Sunday, June 8, 2014
Berita Terkini 08 June 2014
TOP
Sindiket diskaun saman dikenal pasti – Zahid
CHERAS: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mengesahkan polis sudah mengenal pasti seorang individu yang berkaitan dengan sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan potongan harga saman trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan melalui laman web. Beliau berkata, Jabatan Jenayah Komersial Bukit Aman juga sedang mengesan beberapa lagi individu lain serta meneliti semua aspek untuk tindakan susulan. Ia selepas siastan mendapati laman web itu sudah pun dilayari lebih 12,000 pengunjung. “Ya pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komesial sedang meniliti semua butiran meraka yang berada di belakang syarikat berkenaan dan tindakan yang keras perlu dilakukan pada pihak berkenaan yang hajati oleh mereka untuk menipu orang ramai. Kepentingan kita adalah untuk menjaga kepentingan orang ramai,” kata Zahid kepada pemberita. Semalam Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Low Hong Soon mengesahkan ada sindiket menawarkan perkhidmatan pembayaran saman sehingga lebih 50 peratus. Sindiket berkenaan juga mendakwa boleh menyelesaikan masalah pesalah trafik yang disenarai hitam. Pahang muncul juara selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Felda United. Sumber: Bernama
TOP
CCTV rakam peniaga diganggu hantu
KEJADIAN seram ini telah berjaya di rakam oleh CCTV yang berada di dalam kedai peniaga ini sendiri. Kedai ini adalah sebuah kedai menjual majalah, suratkhabar dan bahan bacaan lain. Kebiasaanya kejadian paranormal akan berlaku pada waktu tengah malam, tetapi apa yang berlaku kepada peniaga ini ialah dia telah mengalami gangguan paranormal pada waktu tengah hari. Cuba anda perhatikan dengan teliti rakaman video CCTV ini. Kelihatan peniaga mengemas kedainyta, tiba-tiba dia terdengar majalah terjatuh lalu dia meletakkan di raknya semula. Tetapi kemudian majalah itu jatuh semula, kejadian ini berulang-ulang sehingga banyak majalah dan akhbar yang melayang tanpa ada angin atau orang yang menjatuhkannya. Kerana ketakutan peniaga ini kelihatan melarikan diri. Apa yang berlaku ini agak luar biasa dan menakutkan. Sebenarnya bukan makhluk manusia sahaja yang mendiami alam ini, kita sebenarnya berkongsi dengan makhluk-makhluk lain yang tidak dapat kita lihat dengan mata kasar. Sesekali mungkin makhluk-makhluk ghaib ini sekadar ingin bergurau dengan manusia.
Sumber: New Malaysian Post
TOP
Lelaki Ditahan, Rampas VCD Bernilai RM750,000
IPOH – Polis menahan seorang lelaki dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Pertama di sini, semalam dan merampas 151,000 cakera padat video (VCD) cetak rompak bernilai kira-kira RM750,000. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak Superintendan Maszely Minhad berkata serbuan yang dijalankan pada pukul 3 petang itu turut merampas 70 unit mesin penyalin, tujuh unit pemprosesan pusat (CPU) dan 12 buku bil tunai. “Kebanyakan VCD berkenaan merupakan filem Inggeris dan China yang dipasarkan di sekitar negeri ini,” katanya pada sidang media di Balai Polis Sungai Senam di sini hari ini. Beliau berkata suspek berusia 48 tahun itu disyaki menjalankan kegiatan mencetak VCD itu sejak empat tahun lepas. Katanya rumah satu tingkat terbabit dijadikan tempat pemprosesan dan penyimpanan VCD haram itu. Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 18(5) Akta Penapisan Filem, 2002 dan jika sabit kesalahan boleh didenda antara RM5,000 hingga RM30,000 atau dipenjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali, katanya. Sumber: Bernama
TOP
Video budak dua tahun merokok cetus perdebatan
BEIJING: Rakaman video yang menunjukkan seorang kanak-kanak menghisap rokok di tepi jalan sambil diketawakan oleh orang ramai yang lalu lalang mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan penduduk negara itu. Kanak-kanak itu dipercayai berusia antara dua dan tiga tahun. Meskipun ramai orang dewasa berada di sekitarnya, tidak seorang pun cuba merampas rokok itu daripadanya. Mereka yang lalu lalang kedengaran ketawa ketika kanak-kanak itu menghisap rokok seperti orang tua. Rakaman itu yang disiarkan menerusi liveleak.com mengundang perbahasan dalam kalangan penduduk China mengenai tabiat merokok rakyat negara itu. Kajian terbaru menunjukkan kira-kira 30 peratus atau 300 juta penduduk China merokok.
Sumber: Agensi
TOP
Tiada rasuah dalam pinjaman Bank Rakyat
KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada unsur rasuah dikesan berkaitan isu pinjaman tanpa faedah Bank Rakyat kepada seorang ahli perniagaan. Kenyataan SPRM semalam menyebut, penelitian awal mendapati ia lebih kepada isu tadbir urus bank. “Bagaimanapun, SPRM akan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya, termasuk memanggil pihak yang berkaitan, jika menerima maklumat baharu,” katanya. Laporan beberapa media baru-baru ini mendakwa Bank Rakyat meluluskan pinjaman sebanyak RM32 juta tanpa faedah kepada seorang ahli perniagaan. Satu portal berita pula memetik bekas Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Sabbaruddin Chik sebagai mendakwa ahli perniagaan terbabit mendapatkan campur tangan seorang ahli politik bagi menyelesaikan pinjaman itu. SPRM bagaimanapun menegaskan bahawa bukan semua aduan atau dakwaan yang dilaporkan media, atau dibangkitkan mana-mana pihak, adalah kes rasuah. “Akta SPRM 2009 hanya menyediakan peruntukan untuk menyiasat kes berunsur rasuah. “Sehubungan itu, SPRM berharap kes seperti ini turut disiasat agensi lain yang berkaitan di bawah undang-undang relevan agar tindakan boleh diambil terhadap pihak tertentu kerana kegagalan mematuhi mekanisme sedia ada,” katanya. Sumber: Bernama
TOP
J/kuasa Khas Kaji Bukti Baharu Pulau Batu Putih
NUSAJAYA – Kerajaan Johor bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa khas yang akan dikendalikan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bagi mengkaji dan mendapatkan bukti baharu mengenai Pulau Batu Putih. Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata dengan penubuhan jawatankuasa itu ia dapat mengkaji dan mengumpul bukti baharu yang tidak dikemukakan pada proses penghakiman terdahulu. “Ini selari dengan Artikel 61(1) Statute of The International Court of Justice yang menyatakan bahawa setiap rayuan hendaklah disertakan dengan bukti baharu yang kukuh,” katanya ketika berucap pada sesi penggulungan Sidang Dewan Negeri ke-13, di sini, sebentar tadi Sumber: BH Online
TOP
Maut ditembak selepas doa isteri selamat
SERDANG : Niat murni seorang suami mengunjungi kuil bagi mendoakan isteri dipermudah untuk melahirkan anak sulung mereka, bertukar tragedi selepas dia maut ditembak dari jarak dekat, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira 8 malamitu, mangsa, A Ragan, 31, seorang ahli perniagaan kedai bunga, kedai solekan pengantin dan syarikat keselamatan di Puchong serta Klang disahkan maut di lokasi selepas ditembak dari jarak kira-kira 20 meter dari kuil oleh lelaki tidak dikenali. Mangsa yang ketika itu dalam perjalanan menuju ke keretanya bersama tiga lagi ahli keluarga, rebah apabila dua daripada empat tembakan dilepaskan suspek mengenai kepala dan dadanya. Anak saudara mangsa, Kalidasan Parmasivam, 15, berkata, mereka berempat pergi ke kuil di Jalan Bandar 3, Puchong, itu bagi mendoakan keselamatan ibu saudaranya yang bakal melahirkan anak sulung mangsa. “Sebaik selesai menjalankan upacara berkenaan, kami bertiga berjalan ke arah kereta, saya nampak seorang lelaki berpakaian serba hitam berlari ke arah pak cik (mangsa) dari arah belakang. “Tiba-tiba dia melepaskan beberapa tembakan yang mengenai pak cik menyebabkannya jatuh. Lelaki itu kemudian berjalan ke arah pak cik dan melepaskan satu das tembakan di kepalanya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. Sumber: BH Online
TOP
Ditikam kerana tanah
KUALA SELANGOR: Seorang wanita cedera parah akibat ditikam tiga kali di perut selepas bertengkar dengan seorang lelaki dalam kejadian di depan sebuah surau di Kampung Bukit Belimbing di sini, kelmarin. Wanita berusia 50-an itu dipercayai bertengkar dengan lelaki yang dikenalinya berkaitan urusan tanah sebelum kepalanya dihentak manakala perutnya ditikam menggunakan parang pendek. Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, dalam kejadian jam 10.30 malam itu, dia berada di dalam surau apabila terdengar bunyi bising di luar. “Pada mulanya saya tidak mengendahkan bunyi bising berkenaan namun selepas terdengar raungan seorang wanita, saya bergegas keluar dan mendapati mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah di depan pintu surau. “Saya terus menghubungi seorang rakan dan membawa mangsa ke Hospital Tanjung Karang untuk dirawat,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada orang awam berkaitan kejadian berkenaan. Katanya, siasatan awal mendapati, suspek berusia 46 tahun dan menetap di kampung yang sama dengan mangsa. “Kami kemudiannya menahan suspek di lokasi kejadian serta merampas senjata digunakan untuk mencederakan mangsa. “Mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Sungai Buloh (HSB) berikutan kecederaan dialaminya agak parah,” katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata berbahaya, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun. Sumber: Harian Metro Online
TOP
6 Disyaki Bakar Mercun Pada Final Piala FA Ditahan
SHAH ALAM – Polis menahan enam individu kerana disyaki membakar mercun ketika perlawanan akhir Piala FA 2014 antara skuad bola sepak Pahang dan Felda United FC di sini malam tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Ruslan Abdullah berkata insiden itu sepatutnya tidak berlaku kerana bahan tersebut dilarang daripada dibawa masuk ke stadium memandangkan ia boleh membahayakan penonton. “Setelah keterangan daripada individu berkenaan yang berumur dalam lingkungan 20-an diambil, kes ini dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan seterusnya,” katanya ketika dihubungi Bernama. Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 3 (5) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih sebulan atau didenda sehingga RM100 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Pahang muncul juara selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Felda United.
Sumber: Bernama
TOP
Sindiket diskaun saman dikenal pasti – Zahid
CHERAS: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mengesahkan polis sudah mengenal pasti seorang individu yang berkaitan dengan sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan potongan harga saman trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan melalui laman web. Beliau berkata, Jabatan Jenayah Komersial Bukit Aman juga sedang mengesan beberapa lagi individu lain serta meneliti semua aspek untuk tindakan susulan. Ia selepas siastan mendapati laman web itu sudah pun dilayari lebih 12,000 pengunjung. “Ya pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komesial sedang meniliti semua butiran meraka yang berada di belakang syarikat berkenaan dan tindakan yang keras perlu dilakukan pada pihak berkenaan yang hajati oleh mereka untuk menipu orang ramai. Kepentingan kita adalah untuk menjaga kepentingan orang ramai,” kata Zahid kepada pemberita. Semalam Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Low Hong Soon mengesahkan ada sindiket menawarkan perkhidmatan pembayaran saman sehingga lebih 50 peratus. Sindiket berkenaan juga mendakwa boleh menyelesaikan masalah pesalah trafik yang disenarai hitam. Pahang muncul juara selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Felda United. Sumber: Bernama
TOP
Mario Balotelli, Loic Remy Ke Arsenal?
JUARA Piala FA, Arsenal akan menjadikan penyerang Itali, Mario Balotelli sebagai pemain pertama yang menurunkan tandatangan untuk bersama skuad berkenaan ada musim panas ini. Dakwaan penghijrahan Balotelli ke Arsenal semakin nyata apabila AC Milan memutuskan untuk menjual penyerangnya kepada Arsenal atau Liverpool pada musim panas ini. Malah dakwaan itu turut disahkan oleh sumber dalaman Arsenal yang memberitahu Balotelli lebih cenderung untuk bersama Arsenal berbanding Liverpool. Urusan pembelian Balotelli kini dilaporkan sedang diusahakan oleh orang tengah dengan Arsenal sedia membayar yuran perpindahan sebanyak £20 juta. Balotelli berhijrah ke AC Milan dari Manchester City sejak 18 bulan lalu dengan yuran perpindahan sebanyak £17 juta. Selain itu, Arsenal juga bersedia mendapatkan Loic Remy yang dipinjamkan ke Newcastle bagi memastikan pasukan tersebut mampu bersaing dengan kelab lain pada musim depan. Sumber: mStar
TOP
Tiga Banduan Lari Dari Penjara Guna Helikopter
Di Kanada, tiga orang banduan penjara berjaya melarikan diri dengan menggunakan cara ala-ala filem Hollywood iaitu menggunakan helikopter. Ketiga-tiganya berjaya melarikan diri dari sebuah Pusat Tahanan di Quebec City dengan menggunakan sebuah helikopter berwarna hijau malam semalam, menurut laporan laman web CNN. “Kami kini sedang berbincang dengan pihak pusat tahanan itu untuk memahami bagaimana mereka berjaya melarikan diri,” kata jurucakap polis Quebec Ann Mathieu,D kepada CBC. Menurut beliau, fokus utama pada ketika ini ialah untuk mencari helikopter itu. Satu operasi memburu kesemua banduan itu sudah pun dilancarkan untuk menangkap semula Yves Denis Yvon Lamontagne, 35, Denis Lefebvre, 53, dan Serge Pomerleau, 49,. Dua banduan pertama ditahan kerana tuduhan dadah pada 2010 dan sedang menunggu perbicaraan. Bagaimanapun, butiran jenayah banduan ketiga tidak didedahkan. Kes terbaru ini merupakan kejadian kedua banduan melarikan diri di Kanada dalam tempoh kurang setahun. Pada Mac 2013, dua orang yang menyamar sebagai seorang pelancong menyewa sebuah helikopter dari sebuah syarikat pelancongan, kemudian mengarahkan ia diterbangkan ke pusat tahanan di Montreal, membawa lari dua banduan. Menurut statistik, kejadian melarikan diri menggunakan helikpter bukanlah tidak pernah berlaku. Seorang banduan Albania Alket Rizaj berjaya melarikan diri dua kali dari penjara dengan keselamatan ketat di Greece pada 2006 dan 2009. Pada kedua-dua kes, rakan subahat Rizaj menggunakan helikopter untuk masuk ke dalam kawasan penjara dan dia memanjat ke atas helikopter dengan menggunakan tali. Bagaimanapun, Rizaj berjaya diberkas pada kedua-dua insiden. Sumber: Bernama
TOP
Kontraktor Ekori Perompak Hingga Mereka Berjaya Ditangkap
Foto Astro Awani
KLANG: Tindakan seorang kontraktor yang tidak ‘mati akal’ selepas disamun oleh lima lelaki di Klang dengan mengekori perompak tersebut berjaya membawa kepada penangkapan suspek samun tersebut di Ampang. Mangsa yang berumur 33 tahun itu memandu keretanya dan mengekori perompak berkenaan tanpa dikesan dari Bukit Tinggi, Klang hingga ke Taman Melati sejauh 60 km. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Kamarul Zaman Mamat berkata dalam kejadian yang berlaku pada jam 5 pagi tadi, mangsa dipercayai hendak pulang ke rumahnya di Bandar Botanic, Klang selepas bertemu dengan rakannya di sebuah restoran di Jalan Batu Nilam 34B, Taman Bukit Tinggi 2. “Ketika dia menuju ke kenderaanya dia telah didatangi oleh lima lelaki dimana salah seorangnya menghunuskan pedang samurai ke arahnya sambil memaksanya menyerahkan beg sandang milik mangsa,” kata Kamarul dalam satu kenyataan medianya. Bimbang akan keselamatan dirinya, mangsa menyerahkan begnya itu kepada suspek dan suspek kemudiannya bertindak melarikan diri menggunakan dua buah kereta iaitu Proton Preve berwarna putih dan Perodua Kelisa berwarna merah. Antara barangan yang terdapat dalam beg sandang tersebut termasuklah wang tunai RM10 ribu, tiga keping cek, dua buah telefon bimbit, segugus kunci, dua kad kredit Hong Leong Bank dan Maybank dan sekeping lesen memandu milik mangsa. “Memikirkan bahawa dia mempunyai peluang untuk mendapatkan semula barangan yang telah dilarikan oleh perompak tadi itu, mangsa bertindak mengekori kenderaan suspek tanpa disedari oleh suspek sehingga ke Taman Melati di daerah Ampang,” Dia meninjau perompak berkenaan yang kemudiannya telah masuk untuk menjamu selera di sebuah kedai makanan segera 24 jam di kawasan tersebut. Mangsa segera menghubungi polis Ampang yang kemudiannya tiba dan memberkas kesemua perompak tersebut. “Lima suspek tersebut berumur antara 28 hingga 35 tahun itu diberkas ketika sedang makan di kedai makanan segera tersebut dan merampas sebilah pedang samurai, dua bilah parang, dua batang kayu dan sebatang cota besi,”. Polis turut merampas 14 telefon bimbit, wang tunai bernilai RM709 dan dua buah kereta yang dinaiki suspek. “Barangan rompakan milik mangsa itu juga berjaya ditemui semula,”. Kes disiasat dibawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas tuduhan samun berkumpulan dengan senjata. Sumber: Astro Awani
TOP
Ustaz Kazim Sanggah Fatwa Al-Qaradawi
SHAH ALAM – Fatwa yang dikeluarkan oleh ulama terkenal dunia, Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengatakan gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan, termasuk di dalam produk makanan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain mendapat sanggahan daripada pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias. Mohd Kazim berkata, hukum melibatkan makanan haram dan halal merupakan isu yang besar dan tidak patut diperkecilkan oleh mana-mana pihak. “Ni yang terbaru dia kata DNA babi halal dimakan, sebab dah diproses menjadi lain, dah pening kepala dah, dah keluar dah Facebook dah keluar dalam tulisan dia dah,” katanya. Menurutnya lagi, umat Islam harus berpegang teguh kepada ketetapan Islam yang digariskan oleh mazhab yang selama ini menjadi ikutan kepada Muslim di negara ini. “Keempat-empat mazhab Islam berpegang teguh bahawa apa sahaja yang berkaitan dengan babi tidak boleh dimakan, setiap benda makanan haram yang masuk dalam badan akan jadi daging. “Kalau makanan itu makanan haram, nerakalah tempatnya bagi kita, kalau makanan itu halal maka syurgalah tempatnya untuk kita,” tambahnya. Beliau dalam pada itu turut menjelaskan bahawa DNA yang terdapat dalam vaksin yang digunakan terhadap jemaah haji ialah DNA lembu, bukan DNA babi seperti yang didakwa sesetengah pihak. “Kalau Majlis Fatwa Perak dapat tahu vaksin DNA babi disuntik ke dalam badan jemaah haji, sudah lama Majlis Fatwa Perak keluarkan hukum haram ke atas jemaah haji yang mahu ke Makkah,” tegasnya.
Sumber: Sinar Harian Online
TOP
PAS Tentang Rang Undang-Undang Perumahan Johor
Mat Sabu
KUALA LUMPUR: Pimpinan PAS Pusat berkata sebarang percubaan untuk mengheret pemerintah ke dalam hal ehwal eksekutif negeri adalah sesuatu yang bertentangan kerana ia akan menjejaskan imej negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan. "Walaupun Rang Undang-undang ini masih belum dibentangkan, PAS tidak menyokong mana-mana undang-undang yang boleh mencemarkan imej demokrasi negara itu dan perlembagaannya," Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memberitahu pemberita di sini, Ahad, merujuk kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ). Mohamad Sabu berkata pembentangan Rang Undang-undang itu perlu ditangguhkan sehingga satu kajian yang betul dijalankan. "Pada masa ini, perkara-perkara tanah adalah di bawah kuasa eksekutif di negeri ini, dan ia boleh dikritik dan diperdebatkan oleh pembangkang. Amalan itu mesti dikekalkan. Beliau berkata parti-parti komponen Pakatan Rakyat akan mengadakan pertemuan untuk memutuskan pendirian rasmi mereka mengenai perkara itu. Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Mazlan Aliman berkata pembangkang di Dewan Undangan Negeri menyokong konteks umum Rang Undang-Undang kerana ia adalah serupa dengan undang-undang yang diluluskan di Selangor dan Pulau Pinang. "Apa yang menjadi masalah bagi kita adalah penglibatan Sultan, yang tidak harus menjadi sebahagian daripada undang-undang. "Kami akan mendesak penangguhan sebelum Rang Undang-Undang itu dibentangkan esok (Isnin)," kata Mazlan. Sumber: mStar
TOP
Boneka Yahudi Angkat Sumpah Presiden Mesir
Bekas Ketua Angkatan Tentera Mesir Abdel-Fattah el-Sissi mengangkat sumpah sebagai Presiden Mesir hari ini untuk pentadbiran selama empat tahun, mengambil alih pentadbiran sejak konflik negara itu berlaku pada 2011. El-Sissi mula mendapat perhatian pada tahun lepas apabila ketua tentera berusia 59 tahun itu menggulingkan kerajaan pimpinan Presiden yang dipilih daripada Ikhwanul Muslimin Mohamed Morsi. Konflik terjadi apabila berlakunya protes oleh rakyat Mesir selama berhari-hari menuntut Morsi meletakkan jawatan. Presiden baru Mesir itu mengangkat sumpah di hadapan Mahkamah Perlembagaan Mesir di ibu pejabatnya di Kaherah. Ia adalah tempat sama Morsi mengangkat sumpah dua tahun lalu, tetapi kini berhadapan perbicaraan yang membawa hukuman mati. Hari ini turut diisytiharkan sebagai hari cuti umum di Mesir dan pihak polis mengetatkan kawalan keselamatan di seluruh ibu negara Mesir itu. Majlis angkat sumpah itu diadakan di dalam sebuah dewan dengan berlatarbelakangkan bendera Mesir, dihadiri oleh seluruh anggota kabinet Perdana Menteri Ibrahim Mahlab termasuk isteri el-Sissi dan anak-anaknya. El- Sissi masuk ke dalam dewan berjalan diiringi Presiden sementara Adly Mansour, yang akan kembali ke jawatan sebelumnya iaitu Ketua Hakim di Mahkamah Perlembagaan selepas hampir setahun memegang jawatan presiden secara sementara. Sumber: AP
TOP
Petronas Beri Biasiswa Cecah RM100 Juta!
KUALA LUMPUR – Petronas menganugerahkan biasiswa bernilai RM100 juta kepada 316 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melanjutkan pendidikan di universiti terkemuka dalam dan luar negara. Naib Presiden Kanan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan Petronas, Raiha Azni Abd. Rahman berkata, biasiswa itu diberikan menerusi Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP). ”Sejak ditubuhkan pada 1974, Petronas melihat pendidikan dan pembangunan modal insan sebagai salah satu elemen penting yang dapat menyokong pertumbuhan syarikat ini. “Oleh itu, Petronas melaksanakan PESP dengan tujuan membantu pelajar-pelajar yang berbakat dengan cara memberikan peluang untuk merealisasikan potensi akademik mereka,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini. Raiha Azni berkata, seramai 148 penerima biasiswa itu akan melanjutkan pendidikan di universiti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan Kanada manakala penerima lain akan melanjutkan pendidikan di Universiti Teknologi Petronas (UTP). Beliau dalam pada itu memaklumkan, PESP yang dilancarkan pada tahun 1975 telah memberi manfaat kepada hampir 21,000 pelajar dan bekas pelajar di seluruh negara dengan nilai pelaburan kira-kira RM2.8 bilion. Menurutnya, Petronas menetapkan piawaian ketat berdasarkan merit merangkumi kecemerlangan akademik, prestasi dalam bidang kokurikulum dan daya kepimpinan serta latar belakang sosioekonomi dalam pemilihan penerima biasiswa PESP. Sumber: My News Hub
TOP
Klose lebur rekod Mueller
MIROSLAV Klose muncul penjaring terbanyak Jerman selepas memecahkan rekod 40 tahun milik Gerd Mueller pada aksi persahabatan menentang Armenia awal pagi semalam. Klose meledak gol ke-69 bersama skuad Jerman apabila menggegar jaring pada minit ke-72 permainan. Sebelum itu, Mueller yang bakal menyambut hari lahir yang ke-36 pada 9 Jun ini merekodkan 68 gol dalam 62 perlawanan. Klose berjaya memecah rekod jumlah gol Jerman sejak tahun 1974.
TOP
Peranan raja dalam RUU akan dipinda
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
NUSAJAYA - Menteri Besar, Mohamed Khaled Nordin mengumumkan terdapat beberapa fasal berkaitan peranan Raja dalam Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah negeri Johor akan dipinda. Beliau berkata enakmen berkenaan bakal diteruskan bagaimanapun peranan Raja dalam rang undang-undang itu hanya tertakluk berdasarkan nasihat Menteri Besar. Pindaan berkenaan akan dilakukan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri esok (Isnin).
TOP
Terpedaya gajet elektronik murah
Mangsa menunjukkan laporan polis dan SMS yang diterima menawarkan jualan gajet elektronik dengan harga murah.
NIBONG TEBAL - Hasrat seorang guru untuk mendapatkan gajet elektronik menerusi jualan barang rampasan kastam musnah apabila kerugian RM1,600 selepas ditipu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), baru-baru ini. Dalam kejadian pada 6 Mei lalu, mangsa yang berusia 57 tahun itu menerima SMS menawarkan penjualan telefon bimbit dan komputer riba dan bersetuju untuk membeli telefon pintar berharga RM800 berikutan harga yang ditawarkan berpatutan. Menurutnya, dia berurusan dengan seorang wanita bernama Nadia yang memintanya memasukkan wang pendahuluan sebanyak RM400 manakala baki selebihnya boleh dibayar selepas barangan diterima. “Bagaimanapun Nadia meminta saya untuk membayar baki bayaran bagi membolehkan telefon pintar terus dihantar dan saya masukkan lagi RM400 ke dalam akaun seperti yang diarahkan. “Tidak lama kemudian, saya terima SMS memaklumkan pihak mereka menjual telefon pintar itu secara pakej di mana setiap pembelian dua unit, satu unit percuma akan diberikan tetapi wang tambahan sebanyak RM800 perlu dimasukkan segera,” katanya kepada Sinar Harian. Mangsa kemudiannya memasukkan wang tambahan (bank in) menjadikan jumlah keseluruhan bayaran yang dibuat berjumlah RM1,600 namun SMS seterusnya diterima dan memintanya membuat lagi bayaran tambahan sebanyak RM800. Katanya, dia yang mula berasa tertipu dan memaklumkan bayaran tambahan tidak akan dimasukkan malah meminta memulangkan kembali semula wangnya. “Bagaimanapun Nadia turut mengugut dengan mengatakan saya turut akan dikenakan tindakan sekiranya laporan polis dibuat kerana membeli barangan rampasan yang ternyata salah di sisi undang-undang. “Saya tetap membuat laporan polis pada 26 Mei lalu bagi membolehkan kes ini disiasat,” katanya. Mangsa berharap sindiket itu akan disiasat segera bagi mengelakkan individu lain tertipu dengan tawaran palsu yang diberikan. “Saya sudah biasa dengan pembelian barangan secara atas talian dan tidak syak apa-apa memandangkan akaun yang digunakan sindiket di bawah nama syarikat berdaftar. “Kes ini akan dirujuk kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) untuk dapatkan khidmat nasihat dan mencari jalan untuk memastikan saya mendapat pembelaan sewajarnya,” katanya.
TOP
Tiada negara kritik Malaysia tangkap militan asing
Ahmad Zahid Hamidi
BALING - Malaysia tidak pernah menerima kritikan dari mana-mana negara yang rakyat mereka ditangkap kerana terbabit dengan kegiatan militan antarabangsa di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid berkata sebaliknya Malaysia dipuji atas tindakan tegas itu yang yang dibuat demi keselamatan rakyat negara ini dan dunia. Katanya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama bahagian Cawangan Khas tidak bertolak ansur dengan kegiatan jenayah yang dilakukan mana-mana kongsi gelap dan pertubuhan militan yang boleh menggugat keselamatan negara. "Saya memberi jaminan PDRM dan pihak Cawangan Khas akan tegas melaksanakan tanggungjawab membanteras kegiatan jenayah dan keganasan tempatan dan pihak (militan) luar yang menjadikan Malaysia sebagai lokasi mereka," katanya kepada pemberita sewaktu lawatannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Baling di sini hari ini. Hadir sama pada lawatan itu adalah Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim. - Bernama
TOP
Smartphone, racun rumah tangga
Kecewa setelah tahu tembelang suami, Hasyati akhirnya memilih jalan bercerai. Gamabr Hiasan
SEMBANG Whatsapp penulis dengan Ketua Wanita Isma, Ustazah Norsaleha Mohd Salleh tidak pernah lekang dari kata-kata semangat dan nasihat berguna. Ustazah seorang yang amat mengambil berat mengenai rakan-rakan tidak kira sama ada beliau baharu kenal atau sudah lama. Ustazah pandai bergurau, tapi pada hemat penulis, kata-kata dan gurauan ustazah kena dan tepat dengan apa yang berlaku pada hari ini. Kegilaan berselfie, kisah rumah tangga muda-mudi yang semakin berantakan, ditambah dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat membuahkan pelbagai masalah sosial. Ya, buah fi kiran ustazah membawa kepada perbincangan WOW pada minggu ini. Lihat sahaja institusi kekeluargaan yang runtuh dek kealpaan individu itu sendiri. Salah satunya berpunca daripada tabiat masyarakat pada zaman ini yang serba canggih dengan penggunaan telefon pintar atau smartphone. Smartphone ibarat suatu racun dalam rumah tangga. Kecurangan meruntuhkan kepercayaan sebelum akhirnya menarik kebahagian pasangan untuk sama-sama runtuh secara perlahan-lahan. Istana bahagia dicita-citakan tidak berakhir hingga akhir hayat, malah bercambah menjadi kudis dan dosa yang berulang. Sesungguhnya curang dan cinta terlarang mengundang pelbagai cerita duka. Bagaimana ia berlaku? Salah satunya kerana kecanggihan teknologi smartphone pada masa kini. Dengan gaya hidup serba ranggi dan elegan, memudahkan seseorang berkomunikasi secara terus. Inilah bahananya telefon canggih; apabila keadaan ini mendorong manusia menikmati keseronokan hidup yang tidak dinikmati semasa muda. Justeru para pembaca, berhati-hati dan berhemahlah ketika menggunakan aplikasi telefon pintar anda. WOW minggu ini membawakan isu smartphone, racun rumah tangga. Ia sekadar teladan dan pedoman untuk pengajaran semua. Usah biar kemudahan canggih ini menjadi racun dalam kehidupan sebenar anda.
Pengakuan 1
Grup chatt, buat suami leka
SAYA membelikan suami smartphone sebagai hadiah hari jadi setahun lalu. Dia sukakan permainan video, jadi dengan adanya smartphone, bolehlah dia muat turun semua game yang dia suka dan itu lebih memudahkannya. Berbanding permainan PSP yang mahal dan susah untuk dibawa ke mana-mana. Bagaimanapun, saya silap kerana ia sebenarnya amat memburukkan keadaan. Suami bukan sahaja melekat di hadapan telefon bimbit 24 jam untuk bermain game, malah sudah semakin leka dengan grup chat (sembang berkumpulan) dalam kalangan rakan-rakan pejabatnya dan kenalankenalan lama di sekolahnya. Kadang-kadang saya naik rimas. Di rumah main smartphone, di kedai makan pun dia leka sampai pembantu restoran berdiri lama untuk mengambil pesanan makanan. Apabila saya menegur, kami boleh jadi gaduh. Bukan soal cemburu, soalnya sekarang dia seperti ketagihan dan leka dengan tanggungjawab utamanya. Ketika makan, dia perlu tumpukan kepadamakan. Ketika bersama saya dan anak-anak, saya dan anak-anaklah yang harus menjadi fokus utamanya. Ini tidak,hanya bersama smartphone. Kadangkala dia senyum dan ketawa sendiri sambil mengutuk rakan-rakan di grup chattnya itu. Suatu hari, saya terdetik hati untuk membuka telefon bimbitnya. Ternyata, apa yang dia kongsikan bersama rakan-rakan chattingnya adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dia sampaikan. Sampai cerita kami bergaduh di dalam kereta pun menjadi isu dan bahan ketawanya bersama rakan. Saya jadi malu dan tertekan dengan sikap suami danakhirnya memberi kata dua kepadanya. Sama ada hentikan tabiat buruk itu atau kehilangan saya dan anak-anak. - Nor Hayati Salam, 32,Shah Alam.
Pengakuan 2
Bahana smartphone rumah tangga musnah
SAYA gilakan internet dan saya juga bertanyatanya apakah suami juga melalui masalah sama? Rupa-rupanya apa yang saya duga itu betul. Sejak menggunakan telefon pintar, suami saya sudah mula melekat dengan telefon bimbit. Dia ada kedudukan dan jawatan. Pada saya, penggunaan telefon pintar untuknya adalah satu keperluan kerana dalam masa sama, ia mempamerkan imej korporat yang dia bawa. Tetapi sikap suami semakin lama semakin pelik dan merunsingkan. Pada malam hari, dia gemar duduk dalam kereta sambil menghubungi seseorang. Anak sulung saya yang perasan perubahannya pada suatu malam. Keesokannya, dia buat lagi. Selesai berhubungan menerusi panggilan telefon, dia kelihatan sibuk pula menaip sesuatu. Kejadian berlarutan selama seminggu. Akhirnya saya ambil keputusan untuk memeriksa telefon bimbit suami. Saya mencuba banyak kata kunci dan akhirnya atas izinNya, saya dapat melihat apa yang tersimpan dalam telefon bimbit suami. Ada banyak aplikasi game yang menggunakan ikon lucah, termasuk beberapa keping gambar gadis-gadis yang berposing dalam keadaan mengghairahkan. Saya juga temui nombor telefon atas nama seorang lelaki yang paling kerap dihubunginya, lebih-lebih lagi pada lewat malam. Saya minta suami berterus-terang. Rupanya nombor itu bukan milik lelaki tetapi seorang perempuan yang telah dinikahinya di Thailand. Saya berasa amat tertipu dan akhirnya perpisahan jalan yang saya pilih. - Hasyati Yahya, 35, Bukit Mertajam, Perak
Pengakuan 3
Tempat berkongsi rasa
SAYA seorang yang obses dengan aplikasi telefon bimbit. Semua jenis aplikasi saya muat turun sampai jem telefon saya. Pada mulanya ia sekadar suka-suka untuk isi masa lapang. Saya bekerja sebagai promoter. Pada sebelah siang, saya sibuk di tempat kerja dan selalunya tidak sempat untuk kemas kini aktiviti di telefon bimbit. Tapi bila balik ke rumah, saya akan terus melekat dengan telefon bimbit. Setiap aktiviti saya nak kongsi bersama rakan-rakan yang ada sebahagiannya saya tak pernah kenal pun. Hanya menerusi maya. Saya tak tahu kenapa ia seperti jadi satu kemestian untuk saya update semua aktiviti. Bukan tujuan saya untuk mendapatkan perhatian tapi saya seronok dan gembira bila gambar-gambar atau status yang saya kemas kini mendapat like kawan-kawan. Selepas itu kami akan saling berbalas mesej dan ada kalanya berlarutan sehingga ke pagi. Telefon bimbit pun saya bawa naik ke tempat tidur. Gurauan kawankawan selalu mencuit hati. Gambar-gambar yang dikongsikan pun ada kalanya kelakar. Saya sedar kadangkala suami saya marah dan kecil hati tapi saya berubah pun paling lama dua hari. Saya tak senang duduk kalau bateri telefon bimbit saya habis. Saya ada juga muat turun aplikasi lain tapi biasanya tidak lama sebab kenalan dan rakan-rakan terdekat tidak muat turun aplikasi tersebut. Bergembira di ruangan chating menerusi smartphone bukan bererti saya berniat tidak baik seperti mahu mencari kekasih, tapi ia sekadar suka-suka. - Nurul Syuhada Alwi, 29, Kuala Lumpur.
TOP
Pas hargai keprihatinan kerajaan Malaysia
Mohamad Sabu
KUALA LUMPUR - Pas merakamkan penghargaan bantuan dan keprihatinan semua pihak terhadap tahap kesihatan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dirawat di sebuah hospital di Istanbul sejak 31 Mei lalu. Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu berkata, pihaknya juga turut berterima kasih di atas keprihatinan kerajaan Malaysia melalui dutanya di negara itu yang turut membantu dalam memastikan Abdul Hadi mendapat rawatan yang sebaiknya. "Jawatankuasa Pas Pusat mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu termasuk kerajaan Turki dan kerajaan Malaysia melalui setiausahanya yang menelefon sendiri presiden bertanya khabar beliau. "Pas juga mengucapkan terima kasih kepada keprihatinan Duta Malaysia di Turki yang telah melawat presiden dua kali," katanya kepada pemberita di ibu pejabat Pas, di sini, hari ini. Pada hujung bulan lalu, Ahli Parlimen Marang itu dikejarkan ke hospital di Istanbul selepas beliau mengadu sesak nafas. Mengulas lanjut, Mohamad Sabu berkata, keadaan bekas Menteri Besar Terengganu itu kini semakin pulih dan telah dibenarkan keluar dari wad biasa hospital tersebut. "Abdul Hadi sedang berehat di Istanbul, kesihatan semakin pulih ke arah sedia kala, tetapi beliau perlu sedikit rehat lagi selepas dinasihati doktor dan pakar perubatan hospital di Istanbul. "Insya-ALLAH beli
TOP
Buktikan Kit Siang akan peluk Islam
Chio Seong (kanan) menunjukkan status yang dimuatnaik di akaun Facebook milik Song Tuck mengenai dakwaan Kit Siang bakal memeluk Islam.
GELANG PATAH - Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Johor, Kua Song Tuck digesa mengemukakan bukti berhubung kenyataannya di laman sosial Facebook yang mendakwa Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang akan memeluk Islam dalam masa terdekat. Pembantu Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gelang Patah, Ooi Chio Seong berkata, kenyataan itu boleh mengelirukan masyarakat Cina khususnya dalam suasana isu pelaksanaan hudud ketika ini. Katanya, tindakan memuat naik status itu di laman sosial bukan hanya akan menyebabkan ketegangan dalam kalangan pengikut DAP tetapi menyentuh sensitiviti agama masyarakat. “Status itu dimuat naik pada 5 Jun lalu dan saya menyedari mengenai status berkenaan selepas dimaklumkan oleh seorang rakan. “Saya berasa amat terkejut dengan kenyataan yang dibuat malah ramai pengguna Facebook yang mula mempersoalkan kebenaran kenyataan itu,” katanya. Turut hadir pada sidang media itu Adun Johor Jaya, Liow Chai Tung dan Adun Bilut, Chow Yui Hui. Katanya, Kit Siang turut terkejut dengan status laman sosial berkenaan sekaligus menafikan dakwaan bahawa beliau bakal memeluk Islam seperti yang dihebahkan oleh Song Tuck. Sehubungan itu, Chio Seong menggesa agar Song Tuck mengemukakan bukti mengenai dakwaannya dan dia turut diminta menarik balik status berkenaan jika tidak mempunyai fakta yang benar. “Kami tidak pasti niat sebenar beliau dan kita minta dia beri penjelasan dan kemukakan bukti di atas kenyataannya,” katanya. Sementara itu, Song Tuck mengakui dia memuat naik status itu ke akaun Facebook miliknya kerana mendakwa menerima maklumat berkenaan dari sumber boleh dipercayai. “Sebelum ini Kit Siang banyak mengeluarkan kenyataan terhadap Barisan Nasional kerana mempunyai sumber boleh dipercayai. “Jadi saya pun boleh keluarkan kenyataan kerana mempunyai maklumat dari sumber boleh dipercayai, tidak adil jika tindakan saya dipersoalkan oleh mereka,” katanya.
TOP
Penculik tabur syiling tarik mangsa
Selvakumar (kanan) bersyukur Daniyaa (kiri) selamat dari penculik
SEREMBAN - Dengan menggunakan taktik menabur duit syiling dan wang kertas RM50 di tengah-tengah jalan, seorang kanak-kanak berusia 9 tahun menjadi mangsa culik sekumpulan lelaki tidak dikenali di Taman Mawar, dekat sini. Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang Rabu lalu, mangsa, S.Daniyaa Letchumy, 9, terselamat apabila diserang sawan ketika dibawa dalam kereta penjenayah terbabit sebelum ditinggalkan di tepi jalan. Menceritakan kejadian, bapa mangsa, V.Selvakumar, 42, berkata, anaknya diculik ketika dalam berjalan ke kedai berhampiran rumah mereka. Menurutnya, ketika tiba di laluan belakang taman perumahan berkenaan, anaknya terjumpa wang kertas RM50 atas jalan, lalu mengambil duit tersebut dan meneruskan perjalanan ke kedai. "Dalam perjalanan balik ke rumah, anak saya sekali lagi terjumpa banyak duit syiling bertaburan di tepi jalan itu iaitu tempat yang sama, lalu berhenti dan mengutip syiling itu. “Semasa dia sedang leka mengutip duit itulah, tiba-tiba datang dua lelaki bertopeng dari dalam hutan berhampiran, lalu menutup mulut dan mengangkat anak saya masuk dalam kereta Proton Saga hitam yang telah menunggu di tepi selekoh laluan itu," katanya. Bagaimanapun, katanya, kira-kira 15 minit kemudian, anaknya ditinggalkan di tepi jalan berdekatan kuil Jalan Seremban - Tampin, kira-kira 10 kilometer dari tempat diculik. "Mungkin penculik itu panik melihat anak saya diserang sawan,” katanya. Selvakumar berkata, Daniyaa kemudiannya dihantar pulang ke rumah kira-kira 5.30 petang pada hari sama oleh seorang individu yang ketika itu berada di kuil terbabit. Dia juga mengakui anaknya diserang sawan sekiranya berada dalam situasi panik. “Sejak kecil lagi anak saya sering diserang sawan, lebih-lebih lagi jika dia dalam ketakutan atau pun tertekan. Malah, minggu depan ini, dia akan dibawa ke hospital untuk rawatan susulan," katanya. Menurutnya, kejadian itu menyebabkan dia bimbang keselamatan keluarganya kini. “Saya bukanlah orang senang. Kerja pun hanya mencari besi buruk untuk dijual. Tapi saya percaya penjenayah ini bukan mahu duit tapi mungkin mahu menculik kanak-kanak untuk dijual," katanya. Berkutan kejadian itu, Selvakumar membuat laporan di Balai Polis Senawang, kelmarin. Kejadian menimpa keluarga itu turut mendapat perhatian Adun Senawang, P. Gunasekaran dan Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong yang datang ke rumahnya, semalam.
