TOP
Tindakan Tegas Terhadap Kumpulan Anti Lynas Yang Berhimpun
KUANTAN: Polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan anti Lynas atau mana-mana pihak yang bercadang mengadakan perhimpunan haram di kawasan kilang Lynas, dekat Kawasan Perindustrian Gebeng di sini.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata kertas siasatan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan telah dibuka berikutan laporan polis yang dibuat oleh Syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd pada 16 Jun lepas mendakwa penyokong kumpulan anti-Lynas, iaitu Kumpulan Hijau mahu mengadakan perhimpunan berhampiran kilang mereka.
"Bagaimanapun polis telah mendapat perintah injunksi dari Mahkamah Majistret Kuantan bagi melarang mana-mana pihak terutamanya anggota Kumpulan hijau dan individu untuk menghampiri, berhimpun, memprotes serta mengadakan halangan di Syarikat Lynas dalam lingkungan 20 meter dari bangunan Lynas.
"Sehubungan itu tindakan tegas akan diambil kepada sesiapa yang ingkar dengan perintah mahkamah ini dan polis boleh menahan mereka yang terbabit tanpa waran tangkap ke atas mana-mana penganjur atau peserta terlibat dengan perhimpunan haram itu menurut Seksyen 20 Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis daerah Kuantan di sini Sabtu.
Katanya perhimpunan yang dijangka melibatkan kira-kira 1,000 peserta.
"Kita percaya perhimpunan ini boleh mendatangkan ancaman kepada nyawa orang awam termasuk peserta yang terlibat sama ada berlaku rusuhan, pergaduhan dan kemusnahan harta benda awam.
"Jadi, saya menyeru agar pihak terbabit yang merancang untuk mengadakan perhimpunan ini supaya membatalkan hasrat mereka dan akur dengan perintah yang dikeluarkan mahkamah," kata Abdul Aziz.
Beliau berkata sehingga hari ini polis tidak pernah menerima sebarang permohonan daripada Kumpulan Hijau untuk mengadakan sebarang perhimpunan.
"Ini bukan cara yang betul untuk protes. Jika tak puas hati boleh ikut saluran yang betul kerana Kumpulan Hijau ini mendatangkan keresahan di kalangan pekerja Syarikat Lynas dan penduduk setempat," katanya.
TOP
Bot Karam: Keluarga Kenal Pasti 9 Mangsa
Operasi mencari dan menyelamat mangsa bot karam diteruskan pada Sabtu.
MORIB: Mayat sembilan daripada 14 mangsa tragedi bot karam di Sungai Hitam Air di sini telah dkenal pasti oleh ahli keluarga mereka. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supritendan Azman Abdul Razak berkata, mayat lapan lelaki dan seorang wanita dikenal pasti sebagai warga Indonesia dari Acheh. "Dokumen yang berkaitan termasuk laporan bedah siasat, sijil kematian telah diuruskan dan kerajaan Indonesia juga mengatur jadual penghantaran mayat ke Acheh. "Mayat akan dihantar ke Indonesia melalui dua penerbangan pada Ahad dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)," katanya kepada pemberita di Jeti Kelanang pada Sabtu. Azman berkata, siasatan kesemua sembilan mangsa yang dikenal pasti tidak mempunyai dokumen perjalanan sah. "Kami mendapat pengesahan pada Sabtu dari ahli keluarga yang datang untuk mengenal pasti dan menuntut mayat mangsa di Hospital Tengku Ampuan Rahimah," katanya. Mengenai dakwaan bahawa pengusaha bot haram yang dilindungi oleh pihak berkuasa, Azman berkata, tiada laporan mengenainya diterima. "Jika sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai pengusaha bot, mereka perlu tampil supaya kita boleh mengambil tindakan yang setimpal," katanya. Tambahnya, operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan sehingga polis mengenalpasti jumlah sebenar yang berada di dalam bot itu. "Maklumat kami kini mendedahkan bahawa terdapat kira-kira 97 orang menaiki bot tetapi ia tidak disahkan," katanya.

Polis Marin Tahan Juragan, Rampas Bot, Rokok Kretek Di Tawau
KUALA LUMPUR: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan seorang juragan bot dan merampas sebuah bot yang mengandungi puluhan kotak rokok kretek tiruan dipinggir Limbungan Tanjung Batu, Tawau di Sabah, petang Jumaat.
Komander PPM Wilayah Empat, Asisten Komisioner Mohamad Madun berkata, rokok itu dijumpai semasa pemeriksaan ke atas sebuah bot yang didapati mencurigakan.
"Puluhan kotak rokok kretek pelbagai jenama disimpan di dalam bot berkenaan. PPM merampas kesemua rokok-rokok berkenaan dan menahan lelaki tempatan berusia 21 tahun yang bertindak sebagai juragan bot untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di laman rasmi Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Sabtu.
Menurut Mohamad, bot berserta enjin dan rokok yang dianggarkan bernilai RM148,000 itu dibawa ke markas PPM Tawau.
TOP
Pengurus Diculik Di Perak Ditemui Selamat
KUALA LUMPUR: Seorang pengurus sumber manusia ditemui di Genting Highlands pada petang Jumaat, kira-kira 18 jam selepas dia diculik di Ipoh.
Yong Chiew Mee, 40, yang merupakan ibu kepada tiga anak, ditemui cedera pada pukul 3.30 petang berhampiran Goh Tong Jaya, kira-kira 200km dari Chemor di Perak, tempat di mana dia telah dibawa lari.
Dia kini dirawat di wad trauma di Hospital Kuala Lumpur.
Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani berkata kepada pemberita di sini bahawa dua suspek telah ditahan berkaitan penculikan itu.
Berita penculikan Yong tersebar selepas anak saudaranya Delia Yong, menghebahkan kehilangannya dalam talian supaya ibu saudaranya dapat dikesan.
Delia berkata Yong dalam perjalanan pulang apabila suspek yang memandu Proton Waja menghentam keretanya kira-kira pukul 9.30 malam, Khamis di Chemor, Perak.
Delia berkata Yong keluar dari MPV dan "berunding dengan orang yang melanggar keretanya" tetapi dipaksa masuk ke dalam kereta mereka.
Ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur, suami Yong menyatakan kelegaan apabila dia telah dijumpai dan meminta privasi.
TOP
Tiga Silinder Cetuskan Letupan Di Klang
Antara kenderaan yang musnah akibat letupan yang berlaku di Klang pagi Jumaat.
KLANG: Kawasan sibuk berhampiran pusat beli-belah Kompleks Centrepoint di sini telah digegarkan dengan beberapa siri letupan apabila tiga silinder gas tiba-tiba meletup. Silinder-silinder yang dipenuhi dengan gas etilena yang digunakan dalam kerja kimpalan dan membentuk serta memotong besi ketika itu sedang diangkut dalam kenderaan jenis Toyota Hilux. Tiada siapa yang mengalami kecederaan kecuali pemandunya, dalam kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi di belakang deretan rumah kedai di Jalan Taiping. Empat kenderaan lain yang diletakkan berdekatan, iaitu sebuah lori, sebuah kereta Proton Wira, Chevrolet dan sebuah Perodua Viva rosak teruk dalam letupan itu, yang juga mengakibatkan asap hitam dapat dilihat dari sejauh beberapa kilometer. Orang ramai yang lalu di situ bergegas menghantar pemandu ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk rawatan. Sekumpulan enam anggota bomba dari stesen Sungai Pinang bergegas ke tempat kejadian dan berjaya memadamkan api dan membersihkan serpihan dua jam kemudian. Menurut pegawai bertugas stesen, Maulud Bedul, penyiasatan forensik menunjukkan terdapat kebocoran pada salah satu silinder. "Kami memeriksa salah satu CCTV yang dipasang di kawasan itu dan melihat pemandu telah memberhentikan kereta untuk sementara waktu. Letupan itu berlaku apabila dia mula memandu semula," kata Maulud, sambil menambah enjin kereta dibiarkan hidup sepanjang masa. "Pemandu mungkin telah merokok, sekali gus mencetuskan letupan," katanya. Sementara itu, polis menolak ia mempunyai kaitan dengan perbuatan jenayah.

Empat Tertuduh Mengaku Tidak Bersalah Terbabit Aktiviti Pengganas
Kelihatan beberapa anggota Cawangan Khas Anti Keganasan Bukit Aman mengiringi Mohd Hafiz Zahri Suparyatnoh, 28, (berkopiah putih) di Mahkamah Majistret Taiping, 23 Mei lalu. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Tiga lelaki dan seorang suri rumah pada Jumaat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan terbabit aktiviti pengganas. Mohammad Hafiz Zahri Suparyatnoh, Muhammad Armie Fatihah Mohd Hashim dan Mohd Khairil Mi, masing-masing tidak bekerja dan suri rumah, Azizah Md Yusof membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan semula secara berasingan di hadapan Hakim Kamardin Hashim. Sebelum ini, Azizah, 54, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, Mohammad Hafiz Zahri dan Muhammad Armie Fatihah didakwa di Mahkamah Majistret Taiping, Perak manakala Mohd Khairil didakwa di Mahkamah Majistret Port Dickson, Negeri Sembilan. Azizah didakwa memberi sokongan kepada perbuatan pengganas melalui laman sosial Facebook 'Wan Jah' dengan niat untuk memajukan suatu ideologi bagi mengugut orang awam di Syria. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Bahagian E8, Cawangan Khas, Tingkat 24, Menara 2, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 2 petang, 24 April lepas. Bagi pertuduhan kedua, ibu kepada lima anak itu didakwa melakukan kesalahan serupa melalui akaun Facebook 'Azizah Yusof' di tempat, tarikh dan waktu sama. Mohammad Hafiz Zahri, 28, didakwa dengan pengetahuan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas yang dikenali sebagai 'The Islamic State Of Iraq and Syam (ISIS)' dengan mewujudkan WhatsApp group 'Daulah Islamiyyah Malizia'. Muhammad Armie Fatihah, 22, pula didakwa menggalakkan perlakuan dan perbuatan keganasan dengan niat untuk memajukan suatu ideologi dengan niat mengugut orang awam di Syria. Mohammad Hafiz Zahri dan Muhammad Armie Fatihah didakwa melakukan perbuatan itu di Kampung Air Jernih, Ijok, Taiping antara 10 pagi, 4 April dan 12.30 tengah hari, 6 April lepas. Sementara itu, seorang lagi tertuduh, Mohd Khairil, 27, berdepan tiga pertuduhan menggalakkan keganasan untuk memajukan ideologi dengan niat mengugut orang awam di Syria yang dilakukan di tiga tempat berasingan. Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah inap desa di No. 34, Jalan 1/12, Taman Intan Perdana, Port Dickson antara 10 malam, 1 November dan 3 petang, 3 November 2013 manakala pertuduhan kedua dilakukan di Gunung Arang Para, Kampung Nyior, Kuala Kangsar antara 12 tengah hari hingga 1 tengah hari, pada 25 Disember hingga 27 Disember 2013. Pertuduhan ketiga pula dilakukan di Kampung Air Jernih, Ijok, Taiping pada 10 pagi hingga 12.30 tengah hari 4 April dan 6 April 2014. Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 130J(1)(a) dan 130G(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak lebih 30 tahun dan denda. Kamardin tidak membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 21 Ogos untuk pengurusan kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Iskandar Ahmad, Afzainizam Abdul Aziz dan Wan Shaharuddin Wan Ladin. Azizah diwakili peguam Suzalena Salleh, Muhammad Armie Fatihah diwakili peguam Ariff Azami Hussein, Mohd Khairil diwakili peguam Collin Arvind Andrew manakala peguam yang mewakili Mohammad Hafiz Zahri tidak hadir.

Rogol: Tahanan Penjara Dihukum Penjara Lagi 23 Tahun, Enam Sebatan
KUALA LUMPUR: Seorang tahanan yang dijatuhi hukuman penjara 36 tahun dan 21 sebatan sebelum ini, dijatuhi hukuman penjara 23 tahun dan enam sebatan lagi oleh Mahkamah Sesyen pada Khamis selepas didapati bersalah merogol dan mencuri wang dan telefon bimbit milik penuntut kolej.
Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhkan hukuman itu terhadap Chai Ruong Huei, 29, yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan pada akhir kes pembelaan.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan enam kali sebatan bagi pertuduhan merogol dan penjara lima tahun bagi pertuduhan mencuri.
Bagaimanapun Chai yang sebelum ini bekerja di sebuah kedai jam hanya perlu menjalani hukuman penjara 18 tahun untuk pensabitan ini selepas mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan secara serentak.
Mahkamah turut memerintahkan Chai menjalani hukuman itu bermula selepas dia selesai menjalani dua hukuman sebelum ini yang dijatuhi mahkamah sama iaitu penjara 18 tahun dan sembilan sebatan pada 26 Mac lepas dan penjara 18 tahun dan 12 sebatan pada 25 April lepas kerana merogol mangsa berlainan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang remaja, ketika kejadian berusia 19 tahun, di sebuah hotel di Jalan Bukit Bintang, Dang Wangi dekat sini pada 1.15 tengah hari, 25 Oktober 2010.
Chai yang memakai baju lokap berwarna merah kelihatan bersahaja di dalam kandang tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Chai juga didakwa mencuri barang milik mangsa iaitu wang tunai RM500 dan telefon bimbit jenis Sony Ericson pada masa dan tempat yang sama mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
Peguam Raymond Yap yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan dikenakan terhadap anak guamnya bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie memohon hukuman berat diberikan terhadap tertuduh kerana ia merupakan kesalahan serius.
Sepuluh saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan iaitu tertuduh memberi keterangan sepanjang perbicaraan itu.
TOP
Cadangan Naik Taraf Ladang Infoternak Akan Dikemukakan - Zambry
Zambry (dua, kanan) bersama nelayan menarik pukat ketika menyertai nelayan Pangkor menangkap ikan dalam 'segmen nelayan turun ke laut' di Pangkor, malam Jumaat. -fotoBERNAMA
SUNGAI SIPUT: Kerajaan negeri Perak akan mengemukakan cadangan menaik taraf Ladang Infoternak seluas 194.8 hektar di sini sebagai pusat agropelancongan dan pusat persidangan dan pameran bertaraf antarabangsa. Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata cadangan itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk tindakan susulan. Beliau berkata Ladang Infoternak, yang dibuka sejak 1972, merupakan pusat latihan dan pengajian bidang penternakan dan kini perlu dijadikan sebagai kampus pengajian berkaitan bidang itu untuk universiti tempatan. "Cadangan menaik taraf ladang itu adalah selaras dengan pelan pembangunan masa depan ladang tersebut yang terletak di lokasi strategik serta kawasan luas dengan ternakan termasuk rusa dan burung unta," katanya kepada pemberita selepas melawat ladang itu di sini, Sabtu. Zambry berkata beliau berharap kementerian itu akan memberi perhatian kepada cadangan kerajaan negeri itu. Dalam perkembangan lain, beliau turut berpuas hati terhadap projek mini transformasi luar bandar (RTC) di bawah program pembangunan bersepadu perkampungan Orang Asli di Kampung Orang Asli Bawong di sini. Beliau berkata projek Kementerian Luar Bandar dan Wilayah itu merangkumi tiga fasa iaitu pembinaan masjid, sekolah menengah dan asrama serta pembinaan pusat komersil bernilai RM61.75 juta. "Projek ini adalah untuk memberi kemudahan prasarana kepada 28 buah kampung Orang Asli sekitarnya dengan penduduk berjumlah 4,300 orang untuk memasarkan produk mereka. "Ia juga bertujuan merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar," katanya selepas meninjau projek mini RTC di kampung berkenaan.

Cuaca Panas Faktor Gangguan Bekalan Air - SPAN
Sekumpulan kanak-kanak seronok bermandi-manda di pantai bagi menyejukkan badan ekoran cuaca panas yang melanda negara pada ketika ini. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Permintaan bekalan air yang meningkat berikutan musim panas mengakibatkan lebih 50,000 pengguna di Hulu Langat dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual pada Selasa dan Rabu lepas. Pengarah Unit Komunikasi Korporat, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Carol Pelly berkata beberapa kolam air telah mengalami penurunan paras air yang ketara akibat permintaan tinggi bekalan air. "Pada masa yang sama, rizab margin air terawat yang mampu dihasilkan oleh loji rawatan air sedia ada di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah rendah iaitu kurang dua peratus," katanya dalam kenyataan di sini Sabtu. Pada masa ini semua kawasan yang terlibat dibekalkan air daripada Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih dan LRA Langat, katanya. Katanya, jumlah pengeluaran air pada Khamis lepas daripada LRA Semenyih adalah sebanyak 688 Julat Liter Sehari (JLH) manakala LRA Langat pula sebanyak 482 JLH, melebihi 25 peratus kapasiti reka bentuk asal loji-loji iaitu 545 JLH dan 386 JLH.

Kerajaan Yakin Capai Sasaran 36 Juta Pelancong Menjelang 2020
Mohamed Nazri Abdul Aziz.
HULU TERENGGANU: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yakin sasaran untuk mencapai kehadiran 36 juta pelancong ke Malaysia menjelang tahun 2020 akan tercapai dan dapat memberi pulangan penjanaan pendapatan bernilai RM168 bilion. Menterinya Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keyakinan tersebut adalah berlandaskan kehadiran tujuh juta pelancong dalam masa tiga bulan pertama tahun ini. "Tahun ini sahaja kita sasarkan 28 juta pelancong, insya-Allah ianya akan dicapai," katanya dalam sidang media selepas menutup Pekan Budaya Kuala Berang, Kuala Berang Eco-Fest serta Festival Batu Bersurat yang berlangsung serentak selama 10 hari di Kuala Berang di sini Sabtu. Turut hadir Pengerusi Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Mohd Jidin Shafee, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang serta Pengerusi Pengelola Program, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim merangkap Pegawai Daerah Hulu Terengganu. Walau bagaimanapun beliau tidak menafikan insiden seperti kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 serta penculikan rakyat asing di Sabah memberi impak kepada kehadiran pelancong ke negara ini. "Kesan daripada insiden kehilangan MH370 dan penculikan di Sabah memang ada, tapi kita berdoa supaya ianya kembali seperti biasa sebab kejadian MH370 berlaku bukannya disengajakan, ianya takdir dan kerajaan juga sedang berusaha untuk menyakinkan kembali pelancong luar untuk datang ke negara kita," katanya. Sementara itu Mohamed Nazri memuji usaha Pejabat Dewan Undangan Negeri Kuala Berang bersama Pejabat Daerah Hulu Terengganu yang menganjurkan tiga program mega secara serentak bermula 15 Jun lalu dalam usaha memperkenalkan Kuala Berang ke peringkat antarabangsa selaras dengan kewujudan Tasik Kenyir sebagai Tasik Bebas Cukai Pertama di dunia menjelang September ini. "Program ini sangat bagus dan memang kementerian menyokong penuh program-program yang dijalankan ini yang mengetengahkan aktiviti pelancongan dan dalam masa yang sama tidak mengetepikan sejarah yang mana sejarah Batu Bersurat juga ditonjolkan kembali. "Kita berharap program ini akan terus diadakan dan akan dapat menarik lebih ramai pelancong luar. Untuk pengetahuan umum, Kuala Berang ini memangnya unik yang mana kita dapat melakukan aktiviti seperti menghambat ikan, menyusuri Sungai Berang, melakukan aktiviti sukan lumpur, tanpa perlu pergi jauh ke pedalaman kerana semuanya dapat dijalankan berdekatan dengan kampung di pinggir bandar ini," katanya. Kuala Berang turut mencatat sejarah apabila berjaya mengatasi rekod lamanya dalam Malaysia Book of Records pada tahun 2011 kerana mengadakan program menumbuk emping teramai di Malaysia apabila sebanyak 750 peserta menumbuk emping dengan menggunakan 150 lesung berbanding 122 lesung tiga tahun lalu. Mohamed berkata beliau bangga dengan pencapaian dan penganjuran program tersebut dan mahu ia diteruskan bagi memelihara kebudayaan dan warisan nenek moyang.

Johari Nafi KKMM Tidak Bertindak Terhadap Penyebar Fitnah
Jailani Johari (tiga, kanan) melawat gerai ketika hadir pada Majlis Perasmian Semarak Rakyat 1Malaysia Dan Pelancaran Unit Komunikasi Belia Rakan IT Komuniti 1Malaysia Peringkat Daerah Pasir Puteh pada Sabtu.
PASIR PUTEH: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menafikan bahawa ia tidak bertindak mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah yang memburuk-burukkan kerajaan, institusi raja dan kesucian agama Islam terutama dalam laman sosial. Timbalan Menterinya, Datuk Jailani Johari berkata, malah pihaknya sudah mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut akta-akta yang ada seperti Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. "Malah melalui agensi kerajaan yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga turut melakukan tindakan yang sama terhadap mereka yang bersalah", katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Komuniti 1Malaysia dan Unit Komunikasi Rakan IT Daerah Pasir Puteh di sini, Sabtu. Turut hadir pada majlis berkenaan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Zawawi Othman, ADUN Selising, Zulkifli Ali dan Pengarah Jabatan Penerangan Kelantan, Ramly Yusoff. Johari berkata siasatan yang dilakukan agensi berkaitan akan dilanjutkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan selanjutnya. Bagaimanapun beliau mengakui bukan mudah untuk pihaknya mengambil tindakan segera terhadap sesuatu dakwaan dan fitnah kerana ia memerlukan bukti yang cukup untuk mensabitkan kesalahan itu. Mengenai Unit Komunikasi Rakan IT yang pertama ditubuhkan di Kelantan, katanya kementeriannya akan memperluaskan penubuhannya ke seluruh negara secara berperingkat. Beliau berkata unit itu, yang diterajui golongan muda, mampu menangkis sebarang bentuk dakyah yang dilemparkan pihak tertentu yang membabitkan isu-isu semasa. Katanya kementerian akan membantu penubuhan unit itu termasuk peralatan yang diperlukan supaya ia lebih berfungsi sebagai alat penyebaran maklumat yang tepat dan sahih.

Rela Tempatkan Anggota Di 417 Sekolah Seluruh Negara
DUNGUN: Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan menempatkan anggotanya di 417 buah sekolah di seluruh negara yang berisiko tinggi dalam kemalangan dan penculikan.
Ketua Pengarahnya Datuk Mustafa Ibrahim berkata kes kemalangan serta penculikan melibatkan pelajar ketika di sekolah di bandar besar agak tinggi.
"Sebelum ini kita memang telah meletakkan anggota di sekolah-sekolah... namun kita terpaksa hentikan pada November lalu ekoran kekurangan dana," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Briged Relasis Politeknik peringkat negeri Terengganu di sini Sabtu.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Politeknik Datuk Mohlis Jaafar.
Menurut Mustafa bermula 15 Jun lalu pihaknya telah meletakkan semula anggota Rela di sekolah berisiko tinggi.
Beliau berkata Rela akan juga meletakkan kembali anggotanya bertugas di negeri-negeri Perak, Perlis dan Kelantan, yang bersempadan dengan negara jiran.
Ini bagi membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan penyeludupan diesel dan sebagainya.
TOP
Kem Majidee Ditutup Secara Rasmi Hari Ini
Anggota ATM melakukan upacara menurunkan bendera-bendera pasukan pada majlis perbarisan istiadat paluan berundur sempena penutupan Kem Majidee di Johor Baru, Sabtu. -fotoBERNAMA
JOHOR BARU: Sayu. Itulah perasaan yang terpancar di wajah sebilangan anggota tentera darat berikutan penutupan secara rasmi Kem Majidee, antara kem tertua di Malaysia, Sabtu. Terletak di antara Jalan Bakar Batu dan Lebuhraya Tebrau, kes seluas kira-kira 132 hektar itu beroperasi selama 74 tahun sejak penubuhannya pada Mac 1940. Kem Majidee turut menjadi perintis kepada pasukan Komando, pasukan elit tentera darat-Rejimen Gerak Khas yang sehingga kini menjadi kebanggaan tentera darat. Kem itu akan berpindah ke Banang, Batu Pahat dan pembinaan kem baharu di atas tapak seluas 140 hektar dijangka membabitkan kos kira-kira RM126 juta. Sejumlah 2,500 anggota daripada pelbagai pasukan terlibat dengan perpindahan ke kem-kem lain berikutan penutupan kem ini. Bagi Mejar Mohd Ziarul Aflah Mohd Fadzil daripada Rejimen 501 Askar Wataniah Kem Tebrau, kehidupannya sebagai askar bermula di Kem Majidee apabila beliau menjalani pemilihan pada 1998 ketika berusia 21 tahun. "Setiap askar pasti melalui saat yang sama dalam kehidupan mereka iaitu menjejakkan kaki di kem ini sebelum memulakan kehidupan seterusnya sebagai seorang askar," kata beliau ketika mengimbas kembali kenangannya di kem itu. Kapten Boniface Anak George pula mempunyai kenangan manis ketika zaman kanak-kanak semasa tinggal di kem itu selama tiga tahun mengikuti bapanya yang berkhidmat di Batalion 2, Rejimen Renjer Diraja. Boniface, 35, bersama-sama Mohd Ziarul, turut menjalani latihan pada tahun yang sama dan di kem yang sama. Ketua Kompeni Bantuan bagi Satu Renjer Kem Ulu Tiram itu adalah antara sebahagian anggota tentera dan keluarga yang hadir pada Istiadat Paluan Berundur, tradisi simbolik sempena penutupan Kem Majidee secara rasmi, Sabtu. Istiadat itu dimulakan dengan pertunjukan pancaragam gabungan rejimen 5, 10, 14 dan 1 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang memainkan lagu seperti Adik Sayang, Tari Tualang Tiga, Inilah Barisan Kita sambil menari. Ini disusuli dengan persembahan pantomen berkisar tentang sejarah Kem Majidee dengan anggota-anggota tentera melakonkan semula babak-babak penyerahan Kem Majidee oleh askar Jepun kepada Angkatan Tentera British pada tahun 1942 dan penyerahan kem itu kepada kerajaan Malaysia pada 11 Nov 1957. Tiupan tetuang (trumpet) mengalunkan lagu 'The Retreat' berkumandang serentak dengan penurunan bendera semua pasukan yang secara simboliknya menandakan selesainya tugas-tugas am untuk hari itu. Deklamasi sajak bertajuk 'Nafas Terakhir Majidee' hasil nukilan Lt Shaiful Ridzuan Abdul Rahim dipersembahkan oleh Mejar Mohd Radzi Othman, daripada Rejimen 10 RAMD. Istiadat berakhir dengan penyerahan bendera pasukan kepada pegawai pemerintah dan teriakan gempur wira sebanyak tiga kali. Turut hadir pada istiadat itu ialah Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima 3 Divisyen Mejar Jen Datuk Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan, Panglima 7 Briged Brigedier Jen Ab Aziz Abdullah dan Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim.

Kemunculan Buaya Cetus Persoalan Baki Mangsa Bot Karam Dibaham
Anggota APMM mengangkat mayat seorang mangsa bot karam di Beacon Api Gila, perairan Sepang pada Sabtu. - fotoBERNAMA
KUALA LANGAT: Kemunculan buaya berhampiran jeti pangkalan nelayan Kampung Kelanang menimbulkan keraguan tentang kemungkinan ada di antara 20 mangsa yang masih hilang akibat bot karam di perairan Sungai Air Hitam Selasa lalu, dibaham buaya. Pemangku Pengerusi Persatuan Nelayan Selangor Mohd Jaman Haris berkata orang ramai membuat pelbagai andaian mengenai baki mangsa yang masih belum ditemui. "Buaya ini ditemui oleh beberapa orang nelayan tempatan di sungai berhampiran jeti, namun saya tidak berani mengatakan ia berlaku kerana kita tidak tahu hal sebenar," katanya ketika ditemui di sini, Sabtu. Beliau yang juga Pemangku Pengerusi Persatuan Nelayan Selangor dan telah menjadi nelayan sejak 20 tahun lepas, menegaskan bahawa spesies buaya yang ditemui itu juga merupakan spesies buaya air tawar dan mustahil untuk buaya-buaya ini masuk ke laut. Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Langat, Supt. Azman Abdul Razak berkata, polis tidak pernah menerima sebarang laporan serangan buaya di kawasan sekitar jeti Pangkalan Nelayan Kelanang setakat ini. Bagaimanapun menurut sumber polis, enam mangsa yang mungkin di antara mereka yang hilang telah melarikan diri ke lokasi yang belum dikenalpasti. "Kita juga tidak menolak kemungkinan kira-kira enam atau tujuh mangsa sempat melarikan diri ke lokasi yang belum dikenalpasti," katanya. Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan dengan jumlah mangsa hilang kekal 20 orang, 63 selamat dan 14 orang maut. Sembilan daripada 14 mayat telah dituntut dan akan dihantar pulang ke Acheh, Indonesia pada Ahad.

Siasat Punca Kekurangan Minyak, Tepung Dan Gula Di Pasaran - Jainab
KOTA KINABALU: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Sabah diminta menyiasat punca kekurangan bekalan minyak masak, gula dan tepung gandum dalam pasaran menjelang Ramadan akhir bulan ini.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata kekurangan bekalan tersebut semakin ketara menjelang bulan Ramadan berbanding hari-hari biasa.
"Kenapa masa Ramadan bekalan kurang...adakah kerana orang sibuk membuat kuih raya atau ada orang-orang tertentu yang mengambil kesempatan," katanya kepada pemberita sempena program Semarak Rakyat Komuniti 1Malaysia di sini Sabtu.
Terdahulu dalam ucapannya, Jainab mengalu-alukan penganjuran program Semarak Komuniti 1Malaysia itu kerana ia mampu memperkasakan semangat perpaduan dan kerjasama antara pelbagai kaum.
"Melalui program ini, akan membantu mempromosikan produk-produk yang dihasilkan oleh Komuniti 1Malaysia dan secara tidak langsung akan meningkatkan taraf ekonomi masyarakat dalam komuniti yang aktif dalam perniagaan," katanya.
TOP
Lelaki Tunggang Motosikal Mati Ditembak
SUNGAI PETANI: Seorang lelaki mati di tempat kejadian selepas ditembak di Taman Songket di sini, malam Jumaat.
Difahamkan, ketika kejadian kira-kira pukul 10.30 malam, M.Gurubaran yang menunggang motosikal dalam perjalanan ke Taman Keladi.
Lelaki berusia dalam lingkungan 20 an itu terkena beberapa das tembakan dan terjatuh daripada motosikalnya.
Sumber berkata, sekurang-kurangnya dua suspek terbabit dalam kejadaian itu dan pihak polis sedang menjejaki mereka.
Kata sumber itu lagi, mangsa mengalami kecederaan parah akibat tiga das tembakan pada bahagian bahunya.
TOP
SPRM P.Pinang Buat 11 Tangkapan Berkaitan Rasuah Sehingga Jun
Gambar hiasan.
GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menerima 170 maklumat berkaitan rasuah dan melakukan 11 tangkapan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Pengarah SPRM negeri Datuk M. Samarajoo. Beliau berkata daripada 11 tangkapan itu, enam orang adalah penjawat awam daripada kumpulan sokongan manakala selebihnya sektor swasta dan orang awam. Katanya tiada pegawai tinggi kerajaan di negeri ini ditahan setakat ini. "Daripada 170 maklumat, 34 peratus atau 58 maklumat disiasat. Bakinya diambil tindakan bukan siasatan maknanya maklumat itu dirujuk kepada agensi-agensi berkenaan ataupun dirujuk kepada penulis maklumat atau tiada tindakan diambil. "Lebih kurang 40 maklumat tidak diambil tindakan kerana tidak ada kesalahan yang boleh disabitkan di bawah Akta SPRM," katanya kepada pemberita selepas program 'Perbicaraan Eksekutif Pulau Pinang' bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri, di sini Sabtu. Samarajoo berkata kebanyakan kesalahan yang dilakukan adalah menerima dan memberi rasuah. Sementara itu, Samarajoo berkata NGO boleh menjadi perantara untuk mendekati masyarakat dan menyebarkan mesej antirasuah kepada masyarakat. "Saya berharap mereka boleh menjadi agen perubahan dengan membawa lebih banyak program kesedaran kepada masyarakat dan memerangi rasuah. Pada masa sama, mereka juga perlu mempunyai integriti yang tinggi," katanya.

Mayat Pertama Kes Bot Terbalik Ditemui
Anggota APMM membantu salah seorang wanita daripada 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang berjaya diselamatkan selepas bot pancung yang mereka naiki terbalik di Beacon Api Gila, perairan Sepang pada Khamis lalu. - fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Mayat pertama kejadian bot pancung membawa 27 warga Indonesia yang terbalik di Beacon Api Gila, perairan Sepang pada Rabu lepas dijumpai di Sepat Beacon petang Sabtu. Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Klang, Leftenan Komander Mohd Hambali Yaakup berkata mayat ditemui oleh nelayan tempatan pada pukul 4.05 petang. "Anggota kami sedang dalam perjalanan membawa mayat ke Pos Pangkalan Hadapan (FOP) Sepang Kecil dan mayat itu kemudian akan dihantar ke hospital untuk bedah siasat," katanya. Mohd Hambali berkata jantina mayat masih belum dikenal pasti berikutan keadaannya yang reput. Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, sejumlah 20 mangsa ditemui selamat manakala tujuh lagi hilang. Kesemua 27 penumpang itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke kampung mereka untuk meraikan awal Ramadan. Enam daripada mangsa yang terselamat kini dirawat di Hospital Banting dan Hospital Sungai Buloh. Kejadian itu berlaku beberapa jam selepas kejadian sebuah bot yang membawa 97 pendatang warga Indonesia karam di perairan Sungai Air Hitam, Pulau Carey kira-kira pukul 12.30 tengah malam pada hari yang sama. Sehingga Sabtu jumlah mayat yang ditemui ialah 14 orang manakala mangsa yang berjaya diselamatkan adalah sebanyak 63 orang termasuk 50 lelaki, 12 wanita serta seorang kanak-kanak perempuan. Mangsa yang dikhuatiri hilang masih kekal 20 orang.

Bot Karam: Mayat Ditemui 14 Bukan 15 - Polis
Sebahagian daripada 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang berjaya diselamatkan selepas bot pancung yang mereka naiki terbalik di Beacon Api Gila, perairan Sepang, Khamis lalu. - fotoBERNAMA
KUALA LANGAT: Polis Kuala Langat berkata jumlah mayat yang ditemui dalam kejadian bot karam yang membawa pendatang tanpa izin Indonesia di Perairan Sungai Air Hitam di sini Selasa lepas hanya 14 orang dan bukan 15 orang seperti dilaporkan media. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Azman Abdul Razak berkata kesemua mayat itu terdiri daripada 11 lelaki dan tiga wanita. "Setakat pukul 10.40 pagi ini, jumlah mayat yang ditemui adalah 14 orang. "Sembilan daripadanya (mayat) dipercayai berbangsa Acheh dan telah diserahkan kepada wakil yang diberi kuasa oleh Kedutaan Besar Indonesia di sini Sabtu. "Mayat akan diterbangkan ke Bandar Acheh esok menggunakan dua laluan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang," katanya dalam sidang media di sini. Kata beliau, segala urusan untuk membawa pulang sembilan mayat itu ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Indonesia dan akan dikendalikan oleh sebuah syarikat pengurusan jenazah tempatan. "Syarikat pengurusan itu telah diberi kuasa oleh Gabenor Acheh untuk mengurus segala keperluan jenazah. Pertama, dari KLIA ke Medan seterusnya ke Bandar Acheh...kedua pula dari KLIA ke Jakarta sebelum ke Bandar Acheh. Ia bergantung kepada di mana waris atau keluarga terdekat mangsa berada," katanya. Katanya, proses pengecaman kesembilan mayat itu juga dibuat berdasarkan kepada sampel DNA yang diambil pihak forensik polis bagi mengenal pasti identiti mereka. Mengulas operasi menaikkan bangkai bot karam itu pula, Azman berkata ia terpaksa ditangguhkan hari ini atas faktor keselamatan bagi menjamin siasatan terhadap bangkai bot tidak terganggu. Menyentuh dakwaan wujudnya pembabitan pihak tertentu dalam melindungi sindiket bot haram di sekitar daerah ini, beliau berkata tohmahan seperti itu tidak berasas sama sekali. Dalam tragedi itu, bot yang membawa 97 penumpang dipercayai berlepas dari jeti Sungai Judah, Pulau Carey kira-kira 11 malam, menuju Indonesia namun karam sejam kemudian. Sehingga Sabtu jumlah mangsa yang berjaya diselamatkan adalah seramai 63 orang termasuk 50 lelaki, 12 wanita dan seorang kanak-kanak perempuan manakala yang dikhuatiri hilang masih kekal 20.

Usah Tuding Jari Kepada Esscom : Shafie Apdal
SEMPORNA – Anggota Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta semua pihak agar tidak menuding jari kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) berikutan beberapa insiden penculikan di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).
Beliau berkata tanggungjawab untuk menjaga keselamatan di Sabah khusus di kawasan ESSZone bukan terletak seratus peratus di tangan ESSCom, sebaliknya semua pihak perlu melaksanakan peranan masing-masing dalam menjaga keamanan dan keharmonian negara khususnya di Sabah.
“Kita perlu tahu bahawa kes penculikan di kawasan pantai timur Sabah ini telah berlaku sejak 1970. Jadi tidak adil kita hanya menyalahkan ESSCom kerana sebelum ditubuhkan pada April tahun lepas insiden penculikan di sini sudah berlaku,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Program Semarak Bersama ESSCom Daerah Semporna, di sini hari ini.
Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, mengulangi gesaannya agar masyarakat khususnya di kawasan ESSZone memberi kerjasama kepada pihak keselamatan untuk membanteras anasir jahat yang boleh mengancam kedaulatan negara.
“Saya minta semua masyarakat di negeri ini khususnya di pantai timur Sabah menyalurkan dan menyampaikan maklumat kepada anggota keselamatan sekiranya melihat individu atau kumpulan yang mencurigakan di tempat masing-masing. Saya minta kita terus memberi kerjasama dengan pasukan keselamatan dan jangan sesekali cuba untuk melindungi penjenayah,” katanya.
Shafie turut menyambut baik usaha dan komitmen padu pihak ESSCom serta semua agensi di bawahnya termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam penganjuran program Semarak Bersama ESSCom itu.
“Penyertaan dan kerjasama daripada pelbagai jabatan dan agensi dalam program seumpama ini sangat penting dalam memantapkan kefahaman dan pengetahuan rakyat mengenai peranan dan fungsi ESSCom. Saya percaya melalui program ini masyarakat di sekitar Semporna dapat lebih mengetahui tentang fungsi dan peranan ESSCom,” katanya.
Terdahulu, Ketua Pengarah ESSCom Datuk Mohammad Mentek berkata program Semarak Bersama ESSCom itu antara lain bertujuan memperjelaskan peranan dan fungsi ESSCom dalam menjaga kedaulatan dan keselamatan rakyat Sabah khususnya di ESSZone.
Katanya program itu turut memberi peluang kepada rakyat di peringkat akar umbi untuk melihat sendiri aktiviti yang dijalankan pelbagai pasukan dan agensi keselamatan di negeri ini khususnya di ESSZone.
ESSCom, yang ditubuhkan pada 1 April 2013 susulan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Tanduo, dipertanggungjawab menyelaras operasi pelbagai agensi keselamatan dan pertahanan termasuk PDRM, ATM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan rakyat Sabah di ESSZone.
Sumber: BERNAMA
TOP
Johari Nafi KMM Tak Bertindak Terhadap Penyebar Fitnah
PASIR PUTEH – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menafikan bahawa ia tidak bertindak mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah yang memburuk-burukkan kerajaan, institusi raja dan kesucian agama Islam terutama dalam laman sosial.
Timbalan Menterinya, Datuk Jailani Johari berkata, malah pihaknya sudah mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut akta-akta yang ada seperti Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.
“Malah melalui agensi kerajaan yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga turut melakukan tindakan yang sama terhadap mereka yang bersalah”, katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Komuniti 1Malaysia dan Unit Komunikasi Rakan IT Daerah Pasir Puteh di sini, hari ini.
Turut hadir pada majlis berkenaan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Zawawi Othman, ADUN Selising, Zulkifli Ali dan Pengarah Jabatan Penerangan Kelantan, Ramly Yusoff.
Johari berkata siasatan yang dilakukan agensi berkaitan akan dilanjutkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan selanjutnya.
Bagaimanapun beliau mengakui bukan mudah untuk pihaknya mengambil tindakan segera terhadap sesuatu dakwaan dan fitnah kerana ia memerlukan bukti yang cukup untuk mensabitkan kesalahan itu.
Mengenai Unit Komunikasi Rakan IT yang pertama ditubuhkan di Kelantan, katanya kementeriannya akan memperluaskan penubuhannya ke seluruh negara secara berperingkat.
Beliau berkata unit itu, yang diterajui golongan muda, mampu menangkis sebarang bentuk dakyah yang dilemparkan pihak tertentu yang membabitkan isu-isu semasa.
Katanya kementerian akan membantu penubuhan unit itu termasuk peralatan yang diperlukan supaya ia lebih berfungsi sebagai alat penyebaran maklumat yang tepat dan sahih.
Sumber: BERNAMA
TOP
Maybank Tunggu Kelulusan Buka Cawangan Ke-4 Di China
KUALA LUMPUR – Malayan Banking Bhd, masih menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa China bagi permohonannya untuk membuka cawangan keempat di China.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Abdul Farid Alias berkata bank itu telah menyerahkan permohonan kepada Jawatankuasa Kawal Selia Perbankan China dan masih sedang berbincang dengan mereka.
“Kami belum lagi menerima sebarang jawapan daripada mereka, bagaimanapun kami telah menyerahkan permohonan kami dan masih menunggu kelulusan mereka,” katanya kepada Bernama selepas pelancaran Program Bantuan Ramadan oleh Maybank Islamic di sini, hari ini.
Ketika ini, Maybank memiliki tiga cawangan di China — di Hong Kong, Shanghai dan Beijing — yang menyediakan terutamanya perkhidmatan perbankan borong kepada segmen komersil dan korporat, dengan tumpuan bagi perkhidmatan rentas sempadan dalam konteks Asean-China.
Dilaporkan sebelum ini bahawa Maybank sedang mencari peluang pengambilalihan di negara-negara seperti Thailand, Singapura dan Filipina dalam usaha menjana 40 peratus keuntungannya daripada operasi antarabangsa menjelang 2015.
Abdul Farid dipetik dalam laporan itu sebagai berkata berdasarkan portfolio semasa, Maybank seharusnya boleh memperoleh sumbangan luar negara sehingga 35 peratus pada 2015 dan bakinya perlu datang daripada aktiviti bukan organik.
Maybank masih belum dapat menembusi Thailand, walaupun ia juga sedang berusaha mengembangkan operasinya di Indonesia, Singapura dan Filipina, antara lainnya.
Sumber: BERNAMA
TOP
Celcom Axiata Rangkul 2 Anugerah Kementerian Sumber Manusia
MELAKA – Syarikat telekomunikasi, Celcom Axiata Berhad memenangi Anugerah Perdana Menteri Untuk Kecemerlangan Sumber Manusia 2014 (sektor swasta) dan Anugerah Majikan 1Malaysia (GLC) 2014 bersempena sambutan Hari Pekerja yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.
Anugerah Perdana Menteri Untuk Kecemerlangan Sumber Manusia 2014 merupakan anugerah paling berprestij dipertandingkan daripada lapan kategori yang dianjurkan Kementerian Sumber Manusia bagi mengiktiraf dan menghargai sumbangan golongan pekerja serta majikan kepada pembangunan negara.
Bagi kategori itu, Celcom Axiata menerima wang tunai berjumlah RM50,000, piala dan sijil selain wang tunai RM10,000, piala dan sijil bagi kategori Anugerah Majikan 1Malaysia 2014 yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Celcom menerima anugerah tersebut berdasarkan kecemerlangan syarikat itu berteraskan kepada kekuatan sumber manusianya yang memperuntukkan perbelanjaan melebihi RM10 juta pada 2013 untuk tujuan latihan dan latihan semula kesemua kakitangannya.
Selain itu, syarikat terbabit banyak terlibat dengan program kesedaran termasuk ‘Celcom Eco Certified’; zon bebas rokok; pencetakan mesra alam dan hari kitar semula.
“Anugerah ini akan menjadi pemangkin kepada kakitangan Celcom untuk terus memacu kejayaan dan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan selain menjadi sebuah syarikat telekomunikasi yang cemerlang di masa hadapan,” kata Ketua Pegawai Sumber Manusia syarikat terbabit Mazri Abdul Rahim.
Sementara itu, penerima Anugerah Tokoh Pekerja Negara 2014 (kumpulan bukan eksekutif) Norisah Bahrom, 39, berkata kecacatan bukan penghalang untuk mencapai kejayaan dalam hidup walaupun pergerakannya terbatas dan bergantung kepada kerusi roda sejak mengalami masalah tulang belakang ketika berusia 15 tahun.
“Saya berasa amat bersyukur dengan penganugerahan ini yang juga membuktikan kepada masyarakat luar bahawa orang kelainan upaya seperti saya mampu bekerja dan berjaya tanpa simpati orang,” kata Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam itu.
Dalam pada itu, Anugerah Tokoh Pekerja Negara 2014 (kumpulan eksekutif) dimenangi Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kaum India Malaysia Pulau Pinang R. Sethupandian manakala kategori kumpulan OKU dimenangi pensyarah bidang psikologi Fakulti Sains Sosial Gunaan Open University Malaysia Dr Wong Huey Siew.
Anugerah Tokoh Pekerja Mahir Negara dimenangi Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd Datuk Ameer Ali Mydin manakala Anugerah Kesatuan Sekerja Harmoni 1Malaysia bagi sektor awam dan swasta masing-masing dimenangi Sarawak Medical Services Union dan Kesatuan Pekerja-pekerja Perdagangan Sabah.
Sumber: BERNAMA
TOP
Isteri Berlaku Curang Kerana Marah Dikatakan Tidak "Memberangsangkan" Suami
KALAU ditakdirkan waktu dapat diundur kembali, tentu Farisha Natasha Ashman (bukan nama sebenar) tidak membuat kesilapan besar dalam hidupnya.
Dia kesal dipertemukan dengan Hazmil Ahmad (bukan nama sebenar) yang juga suami orang kerana pertemuan itu hanya membawa dirinya ke lembah kecurangan.
Segalanya bermula apabila dia terlalu kecewa dengan rumah tangga yang dibina bersama Azlan Hanapiah (bukan nama sebenar) ketika dia mula menghidu kenakalan suaminya yang sering menjalin hubungan dengan wanita lain sehingga membosankannya.
Memiliki saiz badan agak gempal, Farisha akur dia tidak punya daya tarikan sehebat gadis yang bertakhta di hati suaminya apatah lagi dalam meniti usia 40-an.
"Tetapi suatu ketika dulu saya juga memiliki bentuk badan menarik. Dia yang tergila-gilakan saya, ketika itu saya sudah ada kekasih lain tetapi dia beria-ia hendak memperisterikan saya. Setelah bergelar isteri, dia mengabaikan saya.
"Saya rasa tidak adil apabila diperlakukan sedemikian. Pedih hati saya bila sering terjumpa gambar wanita cantik dalam pelbagai gaya seksi dalam telefon bimbit suami. Tidak cukup dengan itu, kadang-kadang saya menerima panggilan daripada wanita tidak dikenali hendak bercakap dengan suami.
"Mulanya saya menganggap ia permainan gadis sekarang yang nakal, tetapi saya pernah terbaca pesanan ringkas (SMS) meluahkan rasa sayang, dan rindu dalam telefonnya. Saya memang kecewa tetapi apabila diajukan pada suami, dia mula memaki-hamun dan menuduh saya yang bukan-bukan," katanya yang sudah hampir 20 tahun mendirikan mahligai bersama suami tercinta.
Tidak dinafikan suaminya yang agak tinggi mempunyai paras rupa agak menarik, sekali gus menjadi tarikan ramai wanita. Namun, dia sering berfikiran positif kerana dia sendiri memiliki kerjaya yang baik dan bertaraf profesional, tiada masa untuknya memikirkan perkara bukan-bukan.
Keadaan rumah tangganya mula kucar-kacir apabila suaminya bertemu dengan gadis jelita dan menjalin hubungan dengan wanita berkenaan.
"Paling memilukan apabila pernah terserempak suami dan wanita lain di sebuah pasar raya. Ketika itu saya bertanyakan suami tetapi dia menyatakan wanita itu setiausahanya. Saya tidak tahan dengan pembohongannya dan saya siasat hingga ke pejabat tetapi saya temui setiausahanya yang sebenar, bukan wanita itu.
"Sejak itu hubungan saya dan suami semakin renggang, dia pula semakin mengabaikan nafkah zahir dan batin
"Bahkan, dia menghina dan mengatakan tidak berselera, mengutuk saiz badan saya malah langsung tidak lagi tidur dengan saya. "Hampir setahun memendam perasaan sehingga saya bertemu Hazmil (bekas rakan sekolah) dan menceritakan segala kepedihan dialami. Bagi saya, dia sajalah tempat saya mencurah segala suka duka," katanya.
Menurut Farisha, kisah suaminya tidak berhenti di situ kerana pencariannya memikat gadis terus berlangsung sehingga pelbagai cerita mengenai kecurangan suaminya itu sampai ke pengetahuannya.
"Paling menyedihkan bila suatu pagi saya dikejutkan dengan panggilan daripada suami supaya datang ke balai polis kerana dia terpaksa bermalam di lokap gara-gara ditangkap khalwat. "Sebagai isteri, saya ke sana dan menjaminnya tetapi sepanjang jalan pulang, saya lebih banyak mendiamkan diri dan dia langsung tidak menunjukkan rasa bersalah.
"Sejak itu saya terus menyimpan perasaan kerana satu demi satu bukti saya temui dia masih ada ramai kekasih lain. Dia selalu bercuti, menghabiskan duit untuk wanita lain yang 'dipancing' demi kepuasannya. Apabila mendapati banyak wang daripada akaunnya dikeluarkan tanpa pengetahuan saya, saya terus menyimpan segala bukti.
"Paling memilukan bila saya ajak suami bersemuka dan berbual dari hati ke hati, dia kemudian mengatakan hatinya sudah tiada untuk saya. "Dia mengaku meniduri beberapa wanita dan tidak dapat melupakan kekasihnya itu yang dianggap lebih hebat berbanding saya.
"Walaupun sedih dengan kenyataan yang saya anggap penghinaan itu, saya tetap bertenang. Jauh di sudut hati saya menyimpan rasa terkilan, dendam dan kelukaan yang amat dalam hingga pernah saya rasa hendak mati saja. "Sejak itu, saya rasa hilang arah dan bermurung kerana merasakan hidup ini sudah tidak berguna lagi. Apabila diajukan perkataan cerai, suami memarahi hingga membuatkan saya bungkam," katanya.
Disebabkan rasa sedih itu, dia kemudian sekali lagi bertemu dengan lelaki yang menjadi pendengar setia untuk meluahkan segala luka di hati. Semakin lama lelaki itu bukan hanya menunjukkan rasa simpati sebaliknya turut memberi harapan dan kasih sayang kepadanya, mungkin atas dasar simpati.
"Mungkin kerana terlalu marah, saya dan lelaki itu akhirnya terlanjur. Terus-terang saya katakan, apa yang saya lakukan semata-mata ingin tahu sama ada saya sudah tidak memberangsangkan atau sebaliknya, selain rasa marah yang masih bersisa pada sikap suami.
"Saya tahu, saya berdosa besar kepada suami atas kecurangan yang saya lakukan.
"Saya mengerjakan umrah dua tahun lalu dan bertaubat nasuha serta mengharapkan Allah mengampunkan dosa besar yang dilakukan itu. "Walaupun tahu saya perlu sujud pada suami mengenai perbuatan terkutuk itu, saya merasakan semuanya berpunca daripada suami yang menyebabkan saya jadi begitu.
"Kini, saya sudah tidak berhubungan lagi dengan teman lelaki saya itu kerana tidak mahu mengulangi kesilapan lalu," katanya yang mengakui insaf dengan perbuatannya enam tahun lalu. Kini dia menjalani hidup seolah-olah bahagia walaupun hakikatnya dia hanya 'berlakon' dalam rumah tangganya demi menjaga hati banyak pihak.
Sumber - hmetro
TOP
Rakyat Indonesia tak perlu pemimpin kasar
JAKARTA - INDONESIA. Calon naib presiden, Jusuf Kalla menegaskan pada masa ini, Indonesia memerlukan tokoh bersikap demokratik dan melibatkan penyertaan rakyat, bukannya pemimpin kasar serta mengamalkan kuku besi.
"Tidak ada lagi waktu untuk berpindah kepada sistem pemimpin diktator. Tidak ada lagi pemimpin yang kasar kepada rakyatnya, sistem seperti itu sekarang tidak tepat lagi.
"Dan tidak ada lagi tempat yang tidak demokratik, tidak ada lagi pemimpin yang tidak memberi kesempatan bertanya kepada rakyatnya," kata Jusuf di Bandung, Jawa Barat, Sabtu.
Jusuf yang berpasangan dengan calon presiden, Joko Widodo atau Jokowi akan berdepan Prabowo Subianto yang juga bekas pemimpin tertinggi Tentera Indonesia dan pasangannya, Hatta Rajasa pada Pemilihan Umum Presiden, 9 Julai ini.
Dalam pada itu, Jusuf berkata Indonesia memerlukan pemimpin yang jujur serta bersikap demokratik dan ciri-ciri tersebut ada pada Jokowi.
"Kenapa? Pak Jokowi menjadi keinginan rakyatnya, kerana Pak Jokowi mempunyai ciri seperti itu," kata Jusuf.
Yusuf berkata sekarang bukan zaman diktaktor melainkan penyertaan rakyat, 'yakni zaman di mana suara rakyat didengar dan pemimpin menjalankan perintah rakyat'.
"Bukan zaman pemerintah asal memerintah saja. Oleh kerana itu sokongan kepada Pak Jokowi dan saya menjadi harapan kita untuk perubahan bangsa ini," tegasnya.
Sumber- Bernama
TOP
Keadaan Remaja OKU Dilaporkan Tidak Membimbangkan
SEREMBAN – Remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang ditemui dikurung dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, Nilai pagi ini, dilaporkan berada dalam keadaan tidak membimbangkan setelah mendapat rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Datuk Norhayati Omar berkata keadaan Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditempatkan di wad kanak-kanak hospital berkenaan sedang dipantau.
“Pemeriksaan doktor mendapati dia tidak mengalami demam, mahu pun batuk. Setakat ini, pihak hospital tidak tahu lagi sejarah perubatan remaja ini kerana kita tiada menyimpan rekod mengenainya,” katanya kepada Bernama selepas melawat remaja itu di HTJS di sini, hari ini.
Beliau meminta polis agar menyiasat perkara itu jika terdapat unsur penderaan dan pengabaian.
“Setakat ini, remaja itu akan dilindungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sementara laporan penuh daripada pihak hospital. Remaja itu berada di bawah pengawasan dan pemantauan JKM,” katanya.
Remaja itu ditemui semasa Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menjalankan operasi bersepadu Ops 6P di kawasan itu pagi ini.
Ketika ditemui, remaja itu bukan hanya kurus kering, malah persekitaran bilik di rumah pangsa itu didapati dipenuhi dengan tanah dan najis.
Di PUTRAJAYA, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengarahkan JKM melakukan siasatan terperinci berhubung kejadian pengabaian remaja kurang upaya itu.
Menteri berkenaan Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata sekiranya benar terdapat unsur pengabaian, JKM akan menempatkan remaja itu di pusat perlindungan kendalian JKM.
“JKM juga akan memberikan perhatian serius terhadap kebajikan remaja tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Rohani berkata siasatan awal JKM mendapati remaja lelaki berusia 15 tahun itu merupakan OKU ‘celebral palsy’.
“Dia dan ibunya berasal dari Sabah. Ibu bapanya telah bercerai dan ibu yang menjaganya telah putus hubungan dengan bekas suami,” katanya.
Bagaimanapun menurut beliau, ibu remaja berkenaan menafikan anaknya dikurung dan diabaikan.
Sumber: BERNAMA
TOP
Rohani Sedih, Terkejut, Arah Siasat Segera Remaja OKU Dikurung
KUCHING – Siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengenal pasti punca seorang remaja OKU berusia 15 tahun yang ditemui dikurung dan kebuluran dalam operasi memburu pendatang asing di Taman Semarak, Nilai awal pagi tadi.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abd Karim yang terkejut dan sedih dengan penemuan itu, berkata beliau sudah mengarahkan pegawai kementerian dan agensi berkaitan, khususnya JKM untuk menyiasat kejadian itu.
Pada masa yang sama, beliau turut mengarahkan bantuan segea dihulurkan kepada remaja terbabit, termasuk ditempatkan di pusat perlindungan kendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Kita sudah menghantar pegawai untuk meninjau keadaan remaja itu, termasuk lokasi dia ditemui bagi mendapatkan gambaran sebenar.
“Malah, kita sedang cuba menemui ibunya yang ditahan sejurus kejadian bagi membantu siasatan, khusus untuk mengenal pasti apa sebenarnya berlaku,” katanya ketika dihubungi BH Online di sini, sebentar tadi.
Rohani dijangka mengadakan sidang media mengenai kejadian itu selepas merasmikan Malam Selami Kasih 2014 di Hotel Grand Continental, Kuching kira-kira jam 7.30 malam ini.
Katanya, sebarang perkembangan terkini kejadian itu boleh diikuti melalui Twitternya di alamat: Datuk Seri Rohani Abdul Karim @hjhrohanikarim @hjhrohanikarim.
Sumber: Berita Harian
TOP
[video] cadbury telah lama diragui - ustaz azhar idrus
Mencari yang halal itu adalah wajib bagi umat islam, Bersepah lagi coklat yang halal di muka bumi malaysia ni...
TOP
Nelayan Tempatan Diancam Kemasukan Nelayan Vietnam
KOTA BHARU – Lebih 100 nelayan dan pemilik bot di sini hari ini mengadakan perhimpunan aman bagi membantah tindakan pengusaha operasi bot laut dalam yang menggunakan bot dan awak-awak dari Vietnam sehingga menjejaskan pendapatan nelayan tempatan.
Penggunaan bot dari Vietnam didakwa menjejaskan pendapatan kira-kira 700 nelayan di perairan Kuala Besar di sini dan juga Tumpat.
Ketua nelayan Kota Baharu, Hazhar Mat Sanisah berkata para nelayan Vietnam itu turut mengamalkan kaedah tangkapan yang salah termasuk menggunakan pukat tunda.
“Cara tangkapan yang digunakan itu telah merosakkan unjam-unjam serta bubu nelayan tempatan. Mereka dilihat semakin berani memasuki perairan negara dan ada antara mereka membawa masuk sehingga lima buah bot untuk satu permit,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Seorang nelayan Nik Mohd Kamal Hussin, 46, berkata pihak berwajib perlu menangani masalah tersebut kerana ia telah memberi kesan
kepada pendapatan beliau dan rakan-rakannya.
“Sebelum ini kami mampu memperolehi pendapatan sehingga RM5,000 seminggu, namun kini pendapatan tersebut semakin berkurangan.
Sumber - Bernama
TOP
ISIL cari rekrut baru melalui online
BAGHDAD - IRAQ. Pemberontak daripada Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) kini dilaporkan sedang mencari rekrut baru dari Barat menerusi laman sosial media.
Dalam perkembangan terbaru, kumpulan terbabit telah membuat rakaman video sepanajng 13 minit dengan definisi tinggi yang dimuatnaik ke laman sosial Youtube, Facebook dan Twitter.
Video terbabit turut memaparkan sekumpulan pejuang ISIL yang mendakwa rekrut dari Britain dan Australia dan menggesa mana-mana individu yang berminat untuk menyertai kumpulan terbabit.
“Pada semua saudara Islam telah menetap di Negara Barat, saya faham perasaan anda, dalam hati anda rasa tertekan dan kecewa, penawar bagi kekecewaan ialah Jihad,” kata salah seorang rekrut dalam video rakaman terbabit.
Dalam pada itu, kemunculan beberapa video yang turut menyeru dan mengajak umat Islam untuk menyertai kumpulan terbabit mula tersebar di internet.
Pihak berkuasa telah mengesan sebuah lagi video rakaman yang dibuat oleh pejuang berbahasa Perancis yang turut menyeru umat Islam di Perancis untuk menyertai peperangan mereka.
Menurut Pengarah Pusat Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa, Seth Jones, kumpulan pengganas kini lebih senang menggunakan media sosial sebagai salah satu interaksi mereka dengan dunia luar.
“Lebih dari 95 peratus kumpulan pengganas menggunakan Facebook, dan Twitter untuk mengumpulkan maklumat, mengumpul dana dan merekrut ahli baru ke dalam kumpulan mereka,” beliau dipetik sebagai berkata.
Sumber - Sinar harian
TOP
Jadi kes polis jika Firdaus didera: Pengarah JKM Negeri Sembilan
Seremban: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan akan mengambil tindakan ke atas ibu remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui dalam keadaan menyayat hati di Flat Semarak di sini.
Pengarahnya Abdullah Hanafi berkata, remaja terbabit kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini, namun berada di bawah pengawasan dan pemantauan pihaknya.
"Kita (JKM) perlu menunggu laporan penuh daripada pihak hospital mengenai keadaannya. Setakat ini, remaja itu akan dilindungi JKM sementara laporan penuh diperoleh.
"Sekiranya hasil laporan ada unsur penderaan, kita akan menyerahkan kes kepada polis untuk tindakan lanjut mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 atau Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi.
Sumber - Hmetro
TOP
Video Kelakar "How to Act Indonesian"
Gelagat sacha stevenson, orang Kanada yang menetap di Indonesia sebagai guru bahasa inggeris. Beliau aktif mengahsilkan video mengenai kehidupan harian dan budaya rakyat Indonesia, video-video yang dihasilkannya amat kelakar sekali.. jom layan salah satu video sacha.
TOP
C-string: Lelaki Suka, Wanita Tak Selesa
KINI tiada lagi G-string, fesyen terkini pakaian dalam wanita menampilkan C-string dengan rekaan yang ‘teramat’ ringkas.
Malah, jika diamati ia umpama cekak rambut untuk menutup bahagian sulit wanita di depan sahaja dan bagi pereka fesyen ia menyelesaikan masalah garisan seluar dalam yang kelihatan apabila mengenakan pakaian.
Ia mendapat sambutan hangat di kalangan kaum lelaki yang membelinya untuk isteri dan teman wanita.
Kendall Jenner memakai C-string untuk menyesuaikan dengan pakaian yang diperagakan.
Bagaimanapun, di kalangan wanita pula ada yang kurang berpuas hati dengan fesyen terkini ini kerana ia dikatakan tidak selesa dipakai terutama kerana fabrik yang dianggap pelik. “Ia tak kekal di tempat yang sepatutnya, susah untuk memakainya walaupun untuk tempoh dua minit. Jadi jangan buang wang anda membelinya kerana produk ini tidak berbaloi,” kata seorang wanita dalam forum berkaitan produk itu. Pandangannya mendapat perhatian ramai termasuk kolumnis di seluruh dunia yang turut menilai fesyen terkini pakaian dalam wanita itu. Malah, ada yang setuju dan melabelnya sebagai ‘pakaian dalam wanita terburuk pernah dihasilkan.” Berbeza sekali dengan kaum lelaki apabila mereka tidak melihat sesuatu yang buruk mengenai C-string dan sentiasa memberi komen positif terhadap produk yang dianggap seksi ini. Seorang suami menulis: “Isteri saya tidak sukakannya tetapi saya suka.” Sumber: mStar

(Gambar) Gadis tak pakai baju dilihat di hotel penginapan pasukan England
Seorang gadis bogel dan sengaja mempamerkan tubuhnya tiba-tiba keluar di balkoni Hotel Royal Tulip di Bandar Rio de Janeiro. Hotel ini tempat pasukan England menginap selama Piala Dunia. Ramai mendakwa gadis yang tidak diketahui namanya itu pelacur, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Star, Selasa (17/6).
"Usianya sekitar 20 tahun dan sengaja mencari perhatian," ujar saksi yang melihatnya.
Gadis tersebut muncul sekitar empat minit di balkoni.
Ini membuat peminat pasukan England terkejut. Pengurus pasukan Roy Hodgson berkata rombongannya tak satu pun mengenali perempuan itu.
"Pasukan kami tidak ada skandal apa pun. Kami dikelilingi penasihat serta tenaga pakar yang mengingatkan agar kami tetap profesional," ujar Hodgson.
Sumber - dailymail.co.uk
Sumber - dailymail.co.uk
TOP
Ibu Bengang Habiskan 5 Jam Untuk Dapat Gambar Pasport Bayi 'Yang Diterima'
Banyak gambar Lucas yang diambil tetapi tidak boleh diterima pakai.
SEORANG ibu telah mengkritik Pejabat Pasport dan peraturan foto yang ditetapkannya selepas masa selama lima jam diambil untuk mendapatkan sekeping gambar pasport bagi bayinya yang baru lahir.
Lucas Thursby, yang berusia enam minggu akan terbang dengan ibu bapanya, Emma Mitchell dan Graeme Thursby ke Costa Del Sol, Sepanyol, pada bulan Ogos.
Peraturan yang ketat pada gambar pasport dengan tegas menetapkan subjek perlu melihat tepat kepada kamera dengan muka yang lurus, kedua-dua telinga boleh dilihat dan tidak ada orang lain di dalam bingkai foto.
Mitchell berkata: "Tangan saya langsung tidak boleh berada dalam gambar. Saya memegangnya di pinggang dan saya takut lehernya akan sakit.
"Saya fikir peraturan ini adalah tidak masuk akal. Ia peraturan yang terlalu mengekang."
Akhirnya berjaya.....
Keluarga itu yang pada mulanya berharap sesi fotografi hanya akan berjalan selama 15 minit akhirnya bertukar menjadi sesi ujian ketahanan bermula tengah hari hingga 5 petang sebelum mereka akhirnya berjaya mendapat imej yang sesuai. Mitchell, seorang pentadbir syarikat, berkata Lucas tetap tenang, tetapi mengaku dirinya tertekan dan kecewa. Dia menambah: "Pasport ini bertahan selama lima tahun. Bagaimana anda mengharapkan seseorang itu dapat mengenal pasti bayi hanya dari sekeping gambar yang mana dalam beberapa tahun, wajah mereka tidak aakan kelihatan sama? "Saya cuba untuk merancang sesuatu yang menarik dan menyeronokkan, tetapi ini telah meletakkan sedikit tekanan." Keluarganya terpaksa membayar sebanyak £90 untuk pasport Lucas 'tetapi jurugambar yang merupakan kenalan mereka tidak mengenakan sebarang bayaran. Menambahkan tekanan dan rasa sakit hatinya apabila borang permohonan dan foto 'berharga' itu telah menyertai senarai kira-kira hampir 500,000 permohonan lain. "Ia begitu sukar," kata Mitchell. "Tetapi saya yakin ia bukan pertama kali dan saya pasti saya bukan ibu bapa yang terakhir yang perlu berdepan masalah ini. "Saya hanya berharap pasportnya dapat diberikan pada masanya." Sumber: mstar.com.my

Penghulu Maut Kereta Dipandu Bertembung Traktor
PEKAN – Penghulu mukim Bentong Mohamad Bakri Abu Talib, 53, maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah traktor di KM 35 Jalan Pekan-Batu Balik, dekat sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman hari ini berkata mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan dalam kejadian 9 malam semasa sedang dalam perjalanan dari arah Pekan menuju ke rumahnya di Salong.
Katanya, pada masa yang sama sebuah lagi kereta yang dipandu Sahnizan Mohd Razali, 33, berada kira-kira 200 meter di belakang mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Chini.
“Di tempat kejadian, mangsa dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan traktor yang dipandu oleh Nordin Osman, 38, yang baru selesai bekerja dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Temai Hulu, katanya kepada pemberita.
Akibat perlanggaran itu, kereta Proton Iswara yang berada di belakang mangsa, gagal memberhentikan kenderaannya lalu terbabas ke dalam gaung di sebelah kiri jalan menghala ke Batu Balik, katanya.
Beliau berkata, mangsa mati di tempat kejadian manakala pemandu kereta Proton Iswara dan traktor terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kata Yahaya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat.
Sumber: BERNAMA
TOP
PDRM Sah Juara Liga Perdana Musim 2014
POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan gelaran sebagai juara Liga Perdana musim 2014 selepas mengalahkan Negeri Sembilan 4-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.
Mengumpul 52 mata daripada 16 kemenangan, skuad Sang Saka Biru mengatasi pencabar terdekat, Felda United FC dengan kelebihan lima mata, sekali gus tidak mengubah kedudukan skuad ‘The Fighters’ pada perlawanan terakhir liga Selasa depan.
PDRM akan menamatkan kempen musim ini dengan menentang Kedah manakala Felda United akan melengkapkan jadual liga dengan bertemu Perlis.
Dalam pada itu, Perlis tersingkir ke Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) musim depan bersama pendatang baharu liga, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang FC (PBAPP FC) selepas masing-masing menghuni tangga ke-11 dan 12.
Pada pertemuan di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, kedua-dua pasukan tersebut seri 1-1.
Berdasarkan peraturan FAM, juara dan naib juara Liga Perdana 2013 layak secara automatik ke Liga Super 2014 manakala dua pasukan tercorot Liga Perdana akan turun ke Liga FAM.
Sementara itu, PDRM bermula garang apabila penyerang berbisanya, Bobby Gonzales membuka jaringan seawal minit keenam sebelum Mohd Fauzi Abdul Majid menggandakan jaringan pada minit ke-39.
Pasukan pelawat terus menghukum Negeri Sembilan pada babak kedua perlawanan menerusi jaringan Ali Ashfaq pada minit ke-48 sebelum Mohd Shahril Izwan Abdullah mengesahkan kemenangan bagi PDRM pada minit ke-69.
Naib juara Liga Perdana, Felda United membelasah UiTM FC 8-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Lapan gol Felda United dijaringkan oleh Mohd Raimi Mohd Nor pada minit ke-20, Edward Junior Wilson (44′ dan 47′), Ndumba Makeche (83′), Syahid Zaidon (84′) dan hatrik oleh Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-62, 88 dan 92.
Lain-lain keputusan, turut mencatat kemenangan pada perlawanan malam ini, Sabah mengalahkan DRB Hicom 1-0 di Stadium Likas, Sabah manakala Johor Darul Ta’zim II mencatat kemenangan 2-1 ke atas SPA Putrajaya di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Pulau Pinang mengesahkan tempat di tangga ketiga liga dengan 43 mata selepas seri 1-1 dengan Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Sementara itu dalam aksi Liga Super, pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya selangkah untuk bergelar juara liga selepas mengalahkan Kelantan 3-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
Skuad Harimau Selatan terus mendominasi carta Liga Super selepas mencatat kemenangan ke-12 dengan mengumpul 41 mata iaitu dengan kelebihan empat mata di hadapan pencabar utama, Selangor.
Mohd Amirul Hadi Zainal membuka jaringan pasukan pelawat pada minit ke-28 sebelum Mohd Nazrin Mohd Nawi menambah jaringan pada minit ke-52.
Luciano Figueora kemudiannya menjaringkan gol ketiga dan seterusnya mengesahkan kemenangan bagi pasukan JDT pada minit ke-88.
Impian Terengganu untuk menduduki tangga kedua liga berkecai setelah pasukan dari Pantai Timur itu terikat 1-1 oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Skuad Penyu berjaya memecah kebuntuan menerusi jaringan Mohd Nor Farhan Muhammad pada minit ke-59 sebelum pemain import ATM, Fabrice Noel menyamakan kedudukan pada minit ke-64.
Terengganu kini menduduki tangga keempat dengan 33 mata dengan baki satu perlawanan manakala Pahang di tangga ketiga dengan 34 mata dengan baki dua perlawanan.
Sumber: BERNAMA
TOP
Tatu Cheryl Harga Sebuah Kereta Kecil Di Britain
BRITAIN – Penyanyi dan selebriti Britain, Cheryl Cole mendedahkan, dia membayar harga sama nilai dengan ‘sebiji kereta kecil’ untuk mendapatkan tatu bunga mawar besar pada pinggulnya.
Tatu itu yang mula ditayangkan kepada umum Ogos tahun lalu memberikan kejutan besar kepada peminatnya.
Kata Cheryl, kebanyakan peminat menyangka dia akan menyesali perbuatan itu kerana membelanjakan wang yang besar untuknya.
“Namun saya tidak menyesal,” katanya dalam wawancara televisyen dan disiarkan media semalam.
Menurut Cheryl, dia nekad mencacah tatu itu selepas jatuh sakit
“Selepas dijangkiti malaria, saya menyenaraikan pelbagai perkara yang ingin dilakukan.
“Termasuk membuat tatu,” katanya.
Bekas vokalis kumpulan Girls Aloud itu berkata, tatu berkenaan dicacah seorang artis berbakat.
“Ia memang berbaloi walaupun harganya £1000 (RM5,500) – menyamai nilai sebuah kereta kecil di Britain,” katanya ketika ditemui media.
Cheryl kini kembali muncul sebagai juri dalam rancangan realiti televisyen X Factor.
Kata Cheryl, agak sukar baginya mendedahkan bahagian belakang tubuhnya setelah Simon Cowell menjadi juri.
Bercakap mengenai kemunculan semula, Cheryl berkata, ia seolah dia tidak pernah meninggalkan rancangan itu sebelum ini walaupun keadaan agak tegang antara dia dan juri Louis Walsh.
Sumber: Agensi
TOP
Masya Diumum Juara Ceria Popstar 2
KUALA LUMPUR – Peserta berasal dari Kedah, Masya diumumkan sebagai juara pertandingan Ceria Popstar 2 yang disiarkan secara langsung dari Studio Perbadanan Kemajuan Filem (Finas), di sini, Jumaat.
Masya atau nama sebenar Siti Nur Masyitah,14, membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, percutian 3 hari 2 malam di atas Cruise tajaan Malaysian Harmony Tour and Travel, jam tangan Puma dan trofi.
Dalam konsert akhir itu, Masya yang juga anak didik kepada penyanyi Hazama membawa lagu Di Pintu Syurga pada pusingan pertama dan Teman Bintang pada pusingan kedua yang juga merupakan lagu baharu.
Sementara tempat kedua dimenangi oleh Iqbal, 15, dengan menyanyikan lagu Matahariku dan Bahagiamu Deritaku.
Dia membawa pulang wang tunai RM15,000, penginapan di Holiday Villa 3 hari 2 malam, jam tangan Puma dan trofi.
Sementara itu tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh kumpulan JoMeGo dan Erissa dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM10,000 dan RM5,000.
Acara ini dihoskan oleh Nabil Ahmad.
Pada pertandingan akhir ini jumlah markah dikira 70 peratus daripada juri profesional, manakala 30 peratus daripada khidmat pesanan ringkas (SMS) orang ramai.
Juri profesional terdiri daripada penyanyi dan pelakon Datuk AC Mizal, Johan (Raja Lawak) dan Aaron Aziz.
Malam kemuncak akhir itu turut dimeriahkan dengan persembahan Hafiz, Hazama, Akim dan Stacy.
Ceria Popstar 2 bersiaran setiap Jumaat pada pukul 9 malam di saluran Astro Ceria, Astro Prima dan Astro Maya HD.
Sumber: mStar
TOP
Letakkan P.Ramlee Pada 'Paras Kaki', Najua Komen Sharnaaz Ahmad
Najua (kiri) sudah lali dengan hinaan masyarakat terhadap datuknya, P.Ramlee manakala Sharnaaz menganggap komen dalam Instagram miliknya sekadar gurauan.
PETALING JAYA: Cucu kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Najua, 28, sudah lali dengan hinaan masyarakat terhadap datuknya termasuklah guraaan Sharnaaz Ahmad yang meletakkan taraf senimaan agung itu pada 'paras kaki'. Najua yang merupakan anak kepada Allahyarham Nasir P.Ramlee berkata, dia sekeluarga menerima dengan hati terbuka status Sharnaaz itu kerana apa yang diperkatakan pelakon "Saya dan keluarga sudah tidak kisah dan lali dengan pandangan dan hinaan orang ramai tentang Allahyarham. "Kalau nak diikutkan apa yang Sharnaaz cakap itu hanya sikit jika ingin dibandingkan tomahan orang lain yang lebih teruk daripada itu,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, pada Jumaat. Najua yang menggunakan nama komersialnya sebagai Najua P. Ramlee diminta mengulas status terbaharu Sharnaaz Ahmad menerusi Instagram miliknya yang meletakkan P.Ramlee pada paras kaki jika hendak dibandingkan kehebatan seseorang bapa. Sharnaaz memuat naik status berkenaan bagi memuji bapanya, Basir Ahmad, 68, sempena hari lahir ayahnya itu. Ditanya sejauhmanakah dia mengenali Sharnaaz, Najua berkata, dia hanya melihat perkembangan pemuda itu sebagai seorang artis. Ia Hanya Gurauan - Sharnaaz Dalam perkembangan berkaitan Sharnaaz berkata dia menganggap tindakannya itu bukan satu kesalahan sebaliknya hanyalah gurauan semata-mata. Katanya, gurauan seperti itu seringkali dilakukannya dan ia tidak perlu diambil serius oleh mana-mana pihak.
"Saya tidak rasa itu salah dan ia hanya gurauan sahaja, lagi pula saya ingin memberitahu tentang kelebihan bapa saya berbanding P.Ramlee di sudut pandangan mata saya sebagai seorang anak. "Perkara tersebut seharusnya tidak menjadi isu kerana saya baik dengan keluarga serta anak-anak Allahyarham P.Ramlee dan mereka duduk berhampiran sahaja dengan rumah kami. "Saya rasa pihak mereka pun tidak kisah dan menganggap ia hanya sekadar gurauan sahaja," katanya. Sementara itu, bercerita tentang bapanya, Sharnaaz mengakui kekuatan bapanya dalam melawan penyakit ketumbuhan otak memberi banyak pengajaran buat dia. "Bapa saya baru sahaja menjalani pembedahan di kepala bagi membuang ketumbuhan di otak baru-baru ini. Dia sudah lama menghadapi penyakit itu. "Ini merupakan pembedahan keduanya, sebelum ini pembedahan pertama ketika saya dilahirkan, saya kagum dengan kekuatan dia melawan penyakit sambil membesarkan kami adik-beradik," katanya. Sumber: mStar

Bukan Sekarang Untuk MCA Sertai Kabinet – Ibrahim Ali
Keazaman MCA untuk menyertai Kabinet dalam masa terdekat tidak kena pada tempatnya kerana parti itu masih belum dapat mengembalikan kepercayaan kaum Cina kepada Barisan Nasional (BN), kata Datuk Ibrahim Ali.
Bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata masa terbaik untuk MCA kembali ke jemaah Kabinet adalah selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana kaum Cina akan lebih berasa simpati terhadap parti itu.
“MCA berhujah di bawah kepimpinan baru penting bagi mereka sertai Kabinet untuk kepentingan orang Cina.
“Kalau mereka sabar untuk satu penggal sehingga PRU14, saya rasa orang Cina akan hormati MCA. Mungkin orang Cina sebahagian besarnya akan menyokong balik MCA,” katanya.
Semalam, media melaporkan MCA menuntut parti itu diberikan lebih daripada dua jawatan menteri dalam penyusunan semula Kabinet yang dijangka akan dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak lama lagi.
Pengerusi MCA Terengganu, Datuk Toh Chin Yaw berharap lebih dua pemimpin MCA akan dilantik sebagai menteri dalam barisan Kabinet baru kelak, lapor Sinar Harian.
Katanya, pelantikan seorang atau dua orang pemimpin masih tidak mampu memenuhi keperluan masyarakat Cina di negara ini.
“Kita harap perkara ini diambil kira agar pemimpin dapat memainkan peranan sebaiknya. Kalau ada tiga atau empat pemimpin, mungkin boleh seimbangkan dengan keperluan di 14 negeri.
“Di Terengganu, MCA kalah, tetapi rakyat perlu juga dijaga,” katanya kepada Sinar Harian.
Ibrahim berkata kenyataan bekas presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang tidak mahu mengambil sebarang jawatan dalam Kabinet sebelum pilihan raya umum lalu adalah kenyataan mengugut kaum Cina, namun strategi itu tidak berhasil.
Katanya, tanpa MCA sebagai parti komponen sekalipun, kaum Cina tetap dihujani kemewahan menerusi kerajaan BN.
“Kenyataan Chua mengugut orang Cina, tetapi mereka tidak peduli dan tidak memberikan sokongan kepada MCA.
“Orang Cina pun tahu sekarang macam-macam kerajaan bagi untuk melayan tuntutan
orang Cina, tetapi orang Cina tetap juga tidak memberi sokongan,” katanya.
Presiden Perkasa itu berkata apa yang berlaku kepada MCA hari ini adalah balasan sebagai cubaan mereka menghalang dirinya untuk bertanding dalam PRU13 menggunakan tiket BN.
Katanya, MCA seharusnya berasa malu kerana setelah Perdana Menteri tunduk kepada desakan parti itu sebelum PRU13, namun MCA masih gagal memenangi pilihan raya umum lalu.
“Saya diberitahu, MCA mengugut perdana menteri supaya saya tidak bertanding atas tiket BN semasa PRU13. Najib terpaksa akur dengan desakan MCA dan Gerakan pada masa itu. Betul atau tidak, saya tidak tahu.
“Walaupun saya tidak bertanding atas tiket BN, mereka kalah juga. Sepatutnya, tuntutan mereka yang Najib penuhi, mereka menanglah, tetapi tidak menang juga.
“Jika tanpa desakan mereka, sudah tentu tiada sebab saya tidak diberi peluang untuk bertanding atas tiket BN kerana Datuk Zulkifli Noordin pun boleh bertanding,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Semasa PRU13 tahun lalu, MCA hanya mampu mempertahankan enam kerusi Parlimen berbanding 15 kerusi pada PRU12 tahun 2008.
Gerakan pula hanya memenangi satu kerusi Parlimen pada PRU13 di Simpang Renggam oleh Liang Teck Meng berbanding PRU12 dengan dua kerusi.
Meneruskan kemarahannya terhadap MCA dan Gerakan, Ibrahim menyentuh soal kekalahan BN di Kajang dan kemenangan tipis BN di Teluk Intan.
Katanya, Gerakan seharusnya menang lebih besar sehingga calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud tidak mendapat semula wang deposit.
“Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang tidak menang. PRK Teluk Intan menang perang, kalah pertempuran. Negeri dan kerajaan pusat, BN memerintah lawan pula budak umur 27 tahun belum berkahwin.
“Yang bertanding presiden Gerakan dengan dijanjikan jawatan menteri. Calon lawannya pula dipertikaikan DAP Perak selain Dyana sendiri buat kenyataan UiTM perlu dibuka kepada bukan Melayu dan menentang hudud.
“Jika ikut adat, Dyana kena hilang deposit. Maknanya, majoritinya kena 4,000 atau 5,000 undi,” katanya.
Ahli Parlimen Teluk Intan Datuk Mah Siew Keong hujung bulan lalu berjaya menewaskan Dyana dengan majoriti 321 undi walaupun pernah kalah dua kali dalam pilihan raya umum di kawasan sama.
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata BN tidak seharusnya dilihat menang tipis dalam PRK itu kerana pada PRU13, DAP mendapat majoriti lebih daripada 7,000 undi.
Sumber: The Malaysian Insider
TOP
Keputusan Guna Kalimah ‘Allah’, Kes Pembunuhan Altantuya Isnin
PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan akan menjadi perhatian ramai Isnin ini apabila ia memutuskan dan mendengar dua kes berprofil tinggi membabitkan penggunaan kalimah ‘Allah’ dan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Pada hari berkenaan, mahkamah tertinggi itu akan menyampaikan keputusan yang amat ditunggu-tunggu, sama ada membenarkan atau tidak, Gereja Katolik merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penerbitan mingguan ‘The Herald’ daripada menggunakan kalimah ‘Allah’, dalam versi bahasa Malaysia terbitannya.
Pada 5 Mac lepas, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mempengerusikan panel tujuh hakim mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak berhubung permohonan kebenaran merayu itu.
Gereja itu memohon kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 15 Okt 2013, yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam versi bahasa Malaysia terbitannya.
Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan The Herald menggunakan kalimah Allah selepas Mahkamah Tinggi mengisytiharkan bahawa keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang penerbitan itu daripada menggunakan kalimah Allah adalah menyalahi undang-undang, terbatal dan tidak sah.
Pada 2009, gereja Roman Katolik diketuai Paderi Besar Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman yang menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, antara lain memohon perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.
Majalah mingguan itu, yang diterbitkan dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan dalam versi bahasa Malaysia, terutama bagi memenuhi keperluan penganut Katolik di Sabah dan Sarawak.
Mengikut Akta Mahkamah Kehakiman 1964, seseorang pemohon dalam kes sivil perlu terlebih dahulu mendapatkan kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk membawa rayuan mereka ke Mahkamah Persekutuan.
Apabila Mahkamah Persekutuan berpuas hati bahawa persoalan undang-undang yang dikemukakan pemohon memenuhi keperluan perundangan, Mahkamah Persekutuan kemudiannya akan memberi kebenaran merayu.
Jika Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk tidak memberi kebenaran merayu kepada gereja itu, keputusan Mahkamah Rayuan terpakai dan gereja itu tidak boleh lagi mengemukakan rayuan.
Pada hari yang sama, mahkamah itu akan mendengar rayuan pendakwa terhadap pembebasan dua anggota Unit Tindakan Khas polis, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar terhadap pertuduhan membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Pada 23 Ogos tahun lalu, Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah dan Sirul Azhar daripada pertuduhan membunuh selepas sebulat suara membenarkan rayuan mereka dan meminda sabitan hukuman mati yang diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009.
Mereka didapati bersalah membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.
Mahkamah Rayuan, dalam penghakiman 47 muka surat, menegaskan bahawa keterangan ikut keadaan yang dikemukakan pendakwaan tidak mencukupi untuk mengekalkan keputusan bersalah kedua-dua anggota polis itu.
Kesalahan mereka tidak dibuktikan dengan memuaskan, :oleh itu mahkamah terpaksa memberi mereka faedah kesangsian”.
Pendakwaan memfailkan petisyen rayuan pada 3 Januari tahun ini, menyenaraikan enam sebab panel tiga hakim Mahkamah Rayuan telah terkhilaf, dalam undang-undang dan fakta, untuk membenarkan kedua-dua anggota polis itu terlepas daripada tali gantung.
Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang pada mulanya didakwa bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 selepas mendapati pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.
Pihak pendakwaan tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan.
Sumber: BERNAMA
TOP
Hantu Kak Limah Nafi Bakal Berkahwin
KUALA LUMPUR – Pelakon komedi Delimawati yang terkenal menerusi watak Hantu Kak Limah terkejut kononnya bakal berkahwin tidak lama lagi selepas sekian lama bergelar ibu tunggal.
Delimawati menyangkal khabar angin itu kerana ia tidak sama sekali akan berlaku dalam tempoh terdekat.
“Mana ada. Demi Allah memang tak ada langsung. Kalau betul, apa salahnya saya kongsikan, tapi ini memang tak ada.
“Benda tak betul macam mana pula saya nak mengaku ada,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Sumber mendakwa, pelakon filem Hantu Kak Limah Balik Rumah itu dikatakan bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki senegeri dengannya di Perak selepas beberapa lama menjalin hubungan.
Bagaimanapun, Delimawati yang meraih populariti menerusi telefilem Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel berkata, dia tidak merancang perkara itu walaupun mengakui mempunyai hasrat terbabit.
“Saya akui memang kesunyian sebab sudah bertahun-tahun hidup sendiri. Anak-anak pula semua dah berkeluarga dan tinggal berjauhan.
“Kalau betul ada tentulah saya gembira, tapi masalahnya kawan lelaki pun tak ada sekarang.
“Yang ada pun setakat berkawan-kawan biasa di Facebook saja, tapi tak adalah bercakap mengenai kahwin pula,” katanya.
Tambahnya, pada usia emas lewat 50-an, dia tidak boleh bersikap tangkap muat dalam mencari pasangan.
“Sekarang tak boleh tangkap muat saja. Kahwin untuk cari teman hidup bukan untuk kahwin cerai.
“Siapa yang tak rasa sunyi tapi takkan perigi nak cari timba pula,” katanya yang akan terbabit dalam penggambaran telefilem Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya untuk tayangan Aidiladha nanti.
Sumber: my Metro
TOP
Pengusaha Kelab Malam Ditembak Mati Dari Jarak Dekat
JOHOR BAHRU – Seorang pengusaha kelab malam ditembak mati dari jarak dekat dalam kejadian di Jalan Permas 10, Permas Jaya, dekat sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 pagi itu, mangsa yang berumur 40 tahun, mati di lokasi kejadian selepas ditembak di kepala.
Sumber: BH Online
TOP
Nasib Ratusan Mangsa Culik Jadi Tanda Tanya
Antara mangsa culik di Nigeria yang masih gagal diselamatkan.
PEMIMPIN komuniti di Chibok, sebuah bandar di Nigeria tidak dapat menahan sebak memikirkan nasib ratusan anak penduduk di situ yang diculik dan masih gagal diselamatkan. Ketika ditemui, airmata pemimpin yang tidak didedahkan ini mengalir semasa menyelak setiap muka surat pada fail yang penuh dengan gambar dan nama gadis yang diculik itu. Sehingga kini, pihak polis dan tentera juga tidak berupaya mengumpulkan maklumat terperinci seperti dilakukannya. Katanya, fail yang lengkap dengan maklumat peribadi setiap mangsa culik itu dihasilkan selepas menemubual ibu bapa mangsa culik di kalangan remaja itu. Fail setebal 185 halaman itu mencatatkan fakta kes setiap gadis yang diculik termasuk pendidikan dan tarikh kejadian itu berlaku. Kini beliau berazam untuk mendapatkan maklumat 19 kes penculikan yang belum diperoleh dengan lengkap. Selain itu, ada juga fail khusus membabitkan 53 gadis yang berjaya melarikan diri daripada penculik, Boko Haram. "Saya menemui tiga mangsa culik itu dan ketiga-tiganya mahu menjadi doktor serta bekerja sebagai pembantu kesihatan bagi membantu masyarakat di sini," katanya. Sumber: mStar

Polis kenal pasti suspek bunuh pembekal ayam
NIBONG TEBAL - Pihak polis mengenal pasti seorang warga Myanmar yang dipercayai terlibat dalam kejadian seorang pembekal ayam ditemui mati berlumuran darah dengan kesan kecederaan di kepalanya dalam stor premis pemprosesan ayam milik mangsa di Jalan Changkat di sini semalam.
Lelaki berusia 20-an itu merupakan pekerja kepada mangsa dan telah bekerja di premis pemprosesan ayam berkenaan sejak beberapa tahun lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritenden Shafien Mamat berkata, usaha mengesan lelaki berkenaan sedang giat dijalankan.
"Kita telah pergi ke beberapa lokasi yang selalu suspek berada, bagaimanapun gagal menemuinya tetapi polis percaya dia masih berada di sekitar daerah ini.
"Saya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lelaki berkenaan atau kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan kes tersebut," katanya kepada Bernama.
Mayat Tan Chye Sian, 41, ditemui abangnya yang datang ke premis berkenaan pada pukul 10 pagi selepas lelaki itu tidak menjawab panggilan telefonnya.
Sumber: Sinar Online
TOP
MH370: Lokasi Baharu Pencarian Berubah 800 km Ke Selatan
SYDNEY: Pencarian Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 akan berubah ke kawasan sejauh 800 kilometer (km) di selatan lokasi pencarian sebelum ini berdasarkan analisis baharu laluan pesawat tersebut.
Pasukan penyiasat yang berusaha menyelesaikan misteri kehilangan pesawat Boeing 777-200ER itu dijangka meneroka kawasan berkeluasan 1,800 kilometer ke barat bandar raya Perth.
Akhbar West Australian melaporkan operasi mencari bawah laut itu akan disambung semula Ogos depan.
Sebelum ini, lokasi sama terhad kepada pencarian dari udara.
Akhbar itu yang memetik sumber Amerika Syarikat melaporkan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) akan mengumumkan lokasi baharu itu terletak 800 km ke selatan zon pencarian sebelum ini.
"Sumber mendedahkan kapal peninjau Fugro Equator sudah beroperasi di zon tersebut dan akan disertai kapal China, Zhu Kezhen tidak lama lagi," kata laporan itu.
Dua kapal itu akan meninjau lokasi baharu itu yang memiliki kedalaman hingga 6,000 meter sebelum pencarian dasar aut dimulakan.
Sebelum ini, pencarian MH370 melibatkan operasi besar-besaran di udara dan laut gagal menemui bangkai atau serpihan pesawat itu.
Boeing777-200 tersebut bersama 239 penumpang dan anak kapal hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac lalu.
Sumber: mStar
TOP
Nina Iskandar Jadi Mangsa Kutukan Di Laman Sosial
Penampilan Nina Iskandar yang kini bertudung mengundang spekulasi yang kononnya dia berubah kerana inngin menamatkan zaman bujangnya dalam sedikit masa lagi. Bagaimanapun, gadis kelahiran Brunei itu menafikan perkara tersebut. Sebaliknya Nina memberitahu perubahan tersebut lahir dari lubuk hatinya sendiri.
"Saya bukan berhijab untuk berkahwin, tetapi untuk kebaikan diri sendiri. Saya menyerahkan soal jodoh sepenuhnya kepada Tuhan," ujar Nina ketika ditemui di majlis pratonton filem Pengantin Malam di Sunway Pyramid, baru- baru ini.
Menurut Nina, sejak bertudung hidupnya lebih tenang dan banyak perubahan ke arah positif. Namun sebagai artis yang berhijab, dia perlu menerima kritikan yang diberikan di laman sosial secara terbuka.
"Lumrah manusia orang akan sentiasa mengata. Kadang kala apa yang digayakan akan sentiasa mendapat kritikan terutama sekali di laman sosial Intagram. Pemakaian saya di Anugerah Bintang Popular baru-baru ini turut dikritik kerana dikatakan terlalu ketat. Bagaimanapun saya mengambil pendekatan untuk tidak melenting dengan kritikan yang diberikan," ujar Nina lagi.
Bagi Nina, dia enggan terlalu mengendahkan kutukan serta kata-kata negatif, tetapi memilih untuk lebih berhati- hati dalam pergaulan serta pemakaian.
Nina beruntung kerana dia sebelum ini dia gemar berfesyen menggunakan skaf dan kini dia boleh menggunakan koleksi tersebut untuk digayakan sebagai hijab.
Dalam perkembangan terkini, Nina bergandingan dengan Shah Iskandar, Amar Asyraf dan Azlee Khairi untuk sebuah telefilem berjudul 'Raya Ni Mesti Kahwin'.
Sumber - gua.com.my
TOP
Kenaikan IHP Beri Cabaran Kepada Rakyat
KUALA LUMPUR – Peningkatan Indeks Harga Pengguna (IHP) yang diumumkan baru-baru ini memberi gambaran akan cabaran dan kesan kos sara hidup yang bakal dihadapi rakyat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau, bagaimanapun, yakin kerajaan melalui Bank Negara dan agensi berkaitan akan memantau peningkatan ini agar kadar inflasi negara terkawal.
Di samping itu, menurut Mustapa, kerajaan melalui Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan terus memantau dan membendung kenaikan harga barang bagi mengurangkan beban rakyat.
“Walaupun dilihat ada sedikit peningkatan dari segi harga dan inflasi, tapi ia masih lagi dalam kadar yang rendah berbanding negara-negara lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program kesukarelawan 1M4U: Program Keceriaan Jejambat Jalan Duta dan ‘Green Ambassador’ di sini, hari ini.
Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan semalam berkata IHP negara meningkat 3.2 peratus kepada 110.0 pada Mei 2014 daripada 106.6 yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Manakala bagi tempoh Januari hingga Mei 2014, IHP naik 3.4 peratus kepada 109.8 berbanding 106.2 sebelumnya.
Sementara itu apabila ditanya mengenai isu pergolakan di Iraq sekarang yang telah menyebabkan kenaikan harga minyak mentah dunia Mustapa berkata sekiranya krisis itu berlarutan ia akan memberi cabaran kepada ekonomi negara.
“Jika berlarutan ia akan memberi cabaran kepada ekonomi negara dan untuk itu MITI akan terus memastikan perdagangan dan pelaburan negara dipertingkatkan bagi mengukuhkan ekonomi,” katanya.
Sumber – BERNAMA
TOP
Sultan Johor Mulakan Kembara Dengan Memandu Bas
JOHOR BAHRU – Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini berangkat memulakan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2014 selama empat hari dengan memandu bas untuk berjumpa rakyat di 10 daerah di negeri ini.
Kembara bertemakan ‘Gaya Hidup Sihat’ melibatkan laluan sejauh 858 kilometer itu bermula di Dataran Bandaraya Johor Baharu, di sini, pada pukul 9 pagi ini dengan pelepasan dilakukan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Tan Sri Mohamad Aziz.
Berangkat sama menyertai kembara berkenaan, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail dan kerabat diraja lain.
Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Ismail Karim, Datuk Bandar Johor Baharu Abdul Rahman Mohamed Dewam dan para pegawai kerajaan.
Terdahulu, Mohamed Khaled dalam ucapannya berkata KMJ yang dianjurkan sejak 2001 dapat merapatkan hubungan baik antara pihak istana, kerajaan negeri dan rakyat jelata sekali gus memperkukuhkan institusi raja berperlembagaan.
“KMJ kali ke-17 ini juga dapat menarik kehadiran pelancong ke negeri ini dan lebih membanggakan program ini diberi pengiktirafan oleh kerajaan persekutuan sebagai satu daripada acara pelancongan utama dalam kalendar Tahun Melawat Malaysia 2014,” katanya.
Beliau berkata kehadiran rakyat di sepanjang lokasi kembara itu juga sekali gus dapat mempromosikan produk-produk tempatan dan mampu menjayakan dasar Satu Daerah Satu Industri yang sedang dibangunkan kerajaan negeri Johor ketika ini.
Hari ini, Sultan Johor yang memandu bas mewah ‘Prevost Marathon Coach’ bersama rombongan baginda dijadual singgah di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), di Seri Alam, di sini sebelum berangkat ke Dewan Felda Bukit Permai dan Taman Komuniti Bandar Tenggara, dekat Kulaijaya.
KMJ kemudian meneruskan perjalanan ke Hutan Lipur Panti di Kota Tinggi sebelum menamatkan hari pertama dengan bermalam di Kampung Sri Lalang di Mersing.
Pelbagai acara diatur di setiap laluan yang disinggahi Sultan Ibrahim dan rombongan baginda sepanjang KMJ berlangsung termasuk pelancaran kempen ‘Johor Bebas Asap Rokok’, senam robik dan pameran kesihatan dalam mempromosi gaya hidup sihat selain pengagihan aiskrim secara percuma kepada rakyat.
Sultan Ibrahim akan turut menyampaikan sumbangan Majlis Agama Islam Johor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor kepada golongan yang layak sepanjang kembara berkenaan.
Sumber: BERNAMA
TOP
Bot Karam Di Banting: Pencarian Baki 20 Mangsa Diteruskan
MORIB: Operasi mencari dan menyelamat baki 20 warga asing yang hilang selepas bot karam di sepanjang Sungai Air Hitam memasuki hari keempat.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Azmi Saadon berkata, seramai 174 kakitangan dan 15 bot dari pelbagai agensi telah dikerahkan ke tempat kejadian bermula pukul 9 pagi hari Sabtu.
"Kami juga menggunkan helikopter membantu pencarian mencari untuk mangsa-mangsa yang hilang.
"Hari ini kami telah membahagikan carian kepada empat kawasan dari Tanjung Ru ke Tanjung Tongkah," katanya.
Sumber: mStar
TOP
Hisham belum sedia jadi nombor 2
HENDAK dikatakan ribut dalam cawan pun bukan. Sebabnya memang tidak ada punca pun untuk dikaitkan dengan cerita kononnya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletak jawatan dalam masa terdekat.
Namun itulah yang disebarkan merata blog dan juga oleh tok-tok nujum politik sejak beberapa hari lepas.
Paling tidak munasabah apabila cerita itu dikaitkan pula dengan ura-ura rombakan Kabinet akan dilakukan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh beberapa hari ini, khusus untuk membawa masuk pemimpin MCA dan Gerakan.
Apa pula kaitannya kemasukan mereka hingga Muhyiddin perlu digugurkan?
Ya, semua orang pun tahu bahawa pelantikan Timbalan Perdana Menteri, seperti juga anggota Kabinet yang lain adalah prerogatif Perdana Menteri. Namun haruslah ada sebab-sebab yang relevan sekalipun memang hak Najib sebagai pemimpin utama parti yang memerintah untuk menggugurkan sesiapa sahaja termasuk Muhyiddin. Ini samalah juga dengan bidang kuasanya untuk melantik mana-mana pemimpin lain termasuk sepupunya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ke kedudukan yang lebih atas jika memang itu yang mahu dilakukan. Namun takkanlah urusan yang sangat penting itu boleh dilakukan semudah itu sahaja?
Sedangkan mahu menurunkan Datuk Seri Ahmad Said dari kerusi Menteri Besar Terengganu tempoh hari pun bukan main bergelora Laut China Selatan dibuatnya. Inikan pula orang nombor dua negara!
Berani mati
Muhyiddin sudah lima tahun pegang jawatan Timbalan Perdana Menteri - sejak 9 April 2009. Apakah dalam tempoh itu beliau tidak punya penyokong tegar yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan dirinya?
Memahami pengaruh kepimpinan politik negara kita, setiap pemimpin yang naik, pasti akan ada penyokong setia yang mengelilingi dan 'berani mati' untuknya. 'Berani mati' di sini bermaksud kesetiaan dan tidak ada kaitan dengan keganasan atau pertumpahan darah. Kalau ada darah, mungkin sekadar darah nyamuk yang mana ramai penyokong kepada seseorang pemimpin politik tanpa segan silu dan pada bila-bila masa sanggup sahaja berebut menampar mati nyamuk yang menghisap darah bos mereka. Berbalik kepada Muhyiddin, beliau bukan orang baharu dalam politik. Pernah memegang jawatan menteri besar dan ini sudah tentu meletakkan beliau pada kedudukan yang seharusnya mempunyai ramai penyokong tegar. Membicarakan hal ini, saya tidaklah bermaksud untuk membawa persepsi kepada umum bahawa Muhyiddin sedang mengejar jawatan mahu jadi nombor satu. Akan tetapi dalam kedudukannya sekarang, sudah tentu mereka yang ada di sekelilingnya mengharapkan beliau akan sampai juga ke tempat itu.
Justeru dalam keadaan tidak ada hujan, tidak ada ribut seperti sekarang, apakah mereka sanggup untuk berdiam jika benar bos yang ditatang tiba-tiba 'ditendang'?
Harus juga diingat bahawa karakter Najib bukanlah seorang yang berani mengambil risiko, apa lagi yang sebesar menggugurkan timbalannya sendiri daripada Kabinet. Dalam kata lain, Najib adalah seorang yang sering memilih untuk bermain selamat atau play safe. Terlalu banyak contoh untuk memperkatakan hal itu.
Play safe
Lihatlah juga bagaimana beliau naik ke kerusi nombor satu. Bukankah secara tidak langsung yang 'membantu' menaikkannya dahulu adalah kritikan bertalu-talu Muhyiddin terhadap kepimpinan Pak Lah hingga akhirnya Pak Lah terpaksa melepaskan jawatan dan beri laluan kepada Najib. Saya tidak percaya kalau dikatakan bahawa Najib tidak mengenang semua itu dan tergamak pula untuk mengambil tindakan yang begitu drastik, meminggirkan Muhyiddin apabila kedudukannya sudah selesa. Meskipun sering disebut orang bahawa politik adalah the art of possible, namun dalam konteks ini, kita harus berbalik kepada karakter semula jadi Najib seperti yang saya nyatakan tadi.
Lagi pula siapa yang mahu dinaikkan? Hishammuddin? Apa jasa besar Hishammuddin?
Meskipun kita sedar sebagai saudara yang ada hubungan darah dan mungkin pula turut menganggap jawatan Perdana Menteri Malaysia umpama legasi keluarga mereka, namun pasti ada yang akan mempertikaikan Najib jika Hishammuddin yang dipilih sebagai bakal penggantinya. Keupayaannya mengendalikan sidang akhbar setiap hari susulan tragedi kehilangan MH370 diperakui telah memberikan impak 'mileage' kepada Hishammuddin namun jika itu semata-mata yang dijadikan sandaran, masih belum cukup. Ini kerana Hishammuddin antara menteri yang dianggap tidak 'perform' sebelum ini. Pandangan ini turut sama berlegar dalam kalangan orang Umno sendiri. Beliau tidak membanggakan di mana-mana sahaja kementerian atau portfolio yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Melainkan keupayaannya mengendalikan sidang akhbar kes MH370, hampir tidak ada pujian ataupun akreditasi buat Hishammuddin sepanjang beliau berada dalam Kabinet. Ini sekadar pernyataan pandangan. Siapalah saya untuk menilai Hishammuddin, apa lagi menganggap beliau seorang pemimpin yang teruk. Kita yakin beliau sudah melakukan sekadar upayanya. Namun jika mahu dikaitkan spekulasi pengguguran Muhyiddin sebagai laluan kepada beliau untuk dilantik Timbalan Perdana Menteri, saya tidak melihat itu keputusan yang paling baik untuk negara kita buat masa ini. Bukan sekarang masanya untuk Hishammuddin jadi orang nombor dua! Sumber - sinar harian

Semua Air Lombong Ada Kandungan Logam Berat – Pakar
Serdang – Setiap air lombong tidak akan terhindar daripada kandungan logam berat, demikian kata Pensyarah Fakulti Pengajian Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM), Faradiella Mohd Kusin.
Justeru beliau berpendapat, adalah sesuatu yang subjektif untuk menentukan air lombong adalah selamat atau tidak.
Menurutnya, ini kerana kandungan logam berat dalam air adalah berbeza di setiap lombong sama ada di lombong yang ditinggalkan atau masih aktif digunakan.
Katanya, bagaimanapun hasil kajian mendapati bahawa lombong yang masih aktif mempunyai kandungan logam berat yang lebih rendah dan ia masih boleh dirawat sebelum dibekalkan kepada pengguna.
“Walaupun di lombong yang masih aktif ada logam berat, jadi apabila air dialirkan ke Sungai Selangor, selepas pemantauan didapati kandungan bahan logam itu semakin berkurangan.
“Sekiranya kita ada banyak lombong misalnya, tidak semestinya kesemua itu mempunyai fizikal kimia yang sama.
“Sebenarnya adalah subjektif untuk kita katakan sama ada air lombong adalah selamat atau tidak, ia boleh jadi selamat atau tidak,” katanya.
Sebelum ini Kerajaan Selangor membuat keputusan menggunakan air lombong bertujuan menambah kuantiti air dalam empangan itu bagi menghadapi musm kemarau akan datang.
Keputusan ini ditentang pelbagai pihak termasuk wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat (PR) sendiri, iaitu Ahli Parlimen Klang Charles Santiago yang risau akan keselamatan yang bakal menjadi risiko kepada rakyat negeri itu.
Selain itu ADUN Seri Andalas Dr Xavier Jayakumar turut menggesa Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mendedahkan kepada umum hasil kajian kualiti air lombong yang diputuskan bersama oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) untuk digunakan.
Mengikut prosedur, Dr Faradeilla , lazimnya air lombong akan dialirkan ke Sungai Selangor sebelum sampai ke loji rawatan air sebelum diagihkan kepada pengguna.
Dalam masa sama, beliau berpendapat air lombong sebagai bekalan air buat masa ini adalah cara yang berpotensi kerana tiada alternatif lain setakat ini yang boleh digunakan.
“Hasil kajian saya mendapati air lombong berpotensi untuk menjadi bekalan air mentah dengan syarat dari segi kualiti selamat digunakan menetapi kriteria yang ditetapkan oleh KKM, tidak masalah untuk digunakan sebagai air alternatif,” jelasnya.
Sumber - suara tv
TOP
Chef Wan Hanya Mahu Mendidik
Semenjak kebelakangan ini, chef selebriti dan pengacara, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan sering dihimpit kontroversi berkenaan dengan akaun Instagram miliknya. Bermula dengan kes nasi lemak 'telanjang', isu MH370, isu budu, dan yang terbaru isu coklat lemak babi. Apa yang diperkatakan oleh Chef Wan menerusi akaun Instagramnya pasti mengundang sensasi di laman sosial.
Peluang bertemu Chef Wan di majlis pelancaran Feast of Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Selasa membuka peluang kepada GUA untuk mendapatkan komen empunya badan.
"Bila saya bersuara sahaja menerusi Instagram, pasti ada golongan pembenci. Seperti contoh, isu coklat lemak babi, saya hanya menyuarakan pendapat saya. Jika benar perkara itu berlaku, kita seharusnya tutup mulut sahaja. Jaga sensitiviti orang lain yang tinggal di Malaysia. Masing-masing ada kepercayaan sendiri. Tapi adakalanya, orang kita termelatah lebih," ujarnya memulakan bicara.
"Pengikut Instagram saya bukan orang Melayu sahaja. Malah pelbagai lagi bangsa lain. Saya cuma melemparkan nasihat dan mendidik pada masa yang sama. Saya tegur kerana tidak mahu orang memandang kita ini seperti katak di bawah tempurung. Hormati perasaan rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa," katanya lagi.
Seringkali menerima komen berbau negatif golongan pembenci, Chef Wan tidak menghiraukan apa yang diperkatakan oleh mereka.
"Saya biarkan sahaja. Bagi saya mudah, 'ada aku kisah?'. Saya tidak menyekat mereka. Biar sahaja mereka mahu membenci saya di Instagram. Golongan pengikut yang saya sekat adalah mereka yang tidak meletakkan gambar wajah mereka dalam profil. Ada yang meletakkan gambar kaki, gambar kucing dan sebagainya. Saya lakukan perkara begitu kerana saya mahu Instagram saya 'transparent' di mana saya kenal dan boleh melihat wajah siapa yang berinteraksi dengan saya dan sebagainya. Mereka yang mengikuti saya harus menghormati saya dengan menunjukkan wajah mereka," ulas Chef Wan lagi.
Persoalannya, adakah pelakon filem 'Lurah Dendam' ini berasa tertekan kerana golongan pembenci yang wujud di akaun Instagramnya?
"Saya tidak tertekan. Kalau betul saya tertekan, sudah lama saya tutup akaun Instagram saya. Sampai satu tahap itu, saya menyedari yang diri kita akan selamanya ada orang yang tidak suka. Kalau saya tutup akaun atau rasa tertekan, pastinya golongan 'haters' ini akan suka. Selagi apa yang saya lakukan ini saya rasakan okay, selagi itu saya akan teruskan," katanya mengakhiri perbualan.
Sumber - gua.com.my
TOP
Steven Spielberg ungguli carta 25 pengarah filem terbaik Hollywood
Siapa yang tak kenal dengan Steven Spielberg, pengarah filem Indiana Jones, Jurassic Park, Back to The Future dan banyak lagi.. filem yang evergreen terbaik sepanjang zaman, tengok sampai sepuluh kali pun tak puas.
Senarai 25 pengarah Hollywood terbaik
25. John G. Avildsen – Rocky
24. James Cameron – Titanic
23. Frank Capra – Mr. Deeds Goes to Town
22. Jonathan Demme – The Silence of the Lambs
21. Francis Ford Coppola – The Godfather Part II
20. Clint Eastwood – Million Dollar Baby
19. Oliver Stone – Platoon
18. Robert Zemeckis – Forrest Gump
17. William Friedkin – The French Connection
16. Victor Fleming – Gone With the Wind
15. MiloÅ¡ Forman – One Flew Over the Cuckoo’s Nest
14. William Wyler – Ben-Hur
13. Alfonso Cuaron – Gravity
12. John Ford – The Grapes of Wrath
11. Sam Mendes – American Beauty
10. Martin Scorsese – The Departed
9. David Lean – Lawrence of Arabia
8. Billy Wilder – The Apartment
7. Michael Curtiz – Casablanca
6. Elia Kazan – On the Waterfront
5. Mike Nichols – The Graduate
4. Steven Spielberg – Saving Private Ryan
3. Kathryn Bigelow – The Hurt Locker
2. Woody Allen – Annie Hall
1. Steven Spielberg – Schindler’s List

Seorang Pelajar UIAM Maut Terlibat Kemalangan
NIBONG TEBAL – Seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) maut selepas motosikalnya terlibat dalam kemalangan di Km 151.8 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara berhampiran Bukit Tambun di sini pagi Sabtu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafien Mamat berkata Mohamad Faiz Hassan, 21, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Kedah untuk pulang ke rumah keluarganya sebelum terlibat dalam kemalangan pada pukul 8.30 pagi.
“Difahamkan mangsa yang menunggang seorang diri baru tamat peperiksaan penggal dan dalam perjalanan pulang ke Kampung Alor Gunong.
“Siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang di lorong kanan dipercayaitelah bergesel dengan sebuah kenderaan lain sebelum hilang kawalan dan terjatuh,” katanya kepada pemberita pada Sabtu.
Mangsa meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.Shafien berkata kenderaan yang turut terlibat didapati tidak lagi berada di lokasi kejadian.
“Kita akan menyemak kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di lebuh raya bagi melihat bagaimana kemalangan berlaku dan mengenal pasti kenderaan yang terlibat,” katanya.
Mayat pelajar itu telah dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk dibedah siasat.Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kemalangan itu menghubungi balai polis berdekatan.
Sementara itu di Bukit Mertajam, seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) patah tangan kiri dan luka di dahi selepas motosikal yang ditunggangnya terjatuh ke dalam longkang ketika cuba mengelak sebuah kereta di bulatan Bukit Tengah pada Jumaat malam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Rusli Mohd Noor berkata ketika kejadian 11.05 malam itu, Kpl Jamaludin Shafie, 55, bersama seorang lagi rakannya sedang menjalankan rondaan mencegah jenayah di kawasan berkenaan.
Kejadian itu berlaku apabila anggota dari Balai Polis Bukit Tengah itu cuba mengelak sebuah kereta yang sebelum itu menyisi kenderaan yang lain menyebabkan motosikal yang ditunggangnya terbabas lalu terjatuh ke dalam longkang, katanya.
Rusli berkata anggota polis berkenaan dihantar ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk rawatan lanjut dan dia dilaporkan dalam keadaan stabil.
“Saya telah pergi melawat mangsa di HBM selepas dimaklumkan mengenai kemalangan itu dan dia dibenarkan keluar hospital awal pagi Sabtu selepas menerima rawatan,” jelasnya
Sumber – BERNAMA
TOP
Gambar Hanez Suraya Di KL Fashion Week !
Memang putih, slim dan cantik si Hanez Suraya ni. Kalau tak takkan jadi idaman jejaka bernama Romie.
Hanez di laman sosialnya telah mengemaskan kini dan mempromosikan KLFW (Kuala Lumpur Fashion Week) dan memuatnaik 2 keping gambar terkini.
Gambar Hanez Suraya memang agak seksi namun sesuailah dengan kehendak fashion di KLFW agaknya.
Namun seperti biasa pelbagai komen dari peminat terhadap apa yang Hanez tampilkan, ada sahaja mereka tidak puas hati dan mengkritik, ini lah lumrah seorang selebriti popular seperti Hanez. Sumber Hotlipscorner

PT3: Guru perlu beri penerangan kepada ibu bapa
SHAH ALAM - Guru diminta membantu memberi penerangan kepada ibu bapa tentang peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang akan bermula Julai ini.
Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan berkata, penjelasan itu boleh diberikan menerusi sesi pertemuan khas atau platform Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIGB).
"Kementerian mahu guru-guru kerap berjumpa ibu bapa bagi memberi penjelasan dan pencerahan berhubung perkara ini sebab ada sebilangan yang belum memahami apa itu peperiksaan PT3.
"Kita tidak mahu bila peperiksaan ini telah dilaksanakan, ada lagi ibu bapa yang tidak faham mengenainya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat khas bersama-sama pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Selangor di sini, hari ini.
Beliau turut menasihati ibu bapa agar tidak ragu-ragu dan memberi peluang kepada kerajaan untuk melaksanakan sistem peperiksaan PT3 bagi menggantikan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Kamalanathan berkata, guru besar dan guru juga perlu mempunyai pemahaman mendalam tentang peperiksaan tersebut supaya mereka tahu mengatasi masalah yang mungkin timbul semasa pelaksanaannya nanti.
Pada 14 Jun lepas, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, peperiksaan PT3 bagi menggantikan PMR bermula 1 Julai ini dan ia akan dimulakan dengan Instrumen Kajian Kes berbentuk kerja kursus bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi bermula 1 hingga 18 Julai.
Ini akan diikuti ujian bertulis bagi 11 mata pelajaran lain pula pada 12 hingga 17 Oktober depan dan ujian lisan (mendengar dan bertutur) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris dalam tempoh 6 hingga 29 Ogos ini. - Bernama
Sumber - sinar harian
TOP
Gelatin dimonopoli bukan Islam
SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendedahkan, industri penghasilan pes makanan dan gelatin kebanyakannya dihasilkan oleh orang bukan Islam dan ia digunakan pengusaha Islam dalam pembuatan produk makanan mereka.
Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Muhammad Naim Mohd Aziz berkata, pemberian sijil halal kepada pengusaha makanan dibuat berdasarkan ramuan asas dalam sesuatu produk itu termasuk penggunaan pes dan gelatin.
"Sebab itu kami (Jakim) perkenalkan sistem jaminan halal melalui sijil halal.
"Ini kerana ramai orang Islam yang duduk dalam industri tidak menghasilkan bahan mentah termasuk pes dan gelatin, sebaliknya menghasilkan produk siap sahaja," katanya pada Wacana Sinar siri ke-29 bertajuk Isu Halal: Apa Hak Pengguna, di Auditorium Sultan Muhammad V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Muhammad Naim menambah, susulan ramainya bukan Islam memonopoli industri pembuatan pes makanan dan gelatin, Jakim terpaksa meneliti ramuan asas sesuatu produk sebelum sijil halal diberikan.
"Penggunaan gelatin sangat meluas di negara ini sehingga pembuatan filem kamera pun ada gelatin, apatah lagi coklat, marshmallow dan ubat-ubatan.
"Industri gelatin ini tidak dimiliki oleh orang Islam, kita hanya mengambil produk yang telah dihasilkan oleh orang bukan Islam, sebab itu perlunya pensijilan halal," katanya.
Sementara itu, mengulas cadangan ahli akademik, Prof Datuk Dr Asri Zainul Abidin supaya produk haram dilabelkan, beliau berkata, melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, satu undang-undang baharu telah diwujudkan dengan melabelkan produk yang mengandungi babi.
"Produk yang mengandungi babi tetapi tidak dilabelkan, mereka terbabit boleh diambil tindakan di bawah pelabelan.
"Dunia pensijilan halal ini adalah dunia industri, sebab itu kami sangat jaga kerana keperluan semasa yang sangat mendesak, sebab kita (Islam) tidak menghasil bahan asas, kita tidak tahu apa yang berlaku di rantaian," katanya lagi.
Sumber - sinar harian
TOP
Syabas terima 530,385 aduan dalam masa 3 bulan
PETALING JAYA - Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menerima 530,358 panggilan aduan berkaitan kes paip bocor, paip pecah dan kualiti air dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, pihaknya berjaya mengambil tindakan sewajarnya setiap kali menerima aduan daripada pengguna menerusi talian bebas Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL).
"Tindakan pantas menyalurkan maklumat banyak membantu pihak Syabas
mengambil tindakan dengan segera, terutama dalam mengurangkan kesulitan pengguna," katanya pada majlis penyampaian hadiah program Cabutan Bertuah Hadiah Pelanggan Prihatin Syabas di Subang Jaya, dekat sini, hari ini.
Program pelanggan prihatin Syabas diperkenalkan pada 2005 bagi menghargai pelanggan yang membuat aduan atau memberi maklum balas berkaitan perkhidmatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Abdul Halem berkata, Syabas dalam perancangan untuk menyediakan hadiah lebih lumayan dan menarik bagi program tersebut sempena menyambut ulang tahun ke-10 syarikat itu, awal tahun depan.
Pada program itu, sebanyak 15 pemanggil bertuah memenangi hadiah menarik antaranya televisyen LED 32 dan 42 inci, telefon pintar jenama Samsung Galaxy Grand dan tablet Samsung Galaxy Tab 3.
Sumber - Bernama
TOP
GST bolehkan kerajaan naik elaun penjawat awam
MELAKA - Pertambahan hasil daripada pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan membolehkan kerajaan menimbang pelbagai permintaan termasuk kenaikan elaun penjawat awam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata kerajaan memerlukan hasil tambahan baharu bagi memenuhi permintaan itu dan sistem GST yang lebih telus serta efisien dilihat dapat membantu menambah hasil kerajaan.
"Kalau Presiden Cuepacs (Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam) nak minta tambah elaun dan sebagainya, saya sebagai Menteri Kewangan perlu cari hasil tambahan, barulah boleh saya pertimbangkan.
"Kita tidak boleh pinjam duit daripada institusi kewangan seperti Bank Dunia nak bayar gaji, elaun... tak boleh, resepi itu boleh membawa kepada bencana ekonomi," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Hari Pekerja 2014 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di sini, hari ini.
Katanya rasional pelaksanaan GST perlu difahami masyarakat di setiap peringkat sebagai suatu sistem yang mendatangkan kebaikan kepada negara dan rakyat.
Najib turut menegaskan pelaksanaan GST bukan untuk membebankan rakyat sebaliknya untuk memperkukuhkan hasil negara yang kemudian diagihkan kembali kepada rakyat.
"Bukan semua barang akan naik (dan) bukan semua perkhidmatan akan naik (disebabkan GST), banyak barangan perkhidmatan asas akan dikecualikan daripada GST, inilah yang patut kita faham," katanya.
GST diumumkan Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2014 di Parlimen Oktober tahun lepas dan akan dilaksanakan mulai 1 April 2015, menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.
Sistem cukai baharu itu menetapkan enam peratus kadar cukai berbanding cukai jualan dan perkhidmatan berjumlah 16 peratus.
Sementara itu, mengulas Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang dikhuatiri Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bakal memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi negara dan warga pekerja, Najib berkata negara yang menyertai perjanjian TPP mempunyai kelebihan tertentu terutamanya dalam perkara melibatkan pelaburan dan pasaran.
"Malaysia tiada pasaran domestik yang besar seperti Indonesia atau China, kita bergantung kepada pasaran dunia, kalau kita hilang daya saing maka jumlah pelaburan dalam negara akan merudum dan akhirnya tidak berjaya menambah pekerjaan atau menaikkan kualiti pekerjaan ke peringkat lebih tinggi lagi," katanya.
Namun, beliau berjanji akan melakukan yang terbaik untuk rakyat serta tidak akan membuat keputusan sehingga mengorbankan kepentingan negara.
Sumber - Bernama
TOP
Oppo Find 7 Akan Memasuki Pasaran Malaysia Bermula 30 Jun
Spesifikasi yang tinggi tidak boleh dipisahkan dengan harga premium. Seperti Oppo Find 7 yang tampil dengan spec premium ala-ala LG G3 tidak lama lagi akan mula dijual di pasaran tempatan pada harga RM1,998 seunit. Bermula 30 Jun bagi semenanjung Malaysia dan 4 Julai bagi Sabah dan Sarawak, pengguna akan berpeluang membeli Oppo Find 7 pada harga tersebut.
Disebalik harga tinggi yang ditawarkan, Oppo Find 7 mempunyai tarikan tersendiri. Hadir dengan skrin resolusi 2K bersaiz 5.5 inci, kepadatan pixel 534 ppi antara yang tertinggi di pasaran ketika ini. Snapdragon 801 quad-core 2.5GHz, RAM 3GB, storage 32GB, dan LTE, juga antara yang terbaik mengikut standard hari ini.
Kamera 13 megapixel mampu mengambil video 4K pada 30 frame sesaat (fps), 1080p pada 60 fps dan juga 720p untuk 120 fps, sesuai untuk video slow motion. Kamera pada Find 7 tidak boleh dipusingkan kedepan seperti N1, jadi Oppo melengkapkan bahagian depan dengan kamera 5 megapixel. Ia masih lagi terbaik untuk berselfie. Fungsi lain yang ditekankan oleh Oppo adalah pengecas cepat yang dikatakan hanya mengambil masa 30 minit untuk mengecas sehingga 75%. Diatas kertas dilihat spesifikasi Oppo Find 7 sangat hampir dengan LG G3 kecuali tanpa kehadiran laser autofocus. Sanggupkah anda berbelanja hampir 2 ribu ringgit untuk sebuah Oppo atau tambah sedikit untuk jenama Korea dengan reputasi yang lebih baik, LG.
sumber - lazada

Fesyen pelik gaun ketat Anzalna Nasir terbelah paras peha
Anzalna Nasir merupakan salah seorang selebriti wanita yang menjadi kegemaran penulis bukan sahaja kerana kecantikan dan keseksiannya malah bakat lakonan dan cara beliau melayan peminat di laman sosial.
Memiliki ketinggian dan bentuk badan yang amat ideal, aktres berusia 26 tahun ini sering dipilih melakonkan watak antagonis iaitu sebagai perampas suami orang. Begitupun, reputasinya sebagai model dan duta produk tidak terjejas.
Terbaru, Anzalna telah menggayakan satu rekaan fesyen gaun ketat yang mempunyai belahan paras peha. Ia membuatkan penampilannya kurang menyerlah dan agak pelik. Benarkah?
Sumber - maisamedia.blogspot.com
Sumber - maisamedia.blogspot.com
TOP
Penyokong England desak Suarez diusir
KUALA LUMPUR: Selepas menjaringkan dua gol dan meletakkan England di ambang penyingkiran dari kejohanan Piala Dunia, penyokong Three Lions kini menggesa penyerang sensasi Liverpool itu diusir, menurut laporan laman web akhbar Metro negara itu.
Suarez yang menjaringkan dua gol untuk memberi Uruguay kemenangan penting dalam saingan Kumpulan D, memberitahu media selepas perlawanan semalam bahawa ia adalah sebagai membalas dendam layanan buruk yang diterimanya di England.
Berikutan itu, penyokong fanatik England mendesak Suarez diusir apabila beliau kembali ke England selepas kejohanan Piala Dunia.
Sumber - Berita harian
TOP
Cop haram lebih penting daripada cop halal, kata bekas Mufti
KUALA LUMPUR – Label haram untuk sesuatu produk lebih penting di Malaysia berbanding cop halal kerana negara ini merupakan majoriti penduduknya beragama Islam, kata bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Asri berkata, melalui kaedah sedemikian, mana-mana pengeluar dan premis produk yang tidak halal seharusnya mempamerkan logo berkenaan di premis mereka.
“Dalam negara seperti Malaysia yang orang Islam merupakan majoriti, tidak perlu cop halal, kita perlu cop haram
“Yang halal sudah tentu banyak, yang haram sudah tentu sedikit, itu lebih selamat,” katanya ketika Wacana Sinar Harian bertajuk “Isu Halal: Apa Hak Pengguna” di Kompleks Kumpulan Karangkraf di Shah Alam hari ini.
“Takkan orang bodoh nak bubuh cop haram palsu,” katanya.
Asri berkata, dalam isu produk yang dikeluarkan pengilang dan mempunyai isu berkenaan kredibiliti halal mereka, pengguna tidak seharusnya cepat melatah.
“Tuhan tidak akan menghukum manusia yang buat kesilapan.
“Tuhan jadikan alam untuk manusia, kalau salah Dia ampunkan,” katanya.
Jelas Asri, berdasarkan konsep agama, semua benda adalah halal, kecuali dibuktikan haram.
“Jika seseorang menuduh sesuatu benda itu haram, maka dia kena buktikan benda itu haram,” katanya.
Umat Islam membentuk sebahagian besar komuniti rakyat di negara ini, sekitar 61% daripada 29 juta populasi rakyat Malaysia.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) merupakan badan yang bertanggungjawab mengawal selia persijilan halal di Malaysia meliputi pelbagai produk.
Isu coklat Cadbury yang mengandungi DNA babi mencetuskan kekhuatiran umat Islam apabila dua produk coklat syarikat itu disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia mengandungi DNA berkenaan.
Asri berkata, di samping bergantung kepada kredibiliti persijilan halal Jakim, umat Islam seharusnya sedar akan konsep keluasan agama.
“Apa yang Jakim cop halal sudah tentu halal, apa yang Jakim tidak cop halal belum tentu haram.
“Boleh kita bergantung pada cop halal, tetapi perlu ada keluasan agama,” katanya.
Sumber -themalaysianinsider
TOP
Terkini Nabila Huda Merayu Amy Search Di Twitter
Berita terkini Nabila Huda merayu kat Amy Search di laman Twitter. Susulan isu Amy Search dan Nabila Huda tersebar, Nabila yang kini sedang bercuti di Pulau Mallorca merayu agar bapanya membaiki semula keadaan hura hara yang telah dicetuskan dilaman Instagram. Rayuan secara terbuka itu telah dibuat menerusi laman Twitter yang ditujukan khas kepada Amy Search. Terdahulu, penyanyi legenda Rock terkenal iaitu Amy Search telah mengeluarkan kata yang agak kesat untuk menegur kelakuan anaknya di salah satu foto Instagram milik Nabila Huda.
Punca Isu Nabila Huda Merayu Di Twitter
Sumber: melvister.com
Sumber: melvister.com
TOP
Khalid akui sudah lakukan sehabis baik
SHAH ALAM - Ketika terus dihimpit dengan desakan supaya melepaskan jawatannya, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, "saya tidak boleh menyenangkan semua orang".
Menulis perihal itu menerusi laman mikro Twitter miliknya, Abdul Khalid menambah, apa yang mampu dilakukannya hanyalah ".. cuba menguruskan sesuatu dengan wajar".
Semalam, Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Jaafar Sulaiman dilaporkan memberitahu beberapa pemimpin parti itu kini tidak lagi menyokong Abdul Khalid untuk terus menjadi menteri besar.
Menurut Jaafar, sikap Abdul Khalid yang sering membuat keputusan bersendirian serta membelakangkan rakan kompenan PR membuatkan mereka menolak kepimpinannya kali ini.
Bahkan corak pentadbiran Abdul Khalid pada penggal kedua ini juga dikatakan tidak berubah selepas ditegur beberapa pimpinan parti sebelum ini.
Ahli Parlimen Pas, Khalid Abdul Samad dan AJK Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad ketika dihubungi Sinar Harian Online semalam secara terbuka menyatakan barisan pimpinan PR wajar bertemu bagi mencari pengganti Abdul Khalid.
Menteri Besar Selangor itu pada sidang media hari ini dipetik sebagai berkata, terlalu banyak menangani isu sensitif menjadi punca timbulnya desakan supaya beliau berundur.
"Ketidakgembiraan adalah perkara biasa kerana saya menangani isu yang sensitif jadi tujuannya bukan untuk mendapatkan kesukaan dan keselesaaan.
"Tetapi saya hanya melakukan apa yang saya perlu lakukan dengan mengikut tata tertibnya dan undang-undang," katanya pada sidang media selepas merasmikan seminar pengurusan Majid dan surau negeri Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di sini.
Sumber - sinar harian
TOP
Isu Cadbury: Persatuan pengguna pun pening
SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akui masih keliru dengan status halal produk coklat Cadbury yang dilaporkan mengandungi DNA babi, baru-baru ini.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, meskipun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengesahkan Cadbury bebas DNA babi namun pihaknya masih ragu.
"Sekejap ada sekejap tak ada (DNA babi). Jadi kami pun tak tahu mana satu. Kita di persatuan pun jadi pening kepala. Sebab itu kita pakat dengan persatuan pemborong untuk boikot.
"Analisa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kata ada DNA babi. Jakim pula keluar kenyataan kata bebas DNA babi. Jadi, adakah analisa KKM itu tidak betul?," katanya pada Wacana Sinar Harian Siri ke-29, Isu Halal:Apa Hak Pengguna di Auditorium Sultan Muhammad V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau menyentuh soal kenyataan yang menyebut coklat dikaji tiada pencemaran ekoran diambil dari kilang.
"Kalau dikatakan Cadbury dari kilang tidak tercemar, kita kena beli coklat dari kilang sajalah. Tak boleh beli di luar lagi.
"Mungkin juga ini sabotaj atau makmal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Oleh sebab itu, kita minta polis buat siasatan," katanya.
Sumber - Sinar Harian
TOP
Tudung Fareeda hiasi pesawat Firefly
PENGELUAR tudung Fareeda Global Resources Sdn Bhd (Fareeda) memilih cara pengiklanan yang unik dengan mempromosikan produk keluaran syarikat itu pada badan pesawat milik Firefly Airlines (Firefly) bermula tahun ini.
Pengarah Urusan Fareeda, Aminuddin Basiron berkata, penglibatan kali pertama syarikat itu dalam pengiklanan melalui industri penerbangan bertujuan mempromosikan jenama Fareeda di beberapa kawasan di Asia Tenggara khususnya di Malaysia.
“Firefly sedang memperluaskan rangkaian (penerbangan) mereka jadi kami berharap kerjasama dengan Firefly ini akan meningkatkan perolehan Fareeda.
“Kerjasama ini akan berlangsung selama setahun tetapi kami berharap untuk meneruskannya (selepas itu). Kami percaya ia memberi manfaat kepada kedua-dua syarikat,” katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran iklan Fareeda pada badan pesawat ATR 72-600 Firefly di Subang, semalam.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Firefly Ignatius Ong, Pengasas Fareeda Faridah Zakaria, Pengarah Fareeda Mawar Abdul Karim dan Ketua Bahagian Pemasaran Fareeda Fizo Omar.
Menurut Aminuddin, promosi melalui Firefly itu diharap dapat menguar-uarkan jenama Fareeda sebelum syarikat itu membuka lebih banyak cawangan tahun ini termasuk di Terminal Skypark, Subang serta cawangan luar negaranya yang pertama di Brunei.
Ditanya sama ada Fareeda mempunyai rancangan untuk menjual tudung keluaran syarikat itu dalam penerbangan Firefly, Aminuddin berkata perkara itu masih dalam perbincangan.
Sementara itu, Ong berkata, iklan Fareeda pada badan pesawat Firefly hanyalah kerjasama permulaan dan kedua-dua syarikat merancang untuk menjalinkan lebih banyak kerjasama pada masa depan.
“Fareeda ialah jenama tempatan dinamik dan berasaskan keluarga yang kini sangat berjaya, dan dari satu sudut ia serupa dengan Firefly,” katanya.
Ong dalam ucapannya sebelum itu berkata, Firefly sebagai syarikat tempatan menyokong sepenuhnya usaha syarikat tempatan lain untuk mencapai matlamat operasi dan komersil mereka.
Sementara itu, mengulas berhubung kesan kehilangan pesawat MH370 kepada Firefly yang merupakan anak syarikat Malaysia Airlines, Ong berkata secara umumnya terdapat sedikit kesan kepada keseluruhan industri penerbangan.
“Tetapi (industri) penerbangan komersil ialah industri yang sangat rancak jadi ia mengambil tempoh pendek untuk kembali pulih dan kami sudah melihat semula peningkatan penumpang (selepas insiden itu),” katanya.
Beliau juga berkata, Firefly menyasarkan jumlah penumpang 20 peratus lebih tinggi berbanding dua juta penumpang tahun lalu berdasarkan keupayaan Firefly merangsang permintaan pasaran selain memberi perkhidmatan di laluan kurang diterokai syarikat penerbangan lain.
Firefly yang kini memiliki 14 pesawat akan membuka dua laluan baharu dari Johor ke Ipoh dan Pulau Pinang ke Krabi, Thailand masing-masing bermula 15 September dan 16 September tahun ini.
Sumber - Sinar Harian
TOP
Mohon maaf jika saya terkasar bahasa - Felixia
KUALA LUMPUR: “Mohon maaf jika saya tersalah atau terkasar bahasa, tapi saya rasa saya lebih berminat untuk mengetahui keindahan agama Islam,” tulis Felixia Yeap menerusi facebook, semalam.
Beliau seterusnya menulis sebagaimana di bawah.
Apa yang serba-sedikit mengecewakan saya sebagai seorang yang baru mula mengenali agama Islam?
Apabila saya terlalu kerap ditegur oleh orang yang hanya memandang berat tentang kuku saya, tentang gambar lama saya, tentang hal silam saya, tentang bila saya nak masuk Islam, tentang saya tidak harus tidak bertudung di rumah sendiri (walaupun telah di"blur"kan), tentang kenapa saya bertudung tapi tak masuk Islam, tentang saya dah Islam ke belum, tentang betapa salahnya seseorang itu mengambil gambar selfie...etc, etc, ETC.
Tapi teramatlah jarang sekali orang memberitahu saya tentang keindahan ajaran agama Islam, setiap kebaikkan Nabi Muhammad SAW yang kita harus ikuti, keperibadian yang baik setiap isteri Nabi Muhammad SAW yang harus kita sebagai wanita contohi, ketenangan yang boleh saya pelajari melalui setiap ajaran agama Islam, dan sebagainya.
Sumber - Bernama
TOP
Kerana RM5k, Dinoda Along
Antara bahana meminjam dengan along. Seorang kerani berusia 32 tahun diperkosa oleh along tersebut gara-gara gagal melunaskan pinjamannya sebanyak RM5000.
Pengorbanan seorang ibu untuk melangsaikan kos rawatan bil hospital anaknya bertukar tragedi apabila beliau diperkosa di sebuah hotel di ibu negara. Malangnya selepas diperkosa wanita tersebut tetap dipaksa untuk menjelaskan hutangnya sebanyak RM10 ribu termasuk bunga.
Akibat tertekan dan trauma, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Tun HS Lee.
Along tersebut mengugut untuk mengapa-apakannya jika tidak dapat menjelaskan hutang dalam tempoh ditetapkan. Suspek mencadangkan untuk meminjam dengan along yang lain bagi menjelaskan hutang tersebut. Ketika itulah wanita tersebut dibawa ke hotel berkenaan dan dirogol.
Mangsa yang tidak mempunyai pilihan bersetuju dan mereka berjanji berjumpa di sebuah hotel di Bukit Bintang, di sini, kelmarin untuk berjumpa dengan along terbabit,” katanya.
Menurutnya, sebaik mangsa tiba di lobi hotel, suspek mengajaknya masuk ke dalam sebuah bilik di hotel itu, namun dia enggan dan memberitahu ingin berbincang di lobi hotel.
Suspek bagaimanapun memberitahu along yang ingin diperkenalkannya tidak mahu kegiatannya disedari orang lain dan ingin berjumpa di dalam bilik.
Mangsa yang mempercayainya akur dan mengikut suspek, namun terkejut apabila kelibat along yang kononnya menunggu mereka di dalam bilik tiada sebaliknya suspek terus mengunci pintu,” katanya.
Sumber itu berkata, mangsa cuba melarikan diri, namun gagal apabila diperkosa suspek. Selepas selesai suspek meminta mangsa menjelaskan hutang itu dalam masa terdekat.
Sumber - http://iniceritaduniakita.blogspot.com
TOP
Siapa buat rekaan politik Muhyiddin mahu berhenti?
PERDANA Menteri, Najib Razak akhirnya bersuara berhubung kedudukan timbalannya, Muhyiddin Yassin di dalam Kabinet dengan menyatakan laporan media sosial mengenai perkara itu hanyalah rekaan politik politik pihak-pihak tertentu saja.
Najib berkata lagi, beliau mempunyai hubungan dan persefahaman yang amat baik dengan timbalannya itu, bahkan Muhyiddin juga sentiasa mendukung dan menjayakan segala dasar pembangunan nasional terutama yang berkait dengan transformasi negara.
Apabila Najib berkata, isu peletakan jawatan Muhyiddin itu semata-mata rekaan politik pihak-pihak tertentu, apa yang menjadi perhatian sekarang ialah, siapakah pihak tertentu itu?
Adakah ia dalam pengetahuan Najib dan beliau memandang serius mengenainya? Atau beliau tidak langsung mengambil berat mengenainya?
Apakah pihak tertentu yang dimaksudkan Najib itu adalah kumpulan yang mahu menggugat kepimpinannya yang sedang berhadapan dengan pelbagai masalah sekarang ini?
Adakah juga mungkin pihak tertentu itu dari kumpulan Muhyiddin sendiri yang bertujuan untuk menguji sejauh mana Perdana Menteri benar-benar memerlukan Muhyiddin sebagai timbalannya?
Mungkinkah juga penyebaran berita itu sengaja direka oleh salah seorang Naib Presiden Umno yang ada sekarang yang sudah tidak sabar lagi mahu mengambil alih tempat Muhyiddin itu? Jika ia benar, siapakah di antara tiga Naib Presiden Umno yang ada sekarang yang paling mungkin menyebarkan cerita rekaan itu?
Apakah ianya daripada orang-orang Zahid Hamidi yang merasakan Menteri Dalam Negeri itu paling layak untuk menggantikan Muhyiddin berikutan sudah dua kali mendapat undi tertinggi dalam perebutan jawatan Naib Presiden Umno?
Adakah ini mungkin kerja kumpulan Shafie Apdal yang menyebarkan cerita rekaan itu untuk disesuaikan dengan adanya sekarang ini desakan perlunya Timbalan Perdana Menteri dilantik daripada Borneo untuk menanangi pelbagai isu ketidakpuasan hati penduduk kedua negeri itu terhadap Putrajaya?
Tidak mustahilkah cerita rekaan ini dilakukan oleh orang-orang Hishammuddin dengan maksud melalui ketiadaan Muhyiddin nanti, peluangnya juga menjadi terbuka untuk menjadi pemimpin nombor dua dalam negara?
Dalam pada itu, mungkinkah isu Muhyiddin ini sengaja direka oleh orang-orang Najib sendiri dengan tujuan memberi tekanan agar Timbalan Perdana Menteri itu segera mengundurkan diri. Ini kerana Muhyiddin dilihat lebih sebagai pesaing berbanding pengikut kepada Najib, selain kedua-dua mereka juga mempunyai perbezaan stail dan gaya. Walaupun sehingga ini Muhyiddin tidak pernah bersetuju dengan desakan agar beliau menentang Najib, tetapi kedudukan Najib belum lagi seratus peratus selamat memandangkan satu demi satu isu yang timbul sentiasa membuatkan kerusi Perdana Menteri yang didudukinya berada dalam kedudukan dalam kedudukan bergoyang. Lantaran itu, jika berlaku sesuatu yang menggugat Najib, orang yang paling mudah ditonjolkan ialah Muhyiddin. Jika Muhyiddin tiada lagi dalam Kabinet, Najib boleh dikatakan tidak tergugat langsung biar bagaimana besar sekali pun gugatan yang diterimanya.
Atau mungkinkah cerita rekaan ini disebarkan oleh kumpulan Mahathir dan Daim yang hari demi hari semakin banyak rasa tidak puas hatinya terhadap kepimpinan Najib?
Secara mudahnya, jika benar kata Najib bahawa spekulasi mengenai Muhyiddin ini hanyalah rekaan politik pihak-pihak tertentu, tentulah ia direka oleh mereka yang sudah dapat membaca apa keuntungan daripadanya. Tentulah tidak mungkin ia direka oleh pihak-pihak yang tiada kepentingan atau sekadar suka-suka saja.
Dalam semua orang yang diandaikan berkemungkinan menyebarkan cerita rekaan itu, siapakah yang paling besar untungnya?
Mungkinkah Najib sebenarnya tahu siapa pereka cerita ini atau mungkinkah Najib sengaja berkata begitu untuk menutup perancangan lain yang sedang difikirkannya?
Bukanlah asing dalam politik, perkara yang dinafikan itu akhirnya menjadi sesuatu yang benar akhirnya. Di era kepimpinan Mahathir selama 22 tahun, banyak sekali perkara yang bermula dengan khabar angin, kemudian dinafikan tetapi akhirnya betul-betul menjadi kenyataan. Peletakan jawatan Musa Hitam dan pemecatan Anwar Ibrahim misalnya, kedua-duanya dinafikan pada awalnya oleh Mahathir tetapi akhirnya tetap menjadi kenyataan. Di era Najib pula, tidak sampai seminggu selepas beliau menafikan Ahmad Said akan ditukar sebagai Menteri Besar Terengganu, namun akhirnya hayat politiknya dipancung hanya beberapa hari sebelum kenduri kahwin anak perempuannya. Sementara ramai mula menelah siapakah yang dimaksudkan Najib pihak tertentu yang cuba menyebar cerita rekaan politik mengenai kedudukan Muhyiddin ini, dan sebelum itu Muhyiddin juga sudah menafikan beliau akan berundur, apa pun yang di luar jangkaan atau sudah dinafikan, tetap tidak mustahil akan berlaku. Sumber - Shahbudin Husin drpd sinar harian

Malaysia Disenarai AS Antara Negara Gagal Banteras Pemerdagangan Manusia
KUALA LUMPUR: Malaysia telah diletakkan dalam kumpulan terbawah bersama Thailand dan Venezuela oleh Amerika Syarikat (AS) sebagai antara negara yang didakwa gagal menangani pemerdagangan manusia.
Menurut laporan AFP, Malaysia bersama dua negara itu di samping Gambia menyertai beberapa lagi negara seperti Iran, Korea Utara dan Syria yang telah sedia ada berada di dalam senarai tersebut.
Menurut laporan '2014 Trafficking in Persons Report' yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara AS semalam, Malaysia berhadapan dengan risiko dikenakan sekatan oleh negara itu.
Berdasarkan laporan, Malaysia telah diturunkan kepada kumpulan 'tahap 3' itu setelah didakwa tidak mengendahkan amaran untuk merangka rancangan untuk mematuhi piawaian minimum bagi penghapusan perdagangan manusia.
Banyak syarikat di Malaysia didakwa membawa masuk pekerja-pekerja yang menanggung hutang besar kepada penyeludup di mana akhirnya mereka ini terpaksa bekerja secara perhambaan di ladang-ladang, bot-bot nelayan atau sebagai pelacur.
Mereka yang berjaya melarikan diri sering dipenjarakan oleh pihak berkuasa, kadang-kala hingga setahun, yang dilihat oleh pihak Jabatan Negara AS sebagai 'usaha yang tidak mencukupi' untuk melindungi mangsa.
Menurut laporan senarai tersebut, berpuluh-puluh ribu mangsa pemerdagangan manusia berakhir di Thailand sebagai migran yang dipaksa, dipujuk atau ditipu untuk menjadi buruh atau dieksploitasi sebagai pelacur.
Bagaimanapun, pendakwaan berhubung kes pemerdagangan manusia pula meningkat pada 2013 kepada 9,460 kes berbanding 7,705 pada 2012, manakala lebih 44,750 mangsa turut dikenal pasti.
Daripada 188 negara yang berada dalam senarai tersebut, 15 negara diturunkan taraf berbanding tahun lalu, manakala 15 lagi mencatat kenaikan atas usaha mereka menangani pemerdagangan manusia.
Antara negara yang mendapat keputusan positif termasuk Chile dan Switzerland yang kini menduduki peringkat 1 bersama Britain dan AS.
Pada laporan lepas, Malaysia berada dalam senarai tahap 2 di bawah pemerhatian.
Berdasarkan laporan Utusan Malaysia bertarikh 5 Mac 2014, Malaysia kini telah menjadi negara transit dan destinasi jenayah pemerdagangan manusia ini.
Menurut laporan tersebut, ada juga tanda-tanda menunjukkan ia juga boleh menjadi negara sumber, meskipun masih di tahap rendah, namun Malaysia dikatakan bersungguh-sungguh dalam usaha membanteras jenayah ini.
Pada Rabu lepas, sebuah tongkang yang membawa seramai 97 pendatang asing telah dilaporkan karam di Sungai Air Hitam, Banting. Dalam kejadian itu, 62 mangsa telah diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di mana sembilan mayat telah ditemui.
Ketika dihubungi Astro AWANI, Pegawai Polis yang berada di Balai Banting, Insp Mohd Shamsul Sharif mengesahkan 97 penumpang yang terlibat dalam insiden karam tersebut merupakan warganegara Indonesia.
Minggu lalu pula, empat lelaki maut manakala tujuh lagi parah selepas kereta Honda Accord yang mereka naiki yang sarat dengan 11 penumpang terbabas di Kilometer 134.1 Lebuhraya Pantai Timur dekat Temerloh.
Tiga mangsa yang terkorban dan tujuh yang parah dipercayai warga Myanmar.
Kereta itu sedang dalam perjalanan dari Rantau Panjang, Kelantan menghala ke Kuala Lumpur.
Dalam satu lagi kejadian pada Mac lalu, dua warga Iran dipercayai menggunakan Malaysia sebagai transit bagi mencari suaka ke negara lain dengan menggunakan pasport curi.
Seorang menggunakan menggunakan pasport Austria yang bernombor P2979523 dan seorang lagi menggunakan pasport Itali yang bernombor YA3189197.
Mereka kemudiannya berlepas dari KLIA pada 7 Mac menggunakan pesawat penerbangan Malaysia MH370 yang hilang menggunakan pasport yang sama.
Sumber - Astro Awani
TOP
Projek Mega Di Johor Timbulkan Kerisauan Singapura
Sebahagian daripada penambakan tanah yang dilakukan berdekatan dengan Link Kedua Johor.
PETALING JAYA: Proses menambak tanah bagi pelaksanaan projek mega berdekatan Laluan Kedua Johor mendapat perhatian negara jiran di seberang tambak negeri berkenaan. Projek yang dinamakan Forest City melibatkan beberapa pulau berdekatan dengan keluasan 2,000 hektar, iaitu lebih besar daripada Pulau Tioman. Pelaksanaan projek ini dikatakan boleh memberi kesan kepada Singapura. Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong telah menulis surat kepada pemimpin negara, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kesan projek berkenaan. Susulan itu, nota turut dihantar kepada Kementerian Luar antara dua hingga tiga bulan lalu mengenai perkara tersebut. Satu lagu surat diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wahid Omar ketika beliau berada di Singapura untuk mesyuarat dua hala, baru-baru ini. Singapura mula menyuarakan kebimbangannya, selepas The Star pada Mac lalu menyiarkan laporan mengenai projek yang dijalankan oleh Country Garden Holdings Co Ltd China dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor. Projek ini melibatkan penebusgunaan tanah untuk membina rumah mewah di pulau-pulau buatan manusia di Pendas, selatan Johor. Setakat ini, tidak ada laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA) ke atas projek tersebut dikeluarkan. Bagaimanapun, penambakan pada keluasan kurang daripada 50 hektar tidak memerlukan EIA. Dalam laporan The Star baru-baru ini, Presiden Serantau Country Garden Malaysia, Kayson Yuen berkata, syarikat itu membuat kajian mengenai projek mega ini lebih setahun sebelum membuat keputusan untuk melabur. Nota pertama dari diplomatik Singapura meminta Malaysia menyediakan semua maklumat relevan, termasuk laporan EIA dan jangkaan siap projek. Singapura kemudian meminta penjelasan dan penerangan melalui nota kedua berikutan jaminan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini mengatakan kerja penambakan itu tidak akan menjejaskan alam sekitar. Menteri Besar memberi jaminan bahawa kerajaan negeri telah mengeluarkan notis kepada pemaju, Negara Taman Pacific View Sdn Bhd, untuk menyediakan pelan tindakan jika masalah mendapan berlaku disebabkan oleh kerja penambakan. Sumber berkata, kebimbangan yang dibangkitkan oleh Singapura perlu diambil serius. Jelas sumber tersebut, Singapura memilih untuk menimbulkan kebimbangan di peringkat kerajaan walaupun pembangunan tanah terletak di bawah bidang kuasa negeri untuk menunjukkan bahawa republik itu mengambil isu ini dengan serius. "Ia menjadi isu negara apabila negara merentasi sempadan terlibat. "Singapura boleh menggunakan semua saluran untuk membangkitkan perkara itu supaya Malaysia memandang serius isu ini," kata sumber itu. Terdapat juga kebimbangan bahawa Singapura boleh mengemukakan bantahan kepada Tribunal Undang-Undang Laut Antarabangsa (ITLOS) di Hamburg ke atas projek ini. Sebelum ini, Malaysia pernah membuat bantahan ke ITLOS pada 2003 apabila Singapura mula melakukan penambakan tanah seluas 5,214 hektar di timur dan barat Selat Johor. ITLOS kemudian mengarahkan kedua-dua negara untuk menjalankan kajian bersama dan mencadangkan langkah menanganinya dengan melakukan tebatan di Tuas dan Pulau Tekong. ITLOS juga mengarahkan Singapura supaya tidak menjalankan penambakan yang boleh menyebabkan kerosakan atau kemudaratan kepada persekitaran marin di kawasan ini. Sumber: mStar

VIDEO: Operasi PATI Temui Remaja OKU Dikurung sampai kering
NILAI – Operasi Imigresen memburu pendatang tanpa izin di sekitar Bandar ini menemui seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikurung seorang diri dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah di sini, awal pagi tadi.
Remaja tempatan berumur 15 tahun itu bukan hanya kurus dan kecil seperti kanak-kanak, malah memakai baju reput, manakala persekitaran bilik rumah pangsa di Taman Semarak, dipenuhi tanah dan najis.
Operasi diketuai oleh Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman bersama 115 anggota Imigresen, 30 anggota RELA, empat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan lima Jabatan Pendaftaran Negara, menyerbu kawasan rumah pangsa itu, kira-kira jam 2 pagi tadi.
Faizal berkata, rumah itu diserbu kerana dikatakan didiami pendatang tanpa izin, tetapi apabila memasuki sebuah bilik, beliau menyangka menemui mayat, tetapi terperanjat apabila melihat seorang budak OKU yang bergerak.
Remaja itu kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk pemeriksaan.
Ibu remaja itu yang kebetulan baru balik dari bekerja di Sepang ditahan untuk siasatan lanjut dan kes dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Sumber: BH Online
Sumber: BH Online
TOP
Fahrin Ahmad Akui Dirisik Ibu-Ibu Menjadi Menantu
Fahrin Ahmad pernah dikaitkan dengan selebriti-selebriti wanita seperti Linda Onn, Adila Ramly dan Scha Al-Yahya. Ironinya kesemua wanita itu sudah pun berkahwin malah Scha juga sudah sedia untuk menimang cahaya mata.
Manakala Fahrin pula yang masih lagi membujang sehingga kini. Namun Fahrin akui, dengan usianya yang semakin meningkat ramai para ibu yang datang merisik untuk menjadikannya sebagai menantu.
“Mereka tahu saya single lagi. Memang saya mengaku ada ramai yang datang untuk melamar saya jadi menantu. Bukan sekali, malah banyak kali. Tapi saya hanya menganggap itu sebagai doa untuk saya berumahtangga,”
“Buat masa sekarang kalau Tuhan takdirkan saya sesibuk ini, akan jadi masalah pada jodoh atau bakal jodoh saya sebab saya tidak dapat memberi fokus pada hubungan itu,” kata pelakon, pengacara dan pengulas sukan yang menginjak 35 tahun itu.
Fahrin juga akui yang dia lebih gemar menghabiskan masa di gymnasium atau bermain bola sepak dengan rakan-rakannya daripada berpacaran.
“Realitinya adalah saya memang tiada masa. Ramai yang bertanya kenapa saya tiada teman wanita, sedangkan masa pun saya tiada apatah lagi mahu keluar dating,” kata Fahrin.
Bila ditanyakan tentang perasaannya apabila mengetahui semua bekas teman wanitanya sedang bahagia berumahtangga, Fahrin meluahkan rasa gembira dan berbangga pada mereka.
“Saya uji diri saya untuk berhadapan dengan isu ini. Bila saya mendapat tahu yang mereka akan berkahwin, perkara pertama yang terdetik hanya perasaan gembira untuk mereka.
“Setakat ini kalau saya terserempak dengan mereka di mana-mana majlis, saya tiada masalah. Perasaan yang timbul hanya mungkin perasaan yang ‘kosong’ atau perkara buruk antara saya dan dia tidak terjadi,” ujar Fahrin.
Fahrin ditemui di Majlis penyampaian hadiah wang tunai Power Root, Jutawan 4 yang turut dihadiri oleh Y.M. Tengku Shamsulbhari Tengku Azman Shah.
Sumber: Murai
TOP
“Saya Cuba Mohon Bayar RM100 Sebulan Kepada Anwar” – Papa Gomo
KUALA LUMPUR – “Saya cuba mohon dengan mahkamah untuk bayar RM100 sebulan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekarang hanya bekerja sebagai nelayan,” kata pengendali blog Papa Gomo selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi sebanyak RM800,000.
Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papa Gomo) berkata demikian kepada pemberita di luar mahkamah dan turut memberitahu bahawa telah menjual saham miliknya di KL POS Media & Production Sdn Bhd.
Katanya Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop bagaimanapun menasihatkan beliau supaya berbincang perkara itu dengan Anwar sendiri.
Hari ini Rosilah menolak permohonan Wan Muhammad Azri dengan kos RM5,000, di dalam kamar dengan dihadiri peguam Shahid Adli yang mewakili Anwar dan Wan Muhammad Azri, yang mewakili diri sendiri.
Shahid berkata Rosilah membuat keputusan itu atas alasan tiada sebab untuk membenarkan penangguhan.
Tambahnya, rayuan Wan Muhammad Azri terhadap keputusan Rosilah yang memerintahkan ganti rugi RM800,000 dan kos RM50,000 telah ditetapkan pada 24 Jun untuk pengurusan kes di depan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan.
Pada 28 Feb, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.
Dalam penghakimannya, Rosilah berkata daripada keterangan yang dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo dan telah menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya.
Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.
Sumber: BERNAMA
TOP
Kemalangan jalan raya di Jalan Kuantan-Kemaman
Kemalangan jalan raya di Jalan Kuantan-Kemaman, Sg.Ular melibatkan sebuah lori melanggar divider pada pukul 9.40 pagi tadi. 1 mangsa cedera ringan. Pasukan Bomba dari BBP Gebeng melakukan operasi menyelamat
Sumber : diabuatdah.blogspot.com
Sumber : diabuatdah.blogspot.com
TOP
Lufya Secara Berterusan Cuba Cover Malu
“Kami dah lama kenal dan berkawan. Saya tahu dia tidak begitu. Dan saya tak rasa kenyataan sebegitu keluar daripada mulut dia. Mungkin, ada pihak yang sengaja memanipulasikan kenyataan dia.
“Saya macam susah nak percaya dengan kenyataannya itu. Selama ini saya tiada apa-apa masalah pun dengan dia. Itu yang buat saya tak faham”, itu kata Lufya kepada pihak media tatkala diminta mengulas mengenai isu seorang diraja Johor menafikan yang beliau mengenali Lufya, sedangkan mereka telah bersahabat sejak 10 tahun lalu.
Putera raja yang dimaksudkan itu ialah Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar iaitu anakanda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Sebelum ini timbul isu kononnya Lufya bercinta dengan Tunku Abdul Jalil diperbesar-besarkan sedangkan mereka sekadar kawan biasa.
Disebabkan isu itu juga hubungan persahabatan antara Lufya dan putera raja tersebut yang telah terjalin sejak 10 tahun lalu, musnah.
“Saya pernah mesej dia beritahu ada orang keluarkan artikel yang bukan-bukan. Tapi mesej saya tidak berbalas. Mungkin dia sudah tukar nombor atau tak mahu diganggu. Sekarang ni saya pun tak tahu apa keadaan dia sekarang kerana kami sudah lama tidak berhubung.
“Dan tak dinafikan, isu ini merosakkan nama baik saya. Sebenarnya ada pihak yang memanipulasi kenyataan saya. Padahal kami hanya berkawan baik.
“Saya cakap benda yang betul dan saya tak pernah mencari perkara kontroversi. Tapi disebabkan ada pihak yang cuba memperbesarkan isu ini, nampak macam saya yang sengaja timbulkan perkara yang luar biasa”, katanya dengan nada kesal.
Dalam perkembangan lain, Lufya bakal muncul dalam drama berjudul ‘Ramadan Jangan Pergi’ yang akan ditayangkan di TV3 bermula 25 Jun ini, jam 10 malam.
Sumber - Malaysian Digest
TOP
Punca Amy Search Marah Nabila Huda Di Instagram
Punca sebenar Amy Search marah Nabila Huda di Instagram. Kecoh dunia hiburan apabila ayah kepada Nabila Huda iaitu Amy Search telah melemparkan bahasa yang agak kesat menerusi salah satu foto dimuat naik oleh Nabila Huda. Menerusi luahan Amy Search, ternyata Amy kurang senang dengan foto Nabila Huda yang berpengangan tangan dengan seorang lelaki dipercayai kekasihnya di Pulau Mallorca. Tinjauan terkini pula mendapati Nabila Huda telah memadam komen kontroversi Amy Search di foto tersebut. Apapun, berikut adalah bukti “screenshot” komen Amy Search yang sempat dirakam menerusi instagram milik Nabila Huda.
Sumber: Melvister.com
Sumber: Melvister.com
TOP
MH370: Lokasi Pencarian Baharu Diumum 1 Atau 2 Minggu Lagi
SEPANG – Fasa baharu lokasi pencarian MH370 akan diumum dalam tempoh satu atau dua minggu lagi, kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Bagaimanapun, katanya lokasi pencarian baharu itu masih kekal di koridor selatan.
“Carian kita tidak pernah berhenti tetapi sebelum diumum fasa baharu kawasan pencarian yang akan kita beri tumpuan bersama-sama China dan Australia, kita juga akan kenal pasti aset-aset kita,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata selepas itu, semua aset-aset tambahan akan dihantar untuk membantu usaha pencarian di lokasi baharu.
Terdahulu, beliau menghadiri taklimat mengenai persiapan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sempena perasmian lapangan terbang itu yang dijangka disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa depan.
Hishammuddin menjelaskan aset-aset tambahan dari China, Belanda serta syarikat swasta Petronas dan SapuraKencana sudah sedia untuk dihantar.
Antaranya ialah Kapal Zhu Kenzhen 872 dari China, Fugeo Equator (dari Belanda) dan Deftech Phoenix International (Petronas) dan Multi-beam Echo Sounder dan Sun Bottom prOflier (SapuraKencana).
Selain itu, Hishammuddin berkata jawatankuasa aset yang diketuai oleh Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri akan bekerjasama dengan China dan Australia untuk mengenal pasti aset-aset itu benar-benar memenuhi keperluan.
Dalam fasa baharu pencarian itu, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi pula akan melihat dari segi panel pakar teknikal termasuk kerjasama dengan Boeing, Immarsat, Rolls Royce, Lembag Keselamatan Pengangkutan Nasional Amerika Syarikat dan Jabatan Siasatan Kemalangan Udara China, katanya.
Pada 8 Mac, pesawat Boeing 777-200ER itu yang dalam penerbangan ke Beijing bersama-sama 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam.
Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di selatan Lautan Hindi apabila ia dikatakan melencong daripada laluan asalnya.
Tujuh belas hari kemudian, Penerbangan MH370 itu dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi.
Sumber: BERNAMA
TOP
90 Peratus Anggota Muhammadiyah Sokong Jokowi
JAKARTA – Beberapa pemimpin kanan pertubuhan Islam kedua terbesar di Indonesia, Muhammadiyah, menyatakan sokongan kepada calon presiden, Joko Widodo atau Jokowi walaupun Parti Amanat Nasional (PAN) yang dikaitkan dengan organisasi itu menyokong calon lawan, Prabowo Subianto.
“Saya yakin 90 peratus anggota Muhammadiyah di seluruh negara akan mengundi Jokowi,” kata Eksekutif Muhammadiyah, Syafiq Mughni kepada pemberita selepas program bicara yang menampilkan Jokowi di Surakarta, Jawa Tengah pada Jumaat.
Sebelum ini, banyak pemerhati percaya anggota Muhammadiyah akan menyokong Prabowo dan pasangannya, Hatta Rajasa, yang juga Pengerusi PAN, pada Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden, 9 Julai ini.
Mengulas lanjut, Syafiq berkata Jokowi mampu mempromosi keharmonian, toleransi dan pluralisme, sejajar dengan semangat Muhammadiyah.
Pada masa sama, Syafiq menafikan dakwaan kononnya organisasi itu berpecah disebabkan Pemilu Presiden kali ini.
“Apabila membabitkan soal politik, setiap anggota Muhammadiyah mempunyai hak untuk memilih. Tetapi jika anda bertanya kepada saya…saya akan berkata 90 peratus (anggota Muhammadiyah akan mengundi Jokowi).
“Di sini (program bicara ini) anda dapat menyaksikan beberapa pemimpin kanan Muhammadiyah menyokong Jokowi. Insyallah, anggota di peringkat akar umbi Muhammadiyah akan menyusul memberi sokongan kepada Jokowi,” kata Syafiq.
Dalam pada itu, beliau menafikan kempen negatif yang agresif terhadap Jokowi telah menjejaskan kredibiliti Muhammadiyah.
Sumber: BERNAMA
TOP
Fuji Xerox Lancar Pencetak Digital Warna Penuh Baharu
SINGAPURA – Bagi memenuhi keperluan pencetak profesional, Fuji Xerox Asia Pacific Pte Ltd hari ini melancarkan mesin cetak digital warna penuh baharu, VersantTM 2100 Press di rantau Asia Pasifik.
Mesin cetak itu direka untuk meningkatkan produktiviti dan keserbabolehan untuk semua perniagaan digital, mampu menghasilkan sehingga 100 cetakan seminit (ppm).
Dalam satu kenyataan, Fuji Xerox berkata, VersantTM 2100 Press memperkukuhkan portfolio warna pengeluaran Fuji Xerox dengan platform teknologi baharu dihasilkan pakar komunikasi grafik dalam percetakan komersil, cetakan cepat dan segmen dalaman.
Ia sesuai untuk menghasilkan nilai yang diperlukan pembeli mesin cetak di dalam dunia media digital yang berkembang pesat hari ini.
Mesin cetak kompak 100-ppm itu mempunyai beberapa fungsi canggih yang dipilih daripada model kelas atasan yang menyasarkan pasaran cetakan profesional.
Yang pertama dalam industri, esolusi definasi tinggi ultra dalam Versant TM 2100 Press itu membantu profesional percetakan menghasilkan imej, grafik dan teks yang jelas.
Menghasilkan imej yang lebih menyerlah dengan kilauan rendah, toner rendah cairan, VersantTM 2100 Press menawarkan konsistensi warna dalam pelbagai pencetak.
Sumber: BERNAMA
TOP
Menanti 'durian runtuh' di Teluk Intan
Bahang selepas berakhir Pilihan Raya Kecil P076 Parlimen Kawasan Teluk Intan masih dirasai berikutan kematian penyandangnya mendiang Seah Leong Peng yang meninggal dunia akibat penyakit kanser pada 1 Mei 2014 yang lalu.
7 Mei 2014, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan pada 31 Mei 2014 untuk hari mengundi manakala hari penamaan calon pada 19 Mei 2014 dan 27 Mei 2014 untuk hari pengundian awal kepada pemilih yang layak.
Pertembungan di Teluk Intan antara Parti DAP dan Parti Gerakan dimana DAP meletak Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Kawasan Gelang Patah, Lim Kit Siang dan manakala Barisan Nasional (BN) meletak Presiden Parti Gerakan.
Pada 17 Mei 2014, kedua-dua pihak telah membuat pengumuman calon-calon mereka dimana Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon DAP dan Datuk Mah Siew Keong sebagai calon BN walaupun terdapat empat borang telah diambil.
Penduduk Teluk Intan tentu ingat tentang projek mega lebuhraya bernilai RM5 Bilion antara Taiping dengan Banting yang turut melalui jajaran ke Teluk Intan yang telah dibentangkan di dalam Belanjawan 2012 yang telah dilancarkan.
Pelancaran dilakukan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengetuai Jentera BN bagi memastikan kemenangan Datuk Mah untuk cubaan kali kedua telah beberapa kali bersama rakyat di Teluk Intan.
Sebelum ini, Presiden Parti PPP Datuk Seri Dr M. Kayveas yang telah bertanding di salah satu Dewan Undangan Negeri di Teluk Intan Kawasan Pasir Berdamar telah tewas pada Pilihan Raya Umum ke – 13, 5 Mei 2013 yang lalu.
Datuk Mah, secara ‘solo’ pada 26 Mei 2014 yang lalu telah membentangkan Manifestonya untuk ditawarkan kepada penduduk Teluk Intan tanpa kehadiran pimpinan utama peringkat Nasional mahunpun dari peringkat Negeri Perak.
Antara tawaran-tawarannya adalah berusaha menjadikan ikon Menara Jam Condong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, menjadikan hab pertanian moden, meningkatkan pelaburan dan peluang pekerjaan untuk golongan muda.
Selain itu untuk menjadikan Teluk Intan sebagai pusat makanan di Hilir Perak, membangunkan projek pembangunan bersepadu tepi sungai dan membina kompleks sukan bersepadu untuk golongan belia antara tawarannya itu.
Beliau juga akan memastikan lebih banyak padang futsal di Teluk Intan, selain akan menyelesaikan masalah setempat seperti perparitan dan lampu jalan di sekitar Teluk Intan sebelum beliau diumumkan menang sebelum ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pula pada 22 Mei 2013 bersedia membantu untuk menambah baik kemudahan jalur lebar di Teluk Intan seperti yang dihasratkan golongan muda di kawasan itu.
Manakala Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula menjanjikan lebih banyak pembangunan akan didatangkan ke Teluk Intan jika BN menang.
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri pada 24 Mei 2014 akan menaja uniform baru bagi 8,639 anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) yang layak mengundi di Teluk Intan jika Datuk Mah menang.
Pada 29 Mei 2014 pula Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga Pengerusi BN mengumumkan untuk melantik Datuk Mah sebagai menteri jika Presiden Parti Gerakan itu menang.
Dan pada 30 Mei 2014 pula Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin menjelaskan akan menyelesaikan masalah tempat pembakaran mayat kaum India dan akan membantu sekolah Tamil jika BN menang di Teluk Intan.
Banyak janji dan akujanji kali ini BN tawarkan, tidak termasuk tawaran manifesto dan beberapa ‘projek mee segera’ yang dilimpahkan di Teluk Intan dan sudah tentu antaranya adalah jalan-jalan baru semasa tempoh berkempen.
Akhirnya, julung-julung kalinya hadirlah Datuk Seri Najib ke Teluk Intan dengan beberapa pengumuman baru yang amat mengejutkan seperti janji penubuhan cawangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Teluk Intan.
Bagi tujuan itu, kampus tersebut akan menempatkan 1,000 orang guru yang akan dilatih dalam bidang vokasional dan teknikal yang akan siap pada 14 Jun 2018 iaitu dalam tempoh empat tahun yang dijanjikan oleh Datuk Seri Najib.
Benar, Datuk Mah juga telah menjanjikan penubuhan universiti baru tetapi bukannya pula Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang kebiasaannya menjadi lubuk kroni-kroni tertentu terutamanya sudah berakhir perkara penting.
Satu lagi janji seperti yang dinyatakan oleh Datuk Seri Tengku Adnan tentang pembangunan dan seperti yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib iaitu pembinaan 5,000 unit rumah di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) termasuk peruntukan RM5 Juta bagi projek pembangunan di situ.
Projek PR1MA di Teluk Intan ini akan melibatkan kerjasama antara Perbadanan PR1MA Malaysia, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan Koperasi Pegawai-pegawai Melayu Malaysia Berhad (MOCCIS).
Bagi projek PR1MA sebagai permulaan sebanyak 1,000 unit rumah akan dibina dengan kawasan seluas 202 hektar yang dijangka dijual pada harga tidak melebihi RM150,00 seunit dan siap dalam tempoh tiga tahun pada 14 Jun 2017.
Baru dua janji yang telah diumumkan dan banyak lagi janji yang menanti penduduk Teluk Intan dalam tempoh berakhir 5 Mei 2018 yang akan datang dengan Ahli Parlimen baru yang akan menjadi Menteri ini.
Marilah kita sama-sama menunggu Kementerian apakah yang akan diisi oleh Datuk Mah nanti dan marilah sama-sama kita menunggu janji turun padang untuk melihat masalah longkang sebelum tiga tahun yang akan datang.
Dengan perasaan seronok dan gembira penduduk Teluk Intan, kami juga menumpang bersama atas limpahan yang diterima seperti menunggu ‘durian runtuh’ akan projek-projek mega tersebut nanti.
*Penulis adalah Ketua Pemuda PAS Perak yang juga Yang DiPertua PAS Kuala Kangsar
*Penulis adalah Ketua Pemuda PAS Perak yang juga Yang DiPertua PAS Kuala Kangsar
TOP
Dua Pelajar Tingkatan 5 Ditahan Curi Motosikal
KUANTAN – Dua pelajar tingkatan lima yang dipercayai mencuri sebuah motosikal jenis Honda C100 yang dilaporkan hilang di tempat letak kenderaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Gali, Raub ditahan polis semalam.
Ketua Polis Daerah Raub Supritenden Wan Mohd Shamsudin Wan Osman berkata, bertindak atas risikan dan maklumat orang awam polis menahan seorang daripada pelajar berkenaan di sebuah rumah tidak bernombor di Dong, sebelum bertindak menahan rakan subahatnya.
“Hasil siasatan mendapati, pelajar itu mengaku mencuri motosikal tersebut bersama seorang rakannya serta telah meleraikan komponen motosikal itu untuk dijual ke sebuah bengkel milik rakan mereka,” katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata suspek kedua ditahan di rumah keluarganya di Dong dan polis menemui komponen motosikal yang telah dileraikan di dalam semak dekat Kampung Pintu Padang.
Kedua-dua pelajar berkenaan kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub untuk sisatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
Sumber: BERNAMA
TOP
Pramugari MAS "DISANTAU" Kerana Pendedahan Misteri MH370?
Menurut bloglist-malaysian.blogspot.com
Berikut kenyataan yang dikeluarkan beliau sebelum ini yang menyatakan kebimbangan tentang perbuatan khianat santau yang cuba dihantar kepadanya dan cerita terkini tentang keadaan beliau yang ditulis oleh 'saudara terdekat' beliau di wall fb beliau.
Berikut adalah pendedahan yang dikongsikan beliau di timeline FB nya :
Susulan daripada bukti ini penyiasat dan pakar-pakar penerbangan menyimpulkan bahawa radar yg dikesan oleh Inmarsat yg mengatakan MH370 berakhir dilautan Hindi adalah teori rekaan semata-mata bagi mengalihkan perhatian dunia yg sebenarnya pesawat MH370 sudah lama mendarat di Diego Garcia sebuah landasan ketenteraan Amerika Laknatullah !!!. Okey ikuti perkembangan terbaru pendedahan demi pendedahan MH370 dibawah ini bersama pakar-pakar penerbangan dlm dan luar negara serta beberapa penyiasat terkenal. Mengapa satelit Inmarsat mengatakan lokasi terakhir MH370 dikesan ialah berada ditengah-tengah lautan hindi. Adakah ianya teori ataupun konspirasi jahat Amerika yg sengaja diwujudkan bagi menyakinkan dunia ianya telah berakhir di situ. Yang sebenarnya Amerika memilih lautan Hindi kerana semua sedia maklum lautan ini merupakan lautan yg paling dalam di dunia dan paling ganas sekali. So jika MH370 terhempas dilautan hindi adalah agak mustahil utk pasukan yg menyertai SAR mengesannya sbb mungkin sudah tenggelam dan hanyut dipukul ombak yg mmg kuat. Pasal itu penyiasat menyimpul bahawa negara yg menyertai misi SAR terpaksa memberhentikan misi mencari MH370 setelah menemui jalan buntu dan sebaliknya mereka (Amerika) sebenarnya sedang berunding dengan negara-negara berkenaan bagi mencipta teori bagaimana utk mewujudkan MH370 terhempas atau sebagainya setelah segala teori yg mereka cipta gagal dibuat kerana Allah s.w.t telah menggagalkan perancangan mereka. teruskan berdoa kerana Perancanggan Allah adalah sebaik-baiknya dan tepat. Baru tadi penyiasat mendedahkan bahawa kedudukan terkini penumpang dan anak-anak kapal MH370 berada di Diego Garcia telah dipindahkan ke sebuah pulau yg terdapat di negara India. Mereka semua ditempatkan di suatu lokasi rahsia. Manakala sumber risikan yg mungkin berpaling tadah telah mendedahkan lokasi kesemua penumpang MH370 berada di negara ini tetapi enggan mendedahkan lokasi terperinci. Susulan pendedahan pegawai tertinggi di India itu terus mendapat respon dari penyiasat yang menyimpulkan teori utk mewujudkan MH370 terhempas ataupun berakhir dilautan hindi adalah rekaan semata-mata bagi mengelakkan ianya dikesan oleh dunia dan mengalihkan pandangan dunia bahawa yg sebenarnya pesawat MH370 sudah lama mendarat pada pagi kejadian. Sofia tertarik dgn seorang hamba Allah yg telah mengemail sofia utk dikongsikan di wall ini yg berbunyi: " Obama berjaya dlm misinya setelah melawat Malaysia dan beberapa negara Lain. China dapat dijinakkan hasil lawatan rasmi PM M'sia. Rusia dapat ditundukkan. Amerika dan Yahudi masih terasa tersepit dan takut akibat hamas dan fatah bergabung membentuk kerajaan Perpaduan di Palestin " Penyiasat melaporkan rentetan peristiwa kehilangan MH370 yg sebenarnya ada kaitan yg berlaku di washington DC (11 Sept.) bagi mengaitkan Islam dgn keganasan walaupun sehingga kini Amerika tiada lagi bukti yg kukuh peristiwa sept. itu didalangi oleh ekstremis Islam dan hanya menuduh al-Qaeda utk menunjukkan pada dunia yg Islam ini mmg jahat. Teori utk mengaitkan MH370 telah dihijacked oleh kumpulan militan Islam (Al-Qaeda) sedang dicipta oleh Amerika Laknatullah plus Israel Yahudi jika rundingan akhir gagal disepakati.
Ketibaan Barack Obama ke Malaysia dgn pesawat rasminya Air Force One di Lapangan terbang Subang baru-batu ini. Fakta menarik yg semua rakyat Malaysia mungkin tidak tahu dibelakang takbir iaitu (i) 2 pesawat Amerika telah landing di Subang dan satu stanby di KLIA dan dikawal rapi oleh tenteranya dan tidak boleh mana-manapun termasuk tentera Malaysia mahupun PDRM menghampiri pesawat yg berada di subang mahupun di KLIA.
(ii) Apa yg menarik dan peliknya pesawat yg stanby dan berada di landasan KLIA diletakkan dibahagian Kargo MAS dan pintu utama kapal terbang ini menghala ke arah penerbangan bukan sebaliknya yg berlaku ke atas mana-mana kapal terbang di dunia jika selamat mendarat.
(iii) Kesemua remote control kereta yg diparking dilandasan kargo MAS KLIA berdekatan pesawat US ditempatkan gagal berfungsi dan mereka semua terpaksa membuka dan menutup pintu kereta secara manual.
(iv) Kereta yg Barack Obama dtgnya khas dari US sendiri bukannya kereta yg berada di Malaysia. Manakala tempat tinggal Obama bukannya dihotel 5 star sebaliknya dirumah mewah milik warga negara Amerika sendiri. Dimaklumkan juga sekitar rumah tersebut sepanjang Obama menginap dijaga sendiri oleh tentera yg dtgnya dari Amerika sendiri. Pendek cerita all made in Amerika not Malaysia. Kesimpulannya penyiasat telah merumuskan bahawa kedatangan Obama ke Malaysia dan negara-negara yg dilawatinya adalah satu sandiwara dan lakonan semata-mata .Sebaliknya adalah utk memaklumkan bahawa pesawat MH370 berada di dlm keadaan selamat dibawah tentera Amerika. Penyiasat mengatakan bahawa kerajaan India sebenarnya mempunyai bukti yg kukuh malah radar negara tersebut sebenarnya telah mengesan terlebih dahulu pesawat MH370 lalu di situ kerana ugutan dan campur tangan kedutaan Amerika yg berpangkalan di sana akhirnya kerajaan India terpaksa akur dan menafikan penduduknya nampak MH370 terbang rendah menuju keselatan kepulauan lautan hindi sekitar jam 6.15 pagi. Ini dikukuhkan lagi dengan terbocornya maklumat dari agen risikin yg mengatakan pegawai tertinggi India sendiri telah mendedahkan hal yg sebenarnya berlaku. Mereka merancang... Allah juga merancang.... tetapi perancangan Allah lagi tepat......... Dipetik dari facebook Sharifah Sofia Syed Rashid Sumber: beliabangkit.blogspot.com

Celcom Perluas Liputan 4G Di Sarawak
CELCOM Axiata Bhd (Celcom) akan giat memperluaskan perkhidmatan Evolusi Jangka Panjang (LTE) atau 4Gnya tahun ini untuk menampung permintaan yang semakin meningkat bagi pelan data dan suara di kawasan-kawasan yang dihuni di Sarawak.
“Pada masa ini kami ada lebih daripada 100 tapak perkhidmatan LTE di seluruh negeri Sarawak yang sudah pun beroperasi dan sedia untuk digunakan oleh pelanggan kami,” kata Pengarah Jualan Celcom (Sarawak dan Sabah), Choo Meng Chung, pada pembukaan Pusat Perkhidmatan Celcom Miri di sini hari ini.
Meng Chung berkata, peluasan liputan 4G itu merangkumi Bandaraya Miri dengan lebih daripada 24 tapak mula beroperasi, termasuk Taman Tunku, Pacific Orient, Morsjaya, Imperial, Desa Pujut, Desa Murni, Tudan, Miri Port dan Taman Jelita.
Datuk Bandar, Lawrence Lai, merasmikan pembukaan pusat itu, yang diberi nama Celcom Xclusive dan terletak di tingkat dua Permaisuri Imperial City Mall.
Lawrence berkata, Celcom harus menambah baik liputannya di bandar raya itu terutamanya di Senadin yang dihuni lebih 3,500 pelajar Curtin University, kebanyakannya dari luar negara.
Beliau berkata liputan sekarang tidak baik dan jika tidak diperbetulkan segera boleh menjejaskan imej bandar raya ini sebagai sebuah hab pendidikan dan bandar raya resort.
Pusat perkhidmatan itu dikendalikan oleh peruncit produk dan perkhidmatan telekomunikasi mudah alih, ARM Century (M) Sdn Bhd.
Sumber: BERNAMA
TOP
Pembekal Ayam Ditemui Mati Di Nibong Tebal
NIBONG TEBAL – Seorang pembekal ayam ditemui mati berlumuran darah dengan kesan kecederaan di kepala di dalam stor premis pemprosesan ayam miliknya di Jalan Changkat, di sini hari ini.
Mayat Tan Chye Sian, 41, ditemui oleh abangnya yang datang ke premis berkenaan pada pukul 10 pagi selepas lelaki itu tidak menjawab panggilan telefon.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata lelaki itu dipercayai dibunuh menggunakan benda tumpul yang dihentak di kepalanya.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati seorang lelaki warga Myanmar yang bekerja dan tinggal di premis berkenaan telah menghilangkan diri selepas kejadian itu.
“Kami percaya pekerja itu terlibat dalam kejadian itu berikutan ada saksi yang mendengar perselisihan faham dan perang mulut antara mereka pagi ini sebelum melihat lelaki terbabit meninggalkan premis itu dalam keadaan tergesa-gesa,” katanya.
Mazlan berkata lelaki Myanmar berusia lingkungan 20-an itu tinggal dan bekerja di situ sejak beberapa tahun lepas dan kebiasaannya dia dan majikannya memulakan tugas seawal jam 4 pagi.
Beliau berkata polis tidak menemui sebarang dokumen perjalanan diri pekerja asing itu di stor yang menjadi tempat dia tinggal.
“Tan masih bujang dan mayatnya dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat,” katanya.
Beliau berkata usaha mengesan lelaki Myanmar itu giat dijalankan dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lelaki terbabit atau kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Sumber: BERNAMA
TOP
Fleksy Keyboard: Aplikasi Intuitif Peranti Anda
Bagi pengguna jam pintar khususnya Samsung Gear 2, segala proses membalas atau menghantar mesej akan menjadi mudah dengan menggunakan aplikasi terbaru Fleksy Keyboard.
Ia boleh dikatakan antara papan kekunci yang menarik kerana hadir dengan gesture yang boleh mengesan kebiasaan hujung jari ketika menaip perkataan.
Dalam usaha untuk mengembangkan papan kekunci ini ke pelbagai platform lagi, pihak Fleksy menawarkan papan kekunci mereka untuk Samsung Gear 2.
Papan kekunci Fleksy untuk Samsung Gear 2 membolehkan perkataan ditaip dengan mudah pada skrin yang kecil melalui kawalan gesture yang dikhaskan.
Setiap perkataan yang ditaip mengikut struktur huruf bagi sesuatu perkataan akan diramal oleh Fleksy Keyboard dengan hanya membuat seretan pada baris papan kekunci.
Walau bagaimanapun, Fleksy Keyboard ini hanya ditawarkan melalui aplikasi Fleksy Messenger sahaja buat masa ini atas kekurangan sistem operasi Tizen yang tidak menyokong papan kekunci pihak ketiga pada keseluruhan sistem.
Namun perkara ini tidak menjadi halangan kerana Fleksy Messenger membolehkan pengguna menerima dan membuat reply teks SMS yang diterima melalui telefon terus melalui peranti Gear 2.
Aplikasi isi sememangnya percuma dan boleh dimuat turun di sini
Sumber: Google / Amanz
Sumber: Google / Amanz
TOP
Miliki Pisau: Bapa 7 Anak Didenda RM700
Majistret Nur Azura Murah menjatuhi hukuman itu setelah Mohamad Suhaimi, 54, mengaku bersalah dan memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan jika gagal membayar denda itu.
Mohamad didakwa memiliki pisau tersebut di Jalan Masuk PPR Semarak, Jalan Semarak di sini, kira-kira 1 tengah hari pada 17 Jun lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357) yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun dan sebat.
Ketika rayuan, Mohamad memohon hukuman ringan kerana dia bekerja sambilan dan hanya berpendapatan RM700 sebulan.
Dia turut memberitahu bahawa pisau yang dimiliki itu tidak mendatangkan kecederaan kepada sesiapa.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ravindran Selvaraj.
Sumber: BERNAMA
TOP
KPDNKK Rampas 5 Komputer Riba, Perisian Haram
GEORGE TOWN – Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang merampas lima komputer riba dan lima salinan perisian cetak rompak bernilai RM16,000 di Bayan Lepas, di sini.
Timbalan Penguatkuasa KPDNKK negeri Johary Yacob berkata serbuan pada 5 petang Isnin lepas di premis yang terletak dalam pusat beli-belah itu turut mendapati pemiliknya menjual komputer dengan perisian cetak rompak secara pakej dengan harga murah untuk menarik pelanggan.
“Trend sekarang komputer dijual berasingan dengan perisian dan pembeli biasanya dikenakan caj tambahan untuk memasang perisian yang dikehendaki. Kalau ia tulen harganya lebih mahal,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini Jumaat.
Beliau berkata strategi perniagaan sedemikian, salah dari segi etika dan terdapat juga kes pembeli ditipu kerana tidak mengetahui status sebenar perisian yang digunakan.
Beliau berkata KPDNKK negeri telah menghantar surat amaran kepada semua syarikat pengeluar dan pengedar komputer termasuk premis di kompleks beli-belah seluruh Pulau Pinang mulai Mei lepas mensyaratkan komputer dijual bersama perisian tulen.
Johary turut meminta pengurusan pusat beli-belah mengambil tindakan tegas terhadap penyewa yang menjual perisian cetak rompak termasuk menyenarai hitam dan menghalang mereka daripada terus berniaga.
Premis yang didapati menyimpan perisian haram boleh disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Hak Cipta 1987 yang memperuntukkan denda maksimum RM20,000 bagi setiap salinan atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sumber: BERNAMA
No comments:
Post a Comment