Kapten Zaharie berpengalaman terbang 18,365 jam
KUALA LUMPUR - Penerbangan Malaysia Airlines yang dalam perjalanan ke Beijing yang hilang hari ini dipandu oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, kata ketua pegawai eksekutif kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya.
Zaharie menyertai MAS pada 1981 dan mempunyai pengalaman terbang 18,365 jam, katanya kepada pemberita.
Ahmad Jauhari juga berkata, pembantu juruterbang penerbangan MH370 ialah Fariq Ab Hamid, 27.
Fariq berpengalaman terbang 2,763 jam dan menyertai MAS pada 2007, katanya.
Pesawat Boeing 777-200 yang hilang itu berusia 11 tahun 10 bulan, kata Ahmad Jauhari.
Pesawat itu berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada 6.30 pagi (waktu Beijing).
Ia membawa 227 penumpang, dua daripadanya bayi dan 12 kru penerbangan. - Bernama
MH370 mungkin terhempas di perairan Malaysia
HANOI – Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 mungkin terhempas ke kawasan perairan Malaysia berdasarkan perkiraan yang dikeluarkan pihak berkuasa Malaysia, kata pegawai tentera laut Vietnam.
Laksamana Ngo Van Phat memberitahu Reuters, pesawat tersebut mungkin terhempas di perairan Malaysia, 153 batu di luar pantai Vietnam, Tho Chu mengikut kelajuan dan kawasan terakhir dikesan.
“Lebih baik pasukan penyelamat Thailand dan Malaysia yang mengetuai misi menyelamat tapi bot tentera laut Vietnam di pantai Phu Quoc bersedia untuk menyokong mana-mana misi jika diminta,” katanya.
Terkejut pesawat MH370 hilang
KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan yang membatalkan penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan Malaysia Airlines (MAS) terkejut dengan berita pesawat MAS dilapor hilang hari ini.
Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Woo berkata, mengikut perancangan awal, beliau sepatutnya menyertai dua rakannya menaiki pesawat itu untuk ke Beijing atas urusan perniagaan.
Bagaimanapun beliau terpaksa membatalkan hasratnya ke Beijing pada saat-saat akhir kerana dia perlu ke Singapura atas urusan yang lebih penting.
"Saya masih terkejut dengan berita ini. Tapi saya tidak pasti sama ada dua orang rakan saya itu ke Beijing atau Shanghai. Jika mereka ke Shanghai saya yakin mereka selamat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Woo berkata, beliau masih menunggu perkembangan terkini mengenai nasib dua rakannya itu kerana mereka masih belum dapat dihubungi sehingga sekarang. - Bernama
Pasangan bakal kahwin maut kereta terbabas
SHAH ALAM - Hasrat sepasang kekasih mendirikan rumah tangga tidak menjadi kenyataan selepas terlibat kemalangan di Kilometer 15.5 Lebuhraya Persekutuan dari Shah Alam ke Kuala Lumpur berhampiran Kilang Carlsberg, kelmarin.
Mangsa, B Suresh, 21, yang memandu kereta jenis Honda Civic dari Shah Alam untuk menghantar teman wanitanya, M Logeswary, 20, ke Kuala Lumpur.
Kereta itu dipercayai dipandu laju, hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan sebelum kenderaan itu terhempas.
Difahamkan, pasangan tersebut bakal melangsungkan perkahwinan pada pertengahan Mac ini.
Kedua-duanya mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Menurut jurucakap polis, kejadian kira-kira 10.30 malam ketika Suresh mahu menghantar gadis berkenaan pulang ke Kuala Lumpur.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta tersebut dipandu laju melebihi 180 kilometer sejam.
“Kereta dipandu Suresh gagal dikawal lalu melanggar pembahagi jalan sebelah kanan menyebabkannya terhempas dan kenderaan tersebut musnah sepenuhnya,” katanya.
Kemalangan itu juga menyebabkan kesesakan teruk berlaku kerana orang ramai mahu melihat kejadian itu.
Polis Tembak 2 Suspek Samun Kenderaan
KUALA LUMPUR 8 Mac - Dua lelaki yang dipercayai anggota sindiket curi kenderaan cedera ditembak selepas mereka cuba melanggar dan menyerang anggota polis dalam satu operasi di Subang Jaya, Selangor malam tadi.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, dalam kejadian 8.40 malam itu, kedua-dua suspek bukan sahaja melanggar kenderaan polis tetapi juga cuba menyerang anggota menggunakan parang ketika diminta menyerah diri.
Mengulas kejadian kepada media di sini hari ini, beliau berkata, polis mengesan sebuah kereta jenis Honda Civic yang diletak di tepi jalan di PJS 7/13 yang sebelum ini dilapor hilang di USJ 8.
Susulan itu polis membuat intipan bermula 2.30 petang dan kira-kira 8.30 malam dua lelaki yang menaiki kereta jenis Toyota Vios menghampiri kenderaan tersebut lalu polis memperkenalkan diri serta meminta suspek menyerah diri, katanya.
Bagaimanapun menurut Yahaya, suspek bertindak melanggar bahagian hadapan kereta polis dan cuba melarikan diri namun kenderaan yang dinaiki suspek dihalang oleh sebuah lagi kereta polis.
Kedua-duanya cuba melarikan diri dengan seorang daripada mereka yang memegang parang cuba menyerang polis menyebabkan anggota pasukan keselamatan terpaksa melepaskan tembakan, katanya.
Menurut Yahaya, tembakan itu mengenai bahagian kaki suspek yang memandu kereta Toyota Vios tersebut manakala penumpangnya cedera di bahagian leher.
"Siasatan mendapati, kereta Toyota Vios itu juga disamun di Sea Park, Petaling Jaya semalam," katanya sambil menambah, seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah bersabit kes samun.
Kata beliau, pihaknya masih mengesan saki-baki kumpulan ini yang dipercayai dianggotai sekurang-kurangnya empat orang.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh," katanya. —BERNAMA
GAMBAR: Majlis Pernikahan Syamsul-Sarah
DAMANSARA: Walaupun keadaan kesihatan pengarah filem popular, Syamsul Yusof, 30, masih belum pulih, namun pernikahannya dengan Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin tetap diteruskan.
Syamsul yang terkenal dengan filem KL Gangster dinikahkan dengan Sarah, 29, oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Alfadhil Ustaz Mat Syaharuddin Al Rashid Mat Isa tepat jam 10.30 pagi di masjid Al-Mukarramah, di sini, hari ini.
Dengan hanya sekali lafaz, Syamsul sah menjadi suami kepada Sarah yang berwakil walikan ayahnya, Megat Kamaruddin Megat Shamsuddin.
Sarah, yang juga seorang pelakon menerima mas kahwin RM1,111 dan wang hantaran RM21,000 berserta barangan hantaran termasuk komputer riba, telekung dan senaskhah Al-Quran.
Pihak lelaki membawa tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.
Majlis mulai jam 10.15 pagi itu turut dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga terdekat pasangan pengantin.
Nak muntah tertelan telur lalat
KUANTAN - “Geli tekak selepas sedar ayam goreng yang dimakan ada telur lalat, memang nak termuntah sebab dah banyak tertelan benda kotor tu,” kata seorang Jurulatih Taekwondo selepas menyedari ayam goreng dalam hidangan nasi goreng ayamnya dipenuhi telur lalat.
Kejadian berkenaan berlaku ketika jurulatih terbabit yang ingin dikenali sebagai Azlan, 31 dan isterinya singgah untuk menjamu selera di sebuah restoran di Jalan Gambang selepas menghantar anaknya ke klinik kira-kira jam 11 malam, semalam.
“Selepas separuh menikmati nasi goreng yang dihidangkan, isteri saya menyedari ayam goreng dalam pinggannya dipenuhi telur lalat,” katanya.
Terkejut dengan ‘benda’ kotor itu, katanya, beliau turut memeriksa lauknya dan keadaan sama berlaku tetapi mujur belum menghabiskan kesemuanya.
Katanya, mereka berdua mengambil keputusan tidak makan hidangan itu dan meninggalkan meja untuk membuat bayaran.
“Ketika menunggu untuk membuat bayaran isteri saya mengadu perkara itu kepada peniaga berkenaan tetapi mereka seolah-olah tidak bersimpati dengan kami.
Tragedi Tanjung Kupang Adalah Malapetaka TERBESAR Dalam Sejarah Penerbangan Malaysia (MAS)
SEBELUM pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing disahkan hilang dari radar pada awal pagi Sabtu, 8 Mac 2014, MAS hanya mencatatkan satu tragedi yang menyayat hati iaitu insiden di ruang udara Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor pada Isnin 4 Disember 1977.
Ia merupakan tarikh yang paling menyayat hati seluruh rakyat Malaysia apabila pesawat MAS MH653 meletup di ruang udara Tanjung Kupang dan mengorbankan kesemua 93 penumpangnya termasuk tujuh anak kapal itu.
Terdapat pelbagai versi berhubung insiden tersebut tetapi yang paling popular ialah, berlaku letupan di udara sebelum ia terhempas dan versi satu lagi berlaku pergelutan di dalam kokpit sehingga menyebabkan ia terhempas di sebuah kawasan paya bakau dekat Kampung Ladang, Tanjong Kupang, Gelang Patah, Johor itu.
Rangka pesawat Boeing 737 itu bertaburan sekitar dua kilometer persegi.
Untuk rekod, kawasan itu kini diwartakan sebagai sebahagian daripada kawasan di bawah jagaan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).
Tragedi yang berlaku 33 tahun lalu itu turut mengorbankan nyawa Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad; Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid; Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican serta dua pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime.
Duta Cuba ke Malaysia yang pertama, Mario Garcia Inchaustegui dan isterinya, Gladys juga merupakan penumpang dalam pesawat malang itu.
Mereka dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri satu seminar di Pulau Pinang.
Kejadian yang berlaku sejurus selepas Maghrib itu berpunca daripada percubaan untuk merampas pesawat berkenaan hasil daripada laporan yang disampaikan oleh Kapten G.K. Ganjoor dan pembantunya, Kamarulzaman Jalil kepada Menara Kawalan di Subang.
Pesawat itu sebenarnya sedang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang menuju ke Lapangan Terbang Subang.
Tetapi kemudian pesawat itu tidak mendarat di Subang sebaliknya mereka telah diarahkan oleh para perampas supaya terus menuju ke Singapura.
Pesawat itu hilang dari radar pada jam 8.15 Ia kemudiannya disahkan terhempas di sebuah kawasan hutan paya bakau di Tanjong Kupang, Gelang Patah.
Kesemua mangsa yang terkorban yang berjaya ditemui kemudiannya disemadikan di dalam satu liang lahad yang besar.
Kehilangan Pesawat MAS MH370 Jadi Liputan Utama Portal Berita Seluruh Dunia
KUALA LUMPUR – Kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang sedang dalam perjalanan dari sini ke Beijing awal pagi Sabtu telah mendapat liputan meluas pelbagai agensi berita antarabangsa dan dunia.
Ini termasuklah portal berita nombor satu dunia, The Mail Online (www.dailymail.co.uk) yang memaparkan kisah kehilangan pesawat MAS yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu sebagai berita utama mereka.
Dengan judul ‘Fears 239 may have died in air crash as Boeing 777 mysteriously vanishes over Vietnam two hours after taking off from Malaysia’, portal itu membuat laporan dari pelbagai sudut termasuk mendapatkan pandangan beberapa pakar penerbangan dan pesawat.
Menurut The Mail Online, jika benarlah pesawat itu hilang, ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor.
Ini termasuklah malapetaka kegagalan enjin, juruterbang cuba mengelak pesawat berkenaan daripada bertembung dengan pesawat lain atau pun mungkin juga disebabkan oleh letupan.
Menurut portal berita itu lagi, pesawat MAS MH370 itu tidak mengeluarkan isyarat kecemasan sejurus sebelum ia dilaporkan hilang dari radar.
Jika ini benar, ia memberi indikasi yang pesawat itu ditimpa malapetaka tanpa sempat memberi amaran atau isyarat kecemasan.
Untuk jarak penerbangan dari Kuala Lumpur-Beijing, kata portal berita itu lagi, pesawat berkenaan mempunyai bahan api yang memadai untuk bertahan tujuh jam di udara tanpa mengisi semula.
Tetapi memandangkan ia masih belum ditemui sehingga kini, logik menyatakan yang ia sudah pasti kehabisan bahan api jika tidak mendarat sekarang.
Agensi berita China, Xinhua melaporkan yang pesawat itu disahkan hilang sebelum ia sempat memasuki ruang udara China.
Ia membawa 153 orang penumpang warga China.
Sementara itu portal berita BBC World turut melaporkan tragedi ini sebagai berita utama mereka.
Dengan tajuk ‘Contact lost with Malaysia Air plane’ BBC turut memaparkan laporan sidang akhbar Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berhubung kejadian itu dan juga laporan wartawan mereka secara langsung dari Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing.
BBC juga memetik Perdana Menteri China, Li Keqiang sebagai berkata yang beliau telah mengarahkan pihak berkuasa China untuk memulakan prosedur kecemasan dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Malaysia dan Vietnam dalam usaha mencari dan menyelamat.
Sementara itu koresponden BBC di Beijing, John Sudworth melaporkan yang jadual ketibaan pesawat MH370 itu telahpun dikeluarkan dari senarai papan tanda elektronik Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing selepas ia memaparkan status ‘Tergendala’ sejak beberapa jam yang lalu.
Sebuah lagi portal berita popular Britain, The Guardian (www.theguardian.com) turut menjadikan berita kehilangan pesawat MAS itu sebagai berita utamanya dengan judul ‘Malaysia Airlines lose contact with plane – live’.
Malah portal berita ini membuat kemaskini secara langsung dari Beijing dan juga Malaysia. – mstar.com.my
2 paip bocor punca 61 kawasan terjejas bekalan air
KUALA LUMPUR 8 Mac - Sebanyak 61 kawasan di sekitar wilayah Petaling mengalami terputus bekalan air atau tekanan rendah ekoran dari dua kejadian kebocoran paip.
Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Priscilla Alfred berkata, kejadian kira-kira pukul 6 petang semalam itu membabitkan dua kawasan simpanan air.
"Dalam kejadian kebocoran yang pertama melibatkan paip pengepaman bekalan air ke kolam simpanan air Bukit Dengkil dari kolam simpanan air Bukit Jelutong Baru.
"Bagi kejadian kebocoran yang kedua melibatkan paip yang membekalkan air terawat dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 3 ke kolam simpanan air Bukit Jelutong Baru," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Spekulasi pesawat terhempas di laut belum sahih - Hisammuddin 4:19pm
SEPANG 8 Mac - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan pesawat malang MH370 yang membawa sebanyak 239 orang termasuk 12 anak kapal dan dua bayi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA ) ke Beijing, China ditemui terhempas di laut selatan Vietnam.
Beliau berkata, berdasarkan malumat yang diperoleh dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA) maklumat tersebut tidak benar.
Bagaimanapun, katanya, disebabkan telah tersebar spekulasi bahawa pasukan tentera laut Vietnam telah menemui pesawat itu pihaknya telah mengarahkan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk berhubung lanjut dengan pihak terbabit. - UTUSAN ONLINE
Warganegara India turut dalam pesawat3:55pm
SEPANG 8 Mac - Malaysia Airlines mengesahkan terdapat lima warganegara India turut berada dalam pesawat MH370 yang dilaporkan hilang di perairan Laut China Selatan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Jauhari Yahya berkata, kenyataan yang di keluarkan sebelum ini bahawa terdapat 12 warganegara Indonesia tidak tepat, sebaliknya hanya tujuh rakyat negara itu dalam pesawat Boeing 777-200ER dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA ) ke Beijing iti.
Beliau berkata, pihaknya juga telah 80 peratus menghubungi ahli keluarga mangsa terlibat dan pihak MAS akan memberi segala bantuan yang diperlukan.
Sementara itu, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam sidang akhbar yang sama berkata, kerajaan akan mengemaskini setiap dua jam sekali berhubung insiden itu. - UTUSAN ONLINE
Kerajaan tubuh pusat operasi kordinasi kesan pesawat hilang 4:17pm
SEPANG 8 Mac - Kerajaan menubuhkan sebuah pusat operasi kordinasi bagi mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang dari radar sejak pukul 2.40 pagi tadi di Laut China Selatan.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pusat tersebut yang akan diketuai oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) ditubuhkan bagi memastikan operasi menyelamat itu berjalan lancar.
Beliau berkata, pada masa sama, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga akan menggunakan aset mereka untuk melaksanakan operasi itu. - UTUSAN ONLINE
Maritim Malaysia tidak temui objek di lokasi pesawat dilaporkan hilang 3:09pm
PUTRAJAYA 8 Mac - Kapal laut KM Amanah milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah sampai ke lokasi pesawat MH 370 yang dilaporkan hilang dari radar namun tidak menjumpai sebarang objek.
Jurucakap Maritim Malaysia berkata, dua lagi kapal laut milik agensi itu sudah menghampiri lokasi pesawat itu dilaporkan hilang sebelum ini.
Sebuah helikopter turut digunakan bagi operasi mencari dan menyelamat.
Kali terakhir isyarat daripada penerbangan MH370 itu dikesan ialah di 120 batu nautika di timur Kota Bharu di perairan Laut China Selatan dan tiada petanda kecemasan daripada pesawat B777-200 dengan 239 orang dalam pesawat berkenaan.
Penerbangan MH370 itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara di Subang pada 2.40 pagi kira-kira dua jam selepas berlepas.
Pesawat yang membawa 227 penumpang, dua daripadanya bayi dan 12 kru, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi. - UTUSAN ONLINE.
Pesawat MH370 terhempas di laut Vietnam - Reuters 2:27pm
HANOI 8 Mac - Pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang membawa 227 penumpang dan 12 krew dilaporkan terhempas ke dalam laut iaitu 246 kilometer dari luar pantai pulau Tho Chu di Vietnam.
``Buat masa ini, tidak ada bot-bot tentera laut Vietnam di kawasan itu, oleh itu kami meminta bot dari pada pulau Phu Quoc supaya bersedia untuk operasi menyelamat, kata Laksamana Ngo Van Phat kepada portal berita Tuoi Tre.
Pulau Tho Chu dan Phu Quoc terletak barat daya di selatan Vietnam.
Bagaimanapun, pegawai itu gagal dihubungi menggunakan telefon dan tidak dapat dipastikan bagaimana beliau tahu di mana pesawat MH370 itu terhempas dan bangkai kapal berada. - REUTERS
Senarai penuh pesawat MH370 2:15pm
KUALA LUMPUR 8 Mac - Berikut senarai nama penuh anak kapal dan penumpang pesawat MH370 yang gagal dikesan setakat ini.
Senarai nama anak kapal
1. Fariq Ab. Hamid
2. Zaharie Ahmad Shah
3. Foong Wai Yueng
4. Goh Sock Lay
5. Gomes Patrick Francis
6. Mohd. Hazrin Mohamed Hasnan
7. Junaidi Mohd. Kassim
8. Andrew Nari
9. Ng Yar Chien
10. Tan Ser Kuin
11. Tan Size Hiang
12. Wan Syaid Wan Ismail
Senarai nama penumpang, selebihnya warga China
1. Anne Catherine Daisy (MYS)
2. Bai Xiaow (CAN)
3. Beherey Usage Waitrelos Laurence Arlet (FRA)
4. Biby Nazli Mohd. Hassim (MYS)
5. Brooskii Nikolath (RUS)
6. Burrows Mary (AUS)
7. Burrows Rooney (AUS)
8. Chan Huan Peen (MYS)
9. Chen Weihoing (MYS)
10. Chew Kar Mooi (MYS)
11. Chng Mei Ling (MYS)
12. Chuang Hsiu Ling (TWN)
13. Chustrak Oleg (UKR)
14. Deineka Sergii (UKR)
15. Dina Mohamed Yunus Ramli (MYS)
16. Gu Naijun (AUS)
17. Guan Hua Jin (MYS)
18. Huang Tianjui (CHN)
19. Hue Pui Heng (MYS)
20. Jee Jing Hang (MYS)
21. Jiang Cuiyun (CHN)
22. Koh Tiong Meng (MYS)
23. Kolekar Chetana Vinod (IND)
24. Kolekar Swanand Vinod (IND)
25. Kolekar Vinod Suresh (IND)
26. Kozel Christian (AUT)
27. Lawton Catherine (AUS)
28. Lawton Robert (AUS)
29. Lee Kah Kin (MYS)
30. Lee Sew Chu (MYS)
31. Li Hongjing (CHN)
32. Li Yuan (AUS)
33. Lim Por Chua (MYS)
34. Lui Ching (CHN)
35. Maraldi Luigi (ITA)
36. Maria Mohamed Yunus Ramli (MYS)
37. Meng Leoinf (USA)
38. Meng Nicole (USA)
39. Mohamad Sofian Ibrahim (MYS)
40. Mohd. Khairul Amril Selamat (MYS)
41. Muhammad Drazahan Zamani (MYS)
42. Mukherjee Muktesh (CAN)
43. Muzi Yusop (MYS)
44. Ng May Li (MYS)
45. Noorida Mohd. Hashim (MYS)
46. Nor Fadzillah Mat Rahim (MYS)
47. Norliakmar Hamid (MYS)
48. Puspanathan Subramaniam (MYS)
49. Ramlan Safuan (MYS)
50. Sharma Chandrika (IND)
51. Shirsath Kranti Pralhad (IND)
52. Sim Keng Wei (MYS)
53. Siregar Firman Chandra (IND)
54. Song Feifei (CHN)
55. Swadaya Ferry Indra (IND)
56. Sugianto Lomr (IND)
57. Suhaili Mustafa (MYS)
58. Surti Dahlia (NLD)
59. Swadaya Ferry Indra (IND)
60. Tan Ah Meng (MYS)
61. Tan Chong Ling (MYS)
62. Tan Sioh Peng (MYS)
63. Tan Steik Hin (MYS)
64. Tan Sei Chew (MYS)
65. Tan Xudong (CHN)
66. Tanurisam Indrasuria (IND)
67. Tee Ling Keong (MYS)
68. Teoh Kim Lun (MYS)
69. Tong Soon Lee (MYS)
70. Vinny Chynthyatiomrs (IDN)
71. Wan Hock Khoon (MYS)
72. Wang Willysurijanto (IDN)
73. Wang Ximin (NZL)
74. Wattrelos Ambre, Caroline, Laurence (FRA)
75. Wattrelos Hadrien, Marc, Pascal (FRA)
76. Weeks Paul (NZL)
77. Wong Sai Sang (MYS)
78. Wood Philipi Talmadge (USA)
79. Yang Jiabao (CHN)
80. Yap Cheemeng (MYS)
81. Zhang Liqin (CHN)
82. Zhao Qi Wei (CHN)
83. Zhao Yan Anne (FRA)
-UTUSAN ONLINE.
Hishammuddin minta keluarga bertenang-Pesawat MAS hilang
KUALA LUMPUR 8 Mac - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berharap ahli keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines yang hilang, MH370 supaya bertenang dan hanya mendapatkan maklumat daripada sumber yang betul.
Hishammuddin dalam Twitternya berkata, pihak beliau akan memaklumkan perkembangan pesawat yang hilang itu dari semasa ke semasa.
Kami akan terus memberi maklumat. Harap semua berdoa," katanya. - UTUSAN ONLINE.
Platform 2 KTM Subang Jaya Ditutup Sehingga Jun 2016
KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Penutupan sementara Platform Dua di Stesen Komuter Subang Jaya bagi laluan Pelabuhan Klang ke Batu Caves dilanjutkan sehingga Jun 2016.
Menurut kenyataan KTM Berhad, penutupan itu yang bermula Mei tahun lepas adalah untuk memberi laluan pembinaan projek penyambungan jajaran (LEP) Kelana Jaya oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad yang akan berintegrasi di stesen berkenaan.
"LEP dilaksanakan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang. Di bawah projek itu, jajaran sedia ada LRT Ampang dan Kelana Jaya dipanjangkan sehingga 35 kilometer dan akan berintegrasi dengan rangkaian KTM Komuter di Stesen Subang Jaya," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut berdasarkan kaji selidik di Stesen Subang Jaya pada Januari dan Februari 2014 berhubung operasi sementara Platform Satu secara tunggal, majoriti penumpang telahpun menyesuaikan diri dengan perubahan itu.
Penumpang juga bersetuju dengan rancangan untuk melanjutkan tempoh penutupan sementara itu.
Menurut kenyataan itu, berdasarkan kaji selidik sama penumpang memaklumkan penutupan platform berkenaan memberi kesan minimum kepada jadual perjalanan mereka dan operasi platform tunggal lebih memudahkan mereka menaiki tren KTM Komuter.
"KTM akan terus memantau operasi tren untuk mengurangkan kelewatan dan penumpang diingatkan agar mematuhi semua garis panduan dan nasihat keselamatan oleh kakitangan KTM yang bertugas.
"Poster dan notis serta jadual perjalanan tren akan diletakkan di semua stesen dan laman sesawang KTM www.ktmb.com.my untuk memaklumkan pengguna komuter berhubung perkhidmatan yang terjejas," menurut kenyataan itu.
Untuk maklumat lanjut, penumpang boleh menghubungi Pusat Panggilan KTM Berhad 1-300 88 5862 atau stesen KTM Komuter terdekat.
--BERNAMA
Polis Tembak Dua Suspek Samun Kenderaan
KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Dua lelaki yang dipercayai anggota sindiket curi kenderaan cedera ditembak selepas mereka cuba melanggar dan menyerang anggota polis dalam satu operasi di Subang Jaya, Selangor Jumaat malam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata dalam kejadian 8.40 malam itu, kedua-dua suspek bukan sahaja melanggar kenderaan polis tetapi juga cuba menyerang anggota menggunakan parang ketika diminta menyerah diri.
Mengulas kejadian kepada media di sini Sabtu, beliau berkata polis mengesan sebuah kereta jenis Honda Civic yang diletak di tepi jalan di PJS 7/13 yang sebelum ini dilapor hilang di USJ 8.
Susulan itu polis membuat intipan bermula 2.30 petang dan kira-kira 8.30 malam dua lelaki yang menaiki kereta jenis Toyota Vios menghampiri kenderaan tersebut lalu polis memperkenalkan diri serta meminta suspek menyerah diri, katanya.
Bagaimanapun menurut Yahaya, suspek bertindak melanggar bahagian hadapan kereta polis dan cuba melarikan diri namun kenderaan yang dinaiki suspek dihalang oleh sebuah lagi kereta polis.
Kedua-duanya cuba melarikan diri dengan seorang daripada mereka yang memegang parang cuba menyerang polis menyebabkan anggota pasukan keselamatan terpaksa melepaskan tembakan, katanya.
Menurut Yahaya tembakan itu mengenai bahagian kaki suspek yang memandu kereta Toyota Vios tersebut manakala penumpangnya cedera di bahagian leher.
Siasatan mendapati kereta Toyota Vios itu juga disamun di Sea Park, Petaling Jaya semalam, katanya menambah seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah bersabit kes samun.
"Kita masih mengesan saki-baki kumpulan ini yang dipercayai dianggotai sekurang-kurangnya empat orang," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh, katanya.
-- BERNAMA
4 sekeluarga nyaris maut terkena peluru sesat
Chukai: “Nasib baik peluru itu tidak tembus kalau tidak anak saya sudah menjadi korban,” kata Johan Sidek, 50, selepas kereta Ford Fiesta dinaiki empat beranak terkena peluru sesat dipercayai dari lapang sasar sebuah agensi penguatkuasaan dekat Gebeng, Kuantan, kelmarin.
Katanya, ketika kejadian dia bersama isterinya Rahimah Jamil, 53, serta dua anak perempuannya Nur Syuhada, 24, dan Nurul Nabihah, 15, dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Tanah Lot, Mak Lagam, dekat sini, ke Kuantan untuk membeli buku sekolah anaknya.
“Sebaik sampai di kawasan itu pada jam 10.50 pagi, tiba-tiba saya terdengar letupan kuat sebelum cermin sebelah kanan belakang berderai,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Menurutnya, dia memberhentikan kenderaannya untuk membuat pemeriksaan dan terkejut apabila mendapati satu lubang terbentuk dan percaya ia berpunca daripada tembakan.
“Saya kemudian bergerak ke kawasan agensi penguatkuasaan terbabit dan terdengar bunyi tembakan daripada mereka yang menjalani latihan menembak di situ.
“Saya kemudian menceritakan perkara itu kepada beberapa anggota penguatkuasaan di situ mengenai kejadian itu, namun mereka tidak mengaku peluru berkenaan datang daripada pihaknya,” katanya.
Dua lagi pengikut Tuhan Harun didakwa
Shamsinar (dua kiri) dan Jefferi (tiga kanan) ditahan 22 Februari lalu di Papar, Sabah.
Papar, Sabah pada 22 Februari lalu berhubung kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd Malek, dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.
Kedua-dua mereka didakwa bersama membunuh dan melakukan konspirasi jenayah dengan niat membunuh Ahmad Raffli pada 10 November tahun lalu, jam 1.50 petang di Indera Mahkota 2, di sini.
Jefferi Safar, 37, dituduh bersama-sama ketua ajaran berkenaan Harun Mat Saat, 48, isterinya Azida Mohd Zol, 31 dan Shaizral Eddie Nizam Shaari, 38, melakukan konspirasi jenayah iaitu bersetuju antara satu sama lain dengan niat membunuh Ahmad Raffli.
Manakala Shamsinar Abdul Halim, 37, dituduh bersama Sumustapha Suradi, 40 dan seorang lagi yang masih bebas membunuh Ahmad Raffli pada tarikh, masa dan tempat sama.
Bagi kesalahan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pemuda ditemui mati dalam bilik rumah nenek
Dungun: Seorang pemuda ditemui mati di dalam bilik rumah neneknya di Kampung Pinang Merah, Paka, di sini, pagi semalam.
Muhamad Hafizudin Abdul Aziz, 22, ditemui mati oleh sepupunya berusia lapan tahun yang kemudian memaklumkan perkara itu kepada bapanya, kira-kira jam 9.30 pagi.
Menurut sumber, bapa saudara mangsa berusia 40 tahun dan isterinya yang tinggal tidak jauh dari tempat kejadian bergegas ke rumah berkenaan untuk kepastian.
“Sebaik bapa saudara mangsa dan isterinya masuk ke dalam bilik terbabit, mereka terkejut menemui mangsa dalam keadaan terlentang dan sudah tidak sedarkan diri,” katanya.
MAS hubungi ahli keluarga penumpang MH370
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines sedang berusaha menghubungi ahli keluarga 239 penumpang dan anak kapal penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Subang, awal hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata fokus pihaknya juga sekarang ialah bekerjasama dengan petugas kecemasan dan pihak berkuasa yang telah mengerahkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan.
"Kami mendoakan semua penumpang dan anak kapal serta ahli keluarga mereka," katanya dalam satu kenyataan media.
Pesawat yang berlepas pada pukul 12.41 pagi Sabtu itu sepatutnya mendarat di Lapangan Antarabangsa Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.
Bagaimanapun, pesawat Boeing 777-200 itu terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik pada pukul 2.40 pagi.
Ia membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal yang terdiri daripada warganegara dari 13 buah negara.
Ahmad Jauhari menasihatkan ahli keluarga penumpang terlibat untuk terus ke Bangunan Sokongan Kemudahan yang terletak di Zon Sokongan Selatan KLIA bagi mendapatkan perkembangan terkini.
Berikut senarai nama anak kapal di dalam pesawat tersebut:
Facebook padam akaun penjualan senjata api secara haram
KUALA LUMPUR: Facebook mengumumkan larangan baru itu terhadap promosi senjata api menggunakan laman sosial itu.
Menurut laporan portal The Wall Street Journal yang memetik muat naik Facebook di laman itu sebagai berkata, pengendali laman sosial terbesar itu akan memadamkan akaun yang menawarkan pembelian senjata api tanpa melakukan semakan atau melangkau sempadan negara secara haram.
Muat naik perubahan larangan pengguna dan akaun berkaitan pembelian dan penjualan oleh Facebook.
Mereka akan memberitahu pengguna yang menawarkan pembelian senjata itu dan akan mengehadkan akses muat naik yang berkaitan penjualan senjata api kepada pengguna yang berumur 18 tahun ke atas.
Syarikat itu juga akan memberikan peringatan kepada muat naik Instagram oleh pengguna yang sedang mencari senjata api untuk dibeli dengan mengingatkan mereka tentang undang-undang pemilikan senjata api.
Gam dan pita pelekat selamat telur burung terancam
PULAU CODFISH, New Zealand - Tindakan pihak pemuliharaan menggunakan gam dan pita pelekat untuk menyambung kembali cengkerang telur burung spesies kakak tua jenis kakapo yang retak dapat menyelamatkannya apabila anak burung tersebut berjaya menetas, lapor Metro.co kelmarin.
Anak burung yang diberi nama Lisa One itu menetas di pusat pemulihan kakapo di pulau ini baru-baru ini.Ia
merupakan anak burung kakapo yang pertama menetas di dunia dalam tempoh tiga tahun.
Telur berkenaan yang sedikit pecah ditemui oleh renjer, Jo Ledington di dalam sarang burung berkenaan di sini.
Dia yang tidak berputus asa menggunakan gam dan pita pelekat untuk mencamtum kembali cengkerang telur itu berikutan selaput membrannya masih sempurna.
Kakapo merupakan burung yang berasal dari New Zealand dan telah diwartakan sebagai spesies terancam sejak tahun 1950-an. - Agensi
66 pelajar dibuang universiti kerana sokong pasukan kriket Pakistan
SRINAGAR, India - Seramai 66 pelajar Islam di wilayah Kashmir yang ditadbir India dibuang universiti kerana bersorak menyokong pasukan kriket Pakistan semasa satu perlawanan menentang India yang disiarkan secara langsung di televisyen, kata polis kelmarin.
Mereka turut diugut akan didakwa kerana menghasut yang membawa kepada hukuman penjara seumur hidup.
Namun, Ketua Menteri negeri Uttar Pradesh di utara India, Akhilesh Yadav berkata, beliau telah memberitahu pegawai-pegawainya supaya menarik balik dakwaan menghasut kerana para pelajar terbabit tidak menyedari mereka telah melakukan kesalahan serius.
Kenyataan Yadav dalam satu temu bual bersama saluran televisyen CNN-IBN dibuat ketika orang ramai berang berhubung tindakan pihak pengurusan universiti membuang pelajar-pelajar berkenaan.
Wilayah Kashmir yang terletak di banjaran Himalaya dituntut oleh India dan Pakistan.
Nakhoda berdiri atas busur Queen Mary II
BALI - Seorang jurugambar mengambil masa sebulan untuk merancang merakam gambar nakhoda kapal persiaran terbesar di dunia, Queen Mary II berdiri di atas busur kapal berkenaan lapor akhbar MailOnline semalam.
Gambar luar biasa itu dirakam sempena ulang tahun ke-10 kapal tersebut pada Mei depan.
Jurugambar berkenaan, James Morgan berkata, beberapa faktor keselamatan termasuk kestabilan, penyeragaman kapal tersebut dan arus air telah diambil untuk merakam gambar nakhoda berkenaan, Kapten Kevin Oprey.
Morgan yang telah mengambil gambar kapal milik Cunard Line itu sejak 10 tahun lalu berkata, dia mahu merakam gambar yang menunjukkan kecantikan kapal tersebut sempena ulang kesepuluhnya.
"Pada saya, garisan, bentuk dan lengkungan kapal itu membuatkan ia kelihatan kapal laut yang paling hebat di dunia," katanya.
Queen Mary II yang seberat 151, 200 tan boleh memuatkan 2,620 penumpang dan 1,253 anak kapal.
Dia merakam gambar itu dari sebuah bot yang berlabuh di hadapan kapal berkenaan. - Agensi
Tentera didakwa seludup pelarian
BANGKOK - Sebuah pertubuhan hak asasi antarabangsa semalam menggesa pihak berkuasa Thailand menyiasat penglibatan tentera lautnya menyeludup pelarian Rohingya dari Myanmar dan bukan mendakwa wartawan-wartawan kerana melaporkan perbuatan tersebut.
Tentera Laut Thailand mengemukakan dakwaan fitnah terhadap laman web bahasa Inggeris, Phuketwan akhir tahun lalu kerana menyiarkan laporan bahawa pihak tentera terlibat dalam sindiket penyeludupan etnik Rohingya dari Myanmar.
Dua wartawan dari media tersebut akan dipanggil oleh pihak pendakwa raya Isnin depan dengan mereka mungkin didakwa kerana menerbitkan maklumat palsu dan memfitnah tentera.
Mereka boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda 100,000 baht jika didapati bersalah.
Pertubuhan tersebut, Human Rights Watch menyatakan, pihak tentera laut perlu menghentikan usaha untuk menutup mulut kedua-dua wartawan itu.
"Tentera sebaliknya perlu membenarkan pihak berkuasa awam melakukan siasatan menyeluruh dan telus berhubung dakwaan penyeludupan dan layanan buruk terhadap orang hanyut Rohingya," kata Human Rights Watch dalam satu kenyataan.
Sejak beberapa tahun lalu, Phuketwan memainkan peranan utama dalam melaporkan penderitaan etnik minoriti Islam Rohingya yang melarikan diri daripada dibunuh, diseksa dan kemiskinan di Myanmar. - AP
Rusia tempat 30,000 askar di Crimea
KIEV - Rusia kini menempatkan 30,000 askar di wilayah Crimea, kata beberapa unit pengawal sempadan Ukraine semalam.
Mereka berkata, bilangan tersebut dua kali ganda lebih besar daripada angka yang diberikan oleh kerajaan di ibu kota Ukraine di sini.
Seorang pegawai unit berkenaan, Serhiy Astakhov memberitahu agensi berita Reuters bahawa angka tersebut termasuk askar-askar yang tiba sejak minggu lalu dan anggota tentera Armada Laut Hitam Rusia yang berpangkalan di pelabuhan Sevastopol, Crimea.
Rusia sebelum ini mendakwa negara itu hanya mempunyai anggota tentera yang berpangkalan di pelabuhan Sevastopol.
Askar-askar Rusia kini yang tidak memakai lambang tentera negara berkenaan pada uniform mereka kini menguasai beberapa kedudukan di seluruh Crimea.
Namun, mereka menaiki kenderaan tentera yang mempunyai nombor plat tentera Rusia.
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan baharu Ukraine menyatakan beribu-ribu askar tambahan telah tiba dan bergerak ke seluruh wilayah Semenanjung Crimea sekali gus melanggar perjanjian penempatan askar Rusia di negara itu.
Dua beradik tauke pil kuda diberkas dalam Op Tapis
BACHOK - Polis menahan dua beradik bersama 100 biji pil kuda di Kampung Wakaf Pohon Tanjung, Perupok di sini malam kelmarin.
Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, mereka ditahan dalam Op Tapis bagi membanteras penagihan dan pengedaran dadah di kawasan berkenaan.
"Dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, kedua-dua adik-beradik tersebut cuba melarikan diri menyebabkan berlaku sedikit pergelutan sebelum mereka berjaya ditangkap.
"Hasil pemeriksaan yang dilakukan terhadap dua beradik itu, polis menemui 100 biji pil kuda dalam satu bungkusan plastik di dalam poket seluar salah seorang daripada mereka," katanya kepada pemberita selepas mengadakan program lawatan mesra polis bersama masyarakat di pasar tani pekan Jelawat di sini semalam.
Pesawat MH370 ke Beijing hilang hubungan
KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini.
Penerbangan MH370 itu membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.
Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.
"Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan," kata kenyataan itu.
Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa.
Ia menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Kanak-kanak didera meninggal dunia
KUALA LUMPUR 7 Mac - Selepas hampir lima hari bertarung nyawa, kanak-kanak perempuan yang mengalami pendarahan otak dipercayai akibat didera di Kampung Seri Perkasa, Hutan Melintang Isnin lalu, meninggal dunia hari ini.
Nur Ain Ariana Abdullah yang berusia dua tahun enam bulan disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh dekat sini pada pukul 8 malam.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya kini membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
"Pihak hospital akan menjalankan bedah siasat mayat mangsa esok," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini.
Isnin lalu, Nur Ain Ariana dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam dekat sini selepas dipercayai pengsan.
BR1M RM1,200 dalam tempoh 5 tahun lagi
KUALA LUMPUR 7 Mac - Kedudukan ekonomi Malaysia kini dalam keadaan selamat dan kukuh, hasil perancangan baik serta penyampaian berkesan kerajaan ketika banyak negara lain termasuk di Eropah gagal menangani krisis kewangan sehingga berada di ambang bencana.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ekonomi negara berkembang 5.7 peratus setiap tahun sejak beliau mengambil alih kepimpinan pada 2009, selain defisit bajet juga berjaya diturunkan kepada 3.9 peratus iaitu lebih rendah daripada sasaran awal kerajaan.
Namun, selaku ketua kerajaan, Najib berkata, beliau sedar bahawa ekonomi Malaysia perlu lebih diperkuat dan dimakmurkan kerana tegasnya, pengukuhan ekonomi akan memastikan negara kekal pada kedudukan untuk merealisasikan hasrat negara maju pendapatan tinggi.
Beliau yang juga Menteri Kewangan memberitahu, tanggungjawab utamanya ialah melindungi rakyat dengan tidak membenarkan kemajuan negara, kesejahteraan rakyat serta kedaulatan Malaysia terancam menyebabkan kerajaan perlu mengawal kewangan negara.
Seorang maut, 12 hilang dalam letupan di kilang kimia
BEIJING 8 Mac - Satu letupan yang berlaku di sebuah kilang kimia di utara China telah menyebabkan seorang terkorban dan 12 lagi masih hilang, kata pihak berkuasa semalam.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan kerajaan tempatan di wilayah Hebei, seramai 13 orang dipercayai berada di bahagian yang memproses emulsi bahan letupan di kilang berkenaan, yang diusahakan oleh kumpulan Kailuan Group, di Tangshan, ketika letupan awal pagi itu berlaku.
Katanya, seorang mangsa telah disahkan mati dan pihak berkuasa sedang mencari 12 orang lagi mangsa yang masih hilang.
Selain itu, kenyataan ringkas yang dikeluarkan menyatakan bahawa punca letupan masih tidak diketahui. - AGENSI
Lcc sudah sedia berpindah ke klia2
KUALA LUMPUR 7 Mac - Syarikat penerbangan tambang rendah (LCC) hanya mempunyai masa kurang dua bulan untuk memindahkan operasi masing-masing ke klia2 bagi mengelak kesesakan.
Lapangan terbang berharga RM4 bilion yang akan dikenali sebagai terminal khas LCC terbesar di dunia itu, dijadual dibuka pada 2 Mei ini.
Difahamkan operator lapangan terbang, Malaysia Airport Holdings Bhd. (MAHB), sudah memaklumkan kepada LCC untuk berpindah ke bangunan baharu itu.
Kontraktor bangunan terminal, Bina Puri dan rakannya UEM Construction, juga bersetuju membenarkan syarikat penerbangan, peruncit komersil dan agensi, mula melakukan pengubahsuaian masing-masing.
AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbesar Asia, dijangka menggunakan 80 peratus klia2 dan bakinya Malindo Air dan Cebu Pacific.
Nilai dagangan Malaysia cecah RM121.6b
KUALA LUMPUR 7 Mac - Jumlah dagangan Malaysia sepanjang Januari tahun ini bernilai RM121.6 bilion, meningkat 9.8 peratus berbanding RM110.72 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Eksport Malaysia pada tempoh itu juga meningkat sebanyak 12.2 peratus kepada RM63.97 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Import Malaysia sepanjang bulan itu turut meningkat iaitu sebanyak 7.2 peratus kepada RM57.62 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, peningkatan dalam dagangan sepanjang Januari telah disumbangkan menerusi perdagangan yang lebih tinggi dengan China dengan peningkatan sebanyak RM2.18 bilion.
Katanya, nilai dagangan Malaysia dengan Kesatuan Eropah (EU) meningkat sebanyak RM1.5 bilion, Korea (RM1.47 bilion), Australia (RM1.35 bilion), Hong Kong (RM1.13 bilion) dan Jepun meningkat sebanyak RM979.3 juta.
"Lebihan dagangan meningkat kepada RM6.36 bilion pada Januari lalu.
Bayi enam bulan kritikal keracunan meminum dari air yang dimasak dari tangki
Rawang: Seorang bayi berusia enam bulan kritikal dipercayai akibat keracunan selepas meminum susu yang dibancuh menggunakan air dimasak dari tangki sebuah pangsapuri di Kundang dekat sini, yang disyaki tercemar, baru-baru ini.
Kejadian pada Ahad lalu itu dikatakan berlaku ketika catuan air di beberapa kawasan di Lembah Klang termasuk membabitkan enam blok pangsapuri berkenaan yang didiami lebih 800 penduduk.
Ibu mangsa, Nurul Najwa Fuzi, 28, dikatakan membancuh susu menggunakan air paip yang dimasak sebelum Mohd Aidil Naufal yang juga anak keduanya mengalami cirit-birit dan muntah teruk.
Bapa bayi malang itu, Mohd Shahril Tumiran, 32, berkata pada hari kejadian, anaknya hanya minum susu dan dia juga tidak membeli makanan di luar.
“Seperti biasa, isteri memberikan anak saya susu botol, namun tidak lama kemudian, Mohd Aidil mulai cirit-birit menyebabkan kami panik lalu terus membawanya ke hospital.
Cinta ranjang ‘monyet’
Kuala Lumpur: Tanpa segan silu mereka memuat naik gambar termasuk berseragam sekolah sebagai ‘pembuka jalan’ untuk hubungan ke peringkat seterusnya, ada sekadar bersembang lucah di Internet dan ada yang berpanjangan hingga ke ranjang.
Itu antara aktiviti kegemaran remaja masa kini apabila menghadap komputer atau sewaktu mendampingi tablet serta telefon pintar masing-masing dengan menggunakan medium Facebook (FB) atau aplikasi WhatsApp, WeChat, Instagram dan Twitter.
Dalam kalangan mereka, hubungan palsu, liar dan bebas ini diistilahkan ‘fake relay’ dan seolah-olah satu kebanggaan apabila diterima menyertai kumpulan (group) yang diwujudkan.
Amat mengejutkan apabila pemantauan Harian Metro menerusi FB mendapati satu ‘group’ yang diwujudkan untuk mempromosi hubungan ‘fake relay’ ini sejak setahun lalu mendapat penyertaan lebih 15,000 remaja, majoritinya pelajar sekolah.
Wartawan yang melakukan penyamaran dan menyertai ‘group’ berkenaan berjaya menjalin hubungan dengan remaja berusia 17 tahun dan pertemuan yang diadakan selepas itu membuktikan dia tidak berbohong mengenai usianya.
Cinta ranjang ‘monyet’
Kuala Lumpur: Tanpa segan silu mereka memuat naik gambar termasuk berseragam sekolah sebagai ‘pembuka jalan’ untuk hubungan ke peringkat seterusnya, ada sekadar bersembang lucah di Internet dan ada yang berpanjangan hingga ke ranjang.
Itu antara aktiviti kegemaran remaja masa kini apabila menghadap komputer atau sewaktu mendampingi tablet serta telefon pintar masing-masing dengan menggunakan medium Facebook (FB) atau aplikasi WhatsApp, WeChat, Instagram dan Twitter.
Dalam kalangan mereka, hubungan palsu, liar dan bebas ini diistilahkan ‘fake relay’ dan seolah-olah satu kebanggaan apabila diterima menyertai kumpulan (group) yang diwujudkan.
Amat mengejutkan apabila pemantauan Harian Metro menerusi FB mendapati satu ‘group’ yang diwujudkan untuk mempromosi hubungan ‘fake relay’ ini sejak setahun lalu mendapat penyertaan lebih 15,000 remaja, majoritinya pelajar sekolah.
Wartawan yang melakukan penyamaran dan menyertai ‘group’ berkenaan berjaya menjalin hubungan dengan remaja berusia 17 tahun dan pertemuan yang diadakan selepas itu membuktikan dia tidak berbohong mengenai usianya.
Karaoke ‘keluarga’ tawar GRO
Subang Jaya: Berselindung di sebalik papan tanda perniagaan pusat karaoke keluarga, sebuah pusat hiburan di USJ 19 di sini, gagal mengaburi mata pihak berkuasa yang didapati mengupah wanita asing bekerja sebagai wanita pelayan pelanggan atau GRO di kelab berkenaan, awal pagi semalam.
Dalam serbuan pada jam 12.30 pagi itu, 16 wanita warga asing yang dipercayai menjadi GRO di pusat berkenaan, ditahan dalam operasi Unit D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.
Wanita yang ditahan itu ialah sembilan rakyat Vietnam manakala tujuh lagi warga China dan ketika diserbu, beberapa wanita terbabit cuba melarikan diri melalui pintu belakang, tetapi gagal.
Tiga daripada wanita berusia 18 hingga 28 tahun itu didapati tiada sebarang dokumen, manakala selebihnya melakukan kesalahan salah guna pas lawatan sementara untuk berkerja di negara ini.
Hasil siasatan awal mendapati, pelanggan boleh mendapatkan khidmat wanita terbabit untuk tujuan seks dengan bayaran sehingga RM600 selepas waktu kerja mereka.
Inspektor Muhammad Mohd Jais yang mengetuai operasi berkata, serbuan dijalankan hasil aduan dan risikan anggotanya sejak empat hari lalu.
Katanya, pemeriksaan lanjut terhadap premis hiburan ini juga mendapati ia beroperasi tanpa lesen.
“Ketika diserbu, lebih 30 pelanggan leka dengan tarian ghairah pekerja wanita kelab itu cuba melarikan diri” katanya.
Menurutnya, seorang lelaki yang dipercayai penjaga premis turut ditahan dan peralatan audio dirampas untuk siasatan.
Kekasih mati bersama
Shah Alam: Impian sepasang kekasih untuk mendirikan rumah tangga tidak menjadi kenyataan apabila mereka terbunuh akibat kemalangan jalan raya di Kilometer 15.6 Lebuhraya Persekutuan dari Shah Alam ke Kuala Lumpur, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, B Suresh, 21, bersama teman wanitanya, M Logeswary, 20, dijadual melangsungkan perkahwinan pertengahan Mac ini, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di badan dan kepala.
Menurut sumber, Suresh yang memandu kereta, dalam perjalanan menghantar teman wanitanya pulang dan setiba di lokasi kejadian, dia gagal mengawal kereta lalu terbabas melanggar pembahagi jalan menyebabkan kereta berkenaan berpusing beberapa kali.
Selepas terbabas, katanya kereta itu merempuh pembahagi jalan menyebabkan ia melambung dan berpusing beberapa kali.
“Polis polis menyiasat punca kejadian dan meminta saksi menghubungi Cawangan Trafik Shah Alam bagi membantu siasatan.
Cabaran suami obes
Pasir Gudang: “Saya pernah memasak sup untuk suami dalam usaha membantunya menurunkan berat badan, tetapi dia mengamuk kerana mahu menjamah nasi.
“Kini berat badan suami mencecah 180 kilogram dan menimbulkan kesulitan kepadanya terutama ketika mahu turun atau naik ke rumah yang terletak di tingkat empat,” kata Sharifah Hamzah, 42, ketika ditemui di sini, semalam.
Suaminya, Mohd Nasir Kaya Kutty, 46, berdepan masalah obesiti sejak lima tahun lalu dan perlu mengambil masa sehingga sejam untuk turun atau naik ke rumah mereka di Blok 39, Projek Perumahan Rakyat Taman Cendana, di sini, akibat masalah terbabit.
“Masalah obesiti dialami suami bertambah buruk sejak awal tahun lalu menyebabkan dia terpaksa mengambil cuti tanpa gaji di pasar raya Econsave Taman Scientex sejak April 2013.
“Suami juga pernah dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru selama hampir seminggu pada April tahun lalu kerana sesak nafas,” katanya ketika ditemui menerima kunjungan Pengurus Operasi Econsave Johor Mas Imran Adam dan Ketua UMNO Cawangan Taman Cendana 4 Shamsul Bahrin Ibrahim di rumahnya, semalam.
Seksyen 25 Shah Alam dah macam pekan rojak!
Shah Alam: Pekan Rojak! Itu gelaran yang sesuai bagi menggambarkan lambakan pendatang asing pelbagai negara di kawasan Sri Muda, Seksyen 25, di sini, yang menyebabkan rakyat tempatan berasa seperti menumpang di negara sendiri.
Warga Bangladesh, Myanmar dan Nepal antara kumpulan pendatang yang dilihat memonopoli kawasan berkenaan terutamanya di pekan Sri Muda dengan jumlah ramai dan ia lebih ketara pada hujung minggu.
Kebimbangan rakyat tempatan semakin meruncing dengan berlakunya kes jenayah membabitkan pendatang asing sejurus kejadian anggota polis diserang dalam dua kejadian berasingan masing-masing di Shah Alam dan Klang, baru-baru ini.
Tinjauan Harian Metro mendapati, pekan Sri Muda tidak pernah surut dengan kelibat pendatang asing yang sentiasa berlegar dan memenuhi kawasan tumpuan seperti restoran makanan segera dan stesen bas.
Menipu keluarga Culik diri sendiri
Kuala Lumpur: Gelaran anak setan sesuai untuk seorang pelajar Sudan yang berpakat dengan rakannya warga Mesir, menuntut wang tebusan daripada bapanya dengan berpura-pura kononnya dia diculik dari pusat pengajiannya di Shah Alam.
Bagaimanapun, rancangan dua sahabat berusia 20-an itu Rabu lalu bagi mendapatkan wang tebusan membawa padah apabila dia dan rakannya dicekup polis, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, seorang kakitangan Kedutaan Sudan menerima panggilan kononnya daripada seorang lelaki Afrika menuntut wang tebusan AS$6,000 (RM18,000) daripada ahli keluarga pelajar itu sekiranya tidak mahu dia dibunuh.
Menurutnya, pihak kedutaan menghubungi bapa pelajar berkenaan di Sudan dan dia bersetuju membayar wang tebusan seperti diminta penculik terbabit.
“Bapa pelajar terbabit menghubungi rakannya, seorang ahli perniagaan warga Sudan di Malaysia untuk membantu menguruskan pembayaran wang tebusan berkenaan bagi menyelamatkan anaknya itu.
“Ahli perniagaan berusia 40-an itu bekerjasama dengan polis, mengumpan suspek datang ke pejabatnya di Berjaya Times Square, di sini untuk mengambil wang tebusan yang sudah dikirim bapa pelajar berkenaan,” katanya yang dihubungi, semalam.
Menurutnya, polis mendapati suspek selamba datang bersama pelajar berkenaan dengan teksi untuk mengambil wang dan kedua-dua mereka ditahan sejurus selepas mengambil wang berkenaan.
Katanya, hasil soal siasat, kedua-dua pelajar berkenaan mengaku merancang penculikan palsu itu untuk mendapatkan wang daripada bapa pelajar Sudan berkenaan.
“Ditanya kenapa dia sanggup bertindak sedemikian, pelajar berkenaan berkata, dia memerlukan wang membeli dadah serta membayar hutang,” katanya.
Menurut Khairuldin, kedua-dua pelajar berkenaan disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan (pemerasan) yang membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau sebat atau antara dua hukuman terbabit.
30 tahun kutip najis lembu
Kuala Pilah: Ketika kebanyakan wanita seusianya berehat di rumah, seorang nenek di Kampung Juasseh Tengah, dekat sini, sanggup mengerah kudratnya setiap hari membersihkan najis lembu yang bertaburan di atas jalan di kampungnya.
Lebih mengejutkan, Wong Ah Pong, 81, mesra dengan panggilan Uwan, melakukan kerja sukarela itu sejak lebih 30 tahun lalu semata-mata kerana tidak sampai hati melihat kenderaan yang melalui jalan kampung sepanjang hampir 100 meter itu terpalit najis lembu.
Wong adalah seorang daripada tiga individu berbangsa Cina yang masih tinggal di kampung berkenaan yang majoriti dihuni masyarakat Melayu.
Dilahirkan di Seri Menanti, dekat sini, Wong berhijrah ke Kampung Juasseh Tengah 60 tahun lalu mengikut suaminya yang bekerja sebagai penoreh getah di sebuah estet, di sini.
Aksi ngeri berjalan dan memakan kaca
Melaka: Kebolehan melakukan aksi ngeri berjalan dan memakan kaca menemukan dua pemuda yang kini mengembangkan bakat dan minat mereka kepada dunia perniagaan.
Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Mungkin itu peribahasa sesuai bagi menggambarkan kehidupan mereka yang awalnya hanya digelar penghibur jalanan atau ‘busker’ tetapi kini membuat persembahan di tempat eksklusif.
Siapa menduga, Abdullah Khabir Saharudin, 18, dan rakannya, Mohd Fahmi Mohd Nadzri, 23, yang pernah dikritik dan dilontar cemuhan masyarakat ketika mula menunjukkan bakat di Jonker Walk, kini diundang khas bagi membuat persembahan di majlis tertutup.
Tidak hairanlah, selain membuat aksi ngeri berjalan dan melompat di atas kaca, mereka juga mampu memukau penonton dengan aksi ngeri memasukkan paku sepanjang lebih tiga inci ke dalam rongga hidung.
Pusara dalam taman
Kuala Lumpur: Pelan landskap yang cemerlang membuatkan suasana di tanah kubur dikenali Taman Raudhatul Sakinah, Jalan Kuala Lumpur-Karak, dekat sini, begitu damai sekali gus mengubah persepsi negatif segelintir masyarakat yang sering mengaitkan kawasan itu dengan keadaan menyeramkan.
Taman seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu adalah yang pertama di negara ini menggunakan konsep kubur dalam taman dan ia juga dilengkapi aplikasi dalam talian bertujuan memeriksa rekod ‘penghuni’ tanah kubur berkenaan.
Seorang kakitangan swasta Mohd Fadzim Helmi, 32, yang sering menziarahi pusara bapa saudaranya turut berkongsi pengalaman ketika mengunjungi taman berkenaan dan dia begitu tertarik dengan konsep taman itu yang menggunakan pendekatan kubur dalam taman sekali gus memberi persepsi baru untuk kawasan perkuburan.
“Saya tidak dapat nafikan, mungkin ramai lagi masyarakat yang mempunyai tanggapan negatif terhadap tanah kubur dan tanggapan itu berkisar kepada suasana seram termasuk tempat yang perlu dijauhi terutama pada waktu malam.
Sindiket ‘nikah ekspres’ ligat tawar khidmat
Kuala Lumpur: Taktik mereka menawarkan pernikahan di negara jiran sudah lama dikesan, namun kebelakangan ini, sindiket berkenaan semakin berani mengiklankan secara terbuka perkhidmatan ‘nikah ekspres’ kepada rakyat Malaysia yang berminat.
Antara pakej disediakan termasuk menyediakan khidmat membawa pasangan bernikah di selatan Thai, pendaftaran pernikahan semula di Malaysia, urusan poligami tanpa kebenaran, berkahwin disebabkan hamil tanpa surat nikah serta nikah secara sembunyi tanpa diketahui keluarga dengan bayaran serendah RM2,500.
Kegiatan sindiket berkenaan didedahkan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) selepas menerima aduan daripada orang ramai mengenai kewujudan iklan ‘berani’ itu untuk menarik minat khususnya lelaki hidung belang untuk mendirikan rumah tangga menggunakan ‘pintu belakang’.
Presidennya Musa Awang berkata, isu berkahwin secara senyap di negara jiran bukanlah baru di Malaysia, namun pihaknya kesal dengan tindakan mengedarkan risalah secara terbuka hingga mengundang kekeliruan termasuk sama ada pernikahan seperti itu disahkan pihak berkuasa agama di negara ini.
Peniaga sorok-sorok jual rokok seludup
Kuala Lumpur: Hukuman berat masih tidak cukup untuk menghalang pengedar dan penjual meneruskan aktiviti jualan rokok seludup kerana tinjauan di sekitar ibu kota mendapati masih banyak kedai yang rata-rata dipercayai milik warga asing masih menjual rokok berkenaan yang menghasilkan keuntungan besar.
Tinjauan di beberapa kedai runcit sekitar Kampung Baru dan Jalan Chow Kit di sini, mendapati peniaga tetap menjual rokok seludup antaranya jenis Nusantara, Canyon dan juga Gudang Garam iaitu kegemaran warga asing yang mahukan rokok berharga murah.
Menggunakan taktik menyorok rokok berkenaan dalam stor kedai, berasingan daripada rokok sah, peniaga menjual rokok tersebut kepada pelanggan yang dikenali dan tidak menjualnya kepada orang tidak dikenali.
Langkah itu bagi memastikan kegiatan mereka tidak dibocorkan atau terjual kepada pegawai penguat kuasa yang menyamar berikutan kerajaan mengisytiharkan perang terhadap rokok seludup.
Menurut seorang pembeli yang mahu dikenali sebagai Zaidi, 30, rokok jenis Nusantara menjadi pilihannya sejak lima tahun lalu kerana harga murah berbanding rokok sah.
“Saya tidak mampu membeli rokok jenama terkenal kerana harganya mahal, jadi saya beli rokok Nusantara,” katanya.
Seorang anggota polis disyaki menembak pelajar kolej swasta, motif dadah
Seremban: Seorang anggota polis berusia 24 tahun yang disyaki menembak mati seorang pelajar lelaki kolej swasta di sebuah blok Flat Seri Jasmin 3, Mantin, di sini, kelmarin, ditahan beberapa jam selepas kejadian.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa warga Afrika berusia 26 tahun itu ditemui mati terbaring di bawah pokok tempat letak kenderaan blok berkenaan selepas terkena satu das tembakan di kepalanya.
Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Abdullah Roning berkata, polis yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian menemui telefon bimbit mangsa kira-kira 100 meter dari tempat penemuan mayatnya dipercayai tercicir ketika dikejar suspek.
“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.
Keputusan bedah siasat mengesahkan lelaki itu mati akibat terkena tembakan di bahagian kepala.
“Susulan itu, polis menjalankan siasatan lanjut dan mengesan suspek sebelum menahan seorang anggota polis dipercayai menembak mati mangsa,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, di sini, semalam.
Pengedaran dadah antarabangsa didalangi warga Afrika menggunakan Kurier
Kuala Lumpur: Bagi mengaburi pihak berkuasa negara ini, sindiket pengedaran dadah antarabangsa didalangi warga Afrika terutama dari Nigeria yang sebelum ini menggunakan ‘keldai’ bagi membawa masuk dadah, kini menggunakan perkhidmatan syarikat penghantaran kurier dan pos laju untuk menyeludup masuk dadah berskala kecil.
Difahamkan, dadah berkenaan yang diperoleh dari beberapa negara luar, biasanya seberat antara 300 gram hingga 1.5 kilogram disembunyikan dalam pelbagai barangan persendirian yang dikirim menggunakan perkhidmatan berkenaan, termasuk pemain cakera padat video digital (DVD).
Walaupun dalam jumlah kecil, penyeludupan dadah berkenaan dilakukan secara kerap selain dikatakan turut mendapat kerjasama sindiket pengedaran tempatan.
Taktik terbaru itu bagaimanapun berjaya dibongkar Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman yang mematahkan beberapa cubaan penyeludupan dadah terutama di Lembah Klang antara 20 Februari sehingga kelmarin.
Presiden Palestin enggan iktiraf Israel
Gaza: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata beliau tidak akan mengiktiraf Israel sebagai negara Yahudi dan tidak akan menerima ibu negara Palestin di dalam wilayah Israel.
Kenyataan pemimpin Palestin itu menggambarkan jurang antara beliau dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu masih luas selepas rundingan tujuh bulan yang diusahakan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry.
Kenyataan Mahmoud itu disiarkan agensi berita Palestin, WAFA semalam.
Ketika bercakap kepada aktivis belia parti Fatah, Mahmoud berkata, beliau tidak akan berganjak daripada pendiriannya menolak tekanan antarabangsa supaya rakyat Palestin mengiktiraf Israel sebagai negara Yahudi.
“Mereka mendesak dengan mengatakan “keamanan tak mungkin tercapai tanpa negara Yahudi”. Itu mustahil dan kami tak akan terima.” katanya.
Netanyahu sebelum ini berkata, pengiktirafan itu perlu sebagai bukti rakyat Palestin benar serius untuk berdamai. - Agensi
Russia tidak endah amaran AS
Moscow: Presiden Vladimir Putin tidak mengendahkan amaran Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama mengenai pencerobohan tentera Moscow di Crimea.
Putin menyatakan Russia tidak boleh mengabaikan rakyatnya yang berada di Ukraine apabila mereka meminta bantuan.
Selepas perbualan telefon selama sejam, Putin membuat kenyataan yang Moscow dan Washington berbeza pendapat mengenai keadaan yang berlaku di bekas republik Soviet yang katanya dikuasai secara tidak sah pihak berkuasa yang baru.
“Rakyat Russia yang berada di sana meminta bantuan dan kami tidak akan mengabaikannya dan tindakan diambil sejajar dengan peraturan antarabangsa,” kata Putin
Polis Riau buru empat disyaki bakar hutan
Riau: Polis melancarkan gerakan memburu empat orang disyaki melakukan pembakaran membersihkan tanah hutan di sini.
Ketua polis Riau Brigadier Jeneral Condro Kirono berkata, polis sedang menyiasat tujuh kes membabitkan kebakaran hutan dan ladang dengan satu daripadanya membabitkan sebuah syarikat.
Dia bagaimanapun tidak mendedahkan nama syarikat terbabit.
“Individu diburu adalah pelabur dan penjual kawasan diwartakan untuk pemuliharaan,” katanya.
Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNCB) melaporkan 10,502 hektar tanah hutan di Riau dibakar mengakibatkan jerebu tebal di kawasan itu selain mengganggu kehidupan seharian.
Ketuanya Syamsul Maarif berkata, 99 peratus daripada kebakaran itu sengaja dilakukan. - Agensi
Sanggup tiduri suami rakan
Lagos: Seorang wanita bertindak keterlaluan apabila tidur dengan suami kawan baiknya kononnya untuk membuka mata wanita itu terhadap perangai sebenar lelaki terbabit.
Wanita berusia 42 tahun itu membuat keputusan itu selepas gagal meyakinkan sahabatnya suaminya kerap mempunyai hubungan dengan wanita lain.
Hasilnya, wanita itu kini mengandung anak lelaki terbabit namun tidak berhasrat menggugurkan kandungannya kerana menganggap menganggap sudah tiba masanya dia menjadi ibu. - Agensi
Lelaki buta nyaris digilis kereta api
Los Angeles: Seorang lelaki buta bernasib baik kerana masih hidup selepas terjatuh ke atas landasan kereta api ketika kenderaan itu hampir tiba ke stesen berkenaan.
Jurucakap Lembaga Pengangkutan Bandar Raya Los Angeles berkata, lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan apabila dia terus berbaring dan kereta api yang terpaksa brek mengejut itu berhenti betul-betul di atasnya.
“Syukurlah, kereta api berkenaan ‘melanggar’ lelaki terbabit tetapi dia tidak cedera,” kata jurucakap LA Metro, Paul Gonzales ketika ditemui.
“Pada pandangan saya, ini adalah suatu keajaiban.
“Lelaki itu sangat bernasib baik kerana masih hidup,” kata Paul.
Lelaki berusia 47 tahun itu terjatuh dari platform di stesen Wilshire dan Vermont yang terletak di Koreatown bandar berkenaan ketika kereta api Red Line terbabit menghampiri stesen berkenaan. - AP
Ciuman selamat tinggal kura-kura
Beijing: Seorang lelaki yang dipercayai cuba melepaskan kura-kura peliharaannya dimasukkan ke hospital selepas binatang itu menggigit bibirnya ketika dia mencium haiwan itu.
Setakat ini tiada laporan mengenai keadaan lelaki berkenaan. Gambar kejadian itu dirakam rakan mangsa yang kemudian dimuat naik di Internet sebagai peringatan kepada pencinta haiwan peliharaan supaya mengutamakan keselamatan.
Ia mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman Weibo yang menyifatkan kejadian itu, sebagai ‘ciuman selamat tinggal’ daripada haiwan peliharaan berkenaan kepada tuannya.
Menurut laporan, kura-kura itu dari baka yang berbahaya dan berasal dari Amerika Utara.
Reptilia itu ditemui di Tasik Weishan yang terletak di selatan wilayah Anhui dan ia yang pertama seumpamanya ditemui di situ.
Kura-kura itu dianggap berbahaya kepada ekosistem China dan orang ramai diberi amaran supaya tidak melepaskannya secara sembarangan. - Agensi
Maut ditimpa pohon sawit
Taiping: Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan apabila tubuhnya dihempap sebatang pokok kelapa sawit hingga menyebabkan tulang rusuk dada mangsa remuk di Kampung Simpang Empat Anak Kurau, Batu Kurau, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa, Abdul Aziz Hussin, 51, ditimpa pokok ketika mengambil upah menebang beberapa pokok kelapa sawit di kampung itu.
Saksi kejadian yang juga pemilik pokok, Zainuddin Abdullah, 72, berkata, kejadian berlaku ketika mangsa mengambil upah menebang deretan pokok kelapa sawit tua miliknya.
Menurutnya, mangsa cuba menebang sebatang pokok petai berhampiran bagi menjatuhkan sebatang pokok sawit yang tersangkut pada dahannya.
‘Samseng’ langgar kereta sebelum tarik
Melaka: “Memang saya bersalah kerana membiarkan bayaran bulanan sewa beli kereta tertunggak sehingga empat bulan, namun tindakan mereka menarik kereta dengan lagak samseng adalah tidak patut,” kata Abdullah Saffar, 44, dalam sidang akhbar di Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional negeri (Pembela BN), di sini, semalam.
Abdullah Saffar, 44, berkata, dia yang sedang memandu PROTON Persona dibeli atas nama isterinya, Kamisa Che Wan, 42 dihimpit dan dilanggar PERODUA Myvi dinaiki dua lelaki berusia 20-an pada jam 4 petang di Jalan Penghulu Mak Yah, Kampung Paya Rumput, di sini, pada Rabu lalu.
“Selepas kereta saya berhenti, dua lelaki yang berada dalam kereta berkenaan terus meluru dan memaksa saya serta anak keluar dari kenderaan.
“Malah, mereka tidak membenarkan saya mengambil barangan peribadi dalam kereta termasuk kunci rumah.
“Dua lelaki terbabit mengambil gambar luar dan dalam kereta, malah memarahi anak saya kerana cuba mengambil beg sekolahnya di dalam kereta.
“Mereka terus beredar dengan membawa bersama kereta saya,” katanya.
Menurutnya, dia dan tiga anak berusia tiga hingga 20 tahun berjalan kaki untuk pulang ke rumah yang terletak hampir 200 meter dari situ sebelum memaklumkan kepada isteri mengenai perkara terbabit dan membuat laporan di Balai Polis Tanjung Minyak, di sini.
Abdullah berkata, dia memahami kereta itu ditarik kerana tunggakan ansuran bulanan, namun dua lelaki itu menggunakan kekerasan, malah pihak bank gagal menunjukkan surat arahan penarikan kereta apabila diminta berbuat demikian.
Kamisa yang turut hadir dalam sidang akhbar itu berkata, dia mendapat maklumat penarik kereta itu ada membuat laporan polis dan mendakwa kenderaan dipandu suaminya cuba melarikan diri hingga berlaku perlanggaran.
“Malah, lelaki itu turut mendakwa segala barang peribadi dalam kereta diserahkan kepada suami sedangkan hanya beg sekolah anak saja yang kami ambil.
“Segala dokumen urusan kerja suami turut berada di dalam kereta berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Pembela BN negeri Amir Hamzah Ab Aziz berkata, pihaknya akan membuat tindakan susulan bagi menyelesaikan masalah itu.
“Peguam kami akan menyediakan kertas susulan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan (KPDNKK), polis dan bank untuk memastikan keselamatan masyarakat terjamin,” katanya.
Penasihat Guaman Pembela BN Maridzuan Mohamad berkata, beliau akan merujuk semula dengan pihak polis untuk menyelesaikan isu terbabit.
“Tindakan boleh diambil terhadap bank dan penarik kereta.
“Ini jelas dan yang paling mustahak adalah tindakan melanggar oleh pihak penarik kereta terhadap kereta penama,” katanya.
PETRONAS tandatangan 2 kontrak bekal gas asli cecair
Kuala Lumpur: PETRONAS menandatangani dua kontrak menerusi anak syarikatnya, Malaysia LNG Sdn Bhd (MLNG) dan PETRONAS LNG Ltd (PLL) untuk membekalkan sehingga 2.6 juta tan gas asli cecair (LNG) setahun kepada CPC Corporation dari Taiwan.
Kontrak berkenaan yang ditandatangani pada 5 Mac lalu adalah bagi tempoh enam tahun dengan penghantaran kepada CPC dijadualkan bermula pada suku kedua 2014 dan 2015.
“Penghantaran dari Kompleks LNG PETRONAS di Bintulu, Sarawak dan sumber bekalan lain ini bagi memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan CPC di Taiwan, terutama sektor tenaga negara itu,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.
PETRONAS mula membekalkan LNG kepada CPC pada 1995 melalui kontrak 20 tahun bagi bekalan tahunan sebanyak 2.25 juta tan LNG. Kontrak baru itu dijangka mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua syarikat.
Sasar kadar NPL 25% - PUNB
Kuala Lumpur: Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) meletakkan sasaran untuk mengurangkan kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) kepada 25 peratus tahun ini berbanding 30 peratus dicatatkan tahun lalu.
Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, kebanyakan usahawan yang mendapat pembiayaan PUNB mencatatkan rekod pembayaran semula yang baik, namun hanya segelintir yang gagal berbuat demikian.
“PUNB hanya merekodkan NPL dalam kalangan usahawan yang lewat membayar selama tiga bulan berturut-turut. Malah, ada kes yang perlu dibawa ke muka pengadilan, namun bilangannya terlalu kecil,” katanya selepas majlis bertemu usahawan PUNB Kuala Lumpur, di sini, semalam.
Pelabur kita dapat akses aset Jepun
Kuala Lumpur: Pelabur tempatan kini boleh mendapat akses ke atas aset Jepun menerusi dana yang dibuka Hwang Investment Management Bhd mulai semalam.
Ketua Eksekutifnya Teng Chee Wai berkata ‘Hwang Select Japan Quantum Fund‘ (SJQF) akan diuruskan Nikko Asset Management Co Ltd dan akan melabur dalam pertengahan peringkat organisasi Jepun. Katanya, dana berkenaan disesuaikan dengan pelabur yang mempunyai tempoh masa pelaburan sederhana hingga jangka panjang. “Dana menggunakan strategi nilai aktif yang pada asasnya memberi tumpuan kepada pelaburan dalam syarikat di bawah nilai yang menawarkan peluang pertumbuhan. Ia menggunakan penyelidikan asas bagi mengenal pasti saham yang disalah nilai oleh pasaran. Dalam jangka masa panjang, dana juga bertujuan untuk mengambil peluang dalam organisasi yang menjalani perubahan dalam strategi perniagaan. Oleh itu, harga saham mereka dijangka meningkat dan berkumpul untuk penilaian saham intrinsik.
“Kami menjangkakan dana untuk berkembang kepada RM300 juta pada akhir tahun ini. Selain itu, penambahan pelaburan akan dibuat dalam jangka masa sederhana hingga panjang,” katanya selepas melancarkan SJQF di sini, semalam.
Rumah teres ungguli carta
Kuala Lumpur: Jenis hartanah rumah teres dua tingkat pada jarak 11 batu dari pusat bandar dan tiga batu dari bandar kecil masih mengungguli carta popular di Sarawak selain lot kedai kategori tradisional yang berada di lokasi strategik juga tinggi atas permintaan bagi jenis komersial.
Setiausaha Agung Persatuan Pemaju Perumahan Sarawak (SHEDA) Sim Kiang Chiok berkata, negeri ini masih memilih hartanah atas tanah kerana boleh memegang nilai dan lebih mudah untuk dijual apabila timbul keperluan.
Katanya, berdasarkan pengalaman juga, pembeli mempunyai keluarga antara mereka yang menyukai jenis perumahan sebegini. Menurutnya, trend ini akan terus kekal dalam tempoh lima tahun akan datang, namun hartanah jenis ‘strata’ atau bangunan tinggi seperti apartmen dan kondominium akan mulai mendapat permintaan disebabkan nilai perumahan atas tanah yang turut menokok dalam tempoh berkenaan.
Lambakan pilihan kediaman
Kuala Lumpur: Gaya hidup memainkan peranan penting dalam menentukan tahap populariti sesuatu hartanah itu, selain lokasi yang mempunyai banyak tarikan di sekeliling bagi melengkapkan lagi suasana perumahan yang dianggap selesa serta mencukupi.
Kini pemilik rumah juga terdiri daripada warga luar termasuk dari negeri lain dan rakyat asing dan jika memiliki rumah yang mempunyai sekuriti khususnya apartmen serta kondominium ia dianggap lebih selamat jika mereka perlu meninggalkannya dalam tempoh lama selain ada hartanah terbabit yang dibeli bagi tujuan komersial.
Lambakan hartanah ketika ini memberi pilihan kepada pembeli bagi memiliki rumah idaman masing-masing yang ketika ini merangkumi kategori rumah apartmen, kondominium, serta perumahan atas tanah (residential landed property) iaitu teres, berkembar dan banglo.
Lebih 5,000 penduduk bantah pembinaan columbarium
ALOR SETAR - Lebih 5,000 penduduk, melibatkan tujuh kawasan perumahan, membantah cadangan membina sebuah bangunan columbarium (tempat penyimpanan abu mayat) di Jalan Kilang Tebu di sini.
Pengerusi Persatuan Taman Setia Yusni Ahmad mendakwa pembinaan columbarium akan menimbulkan masalah bagi penduduk di kawasan berhampiran iaitu Kampung Baru, Tambak Bunga, Taman Samudera, Taman Setia, Taman Kuantan, Taman Mega dan Jalan Kilang Tebu.
Beliau berkata cadangan pembinaan bangunan itu telahpun diluluskan semua pihak termasuk Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan akan dibina pertengahan tahun ini.
Yusni berkata bantahan dibuat berikutan lokasi yang terlalu dekat dengan rumah penduduk dan pihak yang terlibat juga tidak pernah meminta pandangan penduduk sebelum melaksanakan projek itu.
"Kami akan menyerahkan surat bantahan kepada pejabat Menteri Besar agar projek itu dibatalkan bagi memastikan keharmonian antara kaum terjamin," katanya ketika ditemui di tapak pembinaan columbarium berkenaan hari ini.
'Ultraman The Ultra Power' boleh rosak akidah
KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata pengharaman komik 'Ultraman The Ultra Power' adalah berikutan kandungannya yang merujuk watak Ultraman King sebagai Allah.
Menurut kenyataan KDN, kandungan seperti itu dikhuatiri boleh merosakkan akidah anak-anak umat Islam dengan menyamakan Allah dengan Ultraman.
"Perintah larangan terhadap bahan penerbitan itu disebabkan watak Ultraman menjadi idola kepada kanak-kanak yang boleh mengelirukan pemikiran kanak-kanak terhadap sifat Allah, yang disamakan dengan Ultraman King.
"Kalimah Allah juga adalah kalimah suci bagi umat Islam dan merupakan kalimah sensitif serta boleh mencetuskan provokasi bagi penganutnya, sekiranya disalah guna pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.
Kenyataan itu juga menyebut jika tidak dibendung, perkara berkenaan boleh memudaratkan ketenteraman awam dan menggemparkan fikiran orang ramai.
Bagaimanapun, KDN berkata pengharaman itu hanya terpakai untuk komik Ultraman The Ultra Power.
Semalam, KDN mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap komik berbahasa Melayu terbitan Resign Publications itu, yang dicetak Network Printers.
Pengharaman komik itu berkuat kuasa pada 18 Feb lepas mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Orang ramai yang didapati mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual serta mengedar komik itu berdepan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - Bernama
Anwar boleh bertanding atau tidak?
SHAH ALAM – Persoalan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berpeluang untuk bertanding di Dun Kajang hanya boleh dibuat selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji undang-undang pilihan raya dengan teliti.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, langkah tersebut diambil agar dapat memberikan keadilan kepada semua pihak.
“Keputusan mahkamah baharu sahaja membuat keputusan petang ini. Keputusan tidak boleh dibuat secara terburu-buru.
Kita kena kaji semua undang-undang di peringkat negeri dan Pusat. SPR akan membuat kajian lebih mendalam, beri kami masa,” ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atas Ketua Pembangkang itu sebentar tadi atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan sebulat suara itu terhadap Anwar, 67, selepas mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.
Pihak pendakwaan kemudiannya memfailkan rayuan berhubung keputusan itu dengan melantik Tan Sri Muhammad Shaefee Abdullah mengetuai pihak pendakwa raya.
Sementara itu, keputusan terbaru Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan hukuman ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijatuhi lima tahun penjara selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya.
Mahkamah membenarkan permohonan peguam Karpal Singh, yang mewakili Anwar untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Mahkamah turut membenarkan Anwar untuk menangguhkan bayaran jaminan sebanyak RM10,000 sebelum jam 11 pagi, Isnin ini.
Mengulas perkara sama, Abdul Aziz sebelum ini berkata, Anwar masih berpeluang bertanding di kerusi Dun Kajang sekiranya pihak pembelaan membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan sebelum 11 Mac ini.
Menurutnya lagi, bagaimanapun, perkara tersebut tertakluk kepada hukuman yang dikenakan terhadap Anwar.
"Kes ini boleh dibawa ke Mahkamah Persekutuan sebelum 11 Mac ini, tetapi sekiranya Anwar didenda lebih daripada RM2000 serta lebih setahun penjara mungkin hasrat tersebut akan terhenti.
“Apa-apa pun kami di pihak SPR akan merujuk kepada penasihat undang-undang SPR terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan," katanya.
Pas sokong Anwar rayu Mahkamah Persekutuan
SHAH ALAM - Pas hari ini menyatakan sokongan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan berhubung sabitan kesalahan liwat yang diputuskan Mahkamah Rayuan, hari ini.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas akan bersama keluarga Anwar dan PR memperjuangkan kebenaran.
"Pas akan terus memberikan segala bentuk sokongan kepada beliau dan ahli-ahli PKR, serta seluruh penyokong PR dalam meneruskan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan sehingga keadilan dapat ditegakkan dan kezaliman dapat diruntuhkan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terbaru, Mahkamah Rayuan telah memutuskan Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu didapati bersalah terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.
Anwar juga dikenakan hukuman penjara selama lima tahun dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000.
Liwat II: Saiful Bukhari ucap syukur
SHAH ALAM – Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memanjatkan kesyukuran sebaik Mahkamah Rayuan Putrajaya mengumumkan keputusan terhadap bekas majikannya itu.
Memetik tulisan Mohd Saiful Bukhari Azlan di blognya sebentar tadi, beliau berkata, keputusan yang dilakukan mahkamah itu menunjukkan kebenaran dan bermakna kepada keluarganya.
"Berkat doa, istiqamah dan sabar selama enam tahun, saya bersyukur ke hadrat Ilahi dengan keputusan mahkamah hari ini yang memihak pada saya.
"Saya dan keluarga menghormati keputusan mahkamah hari ini.
"Kebenaran ini penting dan amat bermakna buat saya dan seluruh keluarga saya," katanya.
Terbaru, Mahkamah Rayuan telah memutuskan Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu didapati bersalah terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful pada 2008.
Anwar juga dikenakan hukuman penjara selama lima tahun dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000.
Dalam pada itu, Mohd Saiful juga turut mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya terhadap kes liwat itu.
"Yang pasti, saya dan keluarga ke hadapan.. Saya berdoa semoga ALLAH SWT terus memberi perlindungan dan kemudahan dalam segala urusan saya.
"Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama saya selama ni. ALLAH sahaja mampu membalasnya," katanya lagi.
KPN beri amaran tiada demonstrasi jalanan
SHAH ALAM – Polis memberi amaran kepada penyokong PR agar tidak terlibat menganjurkan sebarang demonstrasi jalanan susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sebarang bantahan hanya boleh dibuat di mahkamah bukannya melalui perhimpunan jalanan.
“Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya bertenang menerima keputusan yang dibuat oleh mahkamah. Saya minta semua pihak tidak cuba mengadakan sebarang perhimpunan atau bantahan.
“Ini adalah proses undang-undang negara, jika mahu lakukan bantahan buat di mahkamah,” katanya kepada media, hari ini.
Menurut beliau, tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang cuba mencetuskan huru-hara sehingga mengganggu gugat ketenteraman awam.
“Sebarang bantahan jalanan tidak dibenarkan sama sekali. Pihak polis memantau rapi keadaan semasa diseluruh negara.
“Tindakan tegas mengikut lunas undang-undang negara akan dikenakan kepada mereka yang ingkar,” katanya.
Mahkamah Rayuan hari ini menyabitkan Anwar bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lalu.
Bagaimanapun, Anwar dibenarkan membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi membebaskan beliau daripada sabitan kes tersebut.
Susulan keputusan itu, penyokong Ketua Pembangkang itu telah membanjiri pekarangan Mahkamah Rayuan Putrajaya.
Beberapa pemimpin PR, melalui laman media sosial telah mengeluarkan kenyataan yang ingin mengadakan bantahan secara besar-besaran.
Anwar Ibrahim dihukum penjara lima tahun
PUTRAJAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan di sini, selepas didapati bersalah atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Bagaimanapun mahkamah membenarkan hukuman itu ditangguhkan sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai.
Mahkamah membenarkan Anwar menangguhkan bayaran jaminan sebanyak RM10,000 sehingga jam 11 pagi, Isnin depan.
Keputusan terhadap hukuman itu dibuat secara sebulat suara oleh panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Datuk Balia Yusof Wahi.
Turut bersidang bersama ialah hakim Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.
Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Bukit Damansara antara jam 3.10 dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Laungan 'reformasi', 'bebaskan Anwar' di mahkamah
PUTRAJAYA - Lebih 100 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbulkan kekecohan selepas Ketua Pembangkang itu dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan, kira-kira enam tahun lalu.
Mereka melaungkan "reformasi" dan "bebaskan Anwar" dan cuba mencetuskan provokasi dengan mengeluarkan kata-kata kesat ditujukan kepada Hakim dan Pendakwa Raya.
Jumlah penyokong semakin bertambah sehingga pukul 7 malam dan Anwar masih berada dalam mahkamah.
Pasukan polis yang ditugaskan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk rempuhan yang mungkin dilakukan oleh penyokong.
Pada masa yang sama seorang daripada anak dan menantu Anwar muncul dengan menaiki sebuah kenderaaan dan terus masuk ke dalam mahkamah untuk bertemu Anwar.
Panel Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi hari ini sebulat suara mendapati Anwar bersalah atas pertuduhan meliwat Mohd Saiful selepas membenarkan rayuan pihak pendakwa.
Pihak pendakwa merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012, yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. - Bernama
Liwat II: Reaksi pemimpin pembangkang
SHAH ALAM - Beberapa pemimpin pembangkang hari ini melahirkan rasa sedih berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah dalam kes meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Memetik komen Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari laman mikro Twitternya, beliau berkata, keputusan yang dilakukan oleh mahkamah adalah satu lagi episod hitam.
Sebentar tadi, Mahkamah Rayuan Putrajaya mendapati Anwar bersalah terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.
Semasa membenarkan rayuan pihak pendakwaan, Hakim Datuk Balia Yusof Wahi berkata Hakim Mahkamah Tinggi telah khilaf dalam membuat penghakimannya bahawa sampel DNA telah dicemari.
Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Balia Yusof Wahi turut dianggotai Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh sebulat suara mengumumkan keputusan itu selepas dua hari mendengar hujahan pendakwa raya dan peguam bela.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pula menyatakan ia adalah keputusan yang dijangkakan.
"Perasan yang paling buruk adalah saya tidak terkejut dan telah bersedia dari segi mental," katanya.
Naib Presiden PKR, Tian Chua pula berkata, keputusan mahkamah itu menyebabkan BN mengisytiharkan perang terhadap PR.
"Najib telah isytihar perang dengan PR, rakyat bersedia untuk bersoladariti," katanya.
Seorang lagi Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh, menggesa penyokong Anwar bertenang dengan keputusan mahkamah itu.
"Harap bertenang semua. Pimpinan akan maklumkan langkah seterusnya selepas ini," katanya.
Bekas guru rentung dalam kebakaran
KEPALA BATAS - Seorang warga emas rentung apabila rumah yang didiaminya terbakar di Kampung Permatang Bertam di sini hari ini.
Faridah Halim, 77, yang juga bekas guru, tinggal di rumah itu seorang diri berikutan dua anaknya tingal berasingan iaitu di Bertam di sini dan Sungai Petani, Kedah.
Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang M.Vijayan berkata bomba menerima panggilan pada 7.49 malam dan tiga jentera dengan kekuatan 23 anggota mengambil masa 10 minit untuk memadamkan kebakaran.
"Sebaik tiba di tempat kejadian, beberapa penduduk di kawasan itu memberitahu seorang wanita berada dalam rumah dua tingkat itu.
"Ketika itu, api sedang marak dan hampir 80 peratus rumah yang bahagian atasnya papan dan bawah batu telah terbakar," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
No comments:
Post a Comment