TOP
KJ sasar skuad sepak takraw muncul juara
MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin optimis skuad sepak takraw negara berpontesi mendapat pingat emas pada Sukan SEA 2017.
Khairy berkata sasaran itu akan tercapai jika semua pihak termasuk kementerian dan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) membuat persiapan rapi dan sistematik.
"Sasaran tidak bermakna sekiranya tiada usaha untuk kita merealisasikan sasaran tersebut. Saya yakin skuad negara mampu mengembalikan semula gelaran juara bagi sukan tradisi kita ini.
"Kita tidak meletakkan sasaran yang tinggi pada Sukan SEA tahun depan di Singapura kerana masa terlalu suntuk, jadi kementerian dan persatuan PSM akan berbincang tentang program khas untuk membangunkan semula sukan sepak takraw," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2014 di Alamanda, Putrajaya.
Dalam pada itu Khairy menekankan sukan tradisi negara iaitu sepak takraw memerlukan sentuhan baharu yang melibatkan kerjasama semua pihak untuk meletakkan pasukan negara menjadi skuad nombor satu dunia.
"Kita kena menerima hakikat bahawa sukan tradisi bukan menjadi jaminan bahawa negara itu akan menjadi pasukan terbaik dalam sukan berkenaan.
Kalau berdasarkan tradisi sahaja, tetapi tiada usaha untuk mengekalkan dan membangunkan bakat-bakat baru dan pelapis, kita tidak boleh anggap kedudukan kita diperingkat tertinggi itu terjamin selama-lamanya," katanya.
Sumber - Bernama
TOP
Mazidol kena serangan stroke
Mazidul Akma Sidik, wartawan TV3 serta lebih dikenali sebagai 'penyingkap fakta' telah dimasukkan ke Hospital Pantai Medical Centre kerana serangan stroke. Semoga beliau cepat sembuh. Aminn
sumber - FB
TOP
Ditahan bersama 80 botol heroin
Gambar hiasan
DUNGUN - Sepasang suami isteri diberkas bersama 80 botol serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin bernilai kira-kira RM36,000 dalam serbuan jam 9 malam di rumah sewa mereka di Kampung Balai Besar, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, suami berkenaan berusia 21 tahun sementara isterinya berusia 17 tahun. "Hasil pemeriksaan polis di dalam sebuah bilik rumah suspek itu menemui 10 botol berisi serbuk putih dipercayai heroin sebelum suspek membawa polis ke belakang rumahnya. "Siasatan lanjut kami berjaya menemui 70 botol lagi berisi serbuk yang sama yang dibungkus di dalam kertas surat khabar dan diletakkan di dalam sebuah tin biskut," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Menurutnya selain itu polis turut merampas wang tunai berjumlah RM6,000 dan dua buah motosikal milik suspek turut disita. "Kita berjaya merampas 80 botol dadah yang dianggarkan kira-kira 450 gram dan ini merupakan kejayaan terbesar di daerah ini sejak empat tahun lalu hasil maklumat awam dan risikan. Ahmad Zailani berkata, kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari dari tarikh tangkapan dan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. Sumber - Bernama

Berfikiran terbuka terhadap GST
KOTA BHARU - Rakyat diminta berfikiran terbuka dan menerima baik langkah kerajaan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bertujuan memakmurkan dan memajukan negara.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, rakyat perlu berganding bahu dengan kerajaan dalam pelaksanaan GST demi menjadikan Malaysia negara maju.
"Sudah pasti sebagai sebuah negara yang membangun, kita kena menambahkan sumber hasil. Masalahnya, sekarang ini asas cukai kita sempit dan kita nak perluaskan lagi asas cukai itu.
"Kita tahu GST ini lebih adil kerana mereka yang dahulunya tidak bayar cukai, kena bayar cukai...itu antara sebab kenapa kita perkenalkan GST untuk membolehkan kerajaan terus mendapat hasil tambahan," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat pembangunan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini, hari ini.
Taklimat itu disampaikan Naib Canselor universiti itu, Prof Datuk Dr Raduan Che Rose.
Mustapa berkata sebagai contoh, penjawat awam mengharapkan ganjaran yang setimpal dan kerajaan berusaha memberikan ganjaran itu berdasarkan kemampuannya.
"Dengan adanya GST, Insya-ALLAH, kehendak penjawat awam dan rakyat akan mampu ditunaikan apabila kerajaan mampu menambah sumber hasil.
"Sebab itu, GST mampu merencanakan pendapatan negara yang lebih stabil dan berdaya maju," katanya.
Beliau berkata jika sumber hasil itu masih ditakuk lama, kerajaan sukar melaksanakan kehendak rakyat.
Mustapa turut mempersoalkan tindakan pembangkang yang berjanji menghapuskan pelbagai cukai jika dapat memerintah negara.
Menurutnya janji itu tidak logik dan langkah populis seperti itu sudah tentu tidak bertahan lama bagi mana-mana kerajaan.
Sumber - Bernama
TOP
Bidaan anjur Piala Dunia 2034 diputus akhir tahun
KEPUTUSAN membida penganjuran Piala Dunia pada 2034 di kalangan negara Asean akan diputuskan pada mesyuarat Menteri Belia dan Sukan Asean, akhir tahun ini.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata beliau akan membangkitkan perkara itu dan Asean cuma perlu memberi sokongan.
"Kita akan membuat tawaran kepada negara Asean lain yang berminat untuk bersama dengan kita dalam penganjuran Piala Dunia itu. Negara Asean yang ingin menjadi tuan rumah bersama ini mesti yang berkemampuan sebab penganjuran Piala Dunia ini memerlukan perbelanjaan yang besar," katanya kepada pemberita selepas menutup Karnival Koperasi Zon Selantan 2014 anjuran bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Koperasi Persahabatan Seremban Bhd di Seremban, hari ini.
Katanya, walaupun Asean terdiri daripada 10 buah negara, tetapi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) tidak membenarkan kesemua negara itu terlibat.
"Saya difahamkan Fifa hanya membenarkan tiga atau paling maksimum empat negara yang bersedia untuk menjadi tuan rumah bersama di kalangan negara Asean. Oleh itu, kita akan mencari tiga atau empat negara yang sanggup menjadi tuan rumah dan kita akan putuskan hujung tahun ini sama ada buat atau tidak (penganjuran Piala Dunia 2034).
"Negara yang hendak menjadi tuan rumah bersama ini juga mesti yang berkemampuan sebab penganjuran Piala Dunia ini menelan belanja yang tinggi. Jadi, kita kena lihat dari segi kemampuan negara Asean yang ingin menawarkan diri.
"Jadi, kalau ada persetujuan, perkara pertama yang kita akan buat ialah kita buat satu kajian kos. Kajian kos ini akan mengambil masa setahun dan selepas itu, kita akan bentangkan semula di kalangan negara Asean. Dari situ baharulah kita dapat lihat dari segi kemampuannya," katanya.
Khairy berharap Malaysia dapat melayakkan diri ke Piala Dunia pada masa depan memandangkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan kementerian beliau mempunyai perancangan pembangunan bola sepak negara yang tersusun.
"Kita akan cuba layakkan diri, masih ada masa lagi dan kita sudah memulakan program pembangunan kita. Bagaimanapun, adalah terlalu awal untuk kita membuat ramalan. Jadi, yang penting kita buat bidaan dan dalam masa yang sama kita sediakan pasukan kita," katanya.
Sementara itu, beliau mahukan lebih banyak koperasi belia ditubuhkan di negara ini bagi melahirkan lebih ramai usahawan dan ahli perniagaan di kalangan belia.
Katanya peluang perniagaan banyak disediakan kerajaan dan satu daripada cara untuk membabitkan diri dalam perniagaan ialah melalui koperasi.
"Saya berharap SKM dapat meningkatkan lagi penerangan dan mengadakan majlis dialog dengan golongan terbabit supaya mereka memahami fungsi koperasi sekali gus berminat menubuhkan koperasi," katanya. - Bernama
TOP
Menteri nafi Kapten Zaharie suspek utama
KLUANG - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyangkal laporan sebuah akhbar di United Kingdom mengenai juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah sebagai suspek utama di sebalik kehilangan pesawat MH370.
Hishammuddin berkata, perbuatan akhbar terbabit yang melaporkan tanpa sumber sahih merupakan sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan bertujuan meningkatkan jualan akhbar.
"Kalau hendak layan akhbar di UK (United Kingdom), hari-hari mereka ada cerita baharu. Jika ada asas, pihak tertentu di UK kena beri kita bukti dan petunjuk. Kita akan siasat mengenainya dan tidak perlu heboh di akhbar," katanya kepada pemberita selepas majlis 1Veteran 1Malaysia: Jasa Mu Sentiasa Dikenang dan Dihargai, di sini hari ini.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata Malaysia sentiasa konsisten dari awal mengenai apa jua petunjuk kejadian itu dan setiap perkara yang perlu diperjelaskan kepada umum mesti mendapat pengesahan daripada pakar serta badan tertentu.
Beliau berkata, kesahihan sebarang perkembangan kejadian terbabit amat penting kerana kerajaan tidak mahu keluarga juruterbang mahupun anak kapal dan keluarga keseluruhan penumpang menerima pelbagai tuduhan yang boleh menjejaskan mereka.
"Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga sudah menegaskan bahawa kita menggunakan segala pertimbangan bila kita siasat juruterbang, anak kapal dan penumpang. Jadi kita jangan layan konspirasi teori kerana kalau ada perkara yang disembunyikan sudah tentu ada pihak lain yang akan membantah," kata Hishammuddin.
Akhbar Sunday Times, UK melaporkan polis Malaysia kini menganggap suspek utama di sebalik kehilangan pesawat MH370 adalah juruterbang penerbangan tersebut, Kapten Zaharie Ahmad Shah.
Akhbar itu melaporkan Zaharie menjadi sasaran kini selepas semua yang lain di atas pesawat tersebut dibersihkan.
Dalam perkembangan lain, Hishammuddin menyifatkan desas-desus yang mengaitkan namanya untuk menggantikan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri sebagai perbuatan nakal dan tidak bertanggungjawab.
Naib Presiden Umno itu berkata, tindakan seumpama itu sengaja melaga-lagakan pemimpin dan bertujuan melemahkan parti.
"Kita tidak boleh ikut rentak ini kerana kita perlu rapatkan barisan dan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada perdana menteri dan timbalan perdana menteri," katanya.
Sebelum ini, laman blog dan media sosial melaporkan kemungkinan Muhyiddin berundur bagi memberi perhatian kepada usaha memulihkan Umno.
Ia juga timbul berikutan desas-desus rombakan Kabinet yang mungkin dilakukan perdana menteri khususnya untuk membawa masuk pemimpin daripada parti komponen Barisan Nasional iaitu MCA dan Gerakan.
Sumber - Bernama
TOP
Presiden Tajikistan lawat Malaysia
PUTRAJAYA - Presiden Republik Tajikistan, Emomali Sharipovich Rahmon melakukan lawatan negara ke Malaysia selama empat hari bermula hari ini atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Rahmon akan diiringi isterinya Azizahmoh Rahmon dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang malam ini.
Turut serta dalam rombongan beliau ialah Menteri Luar Negeri, Aslov Sirodjidin, Menteri Pembangunan Ekonomi dan Perdagangan, Rahimzoda Sharif, Menteri Pendidikan dan Sains, Said Nuriddin serta pegawai-pegawai kanan kerajaan dan ahli perniagaan Tajikistan.
Menurut kenyataan Kementerian Luar ini merupakan lawatan negara pertama Rahmon ke Malaysia sejak negara itu menjalinkan hubungan diplomatik pada 1992 dan bakal menjadi peristiwa penting dalam hubungan dua hala kedua-dua negara.
Majlis sambutan rasmi untuk Rahmon akan diadakan di Dataran Parlimen, Kuala Lumpur esok.
Beliau kemudian dijadual mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diikuti mesyuarat delegasi di Seri Perdana di sini.
Selepas itu, kedua-dua pemimpin itu akan menyaksikan beberapa memorandum persefahaman dan perjanjian ditandatangani di antara Malaysia dan Republik Tajikistan.
Menurut Wisma Putra lawatan itu akan memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin untuk membincangkan isu-isu dua hala dan juga bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan buat kedua-dua negara.
Pada masa yang sama, lawatan Rahmon juga dapat merangsang usahasama lebih erat dalam bidang ekonomi antara Tajikistan dan Malaysia.
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Aminah akan meraikan Rahmon dan Azizahmoh pada Santapan Negara di Istana Negara pada malam esok.
Pada Selasa, Rahmon dijadual melawat Universiti Lim KokWing sebelum dianugerahkan dengan satu ijazah Doktor Kehormat.
Menurut Wisma Putra selepas itu, beliau akan merasmi Forum Perdagangan dan Pelaburan Tajikistan di Kuala Lumpur.
Pada malamnya, beliau dan isteri akan mengunjungi Putrajaya dan meluangkan masa menaiki cruise di Tasik Putrajaya.
Pada hari terakhir lawatannya, Rahmon dan isterinya dijadual melawat Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Proton di Shah Alam.
Beliau dan rombongannya dijangka pada petangnya.
Sumber - Bernama
TOP
Lebih 80,000 Pasport Malaysia Hilang Sejak 2010
PUTRAJAYA – Lebih 80,000 pasport milik rakyat negara ini didapati hilang antara 2010 hingga Mei tahun ini.
Rekod jabatan itu menunjukkan sebanyak 83,015 kes kehilangan pasport dilaporkan antara 2010 hingga Mei tahun ini.
Malahan, jabatan itu juga tidak menolak kemungkinan ada sindiket tertentu yang menggunakan pasport hilang itu untuk menjalankan kegiatan tidak bertanggungjawab.
Timbalan Ketua Pengarah (Kawalan) Jabatan Imigresen, Datuk Sakib Kusmi yang mendedahkan perkara itu berkata, sebanyak 25,009 pasport Malaysia dilaporkan hilang sepanjang 2010, diikuti 15,847 (2011), 17,184 (2012), 18,177 (2013) dan 6,798 antara Januari hingga Mei tahun ini.
“Walaupun pasport yang hilang bukan daripada pasport yang dikeluarkan pada tempoh itu, tetapi jumlah kehilangannya cukup besar.
“Bagi saya, 83,015 pasport Malaysia yang hilang itu hanya 90 peratus daripada jumlah keseluruhan yang benar-benar hilang kerana ada lebih 10 peratus lagi yang tidak melaporkan kehilangannya,” katanya dalam satu temuramah dengan mStar Online di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini, baru-baru ini.
Sakib berkata, kebiasaannya, kes kehilangan pasport dilaporkan kepada jabatan itu apabila pengadu memohon pasport baharu bagi menggantikan dokumen yang hilang itu atau memperbaharui pasport yang tamat tempoh.
Katanya, lojiknya, pemilik pasport tempatan adalah individu yang pernah atau biasa ke luar negara atas urusan tertentu dan akan membuat gantian jika dokumen peribadi itu hilang.
“Bagaimanapun kita percaya kadar lebih 10 peratus itu mungkin pasport milik mereka yang tinggal di pedalaman, tetapi tidak kerap ke luar negara atau membuat pasport hanya untuk penggunaan sekali sahaja seperti menunaikan umrah atau haji,” katanya.
Menurut Sakib, punca kehilangan pasport yang mencatatkan bilangan kes tertinggi adalah kecurian iaitu 29,700 kes, seterusnya tersalah simpan (24,622 kes), tercicir dari beg atau poket sebanyak 14,414 kes.
Faktor lain yang menyebabkan kehilangan pasport adalah simpan di tempat tidak selamat (7,098), hilang semasa pindah rumah (4,374), tertinggal di dalam kenderaan awam (773) dan malapetaka/bencana alam (593).
“Kehilangan yang disebabkan kecuaian adalah simpan di tempat tidak selamat, tertinggal dalam kenderaan awam dan menjadikan pasport sebagai deposit apabila menyerahkannya kepada agensi tertentu. Malah, kecurian pasport juga berpunca daripada kecuaian,” katanya.
Mengenai pembabitan sindiket dalam kes pasport hilang, katanya, walaupun ia hanya kes terpencil, tetapi dapat dikesan Jabatan Imigresen menerusi proses pemantauan yang berterusan.
“Dengan adanya sindiket tertentu, sesebuah pasport itu boleh melalui proses perubahan pada butiran data dan gambar untuk pemalsuan dokumen bagi melancarkan kegiatan mereka,” katanya.
Katanya, langkah memudahkan proses permohonan pasport dalam masa sejam atau secara dalam talian menyebabkan ada pihak yang tidak prihatin terhadap kepentingan menjaga dokumen itu.
“Jika diluar negara, pasport itu sendiri menggantikan kad pengenalan. Di luar negara, tanpa pasport kita dianggap sebagai orang tanpa negara.
“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya menyimpan pasport di tempat lebih selamat dan menghargai dokumen berkenaan sebagaimana mereka menghargai diri sendiri,” katanya.
Sumber: mStar online
TOP
Uqasha Senrose Bertudung Bukan ‘hangat-hangat tahi ayam’
LUMRAH buat mereka yang bergelar anak seni tidak pernah terlepas daripada usikan kontroversi.
Biarpun telah berubah ke arah kebaikan, pasti ada juga terselit kata-kata nakal yang sedikit sebanyak menghantui hidup mereka.
Perkara sama berlaku ke atas aktres cantik, Uqasha Senrose yang terpaksa berdepan dakwaan yang mengatakan penampilan terbaharunya yang berhijab itu semata-mata untuk menutupi perkara buruk yang menimpanya sebelum ini.
“Kalau betullah mereka kata saya berhijab kerana mahu tutup kontroversi sebelum ini, sudah tentu saya pakai sejak dulu lagi.
“Setiap manusia akan belajar daripada kesilapan lalu dan dari situ jugalah timbul kesedaran. Perkara sama juga berlaku dalam hidup saya.
“Sekarang ini sudah tiba masa untuk saya berubah dan saya berhijab. Niat apa dan apa perasaan saya itu semuanya antara saya dan Tuhan,” jelasnya ketika ditemui baru-baru ini.
Dalam perubahannya itu, Uqasha akui masih banyak perkara yang perlu dipelajarinya.
“Alhamdulillah, sekarang saya rasa lebih tenang walaupun masalah itu sentiasa ada. Perubahan yang saya lakukan ini juga membuatkan saya rasa lebih dekat dengan Tuhan.
“Sebenarnya masih banyak perkara yang perlu saya belajar secara berperingkat. Kalau boleh saya tidak mahu lakukan perubahan ini terlalu drastik sebab takut ia tidak kekal,” katanya.
Biarpun banyak kata-kata negatif yang diterima, namun Uqasha akui masih gembira kerana perubahan dirinya mendapat sokongan keluarga dan teman-teman sekelilingnya.
“Sudah tentu mereka gembira dengan perubahan ini malah mereka sangat berharap saya istiqamah dan bukannya hangat-hangat tahi ayam.
“Asalkan saya tahu apa niat dan sebab apa saya lakukan semua ini, Insya-ALLAH semuanya akan berjalan dengan baik,” ujarnya.
Ditanya mengenai karier lakonannya selepas ini, Uqasha yakin penampilannya itu tidak akan menjejaskan kerjayanya.
“Tawaran lakonan semuanya seperti biasa.
“Saya gembira mereka amat memahami situasi saya," katanya.
Dalam perkembangan lain, Uqasha bakal menjalani penggambaran telefilem raya TV3, Sebenarnya Saya Isteri Dia Raya bersama pelakon Izzue Islam dan Tiz Zaqyah.
Sumber: Sinar Online
TOP
PIALA DUNIA: Pemegang Tiket OKU ‘Bangun, Melompat’
RIO DE JANEIRO – Polis Brazil menyiasat kemungkinan tiket khas Piala Dunia 2014 untuk golongan kurang upaya diseleweng selepas ada penonton yang menggunakan tiket khas penonton berkerusi roda dilihat bangun melompat semasa aksi perlawanan.
Polis dilaporkan sedang meneliti bukti rakaman visual daripada CCTV dan foto yang tersebar melalui media sosial. Visual berkenaan antaranya dirakamkan semasa perlawanan pembukaan Brazil menentang Croatia.
Bagaimanapun siasatan polis ini dijangka sukar dan sensitif.
Ini kerana sesetengah kes itu mungkin kerana orang berkenaan tidak boleh berjalan jauh tetapi tiada masalah untuk berdiri sekejap.
Sekurang-kurangnya ada 22 rakaman daripada CCTV yang menunjukkan penonton berkerusi roda bangun melompat semasa perlawanan yang menyaksikan England kalah kepada Uruguay beberapa hari lalu.
Ada juga hampir 30 foto seperti itu yang tersebar melalui jaringan media sosial yang dikongsikan oleh peminat bolasepak.
FIFA sebelum ini megah mencanangkan semua orang akan ada akses kepada Piala Dunia 2014 di Brazil ini. Selain tempat duduk khas untuk mereka yang menggunakan kerusi roda, sesetengah stadium menyediakan kemudahan audio ulasan selari.
Polis percaya tiket-tiket konsesi yang dikhaskan untuk penonton kurang upaya terutamanya bagi perlawanan tumpuan telah jatuh ke tangan ulat tiket.
Laporan media menyebut ulat tiket menjual tiket khas untuk orang kurang upaya di luar stadium dan melalui jaringan media sosial. Mereka dipercayai mengaut untung besar kerana setiap tiket untuk penonton yang berkerusi roda datang dengan satu tiket untuk pendorong kerusi roda.
Sementara itu, dua orang ditahan kerana cuba menjual tiket percuma yang diedarkan oleh FIFA kepada syarikat penaja dan persatuan bolasepak. Mereka menjual tiket itu di sebuah hotel yang didiami oleh pegawai FIFA.
Dua lelaki itu mempunyai 50 tiket percuma dalam tangan. Tiket itu kemudian dirampas dan dibatalkan.
Dalam pada itu, polis Brazil juga mengesan penjualan tiket pasar gelap yang mencecah sehingga 10 kali lipat lebih mahal terutamanya bagi perlawanan yang melibatkan pasukan tuan rumah.
Sumber: Astroawani.com
TOP
‘Ubat bodoh’ hanya kuat sekejap
KUALA LUMPUR: “Ubat ‘bodoh’ itu hanya kuat sekejap, selebihnya merosakkan kehidupan saya,” kata mangsa ubat kuat lelaki dikenali sebagai Alif, 35, yang kini terpaksa berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan jantung dan buah pinggang.
Menurut Alif, dia mencuba beberapa jenis ubat kuat yang diperkenalkan rakannya kerana mahu menikmati kepuasan maksimum ketika bersama isterinya.
Katanya, pada mulanya ubat terbabit memberi kesan diingininya, namun lama kelamaan kesan sampingan ubat kuat yang tidak disahkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) itu memakan dirinya.
“Setahun saya menggunakan ubat kuat seperti pil dan minuman pracampuran, ia memang memberi kesan terbaik. Namun, hanya selama itu saya dapat menikmatinya.
“Kini saya tidak lagi mengambil ubat terbabit kerana disahkan menghidap masalah jantung dan rosak buah pinggang akibat pengambilannya.
“Saya benar-benar menyesal, namun apakan daya, nasi sudah jadi bubur. Dulu saya tidak hiraukan nasihat orang terdekat, kini baru saya tahu kesannya.
“Ia benar-benar menghancurkan kehidupan saya. Kini dengan pelbagai penyakit, saya tidak dapat memuaskan isteri, apatah lagi diri sendiri,” katanya.
Antara ubat haram digunakan Alif ialah dua produk yang dihasilkan di kilang haram berkenaan.
Alif berkata, sebelum disahkan menghidap masalah jantung serta rosak buah pinggang, dia berasa sesak di dada dan sukar bernafas.
“Selepas diperiksa, doktor mengesahkan saya menghidap penyakit terbabit namun tidak tahu apa puncanya.
“Bagaimanapun, selepas pemeriksaan lanjut, doktor menjelaskan organ dalaman saya rosak akibat pengambilan racun berlebihan.
“Saya terkejut dengan perkara itu dan akhirnya, baru saya dapat tahu racun terbabit banyak ditemui di dalam ubat kuat haram yang saya ambil.
“Saya harap tiada lelaki lain turut menjadi mangsa. Jika ada masalah, segera berjumpa doktor dan jangan mencuba ubat kuat haram terbabit kerana ia pasti memakan diri sendiri,” katanya.
Sumber: myMetro online
TOP
Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Wong
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad mengucapkan takziah kepada keluarga Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Assek Wong Ho Leng, yang meninggal dunia akibat kanser Sabtu malam.
“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan sahabat handai mendiang pengerusi DAP Sarawak dan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Assek Wong Ho Leng, yang meninggal dunia semalam,” tulis Najib dalam laman Twitter beliau.
Menurut DAP, Wong meninggal dunia pada 10.50 malam Sabtu.
Wong, 54, dikesan menghidap tumor otak pada Januari tahun lepas. Beliau mendapatkan rawatan di Singapura awal tahun ini dan menerima jagaan paliatif di Pusat Perubatan Rejang di Sibu, Sarawak.
Sumber: BERNAMA
TOP
Misi Skuad Tok Gajah Pertahan Piala Malaysia
KUANTAN – Pahang akan terus memperbaiki kelemahan pasukan itu dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia selepas berada dalam kelompok tiga pasukan terbaik Liga Super musim ini.
Ketua Jurulatih Pahang Zainal Abidin Hassan tetap berpuas hati dengan pencapaian anak didiknya itu memperbaiki kedudukan di tangga ketiga pasukan teratas Liga Super berbanding tempat kelima musim lepas.
Katanya sejak awal, Pahang tidak memberi harapan tinggi untuk pasukan itu merangkul Piala Super seperti mana yang diperoleh dalam siri permulaan piala berkenaan diperkenalkan pada tahun 2004.
“Pada perlawanan menentang Selangor PKNS malam ini, barisan pemain Pahang telah memberikan persembahan yang baik.
“Untuk perlawanan terakhir menentang Perak di tempat lawan Rabu ini, Pahang juga akan cuba menamatkan saingan dengan memperoleh mata penuh,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan menentang Selangor PKNS di Stadium Darul Makmur di sini malam tadi.
Pahang mengesahkan kedudukan tangga ketiga musim ini selepas mengalahkan PKNS FC 2-1 hasil jaringan Azidan Sarudin dan Mohd Saiful Nizam Miswan, masing-masing pada minit ke-46 dan 52 manakala gol sagu hati pasukan pelawat disumbangkan oleh Karlo Primorac pada minit ke-88.
Selepas perlawanan ke-21 itu Pahang memungut 37 mata dengan mencatat 11 kemenangan, empat kali seri dan kalah enam kali bagi mengenepikan saingan Terengganu dengan pungutan 33 mata di belakang Pahang.
Misi paling penting skuad Tok Gajah seterusnya, menurut Zainal, adalah bagi mengekalkan kejuaran Piala Malaysia musim lepas.
Katanya, cabaran selaku penyandang juara amat berat kerana akan diberi tumpuan khusus oleh pasukan lain.
Bagaimanapun, Zainal tetap yakin pasukannya dapat mengekalkan kejuaraan itu yang turut memegang gelaran juara Piala Sumbangsih dan Piala FA.
Sumber: BERNAMA
TOP
Gempa Bumi Sederhana Semenanjung Minahassa
KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter, melanda semenanjung Minahassa di Sulawesi, Indonesia, pada 5.51 pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berpusat 68 kilometer dari barat daya Gorontalo, Indonesia, dan 707km di tenggara Semporna, Sabah.
Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami, kata kenyataan itu.
Sumber: BERNAMA
TOP
Peter Odemwingie buat Nigeria singkir Bosnia
DALAM perlawanan genting bagi kumpulan F bagi Nigeria yang berhadapan dengan Bosnia-Herzegovina, kedua-dua bermain dengan begitu berimbang dan saling menekankan serangan terhadap pihak lawan. Namun nasib menyebelahi pasukan bergelar Super Eagles itu menerusi jaringan tunggal daripada Peter Odemwingie.
Odemwingie memperoleh kemenangan satu jaringan itu pada minit ke-29. Penyerang milik skuad Stoke City itu berhasil menerusi kepercayaan pengurus pasukan Nigeria, Stephen Keshi sejak minit pertama menerusi kejayaan umpan daripada penjaga gol Emmanuel Emenike.
Kedua-dua pasukan sebenarnya mampu melancarkan serangan ke pertahanan lawannya. Bosnia menggunakan umpan dari barisan tengah, manakala Nigeria menampilkan kepantasannya dalam strategi permainan mereka.
Peluang terbaik Bosnia adalah pada separuh masa kedua melalui Dzeko. Pemain berusia 28 tahun itu bagaimanapun gagal menaklukkan penjaga gol Vincent Enyeama. Skor jaringan 1-0 terus bertahan sehingga tamat permainan.
Barisan pemain:
Nigeria: Enyeama, Yobo, Ambrose, Omeruo, Oshaniwa, Obi Mikel, Onazi, Babatunde (75′ Uzoenyi), Odemwingie, Emenike, Musa (65′ Shola Ameobi).
Bosnia-Herzegovina: Begovic, Spahic, Mujdza, Sunjic, Besic, Misimovic, Medunjanin (64′ Susic), Pjanic, Lulic (58′ Salihovic), Hajrovic (57′ Ibisevic), Džeko.

Gadis dibelasah lelaki akibat salah faham
CHUKAI: Akibat perselisihan faham dengan seorang pelajar di sekolahnya, seorang remaja perempuan terpaksa menanggung kesakitan apabila dipukul abang kepada rakan sekolahnya itu menggunakan kayu dalam kejadian di sebuah sekolah di bandar ini, Rabu lalu.
Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku jam 10.05 pagi ketika mangsa berusia 14 tahun berada di dalam kawasan sekolahnya sebelum didatangi empat lelaki dengan seorang daripadanya dikenali mangsa.
Katanya, belum sempat mangsa berbuat apa-apa, suspek dikenali itu bertindak memukul paha kiri mangsa beberapa kali menggunakan kayu sementara tiga lagi rakan suspek hanya bertindak sebagai pemerhati.
“Sebaik puas memukul mangsa, suspek bersama rakan-rakannya meninggalkan mangsa yang berada dalam kesakitan. Kejadian itu menyebabkan paha kiri mangsa lebam.
“Mangsa mengesyaki kejadian itu berpunca daripada perselisihan dengan adik perempuan suspek berusia 13 tahun yang juga menuntut di sekolah sama,” katanya.
Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa ada berjumpa dengan adik suspek yang dikatakan ada menyebar fitnah mengenai dirinya jam 10 pagi.
Katanya, bagaimanapun, adik suspek tidak mengaku dia bertanggungjawab menyebarkan fitnah itu dan ketika itu, mangsa yang gagal mengawal marah dikatakan menampar pipi remaja terbabit.
“Ekoran daripada kejadian itu, remaja terbabit menghubungi suspek yang kemudiannya datang tidak lama kemudian,” katanya.
Susulan kejadian itu, mangsa bersama bapanya membuat laporan di Balai Polis Ayer Jerneh untuk tindakan lanjut.
Sumber: myMetro Online
TOP
Mafarikha Mahu Misha Nyanyi Lagu Ciptaannya
PETALING JAYA – Penyanyi yang dikenali menerusi program Vokal Bukan Sekadar Rupa iaitu Mafarikha menyimpan impian untuk memberi sebuah lagu ciptaanya kepada penyanyi terkenal Misha Omar.
Mafarikha atau nama sebenarnya Mafarikha Akhir, berkata, Misha mempunyai keistimewaan tersendiri dan memiliki suara lunak yang bersesuaian dengan lagu-lagu balada ciptaannya.
“Selepas program Vokal Bukan Sekadar Rupa, saya banyak mencipta lagu dan sehingga kini ada lebih 20 buah lagu dalam koleksi saya.
“Impian saya ialah lagu ciptaan saya dinyanyikan oleh artis kegemaran iaitu Misha Omar dan ada lagu-lagu saya yang memang bersesuaian dengan suara dia,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Mafarikha berkata, dia turut memberikan lagu-lagu kepada mana-mana artis baharu yang meminta lagu ciptaannya.
Selain lagu Tolonglah nyanyiannya yang kini menjadi lagu tema kepada drama Cerita Cinta Kita
di TV3, Mafarikha turut mencipta lagu untuk penyanyi Sharifah Zarina berjudul Mengharap Cinta.
Sementara itu, Mafarikha berkata, dia sering mendapat ilham mencipta sesebuah lagu ketika sedang memandu.
“Saya selalu dapat ilham ketika memandu, jadi bila saya memandu saya tidak akan dengar radio.
“Bila dapat ilham saya akan rakam di telefon bimbit terlebih dahulu supaya tidak lupa,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Mafarikha kini bernaung dibawah syarikat rakaman Alibi Music.
Jelasnya, aktiviti seninya kini lebih tersusun dibawah pengurusan syarikat rakaman tersebut.
“Kini laluan saya lebih jelas, pihak Alibi ada cara dan strategi sendiri untu bawa saya dalam industri ini,” katanya.
Sumber: mStar Online
TOP
Ditembak ketika pesan makanan
JOHOR BAHRU: Seorang pengusaha pusat hiburan yang mahu memesan makanan ditembak mati oleh seorang pembonceng motosikal di Jalan Permas 10, Permas Jaya di sini, jam 2.15 pagi semalam.
Difahamkan, mangsa dikenali sebagai Kessu, 40-an, memiliki dua pusat hiburan masing-masing di Stulang dan di Permas Jaya, baru keluar dari daripada premis perniagaannya sebelum memandu Toyota Harrier ke lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, mangsa memandu berseorangan ke situ. “Tiba di lokasi kejadian, mangsa meletakkan Toyota Harrier berkenaan di depan lori kecil penjaja yang menjual ‘steamboat’.
“Tidak lama kemudian, dua lelaki menaiki motosikal berhenti di belakang Toyota Harrier berkenaan. Pemboncengnya meluru ke arah mangsa yang masih di dalam kenderaannya sebelum melepaskan beberapa das tembakan ke kepalanya dari jarak dekat.
“Mangsa mati di tempat kejadian. Mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk dibedah siasat,” katanya.
Sulaiman berkata, pihaknya masih memburu kedua-dua suspek dan orang ramai yang ada maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran.
“Kami akan menyiasat latar belakang mangsa, pembabitannya dalam perniagaan selain menentukan sama ada dia berdepan masalah kewangan, peribadi atau kemungkinan lain,” katanya.
Sumber: Harian Metro
TOP
Tiada penemuan buaya sepanjang operasi menyelamat – Polis
BANTING: Sehingga kini tiada bukti kukuh yang diperolehi berkenaan dakwaan yang mengatakan 20 lagi mangsa tragedi tongkang karam di Kuala Sungai Air Hitam pada 18 Jun lalu, dibaham buaya.
Demikian menurut kata Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Azman Abdul Razak yang ditemui sejurus selepas sidang media di sini hari ini.
“Sepanjang pencarian pihak kami dan agensi penyelamat yang lain iaitu dari tarikh kejadian itu berlaku sehingga kini, tiada bukti kukuh atau maklumat yang kita perolehi mengenai isu buaya ini.
“Malah pihak kami dan agensi penyelamat yang lain tidak menemui seekor buaya pun” katanya kepada Astro AWANI.
Supt Azman berkata lagi, berdasarkan kepada angin dan arus air mangsa mungkin dibawa ke kawasan tengah laut.
“Peratus untuk mangsa dimakan buaya sangat tipis, menurut kajian agensi penyelama dengan berdasarkan arus dan angin, mangsa lebih menjurus dibawa ke tengah laut” katanya lagi.
Namun Supt Azman tidak menolak kemungkinan ada mangsa yang sudah melarikan diri dan perkara berkenaan akan disiasat di peringkat tertinggi.
Setakat Sabtu, sembilan daripada 14 mayat tragedi tongkang karam sudah dituntut oleh waris mangsa selepas mendapat pengesahan daripada Wakil Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI).
Sumber: Awani
TOP
Lelaki Saudi Tunai Dendam 37 Tahun Di Qatar
Riyadh – Seorang lelaki Saudi berlepas ke Qatar dan membunuh suspek yang membunuh abangnya hampir 37 tahun lalu.
Lelaki berkenaan dikatakan bertindak demikian bagi memenuhi tuntutan dan keinginan kabilahnya untuk melihat pembunuh dibunuh.
Akhbar Sada semalam melaporkan, lelaki Saudi itu yang namanya tidak disiarkan, berjaya mengenal pasti warga Yaman yang membunuh abangnya dan menjejakinya di Qatar, tempat dia sudah memperoleh kerakyatan.
“Dia berlepas ke Qatar selepas mengumpulkan maklumat tempat pembunuh abangnya menetap.
Dia terus berjumpa lelaki itu dan membunuhnya,” lapor akhbar berkenaan, semalam.
Kabilahnya dilapor merancang mengadakan jamuan besar-besaran bagi meraikan kematian pembunuh berkenaan tetapi pihak berkuasa melarangnya.
Menurut laporan semalam, lelaki Saudi berkenaan menetap di bandar Sullayel, tetapi tidak menyebut sama ada dia ditangkap di Qatar atau sudah pulang.
Sumber: Agensi
TOP
S’gor Hidupkan Peluang Untuk Rebut Gelaran Liga Super
KUALA LUMPUR – Selangor menghidupkan peluang untuk merangkul gelaran Liga Super musim ini selepas mengutip tiga mata berharga, hasil kemenangan 3-0 ke atas Sarawak di Stadium Shah Alam, malam Sabtu.
Kejayaan tersebut membuka peluang skuad ‘Gergasi Merah’ itu untuk mengintai gelaran selepas mengumpul 40 mata, dengan hanya ketinggalan satu mata di belakang pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT).
Bagaimanapun, Selangor perlu bijak memanfaatkan sepenuhnya kelebihan bermain di gelanggang sendiri apabila menentang pasukan tercorot PKNS FC pada perlawanan pelengkap musim, Rabu ini.
JDT pula perlu mencapai kemenangan mutlak ke atas Sarawak pada perlawanan terakhir di Stadium Negeri, Kuching, untuk mengesahkan gelaran juara liga musim ini.
PKNS FC akan diturunkan beraksi dalam Liga Perdana musim depan manakala nasib Perak dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), yang berada di ambang zon penyingkiran, akan ditentukan selepas perlawanan terakhir, Rabu ini. ATM akan berdepan dengan Sime Darby FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayan manakala Perak menghadapi Pahang di Stadium Perak.
Pada pertemuan Selangor dengan Sarawak, penyerang import dari Brazil, Paulo Rangel menjadi wira pasukan Selangor apabila menyumbat dua gol pada minit ke-42 dan 60 manakala Ahmad Hazwan Bakri melengkapkan jaringan empat minit kemudian.
Sementara itu, Pahang, yang juara Piala FA, mengesahkan kedudukan tangga ketiga musim ini selepas mengalahkan PKNS FC 2-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Azidan Sarudin berjaya memecah kebuntuan menerusi gol pertama pada minit ke-46 sebelum Mohd Saiful Nizam Miswan menggandakan jaringan pada minit ke-52.
Gol saguhati pasukan pelawat disumbangkan oleh Karlo Primorac pada minit ke-88.
Perak membuat kejutan apabila mengalahkan Lions XII 2-0 di Stadium Jalan Besar, Singapura.
Perak membuka jaringan pada minit ke-17 menerusi penyerang import berasal dari Nigeria, Abdulafees Abdulsalam sebelum Milan Purovic mengesahkan kemenangan bagi pasukan pelawat pada minit ke-65.
Sementara itu, Sime Darby terikat 1-1 dengan T-Team di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
T-Team bermula garang apabila penyerang import Patrich Wanggai dari Indonesia membuka jaringan seawal minit kelapan sebelum Mohd Fadzli Saari menyamakan kedudukan Sime Darby pada minit ke-22.
Sumber: BERNAMA
TOP
Anak hutang, bapa kena tanggung padah
JOHOR BAHRU – Sebuah keluarga di Taman Skudai Baru Skudai di sini hidup dalam ketakutan selepas kediaman mereka disimbah cat merah selain menerima ugutan gara-gara tindakan anak perempuan dan menantunya berhutang dengan 12 ceti haram.
Mangsa, Tay Chee Choon, 52 berkata, sebelum kediaman disimbah cat semalam, dia menerima panggilan daripada salah satu kumpulan ah long tiga hari lalu memintanya menjelaskan hutang anak sulungnya itu.
Menurutnya, lelaki terbabit memintanya menjelaskan bayaran RM3,000 pada hari sama, namun sekiranya gagal, lelaki itu akan menghantar rakan untuk mengganggu keluarga mangsa.
"Sebelum ini, anak perempuan saya ada cuba nak pinjam wang saya dengan alasan untuk memulakan perniagaan namun saya tidak mempunyai wang, namun saya tidak menyangka dia sanggup meminjam wang dari ah long.
"Selepas dihubungi ah long terbabit, saya diberitahu dia telah berhutang dengan sekurang-kurangnya 12 kumpulan ceti haram malah membuat pinjaman dengan menggunakan alamat rumah ini,’’ katanya ketika ditemui media, di kediamannya, semalam.
Hadir sama, Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA Gelang Patah, Jason Teoh dan Ahli Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Lim Soon Hai.
Chee Choon berkata, kejadian simbah cat itu hanya disedarinya jam 7 malam kelmarin setelah dia terdengar bunyi bising di luar rumahnya itu.
Katanya, sebaik beliau keluar dia mendapati lantai serta kereta Perodua Myvi dan Toyota Vios yang diletak di dalam perkarangan rumah turut disimbah cat.
"Saya ada hubungi anak perempuan saya itu yang kini tinggal bersama mertuanya tetapi sampai sekarang gagal. Saya risau sekiranya kumpulan ah long ini bertindak di luar batasan pada masa akan datang,’’ katanya.
Beliau yang khuatir dengan keselamatan isteri dan tiga anaknya itu telah membuat dua laporan polis berhubung ugutan dan kes simbah cat itu di Balai Taman Ungku Tun Aminah di Skudai di sini pada Rabu lalu dan semalam.
Sumber - Sinar Harian
TOP
Budak cicak
Seorang kanak-kanak digelar ‘budak cicak’ kerana mempunyai penyakit kulit yang jarang ditemui.
Zhasulan Korganbek, 5, mengalami penyakit ichthyosis yang teruk hingga menyebabkan sebahagian kulit tubuhnya menjadi keperangan dan bersisik kelabu Keadaan itu turut melarat ke bahagian telinga dan mukanya.
Ia akan bertambah teruk dan mungkin baik, bergantung kepada cuaca.
Walaupun media menggelarnya budak cicak, sebenarnya ichthyosis berasal dari perkataan Yunani kuno yang bermakna ‘ikan’ kerana persamaan kulit mati dan menggelupas seperti sisik ikan.
Zhasulan mewarisi penyakit itu daripada ibunya, Ulbibi, pembawa gen tidak normal.
Namun, Ulbibi tidak menunjukkan sebarang kecacatan kulit walaupun terdapat kira-kira 50 peratus risiko ia diturunkan kepada anaknya.
Nasib malang Zhasulan dijangka tidak akan berpanjangan kerana bantuan yang dihulurkan oleh orang ramai akan membolehkannya mendapatkan rawatan di luar negara.Rawatan itu dijangka membolehkannya menjalani kehidupan normal.
Sumber - MyMetro
TOP
48 pelajar tiga sekolah keracunan makanan
Georgetown: Seramai 48 pelajar dari tiga sekolah di dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat keracunan makanan selepas memakan roti jala dan kari ayam disyaki basi.
Pelajar berkenaan memakan makanan itu jam 10 malam semalam sebelum mengadu sakit perut dan cirit birit dengan pelajar pertama di bawa ke HPP jam 7.30 pagi tadi dan pelajar terakhir dirujuk ke hospital sama 3 petang tadi.
Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Lailanor Ibrahim berkata, berdasarkan siasatan kejadian berlaku membabitkan tiga asrama iaitu Asrama Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra, Asrama Sekolah Agama Al-Mashoor Lelaki dan Perempuan.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal, kesemua pelajar memakan juadah dibekalkan sebuah syarikat katering yang dilantik ketiga-tiga sekolah itu.
"Setakat ini hanya dua pelajar dari Asrama Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra ditahan di wad bagi pemeriksaan dan rawatan lanjut.
"Manakala pelajar lain menerima rawatan sebagai pesakit luar," katanya.
Sementara itu Pengarah Pendidikan negeri Osman Hussain, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan setakat ini keadaan pelajar berkenaan masih terkawal dan tidak serius.
Pihaknya sudah menghantar Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk memantau perkara itu dan semua pelajar dilaporkan stabil.
Sumber - MyMetro
TOP
MB Bidas Pihak Kritik Isu Air S’gor Tanpa Fakta
SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan mendapatkan khidmat pakar dari Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Iran bagi membuat kajian terhadap kandungan sumber air termasuk dari tasik bekas lombong dan sungai yang membekalkan air ke pelbagai loji rawatan air di negeri itu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya juga akan mendapatkan khidmat pakar dari Singapura berdasarkan pengalaman negeri itu mengurus sumber bekalan airnya terutama dalam menghasilkan air yang dikitar semula (NEWater).
“Mengapa Singapura? sebab NEWater dia ialah hasil air yang mempunyai ‘chemical’ sangat banyak.
“Ramai rakan politik tidak suka Singapura terlibat tetapi kita anggap ini satu usaha profesional yang perlu kita lakukan.
“Kita beri mereka masa dua minggu untuk buat kajian dan selepas kajian barulah mereka buat pengumuman,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Laman Seni Seksyen7 di sini, Ahad.
Mengulas mengenai dakwaan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago semalam bahawa kandungan air yang diperoleh dari tasik bekas lombong mungkin tidak selamat digunakan ketika musim kemarau, Abdul Khalid berkata kenyataan itu perlu disokong dengan kajian ilmiah dan profesional.
Beliau turut membidas kenyataan Charles itu yang disifatkan hanya bertujuan meraih publisiti murahan.
“Kita tidak boleh buat kenyataan dengan tiada sokongan ilmiah, jika tidak kita dianggap membuat spekulasi. Orang awam boleh buat demikian, tapi kerajaan tidak boleh, kerajaan yang bertanggungjawab mesti buat kajian ilmiah.
“Berdasarkan kenyataannya itu boleh jadi Yang Berhormat (Charles) merasakan pakar di Malaysia termasuk doktor, dari Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kimia tidak sampai ke tahap (baik),” katanya.
Dalam kenyataannya, Charles berkata kandungan toksik logam dalam air kolam tersebut mungkin mencair ke tahap yang selamat dalam keadaan biasa dan oleh itu menunjukkan bahawa ia selamat untuk diminum.
Bagaimanapun beliau berkata semasa musim kemarau, nisbah kepekatan logam berbahaya menyebabkan ia mungkin tidak lagi di tahap yang dianggap selamat untuk diminum.
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan negara dijangka mengalami musim kering pada bulan Jun sehingga September tahun ini.
Pertubuhan Meteorologi Dunia pula meramalkan fenomena El Nino berkemungkinan berlaku pertengahan tahun ini dan berlanjutan antara enam hingga 18 bulan.
Sumber: BERNAMA
TOP
Pakatan bantah penutupan laluan keretapi Gemas-Gua Musang
Pakatan Rakyat (PR) membantah tindakan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menutup landasan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sektor timur dari Gemas di Negeri Sembilan ke Gua Musang di Kelantan berkuatkuasa 27 Jun ini.
Ahli Parlimen Tumpat (PAS) Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar dan Liew Chin Tong (DAP-Kluang) mendakwa berdasarkan sumber dalaman, SPAD menggunakan kuasa di bawah Seksyen 106 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 mengarahkan syarikat KTMB menutup landasan terbabit, namun tempoh penutupan tidak diketahui dan bergantung kepada kerja penyelenggaraan landasan.
Katanya, alasan utama SPAD mengarahkan penutupan landasan kerana ada kaitan dengan isu keselamatan apabila berlaku dua kejadian keretapi tergelincir tahun lalu di Pantai Timur iaitu pada 31 Mei antara Mentakab dan Mengkarak dan 23 Disember antara Chegar Perah dan Merapuh.
"Kami tidak mempertikaikan pertimbangan di mana keselamatan penumpang harus menjadi keutamaan.
"Namun demikian, setelah bertanya kepada orang dalaman dan pakar-pakar, kami percaya mungkin terdapat cara yang lebih baik daripada menutup terus landasan terbabit," kata Kamarudin dan Liew dalam kenyataan bersama, hari ini.
Menurut mereka, perkhidmatan keretapi sebenarnya masih boleh dikekalkan dengan perubahan jadual sementara kerja penyelenggaran terus dijalankan.
Katanya, dengan rancangan rapi dan kepakaran teknikal, risiko keselamatan penumpang boleh diminimumkan.
"Kami meminta SPAD dan kerajaan Malaysia mengkaji semula segera arahan penutupan landasan kerana impak susulannya adalah amat serius.
"Terdapat alternatif yang lebih mesra rakyat. Perlu juga diingatkan bahawa penutupan landasan akan memberi kesan kepada ratusan pekerja KTMB yang berkhidmat di Pantai Timur Semenanjung ekoran pemotongan elaun daripada gaji asal yang sememangnya sudah rendah," tegasnya.
Penutupan itu menyebabkan kemudahan perkhidmatan keretapi di 14 stesen dan 11 hentian akan dihentikan, malah perkhidmatan empat tren ekspres dan enam tren shuttle untuk penumpang dan banyak tren kargo akan terjejas.
Katanya, ia juga turut menjejaskan orang awam yang menggunakan kemudahan keretapi sebagai pengangkutan harian terutamanya menjelang musim perayaan pada Julai ini.
Tambahnya, keretapi adalah pengangkutan alternatif penting kepada penduduk Pantai Timur Semenanjung kerana keadaan trafik di Jalan Persekutuan No. 8 (laluan Kuala Lumpur – Raub – Kuala Lipis – Gua Musang – Kota Bahru) sangat sesak menjelang musim perayaan sehingga ada yang mengambil masa 15 jam untuk sampai ke Kota Bahru dari Kuala Lumpur.
"Menjelang Hari Raya Aidilfitri pada hujung Julai ini, jutaan rakyat Malaysia termasuk anak Pahang, Terengganu dan Kelantan akan pulang ke kampung halaman.
"Penutupan landasan keretapi Gemas – Gua Musang akan membawa mudarat yang besar kepada rakyat kerana tanpa kemudahan ini, perjalanan balik kampung akan menjadi lebih susah dan mahal," katanya.
Statistik rasmi daripada Kementerian Pengangkutan menunjukkan seramai 493,000 penumpang menaiki Ekspress Senandung Wau dan Ekspress Senandung Timuran pada 2013, sebahagian besar daripada alirannya dipercayai berlaku pada musim perayaan.
"Di Pahang dan Kelantan, terdapat beberapa pekan atau kampung seperti Telok Gunong dan Kampung Berkam yang bergantung kepada kemudahan keretapi untuk tujuan pengangkutan seharian.
"Jika landasan ditutup pada Jun 27 ini iaitu menjelang bulan Ramadan, kehidupan seharian penduduk di semua kampung ini pasti terjejas tanpa dapat berhubung dengan dunia luar seperti dahulu," katanya.
Sehubungan itu, mereka mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap SPAD dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamudin Hussein yang bertanggungjawab terhadap KTM memberi perhatian serius tentang perkara ini.
Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB pada 19 Jun lalu mengadakan piket membantah penutupan landasan dan mendakwa SPAD bertindak gopoh serta tidak prihatin terhadap golongan berpendapatan rendah.
Presidennya, Abdul Razak Md Hassan dilaporkan berkata, pihak kesatuan sering membangkitkan isu keselamatan landasan Pantai Timur dalam mesyuarat yang dipengerusikan Presiden KTMB Datuk Elias Kadir tetapi dipandang sepi.
Beliau turut merancang mengadakan piket di perkarangan ibu pejabat SPAD pada 26 Jun ini jika SPAD gagal memberikan alasan munasabah kerana menghentikan operasi di landasan berkenaan. – 22 Jun, 2014.
Sumber: The Malaysian Insider
TOP
Empat pemain TRW terima Pingat Setia
EMPAT pemain The Red Warriors (TRW) dianugerahkan Pingat Setia pada Istiadat Pengurniaan Kehormat Kebesaran sempena Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ke-44 kali kedua di Dewan Jubli Perak, Istana Kubang Kerian,Kota Bharu, hari ini.
Turut menerima pingat, Penolong Jurulatih TRW, Sideek Samsudin.
Semua pemain terbabit dan jurulatih tersebut, antara 385 penerima bintang, pingat serta surat pujian yang dikurniakan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhamad Fa-iz Petra mewakili Sultan Muhammad V.
Sumber - Sinar Harian
TOP
Peraturan sekat pelarian bekerja perlu dikaji
KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa mengkaji semula undang-undang dan peraturan yang dikenakan ke atas pelarian etnik Rohingya untuk bekerja di negara ini.
Pengerusi Lembaga Penasihat The Traveller, Dr Ibrahim Ghaffar berkata, sebagai badan bukan kerajaan, pihaknya hanya mampu membantu dari sudut bantuan kewangan, pakaian dan barangan keperluan asas namun, ia tetap tidak mampu menyelesaikan permasalahan golongan ini.
“Apa yang kami harapkan, mereka diterima sebagai pelarian bukannya penjenayah. Pelarian yang mengharapkan bantuan.
“Kami hanya dapat membantu dengan keupayaan sebagai NGO. Kami kumpul pakaian terpakai dan dapatkan bantuan kewangan untuk keperluan asas seperti beras dan sebagainya.
"Lebih daripada itu tidak dapat dilakukan kerana sekatan peraturan dan undang-undang,” katanya pada sidang media selepas program sempena Hari Pelarian Sedunia 2014, di sini, hari ini.
Tegasnya, undang-undang negara ini menambah penderitaan pelarian Rohingya ini ekoran mereka memerlukan pekerjaan untuk meneruskan hidup.
“Mereka boleh tinggal di sini tapi tak boleh bekerja. Untuk menjana pendapatan, menampung keperluan harian, mereka sangat memerlukan pekerjaan.
“Kalau kerajaan Malaysia masih meneruskan peruntukan dan dasar ini ia akan lebih menyeksa mereka. Kami NGO sokong kepada penilaian semula dan beri kelonggaran kepada mereka,” katanya lagi.
Hari ini, The Traveller dan Pertubuhan Hak Asasi Etnik Rohingya Myanmar di Malaysia (Merhrom) menganjurkan program bersama pelarian Rohingya sempena Hari Pelarian Sedunia 2014 di Cheras.
Pada program tersebut, pelarian ini dihiburkan dengan persembahan basking, tayangan video dan permainan.
Sumber - Sinar harian
TOP
Anjur pertandingan keluarga paling kerap ke masjid
KUALA TERENGGANU - Jawatankuasa masjid dicadangkan agar lebih giat mengimarahkan masjid dengan mengadakan pertandingan keluarga paling kerap hadir ke masjid bersama anak-anak.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, identiti keluarga berkenaan mungkin boleh diumumkan semasa sambutan keagamaan untuk menjadikan masjid sebagai tempat yang benar-benar mesra masyarakat.
"Masjid harus berperanan lebih dari sekadar tempat beribadah.
"Untuk itu, imam dan bilal perlu berfikir di luar kotak agar masjid tidak hanya dipenuhi jemaah ketika solat Jumaat dan solat hari raya," kata beliau.
"Semasa aktiviti keagamaan berlangsung, kanak-kanak kecil misalnya, mungkin boleh diberi gula-gula sambil membaca buku di perpustakaan mini yang diwujudkan agar mereka tidak membuat bising.
"Bagus juga jika ada aktiviti sukan untuk belia di perkarangan masjid untuk kita jadikan masjid dekat di hati mereka" katanya.
Menteri Besar berucap merasmikan mesyuarat agung Persatuan Imam dan Bilal Masjid Masjid Mukim Terengganu di sini malam tadi.
Turut hadir Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Mohd Rozali Salleh.
Ahmad Razif berkata beliau juga akan berbincang dengan Mohd Rozali mengenai kemungkinan untuk tidak membina masjid yang baharu, sebaliknya fokus diberi kepada masjid sedia ada.
"Kalau banyak sangat masjid pun tetapi tidak diimarahkan, ini pun tidak berapa bagus, jadi lebih baik kita naiktaraf sahaja masjid sedia ada untuk keselesaan jemaah," katanya.
Beliau turut mengingatkan jawatankuasa masjid agar berhati-hati ketika mahu menjemput penceramah luar untuk aktiviti masjid bagi mengelak perpecahan atau kekeliruan di kalangan umat Islam setempat.
Ahmad Razif turut mengumumkan peruntukan RM60,000 untuk pengurusan pentadbiran persatuan itu.
Sumber - Bernama
TOP
LPT laluan pantas penyeludupan manusia
TEMERLOH 22 Jun - Kemalangan mengorbankan empat warga Myanmar yang diseludup masuk ke negara ini pada 16 Jun lalu didalangi oleh sindiket terancang yang menjadikan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) sebagai laluan pantas penyeludupan dari sempadan negara.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Zakaria Ahmad berkata, berdasarkan siasatan lebih ramai warga Myanmar diseludup masuk pada masa kejadian menggunakan kaedah yang sama iaitu kenderaan darat.
"Difahamkan pada pagi itu bukan 10 mangsa yang bergerak (diseludup masuk) malah lebih daripada itu. Bagaimanapun kita tidak boleh memberi pendedahan lanjut.
"Jadi pada masa ini kita masih menyiasat kumpulan yang terlepas dengan kerjasama Bukit Aman dan pelbagai agensi lain," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh di sini hari ini.
Sumber - Utusan
TOP
Penduduk flat dakwa ibu remaja OKU jarang bergaul
SEREMBAN 22 Jun - Beberapa penduduk flat Taman Semarak Nilai, di sini yang masih terkejut dengan penemuan seorang remaja lelaki yang menderita kurus kering di dalam sebuah bilik di flat itu awal pagi semalam mendakwa keluarga mangsa tidak pernah bergaul dengan penduduk setempat.
Pengerusi flat berkenaan, Abdul Razak Nasir berkata, kelibat ibu kepada mangsa yang merupakan orang kurang upaya (OKU) hanya kelihatan pada awal pagi dan lewat malam ketika dia ingin pergi dan pulang dari tempat kerja.
“Selama saya menetap di sini tidak tahu ada OKU tinggal di flat ini. Ibu mangsa juga tidak bergaul dengan penduduk di sini," katanya.
Mangsa keturunan Bajau, Sabah yang berusia 15 tahun diselamatkan oleh pasukan Jabatan Imigresen yang memecah masuk rumah berkenaan semasa melakukan Operasi Bersepadu 6P bagi memburu pendatang asing tanpa izin di kawasan tersebut pada pukul 2.30 pagi semalam.
Sumber - UTUSAN ONLINE
TOP
Selfie - Aksi Extrem Remaja India Main Permainan Maut
Jika anda adalah seseorang yang suka permainan ekstrim, maka anda mungkin perlu pergi ke India untuk bermain dengan mereka ini. Ini adalah salah satu permainan yang paling terkenal di bandar ini, di mana remaja lelaki menunggu kereta api tiba dan lari dikejar oleh pengangkutan tersebut, dan terjun ke dalam sungai hanya beberapa inci dari kematian.
Sumber - -Dairishare
Sumber - -Dairishare
TOP
Maradona dakwa Fifa cuba main tipu
LAGENDA bolasepak Argentina, Diego Maradona berang dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) selepas badan bolasepak dunia itu meminta tujuh pemain Costa Rica menjalani ujian dadah.
Ujian selepas perlawanan dengan Itali itu dibuat atas kebimbangan syarikat-syarikat penaja tidak akan membayar tajaan Piala Dunia 2014 sekiranya pasukan jaguh seperti Itali tidak layak ke pusingan kedua, lapor Astro Awani.
Costa Rica minggu lalu mengejutkan juara Amerika Selatan, Uruguay 3-1. Ia kemudian menumbangkang Itali 1-0 pada Jumaat. Kemenangan itu melayakan Costa Rica menyertai pusingan kalah mati 16 pasukan.
Di bawah peraturan Fifa, dua pemain setiap pasukan akan diuji dadah selepas perlawanan.
Bagaimanapun, media melaporkan lima lagi pemain Costa Rica turut dipanggil untuk diuji.
Maradona yang dihantar pulang semasa Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat (AS) kerana gagal ujian bahan terlarang menyelar tindakan Fifa sebagai "tidak hormat peraturan".
Beliau mendakwa pasukan Costa Rica diperiksa ketat kerana penaja "tidak akan membayar tajaan seperti yang dijanjikan" sekiranya pasukan ternama seperti Itali tersingkir.
"Kenapa tujuh pemain dari Costa Rica dan bukan tujuh dari Itali?" kata Maradona.
Menurut laporan media, Fifa menjelaskan, lima pemain tambahan itu adalah kerana mereka tidak diuji sebelum perlawanan.
Tetapi Maradona tidak puas hati dengan penjelasan itu. "Ini semua terjadi sebab ada orang yang tidak senang duduk apabila Costa Rica dan bukan pasukan besar yang layak (ke pusingan seterusnya) dan penaja tidak akan tunaikan janji.
"Saya tahu apa yang saya cakap kerana ia pernah jadi kepada saya.
"Tujuh pemain? Saya tidak pernah jumpa macam itu."
Dalam sebuah dokumentari mengenai dirinya, Maradona pernah meluahkan rasa jengkel yang teramat sangat kepada Fifa yang disifatkannya sebagai "penipu" dan "penyamun".
Sumber - Sinar Harian
TOP
Crime alert: Umpan dan culik
MENDIDIK anak-anak tentang keselamatan diri amat penting dan ia perlu bermula di seawal usia kanak-kanak tersebut. Peranan tersebut harus dimainkan oleh ibu bapa yang tidak seharusnya leka dengan sentiasa menganggap diri dan keluarga dalam keadaan selamat serta jauh dari risiko bahaya.
Sedarkah kita, kejadian yang menimpa kanak-kanak seperti hilang atau diculik pada hari ini adalah disebabkan oleh sikap segelintir ibu bapa itu sendiri.
Beberapa taktik dikesan digunakan penjenayah untuk UMPAN dan CULIK kanak-kanak serta ikuti MO dan nasihat daripada pihak polis bagi mengelakkan anak anda menjadi mangsa seterusnya.
Modus Operandi
1. Suspek terdiri daripada dua orang dan lebih
2. Menaiki kenderaan
3. Mangsa di kalangan kanak-kanak
4. Lokasi sasaran di padang permainan, kawasan rumah, pusat membeli belah, dan jalan-jalan yang kurang dilalui orang awam
5. Mengumpan mangsa dengan memberi gula-gula, wang atau barang permainan
Nasihat
• Jangan membiarkan anak-anak ke sekolah atau ke mana-mana tempat tanpa pengawasan.
• Sentiasa mengingatkan atau menasihatkan anak-anak menggunakan jalan yang terang dan ada orang ramai.
• Sentiasa mengingatkan atau menasihatkan anak-anak tidak menggunakan jalan pintas melalui semak samun, padang, tempat letak kereta atau berjalan belakang rumah atau kedai.
• Adakan satu kod khas yang hanya digunakan di kalangan ahli keluarga dan memberitahu anak anda untuk tidak semudahnya mengekori orang yang tidak dikenali dan tanyakan kod khas tersebut jika benar orang tersebut diminta bantuan oleh ahli keluarga untuk mengambilnya.
• Sentiasa mengingatkan atau menasihatkan anak-anak tidak mengambil atau menerima makanan dan minuman dan barang-barang yang diberikan oleh orang yang tidak atau baru dikenali.
• Jangan lewat mengambil anak anda apabila selesai waktu persekolahan atau di lain-lain tempat awam.

Rujuk Kepada JKM Jika Masalah Jaga Anak OKU
KUCHING – Ibu bapa yang tidak mampu menjaga anak-anak Orang Kurang Upaya (OKU) disaran merujuk masalah mereka kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daripada menganiayai anak-anak istimewa itu.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata walaupun sering kali menekankan penglibatan JKM adalah cara terakhir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, namun jika tiada penyelesaian pihaknya tidak menolak untuk mengambil alih tanggungjawab itu.
“Bagi saya daripada mereka mendera, membiarkan tanpa arah, serta mengabaikan anak-anak istimewa yang seharusnya dibantu itu, kalau betul-betul ibu bapa tidak mampu lagi sila serahkan kepada kami, Insya-Allah kita akan meletakkan anak-anak OKU ini di dalam institusi kementerian untuk kita pulihkan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kes remaja OKU yang ditemui dikurung dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah di Nilai, dua hari lalu.
Sebelum itu, beliau menghadiri majlis makan malam Selami Kasih dan Apresiasi Lembaga Pelawat Sekolah Tunas Bakti (STB) Kuching, di sini malam tadi.
Bagaimanapun, Rohani berkata jika ibu bapa anak-anak OKU ingin terus menjaga anak-anak istimewa itu biarpun menghadapi masalah, pihaknya masih mampu menyalurkan bantuan menerusi Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).
“Ada 488 buah PDK di seluruh negara ketika ini. Seperti yang saya sebut tadi, penglibatan JKM adalah jalan terakhir kerana kita hendak semua OKU ini tidak dipisahkan daripada keluarga dan pemulihan boleh dilakukan di dalamkomuniti menerusi PDK itu sendiri,” katanya.
Rohani berkata PDK ini diwujudkan sebagai program alternatif kepada perkhidmatan pemulihan di institusi.
“PDK merupakan satu kaedah dalam pembangunan komuniti untuk OKU menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi peluang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat,” katanya.
Sumber: BERNAMA
TOP
Boleh ambil lesen, tak boleh memandu
RIYADH: Majlis Syura Arab Saudi kini mengkaji cadangan untuk membenarkan wanita tempatan mendapatkan lesen antarabangsa di negara itu bagi membolehkan mereka memandu di luar negara.
Mereka masih tetap dilarang memandu di negara sendiri.
Latifa Al-Shaalan dan Haya Al-Manei, dua daripada 30 wanita yang menganggotai majlis berkenaan, menggesa ia menimbangkan cadangan itu.
Mereka mengemukakan usul itu sembilan bulan lalu.
Sumber berkata, jika diluluskan sekalipun, ia tidak bermakna wanita boleh memandu di Arab Saudi.
“Ia hanya berkait dengan kebenaran mendapatkan lesen antarabangsa supaya mereka tidak perlu ke luar negara untuk mendapatkannya,” kata sumber itu.
Arab Saudi ialah satu-satunya negara di dunia yang tidak membenarkan wanita memandu.
Sumber: Agensi
TOP
Polis Tahan 2 Individu, Rampas Set Komputer Judi
KOTA BAHARU – Polis menahan dua individu serta merampas empat buah set komputer bernilai kira-kira RM5,000 dalam serbuan di sebuah premis di Pengkalan Chepa di sini, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng berkata dalam serbuan pada pukul 12.30 tengah malam itu pihaknya menahan dua individu berusia 19 dan 54 tahun.
Katanya ketika serbuan dilakukan, seorang daripada suspek sedang leka berjudi di ruang utama premis berkenaan.
“Kedua-dua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Lai berkata siasatan awal mendapati berlaku aktiviti perjudian melalui internet di premis berkenaan.
“Kesemua barang di dalam premis berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, dan jika sabit kesalahan, pemilik premis berdepan denda RM10,000 bagi setiap mesin judi atau penjara lima tahun, atau kedua-duanya sekali.
Sumber: BERNAMA
TOP
Wajah remaja OKU yang Dikurung Ketika Masih Sihat
Inilah wajah comel remaja OKU yang ditemui terkurung dalam keaadaan menyedihkan disebuah rumah di Nilai Awal pagi semalam. Gambar ini diambil ketika beliau masih sihat. SiakapKeli memperoleh gambar ini melalui akaun Facebook yang dikatakan milik ibunya. Gambar ini dimuat naik oleh ibu beliau pada akhir tahun 2013 dengan caption berbunyi 'Permata hatiku yang sulung, dilahiran kurang upaya. namun, dia tetap cahaya hatiku yang dikasihi'.
Ibu remaja ini dikatakan aktif mengemaskinikan akaun Facebook nya dan penampilannya juga langsung tidak mencerminkan kesempitan hidup yang dilaluinya yang mana sehingga sanggup mengurung anak kandungnya seumpama haiwan.
Gambar si ibu
Apapun kita hanya mampu berspekulasi, bahu yang memikul beban menyara dua anak sebagai ibu tunggal tiada siapa yang tahu keperitannya, wallahua'lam
Gambar WhatsApp
Diatas kerusi roda bersama adiknya
Gambar sekarang

VIDEO: Bila Anak Melayu Reka Fesyen ‘Kontroversi’
Pereka fesyen sensasi, Amir Luqman telah berjaya mengegarkan pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2014 (KLFW2014) petang semalam dengan rekaannya yang berani dan cukup kontroversi.
Dia tampil bersama koleksi yang mampu membuatkan sesiapa sahaja ternganga dan tercengang sempena meraikan ulang tahun ke-10 atas pembabitannya sebagai seorang pereka fesyen.
Bagaikan sengaja memilih rekaan yang menggunakan material yang jarang atau telus pandang sehingga menampakkan kulit badan si pemakai, koleksi Amir Luqman berjaya memukau mata ramai penonton yang hadir.
Mungkin inilah keistimewaan yang ada pada Amir Luqman untuk mencipta keberaniannya sendiri supaya koleksinya bukan sekadar dapat dilihat, malahan menjadi bualan hangat sehingga muncul minggu fesyen yang akan datang.
Bukan itu saja, malah pereka fesyen itu sekali lagi menjadi buah mulut ramai apabila dia turut tampil sebagai seorang peragawati di laluan runway ketika berlangsungnya pertunjukan fesyen koleksi terkininya.
Tidak mahu sendirian, sebaliknya Amir Luqman hanya memilih dua supermodel tanah air iaitu Tinie dan Deanna Ibrahim untuk jalan seiringan dengannya yang sekali gus telah mendapat sorak sorai penonton yang hadir.
Keberanian Amir Luqman ternyata bukan sahaja terletak pada rekaannya yang cukup kontroversi, malahan konsep serta dirinya sendiri berjaya menjadikan pertunjukan fesyen pada petang hari kedua KLFW2014 tidak hambar.
Setiap satu persalinan yang tampil hadir dengan ceritanya tersendiri dan menjadikan seluruh persembahan pada petang itu bagaikan drama pentas ciptaan Amir Luqman.
Selain Amir Luqman, dua pereka fesyen terkenal iaitu Syomir Izwan dan Nuritha Harith turut berkongsi pentas dengannya untuk memeriahkan pertunjukan fesyen yang mengetengahkan rekaan ‘ready to wear’.
Sumber: Murai.com.my
Sumber: Murai.com.my
TOP
Lelaki Ditahan Rogol Budak Perempuan Depan Anak Sendiri
SIBU – Sepasang suami isteri berumur 51 dan 42 tahun ditahan polis di sebuah tapak binaan di Jalan Wawasan di sini pada jam 12.50 tengah hari kelmarin berhubung satu laporan kes rogol membabitkan seorang budak perempuan berumur 13 tahun.
Dalam kejadian pada jam 6 petang Rabu lalu, mangsa dipercayai dirogol di hadapan anak suspek sebelum dibelasah oleh isteri suspek di rumah pekerja kilang di Jalan Bawang Assan, di sini.
Dalam insiden itu, mangsa dipercayai dipaksa berbaring di atas lantai sebelum suspek membuka pakaiannya dan melakukan perbuatan terkutuk itu.
Mangsa tidak melawan kerana dipercayai takutkan suspek.
Perbuatan keji itu turut disaksikan oleh anak lelaki suspek berumur 11 tahun yang kemudiannya menceritakan segalanya kepada ibunya (isteri suspek).
Isteri suspek yang hilang pertimbangan setelah mengetahui perkara itu kemudiannya dipercayai bertindak menendang kepala, menampar muka serta menghentak kepala mangsa ke dinding.
Tidak cukup dengan itu, badan mangsa juga dipercayai dicucuh dengan api rokok malah rambut mangsa digunting dan kepalanya dicukur oleh isteri suspek.
Selepas insiden itu, mangsa dan abangnya melarikan diri ke rumah datuk mereka dan memberitahu apa yang terjadi.
Pada jam 11 malam keesokannya, mangsa dibawa ke Balai Polis Sentral untuk membuat laporan polis.
Mangsa dihantar ke Hospital Sibu untuk menjalani pemeriksaan perubatan pagi semalam.
Difahamkan, mangsa dan abangnya tinggal bersama keluarga suspek sejak dua bulan lalu setelah dihalau oleh ibu bapa mereka dari rumah.
Pasangan suami isteri tersebut kini ditahan reman sehingga Isnin ini sementara siasatan kes dijalankan.
Sumber: The Borneo Post
TOP
Cuaca Panas Akan Berlarutan Sehingga 18 Bulan?
MUNGKIN ramai yang masih tidak banyak mengetahui mengenai ancaman El Nino. Ada yang sangat bimbang berhadapan dengan krisis cuaca itu, tetapi ada juga yang tidak langsung mengambil tahu perkara tersebut. Untuk mengetahui secara mendalam berkenaan fenomena tersebut, ikuti temu bual wartawan Sinar Harian Norutul Ilham Mad Jari, juru video Sinar Harian Online, Nizam MK dan juru foto, Sharifuddin Abdul Rahim bersama Pengarah Bahagian Korporat dan Komersial Jabatan Meteorologi, MAZNORIZAN MOHAMAD.
Boleh puan terangkan apa itu El Nino?
El Nino adalah fenomena cuaca jangka panjang yang berskala global yang berlaku akibat daripada interaksi antara lautan dan atmosfera yang berulang. Ia berlaku apabila anomali suhu permukaan air laut di kawasan khatulistiwa tengah dan timur Lautan Pasifik yang melebihi 0.5 darjah celcius sekurang-kurangnya lima bulan berturut-turut. Bagaimanapun, El Nino dikategorikan sebagai lemah apabila anomali suhu air permukaan laut adalah julat 0.5 -0.9 darjah celcius, kategori sederhana (1.0-1.4 darjah celcius). Semasa tempoh El Nino datang, air laut akan lebih panas di pasifik tengah dan timur membekalkan haba dan lembapan tambahan kepada atmosfera yang berada di atasnya. Pergerakan udara lembap akan menaik dengan kuat dan membentuk kawasan berawan konvektif dan ribut petir yang luas serta hujan lebat di kawasan berkenaan. Pada masa yang sama, di bahagian Khatulistiwa Pasifik Barat termasuk Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Filipina (kawasan Asia Tenggara) akan mengalami tekanan atmosfera yang secara relatifnya meningkat sedikit dan ini akan menyebabkan cuaca menjadi lebih kering berbanding dengan keadaan biasa.
Apa persediaan kerajaan untuk menghadapi ancaman El Nino?
Antara langkah-langkah kerajaan sebagai persediaan awal untuk mengurangkan impak fenomena El Nino adalah dengan mengaktifkan satu Jawatankuasa Kabinet yang sentiasa memantau dan meneliti perkembangan El Nino. Jawatankuasa Kebangsaan ini akan menangani kesan fenomena El Nino terhadap bekalan air, kesihatan, pertanian dan sektor-sektor lain yang berkaitan di seluruh negara. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, urus setianya Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Kettha), ahli-ahlinya pula terdiri daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Industri Asas Tani, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (Miti). Selain itu, kita akan meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan operasi pembenihan awan dan Jabatan Meteorologi Malaysia dalam masa yang sama memulakan kajian khusus untuk mengkaji serta memastikan pembenihan awam dapat dioptimumkan operasinya.
Kenapa Malaysia antara negara yang diancam El Nino?
El Nino ialah fenomena berskala global yang memberi impak dan kesan yang luas serta serius terhadap keadaan cuaca dan iklim global termasuk di kawasan Asia Tenggara termasuk Afrika, India, Benua Amerika, Australia dan juga negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia. Negara-negara di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan juga utara Australia biasanya akan mengalami cuaca yang lebih kering. Sementara beberapa kawasan di pantai barat benua Amerika (termasuk Amerika Utara) akan mengalami cuaca yang lebih lembap dan berkemungkinan juga banjir buruk boleh berlaku. Bagaimanapun, keadaan ini bergantung kepada kekuatan episod El Nino itu sendiri.
Adakah El Nino berlaku setiap tahun?
Fenomena El Nino bukannya fenomena bermusim, tetapi cuaca jangka panjang yang berskala global berlaku pada puratanya antara tiga hingga tujuh tahun sekali daripada pemanasan permukaan air laut di kawasan tropika tengah dan timur Lautan Pasifik. Tempoh hayat El Nino biasanya antara enam hingga 18 bulan.
Apakah ancaman ini akan mendatangkan kesan kesihatan kepada orang awam?
Di Malaysia, secara umumnya El Nino boleh menyebabkan jumlah hujan yang diterima akan berkurangan terutamanya di negeri-negeri Sabah dan Sarawak. Sementara di Semenanjung pula, kesannya tidak berapa ketara. Bagaimanapun, boleh jadi ekstrem jika El Nino adalah dalam kategori kuat. Ciri-ciri episod El Nino boleh menyebabkan cuaca menjadi lebih panas dan kering seterusnya memudahkan berlakunya kebakaran hutan dan tanah gambut yang serius. Keadaan ini menyebabkan kejadian jerebu teruk dan tebal sehingga merentas sempadan seperti yang berlaku pada 1997 dan 1998 yang akan memberikan kesan yang signifikan terutamanya kepada kesihatan, sektor pertanian, sektor penerbangan, sektor pelancongan dan aktiviti luar yang lain. Bila tanah gambut terbakar, ia akan lepaskan asap yang akhirnya berlaku jerebu, bila jerebu secara automatik akan berikan kesan kepada orang berpenyakit dan sensitif antara individu yang berisiko seperti penghidap asma, golongan tua dan kanak-kanak, itu sahaja ada kesannya kepada kesihatan.
Apakah langkah-langkah boleh diambil untuk menghadapi El Nino?
Beberapa langkah yang disyorkan bagi membuat persediaan awal untuk mengurangkan impak fenomena El Nino antaranya menggunakan air secara berhemah, memastikan negara mempunyai simpanan air yang mencukupi atau sediakan takungan tambahan untuk kegunaan negeri masing-masing, merancang dan menyelaras aktiviti luar dan aktiviti dalaman terutamanya pihak sekolah dan belia. Selain itu, orang ramai digalakkan merancang aktiviti seharian dan dinasihatkan untuk menyediakan topeng muka dan tidak dibenarkan melakukan pembakaran terbuka kerana akan menambahkan aspek jerebu. Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat dari masa ke semasa keadaan cuaca di Malaysia di laman MetMalaysia iaitu www.met.gov.my yang sentiasa dikemaskini atau menghubungi terus MetMalaysia di talian 03-79678116 atau hotline 1-300-22-1MET pada bila-bila masa.
Selain Jabatan Meteorologi, pihak mana lagi yang akan bertanggungjawab bagi mengkaji ancaman El Nino?
Selain Jabatan Meteorologi Malaysia, terdapat juga pihak universiti sama ada swasta atau awam, agensi-agensi kerajaan dan swasta seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Jabatan Pengairan & Saliran (JPS), Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Kettha) yang turut membuat kajian berkenaan fenomena El Nino.
Berapa lama tempoh ancaman El Nino yang bakal melanda Malaysia?
Fenomena El Nino kebiasaannya mula terbentuk pada pertengahan tahun iaitu sekitar Jun sehingga September dan akan mencapai kemuncak pada penghujung tahun iaitu sekitar November sehingga Disember atau awal tahun berikutnya Januari sehingga Mac dan seterusnya akan menjadi lemah secara perlahan-lahan. Episod El Nino ini boleh berterusan selama enam hingga 18 bulan. Corak cuaca hasil daripada impak fenomena El Nino hanya boleh dikesan pada penghujung tahun ini atau awal tahun depan.
Adakah pihak Meteorologi akan melakukan pembenihan awan bagi mengurangkan ancaman El Nino?
Sebenarnya kita sudah banyak kali buat pembenihan awan sejak Mac lalu, semasa akhir angin monsun timur laut, sebab cuaca ketika itu kering. Sehingga kini kita sudah buat 49 kali penerbangan untuk pembenihan awan. Sumber: Sinar Online

‘Mereka tidak tahu kesempitan hidup saya’
FAIZAL memeriksa keadaan kanak-kanak OKU yang ditinggalkan dalam sebuah bilik kotor dan busuk di Nilai. Gambar kecil, Lola ketika ditemubual wartawan.
Seremban: “Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami.
“Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,” kata ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, semalam.
Remaja malang itu, Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi 6P bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu.
Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Katanya, waktu kerjanya yang tidak menentu menyebabkan dia tiada masa menguruskan Muhammad Firdaus dengan baik dan mahu anak lelakinya itu berdikari.
“Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,” katanya sedih ketika tampil di pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad, di sini, semalam.
Dia yang berasal dari Sabah berkata, Muhammad Firdaus adalah anak sulung hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya berusia 53 tahun dan berpisah sejak 14 tahun lalu sebelum berkahwin lain pada 2004 dan dikurniakan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun.
Menurutnya, sejak berpisah dengan bekas suami yang berasal dari Tawau, Sabah, dia tidak lagi berhubung dan tidak tahu di mana bekas suaminya itu tinggal dan bekerja.
“Saya tidak pernah mendaftar anak saya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak tahu caranya dan terpaksa meninggalkannya sendirian kerana bekerja mencari wang,” katanya.
Apabila ditanya mengenai nasib anaknya selepas ini, Lola berkata, dia sudah membuat keputusan untuk menyerahkan anaknya itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Bukan saya tidak sayangkan dia, sebab saya sayangkan dia saya membuat keputusan itu. Saya fikir apa akan jadi pada Muhammad Firdaus jika saya mati nanti. Ajal maut di tangan Allah SWT, saya tidak tahu jadi saya perlu bersedia,” katanya.

Scha, Awal Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan
KUALA LUMPUR, 21 JUN 2014: Pasangan Schawal iaitu Scha Al Yahya dan Awal Ashaari, mengesahkan yang mereka bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi. Perkhabaran tentang jantina bayi mereka akhirnya telah diberitakan secara eksklusif di HLive! pada jam 8.30 malam tadi (Jumaat) di Astro Ria 104 dan Astro Maya HD 135.
Teruja dengan ketibaan anak sulung mereka, Awal dan Scha akui sudahpun mempunyai senarai nama untuk bayi perempuan bila tiba waktunya.
“Kami sudah fikirkan sebelum ini kalau bayi perempuan, kami akan berikan nama-nama seperti Zara, Cempaka atau mungkin Melur. Sebab kami memang gemarkan nama-nama yang lebih klasik,” kata Scha atau nama sebenarnya, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya.
Namun mereka masih lagi berbahagi pendapat untuk memilih tempoh berpantang samaada sepanjang 40 atau 100 hari. Awal bagaimanapun akui risaukan Scha yang terpaksa melalui tempoh itu ketika perayaan Aidilfitri nanti.
“Saya cadangkan Scha berpantang selama 100 hari. Tapi semuanya terpulang pada diri dia dan keselesaan dia. Lagipun Scha akan berpantang semasa Aidilfitri nanti.
"Saya kurang pasti jika dia boleh elak godaan ketupat, rendang dan minuman bergas,” kata Awal, 33 tahun.
Berhasrat untuk terus berada di dalam industri hiburan, Scha Al Yahya tidak menyifatkan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri sebagai komitmen yang membebankan. Sebaliknya pula, Awal kini lebih tertumpu kepada bisnes sendiri di Curve, Damansara.
“Adalah keinginan Scha dari dulu untuk menjadi wanita bekerjaya yang juga seorang ibu. Saya ingin melihat diri saya sebagai seorang isteri yang boleh menjaga banyak tanggungjawab pada masa yang sama,” kata bakal ibu itu.
“Awal pula sedang sibuk dengan bisnes kafe saya sendiri, yang mana akan menjadi bisnes keluarga. Buat masa ini saya akan tumpukan pada bidang perniagaan makanan yang menjual makanan-makanan melayu dan kuih-kuih melayu” jelas Awal tentang perniagaannya.
Scha yang kini pada minggu kehamilannya yang ke-34 dianggarkan bakal bersalin lebih awal dari biasa. Pasangan ini ditemui di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur. Terdahulu, Awal dan Scha bernikah pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman, Putrajaya.
Sumber: Murai.com.my
TOP
MH370: Sunday Times Dakwa Polis Syak Kapt. Zaharie Suspek Utama
Selepas semua suspek dibersihkan, kini polis menganggap juruterbang
penerbangan MH370 sebagai suspek utama di sebalik kehilangan
pesawat itu. – Gambar fail, 22 Jun, 2014
Polis Malaysia kini menganggap suspek utama di sebalik kehilangan Pesawat MH370 adalah juruterbang penerbangan tersebut, iaitu Kapten Zaharie Shah (gambar), lapor The Sunday Times, United Kingdom. Akhbar itu melaporkan, Zaharie menjadi sasaran kini selepas semua yang lain di atas pesawat dibersihkan. "Penyiasatan jenayah tidak menolak kemungkinan kerosakan mekanikal atau perbuatan pengganas, tetapi polis berpendapat jika ia adalah kerana tindakan manusia, maka Kapten adalah orangnya," lapor akhbar itu. Polis cawangan khas kini menumpukan penyiasatan ke atas Zaharie selepas semua yang lain di atas pesawat yang hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur Beijing 8 Mac lalu itu dibersihkan. Menurut media itu, polis sudah menemubual lebih 170 orang dan mendapati Kaptan Zaharie – seorang yang periang, suka kepada gajet dan selalu membuat posting dalam media sosial itu – tidak membuat sebarang komitmen sosial atau kerja di masa depan. Ia berbeza dengan pelbagai perancangan yang dibuat oleh lain-lain termasuk pembantu pilot, Fariq Hamid dan lain-lain kakitangan di atas pesawat itu, lapor The Sunday Times. Kaptan Zaharie menjadi fokus pada awal kejadian kehilangan pesawat itu apabila simulator penerbangan ditemui di rumahnya yang mengandungi rehearsal pesawat sejauh Lautan Hindi atau mendarat di landasan yang pendek. Ia dipadamkan dari simulator tersebut, namun berjaya ditemui kembali oleh pakar-pakar yang menyiasatnya. – 22 Jun, 2014. Sumber: The Malaysian Insider

Wanita Masak Hati, Hidung, Kemaluan Suami
Paris: Seorang wanita yang digelar ‘Hannibal Lecter wanita’ ditahan atas tuduhan membunuh suaminya dan memasak hati, hidung serta alat kelamin mangsa.
Pesara wanita berusia 71 tahun itu dituduh memukul suaminya yang berusia 80 tahun sehingga mati dengan batu lesung.
Menurut sumber, selepas membunuh suaminya 22 Mei lalu, suspek memasak anggota badan mangsa di dalam periuk di kampung Longwy, timur laut Perancis.
Sumber kehakiman berkata: “Suspek memasak hati, hidung dan alat kelamin di dalam periuk namun kami tidak pasti jika dia memakannya.” Sumber itu menyamakan suspek ‘Hannibal Lecter wanita,’ watak dari filem ngeri yang pernah ditayangkan pada 1991, The Silence of the Lambs yang dilakonkan oleh Anthony Hopkins sebagai kanibal.
Peguam Caroline Depretz berkata anak guamnya mengalami masalah kecelaruan jiwa dan berkata: “Ia perbuatan orang kurang waras.”
Sumber: myMetro online
TOP
Penyokong Jepun Dipuji Kerana Kebersihan
BRASILIA – Para penyokong skuad bola sepak Jepun menggunakan beg sampah berwarna biru ketika mereka mengutip sampah di Stadium Arena das Dunas di Natal pada Khamis lalu.
Kumpulan penyokong itu melakukan ‘operasi pembersihan’ selepas perlawanan melibatkan skuad bola sepak negara mereka menentang Greece berakhir.
Pada perlawanan Kumpulan C itu, Jepun seri dengan Greece 0-0.
Para pengguna Twitter memuji perbuatan para penyokong Jepun itu.
Para peminat itu turut mengutip sampah di bawah kerusi selepas perlawanan tersebut berakhir.
Sebelum ini, para peminat skuad itu juga melakukan ‘operasi pembersihan’ semasa perlawanan menentang Ivory Coast.
Pada perlawanan tersebut, Jepun kalah 2-1.
Sumber: Agensi
TOP
Isu Bible: MAIS nafi Sultan Selangor perkenan PERKASA adakan perhimpunan
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak memberi perkenan kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) untuk berhimpun di hadapan Istana Kayangan, Isnin ini.
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa menafikan perkara tersebut, namun mengesahkan penerimaan surat daripada PERKASA berhubung permohonan mengadakan perhimpunan itu.
Surat tersebut bagaimanapun tidak dirujuk untuk perhatian Sultan Selangor kerana baginda telah berangkat ke luar negara.
“Pada 20 Jun, saya telah menerima surat daripada Dipertua Perkasa Selangor Abu Bakar Yahya untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor berkaitan permohonan perhimpunan beramai-ramai.
“Namun surat tersebut tidak diangkat untuk perhatian Sultan Selangor kerana baginda telah pun berangkat ke luar negara,” katanya dalam satu kenyataan.
MAIS dengan itu menafikan kenyataan PERKASA bahawa perhimpunan tersebut telah mendapat perkenan baginda, ujar Mohamad Adzib.
Pertubuhan itu disaran menggunakan budi bicara mereka untuk mengadakan perhimpunan berkenaan, tambah beliau.
Beberapa laporan portal media kelmarin menyebut bahawa Yang Dipertua PERKASA Abu Bakar Yahya memaklumkan Sultan Selangor, berkenan memberi kebenaran kepada pertubuhan terbabit untuk meneruskan perhimpunan itu.
Menurut Abu Bakar, perhimpunan itu bertujuan menyatakan sokongan terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan MAIS berhubung isu Bible yang dirampas pada Januari lalu.
Sumber: Awani
TOP
Hazama Rancang Duet Bersama Masya
PETALING JAYA – Penyanyi Hazama merancang untuk muncul dengan sebuah lagu duet bersama anak didiknya, Masya yang menjadi juara pertandingan Ceria Popstar 2 selepas yang diadakan di Studio Finas pada Jumaat lalu.
Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 30, berkata, anak didiknya itu mempunyai tahap vokal yang matang biarpun baharu berusia 14 tahun.
“Saya ada perancangan untuk dia iaitu keluar dengan lagu duet yang juga lagu pertama saya nyanyikan bersama artis wanita.
“Saya tidak pernah ada lagu duet kerana tiada suaraya yang bersesuaian dengan suara saya untuk duet, lagi pula negara kita kekurangan artis wanita,” katanya kepada mStar Online.
Masya atau nama sebenar Siti Nur Masyitah, 14, diumum sebagai juara pertandingan Ceria Popstar 2, malam Jumaat lalu.
Tambah Hazama, dia yakin kekuatan vokal yang ada pada remaja ini mampu menjadikan dia (Masya) sebagai salah seorang artis wanita terkenal pada masa akan datang.
“Dia ada suara yang sangat bagus dan saya sendiri tidak banyak usaha untuk mengajarnya dalam pertandingan ini.
“Saya hanya mengajarnya cara untuk menyampaikan lagu dengan emosi dan bermain dengan kamera sahaja,” katanya.
Sementara itu, Masya berkata, dia menganggap kejayaan ini merupakan satu laluan buat dirinya untuk berada dalam industri hiburan.
Katanya, dia yakin pihak Astro mempunyai perancangan tersendiri untuk membentuk kerjayanya serta membahagikan masa dengan waktu persekolahan.
“Alhamdulillah usaha saya selama beberapa minggu ini berjaya dan perancangan untuk kerjaya nyanyian saya serahkan pada pihak Astro.
“Cikgu Hazama banyak membantu saya untuk rasa yakin berada di pentas terutamanya pada malam kemuncak ini,” katanya.
Katanya, wang kemenangan sebanyak RM20,000 akan digunakan sebaiknya dan simpanan untuk pelajaran masa depan.
Sumber: mStar
TOP
Hodak bangga aksi anak buah
Pemain JDT, Asraruddin Putra Omar (empat, kanan) cuba melepasi kawalan pemain Kelantan dalam aksi Liga Super di Larkin, kelmarin.
SELEPAS 21 perlawanan, Johor Darul Ta`zim (JDT) berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah di halaman sendiri apabila menamatkan perlawanan menentang Kelantan dengan keputusan 3-0, kelmarin.
Ketua jurulatih JDT, Bojan Hodak berkata, dia sangat berbangga dengan prestasi dipamerkan anak buahnya apabila memastikan tiga mata penuh milik Harimau Selatan.
“Bukan memperlahankan rentak permainan pada separuh masa pertama, tetapi inilah corak permainan yang dibincangkan bagi mengekang asakan TRW.
“Pemain pertahanan turut memperagakan corak permainan baik apabila mereka berjaya menghalang beberapa cubaan pemain Kelantan yang cuba melepasi mereka,” katanya selepas tamat perlawanan, kelmarin.
Dalam pada itu, Hodak turut memberitahu, Nazrin Nawi mempamerkan permainan bermutu tinggi selepas diberikan kepercayaan membarisi kesebelasan utama.
Tambahnya, dia tidak menafikan jika Nazrin mampu meneruskan momentum sama, mungkin peluang sama diberikan untuk berdepan perlawanan terakhir di Sarawak nanti.
Sementara itu, ketua pasukan JDT ketika menentang Kelantan, Shafiq Rahim berkata, dia berpuas hati selepas rakan sepasukan saling membantu untuk mempertahankan kedudukan di persada Liga Super 2014.
Menurutnya, setiap pemain yang diberikan kepercayaan untuk bermain tidak kira dirinya mahupun pemain lain, sudah pasti akan menampilkan prestasi terbaik.
“Ketika bermain semalam (kelmarin) saya dan Haris cuba untuk mengawasi jentera tengah TRW dan cubaan kami berhasil apabila mereka tidak bergerak dengan senang,” katanya.
Shafiq memberitahu, dia tidak mahu kedudukan sekarang berubah apabila Liga Super melabuhkan tirainya kerana mereka berusaha sedaya upaya memastikan kejuaraan milik JDT.
“Walaupun awal musim bermula dengan perlahan, namun kini kami berada di persada liga, kami akan berikan terbaik untuk perlawanan akhir bagi memastikan trofi dibawa pulang ke Johor,” katanya.
TOP
Kelindan lori maut tersepit
Suzaidy yang cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua buah lori itu meninggal dunia di tempat kejadian.
KUALA KANGSAR - Seorang kelindan lori maut manakala pemandunya cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah lori di Kilometer (KM) 253 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah selatan, di sini, malam kelmarin. Mangsa, Suzaidy Md Aris, 46, maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan di badan kerana tersepit di bahagian tempat duduk penumpang lori berkenaan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Ismail Darus berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan tersebut pada jam 12.10 malam. Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, bahagian hadapan lori dinaiki Suzaidy remuk dan mangsa didapati tersepit. “Lori terbabit telah melanggar belakang sebuah lagi lori dan menyebabkan mangsa tersepit. “Anggota bomba mengeluarkan mangsa manakala pemandu lori itu dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk menerima rawatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian. Beliau berkata, Suzaidy disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan operasi menyelamat yang diketuai Aziz Md Noor itu tamat pada jam 1.01 pagi.

Pengantin usia senja
Ghani dan pasangannya, Maimon memotong kek pada majlis perkahwinan mereka di Tanjong Ipoh, semalam.
KUALA PILAH - Umur bukan penghalang buat pasangan pengantin mendirikan perkahwinan meskipun pada usia emas. Pasangan mempelai, Ghani Pilus, 73, dan Maimon Shamsudin, 63, diraikan dalam satu majlis penuh meriah dihadiri keluarga, sanak saudara dan penduduk kampung di Tanjung Ipoh, di sini, semalam. Menceritakan detik perkenalan, Maimon yang merupakan pesara Pegawai Tadbir Diplomatik di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, dia mengenali suaminya itu dalam satu majlis anjuran Persatuan Anak-Anak Negeri Sembilan di Kuala Lumpur. “Kami berdua kerap bertemu kerana terlibat aktif dalam persatuan. “Pada mulanya, kami hanya sekadar kawan dan tidak wujud sebarang perasan sayang,” katanya ketika ditemui pada majlis perkahwinannya di Kampung Tanjung Ipoh, di sini, semalam. Maimon yang juga ibu kepada dua anak berkata, bibit percintaan mula berputik apabila sering menjadi usikan rakan-rakan. “Kawan-kawan sering usik kami dan dari situ mula timbul perasaan. Akhirnya kami ambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga,” katanya. Ghani yang merupakan pesara polis berkata, dia berharap perkahwinan keduanya itu berkekalan hingga ke akhir hayat. “Tiada apa yang saya harapkan melainkan mahligai yang dibina ini berkekalan,” katanya. Katanya, Sydney, Australia menjadi lokasi bulan madu selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Majlis persandingan mereka turut dimeriahkan dengan kehadiran wartawan Sinar Harian edisi Melaka/Negeri Sembilan sempena program Singgah Mesra Sinar Harian di sekitar Kuala Pilah.

Wanita maut tercampak dalam kemalangan
Keadaan kereta yang dinaiki mangsa remuk teruk selepas terbabit dalam kemalangan, awal pagi semalam.
REMBAU - Seorang jurujual maut tercampak ke atas jalan selepas kereta jenis Toyota Camry yang dinaiki bersama dua rakannya terbabit dalam kemalangan di kilometer 236, Projek Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan), dekat sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa, Tee Wei Han, 22, yang cedera parah maut di tempat kejadian, manakala dua rakannya yang cedera dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban bagi rawatan lanjut. Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal dipercayai kereta yang dinaiki tiga lelaki itu melanggar kenderaan berat, bagaimanapun pihak polis masih belum menerima laporan daripada pemandu kenderaan berkenaan. “Akibat perlanggaran itu, mangsa tercampak ke atas jalan dan maut di tempat kejadian. Manakala, pemandu serta seorang lagi rakan mangsa kini masih lagi menerima rawatan di HTJ," katanya.. Beliau berkata, saksi kejadian diminta menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di talian 06-6852222 bagi membantu siasatan.

Ajal ketika judi waktu solat Jumaat
Antara ayam sabung yang dirampas dalam kejadian judi sabung ayam di Kampung Kubang Panjang, petang semalam.
TUMPAT – Seorang warga emas menemui ajal akibat serangan jantung selepas melarikan diri dari serbuan polis dalam kejadian judi sabung ayam di sebuah kebun rambutan di Kampung Kubang Panjang, Chabang Empat di sini, petang kelmarin. Mangsa merupakan lelaki Melayu berusia 63 tahun dari Pasir Mas ditemui mati pada jam 6 petang, kira-kira 150 meter dari lokasi serbuan judi sabung ayam tersebut. Ketua Polis Daerah Tumpat, Supritendan Zaharudin Rasip berkata, mayat mangsa ditemui di lokasi tersebut selepas anggota polis membuat pemeriksaan di sekeliling lokasi serbuan. “Mangsa dipercayai suspek kes judi yang cuba melarikan diri ketika serbuan dilakukan. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat dan punca kematiannya akibat serangan jantung,” katanya. Menurutnya, serbuan itu dilakukan ketika solat Jumaat berlangsung oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat. Menurutnya, dalam serbuan itu, polis turut menahan 19 lelaki termasuk 10 lelaki Siam dan 9 lelaki Melayu ketika leka berjudi sabung ayam di dalam kebun rambutan itu. “Empat daripada 19 suspek yang ditangkap gagal mengemukakan pengenalan diri, kesemua lelaki tersebut ditahan reman selama empat hari berakhir 24 Jun ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian. Menurutnya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Pertaruhan 1953, Seksyen 44(g) Ordinan Binatang 1953 dan Peraturan 25(1)(n) PPPN 1990. Katanya, polis turut merampas 15 ekor ayam sabung, peralatan sabung ayam dan wang tunai RM725. “Wang tunai dan ayam sabung itu digunakan suspek untuk dipertaruhkan dalam kegiatan judi tersebut,” katanya.

Sampai bila Baghdad bertahan?
Sebahagian rakyat Iraq tampil sebagai askar sukarelawan. - Foto AFP
BAGHDAD - IRAQ. Konflik keganasan antara tentera rejim dan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) memasuki fasa lebih kompleks selepas ISIL dapat menawan beberapa bandar utama di Iraq. Sepanjang konflik memuncak, ISIL sudah pun menawan Mosul, Tikrit, Fallujah, Hawijah dan separuh bandar Tal Afar serta Ramadi. Kelmarin, ISIL mengisytiharkan menguasai kawasan lubuk minyak utama rantau Timur Tengah iaitu di Baiji, utara Baghdad. Ramai pemerhati perang dan politik berpendapat, jika ISIL menawan ibu negara Baghdad, sudah tentu negara jiran seperti, Syria, Jordan, Arab Saudi, Iran dan Turki bakal campur tangan dan lebih hebat apabila ia 'dilagakan' oleh Amerika Syarikat (AS). Baghdad adalah nadi bagi Iraq kerana ia adalah bandar kedua terbesar di benua Arab selepas ibu negara Mesir, Kaherah dan kedua terbesar di Asia Barat selepas ibu negara Iran, Tehran. Bandar itu mempunyai kepadatan kira-kira 8 juta penduduk daripada 35 juta rakyat Iraq dan merupakan lokasi tumpuan pelabur minyak antarabangsa. Pada 2003, Baghdad musnah teruk ketika Perang Iraq dan mengambil tempoh lapan tahun untuk pulih dan dibangunkan semula. Konflik menjadi semakin parah apabila AS mengisytiharkan kesediaan membantu tentera Iraq di bawah pimpinan Perdana Menteri Nouri Al-Maliki yang berfahaman Syiah. Presiden AS, Barack Obama berkata, Pentagon bersedia menghantar 300 askar, aset pertahanan dan penasihat untuk perangi ISIL. “Gerakan ISIL boleh menimbulkan ancaman di seluruh dunia. AS sedia menghalang ia daripada merebak ke Barat dan negara Asia,” katanya. Jurucakap Rumah Putih, Jen Psaki berkata, AS kini memantau pergerakan ISIL bagi menghalang mereka menawan Baghdad. “ISIL menguasai kompleks Al-Muthanna iaitu kilang penghasilan senjata kimia. Kawasan itu hanya terletak 72 kilometer di utara Baghdad. Ia berpotensi menghasilkan gas sarin seperti yang pernah mereka lakukan pada 1980-an sejurus Presiden Saddam Hussein berkuasa,” katanya. Oleh itu, apakah pendirian AS? Mengapa AS menentang ISIL yang berfahaman Sunni di Iraq tetapi menyokong Tentera Pembebasan Syria (FSA) yang juga berfahaman Sunni. Bagaimanakah hubungan AS dengan Iran memandangkan Iran adalah sekutu kuat Nouri kerana berfahaman Syiah.

Penyanyi wanita ditembak mati
Ghazala Javed
PESHAWAR - PAKISTAN. Seorang penyanyi wanita maut ditembak oleh lelaki tidak dikenali dalam siri serangan terbaharu pembunuhan artis di barat laut Pakistan, semalam. Ketua polis tempatan Riazul Haq berkata, Gulnar, 38, atau lebih popular digelar Muskan ditembak empat lelaki bersenjata di rumahnya. “Beliau maut di hospital kerana kecederaan parah. Mangsa pernah berkahwin sebanyak tiga kali dipercayai mempunyai beberapa musuh peribadi," katanya. Serangan terhadap penyanyi wanita adalah perkara biasa di wilayah barat laut negara itu kerana kawasan terbabit berada di bawah kawalan kumpulan konservatif, Khyber-Pakhtunkhwa yang menganggap seni persembahan sebagai haram, laporan dipetik dari AFP.

Tentera rejim tembak budak empat tahun
Tentera FSA dan doktor sukarelawan membantu menyelamatkan kanak-kanak di kem pelarian.
BEIRUT - LUBNAN. Helikopter tentera Syria membedil kem pelarian berhampiran sempadan Jordan menyebabkan sembilan kanak-kanak seawal usia empat tahun terkorban, awal pagi kelmarin. Ketua Kumpulan Hak Asasi Manusia bagi Syria, Abdel Rahman berkata, kanak-kanak itu antara 19 orang awam terbunuh dalam serangan udara terbaharu di kem pelarian berhampiran kampung Shajara, selatan Damsyik. “Mangsa korban adalah sembilan budak, tujuh lelaki dan tiga wanita. Kesemuanya adalah pelarian dari wilayah Daraa,” katanya. Menurutnya, laporan dipetik dari AFP, tentera rejim Presiden Bashar al-Assad meningkatkan serangan di wilayah Daraa, sejak pergolakan memuncak di Iraq.

Hanez bakal didakwa?
Hanez Suraya
KEPUTUSAN Nur Liyana Abdul Manan menarik balik tuntutan fasakh ke atas suaminya, Romie Razin Adilha yang juga teman lelaki aktres terkenal, Hanez Suraya mencetuskan semula kontroversi. Mengambil langkah untuk bercerai secara baik, tindakan Nur Liyana itu juga mendapat sokongan daripada pengikutnya menerusi akaun Facebook ‘Kami Sokong Liyana Manan’. Malah menerusi akaun tersebut, ada pihak yang mendakwa Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz bakal didakwa kerana menjadi orang ketiga dalam rumah tangga mereka. Ketika ditanya mengenai perkara berkenaan, Hanez bagaimanapun enggan mengulas lanjut. "Jangan libatkan saya lagi. Saya dah tak nak campur masalah mereka lagi," katanya. Tetap dengan pendiriannya, Hanez juga enggan lagi berkongsi mengenai Romie yang baru sahaja kehilangan bapanya. "Saya pun tak nak komen tentang dia (Romie) lagi. Lagipun, ketika perbicaraan itu berlangsung, saya tiada di sini (Malaysia) kerana bercuti ke luar negara dan baru saja pulang tiga hari lalu," katanya. Jika sebelum ini, pelakon drama bersiri Love You Mr Arrogant ini bersikap lebih terbuka dalam soal percintaannya, namun kini aktres itu dilihat semakin berahsia. "Saya tak nak memperbesarkan lagi isu ini. Biarkanlah saya dengan kehidupan saya sekarang," katanya. Sebelum ini, Hanez ini dituduh sebagai punca pergolakan rumah tangga Liyana apabila pelakon itu mengakui bercinta dan bakal berkahwin dengan Romie. Malah tiket percutian mereka pernah disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pencuri buah sawit tak pernah serik
Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdul Razak (kanan) menunjukkan dua guni sawit tandan dan sebuah motosikal yang dirampas.
RAUB - Beberapa tangkapan melibatkan pencuri kelapa sawit seperti tidak memberi keinsafan buat individu lain yang masih menjalankan kegiatan terbabit. Ketua Polis daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, dua lagi suspek pencuri sawit tandan di Felda Tersang 1, dekat sini berjaya diberkas polis bantuan Felda pada jam 12 tengah malam kelmarin. Menurutnya, suspek ditahan ketika polis bantuan melakukan operasi penyelewengan sawit tandan dan relai bermula jam 7 petang kelmarin. “Dua suspek berusia 23 tahun dan 40 tahun ditahan bersama dua guni berisi beberapa tandan sawit," katanya. Beliau berkata, sebuah motosikal yang belum dikenal pasti pemiliknya turut dirampas dalam operasi terbabit dan kedua-dua suspek positif dadah jenis heroin. “Hasil siasatan tidak menolak kemungkinan aktiviti mencuri terbabit dilakukan berpunca kerana dadah,” katanya.

Tanda awal krisis cuaca
Gambar sekadar hiasan
FENOMENA El Nino dijangka akan memberi kesan besar kepada kehidupan seharian rakyat di Malaysia dan fenomena ini akan memberi implikasi yang berbeza berbanding cuaca kering yang melanda negara awal tahun ini. Tanda-tanda awal fenomena El Nino sudah kelihatan apabila berlakunya peningkatan suhu air laut dan kenaikan suhu berdasarkan pemantauan Jabatan Meteorologi. Ketua Pengarahnya, Datuk Che Gayah Ismail berkata, jika melihat model ramalan yang digunakan di seluruh dunia mendapati, kira-kira 70 peratus daripada model itu menyatakan kebarangkalian berlakunya fenomena tersebut. “Ada banyak model ramalan digunakan di seluruh dunia untuk mengukur kebarangkalian fenomena El Nino akan berlaku atau tidak. Ini hanya ramalan saja. “Cuma, negara kita akan mengalami kesan daripada fenomena ini. Sekiranya El Nino berlaku pada tahap sederhana dan kuat, impaknya lebih ketara terutama di Sabah dan Sarawak. Kalau lemah, kesannya adalah kurang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian. Menurutnya, negara akan mengalami musim kering dan panas kesan daripada fenomena itu, selain kemungkinan dilanda jerebu sekiranya adanya kebakaran terbuka dilakukan.
Berlaku antara Jun hingga September dan berlarutan
Dalam pada itu, katanya, permulaan fenomena El Nino dijangka berlaku antara Jun hingga September ini dan boleh berlarutan sehingga 18 bulan. “Kesan El Nino itu bukan datang secara berterusan, tetapi secara perlahan-lahan sehingga boleh mencecah enam hingga 18 bulan. “Ini kerana tempoh hayat sesuatu fenomena adalah 18 bulan,” katanya. Menurutnya, kesan El Nino boleh diukur mengikut kategori, iaitu lemah, sederhana dan kuat, dengan setiap kategori ditentukan berdasarkan tahap kenaikan suhu air di Lautan Pasifik. Beliau juga memberi amaran peningkatan suhu yang menyebabkan kekeringan melampau, boleh membawa kepada ancaman jerebu. “Kebiasaannya, musim Monsun Barat Daya akan menyebabkan berlakunya kebakaran hutan di Sumatera dan Semenanjung Malaysia, sekali gus akan menyebabkan berlakunya jerebu. “Keadaan akan menjadi buruk sekiranya negara dilanda El Nino dalam kategori kuat yang boleh menyebabkan jerebu teruk dan tebal. Ini akan memberi kesan terutama kepada kesihatan, sektor pertanian, sektor penerbangan dan aktiviti luar,” katanya. Tambahnya, pihaknya memantau perkembangan fenomena El Nino secara berterusan dan akan memaklumkan status terkini berhubung perkara itu kepada semua agensi terlibat supaya mereka bersedia. Jika jerebu melanda kesan daripada fenomena itu, beliau berkata, pihaknya bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersedia melaksanakan pembenihan awan. “Kami juga sedang melaksanakan kajian mengenai keberkesanan pembenihan awan untuk kita optimumkan dari segi operasi tersebut,” katanya.
Taburan hujan akan berkurangan
Semua negeri di Malaysia dijangka akan mengalami penyusutan hujan antara 20 hingga 40 peratus daripada taburan biasa. “Untuk bulan Julai hingga September, taburan hujan akan kembali seperti biasa, bagaimanapun kita harus ingat bahawa ketika itu adalah musim kering kerana berada dalam monsun Barat Daya. “Sama ada berlaku fenomena El Nino atau tidak, pada masa itu ialah musim kering dan (taburan) hujan memang sedikit,” katanya. Sehingga kini, Che Gayah berkata, belum ada petunjuk konklusif menunjukkan fenomena El Nino yang bakal berlaku tahun ini adalah lebih teruk berbanding insiden 1998. “Ada saintis yang membuat andaian itu, namun semuanya masih terlalu awal (untuk menyatakan tentang perkara ini),” katanya. Justeru, beliau meminta semua pihak supaya bersedia menghadapi musim kering kelak. “Dari segi persediaan, saya percaya, syarikat bekalan air dan pelbagai agensi lain mempunyai prosedur operasi standard (SOP) masing-masing bagi mengurangkan impak El Nino,” katanya.
Malaysia pernah alami El Nino 12 kali
Malaysia pernah dilanda El Nino sebanyak 12 kali sebelum ini, dengan yang terburuk pada tahun 1982, 1983, 1997 dan 1998. Cuaca paling panas yang pernah direkodkan di negara ini ialah 40.1 darjah Celsius iaitu ketika El Nino pada tahun 9 April 1998 di Chuping, Perlis. Tahun 1998 merupakan tahun yang merekodkan suhu tertinggi terbanyak dengan 50 peratus daripada rekod suhu tertinggi dicatatkan. Pada tahun itu juga, negara-negara Asia Tenggara iaitu Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand turut merasai impak yang sama. Cuaca panas juga meningkatkan kes penyakit sensitif iklim seperti taun, demam denggi dan malaria. Kesan fenomena ini juga tertumpu kepada sekitar di mana, krisis bekalan air di Lembah Kelang dan masalah jerebu menjadi isu besar. Keadaan panas mendorong kepada proses sejatan daripada kawasan tadahan air. Ia akan menyebabkan krisis bekalan air, manakala, jerebu pula disebabkan kebakaran hutan yang tidak mampu dikawal.
Cuaca panas sekarang, bukan El Nino lagi
Secara umumnya, negara kita masih belum mengalami episod El Nino, namun Jabatan Meteorologi Malaysia memantau secara rapi perkembangan fenomena El Nino dari semasa ke semasa. Pengarah Bahagian Korporat dan Komersial, Jabatan Meteorologi, Maznorizan Mohamad berkata, cuaca panas dan sedikit kering di alami oleh negara sekarang ini adalah disebabkan negara kita sedang berada di fasa musim Monsun Barat Daya. “Cuaca panas merekodkan purata suhu maksima di kebanyakan tempat berada pada 32 ke 35 darjah Celsius, namun ada beberapa lokasi seperti di Kuala Krai, Subang, Termeloh dan Sri Aman mencatatkan suhu 36 darjah Celsius. “Peningkatan suhu ini disebabkan Monsun Barat Daya yang bermula pada 15 Mei lalu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini. Beliau berkata, El Nino hanya akan berlaku apabila anomali purata suhu permukaan laut di kawasan Khatulistiwa Lautan Pasifik tengah dan timur adalah melebihi 0.5 darjah Celsius daripada biasa bagi sekurang-kurangnya lima bulan berturut-turut. “Malaysia kini sedang mengalami musim kering disebabkan musim Monsun Barat Daya. Ini bukan kerana El Nino kerana peningkatan suhu dan musim kering memang akan berlaku pada musim ini, sama ada berlaku El Nino atau tidak. “Dalam tempoh ini, taburan hujan berkurangan secara mendadak dan ini menyebabkan suhu juga meningkat sedikit,” katanya. Maznorizan berkata, model-model iklim di seluruh dunia menjangkakan episod El Nino ini akan bermula antara bulan Jun hingga September 2014 dan akan memuncak pada akhir tahun. Awal tahun ini, negara sebelum ini dikejutkan dengan musim panas kering yang mengakibatkan krisis bekalan air di Lembah Klang dan Selangor. Kesemua empangan di Selangor berhadapan masalah penurunan paras air takungan termasuk tiga empangan yang paling kritikal iaitu Empangan Klang Gates, Empangan Sungai Selangor dan Empangan Langat. Selangor dan Lembah Klang terpaksa menghadapi catuan air yang lanjutan sehingga tiga bulan dan berakhir pada 1 Mei lalu.

Ukraine umum gencatan senjata
Ukraine menghentikan operasi ketenteraan selama tujuh hari sebagai usaha untuk meredakan ketegangan di timur negara itu.
KIEV - UKRAINE. Presiden Ukraine, Petro Poroshenko mengarahkan operasi ketenteraan ke atas kumpulan pelampau pro-Rusia dihentikan selama seminggu sebagai sebahagian daripada pelan damai untuk meredakan konflik di negara itu. Poroshenko memaklumkan walaupun gencatan senjata dilaksanakan tentera tetap akan bertempur sekiranya kumpulan militan melancarkan serangan. "Segala operasi ketenteraan akan dihentikan sehingga 27 Jun depan," katanya dipetik Al Jazeera. Menurutnya lagi, langkah itu membolehkan kumpulan pelampau berundur dan meninggalkan negara itu bagi memberi peluang kepada kerajaan mengadakan rundingan baharu.

'Tak sangka rakan baik maut'
Keadaan motosikal mangsa selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Ayer Molek-Tehel, kelmarin. Gambar kecil: Mangsa maut di tempat kejadian.
AYER MOLEK - Seorang lelaki tidak menyangka mayat yang terlibat dalam kemalangan maut yang berlaku di Jalan Ayer Molek-Tehel, kelmarin, adalah kawannya baiknya sendiri. Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Zolkipli Bakri, 37, yang dalam perjalanan dari tempat kerja di Bukit Beruang bertembung dengan nahas yang berlaku itu tetapi tidak berhasrat untuk memberhentikan kenderaannya. Namun apabila melihat melihat ayah rakannya, Ibarim Ahmadu, 33, berada di kawasan berhampiran kemalangan itu, dia terus berhenti dan bertanya perkara sebenar. “Saya dalam perjalanan balik ke rumah di Kampung Tambah Paya dan melihat orang ramai berkumpul di sebuah lokasi kemalangan namun tidak berhasrat untuk berhenti sehinggalah terlihat ayah sahabat saya di situ. “Saya segera menghentikan motosikal di bahu jalan namun sangat terkejut apabila melihat sekujur tubuh tidak bernyawa di atas jalan raya adalah sahabat saya sendiri,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Zolkipli berkata, kebiasaannya pada waktu tersebut Ibarim atau dipanggilnya 'Brahim' membantu ayahnya berniaga di kedai. “Saya sangat terkejut dengan apa yang berlaku kerana semua rakan mengenali Brahim sebagai seorang yang tidak pernah meninggalkan kedainya pada waktu bekerja. “Kami sudah bersahabat baik semenjak di bangku sekolah rendah dan saya akan bertemunya setiap minggu di kedai makan keluarganya jika ada masa yang terluang,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, mangsa datang dari arah persimpangan Tehel menghala simpang empat lampu isyarat Tun Kudu sebelum melanggar bahagian belakang sebuah lori dipandu seorang lelaki berusia 66 tahun. “Sebelum kejadian, lori yang mahu masuk simpang ke kanan untuk ke sebuah kedai hardware telah memperlahankan kenderaannya namun tiba-tiba dilanggar mangsa yang menunggang Honda EX5. “Mangsa kemudian terus jatuh ke atas jalan dan meninggal dunia dipercayai akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Menurutnya, mangsa yang dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 14(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kampung Palestin diiktiraf Unesco
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin memutuskan untuk menyenaraikan sebuah perkampungan Palestin di Tebing Barat sebagai tapak warisan dunia, sekali gus menghalang Israel membina tembok pemisah di kawasan tersebut.
Keputusan diambil selepas Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) mengadakan mesyuarat di Doha dan memilih kampung pertanian Battir untuk mendapatkan pengiktirafan status dilindungi itu.
Difahamkan, langkah tersebut juga dilihat akan membantu penduduk Palestin menentang rejim Zionis selepas mereka sewenang-wenangnya mengarahkan Tel Aviv untuk menukar laluan tembok pemisah di kawasan terbabit.
Duta Palestin ke Unesco, Rula Ma'ayah menyifatkan keputusan gembira yang akan kekal dalam ingatan penduduk Palestin itu sebagai satu langkah berani.
"Pengiktirafan itu memberi jaminan perkampungan terbabit akan dilindungi undang-undang antarabangsa, sekali gus menghalang Israel daripada memusnahkan tinggalan sejarah di Battir," katanya dipetik Reuters.
TOP
Bekas wartawan jadi Permaisuri Sepanyol
MADRID - SEPANYOL. Seorang bekas wartawan dan pembaca berita daripada kalangan rakyat biasa menjadi Permaisuri Sepanyol selepas suaminya, Raja Felipe VI dilantik menjadi Raja, kelmarin.
Sungguh pun mempunyai latar belakang berbeza, ramai beranggapan Letizia Ortiz, 41, mampu menyesuaikan diri dalam menjalani kehidupan seharian sebagai keluarga diraja.
Felipe, 46, menjadi Raja selepas bapanya, Juan Carlos turun takhta awal bulan ini kerana masalah kesihatan.
Pasangan itu berkahwin pada 2004 dan kini dikurniakan dua cahaya mata, laporan dipetik dari Reuters.
TOP
Qari, qariah Malaysia johan tilawah
AHMAD TIRMIZI (kiri) bersama Hanimzah bersama hadiah masing-masing selepas dinobatkan sebagai johan majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa Ke-56 di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur malam tadi.
JOHAN. Malaysia berjaya membolot hadiah utama apabila qari negara, Ahmad Tirmizi Ali dan qariah, Hanimzah Jalaluddin masing-masing diumumkan sebagai johan pada Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa Ke-56 yang berakhir malam tadi. Johan qari dan qariah itu membawa pulang hadiah jongkong emas 350 gram bernilai RM70,000 serta wang tunai RM40,000, sijil penyertaan dan piala pusingan. Sementara itu, qari Turki, Mehmet Bilir dan qariah Filipina, Rahima Pandoniongan Amerol menduduki tempat kedua. Tempat ketiga bahagian qari dimenangi peserta Indonesia, Ihsan Nuzula Zanri, manakala qariah pula dimenangi peserta Brunei, Siti Huzzaimah Yadey Rosli. Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan mengurniakan hadiah kepada para pemenang dan menyempurnakan majlis penutup tilawah itu yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur sejak 16 Jun lalu.

PM Iraq digesa berundur
Nouri al-Maliki
BAGHDAD - IRAQ. Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki digesa berundur selepas kumpulan militan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) semakin mara. Sejak memegang jawatan itu pada 2006, ISIL telah beberapa kali mencabar kredibiliti Nouri hingga menyebabkan pesaing beliau yang mendapat sokongan negara Barat melancarkan kempen untuk menggulingkannya. Difahamkan, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama juga mula memberi tekanan kepada Nouri supaya meletak jawatan kononnya sebagai usaha untuk mengelakkan negara itu daripada terjerumus ke kancah perang saudara. "Hanya pemimpin yang berwibawa dapat memimpin penduduk Iraq untuk berdepan dengan krisis tersebut," kata Obama, dipetik AFP. Ketika ini, kebanyakan penduduk turut mengkritik kerajaan pimpinan beliau kerana menjalinkan hubungan rapat dengan negara aliran Syiah seperti Iran.

13 ditembak mati
Pasukan keselamatan sering menjadi sasaran serangan di wilayah bergolak Xinjiang.
BEIJING - CHINA. Seramai 13 penyerang ditembak mati selepas mereka merempuh dan meledakkan bahan letupan di sebuah bangunan keselamatan awam di wilayah bergolak Xinjiang, menurut pihak berkuasa, semalam. Laman Tianshan melaporkan tiga anggota polis turut cedera dan tiada orang awam terlibat dalam kejadian keganasan terbaharu di Kashgar itu. "Polis bertindak segera melepaskan tembakan ke arah kumpulan lelaki terbabit. Pihak berkuasa juga masih belum mengesahkan sama ada mereka menggunakan lebih daripada satu bahan letupan," menurut laporan tersebut. Susulan daripada itu, polis kini sedang melakukan siasatan untuk mengenal pasti dalang serangan tersebut. Menurut AFP, sebelum ini, Beijing sering menuduh pelampau agama dan pemisah etnik dalam kalangan penduduk minoriti di Xinjiang sebagai pihak bertanggungjawab mendalangi serangan ke atas polis atau agensi kerajaan di negara itu. Bagaimanapun, etnik Uighur bertindak menafikan dakwaan tersebut sekeras-kerasnya dan menyifatkan ia sebagai tuduhan tidak berasas. Awal minggu lalu, tiga dijatuhi hukuman mati selepas disabit kesalahan kerana melakukan serangan berdarah di Dataran Tiananmen di wilayah Xinjiang, Oktober lalu.

MAHA 2014 sasar RM20 juta jualan
MELAKA – Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2014 yang akan diadakan pada November ini menyasarkan jualan sebanyak RM20 juta.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata, pameran dwitahunan yang berlangsung selama 11 hari bermula 20 November ini di Serdang, Selangor juga dijangka bakal menggamit lima juta pengunjung.
“Pada MAHA 2012, jualan mencecah RM10 juta dengan pengunjung 3.3 juta, jadi tahun ini sasaran kita letak lebih besar.
“Selain itu, kita juga mengatur padanan perniagaan buat usahawan pertanian dan industri asas tani bukan sahaja dengan peniaga dalam negara malah dari luar negara,” katanya di sini semalam.
TOP
Maut ditembak dua penjenayah
ANGGOTA keluarga Gurubaran tidak dapat menahan kesedihan ketika melihat mayat lelaki itu yang mati ditembak di Taman Songket, Sungai Petani, Kedah semalam. Gambar kecil ialah Gurubaran.
SUNGAI PETANI – Seorang penganggur lelaki maut selepas ditembak dua penjenayah ketika menunggang motosikal di Taman Songket, Jalan Kuala Ketil di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 10.15 malam itu, mangsa, M. Gurubaran, 24, dari Taman Keladi di sini dikatakan menunggang motosikal itu sendirian untuk pergi ke rumah kawannya yang terletak di kawasan perumahan tersebut.
Difahamkan, sebaik memasuki kawasan perumahan berkenaan, sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki kemudian datang dari arah belakang dan memintas mangsa sebelum pembonceng motosikal itu melepaskan beberapa das tembakan ke arah Gurubaran.
TOP
Militan bunuh 30 askar Iraq
BEBERAPA anggota sukarelawan Iraq menaiki sebuah trak yang membawa meriam ketika berarak di sebatang jalan raya di Baghdad semalam.
BAGHDAD - Kumpulan militan menawan sebuah pos Iraq yang digunakan penduduk untuk menyeberangi ke Syria, kata beberapa pegawai keselamatan semalam. Pos Qaim itu ditawan selepas para militan itu bertempur sepanjang hari dan membunuh kira-kira 30 askar Iraq. Tindakan militan yang berjaya menawan pos tersebut memberi tamparan hebat buat Perdana Menteri Iraq, Nouri Al-Maliki kerana kerajaan pimpinannya didesak supaya menangani kumpulan militan Islam. Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syam (ISIL) itu berjaya menawan sejumlah besar kawasan di negara ini termasuk bandar kedua Iraq, Mosul. Anggota-anggota kumpulan itu juga berikrar akan mara ke Baghdad. Kumpulan ISIL itu menawan pos tersebut yang terletak dekat bandar Qaim, 320 kilometer ke barat Baghdad kelmarin. Seorang ulama Syiah di Iraq, Ayatollah Ali Al-Sistani kelmarin mendesak Nouri untuk mencapai persetujuan dengan kumpulan Sunah dan Kurdis. Desakan itu dibuat selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mencabar Nouri untuk mewujudkan kepimpinan yang mewakili semua penduduk Iraq. - Agensi

Pemimpin Ikhwanul dihukum mati
Mohamed Badie, (bawah tengah) dan pemimpin Ikhwanul Muslimin, semasa hadir di mahkamah di Minya, baru-baru ini. – AGENSI
KAHERAH - Sebuah mahkamah di Mesir semalam mengesahkan hukuman mati ke atas 183 penyokong bekas Presiden, Mohamed Morsi termasuk pemimpin pertubuhan Ikhwanul Muslimin, Mohammed Badie, kata sumber kehakiman. Dalam kes yang bermula pada April lalu, Hakim Saeed Youssef mengeluarkan arahan awal berkaitan hukuman mati terhadap 683 yang dituduh menyerbu sebuah balai polis di bandar Al-Idwa di wilayah Minya. Kumpulan 683 orang itu juga didapati menyebabkan seorang pegawai polis terbunuh. Serangan tersebut berlaku ketika anggota-anggota pertubuhan tersebut melakukan tindak balas kerana marah dengan pembunuhan ratusan penyokong Morsi ketika anggota-anggota polis menyuraikan para penunjuk perasaan di dua kem di Kaherah. Semalam, Saeed mengesahkan hukuman mati ke atas seramai 183 orang. Empat orang menerima hukuman penjara seumur hidup manakala 496 orang lagi dibebaskan, kata sumber berkenaan. Kebanyakan yang menerima hukuman itu dibicarakan tanpa kehadiran mereka. Keputusan itu dibuat dua minggu selepas bekas Ketua Tentera Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi dilantik sebagai Presiden selepas memenangi pilihan raya yang diadakan pada Mei lalu. Pada minggu ini, Badie juga dijatuhkan hukuman mati di sebuah lagi mahkamah. Mahkamah itu membuat keputusan tersebut selepas mendapati dia dan 13 orang lagi bersalah mencetuskan keganasan sehingga menyebabkan 10 orang terbunuh dekat Masjid Al-Istigama di kawasan perumahan Giza, Kaherah selepas Morsi digulingkan tentera. - Agensi

14 anggota keluarga ada 6 jari tangan, kaki
LIMA anggota keluarga da Silva yang memiliki enam jari tangan dan enam jari kaki iaitu Bernardo (kiri), Silvia (dua dari kiri), Pedro (tengah), Silvana (dua dari kanan) dan de Assis (kanan) bergambar di Brasilia kelmarin.
BRASILIA, Brazil - Seramai 14 anggota keluarga da Silva mempunyai enam jari tangan dan enam jari kaki sejak mereka dilahirkan di negara ini. Keluarga itu yang tinggal di Aguas Claras berdekatan bandar raya ini memiliki keistimewaan tersebut kerana mereka menghidap penyakit genetik yang dikenali sebagai polidaktili. Antara anggota keluarga itu yang memiliki lebih satu jari berbanding manusia normal itu ialah Bernardo de Assis, Silvia Santos da Silva, Pedro de Assis, Silvana Santos da Silva, Joao de Assis, dan Ana Carolina Santos. Keluarga itu bangga dengan kelebihan yang dimiliki mereka dan berharap Brazil akan menjadi juara bola sepak Piala Dunia buat kali keenam pada bulan depan. Pusingan akhir bola sepak Piala Dunia berlangsung dari 12 Jun hingga 13 Julai depan di Brazil. Anggota-anggota keluarga itu juga boleh memasak, memetik gitar dan bermain bola sepak dengan menggunakan semua jari mereka. Seorang anggota keluarga itu, Joao de Assis da Silva, 15, bercita-cia masuk menjadi penjaga gol apabila meningkat dewasa. "Setiap orang di Brazil menyintai sukan bola sepak dan mahu menjadi bintang sukan itu sejurus selepas mereka membesar," katanya sambil kakinya menendang bola sepak di atas gelanggang bola keranjang dengan dua sepupunya. "Memiliki enam jari telah membantu saya bermain bola sepak. "Saya boleh memegang bola itu dengan mudah. Tangan saya lebih besar berbanding orang lain," tambahnya. Anggota keluarga itu yang pertama memiliki enam jari ialah moyang de Assis. Beberapa ahli keluarga wanita itu telah memotong ibu jari kaki bagi membolehkan mereka memakai kasut. Namun, golongan lelaki keluarga tersebut kekal menyimpan semua enam jari kaki mereka. Salah seorang anggota keluarga itu, Silvia Santos da Silva berkata, anggota-anggota keturunannya yang dilahirkan tanpa enam jari tangan dan enam jari kaki akan berasa terasing ketika berada dalam famili tersebut. "Bapa saya kerap mendapati memiliki enam jari tangan dan enam jari kaki sebagai sesuatu yang normal," katanya yang merupakan nenek kepada keluarga da Silva. Menurut Silvia, bapanya itu sebaliknya akan menganggap manusia yang memiliki lima jari tangan dan lima jari kaki pula sebagai sesuatu yang luar biasa. Dia berkata, cucunya yang memiliki lima jari berasa dirinya terasing di dalam keluarga tersebut. Brazil memenangi perlawanan pembukaan menentang Croatia dengan keputusan 3-1 tetapi seri 0-0 ketika bertemu dengan Mexico. Skuad bola sepak negara ini akan menentang Cameroon di Brasilia esok pada perlawanan terakhir kumpulan A. - Reuters

Kualiti cetak macam dalam skrin
REPLIKA bangunan ini dihasilkan dalam tempoh sebulan.
KAYU ialah sejenis bahan organik berserat yang dijumpai dalam batang dan akar pokok atau tumbuh-tumbuhan. Kayu juga telah menjadi bahan bakar dan bahan pembinaan selama beribu-ribu tahun. Malah, kayu turut digunakan untuk menghasilkan perabot seperti meja dan kerusi, pintu, tingkap dan rangka atap. Melihatkan potensi besar dalam bidang pembuatan cenderahati berasaskan kayu, pemilik Rezeki Niaga Services & Marketing, Ahmad Fazrin Abdul Rahman, 32, tidak menunggu lama untuk mencuba cabang perniagaan itu. Dia membuka perniagaan sendiri pada tahun 2002 selepas bekerja dalam bidang sama selama setahun untuk mendapatkan pengalaman. "Jika dahulu, seni pembuatan cenderahati ini lebih kepada percetakan dan kanvas tetapi kini, ia beralih kepada kayu sebagai bahan utama. "Malah, setiap proses pembuatan cenderahati ini kami lakukan sendiri bermula daripada mereka bentuk produk yang diinginkan pelanggan sehinggalah kepada penghasilan produk akhir," ujarnya yang menjalankan perniagaan itu bersama rakan kongsi, Mohd. Mahlawi Abdul Yaarus, 26. Ketika mula-mula membuka perniagaan itu, Ahmad Fazrin mendapati tidak ramai bumiputera yang menghasilkan kraf tangan berasaskan kayu dan cetakan laser.
KESELURUHAN proses membuat bingkai ini mengambil masa selama 30 minit sahaja.
"Boleh dikatakan tidak sampai 10 peratus daripada pemain industri terdiri daripada usahawan bumiputera kerana bidang ini didominasi kaum Cina.
Kayu Eropah
Jelasnya, pada masa itu belum ramai usahawan yang berani mengetengahkan penggunaan kayu dan laser dalam menghasilkan aksesori, kaligrafi dan lakaran menarik pada bingkai gambar. "Keunikan produk bawah jenama Preka ini terletak pada jenis kayu yang digunakan. "Kami menggunakan kayu tempatan seperti nyatuh, meranti, mesawa dan mepisang selain kayu jenis mapel, walnut dan ceri. "Kebanyakan kayu yang digunakan untuk menghasilkan produk seperti kaligrafi, bingkai gambar, sarung telefon bimbit, potret, rantai kunci dan magnet peti sejuk ini dibawa dari Eropah," beritahu beliau yang juga mempunyai sebuah kedai kraf tangan di Pasar Seni, Kuala Lumpur dan bengkel kraf di Ukay Perdana, Selangor. Ujarnya, kayu memainkan peranan penting dalam penghasilan kraf tangan yang berkualiti dan cantik. "Kualiti produk bergantung kepada rekaan dan tekstur kayu kerana tidak semua jenis kayu boleh dipotong. Malah, kami turut mengekalkan warna asal kayu pada produk berkenaan. "Seperti walnut, ia kayu bermutu tinggi, senang dibentuk dan diperakui sebagai bahan kemasan bernilai. "Ia menampilkan warna yang pelbagai iaitu coklat kekelabuan dan coklat ungu selain tumbuh secara meluas di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia," jelasnya sambil memberitahu, pelbagai rekaan bangunan serta flora dan fauna menjadi tema kepada penghasilan produknya itu. Tambahnya, kayu dari Eropah itu amat bersesuaian kerana tahan lama selain tidak mudah melengkung apabila dipotong. "Kami mempunyai pembekal kayu yang beroperasi di sekitar Sungai Buloh, Selangor.
PELBAGAI barangan cenderahati seperti sarung telefon bimbit, rantai kunci dan pelekat magnet dihasilkan melalui penggunaan kayu dan cetakan laser.
"Kami hanya menggunakan lapisan kayu atau venir bagi memudahkan ia dipotong dan dibentuk mengikut keperluan produk. "Kayu yang paling sukar dibentuk pula ialah kayu jati kerana sifatnya yang keras," katanya yang dibantu oleh ejen jualan di seluruh Malaysia.
Sewa mesin laser
Agak ralit seketika apabila melihat cetakan gambar menggunakan pencetak laser di atas kepingan kayu yang menyamai gambar asal seperti yang dipaparkan di skrin komputer. Setiap urat baju seperti dalam gambar tersebut dicetak satu persatu sehingga membentuk imej yang dikehendaki. Jelas Ahmad Fazrin, bermula dengan hanya menyewa mesin cetak laser pada kadar harga RM1 seminit selama lebih setahun, kini dia sudah mempunyai tiga buah mesin laser bagi menampung permintaan produk yang semakin meningkat itu. "Pada masa itu, kami kekurangan modal untuk membeli mesin cetak laser yang mencecah harga RM70,000 seunit. Bagi memudahkan kerja-kerja percetakan, kami menyewa sahaja mesin tersebut. "Rekaan menggunakan mesin cetak laser sangat mudah selain menjimatkan masa. Rekaannya pula tampak lebih kemas, teratur serta cantik," ujarnya yang mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang seni lukis dan reka bentuk. Jika dahulu, masa yang lama diperuntukkan hanya untuk menyiapkan beberapa unit cenderahati tetapi kini, beliau boleh menyiapkannya dengan lebih cepat dan mudah. "Setiap produk yang dihasilkan dapat disiapkan dengan pantas walaupun memerlukan ketelitian bagi menyiapkan rekaan yang lebih terperinci, halus serta kemas. "Caranya mudah, asalkan kita kreatif dan mahir menggunakan perisian berkaitan," katanya yang pernah mengambil masa selama beberapa jam untuk menyudahkan rekaan bingkai gambar secara manual.
REKAAN menggunakan mesin cetak laser menjimatkan masa selain tampak lebih kemas dan cantik.
Namun kini, proses menghasilkan cenderahati mengambil masa selama 20 hingga ke 30 minit sahaja. Selain cenderamata, pihaknya turut menerima tempahan membuat replika bangunan menggunakan kayu. Pelbagai rekaan bangunan sudah dihasilkan, antaranya reka bentuk dalaman masjid berserta tulisan kaligrafi. "Bagi rekaan replika bangunan, kami memperuntukkan masa selama sebulan untuk merealisasikan sebuah rekaan yang mencecah harga ribuan ringgit. "Setiap inci rekaan perlu diperhalusi dan agak rumit kerana membabitkan beberapa bahagian binaan," katanya sambil memberitahu, harga produk ditentukan berdasarkan saiz dan kuantiti tempahan.
Tempahan online
Ditanya mengenai medium pemasaran, Mohd. Mahlawi berkata, laman sosial Instagram menggunakan nama Rina Craft diwujudkan bagi memudahkan pelanggan membuat tempahan. "Kami perlu mengikut arus teknologi selain mengekalkan cara tempahan biasa. Kami turut membuka tempahan menerusi laman sosial. "Medium itu memudahkan pelanggan tidak kira di mana mereka berada sama ada di dalam mahupun di luar negara. "Jika permintaan terhadap sesuatu rekaan semakin menurun, kami perlu segera mencipta produk baharu yang lebih unik," tambahnya sambil menyatakan, pelanggannya terdiri daripada agensi kerajaan, syarikat swasta dan orang perseorangan. Jenama Preka turut mula dikenali di luar negara seperti di Singapura dan Maldives.

Aksesori kulit katak
DOMPET sekecil ini dijual pada harga RM710.
KATAK tebu merupakan spesies amfibia yang berbahaya dan beracun. Namun, seorang pereka fesyen Poland sanggup menggadai nyawanya apabila mencipta aksesori wanita menggunakan kulit haiwan tersebut. Walaupun kulit harimau, singa dan ular menjadi tumpuan utama penggemar aksesori kulit binatang, namun, inovasi daripada kulit katak tersebut turut menjadi trend di negara-negara Eropah. Menurut pereka fesyen yang mempertaruhkan jenama Kobja tersebut, Monika Jarosz, idea untuk menghasilkan aksesori daripada kulit katak tebu itu diperoleh menerusi satu kisah dongeng kanak-kanak mengenai si katak yang bertukar menjadi putera raja. "Pada waktu itu, seorang rakan saya yang baru pulang dari New Zealand menghadiahkan saya seekor katak sebagai cenderamata. "Katanya, haiwan tersebut menjijikkan disebabkan struktur badan dan kulitnya yang menggerutu selain memiliki mata yang sangat besar dan bulat," ujarnya. Tambah Jarosz, dia kemudian mendapat idea untuk membuat aksesori wanita berupa beg duit yang sungguh menarik sehingga dipuji oleh teman baiknya. Lebih menarik, Jarosz meletakkan batu permata dan kristal Swarovski di ruang mata haiwan tersebut sebagai hiasan sekali gus menonjolkan lagi nilai eksklusif beg yang dihasilkan itu.
JAROSZ bersama sebahagian daripada produknya.
Berhijrah
Sebelum bergiat aktif dalam dunia rekaan tersebut, Jarosz yang berasal dari Poland berhijrah ke Perancis untuk bekerja sebagai model. Bagaimanapun, minatnya tiba-tiba berubah selepas dia melihat deretan barangan unik yang terjual di pasaran. Dari saat itu, dia mula terfikir untuk menghasilkan sesuatu yang berharga daripada barangan terpakai. "Pada waktu itu saya ternampak seekor katak dan saya terus terbayangkan sesuatu yang unik yang mampu dibuat daripada seekor katak. "Namun, usaha untuk mencari bekalan kulit katak tersebut sangat susah kerana sukar diperoleh," jelasnya. Ujar Jarosz, dia terpaksa pergi ke restoran yang menyajikan hidangan katak semata-mata untuk mengetahui tempat mereka mendapatkan bekalan haiwan tersebut. Malangnya, usaha tersebut sia-sia. "Pada suatu hari, saya terbaca artikel mengenai katak yang mahu dimusnahkan di sebuah kepulauan Eropah.
BEG dompet daripada kulit katak tebu dalam variasi warna menawan.
"Pelbagai usaha saya lakukan sehingga akhirnya saya dapat membawa balik sejumlah katak untuk dibuat aksesori," ceritanya. Tambahnya, dengan bantuan seorang pengawet binatang di Cairns, Australia, Jarosz mengawet kulit katak tersebut sebelum dipotong, dijahit dan diletakkan batu kristal untuk mewujudkan elemen eksklusif dan menjadi aksesori fesyen yang popular. "Mula-mula saya melalui pelbagai kesukaran untuk mewarnakan kulit katak yang lebih nipis berbanding kulit haiwan lain itu. "Ini menyebabkan kami terpaksa mengulangi proses tersebut sehingga warna yang dioles ke permukaan kulit tersebut meresap," katanya.
Popular
Melihat sambutan yang memberangsangkan di pasaran Asia, Eropah dan Amerika Syarikat, Jarosz menghasilkan beberapa warna untuk penggemar aksesori kulit katak seperti merah delima, hijau zamrud, biru, Fuchsia dan hitam. Tiga tahun selepas itu, dia mengolah kulit katak tersebut menjadi aksesori wanita mewah dan eksklusif seperti beg, tali pinggang dan dompet. Beg unik daripada kulit katak itu dijual di kedai-kedai barangan mewah di bandar raya Tokyo, Beijing, New York, Paris dan Berlin. Bagi sebuah dompet, ia boleh dimiliki pada harga serendah RM710 hingga RM803, manakala beg besar RM3,850. Harga tersebut berbeza-beza di setiap negara. "Saya tidak menyangka beg ini begitu laris dan popular dalam sekelip mata sehingga ada yang memberikan gelaran tersendiri kepada beg katak saya," jelasnya.

Mi tarik tradisi China
CHEF AYUB YANG menarik doh bagi membentuk saiz mi yang diingini.
PENGATUP lensa kamera jurufoto Hafiz Johari pantas membidik aksi Chef Ayub Yang, 29, mengadun dan memintal mi dengan tangannya. Seolah-olah memahami, cef yang berasal dari Lanzhou, China itu memperlahankan sedikit pergerakan tangan bagi memudahkan aksinya dirakam jurugambar. “Kalau buat secara perlahan, mi mudah menjadi lembik dan hilang kekenyalannya apabila dimasak,” ujar Ayub bersahaja. Penerangan yang diberikan dalam bahasa Mandarin itu lantas diterjemah ke dalam bahasa Melayu oleh pengurus restoran, Firdaus Alex Koh, 41, yang turut berada di lokasi temu bual berlangsung. Biarpun Ayub tidak fasih berbahasa Melayu, pertemuan kru Jurnal dengan pembuat la mian atau mi tarik di Restoran Dong Yi Shun di Dataran Glomac, Kelana Jaya, Selangor itu berjalan lancar. Kata Ayub, untuk menghasilkan mi yang anjal dan sedap, doh daripada adunan tepung gandum dan air perlu diuli sehingga ramuan itu benar-benar sebati. Dia yang berpengalaman selama lebih 10 tahun dalam bidang pembuatan mi tarik memberitahu, doh yang telah siap kemudiannya dicanai dan dipintal dengan teknik tertentu bagi membentuk mi yang diingini.
Kekuatan
“Mi ini digelar mi tarik kerana doh lazimnya ditarik seluas bukaan tangan yang didepangkan. Bagi membentuk jaluran mi yang lebih halus, doh akan dileraikan di antara jari-jemari dan ditarik sekali lagi sehingga panjang. “Proses ini diulang beberapa kali sehingga mendapat tekstur mi yang lebih halus dan nipis. Pada masa yang sama, tepung ditabur pada doh bagi mengelakkan ia melekat antara satu sama lain,” ulasnya panjang lebar. Ayub mengakui, proses pembuatan mi tarik tidak semudah yang disangka kerana selain menuntut kesabaran yang tinggi, ia juga memerlukan kemahiran dan kekuatan tangan.
SELAIN mengekalkan resipi asli dari China, juadah di Restoran Dong Yi Shun juga halal dan enak untuk dinikmati segenap lapisan masyarakat.
“Proses menguli dan memintal pula mengambil masa antara tiga hingga lima minit sebelum mi dicelur dalam air mendidih. “Malah, ia hanya disediakan apabila dipesan oleh pelanggan bagi memastikan kesegarannya terjamin selain mengelakkan pembaziran,” ujarnya. Sementara itu, Firdaus memberitahu, la mian amat popular di negara China khususnya di utara Negara Tembok Besar itu. Menu la mian ayam ala Szechuan dan la mian daging menjadi hidangan popular dalam kalangan penduduk di sana kerana juadah berkenaan dapat membantu memanaskan badan ketika musim sejuk. Malah, katanya, mi tarik lebih berkhasiat berbanding produk mi lain di pasaran kerana tidak mengandungi bahan pengawet seperti asid borik yang biasanya digunakan ke atas makanan agar tahan lebih lama dan tidak mudah basi.
Dakwah
Firdaus yang juga Presiden Darul Fitrah Malaysia berkata, Restoran Dong Yi Shun diasaskan pada tahun 1995 oleh syarikat makanan halal, Dong Yi Shun Sdn. Bhd. yang beroperasi di Ningbo, China. Sehingga kini, ia mempunyai dua buah kilang pemprosesan makanan dan 11 buah cawangan restoran halal di beberapa wilayah di China termasuk Hangzhou, Shanghai, Shaoxi dan Yiwu. “Dong dalam bahasa Cina bermaksud timur manakala yi shun satu perjalanan yang lancar. “Di Malaysia, terdapat satu cawangan sahaja dan ia mula beroperasi sejak tahun 2006. Cawangan di sini (Kelana Jaya) akan berpindah ke Subang Jaya dalam masa terdekat,” katanya. Dalam pada itu, Firdaus yang memeluk agama Islam sejak 10 tahun lalu menjelaskan, restoran tersebut turut menjadi tumpuan saudara baharu untuk berkumpul dan berkongsi ilmu mengenai ajaran Islam. “Kami secara tidak langsung memberi khidmat kebajikan secara menyeluruh khasnya kepada saudara baru menerusi pendidikan, kaunseling dan dakwah dalam membina keimanan serta keyakinan yang mantap terhadap agama ini,” kongsinya. Berkonsepkan oriental, restoran itu turut popular dengan hidangan ladu ayam dan makanan laut, daging kambing goreng bersama jintan putih, nasi goreng daging, sate kambing dan itik panggang.

Ho Leng meninggal dunia akibat barah otak
SIBU - Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Assek, Wong Ho Leng yang menderita akibat penyakit barah otak menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Pakar Perubatan Rajang di Sibu pada pukul 10.50 malam tadi.
Perkara itu disahkan oleh isteri bekas Pengerusi DAP Sarawak tersebut iaitu Irene Chang.
Sebelum ini, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan bantuan berjumlah RM1 juta kepada Ho Leng bagi menanggung sebahagian kos perubatannya ketika menerima rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.
Bagaimanapun, Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak akan diadakan berdasarkan rekod sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula 20 Jun 2011.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK hanya boleh diadakan tidak kurang dari tiga tahun dari tarikh pembentukan kerajaan negeri. - KOSMO!
TOP
Ibu remaja OKU yang dikurung bersama sampah dan najis diberkas
NILAI: Ibu remaja Orang Kurang Upaya (OKU) yang dijumpai dikurung seorang diri di sebuah unit Rumah Pangsa Taman Semarak, Nilai awal pagi Sabtu diberkas sebaik pulang ke rumah untuk siasatan lanjut.
Wanita terbabit dilaporkan berasal dari Sabah dan difahamkan kes tersebut dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Pegawai Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menemui remaja OKU malang itu ketika menjalankan Ops 6P.
Di dalam satu kenyataan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, ibu remaja lelaki itu sudah berpisah dengan suaminya.
Rohani berkata Pegawai Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan sedang melakukan siasatan setelah melawat remaja itu di hospital di mana dia diserahkan.
Siasatan awal mendapati ibu remaja itu menafikan yag anaknya dikurung dan diabaikan.
Dia turut mendakwa telah terputus hubungan dengan bapa anaknya itu setelah mereka bercerai.
“Buat masa ini, siasatan terperinci sedang dijalankan dan sekiranya didapati berlaku pengabaian terhadap anak OKU tersebut, kita akan menempatkan remaja itu di sebuah pusat kendalian JKM,” kata Rohani.
Tambah beliau, JKM juga turut memberikan perhatian serius terhadap kebajikan remaja malang terbabit. Remaja itu dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk pemeriksaan. -fotoBERNAMA Jabatan Imigresen pada awal Sabtu menemui remaja OKU yang dipercayai menghidap penyakit ‘cerebral palsy’ itu ketika melakukan Operasi 6P. Mangsa ketika itu didapati berada di dalam keadaan yang amat menyedihkan dengan keadaan fizikal yang lemah dan tidak bermaya. Mangsa dijumpai di dalam sebuah bilik yang dipenuhi sampah dan najis. Sebaik dijumpai, remaja itu dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk pemeriksaan Sumber - Astro Awani

Anggota bomba maut, rakan parah dilanggar lori
Mayat mangsa ditutup kain sebelum dibawa ke Hospital Pontian.
Mohamad Taufik bin Ali
PONTIAN - Seorang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nenas maut dirempuh lori di Batu 29, Pengkalan Raja, kira-kira jam 4 petang semalam. Mohd Taufik Ali, 22, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi rakan sekerjanya, Suboh Abdullah, 45, cedera di dada dan kini dirawat di Hospital Pontian. Rakan sekerjanya, Bahtiar Chik, 40, berkata, dia bersama mangsa dan enam anggota bomba keluar ke lokasi selepas menerima panggilan mengenai kebakaran lalang di Batu 29, Pengkalan Raja jam 3.24 petang. Katanya, sebaik selesai kerja memadam api, mereka bersiap sedia untuk kembali ke balai bomba. “Ketika jentera bomba undur, sebuah lori datang dari arah Johor Bahru dan cuba mengelak dari melanggar jentera bomba. masa itu lori itu merempuh dua anggota itu. “Saya dan rakan yang lain berada di sebelah kiri lori manakala arwah bersama Subuh berada di sebelah kanan.," katanya. Dia percaya mereka dirempuh lori yang kemudian terbalik kerana tidak sempat mengelak. Ketika ditemui di Hospital Pontian, Bahtiar memberitahu, Mohd Taufik baru setahun bertugas setahun sebagai anggota bomba di balai bomba berkenaan. Mayatnya dihantar ke Hospital Pontian untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya di Batu Pahat, untuk pengkebumian.

Penyu Terengganu Hadapi Ancaman Pupus
KUALA TERENGGANU – Pengarah Eksekutif Tabung Alam Sedunia Malaysia (WWF-Malaysia) Datuk Dr Dionysius S.K. Sharma hari ini menarik perhatian terhadap semakin pupusnya kehidupan penyu di Terangganu.
“Rantau Abang yang begitu sinonim dengan pendaratan penyu sekarang sunyi tanpa haiwan ini,” katanya.
Di samping itu, tiada lagi pendaratan penyu belimbing yang direkodkan bagi tiga tahun lepas.
“Senario ini jauh berbeza daripada 50 tahun lepas di Rantau Abang,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Penyu Sedunia 2014 di sini hari ini.
Turut hadir Setiausaha (Pembangunan Industri) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Daud Mohd Arif.
Menurut Sharma ketika itu sejumlah 10,000 sarang penyu belimbing dicatatkan dalam satu tahun.
Beliau berkata selain itu, dianggarkan hanya satu daripada 1,000 anak penyu yang dilepaskan berjaya menjadi penyu dewasa.
Terengganu pernah mencatatkan sebanyak 2,000 hingga 4,000 sarang penyu agar setiap tahun iaitu jumlah terbesar bagi Semenanjung Malaysia.
Malangnya penjualan dan pemakanan telur penyu belum lagi dihentikan di Semenanjung Malaysia dan hanya telur spesies belimbing yang diharamkan.
Sharma berkata, WWF-Malaysia telah menyerahkan memorandum kepada kerajaan pusat pada tahun 2010 menggubal undang-undang lebih menyeluruh bagi melindungi penyu.
Justeru itu, beliau berkata menerusi program Sambutan Hari Penyu Sedunia itu, WWF-Malaysia akan meneruskan usaha untuk mendapatkan sokongan daripada orang ramai untuk menghentikan aktiviti penjualan dan pemakanan telur penyu.
Ini termasuklah mengadakan kerjasama di antara WWE dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bagi mempertingkatkan kesedaran berkaitan pemuliharaan penyu, yang ditandatangai kedua-dua pihak hari ini.
Sambutan Hari Penyu Sedunia bermula di bandar Permaisuri Setiu hari ini dengan pelbagai aktiviti bersama masyarakat setempat yang akan diikuti esok di daerah Dungun dan Kemaman.
Sumber – BERNAMA
TOP
Gambar Erin Malik dan Farizz Fauzy bertunang
Selamat bertunang kepada pelakon Jelita Erin Malik dan Pasangannya Farizz Fauzy, Majlis berlangsung malam ini.
Admin ada beberapa gambar Majlis pertunangan Erin dan Farriz malam ini sungguh meriah Majlis tersebut dan pasangan ini kelihatan sama cantik dan amat serasi.
Info mengenai Majlis pertunangan mereka akan di update lagi jika terdapat sebarang info baru, semoga di permudahkan segalanya untuk Erin dan Farizz Sumber - BrothersSam.blogspot.com
Info mengenai Majlis pertunangan mereka akan di update lagi jika terdapat sebarang info baru, semoga di permudahkan segalanya untuk Erin dan Farizz Sumber - BrothersSam.blogspot.com
TOP
Kanak-Kanak Tersepit dalam Mesin Basuh
Kepada para ibu bapa diingatkan supaya tidak cuai dan berikanlah perhatian kepada anak-anak anda dan jangan biarkan berlaku seperti kes ini dimana seorang kanak-kanak telah tersangkut dalam mesin basuh. Kalau boleh jangan biarkan terdapat apa-apa objek yang membuatkan anak anda capai untuk memanjat mesin berkenaan. Selain itu pastikan mesin basuh anda sentiasa tertutup.
Syabas kepada Anggota bomba kerana berjaya mengeluarkan kanak-kanak tersebut. Betapa mulianya tugas anggota bomba, dari padam kebakaran, ular masuk kediaman, kemalangan, dan macam-macam lagi yang mereka perlu uruskan termasuklah anak tersepik dalam mesin basuh.
Sumber - Page Jabatan Bomba
TOP
Chong Wei tewas separuh akhir Terbuka Indonesia
PEMAIN nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Indonesia selepas tersingkir pada saingan separuh akhir di Stadium Istora Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia, malam ini.
Pemain berusia 31 tahun itu tewas kepada Kenichi Tago dari Jepun pada set pertama 16-21 sebelum bangkit menyamakan kedudukan 1-1 selepas meraih kemenangan pada set kedua 21-15.
Namun Chong Wei tewas pada set penentuan dengan 16-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama 71 minit, demikian menurut laman web www.bwfbadminton.org//sport.
Pemain kelahiran Pulau Pinang itu telah menjuarai Terbuka Indonesia sebanyak lima kali sebelum ini iaitu pada 2007, 2009, 2010, 2011 dan 2013.
Pada final esok, Kenichi pula dijadualkan bertemu Jan O Jorgensen dari Denmark yang mengenepikan pemain nombor dua dunia Chen Long dari China dengan straight set 21-19 dan 21-18 dalam satu lagi saingan separuh akhir.
Sumber - Bernama
TOP
Kemunculan buaya cetus spekulasi
Gambar hiasan
KUALA LANGAT - Kemunculan buaya berhampiran jeti pangkalan nelayan Kampung Kelanang menimbulkan keraguan tentang kemungkinan ada di antara 20 mangsa yang masih hilang akibat bot karam di perairan Sungai Air Hitam Selasa lalu, dibaham buaya. Pemangku Pengerusi Persatuan Nelayan Selangor, Mohd Jaman Haris berkata, orang ramai membuat pelbagai andaian mengenai baki mangsa yang masih belum ditemui. "Buaya ini ditemui oleh beberapa orang nelayan tempatan di sungai berhampiran jeti, namun saya tidak berani mengatakan ia berlaku kerana kita tidak tahu hal sebenar," katanya ketika ditemui di sini, hari ini. Beliau yang juga Pemangku Pengerusi Persatuan Nelayan Selangor dan telah menjadi nelayan sejak 20 tahun lepas, menegaskan bahawa spesies buaya yang ditemui itu juga merupakan spesies buaya air tawar dan mustahil untuk buaya-buaya ini masuk ke laut. Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Langat, Supt. Azman Abdul Razak berkata, polis tidak pernah menerima sebarang laporan serangan buaya di kawasan sekitar jeti Pangkalan Nelayan Kelanang setakat ini. Bagaimanapun menurut sumber polis, enam mangsa yang mungkin di antara mereka yang hilang telah melarikan diri ke lokasi yang belum dikenalpasti. "Kita juga tidak menolak kemungkinan kira-kira enam atau tujuh mangsa sempat melarikan diri ke lokasi yang belum dikenalpasti," katanya. Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan dengan jumlah mangsa hilang kekal 20 orang, 63 selamat dan 14 orang maut. Sembilan daripada 14 mayat telah dituntut dan akan dihantar pulang ke Acheh, Indonesia esok. - BERNAMA

Selangor arah 3 exco 'siasat' Azmin
KUALA SELANGOR - Kerajaan negeri mengarahkan tiga anggota exconya memantau perbelanjaan dana Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) serta mendapatkan laporan pihak terlibat dalam transaksi projek PJ Sentral Development (PJ Sentral) melibatkan anak syarikat PKNS Holdings Sdn Bhd.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, arahan tersebut melibatkan exco Datuk Teng Chang Khim, Iskandar Abdul Samad dan Rodziah Ismail untuk mendapatkan laporan serta penjelasan mengenai transaksi projek berkenaan sebagaimana yang didedahkan Bahagian Audit Dalaman PKNS sebelum ini.
Beliau berkata, langkah itu diambil bagi mendapatkan penjelasan dan laporan daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali.
"Perkara (laporan mengenai PJ Sentral) ini dilakukan oleh Bahagian Audit Dalaman PKNS. Berdasarkan laporan audit dalaman itu, dinyatakan masih belum mendapat keterangan daripada Azmin Ali.
"Bagaimanapun, saya telah meminta tiga anggota exco ini membuat penelitian mengenai perkara ini. Saya rasa semua orang yang bertanggungjawab mesti membuat laporan dan penjelasan mengenai perkara tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita yang menyatakan bahawa Bahagian Audit Dalaman PKNS gagal mendapatkan penjelasan Azmin berhubung isu anak syarikatnya, PKNS Holdings dalam transaksi berkaitan projek PJ Sentral.
Laporan tersebut turut menyatakan pihak audit dalaman PKNS itu gagal meneruskan siasatan mereka ekoran 'kesukaran mendapatkan tarikh yang sesuai' untuk bertemu Azmin yang juga ahli Lembaga Pengarah Bukan Eksekutif, untuk disiasat.
Pada 27 Februari lalu, PKNS dilaporkan gagal dalam samannya terhadap Nusa Gapurna Development Sdn Bhd (Nusa Gapurna) dan Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) berhubung pelanggaran perjanjian pemegang saham berkaitan kepentingan dalam PJ Sentral Development Sdn Bhd.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hasnah Mohammed Hashim yang menolak saman itu setelah mendengar keterangan enam saksi dan memerintahkan PKNS membayar kos RM100,000 kepada Nusa Gapurna dan RM50,000 kepada MRCB.
Sumber - BERNAMA
TOP
Jumpa bangkai ayam ditikam atas katil
SHAH ALAM - Pengerusi Pro Mahasiswa, Universiti Malaysia Sabah (UMSKAL) membuat laporan polis ekoran biliknya diceroboh dan diconteng dengan tulisan berbaur ancaman oleh individu tidak bertanggungjawab.
Jamhuri Mohamed mendakwa selain menerima mesej ugutan di dinding, bangkai ayam berlumuran darah yang ditikam dua bilah pisau turut dicampakkan ke atas katilnya.
Menurut Jurucakap Pro Mahasiswa UMSKAL, Hasnur Faridah Abbah, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 9 hingga 12 malam tersebut hanya disedari Jamhuri dan rakannya sebaik pulang dari menghadiri sebuah forum.
“Kejadian dianggarkan berlaku sekitar pukul 9 hingga 12 malam disedari Jamhuri dan rakannya menghadiri forum berkaitan dengan 16 mahasiswa yang dikenakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).
"Pro Mahasiswa UMSKAL cuma berharap peristiwa yang berlaku ini bukanlah disebabkan polemik pertembungan idealisme di antara mahasiswa kerana jelas perbuatan ini tidak menggambarkan imej seorang pelajar universiti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagi mengelakkan insiden sama berulang, pihaknya menggesa pengurusan universiti campur tangan dan membantu siasatan termasuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas pesalah.
"Pihak Pro Mahasiswa menyeru kepada sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan tindakan yang bercanggah dengan moral manusia ini agar tampil ke hadapan dan memberi kerjasama dengan pihak berkuasa.
"Pihak pentadbiran universiti juga diharap dapat turut sama membantu dalam siasatan kes dan mengambil tindakan yang sewajarnya supaya kes sebegini tidak lagi berlaku pada masa hadapan yang boleh menjejaskan keselamatan mahasiswa," katanya lagi
Sumber - bernama.
No comments:
Post a Comment