Saturday, March 15, 2014

Berita Terkini 15 Mac 2014

India perkuat operasi di Selat Melaka, Vietnam masih sumbang bakti
SEPANG - Pihak berkuasa memberitahu operasi mencari dan menyelamat di Selat Melaka kini diperkuatkan dengan bantuan pasukan udara India. Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan juga mengesahkan Vietnam masih menyertai operasi multinasional itu yang melibatkan 43 buah kapal dan 40 pesawat dari 13 buah negara. - KOSMO!

Kebanyakan juruterbang MAS ada simulator di rumah
SEPANG - Penerbangan Malaysia (MAS) menyatakan bahawa kebanyakan juruterbangnya mempunyai simulator pesawat di rumah untuk memantapkan skil individu. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Jauhari Yahya berkata, pihaknya tidak dapat menghalang perbuatan tersebut kerana ia merupakan hobi masing-masing. - KOSMO!

Kebanyakan juruterbang MAS ada simulator di rumah
SEPANG - Penerbangan Malaysia (MAS) menyatakan bahawa kebanyakan juruterbangnya mempunyai simulator pesawat di rumah untuk memantapkan skil individu. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Jauhari Yahya berkata, pihaknya tidak dapat menghalang perbuatan tersebut kerana ia merupakan hobi masing-masing. - KOSMO!

Maklumat isyarat automatik rutin disiasat
SEPANG - Jabatan Penerbangan Awam akan menyiasat maklumat mengatakan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) ada menerima isyarat automatik rutin dari MH370. Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, segala maklumat yang diterima akan diserahkan kepada pasukan penyiasat yang telah dikenal pasti bagi menentukan kesahihannya. - KOSMO!

Siasat kemungkinan transponder kokpit dimatikan dengan sengaja
SEPANG - Pihak berkuasa Malaysia menyiasat mengenai kemungkinan transponder dalam kokpit pesawat MH370 telah dipadamkan secara sengaja. Transponder memainkan peranan untuk membolehkan pengawal trafik udara mengenal pasti kelajuan dan hala tuju pesawat. Ia disahkan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Hishammuddin Tun Hussein pada sidang akhbar di Hotel Sama-Sama di sini hari ini. Pada sidang akhbar yang sama, Hishammuddin berkata, Malaysia akan terus mengetuai operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang masih hilang sejak Sabtu lalu. - KOSMO!

Gabenor Jakarta dipilih untuk calon Presiden Indonesia
JAKARTA - Parti pembangkang utama Indonesia mempertaruhkan populariti Gabenor Jakarta, Joko Widodo sebagai calon untuk merebut jawatan Presiden hari ini sekali gus meletakkan beliau sebagai pesaing utama dalam pilihan raya yang bakal diadakan pada Julai nanti. Sebuah kaji selidik di sini telah menunjukkan bahawa Joko yang lebih mesra dengan panggilan Jokowi mampu memenangi jawatan presiden itu dengan mudah jika dicalonkan. Joko dianggap sebagai muka baharu berbanding calon lain yang telahpun bertanding beberapa kali sebelum ini malah sejak era demokrasi dan kebanyakannya mempunyai kaitan dengan pihak ketenteraan. Media Indonesia sejak beberapa bulan yang lalu telah memerhatikan setiap langkah dalaman Parti Demokratik Perjuangan (PDI-P) untuk melihat sama ada bekas Presiden dan Pengerusi Parti itu, Megawati Sukarnoputri akan meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada Joko menjawat jawatan tersebut. Anak perempuan kepada Megawati, Puan Maharani, selaku pegawai kanan rasmi PDI-P turut membacakan kenyataan daripada ibunya yang mengatakan bahawa dia menyokong Joko Widodo sebagai calon presiden daripada Parti Demokrasi Perjuangan Indonesia. Joko yang memakai baju flanel dan turut merupakan penggemar band rock termasuk Metallica telah menonjolkan dirinya sebagai pemimpin yang dekat di hati rakyat. Beliau dipercayai memperoleh sokongan pelbagai pihak untuk mencorak tampuk kepimpinan yang baharu. - AFP

Lapan hektar hutan di Pulau Aman terbakar
BATU KAWAN - Kebakaran lebih lapan hektar kawasan hutan di Pulau Aman, di sini belum dapat dipadamkan sepenuhnya berikutan keadaan cuaca yang panas dan kering. Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Azhar Samat berkata, sejak kebakaran pada pukul 3.30 petang semalam, seramai 25 anggota bomba ditugaskan di kawasan itu. "Operasi tertumpu kepada dua bahagian hutan berkenaan dan kami cuba mengawal api bagi mengelak ia merebak ke rumah penduduk. "Sehingga ini usaha memadamkan api telah lebih 24 jam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Masalah muka bumi yang curam, ketiadaan pili bomba dan jalan darat untuk sampai ke pulau itu sehingga anggota-anggota bomba terpaksa mengepam air laut antara faktor mengapa api sukar dipadam dengan cepat. - Bernama

19 orang terbunuh dalam dua serangan bom di Pakistan
PESHAWAR - Seramai 19 orang terbunuh dalam dua serangan bom berasingan yang menyasarkan pasukan keselamatan di Pakistan hari ini. Keganaskan terbaru itu berlaku semasa Pakistan sedang dalam rundingan damai bersama militan Taliban. Serangan berani mati pertama berlaku di pinggir bandar barat laut Peshawar iaitu di kawasan puak tanpa undang-undang yang merupakan syurga bagi pasukan Taliban dan Al-Qeeda manakala serangan bom kedua berlaku di bandar barat daya Quetta. Rundingan itu bertujuan menamatkan pemberontakan selama tujuh tahun yang telah mengorbankan beribu-ribu nyawa. Ia disambung semula pada minggu lepas dengan perunding kerajaan berkata proses itu bersedia untuk berpindah ke fasa baharu. Malangnya, gencatan senjata yang telah diumumkan oleh Taliban Pakistan pada 1 Mac lalu telah dilanggar dengan beberapa episod berdarah, termasuk serangan besar ke atas sebuah kompleks mahkamah di Islamabad yang mengorbankan 11 orang. - AFP

Jepun Tambah Aset Sertai Misi Cari MH370
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Jepun menghantar tambahan aset menyertai misi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. Menurut kenyataan Kedutaan Jepun di sini hari ini, dua kapal peronda P-3C Orion milik tentera laut Jepun akan memulakan operasi mereka seawal esok. Dua aset ini akan menyertai dua pesawat pengangkut C-130 tentera udara Jepun yang dihantar sebelum ini selain pesawat Gulfstream V daripada pasukan pengawal pantai Jepun yang memulakan operasinya hari ini, kata kenyataan itu. Penerbangan MH370 yang dikendalikan oleh Boeing 777-200 hilang secara tiba-tiba kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dalam kejadian awal Sabtu. Penerbangan Kuala Lumpur-Beijing itu membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal. Operasi mencari dan menyelamat membabitkan 13 negara dengan lebih 100 aset udara dan laut sehingga kini gagal mengesan pesawat berkenaan. -- BERNAMA

Lapan Ketua Polis Daerah Di Sabah Dinaikkan Pangkat
KOTA KINABALU, 14 Mac (Bernama) -- Pangkat lapan Ketua Polis Daerah (OCPD) di Sabah dinaikkan kepada Superintenden (Supt) dan Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP). Pangkat bagi Ketua Polis Daerah Lahad Datu dinaikkan daripada Supt kepada ACP manakala pangkat bagi Ketua Polis Daerah Kunak, Kota Marudu, Kota Belud, Semporna, Kudat, Beluran dan Kinabatangan masing-masing dinaikkan daripada Timbalan Penguasa Polis (DSP) kepada Supt. Majlis pemakaian pangkat baharu kepada lapan Ketua Polis Daerah berkenaan berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di Kepayan di sini Jumaat. Ia disempurnakan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib. Ketua Polis Daerah Lahad Datu Shamsudin Mat kini berpangkat ACP daripada Supt manakala M Radzali Mahmud Ketua Polis Daerah Kunak, Mohd Isa Yusof (Kota Marudu), Mohan S/O Nadasen (Kota Belud), Mazlan Mohamed Lazim (Semporna), Dawi Bin Ossen (Kudat), Shivananthan A/L R Velautham (Beluran) dan A Sahak Rahmat (Kinabatangan) kini masing-masing berpangkat Supt daripada DSP. Hamzah berkata ini merupakan sejarah bagi negeri Sabah kerana tidak pernah begitu ramai OCPD dinaikkan pangkat. "Dalam pasukan polis ni, nak naik pangkat kepada Inspektor, Penolong Penguasa Polis (ASP) dan DSP agak sukar. Tapi ini pada saya pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan kita dalam memastikan negeri Sabah ini terus selamat, aman dan stabil," katanya kepada pemberita selepas majlis pemakaian pangkat itu. Hamza berharap dengan pengiktirafan itu, mereka akan terus bermotivasi tinggi dan melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi bagi memastikan Sabah terus aman, damai dan bebas daripada gangguan pihak luar. Pada majlis berkenaan Hamza turut menyerahkan 50 unit kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara kepada 19 Ketua Polis daerah untuk kegunaan rondaan di kawasan masing-masing. -- BERNAMA


Kapal AS Diarah Ke Lautan Hindi Cari MH370
WASHINGTON – Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) hari ini mengarahkan kapalnya menghala ke Lautan Hindi untuk mencari pesawat Malaysia yang hilang. Tumpuan usaha mencari dan menyelamat (SAR) beralih dari Laut China Selatan selepas Rumah Putih berkata mereka memperoleh ‘petunjuk baru’ bahawa MH370 berkemungkinan terbang ke arah barat di Lautan Hindi. “Kapal USS Kidd yang kini di Selat Melaka diarah menghala ke Lautan Hindi,” kata seorang pegawai Tentera Laut AS kepada AFP.


Ibu Bimbang Anak Suka Makan Kain Dan Sofa
LONDON – Seorang ibu kini dalam kebimbangan selepas anaknya yang berusia empat tahun ketagih makan permaidaini dan kain akibat penyakit autism dan Pica. Keadaan itu menyebabkan Charlotte Cook sering menguyah fabrik berkenaan bagi menghilangkan ketagihan. Ia membimbangkan ibunya, Nikki, jika kanak-kanak itu tercekik akibat makan benda berkenaan. “Kebimbangan utama saya ialah dia akan tercekik, sekali gus membunuhnya. “Ia merupakan satu ketagihan. Dia harus melakukannya (makan). Sofa itu berharga £2,700 namun rosak kerana dia menggigit fabrik sofa itu dengan gigi kemudian menelannya. “ Charlotte mula mengunyah sofa dan barang mainannya sejak kecil,’’ katanya. Menurut Nikki, anaknya itu juga peranah cuba makan alat kawalan jauh untuk televisyen dan tempat duduk dalam kereta. Setakat ini doktor masih belum dapat merawat penyakit berkenaan dan ini membimbangkan Nikki kerana mereka sekeluarga tidak mendapat sokongan.


Ibu Lahir Anak Berkepala Dua
INDIA – Seorang wanita terkejut selepas mendapati bayi yang dikandungnya berkepala dua, hanya seminggu sebelum dia bersalin di sebuah hospital di Haryana, pagi semalam. Urmila Sharma, 28, melahirkan bayi berkenaan melalui pembedahan dan bayi yang dikandungnya itu mempunyai dua kepala, dua leher dan dua tulang belakang namun hanya mempunyai satu badan. Dia tidak melakukan imbasan ultra sound sebelum ini kerana tidak mempunyai wang dan terlalu miskin. Bayi yang masih belum diberikan nama itu masih dalam pemerhatian dan di bawah unit rawatan rapi. Doktor bagaimanapun bimbang dengan keadaan bayi itu dan dikatakan mempunyai peluang hidup yang tipis. “Keluarga berkenaan amat tertekan dan kita akan melakukan sebaik mungkin untuk membantu mereka,’’ kata Dr Shikha Malik. Beliau berkata, pembedahan akan dijalankan ke atas bayi berkenaan apabila keadaannya stabil. Urmila dan suaminya, Subhash, 32, mempunyai seorang lagi anak perempuan dan akibat kemiskinan, mereka tidak menyedari mengenai komplikasi berkenaan ketika mengandung.


Henti Pembakaran Terbuka, Bomba Pun Tau Penat!
Masalah jerebu di Malaysia kini memasuki tahap bahaya hinggakan sekolah di Klang, Selangor ditutup pada hari ini. Hal ini kerana bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Klang semalam sudah mencapai tahap sangat tidak sihat iaitu 233. IPU dibaca sebagai baik untuk 0 hingga 50, sederhana (51 hingga 100), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya). IPU dikira berdasarkan lima pencemaran utama udara iaitu sulfur dioksida (SO2), nitrogen oksida (NOx), asap kabut (ground level ozone) (O3), karbon monoksida (CO) dan zarah berdiameter bawah 10 mikrometer (PM10). Sekolah di Klang akan kembali dibuka bergantung kepada bacaan IPU yang lebih baik. Selain Klang, tempat lain yang mencatat paras IPU tidak sihat adalah Banting (189), Kuala Selangor (179), Petaling Jaya (159), Putrajaya (168), Batu Muda, Kuala Lumpur (163) dan Nilai (172). Sebagaimana kata Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail sebelum ini, keadaan jerebu yang kian teruk di Malaysia sebenarnya diburukkan oleh sikap rakyat ini sendiri termasuk melakukan pembakaran terbuka. Malah setakat kelmarin, Che Gayah menyatakan terdapat 600 pembakaran terbuka dikesan berlaku di seluruh negara. Sepatutnya rakyat Malaysia sedar bahawa pembakaran harus dielakkan dalam keadaan cuaca kering sekarang. Sikap buruk begini bukan sahaja menyusahkan satu negara tapi menganiaya jabatan bomba dan penyelamat yang terpaksa bekerja keras memadam kebakaran yang disebabkan oleh kecuaian segelintir kita. Di bawah, SiakapKeli paparkan print screen status Facebook salah seorang anggota bomba yang kepenatan. Tidakkah kita kasihan membaca status tersebut? Justeru, tolonglah jadi seorang rakyat yang lebih ‘bertamadun’ selepas ini untuk kebaikan bersama. Sumber: MALAYSIAN INSIDER / FACEBOOK


Aidil Zafuan Dan Zarema Sah Bergelar Suami-Isteri
TAHNIAH kami ucapkan kepada pemain bola sepak kebangsaan yang juga bekas suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan Razak yang selamat dinikahkan dengan Zarema Zainal, pagi tadi. Memetik Media Hiburan, pengantin lelaki menghadiahkan sembilan dulang hantaran dan dibalas 11 dulang oleh pengantin perempuan. Majlis nikah telah diadakan di kediaman Zarema di Pandamaran, Klang. Ia turut dihadiri oleh keluarga dan sahabat rapat mereka seperti Nora Danish, Nedim, Sharul Shiro dan Safee Sali. Apa pun, semoga ikatan yang baru dibina ini berkekalan hingga ke akhir hayat.


Gambar Majlis Sambutan Hari Jadi Che Ta
Tanggal 9 Mac lalu, pelakon Rozita Che Wan telah genap berusia 41 tahun dan yang lebih menggembirakan hatinya dan suami, Zain Saidin pastinya berita kehamilan Che Ta yang baru diumumkan, baru-baru ini. Walaupun sudah mencecah usia ’4 series’ namun penampilan Che Ta tak ubah seperti anak dara yang masih lagi bergetah dan menawan. Baru-baru ini, Che Ta telah diraikan dalam satu majlis hari jadinya yang turut dihadiri oleh penyanyi Dafi dan Azza Elite. Jom saksikan dulu kemeriahan sambutan birthday isteri kesayangan Zain ini ya!


Kondom
KUALA LUMPUR – Pengeluar kondom tempatan, Karex Bhd, akan membelanjakan kira-kira RM80 juta untuk membina sebuah kilang baharu di Pontian menjelang akhir 2014 sebagai sebahagian daripada rancangan peluasannya. Syarikat itu mempunyai kilang di Pelabuhan Klang dan Hat Yai di Thailand. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Goh Miah Kiat, berkata kilang baharu yang akan dibina di atas tapak seluas 7.28 hektar itu, dijadualkan siap menjelang akhir tahun. Beliau berkata kesedaran yang semakin meningkat tentang pentingnya penggunaan kondom dan penduduk dunia yang semakin bertambah merupakan sebab-sebab utama permintaan meningkat pada masa akan datang. Tahun lepas, sejumlah 22.8 bilion helai kondom dijual, katanya sambil menambah, angka yang membanggakan ini menunjukkan permintaan semakin meningkat. Pada masa ini, kumpulan itu mempunyai kapasiti tergabung untuk mengeluarkanempat bilion helai kondom. “Kami menyasarkan untuk mencapai kapasiti pengeluaran enam bilion helai menjelang akhir 2015,” kata Goh kepada Bernama selepas mesyuarat agung luar biasa syarikat itu. Beliau berkata Karex, yang menguasai 10 peratus agihan pasaran kondom dunia, dijangka mencapai pertumbuhan yang baik tahun ini. Karex Bhd melaporkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM14.94 juta dan pendapatan sebanyak RM82.2 juta dalam suku kedua berakhir 31 Dis, 2013. Prestasi kewangan yang kukuh ini disokong oleh jumlah jualan kondom yang lebih tinggi ekoran siapnya kapasiti yang baru dipasang di kilang-kilang pembuatannya, kata beliau. Goh berkata mengekalkan harga yang berdaya saing bagi kondom akan menjadi cabaran utama yang dihadapi oleh kumpulan itu kerana kos pengeluaran semakin meningkat. Oleh sebab produk Karex dieksport ke lebih 110 negara, kata Goh, kumpulan itu amat ingin memperluaskan pembuatan jenamanya sendiri. Bagi enam bulan berakhir 31 Dis, 2013 itu, Karex mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM27.37 juta daripada RM17.96 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, manakala pendapatannya bertambah kepada RM147.58 juta berbanding RM118.69 juta sebelumnya. – BERNAMA


Nora Nafi Sambut Birthday Di Kelab Haram
Pelakon Nora Danish menafikan khabar angin yang bertiup kencang mengaitkan dirinya sebagai selebriti yang berjaya meloloskan diri daripada operasi serbuan ke atas kelab haram seperti mana yang disiarkan dalam sebuah rancangan bercorak kepolisan, 999. Namun, Nora segera menyanggah tuduhan tersebut apabila dengan mengatakan dia menyambut hari jadinya di sebuah restoran yang kebetulan berada dalam satu bangunan dengan kelab yang beroperasi tanpa permit itu. Kesian Nora, tak pasal-pasal namanya pula dikaitkan dengan isu yang tak sepatutnya. Apa pun jom dengar dulu penjelasan daripada aktress comel ini mengenai tuduhan ‘panas’ yang dilemparkan terhadapnya itu.


MH370: Bagaimana Transponder MH370 Hilang Hubungan Dengan Radar Bumi?
Transponder adalah alat pada radar atau satelit yang menerima isyarat dan memancarkannya semula pada frekuensi yang berbeza. Alat ini memberitahu posisi dan lokasi kapal terbang kepada radar di daratan.
Ia juga boleh digunakan oleh kapten untuk menghantar kod kecemasan andai berlaku rampasan atau apa-apa kejadian lain.
Bagimana Transponder Sebuah Pesawat Mungkin Terpadam?
1) Berlaku kecelekaan di udara seperti pertembungan atau letupan yang memusnahkan kapal tersebut.
2) Kegagalan elektrikal sepenuhnya dalam kapal.
3) Kegagalan peralatan (equipment malfuntion).
4) Juruterbang atau sesiapa yang lain sengaja mematikan suiz transponder atau meletekannnya dalam mode siap sedia menjadikan kapal itu tidak lagi berkomunikasi dengan radar di daratan.


Penyiasat AS Tetap Kata MH370 Terbang Lagi 4 Jam Selepas Hilang Dari Radar Awam
Walaupun dinafikan oleh kerajaan Malaysia, namun penyiasat Amerika Syarikat (AS) masih kekal dengan pandangan bahawa MH370 mungkin telah terbang sehingga 4 jam lagi selepas hubungan dengan menara kawalan dipercayai sengaja diputuskan pukul 1.30 pagi, Sabtu lalu. Menurut pakar berkenaan, laporan media sebelum ini bahawa maklumat dihantar oleh enjin Boeing memang tidak tepat tetapi sebenarnya ia merujuk kepada analisa isyarat komunikasi satelit berkaitan status sesetengah sistem dalam penerbangan yang dihantar Boeing 777 secara otomatik ke daratan. Menurut pakar berkenaan, hampir 4 jam selepas MH370 hilang dari radar awam, saluran komunikasi dalam kapal terus berhubung dengan satelit dalam mode ‘stand by’. Komunikasi tahap itu menurut pakar berkenaan tidak menghantar sebarang data tetapi memperlihatkan kapal terbabit sebagai tidak terhempas dan masih beroperasi. Merumuskan perkara itu, pakar berkenaan berkata, selepas hilang dari radar awam, sistem komunikasi kapal berkenaan masih berhubung dengan satelit cuma ia tidak menghantar apa-apa maklumat atau data. Andai kapal berkenaan meletup atau musnah di udara, maka tidak akan ada apa-apa langsung perhubungan antara sistem dalam kapal dengan satelit. “Perumpamaannya di sini ialah kapal itu berkata, saya masih di sini dan saya bersedia untuk menghantar data,” katanya seperti yang dilaporkan Asia Wall Street Journal. Pemangku Menteri Pengangkutan dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam menyangkal dakwaan media asing bahawa pesawat MH370 yang masih hilang, telah terbang untuk beberapa jam selepas lenyap daripada radar pada awal pagi 8 Mac, yang menyarankan kemungkinan adanya cubaan rampasan. Beliau berkata transmisi terakhir daripada pesawat itu adalah pada 1.07 pagi dan ia menunjukkan bahawa semuanya normal. Hishammuddin berkata berikutan laporan mengenai dakwaan itu, MAS telah bertanya kepada Rolls Royce dan Boeing Company secara khusus mengenai penghantaran data, dan syarikat berkenaan menyatakan laporan itu adalah tidak tepat. Menurut analisa pakar, jika kapal berkenaan terus terbang selama 4 jam lagi setelah hilang dari radar, maka pesawat berkenaan telah mengembara 2,200 Batu Nautika Atau 4,048 kilometer (KM) dari lokasi ia hilang. Ia boleh meliputi antara kawasan seperti Papua New Guinea, Irian Jaya, Utara Australia, Burma, India, Pakistan, Laos dan lain-lain lagi. Pegawai mencegah keganasan Amerika Syarikat sedang memeriksa sama ada MH370 “secara sengaja mengubah haluan” daripada laluan yang dirancang dengan “hasrat untuk menggunakannya kemudian bagi tujuan lain.”


Pesawat US Airways Tergelincir
Jika diperkatakan tentang kemajuan, maka secara automatik, seluruh manusia di bumi ini akan merujuk kepada Amerika. Segala penciptaan baru, penemuan baru, peralatan canggih mahupun senjata pembunuh terhebat, semuanya pasti dikaitkan dengan Amerika. Biarpun Jerman, Rusia atau Perancis serta Korea dan China turut terkenal dengan berbagai aset hebat, namun Amerika telah menjadi ‘simbol’ kemajuan dan terpahat sebagai tamadun tertinggi di zaman ini. Amerika menjadi kuasa terbesar dunia bukan kerana ia menguasai teknologi tetapi kerana ia turut menguasai media dan juga maklumat. Sesuatu negara atau bangsa itu tidak menjadi kuasa terbesar dunia melalui beberapa siri ‘kebetulan’ atau tidak sengaja. Penguasaan Amerika ke atas dunia merupakan satu perancangan yang teliti melangkaui abad dan generasi. Setiap generasi akur mewarisi cita-cita yang sama dan meneruskan usaha untuk mencapai matlamat tersebut. Mereka belajar dari setiap kesilapan dan setiap kali juga akan bangun dengan lebih kuat lagi sehinggalah pada hari ini di mana semua negara perlu tunduk kepada mereka atau menghadapi akibatnya. Hanya kerana akal sebahagian dari kita tidak mampu mencerna konspirasi Amerika untuk menguasai dunia, maka ia tidak bermakna ia mustahil. Amerika berjaya menakluk dunia kerana ia sentiasa percaya bahawa tiada apa yang mustahil. Oleh itu, dengan segala kehebatan yang dimiliki oleh Amerika dan kepantasan negara itu bertindak dalam kehilangan MH370, kita hairan kenapa pesawat itu masih belum ditemui. Bukan saja tidak ditemui tetapi satu petunjuk pun tidak ada. Boeing 777 adalah pesawat buatan Amerika. Ia merupakan antara pesawat paling canggih dan paling selamat di dunia. Maka, jika ada yang mampu ‘menghilangkannya dengan begitu misteri’, ia pastilah pihak Amerika juga. Namun, tentu sekali ini tidak dapat dibuktikan dan kekal menjadi spekulasi. Apa yang bukan spekulasi di sini ialah keupayaan aset Amerika dalam mengesan pesawat tersebut. Kita sedia maklum akan kewujudan Satelit Reconnaisance Amerika yang mampu mengesan lokasi mahupun letupan di udara. Pusat kawalan satelit ini dikatakan mampu menjejak peluru berpandu, sekiranya ia dilancarkan ke udara dan ke arah pesawat. Satelit dengan teknologi infra-red tersebut pernah mengesan letupan ke atas TWA Flight 800 pada tahun 1996 di Lautan Atlantik sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang JFK. Selain itu, USS 7th Fleet Navy yang dilengkapi radar paling canggih juga digunakan untuk operasi mencari dan menyelamat MH370. Tidak cukup dengan itu, tenaga kepakaran Amerika termasuk dari tentera, FBI, CIA juga dibawakan ke Malaysia untuk misi ini. Pendek kata, habis segala kecanggihan dan kepakaran di dunia telah digunakan dalam usaha mencari pesawat malang ini. Habis segala teori meletup di udara, tenggelam di laut atau jatuh di daratan telah diterokai. Namun, ia masih lagi tidak ditemui. Satu-satunya satellit yang dapat ‘mengesan’ sesuatu yang disyaki sebagai pesawat yang hilang itu ialah satellite milik China. Malangnya, objek yang dikesan di Laut China Selatan itu, bagaimanapun, disahkan sebagai bukan pesawat yang dicari. Yang menjadi persoalan ialah kenapa satellite Amerika tidak mengesan objek tersebut terlebih dahulu dari China? Apakah aset dan kepakaran Amerika tidak sehebat yang disangka? Atau apakah ini satu ujian ke atas Malaysia dalam usaha untuk memberi tekanan ke atas sesuatu isu lain? Apakah ia hanya ‘umpan’ untuk mengkaji kekuatan lawan mereka di rantau ini, iaitu China? Amerika kemudian memberi komitmen untuk terus berada di sini tanpa tempoh tertentu yang ditetapkan bagi meneruskan pencarian. Mungkinkah kegagalan menemui pesawat tersebut hanyalah alasan untuk berada di rantau ini selama mungkin sehingga apa jua ‘operasi sulit’ mereka selesai? Dalam keadaan di mana kepakaran dan aset Amerika yang mampu mengesan apa saja berada di dalam negara ini, di seluruh pelusuk penjuru perairan dan juga udara, maka pasti mudah sahaja untuk mereka mengatur apa saja. Media barat telah mula mempersoalkan Malaysia dari segi kredibiliti kepimpinan dan juga keselamatan. Aspek keganasan nampaknya terus sengaja digembar-gemburkan. Rata-rata media barat cuba menggambarkan Malaysia sebagai lemah dan tidak berdaya. Melihat dari modus operandi Amerika dalam menguasai negara lain seperti di Timur Tengah, kita bimbang sekiranya kehilangan MH370 ini hanyalah permulaan kepada bencana yang lebih besar. Teorinya ialah, buktikan dahulu kepada dunia bahawa sistem keselamatan Malaysia tersangat lemah dan kredibiliti pemimpin Malaysia tersangat buruk sebagai justifikasi awal keganasan yang bakal berlaku dalam negara ini sedikit masa lagi. Jika teori ini benar, maka satu persoalan yang mungkin kejam namun perlu diambilkira oleh kepimpinan ialah: Apakah berbaloi kita memberi sepenuh ruang dan kepercayaan kepada Amerika serta memperjudikan kedaulatan negara dan nasib seluruh rakyat jelata…untuk MH370?


Pesawat US Airways Tergelincir
PHILADELPHIA – Lebih 150 penumpang dipindahkan dari pesawat US Airways selepas bahagian depan kapal terbang itu tergelincir di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Philadelphia. Kejadian berlaku ketika pesawat Airbus 320 itu hendak berlepas menuju Ford Lauderdale, Florida. Ia membawa 149 penumpang bersama lima anak kapal. Susulan itu, semua penumpang dipindahkan ke terminal dan penerbangan mereka dijadualkan semula. Tiga daripada empat landasan lapangan terbang itu dibuka semula selepas beberapa jam kemalangan berlaku. Seorang penumpanng memaklumkan angin bertiup dengan kuat sebelum pesawat itu secara tiba-tiba terhempas di atas landasan. – ABNXCESS.COM

 
 
 
 
 

Bomoh Sewel Ibrahim Mat Zin Nak Tampar KJ Macam Buaya
Ramai berasa kurang senang dengan tindakan Bomoh VIP atau Ibrahim Mat Zin yang melakukan ritual pelik di KLIA tempoh hari kerana ia dianggap memalukan negara. Salah seorangnya adalah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) yang meluahkan perasaan tersebut menerusi Twitter. Rupa-rupanya, tindakan KJ ini telah mendatangkan kemarahan Ibrahim apabila mengetahuinya. Justeru, Ibrahim memberi amaran mahu mengambil tindakan terhadap KJ termasuk menyaman sebanyak RM100 juta dan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memprotes tentang pemilihan KJ sebagai menteri. Menyifatkan KJ sebagai budak baru yang mencari publisiti menggunakan namanya, Ibrahim turut mencabar KJ agar meletak jawatan sebagai menteri dan berlawan dengannya. “Saya tampar dia macam buaya baru tahu. Dia cakap kurang asam, biadap,” tutur Ibrahim dalam satu rakaman video yang dimuatnaik di YouTube sejak semalam. Menurut Ibrahim, dia tidak takutkan KJ malah sudah berpengalaman menentang lima menteri sebelum ini. Dalam pada itu, tinjauan Mynewshub di Twitter KJ mendapati cabaran Ibrahim ini disambut Ahli Parlimen Rembau tersebut secara sinikal. Buktinya, KJ memuatnaik link video yang memaparkan cabaran Ibrahim untuk menampar dirinya dengan ucapan “Video Raja Bomoh Tampar VIP. Enjoy” dan “Raja Bomoh VIP nak tampar saya cam kokedai”.



Bomoh VIP Elak Temubual, Sibuk Program Di Kajang Katanya
BOMOH VIP Ibrahim Mat Zin hari ini mengelak daripada ditemubual pihak media dengan alasan sibuk menghadiri program di Kajang. Kalau di Kajang tu, pastinya program berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang yang dijadualkan pada 23 Mac nanti. PRK itu mensajikan pertemuan dua penjuru antara Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun. Wartawan Mynewshub.my pada mulanya ingin bertemu Ibrahim di sebuah restoran di bandar Kajang kerana katanya beliau berada di sana. Setibanya kami di sana, beliau memaklumkan melalu telefon bahawa lokasi dia berada sudah bertukar. Menurut Ibrahim lagi, minggu ini dia akan sibuk menghadiri beberapa program di Kajang. “Saya sudah bergerak, tetapi masih di Kajang.. Saya sibuk lah hari ini, banyak program kena hadiri. “Saya sibuklah dalam minggu ini, hadir banyak program, tak perlu jumpalah,” katanya ketika dihubungi wartawan Mynewshub.my Cubaan seterusnya untuk menghubungi beliau kerana beliau enggan mengangkat telefon dan memutuskan deringan. Sibuk sungguh Raja Bomoh di Kajang, dalam pada menerima kritikan kerana majlis yang dilakukannya menyalahi syariat Islam, banyak juga ye menerima program untuk dihadiri di Kajang. Soalnya, pihak mana? atau dia sendiri mereka-reka cerita? Berikut, penulis sertakan video parodi dihasilkan pengguna internet tentang apabila bintang filem seni mempertahankan diri Chuck Norris menonton televisyen berkaitan Ibrahim.

No comments:

Post a Comment