Thursday, March 6, 2014
Berita Terkini 06 Mac 2014
Polis India guna WhatsApp kesan budak hilang
BAREILLY - INDIA. Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun berjaya ditemui selepas dikesan oleh orang awam yang menerima pesanan WhatsApp yang dihantar oleh pihak polis. Polis dari Bareilly berkata, pihaknya menggunakan khidmat pesanan segera itu untuk menyebarkan gambar kanak-kanak itu kepada pengguna telefon pintas di sekitar kawasan itu. Seorang lelaki dalam sebuah tren yang menerima pesanan itu mengenali kanak-kanak lelaki yang duduk berdekatan dengannya dan terus menghubungi polis. India mempunyai 900 juta pengguna telefon pintar dan penggunaan WhatsApp cukup meluas. “Kami menggunakan pelbagai cara untuk menyebarkan berita tentang kanak-kanak lelaki itu. Kami buat pamplet dan tampal di sekitar kawasan Bereilly. “Kami juga memuat naik poster digital di WhatsApp dan menghantarnya sebagai pesanan berantai. Secara kebetulan pesanan itu sampai ke tangan orang yang tepat,” kata pegawai polis SP Singh. Bapa kanak-kanak itu, Paramjit Singh berkata, anak lelakinya itu keluar rumah kira-kira jam 7 pagi waktu tempatan Ahad lalu dengan menaiki basikal tetapi tidak pulang ke rumah sejak itu.
Exco dikecam kerana kritik polis
GEORGETOWN - Gara-gara mengeluarkan kenyataan di dalam laman Twitter, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr Afif Bahardin dikecam. Afif dalam Twitter peribadinya kelmarin memuat naik kritikannya terhadap polis dengan mengatakan ‘Penjenayah bunuh polis itu tidak menghairankan, tetapi bila polis yang sepatutnya menegakkan undang-undang membunuh tahanan, itu masalah’. Laman Facebook Kelab Melayu Pulau Pinang kemudiannya memuat naik kenyataan Afif itu dan menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai. Aqulah Jann berkata, dia tidak bersetuju dengan sesiapa yang bersetuju dengan kata-kata Afif. “Siapa yang tidak mempunyai abang, kakak atau adik yang menjadi anggota polis tidak akan merasai apa yang mereka rasa,” katanya.
Ahmad:Peniaga pasar malam jangan jual makanan kitar semula
KUALA TERENGGANU - Semua peniaga makanan diingatkan tidak menjual makanan 'kitar semula’ atau makanan yang tidak habis dijual kepada orang ramai. Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, langkah itu bagi memastikan peniaga menjual makanan yang dijamin kualiti dan kebersihannya kepada pembeli bagi mengelak kes keracunan makanan melibatkan 141 mangsa berulang. “Sebagai peniaga, kita tidak boleh hanya memikirkan keuntungan semata-mata dan takut rugi sehingga mengetepikan aspek kebersihan sebab ia melibatkan keselamatan orang lain. Makanan yang dijual hari ini, kalau tak habis jangan dijual pula keesokan hari atau dihangatkan beberapa kali. “Kalau makanan yang dijual hari ini tidak habis dijual, itu tandanya tiada rezeki untuk hari itu, itu adalah adat berniaga. Sebagai peniaga kita perlu berani tanggung risiko. Ada kalanya untung, ada kalanya rugi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat pesakit yang mengalami keracunan makanan yang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), semalam.
Salmonella punca keracunan
KUALA TERENGGANU - Bakteria Salmonella iaitu bakteria yang berpunca daripada daging, telur dan najis ayam dipercayai menjadi penyebab kepada kes keracunan makanan yang dihidapi sejumlah 141 pesakit, sehingga semalam. Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata, hasil siasatan ke atas 12 sampel najis pesakit mendapati, sembilan daripadanya positif bakteria berkenaan. “Hasil ujian ke atas sembilan daripada 12 sampel najis pesakit yang telah dihantar mendapati ia positif bakteria Salmonella yang mana menjadi punca kepada sakit perut, demam dan cirit-birit. “Kita masih lagi menunggu hasil ujian ke atas sampel najis pesakit kerana hari ini (semalam) masih ramai yang datang ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan,” katanya. Katanya, sehingga jam 7 pagi semalam, 106 pesakit dimasukkan ke wad iaitu 31 kanak-kanak dan 75 dewasa.
38 Yang Dirawat Keracunan Makanan Di Terengganu Dibenar Pulang Hari Ini
BESUT, 6 Mac (Bernama) -- Tiga puluh lapan daripada 114 orang yang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah akibat termakan makanan tercemar yang dibeli dari Padang Shah Bandar dan Pasar Malam Padang Hiliran minggu lepas dibenarkan pulang hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat Negeri, Muhammad Pehimi Yusoff berkata pegawai perubatan mendapati mereka telah sihat dan dibenarkan pulang 7 pagi Khamis. Buat masa ini, 76 orang terdiri daripada 44 dewasa dan 32 kanak-kanak masih dirawat tetapi keadaan mereka stabil, katanya kepada para pemberita di sini. Beliau berkata antara 28 Feb dan 1 Mac lepas, 155 orang yang mengunjungi Pasar Malam Hiliran membeli makanan yang dipercayai tercemar daripada seorang peniaga, mengalami cirit birit dan muntah selepas memakannya. Bagaimanapun, 41 orang daripada mereka hanya diberikan rawatan sebagai pesakit luar sahaja, katanya.
Lapor Jika Ragu Status Halal Ayam Sembelih - Ahmad Bashah
KLANG – Pengguna perlu segera melaporkan kepada pihak berwajib sekiranya ragu dengan status halal ayam sembelihan bagi membolehkan tindakan diambil, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah. Beliau berkata pengguna juga perlu bijak menggunakan kuasa mereka dengan hanya membeli ayam diyakini status halalnya dari pusat penyembelihan yang mereka yakin dengan prosedur sembelihannya. Katanya KPDNKK bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam memantau isu tersebut dan orang ramai boleh menyalurkan aduan mengenai keraguan status halal ayam untuk tindakan lanjut. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan cawangan Tesco Extra Klang di sini hari ini, ketika diminta mengulas mengenai laporan akhbar berhubung status halal ayam di pusat penyembelihan seluruh negara.
KDN Haram Buku ‘Ultraman The Ultimate Power’
KEMENTERIAN Dalam Negeri mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku ‘Ultraman The Ultra Power’ yang didapati mengandungi unsur-unsur mungkin memudaratkan ketenteraman awam. Buku terbitan bahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya Network Printers. Mengikut kenyataan kementerian itu hari ini, warta larangan itu berkuat kuasa 18 Feb lepas mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Masih tidak jelas apa kandungan buku berkenaan serta adakah ianya merujuk kepada watak adiwira Ultraman dicipta di Jepun atau ia merupakan sebuah buku berkaitan aspek lain. Carian di internet juga tidak menunjukkan sebarang maklumat berkaitan syarikat penerbitan yang menghasilkan buku itu iaitu Resign Publication begitu juga syarikat yang mencetaknya iaitu Network Printers. “Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan,” menurut kenyataan itu. Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.
Lengkapi Masjid Dengan Alat Keselamatan
KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said meminta pengurusan masjid di negeri ini melengkapi masjid dengan alat keselamatan bagi mencegah perbuatan khianat atau kecurian. Beliau berkata pengurusan masjid boleh menggunakan wang tabung masjid untuk tujuan itu. Katanya ada masjid mempunyai tabungan dalam akaun RM50,000 hingga RM60,000 tetapi tidak memanfaatkannya untuk meningkatkan keselesaan dan aspek keselamatan. “Kalau duit dah ada itu belilah kamera litar tertutup (CCTV), carilah kunci jenis lebih bagus…pasang alat keselamatan seperti pintu jeriji. “Kadang-kadang nak (beli) kipas atau carpet (permaidani) koyak, sistem pembesar suara rosak pun sampai minta dengan wakil rakyat,” katanya di sini Khamis. Beliau berkata wang tabung masjid perlu dioptimumkan termasuk bagi aspek keselamatan di perkarangan dan dalam masjid selain menjalankan pelbagai program untuk mengimarahkan masjid. Selasa lepas, masjid di Kampung Limbongan di Besut dicerobohi pihak tidak bertanggungjawab yang merosakkan beratus-ratus naskhah Al-Quran dan kitab termasuk beberapa naskhah al-Quran dibuang ke dalam mangkuk tandas. – BERNAMA
KPDNKK Rampas Bahan Api Bersubsidi Bernilai RM1.62 Juta Dalam Operasi OD1S
MELAKA, 6 Mac (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas 645,570 liter diesel dan petrol bernilai RM1.62 juta dalam Operasi Diesel 1 Selatan (OD1S) di tiga buah negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor sejak Rabu. Timbalan Pengarah (Pembangunan) KPDNKK, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata pihaknya juga merampas sebuah kapal pengangkut minyak, lima lori tangki, enam lori satu tan dan 25 tangki penyimpanan yang digunakan dalam aktiviti penyelewengan bahan api bersubsidi itu.
80% Pembinaan Rumah Mampu Milik Di T’ganu Siap
KUALA LUMPUR – Pengarah Bahagian Ekonomi, Pejabat Perdana Menteri Datuk Azlin Alias dilantik sebagai Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri berkuat kuasa 10 Mac ini. Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan di sini pada Khamis berkata pelantikan Azlin bagi menggantikan Tan Sri Ab Aziz Kasim yang akan bersara wajib pada 10 Mac ini. “Saya percaya pengalaman, pengetahuan serta kredibiliti dimiliki Azlin akan membolehkan beliau melaksanakan tugas sebagai Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri dengan cemerlang,” katanya. Beliau berkata kerajaan juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ab Aziz di atas segala sumbangan dan khidmat bakti diberikan sepanjang perkhidmatan beliau khususnya sebagai Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri. - BERNAMA
Azlin Alias Dilantik Ketua Setiausaha Sulit PM
KUALA LUMPUR – Pengarah Bahagian Ekonomi, Pejabat Perdana Menteri Datuk Azlin Alias dilantik sebagai Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri berkuat kuasa 10 Mac ini. Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan di sini pada Khamis berkata pelantikan Azlin bagi menggantikan Tan Sri Ab Aziz Kasim yang akan bersara wajib pada 10 Mac ini. “Saya percaya pengalaman, pengetahuan serta kredibiliti dimiliki Azlin akan membolehkan beliau melaksanakan tugas sebagai Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri dengan cemerlang,” katanya. Beliau berkata kerajaan juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ab Aziz di atas segala sumbangan dan khidmat bakti diberikan sepanjang perkhidmatan beliau khususnya sebagai Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri. - BERNAMA
5 Pekerjaan Yang Tidak Lagi Wujud
PERJALANAN dekad demi dekad menyaksikan berlakunya pelbagai perubahan dari segi kehidupan sosial manusia selari dengan kemajuan teknologi. Ia sekaligus menghapuskan beberapa pekerjaan yang sebelum ini menggunakan tenaga manusia dengan adanya mesin dan gajet terkini. Kami kongsikan lima pekerjaan yang mungkin sudah tidak wujud lagi di muka bumi ini:
1. Tukang Susun Pin Boling - Pekerjaan ini sudah terhapus dengan adanya mesin yang boleh menyusun pin boling secara automatik.
2. Jam Loceng ‘Manusia’ - Bukan sahaja menggunakan jam loceng yang sebenar, manusia kini lebih kerap dikejutkan oleh jam loceng yang disetkan pada telefon bimbit mereka.
3. Pendengar Radar Kapal Terbang Musuh - Pastinya teknologi masa kini berganda-ganda lebih canggih dalam mengesan radar objek asing di ruang udara mereka.
4. Tukang Nyala Lampu Jalan - Bukan sahaja automatik, malah lampu jalan juga menggunakan teknologi solar pada masa kini.
5. Tukang Cerita - Pekerjaan ini bertujuan untuk menghiburkan para pekerja kilang suatu ketika dahulu melalui penceritaan secara lisan.
Bayi Alami Pendarahan Otak Disyaki Didera
IPOH – Seorang bayi perempuan berusia empat bulan mengalami pendarahan dalam otak disyaki akibat didera. Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata bayi itu yang kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini berada dalam keadaan stabil. “Doktor memaklumkan tiada kesan kecederaan luaran, hanya ada kesan gegaran pada otak bayi. Hasil CT scan menunjukkan mangsa mengalami pendarahan dalam otak,” katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata bayi itu dibawa ke HRPB oleh ibu dan bapa mangsa yang tinggal di Taman Pulai Jaya, Simpang Pulai dekat sini. Katanya ibu mangsa yang berumur 30 tahun adalah seorang pekerja kilang manakala bapa mangsa, 40, adalah anggota tentera. “Laporan polis dibuat oleh doktor di HRPB pada pukul 10.45 pagi ini,” katanya. Beliau berkata polis sedang mengambil keterangan ibu bapa serta pengasuh mangsa. Suspek kes itu masih belum dikenal pasti. – BERNAMA
Biarkan Orang Gaji Mati Kebuluran, Suami Isteri Digantung Sampai Mati!
SHAH ALAM – Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini Khamis selepas didapati bersalah membunuh pembantu rumah warga Indonesia mereka, Isti Komariah. Hakim, Datuk Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal membangkitkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Fong Kong Meng, 58, bekas perunding pendawaian dan isterinya Teoh Ching Yen,56, suri rumah, didakwa bersama-sama membunuh Isti Komariah, 26, di rumah No 90,Jalan SS 2/6, Sea Park, Petaling Jaya dekat sini, di antara 14 Mei 2010 hingga 5 Jun 2011. Pasangan suami isteri yang mempunyai anak kembar berumur 17 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. Dalam penghakimannya, Noor Azian berkata, di akhir kes pendakwaan sebelum ini, pendakwaan berhujah bahawa punca kematian mangsa adalah disebabkan tindakan kedua-dua tertuduh yang tidak membekalkan makanan mencukupi serta tidak memberi rawatan perubatan kepada mangsa. Beliau berkata, mangsa semasa mula bekerja mempunyai berat badan 46 kilogram tetapi ketika meninggal dunia hanya mempunyai berat badan 26 kilogram.
ONANI: Bila Mana Ia Haram, Bila Mana Pula Ia Diharuskan
MASALAH beronani sangat menjadi-jadi, kerana dunia sekarang ini dihidangkan dengan hiburan-hiburan maksiat, pakaian yang tidak cukup benangnya atau kainnya, pergaulan bebas dan sebagainya Timbul persoalan dikalangan umat Islam sekarang ini yang mengatakan bahawa adakah onani ini haram atau sebaliknya? Maka di sini saya memberikan sedikit sebanyak mengenai masalah ini mengikut kemampuan saya. Jika ada rujukan lain bolehlah berkongsi di ruangan komen di bawah post ini.
Onani menurut bahasa arab ialah Istimna’/Adat Al-Sirriyyah/Darbu A’syarah. Manakala onani dari segi istilah pula ialah perbuatan mengeluarkan air mani bagi lelaki dengan mengunakan tangan dan ada juga sesetengah golongan mengunakan alatan untuk mereka beronani. Menurut pendapat pakar perubatan seperti Dr Ismail Thamby mereka menyebut onani dilakukan sambil mengunakan alatan pelican seperti sabun, gel dan lain-lain bagi mendatangkan kepuasan syahwat sementara sebagai melepaskan tekanan seksual. Manakala bagi wanita ialah dengan memasukan jari atau sesuatu alatan keras ke dalam faraj mereka bagi menimbulkan rangsangan pada faraj sehingga mencapai klimaks iaitu kepuasan syahwat. Hukum Onani bagi mereka yang tidak mampu bernikah dan takut terjatuh ke dalam maksiat ialah harus dan tidak berdosa.
Bahkan kaedah fiqhiyah juga menyebut : “ Kemudharatan itu membolehkan apa yang terlarang” (lihat Qawaid fiqhiyah m/s 67 oleh Dr Abd Karim Zaidan). Adapun apabila melakukan onani itu hanya kerana mencari keseronokan dan berhibur dengannya maka hukumnya ialah haram dan ditegah ini kerana ianya termasuk perbuatan yang keji dan kotor serta memudharatkan akal dan jiwa sehingga menjadikan diri dikuasai oleh syahwat dan dibimbangi terjebak kepada zina. Namun apabila syahwat itu terlalu mendesak dan mengoda maka tidaklah mengapa beronani dengan tangan atau apa jua alatan asalkan sekadar mencukupi untuk memuaskan syhawat demi mencegah zina.
Sabda baginda : “ Sesungguhnya kamu diutuskan untuk memudahkan manusia dan bukan untuk mempersusahkan” (hadith sahih, Riwayat jamaah kecuali Muslim). Walaubagaimana pun terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan dalam beronani iaitu : Hukum onani akan menjadi haram apabila seorang lelaki itu mengunakan gambar lucah, atau bayangan di otaknya akan perkara kotor atau berkhayal wanita kerana ini bukan lagi beronani demi mencegah zina sebaliknya ianya sudah bertujuan mencari kepuasan dan berseronok dan ini diharamkan. Tidak boleh berseronok dengan jalan yang haram Adapun sebaliknya mereka yang terdesak cukup sahaja beronani tanpa perlu bayangan dan khayalan atau apa-apa modal yang haram kerana niatnya sekadar untuk mengurang tekanan seksual dan ini dibolehkan. Begitu juga wanita yang tidak mampu menahan desakan batin maka tidak mengapa mereka beronani dengan mengunakan tangan atau apa alatan yang tidak merbahaya asalkan dibuat setelah terdesak bukan dengan sengaja atau berniat mencari keseronokkan. Firman Allah swt yang bermaksud : “Dan bertaqwalah kamu kepada Allah semampu kamu” (surah : at-taghabun :16). Juga diharamkan berkhayal kotor dan menonton filem kotor kerana Islam mengharamkan demikian. Sesungguhnya kelonggaran dibolehkan onani ini hanya apabila ianya terdesak dan demi mencegah zina. Golongan yang mengharamkan onani secara mutlak Mereka (para fuqaha) yang mengharamkan onani secara mutlak adalah kerana hujah mereka berdasarkan hadith Abdullah ibn Mas’ud yang baginda pernah bersabda : “ Wahai Para pemuda, barangsiapa yang mampu dikalangan kamu maka bernikahlah kerana sesungguhnya dengan nikah itu dapat menundukkan pandangan dan menyelamatkan kemaluan (kehormatan) dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa sesungguhnya bagi berpuasa itu satu perlindungan” (hadith sahih riwayat bukhari no. 5063 , Muslim no. 3389 nasaie dan Ahmad). Hadith ini dijadikan hujah bahawa bagi golongan yang tidak mampu bernikah maka hendaklah dia berpuasa dan menuruti pertunjuk sunnah dalam menghadapi suasana kesusahannya yang tidak mampu bernikah itu dengan berpuasa bukan dengan melakukan onani yang merupakan perbuatan kotor. Menjawab kepada hadith ini; “ Mampu bernikah” secara lafaz umum, namun sebenarnya menurut fuqaha perkataan “alba’ath” ini bermaksud kemampuan untuk berjima ‘ (bersetubuh) maka itulah yang dimaksudkan oleh baginda sebagai kemampuan untuk bernikah dalam hadith di atas (sila lihat fiqh sunnah m/s 105 Jilid 2). Baginda tidak pernah menjadikan atau menilai kemampuan untuk bernikah itu mesti berharta atau mempunyai RM 10000 untuk belanja nikah baru boleh bernikah atau mesti mempunyai kerja tetap sebab takut si perempuan nantinya kena makan pasir sebab si suami tiada kerja. Ini kerana dalam hadith yang lain seperti hadith Sahl bin Said As-Sa’adi bahawa baginda pernah menikahkan seorang sahabat dengan maskahwin (mahar) hanya berupa beberapa ayat dari Al-Qur’an disebabkan sahabat tersebut terlalu miskin sehingga tidak punyai apa-apa untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin besi (sila lihat hadith sahih riwayat bukhari no. 5087 dan Muslim no. 3472 dan daruquthni dll). Maka inilah yang disebut dalam firman Allah : “Jika mereka itu fuqara (miskin) maka akan dikayakan oleh Allah dari rezeki-Nya..” (An-Nur : 24).
6 pencuri motosikal diberkas
Miri: Polis menahan enam lelaki berusia 19 hingga 29 tahun dipercayai giat mencuri motosikal di sekitar bandar dalam empat serbuan berasingan di Kampung Haji Wahed, di sini, jam 6 pagi tadi. Serbuan dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Balai Polis Pusat Miri diketuai Inspektor Nasrul Hadi turut menyaksikan dua rangka dan pelbagai komponen motosikal dirampas. Pemeriksaan di salah sebuah rumah suspek turut membolehkan polis merampas dua unit komputer riba curi serta tiga laras senapang angin termasuk satu daripadanya belum siap sepenuhnya.
Wanita disamun dua lelaki bermotosikal
GEORGETOWN: Seorang suri rumah kerugian kira-kira RM3,000 selepas disamun dua lelaki bersenjatakan sebilah parang dalam satu kejadian samun di Tanjung Bungah di sini, semalam. Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi ketika mangsa berusia 34 tahun memandu kereta di lorong belakang sebuah bank sebelum dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal menghalang laluannya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, salah seorang suspek meluru ke arah mangsa dan mengacukan parang ke lehernya serta mengarahkan mangsa mengeluarkan barang berharga. Katanya, suspek melarikan kad pengenalan mangsa, subang emas, kad perubatan, telefon bimbit serta wang tunai RM1,300.
Pilihan Raya Kecil DUN Balingian 29 Mac
PUTAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian (N51), Sarawak akan diadakan pada 29 Mac ini , kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Beliau berkata, hari penamaan calon pula ditetapkan pada 17 Mac, sementara pengundian awal akan diadakan pada 25 Mac ini. Menurutnya, seramai 13,366 pemilih berdaftar akan membuang undi pada PRK berkenaan, yang membabitkan 13,233 pengundi biasa dan 133 pengundi awal. "Anggaran kos perbelanjaan bagi mengendalikan PRK ini adalah sebanyak RM910,213. Pusat penamaan calon dan penjumlahan undi akan diadakan di Dewan Suarah Mesra Mukah.
Kaum Cina diseru menjadi anggota polis
KUCHING - Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin menyeru kaum Cina agar membuang 'kepercayaan lama' tentang persepsi menjadi anggota polis. Mohd. Bakri berkata, sebelum ini kaum Cina sentiasa berpegang kepada persepsi bahawa dengan memilih menjadi anggota polis sebagai kerjaya adalah tidak elok buat mereka. "Itu hanyalah persepsi semata-mata. Jadi saya berharap mereka merubah persepsi tersebut dengan beramai-ramai menyertai anggota polis terutama anggota berpangkat rendah. "Setakat ini, hanya 1.8 peratus sahaja daripada kaum Cina menjadi anggota polis daripada jumlah keseluruhan 115,000 anggota polis di negara ini," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Balai Polis Tabuan Jaya di sini sebentar tadi. - KOSMO!
Dua beradik maut selepas kenderaan dipandu rempuh belakang lori
TAPAH - Dua adik-beradik yang sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 348.3 kira-kira pukul 5 pagi tadi. Dalam kejadian itu, pemandu, Mohd. Nadzrul Khairi Ishak, 34, yang memandu kenderaan jenis pacuan empat roda bersama abangnya Muhamad Nadzim, 39, maut di tempat kejadian selepas kenderaan mereka dipercayai merempuh belakang sebuah lori. Kedua-dua jenazah dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat dan akan dikebumikan di Kampung Baru, Kuala Nerang, Kedah. - KOSMO!
Penyokong Anwar cetus kekecohan di pintu masuk Istana Kehakiman
KUALA LUMPUR - Sebanyak 40 stesen cuaca automatik dibina di setiap daerah di seluruh negara menjelang akhir tahun ini bagi membantu ketepatan ramalan dan keperluan pembangunan. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Datuk Che Gayah Ismail berkata, dengan adanya stesen itu, lebih banyak pencerapan cuaca dapat dilakukan dan membolehkan ramalan yang lebih tepat. "Ketika ini, kita mempunyai 108 stesen cuaca automatik dan projek ini sedang dilaksanakan serta bajet telah pun diterima. "Selain membantu ketepatan ramalan, ia juga satu keperluan pembangunan. Contohnya, pertanian secara besar-besaran yang memerlukan banyak maklumat untuk kajian kebolehlaksanaan," katanya. "Kita perlukan contoh itu untuk tahu tanaman itu sesuai atau tidak," jelasnya selepas menyampaikan taklimat mengenai "Perubahan cuaca di Malaysia" di Wisma Bernama di sini, hari ini. - Bernama
40 stesen cuaca automatik dibina di setiap daerah seluruh negara tahun ini
KUALA LUMPUR - Sebanyak 40 stesen cuaca automatik dibina di setiap daerah di seluruh negara menjelang akhir tahun ini bagi membantu ketepatan ramalan dan keperluan pembangunan. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Datuk Che Gayah Ismail berkata, dengan adanya stesen itu, lebih banyak pencerapan cuaca dapat dilakukan dan membolehkan ramalan yang lebih tepat. "Ketika ini, kita mempunyai 108 stesen cuaca automatik dan projek ini sedang dilaksanakan serta bajet telah pun diterima. "Selain membantu ketepatan ramalan, ia juga satu keperluan pembangunan. Contohnya, pertanian secara besar-besaran yang memerlukan banyak maklumat untuk kajian kebolehlaksanaan," katanya. "Kita perlukan contoh itu untuk tahu tanaman itu sesuai atau tidak," jelasnya selepas menyampaikan taklimat mengenai "Perubahan cuaca di Malaysia" di Wisma Bernama di sini, hari ini. - Bernama
Dua pelancong Jerman cedera dipukul di George Town
GEORGE TOWN - Dua pelancong rakyat Jerman cedera selepas diserang sekumpulan lelaki ketika berhibur di sebuah pusat hiburan di Lebuh Farquhar, di sini awal hari ini. Jurucakap polis berkata, dua lelaki berusia 24 tahun itu diserang sekumpulan empat hingga enam lelaki ketika mereka sedang menari di pusat hiburan berkenaan pada pukul 1.30 pagi. "Mereka yang merupakan penuntut kolej di Jerman berada di negeri ini sejak beberapa hari lepas untuk melancong," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata, kumpulan lelaki terbabit dikatakan memukul, menendang dan membaling botol ke arah pelancong Jerman itu menyebabkan mereka lari keluar dari pusat hiburan berkenaan dan meminta pertolongan daripada orang ramai.
RTM dapat siaran eksklusif Piala Dunia FIFA 2014
KUALA LUMPUR - Radio Televisyen Malaysia (RTM) memperoleh hak siaran eksklusif Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2014 yang akan berlangsung di Brazil mulai 12 Jun hingga 13 Julai ini. Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Norhyati Mohd. Ismail berkata, RTM telah menjadi penyiar utama bagi kejohanan empat tahun sekali itu sejak 1974. Beliau berkata, RTM akan menyiarkan sebanyak 35 perlawanan meliputi 24 siaran langsung dan 11 siaran tertunda dengan siaran definisi tinggi (HD). "Siaran melibatkan negara yang diminati rakyat Malaysia antaranya Brazil, England, Argentina, Sepanyol, Perancis, Portugal, Itali, Argentina, Korea dan Jepun," katanya selepas pelancaran awal 'Detik Kira 100 hari Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2014' oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di sini, hari ini. - Bernama
Lelaki Indonesia Dihukum Gantung Edar 1,875.7 Gram Dadah
GEORGE TOWN, 6 Mac (Bernama) -- Seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini Khamis selepas didapati bersalah mengedar 1,875.7 gram methamphetamine, dua tahun lepas. Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Adhy Tedjajadi, 35, tidak boleh dipercayai dan tidak mempunyai asas yang kukuh. "Pihak pembelaan juga gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. Justeru, tertuduh didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati," katanya. Adhy yang berkemeja warna biru kelihatan tenang dan mengangguk tanda faham ketika hakim menjatuhkan hukuman terhadapnya.
Elak Ditipu Suspek Menyamar ‘Pegawai’ Bank
JABATAN Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Selangor hari ini memberi peringatan kepada orang ramai berkenaan kes penipuan melibatkan modus operandi penyamaran sebagai seorang pegawai sebuah bank dalam negara. Peringatan itu diberikan melalui satu nota di Laman Facebook Polis Selangor hari ini. Menurut peringatan berkenaan mangsa akan menerima panggilan telefon daripada suspek yang memperkenalkan diri sebagai pegawai dari Ambank dan mengatakan mangsa mempunyai hutang kad kredit tertunggak dengan bank berkenaan. Mangsa yang menafikan memiliki kad kredit dengan bank yang disebutkan kemudian diberitahu bahawa maklumat peribadinya telah digunakan oleh orang lain. Suspek kemudian dinasihatkan agar kononnya menghubungi Bank Negara dengan satu nombor yang akan diberikan. Selepas itu, ada suspek yang akan menyamar sebagai pegawai Bank Negara akan mengarahkan mangsa membuat pindahan keseluruhan wang simpanannya ke dalam satu nombor akaun yang diberikan. Menurut Facebook JSJK Selangor, ini adalah satu taktik penipuan dan ramai yang telah menjadi mangsa dan kini kehilangan keseluruhan simpanan peribadi mereka. Pihak polis meminta orang ramai yang menerima dan menjawab panggilan telefon sedemikian agar menamatkan segera perbualan dan mengelak ditipu oleh suspek.
Bayi Melecur Alahan Ubat Sembuh Dalam 2 Bulan
ALOR SETAR – Bayi lapan bulan yang melecur dipercayai akibat alahan ubat dijangka sembuh sebulan dua lagi, kata Pegawai Kesihatan Bahagian Dermatologi Hospital Sultanah Bahiyah, Dr Edwin Jude Gunasegaran. Beliau berkata, pihak hospital masih memantau perkembangan Muhammad Nasrullah Khairul Nizam dari semasa ke semasa. Pada 16 Februari lalu, badan bayi ini didapati mula melecur dan bertukar menjadi kehitaman selepas beberapa hari menggunakan ubat makan dan sapu yang diberikan sebuah klinik swasta di sini ketika mendapat rawatan akibat ruam. “Bayi ini telah dibawa ke hospital ini sebanyak dua kali dan dalam tempoh itu saya lihat keadaan kulitnya bertambah sembuh. Tetapi hasil pemeriksaan lanjut, saya lihat bayi ini mungkin ada menghidap penyakit lain jadi kita akan jalankan pemeriksaan,” katanya semasa melawat bayi tersebut di rumah keluarganya di Taman Stadium di sini semalam.
Pengguna Facebook Dakwa Ini Gambar Peragut
Gambar sepasang kekasih di atas motosikal didakwa seorang pengguna Facebook merupakan peragut kini beredar di laman siber. Menurut wanita yang memuatnaik status tersebut, gambar lelaki dan wanita yang dipaparkan itu ditemui dalam telefon bimbit yang tercicir ketika peragut berkenaan cuba melarikan diri selepas cubaan meragut beg makciknya di stesen LRT Gombak. Bersama peringatan agar pengguna LRT turut berhati-hati, gambar ini diminta agar dikongsikan supaya menjadi peringatan kepada orang ramai. Dari satu segi, sikap prihatian ditunjukkan pengguna Facebook ini wajar dipuji. Bagaimanapun, diharapkan dia pasti maklumat yang dikongsikan benar-benar tepat apabila melibatkan tuduhan berat sebegini.
Amir Raja Lawak Tayang Gambar Kekasih
Semua orang ingin disayangi, begitu juga pelawak kecil molek, Amir Raja Lawak atau nama sebenarnya, Mohammad Amirullah Azmi, 25. Amir yang sebelum ini pernah meluahkan kesedihannya kerana dipermainkan oleh lima perempuan, akhirnya tampil dengan berita gembira bahawa dia dalam proses memilih pasangan hidup daripada dua wanita yang sedang menggilainya. Kata Amir, seorang daripada wanita itu berbadan kurus manakala seorang lagi comel. Nampaknya, Amir mungkin sudah membuat keputusan apabila baru-baru ini dia telah memuatnaik satu gambar bersama seorang wanita yang agak comel.
Ditangkap Basah, Isteri ‘Bertukar’ Wajah
MELAKA – Akibat terlalu panik, seorang lelaki dikatakan cuba memperdayakan penguat kuasa dengan menunjukkan kad nikah ketika dicekup dengan kekasih gelapnya dalam satu operasi cegah maksiat di sebuah hotel bajet di sekitar bandar raya ini, awal pagi semalam. Difahamkan, dalam serbuan jam 2 pagi, lelaki lingkungan 30-an itu sanggup memaklumkan kononnya sudah bernikah dengan wanita berusia 20-an berkenaan. Namun, pemeriksaan mendapati wajah wanita pada kad nikah itu tidak sama dengan wajah sebenar pasangan yang dicekup bersamanya di bilik hotel terbabit. Selepas disoal siasat, kedua-dua mereka mengaku belum berkahwin dan bapa kepada empat anak itu dikatakan sedang dalam proses perceraian dengan isterinya.
Permainan Tetris Pada Kad Nama
Kad nama atau lebih dikenali sebagai business card merupakan salah satu daripada fungsi penting bagi pertukaran informasi, namun hampir setiap pengguna atau syarikat sering mencari sesuatu yang mampu diaplikasikan pada kad mereka untuk menarik perhatian ramai. Sebuah syarikat yang dikenali sebagai Arduboy kini mungkin mempunyai jawapan pada persoalan ini, dengan menampilkan permainan elektronik Tetris pada setiap kad. Dimajukan oleh Kevin Bates, peranti ini merupakan papan nipis yang menghubungkan paparan OLED. Kad ini juga direka dengan butang sensitif yang berfungsi sebagai kekunci kawalan, speaker untuk audio serta bateri yang mampu bertahan selama 9 jam.
Suami Isteri Ke Tali Gantung Bunuh Pembantu Rumah Warga Indonesia
SHAH ALAM, 6 Mac (Bernama) -- Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini Khamis selepas didapati bersalah membunuh pembantu rumah warga Indonesia mereka, Isti Komariah. Hakim Datuk Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal membangkitkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Fong Kong Meng, 58, bekas perunding pendawaian dan isterinya Teoh Ching Yen, 56, suri rumah, didakwa bersama-sama membunuh Isti Komariah, 26, di rumah No 90, Jalan SS 2/6, Sea Park, Petaling Jaya dekat sini, di antara 14 Mei 2010 hingga 5 Jun 2011. Pasangan suami isteri yang mempunyai anak kembar berumur 17 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Pelancong Malaysia Ditikam Dalam Cubaan Samun Di Chennai
NEW DELHI, 6 Mac (Bernama) -- Seorang pelancong Malaysia cedera selepas ditikam dalam satu cubaan samun di sebuah hotel di Arumbakkan, Chennai, ibu negeri Tamil Nadu, di selatan India. Dalam kejadian malam Selasa itu, V. Manohar, 64, dari Selangor, cedera di leher dan tangan selepas ditikam oleh remaja lelaki yang dikenalinya beberapa hari sebelum kejadian, lapor The Times of India. Menurut laporan itu mangsa diselamatkan oleh pekerja hotel yang mendengar jeritannya. Pekerja hotel juga berjaya menahan suspek berusia 19 tahun yang juga pelajar Institut Latihan Industri ketika remaja itu cuba melarikan diri dengan barangan yang disamunnya. Menurut laporan itu lagi mangsa bertemu suspek di kuil Tirupati yang terletak kira-kira 168 kilometer dari Chennai sebelum kedua-duanya menjadi kawan dan bersama-sama menaiki bas ke Chennai. Mangsa yang berhasrat melawat kawasan bersejarah di Chennai mempelawa suspek tinggal bersamanya di sebuah hotel di Arumbakkam.-- BERNAMA
Bomba Berjaya Padam Kebakaran Belukar Di Kemaman
KEMAMAN, 6 Mac (Bernama) -- Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Terengganu berjaya memadam kebakaran hutan belukar seluas kira-kira 202 hektar berhampiran kawasan perindustrian Teluk Kalong di sini. Kebakaran mula dikesan sejak semalam dan berjaya dikawal daripada merebak ke tapak projek pembinaan kilang besi keluli Eastern Steel Sdn Bhd yang masih dalam proses pembinaan. Pegawai Operasi Bomba Zon II Terengganu, Penolong Penguasa Bomba Mohd Zailani Abdullah berkata pihaknya menerima laporan mengenai kebakaran itu kira-kira jam 5.22 petang Selasa. Katanya sebaik menerima laporan, seramai 25 anggota bersama empat jentera dari balai Chukai dan Kerteh dikejarkan ke tempat kejadian. "Operasi pemadaman dilakukan tanpa henti walaupun pada waktu malam dan sehingga jam 3 petang semalam, kawasan hutan yang terbakar adalah seluas kira-kira 202 hektar," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian semalam.
Pagar Elektrik Kawal Daripada Gajah Liar
KUALA LUMPUR – Peningkatan kenyataan menghina kaum dan agama yang berleluasa sekarang disumbang oleh akaun media sosial palsu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Katanya mereka berbuat demikian dengan tanggapan pemilik akaun tidak dapat dikesan sedangkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mempunyai kaedah dan kepakaran untuk mengenal pasti pelaku terbabit. Pemilik akaun yang dikenal pasti akan diarah memadamkan semua kandungan menghina atau fitnah itu selain berdepan tindakan undang-undang, katanya kepada pemberita selepas melancarkan ‘Detik Kira 100 Hari Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2014′, di Auditorium Perdana, Wisma Radio, Angkasapuri di sini hari ini.
Akaun Media Sosial Palsu Punca Kes Hina Meningkat
KUALA LUMPUR – Peningkatan kenyataan menghina kaum dan agama yang berleluasa sekarang disumbang oleh akaun media sosial palsu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Katanya mereka berbuat demikian dengan tanggapan pemilik akaun tidak dapat dikesan sedangkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mempunyai kaedah dan kepakaran untuk mengenal pasti pelaku terbabit. Pemilik akaun yang dikenal pasti akan diarah memadamkan semua kandungan menghina atau fitnah itu selain berdepan tindakan undang-undang, katanya kepada pemberita selepas melancarkan ‘Detik Kira 100 Hari Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2014′, di Auditorium Perdana, Wisma Radio, Angkasapuri di sini hari ini.
AirAsia India Sasar Mulakan Operasi Bulan Mei
NEW DELHI – AirAsia India yang berkata ia tidak mengambil endah pelbagai percubaan untuk menghalang syarikat itu daripada memulakan operasi, merancang memulakan operasi pada Mei 2014 setelah terlepas beberapa sasaran awal sejak September tahun lalu. “Kita mungkin boleh mendapatkan permit operator udara (AOP) dalam tempoh kira-kira tiga minggu. Selepas itu, kita boleh memulakan operasi dalam tempoh dua bulan dari Chennai,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Mittu Chandilya kepada The Hindu dalam satu temu bual di Chennai pada Rabu. Antara lain, Persekutuan Syarikat Penerbangan India (FIA) menentang kemasukan AirAsia India dengan menyatakan ia mungkin memaksa syarikat-syarikat penerbangan mengalami kerugian.
Warga Asing Terjun Bangunan Selamat Diri Dari Kebakaran
KLANG, 6 Mac (Bernama) -- Seramai 11 orang yang dipercayai warga asing dilaporkan terjun menyelamatkan diri setelah sebahagian daripada bangunan empat tingkat bersebelahan pasar raya Mydin di sini terbakar tengah malam tadi. Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata kebakaran berlaku kira-kira pukul 12.46 tengah malam yang memusnahkan hampir 30 peratus bangunan tersebut. "Kesemua mangsa dilaporkan tinggal di sebuah hostel dalam bangunan itu," katanya kepada Bernama. Beliau berkata enam jentera dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran yang memusnahkan tingkat bawah dan tingkat satu yang menempatkan antara lain kedai kasut, kedai makan dan kedai gunting rambut. Punca kejadian belum diketahui. Bangunan itu dikatakan pernah terbakar tahun lepas.-- BERNAMA
Remaja Lari Dari Rumah Tapi Tuntut Wang Saku
Seorang ketua kumpulan sorak meninggalkan ibu bapa dan rumah dua hari sebelum berusia 18 tahun tetapi mahu ibu bapa terus membiayai yuran pengajian dan memberikan wang poket kepadanya. Permohonan dibuat Rachel Canning di mahkamah keluarga New Jersey bagaimanapun gagal selepas hakim memutuskan, ibu bapanya iaitu Sean dan Elizabeth tidak perlu membayar tuisyen sekolah tinggi, memberikan duit belanja mingguan mahu pun apa-apa sokongan kewangan kepada Rachel. Bagaimanapun, keputusan sama ada mereka perlu membiayai tuisyen kolejnya ditangguhkan hingga bulan hadapan. Hakim menyatakan, sekiranya disokong kes sebegini ia boleh memberi idea kepada lebih ramai remaja untuk melawan ibu bapa, keluar dari rumah kemudian meminta sokongan kewangan seperti biasa.
Pasar Malam Di T’ganu Akan Dipantau Lebih Kerap
KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu mahu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Kesihatan memantau semua aktiviti pasar malam dengan lebih kerap agar peniaga lebih bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kebersihan makanan yang dijual. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Terengganu, Muhammad Pehimi Yusof berkata pemantauan perlu dilakukan secara berterusan tanpa perlu menunggu kes membabitkan kesihatan awam, seperti keracunan makanan yang berlaku minggu lalu. “Pemantauan ini secara tidak langsung akan meningkatkan semula keyakinan orang ramai terhadap keselamatan makanan yang dijual di pasar malam.
M’sia Mohon Tambah 10,000 Kuota Haji Musim Ini
SEPANG – Lembaga Tabung Haji sedang menunggu maklum balas daripada kerajaan Arab Saudi berhubungan permohonannya mendapatkan tambahan kuota sebanyak 10,000 jemaah haji Malaysia tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Malaysia membuat permohonan itu pada mesyuarat mengenai persiapan musim haji tahun ini bersama kerajaan Arab Saudi baru-baru ini. Pada musim haji lepas, kuota jemaah Malaysia ialah 22,320 iaitu selepas pengurangan sebanyak 20 peratus daripada 27,900 sebelum itu. “Jika permintaan ini tidak diperolehi, cukup memadai jika kerajaan Arab Saudi memenuhi kuota jemaah Malaysia pada yang asal iaitu 27,900,” katanya dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini sejurus tiba dari Arab Saudi.
VIDEO: Happy Pharrell Williams Versi KL
Single terbaru Pharrell Williams, Happy kini merupakan juara dalam carta Billboard. Bagi yang sudah menonton klip video Happy, sesuai dengan tema lagu tersebut Pharrell kelihatan gembira menari di serata tempat di Los Angeles bersama rakan-rakan selebriti dan orang awam. Kini, klip video Happy dibawakan pula dalam versi Kuala Lumpur yang menyaksikan ramai orang di serata bandaraya ini menari sambil mengikut lagu catchy ini. Dimuatnaik oleh Lowyat TV di YouTube semalam, klip ini sudah menerima tontotan hampir 30,000 pada hari ini. Jika anda ‘happy’ apa kata saksikan video di bawah dan perhatikan jika anda perasan wajah sebilangan selebriti tempatan seperti Sharifah Amani dan anggota Kyoto Protocol turut serta menari di dalamnya.
Isteri Hilang Di Alor Setar, Suami Warga Myanmar Menangis Teresak-Esak
ALOR SETAR – Seorang lelaki warganegara Myanmar, Mohd Yassin Tupil Ahmad, 39, sanggup berjalan kaki di sekitar bandaraya Alor Setar, dekat sini, semata-mata mencari isterinya yang didakwa hilang. Yassin berkata, dia berhabis duit ribuan ringgit demi membawa isteri yang baru dikahwininya empat bulan lepas, Hamidah Abdul Rahman Budu, 32, ke negeri ini pada 27 Februari lepas. “Namun, saya mula menyedari kehilangannya kira-kira jam 8 malam Jumaat lalu, setelah isteri tidak pulang ke kediaman kami di Lorong Seri, dekat sini, sebaik keluar. “Saya rasa isteri mungkin keluar dari rumah untuk ke kedai runcit berdekatan demi memberi barang keperluan kami. Apa membimbangkan, dia tidak pulang sehingga hari ini,” katanya.
Teresa Kok Bukan Ditampar, Tetapi Dapat Telur Busuk
Seorang lelaki tidak dikenali menyerang MP Seputeh Teresa Kok dengan sebutir telur tembelang dalam satu kejadian di Pulau Pinang pada malam tadi. Menurut Kok, lelaki tersebut mendekatinya dan ingin bersalamannya dengannya selepas beliau menyampaikan ceramah di Permatang Pauh, mengenai satu rakaman video sempena Tahun Baru Cina yang mencetus kontroversi. Telur tembelang itu kemudiannya pecah ketika mereka bersalaman, yang mengotori tangan dan bajunya dalam kejadian itu, kata Kok ketika dihubungi. “Dia kata dia mahu berjabat tangan dengan saya. Saya hulurkan tangan dan bersalaman dengannya. Kemudian baru saya sedar dia memegang telur di tangannya. “Telur itu pecah, mengotori tangan saya dan terkena sedikit di pakaian saya,” katanya kepada Malaysiakini.
Remaja wanita bantu saintis kaji kanser hati
NEW YORK - Seorang remaja perempuan di Amerika Syarikat (AS) yang pulih daripada penyakit kanser hati kini membantu para saintis dalam satu kajian saintifik yang mungkin satu hari nanti menemui penawar untuk penyakit berbahaya itu, lapor portal berita perubatan Medical Daily kelmarin. Remaja tersebut, Elana Simon, (gambar) 18, disahkan menghidap kanser hati yang jarang berlaku dalam kalangan manusia ketika berusia 12 tahun. Dia dianggap antara individu yang bertuah kerana berjaya sembuh daripada penyakit berkenaan selepas menjalani pembedahan untuk membuang sebahagian hatinya. Penyakit itu tiada penawar menyebabkan pembedahan merupakan satu-satunya cara untuk menyelamatkan nyawa si pesakit. Beberapa tahun selepas bebas daripada penyakit berkenaan, Simon menggunakan kemahirannya dalam bidang sains komputer yang dipelajari di sekolah untuk mengasingkan beribu-ribu data bagi mencari satu pembayang apa yang menyebabkan sel-sel kanser menjadi aktif.
Netanyahu mahu Abbas iktiraf negara Israel
WASHINGTON - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu meminta pemimpin Palestin, Mahmoud Abbas supaya mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara Yahudi sebagai bukti bahawa beliau bersedia untuk menamatkan konflik melibatkan kedua-dua pihak. Berucap di sini kelmarin, Netanyahu memberitahu Abbas bahawa beliau perlu segera mengiktiraf negara Israel tanpa sebarang dolak-dalih. Dalam ucapan tersebut, Netanyahu berharap satu persetujuan damai Israel-Palestin dapat dicapai tetapi sangsi ia akan dapat bertahan. "Persetujuan damai itu pastinya akan ditentang oleh pergerakan Hezbollah, Hamas, Al-Qaeda atau kumpulan-kumpulan militan lain," katanya. Netanyahu berkata,, walaupun tentera pengaman antarabangsa dapat membantu untuk memastikan keselamatan Israel, hanya tentera Yahudi yang mampu mempertahankan tanah air mereka. Pada masa yang sama, beliau turut mengulangi kesangsian tentang dakwaan Iran bahawa republik Islam itu tidak berusaha untuk membina senjata nuklear.- AP
Scotland mahu guna pound sterling jika merdeka
LONDON - Pemimpin Scotland yang mendesak tanah airnya itu mencapai kemerdekaan menyatakan bahawa Scotland tidak akan menjadi sebuah negara asing buat jirannya, England. Berucap di sini kelmarin, Menteri Pertama, Alex Salmond menyatakan bahwa Ketua Perbendaharaan United Kingdom, George Osborne membuat silap besar apabila menyatakan, Scotland tidak akan mengekalkan pound sterling sebagai mata wangnya selepas memperoleh kemerdekaan daripada United Kingdom. Penduduk Scotland akan mengundi dalam satu pungutan suara pada 18 September depan berhubung masa depan wilayah tersebut. "Jika orang ramai memilih untuk merdeka, Scotland akan memiliki dasar, cukai dan pasportnya sendiri," kata Salmond. Namun, kata Salmond, beliau mahu mengekalkan mata wang pound sterling dan keanggotaan Kesatuan Eropah serta Ratu Elizabeth II sebagai ratu mereka. Dalam perkembangan berkaitan, kebanyakan tinjauan mendapati majoriti pengundi akan mengundi untuk menolak kemerdekaan Scotland. Namun Salmond memberitahu, jurang tersebut kini semakin kecil. - AP
Facebook mahu beli firma pembuat dron
NEW YORK - Laman jaringan sosial Facebook kini dalam perbincangan untuk membeli sebuah firma pembuat dron berkuasa solar, Titan Aerospace, menurut laporan blog teknologi Techcrunch dan laman berita kewangan CNBC. Memetik kenyataan kedua-dua laman web berkenaan melaporkan pembelian tersebut melibatkan urusniaga berjumlah AS$60 juta (RM196.2 juta). Jurucakap kedua-dua firma berkenaan enggan mengulas berhubung laporan itu. Namun, menurut laporan berkenaan, pembelian itu selaras dengan matlamat projek internet Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg untuk menghubungkan lebih lima bilion penduduk dunia yang masih belum berhubung menerusi internet. Menurut data terkini, penduduk dunia kini dianggarkan mencecah tujuh bilion orang. Dron- dron berkuasa solar itu akan dilancarkan ke atmosfera Bumi untuk berfungsi sebagai satelit pemancar wi-fi di kawasan pedalaman seluruh dunia. - AP
Kereta terlaju dunia dipamerkan di Geneva
STOCKHOLM - Firma pembuat kereta sport Sweden, Koenigsegg memperkenalkan kereta terbaharunya yang dipercayai sebagai kereta kegunaan jalan raya paling laju di dunia. Kereta Koenigsegg Agera One:1 itu mampu menghasilkan 1,322 kuasa kuda (bhp) sekali gus lebih pantas daripada kereta McLaren P1, La Ferrari dan Porsche 918 Spyder. Malah, One:1 yang pertama kali dipamerkan kepada umum pada Pertunjukan Kereta Geneva kali ke-84 di Geneva, Switzerland yang kini sedang berlangsung juga lebih laju berbanding kereta Bugatti Veyron Super Sport yang mempunyai 1,322 bhp. Menurut Koenigsegg, kereta sports terbaharu itu mampu mencecah kelajuan maksimum 436.8 kilometer sejam (km/j). Sebelum ini, rekod kereta kegunaan jalan raya paling laju menjadi milik Hennessey Venom GT dan Veyron Super Sport dengan setiap kenderaan itu masing-masing mencatat kelajuan 432 km/j dan 428.8 km/j. "Kelajuan tinggi ini mampu dicapai dengan kombinasi casis gentian fiber, reka bentuk aerodinamik dan tayar yang kukuh," menurut kenyataan Koenigsegg. Namun, syarikat Koenigsegg masih belum mengumumkan harga kereta tersebut. Pertunjukan Kereta Geneva berlangsung dari 6 hingga 16 Mac depan. - Agensi
Anwar gagal tangguh rayuan
PUTRAJAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam usahanya di saat-saat akhir semalam untuk mendapatkan perintah dari Mahkamah Persekutuan di sini bagi menangguhkan rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasannya daripada pertuduhan meliwat. Pendengaran rayuan pihak pendakwa ditetapkan dua hari bermula hari ini. Panel lima anggota Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Tan Sri Abdull Hamid Embong memutuskan tiada lagi merit bagi dua alasan dikemukakan Anwar untuk menyokong permohonannya bagi penangguhan prosiding mahkamah hari ini. Panel itu sebulat suara menolak permohonan Anwar bagi penangguhan sementara."Kami mendapati tiada alasan untuk kami mengganggu bidang kuasa Mahkamah Rayuan dan menolak memberikan penangguhan sementara (kepada Anwar)," kata Abdull Hamid yang bersidang bersama-sama Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah, Datin Paduka Zaleha Zahari dan Datuk Ramly Ali.
Gadis selamat dipeluk kekasih
PETALING JAYA - Demi cinta, seorang penghantar surat sanggup menggadai nyawa dengan memeluk kekasihnya bagi melindungi wanita itu daripada mengalami kecederaan dalam kemalangan di Kilometer 17.6 Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran Sunway Mentari di sini malam kelmarin. Dalam kejadian pada pukul 11.40 malam itu, N. Nesa Raja, 21, mati di dalam kereta Proton Wira Aeroback dengan kedua-dua belah tangan masih memeluk erat teman wanitanya yang berusia 20-an. Gadis yang diselamatkan mangsa hanya mengalami calar di tangan. Seorang jurucakap polis berkata, sebelum kemalangan, pasangan itu dikatakan dalam perjalanan menuju ke Damansara tetapi malangnya kereta dipandu Nesa terbabas dengan berpusing beberapa kali sebelum merempuh pembahagi lebuh raya. Nesa merupakan anak sulung daripada empat beradik dan bekerja sebagai penghantar surat di sebuah syarikat swasta di ibu negara.
Tinggalan manusia zaman Neolitik
PASIR MAS – Sungai Kelantan di sini dikenal pasti sebagai salah satu lagi lokasi manusia prasejarah zaman Neolitik apabila sebilah pisau tembeling ditemui di tebing sungai berkenaan berhampiran Kampung Kubang Pak Amin di sini kelmarin. Ketua Pegawai Arkeologi Jabatan Warisan Negara Wilayah Timur, Ruzairy Arbi berkata, sebelum ini pisau jenis serupa pernah dijumpai oleh pengkaji Inggeris, I.H.N. Evans di sekitar Sungai Tembeling, Pahang pada tahun 1930-an. Beritahu Ruzairy, alatan batu itu ditemui di situ selepas beberapa pengkaji dari Jabatan Warisan Negara melakukan cari gali di kawasan tersebut kelmarin. “Dengan penemuan sebilah pisau tembeling itu, kami tidak menolak kemungkinan kawasan tersebut pernah diduduki oleh manusia di zaman Neolitik.
Panas luar biasa landa Malaysia
KUALA LUMPUR – Fenomena cuaca kering dan panas terik yang melanda negara sejak Januari lalu mencapai kemuncak apabila merekodkan suhu tertinggi mencecah 38 darjah Celsius antara pukul 1 hingga 2 petang semalam. Menariknya, keadaan panas dengan suhu 38 darjah Celsius itu mengatasi suhu yang dicatatkan di beberapa bandar di Asia Barat seperti Mekah, Arab Saudi dan Baghdad, Iraq yang hanya merekodkan 34 dan 29 darjah Celsius pada masa yang sama semalam. Pengarah Bahagian Sains Atmosfera dan Pembenihan Awan Jabatan Meteorologi, Azhar Ishak berkata, suhu 38 darjah Celsius itu dicatatkan di kawasan Subang, Selangor dan Alor Setar, Kedah diikuti Lubok Merbau, Perak dengan suhu 37 darjah Celsius. Katanya, suhu panas itu diramal akan semakin meningkat sehingga mencapai tahap ekstrem iaitu 40 darjah Celsius sekiranya hujan masih berkurangan. “Jumlah hujan bagi Januari dan Februari pada tahun ini kurang berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.
Rusia nafi arah kumpulan pro-Rusia kuasai Crimea
MADRID - Kerajaan Rusia semalam memberitahu bahawa Moscow tidak mempunyai kuasa terhadap kumpulan bersenjata pro-Rusia yang kini mengusai wilayah Semenanjung Crimea di Ukraine. Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata, kumpulan bersenjata yang berada di Crimea tidak menerima sebarang arahan dari Kremlin yang merupakan pejabat Presiden Rusia, Vladimir Putin. Beliau mengeluarkan kenyataan itu sehari selepas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memberitahu bahawa, Rusia tidak memperbodohkan sesiapa berhubung peranannya di Ukraine. Lavrov juga menggesa semua pihak menghormati perjanjian damai yang dimeterai sebelum ini dan perlembagaan Ukraine bagi mengembalikan semula ketenteraman di rantau berkenaan. "Sekiranya ada kumpulan bersenjata yang mempertahankan diri diwujudkan oleh penduduk di Crimea, kami tidak mempunyai kuasa terhadap mereka.
Pil seks Thailand boleh kuat macam ‘king kong’
Betong: “Pil seks Thailand boleh buat you kuat macam ‘king kong’. Ramai sudah cuba makan dan bawa balik ke Malaysia untuk dijual,” kata salah seorang peniaga kedai ubat di bandar Betong, selatan Thailand. Wartawan Harian Metro yang menyamar sebagai pelanggan ditawarkan pelbagai jenis pil rangsangan seks oleh peniaga berusia 50-an itu yang mendakwa pil dan kapsul buatan Thailand lebih hebat berbanding pil Viagra atau Cialis yang diimport dari Amerika Syarikat. Pemilik kedai ubat dikenali sebagai ‘Bhicai’ yang fasih berbahasa Melayu itu memaklumkan terdapat pelbagai jenis pil rangsangan seks dijual bermula dari harga Bath30 (RM3) sehingga Bath200 (RM20) sebiji. “Kalau datang ke Betong memang wajib beli pil kuat seks. Harga di sini memang murah dan boleh bawa balik ke Malaysia sebagai cenderahati.
Tahun lumpuh seludup rokok - Kastam
Kuala Lumpur: Direman dan dipenjara. Itu tegas Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Datuk Seri Khazali Ahmad sebagai bukti tiada kompromi kepada sesiapa saja yang terbabit mengedar, membeli atau memiliki rokok seludup. Khazali berkata, tahun ini pihaknya dengan kerjasama agensi penguatkuasaan lain memperhebatkan lagi operasi dan 2014 juga disifatkan sebagai ‘tahun tindakan’ bagi melumpuhkan rantaian aktiviti penyeludupan rokok. Sehubungan itu, katanya, JKDM menubuhkan unit khas dinamakan 'strike team' membabitkan 44 pasukan di seluruh negara dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) akan diberikan bermula semalam. Beliau berkata, matlamat disasarkan ialah mengurangkan penguasaan rokok seludup di pasaran tempatan sebanyak lima peratus sehingga hujung tahun ini berbanding 35 peratus buat masa sekarang.
Sindiket dadah hantar pembunuh
Sepang: Padah terbabit dalam sindiket pengedaran dadah, nyawa seorang wanita berakhir dengan sebutir peluru menembusi kepala sebelum mayatnya ditinggalkan di sebuah ladang sawit di Sungai Pelek, di sini. Mayat wanita berusia 29 tahun yang lengkap berpakaiannamun ada kesan tembakan di kepala ditemui orang awam yang lalu di kawasan itu jam 9 pagi Sabtu lalu, sebelum mereka memaklumkan kepada polis. Sumber polis berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 11 bulan terbabit dengan sindiket pengedaran dadah. “Mangsa tinggal di Cheras bersama anaknya manakala suaminya tinggal berasingan kerana mereka di dalam proses bercerai.
Lari separuh bogel elak ditahan imigresen
Dungun: Dalam keadaan separuh bogel, seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia, lari lintang pukang mengelak ditahan anggota Jabatan Imigresen yang menyerbu rumah kongsi di tapak pembinaan projek perumahan rumah teres di Kampung Rantau Abang di sini, awal pagi, semalam. Berikutan hilang arah dikepung, lelaki berusia 35 tahun itu turut meredah masuk rumah kongsi lain yang mempunyai lebih 50 bilik di kawasan tapak projek berkenaan. Operasi Fasa II Ops 6P diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen negeri Mohd Amin Hassan itu turut disertai 50 anggota jabatan berkenaan serta empat kakitangan Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran. Mohd Amin berkata, operasi dilakukan selama enam jam bermula jam 12 tengah malam hingga 5 pagi dan dalam tempoh itu pihaknya memeriksa 111 warga asing membabitkan warga Bangladesh, Kemboja dan Indonesia di lapan rumah sewa serta rumah kongsi di Paka, di sini.
Terbitkan al-Quran Braille
Kuala Lumpur: Majlis Agama Islam setiap negeri diminta menerbitkan naskhah al-Quran dalam tulisan Braille bagi memudahkan golongan orang kelainan upaya (OKU) cacat penglihatan membaca kitab suci berkenaan. Cadangan itu disuarakan Presiden Gabungan Orang Cacat Malaysia, Datuk Mah Hassan Omar yang berpendapat pembabitan agensi kerajaan penting supaya golongan OKU cacat penglihatan tidak dinafikan hak untuk membaca kitab suci itu. Beliau yang juga Pengarah Urusan KL Braille Resources berkata, naskhah al-Quran dalam tulisan Braille sukar didapati berikutan pengeluarannya terhad dan secara tidak langsung memberi halangan kepada golongan cacat penglihatan membacanya. “Buat masa ini, pengeluaran naskhah al-Quran dalam tulisan Braille hanya dikeluarkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hasil inisiatif sendiri, namun jumlahnya amat terhad berikutan kekangan sumber kewangan.
Pekerja lombong jumpa bom Perang Dunia Kedua
Jerantut: Pekerja di kawasan perlombongan berhampiran Kampung Besul di sini, tidak menyangka objek seperti ketulan batu yang ditemui ketika sedang menjalankan kerja penggalian, pagi semalam, sebenarnya bom lama yang masih aktif. Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Azid Ismail berkata, pekerja berkenaan sedang menggali dalam hutan sekitar lombong berkenaan kira-kira jam 11 pagi semalam apabila terjumpa bom itu. “Pekerja lombong itu datang ke Balai Polis Jerantut membuat laporan selepas yakin ia adalah bom. “Selepas mendapatkan keterangan pekerja itu, tiga anggota polis diarahkan ke tempat kejadian dan mendapati objek itu ialah sebutir bom dipercayai digunakan ketika Perang Dunia Kedua tetapi tidak meletup,” katanya di sini, semalam. Beliau berkata, susulan itu, enam anggota Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut dan Kuala Lipis ditugaskan memusnahkan bom itu. “Bom itu berjaya dimusnahkan pada jam 5.10 petang tadi (semalam) tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya.
Dicekup tunggu pelanggan, jual motor curi
Miri: Tiga lelaki termasuk dua remaja tidak sempat menikmati hasil jualan kenderaan curi selepas dicekup ketika menunggu pelanggan di dua tempat berasingan di Tudan, di sini, kelmarin. Suspek berusia 14 hingga 21 tahun itu ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Balai Polis Pusat Miri diketuai Inspektor Huzaimi Mohd Said, jam 11.15 malam, hasil maklumat awam dan risikan sejak beberapa hari lalu. Difahamkan, seorang daripada remaja terbabit keciciran sekolah dan mempunyai rekod jenayah lampau termasuk mencuri di sebuah pusat beli-belah dan motosikal tahun lalu. Sumber polis berkata, tangkapan pertama membabitkan seorang remaja ketika menunggu pelanggan di hadapan sebuah sekolah menengah di Tudan, untuk urusan jual beli motosikal Honda EX5.
Penyamun dicekup isi petrol
Segamat: Seorang lelaki berusia 26 tahun yang terbabit dalam 15 kes menyamun pekebun, peraih serta peladang buah-buahan ditahan di stesen minyak di Jalan Buloh Kasap, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 2 petang itu, suspek ditahan ketika mengisi minyak kereta PROTON Iswara Aeroback yang dipandunya. Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, siasatan mendapati suspek aktif menyamun mangsa di daerah berkenaan sejak awal Januari lalu. “Suspek melawan dan cuba melarikan diri menyebabkan berlaku pergelutan antara suspek dengan anggota kami sebelum dia ditahan 10 minit kemudian.
Penjara 25 tahun dan tujuh sebatan kerana merogol gadis bawah umur
Shah Alam: Mahkamah Tinggi di sini, semalam mengekalkan hukuman penjara 25 tahun dan tujuh sebatan terhadap seorang pembantu jualan yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan merogol seorang gadis bawah umur dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard milik ibunya, tiga tahun lalu. Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu terhadap Khairul Ivan Iqmal Khairul Azizan Saw, 25, selepas menolak permohonan perayu untuk mengetepikan sabitan dan tuduhan dihadapi. Akhtar turut menolak permohonan tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman, sebaliknya memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula semalam. Dalam penghakimannya, Akhtar berkata, selepas meneliti rekod rayuan, beliau mendapati mahkamah rendah membuat keputusan yang betul dan tepat terhadap perayu.
Keluarga anggota polis yang maut dapat RM20,000
Shah Alam: Pengorbanan anggota polis yang maut ketika bertugas mendapat perhatian apabila kerajaan negeri mengumumkan sumbangan RM20,000 kepada keluarga Koperal Raja Aizam Raja Mohid, 53. Raja Aizam terbunuh selepas diserang lima warga Indonesia dan ditetak seorang daripada penyerang. Rakan mangsa turut cedera dilibas dengan senjata tajam di muka. EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali ketika mengumumkan sumbangan itu berkata, jasa dan pengorbanan arwah Koperal Raja Aizam tidak ternilai dengan wang ringgit. “Dalam mesyuarat EXCO, kerajaan negeri bersetuju meluluskan peruntukan khas daripada Tabung Wira Negara untuk membantu anggota polis yang terkorban dan tercedera dalam kejadian awal pagi semalam. “Bagi pihak kerajaan negeri, saya mengucapkan takziah kepada keluarga anggota yang terkorban,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat EXCO kerajaan negeri, semalam. Dalam pada itu, Dr Halimah turut mengumumkan bantuan RM10,000 kepada Koperal Aidil Mustafa, 29, yang tercedera di muka dalam kejadian sama.
Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Pemangkin Kegiatan Ekonomi - Najib
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak percaya jambatan kedua Pulau Pinang iaitu Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan kegiatan ekonomi bukan sahaja di Pulau Pinang, malah di wilayah utara Semenanjung. Perdana Menteri berkata jambatan yang dirasmikannya pada Sabtu lepas itu juga adalah satu lagi bukti usaha tidak berbelah bahagi kerajaan Persekutuan dalam menepati janji-janjinya. "Tiada yang lebih penting daripada tekad kami untuk mempertingkatkan taraf hidup rakyat. Saya berharap agar rakyat di wilayah utara dapat mengambil peluang dari pembangunan yang dijana oleh projek jambatan kedua ini. "Jambatan ini dibina untuk anda. Untuk kesejahteraan anda, manfaatkanlah sebaik mungkin," katanya dalam blog beliau www.1malaysia.com.my, Rabu.
Terjun dari Jambatan PP Ke-2
Georgetown: Seorang pelajar kolej dipercayai mempunyai pertalian saudara kepada seorang timbalan menteri cedera selepas dikatakan terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Kilometer 13.9 di sini, dalam kejadian jam 2.40 petang semalam. Ketika kejadian, mangsa berusia 26 tahun yang juga penuntut di sebuah kolej di ibu negara, dikatakan memandu kenderaannya seorang diri dari arah Batu Kawan menghala ke bahagian pulau sebelum dikatakan terjun dari jambatan berkenaan. Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut. “Siasatan awal mendapati mangsa yang masih bujang itu dipercayai mempunyai pertalian dengan seorang timbalan menteri. “Mangsa bernasib baik kerana diselamatkan nelayan yang melalui lokasi kejadian ketika mangsa dikatakan terapung di laut,” katanya.
Awas penggemar nasi goreng, ayam goreng dan keropok ikan
Putrajaya: Awas penggemar nasi goreng, ayam goreng dan keropok ikan kerana hidangan kegemaran rakyat Malaysia itu kini tergolong antara makanan paling tinggi kandungan garam, sekali gus berisiko tinggi menyumbang kepada serangan jantung dan angin ahmar. Tiga hidangan itu adalah antara 10 makanan tinggi garam yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan selain ikan goreng, kicap soya, sos tomato dan cili, ikan bilis, kari ikan, kari lembu dan kambing, bebola ikan dan udang. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, laporan mengenai hidangan tinggi garam itu dibuat dalam satu kajian rintis oleh Institut Kesihatan Umum pada 2011 hingga Februari 2012 yang dilakukan dalam kalangan anggota kesihatan di Malaysia. Beliau berkata, hasil analisis menunjukkan purata pengambilan garam dalam kalangan anggota kesihatan adalah 8.7 gram (g) sehari atau bersamaan 3,405 miligram sodium sehari iaitu 1.7 kali lebih tinggi berbanding saranan pengambilan garam Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu lima gram sehari.
Pengawal keselamatan kurang siuman ditahan
Kuala Terengganu: Polis menahan seorang pengawal keselamatan berusia 27 tahun kerana disyaki melakukan khianat di Masjid Nasiruddin Shah dan Masjid Limbongan, di Besut, Isnin lalu. Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata, suspek yang masih bujang itu berasal dari Kampung Kluang, Besut dan dipercayai kurang siuman itu ditahan pada jam 5 petang kelmarin. Katanya, tangkapan suspek berdasarkan maklumat orang ramai dan pemerhatian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Masjid Nasiruddin Shah di Kampung Raja, Besut. “Siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod sakit mental sejak dua tahun lalu dan masih mendapatkan rawatan di hospital, malah ia diakui ahli keluarganya.
Ibu mohon anak dipenjara 5 tahun supaya insaf
Kota Bharu: “Dia sudah banyak kali buat perkara yang sama, bukan saja kepada saya malah kepada adik-beradik lain. “Saya mohon hukuman penjara lima tahun supaya dia insaf dalam penjara,” kata seorang ibu di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad selepas anaknya mengaku salah bagi tuduhan mengugutnya menggunakan pisau pada November tahun lalu. Fatimah Ismail, 61, berkata demikian ketika dipanggil Majistret, semalam untuk memberi keterangan selepas anaknya, Sayed Mohamed Sekri Sayed Husin, 32, mengaku bersalah. Nik Habri kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima tahun bermula dari tertuduh ditangkap iaitu 23 November 2013.
Budak 2 tahun koma dibelasah ibu
Teluk Intan: Seorang ibu muda berusia 20 tahun dipercayai tergamak bersekongkol dengan teman lelakinya untuk membelasah anak kandungnya hingga koma dan kini, kanak-kanak itu bertarung nyawa akibat parah pada seluruh badan termasuk kepala serta mukanya. Kanak-kanak perempuan malang berusia dua tahun enam bulan itu dimasukkan ke Hospital Sabak Bernam, dekat sini, pada Isnin lalu, namun akibat cedera yang serius terpaksa dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor. Mangsa dihantar ke wad kecemasan oleh ibunya yang berasal dari Kampung Sungai Pulau, Hutan Melintang, dekat sini, bersama teman lelakinya yang berusia 26 tahun dan berasal dari Kampung Perkasa, Hutan Melintang, selepas mangsa menjadi kaku dengan mata terbeliak serta mengalami sesak nafas. Difahamkan, kanak-kanak malang itu didera di rumah teman lelaki ibu mangsa.
Tragedi tingkap dapur, disimbah asid
Johor Bahru: “Ketika membasuh beras di dapur, tiba-tiba saya rasa muka terpercik dengan cecair sebelum muka dan badan terasa bahang luar biasa dan pedih. “Saya mengambil air dan menyapu ke muka dan badan sebelum mendapati pipi kanan, leher dan dada melecur, manakala baju berlubang,” kata mangsa simbah asid dikenali sebagai Maznah, 45, semalam. Suri rumah berkenaan berkata, kejadian berlaku jam 7 pagi, kelmarin, ketika dia berada di kediamannya di Taman Johor Jaya, di sini. Menurutnya, kejadian berlaku selang beberapa minit selepas suaminya yang juga kakitangan kerajaan keluar bekerja.
Peraga 51 GRO atas pentas
Kuala Lumpur: Seramai 51 pelayan wanita (GRO) warga asing dan tiga anggota geng kongsi gelap ‘08’ serta seorang suspek dikehendaki sejak 10 tahun lalu ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Kuchai Lama, semalam. Dalam Op Cantas Khas bermula jam 11.45 malam itu, sepasukan polis daripada Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman menyerbu bekas dewan gelanggang badminton yang diubah suai menjadi kelab malam itu. Ketika diserbu, kebanyakan pelanggan tidak menyedari kehadiran polis selepas khayal melihat puluhan wanita yang diperagakan ala ‘cat walk’ di pentas disediakan. Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, wanita itu dipercayai diperagakan di atas pentas sebelum dipilih pelanggan dengan memberikan kalungan bunga dengan harga RM50.
22,000 notis tertunggak DBKL dijelas
Kuala Lumpur: Tawaran diskaun kesalahan trafik yang dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mulai 1 Februari lalu dimanfaatkan orang ramai hingga membawa kepada penyelesaian lebih 22,000 notis tertunggak dikeluarkan sejak tahun 2007. Sepanjang bulan lalu, 22,866 notis kompaun trafik dijelaskan pengguna di kaunter bayaran DBKL membabitkan kutipan keseluruhan RM685,980. Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL Dr Ismail Stapa berkata, diskaun sempena Hari Wilayah Persekutuan 2014 itu dijangka terus dimanfaatkan warga kota hingga tarikh akhir promosi, Sabtu ini. “Notis kompaun membabitkan kesalahan trafik seperti meletak kereta secara berlapis, melebihi masa, di luar kotak parkir dan sebagainya. “Dalam tempoh berbaki beberapa hari saja lagi, kami minta orang ramai rebut peluang dan tidak melakukan pembayaran pada saat akhir kerana jika berlaku sebarang kesulitan seperti masalah sistem pada hari terakhir itu, mereka tidak dapat menikmati diskaun berkenaan walaupun pada hari berikutnya,” katanya.
Selangor jamin tarif air tak naik
Shah Alam: Kerajaan negeri memberi jaminan tarif air di Selangor tidak akan dinaikkan untuk tempoh tiga tahun lagi walaupun perjanjian penyusunan semula industri air sudah dimeterai bersama Kerajaan Pusat. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, rakyat masih dikenakan tarif yang sama seperti yang dinikmati sekarang dan tiada sebarang cadangan menaikkannya dalam masa terdekat. “Tiada sebarang perancangan menaikkan tarif air untuk tempoh masa tiga tahun akan datang yang akan dibuat kerajaan negeri walaupun penstrukturan industri air berlaku di negeri ini,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO kerajaan negeri, di sini, semalam. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan berkata, perjanjian persefahaman (MoU) penstrukturan semula industri air di negeri ini tidak memberi tumpuan mengenai cadangan kepada kenaikan tarif air. Muhyiddin berkata, MoU berkenaan memberi tumpuan kepada projek Loji Rawatan Air Langat 2 agar dapat dilaksanakan demi kepentingan rakyat.
SYABAS teruskan pelan catuan air
Kuala Lumpur: Pelan Catuan Bekalan Air masih terus dilaksanakan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sebagai langkah mengatasi masalah bekalan air ketika ini Menurut kenyataan media SYABAS, pelan itu merujuk dua peringkat yang dijalankan sebelum ini iaitu pertama membabitkan daerah Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat dan kedua di Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor. Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS Priscilla Alfred berkata, pihaknya tidak menghantar bekalan air ke kawasan dicatu melalui lori tangki kecuali untuk pengguna kritikal atau situasi amat memerlukan seperti kematian, kenduri, pusat dialisis, hospital kerajaan dan swasta serta rumah kebajikan. “Menerusi dua peringkat Pelan Catuan Bekalan Air itu, SYABAS melakukan operasi terhadap 275 injap yang ditutup dan dibuka mulai jam 9 hingga 11 pagi yang dilakukan 231 pekerja. “Pelaksanaan kedua pelan itu berjalan lancar seperti dirancang,” katanya.
Seorang wanita jelita rela hidup bersama lelaki miskin, bisu
Sana’a: Seorang wanita jelita yang diceraikan dengan talak tiga oleh suaminya yang kaya menolak untuk kembali kepada lelaki itu. Dia sebaliknya memutuskan untuk terus bersama suami barunya yang miskin dan bisu. Bekas suaminya membayar sebanyak YR100,000 (RM1,520) kepada lelaki bisu berkenaan untuk menjadi cina buta supaya mengahwini bekas isterinya. Islam melarang pasangan yang bercerai dengan talak tiga berkahwin semula kecuali selepas wanita itu berkahwin dan bercerai dengan lelaki lain. Lelaki yang menjadi cina buta itu menerima wang berkenaan selepas menerima syarat yang diberikan iaitu menceraikan wanita itu selepas sebulan mengahwininya. Akhbar Al-Rai berkata, lelaki itu memilih lelaki bisu berusia 35 tahun untuk mengahwini bekas isterinya yang berusia 28 tahun atas dasar dia miskin dan sudah bersetuju menceraikannya selepas berkahwin. - Agensi
‘Lamborghini air’ kawal perairan Dubai
Dubai: Selepas menggunakan kereta berprestasi tinggi dalam perkhidmatan mereka, polis Dubai kini bersedia memperkenalkan bot terpantas untuk digunakan mengawal perairan negara itu. Bot berkenaan dipercayai menjadi bot polis terpantas di negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC). Bot itu disiapkan sebelum Pameran Bot Antarabangsa Dubai ke 22 yang dirasmikan kelmarin di Kelab Marin Antarabangsa Dubai, Mina Seyahi. Pasukan pengendali bot terbaru itu, Victory Team, melabelkannya sebagai ‘Lamborghini air.’ Dalam sesi temubual semalam, pengurus pasukan Victory Team, Ragesh Elayadeth memberitahu, bot itu boleh mencapai kelajuan melebihi 140 kilometer sejam. Walaupun Polis Dubai mempunyai pelbagai bot tetapi model terbaru ini adalah yang paling laju, katanya lagi. “Polis mempunyai kenderaan terpantas di darat dan udara tetapi belum mempunyai kenderaan seumpama itu di air. Sehubungan itu keputusan memilikinya adalah sesuatu yang hebat,” jelasnya.
Peguam Pervez diugut penggal kepala
Islamabad: Peguam mewakili bekas presiden Pervez Musharraf semalam berkata, mereka menerima ancaman dipancung dan menggesa mahkamah menyediakan lokasi baru bagi meneruskan perbicaraan. Mereka juga meminta mahkamah agar membenarkan Pervez yang bulan lalu menjadi bekas panglima tentera pertama dibicarakan atas tuduhan pengkhianat dibenarkan ke luar negara bagi mendapatkan rawatan. Peguam Ahmad Raza Kasuri berkata, dia dan pasukan peguam bela Pervez mahu perbicaraan diadakan di lokasi lain kerana faktor keselamatan. Sebelum ini 11 maut apabila berlaku serangan pengebom berani mati di sebuah mahkamah rendah di Islamabad. - AFP
Peruntukan tentera China AS$131.57 bilion (RM430.4 bilion)
Beijing/Hong Kong: China semalam mengumumkan peningkatan tertinggi dalam perbelanjaan ketenteraannya dalam tempoh tiga tahun, sekali gus dilihat isyarat daripada Presiden Xi Jinping menunjukkan Beijing tidak akan mengendurkan ketegasannya di Asia, terutama di perairan yang dipertikaikan.Kerajaan berkata, mereka akan menambah peruntukan pertahanan sebanyak 12.2 peratus tahun ini menjadi AS$131.57 bilion (RM430.4 bilion).Antara lain, kata kenyataan itu, pertambahan peruntukan dibuat ekoran pembangunan senjata lebih maju dan mengukuhkan sistem pertahanan laut dan udara. Peningkatan peruntukan dua angka itu berlaku hampir setiap tahun menjadikan ia yang kedua paling besar selepas AS sejak dua dekad lalu. Penganalisis keselamatan serantau di Institut Lowy di Sydney, Rory Medcalf berkata, perkembangan itu membimbangkan jiran China, terutama Jepun.
Russia kepung misil Ukraine
Simferopol: Tentera Russia menawan sebahagian daripada dua unit misil pertahanan Ukraine di Crimea semalam, kata pegawai kementerian pertahanan. Bagaimanapun, kata jurucakap itu, Volodymyr Bova, kawalan misil terbabit masih berada di tangan Ukraine. Kata Bova, sebahagian daripada pangkalan di Cape Fiolent dekat Sevastopol di selatan Crimea sudah dikuasai tentera Russia. “Depoh misil di situ masih dalam kawalan Ukraine,” katanya. Tentera pro-Moscow juga menguasai sebahagian daripada pangkalan kedua di Evpatoria tetapi ia bukan tempat simpanan misil. Jurucakap lain berkata, tentera Ukraine masih menguasai pos kawalan dan pusat kawalan di lokasi terbabit. “Pengambilalihan militia dan tentera Russia itu berlaku tanpa sebarang keganasan,” katanya. Kira-kira 20 tentera Russia - diperkuat ratusan militia pro-Moscow - sudah cuba menguasai pangkalan Evpatoria petang kelmarin mencetuskan beberapa insiden tegang namun tiada sebarang tembakan dilepaskan kumpulan berkenaan. Di samping itu, wilayah Crimea yang didiami ramai etnik Russia berada di bawah kawalan pasukan bersenjata pro-Moscow sejak Viktor Yanukovych disingkir daripada jawatan sebagai Presiden Ukraine. Sementara itu, Presiden Russia Vladimir Putin terus menafikan ada tentera Russia beroperasi di Crimea dan mendakwa pihak yang bertindak di wilayah itu adalah “pasukan keselamatan tempatan.” - AFP
Bunuh diri bantah ayah kahwin lagi
Sanaa: Seorang lelaki berusia 34 tahun membunuh diri dengan terjun dari balkoni rumahnya di tingkat 15 selepas mengetahui ayahnya mahu berkahwin lagi. Pelajar perubatan, Ramzi Modhesh menunggu dua rakan serumahnya masuk ke bilik masing-masing sebelum bertindak demikian. Dia dilaporkan mati di tempat kejadian. Menurut rakannya, Ramzi sebelum ini pernah cuba membunuh diri selepas mendapat tahu ayahnya mempunyai isteri kedua. - Agensi
3 penumpang putus kepala
Moscow: Seorang pemandu traktor yang mabuk secara tidak sengaja menyebabkan kepala tiga orang terputus selepas dia terbabas dan merempuh kenderaan dinaiki mereka, semalam. Jacob Gavrilov, 43, menunjukkan paras alkohol lima kali melebihi tahap dibenarkan manakala lampu kenderaannya tidak dinyalakan ketika kejadian. Akibatnya, Joseph Zhdanov, 32, isterinya Maria, 28, dan rakan mereka mati serta-merta dalam kejadian lewat malam di Irkutsk Oblast, selatan Russia itu. Akbat kejadian itu, tayar depan traktor berkenaan tercabut manakala kereta dinaiki mangsa terperosok di bawahnya mengakibatkan bumbung remuk teruk sehingga kepala ketiga-tiga mangsa putus. Jurucakap polis Andrew Ankudinov berkata, Gavrilov yang tidak cedera cuba melarikan diri namun berjaya dikesan dalam tempoh beberapa jam selepas kejadian. - Agensi
Ibu askar terima cek satu sen
Montreal: Menteri Pertahanan Kanada semalam memohon maaf kepada ibu seorang askar yang menerima cek bernilai satu sen sebagai ‘bayaran pelepasan’ tiga tahun selepas anaknya membunuh diri. Rob Nicholson menyalahkan kesilapan birokratik yang tidak sensitif mengakibatkan bayaran tidak munasabah itu dibuat kepada keluarga Justin Stark, 22. Stark membunuh diri pada 2011 selepas pulang daripada tugasan selama tujuh bulan di Afghanistan. “Saya akan mengambil langkah segera untuk memastikan perkara seumpama ini tidak berulang,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. Perkara itu turut dikutuk ahli parlimen pembangkang, Wayne Marston. “Cukuplah apa dilalui ibu Stark, memang kejadian ini tidak masuk akal langsung,” katanya. - AFP
kebakaran hutan di Indonesia mungkin sampai september
Jakarta: Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB) memberi amaran kebakaran hutan mungkin semakin teruk bulan depan apabila Indonesia memasuki musim kemarau. Dalam pertemuan dengan suruhanjaya parlimen mengenai hal ehwal sosial semalam, Pengerusi BNPB, Syamsul Maarif berkata usaha semua agensi berkaitan diperlukan bagi mengatasi masalah itu. Kata Syamsul, Sumatera dan Kalimantan adalah dua wilayah yang berisiko paling tinggi untuk mengalami kebakaran hutan tahun ini. “Menurut jangkaan kemarau tahun ini jauh lebih buruk berbanding tahun lalu dan mungkin berlanjutan sehingga September,” katanya. Bagi mengekang sebarang kemungkinan, Syamsul berkata, agensi penguat kuasa perlu mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menyebabkan kebakaran hutan, termasuk firma gergasi. Katanya, kerajaan perlu membuktikan kesungguhan mengawal masalah itu dengan mengenakan hukuman berat.
Rusia berdepan sekatan Eropah
PARIS 5 Mac - Kesatuan Eropah (EU) memberi amaran untuk mengenakan sekatan ke atas Rusia jika krisis di Ukraine tidak menunjukkan perkembangan positif dalam tempoh terdekat. Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius menyampaikan amaran tersebut ketika pemimpin EU bersiap sedia mengadakan mesyuarat tergempar esok bagi membincangkan konflik di Ukraine. Fabius berkata, antara langkah yang akan diambil ialah sekatan ke atas visa, aset individu tertentu dan membekukan perbincangan kerjasama ekonomi dengan Rusia. Kedua-dua pihak perlu mula berbincang, tetapi pada masa sama, EU akan bersidang dan mungkin sekatan ke atas Moscow akan dilaksanakan jika tiada perubahan keadaan.
Pilihan raya umum India bermula 7 April, 814 juta sertai pilihan raya terbesar dunia
NEW DELHI 5 Mac - Suruhanjaya Pilihan Raya India mengumumkan pilihan raya umum negara ini akan diadakan bermula 7 April ini sehingga Mei dan akan dilaksanakan dalam sembilan peringkat. Menurut kenyataan suruhanjaya itu, proses pilihan raya diadakan selama beberapa minggu berikutan faktor logistik serta keselamatan terhadap penduduk India yang berjumlah 1.2 bilion itu. Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya India, V.S. Sampath berkata, lebih 810 juta penduduk India layak mengundi pada tahun ini, manakala pengiraan undi akan diadakan pada 16 Mei dan keputusan dijangka dapat diketahui pada hari yang sama. Satu tinjauan Pusat Penyelidikan Pew mendapati, sebanyak 63 peratus penduduk India memihak kepada Parti Bharatiya Janata (BJP) yang diketuai Narendra Modi berbanding Parti Kongres yang telah menguasai politik India sejak 1947.
Tentera Syria serang Arsal
BEIRUT 5 Mac - Helikopter-helikopter Syria semalam melancarkan tiga serangan di kawasan Lebanon di bandar Arsal yang bersempadan dengan Syria. Serangan tentera Syria itu dilancarkan di kawasan pergunungan yang tidak berpenghuni di pinggir Arsal berhampiran sempadan Syria. Bagaimanapun masih tidak jelas sekiranya terdapat kemalangan jiwa dalam serangan itu, lapor National News Agency yang menambah serangan itu mengenai kawasan Khirbet Yunin dan Wadi Ajram. Jet pejuang dan helikopter Syria sering melancarkan serangan udara dan roket di kawasan Lebanon yang bersempadan dengan negara itu. Disember lalu, tentera Lebanon menggunakan sistem pertahanan udaranya terhadap helikopter tentera Syria selepas satu serangan di sekitar Arsal.
Budak obses benda berkaitan sampah
LONDON 5 Mac - Kebiasaannya kanak-kanak mempunyai hobi seperti mengumpul setem, bermain bola, membaca buku dan melayari Internet. Namun, lain pula kisahnya di Britain tentang seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang mempunyai minat pelik, iaitu suka mengumpul benda berkaitan dengan sampah. DailyMail Online melaporkan, William Bateman memiliki koleksi tong sampah kitar semula, lori sampah mainan, dan gemar melihat pengangkut atau lori sampah yang lalu di depan rumahnya di Great Paxton, Cambridgeshire. Malah, menurut ibunya, Fleur, ketika Bateman berusia lima tahun, dia pernah memenangi bidaan sebuah lori sampah berharga 3,500 pound (RM19,109) melalui laman web jualan lelong, e-Bay.
Bahaya minuman tenaga
LONDON 5 Mac - Orang ramai yang gemarkan air tenaga yang tinggi kafein, diminta supaya berwaspada selepas satu kajian mendapati minuman itu mampu mengubah kadar denyutan dan meningkatkan potensi diserang penyakit jantung. Menurut kajian oleh penyelidik dari Universiti Bonn di Jerman, orang dewasa yang sihat dan minum minuman tenaga tinggi kafein, akan mengalami peningkatan kadar denyutan jantung sejam selepas pengambilan air tersebut, lapor Daily Mail. Penyelidik Jerman itu membuat kajian terhadap kesan meminum air yang mengandungi kafein dan taurine (asid amino) ke atas 18 golongan dewasa sihat dengan purata usia 27.5 tahun. Setiap responden kemudiannya menjalani pemeriksaan pengimejan resonans magnetik (MRI) jantung sebelum dan sejam selepas meminum air tenaga yang mengandungi taurine, (400 miligram /100 mililiter) dan kafein (32 miligram/100 mililiter).
Masalah kebuluran di Afrika Tengah, Sudan Selatan meruncing
GENEVA 5 Mac - Beberapa agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam melaporkan, jumlah pelarian di Republik Afrika Tengah dan Sudan Selatan yang menghidap penyakit serta mengalami kebuluran semakin meningkat, khususnya kanak-kanak. Jurucakap Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR), Melissa Fleming berkata, antara kes kematian terbaharu melibatkan 15 orang kanak-kanak yang kebuluran ketika mereka dalam perjalanan dari Republik Afrika Tengah menuju ke Cameroon, minggu lalu. Jurucakap Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Patrick McCormick berkata, hal itu menunjukkan sebahagian kecil daripada masalah kekurangan makanan yang dihadapi rakyat negara berkenaan. Keganasan yang berlaku di Republik Afrika Tengah dan negara jiran, Sudan Selatan menyebabkan seramai 1.8 juta pelarian berpindah di sekitar rantau tersebut.
Jadi MB Selangor selagi diterima rakyat - Abdul Khalid
KUALA LUMPUR 6 Mac - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan akan terus mempertahankan jawatannya selagi diterima oleh rakyat. Abdul Khalid mengakui terdapat desakan kumpulan tertentu supaya berundur namun beliau tidak akan sesekali tunduk. "Bertahun-tahun dalam karier, saya sudah biasa dengan rasa tidak senang orang lain. Rasa tidak senang itu bukan hari ini sahaja sebaliknya sejak mengambil alih Selangor, ramai orang tidak senang tetapi saya senang juga," katanya. Beliau ditemubual dalam program Soal Jawab berhubung memorandum persefahaman (MoU) air yang disiarkan TV3 malam tadi. - UTUSAN ONLINE
Keganasan terbaru di Nigeria ragut 9 nyawa
JOS, Nigeria 6 Mac. - Seorang lelaki bersenjata membunuh sembilan orang dan membakar berpuluh-puluh buah rumah di tengah negara ini, dalam keganasan terbaru di wilayah ini. Serbuan awal pagi itu berlaku di empat kawasan yang kebanyakan didiami oleh masyarakat beragama Kristian di Riyom, di negeri Plateau, semalam. Menurut jurucakap pasukan khas tentera, Kapten Salisu Ibrahim Mustapha, beberapa lelaki bersenjata berjaya membunuh sembilan orang dan membakar 24 buah rumah lain di kawasan tersebut. - AFP
Fitness Fx pantas bakar lemak
Bersenam merupakan aktiviti menyihatkan tetapi bagi kebanyakan orang sangat sukar dilakukan dengan pelbagai alasan yang dicipta sendiri. Atas sebab itu juga, ramai jurulatih senaman mengambil inisiatif mencipta pelan senaman yang menghiburkan, berkesan dan boleh dilakukan oleh individu yang mementingkan penjagaan kesihatan tubuh badan. Terbaharu pusat kecergasan terkenal, Celebrity Fitness memperkenalkan satu program senaman yang diberi nama Fitness Fx. Walaupun baharu di negara ini, Fitness Fx sebenarnya telah dinobatkan antara 20 program kecergasan yang terkenal di United Kingdom (UK). Pengurus Kecergasan Kumpulan Celebrity Fitness Malaysia, Kris Malhotra, berkata, tumpuan senaman ini ialah pada teknik yang dinamakan Jump Fx dan Pump Fx kerana keupayaannya membakar lemak yang tidak diperlukan tubuh dengan lebih efektif.
Nikmat Allah untuk disyukuri
SATU fakta yang menarik mengenai perkataan Alhamdulillah ialah ia disebut di dalam al-Quran sebanyak 38 kali. Ini jelas menggambarkan betapa Allah SWT maha layak dipuji kerana zat-Nya, sifat-Nya, nikmat-Nya, rahmat-Nya dan panduan kehidupan yang diberikan-Nya. Firman Allah SWT yang bermaksud: Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? (ar-Rahman: 13) Ayat di atas diulang sebanyak 31 kali di dalam surah ar-Rahman. Ini menggambarkan betapa agungnya sifat ar-Rahman atau Maha Pemurah Allah SWT dengan menyebut nikmat-nikmat yang dikurniakan oleh-Nya. Mendustakan nikmat-nikmat Allah SWT bermaksud apabila seseorang manusia itu kufur terhadap Tuhan mereka dengan cara menyekutukan Allah SWT melalui sembahan selain daripada Allah SWT. Pengulangan ayat seperti di atas sudah tentu mempunyai hikmah. Sesungguhnya, setiap nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT itu adalah untuk disyukuri. Kesyukuran itu hanya boleh dilakukan dengan mengabdikan diri kepada Tuhan yang mengurniakan nikmat-nikmat tersebut.
Dihantui dosa silam
SARINA masih memikirkan apa yang patut dilakukan selepas ini. Setelah selesai mendaftarkan persekolahan anak kedua dan ketiganya itu, dia termenung panjang. Sampai bila dia harus begini? Nasibnya ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Tambah merunsingkan, bagaimana suatu hari nanti, bila anak-anaknya bertanya, apa status diri mereka terutama dua orang anak perempuannya itu? Panjang lamunan Sarina. Dia tahu, dia telah melakukan kesilapan yang amat besar dalam hidupnya. Untuk berpatah balik, mampukah dia melakukannya? Hingga kini, dia masih bergantung hidup dengan Sazali sejak 15 tahun yang lalu. Dia buntu. Fikirannya dibelenggu rasa resah akibat kesilapan yang diciptanya sendiri. Dia tidak mahu menyalahkan suaminya yang meninggalkannya tanpa khabar berita. Dia digantung tidak bertali. Kehilangan suaminya sejak keluar dari rumah sehingga kini, membuatkan Salina hilang arah. Mujur Sazali, pekerja kontrak yang berjiran dengannya sedia membantu. Sehingga akhirnya Sazali berpindah rumah. Duduk sebumbung dan tidur sebantal tanpa ikatan yang sah. Anak-anaknya juga memanggilnya ayah kerana lelaki itulah yang mengambil berat perihal keperluan anak-anak tersebut sejak ditinggalkan oleh si ayah yang sebenar.
Mahkamah tangguh keputusan permohonan rayuan Gereja Katolik
PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini semalam menangguhkan keputusan berhubung permohonan Gereja Katolik bagi kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penerbitan mingguan, The Herald daripada menggunakan kalimah Allah, dalam versi bahasa Malaysia terbitannya. Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mempengerusikan panel tujuh hakim berkata, mahkamah menangguhkan keputusannya sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Terdahulu, panel itu mendengar penghujahan daripada peguam yang mewakili gereja itu, enam majlis agama Islam negeri dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), di samping penghujahan daripada peguam kanan persekutuan mewakili Kementerian Dalam Negeri (KDN). Enam negeri itu ialah Terengganu, Kedah, Johor, Melaka, Wilayah Persekutuan dan Selangor. Turut bersidang dalam panel itu bersama Arifin ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan tiga Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Zainun Ali serta Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.
Politik ganas menular di Indonesia
JAKARTA 5 Mac - Keganasan dan ancaman berbaur politik semakin merebak sejak akhir-akhir ini, menjelang Pilihan Raya Umum Indonesia (Pemilu) pada bulan depan, kata Ketua Polis Negera, Jeneral Sutarman, hari ini. Menurut Sutarman, taktik ugutan yang digunakan oleh pihak tertentu bagi memaksa orang ramai mengundi calon pilihan mereka telah bermula, terutama di kawasan selatan Jawa dan di Purworejo, Jawa Tengah. Di Acheh, calon Parlimen daripada Parti Kebangsaan Aceh (PNA), Faisal ditembak mati oleh sekumpulan penyerang tidak dikenali ketika memandu pada Ahad lalu. Portal berita Jakarta Post melaporkan, Sutarman mengesahkan kejadian tembakan di Aceh itu bermotifkan politik. Kejadian itu merupakan yang kedua di Aceh dalam tempoh tiga minggu, selepas dua lelaki bertopeng menyerang bilik gerakan calon Parti Demokrat Nasional (NASDEM), Zubir HT, serta serangan ke atas dua penyokong calon tersebut pada 16 Februari lalu.
Cuaca panas jejaskan harga minyak sawit
KUALA LUMPUR 5 Mac - Penghasilan minyak sawit mentah (MSM) bagi bulan Oktober hingga Disember tahun ini boleh terjejas jika cuaca panas dan kering yang melanda Malaysia, Indonesia dan Thailand berlarutan. Menurut Pengarah Eksekutif ISTA Mielke Gmbh, Oil World, Thomas Mielke, pada Januari hingga Mac tahun ini, pasaran minyak sayuran berhadapan dengan bekalan eksport yang luar biasa rendah, terutama MSM dan minyak soya. Katanya, pengeluaran komoditi itu terjejas disebabkan oleh pengeluarannya bermusim serta stok simpanan yang rendah. Tambahnya, jika keadaan cuaca panas itu berlarutan bagi tempoh dua hingga ke tiga minggu lagi, harga bagi MSM dijangka turut meningkat. Penurunan sebanyak 5 peratus atau 2.7 juta tan metrik bagi penghasilan MSM dari negar-negara pengeluar di Asia Tenggara memberi kesan yang teruk ke atas bekalan dan harga semasa," katanya ketika membentangkan kertas kerja pada Persidangan Minyak Sawit dan Laurik (POC 2014) di sini hari ini.
Anwar mahu Khalid tangguh perjanjian air
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menangguhkan dahulu perjanjian berhubung pembinaan loji rawatan air Langat2 selagi kepimpinan negeri dan Pakatan Rakyat tidak diberi penjelasan sepenuhnya. Ketua Umum PKR itu mengulangi gesaannya supaya Abdul Khalid berbincang terlebih dahulu dengan kepimpinan Pakatan Rakyat dan mengambil kira pandangankonsensus sebelum membuat keputusan terutamanya membabitkan soal kepentingan rakyat. "Harus diberi penjelasan terperinci tentang kesan pada Selangor, soal tarif, beberapa aspek perjanjian sebelum menandatangani apa-apa perjanjian. "Akan ada wakil daripada Pakatan untuk memaklumkan (Khalid) supaya tidak tergesa-gesa kerana perjanjian itu mempunyai impak besar kepada negeri (Selangor)," katanya selepas mesyuarat majlis kepimpinan Pakatan Rakyat di bangunan Pas di sini, hari ini. Rabu lepas, kerajaan Persekutuan dan Selangor akhirnya menemui titik permulaan untuk bekerjasama berhubung syarat-syarat yang akan memudahkan pelaksanaan projek loji rawatan air Langat 2 dan pengambilalihan aset air di negeri itu. Dalam perjanjian itu, kerajaan Persekutuan bersetuju membenarkan kerajaan negeri mengambil alih empat syarikat konsesi air, Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash) dengan pampasan RM9.65 bilion. Anwar berkata adalah penting untuk mengambil kira semua faktor termasuk dari segi perundangan sebelum sebarang perkara diputuskan di dalam MoU itu. - Bernama
Abdul Khalid: MoU air diumum dalam seminggu
SHAH ALAM - Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani kerajaan Selangor dan kerajaan Persekutuan berhubung penstrukturan semula industri perkhidmatan air di negeri itu akan didedahkan kepada umum dalam masa seminggu, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Abdul Khalid berkata, beliau telah berbincang dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili semalam berhubung perlunya orang ramai mendapatkan salinan memorandum itu. "Berdasarkan kenyataan menteri, MoU memang mempunyai kepentingan umum dan tidak menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara oleh itu boleh didedah kepada umum," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco negeri di sini hari ini. Rabu lepas, kerajaan-kerajaan Persekutuan dan Selangor mencapai persetujuan mengenai syarat yang membolehkan pelaksanaan projek rawatan air Langat 2 dan pengambilalihan aset air oleh kerajaan negeri.
Beri peluang individu senarai hitam beli rumah PPR
JITRA - Kerajaan Negeri Kedah mencadangkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mencari mekanisme terbaik bagi memberi peluang kepada individu disenarai hitam untuk memiliki rumah sendiri di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR). Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, kebiasaannya kebanyakan individu yang memohon untuk membeli rumah PPR gagal mendapat pinjaman institusi kewangan kerana telah disenarai hitam akibat tanggungan hutang. "Ada (pembeli) yang mempunyai masalah kadang-kadang disenarai hitam CTOS (Credit Tip Off Service) atau CCRIS (Central Credit Reference Information System), jadi kedudukan kredit mereka tidak baik. "Saya bagi pihak mereka merayu kepada KPKT supaya mempermudahkan urusan pasal kes pinjaman tersangkut ini," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran PPR Dimiliki Peringkat Negeri di Kampung Naga dekat sini hari ini.
'Jenayah melonjak 20,000 kes dalam 60 hari'
KUALA LUMPUR - Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) mendakwa hanya dalam 60 hari sahaja, kes jenayah di Malaysia telah melonjak secara mendadak sebanyak 20,096 kes sejak Januari lalu. Pengerusinya, R Sri Sanjeevan mendakwa, lebih malang lagi apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) cuba menyembunyikan indeks jenayah sebenar daripada pengetahuan umum dengan memanipulasi angka sebenar bagi mengelakkan perspesi negatif masyarakat terhadap kadar jenayah di Malaysia. Katanya, daripada jumlah itu, kecurian motosikal merupakan kes jenayah tertinggi yang direkodkan sebanyak 6,146 kes. "Ini menunjukkan hampir 334 kes jenayah direkodkan setiap hari dalam tempoh dua bulan lalu sahaja. "Namun pihak polis tidak mendedahkan angka tersebut kepada pengetahuan umum betapa seriusnya tahap keselamatan negara kini," katanya ketika menyampaikan Forum Sudah Sampai Masanya Mereformasikan Pasukan Polis, di sini, malam semalam. Mengulas lanjut, beliau kesal apabila polis tidak memasukkan jenayah bukan indeks dalam pengiraan turun naik kadar jenayah di negara ini. "Apabila jenayah bukan indeks tidak diambil kira, kadar jenayah di negara ini dilihat seolah-olah menurun sedangkan jenayah semakin meningkat," katanya. Menurutnya, daripada jumlah itu, kes kecurian biasa merupakan jenayah kedua tertinggi sebanyak 2,995 dan diikuti dengan pemerdagangan manusia sebanyak 2,885 kes. Tidak terkecuali jenayah membunuh yang mencatatkan 67 kes.
MyWatch: Ada pegawai tinggi polis terlibat jenayah
KUALA LUMPUR - Kenaikan mendadak kadar jenayah di negara ini didakwa berpunca daripada penglibatan sesetengah individu yang bergelar polis dalam kegiatan jenayah. Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), R Sri Sanjeevan mendakwa penglibatan polis dalam kegiatan jenayah amat serius dan pihaknya mempunyai bukti kukuh untuk mengheret mereka terbabit ke muka pengadilan. "Ada anggota polis meminta wang perlindungan daripada pengedar dadah sehingga RM50,000 untuk mengelakkan kegiatan mereka dibongkar. "Bayangkan jika 10 orang yang membayar duit perlindungan tersebut, jumlahnya sangat besar," katanya ketika menyampaikan Forum Sudah Sampai Masanya Mereformasikan Pasukan Polis, di sini, malam semalam.. Mengulas lanjut, beliau bagaimanapun akan mendedahkan bukti lengkap mengaitkan beberapa anggota polis berjawatan tinggi dengan jenayah tersebut dalam masa terdekat. "Saya akan kumpulkan bukti dahulu sebelum dedahkannya kepada umum kerana pendedahan saya sebelum ini pun tiada tindakan daripada pihak berkuasa," katanya. Pada Januari lalu, Sanjeevan mendedahkan dokumen sulit dari Bukit Aman yang mengakui jenayah bukan indeks telah memberikan kesan yang negatif ke atas masyarakat terhadap jenayah. Antara jenayah bukan indeks itu ialah culik, pemerasan, ugutan jenayah dan mencederakan. Dokumen tersebut juga telah disah dan ditandatangani oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin.
Lori bomba terbakar berhampiran kebakaran hutan
ROMPIN – Sebuah lori bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin terbakar sekitar jam 1 petang semalam, ketika operasi pemadaman di Ladang Sungai Endau sedang dijalankan. Difahamkan, ketika kejadian, lori yang dinaiki dua anggota itu dalam perjalanan untuk mengambil makanan di pejabat pengurusan ladang untuk diberi kepada anggota bomba yang bertugas dan pekerja ladang yang turut terlibat membantu operasi pemadaman. Pegawai Bomba Kanan I dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin, Md Yunus Isnin yang dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian. “Ketika kejadian, dua anggota yang menaiki lori tersebut dalam perjalanan ke pejabat pengurusan ladang untuk mengambil makanan tengah hari. “Tiba di satu lokasi, tiba-tiba anggota yang memandu lori tersebut rasa bahang panas di bahagian belakang dan menoleh lalu melihat api sedang marak. Kedua-dua anggota terus terjun dari lori,” katanya kepada Sinar Harian. Menurut Yunus, anggota tersebut hanya mampu melihat lori tersebut terbakar kerana tiada bekalan air dan jarak kumpulan anggota yang sedang dalam operasi memadam juga jauh. “Buat masa ini anggota forensik sudah ke sana dan siasatan sedang dilakukan. Punca kebakaran masih belum diketahui,” katanya.
Kanak-kanak kritikal disyaki didera ibu, kekasih
IPOH - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun setengah kini berada dalam keadaan kritikal kerana mengalami pendarahan otak dipercayai akibat didera ibu kandung dan teman lelaki ibunya. Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata kedua-dua suspek yang tinggal di Hutan Melintang dekat sini, masing-masing berusia 20 dan 26 tahun telah ditahan reman sejak Isnin lepas untuk siasatan. "Semasa dibawa ke Jabatan Kecemasan di Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam di Selangor pada pukul 5 petang Isnin lepas, kanak-kanak itu didapati tidak bergerak, mata dalam keadaan terbuka serta pernafasan tidak teratur," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata selain itu pemeriksaan perubatan turut mengesan banyak kesan lebam dan calar di bahagian tangan, belakang badan serta muka di samping benjol pada bahagian kiri kepala kanak-kanak itu. Pegawai perubatan mengesyaki kanak-kanak malang itu telah didera sebelum bertindak menghantar mangsa ke Hospital Sungai Buloh, Selangor untuk pemeriksaan lanjut, katanya. Goh berkata pemeriksaan lanjut oleh doktor di hospital itu mengesyaki mangsa yang kini ditempatkan di wad High Dependency Unit, mengalami pendarahan otak. Beliau berkata siasatan awal mendapati ibu kanak-kanak itu tidak bekerja manakala teman lelakinya hanya menjalankan kerja-kerja kampung. "Kedua-dua suspek yang ditahan di Hospital Sungai Buloh itu telah mengaku sering memukul mangsa yang merupakan anak tunggal wanita terbabit," katanya. Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - Bernama
Banduan lari ketika bersih kawasan luar penjara
GEORGETOWN - Seorang banduan Penjara Pulau Pinang, Jalan Goal di sini melarikan diri ketika melakukan tugas pembersihan di luar kawasan penjara itu hari ini. Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Ismail Idris berkata, lelaki terbabit dikenali sebagai Phang Ruey Shang, 42, dilapor hilang selepas membersih longkang dengan lima lagi rakan banduan lain kira-kira pukul 12 tengah hari. "Kehilangan lelaki itu hanya disedari ketika warden mahu mengumpul semula banduan untuk dibawa pulang ke penjara," katanya ketika dihubungi. Phang yang beralamat terakhir di No.38 Lorong Sejahtera 11 Taman Sejahtera, Bukit Mertajam dekat sini menjalani hukuman penjara sejak Januari atas kesalahan Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki barang curi. Suspek yang juga dikenali sebagai Ah Beng bekerja sebagai mekanik dan mempunyai tatu bergambar ikan pada badannya. Beliau berkata prosedur penjara menetapkan banduan yang terlibat dalam kerja seumpama itu adalah mereka yang akan dibebaskan dalam tempoh enam bulan. Ismail berkata usaha menjejaki suspek sedang giat dilakukan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan lelaki itu diminta menghubungi balai polis berdekatan. - Bernama
Cacah Tatu ‘Peta Dunia’ Kerana Obses Melancong
SEORANG bekas peguam dari Louisiana, Amerika Syarikat memiliki cara tersendiri untuk mengabadikan kegemarannya melancong dan mengembara ke seluruh dunia. Bill Passman, 59 tahun mencacah tatu di bahagian belakangnya dengan corak peta dunia kerana obsesnya kepada penggembaraan. Sejak mula melancong pada usia 51 tahun, kini Bill sudah pun menjejaki sekurang-kurangnya separuh jumlah negara yang ada di bumi ini. Untuk mengikuti perjalanan beliau, setiap kali Bill tiba di sebuah tempat yang belum pernah dijejaki ia akan diwarnakan oleh artis tatu dengan warna berbeza. Setakat ini, kira-kira 60 buah negara di belakang badan Bill sudah diwarnakan sementara bakinya bakal diwarnakan tidak lama lagi. Perjalanan pertama Bill selepas mendapat pasportnya ialah ke Tanzania dan kemudian membuat keputusan untuk mengembara sepenuh masa. Pada tahun 2010, beliau berhenti bekerja sebagai peguam dan mula melancong. Beliau berada jauh dari rumahnya hampir sepanjang tahun, Bill hanya kembali ke rumahnya selama kira-kira tiga bulan dalam masa setahun. Menurut beliau, negara kegemaranya ialah Guatemala. “Saya mendapatkan tatu ini untuk diukit di belakang saya sebagai menunjukkan kesukaan saya kepada pelancongan. “Ia adalah sebagai satu memori abadi berkenaan semua tempat menarik yang sudah saya kunjungi,” katanya. Selain tatu, Bill merupakan seorang penulis blog yang aktif. Di laman webnya, beliau menulis berkenaan inspirasinya membuat tatu berkenaan ialah seorang wanita yang ditemuinya di Antigua. Wanita itu juga memiliki cacahan tatu berbentuk peta dunia di belakangnya, dan pada setiap lokasi yang dilawatinya ia akan ditandakan dengan titik berwarna merah.
`Saudara Baru’ Paling Ramai Murtad – Ikram
KUALA LUMPUR – Gejala murtad di Malaysia perlu ditangani secara menyeluruh dengan mengenal pasti punca sebenar seorang umat Islam di negara ini tergamak meninggalkan agamanya. Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Dr. Mohd. Parid Sheikh Ahmad berkata, murtad satu gejala yang parah dan penelitian pihaknya mendapati kebanyakan yang murtad tersebut merupakan `saudara baru’ iaitu baru memeluk agama Islam. “Berdasarkan pengalaman mereka yang terlibat memberi khidmat nasihat kepada pemohon murtad di beberapa buah negeri, majoriti mereka adalah saudara baru bukan Melayu. “Oleh itu Ikram menyeru umat dan badan-badan Islam mmengambil berat tentang kebajikan saudara-saudara baru kita sebagai usaha untuk memelihara kesucian agama Islam dan membendung gejala murtad di Malaysia,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Maut Ketika Sertai Latihan Pasukan Sorak
Seorang anggota pasukan sorak dari Politeknik Ngee An di Singapura maut selepas gagal melakukan satu pergerakan rutin dengan sempurna ketika sedang berlatih pada Ogos tahun lalu. Ketika melakukan lompatan yang dikenali sebagai ‘back hand spring’, pelajar itu Lai Qing Xiang gagal melompat lebih tinggi untuk menjayakannya. Lai jatuh dengan teruk ke atas lantai terlentang dan kepalanya turut terhentak sebelum berada dalam keadaan koma. Dia meninggal dunia kira-kira dua minggu kemudian kerana kecederaan yang dialaminya antaranya tulang belakang patah, dan terdapat gumpalan darah beku di dalam jantungnya. Butiran kematian Lai didedahkan di Mahkamah Koroner semalam pada hari pertana Inkues kematian pelajar itu, menurut laporan The Straits Times Singapura. Menurut laporan hasil siasatan polis, mahkamah diberitahu Lai cuba melakukan lompatan itu dengan disokong dua rakan sepasukan yang dikenali sebagai Pasukan Magnum Force. Seorang dari mereka memberitahu polis, bahawa mereka melakukan apa yang terdaya untuk memastikan Lai yang berketinggian 1.77 meter dan berat 100kg dalam keadaan yang betul untuk melakukan lompatan itu.
3,571 Pelajar Sekolah Kena Denggi Sejak 1 Januari
KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,571 daripada 18,165 kes denggi yang dilaporkan di seluruh negara dari 1 Januari hingga 2 Mac lalu membabitkan pelajar sekolah. Statistik Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan menunjukkan, sebanyak 1,515 kes itu melibatkan pelajar sekolah rendah dan 2,056 pelajar sekolah menengah. Selangor mencatatkan kes denggi membabitkan pelajar sekolah paling tinggi iaitu sebanyak 2,013 kes diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya (329), Johor (234), Perak (253), Kelantan (216), Negeri Sembilan (194) dan Melaka (103). Sabah pula mencatatkan sebanyak 68 kes denggi melibatkan pelajar sekolah diikuti Pulau Pinang (48), Sarawak (32), Pahang (27), Terengganu (25), Kedah (22), Pelis (5) dan Labuan satu kes.
Anwar Kata Dia Ke Gereja, Doakan Nabi Isa?
KETUA Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 3 Mac lepas dilaporkan sebuah portal berita menggunakan alasan yang dangkal dan jauh menyimpang dari ajaran Islam demi menutup perbuatan beliau berucap di dalam gereja Kristian untuk meraih sokongan politik. Anwar mendakwa kehadirannya ke gereja itu berjaya menjernihkan salah faham yang berlaku di antara kepercayaan dua agama iaitu Islam dan Kristian. Katanya lagi, beliau hadir ke gereja untuk mendoakan Nabi Isa. “Saya orang Islam. Jesus bermaksud Isa. Saya tak kata Isa sahaja, saya kata Isa alaihissalam (sejahtera ke atasnya). Ada yang bertanya saya doakan untuk Jesus, saya kata ya, untuk Nabi Isa,” katanya dalam kuliah Maghrib di Surau Al-Muqaddis, Kajang pada 3 Mac lepas. Sebagai seorang Islam, untuk mendoakan Nabi Isa yang merupakan antara 25 Rasul yang wajib diketahui oleh umat Islam tidak perlu ke gereja kerana di gereja mereka bukan mengagungkan Nabi Isa sebenar sebaliknya lelaki yang ditukar wajahnya menyerupai Nabi Isa. Menurut Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), kehadiran beliau ke gereja bukanlah sesuatu yang baru tetapi sejak beliau berkecimpung dalam pertubuhan bukan kerajaan lagi iaitu bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). “Gereja ada saliblah. Bukan saya pergi gereja tetapi dewannya. Masa saya Abim, saya pergi. Soalnya masa saya pergi, saya kata bahawa Islam menghormati perbezaan kaum dan warna kulit.” kata Anwar. Pada bulan lepas juga, Anwar berucap di Gereja Holy Family di Kajang dengan jelas salib Kristian terpapar di atas dinding di belakang beliau ketika beliau memberikan ucapan. Kenyataan berkenaan bukan sahaja menyemarakkan lagi kemarahan umat Islam tetapi ia juga akan menyebabkan tercetusnya kekeliruan berkaitan Nabi Isa yang diberikan melalui kenyataan Anwar ini. Rasul Allah Nabi Isa adalah berbeza dengan Jesus yang disembah oleh penganut agama Kristian sebagai anak Tuhan. Sehingga kini, Anwar bebas bergerak di sekitar Kajang sebagai persiapan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang pada 23 Mac ini termasuk memberikan ceramah ketika sesi kuliah Maghrib di surau dan masjid. Biarpun diketahui menyampaikan ceramah namun digelarkan Anwar sebagai tazkirah, sehingga kini Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) masih berdiam diri dan Anwar terus bebas, Anwar dicalonkan PKR untuk bertanding mengisi kekosongan yang tanpa sebab munasabah ditinggalkan oleh penyandang juga dari PKR Lee Chin Cheh. Jika beliau menang, ada kemungkinan namanya akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharaffuddin Idris Shah untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Yusof Haslam Menangis Saksikan Awie, Erra & Ziana
KUALA LUMPUR: Produser filem Datuk Yusof Haslam menitiskan air mata ketika menonton konsert Teaterikal Suara Kita yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, di sini, malam Isnin lalu. Yusof, 60, yang bertanggungjawab menjulang nama Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain dalam industri filem tanah air pada era 90-an turut bangga dengan kejayaan ketiga-tiga artis berkenaan. “Konsert ini mengembalikan nostalgia yang cukup bermakna sehingga ada beberapa babak yang buat saya menitiskan air mata. “Saya terkenangkan perangai dan gelagat Awie, Erra dan Ziana sewaktu di zaman mula-mula saya mengarahkan mereka dalam filem-filem saya dahulu,” katanya kepada mStar Online selepas menyaksikan persembahan pertama Konsert Teaterikal Suara Kita, di Panggung Sari, Istana Budaya, malam Isnin lalu.
‘Giliran’ Makanan Mamak Pula Dikritik Chef Wan
Bila orang biasa memberikan komen peribadi tentang makanan, sah-sah tak ramai yang ambil peduli. Tapi kalau yang mengeluarkan kenyataan adalah orang yang mempunyai kepakaran dalam bidang masakan, sudah tentu ia mendapat perhatian ramai. Jika sebelum ini Chef Wan memberikan komen pedas tentang makanan disajikan di hotel 5 bintang dan syarikat penerbangan yang tidak menepati selera tekaknya dan memalukan, terbaru, Chef Wan mengkritik pula makanan di kedai mamak. Dalam satu status dimuat naik di laman Instagam miliknya beberapa jam lalu, Chef Wan berkongsi cerita bagaimana daripada sekian banyak makanan yang dipesannya dan rakan-rakan di sebuah kedai mamak termasuk teh tarik, tosai, mi segera goreng dan ayam tandoori; tak satu pun yang disukainya. Malah Chef Wan menyifatkan ayam tandoori yang dihidangkan kepada mereka keras dan kaku macam ayam mati terperanjat dilenyek lori bandaraya. Berdasarkan perkongsian Chef Wan, beliau sebenarnya memang sudah lama tak makan di kedai mamak kerana sentiasa terkenang pengalaman jijik ketika kecil. Di sebuah kedai mamak di kampung halamannya, Chef Wan melihat bagaimana mamak memasak di dapur yang kotor dan selamba menghembus hingus ke lantai sebelum mengesatnya di kain pelekat sebelum menyambung semula membuat rojak. Sejak itu kata Chef Wan, dia tak pernah lagi jejakkan kaki ke kedai mamak sampailah semalam. Itu pun semata-mata kerana hendak menunjukkan gaya hidup makan lewat malam di negara ini kepada rakannya dari luar negara.
Labels:
Berita Terkini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment