Sunday, June 1, 2014
Berita Terkini 01 June 2014
TOP
Kerajaan setuju bina pagar di Sungai Golok
Ahmad Zahid Hamidi
JELI - Kerajaan bersetuju untuk membina pagar keselamatan di sepanjang Sungai Golok di Kelantan sebagai satu daripada kaedah membanteras aktiviti penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pagar sepanjang 126 kilometer itu perlu dibina segera walaupun ketika ini kos dan tarikh pembinaannya masih dalam perbincangan. Beliau berkata, perbincangan telah dibuat antara KDN, Unit Pencegah Penyeludupan dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi tujuan itu dengan spesifikasi pembinaannya akan ditentukan JPS. "Apa pun ia tertakluk kepada Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Kewangan untuk menentukan bila pelaksanaannya," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Bunga di sini, hari ini. Setakat ini kos belum ditentukan lagi dan beliau berharap kerjasama pintar antara swasta dan kerajaan dapat merealisasikan pembinaannya secepat mungkin. Ahmad Zahid berkata, terdapat beberapa syarikat swasta telah memberi cadangan untuk membantu membina pagar berkenaan yang akan dilengkapi sistem radar bagi menangani masalah pembolosan terutama kawasan yang dikenali sebagai laluan tikus. Katanya selain itu kementeriannya juga akan menyelesaikan masalah koordinasi antara agensi penguatkuasaan dan Angkatan Tentera Malaysia yang kini mengambil alih tanggungjawab utama penjagaan sempadan itu. "Kita akan selesaikan masalah koordinasi kerana agensi itu juga mempunyai peranan dan bidang kuasa tertentu dalam memastikan sempadan kita terkawal tanpa pembolosan," katanya. Pada perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata siasatan terhadap kes seorang anggota tentera yang melepaskan tembakan di Lahad Datu pada 28 Mei lepas telah dijalankan dan individu terbabit akan dikenakan tindakan undang-undang. Dalam kejadian kira-kira 4.45 pagi itu, seorang anggota tentera dipercayai melepaskan beberapa das tembakan untuk meleraikan kekecohan yang berlaku di hadapan sebuah kedai dan tembakan itu mengakibatkan Lans Koperal Muhamad Fiffixezapey Mat Hussin, 28, cedera di dada dan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu. Dua orang awam turut cedera iaitu warga Indonesia berumur 31 dan 38 tahun yang bekerja sebagai penjaga kelab malam.
- Bernama
TOP
Peniaga nafi terlibat kes kematian anggota polis
Kenderaan Toyota Wish yang dipercayai merempuh anggota polis sebelum ini dibakar dan ditinggalkan dalam kebun.
GEORGETOWN - Dua peniaga hari ini menafikan dakwaan mereka terlibat dalam kes anggota Unit Rondaan Bermotosikal Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah, 25, yang meninggal dunia selepas motosikalnya dirempuh kereta penjenayah di Parit Buntar, Perak 26 Mei lepas. Peniaga pakaian, Azhar Ramli, 40, berkata beliau berada di rumahnya di Taman Cenderawasih, Butterworth dekat sini ketika kes itu berlaku dan terkejut apabila diberitahu gambarnya tersebar meluas di laman sosial sebagai suspek yang dikehendaki polis sehari selepas kejadian. "Adik ipar (lelaki) saya yang beritahu. Dalam Whatsapp dan Wechat pun orang ada sebar juga. Paling menyedihkan ialah apabila pengguna facebook dan bloggers hentam, maki hamun dah ugut kami macam-macam," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Sementara itu peniaga barangan lusuh Mohd Nizam Ali Hassan, 39, berkata walaupun laporan polis telah dibuat pada 27 Mei lepas gambar mereka terus dikongsi pengguna laman sosial dan masih menerima komen negatif berunsur ugutan sehingga ke hari ini. Beliau berkata hidupnya kini tidak tenteram dan bimbang keselamatan keluarganya terancam apabila gambar yang tersebar turut mempunyai alamat lengkap rumahnya. Pada 28 Mei lepas, Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mat Fauzi Nayan menafikan pihaknya ada mengeluarkan gambar dua peniaga berkenaan dan mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak disahkan terlebih dulu. Azhar dan Mohd Nizam berkata mereka mengenali antara satu sama lain sejak kecil dan hairan bagaimana boleh dikaitkan dengan kes itu sedangkan mereka mendakwa tidak pernah memiliki kereta Toyota Wish seperti digunakan penjenayah terbabit. Mereka berdua turut meminta pihak berkuasa menyiasat jika terdapat penglibatan pihak polis sendiri dalam penyiaran gambar berkenaan dan mempersoalkan bagaimana maklumat peribadi sedemikian boleh didedahkan sewenang-wenangnya. - Bernama
TOP
(GAMBAR) Dua Maut Kereta Terbabas Di Lebuh Raya MEX
Dua maut manakala seorang lagi parah dalam satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta di Km17 arah selatan sebelum kawasan Rehat dan Rawat Seri Kembangan di Lebuhraya MEX kira-kira jam 2 petang tadi. Menurut sumber,kejadian itu berlaku disebabkan kenderaan tersebut dipandu laju lalu terbabas dan merempuh lereng bukit di tepi lebuhraya.Mangsa maut ditempat kejadian manakala seorang lagi dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan.
Sumber: FB Daily Traffic Report
TOP
Anak Abby Minta Farhan Kembali Bersama Ibunya
Pergolakan rumah tangga Abby Abadi dan suaminya, Noor Farhan Che Bakar bukan lagi rahsia apabila pasangan ini telah membawa kes mereka ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, baru-baru ini. Hakim Syarie telah menangguhkan kes pasangan ini sehingga 11 Jun depan sebelum memerintahkan Abby memfailkan satu lagi permohonan bagi mengesahkan terlebih dahulu status lafaz yang dibuat Farhan pada Januari lalu. Ini kerana Abby mendakwa Farhan pernah mengeluarkan kata-kata kepada rakannya bahawa mereka sudah bercerai pada Januari lalu. Sementara itu, dalam pada masa yang sama, anak lelaki sulung Abby, Mohamad Danish Hakim merayu bapa tirinya, Farhan yang dipanggil Abi agar kembali bersama ibunya semula. Menerusi video yang dikongsikan dalam laman Instagram Abby, hari ini, Danish menyatakan kerinduaan terhadap Farhan selain meminta bapa tirinya supaya tidak mengikut rakan-rakannya berpelesaran dengan melakukan aktiviti karaoke dan mengunjungi cyber cafe pada setiap malam. “Abang rindu Abi, Abi jangan ikut geng-geng Abi yang pergi karaoke, cyber cafe malam-malam tu. Itu semua duniawi. Ala, Abi kahwinlah dengan Mama balik. Apalah dosa Mama tu Abi?”, antara ungkapan yang diucap oleh Danish menerusi video tersebut. Hmm, mungkinkah dalam erti kata lain video ini ingin mengatakan yang Farhan gemar berpelesaran sehingga menyebabkan rumah tangga Abby dan Farhan goyah walaupun usia perkahwinan mereka baharu sahaja mencecah 10 bulan? Sumber: Audrey Lee / Mynewshub
TOP
Polis Mungkin Dakwa Ibu Mangsa Kanak-Kanak Dipenggal Kepala
KUALA LUMPUR – Polis sedang melihat kemungkinan akan mendakwa ibu kepada Siti Soffea Emelda Abdullah kerana cuai sehingga mengakibatkan kanak-kanak berusia dua tahun itu dibunuh dengan kejam. Sumber daripada pasukan penyiasatan berkata, mereka mendapati wujud kenyataan bercanggah daripada ibu kanak-kanak malang itu, Siti Salmy Suib, 32, yang mendakwa dia meninggalkan anaknya itu kepada rakannya kerana mahu ke tandas di pusat membeli-belah Kota Raya pada pukul 3 petang. Apabila dia keluar dari tandas lima minit kemudian, Siti Salmy mendakwa anak perempuannya itu tiada bersama rakan-rakannya dan mula mencari anaknya itu. Dia turut mendakwa hanya mengetahui apa yang berlaku selepas polis menghubunginya pada malam kejadian. “Bagaimanapun apabila kami memeriksa rakaman CCTV, kanak-kanak perempuan itu dilihat bermain sendirian apabila suspek melarikan mangsa. “Tidak ada kawan-kawannya disekeliling. Mungkin ada, tapi mereka tidak ada di situ ketika kanak-kanak itu dilarikan. “Kami sedang melihat kembali kenyataan dia, mungkin dia cuba menyembunyikan sesuatu untuk lindungi dirinya,” kata sumber itu. Tambah sumber itu lagi, rakaman CCTV menunjukkan seorang pengawal keselamatan sedang memerhatikan suspek membawa pergi Siti Soffea namun tidak mengambil apa-apa tindakan. Kata sumber berkenaan, menurut hasil rakaman percakapan pengawal keselamatan itu, dia memberitahu bahawa kerap kali melihat kanak-kanak itu dijaga oleh beberapa orang yang berbeza kerana Siti Soffea dan ibunya selalu berada di tempat berkenaan. “Kami mungkin boleh mengaitkan ibu mangsa kerana cuai apabila kertas siasatan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP),” kata sumber itu. Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Meng berkata, polis masih menyiasat motif di sebalik kes pembunuhan kejam itu yang berakhir apabila suspek ditemui mati lemas. Sebelum ini mayat Siti Soffea ditemui dalam keadaan kepalanya terpisah daripada badan berhampiran stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), Jalan Tun Sambanthan kira-kira pukul 9 malam. Polis turut menemui serpihan seramik yang dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa di tempat kejadian. Media sebelum ini melaporkan saksi melihat seorang lelaki merebahkan kanak-kanak tersebut di tepi sungai sebelum menghempaskan sesuatu ke kepalanya dan melakukan sesuatu pada leher mangsa. Sumber: mStar
TOP
Lelaki di tikam kerana makanan di Penang
GEORGETOWN – Kerana makanan… Itulah menjadi punca kepada pertelingkahan antara dua lelaki sehingga menyebabkan seorang daripadanya cedera selepas ditikam di bahagian belakang. Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi di Lorong Love Lane di sini semalam, mangsa yang berusia 39 tahun dikatakan sedang mengambil makanan yang disediakan sebuah badan kebajikan kepada kumpulan gelandangan namun muncul suspek yang tidak berpuas hati dengan tindakannya mengambil makanan di situ. Difahamkan, suspek berusia 34 tahun itu dikatakan tidak berpuas hati dengan mangsa dan mendakwa dia tidak sepatutnya mengambil makanan di situ. Menurut sumber, berlaku pertengkaran antara mereka dan apabila mangsa yang juga pesara tentera memberitahu makanan diberikan itu secara percuma kepada kutu rayau. “Suspek naik berang selepas mendengar jawapan dari mangsa lalu mengambil pisau dan menikam belakang badan mangsa,” katanya. Sumber berkata, keadaan di kawasan itu menjadi kecoh dan orang ramai yang melihat kejadian itu cuba menghalang suspek daripada terus menikam mangsa dan mereka berjaya mengawal keadaan sebelum menahan lelaki terbabit dan menyerahkannya kepada polis. “Mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk menerima rawatan dan dia dilaporkan stabil,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan kejadian itu. Mior Farid berkata, siasatan awal mendapati mangsa berasal dari Melaka manakala suspek pula berasal dari Sabah dan punca kejadian dipercayai akibat salah faham. “Setakat ini kita sudah menahan suspek untuk siasatan dan pemeriksaan awal mendapati dia mengalami masalah mental. “Polis turut merampas dua bilah pisau yang dipercayai digunakan suspek ketika menikam mangsa,” katanya. Sumber: Sinar Online
TOP
Bapa reda pemergian Nurul Emielda
PETALING JAYA: Bapa kepada kanak-kanak malang, Nurul Emielda Nadia Sallehuddin, 7, berkata beliau reda dengan kematian anaknya akibat terjatuh dari tingkat tiga sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur semalam. “Saya reda dengan apa yang berlaku dan semua sudah jelas dalam akhbar, tolong hormati perasaan saya,” katanya ketika ditemui di Ruang Menunggu Bahagian Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, hari ini. Jenazah Nurul Emielda Nadia telah dimandi dan disembahyangkan di surau PPUM pada jam 2 petang sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Puncak Alam. Suasana pilu menyelubungi kawasan unit Forensik di hospital itu apabila ia dipenuhi dengan saudara mara dan rakan-rakan Sallehuddin. Dalam kejadian semalam, Nurul Emielda Nadia maut setelah parah akibat terjatuh dari tingkat tiga di pusat membeli-belah berkenaan. Polis mengesahkan kanak-kanak itu mati akibat kecederaan pada bahagian belakang kepala dan menyifatkan kes itu sebagai kematian mengejut. Sumber: Bernama
TOP
JAIS serbu majlis kahwin
PETALING JAYA : Majlis perkahwinan yang dijalankan mengikut adat dan budaya agama Hindu tergendala apabila diserbu sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana didakwa membabitkan seorang pengantin wanita yang beragama Islam, di sini, pagi tadi. Tinjauan wartawan Harian Metro ke lokasi majlis di Jalan SS 1/25 pada jam 10.30 pagi tadi mendapati kira-kira 50 tetamu sudah tiba di majlis berkenaan sebelum empat pegawai penguatkuasa JAIS tiba untuk melakukan siasatan. Bagaimanapun, keadaan di lokasi terkawal apabila pihak keluarga kedua-dua pasangan pengantin dan tetamu yang hadir memberikan kerjasama kepada pegawai JAIS di samping kawalan ketat kira-kira 10 pegawai dan anggota polis di luar kawasan majlis tersebut. Menurut sumber, perkahwinan antara lelaki beragama Hindu dan pasangannya yang dipercayai beragama Islam dijangka dilangsungkan pada 10.30 pagi dan ia terpaksa dibatalkan selepas pihak berkuasa mendapat aduan bahawa perkahwinan tersebut melanggar undang-undang. “Pihak berkuasa menerima maklumat daripada orang awam bahawa ia (perkahwinan) akan dilangsungkan pada hari ini dan hasil siasatan mendapati maklumat itu tepat dan serbuan telah dijalankan,” kata sumber. Sumber: myMetro
TOP
Ibu Mangsa Rogol Tolak Pampasan Kerajaan
KES rogol beramai-ramai bukanlah sesuatu yang luar biasa di India terutamanya di kalangan mereka yang berkasta rendah. Dalam kes terbaru di Lucknow, India Timur, seorang ibu menolak pampasan kira-kira RM27,000 yang mahu diberikan oleh kerajaan atas kematian anak perempuannya yang berusia 15 tahun akibat dirogol dan dibunuh oleh beberapa lelaki. Sebaliknya, dia mahu para perogol itu dijatuhi hukuman mati atas kekejaman mereka. “Duit tak mampu mengembalikan anak saya, tetapi hukuman gantung ke atas mereka akan menenangkan rohnya,” tegasnya, memetik Daily Mail. Mangsa bersama sepupunya yang berusia 14 tahun bukan sahaja dirogol dan dibunuh, malah mayat mereka digantung di atas sebuah pokok.
Kejadian itu menaikkan kemarahan penduduk kampung yang enggan menurunkan mayat mereka sehinggalah lima suspek termasuk dua anggota polis ditahan, Rabu lalu. Pada masa yang sama, bapa mangsa, Babu Ram, 55, melahirkan rasa kesalnya kerana pihak polis enggan memberi kerjasama sewaktu dia membuat aduan hanya kerana kasta rendah mereka. “Bila ada gadis dirogol di Delhi, orang ramai melakukan protes di jalan-jalan di seluruh negara sehingga keadilan tercapai. Tapi, dalam kes kami, tidak berlaku begitu. Anda tidak boleh bersikap memilih, jika tidak tiada harapan untuk mendapat keadilan,” ujarnya.
Di bawah undang-undang India, perogol boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 20 tahun. Sumber: DailyMail / Elza / Mynewshub
TOP
Anugerah Stail Eh! Nobatkan Awal Selebriti Paling Bergaya
Jumaat lalu telah berlangsungnya majlis Anugerah Stail Eh! 2014 yang dianjurkan oleh majalah gaya hidup urban popular, Eh! yang diadakan di Connexion Nexus, Bangsar. Pengacara popular, Awal Ashaari telah membawa puLang dua trofi iaitu Anugerah Stail Eh! 2014 dan Selebriti Lelaki Paling Bergaya manakala bagi kategori wanita, Nur Fazura telah berjaya menewaskan Sazzy Falak, Bella Dally, Yuna dan Scha Al-Yahya.
Awal dan Scha turut memenangi kategori Pasangan Selebriti Pilihan selain Scha turut dinobat sebagai Selebriti Paling Fotogenik. Pelakon Nabila Huda dan Adi Putra pula masing-masing memenangi anugerah Selebriti Wanita dan Lelaki Paling Seksi sementara Rozita Che Wan dan Keith Foo dinobatkan sebagai Selebriti Wanita Bentuk Badan Cantik dan Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak.
Di bawah merupakan senarai penuh pemenang Anugerah Stail Eh! yang diundi sendiri oleh pembaca majalah tersebut.
Anugerah Stail EH! 2014 – Awal Ashaari
Selebriti Wanita Paling Bergaya – Nur Fazura
Selebriti Lelaki Paling Bergaya – Awal Ashaari
Selebriti Wanita Bentuk Badan Cantik – Rozita Che Wan
Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak – Keith Foo
Selebriti Wanita Paling Seksi – Nabila Huda
Selebriti Lelaki Paling Seksi – Adi Putra
Selebriti Paling Fotogenik - Scha Alyahya
Selebriti Pencapaian Terbaik – Hafiz Suip
Selebriti Pilihan Kulit Majalah - Datuk Siti Nurhaliza
Pasangan Selebriti Pilihan – Awal Ashaari & Scha Alyahya
Jurusolek Selebriti Pilihan – Najeeb Azami
Pereka Fesyen Selebriti Pilihan – Rizman Ruzaini
Model Majalah Pilihan – Deanna Ibrahim
Selebriti Harapan Pilihan – Emma Maembong
Sumber: Audrey Lee / Mynewshub
TOP
Suspek Tembak Ahli Perniagaan Dikenal Pasti
KUANTAN – Pihak polis sudah mengenal pasti suspek yang terbabit dalam kes menembak seorang ahli perniagaan di hadapan sebuah klinik swasta di Jalan Zabidin, Temerloh semalam. Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata keterangan juga sudah diambil daripada beberapa saksi. “Maklumat mengenai suspek yang dipercayai lebih daripada seorang itu sudah kita perolehi dan kita percaya suspek yang masih berada di daerah itu akan diberkas secepat mungkin,” katanya. Beliau berkata siasatan awal mendapati motif kejadian berkaitan dengan urusan perniagaan. Ahli perniagaan berusia 37 tahun itu masih dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh dan dilaporkan dalam keadaan stabil. Mangsa ditembak sebanyak tiga kali di rusuk kiri pada pukul 8.15 malam. Menurut saksi, mangsa dilihat sedang berbual-bual dengan suspek di hadapan klinik terbabit sebelum kedengaran bunyi tiga das tembakan yang menyaksikan mangsa rebah sementara suspek melarikan diri dipercayai dengan sebuah kereta. Sementara itu Sharifuddin berkata sebuah kedai serbaneka 24 jam di Indera Sempurna di sini disamun seorang lelaki bersenjatakan pedang samurai kira-kira 6 pagi tadi. Beliau berkata suspek yang menutup muka dengan kain meluru masuk ke dalam premis tersebut sambil mengacukan pedang samurai kepada seorang pekerja wanita dan mengarahkannya mengeluarkan wang dari kaunter. Suspek turut mengambil beberapa kotak rokok dan sebotol air minuman sebelum melarikan diri dengan motosikal, katanya. Sumber: Bernama
TOP
Emma Bidas Dakwaan Jadi Punca Zizan Kalah ABP
Anugerah Bintang Popular 2013 sudah pun melabuhkan tirainya tujuh hari lalu, namun sehingga ke hari ini masih ramai lagi yang memperkatakan mengenai anugerah yang menobatkan Aaron Aziz sebagai Bintang Paling Popular 2013. Antaranya Emma Maembong didakwa sebagai punca utama kepada kekalahan kekasih hatinya, Zizan Razak yang tercalon dalam lima kategori namun tidak membawa pulang sebarang trofi pada hari tersebut. Ini kerana peminat dikatakan sudah muak dengan kisah cinta mereka yang sering dijaja di dada-dada akhbar serta di portal-portal hiburan. Mengulas mengenai perkara itu, Emma berkata kepada portal Rotikaya, “saya tak boleh nak komen bAnyak tentang hal itu. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Janganlah tuding jari kepada orang lain. Mungkin anugerah itu bukan rezeki dia kali ini”.
Emma juga mengatakan dia tahu banyak peminat yang tidak berapa menyukai hubungan mereka namun pelakon berusia 22 tahun ini enggan mengambil pusing dengan perkara tersebut malah akan sentiasa berfikiran positif dalam menjalankan hubungannya dengan pelawak terkenal itu. “Saya tahu ada juga yang tidak suka hubungan kami. Soal jodoh ini semua ditangan Tuhan. Saya harap peminat-peminat boleh doakan yang berbaik buat kami,” katanya lagi. Kesian juga dengan Emma ni, kekasih kalah pun, namanya teruk dihentam peminat. Alahai, sabar je la Emma, lama-lama diamlah tu mulut mereka. Sumber: Audrey Lee / Mynewshub
TOP
2 Wanita Rentung Dalam Kebakaran Di Kuala Penyu
KOTA KINABALU – Dua wanita rentung apabila rumah mereka di Kampung Kebunau, Kuala Penyu kira-kira 136 kilometer dari sini hangus dalam kebakaran awal pagi tadi. Mangsa dikenali sebagai Aliza Jalal, 49, dan Mariani Husaini, 22, yang ditemui mati berdekatan antara satu sama lain di bahagian pintu utama rumah berkenaan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kuala Penyu, Hairin Sapin berkata mereka dipercayai cuba membuka pintu untuk menyelamatkan diri namun tidak berjaya. Mayat mereka dihantar ke Hospital Queen Elizabeth di sini untuk bedah siasat. Pihak bomba yang menerima laporan kira-kira 1.26 pagi masih menyiasat punca kebakaran. Sumber: Bernama
TOP
Mah Akan Sambung Projek Tebatan Banjir
TELUK INTAN – Bagi Anggota Parlimen Teluk Intan yang baharu Datuk Mah Siew Keong, antara projek utama yang akan dibangunkannya ialah meneruskan projek tebatan banjir yang tertangguh selepas kekalahannya pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008. Projek bernilai RM100 juta yang dirancang untuk dibangunkan dalam lima fasa, hanya mampu dibangunkan sebanyak dua fasa dengan kos RM30 juta, sebelum Mah, yang merupakan anggota Parlimen Teluk Intan sejak Pilihan Raya Umum 1999, kalah pada PRU 2008. Pembinaan kedua-dua fasa itu telah mampu mengurangkan masalah banjir kilat di kawasan bandar dan kampung di Teluk Intan sebanyak 80 hingga 90 peratus. Pihaknya juga akan menyusun semula pelaksanaan janji-janji yang dibuat dalam manifesto parti yang dilancarkan Isnin lepas, kata Mah yang ditemui pemberita selepas berjumpa pengundi di Pasar Besar di sini untuk mengucapkan terima kasih di atas pemilihannya sebagai Anggota Parlimen Teluk Intan. Beliau berkata segala perancangan pembangunan itu memerlukan masa, tetapi akan dilaksanakan secara berperingkat. Mah dalam manifestonya yang memfokuskan tiga perkara utama iaitu transformasi ekonomi tempatan, pelancongan dan pembangunan komuniti berdasarkan kajian yang ianya mampu dilaksana, antara lain berjanji untuk menjadikan Teluk Intan sebagai pusat pertanian moden di daerah Hilir Perak memandangkan ia mempunyai potensi besar di dalam sektor itu. Beliau juga akan berusaha menarik lebih banyak pelaburan ke kawasan itu, terutamanya dalam bidang perkilangan dan pembuatan yang secara tidak langsung akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan, terutama generasi muda. Mah semalam berjaya merampas semula kerusi Parlimen Teluk Intan setelah mengalahkan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti undi yang kecil iaitu sebanyak 238. Mah, 53, memperoleh 20,157 undi berbanding Dyana Sofya, 27, yang mendapat 19,919 undi. Sementara itu, pengundi Teluk Intan yang temui tidak sabar untuk melihat pembangunan dibawa semula ke kawasan ini yang telah tertinggal jauh sejak calon DAP memangi kerusi Parlimen itu pada PRU 2008. Bagi Ahmad Bitan, 65, kini sudah tiba masanya bagi kerajaan pusat berusaha untuk membangunkan semula Teluk Intan supaya dapat menarik generasi mudanya kembali bekerja di sini. “Ramai anak-anak muda terpaksa keluar bandar untuk mencari kerja kerana tidak banyak peluang pekerjaan di sini. Usaha dan janji calon Barisan Nasional (BN) yang berhasrat untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan membuktikan beliau faham akan masalah penduduk,” katanya kepada Bernama. Peniaga pasar tani, A. Antoniamah, 70 berkata beliau berharap wakil rakyat yang baru dapat berkhidmat secara ikhlas kerana penduduk tempatan telah memberi satu lagi peluang kepadanya. “Dia menang membuktikan penduduk Teluk Intan masih yakin dia akan membawa perubahan dan kemajuan. Kita harap dia dapat menunaikan janji-janji dalam manifestonya,” katanya. Peniaga buah, Rohana Hussin, 45 berkata rancangan Mah dalam manifesto dilihat realistik dan boleh dicapai dan bukan sekadar janji-janji kosong terutamanya mewujudkan pusat pertanian moden di daerah Hilir Perak dan memajukan Teluk Intan sebagai pusat makanan. “Kedudukan Teluk Intan strategik yang terletak di tengah-tengah kawasan Pasir Salak, Bagan Datoh, Tapah dan Tanjong Malim. Jika rancangan terperinci dapat dilaksanakan, saya pasti Teluk Intan akan berdiri sama tinggi dengan bandar raya lain seperti Ipoh dan Kampar,” katanya. Suri rumah, Chooi Eng, 58 berkata cadangan membawa sebuah universiti di Teluk Intan amat baik kerana lebih ramai anak muda dapat tinggal dan menyumbang kepada pembangunan di kawasan mereka. “Kita harap peluang yang diberikan itu dapat dihargai wakil rakyat yang baru. Penduduk tempatan amat perlukan pembangunan dan percaya Mah boleh melakukannya kerana dia juga pernah menolong membangunkan kawasan ini,” katanya. Sumber: Bernama
TOP
PRK Teluk Intan: Peratusan Keluar Mengundi Rendah Punca DAP Kalah
Lim Guan Eng
GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa peratusan keluar mengundi yang rendah iaitu 66.5 peratus adalah antara punca parti itu kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan. Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, berdasarkan analisis awal parti itu, DAP kalah kerana tiga sebab, termasuk kemerosotan jumlah pemilih yang mengundi. "Peratusan keluar mengundi menurun kepada kira-kira 66 peratus, iaitu kurang 7,000 hingga 8,000 pemilih, berbanding kira-kira 80 peratus pada pilihan raya umum lalu," katanya selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang acara Penang Run di sini. Beliau berkata, kebanyakan pemilih yang tidak hadir mengundi adalah mereka yang pro pembangkang dan berada di luar kawasan. Katanya, dua faktor lagi yang menyebabkan kekalahan calon parti itu ialah permainan politik Umno ketika berkempen serta hakikat bahawa calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud adalah muka baharu di kawasan itu dan tidak cukup masa membiasakan diri dengan penduduk setempat. Dalam pilihan raya kecil itu, Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi parlimen Teluk Intan apabila calonnya Datuk Mah Siew Keong, yang juga presiden Gerakan, memperoleh majoriti 238 undi setelah mendapat 20,157 undi, manakala Dyana Sofya meraih 19,919 undi. Lim berkata, DAP akan membuat kajian terperinci tentang kekalahannya di Teluk Intan. "Kami tidak menyesal meletakkan calon muda Melayu (Dyana Sofya) di Teluk Intan kerana dia telah mempamerkan prestasi yang boleh dipuji," katanya sambil menegaskan bahawa walaupun kalah, Dyana akan terus berjuang dan berkhidmat kepada penduduk kawasan itu. Sumber: mStar
TOP
Kanak-Kanak Terjatuh Dari Tingkat Tiga Dikebumikan
PETALING JAYA: Kanak-kanak yang meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah pusat beli-belah pada sabtu dikebumikan di Puncak Alam pada Ahad. Nurul Emielda Nadia Sallehuddin, 7, naik ke tingkat ketiga Gardens Mall apabila dia tergelincir dari sudut eskalator kira-kira pukul 2 petang. Ibu bapanya memberitahu polis bahawa mereka telah terlepas pandang terhadap anak mereka itu yang kemudiannya mendengar bunyi dentuman yang kuat di atas lantai aras bawah. Mereka tergamam apabila mendapati anak perempuan mereka terbaring di aras bawah dan bahagian belakang kepalanya hancur. Dilaporkan bahawa Emielda sedang bermain dengan abangnya berhampiran eskalator sebelum tergelincir dan jatuh. Bapanya meminta media menghormati privasi keluarga sambil berjalan ke surau untuk memunaikan solat untuk anak perempuannya. Difahamkan Emielda baru sahaja mula sekolah pada tahun ini. Sumber: mStar
TOP
Pelakon Siti Saleha Buat Solat Hajat Agar Kekasih Peluk Islam
Umum tahu yang pelakon cantik, Siti Saleha sedang hangat bercinta dengan jejaka Mat Salleh sejak beberapa bulan lalu. Cuma masalahnya, kedua-duanya berbeza agama sekaligus menjadi penghalang jika mereka mahu meneruskan hubungan ke peringkat seterusnya, memetik Harian Metro. Dek kerana itu, hampir setiap malam Saleha melakukan solat hajat bagi mendoakan hati kekasihnya itu terbuka untuk memeluk Islam suatu hari nanti. Biarpun hubungan mereka boleh disifatkan sebagai hubungan jarak jauh, pelakon itu merasakan bahawa jejaka itu berbeza daripada mereka yang pernah mendampinginya sebelum ini. Apapun, kami harapkan doa Saleha akan dimakbulkan oleh-Nya dan hubungan ini akan dibawa hingga ke jinjang pelamin. Amin… Sumber: Elza / Mynewshub
TOP
Erma Fatima Beri Restu Suaminya Kahwin Kali Kedua
BUKAN mudah sebenarnya seseorang wanita itu untuk menerima hakikat bahawa dirinya dimadukan oleh sang suami, namun berbeza buat pengarah terkenal, Erma Fatima. Memetik laporan beberapa portal hiburan, suaminya yang juga pengarah, Badaruddin Azmi atau Bade dikatakan telah bernikah buat kali kedua dengan seorang wanita sekitar dua bulan lalu di negara jiran. Majlis resepsinya pula telah diadakan di sebuah hotel di Cherating, Pahang pada 27 Mei lalu. Erma dilihat cukup terbuka dengan perkahwinan Bade dengan menyatakan bahawa dia sememangnya sudah memberi restu dan keizinan buat suaminya itu, menerusi sebuah akhbar mingguan tempatan. Ujarnya lagi, Bade berhak mendapat kebahagian dan dia berhak serta mampu untuk berkahwin lagi. Menyifatkan suaminya itu seorang lelaki dan ayah yang baik dan bertanggungjawab, Erma turut meminta agar tiada pihak di luar sana yang mempersoalkan kisah perkahwinannya itu. Ha, kalau dah begitu kata Erma, jangan pula peminat yang terlebih-lebih emosi ya… Sumber: Elza / Mynewshub
TOP
Kehilangan Warga Britain Dah Dimaklum Pihak Kedutaan
KUANTAN – Polis Pahang telah memaklumkan kepada pihak kedutaan British di negara ini tentang kehilangan seorang warganya di Pulau Tioman pada 27 mei lalu, kata Ketua Polis Negeri, Datuk Sharifuddin Ab Ghani. Sehubungan itu beliau menolak anggapan bahawa pihaknya tidak memaklumkan perkara itu kepada keluarga mangsa dan tidak serius dalam usaha mencarinya. Kini lebih 30 orang pasukan penyelamat yang diketuai Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Johari Jahaya, yang terdiri daripada anggota polis, Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Rela, Jabatan Hutan dan penduduk tempatan sedang giat mencari mangsa, katanya. Anggota sukarelawan itu Gareth David Huntley, 34, didapati hilang apabila pergi bersendirian ke kawasan air terjun Lubuk Teja di pulau itu. Mangsa menetap di chalet Projek Penyu Juara di Kampung Juara di pulau itu. Sharifuddin berkata mangsa didapati membawa semua dokumennya semasa ke ke kawasan air terjun itu. Beliau juga melahirkan rasa hairan kenapa pemilik chalet berkenaan tidak mendaftar nama mangsa semasa dia mendaftar masuk dan menginap. Sumber: Bernama
TOP
Ibu Lelaki British Minta Bantuan David Cameron, Najib Cari Anaknya Yang Hilang Di Tioman
Gareth Huntley
PETALING JAYA: Ibu kepada seorang sukarelawan hidupan liar British yang hilang di Malaysia pada Jumaat terbang ke negara ini untuk menyertai usaha mencari anaknya, lapor Daily Mail. Gareth Huntley, 34, dari London, tidak dilihat sejak pagi Selasa di Pulau Tioman, tempat di mana dia melakukan kerja amal bersama Juara Turtle Project. Menurut laporan itu, ibunya, Janet Southwell berkata dia bimbang anaknya mengalami kecederaan dan tidak dapat bergerak. Dia juga dilaporkan menggesa Perdana Menteri David Cameron memberikan tekanan kepada pihak yang terlibat dalam operasi mencari di Malaysia supaya menggiatkan usaha carian. "Kami memerlukan pasukan carian dan anjing supaya kami boleh membawa pulang anak kami dalam keadaan masih hidup," kata ibu yang dipetik dari dailymail.co.uk Laporan itu juga menyatakan bahawa pada Sabtu, ibunya menggesa David Cameron untuk membuat satu panggilan telefon kepada pemimpin Malaysia sebelum 'kehabisan masa' untuk berbuat demikian. Janet Southwell berkata 'bantuan sebenar' diperlukan untuk mencari Huntley yang memberitahu rakan-rakan projek amalnya di ibu pejabat bahawa dia akan kembali pada pukul 2.00 petang pada hari yang sama tetapi gagal untuk kembali. Dalam pada itu, dilaporkan bahawa dia memberitahu Sky News bahawa tindak balas polis adalah 'sangat perlahan' . Dia berkata: "Penduduk tempatan nampaknya lebih bijak. Mereka keluar mencari dengan cepat, sebaik yang boleh, menelusuri bentuk bumi yang sukar dilalui, tetapi kita difahankam tindak balas polis adalah amat perlahan. Katanya, anaknya itu kini sedang bercuti dan akan memulakan kerja baharu di Singapura minggu depan. Sumber: mStar
TOP
Duit Misteri Tersembunyi Jadi Kegilaan, Mula Tersebar Di Seluruh Dunia
WANG tunai yang tersembunyi di dalam sampul surat coklat pernah diperkatakan tetapi telah berubah dengan adanya Twitter. Seorang ahli perniagaan misteri telah mencetuskan kegilaan dengan menyembunyikan wang kertas £50 di bandar-bandar di seluruh Britain dan mendedahkan lokasinya di laman rangkaian sosial. Dalam masa kurang dari seminggu, eksperimen sosial 'anonymous' itu telah mendapat lebih dari 40,000 pengikut yang kebanyakannya tidak sabar menunggu penghantaran seterusnya. Dermawan misteri itu memberitahu Daily Telegraph bakal membuat penghantaran khas ke London esok, tetapi dengan bungkusan yang mengandungi wang tunai sehingga £200, menjadikan pemburuan wang tunai misteri itu semakin digilai. "Saya telah pun mempunyai beberapa perniagaan di e-dagang yang berjalan begitu baik untuk diri saya," katanya. "Saya mencapai tahap di mana ada begitu banyak barangan yang boleh saya beli dengan wang...saya mendapat lebih berbanding saya sendiri membelanjakan £50 untuk diri sendiri," katanya. "Saya perlu pergi ke luar negara tetapi saya telah menggesa sekumpulan orang untuk memastikan ia terus dijalankan. Ia akan menjadi lebih kerap, tetapi saya tidak mempunyai apa-apa rancangan untuk menghentikannya. "Tidak ada had tentang berapa banyak yang saya akan berikan. Selagi ada minat, saya akan terus melakukannya." Beliau menambah, beliau yakin George Groves akan memenangi perlawanan tinju malam ini menentang Carl Froch, tetapi akan menyembunyikan wang £200 itu di ibu negara jika dia tewas. Dan dia memberitahu Mail Online bahawa beliau berharap projek itu akan berpanjangan. Kegilaan ini bermula di Amerika Syarikat dan mencetuskan adegan penuh kegilaan di Los Angeles pada malam Khamis apabila beratus-ratus orang menggeledah seluruh taman dan perhentian bas dan menyebabkan huru-hara lalu lintas. Ia kemudian telah merebak di seluruh dunia termasuklah di Nigeria, India, Hong Kong dan Belanda. Sampul surat pertama di Britain telah disembunyikan di luar muzium bandar di Leeds pada Rabu dan ditemui kurang dari satu jam kemudian oleh juruelektrik Harry monichan. Kemudian ia ditemui di Manchester pada hari Khamis, Sheffield pada Jumaat dan lokasi di tepi pantai di Brighton Sabtu. Tindakan itu yang mendapat perhatian media membolehkan krew berita tempatan berjaya merakamkan saat-saat sampul surat di Brighton itu ditemui di dalam sebuah bot lama. Guru Sains Sophie Morris, 26, berkata dia berasa bosan dan melihat Facebook di telefonnya apabila dia menyedari sampul surat berada di satu sudut.
Mereka yang menjumpai wang diminta menghantar tweet gambar ke Akaun @HiddenCash_UK dengan hashtag #payitforward. Ada yang sudah mendermakan wang tersembunyi mereka untuk badan amal. Pengasas kegilaan ini di AS, yang telah mengumpulkan 400,000 pengikut Twitter, terpaksa mengeluarkan suatu notis keselamatan dalam kebimbangan terhadap perebutan itu. "Sila berjalan dan memandu dengan selamat. Seorang wanita muda berlari di hadapan kereta saya beberapa hari lalu. Saya akan melakukan yang terbaik untuk memilih lokasi yang selamat, tetapi sila gunakan akal dan berhati-hati," penderma menulis. "Sila hormati diri mereka dan tempat-tempat tertentu yang menjadi lokasi perniagaan di sekitarnya. Berbuat baik dan bergembira antara satu sama lain, kerana itulah tujuan ia dilakukan.' Tetapi penderma yang tidak diketahui ini juga menulis bahawa dia 'tidak mempunyai rancangan untuk menghentikannya' dan mahu 'terus memperluaskannya dan menjadikannya lebih baik'. Penderma itu menambah: "Idea yang lebih besar hanya dengan memberi semula, dari segi kewangan dan rasa seronok untuk berkongsi dengan masyarakat yang telah menjadikan saya kaya-raya." Sumber: mStar
TOP
Padah Seorang Lelaki Kemaruk Pada lembu
CORNWALL, ENGLAND – Seorang lelaki yang gagal mengawal “nafsu” pelik terhadap lembu dihukum penjara selepas dia mengancam untuk membunuh sebuah keluarga yang cuba menghalang berahinya. David Truscott, 43, dilaporkan berulang kali berguling di kandang lembu dalam keadaan bogel untuk memuaskan nafsunya di sebuah ladang di Redruth, Cornwall. Dalam perbicaraan di Mahkamah Exeter Crown semalam, Truscott dikatakan melakukan aksi tidak senonoh itu selama lapan tahun. Mahkamah juga diberitahu, Truscott bertindak membalas dendam ke atas pemilik ladang itu – Clive dan Jackie Roth – apabila mereka menghalang tindakannya itu. Dia yang dipenjarakan pada 2005, 2009 dan 2011 atas tindakan yang dilakukan, berulang kali membakar bangsal, traktor, kandang dan rumput kering di ladang itu. Tahun lalu, dia mengaku mengancam untuk membunuh keluarga Roth dan memusnahkan harta benda mereka. Kini tempoh hukumannya dilanjutkan kepada 10 tahun berikutan laporan pemeriksaan yang dilakukan pakar psikologi ke atasnya. Hakim Philip Wassall memberitahu, akibat gangguan Truscott bahawa keluarga Roth sentiasa hidup dalam ketakutan. “Apabila keluarga itu mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghalang kamu menceroboh ladang mereka, kamu mula melakukan jenayah ini. “Kamu juga menyatakan tidak kisah dimasukkan ke penjara asalkan dendam kamu terbalas. “Itu memberi impak buruk kepada keluarga ini dan menyebabkan mereka hidup dalam ketakutan,” katanya. Wassall juga memberitahu Truscott, dia akan menghabiskan masa lima tahun pertama di penjara dengan menjalani rawatan di hospital. Truscott kemudian perlu menyambung tempoh lima tahun lagi di dalam penjara. Mahkamah juga mengeluarkan perintah yang melarangnya mendekati ladang itu. Peguam pendakwa, Elanor Purkis berkata defendan mempunyai nafsu pelik terhadap binatang. Pada September 2009, Truscott dihukum penjara 16 minggu selepas berbogel di kandang lembu bagi memuaskan nafsunya. Selepas dibebaskan, dia kembali ke ladang itu dan melakukan perkara yang sama, menyebabkan dia dipenjara 20 minggu lagi. Truscott dipenjara selama dua tahun pada September 2011 selepas polis menahannya dalam keadaan bogel di ladang itu dan mengganggu keluarga Roth. Kali terakhir dia melakukan perkara itu adalah pada Jun tahun lalu. Sumber: Agensi
TOP
Majlis tahlil ganti kenduri kahwin
Kakak Norfaizah, Merduwati menunjukkan kad perkahwinan adiknya bertemakan Kit Kat. Gambar kecil: Norfaizah tidak mampu menahan kesedihan.
KUALA KEDAH - Majlis pernikahan Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah, 25, di Kampung Batas Paip, Lorong Air Masin, di sini, yang dijadualkan berlangsung hari ini, bertukar menjadi kenduri tahlil. Allahyarham Mohd Azuan meninggal dunia apabila motosikal Kawasaki Ninja Unit Ronda Bermotosikal (URB) dinaikinya dirempuh penjenayah di Jalan Bagan Serai-Alor Pongsu, Perak, seminggu lepas. Meskipun suasana pilu menyelubungi kediaman keluarga tunangnya, Norfaizah Mohd Rejab, 22, namun majlis berkenaan diteruskan kerana persiapan perkahwinan lengkap. Norfaizah berkata, kenduri mereka bertukar menjadi majlis tahlil kerana segala persiapan termasuklah barang hantaran, jemputan kahwin dan katering sudah dibuat. Antara tetamu jemputan dalam majlis perkahwinan berkenaan adalah ahli keluarga, saudara mara terdekat serta rakan Norfaizah. Maka, tempahan katering makanan akan menjadi jamuan makan untuk tetamu mereka, manakala cenderamata tetap akan diedarkan kerana didakwa itulah kemahuan arwah.
Tema merah, kit kat jadi pilihan
Katanya, arwah Mohd Azuan memilih sendiri tema warna merah dan kad perkahwinan berkonsepkan coklat Kit Kat untuk perkahwinan mereka di sini. “Kami membeli barang perkahwinan bersama-sama, manakala bunga telur, cenderamata tetamu dan gubahan hantaran dilakukan olehnya sendiri. “Sebenarnya, semua persiapan sudah siap sepenuhnya. Baju pun sudah dicuba. Hanya tunggu masa hari perkahwinan sahaja,” katanya kepada Sinar Harian. Katanya, arwah berusaha menyiapkan tujuh dulang hantaran sendirian, malah meluahkan hasrat untuk menambah tiga tambahan hantaran buat Norfaizah. Namun, katanya, dia tidak menyangka perkenalan mereka empat tahun lepas atas bantuan rakan yang diharapkan berakhir ke jinjang pelamin tidak kesampaian.
Suka beri kejutan
Meskipun arwah Mohd Azuan dikatakan agak pendiam, namun Faizah menyifatkan tunangnya penyayang, disenangi ramai, rajin dan komited dalam kerja. Dengan nada sayu, Norfaizah berkata, Mohd Azuan sememangnya gemar membuat kejutan menggembirakan buat dirinya, sekali gus menjadi memori indah untuknya kenangan selepas ini. “Sebagai contoh, majlis pertunangan kami pada Januari lepas. Malah, majlis perkahwinan juga dipercepatkan berbanding perancangan awal mereka sebelum ini,” katanya. Katanya, arwah tunangnya tidak pernah lupa untuk memberikan cenderamata dan hadiah untuknya apabila pergi ke mana-mana sekalipun. “Antaranya, anak patung beruang. Kini, kesemua hadiah berkenaan menjadi tanda kenangan antara kami, sekali gus menjadi tempat saya melepaskan kerinduan untuknya,” katanya. Meskipun tidak dapat menahan perasaan sedih kehilangan insan disayanginya, katanya, dia reda dengan ketentuanNYA. Norfaizah berkata, dia akan menziarahi kubur Mohd Azuan nanti, apabila selesai menenangkan dirinya selepas kematian tunangnya itu. "Buat masa ini, saya ingin berehat dan ambil masa melupakan kesedihan ini. Saya juga sudah berhenti kerja kilang di Pulau Pinang. Selepas keadaan pulih, barulah saya cari kerja di sini,” katanya. Sebelum ini, katanya, dia tidak mampu mengiringi jenazah Mohd Azuan untuk dikebumikan di kampung halamannya di Kulaijaya. “Saya terlalu sedih ketika itu, jadi ibu tidak mengizinkan ke sana. “Bagaimanapun, saya sempat menatap wajahnya buat kali terakhir,” katanya. Jenazah Mohd Azuan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 27, Johor, kira-kira jam 10.10 pagi pada 28 Mei lepas. Sumber: Sinar Online
TOP
KPDNKK tetapkan kuota RON95
TUMPAT – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan kuota jualan petrol RON95 bersubsidi sebanyak 600,000 liter sebulan kepada stesen-stesen minyak di sempadan negeri ini, berkuat kuasa semalam. Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, langkah mengehadkan jualan bahan api bersubsidi itu adalah usaha menangani ketirisan minyak yang begitu ketara diseludup ke negara jiran di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini. Katanya, ia melibatkan 39 stesen minyak dalam lingkungan 1 hingga 25 kilometer dari sempadan di negeri ini membabitkan stesen minyak dalam kawasan Pengkalan Kubor, Rantau Panjang, Bukit Bunga dan Jeli. “Sekiranya stesen minyak itu perlukan kuota lebih, pengusaha boleh memohon kepada Pengarah KPDNKK negeri ini. “Tetapi stesen minyak itu akan dipantau setiap masa agar tidak berlaku penyeludupan minyak bersubsidi ini,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian Program Siswa@ Kampung Universiti Putra Malaysia Dengan Kerjasama KPDNKK dan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Kebakat di Sekolah Kebangsaan (SK) Kebakat, semalam. Alias berkata, penetapan kuota itu perlu kerana didapati penjualan petrol dan diesel di stesen minyak di sempadan negeri ini mencecah sehingga 1.9 juta liter sebulan untuk satu stesen minyak sahaja. “Ia agak mustahil macam mana ia boleh dijual kepada pelanggan dengan jumlah begitu banyak di stesen minyak di Rantau Panjang ini. “Situasi ini menyebabkan kerajaan mengalami kerugian RM30 juta oleh ketirisan tersebut dan kita memandang serius perkara ini,” katanya. Menurutnya, Kelantan menjadi perintis kepada sistem ini kerana Kelantan dilihat serius berlaku penyeludupan minyak bersubsidi ini. “Selepas sebulan ia akan dilaksanakan di negeri-negeri lain, sistem ini diguna pakai sehingga kerajaan akan umumkan satu sistem yang baru September ini,” katanya. Alias menegaskan, pihaknya akan mengambil tindakan tegas ke atas pengusaha stesen minyak yang bersubahat dengan penyeludup yang menyeludup petrol dan diesel ke negara jiran. Sumber: Sinar Online
TOP
Anak Legenda Bola Sepak, Pele Dijatuhi Hukuman Penjara 33 Tahun
Edinho pertama kali ditangkap pada tahun 2005. ANAK kepada legenda bola sepak Brazil, Pele, dijatuhi hukuman 33 tahun penjara kerana pengubahan wang haram yang diperolehi daripada aktiviti pengedaran dadah. Edinho adalah pemain bola sepak bersara yang bermain sebagai penjaga gol untuk kelab lama Pele, Santos, dalam tahun 1990-an. Dia pertama kali ditangkap pada tahun 2005 dan telah menerima hukuman bagi kesalahan mengedar dadah dan mempunyai hubungan dengan seorang pengedar dadah terkenal di bandar Santos. Katanya, dia adalah seorang penagih dadah tetapi menafikan tuduhan pemerdagangan manusia. Arahan tersebut telah dikeluarkan oleh seorang hakim di bandar berhampiran pantai, Praia Grande, di negeri Sao Paulo. Media Brazil tidak dapat menghubungi Edinho, yang nama sebenarnya adalah Edson Cholbi do Nascimento. Tetapi mereka berkata dia dijangka akan membuat rayuan. Edinho, 43, bekerja sebagai jurulatih penjaga gol di Santos. Bapanya, Pele, atau Edson Arantes do Nascimento bermain secara profesional di Brazil untuk Santos. Bermain untuk Brazil, beliau memenangi Piala Dunia pada tahun 1958, 1962 dan 1970 dan telah diiktiraf sebagai pemain bola sepak paling hebat dalam generasinya. Beliau bersara pada tahun 1974, tetapi membuat kemunculan semula setahun kemudian untuk New York Cosmos. Edinho adalah anak ketiga Pele dari perkahwinan pertamanya. Dia berusia lima tahun apabila keluarganya berpindah ke New York untuk bermain untuk Cosmos. Apabila dia kembali ke Brazil dia membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya dalam bola sepak secara profesional, iaitu sebagai seorang penjaga gol, satu keputusan yang amat mengejutkan bapanya. Dia adalah penjaga gol Santos pada tahun 1995 apabila pasukan itu mara ke final liga Brazil. Pele, kini 74, telah melawat anaknya beberapa kali di penjara. Sumber: mStar
TOP
Filem Kil Mendapat Tayangan Khas Di Amerika Latin
Filem KIL telah ditayangkan pada Fantasaspoa 2014 di Amerika Latin. PETALING JAYA: Filem KIL telah menerima tayangan perdana di Amerika Latin melalui penyertaannya di Festival Filem Fantastic Antarabangsa Porto Alegre 2014 (Fantasaspoa 2014) yang berlangsung pada 15 dan 17 Mei lalu. Pengurus Besar Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB),Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata, filem kolaborasi syarikat itu dan Flux Visual Lab tersebut mewakili Malaysia dalam kategori Panorama. "Segmen Panorama di festival tersebut mengetengahkan filem-filem unik yang mencetuskan pemikiran. Filem KIL bertanding bersama 10 buah filem hebat lain di seluruh dunia. "Bagaimanapun Anugerah Filem Terbaik bagi pertandingan tersebut telah dimenangi oleh filem Harmony Lessons, sebuah kolaborasi produksi antara negara Kazakhstan, Jerman dan Perancis," ujarnya dalam satu kenyataan kepada mStar Online. Tambahnya, penyertaan filem KIL di festival filem ‘fantastic’ terbesar di Amerika Latin adalah sempena ulang tahun festival itu yang kesepuluh pada tahun ini. Program tahun ini terdiri daripada lebih 150 filem yang ditayangkan sepanjang 17 hari. "Grand Brilliance benar-benar teruja melihat filem KIL ditayangkan di lokasi-lokasi antarabangsa. Kami berasa bangga kerana filem kecil berhati besar ini mendapat penerimaan yang cukup positif daripada penonton-penonton seluruh dunia. "Kejayaan ini menjadi inspirasi kepada kami untuk terus memenuhi objektif kami: menghasilkan cerita-cerita Asia untuk dunia,” katanya. Dalam pada itu, pada bulan April lalu, filem KIL juga merupakan satu-satunya filem Malaysia yang menyertai barisan filem di Festival Filem Asia Tenggara 2014. Filem tersebut telah ditayangkan pada 13 April lalu di Muzium Seni Singapura. Festival filem tersebut telah mengadakan 20 tayangan filem-filem paling unik dari rantau Asia Tenggara dan telah berlangsung dari 11 April hingga 4 Mei 2014. Filem arahan Nik Amir Mustapha mengetengahkan subjek bunuh diri dengan cara yang positif telah menyertai beberapa festival filem antarabangsa sebelum ini. Antaranya termasuk Festival Filem Luang Prabang 2014, Festival Filem Antarabangsa Dhaka 2014 dan Festival Filem Asia Osaka 2014. Sumber: mStar
TOP
K22 cegah jangkitan Mers
Unta didakwa sebagai penyebar utama virus korona pembawa maut tersebut di Arab Saudi. SEKUMPULAN saintis antarabangsa mendakwa mereka telah mengenal pasti sebatian yang dapat mencegah penularan virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers). Pengumuman mengenai penemuan K22 yang mampu menghalang penyebaran virus korona itu dibuat kumpulan penyelidik diketuai Edward Trybala dari Universiti Gothenburg dan Volker Thiel dari Universiti Bern. Menerusi artikel dalam jurnal khas, PLOS Pathogens, kumpulan saintis terbabit menjelaskan bahawa virus korona tersebut membiak dalam sistem pernafasan manusia. Bagaimanapun, hasil kajian mereka mendapati K22 mampu bertindak balas pada peringkat awal dalam proses itu bagi mencegah virus tersebut daripada menguasai membran sel. "Kajian menunjukkan penggunaan membran sel perumah adalah satu langkah yang penting dalam kitaran hayat virus Mers," menurut laporan mereka. Difahamkan, kumpulan saintis tersebut kini memerlukan bantuan dana untuk melakukan kajian susulan bagi menguji keberkesanan K22. Menurut AFP, Khamis lalu, Iran melaporkan kes kematian pertama akibat Mers selain enam kes jangkitan baharu virus itu di negara tersebut. Sumber: AFP / Sinar Online
TOP
Rakyat boleh kemukakan idea untuk Bajet 2015
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
BANGI - Kerajaan mahu rakyat turut serta memberi pandangan dalam penyediaan Bajet 2015 yang akan dibentang Oktober ini, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Beliau berkata, orang ramai yang ingin menyumbang idea mereka untuk Bajet 2015 boleh berbuat demikian selewat-lewatnya akhir Julai ini. Katanya, kerajaan melalui Majlis Konsultasi Bajet 2015 sentiasa amalkan sikap terbuka dalam menerima segala pandangan dan cadangan sebagai input penyediaan Bajet 2015. "Setiap isu dibangkitkan dan cadangan dikemukakan akan diberi pertimbangan sewajarnya sebagai input penyediaan Bajet 2015," katanya selepas merasmikan Konvensyen Muamalah Kewangan Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), semalam. Sehingga kini, kementerian telah 54 memorandum berhubung Bajet 2015 dan antara idea yang diberi adalah isu kos sara hidup, perniagaan, pendidikan dan pertumbuhan ekonomi. "Pandangan dan input daripada setiap masyarakat termasuk pertubuhan-pertubuhan industri dan badan-badan bukan kerajaan akan dapat memberi gambaran lebih menyeluruh bagi mengatasi cabaran dan isu-isu semasa. "Apa yang dirasakan terbaik untuk kepentingan rakyat, apa yang diperlukan oleh mereka, maka maklumkan kepada kami. "Kerana matlamat kerajaan pada ketika ini ialah mengatasi kadar kemiskinan di bandar mahupun di luar bandar," katanya. Menurutnya, masyarakat boleh menghantar pandangan mereka melalui e-mel yang disediakan pada laman web Kementerian Kewangan sebelum Julai tahun ini. Sumber: Sinar Online
TOP
Hadi makin sembuh, boleh bercakap
Foto FB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
SHAH ALAM - Prestasi kesihatan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menunjukkan perubahan positif di mana beliau sudah boleh duduk di atas kerusi dan bercakap. Setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, walaupun begitu, beliau masih perlu berehat untuk menpercepatkan proses penyembuhan. "Dalam masa yang sama, pihak doktor pakar juga menasihatkan supaya beliau tidak menerima pelawat dalam tempoh dua hari ini untuk mengelakkan sebarang jangkitan baharu. "Pihak kami memohon berbanyak maaf sekiranya permintaan ini menyusahkan rakan taulan, sahabat seperjuangan yang berhajat atau yang sudah berada di Istanbul untuk menziarahi beliau," katanya dalam satu kenyataan, lewat malam tadi. Sumber: Sinar Online
TOP
Mangsa Culik Tidak Disiksa Sepanjang Ditahan Jolo
Gao (kanan) dan Mimi. KOTA KINABALU: Kumpulan lelaki bersenjata Abu Sayyaf tidak menyiksa atau mengapa-apakan warga China Gao Huayun dan pekerja resort Filipina Marcy Dayawan @ Mimi dalam tempoh 58 hari mereka ditawan di kawasan hutan di Jolo. Walau bagaimanapun, Mimi, 40, sentiasa diancam untuk dipenggal kepalanya jika keluarga Gao tidak membayar wang tebusan dalam masa 20 hari selepas mereka membuat panggilan. Difahamkan, dua wanita itu yang telah diserahkan kepada kumpulan Abu Sayyaf dengan bayaran oleh kumpulan penculik yang berpusat di Tawi Tawi itu sentiasa dijaga oleh sekurang-kurangnya 40 lelaki bersenjata selepas mereka terus dibawa ke Jolo. Mereka tidak dianiaya dan diberi makanan nasi dan ikan setiap hari, tetapi pernah sekali mendapat hidangan sayur-sayuran sepanjang mereka ditawan. Selepas rundingan berminggu-minggu, mediator berjaya menyelamat dan membebaskan Gao, 29 tahun dan Mimi pada hari Jumaat, kira-kira pukul 11.30 pagi. Mereka kemudian dibawa dari Jolo ke Sandakan pada pukul 4.30 petang sebelum diterbangkan ke Kota Kinabalu. Kedua-dua mereka berlepas ke Kuala Lumpur awal pagi semalam, manakala Gao terbang segera untuk pulang ke Shanghai. Polis sedang meneliti dokumentasi perjalanan untuk Mimi sebelum dia dihantar pulang ke Filipina. Kedua-dua wanita itu yang sering menangis semasa dikurung, tidak pernah terfikir bahawa mereka akan dibebaskan satu hari nanti dan bersyukur dengan pembebasan mereka. Dilaporkan, terdapat 'wanita ketiga' dengan mereka tetapi mereka tidak pasti sama ada dia adalah tebusan atau sebahagian daripada kumpulan itu. Kumpulan lelaki bersenjata Abu Sayyaf, yang terdiri daripada remaja sehingga lelaki berusia 40-an sering memerhatikan tebusan mereka di kawasan hutan di sebuah kampung di Jolo. Pada 2 April, Gao dan Mimi telah dibawa lari oleh tujuh lelaki bersenjata dalam 'pumpboat' kecil dari Singamata Reef Resort di Semporna sebelum mereka dipindahkan ke bot berkuasa tinggi dan terus dibawa ke Jolo. Difahamkan, mereka dibawa ke sebuah kawasan hutan, tetapi tiga hari kemudian apabila helikopter tentera Filipina berlegar di kawasan itu, mereka berpindah ke kawasan pedalaman di mana mereka kekal di situ sehingga mangsa berjaya diselamatkan. Walaupun Gao telah bersatu semula dengan keluarganya di China, nasib Mimi masih tidak diketahui kerana keluarganya, termasuk ibu bapanya, masih tidak pulang ke rumah mereka di Kampung Makam di bandar Semporna. Jirannya berkata, mereka tidak melihat ahli-ahli keluarganya yang pada mulanya ditahan polis atas kemungkinan wujudnya kaitan antara mereka dan penculik. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, polis telah membebaskan ahli keluarganya selepas disoal siasat. Beliau berkata, bagaimanapun, mereka masih menyiasat sama ada Mimi mempunyai sebarang kaitan dengan penculikan itu. Polis negeri dan polis Bukit Aman telah mengambil keterangan daripada Gao dan Mimi. "Jika kita yakin bahawa Mimi tidak terlibat, dia akan dihantar balik ke keluarganya di Filipina," kata beliau ketika dihubungi. Sumber: mStar
TOP
Tunku Jalil Minta Namanya Tidak Dijadikan Publisiti Murahan Artis
Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar, 24, mendedahkan enggan namanya dikaitkan dengan mana-mana artis atau selebriti. Sebelum ini terdapat gosip mengatakan seorang selebriti wanita sedang menjalin hubungan rapat dengan putera raja dari Selatan Semenangjung itu. Mengulas mengenai perkara itu, Tunku Jalil mengatakan beliau tidaklah mempunyai hubungan rapat seperti yang didakwa artis wanita itu. Sebaliknya, Tunku Jalil mengatakan beliau tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana artis yang tidak ikhlas berkawan dengannya. Memetik Berita Harian, Tunku Jalil berkata, “kami tidak rapat seperti yang diperkatakan. Saya tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana artis yang tidak ikhlas berkawan malah menggunakan nama saya untuk meraih publisiti murahan”. “Memang saya ada berkawan dengan beberapa artis termasuklah artis lelaki dan perempuan, namun saya percaya kepada mereka kerana selama ini mereka tidak pernah menggunakan nama saya untuk dibanggakan kepada media atua menerusi medium sosial mereka. “Bagi saya, orang sepertinya (artis wanita tersebut) ini sengaja mahu mencari publisiti apabila sedar namanya kini sudah tidak diperkatakan media atau masyarakat. “Biasanya orang yang buat macam itu, ingin mencari publisiti murahan. Bila namanya tidak naik, dia akan mencari orang kenamaan hanya untuk membangkitkan namanya. Perkara ini sudah banyak kali terjadi kepada saya dan tidak hairan, cuma jangan sampai orang Johor berpandangan negatif kepada saya, sebab apa yang diperkatakan itu tidak benar,” ujar beliau lagi. Yang menjadi persoalan di sini, siapakah selebriti wanita yang dimaksudkan oleh Tunku Jalil? Kalau diikutkan Tunku Jalil memang sering berkongsi gambar beliau bersama banyak selebriti tempatan di laman sosial Instagramnya. Yang mana satu ya? Sumber: Audrey Lee / Mynewshub
TOP
Suami Rafidah Aziz Meninggal Dunia
Tan Sri Mohamed Basir Ahmad
PETALING JAYA: Suami kepada Tan Sri Rafidah Aziz, Tan Sri Mohamed Basir Ahmad, meninggal dunia pada pukul 3.51 pagi Ahad di Hospital Besar Singapura. Jenazahnya akan dibawa pulang dari Singapura dan akan dibawa ke Masjid Umar Al-Khattab, Bukit Damansara untuk disembahyangkan, sebelum dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.
Sumber: mStar
TOP
BN Rampas Kembali Kerusi Parlimen Teluk Intan
TELUK INTAN – Barisan Nasional (BN) berjaya merampas semula kerusi Parlimen Teluk Intan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) P.076 pada Sabtu dengan majoriti tipis sebanyak 238 undi. Calonnya, Datuk Mah Siew Keong, 53, memperoleh 20,157 undi, menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud yang mendapat 19,919 undi. Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Teluk Intan, Datuk Ibrahim Ahmad di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib dekat sini pada pukul 9.38 malam. Kekosongan kerusi Parlimen Teluk Intan berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng dari DAP akibat kanser pada 1 Mei lalu. Mah yang merupakan Presiden Gerakan, parti komponen BN dan pernah menjadi Ahli Parlimen Teluk Intan selama dua penggal menerusi pilihan raya 1999 dan 2008. Mah juga kembali bertanding di kerusi sama pada 2008 dan 2013, namun tewas kepada calon DAP, masing-masing M.Manogaran dan mendiang Seah. Beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Bedamar pada 1995 dan memegang jawatan Timbalan Menteri Pertanian dan Indusri Asas Tani, dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Sebanyak 35 pusat pengundi menerusi 120 saluran di Teluk Intan dibuka seawal pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang bagi proses pengundian biasa. Seramai 39,850 pengundi atau 66.5% keluar mengundi pada (PRK) Teluk Intan, Sabtu selepas proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang. Sementara itu, seramai 392 daripada 410 pengundi awal atau 95.61% telah mengundi pada 27 Mei lalu. Kawasan Parlimen Teluk Intan mempunyai 41.94% pengundi Cina, 38.61% (Melayu), India (19%), Orang Asli (0.18%) dan lain-lain (0.27%). Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei tahun lalu, Seah mengalahkan calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas, K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi. Sumber: mStar
TOP
Berkesempatan selfie sebelum mahu bunuh
TOP
Yun tang barbie comel dari china
TOP
Selebriti barat tanpa makeup di Instagram
TOP
Tangga menuju ke syurga di haiwai.
TOP
Pertandingan ratu cantik pondan di thailand
TOP
Rumah Mewah Dilengkapi Garaj Kereta Diatas Bumbung.
Car Park House di Los Angeles, AS oleh Arkitek tanpa nama menerapkan tata letak rumah tradisional tapi terbalik. Sementara banyak rumah mempunyai garaj di bawah atau bahkan di bawah tanah, rumah ini mempunyai garaj di bumbung. Untuk menuju ruang utama, penghuni rumah tidak naik ke atas tapi turun ke bawah. Kerana keperluan tempatan memerlukan dua ruang letak peribadi untuk setiap rumah, arkitek di balik reka bentuk memutuskan untuk mengambil keuntungan dari landskap pergunungan dan membina rumah ke bawah, di bawah puncak bukit. Hal ini membolehkan untuk meletakkan garaj terbuka di atas bumbung rumah.
TOP
Haiwan Aneh dan Misteri di Perairan Tasmania.VIDEO
Banyak perkara yang belum dapat di ungkap di dasar permukaan laut sehingga tidak hairan jika para penyelam atau penyelidik mencari benda benda aneh yang penuh dengan misteri yang sukar untuk di ungkap. Baru baru ini ada penyelam yang melakukan aktiviti menyelam di dalam perairan Tasmania, yang uniknya di dalam perairan tersebut ada benda yang cukup aneh dan membuat penyelam bingung sebenarnya itu benda atau haiwan apa ?.
Benda aneh misteri ini berbentuk silinder dan berukuran sepanjang kurang lebih 10 meter. Tidak hanya itu saja benda misteri ini juga memancarkan cahaya berwarna berwarna biru.
TOP
Misteri Hutan Kuno Berusia 5000 Tahun Timbul Dipermukaan Laut.
Fenomena alam baru - baru ini terjadi di perkampungan di Borth , Mid Wales , United Kingdom . Sisa - sisa hutan kuno muncul lagi di permukaan daratan setelah sebelumnya tertimbun tanah gambut di pinggir pantai . Hutan kuno yang didakwa telah berusia 5 ribu tahun ini dijumpai kembali setelah sebuah ribut menyapu bersih tanah gambut yang menutupnya . Ribut tersebut membuka kembali sisa - sisa pokok pain yang kini hanya tinggal akar dan batang bawahnya saja . Menariknya meskipun berumur cukup lama , namun akar - akar tersebut masih kukuh seperti pokok yang baru tumbuh . Hutan ini pertama kali ditemui oleh Deanna Groom dan Ross Masak dari Royal Commission on the Ancient and Historical Monuments of Wales . Mereka mendedahkan bahawa di perkampungan Borth terdapat banyak penemuan sejarah yang tersembunyi di balik tanah gambut . " Daerah di sekitar Borth merupakan tempat yang rawan tertutup gambut jika ada gelombang angin datang , " kata Deanna Groom . " Ini harus dipantau dan oleh kerana itulah kami harus sering - sering melihat apakah ada sesuatu baru yang telah muncul . " Beberapa legenda juga menyebutkan bahawa hilangnya hutan tersebut disebabkan adanya unsur ghaib . Lagenda tersebut bercerita bahawa hutan itu menghilang bersamaan dengan seorang pendeta yang dihukum oleh ahli sihir .
TOP
Hutan Misteri Kubur Pelbagai Kereta Mewah Zaman Perang Dunia II .
Sekilas pandang di hutan ini anda hanya akan mencari rimbunan pokok tinggi berselimut kabus . Namun ketika kaki melangkah , anda akan disajikan dengan objek menarik ini . Hamparan kubur besi buruk . Bukan kubur manusia tapi kubur kereta mewah zaman Perang Dunia II . Ya , hutan kecil di Chatillon , Belgium ini merupakan tempat " peristirahatan terakhir " bagi kereta - kereta tentera Amerika pada zaman ketika itu . Mereka sengaja meletakkan kereta-kereta dengan rapi di sini . Hutan ini pun banyak diburu para pelancong yang menggemari kereta kuno . Majoriti kereta antik ini merupakan produk berprestij keluaran Jerman , Volkswagen . Beberapa jenama yang juga " tidur lena " di hutan ini adalah Opel , Audi , Ford , dan Buick . Alasan para pegawai tentera meninggalkan kereta - kereta mewahnya saat itu cukup masuk akal , kos penghantaran kereta dari Belgium ke Amerika Syarikat sangat mahal . Dengan alasan itulah , semua perwira memutuskan untuk meninggalkan semua kereta - kereta mereka hingga berkarat . Sebelum kembali ke kampung halaman , mereka perlu menyimpan kereta - kereta tersebut di tempat yang selamat . Satu per satu , kereta di parking menuruni bukit , diletakkan rapi , dan pastinya tersembunyi dari dunia luar . Seperti dilansir dari Amusingplanet , ada sektiar 500 kereta yang " dikebumikan " di tempat ini . Mengikut masa , kereta ini mengalami hakisan dan kerosakan , bahkan tertutup lumut yang tumbuh subur kerana udara sejuk . Tidak sedikit pun juga kereta yang kehilangan bahagian tubuhnya , kerana diambil oleh para pemburu kereta antik .
TOP
Kejam - Foto Hukuman Bagi Pesalah Parking Kereta di Jepun
Tempat Letak kereta sangat sukar didapati dan mahal di Jepun, sehingga pemilik kedai yang cukup beruntung mempunyai tempat letak mengambil kebajikan serius berkaitan tempat letak khusus pelanggan. Agar dasar itu terlaksana, maka hukuman akan diberikan pada para pesalah. Untuk memastikan kereta keluar dari tempat letak akan memerlukan waktu lama, maka pemilik kedai mempunyai idea kreatif untuk menghukum para pesalah. Sebuah kereta yang ditinggalkan di tempat letak selepaswaktu pejabat akan dikepung oleh troli . Ketika foto itu disiarkan dalam internet, pengguna memuji kecerdikan tuan punya kedai.
TOP
Foto Pokok Kedua Terbesar Didunia Bersaiz Raksasa Berusia 3200 Tahun.
Pada Disember 2012, jurugambar National Geographic, Michael "Nick" Nichols pergi ke Taman Nasional Sequoia di California untuk mengambil gambar 'Presiden', sebuah pokok Sequoia bersaiz raksasa yang merupakan pokok terbesar kedua di dunia, jika diukur dari jumlah batang di atas tanah. Nichols dan pasukannya mengangkat kamera menggunakan tali sehingga mereka boleh mengambil gambar dari setiap bahagian dari pokok setinggi 75 meter dan lebar 8 meter. 32 hari Nichols untuk mengambil gambar pokok dan mendapatkan 126 foto, mencipta gambar pertama dari Presiden yang ditangkap sepenuhnya dalam satu frame. Hasilnya adalah gambar yang menakjubkan yang menunjukkan pokok yang megah menjulang tinggi di atas tanah salji dihiasi dengan orang-orang yang nampak kecil.
Jom saksikan video berikut:
TOP
Dyana anggap perjuangan belum selesai
Dyana Sofya
TELUK INTAN - Walaupun gagal membawa DAP mempertahankan kerusi Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menganggap perjuangannya di Parlimen Teluk Intan masih belum selesai terutama misi menghapuskan politik perkauman. “Terutama yang memerlukan (penduduk Teluk Intan) saya, jangan kecewa... Setia bersama saya dan teruskan perjuangan yang belum selesai,” katanya. Dyana Sofya yang berpakaian baju kurung turut sebak ketika berucap di hadapan kira-kira 200 orang penyokongnya. Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya menerima secara terbuka akan kekalahan calon parti DAP di PRK Teluk Intan dan mengakui kemenangan calon BN, Datuk Mah Siew Keong. Katanya, buat masa ini pihaknya akan mengambil masa untuk ambil tindakan termasuk buat analisis kekalahan calon DAP dan lain-lain tindakan susulan. “Ada kemungkinan akan mencabar keputusan PRK tapi kita akan buat satu persatu dalam masa terdekat. “Kemerosotan pola pengundi kaum cina pada PRK kali ini punca dikenal pasti termasuk penurunan jumlah pengundi luar. Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula berpendapat pencalonan Dyana Sofya membawa satu perubahan zaman politik di Malaysia. “Dengan pencalonan Dyana Sofya kita boleh memulakan satu tahap baharu dalam politik, tetapi mungkin memerlukan sedikit masa ke arah itu,” katanya.
TOP
Polis nafi jemaah maut
Putera Mishaal dan beberapa menteri membersihkan Kaabah, semalam.
MAKKAH - ARAB SAUDI. Polis Makkah menafikan khabar angin bahawa terdapat tiga jemaah umrah terbunuh dalam kejadian berasak-asak dalam Masjidil Haram. Jurucakap polis Makkah, Aati Al-Qurashi, berkata, hanya empat orang sahaja yang mengalami kecederaan selepas terlibat dalam satu insiden kekecohan. “Tiga daripada mereka, kesemuanya wanita diberikan rawatan di tempat kejadian manakala mangsa keempat adalah lelaki dikejarkan ke hospital berdekatan,” katanya. Menurutnya, lelaki yang dikejarkan ke hospital itu mengalami luka serius pada kepalanya. “Kejadian apabila pintu Kaabah dibuka untuk pembersihan. Ramai jemaah berpusu-pusu untuk melihat apa yang ada di dalam Kaabah itu dan ketika itulah lelaki tersebut terjatuh sehingga mengalami kecederaan pada kepalanya,” katanya. Terdahulu, Gabenor Makkah, Putera Mishaal Abdullah menyertai kerja-kerja pembersihan Kaabah. Kerja-kerja pembersihan dilakukan dengan menggunakan air zam-zam di campur dengan haruman bunga mawar dan wangi-wangian lain. Difahamkan, laporan dipetik dari Arab News, Kaabah lazimnya dibersihkan dua kali setahun iaitu pada Hijrah, Muharam dan Syaaban.
TOP
Rakyat AS pertama terlibat perang di Syria
SEORANG rakyat Amerika Syarikat (AS) disyaki terlibat dalam kejadian pengeboman berani mati di Syria Jumaat lalu, menurut kenyataan pegawai negara itu. Kejadian tersebut merupakan yang pertama dalam konflik berdarah di Syria, lapor AFP. Perkara tersebut disahkan disebalik kebimbangan mengenai jumlah kemasukan orang luar yang semakin meningkat ke Syria. Jurucakap Jabatan Negara AS, Jeneral Psaki, mengenalpasti pengebom berkenaan sebagai Moner Mohammad Abu-Salha. Abu-Salha disyaki terlibat dalam pengeboman menggunakan lori ketika menentang rejim di utara Idlib, Syria pada Ahad lepas. Abu-Salha juga menggunakan nama samaran Abu Hurayra Al-Amriki. Abu Hurayra merujuk kepada salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW dan Al-Amriki bermaksud 'Amerika' di dalam bahasa Arab. Mengulas perkara sama, Psaki berkata, beliau percaya penglibatan rakyat AS tersebut merupakan yang pertama sejak bermulanya perang saudara di Syria pada tahun 2011. Sementara itu, dianggarkan di antara 9,000 hingga 11,000 pejuang asing telah memasuki Syria sejak tiga tahun lalu dan dipercayai berasal dari negara-negara jiran.
TOP
Asap tebal: Australia lencong penerbangan
MELBOURNE - Pihak Perkhidmatan Udara Australia mula melencong penerbangan pesawat antarabangsa bagi mengelak asap tebal yang berlaku dari letupan gunung berapi di Indonesia. Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss berkata, penerbangan di bahagian utara Australia mungkin terjejas buat beberapa hari. Gunung Sangeang Api di pulau Sumbawa dilapor meletus sekurang-kurangnya tiga kali sejak Jumaat lalu. Australian Associated Press melaporkan penerbangn dari dan menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Darwin telah dibatalkan hari ini (Sabtu) kerana debu merentasi kawasan Top End dan menghala ke Alice Springs. Truss berkata, debu berlaku antara 6 hingga 13 kilometer di atmosfera dan sedang menghala ke barat daya utara Australia. "Bergantung kepada keadaan angin dan cuaca, debu boleh menjejaskan penerbangan dari dan menuju ke lapang terbang lain termasuk Brisbane, dalam tempoh beberpa hari ini. Ia sedang dipantau sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan. Perkhidmatan Udara Australia, Pihak Berkuasa Keselamatan Penerbangan Awam dan Biro Meteorologi sedang memantau debu. Para penumpang diminta mendapat maklumat lanjut daripada syarikat penerbangan mereka. - Bernama
TOP
Dua mayat mangsa rogol digantung
Penduduk melihat mayat dua beradik tergantung di Katra.
UTTAR PRADESH - INDIA. Polis menahan tiga suspek dua daripadanya adalah anggota polis selepas disyaki merogol dan membunuh dua beradik di Katra, utara India. Pegawai polis Atul Saxena berkata, penduduk menemui mayat kedua-dua mangsa tergantung di pokok beberapa jam selepas mangsa dilaporkan hilang dari kawasan semak berdekatan rumah mereka. “Mangsa berusia 14 dan 15 tahun itu pergi ke kawasan semak kerana tiada tandas di rumah,” katanya. Menurutnya, pemeriksaan autopsi ke atas mayat mengesahkan mangsa dirogol sebelum digantung. Insiden itu mencetuskan kemarahan penduduk apabila tidak membenarkan mayat diturunkan sehingga suspek ditahan. -Daily Mail
TOP
Pengampunan Mursi, 50 tahanan ditolak
Kekecohan tercetus selepas permohonan ditolak. - Foto AFP
KAHERAH - MESIR. Presiden sementara Mesir, Adly Mansour mengeluarkan perintah membatalkan permohonan pengampunan untuk presiden yang digulingkan Mohamed Mursi dan 50 tahanan lain atas tuduhan berkaitan keganasan. Keputusan itu dibuat selepas Adly mendapat kelulusan Kabinet, kelmarin. Menurut sumber dalam Kabinet, kerajaan sebelum ini telah mengampunkan beberapa individu disyaki terlibat dalam keganasan itu. “Mesir akan mengeluarkan waran tangkap terhadap sembilan ahli Ikhwanul Muslimin termasuk menahan semula 18 individu yang sebelum ini dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya. Sementara itu, pakatan pro Mursi mengisytiharkan perhimpunan mega gelombang ketiga dibuat bagi membantah keputusan pilihan raya presiden yang dimenangi bekas jeneral Abdel Fattah Al-Sisi. Kumpulan Perikatan Kebangsaan Menyokong Keadilan (NASL) dalam satu kenyataan turut mendesak tentera supaya berundur dari pentadbiran negara. “Kami menyeru semua rakyat menyokong perhimpunan ini untuk mendapatkan kebebasan dari cengkaman tentera,” katanya. -Al Arabiya
TOP
AirAsia India tawar tiket 27 sen
BAGI memenuhi janjinya menawarkan tambang 'Nano', AirAsia India memulakan jualan tiketnya malam tadi dengan menyediakan 15,000 tiket dengan bayaran Rs 5 (27 sen), tidak termasuk cukai lapangan terbang serta yuran lain. Syarikat penerbangan itu akan memulakan operasi dari Bangalore ke Chennai dan Goa pada 12 Jun ini. "Tempat duduk promosi itu boleh diperolehi untuk penerbangan dari Bangalore ke Chennai, Chennai ke Bangalore, Bangalore ke Goa dan Goa ke Bangalore," lapor Times of India memetik kenyataan syarikat penerbangan terbabit. Tempahan melalui www.airasia.com boleh dibuat mulai 21:30 IST pada 30 Mei sehingga 1 Jun, untuk penerbangan pada 12 Jun hingga 25 Oktober 2014, katanya. "Saya gembira kerana dapat menyambut pelancaran penerbangan AirAsia India dengan promosi mengejutkan. "Tujuannya ialah untuk membolehkan penumpang yang belum pernah terbang supaya mengambil peluang ini untuk datang dan mengalami penerbangan dengan cara AirAsia," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mittu Chandilya. Pelancaran penerbangan kos rendah ini telah mencetuskan perang tambang baharu di ruang angkasa India, apabila Mittu mengumumkan awal bulan ini yang tambang penerbangan itu akan menjadi 35 peratus lebih daripada paras semasa, kata laporan berkenaan. Sebaik sahaja diketahui AirAsia India akan melancarkan penerbangan dari Bangalore ke Chennai dan Goa, SpiceJet telah menurunkan tambang kedua-dua sektor mulai 12 Jun, hari AirAsia India memulakan perkhidmatan. SpiceJet mengumumkan 'tambang promosi istimewa' Rs 1,499 (RM81.58) untuk laluan terbabit. Sebelum itu pada Jumaat, AirAsia mengumumkan tambang Rs 990 (RM54) untuk penerbangan sulungnya. Pusat Untuk Penerbangan Asia Pasifik (CAPA) menjangka satu lagi pusingan perang tambang murah dalam sektor berkenaan, lapor akhbar harian Inggeris berkenan. "AirAsia mungkin tidak menjangka kapasiti syarikat penerbangan India lain untuk meneruskan tawaran tambang yang tidak rasional itu. "Syarikat terbabit sebelum ini telah menunjukkan kecenderungan memberi diskaun tinggi untuk menjana pendapatan, menguasai pasaran, memenuhi kapasiti yang berlebihan atau hanya untuk bertindak balas kepada saingan," kata satu laporan CAPA. Ini adalah juga pasaran di mana syarikat penerbangan perkhidmatan penuh menawarkan tambang yang sama dengan penerbangan kos rendah dan kadangkalanya lebih rendah. "Syarikat penerbangan terus menawarkan tambang di bawah kos walaupun terpaksa mengumpul kerugian besar dan kunci kira-kira yang lemah. Ia adalah sukar untuk beroperasi dalam pasaran di mana pesaing anda mempunyai selera besar untuk rugi. "Dalam tempoh tujuh tahun lalu, syarikat penerbangan India telah mengalami kerugian terkumpul $10.1 bilion atau purata $22 setiap kali seorang penumpang menaiki pesawat," katanya. - Bernama
TOP
Warga Emas Maut Terjun Dari Tingkat 24 Kondominium
KUALA LUMPUR - Seorang warga emas ditemui maut dalam keadaan mengerikan dipercayai terjun dari tingkat 24 sebuah kondominium di Jalan Ipoh di sini hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintenden Othman Abu Bakar berkata, dalam kejadian pukul 10.31 pagi itu, mangsa, 76, ditemui terdampar di bahagian bawah kondominium dengan sebelah kakinya terputus kerana tersangkut di tingkat tiga iaitu tempat parkir bangunan berkenaan. "Pemeriksaan awal mendapati mangsa sakit tua dan dipercayai mengalami gangguan fikiran. Bagaimanapun, kita belum mengenal pasti punca dia terjun dari bangunan itu," katanya dalam satu kenyataan. Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat. Sementara itu, menurut isteri mangsa yang enggan dikenali, kehilangan warga emas berkenaan disedari keluarganya pada kira-kira 10.15 pagi apabila mangsa tiada di dalam rumah. "Ketika kejadian, saya sedang membasuh pakaian dan apabila sedar dia hilang, anak saya berusaha mencari dan menemuinya terjatuh di bawah bangunan ini," katanya. Dalam kejadian berasingan, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat tiga ke aras bawah di sebuah pusat membeli-belah di sini. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, Nurul Emielda Nadia Sallehuddin meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian belakang kepala. Beliau berkata polis menerima panggilan pada 2.20 petang dan pihak ambulans yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. "Hasil temu bual dengan bapa mangsa, semasa kejadian, beliau berada dengan anaknya kemudian terlepas pandang dan mendapati anaknya telah jatuh ke aras bawah," katanya dalam satu kenyataan. Seorang saksi yang tidak mahu dikenali berkata kejadian berlaku apabila mangsa memegang susur tangan eskalator di aras tiga yang menyebabkan dia ditarik susur itu sebelum terjatuh. Jenazah mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. - Bernama
TOP
BN tewaskan DAP di Teluk Intan
TELUK INTAN - Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud pada PRK Teluk Intan dengan majoriti 238 undi. Siew Keong memperoleh 20, 157 undi manakala Dyana Sofya mendapat 19, 919 undi. PRK Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional dan calon DAP. Ia diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas.
Berikut keputusan penuh Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan hari ini:
KEPUTUSAN - PERAK: P076: TELUK INTAN
P076: TELUK INTAN: PERAK: 60,483
1. Mah Siew Keong (BN).........................20,157
2. Dyana Sofya Mohd Daud (DAP).................19,919
Jumlah Pengundi........................40,236
Peratus................................67.4 %
Undi Ditolak...........................543
Majoriti...............................238
Penyandang: SEAH LEONG PENG: DAP
Undi Diperoleh 2013: 2
Majoriti 7,313
- Bernama
TOP
Peratus kedua terendah selepas 5 PRK
TELUK INTAN - Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan mencatatkan peratusan keluar mengundi kedua terendah selepas lima kali PRK diadakan sejak Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lepas. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata beliau juga tidak gembira dengan pengurangan lebih 8,000 pengundi berbanding jumlah pengundi yang keluar pada PRU-13. "Kita tidak tahu mengapa peratusan keluar mengundi rendah. Kami perlu kaji. Bagaimanapun, ia adalah proses demokrasi," katanya dalam sidang media di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib di sini, hari ini. PRK Teluk Intan mencatatkan peratusan keluar mengundi sebanyak 66.67 atau 40,236 pengundi termasuk pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi tidak hadir. Pada PRU-13, sebanyak 80.7 peratus atau 48,839 orang telah keluar mengundi. Sebelum ini, PRK Bukit Gelugor mencatatkan jumlah keluar mengundi 56 peratus, PRK Kuala Besut (82), PRK Sungai Limau (85), PRK Balingian (72) dan 72.1 peratus di PRK Kajang. Abdul Aziz berkata, pusat mengundi yang mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi adalah di Sekolah Kebangsaan Sungai Kerawai iaitu 76 peratus, manakala Sekolah Kebangsaan Ulu Bernam terendah dengan 45.78 peratus. Beliau turut mengingatkan mana-mana parti politik yang menang pada malam ini supaya tidak mengadakan perarakan kemenangan di sekitar kawasan Teluk Intan. "Saya harap pemimpin parti telah ingatkan penyokong mereka mengenai perkara ini," katanya. Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong ditentang calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud pada PRK Teluk Intan. Keputusan dijangka dapat diumumkan kira-kira 9 malam ini. - Bernama
TOP
Beli Ais Kepal Dengan Harga RM80,000 Semangkuk
ALOR SETAR – Seorang ahli perniagaan membeli semangkuk ‘ais kepal’ dengan harga RM80,000 pada Karnival Amal Hari Penyayang 2014 anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) di pekarangan Stadium Darul Aman di sini hari ini. Ia dibeli oleh Pengarah Urusan Epic Valley Holding Sdn Bhd, Tan Sri Dr Fng Ah Seng yang wangnya bagi didermakan bagi membiayai projek tuisyen percuma Titian Bistari oleh YSB. Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng berkata ini merupakan kali ketiga beliau membeli ais kepal dengan harga yang tinggi selepas tahun 2012 dan 2013 dengan harga RM50,000. “Kali ini saya mahu tambah sumbangan dengan beli ais kepal dengan harga RM80,000. Sumbangan ini diharap dapat membantu golongan yang memerlukan,” katanya di gerai ais kepal tersebut. Anak jati Sungai Petani, Kedah ini berkata beliau menyokong usaha kebajikan yayasan itu yang dinaungi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah. Pada acara lelongan amal barangan peribadi Tuanku Abdul Halim, Dr Fng turut membida lukisan potret Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah bernilai RM60,000 dan sebuah lukisan cat minyak bertajuk ‘Horses of Success’ bernilai RM30,000. Sumber: Bernama
TOP
Lari sambil tangan kena ikat selamatkan diri
KUALA KEDAH – Dua lelaki warga Bangladesh menempuh detik cemas apabila didakwa disamun dalam rumah sewa mereka sendiri di Taman Sri Putra, dekat sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, dua lelaki berusia lingkungan 30-an terbabit dikatakan terpaksa berlari sejauh 300 meter (m) demi mendapatkan pertolongan. Dengan seorang cedera di bahagian leher dipercayai akibat dikelar, manakala seorang lagi tidak berbaju sambil tangan berikat tali di belakang mereka melarikan diri ke sebuah restoran. Bagaimanapun, sebaik menerangkan bahawa mereka berdua telah disamun, seorang daripadanya pengsan kerana pendarahan di leher. Saksi dikenali sebagai Hafiz berkata, dia melihat seorang lelaki cedera, manakala seorang tangan terikat meluru masuk ke dalam restoran. “Mereka mendakwa telah dirompak orang tidak dikenali semasa dalam kediaman mereka,” katanya. Jiran mangsa, Zul Ismail, 46, berkata, dia tidak mendengar bunyi bising dari kediaman mereka sewaktu kejadian. Namun katanya, dia menyedari kejadian terbabit selepas anaknya memaklumkan dua lelaki dilihat berlari keluar dari rumah mangsa. Zul berkata, dia tidak mengenali dua lelaki warga asing berkenaan, kerana mereka dikatakan hanya menumpang sementara kediaman itu. Difahamkan, dua lelaki berkenaan dipercayai baru sebulan menyewa di taman perumahan terbabit, malah tidak diketahui pekerjaan mereka. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kota Setar, Deputi Superintendan V Saravanan mengesahkan sudah menerima laporan, malah akan melakukan siasatan lanjut. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, anggota polis menghantar warga Bangladesh berkenaan untuk mendapatkan rawatan. “Doktor memaklumkan mangsa hanya mengalami kecederaan ringan. Setakat ini, pihak kami belum dapat mengesahkan nilai kerugian mangsa,” katanya. Sumber: Sinar Online
TOP
Pengebom berani mati Malaysia yang maut di Iraq
KUALA LUMPUR - Ahmad Tarmimi Maliki, 26, adalah seorang pekerja kilang biasa di Selangor tetapi di luar rutin aktiviti hariannya, dia rupa-rupanya telah direkrut sebagai pengebom berani mati. Tanpa diketahui oleh keluarga dekatnya di Pahang, dia yang diberi nama Abu Ahmad Al-Malizzi telah menjadi pengebom berani mati dalam serangan di Ibu Pejabat Skuad Emas Pasukan Taktik dan Senjata Khas (SWAT) di daerah Al-Anbar, Iraq pada 26 Mei lalu. Ahmad Tarmimi yang dikesan pernah mengikuti latihan ala ketenteraan sebuah kumpulan militan di Port Dickson akhir tahun lalu meletupkan dirinya bersama sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) tentera jenis Hummers sarat membawa beberapa tan bahan letupan sebelum disusuli serangan hendap oleh pasukan tentera kumpulan militan Daulah Islamiah Iraq dan Sham (ISIS). Serangan itu dikatakan telah membunuh 25 anggota Skuad Emas SWAT di bangunan berkenaan. Berita tentang serangan itu disiarkan di dalam media rasmi ISIS dengan tajuk utama Mujahidin Malaysia Syahid Dalam Operasi Martyrdom yang disertakan gambar Ahmad Tarmimi. Dalam laporan itu turut dinyatakan pasukan ISIS merampas sejumlah besar senjata api termasuk raifal, mesingan ringan dan peluru. Ahmad Tarmimi dipercayai menjadi rakyat Malaysia pertama terbunuh sebagai pengebom berani mati kerana sebelum ini terdapat beberapa kematian rakyat negara ini di luar negara dalam peperangan di Syria tetapi bukan sebagai pengebom berani mati. Sumber: Utusan
TOP
PRK Teluk Intan: Hanya 66.5% Keluar Mengundi Selepas Ditutup 5 Petang
TELUK INTAN: Seramai 39,850 pengundi atau 66.5 peratus keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Sabtu selepas proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang. Terdahulu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang media menjangkakan sebanyak 70% yang akan mengeluar mengundi pada hari mengundi Sabtu. PRK Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong, 53, dan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud. Sebanyak 35 pusat mengundi menerusi 120 saluran di Teluk Intan dibuka seawal pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang bagi proses pengundian biasa. Sementara itu, seramai 392 daripada 410 pengundi awal atau 95.61% telah mengundi pada 27 Mei lalu. Kekosongan kerusi Parlimen Teluk Intan berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng akibat kanser pada 1 Mei lalu. Kawasan Parlimen Teluk Intan mempunyai 41.94% pengundi Cina, 38.61% (Melayu), India (19%), Orang Asli (0.18%) dan lain-lain (0.27%). Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei tahun lalu, Seah mengalahkan calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas, K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi. Sumber: mStar
TOP
Lelaki Ditemui Maut Dalam Rumah Sendirian
DUNGUN – Seorang lelaki terkejut selepas menemui jirannya telah meninggal dunia di sebuah unit kediaman di Blok A, Flat Bijangga, di sini semalam. Mangsa, Abdul Wahab Shamsuddin, 50, ditemui dalam keadaan terlentang kira-kira pukul 12.45 tengahari dan dipercayai telah mati sejak tiga hari lepas. Jiran mangsa Yuslizan Mohd Yusof, 37, berkata sebelum kejadian beberapa penduduk yang tinggal berhampiran rumah mangsa memaklumkan kepadanya berhubung bunyi paip air terbuka di rumah mangsa sejak beberapa hari lepas. Katanya curiga dengan bunyi air paip yang berterusan mencurah itu, dia bersama beberapa lagi jiran yang lain pergi ke rumah mangsa dan mendapati pintu rumah utama rumah itu terkunci. Yuslizan berkata:”Saya menjerit memanggil mangsa namun tidak dibalas sebelum saya bertindak mengetuk pintu lebih kuat namun masih tidak ada sahutan.” “Hairan melihat mangsa yang tidak bertindak balas, saya mengumpil tingkap hadapan kemudiannya mengintai dari celah tingkap dan mendapati mangsa sudah pun terlentang dan terdapat bau meloyakan,”katanya kepada pemberita di sini hari ini. Menurutnya mereka terpaksa bertindak menendang pintu terbabit dan mendapati mayat mangsa ketika itu sudah berbau busuk. Katanya, mangsa tinggal bersendirian di situ sejak beberapa tahun lepas dan tidak bergaul dengan jiran tetangga sebaliknya lebih gemar berkurung di dalam rumahnya. “Saya difahamkan mangsa mengidap penyakit tiga serangkai jantung dan darah tinggi serta kencing manis dan keadaan itu menyebabkan mangsa lebih gemar berkurung,” katanya. Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi hari ini mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu. Katanya, sepasukan polis yang menerima laporan bergegas ke lokasi kejadian sebelum membawa mangsa ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat. “Pihak polis percaya mangsa meninggal sejak beberapa hari lalu berikutan keadaan mayat yang sudah bengkak dan berbau,” katanya. Malah siasatan awal polis tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Sumber: Bernama
TOP
KPDNKK Had Penjualan Diesel, Petrol Mulai Esok
TUMPAT – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengehadkan penjualan minyak diesel dan petrol di setiap stesen minyak di sempadan Kelantan-Thailand kepada 600,000 liter sebulan berkuat kuasa esok. Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad berkata langkah tersebut diambil bagi membendung kegiatan penyeludupan bahan api bersubsidi yang semakin aktif di sempadan negeri itu. “Mulai esok, kita hadkan penjualan diesel dan petrol kepada 600,000 liter kepada satu stesen minyak setiap bulan dan kita ada 39 buah stesen minyak di sempadan negeri ini. “Kuota ini dikenakan di sini terlebih dahulu kerana Kelantan berbeza dari negeri lain kerana bersempadan dengan Thailand dan kita dapati kes penyeludupan di sini lebih ketara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Siswa @ Kampung Universiti Putra Malaysia di Sekolah Kebangsaan Kebakat di sini, hari ini. Turut hadir Timbalan Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan (PPDNDPK) Ab Ghani Harun dan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Kelantan Wan Mohamad Sabri Wan Harun. Beliau berkata, kuota penjualan tersebut akan dikenakan kepada stesen minyak yang berada di antara 1 kilometer sehingga 25 kilometer dari sempadan negara itu. “Ini kerana kita dapati penjualan petrol dan diesel di stesen minyak di sempadan mencecah sehingga 1.9 juta liter satu bulan untuk sebuah stesen minyak. “Ia mustahil macam mana boleh dijual untuk pelanggan banyak macam tu dan di jajahan Rantau Panjang kerajaan telah mengalami kerugian sebanyak RM30 juta kerana penyeludupan minyak bersubsidi,” katanya. Alias berkata, pihaknya mendapati sindiket ini menggunakan modus operandi baharu iaitu dengan menggunakan tangki asal yang ada pada kenderaan untuk membawa minyak ke sempadan. “Mereka tidak lagi menggunakan tangki tambahan dalam trak dan lain-lain tetapi mereka berulang alik menggunakan kenderaan yang sama untuk berulang alik ke sempadan untuk menyeludup minyak ke sana. “Jadi kita umumkan langkah ini sehingga kerajaan akan umum satu sistem yang baharu September ini tetapi sementara itu, ini yang kita perkenalkan,” katanya. Selain itu, beliau berkata tindakan tegas juga akan diambil ke atas pengusaha stesen minyak yang bersubahat dengan penyeludup membawa diesel dan petrol ke luar negara. “Kita tidak teragak-agak untuk gantung lesen perjanjian Akta Kemajuan Petroleum (PDA) jika mereka bersubahat dengan penyeludup. “Selain itu, jika stesen minyak di sempadan ini inginkan kuota penjualan minyak dan diesel yang lebih mereka perlulah kemukakan permohonan kepada pihak KPDNKK Kelantan,” katanya. Sementara itu, beliau berkata pihak KPDNKK akan terus mempergiatkan usaha mengesan kegiatan penyeludupan di bawah Ops Titik. “Ops ini akan berterusan sehingga Disember tahun ini dan kita akan wujudkan pasukan khas risikan untuk memantau dan merisik penyeludup yang bersindiket di bawah Ops Titik,” katanya. Sumber: Bernama
TOP
GAMBAR: Fenomena Rama-Rama ‘Serang’ Malaysia
Sejak tahun lepas, ada saja perkara menarik berlaku apabila melibatkan perlawanan besar di Stadium Darul Makmur.
Jika semasa perlawanan semi final Piala FA Pahang menentang JDT di stadium sama tahun lepas menyaksikan seekor kucing membuang hajat di tengah padang, tahun ini ramai terkejut melihat ribuan rama-rama memenuhi stadium ketika perlawanan berlangsung. Bagaimanapun, kehadiran rama-rama tersebut tidaklah sampai mengganggu permainan yang berakhir dengan kemenangan Pahang mengalahkan JDT 1-0. Selepas diperiksa rupa-rupanya fenomena rama-rama ini tidak hanya menyerang Stadium Darul Makmur tetapi banyak lagi tempat seluruh negara. Di bawah adalah gambar-gambar yang dikongsikan di laman sosial berkaitan rama-rama yang tiba-tiba muncul dalam keadaan banyak di Perak dan Johor.
Sumber: myblogsantai.blogspot.com / Mynewshub
TOP
3 Nelayan Hilang Di Perairan Pulau Tenggol Sejak Isnin
DUNGUN – Tiga orang nelayan hilang selepas keluar menangkap ikan di perairan Pulau Tenggol sejak enam hari lalu. Mereka dikenali sebagai Che Wan Mohd Radzi Che Wan Da, 48, Wan Kamarudin Wan Ali, 52, dan Mamat Che Ngah, 39. Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata ketiga-tiganya dipercayai keluar menangkap ikan kira-kira pukul 3 petang Isnin lalu. Mereka sepatutnya pulang pada Rabu. “Isteri seorang daripada mereka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun malam tadi. Usaha untuk menghubungi mereka menerusi telefon bimbit juga gagal,” katanya ketika dihubungi. Ahmad Zailani berkata usaha mencari dan mengesan mangsa sedang dijalankan. Sumber: Bernama
Labels:
Berita Terkini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment