Wednesday, June 18, 2014
Berita Terkini 18 June 2014
TOP
Lengan Besar Sebelah Bawa Tuah
SEORANG warga Jerman yang dilahirkan dengan lengan kanannya bersaiz besar telah berjaya dalam kariernya sebagai ahli gusti lengan profesional. Matthais Schlitte mempunyai penyakit tulang yang jarang-jarang berlaku yang menyebabkan tangan kanannya dua kali ganda lebih besar berbanding saiz lengan kirinya, dengan ukur lilit lengan sekitar 46cm. Dia yang berusia 27 tahun itu telah menjadi juara dunia dalam sukan yang diceburinya, meraih lapan gelaran di kejohanan kebangsaan Jerman dan 12 gelaran antarabangsa. Dia menjelaskan kerjayanya bermula pada tahun 2004 selepas dia pergi ke sebuah bar di bandar Haldensleben, Jerman, tempat di mana dia dilahirkan. "Sebuah bar kecil di Haldensleben sedang mencari ahli gusti lengan yang paling kuat di rantau ini dan kejohanan itu menjadi kejohanan pertama saya dan permulaan kerjaya saya,' jelasnya di laman web rasmi. "Tanpa apa-apa pengetahuan atau latihan saya bertanding sebagai seorang amatur bagi kategori 90kg ke atas ketika berumur 16 tahun dengan berat 65kg. "Pada mulanya, lawan saya yang lebih tua dan berpengalaman tersenyum melihat saya yang begitu ringan tetapi selepas menang, pendapat mereka mula berubah," katanya. Dia menambah perkaitan di antara gusti lengan dan orang mabuk di pub adalah 'benar-benar salah'.
TOP
Buah Dada 'Terlebih Besar' Pelatih Gym Berharga RM22,000 Pecah
SEORANG pelatih gym terpaksa hidup dengan buah dada palsunya bernilai £4,000 (RM21,952) yang dibuat dengan saiz terlebih besar, tetapi selepas itu terkejut apabila mendapati ia telah pecah. Kim Brockhurst, 51, di selatan Wales, mahu saiz buah dadanya dibesarkan dari saiz 32AA kepada 32B untuk ia lebih menonjol dan membuat pembedahan. Selepas pembedahan, dia meneruskan hidup dengan buah dadanya yang besar itu tetapi tidak lama selepas itu menyedari bahawa buah dadanya menjadi berbonjol-bonjol dan kelihatan seperti cacat. Brockhurst mendapati dia telah diberi implan Poly Implant Prothese (PIP) yang pecah apabila silikon yang dimasukkan ke dalam badannya bocor. Dia berkata: "Payudara kanan saya mempunyai lekukan besar dan implan di sebelah kiri telah pecah. "Pihak hospital akan mengeluarkan implan tersebut tetapi mahu saya membayar £3,800 supaya buah dada saya dapat dibentuk semula. "Teruk sekali apabila saya tidak mampu melakukan pembedahan itu apatah lagi selama ini silikon yang dimasukkan di dalam badan saya telah bocor. "Saya tak tahu ke mana ia pergi (hilang) dan ia amat merisaukan saya," katanya. Brockhurst akhirnya berjaya menjadikan saiz payudaranya kepada saiz lebih kecil iaitu 34D. Kos pembedahan dibayar dan dirakam oleh Channel 5 untuk program realiti TV 'Botched Up Bodies'. Kira-kira 400,000 wanita di seluruh dunia terjejas oleh PIP.
TOP
Peminat Tegar England Cukur Rambut Wajah Gerrard
SEORANG peminat tegar England menyatakan sokongannya terhadap pasukan Three Lions dengan mencukur rambutnya sehingga menampakkan wajah kapten pasukan, Steven Gerrard di bahagian belakang kepalanya. Walaupun ramai penyokong telah memilih mengibarkan bendera dan juga pelbagai cara lain untuk menyatakan sokongan terhadap pasukan kegemaran mereka yang bertanding di Brazil, Kai Ward telah melakukan sesuatu yang berbeza. Pemandu teksi dari Bognor Regis ini memotong rambutnya selepas melihat pasukan England tewas kepada Itali dalam perlawanan pertama Piala Dunia. "Saya nampak lucu bagi orang lain tetapi adalah sesuatu yang berbaloi jika ia boleh memberikan nasib yang baik kepada pasukan dengan daya tarikan seperti ini," katanya. Kami agak kagum dengan Gerrard, dan pada masa yang sama berasa bimbang. Ward jelas berniat baik, tetapi bayangkan jika dia berada dekat dengan anda pada waktu lewat malam. Potongan rambutnya telah dilakukan oleh pendandan rambut terkenal Bognor, Daren Terry.
TOP
Penjual Kuetiau Goreng Tetak Isteri, Pembantu Ditemui Bogel Di Dalam Bilik
ALOR SETAR: Seorang peniaga kuetiau goreng bertindak menetak dan mencederakan isteri dan pembantu gerainya dengan sebilah parang selepas menjumpai mereka berdua-duaan tanpa pakaian di dalam rumah sewanya. Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi Rabu di sebuah rumah yang disewa suspek di Kampung Langgar dekat sini. Suspek dan keluarganya berpindah ke rumah tersebut kira-kira seminggu yang lalu. Suspek melanjutkan tempoh perniagaannya sehingga 3 pagi atau 4 pagi sejak bermulanya kejohanan Piala Dunia. Namun, dia dipercayai balik ke rumah lebih awal untuk menonton perlawanan diantara Brazil dan Mexico yang bermula pada pukul 3 pagi. Suspek berusia 28 tahun itu menyerah diri di balai polis berdekatan selepas menetak kedua-dua mangsa. Isteri suspek berusia 32 tahun mengalami kecederaan parah di paha kiri manakala tangan kiri pembantu gerai berusia 19 tahun itu hampir putus. Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini. Suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 24 Jun ini untuk membantu siasatan. Kes disiasat dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
TOP
Anggota Geng Botak Suspek Kes Rogol Guru, Pelajar Ditahan
Polis menahan anggota Geng Botak yang dipercayai suspek kes rogol guru dan pelajar di Miri. Gambar Hiasan.
MIRI: Polis menahan tujuh anggota Geng Botak, termasuk seorang suspek utama yang terlibat dalam kes samun dan cubaan merogol seorang guru serta pelajar tingkatan dua di sini. Ketua Polis Miri Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, tujuh suspek itu kesemuanya lelaki rakyat tempatan berumur antara 20 hingga 35 tahun ditahan polis di pelbagai lokasi di sini dalam tempoh dua hari lepas. "Permohonan perintah tahanan reman akan dibuat pada petang ini, kita yakin dengan tangkapan suspek ini beberapa kes jenayah samun dan jenayah lain dapat diselesaikan" katanya kepada Bernama di sini, Rabu. Gan berkata, polis turut berjaya merampas kembali barang kemas dan telefon bimbit milik seorang guru wanita berusia 23 tahun yang disamun oleh suspek utama yang berusia 20-an, Isnin lepas.
TOP
Jurugambar Dibelasah Ambil Gambar Tertuduh Di Mahkamah
Jurukamera, Irwan Majid menunjukkan kepala dan tangannya yang lebam akibat diserang di mahkamah ketika membuat liputan.
KOTA BARU: Seorang jurugambar yang bertugas dengan akhbar harian berbahasa Melayu mengalami kecederaan kecil selepas diserang di Kompleks Mahkamah di sini kerana mengambil gambar tertuduh dalam kes pengedaran dadah. Penyerang yang tidak dikenali itu yang dipercayai mempunyai hubungan dengan tertuduh, ditahan pada pukul 11.45 pagi ekoran kejadian. Jurugambar, Irwan Majid, 30, yang mengalami lebam di kepalanya, membuat laporan polis di balai polis daerah di sini berhubung kejadian itu. Kameranya juga pecah akibat pergelutan.
TOP
Botol Susu Bertatah Berlian
Botol susu istimewa ini didatangkan dalam beberapa saiz. Foto Ihsan Mercury Press & Media Ltd.
BAGI kebanyakan individu, pastinya membeli botol susu dan pemegang puting bertatahkan emas itu sesuatu yang membazir dan keterlaluan. Namun, lain pula halnya bagi ibu dalam kalangan elit dan bangsawan apabila beranggapan botol susu plastik tidak memberi sebarang makna dalam kehidupan mereka. Bagi mereka, tidak salah untuk berbelanja mewa semata-mata untuk mendapatkan botol susu istimewa yang boleh mencecah harga hingga, £166,000 dan £83,000. Pengeluar botol susu itu berharap emas 18 karat dan berlian yang terdapat pada botol susu berkenaan dapat bertahan dengan suhu dalam pemanas botol.
Botol susu bertatah berlian dijual pada harga £83,000 dan £166,000.
Botol susu istimewa itu didatangkan dalam lima saiz berbeza, bermula dengan saiz 25 mililiter (ml) dijual pada harga £83,000, manakala £166,000 pula bagi saiz 200ml. Pembeli boleh memanjakan insan yang mereka sayang dengan membuat rekaan dan ukiran yang ditempah khas.
Puting bertatah berlian. Bukan itu sahaja, syarikat pengeluar turut mengeluarkan puting istimewa serta penggantung puting khas untuk memudahkan si ibu ketika menjaga bayi mereka. Botol susu mewah itu dikeluarkan oleh Suommo, yang turut menghasilkan rekaan menarik katil, buaian yang diinspirasikan daripada patung Russia dan pereka barangan kemas berpengalaman. Jurucakap firma mewah yang terbabit dalam penghasilan produk itu berkara, "Kilauan emas merah jambu pada botol susu dan puting berkenaan dapat menyentuh hati ibu bapa pada pandangan pertama. "Rekaan kami adalah hasil kerja seni yang sebenar, mereka sanggup mengorbankan masa yang agak lama untuk mendapatkan rekaan yang eksklusif dan elegan, katanya. Sebagai syarikat daripada jenama popular, matlamat kami untuk memenuhi permintaan pelanggan yang sentiasa mahukan kelainan. "Justeru, produk keluaran kami menekankan konsep mewah dan rekaan yang eksklusif. "Pereka barang kemas yang paling berpengalaman mengukir menggunakan emas putih, emas merah jambu dan berlian," katanya.
TOP
Segera Perjelaskan Bidang Kuasa Mais, Jais - Dr Asri
Dr Asri
KUALA LUMPUR: Kegagalan kerajaan Selangor menguruskan bidang kuasa antara dua entiti yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam adalah punca berlakunya konflik agama di negeri itu. Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkata, kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat seharusnya membezakan bidang kuasa antara Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi mengembalikan kuasa kepada Menteri Besar. Jelas Asri, kedudukan Jais sebagai agensi penguatkuasa agama seharusnya berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri serta bertanggungjawab terhadap Menteri Besar sebagai Ketua Eksekutif. "Ada kerumitan tentang Jais sebenarnya bertanggungjawab kepada siapa dan sejauh mana bidang kuasa kerajaan negeri. "Pertimbangkan semula mengenai apa bidang kuasa kerajaan negeri dengan Jais. Sekarang ini kita nampak Menteri Besar macam tidak boleh buat apa-apa," katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen di sini, Rabu. Tambah Asri, situasi di Selangor memperlihatkan polisi kerajaan negeri gagal dicerminkan oleh Jais kerana agensi itu bertanggungjawab kepada Mais. Mais ditubuhkan di bawah Seksyen 5, Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1952 yang bertujuan menasihatkan Sultan Selangor dalam hal ehwal Islam dan adat Melayu. Konflik agama di Selangor, terutamanya membabitkan Islam dan Kristian timbul apabila Jais merampas 321 kitab Bible berbahasa Melayu dan Iban daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM) di Damansara awal tahun lalu. Bagaimanapun Khamis lepas, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan mengarahkan Jais yang berada di bawah Mais memulangkan semua bible yang dirampas itu. Arahan itu dibuat berikutan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memaklumkan tidak ada sebarang pendakwaan akan dibuat berhubung kes rampasan Bible dan kes itu ditutup. Bagaimanapun, Mais mengeluarkan kenyataan enggan memulangkan bible berkenaan kerana yakin terdapat klausa dalam Enakmen Agama Bukan Islam 1988 yang membolehkan kes itu di bawa ke mahkamah. Mengulas lanjut, Asri berkata, konflik yang sama akan berulang jika kerajaan negeri tidak melakukan pengasingan kuasa antara Mais dan Jais. "Konflik akan berterusan selagi mereka tidak terjemahkan kuasa mereka (Mais dan Jais). "Kerajaan negeri Selangor perlu kembali memperbetulkan bidang kuasa mereka," katanya.
TOP
Penumpang Berlebihan Punca Bot Karam - Polis
Anggota APMM menemui mayat salah seorang pendatang tanpa izin dalam kejadian bot karam kira-kira dua batu nautika dari Sungai Air Hitam di sini, Rabu.
BANTING: Siasatan awal polis mendapati muatan penumpang berlebihan adalah antara punca bot yang membawa 97 warga Indonesia karam di kira-kira dua batu nautika dari Sungai Air Hitam di Pulau Carey awal pagi Rabu. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azman Abd Razak berkata, bot seumpama itu biasanya boleh membawa penumpang hanya kira-kira 40 hingga 50 orang. Katanya, bagaimanapun siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar. "Kita sedang menjalankan gerakan mengenal pasti punca kejadian, siapa pemilik sebenar bot tersebut, destinasi dan bagaimana proses perjalanan ini berlaku sehingga berlakunya kejadian ini... difahamkan semasa kejadian ada berlaku ribut," katanya dalam sidang media di sini, Rabu.
Sebahagian pendatang tanpa izin Indonesia yang terselamat dalam kejadian bot karam.
Katanya, setakat ini seorang mangsa ditemui mati, manakala 61 lagi termasuk seorang kanak-kanak perempuan ditemui selamat. "Mayat dihantar ke Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah manakala mereka yang terselamat disiasat oleh Kastam Diraja Malaysia dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyuludupan Migran 2007. "Kemungkinan baki mangsa yang belum ditemui untuk hidup adalah tinggi memandangkan kejadian ini tidak sampai tempoh 24 jam dan paras air di kawasan berkenaan tidak dalam. Beliau berkata kesemua mangsa yang ditemui tidak memakai jaket keselamatan. "Anggaran usia para penumpang antara enam tahun dan 60 tahun dan identiti sebenar mereka akan dikenal pasti selepas proses dokumentasi dijalankan," katanya. Ketika ini usaha mencari dan penyelamat baki mangsa dianggarkan 34 orang sedang giat dijalankan dan operasi meliputi kawasan di pesisiran pantai Daerah Kuala Langat iaitu kira-kira empat batu nautika dari tempat kejadian, katanya. Operasi disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia, Majlis Daerah Kuala Langat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Persatuan Nelayan. APMM juga menggunakan helikopter jenis AW139 dalam operasi itu.
TOP
Tongkang Karam: Dua Mati, 58 Diselamatkan, 37 Masih Hilang - Shahidan
Dua mayat PATI dalam insiden bot karam dikumpulkan di Jeti Kelanang, Kuala Langat.
KUALA LUMPUR: Dua orang disahkan mati manakala 58 lagi berjaya diselamatkan ekoran kejadian tongkang karam di perairan Banting, awal pagi Rabu kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim. Shahidan, yang juga bertanggungjawab bagi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara, berkata 37 orang lagi mangsa masih belum ditemui. Dalam sidang akhbar yang diadakan pada pukul 1.30 petang di lobi Parlimen, Shahidan berkata 97 penumpang yang menaiki tongkang terbabit dipercayai pendatang tanpa izin. Bot itu dipercayai bertolak dari Kampung Ayer Hitam, Pulau Carey menuju ke Acheh, Indonesia, katanya, sambil menambah bangkai kapal ditemui di muara Kuala Langat oleh kapal menyelamat. Tongkang tersebut dilaporkan karam pada jarak dua batu nautika dari Sungai Air Hitam, Selangor kira-kira tengah malam Rabu. Satu panggilan kecemasan telah diterima oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Banting Bomba kira-kira pukul 12.24 Rabu dan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang diketuai oleh Lt Kdr (M) Mohd Hambali Ya'akob tiba di tempat kejadian pada pukul 1 pagi. Shahidan berkata operasi mencari dan menyelamat dijalankan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Jabatan Marin (PGM), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) sedang diteruskan.
TOP
Kanak-Kanak Lelaki Jumpa Mumia Di Dalam Rumah Tinggalan
Mumia lelaki ditemui didalam sebuah rumah tinggalan di Dayton, Ohio, Amerika Syarikat.
HASRAT seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun untuk mengetahui kisah mengenai sebuah rumah tinggalan yang dipenuhi semak samun di Dayton, Ohio, dikejutkan dengan penemuan mumia yang tergantung di dalam almari rumah terbabit. Identiti mumia tersebut disahkan sebagai Edward Brunton, 53, yang mati akibat menggantung diri. Mayat tersebut difahamkan berada di rumah tersebut selama lima tahun. Ibu kepada kanak-kanak itu, Michelle McGrath berkata, anaknya yang dalam ketakutan memberitahu bahawa dia menjumpai mumia di dalam rumah tinggalan itu. "Pada mulanya, dia ingat ia hanyalah patung. Saya pelik mengapa jiran mangsa tidak terhidu bau busuk dari rumah Brunton ," kata McGrath. Brunton membeli rumah tersebut pada 2009 dan seorang koroner mengesahkan beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu. Siasatan polis telah dilakukan tetapi Brunton dipercayai membunuh diri.
TOP
Firma Malaysia Hilang Hak Milik Tanah Kelapa Sawit di Papua New Guinea
Hak milik tanah ladang kelapa sawit syarikat Malaysia di Papua New Guinea dibatalkan kerana aduan pemilik tanah adat. Gambar Hiasan
MELBOURNE: Sebuah mahkamah di Papua New Guinea (PNG) membatalkan dua hak milik tanah 99 tahun yang diberikan kepada Kuala Lumpur Kepong (KLK) Malaysia untuk membangunkan ladang kelapa sawit di kawasan 38,350 hektar di Collingwood Bay, Wilayah Oro, berikutan aduan pemilik tanah adat. Laporan oleh Fatima Hansia dalam blognya CorpWatch berkata, pemilik tanah tempatan mendakwa pembangunan kelapa sawit akan membebankan masyarakat, kerana penebangan pokok kawasan hutan hujan sebagai persediaan membuka ladang akan menghakis kepelbagaian bio dan corak kehidupan manakala sejumlah besar karbon dioksida dilepaskan. Anggota masyarakat mengalu-alukan keputusan itu dan menggesa mahkamah mengambil langkah susulan. "Kami menggesa kerajaan mengambil keputusan tegas...dengan membatalkan semua pajakan haram," dakwa jurucakap masyarakat berkenaan, Lester Seri, dalam blog PNGexposed. "Kes mahkamah memerlukan belanja tinggi dan di luar kemampuan kebanyakan penduduk kampung." Sejak lewat 1970-an, PNG berusaha menarik pelaburan daripada syarikat perniagaan tani asing untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan dengan mengeluarkan Pajakan Perniagaan Khas Pertanian (SABL) bagi membangunkan konsesi tanah. Setakat ini, 400 SABL meliputi lima juta ekar (kira-kira 2.02 juta hektar) dikeluarkan, kata blog itu. Di bawah Akta Tanah 1996, SABL hanya boleh dikeluarkan jika "satu perjanjian pajakan dalam borang diluluskan" atau satu "perjanjian pengambilalihan" ditandatangani. Ini bermakna negara mesti mempunyai satu perjanjian pajakan sah dengan pemimpin tanah adat dan kebenaran awal pemilik tanah yang terjejas.Bagaimanapun, sistem SABL dikecam baru-baru ini. Sebuah Suruhanjaya Penyiasat ditubuhkan pada 2011 selepas aduan daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) persekitaran dan hak asasi manusia terhadap "rampasan tanah" tanah adat. "Suruhanjaya Penyiasat mendapati berlaku salah guna berleluasa, pemalsuan, kurang koordinasi antara agensi kerajaan, kegagalan dan pegawai kerajaan yang tidak cekap untuk memastikan pematuhan, tanggungjawab dan ketelusan dalam proses SABL daripada peringkat permohonan sehingga pendaftaran, pemprosesan, kelulusan dan pemberian SABL," kata John Numapo, Ketua Pesuruhjaya dalam laporan akhirnya.
TOP
Insiden Penculikan Di Sabah Perlu Diatasi Segera - Shafie
Shafie Apdal.
PUTRAJAYA: Insiden penculikan di Sabah kebelakangan ini mesti diatasi segera agar tidak menjejas keyakinan rakyat terhadap tahap keselamatan negara, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal. "Saya berharap sungguh supaya perkara ini dapat kita banteras sebaik mungkin, sama ada pembabitan orang dalam, kelemahan pasukan keselamatan atau pun ada unsur-unsur rasuah dan sebagainya. "Buat apa yang sepatutnya. Jangan perkara ini di luar kawalan kita sehingga ia tidak boleh dikawal dan akan memudaratkan," kata Shafie. Beliau yang juga Anggota Parlimen Semporna, mengulas kejadian penculikan terbaharu di Kampung Sapang, barat Pulau Timbun Mata, Sabah pada 15 Jun. Dalam kejadian kira-kira 12.40 tengah malam itu, pengusaha pusat ternakan ikan dalam sangkar, Chan Sai Chiun, 32, dan seorang pekerja yang hanya dikenali sebagai Mazlan berumur sekitar 20-an diculik dua lelaki bersenjata di pusat itu. Ini merupakan kes penculikan ketiga di kawasan pantai timur Sabah tahun ini. Pada 6 Mei lepas, lima lelaki bersenjata menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik di Lahad Datu, sebulan selepas seorang pelancong wanita warga China diculik di sebuah resort di Semporna. Mengulas lanjut Shafie berkata kejadian seumpama itu menjejaskan kehadiran pelancong ke negeri itu. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata insiden penculikan di Sabah memberi impak negatif terhadap sektor pelancongan, terutama kedatangan pelancong dari China. Menurutnya, sehingga April lepas, sebanyak 76 penerbangan berjadual dan sewa khas dari China ke Kota Kinabalu telah dibatalkan.
TOP
Makanan Kegemaran Suarez Dirampas
Produk tofi kegemaran Uruguay yang dirampas dikatakan punca kekalahan pasukan itu pada perlawanan pertama Piala Dunia.
PENYOKONG Uruguay bimbang tindakan pihak berkuasa Brazil merampas makanan kegemaran pasukan itu membawa petanda buruk menjelang perlawanan menentang England pada kempen Piala Dunia 2014. Sejumlah 36 kilogram sapuan tofi berjenama dulce de leche yang menjadi hidangan pasukan dari Selatan Amerika itu dirampas sebaik tiba di Sete Lagoas dekat Belo Horizonte pada 9 Jun lalu. Berperisa karamel, ia sesuai dimakan bersama cake dan roti bakar dan menjadi kegemaran Luis Suarez. Setakat ini, pegawai di Lapangan Terbang Confins masih enggan melepaskan produk itu kerana masalah sijil kesihatan. Malah, sinonimnya Uruguay dengan hidangan itu menyebabkan insiden itu dikatakan menjadi punca kekalahan pasukan itu pada perlawanan sulung menentang Costa Rica pada Sabtu apabila tewas mengejut 3-1. Akhbar utama Uruguay, El Pais melaporkan: "Mungkin ada alasan lain yang menyebabkan kekalahan Uruguay 3-1 pada perlawanan pertama Piala Dunia, kekurangan dulce de leche selepas pihak berkuasa kesihatan Brazil merampas produk itu yang dibawa khas untuk pasukan negara." Agensi berita Uruguay pula berkata: "Ada ketikanya kekalahan yang dialami tiada kaitan dengan bola sepak."
