Saturday, March 22, 2014

Berita Terkini 22 Mac 2014

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam
Tanam janin dekat rumah - Kemaman
KEMAMAN – Kehadiran sepasang kekasih di hospital untuk mendapatkan rawatan kerana keguguran membongkar rahsia pasangan itu yang menanam janin berusia 22 minggu berhampiran kawasan semak di Kampung Mak Chili, di sini. Janin berkenaan yang ditanam pada Selasa lalu, dijumpai pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman bersama pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, kira-kira jam 10 pagi semalam. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, suspek yang berusia 24 tahun dengan ditemani teman lelakinya berusia 23 tahun, pergi mendapatkan rawatan di Hospital Kuantan, Pahang, kelmarin. “Setelah diperiksa, doktor mendapati suspek mengalami keguguran dua hari sebelumnya iaitu 18 Mac dan masih terdapat uri dalam rahim suspek yang tidak bekerja berkenaan. “Susulan itu, suspek ditahan di wad untuk rawatan lanjut dan hasil siasatan awal mendapati suspek mengandung 22 minggu serta masih belum berkahwin,” katanya, semalam. Suspek yang beralamat di Kampung Gong Pauh dan teman lelakinya yang tinggal di Kampung Mak Chili juga didapati menyembunyikan kandungan serta kejadian keguguran itu daripada keluarga masing-masing. Sehubungan itu, menurut beliau, teman lelaki suspek yang bekerja sendiri, kini ditahan untuk membantu siasatan. “Hasil siasatan awal, lelaki berkenaan mengaku menanam janin itu berhampiran rumahnya di Kampung Mak Chili. Polis juga berjaya menemui janin itu yang dikambus dalam tanah, pagi tadi (semalam),” katanya. Che Suza berkata, bedah siasat ke atas janin itu akan dilakukan esok untuk mengesahkan usia janin itu, seterusnya menyelesaikan siasatan kes berkenaan. Menurut beliau lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.


AirAsia India terima pesawat pertama A320
NEW DELHI - AirAsia India menerima pesawat Airbus A320 yang pertama pada Sabtu. "Berita baik! Syarikat penerbangan terbaharu India, AirAsia India menerima pesawat A320 yang pertama," demikian menurut Airbus dalam tweet dengan gambar sebuah jet. Airbus berkata, pesawat itu dilengkapi "Sharklet", peranti hujung sayap yang membantu syarikat penerbangan mengurangkan pembakaran bahan api dan pelepasan asap. "Pesawat pertama kami itu baru sahaja meninggalkan Toulouse untuk pulang ke India. Tidak sabar untuk merevolusikan penerbangan India," kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia India Mittu Chandilya melalui satu lagi tweet. AirAsia India telah diberikan kelulusan secara prinsip untuk mengimport 10 pesawat Airbus A-320-200 pada Disember lepas. Syarikat penerbangan itu merupakan usaha sama antara AirAsia, Tata Sons dan Arun Bhatia of Telestra Tradeplace pada 49:30:21 peratus. - Bernama

Lima anggota keselamatan diugut
PASIR MAS - Lima anggota pasukan keselamatan diugut oleh dua lelaki yang dipercayai penyeludup ketika cuba menahan mereka di Sungai Lancang, bersebelahan Pos Kawalan Pak Teh Kanan, Jeram Perdah di sini. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 10.30 pagi ketika anggota pasukan keselamatan sedang menjalan tugas rutin mereka di kawasan tersebut. “Ketika kejadian anggota pasukan keselamatan berkenaan ternampak sebuah bot yang dinaiki oleh dua suspek dengan muatan disyaki beras seludup. "Anggota berkenaan mengarahkan bot tersebut berhenti bagi melakukan pemeriksaan tetapi suspek bertindak cuba melarikan diri,” katanya. Menurutnya, anggota pasukan keselamatan itu kemudian mengejar dan menahan bot tersebut. Beliau berkata, salah seorang suspek bertindak ganas dengan melibaskan kipas bot enjin galah ke arah anggota berkenaan. Haliludin berkata, manakala rakan suspek pula bertindak dengan mengeluarkan pisau dan mengacukan ke arah anggota. “Suspek yang masih tidak berpuas hati bertindak mengugut dan mengeluarkan kata-kata berbau ancaman dengan meminta seseorang dari Thailand untuk menembak anggota itu. "Suspek kemudian bertindak melarikan diri ke negara jiran,” katanya. Menurutnya, hasil maklumat yang diberikan oleh anggota berkenaan memberitahu mereka tidak mengenali suspek tersebut. Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan anggotanya dalam usaha mengesan suspek dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 186/506 Kanun Keseksaan.

Air sungai masih hitam
Air sungai masih hitam, BATU FERRINGHI
BATU FERRINGHI - Keadaan sungai di Batu Ferringhi yang menjadi kontroversi selepas pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dua bulan lalu masih lagi belum berubah. Tinjauan Sinar Harian ke sungai itu mendapati keadaan air sungai semakin hitam dan berbau busuk sehingga menggangu pengunjung di situ. Salah seorang pelancong, Nur Asmawa Hamzah berkata, dia terkejut melihat keadaan sungai berkenaan dan mendapati ia berwarna hitam seperti tar jalan raya. Menurutnya, lebih teruk apabila dia dan beberapa rakan lain terpaksa menghidu bau busuk sepanjang melalui sungai berkenaan yang menghala ke arah laut. “Saya ingatkan selepas kejadian dua bulan lalu sungai ini akan bertambah baik, tapi malangnya ia masih sama malah jika dilihat lebih teruk. “Saya dan kawan-kawan percaya punca pencemaran ini dilakukan pihak tertentu memandangkan ketika kami lalu air yang berwarna gelap itu ibarat semakin banyak bercampur dengan buih-buih,” katanya. Sementara itu salah seorang pekerja hotel berhampiran memberitahu dia sendiri tidak mampu menjawab soalan daripada pelancong luar negara mengenai keadaan pencemaran sungai berkenaan. “Hampir setiap hari ada saja yang tanya sehingga ada yang tidak percaya sama ada itu sungai ataupun longkang. “Mereka pula memarahi saya kerana tidak menyangka di Pulau Pinang ini ada sungai yang tersangat kotor sementara airnya mengalir masuk ke laut terbuka begitu saja,” katanya. Sebelum ini, Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan CAP mendedahkan mereka kesal dengan kejadian pencemaran di sungai itu dan menggesa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyiasat segera puncanya dan memaklumkan hasilnya kepada orang ramai. Presiden CAP dan SAM, S M Mohamed Idris berkata, pihaknya percaya jika tiada tindakan tegas dilakukan kerajaan negeri dan jabatan terbabit bagi mengatasi pencemaran terbabit, kesan lebih buruk akan berlaku.

Pekida sanggup bermandi darah
Pekida sanggup bermandi darah
JABI - Ahli Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) sanggup bermandi darah demi mempertahankan agama dan tanah air termasuk berkaitan kalimah ALLAH. Presiden Pekida, Datuk Jamaluddin Yusof berkata, ahli di seluruh negara sentiasa menggembleng tenaga untuk menjaga dan berjuang di atas nama ALLAH SWT dalam menjaga agama, bangsa serta negara. Menurutnya, ia sejajar dengan hasrat penubuhan Pekida bagi menegakkan agama Islam, selain menyatukan umat Islam agar tidak berpecah-belah disebabkan perbezaan ideologi. “Oleh itu, ahli Pekida diingatkan agar menyertai pertubuhan ini bukan kerana ada maksud lain seperti untuk menghadapi kumpulan samseng, mendapat pengaruh dalam politik atau sebagainya,” katanya, Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama Pekida Besut di Lata Belatan, di sini. Hadir sama, wakil Adun Jabim, Ayahanda Pengerusi Pekida Terengganu, Kamaruzaman Idris dan Ayahanda Pekida Besut, Abdul Aziz Muda. Dalam pada itu, Jamaluddin berharap ahli Pekida dapat bangun daripada lena dan bersemangat dalam perjuangan, selain sentiasa menjaga imej serta nama baik Pekida. Menurut beliau, ahli juga perlu mengubah tanggapan sesetengah masyarakat bahawa Pekida merupakan sebuah pertubuhan samseng, sedangkan Pekida bukan seperti yang dimaksudkan. “Kita perlu mengubah pandangan orang, daripada takut dan gerun kepada kita (Pekida), kepada hormat atau segan kepada kita dengan banyak melakukan kebajikan, membantu sesama ahli dan sebagainya,” katanya.

Wartawan Sinar Harian cedera disamun
Wartawan Sinar Harian cedera disamun
SHAH ALAM - Ketua Meja Global Sinar Harian, Liza Hasan, 35, cedera akibat disamun oleh sekumpulan lelaki di Kilometer 15, berhampiran Tol Plaza Sungai Rasau arah Klang,dekat sini, hari ini. Kejadian berlaku jam 2.15 pagi, ketika mangsa menunggu bantuan trak tunda selepas keretanya rosak ketika melalui laluan tersebut. Menurut Liza, selepas menghubungi pihak Plus, dia menunggu di dalam kereta sebelum didatangi sekumpulan lelaki yang menaiki dua motosikal. “Saya sangka pihak Plus atau trak tunda tiba. Curiga melihat mereka meluru ke arah kereta, saya cepat-cepat mengunci pintu, seorang daripada mereka bertindak membuka tingkap kereta di bahagian pemandu,” katanya. Menurutnya, dalam keadaan kelam kabut seorang daripada lelaki itu cuba mengambil beg sandangnya yang diletakkan di tempat duduk sebelah kiri pemandu. “Lelaki itu menindih badan saya, terjadi pergelutan namun dia berjaya merampas beg berkenaan dan terus beredar," katanya. Menurut Liza, seorang pengguna jalan raya yang menyedari tentang kejadian itu cuba mengejar suspek namun gagal. Laporan polis kemudian dibuat di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam. Mangsa kerugian sebuah telefon bimbit dan sejumlah wang tunai yang diletakkan di dalam beg. Sementara itu sumber siasatan polis memaklumkan telah menemui beberapa kesan cap jari pada cermin kereta mangsa. Kes disiasat di bawah Seksyen 395 kanun keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan.

Anwar Ibrahim

Anwar cabar Menteri Pertahanan letak jawatan
KAJANG - [VIDEO] Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dicabar meletakkan jawatannya jika masih gagal menjawab kegagalan radar Malaysia mengesan pesawat penerbangan MAS MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa radar tersebut yang dibeli kerajaan Malaysia sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan sepatutnya berupaya mengesan semua penerbangan yang melintasi ruang udara dan perairan negara. "Semasa saya jadi Menteri Kewangan, Kementerian Pertahanan beli sistem radar yang canggih yang namanya Marconi. "Sistem itu boleh baca dan lihat semua penerbangan dari perairan negara Laut China Selatan sehingga ke Lautan Hindi, tapi tiada laporan," katanya berucap pada Himpunan Reformasi 2.0 di Stadium Kajang, di sini, semalam. Beliau berkata demikian mengulas lanjut misteri penerbangan pesawat MH370 yang gagal dikesan sejak Sabtu lalu ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China. Mengulas lanjut, Anwar turut mempersoalkan fungsi radar tersebut dipercayai ditutup hingga gagal mengesan pesawat tersebut. "Apa jadi dengan radar itu, adakah radar itu ditutup? Kenapa radar itu tidak boleh mengesan pesawat kita? "Kalau Menteri Pertahanan tidak boleh jawab perkara itu, dia kena letak jawatan serta-merta," katanya lagi. Tambah Anwar lagi, perkara itu melibatkan keselamatan negara termasuklah insiden kapal terbang yang tidak dikenali melintasi ruang udara Malaysia. Dakwanya pesawat tidak dikenali itu sehingga kini gagal dikenal pasti oleh Kementerian Pertahanan negara yang didakwa turut melintasi perairan negara. "Ini ancaman negara kerana kecuaian, sibuk mencari wang, cari untung, hina orang fitnah orang yang dilakukan kerajaan BN," dakwanya lagi.

28 pemaju perumahan disenarai hitam
JOHOR BAHRU - Sebanyak 28 pemaju telah disenarai hitam oleh kerajaan negeri sehingga kini akibat kegagalan membina lebih 30,000 unit rumah kos rendah di Wilayah Iskandar. Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, syarikat-syarikat ini tidak akan dibenarkan menjalankan sebarang projek baru atau merancang projek baru selagi tiada perbincangan dengan kerajaan negeri berhubung perbinaan rumah kos rendah berkenaan. "Mereka seharusnya membina rumah-rumah berkenaan dalam masa dua tahun selepas kebenaran merancang. Jika mereka masih gagal berbuat demikian, kerajaan negeri boleh rampas tanah tersebut. "Itu antara pendekatan yang akan diambil oleh kerajaan negeri," kata beliau kepada pemberita selepas majlis pecah tanah rumah mampu milik Tanjung Senibong di sini hari ini. Bagi pemaju yang enggan membina rumah kos rendah seperti yang dijanjikan, mereka akan turut dikenakan denda sebanyak RM40,000 bagi setiap unit dan RM7,000 seunit bagi pemaju yang ingin menukar status pembinaan rumah dari kos rendah kepada mampu milik, kata Khaled. Bagi menangani hal ini, kerajaan negeri turut mewujudkan Lembaga Perumahan Johor, yang akan diberi kuasa untuk mengambil alih projek-projek perumahan kos rendah terbengkalai. "Enakmen mengenainya akan dibentangkan di persidangan Dewan Undangan Negeri pada bulan Jun ini. Antara perkara-perkara yang akan menjadi tanggungjawab lembaga ini ialah menentukan tanah-tanah yang pemaju gagal untuk bina rumah kos rendah serta kenal pasti pembelian tanah untuk membina dan merancang rumah-rumah mampu milik," kata beliau. Kerajaan negeri sebelum ini telah menetapkan akan membina 28,000 unit rumah mampu milik untuk mereka yang berpendapatan rendah dalam masa lima tahun akan datang. Sementara itu, rumah mampu milik Tanjung Senibong yang bakal dibina oleh Crescendo Land Sdn Bhd meliputi kawasan seluas 222 ekar (89 hektar) pembangunan perumahan bercampur berdekatan Permas Jaya. Projek ini meliputi 1,088 unit rumah mampu milik dan mempunyai tiga fasa pembinaan. Fasa pertama yang melibatkan 222 unit rumah dijangka dilancarkan akhir tahun ini. - Bernama


Denggi ragut 4 nyawa di Perak
IPOH - Sebanyak empat kematian akibat demam denggi dilaporkan di negeri ini bagi tempoh Januari hingga 18 Mac lepas, kata Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Datuk Nordiyanah Hassan. Beliau berkata, keadaan itu membimbangkan berikutan tiada kematian akibat denggi dilaporkan di negeri ini bagi tempoh sama tahun lepas, "Sebanyak 1,584 kes denggi dilaporkan di negeri ini dari Januari hingga 18 Mac, meningkat 245 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas program Explorace Perdana Kempen Jom Hapus Pembiakan Aedes peringkat negeri di sini, hari ini. Beliau berkata, wabak denggi masih aktif di 21 lokaliti di negeri ini iaitu 16 lokaliti di daerah Kinta, Manjung (tiga) dan satu lokaliti masing-masing di Kerian dan Selama. "Enam kawasan masih berada dalam situasi wabak tidak terkawal iaitu Kampung Baru Ampang, Kampung Baru Pasir Pinji, Kampung Simee, Taman Cempaka dan Taman Ipoh Jaya di daerah Kinta serta Kampung Tok Ngah di daerah Kerian," katanya. Beliau menasihatkan orang ramai mendapatkan ubat pembunuh jentik-jentik di pejabat kesihatan berhampiran dan segera mendapatkan rawatan di hospital dan klinik jika mengalami simptom demam denggi. Pada program gotong royong yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan Nolee Ashilin, sebanyak 1,286 bekas takungan air terbiar diperiksa dan lapan daripadanya disahkan menjadi tempat pembiakan aedes. - Bernama

Polis tahan suami, isteri dipercayai edar dadah
TEMERLOH - Polis menahan sepasang suami isteri yang dipercayai terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Bahagia Temerloh, di sini tiga hari lepas. Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, dalam serbuan pukul 3.15 petang itu, polis turut merampas dadah jenis syabu dan heroin yang dianggar bernilai RM10,000. "Dadah jenis syabu dan heroin itu, masing-masing seberat 10.02 gram dan 166.05 gram, ditemui disembunyikan di dalam sebuah kotak besi di sebuah bilik di rumah tersebut. "Turut dirampas alat penimbang digital, sebuah kotak mengandungi plastik kosong, botol kaca yang diubah suai, kepingan aluminium dan gunting yang disyaki digunakan dalam aktiviti pengedaran dadah," katanya kepada pemberita di sini. Beliau berkata pasangan yang berusia 20 dan 30 tahun itu dipercayai aktif melakukan kegiatan tersebut sejak tiga tahun lepas. Bagi memudahkan kegiatan, pasangan tersebut dipercayai menghantar dua anak mereka yang berusia dua dan tiga tahun ke kampung untuk dijaga oleh anggota keluarga, katanya. Kedua-duanya yang mempunyai rekod lampau berhubung kesalahan narkotik turut positif dadah, kata Abdul Aziz yang menambah kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

Beri semangat baharu misi SAR
Beri semangat baharu misi SAR
SHAH ALAM – Penemuan dua objek dipercayai ada kaitan dengan pesawat MH370 oleh satelit Australia di Selatan Lautan Hindi memberi petunjuk dan harapan baharu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR). Bekas Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Jeneral Tan Sri Sulaiman Mahmud berkata, setelah hampir dua minggu misi dijalankan, penemuan baharu itu meskipun belum lagi disahkan, memberi semangat baharu kepada pasukan SAR. “Saya rasa penemuan ini memberi satu motivasi yang tinggi dalam usaha mencari pesawat. Sudah hari ke-13, tentunya pasukan mencari dan menyelamat sudah letih, tetapi adanya penemuan baharu ini memberi semangat yang tinggi untuk mengharungi pencarian ini,” katanya. Menurut beliau, media sebelum ini melaporkan imej yang dikesan satelit Australia telah diterima sejak 16 Mac lalu, dan hanya dimaklumkan pada 20 Mac, berkemungkinan boleh bergerak agak jauh dan berubah lokasi. “Sehingga hari ini selepas lebih empat hari, ia pastinya berubah arah dan lokasi kerana bergantung pada cuaca dan arus lautan itu yang banyak memberi kesan kepada benda yang terapung. “Jika kita katakan objek ini dipukul arus setakat 120 hingga 130 km, saya rasa itu berkemungkinan dan tidaklah satu yang mustahil,” katanya dalam wawancara bersama Astro Awani mengulas petunjuk baharu penemuan dua objek dikatakan ada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Bagaimanapun katanya, jika koordinat dua objek diambil oleh satelit dan berasaskan pergerakan arus dan cuaca, kita boleh letakkan plot satu arah kemungkinan objek itu berada. Pada pagi Khamis lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Australia, Tony Abbot yang memberitahu tentang dua objek yang mungkin mempunyai kaitan dengan pencarian MH370 di selatan Lautan Hindi. Beliau berkeyakinan, meskipun bakal berdepan dengan situasi sukar mengesan dua objek itu di Lautan Hindi, kepakaran dan teknologi digunakan berupaya mengesan objek tersebut. “Setiap aset yang dikerahkan ke lokasi baharu ini, mereka mempunyai teknologi sendiri untuk mengesan objek di permukaan laut,” katanya. Mengulas salah satu objek dikesan satelit itu berukuran lebih kurang 24 meter, Sulaiman berkata, objek itu besar dan ukuran sebegitu memudahkan lagi pengesanan oleh kapal atau pesawat yang terlibat dengan SAR. “Imej objek bersaiz 24 meter itu besar. Jika dikatakan sebahagian daripada badan pesawat juga ada kemungkinan. Pesawat ini besar dan ia konsisten dengan bahagian sayap,” ujarnya. Menurutnya lagi, sukar bagi menentukan serpihan pesawat yang timbul di permukaan laut itu akibat ‘soft landing’ atau ‘hard landing’, kerana bergantung bagaimana pesawat itu masuk ke dalam permukaan air. “Air ini dikatakan keras seperti batu. Ada impak dan akan terhempas dengan banyak serpihan,” katanya. Dalam perkembangan misi SAR yang kini tertumpu pada Lautan Hindi, Sulaiman berkata, Australia yang mengetuai pencarian akan membahagikan sektor-sektor tertentu mengikut aset-aset terlibat. “Australia melalui Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) mengambil alih koordinasi pencarian di Selatan Lautan Hindi dan semua aset akan dikoordinasikan bersama. “Jadi biasanya kita memasuki sesuatu kawasan mencari, pusat kawalan akan membahagikan sektor tertentu kepada kapal, pesawat tertentu,” katanya. Ujarnya, SAR ini melalui dua aspek iaitu secara visual (penglihatan) dan peralatan seperti radar dan sonar. “Kita tidak terikat kepada salah satu sahaja. Kita gunakan apa jua teknologi untuk mengesan pesawat itu,” katanya.

MH370
New Zealand komited bantu cari MH370
KUCHING - New Zealand akan membantu Malaysia dalam apa juga cara yang mereka mampu bagi mencari MH370 yang hilang sejak dua minggu lepas. Sambil meluahkan rasa sedih dan simpati kerajaan serta rakyatnya, Menteri Hal Ehwal Maori New Zealand, Dr Pita Sharples berkata menjadi tanggungjawab negara itu untuk membantu Malaysia atas dasar hubungan baik kedua-dua negara. "Apabila gempa bumi menggegarkan Christchurch, Malaysia antara yang terawal menawarkan bantuan, dan ini amat dihargai oleh kerajaan dan rakyat New Zealand," katanya semasa berucap dalam jamuan malam 'Sarawak-New Zealand Night', di sini malam tadi. Gempa bumi Christchurch pda 22 Februari 2011 mengorbankan 185 orang manakala ribuan lagi cedera. Dalam pada itu Sharples berkata, kerjasama baik antara Malaysia dan New Zealand yang wujud dalam pelbagai bidang sejak sekian lama, perlu dipertingkat bagi menghadapi cabaran global terutama dalam ekonomi. Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu yang merupakan tetamu kehormat majlis tersebut, berkata adalah amat penting untuk mengekalkan hubungan baik antara Sarawak dan New Zealand yang banyak memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Pada masa sama katanya ada keperluan untuk kedua-dua pihak meneroka lebih jauh potensi bidang-bidang seperti pendidikan, peluang perniagaan, pelancongan serta program pertukaran kebudayaan. "Skop kerjasama antara kedua-dua pihak perlu diperluas bagi meliputi lebih banyak sektor dan meneroka peluang yang ada," katanya. Beliau turut mempelawa pelabur asing membantu kerajaan Sarawak meneroka pelbagai sumber asli yang ada di negeri itu, termasuk hidroelektrik. "Menjelang 2030, Sarawak akan menjadi penggerak utama tenaga di rantau ini," kata Jabu. Selain itu katanya Sarawak juga mempunyai potensi yang besar dalam industri pelancongan terutama sektor ekopelancongan yang kini semakin menjadi perhatian pelawat. - Bernama

MH370
MH370: India ikrar beri sokongan kepada Malaysia
NEW DELHI - Kerajaan India menyatakan sokongan penuh kepada kerajaan Malaysia dalam usaha mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac. Kementerian Pertahanan India meluluskan penghantaran aset angkatan tenteranya untuk tujuan itu, ia berkata dalam satu kenyataan di sini, semalam. Sebuah pesawat C-130 Hercules milik Tentera Udara India dan sebuah pesawat pemantau maritim jarak jauh P8 I dari Tentera Laut India telah dihantar bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat pada Jumaat. Pesawat-pesawat ini telah tiba di Lapangan Terbang Subang. Kedua-dua pesawat mampu melakukan pencarian di kawasaaan yang luas dan mampu terbang dalam jangka masa yang panjang. Anak kapalnya telah diberi taklimat oleh pihak berkuasa Malaysia. Sebaik kawasan pencarian dikenal pasti, pesawat berkenaan akan memulakan operasi mulai hari ini. Ibu Pejabat Staf Pertahanan Bersepadu sentiasa berhubungan dengan Atase Pertahanan India di Malaysia dan menyelaras operasi yang dijangka berterusan untuk beberapa ketika. - Bernama

peta
Pencarian di Lautan Hindi mencabar
SEJAK misteri kehilangan pesawat MH370 diperkatakan di seluruh dunia, kita sentiasa ternanti-nanti jawapan termasuk mengharap perkhabaran gembira berita penemuan pesawat itu bersama penumpang serta anak kapalnya. Terbaharu penemuan objek di perairan Lautan Hindi kira-kira 2,500 kilometer dari Perth, Australia kelmarin dilihat menjadi harapan baharu dalam operasi pencarian yang sudah masuk hari ke-15 hari ini. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dua objek sepanjang 24 meter dan lima meter itu yang berjaya dikesan oleh satelit milik Australia itu bagaimanapun masih belum disahkan sama ada ianya berkaitan pesawat itu. Menurutnya, penemuan itu adalah yang terbaik berbanding beberapa penemuan yang pernah dilaporkan sebelum ini. Imej satelit dari Selatan Luatan Hindi yang dikaitkan dengan MH370 jika disahkan benar menyaksikan operasi mencari dan menyelamat begitu mencabar dan menggerunkan. Keadaan Lautan Hindi yang sentiasa bergelora dengan angin mencapai kelajuan 40 knot (74 kilometer sejam) serta ombak sehingga 10 meter adalah sesuatu yang sukar ditempuh oleh anggota penyelamat yang menggunakan kapal penyelamat. Kedalaman Lautan Hindi antara 3,000 hingga 8,000 meter memerlukan kelengkapan khusus seperti pesawat selam (Submersible) atau Kenderaan Kawalan Bawah Laut (ROUV) yang direka khas untuk menyelam dan menyelamat dalam laut dalam. Malah anggota penyelamat juga berdepan risiko kerana keadaan kelajuan arus laut tidak menentu dan boleh berubah-rubah secara mengejut memerlukan mereka yang benar-benar berpengalaman boleh menghadapi situasi sukar ini. Semalam, sumber Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut mengesahkan akan menghantar pasukan elitnya ke kawasan operasi SAR bagi melicinkan operasi di koridor selatan yang ternyata mencabar. Sebanyak 960 anggota penyelamat terdiri daripada 660 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) manakala 300 anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ketika ini sudah berada di selatan Menurut pakar, Lautan Hindi sangat luas menyukarkan operasi MH370 sekiranya benar terhempas di kawasan itu. Keupayaan mencari bergantung kepada kepakaran teknologi dan dan logistik yang digunakan berikutan sebarang kelemahan akan hanya melambatkan operasi. Penyertaan pesawat P3 Orion dan Poseidon sudah memadai untuk membantu mengesan objek dijumpai sebelum penumpuan lokasi diperluas pada radius 200 kilometer dari objek terbabit. Malah jika pesawat meletup atau berkecai, sudah pasti pelbagai barang berkaitan pesawat terapung. Jika tenggelam beberapa bahagian pesawat pasti dapat dikesan kerana letupan pada ekor tidak menjejaskan kepala. Pasukan SAR juga perlu melakukan kajian awal kerana Lautan Hindi sangat dalam dan gelap termasuk arus deras sudah pasti menjadi punca kegagalan operasi hingga mengambil masa yang lama. Ketika di lokasi keadaan laut bergelora dan ombak tinggi sudah pasti menyebabkan kapal kecil tidak dapat berada dalam keadaan stabil dan ini menyebabkan Malaysia berkemungkinan terpaksa meminta bantuan peralatan dan kenderaan negara lain. Hanya kapal bersaiz besar atau setaraf pengangkut besar jenis USS dapat berada di lokasi terbabit dengan stabil. Arus deras boleh memindahkan objek dari lokasi asal dan ia sudah pasti melambatkan operasi seperti dialami pesawat Airbus Air France 447, yang hilang di Laut Atlantik pada 1 Jun 2009 yang mengambil masa dua tahun sebelum kota hitam ditemui. Paling tragis dan menyedihkan ialah sebahagian besar jasad penumpang pesawat berkenaan sehingga kini gagal ditemui!

Najib Tun Razak
Malaysia amat hargai bantuan Jepun
KUALA LUMPUR - Malaysia amat menghargai bantuan Jepun dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) serta kata-kata semangat diberikan berhubung insiden MH370 yang hilang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. "Bercakap dengan perdana menteri Jepun Shinzo Abe semalam. Malaysia amat menghargai bantuan Jepun bagi ops SAR dan kata-kata semangat diberikan," kata Perdana Menteri dalam tweet di @NajibRazak hari ini. Kedutaan Jepun di sini dalam kenyataan dikeluarkan malam tadi berkata, Abe dalam perbualan telefon kira-kira 10 minit pada 5.30 petang semalam, memberitahu Najib, Jepun akan terus menyokong usaha kerajaan Malaysia melaksanakan operasi SAR bagi mencari pesawat itu yang hilang sejak 8 Mac lepas. Menurut kenyataan itu, Abe juga melahirkan rasa bimbangnya mengenai pesawat itu yang masih belum ditemui walaupun operasi SAR telah diperluaskan. Perdana Menteri Jepun itu turut menyatakan penghargaannya terhadap kepimpinan Najib dalam menangani situasi sukar itu dan memaklumkan kesediaan Jepun untuk terus menyokong usaha Najib. Pesawat Boeing 777-200ER yang dalam penerbangan ke Beijing, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. - Bernama


Bateri litium-ion dibawa MH370 tidak berbahaya
KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) hari ini menjelaskan bateri litium-ion yang dibawa oleh MH370 pada 8 Mac lepas mematuhi keperluan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabanga (IATA). Syarikat itu dalam satu kenyataan di sini berkata item berkenaan diklasifikasi sebagai barangan tidak berbahaya. Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya dilapor berkata dalam taklimat media bahawa barangan tersebut dibungkus seperti yang disaran oleh ICAO dan kargo itu diperiksa beberapa kali selaras dengan garis panduan ICAO. Beliau juga berkata syarikat penerbangan lain turut berbuat demikian, bukan MAS semata-mata. Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 239 orang hilang pada awal pagi 8 Mac, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Pelbagai teori timbul susulan kehilangan pesawat itu termasuk kemungkinan berlaku kebakaran yang menyebabkan anak kapal hilang upaya. Misi mencari yang melibatkan pelbagai negara sehingga kini gagal mengesan pesawat tersebut. - Bernama

MH370
Bateri litium-ion dibawa MH370 tidak berbahaya
KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) hari ini menjelaskan bateri litium-ion yang dibawa oleh MH370 pada 8 Mac lepas mematuhi keperluan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabanga (IATA). Syarikat itu dalam satu kenyataan di sini berkata item berkenaan diklasifikasi sebagai barangan tidak berbahaya. Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya dilapor berkata dalam taklimat media bahawa barangan tersebut dibungkus seperti yang disaran oleh ICAO dan kargo itu diperiksa beberapa kali selaras dengan garis panduan ICAO. Beliau juga berkata syarikat penerbangan lain turut berbuat demikian, bukan MAS semata-mata. Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 239 orang hilang pada awal pagi 8 Mac, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Pelbagai teori timbul susulan kehilangan pesawat itu termasuk kemungkinan berlaku kebakaran yang menyebabkan anak kapal hilang upaya. Misi mencari yang melibatkan pelbagai negara sehingga kini gagal mengesan pesawat tersebut. - Bernama

MH370
Setiap negara hati-hati dedah maklumat radar
SHAH ALAM - Setelah dua minggu misi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan, masih belum ada sebarang petunjuk tepat yang membolehkan penemuan MH370. Misi SAR ini adalah yang terbesar di dunia setakat ini, melibatkan 26 negara berkongsi kepakaran serta aset bagi merungkai misteri kehilangan pesawat, bersama 227 penumpang dan 12 anak kapalnya. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, operasi SAR kini tertumpu pada koridor selatan dan utara, yang keduanya diberikan keutamaan yang sama. Bagaimanapun, selepas seminggu aset dan anggota yang terlibat digerakkan, masih belum ada jawapan yang pasti. Kelmarin, penemuan objek bersaiz 24 meter di perairan Australia menggemparkan pelbagai pihak, tetapi kerajaan negara itu belum sahkan sama ada objek itu milik MH370 atau tidak. Tinjauan Sinar Harian di laman-laman sosial dan blog mendapati ramai yang mempersoalkan kebolehan radar dan satelit yang dimiliki negara-negara terlibat, termasuk Malaysia. Penganalisis pertahanan, Muhammad Fuad Mohd Noor berkata, perkongsian maklumat radar dan satelit antara negara satu perkara yang amat sensitif. “Setakat ini kita hanya boleh tahu maklumat itu berdasarkan sidang media rasmi oleh pihak kerajaan dan negara terlibat. Namun di sebalik itu, ada maklumat yang diperoleh negara itu masih disimpan. “Contohnya selepas lapan hari (MH370 dilaporkan hilang) baharu data radar didedahkan berjaya mengesan pesawat itu melalui kawasan Andaman dan sebagainya. Begitu juga pada Australia; selepas lima hari mereka menggunakan radar mereka, baru diberitahu penemuan objek tersebut,” katanya. Menurutnya, semua negara terlibat berhati-hati untuk mendedahkan maklumat yang ada kerana ia umpama menyerah diri kepada musuh. “Sebagai contoh, Australia memberitahu penemuan objek itu. Dalam masa yang sama, musuh mereka akan mempersoalkan kenapa 25 negara lain tidak jumpa apa-apa. “Persoalan itu akan timbul dan orang akan memberi perhatian terhadap kepakaran yang digunakan (oleh Australia). Maka secara tidak langsung, pertahanan mereka sedikit terjejas melalui perkongsian maklumat itu,” katanya. Isnin lalu, Hishammuddin, turut mengakui bahawa perkongsian maklumat melalui misi mencari MH370 ini sedikit sebanyak menjejaskan pertahanan negara namun pada keadaan yang tidak membimbangkan. “Tumpuan kita adalah mencari MH370. Walaupun sedikit terjejas, kita akan melihat aspek ini untuk masa hadapan,” katanya. Malaysia mengetuai operasi itu, yang disertai Australia, Bangladesh, Brunei, China, Perancis, India, Indonesia, Jepun, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Laos, Myanmar, New Zealand, Pakistan, Filipina, Russia, Singapura, Korea Selatan, Thailand, Turkmenistan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), United Kingdom, Amerika Syarikat, Uzbekistan dan Vietnam.

Sanggup menyorok dalam tangki air elak dicekup
Sanggup menyorok dalam tangki air elak dicekup
SHAH ALAM - Seorang warga Indonesia sanggup berendam di dalam tangki simpanan air di rumah sewanya bagi mengelak dicekup oleh penguatkuasa Jabatan Imigresen Selangor, semalam. Dalam operasi itu, penguatkuasa terpaksa memecah pintu rumah terbabit selepas penghuninya enggan membuka pintu. Apabila pemeriksaan dilakukan, anggota imigresen mendapati seorang wanita Indonesia sedang menyorok di dalam tangki air. Difahamkan, mereka berkeras tidak mahu keluar dari tangki air tersebut, namun setelah dipujuk kira-kira 10 minit, akhirnya, dia akur dan pemeriksaan mendapati dokumen wanita itu sudah tamat tempoh. Timbalan Penolong Pengarah Operasi Jabatan Imigresen Selangor Othman Montil berkata, pihaknya membuat operasi terbabit di sekitar Shah Alam dan Klang. Menurutnya, pihaknya berjaya menahan 33 warga asing daripada 48 orang yang diperiksa. “Mereka yang ditahan ialah 28 warga Indonesia dan lima warga Bangladesh yang berumur lingkungan empat hingga 49 tahun,” katanya. Othman berkata, mereka semua ditahan atas kesalahan tinggal lebih masa di negara ini, tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan melanggar syarat pas. “Semua ditahan akan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/ 1963 (Pindaan 2002),” katanya.

Gempa bumi kuat landa kepulauan Nicobar di India
KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda Kepulauan Nicobar di India pada 9.41 malam ini. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini pusat gempa itu terletak 111km di timur laut Great Nicobar di India dan 627km di barat laut Langkawi, Kedah. Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, kata jabatan itu dalam kenyataan di sini. - Bernama

PRU Thailand baharu tak jamin keamanan
BANGKOK - THAILAND. Langkah Mahkamah Perlembagaan Thailand mengistiharkan pilihan raya umum negara itu pada 2 Februari lalu sebagai tidah sah, tidak akan menjamin keamanan dan berakhirnya konflik, melainkan semua pihak bersetuju untuk menyertai pilihan raya yang baharu dan menerima keputusannya. Pemimpin parti pembangkang utama Parti Demokrat, Abhisit Vejjajiva berkata, semua pihak perlu menghormati keputusan mahkamah yang boleh membuka jalan kepada negara kembali kepada keadaan biasa, namun beliau tidak komited partinya akan menyertai pilihan raya yang baharu. "Jangan terburu-buru untuk mendapat jawapan. Tolong tanya pihak yang lain tentang kesediaan mereka untuk mengadakan dialog terbuka," beliau memberi respons kepada media apabila ditanya sama ada partinya akan menyertai pilihan raya yang baharu. Beliau mengaku tidak dapat memberi jawapannya setakat ini. Parti itu memboikot pilihan raya pada 2 Februari lalu yang terganggu ekoran tunjuk perasaan antikerajaan yang menyaksikan 28 kerusi tidak mempunyai calon berdaftar dan terpaksa diadakan semula kerana pengundi dihalang daripada mengundi. - Bernama

Sembilan maut dalam serangan di hotel mewah
KABUL - AFGHANISTAN. Sekurang-kurangnya sembilan orang awam termasuk kanak-kanak, wanita dan warga asing terbunuh dalam serangan tembakan di sebuah hotel mewah di ibu negara, kelmarin, beberapa minggu sebelum pilihan raya presiden diadakan. Menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri Afghanistan, Sediq Sediqqi, empat remaja lelaki bersenjata dipercayai menyembunyikan pistol di dalam stoking dan berjaya melepasi beberapa bahagian keselamatan di hotel Serena dengan mudah. "Mereka memasuki hotel kirakira pukul 8.30 malam (waktu tempatan) dengan berpura-pura menjadi tetamu dan bersembunyi di dalam bilik air. Tiga jam kemudian, mereka mula melepaskan tembakan di restoran hotel terbabit,"katanya. Kumpulan Taliban didakwa bertanggung jawab terhadap serangan kerana mereka telah berikrar untuk melakukan serangan keganasan bagi mengganggu pilihan raya 5 April ini. Sementara itu, laporan dipetik dari AFP, Menteri Luar Paraguay, Eladio Loizaga berkata, salah seorang mangsa maut adalah bekas diplomat Paraguay yang berada di Afghanistan sebagai pemerhati pilihan raya.

17 pelajar al-Azhar dihukum penjara
17 pelajar al-Azhar dihukum penjara
KAHERAH - MESIR. Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun kepada 17 pelajar Universiti al-Azhar atas tuduhan menyerang ibu pejabat universiti semasa mengadakan protes tahun lalu. Kesemua defendan yang juga penyokong presiden digulingkan Mohamed Morsi dan Ikhwanul Muslimin didakwa merusuh, merosakkan harta benda awam, membakar sembilan kenderaan dan menyerang pihak keselamatan serta kakitangan akademik al-Azhar. Mahkamah turut mengarahkan setiap pelajar membayar denda sebanyak AS$13,000 (RM43,000). Hukuman dijatuhkan sehari selepas tiga pelajar terbunuh apabila pengawal keselamatan Mesir diserang penunjuk perasaan antikerajaan di beberapa bandar utama di seluruh negara Afrika Utara, laporan dipetik dari Press TV.

Sasar jual 30,000 unit City
Sasar jual 30,000 unit City
HONDA Malaysia Sdn Bhd (Honda) menyasarkan untuk menjual 30,000 unit Honda City Serba Baharu sepanjang tahun ini. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yoichiro Ueno berkata, sasaran itu relevan berdasarkan rekod prestasi dan menjangkakan untuk menjual 2,500 dapat dijual sebulan. “City generasi keempat ini adalah sedan segmen B dan kami telah menerima 1,800 tempahan bagi semua jenis varian Honda City Serba Baharu ini. “Berdasarkan pelancaran Honda City serba baharu ini kami jangkakan ia mampu meningkatkan hasil jualan sehingga 40 peratus bagi semua jenis model berbanding tahun lalu. “Tahun lalu Honda Malaysia telah menjual 51,550 unit kenderaan dan dijangka meningkat sehingga 75,000 unit,” katanya selepas Majlis Pelancaran Honda City Serba Baharu. City adalah sedan terlaris Honda Malaysia sejak ia diperkenalkan dalam pasaran tempatan pada 2001 dengan lebih 145,000 unit terjual. Honda City didatangkan dalam empat varian dengan harga bermula RM75,800. Sementara itu, Honda Malaysia bakal melancarkan City Serba Baharu hibrid bagi mengembangkan pilihan CKD hibrid.

Sasar perolehan RM380j di Asean
Air Asia Sasar perolehan RM380j di Asean
SYARIKAT teknologi peranti mudah alih, Ninetology Malaysia (Ninetology) menyasarkan perolehan RM380 juta menerusi pelan peluasan ke Thailand, Vietnam, Filipina, dan Myanmar sehingga akhir 2014. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ninetology, Sean Ng berkata, pelan peluasan itu akan bermula April ini di Thailand dan diikuti oleh negara-negara lain. "Bagi pasaran Malaysia, kami menyasarkan perolehan RM195 juta dengan penambahan cawangan dan produk baru," katanya selepas melancarkan livery pesawat Qualcomm dan Ninetology, di Sepang. Ninetology mencatatkan perolehan RM180 juta dengan penguasaan pasaran dalam pasaran mudah alih sebanyak 12 peratus di Malaysia berakhir Disember 2013. Menurutnya, syarikatnya telah meneroka pasaran Indonesia pada September tahun lalu, sekali gus menjual satu juta unit telefon keluaran Ninetology di Asean. Katanya, Ninetology bakal memperkenalkan telefon pintar Evolusi Jangka Panjang (LTE) dijangka awal Mei dengan harga di bawah RM1,000 seunit. Menerusi pelancaran itu, syarikatnya merancang mengeluarkan tiga model telefon pintar LTE tahun ini. "Kami menyasarkan untuk menjual RM500,000 telefon siri J di pasaran tahun ini," katanya. Sean berkata, menerusi pelan peluasan itu juga, Ninetology bakal menambah 10 lagi cawangan di seluruh negara seperti Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Sarawak dengan nilai pelaburan RM5 juta menjelang 2015. Sementara itu, pengenalan livery pesawat AirAsia yang dilancarkan itu juga akan berjalan selama 18 bulan bermula Februari lalu dengan nilai pelaburan RM3 juta.

blue sky
Misteri MH370 sukar dirungkai
PARIS – Seorang pakar penerbangan di Perancis menjangkakan misteri kehilangan sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) sangat sukar dirungkai atau kekal misteri sekiranya benar kapal terbang berkenaan terhempas di Lautan Hindi, lapor akhbar Financial Times. Pengarah Biro Siasatan Kemalangan Udara Perancis, Rémi Jouty berkata, sekiranya dua objek yang dikesan oleh sebuah satelit di Lautan Hindi adalah serpihan pesawat MH370, ini bermakna satu siasatan paling sukar akan bermula. Katanya, untuk merungkai misteri kehilangan pesawat itu, pasukan penyiasat perlu mencari kotak hitam kerana alat itu adalah kunci untuk membuka misteri tersebut. "Bagaimanapun, di lautan ini pasukan mencari mungkin mengambil masa selama beberapa tahun untuk mencari kotak hitam pesawat ini itupun jika ia boleh ditemui. "Apa yang boleh saya beritahu, ini adalah usaha mencari yang paling sukar dan saya tidak memberi jaminan kotak hitam ini mampu ditemui," katanya. Menurutnya, kotak hitam penting bagi mengetahui punca sesuatu nahas udara kerana ia menyimpan rakaman suara di kokpit dan juga data-data penerbangan. Kotak hitam yang direka untuk terselamat walaupun sesebuah pesawat terhempas atau terbakar sebenarnya berwarna merah atau oren terang bergantung kepada pengeluar. Biro itu sebelum ini menghantar tiga penyiasat berpengalaman untuk membantu pihak berkuasa Malaysia mencari pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal yang hilang sejak 8 Mac lalu. Ketiga-tiga pegawai penyiasat itu terlibat dalam siasatan sebuah pesawat Air France yang terhempas di Lautan Atlantik pada 2009. Dalam kemalangan tersebut seramai 228 penumpang dan anak kapal terbunuh manakala kotak hitam pesawat itu ditemui selepas dua tahun tragedi berlaku. Ketika misi mencari pesawat Air France, ekor kapal terbang adalah serpihan pertama ditemui selepas lima hari pesawat itu dilaporkan terhempas. Beberapa serpihan lagi dan beberapa mayat penumpang pesawat itu hanya dijumpai hampir dua minggu selepas penemuan pertama tersebut. Kotak hitam pesawat Air France ditemui pada kedalaman 4,000 meter iaitu hampir sama dengan kedalaman di satu kawasan di Lautan Hindi di mana dua objek dipercayai serpihan pesawat MH370 dikesan. – Agensi


Tragedi MH370dedah kelemahan satelit
SATELIT WorldView-2 milik DigitalGlobe yang merakam imej dua objek dipercayai serpihan pesawat MH370 di Lautan Hindi pada 16 Mac lalu.
WASHINGTON - Kehilangan sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) bukan sahaja menimbulkan misteri dalam sejarah penerbangan tetapi turut mendedahkan batasan dan kemampuan sistem satelit, lapor Washington Post kelmarin. Sebelum ini, beberapa pengendali satelit memberitahu bahawa satelit mereka mempunyai teknologi yang sangat canggih sehingga mampu merakamkan nombor pendaftaran sesebuah kenderaan dari orbit Bumi. Namun, dalam kes kehilangan pesawat MH370, kelemahan dan had teknologi satelit mula terserlah apabila gagal mengesan sebuah kapal terbang yang besar. Beberapa pakar berkata, kelemahan dan had teknologi sesebuah satelit ini berkait rapat dengan faktor fizikal, kewangan dan kegunaannya sendiri. Satelit tentera dan komersial jarang memantau serta menganalisis ruang muka bumi yang jarang dilalui seperti kawasan terpencil di Lautan Hindi yang dipercayai menjadi laluan pesawat MH370. Tinjauan permukaan bumi memerlukan lensa kamera satelit merakam imej pada sudut yang luas manakala tumpuan pada sesuatu objek memerlukan fokus yang berbeza. Sesebuah satelit, kata mereka, tidak boleh melakukan kedua-dua fungsi secara serentak. Satelit pengintip yang paling canggih biasanya mempunyai lensa kamera untuk merakamkan sesuatu imej dengan terperinci. "Ia umpama menggunakan teropong ketika menaiki kereta pada kelajuan 100 kilometer sejam dan cuba melihat setiap peti surat di sepanjang jalan. "Begitu juga satelit kerana anda tidak dapat menfokuskan teropong anda dengan cepat untuk melihat semua peti surat itu," kata penasihat teknikal Yayasan Keselamatan Dunia, Brian Weeden. Yayasan Keselamatan Dunia merupakan sebuah badan bukan perniagaan yang menumpukan kepada dasar-dasar angkasa lepas. Ketika ini, teknologi satelit masih belum terbukti kejayaannya dalam menyelesaikan kes kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu. Para pegawai Australia kelmarin mendakwa dua buah objek yang dirakam satelit di sebuah lokasi terpencil di Lautan Hindi kemungkinan serpihan pesawat tersebut. Imej itu dirakam pada 16 Mac lalu oleh satelit WorldView-2 yang merupakan sebuah satelit komersial yang mengelilingi bumi pada ketinggian 770 kilometer. Namun, objek itu masih kabur dan terdapat kemungkinan imej yang dirakam adalah objek lain dan bukan serpihan MH370 atau pantulan cahaya di permukaan laut. Sehingga kini objek yang salah satunya sepanjang 24 meter itu gagal dikesan oleh satelit lain dan juga pesawat tentera yang dihantar ke lokasi itu di Lautan Hindi. Sementara itu, syarikat DigitalGlobe yang merupakan pemilik satelit WorldView-2 berkata, tempoh masa agak lama untuk imej itu dikeluarkan kerana ia perlu meneliti terlalu banyak data. "Jumlah imej yang terlalu banyak di Bumi meyukarkan untuk menumpukan kepada sesuatu objek secara masa sebenar," kata syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu. DigitalGlobe juga menggunakan anak syarikatnya, Tomnod untuk menjalankan satu carian umum melibatkan tiga juta sukarelawan yang meneliti imej satelit bagi mencari pesawat tersebut. - Agensi


Sellofie kini trend baharu di AS
GAMBAR menunjukkan seorang lelaki yang melilit pita pelekat pada wajahnya.
NEW YORK - Mendapat ilham daripada satu babak dalam filem Yes Man lakonan bintang filem popular, Jim Carrey, kini ramai penduduk di Amerika Syarikat (AS) merakam gambar potret sendiri atau selfie dengan wajah mereka bertampal pita pelekat. Malah, aksi tersebut yang kian menjadi ikutan di AS mendapat jolokan tersendiri iaitu Sellofie. Banyak gambar aksi Sellofie yang yang telah dimuat naik di laman sosial Facebook berjaya menarik perhatian orang ramai. Ia ekoran pelbagai ekspresi wajah melucukan dan mencuit hati yang dirakam oleh peminat-peminat Carrey . - Agensi

1,000 pesara polis di Sabah bakal terima saguhati RM1,000
KOTA KINABALU - Kira-kira 1,000 pesara polis di negeri ini bakal menerima saguhati khas sebanyak RM3,000 selewat-lewatnya pada penghujung tahun ini. Bantuan khas kerajaan itu diberikan kepada bekas polis yang berkhidmat semasa zaman darurat di Sabah termasuk ketika melawan komunis, pemberontakan Brunei, Konfrontasi Indonesia dan Peristiwa Kalabakan dari 1948 hingga 1974. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi berkata, pemberian tersebut bagi menghargai jasa bekas-bekas polis Sabah yang masih belum menerima pembayaran seperti mana sehingga dibangkitkan Persatuan Bekas Polis Sabah (PBPS). "Saya menghargai segala usaha dilakukan oleh bekas-bekas anggota polis di Sabah yang berusaha dalam mempertahankan kedaulatan negara sepanjang tempoh darurat itu. "Perkara ini akan dimajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diharap dapat diselesaikan pada tahun ini juga," katanya ketika berucap pada majlis Makan Malam Perdana Mengenang Jasa Perwira Negara di sini malam tadi. - KOSMO!


Pendakwa berjaya bukti prima facie
ASNI (kiri) didakwa membunuh wanita warga Perancis, Stephanie diperintah bela diri ketika dihadapkan di Mahkamah Tinggi, Kuantan Pahang semalam.
KUANTAN – Mahkamah Tinggi di sini semalam memerintahkan peniaga, Asni Omar membela diri atas pertuduhan membunuh seorang wanita warga Perancis, Stephanie Foray yang melancong ke Pulau Tioman pada Mei 2011. Hakim Datuk Seri Mariana Yahya membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie kes terhadap tertuduh, Asni Omar, 38. Katanya mahkamah telah menilai sepenuhnya keterangan 44 saksi yang memberi keterangan antara 17 Mei hingga 20 Disember tahun lepas dan mendapati kredibiliti mereka tidak tergugat dan nyata apabila disoal balas oleh pihak pendakwaan. "Mahkamah telah menilai semua keterangan saksi pendakwaan mempunyai kredibiliti yang tidak boleh tergugat. "Tertuduh juga telah membawa pihak polis ke lubang di dalam gua di mana mayat mangsa dijumpai dan turut menunjukkan tempat tertuduh menyimpan barangan kepunyaan mangsa di rumahnya di Kampung Tekek," kata Marina di sini semalam.


Dua objek sudah tenggelam
SYDNEY – Dua objek terapung yang dikesan melalui satelit di selatan Lautan Hindi, kira-kira 2,500 kilometer ke barat daya Perth, dan dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) mungkin telah tenggelam. Pemangku Perdana Menteri Australia, Warren Truss berkata, imej tersebut dirakamkan melalui satelit pada 16 Mac lalu yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat MH370. "Objek ini kemungkinan sudah terapung di kawasan laut itu sejak pesawat ini dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu. "Ia mungkin telah tenggelam ke dasar laut kerana sudah terapung terlalu lama," katanya. Kerajaan Australia kelmarin mengumumkan penemuan dua objek besar yang terapung di laut, dipercayai serpihan pesawat MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China. Selain Australia, pesawat dari New Zealand dan Amerika Syarikat (AS) telah menyertai misi pencarian itu manakala China dan Jepun pula akan menyertai pada hujung minggu ini.


GAMBAR: Bomba Pecah Simen Keluarkan Mayat Mangsa Culik
Semalam, akhbar utama di Malaysia telah melaporkan tentang bagaimana penahanan enam suspek berhubung kes samun dan bunuh di Cheras baru-baru ini membawa kepada penemuan mayat seorang ahli perniagaan. Mayat ahli perniagaan yang dibunuh dengan cara ditembak itu telah disimen ke dalam tong sebelum di tanam di sebuah lokasi di Bukit Pelandok, Lukut, Negeri Sembilan. Difahamkan, dua daripada enam suspek telah mengaku bertanggung jawab membunuh ahli perniagaan tersebut yang dilaporkan hilang di Batu 9, Cheras sejak tiga bulan lalu. Sumber polis berkata, pemeriksaan forensik akhirnya menemui tong berisi simen di tepi jalan ke Bukit Pelandok. Berikut adalah gambar-gambar yang dikongsikan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia ketika usaha memecahkan simen bagi mengeluarkan mayat mangsa dijalankan. Bagi yang tidak tahu, ini merupakan sebahagian daripada tugas bomba selain memadam kebakaran dan menangkap binatang yang mengancam keselamatan masyarakat. Sumber: FACEBOOK Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia


Enam Individu Misteri Di KLIA Diarah Beredar!
KUALA LUMPUR – Enam individu misteri yang kelibat mereka sering kelihatan berada di Anjung Tinjau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) diarah beredar. Maklumat itu disahkan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM) melalui kemaskini terbaru di Facebook rasmi PDRM hari ini. Sejak Selasa lalu, dua warga asing dilaporkan melakukan aktiviti mengambil gambar dan nombor setiap pesawat di KLIA. Semalam, enam lagi individu dikesan turut melakukan aktiviti sama. Semua individu warga Inggeris terbabit dilihat duduk di anjung tinjau KLIA sambil meneropong setiap pesawat sebelum mengambil gambar dan merekodkan nombor pesawat di landasan. Aktiviti mereka itu menarik perhatian anggota keselamatan yang kemudian meminta mereka meninggalkan kawasan itu.


MH370: Mungkinkah Kapten Zahrie ‘ U-Turn’ Kerana Kokpit Terbakar?
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan melakukan pusingan U. Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie. Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri. Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit. Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow berkata, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit. “Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri. “Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan.” Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat. “(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki. Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat.” Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong kepada tindakan pusingan U untuk menuju ke lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi. Katanya, terputusnya komunikasi (ACARS) termasuk kesan radar adalah munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit. “Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan. “Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang.” Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang. Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan semasa kebakaran. Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit sahaja. “Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit.” Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Pulau Langkawi. “Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus.” Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi. Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: “Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi.” Apa yang ditulis Goodfellow dan ramai lagi pakar di seluruh dunia tetap kekal menjadi spekulasi selagi pesawat MH370 tidak ditemui.


MH370: Moga Doa Pemuda Ini Dimakbulkan Allah…
SIAPAKAH dia…. Itu yang bermain dibenak penulis bila melihat foto ini. Ia dirakamkan di satu sudut sunyi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Selepas solat hajat di sana baru-baru ini, lelaki ini mengambil senaskah Al-Quran dan terus membacanya. Perbuatan beliau sangat terpuji, nampak benar beliau sungguh-sungguh mengharapkan agar Allah SWT melindungi keselamatan pesawat MH370 dan penumpang di dalamnya . Semoga doa lelaki yang bukan ‘siapa-siapa’ ini ini dimakbulkan Allah, Tuhan yang maha Esa…Insha Allah.


MH370: Saya Bukan ‘Melatah’ Bila Umum Penemuan Objek Itu – PM Australia
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Australia, Tony Abbott menjelaskan beliau tidak “melatah” apabila mengumumkan imej satelit yang menunjukkan objek yang mungkin merupakan serpihan pesawat Malaysia Airlines yang hilang sejak 8 Mac lalu. Menurut Abbott, beliau ada tanggungjawab untuk memaklumkan kepada keluarga penumpang dan anak kapal mengenai perkembangan usaha mengesan pesawat itu. “Ia mungkin hanya kontena yang jatuh dari sebuah kapal, kita tidak tahu. “Tetapi kami bertanggungjawab kepada keluarga dan sahabat handai (kepada 239 orang) yang berada dalam penerbangan MH370 untuk melakukan apa yang boleh untuk cuba menyelesaikan apa yang setakat ini teka-teki yang luar biasa. “Kami juga bertanggungjawab untuk memberikan maklumat sebaik kami menerimanya dan saya rasa itulah yang kami lakukan (pada Khamis) di Parlimen,” katanya semasa dalam lawatan rasmi ke Papua New Guinea, seperti dipetik oleh ABC News pada Jumaat. Pihak berkuasa Australia mengenal pasti dua objek yang dirakamkan oleh satelit di kawasan yang terletak kira-kira 2,500 kilometer di barat negara itu yang dirakamkan pada 16 Mac lalu. Usaha mengesan dua objek berkenaan bagaimanapun sehingga ini masih buntu kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) yang menyelaraskan operasi mengesan objek itu memaklumkan lima pesawat meninjau kawasan berkenaan pada Jumaat. Ia disertai oleh sebuah kapal kontena dari Norway yang tiba di kawasan itu semalam serta sebuah lagi kapal dagang yang akan sampai malam ini. AMSA dalam kenyataannya pada Khamis menyifatkan imej satelit itu sebagai “petunjuk terbaik” namun mengingatkan ia mungkin tidak ada kaitan dengan pesawat MAS yang hilang itu. Imej satelit yang dirakamkan oleh syarikat imejan satelit di Colorado, Amerika Syarikat itu menunjukkan objek yang satu daripadanya berukuran 24 meter panjang. China pada Jumaat mengerahkan tujuh kapal tambahan untuk menyertai operasi mencari di selatan Lautan Hindi, lapor agensi berita Xinhua. Tujuh kapal itu akan menyertai tiga kapal tentera laut China yang sudah bergerak pada Khamis. Antara kapal milik China yang dikerah ke kawasan itu termasuk kapal pemecah ais, Xuelong yang berlabuh di pelabuhan Fremantle di barat Australia. Operasi mengesan objek itu dimulakan pada Khamis dengan menempatkan boya yang menganalisis arus laut dan arah angin untuk mengesan lokasi objek itu selepas dirakamkan oleh satelit. – Astroawani.com


MH370: Pesawat Pertama Hari Ini GAGAL Temui Apa-Apa
Pesawat pertama yang dikerahkan ke lokasi dua objek misteri dikesan di selatan Lautan Hindi, 2,500km ke barat laut Perth hari ini gagal mengesan apa-apa yang signifikan seperti apa yang diumumkan semalam. Pihak berkuasa Australia pada 16 Mac berjaya merakamkan dua objek melalui satelit mereka yang satunya berukuran 24 meter dan satu lagi anggaran lima meter di perairan itu yang mungkin ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. Menurut laporan AP, tiga lagi pesawat masih berada di lokasi berkenaan untuk membantu menyelesaikan misteri kehilangan MH370 yang kini sudah masuk hari ke-14 . Lokasi di Lautan Hindi itu adalah kawasan yang amat terpencil sehingga memerlukan pesawat terbang selama lapan jam pergi balik dan hanya memberikan ruang kira-kira dua jam sahaja untuk operasi mencari. Semalam, Perdana Menteri Australia Tony Abbott mengumumkan di Parlimennya berkenaan penemuan dua objek berkenaan oleh satelitnya. Pengumuman itu menyemarakkan kembali harapan untuk para penyiasat menyelesaikan misteri berkenaan setidak-tidaknya mengetahui di mana lokasi sebenar pesawat MH370 itu. Misi mencari dengan empat pesawat dalam keadaan hujan dan awan tebal gagal menemui apa-apa dan operasi pencarian hari ini juga gagal. Kini pesawat P-3 Orion Tentera Udara Australia sedang terbang pulang pangkalannya. Dua lagi pesawat sama bersama sebuah pesawat jarak jauh Bombardier Global Express ketika ini masih beroperasi di kawasan berkenaan.


Chef Wan Persenda Operasi Kesan #MH370, Dikecam Hebat Di Instagram
CHEF terkenal negara Datuk Chef Wan yang sebelum ini lantang mengkritik syarikat Malaysia Airlines (MAS) kerana sajiannya yang tidak menepati citarasanya hari ini dikecam di media sosial Instagram selepas mempersendakan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 milik syarikat penerbangan itu. Beliau yang dikatakan berada di Pantai Morib menemui satu objek di pantai berkenaan dan dengan gurauan mengatakan beliau menyangka itu adalah pintu pesawat MH370 di laman Instagramnya. Gambar objek berkenaan turut dikongsi Chef Wan dan akhirnya objek itu sebenarnya adalah hanya pintu sebuah jamban yang sudah usang. “Dua objek di Perh dan satu ni I ingatkan ya la sebahagian dari pintu kapal terbang MAS.. Tapi setelah diteliti rupanya ianya sebahagian dari pintu jamban rumah Cik Kiah di pantai Morib yang telah usang rupanya,” kata Chef Wan dalam kapsyen gambar itu. Imej berkenaan mendapat kira-kira 701 Likes sebelum dipadamkan Chef Wan kerana menerima kecaman dari para pengikutnya di laman sosial itu. Tanpa memikirkan sensitiviti keluarga kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu, tindakan Chef Wan dianggap keterlaluan lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan oleh personaliti yang dipandang tinggi dalam bidang masakan tempatan dan dunia. Februari lalu, Chef Wan telah mengkritik hidangan nasi lemak yang disediakan oleh Malaysia Airlines sebagai ‘nasi lemak telanjang’. Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 kini masuk hari ke-14 dan misi SAR diteruskan di selatan Lautan Hindi di barat daya Perth.

VIDEO : Budak Seberang Sungai Dalam Beg Plastik

Sebuah kampung di Vietnam yang daif dikesan terpaksa menggunakan beg plastik untuk membawa kanak-kanak melintasi sungai yang arusnya sangat deras terutamanya ketika musim banjir. Kanak-kanak itu biasanya akan dibawa menyeberangi sungai berkenaan di dalam plastik kerana seorang lelaki yang dilihat menjadi tukang pengangkut mereka menyeberang sungai berkenaan. Sebaik selamat menyeberangi sungai yang dilihat dalam kerana lelaki itu terpaksa berenang kanak-kanak itu akan merangkak keluar dari beg plastik besar itu dalam keadaan kering dan tidak basah. Cara melintasi sungai yang berbahaya itu bukan sahaja dilakukan kepada kanak-kanak tetapi juga orang dewasa. Satu video yang memperlihatkan perbuatan ngeri itu dimuatnaik di laman YouTube pada 16 Mac lepas menunjukkan bagaimana mereka melakukannya untuk melintasi sungai Nam Po yang terletak di timur laut Vietnam. Perbuatan berkenaan mendapat kritikan dari pihak antarabangsa kerana kanak-kanak yang dibawa di dalam beg plastik berkenaan boleh lemas kerana kekurangan oksigen ketika dibawa berenang melintasi sungai berkenaan.

Polis Kelantan Sasar Tambah 500 Lagi Anggota Sspdrm
KOTA BAHARU, 21 Mac (Bernama) -- Polis Kelantan menyasarkan pertambahan 500 anggota Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) untuk tahun ini. Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata langkah tersebut bagi memperhebat operasi polis dalam membanteras kegiatan jenayah di negeri itu. "Mereka ini juga memainkan peranan penting dalam menarik masyarakat untuk bersama-sama polis menangani jenayah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Komuniti Kepolisan dan Gotong-Royong Perdana Bersama Penduduk Kampung Kedai Buluh, di sini Jumaat. Pada masa ini kontinjen Kelantan mempunyai 783 anggota SSPDRM. Mazlan berkata had umur anggota SSPDRM juga dinaikkan kepada 55 tahun. Sementara itu, Mazlan berkata polis akan mempertingkatkan rondaan bagi mengekang jenayah harta benda membabitkan pecah rumah dan curi kenderaan yang merupakan jenayah tertinggi di Kelantan dalam tempoh Januari lalu hingga sekarang. -- BERNAMA

10 Suspek Pecah Rumah Ditahan, Lebih 20 Kes Selesai
KOTA KINABALU, 21 Mac (Bernama) -- Polis percaya dapat meneyelesaikan sekurang-kurangnya 20 kes pecah rumah di kawasan Menggatal, Kolombong dan Luyang dekat sini dengan tertangkapnya 10 lelaki termasuk tiga warga asing dalam Ops Pintu, minggu ini. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner (ACP) Jauteh Dikun berkata suspek berusia antara 20 dan 30 tahun itu ditahan di sekitar bandar raya ini dalam operasi empat hari itu yang berakhir semalam. Tiga suspek warga asing itu disyaki terbabit dalam 10 kes pecah rumah di Kampung Lokub, Menggatal, katanya kepada pemberita di sini Jumaat. Susulan penangkapan itu, katanya, polis menemui hasil rompakan seperti jam tangan, rantai leher, telefon bimbit dan mata wang asing dengan nilai keseluruhan RM150,000. Selain itu, Jauteh berkata turut merampas sebuah kereta curi, beberapa bilah pedang samurai dan topeng. -- BERNAMA

Premis Di PD Diberi Tempoh Dua Tahun Sambung Pembetungan Kumbahan
PORT DICKSON, 21 Mac (Bernama) -- Projek pembetungan kumbahan berpusat di Kuala Sawah dan Sua Betong dekat sini yang berharga RM300 juta telah siap dan kini dalam proses menyambung sistem itu ke hotel dan premis di bandar ini. Sehubungan itu, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kerajaan negeri memberi tempoh dua tahun mulai tahun ini untuk semua hotel dan premis membuat sambungan itu. "Kami beri tempoh secukupnya dan selepas dua tahun, jika tidak disambung, kami akan mengambil tindakan undang-undang termasuk sehingga boleh menutup premis berkenaan. Saya tegas dalam hal ini kerana saya tidak mahu lagi melihat air sisa kotoran dari hotel dan premis masuk ke dalam laut. "Kita sudah membina pembetungan kumbahan berpusat dan membelanjakan banyak wang dan saya mahu lihat semua premis di bandar ini membuat penyambungan ke pembetungan kumbahan berpusat ini," katanya kepada pemberita di Port Dickson, Jumaat. Mohamad ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Hutan Antarabangsa peringkat kebangsaan 2014 di Pusat Pendidikan Pelancongan (Edu-Ecotourism) Pengurusan Hutan Tropika, Hutan Simpan Sungai Menyala dekat Port Dickson. Menteri Besar itu berkata beliau tidak sanggup lagi melihat air laut di Port Dickson terus dicemari kerana Port Dickson merupakan pantai peranginan negara. "Bila semua sudah siap nanti, saya yakin kualiti air laut di Port Dickson bertambah baik," katanya. --BERNAMA

Hishmmuddin Bidas Media Asing Kerana Mengerumuninya
SEPANG, 21 Mac (Bernama) -- Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Jumaat membidas wakil media asing yang bukan sahaja sering mengerumuninya tetapi juga berasak-asakan ketika mahu mendapat perkembangan terkini mengenai kehilangan MH370 daripada beliau. Menteri itu berkata kelakuan sedemikian menyebabkan jurukamera dan jurugambar gagal mendapat rakaman yang baik sekali gus memberi tanggapan tidak elok terhadap Malaysia. "Kalau kalian mahu berkelakuan begini, kalian akan memperoleh visual yang tidak elok yang pada pandangan saya seluruh dunia akan persalahkan pada pihak berkuasa Malaysia...ini tidak adil," katanya kepada pemberita selepas dikerumuni sekumpulan wakil media, di lobi Hotel Sama-Sama di Sepang. Hishammuddin yang tiba di hotel itu sekitar pukul 3 petang 'diterjah' oleh wakil media asing yang menunggu di lobi sejak pagi. Pesawat Malaysia Airlines MH370 dengan 227 penumpang serta 12 anak kapal, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. --BERNAMA

Hidayah itu rahmat ALLAH
Hidayah itu rahmat ALLAH
BERBEKAL kepercayaan dan hidayah itu datang dalam pelbagai cara, gadis manis berbangsa Cina, Shereen Ooi, 31, memeluk Islam tanggal 4 April 2011.
Pada masa itu, dia memeluk Islam kerana mahu berkahwin.
Pertemuan Shereen dengan suaminya, Ahmad Mizee Jani disifatkan sebagai takdir Ilahi. Ini sekali gus membuka pintu hidayah kepadanya untuk melafazkan dua kalimah syahadah.
"Tidak ada lafaz selain syukur alhamdulillah. Mungkin ada sesetengah individu mengatakan saya memeluk Islam kerana mahu berkahwin.
"Pada saya, titik permulaan inilah yang mengubah hidup saya untuk kembali ke jalan yang benar," katanya.
Menurutnya, pernikahan tersebut menjadikan dia mengenal siapa Pencipta yang selama ini langsung tidak terfikir di benak fikiran.
"Sebelum ini, saya sematkan dalam minda adalah hidup untuk mengejar kemewahan dan kekayaan. Tapi sekarang semuanya berubah kerana Islam," katanya kepada Rehal.
Dibesarkan dalam suasana berbilang bangsa, menjadikan Shereen fasih berbahasa Melayu berbanding bahasa Cinanya.
Semasa kecil, dia selalu melihat rakan Melayunya sering mencium tangan dan pipi ibu bapa membuatkan hati kecilnya berasa cemburu kerana situasi itu tidak pernah berlaku dalam keluarganya.
"Saya jarang bersentuh atau memeluk, apatah lagi mencium pipi ahli keluarga.
Saya mengimpikan untuk berbuat demikian tetapi bagaimana harus dimulakan. Tanpa saya sedar, sedikit demi sedikit saya mula tertarik dengan cara masyarakat Islam," ujarnya.
Tambahnya, semasa di sekolah menengah, dia senang bergaul dengan pelajar Melayu. Walaupun pernah menjadi satu-satunya pelajar Cina di dalam kelas, tapi itu bukanlah penghalang untuk bergaul dengan kaum Melayu," katanya yang boleh berbahasa Mandarin, Kantonis, Hokkien, Melayu dan Inggeris.

Bergaji besar
Shereen berasa semakin tenang sebaik menjadi Muslimah. Jika sebelum ini dia diibaratkan seperti berlari tanpa arah tuju seperti seekor kambing yang sesat dalam hutan tidak tahu jalan pulang.
Kini, di hatinya ada ALLAH. "Walaupun sebelum ini pendapatan saya beroleh dalam RM8,000 sebulan, malangnya hati saya tidak pernah tenang dan tenteram.
"Perasaan gelisah merajai diri ini. Apabila dalam hati ada ALLAH, setiap apa yang saya buat akan difikirkan berulang kali natijahnya.
"Tipulah jika saya katakan keluarga saya tidak menentang tindakan menukar agama."
Bapa Shereen bersikap tegas dan jika dia berkata 'tidak', sampai kiamat pun ia tidak akan berubah.
Sesungguhnya hidayah itu rahmat ALLAH dan dengan kuasa-Nya, ia mengatasi segalanya. Selepas berkahwin,
Inilah keluarga besar Shereen.
Shereen mengajak suaminya pulang ke rumah ibu bapanya.
Pada awalnya, suami Shereen terasa berat hati berjumpa keluarga. Namun situasi pelik berlaku apabila bapa Shereen yang membencinya kerana menukar agama, tetapi menunggu dan menyambut huluran tangan suami Shereen. Ini Jelas menunjukkan bapa menerima dengan lapang dada keislamannya.
Tahun ini adalah tahun pertama Shereen dan suami makan besar bersama keluarganya pada Tahun Baru Cina.
Bukan menyambut, tetapi meluangkan masa bersama.
"Sebab utama keluarga menghalang saya menukar agama kerana mereka berpendapat kami sekeluarga tidak dapat makan bersama. "Salah faham itulah yang perlu diperbetulkan," jelas Shereen.

Pengorbanan suami
Bulan pertama Shereen memeluk Islam, dia mengikuti kelas agama di Darul Ukhuwah, Pejabat Agama Johor Bharu untuk mempelajari asas fardu ain setiap Ahad. Namun memandangkan tugasnya sebagai eksekutif jualan, menyebabkan dia dihantar suaminya untuk mengikuti program dakwah anjuran Majlis Agama Islam Selangor (Mais).
"Besarnya pengorbanan suami. Dia sanggup memandu berjam lamanya bagi memastikah saya dapat mendalami ilmu agama sepenuhnya.
"Di sini, saya sertai program seperti kursus asas fardu ain, perkaderan lanjutan, street dakwah, program belajar berdakwah yang mana selalu penceramah adalah Brother ShahKirit dan Brother Engku Fauzi," katanya yang mengatakan Surah Al-Ikhlas amat terkesan dihatinya.
Shereen berpendapat, kebanyakan masyarakat Islam hari ini berasa kerja dakwah itu adalah kerja ustaz dan ustazah atau orang yang belajar banyak ilmu agama.
Sebenarnya setiap Muslim wajib berusaha untuk berdakwah dan tidak semestinya perlu mahir cakap pasal agama kepada bukan Muslim.
Dakwah itu berbagai cara, dakwah melalui akhlak paling senang. Kalau kita kurang berkemampuan untuk berkongsi Islam dengan orang lain, kita tunjukkan akhlak yang baik tidak kira berada di mana-mana.
The Journey
The Journey catat rekod kutip RM17.16 juta
SIAPA sangka, di saat industri mengalami kemerosotan kutipan, muncul filem tempatan berbahasa Cina, The Journey, yang berjaya mencatat rekod kutipan sebanyak RM17.16 juta sepanjang lebih 30 hari ditayangkan.
Filem terbitan Astro Shaw ini berjaya menduduki rating tertinggi, sekali gus merampas takhta milik filem KL Gangster, yang pernah meraih RM11.74 juta pada 2011.
Mula ditayangkan pada 30 Januari lalu, filem arahan, Chiu Keng Guan, ini membawa kisah Uncle Chuan, seorang bapa yang bersifat konservatif dan berat hati untuk mengahwinkan anak perempuannya tunggalnya, Bee yang ingin berkahwin dengan jejaka Inggeris, Benji selepas sedekad menuntut di United Kingdom.
Walaupun berat hati untuk melepaskan anaknya kepada Benji, namun kasih seorang bapa, Chuan bersetuju dengan bersyarat dengan mengadakan majlis mengikut tradisi.
Cerita ini meraikan nilai ketaatan terhadap ibu bapa, kasih sayang, perpaduan keluarga, kepelbagaian budaya, yang menepati cita rasa masyarakat tempatan merentasi budaya dan generasi.
Tanpa paparan aksi yang hebat dan ganas, filem kekeluargaan ini mencipta satu fenomena baharu sehingga berjaya menarik hati penonton untuk terus melabur di panggung.
Kini, bagi anda yang mungkin terlepas peluang menyaksikan kehebatan The Journey di pawagam, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem ini di Astro First (Saluran 480) bermula pada 20 Mac 2014.
The Journey bakal memulakan tayangan di Singapura pada 20 Mac  dan filem ini juga bakal dibawa ke Taiwan dalam tahun ini.

Dokumentari istimewa
Bukan itu sahaja, bagi mereka yang melanggan The Journey di Astro First, anda berpeluang melihat dokumentari proses pembikinannya, End Credits dengan sari kata bahasa Inggeris dan bahasa Melayu pada harga RM15.
Dokumentari proses pembikinannya, End Credits memaparkan memaparkan kisah pelakon amatur filem termasuk bintang, Frankie Lee.
Melainkan Ben Andrew Pfeiffer yang merupakan pelakon pentas di Australia, para pelakon lain termasuklah pesara berusia 74 tahun Frankie Lee dan pemenang Miss Astro Chinese International Pageant 2007 Joanne Yew, ialah pelakon amatur dan cerita mereka telah dimasukkan di dalam dokumentari ‘End Credits’.
Pengarah The Journey, Chiu Keng Guan berkata, mereka pada mulanya hanya mahu menjadikan rakaman tersebut sebagai sedutan di sebalik tabir.
Bagaimanapun kerana merasakan ia adalah sebuah rakaman yang berharga, apatah lagi dengan penglibatan pelakon yang tidak dikenali, maka dia bersetuju untuk menjadikan ia sebuah dokumentari.
Malah kata Chiu, dokumentari itu adalah dedikasi kesemua pelakon sebagai tunjang utama kepada kejayaan filem ini.
“Hampir kesemua mereka adalah pelakon amatur dan pelbagai pengalaman kami timba bersama-sama dalam proses menyiapkan filem ini. Kejayaan ini tidak akan berlaku tanpa mereka," katanya.
Dokumentari End Credits yang berdurasi selama 90 minit ini memaparkan kisah semasa pembikinan dijalankan dan juga kehidupan pelakon amatur termasuk, Frankie Lee (seorang pengumpul barangan antik), Khong Tuck Khoon (jurugambar yang gemar menangkap gambar burung), William Khok (gemar menyanyi) dan Chong Nyuk Ling (pemilik gerai mi daging) yang juga beraksi di depan skrin buat pertama kali.
End Credits mencontohi semangat mereka dalam mengubah nasib hidup mereka dan dokumentari ini diarahkan oleh Bak Chee Hong, seorang pengarah yang mempunyai pengalaman 10 tahun dalam pembikinan filem dan program televisyen.

Bomoh, sihir dan tangkal bawa kesyirikan
SIHIR umumnya berasal daripada perkataan bahasa Arab, bermaksud suatu yang tersembunyi atau terlindung, berlaku secara halus dan tidak dilihat dengan mata kasar.
Ia adalah perbuatan yang berbentuk kata-kata, jampi serapah atau ramuan, ubat-ubatan atau kepulankepulan asap.
Bomoh, juga dikenali sebagai dukun atau pawang ialah orang yang mengamalkan sihir biasanya memberi kepada orang yang datang kepadanya tangkal, azimat atau sesuatu untuk ditanam, atau memberi kertas bertulis mantera atau kemenyan dibakar dan berasap dengannya.
Ini kerana syaitan boleh menghidu bau asap dan dengan asap itu syaitan akan segera datang.
Bomoh biasanya meminta bekas pakaian seperti sikat dan kain, meminta sembelihan seperti ayam, burung di mana ia disembelih dengan tidak menyebut nama ALLAH SWT, dan kemudian sembelihan itu dibuang ke tempat sunyi untuk dipersembahkan kepada syaitan.
Darah daripada sembelihan biasanya disapu ke tubuh orang yang meminta khidmat, dan pelbagai lagi perbuatan syirik.
Daripada kaca mata Islam, sihir memang wujud. Ia sesuatu yang nyata, bukan teori, dan boleh memberi kesan kepada manusia, tetapi tentu sahaja dengan izin ALLAH semata-mata.
Sihir termasuk amalan syaitan; mendekatkan diri pelakunya kepada syaitan untuk mendapatkan bantuan daripadanya dengan melakukan perbuatan yang dikehendaki syaitan.
Lazimnya perbuatan itu tentu sahaja tidak akan lari daripada syirik.
Untuk mendapatkan pertolongan daripada syaitan, untuk melakukan sihir mesti ada give and take dengan syaitan, iaitu mesti ada perbuatan syirik yang perlu dilakukan kerana itu adalah objektif syaitan dalam hubungannya dengan manusia.
Seperti mana janji iblis, dia akan menyesatkan manusia, maka memang matlamat anak buahnya iaitu syaitan apabila berhubung dengan manusia adalah bertujuan menyesatkan manusia dengan sehabis-habis sesat iaitu supaya manusia mensyirikkan ALLAH.

Belenggu syirik, khurafat
Apabila manusia datang kepada syaitan untuk mendapatkan bantuan, ini merupakan peluang keemasan bagi syaitan untuk membantu.
Tetapi syaratnya, orang yang meminta bantuan itu tidak lari daripada disuruh melakukan perbuatan syirik.
Oleh itu, kita dapati di antara perbuatan yang dilakukan dalam sihir biasanya seperti menyembelih ayam tanpa menyebut nama ALLAH dan kemudian sembelihan itu dibuang dan bukan dimakan, dibawa darah, melakukan benda pelik dan tidak normal secara umumnya.
Ternyata perbuatan ini semua adalah perkara yang menghala kepada kesyirikan.
Pada tahun lepas, Pertubuhan Ilmuwan Malaysia mengadakan satu lawatan ke Lahad Datu. Kami melihat masyarakat Islam di sana masih percaya kepada amalan sihir, bomoh dan tangkal.
Ditunjukkan kepada kami gambar yang menunjukkan amalan masyarakat di sana.
Antaranya dibuat majlis makan di mana penduduk kampung duduk di satu tempat, dan di sebelahnya ada satu tempat khas dengan pinggan yang penuh dengan makanan lazat tetapi tidak ada orang duduk di situ.
Menurut kepercayaan mereka, makanan itu adalah untuk roh nenek moyang.
Satu lagi gambar menunjukkan disediakan dulang berisi makanan dan diletakkan atas bantal. Mereka mengatakan roh meminta supaya makanan disediakan begitu.
Di sekeliling makanan itu kelihatan perempuan Islam memakai tudung memegang payung atas makanan itu.
Di depan mereka ada seorang bomoh yang menjadi perantara mereka dengan roh nenek moyang.
Ini antara kepercayaan masyarakat Islam yang wujud sampai hari ini.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Jauhilah tujuh dosa besar." Sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, apakah dosa tersebut?” Baginda SAW bersabda, “Syirik kepada ALLAH dan perbuatan-perbuatan sihir...” (Riwayat Bukhari & Muslim)
Jelas, perbuatan sihir dan percaya kepada bomoh adalah perbuatan syirik.
Orang yang mendatangi bomoh, pawang, dukun, atau sebagainya yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib dan boleh berhubung dengan alam ghaib, ini semua menjurus kepada kesyirikan.
Kini, nama bomoh itu mengalami penjenamaan semulakerana nama asalnya sudah buruk. Mereka menggunakan nama lain seperti ‘ustaz’, dan jangan hairan kalau selepas ini dikenal dengan gelaran ‘syaikh’, tetapi apabila dia mendakwa mengetahui ilmu ghaib, ketahuilah, dia mengajak kepada kesesatan, sedangkan Rasulullah SAW sendiri tidak mengetahui hal ghaib kecuali apa yang ALLAH wahyukan kepadanya sahaja.
Termasuk yang seangkatan dengan bomoh adalah tukang tilik, tukang ramal, pak nujum. Bezanya hanya pada istilah.
Tukang ramal, tukang tilik, ahli nujum adalah mereka yang kerjanya meramal atau menjangka apa yang berlaku pada mana akan datang.
Adapun bomoh, pawang, dukun, secara amnya tugas mereka adalah merawat penyakit, menghindar musibah, kesulitan, masalah, seperti susah mendapat jodoh, masalah rumah tangga, bisnes lingkup dan sebagainya.
Namun secara prinsipnya, mereka semua adalah sama dari segi mendatangi syaitan untuk mendapatkan bantuan.

Hukum mendatangi bomoh
Musibah yang ALLAH timpakan kepada manusia seperti kes pencerobohan Lahad Datu pada tahun lepas, juga peristiwa kehilangan pesawat penerbangan MH370 baru-baru ini sepatutnya membuka mata umat Islam.
Kita dapati kepercayaan syirik dan khurafat cukup tersebar dalam kalangan masyarakat Islam sendiri yang masih percaya dan menerima khidmat bomoh dan menggunakan tangkal untuk meminta bantuan dan mengangkat musibah yang menimpa mereka.
Sebagaimana sihir adalah amalan syirik, begitu juga dengan bomoh iaitu orang yang mengamalkan amalan syirik ini.
Hukum mendatangi bomoh dinyatakan dalam dalam hadis sahih di mana Nabi SAW bersabda, “Barang siapa yang mendatangi tukang ramal lalu dia mempercayai perkataannya maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad.” (Riwayat Muslim)
Maknanya orang yang datang kepada bomoh atau tukang ramal telah mendustakan agama Islam dan dia membenarkan bomoh itu yang menyekutukan ALLAH.
Maka sihir adalah syirik, bomoh itu adalah syirik, begitu juga dengan tangkal.
Tangkal iaitu apa-apa kain atau benang, atau benda-benda yang dililit pada anggota badan atau digantungkan pada sesuatu tempat bertujuan menghindar mudarat.
Kebiasaannya tangkal dililit pada anak kecil, tetapi pada zaman sekarang bukan saja kanak-kanak, bahkan orang dewasa pun memakai tangkal.

Tangkal berisi ayat al-Quran
Ulama membincangkan bagaimana jika tangkal itu tertulis ayat al-Quran? Apa hukumnya? Adakah ia juga membawa kepada kesyirikan?
Pendapat yang rajih (kuat) adalah ia hendaklah dijauhi. Jangan sama sekali menggunakan tangkal walaupun ia mengandungi ayat al-Quran yang ditulis dengan betul dan sempurna.
Adapun tangkal yang mengandungi ayat atau huruf yang terputus-putus seperti mana yang ada pada kebanyakan tangkal, itu bukan ayat al-Quran, bahkan menghina ayat al-Quran.
Jadi dalam permasalahan menggunakan tanggal yang mengandungi ayat al-Quran yang betul, ulama mengatakan ia hendaklah dijauhi.
Sebab pertama adalah kerana Rasulullah SAW tidak pernah mengajar umatnya untuk melakukan sedemikian.
Sebab kedua, kerana berdasarkan keumuman sabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi serapah, tangkal-tangkal, dan tiwalah (jampi untuk mendekatkan hubungan suami isteri) itu termasuk perbuatan syirik.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, dan Al-Hakim) Rasulullah SAW mengatakan semua itu termasuk perbuatan menyekutukan ALLAH.
Ulama menyimpulkan tidak kira apa juga bentuk tangkal, walaupun tertulis padanya ayat al-Quran atau hadis Nabi Muhammad SAW, ia termasuk dalam keumuman hadis Baginda SAW, ia termasuk amalan syirik.
Ini kerana apa yang pasti, ia boleh membawa kepada menyekutukan ALLAH.
Apabila wujud kepercayaan kain itu ada kuasa, jelas dia percaya kepada kuasa selain daripada kuasa ALLAH, dan dia tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada kuasa ALLAH. Kepercayaannya sudah lari, dan ia membawa kepada syirik.
Bagaimana pula jika tangkal itu bukan daripada ayat al-Quran? Kalau tangkal ayat al-Quran pun perlu dijauhi, maka apatah lagi benda dan tulisan khurafat yang kita sendiri tidak faham maksudnya.
Jelas ia membawa kepada kesyirikan kalau sudah ada kepercayaan.
Maka perbuatan memakai tangkal tanpa ada kepercayaan adalah perbuatan syirik kecil yang pelakunya tidak semestinya terkeluar daripada agama.
Bagaimanapun, jika perbuatan itu disertai dengan kepercayaan, sudah pasti itu adalah syirik besar.
Pelakunya terkeluar daripada Islam dan terhapus semua amal soleh yang pernah dikerjakannya, pelakunya kekal dalam neraka jika tidak bertaubat.
Kita memohon perlindungan ALLAH daripadanya.

Zaharie bina simulasi sendiri di rumah
Rakan jelas mengenai simulator Kapten Zaharie
SHAH ALAM – Salah seorang rakan kepada juruterbang MH 370, Thanos Kontogiannis mendedahkan perbualannya dengan Kapten Zaharie Ahmad Shah bagi menjawab fitnah terhadap rakannya itu. Memetik laporan sebuah portal tempatan, Kontogiannis juga tidak puas hati ada pihak yang memburukkan imej Kapten Zaharie semata-mata dia memiliki sebuah simulator penerbangan di rumahnya. Di laman blognya, motionsim.blogspot, Kontogiannis yang merupakan moderator X Sim DE berkongsi mesej perbualan mereka menerusi email. Dalam perbualan itu mereka berkongsi maklumat dan idea untuk membina simulator yang lebih baik. Kontogiannis seorang jurutera di Qualcomm membekalkan komponen Motion Controller bagi menaik taraf simulator Kapten Zaharie dan juruterbang lain. Dalam blog itu juga, Kontogiannis menjelaskan hampir semua juruterbang berminat memiliki simulator penerbangan. Dalam hal ini, Kapten Zaharie mempunyai minat yang mendalam sehingga membina simulator penerbangan sendiri. Bagi Kontogiannis, segala tuduhan dan fitnah terhadap Kapten Zaharie adalah tidak berasas.

Thailand
Mahkamah Thai isytihar pilihan raya 2 Feb tak sah
BANGKOK - THAILAND. Mahkamah Perlembagaan Thailand mengisytiharkan pada Jumaat pilihan raya umum 2 Februari sebagai tidak sah, berkemungkinan memanjangkan lagi krisis politik selain penantian bagi pembentukan kerajaan baharu. Keputusan itu dianggap sebagai tamparan buat Perdana Menteri sementara Yingluck Shinawatra memandangkan parti pimpinannya, Pheu Thai Party, dijangka memenangi pilihan raya yang masih belum selesai itu berikutan gangguan oleh penunjuk perasaan antikerajaan. Mahkamah dalam keputusan majoriti 6-3 mengumumkan sekitar 12 tengah hari bahawa keputusan pilihan raya itu tidak sah disebabkan ia tidak diadakan pada hari sama di seluruh negara seperti yang diperuntukkan undang-undang. Satu lagi sebab ialah pilihan raya di 28 kawasan di wilayah selatan tidak boleh diadakan setelah ketiadaan calon berikutan tindakan penunjuk perasaan menghalang bakal calon daripada mendaftarkan diri pada hari pendaftaran. Berikutan keputusan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya bertanggungjawab untuk berbincang dengan Yingluck bagi menentukan tarikh baharu pilihan raya dan memohon titah diraja. Ini membuka peluang kepada kumpulan pembangkang utama yang memulau pilihan raya 2 Februari lepas untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya baharu kelak. Sehingga kini, kerajaan Yingluck hanya mempunyai status kerajaan sementara dengan kuasa terhad disebabkan pilihan raya 2 Februari belum selesai di samping pilihan raya semula dirancang untuk diadakan di beberapa wilayah pada April ini. Dewan Rakyat Thailand memperuntukkan 375 kerusi yang wakilnya dipilih menerusi sistem senarai parti dan sistem perlembagaan. - Bernama

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Pertahan Islam, tolak tuntutan Comango
MARAN - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) mahu umat Islam di negara ini bersatu menolak tuntutan Gabungan Badan Bukan Kerajaan Hak Asasi Manusia (Comango) bagi hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kerana ia jelas bercanggah dengan Islam. Yang Dipertua Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata umat Islam perlu meletakkan kepentingan agama terlebih dahulu berbanding perkara lain. "Bantahan kerajaan terhadap tuntutan Comango ini jelas membuktikan kerajaan amat tegas dalam mempertahankan agama Islam sebagai agama persekutuan, mempertahankan budaya dan nilai-nilai yang masih menjadi asas kepada struktur kenegaraan kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Bicara Sakinah di sini hari ini. Comango pada Oktober tahun lepas dilaporkan menuntut beberapa perkara merangkumi hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender kepada Semakan Berkala Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Switzerland. Semalam, kerajaan Malaysia tegas mempertahankan kedaulatan Islam apabila menolak pelbagai tuntutan tidak munasabah dalam 232 syor negara anggota Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam sesi penerimaan muktamad mengenai hak asasi manusia di Geneva. Kebanyakan syor yang ditolak ialah tuntutan dihantar oleh Comango semasa sesi pusingan kedua proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) pada 24 Okt 2013. Dr Asyraf yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata pendirian kerajaan itu merupakan satu perkembangan yang sangat baik dalam usaha mempertahankan Islam di negara ini, namun ancaman itu dijangka berterusan kerana Comango dijangka terus membuat pelbagai tuntutan sehingga sesi berikutnya pada 2017. "Ini bermakna kejayaan ini tidak akan bertahan, Comango akan ada susulan kerana semakan ini empat tahun sekali dan desakan ini akan terus berlaku. "Apabila kita bersatu dengan sendirinya apa jua tuntutan asing yang dibawa akan tertolak dan pada masa yang sama Yadim akan teruskan sokongan kepada NGO Islam untuk kita merangka pelan jangka panjang untuk kita berjuang," katanya. - Bernama

syabas Rakyat News
Catuan air peringkat pertama, ketiga diteruskan
KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Pelan Catuan Bekalan Air di Selangor peringkat pertama dan ketiga masih diteruskan mengikut jadual sehingga Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menerima arahan atau sebarang keputusan daripada kerajaan negeri Selangor dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span). Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas Priscilla Alfred berkata walaupun Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi beroperasi semula sejak 17 dan 19 Mac lepas, namun syarikat itu belum dapat memastikan kestabilan paras ammonianya. "Ia (paras ammonia) masih di bawah pemantauan operator loji rawatan air dan Syabas juga dimaklumkan bahawa pada masa ini, loji-loji rawatan air itu akan beroperasi mengikut keadaan kualiti sumber air mentah," katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata hujan di beberapa kawasan termasuk di Sungai Selangor sejak beberapa hari lepas telah meningkatkan aliran air sungai di kawasan bekenaan namun pelepasan air daripada Empangan Sungai Selangor tetap pada tahap pengurangan sebanyak 500 Juta Liter Sehari (JLH). Alfred berkata hujan membolehkan LRA Sungai Selangor Fasa 1, LRA Sungai Selangor Fasa 2, LRA Sungai Selangor Fasa 3, LRA Sungai Rasa dan LRA Rantau Panjang menambah pengeluaran air terawat. Pelan catuan air peringkat pertama melibatkan beberapa kawasan di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang berikutan penutupan LRA Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi ekoran pencemaran ammonia. Pelan catuan air peringkat ketiga pula melibatkan beberapa kawasan di Wilayah Gombak, Petaling, Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang dan Shah Alam ekoran kekurangan bekalan air terawat. Sehubungan itu, Syabas meminta pengguna berjimat dalam penggunaan air bagi membolehkan bekalan air sedia ada dapat bertahan lama. - Bernama

Lelaki dikhuatiri lemas ketika memukat
KUANTAN - Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh daripada sampan ketika memukat ikan di Lubuk Law, di Sungai Jelai, dekat Lipis lewat petang semalam. Mohamad Mahmud, 52, dari Kampung Jeram Bungo, Kuala Lipis dikatakan keluar dari rumah pada pukul 6 petang bersama seorang rakannya untuk memukat ikan di sungai itu. Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, mengikut keterangan rakannya mereka telah berpecah sebaik tiba di lubuk berkenaan. "Selepas sejam memukat, rakan mangsa menyedari mangsa tiada di dalam sampan dan dia cuba mencari di sekitar kawasan itu namun gagal," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau berkata rakan mangsa kemudian memaklumkan kejadian itu kepada penduduk kampung sebelum membuat laporan di Balai Polis Kuala Lipis kira-kira jam 8.50 malam tadi. Abdul Razak berkata sepasukan anggota polis yang dibantu Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat serta penduduk kampung menjalankan gerakan mencari mangsa sejak jam 8 pagi hari ini. Bagaimanapun, katanya, sehingga kini polis hanya menemui sampan serta pukat milik mangsa tersangkut di tebing sungai itu dan operasi mencari mangsa akan disambung semula awal pagi esok. - Bernama

mh 370
Kronologi kehilangan MH370
KUALA LUMPUR - Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, yang masuk hari ke-13 hari ini, mungkin terungkai tidak lama lagi.
Petunjuk terbaharu ialah dua objek yang dikesan menerusi imej satelit Australia di bahagian selatan Lautan Hindi, dilaporkan mungkin serpihan pesawat yang hilang pada 8 Mac bersama-sama 239 orang di dalamnya.

Berikut kronologi insiden kehilangan MH370:
 * 8 Mac - Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.
* 8 Mac - Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan.
* 8 Mac - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak pada 5.30 pagi melibatkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). 
* 8 Mac - Kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu dan kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38
rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).
* 9 Mac - Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan Selat Melaka.
* 9 Mac - Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan Austria, menaiki pesawat MH370.
* 10 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat MH370.
* 10 Mac - APMM menerima keputusan ujian sampel tompokan minyak yang ditemui di perairan Vietnam, yang negatif minyak pesawat dan disahkan sebagai minyak bagi kapal kargo.
* 11 Mac - Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka iaitu warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29.
Kedua-dua mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah.
* 12 Mac - Hishammuddin memperjelas beberapa isu termasuk ada sedikit kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kerjasama dengan pakar penerbangan luar negara dan semua orang yang mendaftar dalam penerbangan MH370 menaiki pesawat.Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Mereka diganti dengan penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki pesawat.
Tiada bagasi yang tidak dimuatkan.
Dua lelaki rakyat Iran, yang memasuki dan meninggalkan Malaysia menaiki pesawat MH370, menggunakan pasport yang sama.
* 13 Mac - Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa pesawat itu mungkin terbang kira-kira empat sejam selepas ia hilang dari skrin radar.
* 13 Mac - China menyatakan bahawa tiada bukti objek terapung yang dikesan satelit di Laut China Selatan pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China juga berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej itu.
* 14 Mac - Pencarian diperluas sehingga ke Lautan Hindi. Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di Selat Melaka untuk membantu pencarian.
* 14 Mac - Pihak berkuasa mengkaji empat hingga lima kemungkinan bagaimana transponder pesawat ditutup.
* 15 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat mengesahkan laporan kemungkinan pesawat dirampas.
Najib berkata komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor selatan yang merentangi
kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.
Najib berkata operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan ditamatkan.
* 16 Mac - Hishammuddin berkata tiada sebarang tuntutan dibuat berhubung kehilangan pesawat.
* 16 Mac - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.
* 16 Mac - Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.
* 17 Mac - Hishammuddin berkata operasi pencarian multinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula.
* 18 Mac - Hishammuddin berkata tiga juta orang mungkin terbabit dalam usaha mencari pesawat itu dengan dibantu pengusaha satelit DigitalGlobe.
* 19 Mac - Hishammuddin menafikan laporan bahawa pesawat itu dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives.
* 20 Mac - Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang

Satelit Australian Maritime Safety Authority (AMSA) mengesan imej dua objek di bahagian selatan Lautan Hindi terletak kira-kira 2,500 kilometer barat daya Perth.
Hishammuddin berkata operasi pencarian pesawat itu diteruskan dan objek yang dikesan di Australia akan ditentukan sama ada sebahagian daripada MH370. - Bernama

MH370: Kenyataan pemangku Menteri Pengangkutan
MH370: Kenyataan pemangku Menteri Pengangkutan
KUALA LUMPUR - Berikut kenyataan Menteri Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada taklimat media mengenai operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas, di Sepang, Selangor, Jumaat:"Malaysia terus berusaha menangani cabaran diplomatik, teknikal dan logistik melibatkan operasi mencari MH370."Kami masih menunggu maklumat daripada operasi mencari dan menyelamat Australia mengenai sama ada objek dipaparkan dalam imejan satelit dikeluarkan Australia semalam (20 Mac) benar-benar berkaitan dengan MH370."Pada masa yang sama, kami meneruskan operasi mencari dan menyelamat di kawasan koridor selatan dan koridor utara yang masih belum diliputi. Kini, saya akan berikan taklimat perkembangan terkini operasi.

Perkembangan operasi
"Usaha mencari di barat daya Perth diteruskan, dan pihak berkuasa Australia mempergiatkan usaha mereka di kawasan itu. HMAS Success dijangka sampai ke kawasan objek itu esok (22 Mac)."
"China menghantar lima kapal dan tiga helikopter yang sedang menuju ke koridor selatan. Tiga pesawat China (dua Ilyushin IL-76s dan satu Shaanxi Y-8) tiba di Malaysia pada 11 pagi ini (21 Mac). Ia juga akan melakukan pencarian di koridor selatan."Jepun menghantar asetnya ke Perth, termasuk dua pesawat P-3 Orion, untuk membantu Australia dalam usaha mencari."Pagi ini (21 Mac) saya bercakap dengan Pemangku Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom yang mengesahkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah bercakap dengan Perdana Menteri UK (David Cameron), dan HMS Echo sudah dalam perjalanan menuju ke selatan Lautan Hindi untuk membantu usaha mencari. Beliau turut mengesahkan bahawa UK akan memberikan kita senarai aset yang mungkin boleh dikerahkan jika perlu."Beliau turut mengesahkan bahawa, sebagai tambahan kepada bantuan teknikal diberikan setakat ini, ia juga bersedia memberikan bantuan pakar pencarian dan penyiasatan sebaik sahaja lebih banyak maklumat mengenai nasib MH370 diketahui."Saya juga berhubung dengan delegasi Perancis, diketuai Duta Besar Perancis di Malaysia, dan termasuk individu yang mengetuai penyiasatan nahas Air France 447 terhempas. Mereka telah bersetuju untuk membantu kita berdasarkan pengalaman dan kepakaran mereka.""Saya juga akan menghubungi Setiausaha Pertahanan AS pada 21:15 malam ini (21 Mac), untuk memohon aset khusus lain untuk membantu usaha mencari dan menyelamat, termasuk kenderaan beroperasi menggunakan alat kawalan jauh bagi pencarian di laut dalam."Pihak Kazakhstan telah memberi jaminan kepada kami bahawa mereka tidak menemui sebarang kesan MH370, dan kami sedang menunggu kebenaran bagi Kazakhstan digunakan sebagai pusat bagi operasi mencari."Mengenai penyiasatan polis, polis Ukraine telah mengesahkan pemeriksaan latar belakang terhadap penumpang warga Ukraine mendapati mereka 'bersih'.

Pemerosesan data satelit
"Saya mahu bincangkan secara ringkas pemerosesan data Inmarsat."Pasukan penyiasat menerima data kasar satelit Inmarsat yang lengkap termasuk enam 'handshake' pada kira-kira 15:00 Rabu, 12 Mac."Data jenis ini biasanya tidak digunakan dalam penyiasatan seperti ini. Oleh kerana kita hanya mempunyai begitu sedikit maklumat lain untuk digunakan dalam situasi sukar dan tidak pernah berlaku sebelum ini, menyebabkan data ini digunakan."Sebaik menerima data kasar, pihak berkuasa Malaysia serta merta berbincang dengan pasukan AS mengenai bagaimana data ini boleh digunakan. Pasukan AS dan pasukan penyiasat kemudian menghantar data ini ke AS, kerana ia memerlukan pemerosesan lebih lanjut sebelum boleh digunakan."Keputusan awal diterima pada Khamis 13 Mac pada kira-kira 13:30, tetapi telah dipersetujui oleh pasukan AS dan pasukan penyiasat bahawa ia perlu diperhalusi lagi, jadi data itu sekali lagi dihantar ke AS."Keputusan diterima pada kira-kira 14:30 Jumaat 14 Mac, dan dibentangkan kepada pasukan penyiasat pada mesyuarat peringkat tinggi pada 21:00 Jumaat. UK AAIB, yang turut memproses data ini secara bebas, membentangkan keputusan mereka - yang selaras dengan keputusan kami dan pasukan AS - pada mesyuarat itu.
"Perdana Menteri diberikan taklimat mengenai maklumat satelit ini pada 08:00 Sabtu, 15h Mac, dan mengumumkannya pada sidang akhbar pada waktu makan tengah hari Sabtu. Operasi mencari dan menyelamat dialih ke koridor utara dan koridor selatan.

Penjagaan keluarga
"Malam tadi di Kuala Lumpur kami mengadakan taklimat untuk anggota keluarga penumpang dan anak kapal MH370. Seperti saya nyatakan dalam kenyataan semalam, taklimat itu untuk memaklumkan perkembangan terkini kepada anggota keluarga, dan untuk menjawab soalan dan menjelaskan sebarang kekeliruan. "Mesyuarat itu telah dihadiri anggota keluarga dari negara berlainan, termasuk Malaysia, dan wakil Kedutaan China di Kuala Lumpur. "Delegasi peringkat tinggi Malaysia, termasuk wakil Malaysia Airlines, Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Luar dan Majlis Keselamatan Negara turut menghadiri mesyuarat. "Perbincangan berlangsung secara konstruktif dan berterus terang. Walaupun kami menjawaB hampir semua soalan dikemukakan, kami tidak dapat menjawab semuanya. Taklimat ini akan diteruskan – mengikut kesesuaian keluarga – selagi keluarga mahukannya."Taklimat menjadikan anggota keluarga dan pihak berkuasa Malaysia lebih rapat, bukan sahaja dari segi berkongsi maklumat, tetapi juga dari segi mendengar suara hati anggota keluarga."Duta Khas Perdana Menteri ke China akan menyelaraskan taklimat di Kuala Lumpur mulai sekarang."Pasukan peringkat tinggi saya umumkan semalam tiba di Beijing malam tadi. Hari ini mereka bertemu dengan anggota keluarga selama tiga jam setengah.
      
Kenyataan penutup
"Usaha mencari akan diteruskan melibatkan pelbagai negara dari seluruh dunia dan diselaraskan Malaysia. Kami terus menerima tawaran bantuan, termasuk aset khusus yang dapat membantu operasi mencari dan menyelamat. Kami mengalu-alukan semua bantuan tatkala kami meneliti semua petunjuk berwibawa. " - Bernama

Prof Madya Dr Ravichandran Moorthy
Negara berkepentingan mampu kesan pesawat
SHAH ALAM – Amerika Syarikat (AS), India dan China dilihat boleh membantu mengesan pesawat MAS MH370 yang hilang di bahagian koridor selatan. Penganalisis Antarabangsa dan Strategik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Ravichandran Moorthy berkata, negara-negara yang disifatkan sebagai ‘big player’ itu mempunyai kepakaran dari segi teknikal dan penugasan di Lautan Hindi. Katanya, ketiga-tiga negara itu mempunyai kepentingan strategik di Lautan Hindi. “Kita dapati, Lautan Hindi ada kepentingan kepada India kerana lautan ini dinamakan berdasarkan nama negara itu dan orang India menganggap ia kawasan pengaruh mereka. “Bagi AS, mereka ada kepentingan laluan perdagangan kapal. Manakala, China pula ada pangkalan tentera di Lautan Hindi. Saya rasa, mereka ini mempunyai kepakaran dalam bidang itu dan kita perlukan mereka untuk bantu kesan MH370,” katanya dalam rancangan Analisis Awani di Astro Awani, menjawab persoalan kemampuan negara ‘big player’ dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MAS MH370. Dalam pada itu, Ravichandran berkata, operasi SAR MH370 berhadapan dengan cabaran perkongsian maklumat antara negara kerana kebanyakan negara lebih mementingkan keselamatan tanah air mereka.News

MH370
Ujian perlu dibuat jika sah serpihan MH370
CANBERRA - Penemuan serpihan kelmarin di barat daya Perth masih belum disahkan milik pesawat MH370. Namun, beberapa prosedur harus dilalui bagi merungkai teka-teki tersebut. Pakar penyiasatan tempatan memaklumkan, serpihan terbabit perlu disahkan milik pesawat MH370 terlebih dahulu sebelum mencari kotak hitam. Perkara pertama akan dilakukan adalah penyiasat akan menyelaraskan serpihan dijumpai sama ada ia milik B77-200ER atau bukan. Jika terdapat nombor siri pada serpihan terbabit, ini bermakna proses pengesahan pesawat lebih mudah dilakukan. Proses seterusnya jika serpihan terbabit disahkan milik pesawat, penyiasat akan bekerjasama dengan oceanographers untuk memulakan ujian arus dan angin bagi melakukan demonstrasi bagaimana serpihan itu boleh berada di kawasan terbabit. Biasanya, kepingan besar pesawat akan karam di lautan dalam, manakala keping kecil akan ditiup angin dan ditolak arus hingga menjadi serpihan dan dihanyutkan ratusan batu dari bangkai utama. -ABC News

MH370
Australia: Cuaca buruk sukar kesan dua objek
MELBOURNE - Usaha mencari objek yang mungkin ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang pada 8 Mac lepas di kawasan pencarian seluas 23,000 kilometer persegi di Lautan Hindi, mungkin mengambil masa berhari-hari kerana keadaan cuaca buruk. Laporan agensi berita Australian Association Press (AAP) itu yang memetik kerajaan Australia, turut menyatakan usaha mencari diteruskan selepas pesawat Australia dan Amerika Syarikat (AS) pada Khamis gagal mengesan kedua-dua objek yang dirakam oleh satelit kira-kira 2,500 km dari barat daya Perth, awal minggu ini. Empat pesawat tentera iaitu dua daripada Tentera Udara Diraja Australia serta masing-masing satu dari New Zealand dan AS dikerah ke lokasi pada Jumaat. Kapal dagang Norway, St Petersburg masih berada di kawasan itu dan sebuah lagi kapal dagang dijangka tiba pada Jumaat malam. Kapal Tentera Laut Diraja Australia HMAS Success juga dalam perjalanan dan dijangka tiba pada Sabtu. "Setakat ini tiada objek dikesan," lapor AAP yang memetik Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam laporan terkini pertamanya pada Jumaat. Pemangku Perdana Menteri Warren Truss berkata keadaan cuaca adalah buruk. Beliau berkata usaha pencarian "sukar dan mencabar" terutama kerana objek terbabit mungkin telah hanyut agak jauh dari tempat asal ia dicerap oleh satelit pada 16 Mac. Kerajaan juga mengingatkan walaupun imej satelit itu kredibel, objek mungkin tidak ada kaitan dengan pesawat tersebut. Perdana Menteri Tony Abbott memberitahu pemberita di Papua New Guinea pada Khamis malam, penemuan itu merupakan petunjuk paling positif setakat ini dalam usaha mengesan penerbangan MH370 yang hilang bersama-sama 239 penumpang dan anak kapal hampir dua minggu lepas. "Kita tidak tidak tahu apakah yang sebenarnya dicerap oleh satelit itu sehingga kita dapat lihat dari dekat, akan tetapi ini petunjuk paling memberangsangkan dalam satu kejadian misteri yang begitu membingungkan. "Kita menawarkan semua sumber yang boleh untuk membantu. Kita akan melakukan apa yang terdaya untuk menyelesaikan kejadian ini," katanya. - Bernama

mh 370
MH370: Indonesia keluarkan 49 kebenaran terbang
JAKARTA - Indonesia mengeluarkan 49 kebenaran terbang untuk pesawat-pesawat dari tujuh negara mencari pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang selepas tumpuan mencarinya beralih ke Lautan Hindi. "Berikutan pencarian untuk pesawat MH370 yang hilang bertukar ke koridor selatan yang meliputi kawasan Indonesia, kami setakat ini telah memberi 49 kebenaran terbang untuk pesawat asing melalui wilayah kami," kata Kementerian Luar Indonesia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. Pesawat asing itu adalah dari Australia, Amerika Syarikat, Jepun, Malaysia, New Zealand, Korea Selatan dan Emiriyah Arab Bersatu. Penerbangan pesawat Boeing 777-200ER ke Beijing itu dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang selepas kira-kira sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 12.41 tengah malam, 8 Mac. Ia dijadualkan tiba di Beijing pada jam 6.30 pagi hari yang sama. Pada mulanya pencarian pesawat itu tertumpu di Laut China Selatan tetapi kawasan pencarian telah diperluaskan meliputi pantai barat Malaysia, termasuk Lautan Hindi apabila terdapat maklumat pesawat itu telah mengubah haluan setelah seseorang di atas kapal terbang itu menutup sistem perhubungannya dengan sengaja dan pesawat itu telah terbang selama beberapa jam lagi selepas itu. Pencariannya kemudian ditumpukan ke dua koridor, koridor utara yang menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand, dan koridor selatan yang bermula dari Indonesia sehingga ke selatan Lautan Hindi. - Bernama

MH370: Operasi SAR diterus walau setelah 30 hari
MH370: Operasi SAR diterus walau setelah 30 hari
SEPANG - Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan bahawa operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 tetap diteruskan walaupun selepas 30 hari, iaitu tempoh kotak hitam bertahan, kerana ada teknologi lain yang boleh digunakan untuk usaha itu. Berdasarkan maklumat pasukan Perancis yang terlibat dalam pencarian pesawat Air France 447 yang mengambil masa dua tahun, beliau berkata ada teknologi yang boleh digunakan dalam operasi itu selepas 30 hari. Beliau menegaskan bahawa pencarian pesawat itu adalah usaha yang berpanjangan. "Kita akan teruskan, kita masih bersemangat untuk mencari dan menyelamat (pesawat itu)," katanya dalam sidang media harian mengenai perkembangan terkini pencarian MH370 di sini, Jumaat. Namun, beliau terus berharap dan berdoa agar dapat pesawat itu dapat ditemui sebelum tempoh 30 hari. Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang semasa menuju ke Beijing selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini pada 12.41 pagi 8 Mac. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Pasukan Agensi Keselamatan Penerbangan Perancis (BEA), yang diketuai Jean Paul Trodec, tiba di sini pada Isnin untuk membantu pasukan penyiasatan antarabangsa yang diketuai Malaysia mencari pesawat MH370 dengan tumpuan di dasar laut. Menurut BEA kotak hitam pesawat Air France 447 yang terbabit dalam nahas udara pada 2009 hanya ditemui dua tahun selepas tragedi itu. Kawasan pencarian MH370 kini diperluaskan meliputi kawasan di barat Malaysia termasuk Lautan Hindi setelah pesawat itu melencong dari laluan asal selepas seseorang dengan sengaja mematikan sistem komunikasi dalam pesawat itu. Menurut satelit Inmarsat, pesawat itu dikesan terbang beberapa jam selepas itu. Usaha pencarian kini ditumpukan kepada dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke bahagian utara Thailand serta koridor selatan yang meliputi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi. Hishammuddin berkata Malaysia sedang berbincang dengan pakar dari Perancis tentang keperluan yang diperlukan bagi penggunaan teknologi selain dari kotak hitam. Katanya beliau juga menghubungi pemimpin beberapa negara yang mempunyai teknologi 'pinger locator hydrophones' yang digunakan oleh pasukan penyiasatan Perancis bagi mengesan kotak hitam Air France 447. "Hanya negara tertentu yang mempunyai keupayaan itu dan saya telah menghubungi pemimpin negara-negara berkenaan mengenai kemungkinan mendapatpeluang dan kesempatan untuk menggunakan teknologi itu," kata beliau. Mengenai perkembangan terbaharu imej satelit yang mencerap dua objek di selatan Lautan Hindi, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata setakat 5.40 petang tadi, tidak ada sebarang penemuan positif oleh pihak berkuasa Australia. Sambil menggambarkan imej objek itu 'seperti tompokan di lautan', beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa pakar-pakar dapat membezakan tompokan di lautan daripada yang lain. Hishammuddin mengulangi kenyataannya bahawa koridor selatan sentiasa menjadi cabaran dalam operasi mencari dan menyelamat itu. "Saya perlu berterima kasih kepada pihak berkuasa Australia dan juga kepakaran dari Amerika Syarikat. Saya juga akan meminta bantuan selanjutnya daripada Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Chuck Hagel lewat hari ini. "Malaysia akan meminta Amerika Syarikat untuk menghantar kenderaan dasar laut bagi usaha menyelamat di laut dalam sebagai sebahagian daripada usaha bersama pelbagai negara untuk mencari pesawat penumpang yang hilang itu," katanya. Hishammuddin berkata beliau akan memberikan maklumat mengenai rancangan berikutnya di koridor selatan sekiranya usaha itu tidak menemui serpihan yang boleh dikaitkan dengan pesawat itu. "Koridor selatan berdepan cabarannya sendiri seperti cuaca dan kedalaman lautan dan ombak. Jika kita tidak dapat mencarinya dalam masa 30 hari, ia akan membangkitkan isu lain mengenai bagaimana untuk mengesannya seperti mana pasukanpenyiasatan Perancis yang mengambil masa dua tahun (untuk berbuat demikian), dan ia berkaitan dengan kawasan SAR yang berbeza," kata beliau. Hishammuddin mengulangi kenyataannya bahawa koridor selatan sentiasa menjadi cabaran dalam operasi mencari dan menyelamat itu. "Saya perlu berterima kasih kepada pihak berkuasa Australia dan juga kepakaran dari Amerika Syarikat. Saya juga akan meminta bantuan selanjutnya daripada Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Chuck Hagel lewat hari ini. "Malaysia akan meminta Amerika Syarikat untuk menghantar kenderaan dasar laut bagi usaha menyelamat di laut dalam sebagai sebahagian daripada usaha bersama pelbagai negara untuk mencari pesawat penumpang yang hilang itu," katanya. Hishammuddin berkata beliau akan memberikan maklumat mengenai rancangan berikutnya di koridor selatan sekiranya usaha itu tidak menemui serpihan yang boleh dikaitkan dengan pesawat itu. "Koridor selatan berdepan cabarannya sendiri seperti cuaca dan kedalaman lautan dan ombak. Jika kita tidak dapat mencarinya dalam masa 30 hari, ia akan membangkitkan isu lain mengenai bagaimana untuk mengesannya seperti mana pasukan penyiasatan Perancis yang mengambil masa dua tahun (untuk berbuat demikian), dan ia berkaitan dengan kawasan SAR yang berbeza," kata beliau. - Bernama

Khalid Abu Bakar
MH370: Bantuan badan risik luar negara dialukan
KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengalu-alukan bantuan daripada mana-mana badan perisikan dan badan siasatan dalam mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas. Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia tidak pernah menganggap penglibatan mana-mana pihak dalam usaha mencari pesawat itu termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat(AS) sebagai campur tangan, malah menghargainya. "Saya tidak pernah menganggap ia sebagai satu campur tangan kerana insiden MH370 merupakan satu krisis yang melibatkan 239 nyawa. "Maka, kita memerlukan pelbagai bantuan termasuk bantuan nasihat, peralatan serta kepakaran," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman di sini, hari ini. Beliau berkata demikian mengenai penglibatan FBI dalam misi pencarian pesawat MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing, China dari Kuala Lumpur. FBI telah menghantar satu pasukan terdiri daripada ejen dan pakar teknikal bagi membantu siasatan kehilangan pesawat MH370. Pesawat Malaysia Airlines itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang pada 8 Mac semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi. - Bernama

MH370
MH370: 20 anggota keluarga warga China dipindah
PUTRAJAYA - Sebanyak 20 anggota keluarga penumpang warga China MH370 yang sebelum ini ditempatkan di Hotel Cyberview di sini, petang ini dipindahkan ke Hotel Equatorial di Bangi dekat sini. Mereka dipindahkan ekoran Hotel Cyberview telah ditempah awal sempena perlumbaan Grand Prix Formula One Petronas Malaysia yang akan berlangsung 28-30 Mac ini di Litar Sepang dekat ini. Mereka dibawa ke Hotel Equatorial dengan sebuah bas. Penerbangan Malaysia Airlines MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang pada 8 Mac, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam sebelumnya. Ia dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. - Bernama

Hotel Everly mulai sunyi
Hotel Everly mulai sunyi
PUTRAJAYA - Memasuki hari ke-13 kehilangan MH370, suasana di Hotel Everly yang menempatkan keluarga penumpang pesawat itu kelihatan sunyi semalam. Seorang kaki tangan MAS yang enggan dikenali berkata, hanya tinggal lima keluarga masih menginap di hotel tersebut. Menurutnya, keluarga yang lain telah pulang ke tempat tinggal masing-masing menunggu maklumat di rumah. “Mereka yang masih tinggal di sini nampaknya tak pula keluar dari bilik,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Apabila ditanya keluarga siapa yang masih menunggu, sumber itu berkata, tidak dapat dipastikan cuma ada keluarga penumpang Cina dan Melayu. “Mereka mungkin datang dari jauh dan susah untuk berulang alik jika ada urusan apa lagi dalam keadaan kecemasan. Lebih mudah terus tinggal di sini untuk dapatkan sebarang maklumat," katanya. Kelmarin dinyatakan tempoh masa diberikan kepada anggota keluarga menetap di situ sehingga hari ini, namun mereka boleh pulang ke tempat tinggal masing-masing lebih awal. Bermula hari ini, kebajikan kesemua keluarga penumpang yang menginap di hotel itu diuruskan Perbadanan Putrajaya.


Rogol: Tiga anggota polis diperintah bela diri
BUTTERWORTH - Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan tiga anggota polis membela diri atas tuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang wanita warga Indonesia pada November 2012. Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap ketiga-tiga tertuduh dan menetapkan 9 Mei ini untuk membela diri. Koperal Nik Sin Mat Lazim, 34, Konstabel Remy Anak Dana, 26, dan Konstabel Syahiran Romli, 22, dituduh merogol seorang wanita warga Indonesia di Bilik 4, Berek Balai Polis Perai di sini antara 6.40 pagi hingga 7.30 pagi pada 9 November 2012. Bagi pertuduhan rogol, mereka didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Ketiga-tiga mereka juga didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap wanita itu pada tarikh, waktu dan tempat yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 377(C) kanun sama memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Muna Mohd Jaafar dan Maziah Mansur. Nik Sin dan Remy diwakili peguam Abdul Roni Rahman manakala Syahiran diwakili peguam R.S.N. Rayer. - Bernama

Anak pemimpin Ikhwanul ditembak
Anak pemimpin Ikhwanul ditembak
KAHERAH - Seorang anak pemimpin gerakan Ikhwanul Muslimin maut dalam pertempuran antara polis dan pelajar yang penyokong presiden digulingkan Mohamed Mursi, selepas protes disambung semula di kampus seluruh negara. Agensi berita Mena melaporkan, mangsa berumur 13 tahun itu ditembak di luar Universiti Beni Suef, selatan Kaherah. Sementara itu, di Universiti Kaherah, polis melepaskan gas pemedih mata terhadap lebih 2,000 penyokong pro-Mursi selepas didakwa membaling batu dan mercun ke arah mereka.

Baby Hatch'
'Baby Hatch' di Guangzhou ditutup
GUANGZHOU - CHINA - Pusat kemudahan "Baby Hatch" di sini terpaksa ditutup sementara waktu berikutan peningkatan angka bayi yang mendadak di pusat peninggalan bayi tersebut. Pusat "Baby Hatch" ialah nurseri yang memberi khidmat untuk bayi yang ditinggalkan oleh ibu mereka, lapor CNN. Bayi tersebut kebiasaannya terdiri daripada yang mengalami kurang upaya atau berpenyakit seperti cerebral palsy, sindrom down dan penyakit jantung kongenital. Menurut sebuah agensi berita, Xinhua memberitahu, pusat kemudahan "Baby Hatch" di Guangzhou menerima 262 orang bayi sejak dibuka pada akhir Januari. Kemudahan nurseri ini menerima purata kira-kira lima bayi sehari sejak ianya dibuka. Pusat Kebajikan itu terpaksa menambah bilangan katil bayi kepada angka 1,100 katil namun masih tidak mencukupi berikutan bilangan bayi yang diperolehi semakin meningkat dari sehari ke sehari. Menurut Pengarah Pusat Kebajikan, Xu Jiu mengesahkan bahawa nurserinya telah menerima bilangan bayi yang banyak. "Jumlah bilangan bayi yang diterima lebih tinggi berbanding tempat lain dalam tempoh yang sama, oleh itu kami terpaksa menutup pusat kemudahan ini," katanya. Pusat kemudahan pertama dibuka pada tahun 2011 dan jumlahnya semakin bertambah dan meningkat kepada 25 cawangan di seluruh negara. Setiap satu pusat kemudahan mempunyai lebih dari satu bilik khas dilengkapi dengan buaian, inkubator dan penggera untuk membolehkan ibu-ibu yang tidak mahu dikenali meninggalkan bayi mereka di pusat terbabit.

No comments:

Post a Comment