Thursday, June 5, 2014

Berita Terkini 05 June 2014


Alyah Jadi Mangsa Ragut, Diacu Pisau

Adibah Duduk Rumah Kawan Jika Tak Kahwin-Kahwin

Jakim tidak khianati kepercayaan umat Islam

Sindiket Jual Bayi Larikan Anak Saya - Buruh Binaan

Pasukan Marin Gagalkan Cubaan Seludup Keluar Diesel

Tun M: Seseorang tidak akan jadi gay kalau pegangan agamanya kuat

Gambar Kemalangan Akibat Melanggar Lampu Isyarat Merah

20 Jun Keputusan P’mohonan Papa Gomo Tangguh Bayar Ganti Rugi

Google Malaysia Sasar 40,000 Sertai Adwords

Iklan Minyak Wangi Rihanna Diharamkan Di UK

Rapid Bus Beli Trak Tunda RM3 Juta

Operasi Kilang Tepung Dipantau Rapi – KPDNKK

GAMBAR: Subaru Impreza Terbakar Di Shah Alam, Pagi Tadi

Saya akan padam gambar lama, Beri masa & ruang

MH370: Penyelidik Australia Kesan Bunyi Bising Di Dalam Air

JAIS dah macam Taliban - Dr Asri

VIDEO: Pasangan Pengantin Dan Pengapit Lencun Jatuh Tasik

Wanita dakwa dirogol pelanggan agensi pekerja asing

Hadi Tambah Baik, Jalani Pemeriksaan Menyeluruh

3 Nelayan Hilang Ditemui Di Perairan Vietnam

Badlisham Ambil Alih Jawatan Pengarah Urusan MAHB

Nyaris ditelan ‘kepala air’

Polis New Brunswick Sedang Buru 'Rambo'

Lelaki Didakwa Halang Tugas, Guna Kekerasan Terhadap Penjawat Awam

Pengecualian Visa Ke Amerika Dapat Dilaksanakan Dalam 18 Bulan - Ahmad Zahid

Mekanik Mengaku Rogol Remaja Di Kelantan

Gadis Meninggalkan Pesanan di Belakang Cermin Sebelum Meninggal Dunia Akibat Kanser

Pembantu Rumah Ditempatkan Di Kejiranan Mewah, Elak Dikesan

Forum Kesan Islamisasi Ke Atas Bukan Islam Di P.Pinang

UPP Rampas 21,200 Kg Beras Seludup

Subsidi Minyak: Kerajaan Perlu Telus – Fomca

Ibu Terjun Bangunan Kerana Marah Anak

Amah Lari Dakwa Didera Majikan

Bapa Artis HK Bunuh Diri Selepas Anak Ada Skandal

Kebas Lembu: Perompak Acu Pistol Di Pahang

Kastam Rampas Lebih 10,000 Bungkus Rokok Seludup

83 Maut Serangan Di Kampung Nigeria

Waspada keluar kenyataan hudud

Tahanan Palestin makin parah

Polis Tumpas Sindiket Hamba Seks

Ronaldo Alami Kecederaan Tendon Di Lutut Kiri

(Video) Adegan wanita berniqab dan lelaki dalam lif rosak

Berzina dengan teman lelaki kerana kecewa dengan ibu bapa

Perkenalan bawa ke ranjang

Wartawan bongkar aktiviti romen dalam tandas
Penuntut UIAM bekerjasama membantu mengeluarkan kenderaan yang terperangkap dalam banjir. - Foto Oriental Daily
UIAM, tiga kampung tenggelam
rompak bank
Rompak: Jurukimpal dipenjara 6 tahun
PDRM
Buang bayi: Polis tahan ejen pekerja, isteri
Perintah berkurung di Pattaya, Koh Samui dan Phuket ditamatkan. -  Foto Reuters
Perintah berkurung di Pattaya, Koh Samui dan Phuket ditamatkan
Penduduk meraikan kejayaan Al-Sisi selepas disahkan menang pilihan raya. Foto: EPA
Saudi haramkan buku pro Ikhwanul
Kenyataan yang tersebar luas di laman sosial baru-baru ini. Gambar kiri: Razali
Tolak pengebumian: 'Tanah kubur sempit'
Aziz (kiri) bersama Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia Abdul Aziz Abu Bakar merasmikan sistem perakaunan OfficeCentral yang mematuhi GST di Shah Alam, semalam. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Sasar 10,000 PKS guna OfficeCentral untuk GST

Bapa artis menyamar sebagai "Datuk" untuk menipu
Foto
Kanak-kanak sembilan tahun hampir maut
Foto
Enam syarikat bantu cari MH370
Foto
Suami isteri pontianak

Kerajaan Pinda Akta Bertindak Ke Atas Pengemis

Al-Sisi menang besar sebagai Presiden Mesir

Gajah ramal Portugal menang lawan Jerman

Cadangan pencen dikaji di UK
Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembenterasan Jenayah Polis Diraja Malaysia Datuk Wira Ayub Yaakob menyampaikan sumbangan kepada bapa Allahyarham L/Koperal Md Azwan, Abdullah Mahmood pada majlis tahlil dan lawatan ke rumah Allahyarham Md Azwan di Taman Scientex, Kulaijaya di sini hari ini. - Foto Bernama
Orang ramai diminta bantu kes langgar polis

Guna MyKad orang lain, 22 warga Filipina didenda
rmpas diesel
PPDNKK Manjung rampas diesel, 2 lori RM112,000

Putera Bandar diracun
Barisan Kabinet baharu Palestin diperkenalkan selepas majlis angkat sumpah, kelmarin.
EU sedia kerjasama dengan kerajaan baharu Palestin
Mers
MERS: Timbalan Menteri Kesihatan dipecat

Keyakinan pengguna Thai meningkat pada Mei
Matrade
Peluang pengeksport Malaysia di Kemboja
Air Asia
Penerbangan sulung habis dijual dalam 10 minit
United Overseas Bank (Malaysia) Bhd.
UOB: Indonesia destinasi utama PKS Malaysia

Sistem pengangkutan pacu ekonomi negara

[VIDEO] MAKANAN KOMANDO MALAYSIA DI DALAM HUTAN (4 GAMBAR)
terkini, gempar, rihana, artis antarabangsa, hiburan, penyanyi hollywood, Pakaian Rihanna Menjolok Mata Di Majlis Anugerah Fesyen
Pakaian rihanna menjolok mata dimajlis anugerah fesyen
Foto
Buang bayi dalam gaung
info, terkini, berita, hiburan, Gambar isteri baru Bade,madu Erma Fatimah
Gambar isteri baru Bade,madu Erma Fatimah

Dua Kanak-kanak Bersaudara Ini Digelar Kanak-kanak Terkuat Didunia.

Karya Seni Straw Yang Menakjubkan Yang Korang Jarang Lihat.Part 2

Pesawat MAS Kena Langgar Lagi, Kali Ini Kenderaan Bagasi

VIDEO: Pelajar Perempuan Di Terengganu Pulak Dah Gaduh

VIDEO: Sekarang Trend Budak Sekolah Gaduh Masuk YouTube Ke?

Banjir Kilat, Pengguna Disaran Elak Lalu MRR2 Ke Gombak

Lans Koperal Mohd Azuan Patut Diiktiraf Wira

Cap jari sahkan mayat suspek penggal budak

Pasport diconteng anak,bapa terkadas di negara asing

TOP
Alyah Jadi Mangsa Ragut, Diacu Pisau

Pelantun lagu Kisah Hati, Alyah melalui detik mencemaskan apabila diragut seorang lelaki bersenjatakan pisau dalam satu kejadian yang berlaku di Damansara pada 26 Mei lalu. Insiden berlaku ketika Alyah sedang berjalan bersendirian menuju ke sebuah kedai serbaneka 24 jam yang terletak kira-kira 20 meter dari tempat letak keretanya. “Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 pagi pada Isnin minggu lalu. Salah saya juga sebenarnya sebab ‘gatal’ nak pergi ke kedai pada waktu begitu. Ketika itu saya berjalan seorang diri menuju ke kedai yang terletak berhampiran sebuah bank yang beroperasi 24 jam. Kawasan di situ memang gelap dan baru saja berjalan, tiba-tiba beg tangan saya terus diragut. Kejadian memang berlaku sepantas kilat. Saya cuba melindungi beg saya, namun ketika menoleh muka saya terus dipukul tidak pasti sama ada dengan kayu ataupun lampu suluh sehingga saya terduduk. Apabila peragut tersebut mengacukan pisau di muka saya, saya terus mengalah,” ujar Alyah menceritakan detik cemas yang dihadapinya. Menurut Alyah lagi, kejadian tersebut melibatkan dua orang lelaki di mana seorang lagi suspek sudah bersedia menunggu di motosikal. Akibat insiden itu, Alyah mengalami kerugian lebih RM5,000 apabila peragut melarikan beg tangannya yang mengandungi wang tunai, kad pengenalan, lesen memandu, kad kredit, kunci kereta serta pelbagai barangan kecantikan diri edisi terhad. “Saya redha kehilangan duit kerana bagi saya duit boleh dicari lagi. Tapi saya ralat kerana dalam banyak-banyak barang yang hilang, tasbih yang saya selalu bawa ketika menunaikan Umrah turut hilang. Secara peribadi, saya paling sayang dengan tasbih itu,” kata Alyah. Penyanyi lagu ‘Tak Mungkin Kerna Sayang’ ini ketika ditemui GUA turut memberitahu dirinya kini trauma akibat kejadian tersebut dan mengakui sudah membuat laporan polis pada minggu lalu. “Ini kali pertama saya melalui detik diragut dan sudah tentu sesiapa saja yang pertama kali menghadapi detik tersebut akan mengalami trauma dan fobia. Saya trauma selama enam hari di mana tiap-tiap malam saya akan terbangun kerana masih teringat dengan insiden yang berlaku,” tuturnya mengakhiri perbualan. Sumber: Gua

TOP
Adibah Duduk Rumah Kawan Jika Tak Kahwin-Kahwin

Bukannya tidak mahu mendirikan rumah tangga namun kisah putus cintanya dengan lima jejaka sebelum ini mungkin menjadi penyebab penyanyi dan pengacara popular, Adibah Noor sehingga kini masih lagi tidak berteman. Adibah mengakui dirinya begitu selesa hidup solo sambil dikelilingi kawan-kawan baiknya. Malah, penyanyi berbakat besar ini juga mengatakan rakan-rakan baiknya itu juga yang akan menjaganya di hari tua kelak sekiranya dirinya masih belum bertemu jodoh dengan lelaki yang sesuai. “Saya ada beberapa orang sahaja kawan yang saya simpan dan ini adalah golongan manusia dalam kehidupan saya yang sampai ke tua kami akan bersama. Esok-esok kalau saya tak ada sesiapa, saya duduk rumah diorang kot. Kami akan menjaga satu sama lain,” katanya memetik Ohbulan. Dalam perkembangan lain, Adibah kini muncul dengan single terbaharu berjudul Bahasa Rindu yang dinyanyikan bersama sahabat baiknya, Nizam Din. Sumber: Audrey Lee / Mynewshub

TOP
Jakim tidak khianati kepercayaan umat Islam

Keputusan analisis makmal Jabatan Kimia terhadap dua produk coklat keluaran Cadbury - Roast Almond dan Hazelnut (badam dan kacang hazel) - mengesahkan tiada Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi, masih belum meredakan orang ramai daripada memperkatakan isu halal coklat berkenaan. Bahkan beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan membuat laporan polis berhubung kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Isnin berhubung status coklat berkenaan, kerana dianggap mengelirukan umat Islam. Percanggahan keputusan ujian Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi Jabatan Kimia terhadap dua coklat berkenaan mewujudkan bermacam andaian dan persoalan. Pelbagai tohmahan dan cemuhan dilemparkan kepada Jakim. Di laman-laman sosial, ada yang menuduh Jakim kononnya tidak telus, sanggup menipu, makan rasuah dan menyorokkan fakta sebenar, di samping mempertikaikan keputusan analisis Jabatan Kimia, yang dikatakan hanya menimbulkan was-was umat Islam.
"KAMI JUGA ISLAM"
Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata serangan bertali arus terhadap Jakim itu tidak adil memandangkan Jakim menjalankan tugas yang diamanahkan sehabis baik. Katanya masyarakat perlu bertenang dan berfikir secara waras kerana sebagai badan Islam, tidak mungkin Jakim mengkhianati kepercayaan yang diberi. "Sama seperti anda, saya juga orang Islam, malah pegawai saya juga beragama Islam dan kami ada keluarga yang juga pengguna Islam... takkanlah kami tergamak melihat dan membiarkan keluarga kami dan orang Islam lain untuk memakan produk yang kandungannya mempunyai babi. "Malah, ramai pekerja di syarikat besar milik antarabangsa ini terdiri daripada orang Islam... takkan mereka hendak lepaskan sesuatu yang tidak halal untuk dimakan kepada masyarakat dan keluarga mereka," katanya dalam wawancara di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini. Othman berkata setiap produk yang memperoleh logo halal disaring menepati prosedur operasi standard (SOP) serta piawaian yang begitu tinggi dan ketat. "Bukan mudah untuk kami keluarkan sijil halal dan sebab itu kami selalu menerima aduan bahawa Jakim lambat meluluskan permohonan kerana proses penelitian yang sangat ketat," katanya.
INTEGRITI
Othman berkata kemungkinan untuk berlakunya salah laku dan rasuah adalah sukar memandangkan pasukan dan individu berbeza terlibat dalam proses pemberian sijil halal. Katanya semua proses permohonan halal termasuk pemeriksaan dan pemantauan terhadap premis-premis dilaksanakan oleh Jakim sendiri tanpa penyumberan luar bagi menjaga integriti. "Kita ada empat tahap iaitu bahagian permohonan yang membuat penelitian awal, audit oleh auditor, panel penilai dan kemudian pemantauan berkala yang dibuat oleh pasukan berbeza. Panel penilai tidak terlibat dalam mana-mana pemeriksaan dan auditor juga tidak boleh berada di dalam mesyuarat panel... dia (individu terlibat) tidak boleh pengaruhi keputusan. "Salah laku agak sukar... kalau orang nak rasuah, mereka nak rasuah di peringkat mana? Di peringkat proses dan audit? Mereka tidak terlibat dalam proses membuat keputusan, malah ada auditor yang membuat laporan syor supaya diluluskan tetapi ditolak oleh panel kerana tidak berpuas hati," katanya. Beliau berkata pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) itu amat penting dalam menjaga kesaksamaan dan bagi mengelakkan berlakunya percanggahan kepentingan. "Ada cadangan untuk Jakim gunakan penyumberan luar tetapi kita dah ada pengalaman itu dahulu... timbul isu bila Jakim swastakan pemeriksaan dan sebagainya seperti caj, integriti dan tidak mengikut SOP malah sukar dikawal... sebab itu Jakim ambil balik dan putuskan untuk buat sendiri," katanya.
SIJIL HALAL TIDAK BOLEH DIBELI
Othman berkata adalah mustahil untuk sijil halal dibeli kerana pemohon perlu melalui proses yang amat ketat dan mematuhi semua piawaian halal sebelum sijil diluluskan. "Jika ada, itu adalah pihak ketiga yang menyamar atau pertubuhan tidak diiktiraf yang mendakwa kononnya mudah mendapat sijil halal sedangkan prosesnya memakan masa yang lama dan amat susah," katanya. Othman berkata memohon logo halal tidak diwajibkan, tetapi tindakan boleh diambil sekiranya produk tanpa sijil halal diletakkan sebarang logo halal. "Kita masih meletakkannya (memohon sijil halal) secara sukarela... tetapi kalau tulis halal atau apa-apa cara yang mengaitkan dengan halal, ia salah dan kita boleh ambil tindakan," katanya. Beliau berkata pengguna boleh memuat turun aplikasi Halal-Square di telefon bimbit atau alat peranti bagi memeriksa kesahihan sijil halal yang digunakan di premis-premis perniagaan. "Kita bekalkan poster kepada setiap outlet makanan seperti restoran dan hotel yang boleh diimbas menggunakan aplikasi Halal-Square... pengguna boleh tahu sama ada sijil halal premis itu masih sah, tamat tempoh atau palsu," katanya.
MAMPU JEJAS NAMA NEGARA
Beliau berkata isu halal yang dibesar-besarkan sebelum mendapat pengesahan sah mampu menjejaskan nama Malaysia di mata dunia sebagai hab halal yang menjadi rujukan banyak negara. Katanya SOP dan standard yang diamalkan Malaysia diiktiraf oleh banyak negara, malah turut diaplikasikan di negara-negara tersebut dalam membangunkan sistem halal masing-masing. "Sekarang ini negara-negara di Timur Tengah sedang merujuk kepada kita (Malaysia) untuk bimbingan dan bangunkan sistem halal mereka sebab mereka tidak ada sistem sebegitu selama ini... bagi mereka makanan mereka semuanya halal sebab mereka Islam. "Sebagai negara yang menjadi rujukan banyak negara lain takkanlah kita nak abaikan aspek itu (DNA babi)... kita bimbang kalau isu sebegini memberi imej yang buruk kepada negara," katanya.
IKTIRAF BADAN HALAL LUAR
Beliau berkata Jakim turut mempunyai skim Pengiktirafan Halal Badan Luar Negara dan setakat ini 57 badan halal dari 23 negara diiktiraf. "Ini bagi membantu Jakim dan industri di sini apabila peniaga mengimport bahan mentah, ia memerlukan pengesahan halal dari negara pengeluar... negara pengeluar keluarkan sijil halal dan kita guna pakai. "Kami tidak mungkin dapat periksa setiap ramuan kerana setiap syarikat mempunyai beratus produk dan beribu bahan ramuan, jadi kita dapatkan kerjasama dengan negara lain dengan menggunakan sistem ini," katanya. Jakim katanya terlebih dahulu menilai keupayaan badan berkenaan daripada segi syariah, teknikal dan sistem pensijilan terlebih dahulu, sebelum mengiktiraf logo halal yang dikeluarkan mereka. "Kita pantau bagaimana mereka menjalankan audit di kilang-kilang dan selepas berpuas hati barulah Jakim iktiraf mereka. "Ada juga negara yang sebelum ini Jakim iktiraf tetapi apabila dibuat semakan semula, didapati mereka tidak lagi patuh dengan keperluan yang ditetapkan, maka Jakim keluarkan mereka daripada senarai," katanya.
MENGEMBALIKAN KEYAKINAN
Mengakui bahawa isu halal coklat Cadbury itu menyebabkan keyakinan orang ramai terhadap Jakim tercalar, Othman berkata misinya pada masa ini adalah mengembalikan kepercayaan masyarakat. "Kesedaran masyarakat sudah begitu tinggi tentang halal, namun mereka sebenarnya tidak faham prosedur yang dibuat Jakim itu bagaimana, sebab itu mereka keliru dan marah pada Jakim," katanya. – Bernama, 5 Jun, 2014. Sumber: The Malaysian Insider

TOP
Sindiket Jual Bayi Larikan Anak Saya - Buruh Binaan

Bayi yang disyaki dilarikan sindiket.
JOHOR BARU: Seorang buruh binaan percaya anak perempuannya yang berusia 15 hari dilarikan sindiket penjualan bayi. Kegiatan itu dipercayai didalangi pasangan yang mendakwa suami isteri selain kerjasama jururawat hospital sebagai perantara. Yap Chan Hwa, 32, berkata, beliau mulanya menawarkan kepada sesiapa sahaja untuk mengambil anaknya itu sebagai anak angkat sebaik dilahirkan pada November tahun lalu. Katanya, ia terpaksa dilakukan kerana tidak mampu membesarkan anak keempatnya dengan pendapatan sebanyak RM2,000 sebulan. Bagaimanapun, katanya, seorang jururawat di hospital memperkenalkannya kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Hui Yee yang berminat untuk mengambil anaknya sebagai anak angkat. Kata Chan Hwa, beliau kemudiannya bertemu dengan wanita itu yang hadir bersama seorang lelaki yang didakwa sebagai suaminya. "Pasangan tersebut bersetuju untuk menjadi ibu bapa angkat kepada anak saya yang ketika itu baharu sahaja berusia 15 hari. "Mereka mengambil anak saya dengan mengatakan mahu menghantarnya untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan keesokannya wanita itu menghubungi saya memaklumkan bayi saya mengalami Sindrom Down. "Apabila saya meminta untuk mendapatkan kembali bayi saya, wanita itu meletakkan telefon dan sejak itu tidak pernah menjawab panggilan saya," katanya pada sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA negeri di sini, Khamis. Chan Hwa berkata, beliau berjaya mengesan nombor telefon bimbit wanita tersebut yang berada di Pontian dan pergi ke sana untuk mencari anaknya. "Penduduk di situ memberitahu saya bahawa wanita tersebut dikenali kerana kegiatannya menjual bayi ke luar negara," katanya. Beliau kemudiannya meminta bantuan MCA untuk mengesan anaknya itu. Sumber: mStar

TOP
Pasukan Marin Gagalkan Cubaan Seludup Keluar Diesel

JOHOR BAHARU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar 76,800 liter minyak diesel bersubsidi selepas menahan sebuah kapal tangki dan dua penjaga kapal terbabit di Sungai Pasak, dekat Kota Tinggi, semalam. Komander PPM Wilayah Dua ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata penahanan dilakukan pada pukul 1 tengah hari oleh seorang pegawai dan empat anggota pasukan itu yang melakukan ‘Operasi Pensura’ di kawasan berkenaan. “Semasa menahan kapal yang didaftarkan dengan nama ‘Ulaanbaatar’ itu, didapati dua lelaki rakyat China berada di dalamnya yang dipercayai penjaga kapal terbabit. “Pemeriksaan kemudian menemui kira-kira 76,800 liter minyak diesel yang dianggarkan bernilai RM153,600 di dalam tangki kapal itu,” katanya dalam kenyataan hari ini. Khiu berkata pemeriksaan lanjut mendapati kapal yang dianggarkan bernilai RM2.5 juta itu beroperasi di luar kawasan yang dibenarkan dan melanggar syarat-syarat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. Beliau berkata kedua-dua lelaki terbabit juga tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri. Kes itu, katanya, kini diserahkan kepada Jabatan Imigresen, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Jabatan Laut untuk tindakan lanjut. Sumber: Bernama

TOP
Tun M: Seseorang tidak akan jadi gay kalau pegangan agamanya kuat

SELANGOR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata seseorang itu tidak akan menjadi gay sekiranya mempunyai pegangan agama yang kuat. Beliau berkata budaya komuniti gay dan lesbian berkembang dengan luas keranagolongan itu terlalu mengikut emosi dan nafsu mereka. "Jika iman anda kukuh, anda tidak akan menjadi gay," katanya semasa program Syarahan Perdana Presiden di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini. Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan salah seorang peserta Syarahan Perdana itu, yang ingin tahu cara membendung gejala yang semakin menular ini. Sambil berseloroh beliau berkata ada kalanya beliau merasakan ada baiknya juga masyarakat di barat ramai yang mengamalkan budaya homoseksual. “Kadang-kadang saya rasa baguslah ada perkahwinan gay di negara barat. Mereka tidak boleh ada anak, lama-lama hilanglah kaum mereka,” katanya. Dr Mahathir menambah tujuan tuhan mencipta wanita dan lelaki adalah untuk mengembangkan zuriat. “Nikmat yang dianugerahkan itu adalah untuk umat manusia mengembangkan zuriat,” katanya. Sumber: Astro Awani

TOP
JAIS dah macam Taliban - Dr Asri

SHAH ALAM: Bekas mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berpendapat tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menyerbu majlis perkahwinan pasangan Hindu baru-baru ini bakal mengundang persepsi masyarakat yang melihat ianya sebagai 'proses Talibanisasi'. Beliau selain itu menegur tindakan badan penguatkuasa agama itu yang baginya akan menyebabkan imej Islam tercemar. "Jais perlu hati-hati kerana ia akan beri imej salah kepada masyarakat, malah dunia akan beri perhatian isu ini. "Semakin hari masyarakat dunia melihat dunia ini cenderung kepada proses Talibanisasi dalam beragama disebabkan tindakan ini," katanya dipetik daripada The Malaysian Insider. "Ini semua tindakan tidak bijak, tidak ada kebijaksanaan yang akan beri imej negatif dalam pengurusan agama pada ketika kita sudah mempunyai isu yang banyak memberi imej negatif dan salah sangka bukan di kalangan bukan Islam sahaja tapi juga umat Islam sendiri. "Ia sangat bercanggah dengan kempen wasatiyah yang dibawa oleh perdana menteri sendiri," katanya lagi. Beliau selain itu mempertikaikan keperluan melakukan serbuan sewaktu majlis perkahwinan berlangsung, di mana JAIS seharusnya memanggil pengantin perempuan berkenaan untuk pemeriksaan sebelum itu lagi. "Sepatutnya JAIS boleh selesaikan isu ini lebih awal apabila ada maklumat, kenapa hari perkahwinan baru hendak serbu dan lakukan soal siasat, kenapa sebelum itu tidak buat. "Agama ini bukan satu paksaan, sepatutnya mereka (Jais) panggil dengan cara baik dan siasat lebih awal, ini bukan zaman paksaan lagi," katanya. Justeru itu beliau menyarankan agar isu mengenai mualaf di mana ibu bapa memeluk Islam diteliti semula memandangkan situasi ketika ini sudah berubah. "Pada zaman dulu, orang keluar Islam sebab ada elemen pengkhianatan dan dalam mana-mana undang-undang memang hukumannya keras, bukan sahaja di dunia Islam tapi agama Kristian pun ada hukumannya. "Tapi sekarang ini kita berdepan suasana baru dan memerlukan ijtihad baru serta pandangan baru dalam hal ini. Kita kena lihat balik faktor-faktor ini untuk melihat dalam suasana lebih matang tentang masalah bukan Islam yang emak dan bapa peluk Islam," katanya. Beliau berkata, zaman dahulu hukuman kepada mereka yang keluar Islam adalah berat, zaman moden sekarang berbeza sama sekali kerana setiap negara berwilayah. "Suasana sudah tidak sama pada zaman awal dahulu kerana dahulu orang peluk Islam atas kerelaannya dan kemudian keluar, ini seakan-akan ada elemen pengkhianatan. "Zaman dulu juga tidak ada negara bersempadan, tapi yang membezakannya hanya pegangan akidah. Apa yang membezakan dengan yang sekarang adalah wilayah ada negara, ada kad pengenalan dan pasport," katanya. Asri berkata, isu melibatkan kes mualaf ini perlu dibincang supaya selari dengan konteks zaman moden sekarang. Ahad lalu, pasukan penguatkuasa JAIS menahan pengantin perempuan berkenaan, Zarina Abdullah Majid ketika perkahwinannya dengan pasangannya, seorang lelaki beragama Hindu, sedang berlangsung di sebuah kuil di Petaling Jaya kira-kira pukul 10 pagi. Wanita berusia 32 tahun yang lengkap berpakaian pengantin itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988. Zarina yang merupakan kerani pentadbiran sebuah syarikat memberitahu, dia mengamalkan ajaran Hindu kerana dibesarkan oleh ibunya yang beragama Hindu sejak kecil. Tambah Zarina, ketika dia masih kecil, bapanya yang memeluk Islam telah mendaftarkan nama dan status agamanya. Bapanya kemudian telah meninggalkan keluarga. Zarina seterusnya merayu agar JAIS membantu mengubah status nama dan agamanya dalam Mykad kerana beberapa kali permohonan sebelum ini ditolak disebabkan memerlukan pengesahan daripada bapanya. - Antarapos

TOP
Gambar Kemalangan Akibat Melanggar Lampu Isyarat Merah

Nampaknya masih ramai yang berdegil untuk melanggar lampu isyarat sedangkan kita semua sudah tahu akan risik dan bahaya yang diambil. Semalam Seoarang penunggang dan pembonceng motosikal mengalami kecederaan parah di persimpangan persimpangan lampu isyarat hadapan Hotel Concord Seksyen 9 Shah Alam kerana telah melanggar lampu isyarat merah lalu dirempuh oleh sebuah kenderaan lain.

Sumber: Daily Traffic Report

TOP
20 Jun Keputusan P’mohonan Papa Gomo Tangguh Bayar Ganti Rugi

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini Khamis menetapkan 20 Jun untuk keputusan permohonan pengendali blog Papa Gomo menangguhkan pembayaran ganti rugi berjumlah RM850,000 kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop menetapkan tarikh itu di dalam kamar setelah mendengar hujahan daripada peguam Shahid Adli yang mewakili Anwar dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papa Gomo), yang mewakili diri sendiri. Pada 28 Feb, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo. Dalam penghakimannya, Rosilah berkata daripada keterangan yang dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo dan telah menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya. Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013. Sumber: Bernama

TOP
Google Malaysia Sasar 40,000 Sertai Adwords

GEORGETOWN – Google Malaysia menyasarkan 40,824 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Pulau Pinang bagi menyertai Adwords, iaitu platform pengiklanan dalam talian yang kini boleh didapati dalam bahasa Malaysia. Ketua Pemasarannya, Matthew Zaheen berkata, PKS Pulau Pinang mewakili enam peratus daripada keseluruhan PKS di Malaysia dan mereka boleh menggunakan platform itu bagi menembusi pasaran baharu di luar negara di samping mengembangkan perniagaan tempatan mereka. “AdWords dalam bahasa Malaysia dapat membantu perniagaan memperluas pasaran di kalangan penutur bahasa Malaysia secara dalam talian. “Dengan menggunakan aplikasi itu, lebih banyak perniagaan tempatan boleh merebut peluang dalam pemasaran digital, meningkatkan keupayaan mereka serta menggunakan platform itu untuk mencari pelanggan tempatan atau asing baharu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Google AdWords dalam bahasa Malaysia untuk wilayah utara, di sini hari ini. Menurutnya, tiada minimum penggunaan Adwords ditetapkan, oleh itu pengguna boleh memutuskan berapa banyak mereka mahu belanja. Zaheen berkata, daripada 700,000 PKS di Malaysia, hanya 15 peratus dalam talian berbanding 20 juta pengguna Internet. Katanya, dengan penduduk seramai 29 juta di samping kadar penggunaan telefon pintar yang tinggi, terdapat potensi besar untuk perniagaan merebut peluang berkenaan. Zaheen berkata, Google Malaysia telah mengadakan siri jelajah bagi mempromosi produk tersebut sejak ia dilancarkan April lalu. Sumber: Bernama

TOP
Iklan Minyak Wangi Rihanna Diharamkan Di UK

Setelah menimbulkan kontroversi dengan pakaian separuh bogelnya pada awal minggu ini, kali ini iklan kempen minyak wangi Rihanna pula telah diharamkan daripada ditayangkan di United Kingdom (UK). Menerusi poster iklan Rogue by Rihanna itu, penyanyi kelahiran Barbados ini bergambar dengan separuh bogel dengan hanya menggunakan seluar dalam berwarna hitam dan kasut tumit tinggi dari rona yang sama. Menurut pihak berkuasa berkaitan pengiklanan di UK, poster itu dilihat sebagai provokatif dengan nilai sensual yang mana menyebabkan ianya diharamkan daripada ditayangkan di tempat umum dan kepada kanak-kanak. “Kami tidak sepenuhnya mengharamkan, tetapi iklan tersebut tidak akan ditayangkan di kawasan umum,” kata salah seorang daripada pihak yang bertanggungjawab terhadap pelepasan pengiklanan di sana.

Sumber: Audrey Lee / Mynewshub

TOP
Rapid Bus Beli Trak Tunda RM3 Juta

RAPID Bus Sdn Bhd, cabang operasi bas Syarikat Prasarana Negara Bhd, membelanjakan RM3 juta untuk membeli tiga trak tunda. Pembelian trak itu bertujuan mengurangkan perbelanjaan penyelenggaraan dan mengatasi masalah kelambatan yang dialami syarikat itu dalam mendapatkan khidmat trak tunda swasta. Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Datuk Zohari Sulaiman berkata dua daripada trak itu akan ditempatkan di sini untuk kegunaan RapidKL dan sebuah lagi dihantar ke Pulau Pinang untuk RapidPenang. “Sebelum ini kita perlu menunggu sehingga setengah hari atau tiga hingga empat jam untuk trak tunda swasta tiba di sesuatu tempat jika ada bas kami rosak. “Dengan adanya trak tunda kami sendiri, kita tidak perlu menunggu lagi,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan trak tuna MAN di Kuala Lumpur hari ini. Pasukan penyelamat itu akan membaik pulih di lokasi bas yang rosak, sekali gus mengelakkan kesesakan bandar. Ditanya mengenai rancangan masa depan, beliau berkata syarikat itu akan beransur-ansur menambah jumlah basnya, namun bergantung kepada usaha mendapatkan pemandu bas. “Cabaran besar yang kami hadapi ialah kekurangan pemandu bas, dan kami akan terus menimbangkan pelbagai pilihan dalam mengambil lebih ramai pemandu untuk menjamin perkhidmatan yang lebih baik. “Kami menghadapi kekurangan 500 pemandu bas, dan jika kami dapat mengatasi masalah ini, syarikat boleh membeli 250 bas, dengan nisbah dua pemandu untuk setiap sebuah bas,” katanya. Setakat ini Rapid Bus mengendalikan kira-kira 2,000 bas, termasuk RapidKuantan sebanyak 60 bas dan RapidPenang 350 bas. Sumber: Bernama

TOP
Operasi Kilang Tepung Dipantau Rapi – KPDNKK

PETALING JAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memantau rapi operasi 11 lagi kilang tepung gandum di negara ini bagi memastikan bekalan kepada pemborong mencukupi. Timbalan Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, terdapat 12 pengilang tepung gandum di negara ini, iaitu masing-masing sembilan di Semenanjung, dua di Sabah dan satu di Sarawak. “Setakat ini hanya satu pengilang sahaja yang dikesan membuat pengurangan bekalan kepada pemborong. “Bagaimanapun, kita akan sentiasa membuat pemantauan terhadap semua pengilang bagi memastikan tiada pengurangan bekalan dibuat kepada pemborong terutama pada Ramadan dan Aidilfitri nanti,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis. KPDNKK ketika ini sedang menyiasat sebuah pengilang tepung gandum di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana mengurangkan bekalan kepada pemborong. Mengenai pengilang yang disiasat, Iskandar berkata, pengilang berkenaan didapati membuat pengurangan bekalan sejak awal tahun ini. “Kita dapat laporan daripada lima pemborong di utara Semenanjung bahawa terdapat pengurangan bekalan daripada pengilang berkenaan. “Kita sedang siasat punca pengurangan itu dilakukan. Hasil siasatan akan disiapkan dalam tempoh tiga minggu sebelum Ramadan,” katanya. Beliau menambah, meminta supaya semua pihak tiada membuat sebarang spekulasi mengenai tindakan pengilang itu membuat pengurangan bekalan dan akan mengeluarkan hasil siasatan nanti. Sumber: mStar

TOP
GAMBAR: Subaru Impreza Terbakar Di Shah Alam, Pagi Tadi

Gambar insiden kereta terbakar di Seksyen 15 Shah Alam 5 Jun 2014. Sebuah kenderaan terbakar melibatkan kereta jenis Subaru Impreza di Seksyen 15 berdekatan bulatan persiaran kayangan dekat Tesco Shah Alam pada pukul 11.30 pagi. Pihak bomba yang segera tiba di tempat kejadian berjaya memadamkan kebakaran. Berdasarkan maklumat saksi, api mula merebak dari bahagian enjin depan kenderaan sebelum hampir memusnahkan seluruh kenderaan tersebut.

Sumber: melvister.com

TOP
Saya akan padam gambar lama, Beri masa & ruang

KAMI kira bukan mudah untuk berubah, jika niat itu sudah ada datang pula pelbagai tohmahan dari mereka yang agak negatif akan niat baik anda. Ini apa yang sedang berlaku kepada model Felixia Yeap sejak beliau tampil bertudung. Salah satu perkara yang menjadi isu adalah keengganan Felixia Yeap untuk memadam gambar lama beliau sepanjang berkecimpung dalam dunia model dengan menyatakan itu adalah hasil kerja keras beliau sebelum ini — namun model ini nampaknya mengubah fikiran. “Gambar-gambar lama tu saya akan delete, tapi ianya akan memakan masa berminggu-minggu (tanpa kerja atau buat kerja lain) kerana ianya adalah gambar dari tahun 2010/2011 sehingga sekarang, jadi bukan satu dua gambar, tapi beribu-ribu” “Buat masa ni saya masih tidak stabil dari segi kewangan, dan perlu tumpukan perhatian dalam kerja, selain daripada luangkan masa untuk belajar mengenai agama Islam,” tulis Felixia Yeap menjawab kritikan orang ramai di Facebook baru baru ini. Ramai juga memberikan sokongan dan pandangan positif yang rata rata menyokong perubahan yang dilakukan Felixia Yeap dan berharap model itu akan kekal dalam imej baru beliau selain memeluk Islam seperti dijanjikan kelak. “Diminta janganlah like gambar-gambar lama tu. Yang itu adalah kisah dulu, saya sekarang dah bertaubat,” tambah Felixia Yeap lagi. Sumber: Roti Kaya

TOP
MH370: Penyelidik Australia Kesan Bunyi Bising Di Dalam Air

SYDNEY: Para penyelidik di Australia pada Rabu menyatakan mereka telah mengesan satu bunyi bising berfrekuensi rendah di dalam air di hujung selatan India pada masa yang sama dengan pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang secara misteri. Para penyelidik itu mengesan bunyi bising tersebut yang berkemungkinan datang daripada kesan impak hentaman pesawat ke permukaan laut. Bunyi bising itu dirakam oleh dua alat pengesan dasar laut di Lautan Hindi pada masa pesawat Boeing 777 itu terhenti transmisi satelitnya dan hilang pada 8 Mac dengan 239 penumpang dan anak kapal di atas kapal. Para penyelidik itu juga telah mengeluarkan satu rakaman audio bunyi bawah air yang mereka katakan mungkin mempunyai kaitan dengan saat-saat akhir Boeing 777 itu hilang. Sementara itu, Telegraph turut memetik laporan New York Times yang menemubual Ahli Sains Marin dari Universiti Curtin, Alec Duncan mengenai bunyi tersebut. Duncan berkata beliau menganggarkan hanya terdapat 25 hingga 30 peratus peluang untuk bunyi tersebut datang dari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac yang lalu. “Hanya 25 hingga 30 peratus kebarangkalian bunyi tersebut datang dari pesawat MH370, walaupun rendah namun berbaloi untuk dikaji” kata Duncan kepada New York Times. Kata Duncan lagi, bunyi tersebut telah dikesan oleh alat penerima yang biasanya beroperasi untuk memantau aktiviti ikan paus. Terdahulu, seorang pelayar wanita dari Britain mendakwa melihat pesawat MH370 terbang di Lautan Hindi dalam keadaan terbakar pada malam kehilangannya. Menurut sebuah portal berita Thailand, Katherine Tee , 41, mendakwa melihat pesawat itu dengan keadaan berasap di bahagian belakangnya ketika dalam pelayaran merentasi Lautan Hindi dari India ke Phuket menggunakan kapal layar. "Saya melihat sesuatu yang kelihatan seperti kapal terbang terbakar. Itulah yang saya fikir ia adalah pesawat itu," katanya yang dipetik dari Phuket Gazette. Beliau berkata, hanya mengambil keputusan memberitahu pihak berkuasa baru-baru ini kerana takut aduannya tidak akan diberi perhatian serius. Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang mengetuai pencarian MH370 pada masa kini menyatakan telah menerima mengenai laporan itu dan akan menyiasat mengenainya. Sumber: mStar

TOP
VIDEO: Pasangan Pengantin Dan Pengapit Lencun Jatuh Tasik

HANYA tinggal sejam lagi sebelum majlis perkahwinan pasangan Dan dan Jackie Anderson bermula. Justeru, mereka bercadang untuk merakam gambar kenang-kenangan bersama para pengapit di sebuah jeti di Crosslake, Minnesota. Sedang mereka bersiap-sedia untuk mengambil gambar, jeti tersebut tiba-tiba bergerak sebelum runtuh dan menyebabkan kumpulan itu jatuh ke dalam tasik. Hanya empat pengiring yang berada di barisan paling tepi berjaya berlari ke atas jeti. Mujurlah air tasik tersebut hanya setinggi paras pinggang dan tidak membahayakan mereka. Menurut sumber, ketika para tetamu mula tiba, pasangan pengantin dan pengiring terpaksa memakai tuala sementara menantikan pakaian mereka kering. Hai, macam-macam hal…

Sumber: Elza / Mynewshub

TOP
Wanita dakwa dirogol pelanggan agensi pekerja asing

KUALA LUMPUR : Kematian bayi lelaki berusia enam bulan yang mayatnya dibuang ke dalam gaung di Kilometer 3.2 Jalan Genting Highlands, dipercayai membongkar kegiatan eksploitasi seksual terhadap pendatang asing tanpa izin di Shah Alam sejak beberapa tahun lalu. Ibu bayi itu yang berusia 30-an mendakwa dia dirogol oleh seorang pelanggan agensi pekerja asing sehingga melahirkan anak berkenaan. Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat, berkata selepas wanita itu dimaklumkan oleh majikan mengenai kehilangan anaknya, dia cuba menghubungi majikannya yang berusia 41 tahun tetapi gagal. Berikutan itu, wanita berkenaan membuat laporan polis pada 31 Mei lalu, sekali gus membongkar kejadian yang menimpa dirinya yang menjadi mangsa rogol. Berdasarkan laporan wanita itu, polis menyerbu asrama pekerja agensi berkenaan di Kota Kemuning, Shah Alam, dan menemui tiga wanita warga Indonesia. Bagaimanapun, lelaki berkenaan gagal dikesan. “Dengan bantuan wanita itu, polis berjaya memujuk isteri lelaki berkenaan untuk datang ke asrama berkenaan sebelum ditahan, jam 4 petang semalam (kelmarin). “Selepas isterinya ditahan, suspek menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, kira-kira jam 9.30 malam tadi (kelmarin),” katanya, semalam. Abdul Samah berkata, lelaki itu kemudian mendakwa bayi berkenaan meninggal dunia di asrama pekerja pada Sabtu lalu. Selepas itu, dia membungkus mayat bayi berkenaan dengan beg plastik hitam dan dimasukkan ke dalam bagasi sebelum dibuang berhampiran tokong di Jalan Genting Highlands. “Suspek memberitahu mayat bayi itu dibuang ke dalam gaung manakala bagasi dibuang di satu lokasi di Gohtong Jaya,” katanya. Sumber: BH Online

TOP
Hadi Tambah Baik, Jalani Pemeriksaan Menyeluruh

PETALING JAYA – Kesihatan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menunjukkan perkembangan baik selepas menjalani beberapa pemeriksaan di Medipol Universitesi Hastanesi, Istanbul. Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang berada bersama Abdul Hadi berkata, sejak dimasukkan ke hospital itu, doktor melakukan pemeriksaan menyeluruh. “Keadaan kesihatan Tuan Guru (Abdul Hadi) menunjukkan perkembangan yang sangat baik, di mana pihak doktor juga telah melakukan pemeriksaan menyeluruh untuk memastikan kesihatan beliau benar-benar pulih sepenuhnya,” katanya menerusi Facebook Abdul Hadi pada malam Rabu. Di dalam laman sosial itu, turut disiarkan gambar Abdul Hadi memakai pakaian pesakit hospital warna biru menerima kunjungan beberapa pemimpin dalam dan luar negara. Antara yang melawat beliau adalah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dan bekas Menteri Tenaga Turki, Recei Kutan. Abdul Hadi turut dihubungi Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan. Beliau juga mengisi masa dengan menunaikan solat sunat dhuha sambil duduk di bilik wad hospital berkenaan. Pemimpin berusia 67 tahun itu dimasukkan ke hospital berkenaan Jumaaat lalu kerana mengalami sesak nafas, dipercayai kerana komplikasi jantung. Abdul Hadi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang di Terengganu berada di Istanbul bagi menghadiri Kongres Antarabangsa Komuniti Kesatuan Muslim pada Jumaat lalu ketika beliau mengalami masalah pernafasan dan dikejarkan ke hospital. Sumber: mStar

TOP
3 Nelayan Hilang Ditemui Di Perairan Vietnam

DUNGUN – Tiga nelayan yang dilaporkan hilang ketika keluar menangkap ikan sejak 11 hari lalu di Perairan Pulau Tenggol ditemui selamat awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacob berkata mereka yang ditemui nelayan tempatan kira-kira jam 10 pagi semalam kemudiannya ditunda balik dan tiba di jeti Seberang Takir, Kuala Terengganu kira-kira jam 4.30 pagi tadi. “Bot mereka dipercayai mengalami kerosakan enjin sebelum hanyut dibawa arus sehingga sempadan Vietnam. Kesemua mereka ditemui selamat dan sihat. Dua daripada mereka telah pulang ke rumah mereka di Dungun,” katanya kepada Bernama. Isnin lalu, Che Wan Mohd Radzi Ce Wan De, 48, bersama dua awak-awaknya Wan Kamarudin Wan Ali, 52, dan Ahmad Che Ngah, 39, dilapor hilang setelah keluar menangkap ikan. Gerakan mencari dilancarkan dengan bantuan sebuah bot polis marin dan dua buat bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta sebuah pesawat Cessna Caravan milik Unit Udara Polis Diraja Malaysia. Sumber: Bernama

TOP
Badlisham Ambil Alih Jawatan Pengarah Urusan MAHB

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Multimedia Malaysia (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali akan mengambil alih jawatan Pengarah Urusan Malaysia Airports Holding Bhd.(MAHB) daripada Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid yang tamat tempoh perkhidmatan esok. MAHB dalam satu kenyataan media memberitahu, pelantikan Badlisham sebagai Pengarah Urusan MAHB yang baharu berkuatkuasa pada 23 Jun ini. “Bagaimanapun atas permintaan Lembaga Pengarah, Bashir Ahmad bersetuju kekal di MAHB sebagai penasihat memandangkan pengalaman dan pengetahuannya dalam industri itu amat bernilai buat syarikat,” kata kenyataan itu hari ini. Menurut kenyataan itu, tanggungjawab Pengarah Urusan MAHB buat sementara ini akan dilaksanakan oleh Exco di bawah pengawasan Lembaga Pengarah. Jelas kenyataan itu, Bashir Ahmad pada tahun lalu telah membayangkan hasratnya memberi laluan kepada pengganti memandangkan beliau telah memikul tanggungjawab sebagai Pengarah Urusan MAHB selama 11 tahun. “Lembaga Pengarah MAHB mengucapkan terima kasih kepada beliau yang kepimpinannya telah membawa kecemerlangan terhadap syarikat,” kata kenyataan itu. Sumber: Mynewshub

TOP
Nyaris ditelan ‘kepala air’

YAN: Suasana menyeronokkan sembilan bersaudara termasuk lima sekeluarga orang kelainan upaya (OKU) berkunjung ke kawasan rekreasi Air Terjun Titi Hayun, dekat sini, untuk berkelah berdepan detik mencemaskan apabila terperangkap dalam kejadian arus deras, semalam. Kejadian dipercayai berlaku jam 1 tengah hari ketika semua mangsa termasuk tiga kanak-kanak berusia tiga hingga lima tahun sedang mandi sebelum hujan lebat dan disusuli arus deras. Seorang mangsa, Hayati Abdul Rahman, 42, dari Kuala Kedah berkata, dia datang berkelah di kawasan rekreasi berkenaan bersama keluarga sepupunya sempena cuti sekolah dengan membawa dua anak dan seorang cucu. Katanya, sepupunya, Nor Zaini Zainal, 43, yang mengalami kecacatan pendengaran dan percakapan datang bersama suaminya dan juga tiga anak mereka yang juga berstatus OKU sama. “Kami tiba di kawasan rekreasi ini jam 11.30 pagi dan selepas makan, kami mula mandi, tetapi secara tiba-tiba hujan lebat sehingga air mula naik, sekali gus berlaku arus deras. Sumber: myMetro Online

TOP
Polis New Brunswick Sedang Buru 'Rambo'

Suspek pembunuhan 3 orang polis. Polis New Brunswick, Canada sedang memburu seorang lelaki berbahaya dan bersenjata yang dikatakan telah menembak mati tiga orang polis dan telah mencederakan lagi dua orang. Polis juga telah mengesahkan kematian tiga orang pegawai dan dua lagi yang cedera dalam Twitter. Kata RCMP dalam Twitter mereka sedang mencari seorang lelaki bernama Justin Bourque, 24 tahun yang berpakaian tentera dengan dua senjata api.

Sumber: DailyMail

TOP
Lelaki Didakwa Halang Tugas, Guna Kekerasan Terhadap Penjawat Awam

BALIK PULAU: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini Khamis atas tuduhan menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan menggunakan kekerasan jenayah terhadapnya Januari lepas. Afzainizam Abdullah, 36, dituduh melakukan kesalahan itu terhadap Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Barat Daya, Abu Hasan Omar, 60, di kawasan Teluk Bahang di sini pada pukul 10.15 pagi pada 21 Januari. Akhbar sebelum ini melaporkan pegawai tersebut cedera ringan di kepala dan leher dipercayai terkena tumbukan apabila lebih 80 penduduk dan pemilik gerai menghalang anggota penguatkuasa pejabat daerah itu daripada merobohkan gerai-gerai penjaja di sepanjang kiri dan kanan bahu Jalan Hassan Abas, Teluk Bahang. Bagi pertuduhan pertama, Afzainizam boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali dan bagi pertuduhan kedua, dia boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Majistret Muhammad Najib Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 9 Julai bagi sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Edward Chan manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Sumber: mStar

TOP
Pengecualian Visa Ke Amerika Dapat Dilaksanakan Dalam 18 Bulan - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid (kanan) merasmikan bendera Kementerian Dalam Negeri yang baharu ketika Perhimpunan Bulanan KDN di Dewan Auditorium Putrajaya pada Khamis.
PUTRAJAYA: Malaysia hanya memerlukan masa tidak sampai dua tahun atau 18 bulan untuk menyesuaikan sistem di Jabatan Imigresen dan menyelaraskan pelaksanaan jika diterima menyertai Program Pengecualian Visa Amerika Syarikat, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata tidak banyak yang perlu ditambah baik ke atas sistem di Jabatan Imigresen bagi urusan keluar masuk pelancong dan rakyat tempatan untuk disesuaikan dengan program itu. "Antara penambaikannya ialah terhadap sistem pemeriksaan penumpang (APSS) dan alat pengimbas dokumen," katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini, Khamis. Semasa lawatan kerja Presiden Amerika Barack Obama ke Malaysia April lalu, Malaysia melahirkan minat untuk menyertai program tersebut, dan Obama bersetuju untuk menimbangkannya. Program Pengecualian Visa itu membolehkan rakyat negara yang menyertainya melakukan perjalanan ke Amerika tanpa visa dan berada di sana selama 90 hari atau kurang. Setakat ini, 37 negara menyertai program itu, antaranya Brunei Darussalam, Singapura, Taiwan dan Jepun. Ahmad Zahid berkata pada masa sekarang Malaysia memulakan program untuk penyelesaian secara menyeluruh melalui piawaian yang dijadikan garis panduan oleh 37 buah negara itu. "Kita bukan sahaja tambah baik dari segi pemprosesan perkakasan dan peralatan tapi dari segi pemantauan dan proses menyegerakan sistem masuk atau keluar rakyat Malaysia dan pelawat," katanya. Beliau berkata jika Malaysia mendapat pengecualian itu, akan ada tiga tahap kemasukan iaitu pertama untuk pegawai kerajaan, kedua ahli perniagaan dan ketiga untuk pelancong. Sementara itu dalam ucapannya, beliau berkata sebanyak 44,851 pendatang asing telah diperiksa dari awal tahun hingga Mei ini, dan daripada jumlah itu 13,191 ialah pendatang tanpa izin serta 198 majikan ditahan dan diambil tindakan. "Tiga warganegara yang dikesan mendominasi kesalahan di bawah peraturan Imigresen ialah Indonesia (5,118), Myanmar (2,061) dan Bangladesh (1,654)," katanya. Sumber: mStar

TOP
Mekanik Mengaku Rogol Remaja Di Kelantan

Kota Bharu – Seorang mekanik dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan lapan sebatan di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan merogol seorang remaja perempuan tahun lalu. Hakim Mohd Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Rozlan Hamzah, 46, mengaku bersalah terhadap tuduhan. Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman berjalan dari tarikh ditangkap pada 17 November 2013. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 16 tahun dengan mengacukan parang kecil ke arah mangsa di sebuah rumah di ladang kelapa sawit pada jam 12 tengah hari hingga 3 petang, 15 November 2013. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Sumber: myMetro Online

TOP
Gadis Meninggalkan Pesanan di Belakang Cermin Sebelum Meninggal Dunia Akibat Kanser

Kisah ini bukanlah dikatakan 'Happy Ending' tetapi apa yang berlaku dalam kisah seoarang remaja, Athena Orchard berusia 13 tahun yang meninggal dunia pada minggu lepas akibat kanser telah memberikan kesan yang mendalam kepada keluarnya. Keluar mereka telah menjumpai pesanan dengan 3,000 patah perkataan di sebalik cermin dalam bilik remaja tersebut. Antara pesanan tersebut adalah:
Happiness depends upon ourselves. Maybe it's not about the happy ending, maybe it's about the story.
The purpose of life is a life of purpose. The difference between ordinary and extraordinary is that little extra.
Happiness is a direction not a destination. Thank you for existing. Be happy, be free, believe, forever young. You know my name, not my story.
You have heard what I've done, but not what I've been through. Love is like glass, looks so lovely but it's easy to shatter.


Sumber: DailyMail / SiakapKeli.com

TOP
Pembantu Rumah Ditempatkan Di Kejiranan Mewah, Elak Dikesan

Seorang anggota polis forensik mengambil gambar lokasi mayat bayi lelaki ditemui dibuang di dalam gaung.
SHAH ALAM: Pembantu rumah warga asing yang diselamatkan dari sindiket yang menjadikan mereka sebagai hamba seks ditempatkan di kawasan kejiranan mewah untuk mengelak daripada dikesan oleh polis. Difahamkan, pembantu rumah warga asing itu ditempatkan di kawasan kediaman berpagar dan dikawal yang terletak di Kota Kemuning, kira-kira 30 kilometer dari Petaling Jaya. Tinjauan The Star mendapati kawasan kediaman itu dipenuhi rumah banglo dan dikawal oleh pengawal keselamatan warga Nepal. Seorang pengawal keselamatan di pintu masuk ke kawasan tersebut berkata pelawat hanya dibenarkan masuk dengan kebenaran penduduk. Pengawal keselamatan tersebut mengesahkan polis memasuki kawasan perumahan itu sejak beberapa hari lalu. "Kami tidak tahu mengapa mereka berada di sini," katanya. Dia juga tidak pasti jika polis hanya melawat sebuah rumah atau beberapa rumah di kawasan tersebut. Pengawal keselamatan itu berkata, rumah yang dipercayai ada kaitan dengan kes tersebut telah dikosongkan selepas polis melakukan serbuan. Katanya, rumah tersebut sudah diduduki pada Rabu. Sumber: mStar

TOP
Forum Kesan Islamisasi Ke Atas Bukan Islam Di P.Pinang

KUALA LUMPUR – Satu forum yang menyentuh tentang impak Islamisasi ke atas bukan islam akan berlangsung di Pulau Pinang pada 8 Jun ini. Persatuan Belia Buddhist Malaysia (YBAM) dalam satu kenyataan memberitahu, forum itu akan diadakan di Tokong Than Hsiang bermula pukul 7.30 petang. “YBAM akan mengadakan forum kontemporari Buddha bertajuk Kesan Islamisasi kepada Masyarakat Demokratik dan Bukan Islam. “Forum ini sebahagian daripada siri pra-acara Seminar Kontemporari Buddha 2014 yang akan diadakan pada 23 hingga 24 Ogos ini,” kata kenyataan itu hari ini. Menurut kenyataan itu, panel forum itu akan membincangkan dan menganalisis polisi Islamisasi di Malaysia dan kesannya kepada masyarakat bukan Islam. Sumber: Mynewshub

TOP
UPP Rampas 21,200 Kg Beras Seludup

Komander Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Kedah Abdul Latif Abdul Rahman menunjukkan dua jenis beras jawi dan beras pulut sebanyak 424 guni seberat 21,200 kilogram bernilai RM42,400 di Kompleks UPP di sini hari ini. - Foto Bernama
BUKIT KAYU HITAM - Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Kedah merampas 424 guni beras, termasuk 17 guni beras pulut, seberat 21,200 kilogram di sebuah pusat pengumpulan getah terbiar di kawasan perindustrian di sini semalam. Komander UPP Kedah Abdul Latif Abdul Rahman berkata, dalam serbuan pada kira-kira 1.30 tengah hari itu, polis menahan seorang pemuda berusia 19 tahun dari Pendang yang diupah menjaga beras berkenaan, bernilai RM42,400 dipercayai diseludup masuk dari negara jiran. “Kita percaya ia didalangi satu sindiket dan mereka dipercayai mengambil masa dua atau tiga hari untuk mengumpul beras itu sebelum dihantar kepada pihak lain,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat UPP pada Rabu. Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang dokumen penyimpanan serta mengimport beras berkenaan dan ini adalah kali kedua pusat pengumpulan getah itu diserbu, kali pertama (dua tahun lepas), pusat itu dijadikan tempat menyimpan benih kerang. “Kita akan siasat pemilik premis tersebut untuk siasatan lanjut,” katanya sambil menambah UPP percaya beras itu diseludup masuk untuk dibekal kepada pengguna sekitar negeri ini, terutama bagi memenuhi permintaan orang ramai menjelang Aidilfitri. Kes itu akan diserah kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. Sumber: The Rakyat Post

TOP
Subsidi Minyak: Kerajaan Perlu Telus – Fomca

PETALING JAYA – Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) berkata, kerajaan perlu bersikap lebih telus mengenai perancangannya untuk memperkenalkan mekanisme baharu mengenai subsidi minyak. Setiausaha Agungnya, Datuk Paul Selva Raj berkata Fomca menyokong langkah untuk menyasarkan subsidi yang boleh membantu golongan berpendapatan rendah. “Subsidi tidak sepatutnya untuk semua. Namun, kerajaan boleh membentangkan apa saja supaya kita tahu apa yang sedang dibincangkan,” katanya. Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad menyifatkan laporan mengenai sistem cadangan tersebut sebagai spekulasi. Orang ramai menyuarakan kebimbangan mengenai sistem yang dicadangkan untuk mengehadkan bantuan subsidi berdasarkan gaji dan kapasiti enjin kenderaan. Menerusi online, hanya beberapa individu yang menyokong cadangan tersebut manakala ramai pengguna di Internet menggesa kerajaan untuk mengkaji semula sistem tersebut yang membenarkan pemilik kenderaan dengan gaji kurang RM5,000 layak menikmati subsidi minyak. Mereka yang berpendapatan antara RM5,000 dan RM10,000, subsidi petrol RON95 dan diesel akan dihadkan kepada 300 liter setiap bulan. Di laman sosial Facebook, Marina Jaal berkata, sistem tersebut merupakan suatu penganiayaan. Beberapa pihak turut mendesak pemeriksaan ketat di pintu sempadan dan hukuman berat dikenakan kepada penyeludup. KL Ng mencadangkan warga asing dikenakan surcaj minyak sebanyak RM150 hingga RM300 setiap hari, bergantung dengan saiz/jenis enjin kenderaan, setiap kali mereka memasuki negara ini. Sumber: mStar Online

TOP
Ibu Terjun Bangunan Kerana Marah Anakn

China – Kerana terlalu marahkan anak perempuannya yang berpacaran dengan lelaki yang malas dan hanya dikenali melalui internet, seorang wanita, Su Liu, 45, cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga sebuah flat. Malangnya, Su Liu menyangka dia akan mati, sebaliknya dia masih hidup dan kini anak, Tingting yang menjaganya di hospital. Su Liu dikatakan tidak dapat mengawal perasaan marah lagi selepas desakannya agar Tingting memutuskan hubungan dengan lelaki itu, yang dikenali sebagai Fang gagal. Malah Tingting bertindak lebih berani dengan menyewa sebuah rumah bersama Fang, tanpa pengetahuan Su Liu. Sebaik sahaja Su Liu mendapat tahu mengenai perkara itu, dia terus menyerbu ke rumah anaknya. Mereka cuba mengurung wanita itu dalam bilik bagi mengelakkannya terjun bangunan, namun Su Liu berjaya membuka pintu dan terus meluru ke tingkap. Dia kemudiannya terjun, nasib baik pokok-pokok di bawah telah menyelamatkannya. Sumber: Mynewshub

TOP
Amah Lari Dakwa Didera Majikan

KUALA TERENGGANU: Seorang pembantu rumah warga Indonesia nekad melarikan diri dari rumah majikannya sebelum ke Kuarters Jabatan Imigresen Terengganu di Panji Alam di sini, untuk mendapatkan bantuan selepas mendakwa tidak tahan dengan layanan kasar majikannya. Wanita berusia 20-an itu dari Lombok Barat, Indonesia mendakwa, dia sering ditampar dan dimaki hamun majikannya yang berusia 50 tahun setiap kali melakukan kesilapan. “Saya tidak tahan lagi dengan layanan kasar majikan. Saya kerap dipukul dan ditampar atas alasan tidak munasabah. “Selama dua tahun hidup saya menderita. Malah, dalam perjanjian majikan kononnya akan membayar RM500 sebulan namun selepas dua bulan membayar gaji penuh, dia tidak lagi membuat bayaran sehingga sekarang. “Saya hanya dua kali mengirim wang untuk keluarga di kampung berjumlah RM700 bagi kegunaan anak tunggal saya dan ibu bapa,” katanya. Wanita itu berkata, dia melarikan diri dari rumah pada jam 12.30 tengah malam kelmarin ketika majikan sedang tidur sebelum dibantu orang ramai. “Majikan juga pernah memarahi saya kerana memiliki telefon bimbit dan atas alasan itu dia memukul saya menggunakan telefon berkenaan. Saya memiliki telefon itu adalah untuk kegunaan menghubungi ahli keluarga di kampung memandangkan majikan tidak memberi kebenaran langsung untuk berhubung dengan ibu bapa dan anak,” katanya. Menurutnya, dia memasuki Malaysia melalui ejen pembantu rumah dari Johor pada 3 Disember 2012 sebelum dibawa ke negeri ini untuk berkhidmat dengan majikan di sini. “Saya berhijrah ke sini semata-mata untuk mencari rezeki halal untuk anak yang berusia lima tahun dan ibu bapa yang kini menghidap penyakit kronik. “Tetapi apakan daya pengorbanan saya hanya sia-sia. Daripada terus terseksa dianiayai majikan dan berjauhan dengan anak lebih baik saya balik ke kampung,” katanya. Menurutnya, dia melarikan diri dari majikannya dan menyerah diri kepada pihak imigresen dengan harapan dihantar semula ke tempat asal berjumpa ibu bapa dan anak tunggalnya. “Semua dokumen pengenalan diri saya berada dalam simpanan majikan dan saya harap imigresen atau pihak bertanggungjawab menghantar saya pulang,” katanya. Sumber: HM Online

TOP
Bapa Artis HK Bunuh Diri Selepas Anak Ada Skandal

Kowloon – Bapa kepada model dan pelakon Hong Kong, Liddy Li, yang mempunyai hubungan dengan suami kepada pelakon Malaysia, Lee Sinje, telah membunuh diri sendiri selepas mengamuk di apartmennya. Li Tak yan, 51, turut membunuh salah seorang jirannya dan melepaskan tembakan ke arah polis, dalam kes yang memakan masa selama 12 jam itu. Ia berakhir apabila pasukan polis dari unit khas dikenali sebagai Flying Tigers menyerbu masuk ke rumah tersebut dan Tak Yan menembak dirinya. Polis kini menyiasat punca kejadian itu, sama ada insiden itu mempunyai kaitan dengan pembongkaran skandal anaknya, Liddy dengan suami Sinje, yang juga seorang pengarah filem, Oxide Pang. Kes itu bermula pada 11 malam Sabtu lalu apabila Tak Yan mengikut jirannya, Liu ke dalam lif di apartmen tesebut menuju ke tingkat 21. Sebaik sahaja jirannya membuka pintu rumah, Tak Yan telah menembaknya sebanyak tiga kali dan kemudian kembali ke rumahnya di tingkat 11. Polis kemudiannya mengosongkan unit di tingkat 11 dan lelaki itu kemudiannya berdiri di luar tingkap dan mula menembak polis. Hubungan sulit Libby dan Pang telah terbongkar selepas gambar mereka berdua-duaan didedahkan. Pang kemudiannya balik ke Malaysia untuk memujuk Sinje. Pang kemudiannya memohon maaf kepada isterinya dan mengakui kesalahannya. Dalam pada itu, Liddy yang ditemani oleh adik dan ibunya telah mengunjungi rumah mayat bagi mengenalpasti mayat tersebut. Sumber: Mynewshub

TOP
Kebas Lembu: Perompak Acu Pistol Di Pahang

KUANTAN – “Kalau tak mahu mati jangan melawan,” jerit salah seorang perompak sambil mengacukan sepucuk pistol memaksa dua pekerja sebuah ladang ternakan lembu di Kampung Pahang, Jalan Sungai Soi dekat sini mendiamkan diri, awal pagi kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, kedua-dua tangan mangsa warga Indonesia itu diikat menggunakan wayar pengecas telefon sebelum suspek dipercayai seramai lapan orang membuka kandang dan memindahkan kesemua lembu ke dalam lori kecuali tiga ekor yang sakit. Salah seorang mangsa, Hairuddin, 29 berkata, ketika kejadian dia bersama rakan berusia 39 tahun sedang menonton televisyen sebelum dikejutkan dengan kehadiran enam lelaki bersenjatakan pistol, alat renjatan elektrik dan besi. Menurutnya, salah seorang suspek bersenjatakan pistol mengacukan senjata itu ke arahnya dan mengarahkan supaya mereka berdua tidak melawan. “Saya tidak berani untuk melawan memandangkan mereka ramai dan bersenjata bahaya jadi kami berdua mendiamkan diri sebelum diikat. “Suspek kemudian menuju ke arah kandang dan saya dengar mereka memunggah lembu-lembu ke dalam lori bagaimana pun saya tidak nampak apa yang mereka lakukan kerana berada di dalam rumah,” katanya ketika ditemui, semalam. Hairuddin yang baru bekerja di ladang itu sejak lima bulan lalu berkata, perompak mengambil masa kira-kira satu jam 30 minit untuk memunggah lembu dan beredar. “Selepas mereka keluar dari pintu pagar ladang, saya berjaya membuka ikatan dan terpaksa berlari ke rumah penduduk untuk meminta bantuan memandangkan motosikal tidak dapat digunakan akibat tayarnya dipancit perompak. “Kemudian saya maklumkan kepada majikan sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian,” katanya. Dia berkata, dalam kejadian itu 29 ekor lembu dianggarkan bernilai lebih RM60,000 hilang. “Kes kecurian lembu di ladang ini bukan kali pertama sebaliknya pada 22 April lalu, sebanyak 28 ekor lembu dianggarkan bernilai RM58,000 turut dicuri dipercayai angkara kumpulan yang sama. “Akibat dua kejadian ini, hanya tiga ekor lembu sakit yang tinggal menyebabkan pemilik kerugian lebih RM100,000,” katanya. “Selepas kejadian saya trauma untuk tinggal di ladang itu bagaimana pun bersyukur kerana kami berdua tidak dicederakan,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh dalam kenyataannya semalam memaklumkan, pihak polis sedang menjalankan siasatan termasuk cuba mengenal pasti suspek terlibat. Menurutnya, siasatan juga turut dijalankan bagi mengenal pasti sama ada pistol yang digunakan suspek seperti yang didakwa pekerja itu senjata api sebenar atau tiruan. “Usaha menjejaki suspek kini giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya. Sumber: Sinar Harian Online

TOP
Kastam Rampas Lebih 10,000 Bungkus Rokok Seludup

Kota Kinabalu – Kastam Sabah berjaya merampas sebanyak 10,560 bungkus rokok seludup pelbagai jenama dalam serbuan ke atas sebuah premis di Sinsuran, di sini, semalam. Dalam serbuan jam 10.30 pagi itu juga, pihak Kastam Sabah turut menyita sebanyak 30 buah basikal berkuasa elektrik yang dijual di tiga premis di sekitar bandar raya ini. Pengarah Kastam Sabah, Datuk Dr Janathan Kandok berkata, semua rokok terbabit ditemui disembunyikan dalam ruangan khas di atas siling premis berkenaan manakala basikal elektrik dijual di tiga premis di bandar raya ini. “Nilai rampasan rokok termasuk cukai bernilai RM232,320 manakala basikal RM75,000,” katanya pada sidang media di Pejabat Kastam Sabah, sebentar tadi. Menurutnya, semua barang rampasan di bawa ke pejabat Kastam Sabah untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135 (d) Akta Kastam 1967 Sumber: myMetro Online

TOP
83 Maut Serangan Di Kampung Nigeria

ABUJA – Sekurang-kurangnya 83 mayat ditemui selepas lelaki bersenjata menawan tiga kampung Nigeria yang berkongsi sempadan dengan Cameroon, kata sumber keselamatan. Sumber itu berkata, kampung di Attagara, Agapalawa dan Aganjara di Gwoza, wilayah timur laut Borno diserang kelmarin tetapi maklumat kejadian sampai ke Maiduguri kira-kira 135 kilometer dari tempat kejadian semalam berikutan kelemahan isyarat telekomunikasi. Penyerang berpakain tentera menyerbu tiga kampung berkenaan menggunakan kenderaan yang dicat warna tentera dan mula melepaskan tempatan ke arah penduduk. “Penduduk ingatkan mereka adalah anggota tentera. Kami tidak dapat cam mereka sama ada penyerang atau pejuang Boko Haram,” kata seorang penduduk, Ishaya Musa. Sumber: Agensi

TOP
Waspada keluar kenyataan hudud

MARAN - Umat Islam perlu berhati-hati mengeluarkan pendapat mengenai hudud kerana dikhuatiri jika tersilap lafaz ia boleh menjejaskan akidah dan syahadah. Ketua Dewan Pemuda Pas Maran, Mujahid Mohd Nor berkata, tanpa pengetahuan tepat boleh menjejaskan orang lain yang tidak memahami undang-undang Islam itu. Menurutnya, cadangan kerajaan mewujudkan sebuah jawatankuasa khas bagi memastikan perlaksanaan hukum hudud lebih difahami masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini disambut baik. “Jika isu ini tidak diselesaikan dikhuatiri akan merumitkan langkah pelaksanaan malah dibimbangi menjadi bahan gurauan. “Jika semua pihak dapat bersatu dan menerima hudud dalam pentadbiran negara ini, saya percaya kita mungkin dapat menolak ketirisan dan kepincangan yang berlaku dalam apa jua bidang sekali pun,” katanya pada kembara ziarah anak muda, di sini. Mujahid berkata, beberapa siri kembara ziarah itu tujuan mengeratkan silaturahim antara pimpinan dan ahli pemuda Pas. Kembara ziarah satu melibatkan Dun Kuala Sentul iaitu bermula Felda Jengka 5, Jengka 7 dan berakhir jamuan rakyat bersama penduduk Jengka 4. Sumber: Sinar Online

TOP
Tahanan Palestin makin parah

Sebahagian waris tahanan melakukan protes di hadapan penjara Israel bagi menuntut pembebasan. Foto: EPA
RAMALLAH - PALESTIN. - Keadaan kesihatan tahanan Palestin yang melancarkan mogok lapar sejak 24 April lalu di penjara Israel dilaporkan semakin buruk. Menteri Hal Ehwal Banduan Palestin, Essa Qaraqie memaklumkan, kira-kira 120 tahanan menyertai mogok lapar sebagai protes terhadap penahanan pentadbiran dikenakan rejim Zionis. "Sebahagian daripada mereka terpaksa dimasukkan ke hospital. Pihak berkuasa Israel masih tidak mengendahkan tuntutan tahanan Palestin tersebut walaupun kesihatan mereka semakin terancam," katanya dipetik Press TV Menurutnya lagi, susulan daripada insiden itu, kerajaan Palestin telah menghantar surat kepada Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Hak Asasi Manusia Antarabangsa bagi menuntut mereka campur tangan dalam isu tersebut. Difahamkan, hampir 200 daripada 5,000 tahanan Palestin kini ditahan di bawah penahanan pentadbiran Israel tanpa melalui perbicaraan adil. Sumber: Sinar Online

TOP
Polis Tumpas Sindiket Hamba Seks

Suspek yang membuang bayi ke dalam gaung menyerah diri pada malam Selasa. GENTING HIGHLANDS: Penahanan ejen pembantu rumah warga asing kerana dipercayai membuang mayat seorang bayi membawa kepada penemuan sindiket yang memaksa pembantu rumah warga asing bekerja tanpa dibayar gaji dan didera secara seksual. Suspek dalam lingkungan 40-an didakwa melakukan penderaan seksual terhadap kira-kira 29 pembantu rumah yang bekerja untuknya. Lebih teruk lagi, gaji mereka turut tidak dibayar. Kesemua pembantu rumah itu tidak mempunyai permit kerja. Lelaki tersebut didakwa mengambil wanita tersebut bekerja sebagai pembantu rumah secara sambilan dan tukang cuci. Malah, lelaki tersebut turut dikatakan melakukan penderaan seksual terhadap semua pekerja wanita itu. Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, polis pada mulanya dimaklumkan mengenai kes itu pada 31 Mei selepas seorang wanita warga Indonesia yang mendakwa bekerja untuk ejen tersebut selama dua tahun membuat laporan polis mengenai kematian dan kehilangan bayinya. "Dia mendakwa mengandungkan bayi tersebut selepas dirogol oleh seorang majikannya tahun lalu," katanya. Bayi itu dilahirkan pada 21 November tahun lalu. "Apabila majikan mendapati wanita tersebut mengandung, dia menghantar wanita itu kepada ejennya. Kemudiannya wanita itu dipaksa bekerja untuk beberapa majikan lain sepanjang tempoh dia mengandung," katanya pada Rabu. Polis menyerbu tiga rumah di Kota Kemuning pada Isnin dan menahan 12 wanita warga Indonesia. Beliau berkata, seramai 12 wanita dan pengadu dalam lingkungan 20-an dan 30-an, tinggal lebih masa di negara ini dan bekerja tanpa permit. Wanita tersebut mendakwa mereka tidak dibayar gaji dan didera secara seksual oleh ejen dan majikan tempat mereka bekerja. Abdul Samah berkata polis menyerbu sebuah lagi rumah di Kota Kemuning pada Selasa dan menahan isteri ejen terbabit bagi membantu siasatan. "Suspek kemudiannya menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Shah Alam pada malam Selasa," katanya. Abdul Samah berkata, pengadu melahirkan bayi lelaki itu pada 21 November tahun lalu dan rakannya menjaga bayi tersebut ketika dia keluar bekerja. "Pada 31 Mei, apabila dia kembali ke rumah di mana dia mendakwa dipaksa tinggal dengan wanita warga asing yang lain, dia diberitahu bahawa bayinya telah meninggal dunia dan dibawa oleh ejen tersebut," katanya. "Dia cuba menghubungi ejen tersebut tetapi gagal. Dia kemudiannya membuat laporan polis. "Pada pagi Rabu, suspek membawa kepada penemuan mayat seorang bayi lelaki berusia enam bulan dalam keadaan kembung dan berulat di sebuah gaung berdekatan Genting Highlands," kata Abdul Samah. Beliau berkata suspek mendakwa dia panik apabila mendapat tahu mengenai kematian bayi tersebut dan membuangnya ke dalam gaung. "Dia direman selama seminggu bagi membantu siasatan," katanya. Sumber: mStar

TOP
Ronaldo Alami Kecederaan Tendon Di Lutut Kiri

Cristiano Ronaldo.
PENYERANG sensasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo bergelut dengan kecederaan tendon di lutut kirinya. Perkara itu disahkan oleh Persekutuan Bola Sepak Portugal (FPF) dalam satu kenyataan pada Rabu. FPF berkata Ronaldo telah menjalani latihan khas pada Isnin. Namun FPF tidak mendedahkan maklumat terperinci mengenai latihan tersebut. Pemain Terbaik Dunia itu turut terlepas perlawanan menentang Greece yang menyaksikan keputusan seri 0-0, Sabtu lalu. Skuad Portugal kini sedang menjalani latihan di New York dan akan bertemu Mexico pada aksi persahabatan di Boston, Jumaat ini. Portugal akan bertemu Jerman di Salvador pada aksi pembukaan Piala Dunia pada 16 Jun ini. Sumber: mStar

TOP
(Video) Adegan wanita berniqab dan lelaki dalam lif rosak

Sebuah filem pendek yang didakwa kononnya untuk mempromosikan keamanan di antara kaum, agama dan budaya telah dihasilkan dan dimuatnaik ke Youtube. Filem ini mengisahkan seorang wanita berniqab dan seorang lelaki terperangkap di dalam sebuah lif yang rosak. Lelaki berkenaan kemudiaannya menawarkan minuman kepada wanita berkenaan ketika suasana di dalam lif itu semakin panas. Walaupun wanita itu pada mulanya tidak memberi respon kepada lelaki berkenaan, beliau kemudian mengambil juga air yang diberi oleh lelaki berkenaan. Suasana menjadi lebih tegang apabila lelaki tersebut tercedera hingga berdarah di kakinya. Sebagai membalas jasa lelaki berkenaan, wanita tersebut menanggalkan tudungnya untuk membalut kaki lelaki tersebut. Filem ini kemudiaanya mendapat kritikan daripada penonton kerana mereka berpendapat ajaran Islam sebenar melarang wanita memperlihatkan aurat mereka dalam apa jua keadaan sekalipun. Malah ada yang beranggapan ianya satu kesilapan untuk mempromosikan toleransi agama dengan menggunakan Islam sebagai bahan contoh. Bagaimana pula dengan anda yang lain?



TOP
Berzina dengan teman lelaki kerana kecewa dengan ibu bapa

PORT DICKSON - "Kehidupan saya lalui sangat tidak keruan dan masalah peribadi cukup membuatkan saya tertekan. Saya mempunyai seorang teman lelaki dan kami pernah terlanjur. Saya kesal apa yang berlaku." Itu adalah pengakuan seorang remaja yang ingin dikenali sebagai Liza, 14, berasal dari Johor. Dia ditemui wartawan Sinar Harian semasa mengikuti program Jalinan Kasih sebuah rumah perlindungan dari Cheras yang diadakan di Institut Latihan Fama (ILF), dekat sini. Menurut Liza, dia tahu apa yang berlaku adalah salah dirinya sendiri. “Tapi jangan salahkan diri saya sepenuhnya. Kasih sayang diberikan teman lelaki lebih melimpah berbanding kasih sayang ibu dan ayah berikan sehingga saya rela melakukan hubungan seks dengannya walaupun baru kenal tiga bulan. “Kejadian itu berlarutan beberapa bulan sebelum akhirnya saya terdorong untuk bertaubat apabila melihat ibu dan ayah bergaduh besar di rumah. "Sejak itu, saya jarang keluar rumah. Sebaik pulang dari sekolah, saya terus memerap di dalam bilik,” katanya. Namun, katanya, keadaan itu hanya kekal beberapa minggu . “Satu hari seorang rakan perempuan mengajak saya menemaninya ke kenduri kahwin saudaranya, bagaimanapun ia berakhir tragedi apabila saya dibawa ke rumah kosong dan dirogol tiga lelaki yang turut sama ke kenduri itu.

“Akhirnya perbuatan saya selama ini terbongkar apabila ibu meyedari kesan di leher ketika mengejutkan saya. Saya dihukum ibu sebelum membuat laporan polis dan saya dihantar ke rumah perlindungan ini," katanya. Liza (belakang, tiga dari kanan) bersama rakan-rakannya dari rumah perlindungan. Menurut Liza, dua bulan lagi dia akan keluar dari rumah perlindungan itu, selepas hampir satu tahun menimba ilmu menginsafi diri. "Saya juga gembira kerana hubungan ibu dan ayah kembali bertaut," katanya. Sementara itu, Ketua Fasilitator Program Jalinan Kasih, Zulkefli Mohd Yunus berkata, hampir kesemua peserta dari rumah perlindungan itu datang dari keluarga yang mempunyai masalah perceraian. “Kita ngeri melihat remaja belasan tahun mengandung tanpa ayah yang sah dan diharap melalui program ini sedikit sebanyak dapat memberi input kepada remaja-remaja ini kembali ke jalan yang benar,” katanya.

TOP
Perkenalan bawa ke ranjang

AYU menunjukkan laporan dan mesej pesanan ringkas yang diterima.
Johor Bahru: Sudahlah maruah tergadai, wang pula digelapkan kekasih hati. Itu padah menimpa seorang wanita apabila dengan mudah mempercayai seorang duda yang baru dikenali menerusi laman sosial Tagged. Wanita yang mahu dikenali sebagai Ayu, 38, berkata, dia bukan saja malu selepas maruahnya tergadai, malah bertambah sakit hati selepas wang pampasan diterima kerana berhenti kerja secara sukarela di sebuah kilang berjumlah kira-kira RM10,000 hangus di tangan lelaki berkenaan. “Kalau ikutkan memang sakit hati dan sedih, tetapi apa boleh buat kerana saya tidak nampak permainannya sebab ketika itu saya sayangkannya kerana dia berjanji mahu menikahi saya. “Dia sepatutnya berjumpa keluarga saya pada 25 Mei lalu, tetapi batang hidung pun langsung tidak nampak, saya memang menyesal,” katanya ketika ditemui, semalam. Menurutnya, selepas putus tunang tujuh tahun lalu dan tidak mempunyai kekasih sehingga hatinya kembali berbunga selepas mengenali duda dua anak itu pada penghujung tahun lalu.

TOP
Wartawan bongkar aktiviti romen dalam tandas

Paparan kisah ini disediakan oleh seorang wartawan bersama seorang rakan (jurugambar) yang sanggup ponteng solat Jumaat semata-mata hendak sekodeng golongan songsang yang sedang buat projek didalam sebuah tandas awam (pada hari Jumaat) ketika solat Jumaat dilangsungkan semata-mata hendak mendapatkan cerita. Sedikit sebanyak perangai wartawan dengan golongan songsang yang buat projek tak jauh bezanya kerana mereka sama-sama ponteng menunaikan solat Jumaat pada hari itu. Pada saya bukan hari jumaat sahaja, tetapi setiap hari (terutama pada hari minggu atau cuti) dimana-mana baik dalam mahu pun diluar negara, tandas awam sememangnya ada berlaku aktiviti begini. Kegiatan melempiaskan nafsu didalam tandas awam seperti satu kebiasaan dikalangan golongan songsang. Bagi golongan ini, hal seperti ini mungkin sudah menjadi kebiasaan ianya normal bagi mereka, tetapi hal seperti ini merupakan sesuatu yang luar biasa bagi kalangan orang normal diluar sana. Teringat saya kisah bagaimana penyanyi "George Michael" yang kantoi cuba mengoda seorang lelaki (kalau tidak silap saya seorang polis) dalam sebuah tandas awam di London sehingga beliau didakwa. Sepekara lagi, saya mengakui perbuatan segelintir golongan songsang ini yang buat projek dalam tandas awam sememang salah, terutama salah dari segi agama. Itu tidak boleh dinafikan. Perlu diingat ramai golongan songsang walaupun mempunyai naluri sedemikian tetapi mereka masih dapat mengawal diri dari tidak melakukan walau dan tidak pernah terjebak walau sekali pun melakukan aktiviti seks sejenis, malah ramai yang terus berusaha mengawal diri cuba berubah menjadi sesempurna mungkin di mata Allah dan masyarakat. Pendedahan wartawan memaparkan kisah ini juga ada baiknya untuk memberitahu masyarakat mengenai aktiviti ini, pendedahan ini mungkin hanya kurang daripada 1% dari keseluruhan yang didedahkan ada berlaku didalam negara kita. Tetapi saya tidak beberapa setuju dengan berbagai panggilan yang ditulis merujuk kepada golongan ini, cukuplah dengan hanya panggilan songsang atau gay sahaja tetapi jangan berlebihan sehingga dipanggil haprak, umat nabi Lut, macam kambing-kambing jantan, macam muka pecah rumah, macam kerang busuk, species kaum sodom dan sebagainya. Kalaulah boleh perkataan mencarut ditulis saya pasti perkataan-perkataan itu akan diguna pakai bagi mengambarkan golongan ini dalam artikel tersebut. Antara isi kandung dalam kisah "Beromen dalam Jamban" seperti ini,
- “Dahlah projek kat tempat kotor, time pulak masa orang Islam beribadat. Buat malu kaum saja,” kata Joe marah-marah.
- Waktu itu saya terfikir yang saya perlu keluar dari tandas demi keselamatan. Lagi pun saya teringat kata Joe, spesies haprak itu buat “projek” dalam jamban. Mereka tutup pintu, lepaskan air paip supaya bunyi-bunyian ek ok ek ok tak kedengaran dari luar. Selesai “projek” baru mereka keluar.
- Ketika azan (Jumaat) di masjid sedang berkumandang, saya (wartawan) dan Farid (jurugambar) keluar dari kereta dan berjalan semula ke tandas. Melihat saya keluar, lelaki tadi juga keluar dari keretanya dan mengekori dari belakang.
- “I ni tak kisah. Apa pun i boleh. Semua terpulang pada you. Kalau you pandai layan i, you pun akan dapat nikmat. Yang penting, macam mana nak naikkan nafsu i. Kalau ok layanan, you akan puas,” dia memberi kuthbah songsang pada saya ketika khatib di masjid memberi nasihat berguna.


TOP
UIAM, tiga kampung tenggelam
Penuntut UIAM bekerjasama membantu mengeluarkan kenderaan yang terperangkap dalam banjir. - Foto Oriental Daily
Penuntut UIAM bekerjasama membantu mengeluarkan kenderaan yang terperangkap dalam banjir. - Foto Oriental Daily
GOMBAK - Hujan lebat berterusan lebih dua jam bermula jam 2.30 petang semalam, menyebabkan beberapa kampung termasuk Sungai Cincin, Sungai Pusu dan Gombak Utara dinaiki air. Banjir itu juga antara terburuk apabila sekurang-kurangnya lima kawasan dalam kampus Universiti Islam Malaysia (UIAM) ditenggelami air setinggi tiga hingga lima meter menyebabkan sekurang-kurangnya enam kenderaan kakitangan dan pelajar tersangkut. Menurut Penghulu Mukim Setapak, Mohd Fazli Abd Latif, hampir seratus keluarga terlibat insiden itu. Katanya, bantuan awal disalurkan Pusat Khidmat Tabung Bencana daerah Gombak, Pusat Khidmat Rakyat Gombak Setia, wakil rakyat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. “Selasa lalu, kerja pemantauan dibuat melibatkan kawasan tersebut yang kerap dinaiki air setiap kali hujan lebat termasuk insiden runtuhan cerun setinggi sepuluh meter. “Runtuhan cerun melibatkan tanah jenis persendirian dan tindakan pemasangan kanvas akan dilakukan segera bagi mengelak keadaan lebih buruk berlaku,” katanya. Namun, tiada kehilangan nyawa dilaporkan namun kelewatan kerja pengukuhan dikhuatiri menyebabkan runtuhan menutup laluan utama menghala ke kawasan perumahan Desa Gemilang.
Belum enam bulan pakai kereta
“Tak sampai enam bulan keluar kereta sekarang dah rosak sebab ditenggelami air." Itu antara insiden yang terpaksa dilalui pemilik kenderaan, Fatihah Hasan, 23, yang tidak menyangka kawasan tempat letak kereta penuntut UIAM itu dinaiki air. Dia ke Dewan Kuliah Architecture & Enviromental Design (Kaed) sekitar jam 2.30 petang untuk menghadapi peperiksaan. “Jam 2.30 sampai memang hujan tengah lebat tapi masa itu air tak naik lagi. Masa dalam dewan saya hanya fokus jawab periksa saja dan tak terfikir langsung pasal kereta kerana tak sangka kawasan itu boleh naik air. Saya hanya tahu keadaan kereta selepas keluar dewan dan ketika itu air telah surut,” katanya. Seorang lagi pelajar, Khairun Amirah Salehin, 23, memberitahu salah seorang rakannya yang keluar awal dari dewan memaklumkan kejadian itu selepas mendapat maklumat menerusi laman Facebook. “Lepas keluar dewan, kami buka telefon bimbit dan ternampak kejadian banjir dalam UIAM dan terkejut kereta saya terlibat sama. “Sampai saja di kereta air telah surut dan nampak kereta teralih sedikit ke kanan manakala air dalam kereta sampai ke separuh tempat duduk,” katanya. Kereta itu dipinjamkan kakaknya yang juga penuntut universiti yang sama untuk ke dewan peperiksaan selepas terkandas akibat hujan lebat.
Lihat kereta mula tenggelam
“Panik mendengar suasana riuh rendah, saya bergegas keluar dari makmal dan terkejut mendapati kereta di kawasan parkir dinaiki air,” kata salah seorang penuntut UIAM, Amirul Al Hafiz Abdul Hamid, 24. Menurutnya, ketika kejadian dia sedang belajar di makmal di fakultinya sebelum dimaklumkan mengenai kejadian banjir kilat terbabit. “Saya hanya mampu melihat kereta Proton Satria saya ditenggelami air hingga melebihi paras tayar. “Saya tidak berani berbuat apa-apa tetapi segera hubungi bapa untuk urusan bawa keluar kereta,” katanya, semalam. Sementara itu, bagi pelajar jurusan Ekonomi dan Sains Pengurusan, Abu Huzaifah Zulkifli, 22, dia menyedari kejadian ketika menuju pulang ke asramanya di universiti. “Keadaan agak cemas ketika itu. Saya tidak berani meredah air dan mampu menunggu sehingga air surut. “Saya tidak berani menanggung apa-apa risiko dan mengelakkan perkara buruk berlaku terutama bila melihat beberapa kenderaan tenggelam hampir separuh,” katanya. Sementara itu, Pengawal keselamatan, Jamil Jaafar berkata, dua pintu masuk kampus itu terpaksa ditutup sekurang-kurangnya setengah jam. “Sebelum ini memang ada banjir tapi tak seteruk kali ini hingga menyebabkan kenderaan tenggelam,” katanya.

TOP
Rompak: Jurukimpal dipenjara 6 tahun
rompak bank
KOTA BHARU - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atas seorang jurukimpal yang mengaku merompak seorang wanita pada bulan Ogos tahun lepas. Hakim Mohd Yusoff Yunus membuat keputusan itu selepas Muhammad Farid Mustapha, 24, mengaku merompak Nurul Amalin Aishah Ramli, 23, di depan rumah mangsa di Lorong Merican, Jalan Sultan Yahya Petra di sini pada 8.40 pagi 23 Ogos 2013. Dia didakwa melakukan kesalahan itu bersama-sama seorang lagi yang masih bebas mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 14 tahun, dan boleh didenda atau disebat. Muhammad Farid diwakili peguam Karmazubi Shaari manakala pendakwaan kes dikendali Timbalan Pendakwa Raya Nor Hamizah Ghazali. - Bernama

TOP
Buang bayi: Polis tahan ejen pekerja, isteri
PDRM
SHAH ALAM - Polis menahan seorang ejen membekalkan pekerja asing dan isterinya untuk membantu siasatan berhubung aduan seorang pembantu rumah yang kehilangan bayinya akhir bulan lalu. Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ruslan Abdullah berkata, kedua-dua suspek ditahan di Shah Alam semalam setelah ibu mangsa yang merupakan seorang pembantu rumah warga Indonesia berumur 33 tahun membuat laporan polis berhubung kehilangan bayinya itu. Penahanan suspek terbabit dan isterinya telah membawa kepada penemuan mayat seorang bayi lelaki berusia enam bulan dalam keadaan kembung dan berulat di sebuah gaung berdekatan Genting Highlands 11 pagi hari ini, katanya kepada Bernama. Katanya, ibu bayi berkenaan yang tidak mempunyai permit kerja mendakwa ejen terbabit yang juga majikannya telah membawa bayinya kononnya untuk diberikan kepada seorang rakannya. Ruslan berkata suspek turut mengaku bertindak membungkus mayat bayi itu dengan beg plastik dan memasukkannya ke dalam sebuah beg pakaian sebelum membuangnya ke dalam gaung di lokasi ia ditemui. Katanya, siasatan awal mendapati bayi itu dilahirkan November tahun lepas hasil hubungan pembantu rumah itu dengan seorang lelaki tempatan ketika dihantar untuk bekerja ke rumah lelaki itu akhir tahun lepas. Katanya, setelah mengetahui wanita itu mengandung, lelaki terbabit meminta ejen berkenaan membawa balik wanita itu sebelum dihantar bekerja di tempat lain sepanjang tempoh mengandung. Mayat bayi dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang untuk bedah siasat. Terdahulu, Mahkamah Majistret Shah Alam mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap ejen terbabit sehingga 10 Jun ini bagi membantu siasatan kes ini. Ruslan berkata polis juga menyelamatkan enam pekerja wanita warga Indonesia yang bekerja tanpa permit sebagai pembantu rumah jangka pendek dengan ejen yang sama kerana dipercayai dieksploitasikan secara seksual oleh ejen itu dan juga pelanggannya. - Bernama

TOP
Perintah berkurung di Pattaya, Koh Samui dan Phuket ditamatkan
Perintah berkurung di Pattaya, Koh Samui dan Phuket ditamatkan. -  Foto Reuters
Perintah berkurung di Pattaya, Koh Samui dan Phuket ditamatkan. - Foto Reuters
BANGKOK - THAILAND. - Majlis Keamanan dan Ketenteraman Nasional (NCPO) semalam mengumumkan untuk menamatkan perintah berkurung di Pattaya, Koh Samui di Surat Thani dan seluruh wilayah Phuket, Thailand. Menurut laporan Bangkok Post, pengumuman berkuat kuasa serta merta itu ditandatangani ketua tentera, Prayuth Chan-O-Cha susulan permintaan daripada pengendali industri pelancongan. NCPO memaklumkan, langkah berkenaan bertujuan memulihkan semula industri pelancongan selepas digantung sementara. Selain itu, ketiga-tiga bandar terbabit telah membuktikan ia aman dan bebas daripada sebarang ancaman provokasi antikerajaan. Bagaimanapun, perintah sama masih berkuat kuasa di wilayah lain sehingga diberitahu kelak.

TOP
Saudi haramkan buku pro Ikhwanul
Penduduk meraikan kejayaan Al-Sisi selepas disahkan menang pilihan raya. Foto: EPA
Penduduk meraikan kejayaan Al-Sisi selepas disahkan menang pilihan raya. Foto: EPA
JEDDAH- ARAB SAUDI. - Pihak berkuasa Arab Saudi mengeluarkan arahan mengharamkan penjualan buku dua penulis pro Ikhwanul Muslimin, kelmarin. Pengurus kedai buku di Jeddah Hussein al- Ghamdi berkata, penjualan buku karangan ulama Saudi, Salman al-Odah dan rakan sejawatnya dari Kuwait, Tariq al-Suwaidan diarah ditarik balik serta-merta dari pasaran. “Kami mendapat arahan dari polis untuk menurunkan semua buku karya kedua-dua penulis itu. "Saya keliru buku-buku tersebut tidak mengandungi unsur antikerajaan namun diminta berbuat demikian kerana penulisnya penyokong tegar Ikhwanul,” katanya dipetik Agensi Menurutnya, Salma dan Tariq merupakan penulis popular dan bukunya sering mendapat permintaan pelanggan. Dalam perkembangan lain, bekas ketua tentera Abdel Fattah El-Sisi diumumkan sebagai pemenang pilihan raya Presiden dengan jumlah undi diraih sebanyak 96.91 peratus. Dalam pilihan raya itu, hanya 47 peratus daripada 54 juta rakyat negara itu keluar mengundi. Ribuan penyokong berkumpul di Dataran Tahrir bagi meraikan kejayaan Al-Sisi yang menggulingkan bekas Presiden Mesir, Mohamed Mursi, Julai tahun lalu.

TOP
Tolak pengebumian: 'Tanah kubur sempit'
Kenyataan yang tersebar luas di laman sosial baru-baru ini. Gambar kiri: Razali
Kenyataan yang tersebar luas di laman sosial baru-baru ini. Gambar kiri: Razali
KUALA TERENGGANU – Keputusan menolak pengebumian seorang jenazah wanita baru-baru ini dibuat AJK Masjid Padang Midin dan tiada kaitan dengan Umno cawangan. Ketua Umno Cawangan Padang Midin yang juga selaku Pengerusi JKKK Padang Midin, Razali Sahul Hamid berkata, dakwaan mengatakan ia berkait dengan perbezaan fahaman politik adalah tidak betul dan fitnah semata-mata. “Saya difahamkan, AJK masjid sudah lama memutuskan kariah masjid sahaja akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Padang Midin kerana ruang tanah kubur itu sempit. “Disebabkan ruang yang sempit itu juga AJK masjid terpaksa menolak dan bukannya disebabkan arwah seorang ahli Pas atau pun mana-mana parti sekalipun,” katanya. Kata Razali, arwah berasal dari Kampung Tanjung iaitu sempadan antara Kampung Padang Midin dan Kampung Tok Hakim. Arwah juga selalu berjemaah di Surau Kampung Tok Hakim. “Perkara ini telah diselesaikan secara baik dan arwah telah pun selamat dikebumikan di Kampung Tok Hakim di mana kawasan perkuburannya yang luas,” katanya. Razali berkata, ada pihak sengaja memutar belit cerita supaya memburukkan imej Umno dan JKKK Padang Midin. “Saya amat dukacita dengan fitnah yang disebarkan sebuah laman sosial yang telah memburukkan imej Umno dan JKKK kampung ini (Padang Midin), sedangkan saya tidak pernah diajak berunding dalam masalah ini,” katanya. Hubungannya dengan keluarga arwah cukup baik dan dia sendiri tidak tahu mengapa perkara itu boleh terjadi dan dipolitikkan. Sebelum ini, Sinar Harian mendapati sebuah laman sosial mendakwa JKKK dan pengurusan masjid tidak membenarkan seorang jenazah dikebumikan walaupun sudah separuh kubur digali atas alasan bukan jemaah masjid. Masalah itu menyebabkan keluarga jenazah kemudiannya terpaksa mengebumikan arwah di kampung berhampiran.

TOP
Sasar 10,000 PKS guna OfficeCentral untuk GST
Aziz (kiri) bersama Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia Abdul Aziz Abu Bakar merasmikan sistem perakaunan OfficeCentral yang mematuhi GST di Shah Alam, semalam. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Aziz (kiri) bersama Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia Abdul Aziz Abu Bakar merasmikan sistem perakaunan OfficeCentral yang mematuhi GST di Shah Alam, semalam. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
AUTHENTIC Venture Sdn Bhd, pembangun sistem perakaunan OfficeCentral menyasarkan 10,000 syarikat perusahaan kecil sederhana (PKS) akan menggunakan sistem tersebut untuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Ketua Pegawai Eksekutif Authentic Venture Ir Aziz Ismail berkata, sasaran itu selari dengan pengenalan GST di negara ini bermula April 2015. “OfficeCentral merupakan salah satu sistem perakaunan yang mematuhi GST untuk memudahkan syarikat PKS mengurus perniagaan mereka secara berkesan apabila ia dilaksanakan. “Syarikat PKS boleh membeli sistem tersebut dengan menggunakan geran RM1,000 yang diberikan oleh SME Corporation Malaysia bermula 1 Jun lalu,” katanya selepas merasmikan sistem perakaunan OfficeCentral yang mematuhi GST di Shah Alam, semalam. Kerajaan pada Mac lalu mengumumkan peruntukan sebanyak RM150 juta bagi membantu PKS membeli sistem perakaunan yang mematuhi GST. Sementara itu, Aziz berkata, OfficeCentral yang diperkenalkan dua tahun lalu kini digunakan 5,000 syarikat bagi memudahkan urusan pejabat mereka. “Sistem ini direka khas untuk memudahkan kerja pengurusan sumber manusia, sistem perakaunan, pengurusan perhubungan pelanggan dan sistem pembayaran gaji pekerja. “OfficeCentral sebelum ini tidak mempunyai perisian mematuhi GST, tetapi kini ia telah dinaik taraf selari dengan pelaksanaan GST nanti,” katanya.

TOP
Bapa artis menyamar sebagai "Datuk" untuk menipu

Shah Alam: Kegiatan bapa kepada artis wanita popular yang menyamar sebagai Datuk untuk menipu berakhir apabila dia ditahan sepasukan anggota polis di sebuah restoran di Bukit Tinggi, Klang, petang semalam. Lelaki berusia 60-an itu ditahan selepas laporan polis dibuat dua individu mendakwa ditipu selain melarikan wang berjumlah RM15,000 yang kononnya untuk proses mendapatkan permit pekerja. Suspek ditahan kira-kira jam 4 petang selepas usaha menjejakinya dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam sejurus menerima laporan mangsa. Difahamkan, suspek kini ditahan untuk soal siasat dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman daripada mahkamah hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor Asisten Komisioner Chong Mun Phing mengesahkan penahanan itu dan menasihatkan mana-mana individu yang pernah berurusan dengan suspek tampil memberikan kerjasama. “Individu yang pernah ditipu suspek diminta tampil membuat laporan polis supaya siasatan dapat dibuat dan membongkarkan kegiatan dilakukan suspek sebelum ini. “Mangsa tidak perlu bimbang kerana semua butiran mereka dilindungi polis. Apa yang penting kegiatan suspek dapat dibanteras,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam. Difahamkan, soal siasat turut merangkumi pendedahan identitinya yang mendakwa bapa kepada seorang artis wanita yang memenangi anugerah dalam satu majlis baru-baru ini. Muka depan Harian Metro semalam melaporkan seorang lelaki yang mendakwa menerima gelaran Datuk daripada Sultan Selangor dan bapa kepada artis wanita popular dikesan ligat menipu pendatang asing tanpa izin (PATI) dan peniaga yang mengupah warga asing sebagai pekerja untuk menyara kehidupan mewahnya sejak dua tahun lalu. Lelaki itu turut mempunyai 23 rekod jenayah lampau membabitkan kes tipu di beberapa negeri di pantai timur dan mendakwa mempunyai ‘kuasa’ mewakili Kementerian Dalam Negeri (KDN) membanteras PATI. Dia dikatakan mengaut belasan ribu ringgit sebulan daripada mangsanya sebagai wang perlindungan kononnya dapat mengelak daripada ditahan Jabatan Imigresen. Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kesal dengan tindakan suspek yang turut menyamar sebagai bekas setiausaha di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menipu orang ramai. “Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan mereka yang berdepan dengan individu yang dimaksudkan ini diminta berhubung terus dengan pihak berkuasa,” katanya.

TOP
Kanak-kanak sembilan tahun hampir maut
Foto
Melaka: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun terperangkap hampir setengah jam di dalam kereta datuknya selepas kenderaan itu musnah ditimbus tebing runtuh di Taman Cheng Perdana, Cheng, di sini tadi. Kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, turut mengakibatkan dua kereta jenis BMW dan Toyota Wish rosak selepas masing-masing ditimbus dan terkena serpihan runtuhan. Bagaimanapun, mangsa Koh Sue Siang yang hanya cedera ringan di kaki berjaya dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat dibantu orang awam menggunakan jengkaut. Jurucakap pusat gerakan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.34 malam dan tiba jam 10.50 malam. "Seramai 13 anggota dan pegawai bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu serta Tangga Batu ke lokasi, Mangsa yang berjaya dikeluarkan jam 10.58 malam dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan," katanya.
Foto

TOP
Enam syarikat bantu cari MH370
Foto
Kuala Lumpur: Enam syarikat tempatan menunjukkan komitmen mereka dalam mencari pesawat MH370 dengan bersedia menghantar aset masing-masing ke kawasan pencarian fasa baru di koridor selatan. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, sekurang-kurangnya enam syarikat tempatan seperti Petronas, Boustead dan Deftech sudah menyumbang dana, aset dan perkhidmatan dalam tender terbuka bagi pencarian pesawat itu. Menurutnya, Petronas memberikan kerjasama yang memberangsangkan manakala Deftech pula menyelaraskan syarikat-syarikat komersial yang ingin menyertai fasa pencarian baru ini. “Melalui Jawatankuasa Aset, kami mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat tempatan untuk menggerakkan aset pencarian di laut dalam termasuk kenderaan bawah air autonomi (AUV), sistem pengesanan sonar, kenderaan automatik dan kapal bantuan. “Berikutan itu, Petronas sudah bersetuju untuk menghantar aset bertujuan untuk membantu kerajaan selain menyediakan dana untuk alat pengesan sonar bergerak yang dilengkapi sistem lengkap, krew kapal dan kapal bantuan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat berhubung pesawat MH370, petang tadi. Katanya, Boustead pula sedang memuktamadkan terma bagi aset dan perkhidmatan khusus yang akan digerakkan termasuk Kapal Pemantau Oseanografi yang mampu membuat pemetaan dasar laut, alat pengesan sonar bergerak untuk pencarian laut dalam dan kenderaan automatik untuk tujuan pemulihan. Hishammudin juga berkata, kawasan pencarian fasa baru masih tertumpu di koridor selatan tetapi diperluaskan kawasan pencariannya. “Lokasi koridor selatan tidak pernah dipertikaikan atau dinafikan oleh mana-mana pihak malah disahkan oleh pakar dari seluruh dunia,” katanya.

TOP
Suami isteri pontianak
Foto
Mereka mempunyai anak dan berkata kehidupan mereka sama seperti pasangan suami isteri lain. Tetapi yang membezakan mereka dengan pasangan lain ialah mereka suka minum darah masing-masing. Pyretta Blaze dan Andy Filth dari Wales Selatan yang muncul dalam rancangan sembang televisyen This Morning untuk menggesa orang ramai supaya lebih berfikiran terbuka adalah sebahagian daripada 15,000 komuniti pontianak di United Kingdom. Filth yang mengaku sendiri dia pontianak menyamakan perbuatan minum darah dengan seks. “Apabila kamu meminum darah masing-masing, kamu menjadi sebahagian daripada mereka,” kata Filth. Menurutnya, rasa darah itu tidak menyebabkan dia sakit tetapi rasanya bukan seperti strawberi. “Ia mempunyai rasa metalik,” katanya. Pasangan itu memenuhi keinginan mereka terhadap darah di bilik tidur saja. Tetapi pada hari lain, mereka akan merayau seperti anak muda lain. “Saya biasa menyertai perhimpunan bertukar-tukar darah,” kata Pyretta. Dia cuba meyakinkan bahawa perbuatan itu semalam dan tiada apa yang perlu dirisaukan masyarakat. Dia juga memberi jaminan kepada penonton, kumpulan itu tidak bersembunyi dalam gelap untuk menyerang mangsa. “Kami hanya minum darah dalam kalangan kami,” katanya. Menurutnya, setiap anggota kumpulan menjalani pemeriksaan bagi memastikan mereka tidak mempunyai sejarah penyakit mental dan mempunyai rekod darah yang sihat. “Semua orang sudah menjalani pemeriksaan penuh secara mental mahupun fizikal. “Kamu pilih seorang pasangan yang kamu suka dan ia pasti selamat dan bersih,” katanya. Dia juga mengaku menganggap kegiatan itu satu bentuk seks. “Kami amat mementingkan kesihatan sama seperti yang kamu lakukan ketika seks. Kami amat bertanggungjawab,” katanya.

TOP
Kerajaan Pinda Akta Bertindak Ke Atas Pengemis

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mahu meminda Akta Orang-orang Papa 1977 bagi memasukkan elemen penguatkuasaan di dalam akta berkenaan untuk membasmi kegiatan mengemis berunsurkan penipuan yang semakin serius di negara ini. Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, Akta Orang-orang Papa 1977 sedia ada hanya bersifat memberi perlindungan dan pemulihan terhadap pengemis yang diselamatkan dalam setiap operasi yang dijalankan. “Jadi sukar bagi KPWKM mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap sindiket yang mengekploitasi individu lain untuk mengemis atau seseorang yang menjadikan mengemis ini sebagai karier sehingga mereka mengaut keuntungan ribuan ringgit sebulan walaupun mereka sihat tubuh badan atau mampu bekerja mencari pendapatan sendiri,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini. Rohani berkata, pindaan yang dicadangkan itu antara lain berkaitan mewujudkan hukuman untuk mengenakan kompaun, denda khidmat masyarakat atau hukuman penjara kepada individu yang mengekploitasi orang lain untuk mengemis. Menurutnya, cadangan hukuman itu juga ke atas individu yang menjadikan mengemis sebagai pendapatan sendiri tanpa sebab munasabah. Beliau turut memaklumkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengambil inisiatif untuk turun padang bersama-sama badan bukan kerajaan (NGO) secara berperingkat bermula 2 Jun lalu. Jelasnya, langkah itu bagi membuat tinjauan dan mendapatkan profile sebenar gelandangan dan punca mereka bergelandangan supaya tindakan lanjut dapat diambil bagi mengatasinya. Sumber: Mynewshub

TOP
Al-Sisi menang besar sebagai Presiden Mesir

SEJUMLAH penyokong Al-Sisi berhimpun di Dataran Tahrir, Kaherah, Mesir kelmarin.
KAHERAH - Bekas Panglima Angkatan Tentera Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi (gambar kecil) memenangi pilihan raya Presiden negara itu dengan meraih 96.9 peratus undi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya kelmarin. Pilihan raya itu berlangsung pada minggu lalu iaitu hampir setahun selepas beliau mengetuai rampasan kuasa ke atas Mohamed Morsi. Proses pengundian telah dilanjutkan tiga hari ekoran terdapat kebimbangan jumlah yang keluar mengundi dijangka rendah selain terdapat tindakan memboikot oleh kumpulan- kumpulan Islam. Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya, Anwar Ra- shad al-Asi semasa meng- umumkan keputusan itu berkata, sebanyak 47.45 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih Presiden baharu. Anwar menyatakan, Al- Sisi memperoleh undi sebanyak 23.78 juta undi. Dalam pada itu, pencabar tunggal Al-Sisi, Hamdeen Sabbahi hanya mendapat tiga peratus undi. Di Washington, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Al-Sisi. Namun pada masa sama, Obama menggesa beliau (Al-Sisi) supaya melaksanakan pembaharuan dalam isu- isu hak kemanusiaan. "Obama akan menghubungi bekas ketua tentera itu dalam beberapa hari lagi," menurut White House dalam satu kenyataan. "Washington menaruh harapan untuk menjalin hubungan baik dengan Al-Sisi bagi membentuk kerjasama strategik," tambah kenyataan itu. Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah yang menentang Morsi dalam reaksinya selepas keputusan itu meminta para penderma supaya membantu Mesir. Mesir dalam pada itu menjemput Presiden Iran, Hassan Rouhani untuk hadir menghadiri majlis perasmian pelantikan Al-Sisi. - Agensi

TOP
Gajah ramal Portugal menang lawan Jerman

MAIER (tengah) melihat seekor gajah yang bernama Nelly memasukkan bola sepak ke dalam pintu gol Jerman di Taman Serengeti, Hodenhagen semalam. BERLIN - Seekor gajah betina yang bernama Nelly semalam meramalkan skuad bola sepak Piala Dunia Portugal akan menang semasa menentang Jerman di Brazil. Haiwan tersebut membuat ramalan itu di Taman Serengeti di Hodenhagen, tengah Jerman. Perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan itu akan berlangsung pada 16 Jun depan di Arena Fonte, Nova Salvador, Brazil. Gajah tersebut berusia empat tahun. Ramalan yang dibuat gajah tersebut adalah pada kadar ketepatan sebanyak 87.5 peratus. Bekas penjaga gol skuad bola sepak Jerman pada tahun 1970-an, Seep Maier turut hadir untuk menyaksikan ramalan yang dibuat gajah tersebut. Haiwan itu meramalkan kemenangan menerusi jumlah bola yang dimasukkan ke dalam pintu gol. - Agensi

TOP
Cadangan pencen dikaji di UK

RATU ELIZABETH (kiri) dan suami baginda, Putera Philip meninggalkan Dewan Pertuanan di bangunan Parlimen, London semalam. - AFP
LONDON – Kerajaan United Kingdom (UK) mengumumkan cadangan untuk melaksanakan semula skim pencen kolektif dan menyokong pelan kontroversi penggalian gas. Pengumuman itu dibuat semasa pemerintah UK, Ratu Elizabeth II membuat ucapan bagi merasmikan sesi terakhir sidang Parlimen sebelum pilihan raya berlangsung pada tahun 2015. Ucapan ratu itu merupakan kelompok terakhir undang-undang yang diusulkan oleh kerajaan campuran Parti Konservatif-Demokrat yang diketuai Perdana Menteri, David Cameron menjelang pilihan raya pada Mei tahun depan. Namun, usul tersebut cuma melibatkan 11 rang undang-undang baharu iaitu yang kedua paling rendah dalam tempoh dua dekad. Ratu Elizabeth, 88, yang memakai Mahkota Diraja dan jubah memanggil kedua-dua dewan Parlimen untuk menghadap. “Anggota-anggota Dewan Pertuanan dan Dewan Rakyat, kerajaan beta menerusi program legislatif akan meneruskan pelan jangka panjangnya untuk mengukuhkan ekonomi dan membina masyarakat yang lebih saksama,” katanya. Pembaharuan pencen tersebut membolehkan semua pekerja termasuk swasta dan persendirian menyertai skim pencen di UK. Satu lagi usul yang diketengahkan dalam ucapan tersebut merupakan rang undang-undang menyokong proses penggalian dan pemecahan batu secara hidraulik bagi meneroka simpanan gas asli di negara itu. Sebelum ini, kaedah tersebut mendapat bantahan kerana didapati merosakkan alam semula jadi. Dalam pada itu, kerajaan pimpinan Cameron juga membentangkan rang undang-undang bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan jika seseorang wakil rakyat dipenjara atau didapati bersalah melakukan kesalahan serius oleh Dewan Rakyat. Caj sebanyak 5 pence (RM0.25) untuk beg plastik akan diperkenalkan di England dalam usaha untuk mengurangkan bahan buangan. – AFP

TOP
Orang ramai diminta bantu kes langgar polis
Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembenterasan Jenayah Polis Diraja Malaysia Datuk Wira Ayub Yaakob menyampaikan sumbangan kepada bapa Allahyarham L/Koperal Md Azwan, Abdullah Mahmood pada majlis tahlil dan lawatan ke rumah Allahyarham Md Azwan di Taman Scientex, Kulaijaya di sini hari ini. - Foto Bernama
Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembenterasan Jenayah Polis Diraja Malaysia Datuk Wira Ayub Yaakob menyampaikan sumbangan kepada bapa Allahyarham L/Koperal Md Azwan, Abdullah Mahmood pada majlis tahlil dan lawatan ke rumah Allahyarham Md Azwan di Taman Scientex, Kulaijaya di sini hari ini. - Foto Bernama
KULAIJAYA - Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes langgar mengakibatkan kematian Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah Isnin lepas, tampil membantu siasatan. Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Bukit Aman Datuk Ayub Yaakob berkata maklumat orang ramai amat penting bagi menyelesaikan kes itu. "Kita sedang adakan siasatan secara terperinci dan cuba kenal pasti suspek yang berkaitan. Kita berharap agar dapat selesaikan kes ini secepat mungkin agar mereka yang bertanggungjawab ini dapat dihadapkan ke muka pengadilan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada keluarga Allahyarham di rumahnya di sini hari ini. Pada 26 Mei lepas, Mohd Azuan, yang juga anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian, maut manakala rakannya cedera parah selepas dirempuh kereta dinaiki penjenayah, dipercayai terlibat dalam satu kes samun di Batu 10 menghala Alor Pongsu dekat Parit Buntar. Ayub menyifatkan kematian Mohd Azuan satu kehilangan besar bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana Allahyarham seorang anggota polis yang berdedikasi, bertanggungjawab dan berdisiplin sehingga terpilih menganggotai URB bagi Kontinjen Polis Perak. Terdahulu, Ayub merasmikan Simposium Polis Bantuan SeMalaysia dalam satu majlis berasingan di Johor Baharu. Beliau meminta polis bantuan terus memantapkan diri dengan ilmu, kemahiran dan sikap yang baik ketika berdepan orang awam sewaktu menjalankan tugas. katanya, mereka juga mestilah sentiasa peka dengan keadaan sekeliling agar dapat menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa secara langsung dan membantu anggota polis. Ayub juga berkata mereka tidak seharusnya berasa rendah diri dengan jawatan polis bantuan sebaliknya bangga dengan gelaran itu kerana tanggungjawabnya sama penting dengan anggota PDRM. Setakat ini, sejumlah 30,000 polis bantuan telahpun dilantik bagi membantu agensi kerajaan dan swasta menjaga keselamatan pengunjung serta aset mereka. Turut hadir pada majlis itu Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff. - Bernama

TOP
Guna MyKad orang lain, 22 warga Filipina didenda

MANJUNG - Seramai 22 warga Filipina dikenakan denda RM5,000 selepas didapati bersalah menggunakan kad pengenalan palsu dan menggunakan MyKad milik individu lain di Mahkamah Majistret di sini, hari ini. Kesemua mereka berusia 21 hingga 52 tahun ditahan dalam Ops Bersepadu ID di sebuah kilang di Perlabuhan Lumut pada 22 Mei lalu. Kesemua tertuduh melalukan kesalahan mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007). Bagaimanapun, Majistret Nurul Asyifa Redzuan memerintahkan mereka dipenjara lima bulan sekiranya gagal menjelaskan denda itu. Beliau turut mengarahkan kesemua tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tujuan pengusiran.

TOP
PPDNKK Manjung rampas diesel, 2 lori RM112,000
rmpas diesel
BERUAS - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) cawangan Manjung merampas dua lori tangki bermuatan minyak diesel di sebuah premis di Jalan Api Kong, Ayer Tawar dekat sini, semalam. Ketua Cawangan PPDNKK Manjung, Omar Ismail berkata, rampasan itu dibuat pada pukul 11.30 pagi oleh pegawai PPDNKK yang sedang meronda di kawasan berkenaan selepas mendapati dua buah lori itu berada dalam keadaan mencurigakan. "Ketika pemeriksaan sedang dilakukan terhadap lori tangki terbabit, seorang lelaki yang mengaku sebagai pemiliknya datang apabila menyedari kehadiran anggota penguat kuasa di kawasan terbabit," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau berkata, hasil siasatan mendapati lelaki berusia 40 tahun itu mengaku tidak memiliki sebarang kebenaran untuk menyimpan atau membeli minyak diesel dalam kuantiti yang banyak. Omar berkata pihaknya merampas dua buah lori tangki berkenaan yang bernilai RM60,000 setiap satu, sebuah tangki minyak serta 26,020 liter minyak diesel bernilai RM50,000. Lelaki itu kemudian dibebaskan dengan jaminan selepas keterangannya diambil, katanya. Katanya rampasan itu dibuat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM100,000 atau tiga tahun penjara bagi individu atau RM250,000 jika melibatkan syarikat. - Bernama

TOP
Putera Bandar diracun

BEIRUT - ARAB SAUDI. Bekas Ketua Risikan Arab Saudi, Putera Bandar bin Sultan didakwa telah disuntik dengan racun yang tiada penawar. Media Press TV melaporkan beliau kini berada dalam koma selepas mendapatkan rawatan di Maghribi dan Amerika Syarikat. Petugas perubatan memaklumkan pelbagai rawatan yang dilakukan sejak beberapa bulan lalu gagal untuk memulihkan kesihatannya. April lalu, Yousef al-Idrissi dilantik menggantikan Putera Bandar selepas beliau melepaskan jawatan yang dipegangnya sejak 2012. Beliau mula mendapat perhatian masyarakat dunia selepas banyak pihak menuduh beliau sebagai dalang utama di sebalik konflik yang meruncing di Syria.

TOP
EU sedia kerjasama dengan kerajaan baharu Palestin
Barisan Kabinet baharu Palestin diperkenalkan selepas majlis angkat sumpah, kelmarin.
Barisan Kabinet baharu Palestin diperkenalkan selepas majlis angkat sumpah, kelmarin.
BRUSSELS - Duta Kesatuan Eropah (EU) ke Amerika Syarikat mengumumkan Eropah sedia bekerjasama dengan kerajaan perpaduan Palestin yang yang ditubuhkan. Joao Vale de Almeida berkata, EU akan memantau setiap perkembangan kerajaan tersebut. Kelmarin menurut Press TV, barisan Kabinet baharu terdiri daripada 17 menteri yang diketuai Perdana Menteri, Rami Hamdallah mengangkat sumpah dalam satu majlis ringkas di ibu pejabat gerakan Fatah di Tebing Barat. Sementara itu, jurucakap Jabatan Negara Amerik Syarikat, Jen Psaki turut mendedahkan Washington merancang untuk bekerjasama dengan kerajaan baharu Palestin. "Kami akan menilai komposisi dan dasar mereka. Jika ada keperluan, kami akan menyusun semula pendekatan AS," katanya. Pengiktirafan negara Barat terhadap kerajaan baharu Palestin telah memberi tamparan hebat kepada Israel yang sebelum ini menggesa masyarakat antarabangsa supaya tidak mengiktiraf usaha tersebut. Dalam satu kenyataan, Israel turut menzahirkan kekecewaan mereka susulan daripada tindakan sekutu kuat mereka, AS yang berpaling tadah untuk menyokong Palestin.

TOP
MERS: Timbalan Menteri Kesihatan dipecat
Mers
RIYADH - ARAB SAUDI. Menteri Kesihatan Arab Saudi memecat seorang daripada timbalannya ketika angka korban sindrom pernafasan akut Timur Tengah (MERS) mencecah 190 orang, menurut satu kenyataan kementerian itu di laman mikro Twitter, hari ini, lapor AFP. Namun tiada alasan diberikan berhubung pemecatan timbalan menteri, Ziad Memish itu. Menteri Kesihatan yang sebelum ini, Abdullah al-Rabiah dipecat April lalu tanpa penjelasan rasmi dan digantikan dengan Menteri Buruh, Adel Fakieh, yang menjanjikan ketelusan dalam menyampaikan maklumat kepada media dan orang awam berhubung MERS. MERS merupakan sejenis virus akut pernafasan misteri berasal dari Timur Tengah yang dilaporkan amat mudah merebak antara manusia sekali gus lebih bahaya berbanding virus SARS. Virus MERS mula dilaporkan merebak di tanah Arab pada 24 Semptember 2012 dan ia masih belum dapat diubati. Setakat ini, rekod menunjukkan MERS mula menjangkiti penduduk di Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Perancis, Jerman, Itali dan Tunisia yang mana pesakit pernah menjejakkan kaki ke rantau Timur Tengah. Penghidap disahkan mengalami simptom seperti demam dan batuk berlarutan selama beberapa hari dan jika tidak diberi rawatan khas, mereka akan meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru. Pakar tidak menolak MERS berkait rapat dengan virus kelawar walaupun sebahagian daripada mereka mengesyaki ia merebak menerusi haiwan sakit seperti unta atau kambing.

TOP
Keyakinan pengguna Thai meningkat pada Mei

BANGKOK - THAILAND. Keyakinan pengguna Thailand meningkat pada Mei, kali pertama dalam tempoh 14 bulan, apabila junta tentera, yang berjaya menstabilkan politik, mengutamakan usaha untuk menghidupkan semula ekonomi negara yang mengalami kemelesetan selama setahun. Indeks pengukur sentimen, yang berasaskan kajian ke atas 2,251 responden di seluruh negara, meningkat kepada 70.7 bulan lepas berbanding 67.8 pada April, kata University of Thai Chamber of Commerce (UTCC). Unjuran positif senario politik sejak kebelakangan ini membantu meningkatkan keyakinan, kata Thanavath Phonvichai, Pengarah Pusat Unjuran Perniagaan dan Ekonomi universiti itu. “Orang ramai menyedari krisis politik sudah berlalu dan ekonomi semakin pulih, katanya dan menambah perbelanjaan dijangka terus meningkat mulai suku ketiga. Sentimen ini akan meningkatkan ekonomi Thailand untuk berkembang 2-3 peratus tahun ini, katanya. Beliau berkata usaha Majlis Negara untuk melaksanakan Undang-undang dan Ketenteraman (NCPO) bagi merangsang pertumbuhan ekonomi menerusi pelbagai projek selain meningkatkan pembayaran bernilai 90 bilion baht kepada petani dalam skim subsidi beras, akan membantu meningkatkan keyakinan pengguna dan kuasa membeli. Beliau menjangkakan langkah dalam pakej merangsang ekonomi yang diumumkan oleh junta akan menyuntik 200 bilion hingga 300 bilion baht ke dalam ekonomi dan meningkatkan ekonomi sebanyak 1-1.5 mata peratus tahun ini. Isara Vongkusolkit, pengerusi Lembaga Perdagangan Thailand dan Dewan Perniagaan Thai berkata keyakinan pengguna yang meningkat itu turut membantu meningkatkan keyakinan dalam sektor perniagaan.- Bernama

TOP
Peluang pengeksport Malaysia di Kemboja
Matrade
PERBADANAN Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menawarkan satu lagi peluang kepada pengeksport Malaysia di Kemboja dengan menganjurkan Pameran Perkhidmatan Malaysia (MSE) dan Showcase Malaysia 2014, di Phnom Penh dari 10 hingga 12 Jun. MSE Kemboja merupakan siri kedua anjuran Matrade. Matrade dalam satu kenyataan berkata, 62 syarikat Malaysia akan menyertai acara itu dan mempamerkan keupayaan dan kepakaran mereka sebagai penyedia perkhidmatan dan produk. Pameran kali ini akan memberi tumpuan kepada sembilan kelompok iaitu pembinaan dan perkhidmatan berkaitan, bahan binaan, pendidikan, francais, perkhidmatan perniagaan, produk elektrik dan elektronik, barang pengguna yanglaris, produk penjagaan kesihatan dan produk industri. Antara perkhidmatan dan produk yang akan dipromosikan pada pameran itu ialah seni bina dan hiasan dalaman, perkhidmatan pembinaan dan yang berkaitan, perkhidmatan kejuruteraan, francais, pendidikan, sistem solar fotovoltan serta makanan dan minuman. Matrade juga mengatur perbincangan perniagaan antara wakil syarikat Malaysia dan syarikat asing. Setakat ini, lebih 800 pertemuan perniagaan antara syarikat Malaysia dan penyedia perkhidmatan di Kemboja sudah diatur. Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Kemboja dari Januari hingga Mac 2014 sebanyak RM347.6 juta berbanding RM276.1 juta dalam tempoh yang sama pada 2013, iaitu peningkatan sebanyak 25.9 peratus. Jumlah eksport Malaysia ke Kemboja dalam tempoh tiga bulan pertama 2014 meningkat 29.9 peratus kepada RM197.7 juta. - Bernama

TOP
Penerbangan sulung habis dijual dalam 10 minit
Air Asia
NEW DELHI - INDIA. AirAsia India memasuki pasaran India dengan langkah kanan apabila tiket bagi penerbangan sulungnya dari Bangalore ke Goa pada 12 Jun telah habis dijual dalam masa 10 minit selepas ia dibuka untuk jualan. Sejumlah 25,000 tempat duduk promosi juga telah ditempah dalam tempoh 84 jam selepas tempahan dibuka pada 30 Mei. "Kami sangat gembira dengan maklum balas yang kami terima daripada pasaran. Moto kami adalah sentiasa untuk memastikan semua orang boleh terbang dan kami telahpun mula menunjukkan bahawa kami menepati janji-janji kami," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Mittu Chandilya dalam satu kenyataan. Beliau menekankan matlamat syarikat penerbangan itu untuk merevolusikan industri penerbangan India dengan perkhidmatan berkualitinya. "Bagi pihak AirAsia India saya ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap pemegang kepentingan yang berusaha keras bagi menjadikan pelancaran kami satu kejayaan," katanya. Tambang semua terangkum daripada serendah Rs990 (RM54) boleh ditempah bagi penerbangan dari Bangalore ke Chennai, Chennai ke Bangalore, Bangalore ke Goa dan Goa kepada Bangalore. Pelanggan boleh menempah penerbangan AirAsia India di laman web www.airasia.com mulai sekarang sehingga 9 Jun, 2014, bagi tempoh perjalanan dari 12 Jun-25 Oktober, 2014. AirAsia India beroperasi menggunakan pesawat A320. Syarikat penerbangan itu, usaha sama antara AirAsia, Tata Sons dan Telestra Tradeplace, diberikan lesen penerbangan oleh pengawal selia penerbangan, Directorate General of Civil Aviation, awal bulan lepas. - Bernama

TOP
UOB: Indonesia destinasi utama PKS Malaysia
United Overseas Bank (Malaysia) Bhd.
INDONESIA merupakan pilihan utama bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia yang berhasrat untuk mengembangkan perniagaan mereka di Asia Tenggara, kata United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia). Kaji selidik bank itu mendedahkan bahawa seorang daripada dua responden memilih Indonesia berbanding negara-negara Asia Tenggara lain berikutan penggunaan domestiknya yang besar, kadar pertumbuhan ekonomi tinggi dan kos buruh rendah. Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia, Wong Kim Choong berkata, PKS Malaysia berminat memanfaatkan peluang perniagaan yang ditawarkan Indonesia dan melabur dalam potensi pertumbuhan negara itu. "Pelanggan PKS kami yang mempunyai operasi di Indonesia kebanyakannya daripada sektor kimia dan baja, pencetakan dan pembungkusan dan pengeluaran alat-alat auto keluli," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Kim Choong berkata, UOB Malaysia menerima banyak pertanyaan daripada pelanggan dalam sektor pemprosesan makanan berikutan kadar penggunaan domestik yang besar di Indonesia dan peningkatan perbelanjaan ke atas makanan oleh golongan kelas sederhana yang semakin bertambah. Bank itu menyaksikan bilangan pelanggan PKS dengan operasi di Indonesia meningkat sebanyak 40 peratus pada 2013 berbanding 2012. Kaji selidiknya itu sejajar dengan peningkatan pelaburan langsung asing (FDI) ke Asia Tenggara dalam tempoh beberapa tahun lepas dan terus menyediakan peluang bagi PKS Malaysia. FDI ke Asia Tenggara meningkat 136 peratus kepada US$111 bilion pada 2012 daripada US$47 bilion pada 2009. - Bernama

TOP
Sistem pengangkutan pacu ekonomi negara

SINGAPURA - Malaysia boleh mendapat manfaat ekonomi yang besar jika ia menaik taraf rangkaian pengangkutannya kepada amalan standard global, kata Credo Business Consulting LLP yang berpangkalan di London. Rakan Kongsi Urusan Credo, Chris Molloy, berkata pengangkutan dianggap sebagai satu daripada faktor utama daya saing bandar raya dan sering disebut antara cabaran besar penggubal dasar. "Sistem pengangkutan awam di seluruh dunia semakin uzur, tidak berkembang atau gagal memenuhi permintaan penduduk yang semakin bertambah," katanya kepada pemberita di World Cities Summit 2014, Singapore International Water Week and CleanEnviro Summit. Siemens Malaysia Sdn Bhd, yang menganjurkan lawatan wartawan, telah menugaskan Credo untuk mengkaji rangkaian pengangkutan di 35 bandar raya utama di seluruh dunia dan menilai kesediaan mereka dalam memenuhi cabaran masa depan, termasuk pertumbuhan penduduk serta daya saing yang lebih tinggi. Satu laporan mengenai 'Peluang Mobiliti -- Menambahbaik Pengangkutan Awam Untuk Memacu Pertumbuhan Ekonomi' dilancarkan di sini. Mulloy berkata, berdasarkan pengalaman bandar raya lain, usaha menangani pertambahan penduduk dan perubahan demografi, dijangka akan membawa cabaran kapasiti jangka panjang yang besar yang memerlukan pelan strategik yang jelas untuk menyelesaikannya. Bagaimanapun, katanya, kajian itu menunjukkan bandara raya di seluruh dunia berjaya mengatasi cabaran terbabit dan jika Malaysia menerima pakai amalan terbaik global, ekonominya akan terus berkembang dan memenuhi permintaan penduduk di ibu negaranya dalam tempoh 20 tahun lagi. Sebagai bandingan, Credo mengumpulkan bandar raya kepada tiga kategori berbeza bagi menunjukkan tahap kekayaan dan pembangunan berbeza, iaitu bandar raya yang maju, pusat kompak berkepadatan tinggi serta bandar raya sedang membangun. Kajian itu menunjukkan Copenhagen di Denmark muncul sebagai bandar raya berprestasi terbaik keseluruhannya dipacu oleh kekukuhan kapasiti pelan dan rangkaian pengangkutannya. Singapura menjadi peneraju dalam kategori pusat kompak berkepadatan tinggi disebabkan kekukuhan tadbir urus serta kapasiti tinggi manakala Santiago, Chile, mendahului dalam kategori bandar raya membangun kerana ia telah mengembang serta memodenkan rangkaian pengangkutannya yang telah uzur. "Semua bandar raya boleh belajar daripada bandar raya peneraju dalam kategori mereka dalam usaha untuk merapatkan jurang kecekapan rangkaian pengangkutan mereka, mengurangkan kos serta meningkatkan produktiviti kerana apabila rangkaian sesebuah bandar raya itu lebih cekap, ia akan menjadi lebih menarik kepada perniagaan serta penduduk," kata All Mulloy. Sementara itu, Pengarah Urusan Siemens AG dan Ketua Pegawai Eksekutif Sektor Prasarana dan Bandar Raya Siemens, Roland Busch memberitahu Bernama, Malaysia dianggap sebagai negara di peringkat atas dunia dalam membangunkan sistem pengangkutannya. "Malaysia sudah pun membuat pelaburan besar dalam sistem pengangkutan awam dengan transit rel ringan, monorel serta komuter bagi memudahkan pergerakan penduduk di bandar raya. "Dengan pelan yang sudah dilaksanakan dan lebih banyak lagi dirancang, terutama kereta api laju menghubungkan negara itu dengan Singapura, ia akan memesatkan lagi pertumbuhan ekonominya," katanya. - Bernama

TOP
[VIDEO] MAKANAN KOMANDO MALAYSIA DI DALAM HUTAN (4 GAMBAR)

Berikut ialah gambar dan video Komando Malaysia di dalam hutan ketika menjalani latihan. Sempoi je pakai cawat daun. Yang paling best ialah makanan mereka. Dikatakan bahawa komando Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia. Nak jadi hebat macam diorang? Korang kene makan apa yang mereka makan dalam video kat bawah ni. Layan...


TOP
Pakaian rihanna menjolok mata dimajlis anugerah fesyen
terkini, gempar, rihana, artis antarabangsa, hiburan, penyanyi hollywood, Pakaian Rihanna Menjolok Mata Di Majlis Anugerah Fesyen
Penyanyi seksi, Rihanna kembali menjadi bualan hangat di kalangan media Hollywood apabila berani menggayakan pakaian menjolok mata di majlis anugerah fesyen yang diadakan di Lincoln Center, New York, baru-baru ini. terkini, gempar, rihana, artis antarabangsa, hiburan, penyanyi hollywood, Pakaian Rihanna Menjolok Mata Di Majlis Anugerah Fesyen Rihanna mengenakan persalinan gaun berkilat yang mendedahkan payudara dan hanya menutup kem-alu-ann-ya dengan memakai seluar dalam berwarna kulit atau nu-d-e selain membawa bulu putih untuk melengkapkan gayanya pada hari itu. Walaupun pakaiannya dilihat terlalu mendedahkan, Rihanna tetap menerima anugerah tertinggi yang dianjurkan oleh Council of Fashion Designers of America (CFDA) apabila diiktiraf sebagai ikon paling bergaya. Hai, macam berlumba-lumba artis di sana nak menelanjangkan diri, harap-harap takdelah artis di Malaysia yang mengikut trend sebegini di mana-mana majlis anugerah kelak. Oppss..
terkini, gempar, rihana, artis antarabangsa, hiburan, penyanyi hollywood, Pakaian Rihanna Menjolok Mata Di Majlis Anugerah Fesyen

TOP
Buang bayi dalam gaung
Foto

SUSPEK buang bayi di gaung diiringi anggota polis selepas perintah tahanan reman terhadapnya diperoleh di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor semalam.
SHAH ALAM – Seorang lelaki bertindak kejam menghumban bayi berusia enam bulan, anak kepada seorang pekerjanya ke dalam gaung di kilometer 3.2 Jalan Genting Highlands. Mayat bayi berkenaan dibungkus di dalam plastik dan disumbat ke dalam beg pakaian, sebelum dihumban ke dalam gaung sedalam kira-kira 70 meter itu oleh suspek yang difahamkan bimbang bayi hasil hubungan sulit pekerjanya itu diketahui orang lain. Bagaimanapun perbuatan lelaki itu yang merupakan seorang ejen pembantu rumah terbongkar setelah ibu bayi berkenaan yang berusia 33 tahun membuat laporan di Balai Polis Kota Kemuning. Menurut sumber, penemuan mayat bayi kira-kira jam 11 pagi itu selepas seorang lelaki berusia 40 tahun yang dipercayai sebagai suspek, ditangkap. Kata sumber tersebut, lelaki itu mendakwa, bayi berkenaan dipercayai anak kepada salah seorang pembantu rumahnya dan berdasarkan keterangan suspek, bayi itu mati di sebuah asrama pekerjanya di Kota Kemuning, di sini, Sabtu lalu. Difahamkan pembantu rumah berkenaan dipercayai mengandung akibat dirogol oleh salah seorang bekas majikannya tahun lalu. “Suspek bersama isterinya lari sebelum mendaftar masuk di sebuah hotel di Cheras selepas kejadian itu. Suspek bersama isterinya kemudian berjaya ditahan, di sini, kelmarin. "Suspek direman sehingga 10 Jun ini bagi membantu siasatan," kata sumber. Sementara itu, pasukan forensik terpaksa mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengeluarkan mayat bayi tersebut ekoran kedudukan lokasi gaung yang curam dan cuaca lembab. Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat. Dalam pada itu, difahamkan pembantu rumah berkenaan ketika disoal siasat mendakwa dia dan rakan-rakannya dipaksa bekerja tanpa permit dan tidak pernah dibayar gaji. “Bertindak atas maklumat, Isnin lalu pasukan polis berjaya menyelamatkan enam pekerja asing. Ejen itu juga dipercayai menawarkan perkhidmatan pembantu rumah jangka pendek. “Pekerjanya juga dipercayai telah dieksploitasi secara seksual oleh majikan dan ejen itu. Siasatan awal mendapati tiga rumah yang dipercayai digunakan untuk mengurung semua pekerja itu,” kata sumber itu lagi. Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah memberitahu kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Suspek membawa polis ke dalam gaung, lokasi bayi malang tersebut dihumban.

TOP
Gambar isteri baru Bade,madu Erma Fatimah
info, terkini, berita, hiburan, Gambar isteri baru Bade,madu Erma Fatimah
“SAYA restu dan saya izinkan. Saya tidak boleh menghalang orang yang saya sayang untuk mendapatkan kebahagiaan itu. Kasih sayang itu soal hati, tiada kuasa pada manusia untuk menghalangnya. Setiap manusia berhak mendapatkan kebahagiaan sendiri. “Selama perkahwinan kami, Bade merupakan seorang lelaki yang baik, ayah yang bertanggungjawab kepada anak-anak. Malah saya cukup bersyukur untuk mengetahui siapa saya sekarang adalah kerana dia. “Saya minta jangan sensasikan lagi kisah perkahwinan Bade ini. Jujur saya katakan Bade berhak dan mampu untuk berkahwin lagi. Jadi saya minta semua orang di luar sana mendoakan kebahagiaan dia dan isterinya itu,” demikian ulas Erma Fatima mengenai isu dia kini bermadu pada media. Sementara menurut Bade pula, isteri pertamanya, Erma masih belum berpeluang untuk menemui isteri keduanya itu berikutan kesibukan Erma yang kini berada di Sepanyol untuk menjalani sebuah penggambaran. “Ya, saya mengakui bahawa telah berkahwin buat kali kedua pada April lalu dan saya sangat bersyukur segalanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah saya dan dia (Aida Abdul) selamat diijabkabulkan dua bulan lalu dan majlis resepsi diadakan pada 27 Mei lalu di Cherating. “Mungkin sudah tertulis dia sememangnya jodoh saya. Ingin saya tekankan di sini saya baru sahaja mengenalinya dan tidak ada perkataan curang dengan Erma. “Saya tidak mahu kecoh dalam hal ini. Kalau ada orang tanya, saya akan menjawab dan saya akan mengakui bahawa saya telah berkahwin lagi. Saya tidak ada sebarang perkara yang hendak disembunyikan”, katanya dipetik dari BH

TOP
Dua Kanak-kanak Bersaudara Ini Digelar Kanak-kanak Terkuat Didunia.

Dua kanak-kanak bersaudara berasal dari Rumania mendapat gelaran kanak-kanak terkuat di dunia. Di usianya yang masih muda, ototnya sudah terbentuk seperti ahli bina badan. Keduanya memilih olahraga yang tak biasa bagi kanak-kanak seusianya iaitu sukan bina badan. Surat khabar the Daily Mail melaporkan, Giuliano (9) dan Claudiu Stroe sudah berlatih angkat berat dengan alat seberat empat kilogram. Mereka melakukan ini secara rutin setiap hari selama dua jam. Demi obsesinya untuk menjadi terkenal, ayah kedua kanak-kanak itu, Julian sampai harus pindah ke Kota Florence, Italia. “Susah mendapatkan wang di negara kami,” ujarnya. Dari kedua-dua kanak-kanak terkuat ini, ekonomi keluarga Julian sedikit terbantu. Giuliano dan Claudiu mengikuti pentas akrobatik serta membuat rekod dunia untuk push up 90 kali. Julian dan anak-anaknya pernah hendak diekstradisi ke Rumania dan kembali mencari nafkah dengan menujual besi buruk. Namun Julian menolak dan tengah mengupayakan untuk pindah ke england. “Saya ingin mencari kehidupan lebih baik dan sponsor untuk anak-anak saya. Saya juga berharap sukan bina badan untuk kanak-kanak mendapat tanggapan positif,” Julian menjelaskan.

TOP
Karya Seni Straw Yang Menakjubkan Yang Korang Jarang Lihat.Part 2

Banyak trend seni yang tidak biasa telah muncul di Jepun akhir-akhir ini. Seniman Jepun kembali membuat kita kagum dengan sentuhan kreatif yang dilakukan pada straw. Benda yang biasanya digunakan untuk menyedut minuman ini diubah menjadi haiwan, mahkluk mitos dan watak animasi lucu. Salah satu master seni straw adalah seorang seniman dengan nama TAO. Koleksi naga yang ia buat sangat mempersonakan, memaparkan pelbagai bentuk dan saiz.


TOP
Pesawat MAS Kena Langgar Lagi, Kali Ini Kenderaan Bagasi

Apa sahaja yang berlaku di Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) sekarang pasti menarik perhatian umum. Misalnya walaupun kemalangan boleh berlaku di mana-mana tetapi bila melibatkan pesawat MAS ia menjadi satu yang sensitif. Apatah lagi, sebuah pesawat MAS baru sahaja dilaporkan dilanggar kereta Perodua Viva semasa di parkir Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), bulan lepas. Tup-tup insiden lebih kurang serupa berulang lagi apabila pesawat B737-800 MAS dilanggar pula kenderaan bagasi ketika diparkir di KLIA, semalam. Difahamkan, pelanggaran tersebut bukan sahaja menyebabkan kerosakan pada bahagian bawah badan pesawat yang robek malah memberi kesan pada fiuslaj. Hal ini menyebabkan penumpang yang sepatutnya menaiki pesawat itu terpaksa dipindahkan ke pesawat lain. Jurucakap MAS yang mengesahkan kejadian ini dilaporkan memberitahu, pemandu kenderaan bagasi terlibat kini digantung kerja sementara siasatan dijalankan. Sumber: Rem Ramzi / Mynewshub

TOP
VIDEO: Pelajar Perempuan Di Terengganu Pulak Dah Gaduh

Dah cakap dah, bila dah satu popular maka banyaklah yang lain nak join sekali popular segera secara bodoh.
BACA: VIDEO: Sekarang Trend Budak Sekolah Gaduh Masuk YouTube Ke?Inilah gambaran untuk sebuah lagi video pergaduhan melibatkan pelajar perempuan yang kini viral di media sosial. Berdasarkan loghat pertuturan, pergaduhan ini dipercayai berlaku di Terengganu sambil disaksikan pelajar lelaki dan perempuan lain. Elok dua orang tu bergumpal sampai terselak kain semua, kawan-kawan di tempat kejadian cuma membuat ulasan sesama sendiri sambil menyaksikannya. Apa nak jadi dengan budak-budak sekolah hari ni?

Sumber: Daily Traffic Report / Rem Ramzi / Mynewshub

TOP
VIDEO: Sekarang Trend Budak Sekolah Gaduh Masuk YouTube Ke?

BACA: VIDEO: Pelajar Perempuan ‘Pailang’ Belasah Rakan
BACA: VIDEO: Pelajar Perempuan Di Terengganu Pulak Dah GaduhSudah lumrah di Malaysia bila ada sahaja perkara tertentu tengah ‘up’ menjadi polemik, maka berduyun-duyunlah isu lebih kurang serupa tersebar lepas itu. Apa yang kami maksudkan adalah selepas kecoh tentang video pelajar perempuan ‘pailang’ belasah rakan sekolah di Samarahan, Sarawak didapati ada beberapa lagi video gaduh budak-budak mula dikongsikan di YouTube. Sebuah video yang dimuat naik tiga hari lalu memaparkan bagaimana bermula dengan balas membalas mulut, pelajar perempuan sebuah sekolah menengah yang berada di luar pagar sekolah mula bergumpal bila masuk bab ‘bapak aku, bapak kau’.
Amat memalukan melihat para remaja perempuan dirakam ini bagai sudah hilang perasaan malu apabila tetap gigih nak bergaduh sampai terbaring-baring tepi jalan meskipun kenderaan yang lalu lalang siap membunyikan hon menyuruh mereka berhenti. Manakala sebuah video yang baru dimuat naik hari ini pula, menunjukkan budak-budak kecil di Taman Ampangan bergaduh.

Dapat dilihat budak berbaju kuning dalam video ini diprovok dari awal supaya bergaduh agar adegan itu dapat dirakam. Amboi, tak padan dengan kecil dah pandai nak tunjuk perangai pailang masing-masing. Kalaulah Mynewshub berada di tempat kejadian, siaplah budak yang rakam kejadian ni kami pulas telinga tau! Sumber: Rem Ramzi / Mynewshub

TOP
Banjir Kilat, Pengguna Disaran Elak Lalu MRR2 Ke Gombak

Berikutan hujan lebat tengah hari tadi, banjir kilat melanda sebahagian besar jalan di perkarangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sekitar jam 2.45 petang tadi. Kejadian berpunca daripada limpahan air dari anak sungai berdekatan. Difahamkan, air banjir mencecah hingga paras pinggang. Keadaan bagaimanapun kembali terkawal selepas air mula surut sekitar jam 3.15 petang. Begitu pun, pengguna jalan raya disarankan mengelak daripada menggunakan lebuhraya MRR2 dari Taman Melati ke Gombak yang turut terjejas ekoran banjir ini hingga menyebabkan kesesakan teruk.

Sumber: Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia / Rem Ramzi / Mynewshub

TOP
Lans Koperal Mohd Azuan Patut Diiktiraf Wira

BESUT – Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah dari Unit Rondaan Bermotor (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, Perak yang terkorban ketika mengejar penjenayah pada 26 Mei lalu patut diiktiraf sebagai wira, kata Pengarah Keselamatan Dalam Negeri Dan Kententeraman Awam Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid. Beliau berkata kematian anggota tersebut bukan sia-sia dan patut dicontohi oleh anggota yang lain dalam menegakkan undang-undang. Sepatutnya Allahyarham menjadi sanjungan anggota masyarakat dan dikurniakan pingat akan keberaniannya, katanya. “Ia merupakan satu kehilangan besar kepada URB Perak tetapi yang menyedihkan tidak ada seorang pun anggota masyarakat termasuk dari NGO yang sanggup membuat pengakuan akan keberaniannya dalam melindungi masyrakat dari penjenayah,” katanya kepada pemberita semasa melawat Ibu Pejabat Polis Kampung Raja, di sini hari ini. Mohd Azuan, 25, yang berasal dari Kulai, Johor maut setelah dirempuh kereta yang dinaiki penjenayah dalam kejadian samun sebuah van rokok di Batu 10, Parit Buntar, menghala ke Alor Pongsu. Rakan setugasnya cedera parah. Dalam perkembangan lain, Salleh berkata pihak polis kini mempergiatkan aktiviti membanteras kegiatan penyeludupan termasuk diesel bersubsidi di sempadan negara bersama jabatan peguat kuasa yang lain. “Kita sentiasa memantau masalah kegiatan penyeludupan minyak subsidi diesel yang berlaku di sempadan masa kini termasuk di Rantau Panjang dan Golok di samping akan melipatgandakan lagi peranan Polis Marin untuk membanteras sama ada di laut maupun sungai. Beliau dijangka mengadakan lawatan kerja ke beberapa IPD dan Ibu Pejabat Kontinjen di Kelantan dan Terengganu. Sumber: Bernama

TOP
Cap jari sahkan mayat suspek penggal budak

KUALA LUMPUR : Polis mengesahkan lelaki yang mayatnya ditemui di Sungai Klang berhampiran Plaza Tol Sunway, Subang Jaya, Sabtu lalu, adalah suspek kes pembunuhan kejam kanak-kanak perempuan berusia 30 bulan di ibu negara, dua hari sebelum itu. Ia disahkan menerusi pemeriksaan cap jari dan berdasarkan laporan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Dalam kejadian jam 9 malam Khamis lalu, kanak-kanak malang berkenaan, Siti Soffea Emelda, dibunuh kejam dengan kepalanya dipenggal di tebing Sungai Klang berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), Jalan Tun Sambanthan, di sini. 4 rekod jenayah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata suspek yang berusia 27 tahun berasal dari Kulim, Kedah dan menetap di Lorong Tiong Nam, Jalan Raja Laut, di sini, mempunyai empat rekod jenayah membabitkan kes memiliki dadah, mencuri dan memiliki senjata berbahaya. “Suspek juga baru dibebaskan dari penjara dua bulan lalu selepas selesai menjalani hukuman berhubung kesalahan memiliki senjata berbahaya. Kita akan menghubungi warisnya di Sungai Petani dan Kulim, Kedah untuk membuat pengecaman,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam. Kong Meng berkata, pihaknya setakat ini masih meneliti semua aspek dalam melengkapkan siasatan, termasuk memanggil beberapa saksi yang berada di lokasi kejadian pembunuhan untuk mengenal pasti motif sebenar jenayah kejam terbabit. “Kita turut menyiasat aspek kesalahan pihak penjaga mangsa seperti yang diperuntukkan mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2011 (Akta 611) kerana membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan,” katanya sambil menambah, penjaga boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan. Mayat suspek ditemui jam 4 petang Sabtu lalu, lengkap berbaju kotak-kotak berwarna merah, berseluar panjang biru gelap dan bertali pinggang, namun tidak memakai kasut dan tiada dokumen pengenalan diri. Sumber: BH Online

TOP
Pasport diconteng anak,bapa terkadas di negara asing

KUALA LUMPUR: Mungkin situasi ini nampak lucu kepada anda, namun ini yang terjadi kepada sebuah keluarga dari China yang berkunjung ke Korea Selatan. Anak pasangan terbabit yang berusia empat tahun telah menunjuk bakat lukisannya di pasport bapanya yang menyebabkan ianya tidak sah digunakan dan tidak diterima oleh pihak berkuasa di Korea Selatan, lapor sebuah portal berita United Kingdom, Metro News. Perkara ini menyebabkan bapanya yang dikenali sebagai Chen telah terkandas di Korea Selatan dan tidak dapat pulang ke China bersama keluarganya. Chen telah memuatnaik gambar pasportnya yang diconteng di laman sosial terkenal di China, iaitu Weibo sambil merayu pertolongan. Walau bagaimanapun, sebuah laman web Kotaku.com melaporkan dakwaan Neogaf.com bahawa contengan di pasport Chen itu adalah palsu dan ia seolah-seolah dilukis menggunakan perisian Microsoft MS Paint. Laporan itu turut mengatakan bahawa pasport negara China kebiasaannya mempunyai satu lapisan berkilat bertujuan memudahkan proses imbasan yang pastinya akan membuatkan apa-apa contengan dari anaknya itu akan menjadi comot. Contengan itu juga mempunyai kadar ketebalan warna yang serata,namun begitu, tiada laporan susulan mengenai berita yang menjadi buah mulut di media sosial ini. Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment