TOP
Rodriguez Tekad Mahu Gegar Lagi Temu Brazil
BELO HORIZONTE – Pemain sensasi Colombia, James Rodriguez yang meledak dua gol ketika kemenangan 2-0 ke atas Uruguay di pusingan kedua Piala Dunia membuat peminat negara itu sudah melupakan penyerang bintang mereka yang cedera, Radamel Falcao.
Sebelum kejohanan, tidak ramai yang menyangka pemain berwajah ‘jambu’ ini mampu menggantikan lompong yang ditinggalkan Falcao malah lebih mengejutkan, mampu mengumpul lima gol untuk bergelar penjaring terbanyak kejohanan setakat ini.
Rodriguez setakat ini berjaya menyumbang gol dalam semua perlawanan Colombia di peringkat kumpulan dan kalah mati selain dinobat pemain terbaik perlawanan sebanyak tiga kali.
Dan ketajamannya depan gawang lawan akan menjadi buah mulut pertembungan suku akhir menentang tuan rumah Brazil, Jumaat ini namun bagi Rodriguez, ia bukanlah masa buatnya untuk berbangga diri.
“Brazil memang satu pasukan yang sukar. Mereka memiliki pemain yang hebat dan mereka juga mempunyai sejarah tersendiri. Namun kami perlu pergi ke atas padang untuk memburu kemenangan, seperti yang kami selalu lakukan,” katanya.
Menyambut hari lahirnya yang ke-23 sehari sebelum Piala Dunia Brazil membuka tirainya, Rodriguez mencipta nama di pentas terbesar dan ramai mula menjangkakan dia bakal memperoleh hadiah terbaiknya.
Selain menjaringkan gol, Rodriguez yang juga pemain sayap di kelab AS Monaco turut mencipta dua gerakan menarik yang membuka jalan kepada rakan sepasukannya untuk meledak gol.
Jaringan pertama di Stadium Maracana ketika menentang Uruguay jelas mengejutkan dunia selepas melepaskan satu rembatan voley menarik menewaskan lima pertahanan Uruguay dan dianggap tercantik setakat ini. – Agensi
Biodata
Nama: James Rodríguez
Tarikh lahir: 12 Julai 1991
Umur: 22 tahun
Asal: Cucuta, Colombia
Tinggi: 1.80m
Posisi: Tengah-sayap
Kelab: AS Monaco (sejak 2013)
Skuad Colombia: Sejak 2011
Jumlah gol: 10 (26 penampilan)
INFO
Senarai pendahulu penjaring terbanyak
5 GOL:
James Rodriguez (Colombia)
4 GOL:
Thomas Mueller (Jerman)
Lionel Messi (Argentina)
Neymar (Brazil)
3 GOL:
Karim Benzema (Perancis)
Arjen Robben (Belanda)
Robin van Persie (Belanda)
Xherdan Shaqiri (Switzerland)
Enner Valencia (Ecuador)
Biodata
Nama: James Rodríguez
Tarikh lahir: 12 Julai 1991
Umur: 22 tahun
Asal: Cucuta, Colombia
Tinggi: 1.80m
Posisi: Tengah-sayap
Kelab: AS Monaco (sejak 2013)
Skuad Colombia: Sejak 2011
Jumlah gol: 10 (26 penampilan)
INFO
Senarai pendahulu penjaring terbanyak
5 GOL:
James Rodriguez (Colombia)
4 GOL:
Thomas Mueller (Jerman)
Lionel Messi (Argentina)
Neymar (Brazil)
3 GOL:
Karim Benzema (Perancis)
Arjen Robben (Belanda)
Robin van Persie (Belanda)
Xherdan Shaqiri (Switzerland)
Enner Valencia (Ecuador)
TOP
Dua Gol Rodriguez Beri Colombia Tiket Suku Akhir
URUGUAY 0
COLOMBIA 2
James Rodriguez (m28,50)
RIO DE JANEIRO – Colombia menempEh tiket ke pertembungan suku akhir yang getir bertemu tuan rumah, Brazil hasil kemenangan 2-0 ke atas Uruguay pada pertembungan menarik pusingan kedua di Stadium Maracana, di sini, sebentar tadi. Gah mara ke peringkat 16 terakhir selaku juara Kumpulan C, ia bakal menjadi aksi sulung Colombia di pentas suku akhir sepanjang penampilannya di Piala Dunia dengan magis yang diharapkan Uruguay di Maracana tidak kesampaian. Tanpa peledak berbisa, Luis Suarez yang digantung daripada sebarang aksi bola sepak selama empat bulan, Uruguay jelas tumpul di bahagian serangan sekalipun dikuatkan dengan seorang lagi penyerang berbisa, Edinson Cavani. Malah sekalipun lebih rancak menyerang memburu jaringan, Uruguay terlebih dulu dibolosi Colombia menerusi jaringan menarik James Rodriguez pada minit ke-28 selepas melepaskan satu rembatan voley cantik dari luar kotak penalti yang gagal ditampan penjaga gol, Fernando Muslera. Tersentak dengan jaringan itu, Uruguay menambah tekanan dengan peluang terbaik hadir pada minit ke-38 menerusi cubaan Alvaro Gonzalez dari luar kotak penalti berjaya namun diselamatkan penjaga gol Colombia, David Ospina sehingga berakhir babak pertama. Babak kedua tambah rancak dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun sekali lagi, Rodriguez terus mencuri tumpuan apabila meledak jaringan kedua peribadinya lima minit selepas sepak mula perlawanan. Hasil kelam kabut di depan gawang Uruguay dimanfaat sepenuhnya Rodriguez untuk menjaring gol kelimanya pada kempen kali ini menerusi rembatan padu yang sekali lagi menewaskan Muslera. Empat minit selepas gol kedua, Uruguay memperoleh peluang menerusi hantaran jauh kapten, Diego Godin daripada jarak 54 meter ke kotak penalti namun ia gagal dikawal baik oleh Cavani untuk berakhir di luar gawang gol. Peluang terbaik Uruguay terus muncul pada minit ke-83 kali ini menerusi penyerang gantian, Christian Stuani namun Ospina terus menjadi penghalang. Stadium Maracana boleh dianggap keramat buat Uruguay yang pernah menewaskan Brazil pada aksi final 1950. – Agensi

Brazil Bernasib Baik Lepasi Halangan Chile: Scolari
BELO HORIZONTE – Jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari akur betapa elemen tuah memainkan peranan membantu pasukannya layak ke suku akhir Piala Dunia, awal pagi tadi apabila bergelut sebelum menewaskan Chile 3-2 menerusi sepakan penalti.
“Jika anda tidak mengeksploitasi beberapa peluang depan mata, anda boleh tersingkir. Kami nyaris mengundang padah pada minit ke-118 apabila rembatan pemain Chile terkena palang,” kata Scolari.
Terdahulu, kedua-dua pasukan seri 1-1 selepas 90 minit pertama dan kedudukan tidak berubah selepas masa tambahan pada saingan kelompok 16 terakhir di Stadium Mineirao di Belo Horizonte.
David Luiz memberi gol pendahuluan untuk Brazil pada minit ke-18 sebelum Alexis Sanchez menyamakan kedudukan pada minit ke-32.
Scolari turut berharap pemainnya yang keletihan serta tercedera, termasuk Neymar dapat pulih segera sebelum suku akhir.
“Neymar mengalami kecederaan paha kanan pada permulaan permainan selepas dirempuh Charles (Aranguiz) pada minit keempat. Kami harus melihat kepincangan ini dan ada tiga atau empat hari untuk memastikan dia dapat turun gelanggang lagi.
“Kami harus pulih segera dan belajar daripada apa yang berlaku untuk meningkatkan kemajuan pada perlawanan berikut,” katanya. – AFP
TOP
Maya Karin Kerap Ke Luar Negara Bukan Kerana Teman Lelaki
Maya memberitahu dia kini terlibat secara serius dalam bidang hartanah.
PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Maya Karin menjelaskan kekerapannya ke luar negara sejak akhir-akhir ini terutamanya London bukan kerana ingin bertemu kekasih sebaliknya menghabiskan masa bersama bapa dan adiknya yang menetap di negara itu. Maya, 34, berkata, dia juga sedang berjinak-jinak dengan perniagaan dalam bidang hartanah di London dan sedang mengintai lebih banyak peluang di sana. "Kekasih? Tidak. Saya ke sana kerana bapa dan adik saya menetap di London dan sambil-sambil itu saya sedang mengintai peluang perniagaan dalam bidang hartanah di London. "Setakat ini saya berjaya menjual sebuah rumah di sana membuatkan saya kena lebih kerap berada di London dalam mengembangkan perniagaan tersebut namun setakat ini saya sudah berjaya menjual enam hartanah di Malaysia," katanya kepada mStar Online. Dalam pada itu, Maya mengakui, dia memang seorang yang gemar melancong kerana gemar menggembara melihat keindahan selain mengutip pengalaman terutamanya di negara Eropah. "Selalunya saya melancong selepas tamat sesuatu penggambaran filem kerana ingin menenangkan fikiran selain ingin mengutip pengalaman di tempat yang dikunjungi," jelasnya. Bagaimanapun kata Maya, ibunya sentiasa mengingatkannya supaya tidak berbelanja melebihi RM10,000 setiap kali ke luar negara dan memanfaatkan wang yang ada kepada perkara berfaedah. Atas dasar itu juga kata Maya dia mengambil keputusan untuk terlibat dalam bidang hartanah kerana melihat ia mempunyai potensi besar dan menguntungkan. "Apa-apa pun kita kena belajar dari bawah dan tidak terlalu terkejar-kejar dalam melakukan sesuatu. Saya secara peribadi memang meminati bidang hartanah dan sebab itu saya sering berulang alik ke London bagi mencari peluang," katanya. Sumber: mStar

Penyokong bola sepak Brazil maut akibat serangan jantung
Gambar Hiasan
BELO HORIZONTE (Brazil): Penyokong bola sepak Brazil berusia 69 tahun maut akibat serangan jantung semasa menonton aksi penentuan sepakan penalti antara Brazil dan Chile, awal pagi tadi. Lelaki berkenaan mengadu kurang sihat selepas Brazil menang penentuan sepakan penalti apabila perlawanan terikat 1-1 selepas masa tambahan. Peminat fanatik berkenaan yang menghidap diabetis, meninggal dunia tidak lama selepas dibawa ke hospital, lapor portal berita G1 dan akhbar Estada de Minas. Media tempatan melaporkan, pegawai kesihatan terpaksa merawat sekurang-kurangnya 100 orang semasa perlawanan, termasuk wanita berusia 50 tahun akibat masalah jantung. - AFP

Mataf Bertingkat Dibuka Menjelang Ramadan
MAKKAH – Projek pembesaran dan menaik taraf Masjidil Haram fasa kedua yang hampir siap mendorong pihak berkuasa membenarkan mataf bertingkat dibuka pada Ramadan ini.
Ketua Presiden Hal Ehwal Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais memaklumkan mataf atau laluan tawaf bertingkat untuk mengelilingi Kaabah sepanjang bulan mulia ini.
“Pembesaran mataf di aras pertama dan tingkat bawah yang dilengkapi lif serta tangga bergerak telah selesai sepenuhnya manakala aras kedua pula sudah siap 80 peratus,” jelasnya.
Projek fasa kedua itu melibatkan pembesaran mataf di kawasan timur Masjidil Haram dari pintu Al-Fatah hingga pintu Umrah.
Difahamkan, projek tersebut akan dihentikan selama empat bulan untuk memberi laluan kepada jemaah umrah dan haji mengerjakan ibadah mereka, dipetik dari laporan Arab News.
Sumber: mStar
TOP
500 Banduan Dibebaskan Sempena Ramadan
JEDDAH: Penjara di sini membebaskan lebih 500 banduan sebagai pengampunan sempena kehadiran Ramadan.
Pengarah Lembaga Penjara Jeddah, Ahmad Al-Shahrani berkata, syarat pengampunan itu selaras persetujuan Raja Abdullah.
"Pembebasan itu sebagai tanda pengampunan kerajaan, sekali gus memberi mereka peluang untuk beribadah sepanjang bulan ini," katanya.
Selain itu di Riyadh pula, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi tidak teragak-agak mengusir mana-mana ekspatriat yang didapati makan atau minum pada waktu siang di khalayak ramai sepanjang Ramadan.
Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata, ekspatriat bukan beragama Islam pula perlu menghormati sensitiviti umat Islam sepanjang bulan ini.
“Majikan perlu memaklumkan perkara ini kepada pekerja mereka kerana ia tertakluk dalam syarat kontrak pengambilan pekerja,” katanya yang dipetik Arab News.
Sumber: Arab News / mStar
TOP
Hasrat Puasa Bersama Isteri Tak Kesampaian
KUANTAN – Hasrat seorang suami, Afif Syazwan Uugust, 23, untuk menyambut kedatangan Ramadan bersama isteri tercinta tidak kesampaian apabila teman hidupnya, Sarimah Abdul Razak, 22 terkorban dalam satu kemalangan jalan raya, di hadapan Petronas Jalan Tanjung Lumpur, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.38 pagi itu, Sarimah yang membonceng motosikal ditunggang suaminya meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian selepas bertembung dengan sebuah kereta.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Honda Civic yang keluar dari Petronas di kiri jalan telah menyeberang ke kanan jalan untuk membuat pusingan U dan berlanggar dengan motosikal yang dinaiki pasangan suami isteri muda berkenaan.
Menurutnya, motosikal yang dibonceng mangsa bersama suami datang dari arah Tanjung Lumpur. Pertembungan itu menyebabkan mangsa cedera parah dan kemudiannya meninggal dunia sebelum sempat dibawa ke hospital.
“Manakala suaminya yang beralamat di Taman Seriku Baru 12, Jalan Gambang turut mengalami kecederaan akibat kemalangan itu.
“Difahamkan keadaan laluan di tempat kejadian ialah jalan sehala tiga lorong dan kawasan membuat pusingan U. Keadaan cuaca baik dan jalan kering. Punca kematian dan kemalangan masih dalam siasatan. Kes ini di siasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya kepada media semalam.
Sementara itu, adik mangsa, Mariam Abdul Rahman, 18, berkata, arwah kakaknya meninggalkan dua anak berusia lima dan tiga tahun.
“Kakak dan suami tinggal berasingan dari keluarga, manakala kedua-dua anaknya ditinggalkan bersama ibu mertuanya di Batu 12 kerana dia juga bekerja.
“Saya terkejut mendengar berita tentang kematiannya kerana sudah beberapa bulan tidak bertemu dengannya dan kali terakhir adalah pada Februari lalu,” katanya.
Sumber: Sinar Online
TOP
Sudah La Tenat – Pekerja, Majikan Bergaduh : Selamat Tinggal MAS
KUALA LUMPUR — Bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Ong Tee Keat mengingatkan bahawa kemelut antara Malaysia Airlines (MAS) yang bermasalah, dengan kesatuan sekerjanya, hanya akan mempercepat kejatuhan syarikat penerbangan itu.
Ong berkata MAS sudah mempunyai banyak masalah untuk ditangani, dan sebarang tindakan seperti mogok oleh kesatuan andai permintaan mereka tidak dipenuhi, hanya akan memburukkan keadaan yang kini sudah pun kritikal dan tidak pernah berlaku sebelum ini, yang sedang dihadapi syarikat penerbangan itu.
“Yang pasti, sebagai kesatuan pekerja yang matang, kita berharap anggota kesatuan mempunyai gambaran yang lebih besar dalam fikiran mereka. Mereka perlu sedar bahawa syarikat kini melalui saat penting. Tuntutan kesatuan perlu ditangani berasingan, dan kita perlu menetapkan had yang jelas di sini,” kata Ong dalam satu temu bual.
Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS Semenanjung Malaysia (MASEU), kesatuan terbesar dalam kalangan kesatuan pekerja MAS, melancarkn mogok di pejabat pentadbiran MAS di Subang dekat sini pada Khamis, sehari selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat itu, menuntut peletakan jawatan tiga pengurusan atasan syarikat penerbangan tersebut, menyalahkan mereka atas kerugian sebanyak RM4 juta sehari.
Berdasarkan angka yang dibentangkan pada AGM itu, penganalisis menyuarakan kebimbangan sama ada lembaran imbangan MAS mampu bertahan untuk tempoh setahun lagi akibat kerugian besar itu.
Merujuk gesaan MASEU yang mahukan perubahan dalam pengurusan atasan, Ong berkata: “Semuanya bergantung kepada sama ada model perniagaan anda berfungsi dan bukan kerana kelayakan anda”.
Mengenai pilihan yang sedang dipertimbang Khazanah Nasional, pemegang saham majoriti MAS, dalam pelan pemulihan untuk menyelamatkan syarikat penerbangan itu, beliau berkata apa jua pelan yang rancang, penyelamatan perlu diketepikan.
“SEmata-mata menyelamat tanpa langkah menyeluruh, tegas dan berhemat, akhirnya akan menjadi sia-sia, dan ini mengingatkan saya mengenai bantuan kewangan sebelum ini.
“Memandangkan Khazanah telah membantu MAS menerusi peruntukan wang yang besar sebanyak RM5 bilion, namun syarikat penerbangan itu masih rugi, sudah sampai masanya menilai keberkesanan kos dan masalah sebenar yang berlaku ketika ini seperti kos operasi yang tinggi berbanding syarikat penerbangan lain, dan sama ada MAS meletakkan harga lebih tinggi berbanding pasaran,” katanya.
MAS dijangka membentangkan pelan penstrukturan semulanya kepada kerajaan dalam tempoh beberapa minggu akan datang dengan Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Jauhari Yahya menyokong perubahan besar yang melibatkan kajian menyeluruh pesawat, rangkaian, kos, pekerja dan proses kerja.
Penganalisis menyarankan langkah-langkah jangka panjang seperti pengurangan kos dan MAS diswastakan dengan mengurangkan jumlah tenaga kerja seramai 20,000 orang sebagai satu daripada pilihan utama.
RHB Research berkata selain kos seunit MAS meningkat, ia masih mempunyai perjalanan yang panjang berbanding syarikat penerbangan perkhidmatan penuh lain, dan menambah langkah paling mudah bagi MAS untuk mengurangkan kos ialah mengurangkan bilangan pekerja”.
Katanya tenaga kerja MAS seramai 19,577 orang dengan kos RM2.4 bilion bagi tahun kewangan 2013 agak besar berbanding syarikat penerbangan lain seperti Singapore Airlines dan Cathay Pacific Airlines.
Jumlah pendedahan kerajaan kepada MAS berjumlah RM9.6 bilion. Kementerian Kewangan menguasai kepentingan majoriti dalam MAS melalui pelbagai entiti sebagai pemegang saham ekuiti serta pemberi hutang. Beberapa entiti kerajaan lain turut memiliki kepentingan dalam syarikat penerbangan itu dengan Khazanah menguasai 69.4 peratus kepentingan. — BERNAMA
TOP
Gambar Ranjang pun Dikongsi Di Instagram
SK pun tidak tahu apa yang mereka fikir sehingga gambar-gambar macam ni boleh berada di Instagram sendiri.
Sepertinya mereka telah menyalahgunakan segala perkara, dari “Selfie” sehinggalah penggunaan teknologi itu sendiri.
Jika diperhatikan kepada warna kulit, rambut, bentuk muka dan sebagainya dengan senarai “username” yang like, mereka ini adalah Melayu.
Yang SK ingin ketengahkan disini bukanlah isu maksiat, dan mungkin mereka sudah berkahwin, tetapi yang menghairankan kenapa gambar-gambar seperti ini perlu ditunjukkan kepada public. Itupun kalau suami isterim bagaimanapun berdasarkan nama-nama nakal yang like itu sepertinya mereka ini bangga dan tunjuk menunjuk dalam kemaksiatan.
Inilah yang terjadi bila rasa malu itu sudah tiada, bila ajaran Islam dan adan-adab Melayu ditolak-tepi, dan bila teknologi itu disalahgunakan. Kepada ibu-bapa pantaulah aktiviti-aktiviti anak anda. Jangan ingat bila mereka berada di rumah, ibu bapa boleh rasa selamat kerana di media sosial macam-macam ada termasuklah buadaya yang tidak sihat. - SiakapKeli.com
TOP
MB Selangor Tidak Bimbang Gesaan Letak Jawatan
Walaupun sentiasa diperhatikan oleh rakan-rakannya sendiri dalam Pakatan Rakyat, khususnya tentang masalah air di Selangor, tetapi Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim masih menangkis gesaan yang mahukan beliau meletakkan jawatan.
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sedang menghadapi beban tekanan daripada rakan-rakan di Pakatan Rakyat yang mahu beliau berundur, tetapi itu tidak membimbangkannya. Selepas kekalahan memalukan dalam pemilihan PKR, Khalid dilihat terperangkap dengan pelbagai isu perbalahan lain, termasuk isu rampasan Bible yang tidak dapat diselesaikan dan masalah air yang kembali dihadapi di negeri ini. Khalid telah bertindak balas dengan membidas pengkritik-pengkritiknya, pemimpin-pemimpin termasuk DAP dan PKR yang telah menuntut beliau meletakkan jawatan. Beliau menegaskan, jika sekali pun beliau kalah dalam pemilihan PKR bagi jawatan timbalan presiden, ia tidak bermakna beliau harus meletak jawatan sebagai Menteri Besar. "Tidak pernah ada fasal mengatakan jika anda gagal dalam pilihan raya parti, anda perlu meletakkan jawatan sebagai seorang Menteri Besar. "Sebagai contoh, jika anda kalah sebagai ahli Parlimen, maka anda tidak boleh menjadi menteri. Itu ok. Tetapi jika anda seorang ahli Parlimen, anda tetap kekal sebagai ahli Parlimen sehingga pilihan raya umum akan datang," katanya. Khalid juga berkata bahawa sistem pemilihan PKR mempunyai kecacatan, kerana berlakunya blackout semasa proses pengiraan undi bagi Cabang Kuala Selangor yang menyebabkan beliau tewas kepada bekas Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam. "Saya menyertai PKR kerana saya mahu menjadi sebahagian daripada parti yang memperjuangkan hak-hak rakyat selaras dengan nilai-nilai demokrasi. "Tetapi malangnya, saya melihat beberapa kelemahan, terutamanya dalam proses kiraan undi dan ini adalah isu yang serius untuk parti seperti PKR." Dalam respons segera, penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jawatan Menteri Besar bukanlah sebuah milik peribadi. Dalam satu kenyataan yang menggesa semua Ahli Dewan Undangan Negeri dan pemimpin parti untuk menghormati peraturan dan tatasusila mengenai perkara itu beliau berkata: "Kedudukan Menteri Besar bukan menjadi agenda peribadi dan juga bukan menjadi milik mana-mana individu tetapi adalah hasil daripada keputusan PKR dan Pakatan Rakyat, dengan mendapat perkenan Sultan." Khalid, yang bersaing jawatan timbalan presiden menentang penyandang Azmin Ali dan Setiausaha Agung Datuk Saiffudin Nasution, berkata siasatan yang menyeluruh perlu dilakukan untuk mengetahui jika terdapat unsur-unsur sabotaj dalam proses pemilihan. Manikavasagam, yang digantung tetapi dilepaskan semula baru-baru ini, meraih 701 undi berbanding Khalid yang hanya mendapat 515 undi untuk memenangi jawatan Ketua Cabang KUala Selangor. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR Datuk Johari Abdul mengesahkan bahawa terdapat gangguan bekalan elektrik semasa proses penjumlahan undi undi tetapi menafikan sebarang gangguan dalam proses pengiraan undi. Sumber: mStar

Dakwaan Pukul Isteri: Awie Dipanggil Polis Untuk Beri Keterangan
Penyanyi dari kumpulan Wings dan pelakon yang popular dengan filem Sembilu, Awie akui telah dipanggil pihak polis untuk membantu siasatan mengenai dakwaan dia memukul isterinya, Rozana Misbun baru-baru ini.
Awie, nama sebenarnya Azhar Othman yang kini berusia 45 tahun tak mahu mengulas mengulas lanjut apa keterangan polis yang dibuat dan hanya menyerahkan siasatan kes itu kepada pihak polis.
Tentang tersebarnya 3 keping gambar seorang wanita dikatakan isteri Awie cedera teruk akibat dipukul (gambar di sini), Awie memberitahu dia masih belum melihat gambar tersebut dan tidak mengetahui tentang gambar itu.
Ini kata Awie:
“Jika benar gambar itu tersebar, saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk sebarang tindakan,” Rozana Misbun kini berusia 35 tahun, didakwa dipukul Awie di sebuah bank. Kes ini kini disiasat pihak polis. Berdasarkan kata-kata adik Rozana iaitu Amanda Misbun (baca sini), dia meminta semua bersabar dan akan ada pihak membuat kenyataan tentang kes itu kelak.
Sumber: hotlips-yuya.blogspot.com

100 Rumah Setinggan, 50 Rumah Kedai Terbakar Di Kunak
Kebakaran di kawasan setinggan di Kunak memusnahkan 100 rumah
dan 50 rumah kedai pada pagi Ahad. Gambar Hiasan.
TAWAU: Kira-kira 100 buah rumah setinggan dan 50 rumah kedai musnah dalam kebakaran di Jalan Masjid Raya, Kampung Pangkalan, Kunak dekat sini awal pagi Ahad. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kunak, Jaafar Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.48 pagi dan dua jentera bomba bersama lapan anggota dikejarkan ke tempat kejadian. "Kami turut menerima bantuan satu jentera bomba dan enam anggota dari balai Tawau. Kami sampai ke tempat kejadian pukul 1.51 pagi dan kebakaran itu berjaya dikawal lebih kurang 5.20 pagi dan operasi selesai sepenuhnya 7.59 pagi tadi," katanya ketika dihubungi Bernama. Beliau berkata, pihaknya menghadapi kesukaran memadam kebakaran itu disebabkan kedudukan rumah yang rapat serta keadaan angin kencang menyebabkan api marak dengan cepat. "Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian dalam siasatan," katanya. Sumber: mStar

Kemelut Kesatuan Akan Cepatkan Kejatuhan MAS - Ong Tee Kiat
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Ong Tee Keat mengingatkan bahawa kemelut antara Malaysia Airlines (MAS) yang bermasalah, dengan kesatuan sekerjanya, hanya akan mempercepat kejatuhan syarikat penerbangan itu.
Ong berkata MAS sudah mempunyai banyak masalah untuk ditangani, dan sebarang tindakan seperti mogok oleh kesatuan andai permintaan mereka tidak dipenuhi, hanya akan memburukkan keadaan yang kini sudah pun kritikal dan tidak pernah berlaku sebelum ini, yang sedang dihadapi syarikat penerbangan itu.
"Yang pasti, sebagai kesatuan pekerja yang matang, kita berharap anggota kesatuan mempunyai gambaran yang lebih besar dalam fikiran mereka. Mereka perlu sedar bahawa syarikat kini melalui saat penting. Tuntutan kesatuan perlu ditangani berasingan, dan kita perlu menetapkan had yang jelas di sini," kata Ong dalam satu temu bual.
Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS Semenanjung Malaysia (MASEU), kesatuan terbesar dalam kalangan kesatuan pekerja MAS, melancarkn mogok di pejabat pentadbiran MAS di Subang dekat sini pada Khamis, sehari selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat itu, menuntut peletakan jawatan tiga pengurusan atasan syarikat penerbangan tersebut, menyalahkan mereka atas kerugian sebanyak RM4 juta sehari.
Berdasarkan angka yang dibentangkan pada AGM itu, penganalisis menyuarakan kebimbangan sama ada lembaran imbangan MAS mampu bertahan untuk tempoh setahun lagi akibat kerugian besar itu.
Merujuk gesaan MASEU yang mahukan perubahan dalam pengurusan atasan, Ong berkata: "Semuanya bergantung kepada sama ada model perniagaan anda berfungsi dan bukan kerana kelayakan anda".
Mengenai pilihan yang sedang dipertimbang Khazanah Nasional, pemegang saham majoriti MAS, dalam pelan pemulihan untuk menyelamatkan syarikat penerbangan itu, beliau berkata apa jua pelan yang rancang, penyelamatan perlu diketepikan.
"Semata-mata menyelamat tanpa langkah menyeluruh, tegas dan berhemat, akhirnya akan menjadi sia-sia, dan ini mengingatkan saya mengenai bantuan kewangan sebelum ini.
"Memandangkan Khazanah telah membantu MAS menerusi peruntukan wang yang besar sebanyak RM5 bilion, namun syarikat penerbangan itu masih rugi, sudah sampai masanya menilai keberkesanan kos dan masalah sebenar yang berlaku ketika ini seperti kos operasi yang tinggi berbanding syarikat penerbangan lain, dan sama ada MAS meletakkan harga lebih tinggi berbanding pasaran," katanya.
MAS dijangka membentangkan pelan penstrukturan semulanya kepada kerajaan dalam tempoh beberapa minggu akan datang dengan Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Jauhari Yahya menyokong perubahan besar yang melibatkan kajian menyeluruh pesawat, rangkaian, kos, pekerja dan proses kerja.
Penganalisis menyarankan langkah-langkah jangka panjang seperti pengurangan kos dan MAS diswastakan dengan mengurangkan jumlah tenaga kerja seramai 20,000 orang sebagai satu daripada pilihan utama.
RHB Research berkata selain kos seunit MAS meningkat, ia masih mempunyai perjalanan yang panjang berbanding syarikat penerbangan perkhidmatan penuh lain, dan menambah langkah paling mudah bagi MAS untuk mengurangkan kos ialah mengurangkan bilangan pekerja".
Katanya tenaga kerja MAS seramai 19,577 orang dengan kos RM2.4 bilion bagi tahun kewangan 2013 agak besar berbanding syarikat penerbangan lain seperti Singapore Airlines dan Cathay Pacific Airlines.
Jumlah pendedahan kerajaan kepada MAS berjumlah RM9.6 bilion. Kementerian Kewangan menguasai kepentingan majoriti dalam MAS melalui pelbagai entiti sebagai pemegang saham ekuiti serta pemberi hutang. Beberapa entiti kerajaan lain turut memiliki kepentingan dalam syarikat penerbangan itu dengan Khazanah menguasai 69.4 peratus kepentingan.
Sumber: mStar
TOP
Konflik Syria: Tentera, FSA Setuju Gencatan Senjata Sepanjang Ramadan
Penduduk beredar ke bandar Homs selepas dimaklumkan mengenai gencatan senjata sepanjang bulan puasa ini.
DAMSYIK: Tentera Syria dan Kumpulan Pembebasan Syria (FSA) di bandar purba Homs bersetuju melaksanakan gencatan senjata sepanjang Ramadan bagi menghormati bulan mulia itu. Stesen televisyen Arab al-Mayadeen melaporkan, gencatan senjata akan dilakukan di daerah al-Waer iaitu kawasan kubu kuat FSA sebelum ini. Sebelum ini, kerajaan Syria mengisytiharkan Homs adalah kawasan pemberontak selepas termeterai perjanjian antara tentera rejim dan FSA. Selain itu, Al Ahram pula melaporkan, perjanjian itu disifatkan berjaya selepas kerajaan bersetuju membebaskan beberapa aktivis yang dipenjarakan di daerah itu, manakala FSA pula mengeluarkan semua sayap kumpulannya di kawasan terbabit. Kini, keseluruhan Homs berada di bawah kawalan kerajaan kecuali kejiranan al-Waer dan tiga bandar di kawasan utara iaitu al-Dar al-Kabira, Talbiseh dan al-Rastan. Sumber: mStar

Seorang lagi anggota TLDM ditahan
Dua suspek berusia 29 dan 46 tahun ditahan polis dalam dua serbuan berasingan
di Kuala Kangsar dan Sandakan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan militan.
Seorang anggota RELA turut diberkas hasilkan raifal buatan sendiri, bekal peluru Kuala Lumpur: Seorang lagi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditahan di Sandakan, Sabah, kelmarin, selepas dipercayai terbabit dengan rangkaian kumpulan militan tempatan dan asing. Turut ditahan seorang anggota RELA, di Kuala Kangsar, Perak, Khamis lalu, yang didapati bertanggungjawab menghasilkan raifal buatan sendiri selain berperanan membekalkan peluru kepada anggota militan yang menjalani latihan ketenteraan di sini. Sumber: BH Online

Brazil Pasukan Pertama Mara Ke Suku Akhir
TUAN rumah, Brazil menjadi pasukan pertama menempah tiket ke aksi suku akhir Piala Dunia selepas menewaskan Chile 3-2 melalui penentuan sepakan penalti pada perlawanan awal pagi Ahad.
Aksi penuh dramatik kedua-dua pasukan pada pusingan kalah mati ini terpaksa diheret ke masa tambahan selepas terikat 1-1 pada masa perlawanan sebenar.
David Luiz menjaringkan gol tunggal Brazil minit ke-18, namun Alexis Sanchez menyamakan kedudukan 14 minit selepas itu.
Babak kedua menyaksikan Hulk berjaya menambah jaringan kedua Brazil, namun tidak dikira selepas pengadil Howard Webb memutuskan bola terkena bahagian lengan pemain itu.
Kedua-dua pasukan gagal mencari gol kemenangan dalam tempoh masa tambahan sehingga membawa ke sepakan penentuan penalti.
Tiga sepakan penalti Brazil dilakukan David Luiz, Marcelo dan Neymar.
Manakala dua gol penalti Chile oleh Aranguiz dan Diaz.
Brazil bakal berdepan dengan Colombia atau Uruguay pada aksi suku akhir yang keenam pasukan kendalian Felipe Scolari ini.-mstar
TOP
Umat Islam Malaysia Sertai Jutaan Lain Berpuasa Hari Ini
Umat Islam seluruh dunia mula bersahur untuk memunaikan ibadah puasa pada hari pertama pada Ahad.
PETALING JAYA: Masyarakat Islam di Malaysia bersama jutaan umat seagama rantau ini dan seluruh dunia mula menunaikan ibadah puasa pada Ahad. Selain negara ini, umat Islam di Arab Saudi, Thailand, Singapura dan Filipina turut berpuasa pada Ahad, bagaimanapun Indonesia agak berbeza apabila menetapkan tiga tarikh bermula Jumaat. Berpuasa pada Ahad bermakna solat tarawih memenuhi kalendar sejak Sabtu lagi, manakala perniagaan di bazar Ramadan serta juadah berbuka secara bufet yang ditawarkan pula menawarkan pelbagai hidangan dan juadah menarik. Bagi yang dijemput menunaikan rukun Islam di Makkah dan Madinah, pastinya suatu pengalaman yang begitu istimewa dan berharga sekali. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa pada Ahad, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong selepas diperkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan Ramadan berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi). Kerajaan Arab Saudi juga mengumumkan puasa bermula sama seperti tarikh awal Ramadan di Malaysia. Di Makkah dan Madinah, umat Islam akan berpuasa seawal 4 pagi hingga 7 petang, dengan suhu dianggarkan antara 40ºC dan 48ºC. Permulaan ibadah ini turut disambut negara jiran di utara tanahair apabila umat Islam di Thailand turut menyambutnya pada Ahad. Perkara itu diumumkan oleh Sheikul Islam Thailand, Aziz Pithakumpol menerusi siaran langsung televisyen Thailand dari pejabatnya di Songkhla, semalam. Begitu juga bagi jiran di selatan apabila Dewan Agama Islam di Singapura (MUIS) memutuskan Ramadan yang merupakan awal bagi umat Islam berpuasa jatuh pada hari ini. “Berdasarkan perhitungan astronomi, bulan sabit sebagai tanda masuknya Ramadan tidak memenuhui kriteria yang disepakati oleh negara MABIMS (Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura),” kata Mufti Singapura, Dr. Mohammed Fatris Bakaram. Beliau juga mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa bagi umat Muslim di Singapura dan semoga Tuhan memberikan ketabahan untuk melaksanakan puasa dengan kerendahan hati serta kekuatan iman. Bersama Malaysia, Thailand dan Singapura adalah umat Islam di Filipina yang secara rasmi mulai berpuasa pada Ahad apabila pemimpin agama Islamnya tidak melihat hilal sebagai penetapan awal Ramadan. Komisioner Komisi Nasional Muslim Filipina, Mike Ibrahim, menyatakan gagal melihat bulan di beberapa daerah otonomi Muslim Mindanao sehingga puasa rasmi dimulai hari ini. Sementara itu, Gabenor Daerah Otonomi Muslim Mindanao, Mujiv Hatamn mengatakan festival makanan sedang dipersiapkan sehingga umat Islam dapat berbuka puasa setelah selesai bekerja. “Awal bulan puasa adalah hari kerja, tapi pekerja Muslim diperbolehkan bekerja sampai pukul 3 petang untuk memberi mereka waktu untuk mempersiapkan berbuka puasa saat matahari terbenam," katanya. Bagaimanapun, lain pula bagi umat Islam di Indonesia apabila puasa tahun ini bermula pada tiga hari berbeza dengan pertubuhan Islam terbesar negara itu, Muhammadiyah mengumumkan Ramadan bermula pada Sabtu. "Awal Ramadan berbeza lagi tetapi Aidilfitri mungkin serentak," kata Setiausaha Pengurus Wilayah Muhammadiyah Jawa Timur, H. Nadjib Hamid. Nahdlatul Ulama pula mengumumkan umat Islam akan mula berpuasa pada Ahad. Di Padang, Sumatera Barat, seramai 5,000 anggota organisasi Islam, Naqsabandiyah mula berpuasa lebih awal lagi iaitu pada Jumaat. Setiausaha Naqsabandiyah Sumatera Barat, Edison berkata, perkiraan permulaan Ramadan ditetapkan berdasarkan formula hisab munjib iaitu 1 Ramadan setiap tahun ialah 360 hari selepas awal Ramadan tahun sebelum itu.-mstar

Lesen 70 Koperasi Di Kelantan Dibatal
KOTA BAHARU: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Kelantan membatalkan lesen lebih 70 koperasi di negeri ini sejak 2008 disebabkan tidak aktif dan menyeleweng daripada matlamat penubuhan koperasi.
Timbalan Pengarahnya Anuar Mohamad berkata jumlah koperasi yang dibatalkan itu adalah kira-kira 10 peratus daripada jumlah keseluruhan 715 koperasi yang beroperasi di negeri ini.
"Pembatalan ini dilakukan disebabkan kita dapati mereka tidak aktif dan tidak menjalankan sebarang aktiviti, selain menyeleweng daripada landasan koperasi apabila tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.
"Kita cuba untuk memulihkan koperasi yang tidak aktif, dan jika usaha tersebut tidak membawa kesan, kita batalkan koperasi berkenaan," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad ke-19, di sini, Sabtu.
Anuar berkata lesen koperasi yang tidak berpotensi untuk maju dan kekurangan anggota juga berdepan kemungkinan dibatalkan jika tiada tindakan segera diambil dalam menangani masalah itu.
Katanya penubuhan koperasi di setiap komuniti termasuk jabatan kerajaan, digalakkan kerana ia mampu memberi banyak manfaat kepada ahli.-mstar
TOP
Perjuangan Skuad Badminton di Terbuka Australia Berakhir
Pemain bergu negara, Hoon Thien How (kanan) dan Tan Boon Heong (kiri) cuba mengembalikan pukulan pemain Korea Selatan, Lee Yong Dae dan Yoo Yeon Seong pada perlawanan separuh akhir terbuka Australia, di Sydney pada Sabtu. Pasangan Korea itu menang, 21-14 21-16. - Foto AFP.
KUALA LUMPUR: Perjuangan skuad badminton negara di Siri Super Terbuka Australia berakhir apabila pasangan Hoon Thien How/Tan Boon Heong kalah pada saingan separuh akhir di Sydney Sports Centre. Gandingan Hoon/Tan yang mempamerkan aksi bertenaga dan konsisten sepanjang kejohanan bagaimanapun dijinakkan beregu Korea Selatan Lee Yong Dae/Yoo Yeon Seong, 14-21 dan 16-21. Sebelum ini pada aksi suku akhir, Hoon/Tan diberi tentangan sengit oleh beregu China, Cai Yun/Kai Lu sebelum mereka mencatat kemenangan 23-21 dan 21-16 dalam masa 47 minit. Pasangan kedua dunia itu mara selepas menundukkan satu lagi beregu negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong dengan keputusan 21-15 dan 24-22 pada satu lagi aksi suku akhir. Kejohanan dari 24 hingga 29 Jun itu menawarkan hadiah keseluruhan US$750,000.-mstar

KPDNKK Tetap 4 Langkah Kekang Ketirisan Jualan Diesel, Petrol Subsidi
KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan empat langkah bagi mengekang kegiatan penyelewengan dan ketirisan bahan petroleum dan diesel bersubsidi diseluruh negara.
Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Alias Ahmad berkata langkah pertama khusus bagi Sabah iaitu kuota penjualan diesel dan petrol di setiap stesen minyak di daerah-daerah pantai timur Sabah dihadkan kepada 600,000 liter sebulan berkuat kuasa 1 Julai.
"Pada masa kini, penjualan diesel antara 100,000 hingga 700,000 liter sebulan. Jadi melihat isu penyeludupan dan penyelewengan diesel subsidi kenegara jiran, kita memutuskan penjualan diesel dan petrol dihadkan kepada600,000 liter setiap stesen minyak setiap bulan.
"Terdapat 72 buah stesen minyak di daerah berkaitan bermula dari Kudat,Semporna hingga Tawau," katanya dalam sidang akhbar pada Sabtu.
Beliau berkata pengusaha stesen minyak perlu memohon kepada Pengarah KPDNKK Sabah Severinus Tukah bagi pertimbangan untuk mendapatkan kuota tambahan.
Alias berkata langkah kedua membabitkan kelulusan kuota bahan api bersubsidi itu bagi setiap stesen minyak di seluruh negara akan ditetapkan oleh KPDNKK negeri dan tidak lagi oleh syarikat-syarikat minyak dan gas seperti sebelum ini,berkuat kuasa 1 Ogos.
"Langkah kedua ini akan dimasukkan sebagai syarat wajib bagi setiap pam stesen dan mereka perlu membuat laporan bulanan kepada KPDNKK negeri bagi jualan setiap bulan bagi diesel dan petrol RON95," katanya.
Bagi langkah ketiga pula, katanya KPDNKK mengarahkan pengusaha pengangkutan minyak subsidi yang mendapat kontrak dengan syarikat-syarikat minyak dan gas perlu menyeragamkan warna lori tangki kepada warna biru dan mempunyai tulisan bersaiz besar 'minyak subsidi', berkuat kuasa 1 Januari 2015.
"Syarat itu akan dimasukkan dalam permohonan lesen surat kebenaran PDA 3 (untuk pengangkutan bahan-bahan petroleum)...sekarang kita mendapati ada pelbagai warna...(ini) bagi mengelak mereka menyelinap dan memasuki kawasan yangtidak sepatutnya," katanya.
Bagi langkah terakhir, beliau berkata ia membabitkan syarat bagi permohonan kuota khas tambahan pada "flipcard" bagi kategori pengangkutan awam seperti bas sekolah, bas ekspres, bas mini, bas henti-henti, kereta sewa, teksi dan ambulans.
"Pada masa kini, mereka menikmati subsidi RM1.68 seliter, dan apabila habis kuota mereka layak mendapat kuota tambahan dengan harga RM2 seliter tanpa had.
Kini untuk permohonan kedua (kuota tambahan) mereka perlu memohon kepada KPDNKK negeri dengan had 500 liter bagi mengelak penjualan kepada pihak lain," katanya.
Alias berkata langkah tersebut diambil selepas mengadakan perbincangan dengan seluruh KPDNKK negeri dan mendapat persetujuan menteri berkenaan Datuk Seri Hasan Malek bagi memastikan bantuan subsidi tidak disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Beliau berkata selain itu, kementerian akan meningkatkan pemantauan terhadap pengaliran bahan api bersubsidi itu agar dapat dinikmati golongan yang layak.
Menurutnya, kerajaan memperkenalkan subsidi diesel bermula 1999 dengan peruntukan RM83 juta dan sehingga tahun lepas, kerajaan membelanjakan RM9.6 bilion bagi subsidi diesel.-mstar
TOP
Lori Tangki Bawa Bahan Kimia Bocor, R&R Tapah Ditutup
IPOH: Sebuah lori tangki yang membawa bahan kimia 'cuprum chloride solution' mengalami kebocoran di kawasan berhampiran susur keluar ke arah selatan dari Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah di Km332, Lebuhraya Utara-Selatan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Yahaya Madis berkata kebocoran dikesan berlaku pada satu daripada dua tangki lori berkenaan.
"Tangki yang bocor adalah yang berkapasiti lapan tan dan cecair telah mengalir ke dalam longkang berhampiran. Pasukan bomba dan PLUS telah membuat sekatan di dalam longkang itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata injap pada tangki berkenaan telah ditutup namun kebocoran masih berlaku.
Kejadian dilaporkan ke Balai Bomba dan Penyelamat Tapah pada pukul 12.58 tengah hari dan kini pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Pasir Puteh di sini berada di tempat kejadian untuk menjalankan kerja-kerja penyelamatan dan pembersihan, katanya.
Jurucakap Plusline ketika dihubungi Bernama berkata kawasan R&R itu telah ditutup kepada kenderaan.
"Jangka masa penutupan itu bergantung kepada kerja-kerja dan operasi kawalan serta pembersihan pihak bomba," katanya.
Beliau berkata bagaimanapun setakat ini lalu lintas di laluan utama lebuh raya bergerak lancar.
Sementara itu Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Tapah Insp Khairul Nizam Ismail berkata lori tangki tersebut disedari mengalami kebocoran apabila kenderaan itu mula memasuki lebuh raya selepas mengisi minyak di kawasan R&R Tapah.
"Kebocoran dikesan sebelum kenderaan itu memasuki lebuh raya. Sebelum itu lori tangki tersebut berhenti untuk mengisi minyak di stesen minyak berhampiran R&R Tapah," katanya.-mstar
TOP
Pelajar, Buruh Indonesia Maut Kemalangan
KEMAMAN: Dua penunggang motosikal maut selepas motosikal mereka bertembung dalam kejadian di KM302 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Seri Bandi di sini lewat petang Jumaat.
Dalam kejadian 6.05 petang itu, Muhamad Syafiq Shafie, 15, yang mengalami kecederaan parah di kepala serta paha dan buruh warga Indonesia Muhsan, 47, berasal dari Lombok yang mengalami kecederaan parah pada anggota badan, maut di tempat kejadian.
Kemalangan itu berlaku apabila motosikal yang ditunggang Muhamad Syafiq yang berasal dari Kampung Bukit Takal Kemaman, dipercayai melawan arus sebelum bertembung dengan motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggangi warga asing terbabit.
Akibat pertembungan itu Muhamad Syafiq yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC melanggar besi pembahagi jalan.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Katanya mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat.-mstar
TOP
Anggota Polis Ditahan di Kunak Terbabit Atur Pergerakan Pengganas - Bakri Zinin
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata anggota polis yang ditangkap di Kunak, Sabah Rabu lepas dipercayai terbabit mengatur pergerakan keluar masuk pengganas Sulu di Sabah.
Katanya anggota berpangkat koperal itu juga didapati mempunyai saudara di selatan Filipina.
"Kami belum lagi menyiasat secara keseluruhan pergerakan dia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perbarisan Tamat Latihan Asas Konstabel Wanita siri 1/2014 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, hari ini.
Mohd Bakri diminta mengulas perkembangan terkini berhubung penangkapan enam orang termasuk seorang koperal polis dalam operasi khas memburu pengganas Sulu di Kunak, Rabu lepas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika mengumumkan penangkapan itu berkata tangkapan terkini tersebut adalah susulan kejadian pencerobohan oleh militan Sulu di Lahad Datu pada Februari tahun lalu.
Mengenai majlis hari ini, Mohd Bakri berkata 22 anggota berketurunan Cina antara 1,473 yang menerima tauliah sebagai konstabel polis itu.
"PDRM (Polis Diraja Malaysia) menggalakkan lebih ramai rakyat berbangsa Cina memohon memasuki badan beruniform ini memandangkan keperluannya ada dan untuk memastikan penglibatan semua kaum dalam pasukan penguatkuasa negara.
"PDRM juga telah membuat proses pemilihan bagi kaum Cina yang memohon dan mereka akan dipanggil," katanya.
Pada majlis itu Mohd Bakri turut menyampaikan anugerah kepada pelatih terbaik keseluruhan iaitu Maizatul Fadzeera Zulkepli dan pelatih terbaik akademik Maizatul Aishah Muhammad Nor serta pelatih latihan luar terbaik Siti Nur Aznii Arzemi.-mstar
TOP
Militan: Anggota Rela, Tentera Laut Ditahan
Salah seorang daripada mereka adalah anggota tentera laut Malaysia yang terbabit dalam kegiatan militan.
KUALA LUMPUR: Seorang anggota Rela dan kakitangan Angkatan Tentera Laut ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kumpulan militan tempatan. Anggota Rela berkenaan pernah ditahan di Kuala Kangsar pada 25 Jun dan dua hari selepas itu dia kemudiannya ditangkap oleh pegawai Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman. Dengan penahanan itu menjadikan jumlah keseluruhan yang ditangkap ialah 19 orang, sejak operasi khas dilancarkan pada 28 April. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis percaya anggota Rela yang ditahan itu merupakan pakar membuat senapanag buatan sendiri yang telah dirampas dalam operasi sebelum ini. "Kami juga percaya dia membekalkan peluru untuk latihan kumpulan militan berkenaan. "Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman turut menyerbu sebuah rumah di Shah Alam pada 28 Jun lalu," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu. Beliau berkata kakitangan tentera laut yang ditahan itu dipercayai membantu ahli kumpulan militan berkenaan menyeludup masuk ke Malaysia selepas mereka selesai latihan di luar negara. -mstar

Bangunan Runtuh Empat Mati di India
NEW DELHI: Sebuah bangunan lama runtuh di sini menyebabkan sekurang-kurangnya empat orang maut dan anggota penyelamat masih meneruskan pencarian mangsa yang dipercayai terperangkap.
Pegawai Polis, Madhur Verma berkata, lima orang berjaya diselamatkan daripada sisa runtuhan bangunan empat tingkat itu manakala tiga atau empat orang dipercayai masih terperangkap dalam struktur bangunan berusia 50 tahun itu.
Agensi Berita The Press Trust of India berkata, kejadian berpunca daripada kerja pembinaan yang sedang berjalan di tanah berhampiran. -mstar
TOP
Tentera Pakistan Bedil Tempat Persembunyian Militan
BANNU: Jet pejuang tentera Pakistan membedil tempat persembunyian militan dalam operasi terbaharunya menyebabkan 17 militan terkorban di barat laut negara berkenaan, kata pegawainya pada Sabtu.
Jet berkenaan membedil kawasan di Dargamandi dan Chashma Gaon utara Waziristan lewat malam Jumaat sambil agensi bantua bekerja keras menyelamatkan pelarian.
Kira-kira setengah juta orang melarikan diri ke utara Wazirsitan yang disasar kubu kuat militan yang bersempadan dengan Afghanistan.
Berpuluh ribu keluarga sudah memasuki bandar Bannu, berdekatan utara Waziristan manakala beratus-ratus lagi bergerak ke bandar lain seperti Lakki Marwat, Karak dan Dera Ismail Khan sejak operasi memburu militan bermula pada pertengahan Jun. -mstar
TOP
Bintang Piala Dunia Berpuasa Ramadan Pada Aksi 16 Terbaik
Pemain Jerman, Mesut Ozil (kiri) dan Karim Benzema (penyerang Perancis) akan bermain dalam keadaan berpuasa bermula saingan kalah mati Piala Dunia.
KEMPEN Piala Dunia kini memasuki saingan kalah mati yang akan memilih lapan daripada 16 skuad terbaik dari kumpulan masing-masing. Bagi masyarakat Islam dari seluruh dunia juga, saingan kalah mati bermula apabila mereka mula berpuasa selama sebulan sempena Ramadan. Sepanjang tempoh matahari terbit, masyarakat Islam tidak akan minum atau makan, sebaliknya akan menumpu perhatian kepada ibadat wajib dan sunat. Perkara sama juga akan dilalui sebahagian pemain yang teribat dalam saingan Piala Dunia.
Antaranya ialah penyerang Perancis, Karim Benzema dan bintang Jerman, Mesut Ozil.
Tidak terkecuali ialah pemain-pemain daripada pasukan Nigeria, Algeria, Switzerland, Belgium, Ivory Coast dan Rusia. Namun, itu bukan alasan untuk mereka tidak bermain dengan cemerlang kerana sejarah sukan membuktikan atlit mampu berpuasa ketika bersukan malahan akan menjadi lebih baik ketika itu. Bukan sahaja dalam Piala Dunia tetapi juga Olimpik dan kejohanan besar lain. Antara pemain terkenal yang akan bermain dalam keadaan berpusa ialah:
Xherdan Shaqiri (Switzerland)
Moussa Sissoko (Perancis)
Marouane Fellaini (Belgium)
Bacary Sagna (Perancis)
Sami Khedira (Jerman)
Vincent Aboubakar (Cameroon)
Mamadou Sakho (Perancis)
Johan Djourou-Gbadjere (Switzerland)
Suleyman Ali Muntari (Ghana)
Eden Hazard (Belgium)

Salah sangka: Polis Mexico tembak ejen AS
Media di Amerika Syarikat melaporkan mengenai tembakan oleh polis Mexico.
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Sebuah helikopter polis Mexico dilaporkan menembak ejen penguatkuasa sempadan Amerika Syarikat (AS) kerana menyangka mereka adalah pengedar dadah, semalam. Ekoran insiden itu, pihak berkuasa Mexico mengumumkan, ia adalah satu kesilapan, lapor CNN. Bagaimanapun, dalam kejadian itu, tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku. Helikopter berkenaan terbang melepasi sempadan Arizona dan berada kira-kira kurang 1 km dari sempadan Mexico-AS. Ketika kejadian, polis Mexico sedang menjalankan operasi membanteras dadah.

Amanda Misbun Komen Awie Pukul Kakaknya
Pelakon Amanda Misbun merupakan adik kepada Rozana Misbun iaitu isteri kepada penyanyi Wings, Awie.
Kini kecoh di laman sosial gambar seorang wanita dikatakan kakaknya cedera akbiat dipukul Awie.
Ini kata dari Amanda Misbun:
“Maaf, saya tidak boleh memberi sebarang komen memandangkan saya tidak layak berbuat demikian. saya juga tidak boleh sahkan sama ada itu gambar dia.
“Saya harap semua orang boleh tunggu, sebab ada orang yang boleh menjelaskan keadaan sebenar,"
“Keluarga kami memang tidak campur soal rumah tangga, sebab itu lebih kepada masalah peribadi. Tetapi setahu saya kakak saya bahagia, saya ada berjumpanya sebelum ini dia nampak elok,"
“Setelah sembilan tahun mereka berkahwin kenapa baru timbul kisah-kisah begini. Saya anggap ini hanya khabar angin sahaja,"
Amanda Misbun berharap semua peminat mendoakan keselematan dan kebahagiaan keluarga Awie dan kakaknya. Amanda tidak mahu mengesahkan gambar tersebut dan memberitahu kakaknya bahagia dengan Awie. Amanda juga berkata ada pihak akan menjelaskan keadaan sebenar tidak lama lagi. Sumber: hotlips-yuya.blogspot.com

KPDNKK: 4 Langkah Kekang Kegiatan Penyelewengan
KOTA KINABALU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan empat langkah bagi mengekang kegiatan penyelewengan dan ketirisan bahan petroleum dan diesel bersubsidi di seluruh negara.
Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Alias Ahmad berkata langkah pertama khusus bagi Sabah iaitu kuota penjualan diesel dan petrol di setiap stesen minyak di daerah-daerah pantai timur Sabah dihadkan kepada 600,000 liter sebulan berkuat kuasa 1 Julai.
“Pada masa kini, penjualan diesel antara 100,000 hingga 700,000 liter sebulan. Jadi melihat isu penyeludupan dan penyelewengan diesel subsidi ke negara jiran, kita memutuskan penjualan diesel dan petrol dihadkan kepada 600,000 liter setiap stesen minyak setiap bulan.
“Terdapat 72 buah stesen minyak di daerah berkaitan bermula dari Kudat, Semporna hingga Tawau,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.
Beliau berkata pengusaha stesen minyak perlu memohon kepada Pengarah KPDNKK Sabah Severinus Tukah bagi pertimbangan untuk mendapatkan kuota tambahan.
Alias berkata langkah kedua membabitkan kelulusan kuota bahan api bersubsidi itu bagi setiap stesen minyak di seluruh negara akan ditetapkan oleh KPDNKK negeri dan tidak lagi oleh syarikat-syarikat minyak dan gas seperti sebelum ini, berkuat kuasa 1 Ogos.
“Langkah kedua ini akan dimasukkan sebagai syarat wajib bagi setiap pam stesen dan mereka perlu membuat laporan bulanan kepada KPDNKK negeri bagi jualan setiap bulan bagi diesel dan petrol RON95,” katanya.
Bagi langkah ketiga pula, katanya KPDNKK mengarahkan pengusaha pengangkutan minyak subsidi yang mendapat kontrak dengan syarikat-syarikat minyak dan gas perlu menyeragamkan warna lori tangki kepada warna biru dan mempunyai tulisan bersaiz besar ‘minyak subsidi’, berkuat kuasa 1 Januari 2015.
“Syarat itu akan dimasukkan dalam permohonan lesen surat kebenaran PDA 3 (untuk pengangkutan bahan-bahan petroleum)…sekarang kita mendapati ada pelbagai warna…(ini) bagi mengelak mereka menyelinap dan memasuki kawasan yang tidak sepatutnya,” katanya.
Bagi langkah terakhir, beliau berkata ia membabitkan syarat bagi permohonan kuota khas tambahan pada “flipcard” bagi kategori pengangkutan awam seperti bas sekolah, bas ekspres, bas mini, bas henti-henti, kereta sewa, teksi dan ambulans.
“Pada masa kini, mereka menikmati subsidi RM1.68 seliter, dan apabila habis kuota mereka layak mendapat kuota tambahan dengan harga RM2 seliter tanpa had.
Kini untuk permohonan kedua (kuota tambahan) mereka perlu memohon kepada KPDNKK negeri dengan had 500 liter bagi mengelak penjualan kepada pihak lain,” katanya.
Alias berkata langkah tersebut diambil selepas mengadakan perbincangan dengan seluruh KPDNKK negeri dan mendapat persetujuan menteri berkenaan Datuk Seri Hasan Malek bagi memastikan bantuan subsidi tidak disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Beliau berkata selain itu, kementerian akan meningkatkan pemantauan terhadap pengaliran bahan api bersubsidi itu agar dapat dinikmati golongan yang layak.
Menurutnya, kerajaan memperkenalkan subsidi diesel bermula 1999 dengan peruntukan RM83 juta dan sehingga tahun lepas, kerajaan membelanjakan RM9.6 bilion bagi subsidi diesel. – BERNAMA
TOP
Projek MRT Sungai Buloh: Seorang Lelaki Digilis Jentolak
Ngeri dan menyedihkan, seorang pekerja maut setelah di lenyek oleh jentolak di mana kemalangan ini berlaku di tempat projek MRT Sungai Buloh.
Gambar kemalangan ngeri ini tersebar melalui laman WhatApps identiti mangsa masih belum di kenal pasti sehingga kini. Gambar tersebut amat ngeri dan terpaksa di blurkan.
Bagaimanapun, SK tidak perolehi apa-apa maklumat yang lebih terperinci berkenaan kes ini
Sumber: sembangape.com
Sumber: sembangape.com
TOP
Pelajar Terjun Tingkat Empat Tinggal Kekasih
Melaka – Seorang penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sanggup terjun dari tingkat empat sebuah hotel di Melaka Raya, Banda Hilir, di sini meninggalkan kekasihnya bagi mengelak dicekup penguatkuasa dalam Operasi Bersepadu, awal pagi tadi.
Remaja lelaki berusia 18 tahun itu bagaimanapun berjaya ditahan sembilan jam kemudian selepas penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membuat tinjauan semula di hotel sama pagi tadi.
Lelaki berasal dari Johor dan kekasihnya berusia 18 tahun berasal dari Selangor itu, datang ke negeri ini semata-mata melempiaskan nafsu sehari sebelum Ramadhan.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, lelaki terbabit sanggup bergadai nyawa terjun dari tingkat empat ke tingkat dua bangunan hotel sebelum menghilangkan diri.
Bilik yang dikunci menggunakan selak itu, hanya dibuka remaja perempuan berkenaan selepas lebih setengah jam pihak penguatkuasa mengarah berbuat demikian dan mereka ditahan untuk siasatan lanjut.
Sumber: myMetro online
TOP
Stesen Minyak Langgar Peraturan Disenarai Hitam
KOTA KINABALU – Pengusaha stesen minyak yang didapati melanggar peraturan ditetapkan berhubung penjualan diesel dan petrol bersubsidi akan disenaraihitamkan seumur hidup, berkuat kuasa serta merta.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad berkata dengan itu mereka tidak boleh lagi berurusan dengan pihak KPDNKK buat selama-lamanya dan tidak akan mendapat lesen baharu dan membuka syarikat baharu.
Beliau berkata kementerian turut akan membekukan lesen stesen minyak yang menyeleweng sehingga siasatan selesai dan diputuskan mahkamah.
“Sehingga kini, terdapat sembilan kes masih dalam siasatan dan dua stesen minyak di Kedah dan Kelantan telah dibekukan,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.
Katanya kementerian memandang serius serta sentiasa mempergiat usaha membanteras aktiviti penyelewengan dan penyeludupan diesel serta petrol bersubsidi di pasaran bagi menjamin kepentingan dan kebajikan rakyat.
Berhubung Ops Titik bagi menangani penyelewengan diesel bersubsidi yang dilaksanakan sejak 15 Mei lepas, Alias berkata operasi itu akan diteruskan sehingga 31 Dis ini dan akan berasaskan mekanisme baharu yang dijangka dilaksanakan bermula September ini.
“Kita mendapati 30 peratus penambahbaikan dan pengaliran diesel subsidi dapat dikawal sejak operasi dua bulan lepas termasuk tidak wujud lagi lebihan stok dan bahan api itu yang tidak mencukupi,” katanya.
Katanya Ops Titik setakat ini telah mempamerkan kesan positif dengan 178 kes dikesan membabitkan nilai rampasan sebanyak RM9 juta.
Beliau berkata operasi bersepadu yang dijalankan pasukan petugas khas bersama-sama Pejabat Peguam Negara turut menyaksikan 170 akaun dibekukan oleh Bank Negara dengan nilai kewangan RM50.68 juta membabitkan kesalahan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001. – BERNAMA
TOP
Penyokong Mursi tunjuk perasaan sempena 3 Julai
KAHERAH - MESIR. Pertempuran antara pasukan keselamatan dengan penyokong Presiden yang digulingkan, Mohamed Mursi berlaku semalam semasa bantahan di beberapa bahagian negara itu, lapor portal berita Al-Ahram.
Di Alexandria, pasukan keselamatan menahan enam penyokong Mursi yang menyertai bantahan di bandar itu.
Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri Mesir, seramai 15 penyokong Mursi ditahan ketika bantahan.
Sementara itu, Jeneral Nasser Al-Abd memberitahu Al-Ahram, pihak keselamatan menahan penunjuk perasaan kerana melanggar undang-undang bantahan yang melarang bantahan tanpa menerima kebenaran dari pihak berkuasa.
Pertempuran juga berlaku di beberapa bandar lain seperi Beni Suef dan Qena.
Tunjuk perasaan itu dibuat ekoran membantah tindakan menahan rakan-rakan mereka dan menentang penggulingan Mursi pada 3 Julai tahun lalu.
Sebuah gabungan pro Mursi telah menyeru penyokong terus membantah dalam persediaan ‘kebangkitan 3 Julai 2014’.
Sumber: Sinar Online
TOP
Tidak Tahu Baca Al-Quran, Kuburnya Bercahaya Menjulang ke Langit
“Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah Ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan mampu menitis air mata.
Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.
Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.
Keesokannya lelaki itu datang lagi ke kawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.
Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.
Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama isterinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung ke rumah simati dan bertemu dengan isteri si mati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya. Anehnya isteri si mati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenali suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati. Akhirnya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara aneh yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya, setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhuk, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya al qur’an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Ia akan duduk dan membelek al qur‘an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta al qur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan membelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan. “Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu.” “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani al-qur’an buah hati kesayangannya. Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat al-quran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya, tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini. Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh al qur’an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan alquran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang masa. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua.” Sumber: mazeermohamad.com

No comments:
Post a Comment