TOP
FIFA dakwa Suarez, perintah beri keterangan hari ini
Luis Suarez
RIO DE JANEIRO: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini mendakwa Luis Suarez berikutan kes menggigit bahu pertahanan Itali, Giorgio Chiellini dalam perlawanan Piala Dunia Kumpulan D, awal pagi tadi. Menurut FIFA, jawatankuasa disiplin sudah membuka kertas prosiding terhadap penyerang Uruguay itu, awal hari ini. Jika panel mendapati Suarez bersalah berikutan menyerang pihak lawan, dia boleh digantung sekurang-kurangnya dua perlawanan hingga maksimum 24 bulan. FIFA meminta pasukan Uruguay untuk mengemukakan keterangan selewat-lewatnya 5 petang ini. Keputusan perlu diperoleh sebelum perlawanan Sabtu ini ketika pertembungan antara Uruguay dan Colombia dalam peringkat 16 pasukan terakhir. Uruguay mara ke pusingan kedua selepas menewaskan Itali 1-0 di Natal, Brazil, awal pagi tadi. Seminit sebelum Uruguay meledak gol kemenangan menerusi Diego Godin pada minit ke-81, Suarez dan Chiellini didapati bergelut di kawasan kotak penalti dan insiden berkenaan berjaya dirakam kamera stesen televisyen. Sumber - Berita Harian

Suara terakhir dari MH 370 adalah suara Zaharie, kata isterinya
Kapten Zaharie
SYDNEY: Isteri juruterbang pesawat Malaysia Airlines yang hilang MH 370, mendedahkan bahawa Zaharie Ahmad Shah adalah orang yang menuturkan kata-kata terakhir daripada kokpit, dan bukannya pembantu juruterbang seperti dinyatakan sebelum ini. Laporan The Telegraph, London menyatakan dua wartawan New Zealand yang sedang menulis buku mengenai penerbangan misteri itu mendakwa mereka bercakap dengan Faizah Khan, yang mendedahkan bahawa anak lelaki sulungnya mengenali suara yang menyampaikan kata-kata terakhir itu sebagai suara ayahnya. Panggilan itu dibuat daripada kokpit kepada pengawal trafik udara di Kuala Lumpur kurang sejam selepas pesawat itu berlepas. Pesawat Boeing 777 itu hilang pada 8 Mac lalu dengan 239 penumpang dan tiada kesan serpihan dijumpai walaupun usaha mencari di peringkat antarabangsa diteruskan. Geoff Taylor, timbalan editor Waikato Times di New Zealand, berkata beliau dan penulis bersama, Ewan Wilson bercakap dengan adik ipar Zaharie, Asuad Khan di Pulau Pinang dan kemudian dengan isteri Zaharie yang berusia 53 tahun. Asuad pada mulanya menyatakan suara itu bukan suara abang iparnya tetapi kemudian apabila beliau menghubungi kakaknya, Faizah, di hadapan wartawan berkenaan, Faizah mengesahkan bahawa suara itu adalah suara suaminya. “Dalam tempoh lebih tiga bulan sejak penerbangan itu hilang, tiada sesiapapun dalam media yang berjaya mendapatkan isteri Zaharie,” Taylor memberitahu Waikato Times. Sumber - Berita Harian

Polis ambil keterangan bapa tiri remaja OKU
Nilai: Polis sudah mengambil keterangan bapa tiri kepada remaja orang kelainan upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15 yang dikenali Abdullah, 40-an bagi melengkapkan siasatan.
Sumber polis berkata, lelaki berkenaan yang juga suami kepada ibu remaja terbabit, Lola, 40 hadir ke Balai Polis Nilai malam tadi bagi memberi kerjasama berhubung penemuan Muhammad Firdaus, Sabtu lalu yang kebuluran di rumahnya di Flat Semarak, Taman Semarak, di sini.
Katanya, soal siasat dibuat mendapati lelaki itu berkahwin denga Lola sejak 10 tahun lalu namun tidak tinggal bersama kerana menetap dengan seorang lagi isterinya di Bahau, Jempol, dekat sini.
Katanya, bagaimanapun isteri pertama lelaki itu tidak mengetahui suaminya berkahwin bersama Lola yang memiliki anak cacat.
"Selepas keterangan diambil, lelaki terbabit kemudian dibenarkan pulang ke rumahnya," katanya.
Sumber - myMetro
TOP
Penggunaan elektrik dijangka meningkat
Gambar Hiasan
Kuala Lumpur: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjangka penggunaan elektrik meningkat semasa fenomena El Nino yang diramal melanda negara tidak lama lagi. Pengurus Besar (Komunikasi Korporat) TNB, Omar Sidek, berkata suhu atmosfera yang tinggi lazimnya akan menyebabkan penggunaan elektrik yang lebih dan berdasarkan pengalaman El Nino pada tahun 2009, beban elektrik meningkat dua peratus daripada jangkaan.
Kurang taburan hujan
Beliau berkata, bahang El Nino sudah dirasai dengan cuaca panas melampau dan kurangnya taburan hujan. “Ini menyebabkan penggunaan pendingin hawa dan kipas secara tahap ekstrem di kilang, premis perniagaan, pejabat serta kawasan kediaman,” katanya. Omar berkata, mengikut rekod TNB, Malaysia mencatatkan permintaan elektrik tertinggi dalam sejarah, iaitu sebanyak 16,583 Megawatt (MW) pada 28 Mei lalu dengan penggunaan berada pada tahap puncak antara jam 2 hingga 5 petang setiap hari. Beliau berkata, fenomena El Nino sebelum ini turut menyebabkan penurunan tahap air serta menyekat kuasa hidro daripada diguna secara sepenuhnya berbanding jana kuasa gas dan arang batu. Operasi waktu malam Sehubungan itu, syarikat itu menasihatkan pengguna supaya mengamalkan langkah cekap tenaga ketika cuaca panas dan kering sekarang, antaranya melaraskan suhu sistem pendingin hawa antara 23 hingga 25 darjah Celsius, menggosok pakaian pada waktu malam serta memasak air atau menggunakan mesin basuh di luar waktu puncak. TNB turut mencadangkan industri yang menggunakan elektrik pada skala besar seperti kilang keluli dan simen, menjalankan operasi pada waktu malam. Sumber - Bernama

Pegawai JPJ koyakkan geran kereta di Padang Jawa
Isu pegawai JPJ kurang ajar koyak kertas geran kereta asal di Padang Jawa, Shah Alam tersebar. Menerusi laman sosial, seorang pengguna telah mendakwa geran kereta asal telah dikoyakkan oleh seorang pegawai JPJ wanita pada lewat petang Jumaat lalu 20 Jun 2014.
Difahamkan punca pegawai JPJ berbuat demikian kerana tidak tahan dengan kerenah mangsa dalam proses tukar hak milik kereta. Apapun, pegawai JPJ haruslah lebih professional dan menunjukkan sikap mesra terhadap pelanggan.
Ikuti Luahan Pengguna Malang Di Laman Sosial Isu JPJ Koyak Geran Kereta:
Sumber - perihalnegara.blogspot
Sumber - perihalnegara.blogspot
TOP
Pemandu mati disangka tidur
MANGSA diserang sakit jantung ketika memandu.
Kuala Lumpur: Pengguna Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran Hotel One World di sini, terkejut apabila lelaki yang disangkakan tertidur di dalam van sebaliknya didapati sudah mati. Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa yang berusia 40-an ditemui dalam keadaan kepala tersembam di bahagian stereng. Sumber polis berkata, kenderaan mangsa sebelum itu didapati berhenti dan berada di bahu lebuh raya selama beberapa jam. Menurutnya, orang ramai yang mulanya menyangka mangsa tertidur bagaimanapun bertindak memeriksa kenderaan itu dan cuba mengejutkan mangsa. “Bagaimanapun mangsa tidak memberi tindak balas ketika cermin kenderaan diketuk. Susulan itu orang ramai segera menghubungi pihak polis bagi memaklumkan kejadian itu. “Mangsa yang diperiksa dipercayai mengalami serangan sakit jantung sebelum meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, mayat mangsa sudah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat. Sumber - myMetro

KPDNKK tahan tiga kapal seludup diesel
MINYAK diesel yang ditemui pihak berkuasa.
Kota Tinggi: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor menahan tiga kapal secara berasingan yang disyaki menyeludup diesel bersubsidi sejak 4 Jun hingga 23 Jun lalu. Hasil serbuan itu, sebanyak 510,279 liter diesel berjaya dirampas. Seramai 14 anak kapal termasuk dua warga China berusia lingkungan 30-an hingga 40-an ditahan daripada ketiga-tiga kapal terbabit. Timbalan Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Johor V. Ravichandran berkata hasil serbuan itu pihaknya berjaya menyelamatkan RM372,503 nilai subsidi diesel terbabit. Menurutnya, kapal berkenaan dipercayai akan membawa bekalan diesel berkenaan ke perairan antarabangsa sebelum dijual kepada pihak ketiga. Sumber - myMetro

9 maut, 3 hilang selepas pukat tunda bertembung di Peru
Gambar Hiasan
LIMA: Sembilan nelayan terkorban dan tiga lagi masih hilang selepas dua bot pukat tunda bertembung dekat pantai Peru, kata pegawai hari ini. Salah satu bot pukat tunda itu karam dalam kejadian berkenaan. Jurucakap Tentera Laut, Kapten Colver Ruiz berkata, kejadian berlaku pada lewat malam semalam kira-kira 13 batu nautika dari bandar pelabuhan Pisco. Katanya, 15 anak kapal bot Marisol II tercampak ke laut apabila ia karam dan tiga lagi nelayan yang berjaya diselamatkan nyaris lemas. Beliau berkata, punca kejadian masih disiasat. Katanya, bot sepanjang 15 meter itu sedang menangkap ikan bilis yang diproses untuk tujuan eksport. Satu lagi bot adalah milik syarikat pengeluar makanan ikan Nombor 1 dunia, Tasa. Sumber - Berita Harian

Pesawat PIA ditembak di lapangan terbang Peshawar
BANNU: Pesawat Pakistan International Airlines (PIA) dengan 170 penumpang ditembak ketika ia sedang mendarat di Lapangan Terbang Peshawar.
Kejadian itu menyebabkan seorang penumpang wanita terkorban dan dua anggota krew cedera, kata jurucakap PIA, Mashud Tajwar. Ia adalah penerbangan dari Riyadh, Arab Saudi.
Pihak berkuasa berkata pesawat itu mendarat dengan selamat dan berjaya mengelakkan beberapa das tembakan daripada penyerang ketika ia berada kira-kira 1,500 meter dari landasan.
“Tembakan dilepaskan dari luar lapangan terbang dan seorang penumpang wanita serta dua pramugara cedera. Wanita itu kemudian meninggal dunia di hospital,” kata Mashud.
Polis mengepung kawasan di luar lapangan terbang dan melancarkan gerakan mencari mereka yang bertanggungjawab.
Pihak polis menghargai sikap juruterbang yang tenang ketika kejadian dan mampu mengemudikan pesawat itu mendarat dengan selamat, kata pegawai polis, Najeeb Ur Rehman.
Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab bagi serangan itu dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bacha Khan di Peshawar ditutup sementara.
Serangan itu adalah yang kedua oleh militan di lapangan terbang Pakistan dalam tempoh beberapa minggu, berikutan kejadian berdarah di bandaraya pelabuhan Karachi.
Kejadian di Peshawar itu berlaku hanya beberapa jam selepas tiga orang terbunuh dalam pengeboman bunuh diri di Utara Waziristan.
Sumber - Berita Harian
TOP
Kes Bunuh Pegawai Ambank: Saksi Tergamam Lihat Gambar Rakan Sekerja Dibunuh
SHAH ALAM: Seorang juruwang bank kaku dan tergamam di sisi rakan sekerjanya yang mati akibat cedera parah ditembak semasa rompakan di cawangan AmBank di Subang Jaya, tahun lepas.
Ifasri Maria Lee Mansur, 21, tidak dapat mengawal ketenangan ketika dia ditunjukkan gambar Norazita Abu Talib yang sudah tidak bernyawa untuk tujuan pengenalan.
Dia sebelum ini telah memberitahu Mahkamah Tinggi pada Isnin bahawa dia tidak 'berani' untuk melihat gambar-gambar tersebut.
Walau bagaimanapun, Hakim Akhtar Tahir yang mengetuai perbicaraan pada Selasa berkata Ifasri mesti cuba untuk mengenal pasti mangsa, kerana dia merupakan saksi di tempat kejadian.
Ketika melihat gambar-gambar itu, saksi itu menutup wajahnya dengan tangannya beberapa kali.
Dia bagaimanapun berjaya mengenal pasti Norazita sebelum dia mula kaku untuk bercakap.
Hakim Akhtar kemudian mengarahkannya supaya berehat selama 10 minit untuk membolehkan saksi itu kembali bertenang.
Ifasri memberi keterangan dalam perbicaraan terhadap seorang warga Indonesia, La Ode Ardi Rasila yang dituduh membunuh Norazita di cawangan AmBank di USJ Sentral, Subang Jaya, antara pukul 6 hingga 6.30 petang pada 23 Oktober tahun lepas.
Saksi itu berkata terdapat empat kakitangan bank termasuk dirinya dan seorang pengawal bersenjata yang bertugas pada masa itu.
"Saya berada di kaunter operasi (apabila ia berlaku) melakukan kerja-kerja memfail. Saya mendengar bunyi yang kuat dan apabila saya berpaling, saya melihat asap. Arzanna Abdullah (seorang lagi kakitangan bank yang bersama mangsa) meminta saya melihat Kak Ita (Norazita) yang telah rebah atas lantai.
"Saya mahu pergi kepadanya tetapi pengawal menunjukkan senapang pamnya kepada saya dan menyuruh saya supaya masuk ke dalam bilik operasi. Saya melakukan apa yang disuruh, "katanya.
Ifasri turut mengingati semula tindakan pengawal membungkus beg dan senapangnya.
"Pada masa itu Kak Ita masih bergerak, dia berpaling ke arah saya dan Kak Ana (Arzanna) dan kemudian dia berhenti bergerak," tambahnya.
Katanya, dia mengenali pengawal itu sebagai 'Ardi Hamzah' yang menggantikan pengawal tetap yang bercuti pada hari itu.
Ditanya mengenai 'Ardi Hamzah', saksi itu memberi isyarat kepada La Ode yang duduk di kandang tertuduh.-mstar
TOP
Ugut Adik Guna Parang, Penganggur Dipenjara
KUALA LUMPUR: Gara-gara mengugut dengan mengacukan parang dan pahat terhadap adik kandungnya, seorang penganggur hari ini dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.
Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Nizam Manimaran Abdullah, 27, selepas dia mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah dengan niat mendatangkan kematian terhadap S. Ramarajan dengan cara mengacukan kedua-dua senjata itu.
Mohd Nizam melakukan kesalahan itu di Blok A-12-17 Projek Perumahan Rakyat, Kampung Muhibbah, Jalan Puchong di sini pada 11 malam, 20 Jun lepas dan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.
Mengikut fakta kes yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Ooi Chean Ling, tertuduh membuat bising dan memecahkan barang-barang di dalam rumah sebelum bertindak mengacukan parang terhadap adiknya.
Dalam kejadian itu Mohd Nizam juga cuba memegang tangan isteri Ramarajan dengan niat tidak baik dan menghalau pasangan itu keluar dari rumah yang mereka tinggal bersama.
Terdahulu sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman, Ooi Chen memanggil Ramarajan yang hadir ke mahkamah hari ini, untuk memberitahu perasaannya selepas kejadian itu.
Ramarajan memberitahu mahkamah dia takut untuk tinggal bersama abangnya, kerana tertuduh sentiasa bersikap agresif dan suka membuat kacau.
Ashraf Rezal menasihati tertuduh supaya tidak mengulangi perkara sama kerana ia akan menjejaskan masa hadapan anaknya yang masih kecil dan bagi menjaga hubungan keluarga.
Mohd Nizam yang tidak diwakili peguam semasa rayuan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana dia perlu menanggung isteri dan anak yang berumur dua tahun.-mstar
TOP
Penyokong Maktar Mahu Pemilihan Semula Di Cabang Nibong Tebal
NIBONG TEBAL: Sekumpulan anggota PKR Cabang Nibong Tebal yang juga penyokong bekas Ketua Cabang Datuk Maktar Shapee, mendesak agar pemilihan cabang itu diadakan sekali lagi atas dakwaan sabotaj dan komplot.
Wakil mereka yang juga bekas Timbalan Ketua Cabang Mohd Kamil Abu Bakar mendakwa mereka lewat diberitahu mengenai tarikh pemilihan semula itu selepas pemilihan kali pertama pada 4 Mei lepas dibatalkan gara-gara terlebih kertas undi.
Bercakap dalam sidang media di sini pada Selasa, Mohd Kamil mendakwa penyokong gandingan Maktar dan beliau hanya menerima notis rasmi pemilihan semula itu dua hari sebelum pengundian diadakan pada Ahad lepas, berbanding penyokong Datuk Mansor Othman yang diberitahu tiga minggu lebih awal, sekali gus menghalang pihaknya berkempen.
Mohd Kamil berkata pada hari Jumaat itu juga beliau dimaklumkan telah digantung daripada bertanding tanpa diberitahu sebab penggantungan berkenaan, menyebabkan beliau tidak dapat mempertahankan jawatan timbalan ketua cabang.
"Kami tak sangka dalam PKR ada pejuang-pejuang yang pentingkan kuasa, pangkat dan jawatan," katanya.
Menurut Mohd Kamil beliau sudah mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) berhubung hal itu selain meminta keputusan pemilihan pada Ahad lepas tidak diiktiraf.
Pada pemilihan semula Ahad lepas yang hanya dihadiri oleh 412 daripada 3,758 anggota yang layak mengundi, Mansor yang juga Anggota Parlimen Nibong Tebal memperoleh 358 undi, mengalahkan Maktar dan seorang lagi calon S. Sanjeeviramah.
Proses pemilihan PKR Cabang Nibong Tebal dilakukan semula selepas berlaku kekecohan pada pemilihan 4 Mei lepas apabila keputusan pengundian dibatalkan kerana difahamkan jumlah kertas undi yang diterima ialah 838 keping berbanding senarai daftar 672 orang.
Ditanya sama ada beliau akan keluar parti jika rayuannya tidak diterima JPP, Mohd Kamil berkata beliau tidak akan berbuat demikian kerana niatnya menyertai PKR adalah untuk memperjuangkan keadilan.-mstar
TOP
Kenaikan Cukai Taksiran DBKL Dihadkan
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika mengumumkan kenaikan kadar baharu cukai taksiran DBKL yang dihadkan kepada hanya 10 peratus bagi unit kediaman dan 25 peratus bagi premis komersial, Selasa.
KUALA LUMPUR: Kenaikan kadar baharu cukai taksiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan dihadkan kepada hanya 10 peratus bagi unit kediaman dan 25 peratus bagi premis komersial. Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika mengumumkan perkara itu berkata, keputusan tersebut merupakan hasil penilaian semula ke atas pegangan unit hartanah di ibu kota yang dilaksana DBKL sejak tahun lepas. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi 'Town Hall' mengenai Penilaian Semula Hartanah di Kuala Lumpur di sini, Selasa. Beliau berkata, keputusan mengehadkan kadar cukai taksiran bagi 2014 dibuat selepas dipersetujui oleh kabinet pada mesyuarat dua minggu lepas. "Kita mungkin menimbangkan untuk melanjutkan kadar ini untuk tahun depan namun jika ada peningkatan atau penurunan peratusan ia bergantung kepada keadaan semasa dan keupayaan rakyat untuk membayar," katanya. Sementara itu, Tengku Adnan turut mengumumkan sejumlah 57,978 unit rumah kediaman kos rendah dan sederhana sekitar bandar raya Kuala Lumpur kini menikmati pengurangan cukai taksiran dua hingga empat peratus berbanding tahun lepas. "Pada keseluruhannya sejumlah 166,890 atau 34 peratus unit harta yang sebahagian besarnya kediaman mengalami pengurangan cukai taksiran dibayar, 16,461 atau tiga peratus unit kediaman yang terdiri daripada kediaman kos rendah dan sederhana rendah tiada kenaikan," katanya. Beliau berkata dalam masa sama kabinet turut bersetuju untuk memperkenalkan insentif baharu berbentuk pengurangan 10 peratus daripada jumlah cukai taksiran yang perlu dibayar kepada golongan orang kurang upaya (OKU), pesara dan pemilik yang menduduki kediaman mereka sendiri. "Sehingga tarikh akhir permohonan iaitu pada 31 Mac 2014, sejumlah 17,444 permohonan daripada tiga golongan ini telah diterima dan mana-mana yang masih belum membuat permohonan untuk mendapatkan rebat ini dinasihatkan agar menghubungi DBKL segera," katanya. Pada 1 Oktober tahun lepas, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib mengumumkan bahawa DBKL melaksanakan proses penilaian semula cukai taksiran selepas 21 tahun tidak berbuat demikian walaupun nilai hartanah sudah meningkat. Kali terakhir dilaksana ialah pada 1992.-mstar

Syabas Rugi RM80,000 Akibat Penggunaan Air Terawat Tak Sah Di Sabak Bernam
KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menganggarkan kerugian kira-kira RM80,000 atau sebanyak 34,000 meter padu penggunaan air terawat secara tidak sah di tapak pembinaan kunci air di Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam.
Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Priscilla Alfred berkata, pemantauan serta pemeriksaan menunjukkan tapak pembinaan itu melakukan sambungan haram dari paip utama SYABAS menggunakan paip dari jenis polietilena ketumpatan tinggi (HDPE) berukuran 25 milimeter.
"Pemeriksaan lanjut terhadap jajaran paip juga menunjukkan paip berkenaan tidak melalui sebarang meter Syabas yang sah berdaftar," katanya dalam satu kenyataan, Selasa.
Beliau berkata, Syabas mengeluarkan Notis Pemberitahuan Kesalahan dan Tindakan Penguatkuasaan bagi membuat tuntutan ganti rugi kehilangan air kepada pihak yang didapati menggunakan bekalan air terawat secara tidak sah ketika syarikat itu melakukan serbuan bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
"Operasi membanteras kegiatan mencuri air terawat daripada paip utama Syabas merupakan satu daripada usaha berterusan bagi mengekang kadar kehilangan air tanpa hasil yang serius," katanya.
Priscilla juga berkata, Syabas giat membanteras kegiatan itu dengan bantuan dan maklumat daripada orang awam.
Beliau berkata, dari 1 Januari hingga 16 Jun lepas, Syabas merekodkan sebanyak 1,584 aduan kes curi air dan sejumlah 2.06 juta meter padu kehilangan air.
Katanya, individu atau pihak yang didapati mengambil air terawat secara haram berdepan tindakan selaras dengan peruntukan undang-undang mengikut Seksyen 123(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).-mstar
TOP
Kadar Zakat Fitrah Di Selangor, Kelantan Kekal RM7
-Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kadar bayaran zakat fitrah untuk umat Islam di Selangor dan Kelantan pada tahun ini kekal RM7. Di SHAH ALAM, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah melantik 2,477 ketua dan penolong amil fitrah bagi memudahkan umat Islam membayar zakat fitrah sepanjang Ramadan ini. "LZS turut menyediakan kemudahan pembayaran zakat fitrah melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan kerjasama syarikat telekomunikasi Celcom dan Digi. Bayaran akan ditolak terus dari akaun pengeluar zakat bagi pengguna pascabayar dan prabayar tanpa sebarang caj," katanya dalam kenyataan, Selasa. Mohamad Adzib berkata LZS menyasarkan kutipan zakat fitrah RM20 juta tahun ini. Di KOTA BAHARU, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Datuk Yusof Ismail berkata sebanyak 611 amil dilantik untuk mengutip zakat fitrah. "Kutipan zakat fitrah tahun ini dijangkakan RM8 juta berbanding RM7.9 juta tahun lepas," katanya dalam satu kenyataan.-mstar

Bekalan Barangan Kawalan Cukup, Jangan Ada Pembelian Panik
Datuk Seri Hasan Malek
KUALA PILAH: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata pembelian panik dalam kalangan pengguna tidak seharusnya berlaku kerana bekalan barangan kawalan seperti gula, tepung dan minyak masak sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Aidilfitri ini adalah mencukupi. Hasan berkata jaminan itu diberikan pengilang ketika beliau bertemu mereka di kementeriannya minggu lepas. "Wakil pengilang gula dan tepung juga memberi jaminan bahawa pengeluaran akan ditambah sebanyak 15 peratus," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skim Bazar Ramadan Peringkat Negeri Sembilan di Balai Raya Seri Jemapoh dekat sini Selasa. Mengulas beberapa kes kekurangan bekalan minyak masak baru-baru ini, anggota Parlimen Kuala Pilah itu berkata wakil Persatuan Pekilang-Pekilang Minyak Masak Malaysia (MEOMA) memaklumkan bahawa ia berlaku kerana kuota bekalan berkurangan ekoran permintaan tinggi kerana cuti persekolahan yang panjang (dari 28 Mei hingga 14 Jun). Bagaimanapun, katanya, kekurangan itu tidak membabitkan semua negeri. Hasan berkata Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi telahpun meluluskan pertambahan kuota minyak masak sebanyak sepuluh peratus menjelang bulan puasa dan musim perayaan ini dengan mengguna pakai kuota bagi bulan September, Oktober dan November untuk Jun, Julai serta Ogos. Beliau berkata kerajaan, menerusi Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup, yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan terus memantau dan membendung kenaikan harga barang bagi mengurangkan beban rakyat. Katanya, jika ada peniaga mengaut keuntungan melebihi yang sepatutnya, mereka boleh didakwa mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. Sementara itu, Hasan berkata walaupun Indeks Harga Pengguna (IHP) semasa bagi Mei 2014 mencatat peningkatan sebanyak 3.2 peratus berbanding Mei 2013 namun ia lebih rendah jika dibandingkan dengan bulan-bulan sebelumnya. Beliau berkata IHP bagi Januari 2014 ialah 3.4 peratus, Februari (3.5 peratus), Mac (3.5), April (3.4) dan jika dibandingkan dengan negara lain, IHP Malaysia bagi bulan Mei 2014 masih rendah. IHP Indonesia ialah 7.3 peratus, Filipina (4.5 peratus) dan Vietnam (4.7). "Di samping analisis harga barangan dan perkhidmatan menggunakan IHP, kementerian saya juga membuat perbandingan purata harga barangan ke atas 40 jenis barang terpilih yang dilakukan oleh pegawai pemantau harga. "Senarai 40 jenis barang dianalisis terdiri daripada kategori basah (ayam, telur, daging, hasil laut, sayuran dan buah-buahan) dan kering (berbungkus, botol, tin dan pek)," katanya. Hasan juga berkata IHP adalah satu indeks yang digunakan sebagai petunjuk bagi mengukur peratus perubahan harga sekumpulan barangan dan perkhidmatan menggunakan wajaran ditetapkan berdasarkan tahun asas yang mewakili corak perbelanjaan sesuatu isi rumah.-mstar

SPRM Tubuh Bahagian Forensik Tangani Rasuah
SPRM lancar Bahagian Forensik untuk tangani rasuah secara menyeluruh.
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan bahagian sokongan baharunya yang dikenali sebagai Bahagian Forensik SPRM dalam usaha membanteras jenayah rasuah secara menyeluruh. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, dengan wujudnya bahagian itu, SPRM dapat mempertingkat kemampuan forensik dalam menjalankan siasatan sesuatu kes. "Dengan penubuhan Bahagian Forensik ini, ia akan memahirkan pegawai-pegawai SPRM dalam menjalankan siasatan yang kompleks. "Ia amat penting kerana sebagai pegawai penyiasat, mereka perlu ada kemahiran forensik untuk menyelesaikan sesuatu kes rasuah," katanya kepada Bernama bersempena Taklimat Khas dan Perasmian Bahagian Forensik di Menara Prisma di sini, Selasa. Beliau berkata, kes rasuah kini adalah berbeza dan lebih kompleks dalam pelbagai aspek berbanding sebelum ini kerana membabitkan penggunaan pelbagai perkakasan, termasuk komputer. Pada masa sama, Abu Kassim turut menyarankan pegawai SPRM mendalami kemahiran mengenal pasti elemen forensik bagi kes rasuah. "Sekarang bayaran duit rasuah tidak lagi secara terus-menerus, dan SPRM memerlukan individu yang berkemahiran untuk mengesan pengaliran wang rasuah," katanya. "Saya menyeru Bahagian Forensik supaya memberi latihan semasa kerja kepada pegawai-pegawai SPRM bagi memberi pendedahan kepada mereka," katanya.-mstar

KLIA2 Sokong Unjuran Pertumbuhan Perjalanan Udara Bagi 10-15 Tahun
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meninjau Airport Terminal Skybridge selepas merasmikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (Klia2) di Sepang, Selasa. -fotoBERNAMA
SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Terminal KLIA2 merupakan satu lagi pintu masuk antarabangsa utama negara dengan kapasiti untuk menampung unjuran pertumbuhan perjalanan udara untuk sekurang-kurangnya 10 hingga 15 tahun akan datang. Beliau berkata terminal mega itu berupaya mengendalikan sehingga 45 juta penumpang setahun, lebih tiga kali ganda daripada kapasiti Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) sebelum ini. "Berdasarkan unjuran trafik penumpang bagi tahun ini, klia2 akan menyaksikan kira-kira 25 juta penumpang menggunakan terminal itu menjelang akhir tahun yang jauh lebih besar daripada apa yang mungkin di LCCT lama," kata beliau pada majlis pelancaran KLIA2 di sini Selasa. KLIA2 memulakan operasi komersial pada 2 Mei tahun ini dan sejak itu telah mengendalikan lebih tiga juta penumpang dan 24,000 pergerakan pesawat. KLIA2 mampu mengendalikan 45 juta penumpang setahun - lebih tiga kali ganda daripada kapasiti LCCT sebelumnya. Najib berkata sejak sedekad lalu, sektor perjalanan udara tambang rendah murah di Malaysia secara konsisten mencatatkan pertumbuhan angka berganda tahun demi tahun. Beliau berkata pertumbuhan yang kukuh itu dijangka berterusan berdasarkan unjuran ini memandangkan permintaan dan persaingan yang dinamik dalam sektor berkenaan. "Model perniagaan penerbangan tambang rendah juga telah berkembang seiring dengan keperluan pasaran termasuk penawaran hibrid dan premium serta pindah dan transit untuk sambung penerbangan," kata beliau. Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata terminal itu memainkan peranan penting sebagai sebahagian daripada sistem KLA untuk merealisasikan potensi sebagai hab penerbangan terkemuka rantau itu. Beliau berkata, di bawah Pelan Induk Lapangan Terbang Kebangsaan (NAMP), kerajaan telah menggariskan pelan pembangunan strategik untuk menampung pertumbuhan bagi perjalanan udara di seluruh negara dalam tempoh 50 tahun akan datang. Beliau berkata industri penerbangan adalah satu daripada bidang tumpuan dalam Belanjawan Negara 2014 dengan RM1 bilion telah diperuntukkan. Beliau menambah RM700 juta daripada jumlah itu akan dibelanjakan bagi pembangunan pusat pengurusan trafik udara yang baharu di KLIA dalam usaha untuk meningkatkan trafik udara daripada 68 kepada 108 pergerakan sejam di tiga landasan sedia ada di KLIA yang kini mempunyai kapasiti tertinggi di dunia bagi pengendalian trafik udara. "Sementara itu, RM300 juta lagi diperuntukkan bagi menaik taraf lapangan terbang di seluruh negara. Ini membolehkan Malaysia menjadi lebih kompetitif dalam menawarkan kapasiti bagi pertumbuhan industri penerbangan tempatan dan serantau dan pada masa yang sama membolehkan kami terus meningkatkan tahap keselesaan dan kemudahan kepada semua penumpang," kata beliau. Najib berkata industri penerbangan akan menjadi penyumbang utama kepada pendapatan industri pelancongan. Berikutan pengisytiharan 2014 sebagai Tahun Melawat Malaysia dan 2015 sebagai Tahun Festival untuk menarik lebih ramai pelancong ke negara ini, Perdana Menteri berkata kesediaan KLIA2 sebagai satu lagi pintu masuk antarabangsa utama negara adalah penting untuk menyokong usaha itu. Tahun lepas, Malaysia mencatatkan ketibaan seramai 25.72 juta pelancong dengan menjana hasil sebanyak RM65.44 bilion. Semasa pelancaran itu, KLIA2 juga secara rasmi tercatat dalam buku Malaysia Book of Records sebagai "Terminal Terbesar Untuk Penerbangan Tambah Rendah & Terminal Lapangan Terbang Pertama dihubungkan dengan Jambatan Udara". Sijil itu disampaikan kepada Pengerusi Malaysia Airports Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah oleh Pengasas dan Pengarah Urusan Malaysia Book of Records, Tan Sri Danny Ooi.-mstar

Banteras Titik Panas Dalam Negara
Pemandangan di Tanjung Harapan di sini kelihatan kabur berikutan jerebu yang melanda sekitar Pelabuhan Klang di sini Selasa.
IPU di kawasan ini berada di paras sederhana dengan bacaan 94 pada pukul 11 pagi.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 129 titik panas dikesan di Sumatera, Indonesia semalam berbanding 116 sehari sebelumnya, yang menjurus kepada fenomena jerebu yang kini melanda negara. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel berkata 23 titik panas turut dikesan di Malaysia berbanding 11 bagi tempoh sama. "Kesemua titik panas yang dikesan dalam negara akan disiasat dan diambil tindakan penguatkuasaan sewajarnya," katanya dalam kenyataan Selasa. Enam titik panas dikesan di Pahang, Sarawak (lima), Selangor (empat), Kelantan dan Sabah (masing-masing tiga), serta Johor dan Terengganu (masing-masing satu). Pergerakan asap jerebu sederhana dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, dan tiupan angin dari arah barat daya mengakibatkan keadaan jerebu di kawasan tengah pantai barat Semenanjung. Dalam pada itu, Palanivel menggesa semua pihak tidak melakukan pembakaran terbuka selain membantu memadam kebakaran kecil. "Semua pihak perlu memastikan tanah atau premis kepunyaan mereka tidak dimasuki atau dicerobohi pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja," katanya. Orang ramai diminta melaporkan kes pembakaran terbuka atau kebakaran lain kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727. Pencemaran jerebu merentas sempadan yang melanda negara ketika ini berikutan musim Monsun Barat Daya dijangka berterusan sehingga September. Sementara itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti di luar berikutan keadaan berjerebu ketika ini yang boleh menjejaskan kesihatan mereka. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka juga perlu minum lebih banyak air dan memakai topeng muka semasa berada di luar rumah. Mereka yang mengalami simptom seperti demam, selesema, batuk dan kerengsaan mata perlu mendapatkan rawatan perubatan, katanya kepada pemberita selepas menghadiri program kesihatan di sini Selasa. Dr Noor Hisham turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan sijil sakit (MC) dan menasihatkan majikan mengesahkan MC dikemukakan pekerja mereka.-mstar

Culik Rentas Sempadan: Adakah Anggota Barisan Hadapan Terlibat?
Kolam ternakan ikan yang menjadi lokasi pemiliknya diculik baru-baru ini.
LAHAD DATU: Insiden penculikan di pantai timur Sabah yang tiada berkesudahan menguatkan lagi dakwaan rasuah melibatkan anggota agensi penguatkuasaan. Wujud kebimbangan di kalangan pegawai tertinggi pasukan keselamatan Sabah bahawa jenayah rentas sempadan mungkin menyaksikan anggota barisan hadapan diberi sogokan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein baru-baru ini mengakui rasuah dan ketirisan adalah antara punca pencerobohan yang sering berlaku di Sabah. "Siasatan menunjukkan terdapat pelanggaran keselamatan di Sabah disebabkan rasuah dan maklumat penting yang dibocorkan oleh individu tidak bertanggungjawab," katanya. Timbul cakap-cakap di kalangan penduduk di pantai timur Sabah mengenai penyeludup menyogok beberapa pegawai kerajaan untuk membawa masuk 'kargo' yang terdiri daripada dadah kepada pendatang tanpa izin. Seorang pengendali bot berkata, bayaran bulanan untuk proses penyeludupan boleh mencecah RM20,000 sebulan. Seorang penyeludup yang enggan dikenali berkata, bayaran untuk membawa masuk pendatang haram dari selatan Filipina ke Sabah menerusi sempadan laut pantai timur itu boleh mencecah RM30 hingga RM50 setiap seorang. Lelaki tersebut yang merupakan warganegara Malaysia tetapi berasal dari Filipina berkata, kumpulan penculik mempunyai hubungan baik dengan beberapa pegawai dan keluarga di Malaysia untuk memudahkan pergerakan keluar masuk ke perairan pantai timur Sabah. Seorang pegawai polis di salah sebuah daerah di pantai timur itu dipindahkan selepas dia dipersoalkan mengenai pendapatannya yang mampu memiliki tiga kenderaan mewah (tiga Toyota Land Cruiser). Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut digerakkan untuk memantau anggota penguat kuasa yang tindakannya dianggap mengancam keselamatan negara. Perdagangan rentas sempadan secara haram membuka banyak peluang untuk merasuah anggota di Jabatan Kastam dan Imigresen, kerajaan tempatan, polis dan unit marin serta beberapa agensi lain yang bertugas di sempadan perairan yang berkeluasan 1,770 kilometer itu. Perolehan daripada operasi penyeludupan dianggarkan bernilai antara RM10 juta dan RM20 juta bergantung kepada tahap penguatkuasaan setiap bulan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengalu-alukan tindakan menempatkan pegawai SPRM di Esszone. "Kami akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM ... Sekiranya benar gejala rasuah melibatkan pelbagai agensi merupakan faktor kegiatan penculikan di Sabah, maka biarlah SPRM lakukan siasatan dan mengambil tindakan," katanya ketika lawatan ke Sabah baru-baru ini. Terdapat keadaan di mana maklumat awal dari sempadan perairan dikaitkan dengan kumpulan penculik untuk mendapatkan wang tebusan tidak disampaikan ke pihak sepatutnya atau sengaja diabaikan. Selepas kes penculikan di Silam dan Kunak, seorang pegawai kanan polis berkata:'Ya, anggota keselamatan kami gagal. Tetapi punca kepada semua kegagalan adalah bahagian risikan. Kami diberitahu 10 hari lalu bahawa mereka (kumpulan penculik) akan datang dan itu saja. Tiada lagi maklumat terkini untuk pasukan keselamatan sehingga insiden itu berlaku. Kenapa? Usaha membanteras rasuah di pantai timur Sabah merupakan satu cabaran besar tetapi ia perlu dihentikan segera. Apa yang perlu dilakukan adalah kemahuan politik untuk menghapuskan gelaja rasuah di kalangan anggota barisan hadapan. Tahap keselamatan Malaysia akan berhadapan risiko melainkan individu yang melindungi perairan Sabah boleh dipercayai sepenuhnya.-mstar

Polis Berkas Lima Individu, Rampas Dadah Bernilai RM2.2 Juta
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim (tengah) menunjukkan hasil rampasan dadah selepas berjaya menumpaskan dua sindiket dadah antarabangsa semasa sidang media di Bukit Aman, Selasa. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis memberkas lima individu termasuk sepasang suami isteri selain merampas dadah bernilai RM2.2 juta menerusi operasi berasingan dalam tempoh empat hari sejak 19 Jun lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata empat daripada mereka termasuk pasangan suami isteri itu dipercayai anggota satu sindiket manakala seorang lagi merupakan keldai dadah. Tangkapan pertama dilakukan pada 10.30 malam, 19 Jun lepas apabila polis yang menerima maklumat awam menahan sebuah kereta dinaiki sepasang suami isteri di Nilai, Negeri Sembilan, katanya dalam sidang media, di sini Selasa. Menurut Noor Rashid, pemeriksaan ke atas kereta suspek menemukan lima buah kotak mengandungi 391,900 biji pil psikotropik. "Sejam selepas penahanan pasangan suami isteri itu, polis memberkas dua lagi rakan mereka iaitu seorang lelaki warga India dan seorang lelaki tempatan yang berada di dalam sebuah kereta mewah di tepi jalan di Putrajaya," katanya. Polis percaya lelaki warga India itu adalah dalang sindiket pengedaran dadah berkenaan kerana dadah jenis psikotropik tersebut dibawa masuk dari India. Noor Rashid berkata pada pukul 10 malam, 22 Jun lepas, polis menahan seorang lelaki Pakistan yang baru tiba dari Doha, Qatar, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Pemeriksaan badan terhadap lelaki itu menemukan lapan bungkusan plastik berisi dadah jenis syabu seberat 1.6 kilogram yang diikat pada betis kedua-dua belah kaki suspek, katanya. Kesemua suspek berumur antara 23 dan 42 tahun terbabit kini ditahan reman untuk membantu siasatan menurut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan membawa hukuman gantung sampai mati.-mstar

Sindiket Jual Kenderaan Mewah Luar Negara Tanpa Permit Ditumpas
Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia, Datuk Hassan Ibrahim melihat enam buah kereta mewah yang berjaya dirampas pada sidang media di pejabat Kastam Bahagian Penguatkuasaan Ipoh, Selasa. -fotoBERNAMA
IPOH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak menumpaskan satu sindiket penjualan kenderaan mewah tanpa permit dengan penangkapan empat lelaki termasuk dua penjawat awam sejak 26 Mei lepas. Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Datuk Hassan Ibrahim berkata selain itu lima orang penjawat awam yang masing-masing merupakan pemilik kenderaan mewah berkenaan turut ditahan kerana memiliki barang larangan. "Kastam merampas sebuah kenderaan jenis Toyota Lexus GS300 kerana ia disyaki barang larangan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), Teluk Intan pada 26 Mei lepas. "Susulan itu lima buah kenderaan mewah lain turut dirampas di sekitar Perak, Lembah Klang dan Pahang," katanya kepada pemberita di sini Selasa. Beliau berkata selain Toyota Lexus, kenderaan yang dirampas adalah dua buah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dan Honda Odyssey, dua buah MPV jenis Toyota Wish dan sebuah kereta jenis Honda Accord. Keenam-enam kenderaan itu bernilai RM210,000 yang melibatkan cukai bernilai RM536,240, katanya. Hassan berkata sindiket berkenaan dikesan menjual kenderaan mewah itu secara tunai dengan harga lebih murah iaitu antara RM20,000 hingga RM70,000 sebuah. Beliau berkata siasatan mendapati kesemua kenderaan tersebut dipercayai dibawa masuk dari Singapura secara sah. "Bagaimanapun ia tidak pulang selepas 30 hari dibawa masuk. Kesemua kenderaan ini telah melepasi pemeriksaan Puspakom dan proses itu dipercayai dimudahkan oleh penjawat awam yang disyaki terlibat dalam kegiatan sindiket terbabit," katanya. Seorang daripada empat individu yang ditahan pada awal kes telah didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada 5 Jun lepas atas kesalahan di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 iaitu dengan disedarinya terlibat dalam berurusan dengan barang larangan, katanya. Beliau berkata tiga yang lain termasuk penjawat awam dibebaskan sementara dengan jaminan untuk siasatan lanjut. Sementara itu, siasatan turut dijalankan terhadap kelima-lima orang penjawat awam yang memiliki kenderaan mewah berkenaan dan mereka dibebaskan sementara dengan jaminan, katanya. Justeru itu, Hassan menasihatkan orang ramai khususnya penjawat awam supaya tidak tertipu membeli kereta mewah yang dijual dengan harga murah kononnya kereta yang dirampas oleh Kastam, atau ada pihak yang kononnya boleh membantu mendapatkan kereta rampasan Kastam dengan harga menarik. "Ingin saya tegaskan Kastam tidak pernah melantik mana-mana individu atau syarikat sebagai orang tengah bagi menguruskan penjualan kenderaan atau apa-apa barang rampasan kepada orang awam," katanya. Beliau berkata semua kenderaan yang dirampas akan dijual mengikut proses tender bersepadu terbuka secara bidaan di mana individu perlu membayar cagaran sebanyak 10 peratus daripada harga bidaan dengan menggunakan bank draf. Bagi kesalahan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, pihak berkenaan boleh didenda tidak kurang daripada 10 kali ganda dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, katanya.-mstar

Pelajar Berusia 15 Tahun Gantung Diri Selepas Dikecewakan
Mendiang Helena Farrell
CUMBRIA (ENGLAND): Seorang murid perempuan berusia 15 tahun yang putus cinta telah bertindak membunuh diri dengan mengantung diri di tempat dia dan bekas kekasihnya mula-mula keluar berpacaran, demikian satu inkues mengenai kematiannya dimaklumkan pada Isnin. Portal berita Britain, Mail Online melaporkan pada Selasa, Helena Farrell, 15, telah ditemui tergantung di kawasan berhampiran rumahnya di sini dan ketika mayatnya ditemui, muzik sedih mengenai bagaimana seorang saintis telah mengabaikan kekasihnya kerana terlalu sibuk dengan kerja berkumandang tanpa henti di sisi mayat tersebut dipercayai dirakam dan dipasang oleh mendiang sendiri sebelum dia mengantung diri. Dia dikenali sebagai murid yang pintar, riang dan sukakan aktiviti kembara dengan bakat seni semulajadi. Inkues itu diberitahu yang Helena sebelum itu dengan hati yang berat telah bertukar sekolah setelah tidak tahan menjadi bahan ejekan rambutnya yang merah dan loghat pertuturannya yang dalam. Bapanya, Enda Farrell, 56, memberitahu inkues itu: ‘Helena berasa tidak senang dan tidak gembira kerana dia menjadi bahan ejekan ramai kerana warna rambutnya yang merah menyala dan juga kerana gaya pertuturannya yang dalam." Ekoran daripada itu dia ditukarkan ke sebuah sekolah swasta dan ketika berusia 14 tahun telah menyertai satu program pertukaran pelajar di Eropah – di mana dia kemudiannya mendakwa telah menjadi mangsa pencabulan seorang lelaki berusia 25 tahun. Menurut Mail Online lagi, insiden tersebut telah menyebabkan dia sengsara masalah bulimia sepanjang 18 bulan. Helena kemudiannya meninggalkan sekolah swasta itu dan mendaftar di sebuah sekolah awam, Kirkbie Kendal School. Di situ, iaitu sekitar tahun 2012, dia jatuh cinta dengan Billy Williams, seorang senior di sekolahnya. Dalam temujanji mereka yang pertama, Helena dan Billy telah keluar ke satu kawasan hijau berhampiran rumahnya di Kendal. Bagaimanapun menjelang Oktober tahun yang sama, Billy memutuskan untuk menamatkan percintaan mereka. Selepas berpisah, Helena didapati telah menulis di laman Facebooknya bahawa hatinya kini dilukai. Bapa Helena dan ibunya yang merupakan seorang doktor telah cuba untuk memulihkan perasaan kecewa anak mereka itu dengan pelbagai cara malah bekas kekasihnya turut cuba membantu dengan mengalakkannya berjumpa kaunselor, termasuk mengiringinya dalam beberapa perjumpaan. Inkues itu juga diberitahu yang pada suatu hari, Billy telah menerima pelawaan Helena untuk ke satu majlis dan di situ Helena telah melihatnya mencium perempuan lain lalu cuba memotong perutnya dengan sebilah pisau. Billy yang kini berusia 18 tahun dan turut memberi keterangan pada inkues itu berkata: "Ketika dia cuba bertindak memotong perutnya itu, saya bertanya kepadanya kenapa awak cuba mencederakan diri sendiri dan dia sekadar meraung. Mulai saat itu baru saya sedar yang dia masih tidak dapat melupakan diri saya.” Pada hari kematian Helena iaitu Januari tahun lalu, Billy memberitahu yang Helena terlebih dahulu telah mengirimkan beberapa teks pesanan kepadanya. "Dia memberitahu saya yang dia berada di tempat di mana kami mula-mula keluar bersama dan saya merayu kepadanya supaya jangan melakukan sesuatu yang bodoh setelah dia mengucapkan selamat tinggal. "Kemudian dia sekali lagi mengirim mesej mengatakan yang dia cintakan saya dan selepas itu mengucapkan terima kasih di atas segala-galanya. "Saya berasa tidak sedap hati dan terus memaklumkan keluarga saya apa yang sedang berlaku." Mereka kemudiannya menghubungi keluarga Helena, yang kemudiannya telah menghubungi polis. Billy menyertai usaha mencari Helena bersama-sama pihak polis dan mereka menemui mayatnya tergantung pada sebatang pokok di kawasan semak berhampiran dengan rumahnya. Seorang saksi kejadian, anggota polis Paul Kelly memberitahu Inkues itu, ketika dia tiba di tempat kejadian dia bukan sahaja menemui mayat yang tergantung pada sebatang pokok tetapi juga mendapati sebuah lagu berjudul The Scientist dendangan Kumpulan Coldplay dimainkan berulang kali tanpa henti. Lagu itu mengisahkan bagaimana seorang saintis mengabaikan kekasihnya kerana terlalu sibuk dengan urusan kerjanya. Dia juga menemui selonggok pakaian bersama-sama 14 helai kertas yang tertulis beberapa perkataan atau kenyataan. Inkues itu kemudiannya diberitahu yang Helena telah meninggalkan beberapa keping surat kepada keluarganya dan rakan-rakan mengucapkan selamat tinggal pada minggu dia membunuh diri itu. Malangnya surat-surat itu telah dirampas dan disimpan oleh guru sekolah tanpa membukanya. Puan Farrell, ibu kepada Helena memberitahu Inkues itu yang anaknya adalah seorang gadis yang baik, dan tidak pernah menyusahkan keluarga. "Dia adalah seorang anak dengan semangat yang kuat dan saya amat mengaguminya," ujar ibu Helena.-mstar

Wanita Sanggup Berhabisan Demi Empat Orang Bayi Palsunya
Wendy bersama empat bayi palsu kesayangannya.
SEORANG ibu yang taksub kepada bayi tetapi tidak dapat lagi melahirkan zuriat telah menghabiskan sebanyak £2,000 terhadap 'bayi-bayi palsu'. Apabila Wendy Archer, 40, ibu kepada empat anak dari Middlesbrough itu bangun pada waktu pagi untuk menyiapkan anak-anak sebenarnya pergi ke sekolah, dia sebelum itu akan mengejutkan 'bayi plastiknya' dan menukar lampin mereka. Wendy menghabiskan masanya berjam-jam setiap hari untuk memakaikan pakaian, memandikan dan membeli-belah barangan keperluan untuk empat bayi palsu itu termasuklah memanjakan mereka dengan tempat tinggal dan kerusi kereta baharu. "Saya memang sukakan bayi. Bagi saya mereka bukan anak patung, mereka adalah anak-anak saya," kata ibu tunggal ini. "Mereka begitu cantik dan saya benar-benar menyayangi mereka. Saya kini tidak boleh hidup tanpa mereka dan bau mereka sekarang juga seperti bau bayi sebenar." Wendy melahirkan anak perempuannya Kirsty, apabila dia berusia 16 tahun, dan tiga anak yang lain, Nathan, 22, Keenan, 15 dan Kia, 13. Selepas Kia, Wendy, yang tidak pernah mempunyai pekerjaan, membuat keputusan untuk disterilisasi (ikat salur peranakan). Tetapi tidak lama kemudian dia menyesal, dan berkata tindakannya itu sebagai kerugian besar. Justeru, dia membeli empat anak patung dari Shelley's Reborn Dolls iaitu Johnson, Elisa, Shyan dan Thomas. Wendy berkata: "Saya tahu sesetengah orang mungkin fikir saya gila tetapi begitu ramai kawan-kawan saya kagum dengan anak patung yang boleh membuatkan seseorang itu gembira. "Apabila anda memeluk mereka, mereka terasa seperti bayi, baunya juga seperti bayi yang sebenar, kerana pakaian mereka dicuci menggunakan pelembut fabrik. Ia benar-benar menakjubkan."-mstar

Google Glass Diperkenal Sebagai Teknologi Yang 'Boleh Dipakai'
Putera Charles, juga pernah mencuba cermin mata Google Glass ketika melawat 'Innovation Alley'.
GOOGLE Glass seumpama telefon pintar yang dapat dipakai dan menyampaikan mesej, berita serta panggilan secara langsung di depan mata anda kini buat pertama kali diperkenalkan kepada pengguna di United Kingdom (UK). Rakyat British kini akan dapat membeli peranti ini terus dari laman web Glass yang mejadi sebahagian daripada produk Program Explorer, nama yang diberikan Google kepada pengguna peranti yang sedang mengujinya untuk digunakan dalam situasi kehidupan sebenar. Program Explorer Glass membolehkan sesiapa sahaja yang berusia lebih 18 tahun membeli alat dengar prototaip dan setakat ini ia hanya dibuka kepada penduduk Amerika Syarikat, untuk memberi mereka peluang menguji Glass sementara ia masih dibangunkan oleh syarikat gergasi enjin carian itu. Bagaimanapun, untuk mendapatkan kaca mata tersebut anda perlu membayar £1000. Hanya bulan lepas projek itu diperluaskan kepada pengguna biasa di Amerika Syarikat buat kali pertama, setelah sebelum ini hanya ia hanya dibuka kepada pemaju yang mahu melakukan eksperimen semasa mencipta perisian untuk gajet yang dipakai di kepala itu. Selain teknologi yang dapat 'dipakai', Google mengumumkan empat aplikasi baru untuk peranti itu yang dikenali sebagai Glassware, termasuk StarChart, yang membolehkan pengguna melihat peta melalui peranti mereka. Sebuah aplikasi, Guardian juga akan menyampaikan tajuk berita terus ke mata pemakai turut dibangunkan. Terdapat juga aplikasi untuk laman berita bola sepak Goal.com dan aplikasi kecergasan, Zombies, Run!. Ketua Google GlassIvy Ross, berkata: "Teknologi dikatakan terbaik apabila ia sesuai dan bergerak lancar dalam kehidupan kita dan membolehkan kita meneruskan apa sahaja yang kita lakukan. Itulah matlamat kami untuk Glass - untuk memberikan teknologi yang menjadi tempat mereka bergantung selama ini dengan lebih mudah. Google Class setakat ini secara teknikal bukan merupakan produk pengguna sepenuhnya, dengan syarikat California berkata ini hanyalah lanjutan daripada Program Explrer sedia ada. Beberapa syarikat utama telah membuat ujian terhadap Glass, dengan syarikat penerbangan Virgin Atlantic menggunakan peranti ini untuk penumpang kelas atasan mereka. Bagi mereka yang berminat untuk mencuba Glass, Google telah menubuhkan Basecamp di London pada 27 dan 28 Jun di mana pelanggan boleh mencubanya sendiri dan bertanya soalan mengenai Glass sebelum membelinya.-mstar

Pegawai Kanan Kerajaan Dipecat Kerana Kokko
SEORANG pegawai kanan kerajaan dipecat serta-merta selepas dia meminta staf bawahan kokko dirinya (dukung dibelakang) ketika melawat kawasan banjir.
Timbalan pengarah kerajaan bagi Parti Komunis China itu dibuang kerja selepas terdapat individu merakam gambarnya dikokko.
Menurut mangsa banjir, pegawai kerajaan itu hadir untuk melawat mangsa banjir dengan memakai kasut kulit dan bergaya.
"Dia kelihatan sombong dan angkuh ketika tiba untuk melawat mangsa banjir. Dia tidak mahu kasutnya basah semasa melalui kawasan banjir.
"Oleh itu, dia meminta seorang staffnya untuk kokko dan membawanya melawat kawasan banjir itu," katanya.
Parti Komunis China dalam satu kenyataan yang menyatakan telah memecatnya pegawai terbabit berkata, timbalan pengarah berkenaan tidak meminta dikokko tetapi telah dipelawa oleh staffnya.
"Bagaimanapun perkara itu tidak sepatutnya berlaku khususnya dikalangan kakitangan kerajaan," ujarnya.-mstar
TOP
Gempa Bumi Kuat Landa Rat Islands, Rusia
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter berlaku pada awal pagi Selasa di Rat Islands, Aleutian Islands, Rusia.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini Selasa, gempa bumi itu berlaku pada 5.11 pagi dan berpusat di 1,334 kilometer timur laut Petropavlovsk Kamchatskiy.
Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.-mstar
TOP
Ramai Pekerja Seks 'Dolly' Belum Ambil Pampasan
JAKARTA: Hanya 318 daripada 1,449 pekerja seks tersenarai, mengambil pampasan yang ditawarkan kerajaan Indonesia berikutan penutupan 'Dolly' Surabaya, antara kawasan pelacuran terbesar di Asia Tenggara, pada 18 Jun.
Ketua Jabatan Pemulihan Sosial Agensi Hal Ehwal Sosial Surabaya Dedy Sosialisto berkata sehingga Isnin, hanya 63 daripada 311 bapa dan ibu ayam mengambil bayaran itu.
Berikutan itu, katanya, agensi tersebut melanjutkan tempoh akhir untuk mengambil bayaran itu dari 23-26 Jun.
"Saya harap lebih banyak orang akan mengambil bayaran pampasan itu kerana wang yang tidak diambil akan dikembalikan kepada kerajaan," kata Dedy seperti dipetik Jakarta Post pada Isnin.
Kementerian Hal Ehwal Sosial memperuntukkan 8 bilion Rupiah (US$666,944) sebagai bayaran pampasan, dengan setiap pekerja seks serta ibu dan bapa ayam menerima kira-kira 5 juta Rupiah.
Pada 18 Jun, Datuk Bandar Surabaya Tri Rismaharini, Gabenor Jawa Timur Soekarwo dan Menteri Hal Ehwal Sosial Salim Segaf Al Jufri menyaksikan penutupan kawasan pelacuran itu.
Dolly menempatkan 1,449 pekerja seks, 311 ibu dan bapa ayam serta kira-kira 300 rumah pelacuran. Kira-kira 400 penduduk di kawasan itu mencari rezeki dengan menjalankan pelbagai perniagaan lain.-mstar
TOP
Kastam Perak Rampas 7.9 Juta Batang Rokok Tidak Sah
Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia, Datuk Hassan Ibrahim (dua, kanan) bersama Pengarah Kastam Negeri Datuk Mohd Nasir Said (kiri) dan Timbalan Pengarah Kastam Penguatkuasaan/Pematuhan Abdul Larif Abdul Kadir (kanan) menunjukkan rokok bernilai RM492,575.45 melibatkan duti/cukai RM 4,102681.62 pada sidang media di pejabat Kastam Bahagian Penguatkuasaan Ipoh, Selasa. - fotoBERNAMA
IPOH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak merampas 7.9 juta batang rokok putih dan kretek tidak sah pelbagai jenama yang bernilai RM492,575 dalam Operasi Outlet bagi Januari hingga 31 Mei tahun ini. Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) JKDM Datuk Hassan Ibrahim berkata nilai cukai rokok yang dirampas RM4.1 juta. "Daripada 559 premis yang diperiksa dalam operasi berkenaan, sebanyak 67 kes berkaitan penjualan rokok seludup berjaya dikesan," katanya kepada pemberita di sini, Selasa. Beliau berkata 22 individu didapati bersalah oleh mahkamah kerana memiliki barangan larangan dan dikenakan hukuman denda mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 dengan nilai denda keseluruhannya berjumlah RM66,858. "Siasatan masih dijalankan bagi kes-kes yang belum dibawa ke mahkamah," katanya. Hassan berkata Kastam akan melancarkan 'Ops Ramadan' mulai 30 Jun hingga 27 Julai di seluruh negara. Katanya operasi berkenaan menyasarkan kepada penjualan, pengedaran dan permainan mercun dan bunga api menjelang sambutan Aidilfitri. "Anggota penguatkuasaan Kastam seluruh negara digerakkan untuk melaksanakan operasi ini dengan melakukan pemeriksaan di bazar Ramadan, pasar malam, kedai runcit dan mana-mana premis yang disyaki menyimpan bahan larangan itu," katanya. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan yang diketahui seperti senjata api, rokok, minuman keras, mercun dan bunga api diminta menghubungi Pejabat Kastam Bahagian Penguatkuasaan Perak di talian 05-527 2010 atau di talian bebas tol Kastam 1-800-88-8855.-mstar

Cuaca Kering, Tak Berawan Halang Pembenihan Awan
Proses pembenihan awan di Pangkalan Udara TUDM, Subang. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pembenihan awan bagi mengurangkan jerebu di negara ini, terutama sekitar ibu kota, tidak dapat dilakukan berikutan cuaca yang kering dan tidak berawan. Timbalan Ketua Pengarah (Cuaca dan Iklim) Jabatan Meteorologi Alui Bahari berkata setakat ini, walaupun keadaan jerebu dilihat semakin teruk namun pembenihan awan hanya boleh dilaksana jika terdapat awan yang sesuai. "Sekarang keadaan kering disebabkan Monsun Barat Daya di mana udara pada musim itu sememangnya kering, jadi sukar untuk pembentukan awan berlaku. "Sekiranya pembenihan awan dilakukan dalam keadaan yang tidak sesuai ketika ini, ia tidak akan berjaya," katanya kepada Bernama Selasa. Beliau berkata bagaimanapun, pihaknya akan memantau dari semasa ke semasa bagi menentukan masa terbaik untuk melakukan aktiviti pembenihan awan. Mengikut bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di portal Jabatan Alam Sekitar setakat 4 petang ini, lima kawasan mencatat bacaan tidak sihat dengan Banting muncul yang tertinggi iaitu 126. Empat lagi ialah Nilai, yang mencatat bacaan IPU 106, Pelabuhan Klang (108), Batu Muda (125) dan Putrajaya (112).-mstar

Kumpulan Tentang Junta Tentera Dibentuk
BANGKOK: Pertubuhan Rakyat Thai Bebas bagi Hak Asasi Manusia dan Demokrasi (FT-HD), sebuah kumpulan yang menentang junta tentera mengumumkan pembentukannya, Selasa.
Setiausaha agungnya ialah Charupong Reuangsuwan, bekas presiden Parti Pheu Thai yang sedang melarikan diri setelah tidak mengendahkan saman dikeluarkan junta itu.
Beliau mengumumkan peletakan jawatannya baru-baru ini sebagai pemimpin Pheu Thai, parti pemerintah bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra yang digulingkan oleh junta tentera dalam rampasan kuasa 22 Mei.
Matlamat kumpulan itu ialah untuk menentang junta tentera, dan memulih serta memperkukuh demokrasi Thai.
"Adalah jelas bahawa tindakan junta itu tidak lain, hanya satu rampasan besar-besaran.
"Apa yang mereka telah rampas ialah kedaulatan dan hak asasi anda yang paling berharga yang dijamin secara sah di bawah satu tata kelola demokratik," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.-mstar
TOP
MAHB Rangka Pelan Strategik Naik Taraf Lapangan Terbang Seluruh Negara
SEPANG: Malaysian Airports Holdings Bhd (MAHB) sedang merangka rancangan strategik baharu bagi tempoh 2015 hingga 2020 yang merangkumi kerja menaik taraf lapangan terbang di seluruh negara.
Pengarah Urusannya, Datuk Badlisham Ghazali berkata, MAHB sedang menjalankan kajian perniagaan dan tidak akan membuat sebarang pengumuman baharu tahun ini.
"Kami sedang menambah baik perkhidmatan berdasarkan kaji selidik pola trafik pengguna," katanya kepada pemberita selepas pelancaran rasmi klia2 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini, Selasa.
Badlisham berkata, pada masa akan datang, tumpuan MAHB adalah juga terhadap klia2, terutama dari perspektif kendalian dan keselamatan.
"klia2 adalah suatu 'rahmat' berbanding LCCT. Warga Malaysia harus berbangga dengannya. Tetapi sebagai sebuah lapangan terbang baharu, tentunya ada perkara yang masih boleh dibaiki seperti papan tanda," katanya.
Sebelum itu, dalam ucapannya, Najib berkata, sejumlah RM300 juta telah diperuntukkan bagi kerja-kerja menaiktarafkan lapangan terbang di seluruh negara.
"Kerajaan juga akan bekerjasama dengan MAHB untuk membangunkan selanjutnya kesemua 39 lapangan terbang di negara ini," kata beliau.
Mengenai isu sistem daftar masuk dengan AirAsia, Badlisham berkata: "Semuanya sudah sedia untuk dibincangkan."
Sementara itu, menurut MAHB, klia2 dibiayai secara persendirian melalui Program Sukuk Senior lima tranche, yang mengalami lebihan langganan sebanyak 3.4 kali dan menarik pelbagai kumpulan pelabur.
"Kos pembinaan setiap penumpang adalah sebanyak RM89, paling rendah berbanding terminal lapangan terbang antarabangsa lain yang setara dengannya," katanya.
Kos purata pembinaan setiap penumpang di terminal-terminal yang kapasitinya 16 hingga 45 juta penumpang setahun di seluruh dunia adalah kira-kira RM1,229. -mstar
TOP
Dokumen Perubatan Michael Schumacher Koma Dicuri Dan Dijual
DOKUMEN laporan perubatan milik lagenda Formula 1 (F1), Michael Schumacher ketika sedang koma dilaporkan telah dicuri dan dijual secara dalam talian (online).
Pengurus Schumacher iaitu, Sabine Kehm mendedahkan, dokumen perubatan tersebut itu dikesan hilang sebelum ditemui cuba dijual di menerusi internet.
Kehm yang mengecam tindakan tersebut menegaskan pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang jika penjualan itu berlaku.
Pihaknya juga telah membuat laporan polis berhubung kehilangan laporan perubatan itu.
"Selepas beberapa hari dokumen itu hilang, seseorang telah membuat tawaran untuk menjualnya secara online.
"Oleh itu kami menegaskan bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap penjual dan pembeli jika proses perniagaan dokumen sulit itu berlaku," tegasnya.
Menurutnya, dokumen perubatan Schumacher merupakan data sulit yang tidak boleh didedahkan kepada orang ramai termasuk menjadi bahan dagangan.
Schumacher yang terlibat dalam kemalangan ski di Switzerland dimasukan ke wad dan koma sejak 29 Disember lalu sebelum dilaporkan sedar baru-baru ini.
Dia juga dilaporkan telah mengalami penurunan berat badan yang ketara kerana berada dalam keadaan koma yang panjang.
Bagaimanapun Schumacher yang dirawat di Perancis ketika ini mula sedar dan memberi respon kepada keluarga yang menziarahinya.-mstar
TOP
Kebajikan OKU Dijaga, Terima Kasih Kerana Bantu Muhammad Firdaus - PM
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau memandang serius terhadap isu yang melibatkan Orang Kurang Upaya (OKU) seperti yang menimpa Muhammad Firdaus Dullah baru-baru ini.
Katanya, perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku dan beliau sedih atas situasi kehidupan remaja yang ditemui dalam keadaan kurus kering di sebuah rumah di Nilai, Negeri Sembilan itu.
Muhammad Firdaus, 15, ditemui dalam keadaan kurus kering dalam bilik yang kotor dan dipenuhi najis oleh anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam operasi bersepadu 6P di rumah pangsa Taman Semarak, Nilai, Sabtu lalu selepas melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan.
Perdana Menteri dalam status terkini akaun Facebooknya berkata, kerajaan, melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, pihak polis, serta agensi-agensi lain akan memastikan kebajikan remaja itu terpelihara.
"Saya juga berharap agar masyarakat di Malaysia bersikap lebih prihatin terhadap keperluan serta kebajikan golongan ini, dan elakkan diri daripada menuding jari semata-mata.
"Saya juga berterima kasih kepada pelbagai pihak yang telah tampil ke hadapan untuk memberikan bantuan kepada adik Muhammad Firdaus," katanya pada Selasa.
Remaja itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban.-mstar
TOP
Lelaki Letup Diri, 19 Penonton Piala Dunia Cedera
SERAMAI 19 lelaki yang sedang menonton siaran langsung Piala Dunia cedera selepas seorang pengebom berani mati bertindak meletupkan dirinya di luar sebuah kafe di selatan Beirut, Lubnan pada Isnin.
Pengebom berani mati itu bertindak meletupkan dirinya di dalam kereta yang dinaiki dikawasan pengikut Syiah berhampiran sempadan Syria.
Motif pengeboman itu dipercayai berlaku akibat pertelagahan antara pengikut Sunnah dan Syiah.
Ia juga merupakan kesan daripada pertelagahan yang berlaku antara kerajaan Syiah dan pemberontak Sunnahdi Syria.
Jurucakap berkata, daripada jumlah itu, seramai 11 lelaki mengalami kecederaan parah dan mendapat rawatan di Hospitasl Sahel.-mstar
TOP
Penggunaan Tenaga Elektrik Paling Tinggi Dalam Sejarah Pada 28 Mei Lepas - TNB
KUALA LUMPUR: Penggunaan tenaga elektrik paling tinggi dalam sejarah negara dicatat pada 28 Mei lepas berikutan cuaca panas dan kering, demikian menurut Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Pengurus Besar (Komunikasi Korporat) TNB Omar Sidek berkata Malaysia merekodkan penggunaan elektrik sebanyak 16,583 MW pada tarikh berkenaan.
Penggunaan tenaga elektrik kini berada pada tahap puncak antara pukul 2 hingga 5 petang setiap hari, menurutnya dalam satu kenyataan di sini Selasa.
"Bahang El Nino telah pun dirasai dengan cuaca panas melampau dan kurangnya taburan hujan pada masa ini, dan sudah pasti ia akan menyebabkan penggunaan elektrik yang lebih," katanya.
Beliau berkata untuk itu, orang ramai perlu mengamalkan langkah kecekapan tenaga yang dapat mengurangkan beban elektrik.
"Berdasarkan pengalaman El Nino pada tahun 2009, beban elektrik meningkat dua peratus daripada ramalan. Oleh itu, El Nino dijangka meningkatkan penggunaan elektrik pada bulan-bulan yang akan datang," kata Omar.
Malah fenomena El Nino pada masa itu menyebabkan penurunan tahap air serta menyekat kuasa hidro daripada digunakan secara sepenuhnya berbanding janakuasa gas dan arang batu, katanya.
Beliau menjangkakan penggunaan elektrik terus meningkat semasa El Nino berikutan cuaca panas terik menyebabkan penggunaan pendingin hawa dan kipas secara ekstrem di kilang-kilang, premis perniagaan, pejabat dan kawasan kediaman.
Oleh itu, pengguna dinasihatkan untuk melaraskan suhu sustem pendingin hawa di antara 23 ke 25 darjah Celsius, menggosok pakaian pada waktu malam, memasak air atau menggunakan mesin basuh di luar waktu puncak, katanya.
Beliau juga berkata industri yang menggunakan elektrik secara besar-besaran, seperti kilang keluli dan simen, dinasihatkan supaya beroperasi di waktu malam.
Omar juga menasihatkan pengguna pendingin hawa supaya sentiasa menukar serta membersihkan penapisnya dengan kerap untuk memaksimumkan potensi penyejukan unit berkenaan kerana penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapannya.
Alat itu perlu diselenggara secara kerap kerana ia boleh membantu pendingin hawa beroperasi secara optimum dan menggunakan kipas selepas suhu bilik mencecah tahap selesa, katanya.
Beliau berkata orang ramai boleh mendapat maklumat lanjut berhubung cara-cara menjimatkan pengunaan tenaga elektrik di www.tnb.com.my-mstar
TOP
KL Mahu Syria Sah Dakwaan Penglibatan Rakyat Malaysia Dalam Keganasan
Ahmad Tarmimi Maliki dikatakan menjadi rakyat Malaysia pertama menjadi pengebom berani mati di Iraq.
KUALA LUMPUR: Malaysia meminta pihak berkuasa Syria mengesahkan dakwaan berhubung penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan di negara Timur Tengah itu. Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar berkata Malaysia menentang dan tidak merestui tindakan keganasan atau ekstremisme oleh mana-mana pihak termasuk oleh rakyatnya sendiri. Ia menegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang cintakan keamanan dan mengamalkan kesederhanaan. Kenyataan itu merujuk kepada dakwaan bahawa 15 rakyat Malaysia yang terbabit dalam keganasan dan aktiviti jihad dengan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), kumpulan yang berpecah dari Al-Qaeda, telah terbunuh di Syria. Ia juga mendakwa bahawa selain rakyat Malaysia, rakyat dari negara lain termasuk beberapa negara Asean, juga terlibat dalam aktiviti seumpama itu di Syria. "Kementerian sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Malaysia yang berkaitan mengenai perkara ini dan juga telah meminta pihak berkuasa Syria mengesahkan dakwaan itu," menurut kenyataan itu. Dakwaan itu dilaporkan dibuat oleh seorang pegawai Syria yang berpusat di New York pada sidang media pada 18 Jun.-mstar

Jimmy Shanley Luah Rasa Kesal Gagal Raikan 'Birthday' Anak
Antara koleksi gambar Jimmy bersama anaknya.
PETALING JAYA: Hasrat Penyampai radio Ultra FM, Jimmy Shanley, 34, untuk bermesra dengan anaknya, Zahrah Rania Shanley yang menyambut ulang tahun kelahiran ketiga pada Selasa (hari ini) gagal. Perkara itu didedahkan oleh Jimmy menerusi status terbaharu Instagram miliknya yang dimuat naik kira-kira pukul 12.30 tengah hari Selasa. “Happy 3rd birthday… Dulu alasan tak bagi sebab duduk seorang, kini sudah berumah tangga pun tak dapat, kononnya hanya nak publisiti (pleaseee la), nak diambil tak bagi, tak diambil dicaci di media, lu pikirlah sendiri,” demikian kesimpulan luahan Jimmy.
Status terbaharu Jimmy yang dipetik daripada Instagram miliknya.
Berdasarkan kepada status itu memperlihatkan seolah-olah hubungannya dengan keluarga bekas mertua masih tidak dapat diselesaikan. Terdahulu, bekas ibu mertua Jimmy iaitu Datin Muniroh Kasim dalam sebuah akhbar mendedahkan Jimmy digambarkan seolah-olah tidak menyayangi anaknya apabila tidak memeluk kanak-kanak berkenaan ketika dipertemukan di sebuah pusat beli belah. Malah wanita itu turut mendakwa Jimmy juga tidak bersungguh-sungguh untuk menjaga Zahrah Rania sebaliknya hanya mahukan publisiti. Dalam pada itu status yang dimuat naik Jimmy mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut-pengikut Instagram miliknya yang menyuruh dia bersabar.
Jimmy selamat bernikah dengan Mariam Jamilah pada 7 Jun lalu.
Malah ada yang berkata, jika anaknya besar nanti, Zahrah Rania akan mencari bapanya juga termasuklah sebagai wali nikah. Pada 7 Jun lalu, Jimmy selamat bergelar suami kepada Mariam Jamilah Abdul Jalil, 27, dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam, dekat sini. Jimmy memberi mas kahwin sebanyak RM1,000 dan wang hantaran berjumlah RM15,000. Sebelum ini, Jimmy pernah bernikah dengan Nursuhaila Eliani Suhaimi pada 1 Oktober 2010 dan berpisah pada 10 Oktober 2012. Hasil perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak perempuan yang diberi hak penjagaannya oleh mahkamah kepada Nursuhaila Eliani.-mstar

Lisdawati Komen Langgar Pantang Bersalin
Lisdawati tidak rancang untuk bercuti panjang selepas bersalin- Foto Camora Arts.
PETALING JAYA: Belum pun cukup 44 hari tempoh pantang bersalin, pelakon Lisdawati sudah pun aktif apabila dilihat muncul pada majlis pelancaran produk kecantikan Aisrish Fashion Cosmetik yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Isnin. Lisdawati, 36, berkata, kehadirannya pada majlis itu adalah bagi memberi sokongan kepada pengasas produk tersebut Datuk Mohd Aizuddin Ghazali. "Jangan tanya soalan kenapa saya datang atau langar pantang, saya datang adalah semata-mata untuk memberi sokongan kepada majlis ini dan pengasasnya. "Sebelum ini ketika sarat mengadung saya ada juga datang untuk memeriahkan perlawanan boling yang dianjurkan mereka," ujarnya kepada mStar Online. Lisdawati selamat bersalin anak ketiga pada 14 Jun lalu di Hospital Selayang dekat sini yang di beri nama Ahmad Nur Fyrdaus. Sementara itu, Lisdawati berkata dia masih percaya dan sedang mengikuti proses berpantang selama sebulan. Bagaimanapun, dia tidak mahu terlalu mengikut keadaan dan sering keluar apabila rasa sihat. "Saya percaya dan mengamalkan berpantang selepas bersalin, malah sejak mengandung saya ada mengamalkan peraturan tertentu terutamanya dalam hal menjaga makan. "Cuma saya jenis yang suka keluar, bila rasa sihat sedikit saya akan keluar untuk hilangkan rasa bosan kerana duduk di rumah," katanya. Menyentuh soal kerjaya lakonan, Lisdawati berkata, dia sedang menunggu tawaran dan tidak merancang untuk berehat panjang selepas bersalin. Dalam pada itu, Lisdawati berkata suaminya pelakon Fauzi Nawawi banyak membantu dalam menguruskan hal rumah tangga. "Abang Fauzi banyak tolong jaga anak bila dia pulang daripada kerja dia akan bantu untuk buat kerja rumah. "Dia juga slalu urutkan kaki saya," katanya.-mstar

Neelofa & Hans Isaac Berpakat Rahsiakan Putus Cinta
Hans Isaac dan Neelofa sudah putus cinta...
KUALA LUMPUR: Pelakon Neelofa memberitahu, dia dan Hans Isaac telah sepakat untuk merahsiakan kisah putus cinta mereka yang berkahir pada Januari lalu bagi menghormati permintaan Hans yang mahu mencari kekuatan terhadap kesedihan itu. Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 25, berkata, Hans memintanya tidak mendedahkan kepada pihak media buat sementara waktu kerana dia belum bersedia menghadapi kenyataan tersebut. "Secara terus-terang kami sudah berpisah awal Januari lalu namun kami sepakat untuk tidak mendedahkan perkara itu dahulu. "Hans minta agar perkara ini diberitahu kepada media pada Jun kerana dia belum bersedia dan ingin mencari kekuatan," katanya kepada mStar Online, di sini, Isnin. Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Produk Kecantikan Airish Fashion Cosmetic, di Hotel The Royale Chulan, di sini, Isnin. Pada majlis itu turut memperkenalkan Neelofa sebagai duta kepada produk tersebut. Sementara itu, dia menafikan penglibatan mana-mana pihak sebagai orang ketiga dalam hubungan yang dibina lebih dua tahun itu.
Neelofa bersama wakil dari Airish Miracle.
"Saya hormat dia atas segala kebaikan dan tunjuk ajar dia selama ini kepada saya dan disebabkan itu saya merahsiakan punca kenapa kami berpisah. "Bagaimanapun, ia tiada kena mengena dengan campur tangan pihak ketiga sama ada saya atau dia, kami berbincang dan selesaikan ia secara baik," ujarnya. Tambahya, dengan penjelasan yang diberikan ini, dia tidak mahu terus dikaitkan dengan Hans lagi. "Umum tahu tentang hubungan kami biarpun kami tidak pernah beritahu kami bercinta, jadi selepas penjelasan ini harap-harap tiada lagi perkara yang mengaitkan saya dengan dia. "Saya sudah boleh terima kenyataan dan selepas berpisah saya banyak sibukkan diri dengan kerja dan bisnes, Alhamdulillah semuanya sudah baik sekarang," katanya. Dalam pada itu, Neelofa turut menafikan dia sedang mengenali dan rapat dengan seseorang lelaki. Bagaimanapun, dia mengakui jika ada lelaki yang bersesuaian dengannya, dia tidak mahu menunggu tempoh yang lama untuk bercinta. "Saya belum ada lelaki istimewa lagi buat masa ini, masih terlalu awal untuk fikir perkara itu. "Namun kalau ada lelaki yang sesuai dengan saya daripada segala sudut apa salahnya dan saya tidak mahu buang masa lama-lama untuk bercinta," ujarnya. Sementara itu, bercerita tentang produk berkenaan Neelofa berkata, dia menerima tawaran sebagai duta berikutan keyakinannya terhadap kualiti produk tersebut bertaraf antarabangsa. Jelasnya, produk itu juga bagus untuk semua kulit yang bermasalah atau tidak. "Saya yakin dengan produk ini setelah mencubanya beberapa bulan dan hasilnya sangat memuaskan. "Selain itu, cara pembuatan dan kualiti produk ini boleh dipercayai dan mempunyai taraf sama dengan produk berjenama mewah dan terkenal antarabangsa," ujarnya.-mstar

Sahol Hamid Bakal Beri Ceramah Di Universiti Oxford
SHAH ALAM – Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Profesor Sahol Hamid Abu Bakar akan memberi ceramah tentang bagaimana melahirkan usahawan berjaya di Universiti Oxford, United Kingdom (UK) bulan depan.
Beliau berkata beliau dijemput universiti terkemuka dunia itu sebagai penceramah dalam ‘Entrepreneurial University Leaders Programme’ yang bakal disertai wakil lebih 20 universiti dari seluruh UK pada 10 Julai ini.
“Saya telah dipelawa untuk memberi ceramah mengenai bagaimana UiTM dapat melahirkan usahawan berjaya. Saya merupakan satu-satunya penceramah yang dijemput dari UiTM dan ia menjadi suatu kebanggaan buat kami,” katanya kepada pemberita selepas meraikan pemenang kejohanan debat seluruh Asia, di sini hari ini.
Beliau menyifatkan jemputan itu sebagai peluang untuk menaikkan nama UiTM di peringkat dunia.
“Ini juga adalah satu permulaan di mana Universiti Oxford telah mengiktiraf UiTM sebagai universiti yang berjaya melahirkan pelajar berpotensi tinggi,” tambahnya.
Majlis itu meraikan empat pelajar UiTM yang menduduki antara 10 tempat terbaik dalam pertandingan debat berkenaan yang berlangsung 2 Jun lepas.
Sumber: BERNAMA
TOP
Jangan Salah Guna Khutbah Untuk Kepentingan Politik
ALOR SETAR – Para imam di Kedah diingatkan agar tidak mencemari institusi masjid dengan sebarang penyelewengan termasuk menggunakan mimbar khutbah untuk kepentingan politik sempit.
Mengingatkan demikian, Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, pihak-pihak bertanggungjawab perlu melakukan pemantauan berterusan dan mengambil tindakan jika perlu agar institusi mulia itu tidak terus tercemar.
“Pihak kerajaan negeri sentiasa mengambil tanggungjawab dalam semua perkara dengan bersungguh-sungguh termasuklah dalam memastikan pengurusan masjid-masjid di Kedah berjalan dengan baik dan sempurna.
“Jantung masyarakat (masjid) ini haruslah dijaga dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Imarahkanlah ia dengan majlis-majlis ilmu berkaitan fardhu ain mahupun fardhu kifayah selain solat lima waktu,” katanya.
Beliau berucap pada majlis Pelancaran Ihya’ Ramadan dan penyampaian Sumbangan Pengimarahan Masjid Peringkat Negeri Kedah di sini hari ini.
“Adalah menjadi harapan saya dan pihak kerajaan agar institusi masjid ini benar-benar dapat menjadi wadah penyatuan ummah yang sentiasa hidup saling berkasih sayang dan bersatu padu,” katanya.
Pada majlis berkenaan, sebanyak 563 buah masjid menerima sumbangan masing-masing sebanyak RM1,000.
Sumber: BERNAMA
TOP
10,007 Kes Tibi Dilapor Sehingga Mei – Subramaniam
KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata sebanyak 10,007 kes Tuberculosi atau tibi dilaporkan setakat lima bulan pertama tahun ini.
Beliau berkata daripada jumlah itu sebanyak 8,568 kes membabitkan warganegara Malaysia dan selebihnya adalah warganegara asing.
“Pada 2013, sejumlah 24,071 kes dilaporkan dengan 20,687 daripadanya adalah membabitkan warganegara dan 3,384 dalam kalangan bukan warganegara,” katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Chin Su Phin di Persidangan Dewan Negara, di sini, hari ini.
Chin ingin tahu apakah langkah proaktif kementerian dalam menangani penyakit tibi yang semakin membimbangkan terutamanya di Sabah dan adakah ia mempunyai kaitan dengan warganegara asing.
Subramaniam berkata terdapat banyak faktor yang menjadi punca penularan kuman tibi di negara ini dan kedatangan pendatang asing ke negara ini turut menjadi penyumbang kepada penyebaran penyakit itu.
Sekiranya, pekerja asing didapati mempunyai tanda jangkitan tibi, permit bekerja tidak diluluskan dan perlu dihantar balik ke negara asal bagi mengurangkan penyakit tersebut dan membanteras penyebaran kumannya.
Selain itu katanya, anggota kesihatan giat memperluaskan aktiviti pengesanan kes secara aktif di semua kemudahan kesihatan kerajaan bagi mengesan pesakit di peringkat awal jangkitan dan memberi rawatan efektif menghapuskan kuman tibi.
Sumber: BERNAMA
TOP
Polis Berkas Lelaki, Rampas Pelbagai Jenis Dadah
KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM35,000 dalam serbuan di sebuah unit Rumah Bandaraya, Bukit Bangsar, di sini Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata dalam serbuan 4 petang itu, polis menemui dadah meliputi heroin, syabu, ganja dan Erimin 5 di dalam peket-peket plastik di dalam rumah berkenaan.
Dadah terbabit dipercayai sedia untuk diedarkan kepada penagih di sekitar Lembah Klang, katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Menurut Muhammad Azlee, suspek berusia 25 tahun itu mempunyai dua rekod jenayah lampau kerana memiliki dadah iaitu pada 2009 dan 2010.
Katanya polis kini menyiasat sama ada suspek merupakan anggota sindiket pengedaran dadah terutama di kawasan Bangsar.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Sumber: BERNAMA
TOP
Pemandu Lori Dipenjara Sebulan Curi 3 Bungkus Milo
KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lori dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencuri tiga bungkus Milo bernilai RM53.55 di sebuah pasar raya semalam.
Majistret Nur Azura Murah memerintahkan hukuman terhadap Hashanizam Husain, 34, bermula daripada tarikh tangkap iaitu 23 Jun.
Hashanizam didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kedai serbaneka di Jalan Sungai Besi di sini pada 8 malam, mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda.
Mengikut fakta kes, tertuduh yang merupakan bapa tunggal kepada seorang anak, mengambil barangan itu tanpa membuat bayaran sebelum dikejar penjaga kedai apabila melarikan diri.
Bagaimanapun, Hashanizam cedera di muka kerana dilanggar kereta sebelum ditahan polis. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ravindran Selvaraj.
Di Mahkamah Majistret lain, seorang peniaga dipenjara enam bulan setelah mengaku bersalah mendatangkan cedera menggunakan sebatang kayu terhadap seorang lelaki, Puvanesvaran Kuppusamy, 24, awal Januari lalu.
Majistret, Ashraf Rezal Abdul Manan menjatuhkan hukuman itu terhadap S Ravichandran Sinnawasagam, 28, dan memerintahkan hukuman itu bermula hari ini.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di tempat letak kereta Scott Garden, Brickfields di sini pada 11 malam, 9 Januari lepas.
Sumber: BERNAMA
TOP
Demam bola: Suami ikat isteri dengan peraturan
ARAB SAUDI - Sebuah agensi media Arab Saudi melaporkan seorang suami yang merupakan peminat fanatik bola sepak telah menggariskan beberapa peraturan yang harus dipatuhi isterinya di sepanjang musim Liga Piala Dunia Fifa 2014 berlangsung.
Antara peraturan yang perlu dipatuhi termasuklah larangan membeli-belah pada hari perlawanan bola yang telah dijadualkan berlangsung.
“Si suami turut menyatakan kepada isterinya supaya menjauhkan diri daripadanya ketika dia mungkin mengalami tekanan emosi kerana bimbang isterinya dijadikan sasaran untuk melepaskan geramnya.
“Selain itu, suaminya juga turut melarang isterinya daripada memberikan komen jika dia sedang berada dalam keadaan sangat gembira atau amat marah,” lapor sebuah agensi berita, Ain Al Yamn.
Mengulas lanjut, suaminya turut memberi amaran terhadap ledakan sorakannya yang mungkin akan mengganggu atau menakutkan isterinya apabila menonton perlawanan penting serta menegaskan peraturan tersebut hanya akan berakhir sebaik tamat wisel terakhir bagi perlawanan akhir liga tersebut.
Menurut laporan media itu lagi, penduduk Arab merupakan antara peminat fanatik bola sepak di dunia dan dilaporkan, penggemar bola sepak di Arab Saudi jarang terlepas dari menonton setiap perlawanan bola sepak Piala Dunia yang kini sedang berlangsung di Brazil.
Sumber: Sinar Online
TOP
Kos Hak Penyiaran Piala Dunia Tinggi
PUTRAJAYA – Radio Televisyen Malaysia (RTM) tetap berusaha memastikan rakyat di negara ini berpeluang menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2014 Brazil secara percuma, walaupun terpaksa menanggung kos hak penyiaran yang tinggi.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata di negara lain termasuk Singapura, rakyatnya perlu melanggan siaran stesen televisyen berbayar jika mahu menonton kejohanan itu.
“Banyak negara sudah mengenakan bayaran untuk penonton yang ingin menyaksikan perlawanan bola sepak tetapi di negara kita sebahagian perlawanan masih lagi boleh ditonton secara percuma,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau juga menjelaskan hak penyiaran Piala Dunia kali ini adalah eksklusif untuk RTM dan Astro, justeru stesen televisyen swasta lain tidak boleh menyiarkan perlawanan terbabit.
Sebanyak 35 perlawanan iaitu 24 siaran langsung dan 11 siaran tertunda dengan siaran berdefinisi tinggi (HD) disiarkan RTM untuk kejohanan kali ini.
Sumber: BERNAMA
TOP
WeChat Membawakan Sokongan Terjemahan Ke Aplikasi Android
WeChat merupakan salah satu aplikasi permesejan popular dikalangan pengguna tempatan. Terkini, dalam usaha memudahkan para pengguna untuk berinteraksi dengan semua pengguna seluruh dunia, WeChat membawakan sokongan terjemahan ke aplikasi Android mereka.
Pengenalan sokongan ini adalah lanjutan daripada pengenalan fungsi sama pada versi iOS pada bulan lepas. Buat masa ini, ia menyokong lebih kurang 20 bahasa, dimana ia terjemah berdasarkan kepada bahasa sistem telefon pengguna.
Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu tap pada sesuatu mesej untuk seketika, dan pilihan akan dipaparkan kepada pengguna untuk terjemahan.
Bagi pengguna WeChat, anda boleh mengemaskini aplikasi anda di Android, dan menggunakan fungsi baru yang ditawarkan ini.
Sumber: Amanz.my
TOP
Guru Perlu Jadi Ejen Perpaduan Nasional
MARAN – Guru perlu jadi ejen perubahan ke arah mewujudkan perpaduan nasional untuk menjamin kemajuan, keselamatan dan kemakmuran negara.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata guru perlu sentiasa menjaga imej dan berpegang kepada nilai-nilai murni yang boleh menjadi model kepada masyarakat.
“Peranan dan tugas seorang guru adalah pemangkin kepada pembangunan negara kerana guru dapat membentuk generasi pemacu kejayaan negara.
“Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah cabaran kepada guru sebagai pelaksana dasar kerajaan dalam memastikan transformasi pendidikan negara mencapai matlamat,” katanya sewaktu merasmikan Sambutan Hari Guru peringkat Daerah Maran di SMK Tengku Ampuan Afzan Chenor di sini hari ini.
Anggota Parlimen Maran itu turut menasihati guru supaya sentiasa meningkatkan kreativiti dan inovasi dalam melaksanakan tugas yang kian mencabar yang mana guru perlu peka dan sentiasa bersedia menambah ilmu.
“Guru perlu meletakkan keutamaan pada tahap tertinggi bagi memastikan semua perancangan dalam pelan pembangunan pendidikan berjalan lancar bagi melahirkan rakyat berilmu dan berwawasan,” katanya. – BERNAMA
TOP
PPDNKK Melaka Rampas 9,000 Liter Diesel
MELAKA – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Melaka merampas 9,000 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM18,000 di sebuah stor penyimpanan di Taman Perindustrian Bukit Rambai di sini, semalam.
Pengarahnya Muhabir Ibrahim berkata dalam serbuan kira-kira 3 petang itu pihaknya turut menahan seorang lelaki dipercayai pemandu lori yang juga penjaga stor berusia 60 tahun bagi siasatan lanjut.
Beliau berkata berdasarkan siasatan, sebuah lori tiga tan dilengkapi tangki diubah suai yang mampu memuatkan kira-kira 3,000 liter diesel akan membeli diesel pada kuantiti 150 liter di beberapa stesen minyak bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Katanya lori terbabit kemudian kembali ke stor penyimpanan tersebut untuk memindahkan bekalan tersebut ke tangki polimer.
“Diesel ini dibeli pada harga RM2 dan dijual pada harga antara RM2.40 hingga RM2.80 kepada sektor industri termasuk perkapalan bagi mengaut keuntungan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Muhabir berkata stor penyimpanan yang tidak berlesen itu berupaya menyimpan kira-kira 25,000 liter bekalan diesel pada satu-satu masa.
Katanya serbuan tersebut merupakan kali kedua dilakukan di stor penyimpanan itu selepas lebih setahun lepas.
Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana tidak mematuhi syarat lesen yang memperuntukkan denda sehingga RM250,000 dan penjara tiga tahun jika sabit kesalahan, katanya.
Sumber: BERNAMA
TOP
Polis T’ganu Tahan 89 Individu Dalam Ops Cantas
KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu menahan 89 individu termasuk mereka yang mempuyai waran tangkap atas pelbagai kesalahan menerusi Ops Cantas yang dijalankan pada 16 hingga 19 Jun lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata kesemua individu yang diberkas berusia di antara 20 hingga 30 tahun dijejaki sekitar pusat snuker, pusat hiburan, siber kafe, hotel serta tempat awam di seluruh Terengganu.
“Menerusi Ops Cantas yang dilakukan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial serta Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, kita telah melakukan 156 serbuan dan 211 pemeriksaan.
“Mereka yang ditahan dikesan terlibat dalam kes penipuan, dadah, ugutan, jenayah, merompak, curi dan pecah rumah,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata polis Terengganu akan menubuhkan Ops Cantas wanita tidak lama lagi.
Sumber: BERNAMA
TOP
Lagi Kawasan Larangan Merokok Diwarta Di Kelantan
KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan mengeluarkan 231 kompaun bernilai RM24,655 terhadap perokok dan penjual rokok di kawasan larangan merokok di negeri ini sejak Januari hingga Mei lepas.
Pengarahnya, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata beberapa lagi kawasan awam akan diwartakan sebagai kawasan larangan merokok yang membolehkan pihak berkuasa mengenakan tindakan terhadap pesalah.
“Kawasan awam itu seperti pasar raya, taman rekreasi dan stadium akan diwartakan sebagai kawasan larangan merokok dan individu yang melanggar peraturan itu akan dikenakan kompaun,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Sambutan Hari Tanpa Tembakau dan pelancaran Kempen Hidup Sihat Peringkat Negeri Kelantan 2014 yang disempurnakan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandar Raya Islam Adnan Hussin.
Ahmad Razin berkata pihaknya akan meneruskan kempen mengenai bahaya merokok bagi mendidik orang ramai tentang tabiat tidak sihat itu.
Sumber: BERNAMA
TOP
KES ALTANTUYA: Kami Tak Pernah Kata Bahan Letupan C4 Digunakan
Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa diberitahu tidak pernah dalam kes pendakwaan mengatakan bahawa bahan letupan C4 digunakan untuk pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Timbalan Peguam Cara Negara II Datuk Tun Abdul Majid Datuk Tun Hamzah berhujah pihak pendakwaan tidak pernah mengatakan bahan-bahan yang ditemui di tempat kejadian adalah bahan letupan C4.
“Kami tidak pernah berkata bahan letupan itu adalah C4. Tetapi mereka ini sejak hari pertama berkata ia adalah C4.
“Kami tidak tahu bagaimana Mahkamah Rayuan boleh menyatakan ia adalah bahan letupan C4,” katanya pada pendengaran rayuan pendakwa terhadap pembebasan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar berhubung pembunuhan Altantuya.
Tun Abdul Majid berkata UTK tidak pernah menggunakan bahan letupan C4.
Bercakap kepada pemberita kemudian Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup yang membantu Tun Abdul Majid berkata bahan yang ditemui di tempat kejadian adalah bahan letupan PETN dan RDX.
Pihak pendakwa (Tun Abdul Majid) berkata Mahkamah Rayuan terkhilaf berhubung fakta itu kerana gagal memanggil pakar bahan letupan C4 apabila saksi pendakwaan (bekas Timbalan Komander UTK Bukit Aman DSP Mastor Mohd Ariff) memberi keterangan pada perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi bahawa UTK tidak menggunakan bahan letupan C4.
Beliau berhujah Mahkamah Rayuan sekali lagi terkhilaf dalam undang-undang dan fakta apabila memutuskan bahawa tiada bukti Azilah mempunyai jagaan dan kawalan terhadap bahan letupan itu pada sebarang masa sebelum dia ditangkap tanpa mengaitkan keterangan Mastor bahawa Azilah dan Sirul Azhar mempunyai peluang mencukupi untuk memiliki bahan letupan yang tidak digunakan semasa latihan.
Tun Abdul Majid juga berhujah DSP Musa Safri, yang merupakan pengiring timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa itu (sekarang perdana menteri), tidak dipanggil sebagai saksi kerana peranannya hanya semata-mata memperkenalkan bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda kepada anggota polis untuk menjaga keselamatan rumah beliau.
Beliau berkata pihak pendakwa juga menawarkan Musa sebagai saksi pembelaan tetapi tidak diterima, sambil menambah bahawa Mahkamah Rayuan telah terkhilaf dalam memutuskan isu pihak pendakwaan tidak memanggil Musa sebagai saksi pada peringkat perbicaraan.
Sementara itu, peguam Azilah J. Kuldeep Kumar berhujah diari Balai Polis Bukit Aman menunjukkan Azilah berada di ibu pejabat polis semasa pembunuhan Altantuya.
Sumber: BERNAMA
TOP
SEGERA: Najib Bayangkan Rombakan Kabinet Tak Lama Lagi
Rombakan Kabinet akan berlaku tidak lama lagi selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi bayangannya hari ini.
Dalam ucapannya ketika merasmikan terminal tambang murah Lapangan Terbang Antarabangsa 2 (klia2), Najib mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein atas kerja kerasnya terutama beberapa bulan lalu dalam menangani isu kehilangan pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu.
“Ini mungkin acara terakhirnya sebagai menteri pengangkutan,” katanya.
Spekulasi timbul Najib akan mengadakan rombakan Kabinet bagi membolehkan presiden parti komponen dalam Barisan Nasional seperti MCA dan Gerakan menjawat jawatan menteri.
Laporan mendakwa barisan Kabinet baru akan diumumkan dalam masa terdekat sehingga selepas Hari Raya yang dijangka jatuh pada 28 Julai.
The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan empat ahli Parlimen MCA dan dua daripada Gerakan akan dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri sebagai sebahagian kecil rombakan dengan tiada menteri digugurkan.
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong disahkan menjawat jawatan menteri setelah Mah memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.
Sebanyak 32 menteri berada dalam jawatan Kabinet hari ini.
Jawatan menteri pengangkutan yang biasanya diberikan kepada MCA dipangku Hishammuddin selepas pilihan raya umum lalu apabila MCA enggan menerima jawatan dalam Kabinet akibat prestasi buruk dalam pilihan raya.
Parti Cina itu bagaimanapun menarik balik keputusan itu awal tahun ini.
Tiga lagi kekosongan adalah jawatan timbalan menteri kewangan, pelancongan dan menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Sumber: The Malaysian Insider
TOP
Isteri Suspek Rogol Serang, Bogelkan Mangsa
SIBU – Suaminya merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di hadapan anak lelakinya yang berusia 11 tahun.
Wanita itu bagaimanapun tidak membuat laporan polis berhubung insiden itu, sebaliknya menampar mangsa.
Malah wanita itu turut membogelkan dan mencucuh mangsa menggunakan puntung rokok dibahagian bahu dan telinganya.
Wanita tersebut memberitahu Mahkamah Majistret di sini pada Selasa bahawa dia mencederakan mangsa kerana marah dengan remaja itu yang didakwa melakukan hubungan seks dengan suaminya.
Mahkamah bagaimanapun, tidak menerima alasan tersebut dan tertuduh dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM4,000.
Tertuduh, Emok Sulok, 42, memilih untuk menjalani hukuman penjara selepas tidak mampu membayar denda.
Dalam rayuannya, tertuduh merayu agar hukuman diringankan kerana dia terpaksa menjaga anak-anaknya dan pada hari dia dijatuhi hukuman, suspek baru saja kembali dari hospital untuk menjalani pemeriksaan tekanan darah tinggi.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana melakukan serangan.
Mengikut fakta kes, kira-kira pukul 8 pagi pada 19 Jun lalu, insiden yang berlaku di kuarters kilang arang di Engkilo, kira-kira satu jam dari sini, tertuduh bertindak memanggil mangsa selepas dimaklumkan mengenai perkara itu.
Jiran tertuduh kemudiannya bertanya mengapa dia menggunting dan mencukur rambut mangsa.
Tertuduh kemudiannya menjawab dia marah kerana mangsa melakukan hubungan seks dengan suaminya.
Tidak cukup dengan itu, tertuduh turut meminta mangsa untuk menanggalkan pakaiannya tetapi mangsa enggan mengikut kehendak tersebut.
Tertuduh bertindak membogelkan mangsa secara paksa. Malah tertuduh turut mengarahkan mangsa untuk berdiri dalam keadaan bogel dibawah matahari.
Masih tidak berpuas hati, tertuduh menampar mangsa dan mencucuh bahu kiri dan telinganya dengan puntung rokok.
Polis menahan tertuduh dan suaminya, 51, kira-kira pukul 12.50 tengah hari pada 20 Jun di tapak pembinaan di Jalan Wawasan.
Pada 18 Jun lalu, mangsa didakwa dirogol dirumah tertuduh kira-kira pukul 6 petang. Mangsa tidak bertindak balas kerana bimbang dengan keselamatannya.
Sumber: mStar online
TOP
Kes Firdaus: Gaji Bersih Ibunya RM1,549.38 Sebulan
Kuala Lumpur – Majikan kepada Lola, 40, ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, mendakwa wanita terbabit tidak pernah menceritakan kesempitan hidupnya kepada majikan yang mempunyai pelbagai saluran untuk membantu.
Pengurus Kanan Modal Insan Brahim’s Airline Catering (BAC) Ahmad Reza Kamaruddin berkata, Lola yang bertugas sebagai pekerja penyajian di syarikat itu sejak 10 tahun lalu terlalu berahsia dan hanya melakukan tugas tanpa membabitkan hal-hal peribadi di tempat kerja.
“Kami terkejut apabila membaca kisah anaknya itu tersiar kerana dia tidak pernah berkongsi masalahnya itu dengan pihak syarikat ataupun Kesatuan Pekerja-pekerja BAC yang amat mementingkan kebajikan pekerja dan ahlinya.
“Kami faham dengan pendapatan kasar RM2,327.81 sebulan atau bersih RM1,549.38 dan, ia mungkin tidak cukup untuk menyara dua anaknya tetapi syarikat juga menyediakan banyak ruang untuk membantu termasuk membuat pinjaman peribadi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, hari ini.
Muhammad Firdaus ditemui dalam keadaan menyayat hati terkurung dalam rumah di Flat Semarak, Taman Semarak Nilai, dekat sini, Sabtu lalu.
Keadaan Muhammad Firdaus yang kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban dilaporkan stabil dan semakin pulih.
Sumber: myMetro
TOP
AADK Terengganu Tahan 151 Individu
KUALA TERENGGANU – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Terengganu memberkas 151 individu dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah menerusi Ops Prihatin yang bermula pukul 4 pagi dan berakhir 11 pagi hari ini.
Penolong Pengarah Kanan AADK Terengganu Arzmi Abdullah berkata operasi enam jam itu dijalankan di daerah Kuala Terengganu dan Dungun.
Beliau berkata daripada jumlah itu, 87 lelaki tempatan manakala bakinya (64 orang) adalah warga asing berusia lingkungan 19 hingga 55 tahun.
“Hasil ujian saringan air kencing, kita dapati 61 orang positif dadah jenis Morfin manakala 16 lagi positif Methamphetamine dan seorang ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki benda terlarang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Arzmi berkata bagaimanapun, baki sembilan penduduk tempatan dan kesemua warga asing terbabit bebas daripada pengaruh dadah.
Beliau berkata operasi itu memfokus kepada kawasan felda, jeti dan golongan nelayan di dua daerah berkenaan, yang dikenal pasti menjadi sarang utama penagih dadah.
Turut serta Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Imigresen.
Secara keseluruhan, operasi di Kuala Terengganu membabitkan 82 anggota manakala Dungun pula 84 anggota.
Antara lokasi serbuan di Kuala Terengganu ialah Tepoh, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Chendering, Padang Nenas dan Seberang Takir manakala di Dungun pula ialah Ketengah Jaya dan Paka.
Arzmi juga berkata operasi bersepadu itu akan dilakukan secara berterusan bagi membanteras kegiatan penagihan dadah, khususnya penagih yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti berkenaan.
“Hasil maklumat yang diterima, kita dapati golongan remaja yang berusia 19 hingga 20 tahun paling ramai terlibat dalam kegiatan ini, dan kita mahu pastikan jumlah penagih baharu tidak akan meningkat,” katanya.
Sumber: BERNAMA
TOP
Tahanan Larikan Diri Dari Mahkamah Serah Diri
KOTA BHARU – Seorang tahanan lelaki yang melarikan diri dari sebuah mahkamah di Pasir Mas semalam, telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas hari ini.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek berusia 19 tahun itu melarikan diri pada 1.15 tengah hari selepas didakwa atas tuduhan merogol.
“Suspek telah menyerah diri dengan diiringi peguamnya di IPD Pasir Mas pada pukul 11.17 pagi ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Suspek melarikan diri daripada kawalan polis ketika dibawa menaiki lori polis bersama-sama beberapa tahanan lain.
Mazlan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana lari daripada tahanan dan sabit kesalahan boleh dipenjara hingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.
Sumber: BERNAMA
TOP
Labuan Catat 86 Mangsa Pemerdagangan Manusia
LABUAN – Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan 86 mangsa penyeludupan dan pemerdagangan manusia sejak 2009 hingga Jun tahun ini.
Ketua Polis Daerah Labuan Supt Adzhar Othman berkata mereka membabitkan 10 kes dan kesemua mangsa merupakan wanita warga Filipina.
Mereka ini dijadikan barang dagangan oleh sindiket yang mahu mengaut keuntungan mudah, katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan media tempatan berhubung kejayaan polis Labuan menyelamatkan lima wanita warga Filipina yang dipaksa menjadi hamba seks di sebuah pusat hiburan di sini.
Mangsa yang berusia antara 18 dan 20 tahun itu dikatakan dipaksa melacur sejak sebulan lalu namun tidak dibayar sebarang upah, selain dikurung di dalam sebuah bilik dan hanya dibenar keluar apabila tiba waktu bekerja.
Mengulas kes itu, Adzhar berkata wanita terbabit diselamatkan oleh pihak berkuasa susulan maklumat awam.
Polis turut memberkas seorang lelaki yang dipercayai pengurus pusat hiburan berkenaan untuk membantu siasatan.
“Pihak polis tidak akan teragak-agak untuk menangkap dan mendakwa mana-mana pengusaha pusat hiburan yang terlibat dalam aktiviti keji seperti itu,” katanya.
Sumber: BERNAMA
TOP
98% Majikan Sudah Laksana Skim Gaji Minimum
KUALA LUMPUR – Kira-kira 98 peratus majikan didapati sudah melaksanakan skim gaji minimum, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Selasa.
Beliau berkata gambaran tersebut berdasarkan 986 pemeriksaan berkanun kementeriannya.
“Saya sebagai Menteri Sumber Manusia gembira kerana pelaksanaan gaji minimum berada pada landasan betul,” kata Riot kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Serantau ‘Return To Work’ (RTW) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) 2014 di di sini, Selasa.
Kira-kira dua peratus majikan berkenaan diberi tempoh tiga bulan sehingga September depan bagi melaksanakan skim tersebut.
Mereka boleh diberi surat tunjuk sebab dan denda RM10,000 jika terus gagal melaksanakan skim tersebut, kata beliau.
Pelaksanaan skim gaji minimum yang memberi manfaat kepada 1.4 juta pekerja swasta di negara ini, sepatutnya dilaksanakan Januari 2013.
Oleh kerana majikan dikatakan belum sedia, kerajaan memberi kelonggaran dan penangguhan hingga Januari tahun ini.
Kadar gaji minimum yang ditetapkan ialah RM900 sebulan di Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Dalam pada itu, Riot berkata seramai 8,615 daripada lebih 12,000 pekerja kurang upaya dan mempunyai masalah kesihatan mendapat pekerjaan semula menerusi program ‘Return To Work’ (RTW) yang diperkenalkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sejak 2007.
Program RTW membantu pekerja yang mempunyai masalah keupayaan fizikal dan kesihatan tidak kronik mendapat pekerjaan semula melalui beberapa proses pemulihan fizikal dan latihan vokasional.
Menurut Riot program RTW telah dimasukkan sebagai satu daripada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Menteri Sumber Manusia bagi mengatasi kemiskinan dalam kalangan orang kurang upaya di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu untuk menangani isu inflasi dan kos sara hidup harian.
Sumber: BERNAMA
TOP
Doa pistol tak meletup
RAKAMAN CCTV menunjukkan suspek mengacukan pistol ke arah mangsa.
Chukai: Seorang pembantu kedai bersyukur dirinya tidak ditembak oleh seorang daripada empat perompak yang mengacukan pistol ke arahnya ketika mereka merompak kedai runcit di Kampung FELDA Neram 1, dekat sini, pagi semalam. Nor Atikah Fatihah Mat Ghani, 20, berkata ketika kejadian dia berada di kaunter bersama seorang pekerja lain, Mariana Sabri, 30, apabila seorang wanita dipercayai rakan perompak, masuk membeli minuman pada jam 9.30 pagi. Katanya, sebaik membeli minuman dan keluar dari kedai, seorang lelaki masuk dalam kedai dan berpura-pura membeli rokok sebelum memberi isyarat kepada seorang rakannya di luar supaya masuk. “Kedua-dua lelaki itu meluru ke kaunter tempat saya berada dan mengacukan pistol sebelum mengarahkan saya diam jika tidak mahu diapa-apakan. “Saya tidak tahu sama ada pistol yang diacukan itu benar atau palsu kerana sangat takut. Ketika itu hanya mampu berdoa agar pistol itu tidak meletup,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam. Menurutnya, seorang daripada perompak itu mengeluarkan beg dan mengarahkan dia memasukkan wang yang ada dalam laci kaunter. “Saya yang ketakutan mengikut arahannya itu, perompak terbabit melarikan wang tunai RM500 serta kad prabayar bernilai RM600,” katanya. Menurutnya, sebelum melarikan diri perompak terbabit menyingkap tudung yang dipakainya untuk melihat sama ada dia memakai barang kemas atau tidak. “Semua suspek melarikan diri dengan kereta Proton Persona berwarna perak ke arah Kuantan. Saya menghubungi majikan memaklumkan kejadian itu,” katanya. Nor Atikah Fatihah berkata, dia dan rakan bersyukur kerana tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku dan berharap agar perompak terbabit segera ditangkap pihak berkuasa. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan. Sumber - myMetro

Jemaah umrah mati dalam penerbangan pulang
Gambar Hiasan
Kuala Lumpur: Seorang jemaah umrah Malaysia meninggal dunia dalam pesawat Flynas milik Arab Saudi ketika dalam penerbangan pulang dari Jeddah ke Kuala Lumpur, pagi semalam. Berikutan kejadian itu, pesawat berkenaan terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Colombo, Sri Lanka dan mengakibatkan penerbangan pulang ke Malaysia tertangguh selama 12 jam. Pengarah Urusan Rayhar Travels Sdn Bhd, Harun Ahmmu berkata jemaah umrah syarikatnya itu dikenali sebagai Zaleha Salleh, 46, dari Kuala Berang, Terengganu dan disahkan meninggal sekitar pukul 8 pagi waktu Colombo akibat sesak nafas ketika berada dalam pesawat. "Berikutan kematian jemaah itu, penerbangan terpaksa berpatah balik dan mendarat di Colombo bagi memberi rawatan dan menguruskan jenazah Zaleha. "Pihak kami telah menghubungi Konsulat Malaysia di Colombo dan Islamic Jemaah untuk pengurusan jenazah sehingga selesai sebelum dihantar pulang ke tanah air dalam masa empat hari lagi," katanya ketika dihubungi Bernama. Harun berkata, pengurusan jenazah mengambil masa yang panjang kerana perlu mematuhi beberapa prosedur sesebuah negara apabila berlaku kematian penumpang di dalam penerbangan dan kapal terbang harus mendarat di lapangan terbang berhampiran untuk pengesahan. Beliau berkata, syarikatnya menanggung semua kos pengurusan jenazah sebelum diserahkan kepada waris. Susulan kejadian itu, seramai 350 penumpang termasuk 36 jemaah daripada Rayhar Travels Sdn Bhd yang sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 10.30 pagi semalam ditangguh sehingga 10.15 malam tadi. Jemaah umrah berkenaan berlepas ke tanah suci sejak 13 Jun lepas. Sementara itu, seorang jemaah umrah ketika dihubungi Bernama, Rozaini Omar, 46, berkata beliau mengenali arwah kerana menyertai jemaah umrah syarikat yang sama. "Arwah dikatakan sesak nafas dalam pesawat dan diberi rawatan oleh seorang doktor dan seorang jururawat dalam kapal terbang dan sebaik mendarat di Colombo Zaleha disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan negara itu," katanya. Rozaini berkata beliau bersama jemaah lain terpaksa berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Colombo sekitar 6.25 petang, waktu Malaysia bagi penerbangan pulang ke KLIA. Sumber - Bernama

Ajal pulang ambil ubat
ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa yang terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Baling: Tiada perkataan mampu diucapkan seorang anak apabila ibunya menemui ajal selepas terbabit dalam kemalangan ngeri apabila kereta dinaikinya bertembung dengan kereta dipandu seorang lelaki yang juga jiran anak lelakinya itu, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang di Kilometer 45.5, Jalan Kulim-Baling berdekatan Kampung Binjul, Tawar, di sini, mangsa Esah Lahaman, 77, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Baling, kira-kira jam 11.30 malam. Ketika kejadian mangsa dikatakan menaiki kereta Nissan Sentra dipandu anaknya Abu Mansor Hamid, 54, bersama anak perempuannya Hasnah, 51, serta sepupu kepada dua beradik itu Ali Dahawang, 62, dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Tebing Tinggi, Kupang. Mereka dipercayai dari arah Kulim selepas mengambil ubat penyakit jantung untuk Esah. Anak lelaki arwah, Ahmad, 48, yang menetap di Taman Pauh Indah, Permatang Pauh, berkata dia sedang berehat di rumah sebelum dimaklumkan kereta dinaiki ibunya terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Katanya, dia tidak menyangka ibunya yang dalam perjalanan pulang mengambil ubat di Kulim bersama abangnya yang juga anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut terbabit dalam kemalangan dengan kereta dipandu jiran di taman perumahannya Alias Ahmad, 53, yang turut maut dalam kejadian itu. Sumber - myMetro

Penumpang cedera bas rempuh treler
KEADAAN bas ekspres yang terbabit kemalangan pagi semalam.
Jasin: Seorang penumpang sebuah bas ekspres parah, manakala sembilan lagi cedera apabila bas berkenaan merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 187.1 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, di sini semalam. Kejadian jam 6.30 pagi itu dipercayai berpunca apabila bas membawa 25 penumpang terbabit dikatakan hilang kawalan lalu merempuh belakang treler membawa muatan enam paip pembetung. Difahamkan, bas dipandu lelaki berusia 37 tahun itu dalam perjalanan dari Kangar, Perlis ke Larkin, Johor Bahru. Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati bas berkenaan cuba menukar lorong dari kanan ke kiri, tetapi terus merempuh treler terbabit sebelum terseret kira-kira 10 meter hingga remuk pada bahagian kiri hadapan. “Sebanyak 10 ambulans digunakan untuk menghantar mangsa ke Hospital Melaka, manakala 15 penumpang yang terselamat menaiki bas lain ke terminal Melaka Sentral. Pemandu bas dan treler pula tidak cedera,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamudin Hashim, ketika dihubungi mengesahkan seorang lelaki berusia 30-an cedera parah kaki kiri, manakala sembilan lagi cedera ringan. Sumber - Bernama

Modul undang-undang diperkenal di sekolah
Gambar Hiasan
Bukit Mertajam: Satu modul berkaitan undang-undang negara wajar diperkenalkan bermula di sekolah rendah sebagai cara mewujudkan generasi muda yang berwibawa. Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Wira Ayub Yaakob, berkata modul berkenaan adalah tambahan kepada mata pelajaran Sivik dan Moral yang ketika ini diajar di sekolah kerana kedua-dua subjek itu kurang menekankan kepada undang-undang negara. Didik dari kecil
“Kita perlukan satu mata pelajaran tambahan baharu supaya anak-anak dididik sejak kecil mengenai undang-undang sekali gus mampu mengurangkan kadar jenayah pada masa hadapan,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Penutup Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan Ke-16, di sini, semalam. Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk A Thaiveegan dan Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan, Zainudin Abas. Seramai 574 pelajar sekolah menengah dari seluruh negara menyertai perkhemahan kadet polis di Kem Mutiara Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, sejak Jumaat lalu. Sementara itu, Ayub berkata, setiap anggota kor kadet polis adalah ‘mata dan telinga’ polis serta memainkan peranan utama dalam pencegahan jenayah di sekolah. Katanya, sehingga kini, kor kadet polis menerima keahlian sebanyak 115,075 pelajar daripada 1,859 sekolah menengah di seluruh negara selepas 44 tahun penubuhannya. Sumber - Bernama

Firdaus cuma diberi makanan lembut, bubur
Seremban: Usaha memulihkan remaja terabai, Muhammad Firdaus Dullah yang ditemui dalam keadaan kurus kering pada Sabtu lalu akan membabitkan proses menambah lemak dan protein untuk menambah berat badannya.
Bagi tujuan itu, doktor dan jururawat Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) memberi perhatian khusus kepada remaja kurang upaya yang ketika dimasukkan ke hospital dua hari lalu hanya seberat 15 kilogram.
Firdaus terlalu ringan
Pengarah HTJS, Datuk Dr Jaafar Che Mat, berkata ini kerana berat Firdaus terlalu ringan untuk remaja berusia 15 tahun, dipercayai akibat pemakanan tidak sempurna bagi suatu tempoh lama yang menyebabkannya perlu menjalani pemulihan rapi. “Bukan setakat doktor dan jururawat, pakar pemakanan akan memastikan berat badannya ditambah melalui pemakanan protein dan lemak. Proses penambahan berat badan dilakukan secara perlahan dengan memberi makanan lembut seperti bubur untuk mengelakkan dia muntah,” katanya selepas lawatan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin semalam. Sumber - Bernama

Pindaan cermin gelap dijangka ambil masa
Gambar Hiasan
Kuala Lumpur: Kelulusan pindaan peraturan penggunaan cermin gelap, dijangka mengambil masa kerana ada rayuan baharu supaya kadar ketelusan yang diputuskan pada bengkel khas baru-baru ini, dikurangkan lagi. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dikatakan sedang meneliti semua cadangan itu, termasuk rayuan penurunan kadar ketelusan cahaya sebelum membuat keputusan akhir. Timbalannya, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, berkata hasil cadangan bengkel kajian semula peraturan penggunaan cermin gelap pada 3 Jun lalu, belum dimuktamadkan. “Ia mengambil sedikit masa kerana selepas bengkel itu, ada lagi pihak mengemukakan rayuan yang perlu diperhalusi. Justeru, keputusan bengkel belum diluluskan dan kita tunggu apa keputusan menteri yang pada dasarnya, boleh meluluskan pindaan itu dengan kuasa menteri. Pandangan Kabinet
“Bagaimanapun, ada kemungkinan beliau akan meminta pandangan Kabinet. Jadi, kita sama-sama tunggu sebab semua cadangan dalam bengkel itu sudah sampai ke tangannya dan sedang diteliti,” katanya kepada BH, semalam. Bengkel anjuran Kementerian Pengangkutan yang dihadiri pelbagai agensi di Shah Alam baru-baru ini, mencapai kata sepakat mencadangkan penurunan kadar ketelusan cahaya daripada 50 peratus kepada 30 peratus untuk cermin sisi penumpang belakang dan cermin belakang. Kadar ketelusan cermin gelap kenderaan ketika ini 70 peratus untuk cermin depan dan 50 peratus untuk cermin sisi serta belakang. Cadangan dibuat dengan mengambil kira pelbagai aspek seperti keadaan cuaca dan keselamatan barangan terutama untuk kenderaan tanpa but selain kebanyakan kenderaan import, dibawa masuk dengan cermin asal yang gelap. Bengkel itu diadakan susulan laporan khas BH mengenai peraturan penggunaan cermin gelap yang dianggap sudah lapuk. Kadar masih tinggi
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu (PEKEMA), Datuk Zainuddin Abd Rahman, mengakui pihaknya mengemukakan rayuan kepada Hishammuddin mengenai ketelusan baharu kerana pindaan sebelum ini menyaksikan kadarnya masih tinggi untuk cermin kereta import. “Kadar 30 peratus untuk cermin sisi penumpang belakang dan cermin belakang masih tinggi. Kita sudah uji kebanyakan kereta import dan kadar ketelusan hanya 20 peratus. Jika dikekalkan 30 peratus, kami masih menghadapi masalah dan terpaksa naikkan harga kereta kerana perlu tukar cermin asal kepada yang lebih cerah. “Kami harap menteri akan membuat pengumuman yang menggembirakan semua pihak,” katanya. Sumber - Bernama

Piala Dunia: Neymar tabik persembahan terbaik Brazil
BINTANG Brazil, Neymar meraikan jaringannya pada perlawanan Piala Dunia menentang Cameroon di Stadium Nasional Brasilia, awal pagi tadi. Keputusan penuh Brazil menang 4-1.
BRASILIA: Bintang sensasi, Neymar tampil menyuarakan betapa kemenangan 4-1 Brazil ke atas Cameroon, awal pagi tadi sebagai ‘persembahan terbaik setakat ini’ buat tuan rumah Piala Dunia itu. Neymar yang dinamakan pemain terbaik perlawanan mempamerkan aksi menakjubkan selepas menyumbangkan dua gol yang membawa Brazil melangkah ke peringkat 16 terakhir selaku juara Kumpulan A untuk bertemu Chile, Sabtu ini. “Apa yang paling penting adalah pasukan dan saya fikir ia adalah persembahan terbaik kami,” kata bintang Barcelona berusia 22 tahun itu selepas menerima anugerah pemain terbaik perlawanan. “Bukan kerana jumlah gol yang kami jaringkan namun kerana bagaimana kami beraksi, menekan lawan kami seperti yang kami harapkan. Tahniah kepada semua orang. Kami berada di landasan yang sepatutnya dan setiap masa meningkat dan semakin hampir untuk menjadikan impian kami satu kenyataan.” Kemenangan besar Brazil memberi kelebihan dari sudut jumlah jaringan gol berbanding Mexico yang turut mengumpul tujuh mata selepas dua kemenangan dan sekali seri berakhir aksi peringkat kumpulan. “Saya fikir ia akan menjadi perlawanan yang amat sukar (menentang Chile). Semua orang yang menyaksikan Piala Dunia tahu tiada pasukan yang lemah dalam kejohanan ini. “Semua orang berada pada tahap yang sama. Bola sepak menjadi lebih sukar. Kami harus bersedia untuk menentang lawan yang amat kuat,” kata Neymar yang kini mengumpul empat gol selepas empat perlawanan yang menyamai rekod dipegang legenda Brazil, Pele. Sumber - Bernama

Mexico Mara Pusingan Kedua Atasi Croatia
RECIFE – Mexico mengiringi Brazil mara ke pusingan kedua hasil kejayaan menewaskan Croatia 3-1 pada pertemuan terakhir Kumpulan A di Arena Pernambuco, sebentar tadi. Kemenangan begitupun sekadar meletakkan Mexico selaku naib juara kumpulan selepas dibezakan dengan jaringan gol berbanding tuan rumah. Selepas buntu mencipta jaringan pada babak pertama, rentak perlawanan berubah pada separuh masa kedua dengan gol pembukaan Mexico disumbat kapten pasukan, Rafael Marquez menerusi tandukan pada minit ke-72. Dan sekalipun lebih menguasai permainan, gawang Croatia sekali lagi tumbang tiga minit berselang menerusi rembatan menarik Andres Guardado yang menewaskan penjaga gol Croatia, Stipe Pletikosa. Jaringan ketiga Mexico pula disumbang penyerang gantian, Javier Hernandez pada minit ke-82 yang bermula daripada sepakan sudut Hector Herrera. Croatia tidak mudah mengalah dan merapatkan jaringan menerusi Ivan Perisic pada minit ke-87 namun sudah terlewat untuk bangkit lebih-lebih lagi selepas terpaksa bermain 10 pemain apabila pemain gantian, Ante Rebic diarah keluar padang. Lawan Mexico di pusingan kedua adalah Belanda yang juga naib juara dunia, empat tahun lalu di Afrika Selatan.
TOP
Minta Jangan Lagi Dikaitkan Langsung Dengan Hans Isaac
Meskipun beberapa minggu lalu beliau sudah mengesahkan yang hubungan cintanya dengan pelakon dan penerbit kacak Hans Isaac sudah berakhir. Namun ramai yang masih tidak percaya sekaligus tertanya-tanya punca perpisahan pasangan sensasi ini.
Bertemu Neelofa pada majlis pelancaran produk kosmetik fesyen pertama Malaysia, Airish Miracle semalam, MD bukan lah sengaja “busybody” tapi sekadar sekali lagi mendapatkan penjelasan daripada gadis berusia 25 tahun ini.
Dalam nada yang cukup tenang, Neelofa berkata dia dan Hans sudah mengakhiri hubungan mereka secara baik sejak sekitar awal tahun ini. Namun ketika itu katanya mereka belum punya kekuatan untuk mendedahkan kepada umum.
Sehinggalah beberapa minggu lalu dia lebih dulu memaklumkan kepada peminat menerusi sebuah program hiburan. Begitupun Hans tidak mengulas lanjut mengenai hal itu.
“Betul hubungan kami dah putus sejak awal tahun lalu. Cuma masa tu kami tidak dedahkan kerana masing-masing belum bersedia. Tapi selepas berbulan kami tidak lagi bersama, masing-masing sudah boleh terima hakikat. Jadi lebih baik kami beritahu pada peminat yang hubungan ini memang sudah tidak ada harapan lagi.
“Kami akhiri hubungan ini dengan cara yang matang. Kami sudah cuba yang terbaik tapi Tuhan lebih mengetahui yang jodoh saya dengan siapa. Sebelum keadaan jadi rumit, baik kami akhiri saja hubungan ini”, jelas Neelofa yang juga merupakan duta Airish Miracle ketika ditemui di hotel Royal Chulan, semalam.
Menengaskan perpisahan mereka itu bukan kerana orang ketiga, begitupun Neelofa enggan mendedahkan punca sebenar.
“Bukan sebab orang ketiga. Tapi saya tak boleh beritahu puncanya kerana ia terlalu peribadi”, tuturnya.
Sebagai manusia biasa apatah lagi wanita, bohong kalau dikata yang dia tidak sedih apabila ikatan percintaan yang dibina selama hampir dua tahun itu terlerai begitu sahaja. Namun kata Neelofa, dia tidak mahu selamanya ‘terkurung’ dalam rasa sedih dan kecewa sekaligus terus dibayangi Hans.
Lantas dia bersyukur kerana walaupun sibuk dengan aktiviti-aktiviti seni, dia juga sempat mengalihkan perhatiannya pada beberapa perniagaan yang sedang diusahakan seperti produk supplement-nya, perniagaan pakaian muslimah juga perniagaan kanta lensa yang mana baru dilancarkan April lalu.
“Bila cerita pasal Hans mesti ada nama saya. Bila cerita tentang saya mesti ada nama dia. Selama ini kami cukup sinonim. Jadi saya nak betul-betul jelaskan perkara ini yang mana sekarang ini saya tak mahu langsung dikaitkan lagi dengan Hans.
“Sebab itu saya berterus terang saja beritahu yang kami sudah putus. Saya pun faham kenapa Hans tak mahu komen banyak tentang hal ini sebab dia sudah lama dalam industri. Dan selama ini pun banyak cerita tentang hubungan cintanya yang tak berpanjangan. Tapi apapun, saya hormati dia sebagai orang yang lebih tua daripada saya, saya hormati segala apa yang dia dah buat baik terhadap saya”, ujarnya yang mula intim dengan Hans sejak sama-sama berlakon dalam filem arahan Hans sendiri iaitu ‘Lemak Kampung Santan’.
“Bukan senang sebenarnya nak menghadapi semua ini. Tapi macam mana pun, saya perlukan mulakan lembaran baru dalam kehidupan. Walaupun ketika hari saya putus dengan dia tu, saya akui fikiran saya agak serabut tapi pada masa itu saya ada tanggungawab. Saya perlu hiburkan seluruh rakyat Malaysia menerusi program yang saya kendalikan. Mujurlah Nabil giler-giler orangnya dan saya dapat ketepikan seketika masalah saya”, kata pengacara program ‘Meletop’ ini lagi.
Mahu Terus Kahwin
“Selain itu saya alihkan perhatian saya kepada perniagaan-perniagaan yang saya usahakan. Misalnya perniagaan kanta lensa tu, sebenarnya dah lama saya nak mulakan hinggalah ia terlaksana pada April lalu. Sejak solo, saya ada banyak masa di pejabat dan menumpukan sepenuh perhatian pada rangkaian perniagaan saya”, katanya. Dalam pada itu Neelofa turut mengesahkan dirinya kini berstatus solo dan tidak terfikir lagi mahu mencari pengganti. “Alhamdulillah, saya boleh teruskan hidup saya tanpa perlu mencari pengganti. Cukup dengan adanya perniagaan saya, perhatian saya sudahh teralih kepada kesibukan menguruskan perniagaan. “Saya tidak bercinta dengan sesiapa sekarang, juga tidak mencari. Tetapi sekiranya ada lelaki yang berjaya menambat hati saya dari banyak segi dan hubungan kami mendapat restu keluarga, saya tak mahu tunggu lama-lama. Sebaliknya saya mahu terus kahwin”, tuturnya sambil tertawa kecil. Sumber: Malaysian Digest

Suami Isteri Antara Tiga Maut Kemalangan
TELUK INTAN – Sepasang suami isteri warga emas dan anak saudara mereka maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di di kilometer (KM) 42, Jalan Sitiawan-Teluk Intan petang semalam.
Ketika kejadian jam 3.05 petang itu, Othman Mohammad, 70, dan isterinya, Ainon Montak, 66, maut di tempat kejadian manakala Zaiton Menan, 53, meninggal dunia di Hospital Teluk Intan (HTI).
Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintendan Mohamad Zaki Mohd Harun berkata, kereta jenis Nissan Sentra dipandu oleh seorang lagi anak saudara Othman yang juga suami kepada Zaiton, Syed Abdul Rahman Syed Ahmad, 55, dipercayai terbabas memasuki laluan sebelah sebelum bertembung dengan treler dari arah bertentangan.
“Mereka sekeluarga sedang dalam perjalanan ke Parit 11, Batu 16, Hutan Melintang, Bagan Datoh.
“Kereta dipandu Syed Abdul Rahman dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan bertembung dengan treler muatan barangan plastik dari arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Mohamad Zaki berkata, Syed Abdul Rahman mengalami cedera parah di bahagian kaki serta badan dan dirawat di HTI.
Katanya, mayat mangsa yang maut dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan.
Beliau berkata, pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.
Sumber: Sinar Online
TOP
Polis Buru Pengikut Fahaman Jihad Salafi
PETALING JAYA – Mereka adalah rakyat Malaysia yang merupakan pengikut fahaman Jihad Salafi dan sedang menjalani latihan disediakan oleh Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL), yang berusaha untuk menguasai sebahagian besar negara Timur Tengah itu.
Namun, kumpulan militan tersebut tidak hanya menjadikan Timur Tengah dalam perancangan mereka.
Malaysia boleh jadi negara sasaran utama mereka.
Mereka boleh menjatuhkan kerajaan dan membanteras sebarang bentuk pemerintahan sekular.
Mereka yang menyertai ISIL terdiri daripada kakitangan awam dan pelajar termasuk mereka yang belajar di sekolah pondok.
Antara yang terlibat adalah seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang ditahan pada minggu lalu.
Polis menyedari golongan ini boleh mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan sedang memantau pergerakan mereka.
Kumpulan militan Jihad Salafi memperjuangkan apa yang mereka anggap sebagai ajaran Islam sebenar seperti yang diamalkan oleh nenek moyang mereka.
Salaf bermaksud golongan atau kaum terdahulu (nenek moyang) dalam bahasa Arab.
Kemunculan gerakan tersebut di Malaysia bertujuan untuk membebaskan negara ini daripada apa yang mereka anggap sebagai belenggu sekularisme.
Polis mendedahkan penyertaan kumpulan tersebut dalam latihan militan di ISIL berikutan tindakan membanteras gerakan militan antarabangsa yang merekrut ahlinya di Malaysia.
Rangkaian keganasan ISIL mengejutkan seluruh dunia kerana mereka melancarkan serangan maut yang disasarkan terutamanya kepada pengikut Syiah di Syria dan Iraq.
Seorang penduduk kelahiran Pahang menjadi pengebom berani mati pertama dari Malaysia yang maut di Iraq.
Suspek terkorban ketika membuat serangan di Ibu Pejabat Skuad Emas Pasukan Taktik dan Senjata Khas (SWAT) di daerah Al-Anbar, Iraq pada 26 Mei lalu.
Walaupun ISIL dikatakan tidak menjadikan Malaysia sebagai sasaran, rakyatnya yang menjalani latihan militan ISIL mempunyai keupayaan pertempuran yang membolehkan mereka meneruskan agenda membasmi unsur-unsur sekular dalam sistem pentadbiran negara ini.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Ayob Khan mengesahkan usaha memburu militan yang dipercayai membabitkan rakyat di negara ini dalam latihan ISIL mendedahkan penglibatan pengikut fahaman Jihad Salafi.
“Menerusi hasil soal-siasat mendapati, ahli-ahli kumpulan militan ini merupakan pengikut Jihad Salafi.
“Mereka merasakan kerajaan Malaysia yang dianggap sebagai sekular boleh digulingkan menerusi perang jihad.
“Sepatutnya kita perlu bertindak sebelum sebarang ancaman dilakukan. Dibawah undang-undang sedia ada yang memerlukan bukti kukuh, kita hanya boleh bertindak berdasarkan mod reaktif tetapi kerosakan telah dilakukan,” katanya.
Sumber mendakwa kemunculan militan boleh ditangani dengan lebih berkesan sekiranya undang-undang tahanan pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih ada.
Dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang menggantikan ISA, polis harus mempunyai bukti kukuh sebelum membuat sebarang penahanan.
Dikhuatiri, ISIL mungkin menjadikan Malaysia sebagai sasaran mereka, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada Isnin.
“Malaysia jadi sasaran,” tulisnya dalam laman Twitter.
Reaksi tersebut ditulis selepas beliau retweet kembali tweet @ulil: ISIS merancang untuk menguasai negara yang didiami majoriti penganut Islam dan membina khalifah ( ISIS plan to conquer lands hitherto populated by Muslim majority and build caliphate).
Sumber: mStar online
TOP
Bom peninggalan Perang Dunia Kedua ditemui di Tawau
TAWAU 24 Jun - Sebutir bom lama dipercayai peninggalan ketika Perang Dunia Kedua ditemui di kawasan tapak pembinaan Hospital Pakar Hill Top, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah berkata bom lama berbentuk kepala peluru seberat 30 kilogram sepanjang 13 inci dan berukur lilit 21 inci itu ditemui seorang pekerja binaan ketika sedang melakukan kerja mengorek tanah di tapak binaan itu.
"Mengikut laporan yang diterima, pekerja binaan tersebut menjumpai satu besi berbentuk kepala peluru kira-kira 1.45 petang dan kemudian menunjukkan kepada pengurus tapak projek dan menghubungi pihak polis," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Bom lama berkenaan berjaya dimusnahkan Unit Pemusnah Bom kira-kira 4.38 petang dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini.
Sumber - BERNAMA
TOP
Bandar Strategik Syiah Di Utara Iraq Ditawan ISIL
BAGHDAD – Bandar strategik penduduk Syiah di utara Iraq, Tal Afar dan lapangan terbangnya jatuh ke tangan militan kumpulan Negara Iraq dan Syam (ISIL) selepas pertempuran sengit selama beberapa hari, kata seorang pegawai tempatan dan beberapa saksi semalam.
“Seluruh bandar itu dan lapangan terbangnya kini dikuasai oleh ISIL,” kata pegawai berkenaan yang enggan identitinya didedahkan.
Beberapa saksi turut berkata, pasukan keselamatan Iraq telah berundur dari bandar tersebut.
Namun, jurucakap keselamatan Perdana Menteri Nuri al-Maliki memberitahu dalam ucapan di televisyen bahawa tentera masih bertempur di kawasan Tal Afar.
“Walaupun kami berundur dari Tal Afar atau kawasan lain, ia tidak bermakna kami sudah kalah,” kata jurucakap itu, Leftenan Jeneral Qassem Atta.
Terletak di laluan strategik menuju ke Syria, Tal Afar merupakan bandar terbesar dalam wilayah Nineveh yang belum ditawan ISIL sebelum ini.
Serangan besar-besaran yang diketuai pejuang jihad ISIL itu bermula di ibu negeri wilayah Nineveh, Mosul pada 9 Jun lalu.
ISIL menawan Mosul pada keesokan harinya dan menguasai sebahagian besar empat wilayah lain selepas meneruskan kemaraannya.
Sumber: AFP
TOP
Honda Panggil Semula 2 Juta Kenderaan
TOKYO – Pembuat kereta Jepun, Honda Motor semalam memanggil semula lebih 2 juta kenderaan di seluruh dunia berhubung kerosakan beg udara yang berisiko menyebabkan kebakaran.
Honda memberitahu, tindakan tersebut melibatkan sekitar 2.03 juta kenderaan yang dikeluarkan antara Ogos 2000 hingga Disember 2005 termasuk satu juta di Amerika Utara dan 668,000 di Jepun.
Terdapat 13 jenis kenderaan Honda yang dipanggil balik itermasuk model popular Honda Fit atau Jazz dan Honda Accord.
“Alat pengembung beg udara penumpang hadapan dipasang bersama komponen penujah yang bermasalah,” kata Honda dalam satu kenyataan.
“Kelemahan pengilangan itu boleh menyebabkan bekas komponen itu pecah semasa kemalangan sekali gus berisiko menyebabkan kebakaran dan kecederaan kepada penumpang,” tambah kenyataan sama.
Masalah tersebut turut menjadi punca pengeluar kereta utama dunia, Toyota memanggil semula berjuta-juta kenderaan keluarannya di seluruh dunia.
Langkah tersebut susulan aduan seorang pengguna Jepun yang memberitahu kerusi penumpang di bahagian hadapan keretanya terbakar akibat kelemahan itu.
Sumber: AFP
TOP
Percutian berakhir tragedi
KEADAAN treler dinaiki mangsa selepas terbabit kemalangan.
Teluk Intan: Percutian pasangan suami isteri bersama keluarganya di Pulau Pangkor, dekat sini, berakhir dengan tragedi apabila kedua-dua mereka serta seorang anak saudara maut selepas kereta dinaiki terbabas dan merempuh treler di Kilometer 42, Jalan Sitiawan-Teluk Intan dekat sini, semalam. Dalam kejadian jam 5 petang itu, dua yang maut adalah pasangan suami isteri, Osman Mohamad, 70, dan Ainon Montak, 66, dari Parit 11, Batu 16 Hutan Melintang serta anak saudara mereka, Zaiton Menan, 45. Sumber berkata, pasangan itu yang duduk di bangku penumpang belakang kereta Nissan Sentra itu maut di tempat kejadian berikutan kecederaan parah di beberapa anggota badan, manakala Zaiton meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Teluk Intan (HTI), pada jam 8.25 malam tadi. Menurutnya, suami Zaiton, Syed Abdul Rahman Syed Ahmad, 59, yang memandu kereta itu turut cedera dan kini dirawat di hospital sama. “Difahamkan, mangsa dan ahli keluarga mereka yang lain berkonvoi 10 kenderaan dan memasuki pulau peranginan berkenaan pada Sabtu lalu. “Keluarga itu keluar tengah hari semalam dan selepas makan tengah hari bersama, enam daripada kenderaan bergerak pulang ke negeri di utara, manakala empat lagi kenderaan termasuk dinaiki mangsa bergerak ke Hutan Melintang,” katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak Superintendan Mohd Zaki Harun berkata, kejadian berlaku apabila kereta dinaiki mangsa dikatakan terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung treler yang membawa muatan barangan plastik. “Kejadian menyebabkan pasangan itu maut di tempat kejadian, manakala Zaiton dan suaminya parah dan tersepit di dalam kereta sebelum dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat. “Zaiton dan suaminya dikejarkan ke HTI, namun wanita itu disahkan meninggal dunia malam ini (tadi) ketika mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi, di sini, malam tadi. Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut kes itu. Sumber - myMetro

Sungai dipenuhi bangkai ikan
Muhamad menunjukkan serkapnya yang kosong.
RANTAU PANJANG - Penduduk di dua kampung dekat sini, terkejut apabila mendapati lebih 500 bangkai ikan memenuhi permukaan Sungai Tasik Garu, Baroh Pial, di sini, semalam. Penduduk, Yahya Abas, 31, bangkai yang memenuhi permukaan sungai bukan sahaja mencacatkan pemandangan malah menyebabkan pencemaran bau. Menurutnya, sebelum ini, sungai itu menjadi antara sumber bekalan air bersih kepada penduduk Kampung Bukit Sukai dan Petai Dusun. “Biasanya, penduduk guna air sungai ini ketika musim kemarau namun, kini tidak lagi setelah mendapati airnya bertukar menjadi kehitaman. “Air sungai ini mungkin sudah tercemar kerana ia menyebabkan banyak ikan mati dan penduduk turut dijangkiti penyakit kulit dan kegatalan jika terkena kulit,” katanya. Yahya berkata, penduduk terpaksa mencari sumber air lain untuk dijadikan sebagai kegunaan harian atau minuman untuk ternakan. Selain itu katanya, penduduk juga risau sekiranya ia mengalir ke perigi yang terletak berdekatan dengan kediaman penduduk kampung. Sementara itu, seorang lagi penduduk, Muhamad Omar, 65, berkata, kotoran itu menyebabkan ikan sungai tidak dapat membiak. “Saya sering meletak serkap di sungai ini, namun kecewa apabila mendapati perangkap sering kosong. “Saya sedih melihat keadaan sungai, sedangkan sebelum ini sungai sepanjang 20 hingga 35 kilometer bermula dari Felda Kemahang Tiga hingga Sungai Gutong Tersang Tok Deh bersih dan jernih,” katanya. Sebelum ini, katanya, pihak penguat kuasa ada datang untuk mengetahui lebih lanjut berhubung kejadian itu, namun sehingga kini tiada tindakan diambil. Sehubungan itu, penduduk berharap pihak Jabatan Alam Sekitar memantau keadaan air Sungai Tasik Garu di sini, untuk kebaikan penduduk sekitar. Sumber - Sinar Harian

Lima kampung dipukul ribut
Norhashimah menunjukkan bahagian bumbung rumahnya yang diterbangkan ribut.
JERTIH - Lebih 20 rumah di lima kampung mengalami kerosakan selepas dipukul ribut dalam kejadian hujan lebat yang melanda daerah ini, petang semalam. Kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu membabitkan Kampung Kayu Kelat di Hulu Besut serta Kampung Tok Kundur Bukit Kenak, Alor Saji, Bukit Kenak dan Gong Kulim di kawasan Dun Jertih. Antara paling banyak melibatkan kerosakan adalah di Kampung Kayu Kelat apabila lapan rumah mengalami kerosakan di bahagian bumbung. Seorang mangsa yang masih dalam pantang selepas melahirkan anak sulung, Siti Norbaiyah Che Ya, 19, berkata, kejadian itu nyaris mencederakan bayi lelakinya yang berusia 34 hari apabila atap asbestos jatuh menghempap tilam tempat anaknya tidur, hanya beberapa saat selepas dia mengambil anaknya itu. Menurutnya, ketika kejadian, dia sedang menidurkan anaknya, Muhammad Zulamsyar Mohd Zulhimi dalam sebuah bilik di rumah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) itu, sementara dua adiknya, Syuhada, 17 dan Muhammad Lokman Hakim, 11, berada di bahagian ruang tamu, manakala ibu bapanya tiada di rumah. “Saya terdengar tiupan angin kencang lalu melihat melalui tingkap di dalam bilik, air di sawah padi belakang rumah saya bagai berombak. Pada masa sama, hujan lebat diikuti bunyi atap rumah mahu terangkat lalu saya capai anak yang sedang tidur untuk keluar menyelamatkan diri. "Hanya beberapa saat kemudian, jatuh kepingan atap menghempap tempat anak saya tidur. Saya menjerit dan menangis sambil mendukung anak lalu mengarah adik lari menyelamatkan diri. Ketika menyelamatkan diri ke rumah saudara berhampiran, saya lihat serpihan atap melayang ke arah saya,” katanya di rumahnya, semalam. Akibat kejadian itu, separuh atap rumah ibunya diterbangkan ribut sejauh hampir 30 meter, namun kesemua mereka tidak mengalami kecederaan kecuali Lokman yang mengalami luka kecil di dahi akibat terkena serpihan atap yang pecah. Sementara itu, Norhashimah Nor, 47, dari Kampung Tok Kundur, Bukit Kenak berkata, ketika kejadian dia bersama ibunya, Masitah Abd Rahman, 68, berada dalam rumah sebelum dikejutkan bunyi kuat. Selepas itu katanya, air membasahi lantai rumah dan apabila keluar, dia mendapati atap asbestos di bahagian depan rumah sudah tiada kerana diterbangkan angin. “Biarpun atap rumah rosak tetapi kami bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan, namun agak terkejut dengan kejadian yang menimpa kami ini,” katanya. Sumber - Sinar Harian

Pengantin baharu nyaris maut
Orang ramai cuba membetulkan keadaan kereta yang terbalik di
Kampung Padang Landak, Jertih, semalam.
BESUT - Sepasang suami isteri yang dikatakan baharu diijabkabulkan, malam kelmarin, nyaris maut apabila kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka terbalik dengan keadaan keempat-empat tayar berada di atas dalam kejadian di Kampung Padang Landak dekat Jertih, kira-kira jam 7.30 pagi, semalam. Pasangan wanita berusia 24 tahun dan suaminya 21 tahun itu dikatakan baharu melangsungkan perkahwinan pada malam kejadian dan dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke kampung halaman mereka di Kuala Krai, Kelantan. Sebelum kejadian, mangsa dikatakan cuba mengelak sebuah lori yang secara tiba-tiba masuk ke lorong kanan akibat cuba mengelak sebuah kereta lain yang mahu keluar simpang kiri jalan. Ketika cuba mengelak, kenderaan mangsa bergesel dengan lori tersebut menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu melanggar dan menaiki pembahagi jalan seterusnya kereta terbalik. Pemandu kereta yang merupakan pengantin lelaki mengalami luka kecil, manakala isterinya cedera di bahu. Sumber - Sinar Harian

Penangkap udang diserang buaya
Ewa dibawa ke Hospital Kuantan untuk rawatan akibat parah di lutut kiri selepas
diserang seekor buaya di Sungai Rompin.
ROMPIN – Seorang lelaki berketurunan Orang Asli yang bekerja sebagai penangkap udang galah dan tinggal di rumah rakit dekat Sungai Rompin berhampiran Kampung Tebu Hitam, di sini, nyaris maut selepas diserang seekor buaya. Mangsa, Ewa Judak, 34, parah di bahagian lutut selepas haiwan liar itu menggigit anggota badannya ketika dia baru selesai mandi pada petang Sabtu lalu. Adik ipar mangsa, Kamis Hawa, 30, berkata, ketika kejadian, dia sedang bersembang dengan isteri mangsa dan secara tiba-tiba terdengar jeritan Ewa meminta tolong serta menyuruhnya menghulurkan tombak. Menurutnya, dia bergegas ke luar rumah dan terkejut melihat Ewa sedang mengerang kesakitan selepas kakinya digigit buaya berkenaan. “Saya tidak sempat mencapai tombak dan bergegas ke luar rumah untuk melihat Ewa. “Alangkah terkejut kerana saya dapat melihat dengan jelas kepala buaya kira-kira setengah meter lebar sedang menggigit kaki Ewa,” katanya. Kamis berkata, dia pantas membantu Ewa dengan mengampu kedua-dua belah ketiak Ewa dan menariknya agar dapat melepaskan diri daripada gigitan haiwan itu. “Ewa kemudian berusaha membuka mulut buaya menggunakan kedua-dua belah tangannya sambil kaki kanannya menunjal kepala buaya untuk melepaskan diri. “Akhirnya Ewa dapat melepaskan diri dan buaya tersebut berundur lalu saya segera bawa masuk Ewa ke dalam rumah serta meminta bantuan penduduk kampung untuk membawanya ke Hospital Rompin,” katanya. Menurut Kamis, Ewa yang tinggal di rumah rakit berkenaan bersama isterinya bernasib baik kerana ketika kejadian, Ewa mandi di atas kayu balak yang menjadi pelampung rumah rakit sekali gus menyebabkan buaya berkenaan tidak dapat bertindak agresif. “Saiz buaya itu agak besar menyebabkan ia tersepit di celah batang balak berkenaan dan tidak dapat bertindak agresif,” katanya. Sementara itu, Ketua Kampung Tebu Hitam, Ab Wahab Abdul Rani berkata, kali terakhir kejadian serangan buaya di Sungai Rompin sekitar 1970 dan mangsa sempat menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan. “Sudah lama tidak berlaku kejadian seperti ini yang semestinya menimbulkan kebimbangan penduduk dan pemancing luar untuk mencari rezeki di sungai. “Diharap orang ramai lebih berhati-hati ketika memancing di sungai Rompin agar kejadian sama tidak berulang,” katanya. Sumber - Sinar Harian

Pemain Ghana Bersedekah Bantu Penduduk Islam Brazil
Sulley Muntari
KUALA LUMPUR: Kebiasaannya peminat bola sepak mengetahui pemain manakah yang mendapat pendapatan paling tinggi dan mereka yang menghimpun pelbagai jenis kereta sukan selain skandal bersama wanita. Tetapi berapa ramai pula yang tahu siapakah pemain bola sepak dunia paling pemurah dalam saingan Piala Dunia kali ini. Dipetik daripada abhamz.com, dermawan yang dimaksudkan ialah bintang Ghana, Sulley Muntari yang juga pemain tengah AC Milan. Muntari yang beragama Islam sebelum ini cukup terkenal di Ghana apabila dia membina sebuah masjid di kampung halamannya selain kerap membantu saudara seIslam yang kesusahan. Berikutan itu, dalam kempen Piala Dunia kali ini, Muntari mendapatkan pelepasan khas daripada jurulatihnya, Kwesi Appiah untuk ke kawasan penempatan masyarakat Islam miskin di Brazil iaitu di Maceio untuk bersedekah. Ketika berjalan dan bergambar bersama masyarakat Islam di situ Muntari turut menghabiskan wangnya dengan bersedekah sebagai usaha membantu saudara seIslam yang kesusahan. Sumber - Harakah Daily

3 Sahabat Cedera Ditetak Di Pulau Perhentian
BESUT – Tiga sahabat cedera di beberapa bahagian badan dipercayai akibat ditetak dengan pedang selepas terlibat pergaduhan dengan sekumpulan lelaki dalam kejadian di Pulau Perhentian, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 2 pagi itu, tiga mangsa berusia antara 22 hingga 31 tahun dikatakan datang ke pulau berkenaan untuk berjumpa kumpulan suspek tersebut bagi menyelesaikan perselisihan faham yang berlaku antara mereka.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, semua mangsa berjumpa dengan suspek di sebuah pantai di pulau tersebut dan dalam pertemuan itu, dikatakan berlaku pergaduhan antara dua kumpulan berkenaan di Pasir Panjang.
“Tiga sahabat itu cuba mempertahankan diri tetapi gagal sebelum dipercayai diserang kumpulan suspek.
“Sebaik puas melepaskan marah, mangsa ditinggalkan di lokasi kejadian dalam keadaan kesakitan sementara kesemua suspek melarikan diri,” katanya.
Kamaruddin berkata, kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Besut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan lanjut.
Menurutnya, kejadian itu menyebabkan mangsa pertama berusia 31 tahun cedera di kepala, leher dan kaki kanan, manakala dua rakannya masing-masing berusia 27 tahun dan 22 tahun pula cedera di kepala dan belakang badan serta kepala dan rusuk kanan.
“Ketiga-tiga mangsa dilaporkan stabil dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca dan motif sebenar kejadian. Usaha mengesan kesemua suspek yang dipercayai melebihi lima orang sedang dijalankan.
“Motif kejadian dipercayai perselisihan faham akibat hutang dan orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diharap dapat menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata maut dalam rusuhan.
Kamaruddin turut menasihati masyarakat agar tidak mengambil tindakan sendiri sehingga mengakibatkan pergaduhan dan kecederaan jika berdepan sebarang masalah, sebaliknya diselesaikan dengan cara baik.
Sumber: Sinar Online
TOP
Pekerja Indonesia kirim RM3 juta wang setahun
Jailani Johari (dua dari kiri ), bersama Herman Prayitno (dua dari kanan) saling bersalaman sebagai tanda simbolik perasmian Perkhidmatan Kiriman Wang Ekspres Antarabangsa disaksikan oleh Iskandar Mizal Mahmood (kiri) dan Budi Setiawan (dua dari kanan) di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 23 Jun - Tenaga Kerja Indonesia (TKI) yang berjumlah 2.5 juta di Malaysia menjadi penyumbang terbesar kiriman wang ke luar negara dengan mencatat jumlah sebanyak AS$2.5 juta (RM8.05 juta) atau 33.7 peratus bagi tahun 2013. Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno berkata, bagi tahun lalu sahaja TKI mengirim wang sebanyak RM3 juta atau lebih 1 trilion Rupiah ke kampung halaman masing-masing dan jumlah itu meningkat tujuh peratus setiap tahun. Katanya, secara keseluruhan TKI menghantar wang ke luar negara berjumlah AS$7.4 juta (RM23.82 juta) pada tahun lalu meningkat 7.2 peratus berbanding 2012. "Dengan adanya peningkatan penghasilan setiap tahun, nilai kiriman wang ini akan terus bertambah pada tahun-tahun akan datang," katanya. Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran International Express Money Order (IEMO) di sni hari ini. Yang turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari; Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Datuk Iskandar Mizal Mahmood dan Direktur Utama PT Pos Indonesia, Budi Setiawan. IEMO merupakan kerjasama antara Pos Malaysia dan Pos Indonesia bagi membolehkan pekerja Indonesia di negara ini mengirim wang dengan saluran yang betul, pantas dan selamat. Perkhidmatan itu boleh didapati di semua rangkaian Pos Malaysia dan 4,000 Pos Indonesia dengan kiriman wang maksimum RM2,000 setiap hari bergantung kepada nilai tukaran mata wang asing. Jumlah had kiriman itu dijangka meningkat AS$2,000 (RM6,400) setiap hari. Sementara itu, menurut Budi, pihaknya mengunjurkan sebanyak lima peratus daripada keseluruhan TKI yang berdaftar di Malaysia menggunakan perkhidmatan itu. "Angka itu dijangka meningkat berdasarkan ciri-ciri keselamatan yang disertakan bersama perkhidmatan ini," katanya. Sumber - Bernama

Mexico Akur Hernandez Ubah Nasib Pasukan
RECIFE – Kehadiran Javier Hernandez selaku pemain gantian disifatkan jurulatih Mexico, Miguel Herrera sebagai elemen penting membantu kemenangan 3-1 skuad El Tri itu ke atas Croatia, awal pagi tadi.
Ketika Mexico yang muncul naib juara Kumpulan A dan akan menentang Belanda pada pusingan berikutnya dilihat bersedia untuk seri, penyerang Manchester United itu yang dimasukkan pada babak kedua itu berjaya mengubah rentak perlawanan.
Hanya seminit selepas dimasukkan, Hernandez mencipta peluang terbaik namun penalti yang diminta Mexico dinafikan sebelum kapten, Rafael Marquez meledak gol pertama sepuluh minit kemudian diikuti jaringan kedua oleh Andres Guardado, tiga minit permainan berselang.
Dan Hernandez kemudian melengkapkan gol ketiga di penghujung perlawanan yang juga jaringan pertama pemain dikenali Chicharito itu sejak kali terakhir menjaringkan gol pada Piala Konfederasi tahun lalu.
“Kami memerlukan seseorang yang boleh memberi revolusi kepada permainan kami,” kata Herrera. “Javier melakukan kerja yang baik, dia masuk dan mengawal bola dengan baik jaringan yang dilakukannya juga amat hebat.
“Kami tahu dia akan memberikan segala-galanya dan kami gembira dengan sikapnya hari ini dan sepanjang masa.”
Sumber: Reuters
TOP
El Nino: Kabinet Umum Langkah Awal Minggu Depan
KUALA LUMPUR – Kabinet dijangka mengumumkan langkah permulaan dalam menghadapi cuaca kering dan fenomena El Nino di negara ini, minggu depan.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, jawatankuasa khas Kabinet yang ditubuhkan untuk menghadapi fenomena itu akan mengadakan mesyuarat pada 30 Jun sekali gus mengumpul dapatan dan maklumat lanjut berhubung perkara itu.
“Jawatankuasa ini membolehkan pemantauan dan langkah persediaan dibuat secara menyeluruh. Kelak, semua langkah untuk menghadapi impak fenomena itu dapat diselaraskan di setiap negeri.
“Sebagai contoh, kita akan dapat rekod jumlah air di setiap empangan. Kita juga boleh tahu jumlah bekalan air mentah untuk kegunaan sesuatu tempoh dan adakah ia boleh tahan sepanjang fenomena itu,” katanya ketika menjawab soalan Senator Dr Ariffin S.M Omar di Dewan Negara, hari ini.
Jelas Mahdzir, agak sukar untuk kementeriannya memberi jaminan bahawa sumber air seperti dari empangan dan tangki simpanan mencukupi atau tidak terganggu ketika fenomena itu melanda negara.
Oleh itu katanya, pelbagai persediaan telah dibuat supaya bekalan air tidak putus dan boleh sampai kepada pengguna antaranya pengguna industri diminta menggunakan air bawah tanah, kolam dan tasik selain pengguna domestik diminta menjimatkan penggunaan air setiap hari.
Dilapor jawatankuasa khas itu ditubuhkan pada 15 Mei lepas yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) sebagai sekretariat.
Jawatankuasa Khas Kabinet ini akan memantau impak cuaca kering daripada berbagai aspek termasuk perubahan iklim, kesihatan dan pertanian.
Selain itu, penubuhan jawatankuasa akan membolehkan pemantauan dan pelaksanaan langkah-langkah mitigasi di peringkat nasional yang lebih menyeluruh bagi menyiapsiagakan negara untuk berdepan dengan fenomena El Nino ke atas semua sektor ekonomi dan sosial yang menggunakan air.
Baru-baru ini Jabatan Meteorologi Malaysia telah membuat ramalan bahawa negara dijangka mengalami Monsun Barat Daya iaitu musim kering pada bulan Jun sehingga September tahun ini.
Selain itu, ramalan Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) bahawa fenomena El Nino berkemungkinan berlaku pertengahan tahun ini yang boleh berlanjutan antara enam hingga 18 bulan akan lebih memburukkan keadaan bekalan air negara khususnya bagi negeri Selangor dan Kuala Lumpur yang paling teruk terjejas semasa cuaca kering yang lalu akibat kekurangan simpanan air mentah.
Sumber: BERNAMA
TOP
2 Beradik Ditemui 5 Km Dari Lokasi Dibawa Lari
Gambar hiasan
Kuala Lumpur – Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dan adiknya tiga bulan yang dibawa lari bersama kereta Proton Gen 2 di Puchong Perdana, 7 pagi tadi ditemui selamat. Kanak-kanak itu ditemui seorang pekerja kilang berusia 58 tahun selepas ternampak mangsa sedang berjalan sambil mendukung adiknya di kawasan perindustrian Puchong Jaya iaitu lima kilometer dari lokasi dia dilarikan. Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli, kejadian berlaku ketika si ibu menghantar abang dan kakak mangsa ke rumah pengasuh dan meninggalkan kereta dengan enjin tidak dimatikan. “Ketika itu suspek masuk ke dalam kereta dan membawa lari kedua-dua mangsa yang berada di dalam kereta terbabit. Suspek turut mengacukan pisau kepada mangsa,” katanya. Polis masih menjejaki suspek dipercayai seorang remaja lelaki memakai pakaian seragam sekolah yang membawa lari kereta berkenaan dengan nombor pendaftaran WLF4727 Proton Gen 2 berwarna biru. Sumber: myMetro Online

565 Pelajar Antarabangsa Salah Guna Pas Pelajar
KUALA LUMPUR – Sebanyak 565 pelajar antarabangsa didapati melanggar peraturan dan menyalahgunakan pas pelajar setakat ini, persidangan Dewan Negara diberitahu.
Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching berkata daripada jumlah itu, pelajar dari Nigeria merekod jumlah tertinggi iaitu 159 orang melibatkan 141 lelaki dan 18 perempuan.
“Ini diikuti pelajar dari China seramai 115 orang (74 lelaki dan 41 perempuan), Indonesia 29 orang (9 lelaki, 20 perempuan), Iran 17 orang (10 lelaki, 7 perempuan), Bangladesh dan India masing-masing 14 orang (9 lelaki, 5 perempuan) dan Vietnam 13 orang (12 lelaki, 1 perempuan) dan lain-lain negara (204),” katanya.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Adam Abdul Hamid yang ingin tahu jumlah pelajar antarabangsa yang melanggar peraturan dan menyalahgunakan pas pelajar mereka.
Yap berkata Kementerian Pendidikan memandang serius isu penyalahgunaan pas pelajar oleh pelajar asing dan sentiasa menjalankan pemantauan berterusan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen.
“Selain itu PDRM dan Imigresen boleh mengambil tindakan secara terus kepada institusi pengajian tinggi (IPT) sekiranya didapati cuai dalam proses mengurus dan memantau pelajar antarabangsa yang berdaftar di IPT tersebut,” katanya.
Sumber: BERNAMA
TOP
Nokia Memperlihatkan Seluar Yang Hadir Dengan Sokongan Pengecasan
Nokia beberapa kali sebelum ini telah memperlihatkan produk mereka dengan beberapa perkara berkaitan fesyen. Terkini, Nokia hadir memperlihatkan sokongan pengecasan tanpa-wayar pada seluar hasil bekerjasama dengan perekabentuk A. Sauvage.
Melalui seluar tersebut, pengguna hanya perlu memasukkan telefon pintar anda yang hadir dengan sokongan pengecasan tanpa-wayar ke dalam poket, dan peranti anda akan dicas menggunakannya.
Untuk menjayakan perkara ini, seluar ini hadir pengecas tanpa-wayar Nokia DC-50 dan bateri berkapasiti 2400mAh, serta menggunakan sokongan pengecasan induktif. Seperti biasa, terdapat beberapa kekangan, dimana pengguna perlu mengecas kembali apabila ia habis digunakan, dan berkemungkinan perlu mengeluarkannya sebelum membasuh seluar berkenaan.
Nokia mengatakan seluar ini bakal dijual melalui Amazon tidak lama lagi, membolehkan mereka yang berminat untuk mendapatkannya.
Sumber: Amanz.my
TOP
Kastam Tumpas Sindiket Seludup Kereta Mewah
IPOH – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan kereta mewah dengan tertangkapnya empat lelaki termasuk dua penjawat awam dan merampas enam kenderaan itu di Perak, Lembah Klang dan Pahang sejak 26 Mei lalu.
Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Datuk Hassan Ibrahim, berkata pihaknya turut menahan lima penjawat awam termasuk yang berjawatan tinggi kerana membeli kereta mewah termasuk Toyota Estima dan Honda Odyssey yang dijual secara tunai hanya pada harga antara RM20,000 hingga RM70,000 sebuah.
Beliau berkata, sindiket berkenaan membawa masuk kenderaan mewah berkenaan dari Singapura dan kemudian mencari pembeli dengan mensasarkan kalangan penjawat awam sebagai pelanggan mereka.
Katanya, siasatan mendapati semua kenderaan berkenaan yang dibawa masuk secara sah dr Singapura tetapi tidak dibawa pulang selepas 30 hari, sudah melepasi pemeriksaan Unit Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) dan proses itu dipercayai dipermudahkan oleh kakitangan kerajaan yang ditahan bersama anggota sindiket itu.
Beliau berkata demikian pada sidang media di sini sebentar tadi.
Sumber: BH Online
TOP
JPJ Sabah Kutip Lebih RM3j Kompaun Dari Jan-Mei
KOTA KINABALU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah merekod kutipan kompaun RM3,059,130 menerusi 36,629 notis yang dikeluarkan antara Januari hingga Mei lalu.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPJ Sabah, Datuk Yusof Ayob berkata jumlah kutipan denda mahkamah yang dikeluarkan pula berjumlah RM1,005,790.
Beliau berkata sepanjang tempoh itu, 15,877 kes dicatat berhubung kesalahan lesen memandu dan 5,023 kes berkaitan lesen kenderaan motor (LKM)/cukai jalan.
Katanya tujuh kesalahan utama yang dikesan dilakukan pemandu ialah tidak memakai tali pinggang keledar (1,048 kes), memotong garisan berkembar (801 kes), potong barisan (617 kes), tidak mematuhi lampu isyarat (560 kes), menggunakan telefon bimbit (149 kes), tidak memakai topi keledar (73 kes) dan menggunakan lorong kecemasan (53 kes).
Menggunakan cermin gelap (4,509 kes), nombor pendaftaran (951 kes), ubai suai kenderaan (705 kes) dan pemasangan lampu putih (278 kes).
JPJ melakukan operasi di Jalan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Mini Putrajaya, Likas malam tadi yang memeriksa 290 kenderaan.
Yusof berkata 70 buah kereta diambil tindakan dan tiga motosikal disita atas pelbagai kesalahan.
Sebanyak 106 notis amaran turut dikeluarkan.
Sumber: BERNAMA
TOP
Bapa remaja OKU sudah meninggal dunia - Rohani
SEREMBAN: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, mengesahkan bapa remaja OKU, Muhammad Firdaus, iaitu Dullah Sibil, sudah meninggal dunia ketika berumur 51 tahun di Sabah pada 22 Januari 2012.
Beliau berkata demikian selepas melawat remaja OKU yang ditemui dalam keadaan menyedihkan di Flat Taman Semarak, Nilai di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban, hari ini.
Sumber: BH Online
TOP
Surat terbuka peminat misteri untuk Wardina berhubung isu kritik Kerajaan
Seorang peminat misteri yang tidak diketahui identitinya telah menulis satu surat terbuka kepada model dan pelakon terkenal, Wardina Safiyyah berhubung kritikannya terhadap kelalaian pihak kerajaan dalam memberikan bantuan kepada seorang golongan OKU bernama Muhammad Firdaus Dullah.
Sebelum ini, Wardina menerusi akaun facebooknya telah mengecam kerajaan kerana menganggap penderitaan yang ditanggung Muhammad Firdaus Dullah adalah kegagalan pihak kerajaan mengagihkan bantuan kepada OKU secara efesien.
Sumber - panasartis.blogspot
No comments:
Post a Comment