TOP
Diabetes pembunuh senyap
ORANG ramai tidak sepatutnya terlalu panik jika sudah disahkan menghidap diabetes kerana ia mampu dikawal melalui pemakanan. Kita sering dimomokkan dengan senario potong mana-mana anggota badan jika terkena penyakit ini tetapi hakikatnya ia boleh dikawal. Doktor dan pakar perubatan hanya boleh memotong mana-mana anggota badan pesakit jika ia sudah parah dan tidak mampu diubati lagi. Adalah penting bagi orang ramai peka dan mempunyai kesedaran lebih awal mengenai penyakit ini kerana ia menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik lain seperti masalah jantung, risiko untuk buta, strok, kegagalan jantung dan penyakit buah pinggang. Diabetes disebabkan oleh peningkatan kadar gula dalam darah akibat gangguan pada sistem metabolisme tubuh, di mana organ penting pankreas tidak mampu lagi menghasilkan hormon insulin. Hormon insulin ini yang sepatutnya bertanggungjawab mengawal kadar gula dalam darah yang sepatutnya memproses karbohidrat, lemak dan protein menjadi tenaga yang diperlukan dalam tubuh manusia. Awasi tanda awal Orang ramai perlu peka dengan gejala atau tanda awal menghidap kencing manis kerana ia boleh dipantau di peringkat awal.
Antara tanda atau gejala kencing manis ialah:
1. Kekerapan membuang air kecil
2. Sering berasa dahaga yang luar biasa
3. Lapar yang berlebihan dan makan terlalu banyak dalam satu masa
4. Kehilangan berat badan tanpa mengetahui punca
5. Mengalami rabun secara tiba-tiba
6. Luka lambat sembuh
7. Mudah terkena jangkitan terutama pada bahagian kulit.
Kadar gula dalam darah manusia boleh dianggap normal jika bacaan antara empat hingga lapan miligram dan pesakit yang mempunyai bacaan kandungan gula jauh lebih tinggi jika tidak dikawal. Secara umumnya, sesiapa saja mempunyai risiko berhadapan dengan penyakit ini tetapi mereka yang datang daripada keturunan di mana ahlinya menghidap kencing manis dan mempunyai berat badan berlebihan terdedah dengan risiko. Sebelum 1921, tiada ubat tertentu untuk merawat penyakit ini, tetapi kini masyarakat tidak perlu terlalu gusarmampu mengawal kencing manis dan penghidap boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Adalah diingatkan fungsi ubat ini bukanlah boleh mengubat secara terus tetapi ia hanya mampu mengawal jumlah gula dalam darah dan pesakit sendiri mesti mematuhi diet dan mengawal pengambilan makanan, terutama mengehadkan mengambilan makanan yang tinggi gula, lemak dan karbohidrat. Ada juga pesakit yang terpaksa menyuntik insulin tetapi doktor akan memastikan terlebih dahulu rawatan yang bersesuaian dengan pesakit mengikut tahap keadaan penyakit. Patuhi nasihat doktor Pesakit dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi arahan yang diberi doktor dan tidak lupa untuk membuat pemeriksaan berkala sama ada di hospital atau klinik kesihatan berhampiran pada masa yangditetapkan untuk pemeriksaan. Pemeriksaan dari semasa ke semasa adalah sangat penting termasuk ujian air kencing dan darah bagi rawatan dan kawalan kencing manis. Tip pemakanan pesakit Kawalan pemakanan sangat penting dalam rawatan bagi penyakit kencing manis kerana jika pengambilan melebihi yang diperlukan, pelbagai risiko terpaksa dihadapi pesakit. Apa salahnya kita mengurangkan pengambilan gula dalam kehidupan seharian dan tidak culas untuk melakukan aktiviti olahraga. Makanan perlu dielakkan: gula tebu, gula kastor, gula melaka, madu, makanan segera (terdapat gula tersembunyi), gula pasir, jeruk, kuih-muih manis, susu pekat manis, buah-buahan dalam tin, minuman ringan, coklat dan jem. Makanan yang perlu dihadkan Makanan mengandungi karbohidrat boleh diambil tetapi harus dikawal pengambilan dan diambil secara sederhana. Antaranya ialah nasi, bijirin, biskut, kekacang, susu, pasta, semua jenis mi, semua jenis tepung, semua jenis uni, buah-buahan dan sayuran berkanji seperti labu, jagung, ubi dan serbuk coklat.
TOP
M Daud, Sharifah Aini Stabil
YAYASAN Artis 1 Malaysia ditubuhkan bagi menjaga kebajikan karyawan seni dan membantu meringankan beban penggiat seni tempatan.
TOP
Manfaat teknologi dengan betul
KEWUJUDAN teknologi pada zaman kini mempunyai banyak kebaikan. Antara teknologi yang sering digunakan ialah telefon pintar yang mempunyai pelbagai aplikasi seperti facebook, wechat, chatting dan lain-lain. Tidak dinafi kan bahawa semuanya memudahkan urusan kerja dan komunikasi antara manusia. Kemudahan teknologi yang ada boleh juga membawa kepada keburukan jika digunakan secara berlebih-lebihan yang boleh menyebabkan ketagihan. Ia akan memberi kesan negatif kepada kehidupan termasuklah alam rumah tangga.
Seorang isteri dan ibu yang gemar dan leka dengan telefon pintar sehingga mengabaikan tanggungjawabnya dalam keluarga adalah sesuatu yang perlu dielakkan. Ini kerana ALLAH kurniakan anak-anak kepada kita adalah sebagai ujian iaitu sama ada kita menunaikan tanggungjawab dan memberikan hak-hak yang sepatutnya kepada mereka ataupun tidak. Firman ALLAH SWT, “Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian.” (Surah al-Anfal: 28) Namun, jika kita mengikut garis panduan dan batasan-batasan dalam penggunaan telefon pintar, perkaraperkara sedemikian boleh dihindarkan. Antaranya adalah menggunakan telefon pintar mengikut keperluan dan masa yang sesuai. Ada sebahagian waktu yang tidak sesuai untuk kita gunakannya seperti ketika makan semeja bersama keluarga dan di hadapan anak-anak yang sedang belajar. Begitu juga penggunaan yang mengikut keperluan sewajarnya seperti urusan kerja dan tidak menggunakannya dalam tempoh waktu terlalu lama. Apabila hal tersebut dilakukan, maka kerja-kerja rumah tidak terganggu dan terabai. Selain itu, ia boleh menjadi contoh yang baik kepada anak-anak agar mereka tidak mudah terpengaruh dan terikut dengan perkara-perkara tidak berfaedah seperti yang kita lakukan. Selain itu, setiap isteri dan ibu hendaklah menjaga maruah diri termasuk ketika menggunakan telefon pintar.
“Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada ALLAH dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan ALLAH dan pertolongan-Nya.” (Surah al-Nisa’: 34)
Setiap perkara yang dikongsikan melalui telefon pintar hendaklah tidak merendahkan dan menjatuhkan kehormatan diri sebagai seorang isteri. Contohnya, memperlihat gambar yang menutup aurat, sopan dan tidak menimbulkan syahwat lelaki. Menggunakan juga perkataan yang baik dan menjaga batasan pergaulan dengan lelaki-lelaki yang bukan muhrim. Semua ini agar hati tidak menjadi semakin keras disebabkan dosa-dosa yng biasa dilakukan. Dosa-dosa seperti inilah akan menyebabkan kita mudah dipengaruhi oleh syaitan. Kemudian terdorong dalam melakukan dosa yang lebih besar seperti mengabaikan kewajipan-kewajipan yang wajib dilaksanakan. Oleh itu, sama-samalah kita mengutamakan agama melebihi segala-galanya dalam setiap pekerjaan yang ingin kita lakukan. - Ustaz Mohd Hasrul Wahab, Pendakwah
Hadkan penggunaan demi kebaikan diri
IMPLIKASI penggunaan telefon pintar kepada setiap seseorang individu itu berbeza. Bagi wanita yang telah berumah tangga, tidak ada masalah jika menggunakan telefon pintar dengan syarat perlu pandai mendisiplinkan diri, jangan sampai mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Ada wanita menggunakan segala bentuk media ini dengan tujuan kerjaya dan menambah pendapatan malah ada yang menggunakan dengan tujuan menghindarkan kebosanan. Tanpa disedari mereka mencari teman. Berdasarkan kes yang pernah saya kendalikan, wanita yang berasakan dirinya tidak dihargai oleh suami dan tidak dilayan sebaiknya oleh suami akan berasa sepi. Kesepian dan rasa tidak puas hati malah sedih memulakan langkah luahan rasa di laman sosial seterusnya mengundang simpati rakan-rakan. Berpunca dari simpati inilah berakhir dengan tragedi – jatuh cinta dengan lelaki lain yang kononnya lebih memahami dan mampu melayan rasa sepi dialami.
Akhirnya menjadikan mereka ketagih dengan media baharu ini. Bagi memastikan keadaan ini tidak berlarutan, cara terbaik patut dilakukan adalah:
1- Disiplinkan diri – walaupun digunakan untuk kerjaya atau suka-suka, perlu ada jadual masa tertentu agar tidak mengabaikan tanggungjawab
2- Sedar status diri – tidak menjadikan bosan atau sepi untuk memancing simpati
3- Bataskan diri dalam berkawan- terutama dengan lelaki yang nyata mengambil kesempatan. Jangan mudah termakan pujuk rayu.
4- Jangan berdendam – ada kes wanita yang berdendam dengan suami, bila suami asyik dengan wanita lain, dia juga nak lakukan yang sama. Ingat! Suami dan isteri tak sama.
Ada batasan tertentu yang perlu isteri patuhi yang ditetapkan oleh syariat malah jika isteri ingin berkawan dengan mana-mana lelaki, perlu dapatkan izin suami. Ada cara lebih baik mengajar atau mengubah suami. Sementara itu, kegilaan individu berselfi e dengan telefon pintar sekarang ini juga diibaratkan sebagai satu fenomena baharu dalam kalangan masyarakat. Tak salah untuk selfie asalkan dapat mengawal diri secara positif. Kadang-kadang perkara ini bukan sahaja baik untuk psikologi diri agar lebih menghargai diri tetapi boleh membuatkan individu itu bangga dengan diri sendiri. Kawalan diri penting agar ketagihan tidak mengganggu rutin harian yang lain. - Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie
Wujud kes orang ketiga
TELEFON pintar menjadi medium kepada wujudnya hubungan dengan orang ketiga dan dalam kebanyakan kes, orang ketiga memang menjadi punca kepada masalah dalam rumah tangga. Keadaan ini seolah-olah menggambarkan tahap keseriusan dalam kalangan masyarakat jika dibiarkan berterusan. Banyak kes berlaku adalah disebabkan pasangan berubah sikap apabila mula menggunakan telefon pintar tanpa had. Ada sesetengah kes pasangannya bertukar agresif dan sanggup marah apabila ditegur. Bukan setakat itu ke mana sahaja pergi telefon sentiasa dibawa bersama kerana bimbang diketahui apa yang dilakukan. Mungkin bagi suami yang mempunyai isteri seperti ini akan rasa sesuatu yang tidak kena. Jika disiasat dan mengetahui ada orang ketiga dalam hidup mereka perceraian akan menjadi jalan penyelesaiannya. Paling kasihan anak-anak akan menjadi mangsa keadaan. Bagi memastikan keadaan ini tidak berterusan, seharusnya kedua-duanya memahami keperluan penggunaan telefon pintar. Cukup sekadar berhubung mengenai kerja dan jika ingin berhubung melalui whatsapp, menghantar emel atau menghabiskan masa dengan menelefon biarlah ada hadnya. Seboleh-bolehnya selamatkan rumah tangga daripada perkara yang remeh kerana untuk membina kebahagiaan bukan senang jika tidak ada toleransi dan tolak ansur antara suami isteri. - Fadhlina Sidek, Pengamal Undang-undang
TOP
Azan di Vatican City
Mahmoud dan Francis bertemu kali terakhir di Palestin pada minggu lalu.
VATICAN CITY - Buat pertama kalinya dalam sejarah, solat dan bacaan Al-Quran akan diperdengarkan di Vatican City hari ini dalam usaha mengakhiri krisis antara Israel dan Palestin. Times of Israel melaporkan, Pope Francis menjemput Presiden Israel; Shimon Peres dan Presiden Palestin; Mahmoud Abbas ke sini bagi kunjungan balas beliau yang melawat Palestin dan Israel minggu lalu. “Pertemuan Mahmoud, Peres dan Francis akan disertai oleh pemimpin agama Islam, Yahudi, Kristian dan Islam,” menurut laporan itu. Pegawai Holy See memaklumkan, solat dan majlis makan malam akan berlangsung bagi melupakan persengketaan dalam politik di antara mereka. “Pertemuan ini tidak mempunyai matlamat politik. Ia adalah untuk menyatakan hasrat semua pihak untuk melihat keamanan dicapai antara Israel dan Palestin,” katanya dipetik Al Arabiya.
TOP
Kes buli paksa bogel pelajar UPM selesai
Laporan berita disiarkan sebuah blog mengenai tujuh pelajar junior UPM yang mendakwa mereka dipaksa melakukan perkara tidak senonoh oleh pelajar senior Khamis lalu.
SERDANG – Kes buli membabitkan 10 pelajar senior dan tujuh pelajar junior Universiti Putra Malaysia (UPM) Khamis lalu dianggap selesai selepas kedua-dua pihak bertemu dan memohon maaf atas kesalahan dilakukan. Difahamkan, pelajar junior berkenaan membuat laporan di Balai Polis Serdang mendakwa mereka dipaksa berbogel dan menghisap rokok jika tidak mahu diapa-apakan. Insiden itu dilapor turut dirakam pelajar senior menggunakan telefon bimbit masing-masing. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, kesemua pelajar yang terbabit sudah berbincang dan bersetuju memaafkan satu sama lain. Ibu bapa pelajar juga sudah dipanggil dan dijelaskan mengenai apa yang berlaku. Satu perjumpaan lagi akan diadakan hari ini antara Persatuan Hindu UPM dengan ibu bapa pelajar terlibat. Beliau menafikan wujud kejadian ‘ragging’ memaksa pelajar junior berbogel dan menghisap rokok. Ketika mengulas kejadian itu, beliau turut menafikan pembabitan pelajar wanita dalam insiden yang didakwa sengaja menjatuhkan maruah mangsa. Menurutnya, pelajar senior yang terbabit dalam kejadian itu diberi surat amaran kerana melanggar peraturan ditetapkan universiti. UPM membuat ketetapan tidak membenarkan mana-mana pelajar senior untuk dekati pelajar junior sebagai langkah pencegahan mengelak kes seperti itu berlaku. Mohammad Shatar berkata, pihaknya memberi jaminan perkara itu tidak akan berlaku di bawah pengawasan pihaknya. “Jika ada terima laporan, perkara itu akan dirujuk kepada jawatankuasa tatatertib, tindakan kemudian diambil mengikut prosedur,” katanya. Beliau berkata, jawatankuasa akan bersidang, menilai dan menyiasat kes, jika ada bukti kesemua pihak akan dipanggil. Tindakan diambil bergantung kepada keadaan dan maklumat diperoleh, pelajar yang lakukan kesalahan mungkin diberi surat peringatan, amaran, digantung atau dibuang terus daripada universiti. “Namun dalam kes ini kedua-dua pihak dah selesaikan di peringkat awal, mangsa tidak membuat aduan kepada pihak universiti malah mangsa juga memberitahu apa yang dilapor dalam sebuah akhbar berbahasa Tamil itu banyak yang tidak benar,” katanya. Laporan terperinci mengenai kejadian itu jelasnya sudah diserahkan kepada kementerian untuk tindakan selanjutnya. “UPM tidak terima laporan daripada mangsa sebelum ini, hanya tahu mengenainya daripada pihak luar dan berdasarkan laporan polis dibuat tapi kita sudah temui semua yang terlibat untuk dapat gambaran jelas mengenainya,” katanya. Kelmarin, umum gempar apabila sebuah akhbar Tamil melaporkan tujuh pelajar UPM mendakwa mereka dibuli pelajar senior melakukan perkara tidak senonoh sehingga menjatuhkan maruah di sebuah bilik di asrama universiti itu Khamis lalu. Pelajar itu mendakwa mereka hanya dibenar memakai seluar dalam, memegang kemaluan sambil menari mengikut rentak muzik. Tujuh pelajar malang tersebut mendakwa trauma bertemu pelajar senior selepas turut dipaksa menghisap rokok jika tidak mahu dipengapa-apakan.
TOP
Diperdaya kerana nak cepat kaya
Izani (tiga kiri) menunjukkan barangan rampasan sindiket Black Money kepada Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Taw Hong Soon (dua kiri) pada sidang media bulan lalu.
Berpura-pura mengenali masyarakat tempatan kononnya ingin menjalin hubungan persahabatan selain mewujudkan kerjasama perniagaan antara taktik dikesan dilakukan anggota sindiket ‘Black Money’ yang rata-ratanya didalangi warga Afrika untuk mendekati mangsa sebelum menipu mereka dengan tawaran kekayaan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Izani Abd Ghani berkata, biasanya anggota sindiket menggunakan kenalan mereka yang juga warga tempatan untuk memperkenalkan diri dengan mangsa dan menggunakan alasan menjalin kerjasama perniagaan mahupun berkenalan. “Mangsa sebelum itu tidak mengetahui niat dan tujuan mereka diperkenalkan kepada sindiket berkenaan hinggalah bertemu dan berbincang mengenai urusan perniagaan yang boleh menjadikan mangsa kaya dalam sekelip mata iaitu ‘Black Money’. “Kami mengesan sindiket menggunakan pujuk rayu dan cuba meyakinkan mangsa melalui demonstrasi mencuci wang kertas berwarna hitam dengan cecair khas yang kononnya dapat menukarkan wang kertas menjadi duit sebenar. “Mangsa yang dikaburi dengan kekayaan ‘segera’ pasti tergoda, seterusnya melakukan urusan membeli wang kertas berkenaan,” katanya kepada Metro Ahad.
TOP
Tak sempat tarik kereta
WONG diberi rawatan oleh paramedik. Gambar kecil, kesan kecederaan pada kepala.
Kuala Lumpur: Cubaan seorang penarik kereta mengambil sebuah kereta Proton Persona selepas mendapat arahan mahkamah kerana bayaran tertunggak tiga bulan mengundang padah apabila diserang dan ditetak seorang lelaki, dipercayai kenalan pemilik kereta terbabit. Mangsa dikenali sebagai Wong, 37, cedera di kepala, dada dan tangan selepas diserang suspek yang mengamuk sebelum berjaya diselamatkan polis. Dalam kejadian jam 4.30 petang kelmarin, mangsa membawa lori tunda untuk menarik kereta terbabit di kawasan flat Jalan San Peng, di sini. Menurutnya, selepas membawa kereta itu sehingga ke kawasan Kenanga Wholesale City (KWC), di sini, tiba-tiba tiga lelaki menaiki motosikal menahan dan menyuruhnya berhenti. “Seorang daripada mereka kemudian terus mengambil kunci lori saya dan merampas telefon bimbit.
TOP
Lebih 9 juta pelajar ambil peperiksaan
SEJUMLAH pelajar keluar dari sebuah sekolah selepas mereka menduduki peperiksaan di Changsha, Hunan.
BEIJING - Sebanyak 9.39 juta orang pelajar mengambil peperiksaan kemasukan ke kolej kebangsaan di serata China semalam. Peperiksaan itu akan berlangsung dari 7 Jun hingga 8 Jun depan. Pemeriksaan ketat dilakukan oleh guru-guru dengan badan para pelajar diimbas sebelum mereka dibenarkan memasuki bilik pemeriksaan. Anggota-anggota polis yang lengkap bersenjata turut mengawal sekolah tinggi yang menjadi tempat peperiksaan. Terdapat juga sebahagian ibu bapa yang berdoa dan membakar bunga api sebelum anak mereka mengambil peperiksaan. Tujuan mereka melakukan perbuatan tersebut adalah untuk memastikan anak mereka lulus dalam peperiksaan tersebut. - Agensi
TOP
Pelawak Tracy Morgan Kemalangan, Kini Kritikal
VAN yang dinaiki Morgan terbalik dalam nahas di sebuah lebuh raya dekat Trenton, New Jersey semalam.
Pelakon komedi terkenal Tracy Morgan kini berada dalam keadaan kritikal selepas sebuah traktor-treler merempuh bas limousin yang dinaikinya, awal pagi semalam. Ketika kejadian pelakon Saturday Night Live dan 30 Rock itu serta tujuh penumpang termasuk rakan dan pemandu limousin dalam perjalanan pulang selepas menjayakan sebuah persembahan komedi di Delaware. Kemalangan membuatkan rakan rapat Morgan yang juga mentornya dikenali sebagai James NcNair, 62, meninggal dunia di tempat kejadian. Keadaan Morgan dan seorang lagi dikenali sebagai Jeffrey Millea, 36, serta pelawak, Ardie Fuqua Jr yang kini dirawat di Hospital Robert Wood Johnson dilaporkan kritikal. Punca kemalangan dikatakan bermula apabila pemandu traktor-treler dari Georgia yang memandu terlalu laju gagal memperlahankan kenderaan lalu menghentam belakang bas limousin dinaiki Morgan. Impak kuat pelanggaran membuatkan limousin melanggar pula traktor-treler di hadapannya, sebuah SUV dan dua kereta lain.
Sumber: Yahoo News! Elza / My News Hub
TOP
'Kami Diberi Makan Ayam Goreng Di Kepulauan Jolo' - Marcy
Marcy (kiri) dan Gao disembunyikan oleh kumpulan Abu Sayyaf di Kepulauan Jolo selama dua bulan sebelum dibebaskan 30 Mei lalu.
KOTA KINABALU: Seorang pekerja hotel warga Filipina mendedahkan penculik menyediakan makanan secukupnya kepada dia dan Gao Huayun semasa mereka dalam tahanan di kepulauan Jolo, Filipina selama dua bulan. Malah, penculik tersebut turut memberikan makanan istimewa kepada pelancong warga China sempena hari lahirnya. "Kami diberi makan ayam goreng yang dibeli oleh anggota Abu Sayyaf tersebut dari sebuah kedai makanan, ia amat menyelerakan (masarap din)," kata Marcy Dayawan. Ketika Gao meraikan hari lahirnya pada 8 April lalu, Dayawan berkata, kumpulan penculik tersebut membelikannya 'makanan istimewa' dari pekan. Sebaik saja sampai di kampung halamannya di pekan Midsayap, Utara Cotobato di Kepulauan Mindanao, Marcy memberitahu media Filipina bahawa Gao menangis apabila mereka terpaksa berpisah selepas tiba di Kuala Lumpur dari Sabah. Marcy, 40, berkata dia dan Gao ditahan oleh sekumpulan lelaki yang diketuai oleh Alhabsi Misaya, di dalam hutan Indanan, Kepulauan Jolo. "Mereka memanggil ketua tersebut sebagai Misaya atau kadang kala Maas (ketua)," katanya. Menurutnya, semasa dalam tempoh tahanan, beliau bertindak sebagai penjaga kepada Gao, memenuhi segala keperluannya dalam kubu kumpulan tersebut. Marcy berkata, kumpulan tersebut tidak mencederakan mereka tetapi mereka sentiasa diawasi oleh dua lelaki bersenjata. Katanya, lelaki bersenjata tersebut turut membenarkan Gao menghubungi keluarganya di Shanghai dan dia perlu menterjemahkan perbualan itu kepada mereka. Gao dan Dayawan berjaya dibebaskan selepas diculik selama dua bulan dan disembunyikan di Kepulauan Jolo, selatan Filipina. Marcy merupakan pekerja di Singamata Reef Resort dekat Semporna, lokasi penginapan Gao semasa percutiannya pada 2 April lalu. Lima lelaki menculik sebelum melarikan mereka ke Kepulauan Jolo menggunakan sebuah bot laju. Kedua-dua wanita tersebut berjaya dibebaskan pada 30 Mei lalu hasil rundingan pasukan keselamatan Malaysia dengan kumpulan terbabit. Pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina berkata, tiada wang tebusan dibayar untuk membebaskan mereka. Sumber: mStar
TOP
Wang Dilarikan Juruteknik Ditemui Di Dalam Semak
MASZELY menunjukkan sebahagian wang yang ditemui semula.
IPOH: Polis menemui wang tunai sebanyak RM210,000 daripada RM235,280 yang dilarikan oleh seorang juruteknik sebuah syarikat kawalan keselamatan ketika memindahkan wang tersebut dari sebuah bank ke dalam van syarikat terbabit. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak Superintendan Maszely Minhad berkata, wang tersebut dijumpai di dalam semak di Kampung Bunga Tanjung, Malim Nawar, tempat suspek berusia 23 tahun itu dipercayai tinggal. Menurutnya, suspek ditugaskan dengan seorang lagi juruteknik dan tiga pengawal keselamatan untuk mengutip duit dari mesin pengeluaran wang (ATM) di beberapa bank sekitar Ipoh pada petang Selasa. "Syarikat tersebut menyedari bahawa sebuah beg kanvas yang sepatutnya mengandungi sejumlah wang sebanyak RM235, 280 hilang semasa pungutan dan segera melakukan siasatan dalaman. "Mereka kemudiannya melaporkan mengenai perkara itu kepada polis keesokan harinya," katanya kepada pemberita di sini, Ahad. Mazsely berkata, tiga pengawal keselamatan itu ditahan kira-kira pukul 5.20 petang Khamis lalu. "Berdasarkan kenyataan mereka, kami mendapati suspek membawa bersama jaket berwarna hitam semasa menjalankan tugas. "Kami kemudiannya menahan mangsa yang kemudiannya mengaku memasukkan beg kanvas yang mengandungi wang yang hilang itu di dalam jaket tersebut. "Dia meletakkan beg kanvas lain ke dalam van syarikat terbabit," kata Mazsely. Polis kemudiannya menjumpai wang tersebut yang berselerakan di dalam semak bersama-sama beg kanvas yang telah terbakar selain beg plastik dengan logo bank terbabit. Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah. Mazsely berkata suspek kini direman selama tiga hari sehingga Isnin manakala yang dilain dibebaskan dengan jaminan polis. Sumber: mStar
TOP
Warga Britain Dilarang Ambil Anak Angkat Di Singapura
SINGAPURA – Singapura melarang warga Britain daripada mengambil anak angkat di sini, lapor akhbar tempatan The Sunday Times. Menurut laporan itu, larangan berkenaan dipercayai adalah yang pertama dikenakan terhadap warga negara daripada mana-mana negara tertentu mengambil anak angkat di Singapura. Langkah itu adalah sebagai respons kepada keputusan Britain pada Januari untuk menggugurkan Singapura daripada senarai negara yang mengiktiraf pengambilan anak angkat secara automatik. Jurucakap Suruhanjaya Tinggi Britain memberitahu akhbar itu bahawa Singapura dikeluarkan daripada senarai kerana ia tidak menandatangani Konvensyen Hague mengenai Pengambilan Anak Angkat Antara Negara. Konvensyen Hague mengenai Pengambilan Anak Angkat Antara Negara adalah perjanjian antarabangsa diwujudkan untuk melindungi kepentingan terbaik untuk anak angkat. Antara lain, negara anggota perlu memberi perlindungan untuk mencegah penculikan, penjualan atau pemerdagangan kanak-kanak bagi pengambilan anak angkat. Sehingga kini lebih 90 negara menandatangani konvensyen itu terdiri daripada negara membangun seperti Burkina Faso, India dan Filipina hingga negara maju seperti Australia, Great Britain dan Amerika Syarikat. Singapura tidak menandatangani konvensyen itu. Jurucakap Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga memberitahu The Sunday Times, ia kini ‘sedang mengkaji untuk menandatangani’ konvensyen itu. Sumber: Bernama
TOP
CIA Sertai Media Sosial Twitter & Facebook
WASHINGTON – Agensi perisikan Amerika Syarikat (AS) menyertai dunia media sosial pada Jumaat sekaligus menimbulkan cakap-cakap di kalangan pengguna laman Twitter. “Kami tidak boleh mengesahkan atau menafikan bahawa ini merupakan Tweet pertama kami,” Agensi Perisikan Pusat (CIA) berjenaka di laman Twitter rasmi mereka. Dalam masa dua jam, Tweet tersebut menerima 90,000 Retweet dan CIA menerima seramai 115,000 pengikut. Segmen Kerajaan dan Politik Twitter menyambut penyertaan CIA dengan hashtag #BestPractice bagi ‘tweet pertama yang kreatif’. Pengarah CIA, John Brennan berkata dalam satu kenyataan bahawa akaun Twitter dan Facebook baru itu bertujuan untuk membantu agensi tersebut ‘berinteraksi secara langsung dengan orang ramai serta menyediakan maklumat tentang misi CIA, sejarah dan perkembangan lain’. “Kami mempunyai wawasan penting untuk dikongsikan,” kata Brennan. Agensi tersebut telah pun mempunyai akaun YouTube dan Flickr. Namun kemungkinan untuk agensi itu memuatnaik mengenai rahsia pengintipan mereka adalah tipis. Sebaliknya, mereka bercadang untuk memuatnaik kenyataan media, maklumat tentang kerjaya bersama agensi itu atau mengenai sejarah misi mereka yang telah didedahkan. Agensi tersebut juga akan memuatnaik gambar objek yang dipamerkan di muzium CIA yang dikenali sebagai ‘muzium terbaik yang tidak ramai berpeluang melihat’ kerana ia ditutup untuk orang ramai. Dalam profil Twitter, CIA menggambarkan agensi mereka sebagai ‘barisan pertama pertahanan negara. Kami capai apa yang orang lain tidak mampu capai dan kami pergi ke tempat orang lain tidak boleh pergi’. Sumber: Atro Awani
TOP
Lelaki Putus Tunang, Belanja AS$32,000 Ubah Bilik Tidur
SEORANG wanita di New York bertindak meninggalkan tunangnya, Chris Kooluris selepas mengubah bilik tidur mereka menjadi arked permainan video pada era 80-an. Chris berkata, beliau bertindak mengubah suai bilik tidur tersebut selepas membaca Ready Player One, sebuah buku mengenai budaya permainan video pada tahun 1980. "Buku tersebut menyedarkan saya mengenai sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran saya - untuk memiliki bilik yang dipenuhi dengan alat permainan video," katanya.
Keadaan asal bilik tidur Chris.
Chris membelanjakan AS$32,000 untuk mengubah bilik tidur itu kepada arked yang diimpikannya. Pada awalnya, Chris berkata, tunangnya sentiasa menyokong dan membantunya mereka cipta lantai di bilik tersebut. Namun, tidak lama kemudian, tunangnya mulai bosan dan enggan menghadiri majlis pelancaran arked tersebut. Malah lebih menyedihkan, wanita tersebut turut memulangkan cincin tunang kepada Chris dan memutuskan hubungan mereka. Sumber: mStar
TOP
Iran, AS Umum Rundingan Nuklear Dua Hala
TEHRAN – Iran akan mengadakan rundingan langsung peringkat pegawai dengan Amerika Syarikat (AS) minggu depan, iaitu yang pertama sejak beberapa dekad lalu, dalam perkembangan yang tidak dijangkakan bagi menamatkan kebuntuan nuklear dengan Barat. Perbincangan itu akan berlangsung di Geneva pada Isnin dan Selasa, menurut Kementerian Luar Iran dan Jabatan Negara AS dalam pengumuman yang mengejutkan hari ini. Rundingan dua hala itu adalah yang pertama untuk Iran dan AS di luar kumpulan P5+1 Britain, China, Perancis, Russia, AS campur Jerman yang berusaha untuk mencapai penyelesaian bersejarah isu nuklear. Sumber: AFP
TOP
Tiada Aduan SPRM Guna Kekerasan Tahun Lalu
KUALA LUMPUR – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, tiada aduan diterima terhadap suruhanjaya itu pada tahun lalu berhubung penggunaan ugutan dan kekerasan untuk mendapatkan maklumat daripada individu dalam siasatan mereka. Katanya, dalam kes terdahulu, terdapat kira-kira 26 aduan mengenainya tetapi jumlah itu berkurangan selepas SPRM mengubah bilik temu bual dan meletakkan kamera litar tertutup (CCTV) dan menggunakan teknik soal siasat susulan kematian Teoh Beng Hock pada 2009 dan pegawai kastam, Ahmad Sarbani Mohamed pada 2011. “Kini, kami mesti mendokumenkan proses tersebut dan memastikan setiap pelawat terutamanya mereka yang dibawah siasatan dipantau ketat menggunakan CCTV supaya kebenaran dapat didedahkan sekiranya sebarang insiden berlaku,” katanya dalam temu bual bersama Sunday Star. Pada 16 Julai 2009, Beng Hock ditemui mati di tingkat 5 Plaza Masalam selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 14, lokasi beliau disoal siasat oleh SPRM. Pada 6 April 2011, Ahmad Sarbani pula ditemui mati di sebuah gelanggang badminton di pejabat SPRM di Jalan Cochrane. Beliau datang ke pejabat SPRM untuk disoal siasat dan menunggu di dalam pejabat di tingkat tiga untuk bertemu seorang pengawai penyiasat. Beliau ditemui mati dipercayai terjatuh sebelum bertemu dengan pegawai terbabit. Kedua-dua keluarga mangsa mendakwa kematian mereka disebabkan oleh SPRM. Abu Kassim berkata, sebelum kewujudan bilik yang dilengkapi CCTV dan kaedah baharu digunakan, terdapat individu yang datang ke pejabat SPRM dan mengakui kesalahan mereka tetapi kemudiannya mengubah fikiran selepas bercakap dengan peguam atau orang lain. Katanya, mereka akan membuat laporan polis terhadap SPRM dengan mendakwa pengakuan mereka diperolehi melalui paksaan atau mereka diugut untuk memberikan kenyataan tersebut. “Tapi kini dengan bilik siasatan yang diubahsuai, kesemua individu yang dibawah siasatan perlu melalui proses tersebut dimana kenyataan dan setiap pergerakan mereka di dalam bilik itu dirakam di dalam video. Ini amat penting untuk pelbagai sebab,” katanya. Abu Kassim berkata, kaedah siasatan baharu itu menampakkan hasil yang lebih efektif. Katanya, SPRM turut membawa beberapa pakar dari luar negara untuk melatih semula pegawai SPRM dalam melaksanakan kaedah baharu dalam siasatan itu. “Mereka yang menggunakannya mendakwa ia amat efektif bagi mendapatkan mereka yang disoal siasat bercakap benar. Jumlah mereka yang membuat pengakuan dan kadar sabitan kesalahan turut meningkat,” katanya. Sumber: mStar Online
TOP
Al-Fatihah: Ustaz Fendi Meninggal Dunia
RANTAU PANJANG – Bekas Ketua Pemuda Umno Rantau Panjang, Mohd Afendi Yusoff meninggal dunia, jam 7.30 malam tadi. Ketua Umno Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim berkata, arwah dipercayai terjatuh di bilik air sebelum disahkan meninggal dunia oleh ahli keluarga. Menurutnya, arwah yang lebih dikenali sebagai Ustaz Fendi juga adalah bekas calon BN bagi Dun Meranti pada PRU13. “Semua ahli Umno di sini terkejut dengan berita ini. Kami akan menziarahi jenazah sebelum dikebumikan di Taman Chempaka, Kota Bharu. “Umno Rantau Panjang kehilangan seorang lagi tokoh Umno yang berwibawa,” katanya. Sumber: mStar Online
TOP
Lelaki kanibal Dibebaskan Mahkamah
Moscow – Seorang lelaki Russia yang mengaku membunuh dan memakan mayat rakannya dibebaskan oleh mahkamah semalam. Saki-baki mayat Andrei Kurochkin ditemui di pedalaman wilayah Amur di timur jauh Russia sejurus selepas dua rakannya diselamatkan pada 29 November 2012. Alexei Gorulenko, 39, mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh, tetapi dikenakan hukuman tertunda kerana menyebabkan kecederaan, lapor akhbar Siberian Times. Lelaki ketiga, Alexander Abdullaev, 38, hanya dipanggil untuk menjadi saksi walaupun dia mengaku kepada mahkamah bahawa dia memakan mayat Kurochkin, tetapi bukan kerana lapar. “Saya ada alasan lain,” katanya. Balu Kurochkon, Olga Kurochkin, berang dengan keputusan mahkamah. “Saya terkejut dengan keputusan itu. Tidak ada siapa yang menyangka kes ini akan berakhir sebegini. Orang yang makan mayat suami saya bebas dengan hukuman tertunda. “Saya tidak dapat mengagak apa yang berada dalam fikiran hakim,” katanya. Pendakwa raya sebelum ini mendesak mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Gorulenko. Undang-undang Russia tidak menganggap amalan kanibal sebagai jenayah. Sumber: Agensi
TOP
Presiden Baharu Ukraine Angkat Sumpah
KIEV – Presiden baharu Ukraine, Petero Poroshenko semalam menyatakan, negaranya tidak pernah menyerahkan Crimea kepada Rusia. Menurutnya, negaranya juga akan menjalin hubungan dengan lebih rapat dengan Eropah sekali gus memberikan mesej jelas kepada Rusia. Crimea diduduki Rusia pada Mac lalu, beberapa minggu selepas para penunjuk perasaan menyingkirkan Presiden pro-Rusia, Viktor Yanukovych. Wilayah itu diduduki Rusia selepas penduduknya mengundi menerui pungutan suara. Presiden berusia 48 tahun yang juga bilionair itu mengangkat sumpah di depan anggota-anggota Parlimen. Poroshenko yang merupakan taikun coklat dipilih pada 25 Mei lalu, tiga bulan selepas Yanukovych melarikan diri dari negara ini selepas berbulan-bulan penunjuk perasaan melancarkan tunjuk perasaan jalanan. “Warganegara Ukraine tidak akan menikmati keindahan keamanan melainkan kita menyelesaikan hubungan dengan Rusia. “Rusia menduduki Crimea yang akan menjadi tanah air Ukarine,” kata Poroshenko. Ucapan beliau itu mendapat tepukan sambil berdiri ahli-ahli Parlimen.
Sumber: Agensi
TOP
Messi Bantu Argentina Menang Mudah
LA PLATA – Penyerang gantian, Lionel Messi menjaringkan gol ke-38 beliau untuk Argentina ketika pasukan itu mudah menewaskan Slovenia 2-0 dalam perlawanan persediaan terakhir Piala Dunia. Messi, penyerang Argentina dengan jaringan kedua terbanyak selepas Gabriel Batistuta, tidak menemui gawang di peringkat antarabangsa sejak kemenangan kelayakan 5-2 ke atas Paraguay di Asuncion pada September tahun lalu. Pemain sayap, Ricky Alvarez membuka jaringan Argentina pada minit ke-12. Messi yang menggantikan Alvarez pada minit ke-57, menjaringkan gol kedua Argentina pada minit ke-76. Sumber: Reuters
TOP
Saman Malaysiakini Hak Asas Najib – Rais Yatim
KUALA LUMPUR – Tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman fitnah terhadap portal berita Malaysiakini dan dua pengarangnya adalah satu langkah yang dituntut dalam menjamin hak asasi manusia presiden Umno itu, kata Tan Sri Dr Rais Yatim. Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan itu berkata sebagai seorang yang bermaruah dan merasakan dirinya telah dimalukan dengan sangkaan jahat, Najib, yang juga perdana menteri, tentu sekali mahu namanya dan nama partinya dibersihkan. Venue (tempat) terbaik dan paling sesuai untuk berbuat demikian ialah mahkamah, katanya dalam kenyataan di sini hari ini. “Mengambil tindakan mahkamah lantaran teraniaya, difitnah, ditipu dan sebagainya adalah satu langkah yang dituntut di sisi hak asasi manusia,” tegas Rais. Beliau mengulas kenyataan Presiden Majlis Peguam Christopher Leong hari ini yang menggesa Najib dan Umno membatalkan saman fitnah itu. Rais berkata kenyataan itu secara jelas menunjukkan badan berkenaan sudah turun padang bermain politik, dan seolah-olah tidak lagi mengambil kira hak asasi manusia seseorang yang mahu mendapatkan keadilan di mahkamah. “Apakah Majlis Peguam sudah lupa undang-undang yang mereka sendiri dakwa hendak ditegakkan? Kini terbukti peranannya sebagai pengamal politik murahan,” katanya. Pada 30 Mei, Najib selaku presiden Umno dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh memfailkan saman fitnah terhadap syarikat, ketua pengarang dan ketua editor laman web portal Malaysiakini menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini berhubung penerbitan dua artikel bulan lepas. Najib dan Ab Rauf (bagi pihak Umno) menamakan syarikat Mkini Dotcom Sdn Bhd, Ketua Pengarang Steven Gan dan Ketua Editor Fathi Aris Omar sebagai defendan pertama hingga ketiga. Dalam pernyataan tuntutan, Najib dan Ab Rauf mendakwa ketiga-tiga defendan telah melapor, mengeluar dan membenarkan penerbitan dua artikel berasingan bertajuk ‘A case of the PM reaping what he sows’ dan ‘How much will Najib spend to keep Terengganu?’. Kedua-dua artikel itu didakwa diterbitkan pada 14 Mei lalu. Sumber: Bernama
TOP
Mick Jagger Temui Teman Wanita Baru
Zurich – Baru tiga bulan kekasih Mick Jagger meninggal dunia dalam keadaan tragis dengan membunuh diri, namun penyanyi kumpulan Rolling Stone itu sudah menemui penggantinya. Jagger dan wanita misteri itu menghabiskan masa semalaman di dalam bilik hotel ketika Rolling Stones mengadakan konsert di Switzerland, minggu lepas. Keadaan ini menyebabkan adik kekasih Mick Jagger, Jan Shane mengecam penyanyi berkenaan yang menyifatkan Jagger sebagai tidak menghormati kematian L’Wren Scott. “Dan orang ramai tertanya-tanya kenapa L’Wren amat tertekan? Gambar ini membuatkan saya tertanya-tanya apa perasaan dan pemikiran sebenar Jagger dengan kematian kakak saya. “ Anak perempuan Jagger menyatakan bahawa bapa mereka itu masih patah hati di atas kematian L’Wren tetapi berdasarkan gambar ini, dia tidak akan berubah,’’ kata Shane. Mick Jagger sebelum ini dilaporkan begitu sedih dengan kematian bekas model dan pereka fesyen L’Wren yang membunuh diri di apartmen mereka di New York pada bulan Mac lalu. L’Wren merupakan kekasih Jagger selama 13 tahun. Sumber: My News Hub
TOP
Suami Isteri Ditahan Kerana Biar Anak Gemuk
Norfolk – Sepasang suami isteri telah ditahan kerana membiarkan anak mereka yang berusia 11 tahun, menjadi gemuk dengan berat mencecah 95 kilogram. Pasangan itu ditangkap sebaik sahaja mereka bertemu dengan pekerja kebajikan. Mereka telah dikenakan ikat jamin namun berisiko tinggi kehilangan hak jagaan ke atas budak terbabit. Budak itu dilaporkan pernah jatuh di sekolah ketika sesi renang di sekolah dan tidak mampu untuk berdiri semula. Dia juga yang sepatutnya menjalani diet ketat sering mengambil makanan segera. “Anak saya memang besar dan dilahirkan besar malah seluruh keluarga saya juga berbadan besar. “Tiada apa yang boleh kami lakukan. Dia hanya sekali sekala makan kebab dan makanan kegemarannya adalah brokoli stim, namun dia tetap juga membesar,’’ kata bapanya yang berusia 49 tahun dengan berat 129 kilogram. Jelas bapanya yang berusia 49 tahun itu, dia dan isterinya cuba memujuk anak mereka bersukan dengan membeli pistol supaya dapat menembak di sekeliling taman di rumah mereka. Pasangan itu sebelum ini telah menandatangani perjanjian untuk pelan sukarela bagi mengurangkan berat badan budak tersebut, selepas diancam dengan tindakan undang-undang. Doktor di sebuah hospital tempatan juga pernah menghubungi polis selepas dia dimasukkan ke hospital sebanyak dua kali. Sumber: My News Hub
TOP
Belia Mesir protes pentadbiran Al-Sisi
Ratusan belia melakukan protes aman di Kaherah dan Iskandariah.
KAHERAH - MESIR. Selepas kenyataan sulung Presiden Mesir yang digulingkan Mohammed Muris tersebar di media, ratusan belia di negara itu bangkit mengadakan protes menentang pentadbiran pimpinan presiden baharu, Abdel Fattah Al-Sisi. Kelmarin, seramai 10 individu ditahan selepas pertempuran tercetus ketika protes di Iskandariah. Menurut sumber Al Ahram, Pertempuran antara polis dan ratusan penunjuk perasaan proMursi itu turut berlaku di beberapa daerah termasuk di asrama Universiti Al-Azhar hingga memaksa anggota keselamatan melepaskan gas pemedih mata. Khamis lalu, Mursi melalui kenyataan dalam laman Facebooknya menggesa belia supaya menentang rampasan kuasa dan pentadbiran Al-Sisi bagi memberi demokrasi dan keadilan buat seluruh rakyat di negara itu. Sumber: Sinar Online
TOP
MH370: Keluarga Penumpang Lancar Dana Untuk Siasat Sendiri
Isteri salah seorang penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Paul Weeks mengumumkan kempen kutipan derma bermula esok, bagi mengumpul dana menjejak pesawat yang hilang secara misteri sejak 8 Mac lalu hingga ke hari ini. Usaha kutipan dana ini bagaimanapun hanya melibatkan keluarga penumpang dari Amerika Syarikat, Australia, Perancis, India dan New Zealand tanpa melibatkan keluarga dari China dan Malaysia. Danica Weeks berkata, dia dan keluarga penumpang terlibat akan melakukan apa sahaja bagi mendapatkan maklumat sebenar memandangkan mereka percaya, ada maklumat tertentu disembunyikan pihak berkuasa daripada pengetahuan mereka. Mereka menyasarkan kutipan USD3 juta (RM10 juta) untuk mengumpul maklumat yang boleh memberi petunjuk baharu dan USD2 juta (RM6 juta) lagi untuk membiayai kos penyiasat persendirian. Danica memberitahu Herald on Sunday, dia dan waris penumpang MH370 kini berada dalam keadaan terdesak hingga terpaksa menggunakan ikhtiar cara ini.
Danica sendiri, kini sudah berhenti kerja bagi memberikan sepenuh tumpuan bagi menjejak suaminya selain menghabiskan lebih banyak masa bersama dua anaknya yang terkesan dengan kehilangan tiba-tiba bapa mereka. Dinamakan kutipan derma “Reward MH370: The Search for the Truth”, orang ramai boleh mula memberi sumbangan bermula esok di laman web Indiegogo. Sumber: RT.com / Rem Ramzi / My News Hub
TOP
Banjir di Afghan ragut 100 nyawa
Penduduk berpindah ke kawasan selamat selepas rumah mereka dihanyutkan arus deras.
KUNDUZ - Pasukan penyelamat bertungkus-lumus menghantar bekalan makanan dan perubatan kepada sejumlah keluarga yang terpisah di kawasan pergunungan semalam selepas banjir kilat yang melanda utara Afghanistan meragut 100 nyawa setakat ini. Angka kematian dijangka meningkat dengan sejumlah mangsa dilaporkan masih hilang dalam bencana itu yang melanda daerah Gozargah-e Noor, dalam wilayah pergunungan Baghlan pada Jumaat lalu. Banjir kilat itu berlaku sebulan selepas satu kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat menyebabkan sebuah kampung di kawasan berhampiran tertimbus. Seramai 300 orang terkorban dalam bencana tanah runtuh tersebut. "Penduduk di kawasan tersebut hilang segala-galanya termasuk rumah, harta benda, kampung, kebun dan haiwan ternakan," kata jurucakap polis Baghlan, Jawed Basharat. "Tiada apa yang tinggal untuk membolehkan mereka meneruskan kehidupan. Malah, mereka tidak mempunyai bekalan air minuman," tambahnya. Basharat memberitahu, angka korban telah meningkat kepada 80 orang manakala tentera Afghanistan sedang bertungkus-lumus untuk menghantar bantuan kepada keluarga-keluarga yang terjejas. Ramai antara mangsa tersebut katanya, melarikan diri ke puncak gunung bagi mengelakkan ditenggelami air banjir. Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Pertahanan Afghanistan menghantar dua buah helikopter untuk membawa bantuan melalui udara selepas beberapa jalan raya dan laluan di lereng gunung rosak akibat bencana itu. - AFP
TOP
9.1 Juta Liter Diesel Bernilai RM58 Juta Dirampas
PUTRAJAYA – Sebanyak 12 buah kapal disita dan 9.1 juta liter minyak diesel dirampas dengan nilai keseluruhan RM58 juta sejak Operasi Diesel Selatan (Odis) dilaksanakan di perairan selatan tanah air pada 9 Mei lepas. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek berkata aktiviti haram penyeludupan diesel bersubsidi yang sering dilaporkan berlaku di perairan selatan iaitu sekitar perairan Sungai Rengit, Kota Tinggi dan perairan Pasir Gudang. “Selepas operasi ini dijalankan, jumlah rampasan minyak diesel meningkat berlipat kali ganda dan usaha terus dipergiatkan dengan memberi tumpuan kepada kawasan perindustrian serta sempadan negara,” katanya dalam sidang media selepas Hari Keluarga KPDNKK di sini Ahad. Beliau berkata dalam Odis 4 yang dijalankan dari Rabu hingga Jumaat lepas, tiga buah kapal tangki, enam buah lori tangki, sebuah lori satu tan serta 625,410 liter minyak diesel bernilai RM3.2 juta telah dirampas. Katanya hasil pemerhatian dan pemantauan, kawasan perairan selatan negara digunakan oleh beberapa sindiket untuk memindahkan minyak yang dikumpul di jeti persendirian melalui kapal-kapal tangki kecil sebelum dipindahkan ke kapal tangki besar. “Kemudian minyak itu sama ada dieksport atau dijual kepada kapal asing… perairan selatan juga digunakan sebagai tempat penjualan minyak oleh kapal-kapal asing tanpa kebenaran,” katanya. Dalam perkembangan lain, Hasan berkata kementerian tidak akan mengurangkan stok tepung ke kawasan sempadan tanah air walaupun ia dikatakan menjadi lokasi penyeludupan melalui 130 laluan tikus. “Kita meminta Unit Pencegahan Penyeludupan membuat kawalan ketat ke semua laluan tikus dan kita tidak boleh mengurangkan stok bekalan kerana kita memenuhi permintaan,” katanya. Beliau berkata Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Alias Ahmad akan bertemu syarikat pembekal tepung esok. Sumber: Bernama
TOP
Radio ERA fm kekal nombor 1 di Malaysia!
KUALA LUMPUR: Astro Radio telah mencatatkan jumlah pendengar tertinggi dalam tempoh masa 9 tahun (Hasil 16 kajian berturut-turut) dengan peningkatan sebanyak 55%. Gelombang Astro Radio sekali lagi turut mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju kedudukan sebagai stesen radio No.1 Malaysia dengan memperoleh 12.645 juta pendengar setiap minggu. Keputusan ini diperolehi berdasarkan keputusan kaji selidik yang dikeluarkan oleh Pengukuran Pendengar Radio Nielsen, Liputan 1, 2014 pada minggu ini. Hasil kajian mengesahkan bahawa stesen radio No.1, No.2 dan No.3 di negara ini adalah kekal milik Astro Radio. Secara tidak langsung, Astro Radio juga telahpun menguasai industri penyiaran radio apabila berjaya mengekalkan kedudukan ERA fm di kedudukan No.1 dengan mencatatkan jumlah pendengar yang luar biasa iaitu sebanyak 5.2 juta. Manakala THR (Raaga & Gegar) pula jatuh di tangga di stesen radio No.2 secara keseluruhannya dengan mencatatkan 3.5 juta pendengar. Setersunya, SINAR fm menduduki carta stesent radio No.3 negara dengan jumlah 3.4 pendengar. THR Gegar, terus menggondoli kedudukan stesen No.1 kegemaran di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, yang merangkumi negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan catatan1.6 juta pendengar. Sementara THR Raaga pula masih tidak berganjak dari kedudukan lama dengan mengekalkan kekuatan gelombangnya sebagai sebagai stesen No.1 Tamil dengan 1.8 juta pendengar. Oleh itu, secara keseluruhannya ERA fm, hitzfm, MY FM dan THR Raaga telah pun mengekalkan frekuensi mereka dengan memegang takhta sebagai radio No.1 mengikut bahasa seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan bahasa Tamil. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio, Dr Jake Abdullah, dunia radio telah berkembang dengan ketara sepanjang dekad yang lalu, malah radio tidak lagi hanya mengambil kira jenis muzik yang dimainkan melalui pelbagai frekuensi. “Astro Radio juga perlu lebih mendalam dalam melaraskan isi kandungan, strategi pemasaran yang agresif serta sentiasa mengkaji penonton untuk menyampaikan keperluan penonton yang sentiasa berubah hari ini. “Kami telah berubah daripada hanya menjadi sebuah stesen radio kepada pembekal kandungan dan penyampai maklumat yang penuh terperinci di mana dan poda bila – bila masa sahaja pendengar kami mahukannya. “Pendengar – pendengar Astro Radio sangat penting, oleh itu kami akan pergi lebih agresif bagi memastikan kepuasan yang diberikan kepada pedengar mengikut era perkembangan masa,” katanya. Jelas Dr Jake lagi, sebagai mewakili pihak Astro Radio, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak penaja, syarikat-syarikat pengiklanan dan rakan –rakan kongsi di atas kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap Astro Radio untuk sokongan berterusan mereka. “Kami akan terus berusaha untuk mengekalkan keduduakn kami sebagai peneraju industri penyiaran radio. Sebahagian daripada strategi Go Beyond, kami semestinya menyediakan pengalaman menarik kepada pendengar dengan penghasilan kandungan hiburan yang terkemuka dalam industri tanpa mengira platform. “Pada hari ini, pendengar boleh mengakses Astro Radio selama 24 jam setiap hari melalui aplikasi telefon bimbit android mahupun laman web di mana dan pada bila-bila masa sahaja,” katanya. *Sumber : Pengukuran Pendengar Radio Nielsen, Liputan 1 , 2014. Sumber: Astro Gempak
TOP
Ibu lima anak sambut hari lahir tema Piala Dunia
KUALA LUMPUR: Bahang kehangatan Piala Dunia FIFA 2014 semakin hampir dan salah seorang peminatnya, Noorshida Ismail kini tidak sabar untuk menyaksikan kejohanan bola sepak berprestij dunia itu. Ibu kepada lima orang anak itu mengadakan sambutan hari lahirnya bertemakan Piala Dunia bersempena menghitung detik pembukaan kejohanan tersebut. “Saya menggemari pelbagai tema untuk sambutan hari lahir saya dan bersempena dengan Piala Dunia pada tahun ini, ia menjadi tema sempurna untuk majlis saya pada kali ini. Saya suka menari dan suami saya amat meminati bola sepak. “Bola sepak adalah lebih kepada permainan muzik di Brazil – pergerakan kaki pemain bola kelihatan seperti samba. Jadi ia permainan sempurna – seperti Brazil dan Piala Dunia,” katanya. Kejohanan bola sepak terbesar di dunia itu yang diadakan di Brazil akan bermula beberapa hari saja lagi dan bahang kehangatannya mula dirasai di seluruh dunia. Bagi mereka yang berkunjung ke Brazil semata-mata untuk menyaksikan kejohanan itu, parti samba sudah bermula. Suami kepada Noorshida, B.Thangaraj dan tujuh lagi rakan mereka akan berlepas ke negara Amerika Latin itu untuk menyaksikan kejohanan tersebut. Noorshida berkata, dia ingin menyaksikan kejohanan itu di depan mata tetapi memutuskan untuk memberikan peluang kepada suaminya untuk berseronok bersama rakan-rakannya. “Kami sebagai isteri mahu memberikan mereka peluang, ia percutian untuk kaum lelaki. Mungkin kami sekeluarga akan bercuti ke Brazil pada tahun hadapan. “Saya menyaksikan perlawanan itu di televisyen bersama anak-anak saya yang juga meminati bola sepak,” katanya. Dan ketika ditanya adakah beliau mahu raja samba menjadi juara dunia pada tahun ini? “Saya meminati Sepanyol dan Lionel Messi ( pemain Argentina) tetapi saya berharap Brazil akan menang. “Saya percaya Brazil adalah sebuah negara yang bersemangat dan anda boleh lihat dalam corak permainan mereka. Oleh itu, mereka digelar raja samba!,” katanya. Sementara itu, ketika ditanya mengenai keseronokan untuk menyaksikan kejohanan Piala Dunia buat pertama kalinya, Thangaraj berkata, ia peluang sekali seumur hidup. “Saya sentiasa mengimpikan untuk menyaksikan pasukan Brazil di depan mata sejak kecil, jadi ketika mereka memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia, saya dan rakan-rakan berhasrat untuk pergi ke Rio. “Brazil merupakan raja bola sepak pada era 60-an, mereka amat mengancam terutamanya Pele dan kesemua gol yang dijaringkannya,” katanya. Sumber: mStar
TOP
Muzium Kapal Selam gamit pengunjung
KUALA LUMPUR – Insiden kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airline System Berhad (MAS) dan pencariannya membabitkan penggunaan pelbagai aset termasuk kapal selam mendorong semakin ramai rakyat Malaysia mahu melihat lebih dekat Muzium Kapal Selam, di Dataran 1Malaysia Klebang. Perkara itu diakui oleh kakitangan muzium berkenaan yang menyatakan jumlah pengunjung semakin bertambah khususnya pada hujung minggu. Lokasi Muzium Kapal Selam itu terletak di kawasan tambak Pantai Klebang. Untuk ke muzium itu tidak sukar kerana ada papan tanda yang boleh membantu. Cuma yang tidak menarik untuk ke Muzium Kapal Selam itu ialah kemudahan jalan yang masih belum dilaksanakan sepenuhnya.
Dari jalan besar ke muzium berkenaan para pengunjung terpaksa melalui laluan yang tidak berturap sepanjang lima kilometer. Nasib tidak baik jika hari hujan, kawasan tambak laut itu berlopak-lopak air menyebabkan pemanduan perlu berhati-hati. Seorang pemandu pelancong yang mahu dikenali sebagai Ng berkata, sepatutnya Kerajaan Melaka menyegerakan pembinaan jalan ke muzium ini untuk menarik lebih ramai pengunjung. Beliau yang kerap ke muzium itu kerana membawa pelancong asing berkata, laluan jalan yang berlopak dan tidak mempunyai petunjuk arah selepas penanda arah di jalan utama menyukarkan pengunjung yang pertama kali. “Memang perkara itu banyak dibangkitkan oleh pengunjung. Sebabnya dari jalan utama anda boleh melihat arah papan tanda. Selepas papan tanda itu pengunjung perlu melalui kawasan tambak yang luas sehingga nampak satu lagi papan tanda. “Kawasan ini luas macam gurun, muzium ini pula terletak di hujung,” katanya kepada MalaysiaGazette Seorang guru dari Ipoh, Asiah Bahari berkata, Kerajaan Negeri Melaka sepatutnya menyediakan kemudahan laluan sementara meskipun projek menambal keseluruhan kawasan berkenaan masih selesai. “Saya pun cuak masuk kawasan ini kerana tidak banyak kereta melalui kawasan ini yang agak sunyi kerana jauh dari jalan besar,” ujarnya. Muzium Kapal Selam pertama negara itu dibuka pada 1 Disember 2012 dengan mempamerkan Kapal Selam SMD Ouessant Agusta 70. Kapal selam dari Perancis itu dibina pada tahun 1979 adalah milik Tentera Laut Diraja Malaysia itu berukuran 67.5 meter panjang, 11.7 meter tinggi dan 6.5 meter lebar serta berat 1,200 tan.
Para pengunjung Muzium Kapal Selam berpeluang melihat kapal selam sebenar yang menempatkan ruang senjata torpedo, ruang dalam kapal selam, bilik kawalan, ruang pemandu/jurumudi, bilik tidur, bilik mesyuarat dan dapur. Muzium itu turut memaparkan maklumat lengkap mengenai kapal selam itu di luar perkarangan kapal selam bagi kemudahan pengunjung. Muzium tersebut dibuka pada pukul 9 pagi hingga 5.30 petang pada hari Isnin hingga Khamis dan 9 pagi hingga 6.30 petang pada hari Jumaat dan Ahad. Caj masuk dikenakan sebanyak RM3 bagi dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak. Sumber: Malaysia Gazzete
TOP
Tindakan Tegas T’hadap Pemandu Teksi Sertai Demo
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) akan mengambil tindakan tegas terhadap 33 pemandu teksiyang dikenal pasti menyertai demonstrasi Rabu lalu di Bukit Bintang, di sini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mengenal pasti pemandu teksi lain yang turut menyertai demonstrasi itu sehingga menghalang lalu lintas, meletakkan kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan serta mengganggu ketenteraman awam. “SPAD memandang serius sikap pemandu tersebut dan tindakan tegas seperti menggantung kad pemandu atau membatalkan lesen pengendali teksi yang terlibat akan diambil,” katanya di sini, hari ini. Beliau megingatkan semua pemandu teksi dan pengangkutan awam darat supaya tidak menyertai sebarang demonstrasi yang menyalahi undang-undang. “Demonstrasi kali kedua dilakukan kumpulan teksi Bukit Bintang itu telah menyebabkan trafik di kawasan berkenaan sesak selama tiga jam selepas demonstrasi yang pertama dua tahun lalu,” katanya. Rabu lalu, pemandu teksi mengadakan demonstrasi itu kerana dipercayai tidak berpuas hati berhubung isu penguatkuasaan. Pada 2012, pemandu teksi membuat bantahan terhadap pengenalan perkhidmatan bas percuma Go KL yang didakwa mengganggu pendapatan mereka terutamanya kekurangan penumpang daripada kalangan pelancong. Sumber: Bernama
TOP
Hati-Hati Penipuan “Cikgu” Di Tesco Extra Selayang
Zaman sekarang, macam-macam cara orang nak menipu. Kebanyakan bermodalkan kisah sedih sahaja. Contohnya taktik penipuan seorang lelaki yang dikesan dilakukan di pasaraya Tesco Ekstra, Selayang. Berikut adalah perkongsian kisah bagaimana penipu ini menjual ceritanya demi menipu wang ringgit mangsa sebagaimana dikongsikan di media sosial. Diharapkan kita tidak menjadi salah seorang mangsanya: Petang kemarin ketika keluarkan duit dari mesin ATM di Tesco Extra Selayang, ada satu brader Melayu. Awal 50an, sawo matang, tinggi dalam 1.60m, pakai smart, minta tolong pasal kad ATM dia kena telan dalam mesin ATM. Dia kata dia ‘cikgu’ dari Syah Alam. Bini nak operate petang ni kat HKL. Simpati dengan dia aku cuba tolong la apa yang boleh. Dia minta no acc aku nak suruh kawan dia sorang ‘USTAZ’ bank in duit dalam acc aku. Aku ambil no phone ‘cikgu’ 0175334878 utk sent no acc aku. Plan dia cukup menarik.. tengah-tengah dok cerita pasai masalah dia ni, tot2 call in dari bank katanya, aku tengok sendiri nombor yang call in tu start 03, percaya la aku dari bank. Nombor office. Dia suruh cut off ATM acc sebab kat dalam tu ada balance RM16K. Fuyyooo. Lepas tu ada call lain masuk kat hp dia yang lagi satu (loaded juga ‘cikgu’ ni ada 2 handphone). ‘Ustaz’ call lambat sikit nak transfer suruh aku tunggu setengah jam. ‘Cikgu’ ni merayu kat aku nak pakai duit dulu dalam 8 ratus sebelum ‘Ustaz’ transfer RM1K kat acc aku. Kalau aku ada duit pun aku tak bagi sebanyak tu. Dia tanya berapa aku boleh bagi dulu kat dia, sebab ada stuff dia stuck kat cashier. Pehhhhhh membelitnya cerita dia.. Aku cakap kat ‘cikgu’ tu, duit aku boleh bagi, tapi mai IC dia untuk aku snap gambaq guna hand phone. Dia cuba merayu yang dia tak kan tipu tapi bila aku berkeras minta IC dia lari pi kot lain. Tak mau ada org lain juga ditipu dengan CARA yang sama, pagi tadi aku pi report polis kat balai Batu Caves, rupanya dah ghamai yang report terTIPU dengan taktik ‘cikgu’ ni. DONIA OH DONIA!!!! Kongsikan cerita ini pada keluarga dan rakan-rakan, diharapkan tiada lagi yang tertipu dengan taktik lelaki menggunakan gelaran ‘cikgu’ ini. Sumber: KedahLanie.Info / Rem Ramzi / My News Hub
TOP
Ops Selamat Khas Di Sabah Capai Sasaran
KOTA KINABALU – Ops Selamat Khas yang dilaksanakan selama 12 hari di sini bagi mengurangkan kes kemalangan jalan raya dan jenayah sepanjang sambutan Pesta Kaamatan berjaya mencapai matlamatnya, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supt M Chandra. Beliau berkata, operasi yang bermula pada 26 Mei lalu dan berakhir semalam itu berjaya menurunkan kes kemalangan jalan raya sebanyak 39 kes iaitu kepada 180 kes berbanding 219 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu. “Daripada jumlah itu, satu kes melibatkan kecederaan parah, cedera ringan (empat) dan kerosakan kenderaan (175),” katanya kepada pemberita sempena penutupan Ops Selamat Khas di sini, malam tadi. Beliau berkata, sepanjang operasi berkenaan 16 kes jenayah pecah rumah turut direkodkan berbanding berbanding 18 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas. Sumber: Bernama
TOP
Bantah Undang-Undang Bunuh Ayam Sebelum Disembelih
Britain – Britain terpaksa menangguhkan undang-undang baru berhubung penyembelihan ayam selepas umat Islam di negara berkenaan mengancam untuk melaporkan kepada Suruhanjaya Eropah kerana melanggar hak asasi manusia. Ini kerana, umat Islam hanya boleh makan ayam yang disembelih berdasarkan hukum syariah. Tindakan Britain itu, yang dikatakan mahu menamatkan penderitaan ayam berkenaan, telah menunjukkan ia gagal melaksanakan undang-undang Kesatuan Eropah (EU). Undang-undang baru itu akan memaksa banyak pusat penyembelihan menggunakan kejutan elektrik yang lebih kuat terhadap ayam berkenaan sebelum ia disembelih. Sebelum ini kejutan elektrik digunakan, namun ia hanya untuk melemahkan ayam tersebut sebelum ia disembelih. Namun umat Islam menentangnya kerana binatang yang dibunuh sebelum disembelih, tidak lagi halal untuk dimakan. Susulan itu juga Pihak Berkuasa Makanan Halal merancang untuk menjalankan kajian bagi mengelakkan kerajaan Britain melaksanakan undang-undang tersebut. Beberapa negara sebelum ini cuba melaksanakan undang-undang tersebut namun ia berdepan dengan masalah kerana melibatkan hak asasi masyarakat. Sumber: My News Hub
TOP
Dendam Amerika Terhadap Mahathir
Kisah yang wajar diperhalusi dan diperhatikan mengapa Amerika begitu berdendam dengan Mahathir dan berusaha menjatuhkannya…
PETRONAS merupakan antara syarikat minyak utama yang mendapat ‘keistimewaan’ di Sudan. Malah PETRONAS sebenarnya merupakan syarikat petroleum terbesar dan banyak mendapat projek di negara-negara Afrika berbanding syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat. Dan semuanya merujuk kepada kebijaksanaan dan keberanian Mahathir berhadapan dengan Amerika Syarikat.
Bagaimana boleh jadi begitu?
Tahun 1988, apabila Sudan mulai stabil dan hendak memajukan negara, negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat menawarkan bantuan untuk memajukan industri carigali minyak di negara tersebut memandangkan Sudan tidak mempunyai modal dan kepakaran sendiri. Amerika Syarikat membuat tawaran menerusi TEXAS OIL yang telah datang ke Sudan dan membuat kajian selama tiga bulan. Atas helah Zionis dan bertujuan untuk melakukan penjajahan dan tipu daya, Texas Oil menyatakan, bumi Sudan tidak mempunyai minyak yang cukup meskipun Sudan yakin, simpanan minyak mereka cukup banyak dan cukup ekonomikal bagi tujuan pengeluaran. Tiada negara lain yang berani ‘menentang’ Amerika Syarikat. Apatah lagi Amerika Syarikat telah memberikan isyarat agar urusan mereka dengan Sudan tidak dicampuri oleh negara-negara lain. Namun, sekali lagi Dr. Mahathir menunjukkan kewibawaan dan kebijaksanaannya. Atas arahannya, PETRONAS masuk ke Sudan dan membuat tawaran selain melakukan kajian. Hasil daripada kajian yang dibuat oleh PETRONAS mendapati, simpanan minyak di Sudan adalah antara yang terbesar di dunia. Apabila kapal-kapal dari Malaysia hendak berlabuh di Sudan, Amerika Syarikat membuat sekatan di perairan antarabangsa yang bersempadan dengan Sudan. Isyaratnya ialah, seandainya kapal-kapal Malaysia melepasi sekatan tersebut, Malaysia telah mengisytiharkan perang terhadap Amerika Syarikat. Walaupun CEO PETRONAS mahu membuat keputusan mengarahkan kapal-kapal Malaysia balik, namun Tun Dr. Mahathir dengan beraninya telah mengarahkan agar pelayaran diteruskan dan dia berjanji, sebarang risiko akan ditanggungnya. Malah dia sendiri akan menyelesaikan masalah dengan Amerika Syarikat. Rupa-rupanya, Mahathir mempunyai agenda lain untuk memalukan dan menakut-nakutkan Amerika Syarikat. Mahathir menggunakan helah Tun Perak, Bendahara Kesultanan Melayu Melaka pada abad Ke-15 yang terkenal itu dengan berkunjung ke China dan menjadikan China sebagai rakan kongsi PETRONAS dalam projek minyak di Sudan. Syarikat minyak China telah diberikan tanggungjawab memasang paip. Apabila Amerika Syarikat mengetahui perkara tersebut, kapal-kapal perangnya yang melakukan sekatan serta-merta diarahkan menggantung sekatan. Amerika Syarikat tidak berani berhadapan dan tidak mahu mengambil risiko berhadapan dengan China. Selesai masalah dengan sekatan Amerika Syarikat, Tun Dr. Mahathir sekali lagi membuat perjanjian dengan Sudan yang dilihat lebih menguntungkan pada masa hadapan. Standard rundingan pada waktu itu adalah 70% keuntungan untuk syarikat dan 30% keuntungan untuk negara tersebut. Petronas bagaimanapun, telah meminda standard tersebut yang sudah tentu akan membuatkan syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat menggigit jari. PETRONAS hanya mengambil 15% daripada keuntungan di Sudan dengan 85% yang lain dipulangkan kepada Sudan. Bagaimanapun, hanya 25% dari 85% keuntungan tersebut diberikan dalam bentuk kewangan, manakala bakinya, PETRONAS bertanggungjawab membangunkan bandar-bandar, mendirikan sekolah, infrastruktur dan sebagainya. Sebabnya, mudah… Tun Dr. Mahathir sangat sedar, kalau Amerika Syarikat tidak boleh dapat projek minyak di Sudan, mereka akan cuba menjual senjata pula agar Sudan kucar-kacir dan mereka akan dapat masuk menjajah negara itu dengan lebih mudah. Tawaran yang dibuat oleh PETRONAS itu mendapat perhatian daripada negara-negara Afrika yang lain. Bermula dari itu, PETRONAS mendapat tawaran kerja sehingga menjadikan syarikat petroleum Malaysia itu menjadi syarikat minyak asing kedua terbesar dalam penguasaan kawasan di dunia. Kehebatan yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir itulah yang membuatkan banyak pihak di Barat menaruh dendam yang cukup besar terhadap beliau. Sumber: FB The Patriots
TOP
Bila Mahu Bangkit? Kemana Perginya Anak-Anak UiTM?
“UiTM Benteng Terakhir Orang Melayu” adalah slogan yang kita dapat lihat tertera di papan-papan tanda di universiti tersebut di seluruh Malaysia. Namun begitu, dengan kejadian baru-baru ini, UiTM seolah diserang dengan hebat. Serangan ini tidak hanya datang dari luar tetapi juga dari dalam UiTM sendiri. Yang paling sedih adalah apabila UiTM diserang dengan hebat oleh bekas pelajarnya sendiri. Sepertimana yang telah berlaku di dalam pilihanraya kecil Teluk Intan yang lalu. Apakah kesemua pelajar UiTM yang lain berpendapat yang sama dengan calon DAP Teluk Intan tersebut? Pastinya tidak bukan? Namun persoalannya, hanya sebilangan kecil sahaja pelajar dan bekas graduan UiTM yang nampak benar-benar komited dalam melaksanakan usaha untuk mempertahankan UiTM dari serangan yang bertali arus ini. Contoh terbaik yang boleh dilihat ialah bagaimana Persatuan Alumni UiTM Malaysia dengan agresif mengadakan program-program kesedaran sepanjang tempoh pilihanraya kecil itu. Tetapi apakah hasilnya? Adakah anak-anak muda yang sedang atau sudah selesai pengajian sedar akan perkara yang berlaku disekeliling mereka? Kita dapat melihat ada juga yang mempertahankan UiTM secara peribadi melalui laman-laman sosial peribadi mereka. Dengan meletakkan lambang UiTM sebagai profil ini menunjukkan sokongan yang mereka sayangkan UiTM dan tidak bersetuju dengan apa yang berlaku di dalam senario politik tempatan. Apapun, kita mengharapkan satu kesatuan yang lebih jitu dapat diwujudkan di kalangan bekas pelajar dan pelajar UiTM. Penyatuan ini harus diadakan secara besar-besaran untuk menyampaikan mesej kepada dunia bahawa UiTM ini milik mutlak bangsa Melayu selagi ada bulan dan matahari di angkasa raya. Kita mahu melihat graduan UiTM mempunyai suara besar, bukan sahaja untuk menyuarakan pendapat tentang isu UiTM sahaja tetapi untuk pelbagai isu yang melibatkan bangsa Melayu khususnya dan juga isu-isu domestik dan antarabangsa. Keunikkan institusi pelajaran tinggi yang khas untuk Bumiputera ini sewajarnya dijadikan contoh utama kepada seluruh rakyat Malaysia tentang kepentingan untuk memajukan golongan majoriti di tanah air yang kita cintai ini. UiTM wujud untuk merapatkan jurang ekonomi dan sosial orang Melayu/Bumiputera di Malaysia. Para graduan UiTM perlu bangkit segera dan menunjukkan kekuatan mereka sebagai pemimpin orang Melayu/Bumiputera di Malaysia. Tunjukkan kekuatan anda sebagai pemimpin dari sudut politik, masyarakat dan akar umbi. Pelajar UiTM pula perlu segera menetapkan tekad untuk memberikan yang terbaik untuk kejayaan akademik mereka agar mereka yang bakal menjadi pemimpin di Malaysia ini berupaya untuk memikirkan kepentingan orang Melayu di Malaysia. Ya, memang benar, alumni UiTM telah berjaya di seluruh negara, hingga nama para graduan kita di sebut-sebut oleh universiti terkemuka dunia. Namun ada yang masih merungut, kononya graduan-graduan kita tidak diberikan peluang untuk berkhidmat di dalam kepimpinan tertentu. Para graduan dan pelajar UiTM harus sedar, perjuangan memartabatkan bangsa ini adalah perkara yang amat sukar. Sekiranya mereka ingin melaksanakannya, mereka bukan sahaja perlu berhadapan dengan anasir luar yang mengecam mereka dari setiap sudut tetapi mereka juga terpaksa berhadapan dengan masalah dalam yang melanda politik Melayu di Malaysia. Yang penting, para graduan UiTM perlu sedar, bahawa ini sajalah institusi yang tinggal yang memartabatkan orang Melayu/Bumiputera di Malaysia. Ini sajalah harta peninggalan pusaka pemimpin terdahulu untuk kesenangan kita di masa hadapan. Justeru itu, bangkitlah, lawanlah, walau yang menentang itu berkulit sawo matang dan sebangsa seperti kita. Sekiranya mereka mahu menghapuskan UiTM, atau membuka UiTM kepada bangsa lain, atau mereka ingin membuat UiTM untuk bangsa lain, maka kita bangkit dan kita tentang. Bukan kerana kita racist. Tetapi kerana sekiranya institusi seunik ini tidak dibela, apa lagi yang tinggal untuk orang-orang seperti kita. Sumber: TV14.my
TOP
Bahan berubah sifat boleh jadi halal jika diproses – Dr Asri
Dari Astro Awani
KUALA LUMPUR: Gelatin atau DNA yang diperolehi daripada babi boleh dianggap halal jika ia telah melalui proses transformasi, mengikut konsep Islam istihalah, kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Bekas mufti Perlis mengulas pandangan ulama tersohor, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi yang berpendapat gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan. “Saya berpandangan isu ini tidak adalah satu masalah besar kerana di kalangan ulama Islam sendiri tidak ada konsensus mengenai topik ini. “Mereka mempunyai pandangan yang berbeza dalam hal ini,” katanya kepada Astro AWANI. Dr Mohd Asri menegaskan bahawa setiap orang Islam mempunyai hak untuk membaca, mendengar, menilai dan membuat keputusan untuk dirinya sendiri berdasarkan kepada hujah-hujah yang dibentangkan. “Islam adalah agama yang berfikiran terbuka yang sentiasa mengiktiraf fakta dan kebenaran. “Kemudian, orang Islam juga perlu berfikir tentang bagaimana untuk menjawab perbuatan mereka di hadapan Allah di akhirat, bukan hanya bertindak balas secara emosi,” katanya. Mengulas lanjut mengenai hujah Dr Yusuf, Dr Asri menjelaskan bagaimana sesuatu yang dianggap haram boleh menjadi halal sebenarnya jika menggunakan konsep ‘istihalah’. Istihalah ialah perubahan dan pertukaran sesuatu benda kepada suatu benda lain yang meliputi pertukaran hakikat dan bentuk benda tersebut. “Apabila sesuatu yang tidak bersih telah melalui satu proses yang membuatkan ia telah kehilangan ciri-ciri asalnya ia tidak akan dinilai mengikut asalnya kerana ia telah benar-benar berubah,” kata beliau sambil menambah bahawa bahan itu harus dinilai melalui ciri-ciri baru. “Penjelasan mudah; perubahan dalam sifat bahan setelah melalui proses tertentu ini disebut sebagai istihalah,” katanya. Dr Mohd Asri mengulas perkara berkenaan dilaman Facebooknya dengan mengambil contoh baja yang digunakan ketika menanam pokok pisang. “Buah pisang halal dimakan. Tidak dikatakan buah pisang itu bernajis sebab subur dengan baja najis,” tulis beliau. Beliau juga menggemukakan contoh arak yang bertukar menjadi cuka; ataupun, bangkai yang bertukar menjadi garam ataupun tanah. Dr Asri berkata Majlis Fatwa Eropah, al-Qaradawi, Wahbah al-Zuhaili dan lain-lain juga memberikan pandangan mereka tentang DNA babi yang terdapat secara meluas dalam makanan dan barangan di dunia ini sekarang. Sebelum ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan dakwaan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengatakan dua produk coklat Cadbury dikesan mengandungi DNA babi. Bagaimanapun, ujian oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) telah mengesahkan dua produk coklat tersebut tiada unsur DNA babi dan sekaligus halal untuk dimakan.
Dari Facebook Dr.Maza pula
Sumber: Awani / Narini Mohd Nawawi / Facebook Dr Maza
TOP
Mayat Lelaki Di Rumah Tak Bernombor
Kuching – Misteri tompokan darah di depan sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Batu Kawa-Matang di sini, membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan parah di kepala di ruang tamu rumah berkenaan, petang tadi. Mayat Lee Mui Chai, 57 ditemui polis trafik yang datang ke lokasi kejadian untuk membuat siasatan selepas mendapat laporan mengenai kemalangan kira-kira jam 2.30 petang. Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Pauzi Bujang berkata, pihaknya menerima laporan berlakunya kemalangan dan polis trafik bergegas ke lokasi kejadian. Katanya, sebaik tiba seorang wanita berusia 39 berlumuran darah berada di tepi jalan kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian. “Difahamkan wanita itu sedang menunggu suaminya untuk dihantar ke hospital menggunakan kereta mereka. Bagaimanapun, anggota trafik pelik apabila menemui tompokan darah di depan rumah terbabit dan terus membuat pemeriksaan lanjut. “Lelaki terbabit dipercayai mati akibat terkena hentakan objek tumpul, bagaimanapun tiada kesan pergelutan mahupun rompakan di lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. Wanita yang berlumuran darah itu kini dirawat di HUS dan dilaporkan dalam keadaan stabil. Mayat lelaki itu dihantar ke Jabatan Forensik HUS untuk bedah siasat. Fauzi berkata, suami wanita terbabit berusia lingkungan 50-an ditahan bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sumber: myMetro Online
TOP
Al-quran Boleh Meningkatkan IQ Bayi
Padam zaman yang maju ini, pelbagai jenis produk susu yang telah dikeluarkan oleh pelbagai syarikat, seperti Dumex, Nutrilon, Sustagen Junior yang berada di Malaysia, Ini adalah tujuaan untuk menjadikan bayi mempunyai minda ya ng cemerlang. Persoalannya disini, berapa ramai ibubapa yang sedar bahawa Al-quran adalah segala-galanya. Al-quran boleh merangsang minda anak-anak kecil seribukali lebih hebat dari produk-produk susu yang terdapat pada hari ini. Ternyata Al-Qur’an dapat merangsang tingkat inteligensia (IQ) anak, yakni ketika bacaan ayat-ayat Kitab Suci itu diperdengarkan dekat mereka. Dr. Nurhayati dari Malaysia mengemukakan hasil penelitiannya tentang pengaruh bacaan Al-Qur’an dapat meningkatkan IQ bayi yang baru lahir dalam sebuah Seminar Konseling dan Psikoterapi Islam sekitar tujuh tahun yang lalu.
السلام عليكم . بِسْــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم.لا إله إلاَّ الله.Ù…Øمد رسو Ù„ الله
الØمد لله رب العا لمين. الصلاة Ùˆ السلام على رسو Ù„ الله.اما بعد
Dikatakannya, bayi yang berusia 48 jam saja akan langsung memperlihatkan reaksi wajah ceria dan sikap yang lebih tenang. Penulis pun mempunyai seorang anak saudara yang lahir tahun 2002. Entah ada kaitan dengan dengan argumentasi di atas, yang jelas sebelum umurnya satu tahun, ia sering baru bisa tidur bila di sampingnya diperdengarkan suara orang mengaji melalui tape recorder. Seperti diketahui, dengan mendengarkan musik, detak jantung bayi menjadi teratur. Malah untuk orang dewasa akan menimbulkan rasa cinta. Hanya arahnya tidak tentu. Sedangkan Al-Qur’an, selain itu, sekaligus menimbulkan rasa cinta kepada Tuhan Maha Pencipta. Jadi, bila bacaan Al-Qur’an diperdengarkan kepada bayi, akan merupakan bekal bagi masa depannya sebagai Muslim, dunia maupun akhirat. Dalam musik terkandung komposisi not balok secara kompleks dan harmonis, yang secara psikologis merupakan jambatan otak kiri dan otak kanan, yang output-nya merupakan peningkatan daya tangkap/konsentrasi. Ternyata Al-Qur’an pun demikian, malah lebih baik. Ketika diperdengarkan dengan tepat dan benar, dalam artian sesuai tajwid dan makhraj, Al-Qur’an mampu merangsang syaraf-syaraf otak pada anak. Ingat, neoron pada otak bayi yang baru lahir itu umumnya umpama “disket kosong siap pakai”. Bererti, siap dianyam menjadi jalinan akal melalui masukan berbagai fenomena dari kehidupannya. Pada gilirannya terciptalah sirkuit dengan wawasan tertentu. Istilah popularnya apalagi kalau bukan “intelektual”. Sedangkan anyaman tersebut akan semakin mudah terbentuk pada waktu dini. Neoron yang telah teranyam di antaranya untuk mengatur faktor yang menunjang kehidupan dasar seperti detak jantung dan bernafas. Sementara neoron lain menanti untuk dianyam, sehingga boleh membantu anak menerjemahkan dan bereaksi terhadap dunia luar. Selama dua tahun pertama anak mengalami ledakan terbesar dalam hal perkembangan otak dan hubungan antar sel (koneksi). Lalu setahun kemudian otak mempunyai lebih dari 300 trilyun koneksi, suatu kondisi yang susah terjadi pada usia dewasa, terlebih usia lanjut. Maka para pakar perkembangan anak menyebut usia begitu sebagai golden umur bagi perkembangan inteligensia anak. Memang bila orangtua tidak memanfaatkan kesempatan ini dengan jalan membantu dari belakang, maka tetap tidak akan mempengaruhi kemampuan otak anak dalam menganyam neoron, kerena kesempatan untuk memperkuat koneksi otak terbuka luas selama masa anak-anak. Tetapi tentu akan semakin baik bila orangtua pun ikut aktif membantu. Dalam kaitan upaya meningkatkan pribadi Muslim, perlulah bayi sudah diperdengarkan bacaan Al-Qur’an sejak dalam rahim. Jadi, bila ada anjuran kepada ibu-ibu hamil untuk rajin membaca Al-Qur’an menjelang bersalin, itu ada dasar ilmiahnya juga. Makin baik dan benar bacaan itu, termasuk lagunya, makin baik hasilnya. Tujuannya tentu saja bukan mengajak bayi memahami substansi atau makna kandungan ayat-ayat Al-Qur’an, tetapi memperkuat daya tangkap/konsentrasi otak bayi. Sehingga akan semakin mudahlah ia menghafal ayat-ayat Al-Qur’an beserta terjemahannya ketika sudah memasuki masa belajar. Tidak benar semua agama sama, hanya 1 agama benar! Qur'an menulis:Siapa cari agama selain Islam,maka sekali-kali tidak diterima dari-nya, & dia di akhirat termasuk orang2 rugi (QS.3 Ali 'Imran:85). *Sumber dari ahmadraje.blogspot.com
TOP
Pakaian Ahli Neraka
Tidak terkecuali pakaian, perhiasan dan tempat tinggal mewah yang mereka nikmati pada saat ini. Semua ini akan berganti dengan pakaian yang dibuat daripada api. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “ Pakaian mereka (ahli neraka) adalah pelangkin (tar) yang sangat panas….” (Surah Ibrahim 14:50) Sudah tidak ada lagi fesyen yang selama ini dituruti dan dijaga. Sebaliknya, hanya api yang akan menjadi lantai, atap dan kediaman mereka selama-lamanya. Api juga akan menjadi katil dan kerusi tepat mereka cuba melepaskan penat berdiri. Tidak terbayang seksaan yang mereka rasakan pada saat itu. Sebiji bara api yang diletakkan atas tapak kaki, panasnya terasa hingga ke otak. Berkata Wahb bin Munabbih: “Sesungguhnya ahli neraka yang benar-benar ahlinya, mereka tidak akan merasai rehat, tidur dan maut di dalamnya. Setiap saat, mereka berjalan di atas api dan duduk pun di atas api. Minuman mereka ialah nanah dan darah ahli neraka, makanan mereka buah zaqum yang dibuat daripada api dan tembaga yang sangat panas.” (Riwayat al-Hafiz Ibn Abi al-Dunya dalam kitab Sifat al-Nar)
TOP
Zaman Yang Paling Rasulullah SAW Takuti
Orang Yang Tak Sedarkan Diri
Daripada Abu Hurairah r.a. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Jika ada seseorang berkata, ramai orang telah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka” (HR Muslim)
Ahli Ibadat Yang Jahil Dan Ulama Yang Fasik
Daripada Anas r.a. Beliau berkata, bersabda Rasulullah SAW “Akan ada pada akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik ” (HR Ibnu Ady) [Orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang alim yang fasik]
Menjual Agama Kerana Dunia
Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan keluar pada akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan perkataan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala. Allah SWT berfirman kepada mereka “Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu? Ataukah kamu terlalu berani berbohong kepadaKu? Demi kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun akan menjadi bingung” (HR Tirmizi)
Pendusta Dan Pengkhianat
Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipuan. Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berkesempatan berbicara (cuba membetulkan) hanyalah golongan “Ruwaibidhah”. Sahabat bertanya “Apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab “Orang kerdil, hina, dan tidak mengetahui bagaimana hendak mengurus orang yang ramai” (HR Ibnu Majah)
Kefasikan Berleluasa
Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman pada waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau seseorang yang masih beriman pada waktu petang, kemudian pada keesokan harinya dia sudah menjadi kafir. Dia telah menjual agamanya dengan sedikit harta benda dunia” (HR Muslim)
Penindasan Terhadap Umat Islam
Daripada Tsauban r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang kelaparan mengerumuni bekas hidangan mereka” Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab “Bahkan kamu pada hari itu terlalu ramai, tetapi kamu umpama buih pada masa banjir, dan Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’. Seorang sahabat bertanya “Apakah ‘wahan’ itu, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Cinta dunia dan takut mati” (HR Abu Daud)
Namanya Saja Islam
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Beliau berkata, telah bersabda Rasulullah SAW “Telah hampir tiba suatu zaman, di mana tidak ada lagi dari Islam kecuali hanya namanya, dan tidak ada lagi dari Al-Quran kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka indah, tetapi kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah langit. Daripada merekalah keluar fitnah, dan kepada mereka jua fitnah itu akan kembali ” (HR Al-Baihaqi)
Budaya Barat Ikutan Umat Islam Kini
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a. Beliau berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak sekalipun kamu akan mengikut mereka” Sahabat bertanya “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang Tuan maksudkan?” Nabi SAW menjawab “Siapa lagi?” (HR Muslim)
Ulama Tidak Dipedulikan
Daripada Sahl bin Saad as-Sa ‘idi r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Ya Allah! Janganlah Engkau menemukan aku dan mudah-mudahan kamu juga tidak bertemu dengan suatu zaman di mana para ulama sudah tidak diikuti lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak dihiraukan lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam, lidah mereka seperti lidah orang Arab” (HR Ahmad)
Ulama Agama Semakin Berkurang
Daripada Abdullah bin Amr bin ‘Ash r.a. Beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Bahawasanya Allah SWT tidak akan mencabut (menghilangkan) ilmu dengan sekali gus daripada manusia. Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu agama dengan mematikan para ulama. Apabila telah ditiadakan para ulama, orang banyak akan memilih orang-orang jahil sebagai pemimpinnya. Apabila pemimpin yang jahil itu ditanyakan, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain” (HR Muslim)
Golongan Anti Hadis
Daripada Miqdam bin Ma’dikariba r.a. Beliau berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Hampir tiba suatu zaman di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas kursi kemegahannya, lalu disampaikan kepadanya sebuah hadis dari hadisku maka dia berkata “Pegangan kami dan kamu hanyalah kitab Allah sahaja. Apa yang dihalalkan oleh Al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan” (Kemudian Nabi SAW melanjutkan sabdanya) “Padahal apa yang diharamkan Rasulullah SAW itu samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan Allah SWT” (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)
Berbangga-Bangga Dengan Masjid
Dari Anas bin Malik r.a. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Tidak terjadi hari Kiamat sehingga umatku bermegah-megah dengan bangunan masjid” (HR Abu Daud)
Tak Ada Imam Untuk Solat Berjemaah
Daripada Salamah binti al-Hurr r.a. Beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Akan datang suatu zaman, pada waktu itu orang banyak berdiri tegak beberapa lama, kerana mereka tidak mendapatkan orang yang dapat mengimami mereka solat” (HR Ibnu Majah)
Penyakit Umat Islam Masa Kini
Daripada Abu Hurairah r.a. Katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Umatku akan ditimpa penyakit -penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu” Sahabat bertanya “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi SAW menjawab “Penyakit-penyakit itu adalah, 1.Terlalu sombong, 2.Terlalu mewah, 3.Mengumpulkan harta sebanyak mungkin, 4.Tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, 5.Saling memarahi, 6.Dengki-mendengki sehingga menjadi zalim menzalimi” (HR Hakim)
Perangkap Riba
Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang pun kecuali dia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau dia tidak memakannya secara langsung, dia akan terkena debunya” (HR Ibnu Majah)
Manusia Tak Peduli Mengenai Sumber Pendapatannya
Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, bersabda Rasulullah saw, “Akan datang suatu zaman seseorang tidak mempedulikan daripada mana dia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram” (Riwayat Muslim)
Banyaknya Sumber Galian
Daripada Ibnu Omar r.a. Beliau berkata “Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah SAW sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari lombong (galian) mereka. Maka sahabat berkata “Wahai Rasulullah! Emas ini adalah hasil galian kita” Lalu Nabi SAW menjawab “Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat ” (HR Baihaqi)
Khamar
Daripada Abu Malik Al-Asy’ari r.a. Katanya Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya akan ada sebahagian dari umatku yang meminum khamar dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. Sambil diiringi dengan alunan muzik dan suara biduanita. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi dan Allah SWT akan mengubah mereka menjadi kera atau babi” (HR Ibnu Majah)
Banyaknya Perzinaan
Dari Anas r.a. Beliau berkata “Aku akan menceritakan kepada kamu sebuah Hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Di antara tanda kiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, banyak perzinaan, banyak kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nanti seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan” (HR Bukhari Muslim)
Berpakaian Tetapi Telanjang
Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda ”Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka, keduanya belum pernah aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cambuk bagaikan ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, lenggang-lenggok sewaktu berjalan, mengayun-ayunkan bahu. Kepala mereka bagaikan bonggol (belakang unta). Kedua golongan ini tidak akan masuk syurga, malah tidak akan dapat mencium bau harumnya. Sesungguhnya keharuman syurga itu akan terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh (HR Muslim) Perilaku Manusia Masa Kini
Dari Aisyah r.a. Dia berkata “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga seorang anak menjadi sebab kemarahan (bagi ibu bapanya), hujan akan menjadi panas, akan bertambah banyak orang yang tercela dan akan berkurang orang yang baik, anak-anak menjadi berani melawan orang tua, dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik” (HR Thabrani)
Anak Menjadi Tuan Kepada Ibunya
Daripada Umar bin al-Khattab r.a. (dalam sebuah hadis yang panjang), …kemudian Jibrail bertanya kepada Rasulullah SAW ” Maka khabarkan kepadaku tentang hari kiamat?” Lalu Nabi SAW menjawab, “Orang yang ditanya tidak lebih mengetahui daripada orang yang bertanya” Maka Jibrail berkata “Kalau begitu cuba khabarkan kepadaku tanda-tandanya” maka Nabi SAW menjawab “Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya menggembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan” (Riwayat Muslim)
Peperangan Demi Peperangan
Daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah SAW bersabda “Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga harta benda melimpah ruah dan timbul banyak fitnah dan sering terjadi “al-Harj”. Sahabat bertanya “Apakah al-Harj itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab “Peperangan, peperangan, peperangan” Beliau mengucapkannya tiga kali. (HR Ibnu Majah)
Perang Di Sekitar Sungai Furat (Iraq) Kerana Berebut Kekayaan
Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Tidak terjadi hari kiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates, Iraq) menjadi surut airnya sehingga kelihatan sebuah gunung dari emas. Banyak orang yang terbunuh kerana merebutnya. Maka terbunuhlah sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata “Mudah-mudahan akulah orang yang selamat itu” Di dalam riwayat lain disebutkan “Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu kelihatan perbendaharaan dari emas, maka siapa sahaja yang hadir di situ janganlah dia mengambil sesuatu pun dari harta tersebut” (HR Bukhari Muslim) [Terdapat sebahagian pihak yang menyatakan bahawa perkataan emas di dalam Hadis ini sebenarnya petroleum ]
Waktu Terasa Pendek
Daripada Anas bin Malik r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Tidak akan terjadi kiamat sehingga waktu terasa pendek, maka setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seperti seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari, sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu kilatan api” (HR Tirmizi)
Hilangnya Sifat Amanah
Daripada Huzaifah bin Al-Yaman r.a. Katanya, …”Kemudian jadilah orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada seorang pun yang suka menunaikan amanah, sehingga dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan “Alangkah tekunnya dia dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi.” (HR Bukhari & Muslim)
Islam Akan Pudar Secara Perlahan-Lahan
Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Islam akan lenyap seperti hilangnya corak pada pakaian, sehingga orang tidak mengerti apakah yang dimaksudkan dengan puasa, apakah yang dimaksudkan dengan solat, apakah yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadah), dan apakah yang dimaksudkan dengan sedekah. Al-Quran akan hilang semuanya pada suatu malam sahaja, maka tidak ada yang tertinggal di permukaan bumi ini darinya walaupun hanya satu ayat. Sesungguhnya yang ada hanya beberapa kelompok manusia, di antaranya orang tua, lelaki dan perempuan. Mereka hanya dapat berkata, Kami sempat menemui nenek moyang kami mengucapkan kalimat LAILAHAILLALLAH, lalu kami pun mengucapkannya juga” (HR Ibnu Majah)
Bilakah Akan Terjadi Kehancuran?
Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata “Pada suatu hari ketika Nabi SAW sedang berada dalam suatu majlis dan berbicara dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A’rabi (Arab Badwi) lalu dia bertanya kepada Rasulullah SAW “Bilakah akan terjadi hari Kiamat?” Nabi SAW terus saja berbicara. Sebahagian yang hadir berkata “Beliau (Nabi SAW) mendengar apa yang ditanyakan, tetapi pertanyaan itu tidak disenanginya” Sementara yang lain berkata “Sesungguhnya beliau tidak mendengar pertanyaan itu” Sehingga apabila Nabi SAW selesai berbicara, beliau bersabda “Di mana orang yang bertanyakan mengenai hari Kiamat tadi?” Lalu Arab Badwi itu menyahut “Ya! Saya wahai Rasulullah” Maka Nabi SAW bersabda “Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah hari Kiamat” Arab Badwi itu bertanya pula, “Apa yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu?” Nabi SAW menjawab “Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kedatangan hari Kiamat” (HR Bukhari)
Kebinasaan Umat Islam
Daripada Ummul Mukminin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah SAW), beliau berkata,”(Pada suatu hari) Rasulullah SAW masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, LAILAHAILLALLAH, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Yakjud dan Makjud seperti ini”, dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya “Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?” Lalu Nabi SAW bersabda “Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak” (Riwayat Bukhari & Muslim)
Punca Kebinasaan Seseorang
Dari Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan datang suatu zaman di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali apabila dia lari membawanya dari puncak bukit ke puncak bukit yang lain, dan dari suatu gua ke gua yang lain. Maka apabila zaman itu telah tiba, segala sumber pendapatan tidak dapat diperoleh kecuali dengan melaksanakan sesuatu yang menyebabkan kemurkaan Allah SWT. Apabila ini telah terjadi, maka kebinasaan seseorang adalah disebabkan memenuhi kehendak isteri dan anak-anaknya. Kalau dia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya disebabkan memenuhi kehendak kedua ibu bapanya. Dan jikalau ibu bapanya sudah tidak ada lagi, maka kebinasaannya disebabkan mengikuti kehendak keluarganya atau disebabkan mengikuti kehendak jiran tetangganya” Sahabat bertanya “Wahai Rasulullah SAW, apakah maksud perkataan engkau itu?” Nabi SAW menjawab “Mereka akan menghinanya dengan kesempitan hidupnya. Maka ketika itu sesungguhnya dia telah menceburkan dirinya ke jurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya” (HR Baihaqi)
Perselisihan Yang Banyak
Daripada Abi Nijih ‘Irbadh bin Sariyah r.a. Beliau berkata “Telah menasihati kami Rasulullah SAW akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berikanlah pesanan kepada kami” Lalu baginda pun bersabda “Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekali pun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Golongan Yang Selamat
Daripada ‘Auf bin Malik r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah belah menjadi tujuh puluh dua golongan, maka tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaanNya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua akan masuk neraka. Sahabat bertanya “Golongan mana yang selamat?” Nabi SAW menjawab “Mereka adalah jemaah” (HR Ibnu Majah)
Orang Asing
Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Bersabda Rasulullah SAW “Islam mula berkembang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing” (HR Muslim)
Kepayahan Orang Yang Beriman
Daripada Anas r.a. Berkata Rasulullah SAW bersabda ”Akan datang pada manusia suatu zaman di mana orang yang berpegang teguh di antara mereka kepada agamanya laksana orang yang memegang bara api. (HR Tarmizi) Kesusahan Itu Lebih Baik Daripada Kesenangan
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a “Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. Dan tidak ada di badannya kecuali hanya selembar selendang yang bertampal dengan kulit. Tatkala Rasulullah SAW melihat kepadanya. Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya), dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekah). Kemudian Nabi Muhammad SAW bersabda “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu hari nanti, pergi pada waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi pada waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan apabila diberikan satu hidangan, diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghiasi) rumah kamu sebagaimana kamu memasang kelambu Kaabah?” Maka jawab sahabat “Wahai Rasulullah, tentunya keadaan kami pada waktu itu lebih baik daripada keadaan kami pada hari ini. Kami akan memberikan perhatian sepenuhnya kepada masalah ibadat sahaja dan tidak bersusah payah lagi untuk mencari rezeki” Lalu Nabi SAW bersabda “Tidak! Keadaan kamu hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu pada hari itu” (HR Tirmizi)
Golongan Yang Sentiasa Menang
Daripada Mughirah bin Syu’bah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Sentiasa di kalangan umatku ada golongan yang sentiasa menang (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah pada suatu waktu yang dikehendaki Allah SWT. Mereka senantiasa menang. (HR Bukhari)
*Sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com
TOP
PDRM perlu siasat dulu sebelum tangkap
R Sri Sanjeevan
SHAH ALAM – Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disaran agar tidak sewenang-wenangnya mengambil tindakan atau membuat tangkapan ke atas mana-mana individu tanpa melakukan siasatan terperinci terlebih dahulu. Pengerusi Malaysian Crime Watch Task Force (Mywatch), R Sri Sanjeevan mendakwa, pihak polis hanya melakukan tangkapan ke atas suspek bagi sesuatu kes jenayah dan kebiasaannya suspek tersebut bukanlah individu yang melakukan jenayah terbabit. “Pihak polis IPD Brickfields telah membuat satu tangkapan pada 5 Jun baru-baru ini berhubung kes pecah rumah yang berlaku pada 8 April lepas. “Hasil siasatan mendapati individu terbabit merupakan seorang pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indonesia, individu berkenaan ditahan kerana disabitkan dengan jenayah pecah rumah tetapi setelah direman individu berkenaan tidak disabitkan dengan tuduhan terbabit namun dia didakwa di atas kesalahan tiada dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau mendakwa, insiden terbabit menunjukkan pihak polis hanya melakukan Tangkapan KPI bagi meningkatkan indeks tangkapan. Menurutnya lagi, ianya jelas menganiaya individu yang ditangkap kerana tidak kesemua individu yang ditangkap melakukan kesalahan seperti yang disabitkan. Justeru, MyWatch mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang menjadikan individu tidak bersalah sebagai alat untuk memanipulasi indeks tangkapan.
TOP
121 jemaah terkandas di Madinah dibawa pulang
Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim
GEORGETOWN - Sejumlah 121 jemaah Malaysia yang terkandas di Madinah sejak tujuh hari lepas setelah menunaikan umrah akan dibawa pulang menerusi penerbangan dari Jeddah malam esok dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada Isnin ini. Pengerusi Biro Kebajikan Umno Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata selepas mendapat maklumat lengkap pihaknya dengan kerjasama Konsulat Jeneral di Makkah telah menguruskan pembelian tiket penerbangan semua jemaah yang terkandas itu menerusi syarikat penerbangan Flynas. Beliau berkata biro itu mendapat maklumat daripada Konsulat Jeneral Malaysia di Makkah memaklumkan 268 jemaah dari Malaysia yang menunaikan umrah pada 21 Mei menerusi sebuah agensi pelancongan tempatan dan sepatutnya pulang 1 Jun lepas terkandas. "Bagaimanapun sehingga semalam, masih terdapat 121 orang yang kebanyakannya dari Perak dan Pulau Pinang masih terkandas, 10 orang telah pulang pada 4 Jun lepas, manakala 137 orang berlepas dari Jeddah semalam dan tiba di klia2 pukul 10 pagi tadi," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Abdul Azeez berkata kumpulan jemaah yang terkandas itu akan dibawa menaiki bas dari Madinah ke Jeddah pukul 10 pagi esok dan menaiki penerbangan pulang ke Malaysia pada pukul 10 malam waktu tempatan. "Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah hubungi saya dan mengarahkan supaya Biro Kebajikan Umno menguruskan segera untuk membawa pulang 121 rakyat Malaysia yang terkandas di sana. "Jadi saya terus hubungi Flynas untuk membantu kita membawa pulang jemaah di sana menerusi peruntukan yang disediakan oleh Biro Kebajikan Umno," katanya. Abdul Azeez berkata anggota keluarga jemaah yang terkandas di Madinah tidak perlu risau kerana mereka berada dalam keadaan selamat dan akan dibawa pulang segera. Katanya siasatan awal mendapati agensi yang membawa jemaah berkenaan dengan menawarkan pakej umrah berharga RM3,999 hanya membeli tiket penerbangan pergi tanpa menempah tiket untuk penerbangan pulang. Beliau telah menghubungi wakil syarikat dan pejabat agensi pelancongan berkenaan bagaimanapun tidak berjawab. "Agensi yang berpejabat di Perak itu tidak menempah tiket pulang dan wakilnya yang bersama jemaah di Makkah telah pulang lebih awal serta meninggalkan mereka di sana tanpa sebarang maklumat. "Saya juga difahamkan ada jemaah yang terkandas itu sakit, ada yang dibuang kerja kerana telah tujuh hari mereka tidak balik, ini satu perkara yang menyedihkan," katanya. Sementara itu, Abdul Azeez yang juga Pengerusi Tabung Haji menasihati orang ramai yang ingin menunaikan umrah supaya menyemak terlebih dahulu agensi pelancongan sama ada ia berdaftar dengan Tabung Haji atau tidak. Beliau turut meminta orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan agensi yang menawarkan pakej murah yang harganya di bawah RM4,000. "Saya sudah cakap banyak kali, sekarang ini memang tidak ada lagi pakej yang boleh ditawarkan dengan harga bawah RM4,000 kerana tiket penerbangan sehala sahaja sudah mencecah RM1,800, jadi mereka yang hendak pergi menunaikan umrah perlu berhati-hati. "Lagipun kejadian seperti ini (jemaah terkandas) bukan pertama kali berlaku dan kalau tidak salah saya dalam tahun ini sahaja sudah hampir empat kali berlaku," katanya. - Bernama
TOP
Kes Mers turun 80 peratus di Saudi
ADEL
RIYADH - ARAB SAUDI. Pemangku Menteri Kesihatan Arab Saudi, Adel Fakeih memaklumkan kes jangkitan virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers) di negara itu menurun sebanyak 80 peratus dalam tempoh enam minggu lalu. Beliau berkata, langkah yang diambil Kementerian Kesihatan dengan kerjasama agensi tempatan dan antarabangsa berjaya mencegah penularan virus korona tersebut. "Kami telah mengambil tindakan cepat dan proaktif untuk menangani kes jangkitan virus pembawa maut ini melalui penyelarasan dan pemantauan secara berterusan," katanya kepada Arab News. Menurutnya lagi, peraturan kesihatan terbaharu di bawah Pusat Perintah dan Kawalan (CCC) akan memastikan cabaran kesihatan diuruskan dengan menggunakan pendekatan sistematik, holistik dan komprehensif. Sejak September 2012, sebanyak 283 kematian daripada 689 kes jangkitan Mers telah dilaporkan di negara itu.
TOP
Sukar tentukan motif pembunuhan Siti Soffea
KUALA LUMPUR - Polis sukar menentukan motif pembunuhan kejam Siti Soffea Emelda kerana tiada keterangan yang dapat mengaitkan ibu kanak-kanak berusia dua tahun enam bulan itu dengan suspek. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, polis juga tidak dapat mengaitkan suspek dengan bapa mangsa. "Oleh itu sukar untuk menjuruskan kepada penentuan motif pembunuhan kanak-kanak malang ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Gan berkata kertas siasatan kes itu akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya minggu depan bagi menentukan tindakan lanjut. Siasatan dibuat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001. Dalam kejadian 29 Mei lalu, mayat Siti Soffea ditemui oleh orang awam kira-kira 9 malam dalam keadaan kepalanya terpisah daripada badan berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Jalan Hishamuddin di sini. Mayat suspek yang dikatakan terjun ke dalam Sungai Klang selepas membunuh kanak-kanak itu ditemui terapung di sungai berhampiran plaza tol Sunway pada 31 Mei lepas.
- Bernama
TOP
Sepuluh penyokong IM dihukum mati
KAHERAH - MESIR. Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman mati kepada 10 penyokong Ikhwanul Muslimin (IM) secara 'in absentia' (tanpa kehadiran), hari ini, menurut sumber perundangan, lapor Al-Arabiya. Namun menurutnya, hukuman ke atas pemimpin IM dan pemimpin kanan lain ditangguhkan pada perbicaraan kes yang sama. Hukuman itu disabitkan atas tuduhan termasuk menghasut keganasan dan menyekat jalan utama di utara Kaherah semasa protes selepas tentera mengguling Presiden Mohamed Mursi, Julai tahun lalu. Salah seorang yang dihukum ialah ahli Majlis Bimbingan IM, Abdul Rahman al-Barr. Hakim, Hassan Fareed berkata keputusan untuk defendan yang selebihnya akan diumumkan dalam satu perbicaraan pada 5 Julai depan. 38 defendan termasuk Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr Mohammed Badie dan ahli kanan IM, Mohamed El-Beltagy serta bekas menteri sewaktu pemerintan Presiden Mohamed Mursi. Badie adalah antara 683 yang dijatuhkan hukuman mati April lalu. Ratusan penyokong IM dan ahli pasukan keselamatan telah dibunuh sejak penggulingan Mursi.
TOP
Berpesta dalam bilk hotel
PORT DICKSON: Dua puluh lelaki dan perempuan berusia antara 18 hingga 24 tahun ditahan ketika asyik menari dalam serbuan polis satu bilik hotel, di sini, awal pagi tadi. Difahamkan, mereka menyewa sebuah bilik di hotel berkenaan dipercayai untuk berparti dengan pasangan masing-masing. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Abd Wahab Harun berkata, serbuan dilakukan selepas mendapat aduan dan maklumat orang awam, pada 2.45 pagi. “Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson untuk soal siasat dan ujian air kencing, ” katanya. Sumber: Bernama
TOP
Polis Kedah lumpuhkan Geng Jeevan, berkas 5 suspek
ALOR SETAR: Polis Kedah melumpuhkan Geng Jeeven yang dipercayai aktif menyamun di negeri itu, selepas memberkas lima suspek termasuk ketua kumpulan dalam Ops Cantas Khas bermula malam semalam hingga awal hari ini. Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, berkata lima lelaki terbabit yang berusia antara 30 dan 40-an diberkas dalam tiga operasi di Sungai Petani dan di sini. Bercakap dalam sidang media di sini, beliau berkata penangkapan itu bermula dengan maklumat awam mengenai rompakan yang dirancang oleh kumpulan itu di sebuah kedai di Jalan Kampung Baru, Sungai Petani. “Saya telah mengarahkan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda ke kedai tersebut pada jam 10.15 malam tadi tetapi didapati kedai itu telah disamun,” katanya. Beliau berkata, ketika polis tiba di lokasi, tiga penjenayah termasuk ketua kumpulan yang berusia 40-an terbabit sudah menaiki kereta yang diletak di hadapan kedai dan cuba memecut untuk melarikan diri. “Satu das tembakan telah dilepaskan sebagai amaran supaya suspek memberhentikan kenderaan tetapi mereka terus memecut hingga melanggar sebuah kereta milik orang awam. Kita berjaya menghalang suspek. “Semua suspek yang ditahan dibawa ke IPK Kedah dan hasil siasatan mendapati mereka anggota kumpulan Jeeven yang dikehendaki polis kerana terlibat dalam kegiatan samun di kawasan Alor Setar, Kuala Muda dan Jitra,” katanya. Ahmad berkata, polis turut menemukan wang samun berjumlah RM30,000 bersama-sama 40 unit jam tangan, pisau, komputer riba dan telefon bimbit. Katanya, hasil soal siasat ke atas semua suspek, polis kemudian melakukan dua lagi tangkapan iaitu di Simpang Kuala dan Jalan Datuk Kumbar di sini pada jam 4.30 pagi tadi. “Dua yang ditangkap ini juga anggota kumpulan Jeeven dan kita percaya masih ada lagi anggota geng ini di luar sana,” katanya. Menurut Ahmad, lima suspek terbabit mempunyai rekod jenayah tiga hingga 12 kes membabitkan dadah, samun dan bunuh. “Semua mereka ditahan reman mulai hari ini hingga 13 Jun bagi siasatan lanjut menurut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK) kerana samun berkawan,” katanya. Ahmad berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan polis Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang dan Perak kerana Geng Jeeven dipercayai turut terlibat dalam beberapa kes samun di negeri-negeri berkenaan. Sementara itu, beliau berkata sepanjang Ops Cantas Khas yang bermula 18 Ogos tahun lalu hingga sekarang, polis Kedah berjaya merampas 10 pucuk pistol, 18 laras senapang angin, tujuh ‘assault rifle’, satu laras pump-gun, 15 pistol tiruan, tiga unit alat letupan rekaan (IED) dan 1,449 butir peluru. Sumber: Bernama
TOP
Mayat reput yang ditemui di Pulau Tioman disahkan sebagai Gareth Huntley
KUANTAN: Mayat reput yang ditemui di berhampiran sebuah chalet di Kampung Juara, Pulau Tioman pada Rabu lalu telah dikenalpasti sebagai Gareth Huntley, seorang warga Britain yang dilaporkan hilang pada 27 Mei lalu. Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani mengesahkan identiti mangsa selepas sampel darah yang diambil daripada ibu mangsa, Janet Southwell berpadanan dengan sampel DNA Gareth. “Padanan tersebut tepat dan mayat yang nditemui itu adalah Gareth Huntley, warga Britain yang hilang pada minggu lalu,” katanya. Huntley dilaporkan hilang sekitar waktu tengah hari selepas pergi ke kawasan Air Terjun Lubuk Teja yang berada di pulau itu. Dia bagaimanapun gagal ditemui selepas itu dan memaksa gerakan mencari dilakukan secara besar-besaran. Mayatnya ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada 4 Jun lepas pada jam 1 petang di sekitar Sungai Mentawak kira-kira 200 meter daripada kawasan chalet di kawasan tersebut. Sumber: Bernama
TOP
Wanita Malaysia Dirogol Di Jaipur, India
NEW DELHI – Seorang wanita Malaysia yang berkunjung ke Jaipur, Rajasthan atas urusan perniagaan, didakwa dirogol semalam oleh seorang lelaki yang ditemuinya di sana. “Kami telah menahan lelaki itu atas dakwaan merogol seorang wanita Malaysia pada Jumaat. Dia penduduk Bhilwara,” Indo-Asian News Service memetik Timbalan Pesuruhjaya Polis (Jaipur Timur), Amandeep Singh, sebagai berkata. Lelaki itu berusia 30 tahun. Menurut laporan itu, wanita terbabit dalam aduannya berkata dia datang ke Jaipur tiga hari sebelum itu atas urusan perniagaan dan berjumpa lelaki berkenaan. Kedua-dua mereka makan di sebuah hotel lima bintang pada Khamis malam dan dari situ lelaki itu memandunya ke sebuah tempat yang sunyi dan mendakwa dia dirogol di dalam kereta selepas diberi minuman yang dimasukkan dadah. Lelaki itu kemudian meninggalkannya di hadapan hotel penginapannya, menurut laporan itu. Wanita itu berjaya menghubungi sebuah kereta polis di kawasan berhampiran Jawahar Circle di bandar raya ini dan membuat aduan. Lelaki terbabit ditahan dalam tempoh tiga jam. “Kami menerima aduan itu secara bertulis dan sedang menyoal siasat lelaki terbabit,” laporan itu memetik Amandeep sebagai berkata. Kecaman dan bantahan terhadap keganasan seksual di India semakin memuncak sejak insiden rogol beramai-ramai dan bunuh seorang pelajar di dalam sebuah bas di Delhi pada 2012. Statistik rasmi menunjukkan kira-kira 25,000 kes rogol dilakukan setiap tahun di India, negara yang dihuni 1.3 bilion penduduk. Pada awal tahun ini seorang wanita warga Denmark berusia 51 tahun mendakwa dirogol beramai-ramai di Delhi. Dia dirompak dan dirogol oleh suspek bersenjatakan pisau. Dalam tempoh sama, seorang wanita Jerman berusia 18 tahun juga dilaporkan dirogol oleh seorang lelaki yang berkongsi kompartmen dengannya di dalam kereta api ketika dalam perjalanan dari Mangalore ke Chennai di selatan India. Kejadian rogol berlaku setiap 22 minit di India, bagaimanapun serangan yang kurang dilapor bermakna kekerapannya mungkin lebih tinggi. Sumber: Bernama
TOP
Pihak Ketiga Tidak Urus Diskaun Saman Trafik
KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri tidak pernah melantik mana-mana individu atau syarikat untuk urusan seperti memberi diskaun atau kompaun kepada pesalah trafik. Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan tawaran seumpama itu dan sebaliknya merujuk kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Beliau menarik perhatian bahawa kira-kira 12,000 individu telah berdaftar dengan sebuah syarikat yang dikenal pasti kononnya menawarkan diskaun saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau PDRM. “Harus diingatkan hanya PDRM sahaja diberi tanggungjawab menguruskan pengoperasian kesalahan trafik seperti yang diputuskan Jemaah Menteri,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kedai Tabuan Motors dan Bikers Club di sini hari ini. “PDRM (pula) hanya pertimbang diskaun dan kompaun jika kerajaan putuskan pemberian (ini), dan PDRM tidak sama sekali memberi diskaun dengan cara menipu orang ramai,” tegas Ahmad Zahid. Selain syarikat terbabit, dilaporkan terdapat juga laman sosial yang menawarkan perkhidmatan sama. Ahmad Zahid berkata, perkara itu kini di bawah siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman. Sumber: Bernama
TOP
Jimmy Shanley Sah Bergelar Suami Mariam Dengan Sekali Lafaz
ALHAMDULILLAH, dengan sekali lafaz penyampai radio dan pengacara Jimmy Shanley sah bergelar suami kepada Mariam Jamilah Abdul Jalil, 27, sebentar tadi. Untuk makluman semua, isterinya merupakan seorang ahli perniagaan, memetik Sinar Harian. Majlis pernikahan itu telah diadakan secara tertutup di sebuah hotel di Shah Alam dan turut dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat mereka. Tahniah kami ucapkan dan jom layan gambar-gambar sekitar majlis yang dikongsikan menerusi Facebook Media Hiburan.
Sumber: Facebook Media Hiburan / Elza / My News Hub
TOP
MH370: MAS, Penduduk Adakan Solat Hajat
PUTRAJAYA – Kira-kira 100 kru Penerbangan Malaysia (MAS) dan penduduk sekitar menunaikan solat hajat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini bagi mendoakan anak kapal dan penumpang pesawat MH370 yang hilang. Program yang dinamakan ‘Majlis Tautan Hati MH370′ itu merupakan anjuran Persatuan Anak-Anak Kapal Kabin Muslim Hidayah Hilal dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais). Selain solat hajat, ceramah agama serta solat Zohor berjemaah turut diadakan. Anggota exco persatuan tersebut, Zakir Hussein berkata, program yang pertama kali diadakan itu adalah sebagai majlis ilmu untuk memberi pemahaman dalam menghadapi sebarang dugaan. “Pada waktu yang sama, ia bertujuan mengingati rakan setugas dan penumpang yang terbabit dalam tragedi MH370,” katanya kepada pemberita selepas program itu. Sumber: Bernama
TOP
GAMBAR: Ruang Tamu Kediaman Musnah Dirempuh BMW
SELANGOR: Sebuah kereta jenis BMW telah merempuh masuk sehingga ke ruang tamu dan menyebabkan kerosakan yang agak teruk. Menurut laporan Daily Traffic Report, kejadian ini berlaku di Ulu Yam, Selangor. Kereta ini dikatakan telah dipandu laju sehingga tidak dapat dikawal lalu merempuh masuk rumah tersebut.
Sumber: Daily Traffic Report
TOP
Bapa Bawa Anak 2 Tahun Beli Dadah Ditahan
MELAKA – Seorang bapa membawa anak lelakinya berusia dua tahun ketika mahu membeli dadah, antara 72 individu yang ditahan dalam Ops Tapis di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Gelam Tanjung Minyak, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd Rahman, berkata lelaki berusia 28 tahun itu menaiki motosikal bersama anaknya ke ladang kelapa sawit berkenaan kira-kira 9 pagi tadi bagi membeli bekalan dadah jenis heroin untuk dirinya. Selain itu, dua wanita berusia 25 dan 30 tahun serta seorang lelaki dipercayai pengedar dadah berusia 32 tahun turut ditahan dalam operasi lebih tujuh jam bermula 5 pagi, katanya kepada pemberita, di sini. “Polis berjaya merampas dua peket dadah dipercayai heroin dengan berat kira-kira 210 gram bernilai RM6,000 daripada pengedar terbabit,” katanya. Katanya, dadah terbabit dipercayai untuk dijual kepada penagih di kawasan Tanjung Kling, Sungai Udang dan Batang Tiga di sini. Salehhudin berkata, polis turut merampas sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang dilapor hilang di Tanjung Kling semalam daripada seorang penagih yang ditahan. Sumber: Bernama
TOP
APMM Tingkat Sistem Radar Pantau Kapal
KUALA LUMPUR – Dalam memperkasakan pemantauan pergerakan kapal laut di perairan Sabah, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan membina tiga lagi sistem radar Remote Sensor Site (RSS), di Pulau Mangalum dan Kuala Penyu di Sabah serta Pulau Kuraman di Labuan menjelang Jun 2015. Pengarah Cawangan Siasatan Jenayah Maritim APMM, Laksamana Pertama Maritim Datuk Zulkifli Abu Bakar, berkata sistem radar itu termaktub dalam program Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) dengan APMM kini mempunyai tiga RSS di Sabah iaitu di Pulau Bambangan, Pulau Mantanani Kecil dan Pulau Gaya sejak dua tahun lalu. “Jika tiga RSS ini dibina, sistem SWASLA akan merangkumi pemantauan keseluruhan Pantai Barat Sabah termasuk Perairan Teluk Kimanis, Papar dan Teluk Brunei, bergantung kepada kelulusan kewangan,” katanya. RSS adalah sistem yang dilengkapi dengan kamera jarak jauh yang beroperasi pada waktu siang dan malam serta boleh menganggarkan ukuran objek pada saiz asalnya selain mempunyai radar yang berfungsi dalam sebarang keadaan cuaca. Sistem rangkaian radar itu beroperasi 24 jam sehari dan pengawasan boleh dilakukan sehingga 60 batu nautika dengan pusat pengawasan utama adalah di Kota Kinabalu. Zulkifli berkata, beberapa negara maju seperti Jepun, Australia dan Singapura turut mengguna pakai sistem itu. Mengulas cadangan penggunaan satelit khas di Pangkalan Operasi Hadapan (FOB) di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE), beliau menyambut baik cadangan berkenaan namun pihak terbabit perlu memikirkan faktor lain. “Beberapa faktor lain perlu difikirkan seperti kos dan kepakaran sedia ada, sebelum kita hendak melaksanakan sesuatu teknologi itu, misalnya mereka yang mengendalikan teknologi itu perlu ada ilmu pengetahuan yang cukup barulah faedahnya dapat dimaksimumkan,” katanya. Katanya, APMM akan sentiasa bekerjasama dan mengutamakan keselamatan perairan negara dan setakat ini menugaskan sembilan kapal untuk Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) untuk keselamatan di Sabah. “Kita akan tambah lagi aset yang kita rasa perlu ke ESSCOM seperti bot-bot kecil untuk mengawasi perairan negara khususnya di Sabah dan kita komited dalam membantu membanteras jenayah rentas sempadan ini,” katanya. Sumber: Bernama
Labels:
Berita Terkini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment