Monday, June 2, 2014

Berita Terkini 02 June 2014


Singapura
Sistem pengangkutan Singapura antara paling cekap

4 Sebab Utama Mengapa Tudung Fareeda Mahal

Gambar Kahwin Kim-Kanye Catat Rekod Instagram

Wanita Dikecam Kerana Tarik Bayi Guna Gaun Perkahwinan

Bade Berhak Cari Kebahagiaan Untuk Dirinya - Erma Fatimah

Video Kambing Tuggang Manusia yang Tunggang Basikal

Izara Aishah Bercinta Dengan Anak Tiri Siti Nurhaliza?

Kes Bunuh : Polis Ambil Sampel Gigi, Cap Jari Suspek

Fabregas sasaran terbaharu City

Lelaki tunjuk kemaluan kepada wanita mati dibelasah

Seminar mengenai hudud anjuran MCA bermula

El Nino: Bomba Perlu Peruntukan Tambahan RM70 Juta

Tayar pecah ragut tiga beranak

Enam Pendaki Gunung Rainier Dipercayai Maut

Acara World Music Awards Tertangguh Empat Jam Gara-Gara Mariah Carey

Jarum Tertanam 40 Tahun Dalam Badan

Keseronokan Bercuti Bersama Keluarga Bertukar Tragedi, lemas

Banyak Projek Polis Tertangguh Kerana Masalah Kontraktor

Lelaki Disebat 1,000 Kali Kerana Lacurkan Isteri

Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Almy Dan Fizz

Moyang Usia 82 Tahun Sambung Belajar

Raja Azmi Akhirnya Terbuka Hati Untuk Berhijab Penuh

Google Memperkenalkan Android TV Pada Google I/O 2014

Pelajar kehilangan padang sekolah

Pemilihan PKR Kecoh Lagi, Calon Dakwa Tidak Tahu Dirinya Bertanding

Kes Tembak Ahli Perniagaan: Lelaki Bergelar 'Datuk' Antara 4 Ditahan

11 Gambar Toyota Alphard Pandu Laju Langgar Nissan Almera di KM2.5 Setia Alam ke Bukit Raja
Rumah mangsa musnah terbakar dipercayai berpunca daripada litar pintas.
Bau asap selamatkan dua beranak
Saudi mengarahkan penjualan coklat terbabit dihentikan sementara.
Saudi uji sampel Cadbury

1,500 tahanan Palestin mogok lapar

Gunung Berapi Sangeang Meletus 44 Nelayan Hilang

Ibu dakwa Dyana kena fitnah

Didie Alias Berdebar Menanti Kelahiran Anak

Pelajar Perempuan Dibelasah Sekumpulan Pelajar Samseng Dalam Sekolah

Erin Malek Tak Malu Pakai Baju Murah

40 maut ketika perlawanan bola sepak di Nigeria

Hubungan Lufya Dengan Kerabat Johor Musnah Kerana Kontroversi

Kes rogol: Suspek ke-15 ditahan polis

Azizul bebas Julai, Shalwati September

Tiga lelaki mengaku perkosa dua gadis kampung

Anggota tentera AS rai Krismas, bermain badminton dengan Taliban

16 hilang helikopter terhempas ke dalam tasik

Bapa biar anak mati kelaparan

Seludup mercun sudah bermula

Tertekan tutup bisnes, dituduh pembunuh

Jurujual trauma diugut sebar gambar bogel

Seorang lagi mangsa culik akan dibebaskan

Najib dihadiah buku bergambar

Keluarga Huntley ucap terima kasih
Gareth David Huntley
Menteri jamin terus cari Huntley
Lim Guan Eng
Tiga sebab Dyana kalah di Teluk Intan
AirAsia
Promosi 'Tempat Duduk Percuma' kembali

Pakaian peminat skuad bola sepak England dikritik

Mangsa rogol dendam lelaki

Foto Lawak
kasut adidas
Kasut Adidas Suatu Ketika Dahulu
jenama sukan popular
Kisah Adik-beradik Pengasas Adidas & Puma
info, berita, gempar, terkini,  Gadis Ini Dibunuh Kejam
Gadis ini dibunuh kejam

Perut Lembu Dilubangkan untuk Pantau Isinya.VIDEO

Karya seni straw yang menakjubkan

Polis Cari Petunjuk Insiden Culik Sabah

SUKMA: Kuartet Terengganu Padam Rekod Kebangsaan!

Peniaga KESAL Dituduh Suspek Bunuh Anggota Polis!

Jenazah Suami Rafidah Aziz Selamat Dikebumi

Pelajar Hafaz Al-Quran Terengganu Bakal Ikuti Pengajian Aeroangkasa

2 Sampel Coklat Cadbury Diambil Terus Dari Kilang

Cermin Gelap: JPJ Akan Laksana Keputusan Bengkel

Lucut Hak Pemilik Jika Tanah Diceroboh - MB Selangor

Sokongan Pengundi India Meningkat Di PRK Teluk Intan

Empat Sahabat Sesat Cari Batu Permata

Misteri Kehilangan Warga Britain Di Tioman Masih Belum Terjawab

6 petugas perhutanan Filipina diculik di Mindanao

Unit Keselamatan Malaysia-Filipina Runding Bebas Mangsa Culik

Ukir Naga Gergasi Dalam Laman Rumah

Sistem Baharu Jual Diesel, Petrol Subsidi Mulai 1 September

Monokini Pakaian Mandi Untuk Mangsa Kanser Payudara
Nur Faizah (kanan) menenangkan ibu Mohd Azuan (tengah) yang kelihatan sebak ketika hadir kenduri tahlil, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh NOOR FAIZAL GHAZALI
Suasana pilu iringi majlis tahlil Mohd Azuan
Ekonomi perkongsian jadi trend baharu
Ekonomi perkongsian jadi trend baharu
Pengumuman Prayuth disiarkan stesen televisyen di seluruh negara, kelmarin.
Demokrasi kembali selepas 15 bulan

Rahsia prun, buah kering
penggal kanak-kanak
Polis perlu masa kenal pasti identiti suspek
Deputi Superitendan Johari Jahaya
Warganegara Britain hilang di Pulau Tioman

Junta kerah ribuan askar, polis patahkan protes

Dua beranak nekad rempuh api

TOP
Sistem pengangkutan Singapura antara paling cekap
Singapura
SINGAPURA - Singapura mempunyai rangkaian pengangkutan terbaik dalam kalangan bandar raya sejenis dengannya dan bandar raya lain di seluruh dunia boleh mendapat manfaat daripada pengalamannya, demikian menurut satu kajian bertajuk “The Mobility Opportunity” yang dikendalikan oleh firma perunding bertempat di London, Credo. Kajian yang ditugaskan oleh Siemens dan dibentangkan hari ini di Singapura itu, mengkaji rangkaian pengangkutan di 35 bandar raya utama di seluruh dunia dan menilai sejauh mana bandar raya bersedia untuk menghadapi cabaran masa depan, termasuk pertumbuhan pengangkutan dan persaingan yang semakin sengit. Menurut kajian itu jika kesemua 35 bandar raya yang terbabit dalam kajian itu melaksanakan piawaian yang "terbaik dalam kelasnya" bandar-bandar itu berpeluang meraih hingga US$238 bilion setahun menjelang 2030. Hari ini faedah berpotensi ialah kira-kira US$360 bilion setahun. Memandangkan sistem berkapasiti tinggi boleh memenuhi permintaan dengan kesesakan minimum dan tahap kefungsian pengguna yang tinggi, Singapura sememangnya boleh menampung pertumbuhan pada masa akan datang, dakwa kajian itu. Singapura dipuji kerana perancangan jangka panjangnya -- dengan dibantu oleh tadbir urus bersepadu -- tahap keandalan dan ketepatan masa, dan penyediaan penyaman udara dalam hampir kesemua kenderaan pengangkutan awamnya. Satu-satunya kelemahan Singapura ialah ketumpatan rangkaian yang rendah, yang menyebabkan beberapa bahagian tidak menikmati perhubungan yang baik, tetapi apa yang diperlukan untuk mengekalkan kedudukannya sekarang hanyalah rancangan pembangunan jangka panjang dan pelaburan berterusan untuk mengekalkan piawaian tinggi sekarang, kata laporan itu. "Semakin cekap rangkaian pengangkutan sesebuah bandar raya itu, semakin menariklah ia kepada perniagaan dan orang," kata Chris Molloy, Rakan Kongsi Credo. Menurut kajian itu, bandar merupakan enjin pertumbuhan akan datang. Bandar-bandar ini menjana 80 peratus pengeluaran ekonomi global, tetapi dalam sebuah ekonomi yang global sifatnya, dengan perniagaan dan tenaga kerja semakin dapat berpindah ke peringkat antarabangsa, bandar-bandar ini perlu bersaing untuk menawarkan persekitaran paling menarik bagi kegiatan ekonomi. - Bernama

TOP
4 Sebab Utama Mengapa Tudung Fareeda Mahal

Tudung Fareeda memang terkenal dengan harganya yang mahal. Memiliki Tudung Fareeda umpama menjadi impian bagi setiap perempuan bertudung di Malaysia. Di sini dikongsikan empat sebab kenapa Tudung Fareeda mahal.
1) Tudung-tudung yang dijual oleh Fareeda harganya tidak pernah lebih daripada RM200.
Tudung-tudung yang kami jual adalah tidak melebihi RM 200, setiap pelanggan pula hanya dibenarkan untuk membeli dua tudung sahaja. Bagi membeli tudung, pelanggan perlu beratur seawal 4.00 pagi bagi memndapatkan nombor giliran. - Fizo Omar
2) ‘Reseller’ menyebabkan harga tudung Fareeda mahal dengan menjual semula dengan harga RM300 dan sebagainya.
Itu semua bukan salah pihak Fareeda jika mereka (pihak ketiga atau reseller) ingin menjual semula tudung tersebut dengan harga yang lebih tinggi,” - Fizo Omar
3) Tudung Fareeda adalah amat berkualiti tinggi dan ekslusif
Fizo menyatakan dia sendiri kurang faham kerana ada segelintir pihak iri hati dan dengki kepada perniagaan yang dijalankan oleh Fareeda. Ujar Fizo, jika jenama luar negara, ada sesetengah pihak sanggup berbelanja lebih tetapi jika ada jenama dalam negara sendiri yang mementingkan kualiti dan eksklusif dijual dengan harga yang setimpal, tidak disokong.- Fizo Omar
4) Hanya Orang Berkemampuan Sahaja Layak Pakai Tudung Fareeda
“Tapi jika difahami dengan betul-betul, awal sampai akhir, dibaca berulang kali, pembaca sendiri akan faham apa yang dimaksudkan. Ada yang ingin memboikot pihak Fareeda kerana mereka hanya membaca kenyataan ‘fesyen ikut kemampuan’ dan bukannya keseluruhan komen. Mungkin susunan ayat kurang betul jadi orang salah faham,” - Fizo Omar Sumber: Mymediahubonline

TOP
Gambar Kahwin Kim-Kanye Catat Rekod Instagram

Gambar perkahwinan yang dikongsikan sosialis terkenal, Kim Kardashian di laman Instagramnya berjaya mencatat rekod sebagai gambar yang paling banyak menerima ‘likes’ setakat ini. Foto yang memaparkan Kim dan suaminya, Kanye West sedang bercium selepas disahkan bergelar suami isteri itu berjaya meraih perhatian pengikut Kim di laman media sosial tersebut.

Gambar itu mendapat lebih dua juta ‘likes’ daripada keseluruhan 14 juta pengikut Kim di Instagram. Sebelum ini, gambar yang paling menerima banyak ‘likes’ adalah gambar penyanyi remaja Selena Gomez sedang memeluk Justin Bieber, yang mana dimuat naik oleh Bieber pada Januari lalu, mendapat 1.82 juta ‘likes’.

Kim dan Kanye berkahwin pada 24 Mei lalu di Forte di Belvedere, Florence, Itali. Pasangan ini turut mempunyai seorang anak perempuan, North West, yang kini berusia 11 bulan.

Sumber: Audrey Lee / Mynewshub

TOP
Wanita Dikecam Kerana Tarik Bayi Guna Gaun Perkahwinan

Seorang pengantin wanita di Tennessee, Amerika Syarikat dikecam hebat oleh pengguna media sosial berikutan tindakannya melekatkan bayi perempuannya di gaun perkahwinannya, baru-baru ini. Shona Carter-Brooks bagaimanpun mempertahankan tindakannya itu di Facebook dengan menyatakan anaknya, Aubrey yang baru berusia sebulan dilindungi dan gaunnya telah diubahsuai untuk meletakkan anaknya di situ.

Namun, ramai kurang menyenangi perbuatannya itu dan beranggapan jabatan kebajikan kanak-kanak negera itu harus mengambil tindakan terhadap perilaku Shona. Shona turut mendedahkan gaun putih meleretnya itu direka pereka gaun perkahwinan terkenal Hollywood, Vera Wang dan anaknya selamat dalam pakaiannya itu kerana ‘dilindungi Christ’ sepanjang majlis itu berlangsung.

Sumber: Audrey Lee / Mynewshub

TOP
Bade Berhak Cari Kebahagiaan Untuk Dirinya - Erma Fatimah

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengarah, Erma Fatima, berharap perkahwinan kedua suaminya, Badaruddin Azmi atau Bade, dengan wanita dikenali sebagai Aida Abdul tidak dijadikan berita sensasi. Erma yang dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp ketika berada di Sepanyol untuk penggambaran telefilem, Raya Di Spain Uols, berkata Bade berhak mencari kebahagiaan untuk dirinya sendiri disebabkan beliau terlalu sibuk dengan kerjaya. “Saya sudah lama merestui jika suami berhasrat bernikah lagi sejak 20 tahun lalu. “Saya mohon jangan sensasikan isu ini kerana suami juga berhak mendapatkan kebahagiaannya sendiri. “Saya seorang yang kuat bekerja, sedangkan suami memerlukan isteri yang boleh menjaganya dengan baik. Saya harap tiada siapa yang menyalahkan Bade apabila beliau mengambil keputusan berkahwin lagi. Semuanya berlaku dengan restu,” katanya. Erma berkata demikian ketika mengulas desas-desus perkahwinan kedua suaminya apabila foto pernikahan Bade tersebar, beberapa hari lalu. Erma yang mendirikan rumah tangga dengan Bade pada 30 November 1990 pernah mengeluarkan kenyataan beliau sedia memberi restu sekiranya suaminya ingin berkahwin lagi. Sementara itu, Bade mengesahkan sudah berkahwin buat kali kedua di negara jiran. Tanpa mendedahkan tarikh sebenar perkahwinan itu berlangsung, beliau dan pasangannya diraikan pada majlis resepsi yang berlangsung di sebuah hotel di Cherating, Pahang, pada 27 Mei lalu, yang turut dihadiri pelakon popular, Datuk Rosyam Nor. “Saya berterus terang kepada Erma ketika berniat untuk bernikah kali kedua. Saya tidak gentar melakukannya kerana apa yang saya lakukan tidak melanggar hukum syarak. “Erma tiada masalah, tetapi saya tahu apa yang tersimpan di sudut hatinya. Biarpun memberi keizinan, pasti ada sedikit tersimpan rasa termasuk cemburu,” katanya. Mengakui masih terlalu awal untuk bercerita mengenai pengalaman hidup berpoligami, sebagai suami Bade berkata dirinya akan sentiasa berusaha memberi kebahagiaan kepada kedua-dua isterinya. “Cuma saya perlu adil kerana saya masih mempunyai keluarga yang dibina bersama isteri pertama,” katanya. Mengakui Erma sebagai wanita yang kuat bekerja tetapi Bade menegaskan, pada masa sama beliau tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri. Sumber: BH Online

TOP
Video Kambing Tuggang Manusia yang Tunggang Basikal

ADDIS ABABA – Apabila manusia membonceng basikal, ia perkara biasa. Namun bagaimana pula jika kambing yang membonceng basikal? Mungkin ramai yang akan ketawa tetapi sama ada percaya atau tidak, ia bukanlah sesuatu yang pelik malah merupakan sesuatu yang biasa berlaku di Habsyah. Malah sebagai bukti keadaan berkenaan telah dirakam dan video lelaki menaiki basikal sambil membonceng kambing di belakangnya telah tersebar di YouTube. Ia dirakam di jalan yang sibuk di Addis Ababa. Tanpa mempedulikan keadaan sekeliling, dia terus mengayuh basikal dengan selamba. Apa yang menarik, kambing yang dibonceng itu pula kelihatan tenang saja tanpa banyak karenah yang menyusahkan pengayuh basikal tersebut. Ada yang berpendapat, kedua-dua kaki kambing itu diikat supaya kambing itu dapat duduk dengan diam.
Sumber: ABN News

TOP
Izara Aishah Bercinta Dengan Anak Tiri Siti Nurhaliza?

Sebelum ini Izara Aishah memang dikenali sebagai salah seorang selebriti yang sangat berahsia mengenai kisah cintanya. Namun, baru-baru ini, pelakon berusia 22 tahun itu mengakui dirinya sudah putus cinta dengan teman lelakinya yang dikenali sejak dari alam persekolahan. Walau bagaimanapun, nama Izara secara tiba-tiba dikaitkan dengan anak tiri kepada penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid.

Mengulas lanjut mengenai itu, Izara menafikan mereka bercinta dan hanya mengatakan Adib merupakan kenalan lamanya. “Saya sudah lama kenal Adib dan kebelakangan ini memang saya selalu keluar dengan kawan lama termasuklah Adib. Memandangkan beliau cukup popular dan dikenali, maka tak hairanlah ada pihak yang cuba ada-adakan cerita yang tak betul. Kami hanya sekadar kawan lama,” katanya memetik Berita Harian. Kalau betul bercinta pun apa salahnya, sebab dua-duanya pun nampak macam serasi bersama je kan. Tak gitu? Sumber: BH Online / Audrey Lee / Mynewshub

TOP
Kes Bunuh : Polis Ambil Sampel Gigi, Cap Jari Suspek

PETALING JAYA – Polis mengambil cap jari dan sebatang gigi daripada mayat suspek kes pembunuhan kanak-kanak perempuan, Siti Soffea Emelda, untuk pengesahan identiti suspek itu. Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Dang Wangi ASP Suhaimi Muhamad berkata identiti suspek sukar dikenal pasti ekoran keadaan mayatnya yang reput setelah ditemui terapung di Sungai Klang berhampiran plaza tol Sunway kira-kira 3 petang, Sabtu lepas. “Kita telah hantar ujian cap jari serta sebatang gigi suspek ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan bahagian Rekod Jenayah Polis untuk mengetahui identitinya. “Tempoh dua hingga tiga hari diperlukan bagi memperoleh keputusan itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Bahagian Forensik di Pusat Perubatan Universiti Malaya di sini, hari ini. Siti Soffea Emelda, yang berusia dua tahun enam bulan, dibunuh kejam dengan kepalanya terputus dipercayai akibat dikelar di tepi Sungai Klang berhampiran Stesen Komuter Kuala Lumpur di Jalan Hishamuddin di sini pada Khamis lepas. Saksi mendakwa melihat seorang lelaki merebahkan kanak-kanak itu di tepi sungai sebelum menghempaskan sesuatu ke kepalanya dan melakukan ‘sesuatu’ pada leher mangsa. Apabila saksi cuba menghampiri suspek, dia melarikan diri dengan terjun ke dalam Sungai Klang. Suspek dipercayai dibebaskan dari Penjara Kajang pada 26 Mei lepas setelah menjalani hukuman penjara dua tahun atas kesalahan samun. Sumber: Bernama

TOP
Fabregas sasaran terbaharu City

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini bakal beralih kepada bintang te­ngah Barcelona, Cesc Fabregas seandainya Yaya Toure berkeras untuk meninggalkan juara Liga Perdana Inggeris itu musim depan. Akhbar Britain, Daily Star semalam mendedahkan, City sudah pun mengorak langkah awal dengan mengadakan rundingan bersama wakil Fabregas. Perkembangan terbaru itu bakal menyemarakkan perebutan bernilai 25 juta pound (RM135 juta) di antara City dan bekas kelab pemain tengah Sepanyol itu, Arsenal. Malah, spe­kulasi turut bertiup kencang bahawa Toure mungkin kembali ke Camp Nou sebagai pertukaran dengan Fabregas, 27, walaupun pemain antarabangsa Ivory Coast itu turut dikaitkan dengan kelab kaya Pe­rancis, Paris St. Germain (PSG). Toure pernah berkata, dia mahu menamatkan karier bola sepaknya di Barca, tetapi dalam masa yang sama adalah satu penghormatan buat dirinya jika dapat bermain untuk PSG. Secara dasarnya, Toure bukan untuk dijual, namun Pellegrini akur seandainya pemain berusia 31 tahun ingin meninggalkan Etihad dan pemergiannya mnungkin melibatkan jumlah yang besar iaitu 40 juta pound (RM215 juta). City juga bercadang untuk melanjutkan kontrak penyerang berbisa mereka, Sergio Aguero bagi memberi amaran kepada Barcelona dan Real Madrid agar menjauhi pemain antarabangsa Argentina itu. Aguero, 25, menandatangani kontrak sehingga 2017, tahun lalu, namun City berhasrat menambah setahun lagi dalam perjanjian lumayan pemain itu yang membolehkannya menikmati gaji 180,000 pound (RM970,000) seminggu. AC Milan pula telah membuat pertaruhan untuk mendapatkan penyerang Alvaro Negredo daripada The Citizens. Negredo merupakan pilihan penyokong AC Milan tetapi jurulatih Milan, Filippo Inzaghi hanya menawarkan 20 juta pound sahaja buat Negredo,28, yang akan menggantikan bekas pemain nakal City, Mario Balotelli, yang ikaitkan dengan Arsenal, Liverpool serta Monaco. Sumber: Agensi

TOP
Lelaki tunjuk kemaluan kepada wanita mati dibelasah

SHAH ALAM: Seorang lelaki dibelasah hingga mati dalam kejadian di perhentian bas Seksyen 17, di sini awal pagi semalam selepas dia dikatakan menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita. Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa yang berusia lingkungan 20-an, dikatakan berkelakuan lucah apabila menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita yang melalui kawasan terbabit sebelum mangsa menjerit meminta tolong. Jurucakap polis berkata, sekumpulan lelaki yang mendengar jeritan mangsa bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya menangkap pemuda terbabit.
Antara empat hingga enam individu dikatakan memukul lelaki itu sehingga mangsa pengsan. Tangannya juga dalam keadaan terikat ketika ambulans tiba untuk memberikan bantuan kecemasan” Jurucakap polis
“Antara empat hingga enam individu dikatakan memukul lelaki itu sehingga mangsa pengsan. Tangannya juga dalam keadaan terikat ketika ambulans tiba untuk memberikan bantuan kecemasan,” katanya kepada BH, semalam. Beliau berkata, polis turut menghantar pasukan foresik ke tempat kejadian dan kini dalam proses merekodkan keterangan saksi untuk mengesan kumpulan lelaki yang memukul suspek. Sumber: BH Online

TOP
Seminar mengenai hudud anjuran MCA bermula

KLANG: Seminar MCA mengenai hudud berlangsung di sini dengan berpuluh-puluh penduduk menghadiri sesi yang diadakan dalam bahasa Cina itu untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang undang-undang Islam tersebut. Dianjurkan oleh sayap wanita parti itu, acara ini adalah sebahagian daripada pakej 26 seminar yang dijadualkan berlangsung di seluruh negara. Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie berkata seminar itu bertujuan menyediakan lebih banyak maklumat mengenai hudud kepada rakyat. “Seminar adalah untuk memberi pemahaman tentang hudud, implikasi dan kesannya,” kata Heng pada sidang akhbar sebelum bermulanya acara tersebut, Ahad. Seminar bertajuk ‘Apa Yang Anda Tahu Mengenai Hukum Hudud?’ akan dijalankan dalam bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Heng berkata seminar itu akan membantu orang ramai untuk memahami hudud dan membantu mereka membuat keputusan sama ada mereka bersetuju dengan pelaksanaannya. “Sesetengah orang berfikir bahawa ia tidak melibatkan orang bukan Islam atau hanya akan dilaksanakan di satu negeri, jadi kami mengambil keputusan untuk menganjurkan seminar ini untuk memberikan maklumat yang diperlukan,” katanya. Heng berkata penceramah untuk seminar itu termasuklah pakar undang-undang dan ahli pertubuhan bukan kerajaan. “Kami juga akan menjemput ahli-ahli Majlis Peguam untuk mengambil bahagian, ” katanya. Beliau juga menjemput pemimpin-pemimpin PAS, DAP dan PKR serta wakil rakyat untuk menghadiri seminar tersebut. “Kami ingin menjemput Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menyertai seminar ini supaya beliau boleh menjelaskan mengapa kita perlukan hudud dan menjawab soalan peserta,” katanya. Dalam perkembangan lain, Heng berkata kemenangan Barisan Nasional di Teluk Intan menunjukkan sokongan semula pengundi Cina terhadap parti pemerintah. Sumber: mStar

TOP
El Nino: Bomba Perlu Peruntukan Tambahan RM70 Juta

MELAKA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memerlukan peruntukan tambahan RM70 juta bagi membeli peralatan dan meningkatkan kualiti logistik sebagai persediaan menghadapi fenomena el Nino. Ketua Pengarahnya Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata perkara itu sudah diusulkan kepada kerajaan pusat dan sedang menunggu tindakan lanjut. Peruntukan tambahan perlu memandangkan lebih banyak kebakaran hutan terutama tanah gambut dijangka berlaku sepanjang fenomena yang diramal melanda Asia Tenggara pertengahan tahun ini, katanya dalam sidang media, di sini hari ini. “Kita baru sahaja menghadapi satu musim kemarau yang agak panjang lebih kurang tiga bulan dengan lebih 15,000 kebakaran direkodkan sepanjang tempoh itu dan banyak perkara atau kekurangan yang telah dikenal pasti terutama melibatkan logistik. “Antara peralatan kita rancang beli ialah pam mudah alih, lori serba guna bagi kegunaan hutan dan banjir serta peralatan khusus bagi memadam kebakaran hutan melibatkan tanah gambut,” katanya yang ditemui selepas menghadiri Majlis Serah Tugas Pengarah JBPM Melaka yang baharu. Wan Mohd Nor berkata pihaknya juga merangka prosedur operasi standard dengan agensi lain sebagai langkah awal sekiranya kekuatan anggota sedia ada tidak mencukupi bagi menghadapi fenomena itu. Mengulas perkembangan lain, beliau berkata JBPM akan melaksanakan pelbagai kajian bagi mencari kaedah terbaik dalam usaha meningkatkan kualiti serta kecekapan menyelamat dan memadam kebakaran melalui Pusat Penyelidikan Kebombaan di Enstek, Negeri Sembilan. “Semua fasiliti bagi kajian yang akan dilaksanakan ini dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun ini agar kita tidak perlu lagi bergantung pada kajian negara luar yang kadangkala hasil dapatan kajian itu tidak boleh diguna pakai dalam usaha menyelamat dan memadam kebakaran di negara ini,” katanya. Katanya usaha itu juga akan dilakukan bersama institusi tempatan termasuk universiti bagi meningkatkan pengetahuan anggota JBPM dalam aspek menyelamat dan memadam kebakaran. Dalam majlis hari ini bekas Timbalan Pengarah JBPM Pahang Nazili Mahmood dilantik sebagai Pengarah JBPM Melaka yang baharu berkuat kuasa semalam bagi menggantikan Zainuddin Md Alip yang berpindah ke Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Ibu Pejabat JBPM di Putrajaya. Sumber: Bernama

TOP
Tayar pecah ragut tiga beranak

KUANTAN : Seorang pengetua sebuah sekolah menengah, di sini, bersama dua anaknya maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki bersama dua ahli keluarga yang lain terbabas sebelum merempuh tebing di Kilometer 107.9 Lebuh Raya Pantai Timur berhampiran Lanchang, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam, mangsa, Nor Hayati Mohd Ghazali, 58, dan anaknya, Muhammad Amirul Afiq Hamdan, 17, maut di tempat kejadian akibat tercampak manakala seorang lagi anaknya, Muhammad Amirul Hakeem Hamdan, 14, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh. Suami mangsa, Hamdan Wahidin, 55, dan anak sulungnya, Muhammad Asyraf Naqiuddin Hamdan, 19, yang memandu kereta jenis Toyota Innova itu parah selepas tersepit di dalam kenderaan berkenaan. Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Anuwar Othman berkata, sebelum kejadian lima beranak itu dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke rumah mereka di Bukit Sekilau, di sini. “Sebaik tiba di tempat kejadian, tayar kereta berkenaan tiba-tiba pecah dan terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar tebing sehingga menyebabkan Nor Hayati yang juga pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Soi, di sini, Muhammad Amirul Afiq dan Muhammad Amirul Hakeem tercampak ke tebing lebuhraya berkenaan. “Bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan kesemua mangsa dihantar ke HOSHAS untuk tindakan susulan,” katanya. Sumber: BH Online

TOP
Enam Pendaki Gunung Rainier Dipercayai Maut

SEATTLE – Enam pendaki Gunung Rainier di Amerika Syarikat dipercayai mati selepas helikopter mengesan isyarat kecemasan yang tertanam dalam salji di bawah cerun dipercayai lokasi terakhir kumpulan itu berada. Anggota kumpulan yang hilang, termasuk empat pelanggan Pendakian Alpine Antarabangsa yang berpangkalan di Seattle dan dua juru pandu. Mereka dijangka pulang dari gunung Jumaat lalu. Krew helikopter juga mengesan peralatan perkhemahan dan mendaki di kawasan yang terdedah kepada runtuhan salji, lebih 914 meter di lokasi itu. “Tiada peluang jelas yang menunjukkan mereka masih hidup,” kata Renjer Taman Gunung Rainier, Fawn Bauer. Bauer berkata, mayat mangsa mungkin tidak dapat dikeluarkan pada Ahad kerana mereka berada di kawasan berbahaya, tempat salji, ais dan batu sentiasa runtuh. Gunung Rainier, di tenggara Seattle, dengan ketinggian 4,390 meter menarik beribu-ribu pendaki setiap tahun. Kumpulan itu dijadual sampai ke puncak Gunung Rainier pada Khamis lalu, dan mengambil masa sehari untuk turun. Kata Bauer, banjir salji dan hujan batu melanda gunung itu pada Rabu lalu, bagaimanapun cuaca masih baik untuk pencarian termasuk di kawasan yang mungkin dijadikan perlindungan ketika ribut. Pengarah Program Pendakian Alpine, Gordon Janow, berkata beliau belum bersedia untuk mengeluarkan maklumat mengenai pendaki. – mStar Sumber: mStar

TOP
Acara World Music Awards Tertangguh Empat Jam Gara-Gara Mariah Carey

KELEWATAN empat jam penyanyi terkenal Mariah Carey ke majlis World Music Awards (WMA) di Monte Carlo, Itali pada minggu lalu mengundang kritikan penulis blog hiburan terkenal, Perez Hilton. Apa tidaknya, acara yang sepatutnya dimulakan pada jam 5.30 petang terpaksa ditunda sehingga jam 9.30 hanya kerana diva itu. Mariah sepatutnya membuat persembahan untuk pembukaan WMA dan kelewatannya menyebabkan jadual beberapa artis lain seperti Miley Cyrus dan Leona Lewis terpaksa disusun semula. “Anda mungkin seorang diva yang diiktiraf, tapi lambat ke acara anugerah adalah sesuatu yang tidak boleh diterima terutamanya apabila ia melibatkan jadual orang lain!,” tulis Hilton. Sementara itu, jurucakap WMA memberitahu bahawa mereka tidak tahu punca kelewatan Mariah, sebaliknya hanya mengaitkan ia dengan peribadi penyanyi itu yang sentiasa lewat. Nasib baiklah diva Hollywood. Kalau di Malaysia, memang sudah lama kena ‘gam’… Sumber: Elza / Mynewshub

TOP
Jarum Tertanam 40 Tahun Dalam Badan

MALA (UTARA SWEDEN) – Seorang lelaki tidak menyangka kesakitan yang dialami di bahagian kakinya selama 40 tahun adalah disebabkan oleh sebatang jarum yang tertusuk ke dalam badannya ketika dia mencacah sendiri tatu. Jarum itu memasuki badan Ulf Bergstrom melalui tangannya, namun dalam masa 40 tahun, ia bergerak hingga ke bahagian ibu jari kakinya. Bergstrom yang kini berusia 63 tahun, telah terlupa mengenai jarum tersebut sehinggalah ia keluar baru-baru ini. “Ia berada begitu lama dalam badan saya dan saya mengalami kesakitan yang amat sangat di bahagian ibu jari kaki kanan saya baru-baru ini. “Selepas isteri saya membantu mengeluarkan jarum itu, barulah saya ingat mengenainya,’’ katanya. Bergstrom juga tertanya-tanya bagaimana jarum tersebut boleh bergerak dari bahagian tangan hingga ke kakinya. Sumber: ABN News

TOP
Keseronokan Bercuti Bersama Keluarga Bertukar Tragedi, lemas

MASJID TANAH – Keseronokan bercuti bersama keluarga bertukar tragedi apabila seorang remaja lelaki ditemui lemas di laut Pantai Padang Kemunting, Pengkalan Balak, di sini, semalam. Mangsa, Mohd Firdaus Azman, 16, dikatakan lemas ketika bermandi-manda di laut bersama lima beradiknya dan seorang sepupu mereka dalam kejadian kira-kira jam 7.40 pagi. Ibu mangsa, Rosliza Kadir, 45, berkata, salah seorang daripada mereka mengambil bola dan membaling ke arah laut namun sedikit tersasar sebelum Firdaus mengejarnya. “Saya cuba menjerit untuk menghalang Firdaus daripada terus mendapatkan bola namun dia mungkin tidak mendengar suara saya, dan terus menuju ke arah bola sebelum saya hanya melihat bahagian kepalanya sahaja,” katanya. Rosliza berkata, dia menjerit meminta tolong namun tiada sesiapa di pantai sementara suaminya Azman Rohani, 48, pula pergi mencari air minuman untuk sarapan pagi. “Ada seorang pakcik yang kemudian datang membawa pelampung namun apabila melihat ke laut, saya dah tak nampak Firdaus lagi,” katanya. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah, Penolong Penguasa Bomba, Shamsol Fuad Mohammad berkata, sebanyak dua jentera bergegas ke lokasi bersama 20 anggota bersama lapan Pasukan Penyelamat Di Air. “Operasi yang bermula kira-kira jam 8 pagi turut membabitkan 33 anggota dan pegawai Polis Di Raja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya. Bagaimanapun, mayat mangsa berjaya ditemui tiga jam kemudian kira-kira-kira 20 meter dari lokasi dia didapati lemas. Sumber: Sinar Online

TOP
Banyak Projek Polis Tertangguh Kerana Masalah Kontraktor

JOHOR BAHRU: Sekurang-kurangnya sebanyak 14 projek polis di seluruh negara yang bernilai RM1 bilion sedang tertangguh, termasuk satu projek yang tertangguh selama 10 tahun, kebanyakannya disebabkan masalah kontraktor. Projek-projek di Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan Sabah itu termasuk kem Pasukan Gerakan Am, ibu pejabat polis negeri, pusat-pusat kawalan daerah, balai polis, berek polis, sambungan bangunan yang sedia ada dan muzium polis. Salah satu projek yang telah ditangguhkan selama 10 tahun disebabkan masalah yang timbul daripada perjanjian pertukaran tanah manakala kerja-kerja di enam projek yang lain masih belum bermula. Antara projek yang terjejas di Johor termasuk pembinaan blok baru untuk ibu pejabat polis negeri, ibu pejabat polis daerah Nusajaya yang baharu dan muzium polis di Bukit Kepong, Muar. Projek-projek lain yang mempunyai masalah termasuklah ibu pejabat polis daerah yang baharu di Kelantan dan Pahang. "Saya boleh mengesahkan bahawa projek-projek ini sama ada lambat atau ditinggalkan di peringkat pertengahan kerana masalah dengan kontraktor," kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu wawancara. Beliau berkata walaupun kementerian itu merupakan pengguna akhir, kontraktor-kontraktor telah dilantik dan diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Unit Perancang Ekonomi (EPU) bersama-sama dengan Kementerian Kewangan. Katanya, beliau dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah bekerjasama dengan agensi-agensi untuk memulihkan projek-projek yang telah dilancarkan berdasarkan syor-syor Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia. "Kerajaan telah melakukan peranannya dengan melaksanakan cadangan tetapi kontraktor telah gagal untuk melaksanakannya," katanya. Wan Junaidi berharap semua projek masa depan akan dipantau rapi untuk mengelakkan masalah tersebut daripada berulang. "Selain projek di bawah polis, projek-projek kementerian lain termasuk yang melibatkan Jabatan Penjara juga menghadapi masalah disebabkan oleh kontraktor," katanya. Bulan lepas, The Star melaporkan bahawa ibu pejabat polis Johor telah ditangguhkan selama 10 bulan dan hanya siap 56 peratus. Projek tersebut yang terdiri daripada blok pentadbiran, tempat letak kereta bertingkat dan perumahan, telah dilancarkan pada tahun 2010 dan sepatutnya siap pada 18 Julai tahun lepas. Dilaporkan bahawa kontraktor terlibat, yang mengupah berpuluh-puluh pekerja Bangladesh dan Indonesia telah gagal membayar gaji pekerja mereka untuk sekurang-kurangnya dua bulan sebelum perkhidmatan mereka ditamatkan. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor Datuk Hasni Mohammad berkata JKR telah menamatkan perkhidmatan kontraktor bagi projek tersebut. "Projek ini akan ditender semula supaya kontraktor baru boleh menyiapkan kerja-kerja tertangguh," katanya. Hasni berkata, beliau hairan mengapa syarikat itu tidak dapat menyiapkan kerja-kerjanya walaupun diberi tempoh sambungan. Sumber: mStar

TOP
Lelaki Disebat 1,000 Kali Kerana Lacurkan Isteri

ARAB SAUDI – Mahkamah Arab Saudi menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan sebat 1,000 kali ke atas seorang lelaki yang melacurkan isterinya. Hukuman sebat itu akan dijalankan dalam masa yang ditetapkan. Rayuan yang dikemukakan lelaki itu telah ditolak dan dia didapati bersalah melacurkan isterinya dnegan menggunakan laman sosial. Manakala isterinya pula kini ditempatkan di rumah kebajikan dan akan dibicarakan secara berasingan. Sumber: Mynewshub

TOP
Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Almy Dan Fizz

Sabtu lalu telah berlangsung majlis resepsi perkahwinan pasangan pelakon popular, Almy Nadia dan Fizz Fairuz yang berlangsung di Hotel Vistana, Pulau Pinang. Sementara itu, majlis resepsi di sebelah keluarga Fizz dijadualkan berlangsung minggu ini di kampung halaman Fizz di Raub, Pahang. Dalam majlis ini, pengantin memilih persalinan berwarna putih dan kuning diraja untuk digayakan di hari bahagia mereka. Memang nampak berseri-seri wajah Almy, lebih-lebih lagi ketika mengenakan persalinan kuning cerah itu. Buat peminat setia Almy dan Fizz, jom layan foto-foto menarik pasangan sama cantik sama padan ini ya!

Sumber: The Permaisuris / Audrey Lee / Mynewshub

TOP
Moyang Usia 82 Tahun Sambung Belajar

KUALA NERUS – Ketika orang seusianya memilih untuk menghabiskan waktu dengan keluarga tercinta, berbeza bagi Wan Zainon Wan Abd Manan, 82, apabila beliau mengambil keputusan menyambung pengajian di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di Pusat Pembelajaran Terengganu, di sini. Ternyata cinta terhadap ilmu begitu utuh dalam diri anak jati Kampung Simpang Tokku, Chabang Tiga, Kuala Terengganu yang membahasakan dirinya dengan panggilan Tok Wan itu, walaupun sudah lebih 28 tahun bersara daripada bidang perguruan. Semangat yang dimiliki wanita berstatus moyang dan nenek kepada 17 cicit, 29 cucu serta ibu kepada tujuh anak itu sememangnya mengagumkan ramai pihak, apatah lagi beliau antara penuntut tertua di institusi pengajian tinggi (IPT) ketika ini. Kata Wan Zainon, keinginan untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atas kehendak dirinya sendiri selain ingin mengisi waktu terluang dengan sesuatu yang bermakna.
Cucu ajar guna komputer
Menurutnya, sebelum menyambung pengajiannya di OUM, beliau banyak mengikuti kelas antaranya kelas bahasa Arab dan al-Quran bagi mengisi masa lapang, tambahan memang minatnya untuk mempelajari dan menguasai bahasa Arab. “Tapi tak banyak yang Tok Wan boleh belajar kerana sumber (waktu pembelajaran) terhad, sehinggalah Tok Wan lihat cucu dan cicit main komputer, jadi Tok Wan minta mereka ajarkan cara nak guna komputer. “Dari situlah Tok Wan mula tambah lebih banyak ilmu dengan mempelajari bahasa Arab secara online seperti di Youtube, anak-anak juga ada belikan VCD,” katanya. Wan Zainon berkata, walaupun ketika itu mempunyai komputer bagi membantunya belajar, beliau masih belum berasa puas sehinggalah anaknya memaklumkan OUM menawarkan kursus pengajian Islam.
Keluarga beri sokongan
“Alhamdulillah, ketika Tok Wan menyatakan hasrat untuk belajar, semua ahli keluarga termasuk anak, cucu dan cicit beri sokongan, malah salah seorang menantu Tok Wan pun belajar di tempat yang sama,” katanya. Biarpun terpaksa menggunakan tongkat untuk bergerak dan pernah diserang strok yang tidak serius, Wan Zainon bersyukur kerana masih diberikan kesihatan yang baik sama ada dari segi pertuturan dan pendengaran. Ketika ditanya mengenai jurang usia antara dirinya dengan pelajar lain akan mengundang perasaan tidak selesa, Wan Zainon mengakui perkara itu tiada masalah. “Tok Wan tak lihat perbezaan usia yang jauh dengan pelajar lain akan membuatkan diri Tok Wan tersisih, sebaliknya perkara itu dilihat kelebihan buat Tok Wan, malah semua pelajar dan kakitangan di sini juga begitu mesra dan banyak membantu,” katanya. Baru memulakan kelas pertamanya semalam, Wan Zainon sudah membuat persediaan rapi termasuk membuat nota sebagai rujukan bagi memudahkannya bertanya kepada pensyarah jika ada perkara yang tidak difahami.
Jadi contoh golongan seusia
Sementara itu, Pengarah Pusat Pembelajaran OUM Terengganu, Mohamad Umbaik Ismail berkata, kehadiran penuntut berstatus moyang di universiti berkenaan merupakan idola dan contoh kepada pihak lain untuk turut serta belajar walaupun sudah lanjut usia. “Saya bagi pihak universiti (OUM) sangat berbangga dengan kesungguhan yang ditunjukkan Wan Zainon dan sekalung tahniah kepada beliau kerana begitu bersemangat untuk belajar walaupun bertongkat. “Saya harap selepas ini lebih ramai mengikuti jejaknya menuntut ilmu dan kita di pihak OUM sentiasa memberikan perhatian dan bantuan yang diperlukan,” katanya. Kata Mohamad Umbaik, selaras moto OUM iaitu ‘Universiti untuk Semua’, soal usia, status, atau apa sahaja perkara tidak membantutkan usaha mana-mana pihak untuk menambah ilmu ke peringkat yang tertinggi. “Kami di sini teruja dengan kehadiran Wan Zainon dan diharap dia dapat menghabiskan sepenuhnya pengajian selama empat tahun ini, sekali gus mampu menarik lebih ramai pelajar senior untuk mengikuti jejak langkahnya nanti,” katanya. Pusat Pembelajaran OUM Terengganu yang terletak di Bukit Tunggal mempunyai 1,484 pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat diploma, sarjana muda dan sarjana membabitkan 23 kursus ditawarkan. Sumber: Sinar Online

TOP
Raja Azmi Akhirnya Terbuka Hati Untuk Berhijab Penuh

RASANYA, ramai yang masih ingat kenyataan kontroversi produser, Raja Azmi yang pernah menyebut dia tidak boleh menerima kalau perempuan yang tidak menutup aurat akan masuk neraka dalam satu program hiburan. Ia sekaligus mengundang banyak kritikan kerana dianggap tidak sensitif terhadap syariat agama. Namun, siapa sangka tidak lama selepas itu, Raja Azmi terbuka hati untuk mengenakan hijab sepenuhnya selepas memikirkan semasak-masaknya kenyataannya sebelum ini. “Semasa saya buat kenyataan itu, saya tiba-tiba terfikir apa yang saya cakap itu betul atau tidak? Dan saya juga membuat sembahyang tahajud tiga hari tiga malam dan akhirnya saya mendapat jawapan serta terbuka hati untuk berhijab,” katanya menerusi program h live!, memetik mStar Online. Ujarnya lagi, dia berniat untuk terus berhijab sehingga memakai kain kapan. Syukurlah. Harap-harap perubahan baik ini bukan sekadar dari segi penampilan sahaja, tetapi secara keseluruhan termasuklah percakapan dan perlakuan ya… Sumber: Elza / Mynewshub

TOP
Google Memperkenalkan Android TV Pada Google I/O 2014

Google sedia maklum mempunyai platform Google TV. Namun, ia tidak begitu popular digunakan ramai pengeluar, dan telah diperkatakan beberapa kali yang mana Google akan mengubahnya menjadi Android TV. Kini, desas-desus sama kedengaran kembali, mengatakan Google akan memperkenalkannya di Temasya Google I/O 2014 yang akan diadakan di San Francisco. Android TV akan menjadi platform untuk para pengeluar seperti LG dan lain-lain menggunakannya pada televisyen keluaran mereka. Seperti biasa, Google dijangka akan menawarkan lebih banyak kandungan media melalui Android TV, dimana selain daripada filem, dan sebagainya Google turut dikatakan akan menawarkan permainan berasaskan Android melaluinya. Fokus terhadap permainan ini semestinya menarik minat ramai, yang mana akan menawarkan alternatif kepada menggunakan konsol pada televisyen. Beberapa konsol berasaskan Android turut terdapat dipasaran pada hari ini, namun ia masih kurang berjaya buat masa ini. Selari dengannya, Google dikatakan akan hadir dengan sebuah antaramuka baru yang dioptimasikan untuk Android TV, yang mana akan menggunakan rekaan berasaskan cards yang sedia popular pada platform Android – dan menggunakannya dalam memaparkan pelbagai info berkaitan media dan sebagainya. Jadi, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan Android TV ini, dan lihat bagaimanakah Google merancang untuk menembusi ruang tamu semua, selain daripada menggunakan Chromecast dan sebagainya. Sumber: Gigaom / hzqahmd / Mynewshub

TOP
Pelajar kehilangan padang sekolah

Ahli PIBG SMK St Mark mengadakan bantahan aman di gelanggang bola keranjang sekolah terbabit, kelmarin. 
BUTTERWORTH - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Mark memohon kerajaan negeri untuk campur tangan bagi menyelesaikan masalah padang sekolah yang akan dibangunkan pemaju dalam masa terdekat. Pengerusinya, Lee Peng Hwa berkata, pemaju perumahan terbabit berjanji untuk memperuntukkan tidak kurang dua ekar tanah sebagai padang sekolah untuk pelajar beriadah namun sebaliknya yang berlaku. “Pihak gereja sendiri menghantar surat rasmi pada tahun 2002 namun gelanggang bola keranjang sudah ditambak manakala padang sekolah mula ditutup bagi kerja-kerja pembinaan. “Saya berharap kerajaan negeri dapat membantu menyelesaikan kemelut ini kerana pelajar tidak punya padang untuk menjalankan kegiatan sukan mahupun riadah,” katanya selepas bantahan aman, kelmarin. Beliau berkata. surat rasmi dihantar kepada pejabat Ketua Menteri dan Adun Sungai Puyu, Phee Boon Poh berjanji untuk membantu menyelesaikan isu terbabit. “Isunya sekarang kami tidak kisah sekiranya tanah milik pihak gereja itu hendak didirikan rumah anak yatim atau pusat kebajikan yang mendatangkan manfaat kepada orang ramai. “Ini adalah kerana tanah terbabit tidak dikenakan cukai hasil tanah berikutan bangunan yang didirikan ialah bangunan sekolah kerajaan yang dikategorikan sebagai tujuan kebajikan. Bagaimanapun, projek perumahan yang bakal didirikan ini ternyata melanggar peraturan yang sudah ditetapkan,” katanya. Bagi Pengerusi Persatuan Markian Butterworth, Sun Yong Chin, lebih 10 sekolah bakal terjejas sekiranya padang terbabit tiada. “Kebanyakan sekolah lain turut menggunakan padang ini untuk menjalankan acara sukan tahunan, latihan kawad kaki termasuklah perkhemahan. “Kami akan menggunakan platform yang ada untuk memperjuangkan hak kami namun diharapkan pimpinan tempatan turut akan campur tangan bagi memastikan kebajikan pelajar terjaga, Sumber: Sinar Online

TOP
Pemilihan PKR Kecoh Lagi, Calon Dakwa Tidak Tahu Dirinya Bertanding

Bekas Timbalan Ketua PKR Cabang Sungai Petani, Ishak Man (kanan) dan Mohd. Sharmizi Nizam Abdul Rahim (dua, kanan) mengatakan sesuatu kepada Pengawas Pemilih Sungai Petani Zainal Abidin Samad (kiri) ketika berlangsungnya proses pemilihan, Ahad.
SUNGAI PETANI: Pemilihan PKR untuk jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang Sungai Petani tergendala sekali lagi pada Ahad selepas ahli parti itu mendakwa beliau tidak mengetahui dirinya bertanding untuk jawatan tersebut. Mohd Sharmizi Nizam Abdu Rahim, 34, berkata beliau terkejut mendapat tahu namanya telah dimasukkan dalam senarai calon untuk Ketua AMK cabang Sungai Petani. "Saya hanya diberitahu mengenainya pada waktu pagi oleh beberapa rakan saya dalam parti bahawa nama saya ada dalam senarai calon," kata Sharmizi di pusat mengundi di Dewan Serbaguna Taman Sejati Indah di sini pada Ahad. Katanya, beliau telah menamakan dirinya sendiri untuk jawatan ketua AMK cabang itu pada pilihan raya pertama yang diadakan pada 3 Mei lalu, tetapi telah ditolak kerana masalah teknikal. "Saya terima keputusan itu dan membuat keputusan untuk menyokong calon lain iaitu S.Arvind Kumar," katanya. Semasa pilihan raya cabang itu, Arvind, 31, kecewa selepas namanya tiada dalam senarai, menyebabkan pesaingnya, Adun Bakar Arang, Simon Ooi, menang tanpa bertanding. Walau bagaimanapun, selepas banyak bantahan, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) memutuskan untuk menangguhkan pilihan raya bagi ketua AMK cabang itu ke tarikh lain. Sharmizi berkata, mereka tidak akan menerima keputusan pemilihan itu. "Apa yang mereka lakukan sekarang adalah lebih buruk daripada apa yang Barisan Nasional lakukan. Ia sangat keji." "Kami mahu pilihan raya cabang ini dibatalkan atau ditunda sekali lagi," katanya. Sementara itu, Ketua Pengawas Pemilih Sungai Petani Zainal Abidin Samad berkata beliau ada menerima aduan tetapi pemilihan akan dijalankan seperti biasa. "Saya tidak mempunyai bidang kuasa untuk menghentikan pilihan raya ini kerana jawatankuasa pemilihan parti yang akan membuat keputusan akhir," katanya di pusat mengundi. Sumber: mStar

TOP
Kes Tembak Ahli Perniagaan: Lelaki Bergelar 'Datuk' Antara 4 Ditahan

KUANTAN: Tiga lelaki, termasuk seorang bergelar 'Datuk' dan seorang wanita ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam kes tembakan seorang ahli perniagaan di Temerloh pada Jumaat malam. Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata tangkapan pertama dilakukan ke atas seorang lelaki berusia 36 tahun dan wanita terbabit, 22, di sebuah rumah di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada kira-kira 6 pagi tadi. "Siasatan awal mendapati suspek lelaki merupakan penyewa kenderaan yang digunakan semasa menembak mangsa. "Susulan tangkapan itu, pada kira-kira 9.45 pagi tadi sepasukan polis berjaya menahan suspek yang dipercayai menembak mangsa di Desa View Tower, Wangsa Maju, Kuala Lumpur," katanya Ahad malam. Beliau berkata suspek berusia 35 tahun itu merupakan warga Indonesia yang berasal dari Jawa Timur, Surabaya. Sharifuddin berkata pemeriksaan di rumah suspek menemukan sepucuk pistol jenis revolver .38, lima kelongsong dan 45 butir peluru serta pakaian semasa menembak mangsa. Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek menerima arahan daripada seorang lelaki warga Thailand, yang sebenarnya datang daripada seorang lelaki bergelar Datuk. Bertindak atas maklumat itu, seorang lelaki berusia 48 tahun bergelar Datuk, yang dipercayai mengeluarkan arahan untuk menembak mangsa, ditahan di Taman Permai, Temerloh pukul 10 pagi tadi. Sharifuddin berkata polis percaya motif kejadian ialah lelaki bergelar Datuk tidak berpuas hati dengan mangsa yang menuntut hutangnya sebanyak RM350,000. "Polis kini berusaha mengesan lelaki warga Thailand yang dipercayai memberi pistol kepada suspek untuk menembak mangsa dan kesemua suspek kini ditahan di IPD Temerloh untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya. Dalam kejadian pukul 8.15 malam itu, seorang ahli perniagaan berusia 37 tahun parah selepas terkena tiga das tembakan di rusuk kiri yang dilepaskan oleh seorang lelaki di depan sebuah klinik swasta di Jalan Zabidin berhampiran Stesen Bas Mentakab. Sumber: mStar

TOP
11 Gambar Toyota Alphard Pandu Laju Langgar Nissan Almera di KM2.5 Setia Alam ke Bukit Raja

2 buah kenderaan terlibat dalam kemalangan di KM2.5 dari Setia Alam ke Bukit Raja berlaku pada petang semalam. Berdasarkan gambar, salah seorang mangsa dipercayai maut, manakala mangsa yang lain hanya mengalami kecederaan minima. Kereta Toyota Alphard dipercayai dipandu dengan laju dan gagal mengawal kenderaan lalu melanggar kereta Nissan Almera. Umum tahu Toyota Alphard seringkali menguasai jalan raya dengan lagak pemilik/pemandunya yang menganggap jalan raya itu milik bapak mereka punya. Pantang pandu pelahan sedikit, mulalah nak high beam bertalu-talu. Insaflah wahai pemandu kenderaan mewah. Jalan raya ini bukan milik anda seorang.


TOP
Bau asap selamatkan dua beranak
Rumah mangsa musnah terbakar dipercayai berpunca daripada litar pintas.
Rumah mangsa musnah terbakar dipercayai berpunca daripada litar pintas.
BAGAN SERAI - Bau asap dari bilik air menyelamatkan dua beranak daripada rentung dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kampung Parit Haji Taib, di sini awal pagi semalam. Mangsa, Halimatus Saadiah, 50, berkata, dalam kejadian jam 12.42 pagi, dia bersama anak perempuannya yang masih bersekolah tidur di bilik tidur utama sebelum terhidu bau asap dari bilik air. Menurutnya, pada mulanya dia menyangka bau itu terhasil kerana petani berhampiran membakar sekam padi, namun ia semakin kuat dan menyebabkannya sesak nafas. “Setelah terhidu bau benda terbakar, saya dan anak bergegas keluar dari bilik tidur dan terkejut mendapati api sedang marak membakar sebahagian rumah. “Tanpa berfikir panjang, saya dan anak segera keluar dari rumah dan dalam masa sama jiran berhampiran cuba bantu memadamkan api,” katanya. Halimatus Saadiah berkata, dia segera menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Bagan Serian untuk membantu memadamkan kebakaran. "Berikutan kejadian itu, mereka sekeluarga hilang tempat tinggal dan mengalami kerugian lebih RM70,000 setelah hampir keseluruhan rumah musnah terbakar. Kami juga tidak sempat menyelamatkan dokumen penting. “Saya kini buntu mengenangkan masa hadapan kerana sudah tidak mempunyai tempat tinggal,” katanya kepada Sinar Harian. Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai berkata, pihaknya menerima laporan kebakaran pada jam 12.59 pagi dan berjaya mengawal sepenuhnya api dalam tempoh setengah jam. Menurutnya, pihaknya menghantar satu jentera bomba, satu van berserta tujuh anggota bomba ke tempat kejadian dan berjaya memadamkan kebakaran pada jam 1.30 pagi. “Sebaik bomba tiba di lokasi kejadian, api sudah merebak hampir 50 peratus dari keseluruhan rumah mangsa. "Siasatan awal mendapati kebakaran bermula dari bilik air dan pihak kami tidak menolak kemungkinan berlaku litar pintas. Mujur anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran untuk mengelak merebak ke rumah lain,” katanya. Dalam pada itu, Adun Gunung Semanggol, Mohd Zawawi Abu Hassan ketika dihubungi berkata, pihaknya dan kepimpinan Pas kawasan Bagan Serai bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga Halimatus Saadiah. Menurutnya, berdasarkan maklumat diterima, kebakaran itu dipercayai berpunca dari litar pintas meskipun sistem pendawaian elektrik rumah mangsa baru dinaik taraf. “Susulan itu, saya dan kepimpinan Pas kawasan Bagan Serai meminta mangsa membuat laporan polis segera untuk membolehkan kami membantu menguruskan permohonan bantuan bina baharu rumah," katanya.

TOP
Saudi uji sampel Cadbury
Saudi mengarahkan penjualan coklat terbabit dihentikan sementara.
Saudi mengarahkan penjualan coklat terbabit dihentikan sementara.
RIYADH - ARAB SAUDI. Selepas Indonesia, giliran Pihak Berkuasa Makanan dan Dadah Arab Saudi (SFDA) pula menarik balik penjualan beberapa jenis coklat Cadbury di pasaran untuk ujian Asid Deoksiribonukliek (DNA). Langkah itu dibuat selepas Malaysia mendakwa, coklat terbabit mengandungi DNA babi (procine). Timbalan Pengerusi Eksekutif bahagian Makanan SFDA, Salah Al -Maiman SFDA berkata, dua jenis coklat ditarik dari pasaran adalah Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Almond. “Kami menarik semua produk import dari pelbagai negara dengan nombor piawaian berbeza bagi memastikan ia bebas kandungan procine. “Produk Cadbury keluaran Malaysia tidak berdaftar dengan kami kerana kami mengimport dari Mesir dan Britain,” katanya. Menurutnya, bagaimanapun, SFDA mengambil langkah wajar dengan melakukan ujian terhadap sampel coklat terbabit. Dalam perkembangan berasingan, tiga maut dan tujuh cedera apabila kereta dinaiki merempuh sekumpulan unta berhampiran Abqaiq. Ketiga-tiga kereta terbabit dipercayai gagal mengawal kenderaan masing-masing apabila kira-kira 15 unta muncul secara tiba-tiba di persimpangan Dhahran Al-Qarya. Jurucakap Bulan Sabit Merah Saudi, Ahmed Ibrahim Asiri berkata, mangsa maut akibat tersepit dalam kenderaan sebelum ia terbakar, laporan dipetik dari Arab News.

TOP
1,500 tahanan Palestin mogok lapar

Penyokong Hamas mengadakan perhimpunan sebagai tanda perpaduan dengan tahanan Palestin yang mogok lapar, 17 Mei lalu. - Foto AFP
RAMALLAH - PALESTIN. Seramai 1,500 tahanan Palestin nekad mogok lapar sebagai tanda perpaduan dengan saudara mereka yang mengambil tindakan sama di penjara Israel hampir 40 hari lalu. Kementerian Hal Ehwal Banduan Palestin memaklumkan, tahap kesihatan lebih 100 tahanan kini semakin merosot. Difahamkan, kesemua tahanan itu tidak akan menamatkan mogok sehingga pihak berkuasa Israel menghentikan dasar penahanan pentadbiran. Sejak 24 April lalu, lebih 120 tahanan mogok lapar sebagai protes dipenjarakan tanpa dibicarakan. Dalam perkembangan berasingan, Palestin dijangka mengumumkan Kabinet perpaduan pada hari ini walaupun berdepan ancaman sekatan Israel. Pemangku Presiden Palestin, Mahmoud Abbas memberitahu kerajaan tersebut akan dibarisi calon bebas dan teknokrat, laporan dipeik dari Press TV. Sumber: AFP / Sinar Online

TOP
Gunung Berapi Sangeang Meletus 44 Nelayan Hilang
 
Jumlah asap debu dari Gunung Sangeang makin berkurangan. - Foto AFP
JAKARTA - INDONESIA. Sekurang-kurangnya 44 nelayan dikhuatiri hilang selepas Gunung Sangeang di daerah Bima, Nusa Tenggara Barat, Indonesia meletus, kelmarin. Jurucakap Pasukan mencari dan menyelamat (Sar) berkata, pihaknya kini giat melancarkan operasi Sar selepas kehilangan mereka dilaporkan ahli keluarga masing-masing. “Kesemua nelayan terbabit dipercayai turun ke laut dari Benoa, Bali menuju ke perairan Sangeang menggunakan enam kapal pukat tunda,” katanya. Sementara itu, pegawai agensi bencana kebangsaan Agung Pramuja berkata, aktiviti gempa mula berkurangan namun gunung itu masih memuntahkan asap debu putih setinggi 200 meter. “Kami tetap dalam keadaan siap siaga dan penduduk ditegah berada di kawasan terbabit dalam radius empat kilometer,” katanya. Terdahulu syarikat penerbangan Garuda masih menangguhkan beberapa penerbangan kerana jarak penglihatan terhad. Pembatalan turut membabitkan penerbangan Qantas, Jetstar dan Virgin Australia, laporan dipetik dari Kompas. Sumber: AFP / Sinar Online

TOP
Ibu dakwa Dyana kena fitnah

Yammy Samat
TELUK INTAN - Yammy Samat, ibu Dyana Sofya Mohd Daud, yang tewas dalam PRK Teluk Intan kelmarin, kesal ada pihak didakwa cuba menyebar fitnah terhadap anaknya. “Nak kata itu kerja Red Bean Army, itu semua tidak mungkin sebab saya tahu kerana saya daripada Umno dan saya kesal dengan fitnah yang tidak munasabah itu. “Mereka kata Dyana ada hubungan dengan orang Cina, drinker (kaki botol), smoker (merokok). Itu semua tidak betul. Saya tahu (perangai) anak saya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Yammy berkata, walaupun macam-macam dilakukan oleh pihak lawan terhadap anaknya, beliau akan tetap bersama Umno. Katanya, terpulang kepada Umno sama ada mahu menyingkirnya kerana menyokong anaknya yang mewakili parti lawan. “Saya mahu tunjukkan walaupun berlainan parti dalam satu keluarga, hubungan antara ibu dan anak tak akan terputus,” katanya. Menurutnya, beliau menerima kekalahan Dyana Sofya dalam PRK itu dan menganggap anaknya berdepan dengan nama besar. Beliau berterima kasih kepada kepimpinan DAP kerana memberi kepercayaan kepada anak tunggalnya itu mewakili parti tersebut. Yammy berkata, walaupun anaknya kalah dalam PRK kali ini, beliau percaya Dyana Sofya seorang yang kuat dan tabah menghadapi cabaran. Beliau berpendapat sokongan kepimpinan DAP amat berbeza kerana parti tersebut mendidik anaknya menjadi ahli politik yang bagus serta lebih komited. Sumber: Sinar Online

TOP
Didie Alias Berdebar Menanti Kelahiran Anak

Didie berharap proses kelahiran anak keenamnya pada hujung bulan ini berjalan dengan lancar.
PETALING JAYA: Pelakon Didie Alias mengakui berasa berdebar untuk melalui proses kelahiran anak keenamnya yang dijangka pada hujung bulan ini selepas 15 tahun tidak melalui pengalaman itu. Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 40, berkata, dia cukup risau dengan keadaan anak yang bakal dilahirkannya memandangkan dia pernah kehilangan anak selepas lima hari bersalin gara-gara bayi pramatang. "Berdebar juga dibuatnya kerana tidak sampai sebulan, saya akan melahirkan anak dan kali terakhir saya bersalin adalah pada 15 tahun lalu. "Saya harap bayi yang dilahirkan nanti matang kerana berdasarkan pengalaman lalu saya pernah kehilangan anak gara-gara tidak cukup bulan. Dan saya tidak mahu perkara perit itu berulang lagi," katanya kepada mStar Online.

Didie, bahagia di samping suaminya.
Tambah Didie, suaminya, Norisham Ismail pula sudah tidak sabar menantikan kelahiran bayi tersebut memandangkan ia merupakan anak sulung mereka sejak berkahwin pada tahun 2009. Dalam pada itu, Didie berkata, dia bersyukur kerana sepanjang tempoh mengandung, rezekinya tidak pernah putus dengan adanya pelbagai tawaran lakonan dan pengacaraan. "Alhamdulillah, bak kata orang, rezeki anak. Ada sahaja tawaran yang datang sampaikan saya terpaksa tolak kerana tidak larat nak terima semua. "Buat saja apa yang terdaya tetapi sekarang ini tidak lagi. Selain itu ada-ada saja rakan artis hadiahkan barang-barang keperluan bayi, sampaikan saya pun tidak tahu nak beli apa lagi," selorohnya. Didie mempunyai lima anak termasuk seorang anak lelaki iaitu Nur Dania, 20, Muhammad Danial, 20, Nur Dinie, 18, Nur Danie, 16 dan Nur Diana, 15, hasil perkahwinannya dengan aktor Ridzuan Hashim. Sumber: mStar

TOP
Pelajar Perempuan Dibelasah Sekumpulan Pelajar Samseng Dalam Sekolah

Kuala Lumpur: Disepak, dipijak dan diheret atas lantai. Itu nasib seorang pelajar perempuan yang menjadi mangsa belasahan sekumpulan pelajar samseng dalam kejadian dipercayai berlaku dalam kawasan sekolah dan dirakam oleh seorang daripada suspek. Video yang tidak diketahui tarikh rakaman dan kini tersebar di laman sosial Facebook (FB) itu menunjukkan mangsa berdiri dikerumuni pelajar lain yang berkata sesuatu yang kurang jelas sebelum bertindak membelasahnya. Dalam video berdurasi satu minit 17 saat, pelajar perempuan yang merakam kejadian berkenaan turut memperkenalkan dua rakannya sebagai ‘gengster’ dan ‘kak yong’ dan memanggil dirinya sebagai ‘pailang’ yang bermaksud samseng. Mangsa yang bertudung ditendang oleh seorang pelajar sebelum ditarik rambut, ditumbuk dan ditendang oleh sekurang-kurangnya empat orang serta diheret atas lantai dengan menarik rambutnya. Mangsa yang dibelasah selama kira-kira 30 saat tidak melawan dan kedengaran menangis teresak-esak pada penghujung rakaman berkenaan. Video yang dipercayai dirakam menggunakan telefon bimbit mengundang kemarahan pengguna FB yang mendesak agar pihak berkuasa segera menyiasat kejadian berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya. “Xpe.. nanti aku nk repot polis. Muka dua orang budak ni aku dah buat screen shot...so senang nak cari,” kata seorang pengguna dikenali sebagai Mustapa Kamal. Bagaimanapun lokasi kejadian dan sumber video berkenaan masih belum diketahui.

Sumber: Harian Metro

TOP
Erin Malek Tak Malu Pakai Baju Murah

Erin Malek
WOW! Jarang kita lihat Erin Malek berpakaian sederhana tetapi cukup elegan untuk sesebuah acara pelancaran filem. Baru-baru ini, pada pelancaran filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya? Di TGV Sunway Piramid, Erin tampil dengan gaun sederhana pendek tanpa lengan beserta rantai. Cukup stail dan sempurna buat si cantik ini. Orang kata 'less is more'. Kata Erin, 21, dia membeli gaun jenama Dorothy Perkins itu pada hari pelancaran filem tersebut.

Pada saat-saat akhir rupa-rupanya! Mujurlah dia sempat hendak bersiap. Erin Malek menggayakan pakaian yang dibelinya dengan harga RM250. 
"Maklumlah saya sibuk dengan penggambaran sehingga tidak sempat nak membeli baju lebih awal. "Jadi, sebelum majlis bermula, saya kelam kabut mencari gaun yang sesuai dan terdapat dua jenis gaun yang membuatkan saya buntu mahu memilih. Satu harga kira-kira RM700 dan yang ini (gaun biru) hanya RM250. "Bila fikir balik saya bukannya boleh pakai berulang kali, maka saya pilih gaun yang lebuh murah. Siap dapat percuma rantai lagi," katanya.

Tambah Erin, memandangkan dia seorang yang lasak, dia juga akan memastikan gaun tersebut memudahkan pergerakannya. Dalam pada itu, Erin berkata, dia lebih selesa melepaskan rambutnya yang panjang agar dapat menutup pipinya yang tembam. Ish! Mana ada pipi tembam? Erin dah cukup stail dan sempurna pada malam itu! Iye tak? Sumber: mStar

TOP
40 maut ketika perlawanan bola sepak di Nigeria

KANO: Sekurang-kurangnya 40 orang penyokong bola sepak terkorban akibat letupan bom di timur laut Nigeria semalam, kata polis. "Ada bom meletup di padang bola sepak dan setakat ini lebih 40 orang terkorban," kata pegawai berkenaan. - AFP Sumber: BH Online

TOP
Hubungan Lufya Dengan Kerabat Johor Musnah Kerana Kontroversi
Gara-gara kontroversi cinta, persahabatan Lufya dan Tunku Abdul Jalil terputus.

PETALING JAYA: Penyanyi Lufya berasa malu apabila isu kononnya dia bercinta dengan seorang putera raja diperbesar-besarkan sedangkan mereka sekadar kawan biasa. Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 29, berkata, ia membuatkan persahabatan selama 10 tahun bersama kerabat Diraja Johor tersebut musnah, malah mereka tidak lagi berhubung antara satu sama lain sejak isu itu menjadi bualan ramai. "Sayang sekali, isu kononnya saya bercinta dengan kerabat itu membuatkan kami tidak lagi berkawan seperti dulu. Sedangkan saya tidak pernah berkata yang kami menjalinkan hubungan cinta. "Isu ini juga membuatkan saya malu dengan orang sekeliling menganggap saya berangan mahu menjadi seperti 'cinderella' yang mendapat kekasih seorang putera raja. Sedangkan saya tidak pernah berfikiran begitu," tegasnya yang dihubungi mStar Online pada Ahad. Baru-baru ini, Lufya yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam (AF6) dikatakan sedang bercinta dengan seorang putera raja dari selatan semenanjung namun penyanyi itu menafikan perkara itu dan menegaskan bahawa mereka hanya berkawan.

Lufya dan Tunku Abdul Jalil bersahabat sejak 10 tahun lalu.
Pada Sabtu lalu, sebuah akhbar melaporkan putera raja yang dimaksudkan adalah Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar iaitu anakanda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Bagaimanapun Tunku Abdul Jalil menafikan berkawan rapat dengan Lufya, sebaliknya sekadar mengenalinya ketika penyanyi tersebut mengadakan persembahan di Muar, Johor. Malah Tuanku Abdul Jalil berkata, kenyataan Lufya telah memalukan keluarga kerana ia dianggap sebagai sebuah kenyataan palsu yang sengaja mahu mengaitkan namanya. Sementara itu, Lufya berkata, dia terkejut dengan kenyataan Tunku Abdul Jalil namun percaya ada pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasi kenyataannya berhubung persahabatan mereka. "Selama ini saya tidak pernah ada masalah dengan beliau, malah anggap beliau seperti seorang adik sahaja," ujarnya. Sumber: mStar

TOP
Kes rogol: Suspek ke-15 ditahan polis

Suspek dikawal ketat polis di mahkamah untuk mendapatkan perintah reman. - Foto Sinar Online KOTA BHARU - Seorang pelajar berusia 17 tahun, suspek ke-15 ditahan polis berhubung kes dua remaja perempuan yang didakwa dirogol 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh, di sini, minggu lalu. Suspek ditahan di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Jenereh Bongkok, Pulai Chondong, Machang, pada jam 3.45 pagi, semalam. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, suspek berasal dari Kampung Bonggol Chicha, Kok Lanas, di sini, adalah pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di Kota Bharu. Menurutnya, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah, namun perintah reman terhadapnya tetap dikenakan bagi membantu siasatan kejadian rogol tersebut. Semalam, suspek dibawa ke mahkamah pada jam 11 pagi untuk mendapatkan perintah tahanan reman di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen, Rashid Mustafa. “Suspek direman enam hari berkuat kuasa hari ini (semalam) di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan dengan penahanan suspek menjadikan jumlah tangkapan keseluruhan setakat ini seramai 15 orang,” katanya. Sumber: Sinar Online

TOP
Azizul bebas Julai, Shalwati September

Penjara Anstalten Hinsberg. Foto ihsan Facebook Tan Sri Annuar Musa
SHAH ALAM - Pasangan Malaysia, Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Nurshal dijatuhi hukuman penjara di Sweden kerana mendera anak-anak mereka bakal dibebaskan secara berasingan pada Julai dan September ini. Perkara itu dimaklumkan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa melalui laman sosial Facebooknya, hari ini. Menurutnya, beliau telah pergi menemui Shalwati di Penjara Wanita Anstalten Hinseberg, semalam. "Penjara Anstalten Hinseberg rupanya tiga jam berkereta dari Stockholm. Tapi akhirnya dengan bantuan pegawai kedutaan (Kedutaan Malaysia ke Sweden), Gloria yang mengiringi saya, kami sampai juga di sana. "Shalwati telah di pindahkan ke penjara ini dari penjara di Stockholm. Pegawai penjara sangat sopan namun sangat tegas. "Pemeriksaan dokumen dan badan agak ketat. Hanya tiga orang dibenarkan masuk," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Ahli Majlis Tertinggi Umno ini meluangkan masa kira-kira satu jam setengah berbual dengan Shalwati. "Alhamdulillah kira-kira jam 1.25 petang kami dapat bertemu Shalwaty dan menghabiskan waktu berbual dan bertanya khabar hingga jam 3 petang. "Beliau sihat dan gembira mendengar berita keluarga dan anak-anaknya di Kelantan. Saya turut menyampaikan surat-surat yang dikirim anak-anaknya pada cikgu mereka," katanya. Beliau mendoakan agar pasangan ini tabah mengjalani hukuman di negara itu. "Insya-ALLAH suaminya bakal bebas Julai ini dan Shalwaty pula akhir September. "Di doakan mereka suami isteri tabah menghadapi hukuman di perantauan di bawah undang undang yg agak asing dan berbeza dari kita di sini," katanya. Mac lalu, Mahkamah Daerah Solna di Stockholm menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan ke atas Azizul dan 14 bulan terhadap isterinya kerana didakwa mengasari dan mencabuli integriti anak-anak mereka dengan memukul serta mendera kanak-kanak terbabit di kediaman mereka di Spånga antara 15 September 2010 dan 17 Disember 2013. Kedua-duanya ditahan sejak 18 Disember lepas. Sumber: Sinar Online

TOP
Tiga lelaki mengaku perkosa dua gadis kampung

BEBERAPA pemimpin tempatan melawat lokasi dua mayat mangsa rogol dan bunuh ditemui di kampung Karta, daerah Badaun dalam negeri Uttar Pradesh, India semalam.
LUCKNOW - Tiga lelaki mengaku memperkosa dan membunuh dua remaja wanita yang ditemui tergantung pada sebatang pokok di India, kata polis semalam. Seorang pegawai polis, Atul Saxena berkata, pihak berkuasa masih memburu dua suspek lain berhubung serangan itu yang berlaku pada minggu lalu di negeri Uttar Pradesh. "Mangsa merupakan pasangan sepupu yang masing-masing berusia 14 dan 15 tahun," katanya. Dua remaja itu yang berasal daripada keluarga miskin tanpa tandas hilang malam Selasa lalu apabila mereka pergi ke sawah untuk membuang air. Kejadian itu berlaku di kampung Karta yang terletak sekitar 300 kilometer dari ibu negeri Uttar Pradesh, Lucknow. Selepas mereka ditemui tergantung pada sebuah pokok mangga keesokan harinya, beratus-ratus penduduk kampung berhimpun di sekitar pokok tersebut. Mereka mahu polis terdahulu menahan penyerang dua gadis itu sebelum bertindak menurunkan mayat-mayat mangsa. Polis menangkap dua suspek pada hari yang sama dan suspek ketiga kelmarin. "Apabila disoal siasat mereka mengaku menyerang kedua-dua remaja perempuan tersebut," jelas Atul. Suspek-suspek berkenaan yang merupakan sepupu daripada sebuah keluarga besar berdepan dakwaan merogol dan membunuh. Mereka boleh dihukum mati jika didapati bersalah. Menurut Atul, polis sedang menyediakan lakaran dua suspek lain berdasarkan keterangan ketiga-tiga lelaki tersebut. Pihak berkuasa turut menangkap dua anggota polis dan menggantung kerja dua yang lain kerana gagal melakukan siasatan selepas bapa salah seorang mangsa mengadu tentang kehilangan mereka malam Selasa lalu. Dalam pada itu pihak berkuasa persekutuan akan mengambil alih kes tersebut pada minggu ini. - AP

TOP
Anggota tentera AS rai Krismas, bermain badminton dengan Taliban

SATU klip video yang diterbitkan oleh Taliban pada Disember 2009 menunjukkan Bergdahl sedang makan ketika menjadi tebusan kumpulan militan tersebut.
MIRANSHAH, Pakistan - Anggota tentera Amerika Syarikat (AS) yang dibebaskan, Bowe Bergdahl gemar minum teh Afghanistan, mengajar kumpulan militan yang menculiknya bermain badminton dan meraikan Hari Krismas serta Easter bersama mereka, kata seorang komander militan Islam Pakistan semalam. Askar berpangkat Sarjan itu merupakan satu-satunya anggota tentera AS yang ditahan di Afghanistan sejak perang Afghanistan bermula pada 2001 dibebaskan kelmarin. Dia dibebaskan sebagai pertukaran dengan lima pemimpin kanan Taliban yang ditahan di Teluk Guantanamo selepas siri rundingan tajaan Qatar. Menurut sumber tentera, Bergdahl ditahan selama lima tahun dan diserahkan kepada pelbagai cabang kumpulan Taliban di sempadan Afghanistan-Pakistan sebelum ditawan di daerah Waziristan Utara di Pakistan. Seorang komander rangkaian Haqqani yang mempunyai hubungan dengan Taliban semalam menyatakan askar AS itu dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan barunya sebagai orang tawanan. "Dia gemar minum kawa (teh hijau Afghanistan). Dia minum banyak kawa seharian yang disediakan sendiri olehnya," kata komander berkenaan dalam satu wawancara telefon dari sebuah lokasi rahsia di Pakistan. Lama-kelamaan Bergdahl yang kini berusia 28 tahun petah bercakap dalam bahasa Pashtun dan Dari yang digunakan oleh penduduk Afghanistan. Tidak seperti militan-militan tersebut yang berasal dari etnik Pashtun dan gemar memakan daging, Bergdahl lebih suka makan sayuran dan meminta daging cuma sekali atau dua kali seminggu, kata komander itu. "Walaupun militan-militan tersebut cuba mengajar askar AS itu mengenai Islam dia memilih untuk melakukan aktiviti duniawi," ujarnya. "Bergdahl akan meluangkan masa untuk bermain badminton atau membantu untuk memasak," tambah ketua militan tersebut. Bergdahl yang berasal dari negeri Idaho turut tidak akan lupa untuk meraikan Hari Krismas seperti yang dilakukan di tanah airnya. "Dia tidak pernah terlupa meraikan festival keagamaannya. Bergdahl akan memaklumkan kepada kami beberapa minggu sebelum Hari Krismas dan Easter dan meraikannya bersama pejuang-pejuang saya," ujar komander itu. - AFP

TOP
16 hilang helikopter terhempas ke dalam tasik

SEBUAH helikopter Mi-8 yang digunakan oleh tentera Rusia.
MOSCOW - Sejumlah 16 orang hilang selepas sebuah helikopter yang dipercayai membawa beberapa orang jeneral dan ahli perniagaan terhempas ke dalam sebuah tasik di barat daya Rusia, kata pihak berkuasa semalam. Menurut maklumat awal, helikopter Mi-8 itu membawa 18 orang termasuk lima kru apabila ia terhempas di Tasik Munozero, pedalaman Murmansk kelmarin. Terdahulu, seorang jurucakap polis tempatan memberitahu agensi berita AFP bahawa helikopter itu membawa seramai 19 orang. "Pesawat itu berada di dalam air," kata jurucakap kementerian hal ehwal kecemasan Rusia, Tatyana Zakharova. "Pasukan penyelam telah dikerahkan untuk membantu dalam operasi menyelamat," tambahnya. Helikopter tersebut dimiliki oleh firma pembuatan komponen baja, Apatit manakala pengarah syarikat, Alexei Grigoryev dan timbalannya, Konstantin Nikitin dipercayai berada dalam penerbangan itu. "Mereka dianggap masih hidup selagi mayat mangsa belum ditemui," kata jurucakap Apatit, Olga Kryuchek. Selain mereka, helikopter tersebut turut membawa beberapa pegawai tinggi termasuk gabenor Murmansk. Dalam pada itu, pihak berkuasa menyatakan, kemalangan udara tersebut dipercayai berpunca daripada kerosa- kan helikopter dan cuaca buruk pada hari kejadian. - AFP

TOP
Bapa biar anak mati kelaparan

TOKYO - Polis Jepun menahan seorang lelaki selepas rangka manusia dipercayai anak lelakinya yang berusia lima tahun ditemui di dalam sebuah apartmen bertahun-tahun selepas mangsa meninggal dunia, menurut beberapa laporan semalam. Menurut laporan pihak berkuasa, polis menahan pemandu trak, Yukihiro Saito kerana didakwa tidak memberi anaknya, Riku makan sehingga mangsa mati kebuluran pada penghujung 2006 hingga awal 2007. "Rangka mangsa itu ditemui di dalam sebuah apartmen yang dipenuhi sampah sarap di bandar Atsugi, dalam wilayah Kanagawa, barat daya bandar raya ini pada Jumaat lalu," kata polis. Penemuan itu dibuat selepas sebuah pusat kebajikan tempatan membuat laporan polis pada Mei lalu selepas Riku tidak hadir ke sebuah sekolah menengah rendah yang tercatat namanya pada tahun ini. Saito pernah tinggal di apartmen itu bersama isteri dan anak lelakinya tetapi wanita tersebut dilaporkan meninggalkan mereka pada 2005. Dia kemudian mula mengabaikan anak lelakinya. Saito menemui Riko dalam keadaan tidak bernyawa apabila dia pulang ke rumah pada suatu hari. "Dia kemudian melarikan diri kerana takut," kata polis. Menurut polis, pemandu trak itu masih membayar sewa apartmen berkenaan walaupun dia telah berpindah ke tempat lain. Rangka anak lelakinya itu ditinggalkan di dalam apartmen tersebut sejak lebih tujuh tahun lalu. Mangsa pada tahun ini berusia 13 tahun. - AFP

TOP
Seludup mercun sudah bermula

AZIS (dua dari kanan) bersama pegawainya menunjukkan sebahagian mercun yang dirampas dari sebuah lori selepas sidang akhbar di pejabat Kastam Rantau Panjang, Kelantan semalam.
RANTAU PANJANG - Bulan Ramadan belum lagi tiba, namun kegiatan penyeludupan mercun sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kira-kira dua bulan lagi sudah mula dikesan di negeri ini. Ini terbukti apabila Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 424 kotak mercun pelbagai jenis termasuk mercun bola dan Happy Boom berjumlah RM305,811 di kawasan ladang kelapa sawit di Felda Bukit Tandak dekat sini pagi kelmarin. Pengarahnya, Datuk Azis Yacub berkata, kesemua mercun itu dirampas selepas pihaknya melakukan intipan selama dua jam terhadap sebuah lori yang ditinggalkan di kawasan tersebut kira-kira pukul 4.45 pagi. Menurutnya, hasil pemeriksaan menemui kotak-kotak mercun tersebut yang dimasukkan di dalam plastik hitam disembunyikan atas lori berkenaan. "Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan dilakukan kerana tiada seorang individu yang datang mengambil lori berkenaan ketika intipan dijalankan," katanya kepada pemberita di pejabat Kastam Rantau Panjang dekat sini semalam.

TOP
Tertekan tutup bisnes, dituduh pembunuh

AZHAR (kiri) bersama Mohd. Nizam menunjukkan gambar mereka yang kononnya dikehendaki polis tersebar luas di media sosial pada satu sidang akhbar di George Town, Pulau Pinang semalam.
GEORGE TOWN – Dua sahabat karib hidup tertekan apabila gambar mereka tersebar luas di laman sosial Facebook dan blog sebagai suspek dikehendaki polis berhubung kes merempuh mati seorang anggota polis dalam satu kejadian di Bagan Serai, Perak 26 Mei lalu. Semuanya berlaku berikutan penyebaran butiran diri berserta gambar Mohd. Nizam Ali Hassan, 39, dan Azhar Ramli, 40, selepas sehari insiden itu berlaku sehingga nyawa kedua-dua mereka kini terancam dengan pelbagai ugutan jenayah. Bukan setakat itu, kediaman mereka di Butterworth dan Nibong Tebal dekat sini juga didakwa kerap dikunjungi pihak tidak dikenali selain dipandang serong masyarakat setempat. Mohd. Nizam mendakwa, sejak wajahnya tersiar di laman sosial, perniagaan barangan lusuh yang diusahakannya sejak lapan tahun lalu terpaksa ditutup kerana bimbang keselamatan diri terancam. “Setiap kali keluar dari rumah, banyak mata memandang dan bayangkan ahli keluarga termasuk anak-anak saya kini semakin ketakutan. “Saya bimbang tentang keselamatan ahli keluarga, sedangkan saya tidak tahu angkara siapa yang menyiarkan gambar saya,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Sementara itu, Azhar turut berdepan nasib sama apabila dia juga terpaksa gulung tikar dalam perniagaan kain pasang di Parit Buntar, Perak yang beroperasi sejak 15 tahun lalu. Menurutnya, dia tidak mampu berdepan situasi sebegini yang membuatkan dirinya dan keluarga semakin dibelenggu tekanan. “Anak-anak turut terkena tempias apabila mereka tidak mahu ke sekolah kerana tidak tahan dicaci oleh rakan-rakan disebabkan penyebaran gambar saya sebagai suspek dikehendaki polis. “Kami akan bawa perkara ini ke mahkamah dengan melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap indiidu yang tidak bertanggungjawab itu,” jelasnya. Berikutan kejadian tersebut, mereka telah membuat laporan di Balai Polis Bagan Serai dan Parit Buntar baru-baru ini. Pada 28 Mei lalu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Fauzi Nayan menafikan pihaknya ada mengeluarkan gambar kedua-dua lelaki terbabit dan mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tersebut. Pada 27 Mei lalu, Kosmo! melaporkan seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal, Lans Koperal Mohd. Azuan Abdullah yang sepatutnya mendirikan rumah tangga terbunuh apabila motosikal ditungganginya dirempuh sebuah kereta penjenayah jenis Toyota Wish di Bagan Serai. Dalam kejadian pada pukul 1.15 tengah hari itu, mangsa mati ditempat kejadian selepas tercampak kira-kira 30 meter ke dalam semak.

TOP
Jurujual trauma diugut sebar gambar bogel

Gambar Hiasan
GEORGE TOWN - Taktik samun dan rakam gambar bogel mangsa dilihat semakin kerap digunakan penjenayah untuk mengugut mangsa yang disamun mereka. Terbaharu, seorang jurujual lelaki menjadi mangsa samun menggunakan modus operandi yang sama apabila gambar bogelnya dirakam sejurus dia disamun oleh sekumpulan 10 lelaki di sebuah gudang di Seberang Perai dekat sini semalam. Lebih malang, mangsa berusia 28 tahun itu turut diugut agar menyerahkan wang berjumlah RM72,000 sekiranya tidak mahu gambar bogelnya disebarkan di internet. Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa yang sedang membuat promosi barangan komputer di sebuah pasar raya besar di Sungai Dua telah didatangi beberapa lelaki yang kemudian membawanya menaiki sebuah kenderaan ke Autocity di Seberang Perai yang terletak kira-kira 80 kilometer. Menurutnya, mangsa yang matanya ditutup kemudian dibawa ke sebuah gudang yang tidak dapat dipastikan lokasinya lagi dan telah dipukul bertubi-tubi sebelum suspek mengambil duit mangsa dan telefon bimbitnya yang berjumlah RM500.

TOP
Seorang lagi mangsa culik akan dibebaskan

Gao (kanan) dan Mimi.
KOTA KINABALU - Seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar yang diculik sekumpulan lelaki bersenjata dalam kejadian di Pulau Baik kira-kira lima kilometer dari Silam, Lahad Datu April lalu berkemungkinan dapat dibebaskan daripada kumpulan penculik dari selatan Filipina. Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek memberitahu, usaha itu sedang giat dilakukan melalui perkembangan positif sepanjang sesi perundingan kumpulan penculik itu dengan tiada wang tebusan diminta sehingga kini. Menurutnya, pihaknya difahamkan penculikan tersebut tidak dilakukan oleh kumpulan penculik yang sama membebaskan warga China, Gao Hua Yuan, 29, dan pekerja Resort Singamata, Marcy Dayawan, 40, yang menjadi mangsa culik di Semporna April lalu pada Jumaat lepas. "Apa yang boleh dinyatakan pada masa ini, mangsa berada dalam keadaan baik dan terdapat perkembangan baik yang mana kemungkinan positif untuk dia boleh dibebaskan," katanya.

TOP
Najib dihadiah buku bergambar

ARUL RAJOO (kiri) menerangkan kandungan buku Ties That Bind Malaysia & China kepada Najib sempena sambutan ulang tahun ke-40 hubungan Malaysia-China di Beijing kelmarin.
BEIJING - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin dihadiahkan salinan buku bergambar yang diterbitkan oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sempena memperingati 40 tahun hubungan dua hala yang kukuh antara Malaysia dan China. Najib yang berada di sini untuk lawatan enam hari bagi upacara ulang tahun itu menerima buku setebal 100 muka surat yang disampaikan oleh Editor Bernama, D. Arul Rajoo pada Jamuan Malam Persahabatan Malaysia-China. Turut menghadiri jamuan untuk memperingati ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik itu isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; bekas Pengerusi Kongres Rakyat Kebangsaan dan Presiden Persatuan China-ASEAN, Gu Xiulian dan Presiden Persatuan Persahabatan Malaysia-China, Datuk Abdul Majid Khan.

TOP
Dua beranak nekad rempuh api

MAYAT mangsa ditemui rentung di halaman rumah berhampiran pintu utama selepas gagal menyelamatkan diri dalam satu kebakaran di Kampung Kebunahu, Kuala Penyu, Sabah semalam.
KUALA PENYU – Dua beranak dipercayai bertindak nekad merempuh api yang marak dalam usaha menyelamatkan diri apabila rumah mereka di Kampung Kebunahu di sini terbakar awal pagi semalam. Dalam kejadian pukul 1.20 pagi itu, hasrat ibu tunggal, Aliaha Jalal, 49, dan anak perempuannya, Mariani Husaini, 22, itu bagaimanapun tidak kesampaian apabila kedua-duanya ditemui mati rentung di halaman rumah berhampiran pintu utama. Mayat kedua-dua mangsa ditemui dengan jarak kira-kira satu meter antara satu sama lain. Difahamkan, Aliaha yang baru bercerai dengan suaminya pada Mac lalu merupakan pengawal keselamatan di sebuah sekolah dan menetap bersama anak keduanya di rumah sewa itu. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Penyu, Hafizan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.26 pagi dan seramai 10 anggota serta dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian. Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian lima minit selepas itu, pihaknya mendapati keseluruhan rumah tersebut telah hangus dijilat api dan kebakaran itu berjaya dipadam sepenuhnya pukul 2.44 pagi. “Pemeriksaan lanjut di rumah berkenaan kemudian menemui mayat kedua-dua mangsa berdekatan antara satu sama lain di halaman rumah.“Kami tidak menolak kemungkinan mereka yang terperangkap dalam kebakaran cuba keluar bagi meminta bantuan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

TOP
Junta kerah ribuan askar, polis patahkan protes

ASKAR-ASKAR bersedia untuk beredar selepas mengawal sebuah lokasi beli-belah di pusat bandar raya Bangkok semalam.
BANGKOK - Kerajaan junta tentera Thailand mengerahkan beribu-ribu askar dan anggota polis ke pusat kota bandar ini semalam bagi mematahkan sebarang perhimpunan untuk menentang rampasan kuasa tentera yang berlaku pada 22 Mei lalu. Junta tentera menggulingkan saki baki pentadbiran bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra selepas berbulan-bulan Thailand berdepan tunjuk perasaan sehingga memaksa beberapa kementerian ditutup dan menjejaskan sektor perniagaan dalam negara. Yingluck sendiri diarah meletak jawatan dua minggu sebelum rampasan kuasa tersebut selepas sebuah mahkamah mendapati beliau bersalah menyalahgunakan kuasa. Timbalan ketua polis, Somyot Poompanmoung berkata, seramai 5,700 anggota polis dan askar dikerahkan ke pusat bandar raya ini semalam manakala beberapa pasukan khas turut bersiap sedia untuk mematahkan bantahan di lokasi-lokasi sekitarnya. Pihak tentera sebelum ini melarang perhimpunan politik melibatkan lima orang atau lebih diadakan manakala beberapa bantahan yang diadakan di sini adalah berskala kecil dan singkat. Namun, sekumpulan penunjuk perasaan sempat berhimpun di sebuah laluan eskalator di Pusat Seni dan Budaya di sini untuk membantah rampasan kuasa tersebut. Tidak lama kemudian, beratus-ratus askar tiba di lokasi tersebut yang menyebabkan penunjuk-penunjuk perasaan itu bertempiaran lari meninggalkan lokasi itu. Terdahulu, sekumpulan penunjuk perasaan yang disertai kira-kira 30 orang berhimpun di dalam pusat beli-belah Terminal 21 di kawasan Asoke manakala sebuah kumpulan serupa berkumpul di Universiti Thammasart di sini. Kedua-dua tempat itu merupakan antara lokasi yang paling kerap dikunjungi oleh pelancong di sini. - Reuters

TOP
Polis perlu masa kenal pasti identiti suspek
penggal kanak-kanak
KUALA LUMPUR - Polis memerlukan sedikit masa bagi mengenal pasti identiti suspek kes pembunuhan kejam kanak-kanak perempuan pada Khamis malam lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Superintendan Gan Kong Meng berkata, pengesanan atau pemeriksaan ke atas cap jari suspek lelaki itu tidak dapat dijalankan dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Pusat Pendaftaran Jenayah kerana hari ini masih cuti hujung minggu. "Pihak polis juga masih menunggu keputusan atau laporan bedah siasat. Pada peringkat ini, diharap media faham dengan situasi yang dihadapi pihak polis supaya tidak berlaku kesilapan fakta yang boleh menjejaskan hala tuju siasatan," katanya dalam satu kenyataan malam ini. Beliau juga berkata pihaknya belum mengenal pasti motif sebenar pembunuhan kanak-kanak berusia dua tahun enam bulan itu. "Siasatan polis akan mencakupi semua sudut, termasuk merekodkan rakaman percakapan kedua ibu bapa dan mereka yang mengenali keluarga mangsa," katanya. Dalam kejadian pada kira-kira 9 malam itu, seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan menyayat hati dengan kepalanya terputus daripada badan dipercayai dikelar suspek di tepi Sungai Klang berhampiran Stesen Komuter Kuala Lumpur di Jalan Hishamuddin di sini. Saksi mendakwa melihat seorang lelaki merebahkan kanak-kanak itu di tepi sungai sebelum menghempaskan sesuatu ke kepalanya dan melakukan 'sesuatu' pada leher mangsa, dan apabila saksi cuba menghampiri suspek, dia melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai. Semalam, suspek lelaki itu ditemui terapung di Sungai Klang berhampiran tol Sunway pada kira-kira 3 petang. Mayat itu ditemui dalam keadaan terlentang oleh orang awam yang memaklumkannya kepada polis. - Bernama

TOP
Warganegara Britain hilang di Pulau Tioman
Deputi Superitendan Johari Jahaya
Deputi Superitendan Johari Jahaya
TIOMAN - Seorang lelaki warganegara Britain dilaporkan hilang selepas pergi ke kawasan Air Terjun Lubuk Teja, Pulau Tioman, Selasa lalu. Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Johari Jahaya berkata, lelaki itu yang dikenali sebagai Gareth David Huntley , 34, dipercayai bekerja dan tinggal di Projek Penyu Juara di Kampung Juara. "Difahamkan lelaki itu telah pergi ke kawasan air terjun tersebut sendirian kira-kira jam 12 tengahari Selasa lalu. "Lelaki itu kemudiannya didapati tidak pulang sebelum rakan dan beberapa penduduk kampung keluar mencarinya di kawasan hutan berhampiran air terjun berkenaan," katanya kepada Sinar Harian. Johari berkata, sehingga kini lelaki itu masih belum ditemui dan satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Tioman pada jam 2.13 petang semalam. Susulan daripada laporan berkaitan kehilangan warga England tersebut, pihaknya telah mendapatkan bantuan dari PGA juga untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat selain bantuan teknikal dari D8 IPK Pahang. "Polis juga cuba mengesan lelaki itu melalui telefon bimbitnya namun gagal kerana difahamkan tiada liputan di kawasan berkenaan. "Selain itu kita turut mendapatkan bantuan unit anjing pengesan K9 petang tadi yang dijangka akan tiba di Tioman hari ini," katanya.

TOP
Keluarga Huntley ucap terima kasih
Gareth David Huntley
SINGAPURA - Keluarga warga Britain Gareth Huntley, yang hilang, menyampaikan ucapan terima kasih secara ikhlas kepada Perdana Menteri Britain, David Cameron dan Setiausaha Pertahanan, Philip Hammond kerana memberi respons terhadap permintaan mereka untuk memperhebatkan usaha mencari. Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada kepada kerajaan Malaysia atas usaha itu. Dalam kenyataan di sini, keluarga itu berkata, "Semalaman, Pejabat Luar & Komanwel Britain (FCO) memberitahu bahawa mereka bekerjasama dengan Tentera Malaysia untuk memperhebatkan usaha mencari dengan segera." Gareth David Huntley, 34, seorang anggota sukarelawan, masuk kawasan hutan seorang diri untuk mengunjungi kawasan air terjun di Pulau Tioman pada pagi 27 Mei. Beliau memberitahu rakan-rakan sukarelawan di ibu pejabat projek penyu yang berhampiran bahawa beliau akan kembali menjelang pukul 2 petang hari yang sama tetapi tidak pulang sejak itu. Ahli keluarganya, Mark Huntley berkata: "Kami amat berterima kasih kepada Cameron dan Hammond atas respons dan jaminan untuk membantu polis dan anggota mencari yang berjanji untuk menyelaraskan usaha menggunakan pemetaan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS). Mark berkata: "FCO memberitahu kami bahawa mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak berkuasa bagi menangani isu itu dengan segera". "Mereka berkata bahawa Hammond telah menghubungi Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang berkata mereka memandang serius isu kehilangan warga Britain itu," kata Mark. Pasukan mencari profesional sekarang dikerah termasuk 10 anggota komando para tentera, lima pegawai polis, tiga anggota polis unit anjing pengesan bersama dua ekoran anjing dan tiga pegawai pertahanan awam. Pasukan bomba dan penyelamat mengandungi lapan anggota, dua bot peronda Merlin dan sebuah helikopter juga dikerah dalam operasi mencari. FCO telah melantik diplomat tempatan Karen Song untuk menyelaraskan usaha mencari dari daratan. Beliau tiba di Pulau Tioman pada pukul 10.15 pagi GMT hari ini (Ahad). - Bernama

TOP
Menteri jamin terus cari Huntley
Gareth David Huntley
JOHOR BAHRU - Malaysia memberitahu United Kingdom bahawa negara ini tidak akan berhenti dalam usaha mencari warga Britain, Gareth David Huntley, 34, yang hilang di Pulau Tioman Selasa lepas, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Menteri Pertahanan itu berkata, isu kehilangan lelaki itu telah dibincangkan di mesyuarat dengan rakan sejawatannya dari UK, Philip Hammond di Singapura di luar sidang, Shangri La Dialogue yang baru selesai. Hishammuddin bercakap kepada pemberita selepas Mesyuarat peringkat Menteri Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) kesembilan di sini hari ini. Menurut siasatan Polis Diraja Malaysia, tidak ada unsur jenayah dapat dikaitkan dengan kes warga Britain yang hilang itu. Namun, pihak berkuasa akan meneruskan siasatan, katanya. Huntley, yang dikatakan bekerja dan tinggal di Projek Juara Penyu di Kampung Juara, Pulau Tioman dilaporkan hilang setelah pergi ke Air Terjun Lubuk Teja pada hari tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan


TOP
Tiga sebab Dyana kalah di Teluk Intan
Lim Guan Eng
GEORGETOWN - DAP mendakwa terdapat tiga faktor yang membawa kekalahan parti itu dalam PRK Parlimen Teluk Intan semalam. Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, berdasarkan analisis awal, peratusan keluar mengundi yang rendah iaitu 66.5 peratus adalah antara punca utama DAP kalah. "Peratusan keluar mengundi menurun kepada kira-kira 66 peratus, iaitu kurang 7,000 hingga 8,000 pemilih berbanding kira-kira 80 peratus pada PRU lepas," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang acara Penang Run di sini, hari ini. Beliau mendakwa, kebanyakan pemilih yang tidak hadir untuk mengundi adalah mereka yang propembangkang dan berada di luar kawasan. Katanya dua faktor lagi yang menyebabkan kekalahan calon parti itu ialah permainan politik Umno ketika berkempen serta hakikat bahawa Dyana Sofya adalah muka baharu di kawasan itu dan tidak mempunyai cukup masa untuk membiasakan diri dengan penduduk setempat. Dalam PRK itu, BN menang kerusi Parlimen Teluk Intan apabila calonnya, Datuk Mah Siew Keong, yang juga Presiden Gerakan, memperoleh majoriti 238 undi setelah mendapat 20,157 undi, manakala calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud meraih 19,919 undi. Menurut Guan Eng, DAP akan membuat kajian terperinci tentang kekalahannya di Teluk Intan. "Kami tidak menyesal meletakkan calon muda Melayu (Dyana Sofya) di Teluk Intan kerana dia telah mempamerkan prestasi yang boleh dipuji," katanya sambil menegaskan bahawa walaupun kalah, Dyana akan terus berjuang dan berkhidmat kepada penduduk kawasan itu. - Bernama

TOP
Promosi 'Tempat Duduk Percuma' kembali
AirAsia
AIRASIA kembali semula dengan promosi "Tempat Duduk Percuma" apabila menawarkan 2.5 juta tempat untuk tempahan segera bagi tempoh perjalanan dalam separuh pertama 2015. Promosi itu menawarkan tempat duduk percuma ke destinasi seperti Langkawi, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Singapura, Hong Kong, Chennai, Siem Reap, Lombok, Kalibo (Boracay) dan pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa lain, kata syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Tempat duduk percuma itu (tidak termasuk cukai lapangan terbang, surcaj bahan api dan fi lain yang dikenakan) boleh ditempah dari 2-8 Jun, 2014, bagi tempoh perjalanan dari 5 Januari hingga 31 Julai, 2015. Tempahan boleh dibuat di www.airasia.com, serta menerusi aplikasi mudah alih AirAsia di iPhone, peranti Android, Blackberry Z10 dan platform telefon Windows. Ketua Pegawai Komersil Kumpulan AirAsia, Siegtraund Teh, berkata mereka yang merancang percutian tahun depan boleh mengambil kesempatan daripada promosi Tempat Duduk Percuma ini. "Kami sentiasa melakukan yang terbaik untuk setiap orang dengan peluang perjalanan pada harga sangat berpatutan dan realistik," katanya. AirAsia X Bhd, syarikat penerbangan jarak jauh tambang rendah juga menawarkan tambang terangkum terendah ke destinasinya. Harga tambang bermula daripada serendah RM199 bagi Kelas Ekonomi untuk penerbangan berlepas dari Kuala Lumpur ke Australia (Adelaide, Sydney, Melbourne, Perth, Gold Coast), Jepun (Nagoya, Osaka, Tokyo), Korea Selatan (Busan, Seoul), China (Chengdu, Hangzhou, Beijing, Shanghai), Taiwan (Taipei), Nepal (Kathmandu) dan Sri Lanka (Colombo). Laluan terbaharu AirAsia X di China, Xian, juga termasuk dalam promosi itu. Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutifnya Azran Osman-Rani berkata selain daripada tawaran menarik bagi kelas Ekonomi, syarikat penerbangan itu mengumumkan promosi harga rendah tambang kelas Perniagaan Premium daripada sehingga serendah RM679. "Juga tidak patut dilepaskan, tambang mengagumkan kami bagi kelas Perniagaan Premium ke Perth, Melbourne, Sydney, Adelaide dan Gold Coast daripada serendah RM949," katanya. Sementara itu, AirAsiaGo, cabang percutian syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia itu turut menawarkan penjimatan hebat sehingga 75 peratus apabila Tempat Duduk Percuma AirAsia ditempah bersama dengan kemudahan hotel. Harga yang ditawarkan adalah daripada serendah RM139 bagi kedua-dua penerbangan dan penginapan (setiap orang) dan bagi yang hanya mahukan penginapan sahaja, harga adalah daripada serendah RM49 semalam. - Bernama

TOP
Pakaian peminat skuad bola sepak England dikritik

SEORANG model lelaki memakai pakaian bendera England yang dicipta Asda di London kelmarin. - Agensi LONDON - Rangkaian pasar raya Asda dikritik kerana mencipta fesyen pakaian berbentuk bendera England yang kelihatan mirip kumpulan pelampau kulit putih di Amerika Syarikat iaitu Ku Klux Klan. Pakaian tersebut yang mempunyai penutup kepala dihasilkan untuk para peminat skuad bola sepak England yang akan bertanding pada Pusingan Akhir Bola Sepak Piala Dunia 2014. Pusingan akhir itu akan berlangsung pada 12 Jun hingga 13 Julai depan di Brazil. Menurut Asda kelmarin, pakaian itu cuma menampilkan bendera England yang mempunyai penutup kepala. Penutup kepala itu disediakan kerana cuaca di England tidak menentu. Rangkaian pasar raya itu dimiliki syarikat gergasi peruncitan Amerika Syarikat, Wal-Mart. - Agensi

TOP
Mangsa rogol dendam lelaki

RUMAH tinggal yang menjadi lokasi mangsa ditahan sekumpulan lelaki dalam kejadian 20 Mei lalu. KHAMIS lalu, akhbar melaporkan kes rogol yang melibatkan remaja bawah umur di Kelantan semakin membimbangkan dengan sejumlah 21 kes dilaporkan Januari lalu. Meskipun jumlahnya belum mencatatkan peningkatan berbanding tahun lepas, nisbah laporan sebanyak empat kes sebulan merupakan suatu perkara yang perlu dipandang serius. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner, Azham Othman berkata, majoriti kes rogol yang dilaporkan melibatkan remaja bawah umur. Katanya, masalah itu perlu ditangani segera bagi mengekang gejala sosial seperti itu daripada terus berlarutan. Malah, pelbagai program bagi mendidik rakyat berhubung perkara itu juga perlu digiatkan. Terbaru, pada 20 Mei lalu, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun mendakwa dirogol oleh 38 lelaki secara bergilir-gilir. Remaja yang merupakan pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di Kuala Krai itu dirogol di sebuah rumah kosong yang terletak di Ketereh. Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, mangsa bersama seorang rakan lelaki pergi ke Ketereh untuk bertemu dengan seorang rakan wanita di sebuah rumah kayu kosong yang dikelilingi semak. Mangsa dan rakan lelakinya bertemu dengan seorang lagi lelaki yang membawa mereka ke rumah kosong tersebut. Belum sempat mereka beredar dari rumah tersebut, seorang lelaki berusia lingkungan 40-an bersama hampir 40 lelaki yang lain menghampiri mangsa dan rakannya. Mereka dibawa ke dalam sebuah bilik, ditampar dan dirogol secara bergilir-gilir sehingga pengsan sambil disaksikan rakan lelaki mereka. Katanya, apabila mangsa tersedar, rakan lelakinya memberitahu bahawa dia telah dipaksa untuk menyaksikan mangsa dan seorang lagi rakannya dirogol oleh 38 lelaki. Tinjauan mendapati, untuk memasuki kampung tersebut dan sampai ke lokasi kejadian perlu melalui kebun getah dan sawah. Susulan kejadian itu, seramai 12 individu berusia antara 17 hingga 40 tahun dari Kampung Hutan Pasir termasuk remaja perempuan 17 tahun yang mendakwa menjadi mangsa jenayah itu, ditahan polis bagi membantu siasatan.

BILIK yang dipercayai menjadi lokasi pelajar dirogol 38 lelaki di Hutan Pasir, Ketereh, Kelantan.
Benci
Sementara itu, Ketua Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Dr. Zainal Madon berkata, kejadian rogol dapat memberi kesan psikologi kepada mangsa dari segi mental, emosi, perlakuan dan sosial. “Kesan psikologi menjadi lebih serius sekiranya kejadian rogol ini berlaku secara kejam. “Daripada segi mental, ia menyebabkan kecelaruan mental akibat trauma kesan dirogol. Malah, mangsa rogol juga akan kerap membayangi peristiwa tersebut dan seringkali menunjukkan simptom seperti terkejut atau ketakutan,” ujarnya. Tambahnya, kesan psikologi akan mengakibatkan emosi seseorang menjadi tidak stabil, tertekan, sedih, tidak puas hati, benci dan takut. “Perkara ini akan membawa kepada kemurungan atau emosi yang tidak terkawal seperti menjerit, histeria atau bertindak agresif. Jika keadaan ini berlarutan, ia boleh mengganggu kehidupan sosial seseorang. “Mangsa akan berasa malu, hilang keyakinan diri dan fobia untuk berinteraksi dan berhubung dengan orang lain. Malah, ia menyebabkan mangsa tidak mahu hadir ke sekolah, serta malu berjumpa rakan-rakan dan masyarakat. “Selain itu, mangsa juga akan menyimpan perasaan dendam terhadap kaum lelaki,” jelasnya. Katanya, keluarga perlu memainkan peranan dalam memberi sokongan moral dan emosi bagi membantu mangsa rogol. “Selain itu, sesi kaunseling juga perlu diadakan bagi membantu mangsa memulihkan kembali keyakinan, meluahkan emosi yang terpendam dan membina semula personaliti dan jati dirinya. “Usaha menjejaki si perogol juga mesti dilakukan secara berterusan dan mengenakan hukuman terhadap si pelaku dapat meredakan perasaan tidak puas hati mangsa,” beritahu beliau.

TOP
Foto Lawak


TOP
Kasut Adidas Suatu Ketika Dahulu
Jika dibaca kepada sejarahnya, Adidas mempunyai cerita yang agak menarik. Diasaskan oleh warga Jerman, Adolf "Adi" Dassler, jenama ini terkenal dengan penerapan tiga jalur selari pada rekaannya. Walaubagaimanapun, ia dilihat tidak terdapat pada rekaan kasut Adidas suatu ketika duhulu. Tak percaya? Tengok gambar-gambar kasut Adidas dulu-dulu di bawah.
kasut adidas
Rennschuh (sprint shoe) 1925
Kasut ini direka untuk acara lari pecut dan jarak pertengahan sehingga 800 m. Kulit kambing antara bahan yang telah digunakan.
kasut adidas
Fußballstiefel (football boot) 1925
But bola sepak ini berfungsi untuk melindungi kaki daripada kecederaan. Untuk memastikan keseimbangan si pemakai, stud dipaku sehampir mungkin dengan bahagian tepi tapak. Kulit lembu lembut digunakan sebagai bahan untuk bahagian atasnya.
kasut adidas
Modell Waitzer 1928
Kasut ini dipakai oleh Lina Radke-Batschauer semasa Sukan Olimpik 1928 di Amsterdam. Lina Radke kemudiannya memenangi pingat emas dalam acara 800 m dengan catatan masa 2:16.8, rekod dunia pertama yang dicatatkan secara rasmi untuk acara tersebut. Adi Dassler membangunkan kasut ini dengan kerjasama rapat daripada Jo (Josef) Waitzer, yang ketika itu merupakan jurulatih olahraga kebangsaan Jerman.
kasut adidas
Modell Waitzer 1928
Dipakai oleh Georg Lammers semasa Sukan Olimpik 1928 di Amsterdam. Dia memenangi pingat gangsa dalam acara 100 m dan pingat perak dalam acara 4x100 m.
kasut adidas
Modell Waitzer 1928
Helene Schmidt yang memakai kasut ini memenangi pingat gangasa dalam acara 4x100 m semasa Sukan Olimpik 1928 di Amsterdam. Dia merupakan pelari kedua pasukan Jerman dalam acara itu.
kasut adidas
Modell Waitzer 1928
Kasut sukan ini digunakan untuk sukan olahraga dan indoor khususnya gimnastik dan latihan berlari.
kasut adidas
Modell Waitzer 1929
kasut adidas
Modell Waitzer 1930 Kasut ini direka khusus untuk acara lompat jauh. Paaparan nama "DASSLER" dan lambang kasut bersayap terdapat pada bahagian lidah kasut. Kasut Adidas oldskool yang menyeramkan jika dilihat pada bahagian tapaknya. Untuk makluman, kasut ini tidak ada dijual di Al-Ikhsan atau mana-mana pusat jualan barangan sukan yang lain.

TOP
Kisah Adik-beradik Pengasas Adidas & Puma
Adidas dan Puma merupakan dua jenama sukan terkemuka dunia yang menghasilkan pakaian dan kelengkapan untuk pelbagai jenis sukan. Kedua-dua jenama ini asalnya daripada satu perusahaan adik-beradik sebelum mereka berpecah dan menubuhkan label masing-masing.
Gebrüder Dassler Schuhfabrik
(Dassler Brothers Shoe Factory)

Christoph Von Wilhelm Dassler ialah seorang pekerja di sebuah kilang kasut, manakala isterinya, Pauline menjalankan perkhidmatan dobi di Herzogenaurach, Bavaria, Jerman. Anak lelaki mereka, Rudolf "Rudi" Dassler bekerja bersama ayahnya di kilang kasut selepas tamat sekolah. Sekembalinya daripada berkhidmat dalam Perang Dunia Pertama, Rudi ditawarkan jawatan pengurusan di sebuah kilang porselin, dan kemudiannya di sebuah perniagaan borong kulit di Nuremberg, Jerman.  
jenama sukan popular
Adolf (kiri) dan Rudolf (kanan) Dassler.
Seorang lagi anak lelaki mereka, Adolf "Adi" Dassler, adik kepada Rudi juga terlibat dalam Perang Dunia Pertama. Dia mula menghasilkan kasut sukan sendiri sekembalinya ke Herzogenaurach. Pada 1924, Rudi pulang ke kampung halaman untuk menyertai perusahaan adiknya dan kemudian tertubuhnya Gebrüder Dassler Schuhfabrik (Dassler Brothers Shoe Factory). Perusahaan adik-beradik ini pada mulanya diusahakan dari kedai dobi ibu mereka sahaja.
jenama sukan popular
Adolf "Adi" Dassler - pengasas Adidas
Semasa Sukan Olimpik 1936, Adi membawa kasut rekaannya untuk dipakaikan kepada pelari pecut Amerika Syarikat, Jesse Owens. Penajaan sedemikian merupakan yang pertama terhadap seorang atlet kulit hitam Amerika. Berikutan kejayaan Owens merangkul empat pingat emas, reputasi kasut Dassler naik mendadak. Permintaan terhadapa kasut buatan mereka meningkat dan hampir 200,000 pasang kasut terjual setiap tahun sebelum Perang Dunia Kedua.
Konflik Adik-beradik
Keretakan hubungan adik-beradik yang juga rakan perniagaan ini semakin terserlah pada era Perang Dunia Kedua. Pada 1930-an, nama dan perjuangan Adolf Hitler semakin berkembang. Adi dan Rudi menyertai Parti Nazi, namun penglibatan Rudi dilihat lebih menonjol berbanding adiknya. Rudi ditahan oleh pihak tentera Amerika kerana disyaki menjadi ahli SS, organisasi separa tentera di bawah kepimpinan Adolf Hitler dan Parti Nazi manakala Adi masih bebas menghasilkan kasut untuk Wehrmacht (pasukan tentera) sebelum dia mengambil keputusan keluar daripada Parti Nazi. Rudi percaya penahanannya disebabkan seseorang membocorkan maklumat dan orang itu tidak lain selain adiknya, Adi.
jenama sukan popular
Adi Dassler di kilangnya suatu ketika dahulu.
Dikhabarkan juga, sebelum Rudi ditangkap, satu insiden tegang berlaku antara adik-beradik ini. Pada 1943, satu serangan bom pihak Bersekutu semasa Perang Dunia Kedua menyebabkan mereka dan keluarga masing-masing lari berlindung daripada serangan tersebut. Ketika itu, Adi dan isterinya masuk ke sebuah kubu perlindungan, di mana Rudi dan keluarganya sudah pun berada di dalam kubu tersebut. "The dirty bastards are back again", kata Adi, merujuk kepada kapal terbang pihak Bersekutu tetapi Rudi percaya Adi menujukan kata-kata tersebut kepada dia dan keluarganya.
jenama sukan popular
Rudolf "Rudi" Dassler - pengasas Puma
Perusahaan adik-beradik ini berakhir pada 1947 disebabkan perselisihan faham antara mereka. Rudi kemudiannya menubuhkan satu jenama baru dengan nama "Ruda" – Rudolf Dassler, sebelum dijenamakan semula sebagai Puma. Adi pula menamakan semula perusahaannya sebelum ini kepada Adidas – Adi Dassler dan syarikat tersebut secara rasminya didaftarkan pada 18 Ogos 1949.
Persaingan Awal Adidas Dan Puma
Kedua-dua jenama ini berpangkalan di Herzogenaurach, Jerman, hinggakan bandar ini diberi gelaran "the town of bent necks" - di mana orang tempatan sentiasa melihat kasut mana yang dipakai oleh orang luar yang datang ke sini. Malah, dua kelab bola sepak bandar tersebut turut menjadi seteru antara satu sama lain. ASV Herzogenaurach menyokong (ditaja) Adidas sementara 1. FC Herzogenaurach mengguna pakai but rekaan Rudi, Puma.
jenama sukan popular
KIRI: Logo asal trefoil Adidas yang digunakan sehingga 1997 kini hanya digunakan pada produk Adidas Originals. KANAN: Logo Adidas yang digunakan kini.
Apabila penukang dipanggil ke rumah Rudi, mereka dengan sengaja akan memakai kasut Adidas. Rudi akan mengarahkan mereka ke tingkat bawah rumah untuk mengambil sepasang kasut Puma percuma. Taktik baik punya! Pada 1948, perlawanan pertama bola sepak selepas Perang Dunia Kedua, beberapa pemain kebangsaan Jerman Barat memakai but Puma termasuk penjaring perlawanan, Herbert Burdenski. Empat tahun kemudian, pada Sukan Olimpik 1952, pelari Josy Barthel memenangi pingat emas dalam acara 1500 m di Helsinki, Finland, pingat emas Olimpik pertama buat Puma. Pada Sukan Olimpik 1960, Puma membayar pelari pecut Jerman, Armin Hary untuk memakai kasut Puma dalam acara akhir 100 m. Sebelum itu, dia memakai kasut Adidas dan meminta bayaran daripada Adidas tetapi Adi telah menolak permintaan tersebut. Hary kemudiannya memenangi pingat emas bersama Puma tetapi telah "menduakan" Puma, dengan melibatkan Adidas dalam majlis penyampaian pingat. Ia mengejutkan Adi dan sudah tentunya Rudi. Hary sebenarnya mengharapkan bayaran daripada kedua-dua pihak, malangnya dia telah diboikot oleh Adi yang marah akan tindakannya itu.
jenama sukan popular
Arca gangsa Adolf Dassler di Adi-Dassler-Stadium di Herzogenaurauch oleh artis Josef Tabachnyk.
Adolf Dassler mati pada 1978 ketika berusia 77 tahun, manakala abangnya Rudolf Dassler mati pada 1974 ketika berusia 76 tahun akibat kanser paru-paru. Mereka tidak pernah berdamai. Walaupun ditempatkan di perkuburan sama, mereka ditanam sejauh mungkin di antara satu sama lain.
#Fakta
Setengah pihak mendakwa, "Adidas" merupakan singkatan kepada "All Day I Dream About Soccer."
"A.D.I.D.A.S." adalah sebuah lagu yang ditulis dan dirakamkan oleh band rock Amerika, Korn untuk album studio kedua mereka, Life Is Peachy. Ia menjadi single kedua album pada Mac 1997. Tajuk lagu ini adalah singkatan kepada "All Day I Dream About Sex" dan tidak merujuk secara langsung kepada jenama sukan popular, Adidas, walaupun Korn sering tampil dengan memakai jenama sukan ini pada tahun-tahun awal kemunculan mereka. Skinheads turut mengguna pakai perkataan "Adidas" dalam ideologi mereka. Ia membawa maksud "All Did I Do All Skinheads" selain turut mengenakan pakaian dan kasut jenama Adidas dalam penampilan mereka.
Pautan: Wikipedia (Adolf Dassler), Wikipedia (Adidas) dll.
Sorry to say, produk Adidas yang tulen secara peribadinya terlalu mahal. Isu ini bukan sahaja dirasai di sini, malah di negara lain pun sama. Bila dijual barang tiruan yang harganya jauh lebih murah, mulalah nak ambil tindakan macam-macam. Kurang-kuranglah sikit harga tu. Kami rakyat Malaysia bukan semuanya senang.

TOP
Gadis ini dibunuh kejam
info, berita, gempar, terkini,  Gadis Ini Dibunuh Kejam
Perkara yang dilakukan oleh lima lelaki terhadap seorang gadis di dalam sebuah restoran makanan segera McDonald’s cukup kejam dan patut dikenakan hukuman yang berat . Ia berikutan kejadian yang berlaku pada 9 malam 28 Mei dimana menyaksikan lima orang lelaki yang datang menaiki Porshe Cayenne, telah memasuki restoran tersebut lalu terlihat mangsa disitu .Mereka kemudiannya telah meminta nombor telefon mangsa namun mangsa enggan memberikannya. Disebabkan keengganan gadis tersebut menyerahkan nombor telefonnya , kelima-lima lelaki tersebut telah bertindak dengan membelasah gadis tersebut sehingga mati dengan menendangnya di kepala dan menghentak kepalanya hingga tiang besi yang berada disitu patah . Video kejadian ini juga telah menjadi viral dengan rata-rata mempertikaikan mengapa tidak ada seorang pun yang mahu tampil membantu ketika mangsa meminta pertolongan. Walau bagaimanapun terdapat saksi yang mendakwa, mereka terlalu takut untuk membantu kerana jumlah penyerang yang ramai dan mereka awal-awal lagi sudah memberi amaran supaya tidak masuk campur. Apabila melihat pada keberanian para penyerang membunuh di khalayak ramai, pastinya mereka dipercayai datang daripada keluarga yang agak berpengaruh dan tidak mustahil jika mereka akan terlepas daripada hukuman. Jika semuanya ini benar, maka adalah amat menyedihkan jika kematian gadis tersebut tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada pihak yang berwajib .
info, berita, gempar, terkini,  Gadis Ini Dibunuh Kejam
Sumber : braderpanas.blogspot.com

TOP
Perut Lembu Dilubangkan untuk Pantau Isinya.VIDEO

Mungkin sebahagian orang merasa ingin tahu dengan isi perut . Inilah yang menjadi motivasi ladang di Switzerland untuk membuat lubang pada perut lembu - lembu mereka . Hanya kerana ingin melihat apa yang dimakan oleh ternakan , mereka " sanggup " melubangi perut lembu . Penyelidik dari Agroscope , Grangeneuve , Switzerland , membuat lubang sebesar 20 cm di salah satu sisi perut lembu . Mereka menggunakan lubang tersebut untuk memasukkan kanula . Dengan menggunakan kanula , maka lubang pada perut lembu itu terus dibiarkan terbuka sehingga mirip " lubang intip " . Dengan begitu mereka akan mengetahui dengan jelas apa yang dimakan dan proses pencernaan lembu . Selama proses penyelidikan , lembu - lembu tersebut hanya diberi makan gandum dan rumput . Sebahagian dari makanan yang telah dicerna oleh lembu akan diambil untuk diteliti melalui lubang itu . Setelah diteliti , hasilnya digunakan untuk membantu penternak memberikan makanan yang lebih seimbang untuk lembu . Para penyelidik mendakwa , proses ini untuk meningkatkan tenaga kecekapan pada lembu . Perkara tersebut kerana dapat membantu alam sekitar iaitu menurunkan jumlah metana yang dihasilkan haiwan . Selama pemasangan dan proses kajian melalui kanula , lembu - lembu itu dibius . Dengan demikian lembu - lembu tidak merasakan sakit ketika sedang diperiksa . Namun amalan yang sudah dilakukan sejak tahun 1833 itu banyak kritikan . Organisasi Perlindungan Haiwan menganggap bahawa amalan tersebut adalah penyiksaan kerana lubang itu selalu terbuka .


TOP
Karya seni straw yang menakjubkan

Banyak trend seni yang tidak biasa telah muncul di Jepun akhir-akhir ini. Seniman Jepun kembali membuat kita kagum dengan sentuhan kreatif yang dilakukan pada straw. Benda yang biasanya digunakan untuk menyedut minuman ini diubah menjadi haiwan, mahkluk mitos dan watak animasi lucu. Salah satu master seni straw adalah seorang seniman dengan nama TAO. Koleksi naga yang ia buat sangat mempersonakan, memaparkan pelbagai bentuk dan saiz.


TOP
Polis Cari Petunjuk Insiden Culik Sabah

Datuk Seri Mohd Bakri Zinin
PETALING JAYA: Polis sedang menjalankan siasatan rapi terhadap beberapa petunjuk dalam siasatan kes penculikan melibatkan wanita warga China dan warga Filipina di Sabah, April lepas. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata ia termasuk petunjuk yang boleh membawa kepada dalang sebenar penculikan dan seterusnya dapat membantu polis menyelesaikan kes berkenaan. "Kita harap ada petunjuk yang dapat membawa kita mengenal pasti kumpulan penculik berkenaan, siasatan sentiasa dijalankan termasuk bertukar maklumat dengan pihak keselamatan Filipina," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penutupan Kejohanan Boling Piala Ketua Polis Negara di Sunway Piramid, di sini, Ahad. Jumaat lepas, dua wanita yang diculik di Singamata Adventures and Reef Resort, Semporna pada 2 April lepas telah dibebaskan hasil kerjasama pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina. Warga China yang dikenali sebagai Gao Hua Yun, 29 dan pekerja resort dari Filipina, Marcy Dayawan, 40 telah dibebaskan dalam keadaan sihat dan selamat. Ketika ditanya sama ada pembebasan dua wanita berkenaan melibatkan pembayaran wang tebusan,Mohd Bakri berkata tiada sebarang wang tebusan yang dibayar kepada kumpulan penculik itu. "Saya enggan ulas lanjut dimana sesi rundingan diadakan dan bila ia dijalankan kerana ia akan menjejaskan siasatan," katanya. Mohd Bakri turut menolak kemungkinan sama ada kumpulan itu merupakan kumpulan yang sama menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik, Lahad Datu pada 6 Mei lepas dengan kes penculikan di Pulau Singgah Mata. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa Filipina yang memberi kerjasama dan sentiasa bertukar maklumat risikan bagi memastikan dua wanita itu dibebaskan dalam keadaan yang selamat. Sumbee: Bernama

TOP
SUKMA: Kuartet Terengganu Padam Rekod Kebangsaan!

KANGAR – Kuartet wanita Terengganu sekali lagi membuat kejutan pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 apabila memadam rekod kejohanan 4x400m berusia 24 tahun dalam acara olahraga di Stadium Tuanku Syed Putra, di sini hari ini. Kuartet – Azreen Nabila Alias, Siti Nur Afiqah Abdul Razak, Nur Farahana Musa dan Nur Shahira Muliadi – cemerlang dengan rekod baharu, tiga minit 49.45 saat iaitu memperbaharui catatan masa 3:52.42s yang dilakukan oleh kuartet Pulau Pinang pada edisi ketiga Sukma 1990 di Sarawak. Pingat perak acara tersebut diraih oleh pasukan Perak dengan catatan masa 3:56.86s manakala pingat gangsa menjadi milik pasukan Johor dengan 3:58.32s. Siti Nur Afiqah berkata semangat sepasukan membantu kuartet Terengganu meraih dua pingat emas dan memecah rekod kejohanan pada Sukma kali ini. “Kami adalah gandingan baharu dan hanya sempat berlatih seminggu sahaja, dalam latihan kami selalu mencuba berlari satu pusingan bawah 60 saat setiap seorang. “Bagi saya dan rakan-rakan yang pertama kali menyertai Sukma kali ini memang sangat berpuas hati dengan pencapaian dua pingat emas (4x100m dan 4x400m),” kata Siti Nur Afiqah. Siti Nur Afiqah, 16, juga pernah mewakili negara pada Sukan SEA Myanmar tahun lepas bagi acara 4x400m. “Saya memang bercita-cita untuk menjadi atlet negara yang berjaya, pada bulan Julai nanti saya akan memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil jadi saya akan menggunakan peluang yang diberikan untuk lebih berjaya dalam olahraga,” katanya. Kuartet Terengganu itu juga turut memperbaharui rekod temasya bagi acara 4x100m, semalam. Sumber: Bernama

TOP
Peniaga KESAL Dituduh Suspek Bunuh Anggota Polis!

GEORGETOWN – Dua peniaga hari ini menafikan dakwaan mereka terlibat dalam kes anggota Unit Rondaan Bermotosikal Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah, 25, yang meninggal dunia selepas motosikalnya dirempuh kereta penjenayah di Parit Buntar, Perak 26 Mei lepas. Peniaga pakaian, Azhar Ramli, 40, berkata beliau berada di rumahnya di Taman Cenderawasih, Butterworth dekat sini ketika kes itu berlaku dan terkejut apabila diberitahu gambarnya tersebar meluas di laman sosial sebagai suspek yang dikehendaki polis sehari selepas kejadian. “Adik ipar (lelaki) saya yang beritahu. Dalam Whatsapp dan Wechat pun orang ada sebar juga. Paling menyedihkan ialah apabila pengguna facebook dan bloggers hentam, maki hamun dah ugut kami macam-macam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Sementara itu peniaga barangan lusuh Mohd Nizam Ali Hassan, 39, berkata walaupun laporan polis telah dibuat pada 27 Mei lepas gambar mereka terus dikongsi pengguna laman sosial dan masih menerima komen negatif berunsur ugutan sehingga ke hari ini. Beliau berkata hidupnya kini tidak tenteram dan bimbang keselamatan keluarganya terancam apabila gambar yang tersebar turut mempunyai alamat lengkap rumahnya. Pada 28 Mei lepas, Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mat Fauzi Nayan menafikan pihaknya ada mengeluarkan gambar dua peniaga berkenaan dan mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak disahkan terlebih dulu. Azhar dan Mohd Nizam berkata mereka mengenali antara satu sama lain sejak kecil dan hairan bagaimana boleh dikaitkan dengan kes itu sedangkan mereka mendakwa tidak pernah memiliki kereta Toyota Wish seperti digunakan penjenayah terbabit. Mereka berdua turut meminta pihak berkuasa menyiasat jika terdapat penglibatan pihak polis sendiri dalam penyiaran gambar berkenaan dan mempersoalkan bagaimana maklumat peribadi sedemikian boleh didedahkan sewenang-wenangnya. Sumber: Bernama

TOP
Jenazah Suami Rafidah Aziz Selamat Dikebumi

KUALA LUMPUR – Jenazah bekas Pengerusi Maybank Tan Sri Mohamed Basir Ahmad selamat dikebumikan pada 5.45 petang di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini hari ini. Terdahulu, jenazah beliau yang tiba di Pangkalan Tentera Udara Subang dari Singapura pada 2.55 petang, disembahyangkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab di Bukit Damansara. Mohamed Basir, 75, yang juga suami bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz, meninggal dunia pada 3.51 pagi di Hospital Besar Singapura akibat serangan jantung. Adik ipar Allahyarham, Datuk Azman Aziz, berkata Mohamed Basir dan keluarga sedang bercuti di negara jiran itu. “Pada Jumaat lalu, abang ipar saya rebah selepas mengalami sesak nafas dan terus dikejarkan ke Hospital Besar Singapura untuk mendapatkan rawatan,” katanya kepada pemberita di Masjid Saidina Umar Al-Khattab hari ini. Turut hadir menziarahi jenazah Allahyarham di masjid itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamad. Azman berkata Mohamed Basir menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) pada 11 malam hari yang sama, bagaimanapun meninggal dunia pagi tadi. Allahyarham menjadi Pengerusi Maybank selama 16 tahun, bermula sebagai Pengarah pada 5 Ogos 1993 selepas berkhidmat sebagai Penasihat Bank Negara Malaysia sejak 1980. Selain isterinya Rafidah, Allahyarham meninggalkan seorang anak lelaki Alfian, dua anak perempuan Rohaiza dan Rohaila serta lima cucu. Sumber: Bernama

TOP
Pelajar Hafaz Al-Quran Terengganu Bakal Ikuti Pengajian Aeroangkasa

Terengganu bakal membuka peluang kepada pelajarnya mendalami bidang aeroangkasa. 
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu akan memilih lima pelajar lepasan sekolah agama dan imtiaz yang menghafaz 30 juzuk al-Quran ke luar negara bagi mengikuti pengajian berasaskan aeroangkasa tahun depan. Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata, melalui program saintis aeroangkasa itu, setiap pelajar akan diberi biasiswa penuh dengan semua yuran dan kos perbelanjaan ditanggung sepenuhnya kerajaan negeri. "Lepas tamat pengajian, mereka akan berkhidmat dengan Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) bagi tempoh beberapa tahun. Program ini adalah projek perintis bagi melahirkan saintis Islam dalam bidang aeroangkasa di mana sebelum ini ia dikuasai oleh Barat. "Insiden kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia, MH370 menyedarkan masyarakat dunia, termasuk Malaysia mengenai ketandusan ilmuan dalam bidang ini menyebabkan negara terpaksa bergantung kepada kepakaran negara Barat," katanya selepas menutup Karnival Aeroangkasa dan Pertandingan Wau Terbuka 2014 di sini. Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri perlu mengambil peluang ini bagi melahirkan saintis aeroangkasa yang Islamik dan fokus kepada pengkajian al-Quran kerana masih banyak rahsia yang belum dirungkai di dalam kitab suci itu. Beliau berkata, bagi menjayakan program itu, pihaknya turut bekerjasama dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi penyediaan kertas kerja dan mengenal pasti universiti sesuai untuk pengajian pelajar di luar negara. "Saya sudah minta UMT sediakan kertas kerja lengkap berkaitan perbelanjaan serta universiti sesuai termasuk negara China, Amerika dan Russia kerana mereka hebat dalam bidang ini. "Kebetulan pula tahun ini UMT ada mengikat kontrak dengan seorang pakar aeroangkasa dari Amerika maka kita akan ambil dia untuk jadi penasihat di PSKT," katanya. Sumber: mStar

TOP
2 Sampel Coklat Cadbury Diambil Terus Dari Kilang

BANGI – Dua sampel coklat Cadbury, yang didakwa mengandungi DNA khinzir, diambil terus dari kilang pembuatan bagi mengelak sebarang pencemaran, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau berkata sampel itu juga diteliti makmal yang terletak di Petaling Jaya dan telahpun diberikan autoriti oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengeluarkan sijil halal. Makmal itu juga diwarta sebagai makmal makanan yang kompeten dalam menganalisis makanan selain mendapat akreditasi daripada Jabatan Standard Malaysia di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia berdasarkan Standard MS ISO/IEC 17025: 2005 bagi pengujian DNA, termasuk pengujian produk makanan terproses. “Untuk Kementerian Kesihatan Malaysia, makmal mereka didedikasikan bukan untuk menentukan halal dan DNA berunsur khinzir tetapi hanya penemuan sampingan, sampel mereka juga bukan dari kilang,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas perasmian Ijtima Ahlus Sunnah Wal Jamaah bersempena program Dakwah Negara 2014 di Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini. Jamil Khir berkata sumber sampel juga merupakan perkara yang penting dalam meneliti kandungan bahan itu di makmal sama ada melalui orang persendirian, kedai atau kilang. Justeru, beliau meminta orang ramai agar menunggu sehingga Rabu ini iaitu selepas tujuh hari waktu bekerja bagi mendapat pengesahan berkaitan kedua-dua produk. Khamis lepas, Jakim berkata keputusan rasmi berhubung status halal berikutan penemuan DNA khinzir dalam dua sampel coklat Cadbury akan diumum sebaik keputusan analisis Jabatan Kimia diperoleh dalam tempoh tujuh hari. Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Jakim bersama-sama Kementerian Kesihatan; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Jabatan Kimia Malaysia dan Jabatan Standard Malaysia. Mesyuarat turut memutuskan agar Kementerian Kesihatan menghantar secara rasmi laporan hasil penemuan analisis kedua-dua sampel produk berkenaan kepada Jakim bagi melengkapkan hasil siasatan. Sumber: Bernama

TOP
Cermin Gelap: JPJ Akan Laksana Keputusan Bengkel

KEMAMAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan apa sahaja keputusan sebuah bengkel mengenai hala tuju dan polisi baharu berhubung penggunaan cermin gelap di negara ini. Menegaskan demikian, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, JPJ hanyalah agensi pelaksana yang akan menguatkuasakan apa sahaja keputusan dibuat Kementerian Pengangkutan. “Bengkel yang akan bermula (di Shah Alam) esok selama dua hari akan membuat penilaian yang wajar berhubung perkara itu (cermin gelap) merangkumi pelbagai aspek termasuk keselamatan, jenayah, dan kesihatan. “Jika keputusannya semua orang tidak dibenarkan guna cermin gelap, kita akan kuatkuasakan peraturan itu dan jika keputusan kata semua orang dibenarkan guna cermin gelap, kita juga akan kuatkuasakannya,” katanya. Beliau bercakap pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan banjir kepada 23 anggota JPJ cawangan Kemaman yang terlibat dalam bencana itu pada awal Disember tahun lalu. Ditanya mengenai penyebaran gambar sebuah kenderaan yang kini tersebar luas di media sosial, kononnya milik beliau yang turut menggunakan cermin gelap, Ismail berkata kenderaan itu milik seorang pegawai lain. “Gambar itu pun tidak tepat sebenarnya, kerana ia tidaklah terlalu gelap seperti yang tersebar kerana ia masih mengikut spesifikasi…30 peratus gelap di cermin depan dan 50 peratus gelap di cermin belakang (sisi). “Mungkin disebabkan cahaya, jadi kenderaan itu kelihatan cerminnya seperti terlalu gelap, namun bagi saya ia bukanlah isu besar. “Penggunaan cermin gelap kepada agensi penguat kuasa adalah dibenarkan atas faktor keselamatan petugas,” katanya. Sumber: Bernama

TOP
Lucut Hak Pemilik Jika Tanah Diceroboh - MB Selangor

Kejadian curi pasir di tanah yang diceroboh boleh mengakibatkan pemilik tanah di Selangor hilang hak.
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menasihatkan pemilik tanah persendirian di negeri itu supaya memastikan tanah mereka tidak diceroboh bagi mengelak hilang hak pemilikan. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri telah memberi 'lampu hijau' kepada pejabat daerah untuk mengeluarkan notis rampasan sekiranya didapati ada tanah milik persendirian diceroboh pihak lain. "Saya percaya Pegawai Daerah dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd akan terus melakukan perkara yang perlu bagi memastikan isu kecurian pasir dan pencerobohan tanah oleh pihak tidak bertanggungjawab dihentikan. "Saya nak ingatkan pemilik tanah kalau kecurian pasir dibuat atas tanah persendirian, pejabat daerah dibenar keluarkan notis rampasan tanah kerana boleh jadi yang curi (pasir) bukan pemilik, tapi pemilik yang akan hilang tanah," katanya kepada pemberita di sini. Beliau diminta mengulas mengenai isu kecurian pasir berulang di kawasan Sungai Long, Kajang dekat sini baru-baru ini. Tambah Abdul Khalid, pihaknya juga akan menangkap sindiket mencuri pasir tersebut selain menyita jentolak yang digunakan untuk tempoh lebih lama dan berkemungkinan tidak dibenar untuk digunakan semula. Baru-baru ini, media melaporkan kegiatan mencuri pasir di Sungai Long, Kajang masih berleluasa meskipun pasukan petugas khas Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) seliaan kerajaan Selangor sudah ditubuh bagi menanganinya. Sumber: mStar

TOP
Sokongan Pengundi India Meningkat Di PRK Teluk Intan

KUALA LUMPUR – Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel berkata sokongan pengundi India untuk Barisan Nasional (BN) meningkat kepada 70 peratus pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, semalam. Beliau berkata pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, tahun lepas, jumlah peratusan pengundi India di kawasan itu memilih BN hanya 45 peratus daripada jumlah 11,468 pengundi kaum itu. Justeru, Palanivel, yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, mengucapkan ‘Nandri’ (terima kasih) kepada masyarakat India di situ yang telah memberi kepercayaan dan harapan baharu kepada BN. Beliau berkata kemenangan BN di enam Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang majoritinya pengundi India merupakan satu perkembangan yang cukup positif kerana pada PRU12 dan PRU13, hampir kesemua kawasan itu, khususnya di Ladang Nova Scotia, dikuasai pembangkang. “Kali ini sokongan generasi muda Ladang Nova Scotia kepada calon BN (Datuk Mah Siew Keong) merupakan satu lagi petanda yang cukup baik untuk kebangkitan semula BN di Teluk Intan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Semalam, Mah mengalahkan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi selepas memperoleh 20,157 undi berbanding Dyana Sofya yang mendapat 19,919 undi. Terdapat 11,468 atau 19 peratus pengundi India daripada 60,349 pengundi di kerusi Parlimen Teluk Intan. Di JELI, Kelantan, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kemenangan BN itu adalah hasil kerja yang tersusun daripada jentera BN. “Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Datuk Mah Siew Keong dan seluruh jentera BN yang telah melakukan gerak kerja kempen yang sangat tersusun dan ia telah memberikan kelebihan untuk menang kali ini,” katanya kepada pemberita di sini. Mengulas kemenangan itu, Ahmad Zahid berkata jumlah majoriti undi yang kecil bukan merupakan isu kerana apa yang lebih manis, ia mengembalikan maruah BN selepas tewas dengan majoriti lebih 7,000 kepada DAP sebelum ini. Beliau yakin Parlimen Teluk Intan akan maju dan meminta segala janji pada pilihan raya kecil itu dilaksanakan dengan secepat mungkin. Sumber: Bernama

TOP
Empat Sahabat Sesat Cari Batu Permata

Gambar Hiasan. Batu permata dijadikan aksesori seperti cincin dan loket digemari ramai. 
DUNGUN: Empat sahabat melalui detik mencemaskan ketika mencari batu permata selepas tersesat hampir 12 jam dalam hutan di kawasan Pulau Cakuh 9, Jerangau dekat sini. Bagaimanapun kesemua lelaki itu Hashim Abu Bakar, 62, Zakaria Mohamad, 56, Hanafi Omar, 57, dan Hazlin Abdul Kadir, 50, berjaya keluar dengan menyusuri tepi sungai kira-kira 7.30 pagi Ahad. Sebelum kejadian, empat sahabat terbabit yang berasal dari Kampung Penarik Merchang di Marang dikatakan masuk ke kawasan hutan itu, kira-kira pukul 3 petang Sabtu untuk mencari batu permata. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar, Al Muktaffi Billah Shah Imran Ismail berkata, selepas menyedari mereka tersesat dalam hutan, seorang daripada mangsa menghubungi talian kecemasan 999. Katanya, bomba menerima laporan kira-kira pukul 2.30 pagi ini dan kemudiannya bersama sepasukan polis dari Balai Polis Jerangau melancarkan gerakan mencari dan menyelamat. "Semasa operasi mencari dan menyelamat dilakukan, seorang daripada mangsa memaklumkan kesemua mereka berjaya keluar dari kawasan hutan terbabit, kira-kira pukul 7.30 pagi tadi dan tidak mengalami sebarang kejadian tidak dingini," katanya kepada pemberita di sini, Ahad. Menurutnya, kesemua mangsa yang selamat itu telah pulang ke rumah masing-masing di Marang. "Saya menasihati orang ramai yang hendak masuk ke kawasan hutan supaya memaklumkan terlebih dahulu kepada balai polis berhampiran bagi memudahkan anggota penguatkuasa sekiranya berlaku kejadian tidak diingini," katanya. Sumber: mStar

TOP
Misteri Kehilangan Warga Britain Di Tioman Masih Belum Terjawab

SELASA lalu, seorang warga Britain dilaporkan hilang di Air Terjun Lubuk Teja, Pulau Tioman selepas pergi ke kawasan itu secara bersendirian kira-kira jam 12 tengah hari. Kehilangan Gareth David Huntley, 34, yang bekerja dan tinggal di Projek Juara Penyu, Kampung Juara di pulau tersebut disedari oleh rakannya yang kemudiannya membuat laporan polis. Sehingga ke hari ini, usaha pihak polis, Pasukan Gerakan Am, Unit D8 Ibu Pejabat Polis Kontijen Pahang dan Unit K9 untuk mengesannya menerusi operasi mencari dan menyelamat masih belum membuahkan hasil. Ketiadaan liputan di kawasan tersebut juga menyukarkan usaha untuk menemuinya menerusi isyarat telefon bimbit.

Justeru, menerusi laman Twitter, satu hashtag #findgareth telah diwujudkan oleh keluarga, rakan dan orang ramai sebagai usaha menyokong usaha mencari Gareth.

Ia turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi ‘retweet’ di akaun sosialnya itu. Kehilangan warga Britain itu sekaligus menimbulkan kebimbangan kejadian pembunuhan seorang pelancong Perancis, Stephanie Foray, 30, di pulau tersebut berulang kembali. Wanita malang tersebut dibunuh oleh seorang lelaki warga tempatan di Kampung Tekek pada Mei 2011. Mayatnya yang tinggal rangka hanya ditemui selepas tiga bulan di dalam sebuah gua di pusat peranginan itu.

Sumber: Elza / Mynewshub

TOP
6 petugas perhutanan Filipina diculik di Mindanao

MANILA: Sekumpulan lelaki bersenjata menculik enam juruukur perhutanan di dis elatan Filipina, menurut pihak tentera. Petugas berkenaan dalam perjalanan melakukan program kajian perhutanan kerajaan di kawasan pergunungan terpencil Lembah Compostela di pulau Mindanao apabila mereka diculik kelmarin. Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap penculikan itu walaupun banyak kumpulan bersenjata beroperasi di kawasan itu, termasuk gerila komunis dan pengawal keselamatan persendirian yang diupah pembalak dan pelombong haram. Sekurang-kurangnya 20 renjer hutan terbunuh sejak kerajaan mengharamkan pembalakan bagi memerangi pembalakan haram pada 2010. Sumber: AFP

TOP
Unit Keselamatan Malaysia-Filipina Runding Bebas Mangsa Culik

Datuk Mohammad Mentek (kiri) melakukan tinjauan terhadap tugas pasukan keselamatannya di Pulau Abal, Lahad Datu baru-baru ini.
KOTA KINABALU: Pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina memulakan satu lagi rundingan dan kali ini bagi membebaskan pengurus sangkar ikan, Yang Zailin. Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (Esscom), Datuk Mohamad Mantek berkata, mangsa yang diculik dari Pulau Baik di daerah Lahad Datu pada 6 Mei lalu dilaporkan selamat di selatan Filipina. Beliau berkata pasukan keselamatan Malaysia bekerjasama dengan rakan sepasukan mereka dari Filipina untuk membebaskan Yang. Kemungkinan untuk membebaskan Yang adalah baik, demikian menurut Mohamad selepas mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil Dewan Perniagaan Cina Kota Kinabalu di sini pada Ahad. Rundingan sebelum ini antara pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina dengan kumpulan lelaki bersenjata berjaya membebaskan pelancong China, Gao Huayun dan pekerja hotel Filipina, Marcy Darawan dari kubu kuat Abu Sayyaf di Pulau Jolo di selatan Filipina selepas 59 hari ditawan. Rundingan itu bermula tidak lama selepas kedua-dua mangsa Gao, 29, dan Marcy yang berusia 40 tahun diculik dari Singamata Reef Resort berhampiran Semporna oleh lima lelaki bersenjata pada 2 April. Sumber: mStar

TOP
Ukir Naga Gergasi Dalam Laman Rumah

Pasti anda pernah menonton filem Edward Scissorhands yang dilakonkan oleh Johnny Depp kan? Jangan tak tahu rupanya watak Edward ni memang betul-betul wujud apabila seorang pesara, John Brooker, 75, mula menghias taman di halaman rumahnya sehingga membentuk seperti seekor naga gergasi! Projek yang dimulakan sejak 13 tahun lalu itu menghasilkan sebuah arca tanaman gergasi yang membentuk imej 150 kaki panjang, 20 kaki tinggi serta dilengkapi dnegna pelbagai sayap dan enam set kaki naga. Mendapat ilham ketika dirinya bertugas sebagai tentera selain ketika dua kali melancong ke Malaysia, Brooker terus terfikir mahu mencantikkan laman rumahnya yang sebelum ini kelihatan kurang cantik dan membosankan. John menyiapkan karyanya itu dengan dibantu isteri, Pippa, yang sebelum ini pernah bekerja sebagai pereka grafik. “Isteri saya sebenarnya yang berkebun, saya hanya memotong rumput dan membentuknya. Pippa berpuas hati dengan hasilnya,” katanya. Laman rumahnya yang terletak di East Rudham, Norfolk, England nyata berjaya menarik perhatian penduduk yang lalu lalang di situ.

Sumber: Audrey Lee / Mynewshub

TOP
Sistem Baharu Jual Diesel, Petrol Subsidi Mulai 1 September

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperkenalkan sistem baharu penjualan diesel dan petrol bersubsidi kepada kenderaan komersial yang layak mulai 1 September depan. Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata, sistem yang sama bagi kenderaan persendirian juga akan dilaksanakan pada Oktober atau November depan. Katanya, maklumat terperinci mengenai pelaksanaan sistem baharu itu akan diummumkan dalam satu sidang media khas tidak lama lagi. "Kerajaan sedang finalise satu sistem baharu untuk kira-kira 3,500 stesen minyak seluruh negara bagi memastikan penjualan diesel dan petrol bersubsidi hanya kepada kenderaan yang benar-benar layak sahaja. "Kerajaan mensasarkan penjimatan sebanyak RM9.8 bilion melalui pelaksanaan sistem baharu yang dijamin lebih efektif dan berkesan itu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Ekspo Pengguna Malaysia 2014 di sini, Ahad. Ekspo selama sembilan hari bermula semalam itu dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek dan menampilkan penyertaan lebih 200 syarikat yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan. Alias berkata, sistem baharu itu diyakini mampu memastikan bahan api bersubsidi itu dinikmati oleh hanya rakyat yang benar-benar layak dan ia juga mampu mengurangkan salah guna dan mengelak berlakunya ketirisan dan pembaziran. Pada masa ini harga RON95 adalah RM2.10 seliter (63 sen subsidi) dan harga RON97 adalah RM2.80. Harga runcit RON97 ditetapkan berdasarkan apungan terurus dengan harga bulanan ditentukan oleh kuasa pasaran. Sementara itu, Alias berkata, KPDNKK bercadang mengehadkan penjualan diesel dan petrol di setiap stesen minyak di kawasan sempadan di seluruh negara kepada 600,000 liter sebulan dalam masa terdekat. Beliau berkata, kuota itu diperkenal sebagai langkah awal membendung penyalahgunaan diesel dan petrol bersubsidi sehingga sistem baharu yang lebih efisien diperkenalkan. Sumber: mStar

TOP
Monokini Pakaian Mandi Untuk Mangsa Kanser Payudara

Seperti yang kita ketahui kanser payudara merupakan penyakit pembunuh nombor satu bagi kebanyakan wanita di seluruh Malaysia dan juga di serata dunia. Jika pesakit melalui kaedah rawatan pembedahan masektomi yang bertujuan membuang sel kanser yang telah memudaratkan payudara mereka, pastinya kesan parut daripada pembedahan tersebut akan jelas kelihatan pada tubuh badan mereka. Namun, sebuah pertubuhan yang diberi nama Monokini mahu menyerapkan perasaan berbangga buat pesakit kanser payudara yang telah terselamat dengan melalui pembedahan tersebut, mereka telah mereka pakaian mandi yang mendedahkan sebelah payudara pesakit-pesakit tersebut. Ini bertujuan untuk memberikan keyakinan kepada pesakit bahawa walaupun mungkin sudah tidak kelihatan seperti wanita sempurna, namun mereka seharusnya berbangga dengan ketabahan mengharungi penyakit berbahaya itu. Di bawah ini merupakan sebahagian daripada koleksi pakaian renang yang direka khas oleh Vilman Riitijoki untuk pesakit kanser payudara turut boleh bergaya biarpun hanya menggenakan pakaian mandi.

Sumber: Audrey Lee / Mynewshub

TOP
Suasana pilu iringi majlis tahlil Mohd Azuan
Nur Faizah (kanan) menenangkan ibu Mohd Azuan (tengah) yang kelihatan sebak ketika hadir kenduri tahlil, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh NOOR FAIZAL GHAZALI
Nur Faizah (kanan) menenangkan ibu Mohd Azuan (tengah) yang kelihatan sebak ketika hadir kenduri tahlil, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh NOOR FAIZAL GHAZALI
ALOR SETAR - Kenduri tahlil bagi menggantikan kenduri perkahwinan Allahyarham Lans Koperal Mohd. Azuan Abdullah, 25, dengan Nur Faizah Muhammad Rejab, 22, diadakan dalam suasana hiba di kediaman keluarganya di Kampung Batas Paid, Jalan Kuala Kedah, hari ini. Majlis yang diadakan kira-kira jam 11 pagi dihadiri lebih 1,000 tetamu termasuk rombongan keluarga Allahyarham Mohd. Azuan yang datang dari Johor. Hari ini sepatutnya merupakan detik paling bahagia buat pasangan itu yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka seperti dirancang tetapi takdir memisahkannya. Bagi Nur Faizah, tiada kata-kata dapat menggambarkan perasaannya ketika ini kecuali menadah tangan kepada Ilahi agar roh Mohd Azuan tenang dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. "Saya sudah puas menangis dan tidak mahu menangis lagi. Tangisan air mata tidak mampu mengembalikan semula arwah ke dunia ini. “Biarpun perasaan rindu terhadap arwah membuak-buak lebih-lebih lagi menjelang tarikh pernikahan kami yang sepatutnya menjadi detik indah kami berdua hari ini," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

TOP
Ekonomi perkongsian jadi trend baharu
Ekonomi perkongsian jadi trend baharu
PENGGUNA di Asia Tenggara dilihat tertarik untuk menyertai ‘ekonomi perkongsian’, dengan pengguna di Thailand, Filipina dan Indonesia terutamanya menjadikan penyewaan barangan peribadi mereka sebagai sebahagian sumber pendapatan, menurut kaji selidik terbaharu dijalankan Nielsen. Dalam ekonomi perkongsian, pengguna menyewakan atau berkongsi barangan milik mereka, seperti perabot, peralatan sukan, kereta dan rumah, atau perkhidmatan yang mereka miliki untuk mendapatkan keuntungan. Keuntungan diperoleh daripada pengguna yang menukarkan aset peribadi mereka kepada pendapatan melalui ekonomi perkongsian dijangka melebihi AS$5.3 bilion (RM17 bilion) pada tahun ini, dengan kadar pertumbuhan melebihi 25 peratus. Bagaimanapun, Malaysia dilihat kurang terbuka terhadap konsep dengan 28 peratus pengguna di negara ini tidak bersedia untuk berkongsi atau menyewakan aset peribadi mereka, berbanding 13 peratus dicatatkan di Filipina, 14 peratus di Indonesia dan 18 peratus di Vietnam. Pengguna Singapura pula menunjukkan sikap paling tidak terbuka terhadap konsep ini jika dibandingkan antara kesemua pengguna di Asia Tenggara, dengan 32 peratus tidak mahu mengambil bahagian dalam ekonomi perkongsian, setanding dengan purata global. Pengarah Urusan Analisa Terperinci tentang Pengguna di Asia Tenggara, Asia Utara dan Pasifik Nielsen, Vishal Bali berkata, kesedaran ekonomi perkongsian sebagai ekonomi kolektif masih kekal rendah di Asia Tenggara mahupun di seluruh dunia, namun firma itu mendapati terdapat peningkatan dalam jumlah aktiviti tersebut, terutamanya di rantau Asia Tenggara.
Ramai sedia bayar untuk sewa barangan peribadi orang lain
Daripada perspektif pengguna akhir, kesanggupan membayar untuk penggunaan barangan peribadi dan perkhidmatan orang lain agak tinggi di Asia Tenggara. Rakyat Indonesia menduduki tempat kedua secara global dari segi menyewa produk atau perkhidmatan daripada masyarakat perkongsian, sementara Filipina tempat keempat. Sebanyak 87 peratus pengguna di Indonesia menyatakan mereka berkemungkinan menggunakan produk atau perkhidmatan perkongsian, diikuti oleh Filipina (85 peratus), Thailand (84 peratus), Vietnam (76 peratus), Malaysia (74 peratus) dan Singapura (67 peratus) berbanding dengan 66 peratus pengguna global. Menurut kaji selidik Nielsen, peranti elektronik ialah antara barangan pengguna di Asia Tenggara paling sanggup berkongsi atau sewakan. Barangan lain yang sanggup disewakan oleh pengguna di rantau ini termasuklah pelajaran dan perkhidmatan, kereta dan motosikal. "Kebanyakan barangan paling biasa disewakan melalui masyarakat perkongsian tidak mampu dimiliki pengguna biasa di Asia Tenggara. "Apabila kemampuan kewangan menjadi satu isu, menyewa barangan daripada pengguna lain dapat menyelesaikan keperluan segera sesetengah pengguna, demikian juga menghapuskan keperluan mereka untuk mencari dana untuk membeli barang tersebut," menurut Bali. Katanya, peningkatan pesat dalam penggunaan internet di seluruh rantau ini menjadi faktor utama wujudnya masyarakat perkongsian.

TOP
Demokrasi kembali selepas 15 bulan
Pengumuman Prayuth disiarkan stesen televisyen di seluruh negara, kelmarin.
Pengumuman Prayuth disiarkan stesen televisyen di seluruh negara, kelmarin.
BANGKOK - THAILAND. Ketua Majlis Keamanan dan Ketenteraman Nasional (NCPO), Prayuth Chan-ocha, kelmarin menolak pilihan raya akan diadakan dalam tempoh setahun bagi memberi ruang kepada pembaharuan politik di Thailand. Prayuth berkata, junta tentera merancang untuk mengembalikan semula demokrasi di negara tersebut dalam tempoh kira-kira 15 bulan. "Peringkat pertama pelan demokrasi hanya memfokuskan usaha perdamaian. Satu draf Perlembagaan pula akan digubal ketika fasa kedua," katanya dipetik AFP. Menurutnya lagi, pilihan raya pula bakal diadakan di bawah peringkat ketiga iaitu sistem demokratik mutlak yang boleh diterima semua pihak. Dalam satu kenyataan, Prayuth turut mengulangi amaran terhadap kumpulan penentang yang mengancam untuk meneruskan protes mereka bagi membantah tindakan rampasan kuasa oleh tentera. Selain itu, beliau juga mempertahankan tindakan undang-undang tentera menyekat kebebasan akhbar dan media sosial bagi mengembalikan semula keamanan di negara terbabit.

TOP
Rahsia prun, buah kering

TAHUKAH anda, mengambil prun sebenarnya dapat membantu diet anda menjadi lebih mudah. Menurut penyelidik di Universiti Liverpool, Jo Harrold, individu memakan prun akan berasa cepat kenyang kerana kandungan serat yang tinggi dalam buah plum dikeringkan tersebut. Kajian dilakukan ke atas 100 lelaki dan wanita yang mengalami obesiti menunjukkan penurunan berat badan kira-kira 2 kilogram selain ukuran pinggang mereka berkurangan kepada 2 sentimeter selepas mengambil prun dalam tempoh tiga bulan. "Saya menasihatkan mereka yang mahu mencuba diet ini supaya mengambil prun dalam kuantiti kecil bagi mengelakkan masalah penghadaman," katanya dipetik Daily Mail. Selain itu, Harrold berpendapat buah-buahan kering lain seperti kismis turut memberi faedah sama seperti prun.

No comments:

Post a Comment