Monday, March 3, 2014

Berita Terkini 03 Mac 2014


Rasa takut dan marah memuncak di China selepas kes serangan berdarah
KUNMING - Serangan kumpulan bersenjata tajam yang mengorbankan lebih 30 nyawa dan mencederakan lebih 130 orang yang sedang beratur membeli tiket di sebuah terminal kereta api yang sibuk Sabtu lalu telah menimbulkan perasaan gusar, takut dan marah dalam kalangan rakyat China. Sementara ramai warga tempatan yang kini menyertai rayuan pendermaan darah, mereka juga melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kawalan pihak berkuasa atas tragedi yang mereka dakwa dilakukan oleh puak pemisah Wilayah Xinjian di sebuah stesen kereta api di Kunming. Pihak berkuasa telah menyalahkan puak pemisah dari Xinjiang yang majoritinya dihuni oleh Muslim etnik Uighur. Seorang pemandu teksi di Kunming berkata, dia akan menjauhkan diri dari stesen kereta api tersebut berikutan rasa takut dengan kejadian serangan di bandar di bahagian Barat Daya China itu. Dia turut melancarkan kecaman yang bersifat anti-Uighur. "Saya tidak akan membiarkan mereka naik teksi saya. Mereka semua penagih dadah dan semua orang di luar Xinjiang tidak percayakan mereka," ujarnya yang tidak mahu dikenali sambil menambah, etnik berkenaan sering menimbulkan masalah.

FotoFoto
Kanak-kanak lelaki lima tahun maut selepas makan hidangan pasar malam
TERENGGANU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia hari ini akibat keracunan makanan dipercayai selepas memakan ayam goreng yang dibeli dari sebuah pasar malam di sini Sabtu lepas. Muhammad Iqbal Rafie meninggal dunia kira-kira pukul 1 petang tadi ketika dalam perjalanan untuk menerima rawatan lanjut di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini. Ibunya, Siti Zuriana Mohd. Yusoff, 28, berkata, anak tunggalnya itu ke pasar malam itu bersama-sama suaminya pada kira-kira pukul 6.30 petang dan membeli ayam goreng, nasi goreng dan air keladi. Beliau berkata, hanya suaminya, Rafie Mohd. Ilme, 31, dan anaknya yang menjamah makanan itu sebaik mereka tiba di rumah mereka di Bukit Payong, Marang. "Kira-kira pukul 7 pagi semalam, mereka mengadu sakit perut dan cirit-birit sebelum mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bukit Payong. "Sehingga pagi tadi, keadaan anak dan suami masih serupa dan kami sekali lagi ke klinik kesihatan sama untuk rawatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik mayat HSNZ di sini. - Bernama


Mayat bayi ditemui dekat IPTA di Sepanggar
KOTA KINABALU - Mayat bayi yang baru dilahirkan ditemui di pondok pengumpulan sampah di sebuah institusi pengajian tinggi awam di Jalan Sepanggar di sini pagi tadi. Mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat itu ditemui kira-kira 10 pagi oleh pekerja Dewan Bandaraya Kota Kinabalu di dalam kotak kasut yang ditinggalkan di atas tong sampah. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun mengesahkan perkara itu dan berkata polis sedang menyisat kes tersebut. - Bernama


Kebakaran: Bomba terdedah ancaman buaya, ular
SETIU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu berdepan risiko ancaman binatang berbisa semasa mengawal kebakaran hutan paya gambut berhampiran Ladang Rakyat, di Lembah Bidong di sini. Haiwan berbisa seperti ular tedung selar, ular sawa dan buaya sering berkeliaran di kawasan berhampiran sungai tersebut dan menyukarkan operasi pemadaman dilakukan. Komandan Operasi Kamerul Bieza Mohd Kassim berkata sehubungan itu pasukan bomba terpaksa lebih peka dan berhati-hati dalam usaha memadamkan kebakaran yang berlaku sejak tujuh hari lalu. Katanya sehingga hari ini pihaknya telah berjaya memadamkan seluas 84 hektar daripada keseluruhan keluasan yang kini mencecah 200 hektar. Operasi pemadaman turut dibantu pelatih Akademi Bomba Wakaf Tapai, pekerja ladang dan kakitangan Pejabat Daerah Setiu. Pihak bomba juga sedang memantau beberapa kawasan lagi membabitkan hutan tanah gambut di kawasan Kampung Pecah Rotan yang didapati turut terbakar, katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini. - Bernama

Mayat dipercayai warga asing ditemui dalam ladang kelapa sawit
IPOH - Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui seorang penternak lembu di ladang kelapa sawit di Jalan Lengkuas, Kampung Piandang di Pusing di sini semalam. Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Shaharon Anuar Abdul Latif berkata mayat itu yang ditemui kira-kira 7.30 malam, dipercayai dibunuh berikutan kesan pukul dan langgar pada tubuhnya. "Mangsa dipercayai meninggal dunia dalam tempoh kurang 12 jam dan disyaki dibunuh di kawasan lain sebelum mayatnya dibuang di ladang itu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Beliau berkata bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini mendapati adanya kerosakan dalaman di bahagian dada dan rusuk mangsa yang berusia dalam lingkungan 35 hingga 40 tahun.

Juruteknik hilang RM11,000 terpedaya sindiket kad kredit
MELAKA - Seorang juruteknik teknologi maklumat kehilangan RM11,000 dalam akaun simpanannya kerana terpedaya dengan sindiket penipuan kad kredit melalui pesanan peti suara telefon bimbitnya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka Superintendan Ee Khong Koy berkata, lelaki berusia 37 tahun itu dari Tanjung Kling di sini pada mulanya menerima pesanan peti suara daripada individu mendakwa pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung masalah kad kreditnya kira-kira 4.30 petang pada 18 Februari lepas. "Mangsa kemudian diarah menghubungi seorang pegawai bahagian perkhidmatan pelanggan kononnya dari BNM bagi menyelesaikan masalah itu...mangsa menghubungi pegawai tersebut dan memberi semua maklumat peribadi termasuk maklumat akaun simpanannya kepada pegawai terbabit," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

thai
Pilihan raya semula di lima wilayah, Thailand
BANGKOK - THAILAND. Pengundian semula yang dijalankan di lima wilayah yang terjejas akibat dihalang penunjuk perasaan, bulan lalu dilaporkan berjalan lancar selepas protes Bangkok Shutdown berakhir, kelmarin. Pesuruhjaya Pilihan Raya, Somchai Srisutthiyakorn berkata, kira-kira 120,000 penduduk mendaftar untuk mengundi di 101 kawasan pilihan raya. Menurutnya lagi, proses membuang undi di 13 wilayah lain yang dijadualkan pada bulan depan terpaksa ditangguhkan kerana masih menunggu keputusan mahkamah. Difahamkan, sebanyak 18 daripada 77 wilayah terjejas ketika pilihan raya, 2 Februari lalu, laporan dipetik dari Reuters.

Bina semula terowong rahsia
Bina semula terowong rahsia
GENTING GAZA - PALESTIN. Sekumpulan penduduk Palestin dilaporkan berhempas pulas membina semula terowong rahsia yang menghubungkan wilayah Gaza dengan Mesir selepas ia dimusnahkan kerajaan sementara di Kaherah. Ketua projek tersebut, Ashraf, 29, memberitahu bahawa mereka kini sedang berusaha untuk memperbaiki struktur laluan rahsia terbabit. "Seramai 12 pekerja bergilir-gilir menjayakan projek pembinaan semula terowong di sempadan Gaza-Mesir tersebut. "Mereka turut menggali dan membersihkan permukaan berlumpur yang menghalang laluan tersebut. Ia sememangnya berbahaya kerana terowong terbabit berkemungkinan boleh runtuh secara tiba-tiba," jelasnya pada DailyMail.

Israel tembak mati pesakit mental
GENTING GAZA - PALESTIN. Seorang wanita dipercayai mengalami masalah mental mati ditembak tentera rejim Zionis di kawasan berhampiran sempadan yang diisytiharkan sebagai zon larangan kepada penduduk Palestin. Saksi kejadian memaklumkan, Amna Qdaih, 50, dilihat berada berhampiran pagar keselamatan sempadan yang memisahkan Israel dan Genting Gaza, Jumaat lalu. Sementara itu, laporan dipetik dari Al-Arabiya, jurucakap tentera memberitahu kononnya mereka terpaksa melepaskan tembakan selepas beberapa penduduk Palestin enggan beredar dari zon larangan terbabit walaupun telah diberi amaran awal.

Penduduk Islam dikepung
BANGUI - REPUBLIK AFRIKA TENGAH. Penduduk minoriti Islam di Republik Afrika Tengah berterusan menjadi mangsa penindasan dan kekejaman kumpulan militan anti-Balaka. Dalam insiden terbaru, Pan-African News Wire melaporkan kumpulan penduduk Islam kini berada di bawah pengepungan selain tidak dibenarkan meninggalkan negara itu. "Tiga orang Islam ditembak mati dalam kejadian keganasan etnik terbaru di Bangui," kata editor laman berita tersebut, Abayomi Azikiwe. Menurutnya lagi, laporan dipetik dari Press TV, ketidakstabilan dan situasi keselamatan semakin meruncing sejak tentera Perancis campur tangan dalam konflik di negara bergolak terbabit. Kumpulan hak asasi manusia melaporkan kempen pembersihan etnik yang dilancarkan kumpulan militia anti-Balaka sejak akhir tahun lalu telah meragut ribuan nyawa orang Islam.

Presiden China gesa ambil tindakan
Presiden China gesa ambil tindakan
BEIJING - CHINA. Presiden China, Xi Jinping mengarahkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas berhubung insiden serangan menggemparkan yang meragut 29 nyawa manakala lebih 130 cedera di stesen kereta api di Kunming, kelmarin. Agensi berita Xinhua melaporkan bukti di lokasi kejadian menunjukkan serangan ganas tersebut didalangi puak pemisah di Xinjiang, sebuah wilayah yang didiami etnik minoriti Uighur. Susulan daripada itu, sebuah kumpulan hak asasi manusia yang memperjuangkan hak penduduk minoriti Islam di wilayah tersebut menggesa satu siasatan telus dilakukan oleh pihak berkuasa. "Kami berharap tidak ada pihak yang membuat tuduhan melulu tanpa melakukan siasatan terperinci," kata jurucakap kumpulan terbabit. Sementara itu, laporan dipetik dari AFP, pihak berkuasa memaklumkan empat daripada 10 penyerang bersenjatakan pisau tersebut turut terbunuh manakala seorang rakan mereka berjaya diberkas.

Polis diejek, jadi bahan gurauan
Polis diejek, jadi bahan gurauan
IPOH – Hati kering! Itulah yang digambarkan kepada sekumpulan samseng jalanan yang bertindak berani mengacah anggota polis yang menjalankan rondaan di sini, awal pagi semalam. Seolah tidak takut dikenakan tindakan, sekumpulan mat rempit yang berkumpul di Jalan Kuala Kangsar berhampiran Kledang Jaya seawal jam 12 tengah malam tidak menghiraukan gerak geri mereka diperhatikan anggota keselamatan. Tinjauan selama tiga jam di ‘port’ pilihan anak muda itu mendapati mereka seolah-olah tidak gentar dengan isu keselamatan diri ketika menunggang motosikal beramai-ramai sambil melakukan pelbagai aksi. Lebih mengejutkan, mereka juga tidak menghiraukan lampu isyarat merah dengan terus meredahnya tanpa menghiraukan pengguna-pengguna jalan raya lain mahupun keselamatan mereka.

Doktor kaut untung jual 'kertas'
Doktor kaut untung jual 'kertas MC'
BERMODALKAN kertas, keuntungan boleh mencecah ratusan ribu dalam sebulan dan boleh mencecah jutaan dalam setahun. Sebahagian doktor kini telah hilang etika dan sanggup mendapatkan keuntungan dengan jalan mudah mengetepikan profesional seorang pengamal perubatan. Begitulah perniagaan sijil perakuan sakit atau mudah dikenali sebagai MC yang boleh diperoleh dengan mudah di Lembah Kelang sekarang. Salah laku dan penipuan memperoleh MC kini sudah menjadi ‘trend’ masyarakat Malaysia walaupun tidak sakit. Namun begitu, tidak dinafikan, MC diperuntukkan oleh majikan atau syarikat dalam setahun kepada pekerja , namun keistimewaan tersebut dimanipulasikan oleh pekerja atau pengamal perubatan.

daftar
Peniaga online juga perlu daftar
KEBANYAKAN peniaga dalam talian, terutama melalui media sosial Facebook tidak tahu mereka perlu mendaftarkan perniagaan, tetapi ada juga yang sedar mengenai peraturan tersebut namun tidak mengendahkannya. Seorang peniaga atas talian yang enggan dikenali berkata, dia telah menjalankan perniagaan online sejak dua tahun melalui jualan di laman sosial Facebook tanpa mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Katanya, dia tidak pernah tahu pendaftaran diperlukan untuk perniagaan online khususnya yang menjual produk secara sambilan. Sementara itu, seorang lagi penjual pakaian wanita berkata, dia hanya mendaftar sekali semasa mula-mula berniaga dan tidak mengemas kini pendaftaran pada tahun seterusnyakerana menganggap bahawa pendaftaran itu hanya bertujuan untuk memberikan keyakinan kepada pelanggan untuk terus berurus niaga dengannya.


Dr. Gan Kong Meng Ketua CID Kuala Lumpur Yang Baru, Ku Chin Wah Ditukar
KUALA LUMPUR - SAC Gan Kong Meng yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang, dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur berkuat kuasa Isnin. Beliau menggantikan Datuk Ku Chin Wah yang berpindah ke Bahagian Pentadbiran di Bukit Aman. Majlis serah dan terima tugas jawatan berlangsung di sini hari ini dengan disaksikan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh dan Timbalannya Datuk Amar Singh Ishar Singh. Gan, 59, berasal dari Batu Pahat, Johor telah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 38 tahun. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan Batu Pahat sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Diploma Sains Kepolisan pada 2004. Gan memperoleh Phd dari Universiti Sains Malaysia pada tahun 2012. Mohmad berkata pihaknya yakin pelantikan Gan boleh memacu kecekapan PDRM dalam menyelesaikan kes jenayah di sekitar Kuala Lumpur. Gan pula menyifatkan tugas baharunya sebagai besar kerana perlu berurusan dengan penduduk kota. “Dengan kebanjiran warga asing, saya akui ianya sangat mencabar jika dibanding dengan tugas dahulu di Pulau Pinang. “Bagaimanapun saya menjamin akan membuat yang terbaik demi memastikan perkhidmatan PDRM disanjung tinggi oleh masyarakat,” katanya. BERNAMA


Ambil Pil Kuda Sejak Umur 13 Tahun
KOTA BHARU – “Saya mula berjinak-jinak dengan pil kuda sejak berusia 13 tahun lagi atas pengaruh rakan,” kata seorang pelajar dikenali Syafiq, 17, yang juga pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di daerah ini. Syafiq berkata, selepas diperkenalkan dengan pil tersebut yang pada mulanya diambil untuk suka-suka, akhirnya ia menjadi rutin. “Sebelum ini, ibu dan ayah tidak tahu saya ambil pil tersebut kerana saya selalu menghabiskan masa dengan rakan melepak sehingga lewat malam. “Ibu tidak pernah syak pada mulanya sehinggalah saya ditahan polis tahun lalu ketika pulang ke rumah pada jam 1 pagi. Polis membuat pemeriksaan berdekatan rumah dan saya tertangkap kerana berada di bawah pengaruh pil tersebut,” katanya kepada pemberita.

Che Ta-Zain saling melengkapi
Rozita Che Wan Mungkin Mengandung
PETALING JAYA – Pelakon Zain Saidin meluahkan perasaan gembiranya bahawa isterinya iaitu aktres Rozita Che Wan berkemungkinan besar sudah mengandung. Zain, 30, berkata, sehingga kini dia masih belum lagi mendapat keputusan daripada pihak doktor dan sekiranya benar Rozita mengandung, dia menyifatkan ia sebagai sebuah hadiah hari lahir (pada 23 Februari lalu) yang terbesar pernah diterimanya. “Jeng..jeng..jeng.. Mungkin (Rozita mengandung). Nak kena buat pemeriksaan doktor dahulu jika ada ‘orang baru’ akan sertai kami sekeluarga atau tidak.


Kad Kahwin Syamsul Dan Puteri Sarah Liyana
PASTI ramai yang sudah tidak sabar-sabar menanti majlis pernikahan antara pengarah muda, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana yang bakal berlangsung 8 Mac nanti. Sempena majlis tersebut, kad perkahwinan mereka telah ditaja dan direka oleh Khyro Design. Memang unik sekali kerana ia menggunakan warna hitam dengan tulisan berwarna emas. Mungkin ia disesuaikan dengan tema Arab yang dirancangkan pada majlis pernikahan mereka. Apa pun, kami doakan segala persiapan akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah sehingga tibanya hari istimewa itu nanti.


Bank Menganaktirikan Pembeli Rumah – PPIM
KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyelar tindakan beberapa buah bank menyaman dan membuat tuntutan ke atas pembeli lima projek perumahan terbengkalai di Selangor. Ketua Biro Pemantau Perkhidmatan Kewangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Sheikh Abdul Kareem Siad Khadaied berkata, lima projek perumahan itu adalah Taman Indra Jaya dan Desa Harmoni di Kuala Langat, Desa Meranti di Sepang dan Pangsapuri Indah Heights di Klang. “Melalui kajian kami, dalam semua projek tersebut wujud akujanji yang diberikan oleh pemaju perumahan dan peguam cara pinjaman kepada pihak bank. “Antara kandungannya memberi jaminan jika ojek terbengkalai, pemaju perumahan akan membayar kembali segala wang yang telah dikeluarkan dan dibayar oleh bank kembali kepada mereka. Namun pengguna pula disaman dan menerima surat tuntutan daripada bank tanpa sebarang tindakan diambil ke atas pemaju perumahan atau peguam cara pinjaman terbabit,” dakwanya.

Bekas Peguam Mengaku Tak Bersalah
KUALA LUMPUR – Seorang bekas peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan pecah amanah membabitkan RM654,280.25 dua tahun lepas. Fadzila Said, 42, selaku peguam di Firma Fadzila & Co, didakwa atas tuduhan pecah amanah cukai keuntungan hartanah sebanyak lima peratus iaitu RM654,280.25 daripada jumlah keseluruhan harga jual beli RM13,085,605 dengan tidak menyerahkan kembali wang itu kepada penjual. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank Desa Pandan, Cheras pada 28 Ogos 2012 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd Noor Nordin tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu serius yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.


VIDEO: Teksi Rempuh Kereta Belakang Laju-laju
Sebuah teksi di Singapura, dirakam diundur oleh pemandunya dengan laju lalu menghentam kereta belakang sekitar jam 7.57 pagi semalam. Selepas insiden berlaku, orang ramai mula menerjah tempat kejadian dan memeriksa kereta yang menjadi mangsa kerosakan. Teksi yang terbabit bagaimanapun kelihatan beredar sejurus selepas melanggar namun tidak dapat dipastikan jika pemandunya turun untuk bertanggung jawab. Dipercayai, kejadian sebegini berlaku disebabkan pemandu tersilap menekan pedal minyak terlalu kuat ketika kereta dalam keadaan gear undur. Mujurlah, tiada sebarang kecederaan berlaku namun kejadian sebegini harus diambil perhatian. Hal ini kerana, kesilapan tersilap menekan pedal minyak hingga kereta meluru dan merempuh sesuatu bukan sahaja boleh membawa kepada kemusnahan kenderaan dan premis tetapi juga meragut nyawa.


Pegawai syarikat keselamatan didakwa bunuh teman wanitanya
PETALING JAYA: Seorang pegawai operasi syarikat kawalan keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh teman wanitanya, bulan lalu. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan oleh tertuduh, S Sarwindren ,30, ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret KB Elena Hong Tze Lan. Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Pakizah Raja Khan, 27, di Pangsapuri Lagoon Perdana, Bandar Sunway, di sini, antara jam 8.50 malam hingga jam 1.41 pagi, pada 17 hingga 18 Februari 2014.


Suspek dera bayi sehingga mati ditahan dalam tempoh terdekat
KUALA LUMPUR: Suspek yang dipercayai terbabit dalam kes mendera seorang bayi lelaki sehingga mati Jumaat lepas akan ditahan dalam tempoh terdekat. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, suspek wanita berusia 20-an itu merupakan isteri kepada rakan bapa mangsa yang menjaga bayi berusia lapan bulan itu sejak tiga bulan lepas. "Suspek yang berasal dari Kelantan itu kini sibuk dengan urusan kebajikan keluarga berikutan anggota keluarganya meninggal dunia baru-baru ini. "Kita beri sedikit masa untuk suspek menyelesaikan hal tersebut sebelum ditahan dalam dua hari lagi," katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur di sini hari ini. Beliau berkata polis yakin suspek tidak akan melarikan diri malah akan membantu pihaknya dalam kes ini. Dalam kejadian Jumaat lepas, bayi itu maut dipercayai akibat didera pengasuhnya di Jalan Buku Lima, Datuk Keramat di sini. Laporan bedah siasat mendapati wujud unsur jenayah dalam punca kematian bayi berkenaan. - BERNAMA


Gara-gara cemburu, suami pukul dan bakar isteri
KOTA BHARU: Gara-gara cemburu selepas mengesyaki isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain, seorang lelaki bertindak menyimbah isterinya dengan petrol sebelum membakar wanita itu. Dalam kejadian 11.30 pagi semalam di luar rumah mangsa di Jalan Sultan Yahya Petra, di sini, wanita berumur 30 tahun itu melecur di muka dan kedua-dua tangan dan kini dirawat Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Superintendan Idris Rafar berkata, sebelum kejadian, mangsa juga dipukul dan ditampar suaminya sebelum bertindak mencurah petrol dan membakar isterinya itu. "Suspek bagaimanapun melarikan diri selepas menyedari kedatangan anggota keluarga mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Polis sedang mengesan suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta tampil membantu siasatan, katanya. - BERNAMA


Kemalangan Pertama Di Jambatan Kedua P.Pinang
NIBONG TEBAL – Tidak sampai 24 jam dirasmikan, satu kemalangan kecil dilaporkan berlaku di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah petang semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafein Mamat berkata, kemalangan kecil melibatkan sebuah kereta itu berlaku dari arah Batu Kawan menuju ke pulau. “Kemalangan berkenaan berlaku selepas plaza tol jambatan berkenaan pada jam 5.30 petang semalam menyebabkan lalu lintas menjadi sesak sehingga 10 kilometer. “Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa, kemalangan terbabit melibatkan beberapa kereta,” katanya. – Sinar Harian



VIDEO: Perbuatan KEJI Potong, Curi Cebisan Kain Kaabah Semasa Tawaf
Dugaan ada di mana-mana termasuklah di tanah suci Mekah. Itulah yang dapat disimpulkan daripada rakaman video ini yang memaparkan bagaimana segelintir umat Islam yang sepatutnya sedang melakukan ibadah tawaf, mencemarinya dengan perbuatan mencuri cebisan benang daripada penutup kain (kiswah) Kaabah. Sesetengah orang dipercayai mengambil cebisan tersebut untuk menjadikannya tanda kenangan tetapi ramai juga, mahu menggunakannya untuk dijadikan tangkal atau azimat. Ulama terkenal Arab Saudi, Nabil al-Awadi yang mengulas perkara ini menjelaskan, perbuatan tersebut adalah haram walaupun para jemaah yang melakukannya mungkin beranggapan tidak mengapa asalkan mereka berniat baik. Walaupun jarang diceritakan secara terbuka, amalan mencuri cebisan kain ini sebenarnya sudah lama berlaku dalam kalangan jemaah yang ke Mekah untuk menunaikan haji mahu pun umrah termasuk dari Malaysia sejak lama dahulu.


Saya Tidak Akan Minta Maaf Kepada Azmin – Hishamuddin Rais
PETALING JAYA – Aktivis Hishamuddin Rais tidak akan meminta maaf kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali berhubung tulisan yang dimuatkan dalam salah satu kolum akhbar Suara Keadilan. “Tidak, saya tidak akan meminta maaf. Jika saya katakan hujan basah, adakah ia satu perkara yang boleh disaman? Adakah saya menyatakan yang benar atau sebaliknya?,” katanya kepada ‘The Star Online’. Azmin dilaporkan telah mengesahkan permulaan prosiding undang-undang terhadap dua editor akhbar Suara Keadilan dan Hishamuddin terhadap apa yang didakwanya sebagai artikel fitnah.


Vincent Tan Kecewa Dianggap ‘JAHAT’ Sering Pakai Spek Hitam, Sarung Tangan
Ahli perniagaan terkenal Tan Sri Vincent Tan menuduh media British sebagai rasis kerana seringkali menjadikannya sasaran serangan berhubung penglibatannya dalam kelab bola sepak Cardiff City. Dalam temubual eksklusif dengan BBC, Tan, pemilik kelab liga Inggeris tersebut, berkata media British tidak adil terhadap beliau dengan menggambarkannya ibarat watak penjahat dalam filem Bond, hanya kerana beliau selalu berkaca mata hitam dan bersarung tangan ketika menonton perlawanan. “Saya memakai kacamata kerana silau dengan cahaya lampu, sarung tangan pula kerana cuaca sejuk di UK. “Terkadang saya fikir mereka tidak waras kerana membuat komen sebegitu,” katanya kepada BBC Sports dalam satu majlis hari jadi dan penghormatan di Kuala Lumpur bagi mengiktiraf kerja amalnya.


Gambar `selfie' Ellen DeGeneres catat lebih dua juta retweet
Kegemaran untuk selfie kini bukan sahaja terbatas kepada kaum perempuan tetapi semua orang termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama turut melakukannya. Ketika berlangsungnya majlis Academy Awards malam tadi, satu rekod baru iaitu gambar selfie paling banyak dikongsikan (retweet) di laman Twitter telah tercipta. Gambar tersebut adalah gambar selfie yang dirancang oleh hos Oscar, Ellen DeGeneres dan diambil Bradley Cooper. Sebelum melakukannya, DeGeneres memberitahu penonton bahawa dia mahu mengambil gambar selfie yang akan dikongsi paling banyak dalam sejarah. Selepas menuturkan kata-kata itu, dia mengajak pelakon legenda Meryl Streep bergambar dengannya, diikuti selebriti ternama lain yang duduk berhampiran iaitu Brad Pitt, Angelina Jolie, Jared Leto, Julia Roberts, Kevin Spacey, Jennifer Lawrence, Channing Tathum dan Lupita Nyong’o.


CERITA SELFIE (2) : Dua Gadis Mati Lemas
SEMALAM, dua gadis dilaporkan lemas ketika sedang mandi di Sungai Lebir dekat Manik Urai Lama, Kuala Krai. Rupa-rupanya, kejadian itu berlaku gara-gara kedua-duanya sedang asyik merakam gambar ‘selfie‘ bersama-sama. Dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Manik Urai itu, Nurul Akmal Roshid, 15, dan Nursyafiqah Syaurah Mohd Yusof, 13, dikatakan bergambar menggunakan telefon bimbit sebelum tergelincir dan dihanyutkan arus. Sebelum itu, dua lagi rakan mereka tidak mandi bersama, sebaliknya hanya memerhati gelagat mereka tidak jauh dari lokasi. Sebaik sahaja menyedari kejadian itu, mereka segera berlari mendapatkan bantuan penduduk kampung. Mayat pertama iaitu Nurul Akmal ditemui jam 8.28 pagi semalam oleh Unit Skuba dengan bantuan anggota polis serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), manakala mayat Nursyafiqah Syaurah ditemui jam 8.50 pagi, kira-kira 20 hingga 50 meter dari lokasi mereka dihanyutkan arus. Menurut ibu Nurul Akmal, Rohana Zakaria, 45, kedua-dua mereka pergi ke sungai itu untuk mengambil gambar kenang-kenangan, namun tidak menyangka ia akan berakhir dengan tragedi. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superitendan Ab Rahim Che Ghani berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai lemas dan tiada unsur jenayah dilaporkan.Berita Harian


Polis China buru lima penyerang stesen keretapi
BEIJING - Polis semalam memburu lima penyerang yang bertanggungjawab membunuh 29 orang dalam serangan yang menggunakan pisau di sebuah stesen kereta api di Kunming, Yunnan kelmarin. Satu siasatan mendapati lebih 10 orang penyerang itu merupakan golongan gerila pemisah etnik Uighur. Pendedahan itu dibuat agensi berita Xinhua. Kebanyakan etnik Uighur menetap di wilayah autonomi Xinjiang di barat daya China. Wilayah itu mengandungi 21.8 juta penduduk. Menurut portal berita CCTC News Channel, polis menembak mati tiga orang lelaki dan seorang wanita dalam kejadian tersebut. "Saya mendengar orang ramai menjerit dan menyatakan terdapat orang yang telah ditikam," kata seorang pengguna di stesen kereta api tersebut kepada Xinhua. "Saya berasa panik dan orang ramai melarikan diri. Saya menghubungi polis selepas saya berlari beberapa ratus meter. Namun, seorang rakan sekelas saya mengalami kecederaan," tambahnya. Seorang pengguna laman media sosial Sina Weibo menyatakan, para penyerang itu memperoleh latihan khas semasa melakukan serangan tersebut berdasarkan cara mereka melakukan serangan. - dpa


Reka bentuk bangunan tandas seperti kamera
CHONGQING, China - Sebuah bangunan tandas awam di sini memiliki reka bentuk seperti kamera digital, lapor portal berita metro.co uk kelmarin. Sejumlah besar penduduk berasa keliru ketika melihat bangunan tersebut kerana mereka tidak menyangka ia sebenarnya merupakan tandas awam. Namun, selepas memasuki bangunan itu, mereka mula mempercayai ia merupakan tandas. Beberapa penduduk tempatan menyatakan, bangunan tersebut terletak berdekatan sebuah pasar yang menjual barangan elektrik. - Agensi


Pub Myanmar diserbu penguat kuasa
KUALA LUMPUR - Sebuah pub Myanmar milik warga asing yang disyaki telah beroperasi selama lima tahun antara tiga premis perniagaan yang diserbu dalam Ops 6P fasa kedua di Jalan Silang berhampiran Kompleks Kotaraya malam kelmarin. Salah seorang pekerja warga Myanmar yang berusia sekitar 20-an mendakwa, dia telah bekerja di premis tersebut sejak tahun 2009 tetapi dengan memiliki kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNCHR) yang baru diperolehi empat bulan lalu. Dua lagi premis adalah restoran makanan dan menjual peralatan telekomunikasi yang pekerjanya terdiri daripada warga asing.


Pinggan dibuat guna abu haiwan
GEORGE TOWN - Set pinggan mangkuk keluaran sebuah syarikat di Jepun dan China didakwa mengandungi abu tulang haiwan yang kini dijual secara eksklusif di pasaran tempatan termasuk di negeri ini Dakwaan itu didedahkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) selepas mendapati bekas hidangan jenis porselin itu telah dibawa masuk ke negara ini sejak 2006. Difahamkan, set pinggan mangkuk diproses menggunakan abu tulang haiwan itu untuk menjadikannya kuat, keras, tidak mudah pecah dan sentiasa kelihatan putih. Pegawai penyelidik CAP, Hatijah Hashim berkata, menerusi penyelidikan pihaknya mendapati bahan yang digunakan membuat peralatan makanan itu mengandungi campuran abu tulang haiwan sebanyak 40 hingga 50 peratus.

Label ayam halal
Label ayam halal
Kerajaan perlu wajibkan pengusaha tanpa sijil halal isytihar status sembelihan. Kuala Lumpur: Kerajaan dicadang mewajibkan pusat sembelihan yang tidak memiliki sijil halal mengisytiharkan ayam yang dikeluarkan dari pusat berkenaan sebagai tidak halal. Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid dan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mengemukakan cadangan itu untuk melindungi kepentingan pengguna Islam yang kini dibelenggu masalah kesahihan ayam halal. Ayam syubhah diedar. Ketika mengulas pembongkaran BH mengenai kelompangan dalam penguatkuasaan sehinggakan ayam yang diproses secara syubhah diedar kepada pengguna Islam, mereka berpendapat sudah sampai masanya kerajaan melihat semula peraturan mengenai pengedaran ayam sembelihan di negara ini.

Kesalahan besar tipu pelajar
Sindiket tipu pelajar
Kuala Krai: Kementerian Pendidikan akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap dua sindiket menipu pelajar yang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mengenakan bayaran sehingga RM500 bagi kemasukan ke universiti awam dan swasta. Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata kementeriannya memandang serius isu berkenaan kerana ia membabitkan masa depan pelajar terbabit yang amat mengharapkan untuk memasuki pusat pengajian tinggi. “Ini kesalahan besar kerana menipu pelajar dan kementerian saya tidak akan berdiam diri dalam menangani isu ini demi kepentingan masa depan pelajar terbabit. “Saya akan mengarahkan pegawai kementerian ini melakukan siasatan segera serta mengambil tindakan terhadap sindiket berkenaan supaya ia tidak berleluasa sehingga menjejaskan masa depan pelajar.


Wang Pusaka Bawa Puaka
Teruja bakal memperoleh wang wasiat berjumlah RM10 juta mengakibatkan seorang jururawat kini menanggung hutang hampir RM1 juta selepas diperdaya dengan kisah ‘barah payudara’ dihantar sindiket penipuan Internet. Kes jururawat itu satu daripada 91 kes penipuan Internet dikesan polis Perak. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azrina, 38, ketika ditemui wartawan berkata, dia kelabu mata apabila ‘digula-gulakan’ dengan wasiat itu dan sanggup meminjam wang daripada bank dan ceti haram (along) hanya kerana yakin bakal ‘dihujani duit’ seperti dijanjikan. Azrina yang bertugas di sebuah klinik di sini, mendakwa mula berkenalan dengan wanita bernama Siti Zaleha di laman sosial Facebook sekitar penghujung 2012.

Manfaat Mandi Air Hangat
Melecur mahu mandi terkena air panas disediakan ibu
Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun tujuh bulan melecur di kedua-dua belah paha selepas terkena air panas disediakan ibu untuk memandikannya dalam kejadian di Bekenu, di sini, semalam. Kejadian jam 7 pagi itu dipercayai berlaku apabila kanak-kanak terbabit dikatakan terlanggar bekas berisi air panas yang diletakkan di tangga dapur rumahnya. Menurut ibu mangsa yang enggan dikenali berusia lingkungan 20-an, ketika kejadian dia berada di dalam bilik air kerana mahu menyediakan air mandian anaknya itu dan meletakkan bekas berisi air panas di tangga berkenaan. Katanya, tiba-tiba dia terdengar jeritan anaknya sebelum mendapati kanak-kanak itu menggelupur kesakitan akibat tumpahan air panas dari bekas yang mengenai kedua-dua belah pahanya.

Helah tak jadi, dera anak
Helah seorang ibu kononnya anak perempuannya berusia dua tahun cedera selepas terjatuh dari tangga tidak menjadi apabila bedah siasat mendapati ada kesan lebam di tubuh kanak-kanak malang itu, dipercayai akibat didera sehingga mati. Dalam kejadian jam 11.55 malam Khamis lalu, ibu kanak-kanak berusia 23 tahun membawa anaknya yang dalam keadaan tidak sedarkan diri ke Hospital Tuaran dan memaklumkan kononnya insan kecil itu jatuh tangga. Pihak hospital kemudian melakukan pemeriksaan dan terkejut apabila mendapati banyak kesan lebam pada tubuh kanak-kanak berkenaan selain parut luka. Namun, mangsa dikenali sebagai Nurul Atiqah Balqis Abdullah kemudian disahkan meninggal dunia jam 12.20 tengah malam, 25 minit selepas mendapatkan rawatan.


Bayi koma seminggu, kini stabil
Ipoh: Selepas hampir seminggu koma akibat pendarahan otak yang serius dipercayai berlaku ketika dalam jagaan pengasuhnya, bayi lelaki berusia dua bulan yang dirawat di Wad Kecemasan Kanak-Kanak (PICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, kini sudah sedar dan berada dalam keadaan stabil. Muhammad Afeeq Fayyadh Amin Faizee dimasukkan ke wad itu pada jam 11 malam, 25 Februari lalu, selepas dibawa ibu bapanya kerana sawan yang teruk. Pemeriksaan doktor mendapati bayi terbabit mengalami ‘baby shaking syndrom’ dipercayai akibat goncangan kuat hingga menyebabkan pendarahan pada selaput otaknya. Bapa bayi itu, Amin Faizee Mohd Azlan, 30, berkata mereka sekeluarga kini lega dan bersyukur apabila Muhammad Afeeq sudah sedar lewat malam kelmarin.

Remaja hilang lepas keluar temui kekasih Bangladesh
Kajang: Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan yang dipercayai hilang selepas keluar dari rumahnya di Batu 1/2, Sungai Tekali, Hulu Langat, 6 Februari lalu. Remaja berkenaan, S Mageswary, 16, dikatakan gagal dikesan selepas keluar bersama teman lelakinya iaitu seorang lelaki Bangladesh berusia 21 tahun. Menurut laporan polis keluarganya, Mageswary menghubungi keluarganya sekali saja sejak keluar dari rumah untuk memaklumkan keputusannya mengahwini lelaki berkenaan. Difahamkan, sebelum ini, Mageswary tidak pernah berbuat demikian dan akan memberitahu keluarganya sekiranya ingin keluar rumah atau bertemu rakan. Ketika keluar, mangsa dikatakan hanya membawa beg duit berisi kad pengenalan dan sedikit wang tunai.

Aktiviti Pelacuran bagai kudis boleh merebak
Kuala Lumpur: “Benda ini macam kudis, dari kecil kalau tak diubati akan merebak, sebab itu kita kena bertindak sama,” kata Pakar Sosial Prof Dr Mohammad Shatar Sabran. Beliau yang juga Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, usaha mengekang kegiatan pelacuran tidak seharusnya menjadi tanggungjawab kerajaan semata-mata. Menurutnya, masyarakat mempunyai peranan penting untuk turut serta bersama kerajaan dalam operasi pembasmian kegiatan itu kerana gabungan kedua-duanya akan menerbitkan kejayaan yang memanfaatkan komuniti masa depan.

 
Tunku Abdul Jalil bantu polis cedera
Pontian: Nasib malang seorang anggota polis pengiring yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 13, Jalan Pontian-Kukup, di sini, mendapat perhatian Tengku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim yang segera menghulurkan bantuan, semalam. Tunku Abdul Jalil bergegas turun dari kenderaannya tanpa mempedulikan orang lain untuk membantu anggota polis trafik terbabit, Mohd Sazatul Nazril Salim yang motosikalnya dirempuh kenderaan dari arah bertentangan. Beliau turut mengiringi anggota polis berkenaan ke Hospital Pontian, di sini, bagi mendapatkan rawatan. Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, anggota polis terbabit mengiringi rombongan Tunku Abdul Jalil dalam perjalanan pulang dari lawatan rasminya ke Kukup Laut, di sini, semalam.

Amah dakwa dicabul warga emas
Melaka: Seorang pembantu rumah melalui pengalaman mengaibkan apabila mendakwa dicabul seorang warga emas sejak dua bulan lalu. Dipercayai, perbuatan terkutuk lelaki berusia 85 tahun yang juga bapa kepada majikan mangsa itu terbongkar selepas wanita berusia 33 tahun terbabit melarikan diri dari rumah berkenaan di Tangga Batu, di sini kelmarin. Menurut sumber, dipercayai mangsa bertindak demikian selepas tidak tahan dengan sikap miang warga emas itu yang didakwa beberapa kali meramas buah dadanya. Katanya, sebelum kejadian, mangsa diambil bekerja di rumah itu yang turut didiami warga emas berkenaan melalui seorang ejen di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober tahun lalu.

Panas dibaca ayat Kursi ketika hampir diperkosa
Dia (penjenayah) menjerit kepanasan apabila saya membaca ayat Kursi. Malah, penjenayah itu tidak meneruskan niatnya untuk merogol saya biarpun pakaian ditanggalkannya,” kata seorang jururawat mahu dikenali sebagai Intan, 21. Intan berkata demikian ketika menceritakan detik cemas dia cuba dirogol seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh berusia lewat 30-an yang memecah masuk rumahnya di Kampung Baru, di sini, pada jam 5.45 petang, Selasa lalu. Dalam kejadian itu, biarpun tidak merogol mangsanya, suspek dilapor merampas wang tunai RM50 selain beberapa barangan berharga lain dianggarkan bernilai RM300 sebelum melarikan diri. Menceritakan semula kejadian itu, Intan berkata, dia yang tidur di ruang tamu terjaga apabila mendengar ada orang membuka pintu rumahnya. “Saya terkejut apabila melihat seorang lelaki warga Bangladesh yang tidak dikenali sudah berada di depan pintu rumah.

Seorang pembantu kantin nafi perkosa
Kota Bharu: Seorang pembantu kantin sekolah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan merogol kekasihnya yang berusia 14 tahun dalam kejadian di Machang pada Januari lalu. Tertuduh, Mohammad Ridwan Mohd Fauzi, 21, memohon dibicarakan atas tuduhan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd Yusoff Yunos. Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa merogol mangsa berusia 14 tahun 10 bulan di sebuah bilik di rumah tanpa nombor di Machang, pada jam 12 tengah hari hingga 4.30 pagi, 30 Januari lalu. Kes disebut semula pada 3 April depan.

Seorang peniaga dipercayai lemas
Sepang: Seorang peniaga dipercayai memasang jaring untuk menangkap ikan dikhuatiri lemas apabila terjatuh ke dalam laut dari bot dinaikinya berdekatan Jeti Wak Sempuh, Bagan Lalang di sini, semalam. Kejadian berlaku jam 2 petang itu disedari beberapa nelayan yang melihat bot dinaiki mangsa dikenali sebagai Chiew Sai Haw, 52, terapung-apung di tengah laut. Difahamkan, mangsa terjatuh selepas cuba memasang jaring bersendirian. Jurucakap bomba berkata, pihaknya masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat dengan mengenal pasti lokasi mangsa terjatuh.

Penoreh  lemas dalam kebun
Seorang pekebun ditemui mati di kebun getahnya
Seorang pekebun ditemui mati di kebun getahnya dengan kesan terbakar di kepala dan badan dalam kejadian di FELDA Medoi, di sini, petang kelmarin. Mangsa, Chong Chia Ng, 63, ditemui penduduk kampung yang lalu di jalan kawasan FELDA terbabit jam 5 petang. Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, pihaknya menerima laporan penemuan mayat mangsa berhampiran sebuah pondok oleh penduduk kampung. Menurutnya, sepasukan anggota polis yang bergegas ke lokasi terbabit mendapati mangsa berada dalam keadaan tertiarap. “Terdapat kesan kebakaran di lokasi mayat mangsa ditemui dan ketika pasukan polis tiba, didapati api sudah terpadam sepenuhnya.

Lelaki lemas di Sungai Kampung Binjai
Kuala Lipis: Kegembiraan lima sahabat mandi sungai selepas penat bermain bola sepak bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas dalam kejadian di Sungai Kampung Binjai, dekat sini, semalam. Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mayat mangsa, Muhammad Hazwan Salehuddin, 14, kemudian ditemui tersangkut pada kayu hanyut kira-kira 100 meter dari tempat kejadian hampir sejam kemudian. Difahamkan, selepas penat bermain bola sepak, mangsa sempat pulang ke rumahnya tidak jauh dari tempat kejadian untuk meneguk segelas air sebelum keluar semula menuju ke sungai bersama rakannya.

Foto
Jambatan kedua Pulau Pinang percuma selama sebulan
Georgetown: Kadar bayaran tol untuk Jambatan kedua Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di sini, kini masih dalam perbincangan. Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata, perbincangan perlu dibuat secara menyeluruh dan diperhalusi agar kadar bayaran yang dikenakan relevan. Beliau berkata, pengumuman mengenai bayaran tol itu hanya akan dibuat selepas syarikat konsesi membuat keputusan mengenai kadar caj yang bakal dikenakan kepada pengguna jambatan itu. Terdahulu beliau menyaksikan perasmian Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, di Datarang Batu Maung, disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, hadir sama isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Dalam ucapan perasmiannya, Najib mengumumkan penggunaan jambatan berkenaan adalah percuma selama sebulan sebagai tanda penghargaan buat rakyat.


Sindiket cinta Internet
Ipoh: “Saya pernah digoda ahli sindiket cinta Internet yang mahir menyusun madah cinta untuk mencairkan hati saya,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Perak Superintendan Maszley Minhad ketika ditemui, baru-baru ini. Menurutnya, dia mula dipancing ‘gadis’ yang mendakwa seorang warga British selain mempunyai darah keturunan Sabah sekitar November hingga awal bulan lalu. “Saya pasti ‘gadis’ yang mendakwa namanya sebagai Fatima itu ahli sindiket penipuan cinta melalui laman sosial Facebook (FB). Justeru, saya sengaja melayan mesej e-mel dihantar untuk mengetahui taktik seterusnya. “Gadis itu yang mendakwa ahli perniagaan dan mewarisi harta kekayaan keluarganya amat bijak berkata-kata. Dia menggunakan pelbagai ayat yang semuanya bertujuan untuk memikat hati saya secara berperingkat.


Tong Air Mahal, harga naik 300%
Peniaga yang mengeksploitasi harga bekas menyimpan air ketika berlaku catuan bekalan terutama di Lembah Klang bakal berdepan tindakan tegas termasuk didakwa di mahkamah atau dikenakan kompaun maksimum RM20,000 selain dipenjara dua tahun. Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur atau berkompromi dengan peniaga yang dikesan mengambil kesempatan menaikkan harga barangan seperti baldi, besen dan tong air sehingga 300 peratus. Menurutnya, kementerian menerima rungutan daripada orang ramai di seluruh negara mengatakan ramai peniaga mengambil kesempatan menjual barangan digunakan untuk menadah dan menyimpan bekalan air itu dengan harga melambung tinggi berbanding harga biasa.

Kerana mulut hotel binasa, Pemilik premis berkenaan ‘menyamakan’ pelacur dengan ulama
Puluhan penduduk kampung merusuh dan merosakkan Hotel Sari Papandayan di Cisrupan, Jawa Barat gara-gara pemilik premis berkenaan ‘menyamakan’ pelacur dengan ulama. Media semalam melaporkan, Ujang Sulaeman menyampaikan ceramah di rumah seorang penduduk Kampung Cipelah sempena majlis kesyukuran. Pegawai polis tempatan Ajudin berkata, Ujang yang juga seorang ustaz berucap dan menyentuh mengenai isu demokrasi di depan kira-kira 60 tetamu. “Suasana tidak bermasalah sehinggalah Ujang berkata, dalam amalan demokrasi suara seorang pelacur setaraf dengan seorang ulama,” katanya. Ajudin berkata, selepas Ujang menyatakan pandangannya itu kira-kira jam 9 malam, keadaan mula menjadi tegang.

Imam ditembak mati, Thailand
Narathiwat: Seorang imam terbunuh dan anaknya cedera parah selepas ditembak di daerah Yingo, pagi semalam. Ketua Polis Yingo Kol Suthon Sukwiset berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi di jalan berhampiran sekolah Baluka Sano di Tambon Tapoyo. Mangsa, Kori Dolo, 62, bertugas sebagai imam di Masjid Kuyi diserang ketika membonceng motosikal yang ditunggang anaknya, Aris 17. Suthon berkata, Kori dalam perjalanan ke sekolah untuk menghantar Aris yang sepatutnya menghadiri kelas tambahan khas. “Dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal mengekori mangsa sebelum seorang daripada mereka melepaskan tembakan,” katanya.

Menantu Osama dibicara di NY
New York: Menantu Osama bin Laden dan bekas jurucakap al-Qaeda menjalani perbicaraan di sini hari ini atas tuduhan konspirasi untuk membunuh warga Amerika dan menyokong pengganas. Suleiman Abu Ghaith, 48, yang bersama Osama di Afghanistan terkenal mencetuskan ancaman sejurus selepas serangan pada 11 September 2001 yang membunuh 3,000 orang. Suspek yang berasal dari Kuwait itu adalah ahli paling kanan al-Qaeda yang menghadapi perbicaraan di Amerika Syarikat (AS) dan berdepan hukuman penjara seumur hidup di penjara AS jika disabitkan kesalahan. Perbicaraannya, yang mungkin menampilkan saksi yang mengaku menjadi perancang serangan pada 11 September, akan diperhatikan mereka yang menentang perbicaraan semua suspek keganasan di mahkamah awam.

‘Tamparan wanita’
2 perempuan muda melakukan serangan berunsur perkauman
Tidak padan dengan jantina, dua perempuan muda melakukan serangan berunsur perkauman terhadap lelaki warga emas berusia 77 tahun yang juga rabun dalam sebuah bas, lapor media semalam. Kejadian itu menjadi perhatian dan diambil tindakan oleh pihak berkuasa selepas rakaman mengenainya dimuat naik di laman sosial - terima kasih kepada seorang budak perempuan yang berani. Lana Janet Watmough, 21, dan Layni Gloria Cameron, 17, menyerah diri kepada polis selepas rakaman kejadian itu tersebar kepada umum. Semalam, kedua-duanya mereka didakwa menyerang dan mengganggu mangsa. Lana dibebaskan dengan jaminan manakala Layni masih ditahan reman. Seorang budak perempuan berusia 13 tahun merakamkan kejadian itu yang menunjukkan mereka turut menendang dan meludah Paul Bittigieg yang ketika itu duduk di bahagian depan bas.

Foto
Ubah suai Rumah perlu kelulusan
Kuala Lumpur: Permintaan terhadap ubah suai kediaman sentiasa meningkat dan hampir semua pemilik rumah ingin mengubah suai kediaman mereka. Namun, sebarang aktiviti ubah suai perlu mendapat kelulusan dan menggunakan khidmat pakar bagi mengelakkan risiko. Perekabentuk dan Perunding Kediaman Online Khairunnisa Hamzahara berkata, pemilik perlu tahu dan mengambil langkah beberapa perkara seperti siasat dan mengambil tahu terlebih dulu sama ada pemilikan (unit rumah) terbabit boleh diubah suai atau tidak. Katanya, ini kerana setiap daerah mempunyai syarat berlainan yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan dan pemilik perlu merujuk kepada mereka dan juga pihak pengurusan kediaman terutama untuk kediaman jenis berpagar dan bertingkat.

Pilih arkitek bertauliah untuk ubahsuai rumah
Kuala Lumpur: Setiap pemilik rumah yang ingin mengubah suai kediaman perlu mengetahui hak masing-masing apabila mendapatkan perkhidmatan perundingan daripada arkitek atau pelukis pelan yang dipilih. Ahli Lembaga Arkitek Malaysia, Saifuddin Ahmad berkata, perkara itu penting kerana golongan terbabit perlu memberikan perkhidmatan berkualiti setanding dengan harga yang ditetapkan. “Pemilik rumah juga perlu melantik arkitek atau pelukis pelan bertauliah bagi memastikan kerja pengubahsuaian mendapat kelulusan pembangunan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) sekali gus mengelakkan mereka daripada ditipu pihak tidak bertanggungjawab,” katanya pada Bisnes Metro di sini, semalam.

Dekorasi perlu perancangan rapi - ubahsuai rumah
Kuala Lumpur: Kerja ubah suai kediaman yang dilakukan akan menjadi sia-sia sekiranya pemilik kediaman tidak merancang untuk memasukkan elemen dekorasi selepas kerja ubah suai siap disempurnakan. Perunding Dekorasi Kediaman, Hazlam Anuar berkata, ketika merancang untuk mengubah suai kediaman, pemilik perlu mengambil kira perbelanjaan tambahan untuk tujuan dekorasi kerana ia akan memberi impak besar kepada keseluruhan ruang kediaman. “Jangan anggap dekorasi tidak penting kerana tanpa perancangan yang betul, ruang yang sedia ada akan menjadi lebih sempit sedangkan tujuan utama ubah suai dilakukan adalah untuk meluaskan ruang kediaman,” katanya kepada Bisnes Metro, semalam.

Komersial 23 teknologi - Sirim
Shah Alam Sirim Berhad (SIRIM) merancang untuk mengkomersialkan 23 teknologi yang dibangunkan dibantu oleh pembentukan empat syarikat baru sama ada melalui usaha sama atau anak syarikat baru dalam tempoh tiga tahun akan datang. Naib Presiden Bahagian Penyelidikan dan Inovasi Teknologinya Ir Dr Mohamad Jamil Sulaiman (gambar) berkata, hasrat terbabit selari dengan tahun pengkomersialan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) 2014 bertujuan memastikan lebih banyak pengkomersialan produk inovatif dan berkualiti dihasilkan. “Sebelum ini, model pengkomersialan SIRIM adalah lebih kepada pelesenan teknologi kepada industri, namun begitu kami turut merancang beberapa model lain seperti pembentukan usaha sama dengan pihak industri dan pembentukan syarikat baru di bawah pengurusan SIRIM sendiri,” katanya pada Bisnes Metro di sini, baru-baru ini.


Imbasan kehamilan 5D
SEPANJANG kehamilan, sudah tentu pasangan yang sedang menunggu kelahiran cahaya mata akan berasa risau mengenai kandungan mereka. Namun, kecanggihan teknologi pada hari ini bakal meredakan sedikit sebanyak tekanan bakal ibu ketika hamil . Dalam hal ini, imbasan ultrabunyi merupakan alat yang penting terutamanya dalam penjagaan janin kerana ia membekalkan maklumat kepada para doktor mengenai proses pembesaran bayi. Ujian ini dilakukan pada peringkat tertentu semasa kehamilan atau apabila terdapat keperluan. Alat ultrabunyi telah digunakan dalam ilmu perubatan sakit puan selama lebih 30 tahun dan kini penggunaannya semakin meluas terutamanya untuk mengesan ketidaknormalan janin sewaktu kehamilan.


Rusia lulus usul ceroboh Ukraine
MOSCOW/KIEV 2 Mac - Dewan Tinggi Parlimen Rusia meluluskan sebulat suara usul yang dibentangkan Presiden Rusia, Vladimir Putin untuk menceroboh Ukraine, semalam menyaksikan kerajaan baharu Ukraine memberi amaran supaya rakyatnya bersiap sedia untuk berperang sambil merayu bantuan daripada Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Putin membentangkan usul supaya Parlimen Rusia meluluskan penggunaan tentera di Ukraine berikutan situasi luar biasa di negara itu yang mendatangkan ancaman kepada rakyat Rusia, rakyat senegara Rusia di wilayah Ukraine serta untuk melindungi Armada Laut Hitam di Crimea. Pengundian usul itu di Dewan Tertinggi Parlimen itu siarkan secara langsung di televisyen Rusia yang menyaksikan negara Barat memberi respons segera kepada keputusan Parlimen Rusia itu.


City tamatkan badi 38 tahun Piala Liga
LONDON - Manchester City merangkul kejuaraan sulungnya pada musim ini apabila memenangi gelaran Piala Liga selepas membenam Sunderland 3-1 pada perlawanan akhir di Stadium Wembley, semalam. Kejayaan tersebut merupakan kejuaraan kali ketiga buat The Citizen selepas pernah menjulang Piala Liga pada tahun 1970 dan 1976. Apa yang menjadi lebih manis lagi, gelaran tersebut adalah trofi pertama buat pengurus baharu City, Manuel Pellegrini yang mengambil alih kelab itu daripada pengendali terdahulu Roberto Mancini yang dipecat pada musim lepas. Kemenangan merangkul Piala Liga bermakna, City telah pun mencapai salah satu sasaran trofi yang berada dalam radar kelab kaya raya itu, selain berhasrat muncul juara Liga Perdana Inggeris dan juga Piala FA.

Wanita tumpaskan gadis cuba meragutnya
KUALA LUMPUR 2 Mac - Tindakan berani seorang wanita melawan seorang peragut remaja perempuan berusia 17 tahun berjaya menggagalkan cubaan suspek untuk melarikan beg tangan milik mangsa semalam. Kejadian berlaku pukul 10.55 pagi semasa mangsa berusia 51 tahun yang bekerja sebagai pembantu tadika berjalan seorang diri menuju ke kereta di hadapan sebuah bank di Sri Gombak dekat sini. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim berkata, mangsa kemudian dihampiri oleh suspek dan seorang lelaki yang menaiki sebuah motosikal lalu meragut beg tangan yang dipegang oleh wanita itu. "Mangsa bagaimanapun nekad melawan dengan menarik beg tangan itu semula sehingga suspek terjatuh daripada motosikal yang dibonceng.

35 terkorban dalam dua letupan di Nigeria
MAIDUGURI, Nigeria 3 Mac - Kira-kira 35 orang terkorban dalam dua letupan yang berlaku di sebuah kawasan penempatan di sini, yang merupakan kubu pertahanan kumpulan militan, Boko Haram, lapor polis semalam. “Kami masih cuba mendapatkan bilangan sebenar dalam serangan itu, usaha menyelamat juga masih dijalankan di tempat kejadian," kata Suruhanjaya Polis negeri, Lawal Tanko. Bagaimanapun, beliau tidak memberi maklumat terperinci berkenaan letupan itu. Menurut saksi, berpuluh-puluh rumah musnah serta jumlah mangsa terkorban menjangkau 50 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak yang telah dibawa ke Hospital Pakar Sani Abacha. Kejadian letupan itu juga menyebabkan ramai penduduk melarikan diri dari kediaman masing-masing, dan masih tiada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas dua serangan itu. - AFP


AS beri amaran Rusia bakal hilang keahlian G8
WASHINGTON 3 Mac - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry semalam memberi amaran, Rusia berisiko kehilangan tempat dalam keanggotaan Kumpulan Lapan (G8) ekoran tindakan negara itu cuba campur tangan dalam konflik dalaman Ukraine. Kerry memberitahu, kedudukan Presiden Rusia, Vladimir Putin dalam G8 tidak akan kekal sekiranya hal tersebut berterusan, di samping akan memberi kesan buruk terhadap ekonomi Rusia. "Jika Rusia mahu kekal dalam G8, mereka perlu berundur dari Ukraine. Anggota G8 tidak teragak-agak untuk mengasingkan Rusia dalam sektor ekonomi ekoran tindakan menghantar tentera mereka memasuki Ukraine tanpa kebenaran," katanya dalam temu bual bersama stesen televisyen, NBC. - AFP


Malaysia perlu perbanyak infrastruktur kereta elektrik
KUALA LUMPUR 2 Mac - Malaysia perlu mempunyai lebih banyak infrastruktur bagi membolehkan banyak lagi kereta elektrik berada di pasaran negara ini, kata Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia Sdn. Bhd., Christoph Aringer. Beliau berkata, pengeluar kereta perlu menyediakan cadangan untuk dikemukakan kepada syarikat mereka dengan mengambil kira infrastruktur dan kemudahan sedia ada di negara ini. "Kereta elektrik memberi manfaat kepada rakyat dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan di rantau Asean dan kereta elektrik merupakan penyelesaian terbaik. "Bagaimanapun, kami (pengeluar kereta) perlu mengambil kira semua aspek termasuk kemudahan dan infrastruktur. Kami tidak hanya menjual produk kami tetapi perlu memikirkan tentang pembeli kenderaan elektrik kami dan pengguna masa depan," katanya kepada Bernama.


Urusan halal haram dalam perbankan
Perbankan Islam ialah salah satu sektor atau juzuk dalam sebuah sistem kewangan Islam yang mendasari prinsip operasi dan amalannya berlandaskan hukum Islam atau juga disebut sebagai syariah. Faktor utama yang membezakan antara perbankan Islam dan perbankan konvensional ialah segala urusan dalam perbankan Islam hendaklah dikendalikan tanpa melibatkan sebarang unsur-unsur yang bercanggah dengan syariah. Perbankan Islam mula mengorak langkah seawal tahun 1963, terutamanya apabila apabila tertubuhnya Mit Ghamr Local Saving Bank di Mesir tanpa menggunakan perkataan syariah secara rasmi. Bank ini menggunakan model ‘German Savings Bank’ mengikut kesesuaian sebuah bank berlandaskan Islam. Penubuhan Islamic Development Bank (IDB) di Jeddah pada sidang Menteri-Menteri Luar OIC (Organisation of Islamic Conference) menjadi pemangkin kepada penubuhan perbankan Islam di serata dunia.

No comments:

Post a Comment