TOP
13 Terbunuh, 20 Cedera Diserang Bom Ketika Menonton Piala Dunia
Letupan bom yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan Boko Haram.
SEKURANG-kurangnya 13 orang terbunuh dan 20 orang tercedera selepas satu bom diletupkan di bandar Damaturu, Utara Nigeria ketika orang ramai berkumpul menyaksikan perlawanan Piala Dunia. Seorang saksi mendakwa, penyerang melepaskan bom di lokasi yang dipenuhi orang awam pada Selasa malam, kemudiannya melarikan diri. Penyerang tersebut dikatakan seorang pengebom berani mati. Sehingga kini tiada sesiapa yang mengaku bertanggungjawab, namun bandar Damaturu dan sekitarnya dikuasai pemberontak Islam yang dinamakan Boko Haram. Kumpulan tersebut turut dilapor melepaskan bom di lokasi siaran Piala Dunia di Adamawa yang turut menyebabkan 14 terbunuh, manakala 12 lagi cedera. Menurut Reuters, Pengarah Hospital Pakar Sani Abacha mengumumkan 13 orang meninggal dunia termasuk seorang kanak-kanak dan sekurang-kurang 20 lagi cedera. Pihak kerajaan Nigeria menasihatkan agar tidak berkumpul di tempat awam menonton Piala Dunia bagi mengelak daripada serangan bom.
TOP
Penonton Risau Tangga Stadium Maracana Bergoyang
VIDEO mengenai tangga Stadium Maracana bergoyang tersebar ketika penonton-penonton menggunakan laluan itu untuk ke tempat duduk bagi menyaksikan perlawanan di antara Argentina dan Bosnia Ahad lalu. Salah seorang penonton yang turut menggunakan tangga tersebut mengakui berasa takut kemungkinan tangga yang diperbuat daripada kayu itu runtuh. "Apabila ramai orang menggunakan tangga itu, ia bergoyang dan kami terpaksa berhati-hati," jelas Jorge Martinez. Dalam pada itu, kerajaan Brazil berkata, pihaknya telah melakukan pemeriksaan mengenai dakwaan tersebut bagi memastikan keselamatan penonton. Namun persoalan timbul di kalangan peminat-peminata bola sepak mengenai tangga tersebut yang tidak diperbuat daripada simen. Namun berlainan pula di bahagian tempat duduk VIP yang diperbuat daripada batu konkrit dan lebih selamat.
Juan Miranda dari Chile berkata, dia cuba membeli tiket VIP untuk menyaksikan perlawanan negaranya dengan Sepanyol.
TOP
Rooney Kembali Ke Posisi No 10
Hodgson (kanan) bersama Rooney ketika sesi latihan England pada Rabu.
JURULATIH England, Roy Hodgson bersedia memperjudikan masa depannya dengan memberi kembali posisi No 10 kepada Wayne Rooney menjelang perlawanan bertemu Uruguay awal pagi Jumaat ini. Perlawanan penting kedua-dua pasukan yang dianggap hidup atau mati selepas masing-masing tewas pada perlawanan pertama sebelum ini. Rooney menjalani latihan pada Rabu dengan posisinya sebagai penyerang manakala Raheem Sterling akan bermain di bahagian kanan dan Danny Welbeck sebagai sayap kiri. Rooney mencatat 39 gol untuk England setakat ini namun masih perlu mencatat gol di Brazil selepas gagal berbuat demikian ketika tewas 2-1 kepada Itali Sabtu lalu. Dalam sesi latihan itu juga, skuad England turut menjalani latihan sepakan penalti oleh Rooney, Steven Gerrard, Frank Lampard, Rickie Lambert dan Leighton Baines. Perlawanan bertemu Uruguay ini bakal memberi jawapan sama ada skuad Hodgson ini akan meneruskan aksi ke peringkat kedua ataupun boleh mengucapkan selamat tinggal Brazil.
TOP
Myung-bo Gembira Keputusan Seri Ke Atas Rusia
JURULATIH Korea Selatan, Hong Myung-bo terpaksa berpuas hati dengan kedudukan seri 1-1- pada aksi pembukaan Kumpulan H bertemu Rusia awal pagi Rabu. "Kami gagal memenangi perlawanan ini, namun saya gembira kerana pemain-pemain berjaya mengikat mereka. "Perlawanan pertama ini sememangnya sentiasa sukar. "Sebelum ini kami mengkaji taktik yang diserapkan oleh jurulatih mereka sekaligus membuatkan kami bersedia dalam apa jua formasi yang dilakukan. "Pemain-pemain saya sudah melakukan yang terbaik dan mempamerkan displin yang memuaskan. "Hakikatnya kami terpaksa terima bahawa pemain-pemain Rusia sangat laju dan sentiasa memberi tekanan. "Saya memberitahu kepada semua pemain mereka boleh menggunakan corak hantaran jauh walaupun itu bukanlah satu arahan," jelas Myung-bo.
TOP
Surat Tunjuk Sebab: UMNO Pos Ke Alamat Baharu
PETALING JAYA – Sehari sebelum tarikh maklumbalas surat tunjuk sebab kepada Yammy Samat tamat, Umno memutuskan untuk melanjutkan tempoh itu sehingga akhir bulan ini. Keputusan itu dibuat selepas ibu pejabat parti itu mengirim surat kedua ke alamat baharu yang didiami ibu kepada calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud itu. Setiausaha Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Shaarani Mohamad ketika dihubungi mStar Online, memaklumkan surat terbaharu itu dipos pada Isnin. “Surat baharu dipos semalam (Isnin) dan oleh itu tempoh untuk beliau (Yammy) menjawabnya dikira 14 hari bermula 16 Jun,” katanya. Shaarani berkata, ibu pejabat memperoleh alamat terbaharu Yammy dan mengepos surat berkenaan pada Isnin. Sementara itu, Yammy berharap kali ini surat itu selamat sampai ke alamat yang betul iaitu di Kampung Tersusun Tawas Tambahan di Ipoh, Perak. “Saya masih belum terima surat tu sehingga ke petang ini (Selasa). Bagaimanapun saya sedia menjawab surat tunjuk sebab itu jika tempoh untuk menjawabnya dilanjutkan. “Itu adil buat saya berbanding kalau hari ini saya dapat surat dan hari ini juga saya kena jawab,” katanya. Kata Yammy lagi, lebih mudah jika surat itu dihantar ke Umno Bahagian Ipoh Barat kerana abangnya, Idris Samat adalah Ketua Cawangan (Kampung Tawas Tambahan). “Tentu sekali abang saya sendiri boleh tolong serahkan surat itu kepada saya,” katanya. Sebelum ini, isu surat tunjuk sebab terhadap Yammy timbul apabila beliau tidak menerima dokumen itu selepas didakwa membantu kempen calon parti pembangkang. Bagaimanapun, pemeriksaan mStar Online mendapati Yammy tidak menerimanya kerana Umno menghantar surat itu ke alamat rumah yang tidak didiaminya sejak 10 tahun lalu. Alamat rumah berkenaan diperoleh menerusi data dalam rekod keahlian parti itu. Sumber: mStar
TOP
Tak cadang pinda undang-undang tukar agama budak bawah umur – PM
KUALA LUMPUR: Kerajaan belum bercadang meminda peruntukan undang-undang berkaitan isu penukaran agama membabitkan kanak-kanak berusia bawah 18 tahun. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, berdasarkan peruntukan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan, agama bagi kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa atau penjaga. “Persetujuan salah satu pihak sahaja adalah memadai dalam penentuan agama seorang kanak-kanak kerana perkataan yang digunakan dalam Perkara 12(4) adalah ibu bapa atau penjaga, bukannya ibu bapa dan penjaga yang mana bermaksud ibu atau bapa atau penjaga. “Oleh itu semua pihak perlu tertakluk kepada undang-undang yang sedang berkuat kuasa memandangkan kerajaan belum meminda apa-apa peruntukan undang-undang,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Rabu. Beliau menjawab soalan M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang bertanya bila kerajaan mahu menggubal undang-undang berkaitan berhubung hak penukaran agama kanak-kanak. Menerusi soalannya, Kulasegaran merujuk kepada keputusan Kebinet pada 2009 yang mengharamkan kes penukaran anak tanpa kebenaran ibu dan bapa. Sumber: The Malaysian Insider
TOP
Golongan LGBT ‘beraksi’ di laman sosial, di mana silapnya?
KALAU dahulu, golongan berperilaku songsang atau lebih dikenali sebagai lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak berani menonjolkan diri. Dahulu, golongan ini sedar betapa perbuatan itu akan dikecam dan dihina oleh masyarakat. Namun, kebelakangan ini, golongangan tersebut menunjukkan keberanian luar biasa. Sudah tiada istilah ‘sorok-sorok’ bagi mereka, malah berani menegakkan hak mereka untuk menjadi golongan yang diiktiraf. Bagi puak-puak songsang ini, ajaran agama bukan lagi menjadi batasan. Hak asasi mengatasi segala-galanya. Inilah natijahnya apabila ada usaha-usaha pihak tertentu untuk mengiktiraf golongan songsang ini. Anda pasti menyedari mengenai usaha beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergabung di bawah pergerakan Comango untuk ’membantu’ golongan tersebut. Lebih menyedihkan, pertubuhan itu disokong oleh parti-parti politik dengan ada pemimpinnya secara terbuka mengatakan desakan pergerakan itu “tidak membahayakan negara”. Realitinya, LGBT merupakan antara penyebab beberapa buah negara dunia dihempap pelbagai masalah. Malah ada kawasan yang sudah pun dihancurkan dan kisah-kisah masyarakat songsang tersebut banyak diperkatakan di dalam kitab-kitab Samawi, sama ada tulen mahupun yang telah diubahsuai. Hanya golongan yang enggan menerima kenyataan bahawa mereka sebenarnya golongan terlaknat sahaja yang akan terus beralasan bahawa perbuatan mereka adalah suatu bentuk hak asasi manusia, walaupun sebenarnya mereka telah merampas hak asasi golongan majoriti yang bersifat normal. Gambar yang anda lihat di atas, bukanlah gambar luar negara. Ia adalah perlakuan rakyat Malaysia, orang Melayu dan mengaku beragama Islam tetapi bernafsu songsang. Ketika ramai hendak bercakap mengenai pertikaian halal atau haram produk coklat, bagaimana dengan amalan songsang ini? Adakah ianya sudah ada cop, logo dan telah distatuskan sebagai HALAL memandangkan sehingga sekarang, tidak ada satu pun operasi dilakukan untuk menghancurkan dan menghapuskan golongan ini? Adakah hanya kerana segelintir pemimpin politik menyokong perbuatan songsang tersebut, maka semua yang terlibat dibenarkan wujud dan hidup di negara ini? Sumber: newmalaysianpost.com
TOP
Malaysiakini Diperintah Fail Pembelaan Kes Saman PM
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan syarikat penerbit dan dua editor laman portal Malaysiakini.com memfailkan pembelaan berhubung kes saman fitnah yang difailkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh. Timbalan Pendaftar, Norfauzani Mohd Nordin, menetapkan 1 Julai depan untuk Mkini Dotcom Sdn Bhd, Ketua Editor Malaysiakini.com, Steven Gan dan Ketua Pengarang, Fathi Aris Omar (defendan) berbuat demikian. Kes itu didengar di dalam kamar dengan dihadiri peguam Ashok Kandiah yang mewakili semua defendan dan peguam Wan Azmir Wan Majid bagi pihak Najib dan Ab Rauf. Di luar mahkamah, Ashok Kandiah memberitahu pemberita bahawa Norfauzani turut menetapkan 15 Julai untuk Najib dan Ab Rauf memfailkan pernyataan balas iaitu selepas pembelaan difailkan defendan. Ditanya adakah pihaknya akan membuat permohonan untuk membatalkan saman tersebut, Ashok berkata “Saya akan merujuk kepada anak guam terlebih dahulu.” Norfauzani juga menetapkan 24 Julai untuk pengurusan kes. Pada 30 Mei lepas, Najib yang memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi dan Ab Rauf bagi pihak UMNO, mendakwa ketiga-tiga defendan telah melapor, mengeluar dan membenarkan penerbitan dua artikel berasingan bertajuk ‘A case of the PM reaping what he sows’ dan ‘How much will Najib spend to keep Terengganu?’. Kedua-dua artikel itu didakwa diterbitkan pada 14 Mei lepas. Plaintif mendakwa artikel itu diletakkan di bawah ruangan ‘Yoursay’ di laman web portal www.malaysiakini.com oleh defendan-defendan sendiri atau pembantu mereka melalui komen daripada pelanggan atau pengguna laman web itu yang kemudiannya digabungkan sebagai satu artikel di bawah tajuk utama. Artikel pertama iaitu ‘A case of the PM reaping what he sows’ adalah berkaitan dasar kerajaan dan hudud manakala artikel kedua ‘How much will Najib spend to keep Terengganu?’ berhubung isu kemelut politik di Terengganu bulan lalu. Najib dan Ab Rauf mendakwa defendan telah membenarkan penerbitan artikel berkenaan dengan sengaja selain mengetahui ia adalah tidak benar dan tuduhan melulu tanpa mempedulikan kebenarannya. Najib mendakwa kata-kata fitnah itu telah menjejaskan reputasinya sebagai ahli politik, presiden Umno dan perdana menteri. Selain itu, kedua-dua plaintif mendakwa komen berkenaan telah membawa maksud secara sindiran untuk menunjukkan UMNO tidak kompeten sebagai sebuah parti politik dan tulang belakang Barisan Nasional. Mereka juga mendakwa kata-kata finah itu bertujuan menggambarkan UMNO menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan parti politik dan sebuah parti yang tidak demokratik serta sengaja mengada-adakan situasi yang tidak diingini. Kedua-dua plaintif mendakwa akibat daripada penerbitan artikel itu, reputasi mereka terjejas teruk apabila UMNO dikecam terutama di media sosial dan media massa. Kedua-dua plaintif menuntut ganti rugi am dan khas yang akan ditaksirkan mahkamah serta ganti rugi teruk, ganti rugi keterlaluan, faedah, injunksi untuk menahan defendan-defendan atau pembantu mereka menerbitkan artikel itu dan perintah defendan-defendan menerbitkan permohonan maaf secara bertulis untuk diterbitkan di surat khabar dan kos. Sumber: BERNAMA
TOP
71 Kanak-Kanak Dikejar Ke Hospital Hidu Karbon Monoksida
MONTREAL: Seramai 71 kanak-kanak di pusat penjagaan Quebec dikejarkan ke hospital pada Selasa akibat keracunan karbon monoksida, menurut pihak berkuasa di Kanada. Pekerja pusat jagaan harian di Saint-Eustache, yang terletak 45 kilometer (30 batu) dari barat laut Montreal, meminta bantuan selepas mereka dan beberapa kanak-kanak mula muntah dan mengadu sakit kepala yang teruk. Gejala itu mula dikenal pasti pada kanak-kanak yang pada mulanya disangkakan tanda-tanda selsema oleh kakitangan pusat jagaan harian berekenaan. Tetapi mereka sedar ada sesuatu yang serius apabila mereka juga mula jatuh sakit, kata menteri kerajaan Quebec Francine Charbonneau pada sidang akhbar. "Lima kanak-kanak menunjukkan gejala yang lebih teruk daripada yang lain dan dirawat di hospital manakala yang lain masih di bawah pemerhatian, katanya. Karbon monoksida boleh menyebabkan sakit kepala, loya dan keletihan. Pendedahan berpanjangan boleh membawa maut. Sumber: mStar
TOP
Tolak tawaran ambil alih PLUS langkah tepat
KUALA LUMPUR: Penolakan tawaran yang dikemukakan oleh sebuah syarikat swasta untuk mengambil alih Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) oleh kerajaan merupakan langkah yang tepat dan terbaik untuk kepentingan rakyat, menurut dua Wakil Rakyat. Ahli Parlimen Sekijang di Johor, Anuar Manap berkata beliau yakin kerajaan telah membuat pertimbangan yang wajar dengan mengambil kira maklumat secara terperinci dalam menolak tawaran daripada Idaman Saga Sdn Bhd yang diumumkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, di Parlimen Rabu lepas. Idaman Saga adalah syarikat miliki tokoh usahawan Tan Sri Halim Saad. Abdul Wahid ketika mengumumkan keputusan itu, berkata penolakan itu adalah berdasarkan kepada maklumat dan andaian yang tidak tepat oleh syarikat berkenaan yang antara lain, berjanji tidak akan menaikkan kadar tol di lebuh raya yang menghubungkan keseluruhan Semenanjung Malaysia itu sehingga tamat tempoh konsesi pada 2038, sekiranya tawaran syarikat beliau berjaya. “Seperti yang diumumkan oleh menteri, andaian maklumat yang dikemukakan oleh Idaman Saga adalah tidak tepat. Kita sedia maklum dalam mana-mana transaksi perniagaan, pihak pembeli bertanggungjawab untuk menyediakan maklumat yang tepat. “Malah, kerajaan tidak berniat pun untuk menjual PLUS kerana ia kini dimiliki bersama dua agensi kerajaan iaitu Kumpulan UEM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),” katanya ketika mengulas keputusan itu. Ini adalah kali kedua tawaran pengambilalihan PLUS oleh Halim ditolak. Pada 2009, Halim menerusi satu lagi syarikatnya, Jelas Ulung Sdn Bhd, juga membuat cubaan yang sama, dengan nilai tawaran berjumlah RM26 bilion, tetapi ditolak setelah gagal membayar wang pertaruhan bernilai RM50 juta dalam tempoh dua minggu seperti yang disyaratkan. Anuar juga berkata beliau memperakui keupayaan dan latar belakang Abdul Wahid ‘yang bukan calang-calang orang’ kerana memang mempunyai kepakaran dalam bidang perbankan dan berpengalaman secara langsung dalam pengurusan lebuh raya. Sebelum dilantik menteri Kabinet tahun lepas, Abdul Wahid adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, iaitu kumpulan perbankan terbesar di Malaysia, dan sebelum itu juga Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UEM Berhad dan Naib Presiden Eksekutif PLUS Expressways Berhad. Anuar juga berkata: “Fikirkanlah, tiada mana-mana kerajaan di dunia ini akan melayan sebarang cadangan atau kertas konsep yang tidak tepat dan berdasarkan andaian untuk mengambil alih aset penting negara seperti PLUS menerusi sesi pertemuan santai. “Saya menyokong dan bersetuju bahawa kerajaan telah pun membuat keputusan yang sewajarnya dan terbaik bagi mengekalkan PLUS di bawah milik negara demi kepentingan rakyat,” katanya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang di Selangor, Sulaiman Razak, menyifatkan tawaran itu sebagai “tidak relevan”. “Tawaran itu kurang lengkap kerana ia cuma menyatakan manfaat daripada pengambilalihan sahaja. Ini nak ambil alih satu syarikat, bukan syarikat yang kecil tetapi tuan punya aset kritikal negara, yang merupakan tulang belakang kepada sistem pengangkutan negara. Kalau dari awal lagi kertas konsep dah tak lengkap, patutkah kerajaan pertimbangkan?,” tanya beliau. Beliau berkata dengan hanya menyatakan manfaat pengambilalihan tanpa meletakkan harga tawaran, memang tawaran itu nampak tidak serius. “Jadi di sini, tidak boleh salahkan kerajaan kerana tidak dapat mempertimbang tawaran itu,” katanya. Sulaiman juga mempersoalkan kenapa PLUS mesti dijual kepada pihak ketiga sedangkan dalam keadaan sedia ada lebuh raya PLUS diurus dengan baik oleh dua agensi kerajaan. Lebuh raya PLUS yang kini di bawah pemilikan usaha sama dua agensi kerajaan, KWSP dan Kumpulan UEM, bukan sekadar milik rakyat semata-mata, malah secara langsung memberi manfaat kepada lebih 14 juta pencarum KWSP. “Kalau ada pun keuntungan yang dinikmati oleh PLUS memberi manfaat kepada pencarum KWSP, kenapa keuntungan ini perlu dipindahkan kepada pihak ketiga?” tambah Sulaiman. “Pendapatan PLUS bertambah berikutan peningkatan jumlah trafik di lebuh rayanya. Walaupun hasil ini dipulangkan dalam bentuk dividen kepada pencarum KWSP, kita lihat PLUS masih boleh mengambil inisiatif dengan hasil yang mereka peroleh.” Walaupun tiada kenaikan tol sejak 2005 sehingga kini, pada masa yang sama PLUS mampu mengendalikan keselesaan lebuh raya untuk para penggunanya. “Dengan mengambil kira kadar trafik yang semakin bertambah, PLUS bukan sahaja telah membuat penambahan lorong daripada dua kepada tiga lorong dan kepada empat lorong, malah mereka juga menambahkan laluan-laluan keluar tertentu yang kesemuanya menggunakan peruntukan dana mereka sendiri”. Menurut Sulaiman lagi, penambahan lorong serta susur keluar yang dilakukan, bukan saja tidak membebankan kerajaan dari segi kewangan malah memudahkan perjalanan para pengguna PLUS. “Kalau kerajaan yang menguruskan lebuh raya, matlamatnya bukanlah untuk berniaga dengan rakyat. Keuntungan yang ada itu boleh diguna balik untuk keselesaan para pengguna lebuh raya.” Sumber: BERNAMA
TOP
Kes culik di Kunak: Isteri mangsa pastikan tidak terlepas jawab panggilan penculik
LAHAD DATU: Chin Pek Nyen sentiasa memegang dua telefon bimbit; satu miliknya dan satu lagi milik suaminya, dengan bateri yang dicas sepenuhnya. Dia tertunggu-tunggu sebarang perkhabaran daripada kumpulan penculik Filipina yang menculik suaminya, Chan Sai Chun pada Isnin. Empat penculik dikatakan menyelinap keluar ke selatan Filipina selepas menculik lelaki berusia 32 tahun itu dan seorang pekerja Filipina Maslan, 20, dari sangkar ternakan ikan mereka di Kg Sapang, Kunak kira-kira pukul 12.45 pagi. “Setakat ini, saya belum menerima sebarang panggilan. Saya bersedia untuk berbincang dengan mereka,” katanya kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner Omar Mammah, yang melawat pusat ternakan tersebut, yang terletak kira-kira 60km dari sini. Kelihatan tertekan, Chin berkata dia bagaimanapun sentiasa mendoakan keselamatan suaminya. Berikutan kejadian itu, dia segera menghantar anak saudaranya berusia dua tahun dan lima tahun, yang berada di bawah jagaan mereka tinggal dengan saudara-mara lain buat sementara waktu. “Saya akan menunggu panggilan dibuat. Mereka akan membuat panggilan, saya akan menunggu di sini,” kata Chin yang menyedari bahawa kumpulan lelaki bersenjata akan menghubungi keluarga untuk menuntut wang tebusan berdasarkan kejadian lalu. Kumpulan lelaki bersenjata dilihat meninggalkan lokasi kejadian menaiki sebuah bot dengan 40 kuasa kuda, menuju ke Pulau Batik sebelum menyeberangi Pulau Tawi Tawi di selatan Filipina. Mereka masih belum ditemui oleh polis Filipina dan pasukan keselamatan. Walau bagaimanapun, kedudukan Maslan sebagai mangsa tebusan masih tidak diketahui. Saksi mendakwa dia melompat dari bot yang dipandu laju dan berenang ke pantai. Maslan bekerja di sebuah pusat ternakan ikan dalam sangkar dan dipaksa oleh penculik untuk membawa mereka pergi ke tempat Chan semasa kejadian. Omar berkata kumpulan lelaki bersenjata itu juga mencuri dua set televisyen, enjin sangkut dan gerudi dari pejabat pusat ternakan itu. Mereka menculik Chan yang ketika itu keluar dari bilik untuk menyiasat bunyi bising dan punca anjing menyalak. Chin, yang berada dalam bilik yang dikunci melihat penceroboh, berkata mereka mengacukan senjata kepada suaminya, yang meminta supaya dengan mereka tidak mengganggu keluarganya. Chin berkata suaminya berkata, “Saya akan mengikut kamu.” Sumber: mStar
TOP
BMW Perkenal 4 Series Gran Coupé Serba Baharu
KUALA LUMPUR: BMW Group Malaysia memperkenalkan varian terbaharu dalam keluarga BMW 4 Series iaitu BMW 4 Series Gran Coupé Serba Baharu. Ia menandakan pengenalan pertama sedan eksekutif coupé kompak empat pintu yang memiliki keseimbangan sempurna di antara fungsi terbaik dan sofistikasi sebuah coupé yang luar biasa. Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Dr. Gerhard Pils berkata, BMW 4 Series Gran Coupé Serba Baharu memiliki elemen 'sporty' elegan dan moden yang luar biasa dalam segmen kenderaan bersaiz sederhana. "Model BMW ini adalah untuk pelanggan yang mahu tampil berbeza dan ingin diberi perhatian dalam segmen tersebut. "Ini kerana jentera tersebut menawarkan rekaan luaran dan dalaman terbaik. Selain kecekapan serta aspek sporty yang terbaik dalam kelasnya," jelasnya ketika pelancaran BMW 4 Series Gran Coupe Serba Baharu pada Selasa.
Dengan garis bumbung yang memanjang, ia nyata menyerlahkan keanggunan dan kehebatan perkadaran rekaan sebuah coupé BMW. BMW 4 Series Gran Coupé Serba Baharu telah menetapkan satu penanda aras baharu dalam segmennya sendiri melalui prestasi dinamik yang tiada tandingan, keselesaan luar biasa dan versatiliti mengagumkan.
Dr. Gerhard Pils disamping BMW 4 Series Gran Coupé Serba Baharu
Sebagai tambahan kepada kemudahan mengakses dan keselesaan tempat duduk untuk para penumpang, pintu belakang yang boleh dibuka dengan luas serta kapasiti kargo terbaik dalam kelasnya, ia sememangnya menyumbang kepada tarikan emosional dan kepelbagaian fungsi untuk digunakan pada setiap hari buat BMW Coupé empat pintu ini. Di bawah hudnya, terletak sebuah enjin BMW TwinPower Turbo penuh kuasa yang menawarkan prestasi dinamik, tetapi menjimatkan bahan api dan kurang emisi. Direka dengan pakej BMW EfficientDynamics, BMW 428i Gran Coupé Serba Baharu menampilkan satu bentuk jangkaan penukaran gear yang baru untuk mode Sport dan pemanduan selesa (Comfort). Sistem ini membolehkan penukaran gear dapat dilakukan secara lebih efektif untuk disesuaikan dengan permukaan jalan raya di hadapan demi maklum balas yang lebih pantas dan sporty (mode Sport) atau program penukaran jumlah gear yang lebih sedikit serta fokus kepada aspek keselesaan (mode Comfort). Reka bentuk: BMW 4 Series Gran Coupé Serba Baharu memberikan tanggapan serta-merta menerusi garis bumbung yang panjang, rekaan tingkap sisi dan bukaan pintu belakang luas bersama kontur-kontur yang diadun secara harmoni dengan rekaan keseluruhannya. Secara perbandingannya, BMW 428i Gran Coupé Serba Baharu berkongsi dimensi sama dari segi panjang, lebar, tinggi, tapak roda dan trek dengan varian BMW 4 Series Coupé yang elegan. Menjadi model sports coupé empat pintu yang pertama, perbezaan ketara di antara BMW 428i Gran Coupé serba baharu dengan BMW 4 Series Coupé adalah garis bumbungnya yang 112mm lebih panjang. Kelebihan itu memberikannya transisi yang lebih beransur ke bahagian belakang, sebelum dipadankan dengan empat buah pintu tanpa bingkai yang menyerlahkan karekteristik tersendiri BMW Coupé.
Perkadaran coupé yang sempurna pada BMW 4 Series Gran Coupé Serba Baharu dibuat bagi menawarkan ruang kepala lebih luas untuk semua tempat duduk, terutama demi keselesaan penumpang belakang. Ia juga menawarkan ruang kargo lebih luas dengan kapasiti keseluruhan sebanyak 480 liter, 35 liter lebih besar berbanding model coupe dua pintu. Sementara itu, tingkap sisi ketiga menampilkan pintalan Hofmeister yang menjadi tanda kempa BMW. Rekaan yang ada pada BMW 4 Series Gran Coupé serba baharu itu meningkatkan pandangan penumpang di tempat duduk belakang yang ditinggikan, bersama tingkap belakang yang besar. Ia nyata menawarkan pandangan keseluruhan yang lebih baik. Di belakang, kereta ini menampilkan pintu yang boleh dibuka secara automatik menerusi sistem Comfort Access. Dijadikan sebagai satu ciri standard, ia membolehkan urusan meletak dan mengeluarkan barang dari kompartmen menjadi semakin mudah. Sistem bukaan dan menutup tanpa sentuhan ini hanya memerlukan pergerakan kaki di bahagian bawah bampar belakang. Bagi meningkatkan aspek aerodinamik, menjimatkan bahan api dan mengurangkan seretan, reka bentuk BMW 428i Gran Coupé serba baharu memiliki ciri Air Breathers yang tersendiri pada pelindung roda hadapan. Di samping ciri Air Curtains pada hujung bahagian kiri dan kanan hadapan kereta. Garis-garis yang ekspresif, lampu utama yang menyerlah, lampu belakang berbentuk L dan inlet udara lebih rendah diadun untuk membentuk siluet sebuah sports coupé empat pintu yang sempurna, selain penampilan yang lebih atletik dan berkuasa. Pakej M Sport yang ditawarkan itu bukan sahaja meningkatkan elegan semula jadi BMW 428i Gran Coupé untuk penampilan lebih menyerlah di atas jalan raya, malah menambah sentuhan dinamiknya. Enjin: Kecekapan, Dinamik dan Keselesaan Luar Biasa.Nadi kepada BMW 428i Gran Coupé Serba Baharu ialah teknologi BMW TwinPower yang telah terbukti dan dipadankan dengan transmisi sport Steptronic lapan kelajuan. Ia turut merangkumi paddle shifter di bahagian belakang stereng dan sistem Kawalan Pelancaran bagi menawarkan kombinasi sempurna di antara kuasa mengagumkan, pengunaan bahan api yang cukup menjimatkan serta kurang emisi. BMW 428i Gran Coupé Serba Baharu dilengkapi enjin petrol empat silinder bersesaran 2.0 liter yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 180 kW / 245hp dan tork puncak 350Nm. Kereta ini boleh memecut dari 0 hingga 100km.j dalam tempoh 6.1 saat dengan kelajuan maksimum 250km/j. Ia juga merekodkan penggunaan bahan api yang rendah iaitu 6.6 liter bagi setiap 100km dan emisi CO2 luar biasa, 154 gram bagi setiap 100 kilometer. Dilengkapi dengan rangkaian penuh teknologi BMW Efficient Dynamics, BMW 428i Gran Coupé Serba Baharu dibina untuk menawarkan kecekapan, dinamik dan keselesaan yang luar biasa. Dengan transmisi Steptronic lapan kelajuan automatik dan Navigation System Professional, ciri tambahan BMW Efficient Dynamics termasuklah Driving Experience Control dengan mode ECO PRO dan fungsi Coasting. Semua ini nyata menawarkan keseronokan pemanduan yang menjimatkan dan tiada tandingan. Ia adalah ciri baharu yang menawarkan strategi penukaran gear untuk mode Sport dan Comfort. Data daripada sistem navigasi dibekalkan kepada unit kawalan transmisi bagi membolehkan perubahan strategi penukaran gear dibuat untuk disesuaikan dengan jalan raya di hadapan. Sama ada untuk maklum balas yang sporty dan pantas, (Mode Sport) atau program penukaran gear yang fokus kepada keselesaan (mode Comfort).
Ruang Dalaman: Ruang dalaman BMW 428i Gran Coupé Serba Baharu menggabungkan aspek sporty serta kefungsian dengan bahagian kokpit yang sporty dan elegan. Ia bagi dipadankan dengan upholsteri kulit Dakota yang mendasari ambien premiumnya. Demi menawarkan tahap ergonomik yang terbaik dalam kelasnya, sports coupé empat pintu ini dipasang dengan panel instrumen bulat berwarna hitam dan sistem kawalan iDrive termaju yang beriorientasikan kepada pemandu. Menjadi signatur kepada kenderaan BMW, sistem itu terdiri daripada satu skrin monitor serta iDrive dengan Touch Controller.Sejajar dengan rekaan sebuah coupé, pintu belakang BMW 428i Gran Coupé Serba Baharu membolehkan penumpang untuk keluar dan masuk dengan mudah. Pintu hadapannya yang lebih pendek pula memudahkan ia diparkir di ruang yang sempit. Bentangan 2+1 untuk tempat duduk belakang BMW 428i Gran Coupé Serba Baharu membolehkannya dilipat dengan konfigurasi 60/40 bagi menambah fleksibiliti dan menukar ruang kargo 480 liter menjadi seluas 1,300 liter yang selari dengan lantai kompartmen. Tempat duduk berkontur dengan ruang lega kepala 11mm untuk pemandu dan 27mm bagi penumpang belakang menyediakan keselesaan maksimum (pilihan bumbung suria ditawarkan untuk M Sport). Apa yang pasti, BMW 428i Gran Coupé Serba Baharu mengukuhkan kedudukannya selaku peneraju dalam aspek ketersambungan di dalam kereta dengan satu set ciri BMW ConnectedDrive yang komprehensif. Ia merangkumi ketersambungan Bluetooth, aplikasi-aplikasi BMW dan BMW Live yang telah dipertingkatkan. Satu ciri penting pada BMW 428i Gran Coupé Serba Baharu adalah kemampuan dinamiknya yang luar biasa dan digabungkan dengan kualiti pengendalian serta stereng berketepatan tinggi. Direka menggunakan binaan ringan yang pintar dan konsep pendakap inovatif, coupé empat pintu ini memiliki badan yang sangat tegar tetapi ringan untuk kestabilan maksimum. Sebagai tambahan, fungsi Servotronic digunakan untuk mengubah sudut stereng serta memberi maklum balas kepada corak pemanduan berbeza. Ia disertakan sebagai satu ciri standard. Suspensi Adaptif M yang ada pada BMW 428i Gran Coupé Serba Baharu membolehkan pemandu memilih mode Sport dan Comfort yang mengubah talaan stereng kereta berdasarkan kepada kondisi jalan raya. Di sebalik kemampuan dinamik yang luar biasa, BMW 428i Gran Coupé Serba Baharu tetap menawarkan para penumpang dengan keselesaan seperti sebuah sedan. Teknologi chasis yang cemerlang dan sistem peredam pada gandar belakang jentera empat pintu ini sememangnya meningkatkan tahap keselesaan untuk penumpang belakang. Menggunakan Driving Experience Control untuk memilih mode Sport +, Sport atau Comfort, BMW 428i Gran Coupé Serba Baharu nyata menawarkan kelincahan dan pemanduan selesa yang tiada tandingan. BMW 428i Gran Coupé Serba Baharu didatangkan dalam warna putih (Alpine White), merah (Melbourne Red), perak (Glacier Silver), kelabu (Mineral Grey) dan Jatoba Metallic. Sementara warna tambahan seperti hitam (Carbon Black) dan biru (Estoril Blue) adalah eksklusif untuk varian BMW 428i Gran Coupé M Sport serba baharu. Bagi menambah penampilannya yang elegan dan sporty, BMW 428i Gran Coupé Serba Baharu menawarkan pilihan upsholteri dalaman seperti kulit hitam (Dakota Black) dengan kemasan merah, kulit Dakota putih (Dakota Oyster) dengan kemasan hitam atau kulit Dakota merah (Dakota Coral Red) dengan kemasan hitam. Sementara itu, varian BMW 428i Gran Coupé M Sport Serba Baharu pula menawarkan pilihan kulit hitam (Dakota Black) dengan kemasan hitam, kulit Dakota putih dengan kemasan hitam atau kulit Dakota merah dengan kemasan hitam. Harga jualan anggaran (di atas jalan, tidak termasuk insurans dengan BMW Service + Repair Inclusive (BS+RI) ) untuk BMW 4 Series Gran Coupé baharu adalah:
BMW 428i Gran Coupé -RM 389, 800.00
BMW 428i Gran Coupé M Sport-RM 418, 800.00
Sumber: mStar
TOP
7 Anggota Geng Botak Terbabit Kes Samun Diberkas
MIRI – Polis menahan tujuh anggota Geng Botak termasuk seorang suspek utama yang terlibat dalam kes samun dan cubaan merogol seorang guru serta pelajar tingkatan dua di sini. Ketua Polis Miri, Aisten Komisioner Gan Tian Kee, berkata tujuh suspek itu kesemuanya lelaki rakyat tempatan berumur antara 20 hingga 35 tahun ditahan polis di pelbagai lokasi di sini dalam dua hari lepas. “Permohonan perintah tahanan reman akan dibuat pada petang ini, kita yakin dengan tangkapan suspek ini beberapa kes jenayah samun dan jenayah lain dapat diselesaikan” katanya kepada Bernama di sini hari ini. Gan berkata, polis turut merampas barang kemas dan telefon bimbit milik seorang guru wanita berusia 23 tahun yang disamun oleh suspek utama yang berusia 20-an, Isnin lepas. Sumber: Bernama
TOP
Zon Pencarian Baharu MH370 Diumum Akhir Bulan
SYDNEY – Australia akan mengumumkan zon pencarian baharu pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang menjelang akhir bulan ini ketika pemetaan dasar laut Lautan Hindi bersambung. Pesawat Boeing 777 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang pada 8 Mac lalu ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Biarpun usaha mencari dari udara dan laut secara besar-besaran dilakukan, tiada tanda-tanda berhubung pesawat itu ditemui. Pencarian di dasar laut Lautan Hindi itu di mana isyarat akustik yang disangka dari kotak hitam pesawat berkenaan juga tidak membuahkan hasil. Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia menyatakan analisis satelit dan data lain bagi menentukan kawasan pencarian untuk fasa pencarian dasar laut seterusnya akan siap tidak lama lagi. “Kawasan pencarian akan dimuktamadkan sebelum akhir Jun selepas siapnya analisis menyeluruh oleh pelbagai pakar,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini. Usaha mencari itu menemui jalan buntu disebabkan kurangnya maklumat dan pakar merumuskan laluan penerbangan hanya berdasarkan isyarat ping antara pesawat dan satelit Inmarsat. Ahli sains firma British itu menyatakan pencarian belum dilakukan di kawasan yang berkemungkinan besar pesawat itu berakhir di Lautan Hindi kerana diganggu isyarat akustik yang dikesan April lalu. “Ia bukan lokasi yang tidak benar tetapi ia jauh ke timur laut kawasan yang berkemungkinan tinggi,” kata Chris Ashton semasa ditemubual dalam program Horizon BBC. Namun JACC menyatakan kawasan di mana kapal Australia, Ocean Shield, menggunakan kapal selam mini untuk memeriksa dasar laut adalah “berdasarkan maklumat terbaik dan analisis yang ada pada masa itu” termasuk Inmarsat. Sumber: AFP
TOP
LCW Mudah Mara Ke Pusingan Ke-2 Terbuka Indonesia
KUALA LUMPUR – Seperti yang diduga, jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei melepasi laluan mudah ke pusingan kedua Kejohanan Terbuka Indonesia di Stadium Istora Gelora Bung Karno di Jakarta, Indonesia. Pada perlawanan pusingan pertama hari ini, Chong Wei hanya mengambil masa 31 minit untuk menewaskan pemain perseorangan tuan rumah, Sony Dwi Kuncoro dengan straight set 21-7 dan 21-11, demikian menurut laman web www.bwfbadminton.org//sport. Selaku juara bertahan, Chong Wei pernah merangkul kejuaraan Terbuka Indonesia sebanyak lima kali iaitu 2007, 2009, 2010, 2011 dan 2013. Sumber: BERNAMA
TOP
Piala Dunia: Russia, Korea Selatan Puas Hati Seri 1-1
RUSSIA 1
(Alexander Kerzhakov, m-74)
KOREA SELATAN 1
(Lee Keun-ho , m-68)
CUIABA – Russia pimpinan Fabio Capello hanya mampu seri 1-1 ketika menentang Korea Selatan pada babak pertama aksi perlawanan Kumpulan H di Arena Pantanal di Cuiaba, sebentar tadi. Selepas buntu tanpa jaringan pada 45 minit pertama, Korea Selatan membuat kejutan apabila mendahului pada minit ke-68 hasil jaringan Lee Keun-ho yang gagal ditangkap kemas penjaga gol, Igor Akinfeev. Namun, selang enam minit kemudian usaha gigih pemain Russia berbalas apabila Alexander Kerzhakov menolak masuk gol penyamaan hasil satu bergelutan depan gol Korea Selatan. Sumber: AFP
TOP
Sijil Cuti Sakit Palsu Sebabkan Kerugian RM8 Bilion
KUALA LUMPUR – Piala Dunia yang sedang berlangsung dijangka tidak berbeza berbanding dua edisi lepas apabila lebih dari 55 peratus syarikat menyatakan kehilangan produktiviti dalam kaji selidik Persekutuan Majikan Malaysia (MEF). Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata bagi kejohanan kali ini di Brazil, peminat mahu menonton perlawanan secara langsung, yang disiarkan dari tengah malam hingga awal pagi. “Hasilnya, pekerja tidak cukup tidur dan menjadi kurang produktif di tempat kerja,” katanya pada seminar ‘Medical Absenteeism’ di sini, Selasa. Beliau berkata MEF juga menganggarkan bahawa negara ini mengalami kerugian sehingga RM8 bilion setahun akibat sijil perubatan palsu. “Ini perlu ditangani,” katanya. “Ramai yang pergi ke klinik ambil cuti sakit dan kemudian melakukan urusan sendiri seperti melibatkan diri dalam perniagaan atau pun ke luar negara,” kata Dr Hilmi, sambil menambah terdapat kira-kira 12 juta pekerja di dalam sektor awam dan swasta. Menurut MEF, majikan turut mengalami kehilangan 26.3 juta orang pekerja dalam setahun disebabkan oleh cuti sakit, katanya. Kajian di seluruh negara mendapati bahawa majikan secara kumulatif telah membayar RM8.12 bilion anggaran bagi masalah perubatan terhadap 6.5 juta pekerja sektor swasta di seluruh negara. Dr Hilmi berkata ini merupakan satu cabaran kerana negara bercita-cita untuk menjadi negara berpendapatan tinggi. “Majikan membayar kira-kira RM3.3 bilion untuk menyelesaikan bil-bil perubatan,” katanya. Pada seminar itu, beberapa penceramah menekankan bahawa punca lazim ketidakhadiran disebabkan masalah buli, gangguan, tekanan, moral rendah, penjagaan kanak-kanak dan warga tua, kemurungan, penyakit, kecederaan dan mencari kerja lain. Sumber: mStar Online
TOP
Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu Ke-23 Bermula
KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu kali Ke-235, di Istana Negara di sini. Mesyuarat dua hari itu bermula hari ini dan dihadiri oleh semua Raja Melayu kecuali Pahang. Yang turut hadir ialah semua Yang Dipertua Negeri. Raja-Raja Melayu diiringi menteri besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Melaka diiringi oleh ketua menteri mereka. Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dijadual berangkat menghadiri majlis santapan malam ini bersempena mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu itu. Seri Paduka juga dijadual berangkat ke mesyuarat majlis itu esok. Sumber: BERNAMA
TOP
Edar Dadah: Tukang Jahit Wanita Dihukum Gantung Sampai Mati
ZARUNA menutup muka ketika dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi, Kota Bharu, Kelantan semalam.
Kota Bharu – Seorang tukang jahit wanita dijatuhi hukuman gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi selepas didapati bersalah terhadap tuduhan mengedar dadah jenis heroin 54.72 gram, tahun lalu. Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati tertuduh Zaruna Yusof, 43, gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. Mengikut pertuduhan, Zaruna didakwa mengedar heroin seberat 54.72 gram di Pekarangan Tempat Letak Kereta, berhampiran tandas awam, Stadium Sultan Muhammad IV, Jalan Bayam, di sini pada jam 1.35 petang , 21 Januari 2013. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
Sementara itu seorang jurugambar cedera di kepala dipukul oleh dua lelaki dipercayai ahli keluarga mangsa. Ketika kejadian jurugambar berkenaan sedang mengambil gambar tertuduh sebelum dia diserang oleh ahli keluarga tertuduh. Kamera mangsa turut pecah dihempas oleh salah seorang ahli keluarga mangsa. Sumber: myMetro Online
TOP
Ochoa Akur Sukar Atasi Brazil Tapi Lega Mexico Tak Kalah
FORTALEZA – Penjaga gol Mexico, Guillermo Ochoa dijulang selaku wira pasukan Mexico selepas bertindak hebat untuk menghampakan puluhan ribu penyokong setia Brazil yang hadir menyaksikan perlawanan Kumpulan A di Stadium Castelao yang berkesudahan 0-0, awal pagi ini. Aksi cemerlang ditunjukkan Ochua sepanjang perlawanan termasuk menyelamatkan tandukan ketua pasukan tuan rumah, Thiago Silva pada minit-minit terakhir perlawanan sekadar mula menyalakan impian untuk layak ke pusingan kedua berbekal empat mata daripada dua perlawanan. Ochoa yang ditemui pemberita selepas tamat perlawanan itu mengakui perlawanan menentang Brazil adalah sangat sukar. “Kami tahu ia menjadi sukar juga bagi Brazil kerana mereka bermain di tempat sendiri,” katanya. “Kami tahu kami harus fokus 100 peratus sepanjang 90 minit jika mahu mengutip mata dan elak kalah.” Pemain tinggi lampai itu turut memusnahkan harapan juara lima kali Piala Dunia itu untuk memungut tiga mata bagi meletakkan pasukan itu di zon selesa untuk ke peringkat seterusnya. Ochoa, berusia 28 tahun mula menyertai perlawanan antarabangsa pertama mewakili negaranya ketika bertemu Hungary pada 14 Mac 2005. Beliau yang mempunyai 58 cap antarabangsa kini bermain bersama kelab Perancis, Ac Ajaccio sejak 2011. Persembahan menarik ditunjukkan Ochoa itu turut mendapat pujian bekas pemain antarabangsa. Bekas penjaga gol Amerika Syarikat dan kelab Tottenham, Brad Friedel menyifatkan Ochua sebagai penyelamat dan pahlawan dalam perlawanan ini. “Persembahannya sangat baik. Empat mata dikutip kedua-dua pasukan dan ia ternyata membimbangkan Brazil terutama jurulatih, Luiz Scolari,” katanya. Sumber: Agensi
TOP
Lembu Sesat Di Bumbung Rumah Di Switzerland…
BARANGKALI bosan menghabiskan masa dengan meragut rumput di padang yang sama setiap hari, lembu ini membuat keputusan untuk mencari padang rumput baharu. Tetapi tindakan beraninya itu juga mungkin berakhir dengan kekesalan kerana pengembaraannya itu menyebabkan haiwan ini terperangkap di atas bumbung sebuah rumah di Switzerland. Seorang pelumba basikal, Rolf Steiner ternampak haiwan itu di atas bumbung licin dan curam sebuah rumah di kawasan ladang berhampiran bandar Bern. “Saya tidak percaya dengan apa yang saya lihat dan terpaksa melihat sebanyak tiga kali untuk memastikan apa yang saya lihat adalah benar. Seekor lembu berada di atas bumbung,” katanya. Lembu itu akhirnya berjaya mencari jalan pulang ke padang rumputnya, tetapi malangnya kepingan-kepingan jubin bumbung telah pecah. “Dia sentiasa menjadi binatang yang paling cepat menaikkan kemarahan saya, sentiasa mahu saya ikut kehendaknya, bukan saya,” jelas pemilik ladang, Dieter Mueller. “Dia akan berada di sana untuk selama-lamanya jika dia mahu. Saya cuba untuk memujuknya supaya turun apabila pertama kali melihatnya di situ tetapi dia tidak akan berganjak. “Dia memerlukan ‘masa manisnya’ sendiri. Dan saya akhirnya ditinggalkan dengan bil-bil untuk menggantikan jubin yang pecah,” katanya. Sumber: mStar
TOP
Aliff Aziz Tidak Mahu Jadi Contoh Masyarakat
PETALING JAYA – Penyanyi Aliff Aziz berkata, kehadirannya di persada seni adalah untuk menjadi seorang artis dan bukannya mahu menjadi contoh kepada masyarakat. Sehubungan itu Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 23, meminta mana-mana pihak tidak beranggapan seseorang artis itu perlu menjaga perilaku masing-masing untuk dicontohi kerana artis juga adalah manusia yang sering melakukan kesilapan. “Saya pelik kenapa orang kata artis perlu menjadi contoh kepada masyarakat sedangkan artis hanyalah manusia biasa dan bukannya Nabi. “Sebagai contoh, ada masanya saya mengalami masalah disiplin dan kerana itu orang hentam dan kata saya tidak layak menjadi contoh masyarakat. “Perlu diingat kehadiran saya ke dalam industri adalah untuk menjadi anak seni bukannya mahu jadi contoh kepada masyarakat,” tegasnya kepada mStar Online. Tambah bintang dari Singapura ini, dia sudah lali dengan segala tohmahan orang kepadanya dan mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri daripada menghadiri sebarang acara-acara hiburan agar tidak timbul kontroversi buruk mengenai dirinya lagi. Katanya, pendekatan itu ternyata berkesan memandangkan namanya kini tidak menjadi bahan bualan di mana-mana ruangan gosip media mahupun di laman internet. “Saya rasa berdiam diri adalah jalan yang terbaik. Pihak luar selalu menghentam saya dengan macam-macam isu. “Umur saya pun makin lama makin tua, jadi saya tidak mahu gosip negatif sahaja yang melekat sepanjang perjalanan karier seni. “Tetapi diam-diam saya berisi. Saya memberikan fokus sepenuhnya untuk persiapan album terbaru yang dijangka akan dipasarkan selepas Hari Raya nanti,” katanya. Sementara itu, Aliff berkata, dia yakin kemunculannya menerusi album baharu dapat melenyapkan gosip-gosip negatif yang pernah dilaluinya. “Album yang bakal saya tampilkan ini adalah muzik yang segar hasil daripada kerjasama komposer yang antaranya seperti Faizal Tahir dan Kuncidemak. “Saya harap dengan kemunculan album ini juga ia dapat memberi persepsi baru mengenai saya oleh masyarakat,” tuturnya. Sumber: mStar
TOP
Mayat seorang mangsa bot karam ditemui, 38 masih hilang
Banting: Mayat seorang mangsa bot karam di perairan Kuala Langat, tengah malam tadi, ditemui nelayan tempatan berhampiran sebuah kapal korek di muara Sungai Langat, kira-kira 10.53 pagi tadi. Kira-kira 10 minit sebelum itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemui bot yang karam juga berhampiran muara sungai berkenaan. Sementara itu, tiga lagi lelaki penumpang bot berkenaan berjaya diselamatkan di West Estate Pulau Carey, dekat sini, kira-kira jam 10.30 pagi. Ini menjadikan setakat jam 12.30 tengah hari tadi, 58 daripada 97 penumpang di dalam bot berkenaan sudah diselamatkan, satu mayat ditemui dan 38 lagi masih hilang. Sumber: BH Online
TOP
Irma Hasmie Bakal Dapat Bayi Perempuan
KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara Irma Hasmie teruja apabila doktor mengesahkan dia dan suaminya, Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan bakal menimang seorang bayi perempuan. Irma, 32, berkata, sejak mengetahui hamil buat kali kedua pada akhir tahun lalu, dia memang mengimpikan untuk mendapat anak perempuan dan bersyukur doanya dimakbulkan Tuhan. “Mula-mula saya resah juga kerana sudah beberapa kali buat imbasan sebelum ini masih belum nampak jantinanya dan Alhamdulillah akhirnya doktor mengesahkan bakal mendapat bayi perempuan. “Saya paling teruja berbanding suami kerana saya memang mengimpikan mendapat anak perempuan dan Insya-Allah lengkap keluarga kami kerana sebelum ini saya sudah dapat anak lelaki,” katanya kepada mStar Online. Irma ditemui pada majlis pelancaran Program Ramadan TV Al-Hijrah yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa. Irma dijangka bersalin pada 18 Julai depan. Dalam pada itu Irma berkata, biarpun teruja namun persiapan bagi menyambut kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka dibuat secara sederhana. Kata Irma, barangan anak lelakinya, Redza Syah Irfhan, yang kini berusia setahun masih elok dan boleh lagi digunakan. “Ikutkan perasaan memang ingin beli banyak benda tetapi banyak barangan milik Irfhan masih elok dan boleh digunakan. “Saya hanya beli beberapa keperluan seperti baju bayi perempuan dan beberapa barangan yang perlu sahaja,” ujarnya. Dalam pada itu Irma berkata, biarpun tarikh dia dijangka bersalin semakin hampir namun itu tidak menghalangnya daripada terus aktif sebagai hos program Assalamualaikum yang bersiaran secara langsung di TV Al-Hijrah. Menurut Irma, kemunculan sebagai hos program bual bicara itu tidak membebankan dan jadual tugasnya juga fleksibel. “Alhamdulillah setakat ini masih ada kekuatan untuk bekerja dan ia sebenarnya membantu saya supaya bergerak aktif selain menjaga anak sulung. “Biasalah jika kadang-kadang berasa penat kerana berbadan dua tetapi itu tidak menjadi halangan buat saya,” jelasnya. Dalam perkembangan lain Irma berkata, bersempena kedatangan bulan Ramadan dan Syawal dia turut mengambil kesempatan untuk menjual pakaian Muslimah yang direkanya sendiri. Jelas Irma, koleksi yang diberi nama Debumas itu akan dijual menerusi laman Instagram miliknya bermula 1 Ramadan depan. Sumber: mStar
TOP
Gara-Gara Piala Dunia, Rumah Tangga Terancam
Dubai – Hampir 47 peratus rumah tangga di Emiriah Arab Bersatu (UAE) mungkin runtuh atau berakhir dengan perceraian kerana gara-gara kejohanan bola sepak Piala Dunia. “Sehingga 47 peratus keluarga terdedah kepada perkelahian dan perdebatan sengit yang boleh membawa kepada keruntuhan rumah tangga kerana keputusan perlawanan Piala Dunia. “Suami, isteri, bapa, ibu dan anak perlu menyedari tindakan mereka ketika menonton perlawanan Piala Dunia dan bersorak untuk pasukan kegemaran. Kesannya mungkin amat teruk,” kata Ketua Majlis Runding Keluarga Khalifa Mohammad Al Muharrazy. Beliau berkata, kadang-kala keputusan perlawanan boleh mencetuskan perkelahian antara suami isteri dan mungkin berakhir dengan sengketa yang tidak boleh didamaikan atau perceraian. Beliau berkata demikian selepas pendedahan hasil kajian terhadap 300 pasangan di UAE yang antara lain mendapati 87 peratus wanita bimbang rumah tangga mereka tegang apabila pasukan yang disokong suami masing-masing kalah. Keadaan itu akan mencetuskan perkelahian antara mereka walaupun si isteri tidak menonton perlawanan berkenaan. Sebanyak 12 peratus isteri pula berkata, Piala Dunia tidak memberi kesan kepada rumah tangga mereka. Kajian itu dijalankan selepas seorang wanita berusia 32 tahun diceraikan suaminya setelah mereka bertengkar kerana lelaki itu tidak dapat mengawal perasaan apabila pasukan yang disokongnya tumpas dalam satu kejohanan lain sebelum ini. – Agensi
TOP
Dewan Rakyat tegang, dua MP perang mulut
KUALA LUMPUR - Suasana persidangan Dewan Rakyat tegang apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim membidas Siti Zailah Mohd Yusoff (Pas-Rantau Panjang) yang mempertikaikan program Permata Pintar. Sebelum itu, Shahidan menjawab soalan Nasrudin Hassan (Pas-Temerloh) berkenaan perincian perjanjian projek penubuhan pusat pembelajaran dan Pusat Permata yang telah dimeterai antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Pihak Berkuasa Am Hal Ehwal Islam dan Waqaf, Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Siti Zailah yang juga Ketua Dewan Muslimat Pas itu bangkit bertanyakan sama ada program Permata Pintar itu hanya bertujuan untuk menaikkan nama penaungnya, Datin Seri Rosmah Mansor. "Jangan begitu Yang Berhormat. Ajaran Islam kata kena bersangka baik. Janganlah bersangka buruk. "Beliau korban masa untuk program ini tanpa dibayar gaji. Program ini untuk menaikkan nama negara kita," kata Shahidan. Namun Siti Zailah bangkit lagi menafikan dirinya bersangka buruk sebaliknya hanya ingin tahu. Sumber: Sinar Online
TOP
Piala Dunia: FIFA Umum Semua Pemain Piala Dunia Bebas Dadah
RIO DE JANEIRO – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan semua 800 pemain yang memberikan sampel ujian doping Piala Dunia didapati bebas dadah, setakat ini. FIFA juga mengesahkan sampel air kencing daripada beberapa pemain selepas sembilan perlawanan pertama termasuk Switzerland-Ecuador pada awal pagi semalam didapati negatif dadah. Jumlah berkenaan membabitkan sampel daripada 91 peratus pemain termasuk 30 pemain utama untuk semua 32 pasukan bertanding. FIFA melaporkan bahawa pihaknya tidak menghadapi sebarang masalah bagi menghantar sampel darah dan air kencing ke makmal Agensi Anti Doping Dunia di Switzerland. Ketua pegawai perubatan FIFA, Jiri Dvorak, berkata semua tugas berjalan lancar termasuk pengangkutan dari Manaus. Sumber: AP
TOP
Berita Palsu Esther Yeam Hina Islam Di Facebook
Berita palsu Esther Yeam hina islam di Facebook. Status yang mendakwa Esther Yeam menghina bulan Ramadhan adalah tidak benar sama sekali. Status “screenshot’ yang mengunakan nama dan gambar Esther Yeam dipercayai telah dimanipulasikan oleh pihak tertentu untuk tujuan menfitnah mangsa. Susulan itu, mangsa telah membuat laporan polis berhubung isu tersebut selepas menerima mesej berbaur ugutan. Terdahulu, facebook akaun Esther Yeam telah mencetuskan kontroversi apabila mendakwa mulut orang berpuasa adalah berbau dan menggangu orang sekitar.
Kenyataan Kontroversi Facebook Esther Yeam
Penjelasan Esther Yeam Isu Hina Islam Di Facebook
Laporan Polis Dibuat Esther Yeam Isu Kenyataan Hina Islam Di Facebook
Sumber: melvister.com
TOP
Piala Dunia: Maradona Bimbang Prestasi Jerman
SANTO ANDRE – Lagenda bola sepak Argentina, Diego Maradona melahirkan kebimbangan terhadap prestasi membanggakan Jerman yang berjaya mengatasi Portugal 4-0 semalam, malah kemenangan itu turut sama dirasai di kalangan pasukan pilihan Piala Dunia. ”Kami melihat prestasi Jerman agak dahsyat, skuad Jerman memiliki kesempurnaan dari pelbagai aspek,” kata penyerang yang membawa Argentina memenangi Piala Dunia pada 1986 ketika ditemubual menerusi rancangan televisyen Venezuela “De Zurda”. “Mereka sedikit bimbang dengan kekuatan fizikalnya,” katanya. Thomas Mueller menjadi pemain pertama yang berjaya melakukan hatrik di Brazil, tatkala Cristiano Ronaldo gagal mempamerkan keupayaan sebenar selepas pertahanan pasukannya, Pepe dilayangkan kad merah pada separuh masa pertama. Bekas jurulatih Argentina itu turut merasakan bahawa Jerman mempunyai keupayaan selepas pasukannya dibelasah 4-0 di peringkat separuh akhir pada Piala Dunia Afrika Selatan, empat tahun lalu. Sumber: AFP
TOP
Mayat pegawai polis yang hilang ditemui terapung pagi tadi
Ipoh: Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) yang dilaporkan hilang di air terjun Sungai Tungku, RPS Banun, Gerik, petang semalam, ditemui pagi tadi. Mangsa Mior Fahim Ahmad dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dipercayai mati lemas. Mayat mangsa ditemui terapung 7.30 pagi tadi dalam operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan sejak malam tadi oleh anggota polis dan anggota Bomba dan Penyelamat. Sumber: BH Online
TOP
Piala Dunia: Belgium Bangkit Atasi Algeria 2-1
BELO HORIZONTE – Dua gol dalam tempoh 10 minit pada babak kedua oleh pemain gantian, Marouane Fellaini dan Dries Mertens membantu Belgium bangkit menewaskan Algeria 2-1 dalam aksi Kumpulan H di Stadium Mineirao di sini, awal pagi hari ini. Algeria satu ketika tampak mengancam mampu membuat kejutan selepas mendahului 1-0 hasil sepakan penalti pada minit ke-25 yang juga gol pertama wakil Afrika itu dalam Piala Dunia sejak 1986. Namun, kemarau itu berakhir apabila Sofiane Feghouli menyempurnakan sepakan penalti itu selepas dia dihalang oleh pemain pertahanan Belgium, Jan Vertonghen. Belgium yang dilabel pasukan pilihan kelima untuk memenangi Piala Dunia tampak bergelut mencari rentak sehingga Kevin De Bruyne memberi satu umpanan cantik kepada Fellaini yang tampil menanduk masuk dari jarak 13 meter pada minit ke-70. Selang 10 minit kemudian, seorang lagi pemain gantian, Mertens meledak gol kedua daripada satu sudut yang sukar untuk membantu Belgium menang dan mendahului carta kumpulan yang turut membabitkan Russia dan Korea Selatan. Sumber: Reuters
TOP
Fabio Coentrao Terpaksa Lupakan Aksi Piala Dunia 2014
BRASILIA – Pertahanan Portugal, Fabio Coentrao terpaksa melupakan baki perlawanan Piala Dunia selepas mengalami kecederaan dalam perlawanan sulung Piala Dunia Kumpukan G yang menyaksikan pasukannya kalah 4-0 di tangan Jerman, demikian menurut Persekutuan Bola Sepak Portugis (FPF), hari ini. “Fabio Coentrao tidak boleh bermain lagi dalam kempen Piala Dunia ini,” kata FPF dalam akaun Twitter rasmi badan induk bola sepak Portugal itu. Sumber: Reuters
TOP
Tongkang Bawa 97 Pendatang Asing Karam, 61 Diselamatkan
Pasukan SAR masih berusaha mencari mangsa-mangsa tongkang karam yang belum ditemui.
PETALING JAYA: Sebuah tongkang yang membawa 97 warga asing karam kira-kira dua batu nautika dari perairan Sungai Air Hitam. Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Selangor Selatan Azmi Sadun berkata, sehingga pukul 1 tengahari, Rabu, seramai 61 mangsa telah diselamatkan oleh pasukan SAR yang terdiri daripada 12 wanita dan dua kanak-kanak. "Mayat seorang lelaki dipercayai yang menaiki tongkang terbabit telah ditemui pada pukul 10.55 pagi oleh seorang nelayan dekat Sungai Langat. "Mangsa-mangsa telah dibawa ke Balai Polis Teluk Panglima Garang," katanya. Jabatan Bomba dan Penyelamat Banting menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.24 pagi Rabu dan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah dihantar ke tempat kejadian 30 minit kemudian. Tongkang tersebut dipercayai sedang dalam perjalanan membawa pendatang asing pulang ke Acheh. Pencarian untuk mangsa-mangsa lain sedang dijalankan dan anggota bomba sedang memantau kawasan persisiran pantai. Sumber: mStar
TOP
Adi Putra Enggan Komen Siasatan Skandal Isteri Orang Dibuka Semula
Adi enggan mengulas mengenai perkembangan terbaharu kes skandal melibatkannya dengan seorang wanita berstatus isteri orang.
PETALING JAYA: Pelakon Adi Putra enggan memberikan sebarang komen berhubung kes skandalnya dengan dengan wanita berstatus isteri orang pada September tahun lalu yang mungkin dibuka semula selepas pegawai polis yang mengendalikan kes tersebut dikenakan tindakan tatatertib. "Tiada komen. Terima kasih," ujarnya ringkas menerusi aplikasi Whatsapp kepada mStar Online pada Rabu. Pegawai siasatan berkenaan dikenakan tindakan tersebut selepas satu siasatan dijalankan susulan aduan daripada bekas suami wanita itu, Amiruddin Osman yang tidak berpuas hati dengan keputusan kes itu pada Disember tahun lalu yang diklasifikasikan sebagai tiada tindakan (NFA).
Adi dalam satu sidang media mengumumkan sendiri perkara berkenaan kepada pihak wartawan dan menganggap kontroversi itu selesai. Dalam pada itu, Amiruddin memuat naik salinan dalam Instagram miliknya surat yang diterima daripada Bahagian Tatatertib Bukit Aman bagi memaklumkan tindakan terhadap seorang pegawai polis telah dilakukan. Pada September tahun lalu, Adi didakwa menjalinkan hubungan dengan isteri orang dan aktor itu disiasat polis selepas suami wanita berkenaan iaitu seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.
Amiruddin bersama isterinya dalam satu sidang media ketika membongkar skandal berkenaan. Pelakon KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan. Adi dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi WhatsApp sejak 29 Julai tahun lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu suami wanita itu. Bagaimanapun Amiruddin dan isterinya telah bercerai selepas insiden itu. Mereka mempunyai seorang anak. Sumber: mStar
TOP
Wanita Berjaya Diselamatkan Kebakaran Pangsapuri
Kepantasan Anggota Bomba telah menyelamatkan nyawa seorang wanita yang terperangkap di luar tingkap di tingkat 8 Palm Kondo Taman Maluri pukul 3.21 petang semalam Taman Maluri: Satu kebakaran telah berlaku di sini pada jam 3.21pm petang selasa. Bagaimanapun dengan kepantasan pihak bomba menjalankan tugas, seorang wanita berbangsa cina yang terperangkap di luar tingkap telah berjaya diselamatkan. Syabas kepada pihak bomba.
TOP
Masjid Dirempuh Kereta
KEADAAN MPV yang terbalik selepas melanggar pintu pagar utama Masjid Sultan Yusof di Rapat Setia, Ipoh.
IPOH: Pintu pagar utama Masjid Sultan Yusof di Rapat Setia, di sini, rosak teruk selepas dirempuh dua kenderaan yang terbabit dalam satu kemalangan berhadapan masjid berkenaan petang tadi. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.20 petang itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina itu dipercayai hilang kawalan dan merempuh pintu pagar utama masjid. Kenderaan itu juga melanggar tiang lampu isyarat di hadapan masjid hingga tercabut serta mengakibatkan kerosakan teruk pada pagar batu masjid berkenaan. Saksi Muhammad Yahya, 84, yang ditemui di lokasi kejadian berkata, sebelum kejadian dia mendengar dentuman kuat di sebelah kanan masjid. "Ketika itu saya nampak sebuah MPV hampir terbalik di hadapan pintu pagar dan melihat pemandu keluar daripada kenderaan tanpa sebarang kecederaan. "Selain MPV itu, sebuah Nissan Sentra turut tersangkut pada pagar batu manakala kereta Perodua Kancil berada di laluan bertentangan,", katanya Sumber: myMetro
TOP
Seri Dengan Mexico, Jurulatih Brazil Akui Sukar Catat Kemenangan
Pemain Brazil, Neymar (kiri) dicabar pemain pertahanan Mexico, Francisco Rodriguez dalam perlawanan peringkat Kumpulan A di antara Brazil dan Mexico di Stadium Castelao, Fortaleza, awal pagi Rabu. -AFP FORTALEZA: Brazil hanya mampu seri 0-0 dalam perlawanan dengan Mexico dalam saingan Kumpulan A di Stadium Arena Castelao di Fortaleza, awal pagi Rabu. Keputusan ini menjadikan kedua-duanya, Brazil dan Mexico perlu mencari mata pada perlawanan akhir peringkat kumpulan. Brazil akan bertemu Cameroon untuk perlawanan seterusnya manakala Mexico dijadualkan akan berdepan Croatia. Jurulatih Brazil Luiz Felipe Scolari mengakui keputusan ini bukan satu keputusan yang baik selain mengakui ia satu perlawanan yang sukar. “Ada peluang untuk kami menang namun ia sukar,” kata Scolari. “Ini bukan satu keputusan yang baik kerana hanya dengan kemenangan boleh bantu kami layak. Sekarang kami harus hormat pasukan lain. “Kami berdepan pasukan yang baik dan kami harus sedar kenyataan itu,” katanya. Berdasarkan rekod, Mexico tidak pernah menang atau seri menentang Brazil dalam kita pertemuan sebelum ini. Kehebatan penjaga gol Mexico Guillermo Ochoa, menjadi salah satu faktor yang membawa keputusan seri. Ochoa hebat mengawal gawang daripada bolos walaupun diasak dengan serangan daripada pemain Brazil Paulinho, Neymar dan Thiago Silva yang sering membuat percubaan menjaringkan gol. Sumber: AFP / mStar
TOP
Scam Emma Maembong Semakin Menjadi-jadi
Satu scam menggunakan nama Emma maembong kini semakin menjadi-jadi.
Modus operasinya mudah, orang itu menyamar jadi Emma Maembong dan akan meminta duit/top up. Jangan terpedaya dengan nombor 0149237100.
2 kakak Emma iaitu Shikin dan Beby Maembong telah memberi peringatan kepada semua peminat Emma Maembong agar tidak tertipu dengan scam Emma Maembong tersebut.
Ini kata-kata Beby Maembong:
"Hadoi!! Apa la diaorg nie.. Ada bukti dia msg2 org.. Kebetulan org tu kenal our sister so dia screen shot tanya betul ke.. Sbb emma xkan memintak kat org lah... Jahat betul.. Geram mak " Ini pula kata Shikin Maembong:
" Pls take note sume.. b4 tertipu.."
Sumber: hotlips-yuya.blogspot.com
TOP
Tiga penyerang Dataran Tiananmen dihukum mati
Kereta tersebut turut terbakar selepas ia merempuh orang ramai di Dataran Tiananmen terbabit, Oktober lalu.
BEIJING - CHINA. Sebuah mahkamah China, kelmarin menjatuhkan hukuman mati ke atas tiga lelaki yang didakwa melakukan serangan berdarah di Dataran Tiananmen di wilayah Xinjiang, Oktober lalu. Hakim turut menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap seorang penyerang manakala empat tertuduh lain dihukum penjara lima hingga 20 tahun. Media tempatan melaporkan, kesemua tertuduh dipercayai turut melakukan beberapa siri keganasan di sekitar Xinjiang sejak Disember 2012. Dalam kejadian menggemparkan itu, seramai lima orang maut manakala 40 lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh orang ramai di dataran tersebut. Sumber: Sinar online
TOP
Israel bedil Gaza
Penduduk Palestin berdepan kawalan pemeriksaan ketat di bandar Hebron, Tebing Barat. Foto: AFP
GENTING GAZA - PALESTIN. Tentera rejim Zionis melancarkan empat serangan udara di beberapa kawasan di Semenanjung Gaza, semalam sebagai respons terhadap kehilangan tiga remaja Israel sejak minggu lalu. Bagaimanapun, pihak berkuasa Palestin mengesahkan tiada kematian dilaporkan dalam serangan itu. Kelmarin, tentera Israel turut menahan 41 penduduk Palestin dalam serbuan yang dilakukan di Tebing Barat. Beberapa pihak mendakwa operasi disertai kira-kira 1,000 askar rejim Zionis itu adalah sebahagian daripada rancangan jahat Israel untuk menghapuskan gerakan Hamas yang didakwa melakukan penculikan tersebut. Susulan daripada itu, Hamas mengutuk keras tindakan tersebut dan turut menggelar rejim Zionis sebagai pengecut kerana melanggar konvensyen antarabangsa. Menurut Press TV, sehingga kini, lebih 150 penduduk Palestin diberkas tentera Israel selepas mereka mendakwa Hamas sebagai dalang penculikan ketiga-tiga remaja terbabit. Sumber: AFP
TOP
Punca Nabil Abdul Pelakon Iklan Kit Kat Meninggal Dunia
Punca sebenar Nabil Abdul pelakon iklan Kit Kat meninggal dunia. Nadil Abdul yang terkenal dengan siaran iklan Kit Kat yang turut digandingkan bersama M.Nasir telah menghembuskan nafas terakhir pada selasa 17 Jun 2014. Allahyarham meninggal akibat kanser lymphoma kira-kira jam 10.30 pagi di Hospital Ampang. Difahamkan jenazah Nabil Abdul telah dikebumikan di kampung halamannya di Kulim, Kedah pada hari yang sama. Video Iklan Kit Kat Nabil Abdul Bersama M. Nasir
Sumber: Melvister.com
TOP
66 hilang tongkang bawa pendatang karam di perairan Banting
ANTARA 31 mangsa yang berjaya diselamatkan dalam kejadian sebuah tongkang yang membawa seramai 97 pendatang tanpa izin, karam di perairan Sungai Air Hitam, di Banting, tengah malam tadi. - Foto NSTP
SHAH ALAM: Sebuah tongkang yang membawa seramai 97 pendatang tanpa izin, karam di perairan Sungai Air Hitam, di Banting, tengah malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 malam itu, seramai 31 pendatang tanpa izin berjaya diselamatkan, manakala baki 66 orang lagi masih hilang. Operasi menyelamat sedang dijalankan oleh Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), dengan dibantu oleh anggota Bomba dan Penyelamat Banting. Difahamkan, tongkang berkenaan turut membawa wanita dan kanak-kanak dan dipercayai memasuki Malaysia menerusi Selat Melaka secara haram. Sementara itu, jurucakap APMM berkata, setakat ini tiga bot penyelamat sudah dihantar ke tempat kejadian untuk menjalankan kerja mencari dan menyelamat. Sumber: BH Online
TOP
5 militan maut dalam serangan dron AS di Pakistan
MIRANSHAH, Pakistan: Sekurang-kurangnya lima militan terbunuh dalam dua serangan dron Amerika Syarikat awal hari ini di wilayah barat laut Pakistan di mana pihak tentera melancarkan serangan besar-besaran. Pegawai keselamatan berkata enam peluru berpandu mengenai tiga kawasan di Dargah Mandi village di Waziristan Utara, kira-kira 10 kilometer ke barat bandar Miranshah yang dianggap kubu kuat jaringan Haqqani yang mempunyai hubungan dengan al-Qaeda. “Dron AS itu menembak enam peluru berpandu yang mengenai tiga kawasan di dua kampung dan sekurang-kurangnya lima militan terbunuh," kata seorang pegawai di Miranshah. Sumber: AFP
TOP
Nora Danish Kecewa Disindir Jadi Perampas Nedim Nazri
PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish benar-benar kecewa apabila ada individu menuduh dia menjadi punca perpisahan kekasihnya Nedim Nazri dengan bekas isteri iaitu Nabilah Khan. Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 32, turut bengang apabila individu berkenaan menyindirnya dalam Instagram milik Nabilah selepas Nora muat naik gambar bersama anak bekas suami-isteri itu, Nedrin dalam Instagram miliknya. Salahkah saya muat naik gambar anak mereka? Saya memang suka ambil gambar dengan budak-budak kecil, saya rasa itu tidak salah. "Lainlah kalau saya ini perampas dan baru logik saya tidak boleh bergambar dengan anak dia. Mereka berpisah sebelum saya kenal rapat dengan Nedim," katanya kepada mStar Online. Nora diminta mengulas apabila ada individu cuba menyindir tindakannya yang kerap memuat naik gambar di Instagram bersama Nedzrin iaitu anak lelaki kekasihnya dengan bekas isteri. Perbuatan Nora itu mendapat reaksi yang kurang menyenangkan apabila beberapa pihak memberi komen negatif menerusi Imstagram milik Nabilah termasuklah tuduhan Nora sebagai perampas. Mereka turut menganggap pelakon itu sebagai berangan-angan untuk berkahwin dengan lelaki daripada golongan VVIP. Sementara itu, Nora berkata, dia tidak pernah berjumpa atau mengenali bekas isteri kekasihnya itu secara rapat. "Saya tidak pernah gaduh dan tidak pernah bertegur, saya tidak pernah buat kenyataan di media tentang dia atau keluarga dia pun. "Saya tidak tahu mengapa ada pihak berbuat demikian kepada saya, mungkin mereka iri hati dengan kebahagiaan saya sekarang,” soalnya. Tambah Nora, dia juga tidak menyedari tindakannya memuat naik gambar-gambar yang menunjukkan kebahagiaannya menjadi perhatian dan tidak disukai beberapa pihak. Dia juga mengambil pendekatan untuk tidak memanjangkan perkara tersebut dan hanya ingin menumpukan perhatian kepada keluarga dan kerjaya. "Saya suka gambarkan kebahagiaan saya di Instagram dan tidak tahu pula ia menjadi masalah kepada orang lain. "Saya sangat terkejut dengan berita ini dan tidak sangka pula ada pihak yang tidak senang dengan kehidupan saya sekarang," katanya. Tambah Nora, jika ada perkara yang tidak disenangi oleh pihak tersebut lebih elok mereka bersua muka dengannya berbanding melemparkan kata-kata buruk. Sumber: mStar
TOP
Pemandu lari selepas rempuh murid tahun satu
Gambar Hiasan.
KOTA KINABALU 17 Jun - Seorang murid lelaki tahun satu patah kaki selepas dirempuh sebuah kereta di Jalan Cecily Utara, Batu 4, Sandakan dekat sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.50 petang itu, pemandu terbabit yang berusia 30-an terus memecut kenderaannya meninggalkan mangsa, Mohd. Zul Hakeem Hamsah, 7, yang meraung kesakitan. Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang merupakan murid Sekolah Rendah Kebangsaan Sung Siew Batu 4, Sandakan sedang melintas jalan di hadapan sekolah berkenaan. "Suspek yang dipercayai menaiki kereta Perodua Kenari dari arah Batu 4 Indah Jaya menghala ke Jalan Cecily Utara gagal mengawal kenderaannya hingga merempuh mangsa dan bertindak melarikan diri selepas kejadian. "Ekoran itu, kanak-kanak malang tersebut mengalami kecederaan patah kaki kanan dan lebam di kepala," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Rowell memberitahu, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Duchess of Kent oleh guru sekolah tersebut dan kini dilaporkan stabil. Menurut beliau, pemandu kenderaan terbabit mengambil keputusan tampil ke Balai Polis Trafik Sandakan tengah hari ini untuk melaporkan mengenai kejadian. "Orang ramai yang berada di lokasi kejadian diminta menghubungi Balai Polis Trafik Sandakan di talian 089-242254 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
TOP
Militan ditembak mati bersembunyi di dalam lubang
KOTA KINABALU 17 Jun - Seorang militan Sulu yang ditembak mati pasukan keselamatan di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu tahun lalu didapati bersembunyi di dalam lubang di tanah, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini. Sarjan Tungkat Anak Unsa daripada Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) berpangkalan di Batu Kawa, Sarawak berkata, militan itu, yang cuba menyerang hendap pasukan keselamatan seorang diri, ditembak kira-kira pukul 6.30 pagi 7 Mac tahun lalu, hampir 15 jam selepas pertempuran tercetus di kawasan sama yang mengakibatkan 17 militan ditembak mati. Beliau berkata, lubang tempat persembunyian militan itu adalah satu daripada beberapa lubang yang ditemui di tanah di sebuah lembah. Ketika disoal peguam Datuk N. Sivananthan tentang kedalaman lubang itu, Tungkat berkata, ada antara lubang itu sedalam kira-kira 1.5 meter, manakala yang lainnya pula lebih dalam. Beliau memberitahu, sebelum berlaku pertempuran sehari sebelum itu, beliau dan pasukannya, yang berada di kawasan lebih tinggi, ternampak 10 ke 20 lelaki bersenjata sedang berjalan di lembah berkenaan. Bagaimanapun Sivananthan berkata, ketua platun, Asisten Supritendan (ASP) Mursalim Mohd. Salleh, yang terlibat dalam pertempuran itu, memberitahu mahkamah sebelum ini bahawa beliau ternampak 30-35 lelaki bersenjata berjalan di kawasan sama. "Perbezaan antara kedudukan saya dan kedudukan ASP Mursalim kira-kira 20-25 meter, maka penglihatan kami berbeza," jelas Tungkat. Tiga puluh tertuduh, terdiri daripada 27 warga Filipina dan tiga penduduk tempatan, dibicarakan kerana pelbagai tuduhan termasuk menganggotai kumpulan pengganas atau melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, merekrut anggota untuk sebuah kumpulan pengganas atau secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu menjadi anggota sebuah kumpulan pengganas. Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 Februari dan 10 April tahun lalu. Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung esok. - BERNAMA
TOP
Separuh Nerbraska musnah dibadai dua puting beliung kuat
Puting Beliung kembar serang Nebraska, Amerika Syarikat.
NEBRASKA, Amerika Syarikat 17 Jun - Sekurang-kurangnya seorang terkorban, manakala 16 lagi berada dalam keadaan kritikal, selepas puting beliung kuat melanda timur laut negeri ini, semalam. Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan melaporkan sekurang-kurangnya dua puting beliung dalam jarak 1.6 kilometer antara satu sama lain membadai kawasan yang didiami 350 orang penduduk itu. "Hampir separuh bandar ini musnah, rumah dan kedai ranap akibat dibadai puting beliung," kata Pesuruhjaya Stanton County, Jerry Weatherholt. Mangsa yang cedera kini menerima rawatan di tiga buah hospital daerah dan seorang mangsa meninggal dunia.
Syerif Stanton County, Mike Unger menganggarkan antara 50 dan 75 peratus kawasan di Pilger rosak teruk akibat dibadai puting beliung dan sebuah sekolah langsung tidak boleh digunakan lagi. "Apa yang berlaku begitu mengejutkan. Lima orang penduduk yang menetap di sebuah pusat jagaan di barat laut Santon berjaya diselamatkan selepas puting beliung melalui kawasan berkenaan," jelasnya. Gabenor Nebraska, Dave Heineman mengisytiharkan perintah darurat dan Pengawal Nasional sedang bersiap sedia untuk dikerahkan bagi menyalurkan perkhidmatan kecemasan dan membantu membersihkan kawasan yang rosak. Agensi Pengurusan Kecemasan Nebraska dijangka tiba di bandar berkenaan awal pagi ini. Semua penduduk di Pilger sudah dipindahkan dan Peronda Nebraska akan menutup jalan-jalan menuju ke bandar tersebut. -
AGENSI
TOP
Kad kredit pertama tawar menang umrah
Abdul Farid Alias (dua dari kiri) dan Matthew Driver (tiga dari kanan) melancarkan kad kredit MasterCard Ikhwan Kad-I sambil disaksikan Ismee Ismail (kanan) dan Muzaffar Hisham (dua dari kanan) di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 17 Jun - Maybank Islamic Bhd. (Maybank Islamic) menyasarkan sebanyak 15,000 pemegang kad kredit MasterCard Ikhwan Kad-i yang merupakan kad kredit pertama menawarkan peluang memenangi pakej umrah di samping beberapa kelebihan lain. Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic Bhd., Muzaffar Hisham berkata, ketika ini Maybank Islamic mempunyai kira-kira 110,000 pemegang kad kredit dan yakin sasaran itu mampu dicapai dalam tempoh tahun pertama selepas pelancarannya. Menurutnya, kad kredit MasterCard Ikhwan Kad-i membolehkan pemegang kad yang layak memenangi pakej umrah dengan hanya perbelanjaan minimum RM200 dalam satu resit tunggal. Tambahnya, pemegang kad juga berpeluang untuk mendapatkan mata ganjaran pada semua transaksi runcit dalam dan luar negara, di samping lima peratus rebat wang tunai pada hujung minggu ke atas petrol dan barangan runcit, tanpa yuran tahunan dan caj berganda bulanan. ''Sejajar dengan misi mereka Menginsankan Perkhidmatan Kewangan, pemegang kad ini memberikan peluang untuk menyumbang kepada mereka yang kurang bernasib baik. ''MasterCard Ikhwan Kad-i ini merupakan kad kredit Islam pertama yang menawarkan hadiah pakej umrah untuk dimenangi setiap minggu dan pengguna juga berpeluang memberi sumbangan kepada badan kebajikan pada setiap transaksi," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran kad kredit MasterCard Ikhwan Kad-i di sini hari ini. Yang turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias; Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Ismee Ismail dan Presiden Asia Tenggara MasterCard Worldwide, Matthew Driver. Tambah Muzaffar, ini merupakan kali pertama Maybank Islamic bekerjasama dengan MasterCard dan menurutnya usaha sama ini penting dalam menyokong Malaysia sebagai hab utama bagi kewangan Islam. Dalam majlis yang sama Maybank Islamic yang juga merupakan Sahabat Korporat Tabung Haji turut menyampaikan sejumlah 28,000 sumbangan beg dan sejadah bernilai RM1.5 juta kepada jemaah haji tahun ini.
TOP
Tiada jaminan untuk kereta bukan daripada pengedar rasmi
KUALA LUMPUR 17 Jun - Mercedes-Benz (M) Sdn. Bhd. mengeluarkan pekeliling kepada wakil pengedar sah dan pusat servis berkaitan perlindungan jaminan terhadap kegagalan akibat daripada kualiti bahan api bagi kenderaan yang dibeli menerusi saluran tidak rasmi. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roland Folger berkata, sebarang kegagalan kereta Mercedes-Benz yang dibawa masuk menerusi saluran tidak rasmi tidak akan diterima di bawah jaminan oleh Daimler AG kerana ia tidak sesuai dengan kualiti bahan api tempatan. Katanya, kualiti bahan api di Malaysia tidak memenuhi keperluan operasi kenderaan yang dikeluarkan di negara-negara lain. "Sehubungan itu, kenderaan diimport yang tidak disesuaikan dengan kualiti bahan api tempatan, mungkin mengalami kegagalan. "Hanya kenderaan yang dibeli menerusi wakil pengedar sah Mercedes-Benz cukup bersedia dengan keadaan tempatan dan menjadi kewajipan kami untuk memberi amaran kepada orang ramai risiko yang diambil untuk membeli Mercedes-Benz daripada wakil pengedar tidak sah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Ujar beliau lagi, sejak 2004, Mercedes-Benz melabur kira-kira RM250 juta bagi kilang pemasangannya di Pekan, Pahang, dengan RM100 juta lagi diperuntukkan untuk disuntik bagi tempoh lima tahun akan datang.
TOP
Hanya 30% peniaga bumiputera di klia2?
Ruang dalaman gateway@klia2 menawarkan lebih banyak suasana yang selesa dan menarik kepada pengunjung. - UTUSAN/Abdul Razak Latif
SEPANG 17 Jun - Dakwaan bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) tidak mesra peniaga bumiputera terus mencetuskan persoalan apabila pihak pengurusan gateway@klia2 memaklumkan, terdapat kira-kira 30 peratus peniaga bumiputera dan Islam yang berniaga di kompleks beli-belah tersebut. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengurus Pusat gateway@klia2, Vincent Chong ketika diminta mengulas bilangan peniaga bumiputera yang beroperasi di situ, namun enggan mengulas lanjut. Malah, beliau turut memaklumkan bahawa pemilihan peniaga atau penyewa diputuskan oleh lembaga yang disertai oleh syarikat Segi Astana Sdn. Bhd. selaku pengurus kompleks berkenaan, WCT Berhad serta Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) yang mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut. WCT menguasai 70 peratus kepentingan di dalam Segi, manakala 30 peratus lagi dimiliki oleh MAHB. "Pemilihan dibuat oleh ketiga-tiga pihak dan tidak berlaku masalah pertindihan penyewa atau kepentingan. Kadar sewa di sini secara purata RM23 perkaki persegi bergantung kepada kawasan (lokasi)," katanya kepada pemberita yang menyertai lawatan media ke gateway@klia2 di sini hari ini. Menurut Chong, terdapat 180 ruang niaga atau lot kedai di klia2 dengan 136 daripadanya telah disewa, namun hanya 115 yang beroperasi setakat ini dengan majoriti penyewa terdiri daripada syarikat-syarikat milik rakyat Malaysia yang memasarkan jenama tempatan. Beliau turut menyatakan keyakinan pihaknya bahawa baki 20 peratus lagi ruang niaga akan dapat dipenuhi dalam tempoh setahun kompleks itu beroperasi iaitu sehingga Mei 2015. Dalam pada itu, Chong memberitahu, gateway@klia2 dijangka menerima seramai 36 juta pengunjung dalam tempoh setahun lapangan terbang itu beroperasi dengan purata seramai tiga juta pengunjung sebulan. "Penumpang pesawat merupakan kumpulan terbesar pengunjung ke gateway@klia2, manakala selebihnya terdiri daripada penduduk sekitar dan kakitangan yang bertugas di kompleks beli-belah ini," jelas beliau.
TOP
klia2: MITI kaji tambah kuota
KUALA LUMPUR 17 Jun - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengkaji untuk menambah kuota bagi peniaga bumiputera di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) yang telah mula beroperasi sejak 2 Mei lalu. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perkara itu akan dibincangkan dengan Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) yang bertanggungjawab menguruskan klia2 supaya usahawan bumiputera diberi peluang berniaga di kawasan tersebut. Katanya, MITI menerima banyak permohonan dalam kalangan usahawan bumiputera untuk beroperasi di klia2, tetapi terpaksa menimbangkan banyak perkara termasuk beberapa syarat dan kriteria yang ditetapkan. "Sebenarnya ramai yang memohon, tetapi sudah pasti bukan semua yang berjaya dapat sebab ada syarat-syarat tertentu yang perlu dipenuhi. Tetapi kita akan kaji perkara ini secara spesifik termasuk melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) antara MITI dan MAHB," katanya ketika ditemui dalam lawatan beliau ke ibu pejabat Utusan Melayu di sini hari ini. Yang turut hadir, Timbalannya, Datuk Ir. Hamim Samuri; Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Datuk Hafsah Hashim; Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin; Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Mohd. Noordin Abbas; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak serta pegawai-pegawai kanan MITI dan Utusan Melayu. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai pihak pengurusan klia2 yang tidak mesra peniaga bumiputera dalam Utusan Malaysia minggu lalu yang mana pengusaha rangkaian Kopitiam Killiney masih menunggu kata putus daripada MAHB walaupun sudah mendapat kebenaran daripada MITI untuk beroperasi di klia2.
TOP
Anak kurung ibu supaya mati kelaparan ditangkap
TSUI diberi pakaian semasa diselamatkan selepas dikurung oleh anaknya sendiri.
BEIJING - Seorang wanita berusia 90 tahun dikurung di dalam sebuah bilik tidur dengan harapan dia akan mati kebuluran oleh anaknya sendiri, lapor akhbar MailOnline semalam. Wanita malang itu, Xiaoming Tsui bagaimanapun terselamat selepas hampir sebulan cuma bergantung kepada air minuman dan bubur bijirin yang dibaling melalui tingkap oleh jiran-jiran ketika anak-anaknya keluar. Tidak tahan melihat nasib warga emas di kampung Yangjuan di Hunan itu, salah seorang jirannya yang tidak menyatakan namanya menghantar mesej kepada pasukan polis melalui internet. Sebaik menerima laporan itu, pihak polis melakukan serbuan di rumah berkenaan. Perkataan pertama yang diluahkan oleh wanita itu ialah: "Tolong beri saya makan." Berikutan serbuan itu, seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki wanita itu kini berhadapan dengan tuduhan cubaan membunuh. "Wanita itu sakit dan bagi menghilangkan masalah mereka untuk menjaga, anak-anaknya cuba mengurungnya di dalam sebuah bilik dengan harapan dia akan mati kelaparan. "Mereka tidak memberikan makanan dan mereka memberitahu dia tidak memerlukan bilik mandi, malah tidak sesiapa dibenarkan untuk berjumpanya," kata seorang jurucakap polis. - Agensi
TOP
Penanam padi Thailand dapat bayaran 92.4 bilion baht
BANGKOK - Junta tentera Thailand membayar hutang tertunggak berjumlah 92.4 bilion baht (RM9.23 bilion) kepada penanam padi di bawah skim subsidi pembelian padi oleh kerajaan, kata seorang pegawai semalam. Penanam padi di negara itu menunggu wang tersebut sejak Oktober tahun lalu. "Kerajaan dan Bank Pertanian dan Koperasi Pertanian (BACC) telah membayar semua 800,000 penanam padi tersebut," kata Timbalan Presiden BACC, Supat Eauchai. "Kami juga tiada perancangan untuk meneruskan skim subsidi tersebut," tambahnya. BACC merupakan bank milik kerajaan Thailand. Semua petani itu tidak dibayar selama beberapa bulan selepas bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra membubarkan Parlimen pada Disember tahun lalu. Skim pembelian tersebut merupakan antara dasar utama yang membantu Yingluck memenangi pilihan raya sekali gus menjadi Perdana Menteri pada 2011. Ia melibatkan kerajaan membeli padi pada harga melebihi harga pasaran. Namun, skim itu merugikan kerajaan ekoran terpaksa menjual semula padi tersebut pada harga pasaran kurang 50 peratus berbanding harga yang dibayar kepada petani. - Reuters
TOP
Tentera Iraq pertahan Baquba
SEKUMPULAN penduduk menjulang senjata di bandar Najaf, selatan Iraq kelmarin sebagai isyarat bahawa mereka bersedia menyertai pasukan keselamatan Iraq memerangi militan ISIL.
BAGHAD - Sejumlah warga Iraq terbunuh dalam pertempuran untuk menguasai ibu negeri wilayah Diyala, Baquba semalam manakala pertempuran turut menyebabkan sebuah loji penapisan minyak utama di negara itu terpaksa ditutup. Pertempuran tersebut antara militan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syam (ISIL) dengan tentera kerajaan Iraq. Militan ISIL berjuang untuk menubuhkan sebuah kerajaan khalifah Islam di Iraq dan Syria sekali gus mengancam kewujudan negara Iraq. Dalam perkembangan berkaitan tentera kerajaan menyatakan, pihaknya mematahkan satu percubaan oleh ISIL untuk menawan bandar Baquda di utara kota raya ini selepas kedua-dua pihak bertempur selama semalaman. Beberapa pegawai dan penduduk Baquba memberitahu, antara mereka yang terkorban termasuk berpuluh-puluh banduan di sebuah penjara di bandar itu. Militan ISIL melancarkan pemberontakan mereka dengan menawan bandar utama di utara Iraq, Mosul pada minggu lalu dan mara menyeberangi lembah Sungai Tigris menuju ke bandar raya ini. Kumpulan militan tersebut turut mengaku membunuh beratus-ratus askar Iraq yang ditawan sepanjang kemaraan mereka. Militan ISIL kemudian disertai oleh beberapa kumpulan penentang lain di Iraq termasuk bekas pejuang yang menggulingkan diktator Iraq, Saddam Hussein. Mereka yang terdiri daripada puak-puak minoriti menyokong ISIL kerana mendakwa ditindas oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri Nuri al-Maliki yang berfahaman Syiah. Sebelum ini, negara-negara Barat termasuk Amerika Syarikat (AS) menggesa Maliki supaya berdamai dengan puak-puak minoriti tersebut bagi mengelakkan perpecahan Iraq. Namun, Perdana Menteri berkenaan berkeras akan mematahkan pemberontakan tersebut dan melabelkan mereka yang menentangnya sebagai pembelot. Malah, beliau menyalahkan Arab Saudi semalam kerana menggalakkan pembunuhan beramai-ramai di Iraq dengan menyokong ISIL. Terdahulu, Presiden AS, Barack Obama turut menimbang melaksanakan tindakan ketenteraan termasuk melancarkan serangan udara bagi mengekang kemaraan ISIL. Namun, pentadbiran Obama menolak menghantar tentera AS ke Iraq. "Presiden Obama akan terus berbincang dengan pasukan penasihat keselamatan berhubung krisis di Iraq," kata White House dalam satu kenyataan kelmarin tanpa mengulas lanjut. Dalam perkembangan berkaitan, beberapa pegawai mengesahkan loji penapis minyak Baiji di utara kota raya ini terpaksa ditutup, manakala sejumlah pekerja warga asing turut dipindahkan. Namun, tentera kerajaan masih menguasai loji itu. Penutupan loji itu menyebabkan beberapa bandar di Iraq terputus bekalan bahan api untuk menjana janakuasa elektrik dan mengepam air kepada penduduk. Loji tersebut kini dikawal pasukan tentera elit, manakala sebuah bandar berdekatan loji tersebut jatuh ke tangan ISIL pada minggu lalu. - Reuters
TOP
WHO bimbang wabak MERS menjelang musim haji
BEBERAPA jemaah Asia memakai topeng mulut dan hidung ketika berada di kota suci Mekah pada 27 Mei lalu.
LONDON - Penularan virus sindrom pernafasan Asia Barat (MERS) masih menjadi ancaman serius terhadap kesihatan awam, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam tetapi peningkatan mendadak kes MERS kini semakin berkurangan, manakala penyakit itu tidak mendatangkan ancaman sejagat. Virus MERS yang menyebabkan batuk, demam dan radang paru-paru telah dilaporkan menjangkiti lebih 800 pesakit dengan kebanyakannya di Arab Saudi. Ia kemudian merebak ke beberapa negara jiran manakala beberapa kes terpencil berlaku di Eropah, Asia dan Amerika Syarikat. Sekurang-kurangnya 315 orang meninggal dunia akibat jangkitan MERS setakat ini. Dalam satu kenyataan selepas pertemuan keenam jawatankuasa kecemasan MERS, WHO menyatakan peningkatan kes MERS di Arab Saudi yang bermula April lalu kini reda. "Selain itu, tiada bukti bahawa MERS menyebabkan jangkitan antara manusia," kata kenyataan jawatankuasa tersebut. Namun, WHO menegaskan bahawa situasi semasa MERS masih membimbangkan terutamanya jangkaan peningkatan perjalanan ke Arab Saudi terutamanya pada bulan puasa dan musim haji. Berjuta-juta orang berkunjung ke kota suci Mekah untuk mengerjakan ibadah haji, manakala musim haji pada tahun ini jatuh pada bulan Oktober. - Reuters
TOP
2 militan Abu Sayyaf culik rakyat asing ditangkap
MANILA - Pasukan keselamatan Filipina menangkap dua militan Abu Sayyaf di sebuah bandar di selatan negara itu termasuk seorang militan yang didakwa terlibat menculik seorang remaja lelaki Amerika Syarikat (AS) dan seorang lelaki Australia. Beberapa pegawai Filipina berkata, polis dan tentera menangkap Jimmy Nurilla dan Bakrin Haris di bandar pelabuhan Zamboanga, selatan Filipina kelmarin. Rantau selatan Filipina yang bergolak menjadi lokasi kumpulan Abu Sayyaf melakukan penculikan untuk meminta wang tebusan, peras ugut dan pelbagai jenayah lain. "Nurilla terlibat dalam beberapa penculikan termasuk kes warga AS, Kevin Lunsmann," menurut Suruhanjaya Pencegahan Jenayah Terancang dalam satu kenyataan. "Lunsmaan melarikan diri daripada tahanan Abu Sayyaf lima bulan selepas dia diculik pada 2011 ketika mangsa berusia 14 tahun," tambah kenyataan tersebut. Menurut kenyataan sama, seorang lagi tebusan, Warren Richard Rodwell yang merupakan warga Australia dibebaskan pada Mac 2013 selepas ditawan selama 15 bulan. - AP
TOP
Pencarian MH370 tidak terokai lokasi panas
PENGUNJUNG menulis sesuatu di atas kad peringatan kehilangan pesawat MH370 sempena Pameran dan Persidangan Mencari dan Menyelamat Antarabangsa ke-4 di Kuala Lumpur semalam.
LONDON - Pencarian pesawat Penerbangan Malaysia MH370 masih belum tertumpu pada lokasi paling berpotensi ekoran operasi tersebut diganggu isyarat palsu, kata firma rangkaian satelit Britain, Inmarsat semalam. Saintis-saintis Inmarsat memberitahu Perbadanan Penyiaran British (BBC) bahawa mereka telah menganalisis laluan terakhir pesawat berkenaan dan lokasi ia dipercayai terhempas di selatan Lautan Hindi. Lokasi itu yang disebut juga 'lokasi panas' tidak diterokai semasa operasi mencari MH370 berlangsung di Lautan Hindi. Pesawat Boeing 777-200ER itu hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac lalu. Isyarat elektronik atau ping yang dihantar pada setiap jam dari pesawat itu diterima oleh satelit Inmarsat sekali gus membolehkan saintis-saintis mengira laluannya. "Kapal tentera laut Australia, Ocean Shield kemudian dihantar untuk membuat siasatan (di lokasi panas)," kata Inmarsat dalam satu kenyataan. "Namun, sebelum Ocean Shield tiba di lokasi tersebut, ia mula mengesan empat lagi isyarat ping yang dipercayai datang dari kotak hitam pesawat itu," tambah Inmarsat. Operasi mencari kemudian tertumpu di zon seluas 850 kilometer persegi di dasar laut ke barat daya Perth berdasarkan penemuan baharu tersebut. Namun, sumber ping itu tidak ditemui, manakala sebuah kapal selam robot gagal menemui serpihan atau bangkai MH370. "Ia bukan lokasi tidak realistik tetapi terletak lebih jauh ke barat daya berbanding lokasi panas tersebut yang dikesan berdasarkan analisis awal kami," kata saintis Inmarsat, Chris Ashton. Mengulas kenyataan Inmarsat, Pusat Agensi Penyelarasan Bersama (JACC) memberitahu, ketika itu, pihaknya perlu menjejaki sumber empat ping tersebut yang diterima alat pengesan Ocean Shield. "Empat isyarat ping itu merangkumi petunjuk paling berpotensi dalam pencarian MH370 dan ia perlu dijejaki sehingga pasukan mencari dapat mengesahkan atau menolak lokasi tersebut sebagai tempat persemadian MH370," kata JACC dalam satu kenyataan. Hingga kini, pegawai-pegawai Australia bersetuju bahawa berdasarkan isyarat MH370 yang diterima satelit Inmarsat, pesawat MH370 terhempas di Lautan Hindi. Namun, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) menyatakan, pakar-pakar masih berusaha untuk menentukan kawasan yang akan diterokai pada fasa pencarian MH370 seterusnya yang melibatkan dasar lautan pada kedalaman sehingga 6,000 meter. - AFP
TOP
Polis buru tahanan lolos dari mahkamah Georgetown
GEORGETOWN: Seorang lelaki yang sepatutnya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memiliki dadah, meloloskan diri selepas kenderaan polis yang membawanya tiba di perkarangan mahkamah itu. Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, suspek dikenali sebagai Mohamad Faisal Naina Mohamad, 40, digari secara berangkai bersama-sama 14 orang kena tuduh (OKT) lain sebelum dia secara tiba-tiba melepaskan diri selepas dibawa turun daripada kenderaan itu. "Suspek berada di barisan paling hujung secara tiba-tiba dapat melucutkan tangan daripada gari dan melarikan diri dengan memanjat pagar mahkamah," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Ditanya kemungkinan gari yang diguna tidak berkunci atau longgar, Mior Faridaltrash berkata perkara itu masih dalam siasatan. Beliau berkata pegawai penyiasat telah merekodkan keterangan dua anggota polis pengiring OKT berkenaan dan mereka turut disiasat kerana disyaki cuai menjalankan tugas. Mior Faridaltrash berkata polis telah melancarkan 'Ops Kesan' untuk menjejaki suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit diminta menghubungi balai polis berdekatan. Beliau berkata suspek yang beralamat terakhir di Bagan Jermal, Butterworth, berketinggian kira-kira 170 sentimeter, berambut lurus pendek, memakai baju-T kelabu dan seluar warna gelap ketika melarikan diri. Lelaki terbabit ditahan di Taman Tun Sardon kerana disyaki memiliki dua tiub dadah jenis heroin pada Jumaat lepas dan mendapat perintah reman bermula 14 Jun berakhir hari ini. - BERNAMA
TOP
Pemberontak menembak mati tahanan tanpa belas kasihan di Iraq.
KONFLIK di Iraq makin meruncing apabila kanak-kanak seawal usia lapan tahun diheret menjadi anggota militan dan menyaksikan pembunuhan kejam. Kejadian itu dicetuskan pemberontak Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) yang menguasai bandar Mosul sejak minggu lalu. Beberapa gambar yang diedarkan media menunjukkan pemberontak kumpulan itu mengarahkan tahanan berbaris dan melutut sebelum ditembak di belakang kepala sambil disaksikan kanak-kanak militan yang turut memegang senjata api itu.
Pelbagai cara lain juga digunakan pemberontak untuk menguasai beberapa bandar di Iraq, terutama pembunuhan beramai-ramai. Juga dilihat gambar pemberontak mengarahkan sekumpulan tahanan dengan tangan diikat ke belakang meniarap sebelum mereka ditembak.
Tentera Iraq juga menjadi mangsa apabila ditawan pemberontak dan dibunuh tanpa diberi peluang mempertahankan diri. Di Baqubah, kira-kira 50 kilomter dari Baghdad pula dilaporkan seramai 44 tahanan dibunuh pengawal penjara dalam kalangan Syiah ketika militan Sunni menyerang balai polis di bandar itu. Tentera Iraq memaklumkan, 52 tahanan dibunuh dalam serangan di balai polis berkenaan menggunakan motar. Bagaimanapun, serangan balas tentera Iraq mengorbankan 30 pemberontak Isis, kata pegawai tentera dan polis. Berikutan serangan itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama memaklumkan Kongres, sebanyak 275 anggota tenteranya akan dihantar ke Iraq untuk membantu mengawal keselamatan rakyat AS di kedutaannya di Baghdad. Pasukan tentera itu dimana 170 daripadanya telah tiba di Iraq, manakala 100 lagi akan berpusat di Kuwait untuk pengurusan lapangan terbang, keselamatan dan sokongan logistik. Selain itu, kapal pengangkut George HW Bush dan lima kapal perang kini berada di Teluk Parsi. Sumber: mStar Online
TOP
Pelajar 14 tahun mati dibelasah lelaki 70 tahun
KUALA SELANGOR – Seorang pelajar lelaki berumur 14 tahun maut akibat dipukul dengan sebatang besi dalam satu pergaduhan dipercayai dengan seorang lelaki 70 tahun di Bestari Jaya, Kuala Selangor kelmarin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata dalam kejadian itu mangsa mengalami pendarahan serius di bahagian peha kanannya. Beliau berkata pihaknya menerima panggilan dari pihak Hospital Sungai Buloh kira-kira pukul 10.40 malam memaklumkan bahawa mangsa meninggal dunia ketika dibawa ke hospital berkenaan. “Susulan kejadian itu, pihak kami berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 70 tahun awal pagi tadi dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan tersebut,” katanya. Mohd Adnan bercakap kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Ketenteraman awam dan Trafik negeri Selangor di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam petang semalam. Beliau berkata pihaknya turut merampas sebatang besi serta pakaian berlumuran darah dipercayai milik suspek. Katanya, lelaki terbabit direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh. Sumber: BERNAMA
TOP
Warga Emas Maut Dalam Kebakaran
SEMPORNA – Seorang lelaki warga emas maut dalam kebakaran yang memusnahkan 12 buah rumah setinggan di Kampung Inabah Kamal di sini, semalam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna, Mohd Razali Awang Ahmad berkata mangsa yang dikenali Abdul Gapar Nama, 78, ditemui rentung dalam bilik mandi dalam kejadian kira-kira pukul 10.57 malam itu. “Dua jentera bomba bersama-sama 12 anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam. Kami berjaya mengawal kebakaran pada pukul 2.23 pagi dan operasi tamat sepenuhnya 3.38 pagi,” katanya ketika dihubungi Bernama. Beliau berkata usaha memadamkan kebakaran turut dibantu sebuah jentera dan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau. Mohd Razali berkata pihaknya masih menyiasat punca kebakaran, anggaran kerugian serta bilangan keluarga yang terlibat. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Semporna untuk bedah siasat. Sumber: BERNAMA
TOP
Memorandum Bantahan Kerjasama TNB dengan YTL
MEMORANDUM BANTAHAN KERJASAMA TNB DENGAN YTL
Kami Kesatuan dan Persatuan dalam Tenaga Nasional Berhad iaitu Persatuan Eksekutif Tenaga Nasional (PETNB), Kesatuan Pecantuman Pekerja-Pekerja TNB (KPPPTNB),Tenaga Nasional Junior Officers Union (TNBJOU) dan Persatuan Unit Keselamatan TNB (PERUNIKA) yang mewakili 34,900 ahli Kesatuan dan Persatuan dan anggota kerja Tenaga Nasional Berhad dengan ini MEMBANTAH sekeras-kerasnya kerjasama TNB dengan Syarikat YTL dalam sebarang urusan berkaitan perbekalan tenaga elektrik Negara.
Kami membantah dan mendesak TNB supaya MENOLAK tawaran bersyarat yang diberikan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia kepada konsortium YTL, SIPP dan TNB untuk membangunkan projek penjanaan ‘Track 4A’ di kawasan Pasir Gudang, Johor.
Kami juga MENDESAK supaya Pengurusan TNB mempertahankan dan tidak menyerahkan tanah TNB di Stesen Janaeletrik Pasir Gudang, Johor kepada mana-mana pihak untuk tujuan projek ini dalam apa juga keadaan.
Kesatuan dan Persatuan TNB telah mengeluarkan beberapa kenyataan akhbar berkaitan YTL dan dengan secara konsisten dan tegas MENOLAK sebarang kerjasama TNB dan YTL antaranya ialah :-
1. 28 May 2014 - Kesatuan Sekerja TNB mahu kontrak IPP diberi
secara bidaan terbuka (Kosmo).
2. 29 May 2014 - TNB adalah ‘syarikat rakyat’ (Utusan Malaysia).
3. 29 May 2014 - Unions want transparency in Track 4 project award (New Straits Times)
4. 5. Jun 2014 - YTL jangan bersikap angkuh (Utusan Malaysia)
5. 10 Jun 2014 - Kesatuan sekerja TNB TOLAK kerjasama YTL (Utusan Malaysia).
TNB TIDAK MENIKMATI SEBARANG MANAFAAT sejak berurusan dalam pembelian tenaga dengan Syarikat YTL sejak 1993. Malah Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) generasi pertama (1993) dengan Syarikat YTL telah menyebabkan TNB terpaksa MENANGGUNG BEBAN KEWANGAN dengan membayar harga belian tenaga yang lebih tinggi dari apa yang mampu TNB janakan pada masa itu.
Berdasarkan angka dan maklumat yang kami perolehi, sehingga kini difahamkan TNB telah membayar lebih RM20 billion kepada Syarikat YTL.
Kami percaya PELBAGAI IMPLILKASI yang melibatkan Jaminan Pekerjaan (Job Security) akan berlaku kesan rangkaian (Chain reaction) dari projek berkapasiti besar - 1400MW hingga 2000MW yang ditawarkan kepada konsortium YTL ini. Kami masih ingat bagaimana Syarikat YTL membena loji janakuasa elektrik di Paka, Terengganu dengan menyewa tanah TNB hingga menyebabkan ahli-ahli kami terpaksa dipindahkan dari situ bersama ahli keluarga mereka.
Kami juga amat bersimpati dengan KAUM PEKERJA DAN RAKYAT yang terpaksa MENANGGUNG BILL ELEKTRIK YANG TINGGI selepas ujudnya Syarikat YTL dan IPP yang lain dalam industri penjanaan tenaga elektrik. Tawaran projek ’Track 4A’ kepada konsortium YTL ini akan menjadi RUJUKAN ’set precedence’ untuk terus menyambung kontrak dengan IPP lain yang akan tamat dimasa depan serta menghakis peranan TNB sebagai penjana utama tenaga elektrik negara.
KAMI dengan ini BERIKRAR AKAN MENENTANG HABIS-HABISAN sebarang usahasama TNB dengan Syarikat YTL. Kami akan menggerakkan seluruh ahli-ahli dan anggota kerja TNB bagi melancarkan Gelombang Kebangkitan Pekerja 1TNB besar-besaran dengan berkumpul, berhimpun dan berbaris bagi membantah kerjasama tersebut jika ianya dilaksanakan. Sekian dan Salam 1TNB.
‘Bersatu Teguh’
Naib Yang DiPertua Presiden Presiden Yang DiPertua
PETNB KPPPTNB TNBJOU PERUNIKA
Sumber: Facebook Mohd Roszeli M
TOP
Huawei Mulan: Menyertakan Pengimbas Cap Jari?
Huawei memperkenalkan peranti terbaru yang menggunakan cip pemprosesan lapan-teras daripada mereka, dikenali dengan kod namanya iaitu ‘Mulan’. Huawei ‘Mulan’ membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 1080×1920 pixel, dilengkapi cip pemprosesan Kirin 920 daripada Huawei, dan dijana menggunakan memori sebanyak 3GB RAM. Untuk rakaman, peranti ini dikatakan akan membawakan kamera 13-megapixel. Menariknya, pada bahagian bawah kamera, sebuah panel khas hadir, dan tidak diketahui apakah fungsinya. Mengikut spekulasi awal, ia dikatakan berkemungkinan besar akan berfungsi sebagai pengimbas cap jari – ala-ala pada HTC One Max. Huawei dijangka akan mengumumkan telefon pintar Honor 6 ini pada 24 Jun kelak, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya pada tarikh tersebut.
Oleh: hzqahmd
TOP
Gambar Model Proton P2-30A Terbaru 2014 Tersebar
Gambar model proton P2-30A terbaru 2014 tersebar. Model keluaran baru proton 2014 dengan kod nama P2-30A kategori Compact Car atau lebih dikenali sebagai “Global Small Car” akan dilancarkan oleh Proton Malaysia pada sekitar pertengahan tahun 2014. Model P2-30A merupakan rekaan proton generasi baru selepas kejayaan model terdahulu iaitu “Savvy”. Menariknya keluaran proton terbaru ini bakal memasuki pasaran dunia dan bersaing dengan kereta antarabangsa dan tempatan seperti Volkswagen Polo TSI, Perodua Myvi, Honda Brio dan Ford Fiesta. Sumber: Melvister.com
TOP
Thailand lanjut dikri darurat di Selatan
BANGKOK - THAILAND. Junta tentera Thailand meluluskan perlanjutan dikri darurat selama tiga bulan di wilayah-wilayah sempadan selatan, yang menghadapi gerakan puak pemisah. Perlanjutan itu berkuatkuasa dari 20 Jun hingga 19 Sept melibatkan wilayah-wilayah Pattani (kecuali daerah Maelarn), Yala dan Narathiwat, kata Kol. Wintai Suwaree, jurucakap Majlis Keamanan dan Ketenteraman Nasional (NCPO). Beliau bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini. Kawasan tersebut yang berhampiran sempadan Malaysia terjejas oleh beberapa insiden keganasan termasuk pengeboman yang dikaitkan dengan kumpulan pemisah. Sumber: BERNAMA
TOP
Rampasan Bible: MAIS mesti berunding dengan Peguam Negara - Najib
KUALA LUMPUR 17 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berunding dengan Peguam Negara (AG) jika ia berpendapat AG perlu mengkaji semula keputusannya dalam isu rampasan kitab Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Peguam Negara baru-baru ini memutuskan bahawa tidak ada sebarang pendakwaan dibuat berhubung kes rampasan Bible tersebut dibuat pada Januari lepas, sekali gus menutup kes berkenaan. Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, penyelesaian isu rampasan kitab tersebut milik Persatuan Bible Malaysia itu hendaklah dibuat berdasarkan peruntukan dan semangat Perlembagaan dan Undang-undang Negara supaya ia dapat diterima oleh masyarakat. "Kajian semula keputusan yang dibuat oleh Peguam Negara semestilah berasaskan kepada lunas undang-undang negara ini dan semua pihak mestilah menghormati keputusan yang dibuat," katanya. Najib juga berkata, kerajaan negeri Selangor, MAIS dan JAIS yang mempunyai tanggungjawab sepenuhnya terhadap urusan dan pentadbiran hal ehwal agama Islam di Negeri Selangor hendaklah menentukan sama ada untuk memulangkan semula kitab Bible tersebut atau sebaliknya. - BERNAMA
TOP
Anggota sindiket gores dan menang ditahan di Kelantan
KOTA BAHARU 17 Jun - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan menahan sembilan individu kerana disyaki menipu orang ramai melalui peraduan gores dan menang di sebuah premis di Jalan Long Yunus di sini hari ini. Timbalan Pengarahnya, Abdul Ghani Harun berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 25 hingga 30 tahun ditahan pada 1 tengah hari selepas intipan sejak awal pagi. "Sindiket ini akan memaksa mangsanya untuk mengeluarkan wang sebanyak RM9,900 dan kebanyakan mangsa berumur 50-an. "Mangsa juga tidak akan dilepas jika wang tidak diberikan, dan mereka agak rakus kerana memaksa pelanggan pergi ke bank untuk mengeluarkan wang," katanya kepada pemberita di lokasi serbuan hari ini. - BERNAMA
TOP
China atasi Jepun sebagai pasaran robot terbesar
A robot makes noodles in a restaurant in Changsha, the capital of Hunan province. Chinese businesses are predicting a boom in the use of robots in the country. Yang Huafeng / China News Service
A giant "Kuratas" robot on display at an exhibition in Tokyo in November. The 4-meter-high, limited edition, made-to-order robot is controlled by a pilot in its cockpit, or via a smartphone. Kim Kyung-Hoon / Reuters
A robot plays ping pong at the International Industry Fair in Shanghai. Photograph: Zhu Lan/Xinhua Press/Corbis
BEIJING 17 Jun - China membeli sejumlah 36,860 robot industri pada 2013,kira-kira satu perlima daripada robot industri dunia tahun lalu, menjadikan ekonomi terbesar kedua dunia itu mengatasi Jepun sebagai pembeli utama teknologi berkenaan. Data yang disiarkan oleh ChinaRobotIndustryAlliance(CRIA) hari ini menunjukkan jumlah penjualan robot di China melonjak 36 peratus tahun lalu daripada setahun sebelumnya. Antaranya lebih 9,500 unit dibuat di China, manakala yang diimport merupakan 73 peratus daripada jumlah pembelian, katanya. Peningkatan permintaan untuk robot industri di negara ini disebabkan pertumbuhan cergas sektor pembuatan China, terutama sektor makanan, kimia, elektronik dan automobil, lapor agensi berita Xinhua memetik pegawai Persekutuan Industri Mesin ChinaWangRuixiang sebagai berkata. - BERNAMA
TOP
Enam terbunuh, tiga hilang dalam kejadian tanah runtuh di Bogor
JAKARTA 17 Jun - Enam orang terbunuh dan tiga lagi hilang selepas hujan lebat di Bogor, Jawa Barat, pada Isnin menyebabkan tanah runtuh yang memusnahkan sekurang-kurangnya lima buah rumah. "Kejadian berlaku pada 1.30 pagi. Hujan lebat turun sekitar kampung Mekarwangi di daerah kecil Cariu dan menyebabkan cerun tinggi 30 meter runtuh mengakibatkan lima buah rumah tertimbus," Ketua Agensi Mitigasi Bencana Bogor (BPBD), Yos Sudrajat dipetik sebagai berkata oleh Jakarta Globe hari ini. Enam orang yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh itu dikenali sebagai Dedeh, 38, Risma, 13, Wahyu, 17, Mardi, 37, Sopiah, 60, dan seorang budak lelaki berumur 4 tahun, Riski. "Kami masih menjalankan gerakan mencari tiga orang lagi sementara tujuh telah diselamatkan. Mereka hanya cedera ringan. Mereka telah menerima rawatan," kata Yos. Beliau berkata 30 anggota dari agensi itu telah dikerah untuk mencari mangsa. - BERNAMA
TOP
PDRM, ATM tingkat kerjasama
Ahmad Zahid Hamidi (kiri) bersalaman dengan Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Joseph Y. Yun selepas bertemu dalam perjumpaan khas lebih sejam di Hotel Royale Chulan Damansara, semalam.
PETALING JAYA 16 Jun - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan kerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menangani isu-isu penculikan yang kerap berlaku di Sabah sejak akhir-akhir ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam kejadian terbaharu yang membabitkan dua mangsa culik dikenali sebagai Mazlan, 25, dan Chan Sai Chiun, 32, di Sabah awal pagi ini, beliau sudah berhubung dengan PDRM untuk meningkatkan kerjasama dengan ATM. "Dalam usaha PDRM menjejaki dua mangsa culik terbabit, kita mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan semua usaha telah dibuat termasuk menjalin kerjasama dengan ATM bagi memastikan penjenayah ini diheret ke muka pengadilan," katanya. Beliau ditanya pemberita tentang insiden penculikan terbaharu itu pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan Duta Besar AS ke Malaysia, Joseph Y. Yun selama hampir sejam di Mutiara Damansara di sini hari ini. Dalam kejadian terbaru pukul 12.40 tengah malam tadi, seorang penternak ikan sangkar dan pekerjanya warga Filipina diculik sekumpulan lelaki di Kunak. Ahmad Zahid dalam sidang akhbar itu turut mengulas mengenai kegiatan militan yang berlaku di Sabah membabitkan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang kini dalam pemantauan pihak berkuasa. "Mereka ini saki-baki kumpulan militan dan kita akan terus memantau mereka. Pihak keselamatan di Esscom (Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah) telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik. "Tetapi usaha mereka boleh dipertingkatkan lagi yang mana kaedah konvensional dan aset sahaja tidak mencukupi. Kita kena jaringan maklumat membabitkan bahagian perisikan yang harus diperkukuh serta disegerakan fungsinya," katanya. Malah, beliau berkata kerajaan bukan sahaja memantau kegiatan militan di negara ini tetapi juga melibatkan rakyat Malaysia yang terbabit dalam aktiviti itu di luar negara seperti yang dilaporkan berlaku di Syria. "Kita memang ada maklumat tentang rakyat Malaysia yang terbabit dalam kumpulan militan di Syria. Jika betul mereka ini terlibat, kita akan tahan jika mereka pulang ke Malaysia untuk siasatan," tegas beliau. Dalam pada itu Ahmad Zahid memberitahu, kerajaan bersedia menerima aset bantuan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) sekiranya wujud tawaran dari negara itu bagi membanteras kegiatan pengganas terutamanya di Sabah. Bagaimanapun setakat ini kata beliau, kerajaan belum menerima tawaran daripada AS dalam membekalkan aset-aset ketenteraan dari negara itu bagi tujuan itu. "Kalau AS menawarkan bantuan aset ketenteraan untuk tangani isu pengganas, kita akan terima termasuklah aset seperti bot yang boleh digunakan di sekitar perairan sekitar kawasan Esscom," katanya.
TOP
Mat rempit beraksi ala Superman didenda RM5,000
KUALA LUMPUR 16 Jun - Dua mat rempit masing-masing dipenjara sehari dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya dengan aksi ala Superman, minggu lalu. Majistret Amal Razim Alias menjatuhkan hukuman itu terhadap penuntut kolej, Kamaruddin Ismail, 19, dan penghantar Pizza, Mohamad Hasnol Yusuf Harun, 19, dan memerintahkan kedua-duanya menjalani hukuman penjara selama dua bulan jika gagal membayar denda berkenaan. Berdasarkan kertas pertuduhan, Kamaruddin yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ 135 warna hijau didakwa menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya dengan aksi ala Superman dengan meletakkan dada pada tangki motor serta mengangkat kaki lurus ke belakang yang membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain. Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 3.20 pagi di Lebuh Raya Duke, 14 Jun lalu. Sementara itu, Mohamad Hasnol yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda warna biru pula didakwa menunggang motosikalnya dengan gaya yang sama di lebuh raya berkenaan antara pukul 1.15 dan 1.20 pagi, 15 Jun lalu. Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 5 tahun dan didenda tidak kurang RM5,000, serta hilang kelayakan menunggang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun. Berdasarkan fakta kes, kedua-duanya berjaya ditahan oleh pihak polis yang melakukan operasi khas samseng jalan raya dan cegah lumba haram di persimpangan jalan lebuh raya itu. Sementara itu, di mahkamah sama, seorang doktor didenda RM1,800 atau penjara dua bulan selepas mengaku bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol, dua hari lalu.
TOP
Serangan ke atas penduduk Islam
Beberapa orang penduduk Islam Sri Lanka memerhatikan kedai-kedai penduduk Islam yang rosak akibat dibakar dalam serangan yang diketuai sami Buddha di Aluthgama, semalam. - AGENSI
COLOMBO 16 Jun - Sekurang-kurangnya tiga orang terkorban dan lebih 80 orang lagi cedera, selepas berlakunya serangan yang diketuai sami Buddha Sinhala di dua buah bandar di negara ini, malam semalam. Agensi berita Aljazeera melaporkan, ekoran kejadian itu, polis Sri Lanka mengeluarkan perintah berkurung di kawasan-kawasan terbabit iaitu di bandar Aluthgama dan Beruwala, setelah banyak harta benda penduduk Islam dan masjid musnah, ketika keganasan dilaporkan merebak ke bandar Lathugana. Polis bertindak melepaskan tembakan gas pemedih mata dan memperluaskan perintah berkurung di Beruwala, yang mana majoriti penduduknya beragama Islam. Bandar Aluthgama dan Beruwala merupakan lokasi percutian terkenal dalam kalangan pelancong asing, tetapi sehingga kini tiada sebarang laporan dikeluarkan sama ada terdapat pelancong yang terlibat dalam kejadian tersebut. Presiden Majlis Islam Sri Lanka, Hilmy Ahmed berkata, situasi kini sudah kembali tenang, namun keganasan telah menyebabkan berlakunya kerosakan yang besar. "Sekurang-kurangnya sembilan buah kedai, 40 buah rumah dan tiga buah masjid musnah di Aluthgama," jelas Hilmy.
TOP
ISIL papar pembunuhan kejam tentera Iraq
Imej yang dimuat naik pada 14 Jun lalu di laman web Welayat Salahuddin menunjukkan pemberontak ISIL menembak mati berpuluh-puluh askar Iraq yang ditawan kumpulan itu di satu lokasi yang tidak diketahui di wilayah Salaheddin. Iraq. - AFP
BAGHDAD 16 Jun - Pemberontak daripada Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) yang menawan beberapa bandar Iraq pada minggu lalu memaparkan gambar-gambar yang merakamkan beberapa lelaki bersenjata menembak mati beberapa orang askar kerajaan yang mereka tangkap. Gambar-gambar tersebut yang dimuat naik dalam laman web kumpulan berkenaan menunjukkan beberapa lelaki dipercayai anggota ISIL membawa askar yang ditangkap itu naik ke atas sebuah trak sebelum memaksa mereka meniarap dalam parit dan tangan mereka diikat. Beberapa gambar terakhir menunjukkan mayat tentera terbabit berlumuran darah akibat ditembak di beberapa bahagian tubuh badan mereka. Jurucakap ketua tentera, Leftenan Jeneral Qassim al-Moussawi mengesahkan gambar-gambar berkenaan dan menambah kata, beliau menyedari tentang berlaku kes pembunuhan beramai-ramai terhadap anggota tentera Iraq yang ditangkap oleh ISIL. Beliau berkata, pemeriksaan gambar-gambar berkenaan daripada pakar tentera menunjukkan kira-kira 170 anggota tentera ditembak mati selepas mereka ditangkap. Menurut keterangan daripada gambar-gambar itu, dilaporkan beratus-ratus askar kerajaan telah dihapuskan, namun jumlah sebenar tidak dapat disahkan. Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Jen Psaki berkata, dakwaan ISIL terhadap pembunuhan tentera Iraq adalah menggerunkan dan menunjukkan gambaran sebenar tentang keganasan kumpulan pemberontak itu. Ketua Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia, Navi Pillay dalam kenyataannya berkata, pihaknya turut menerima laporan tentang anggota pemberontak mengumpulkan tentera Iraq dan 17 orang penduduk awam di bandar Mosul. Malah, PBB turut menerima laporan berkenaan tindakan kumpulan terbabit menjatuhkan hukuman dan membunuh tanpa merujuk kepada perundangan selepas ISIL menguasai beberapa bandar di Iraq. - AGENSI
TOP
Kereta api laju Mekah-Madinah sedang dibina
Putera Mishaal diiringi Menteri Pengangkutan, Jabara Al-Seraisry melawat Stesen Kereta Api Haramain, di Mekah, kelmarin. - AGENSI
MEKAH 16 Jun - Projek pembinaan kereta api laju Haramain yang sedang dalam pembinaan apabila siap kelak akan menjadikan sistem pengangkutan yang menghubungkan bandar Mekah dan Madinah menjadi lebih dinamik. Laman web Arab News melaporkan Gabenor Mekah, Putera Mishaal yang memantau perkembangan projek tersebut di Rusaifa berkata, usaha berterusan kerajaan dilakukan bagi memudahkan jemaah dari seluruh dunia menunaikan ibadah umrah dan haji. "Projek ini memainkan peranan penting bagi memperbaiki sistem pengangkutan untuk jemaah supaya mereka dapat tiba di satu-satu tempat dengan lebih cepat. Usaha ini juga dapat mengekang berlakunya kesesakan jalan raya," jelas Putera Mishaal. Kementerian Pengangkutan Arab Saudi dan Organisasi Kereta Api Saudi yang bertanggungjawab melaksanakan projek tersebut, ketika ini sudah menempatkan 70 peratus pekerja buruh di Stesen Rusaifa. "Kereta api laju ini akan memberi perkhidmatan yang selamat dan cepat kepada berjuta-juta jemaah yang mahu bergerak dari Mekah ke Madinah," kata Menteri Pengangkutan, Jabara Al-Seraisry. Perkhidmatan kereta api yang mempunyai landasan sepanjang 450 kilometer itu apabila siap kelak akan melalui tiga kawasan utama iaitu Jeddah, Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz dan bandar ekonomi, Rabigh. Projek tersebut memiliki lima buah stesen dengan stesen utamanya terletak di Mekah yang turut dilengkapi dengan sebuah masjid yang boleh menampung 600 jemaah, kawasan pendaratan helikopter dan lebih 500 tempat letak kereta. Sistem pengangkutan berkenaan dijangka mampu membawa lebih 20 juta penumpang termasuk jemaah umrah dan haji setiap tahun.
TOP
Lebih 140,000 warga Kemboja keluar Thailand
PHNOM PENH 16 Jun - Lebih 140,000 rakyat Kemboja meninggalkan Thailand dan kembali ke negara mereka, hari ini ekoran tindakan kekerasan ke atas pendatang tanpa izin di bawah pemerintahan tentera negara terbabit. Kepulangan sebahagian besar rakyat Kemboja yang memainkan peranan penting dalam pelbagai industri di Thailand termasuk pertanian dan makanan laut adalah ekoran amaran tentera yang merancang untuk menangkap dan mengusir pekerja asing tanpa izin. "Pada tengah malam tadi, jumlah pendatang Kemboja yang meninggalkan Thailand mencecah 142,000 orang," kata Gabenor wilayah Banteay Meanchey, Kor Sam Saroeut, hari ini. Menurut beliau, lebih 2,000 pekerja tiba di bandar Poipet berhampiran sempadan kedua-dua negara awal hari ini dan mereka menunggu kenderaan kerajaan untuk membawa mereka pulang. Lebuh raya di bandar sempadan itu dipenuhi dengan trak tentera yang membawa lelaki, wanita dan kanak-kanak ke wilayah asal mereka. Namun, junta Thailand hari ini menafikan dakwaan tentang pelaksanaan polisi bagi 'mengusir' pekerja asing dari negara itu, walaupun sekumpulan besar warga Kemboja telah pulang ke negara asal mereka sejak tentera merampas kuasa pada bulan lalu. Majlis Keamanan dan Ketenteraman Nasional (NCPO) berkata, kepulangan warga Kemboja adalah atas kehendak mereka sendiri dan tambah mereka, kira-kira 60,000 rakyat Kemboja melepasi sempadan kelmarin. "NCPO tidak melaksanakan polisi bagi mengeluarkan pekerja asing dari Thailand, namun tentera perlu mengawasi kawasan di mana buruh haram diatur dan diuruskan sejak lebih 10 tahun lalu. "Kami meminta pihak yang menerima pekerja asing untuk meneruskan aktiviti seperti biasa dan mengekalkan ketenteraman," kata jurucakap NCPO, Winthai Suvaree. Sementara itu, Kementerian Luar Kemboja menjelaskan, pihaknya akan meminta Thailand supaya memastikan warganya dilayan dengan baik ketika pulang. "Kami meminta Thailand menghantar pulang pekerja dengan baik tanpa dikenakan hukuman, dan membantu dalam urusan pekerja asing tanpa izin," kata jurucakap kementerian, Kuy Kuong. - AFP/REUTERS
TOP
SapuraKencana raih kontrak RM2.3b
SapuraKencana Drilling Asia Ltd., yang merupakan anak syarikat SapuraKencana di Hong Kong telah dianugerahkan kontrak lima tahun oleh Chevron Thailand Exploration and Production Ltd. - GAMBAR HIASAN
KUALA LUMPUR 16 Jun - SapuraKencana Petroleum Bhd., menerusi anak syarikat milik penuhnya memperoleh tiga kontrak baharu dan penyambungan kontrak untuk kerja luar pesisir di Malaysia dan Thailand bernilai AS$700 juta (RM2.3 bilion). Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SapuraKencana Petroleum, Tan Sri Shahril Shamsuddin berkata, anak syarikatnya, Petcon (Malaysia) Sdn. Bhd., diberi dua kontrak oleh Petronas Carigali Sdn. Bhd., untuk membekalkan kapal pelantar penggerudian SKD T-9 dan SKD T-10. Katanya, kontrak untuk SKD T-9 adalah untuk tempoh lima tahun dengan opsyen penyambungan dua tahun lagi bermula dari Julai 2014, manakala SKD T-10 untuk jangka masa tiga tahun dengan opsyen dua tahun penyambungan bermula Ogos 2014. "Sementara itu, SapuraKencana Drilling Asia Ltd., yang merupakan anak syarikat SapuraKencana di Hong Kong telah dianugerahkan kontrak lima tahun oleh Chevron Thailand Exploration and Production Ltd. untuk membekalkan perkhidmatan penggerudian luar pantai oleh kapal pelantar penggerudian SKD T-18 mulai Jun 2014. "Satu lagi anak syarikat SapuraKencana, Seadrill Jaya Ltd. yang diperbadankan di Bermuda telah menerima penyambungan kontrak selama setahun mulai Ogos 2014 dengan BP Trinidad & Tobago LLC untuk perkhidmatan penggerudian oleh kapal pelantar SKD Jaya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Shahril berkata, kemenangan kontrak yang besar dan baharu berkenaan ditambah dengan kontrak diperoleh sehingga kini bernilai RM2.5 bilion pada 2014 bakal menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan syarikat. "Perniagaan baharu ini akan mengukuhkan lagi buku tempahan SapuraKencana Petroleum kepada RM27.4 bilion dan melambangkan keyakinan berterusan pelanggan terhadap keupayaan dan kemampuan kami," katanya.
TOP
Polis, kerajaan gagal dapat kebenaran merayu
PUTRAJAYA 16 Jun - Polis dan kerajaan gagal dalam cubaan terakhirnya untuk mengetepikan keputusan dua mahkamah terdahulu yang mendapati penangkapan lima peguam hak asasi manusia dan seorang aktivis yang menyertai acara jalan kaki sempena sambutan Hari Hak Asasi Manusia Sedunia di ibu negara pada 2007, menyalahi undang-undang. Perkara itu berikutan keputusan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif menolak permohonan pihak polis dan kerajaan bagi mendapat kebenaran merayu. Beliau yang bersidang bersama Tan Sri Zaleha Zahari, Datuk Zainun Ali, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Ramly Ali tidak memerintahkan kos dibayar kerana kes itu merupakan kes kepentingan awam. Oleh yang demikian, keputusan Mahkamah Rayuan pada 20 Januari lalu yang menolak rayuan polis dan kerajaan, kekal. Pemohon-pemohon terdiri dari-pada Timbalan Ketua Polis Dang Wangi ketika itu, Supritendan Che Hamzah Che Ismail, Ketua Polis Negara, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan. Responden-responden ialah R. Sivarasa, N.Surendran, Latheefa Beebi Koya, Eric Paulsen, Amer Hamzah Arshad dan aktivis Johny Andu @ Abu Bakar Adnan. Peguam Kanan Persekutuan, Mohamad Abazafree Mohd. Abbas mengetuai permohonan pihak kerajaan manakala peguam Datuk Sulaiman Abdullah mengetuai pihak responden. Pemohon-pemohon memohon kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan mereka untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati penangkapan kelima-lima mereka, melanggar undang-undang. Polis dan kerajaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan demikian serta memerintahkan ganti rugi am RM10,000 dibayar kepada setiap responden dan kos guaman RM60,000 dijelaskan. Pada 10 Disember 2007, enam individu itu dikenakan pertuduhan berhimpun secara haram iaitu sehari sebelumnya di hadapan bangunan Kamdar di Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibu negara dan tidak mematuhi perintah polis supaya bersurai.
TOP
Rompakan atau seludup? kapal tangki MT Ai Maru
KUALA LUMPUR 16 Jun - Peristiwa rompakan kapal tangki MT Ai Maru yang dalam perjalanan dari Singapura ke Kemboja di perairan Tanjung Sedili, Johor lalu mencetuskan pelbagai persoalan berhubung kejadian tersebut. Ini termasuklah benarkah 700,000 liter minyak yang dirompak diambil dari Pangkalan Tuas, Singapura. Malah satu sumber mempersoalkan, kalau benarkah ia diambil dari pangkalan tersebut kenapakah kapal itu perlu melalui perairan Malaysia. "Ini memandangkan semua kapal yang berlepas dari Singapura perlu melalui kawasan perairan sendiri melalui apa yang dipanggil Skim Pemisahan Trafik (TSS), jadi macam mana ia boleh berada di perairan kita ketika kejadian berlaku,'' kata sumber tersebut. Oleh itu sumber berkenaan meragui sama ada minyak diesel yang dirompak benar-benar dari Singapura atau diseludup dari negara ini. "Pihak berkuasa Malaysia perlu menyiasat kesahihan dokumen yang dibawa kapal tersebut memandangkan kapal ini merupakan enam kapal yang pernah diperiksa dalam serbuan di perairan Pulau Lima pada Mei lalu. "Ketika itu kita tidak boleh membuat siasatan lanjut memandangkan kapal tersebut didakwa mengalami kerosakan walaupun terdapat bau minyak diesel yang kuat," katanya. Sumber itu menjelaskan, pihak berkuasa juga perlu menyiasat sama ada benar atau tidak kapal itu dirompak memandangkan jumlah minyak yang diambil menimbulkan keraguan. Kapal itu, menurut sumber tersebut mampu memuatkan tiga juta liter minyak diesel dalam satu-satu masa dan agak menghairankan lanun hanya mengambil 700,000 liter sahaja. "Tambahan pula untuk memindah 700,000 liter minyak dari sebuah kapal ke kapal yang lain ia memerlukan masa sekurang-kurangnya dua jam. "Persoalannya apakah dalam tempoh itu ia langsung tidak disedari oleh pihak berkuasa Malaysia sedangkan kita difahamkan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mempunyai kapasiti radar untuk mengesan pergerakan kapal di seluruh perairan negara. "Maknanya jika benar rompakan berlaku, perkara itu pasti disedari oleh Maritim Malaysia memandangkan imej dalam radar akan menunjukkan ada dua kapal berada sebelah menyebelah - satu pergerakan yang tidak dibenarkan sama sekali mengikut undang-undang," katanya. Oleh itu, sumber berkata, pihak berkuasa Malaysia perlu menjalankan siasatan rapi berhubung kejadian yang didakwa rompakan oleh lanun itu bagi mengelakkan sebarang kerugian kepada negara khususnya dari segi penyeludupan diesel.
TOP
IRDA sasar Iskandar Malaysia terima pelaburan RM25b
Fellow Penang Institute, Datuk Dr. Goh Ban Lee (dua dari kiri) selaku moderator, bertanyakan soalan kepada Dr. Mahathir Mohamad (tengah) pada Sidang Kemuncak Kota Metropolitan Asia Kedua di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Jebasingam Issace John (dua dari kanan), Astaman Abdul Aziz (kiri) dan Ismail Ibrahim (kanan).
KUALA LUMPUR 16 Jun - Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) optimis mencapai sasaran pelaburan sebanyak RM25 bilion di Iskandar Malaysia pada tahun ini, dipacu pelaburan dari Eropah, Asia Pasifik, Amerika Utara dan Asia Barat. Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim berkata, sejak awal tahun sehingga kini, Iskandar Malaysia telah pun memperoleh pelaburan sebanyak RM4 bilion hasil daripada pelaburan negara-negara tersebut. Beliau berkata, pada kebiasaannya pelaburan pada penggal suku pertama tidak begitu rancak, namun begitu pelaburan pada suku kedua dan seterusnya dijangka akan lebih cergas. "Sasaran pelaburan bagi tempoh matang adalah sebanyak RM383 bilion menjelang 2025 dan sehingga kini jumlah pelaburan telah mencapai RM138.61 bilion. "Pelabur bagi Iskandar Malaysia disasarkan dari Eropah, Asia Pasifik, Amerika Utara dan Asia Barat. Kita memang mahu bawa masuk pelaburan dari Eropah, malah sudah ada pun yang telah berada di Iskandar Malaysia termasuk dalam sektor pendidikan, contohnya Newcastle University Medicine Malaysia (NUMed Malaysia)," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Kemuncak Kota Metropolitan Asian Kedua di sini hari ini. Antara ahli panel pada persidangan itu ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Jebasingam Issace John dan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampung Baru, Datuk Astaman Abdul Aziz. Persidangan dua hari yang bermula hari ini tersebut bertemakan 'Mentransformasikan Bandar-Bandar kepada Metropolis Bertaraf Dunia'. Sementara itu, mengulas mengenai usaha menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ), Ismail berkata, enakmen tersebut akan memberi manfaat bukan sahaja kepada kerajaan negeri sebagai pihak bertanggungjawab, malah kepada penerima sendiri seperti mereka yang hendak membeli rumah atau menyewa dengan menggunakan sistem terbabit. Menurutnya, tujuan sebenar enakmen ini diperkenalkan adalah untuk rasionalisasi dan mengintegrasikan proses dan prosedur bagaimana kerajaan negeri hendak menangani isu perumahan khususnya penawaran rumah-rumah bagi golongan yang memerlukan.
TOP
El Nino lonjakkan harga sawit - FGV
Kakitangan FGV, Ili Diyana Amirudin menunjukkan buku Laporan Kemampanan FGV di Menara Felda, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Hafiz Johari
KUALA LUMPUR 16 Jun - Fenomena El Nino dijangka memberi kelebihan kepada peneroka dan pengusaha kerana harga minyak sawit mentah (MSM) akan melonjak di antara RM2,600 hingga RM2,700 bagi setan metrik dalam tempoh jangka masa panjang. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Mohd. Emir Mavani Abdullah berkata, cuaca kering yang melanda negara awal tahun ini turut memberi kesan kepada pengeluaran MSM apabila mencatatkan penurunan antara enam hingga tujuh peratus bagi tiga bulan pertama bermula Januari. Katanya, buat masa ini harga bagi setan metrik MSM mencecah RM2,400 melibatkan kawasan penanaman sawit FGV seluas 360,000 hektar. "Kami masih menetapkan sasaran pengeluaran sebanyak 3.3 juta tan metrik setahun walaupun cuaca kering dan fenomena El Nino dijangka memberi kesan kepada pengeluaran MSM," katanya. Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Buku Laporan Kemapanan FGV yang dirasmikan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Unggah Embas. Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Nurmala Abd. Rahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Datuk Dr. Choo Yuen May. Fenomena El Nino yang mengakibatkan peningkatan suhu dan kekurangan taburan hujan berkemungkinan besar melanda dunia pada pertengahan tahun ini yang dijangka bermula antara penghujung bulan ini sehingga Ogos depan. Impak El Nino kepada negara secara umumnya boleh menyebabkan jumlah hujan berkurangan terutama di Sabah dan Sarawak selain mengakibatkan cuaca menjadi lebih panas dan kering. Dalam perkembangan lain, Mohd. Emir Mavani berkata, sehingga kini sebanyak 24 kilang sawit dan 133 ladang FGV meliputi pengeluaran 800,000 tan metrik MSM telah meraih pengiktirafan Sijil Meja Bulat Sawit Mapan (RSPO). Menerusi RSPO, katanya, pengeluaran MSM dapat mengurangkan pembebasan gas hijau yang mana sehingga kini loji biogas FGV mencatat pengurangan sehingga 136,738 tan metrik karbon dioksida sekali gus meningkatkan pemuliharaan biodiversiti. "Ini sejajar dengan sasaran kami untuk memastikan kesemua 72 kilang sawit FGV memperoleh RSPO menjelang 2017 dan pada masa sama mematuhi Standard Minyak Sawit Malaysia (MSPO) yang akan dilaksanakan kerajaan tahun ini," katanya. Jelas beliau, pensijilan RSPO yang juga piawaian global mengiktiraf perkembangan pengeluaran minyak sawit secara mapan, mampu membantu FGV meningkatkan pendapatan daripada jualan minyak sawit kerana lebih mudah dipasarkan serta mempunyai nilai lebih tinggi di pasaran. Beliau berkata, di samping itu, FGV juga memperoleh standard Persijilan Karbon dan Kemampanan Antarabangsa (ISCC) bagi pengeluaran 4,200 tan metrik minyak sawit methyl ester yang berjaya menembusi pasaran ke negara-negara Kesatuan Eropah. Dalam pada itu, beliau memberitahu, FGV sedang dalam perancangan untuk melaksanakan penggabungan dan pengambilalihan (M&A) melibatkan dua syarikat bertaraf antarabangsa menjelang hujung tahun ini.
TOP
Pengedar dadah guna roket antikereta kebal bedil polis
AFP POLIS mengadakan sekatan jalan raya di pintu masuk menuju ke Kampung Lazarat di selatan ibu kota Albania, Tirana semalam.
TIRANA - Sejumlah pengedar dadah melepaskan bedilan mesingan berat dan pelancar grenad terhadap pasukan polis semalam ketika mereka cuba memasuki sebuah perkampungan yang terkenal sebagai pusat pengeluaran ganja di Albania, kata pihak berkuasa. Polis berkata, sekurang-kurang 500 anggotanya cuba untuk masuk ke kampung Lazarat yang terletak 240 kilometer dari sini bagi memusnahkan stok simpanan ganja di kawasan itu. Menurut polis, tiada kecederaan dilaporkan dalam serbuan di lokasi tersebut. "Polis berjaya menguasai Lazarat selepas berbalas tembakan dengan hampir 30 lelaki bersenjata yang bersembunyi di dalam se buah bangunan di kampung itu," kata seorang jurucakap pihak berkuasa. Menurutnya, kumpulan lelaki bersenjata itu kemudian melarikan diri ke kawasan pergunungan berhampiran. Kampung itu mengeluarkan 900 tan ganja yang bernilai AS$6.1 bilion (RM19.6 bilion) pada setiap tahun atau menyamai separuh daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Albania. Pihak berkuasa turut menggesa penduduk kampung berkenaan supaya meletakkan senjata mereka. - Agensi
TOP
Taliban mahu firma asing tinggalkan Pakistan
PESHAWAR - Kumpulan Taliban Pakistan semalam memberi amaran kepada firma asing supaya meninggalkan negara itu selepas beribu-ribu anggota tentera melancarkan serangan di sebuah daerah berhampiran sempadan Afghanistan. "Kami memberi amaran kepada semua pelabur asing, syarikat penerbangan dan perbadanan multinasional supaya membekukan aktiviti dengan Pakistan dan meninggalkan negara ini atau mereka sendiri bertanggungjawab atas sebarang musibah yang berlaku," kata jurucakap Taliban, Shahidullah Shahid dalam satu kenyataan. Kubu kuat Taliban terletak di beberapa daerah di pedalaman wilayah Waziristan Utara yang menjadi lokasi operasi ketenteraan Pakistan bermula kelmarin. Operasi ketenteraan itu dilancarkan seminggu selepas militan-militan Taliban menyerang Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah di Karachi yang meragut sekurang-kurangnya 38 nyawa. Kumpulan Taliban juga berikrar akan membalas dendam terhadap kerajaan Pakistan. "Kami meletakkan kerajaan Perdana Menteri Nawaz Sharif dan pentadbiran Punjab sebagai bertanggungjawab berhubung kehilangan nyawa puak-puak Islam ekoran operasi ketenteraan ini," kata kenyataan tersebut.
TOP
48 orang terbunuhdalam serangan di Kenya
REUTERS PENDUDUK menghimpunkan mayat orang ramai yang terbunuh selepas sekumpulan lelaki bersenjata menyerang bandar Mpeketoni di Kenya semalam.
MOMBASA, Kenya - Sekurang-kurangnya 48 orang terbunuh, manakala yang lain tercedera apabila lebih 20 lelaki bersenjata yang tidak dikenali menyerang sebuah bandar tepi pantai Kenya semalam, kata pihak polis. Penyerang berkenaan menyasar dua buah hotel, sebuah bank dan sebuah balai polis dengan senjata api. Malah, sekurang-kurangnya sebutir bom diletupkan pada malam kelmarin. Pihak polis berkata, kumpulan lelaki bersenjata itu dipercayai merupakan pejuang Islam atau penjenayah. Dalam kejadian itu, kumpulan pemberontak Somalia, Al Shabaab dipersalahkan. Negara-negara Barat telah mengeluarkan amaran kepada rakyatnya supaya tidak melancong ke Kenya berikutan serangan tersebut. sekali gus boleh menjejaskan sektor pelancongan Kenya. Jumlah kematian kelmarin merupakan yang tertinggi selepas 67 orang terbunuh dalam satu serangan pada September lalu di sebuah pasar raya di Westgate, Nairobi. Al Shabaab pula yang mengaku melakukan serangan itu berkata, pihaknya mahu memaksa Kenya menarik balik pasukan tentera dari Somalia, namun Kenya enggan berbuat demikian. - Reuters
TOP
Keganasan agama meletus di Sri Lanka
REUTERS DUA kanak-kanak Muslim berdiri berdekatan rumah mereka yang hangus dibakar selepas keganasan agama antara penganut Buddha dan Islam di Aluthgama, Sri Lanka semalam.
ALUTHGAMA, Sri Lanka - Sekurang-kurangnya tiga orang Islam maut, manakala 75 lagi cedera dalam insiden keganasan agama antara penganut Buddha dan penduduk Islam di dua bandar peranginan tepi pantai di selatan Sri Lanka, kata beberapa pegawai dan penduduk semalam. Keganasan terhadap orang Islam di Sri Lanka meningkat sejak 2012 seperti yang berlaku di Myanmar apabila etnik minoriti Islam Rohingya diserang dan dibunuh oleh penduduk beragama Buddha. Beberapa pertempuran tercetus di bandar Aluthgama dan Beruwela, selatan Sri Lanka kelmarin ketika penganut Buddha berarak dalam satu protes yang diketuai oleh kumpulan agama tersebut, Bodu Balan Sena (BBS). "Saya tidak faham bagaimana sebuah kerajaan yang sebelum ini menghalang kesatuan sekerja atau pelajar daripada mengadakan tunjuk perasaan boleh membenarkan BBS berhimpun dan berarak," kata Menteri Kehakiman, Rauf Hakeem. Beliau yang juga merupakan pemimpin parti Islam terbesar di Sri Lanka, Kongres Islam memberitahu, penduduk Islam di kawasan itu telah berulang kali meminta pihak berkuasa melindungi keselamatan mereka. Ramai penganalisis bebas menyatakan, beberapa siri keganasan terhadap orang Islam dan penganut Kristian merupakan serangan terancang yang mendapat restu kerajaan. Namun, kerajaan Sri Lanka menafikan terbabit dalam konflik agama tersebut. Sebelum ini, Gerila Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE) menyerang beberapa buah perkampungan Islam di timur laut Sri Lanka semasa perang saudara antara 1983 hingga 2009. Lebih 140 orang dibunuh dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai penduduk Islam pada tahun 1990 yang didakwa dilakukan oleh LTTE. Sebuah pasukan agensi berita Reuters di Aluthgama dan Beruwela menyaksikan sendiri kehadiran begitu ramai anggota polis, manakala penduduk Islam dilihat duduk di jalan di hadapan rumah mereka yang hangus dibakar. "Perintah berkurung di bandar ini dikuatkuasakan untuk orang Islam dan bukan perusuh Buddha," kata seorang pesara guru berusia 65 tahun, Fathima Fazniya. "Mereka datang dengan menaiki beberapa buah lori dan menyamun rumah kami. Mereka kemudian membakarnya. Mereka mempunyai perancangan rapi," tambahnya. - Reuters
TOP
Piala Dunia: Penyokong Jepun tunjuk teladan jaga kebersihan stadium
PARA penyokong pasukan Jepun membersihkan sampah selepas perlawanan menentang Ivory Coast di stadium Arena Pernambuco, Recife, Brazil kelmarin.
TOKYO - Kebanyakan penyokong bola sepak lazimnya mempunyai reputasi menyelerakkan stadium selepas menyaksikan sesuatu perlawanan sama ada pasukan mereka tewas atau menang. Lain pula halnya bagi penyokong Jepun pada Piala Dunia kali ini apabila mereka menunjukkan teladan yang wajar dicontohi walaupun bersedih kerana pasukan mereka tewas.
PENYOKONG Jepun tidak meninggalkan sampah sarap selepas menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Dunia.
Pasukan Jepun kalah 1-2 kepada Ivory Coast dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C di stadium Arena Pernambuco, Recife, Brazil kelmarin. Walaupun pasukan kebangsaan mereka tewas, penyokong negara matahari terbit itu masih bersemangat membersihkan kawasan tempat duduk mereka selepas perlawanan berakhir. Sikap murni yang ditunjukkan oleh penyokong Jepun itu jarang dilihat pada era bola sepak masa kini terutamanya apabila melibatkan perlawanan antarabangsa. - Agensi
TOP
Lagi wanita diperkosa di Uttar Pradesh
LUCKNOW, India - Seorang wanita berusia 38 tahun didakwa dirogol beramai-ramai di sebuah negeri di selatan India yang mana kerajaannya dikecam hebat kerana gagal menangani peningkatan kes serangan seksual, kata polis semalam. Seorang pegawai kanan polis berkata, wanita itu keluar membeli ubat malam Jumaat lalu apabila tiga lelaki mengumpannya ke sebuah rumah yang masih dalam pembinaan dan menyerang mangsa di negeri Uttar Pradesh. "Dua daripada tiga suspek tersebut telah ditangkap," kata Superintendan Kanan L.R. Kumar kepada agensi berita AFP. "Kami sedang memburu lelaki ketiga," tambahnya. Wanita itu membuat aduan polis berhubung serangan tersebut pada hujung minggu lalu di bandar Bisauli, dalam daerah Badaun. Badaun merupakan daerah sama di mana dua gadis yang masing-masing berumur 12 dan 14 tahun diperkosa beramai-ramai sebelum menggantung diri pada hujung bulan lalu. Serangan kejam itu mencetuskan kemarahan orang ramai yang menuduh kerajaan sebagai gagal menguatkuasakan undang-undang di negeri itu. Uttar Pradesh yang dihuni lebih 200 juta orang merupakan negeri berpenduduk paling padat di India. Negeri itu telah lama dibelenggu isu kemiskinan, keganasan kaum dan perbezaan politik berdasarkan kasta. - AFP
TOP
ISIL tawan bandar strategik Tal Afar
GAMBAR yang dimuat naik di laman web kumpulan jihad, Welayat Salahuddin pada 14 Jun lalu menunjukkan konvoi ISIL melalui sebatang jalan di wilayah Salaheddin, Iraq.
BAGHDAD - Militan Sunnah menawan bandar strategik Tal Afar yang terletak berhampiran sebuah lebuh raya menuju ke Syria semalam. Kemenangan oleh militan Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syam (ISIL) itu berlaku ketika militia Syiah yang disokong Iran dan ribuan sukarelawan menyertai pasukan keselamatan untuk memerangi ISIL. Bandar Tal Afar yang didiami etnik Turkomen merupakan lokasi strategik untuk ISIL kerana terletak sekitar 150 kilometer dari sempadan Syria. Puak Turkomen mengamalkan kedua-dua ajaran Sunnah dan Syiah. Selain Iraq, ISIL turut terlibat dalam perang saudara di Syria dengan kumpulan tersebut menguasai wilayah berhampiran sempadan Iraq. Ketika ISIL meneruskan kemaraan untuk menawan bandar raya ini, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry memberitahu semalam bahawa pentadbiran Presiden Barack Obama bersetuju untuk berunding dengan Iran berhubung situasi yang kian meruncing di Iraq. "AS juga tidak menolak untuk mengadakan kerjasama ketenteraan dengan Iran bagi mengekang kemaraan ISIL," katanya. Kerry juga berkata dalam satu wawancara bersama Yahoo! News bahawa AS mungkin akan melancarkan serangan udara di Iraq. Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Bandar Tal Afar, Abdulah Abdoul memberitahu agensi berita The Associated Press (AP) bahawa bandar yang didiami 200,000 orang itu ditawan menjelang subuh hampir seminggu selepas ISIL menguasai bandar kedua terbesar di Iraq, Mosul. ISIL merupakan kumpulan serpihan Al-Qaeda. Terdahulu, ISIL memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan pejuang-pejuangnya menembak mati sejumlah askar Iraq yang menjadi tawanan mereka. Bandar Tal Afar juga terletak dekat wilayah pentadbiran autonomi Kurdish. Pertempuran di Tal Afar bermula kelmarin dengan pejuang-pejuang Sunnah membedil peluru roket yang dirampas di beberapa depot tentera di Mosul. "Penduduk bandar ini kini dihantui ketakutan manakala kebanyakan mereka telah meninggalkan Tal Afar dan menuju ke kawasan yang dikawal pasukan keselamatan Kurdish," kata seorang penduduk Tal Afar Hadeer al-Abadi dalam satu wawancara telefon dengan AP. Sementara itu, Arab Saudi menolak sebarang campur tangan asing di Iraq dan menyalahkan dasar pengasingan dan berpusatkan mazhab sebagai punca pejuang-pejuang Sunnah melancarkan serangan terhadap kerajaan Baghdad yang dikuasai puak Syiah. - Agensi
TOP
Masih tersenyum kena gantung
FAUZI NAIM (tengah) dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah semalam selepas didapati bersalah mengedar dadah kanabis di Taman Sejahtera, Lunas, Kulim dua tahun lalu.
ALOR SETAR - Seorang pekerja ladang ternakan masih mampu tersenyum walaupun dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam atas kesalahan mengedar dadah jenis kanabis seberat 1,997.24 gram dua tahun lalu. Tertuduh, Fauzi Naim Muhamad Zaki, 27, kelihatan tenang dan tersenyum selepas hukuman itu dijatuhi oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab. Mohd. Zaki menjatuhkan hukuman mati tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap tertuduh melampaui keraguan munasabah. Fauzi Naim yang belum berkahwin dan berasal dari Taiping, Perak dituduh mengedar dadah jenis kanabis seberat 1,997.24 gram di tepi Warung Laksa Mambo, Taman Sejahtera, Lunas, Kulim dekat sini pada pukul 5.15 petang, 14 Mac 2012. Pertuduhan terhadap Fauzi Naim dilakukan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dan memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
TOP
Gadis China bergayut setengah jam di luar tingkap tunggu bantuan
BULATAN menunjukkan gadis warga China bergayut di luar tingkap di tingkat 10, Kondominium Bam Villa di Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga China terpaksa berpaut kira-kira setengah jam di luar tingkap rumahnya yang terletak di tingkat 10 sebuah unit kondominium yang terbakar semalam. Dalam kejadian pada pukul 3 petang di Kondominium Bam Villa di Taman Maluri, Cheras di sini, mangsa Zhouo Yan, 29, bernasib baik apabila pasukan penyelamat cepat bertindak untuk menyelamatkannya. Difahamkan, api bermula di ruang tamu rumah yang didiami Zhouo Yan sebelum wanita itu panik lalu terus memanjat tingkap di biliknya menggunakan sebuah kerusi plastik. Mangsa kemudian berpaut pada bingkai tingkap dan bergayut di situ sehingga dia diselamatkan oleh pasukan bomba dan penyelamat setengah jam kemudian. Dua rakan mangsa yang turut berada di rumah itu sempat keluar mengikut pintu depan rumah sebaik kebakaran tersebut berlaku. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pudu, Azahar Yaacob berkata, semasa diselamatkan, mangsa berada dalam keadaan takut dan panik. “Badan mangsa juga dipenuhi jelaga akibat asap tebal ekoran kebakaran di dalam rumah itu,” katanya di sini semalam.
TOP
Bekas jurukamera sambilan TV3 Temerloh maut dilanggar ketika keluar simpang
KUANTAN - Bekas jurukamera sambilan TV3 di Temerloh, Mohammad Hasrul Hamdan, 24, maut selepas motosikal yang ditunggang dilanggar sebuah kereta di Kilometer 120, Jalan Kuala Lumpur-Kuantan dekat Kampung Paya Pulai di Temerloh semalam. Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Anuwar Osman berkata, mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Beliau berkata, dalam kejadian pukul 10.30 malam itu, mangsa dilanggar semasa keluar dari simpang Taman Paya Pulai. "Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai cuai semasa keluar simpang di situ sebelum dilanggar kereta terbabit. "Akibatnya, motosikal mangsa telah menggelongsor sehingga ke bawah jejantas yang terletak kira-kira 38 meter dari simpang itu,” katanya ketika dihubungi Bernama. Tambahnya, ketika kejadian itu berlaku, keadaan cuaca adalah baik dan jalan kering serta gelap kerana tiada lampu jalan di kawasan itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama
TOP
Jeritan guru selamatkan diri menjadi mangsa rogol
MIRI - Seorang guru wanita yang disamun di rumahnya, menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa rogol penyamun itu, dengan menjerit meminta tolong jirannya. Guru berusia 23 tahun itu telah dipaksa lelaki berkenaan dengan menggunakan parang, tetapi wanita itu bertindak menjerit sekuat hati menyebabkan penyamun itu lari, tetapi sempat membawa bersama barang-barang yang disamunnya. Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, kejadian berlaku pada pukul 4 petang semalam, ketika guru itu berada di rumah bersama ibunya di Permyjaya, apabila seorang lelaki bersenjatakan parang menceroboh masuk. Lelaki itu mengarahkan dua beranak itu menyerahkan wang, barang kemas dan telefon bimbit dalam anggaran RM5,500, katanya pada sidang media di Ibu pejabat Polis Miri hari ini. Tian Kee berkata, polis percaya lelaki yang sama sebelum itu cuba merogol seorang pelajar perempuan tingkatan dua pada sebelah paginya, tetapi gagal. - Bernama
TOP
Pencari madu terselamat setelah terjatuh dari pokok setinggi 100 kaki
BESUT - Seorang lelaki berumur 42 tahun masih hidup selepas terjatuh dari sebatang pokok setinggi 100 kaki dan merangkak lapan jam di dalam hutan ketika mencari madu lebah di sini. Dalam kejadian pukul 11 pagi Isnin minggu lepas itu, mangsa Budin Mamat, 42, yang patah kaki kiri dan retak tulang belakang terpaksa merangkak sendirian di dalam hutan tebal sebelum menghanyutkan dirinya di sebatang sungai sejauh 3 kilometer dan terdampar di tebing pasir dalam sebuah ladang kelapa sawit sehingga ditemui penduduk. Adik mangsa, Mat Yeh Mamat, 40, yang ditemui di Kampung Gong Tok Tor, Tok Raja di sini hari ini berkata, abangnya seorang pencari madu lebah keluar rumah seorang diri Isnin minggu lalu menuju ke sebuah kawasan hutan pedalaman di Dolok jauh dari Kampung Beliku, Kampung La di Hulu Besut. Beliau berkata, abangnya yang masih bujang itu menemui sebuah sarang lebah di sebatang pokok setinggi 100 kaki lalu memanjatnya untuk mengambil madu lebah berkenaan. "Setelah siap mengambil madu dari sarang lebah di situ dan ketika hendak turun, dia terjatuh dari atas pokok berkenaan hingga menyebabkan kaki kirinya patah dan tulang belakangnya retak," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama
Labels:
Berita Terkini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment