TOP
Murid keracunan sambal ayam
Gambar Hiasan
Pendang : Kira-kira 50 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pendang disyaki mengalami keracunan makanan selepas menikmati makan sambal ayam di kantin sekolah itu. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi tadi, murid berkenaan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Pendang apabila mengalami sakit perut dan muntah selepas menikmati makanan berkenaan. Difahamkan, empat daripada mereka turut dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar selepas mengalami sakit kepala dan muntah yang serius. Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Ismail Abu Taat berkata, kebanyakan mangsa adalah murid tahun satu dan enam mengalami keracunan makanan selepas menikmati ayam sambal. Beliau berkata, seramai 10 murid dimasukkan ke dalam wad manakala mangsa yang lain diberi rawatan pesakit luar. Sumber - myMetro

Judi Piala Dunia: 3 Ditahan Di Pahang
KUANTAN – Tiga lelaki ditahan dipercayai terlibat dengan sindiket perjudian bola sepak Piala Dunia melibatkan wang pertaruhan RM37,000.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Risikan dan Operasi Pahang, Superintendan Md Zamrie Mat Zanu berkata, mereka yang berusia antara 24 hingga 52 tahun diberkas berasingan di sini dan Triang, Bera dalam Ops Soga pada Sabtu dan Ahad lepas.
Beliau berkata suspek ditahan di dua premis berasingan di sini antara pukul 2 hingga 3 pagi pada Sabtu manakala seorang lagi ditahan di sebuah rumah di taman perumahan dekat Triang esoknya.
“Dalam serbuan itu polis turut merampas sebuah komputer riba, telefon bimbit dan modem wi-fi yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pertaruhan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 6 (3) Akta Pertaruhan 1953.
Beliau berkata sehingga kini sebanyak lapan orang yang terlibat dalam sindiket perjudian bola sepak Piala Dunia diberkas di negeri ini sejak perlawanan berlangsung.
Sumber: BERNAMA
TOP
Ramadan : Arab Saudi lulus rancangan kecemasan
Kerajaan Arab Saudi meluluskan rancangan untuk menangani situasi kecemasan di Mekah dan Madinah sepanjang bulan Ramadan ini.
JEDDAH 23 Jun - Menteri Dalam Negeri, Putera Mohammed bin Naif meluluskan rancangan untuk menangani situasi kecemasan di Mekah dan Madinah sepanjang bulan Ramadan ini. Menurut laman web arabnews.com, Ketua Pengarah Pertahanan Awam, Suleiman bin Abdullah Al-Amro berkata, semua urusan dan persediaan itu dibuat bagi menghadapi sebarang situasi kecemasan semasa bulan Ramadan nanti. Rancangan itu akan mengambil kira masa dan kedudukan geografi ketika bilangan jemaah umrah bertambah di kedua-dua bandar itu, terutamanya dalam tempoh 10 hari terakhir bulan Ramadan. Suleiman turut memuji sokongan yang diberikan oleh Gabenor Mekah dan Gabenor Madinah, Putera Mishaal bin Abdullah dan Putera Faisal bin Salman dalam pelaksanaan rancangan itu. Beliau berkata, jumlah anggota keselamatan di kedua-dua bandar itu bergantung kepada jangkaan peningkatan jemaah umrah pada tahun ini, sambil menambah kata, pasukan polis akan memberi sokongan dengan menyediakan kenderaan canggih dan peralatan lain. Satu kempen kesedaran akan dilancarkan bagi menyampaikan pesanan-pesanan tentang keselamatan awam melalui pesanan khidmat ringkas (SMS), televisyen dan papan-papan tanda. Kementerian Kesihatan telah meningkatkan aktiviti kesedaran awam dalam kalangan penduduk Arab Saudi yang mahu menunaikan ibadat umrah dan haji selari dengan komitmen bagi memastikan kesejahteraan jemaah. Semalam, Kementerian Kesihatan mengulangi jaminan akan meneruskan langkah-langkah pencegahan dan prosedur sebagai sebahagian program kesedaran kesihatan. Pusat kawalan Kementerian Kesihatan menjelaskan bahawa semua jemaah umrah dan haji perlu mematuhi langkah-langkah pencegahan dan keperluan kesihatan bagi mengehadkan penyebaran virus sindrom pernafasan korona Asia Barat (MERS-CoV). Sumber - Utusan Online

Treler senget, berpuluh tan beras bertaburan
BERAS bertaburan selepas jatuh dari treler yang senget ketika melalui susur berselekoh menuju ke Lebuh Raya Sprint berhampiran Plaza Tol Jalan Duta di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Berpuluh-puluh tan beras bertaburan di atas jalan apabila sebuah treler yang sarat dengan muatan barangan tersebut hampir terbalik semasa melalui susur berselekoh menuju ke Lebuh Raya Sprint berhampiran Plaza Tol Jalan Duta di sini semalam. Akibat kejadian tersebut susur menuju ke Lebuh Raya Sprint ditutup selama kira-kira dua jam bagi tujuan membersihkan beras yang bertaburan. Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 10.30 pagi dan menyebabkan jalan tersebut ditutup. "Treler membawa 40 guni beras senget semasa melalui jalan berselekoh menuju ke Lebuh Raya Sprint dan menyebabkan sebahagian beras dalam treler tersebut terjatuh di atas jalan dengan sebahagian guninya pecah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam. Difahamkan, treler tersebut membawa beras itu dari Alor Star, Kedah dan dalam perjalanan menuju ke sebuah kilang pembungkusan beras di Cheras. Satu guni berisi satu tan beras dan nilai keseluruhan beras tersebut mencecah puluhan ribu ringgit. Sumber - Kosmo

Bekir Hadiahkan Ferrari Pada Anak Umur Lapan Tahun
Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib Mahmud hari ini memberitahu mahkamah yang beliau membelikan anaknya, Raden Murya sebuah kereta Ferrari sewaktu anaknya itu berusia lapan tahun.
Bercakap pada perbicaraan tuntutan mutaah RM100 juta terhadap beliau oleh bekas isterinya, Bekir berkata kereta itu dibeli kerana anaknya itu terlalu minatkan kereta Ferrari.
Kereta itu yang dibeli atas namanya kemudian ditukar kepada nama anaknya sendiri selepas beliau cukup umur 18 tahun.
“Sejak anak kecil, dia minat Ferrari jadi saya telah belikan Ferrari kepadanya.
“Dulu beli masa dia kecil, saya beli atas nama saya, sekarang saya alihkan atas nama anak,” katanya sewaktu disoal peguam beliau, Datuk Seri Zainul Rijal Abu Bakar di Mahkamah Tinggi Syariah hari ini.
Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah kemudiannya, Bekir berkata kereta itu adalah sebuah Ferrari Modena 370 terpakai dan dibeli pada tahun 2001 dengan harga RM950,000.
“Dari awal lagi saya beritahu beliau itu adalah keretanya, dan apabila beliau berusia 18 tahun saya tukar nama kepada namanya,” katanya kepada pemberita.
Selain daripada kereta itu, Bekir pada 3 Jun lalu memberitahu mahkamah yang beliau membelikan Shahnaz tiga buah kereta mewah untuk digunakan – Mercedes S Class dengan anggaran harga RM800,000, BMW X5 (RM600,000), dan pacuan empat roda Jeep Cherokee (RM500,000).
Beliau juga mengaku membelikan sebuah banglo berharga RM2 juta untuk Shahnaz dan anaknya di Damansara dengan pinjaman bank sebanyak RM1.5 juta.
Pada Januari lalu pula Shahnaz mengaku menerima nafkah kewangan sebanyak RM7,000 sebulan dari tahun 2001 sehingga tahun 2006.
Ia kemudian dinaikkan kepada RM10,000 sebulan pada tahun 2007 dan pada tahun 2008 sehingga Ogos 2011 ia dinaikkan lagi kepada RM12,000 sebulan.
Bagaimanapun, nafkah itu dihentikan selepas mereka bercerai pada Mei 2011 dan tempoh edahnya habis pada bulan Ogos 2011.
Sumber: Malaysiakini.com
TOP
Jennifer Lopez Putus Cinta Kerana Kekasih Punyai Skandal Maknyah
PENYANYI Jennifer Lopez dikhabarkan sudah putus cinta dengan kekasihnya Casper Smart setelah mengetahui lelaki itu curang dengan seorang model transgender (maknyah).
Penyanyi lagu On the Floor itu membuka mulut dalam satu program wawancara iaitu Watch What Happens Live.
Jennifer ditanya oleh pengacara program tersebut Andy Cohen tentang baik buruk bercinta dengan seorang penari.
"Saya pernah bercinta dengan dua orang penari, pertama saya berkahwin dengan Cris Judd dan bagi saya dia adalah seorang lelaki luar biasa yang saya cintai.
"Kemudian dengan Beau (Casper Smart), kami baru sahaja putus, namun bagi saya dia seorang kawan yang sangat baik," katanya.
Ini merupakan kenyataan pertama daripada Jennifer sendiri yang mengesahkan tentang khabar angin hubungan tersebut sudah berakhir.
Casper Smart didakwa mempunyai hubungan sulit dengan seorang model maknyah.
Sumber: mStar online
TOP
Ekslusif : Kisah benar Puan Lola dan adik OKU, Muhammad Firdaus bin Dullah
Gambar bekas pengasuh sedang memelul Muhammad Firdaus
Petikan dari: Facebook Kamal Zawari Ghazali Asamkipas
Bismillah.
Alhamdulillah, petang tadi saya dan isteri, Siti Salwa diberi keizinan Allah untuk melawat adik Muhammad Firdaus Dullah di Hospital Tuaku Jaafar, Seremban..
Pertamanya, saya mohon maaf jika post ini panjang, harap anda dapat bersabar dan baca kerana intipatinya adalah penting dan harap dapat di"share" kepada sesiapapun yang anda jumpa di luar mahupun Facebook friends list anda.
Adik OKU ini terkenal akibat berita yang tersebar luas konnonnya dia "dikurung" oleh ibunya dirumah sehingga kurus kering. Dan akibat fitnah yang berleluasa tentang betapa "zalim"nya si ibu itu, saya rasa bertanggungjawab untuk menceritakan hal sebenar kepada kalian semua agar kalian dapat membetulkan semula persepsi anda dan tidak termakan fitnah yang telah anda baca baik daripada akhbar, TV mahupun post di Facebook.
Dan sepertimana post saya yang terdahulu, para keyboard warrior dan generasi "mohon share" bertungkus lumus untuk memaki dan menghina ibunya atas "perbuatan" tidak berhati perut oleh ibu adik Firdaus, Puan Lola.
Facebook ibu adik Firdaus dijejaki dan digelar iblis, syaitan, kejam dan sebagainya. Sedarlah wahai rakan sekalian, ini tidak lain hanyalah fitnah yang amat tidak bertanggungjawab para pemberita, generasi "mohon share" dan keyboard warrior terhadap ibunya.
Ketika berada di Wad, saya turut berpeluang untuk bercakap dengan Kak Nor (Dalam gambar, yang sedang memeluk Firdaus) yang merupakan jiran,bekas penjaga adik Firdaus, dan juga sahabat baik Puan Lola.
Menurut Kak Nor, Puan Lola amat menyayangi Firdaus walhal tidak pernah sekalipun dimarah apatah lagi dijentiknya Firdaus. Walhal, keprihalan Firdaus diketahui oleh jiran sekeliling Flat tempat tinggal mereka kerana semasa Kak Nor masih lagi menjaga Firdaus, dia selalu dibawa main bersama kanak-kanak lain di perumahan tersebut. Dan Kak Nor telah menjaga Firdaus sejak dia berumur 4 tahun lagi. Namun begitu, akibat urusan yang tidak dapat dielakkan Kak Nor berpindah ke Gemencheh.
Akibat ini, tiada lagi siapa yang sanggup menjaga dan membela Firdaus semasa ketiadaan Puan Lola ke tempat kerja.
Dan disinilah bermula kisah dimana Puan Lola terpaksa meninggalkan Firdaus berseorangan di rumah akibat terpaksa bekerja menampung belanja keluarga. Dia bekerja di KLIA dan gajinya hanyalah sedikit yang amat sangat. Anak kedua Puan Lola yang berumur 6 tahun (Turut berada di hospital dalam wad yang sama kerana Puan Lola ditahan) menpunyai kondisi "Hyperactive". Puan Lola juga diberikan ujian kesihatan dan beliau sendiri sakit. Masya Allah besar ujian keluarga ini.
Puan Lola menanggung perbelanjaan sewa rumah, perbelanjaan motor perubatan, menghantar wang kepada ibu bapanya di Sabah dan macam-macam lagi dan akibat kepayahan ini, mereka hidup sekangkang kera sebagai mana anda boleh lihat dalam rumahnya yang kosong. Untuk menambah pendapatan, Puan Lola mencari dan menjual tin kosong dan juga kotak-kotak. Masya Allah.
Dan jika kita persoalkan mengapa hanya diberi pakaian reput kepada Firdaus,
"mak dia tak mampu ke nak beli baju RM5 sekalipun?"
Jawapannya senang, ya mereka teramat miskin hingga hendak beli baju baru pun tidak mampu.
Untuk menguatkan lagi pendapat kami terhadap Puan Lola, kebetulan datang dalam wad tadi bersama saya adalah seorang lelaki yang merupakan ahli NGO kawasan perumahan Puan Lola sekeluarga. Beliau pernah bekerja denga Puan Lola selama 6 tahun di KLIA dan beliau turut mengatakan bahawa apa yang masyarakat perkatakan terhadap Puan Lola adalah salah sama sekali. Beliau seorang yang lemah lembut, rajin dan selalu kerja "overtime" untuk mencari duit lebih bagi menampung keluarga.
Situasi kini adalah Kak Nor menjaga Firdaus dan adiknya di Wad kanak-kanak tersebut jika berkesempatan dan beliau tanpa meminta sesen pun berulang alik dari Gemencheh ke Seremban untuk menjaga adik.
Firdaus. Sepanjang saya di Wad tadi, adik Firdaus kerap kali memanggil "Mak..." "Makk..." sambil memeluk Kak Nor yang masih lagi diingatinya. Kembalikanlah Puan Lola kepada Firdaus yang mana beliau kini ditahan untuk direkodkan keterangan. Moga Allah pertemukan mereka semula dengan secepat mungkin, insya Allah.
Sehubungan itu kami semua yang hadir petang tadi dalam Wad itu sepakat bersama ingin membetulkan persepsi yang salah yang digambarkan oleh media massa, generasi "mohon share" dan juga keyboard warrior terhadap keluarga Puan Lola. Moga Allah dapat permudahkan urusan mereka dan kita semua, insya Allah.
Tidak percaya dengan apa saya tulis nih? Pergi lawat sendiri adik Firdaus di Wad Kanak-Kanak Hospital Seremban. Tiada satu pun calar atau parut dera pada adik Firdaus, yang ada hanyalah kesan kasih sayang ibu yang bersusah payah menjaga si adik meskipun ibunya sakit dan tidak mampu...
Kesimpulan yang boleh dibuat adalah :
1 ) Kita seharusnya malu dan harus rasa bersalah terhadap Puan Lola atas Fitnah dan tohmahan yang disebarkan. Mohon maaf kepada ibu adik Firdaus jika berkesempatan. Kita harus ingat, jika orang kutuk mak kita kita mesti akan marah bukan main lagi dan akan membalas perbuatan terkutuk tu betul tak? Bayangkan anda telah mencaci ibu kepada adik Firdaus yang OKU yang tidak mampu untuk marah atau membalas perbuatan anda terhadap ibunya. Anda patut malu dengan diri anda dan segeralah bertaubat.
2 ) Kita tidak boleh menuduh melulu tanpa membuat siasatan terperinci terhadap sesuatu perkara. Silap langkah maka ianya menjadi Fitnah. Ingatlah Fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh.
Mampukah anda tanggung dosa itu diakhirat kelak ? Wallahualam.
3 ) Tanamkan sikap membantu kepada orang yang susah, jangan tunggu NGO ataupun orang datang kutip derma baru nak tolong. Cari dan berkawanlah dengan orang yang miskin dan susah. RM1 bagi anda mungkin sedikit, namun bagi mereka ianya tidak ternilai. Bersedekahlah sentiasa, meskipun harta di dunia kurang, harta dan pahal di akhirat berkali ganda Allah akan balas.
4 ) Apa kata kita buat satu derma kilat, kumpul duit untuk rawatan dan belanja Puan Lola, Adik Firdaus dan adiknya yang berusia 6 tahun tu. Kalau rumah anda ada kipas, kerusi ataupun meja baju lebih ke, kumpul dan derma kepada mereka. Kan lagi bagus macam tu. Marilah besedekah kerana semua ini amalan yang digalakkan agama Tak rugi pun kita, lagi untung ada.
5 ) Tolong share post ini. Ada pepatah mengatakan "Lying is bad, but hiding the truth is even worse". Sebagai seorang yang bertanggungjawab, kongsikan post ini kepada semua supaya kebenaran diketahui umum. Insya Allah hanya Allah dapat membalas jasa anda.
Walahualam.
Sekian,
Muhammad Kamal Zawari @ Asamkipas

Mas Khan Kekasih Baharu Lana Nordin
PETALING JAYA – Setelah kontroversi putus cinta dengan pelakon Johan As’ari berakhir, pelakon Lana Nordin, pada Isnin memperkenalkan teman istimewanya iaitu pelakon baharu Mas Khan.
Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 34, berkata, dia dan pemuda yang berusia 20-an itu masih diperingkat mengenali hati budi masing-masing.
“Saya dengan dia masih baru lagi dalam kira-kira sebulan, tetapi kami kenal agak lama juga. Buat masa ini kami masih lagi mengenali hati budi masing-masing.
“Saya tidak mahu bercakap tentang cinta lebih-lebih kerana semuanya ketentuan Allah dan sebagai perempuan saya hanya cuba berkawan dan mencari jodoh saya,” ujarnya kepada mStar Online.
Lana ditemui pada Majlis Pelancaran Produk Kosmetik Airish Fashion Cosmetik di Hotel The Royal Chulan, di sini, Isnin.
Jelas Lana, dia tidak mahu kontroversi percintaannya dengan pelakon Johan As’ari membataskan dirinya untuk terus mencari jodoh.
“Saya tidak mahu fikir tentang lelaki itu dan saya tidak mahu kontroversi tersebut menyekat saya untuk berkawan dengan lelaki.
“Saya tetap mencuba dan berkawan dengan mana-mana lelaki serta cari yang sesuai dijadikan suami, kalau Tuhan sudah takdirkan saya berkahwin usia 40 saya terima,” katanya.
Sementara itu, bercerita tentang Mas Khan, Lana berkata, dia seorang yang matang dan memahami biarpun jarak usia mereka agak jauh.
Bagaimanapun, peristiwa percintaan lalu banyak mengajarnya agar lebih berhati-hari dan tidak mudah mempercayai lelaki.
“Dia muda lagi tapi dia seorang yang matang dan tidak suka ambil tahu tentang orang lain. Dia tidak kisah tentang kontroversi saya sebelum ini.
“Tetapi saya juga perlu berhati-hati sebab dahulu pun begini juga, saya percaya kalau tidak baik untuk saya, Allah akan tunjukannya,” kata Lana.
Lana mengakui antara punca dia rapat dengan lelaki itu juga adalah disebabkan mereka bergandingan dalam sebuah filem berjudul Biasan.
Katanya, filem tersebut masih lagi dalam penggambaran sehingga akhir Ramadan ini.
Sementara Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzhir Khan mengakui Lana seorang wanita yang penyayang dan lemah lembut.
“Pada mulanya saya nampak dia seorang yang garang dan sombong tetapi bila sudah rapat barulah saya tahu dia seorang yang lembut.
“Dia sangat baik dan ambil berat tentang saya, dia banyak mengajar saya tentang lakonan dan berhadapan dengan masyarakat serta media,” ujarnya.
Sumber: mStar online
TOP
Shahnaz Bukan Anak Dara Masa Bernikah – Anak Taib Mahmud
Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib hari ini mendedahkan kepada Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur isterinya Shahnaz Majid tidak lagi dara semasa dinikahinya pada 1992.
Pendedahan itu dibuat selepas anak kepada Gabenor Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud itu diajukan soalan oleh peguambelanya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar terhadap kewajaran mutaah bernilai RM100 juta.
” Selepas beberapa hari perkahwinan kami pada 9 Januari 1992, semasa di dalam bilik tidur, saya dapati plaintif bukan anak dara lagi.
” Dia bukan anak dara masa kami bernikah,” kata Abu Bekir kepada mahkamah hari ini.
Shahnaz, kakak kepada penyanyi popular Datuk Sheila Majid, dan Abu Bekir berkahwin pada Januari 1992 dan mempunyai seorang anak yang kini berusia 20 tahun, Raden Murya. Abu Bekir memfailkan perceraian mereka pada Mei 2011. Dalam menolak dakwaan itu, peguam Shahnaz, Dr Mohd Rafie Mohd Shafie berkata kenyataan Abu Bekir tidak disertakan laporan perubatan dan soalan berkenaan tidak adil kepada plaintif, remeh, mengaibkan dan sengaja diada-adakan. Akberdin Abdul Kader yang juga peguam kepada plaintif berkata, Shahnaz perlu diberi peluang membela diri daripada dakwaan itu dan bertentangan dengan Seksyen 105 Akta Keterangan. “Apabila defendan beri keterangan terhadap plaintif maka plaintif perlu diberi peluang memberikan penjelasan.
“Mana peluang plaintif untuk menjawab? Ini soal remeh dan cuba aibkan plaintif di peringkat ini. Adakah ini adil?
Mahkamah hendaklah melarang kenyataan bertujuan menghina dan menyinggung yang tidak wajar,” katanya. Bagaimanapun, Zainul Rijal berkata status plaintif penting mengikut syarak apatah lagi tuntutannya membabitkan RM100 juta. Katanya, bagi menolak dakwaan itu, defendan boleh mengangkat sumpah bagi menafikan dakwaan itu dan tuduhan berkenaan boleh digugurkan. “Defendan beri keterangan bertujuan untuk membantu mahkamah membuat keputusan. Bukan tujuan mengaibkan tetapi sekadar fakta yang diketahui defendan. Plaintif sendiri memaklumkannya. “Tidak timbul aib atau tohmahan kerana mahkamah akan tentukan. Saya mohon diteruskan,” katanya. Hakim Muhamad Abdul Karim Wahab berpendapat kenyataan yang dikeluarkan perlu menutup keaiban dan bantahan berkenaan diterima kerana sudah dikemukakan. Katanya, soalan yang dikemukakan oleh pihak defendan perlu diubah supaya tidak menggambarkan keaiban. “Tak semestinya diaibkan. Mahkamah bukan tempat buka keaiban. Bantahan diterima,” katanya yang turut memberi kebenaran kepada media untuk melaporkan sidang hari ini namun perlu lebih berhati-hati. “Sampaikan dalam suasana sopan dan beradab,” katanya. Abu Bekir hari ini menarik perhatian mahkamah tuntutan mutaah RM100 juta yang dikemukakan Shahnaz tidak munasabah. Katanya, selepas meninggalkan Shahnaz pada 1999, nafkah seperti wang bulanan, rumah dan kenderaan diberikan sepanjang tujuh tahun tidak tinggal bersama isterinya.
Zainul Rijal: Apa alasan tak setuju tuntutan plaintif?
Abu Bekir: Saya berikan nafkah RM10,000 sebulan dan kadang-kadang lebih. Dia tinggal di sebuah banglo di Damansara bernilai RM2 juta. Abu Bekir turut memaklumkan kepada mahkamah beliau memberikan tiga kenderaan kepada isterinya iaitu Jeep Cherokee (RM600,000), Mercedes S Class (RM800,000) dan BMW X5 (RM700,000). Katanya, tiga kereta tersebut adalah milik Sarawak Capital Sdn Bhd di mana Shahnaz adalah pengarah dan pemegang saham syarikat itu. Ketika ditanya, mengapa selepas 12 tahun meninggalkan Shahnaz, Abu Bekir mengambil keputusan memfailkan penceraian, beliau berkata tidak mahu Shahnaz hidup terkapai-kapai. “Dia tak punya suami dan saya tak pulang. Saya cuba pujuk untuk bercerai cara baik, dia tak layan,” katanya ketika menjawab soalan Zainul Rijal. Hakim menetapkan perbicaraan disambung semula pada 2 September ini. Sumber: The Malaysian Insider

PM rasmi KLIA2
Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi merasmikan infrastruktur ikonik terbaru negara, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), di sini.
Dalam ucapan perasmiannya, Najib berkata, beliau secara peribadi menerima banyak komen dan pujian diberikan orang ramai termasuk rakyat tempatan dan asing menerusi laman sosial yang memuji keindahan terminal penerbangan berkenaan.
"KLIA2 bukan sahaja menampilkan konsep infrastruktur bertaraf dunia sebaliknya ia menjadi penanda aras global bagi pembinaan terminal sama pada masa akan datang.
"Pada masa sama, KLIA2 dijangka dapat menampung keperluan perkembangan industri penerbangan dalam tempoh 10 hingga 15 tahun lagi dimana ia juga berupaya mengendalikan 45 juta penumpang setahun," katanya.
Katanya, perkembangan pasaran penerbangan di rantau Asia juga memberi kelebihan kepada klia2 dimana terminal itu dijangka dapat mengendalikan kira-kira 25 juta penumpang menjelang akhir tahun ini.
Najib berkata, industri penerbangan awam negara mencatat peningkatan mengagumkan dari segi pergerakan penumpang setiap tahun biarpun berlatarbelakangkan keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Hadir sama isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor; Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abd Aziz Kaprawi; Pengerusi Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah; Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali dan Penasihat dan mantan Pengarah Urusan MAHB Tan Sri Bashir Ahmad.
Najib turut menyaksikan penyerahan sijil oleh Malaysia Book of Records (MBOR) di atas penganugerahan Terminal Penerbangan Tambang Murah Terbesar dan Terminal Penerbangan Pertama Menggunakan Khidmat 'Sky Bridge' kepada KLIA2 oleh Pengasas MBOR Tan Sri Danny Ooi.
Disamping itu, Najib turut melancarkan hotel transit, Sama-Sama Ekspress dan perkhidmatan ERL@klia2 di Stesen ERL KLIA2.
Sumber - myMetro
TOP
Berat Remaja OKU Kurus Kering Kini Sudah Meningkat 17Kg
Seremban: Selepas empat hari dirawat di Wad Kanak Kanak Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), remaja kelainan upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui kebuluran di rumahnya di Taman Semarak, Nilai, dekat sini mengalami peningkatan berat badan sebanyak dua kilogram.
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang melawat remaja itu sebentar tadi berkata, ketika Muhammad Firdaus ditemui pada Sabtu lalu, berat badannya hanya 15 kilogram dan kini meningkat menjadi 17 kilogram.
Katanya, ia berikutan pihak HTJS memberikan penjagaan perubatan terbaik buatnya, makanan seimbang, penjagaan kulit dan badan yang mana ia menunjukkan perubahan positif buat Muhammad Firdaus.
Katanya, ketika awal dimasukkan ke HTJS, remaja itu tidak mampu duduk di atas katil dan kini mampu melakukannya malah sudah berinteraksi bersama orang ramai yang menziarahinya.
"Kita gembira dengan perubahan dialami Muhammad Firdaus dan memerlukan sebulan untuk memastikan penjagaan kesihatan dan berat badan remaja ini bertambah baik," katanya yang ditemui dalam sidang media di HTJS, di sini, sebentar tadi.
Sumber: myMetro online
TOP
Kampung Air Jadi Tempat Sembunyi Kumpulan Penculik Di Pantai Timur Sabah
Pulau Denawan antara perkampungan air di Semporna yang dijadikan tempat persembunyian oleh kumpulan penculik yang menculik bagi mendapatkan wang tebusan.
KOTA KINABALU: Kampung Simunul, Kampung Bangau Bangau, Pulau Denawan dan Kampung Labuan Haji merupakan antara perkampungan air di Semporna yang dijadikan tempat persembunyian oleh kumpulan penculik yang menculik bagi mendapatkan wang tebusan, menurut seorang pegawai Kawalan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom). "Mereka (kumpulan penculik) dengan mudah membolos masuk Sabah dari selatan Filipina dan bersembunyi di perkampungan air ini," katanya. Pegawai itu yang enggan dikenali berkata, penculik dalam kejadian di Singamata menetap di Kampung Labuan Haji, Pulau Bumbung di perairan Semporna. Sebaik sahaja tujuh lelaki bersenjata mendapat "lampu hijau", mereka kemudiannya menaiki bot dari Kampung Labuan Haji ke Singamata Reef Resort yang terletak kira-kira satu kilometer. Sejurus selepas penculikan, pasukan keselamatan melancarkan operasi di Kampung Labuan Haji dan mendapati kira-kira 500 pendatang asing tanpa izin (Pati) tinggal di kampung air itu. "Kumpulan yang menculik untuk mendapatkan wang tebusan tidak mempunyai masalah untuk bercampur dengan penduduk kampung kerana mempunyai bahasa dan gaya hidup yang hampir sama antara kedua-duanya," kata pegawai itu. Beliau berkata, "musuh dalaman" merupakan sebahagian daripada populasi migran yang melarikan daripada Jolo semasa perang Moro pada 1970an. "Mereka memasuki Sabah sebagai pelarian. Hari ini, mereka sudah pun mempunyai dua dan tiga generasi yang bercampur dengan masyarakat tempatan. "Malah ada sesetengahnya berkahwin dengan mereka yang berkhidmat dalam pasukan keselamatan," tambahnya. Ketua Pengarah Esscomm, Datuk Mohammad Mentek berkata, dalam kejadian penculikan terbaharu di Kunak, polis percaya ia dilakukan oleh "orang dalam". Mohammad berkata, siasatan awal menunjukkan modus operandi bagi penculikan di Kunak adalah sama di Pulau Baik, Lahad Datu. "Kedua-dua kumpulan itu menggunakan pekerja-pekerja di situ untuk memantau pemilik dan keadaan sekitar di mana kumpulan penculik memasuki dan meninggalkan pusat ternakan ikan dengan cara yang hampir sama. Ditanya bagaimana untuk menghentikan aktiviti penculikan yang berleluasa, pegawai keselamatan itu berkata: "Anda perlu cari musuh dalam selimut".-mstar

20 Peratus Pelajar Tingkatan 1-6 Di Perlis Penagih Air Ketum
Datuk Seri Azlan Man
KANGAR: Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata guru boleh memainkan peranan berkesan untuk membantu pelajar mengatasi masalah ketagihan air ketum. Beliau berkata kajian Jabatan Pendidikan Perlis mendapati 20 peratus daripada pelajar tingkatan satu hingga enam di negeri ini terbabit meminum air ketum. "Kerajaan negeri bimbang peringkat awal pelajar-pelajar ini menagih air ketum tetapi lama-kelamaan mereka menjadi penagih dadah, ubat batuk atau menghidu gam," katanya semasa berucap merasmikan sambutan Hari Guru peringkat negeri kali ke-43 di Dewan 2020 di sini Isnin. Azlan melahirkan kekhuatirannya bahawa pelajar yang menjadi penagih air ketum sanggup melakukan jenayah untuk mendapatkan wang kerana tidak dapat mengawal ketagihan. "Saya sedar tanggungjawab ini bukan mudah untuk dipikul kerana guru juga perlu memberi tumpuan terhadap pencapaian akademik para pelajar. Namun saya harap guru yang kerap bersemuka dengan mereka mengambil kesempatan itu untuk membantu," katanya. Pada majlis itu, Azlan menyampaikan anugerah Tokoh Guru Perlis 2014 kepada bekas Pengarah Pendidikan Perlis, Dariah Saad, 67, berupa sebuah plak dan wang tunai RM4,000 sumbangan Bank Rakyat.-mstar

Laluan Khusus HKL-Lebuhraya Duke Mudahkan Akses
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam (kanan) turut melihat projek pembangunan Hospital Ibu dan Anak semasa mengadakan lawatan kerja ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), Isnin. Turut sama, Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain (dua dari kanan). -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang membina satu laluan khusus menghubungkan Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) serta sebuah stesen Mass Rapid Transit (MRT) bagi memudahkan akses ke hospital tertua negara itu. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata dua projek baharu itu adalah bagi merancakkan lagi projek pembangunan fizikal dan naik taraf HKL sebagai sebuah hospital utama yang dimulakan sejak 2009. "Untuk dua projek baharu itu Kementerian Kesihatan akan bekerjasama dengan agensi kerajaan lain untuk memberi keselesaan kepada pengunjung. "Mengikut cadangan akan terdapat laluan bawah tanah menghubungkan stesen MRT baharu berhampiran Medan Selera Jalan Raja Muda Abdul Aziz dengan HKL," katanya dalam sidang media selepas lawatan kerja ke tapak projek itu di sini, Isnin. Katanya, kementerian tidak akan menanggung kos dua projek itu sebaliknya hanya menanggung kos pembangunan fizikal dan naik taraf HKL yang sedang dilaksanakan berjumlah RM1.4 bilion. Dr Subramaniam berkata projek Fasa 2 bermula Mac 2013 meliputi projek laluan awam dan laluan ambulans telah pun dibuka untuk kegunaan awam pada 21 April lepas. Katanya, blok Institut Urologi dan Nefrologi, Unit Rawatan Rapi (ICU), dewan bedah dan fasiliti sokongan yang juga sebahagian projek Fasa 2 masih dalam pembinaan. Sementara itu pembinaan tempat letak kereta bertingkat dengan 1,950 lot pula dijangka siap sepenuhnya bulan depan. "HKL telah mendapat peruntukan tambahan sebanyak RM65 juta untuk pembinaan ini. Projek ini dijangka dapat menambah 2,000 lot tempat letak kereta sedia ada untuk menampung kira-kira 1,000 pekerja dan 5,000 keluarga pesakit setiap hari," katanya. Projek kerjasama kerajaan-swasta menerusi pembinaan Hospital Wanita dan Kanak-kanak (WCH) yang bernilai RM848 juta pula dijangka siap pada 2016, katanya. Tambahnya kesemua projek pembangunan fizikal dan naik taraf HKL berjalan lancar dan sebuah pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) ditempatkan di HKL bagi memastikan projek siap sepenuhnya pada 2017. Kerja-kerja naik taraf Fasa 1 yang melibatkan pengubahsuaian lobi utama, Wad 26 dan Wad 27 telah siap pada Julai 2012.-mstar

2,000 Anggota Perkasa Berhimpun Sokong Sultan, Mais & Jais
Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Selangor, Abu Bakar Yahya (tiga dari kanan) menyerahkan memorandum sokongan taat setia kepada Sultan Selangor serta sokongan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung isu rampasan Bible, kepada wakil pihak istana di hadapan Istana Bukit Kayangan di Shah Alam, Isnin. Kira-kira 2,000 anggota Badan Bukan Kerajaan (NGO) itu berkumpul secara aman di hadapan Istana Bukit Kayangan. -fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Kira-kira 2,000 anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) berhimpun secara aman di sini pada Isnin bagi menyokong tindakan pihak berkuasa agama negeri itu berhubung isu rampasan kitab Bible. Mereka menyokong tindakan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung isu Bible yang dirampas daripada Pertubuhan Bible Malaysia (PBM), Januari lepas. Bercakap kepada pemberita di sini, Yang Dipertua Perkasa Selangor Abu Bakar Yahya berkata perhimpunan itu juga diadakan bagi menzahirkan sokongan taat setia kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan isu itu diselesaikan mengikut undang-undang. Beliau berkata perhimpunan itu turut diadakan bagi membantah tindakan empat anggota Parlimen PAS iaitu Khalid Abdul Samad (Shah Alam), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Hanipa Maidin (Sepang) dan Che Rosli Che Mat (Hulu Langat) yang mahukan Kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif Mais. Perhimpunan selama dua jam bermula 11 pagi itu turut dihadiri Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Ketua Penerangannya Ruslan Kasim. Sebelum ini, Peguam Negara Abul Gani Patail mengumumkan bahawa pendakwaan tidak akan dilakukan berhubung rampasan Bible itu dan kes berkenaan ditutup. Berikutan itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan Jais memulangkan Bible berkenaan kepada PBM bagaimanapun, Pengerusi Mais Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata Mais tidak bersetuju dengan arahan Kerajaan Selangor dengan alasan ia di luar bidang kuasa kerajaan negeri.-mstar

Lapangan Terbang Baharu Di Kulim Dijangka RM1.6 Bilion
Datuk Seri Mukhriz Mahathir
KUALA LUMPUR: Cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Kulim, Kedah, bagi memenuhi peningkatan penerbangan ke wilayah utara, dijangka melibatkan kos RM1.6 bilion, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Kos berkenaan termasuk pengambilan tanah, pembinaan infrastruktur asas lapangan terbang dan dua landasan, katanya. Mukhriz berkata kajian telah dilakukan dan penting bagi negeri-negeri utara untuk mempunyai satu lagi lapangan terbang antarabangsa memandangkan Lapangan Terbang Bayan Lepas yang sedia ada di Pulau Pinang mungkin akan mencapai kapasiti maksimum dalam dua tahun. "Satu lagi faktor yang membimbangkan ialah lapangan terbang itu mempunyai satu landasan, yang mempunyai kapasiti terhad untuk menampung lebih banyak pesawat. Pendaratan oleh pesawat kargo telah dikurangkan lebih 10 peratus dalam tempoh tiga tahun lepas. "Wilayah utara berkembang dan memerlukan perkhidmatan dan kemudahan kargo udara," katanya pada sidang akhbar selepas perasmian pejabat Bina Darulaman Bhd di sini Isnin. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Tan Sri Tajuddin Atan, Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Bhd Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, dan Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Glomac Bhd Datuk Seri FD Iskandar. Mukhriz berkata bukan mudah bagi lapangan terbang Pulau Pinang mempunyai landasan kedua memandangkan kilang-kilang terletak berhampirannya, sambil menambah bahawa cadangan penambakan laut untuk memanjangkan landasan itu sebagai "lebih mudah bercakap daripada melakukannya". "Penyambungan landasan tidak membantu ... peningkatan penerbangan hanya dengan lebih banyak landasan dan tidak memanjangkan yang sedia ada," katanya. Beliau berkata Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai Jepun di Osaka, yang dibina melalui proses penambakan laut, mengambil kira-kira 10 tahun. Mukhriz berkata adalah lebih murah untuk membina lapangan terbang di tanah besar dan bukannya melalui penambakan laut, sambil menambah bahawa lebih 600 hektar tanah ladang getah tersedia di Kulim untuk lapangan terbang yang dicadangkan itu yang boleh mempunyai sehingga empat landasan. Beliau berkata lapangan terbang itu, jika diluluskan oleh kerajaan persekutuan, boleh menjadi lapangan terbang serantau, untuk menampung kawasan di selatan Thailand. Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Datuk Izham Yusoff, berkata syarikat itu merancang untuk mengukuhkan kunci kira-kiranya pada tahun ini dan juga untuk menambah simpanan tanah. Syarikat juga akan terus memberi tumpuan kepada perniagaan teras iaitu hartanah, kejuruteraan dan pembinaan lebuh raya serta penyelenggaraan jalan, kata beliau.-mstar

Bekas Pembantu Peribadi Teresa Kok Dakwa Ada Bukti Penyelewengan
Ketua Biro Salah Guna Kuasa, Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Tony Tan Chee Chong (kanan) menyerahkan memorandum kepada wakil Parti Tindakan Demokratik (DAP), Chu Yoon Ming supaya Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dipecat kerana salah guna kuasa dan rasuah di Ibu Pejabat Parti DAP, Isnin. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Bekas pembantu peribadi Naib Pengerusi DAP Teresa Kok, Tony Tan Chee Chong pada Isnin berkata satu lagi dakwaan penyelewengan anggota Parlimen Seputeh itu telah dilaporkan kepada polis pada 10 Jun lepas. Ia berupa tindakan Kok yang dikatakan telah mengeluarkan lima keping cek berjumlah RM117,230 tanpa kebenaran mesyuarat jawatankuasa perhubungan kawasan Parlimen (PLC). Tan dalam sidang media di sini pada Isnin, berkata laporan polis itu dibuat oleh bekas DAP yang dipecat Mei lepas, Danny Leong Eng Tiom, dan mereka telah pun menyerahkan bukti itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Leong sebelum ini disaman RM10 juta oleh Kok kerana mempertikaikan pengurusan dana awam dan dana DAP, sementara Tan pula keluar parti pada 2007, kerana hilang kepercayaan terhadap pemimpin DAP. Tan dan Leong turut membuat laporan kepada SPRM pada Februari lepas mengenai dakwaan penyelewengan dana yang diurus oleh Kok. Tan mendakwa pemimpin tertinggi DAP bersikap bongkak apabila mengambil tindakan memecat mana-mana anggota yang menegur kelemahan mereka sehingga berlaku ketidaktelusan dalam kepimpinan parti. Beliau memberi contoh pemecatan keanggotaan dan kes saman terhadap Leong oleh Kok. Tan juga mendakwa mempunyai dokumen lengkap bukti penyelewengan Kok dan telah menyerahkannya kepada SPRM pada Februari lepas. Sementara itu, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Ramesh Rao yang turut hadir mendesak Penasihat DAP Lim Kit Siang supaya memandang serius dan memecat Kok berhubung isu dakwaan ketidaktelusan Kok dalam memerangi gejala rasuah dan salah guna kuasa.-mstar

Dua Wakil MCA, Dua Wakil MIC Angkat Sumpah Senator
(Dari kiri) Naib Presiden MCA Datuk Dr Hou Kok Chung, Pengarah Eksekutif Axisjaya Sdn Bhd Datuk Chai Kim Sen, Ketua MIC Bahagian Klang Datuk S. Vigneswaran M. Sanasee dan Pegawai Khas kepada Menteri Besar Pahang Datuk Goonasakaren Raman mengangkat sumpah jawatan sebagai senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara, Kuala Lumpur, Isnin. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Naib Presiden MCA Datuk Dr Hou Kok Chung adalah antara empat individu yang mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang di bangunan Parlimen, Isnin. Tiga lagi yang dilantik ialah Ketua Penerangan MCA Kebangsaan Datuk Chai Kim Sen, Ketua MIC Bahagian Klang Datuk S.Vigneswaran dan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Pahang Datuk R. Goonasakaren. Mereka dilantik sebagai senator buat kali pertama untuk penggal tiga tahun. Hou, 51, yang juga bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, berkelulusan Ijazah Kedoktoran Falsafah dari University Of London. Menurutnya pelantikan itu membolehkannya menyuarakan pandangan masyarakat Cina di Dewan Negara. "Saya menghargai pelantikan ini. Sama ada di Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara, kedua-dua tempat ini merupakan ruang perbincangan antara pemimpin-pemimpin dalam pelbagai isu untuk kepentingan rakyat pelbagai kaum," katanya kepada pemberita.-mstar

Pelancong Vietnam Menangis Dipenjara Curi Pakaian
KUALA LUMPUR: Seorang pelancong wanita warga Vietnam menangis teresak-esak selepas Mahkamah Majistret pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadapnya kerana mencuri pakaian di sebuah pusat beli-belah.
Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhkan hukuman itu selepas To Thi Kim Thoa, 23, mengaku bersalah dan mengarahkannya menjalani hukuman itu bermula pada tarikh tangkap iaitu 11 Jun.
Wanita itu didakwa mencuri sehelai baju dan dua helai seluar bernilai RM475 di sebuah kedai di Bangsar Village di sini pada 5.40 petang hari berkenaan.
Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.
To hanya diam membisu di kandang tertuduh ketika mahkamah mengarahkannya membuat rayuan. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Dalam kes berasingan, seorang tukang jubin dipenjara tujuh hari selepas mengaku bersalah mencederakan rakannya menggunakan sebatang kayu tiga hari lepas.
Majistret Zuraini Abdul Razak menjatuhkan hukuman itu terhadap Lim Kian Chet, 38, (he) dan mengarahkannya menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap iaitu 20 Jun lepas.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Ong Chuan Wan, 57, di tepi Jalan Jinjang Aman di sini pada 12.45 tengah hari, 20 Jun.
Terdahulu, Lim yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah meringankan hukuman kerana perlu menjalani pembedahan untuk memotong kaki kanannya.
Mengikut fakta kes, Lim bertindak memukul bahagian kepala dan tangan kiri mangsa sehingga luka menggunakan sebatang kayu selepas gagal mendapatkan wang berjumlah RM20 yang dimintanya daripada mangsa.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri.
Dalam pada itu, seorang lelaki, Ariff Zakaria, 21, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Primang Abdul Wahid, 31, di Projek Perumahan Rakyat Taman Mulia di sini pada 3 petang, 28 Mac lepas.
Mahkamah kemudian menetapkan 8 Julai ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.-mstar
TOP
Bot Terbalik Di Sepang: Mayat Ketiga Ditemui
Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ketika mengangkat mayat pertama mangsa bot karam di Beacon Api Gila, perairan Sepang, Sabtu lalu.
PELABUHAN KLANG: Mayat ketiga dipercayai daripada bot pancung membawa 27 warga Indonesia yang terbalik di Beacon Api Gila, perairan Sepang Rabu lepas dijumpai di Sepat Beacon pagi Isnin. Ketua Penguatkuasa Maritim Klang, Kapten Maritim Mohd Aliyas Hamdan berkata mayat lelaki itu ditemui oleh bot Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) pada pukul 11.05 pagi. "Bagaimanapun, buat masa ini kita masih menyiasat untuk mendapatkan pengesahan seratus peratus sama ada mayat ini terlibat dalam kes bot karam Beacon Api Gila, perairan Sepang ataupun di perairan Sungai Air Hitam, Pulau Carey," katanya dalam satu sidang akhbar di sini Isnin. Mayat pertama kejadian bot itu dijumpai pada Sabtu lepas di Sepat Beacon, manakala mayat kedua dijumpai di kawasan Batu Laut pada pukul 9.35 pagi semalam. Katanya, pihaknya akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat melibatkan kejadian bot itu yang memasuki hari keenam hari ini. Dalam kejadian Rabu lepas itu, empat hilang dan yang lain terselamat.-mstar

Trak Tentera Terbalik, 4 Anggota Cedera Parah
PETALING JAYA: Empat anggota tentera mengalami kecederaan parah selepas sebuah trak tentera yang dinaiki terbabas sebelum tiba di Kem Terendak, Sg Udang, Melaka.
Kejadian dilaporkan awal pagi Isnin itu berlaku ketika trak tentera yang dipandu Lans Koperal Mohd Sofian Zakaria gagal dikawal ketika membelok satu selekoh.
Seramai 32 anggota berada dalam trak tersebut termasuk guru,jurulatih dan kadet dari Kontinjen Terengganu.
Anggota yang mengalami cedera parah ialah Nurul Hazirah Mohd Haris dan Nuraina Syakirah Abu Bakar mengalami kecederaan di bahagian kepala, Nor Azwani Abd Ghani (kecederaan di bahagian tengkok) dan N.Syarmala (patah kaki kanan).-mstar
TOP
Scolari Selar Kenyataan Jurulatih Belanda
JURULATIH Brazil, Luiz Felipe Scholari menganggap dakwaan mengenai tuan rumah boleh memilih siapa lawan mereka pada aksi pusingan kedua sebagai 'bodoh dan menyakitkan hati'.
Brazil bakal berdepan dengan Cameroon bagi Kumpulan A awal pagi Selasa memerlukan mata untuk berada dalam kelompok 16 pasukan dan dijangka bertemu Belanda atau Chile yang telah layak ke pusingan kedua bagi Kumpulan B.
Belanda dan Chile akan beraksi lebih awal berbanding Brazil sekaligus dikatakan mempunyai kelebihan mengetahui lebih awal siapa lawan mereka.
"Sesetengah orang menganggap kami akan memilih siapa lawan pada aksi kedua nanti. Anggapan itu sesuatu yang bodoh dan menyakitkan hati, saya ulang 'bodoh dan menyakitkan hati," ujar Scholari.
"Kami perlu bermain secara kualiti, bukan pilih lawan. Jadual perlawanan ditentukan oleh FIFA".
Scolari atau lebih dikenali Big Phil membalas komen yang dibuat jurulatih Belanda, Louis van Gaal pada Ahad yang merungut skuadnya perlu bermain sebelum pasukan Brazil.
"Apabila kamu mengeluarkan kenyataan sedemikan, sudah tentu seseorang akan bercakap mengarut," ujar Scolari.
Pemenang Kump A akan bertemu naib juara Kump B pada Sabtu depan, manakala pemenang tempat kedua Kump A akan bertemu naib juara Kump B pada Ahad.
Brazil dan Mexico mengutip empat mata dalam Kump A, Croatia (3 mata) manakala Cameroon sudah tersingkir selepas gagal mencatat sebarang mata.
Van Gaal mendakwa FIFA bermain muslihat.
"Ia memang kelihatan tidak adil. Pun begitu kami akan beri fokus sepenuhnya bagi untuk mencatat kemenangan bertemu Chile nanti," jelasnya sebelum ini.-mstar
TOP
Perancis Berdepan Huru-Hara Dalam Penerbangan Ekoran Mogok
PARIS: Perancis bakal menghadapi huru-hara dalam perjalanan melalui udara selepas badan penerbangan awam di negara ini pada Isnin menggesa syarikat penerbangan mengurangkan sehingga 20 peratus penerbangan di Paris dan beberapa bandar-bandar lain ekoran mogok kakitangan menara kawalan udara.
Mogok selama enam hari yang dipanggil oleh kesatuan perdagangan utama itu dijangka bermula pada Selasa.
Agensi penerbangan awam berkata tiga suku daripada penerbangan akan beroperasi secara purata.
Penerbangan ke selatan Perancis, Sepanyol, Portugal, Morocco, Tunisia dan Algeria yang berlepas dari Paris akan terjejas sedikit, dengan perkhidmatan dikurangkan sebanyak 20 peratus.
Syarikat penerbangan diminta untuk mengurangkan penerbangan sebanyak 20 peratus di lapangan terbang di selatan Perancis untuk melegakan tekanan.
Mogok itu yang berlaku di tengah-tengah musim pelancongan dalam sebuah negara yang menarik lebih ramai pelancong asing berbanding negara lain di dunia, dilakukan ekoran penstrukturan semula sistem kawalan trafik udara di Eropah yang akan menyebabkan pengurangan pekerja dan penambahan beban kerja.
Dua kesatuan pengawal udara terbesar, SNCTA dan Unsa-ICNA, telah mengatur mogok selama enam hari dari hari Selasa, memberi amaran 'gangguan teruk', tetapi SNCTA kemudian membatalkan tindakannya.
Mogok itu dilakukan lebih awal dari tarikh akhir pembentangan pelan bajet Perancis pada 30 Jun ini bagi sektor ini dalam tempoh lima tahun akan datang.-mstar
TOP
Vietnam Gantung Lesen Anak Kapal Selepas Tidak Mendarat Di Lapangan Terbang Sepatutnya
HANOI: Pihak berkuasa penerbangan Vietnam menggantung kru kapal terbang yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan tambang murah VietJet Air selepas penerbangan yang sepatutnya mendarat di pusat pelancongan Da Lat membuat pendaratan di lapangan terbang lain yang terletak lebih dari 100 kilometer jauhnya.
Penerbangan VJ 8575 yang membawa 200 penumpang mendarat di lapangan terbang Cam Ranh berhampiran bandar pantai Nha Trang, sebuah lagi destinasi pelancongan yang popular pada malam Khamis, dan bukannya bandar Central Highlands di bandar Da Lat yang terletak kira-kira 130 kilometer (80 batu) di barat daya.
Kejadian itu berlaku "kerana penyelaras penerbangan dan anak kapal VietJet Air, tidak mengikut prosedur penerbangan yang betul", kata Lembaga Penerbangan Awam Vietnam (CAAV) dalam satu kenyataan dalam talian.
Badan itu berkata pihaknya memutuskan "untuk menggantung sementara lesen" anak-anak kapal dan juga kakitangan lain yang terlibat manakala siasatan sedang dijalankan.
Ia bagaimanapun tidak menyatakan berapa ramai pekerja dari syarikat penerbangan atau lapangan terbang mana yang terlibat telah digantung.
CAAV juga berkata "tindakan yang sesuai" akan dikenakan terhadap syarikat penerbangan itu.
Penumpang di atas kapal terbang tersebut kemudiannya telah dipindahkan ke satu lagi penerbangan VietJet Air pada Khamis.
VietJet Air tidak dapat memberikan komen dengan segera.-mstar
TOP
Mesir Jatuhkan Hukuman Penjara Terhadap Wartawan Al Jazeera
Dari kiri, Peter Greste, Mohamed Fadel Fahmy dan Baher Mohamed ketika mendengar hukuman yang dijatuhkan kepada mereka, Isnin.
MAHKAMAH di Mesir pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara antara 7 hingga 10 tahun terhadap tiga orang wartawan Al-Jazeera yang dituduh membantu Ikhwanul Muslimin. Wartawan Australia, Peter Greste dan wartawan Mesir-Kanada Mohamed Fadel Fahmy dijatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, manakala penerbit Baher Mohamed dijatuhkan dua hukuman iaitu tujuh tahun dan tiga tahun penjara. Ketiga-tiga wartawan itu adalah antara 20 defendan dalam perbicaraan yang menimbulkan kemarahan dunia di tengah-tengah kebimbangan mengenai tekanan terhadap media di Mesir. Menurut Al-Jazeera, sembilan dari 20 defendan itu adalah kakitangan stesen televisyen itu yang berpangkalan di Qatar, termasuk dua orang wartawan asing. Salah seorang daripadanya adalah wartawan wanita dari Belanda, Rena Netjes. Sementara itu Menteri Luar Australia, Julie Bishop terkejut dan sedih mendengar keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman seberat itu. "Kerajaan Australia tidak memahaminya berdasarkan bukti yang dikemukakan dalam kes ini," katanya kepada AFP. Hukuman berat tetap dikenakan walaupun pada penghujung minggu lalu, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott sudah bercakap dengan pemimpin baru Mesir, Abdel Fattah al-Sisi. Sejak penggulingan Mohammad Mursi yang disokong Ikhwanul Muslimin pada Julai 2013, pemerintah di Mesir sangat terganggu dengan berbagai berita yang dilaporakan Al-Jazeera.-mstar

Kerana Selfie, Pelajar Tersepit Dalam Replika Faraj
SEORANG pelajar dilaporkan telah terperangkap di dalam replika batu faraj gergasi di Tubingen, Jerman.
Pelajar pertukaran dari Amerika Syarikat itu tersepit pada marmar faraj gergasi itu ketika cuba memasuki ke dalamnya untuk merakam gambar pada Jumaat. Berikutan itu, lima kenderaan yang dilangkapi 22 anggota bomba dikerah untuk membebaskan pelajar berkenaan.
Ketika mangsa tersepit, terdapat orang ramai yang merakam gambar dan menyebarnya di laman sosial sebagai kejadian yang memalukan. Selain itu, pihak bomba juga menganggap tindakan lelaki terbabit sebagai memalukan apabila dia cuba memasuki faraj gergasi. Faraj gergasi itu merupakan hasil seni seorang artis dari Peru, Fernando de La Jara dan telah berada Universiti Tubingen sejak 13 tahun lalu. Replika yang dipanggil Pi-Chacan itu bermaksud berkasih-sayang. - metro.co.uk

Hodgson Mahu Gerrard Kekal Dalam Skuad England
Gerrard (kiri) bersama Hodgson.
PENGURUS England, Roy Hodgson mahu Steven Gerrard terus beraksi untuk England. Pada Ahad, Gerrard memberitahu dia memerlukan masa beberapa minggu untuk membuat keputusan sama ada mahu bersama menerusi aksi bersama England ataupun 'gantung but'. Kapten England yang genap usia 34 tahun bulan lalu mengalami masalah sakit belakang dan terpaksa meminta untuk menggunakan ubat penahan sakit pada ketika aksi menentang Uruguay Khamis lalu. Ayam tambatan Liverpool ini bakal beraksi dalam Liga Juara-Juara musim depan dan dalam masa sama akan sibuk dengan jadual perlawanan tempatan. Namun Hodgson tetap mahu melihat Gerrard terus beraksi di tahap tertinggi. "Pengurus meminta saya untuk terus bersama pasukan," jelas Gerrard. Dan dalam masa sama juga Hodgson mengakui mahu Gerrard bergelar kapten pasukan. Bagi Gerrard, penyingkiran awal pasukan England dalam saingan Piala Dunia amat mengecewakannya. "Apabila bergelar seorang pemain England, kapten, dan sebagai penyokong kamu akan berkerja kuar untuk berada dalam posisi ini, mengambil masa dua tahun untuk ke Piala Dunia. "Dan tahap kepercayaan dan keyakinan untuk bermain memuncak, malangnya tersingkir dalam tempoh hanya beberapa hari. "Ia satu situasi yang sukar. "Saya menyalahkan sesiapa, dan akan cuba menerima hakikat ini," jelas Gerrard.-mstar

Gaya Fara Fauzana Dipilih Perunding Imej
Fara memberitahu menggunakan khidmat perunding imej bagi membantunya memilih pakaian sesuai untuknya ketika menghadiri acara hiburan.
SEJUK mata memandang apabila melihat kelibat penyampai radio dan pengacara popular, Fara Fauzana dengan penampilan terbaharunya yang berhijab ketika menghadiri pertunjukan fesyen oleh Rizalman di Whitebox Publika Kuala Lumpur awal bulan ini. Biarpun mengakui masih belum bertudung sepenuhnya dan sedang berubah secara berperingkat namun harus diakui pesona Fara yang berhijab kelihatan cantik dan menyenangkan.
Rantai dari saiz besar yang dipadankan menyerlahkan gaya Fara.
Tampil dengan jaket bewarna putih dan dipadankan dengan skirt labuh dari rona hitam, stail Fara pada petang itu ringkas namun elegen ditambah dengan pemilihan tudung dari warna krim melengkapkan gayanya pada petang itu. Penampilannya pada petang itu turut dilengkapi dengan seutas rantai bersaiz besar selain clutch dari rona biru memberi tambah nilai pada gayanya itu.
Ringkas tetapi elegan.
Jelas Fara, sejajar dengan perubahan tersebut gayanya pada petang itu mendapat bantuan daripada perunding imej yang juga sahabat baiknya, Syed Faisal bagi memastikan dia memilih busana sesuai supaya tidak kelihatan keterlaluan bersesuaian dengan imejnya yang bertudung. "Kehadiran Syed sangat membantu dalam saya menentukan imej sesuai mengikut citarasa saya yang gemarkan sesuatu yang ringkas dan paling penting saya seorang yang suka memakai jaket. "Syed bijak dalam memadankan dan memilih pakaian sesuai untuk saya dan paling penting ia selesa dan sesuai dengan wanita bertudung," katanya.-mstar

Jaket Lama Serlah Gaya Zizan Razak
Jaket hitam yang digayakan Zizan adalah daripada koleksi lamanya.
PENULIS sebenarnya kagum dengan pelakon dan pelawak iaitu Zizan Razak yang semakin bijak dalam memilih fesyen ketika menghadiri majlis-majlis hiburan melibatkannya. Zizan jarang sekali tampil selekeh dan sentiasa memastikan imejnya sentiasa kemas dan paling penting kelihatan yakin dengan fesyen yang digayakannya. Lihat sahaja gaya Zizan ketika menghadiri majlis makan malam bersama artis naungan Astro baru-baru ini, lelaki berusia 30 tahun itu menyerlah dengan jaket kulit dari rona hitam dan dipadankan dengan kemeja putih.
Gaya 'mix and match' Zizan ketika hadir ke majlis anjuran Astro baru-baru ini.
Tidak ketinggalan, bow tie dari warna hitam dan sepatu dari jenama mewah melengkapkan gayanya pada malam itu. Zizan ketika ditemui mendedahkan fesyennya pada hari tersebut sekadar mix and match kerana sebelum acara berlangsung dia sibuk di lokasi penggambaran dan tidak mempunyai masa untuk mendapatkan pakaian baharu. "Jujurnya tiada sebarang konsep tertentu dan imej saya hari ini adalah hasil daripada apa yang saya nampak dalam almari pakaian dan terus memakainya. "Jaket ini juga saya sudah lama dibeli dan pernah dipakai beberapa kali sebelum ini," ujarnya. Apa pun, imej Zizan pada hari tersebut memang ada Stail!-mstar

Gaun Hitam Serlahkan Imej Ziana Zain
Ziana tampil dengan gaun labuh dari rona hitam yang cukup menawan pada majlis sidang media konsertnya I Am Ziana.
KALAU bercerita bab kemantapan vokal penyanyi lagu Madah Berhelah ini tentunya hebat di atas pentas! Biarpun sudah mencecah 46 tahun, tentunya Ziana Zain boleh ‘menjerit’ seperti dahulu sambil keningnya terangkat. Mungkin yang membezakan Ziana dulu dan sekarang ialah cita rasanya terhadap fesyen sejajar dengan perubahan masa dan trend terkini. Lihat sahaja gaun labuh daripada rona hitam rekaan Rizman Ruzaini yang digayakan Ziana ketika majlis sidang media konsertnya I Am Ziana pada bulan lalu. Wow! Fesyen sebegitu seperti dia hendak berjalan di atas karpet merah sedangkan ia untuk sebuah majlis sidang media sahaja.
Gaun labuh dari rona hitam menyerlahkan kejelitaan Ziana.
Gaun yang mengikut potongan badan tanpa sebarang butiran sarat cukup ringkas menyerlahkan keanggunan Ziana pada petang itu. Kami sempat berborak-borak dengan Ziana selepas sidang media itu dan dia memberitahu stailnya untuk ke majlis berkenaan diserahkan kepada Rizman Ruzaini. Pendek kata, Rizman sudah tahu bagaimana hendak menghasilkan satu imej santai dan elegan buat Ziana tanpa perlu berunding dengan penyanyi itu terlebih dahulu. Sebab itulah orang kata, pereka fesyen dan artis harus ada karisma agar semua rekaan menepati kehendak kedua-dua belah pihak. Tak timbullah kemudian hari apabila pereka fesyen hasilkan pakaian, artis memakainya dengan wajah masam mencuka. "Rizman Ruzaini sudah tahu selera saya dalam fesyen kerana paling penting sesuatu gaun itu perlu mempunyai 'statement' biarpun ia ringkas dan tidak keterlaluan.
Ziana serah pada Rizman Ruzaini untuk memilih rekaan yang sesuai untuknya.
"Seperti gaun hitam ini, penggunaan fabrik les dan potongan pada bahagian dada menyerlahkan kemewahannya tanpa butiran sarat," jelasnya. Tambah Ziana, dia hanya melihat gaun tersebut pada hari sidang media itu berlangsung dan gembira dengan hasilnya. "Tidak mengecewakan dan sebab itu saya percaya dan serahkan kepada mereka untuk memilih apa yang terbaik untuk saya gayakan pada majlis istimewa ini," ujarnya.-mstar

Jaket Labuh Natasha Hudson Dari AS
Natasha Hudson tampil bergaya pada majlis pelancaran wajah baharu mStar Online. Foto IZZRAFIQ ALIAS.
BUKAN main melaram aktres Natasha Hudson ketika menghadiri pelancaran wajah baharu mStar Online yang diadakan di Alexis The Gardens, Mid Valley pada 17 April lalu. Hadir dengan jaket labuh dari warna tanah yang cukup stail, Natasha melengkapkan gaya pada petang itu dengan memadankan fesyennya apabila tampil dengan seluar berwarna putih dan blaus rona hitam. Tas tangan jenama Chanel dari rona coklat dan aksesori ringkasi memberikan nilai mewah kepada gayanya pada petang itu. Namun bagusnya mengenai Natasha, biarpun tampil bergaya, auratnya sebagai muslimah dijaga dengan baik tetapi masih kelihatan sofisikated! Sempat berbual-bual dengan tuan empunya diri, Natasha memberitahu jaket yang digayakannya itu dihadiahkan oleh seorang kenalannya di Amerika Syarikat (AS) dan ia baharu sahaja tiba sehari sebelum acara tersebut.
Gaya Natasha yang ringkas namun sofisikated.
"Fesyen saya hari ini sebenarnya berkonsepkan 'ikut gaya hati'... Hahaha. Alhamdulillah seorang kenalan dari Amerika Syarikat yang juga menjual pakaian untuk muslimah di sana menghadiahkan saya jaket labuh ini dan saya amat sukakannya! "Pakaian ini sebenarnya baharu sahaja tiba sehari sebelum majlis ini dan saya ambil peluang untuk gayakan pada majlis ini," katanya. Tambah Natasha, jaket berkenaan sangat istimewa kerana ia turut mempunyai tudung yang disambung pada pakaian berkenaan selain ia mudah digayakan. "Saya menyukai baju ini kerana selain dibuat daripada fabrik yang tidak panas dan selesa, ia sebenarnya turut disertakan dengan tudung yang bersambung pada jaket ini.-mstar

Kisah Gelang Emas Dynas Mokhtar
Dynas turut mengayakan jaket rekaannya sendiri.
TAMPIL dengan gaya ringkas di Majlis pelancaran wajah baharu mStar Online, pelakon Dynas Mokhtar cukup anggun dengan busana koleksi peribadinya iaitu gaun labuh bermotifkan flora. Kata Dynas gaun itu sudah lama berada dalam almarinya dan hanya baru beberapa kali sahaja dipakai. “Baju ini dah lama saya beli tapi saya hanya pakai untuk majlis tertentu seperti majlis ini kerana sesuai dengan tema Summer Chic ada corak bunga-bunga. “Sementara jaket ini saya hasil rekaan saya sendiri. Saya memilih jaket untuk digayakan bersama gaun ini supaya ia tidak terlalu seksi,” katanya. Dynas memang seorang yang kreatif mengenai rekaan baju ini, dia juga ada butik pakaian khas untuk ibu mengandung iaitu Dynas Nursing Attire.
Dynas tampil bergaya anggun dengan gaun labuh dengan corak flora.
Padanan aksesori pula, Dynas hanya mengayakan jam dan gelang emas sahaja. Ibu dua cahaya mata ini tidak mahu penampilannya terlalu sarat dengan aksesori. Dia juga menceritakan gelang emas yang dipakainya itu dibelinya ketika mengandungkan anak kedua iaitu Mohamed Haqaish yang kini berusia dua tahun. “Saya ada tabiat apabila mengandung suka beli emas, gelang ini saya beli masa mengandung anak kedua dan saya tidak pernah menanggalkannya. “Saya mungkin tukar gelang ini jika saya mengandung lagi, sebab saya seorang yang tidak berapa suka memakai barang-barang hiasan, kalau pakai biar dalam masa yang lama,” tuturnya. Penulis melihat penampilan artis ini sesuai dengan usia dan statusnya sebagai ibu yang lebih mahukan penampilan ringkas tetapi anggun.-mstar

AR Badul Tepis Jadi Juri Berat Sebelah
Kumpulan Kepoh bergelar juara program Bintang Mencari Bintang musim kedua yang diadakan di Stadium Malawati Shah Alam pada malam Ahad.
SHAH ALAM: Pelakon veteran dan juri program Bintang Mencari Bintang musim kedua (BMB2) iaitu A.R. Badul menegaskan tidak timbul soal kroni apabila adiknya, Adlin Aman Ramlie dan kumpulan Kepoh dipilih sebagai juara pertandingan itu yang diadakan di Stadium Malawati di sini pada malam Ahad. A.R. Badul berkata, Adlin yang bertindak sebagai sifu dan juga Kepoh layak memenangi pertandingan berkenaan kerana persembahan ditampilkan menepati kehendak juri dan berhak menerima gelaran juara. "Pertandingan ini bukan hanya diadili oleh saya seorang tetapi ada dua lagi juri termasuklah Fauziah Ahmad Daud yang memang terkenal dengan kelantangannya dalam memberikan pendapat. "Keputusan malam ini bukan saya yang buat tetapi oleh kesemua juri termasuk juri awam dan pemiant yang mengundi mereka dan tidak seharusnya isu favouritism timbul kerana mereka layak memenangi pertandingan itu," katanya kepada mStar Online.
AR Badul menepis tuduhan kononnya dia bersikap kroni dalam mengadili peserta BMB2.
Kumpulan Kepoh yang dianggotai oleh Lizujuhan Hamzah, 27 dan Suffian Shafri Ibrahim, 27, bergelar juara BMB2 selepas mendapat 67 peratus markah sekali gus menumpaskan dua lagi peserta iaitu Sumbu dan Mmmmm. Kemenangan itu melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000 berserta trofi. istem pemarkahan diadili berdasarkan 50 peratus pilihan juri profesional, 20 peratus juri awam dan 30 peratus lagi adalah daripada khidmat pesanan ringkas (SMS) penotnon. Dalam pada itu, A.R. Badul berkata, sejak awal dia telah memberi amaran kepada Adlin bahawa dia tidak akan berkompromi dalam membuat sebarang keputusan sekiranya kumpulan Kepoh tidak memberikan persembahan baik dalam pertandingan itu.
Adlin menegaskan Kepoh layak bergelar juara BMB2.
Malah katanya, dia juga banyak memberi teguran dan kritikan sepanjang 10 minggu pertandingan itu berlangsung kepada mereka kerana tidak berpuas hati dengan lawak dipentaskan. "Jika sesiapa yang mengikut program ini daripada awal mereka tahu bahawa banyak kritikan yang saya berikan bukan sahaja kepada peserta lain tetapi kepada Kepoh. "Soal hubungan adik beradik tidak menjadi perhatian saya sebaliknya ingin mencari bakat yang baik untuk diketengahkan dalam industri hiburan lawak," ujarnya. Sementara itu, Adlin berkata, kumpulan Kepoh layak memenangi pertandingan itu kerana usaha keras yang ditunjukkan sepanjang pertandingan itu berlangsung dan isu kroni tidak seharusnya dibangkitkan. "Saya seorang yang mementingkan kesempurnaan dalam melakukan sesuatu dan Kepoh berjaya mengikut kehendak yang saya berikan sepanjang pertandingan ini berlangsung.
Kepoh berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM200,000 berserta trofi.
"Mereka layak bergelar juara kerana segala usaha yang mereka curahkan adalah melebihi daripada apa yang saya minta. Saya kagum," katanya. Dalam perkembangan lain, Adlin berkata, dia berharap pihak TV3 akan membuka lebih banyak ruang kepada Kepoh untuk terus mengembangkan bakat mereka dengan menerbitkan program khas. Kata Adlin, dia sendiri akan membimbing mereka sekiranya diberi peluang dalam memastikan Kepoh bakat Kepoh tidak disia-siakan begitu sahaja selepas ini. "Saya tidak mahu mereka menjadi antara lambakan bakat yang tidak mempunyai arah tuju dan saya sedia membantu mereka. Harap-harap stesen TV3 akan membuka ruang kepada mereka selepas ini," katanya.-mstar

Kepoh Juara Bintang Mencari Bintang Musim Kedua
Kepoh yang dianggotai oleh Lizujuhan dan Suffian Shafri berserta sifu mereka, Adlin Aman Ramlie berjaya menumpaskan dua kumpulan lain yang turut bertanding iaitu Sumbu dan Mmmmm dengan markah sebanyak 67 peratus. Foto SHAARI CHE MAT.
SHAH ALAM: Kumpulan didikkan pelakon Adlin Aman Ramlie iaitu Kepoh muncul sebagai juara program Bintang Mencari Bintang musim kedua (BMB2) pada peringkat akhir yang diadakan di Stadium Malawati dekat sini pada malam Ahad. Kepoh yang dianggotai oleh Lizujuhan Hamzah, 27 dan Suffian Shafri Ibrahim, 27 menumpaskan dua kumpulan lain yang turut bertanding iaitu Sumbu dan Mmmmm dengan markah sebanyak 67 peratus. Kemenangan itu sekaligus melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM200,000 berserta trofi. Kepoh ketika ditemui berkata, mereka bersyukur dengan kemenangan tersebut namun mengakui persaingan daripada dua kumpulan lain cukup sengit.
Kumpulan Sumbu dan sifu mereka, Ebby Yus terpaksa berpuas hati ditempat kedua.
"Ia malam yang cukup mendebarkan dan kami bersyukur kemenangan berpihak kepada kami. "Ucapan terima kasih juga kepada sifu kami iaitu abang Adlin yang banyak bertungkus lumus dalam memastikan kami memberikan terbaik," katanya. Kumpulan Sumbu yang dianggotai oleh Mohd Kamal Shah, 25 dan Mohammad Ariff Fardillah, 25 serta sifu mereka, Ebby Yus pula muncul sebagai naib juara. Sementara itu, kumpulan Mmmmm yang dianggotai oleh Mohd Azwan Sabri, 28 dan Mohd Ilham Rusdy, 24 serta sifu mereka Afdlin Shauki terpaksa berpuas hati ditempat ketiga. Naib juara membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 manakala Mmmmm RM50,000 berserta trofi.
Afdlin Shauki bersama anak didiknya, kumpulan Mmmmm memberikan persaingan sengit biarpun mendapat tempat ketiga.
Untuk musim kedua, format pemarkahan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus daripada juri awam. Juri profesional yang mengadili kesemua peserta adalah Fauziah Ahmad Daud, Ahmad Idham dan A.R Badul. Penyanyi Mas Idayu bertindak sebagai juri jemputan pada malam itu. Pada peringkat akhir itu, kesemua peserta dikehendaki membuat tiga persembahan iaitu secara solo, bergandingan dengan sifu masing-masing yang merangkumi sketsa komedi dan nyanyian selain sketsa spontan. BMB2 terdahulu dibuka dengan persembahan istimewa oleh bekas juara dan naib juara musim pertama iaitu Achey dan Bochik yang menampilkan sketsa mereka bertemakan BMB 2020.
Persembahan Sumpah Semerah Balet daripada Kepoh cukup mencuit hati.
Selain itu, BMB2 turut menampilkan kesemua anak didik program itu iaitu Tokan, PK, Oooo, Taktih, 2AZ, Jebat, Gbob, Ehah dan Lampu menerusi segmen interlude. Persembahan fusion berbentuk teater bertajuk 'Seniman Silam' diarahkan oleh Fauziah Ahmad Daud. BMB2 dihoskan oleh Adibah Noor dan Achey itu disiarkan secara langsung menerusi TV3 pada pukul 9 malam.-mstar

Nadia Belum Sedia Dinikahi Sammy Kerana Perbezaan Agama
Nadia mengakui sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Jakarta untuk bertemu dengan kekasihnya, Sammy.
PETALING JAYA: Personaliti TV3, Nadia Shahrul Annuar menjelaskan dia dan kekasihnya, penyanyi terkenal Indonesia, Sammy Simorangkir belum bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan disebabkan masalah perbezaan agama. Nadia, 31, berkata, dia tidak mahu memaksa Sammy memeluk agama Islam hanya kerana ingin menghawininya selain mahu memberikan lelaki itu ruang dan waktu secukupnya dalam membuat keputusan apabila sudah bersedia. "Setakat ini kami masih belum berbincang secara mendalam untuk membawa hubungan ke tahap seterusnya (perkahwinan) kerana soal perbezaan agama di antara kami yang perlu difikirkan secara mendalam sebelum membuat sebarang keputusan. "Kami mengharapkan yang terbaik dan soal lambat atau cepat biarlah masa dan jodoh menentukan," katanya. Terdahulu, hubungan pasangan tersebut pernah dilaporkan berakhir kerana masalah agama namun cinta yang mendalam membuatkan kedua-dua mereka kembali menjalinkan percintaan. Dalam pada itu, Nadia berkata, hubungan mereka tidak mempunyai sebarang masalah selain faktor perbezaan agama dan menganggap perkara itu sebagai cabaran dalam perhubungan mereka.
Sammy dan Nadia mengakui perbezaan agama adalah dugaan dalam perhubungan mereka. Jelas Nadia lagi, dia sentiasa berdoa agar dugaan yang melanda hubungan mereka itu dapat menemui jalan penyelesaian suatu hari nanti. "Hubungan kami setakat ini baik-baik sahaja cuma biasalah setiap pasangan berhadapan dengan beberapa masalah dan soal agama menjadi dugaan buat kami. "Saya sendiri pernah mengalami kegagalan dalam rumah tangga sebelum ini jadi saya tidak mahu terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan yang mungkin akan dikesali suatu hari nanti," ujarnya. Sementara itu, Nadia mengakui dia dan Sammy sudah kurang berkomunikasi menerusi laman sosial seperti Twitter kerana tidak mahu tindakan mereka itu dianggap sebagai ingin meraih publisiti. Jelas Nadia, mereka lebih senang hubungan cinta mereka tidak menjadi perhatian media biarpun dia sentiasa menjadi buruan setiap kali berkunjung ke Jakarta, Indonesia untuk bertemu dengan temah lelakinya itu. "Saya selalunya akan biar Sammy yang jawab pertanyaan media di Indonesia mengenai hubungan kami biarpun ada yang ingin menemuramah saya setiap kali saya ke sana. "Perbualan di Twitter juga kami sudah kurangkan kerana ingin menjaga nama baik masing-masing tambahan pula tidak mahu dikatakan sengaja mahu meraih publisiti mengenai hubungan cinta kami," jelasnya.-mstar

Lee Min Ho Sedia Berbogel Dalam Drama Lakonannya
Lee Min Ho bersedia untuk berbogel dalam drama atau filem lakonannya sekiranya diminta berbuat demikian.
PELAKON Lee Min Ho memberitahu dia bersedia untuk melakonkan watak yang memerlukannya berbogel sekiranya itu adalah salah satu kehendak skrip sesebuah filem atau drama lakonannya. Bercakap kepada Soompi, Min Ho berkata, dia perlu bersedia dengan apa sahaja situasi mengikut kehendak sesebuah karya kerana itu adalah tugasnya sebagai pelakon. "Jika itu kehendak skrip mengapa tidak, tambahan pula itu adalah tugas sebagai pelakon," ujarnya ringkas. Bagaimanapun kata Min Ho, perkara itu subjektif dan memerlukan persetujuan kedua-dua belah pihak bagi mengelakkan rasa kurang selesa ketika berada di set penggambaran. Dalam pada itu, Min Ho berkata, dia terkejut apabila diberitahu ada peminatnya di China melakukan pembedahan plastik semata-mata mahu kelihatan seperti wajahnya. Kata Min Ho dia menganggap perkara itu sebagai lucu dan tidak menyangka ada individu yang sanggup berbuat demikian. "Ia perkara lucu kerana setiap lelaki mempunyai persona yang berbeza dan daripada mahu menjadi orang lain adalah lebih baik dia berbangga dengan dirinya sendiri," katanya.-mstar

Wow! Sandal 'Meletop' Rozita Che Wan
Rozita tetap menjaga penampilan biarpun sedang hamil.
WOW... kami berjaya teropong sandal yang dipakai oleh jelitawan Rozita Che Wan. Warna keemasannya cukup menarik. Kalau nak tahu... ia sandal hadiah hantaran perkahwinannya yang lalu. Meletop! Tak berkelip mata penulis melihat imej pelakon Rozita, 41, yang tetap bergaya sakan ketika hadir ke sidang media tergempar yang diadakannya di Amp Walk Ampang, Kuala Lumpur pada 4 April lalu. Biarpun sedang hamil tiga bulan, Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Cik Ta tampil menawan menyerlahkan seri ibu wanita mengandung pada petang itu. Bersinar-sinar mata penulis apabila terpandang sandal Cik Ta yang bercahaya bak kilaian emas dari jenama terkenal Gueseppe Zanoti. Katanya ia adalah hadiah hantaran daripada suaminya, Zain Saidin pada perkahwinan mereka penghujung tahun lalu.
Rozita memadankan baju rekaan Kudin dengan sandal Gueseppe Zanoti pada petang itu. "Sandal ini adalah kegemaran saya kerana ia selesa dan memudahkan saya bergerak sejak hamil. Paling penting ia adalah hadiah daripada suami semasa perkahwinan kami dulu," katanya yang dijangka bersalin pada pertengahan Oktober depan. Dedah Cik Ta lagi, dia hanya akan memakai sandal sekiranya tidak bersama Zain. Tetapi apabila keluar bersama suami, dia akan memastikan dapat menggayakan kasut bertumit tinggi. "Kalau keluar dengan suami mesti kena pakai heels sebab Zain tinggi dan baru nampak sepadan...Hahaha," katanya.
Sandal berkenaan adalah hadiah daripada suaminya, Zain Saidin semasa perkahwinan mereka penghujung tahun lalu. Tambah Cik Ta lagi, gaun bewarna hitam yang digayakannya ini adalah daripada rekaan pereka fesyen Kudin dan ia baharu sahaja siap untuk dipakai pada sidang media itu. "Baju yang dibuat oleh Kudin ini simple sahaja kerana ia tiada potongan mengikut badan memandangkan saya sedang hamil tetapi ia sangat selesa," ujarnya.-mstar

Yammy Samat Akhirnya Terima Surat Tunjuk Sebab Daripada Umno
Yammy (kanan) menerima surat tunjuk sebab yang diserahkan sendiri oleh Penolong Setiausaha Kerja Umno Perak, Ishak Darus.
PETALING JAYA: Ibu kepada calon DAP pada pilihan raya kecil Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud iaitu Yammy Samat pada Isnin mengesahkan yang dia akhirnya menerima surat tunjuk sebab daripada Umno mengapa tindakan disiplin atau tindakan pemecatan daripada parti tidak boleh dikenakan ke atasnya atas dakwaan berkempen bagi pihak calon parti lawan. Surat itu diterima 20 hari daripada tarikh surat pertama yang dihantar 3 Jun lalu tetapi tidak diterima oleh Yammy. Ia adalah surat yang ketiga yang dihantar oleh Umno selepas surat pertama dipulangkan semula oleh Pos Malaysia kerana salah alamat manakala surat kedua yang dikatakan telah dihantar pada 16 Jun lalu turut gagal sampai ke tangannya. Yammy ketika dihubungi mStar Online berkata, surat itu diterimanya daripada Penolong Setiausaha Kerja Umno Perak, Ishak Darus yang datang sendiri ke rumahnya untuk melakukan serahan tangan pada kira-kira jam 11 pagi tadi. Beliau bagaimanapun berkata, surat yang diterimanya itu sekadar salinan kepada surat asal yang bertarikh 3 Jun dan kandungannya begitu ringkas. “Saya berterima kasih kepada Umno Perak kerana sudi menghantar surat secara serahan tangan kepada saya selepas lama menunggu.Tetapi kenapa saya hanya terima salinan surat tunjuk sebab daripada Umno? Tak kan saya nak memberi jawapan pada surat salinan? Surat asalnya mana? “Kandungan surat itu pula terlalu ringkas yang hanya minta saya nyatakan sebab mengapa tindakan disiplin atau pemecatan tidak boleh dikenakan ke atas saya kerana berkempen untuk calon parti lawan. Tapi tak apa, saya akan jawab seperti yang dijanjikan,” katanya lagi.
Surat tunjuk sebab yang diterima Yammy pada Isnin.
Sementara itu, Ishak Darus ketika dihubungi turut mengesahkan apa yang dikatakan oleh Yammy itu. Pada 3 Jun lalu, Umno telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Yammy kerana didakwa berkempen untuk anaknya dalam PRK Parlimen Teluk Intan Mei lalu. Yammy berkata, beliau akan mengambil masa sehari dua untuk menjawab surat berkenaan sebelum dihantar kepada Umno. Katanya, antara perkara yang akan diperjelaskannya ialah sepanjang kempen pilihan raya kecil tersebut, beliau tidak pernah sama sekali memburuk-burukkan Umno atau memberi sebarang ucapan di pentas. “Saya tidak berkempen untuk Dyana. Kehadiran saya hanya sebagai ibu yang menemani anaknya, tidak lebih daripada itu,” katanya Yummy. Beliau menambah, surat jawapannya itu nanti akan turut dikongsi secara umum supaya penjelasannya dapat dinilai masyarakat. “Saya juga mahu mengelakkan sebarang cubaan manipulasi atau pertikaian terhadap kenyataan saya dalam surat jawapan oleh pihak tertentu nanti,” jelas Yammy. Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Shaarani Mohamad ketika dihubungi mengesahkan mengenai salinan surat tunjuk sebab yang telah dihantar oleh Ishak melalui serahan tangan kepada Yammy. “Tempoh menjawab surat itu adalah selama 14 hari daripada hari ini (Isnin)... hari dia (Yammy) terima surat berkenaan,” katanya.-mstar

Wanita Amerika Dirogol Secara Berkumpulan Di Nepal
KATHMANDU: Seorang wanita Amerika berusia 40 tahun telah menjadi mangsa rogol berkumpulan oleh empat lelaki Nepal di sebuah bilik hotel di Kathmandu, menurut polis, Isnin.
Mangsa yang tinggal di Nepal dengan visa perniagaan sejak 2013, diserang pada 14 Jun di sebuah hotel di pusat pelancongan di ibu negara Thamel, kata seorang pegawai kanan polis kepada AFP.
"Dia telah menghabiskan petangnya dengan lelaki-lelaki itu dan mereka telah minum bersama.
"Mereka kemudian pergi ke sebuah hotel di mana dia telah pengsan. Apabila dia terjaga dia menyedari bahawa dia telah dirogol," katanya Superintendan Kanan Hemant Bahadur Pal.
Dua daripada empat suspek telah ditangkap dan menafikan dakwaan itu, kata Pal.
Jika didapati bersalah, mereka berdepan hukuman sekurang-kurangnya 10 tahun penjara.-mstar
TOP
Suarez Mengaku Akan Ke Barcelona Musim Depan
PENYERANG Uruguay, Luis Suarez dilaporkan telah memberitahu rakannya bahawa dia akan meninggalkan Liverpool untuk bersama Barcelona pada musim panas ini.
Menurut akhbar sukan Sepanyol, Suarez telah memberitahu rakannya itu menerusi perbualan telefon ketika dia sedang bersama Uruguay dalam kempen Piala Dunia ketika ini.
Dalam perbualan itu, Suarez dilaporkan berkata akan meninggalkan Anfield dan melengkapkan perpindahan ke Barcelona semasa musim perpindahan ini.
Sementara itu, Barcelona pula dilaporkan bersedia untuk berbincang dengan Liverpool berkenaan Suarez dalam minggu ini supaya perpindahan dapat diselesaikan secepat mungkin.
Suarez mengaku akan berpindah ke Barcelona kepada rakannya selepas akhbar sukan Sepanyol melaporkan mengenai penghijrahan tersebut.
Liverpool dijangka akan cuba menggagalkan urusan tersebut, namun Barcelona mengharapkan akan mendapat harga yang berpatutan.-mstar
TOP
NGO Pemurah Tak Bertempat ‘Manjakan’ Gelandangan
KUCHING – Sifat pemurah yang tidak bertempat dalam kalangan badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia menyukarkan usaha untuk menangani masalah gelandangan di negara ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata golongan gelandangan merasa ‘dimanjakan’ oleh NGO berkenaan, yang memberi makanan kepada mereka di jalanan.
“Saya tidak menghalang NGO memberi makanan kepada mereka (golongan gelandangan) tapi berilah di tempat-tempat (kebajikan) yang bersesuaian,” katanya dalam program “Meet My Netsterz,” satu program dialog kementerian bersama blogger tempatan di sini.
Menurutnya perbincangan sudahpun diadakan dengan NGO terlibat supaya mereka dapat menyalurkan bantuan melalui saluran yang bersesuaian.
Beliau berkata kementerian juga menyediakan pelbagai kemudahan tempat tinggal dan latihan untuk gelandangan bagi mengelak mereka daripada terus berada di jalanan.
Sumber: BERNAMA
TOP
Ketua Polis Negara Bidas Media Asing Ganggu Siasatan MH370
SHAH ALAM – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini membidas tindakan media asing yang membuat laporan mengelirukan mengenai penerbangan MH370 sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi, sekali gus mengganggu siasatan polis.
Beliau berkata kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu masih dalam siasatan dan hanya polis mempunyai maklumat sahih untuk dimaklumkan kepada umum.
“Jangan dengar media asing, kami penyiasat utama kes ini dan hanya kami yang boleh beritahu perkembangan terkini, jadi dapatkan maklumat daripada kami.
“Terlalu banyak cerita dan spekulasi, jangan dengar satu berita yang dihasilkan oleh media asing kerana ini hanya akan memburukkan keadaan,” katanya kepada pemberita, di sini.
Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan meluahkan rasa kesal terhadap laporan The Sunday Times United Kingdom yang membayangkan bahawa PDRM menganggap suspek utama di sebalik kehilangan pesawat itu ialah juruterbangnya Kapten Zaharie Ahmad Shah, jika kejadian tersebut disebabkan oleh manusia.
PDRM dalam kenyataan tersebut menafikan mereka memberi maklumat seumpama itu dan menyifatkan kenyataan mereka telah dipesongkan.
Mengulas lanjut, Khalid berkata pencarian pesawat itu termasuk kotak hitamnya masih dijalankan di kawasan selatan Lautan Hindi dan pihaknya positif pesawat tersebut akan ditemui.
Beliau juga menganggap dakwaan bahawa operasi pencarian berkenaan menemui jalan buntu sebagai tidak relevan kerana siasatan masih berlangsung.
Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang serta anak kapal menuju Beijing, hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac lepas.
Gerakan mencari membabitkan pelbagai negara bermula di Laut China Selatan sebelum diperluas ke Selat Melaka dan akhirnya di Lautan Hindi selepas data satelit menunjukkan pesawat itu melencong jauh daripada laluan asal dengan isyarat terakhir dikesan di selatan Lautan Hindi.
Sumber: BERNAMA
TOP
Pelatih MATA Wakili Negara Di Brazil
KUANTAN – Pelatih Akademi Latihan Penerbangan Malaysia (MATA) akan mewakili negara ke pertandingan WorldSkills Competition untuk kategori penyelenggaraan pesawat di Sao Paolo, Brazil tahun depan.
Ketua Pegawai Eksekutif MATA Sulaiman Dahlan berkata pemilihan calon tunggal negara itu akan dipilih daripada tiga pelatih MATA yang memenangi tiga tempat teratas bagi kategori itu dalam pertandingan WorldSkills Malaysia pada 14 Jun hingga 17 Jun baru-baru ini.
Katanya mereka ialah Shafiq Ammar Idris yang muncul juara, Nurul Amalina Safura Ismail selaku naib juara dan Wintore Bacgust Isidore Lajawah di tempat ketiga.
“Mereka merupakan pelajar tahun akhir jurusan ‘Licensed Aircraft Maintenance Engineer’ akan diuji sekali lagi untuk memilih hanya seorang sahaja untuk bertanding dalam acara tersebut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata ini merupakan sejarah buat negara kerana julung kalinya menghantar penyertaan bagi kategori penyelenggaraan pesawat dalam WorldSkills Competition peringkat antarabangsa sejak diperkenalkan pada tahun 1946.
“Kita berharap dengan penyertaan ini bukan sahaja dapat membawa nama negara malah memberi pengalaman kepada pelatih dari Malaysia yang bersaing di peringkat dunia dalam kategori penyelenggaran pesawat,” kata Sulaiman.
Katanya kategori itu yang julung kali dipertandingkan dalam Worldskills Malaysia telah disertai oleh ramai peserta daripada kolej penerbangan di negara ini.
“Amat membanggakan apabila daripada 17 pelatih yang berjaya ke peringkat akhir, tiga daripadanya merupakan pelatih MATA dan mereka berjaya menduduki tempat ketiga, naib juara dan juara,” katanya.
WorldSkills Competition (WSC) adalah pertandingan peringkat antarabangsa membabitkan para belia dari seluruh negara bertanding bagi mencari peserta terbaik dalam bidang masing-masing.
Sumber: BERNAMA
TOP
Gangguan Bekalan Air 16 Jam Di Kluang
JOHOR BAHRU – Beberapa kawasan di daerah Kluang akan mengalami gangguan bekalan air selama 16 jam pada Rabu ini berikutan kerja-kerja penyelenggaraan loji di Sembrong Timur.
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Syarikat Air Johor Holdings Sdn Bhd (SAJH) Jamaluddin Jamil berkata gangguan bermula pukul 9 pagi Rabu hingga jam 1 pagi Khamis.
“Kawasan yang mengalami gangguan ialah sepanjang Jalan Kota Tinggi hingga Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kota Tinggi, Taman Gunung Lambak, Kampung Gunung Lambak, Kluang Setia, sebahagian Jalan Besar dan Hospital Pakar Utama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Jamaluddin berkata turut terlibat ialah Jalan Abdullah, Taman Kurnia, Yap Tau Sah, Jalan Kampung Melayu, Jalan Bunga Raya, Jalan Dahlia, Jalan Datuk Musa, Taman Sayang, Kluang Baru, sepanjang Jalan Kampung Paya hingga Kampung Palembang Baru, Taman Ilham, Taman Datuk Amar Diraja, Taman Nasib dan Taman Datuk Kapten Ahmad.
Kawasan lain ialah Taman Korakyat, Taman Matahari, Taman Makmur, Taman Fajar, sepanjang Jalan Kampung Tengah, Taman Puteri, Taman Indah Jaya 3, Taman Sri Tengah, Taman Majupudu, Taman Kampung Majid, Taman Sri Jaya, Taman Aman, Aeon Big, Econsave dan Kem Batu Tiga.
“Selain itu, Taman Kluang Setia, Kampung Datuk Abd Rahman Yassin, Taman Koperasi, Taman Sam Hoe, Taman Ria, Taman Bahagia, Taman Megah, Jalan Padang Tembak, Perumahan Ladang Kluang, Taman Padang Tembak, Kampung Sri Tenggara, perumahan polis, sepanjang taman perumahan Jalan Kampung Baru hingga Kampung SC dan kawasan sekitar turut terlibat,” katanya.
Turut terbabit Taman Perkasa, Taman Anggerik, Taman Anggerik Merah,Taman Impian, Taman Sentosa, Taman Oked, Taman Lambak, Taman Kaseh dan Kampung Sembrong Dalam.
Gangguan juga meliputi kawasan Industri Wawasan, Industri Lau Kim Tech, Industri Batu 4, Industri Sinaran, Industri Jalan Mersing 2, Ladang Renggo Malay, Ladang Chuan Hoe, Penjara Kampung Gajah, Kampung Sri Tambak, Kampung Gajah, Kampung Melayu Batu 5, GSA Batu 13, Ladang Halifah, Industri Matahari.
Kawasan lain ialah Nyior, seluruh Chamek, seluruh Pekan Paloh, Batang Redan, sepanjang Jalan Yong Peng-Paloh hingga GSA Batu 7, Ladang Kali Melaya, Ladang Bukit Paloh, Ladang Kempas, Ladang Mados dan Felcra Batu 4.
Orang ramai dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya sepanjang tempoh gangguan berkenaan serta boleh menghubungi Pusat Operasi SAJH di talian bebas tol 1-800-88-7474 atau menghantar khidmat pesanan ringkas ke 019-7727474 untuk mendapatkan bantuan, katanya.
Sumber: BERNAMA
TOP
Akaun Facebook Ibu Remaja OKU yang di Dukurung kini Digodam
Akaun Facebook kepunyaan Imashima Lola, ibu kepada remaja OKU yang dikurung dengan kejam telah di godam oleh pasukan penggodam terkenal Malaysia “The Rilekscrew”. Cepat betul mereka ni buat kerja.
Bagaimanapun SK bukanlah ingin membela wanita ini, tetapi ibarat sudah jatuh di timpa tangga, sudahnya diberkas oleh pihak berkuasa, dikutuk dicaci oleh orang ramai, kini digodam pula akaun Facebook dan diberi akses kesemua gambar-gambar peribadi beliau. Kasihan juga SK rasa dengan nasib yang menimpa wanita ini, walaupun tindakan yang dilakukannya amat kejam, tak perlulah didedahkan lagi bahan-bahan privasinya untuk tontonan umum, tindakan undang-undang yang bakal dikenakan nanti sudah setimpal, kita hanyalah manusia biasa yang tak lekang daripada melakukan kesilapan. Berdasarkan permerhatian SK juga, Krew ini bukan sahaja memberi akses kepada semua gambar-gambar peribadi malah mereka juga menerima semua pemintaan menjadi kawan "Approve Friend" pada akaun wanita ini. Selain itu mereka juga mengemaskini status Facebook dengan kata-kata seolah wanita ini tidak rasa bersalah dengan status gelak ketawa. Harus diingatkan bahawa ini akan lebih mengaibkan wanita tersebut. Bagaimanapun, sama-samalah kita berdoa agar ibu kepada remaja malang ini bertaubat dan kembali ke pangkal jalan dan kepada pelaku godam ini diharap dapat mengembalikan akses akaun tersebut seperti sediakala. - SiakapKeli.com

Kes Altantuya: Azilah Yang Bawa Polis Ke Lokasi
Cif Inspektor Azilah Hadri yang dibebaskan daripada tuduhan membunuh wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, adalah individu yang membawa polis ke tempat kejadian di dalam hutan di Puncak Alam, Mahkamah Persekutuan diberitahu pada Isnin.
Timbalan Peguam Cara Negara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata Azilah juga yang membawa kepada penemuan tulang si mati sebelum Koperal Sirul Azhar Umar tiba di tempat kejadian bersama pasukan polis lain.
“Polis hanya mengetahui lokasi secara umum dan bukan lokasi khusus tempat kejadian.
“Adalah mustahil bagi polis untuk mengesan kawasan itu yang terletak di atas bukit di dalam hutan, lokasinya tidak mudah dikesan, melainkan mereka mempunyai maklumat,” hujah Tun Abdul Majid pada pendengaran rayuan pendakwa terhadap pembebasan kedua-dua anggota polis berkenaan.
Tun Abdul Majid juga berkata berdasarkan keterangan anggota polis semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi, saksi itu berkata sebaik tiba di hutan, Azilah memberitahunya lokasi kejadian itu dan menceritakan bagaimana Altantuya ditembak dan bahan letupan digunakan terhadapnya.
“Di tempat kejadian pihak polis menemui tulang manusia yang kemudiannya terbukti milik si mati,” hujah Tun Abdul Majid di hadapan lima anggota panel diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.
Panel itu turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum serta Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.
Pada 23 Ogos tahun lepas, Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah dan Sirul Azhar daripada pertuduhan membunuh selepas sebulat suara membenarkan rayuan mereka dan meminda sabitan hukuman mati yang diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009.
Mereka didapati bersalah membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Okt 2006.
Mahkamah Rayuan, dalam penghakiman 47 muka surat, menegaskan bahawa keterangan ikut keadaan yang dikemukakan pendakwaan tidak mencukupi untuk mengekalkan keputusan bersalah kedua-dua anggota polis itu.
Kesalahan mereka tidak dibuktikan dengan memuaskan, “oleh itu, mahkamah terpaksa memberi mereka faedah kesangsian”.
Pendakwaan memfailkan petisyen rayuan pada 3 Jan tahun ini, menyenaraikan enam sebab panel tiga hakim Mahkamah Rayuan telah terkhilaf, dalam undang-undang dan fakta, untuk membenarkan kedua-dua anggota polis itu terlepas daripada tali gantung.
Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang pada mulanya didakwa bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt 2008 selepas mendapati pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.
Sumber: BERNAMA
TOP
Mentang-Mentang Kurus, Jangan Fikir Saya Penakut: Jokowi
JAKARTA – Calon presiden, Joko Widodo atau Jokowi menegaskan beliau tidak akan berdiam diri lagi terhadap pelbagai isu negatif yang dikaitkan dengan dirinya.
Pemimpin Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) itu berkata beliau sebaliknya akan membalas segala tohmahan itu.
Setakat ini, katanya beliau telah mengenal pasti 23 isu yang menyerangnya menjelang Pemilihan Umum Presiden pada 9 Julai depan.
“Mentang-mentang saya kurus, jangan fikir saya penakut. Ya, belum tahu siapa saya,” katanya disambut tepukan gemuruh penyokongnya ketika berkempen di daerah Kubu Raya, Kalimantan Barat pada Isnin.
Dalam pada itu, Jokowi bersyukur kerana tiada fitnah disebarkan mengenai dirinya di daerah Kubu Raya.
Justeru itu, beliau meminta masyarakat di kawasan berkenaan supaya tidak mempercayai berita yang tersebar mengenai dirinya.
Sumber: BERNAMA
TOP
Polis Tegas Banteras Isu Pemerdagangan Manusia
SHAH ALAM – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tegas dalam melaksanakan pelbagai langkah yang perlu bagi membanteras isu pemerdagangan manusia di negara ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Namun, katanya PDRM memerlukan kerjasama daripada semua pihak untuk menjayakan usaha itu dengan lebih berkesan tanpa menjejaskan imej negara.
Ketika diminta mengulas Laporan Pemerdagangan Manusia 2014 oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat yang dikeluarkan di Washington DC pada 20 Jun lepas, beliau berkata pelbagai perkara perlu diperincikan bagi melihat jika ada kelemahan yang boleh dibaiki.
“Ini laporan satu negara sahaja tetapi bagi pihak polis, kita ada langkah untuk bendung pemerdagangan manusia,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Khalid ditemui selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan PDRM bagi pelaksanaan penawaran program akademik peringkat sarjana muda dan diploma kepada pegawai dan anggota polis.
Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat itu meletakkan Malaysia pada Senarai Pemerhatian Tahap 3 daripada kedudukan sebelum ini di Tahap 2.
Wisma Putra dalam satu kenyataan semalam menyatakan rasa kesalnya terhadap laporan itu kerana Malaysia amat serius dan komited dalam usahanya menangani pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran.
Sementara itu, Khalid berkata polis akan terus memperketat kawalan di sempadan negara bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin berikutan berlakunya kes penyeludupan warga asing dipercayai menggunakan Lebuhraya Pantai Timur baru-baru ini.
Pihaknya akan memberi tumpuan utama pada tahap pengawasan di sempadan negara termasuk di Sabah bagi mencegah kegiatan penyeludupan atau penculikan berulang.
“Untuk Sabah, kita akan tambah lebih ramai anggota untuk mengawal di kawasan sempadan selain menambah peralatan keselamatan bagi memastikan tiada kegiatan penyeludupan atau penculikan berulang,” katanya.
Sumber: BERNAMA
TOP
Sultan Pahang Sihat, Kata Adnan Yaakob
RAUB – Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah kini berada dalam keadaan sihat dan telahpun dibenar pulang semalam setelah dirawat selama empat hari di Institut Jantung Negara (IJN).
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob memaklumkan demikian kepada pemberita di sini hari ini selepas ditanya mengenai desas-desus kesihatan Sultan Ahmad Shah dikatakan kurang stabil kebelakangan ini.
“Tidak ada yang perlu dirisaukan kerana baginda sihat dan kini sudah boleh bermain golf,” kata Adnan yang ditemui selepas merasmikan merasmikan upacara pecah tanah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di tapak projek PR1MA Dong, Kampung Lechar.
Adnan berkata, Sultan Ahmad Shah dimasukkan ke IJN susulan jangkitan kuman.
Desas-desus status kesihatan Sultan Pahang itu hangat diperkatakan menerusi laman sosial selepas beberapa acara rasmi melibatkan baginda sempena sambutan Memuliakan Sambutan 40 Tahun Pemerintahan Sultan Pahang ditunda.
Ini termasuk program Istana Terbuka yang sepatutnya berlangsung dari 19 Jun hingga 21 Jun lepas namun hanya diadakan sehari iaitu pada 19 Jun dan majlis perasmian pameran dan biografi Sultan Ahmad Shah di Muzium Sultan Abu Bakar Pekan, malam ini.
Mengulas lanjut, Adnan berkata ini bukan kali pertama isu kesihatan baginda heboh dibicarakan oleh masyarakat terutama menerusi media sosial, khususnya selepas gambar baginda mendapatkan rawatan di IJN tersebar luas di Facebook.
Sehubungan itu, beliau menasihati rakyat terutama rakyat Pahang agar tidak bimbang dan meminta mereka bersama-sama terus mendoakan kesihatan baginda.
Sumber: BERNAMA
TOP
Lelaki Dipenjara 16 Bulan Kerana Dadah
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang mengaku dirinya ketua sayap bahagian sebuah parti politik di Kelantan hari ini dijatuhkan hukuman penjara 16 bulan setelah mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan memiliki dadah.
Majistret Nurul’Ain Abdul Rahim memerintahkan Ramli Awang, 44, menjalani hukuman secara berasingan iaitu lapan bulan penjara bagi pertuduhan pertama, lima bulan pertuduhan kedua dan tiga bulan pertuduhan ketiga.
Bagi pertuduhan pertama, Ramli, yang berasal dari Jeli, dituduh di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya kerana memiliki 1.72 gram heroin dan monoacetylmorphine.
Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh memiliki kanabis seberat 1.74 gram, manakala bagi pertuduhan ketiga, Ramli dituduh memiliki methamphetamine seberat 0.13 gram.
Dia didakwa melakukan ketiga-tiga kesalahan itu di kawasan Kampung Limau, Jalan Dewan Sultan Sulaiman di sini pada 9.50 pagi, 12 Mei lalu.
Ketika memohon hukuman ringan, Ramli berkata ketika ditahan, dia berada di Kuala Lumpur untuk menziarah ibunya yang sakit di hospital.
Sumber: BERNAMA
TOP
Kebakaran Di Sumatera Tengah Punca Jerebu
KUALA LUMPUR – Aktiviti pembakaran di Sumatera Tengah Indonesia, menjadi punca munculnya jerebu di beberapa kawasan pantai barat Semenanjung, termasuk ibu negara.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel, tiupan angin barat daya ketika aktiviti pembakaran membawa asap ke negara ini.
Beliau berkata, menurut laporan ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) berpusat di Singapura Sabtu lalu, wujud lingkaran asap jerebu sederhana dari kawasan kebakaran di wilayah Riau negara itu.
“Pihak ASMC melaporkan bilangan titik panas (hotspot) yang dikesan melalui imej satelit National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) di Sumatera pada 21 Jun adalah sebanyak 88,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Imej satelit itu turut mengesan 17 titik panas di dalam negara iaitu Pahang (1), Sabah (5), Sarawak (10) dan Terengganu (1).
“Dalam keadaan cuaca panas dan kering serta keadaan atmosfera yang statik (tenang), habuk-habuk terampai yang dibawa merentas sempadan akibat kebakaran tanah dan hutan kekal berkumpul dalam ruang udara dan menyebabkan keadaan sedikit berjerebu,” katanya.
Palanivel berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) sentiasa memantau bagi mencegah pembakaran terbuka.
Katanya, 194 pegawai JAS diberi kuasa menangkap penjenayah alam sekitar di bawah peruntukan Seksyen 37 C Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, (Pindaan) 2012.
Sementara itu, menurut portal JAS, 30 kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana.
Sumber: BERNAMA
TOP
Cubaan Seludup Kura-Kura Katup Gagal
KUALA KRAI – Nasib baik bagi 1,920 ekor kura-kura katup kerana mereka tidak sempat dijadikan makanan eksotik.
Haiwan reptilia ini sempat diselamatkan daripada diseludup ke negara jiran oleh Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Pangkalan Kubor di Kampung Derdap, Tumpat pada Sabtu lalu.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohammad Khairi Ahmad berkata haiwan-haiwan tersebut yang dianggarkan bernilai RM200,000 pada mulanya ditemui disembunyikan dalam sebuah lori.
“Pemeriksaan ke atas lori itu mendapati 160 bekas yang mengandungi 1,920 ekor kura-kura katup disembunyikan dalam timbunan tong ikan.
“Seorang suspek turut bertindak meninggalkan lori itu di pangkalan haram Che Aziz dan bertindak terjun ke Sungai Golok apabila menyedari kehadiran anggota UPP,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohammad Khairi berkata haiwan itu dipercayai dibawa dari Terengganu untuk diseludup ke negara jiran bagi dijadikan makanan eksotik.
Beliau berkata pihaknya percaya kegiatan menyeludup itu didalangi sindiket terancang.
Sumber: BERNAMA
TOP
Malaysia-Tajikistan Mahu Perkukuh Hubungan Dua Hala
PUTRAJAYA – Malaysia dan Tajikistan bersetuju menjalinkan kerjasama rapat dalam pelbagai bidang utama bagi membawa hubungan dua hala sedia ada ke tahap baharu yang lebih berkualiti.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kedua-dua negara mengakui pentingnya meningkatkan kerjasama dua hala terutamanya dalam bidang pendidikan, pelancongan, sukan, ekonomi serta sains dan teknologi.
Bercakap pada sidang berita bersama dengan Presiden Tajikistan Emomali Sharipovich Rahmon sempena lawatan negara empat hari beliau ke Malaysia, Najib yakin lawatan itu menandakan satu bab baharu dalam hubungan dua hala yang kukuh antara kedua-dua negara.
“Kami mengadakan perbincangan yang berhasil dan mendalam merangkumi pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.
“Kami menekankan pentingnya untuk membawa perdagangan dua hala ke tahap yang lebih tinggi,” kata beliau.
Sumber: BERNAMA
TOP
P.Pinang Tak Halang Tazkirah Antara Solat Tarawih
GEORGETOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menghalang penganjuran tazkirah antara waktu solat tarawih sempena Ramadan ini, kata Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim.
Beliau bagaimanapun menasihati pentadbiran masjid supaya bijak menyusun program takzirah supaya tidak mengganggu kelancaran ibadah tarawih dan pada masa sama dapat menyemarak budaya menuntut ilmu dalam kalangan umat Islam.
“Terpulang kepada pengurusan masjid untuk mengadakan tazkirah selepas lapan rakaat solat tarawih atau selepas 20 rakaat, tetapi pengisian tazkirah perlu dirancang dengan baik supaya keselesaan jemaah tidak terganggu,” katanya.
Dalam perkembangan lain Abdul Malik mengumumkan pelantikan Dr Wan Salim Wan Mohd Noor sebagai Mufti Pulau Pinang yang baharu menggantikan Datuk Seri Hassan Ahmad berkuatkuasa 7 Jun.
Wan Salim, 70, yang berasal dari Jitra Kedah dan lulusan Universiti Al-Azhar Mesir dan University of Edinburgh United Kingdom sebelum ini adalah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.
Hassan yang telah berkhidmat sebagai mufti selama 16 tahun sejak 1997 akan dilantik menjadi Ahli Majis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
Sumber: BERNAMA
TOP
Penambakan Selat Johor Tidak Perlukan EIA
JOHOR BAHRU – Kerja penambakan laut bagi projek “Forest City” yang dibimbangi Singapura berkemungkinan memberi kesan terhadap alam sekitar republik itu, tidak memerlukan laporan Kesan Alam Sekitar (EIA) kerana keluasan yang ditambak tidak melebihi 50 ekar (20 hektar).
Menurut Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor Mokhtar Abdul Majid, pada ketika ini kerja penambakan laut di Selat Johor, berhampiran Laluan Kedua, Gelang Patah itu hanya melibatkan kawasan seluas 49 ekar (19.6 hektar).
“Memandangkan keluasan kawasan yang ditambak tidak melebihi 50 ekar, maka ia tidak memerlukan laporan EIA,” katanya kepada Bernama hari ini ketika ditanya tentang projek penambakan laut yang mendapat perhatian kerajaan Singapura itu.
Beliau mengesahkan projek penambakan laut di Selat Johor terbabit dilaksanakan oleh syarikat pemaju daripada China, Country Garden Holdings Ltd dan anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).
Mokhtar berkata, kerja penambakan laut itu bermula pada awal Mac lepas dan dijangka mengambil masa selama lapan bulan untuk siap.
Dua hari lepas, Kementerian Luar Singapura menyatakan kebimbangannya tentang kemungkinan kesan merentasi sempadan ke atas republik itu akibat projek pembangunan hartanah itu di Selat Johor.
Jurucakapnya berkata ada kewajipan antarabangsa bagi pihak berkuasa Malaysia serta Singapura untuk bekerjasama dalam perkara itu dan meminta Malaysia mengemukakan maklumat berkenaan kerja penambakan terbabit.
Mokhtar berkata, pihak JAS Johor telahpun mengemukakan maklumat tertentu berkenaan projek penambakan laut “Forest City” seluas 49 ekar itu kepada ibu pejabat JAS bagi tindakan lanjut.
Selain penambakan laut melibatkan kawasan seluas 49 ekar, pihak JAS Johor katanya, turut dimaklumkan terdapat cadangan tambahan untuk menambak 5,000 ekar lagi di bawah projek “Forest City” itu.
Bagaimanapun, katanya pihak berkenaan perlu mengemukakan cadangan terperinci tentang penambakan laut itu dan laporan Kajian Terperinci Kesan Alam Sekitar (DEIA) kepada ibu pejabat JAS.
Memandangkan sehingga kini belum ada cadangan secara rasmi, mahupun laporan DEIA tentang cadangan penambakan kawasan seluas 5,000 ekar di Selat Johor itu, beliau berkata pihaknya tidak dapat mengulas lanjut tentangnya.
Sumber: BERNAMA
TOP
Mayat Ketiga Kes Bot Terbalik Di Perairan Sepang Ditemui
PELABUHAN KLANG – Mayat ketiga dipercayai daripada bot pancung membawa 27 warga Indonesia yang terbalik di Beacon Api Gila, perairan Sepang Rabu lepas dijumpai di Sepat Beacon pagi tadi.
Ketua Penguatkuasa Maritim Klang, Kapten Maritim Mohd Aliyas Hamdan berkata mayat lelaki itu ditemui oleh bot Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim) pada pukul 11.05 pagi.
“Bagaimanapun, buat masa ini kita masih menyiasat untuk mendapatkan pengesahan seratus peratus sama ada mayat ini terlibat dalam kes bot karam Beacon Api Gila, perairan Sepang ataupun di perairan Sungai Air Hitam, Pulau Carey,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.
Mayat pertama kejadian bot itu dijumpai pada Sabtu lepas di Sepat Beacon, manakala mayat kedua dijumpai di kawasan Batu Laut pada pukul 9.35 pagi semalam.
Katanya, pihaknya akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat melibatkan kejadian bot itu yang memasuki hari keenam hari ini.
Dalam kejadian Rabu lepas itu, empat hilang dan yang lain terselamat.
Sumber: BERNAMA
TOP
Hukuman Berat Jika Abai Anak Hingga Boleh Bawa Kematian
KUALA LUMPUR – Perbuatan mengabaikan anak sehingga boleh membawa kematian adalah satu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman berat.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual/Keganasan Rumahtangga/Penderaan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Hamidah Yunus berkata ibu bapa yang mengabaikan anak mereka boleh didenda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
“Mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001, terkandung kesalahan iaitu penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau penderaan kanak-kanak.
“Jika telah cukup bukti hasil keterangan semua pihak bahawa wujudnya salah satu elemen itu di mahkamah, tindakan akan diambil terhadap ibu bapa terbabit,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata banyak ibu bapa menganggap perbuatan mengabaikan anak-anak mereka bukan urusan orang lain sehingga boleh diperlakukan sesuka hati.
“Tanggapan itu ternyata meleset sama sekali…kita ada undang-undang bagi melindungi kanak-kanak, ibu bapa jangan ingat mereka terlepas,” katanya.
Mengulas kes remaja Orang Kurang Upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang dijumpai dalam keadaan terabai di Flat Taman Semarak, Nilai, Sabtu lepas, Hamidah berkata perbuatan ibunya telah menyebabkan penderitaan, masalah kesihatan sehingga boleh membawa kematian kepada remaja itu.
“Walaupun disahkan bahawa ibunya tidak mendera secara fizikal ke atas anaknya seperti memukul dan sebagainya, namun penderaan dari segi emosi telah berlaku.
“Ini kerana ibunya tidak menyediakan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal yang sempurna kepadanya sehingga membawa kepada pengabaian,”katanya.
Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya masih menahan reman ibu remaja terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001, dan siasatan menjurus kepada punca sebenar mengapa kanak-kanak itu diabaikan dan ditinggalkan seorang diri di flat berkenaan.
Sementara itu, Pakar Psikologi Kaunseling Fakulti Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Prof Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata penguatkuasaan undang-undang perlu dilaksanakan lebih tegas agar kes melibatkan pengabaian, penganiayaan, penderaan atau penyeksaan terhadap kanak-kanak dapat ditangani dengan lebih berkesan.
Katanya terdapat ibu bapa ketika ini seolah-olah tidak peka akan empat perkara asas yang seharusnya diberikan kepada anak-anak iaitu menjaga,
memelihara, melindungi dan memberi sokongan dalam proses perkembangan anak-anak mereka.
Beliau berkata nilai kemanusiaan semakin terhakis sehingga ada kalanya ibu bapa sanggup mengabaikan dan menyeksa anak-anak daripada memberi suasana perkembangan hidup yang positif.
Mengulas tentang ibu bapa yang mempunyai anak OKU, beliau berkata ibu bapa berkenaan seharusnya tidak perlu merasa takut atau bimbang kerana terdapat banyak saluran yang boleh memberikan bantuan sama ada melalui agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO).
“Ibu bapa harus sedar bahawa anak adalah amanah dan anugerah Tuhan. Suka atau tidak anak-anak perlu dijaga dengan baik apatah lagi jika mereka OKU…Jangan menganggap anak itu menyusahkan, sebaliknya ibu bapa mesti sanggup menjaga mereka dengan penuh kasih sayang,” katanya.
Keluarga terdekat, jiran dan komuniti juga seharusnya bertanggungjawab dan peka dalam memastikan perkembangan kehidupan seharian kanak-kanak terjamin, kata Mohamed Fadzil.
Sumber: BERNAMA
TOP
Polis Rampas 500 Kotak Pelbagai Mercun Di Batu Arang
KUALA LUMPUR – Polis merampas sebanyak 500 kotak mercun pelbagai jenis di sebuah ladang kelapa sawit di Batu Arang, Selangor, dianggar bernilai kira-kira RM700,000, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata mercun itu dijumpai dalam tiga buah stor dan di dalam sebuah kontena dalam kawasan ladang itu pada pukul 4 petang.
Ketika serbuan terdapat tiga suspek lelaki disyaki warga asing sedang sibuk mengemas stor berkenaan, namun menyedari kehadiran polis mereka sempat meloloskan diri, katanya kepada pemberita hari ini.
Ali berkata pihaknya percaya mercun tersebut diseludup masuk dari Thailand untuk dijual di pasaran tempatan bagi kegunaan semasa sambutan Aidilfitri tahun ini.
Menurutnya, kesemua mercun berkenaan akan dilupuskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Sumber: BERNAMA
TOP
Malindo Air Umum Laluan JB-P.Pinang & Subang-Kuantan
KUALA LUMPUR – Mulai 23 Julai ini Malindo Air akan memulakan perkhidmatan hariannya dari Johor Baharu ke Pulau Pinang dan perkhidmatan komersil lima kali seminggu dari Subang ke Kuantan.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan hibrid itu berkata, perkhidmatan Johor Baharu-Pulau Pinang-Johor Baharu akan berlepas dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Johor Baharu dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang setiap hari.
Sementara itu, perkhidmatan Subang-Kuantan-Subang akan terbang ke dan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan setiap Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat dan Ahad, katanya.
Malindo Air baru-baru ini menerima dua lagi pesawat ATR72-600 yang akan digunakan untuk perkhidmatan baharu terbabit.
“Kami teruja untuk menambah perkhidmatan baharu itu kerana ia memang menjadi hasrat kami untuk menghubungkan bandar raya utama di Malaysia dengan penerbangan terus yang bukan sahaja berpatutan tetapi mudah.
“Di samping itu, adalah amat sesuai untuk melancarkan perkhidmatan baharu terbabit sebelum sambutan raya bermula kerana ia memberi peluang kepada anggota keluarga pulang ke kampung halaman masing-masing,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy.
Tambang sehala termasuk semua bermula pada RM79 untuk perkhidmatan Subang-Kuantan dan RM99 untuk laluan Pulau Pinang-Johor Baharu.
Sumber: BERNAMA
TOP
Radhi OAG Bakal Timang Seorang Lagi Cahaya Mata
Tahniah kepada Radhi OAG, dan isterinya Shahira Ayu kerana bakal menimang seorang lagi cahaya mata. Ayu kini telah disahkan hamil 4 minggu.
Sekarang ini beliau anak lelaki Muhammad Rifdhi Muslim berusia 9 tahun dan menurut Radhi kali ini dia berharap dikurniakan anak perempuan pula. Bagaimanapun dia risau akan keadaan Ayu berbanding dengan perasaan terujanya. - SiakapKeli.com
TOP
JPJ Bawa Kaunter Bergerak Masa ‘Roadblock’, Senang Bayar Saman!
KUALA TERENGGANU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil inisiatif menyediakan kaunter bergerak 1JPJ semasa mengadakan sekatan jalan raya.
Pengarahnya Abdul Rahman Emang Anyie berkata langkah yang dilakukan ini bagi memudahkan orang ramai untuk membayar saman dan memperbaharu lesen memandu tanpa perlu ke pejabat JPJ.
“Biasanya ketika ditahan ada segelintir pemandu tidak menyedari lesen memandu serta cukai jalan mereka tamat tempoh dan sebagainya jadi kita sediakan kaunter bergerak 1JPJ untuk menyelesaikan masalah mereka ditempat operasi,” katanya kepada pemberita di sini.
Katanya alternatif yang dilakukan ini juga dapat membantu orang ramai yang tidak mempuyai masa untuk melakukan urusan dengan JPJ ekoran kekangan waktu dan sebagainya.
Kaunter bergerak itu mula diperkenalkan sejak Mac lepas dan sebanyak 1,885 transaksi telah dilakukan, katanya.
Abdul Rahman berkata, pihaknya memperluaskan lagi penggunaan kaunter 1JPJ ini di lokasi operasi setelah mendapat sambutan yang menggalakkan di tempat tumpuan awam seperti pasar serta tapak karnival.
“Ini merupakan percubaan kedua kami untuk membawa kaunter 1JPJ ini di lokasi sekatan jalan raya dan ia dapat membantu orang ramai melancarkan urusan mereka,” katanya.
Dalam perkembangan lain Abdul Rahman berkata pihaknya juga optimis dalam membendung kegiatan merempit di negeri ini dengan giat menjalankan operasi membanteras kegiatan ini terutamanya pada hari Jumaat dan Sabtu.
Beliau berkata, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini pihaknya telah memeriksa 855 motorsikal dan 188 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
Sumber: BERNAMA
TOP
Rakyat Malaysia dikecualikan visa untuk ke AS tahun depan?
Malaysia mungkin dapat melaksanakan program pengecualian visa Amerika Syarikat (VWP) seawal tahun depan.
"Saya tidak mahu memberikan tempoh masa khusus tetapi mungkin pada tahun depan," kata Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Joseph Y. Yun, kepada Bernama selepas mesyuarat Meja Bulat Koporat Malaysia yang dianjurkan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia, di sini hari ini.
Sebelum itu, Yun berkata, tidak banyak negara di seluruh dunia yang mempunyai VWP dan ada beberapa kriteria yang Malaysia perlu penuhi untuk layak bagi pengecualian tersebut.
"Sesetengah daripadanya sudah ada, sebagai contoh, timbal balik Malaysia perlu membenarkan warga Amerika masuk tanpa visa, dan pasport elektronik," kata Yun.
Bagaimanapun, terdapat beberapa keperluan lain yang belum dipenuhi seperti pelaporan pasport yang hilang dan dicuri kepada Interpol dan pertukaran data untuk penjenayah.
"Ini adalah antara beberapa perkara yang saya akan bantu kerajaan anda untuk membolehkan kelayakan ini. Terdapat kemajuan mengenainya," katanya.
Yun berkata beliau sudah menemui Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Malaysia telah bersetuju untuk melantik seorang penyelaras bagi memastikan proses itu berjalan lancar.
Sumber: BERNAMA
TOP
MH370: Kerajaan Masih BELUM TAHU Lokasi Sebenar Pesawat
Kerajaan masih menjalankan perbincangan dengan pihak berkuasa Australia dan China bagi mengenal pasti lokasi baharu di laut Hindi untuk mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perbincangan itu juga meliputi fasa baharu dan penggunaan aset bersesuaian bagi operasi mencari pesawat itu.
“Itu amat penting dalam fasa baharu ini, kerana tanpa mengetahui atau memutuskan lokasi kawasan itu, adalah amat sukar ….it’s very difficult for us to understand what sort equipment there is needed which have specific capabilities for the search mission,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tahunan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) 2014 dan melancarkan buku bertajuk ‘Perancangan Ketenteraan Dalam As-Sunnah’ di sini, Isnin.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal yang dalam perjalanan ke Beijing, China telah hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Pada 24 Mac, 17 hari selepas pesawat Boeing 777-200ER itu hilang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.
Hishammuddin juga sekali lagi menggesa agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung laporan yang mendakwa juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah sebagai suspek utama di sebalik kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.
“Jangan percayakan spekulasi, pada asasnya ini tidak adil kepada keluarga juruterbang, ini tentang keluarga dan beliau mempunyai anak dan sekiranya anda salah bagaimana anda mahu membaiki kerosakan yang telah ditimbulkan itu,” katanya.
Baru-baru ini, Akhbar Sunday Times, United Kingdom melaporkan polis Malaysia kini menganggap suspek utama di sebalik kehilangan pesawat MH370 adalah juruterbang penerbangan tersebut, Kapten Zaharie Ahmad Shah.
Sumber: BERNAMA
TOP
Perogol Kanak-Kanak Dipenjara Rasuah Bapa Mangsa
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga hari terhadap perogol kanak-kanak yang telah disabitkan selepas lelaki itu mengaku salah memberi sogokan kepada bapa kanak-kanak perempuan itu supaya menarik balik laporan rogol terhadapnya.
Hakim Ishak Bakri turut mengenakan hukuman denda RM10,000 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda itu selepas lelaki berumur 41 tahun itu mengaku bersalah pada 4 Jun lepas.
Riduan Masmud mengaku menyogok bapa mangsa sebanyak RM10,000 dalam tiga pertemuan di Jalan Tuaran Bypass dekat sini pada 18 April tahun lepas.
Pada 3 Feb, dia dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan dengan rotan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Ummu Khaltom Abd Samad selepas didapati bersalah merogol gadis itu di dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan dekat Air Terjun Kionsom di Inanam dekat sini antara 9 pagi dan 10 pagi pada 18 Feb tahun lepas.
Menurut pihak pendakwa raya, Riduan menawarkan wang kepada bapa mangsa untuk membolehkannya mengahwini budak perempuan itu yang ketika kejadian berumur 12 tahun, dan sebagai dorongan kepada mangsa untuk menarik balik laporan rogol terhadapnya.
Riduan diwakili peguam Ram Singh manakala pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Kevin Morais.
Pada 20 Mei tahun lepas, Riduan memberitahu mahkamah bahawa dia telah berkahwin dengan budak perempuan itu.
Dia sedang menunggu rayuannya didengar bagi sabitan merogol itu.
Sumber: BERNAMA
No comments:
Post a Comment