersama suami, dan juga gambar bersama rakan-rakan artis. Tidak ketinggalan gambar di set penggambaran untuk dikongsi dengan peminat. Lisa turut mengunakan Instagram miliknya dengan memasukkan rakaman video aktiviti-aktiviti terpilih. Lisa berjaya mendapat jumlah like teritinggi melebihi 55,000 menerusi rakaman videonya. Pelakon ini telah memuat naik staus sebanyak 2,718. Bagaimanapun jika dibuat perbandingan menerusi laman Twitter pula, Lisa antara artis paling popular dengan meraih 2.1 juta pengikut, Siti Nurhaliza (1.4 juta) dan Nora Danish (1.2 juta). Berikut ini 15 senarai artis paling ramai pengikut di Instagram.
1. Nora Danish – 828,000
2. Datuk Siti Nurhaliza – 622,000
3. Lisa Surihani – 601,000
4. Zizan Razak – 589,000
5. Emma Maembong – 588,000
6. Shila Amzah – 558,000
7. Scha Al-Yahya – 525,000
8. Fazura – 500,000
9. Elfira Loy – 493,094
10. Fasha Sandha – 438,000
11. Aaron Aziz – 419,000
12. Neelofa – 409,000
13. Nelydia Senrose – 403,000
14. Erra Fazira – 364,000
15. Nabila Huda – 357,000
TOP
Rumah Sandra Bullock Dipecah Masuk
Sandra Bullock
RUMAH aktres Sandra Bullock dipecah masuk dalam satu kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi Sabtu lalu. Menurut NBC News, Insiden berkenaan berlaku ketika pelakon berusia 49 tahun tersebut berada di dalam rumahnya. Sandara dikatakan berada dalam ketakutan selepas mendapati lelaki yang tidak dikenali berusia dalam lingkungan 30-an berada dalam rumahnya di Beverly Hills, Los Angeles. Polis kemudian dipanggil untuk memberi bantuan dan penjenayah itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan akan didakwa. Polis mengklasifikasi kes berkenaan sebagai pecah masuk dan motif kejadian sedang disiasat.
TOP
Kereta Curi Dari Malaysia Antara 30 Yang Dirampas Kastam Thailand
Antara kereta dari Malaysia yang dirampas Jabatan Kastam Thailand. -Gambar fail.
BANGKOK: Jabatan Kastam Thailand merampas 30 buah kereta bernilai 21.6 juta Baht dengan 13 daripadanya disahkan dicuri di Malaysia, yang dibawa masuk ke negara ini menggunakan dokumen palsu. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kastam Thai, Rakob Srisupaat, kenderaan terbabit yang dibawa dari Singapura dipercayai dalam perjalanan ke negara ketiga. Kontena yang membawa kenderaan terbabit disenaraikan sebagai mengangkut perabot atau kereta baharu, katanya dalam taklimat media di sini pada Ahad yang turut dihadiri oleh Duta Malaysia ke Thailand Datuk Nazirah Hussain. Menurut seorang pegawai kastam, Thailand akan menyerahkan 25 kereta curi kepada pihak berkuasa Malaysia pada hujung bulan ini. Terdapat ratusan kenderaan curi dari Malaysia di negara ini tetapi bukan mudah untuk diserah semula kerana perlu mematuhi prosedur undang-undang, kata seorang lagi pegawai kastam. Katanya antara yang menyukarkan proses itu ialah mendapatkan dokumen pengesahan daripada syarikat insurans. Beliau berkata ada kereta yang tersadai di sini selama bertahun-tahun kerana menjadi bahan bukti kes jenayah. Ada juga kereta tidak dikembalikan kerana proses itu menelan kos yang tinggi, katanya. Sementara itu, Nazirah menghargai kerjasama rapat antara pihak berkuasa Thailand dan Malaysia dalam menangani jenayah rentas sempadan. Banyak kereta curi berjaya diserahkan semula oleh pihak berkuasa Thailand kepada Malaysia, katanya.mstar
TOP
8 banduan cedera bergaduh dalam penjara di Mexico
MEXICO CITY: Pihak berkuasa di utara Mexico berkata, pergaduhan di antara banduan dalam penjara di sempadan bandar Matamoros menyebabkan sekurang-kurangnya lapan banduan mengalami kecederaan termasuk sebahagian daripadanya parah, hari ini. Pihak berkuasa wilayah Tamaulipas berkata, banduan yang cedera adalah akibat kebakaran yang dimulakan sebahagian banduan lain selepas terbabit dalam pergaduhan. Pegawai dalam kenyataan ringkas berkata, pegawai polis dan askar negeri dihantar bagi meleraikan pergaduhan dan memadamkan kebakaran yang turut menyebabkan kerosakan penjara. Sementara itu, pihak berkuasa tidak memaklumkan sama ada banduan yang terbabit dalam pergaduhan itu mempunyai kaitan dengan pengedaran dadah. Wilayah berkenaan selama ini menjadi medan pertempuran di antara dua kartel dadah iaitu Zetas dan Gulf termasuk pergaduhan sesama mereka dalam penjara. - AP
TOP
Arab Saudi penjarakan 33 orang dikaitkan pengganas
JEDDAH: Mahkamah Khas Arab Saudi menjatuhi hukuman penjara sehingga 30 tahun terhadap 33 orang selepas didapati bersalah terbabit dalam rangkaian pengganas. Agensi berita SPA melaporkan, mereka adalah sebahagian daripada kumpulan seramai 71 orang yang dibicarakan sejak Ahad lalu atas pelbagai tuduhan, termasuk menderhaka kepada negara. Mereka juga didakwa atas kegiatan menyeludup keluar beberapa banduan dari dalam penjara serta mensasarkan beberapa orang kenamaan, termasuk putera raja dan anggota keselamatan. Tempoh penjara atas kesalahan berkenaan antara enam bulan hingga 30 tahun. Anggota rangkaian pengganas itu ditahan pihak berkuasa di tempat persembunyian mereka di Riyadh pada 2007 dalam satu operasi yang mengorbankan seorang anggota keselamatan dan enam suspek. Tiga daripada 71 suspek berkenaan dilepaskan dan beberapa lagi dibebaskan dengan jaminan. Adalah tidak pasti baki 35 lagi akan dibicarakan. Perbicaraan itu adakah beberapa siri pendakwaan terkini yang bermula sejak Julai 2011 ketika kemuncak kegiatan pengganas al-Qaeda yang berlaku di negara itu antara 2003 dan 2006. - AFP
TOP
FIFA bayar AS$27.1 juta keluarkan filem Piala Dunia
SAO PAULO: FIFA membayar 20 juta euro atau AS$27.1 juta untuk membantu pembikinan filem mengenai Piala Dunia yang menampilkan aktor, Tim Roth sebagai presiden FIFA, Sepp Blatter. Pengarah Kewangan FIFA, Markus Kattner memberitahu pemberita hari ini bahawa pembiayaan untuk filem berjudul “United Passions” itu sudah dipersetujui kongres badan bola sepak dunia itu pada 2009 di Bahamas. Beberapa anggota jawatankuasa eksekutif FIFA secara peribadi berpendapat mereka setakat ini tidak nampak bagaimana filem itu boleh menjadi sumber pendapatan kepada FIFA. “Kos membiayainya adalah dari bajet sedia ada," kata Kattner memetik belanjawan awal Piala Dunia FIFA yang dikeluarkan pada 2010. Kattner berkata, bajet keseluruhan filem itu menelan belanja 23.5 juta euro (AS$32 juta). “United Passions” juga menampilkan Gerard Depardieu sebagai Jules Rimet, iaitu pengasas Piala Dunia yang juga bekas presiden FIFA. Sam Neill memainkan watak Joao Havelange, yang mengetuai FIFA dari 1974 hingga 1998 sebelum Blatter mengambil alih jawatan itu. Havelange meletakkan jawatan sebagai presiden kehormat FIFA tahun lalu selepas namanya dikaitkan dengan kontrak komersial untuk Piala Dunia yang bernilai jutaan dolar. - AP
TOP
Vietnam rempuh kapal China 1,000 kali
Kapal Pengawal Pantai China 46001 (kiri), mengejar sebuah kapal Vietnam berhampiran pelantar minyak China di kawasan yang menjadi rebutan di Laut China Selatan 1 Jun lalu.
Beijing: China menuduh Vietnam merempuh kapalnya lebih 1,000 kali di kawasan menjadi rebutan di Laut China Selatan dan berkata walaupun mahu berbaik dengan negara jiran di selatan itu, ia tidak akan meninggalkan prinsip untuk mencapai matlamatnya. China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan dan sejak beberapa tahunlalu membuat pelbagai langkah menguatkan tuntutannya, meningkatkan ketegangan terutama dengan Vietnam dan Filipina. Kapal nelayan Vietnam karam pada 26 Mei lalu dalam konfrontasi tidak jauh daripada lokasi China menunda pelantar minyak, diikuti kepungan kapal China, 240 kilometer dari Vietnam. Kedua-dua pihak saling menuduh berhubung kejadian itu dan minggu lalu, televisyen Vietnam menyiarkan video menunjukkan kapal besar China mengejar dua kapal nelayan kecil Vietnam, bertembung dengan bot nelayan Vietnam yang kemudian karam.
Paling serius
Perbalahan itu adalah antara hubungan buruk paling serius antara kedua-dua negara komunis dan musuh tradisi itu sejak perang singkat pada 1979 berikutan pencerobohan Vietnam ke atas Kemboja.
TOP
Duta beri penerangan rampasan kuasa
Pemimpin pembangkang Suthep Thaugsuban (tengah) meninggalkan Mahkamah Jenayah Thailand di Bangkok, semalam.
Bangkok: Junta Thailand semalam mengarahkanduta negara itu di Amerika Syarikat dan Britain bertemu kumpulan hak asasi manusia dalam usaha untuk meningkatkan pemahaman mengenai tindakannya merampas kuasa. Beb erapa kerajaan Barat mengkritik rampasan kuasa 22 Mei lalu dan menuntut demokrasi dipulihkan cepat. Kumpulan hak asasi menggesa pemerintah Majlis Keamanan dan Ketenteraman Kebangsaan (NCPO) untuk membendung dan mendakwa orang awam. “NCPO sudah mengarahkan duta Thailand di New York dan London untuk bertemu wakil Pemerhati Hak Asasi Manusia dan Amnesty Antarabangsa untuk meningkatkan pemahaman,” kata jurucakap NCPO, Yongyuth Mayalarp. Wakil di Amnesty Antarabangsa dan Pemerhati Hak Asasi Manusia mengesahkan mereka dijemput untuk bertemu duta. Aktivis hak asasi dipanggil tentera dan diingatkan supaya tidak bercakap dengan media antarabangsa. Ketua tentera, Jeneral Prayuth Chan-ocha berkata beliau mengambil alih kuasa untuk mengembalikan ketenteraman selepas tujuh bulan pergolakan politik di negara yang berbelahbahagi itu. Beliau melancarkan usaha rundingan untuk memulihkan perpecahan.
Pelan pentadbiran tentera
Prayuth dijadual bertemu diplomat asing esok untuk memberikan taklimat mengenai pelan pentadbiran tentera.
TOP
40 peratus kereta terpakai kenderaan curi
Kuala Lumpur: Kira-kira 40 peratus daripada kenderaan terpakai di negara ini sama ada sudah terbabit dalam kemalangan, kereta curi atau kereta potong yang disambung. Pendedahan itu dibuat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berdasarkan pemeriksaan dan siasatan dibuat di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM). Menurut kajian JPJ, daripada 1,000 kereta yang diperiksa sekurang- kurang 400 kereta didapati sudah terbabit kemalangan, kereta curi atau kereta potong yang disambung. Bagaimanapun, kebanyakan pembeli baharu kereta itu tidak maklum atau mengetahui keadaan kenderaan berkenaan ketika membelinya dan hanya menyedari ditipu selepas pemeriksaan di PUSPAKOM.
Struktur tak stabil
Ketua Penolong Jurutera, Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ Wilayah Persekutuan, Sulleh Udin, berkata keadaan itu berlaku disebabkan penjual atau sindiket kenderaan menukar nombor casis atau memalsukan dokumen jual beli kenderaan. Katanya, kereta potong amat berbahaya kerana struktur kenderaantidak stabil dan boleh menyebabkan kemalangan.
TOP
24 pengikut Syiah terkorban dalam serangan berani mati
QUETTA, Pakistan 10 Jun - Sekurang-kurangnya 24 orang pengikut Syiah, termasuk 10 orang wanita terbunuh dalam satu serangan berani mati berhampiran sempadan Pakistan dan Iran, menurut satu laporan semalam. Pegawai daerah Quetta, Akbar Durrani berkata, seramai 13 orang, termasuk lapan wanita dan lima lelaki turut tercedera dalam serangan bersenjata itu ketika mereka sedang dalam perjalanan pulang dari Iran. "Empat pengebom berani mati menyerang restoran di Taftan, kira-kira 700 kilometer barat daya Quetta dalam kejadian tersebut," katanya. - AFP
TOP
Pengasas Ambank, isteri dikejar sebelum ditembak
Gambar tahun lepas.
KUALA LUMPUR 9 Jun - Seorang penjaga tokong memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia melihat seorang lelaki berkemeja lengan panjang berlari mengejar pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia (AmBank), Hussain Ahmad Najadi dan isterinya sewaktu pasangan itu sedang berjalan meninggalkan sebuah tokong sebelum menembak mereka berdua bertalu-talu. Penjaga tokong, Lim Sok Yee, 37, sambil menangis turut memberitahu bahawa lelaki yang sebelum itu dicamkan sebagai tertuduh, Koong Swee Kwan turut melepaskan tembakan ke arah Hussain walaupun lelaki tersebut sudah jatuh di kawasan letak kenderaan tokong itu. "Masa Hussain dan isteri (Cheong Mei Kuen) berjalan menuju ke kereta, saya nampak tertuduh berlari dan mengekori dari belakang dan mula menembak ke arah isteri Hussain dari belakang. "Bila isteri Hussain jatuh, Hussain berpusing ke belakang dan dia terus ditembak dari belakang. Saya dengar kira-kira lima das tembakan. Bila Hussain jatuh, saya nampak tertuduh buat sesuatu pada pistolnya. Kemudian, dia (tertuduh) lepaskan beberapa das tembakan lagi," kata wanita itu. Sebelum tembakan tersebut berlaku, tertuduh yang pada ketika itu turut memakai topi bola dan menghisap rokok dilihat sering mundar-mandir di dalam tokong dan sering mengintai ke dalam apabila berada di bahagian luar bangunan tersebut. Saksi pendakwa keempat itu berkata demikian dalam perbicaraan hari pertama terhadap penarik kereta, Swee Kwan yang menghadapi tuduhan membunuh pengasas bank tersebut dan tuduhan cubaan membunuh Mei Kuan, 50. Perbuatan itu didakwa dilakukan di tempat letak kereta di Tokong Cina Kuan Yin, No. 4, Lorong Ceylon, Dang Wangi antara pukul 1.30 dan 2 petang, 29 Julai lalu. Bagi tuduhan membunuh Hussain, 75, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Pertuduhan cubaan membunuh Mei Kuan pula dikemukakan mengikut Seksyen 307 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Yusaini Amer Abd. Karim manakala tertuduh diwakili peguam, Zambri Idrus. Terdahulu, Sok Yee memberitahu, pasangan tersebut datang ke tokong tersebut untuk membantu rumah ibadat itu dalam satu perbincangan dengan seorang individu yang dikenalinya dengan nama Datuk Richard Morrais. Ujar wanita itu, dalam perbincangan yang turut dihadiri oleh dirinya dan kakaknya, Morrais didakwa hendak memberi wang sejumlah RM300,000 kepada dua lagi individu bernama Lim Sok Ling dan Lim Sok Chean namun dibantah oleh Hussain kerana wang tersebut merupakan milik tokong. Perbincangan yang berjalan selama setengah jam itu berakhir tanpa sebarang penyelesaian. "Selepas perbincangan, Richard beredar. Lelaki (tertuduh) saya lihat masih lagi berulang alik di kawasan tokong dan kadang kala mengintai ke dalam tokong. Hussain kemudian ada membuat panggilan telefon sebelum memberitahu dia perlu beredar kerana ada mesyuarat. Dia juga suruh saya buat temu janji dengan peguam dan Morrais keesokan harinya," kata Sok Yee. Wanita itu memberitahu, Morrais mendakwa ada hak dalam hartanah milik tokong terbabit dan Hussain hanya hadir untuk membantu tokong. Beliau memberitahu, mangsa tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan rumah ibadat itu dan mengenali Mei Kuan sejak 1995 kerana isteri mangsa sebelum itu sering datang sembahyang di tokong terbabit. Sementara itu, pakar perubatan patologi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Nurul Kharmila Abdullah memberitahu, pemeriksaan ke atas mayat Hussain mendapati terdapat beberapa kesan tembakan di bahagian hadapan, sisi dan belakang badan. "Terdapat lima kesan tembakan di bahagian depan meliputi kesan peluru masuk dan keluar manakala terdapat enam kesan tembakan masuk dan keluar di bahagian belakang. Berdasarkan kesan kecederaan, penyerang dianggarkan berada dalam jarak antara 40 ke 60 sentimeter," katanya. Pakar tersebut turut menyatakan, tembakan tersebut telah mengenai dua organ utama iaitu jantung dan salur darah utama, aorta. "Kecederaan pada jantung telah menyebabkan pendarahan teruk di rongga dada kiri manakala kecederaan pada aorta menyebabkan rongga dada kanan dipenuhi darah. "Walaupun tanpa kecederaan pada aorta, kecederaan pada jantung sudah cukup untuk menyebabkan kematian. Kecederaan pada jantung sangat serius dan kalau berjaya dibawa ke bilik bedah pun, peluang untuk selamat amat sukar kerana jantung hampir pecah," katanya. Hussain kemudian diklasifikasikan meninggal dunia ekoran luka tembakan berganda di bahagian dada. Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd. Azman Husin bersambung esok.
TOP
Dadah bernilai RM8 juta dirampas
Noor Rashid Ibrahim (tengah) menunjukkan hasil rampasan dadah bernilai RM8 juta dalam dua serbuan dalam sidang media di Bukit Aman, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA
KUALA LUMPUR 9 Jun - Polis menggagalkan cubaan mengedar dadah ekstasi terbaharu berbentuk cecair dengan tertangkapnya dua lelaki dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah dalam serbuan di sebuah restoran makanan segera di Jalan Labu, Seremban, Negeri Sembilan kelmarin. Serbuan hasil kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Sembilan dan Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman itu turut menemukan satu stor simpanan dadah di sebuah unit kondominium di Cheras Baru dekat sini pada hari yang sama. Hasil kedua-dua serbuan, 392,000 biji pil Eramin 5; 2,325 biji pil ekstasi; 88 gram serbuk syabu dan 835 mililiter cecair yang dipercayai ekstasi terbaharu itu yang kesemuanya bernilai RM8 juta dirampas. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya percaya kesemua dadah tersebut termasuk ekstasi berbentuk cecair tersebut adalah untuk edaran di kelab-kelab malam di sekitar Negeri Sembilan dan Lembah Klang. Beliau berkata, ekstasi terbaru itu yang dimuatkan di dalam botol kecil yang kelihatan seperti sampel minyak wangi, dihasilkan oleh pihak sindiket bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa. "Kita percaya ekstasi terbaru itu mula diedarkan secara kecil-kecilan sejak tahun lalu di kelab-kelab malam dan pembelinya hanya perlu mencampur dadah itu ke dalam minuman. Dadah berkenaan juga sukar dikesan semasa pemeriksaan berbanding yang berbentuk pil. "Kita masih menyiasat harga pasarannya dan bagaimana ekstasi cecair itu dihasilkan memandangkan ini merupakan rampasan pertama," kata beliau dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini. Menurut Noor Rashid, dua suspek berusia 29 tahun dan 34 tahun yang ditahan telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan. "Rakan-rakan jenayah suspek dan dalang sindiket pengedaran dadah ini sedang diburu," ujarnya.
TOP
Penduduk Singapura bimbang wang persaraan
SINGAPURA 9 Jun - Kira-kira 2,000 penduduk Singapura mengadakan demonstrasi di pusat bandar ini bagi menyatakan kebimbangan mereka tentang kedudukan wang simpanan pencen mereka dan bagaimana kerajaan menguruskan dana itu. Demonstrasi 'Pulangkan CPF kami' anjuran sekumpulan penulis blog Singapura di Hong Lim Park, kelmarin menggesa lebih ketelusan dan fleksibiliti dalam Dana Pekerja Pusat (CPF). Pengkritik CPF menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai pengetahuan sepenuhnya terhadap apa berlaku kepada wang dalam skim tersebut dan sama ada ia membawa pulangan yang tinggi. Kebanyakan penunjuk perasaan mendakwa nilai pulangan tidak selari dengan peningkatan kos sara hidup yang membawa maksud pekerja tidak akan mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menampung kehidupan mereka selepas mereka bersara. "Rakyat mahu jaminan pulangan yang lebih tinggi dan jika pasaran tidak boleh memberi pulangan berkenaan, jadi siapa yang melabur dalam dana berkenaan perlu menghadapi lebih banyak risiko. "Namun, persoalannya siapa yang akan menanggung kerugiannya," kata seorang profesor kewangan dari Universiti Pengurusan Singapura, Benedict Koh. Isu CPF juga merupakan satu daripada isu paling sensitif yang dihadapi kerajaan di republik ini. Isu simpanan pencen pekerja merupakan antara kebimbangan besar di Singapura yang merupakan salah sebuah negara yang menghadapi kos kehidupan paling tinggi, dengan jumlah mereka yang berumur 65 tahun ke atas dilihat meningkat tiga kali ganda iaitu sebanyak 900,000 orang menjelang 2030. Kadar kelahiran baharu yang semakin menurun di negara ini akan mewujudkan ketidakseimbangan daripada segi jumlah mereka yang bekerja dengan mereka yang akan menampung pesara. Singapura kini menyaksikan peningkatan kemarahan berhubung isu kedatangan pendatang asing dan peningkatan kos sara hidup sehingga kepada isu hak asasi homoseksual. Dalam persekitaran kadar faedah yang rendah, mereka akan membayar kadar minimum tahunan 2.5 peratus atau empat peratus sumbangan dalam akaun yang digunakan untuk persaraan. - REUTERS
TOP
Lelaki tertua di dunia meninggal dunia
NEW YORK 10 Jun - Lelaki tertua di dunia berusia 111 tahun meninggal dunia di sebuah rumah kediaman orang tua di Manhattan, menurut laporan media semalam. Lelaki berkenaan, Alexander Imich yang berasal dari Poland meninggal dunia Ahad lalu di kediaman yang didudukinya sejak 1986, lapor akhbar New York Times. Imich merupakan bekas ahli kimia, diiktiraf sebagai lelaki tertua di dunia April lalu oleh Kumpulan Penyelidik Gerontologi Torrance, California. Menurut laporan media, gelaran tersebut kini dipegang oleh warga Jepun, Sakari Momoi yang juga berusia 111 tahun yang lahir sehari selepas Imich pada 5 Februari 1903. - AFP
TOP
Dokumen dedah Prabowo dipecat daripada Kopassus
JAKARTA 9 Jun - Satu dokumen yang mendedahkan punca seorang calon Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berundur daripada pasukan tentera republik ini pada 21 Ogos 1998 disebarkan di Internet. Laman web akhbar Jakarta Post melaporkan pengedaran dokumen tersebut menimbulkan keraguan sama ada bekas jeneral itu sesuai menjawat jawatan Presiden jika beliau menang pada Pemilu Presiden 2014 yang akan diadakan pada 9 Julai ini. Dokumen yang merupakan salinan surat rasmi yang ditandatangani anggota Dewan Kehormat Pegawai (DKP) Tentera Indonesia (TNI) yang ditugaskan membicarakan peranan Probowo dalam penculikan aktivis pada 1998 itu, mendedahkan bahawa bekas komander Pasukan Khas (Kopassus) itu dipecat daripada jawatannya itu kerana melanggar arahan. Mereka yang menandatangani dokumen tersebut termasuk Leftenan Jeneral Susilo Bambang Yudhoyono yang kini merupakan Presiden Indonesia, Ketua Turus TNI ketika itu, Jeneral Soebagyo Hadi Siswoyo; Leftenan Jeneral Fachrul Razi dan Leftenan Jeneral Agum Gumelar. Jika dokumen itu disahkan benar, ia akan memberi tamparan hebat kepada kredibiliti Prabowo sebagai seorang askar dan calon Presiden. Dokumen tersebut mendedahkan bahawa Prabowo sebagai komander Kopassus menyalahgunakan kuasanya dengan mengarahkan unit tentera Mawar dan Melati untuk 'menangkap dan menahan' aktivis daripada Parti Demokratik Rakyat (PRD). Dokumen itu turut mendedahkan bahawa unit Mawar tidak bergerak sendiri seperti yang didakwa berulang kali oleh pasukan kempen Probowo. Ia juga mencadangkan bahawa unit Mawar melakukan penculikan itu, selepas Prabowo memberi jaminan operasi itu mendapat 'arahan daripada peringkat atasan', namun tiada laporan dibuat oleh calon Presiden Indonesia itu kepada komander Pasukan Bersenjata Indonesia sebelum dikenali sebagai TNI, Jeneral Wiranto. Laporan berhubung penculikan itu hanya dibuat pada April 1998 selepas menerima tekanan daripada ketua Badan Perisikan Pasukan Bersenjata ketika itu, Mejar Jeneral Zacky Anwar Makarim. Dokumen itu yang dimuat naik di laman web indonesia-2014.com merupakan dokumen pertama didedahkan kepada umum berhubung bagaimana Prabowo dipecat daripada pasukan keselamatan tersebut.
TOP
Bashar al-Assad umum pengampunan besar-besaran
DAMSYIK 10 Jun - Presiden Syria, Bashar al-Assad semalam mengumumkan pengampunan bagi kesemua jenis kesalahan, seminggu selepas pilihan raya Presiden yang diadakan ketika konflik politik masih melanda negara ini, menurut laporan televisyen. Dekri pengampunan itu adalah yang terbesar sejak penentangan terhadap Bashar yang bermula pada Mac 2011. Sekiranya pengampunan itu dilaksanakan, berpuluh-puluh ribu tahanan penjara dijangka akan dibebaskan, namun menurut kumpulan hak asasi, dekri pengampunan yang dikeluarkan sebelum ini tidak dilaksanakan sepenuhnya dan menyebabkan beribu-ribu tahanan masih dalam penjara. - AFP
TOP
Proton jadi pengeluar kereta dunia
KUALA LUMPUR 9 Jun - Proton kini menukar strateginya daripada pengeluar kereta murah kepada pengeluar kereta bertaraf dunia, kata pengerusi baharu Proton Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar). Perdana Menteri keempat itu berkata, Proton sentiasa dilabel sebagai pembuat kereta murah atau pengeluar kereta berkualiti rendah. "Kini, Proton mahu mengeluar kereta bertaraf dunia, dan anda perlu membayar harga yang lebih tinggi. Anda tidak boleh dapat kereta yang baik dan membayar pada harga yang rendah," katanya kepada pemberita semasa ditanya mengenai rancangannya ke atas Proton. Beliau berkata, semasa Proton mengeluarkan model kereta Preve dan Suprima berkualiti tinggi namun dijual pada harga RM80,000, orang ramai mengatakan harganya terlalu mahal untuk kereta Proton. "Kereta berikut dengan kualiti yang sama berharga RM120,000. Anda (pengguna) mahukan kereta murah, ok, Proton akan mengeluarkan kereta murah," kata Dr. Mahathir. Ditanya sama ada Proton akan terus mengeluarkan kereta murah, Dr. Mahathir menjawab: "Proton perlu membuat keuntungan. Jika pengguna mahukan kereta murah, Proton akan mengeluarkan kereta murah. Ia bergerak tiga batu dan rosak." Mengulas sama ada Proton sudah didatangi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Petronas untuk menawarkan dana, beliau berkata, Proton tidak pernah meminta dana. Ditanya sama ada beliau sendiri selaku pengerusi Proton akan menemui mereka untuk mendapatkan dana, Dr. Mahathir menjawab: "Tidak sama sekali," "Ini disebabkan Proton ialah syarikat swasta dan ia mampu membuat kemajuan dalam penyelidikan dan pembangunan," katanya. Dr. Mahathir juga berkata, kerajaan kini menggalakkan import kereta daripada menggalakkan industri tempatan. "Bila anda import kereta, wang mengalir keluar dan anda tidak dapat sebarang teknologi daripadanya," katanya.- BERNAMA
TOP
MITI unjur eksport Malaysia naik antara 5-6 peratus
MUSTAPA Mohamed (kiri) diiringi Leo Moggie (kanan) dan Roslan Abdul Rahman meninjau pameran sempena GLC Explorace 2014 di Ibu Pejabat Tenaga Nasional Berhad, di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Riduan Rizal Ahmad
KUALA LUMPUR 9 Jun - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengunjurkan pasaran eksport negara berkembang antara 5-6 peratus pada akhir 2014. Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, unjuran itu berikutan pencapaian perdagangan Malaysia yang memberangsangkan pada April 2014 bernilai RM123.9 bilion meningkat RM13.3 bilion atau 12 peratus berbanding tahun lalu. Katanya, barangan elektrik dan elektronik terutamanya sekali lagi bakal menyumbang peratusan yang tinggi pada masa akan datang kepada jumlah eksport. "Meskipun eksport bagi tanaman komoditi negara iaitu getah dan kelapa sawit menurun, kami tetap optimis pasaran eksport secara keseluruhan akan terus meningkat," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program GLC ExplorAce 2014 di sini hari ini. Yang turut hadir, Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB), Tan Sri Leo Moggie dan Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Roslan Abdul Rahman. Program GLC ExplorAce 2014 anjuran TNB itu merupakan inisiatif di bawah Program Pembangunan Vendor (PPV) MITI bermula sejak 2013. Mustapa berkata, program berkenaan menyediakan platform bagi kementerian, agensi, syarikat milik kerajaan (GLC), institusi perbankan dan syarikat vendor bumiputera terlibat untuk berkongsi maklumat mengenai program, produk dan perkhidmatan. "Ia juga dapat membuka peluang perniagaan kepada syarikat-syarikat vendor untuk meneroka pasaran baharu dengan GLC yang menyertai program ini," katanya. Sehingga 31 Mei 2014, sebanyak sembilan syarikat besar telah mempunyai PPV berstruktur melibatkan 1,618 syarikat vendor bumiputera dengan jumlah nilai kontrak terkumpul sebanyak RM12.5 bilion.
TOP
Dua polis maut diserang hendap di Las Vegas
POLIS berkawal di luar kedai serbaguna Walmart selepas kejadian tembakan yang menyebakan lima orang terkorban termasuk dua anggota polis peronda di Las Vegas, kelmarin. - REUTERS
LAS VEGAS 9 Jun - Seorang lelaki bersenjata bersama seorang wanita, melepaskan tembakan di sebuah restoran pizza di sini, semalam, menyebabkan dua anggota polis peronda dan seorang orang awam terkorban sebelum dua suspek berkenaan menembak diri sendiri. Menurut pihak berkuasa, suspek wanita itu menjerit 'revolusi' sebelum melepaskan tembakan tersebut berhampiran sebuah kedai serbaguna Wal-Mart. Kedua-dua polis peronda yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi di restoran Cici's Piza itu dikenali sebagai Alyn Beck, 41, dan Igor Soldo, 31. Menurut Syerif daerah Clark, Douglas Gillespie, seorang daripada anggota polis itu sempat melepaskan tembakan sebelum suspek melarikan diri ke kedai Wal-Mart berhampiran, di mana mereka membunuh seorang orang awam sebelum berbalas tembakan dengan polis yang mengejar mereka. Jurucakap polis, Laura Meltzer berkata, penyerang wanita itu pada mulanya menembak mati penyerang lelaki sebelum membunuh diri. Meltzer berkata, suspek kemudian merampas senjata anggota polis peronda sebelum melarikan diri ke dalam kedai Wal-Mart. Pihak penyiasat masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif kejadian. - REUTERS
TOP
Harley Davidson keluarkan motosikal khas untuk wanita
MINAT yang semakin meningkat dalam kalangan wanita terhadap aktiviti permotoran menyebabkan Harley Davidson mengeluarkan motosikal khusus untuk golongan itu. - Agensi
WISCONSIN - Pengeluar motosikal berkuasa tinggi terkenal, Harley Davidson melancarkan dua rekaan motosikal berkuasa tinggi baharu khusus untuk wanita yang kini didapati semakin meminati aktiviti permotoran. Idea berkenaan tercetus selepas golongan wanita meminta agar motosikal khas untuk kaum Hawa turut dikeluarkan di pasaran berikutan sebelum ini hanya motosikal yang memiliki rekaan untuk golongan lelaki sahaja dijual. Motosikal jenis Street 500 dan Street 750 merupakan keluaran terkini yang memiliki ciri-ciri lebih feminin seperti tangki minyak yang bersaiz sederhana berbanding biasa serta bahagian pemegang dan pedal kaki yang lebih kecil. Bahagian tempat duduk juga turut diberikan perincian khusus bagi memberikan lebih keselesaan kepada wanita dengan paras yang lebih rendah berbanding biasa. Hasil rekaan baharu itu, pihak Harley Davidson kini menerima peningkatan jumlah jualan sebanyak 30 peratus terhadap produk terbabit di Amerika Syarikat. - Agensi
TOP
Neymar pemain yang bakal menyinar
NEYMAR yang memiliki keistimewaan tersendiri mampu membantu Brazil menjuarai Piala Dunia 2014 yang akan membuka tirainya pada 12 Jun ini.
LONDON - Legenda Brazil, Ronaldo menaruh keyakinan kepada Neymar untuk membantu Brazil meraih kejayaan pada kempen Piala Dunia 2014. Walaupun beraksi di bawah tekanan supaya menampilkan aksi memukau untuk mengagumi peminat bola sepak, Neymar mampu memikul tugas tersebut dengan baik. Menurut Ronaldo, Neymar akan menyinar walaupun ini merupakan kali pertama dia beraksi di pentas Piala Dunia. Jangkaan peminat terhadap penyerang Barcelona itu terlalu tinggi dan semua pihak mengharapkan dia tampil dalam kelas tersendiri pada aksi pembukaan menentang Croatia, Jumaat ini. Sokongan tuan rumah terhadap skuad bimbingan Luis Felipe Scolari itu semakin memuncak dan Ronaldo yang memegang dua gelaran Piala Dunia menjangkakan pemain berusia 22 tahun itu mampu menyinar. "Dia sangat hebat. Neymar seorang pemain yang menakjubkan dan masih muda seperti ketika saya membuat penampilan pertama di Piala Dunia tahun 1998 di Perancis," kata Ronaldo. Ronaldo berkata, pada tahun 1994 dia tidak bermain tetapi sudah diserapkan ke dalam skuad kebangsaan. "Saya pasti dia seorang yang tenang dan boleh mengawal tekanan dengan baik," ujarnya. Ronaldo berkata, Neymar seorang pemain yang sentiasa menunjukkan kehebatannya. "Kami menaruh harapan tinggi bahawa dia akan menjadi pemain terbaik kejohanan itu dan membantu Brazil menjadi juara," jelasnya. Brazil akan menghadapi Croatia pada perlawanan pembukaan dan yakin Piala Dunia akan bertukar tangan kepada bekas pasukannya. Pemenang tiga kali pemain terbaik tahunan FIFA itu menganggap adalah lebih baik untuk memenanginya di tempat sendiri lebih-lebih lagi dalam kejohanan berprestij seperti ini. "Brazil berhak memenanginya kerana kita dikenali di seluruh dunia sebagai negara bola sepak. Sekarang kita mahu tunjukkan kepada dunia budaya kita," katanya. Ronaldo menambah, ia adalah satu peluang terbaik buat neymar untuk membuktikan kepada dunia bahawa dia adalah pemain terhebat, - Agensi
TOP
20 rahsia di dalam kapal terbang
TOP
Gambar sebenar titanic 1912
TOP
5 gambar orang-orang yang menakutkan
TOP
Dadih Segaria Sasar Tawan Bazar Ramadan
KUALA TERENGGANU: Sempena Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, MSA Segaria, sebuah syarikat pengusaha dadih, menyasarkan jualan 5,000 cawan dadih keluarannya seminggu di bazar Ramadan di sekitar Kuala Terengganu. Pengusahanya, Rohaya Abd Wahab berkata, pada bulan lain dadih berharga 80 sen secawan itu mampu dijual 4,000 cawan seminggu. "Saya memproses 1,000 cawan setiap hari untuk jualan harian disebabkan persaingan yang begitu banyak sekarang ini," katanya pada Isnin. Rohaya berkata, dadih itu dijual dengan harga 80 sen secawan kepada peruncit dan penjaja manakala harga runcit pula RM1.20 secawan. Dadih yang dihasilkan kilang di Kampung Wakaf Tembesu itu mempunyai pelbagai perisa seperti strawberi, jagung, coklat, vanila dan bandung serta perisa asli dengan bantuan teknologi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi). "Dulu saya menggunakan susu lembu segar yang dibeli daripada penternak di sekitar Kampung Tok Jiring dekat sini. Tetapi kini sukar untuk mendapatkan bahan itu, jadi atas nasihat Mardi saya gunakan susu tepung," katanya. Menurutnya, penggunaan susu lembu segar agak rumit berbanding susu tepung kerana susu segar perlu berkualti tinggi dan ia mudah menjadi masam. Rohaya berkata, beliau tidak sukar memasarkan produknya kerana mempunyai pasaran tetap seperti di sekolah, pasar malam dan pasar tani. "Biasanya kanak-kanak gemarkan dadih yang mempunyai pelbagai perisa, jadi saya perlu tentukan yang mana untuk dijual di sekolah dan yang mana untuk pasar malam," katanya. Beliau mula menceburi perniagaan itu bermodalkan RM500 sebagai pengedar produk susu berperisa keluaran Jabatan Veterinar pada 1990. Dua tahun kemudian selepas mempelajari cara memprosesnya daripada Mardi, beliau menghasilkan dadihnya sendiri. "Pada mulanya hanya secara kecil-kecilan sebelum mengembangkan perniagaan dengan membeli mesin memproses dadih berharga RM400,000," katanya. Menurutnya, selain simpanan sendiri, kerajaan negeri memberi pinjaman 70 peratus untuk membeli mesin berkenaan. Berkat usaha gigihnya, Rohaya menerima Anugerah Usahawan Tani Kebangsaan 1998 di Kedah dan juga Anugerah Usahawan Negeri Terengganu 2003.
TOP
Kerajaan Bantu PKS Jadi Pengilang dan Pembekal Komponen Berdaya Saing
Mustapa Mohamed
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneruskan usaha membantu membangunkan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjadi pengilang dan pembekal komponen yang berdaya saing bagi pasaran domestik dan global. Bercakap kepada media, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kementerian itu dan agensi kerajaan yang lain akan membuat penyelarasan dalam sistem pemantauan ke atas syarikat PKS tersebut. "Miti telah mewujudkan Program Pembangunan Vendor (PPV), yang merupakan unit pemantauan berpusat bagi pelaksanaan PPV. "Ia bertujuan menggalakkan pembangunan vendor di kementerian dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) masing-masing," katanya selepas merasmikan GLC ExploreAce 2014, di sini, Isnin. GLC ExploreAce 2014 adalah antara inisiatif PPV Miti yang bermula tahun lepas.
TOP
Prestasi Sektor Penerbangan Suku Kedua Lemah - Maybank IB
Sektor penerbangan tempatan dijangka lemah pada suku kedua tahun ini.
KUALA LUMPUR: Sektor penerbangan Malaysia dijangka mencatat prestasi kewangan yang lemah bagi tempoh suku kedua (2Q14) tahun ini berbanding suku pertama (1Q14), terutama penerbangan jarak jauh, kata Maybank IB Research. "Kami dapati harga tiket secara umumnya lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lalu, kecuali beberapa destinasi - laluan China Utara, Australia dan Thailand. "Dijangkakan hasil pertumbuhan sederhana antara dua dan tiga peratus tahun ini dan merupakan asas yang rendah," kata firma penyelidikan itu dalam notanya, pada Isnin. Maybank IB berkata, insiden MH370 juga menyebabkan permintaan untuk ke China menguncup, dan menjangkakan ia akan mengambil masa tiga hingga empat bulan sebelum pulih. "Kami menjangkakan syarikat penerbangan yang mempunyai pendedahan besar di China seperti Penerbangan Malaysia dan AirAsia X akan terjejas pada 2Q14, namun kami tidak menjangkakan impak negatif berpanjangan melepasi 2Q14," katanya. Ia berkata, keputusan musim 1Q14 juga mengecewakan dengan teras sektor itu susut RM281 juta berbanding kerugian 1Q13 sebanyak RM36 juta. Hasil masih lemah, namun kuantumnya berkurangan, yang menunjukkan berlaku pemulihan, walaupun pada masa ini syarikat penerbangan jarak jauh mengalami kerugian manakala penerbangan jarak dekat dapat menguruskannya dengan lebih baik, katanya. "Kami percaya perang tambang sudah berakhir, dan industri itu kini di peringkat akhir krisisnya," katanya. Maybank IB berkata industri itu kini akan menggunakan enam pesawat pada 2014, yang merupakan semakan menurun daripada 10 pesawat sebelum ini kepada lapan. "Ini akan mengurangkan kadar pertumbuhan kapasiti penggunaan dan memastikan keseimbangan bekalan dan permintaan memihak kepada syarikat penerbangan. "Industri ini di ambang pemulihan perlahan dan 2014 akan menjadi tahun dua bahagian - satu setengah tahun pertama diikuti separuh kedua yang meyakinkan," katanya. Ia berkata, AirAsia perlu melakukan lebih baik daripada kumpulan memandangkan ia memberi tumpuan kepada segmen jarak dekat, yang lebih stabil berbanding saingan jarak jauhnya. "Malaysia Airports Holdings Bhd dijangka terus mencatatkan pertumbuhan yang baik, namun peningkatan kos boleh menjejaskan pendapatannya," katanya. Maybank IB mengekalkan saranan 'Neutral' ke atas sektor penerbangan, memandangkan tidak akan pemangkin jangka pendek yang menarik dalam pasaran.
TOP
Imam Besar Masjid Negeri Selangor Meninggal Dunia
Ahmad Mustafa Mohd Sidin Al-Muqri. Foto youtube
Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Ahmad Mustafa Mohd Sidin (gambar), 40, meninggal dunia jam 9.07 malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Allahyarham dimasukkan ke Hospital Selayang selepas mengadu sesak nafas pada 4 Jun lalu, sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) IJN. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ahmad Zaharin Mohd Saad, dalam kenyataan malam tadi, berkata jenazah Allahyarham dibawa ke masjid negeri malam tadi untuk dimandi dan dikafankan. Ahmad Mustafa dilahirkan di Kuala Kubu Bharu pada 26 Disember 1974, mendapat p endidikan menengah di Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu sebelum meneruskan pengajian di Maktab Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 1990. Imam Masjid ar-Rahimiah Selepas memperoleh Diploma Tahfiz al-Quran Wal Qiraat dari pusat tahfiz itu, Allahyarham sempat berkhidmat di Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu selain menjadi Imam Masjid ar- Rahimiah, di kawasan sama pada tahun 1994. Setahun kemudian, Allahyarham melanjutkan pengajian ke Maahad Qiraat Shoubra Al-Azhar di Kaherah, Mesir dan sempat berguru dengan beberapa btokoh besar di universiti berkenaan.
TOP
Budak Lima Tahun Maut Kemalangan
NIBONG TEBAL: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas motosikal yang dinaiki bersama abang dan kakaknya terlibat dalam kemalangan apabila merempuh belakang sebuah pacuan empat roda di Jalan Pekan Sungai Acheh, di sini pada Isnin. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Shafien Mamat berkata dalam kejadian 11 pagi itu, mangsa Muhammad Aniq Mohd Norazli, duduk dalam bakul motosikal yang ditunggang abangnya, Nur Rahimi, 15, manakala kakaknya, Nuramalina, 19, membonceng di belakang. "Kemalangan itu berlaku apabila motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang remaja lelaki itu melanggar belakang Toyota Hilux yang berada di tepi jalan. "Berikutan kemalangan itu, kanak-kanak yang bersekolah di Tabika Kemas Batu 2, Parit Kasar itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah manakala kakak dan abangnya hanya mengalami kecederaan ringan," katanya ketika dihubungi di sini. Shafien berkata tiga beradik berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Parit Kasar selepas tamat kelas kompang yang diadakan di Dewan Perda Sungai Acheh iaitu tidak jauh dari tempat kejadian. Katanya mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk dibedah siasat manakala kakak dan abangnya turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut. Beliau berkata remaja yang menunggang motosikal itu masih bersekolah dan tidak memiliki lesen serta mereka bertiga tidak memakai topi keledar.
TOP
Mulut Murid Ditutup Pita Pelekat Kerana Tidak Henti Bercakap
Elise Smith (kiri) bersama ayahnya, Marc Smith. Foto Daily Mail
MULUT seorang pelajar yang 'mulut murai' telah ditutup dengan pita pelekat oleh seorang guru selama 15 minit sebagai hukuman akibat tidak berhenti bercakap. Elise Smith, 11, yang ditutup mulutnya itu merupakan hukuman yang diterimanya di Sekolah William Allitt di Swadlincote, Derbyshire. Ayahnya, Marc Smith, berang dengan tindakan guru berkenaan lalu membuat aduan di sekolah itu, termasuk pihak berkuasa pendidikan tempatan. Guru besar sekolah itu menganggap tindakan guru tersebut sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pendidik, dan guru tersebut memohon maaf kepada pelajar berkenaan dan keluarganya. Bagaimanapun tiada tindakan disiplin yang diambil terhadap guru tersebut. Bapa pelajar itu, Smith berkata, "Para pelajar sedang bercakap di dalam kelas dan diminta untuk diam, tetapi anak perempuan saya masih terus bercakap. "Dia (guru) sepatutnya menyurut dia keluar (kelas). Anda tidak boleh menyentuh seseorang walaupun dengan hanya menggunakan jari. "Saya sedang bekerja ketika kejadian berlaku, tetapi anak perempuan saya memberitahu saya apabila saya pulang ke rumah dan saya terus pergi ke sekolah membuat aduan keesokan hari. Saya betul-betul marah," katanya. Kejadian itu menyebabkan bekas guru besar, Mike McCandless mendapatkan keterangan kedua-dua pihak, guru dan Elise Smith, serta keterangan bertulis daripada murid-murid lain di sekolah berkenaan. Smith bagaimanapun kecewa apabila guru tersebut tidak dikenakan tindakan disiplin. "Guru itu ada membuat permohonan maaf tetapi tidak dihukum secukupnya. Ini kerana dia tidak digantung tugas dan masih bertugas di sekolah itu. "Saya dengar terdapat guru-guru di sekolah-sekolah lain yang melakukan perkara seumpama itu digantung tugas. Jadi, kenapa tidak berlaku di sekolah ini?" Pengerusi Lembaga di Sekolah William Allitt, Jean Mead berkata, kebajikan murid-murid merupakan keutamaan sekolah itu. "Ia merupakan satu tindakan yang silap berbanding berniat jahat. "Ia berlaku pada Disember tahun lalu. Ia tidak sepatutnya berlaku dalam apa keadaan sekalipun, dan guru tersebut dengan segera menyesal dan memohon maaf. "Kita bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk meneliti siasatan dan tindakan sepatutnya diambil," katanya. - Daily Mail
TOP
Pangsapuri Mewah Pasang Pancang Logam Usir Gelandangan
Pancang logam dipasang di luar pangsapuri mewah di Southwark Bridge Road, London.
SEBUAH blok pangsapuri mewah yang terletak di Southwark Bridge Road, London memasang pancang logam sepanjang 17 inci untuk mengelak gelandangan tidur di sekitar kawasan terbabit. Beberapa penduduk berkata, mereka sering melihat gelandangan tidur di sudut dekat pintu masuk ke pangsapuri terbabit beberapa minggu lalu sebelum pancang logom tersebut dipasang. Malah, pancang logam tersebut turut dipasang di beberapa kawasan di sekitar kota metropolitan itu. Tindakan tersebut turut mencetuskan kemarahan pelbagai pihak dengan ada di antara mereka menyifatkan ia sebagai perbuatan tidak berperikemanusiaan. Seorang penduduk di pangsapuri terbabit, Emi Takehara berkata beliau tidak selesa melihat pancang logam tersebut dipasang di hadapan pintu ke kawasan perumahan mewah itu. "Saya rimas melihat pancang logam ini dipasang di hadapan tempat tinggal saya. Saya merasakan golongan gelandangan ini dilayan seperti binatang," katanya. Menurut pusat kebajikan untuk golongan gelandangan Britain, Crisis, sejak tiga tahun lalu, London mencatatkan peningkatan gelandangan sebanyak 75 peratus disebabkan kemelesetan ekonomi dan pemotongan faedah perumahan.
TOP
Serangan Di Karachi: Taliban Pakistan Mengaku Bertanggungjawab
Serangan di Lapangan Terbang Jinnah yang mengakibatkan 21 nyawa melayan malam Ahad.
MIRANSHAH: Taliban Pakistan akhirnya mengaku bertanggungjawab atas serangan di Lapangan Terbang Jinnah, Karachi dan mendakwa ia sebagai membalas dendam kematian ketuanya, Hakimullah Mehsud. Mehsud terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat pada November lalu. “Kami melancarkan serangan di lapangan terbang Karachi sebagai membalas dendam kematian Hakimullah Mehsud,” kata jurucakap kumpulan militan itu. Shahidullah Shahid yang bercakap bagi pihak Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) berkata, pergerakan itu juga menolak tawaran kerajaan Pakistan untuk mengadakan rundingan damai. Sebaliknya, beliau berkata, pihaknya berjanji akan melakukan beberapa lagi serangan pada masa depan. “Pakistan menggunakan rundingan damai sebagai alat perang, ia sudah membunuh ratusan mereka yang tidak berdosa, termasuk kanak-kanak dan wanita. "Ini adalah serangan pertama kami sebagai membalas dendam kematian Hakimullah Mehsud,” katanya. Dalam kejadian malam Ahad, serangan di lapangan terbang itu mencatat kematian mencecah 21 orang membabitkan 10 anggota militan, manakala 11 lagi adalah anggota pasukan keselamatan dan dua orang awam. Dalam serangan yang berlarutan selama lebih enam jam itu, anggota tentera terpaksa bertempur dengan militan yang memulakan serangan. Situasi di kawasan sekitarnya bagaimanapun kembali terkawal menjelang subuh. Dalam kejadian itu, letupan dan tembakan berlarutan membabitkan penyerang yang berpakaian lengkap ala tentera.
TOP
Zahid Nafi Dakwaan Kecuaian Polis Punca Kematian Tahanan
PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan kematian seorang tahanan di Pulau Pinang pada Ahad berpunca daripada kecuaian pihak polis. Dalam sidang media di sini Isnin, Ahmad Zahid berkata, berdasarkan keputusan bedah siasat ke atas pemandu lori, S.N. Aginraj, 29, ia berpunca daripada penyakit kronik. "Keputusan menunjukkan lelaki itu mengalami penyakit yang dihadapinya sejak dahulu. Penyakit yang dihadapinya sudah pun berada para peringkat keempat sebelum dia ditahan," katanya. Bagaimanapun, Ahmad Zahid menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi tentang keselamatan tahanan di bawah jagaan polis," katanya. "Kita dalam proses untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di dalam semua lokap tetapi ia akan dilakukan secara berperingkat bergantung kepada peruntukan kerajaan. "Kita tidak mahu dituduh mencederakan tahanan sekiranya terdapat kematian berlaku di dalam lokap. Dengan pemasangan CCTV itu, kita juga dapat membawa pegawai penyiasat ke mahkamah sekiranya mereka gagal untuk mengikuti prosedur standard operasi (SOP)," katanya. Pada 2 Jun lalu, Aginraj dan rakannya ditahan kerana didakwa mencuri 12 ketul besi. Dia dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam pada Ahad lalu, kerana mengalami sesak nafas dan sawan tetapi kemudiannya disahkan meninggal dunia.
TOP
Dewan Rakyat Tolak Usul Bahas Kerugian MAS
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat menolak usul DAP untuk membahaskan isu kerugian yang dialami oleh Penerbangan Malaysia (MAS) pada tahun lepas bernilai RM1.2 bilion. Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, permohonan usul yang dibentangkan oleh Lip Lim Eng (DAP-Segambut) tidak memenuhi syarat-syarat terhadap usul tergempar seperti yang termaktub dalam Peraturan Mesyuarat 18(1). Beliau berkata, permohonan itu perlu spesifik, segera dan mempunyai kepentingan rakyat. "Saya mendapati kerajaan sudah bertindak untuk menentukan punca kerugian syarikat penerbangan itu dan sedang mencari penyelesaian berhubung perkara yang dibangkitkan. "Ia sekarang sedang disiasat, maka ia bukan sesuatu yang perlu disegerakan (untuk dibahas)," kata Pandikar dalam jawapan bertulisnya kepada Lim. Dalam usul yang dikemukakan pada 6 Jun lalu, Lim meminta supaya Dewan Rakyat membincangkan mengenai kerugian yang ditanggung oleh syarikat penerbangan negara itu pada tahun lepas, dengan mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM433.4 juta pada suku pertama 2014. Menurut Lim, MAS mencatatkan kerugian besar selama tiga tahun berturut-turut. Sehubungan itu, ia memperlihatkan kelemahan pengurusan MAS yang tidak boleh lagi bersaing dengan syarikat penerbangan lain terutama selepas insiden kehilangan pesawat MH370.
TOP
Warga Emas Maut Dirempuh Keretapi
IPOH: Seorang warga emas maut dilanggar keretapi di km 190, Lahat berhampiran Taman Halaman Sentosa di sini, Isnin. Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, Din Chik, 84, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala, patah tangan serta kaki. Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata mangsa dari Kampung Seri Murni, Pasir Putih di sini cuba melintas landasan tersebut sebelum terpelanting ke tepi akibat rempuhan keretapi itu yang dalam perjalanan dari Ipoh ke KualaLumpur. "Polis bantuan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang melakukan pemeriksaan menemui mangsa terbaring di tepi landasan," katanya ketika dihubungi. Beliau berkata polis sedang menjalankansiasatan lanjut. Mayat dibawa ke HospitalRaja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedahsiasat, katanya. Difahamkan di tempat kejadian polis turut menemui kunci kereta, tongkat dan kopiah putih dipercayai milik lelakiitu.
TOP
Simbah anak enam tahun dengan air panas
Nor Zuliana Tahir (kiri) dan Zuhairy Kassim dibawa keluar dari Mahkamah Ampang, Selangor, semalam atas tuduhan mendera anaknya hingga mati.
KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang pada Isnin atas pertuduhan menganiaya kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, bulan lepas. Zuhairy Kasim, 38, dan Nor Zuliana Tahir, 32, didakwa bersama-sama melakukan perbuatan itu terhadap Muhammad Akhil Mustaqim Rasidy iaitu anak kandung Nor Zuliana yang juga anak tiri lelaki itu di Pangsapuri Permai Ria, Tasik Permai, Ampang dekat sini pada 12.30 tengah hari, 23 hingga 26 Mei lepas. Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu merupakan kesalahan serius dan tidak boleh dijamin. Bagaimanapun, peguam Badrul Munir yang mewakili Zuhairy memohon mahkamah membenarkan anak guamnya itu dijamin atas alasan ia merupakan kesalahan pertama selain mempunyai dua anak kecil bersama tertuduh kedua. Peguam Donny Abdullah yang mewakili Nor Zuliana pula turut memohon mahkamah membenarkan anak guamnya itu dijamin kerana wanita itu mengandung lima bulan serta mempunyai enam anak termasuk empat anak hasil perkahwinan terdahulu. Majistret Ayuni Izzati Sulaiman tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 18 Julai depan untuk sebutan kes. Sementara itu Nor Zuliana yang berdepan satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Ampang turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian anak lelakinya itu. Wanita itu didakwa melakukan perbuatan itu di tempat dan pada masa sama mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan. Peguamnya Donny, turut membuat permohonan sama di mahkamah agar anak guamnya dibenar diikat jamin, bagaimanapun Hakim Unaizah Mohd menetapkan Selasa sama ada Nor Zuliana boleh dijamin atau sebaliknya. Pendakwaan turut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Goh.
TOP
Seorang Lagi Wartawan Filipina Mati Ditembak
MANILA: Seorang penyiar radio mati ditembak di Filipina pada Isnin, kata polis, sekali gus menjadikan wartawan ketiga yang dibunuh di negara itu dalam tempoh lebih sebulan. Seorang lelaki bersenjata yang menunggang motosikal menembak Nilo Baculo, 66, dari jarak dekat di luar kediamannya di tengah bandar Calapan, kata ketua polis tempatan, Superitendan Glicerio Cansilo. "Kami sedang menyiasat sama ada ia mempunyai kaitan dengan tugasnya, walaupun pada masa ini kita masih belum dapat membuat sebarang pengesahan," kata Cansilo kepada AFP. Beliau berkata, Baculo pernah bertugas sebagai pengulas dan pembaca berita untuk stesen radio DWIM sehingga ia ditutup pada tahun lepas. Menurut Jawatankuasa Melindungi Wartawan yang berpangkalan di New York, Filipina merupakan negara ketiga paling bahaya di dunia untuk petugas media, selepas Syria dan Iraq. Filipina begitu bahaya kerana ia disifatkan sebagai "budaya yang bebas daripada hukuman", di mana individu yang berpengaruh seperti ahli politik atau ahli perniagaan boleh merancang untuk membunuh wartawan atau pengkritik yang lain tanpa rasa bimbang akan ditahan. - AFP
TOP
RM47 Juta Wang Caruman Guru Belum Dituntut
KUALA LUMPUR: Terdapat kira-kira RM47 juta wang caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Guru (KWSG) yang masih belum dituntut, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Isnin. Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata pihaknya akan berusaha untuk mengesan pencarum-pencarum KWSG itu untuk mengagihkan wang berkenaan. Katanya pencarum terakhir direkodkan ialah pada tahun 2007. "Jumlah wang tunai yang ada pada KWSG kini ialah RM47,761,320 dan aset sebanyak RM254,931,779. "Kami akan pastikan mereka (pencarum) dibayar caruman mereka kerana mereka merupakan guru yang telah banyak berkhidmat pada negara dan anak bangsa," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Yayasan Guru Tun Hussein Onn 2014 di persidangan Dewan Rakyat, di sini. Sehubungan itu beliau berkata tidak timbul isu kononnya hak pencarum dipinggirkan setelah KWSG dibubarkan. Rang undang-undang Yayasan Guru Tun Hussein Onn 2014 dikemukakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan bertujuan menubuhkan perbadanan Yayasan Guru Tun Hussein Onn pada persidangan Dewan Rakyat pada 7 April lalu. Yayasan itu akan mengambil alih fungsi dan peranan Kumpulan Wang Simpanan Guru yang dicadang dibubar oleh rang undang-undang itu. Idris turut menolak akan berlaku pertindihan fungsi antara Yayasan dan Kementerian Pendidikan kerana apa yang akan dilaksanakan Yayasan akan dipastikan selaras dengan peningkatan tahap profesionalisme perguruan. Persidangan Dewan Rakyat bersambung Selasa.
TOP
Robot Pepper Bantu Manusia Dijual Pada Harga RM6K Mulai 2015
Menurut syarikat Aldebaran yang mereka cipta robot Pepper, ia merupakan robot pertama di dunia yang dicipta memiliki emosi dan perasaan.
SEBUAH syarikat Jepun telah mengumumkan rancangan mereka untuk menjual robot menyerupai manusia, bernama Pepper yang sesuai bagi membantu golongan yang berusia di negara itu bermula tahun hadapan. Syarikat Japan SoftBank Corp ketika mengumumkan perkara tersebut pada 5 Jun lalu berkata kewujudan robot itu dapat membantu mengurangkan tenaga kerja dikalangan warga emas yang merupakan satu keperluan penting dewasa ini. Istimewanya robot ini dapat bertindak sebagai pengasuh, jururawat, pembantu khidmat bantuan kecemasan atau sahabat dikala waktu anda kesepian. Robot ini akan mula berada di pasaran mulai Februari 2015, ia dijual pada harga ¥198,000 (RM6,212). Ketua Pegawai Eksekutif Softbank, Masayoshi Son memberitahu pemberita bahawa robot berkenaan mampu memahami dan menyatakan emosi. Turut serta bersama Son dalam majlis penerangan itu, robot tinggi lampai bernama Lada. Robot bersuara nyaring ala-ala suara kanak-kanak lelaki ini turut diberikan peluang berinteraksi dengan pemberita "Robot sering digambarkan sebagai patung yang tidak mempunyai emosi dan perasaan. Buat kali pertama dalam sejarah manusia, kita memberi robot perasaan dan emosi," kata Son. Robot tersebut dibangungkan oleh Alderaban, syarikat robotik Perancis. Softbank telah membeli pegangan saham syarikat berkenaan pada 2012 Ia akan dikeluarkan oleh Taiwan Hon Hai Precision Industry Co Ltd Prototaip bermula minggu ini. Di seluruh dunia populasi warga emas di Jepun mencatatkan peningkatan yang paling pantas dan kerajaan berharap syarikat tersebut dapat mengurangkan pengunaan tenaga buruh dengan kewujudan robot berkenaan. Robot peribadi seperti Asimo yang direka oleh Honda Motor Co telah mencatatkan perkembangan pesat lebih daripada sedekad, dan ia dilihat berpotensi sebagai pembantu dalam penjagaan warga emas. Sementara itu, Panasonic Corp dan ActiveLink Co Ltd turut mempamerkan sarung dan jaket robot ketika membantu menjalankan tugas-tugas sukar seperti memetik buah-buahan daripada pokok. Pada 2012, pasaran keseluruhan robotik Jepun bernilai ¥ 860bil dan ia dijangka meningkat tiga kali ganda kepada ¥ 2.85 trilion menjelang 2020, menurut laporan kementerian perdagangan tahun lepas.
TOP
Permohonan Lesen Pemborong Minyak, Stesen Minyak Baharu Dibeku
KPDNKK akan melaksanakan pembekuan sementara terhadap permohonan lesen pemborong minyak diesel dan petrol termasuk permohonan untuk membuka stesen minyak baharu.
PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melaksanakan pembekuan sementara terhadap permohonan lesen pemborong minyak diesel dan petrol serta pembukaan stesen minyak baharu selama enam bulan mulai Selasa sehingga Disember ini. Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, dalam operasi yang dijalankan, kementerian mendapati wujudnya elemen penyelewengan dalam rantaian penyaluran minyak diesel dan petrol bersubsidi. Menurutnya, ia bermula dari depoh simpanan, stesen minyak sehingga ke pemborong selain kementerian turut percaya terdapat unsur pakatan dalam kegiatan itu. “Selain tindakan penguatkuasaan sepanjang masa, kementerian melaksanakan sekatan sementara atau pembekuan sementara bagi memastikan kegiatan penyelewengan ini diperangi secara habis-habisan. “Pembekuan sementara ini akan berkuatkuasa mulai esok (Selasa), 10 Jun 2014 sehingga Disember tahun ini. “Dalam tempoh pembekuan ini, kementerian akan mengkaji mekanisme terbaik bagi mengatasi masalah ketirisan di peringkat rantaian ini dan akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan mengenai langkah-langkah wajar bagi membendung kegiatan penyelewengan ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. Alias berkata, pembekuan permohonan lesen itu turut melibatkan pihak yang mahu menjadi penyimpan minyak diesel dan petrol bagi kegunaan industri dan domestrik serta bagi kegunaan kapal-kapal. Sementara itu katanya, bagi pemborong dan pengusaha stesen minyak yang didapati bersubahat dalam kegiatan penyelewengan ini dengan bukti, lesen mereka akan digantung dan dibatalkan serta-merta. “Kementerian tidak akan berkompromi dengan mereka yang jelas mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan,” katanya. Dalam perkembangan berkaitan, Alias berkata, KPDNKK turut akan melaksanakan had kuota bagi stesen-stesen minyak yang berhampiran dengan sempadan seperti di Johor, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak selepas pelaksanaannya di Kelantan. “Ini bagi menyekat berlakunya pembelian bahan api secara berlebihan yang dipercayai ada kaitanya dengan aktiviti penyelewengan. Pelaksanaannya akan dilakukan dalam masa terdekat,” katanya.
TOP
Jaipp Tuntut Jenazah Mualaf Di Upacara Pengebumian Cina
Pegawai Jaipp membawa masuk jenazah ke dalam sebuah van.
GEORGE TOWN: Satu majlis pengebumian Cina di sebuah apartment di Jalan Macallum dihadiri oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) bagi "menuntut" mayat si mati yang didakwa telah memeluk Islam. Mayat berkenaan dikenal pasti sebagai Teoh Cheng Cheng, 38, didakwa telah memeluk agama Islam 17 tahun lalu. Nama Islamnya adalah Nora Teoh Abdullah. Ahli keluarga dan saudara-mara si mati terkejut dengan kehadiran pegawai Jaipp ketika upacara pengebumian sedang dijalankan pada tengah hari. Upacara perarakan penguburan dijadualkan akan dilakukan selepas itu. Selepas rundingan dilakukan selama beberapa jam, keluarga Teoh membenarkan para pegawai untuk menuntut jenazah tersebut. Jenayah dibawa ke dalam sebuah van kepunyaan Jaipp pada kira-kira pukul 3.50 petang. Difahamkan jenazah itu dibawa ke rumah mayat sementara menunggu perkembangan selanjutnya. Ahli keluarga si mati berkata, mereka akan membawa perkara itu ke mahkamah. Dilaporkan bahawa kematian Teoh disebabkan dia terjatuh dari blok apartmentnya pada Sabtu lalu. Wanita itu yang bekerja sebagai pelayan mempunyai teman lelaki beragama Islam. Sumber: mStar
TOP
Brunei Analisis Sendiri Cokelat Cadbury, Sahkan Tiada DNA Babi
Prihatin dengan isu DNA babi dalam cokelat Cadbury yang menggemparkan Malaysia sebelum ini, negara Brunei turut mengambil inisiatif sendiri untuk kebajikan rakyatnya. Berdasarkan satu kenyataan media dikeluarkan Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei, mereka telah mengambil sampel cokelat Cadbury terbabit lalu dihantar ke Pusat Sains Halal, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama untuk dianalisis.
Keputusannya, tiada DNA babi dikesan sekaligus membuktikan ia halal dimakan tanpa was-was. Nampaknya status halal Cadbury semakin jelas. Baik di Malaysia mahupun Brunei, masyarakat Islam tak perlu lagi risau untuk menikmati cokelat kegemaran mereka ini. Sumber: Rem Ramzi / My News Hub
TOP
MH370: Permintaan ahli keluarga mahu bertemu PM akan dipenuhi
KUALA LUMPUR: Permintaan keluarga penumpang Penerbangan MH370 untuk menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan dipenuhi dalam masa terdekat. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, pertemuan itu akan diatur dan Malaysia berharap dapat mewujudkan carta kerja dalam menangani isu yang dibangkitkan anggota keluarga penumpang pesawat malang itu. "Kami akan meneruskan penglibatan secara langsung kami dengan anggota keluarga terutama di Malaysia dan China. Kami juga ingin memberi pujian kepada usaha kerajaan China dalam menangani isu berkaitan keluarga ini. "Kami memberi jaminan sepenuhnya kepada waris, walau di mana mereka berada, bahawa kami terus komited sepenuhnya dalam usaha mencari orang tersayang mereka," kata beliau pada taklimat media berhubung usaha mencari dan menyelamat (SAR) di sini hari ini. Jailani berkata Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin yang mengetuai jawatankuasa waris akan berlepas ke Beijing dalam masa terdekat untuk memberi maklumat terkini kepada rakan sejawatan dari China mengenai usaha terbaharu di peringkat tiga pihak dan sumbangan Malaysia. Sumber: Bernama
TOP
JLo Tarik Diri 3 Hari Sebelum Upacara Pembukaan Piala Dunia
SAO PAULO: Bintang popular Jennifer Lopez menarik diri dari terlibat dalam persembahan pembukaan Piala Dunia di Brazil yang hanya tinggal tiga hari sahaja lagi, kata FIFA pada Ahad. Lopez yang merakamkan lagu tema Piala Dunia bertajuk “We Are One” bersama Pitbull dan penyanyi dari Brazil Claudia Leitte dijadual akan membuat persembahan bersama di upacara pembukaan di Sao Paulo. “Atas sebab-sebab produksi, Jennifer Lopez, salah seorang artis yang menyanyikan lagu tema “We Are One” tidak akan membuat persembahan di upacara pembukaan Piala Dunia FIFA,” dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media. Persembahan berdurasi 25 minit itu akan melibatkan 600 artis termasuk gimnas akrobatik, persembahan seni mempertahankan diri capoeira dan pejalan kaki jangkungan. Acara kemuncak pada upacara itu adalah persembahan lagu tema “We Are One” tanpa Lopez dengan diiringi pemain drum Brazil, Olodum. Penyanyi rap Pitbull berkata penarikan diri J-Lo tidak akan menjejaskan semangat beliau. “Untuk mempersembahkan “We Are One” kepada dunia terutamanya di sebuah negara indah seperti Brazil akan memberikan lebih keseronokan. Lebih daripada ini, ia akan menunjukkan kepada dunia bahawa muzik adalah bahasa sejagat,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh FIFA. Lopez turut terlepas peluang pada satu acara yang diadakan Januari lalu bila mana Pitbull dan Leitte mendedahkan perancangan terhadap lagu tersebut. Lebih 60,000 penonton akan berada di Corinthians Arena di Sao Paulo bagi menyaksikan upacara pembukaan itu dan perlawanan pembukaan antara Brazil dan Croatia. Lebih satu bilion penonton dijangka menyaksikan upacara itu secara langsung di seluruh dunia. Sumber: Astro Awani
TOP
Saksi Nampak Hussain Ditembak Berkali-Kali
Gambar fail lokasi kejadian ketika Hussain ditembak di Kuala Lumpur pada tahun lalu.
KUALA LUMPUR: Seorang penjaga tokong pada Isnin memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia melihat tertuduh yang didakwa membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (AmBank) Hussain Ahmad Najadi, menembak Hussain berkali-kali sehingga mangsa rebah. Lim Sok Yee, 37, berkata sebelum itu, dia juga melihat tertuduh, Koong Swee Kwan, 45, menembak isteri Hussain, Cheong Mei Kuen, 49. "Ketika itu, Hussain dan isterinya sedang menuju ke tempat letak kereta, sebelum tertuduh berlari mengejar mereka dari belakang dan menembak isteri Hussain terlebih dahulu sehingga jatuh. "Bila isterinya jatuh, Hussain berpusing ke belakang dan dia terus ditembak dari belakang. Bila Hussain jatuh, saya nampak dia (tertuduh) buat sesuatu pada pistolnya, kemudian dia lepaskan beberapa das lagi tembakan," katanya, yang mendengar sebanyak lima das tembakan. Lim berkata demikian semasa pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin pada perbicaraan hari pertama, kes terhadap Koong yang didakwa membunuh Hussain di tempat letak kereta Tokong Cina Kuan Yin, No.4 Lorong Ceylon, di sini, 29 Julai tahun lepas. Terdahulu, Lim yang juga saksi pendakwa keempat, memberitahu mahkamah bahawa Hussain dan isterinya datang ke tokong itu untuk berbincang dengan seorang individu yang dikenali sebagai Datuk Richard Morrais bagi urusan perjanjian hartanah. Lim berkata dalam perbincangan yang turut dihadiri kakak dan dirinya, Richard ada meminta pihak tokong memberi RM300,000 kepada dua individu lain yang dikenali Lim Sok Ling dan Lim Soh Cheng, tetapi Hussain membantah kerana wang itu adalah wang tokong. "Hussain hanya datang (ke tokong pada hari itu) untuk menyelesaikan masalah," katanya, yang turut memaklumkan mahkamah, perbincangan bermula 1.05 tengah hari dan berakhir 30 minit kemudian. Lim berkata semasa perbincangan itu, dia melihat seorang individu mundar-mandir di perkarangan tempat letak kereta. "Saya melihat seorang lelaki memakai kemeja berkotak, berseluar panjang, bertopi serta memakai cermin mata. Dia berulang-alik dan asyik memandang ke dalam tokong. "Saya rasa sangat pelik kenapa orang itu intai begitu lama," katanya. Menjawab soalan Wan Shaharuddin, sama ada lelaki yang mundar-mandir di tempat letak kereta itu adalah lelaki sama yang menembak Hussain, Lim menjawab 'ya'. Sementara itu, saksi kedua, Pakar Perubatan Forensik Dr Nurul Kharmila Abdullah, 36, memberitahu mahkamah bahawa punca kematian Hussain adalah disebabkan luka tembakan berganda di bahagian dada. Dr Nurul Kharmila, daripada Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur, berkata hasil itu diperoleh daripada laporan bedah siasat yang dijalankannya terhadap mangsa pada 30 Julai 2013. Katanya, daripada pemeriksaan luaran yang dilakukan terhadap mangsa, beliau mendapati terdapat tiga kesan tembakan yang masuk dari arah belakang badan mangsa dan empat tembakan masuk dari arah depan. "Pemeriksaan dalaman mendapati organ dalaman yang tercedera adalah jantung dan saluran darah utama (Aorta). Luka tembus dan keluar (tembakan) ini menyebabkan kecederaan parah pada jantung," katanya, yang turut memaklumkan kecederaan pada Aorta mempercepatkan proses kematian mangsa. Ketika ditanya Wan Shaharuddin sama ada terdapat kemungkinan mangsa dapat diselamatkan, saksi berkata dalam kes itu, kemungkinan mangsa dapat diselamatkan adalah sangat tipis kerana kecederaan pada jantung sangat serius. "Walaupun mangsa sempat dibawa ke dewan bedah sekalipun, ia amat sukar untuk diselamatkan kerana jantung yang cedera itu hampir pecah," katanya. Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Azman Husin bersambung pada Selasa. Sumber: mStar
TOP
2,000 Unit Kelengkapan Elektrik Dirampas
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Tenaga (ST) merampas kira-kira 2,000 unit kelengkapan elektrik pelbagai jenis dianggar bernilai RM28,000 yang tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dari sebuah premis di Mutiara Damansara, Petaling Jaya Sabtu lepas. Pengarah Penguatkuasa dan Penyelarasan Kawasan ST Ir Othman Omar berkata pegawai suruhanjaya itu melakukan pemantauan awal terhadap premis yang tidak mematuhi Peraturan 97(1) iaitu menjual kelengkapan elektrik tanpa memiliki Perakuan Kelulusan sah daripada ST dan Peraturan 98 (tidak melabel kelengkapan dengan label SIRIM). “Sebanyak dua notis amaran telah dikeluarkan oleh ST namun premis masih gagal untuk mematuhi notis dan sehingga 2 Jun lepas, premis masih menjual kelengkapan elektrik tersebut. “ST memandang serius terhadap premis yang menjual alat kelengkapan elektrik yang tidak mematuhi undang-undang yang dikawal selia oleh suruhanjaya kerana ia tidak selamat dan boleh menyebabkan kecederaan yang serius kepada pengguna,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Jika sabit kesalahan, premis dan pengarah syarikat berdepan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM5,000 mengikut Peraturan 122 Peraturan-Peraturan Elektrik 1994. Sumber: Bernama
TOP
Tak Akan Mogok Lagi – Presiden Bestari
PETALING JAYA – Presiden Persatuan Pemandu Teksi Bukit Bintang (Bestari), Mohd Asharaf Yasin memberi jaminan pihaknya tidak akan mengadakan mogok, selepas mengadakan pertemuan dengan pihak polis pada Ahad. Beliau berkata, pertemuan dengan pegawai di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi meredakan keadaan. “Polis Dang Wangi memanggil kami untuk berbincang masalah kami dan mereka berjanji akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak, termasuk Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Jabatan Perdana Menteri,” jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin. Lega dengan perbincangan tersebut, Mohd Asharaf mengakui ahli persatuan itu bukan sengaja mahu membuat mogok di sebuah pusat membeli-belah di Bukit Bintang, Rabu lalu. Kumpulan ini juga dikatakan akan mengadakan mogok hari ini (Isnin) bagaimanapun membatalkan hasrat itu selepas berbincang dengan pihak polis. “Kami sebenarnya malu berbuat demikian (mogok), tetapi itu sahaja jalan yang ada untuk membuka mata pihak-pihak tertentu. “Sebelum itu kami telah menghantar memorandum kepada SPAD, namun tidak ada jawapan balas sehingga kini. “Kami hanya mendapat alasan daripada pihak JPJ yang tidak membenarkan kami masuk ke kawasan Bukit Bintang sempena Tahun Melawat Malaysia,” jelasnya. Mohd Asharaf berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan cepat kerana ia melibatkan periuk nasi setiap pemandu. Sumber: mStar Online
TOP
Undang-undang negeri batal jika melangkaui Persekutuan
KUALA LUMPUR – Kerajaan tetap berpegang teguh dengan prinsip kedaulatan undang-undang persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di negara ini dan mana-mana undang-undang negeri akan terbatal dengan sendirinya jika ia melangkaui undang-undang persekutuan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, perkara itu sudah termaktub dalam sistem demokrasi raja berpelembagaan yang diamalkan Malaysia dan kerajaan persekutuan tidak akan bertolak ansur dalam perkara ini. “Negara ini adalah negara demokrasi raja berpelembagaan bukan demokrasi raja mutlak atau raja pemerintah,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. Shahidan diminta mengulas langkah kerajaan negeri Johor untuk membentangkan satu rang undang-undang baharu bagi menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang sedang berlangsung. Hasrat kerajaan negeri Johor itu sebelum ini mendapat kritikan dan tohmahan pelbagai pihak sebelum Menteri Besarnya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semalam dalam sidang DUN menyatakan bahawa terdapat pindaan fasal dalam rang undang-undang itu khususnya peruntukan yang menyentuh peranan raja. Pindaan dilakukan selepas pihak berkuasa negeri mengambil kira tohmahan dan reaksi pelbagai pihak selain mahu memelihara sistem demokrasi raja berpelembagaan yang diamalkan selama ini. Shahidan berkata, sekiranya ada kerajaan negeri yang mahu memperkenalkan satu undang-undang baharu, ia haruslah dilaksanakan dengan baik dan tidak melangkaui undang-undang persekutuan. Berkaitan pembinaan dan penyediaan perumahan untuk rakyat yang menjadi salah satu objektif dalam LPHJ, beliau berkata kerajaan persekutuan sudah melaksanakan tanggungjawab itu menerusi kementerian berkaitan dan agensi seperti Program Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). “Mungkin mereka (kerajaan negeri Johor) ada alasan sendiri untuk membentangkan rang undang-undang itu, tetapi saya belum teliti lagi perkara yang terkandung dalam rang undang-undang itu,” katanya. Dalam sidang media berasingan, Shahidan berkata Jabatan Peguam Negara akan menentukan sama ada rang undang-undang yang hendak dibentangkan kerajaan negeri Johor itu bertentangan dengan perlembagaan persekutuan. Beliau turut menjelaskan institusi diraja tidak harus dilibatkan dalam urusan pentabiran kerajaan bagi mengelak timbul sebarang masalah dan melindungi kesucian institusi itu. “Kalau boleh kita tidak melibatkan institusi diraja…supaya institusi ini dihormati dan jangan cuba terlibat dalam bidang yang boleh menyebabkan institusi itu ditegur dan tidak dihormati,” katanya. Sumber: Bernama
TOP
Suami isteri mengaku tak bersalah aniaya anak
KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas pertuduhan menganiaya kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, bulan lepas. Zuhairy Kasim, 38, dan Nor Zuliana Tahir, 32, didakwa bersama-sama melakukan perbuatan itu terhadap Muhammad Akhil Mustaqim Rasidy iaitu anak kandung Nor Zuliana yang juga anak tiri lelaki itu di Pangsapuri Permai Ria, Tasik Permai, Ampang dekat sini pada 12.30 tengah hari, 23 hingga 26 Mei lepas. Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu merupakan kesalahan serius dan tidak boleh dijamin. Bagaimanapun, peguam Badrul Munir yang mewakili Zuhairy memohon mahkamah membenarkan anak guamnya itu dijamin atas alasan ia merupakan kesalahan pertama selain mempunyai dua anak kecil bersama tertuduh kedua. Peguam Donny Abdullah yang mewakili Nor Zuliana pula turut memohon mahkamah membenarkan anak guamnya itu dijamin kerana wanita itu mengandung lima bulan serta mempunyai enam anak termasuk empat anak hasil perkahwinan terdahulu. Majistret Ayuni Izzati Sulaiman tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 18 Julai depan untuk sebutan kes. Sementara itu Nor Zuliana yang berdepan satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Ampang turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian anak lelakinya itu. Wanita itu didakwa melakukan perbuatan itu di tempat dan pada masa sama mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan. Peguamnya Donny, turut membuat permohonan sama di mahkamah agar anak guamnya dibenar diikat jamin, bagaimanapun Hakim Unaizah Mohd menetapkan esok sama ada Nor Zuliana boleh dijamin atau sebaliknya. Pendakwaan turut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Goh. - Bernama
TOP
Prospek ekonomi Malaysia 2014 kekal kukuh
KUALA LUMPUR - Prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk tahun ini kekal kukuh, disokong oleh permintaan luar yang tinggi, kata Bank Dunia. Pakar Ekonomi Kanan Bank Dunia untuk Malaysia, Dr Frederico Gil Sander, berkata peningkatan eksport sejak akhir tahun lalu, telah berterusan ke suku pertama tahun ini, berikutan perkembangan positif ekonomi negara maju. "Banyak daripada eksport Malaysia masih datang daripada ekonomi negara maju. "Ekonomi negara terbabit terus berkembang disebabkan perkembangan positif di Amerika Syarikat dan Eropah sejak dua bulan lalu. "Keadaan ini cenderung untuk membantu sektor luaran dan memacu pertumbuhan pada tahun ini," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita di persidangan Invest Malaysia 2014 di sini, hari ini. Pada April lalu, eksport pulih dengan kukuh sebanyak 18.9 peratus, membayangkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang sangat kukuh pada masa depan. KDNK Malaysia berkembang 6.2 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding suku yang sama tahun lalu. KDNK dijangka mengakhir tahun ini antara 4.5 dan 5 peratus. - Bernama
TOP
Jam tawaf jam luar biasa
Koleksi jam tangan keluaran Hijra Timepiece.
UMUM mengetahui jarum jam kebiasaannya berputar ke arah kiri, tetapi pasti agak menghairankan bagi individu kali pertama melihat jarum jam berpusing mengikut arah lawan jam atau berputar ke arah kanan. Namun jika diteliti semula, corak putaran itu bukanlah sesuatu yang asing kerana pusingan tawaf yang dilakukan oleh umat Islam ketika mengelilingi Kaabah juga ke arah kanan. Begitu juga atlet olahraga berlari di atas trek olahraga ke arah kanan malah peredaran bulan mengelilingi bumi juga ke arah kanan. Menggunakan konsep kembali kepada fitrah ALLAH Hijra Timepiece (M) Sdn Bhd (Hijra Timepiece) menjadi syarikat jam pertama di Malaysia memperkenalkan jam tangan dan jam dinding mengikut arah lawan jam atau dikenali sebagai jam tawaf. Pengasasnya Abdul Halim Abdul Hamid ketika ditemui wartawan Sinar Harian berkata, menyedari bahawa jam tawaf membawa keunikan serta merupakan fitrah yang ditetapkan, beliau tanpa ragu-ragu terus mengambil langkah untuk mengeluarkan jam tawaf. Menurutnya, beliau bermula pada 2000 dengan memberi penerangan kepada orang ramai mengenai kelebihan jam tawaf sebelum menghasilkan jam tawaf dinding. “Selepas itu saya mula menghasilkan jam tawaf dinding untuk disedekahkan dan diletakkan di dalam masjid dan surau. “Saya tidak kenakan sebarang bayaran tetapi hanya meminta (pengurusan) masjid dan surau supaya membenarkan saya memberi ceramah pendek kepada jemaah mengenai kelebihan jam tawaf,” katanya.
Cuba ceburi perniagaan online
Menurut Abdul Halim, selepas beberapa tahun memberi pendidikan kepada orang ramai mengenai jam tawaf, pada 2008 beliau memberanikan diri menceburi perniagaan secara online. “Pada masa itu juga saya mula menjual jam tangan tawaf yang merupakan produk terbaharu kami selepas jam dinding untuk menarik perhatian orang ramai. “Jam tangan pertama kami ialah jam tangan tahan karat atau bahasa mudahnya jam tangan besi dengan harga RM700, yang memang agak mahal,” katanya. Menurutnya lagi, jam tersebut dijual pada harga tinggi kerana waktu itu beliau menghasilkan jam tangan sendiri secara kecil-kecilan. “Masa itu saya tiada modal yang besar kerana saya hanya bekerja makan gaji, jadi saya kumpul sedikit demi sedikit duit saya dan buat jam tangan tersebut,” katanya.
Hasilkan enjin jam tangan sendiri
Abdul Halim berkata, untuk menghasilkan jam tangan biasa, memang tiada masalah kerana terdapat banyak kilang pembuat enjin jam di seluruh dunia tetapi untuk jam tawaf itu, tiada kilang menghasilkan enjin yang membolehkan jarum jam berputar ke kanan. “Pada waktu itu saya tiada alternatif lain selain daripada mengubah suai sendiri enjin jam tangan sedia ada supaya jarumnya berpusing mengikut pusingan tawaf. “Disebabkan tiada syarikat berminat hasilkan enjin jam yang berpusing mengikut arah lawan jam pada masa itu, kami tidak mampu menghasilkan jam dalam jumlah yang banyak,” katanya. Selepas beberapa tahun, salah sebuah syarikat yang menghasilkan enjin jam di Jepun berminat untuk membantu Hijra Timepiece. “Saya bersyukur kerana ia dapat membantu meringankan beban kami serta menambah produktiviti pengeluaran jam tangan kami. “Selepas itu kami hanya mengimport sahaja enjin jam tersebut dari Jepun dan melakukan pemasangan di China,” katanya.
Jam tangan tulisan jawi popular
Abdul Halim berkata, buat masa ini Hijra Timepiece mempunyai beberapa jenis jam yang dihasilkan seperti jam tangan, jam dinding bagi masjid dan surau serta jam dinding hiasan yang dikenali sebagai jam dekor. “Jenis jam tangan kami ialah silikon, kulit dan besi dengan jenis silikon disasarkan untuk golongan remaja manakala jam tangan kulit dan besi disasarkan untuk golongan dewasa. “Terdapat juga jam tangan pasangan yang kami hasilkan bagi lelaki dan wanita serta sesuai digunakan sebagai hantaran perkahwinan mahupun pertunangan,” katanya. Menurutnya, jam dinding dan dekor Hijra Timepiece didatangkan dalam tiga saiz iaitu kecil, sederhana dan besar. “Buat masa ini jam tangan kami yang paling laris ialah model HML 01 dan HML 02 yang dijual pada harga RM249.90. Ia menampilkan ciri dan gaya mewah serta eksklusif. “Jam tangan dan jam dinding kami juga mempunyai dua jenis tulisan iaitu sama ada rumi mahupun jawi," katanya. Abdul Halim berkata, produk jam keluaran syarikat itu boleh didapati dengan harga serendah RM119 sehingga RM249.90. Menurutnya lagi, jam tangan dengan tulisan jawi merupakan yang paling banyak diminta oleh pembeli beragama Islam.
Permintaan melebihi penawaran
Menurut Abdul Halim, dari segi permintaan bagi jam tawaf Hijra Timepiece, pada masa ini ia melebihi daripada penawaran yang sedia ada. “Kebanyakan pembeli kami terpaksa menunggu untuk produk berada di pasaran jika ia kehabisan stok kerana kami belum mampu menghasilkan jam tawaf dalam jumlah yang banyak dalam satu-satu masa. “Ini kerana kami tidak mempunyai kilang sendiri dan melakukan pemasangan di luar negara, menyebabkan ia menjadi terhad,” katanya. Abdul Halim turut menambah selain permintaan dalam Malaysia, Hijra Timepiece juga turut mendapat permintaan untuk mengeksport jam tawaf keluarannya ke beberapa negara luar. “Antara negara yang ada permintaan untuk jam tawaf ialah negara di Timur Tengah, Amerika Syarikat, United Kingdom dan beberapa negara lagi," katanya. Namun beliau berkata, buat masa ini syarikat itu belum merancang untuk mengeksport jam tersebut kerana mahu pastikan bekalan produk dapat disediakan secukupnya.
Dianggap gila perkenalkan jam dengan putaran jarum terbalik
Setiap perniagaan pasti ada kesusahan serta kepahitan, begitu jugalah yang dirasai oleh Abdul Halim semasa awal perniagaannya. Malah ada yang mengatakan beliau sebagai orang gila kerana hasratnya mahu memperkenalkan jam dengan putaran jarum terbalik. “Saya bekerja sebagai pensyarah, jadi apabila ke kelas saya tidak memakai jam tangan dan selalu bertanya kepada pelajar untuk mengetahui waktu. “Pelajar-pelajar saya bertanya, kenapa saya tidak pakai jam? Saya kemudian membalas bahawa jam yang ada sekarang ini tidak betul pusingan jarumnya. “Mereka ketawa, tetapi saya tidak ambil hati dan saya terangkan apa itu jam tawaf kepada mereka,” katanya. Menurutnya, sedikit demi sedikit beliau berjaya menyedarkan orang di sekelilingnya mengenai jam tawaf. “Selepas berjaya memberi didikan kepada orang ramai, saya menghadapi masalah dari segi modal pula untuk hasilkan jam tawaf. “Tetapi saya tidak berputus asa, saya kumpul duit yang ada untuk dijadikan modal. “Apabila sudah ada sedikit modal, saya hasilkan lima atau enam utas jam dan cuba menjualnya walaupun pada masa itu saya tidak mendapat keuntungan, malah rugi lagi,” katanya. Tetapi bagi Abdul Halim, itu bukanlah penyebab untuk beliau mengaku kalah malah pengalaman dan cabaran seperti itu dijadikan kayu pengukur untuk berjaya sehingga hari ini. “Bagi saya, semua yang saya lakukan adalah hak ALLAH dan perjuangan saya belum selesai, masih jauh lagi untuk memperkenalkan jam tawaf. “Apa yang menjadi dorongan untuk saya berjaya ialah keyakinan terhadap apa yang saya lakukan. “(Cabaran) ialah lumrah dan fitrah dari ALLAH sebelum mencapai kejayaan,” katanya.
Sasar bina kilang pemasangan jam
Bagi perancangan masa depan, Abdul Halim berkata, beliau menyasarkan untuk membina kilang pemasangan jam tawaf di dalam negara menjelang hujung tahun ini. “Jika berjaya, ia akan membantu menambahkan produktiviti dan pengeluaran produk kami untuk memenuhi permintaan sedia ada. “Kilang tersebut tidak memerlukan ruang yang besar memandangkan pemasangan jam tersebut banyak menggunakan peralatan robotik,” katanya. Menurutnya lagi, untuk membina kilang pembuatan jam tersebut, syarikatnya memerlukan pelaburan sebanyak RM10 juta. “Saya masih mencari pelabur yang berminat untuk melabur dalam pembinaan kilang tersebut. “Selain itu, saya turut menyasarkan dalam tempoh tiga tahun selepas kilang pemasangan tersebut dibina, saya akan mampu membuka kilang penghasilan enjin dan pemasangan yang serba lengkap dengan lokasi di sekitar Kuala Lumpur,” katanya. Dari segi jualan, beliau berkata Hijra Timepiece mampu memperoleh jualan sebanyak RM250,000 hingga RM300,000 sebulan. “Setakat ini dalam sebulan, kami mampu menjual sekitar 2,000 hingga 3,500 jam tangan dan dinding. “Sasaran saya adalah untuk menjual sekurang-kurangnya 10,000 jam tawaf tetapi mungkin bukan dalam masa terdekat kerana kapasiti pengeluaran kami masih lagi terhad,” katanya.
TOP
Jenama antarabangsa turut jadi mangsa klon
BUKAN sahaja jenama tempatan, malah jenama antarabangsa lebih banyak menjadi mangsa kepada produk klon. Menurut laporan akhbar sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan turut melakukan rampasan telefon bimbit Samsung pelbagai model dan aksesori yang disyaki tiruan di Kedah menerusi Ops Samsung. Serbuan itu telah merampas empat unit telefon bimbit pelbagai model dan aksesori yang dianggarkan bernilai lebih RM25,000. Telefon bimbit tiruan dipercayai diimport dari China itu dikatakan dijual antara harga RM50 sehingga RM400 seunit berbanding harga telefon asli RM800 hingga lebih RM2,000. Wakil Samsung dari Kuala Lumpur, Eow Khean Fatt berkata, serbuan itu dibuat berikutan hasil aduan daripada pengedar Samsung negeri itu yang memaklumkan terdapat segelintir peniaga yang menjual barangan Samsung tiruan. Katanya, rampasan itu sekurang-kurangnya berjaya melumpuhkan satu sindiket menjual telefon bimbit tiruan. Pemilik premis yang menjual barangan palsu itu boleh dikenakan tindakan tegas mengikut Seksyen 41 Akta Perihal Dagangan 2011, dengan mereka boleh didenda RM100,000 bagi individu dan RM 250,000 bagi syarikat atau penjara enam bulan atau kedua-duanya.
TOP
Fareeda sasaran klon
Populariti tudung Fareeda menjadikannya sebagai sasaran penciplak.
SYARIKAT pengeluar tudung, Fareeda Global Resources Sdn Bhd (Fareeda) berkata, pihaknya menyedari aktiviti peniruan rekaan tudungnya sejak 2010 pada skala kecil dan semakin menjadi-jadi pada 2012 dan 2013. Penasihat merangkap Perunding Hak Harta Intelek Fareeda, Norunnuha Nawawi berkata, antara aktiviti peniru ialah meniru rekaan tudung selain mengelirukan pembeli dengan menggunakan gambar-gambar model Fareeda tetapi menjual tudung tiruan. Peniru juga merujuk kepada tudung tiruan mereka dengan nama-nama rekaan Fareeda. “Rekaan Fareeda Aisya dibuka untuk jualan pada pertengahan September 2013, dan dalam tempoh tidak sampai seminggu pihak peniru telah membuat iklan menawarkan rekaan yang sama dengan Fareeda Aisya. “Pada awal Januari, pihak Fareeda mengeluarkan notis umum memaklumkan hak-hak rekaan Fareeda dan memaklumkan tindakan bakal diambil ke atas peniru jika didapati melanggar hak-hak harta intelek Fareeda dan disusuli dengan sidang media bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia,” katanya. Norunnuha berkata, peniru masih meneruskan aktiviti mereka dan tiada yang tampil untuk meminta keizinan atau membuat permohonan maaf kepada syarikat itu. Malah katanya, peniru itu juga memburuk-burukkan Fareeda. Menurutnya, Fareeda dalam proses menjejak pengeluar tudung tiruan dan meminta penjual kecil menolak untuk menerima dan menjual tudung-tudung tiruan. “Fareeda sentiasa mendapatkan khidmat nasihat dan bekerjasama dengan bahagian penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Perbadanan Harta Intelek (MyIPO). Selain itu, pihak Fareeda juga merasakan penting agar kesedaran dan penghargaan hak harta intelek dipertingkatkan. “Malaysia tidak akan dapat membina jenama merentasi sempadan jika tiada penghargaan hak harta intelek oleh rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam dan Melayu,” katanya. Fareeda juga sedang melihat potensi pasaran luar negara dan membina serta mengemaskini Portfolio Hak Harta Intelek Fareeda bagi menyokong proses pengembangan tersebut. Menurut Fareeda, usahawan perlu belajar untuk berdaya cipta dan inovatif untuk kekal dalam pasaran dan elakkan meniru rekaan dan produk yang lain. “Usahawan juga perlu membina jenamanya sendiri tanpa menumpang di atas populariti jenama lain. Hanya dengan cara itu peredaran ekonomi dan persaingan sihat akan terbentuk," menurut syarikat itu.
TOP
Produk klon jejas pendapatan
Rekaan tudung Aidijuma didaftar di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
AKTIVITI klon produk bukanlah sesuatu yang baharu di negara ini, bahkan ia sudah berlarutan sejak bertahun-tahun lamanya. Saban hari aktiviti ini semakin berlanjutan dan turut memberi kesan kepada perolehan dan pendapatan syarikat pemilik produk yang dipatenkan. Ada berpendapat demi keghairahan untuk tampil bergaya dan hidup mewah menyebabkan pengguna mengambil langkah mudah dengan membeli barang tiruan yang jauh lebih murah berbanding produk tulen. Lantas terdapat banyak lambakan barangan buatan beberapa negara yang dijual di negara ini dari China, Indonesia dan Thailand yang dijual lebih murah, mendorong pengguna membelinya tanpa memikirkan kesan negatif kepada ekonomi negara. Kewujudan banyak premis dan perniagaan dalam talian yang menjual barangan tiruan juga semakin bertambah bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Produk yang diklon pula tidak hanya tertumpu kepada barangan tertentu tetapi meliputi semua barangan termasuk barangan elektrik, pakaian, alat permainan kanak-kanak, selendang, aksesori, beg tangan wanita berjenama, telefon bimbit, barangan kecantikan dan kosmetik. Semua produk AJ diklon Bagi syarikat Colors Addiction Sdn Bhd, iaitu pengeluar tudung bawal di bawah jenama Aidijuma (AJ), aktiviti klon atau cetak rompak yang semakin berleluasa kini sememangnya memberi kesan kepada pendapatan syarikatnya. Ketua Pegawai Eksekutif Colors Addiction Datin Norjuma Habib Mohamad berkata, tudung AJ mempunyai 200 rekaan dan setiap rekaan tudungnya diklon dan dijual secara berleluasa di negara ini, sama ada menerusi dalam talian (online) atau di kedai-kedai khususnya di Kuala Lumpur. "Dengan aktiviti pengklonan itu, ia secara langsung memberikan kerugian kepada syarikat sehingga jutaan ringgit," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, baru-baru ini. Menurutnya, penjual tudung klon ini mengambil kesempatan terhadap populariti jenama AJ dan turut mengaut keuntungan tanpa perlu menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan seperti pemasaran dan promosi. Katanya, jenama AJ sudah diklon sejak daripada rekaan pertamanya lagi pada 2012 dan beliau sendiri mengetahui tudung keluarannya diklon dengan menggunakan gambarnya di kilang pencetakan di China. Norjuma berkata, individu yang melakukan aktiviti ini juga sentiasa menunggu setiap rekaan baharu syarikatnya untuk diklon. "Pihak kami sendiri pernah ke (sebuah kawasan membeli-belah popular di Kuala Lumpur) untuk meninjau penjualan produk-produk klon itu dan pernah berjumpa sendiri dengan pemilik sebuah kedai kain yang didapati turut menjual tudung klon AJ. "Kami sudah meminta mereka berhenti menjualnya tetapi tidak dihiraukan," katanya. Menurutnya, kebanyakan kegiatan klon tudung ini didominasi oleh warga asing. "Modus operandi orang yang aktif dalam melakukan kegiatan ini juga bukanlah calang-calang kerana saya percaya mereka mempunyai wang yang banyak untuk mendapatkan rekaan saya untuk dicetak," katanya. Mengulas sama ada harga produk tulen menjadi faktor kepada aktiviti klon ini, Norjuma berkata, harga tidak menjadi penyebab tetapi ia berlaku kerana tudung klon dapat dijual secara berleluasa di mana-mana sahaja. "Tudung AJ dijual dengan harga serendah RM7 sehingga RM59 sehelai tetapi hanya boleh didapati di butik-butik Aidijuma dan secara online," katanya.
Pihak berkuasa perlu ambil tindakan
Norjuma berkata, buat masa ini syarikatnya mengambil langkah tunggu dan lihat dalam isu ini. "Sebuah syarikat (pengeluar tudung) telah pun bertindak dan saya mahu lihat sejauh mana ia dibawa ke muka pengadilan dan bagaimana pihak berkuasa berusaha membendung isu ini," katanya. Menurutnya, buat masa ini, beliau ingin menumpukan kepada strategi untuk mengembangkan butiknya dengan lebih banyak ke seluruh negara supaya jenama itu mudah diperolehi penggemar tudung itu. Katanya, aktiviti cetak rompak atau klon produk ini sudah berlanjutan sejak bertahun-tahun lamanya di Malaysia. Jadi, beliau berkata, kerajaan perlu menunjukkan bukti bahawa mereka benar-benar mahu membendung isu itu secara serius. Tambahnya lagi, jika mahu mengawal aktiviti ini, pihak berkuasa perlu bermula dengan menahan produk itu daripada memasuki pintu sempadan negara. Norjuma berkata, syarikatnya meminta penjual produk klon AJ supaya tidak menggunakan gambarnya dan jenama AJ pada tudung klon itu kerana tudung AJ didaftar di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
TOP
Pengguna Twitter hina Agong didakwa di mahkamah
CYBERJAYA - Seorang pengguna Twitter bernama Effi Nazrel Saharudin, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah 12 Kuala Lumpur atas dua tuduhan menghantar komen-komen jelik yang menghina Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Pendakwaan tersebut dilakukan selepas siasatan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendapati, tertuduh melakukan perbuatan berkenaan secara sedar dan komen-komen yang dihantarnya mengundang reaksi yang negatif orang awam. Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta kes tersebut dibicarakan. Pihak mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM4,000 untuk kedua-dua pertuduhan itu dan menetapkan sebutan semula kes tersebut bagi penyerahan dokumen di bawah Sesyen 51A Kanun Tatacara Jenayah pada 2 Julai 2014. Tertuduh didakwa menghantar komen jelik berikut: “@IzranSalleh @norfaiz they have a point. Agong is just a puppet. Down with monarchy. A waste of rakyats money” dan “Soalan serius.
Rakyat bayar elaun dan istana agong. Technically speaking he works for us. So why do we put him on a tandu?” di laman https://twitter.com/1Obefiend/status/340669427567697921 dan https://twitter.com/1Obefiend/status/340669878656700418 pada 1 Jun 2013 lalu.
Effi Nazrel didakwa di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hashimah Hashim dan Noor Zalizan Lazarous di hadapan Hakim Zulqarnain Hassan. Tertuduh yang hadir pada prosiding tersebut diwakili oleh peguam bela, Syahredza Johan. Sumber: Bernama
TOP
Balu Anak 4: Duit Sejuta Habis Hanya Dalam Tempoh 2 Tahun!
Berikutan kematian suaminya ketika sedang bekerja dua tahun lalu, seorang wanita, Pusparani Mohan, 34, telah menerima pampasan daripada majikan suaminya serta wang insurans yang secara keseluruhannya berjumlah hampir USD 1 juta (RM3.2 juta). Namun, apa yang dikesalkannya kini wang pampasan tersebut sudah habis dibelanjakan hanya dalam tempoh masa selama dua tahun sahaja. Sehubungan itu, Pusparani kini sedang dalam usaha untuk mencari pekerjaan semula demi menyara kehidupannya dan empat cahaya mata yang kini menetap di Skudai, Johor. Selepas mendapat pampasan tersebut, Pusparani telah berhenti kerja sebagai tukang cuci di Lapangan Terbang Changi, Singapura, di mana mendiang suaminya, Chandra Mogan Panjanathan juga bekerja di situ sebelum ini. “Saya telah melakukan kesilapan. Orang tahu saya banyak duit ketika itu dan ramai datang kepada saya pada masa itu. Sepanjang masa itu, saya tidak membeli rumah dan menghabiskan wang untuk kegunaan anak saya dan ianya merupakan satu tindakan yang kurang bijak,” katanya memetik The Sunday Times. Menurut Pusparani, dia memberikan sedikit wang pampasan tersebut kepada keluarga terdekatnya yang tinggal di Kedah dan selebihnya menggunakannya dengan bercuti di Genting Highlands bersama keluarga. Selain itu, dia juga mengeluarkan USD400 ribu (RM1.2 juta) untuk membantu perniagaan pengangkutan yang dijalankan oleh abangnya. Namun perniagaan tersebut akhirnya melingkup dalam masa empat bulan. Demi menampung kehidupan mereka sekeluarga, Pusparani kini bekerja sebagai kerani akaun di Johor Bahru dengan pendapatan sebanyak RM2,000 sebulan. Pusparani juga menyewa sebuah rumah teres dua tingkat yang mana sewanya dibayar oleh majikannya yang bersimpati dengan nasibnya. Mereka lima sekeluarga tidur di atas dua tilam lama sementara dilonggokan di lantai bilik kerana tidak mampu membeli almari untuk menyimpan kesemua pakaian-pakaian tersebut. Pusparani juga terfikir untuk kembali bekerja di Singapura kerana berasakan gajinya tidak mencukupi untuk menampung kehidupan mereka anak beranak. Sumber: Audrey Lee / My News Hub
TOP
Lelaki Terkena Bom Botol Meninggal Dunia
BUKIT MERTAJAM – Seorang pemandu lori yang cedera parah dan melecur selepas rumahnya di Taman Pinggiran Alma, Machang Bubok dibaling dengan bom botol di sini Isnin lepas, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP), George Town pada Isnin (hari ini). Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata, berikutan itu, pihaknya membuka siasatan kes berkenaan menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh. “Dalam kejadian itu, mangsa P.Vijayan, 56, dan isterinya P. Amutha,42 , mengalami kecederaan parah serta melecur di badan dan muka selepas dua lelaki yang memakai topi kaledar masuk ke dalam rumah mereka dan membaling molotov cocktail (bom botol). Ia meletup dan terbakar serta terkena pasangan suami isteri berkenaan sebelum dua suspek terbabit melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal yang diletakkan di hadapan rumah mangsa,” katanya kepada pemberita di sini. Katanya pasangan suami isteri itu dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan lanjut sebelum Vijayan dipindahkan ke HPP berikutan keadaannya yang kritikal manakala isterinya dilaporkan stabil. Mazlan berkata susulan kejadian itu polis menahan dua lelaki berusia 18 dan 31 tahun pada hari yang sama bagi membantu siasatan dan mereka kini direman sehingga 14 Jun ini bagi membantu siasatan. “Berdasarkan siasatan awal kejadian itu dipercayai berpunca akibat tidak puas hati suspek terhadap anak lelaki mangsa berkaitan perniagaan dan mereka saling mengenali. Kita percaya sasaran perbuatan membaling molotov cocktail (bom botol) adalah anak mangsa kerana lelaki berkenaan turut tinggal di rumah yang sama,” katanya. Katanya lelaki berusia 31 tahun yang ditahan itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah manakala rakannya tiada rekod sebelum ini. Sumber: Bernama
TOP
Enggan Tunai Zakat Fitrah Akan Diambil Tindakan
Kuantan – Umat Islam di negeri ini yang enggan membayar zakat fitrah pada tahun ini akan dikenakan tindakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MAIP). Timbalan Yang Dipertua MAIP Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, berdasarkan Seksyen 40 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013, sesiapa yang enggan membayar zakat fitrah adalah melakukan kesalahan. Menurutnya, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. “MAIP berbuat demikian bagi memastikan masyarakat Islam memahami kewajipan membayar zakat fitrah setiap kali Ramadan. Kita harap masyarakat Islam tidak memandang mudah perkara ini kerana ia adalah wajib bagi mereka yang berkemampuan,” katanya, di sini, semalam. Wan Abdul Wahid berkata, berdasarkan jumlah kutipan bagi tempoh tiga tahun sejak 2011, purata kutipan zakat fitrah di negeri ini antara RM5.5 juta dan RM5.7 juta, sedangkan jumlah masyarakat Islam di negeri ini meningkat pada setiap tahun. “Atas dasar itu, MAIP berusaha meningkatkan penerangan di kawasan awam, termasuk di masjid dan surau. “Dengan pelantikan 945 amil tahun ini, MAIP melalui Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang percaya jumlah kutipan zakat fitrah akan meningkat bagi memastikan lebih ramai golongan asnaf di negeri ini dibantu,” katanya. Sumber: myMetro Online
TOP
Bekas Setiausaha Bank Mengaku Salah Menipu
KUALA LUMPUR – Seorang bekas setiausaha di OCBC Bank mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap empat pertuduhan menipu bahagian kewangan bank berkenaan membabitkan lebih RM300,000. Rose Hanida Long, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan di bacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah. Mat Ghani kemudian menetapkan 23 Jun sebagai tarikh penghakiman. Mengikut keempat-empat pertuduhan, Rose Hanida didakwa menipu mangsa iaitu Bahagian Kewangan OCBC Bank dengan memperdayanya untuk mempercayai bahawa dokumen tuntutan perbelanjaan rasmi yang dikemukakannya adalah betul. Perbuatan tertuduh mendorong bahagian itu meluluskan tuntutan perbelanjaan dan mendepositkan wang berjumlah RM348,294.81 ke dalam akaunnya melalui 160 transaksi. Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Menara OCBC Bank (M) Berhad, Jalan Tun Perak, di sini, antara Januari 2010 hingga Disember 2013 dan dituduhd di bawah Seksyen 420, Kanun Keseksaan. Dia boleh dihukum penjara sehigga 10 tahun dan boleh dikenakan sebatan serta denda. Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam tidak menawarkan jaminan atas alasan melibatkan jumlah kerugian yang besar. Tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu agar mahkamah membenarkan jaminan kepada RM2,000. Mahkamah membenarkan wanita itu diikat jamin RM30,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah. Sumber: Bernama
TOP
Kerajaan Sedia Langkah hadapi El Nino
PUTRAJAYA – Memastikan paras air di empangan mencukupi dan kesiapsiagaan pasukan bomba dan penyelamat menghadapi kebakaran hutan adalah antara langkah yang dirangka bagi menghadapi fenomena El Nino jika ia melanda negara, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel. “Orang ramai diminta lebih bertanggungjawab dan tidak membuat pembakaran terbuka atau membuang putung rokok yang boleh membawa kesan besar dalam musim kemarau ini. Masing-masing ada tanggungjawab,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Pengurusan Sumber Air Malaysia 2014, di sini, hari ini. El Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut setiap dua hingga empat tahun di timur Lautan Pasifik. Ia boleh menyebabkan rantaian perubahan iklim berlaku di seluruh dunia dan antara kesannya ialah hujan lebat di sesetengah kawasan sementara di kawasan lain, berlaku kemarau panjang. Pakar-pakar kaji cuaca tempatan belum dapat memastikan sama ada Malaysia menerima tempias El Nino pada kali ini namun jika ia berlaku, kemungkinannya ialah Malaysia akan menghadapi keadaan musim kemarau berpanjangan selama enam bulan mulai pertengahan tahun ini. Dalam ucapannya sebelum itu, Palanivel berkata terdapat pelbagai isu dan cabaran berkaitan pengurusan sumber air di negara ini antaranya berkaitan dengan kuantitinya yang berlebihan dan kekurangan pada masa-masa tertentu serta kualitinya yang semakin merosot. Beliau berkata pengagihan air yang tidak seimbang, institusi untuk mengurus sumber air yang tidak tersusun, ketiadaan perundangan yang seragam, kekangan dalam penguatkuasaan undang-undang perlu ditangani secara berkesan bagi mencapai pengurusan sumber air negara yang lestari dan holistik. “Kita sedia maklum sumber air negara mempunyai pertalian terus dari sudut sekuriti makanan, penjanaan tenaga, sektor industri, sektor perkhidmatan dan yang terpenting dan sering diabaikan iaitu aspek alam sekitar. “Justeru pengurusan sumber air yang cekap dan berkesan merupakan fokus utama untuk pengekalan dan kelestarian sumber air di negara ini,” jelasnya. Sumber: Bernama
Labels:
Berita Terkini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment