Monday, March 31, 2014

Berita Terkini 31 Mac 2014


MH370: Apa Masalah CNN Dengan Malaysia? bengung diorang ni, nak untung jer...
SEJAK kehilangan pesawat MH370 dilaporkan pada 8 Mac lalu, media barat antara yang berlumba-lumba menyiarkan pelbagai laporan berkaitan dengan insiden itu. Malangnya, kebanyakan laporan mereka cenderung untuk memberikan imej buruk bukan sahaja terhadap negara kita, malah mengaitkannya dengan agama Islam yang disifatkan mereka sebagai pengganas. Cable News Network (CNN) adalah antara saluran yang begitu ghairah memainkan pelbagai isu termasuklah kemarahan keluarga penumpang China dengan menekankan Malaysia sebagai negara ‘pembohong’ dan tidak telus dalam menyampaikan maklumat.


Sikap berat sebelah media barat itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat di negara ini termasuklah Presiden Pusat Kesedaran Politik Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan yang menulis luahannya menerusi portal Mole.my.

Katanya: “Semasa krisis MH370, semua orang dahagakan maklumat. Bagaimanapun, berita CNN menyampaikan maklumat yang berat sebelah mengenai MH370 secara berterusan atas nama ‘laporan berita’. Bukan sahaja ia memburukkan lagi masalah yang sedia ada, tetapi ia juga menyebabkan orang ramai ‘menentang’ Malaysia yang pada masa ini sedang berusaha melakukan yang terbaik untuk mengesan pesawat itu dengan kerjasama 26 negara lain. “Jelas sekali, CNN mempunyai agenda tersembunyi dengan mencemuh Malaysia menerusi artikel dan rencana yang berat sebelah.” Menurut Huan lagi, dalam dunia CNN, misi mereka dalam mengejar rating telah mengenepikan laporan berdasarkan fakta.

Lebih melucukan, penyampai berita saluran itu hanya menggunakan pesawat mainan untuk menggambarkan bahagian tertentu pada pesawat sambil mengeluarkan teori-teori mereka. Itu belum lagi ditambah dengan penerangan menerusi gambaran grafik ‘murah’ bagi merendah-rendahkan lagi Malaysia di mata dunia. “Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, rating CNN telah menurun berbanding Fox News sehinggalah berlakunya kejadian MH370. Jelas sekali dunia sangat berminat dengan misteri ini. CNN melihat berita kehilangan pesawat ini sebagai ‘lombong emas’ sekaligus memanipulasikannya ke tahap maksimum. “Secara mudahnya, motivasi CNN ialah tentang keuntungan menerusi rating yang tinggi. Namun, siapa yang terpaksa ‘membayar harga’ atas laporan yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab mereka? “Sudah tentu Malaysia! Simpatilah sikit! Fikirlah apa yang dilalui oleh semua orang,” kata Huan. Beliau pada masa yang sama turut membidas wartawan penyiaran yang tidak bersungguh-sungguh melakukan penyelidikan sehingga merujuk Kuala Lumpur sebagai salah satu bahagian di Indonesia.

“Baru-baru ini, CNN menemubual Anwar Ibrahim bagi mengetahui pandangannya mengenai MH370. Walhal, mereka sebenarnya boleh menemubual Perdana Menteri atau Pemangku Menteri Pengangkutan yang boleh memberikan jawapan yang lebih jelas mengenai perkara itu!

“CNN jelas tidak mempunyai akar berita lagi. Keutamaannya lebih kepada rating dan keuntungan serta menyokong apa sahaja agenda politik tersembunyi, sekaligus membutakan penerbitnya daripada mematuhi prinsip-prinsip kewartawanan dan tanggungjawab asas dalam melaporkan kebenaran dan tanggungjawab. “Jangan pilih Malaysia walau apa pun motif anda! Jika mahu menulis mengenai negara ini, lakukannya dengan betul!” tegas Huan. Pada masa yang sama, tulisan Huan ini sebenarnya perlu difikirkan juga oleh segelintir rakyat Malaysia yang kerap berkongsi artikel CNN atau media barat yang lain di laman sosial mereka. Sebaiknya, jangan membuta-tuli menyebarkan maklumat yang dirasakan sensasi kerana ia secara tidak langsung menambahkan lagi ‘kepedihan’ dan tekanan yang dialami oleh ahli keluarga penumpang MH370.

 

MH370: Rupanya Di China Lagi Banyak Nahas Melibatkan Pesawat, Nyawa
MEDIA asing khususnya CNN melaporkan kebanyakan ahli keluarga penumpang warga China yang marah serta melabelkan Malaysia sebagai pembunuh kerana kehilangan ahli keluarga mereka yang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. Pesawat itu hilang sejak 8 Mac lepas ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing. Kemarahan itu dilihat terlalu meluap-luap sehingga terjadinya beberapa insiden antaranya ialah protes di hadapan Bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Beijing, China baru-baru ini. Selain itu wakil peringkat tertinggi Malaysia ke Beijing juga dilihat menerima cemuhan dan provokasi dari ahli keluarga di China yang tidak berpuas hati dengan cara Malaysia mengendalikan krisis MH370. Mereka mendakwa Malaysia lemah dalam menguruskan insiden MH370 dan menyembunyikan banyak maklumat berkaitan pesawat berkenaan. Penulis membuat analisis berkaitan statistik nahas pesawat yang berkaitan pesawat dari China dan hasil pemeriksaan mendapati nahas melibatkan pesawat negara itu lebih banyak. Syarikat penerbangan dari China telah terlibat dalam berpuluh-puluh nahas sebelum ini tetapi tidaklah banyak sangat kritikan diterima dari kerajaan China kerana jumlah kematian yang agak tinggi. Malaysia Airlines (MAS) jika mengambil kira nahas berskala besar hanyalah dua iaitu sebelum di Tanjung Kupang pada tahun 1977 yang terhempas akibat dirampas. Kemungkinan tuduhan yang dilemparkan kepada kerajaan Malaysia dan MAS adalah kerana disebabkan lokasi pesawat yang masih belum ditemui dan juga pelbagai teori provokasi yang direka media asing sehingga mengakibatkan hati ahli keluarga keliru. Nahas udara terbaru membabitkan syarikat penerbangan di China ialah pada 24 Ogos 2010, pesawat Henan Airlines melibatkan jenis pesawat ERJ-190 yang terhempas di Yichun City, wilayah Heilongjiang. Seramai 44 orang penumpang terbunuh manakala 52 orang cedera dalam kejadian itu. Nahas pertama direkodkan ialah dari pesawat milik Penerbangan Awam China pada 26 April 1982 terhempas di Yangshuo, wilayah autonomi Guangxi Zhuang. Ia melibatkan pesawat jenis Trident 2E yang meragut nyawa 112 orang. Daripada tahun 1982 hingga nahas terakhir pada 2010 itu, sebanyak 21 nahas pesawat melibatkan pesawat China di beberapa lokasi dengan tiada satu pun nahas yang tidak melibatkan kematian. Kita berharap selepas penemuan serpihan pesawat MH370 yang diyakini ramai akan ditemui cuma masa menentukannya, emosi para ahli keluarga China akan kembali reda sebaik bukti yang didesak dari Malaysia ditemui kelak.


MH370: Kritikan Terhadap Malaysia Tidak Adil – Menteri Luar Singapura
SINGAPURA – Pemerintah Singapura semalam mempertahankan cara kerajaan Malaysia mengendalikan misi pencarian sebuah pesawat Penerbangan Malaysia yang hilang sejak 8 Mac lalu. Menteri Luar Singapura, K. Shanmugam turut menyatakan, jiran-jiran Malaysia melakukan apa yang terdaya untuk membantu mencari pesawat MH370 itu selepas ia dilaporkan hilang. Namun, katanya, kebanyakan negara-negara jiran Malaysia itu mengalami kekurangan sumber untuk melakukan misi pencarian pada skala besar-besaran. “Saya berpendapat, sebahagian kritikan itu (ke atas Malaysia) adalah tidak adil,” katanya. Terdapat kritikan yang dilemparkan sebelum ini oleh beberapa pihak yang mendakwa, kerajaan Malaysia melengah-lengahkan usaha mencari pesawat berkenaan. – Agensi


Objek Ditemui Selepas Pencarian MH370 Berpindah Ke Utara
Pencarian udara dan laut ke atas pesawat MH370 yang hilang berpindah ke 1,100km ke utara semalam apabila pihak berkuasa Australia menyusun semula operasi pencarian selepas menerima maklumat dari Malaysia yang mencadangkan pesawat itu mungkin kebahibsan minyak lebih awal berbanding jangkaan awal mereka. Perubahan dramatik kawasan carian itu, bergerak lebih jauh dari jarak antara London dan Berlin, berikutan analisis radar dan data satelit menunjukkan pesawat yang hilang itu bergerak lebih pantas daripada kiraan sebelum ini, dan akan menghabiskan minyak lebih cepat. Australia berkata semalam, lima kapal terbang menemui “beberapa objek dalam pelbagai warna” di kawasan carian baru itu. “Imej objek itu dicerap, diambil gambar dan akan dikaji secepat mungkin,” kata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (Amsa) dalam kenyataannya. “Objek tidak boleh disahkan atau dianggap bukan daripada MH370 sehingga ia dikenal pasti tempatnya dan diambil oleh kapal laut.” Apa yang berlaku ini membingung dan mengecewakan pencarian selepas tiga minggu hilangnya pesawat Malaysia Airlines MH370, yang hilang daripada skrin radar awam kurang sejam selepas ia berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing. Malaysia berkata, pesawat itu mungkin dilencongkan secara sengaja tetapi penyiasat tidak menemui sebarang motif jelas atau keraguan di kalangan 227 penumpang atau 12 anak-anak kapalnya. Pegawai Malaysia berkata, kawasan carian baru adalah hasil daripada analisis teliti data radar tentera Malaysia dan bacaan satelit syarikat British Inmarsat yang dijalankan oleh Amerika, Cina, British dan Malaysia. Mereka berkata, analisis prestasi enjin oleh pengeluar pesawat Boeing membantu penyiasat menentukan berapa lama pesawat itu boleh terbang sebelum ia kehabisan bahan aObjek terapung di air kelihatan pada skrin komputer pesawat Tentera Udara Diraja New Zealand yang mencari MH370 di zon barat Perth, Australia, Lautan Hindi semalam. “Maklumat yang diperiksa oleh siasatan diperiksa semula berdasarkan bukti baru diambil daripada analisis data Inmarsat,” kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang akhbar. Untuk lebih daripada seminggu, kapal dan pesawat pengawasan menjelajah 2,500 km laut dari Perth, di mana imej-imej satelit menunjukkan serpihan mungkin dari MH370, yang hilang pada 8 Mac. Sepuluh pesawat mencari semalam serta-merta dibawa ke kawasan baru 319,000 km persegi kira-kira 1,850 km dari Perth. Pertubuhan kajian kajibumi Australia juga mengarahkan satelit mereka ke sana, kata Amsa. Satu armada kapal Australia dan China akan mengambil masa yang lama untuk beralih ke utara, bagaimanapun kapal tentera laut Australia HMAS Success dijangka tiba pagi ini. Kawasan carian baru lebih besar, tetapi lebih dekat ke Perth, membolehkan pesawat untuk menghabiskan lebih lama di kawasan carian dengan memendekkan masa perjalanan. Ia juga adalah jauh lebih baik daripada segi cuaca kerana ia keluar dari kawasan laut dalam yang dikenali sebagai 40 Gelora untuk laut besar dan angin ribut yang kuat. “Saya tidak pasti kita akan mendapat cuaca terbaik di sana, tetapi nampaknya ia lebih baik daripada sebelum ini,” kata Pengurus Besar Amsa, John Young dan menambah kawasan pencarian terdahulu ditinggalkan. “Kita berpindah ke kawasan yang mendapat petunjuk terbaharu,” katanya. Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) sebelum ini berkata perpindahan itu berdasarkan analisis data radar di antara Laut China Selatan dan Selat Melaka. Pada masa itu, Boeing 777-200ER (9M-MRO) membuat lencongan radikal ke barat dari laluan asalnya. Ketua Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, semalam berkata beliau belum di peringkat boleh mendedahkan laluan sebenar yang diambil pesawat itu. Pegawai yang rapat dengan siasata itu berkata minggu lalu pesawat itu mungkin melalui dekat dengan Port Blair, ibu kota Andaman di India dan Pulau Nicobar, 885km lebih jauh ke barat laut daripada kedudukan terakhir radar tentera mengesannya. Perpindahan kawasan itu kurang sehari selepas laporan terkini mengenai objek kemungkinan bangkai pesawat dilihat, dicerap oleh satelit Thailand dan Jepun dalam anggaran kasar hampir sama dengan kawasan lautan dengan imej terdahulu yang dilaporkan Perancis, Australia dan China. Imej menunjukkan kemungkinan serpihan, termasuk objek sebesar 24 meter, dalam kawasan pencarian asal di selatan Lautan Hindi. Beberapa serpihan turut dilihat dari pesawat pencari, tetapi tidak ada satu pun dapat diambil atau disahkan sebagai bangkai pesawat MH370. Hishammuddin berkata, kemungkinan objek berkenaan adalah serpihak daripada pesawat, kerana kini bangkainya mungkin sudah dibawa beratus kilometer dari kawasan terhempas. “Kerana dihanyutkan laut, kawasan pencarian baru ini mungkin masih konsisten dengan beberapa objek yang dikenal pasti oleh beberapa imej satelit daripada minggu terdahulu,” katanya. Tentera Laut Amerika Syarikat semalam berkata, ia menghantar P8_Poseidon kedua, pesawat pengawasan maritim yang termaju, untuk membantu operasi mencari. – Reuters


Potong Tangan Sendiri, Hilangkan Kesakitan
DEVON, ENGLAND – Seorang lelaki yang pernah terbabit dalam kemalangan motosikal memotong pergelangan tangannya yang tercedera akibat kejadian itu menggunakan gilotin buatan sendiri dengan harapan dapat menghilangkan kesakitan yang ditanggung sejak 16 tahun lalu. Mark Goddard, 44, melakukan perkara itu kerana Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan England (NHS) enggan melakukannya. Dia yang terdesak turut membakar pergelangan tangan itu supaya doktor tidak boleh menyambungnya semula. Bapa seorang anak itu mengambil masa dua minggu untuk menyiapkan pemotong buatan sendiri berkenaan menggunakan kapak, beberapa spring dan pintu pagar lama. Malangnya, ‘pembedahan’ yang dilakukannya tanpa bius itu gagal menghilangkan kesakitan yang ditanggungnya sejak berusia 28 tahun. Goddard yang berasal dari Newton Abbot itu kini memberitahu hospital tempatan jika mereka enggan memotong lengannya sebelum Disember nanti, dia akan melakukannya sendiri. Dia mula mengalami kesakitan itu selepas terbabit dalam kemalangan motosikal pada 1998 yang menyebabkan saraf tangannya rosak. Namun doktor enggan melakukan pembedahan seperti dimintanya kerana menyifatkan tangannya berkeadaan baik. “Saya sepatutnya tidak bertindak melampau untuk mengakhiri kesakitan ini. Masih ada alternatif lain iaitu melakukannya di hospital, tetapi tiada sesiapa sudi membantu saya. Jadi saya lakukannya sendiri. “Saya memotong pergelangan tangan saya kerana pihak hospital memberitahu mereka tidak boleh memotong tangan saya disebabkan kerana ia dalam keadaan baik. Kini mereka tiada sebab untuk tidak menjalankan pembedahan ini,” katanya. Isterinya sangat terkejut melihat kejadian itu ketika pulang ke rumah 10 minit kemudian dan mendapati suaminya sedang membakar bahagian yang sudah dipotong itu. Dia segera menghubungi paramedik dan ketika mereka sampai bersama polis, pergelangan tangan suaminya tidak dapat diselamatkan lagi. – Agensi


MH370: Antara Cemuhan Dan Kos SAR
Hishammuddin berkata setakat ini semua 26 negara yang terlibat dalam operasi SAR itu menawarkan bantuan secara percuma dan tiada sebarang isu berkaitan kewangan dibangkitkan setakat ini. “Dalam hal ini berapa banyak duit pun tidak menjadi pertimbangan kerana apa makna wang Ringgit jika kita sendiri tak tahu apa berlaku kepada MH370 yang boleh jadi tanda tanya kepada setiap orang yang naik kapal terbang sekarang,” katanya. Mengenai cemuhan yang dilontar pihak tertentu terhadap cara Malaysia menyelesaikan kehilangan pesawat MH370, Hishamuddin menegaskan perkara sedemikian tidak wajar berlaku kerana operasi SAR melibatkan 26 negara lain yang mana ada antaranya mempunyai peralatan serta teknologi yang canggih dan moden. “Kita tak dicemuh begitu teruk kerana mereka (yang terlibat) pun tidak ada jawapan. Orang lain hebat kenapa mereka tak jawab? Yang cari di Lautan Hindi aset kita kah? “Ada imej di Laut China Selatan dari cerapan satelit China. Kita kembali dan ulangi pencarian yang telah kita lalui dan umumkan (hasil) negatif,” jelasnya.


MH370: Maklumat Apa Yang Saya Sorok?
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sekali lagi menegaskan Malaysia tidak pernah menyorokkan apa-apa maklumat mengenai MH370 dan berkata negara telah bersikap terbuka khususnya melibatkan perkongsian data tentera. “Jika anda kata saya sembunyikan maklumat, maklumat apa yang saya sembunyikan? Jika pada akhirnya, ada sesuatu mengenai juruterbang atau keganasan. Apa kata bila kami jumpa kotak hitam baru kami dapati ia merupakan rancangan keganasan?vju7yo Pada masa itu kami akan dikatakan tidak bertanggungjawab dengan menyatakan sesuatu sekarang tanpa disahkan,” katanya. Mengenai spekulasi MH370 telah mendarat di pangkalan tentera Amerika Syarikat Diego Garcia di Lautan Hindi, Hishammuddin positif negara itu tidak terlibat berdasarkan banyak aset mereka yang telah dikerahkan untuk operasi SAR termasuklah pengesan kotak hitam. Hishammuddin berkata, jika benar wujud konspirasi sedemikian, tidak mungkin Amerika mahu membelanjakan berjuta-juta Dolar dan menggerakkan pelbagai aset sejak pencarian dilakukan di Laut China Selatan. “Saya tidak tahu, kita boleh semak. Mungkin kalau saya cakap orang takkan percaya. Mungkin kita boleh dapat pengesahan dari tuan punya badan sendiri,” katanya. Ditanya cabaran terbesar sepanjang tiga minggu ini, Hishammuddin berkata: “Apabila hendak mengalih tumpuan kepada koridor utara dan koridor selatan.” Katanya selain cabaran diplomatik untuk mendapatkan kerjasama dengan negara-negara besar seperti Kazakhstan, China dan India, beliau juga khuatir melihatkan keadaan muka bumi di koridor selatan. “Bila perdana menteri terpaksa umumkan bahawa kali terakhir pesawat itu berada di koridor selatan, saya cukup bimbang sebab tak ada tempat nak mendarat, tak ada tanah yang luas… yang boleh kita harap radar utama dan sekunder. “Kita terpaksa harap satelit, itu belum lagi kita atur kedudukan aset. Bila dah atur kedudukan aset tengok cuaca, laut bergelora, kalau lepas ini nak turun bawah tengok teknologi lain pula. Dalam hati itu susah nak diterima,” katanya. Hishammuddin dalam sidang media lebih sejam itu menarik perhatian apabila berkata kehilangan pesawat MH370 berjaya “mematahkan” ‘silo’ yang wujud antara beberapa pihak berkuasa di Malaysia seperti Jabatan Penerbangan Awam dan TUDM, namun ia juga berlaku di peringkat antarabangsa. “Tengok dalam agensi-agensi antarabangsa dalam konteks NTSB di Amerika Syarikat (Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan), AAIB di Britain (Cawangan Siasatan Kemalangan Udara) dan CAAC di China (Pentadbiran Penerbangan Awam China)… kalau tak kerana MH370 mereka tidak akan duduk bincang sebegitu rupa,” katanya. Menurut Hishammuddin, keadaan yang dianggap luar biasa itu bukan mudah untuk dilihat, namun berlaku ketika traged kehilangan MH370 berikutan sikap serta dasar Malaysia yang sentiasa berbaik-baik dengan semua negara. “Malaysia ramai kawan tak ada musuh dengan sesiapa. Maka ramai yang tampil untuk bantu dalam menghadapi tragedi ini, katanya.


RTM Mohon Maaf Atas Kesilapan Penyiaran Mengenai MH370
Kecoh semalam apabila siaran TV2 memaparkan berita terkini yang amat menggemparkan penonton yang melihatnya. Pada pukul 12.05 a.m ketika tayangan Telemovie bersiaran, TV2 telah memaparkan apa yang dikenali sebagai “rerayap” mengenai insiden MH370 dengan mesej “PESAWAT MH370 SAH DIRAMPAS”. Walaupun tidak ramai yang menyedari perkara itu, sekeping gambar “Screen Capture” yang dimuatnaik ke dalam media sosial telah menjadi viral dan rata-rata terkejut dengan pengumuman itu. Namun, baru sahaja beberapa jam lalu pihak RTM melalui Facebook Rasmi TV2 memohon maaf terhadap kesilapan siaran itu. Mereka juga turut mengatakan satu siasatan dalaman sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca kecuaian yang berlaku. Semoga pihak RTM lebih berhati-hati berikutan perkara ini amat sensitif dan ditakuti kesilapan dan kecuaian seperti itu akan diambil dan dipergunakan oleh Media Antarabangsa untuk menimbulkan persepsi negatif kepada negara kita.


Apa Motif Israel Miliki Pesawat Serupa MH370 Ini?
Selain teori konspirasi melibatkan Amerika Syarikat, satu lagi pihak yang amat hangat diperkatakan sebagai ‘dalang sebenar’ di sebalik kehilangan MH370 adalah puak Yahudi atau Israel. Teori ini dibawakan seorang wartawan Amerika Syarikat yang menulis buku berjudul Solving 9-11: The Deception that Changed the World, Christopher Bollyn. Untuk rekod, Bollyn yang turut membantu Profesor Steven E. Jones dalam menganalis serangan 9-11 telah muncul dengan bukti-bukti yang mengaitkan Israel dalam serangan ini namun mereka berdua telah ‘mendapat susah’ termasuk diserang dan dipenjara. Meskipun penglibatan Israel tidak dapat dibuktikan, namun ada alibi tertentu yang membuatkan teori ini turut kencang diperkatakan. Selain Kedutaan Israel didakwa ‘cuti tanpa sebab kukuh’ pada hari kejadian (sama seperti yang berlaku pada hari serangan di Twin Tower, Amerika Syarikat pada 9 November 2001) terdapat bukti lain yang lebih membuka mata. Ia adalah tindakan Israel membeli dan memiliki sebuah pesawat Boeing 777 2H6(ER) lama milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS). Pesawat ‘kembar’ MH370 ini telah dirakam di sebuah lapangan terbang kecil di Tarbes–Lourdes–Pyrénées, Perancis pada 4 Oktobe 2013 sebelum ia dibawa ke Lapangan Terbang Ben Gurion, Tel Aviv, Israel pada 4 November 2013. Difahamkan, pesawat MAS Boeing 777 dengan nombor siri 28416 dan didaftarkan sebagai 9M-MRI ini telah dijual kepada GA Telesis, LLC di Fort Lauderdale, Florida pada 21 Oktober 2013 sebelum didaftarkan sebagai N105GT. Pesawat ini disimpan di Tarbes Lourdes Pyrenees pada 4 Oktober 2014 sebelum dibawa ke Tel Aviv sebulan kemudiannya. Persoalannya, mengapa Israel membeli dan mahu memiliki pesawat lama MAS ini? Jika dirujuk kembali reaksi Israel berkaitan kehilangan MH370, seorang ‘pakar keselamatan’ negara tersebut, Issac Yeffet pantas mengaitkannya dengan teori bahawa MH370 telah ditawan pengganas dan dibawa ke Iran untuk digunakan bagi siri keganasan akan datang. Yeffet dilaporkan memberi kenyataan kepada Times of Israel: “What happened to this aircraft, nobody knows. My guess is based upon the stolen passports, and I believe Iran was involved. They hijacked the aircraft and they landed it in a place that nobody can see or find it.” (Tiada siapa tahu apa sudah berlaku pada pesawat tersebut. Berdasarkan kes pasport curi yang dilaporkan, saya percaya Iran terlibat dalam hal ini. Mereka telah merampas pesawat dan menerbangkannya ke satu tempat yang tidak dapat dijumpai). Pendapat ini turut disebarkan oleh individu yang bukan rahsia lagi merupakan agen Israel dan penyebar propaganda Zionis iaitu Rupert Murdoch yang turut memberikan komen senada: Obama should call Chinese President following today’s incident and say “we both have the problem of Muslim terrorism. Can we work together?” 3:50 AM – 8 Mac 2014 777 crash confirms jihadists turning to make trouble for China. Chance for US to make common cause, befriend China while Russia bullies. 4:15 PM – 9 Mac 2014 World seems transfixed by 777 disappearance. Maybe no crash but stolen, effectively hidden, perhaps in Northern Pakistan, like Bin Laden. 2:23 AM – 15 Mac 2014 777. Still think this a reminder that US and China should be working more closely on Muslim extremist threat. 2:26 AM – 15 Mac 2014 Sejak dahulu lagi, Israel sering ‘digosipkan’ sebagai perancang licik dalam banyak agenda dunia termasuk serangan 9-11. Rancangan ini kadangkala dapat dihidu selepas kejadian berlaku, contohnya menerusi filem Medusa Touch pada tahun 1978 yang menunjukkan adegan serangan persis 9-11 di penghujung filem. Pembikinnya, Arnon Milchan selepas diteliti adalah penerbit filem yang juga anggota perisikan Israel, Mossad. Jadi selepas diambil kira tentang pesawat MAS yang secara tiba-tiba menarik minat Tel Aviv, tak dapat tidak kita akan terfikir bahawa tidak mustahil jiak kehilangan MH370 adalah satu daripada plot yang sudah dirangka oleh Israel. Pada masa sama, Israel mungkin telah menunjukkan petanda mahu menjadikan Iran sebagai kambing hitam sambil misi utama mereka sebenarnya mewujudkan false-flag bagi mengatur satu kejadian serangan ala 9-11 menggunakan pesawat MAS tidak lama lagi? Apa pun, teori kekal sebagai teori selagi ia tidak dibuktikan secara sahih. Sama-samalah kita doakan semoga kebenaran akan ditunjukkan akhirnya. Wallahu’alam.


MH370: Waris Penumpang China Yang Tiba Di Malaysia ‘KUNCI MULUT’
Para waris penumpang dari Beijing mengunci mulut dan enggan memberi sebarang kenyataan kepada para wartawan selepas pertemuan selama lebih dua jam bersama wakil MCA dan Malaysia Airlines hari ini. Seramai 15 orang dari 34 orang yang menyertai pertemuan tersebut menegaskan mereka “Tidak mahu bercakap”, apabila para wartawan mengerumuni mereka sebaik keluar dari bilik perbincangan di sebuah hotel di Subang. Wakil Kedutaan Cina yang diketuai Setiausaha Pertamanya Liu Peng Xiang juga enggan memberi sebarang kenyataan ketika diasak para wartawan. Kumpulan waris tersebut, yang menyertai perbincangan sebaik tiba di Malaysia pagi ini, diiringi oleh 20 orang wakil MCA, diketuai naib presiden Datin Chew Mei Fun. Seramai lapan orang wakil MAS, termasuk enam anggota keselamatannya turut mengiringi para anggota keluarga penumpang berkenaan dari pintu dewan perbincangan ke sebuah lif. Tiada anggota polis dilihat mengawal para anggota keluarga tersebut, yang dikerumuni seramai kira-kira 50 orang petugas media dari pelbagai agensi dalam kejadian selama kira-kira 10 minit itu. Para wartawan yang berasak-asak dalam kejadian tersebut menunggu sejak jam 11 pagi di luar bilik berkenaan sebaik mendapat tahu para waris tersebut dibawa ke hotel berkenaan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Naib presiden MCA Datin Chew Mei Fun yang mengetuai unit bantuan krisis parti itu merupakan wakil kerajaan Malaysia untuk berurusan dengan anggota keluarga penumpang berkenaan. – Malaysiakini.com


MH370: MIMPI KEDUA Ustaz Darul Manzil
Kali ini, kami siarkan MIMPI KEDUA Ustaz Khairul yang dikongsikan beliau. Mimpi ini dikatakan mempunyai kesinambungan dengan mimpi pertama dahulu dan ‘berlaku’ sebelum kejadian yang ditunjukkan dalam mimpi pertama. Meskipun sekadar mimpi, niat Ustaz Khairil mungkin sekadar mahu berkongsi apa yang ditunjukkan kepadanya dalam mimpi. Perkara sebenar, hanya Allah SWT Maha Mengetahui. Assalamualaikum.. Semalam (malam Jumaat), saya tersedar sekitar jam 3:15 pagi. Mungkin sebab rasa panas kerana penghawa dingin sengaja tidak dipasang. Anak saya seramai 5 orang semuanya diserang demam dan batuk selsema. Atas nasihat doktor petang kelmarin, penghawa dingin jangan dibuka selagi mereka belum sembuh untuk mengelak serangan penyakit berulang dan mudah merebak. Oleh kerana mata tidak pula mahu lelap, saya membuka FB di laptop saya. Macam biasa, selepas viral MIMPI MH370, ada saja ‘friend request’. Saya hanya memerhati post dan komen yang ada. Kira-kira setengah jam selepas itu, saya menutup laptop saya dan mandi. Walaupun kata orang tak elok mandi lewat malam, tapi kerana keadaan badan yang panas berpeluh, maka saya teruskan juga niat tersebut. Selesai mandi dan berpakaian, saya baring di katil. Puas dicuba, saya tetap tidak rasa mengantuk. Tiba-tiba saya rasa berdebar. Saya tertanya-tanya dan cuba mencari punca. Nampaknya masih tiada jawapan yang saya dapat. Debaran semakin kuat….. Maka, saya ambil bauan ros merah dan saya bacakan surah Az-Zumar:23 beberapa kali. Alhamdulillah, saya rasa tenang dan mata mula mengantuk… Saya dikejutkan dengan bunyi beberapa buah kenderaan. Bila saya membuka mata, saya berada di belakang sebuah jip yang terbuka. Ada beberapa lagi kenderaan yang sama di depan dan di belakang saya. Kesemua jip ini menuju ke arah sebuah kapal terbang yang masih belum dimatikan enjinnya. Walaupun saya berada di dalam jip tersebut, pemandu dan penumpang semuanya seakan-akan tidak dapat melihat saya. Mereka semuanya berceloreng warna biru lengkap dengan senjata. Bila dekat dengan kapal terbang tersebut, hati saya melonjak gembira.. “MH370..!!!!!!! Tapi sekarang ni di mana?” Hati saya bertanya sendiri. Setelah diletakkan tangga besi, pintu kapal terbang terbuka. Mula-mula saya lihat hanya seorang yang keluar sambil mengangkat kedua-dua tangan kanannya. Orang yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah Kapt. Zaharie. Perlahan-lahan dia menuruni tangga dan berjumpa dengan orang yang paling dekat dengan tangga tersebut. Saya kira orang itu pegawai atasan kerana melihat banyak lambang di sisi kanan serta kiri bahunya. Setelah bercakap yang saya kira lebih kurang 10 minit (perbualan nampak tegas, Kapten jelas ketakutan di wajahnya). Di mengisyaratkan agar ke semua penumpang turun. Dimulai dengan Co-Pilot, krew dan seluruh penumpang. Kesemua mereka nampak terkejut dan ketakutan. Kesemua mereka saya lihat dipaksa berjalan kaki dengan pengiring bersenjata ke sebuah dewan. Bila dilihat macam hangar tempat simpanan kapal terbang. Apa yang saya hairan, ada lagi 3 buah kapal yang sama jenis, warna dan bertulis MALAYSIA di situ.. Mereka kemudiannya dipisahkan antara jantina dan tangan mereka diikat dengan Cable-Tight di belakang. Seluruh tubuh mereka diperiksa dan barang yang ada termasuk duit syiling dirampas. Tiada seorang pun yang berani bersuara. Kemudian, mereka dipisahkan lagi kepada kumpulan yang lebih kecil. Kepala mereka diselubung dengan kain dan dibawa dengan jip secara berperingkat. Kumpulan terakhir yang dibawa adalah kumpulan Kapten Zaharie. Saya turut sama naik di belakang jip untuk mengetahui ke mana kumpulan ini dibawa. Mereka dibawa ke sebuah bilik berdinding zink. Di dalamnya tiada sebarang lampu dan suhunya amat membahang. Mereka diberi amaran untuk tidak bercakap sesama sendiri semasa mereka masih di situ. Ada seorang lelaki dalam kumpulan itu cuba minta izin untuk ke tandas, tapi bukan izin yang dapat, di dimarahi dan di acu senapang ke dahinya. Lelaki itu angkat tangan sambil menangis. Mujurlah tiada apa yang berlaku. Dari dalam bilik tersebut, sesekali saya mendengar bunyi kicauan burung-burung. Ada juga kedengaran bunyi helicopter yang terbang rendah di udara. Saya menjenguk ke luar bilik dan lihat banyak sekali burung-burung berwarna putih terbang berkicauan.. Selama 2 hari saya berada di situ, saya lihat kumpulan Kapten Zaharie tidak di apa-apakan. Mereka diberi makan pada waktu pagi, tengah hari dan petang. Mereka juga dibekalkan 1 gelen air basuhan. Untuk keluar dari bilik adalah dilarang sama sekali. Kumpulan lain saya tidak tahu dimana mereka berada. Tepat tekaan saya bila saya mengambil keputusan untuk melilau di tempat itu. Ia adalah sebuah pulau kecil yang diubah suai. Di situ adalah tempat pendaratan kapal terbang dan MH370 masih di situ sebagaimana hari ia tiba. Saya ke sana bila melihat ada 2 buah jip terletak berdekatan tayar belakang. Saya masuk melalui ruang tayar tersebut dan nampak beberapa orang lelaki sedang membuat penyambungan litar. Mereka sambungkan dengan 1 kotak berlampu yang juga mempunyai wayar. Saya keluar dari pesawat bila mendengar ketibaan jip dari luar. Dari situ, saya lihat mereka memunggah beberapa kotak kayu masuk ke dalam jip dan beredar. Saya kembali ke kumpulan Kapten Zaharie. Sedih saya tengok suasana mereka. Walaupun tiada seksaan fizikal, saya percaya mental mereka menderita. Mereka nampak lesu dan murung. Sekitar waktu hampir Subuh, kesemua mereka dikumpulkan bersama di dewan (tempat sama di hari pertama). Mereka dipaksa beratur dan masuk dalam bilik sementara (bilik yang hanya ditutup dengan tabir papan plywood). Bila saya intai apa yang berlaku dalam bilik tersebut, rupanya mereka di cucuk dengan sejenis cecair ke lengan mereka. Apa yang saya dengar dari perbualan ‘tukang’ cucuk dengan kawan-kawannya, mereka guna ubat nama TOLUENA… Saya pun tidak tahu apa tujuan mereka. Kesemua penumpang MH370 di kerah untuk naik semula ke kapal terbang mereka. Maka sekali lagi mereka terpaksa berjalan dan menaiki MH370. Sebelumnya, ada suara mengatakan seorang penumpang (katanya duduk di kerusi depan) tidak ada. Pihak baju biru yang memeriksa buat macam tidak dengar aduan mereka. Kapal terbang itu berlepas pergi dan disusuli sebuah pesawat yang lebih kecil mengekori mereka. Selepas itu terjadi peristiwa sebagaimana MIMPI MH370 yang pertama.. Saya dibawa semula ke tempat awal. Di sini, saya termasuk sebuah bilik yang dalamnya ada banyak komputer dan radio. Ada sebuah peta dunia yang besar di dinding. Tertarik pula untuk saya amati lebih dekat pada peta tersebut. Terkejut saya bila ada tanda ‘X’ berwarna merah di beberapa negara yang saya kenal… Saya tersedar. Memang tak pernah saya rasa begitu takut dalam hidup…. Tapi misteri sepenuhnya belum terjawab.. Adakah saya masih diberi peluang oleh-Nya..? Wallahu’alam.. PERINGATAN! Ini hanya MIMPI… Benar atau Tidak, jawapannya bukan pada saya. Pandanglah dengan mata hati sahabatku… Sekian..

MH370 ‘Ditangkap’ Tentera Laut AS, Ini Respon Hishammuddin
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sekali lagi menegaskan Malaysia tidak pernah menyorokkan apa-apa maklumat mengenai MH370 dan berkata negara telah bersikap terbuka khususnya melibatkan perkongsian data tentera. “Jika anda kata saya sembunyikan maklumat, maklumat apa yang saya sembunyikan? Jika pada akhirnya, ada sesuatu mengenai juruterbang atau keganasan. Apa kata bila kami jumpa kotak hitam baru kami dapati ia merupakan rancangan keganasan? Pada masa itu kami akan dikatakan tidak bertanggungjawab dengan menyatakan sesuatu sekarang tanpa disahkan,” katanya. Mengenai spekulasi MH370 telah mendarat di pangkalan tentera Amerika Syarikat Diego Garcia di Lautan Hindi, Hishammuddin positif negara itu tidak terlibat berdasarkan banyak aset mereka yang telah dikerahkan untuk operasi SAR termasuklah pengesan kotak hitam. Hishammuddin berkata, jika benar wujud konspirasi sedemikian, tidak mungkin Amerika mahu membelanjakan berjuta-juta Dolar dan menggerakkan pelbagai aset sejak pencarian dilakukan di Laut China Selatan. “Saya tidak tahu, kita boleh semak. Mungkin kalau saya cakap orang takkan percaya. Mungkin kita boleh dapat pengesahan dari tuan punya badan sendiri,” katanya. Ditanya cabaran terbesar sepanjang tiga minggu ini, Hishammuddin berkata: “Apabila hendak mengalih tumpuan kepada koridor utara dan koridor selatan.” Katanya selain cabaran diplomatik untuk mendapatkan kerjasama dengan negara-negara besar seperti Kazakhstan, China dan India, beliau juga khuatir melihatkan keadaan muka bumi di koridor selatan. “Bila perdana menteri terpaksa umumkan bahawa kali terakhir pesawat itu berada di koridor selatan, saya cukup bimbang sebab tak ada tempat nak mendarat, tak ada tanah yang luas… yang boleh kita harap radar utama dan sekunder. “Kita terpaksa harap satelit, itu belum lagi kita atur kedudukan aset. Bila dah atur kedudukan aset tengok cuaca, laut bergelora, kalau lepas ini nak turun bawah tengok teknologi lain pula. Dalam hati itu susah nak diterima,” katanya. Hishammuddin dalam sidang media lebih sejam itu menarik perhatian apabila berkata kehilangan pesawat MH370 berjaya “mematahkan” ‘silo’ yang wujud antara beberapa pihak berkuasa di Malaysia seperti Jabatan Penerbangan Awam dan TUDM, namun ia juga berlaku di peringkat antarabangsa. “Tengok dalam agensi-agensi antarabangsa dalam konteks NTSB di Amerika Syarikat (Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan), AAIB di Britain (Cawangan Siasatan Kemalangan Udara) dan CAAC di China (Pentadbiran Penerbangan Awam China)… kalau tak kerana MH370 mereka tidak akan duduk bincang sebegitu rupa,” katanya. Menurut Hishammuddin, keadaan yang dianggap luar biasa itu bukan mudah untuk dilihat, namun berlaku ketika traged kehilangan MH370 berikutan sikap serta dasar Malaysia yang sentiasa berbaik-baik dengan semua negara. “Malaysia ramai kawan tak ada musuh dengan sesiapa. Maka ramai yang tampil untuk bantu dalam menghadapi tragedi ini, katanya.

Tak sangka menang kereta
Tak sangka menang kereta
Keow Guat tidak menyangka dia berjaya membawa pulang sebuah Perodua Myvi.
GEORGETOWN - Seorang wanita berusia 56 tahun tidak menyangka dia berjaya membawa pulang sebuah kereta Perodua Myvi, semalam. Keow Guat berkata, dia sendiri tidak menyangka tuah menyebelahinya setelah menyimpan wang melalui Sijil Simpanan Premium (SSP) sejak 2011. “Dahulu saya pernah menang baucar RM10 sahaja melalui cabutan bertuah yang turut dibuat Bank Simpanan Nasional (BSN). “Saya ingatkan masih menang hadiah biasa-biasa saja, rupa-rupanya menang sebuah kereta,” katanya. Keow Guat yang juga jurutera di Bayan Lepas berkata, kereta berkenaan akan diberikan kepada anak perempuannya sebagai hadiah. “Saya berazam untuk menyimpan lebih banyak. “Bukan saja untuk masa depan tapi saya juga berpeluang dapat macam-macam hadiah,” katanya. Beliau berkata demikian selepas diumumkan sebagai pemenang Cabutan SSP Bulan Mac di Kompleks Bukit Jambul Pulau Pinang. Hadir menyampaikan hadiah berkenaan ialah Naib Presiden Kanan Jabatan Perbankan Islam BSN, Mohd Sofi Mat Jahaya dan Pengarah BSN Pulau Pinang, Mazlan Mat Jalil.


Kaki budak 7 tahun tersepit dalam lubang tandas
MELAKA - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun terpaksa menahan kesakitan hampir dua jam setelah kaki kanannya tersepit di dalam lubang tandas di rumahnya di Taman Tasik Utama di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira 9.45 pagi tadi, Muhammad Daniel Amir sedang mandi apabila dengan tiba-tiba kaki kanannya termasuk ke dalam lubang tandas itu. Bapanya Amir Ali, 47, berkata ketika kejadian, mereka sekeluarga sedang bersiap untuk keluar membeli barangan dapur di bandar Melaka. "Saya terdengar jeritan Daniel lalu terus meluru ke bilik air untuk lihat keadaan dia dan saya nampak kakinya sudah termasuk ke dalam lubang tandas sehingga paras lutut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Katanya beliau cuba mengeluarkan kaki anak sulung daripada tiga beradik itu selama setengah jam, namun gagal sebelum menghubungi bomba. Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba Ayer Keroh Mohd Shahril Zauni berkata pihaknya memecahkan mangkuk tandas itu bagi mengeluarkan kaki kanak-kanak itu pada 11.40 pagi. Amir berkata Muhammad Daniel tidak mengalami sebarang kecederaan selepas kakinya dikeluarkan anggota bomba. Bagaimanapun, katanya, beliau akan membawa anaknya itu ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. - Bernama

 Dr Zambry Abdul Kadir
Taman tema animasi pertama Asia siap hujung 2015
TAMAN Tema Animasi atau dikenali sebagai 'Movie Animation Park Studios (MAPS), yang pertama di Asia, bernilai RM450 juta di Meru Raya di sini, dijangka siap pada Disember tahun depan. Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata MAPS, usahasama antara Perak Corp Berhad dan Sanderson Group, akan mempunyai pelbagai konsep zon animasi merangkumi Animation Square, Fantasy Forest, Live Action, Blast Off, DreamWorks dan Lakeside Zone. "Ia juga akan memperkenalkan watak animasi yang ada di televisyen seperti The Croods, MegaMind, Mr Peabody and Sherman serta Casper the Friendly Ghost. MAPS adalah projek terbesar bertaraf antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah MAPS di Pusat Konvensyen Aman Jaya di sini hari ini. Beliau berkata MAPS terletak pada kedudukan strategik iaitu di Ipoh yang dilengkapi perkhidmatan keretapi elektrik (ETS) serta berhampiran laluan Lebuhraya Utara-Selatan bagi kemudahan para pengunjung. MAPS yang kini dibangunkan di kawasan seluas kira-kira 10 hektar daripada 20.8 hektar di Meru Raya di sini, akan membuka hampir 3,000 peluang pekerjaan termasuk 700 pekerjaan utama, katanya. Zambry berkata MAPS menyasarkan 1.4 juta pengunjung iaitu 80 peratus pelancong domestik dan 20 peratus dari luar negara pada tahun pertama pembukaannya. Sementara itu, Pengerusi Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), syarikat usahasama tujuan khas, Datuk Aminuddin Md Desa berkata projek itu bakal menjadi penyumbang kepada ekonomi negeri Perak. "Ia juga adalah sesuatu yang diusahakan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) dan Perak Corp Berhad (anak syarikat PKNPk) untuk menjadi sebagai pencetus ekonomi yang lebih besar untuk negeri Perak," kata Aminuddin yang juga Ketua Eksekutif PKNPk. Beliau berkata bagi perancangan jangka panjang atau fasa kedua, MAPS juga akan mempunyai hotel, pangsapuri berperkhidmatan, 'street mall' dan taman air di kawasan seluas 10.8 hektar lagi. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sanderson Group Steve A. Sanderson berkata MAPS di Perak merupakan projek antarabangsa Sanderson, syarikat taman tema bersepadu pertama Australia yang mengkhusus dalam mereka bentuk dan membina taman tema serta destinasi hiburan. "Untuk keselesaan pengunjung, majoriti taman tema berkenaan atau 60 peratus adalah dalam bangunan atau berbumbung bagi melindungi pengunjung daripada panas dan hujan," katanya. - Bernama

Bas ekspres terbalik, semua penumpang selamat
NIBONG TEBAL - 16 penumpang bas ekspres nyaris maut selepas bas yang mereka naiki terbalik di Kilometer 164 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara berhampiran Jawi malam ini. Dalam kejadian pukul 9.44 malam itu, enam penumpang parah manakala lapan orang, termasuk dua pemandu bas, cedera ringan. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintenden Shafien Mamat berkata kemalangan berlaku ketika bas itu, yang dalam perjalanan dari Genting Hingland, Pahang ke Alor Star, Kedah, terbabas selepas sebuah kereta memotongnya dari sebelah kanan. "Selepas kereta itu memotong bas berkenaan, kenderaan itu masuk semula ke lorong kiri secara tiba-tiba dan pemandu bas gagal mengawalnya lalu melanggar kereta yang dipandu seorang lelaki sebelum terbabas. "Berikutan kejadian itu, bas berkenaan terbabas hingga masuk ke dalam longkang sebelum terbalik ke kiri jalan, dan nasib baik ia tidak mengenai kereta yang memotong bas berkenaan. Pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi. Shafien juga berkata enam penumpang yang parah dihantar ke Hospital Seberang Jaya manakala mereka yang cedera ringan dibawa ke Hospital Sungai Bakap. Beliau berkata polis akan mengambil keterangan pemandu bas berusia 30-an itu dalam tempoh terdekat. Sementara itu, jurucakap bomba berkata sebanyak dua jentera dengan kekuatan 16 anggota dikejar ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam bas berkenaan. "Semua mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat dalam tempoh 15 minit," katanya. Sementara itu, seorang mangsa Mohd Fikri Azman, 23, berkata ketika kejadian, beliau sedang tidur dan tiba-tiba terdengar dentuman kuat sebelum jatuh tergolek hingga ke bahagian depan bas. Mohd Fikri, yang bekerja di Genting Hinglands, berkata keadaan menjadi kelam-kabut dan penumpang yang kebanyakan sedang tidur bertindak menjerit serta cuba memecahkan tingkap bas untuk keluar daripada kenderaan itu. "Kami merangkak keluar melalui cermin yang pecah dan ada beberapa penumpang yang saya nampak dalam keadaan parah," katanya. Beliau berkata ini merupakan kemalangan pertama yang dialaminya sejak menggunakan perkhidmatan bas ekspres. Katanya, sebaik berjaya keluar daripada bas itu, beliau turut membantu beberapa penumpang lain. Mohd Fikri berkata beliau bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan. - Bernama


Mayat suami isteri dengan kesan kelar ditemui
KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Cheras di sini awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata kedua-dua mangsa warga tempatan berumur 32 tahun itu ditemui mati dalam bilik tidur. "Polis turut menemui dua ekor anjing milik mangsa yang turut mati akibat dikelar di leher," katanya dalam kenyataan kepada Bernama. Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian itu mungkin ada kaitan dengan cubaan membunuh diri lelaki itu yang dikatakan berlaku pada 10 malam tadi. Polis turut menemui sebilah 'pen knife' berhampiran mayat lelaki itu, kata Mohan sambil menambah pemeriksaan pada kedua-dua mayat mendapati terdapat kesan kelar antara 10 hingga 15 sentimeter di bahagian leher. Beliau berkata polis mendapati tiada unsur jenayah berlaku di tempat kejadian, namun punca sebenar insiden masih disiasat. "Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dibedah siasat hari ini," katanya sambil memberitahu kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Bernama

 
 

Belon udara panas mendarat cemas
PUTRAJAYA - Sebiji belon udara panas melakukan pendaratan kecemasan berikutan satu kemalangan kecil yang berlaku di tapak pelancarannya di Presint 2 di sini hari ini. Dalam kenyataannya, AKA Balloon Sdn Bhd, penganjur Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa ke-6, berkata belon dari Korea itu, yang dikendalikan Steve Kim, terpaksa melakukan pendaratan kecemasan untuk memadam satu kebakaran kecil yang berlaku apabila ia tersangkut pada sebatang pokok pada pukul 7.45 pagi ini. “Kebakaran itu dapat dipadamkan dalam masa seminit. Tiada kecederaan berlaku kerana belon berkenaan tidak membawa penumpang, selain krunya," kata kenyataan itu. AKA Balloon Sdn Bhd berkata semua langkah diambil untuk menjamin keselamatan belonnya seperti yang disyaratkan pihak berkuasa kawal selia, Jabatan Penerbangan Awam dan Perbadanan Putrajaya. “Ini akan terus menjadi amalan kami dalam acara pada masa akan datang," katanya. Pesta itu disertai 18 belon udara panas dari seluruh dunia. - Bernama

Pelancong cedera jatuh gaung di Taman Negara PP
GEORGETOWN - Seorang pelancong wanita dari London patah sebelah kaki dan cedera di kepala selepas terjatuh ke dalam gaung dari ketinggian 7.6 meter ketika bersiar-siar di Taman Negara Pulau Pinang, dekat Teluk Bahang hari ini. Pada kejadian pukul 12 tengah hari itu, Valeria Trinton, 64, bersama suaminya Thomas David, 68, dikatakan melalui lorong pejalan kaki berhampiran tebing gaung yang terletak kira-kira tiga kilometer dari Jeti Pusat Kajian Sains Samudera dan Pantai, Universiti Sains Malaysia, Mukahead sebelum tergelincir. Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Bahang Mohd Yusof Mat berkata pasukan menyelamat menaiki sebuah bot dari Jeti Taman Negara Pulau Pinang dan mengambil masa 15 minit untuk tiba di lokasi kejadian. "Ketika ditemui mangsa berada dalam keadaan separuh sedar dan kita mengambil masa hampir 20 minit untuk mengeluarkan sebelah kakinya yang tersepit di celah batu yang banyak terdapat di situ," katanya kepada pemberita. Beliau berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya dilapor stabil. Taman Negara berkeluasan 1,266 hektar itu meliputi kawasan tanah tinggi, paya bakau, dan pesisiran pantai berbatu mempunyai trek mendaki menghubungkan beberapa destinasi pelancongan terkenal antaranya Pantai Kerachut, Teluk Tukun, Tanjung Aling, Mukahead, Monkey Beach dan Pantai Mas. - Bernama

Polis buru remaja buang surah Yasin
KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu tidak menolak kemungkinan seorang remaja lelaki berusia 20-an yang dipercayai membuang beberapa naskhah surah Yasin di sekitar daerah Kemaman dan Dungun, Khamis lalu mempunyai masalah mental. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner K.Manoharan berkata polis telah mengenal pasti remaja terbabit menerusi nombor pendaftaran kereta jenis Toyota Vios berwarna merah jambu yang digunakan suspek untuk melakukan perbuatan itu. Pada Khamis, beberapa pengguna jalan raya di sekitar Dungun dan Kemaman gempar selepas menjumpai beberapa naskhah surah Yassin bertaburan di atas jalan raya sebelum membuat laporan polis pada hari yang sama. Bulan lepas, seorang lelaki yang mengalami masalah mental ditahan kerana mengoyak kitab suci Al-Quran serta surah Yasin di masjid Nasiruddin Shah di Kampung Raja dan masjid di Limbongan. - Bernama

Najib Tun Razak
MH370: Bukan mudah kelola SAR berskala besar
Sebahagian daripada ahli keluarga penyokong pro-Mursi tidak dapat menahan sedih sejurus keputusan itu diumumkan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika sesi dialog selepas merasmikan Sidang Kemuncak dan Dialog Ekonomi Kebangsaan di Kuala Lumpur, hari ini. Sidang kemuncak yang bertemakan 'Memacu Ekonomi Malaysia: Meneliti Punca Utama' itu merupakan anjuran Bernama dan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI). - Foto Bernama
SEPANG - Hubungan baik Malaysia dengan negara lain telah menyumbang kepada bantuan antarabangsa yang dihulur dalam misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri menegakkan bukanlah tugas mudah untuk menghimpunkan 26 negara dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) besar-besaran itu sekiranya Kuala Lumpur tidak mewujudkan hubungan rapat dengan ibu negara lain. "Masyarakat perlu menyedari bahawa menjadi tugas yang besar untuk melibatkan begitu banyak negara dalam satu operasi besar-besaran. Perkara ini tidak akan berlaku jika Malaysia tidak mempunyai hubungan akrab dengan banyak negara," kata Najib. Beliau ditemui media selepas menyaksikan perlumbaan Grand Prix Formula 1 Malaysia Petronas di Litar Sepang di sini hari ini. Najib berkata Malaysia amat menghargai semua sokongan dan bantuan yang dihulur negara terbabit dalam pencarian pesawat Boeing 777-200ER yang hilang daripada paparan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Pesawat itu dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Operasi SAR yang ketika ini tertumpu di Lautan Hindi setakat ini belum membuahkan hasil. Najib mengumumkan pada 24 Mac bahawa Penerbangan MH370 itu berakhir di selatan Lautan Hindi. - Bernama

Hukuman mati dikecam tidak adil
Hukuman mati dikecam tidak adil, Mesir
Sebahagian daripada ahli keluarga penyokong pro-Mursi tidak dapat menahan sedih sejurus keputusan itu diumumkan.
MASYARAKAT dunia dikejutkan dengan keputusan terhadap 529 penyokong gerakan Ikhwanul Muslimin (IM) yang dijatuhi hukuman mati oleh sebuah mahkamah di Minya, Isnin lalu. Bagaimanapun, perbicaraan ke atas 683 penyokong bekas Presiden digulingkan, Mohammed Mursi termasuk Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Mohamed Badie yang diadakan sehari selepas itu ditangguhkan kepada 28 April depan. Perbicaraan besar-besaran ke atas lebih 1,200 penyokong pro-Mursi di selatan wilayah Minya tersebut dibuat selepas mereka dituduh memusnahkan harta benda awam dan merusuh hingga menyebabkan dua anggota keselamatan terbunuh, Ogos lalu. Ribuan defendan yang dibicarakan secara berasingan itu adalah antara lebih 16,000 penduduk Mesir yang diberkas sejak lapan bulan lalu. Menurut Kementerian Dalam Negeri, kira-kira 3,000 daripadanya adalah pemimpin dan anggota kanan IM. Banyak pihak mengkritik hukuman mati dikenakan ke atas lebih 500 penyokong IM itu kerana mereka turut mempertikaikan prosiding perbicaraan itu yang didakwa tidak mengikut prosedur. Sementara itu, akhbar al-Ahram melaporkan mahkamah akan mengeluarkan keputusan muktamad selepas Mufti Besar Mesir membenarkan hukuman itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan. Jika ia tidak diluluskan, kesemua defendan boleh mengemukakan rayuan untuk mengurangkan hukuman atau mengadakan perbicaraan semula. Persoalannya kini, adakah hukuman mati itu akan dilaksanakan walaupun ia sebenarnya satu bentuk hukuman yang jarang berlaku di negara itu.
Bagaimana perbicaraan itu diadakan?
Mahkamah di Minya dikecam kerana membuat keputusan terburu-buru dengan dua sesi perbicaraan dalam tempoh kurang seminggu. Difahamkan, mahkamah tidak memberi peluang kepada peguam memberi hujah pembelaan selain tidak memanggil defendan memberi keterangan yang jelas menunjukkan kelemahan sistem keadilan di Mesir. Pakar Sejarah Undang-undang Mesir, Khaled Fahmy memberitahu, kumpulan peguam mewakili kesemua defendan juga tidak dibenarkan masuk ke kamar mahkamah ketika keputusan mengejutkan itu diumumkan. Seorang daripada defendan yang enggan mendedahkan identitinya menyifatkan keputusan itu sebagai tidak adil dan tuduhan ke atas mereka juga tidak berasas. "Nama saya mungkin tersenarai kerana saya merupakan anggota pakatan antirampasan kuasa. Seramai 10 anggota kami juga terbunuh ketika insiden pertempuran tersebut, namun pihak yang bertanggungjawab tidak dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Youtube pula disekat selepas Twitter, Turki
ANKARA - TURKI. Turki mengambil langkah menyekat akses laman perkongsian video Youtube, sehari selepas mahkamah mengarahkan penggantungan sekatan ke atas Twitter. Pihak berkuasa membuat tindakan itu selepas rakaman perbincangan berhubung tindakan ketenteraan yang mungkin diambil ke atas Syria telah dikongsi di laman terbabit. Susulan daripada itu, sekutu Eropah dan Amerika Syarikat turut mengecam tindakan Ankara yang disifatkan sebagai langkah terdesak. Rakaman audio berserta gambar tersebut dikatakan mendedahkan perbualan antara pegawai kanan kerajaan, tentera dan perisik yang merancang untuk melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Syria. Minggu lalu, Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan memberi amaran untuk menghapuskan rangkaian sosial yang mendedahkan skandal melibatkan pemimpin kanannya, laporan dipetik dari Reuters.

Budak maut angkara peluru sesat dari anggota keselamatan
YANGON - BURMA. Seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun maut selepas ditembak secara tidak sengaja oleh anggota keselamatan ketika cuba untuk menyuraikan perusuh yang menyerbu pasukan bantuan kemanusiaan antarabangsa, menurut polis, semalam. Jurucakap polis, Min Aung memaklumkan insiden itu berlaku di gudang Program Makanan Sedunia (WFP) di Sittwe. "Situasi di kawasan itu semakin terkawal selepas perintah berkurung dikuatkuasakan," katanya lagi. Difahamkan, laporan dipetik dari AFP tiada mangsa dilaporkan cedera dalam insiden kekecohan terbabit.

Wartawan wanita terbunuh
Wartawan wanita terbunuh
Mayada maut ditembak dikepala ketika membuat liputan di Ein Shams, kelmarin.
KAHERAH - MESIR. Lima terbunuh, termasuk seorang wartawan wanita ketika perhimpunan antikerajaan di Kaherah dan Iskandariah, kelmarin. Media tempatan melaporkan, kesemua mereka terbunuh selepas tercetus pertempuran antara polis dengan penunjuk perasaan ketika demonstrasi menentang pencalonan bekas Ketua Tentera Abdel Fattah Al-Sisi untuk bertanding dalam pilihan raya presiden yang dijadualkan bulan hadapan. Keganasan tercetus selepas solat Jumaat itu juga berlaku selepas ribuan rakyat tidak berpuasa hati dengan keputusan mahkamah yang menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap 529 penyokong Mursi dan 700 yang lain bakal didakwa minggu depan. Pegawai Kementerian Kesihatan Khaled al-Khatib berkata, wartawan akhbar milik persendirian Al-Dustour, Mayada Ashraf, 23, maut ditembak di kepala ketika membuat liputan termasuk tiga individu lain dalam kejadian di Ein Shams. “Empat orang cedera dalam pertempuran di wilayah utara Damietta,” katanya menurut laporan Agensi. Di Madinat Nasr, timur Kaherah, polis rusuhan melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan pelajar Universiti Al-Azhar menyebabkan puluhan cedera. Pada kejadian semalam, secara keseluruhannya, lebih 50 penyokong Mursi ditahan di wilayah Damietta dan wilayah Minya selatan atas kesalahan bertempur dengan anggota keselamatan dan mengedarkan risilah berbentuk provokasi. Pemerhati politik berpendapat, pihak keselamatan sengaja bertindak balas bagi membolehkan lebih ramai lagi penyokong Mursi ditahan. Sehingga kini lebih, 1,200 penyokong pemimpin itu ditahan dengan prosiding dilakukan tanpa mengikut prosedur ditetapkan.

EU boikot Israel
EU boikot Israel
Rejim Israel bertindak kejam merobohkan kediaman seorang penduduk Palestin di Tebing Barat.
BRUSSELS - BELGIUM. Parlimen Kesatuan Eropah (EU) bersepakat menyertai kempen antarabangsa yang semakin berkembang untuk memboikot Israel susulan peningkatan aktiviti di kawasan yang diduduki di wilayah Palestin. Ketua Dasar Luar EU Catherine Ashton berkata, sebanyak 29 ahli Parlimen menyokong usul supaya menggesa firma-firma Eropah menggantung urusan perdagangan dengan firma Israel. “Sebarang hubungan ekonomi dengan syarikat Israel yang terlibat dalam pembinaan penempatan haram adalah pencabulan hak asasi manusia dan melanggar undang-undang antarabangsa,” katanya dalam laporan Al Ahram. Menurutnya, EU juga menyekat semua geran dan pembiayaan kepada mana-mana entiti Israel yang berpangkalan di penempatan haram. Pemulauan berleluasa sejak Mac lalu menyebabkan negara itu kerugian 30 juta dolar (RM 98 juta) setakat ini. Sementara itu, ribuan rakyat Jordan menuntut penutupan kedutaan Israel di Amman susulan pembunuhan seorang hakim Jordan Raed Zaytar, 38, oleh tentera Israel di Tebing Barat. Perdana Menteri Jordan Abdullah Ensour berkata, Israel benar-benar bertanggungjawab terhadap kematian itu. Selain itu, penduduk Jordan juga menggesa Parlimen Jordan untuk membatalkan 994 perjanjian damai dengan Israel.

P1 Wimax
TM ambil alih P1 Wimax
Pengambilalihan P1 akan membolehkan TM menawarkan perkhidmatan komunikasi bersepadu.
PENGAMBILALIHAN 57 peratus kepentingan dalam Packet One Network (Malaysia) Sdn Bhd (P1) oleh Telekom Malaysia Bhd (TM) dijangka membolehkan TM menawarkan pakej penuh bersepadu dalam perkhidmatan komunikasinya di negara ini, menurut firma penyelidikan Kenanga Research. P1 adalah syarikat penyedia perkhidmatan jaringan jalur lebar mudah alih atau Wimax. Dalam notanya semalam, Kenanga Research mengambil pendekatan neutral terhadap perkongsian dan kerjasama antara TM dengan pemilik P1 iaitu Green Packet Bhd (Green Packet) dan syarikat telekomunikasi Korea Selatan, SK Telecom. "Bagaimanapun, kami percaya pasaran mungkin memberi reaksi refleks yang negatif (terhadap pengambilalihan itu) memandangkan P1 adalah syarikat yang sedang mengalami kerugian. "Namun kesan kewangan hanya boleh dinilai selepas pihak pengurusan mengeluarkan maklumat pelan perniagaan P1 dalam tempoh beberapa bulan lagi," menurut Kenanga Research. Sementara itu, Maybank Investment Bank Research (Maybank IB) dalam notanya semalam berkata, melalui perjanjian antara ketiga-tiga syarikat itu, TM akan memiliki 57 peratus saham dalam P1 manakala Green Packet dan SK Telecom masing-masing akan memegang 30 peratus dan 13 peratus saham. "TM jelas sekali menyimpan hasrat tinggi (dalam perkhidmatan) tanpa wayar dan ini boleh memberi kesan kepada syarikat telekomunikasi utama lain. "Buat masa ini, pengurusan menekankan fokus bagi pihak TM adalah lebih kepada kesepaduan perkhidmatan, berbanding untuk bersaing secara langsung dengan syarikat telekomunikasi lain," menurut Maybank IB.
Suntikan modal dijangka stabilkan P1 Wimax.
Menurut Maybank IB, tempoh beberapa bulan pertama selepas pengambilalihan P1 oleh TM dijangka digunakan untuk menstabilkan perniagaan Wimax yang kini dilihat berhadapan masalah kualiti jaringan yang menurun, berkemungkinan disebabkan kekurangan pembiayaan. "Suntikan modal baru dalam P1 boleh menyelesaikan masalah ini," menurut Maybank IB. Kelmarin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa berkata, bagi peringkat permulaan, syarikatnya akan melaburkan RM350 juta ke dalam P1 menerusi langganan saham-saham biasa baharu. “Kami juga akan menambah pelaburan bernilai RM210 juta ke dalam Green Packet menerusi bon-bon boleh tebus baharu dikeluarkan,” katanya selepas menandatangani perjanjian pelaburan dengan Green Packet dan SK Telecom di Kuala Lumpur. Menurutnya, perjanjian itu adalah untuk membangunkan infrastruktur evolusi jangka panjang (LTE) generasi akan datang bagi perkhidmatan komunikasi bersepadu yang lengkap. Katanya, usaha sama itu juga akan mewujudkan rangka kerja buat ketiga-tiga pihak bekerjasama untuk pertumbuhan masa depan P1, sebagai pembekal Wimax terkemuka negara. Perjanjian pelaburan itu akan berkuat kuasa apabila selesai semua syarat termasuk kelulusan kawal selia dan pemegang saham Green Packet dalam tempoh beberapa bulan akan datang. P1 akan mengguna pakai aset spektrumnya, iaitu landasan tanpa wayar sedia ada di hampir 2,000 lokasi di seluruh negara dalam mempercepatkan kemasukannya ke dalam pasaran LTE.

Samsung Galaxy S5
Malaysia penyumbang utama jualan Galaxy
Lee menunjukkan Samsung Galaxy S5 dan jam tangan pintar Galaxy Gear 2 semasa majlis pengenalan produk terbaharu itu.
MALAYSIA dijangka menjadi antara penyumbang utama jualan di rantau Asia bagi model terbaharu Samsung Galaxy S5 yang dilancarkan Samsung Malaysia Electronics (Samsung), kelmarin. Naib Presiden Teknologi Maklumat dan Perniagaan Mobile Samsung, Ng Long Shyang berkata, sejak siri Samsung Galaxy S diperkenalkan pada 2010, ia merekodkan lebih 200 juta unit jualan seluruh dunia. “Dengan pengenalan generasi Galaxy S kelima iaitu Samsung Galaxy S5, kami yakin jenama ini akan terus menjadi pilihan pengguna rakyat negara ini sekali gus meletakkan Malaysia sekali lagi sebagai antara penyumbang terbesar jualan Samsung dalam segmen Galaxy S,” katanya selepas Majlis Memperkenalkan Samsung Galaxy S5 di Kuala Lumpur. Sementara itu, Samsung Galaxy S5 yang direka khusus mengikut kehendak pelanggan bakal berada di pasaran tempatan bermula 11 April depan. Presidennya Lee Dong Yong berkata, Galaxy S5 didatangkan dengan reka bentuk terbaik dilengkapi dengan kamera 16 megapiksel, bateri tahan lebih lama, selain jaringan kemudahan internet tanpa wayar lebih pantas. “Lebih menarik Galaxy S5 yang bercirikan kalis air dan habuk turut didatangkan dengan (jam tangan pintar) Galaxy Gear 2 dan Gear Fit yang dijual secara berasingan,” katanya. Galaxy S5 boleh didapati dalam empat pilihan warna iaitu hitam, putih, biru dan emas pada harga RM2,399 manakala Gear 2 berharga RM899 dan Gear Fit dijual pada harga RM599. Samsung, syarikat teknologi berpusat di Korea Selatan kini menjadi antara pengeluar produk elektronik pintar terkemuka di dunia, dengan nilai jualan tahunan mencecah AS$216.7 bilion (RM707 bilion).

logo-malaysia-airlines-MAS
MAS masih antara yang terbaik
LEBIH 100 anugerah dari luar dan dalam negara diperolehi MAS dalam tempoh 10 tahun lalu masih jadi kekuatan bagi syarikat penerbangan nasional itu untuk mengekalkan kedudukan meskipun dilanda kontroversi kehilangan pesawat MH370. Itu kekuatan MAS, seperti ulasan dalam laman web Airline Ratings yang menilai kualiti syarikat penerbangan seluruh dunia. Di sebalik nahas tidak diduga melibatkan penerbangan MH370 yang sampai sekarang masih belum ditemui jawapan tuntas sebalik kehilangannya, sukar untuk menafikan bahawa MAS masih antara syarikat penerbangan terbaik dunia, sama ada dari segi kualiti perkhidmatan dan produk mahupun tahap keselamatan Sejak memulakan perkhidmatannya pada 1947 dan selepas puluhan ribu penerbangan, rekod keselamatan MAS antara paling cemerlang di dunia, sekali gus menjelaskan perasaan terkejut ramai pakar penerbangan apabila MH370 dilaporkan hilang. Dari segi kewangan, MAS dijangka mampu bangkit semula dari tragedi hitam ini. Pakar Ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin dalam satu laporan Sinar Harian berkata, insiden MH370 tidak boleh melemahkan semangat MAS. “Sebelum ini syarikat itu pernah berhadapan tempoh getir ketika kejadian pesawatnya terhempas di Tanjung Kupang, Johor pada 1977, dan mereka masih bertahan sampai hari ini,” katanya. Amir Hussin berkata, apa yang menimpa MH370 tidak bermakna ekonomi MAS, terutamanya prospek perkembangan akan terhalang kerana mereka pasti mampu memperbaiki segala kelemahan yang ada. Ketua Ekonomi dan Strategi Pelaburan AMP Capital Investors Dr Shane Oliver juga berkata, peristiwa MH370 tidak akan memberikan impak jangka panjang ke atas prospek pertumbuhan MAS seperti dilaporkan Bernama sehari selepas pesawat itu dilaporkan hilang. “Kejadian seperti itu sudah pasti negatif kepada MAS dalam jangka pendek berikutan siasatan dan publisiti negatif. “Namun, jika syarikat penerbangan itu mematuhi semua aspek keselamatan atau membetulkan masalah dengan segera, saya tidak jangka ia memberi kesan berpanjangan ke atas prospek pertumbuhannya,” katanya.
MAS syarikat penerbangan lima bintang
Dari segi kualiti pula, MAS antara yang terbaik. Daripada ratusan syarikat penerbangan yang dinilai firma perunding Skytrax di seluruh dunia, hanya tujuh dikelaskan sebagai syarikat penerbangan lima bintang, dan MAS adalah satu daripadanya. Faktor utama mendapatkan lima bintang adalah keupayaan syarikat penerbangan memberikan perkhidmatan dan produk berkualiti tinggi secara amat konsisten, menurut Skytrax berpusat di Britain. Antara anugerah diterima MAS adalah Kru Kabin Terbaik Dunia (2001–2004, 2007, 2009, 2012), Syarikat Penerbangan 5-Bintang (2005–2007, 2009, 2012), Anugerah Kelas Ekonomi Terbaik Dunia (2010) dan Syarikat Penerbangan Peneraju Asia (2010, 2011). Jika dilihat sejarah industri penerbangan dunia, syarikat penerbangan lain yang sebelum ini pernah dilanda masalah luar jangkaan sehingga menyebabkan kematian, seperti US Airways, Singapore Airlines dan China Airlines kini dinamakan antara syarikat penerbangan paling selamat di dunia oleh Airline Ratings. Namun bagi Skytrax, yang menjalankan penilaian dan penyelidikan terhadap syarikat penerbangan komersial serta lapangan terbang, tiada ranking tepat boleh dikeluarkan berhubung tahap keselamatan syarikat penerbangan pada masa ini. “Skytrax tidak menerbitkan penilaian standard keselamatan syarikat penerbangan atau senarai rekod keselamatan mereka kerana tidak ada rujukan tepat di peringkat global mengenai standard keselamatan dan/atau insiden keselamatan yang boleh dipercayai sepenuhnya oleh penumpang dalam memilih syarikat penerbangan,” menurut firma itu dalam laman webnya. Menurut Skytrax, laporan berhubung keselamatan syarikat penerbangan tidak dapat diterbitkan kerana kesukaran mendapatkan laporan tepat dan konsisten daripada syarikat penerbangan di seluruh dunia atau jaminan mendapatkan laporan konsisten daripada pihak berkuasa di seluruh dunia mengenai insiden keselamatan membabitkan syarikat mereka.

Pasangan Philip Wood percaya pesawat tak terhempas
Pasangan Philip Wood percaya pesawat tak terhempas
Sarah Bajc di temubual dalam BBC News.
SHAH ALAM – Pasangan kepada salah seorang penumpang pesawat MH370, Philip Wood iaitu Sarah Bajc percaya pesawat itu tidak terhempas. Sebaliknya, beliau dalam satu temu bual dengan saluran BBC News merasakan seolah-olah wujud motif lain di sebalik kehilangan pesawat tersebut. “Setiap jenayah mesti ada niat dan motif di sebaliknya. Ada 30 jurutera pertahanan dalam pesawat itu dengan kemahiran yang unik. “Mereka boleh menjadi sesuatu yang berharga untuk mana-mana negara yang mencari kelebihan untuk peralatan tentera mereka. Ada banyak motif di sebaliknya, tapi saya tak nampak ada motif untuk seseorang membuatkan pesawat terhempas,” katanya. Menurut Bajc, beliau tidak memiliki kepakaran dan hanya membuat andaian berdasarkan common sense. Namun, katanya, pandangan sama juga banyak disuarakan pakar penerbangan dalam laman Facebook yang diwujudkan dengan nama ‘Finding Philip Wood’. “Kebanyakannya berpandangan pesawat itu dirampas, bukannya terhempas. Jadi saya pelik mengapa usaha pencarian hanya tertumpu di lautan. “Saya percaya ada sesuatu berlaku disebaliknya dan ramai merasakan kerajaan cuba mengelirukan kami,” katanya.

Cerita aneh 'penumpang MH370'
Cerita aneh 'penumpang MH370', tak masuk akal
SHAH ALAM – Cerita Philip Wood, seorang eksekutif syarikat komputer IBM yang juga penumpang MH370, yang dikatakan telah menghantar mesej secara rahsia mendakwa pesawat itu dirampas pihak tertentu dan dia kini ditahan di sebuah pangkalan tentera, tidak harus dipercayai. Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, dakwaan itu hanya satu usaha memburukkan Malaysia oleh pihak yang mahu masyarakat antarabangsa mempercayai bahawa kerajaan negara ini menyembunyikan maklumat apa yang didakwa sebagai fakta sebenar di sebalik kehilangan MH370. "Mesej itu dibuat oleh orang. Mustahil dalam tempoh 22 hari, dengan begitu banyak negara terlibat dalam usaha mencari secara besar-besaran, perkara ini boleh disimpan sebagai rahsia. Bagi saya, ini tidak logik. Media asing sengaja membesarkannya sebagai berita sensasi untuk memburukkan imej Malaysia," katanya. Dalam mesej internet bertarikh 19 Mac lalu, pengirim yang mengaku dirinya 'Philip Wood' itu mendakwa mereka ditahan sepasukan anggota tentera selepas pesawat MH370 dirampas. 'Wood' mendakwa ketika rampasan itu, matanya ditutup dan dia percaya, telah diberikan dadah oleh perampas. Apa yang lebih mengejutkan, pengirim mesej itu juga mendakwa dia dan penumpang lain ditahan di Pulau Diego Garcia di mana dia ditempatkan dalam sel yang berasingan daripada penumpang lain. "Saya menyembunyikan telefon di dalam dubur, membolehkan saya menghantar mesej ini," tulis 'Wood'. 'Wood' yang nama itu sememangnya direkodkan sebagai seorang daripada 227 penumpang MH370, rakyat Amerika Syarikat dan merupakan eksekutif kanan IBM berpangkalan di Beijing sejak dua tahun lalu, menyertai penerbangan MH370 dalam perjalanan pulang selepas menyelesaikan urusan kerjanya di negara ini. Dia juga memuat naik gambar profilnya yang setelah dikaji, menggunakan perisian tertentu dirakam di Diego Garcia bertarikh 18 Mac 2014. Orang ramai turut memberi reaksi terhadap mesej yang diragui itu malah, ada yang menganggap tidak masuk akal.

No comments:

Post a Comment