Friday, June 20, 2014
Berita Terkini 20 June 2014
TOP
Semakan Skim Gaji Minimum Dimuktamad Ogos
MARAN: Keputusan semakan semula penyelarasan skim gaji minimum akan dimuktamadkan Ogos ini, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib. "Kerajaan memberi peluang dan masa yang secukupnya kepada majikan dan pekerja untuk memberikan pandangan sehingga Mei lepas. "Keputusan semakan semula skim ini akan diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia," katanya kepada pemberita selepas penyerahan sumbangan cermin mata kepada 53 warga emas di Dewan Dun Lui di sini, Jumaat. Menurutnya semakan semula skim itu dibuat dua tahun sekali oleh Majlis Perundingan Penyelarasan Gaji Negara dengan perbincangan penyelarasannya membabitkan majikan, pekerja, Bank Dunia dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa. Pelaksanaan skim gaji minimum itu, yang bakal memberi manfaat kepada 1.4 juta pekerja swasta di negara ini, sepatutnya dilaksanakan Januari 2013 tetapi terpaksa ditangguhkan berikutan sebahagian besar majikan belum bersedia melaksanakannya.
TOP
Fifa Tahan 2 'Ulat' Tiket
RIO DE JANEIRO: Fifa menahan dua individu kerana dipercayai menjadi ulat tiket dengan menjual semula tiket Piala Dunia 2014 di kawasan hotel penginapan rasmi badan bola sepak itu. Insiden itu terbongkar apabila kegiatan ulat tiket itu dikesan pegawai badan bola sepak dunia itu yang menetap di hotel berkenaan. Dua suspek berkenaan menawarkan tiket daripada sumber yang berlainan, termasuk penaja Fifa dan Persekutuan Bola Sepak Brazil. Kedua-duanya juga sering berlegar-legar di sekitar kawasan awam hotel Rio Sofitel, kata pengarah pemasaran Fifa, Thierry Weil. “Agak memeranjatkan kerana tiket itu ditawarkan di hotel penginapan rasmi pegawai Fifa," kata Weil. Beliau berkata, Fifa terus menghubungi polis dan menahan pasangan suspek berkenaan yang salah seorangnya boleh bertutur bahasa Perancis. Berdasarkan pemeriksaan, pihaknya juga merampas 50 keping tiket, bagaimanapun Weil enggan mendedahkan nama syarikat atau pertubuhan yang menjadi pemilik asal tiket berkenaan.
TOP
Anak Kucing Terperangkap Dalam Suspensi Kereta
RASA ingin tahu menyebabkan seekor anak kucing hampir terbunuh selepas terperangkap dalam suspensi sebuah kenderaan SUV. Bagaimanapun idea mekanikal pemilik kenderaan dan orang ramai yang menyedari kewujudan seekor kucing dalam gegelung besi berkenaan berjaya menyelamatkan anak kucing itu. Detik cemas itu dapat dilihat menerusi sebuah video dari Rusia yang dimuatkan di laman Youtube. Selepas beberapa minit, gegelung besi itu berjaya ditanggalkan daripada kenderaaan pacuan empat roda berkenaan dan akhirnya usaha menyelamatkan anak kucing itu membuahkan hasil.
TOP
30 Lagi Rakyat Palestin Ditahan di Tebing Barat
JERUSALEM: Tentera Israel menahan 30 lagi rakyat Palestin di Tebing Barat ketika melakukan gerakan mencari tiga remaja yang dipercayai diculik oleh Hamas, demikian menurut kenyayaan pihak tentera pada hari Khamis. Penangkapan itu meningkatkan lagi bilangan rakyat Palestin yang ditahan iaitu kepada 280 orang sejak kumpulan remaja itu dilaporkan hilang seminggu yang lalu. Dipercayai ada dikalangan mereka adalah ahli Pergerakan Hamas, kata kenyataan itu. Sebelum ini tiga remaja terbabit, dua daripadanya adalah di bawah umur hilang di Tebing Barat pada 12 Jun lalu. Israel menuduh Hamas terlibat dalam penculikan itu dan melancarkan operasi meluas melibatkan pasukan tentera bertujuan mencari remaja terbabit dan menghancurkan pergerakan itu di Tebing Barat.
TOP
Tayar Bocor Terkena Paku Punca Bas RapidKuantan Terbabas
Dua mekanik RapidKuantan berusaha mengeluarkan besi penghadang jalan yang menembusi bas RapidKuantan sambil diperhatikan orang ramai setelah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 13, Jalan Kuantan-Pekan berhampiran Taman Indera Sempurna, Rabu. -fotoBERNAMA
KUANTAN: Siasatan awal terhadap insiden kemalangan yang membabitkan bas RapidKuantan di Kilometer 13, Jalan Kuantan-Pekan berhampiran Taman Indera Sempurna petang semalam didapati akibat satu daripada tayar bas itu bocor terkena paku. Menurut Ketua Pegawai Operasi RapidKuantan Zainurul Hakim Mohamad, kejadian itu mengakibatkan bas yang ketika itu dalam perjalanan dari Bandar Pekan ke Hentian Bandar di Kuantan hilang kawalan sebelum terbabas melanggar besi penghadang jalan. "Berdasarkan paparan secara langsung yang dipancarkan ke Pusat Kawalan Bas yang beroperasi dari Depoh RapidKuantan di Semambu melalui peralatan kamera litar tertutup (CCTV) dan GPS di dalam bas tersebut, pemandu bas Mohd Hazim Lahei tidak memandu laju. "Malah berdasarkan makluman yang diperoleh daripada polis, pemandu juga tidak berada dalam keadaan mengantuk ataupun dipengaruhi sebarang elemen rangsangan," katanya dalam satu kenyataan di sini Khamis. Sehubungan itu, katanya, segala spekulasi yang tersebar di media sosial yang mengaitkan pemandu berkenaan sebagai punca kemalangan tersebut adalah tidak benar. Polis kini menjalankan siasatan penuh dan RapidKuantan akan memberikan kerjasama penuh untuk membantu siasatan itu. Menurut kenyataan itu, MohdHazim yang merupakan pemandu berpengalamanserta mempunyai rekod prestasi kerja yang baik juga telah memberikan kerjasama kepada polis sejak semalam. Dalam kemalangan 3.40 petang semalam, seorang daripada tiga penumpang bas RapidKuantan patah kaki kiri setelah bas yang dinaiki terbabas lalu tertusuk besi penghadang jalan. Pelajar tingkatan satu berkenaan Mohd Rasydan Hakimi, 13, kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. RapidKuantan akan membantu beliau sepanjang mendapatkan rawatan di hospital itu atas dasar kemanusiaan.
TOP
Polis Padang Besar Temui Semula Treler Yang Dicuri
Gambar Hiasan.
PADANG BESAR: Polis Daerah Padang Besar menemui semula sebuah treler pengangkut simen bernilai RM80,000 di kampung Nathawee, Songkhla, selatan Thailand, selepas dilaporkan hilang di Bukit Keteri dekat sini Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supt Che Man Md Dros berkata, treler itu dilarikan ke kampung terbabit pada jarak kira-kira 51.1 kilometer dari sini dan kemudian dicat semula daripada warna merah kepada warna putih, sementara nombor pendaftarannya dibuang dengan tambahan aksesori bagi mengabui mata pihak berkuasa. Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di sini pada Khamis, beliau berkata polis Padang Besar menerima laporan kehilangan treler itu dari tempat letak kereta kilang simen Bukit Keteri kira-kira pukul 3 petang. Katanya, pengadu membuat laporan polis bahawa kenderaan itu diletakkan di situ 14 Jun lalu ntuk menunggu giliran mengisi simen dari kilang berkenaan ke dalam treler itu yang dijadual pada 19 Jun, tetapi kemudiannya menyedari kehilangan treler pada 16 Jun. "Berdasarkan siasatan awal, polis mendapati treler itu dipandu melepasi sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar pada jam 6.29 pagi, 16 Jun 2014 berdasarkan rakaman CCTV di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar," katanya. Beliau berkata, ekoran itu, polis Padang Besar menghubungi polis Thailand bagi mendapatkan bantuan mengesan treler terbabit sebelum mengesannya di Kampung Nathawee, selatan Thailand lalu dibawa ke Balai Polis Nathawee sebelum diserah kepada pihak polis Padang Besar, kelmarin. Menurut Che Man, ini adalah kes curi treler pertama dikendalikan polis Padang Besar dan beliau tidak menolak kemungkinan perbuatan itu dilakukan anggota sindiket yang berpengalaman melarikan treler dan mengubah suainya tidak sampai 24 jam selepas dicuri bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. Bagaimanapun, katanya, setakat ini polis belum dapat mengesahkan sama ada penjenayah terbabit warga tempatan atau Thailand dan siasatan masih diteruskan dengan kerjasama polis Thailand bagi mengesan penjenayah terbabit. Dalam perkembangan lain, Che Man berkata, polis Padang Besar merampas 190 kilogram daun ketum dan 52.5 liter air ketum yang kesemuanya bernilai RM3,000 selepas menahan tiga suspek dalam beberapa serbuan di sekitar Padang Besar, 17 Jun lalu. Katanya tiga suspek warga Thailand yang ditahan itu berumur antara 23 hingga 57 tahun yang dipercayai cuba menyeludup daun dan air ketum itu ke Thailand.
TOP
Suarez Ledak Dua Gol Tewaskan England
Suarez meledak dua gol kemenangan ke atas England.
LUIS Suarez menjadi hero pasukan Uruguay selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas England pada aksi Piala Dunia Kumpulan D, Jumaat. Walaupun baharu sahaja pulih daripada kecederaan lutut, Suarez mampu beraksi dengan baik dan mengganggu corak permainan England. Pastinya Suarez menghadiahkan dua jaringan ini kepada jurulatih Oscar Tabarez yang memberi kepercayaan kepadanya untuk berdepan dengan The Three Lions. Suarez membuka jaringan pada minit ke-39 dengan mudah melepasi barisan pertahanan England. Sementara itu, gol penyamaan hadir melalui Wayne Rooney pada minit ke-75 hasil daripada hantaran Johnson. Namun Suarez sekali lagi menewaskan penjaga gol England, Joe Hart untuk jaringan kemenangan Uruguay. Senarai pemain
England: Hart, Johnson,Cahill,Jagielka, Baines,Henderson,Gerrard,Sterling,Rooney,Welbeck, Sturridge
Uruguay:Muslera,Caceres,Gimenez,Godin,Pereira,Gonzalez,Rios,Lodeiro, Rodriguez, Cavani, Suarez
TOP
Tewas 2 Kali Tapi Pengurus England Enggan Letak jawatan
Pengurus England, Roy Hodgson.
NEGARA yang mempelopori sukan bolasepak, England yang kemudiannya mengeksportnya ke seluruh dunia sebagai satu-satunya sukan yang paling digemari di atas muka bumi ini kini berhadapan dengan kebangkalian akan tersingkir dari pusingan awal Piala Dunia. Hanya nasib yang akan menghalang mereka daripada pulang awal berbanding pasukan-pasukan kerdil yang lain seperti Switzerland, Iran dan Costa Rica. England telah mengharungi dua daripada tiga perlawanan peringkat kumpulan dan kedua-duanya mereka tewas - 1-2 di tangan Itali dan kemudian sekali lagi 1-2 di tangan Uruguay. Hanya 28 hari yang lalu, penyerang Uruguay, Luis Suarez, 27, dirakamkan sedang meninggalkan hospital di atas kerusi roda selepas menjalani pembedahan lutut sehingga mencetuskan tanda tanya apakah dia sempat sembuh menjelang temasya Piala Dunia tetapi awal pagi tadi, dia dipapah keluar padang oleh rakan-rakan sepasukannya selepas menjaringkan gol kemenangan pasukannya. Kekalahan itu menyebabkan England hanya boleh mara ke peringkat kalah mati jika dua lagi pasukan di dalam kumpulan mereka tewas dan mereka pula harus menang dengan lebih dari tiga jaringan menentang Costa Rica yang kini sedang mendahului kumpulan. Pendek kata, untuk membuka laluan kepada England, Itali harus menumpaskan Costa Rica dan Uruguay - tidak boleh seri, tidak boleh kalah. Berdasarkan prestasi semasa, nampaknya sukar bagi England untuk menumpaskan Costa Rica 3-0 sepertimana yang harus mereka lakukan. Dalam pada itu, Pengurus England, Roy Hodgson berhadapan dengan tekanan supaya meletakkan jawatan sebaik sahaja temasya ini selesai. Tetapi media-media Britain melaporkan yang dia tidak mahu melepaskan jawatannya dengan serta merta walaupun ini adalah persembahan terburuk England di pusingan akhir Piala Dunia sejak 1954. Ketika ditanya oleh para pemberita, apakah dia ingin menimbang semula peranannya sebagai pengurus selepas dua tahun memimpin skuad kebangsaan, Hodgson berkata: “Tidak. Saya tidak mempunyai sebarang hasrat untuk meletakkan jawatan. Sebaliknya saya berpuas hati dengan respon dan tugas yang dilakukan oleh pemain-pemain saya. Memang benar saya kecewa tetapi saya tidak fikir terdapat keperluan segera untuk saya berhenti, memang tidak. Tetapi jika pihak Persatuan Bolasepak Kebangsaan merasakan saya harus pergi dan saya bukanlah orang yang sesuai lagi untuk tugas ini lagi, itu adalah keputusan yang mereka harus lakukan, bukan saya." Kontrak Hodgson bersama skuad kebangsaan adalah sehingga Kejohanan Eropah di Perancis pada 2016.
TOP
Jennifer Lopez & Marc Anthony Akhirnya Disahkan Bercerai
Jennifer dan Marc Anthony rasmi bercerai pada 16 Jun 2014.
SELEPAS berpisah dengan kekasih muda iaitu Casper Smart, Jennifer Lopez juga secara rasmi disahkan bercerai dengan Marc Anthony. Menurut laoran Aceshowbiz, mahkamah Los Angeles mengesahkan pasangan tersebut bercerai secara rasmi pada 16 Jun lalu selepas memfailkan percerai tiga tahun lalu. "Sepatutnya mereka rasmi bercerai pada Mac lalu, tetapi kerana beberapa maklumat yang tidak cukup membuatkan proses perceraian mereka ditangguhkan. "Mahkamah juga menetapkan hak penjagaan anak kembar mereka iaitu Max dan Emme di bawah penjagaan Jennifer. "Mark pula mendapat hak melawat anak-anaknya sebanyak tujuh hari sebulan. Namun Jennifer dan Marc bersepakat untuk menjaga anak kembar mereka itu bersama-sama," kata sumber. Marc telah memfailkan cerai terhadap Jennifer pada 9 April 2012 selepas mereka dikatakan sudah tidak mempunyai persefahaman antara satu sama lain.
TOP
Gong Hyo Kemalangan Selepas Pulang Daripada Penggambaran
Gong Hyo
PELAKON Gong Hyo dilaporkan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah trak seberat empat hingga lima tan pada Khamis. Dalam kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 1.10 pagi itu, Gong dikatakan baru pulang daripada penggambaran filem It’s Ok Its’ Live. Semasa kemalangan, van yang dinaikinya gagal dikawal sehingga sebuah trak terlanggar dari arah belakang di lebuh raya Yongdong, Yongin. Menurut pihak agensinya, pelakon itu mengalami retak tulang tangan sebelah kiri selain calar pada bahagian kepala dan muka. Pihak agensi masih menunggu perkembangan lanjut mengenai keadaan kesihatan Gong dan berharap dia dapat meneruskan semula penggambaran kerana filem berkenaan dijadualkan berada di pawagam pada Julai depan. – Daily K-pop News
TOP
Laporan Muhyiddin Berundur Hanya 'Rekaan Politik' - PM
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, laporan media sosial bahawa timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berundur daripada kabinet hanyalah 'rekaan politik' pihak tertentu. Najib berkata, ini kerana beliau mempunyai hubungan dan persefahaman yang amat baik dengan timbalannya itu. "Sebagai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sentiasa mendukung dan telah menjayakan segala dasar dan agenda pembangunan nasional terutama yang berkait dengan rancangan transformasi negara yang dibawa saya," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat. Najib berkata, sebagai Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) pula, Muhyiddin sentiasa bersama-sama dalam segala usaha memperkukuh dan memantapkan perjuangan Umno dan BN dan ini merupakan satu usaha berterusan dan masih banyak perlu dilakukan antara beliau dan Muhyiddin. "Dengan adanya hubungan dan persefahaman yang amat baik di antara saya dengan Muhyiddin, saya yakin kita dapat menghadapi segala cabaran untuk membangunkan negara seterusnya meningkatkan lagi kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan BN," katanya. Laman blog dan media sosial melaporkan kemungkinan Muhyiddin berundur bagi memberi perhatian kepada usaha memulihkan Umno. Ia juga timbul berikutan desas-desus rombakan Kabinet yang mungkin dilakukan Perdana Menteri khususnya untuk membawa masuk pemimpin daripada parti komponen BN iaitu MCA dan Gerakan. Bagaimanapun semalam, Muhyiddin berkata, beliau akan terus berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri selagi khidmatnya diperlukan dan memberitahu setakat ini tidak ada apa-apa perkara dibangkitkan berhubung kedudukannya itu.
TOP
Dewan Rakyat Kecoh Kerana Kenyataan Hodoh
KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat gamat apabila Ahli Parlimen pembangkang dan Barisan Nasional (BN) 'bertegang urat' hanya mengenai perkataan 'hodoh' yang ditimbulkan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) apabila mendakwa Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berperangai hodoh. "Sudah jadi Timbalan Menteri, perangai hodoh juga," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Khamis. Dakwaan itu mengundang kemarahan Tajuddin yang segera meminta Azmin supaya menarik balik perkataan yang diucapkannya itu. Penghinaan itu turut mendapat pembelaan daripada ramai ahli Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) yang berdiri membantah tindakan Azmin dan menggesa supaya Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR menarik balik kenyataannya. Menambahkan lagi kekecohan dalam Dewan yang dipengerusikan Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee, apabila Ahli Parlimen pembangkang turut bangkit mempertahankan tindakan Azmin. "Gombak tak kata Pasir Salak (Tajuddin) hodoh, Gombak kata perangai yang hodoh sebab perangai Pasir Salak memang hodoh," demikian menurut Khalid Samad (PAS-Shah Alam) ketika mencelah ketika kekecohan itu. Selepas mendengar penjelasan Khalid, Kiandee kemudiannya meminta Azmin menarik balik kenyataanya kerana dianggap melanggar Peraturan Mesyuarat, beliau bagaimanapun berkeras enggan menarik balik kenyataannya itu. "Atas dasar apa Tuan Speaker mahu saya tarik balik? Speaker tidak boleh buat pertimbangan hanya selepas mendengar penjelasan Shah Alam," katanya. Drama perang mulut antara Ahli Parlimen pembangkang, BN dan Kiandeee berterusan hingga hampir 30 minit kerana Azmin berkeras tidak mahu menarik balik kenyataannya. Tingkah laku Azmin itu akhirnya mengundang Kiandee mengarahkan Azmin keluar Dewan kerana ingkar arahannya dan mengganggu persidangan Dewan Rakyat.
TOP
Sampaikan Perkara Yang Benar Walaupun Pahit, Titah Sultan Nazrin Shah
Sultan Nazrin Shah.
KUALA KANGSAR: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah meminta anggota Dewan Negara Perak memberi sebaik-baik nasihat dan panduan serta sentiasa menyampaikan kepada baginda perkara yang benar walaupun ia pahit untuk dinyatakan. Baginda bertitah setiap kebenaran wajib dipersembahkan kepada baginda tanpa sebarang rahsia. "Jauhkan beta daripada cerita-cerita penglipur lara hingga mendorong beta untuk berkhayalan, lena dengan mimpi indah, sedangkan realiti yang berlaku dalam kalangan rakyat dan di dalam negeri sangat berlainan dengan apa yang diceritakan. "Semoga anggota Dewan Negara akan membantu beta dengan segala keikhlasan dan kejujuran agar beta dapat menyempurnakan amanah dan tanggungjawab dengan adil lagi saksama," titah baginda pada Mesyuarat Dewan Negara Perak ke-159 di Istana Iskandariah di sini, Jumaat. Ia adalah Mesyuarat Dewan Negara yang pertama dipengerusikan baginda selepas bergelar Sultan. Sultan Nazrin bertitah sumpah jawatan yang baginda zahirkan ketika dilantik sebagai Sultan adalah ikrar perjanjian baginda dengan Allah dan ia adalah amanah dan tanggungjawab yang berat. Baginda bertitah ketika mesyuarat Dewan Negara Perak ke-150 pada 6 Mac 2012, mesyuarat terakhir yang dipengerusikan ayahanda baginda Sultan Azlan Shah, almarhum bertitah institusi raja akan kekal relevan jika terus mendapat penghormatan rakyat. Sultan Nazrin bertitah almarhum telah meninggalkan legasi pemerintahan yang wajib dijadikan rujukan. Baginda bertitah kata-kata peringatan yang dizahirkan ayahanda baginda semasa dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah oleh Universiti Sains Malaysia pada 28 Jun 1980 akan dijadikan pedoman. Almarhum yang ketika itu masih seorang hakim yang dikenali sebagai Tan Sri Azlan Shah dalam ucapannya berkata: "...sejarah telah menunjukkan bahawa takhta yang dialihkan dari istana ke muzium sejarah adalah hasil daripada salah nasihat yang diberi oleh penasihat istana yang tidak bertanggung jawab kepada rakyat. "Sebenarnya, penasihat istana ini adalah terdiri daripada mereka yang mencari keuntungan jangka pendek bagi kepentingan diri mereka sendiri tanpa memikirkan kepentingan rakyat dan negara. "Apabila keadaan ini berlaku, maka lambat laun rakyat akan memberontak dan takhta akan tergugat. Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis rahsia atau pegawai istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tidak satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. "Jika kehendak rakyat jelata itu dimakbulkan Allah, maka berpindahlah takhta dari istana ke muzium seni dan budaya". Sultan Nazrin bertitah, almarhum telah memenuhi peranan seorang Raja Pemerintah yang berpegang teguh kepada konsep Raja Berperlembagaan. "Almarhum telah melakarkan imej Raja Pemerintah yang disegani dan menyuntik kedaulatan takhta yang dihormati," titah baginda. Baginda bertitah daulat seseorang Raja Pemerintah itu akan ditentukan oleh kebijaksanaan dan kearifan serta keadilan dan kesaksamaan pemerintahan baginda. "Pemerintah yang bijak dan arif, adil dan saksama, akan dilimpahkan rahmat Ilahi, negerinya makmur dengan pelbagai rezeki, dan Raja berupaya memberi payung naungan membolehkan rakyat hidup dalam rukun, damai, harmoni lagi sejahtera," titah baginda.
TOP
Bunuh Isteri: Doktor Dijatuhi Hukuman Mati
KUALA LUMPUR: Seorang doktor dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat selepas dia didapati bersalah membunuh isterinya tujuh tahun lepas. Hakim Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan itu selepas mendapati Dr Jitweer Singh Ojagar Singh, 60, gagal membangkitkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Asmabi berkata keterangan pembelaan bahawa mangsa, Shento Kaur Jaswant Singh, 46, meninggal dunia akibat 'positional asphyxia' merupakan keterangan yang difikirkan kemudian. Hakim itu berkata teori bahawa simati meninggal dunia disebabkan kekurangan oksigen berikutan kepalanya yang senget pada kedudukan tertentu tidak pernah dibangkitkan di peringkat kes pendakwaan yang berlanjutan selama dua tahun pada 2008. "Saya jatuhi hukuman gantung di leher sehingga mati terhadap kamu. Kamu mempunyai hak untuk merayu. Jika saya terkhilaf, Mahkamah Rayuan boleh meminda keputusan saya. Saya membuat penghakiman ini dengan sebaik-baiknya berdasarkan keterangan yang dikemukakan di hadapan saya," katanya. Asmabi membuat keputusan itu di akhir kes pembelaan selepas mendengar keterangan enam saksi pembelaan termasuk tertuduh. Dr Jitweer didakwa membunuh Shento, 46, di rumah mereka di Bandar Country Homes, Rawang antara 7 pagi dan 8.10 pagi pada 22 Oktober 2007 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Pada mulanya dia dibebaskan oleh mahkamah sama kerana membunuh isterinya pada 30 Ogos 2010. Bagaimanapun, pada 5 Ogos tahun lepas, Mahkamah Persekutuan meminda keputusan pembebasan Dr Jitweer dan memerintahkannya membela diri selepas membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Dr Jitweer di akhir kes pendakwaan, tanpa memanggilnya membela diri. Pendakwaan memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap pembebasan Dr Jitweer selepas Mahkamah Rayuan pada September 2011 menolak rayuannya. Dr Jitweer diwakili peguam Sangeet Kaur Deo manakala Timbalan Pendakwa Raya Wan Zuraida Wan Nawan mewakili pendakwaan.
TOP
Guru Kafa Kerugian RM40,000 Ditipu Lelaki Menyamar Pegawai SPRM
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Shafien Mamat menunjukkan vest SPRM yang digunakan seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai agensi itu dengan tujuan menipu mangsa.
NIBONG TEBAL: Seorang guru wanita yang bertugas di Nibong Tebal di sini bukan sahaja kerugian lebih RM40,000 malah kempunan mendirikan rumah tangga ekoran ditipu seorang lelaki yang mengaku sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Shafien Mamat berkata mangsa yang berusia 24 tahun itu mengenali lelaki berkenaan sejak lima bulan lepas melalui laman sosial dan telah menyerahkan wang tunai serta barang kemas sejak Mac lepas, kononnya sebagai persediaan perkahwinan mereka. "Lelaki berusia 36 tahun itu berjanji hendak mengahwininya menyebabkan guru Kafa (kelas asas fardu ain) berkenaan sanggup meminjamkan barang kemas dan wang kepadanya, bagaimanapun pada minggu lepas suspek cuba mengelak serta melarikan diri daripada bertemu wanita itu untuk membincangkan urusan perkahwinan mereka. "Wanita itu yang menyedari dia ditipu memaklumkan kepada keluarganya sebelum beberapa anggota keluarganya berjaya mengesan lelaki berkenaan di kawasan Bukit Panchor, di sini Selasa lepas dan membawanya ke balai polis," katanya dalam sidang akhbar di sini Jumaat. Beliau berkata polis membuat pemeriksaan ke atas sebuah kereta milik lelaki berkenaan dan menemui vest SPRM, tiga telefon bimbit, barang kemas serta resit barang kemas yang telah dipajak di sebuah kedai emas di Parit Buntar, Perak. Shafien berkata siasatan polis mendapati lelaki itu bukan pegawai SPRM sebaliknya bekas anggota tentera. "Ujian air kencing lelaki itu positif dadah dan siasatan lanjut masih dijalankan sama ada lelaki itu terlibat dalam kes-kes penipuan lain," katanya. Beliau berkata lelaki terbabit direman hingga esok. "Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan penipuan berbentuk ini dan segera melaporkan kepada polis sekiranya mengesyaki sesuatu," katanya.
TOP
Khaled Sangkal Dakwaan Tidak Berupaya 'Nasihati' & 'Kawal' Sultan Johor
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
JOHOR BAHARU: Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menafikan dakwaan pihak tertentu kononya beliau tidak berupaya 'menasihati' dan 'mengawal' Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar. Menerusi posting terbaru dalam laman Facebooknya, hari ini, katanya sebagai Menteri Besar, beliau berperanan memberi nasihat kepada Tuanku dan baginda menghormatinya sebagai pentadbir kerajaan negeri Johor. "Saya juga tahu ada pihak yang melemparkan tuduhan kononnya saya tidak berupaya untuk 'menasihati' dan 'mengawal' Tuanku Sultan terutamanya dalam soal pentadbiran tanah. Ini tidak benar," katanya. Menurut beliau, tugasnya bukanlah untuk mengawal selia aktiviti Sultan Johor tetapi adalah untuk memberi nasihat kepada Tuanku. Mohamed Khaled berkata sejarah akan menentukan sama ada beliau yang dikatakan tidak dapat menasihati Tuanku boleh membawa manfaat kepada rakyat negeri Johor atau tidak. "Sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat tidak ada apa yang harus saya bimbangkan selagi saya tidak melakukan sesuatu yang membawa kemudaratan kepada rakyat negeri Johor," katanya. Beliau juga menafikan tuduhan yang mengatakan Sultan Johor mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri dan menyifatkan tuduhan itu tidak benar sama sekali. "Tuanku adalah seorang yang sangat mengambil berat akan hal ehwal kerajaan negeri dan juga negeri Johor tetapi baginda tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran negeri sejak saya menjadi Menteri Besar," katanya. Hubungan baiknya dengan Sultan Johor menurutnya, menjadi asas kepada beliau untuk memberi nasihat tanpa rasa gentar atau pilih kasih. Mengenai Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ), Mohamed Khaled mendedahkan bahawa baginda kecewa dengan persepsi negatif yang dilemparkan terhadapnya berhubung isu yang melibatkan enakmen tersebut. Persepsi serta tuduhan yang mendakwa enakmen itu bercanggah dengan prinsip Raja Berpelembagaan, katanya, ia adalah tidak tepat kerana apa yang terkandung di dalam deraf asal pindaan ke atas enakmen tersebut adalah selari dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895. "Harus diingat, Johor adalah negeri pelopor yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan di negara ini. Kesultanan Johor telah sedia wujud sejak tahun 1885 lagi. Raja memainkan peranan memantau dan menegur di dalam sebuah negara," katanya. Enakmen LPHJ katanya, adalah sama sepertimana semasa kita hendak menubuhkan Johor Corporation (JCorp) dahulu, selain ketika penubuhan Suruhanjaya Koperasi Malaysia ketika beliau mengetuai Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Mohamed Khaled berkata pelantikan anggota lembaga, pengerusi, ketua eksekutif mestilah dilakukan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong dan bagi di peringkat negeri pula, Sultan yang memainkan peranan tersebut. "...apa sahaja kuasa yang diberikan kepada Yang Di-Pertuan Agong, ia selari dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Sama jugalah di peringkat negeri, kuasa Sultan tertakluk kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri," katanya.
TOP
Bot Karam Di Banting: Dua Warga Indonesia Ditahan
Anggota Bomba dan Penyelamat memeriksa tongkang yang dipercayai membawa 97 penumpang pendatang tanpa izin yang karam di perairan Sungai Air Hitam berhampiran Pantai Kelanang.
SHAH ALAM: Dua warga Indonesia ditahan berhubung insiden tongkang karam yang melibatkan 97 penumpang di perairan Sungai Air Hitam, Banting, Rabu lalu. Lelaki berumur 44 dan 54 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3 pagi Jumaat berikutan serbuan di sebuah premis di Pelabuhan Klang. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata kedua-dua lelaki itu dipercayai menjadi ejen bot dan "tekong Darat". "Kami merampas telefon bimbit mereka untuk membantu penyiasatan. "Mereka ditahan reman sehingga 26 Jun," katanya pada sidang akhbar, Jumaat. Beliau menambah kedua-dua mereka mempunyai pengenalan dan dokumen perjalanan sah.
TOP
Rasuah: Bekas Penolong Pegawai Kementerian Didakwa
KUALA LUMPUR: Seorang bekas penolong pegawai di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada Jumaat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap enam pertuduhan memperoleh rasuah hampir RM600,000. Hazmi Samsudin, 39, bertugas sebagai penolong pegawai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ketika kejadian di kementerian itu, didakwa menerima sogokan antara RM98,455 hingga RM99,640. Mengikut pertuduhan, bagi pertuduhan pertama dan keenam, Hazmi didakwa memperoleh rasuah 10 peratus daripada setiap enam projek kerajaan melalui enam syarikat berlainan dengan perantaraan seorang individu bernama Zainal Arifin Lahuri. Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Aras 1-6, Blok E, Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana, Jalan Datuk Onn, di sini, antara Jun 2011 dan Oktober 2011. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi. Timbalan Pendakwa Raya Khairul Anuar Wahab menawarkan jaminan RM50,000 bagi setiap pertuduhan dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah. Bagaimanapun, peguam Mohd Baharuddin Ahmad Kassim yang mewakili tertuduh merayu kepada mahkamah agar mengurangkan jumlah jaminan kepada RM30,000 atas alasan anak guamnya perlu menanggung isterinya yang tidak bekerja dan ibu bapanya. Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan kemudian menetapkan 22 Julai ini untuk sebutan semula. Hazmi membayar jaminan itu.
TOP
Bank-Bank Islam Digesa Lebih Inovatif Untuk Tarik Dana Asing
KUALA LUMPUR: Bank-bank Islam di Malaysia digesa menyediakan produk dan peralatan yang lebih inovatif bagi menarik dana asing, terutama dari Timur Tengah. Sambil membuat gesaan itu, Syed Alwi Mohamed Sultan, Naib Presiden Eksekutif Bahagian Perkhidmatan Korporat Bank Muamalat Malaysia Bhd berkata, peralatan dan produk inovatif itu mampu menarik pelabur asing terlibat dalam projek dalam negara, terutama projek Program Transformasi Ekonomi. "Kita perlu menawarkan inovasi yang sepadan dengan keperluan dan permintaan pelabur memandangkan sebahagian mereka memerlukan pulangan pendapatan tetap, ada yang mahu melabur dalam segmen khusus manakala yang lain bersedia mengambil risiko tambahan. "Jika kita mahu menjadi hab global kewangan Islam, kita tidak boleh hanya bergantung kepada kecairan domestik dan bergantung kepada satu set produk yang menampung pelabur yang berpangkalan di Malaysia," katanya kepada Bernama di luar acara sidang kemuncak Perbankan Malaysia 2014 kali ke-16 di sini, Jumaat. Bercakap pada sesi sidang kemuncak dua hari itu, beliau berkata, banyak lagi yang boleh dilakukan oleh industri pengurusan aset untuk menarik pelabur asing melabur di Malaysia. Bagi terbitan sukuk, beliau berkata industri itu boleh menarik penerbit asing melabur di negara ini, menarik mereka untuk menerbitkan sukuk di Malaysia, atau penerbit tempatan boleh pergi ke luar negara dan mengumpul dana dalam pasaran asing. Beliau berkata, penduduk Islam, seramai 600 juta di rantau Asia Pasifik, menawarkan peluang perniagaan yang besar, bukan sahaja untuk bank-bank Islam Malaysia, malah penggiat serantau memandangkan kumpulan ini memerlukan produk dan penyelesaian berlandaskan Syariah, yang kebanyakannya tidak memperoleh kemudahan itu pada masa ini. "Berdasarkan jumlah penduduk yang besar ini, wujud peluang besar untuk kita menyediakan makanan Halal, kosmetik, ubat-ubatan dan lain-lain, dan bank-bank Islam boleh menyokong syarikat menjalankan perniagaan Halal, dan sekali gus keseluruhan ekonomi akan berkembang," katanya. Pada 2013, jumlah aset dalam pasaran kewangan Islam global berjumlah US$1.8 trilion, dengan Asia Pasifik menyumbang 30 peratus, dan diunjur melebihi paras US$2.0 trilion pada akhir tahun.
TOP
Sime Darby Property Pemaju Terbaik Asia
KUALA LUMPUR: Sime Darby Property Bhd sekali lagi tersenarai dalam 10 Pemaju Terbaik bagi Anugerah Asia BCI 2014 kerana komitmennya terhadap pembangunan mampan, menjadikan kemenangan ini kali keempat berturut-turut. Pengarah Urusannya Datuk Seri Wahab Maskan berkata pengiktirafan ini akan memberi peluang kepada jenama itu untuk mengukuhkan kehadiran dan reputasinya di peringkat antarabangsa. "Kami telah meluaskan capaian kami, terutama di London dengan Stesen Jana Kuasa Battersea, projek pembangunan bersama yang menjadi pencapaian ikonik dalam kemampanan," katanya dalam satu kenyataan. Anugerah itu, diterajui Building and Construction Information (BCI) Asia, bertujuan mengiktiraf usaha 10 syarikat seni bina dan pemaju terbaik di Asia. Sepuluh Pemaju Terbaik di setiap negara dinilai berdasarkan jumlah nilai agregat projek dalam pembinaan sepanjang 2013 dan pemenang berdasarkan kemampanan projek serta pensijilan hijau.
TOP
Nak jual minyak wangi atau peha ni?
Walaupun sedang sibuk dengan konsert jelajah bersama suaminya, Jay Z, diva popular Beyonce tetap sempat memberi tumpuan pada perniagaannya. Terbaru, pelantun lagu hits 'Single Ladies' ini melancarkan pewangi terbaru.
Namun apa yang hangat diperkata ramai ialah konsep kempen promosi pewangi yang diberi nama 'Beyonce Heat Wild Orchid' itu, yang mana memperlihatkan ibu anak satu ini mempamerkan tubuh seksinya.
Penyanyi yang kini berusia 32 tahun tersebut mempamerkan peha dan belahan dadanya dengan gaun hitam dengan gaya seksi menggoda.
Pewangi yang dijangka akan berada di pasaran pada Ogos ini nanti dijual dengan harga USD 24.99.
Ini merupakan koleksi minyak wangi kedua Beyonce. Sebelum ini dia pernah melancarkan pewangi pertama yang diberi nama 'Heat' pada 2010.
TOP
(Foto) Gadis-gadis hot Argentina di Piala Dunia
Argentina telah mengalahkan Bosnia Herzegovina 2-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F Kejohanan Piala Dunia 2014. Lionel Messi telah menjaringkan gol pertamanya di Piala Dunia sejak tahun 2016. Dengan keputusan tersebut, Argentina menjadi pasukan pilihan untuk memenangi kejohanan kali ini.
Tapi bukan itu sahaja, peminat dan penyokongnya juga menjadi perhatian dunia. Jumlah penonton Argentina yang datang ke Brazil bukan sahaja ramai, malah juga cun-cun belaka.
Antaranya:
TOP
Susulan isu purdah pelajar UM, akhirnya Zulaikha tutup akaun Facebook
Susulan isu purdah pelajar UM, akhirnya Zulaikha tutup akaun Facebook zulaikhaBerita terkini Zulaikha Adam pelajar UM tutup akaun Facebook. Susulan luahan tidak puas hatinya mengenai isu memakai purdah tersebar dilaman sosial, Zulaikha Adam telah mengambil keputusan untuk menutup akaun Facebook peribadinya. Tinjauan terkini mendapati pautan akaun Facebook Zulaikha Adam sudah tidak lagi ditemui. Terdahulu pada 16 Jun 2014, Zulaikha Adam yang juga merupakan seorang Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengawas UM yang memaksanya untuk membuka purdah ketika sedang menjawab soalan peperiksaan. Peraturan UM yang melarang wanita memakai purdah ketika peperiksaan kini menjadi perbincangan hangat di laman sosial.
TOP
Gadis Bertudung Gambar Tidak Senonoh
Bagi kami tidak salah untuk anda mengenakan tudung, tapi ini agak tidak senonoh bila anda memakai tudung tapi bahagian bawah pula yang terdedah, "jangan kerana nila setitik habis susu belanga rosak". Gambar yang diupload di internet akan kekal buat selamanya, jadi sebelum bertidak fikir banyak kali dahulu sebelum upload gambar yang bukan2 di laman sesawan, ramai yang melihatnya dan mungkin ramai juga yang kurang selesa pabila melihat anda berpakai "sopan" sebegini. Dibawah komen2 orang yang tidak selesa pabila melihat gambar ini:
TOP
Isteri Curang Diperkosa Lelaki Pakistan
GEORGETOWN: Tindakan seorang isteri menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki warga Pakistan membawa padah apabila dia dirogol lelaki berkenaan di tangga sebuah premis pusat membeli belah di sini dalam kejadian Julai lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari itu, mangsa berusia 25 tahun yang bekerja di tempat sama dengan suspek berusia 21 tahun itu, dirogol kekasih gelapnya itu selain gambarnya dalam keadaan bogel turut dirakam suspek menggunakan telefon bimbit. Mangsa yang mempunyai dua anak sebelum itu menjalin hubungan dengan lelaki berkenaan sejak Julai lalu sebelum dia mendakwadirogol lelaki itu dalam bulan sama. Jurucakap polis berkata, kecurangan isterinya disedari suaminya apabila mengesyaki berlaku perubahan ketara termasuk dingin ketika mereka melakukan hubungan seks. Menurutnya, suaminya kemudian menyiasat sebelum isterinya mengaku dirogol teman lelakinya itu di tangga tempat kerja mereka, malah gambarnya dalam keadaan bogel turut dirakam suspek. Katanya, selepas perbuatan itu, suspek mengajak mangsa melakukan hubungan seks beberapa kali, tetapi mangsa menolaknya. “Selepas kejadian itu, mangsa dikatakan tidak lagi berjumpa dengan suspek sebelum hubungan cinta terlarang yang dijalinkan sejak beberapa bulan itu terbongkar dan diketahui suaminya. “Berikutan itu, suami mangsa bertindak mencari suspek di tempat kerjanya. Suspek dikatakan dipukul sebelum ditahan dan diserahkan kepada polis kerana disyaki merogol mangsa,” katanya. Mangsa dan suaminya membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Patani, dekat sini Jumaat lalu. Jurucakap polis berkata, siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau tidak melebihi 20 tahun atau sebatan dan suspek juga turut disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/1963. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata siasatan masih lagi dijalankan.sumber : pilihan-anda
TOP
Imam Muda Azlan Dedah Penumpang MH370 Diberi Pelali Sebelum Pesawat Dijunamkan
Imam Muda Azlan melalui fanpagenya memuat naik beberapa status yang mengaitkan insiden MH370 dengan Amerika Syarikat. Tambahnya lagi, beliau mempunyai sumber yang sahih berkenaan dakwaan tersebut. Lihat beberapa screenshot status beliau di bawah.
Admin telah menyusun screenshot berkenaan mengikut kronologi.
Kredit:infodalamtalian.blogspot.com
TOP
Diana Danielle Berang Nora Danish Muatnaik Gambar Pegang Tangan Dengan Farid Kamil
Terkejut juga kami membaca kenyataan terbaru Diana Danielle yang ditulis melalui Instagram beliau malam ini. Ada nada kurang berpuas hati dengan satu tindakan Nora Danish memuat naik gambar untuk promosi filem terbaru Pengantin Malam. Menerusi nota dalam Instagram itu, Diana Danielle mempersoal kenapa dalam banyak banyak gambar untuk promosi filem tersebut yang ada tetapi gambar Nora Danish memegang tangan suaminya, Farid Kamil yang dimuat naik ke laman sosial. “Banyak lagi gambar yang lebih elok boleh di’upload untuk promosi filem kamu, gambar pegang tangan suami saya juga nak dikongsi. Oh faham, mungkin itu akan membuat orang teruja untuk tengok filem kamu. Hati oh hati, sabarlah,” luah Diana Danielle.
Kasihan pula kami kepada Nora Danish walaupun ada kebenaran dalam hak Diana Danielle sebagai seorang isteri namun sebagai seorang yang juga mencari rezeki sebagai pelakon, beliau seharusnya lebih arif akan tuntutan kerja. Oh well. TS via (rtky/m)
TOP
Kanak-Kanak 10 Tahun Maut Dilanggar Kereta Peronda Polis
TAWAU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun maut selepas dilanggar di hadapan Pusat Tahanan Sementara (PTS) Jalan Utara, di sini, pada Rabu. Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata Pundia Mulpi disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Tawau akibat cedera parah di bahagian kepala dalam kemalangan kira-kira pukul 11.00 pagi itu. “Ketika kejadian, Ahmad Kasim, 51, dari Cawangan Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau tidak sempat mengelak menyebabkan dia terlanggar Pundia yang melintas secara tiba-tiba,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu. Ahmad dalam perjalanan dari Hilltop menuju ke pusat bandar. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang melihat kejadian tersebut tampil untuk membantu siasatan. sayangsabah
TOP
Kicap guna botol arak
KUALA LUMPUR : Biarpun pernah diserbu September tahun lalu, pengusaha kicap jenama tiruan yang menggunakan botol arak kitar semula di Taman Taynton, Cheras di sini nyata masih degil apabila masih terus beroperasi. Berikutan itu, syarikat berkenaan yang dimiliki seorang lelaki berusia 40-an sekali lagi diserbu Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK) Kuala Lumpur semalam. Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Rosli Ahmad berkata, serbuan jam 11 pagi itu dilakukan hasil risikan selama dua bulan berikutan aduan awam. “Kali ini pengusaha menukar modus operandi mereka dengan menjadikan tiga lot kedai itu dijadikan sebagai tempat membungkus dan stor simpanan produk berkenaan. “Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti lokasi sebenar tempat memproses produk tiruan jenama terkenal dari Indonesia ini,” katanya. Katanya, serbuan itu berjaya merampas 6,840 botol produk yang sudah siap dilabel dan 18,000 botol arak dari negara Thailand yang dipercayai digunakan untuk pembungkusan dianggarkan bernilai RM35,000. “Terdapat tiga bentuk produk kicap yang dikeluarkan penguasa ini iaitu 135 mililiter (ml), 320 ml dan 625 ml malah jika dilihat sekali imbas ia seakan-akan sama dengan produk asal,” katanya. Rosli berkata, pemeriksaan lanjut juga mendapati penguasa sengaja menggunakan logo halal meskipun tidak pernah mendapat status itu daripada Jabatan Kemajuan Islam (Jakim). Menurutnya, pemilik syarikat itu ditahan bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 5 dan Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011. Sebelum ini, dalam serbuan pertama dilakukan September tahun lalu, premis berkenaan dijadikan kilang kicap apabila lima pekerja digaji untuk membancuh dan membotolkan kicap berkenaan. Ketika serbuan itu juga, pemeriksaan mendapati botol arak dibasuh di belakang premis yang kotor, malah proses menuang kicap ke dalam botol dilakukan secara manual pekerja tanpa menitik-beratkan soal kebersihan. Sumber: Harian Metro
TOP
Lampard akan kembali mengurus Chelsea secepat mungkin – Mourinho
PENGURUS Chelsea, Jose Mourinho membayangkan bekas pemain kelab tersebut, Frank Lampard mungkin akan kembali sebagai pengurus pada masa akan datang. Mourinho berkata, bekas pemain tengah England itu akan kembali ke Stamford Bridge secepat mungkin selepas Lampard dan kelab mengakhiri hubungan mereka apabila Liga Perdana Inggeris melabuhkan tirai baru-baru ini. “Saya tidak fikir dia akan meninggalkan kami, dia hanya pergi ke sesuatu tempat dan akan kembali secepat mungkin kerana itulah yang pemilik kelab mahukan,” katanya kepada ITV. Ketika ditanya adakah Lampard akan mengurus Chelsea, pengurus berusia 51 tahun itu memberitahu,” Apa sahaja yang dia mahukan, saya mengulangi kata-kata Abramovich iaitu saya akan beri dia buat apa sahaja. “Pintu terbuka luas untuk pemain hebat sepertinya di dalam kelab ini.” Sumber: mStar Online
TOP
Penyanyi didenda berpakaian seksi di Kelantan
PENYANYI dikir barat terkenal di Kelantan, Rosalinda atau nama sebenarnya Shahima Edayu Akma Mohd Alwi, 23, dikenakan hukuman denda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang, Kelantan, semalam. Hukuman tersebut dijatuhkan selepas dia mengaku bersalah kerana memakai pakaian menjolok mata ketika mengadakan persembahan di Felda Aring Enam, Mei lalu. Hakim, Zubaidi Sulaiman menjatuhkan hukuman itu terhadap Rosalinda atau nama sebenarnya, Shahima Edayu Akma Mohd Alwi, 23, yang berasal dari Kemaman, Terengganu.
Beliau tidak membenarkan tertuduh membuat persembahan dengan berpakaian tidak sopan, bertentangan dengan hukum syarak. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Ramlee Abd Rahman. Rosalinda membayar denda tersebut dan berjanji tidak mengulangi kesalahan tersebut. Mengikut kertas pertuduhan, Rosalinda ditahan sepasukan Penguat kuasa Agama Islam Gua Musang ketika membuat persembahan nyanyian dikir barat di Ekspo Padang Perumahan Felda Aring Enam, jam 11.50 malam pada 7 Mei lalu. Sebelum itu, Zubaidi turut menegur Rosalinda supaya hentikan persembahan melampaui batasan agama kerana ia menjejaskan imej Islam dan galak orang ramai melakukan maksiat. Sumber: Sinar Online
TOP
EKSKLUSIF! Rita Rudaini Dedah Sikap Sebenar Aidil
Kurang 24 jam daripada kenyataan Rita Rudaini berkenaan sikap isteri baru bekas suaminya, Aidil Zafuan iaitu Zarema yang dikatakan telah menyekat komunikasi Aidil dengan anak-anaknya, Aidil pun membuat kenyataan balas yang mahukan Rita berhenti daripada mencari salahnya. Dek kenyataan yang dikeluarkan Rita, ada segelintir pihak yang menganggap dirinya sengaja mengada-adakan cerita. Lantas, MH Online menghubungi aktres versatil itu bagi mendapatkan reaksi daripada kenyataan bekas suaminya yang disiarkan menerusi sebuah akhbar online pagi tadi. "Apa yang saya beritahu sebelum ini semuanya daripada mulut Aidil sendiri. Kalau bukan dia yang cakap isterinya itu yang sekat aplikasi Whatssapp dan Wechat, mana mungkin saya boleh tahu dan berkata sedemikian. Aplikasi Whatsapp itu disekat sebelum mereka berkahwin dan Wechat itu pula selepas berkahwin. "Aidil yang meminta saya muat naik aplikasi Wechat sebab senang nak berhubung dengan anak secara 'video call'. Saya menolak sebab tidak suka menggunakan aplikasi yang jarang digunakan. Akhirnya saya akur kerana dia menggunakan alasan anak-anak. "Selepas muat naik, dia sempat buat panggilan video sekali sahaja dan disekat oleh isterinya tiga hari selepas itu kerana kantoi dia berhubung dengan saya dan anak-anak. Kemudian, Aidil menghubungi saya menggunakan nombor lain. Saya tanya, mana pergi telefon lagi satu dan Aidil menjawab isterinya ambil. "Bila saya tanya kenapa, dia jawab lagi isterinya itu terjumpa 'history' panggilan video yang pernah dibuat sebelum ini. Saya cakap dengannya, kenapa perlu takut sedangkan apa yang dia buat itu adalah untuk anak-anaknya sendiri. "Aidil juga cakap, dek kantoi dengan aplikasi Wechat itu dia dan isterinya bergaduh sehingga habis barang-barang di rumah dipecahkan," jelas Rita.
Bersumpah
Tidak hanya selepas berkahwin, Rita juga memberitahu Aidil sudah mengadu dengannya sebulan sebelum berkahwin. "Sebulan sebelum dia kahwin ada beberapa kali dia datang berjumpa anak-anak. Saya ingat lagi, dia pernah bersumpah yang mana tidak ada sesiapa yang boleh menghalang dia berjumpa dengan anak-anaknya. "Ketika itu saya rasakan dia sudah berubah sepenuhnya. Saya yakinkan anak-anak untuk berjumpa dengannya. Disebabkan anak bongsu, Arjuna tidak pernah kenal siapa dia, saya memberitahu yang Aidil itu adalah ayahnya. Ketika itu Arjuna sempat cakap, kalau betul ayah kenapa dia tinggal Adik Mok (gelaran untuk Arjuna). "Aidil cakap bagi peluang untuk dia jalankan tanggungjawab terhadap anak-anak. Saya cakap balik, soal itu memang sudah lama menjadi tanggungjawabnya dan tidak perlu minta daripada saya. Tapi, bila dia hilang lagi saya pun cakap untuk diri sendiri cukuplah apa yang dia buat. Saya rasa sudah tidak terkira janji-janjinya. Tidak perlu berikan 1001 alasan dongeng kerana saya dan anak-anak sudah malas dan tidak hadap lagi untuk menunggu sebarang panggilan atau mesej daripadanya," ujar Rita lagi.
Sebab Tak Balas Mesej
Soal dikatakan tidak memberitahu dan membalas kiriman mesej tentang kesihatan anaknya, Rita ada jawapannya. "Bila anak masuk hospital saya sengaja tak letak gambar di Instagram. Selepas hari keempat barulah saya muat naik. Lepas tu, baru dia mesej saya. Memang saya tak membalas mesej tersebut sebab saya rasa dia sudah tidak layak untuk ambil tahu fasal anak-anak. "Takkan anak masuk hospital baru nak mesej? Takkan semua perkara saya pula kena kemaskini dengannya? Nanti saya pula dikata mengganggu rumah tangga mereka meski ia berkaitan hal anak. Dia yang perlu buat semua itu sebab dia bapa kepada anak-anak saya. "Bila fikir balik janji-janji yang dia berikan sewaktu mula-mula berjumpa anak iaitu sebelum dia berkahwin, memang geram dibuatnya. Mana janji yang nak berikan duit sekolah anak-anak? Mana janji nak berikan pembantu rumah Filipina? Semua itu dia pesan jangan beritahu sesiapa sebab nanti bakal isterinya marah. "Saya pegang janji dan hal yang dia mengadu dengan saya. Tapi bila semua ini dia salahkan saya balik dan cakap saya mulut jahat, saya tak boleh diam. Saya perlu cakap semuanya yang itulah perangai sebenar Aidil. Kalau depan saya dia boleh bercerita buruk fasal isterinya, tak mustahil depan isterinya dia burukkan saya," ujarnya lagi.
Sikap Zarema
Setiap kali datang berjumpa anak-anak, Aidil pasti meluahkan rasa dan mengadu tentang sikap isterinya baik sebelum atau selepas kahwin. "Pernah satu hari Aidil datang dengan menaiki kereta lain. Bila saya tanya mana kereta, dia jawab perempuan tu ambil sebab tak benarkan dia jumpa anak. Aidil siap cakap, dia tebalkan muka untuk meminjam kereta kawannya semata-mata mahu pergi jumpa anak. "Dua minggu sebelum mereka dinikahkan, Aidil juga mengadu yang dia tak mahu kahwin. Dan ketika dia cakap hal itu, Aidil mengatakan bakal isterinya itu sedang berparti di luar. Saya cakap dengannya, sepatutnya hal ini mengadu pada ibu bapanya, apa yang Aidil cakap adalah dia takut. "Selain itu, Aidil juga pernah sewakan saya dan anak-anak sebuah bilik di hotel ternama di KL bagi memudahkannya pergi berjumpa anak. Sedangkan pada hari itu saya kena balik kampung. Mengenangkan dia teringin sangat nak jumpa anak-anak, saya batalkan penerbangan. Dan hal itu juga diketahui oleh bakal isterinya. "Tidak hanya itu, Aidil juga mengadu yang habis duitnya digunakan bagi menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan di sebelah pihak perempuan," ujar Rita lagi. Satu hal lagi, Instagram milik Aidil juga dikawal oleh isterinya sebelum berkahwin lagi. "Aidil ada cakap yang perempuan itu menggunakan akaun Instagramnnya untuk membalas semua komen-komen peminat yang mengkritiknya," kata Rita. Menurut Rita, apa yang didedahkan ini bukanlah berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya ingin membela diri selepas apa yang Aidil perkatakan tentang dirinya seolah-olah dia mereka-reka cerita. "Saya bukan perempuan yang senang nak diperkotak-katikkan. Dia gunakan persengketaan kami untuk menutup salahnya. Apa yang saya ceritakan ini bukan fitnah tapi semuanya daripada mulut Aidil sendiri. Saya perlu bela diri kerana saya memang jenis yang lantang dan telus daripada bersikap 'silent killer' seperti dia," ungkap Rita lagi. Sumber: Media Hiburan Karangkraf
TOP
Han Sedia Masuk Islam, Nikah Tasha Tahun Depan
PETALING JAYA – Pelakon Tasha Shilla menjelaskan, kekasihnya iaitu Han Chen Wong, 24, sudah bersedia untuk memeluk Islam dan mereka juga merancang menamatkan zaman bujang masing-masing pada tahun hadapan. Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abd. Razak, 27, memberitahu Han meluahkan keinginan itu bukan kerana mahu memilikinya tetapi cinta dia terhadap Islam sudah lama tersemat. “Insya-Allah, Han sudah meluahkan hasratnya untuk memeluk Islam dan dia dalam proses ke arah itu. Malah kami juga sudah berbincang mengenai hubungan kami ke fasa seterusnya iaitu berumah tangga,” kata Tasha kepada mStar Online. Terdahulu Tasha baharu sahaja pulang dari Sydney, Australia dalam rangka percutiannya yang dibawa oleh AirAsia X pada 11 hingga 15 Jun lalu. Aksi menarik Tasha ketika berkunjung ke Sydney 11 Jun lalu tajaan AirAsia X. Tasha berkata, selama ini Han tidak pernah cenderung kepada mana-mana agama sehinggalah dia tertarik kepada Islam sebelum mereka berkenalan lagi. Malah ujar Tasha, keluarga pemuda itu juga tidak menghalang hubungan mereka malah turut memberi sokongan terhadap keputusan Han itu. “Saya bersyukur kerana keluarga Han benar-benar memberi sokongan malah mereka tidak menghalang anak mereka untuk berkahwin dengan saya serta memeluk Islam,” katanya. Tambah Tasha lagi, Han juga ada memberi cadangan untuk memanggil guru agama mengajar mereka hal-hal berkaitan Islam dengan lebih mendalam. Mengenai tarikh perkahwinan Tahsa berkata, buat masa ini mereka masih belum memperoleh mana-mana tarikh yang sesuai kerana perkara itu masih lagi baharu dibincangkan. Ujarnya, sebagai anak sulung daripada tiga beradik, Han akan mengambil tanggungjawab mengambil alih perniagaan bapanya yang tinggal di Subang dekat sini dan meninggalkan kerjayanya sebagai ahli sukan Muay Thai apabila mereka berkahwin nanti. Dalam perkembangan berkaitan ibu Tasha iaitu Rosnah Suratman, 57, berkata keluarganya juga sudah bertemu dengan Han dan merestui hubungan berkenaan. Malah ujar Rosnah bakal menantunya itu seorang yang baik selain mempunyai sifat sopan santun. “Makcik tidak mengahlang hubungan Tasha dengan Han. Kalau ada jodoh, adalah. Kita doakan yang terbaik untuk mereka. Insya-Allah, makcik merestui hubungan mereka,” katanya. Sumber: mStar Online
TOP
Uqasha Senrose Mula Jaga Adab Selepas Bertudung
PETALING JAYA – Pelakon Uqasha Senrose menjelaskan selepas membuat keputusan bertudung jiwanya menjadi semakin tenang manakala perlakuannya juga sudah mula dijaga. Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 22, berkata dia juga mula mengawal setiap perilaku dan kata-kata yang ditutur untuk menjaga adab sebagai wanita muslimah sebenar. “Alhamdulillah, sejak bertudung ini, sedikit demi sedikit saya mengubah perilaku diri. Nak gelak kuat-kuat pun dah segan, tak macam dulu. “Bukan sebab risau orang pandang, tetapi saya anggap menjaga adab dan sikap membuatkan kita menjadi seorang muslimah yang sempurna dan lebih baik. Apa-apa pun banyak lagi perkara yang perlu saya belajar,” ujarnya kepada mStar Online. Uqasha turut menegaskan keputusannya mahu bertudung pada bulan lalu tiada kaitan dengan permintaan mana-mana lelaki yang cuba dikaitkan dengannya. Perubahan itu ujarnya datang atas kemahuan sendiri dan tidak pernah dipaksa oleh mana-mana pihak. “Merepeklah! Takkan saya bertudung kerana dipaksa oleh seseorang? Jujurnya perubahan pada diri saya datang daripada kemahuan sendiri. Tiada paksaan daripada sesiapa pun. “Kalau ikut orang, nanti pemakaian tudung saya tidak akan kekal. Jadi tak perlulah saya nak ikut orang dalam melakukan apa-apa perubahan, biar niat itu datang dengan sendiri,” katanya. Sementara itu, Uqasha berkata, dia juga bersyukur masih lagi menerima pelbagai tawaran berlakon termasuklah perojek terbaharu iaitu penggambaran filem Mat Kilau. Selain itu dia juga bakal muncul dengan drama Opps Terlebih Sudah dan Sebenarnya Saya Isteri Dia Raya Sumber: mStar
TOP
Jangan Salah Faham Kemesraan Saya Dengan Zul
Umum mengetahui pelakon bertubuh sasa, Zul Ariffin sedang menjalin cinta dengan penerbit Gayatri Su Pillai (Gaya). Namun sewaktu MD menghadiri majlis ‘Seindah Ramadan Anugerah Syawal TV3 & TV9′, bertempat di hotel One World, Damansara kelmarin, terdengar gosip mengatakan yang Zul sangat mesra dengan pelakon kelahiran Singapura, Elfaeza Ul Haq. Kebetulan kedua-dua pelakon tersebut ada di majlis berkenaan bagi mempromosikan drama lakonan masing-masing yang bakal ditayangkan di TV3 dan TV9 pada bulan Ramadan dan Syawal nanti. Lebih panas, spekulasi hubungan mesra mereka semakin kukuh apabila seorang teman MD mendengar perbualan seorang individu bersama dua pelakon ini. Dalam perbualan itu, individu tersebut yang merupakan seorang wanita berstatus ibu, berpesan kepada Zul supaya menjaga Elfaeza baik-baik. Kalau mereka tiada ‘apa-apa’, masakan wanita itu bersungguh mengingatkan Zul. “Hah?! Dengar cerita macam mana tu? (gelak) Ishh, tidaklah. Jangan salah faham. Kami hanya kawan rapat sama macam kawan-kawan yang lain. “Kami mula rapat sejak sama-sama berlakon dalam drama ‘Janji Adam’. Kami senang berborak. Lagipun kami tinggal berdekatan. Kalau ada masa, kami hangout dengan kawan-kawan lain. Keluar makan. Itu saja.”, kata pelakon yang mula mendapat perhatian ramai peminat meerusi lakonannya dalam drama bersiri fenomena, ‘Adam & Hawa’ ini. Tambah Faezah, dia tahu yang Zul sedang bercinta dengan Gayatri. Malahan akui Faezah, dia dan Zul serasi berkawan kerana kerana mereka saling menghormati hal privasi masing-masing. Justeru hubungan mesra antara mereka tidak pernah dianggap lebih dari sebagai seorang sahabat baik. “Zul kelakar orangnya, baik hati dan pemurah. Saya suka berkawan dengan orang yang bijak sebab saya dapat berdebat dengan dia tentang apa saja topik. Selalu juga lah kami ‘gaduh’ kalau borak pasal satu, satu topik tu. “Saya tahu dia pun tengah bercinta dengan orang lain. Jadi memang hubungan kami tak lebih dari sekadar kawan. Sama juga macam saya rapat dengan Shah Iskandar. Mungkin orang bercerita sebab mereka lelaki, saya pula perempuan. Walhal, kami hanya berkawan. Saya tak pernah terpandang Zul lebih dari seorang kawan”, tuturnya sambil tersenyum dan mengakui terkejut apabila diajukan pertanyaan tentang hubungan persahabatannya dengan aktor itu. Dalam pada itu Faezah mengesahkan yang dia kini masih solo dan tidak bercinta dengan mana-mana lelaki. Sebaliknya Faezah mahu fokus dalam mengukuhkan kerjaya lakonannya di sini. Sumber: Malaysian Digest
TOP
Dua direman bantu siasatan kes pukul jurugambar Utusan Malaysia
Jurugambar Utusan Malaysia, Irwan Majid menunjukkan laporan polis yang dibuatnya kelmarin. — AstroAWANI
KOTA BHARU: Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini membenarkan permohonan reman ke atas dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian pukul ke atas jurugambar Utusan Malaysia. Dua lelaki berumur 45 dan 53 tahun itu direman selama empat hari sehingga 22 Jun ini. Mereka mempunyai pertalian kekeluargaan. Perintah itu dikeluarkan oleh Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret, Norida Mohd. Husin. Dua lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan kejadian mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan dan khianat sehingga menyebabkan kerugian dan kerosakan. Dalam kejadian pada Rabu, jurufoto Utusan Malaysia, Irwan Majid cedera dipukul oleh dua ahli keluarga seorang tertuduh yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana mengedar dadah. Kejadian berlaku semasa tertuduh, Zaruna Yusof, 43, dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas prosiding selesai. Jurugambar itu pada masa tersebut sedang merakamkan foto tertuduh. Seorang daripada penyerang itu turut memecahkan kamera mangsa yang dihempaskan ke lantai Irwan, 32, cedera di kepala dan siku manakala kameranya yang dirosakkan dianggar bernilai lebih RM18,000. Presiden Kelab Media Kelantan Darulnaim (KEMUDI), Azran Fitri Abdul Rahim dalam reaksinya kesal dengan apa yang berlaku dan menggesa pihak polis mengambil tindakan yang sewajarnya supaya kes seperti ini tidak berulang. Sumber: Awani
TOP
Wartawan Piala Dunia 2014 Paling Seksi
Selain daripada isteri dan teman wanita pemain bola sepak serta peminat bola sepak, wartawan Piala Dunia juga sangat menarik. Wartawan berasal dari Mexico, Vanessa Huppenkothen merupakan bintang terbaru Piala Dunia. Aksi Vanessa menari di tepi padang berpakaian seksi mencuri perhatian peminat sukan termasyhur dunia ini. Kini Vanessa dinobatkan sebagai wartawan kesukaan semua ketika Piala Dunia! Sumber: Astro Awani
TOP
Che Ta borong kelengkapan bayi di London
Che Ta dan suaminya, Zain Saidin.
KEHIDUPAN selebriti ini sememangnya serba mewah malah, sebelum ini dia pernah diberi jolokan, 'High Maintanance Artist'. Lihat sahajalah dari segi penampilan pelakon Kiah Pekasam ini, malah dia sering berkunjung ke London untuk membeli barang-barang keperluannya. Bukan sahaja untuk diri sendiri, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta, ini juga turut memilih Kota London sebagai lokasi untuk membeli barang-barang bayinya. Menurut Che Ta menerusi perbualan WhatsApp, dia kini sedang berada di London bersama suaminya, Zain Saidin. Malah, tujuan pasangan suami isteri ini ke sana adalah untuk memberi kelengkapan bayi mereka yang bakal lahir pada pertengahan Oktober nanti. "Buat masa ini, kami dah mula beli barang bayi sikit-sikit. Masih ada banyak masa lagi untuk persiapan sepenuhnya," katanya. Tambah Che Ta, memandangkan usia kandungannya semakin bertambah dan membesar, dia turut mengurangkan aktiviti seni termasuk menghadiri majlis-majlis hiburan. "Saya memang dah 'stop' menghadiri majlis hiburan. Begitu juga dengan kerja-kerja penggambaran. "Cuma, penggambaran rancangan, Primadona sahaja yang masih berjalan," jelasnya.
Sibuk di butik
Walaupun merancang untuk berehat panjang dan memberi ruang kepada diri sendiri dalam melalui tempoh kehamilan, namun Che Ta tetap sibuk dengan perniagaan. Menurut Che Ta, dia tetap berdepan dengan kesibukan di butik Padusi, hasil perkongsian bersama adik beradiknya, Ayu Raudhah dan Rubytah. "Setiap minggu, kami akan memperkenalkan rekaan terbaharu. Malah, baru-baru ini, kami juga turut menyertai KL International Hijab Fair (KLIHF) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). "Alhamdulillah, dari segi sambutan pula, ia amat menggalakkan walaupun baharu sahaja diperkenalkan pada tahun lalu. "Kini, saya tengah merancang untuk mencari stokis di Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura," katanya lagi. Sumber: Sinar Online
TOP
MH370: Fasa Baru Pencarian Beralih Ke Selatan
CANBERRA – Fasa baharu pencarian pesawat MH370 akan tertumpu jauh ke selatan lagi dari lokasi pesawat itu dikatakan menamatkan penerbangannya di Lautan Hindi, demikina menurut seorang penyiasat kanan. Ketua Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan, berkata pemgumuman mengenainya akan dilakukan minggu depan mengenai kawasan pencarian di dasar laut seluas 60,000 kilometer persegi dengan menggunakan peralatan sonar. Dolan berkata, beliau menjangkakan lokasi pencarian pesawat terletak beratus kilometer ke selatan di mana penggunaan kenderaan dasar laut memperolehi isyarat akustik kemungkinan dari kotak hitam pesawat. Sumber: BH Online
TOP
OKU Disamun Pekerja Penghantar Makanan
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mendakwa beliau disamun seorang pekerja restoran makanan segera yang datang ke rumahnya di Bandar Tasik Selatan, pada Selasa lepas. Mohd Fadzli Fadhillah, 37, yang menghidap penyakit saraf ALS (amyotrophy lateral sclerosis) dan berkerusi roda, berkata beliau disamun lelaki itu ketika tinggal seorang diri di pangsapurinya di sini, pada 11 pagi. “Saya cam lelaki itu…dia berpakaian seragam sebuah restoran makanan segera, pernah datang ke rumah saya untuk menghantar makanan yang saya pesan sebelum ini. “Tiga hari selepas itu, iaitu pada hari kejadian, lelaki itu datang lagi ke rumah saya kononnya untuk menghantar makanan yang dipesan, padahal saya tidak memesannya,” katanya kepada Bernama di sini. Fadzli, yang juga bekas wartawan Bernama berkata lelaki itu terus meluru masuk ke rumahnya dan mengambil wang tunai RM100 yang beliau letak di atas meja. Beliau percaya lelaki itu mungkin merancang untuk merompak rumahnya setelah memerhatikan keadaan rumah dan dirinya pada kunjungan kali pertama semasa menghantar pesanan makanan. Fadzli membuat laporan polis mengenai kejadian itu dan menggesa pihak restoran makanan segera mengambil tindakan terhadap pekerja berkenaan. Katanya kejadian pada Selasa lepas adalah yang kedua berlaku kepadanya dalam tempoh seminggu setelah beberapa barangan berharga miliknya dilarikan seorang lelaki lain yang berpura-pura mahu menawarkan perkhidmatan mengemas rumah pada 11 Jun. “Dalam kejadian pertama lelaki itu melarikan seutas jam tangan saya berharga ribuan ringgit, wang tunai RM800 dan pengecas telefon bimbit berjenama ketika memasuki rumah dengan tujuan kononnya untuk mengemas. “Saya trauma dengan kejadian ini…Mereka mengambil kesempatan di atas keadaan saya…Pergerakan saya terbatas. Saya juga kesal dengan sikap masyarakat yang seolah-olah tidak prihatin dengan golongan seperti saya,” katanya. Sumber: BERNAMA
TOP
Terima Suapan: Bekas Pegawai Mengaku Tak Bersalah
Kuala Lumpur – Bekas pegawai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas enam tuduhan memperoleh suapan membabitkan enam projek kerajaan dengan nilai keseluruhan RM600,000, tiga tahun lalu. Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membenarkan tertuduh, Hazmi Samsudin yang kini bertugas di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), diikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.Hazmi,39, yang berkhidmat sebagai pegawai pembantu Unit Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) kementerian itu, didakwa melakukan perbuatan itu antara Jun dan Oktober 2011 di Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana, Jalan Dato’ Onn, di sini. Hakim Ahmad Zamzani kemudian menetapkan kes itu disebut semula pada 22 Julai ini. Beliau juga mengarahkan tertuduh menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah. Tertuduh diwakili peguam Mohd Baharuddin Ahmad Kassim dan Rusnan Hassan. Sumber: BH Online
TOP
Politik Di Indonesia Saat Ini Kurang Beradab
JAKARTA – Calon presiden, Joko Widodo atau Jokowi menyifatkan dunia politik di Indonesia pada masa ini, terutama menjelang Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden, 9 Julai depan, kurang beradab. Pemimpin politik daripada Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) itu yang sangat prihatin dengan suasana ini, berkata amalan itu adalah tidak baik dalam sistem demokrasi yang diamalkan di Indonesia. “Politik (di Indonesia) sekarang kurang beradab. Pada hal yang terjun (terlibat) dalam politik itu orang yang berpendidikan,” kata Jokowi dalam program bicara di Universiti Muhammadiyah Surakarta, Jawa Tengah hari ini. Jokowi berkata keadaan tersebut disebabkan tersebarnya berita atau isu negatif di media massa atau media sosial. “Saling serang, fitnah dan menjatuhkan antara satu sama lain terus terjadi, terutama di media sosial. Bahasanya (berita) sampah sangat. “Harusnya demokrasi itu kegembiraan. Ada pemilihan gabenor satu kegembiraan, pemilihan presiden juga ada kegembiraan,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh para hadirin. Acara di universiti berkenaan merupakan sebahagian daripada kempen politik Jokowi di bahagian pantai utara wilayah Jawa bagi menghadapi Pemilu Presiden kali ini. Sumber: BERNAMA
TOP
Aktiviti Selatan Thailand Berjalan Seperti Biasa
SADAO – SELATAN THAILAND. Walaupun pentadbiran di Thailand kini berada di bawah pemerintahan tentera, namun aktiviti harian di lokasi tumpuan pelancong di selatan Thailand seperti Sadao, Songkhla dan Hat Yai didapati berjalan seperti biasa. Ketua Pegawai Daerah Sadao, Chamlong Kraidith berkata, walaupun berada di bawah pemerintahan tentera, ia tidak bermakna daerah-daerah berkenaan dipenuhi anggota pasukan keselamatan sehingga menyebabkan aktiviti harian rakyat terganggu. “Seperti saya di Pejabat Daerah ini, kami bekerja seperti biasa walaupun tentera ambil alih pemerintahan. Pelancong boleh datang seperti biasa dan tidak perlu risau,” katanya. Semalam beliau membawa sekumpulan wartawan dan jurugambar dari Kedah untuk melawat lokasi tumpuan pelancong di Sadao, Songkhla dan Hat Yai. Beliau berkata, Thailand menerima kira-kira 4,000 hingga 5,000 pelancong dari luar setiap hari melalui pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand. Chamlong berkata, walaupun jumlah pelancong menurun hingga kepada 3,000 orang sehari sepanjang 15 hari tempoh darurat baru-baru ini, namun kini bilangannya kembali seperti biasa. Pada Rabu, Kementerian Luar menasihati rakyat Malaysia di Thailand supaya mengelak daripada berada di lokasi perhimpunan bantahan yang mungkin diadakan penduduk tempatan dan mereka perlu berwaspada setiap masa. Wisma Putra juga menasihati rakyat Malaysia agar menunda perjalanan yang tidak perlu ke wilayah Narathiwat, Patani dan Yala buat sementara waktu. Rakyat Malaysia dinasihati supaya mendaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok atau Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla. Pihak tentera melakukan rampasan kuasa pada 22 Mei berikutan konflik politik yang berpanjangan di Thailand dan menguat kuasa perintah berkurung sebelum ia ditarik balik pada 13 Jun. Sumber: BERNAMA
TOP
CEO BlackBerry John Chen M’perkenalkan BB Baharu
Berbeza dengan beberapa CEO lain, nampaknya CEO BlackBerry telah mengikuti jejak langkah mendiang Steve Jobs yang tidak segan silu untuk memperlihatkan peranti akan datang daripada mereka. Terkini, dua peranti yang diperlihatkan oleh beliau adalah BlackBerry Passport dan juga BlackBerry Classic.
BlackBerry Passport dilihat menyertakan skrin sentuh dalam bentuk empat-segi sama dan papan kekunci fizikal QWERTY. Ia dikatakan akan menyertakan skrin dengan paparan resolusi tinggi serta kamera belakangya yang mempunyai 13-megapixel. BlackBerry Passport ini dijangka akan diperkenalkan sekitar bulan September kelak.
Selain BlackBerry Passport, sebuah lagi peranti baru yang akan hadir daripada BlackBerry adalah BlackBerry Classic. Ia dijangka akan menyertakan elemen rekaan popular pada peranti QWERTY BlackBerry. Dengan menggunakan sistem operasi BBOS terbaru, BlackBerry Classic dijangka akan dilancarkan sekitar bulan November kelak. Kedua-dua peranti ini berkemungkinan akan menjalankan BlackBerry 10.3 ketika pengenalannya. Memandangkan ia belum diumumkan secara rasmi, maka maklumat penuh berkaitan kedua-dua peranti ini masih tidak diketahui sepenuhnya. Sumber: CRACKBERRY / Amanz
TOP
Tahanan Lari Dari Mahkamah George Town Serah Diri
GEORGE TOWN – Seorang lelaki yang melarikan diri ketika dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk pertuduhan memiliki dadah Selasa lepas, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut hari ini. Mohamad Faisal Naina Mohamad, 40, menyerah diri pada 8.15 pagi. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid dalam kenyataan ringkas berkata lelaki itu akan direman pada 2.30 petang ini. Dalam kejadian 8.40 pagi Selasa itu, suspek yang digari secara berangkai bersama-sama 14 lelaki lain melarikan diri sebaik kenderaan polis yang membawanya tiba perkarangan mahkamah itu. Lelaki terbabit ditahan di Taman Tun Sardon di sini kerana disyaki memiliki dua tiub dadah jenis heroin, 13 Jun lepas. Sumber: BERNAMA
TOP
24 Anggota Polis Terlibat Salah Guna Dadah
IPOH – Sebanyak 24 anggota polis berpangkat rendah terlibat dalam penyalahgunaan dadah bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini di negeri ini, kata Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani. “Mereka akan dikenakan tindakan sama seperti orang awam yang mengikut (hukuman) Akta Dadah Berbahaya, mahkamah mengenakan hukuman dan seterusnya (jika disabitkan) dibuang kerja,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan dan penyematan pangkat ASP di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK) di sini hari ini. Sebanyak 51 pegawai termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berpangkat Inspektor dinaikkan pangkat kepada ASP secara Khas Untuk Penyandang (KUP). Beliau berkata penglibatan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan dadah amat mengecewakan kerana sebagai penguatkuasa undang-undang tidak sepatutnya merela terlibat walaupun wujud tekanan dalam tugasan harian. “Jangan mengambil dadah sebagai jalan mudah untuk menghilangkan tekanan…kita sebagai manusia yang dikurniakan akal, perlu berfikiran waras, matang dan bijak dalam mengawal emosi dan tekanan dengan pelbagai cara,” katanya. Acryl berkata PDRM mempunyai beberapa pendekatan sedia ada untuk menangani masalah itu termasuk melaksanakan Sistem Kawalan Disiplin dan Dadah (SKDD) secara serius dan berkesan. Katanya semua ketua jabatan dan ketua polis daerah perlu ada akauntabiliti dan harus bertanggungjawab ke atas salah laku yang membabitkan semua peringkat warga di bawah seliaan masing-masing dengan memantau rapi fail SKDD setiap anggota dan pengawai. Sementara itu, beliau berkata sebanyak tujuh anggota dan pegawai polis pula dalam siasatan terbabit dengan rasuah bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini. Acryl menggesa anggota dan pegawai polis supaya mengawal selia kewangan masing-masing dan berbelanja secara berhemah bagi mengelak mereka terjerumus dalam gejala rasuah. “Berbelanja mengikut kemampuan masing-masing supaya tidak terlibat dalam masalah hutang dengan bank atau berhutang dengan peminjam wang tanpa lesen. Ini kerana gejala ini bukan sahaja mendatangkan implikasi kepada diri sendiri, kerjaya malahan juga kepada keluarga yang terpaksa menanggung bebanan hutang,” katanya. Sumber: BERNAMA
TOP
Waze 3.8: Memudahkan Penghantaran Lokasi
Waze merupakan aplikasi navigasi yang sudah menjadi komuniti terbesar di dunia dimana para pemandu berkongsi maklumat di atas jalan raya secara terus. Aplikasi navigasi itu secara rasminya menjadi milik Google pada tahun 2013 dan harini mereka telah mengemaskini melalui versi Waze 3.8 untuk iOS dan juga Android. Ia menyertakan beberapa fungsi baru, disamping memberikan nafas baru kepada bahagian profil. Waze 3.8 dilihat memudahkan pengguna untuk berkongsi lokasi ketika anda ingin ke sesuatu lokasi bersama-sama rakan dan ahli keluarga anda. Perkara ini sekaligus memudahkan anda memberitahu berkenaan masa yang diambil oleh anda untuk tiba ke destinasi disamping menawarkan kemaskini berkaitan kesesakkan jalan raya kepada mereka yang anda kongsikan lokasi. Disamping itu, pihak Waze turut dilihat hadir dengan kemaskini bahagian profil, dan memudahkan pengguna untuk menambah rakan-rakan baru menggunakan nombor telefon. Bagi anda yang menggunakan Waze, boleh mengemaskini aplikasi anda kepada Waze 3.8 hari ini, dan menggunakan beberapa fungsi yang dibawakan olehnya.
Oleh: hzqahmd / Amanz
TOP
Schumacher Tak Akan Pulih Sepenuhnya – Pakar
PAKAR perubatan menolak kemungkinan Michael Schumacher akan pulih sepenuhnya. Juara tujuh kali kejohanan dunia itu kini dipindahkan dari hospital di Perancis di Grenoble di mana beliau koma selama enam bulan ke pusat pemulihan. Kini Schumacher berada di Lausanne, kira-kira 32 kilometer dari kediaman mewahnya yang bernilai £50 juta bersama Corrina dan dua anak mereka. Sehingga kini, beliau dapat berkomunikasi dengan doktor dengan menganggukkan kepala dan membuka mata. Bagaimanapun, pakar neurologi, Erich Riederer berkata: “Beliau akan kekal sebagai seorang yang tidak berdaya sepanjang umurnya dan akan sentiasa perlu mendapatkan bantuan orang lain.” Bertugas di Zurich, Riederer berkata, pelumba Formula One itu perlu menjalani terapi rehabilitasi yang panjang kerana mengalami kecederaan kekal. Bagaimanapun, tambahnya: “Adalah sesuatu yang menakjubkan melihat seseorang itu sedar selepas koma hampir setengah tahun. “Untuk beliau ia sesuatu yang positif, juga kepada ahli keluarganya dan ini yang paling utama.” Riederer berkata, Schumacher yang berusia 45 tahun itu semakin susut badannya kerana kehilangan banyak otot selepas koma untuk tempoh masa lama. Pada satu peringkat, berat badan peminat bola sepak itu dikatakan menurun sebanyak 25 peratus. Pakar itu menambah, adalah menjadi suatu kejayaan jika Schumacher dapat duduk tanpa bantuan orang lain selepas tiga bulan dan seterusnya mengendalikan kerusi roda elektrik dalam masa enam bulan dari sekarang. Sumber: mStar online
TOP
Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan 27 Jun Ini
KUALA LUMPUR – Tarikh dan masa melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan permulaan puasa ialah pada petang Jumaat, 27 Jun bersamaan 29 Syaaban. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan hari ini berkata Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi). Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan Puasa melalui radio dan televisyen. Menurut pejabat itu, jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang. Lokasi lain ialah Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah; Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu di Terengganu; Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu di Kelantan. Tempat lain pula ialah di Tanjong Lubang, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis. Sumber: BERNAMA
TOP
Twitter Umum Beli SnappyTV Bagi Khidmat Kongsi Video
SAN FRANCISCO – Twitter hari ini mengumumkan rancangan untuk membeli SnappyTV bagi menambah perkhidmatan yang membolehkan pengguna memuat naik klip, menyunting dan berkongsi video di platformnya. Terma perjanjian itu bagaimanapun tidak diumumkan yang menyaksikan Twitter menambah satu lagi keupayaannya bagi memberi perkhidmatan paparan visual dalam usaha meningkatkan jumlah pengkalan pelanggannya yang kian mencabar. SnappyTV akan diintegrasikan dengan Amplify yang sedia ada dalam Twitter bagi membantu syarikat media mengagihkan kandungan video mereka ke dalam Twitter. “Platform SnappyTV’s adalah untuk klip secara langsung (live), kemampuan untuk suntingan dan disebarkan dengan meluas menggunakan jenama dan rakan media kami untuk berkongsi video berkenaan dalam platform Amplify Twitter,” kata Baljeet Singh dari Twitter dalam posting terbaharunya. Sumber: AFP
TOP
Jepun Sia-Siakan Peluang Raih Mata Penuh
NATAL – Greece yang terpaksa bermain dengan 10 orang mengikat Jepun apabila seri tanpa jaringan pada perlawanan Kumpulan C sebentar tadi sekali gus masih berpeluang untuk melayakkan diri ke pusingan 16 terakhir. Kedua-dua pasukan meraih satu mata tetapi belum mencukupi untuk mengukuhkan kemaraan dari kumpulan berkenaan yang dikuasai Colombia dengan dua kemenangan. Colombia sudah mengesahkan kemaraan ke peringkat 16 terakhir dalam Kumpulan C manakala Ivory Coast di tempat kedua dengan tiga mata. Pemain tengah Greece dan kapten pasukan, Kostas Katsouranis diperintah keluar padang selepas minit ke-38 akibat dilayangkan kad kuning kedua yang menyebabkan pasukannya terpaksa bertahan pada sebahagian besar babak kedua perlawanan. Mereka bertahan habis-habisan bagi menyekat serangan bertali arus Jepun tetapi skuad Negara Matahari Terbit itu ketiadaan penyudah terbaik walaupun menguasai permainan. Sumber: Reuters
TOP
Rumah Dibakar Selepas Bergaduh Di Klang
Tujuh daripada 10 kediaman di Jalan Jati, Pandamaran musnah dalam kebakaran, awal pagi semalam. Gambar kecil: Tian Kee
KLANG – Gara-gara bergaduh dengan isteri, seorang lelaki bertindak membakar kediamannya di Jalan Jati, Pandamaran awal pagi semalam, menyebabkan sembilan lagi turut jadi mangsa. Lelaki berusia 30an itu pada mulanya dikatakan cuba mengugut isterinya untuk membakar rumah namun ugutannya itu menjadi realiti sehingga sembilan keluarga yang juga jirannya terpaksa menanggung kejadian itu. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komosioner Kamarul Zaman Mamat berkata, selepas menjalankan siasatan, polis menahan lelaki itu di kawasan kediamannya beberapa jam kemudian. “Dia yang mengalami kecederaan dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) bagi rawatan lanjut. “Lelaki itu direman bermula hari ini (semalam) bagi membantu siasatan atas tindakannya itu,” katanya. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api. Perbuatan khianat lelaki itu menyebabkan tujuh daripada kediaman termasuk kediamannya sendiri musnah seratus peratus manakala tiga lagi terbakar sebahagiannya. Kejadian sekitar jam 1.35 pagi itu dikatakan terlalu pantas menyebabkan penghuni kediaman gagal menyelamatkan harta benda berharga. Mangsa, Lim Tian Kee, 53, berkata, kejadian disedarinya ketika dia sedang menonton televisyen bersama keluarga. “Masa itu saya dengan empat anak rada di rumah. Isteri keluar bekerja di kilang. “Tiba-tiba saya dengar orang ramai jerit kuat minta selamatkan diri…ada api. Saya tergamam tapi cepat-cepat kejutkan anak-anak sedang tidur,” katanya kepada Sinar Harian. Menurutnya, sebaik keluar rumah, dia terkejut mendapati rumah jiran di belakang rumahnya sedang terbakar. “Semua berlaku terlalu cepat, tak sempat selamat apa-apa. Kami dan jiran hanya mampu tengok rumah hangus,” katanya yang kini menumpang di rumah saudara. Mangsa lain yang hanya dikenali sebagai Lian, 60, berkata, kebakaran itu disyaki berpunca daripada sebuah rumah jiran di bahagian belakang. Beliau mendakwa, sebelum kebakaran itu, jiran terdengar bunyi pergaduhan. “Sebelum ini jiran-jiran selalu dengar suami isteri itu bergaduh. Suami dia ugut mahu bakar rumah. Sekarang dia betul-betul buat,” katanya. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang, Abdullah Mohd Salleh berkata, kebakaran disyaki mula merebak daripada kediaman di bahagian belakang sebelum marak ke kediaman berdekatan. Menurutnya, semua kediaman itu diperbuat daripada papan separa simen dan kedudukannya sangat hampir antara satu sama lain. “Anggota bomba mengambil masa kira-kira sejam setengah bagi mengawal api daripada merebak. “Kami mengalami sedikit tekanan air hingga terpaksa mendapatkan air dari pili bomba yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi,” katanya. Beliau berkata, proses pemadaman keseluruhannya mengambil masa hingga empat jam. “Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Sehingga kini kita masih menyiasat punca kejadian serta anggaran kerugian keseluruhannya,” katanya. Sumber: Sinar Online
TOP
Wanita Brunei Bakal Isteri Azlee Khairi
PETALING JAYA – Pelakon Azlee Khairi memberitahu bakal menamatkan zaman bujangnya dengan wanita yang dikenali sebagai Leez pada penghujung tahun ini. Azlee, 25, berkata, bakal isterinya itu berasal dari Brunei dan mereka telah menjalinkan hubungan cinta sejak setahun lalu. “Insya-Allah jika segala perancangan berjalan lancar saya akan berkahwin pada penghujung tahun ini. “Leez berasal dari Brunei dan kami telah berkenalan dan bercinta sejak setahun lalu,” katanya kepada mStar Online. Dalam pada itu, Azlee berkata, dia bagaimanapun tidak merancang untuk mengikat tali pertunangan terlebih dahulu dengan wanita berusia 31 tahun itu sebaliknya ingin terus disatukan sebagai suami-isteri. Dia juga tidak menghiraukan cakap-cakap pihak lain dengan keputusannya itu kerana sebagai seorang selebriti setiap perkara yang dilakukannya akan mendapat perhatian dan kritikan. “Insya-Allah kami akan berkahwin terus tanpa ikatan pertunangan. Saya tidak bimbang pandangan orang kerana apa juga saya buat mereka akan bercakap. “Buat majlis kahwin orang bercakap, tidak buat pun orang bercakap jadi saya buat apa yang dirasakan perlu dan betul,” jelasnya. Sementara itu, mengulas mengenai perbezaan umur mereka sebanyak enam tahun, Azlee berkata ia bukan suatu masalah besar kerana paling penting mereka saling memahami. Jelas Azlee lagi, dia terpikat dengan Leez kerana wanita itu mengenali sisi baik dan buruknya dan dapat menerima dia seadanya. “Rasullallah dan Siti Khadijah pun berbeza usia mereka tetapi tetap hidup bahagia dan isu umur itu bukan pengukur dalam sesuatu hubungan. “Paling penting dia boleh terima diri saya seadanya,” kata pelakon drama Love You Mr. Arrogant ini lagi. Sumber: mStar Online
TOP
Ada Pihak Sengaja Manipulasi Kenyataan Tunku Jalil
“Kami dah lama kenal dan berkawan. Saya tahu dia tidak begitu. Dan saya tak rasa kenyataan sebegitu keluar daripada mulut dia. Mungkin, ada pihak yang sengaja memanipulasikan kenyataan dia. “Saya macam susah nak percaya dengan kenyataannya itu. Selama ini saya tiada apa-apa masalah pun dengan dia. Itu yan buat saya tak faham”, itu kata Lufya kepada pihak media tatkala diminta mengulas mengenai isu seorang diraja Johor menafikan yang beliau mengenali Lufya, sedangkan mereka telah bersahabat sejak 10 tahun lalu. Putera raja yang dimaksudkan itu ialah Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar iaitu anakanda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Sebelum ini timbul isu kononnya Lufya bercinta dengan Tunku Abdul Jalil diperbesar-besarkan sedangkan mereka sekadar kawan biasa. Disebabkan isu itu jugga hubungan persahabatan antara Lufya dan putera raja tersebut yang telah terjalin sejak 10 tahun lalu, musnah. “Saya pernah mesej dia beritahu ada orang keluarkan artikel yang bukan-bukan. Tapi mesej saya tidak berbalas. Mungkin dia sudah tukar nombor atau tak mahu diganggu. Sekarang ni saya pun tak tahu apa keadaan dia sekarang kerana kami sudah lama tidak berhubung. “Dan tak dinafikan, isu ini merosakkan nama baik saya. Sebenarnya ada pihak yang memanipulasi kenyataan saya. Padahal kami hanya berkawan baik. “Saya cakap benda yang betul dan saya tak pernah mencari perkara kontroversi. Tapi disebabkan ada pihak yang cuba memperbesarkan isu ini, nampak macam saya yang sengaja timbulkan perkara yang luar biasa”, katanya dengan nada kesal. Dalam perkembangan lain, Lufya bakal muncul dalam drama berjudul ‘Ramadan Jangan Pergi’ yang akan ditayangkan di TV3 bermula 25 Jun ini, jam 10 malam. Sumber: Malaysian Digest
TOP
Dadah: Suami Isteri Berdepan Hukuman Mati
KOTA BHARU – Sepasang suami isteri berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke mahkamah majistret, di sini, kelmarin, atas tuduhan mengedar heroin dan metamphetamine di Kemumin, 11 Jun lalu. Tuduhan terhadap Shudi Hussian Che Salleh, 56, dan Roslinda Shafii, 42, dibuat di hadapan Majistret, Nik Habri Muhamad. Mereka didakwa pada tuduhan pertama mengedar dengan anggaran berat kasar 57 gram heroin di sebuah rumah di Cabang Tiga Panji Jalan Sabak, Kampung Panchor, Kemumin, di sini, pada jam 11.30 pagi. Pada tuduhan kedua, mereka didakwa mengedar dengan anggaran berat kasar 220 gram metamphetamine pada masa, tarikh dan lokasi sama. Kedua-dua dituduh mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan. Sementara pada tuduhan ketiga, mereka didakwa memiliki dengan anggaran berat kasar 2 gram syabu pada tarikh itu. Bagi tuduhan itu, mereka berdepan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad. Pada prosiding itu, tiada pengakuan direkodkan. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 1 September depan. Mereka tidak dibenarkan diikat jamin. Sumber: Sinar Online
TOP
Semburan Air Halang Cubaan Bunuh Diri
Qingdao (China) – Anggota bomba di sini berjaya menggagalkan satu cubaan bunuh diri dengan menggunakan semburan air bertekanan tinggi. Jun Lo, 34 mengalami tekanan perasaan dan berniat menamatkan hidupnya dengan terjun dari sebuah bangunan. Dia mengugut membunuh diri dengan duduk di belebas tingkap sebuah apartmen lima tingkat. Perbuatan membunuh diri adalah perkara biasa di China sehinggakan sebahagian masyarakat sanggup menunggu di bawah bangunan sambil bertaruh sama ada seseorang itu akan ‘terjun’ atau hanya ‘bersandiwara.’ Bagi sesiapa yang pernah terselamat dari cubaan bunuh diri sebelum ini berkata, perbuatan mereka dipengaruhi aksi rancangan popular yang sering disiarkan di televisyen. Ketika kejadian semalam, Jun duduk di tepi tingkap selama dua jam sambil merungut mengenai nasibnya dengan perunding polis. Dia enggan membatalkan niatnya walaupun selepas dipujuk. Menurut jurucakap polis, dia kelihatan gelisah dan bersedia terjun pada bila-bila masa. “Pada satu tahap yang mencemaskan, Jun mengambil beberapa helai pakaian dan membakar serta mencampaknya ke bawah. “Pada mulanya, anggota bomba memasang jaring untuk ‘menyambut’ Jun apabila dia terjun tetapi akhirnya mendapat idea lebih berkesan – menggunakan semburan air. “Semburan air tekanan tinggi itu berkesan, ia memaksanya masuk ke dalam dan pegawai sempat menahannya,” kata jurucakap itu Sumber: Agensi
TOP
Tentera Zionis, Penduduk Palestin Bertempur
RAMALLAH, Tebing Barat – Askar-askar Israel berbalas tembakan dengan penduduk Palestin semalam, kata tentera rejim Zionis. Ia merupakan pertempuran di jalanan paling sengit di Tebing Barat sejak tentera Yahudi memulakan operasi mencari tiga remaja Israel yang hilang seminggu lalu. Beberapa pegawai hospital berkata, tiga penduduk Palestin cedera terkena tembakan dalam pertempuran di Jenin yang merupakan kubu kuat pejuang Palestin. Setakat ini, belum ada laporan mengenai kecederaan di pihak Israel. “Kira-kira 300 penduduk Palestin dengan sebahagian mereka membaling bahan letupan dan melepaskan tembakan ketika tentera askar-askar Israel memasuki Jenin untuk mencari tiga remaja hilang itu,” kata pihak tentera dalam satu kenyataan. Dalam pada itu, tentera Israel menangkap seramai 30 penduduk Palestin di Tebing Barat sejak semalam dalam operasi mencari tiga remaja Yahudi yang didakwa diculik pergerakan Hamas, kata pihak tentera semalam. Menurut kenyataan tentera Zionis, tangkapan terbaharu itu menjadikan bilangan penduduk Palestin yang ditahan setakat ini meningkat kepada 280 orang. Tiga remaja dengan dua daripada mereka di bawah umur hilang dekat penempatan haram Gush Etzion di Tebing Barat pada 12 Jun lalu. Israel menyalahkan Hamas sebagai bertanggungjawab menculik mereka. Sumber: AFP
TOP
Piala Dunia: Cuti Sakit Laris Di China
BEIJING – Perbezaan masa 11 jam antara China dan Brazil membuka peluang perniagaan lumayan kepada sebahagian individu untuk menjual sijil cuti sakit palsu kepada peminat bola sepak yang berjaga sepanjang malam kerana menonton perlawanan Piala Dunia. Hasil carian oleh agensi berita AFP untuk kata carian ‘Beijing’ dan ‘cuti sakit’ menerusi enjin carian China, Baidu semalam menampilkan 49,000 keputusan termasuk mengenai vendor yang menjual salinan sijil sakit hospital, lengkap dengan cop rasmi dan tandatangan doktor. Namun, platform dalam talian terbesar di China, Taobao melarang kata carian untuk Piala Dunia dan sijil sakit selepas berlaku peningkatan mendadak dalam penawaran sijil haram itu baru-baru ini. Perkembangan tersebut menyebabkan penjual-penjual cuti sakit di China beralih pada laman web jaringan sosial seperti Sina Weibo untuk mengiklan produk mereka. “Jarak masa yang besar mungkin menjejaskan peminat China menonton semua perlawanan Piala Dunia. Saya dengan ini melancarkan perkhidmatan jualan sijil sakit untuk memenuhi permintaan orang ramai,” kata seorang penjual sijil haram itu, Guitarist Playing a Ukulele di laman jaringan sosial Sina Weibo. Penonton perlawanan Piala Dunia yang lesu untuk ke pejabat boleh memilih pelbagai penyakit seperti demam, keguguran dan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) untuk dituliskan pada sijil sakit mereka. “Saya menguruskan perniagaan ini secara jujur dan tidak akan mendedahkan pesanan anda,” kata penjual tersebut. Satu sijil cuti sakit rata-rata dijual pada harga sekitar 20 yuan (RM10) di laman sosial negara itu. Seorang penjual sijil sakit di China pula menyatakan, dia dapat menjual purata sebanyak 30 surat tersebut pada setiap hari. Sumber: AFP
TOP
Fon Kepala Beats Diharamkan Dari Piala Dunia 2014
Fon kepala berjenama Beats yang menjadikan Neymar, Chicarito dan Luis Suarez sebagai duta produk audio mereka sempena Piala Dunia 2014 Brazil. Ketiga-tiga pemain ternama ini dipaparkan di dalam iklan bertemakan Piala Dunia mereka tahun ini. Sungguhpun begitu kesemua produk Beats adalah diharamkan dari dibawa masuk ke dalam stadium sepanjang temasya berlangsung. Pemain juga dilarang dari menunjukkan fon kepala yang kini milik Apple ini dari kesemua sidang media dan sesi latihan rasmi di stadium. Sebab utama ia diharamkan kerana penaja rasmi audio visual Piala Dunia 2014 ialah Sony yang membelanjakan berbillion Dollar bagi mendapatkan hak ekslusif itu. Sony dilaporkan memberikan setiap ahli kontinjen negara yang bertanding sepasang fon kepala premium Sony dengan tujuan mendapatkan dedahan media meluas. Ini bukanlah kali pertama Beats diharamkan dari digunakan sepanjang temasya sukan utama. Ketika Olimpik 2012 di London ia diharamkan juga kerana penaja rasmi audio visual pada acara tersebut adalah Panasonic. Pada temasya yang sama Samsung menasihatkan kesemua atlet untuk tidak memaparkan logo peranti lain selain Samsung ketika upacara pembukaan dan penutupan. Sumber: Reuters Oleh: hzqahmd
TOP
Perodua Naikkan Gaji, Faedah Kakitangan Sebanyak 10%
KUALA LUMPUR – Perodua dan kesatuan sekerjanya telah menandatangani Perjanjian Bersama untuk syarikat berkenaan menaikkan gaji, elaun dan faedah untuk kakitangan bukan eksekutif sebanyak 10 peratus. Dalam satu kenyataan hari ini, Perodua berkata, perjanjian itu ditandatangani bagi membantu menangani kos hidup yang lebih tinggi serta mengiktraf sumbangan mereka kepada syarikat berkenaan. Perjanjian itu berkuat kuasa mulai 2014 hingga 2016 dan akan dikaji semula oleh kedua-dua pihak selepas tempohnya tamat. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata daripada kenaikan 10 peratus itu, sekurang-kurangnnya 5.0 peratus ialah kenaikan gaji dan selebihnya pelbagai elaun dan faedah. Ketika ini Perodua mempunyai kira-kira 9,000 kakitangan di seluruh negara di mana kira-kira 6,700 adalah bukan eksekutif. Sumber: BERNAMA
TOP
Lelaki Dituduh Masukkan Jari Ke Kemaluan Anak
Kota Bharu – Seorang pembantu am dihadapkan ke Mahkamah Sesyen sebentar tadi terhadap tuduhan memasukkan jari ke kemaluan anak perempuannya berusia 15 tahun, April lalu. Tertuduh berusia 37 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan di hadapan Hakim Mohd Yusoff Yunus. Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 17 Julai depan untuk sebutan semula kes. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan hubungan seks dengan memasukkan jari ke kemaluan mangsa berusia 15 tahun lapan bulan di sebuah rumah di Kampung Kenor, Kuala Krai antara jam 2.30 petang hingga 3.30 petang, April 2014. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. Sumber: myMetro Online
TOP
Pasangan Kekasih Gelap Ditetak Suami
ALOR SETAR – Tindakan curang seorang isteri yang bermadu kasih dengan kekasih gelapnya membawa padah apabila perbuatan mereka dihidu suami wanita berkenaan. Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, suspek dikatakan baru pulang ke rumah daripada berniaga dan mendapati isterinya sedang berdua-duaan dengan teman lelakinya dalam sebuah bilik di rumah mereka, di Jalan Rakyat, Langgar, di sini. Berang melihat perbuatan isterinya itu, suspek dikatakan terus bertindak menyerang dan menetak isterinya dan lelaki berkenaan yang juga pekerjanya menggunakan sebilah parang. Akibat tetakan tersebut, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian paha, kaki dan tangan dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sejurus kejadian. Menurut saksi yang enggan dikenali, suspek merupakan seorang peniaga chow kuey tiaw dekat sini dan tinggal bersama isteri dan seorang anak perempuan dalam lingkungan usia lima tahun. “Pasangan suami isteri ini baru sahaja berpindah dan menyewa di sini kira-kira dua minggu lalu. “Saya tidak mengenali mereka secara dekat dan menyedari kejadian apabila melihat kehadiran polis ke rumah mereka,” katanya. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Polis Mohd Nashir Ya, ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian berkenaan. Menurut beliau, suspek berusia 29 tahun berjaya ditahan di lokasi kejadian. “Mangsa merupakan isteri suspek berusia awal 30-an dan seorang lelaki yang merupakan pekerja kepada wanita tersebut berusia 19 tahun. “Wanita berkenaan cedera di bahagian paha kanan akibat diserang suaminya menggunakan senjata tajam, manakala pasangannya cedera serta patah kaki dan tangan,” katanya. Tambah Nashir, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya. Difahamkan, suspek kini direman untuk membantu siasatan kes sehingga 24 Jun ini. Manakala kedua-dua mangsa masih menerima rawatan di HSB. Sumber: Sinar Online
TOP
Tamparan Buat Belanda Tanpa Van Persie Temu Chile
PORTO ALEGRE – Selepas menjaringkan tiga gol untuk Belanda daripada dua perlawanan pertama Piala Dunia, Robin van Persie akan digantung satu perlawanan selepas mengutip kad kuning kedua ketika menewaskan Australia 3-2 dalam aksi Kumpulan B, awal pagi ini. Ini bererti bintang Manchester United itu akan tersisih apabila pasukan bergelar Oranje itu menentang Chile pada 23 Jun ini yang bakal menentukan sama ada mereka bakal muncul juara kumpulan. Tanpanya, nama Arjen Robben disebut-sebut sebagai calon pengganti terbaik kerana sudah menjelmakan aksi menakjubkan untuk Belanda setakat ini. Namun, pada hakikatnya Belanda pasti bergelut tanpa sentuhan Van Persie – antara bintang yang tersohor dalam kancah Piala Dunia kali ini. “Piala Dunia adalah kejohanan terhebat dalam dunia dengan semua pemain terbaik dan ia pasti sukar. Menentang Australia memang amat sukar sekali dan begitu juga perlawanan berikut,” kata Van Persie. Dalam perlawanan itu, pemain tonggak Australia, Tim Cahill juga dilayangkan kad kuning kedua tapi ia tidak akan banyak mengubah nasib mereka kerana wakil Asia itu sudah tersingkir selepas menempah dua kekalahan berturut-turut. Pemain berusia 34 tahun itu juga dilabel berjaya menjaringkan antara gol tercantik dalam sejarah Piala Dunia apabila rembatan menakjubkan pada babak pertama berjaya menyamakan kedudukan ketika menentang Belanda. “Saya rasa tepat dalam rembatan dan saya meledak masuk dengan baik sekali,” katanya. Sumber: Agensi
TOP
Buruh Indonesia Maut Ditikam 4 Lelaki
CHERAS – Seorang buruh pembinaan warga Indonesia maut dengan perut terburai dan dan dua jarinya tangannya putus selepas diserang dengan senjata tajam dipercayai celorek, di hadapan pos pengawal Kondominium Midlfield Jalan Besi Kawi, Sungai Besi, pagi tadi. Dalam kejadian jam 9.40 pagi itu, mangsa yang sedang menunggang motosikal dan menghampiri pos pengawal kondominium berkenaan untuk memulakan tugas mengubah suai sebuah unit kondominium di situ, dihampiri dari belakang oleh empat lelaki menaiki dua motosikal. Seorang daripada suspek kemudian merobek perut mangsa sehingga dia terjatuh dari motosikal. Mangsa kemudian ditikam di bahagian rusuk kiri dan kanan serta bahagian belakang. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh yang ditemui di lokasi kejadian memberitahu mangsa yang berusia 28 tahun disahkan mati oleh petugas ambulans yang dikejarkan ke situ dan kes ini diklasifikasikan sebagai kes bunuh. Sumber: BH Online
TOP
Jalan Gang Dolly Dihalang Aktiviti Pelacuran
Surabaya – Ratusan pekerja seks komersial (PSK) dan bapa ayam yang selama ini bekerja di Jalan Jarak serta Gang Dolly menghalang laluan Jalan Dukuh Kupang menuju ke pusat pelacuran itu sehingga lima hari akan datang. Jurucakap pasukan peguam Barisan Pekerja Lokalisasi, Anisa berkata, mereka hanya akan membuka laluan berkenaan jika usaha membatalkan penutupan pusat pelacuran itu berjaya. “PSK di Jalan Jarak dan Gang Dolly menolak penutupan kompleks tempat mereka mencari nafkah kerana menganggap ia menyebabkan kesengsaraan dan menambah jumlah pengangguran,” katanya. Kata Anisa, jika kawasan berkenaan tidak membayar cukai kepada pihak berkuasa tempatan, mereka tidak boleh dipersalahkan. Sebaliknya, kata Anisa, pihak berkuasa perlu menyalahkan kerajaan tempatan. “Ketika ini pemerintah Surabaya tidak perlu menguruskan kompleks pelacuran kerana masalah pengangguran lebih penting diperangi. “Kerajaan perlu atasi dulu masalah itu, sejahterakan rakyat barulah memikirkan isu di Gang Dolly,” katanya. Sementara itu, menanggapi deklarasi penutupan dilakukan pemerintah Surabaya malam tadi, Anisa berkata, tindakan itu menyalahi undang-undang. “Tak ada kewajipan untuk mentaati keputusan itu. Kami akan mencabarnya di mahkamah dan menyaman Datuk Bandar,” katanya. Sumber: Agensi
TOP
R.S.N. Rayer Tidak Dakwa Atas Tuduhan Menghasut
GEORGE TOWN – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R.S.N. Rayer pada Khamis tidak didakwa atas kesalahan menghasut. “Kami telah dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya berkata mereka telah menerima arahan daripada pejabat Peguam Negara supaya tidak mendakwa beliau. “Kami tidak tahu apa yang dimaksudkan ini. Kami telah melaksanakan tugas kami. Rayer juga telah hadir di mahkamah pada hari ini,” kata peguam bela yang mewakili Gobind Singh Deo. Terdahulu Rayer, hadir ke Mahkamah Sesyen bersama penyokongnya. Sementara pihak polis diletakkan dalam keadaan bersedia di luar bangunan mahkamah. Pada Rabu, ADUN DAP itu ditahan selepas menyerah diri di ibu pejabat polis daerah George Town selepas dia mengeluarkan kata kesat memanggil ‘Umno Celaka’ pada sidang Dewan Undangan Negeri 20 Mei lalu. Beliau kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis. Sumber: mStar
TOP
Angka Korban Ebola Di Afrika Barat Cecah 337 Orang
GENEVA – Angka korban wabak Ebola di tiga negara Afrika Barat meningkat kepada 337, menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), sekali gus menjadikan penularan wabak demam berdarah itu yang paling buruk. Data terkini WHO menunjukkan angka kematian di Guinea, negara yang paling teruk dilanda wabak itu, mencecah 264, manakala 49 orang mati di Sierra Leone dan 24 lagi di Liberia. Angka korban terbaharu itu menunjukkan peningkatan 60 peratus berbanding data pada 4 Jun yang mana 208 orang maut akibat virus itu. Termasuk mereka yang maut, 528 orang di tiga negara berkenaan sudah dijangkiti Ebola. Sumber: AFP
TOP
Putera Jordan ketua hak asasi manusia PBB
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin meluluskan pencalonan Putera Jordan, Zeid al-Hussein sebagai ketua hak asasi manusia terbaharu, sekali gus menjadikannya orang Islam pertama memegang jawatan itu. Diplomat tertinggi yang kini merupakan Duta Amman ke PBB itu akan mengambil alih jawatan Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB bagi menggantikan Navi Pillay dari Afrika Selatan berkuatkuasa 1 September depan. Difahamkan menurut laporan AFP, pencalonan pemegang ijazah kedoktoran dari Universiti Cambridge itu dicadangkan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon berdasarkan rekod beliau sebagai orang penting menubuhkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa sebelum ini. Sumber: Sinar Online
TOP
Guru Pendidikan Khas Didakwa Menghasut Di FB
KUALA LUMPUR – Seorang guru pendidikan khas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini atas pertuduhan menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman sosial Facebooknya yang menyentuh sensitiviti penganut agama Hindu semasa perayaan Thaipusam, pada 17 Jan lepas. Hidayat Mohamed, 35, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fairuz Mohd Puzi. Hidayat, yang mengajar di sebuah sekolah di Segambut didakwa menerbitkan satu penerbitan yang menghasut di laman Facebook miliknya di https://www.facebook.com/WiFiZoneDesaRejang. Dia dituduh melakukan kesalahan itu di rumahnya di Taman Raintree, Batu Caves dekat sini pada 11.13 pagi, 17 Jan lepas. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh, namun Hidayat yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengurangkan jaminan itu dengan alasan dia perlu menyara ibu serta adik yang masih bersekolah. Hidayat, yang memakai kot dan berseluar hitam berkata dia tidak akan melantik peguam untuk mewakilinya dan akan membela dirinya sendiri. Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Julai depan untuk sebutan kes. Sumber: Bernama
TOP
Penyingkiran Sepanyol B’makna ‘Tiki-Taka’ Berakhir?
RIO DE JANEIRO – Tersingkirnya Sepanyol dari saingan Piala Dunia Brazil bukan saja berakhirnya kegemilangan skuad kebangsaan negara itu, malah ia dianggap menjejaskan keseluruhan falsafah bola sepak. Apa tidaknya, stail hantaran permainan Sepanyol yang digelar ’tiki-taka’ sehingga yang membawa kepada tahap kegemilangan selama enam tahun lalu, namun malam tadi kelibat Andres Iniesta dan Xabi Alonso dibayangi penonjolan pemain skuad Chile bimbingan Jorge Sampaoli. Di Stadium Maracana, Chile dengan bergaya mengaibkan penyandang juara itu dengan keputusan 2-0, sekali gus menyaksikan Sepanyol pulang lebih awal kali ini. Bagi lagenda bola sepak Diego Maradona, antara yang mempercayai ‘tiki-taka’ sudah menjadi satu taktikal ikutan dalam bola sepak dunia, namun hanya keputusan satu permainan tidak boleh terus meletakkan kesalahan kepada corak permainan berkenaan. Penyerang Sepanyol, David Silva bertanya kepada akhbar British, The Independent sebelum Piala Dunia: “Mengapa perlu kita ubah? Kami menjadikannya sangat berjaya dengan stail begitu. Tiada apa yang perlu diubah” Apabila Sepanyol mempamerkan aksi hebat dengan ‘tiki-taka’ sehingga memenangi Euro 2008, Barcelona antara yang mengikuti corak permainan berkenaan sehingga menjadi kelab mendomasi Eropah antara 2008 dan 2011 di bawah bimbingan Pep Guardiola. Guardiola kemudian membawa corak permainan itu ketika bersama Bayern Munich. Namun, apabila Carlo Ancelotti menterjemahkan corak permainan serangan balas pantas menyaksikan Real Madrid terserlah musim lalu dengan menumpaskan Bayern 5-0 pada separuh akhir Liga Juara-Juara dan menyingkirkan Barcelona pada final Copa del Rey. Sumber: AFP
TOP
Kerajaan Anjur Bajet Gender Bulan Depan
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menganjurkan pertemuan dengan kumpulan fokus bagi membincangkan bajet gender, bulan depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. “Kami akan mulakannya dengan persekitaran ekonomi, dan apa yang perlu dikembangkan dari segi prospek dalam ekonomi global. “Kemudian kami akan memasuki bidang lain, termasuk jenis bajet dan dasar gender,” katanya. Ahmad Husni berkata walaupun kerajaan tidak mempunyai masalah dengan isu-isu wanita di negara ini, terutama dari segi tenaga kerja dan pendidikan, kerajaan masih mahu mendengar keperluan kumpulan ini. Kini terdapat lebih 70 peratus wanita di universiti dan ramai kaum wanita bekerja, katanya. “Dari segi bajet gender, berbanding beberapa negara lain, wanita mereka tidak boleh ke hospital, tidak diberikan peluang pekerjaan dan pendidikan. “Ekosistem kita berbeza berbanding negara lain seperti Afrika. Namun elok kita bincangkan,” katanya kepada pemberita di luar Sidang Kemuncak Perbankan Malaysia. Mengenai defisit bajet, Ahmad Husni berkata, negara ini berada pada kedudukan untuk mencapai pengurangan 3.5 peratus dalam defisit bajet tahun ini. “Kita patut mencapai 3.5 peratus tahun ini dan tahun depan, kita dapat tiga peratus, dipacu oleh pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan,” katanya. Ahmad Husni berkata, pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan, rasionalisasi subsidi akan menyediakan hasil tambahan kepada kerajaan, dan pendapatan ini boleh digunakan untuk pembangunan ekonomi negara. Sumber: BERNAMA
TOP
Masalah Tekanan Gas Punca Gangguan Bekalan
KOTA KINABALU – Masalah pada tekanan gas yang disalurkan kepada Stesen Janakuasa Bebas (IPP) Kimanis Power Sdn Bhd (KPSB) pada 8.14 pagi hari ini mengakibatkan stesen berkenaan tidak dapat menjana tenaga elektrik buat sementara waktu. Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), dalam kenyataan di sini hari ini, memaklumkan akibat kejadian itu, kira-kira 90 MegaWatt (MW) tenaga elektrik telah hilang daripada Sistem Grid Sabah dan dianggarkan 10 ribu pengguna ataupun dua peratus daripada keseluruhan pengguna berdaftar telah terputus bekalan elektrik seketika. “Bekalan elektrik telah dapat dipulihkan secara berperingkat di sebahagian kawasan bermula pada 8.26 pagi pada hari ini,” menurut kenyataan itu. Menurut SESB, antara kawasan yang terjejas adalah Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu, Kudat, Beaufort, Keningau, Tenom, Sandakan, Lahad Datu, Tawau dan Wilayah Persekutuan Labuan. Berikutan kejadian itu, pihak SESB terpaksa melaksanakan catuan bekalan kecemasan terhadap beberapa kawasan di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi menampung permintaan bekalan elektrik sedia ada. Justeru, pengguna dinasihat segera menghubungi talian Hotline 15454 ataupun 088-515000 sekiranya kawasan mereka terputus bekalan elektrik. Sumber: BERNAMA
TOP
Penganggur Mengaku Salah 14 Pertuduhan Menipu
KUALA TERENGGANU – Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas 14 pertuduhan menipu dan memperdaya orang awam sebagai pegawai Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam). Syed Ahmad Fadzli Syed Ali, 43, berasal dari Marang, didakwa melakukan perbuatan berkenaan pada Mac 2013 hingga Februari tahun ini di sekitar Kuala Terengganu. Mengikut fakta kes, tertuduh yang menyamar sebagai pegawai Maidam memperdaya mangsa yang berusia antara 22 hingga 60 tahun membabitkan kerugian RM21,100. Syed Ahmad Fadzli memperdaya mangsa untuk mempercayai tertuduh boleh menguruskan barangan lelongan Maidam seperti seperti motosikal, mesin membuat karipap serta bantuan pembelian rumah dengan mengenakan bayaran tertentu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan dengan sebatan serta boleh didenda jika sabit kesalahan. Majistret Noradila Ab Latif menetapkan dua hari iaitu 22 Jun dan 24 Jun untuk sebutan semula dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM46,500 dengan seorang penjamin. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP L. Rathna manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Sumber: BERNAMA
TOP
PPD Besut Lancar Ops Ponteng Sekolah
BESUT – Pejabat Pendidikan Daerah Besut melancarkan Ops Banteras Ponteng Sekolah dengan menggerakkan 25 tenaga guru bimbingan dan kaunseling dengan dibantu 200 Pembimbing Rakan Sebaya ke seluruh daerah itu bermula hari ini. Ops berkenaan digerakkan ke lima zon membabitkan pekan Kampung Raja, bandar Jerteh, Kuala Besut, Alor Lintang, Jabi dan Hulu Besut. Pegawai Pelajaran Daerah Ab Halim Hassan memberitahu ops ’1Besut Benci Ponteng’ itu mula bergerak ke lokasi yang dikenal pasti menjadi tumpuan pelajar ponteng dengan menyebarkan risalah dan maklumat yang perlu dihubungi kepada orang ramai. Katanya antara sasaran pasukan Ops Benteras Ponteng itu adalah kedai kopi, pasar, pusat komuniti, pasar tani, pasar raya dan siber kafe. Sumber: BERNAMA
TOP
Wanita Maut Kereta Bertembung Van Di Kota Tinggi
KOTA TINGGI – Seorang wanita maut selepas kereta Perodua Kenari yang dipandunya bertembung sebuah van jenis Datsun di Kilometer 26 Jalan Kulai-Kota Tinggi dekat sini hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Deputi Superintenden Low Hong Seng berkata dalam kejadian itu, Rosmawati Hussein, 48, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu van, Samsudin Sadon, 40, cedera parah. “Dalam nahas kira-kira pukul 9.50 pagi itu, mangsa dipercayai dari arah Kota Tinggi menuju ke Kulaijaya. “Mangsa dipercayai hilang kawalan lalu masuk laluan bertentangan sebelum bertembung dengan van terbabit,” katanya ketika dihubungi hari ini. Mangsa meninggal dunia akibat parah di bahagian leher dan badan manakala Samsudin patah kedua-dua kaki sementara isterinya, Noremy Hasbullah, 35, hanya cedera ringan. Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Ramun, Kulaijaya. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sumber: BERNAMA
TOP
Perjalanan Dua Bot Karam Mungkin Diurus Ejen Sama - APMM
Kapten Maritim Hamid Mohd Amin
PELABUHAN KLANG: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tidak menolak kemungkinan dua bot yang karam di perairan Air Hitam, Pulau Carey dan perairan Sepang diuruskan ejen yang sama. Pengarah Operasinya, Kapten Maritim Hamid Mohd Amin berkata ini kerana kedua-dua kejadian berlaku dalam tempoh selang beberapa jam dan menggunakan laluan yang hampir sama menuju ke Tanjung Balai, Indonesia. "Kita bagaimanapun masih menyiasat kemungkinan itu kerana mangsa yang menaiki bot tidak kenal orang yang uruskan perjalanan mereka dan mereka hanya berhubung melalui telefon bimbit sahaja. Telefon bimbit mereka pula sudah hilang ketika kejadian," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat APMM Klang di sini Khamis. Dalam kejadian di Beacon Api Gila, perairan Sepang, sembilan warga asing dipercayai rakyat Indonesia dikhuatiri hilang manakala 18 lagi dapat diselamatkan selepas bot pancung yang dinaiki mereka terbalik kira-kira pukul 5 pagi semalam (18 Jun). Beberapa jam sebelum itu, sebuah bot yang membawa 97 pendatang warga Indonesia karam di perairan Sungai Air Hitam, Pulau Carey kira-kira pukul 12.30 pagi. Hamid berkata kesemua 27 penumpang bot pancung yang karam di perairan Sepang dipercayai dalam perjalanan pulang ke kampung mereka untuk meraikan awal Ramadan. Beliau berkata kejadian dipercayai berpunca daripada cuaca buruk berikutan angin bertiup kencang selain faktor terlebih muatan berikutan bot itu hanya mampu memuatkan maksimum 10 penumpang. Hamid juga berkata pihaknya masih menyiasat sama ada kesemua 27 penumpang bot pancung itu mempunyai dokumen perjalanan yang sah atau sebaliknya. "Apapun mangsa yang terselamat ini kita beri mereka rehat, makan dan pemeriksaan perubatan terlebih dahulu. Selepas itu baru kita jalankan siasatan lanjut," katanya. Beliau berkata pihaknya akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat baki mangsa yang masih hilang sehingga ditemui dengan kekuatan 40 anggota serta melibatkan empat kapal, sebuah helikopter dan sebuah pesawat. Sumber: mStar
TOP
Bot karam: 20 mangsa ditemui, 7 masih hilang
Mayat dijumpai dalam tragedi bot karam. PELABUHAN KLANG - Sejumlah 20 mangsa ditemui manakala tujuh lagi masih hilang dalam kejadian terbaharu bot pancung yang membawa 27 warga Indonesia yang karam di Beacon Api Gila, perairan Sepang, kelmarin. Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia Klang, Leftenan Komander Maritim Mohd Hambali Yaakup berkata, enam daripada mereka kini dirawat di Hospital Banting dan Sungai Buloh. "Tiada mangsa lemas ditemui setakat ini, tujuh masih hilang, " katanya dalam sidang akhbar. Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal, bot pancung terbabit bertolak dari Morib, Banting pukul 3 pagi ini menuju ke Tanjung Balai, Indonesia. Kejadian itu berlaku dalam tempoh 24 jam selepas tragedi bot karam yang membawa 97 pendatang warga Indonesia di perairan Sungai Air Hitam, Pulau Carey kelmarin. Sementara itu, Duta Besar Luar Biasa dan Berkuasa Penuh Kedutaan Indonesia di Malaysia Herman Prayitno dalam sidang akhbar sama berkata, pihaknya sudah menghubungi waris keluarga seorang mangsa kejadian bot karam di perairan Sungai Air Hitam. Herman menasihati semua rakyat Indonesia yang tinggal di Malaysia supaya tidak menggunakan laluan haram untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi mengelak berlakunya sebarang tragedi. Sumber: BERNAMA
TOP
Piala Dunia: Gerrard menyesal kesilapan gol kedua Uruguay
Statistik perlawanan Uruguay-England
SAO PAULO: Kapten England, Steven Gerrard menyesal di atas kesilapan olehnya yang membuka ruang kepada Uruguay merakamkan gol kemenangan, awal pagi tadi. Pemain tengah berusia 34 tahun itu turut menyuarakan betapa faktor kekurangan pengalaman menyentap cabaran pasukan. Pada firasatnya mereka kini memerlukan satu keajaiban untuk terus kekal dalam perjuangan di Piala Dunia kali ini. Gerrard tersalah agak ketika menanduk bola dari tengah sebelum ia disambar oleh Suarez - rakan sepasukannya di Liverpool - untuk merembat masuk gol kedua - sekali gus mengesahkan kemenangan 2-1 untuk Uruguay dalam saingan Kumpulan D. “Saya cuba mencari ketepatan ketika menanduk dan saya gagal,” katanya yang beranggapan satu mata untuk England mungkin satu keputusan yang adil selepas menyamakan kedudukan ketika permainan berbaki 15 minit ditamatkan. Keputusan itu menyaksikan England gagal mengutip sebarang mata ketika Itali, Costa Rica dan Uruguay masing-masing sudah menghimpun tiga mata. Tapi andai Itali menewaskan Costa Rica dan Uruguay, England mungkin akan layak. Apa pun, Gerrard berkata jaringan yang membocori gawang England adalah kehambaran benteng pasukan sendiri. “Kami harus bertanggungjawab sebagai satu pasukan di atas kekalahan ini,” katanya. Dia turut menambah tiada apa yang menghairankan kejayaan Suarez menjaringkan dua gol dalam perlawanan itu. “Kami tahu. Ia bukan satu kejutan,” katanya. “Setiap pemain mengerti kemampuan Suarez. Dia memiliki dua peluang dan mengautnya dengan baik. Dia masih berbisa seperti dulu walaupun tidak beraksi lima minggu.” Sumber: AFP
TOP
Colombia Pecah Rekod 20 Tahun Tanpa Aksi Pusingan kedua
Pemain-pemain Colombia meraikan kemenangan ke atas Ivory Coast.
PASUKAN Colombia mengukuhkan kedudukan teratas bagi Kumpulan C selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Ivory Coast pada aksi Piala Dunia, Jumaat. Pada aksi pertama sebelum ini, pasukan kendalian Josa Pekerman ini turut menewaskan Greece 3-0. Dengan kedudukan selesa ini, Colombia mencatat sejarah tersendiri apabila layak beraksi pada pusingan kedua buat kali pertama sejak tahun 1994. Colombia tidak beraksi dalam tiga edisi Piala Dunia sebelum ini (2002,2006,2010) kerana gagal melepasi pusingan kelayakan. Sementara itu, pada perlawanan ini, separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang berhati-hati sehingga gagal meledak sebarang gol. Namun rentak permainan pada babak kedua kedua lebih rancak dengan menyaksikan serangan pantas ke kubu Ivory Coast. Pemain tengah Colombia, James Rodriguez berjaya memecah kebuntuan gol pertama perlawanan pada minit ke-64. Enam minit selepas itu, James Quintero menambah gol kedua dengan menewaskan penjaga gol Ivory Coast, Baubacar Barry selepas menerima hantaran dari Aurier. Selepas itu pemain tengah Ivory Coast merapatkan jaringan pada minit ke-73 selepas berjaya menggelecek tiga pemain lawan sebelum melakukan penyudah tepat ke arah gawang. Sehingga wisel terakhir, keputusan kekal berpihak kepada Colombia. Colombia akan bertemu pasukan Jepun pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan Selasa ini. Senarai pemain:
COLOMBIA:Ospina, Zapata, Yepes, Sanches, Armero, Aguilar, Gutierrez, Rodriguez, Cuadrado, Ibarbo, Zuniga
IVORY COAST: Barry, Boka, Zokora,Tiote, Gervinho, Bony, Gradel, Auriel, Yaya Toure, Serey, Bamba
Sumber: mStar
TOP
Pekerja maut, 3 cedera gas bocor
Chukai: Seorang pekerja maut manakala tiga rakannya mengalami sesak nafas selepas terkena gas bocor ketika sedang membaik pulih paip gas di loji gas Petronas di Kertih, di sini, malam tadi. Dalam kejadian jam 11.15 malam itu, mangsa, Muhammad Firdaus Hassan, 26, bersama tiga rakannya rebah di lantai sebaik terkena semburan gas yang bocor itu. Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Che Suza Che Hitam berkata, hasil siasatan polis mendapati mangsa yang cedera di muka dan leher itu meninggal dunia di tempat kejadian. "Mangsa dibawa keluar dari kawasan loji berkenaan kira-kira jam 2.30 pagi selepas melepasi beberapa kawalan keselamatan pihak Petronas sebelum mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat. "Jenazah mangsa yang berasal dari Kampung Pulau Serai, Dungun itu dituntut ibu bapanya kira-kira jam 9.00 pagi untuk urusan pengebumian," katanya. Sumber: myMetro
TOP
Tukar Agama: Kabinet Arah Peguam Negara Campur Tangan
PETALING JAYA: Kabinet meminta Pejabat Peguam Negara dan agensi-agensi berkaitan untuk mengkaji penyelesaian kepada isu kontroversi berkaitan persetujuan sebelah pihak mengenai isu agama kanak-kanak di bawah umur. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, Kabinet masih menunggu maklum balas daripada Peguam Negara mengenai terjemahan Perlembagaan Persekutuan daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris yang menimbulkan kontroversi. "Perkara ini antara yang dibincangkan dalam meyuarat Kabinet lalu. Kami masih menunggu pandangan Peguam Negara mengenai perkara itu. "Terdapat pelbagai pandangan mengenainya dan kita akan bincang dan kaji apakah penyelesaian terbaik," katanya selepas melancarkan program InvestSMART Suruhanjaya Sekuriti di Taylor University pada Khamis. Isu persetujuan sebelah pihak untuk menukar agama kanak-kanak kembali tercetus apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberitahu Parlimen pada Selasa bahawa kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk meminda mana-mana undang-undang berhubung perkara itu. Jamil Khir memberi contoh kes Shamala Sathiyaseelam vs Dr Jeyaganesh Mogarajah, apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa persetujuan sama ada ibu atau bapa adalah mencukupi untuk menukar agama anak. Khairy berkata pendirian Kabinet adalah konsisten dengan menghormati dan mengutamakan agama asal ibu bapa pada masa perkahwinan. "Walau bagaimanapun sangat jelas kita menghadapi beberapa isu dalam tafsiran Perlembagaan Persekutuan dan itulah sebabnya kita perlu untuk menilainya kembali," katanya. Sumber: mStar Online
TOP
Gangguan bekalan air: 18 kawasan di KL terlibat
KUALA LUMPUR - Sejumlah 17,500 akaun pengguna Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) di 18 kawasan sekitar ibu kota mula mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual. Kenyataan Syabas hari ini menyebut gangguan bekalan air itu disebabkan penurunan paras air di kolam-kolam utama yang menerima bekalan air daripada Loji Rawatan Air Sungai Langat. Ia berkata masalah itu timbul berikutan permintaan air yang tinggi yang telah melebihi kapasiti bekalan. Kawasan yang terlibat adalah Jalan Lapangan Terbang Lama (TUDM), Sungai Besi, Chan Sow Lin, Wisma Putra, Belemy, Kerayung, Jalan Sanpeng, Dataran FNN, seluruh Taman Seputeh dan Bukit Seputeh. Selain itu, kawasan lain adalah Jalan Syed Putra, Taman Segar, Pandan Perdana, Pandan Indah, Taman Kencana, Maju Jaya, Lembah Maju dan Taman Tayton View. "Pengguna di kawasan yang tidak terjejas dengan gangguan bekalan air itu diminta sentiasa menggunakan air secara berhemah bagi mengelakkan pembaziran," katanya. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian paip pecah atau bocor supaya menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syabas iaitu PUSPEL di talian bebas tol 1-800-88-5252. Sumber: Sinar Online
TOP
Bot karam: 20 mangsa ditemui, 7 masih hilang
Mayat dijumpai dalam tragedi bot karam.
PELABUHAN KLANG - Sejumlah 20 mangsa ditemui manakala tujuh lagi masih hilang dalam kejadian terbaharu bot pancung yang membawa 27 warga Indonesia yang karam di Beacon Api Gila, perairan Sepang, kelmarin. Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia Klang, Leftenan Komander Maritim Mohd Hambali Yaakup berkata, enam daripada mereka kini dirawat di Hospital Banting dan Sungai Buloh. "Tiada mangsa lemas ditemui setakat ini, tujuh masih hilang, " katanya dalam sidang akhbar. Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal, bot pancung terbabit bertolak dari Morib, Banting pukul 3 pagi ini menuju ke Tanjung Balai, Indonesia. Kejadian itu berlaku dalam tempoh 24 jam selepas tragedi bot karam yang membawa 97 pendatang warga Indonesia di perairan Sungai Air Hitam, Pulau Carey kelmarin. Sementara itu, Duta Besar Luar Biasa dan Berkuasa Penuh Kedutaan Indonesia di Malaysia Herman Prayitno dalam sidang akhbar sama berkata, pihaknya sudah menghubungi waris keluarga seorang mangsa kejadian bot karam di perairan Sungai Air Hitam. Herman menasihati semua rakyat Indonesia yang tinggal di Malaysia supaya tidak menggunakan laluan haram untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi mengelak berlakunya sebarang tragedi. Sumber: BERNAMA
TOP
"Sudah-Sudahlah Rita Jangan Asyik Cari Salah" - Aidil Zafuan
Aidil berang Zarema dituduh menjadi punca dia tidak berjumpa dengan anak-anaknya. Foto kredit WCP PETALING JAYA: Pemain bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan berasa kesal dengan sikap bekas isterinya, Rita Rudaini Mokhtar yang tidak habis-habis mencari salah termasuklah memburukkan isterinya iaitu Zarema Zainal kerana dikatakan menjadi punca dia tidak menjenguk dua orang anaknya sejak mendirikan rumah tangga pada Mac lalu. Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 27, yang menghubungi mStar Online berkata, sebagai seorang suami, dia perlu mempertahankan isterinya daripada tuduhan-tuduhan yang dilemparkan Rita kepada pihak media pada Rabu lalu. Malah Aidil yang juga pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) turut berharap penjelasan yang diberikannya ini sedikit sebanyak dapat membersihkan nama baiknya dan isteri yang selama ini sering dikecam masyarakat. Rita dan Aidil sah bercerai talak satu pada 5 September 2013 di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan selepas lima tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna yang berusia tiga tahun.
Berikut ini penjelasan hati Aidil kepada mStar Online:
Betul ke Zarema tidak benarkan kamu berkomunikasi dengan Rita seperti yang Rita perkatakan?
Saya sebenarnya terkejut apabila Rita mengaitkan isteri saya (Zarema) dalam masalah kami. Apabila dah jadi macam ini saya perlu mempertahankan isteri saya yang tidak ada kena mengena pun dengan perkara ini. Selama ini isteri saya tidak pernah menghalang saya untuk berjumpa dengan anak-anak. Saya terkejut apabila Rita menuduh isteri saya pula menyekat (block) aplikasi WhatsApp dan WeChat saya agar tidak dapat berhubung dengannya. Rasanya tuduhan Rita itu sudah melampau. Andai kata memang benar WhatsApp dan Wechat disekat, SMS (sistem khidmat pesanan ringkas) kan ada?
Kenapa dia tak boleh SMS atau telefon saya terus? Apabila Rita membuat kenyataan kepada media, ia telah memburukkan nama baik isteri saya yang mana dia turut dihentam oleh orang ramai di laman sosial.
Rita juga berkata sejak Aidil berkahwin dengan Zarema pada Mac lalu, Aidil langsung tak jenguk anak-anak?
Diakui memang sejak berkahwin ini, saya tidak berkesempatan berjumpa dengan anak-anak kerana saya kini menetap di Johor. Sebab itu saya jarang jumpa anak-anak. Tetapi saya ada tanya khabar mereka kepada Rita. Dia yang tidak balas mesej saya. Masa anak saya, Arjuna sakit pun dia tidak beritahu.
Saya dapat tahu pun selepas Rita memuat naik gambar anak di Instagram dan apabila saya mesej dia tanya betul ke anak masuk hosiptal?
Dia tak jawab pun.
Oh... Iya ke? Aidil bengang dengan sikap Rita itu?
Sebagai ibu kepada ana-anaknya, dia mesti beritahu saya apa-apa masalah berkaitan dengan anak-anak. Tetapi dia buat tak tahu sahaja. Dan kemudian lain pula jadinya apabila orang hentam dan tuduh saya langsung tidak pedulikan anak.
Kenapa dia mesti burukkan nama saya?
Itu yang membuatkan saya lagi geram. Di mahkamah, saya mengalah dan beri hak penjagaan anak-anak kepada dia. Tetapi apabila anak sakit, dia tak cakap apa-apa pun kepada saya.
Kesal dengan tindakan Rita?
Saya memang kesal dengan sikapnya yang tidak sudah-sudah mahu memburukkan saya. Saya menghubungi kamu (mStar Online) pun bukan sengaja mahu cari publisiti. Saya tak ada tempat untuk luahkan perasaan. Saya bukannya artis. Tetapi apabila nama saya tidak sudah-sudah diburukkan dan sekarang ini dia mahu babitkan Zarema sekali, rasanya ia agak melampau. Dari dulu sampai sekarang dia selalu memburukkan nama saya. Pada hal isteri saya tidak masuk campur tentang perkara ini.
Bagaimana dengan isu nafkah anak-anak?
Kalau nak tahu, ada masanya Zarema yang tolong masukkan nafkah anak-anak (bank-in) kerana saya sibuk dengan kerja. Tak kisahlah orang nak cakap saya bapa yang bertanggungjawab atau tidak. Biar Allah yang menilaikannya. Sudah-sudahlah nak memburukkan saya. Biarkan saya dengan kehidupan baru. Jika benarlah dia masih tidak berpuas hati dengan saya kononnya saya tidak bertanggungjawab terhadap anak-anak, tunjuk buktinya. Saya dah penat dah asyik kena cacian daripada orang sahaja. Adakah Aidil akan mengambil sebarang tindakan terhadap Rita berkenaan isu ini? Tuduhan itu lebih ditujukan kepada isteri saya. Sekiranya isteri mahu mengambil tindakan, terpulang kepada dia. Sumber: mStar Online
TOP
13 Mayat Mangsa Tragedi Bot Karam Ditemui Setakat 7 Malam Ini
Anggota keselamatan mengangkat salah seorang mangsa yang terselamat dalam kejadian bot karam di Jeti Kelanang di Kuala Langat, Khamis. -fotoBERNAMA
KUALA LANGAT – Dua lagi mayat mangsa tragedi bot karam di perairan Kuala Sungai Air Hitam di sini ditemui petang ini, menjadikan 13 mangsa ditemui lemas setakat ini dalam tragedi Selasa lalu. Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Azman Abdul Razak berkata mayat dua lelaki berumur 30-an itu ditemui di persisiran Pantai Morib dan Pulau Carey 5 petang tadi. “Tiga belas mayat iaitu 10 lelaki dan tiga wanita ditemui setakat ini sejak insiden itu berlaku Selasa lepas,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. Beliau berkata mayat dua lelaki itu yang tidak mempunyai sebarang dokumen itu ditemui 5 petang tadi, manakala seorang lelaki dan seorang wanita ditemui selamat di perairan Pantai Air Hitam yang menjadikan jumlah mangsa selamat sebanyak 63 orang setakat hari ini. “Usaha mencari dan menyelamat 21 lagi individu diperluaskan kepada lima zon meliputi 25 batu nautika dan tertumpu di zon B iaitu dari Kuala Sungai Langat menghampiri Sungai Air Hitam. “Pagi ini kita jumpa mangsa yang masih hidup di kawasan zon B jadi kita percaya peratusan menjumpai mangsa di tempat itu tinggi,” kata Azman. Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya dengan kerjasama agensi-agensi maritim dan Jabatan Bomba dan Penyelamat dapat meneruskan operasi pada malam ini berikutan keadaan cuaca baik. Azman berkata setakat ini masih tiada waris atau keluarga mangsa menuntut atau membuat pengecaman mayat. Unit anjing pengesan turut digunakan dalam operasi mencari mangsa namun dihentikan sementara berikutan tiada sebarang penemuan mangsa. Skuad penyelam juga belum diaktifkan kerana tiada keperluan namun ia masih dalam perbincangan, katanya. Beliau turut menafikan khabar angin kononnya terdapat sindiket negara jiran yang menggunakan ‘teknik’ membawa masuk kayu paya bakau ke negara ini namun sebaliknya mereka membawa keluar warga asing secara haram. “Dalam usaha membanteras kegiatan tersebut, kita (polis) juga sedang mengenal pasti ‘laluan tikus’ yang digunakan sindiket untuk menjalankan kegiatan haram itu,” katanya. Sementara itu, seorang daripada mangsa bot karam di perairan Sungai Air Hitam yang masih hilang hilang dikenali sebagai Kasmawati, 36, didakwa menggunakan perkhidmatan itu kerana terdesak selepas dipaksa berkahwin oleh seorang lelaki yang turut memukulnya. Sepupu kepada mangsa, Maryana Madan, 52, berkata, adik sepupunya itu mempunyai pas lawatan yang tamat tempoh dan disebabkan itu dia cuba meninggalkan negara ini secara haram. Katanya, mangsa yang bekerja sebagai tukang masak di Kuala Langat itu masuk ke negara ini secara sah tetapi pas lawatannya telah tamat sejak setahun lalu. “Dia sering mengadu kepada saya seorang lelaki memaksanya berkahwin sehingga memukulnya dan mahu kembali ke Aceh, Indonesia. “Saya ada menasihatnya untuk kembali ke Aceh secara sah, tetapi dalam diam-diam dia telah menaiki bot tersebut. Maryana berkata, dia bagaimanapun reda jika adik sepupunya itu ditemui meninggal dunia. “Sekiranya dia ditemui mati, saya berhasrat untuk membawa pulang jenazahnya ke Indonesia untuk dikebumikan,” katanya. Sumber: mStar
TOP
Pusat Pelacuran Terbesar Indon Ditutup
Pusat pelacuran terbesar Indonesia, Dolly, yang terletak di Surabaya, Jawa Timur ditutup buat selama-lamanya pada Rabu malam (18 Jun). Penutupan Dolly disusuli dengan perhimpunan di bangunan Pusat Islam di Surabaya dan dihadiri Menteri Sosial, Salim Segaf Al Jufri; Gabenor Jawa Timur, Soekarwo; Datuk Bandar Surabaya Tri Rismaharini, anggota majlis perundangan wilayah, ulama, pelacur dan penduduk yang tinggal di sekitar kawasan Dolly. “Apa yang perlu dikekalkan adalah sesuatu yang positif. Jika tidak positif, maka tidak perlu untuk mengekalkannya,” Salim dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Antara semasa perhimpunan pada Rabu. Beliau memuji pihak berkuasa berkaitan yang bersedia menutup kawasan Dolly yang bukan sahaja sebagai pusat pelacuran terbesar di Indonesia tetapi juga di rantau Asia Tenggara. “Kami telah berusaha keras sejak dua hingga tiga tahun lepas bagi menangani isu ini,” kata Salim. Perhimpunan pada Rabu juga disusuli dengan perisytiharan oleh masyarakat tempatan yang berikrar untuk menjadikan kawasan itu bebas daripada pelacuran. Perisytiharan itu dibuat secara hitam putih dan ditandatangani wakil-wakil penduduk tempatan. Sementara itu, Soekarwo menghargai keputusan untuk menutup kawasan Dolly. “Ini berupa usaha kemanusiaan. Apabila datuk bandar Surabaya Risma mencadangkan untuk menutup Dolly, Saya meluluskan cadangannya,” kata Soekarwo. Ketika ditanya tentang rancangan untuk menghantar pulang bekas pelacur Dolly ke kampung masing-masing, Soekarwo berkata pihak berkuasa tempatan menyediakan pembiayaan bgi rancangan itu. Ekoran penutupan kawasan Dolly, pihak berkuasa berkaitan seperti Kementerian Sosial dan kerajaan wilayah Jawa Timur memberi pampasan berjumlah 1.5 bilion Rupiah kepada pelacur Dolly dan penduduk yang terlibat dengan keputusan itu. – BERNAMA
TOP
Iraq Minta Bantuan Udara AS Perangi Pemberontak
WASHINGTON – Iraq meminta bantuan udara Amerika Syarikat bagi memerangi pemberontak sunnah selepas kumpulan itu menawan beberapa bandar utama dalam kemaraan pantas yang menghancurkan tentera kerajaan syiah. Namun, Jeneral Martin Dempsey, Pengerusi Ketua Turus Bersama Tentera AS, tidak memberi jawapan apabila ditanya pada pendengaran Kongres sama ada Washington akan bersetuju dengan permintaan itu. Baghdad menyatakan ia mahu serangan udara AS ketika puak pemberontak yang diketuai pejuang Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), mara ke kawasan penapisan minyak terbesar Iraq. Presiden Iran pula menyatakan kemungkinan campur tangan dalam peperangan sektarian itu yang mungkin merebak ke seluruh Asia Barat. “Kami menerima permintaan daripada kerajaan Iraq untuk bantuan kekuatan udara,” kata Dempsey semasa pendengaran Senat di Washington. Ditanya sama ada AS patut memenuhi permintaan itu, beliau berkata: “Ia adalah kepentingan keselamatan negara kita untuk memerangi ISIL di mana sahaka kita menemui mereka.” Menurut pegawai AS, permintaan Iraq itu termasuk serangan dron dan peningkatan pemantauan dron yang sudah mengawasi negara itu sejak beberapa waktu lalu. Sumber: Reuters
TOP
Saudi longgar syarat imam
Individu berkelayakan berpeluang menjadi imam di Arab Saudi. RIYADH - ARAB SAUDI. Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi membuka peluang kepada individu berkelayakan untuk menjadi imam sepanjang Ramadan ini. Jurucakap kementerian, Salman Al-Atawi berkata, kebenaran bersyarat itu harus dari kalangan pekerja Persatuan Kebajikan Hafalan al-Quran. “Segala syarat tertakluk pada peraturan ketat kementerian. Azan pula masih kekal dengan syarat lama iaitu hanya dilaungkan warga tempatan”, katanya. Menurutnya, keputusan itu dibuat bagi membenarkan imam bercuti ketika Ramadan. “Azan pula akan diperlahankan supaya tidak mengganggu penduduk sekitar,” katanya. Tahun lalu, Saudi mengeluarkan peraturan, semua tugasan imam dan azan hanya boleh dilakukan warga tempatan. Sementara itu, jemaah haji diingatkan kekal berwaspada terhadap penularan virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers) sungguh pun berlaku penurunan angka jangkitan. Jurucakap kementerian kesihatan berkata, jemaah dinasihatkan mengambil langkah pencegahan di negara masing-masing sebelum tiba ke nagara ini, laporan dipetik dari Arab news. Sumber: Arab News / Sinar Online
TOP
Gambar naga putih adalah model, bukan hidup
Hari ini kecoh juga di laman sosial dimana seorang lelaki menemukan bangkai naga putih di kawasan kediamannya. Menurut New Malaysian Post, Sebenarnya naga putih tersebut adalah model naga dalam satu pertunjukan dan diletakkan dalam satu pertunjukkan. Bagaimanapun, tidak dinyatakan secara terperinci di mana lokasi pertunjukan tersebut, cuma ada khabar mengatakan ianya di China. Gambar di bawah menunjukkan proses pembikinan naga yang didakwa beberapa blog ditemui di negara kita. Pasti kisah ini mengemparkan seketika, maklumlah banyak mitos mengenai penemuan naga yang diceritakan diseluruh dunia.
Sumber: New Malaysian Post
TOP
2014: 26 kes buang bayi dilaporkan
KUALA LUMPUR – Sebanyak 26 kes pembuangan bayi dilaporkan di seluruh negara pada suku pertama tahun ini, sidang Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Pembangunan, Wanita dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu lima kes, diikuti Sabah empat kes dan Sarawak dan Negeri Sembilan masing-masing tiga kes. Azizah menjawab soalan Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) di sini, hari ini yang bertanyakan statistik dan tindakan kerajaan untuk membendung isu berkenaan. Tambahnya sejak 2011 hingga 2013, 46 wanita telah diambil tindakan kerana kesalahan membuang bayi. Bagaimanapun jenis tindakan dan golongan umur wanita tidak diberitahu dengan terperinci. Azizah yang juga anggota Parlimen Beaufort berkata buat masa ini kementerian masih tidak mempunyai statistik kes pembuangan bayi hasil hubungan antara wanita tempatan dan lelaki pendatang asing. Bagi menangani isu pembuangan bayi, kementerian kini mempunyai tujuh program antaranya memperkenalkan Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan pada 2009, katanya. Selain itu, Program Pendidikan Kesihatan Reproduksi dan Sosial (Pekerti) juga diperkenalkan pada 2012 sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah dengan menyasarkan murid Tahun enam, pelajar Tingkatan tiga dan Pendidikan Khas. “Pada 2012, 2,376 pelajar daripada 33 buah sekolah mengikuti program ini. Projek ini terus dilaksanakan pada 2014 dengan mengadakan kursus Training for Trainers (TOT) pada September 2014 kepada tiga buah sekolah rendah, menengah dan pendidikan khas,” katanya. Sumber: BERNAMA
TOP
Wanita bunuh suami kerana dendam 40 tahun
TOKYO: Polis semalam menahan seorang suri rumah berusia 79 tahun yang didakwa memukul suaminya sehingga mati kerana menjalin hubungan sulit dengan wanita lain 40 tahun lalu. Menurut jurucakap polis, Yoshiko Suzuki menggunakan ‘objek seperti kayu’ untuk menyerang suaminya, Masaharu, 79, di rumah mereka di bandar Nakai, 60 kilometer ke barat Tokyo, Ahad lalu. “Suami saya kehilangan kerjayanya 40 tahun lalu kerana menjalinkan hubungan sulit dengan seorang wanita. Hal ini menyebabkan kami sering bertengkar,” kata suspek kepada penyiasat. Polis pernah meleraikan satu pertengkaran di antara mereka September lalu. Pasangan berkenaan hidup bersama anak mereka berusia 43 tahun yang keluar membeli-belah ketika kejadian. Yoshiko ditahan atas tuduhan serangan yang menyebabkan kematian dan kesnya diserahkan kepada pendakwa raya di wilayah Kanagawa. Tahun lalu seorang wanita Jepun memukul suaminya yang berusia 70 tahun hingga mati dengan cawan selepas mengetahui lelaki berkenaan menjalinkan hubungan sulit. Sumber: AFP
TOP
Penganggur Dipenjara 15 Bulan Curi Fius Elektrik TNB
KUALA LUMPUR – Akibat cuba mencuri satu fius elektrik dan memiliki 40 fius elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) seorang penganggur terpaksa meringkuk dalam penjara selama 15 bulan. Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Rafi Mohamed, 39, selepas tertuduh mengaku bersalah. Dia didakwa cuba mencuri fius elektrik dan memiliki 40 fius TNB dalam sebuah guni di Lorong Petaling 2, Jalan Petaling, dekat Dang Wangi, di sini pada 6.50 pagi, semalam. Bagi kesalahan itu Mohd Rafi didakwa mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara maksimum tujuh tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali. Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon dijatuhkan hukuman ringan kerana perlu menjaga ibu yang merupakan orang kurang upaya (OKU). Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Ooi Chean Ling memohon agar hukuman yang setimpal dikenakan sebagai pengajaran. Sumber: BERNAMA
TOP
Tersepit di Celah Batu Gergasi - Ibarat filem 127 Hours
Seorang wanita telah diselamatkan oleh pasukan bomba selepas dia tersengkut pada celah batu gergasi. Menurut Daily Mail Online, tragedi itu berpunca apabila wanita berkenaan cuba untuk menyelinap menerusi batu tersebut. Kejadian ini ibarat sebuat filem bertajuk 127 Hours yang mana tangan pelakonnya tesepit di celah batu dan terpaksa dipotongnya sendiri dengan pisau kerana tidak dapat meminta bantuan. Bagaimanapun wanita ini bernasib baik kerana kejadian ini berlaku di kawasan terbuka dan boleh dilihat oleh orang ramai.
Sumber: Daily Mail Online
TOP
Rapid Penang Mula Sistem Bayaran Tanpa Tunai Tahun Depan
GEORGETOWN – Rapid Penang akan memulakan sistem bayaran tanpa tunai bermula tahun depan bagi meningkatkan kecekapan pengangkutan awam itu di negeri ini. Ketua Pegawai Operasi Rapid Penang, Mej (B) Mohd Shukri Abdul Rahman berkata menerusi kaedah pembayaran baharu itu, orang ramai boleh memilih untuk menggunakan e-tiket atau kad Touch ‘n Go yang boleh ditambah nilai mengikut keperluan semasa. “Sebanyak 400 buah bas terlibat di 46 laluan di seluruh Pulau Pinang, bagaimanapun, sistem pembayaran tunai dengan kadar tambang biasa masih boleh digunakan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran tempat duduk penuh bagi perkhidmatan bas pengantara khas transit (Best) oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow di sini hari ini. Menerusi sistem itu, pengguna perlu menyentuh kad pembayaran semasa menaiki bas dan jumlah maksimum tambang akan dipaparkan menerusi skrin manakala kadar sebenar akan ditolak selepas penumpang menyentuh kad ketika keluar dari bas, katanya. Terdahulu, Chow berkata Best dimulakan sejak 2011 khusus untuk mengambil dan menghantar penumpang dari Seberang Perai ke kawasan Zon Industri Bebas di Bayan Lepas secara percuma dari Isnin hingga Jumaat. Perkhidmatan itu kini menawarkan 41 tempat duduk berbanding sebelum ini iaitu 70 peratus duduk dan 30 peratus lagi penumpang berdiri. Beliau berkata ia melibatkan peruntukan kerajaan negeri RM1.9 juta setahun melibatkan 17 bas dengan anggaran 900 penumpang setiap hari dengan operasi bermula 5.30 pagi hingga 8.10 pagi dan 4.30 petang hingga 7.30 malam. Chow berkata langkah penambahan tempat duduk itu dibuat susulan maklum balas penumpang yang mengemukakan isu kekurangan tempat duduk bagi perjalanan kira-kira 45 minit melalui Jambatan Pulau Pinang itu. “Tempat duduk ini lebih selamat kerana dilengkapi tali pinggang keledar. Usaha ini juga diharap dapat menggalakkan orang ramai menggunakan kenderaan awam untuk ke tempat kerja,” katanya. Sumber: BERNAMA
TOP
5 Sekeluarga Nyaris Maut Rumah Hangus Terbakar
KUANTAN – Lima sekeluarga nyaris maut setelah rumah mereka hangus dalam kebakaran yang berlaku di FELDA Bukit Goh di sini, hari ini. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, Anuar Hassan, berkata semua penghuni rumah sempat melarikan diri sebelum api marak membakar kediaman mereka dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi. “Sebaik menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 9.09 pagi, tiga jentera dari Balai Bomba Kuantan dan Indera Mahkota dengan kekuatan 10 anggota bergegas ke tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau berkata, api berjaya dikawal kira-kira setengah jam kemudian. Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. Sumber: BERNAMA
TOP
Polis P.Pinang Tahan 12 Bookie Judi Piala Dunia 2014
GEORGETOWN – Polis Pulau Pinang menahan 12 ‘bookie’ perlawanan bola sepak Piala Dunia 2014 dalam serbuan berasingan di seluruh negeri ini dari 13 Jun hingga semalam. Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata mereka termasuk seorang wanita, yang berusia antara 28 dan 60 tahun, didapati menganjurkan kegiatan perjudian menerusi pelbagai saluran melibatkan wang pertaruhan dari RM100 hingga RM2,000. “Ada kaki judi yang membuat pertaruhan secara dalam talian, menerusi telefon bimbit atau berurusan terus dengan bookie terbabit,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. Beliau berkata sebanyak 11 serbuan dibuat di kafe, kedai kopi dan rumah di Bukit Tengah Bukit Mertajam, Butterworth, Batu Maung dan Sungai Nibong. Dalam serbuan itu, polis merampas wang tunai berjumlah RM8,971, jadual perlawanan bola sepak, sebuah komputer riba, dua iPad, 19 resit pertaruhan dan 10 telefon bimbit. Thaiveegan berkata kesemua yang ditahan tidak mempunyai rekod jenayah dan sembilan daripadanya dibebaskan dengan jaminan polis manakala tiga lagi dalam proses reman. Polis menubuhkan tujuh pasukan khas yang diselia Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC Mazlan Kesah di bawah ‘Ops Soga’ yang dilancarkan bermula 26 Mei lepas hingga 13 Julai ini. Beliau berkata pemantauan berterusan akan dilakukan tanpa mengira waktu dan lokasi berikutan perlawanan berprestij itu menjadi tumpuan ramai peminat bola sepak terutamanya kaki judi. Beliau turut meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang kegiatan berunsur pertaruhan di kawasan mereka dengan menghubungi balai polis berhampiran. Sumber: BERNAMA
TOP
Kenyataan Isu Gambar Blogger Syuhada Baharudin Meninggal Dunia
Kenyataan balas isu gambar Syuhada Baharudin meninggal dunia. Pada awal pagi tadi, pihak kami telah mengeluarkan artikel berkenaan blogger Syuhada Baharudin telah menghembuskan nafas terakhir pada rabu 18 Jun 2014. Dalam artikel tersebut, kenalan rapat kepada blogger terbabit telah meminta agar foto Allahyarhamah Syuhada Baharudin yang tidak bertudung dapat dipadam. Tujuannya adalah untuk menjaga aib Allahyarhamah Syuhada Baharudin yang telah kembali ke Rahmatullah akibat terlantar koma sejak seminggu yang lalu. Pihak kami berharap agar blogger yang telah berkongsikan artikel dari laman web kami awal pagi tadi dapat membuang foto Syuhada Baharudin (tanpa bertudung) dan digantikan dengan foto dibawah. Sumber: Melvister.com
TOP
Penganjur Festival Muzik Sambut Baik Cadangan Guna Anjing Pengesan Di Konsert
KUALA LUMPUR: Penganjur Future Music Festival Asia (FMFA) mengalu-alukan cadangan Kementerian Dalam Negeri untuk menggunakan anjing bagi mengesan dadah di acara-acara muzik. Ketua Pegawai Eksekutif The Livescape Group, Iqbal Ameer mengalu-alukan dan memuji kesediaan kementerian untu bekerja dan bekerjasama erat dengan penganjur festival muzik. "Keutamaan kami apabila menganjurkan acara berskala besar adalah aspek keselamatan dan keselamatan pengunjung. "Walau bagaimanapun, tidak banyak yang penganjur boleh lakukan, dan kita sentiasa berkata bahawa perlu ada kerjasama yang lebih erat dengan pihak berkuasa untuk menghasilkan persekitaran yang lebih selamat dan menyeronokkan untuk pengnjung acara," katanya dalam satu kenyataan melalui e-mel kepada The Star, Khamis. Iqbal berkata demikian sebagai tindak balas terhadap Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang berkata di Parlimen bahawa anjing pengesan mungkin digunakan untuk mengesan dadah di festival muzik, jika perlu, pada masa akan datang. Dr Wan Junaidi berkata aspek keselamatan di acara-acara seperti itu akan menjadi lebih ketat berikutan kes di mana enam orang, yang berusia antara 21 dan 28 tahun meninggal dunia akibat pengambilan dadah berlebihan di FMFA, Mac lalu. Selepas kejadian itu, penganjur FMFA memutuskan untuk membatalkan hari terakhir acara tersebut. Iqbal berkata, industri bagi acara yang diadakan secara langsung adalah penting terhadap negara kerana ia terbukti berkesan dalam menarik jumlah besar kedatangan pelancong. "FMFA sahaja, dalam tempoh tiga tahun, telah menarik lebih 40,000 pelancong yang telah datang ke negara ini khusus untuk festival yang diadakan, menyumbang lebih RM150 juta dalam pendapatan pelancongan," katanya. Beliau berkata FMFA juga dikenali sebagai festival muzik terbesar di Asia Tenggara dan telah berjaya meletakkan Malaysia pada peta dunia sebagai destinasi muzik secara langsung yang berdaya maju. Sumber: mStar
TOP
Polis Yang Tertuduh Dalam Kes Altantuya Ditangkap Khalwat
Azilah Hadri ketika perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam dalam kes Altantuya pada 2011.
KUALA LUMPUR: Seorang daripada tertuduh dalam kes pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006, Cif Inspektor Azilah Hadri, pada Khamis ditangkap khalwat bersama seorang anggota polis wanita. Mereka dikatakan ditangkap oleh suami wanita terbabit yang juga seorang anggota polis pada kira-kira pukul 2 pagi di perumahan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang. Ketua Polis Daerah Sepang Supt Mohd Yusoff Awang ketika dihubungi Bernama mengesahkan tangkapan khalwat itu. Katanya, Azilah, anggota Unit Tindakan Khas dan wanita tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor atas pertuduhan khalwat dan polis juga telah membuka kertas siasatan untuk tindakan tatatertib terhadap mereka. "Perkara ini masih dalam siasatan pihak polis," katanya. Isnin ini, Azilah sepatutnya hadir ke Mahkamah Persekutuan bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan dan pelepasannya bersama seorang lagi tertuduh dalam kes itu, Koperal Sirul Azhar Umar, 43. Kedua-dua mereka didakwa membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam, antara 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006. Sumber: mStar
TOP
Tiada Kebarangkalian Tutup MAS Buat Masa Sekarang – Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tidak timbul isu kebarangkalian kerajaan akan menutup syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines (MAS), buat masa ini. Beliau berkata walaupun MAS mencatat kerugian, hala tuju syarikat itu masih belum diputuskan, dan implikasi kewangan kepada kerajaan adalah berdasarkan keputusan yang akan ditentukan hasil kajian Khazanah Nasional Bhd, sebagai pemegang saham terbesar. “Pihak Kerajaan telah membincangkan isu kerugian MAS dan telah memutuskan Khazanah segera menjalankan kajian mendalam bagi mengenal pasti punca kerugian MAS dan opsyen penyelesaian terbaik. “Khazanah, selaku pemegang saham terbesar MAS, telah pun memulakan kajian berkaitan prestasi masa lampau dan prestasi semasa syarikat penerbangan itu. “Hasil kajian akan dibentangkan kepada Lembaga Pengarah Khazanah sebaik sahaja ia dimuktamadkan bagi membolehkan hala tuju MAS ditentukan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Lim Guan Eng (DAP-Bagan) pada persidangan Dewan Rakyat pada Khamis. Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, meminta Najib, selaku Menteri Kewangan, menyatakan sama ada syor menutup MAS merupakan pelan pemulihan kewangan MAS, yang mengalami kerugian RM4.1 bilion, sejak tiga tahun lalu. Beliau juga meminta Najib memberi butiran kerugian sepanjang tempoh ini, kesan negatif penutupan MAS kepada pekerja, pemilik saham serta kerugian yang akan ditanggung Kerajaan daripada aspek geran dan jaminan kewangan yang diberikan. Perdana Menteri berkata MAS mencatatkan kerugian pada 2011, dengan kerugian bersih sebanyak RM2.52 bilion ekoran kelembapan pasaran industri penerbangan, terutama bagi perkhidmatan kargo. Selain itu, peningkatan kos operasi merangkumi kos bahan api dan kos bukan bahan seperti peruntukan pemulangan pesawat, peruntukan susut nilai pesawat kargo, dan peruntukan usang, turut menjadi faktor kerugian. Namun, Najib berkata melalui pelaksanaan langkah-langkah strategik dalam pelan perniagaannya yang komprehensif, MAS berjaya memulihkan prestasi kewangan syarikat dan mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM431 juta pada 2012, berbanding RM2.52 bilion pada tahun sebelumnya. Bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2013, Najib berkata MAS mencatat peningkatan hasil sebanyak 10 peratus kepada RM15.1 bilion berbanding RM13.8 bilion pada tahun sebelumnya, berikutan peningkatan jumlah trafik penumpang. “Bagaimanapun, MAS masih mencatat kerugian selepas cukai sebanyak RM1.174 bilion. “Kerugian ini disebabkan peningkatan kos bahan api, kejatuhan nilai Ringgit Malaysia berbanding dolar US dan kos pemulangan pesawat,” katanya. Bagi tempoh suku pertama tahun ini pula, Najib berkata MAS mencatat kerugian sebanyak RM443 juta berbanding kerugian RM279 juta pada tahun sebelumnya. “Lebihan kapasiti pasaran menyebabkan tekanan kepada struktur kadar tambang dan mengurangkan hasil syarikat,” kata Perdana Menteri. Sumber: BERNAMA
TOP
2 plan strategik untuk pulihkan MAS dari muflis
MAS tidak boleh dimufliskan. MAS bukanlah JAL yang mana setiap pekerjanya sakan menghafal setiap bait-bait ‘JAL Philosophy’ setebal 125 muka surat yang dikarang oleh CEO JAL- Kazuo Inamori. Di Malaysia, sebarang tindakan drastik seperti memotong gaji sebanyak 30%, membuang pekerja seramai 16 ribu dan memotong duit pencen akan menyebabkan kerajaan bertukar. Oleh yang demikian cadangan memufliskan MAS dengan harapan ia akan ‘restart’ baru adalah hanya cantik di atas kertas. Tetapi MAS boleh dipulihkan. Di dunia ini kebiasaannya syarikat penerbangan yang diwujudkan kmempunyai dua model. Pertama kerana ingin memenuhi aspirasi negara. Kedua kerana ingin buat duit. Jika MAS menjalankan tanggungjawabnya untuk negara, ia akan terbang di laluan yang tidak popular seperti KL-Almaty (Kazakhstan) atau KL-Moscow (contoh sahaja). Laluan ini hanya merugikan wang ringgit tetapi menguntungkan dari segi hubungan diplomatik. Secara tidak langsung pelancong yang datang ke Malaysia juga datang dari pelbagai pelusuk dunia. Tetapi jika MAS hanya terbang di laluan yang popular dan tidak mengutamakan ‘connectivity’, ia boleh untung seperti Delta dan American Airlines. (Amerika tidak mempunyai syariakt penerbangan nasional). Atau jika MAS menjadi penerbangan tambang murah, ia juga akan untung seperti Ryan Air, Easy Jet dan AirAsia. Etihad dan Emirates adalah syarikat penerbangan nasional UAE yang menguntungkan. Tetapi ini negara arab di mana dana bukan satu isu. Sebab itu Emirates boleh tempah 140 unit Airbus A380 yang bernilai RM900 juta setiap satu. Etihad juga berupaya menjadikan airbus A380 mereka sebuah apartment 3 bilik di tingkat atas. Qatar Airways pula ada menyediakan kapal terbang yang 100% kerusi ‘kelas perniagaan’. Itupun masih tidak untung. Tetapi setidak-tidaknya ia menyediakan ‘connectivity’ di Doha. Singapore Airlines bukanlah syarikat penerbangan yang untungnya besar. Ada masa rugi juga. Tetapi tidaklah rugi sepanjang masa. Di eropah, kebanyakan syarikat penerbangan nasional seperti British Airways, AirFrance, KLM pula sudah sedikit sebanyak beroperasi seperti penerbangan tambang murah kerana persaingan dan kos. Untuk penerbangan dalam Eropah, bagasi kena beli asing. Mendarat pun di lapangan terbang tambang murah yang terpencil. Menyedari hakikat ini, MAS mesti mengubah model bisnes mereka. Model bisnes yang dimaksudkan adalah model perniagaan syariakt itu sendiri seperti apa matlamatnya, bagaimana ingin bersaing dengan penerbangan tambang murah, bagaimana hendak kurangkan kos, apakah sasaran pasaran mereka, etc. Ia bukannya model bisnes sekadar nak nampak cantik dalam buku akaun. Jual aset, sewa kapal terbang, creative accounting hanya boleh bertahan untuk setahun dua. Untuk sepuluh dua puluh tahun bagaimana? Ada beberapa idea yang boleh dipertimbangkan selain daripada memufliskan atau ‘bail out’ syarikat ini. Pertama, MAS perlu mencari rakan strategik yang ada ‘poket tebal’, menyediakan ‘connectivity’, menjimatkan kos dan berpengalaman memulihkan syarikat penerbangan. Untuk itu Khazanah boleh menjual 20-30% kepentingannya di dalam MAS kepada Etihad Airways.
Mengapa Etihad?
Model bisnes Etihad adalah menambahkan ‘connectivity’ dengan membeli saham syarikat penerbangan lain. Mereka tidak menyertai ailliance seperti OneWorld dan Star Alliance. Menariknya, 5 daripada 7 rakan ekuiti Etihad adalah syarikat penerbangan nasional. Sudah jelas di era ‘Open Skies’ sekarang, industri penerbangan sangat kompetitif. Setakat ini, Etihad mempunyai akses kepada laluan domestik dan serantau di Ireland, UK, Germany, Switzerland, Serbia, Eropah Tengah, India dan Australia melalui model bisnes ‘rakan ekuiti’. Jika MAS menjadi rakan ekuiti Etihad, kesemua laluan ini boleh diakses oleh penumpang MAS. Penumpang Etihad dan rakan ekuiti yang lain pula boleh mendapat ‘connectivity’ MAS di Malaysia dan Asia Tenggara yang mana setakat ini masih belum disediakan Etihad. Etihad juga akan ‘leverage’ kesemua rakan ekutinya untuk mendapatkan harga yang kompetitif bagi item seperti makanan, hiburan, servis kapal terbang dan latihan anak kapal. Ini akan mengurangkan kos MAS. Namun yang menarik dengan langkah ini adalah- walaupun Etihad memegang ekuiti di dalam penerbangan tersebut, ia masih mengekalkan warga tempatan untuk menguruskan syarikat. Imej dan branding syarikat juga dikekalkan bagi memastikan identiti negara tersebut. Sebab itu Aer Lingus masih menggunapakai warna hijau Irish dan kekal diapnggil Aer Lingus. Maknanya walaupun MAS menjadi rakan ekuiti Etihad, MAS boleh mengekalkan identiti Malaysia misalnya baju batik krew kapal. Tetapi langkah ini ada harganya. Sanggupkah kita menjual sebagian kecil kepentingan syarikat nasional negara kepada syarikat luar? Bagi sesetengah pihak, ini soal maruah. Jika tidak sanggup, langkah kedua adalah alternatif terbaik iaitu dengan membahagikan MAS kepada dua entiti- satu entiti premium bagi laluan jarak jauh dan juga destinasi tidak popular untuk mempromosi Malaysia dan satu lagi entiti hibrid untuk bersaing dengan penerbangan tambang murah di laluan-laluan popular di doemstik dan serantau. Langkah ini perlu memandangkan majoriti penduduk rantau Asia dan Malaysia adalah golongan menengah. Mereka memilih berdasarkan harga, bukannya sentimen nasional. Sebab itu rantau ini juga mempunyai begitu banyak penerbangan tambang murah. Dan MAS terbang di laluan-laluan mereka. MAS tidak boleh berterusan menawarkan harga rendah hanya untuk menambahkan penumpang. Jika tidak, tak hairanlah MAS rugi RM2 juta sehari kerana kos lebih tinggi dari pendapatan. Strategi load active, passive yield hanya boleh berjaya jika MAS diuruskan seperti penerbangan tambang murah. Hakikatnya tidak sekarang. Jadikan Firefly sebagai penerbangan yang benar-benar mencabar AirAsia dan Malindo. Ubahsuai pesawat MAS kepada Firefly. Laluan domestik dan serantau MAS berikan kepada Firefly. MAS hanya fokus di laluan jarak jauh yang tidak mempunyai AirAsia. Langkah ini sudah dihuraikan panjang lebar di dalam artikel sebelum ini di sini. Baca juga temu bual bersama Tan Sri Abdul Aziz di sini yang juga bersetuju dengan langkah membahagikan MAS kepada dua entiti. Sumber: Mat Rodi
TOP
“Saya Akan Terus Berkhidmat Sebagai Timbalan Kepada PM”
KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata beliau akan terus berkhidmat sebagai timbalan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, selagi khidmatnya diperlukan. “Setakat hari ini, tak ada apa-apa pun perkara yang dibangkit melibatkan kedudukan saya,” kata beliau. Semalam, laman blog dan media sosial melaporkan kemungkinan Muhyiddin berundur bagi memberi perhatian kepada usaha memulihkan Umno. Ia juga timbul berikutan desas-desus rombakan Kabinet yang mungkin dilakukan Perdana Menteri khususnya untuk membawa masuk pemimpin daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA dan Gerakan. “Rombakan Kabinet adalah hak perdana menteri. Kemungkinan akan berlaku sebab beliau dah nyatakan akan bawa masuk beberapa pemimpin parti politik dari MCA dan Gerakan,” katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Antarabangsa Majlis Sains Asia Ke-14 di sini, hari ini. Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata khabar angin itu mungkin timbul berikutan hubungan baik beliau dalam kerajaan khususnya dengan Perdana Menteri, selain tidak menolak ekploitasi sesetengah pihak terhadap kedudukan kerajaan yang bertambah kukuh selepas Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lepas. “Kedudukan saya terserah kepada beliau (perdana menteri), tapi selama masa saya berada dalam Kabinet, beliau dah biasa berbincang dengan saya,”katanya. Menurutnya hubungan baik antara beliau dan Perdana Menteri juga membolehkan apa-apa perbincangan dilakukan dari hati ke hati. “Kalau ada apa-apa berkaitan masa depan saya pun, saya akan bincang dengan Perdana Menteri juga,” katanya. Muhyiddin bagaimanapun mengingatkan semua pihak mengenai pentingnya kestabilan parti dan kerajaan yang akan menjurus kepada kestabilan negara. “Kestabilan negara bergantung kepada keupayaan kita untuk mewujudkan kerjasama yang kukuh, dan apa juga spekulasi tidak boleh membawa kesan buruk kepada mana-mana pihak. “Bagi saya keutuhan kerajaan dan kekukuhan Umno dan BN itu yang utama. Jangan mereka salah baca, kononnya boleh berjaya cetuskan keadaan tidak menentu untuk eksploitasi keadaan,” katanya. Justeru, Muhyiddin meminta semua pihak khususnya anggota Umno dan BN untuk memahami tujuan sebenar di sebalik khabar angin yang ditimbulkan itu. “Mungkin sebab sengaja nak timbulkan spekulasi supaya wujud satu keadaan ketidakstabilan atau pertembungan puak-puak dalam parti atau kerajaan saya dengan sesiapa yang lain supaya boleh menangguk di air keruh dan dapat faedah daripadanya,” katanya. Beliau juga yakin anggota parti yang mahir dan bijak membaca keadaan politik negara tidak akan mudah dipengaruhi khabar angin yang dibawa pihak tidak bertanggungjawab. Sumber: BERNAMA
TOP
TERKINI: Bot Pancung Karam Di Perairan Sepang, 9 Hilang
PELABUHAN KLANG – Sebuah bot pancung membawa 27 warga Indonesia karam di perairan Sepang awal pagi tadi, tidak sampai 24 jam selepas sebuah bot yang cuba membawa keluar 97 warga republik itu karam di perairan Kuala Langat. Ketua Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Leftenan Komander Mohd Hambali Yaakup, berkata bot pancung yang itu cuba keluar melalui Pantai Morib ke Tanjung Balai kira-kira 3 pagi. “Bot pancung ini terbalik di kawasan Beacon Api Gila di perairan Sepang. Pihak kami berjaya menyelamatkan 18 orang dan sembilan masih hilang. Salah seorang yang kami selamatkan cedera parah di bahagian perut,” katanya pada sidang media di ibu pejabat APMM di sini, sebentar tadi. Sumber: BH Online
TOP
Seorang Melayu Murtad Bengang Ibu Solat, Mengaji
KUALA TERENGGANU – Seorang penganggur tergamak mengugut mahu membunuh ibunya hanya kerana bengang dengan wanita itu menunaikan solat dan mengaji al-Quran setelah mendakwa dirinya telah mengamalkan serta bertukar agama kepada Kristian. Ismail Mansor, 34, dari Kampung Sungai Ikan, Tepoh, di sini, mengaku salah melakukan ugutan jenayah iaitu mengancam hendak mendatangkan cedera kepada ibunya, Mek Azizah Yusof, 55, dengan niat menyebabkan mangsa merasa cemas di Mahkamah Majistret, di sini, semalam. Kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan itu dilakukan di kediaman mereka di Kampung Sungai Ikan, Tepoh, di sini, pada 13 Jun lalu, kira-kira jam 9 malam. Susulan pengakuan bersalah itu, anak kedua daripada tiga beradik itu berdepan hukuman penjara selama boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan. Bagaimanapun, Majistret Nurunaim Abdullah menetapkan 1 Julai depan sebagai tarikh jatuh hukum dan membenarkan Ismail diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin. Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda. Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, semasa ibu malang itu berada di rumah menonton televisyen, secara tiba-tiba datang Ismail yang hendak menghentak kepalanya dengan lesung batu sambil berkata ‘aku hendak bunuh mu’ beberapa kali. Terkejut melihat keadaan anaknya yang seperti dirasuk, suri rumah terbabit terus melarikan diri masuk ke dalam bilik tidurnya sebelum mengambil keputusan melarikan diri ke rumah jiran bagi mendapatkan bantuan. Difahamkan, Ismail bertindak sedemikian kerana marah dan melarang mangsa solat serta mengaji kerana mendakwa telah mengamalkan dan bertukar agama kepada Kristian. Bimbang keselamatan diri dan ahli keluarga pada masa akan datang, mangsa membuat laporan polis dan susulan itu pada 15 Jun lalu, kira-kira jam 2.15 pagi, Ismail ditangkap di rumahnya. Sumber: Sinar Online
Labels:
Berita Terkini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment