Friday, March 28, 2014

Berita Terkini 28 Mac 2014


MH370: Tak Perlu Balas Tohmahan Artis China
PETALING JAYA - Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez berharap artis-artis negara ini tidak membalas segala tomahan yang dilemparkan oleh artis-artis negara China yang melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan Malaysia berhubung insiden pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH370. Freddie berkata, pihaknya kesal dengan tuduhan liar beberapa selebriti negara republik itu yang mempersoalkan ketelusan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang membabitkan pihak berkuasa negara ini. “Saya sangat kecewa dengan tindakan beberapa selebriti popular China melalui laman sosial mereka yang mengecam dan mempersoalkan tindakan Malaysia mengendalikan proses mencari pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi. “Mereka juga tidak sepatutnya mempengaruhi dan meminta rakyat negara itu memboikot artis Malaysia yang mencipta nama di sana,” katanya kepada mStar Online di sini, Jumaat. Tambah Freddie, tragedi yang menimpa pesawat MH370 adalah merupakan satu kejadian yang tidak dijangka. Katanya, mereka seharusnya berfikir secara rasional dan bersama-sama bersimpati terhadap kejadian ini. “Bukan rakyat China sahaja yang menimpa musibah ini, sebaliknya penumpang lain daripada beberapa negara turut sama terlibat, ia adalah satu kemalangan dan semua pihak tidak perlu menyalahkan sesiapa. “Saya berharap artis Malaysia tidak bertindak membalas serta mengeruhkan lagi keadaan yang akhirnya akan menjejaskan hubungan dua negara terutamanya dalam industri hiburan,” katanya. Terdahulu, sebuah akhbar di China iaitu Beijing Youth Daily pada Selasa melaporan beberapa selebriti kelahiran negara itu antaranya aktor Liu Ye dan Yang Lan menyelar tindakan kerajaan Malaysia yang dikatakan memyembunyikan maklumat mengenai MH370 selain mempersoalkan misi mencari dan menyelamat yang dijalankan oleh negara. Penyanyi Shila Amzah yang popular di negara berkenaan turut terkena tempias akibat sikap tidak professional segelintir artis berkenaan. – mStar Online


Pesawat Super Hercules C-130J India Terhempas
LIMA anak kapal terbunuh apabila sebuah pesawat operasi khas Tentera Udara India (IAF) jenis Super Hercules C-130J terhempas berhampiran Gwalior di Madya Pradesh hari ini, lapor Hindustantimes.com. “Sebuah pesawat C-130J terhempas di lokasi 115km barat dari Pangkalan Udara Gwalior, pesawat itu berlepas dari Agra pada pukul 10 pagi untuk satu latihan penerbangan rutin. Siasatan segera sudah diarahkan untuk mengenalpasti punca nahas berkenaan,” kata jurucakap IAF. Menurut polis di daerah Jaipur, pegawai kanan polis termasuk Supritendan Polis Karauli bergegas ke tempat kejadian di sempadan Rajastha dan Madhya Pradesh. Pada 2008, India menandatangani perjanjian bernilai US$1.2 Bilion Dolar Amerika dengan Amerika Syarikat untuk pembelian enam pesawat C-130J berkenaan. IAF telah pun merancang untuk membeli lagi enam pesawat berkenaan selepas pembelian pertama


Tiada Bukti Kaitkan Juruterbang – FBI
Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) tidak menemui sebarang bukti yang boleh mengaitkan juruterbang MH370 dengan kehilangan pesawat itu, lapor New York Times. Perkara itu didedahkan dua pegawai penyiasatnya selepas FBI menyiasat cakera keras dan simulator penerbangan yang diambil dari rumah kedua-dua juruterbang MH370 di Malaysia. Menurut jurucakap FBI Michael Kortan, buat masa ini biro berkenaan tidak akan berkongsi maklumat kerana siasatan lanjut masih dijalankan. Walaupun pasukan penyiasat tertumpu kepada juruterbang pesawat MH370, namun tiada bukti menunjukkan bahawa mereka yang terlibat dalam kes kehilangan pesawat MH370. Seorang bekas pegawai penguatkuasa undang-undang kanan berkata, sekalipun maklumat dari cakera keras milik juruterbang MH370 yang diperolehi FBI mungkin sedikit, namun informasi sedemikian mungkin dapat membantu kerajaan Malaysia dalam merungkai misteri kehilangan MH370.


MH370: Tiada Masalah Ucap Takziah, Al-Fatihah
KOTA BHARU – Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegaskan tiada masalah kepada umat Islam yang mengucapkan takziah, menyedekahkan al-Fatihah serta membacakan surah Yasin kepada penumpang pesawat MH370. Sambil menggalakkan ikhtiar tersebut, beliau berkata, dengan bacaan al-Fatihah dan Yasin, ia membolehkan mereka yang melakukannya mendapat kebaikan, malah digalakkan mengucap takziah kerana ia terletak di bawah hukum mafkud. “Kalau kes begini, kita panggil ia sebagai hukum mafkud iaitu baharu dianggap mati, yang mana pengesahan mati perlu dilakukan oleh mahkamah syariah. “Jadi dalam kes MH370, pada peringkat ini ia hukum mafkud, dikira orang hilang yang dianggap mati atau bahasa lebih mudah, belum sahih meninggal dunia,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam. Beliau berkata demikian mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak mempertikaikan ucapan takziah, bacaan Al-Fatihah dan surah Yasin kepada penumpang pesawat MH370 yang didakwa masih samar penemuannya. Mohamad Shukri berkata, mengucapkan takziah memang perlu dibuat kerana ia ditujukan ketika berlaku perkara tidak disenangi termasuk kes kemalangan. “Apa-apa musibah termasuk tragedi, tiada halangan untuk kita terus berdoa, ucap takziah, mengadakan tahlil dan membaca surah Yasin. “Tahlil tidak semestinya untuk kematian, sebaliknya ia adalah salah satu zikir, jika dibuat akan dapat pahala kepada si mati dan orang berzikir,” katanya. Justeru katanya, orang ramai dianjurkan meneruskan doa dan solat hajat bagi memudahkan urusan penemuan mencari kesan atau bangkai pesawat MH370. Sementara itu, kata beliau, solat ghaib tidak boleh dilakukan pada masa ini memandangkan si mati perlu dimandikan terlebih dahulu oleh anak Nabi Adam (manusia). “Kalau hilang atau tenggelam di laut, ia belum tentu dimandikan dan tidak boleh solat ghaib,” katanya. – Sinar Harian


MH370 Terbang Lebih Laju Dari Dijangka
KUALA LUMPUR: Kawasan pencarian pesawat Penerbangan Malaysia, MH370 yang hilang 8 Mac lalu kini diubah lokasinya susulan penemuan baharu yang kredibel oleh Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA). Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web AMSA, hasil maklumat yang disampaikan oleh pasukan penyiasat antarabangsa di Malaysia, kawasan pencarian baharu akan diubah lokasinya 1,100 kilometer ke Timur Laut. Agensi penyiasat, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), telahpun memeriksa maklumat yang diberikan dan berpendapat maklumat itu adalah paling kredibel untuk mengesan kawasan serpihan. Kawasan pencarian baharu itu dianggarkan merangkumi kawasan seluas 319,000 kilometer persegi, kira-kira 1,850 kilometer ke barat Perth. Maklumat terbaharu ini adalah berdasarkan analisa data radar antara Laut China Selatan dan Selat Melaka sehingga hubungan radar terputus. Hasil siasatan juga mendapati pesawat terbang lebih pantas dari masa yang dianggarkan sebelum ini, menyebabkan peningkatan penggunaan minyak dan berkemungkinan mengurangkan jaraknya menuju ke Lautan Hindi. ATSB juga berpendapat maklumat akan lebih diperincikan oleh pasukan penyiasat yang kini terus menganalisa maklumat radar. Pertubuhan Perisikan-Geopatial Australia juga dilaporkan kini sedang berusaha mendapatkan imej satelit di kawasan baharu ini. Sementara itu keadaan cuaca dlaporkan semakin baik dengan 10 pesawat telah ditugaskan untuk meneruskan misi pencarian hari ini. Ia termasuk dua kapal P3 Orion milik Tentera Udara Australia, sebuah jet milik pasukan Pengawal Pantai Jepun, sebuah P3 Orion milik Jepun, Sebuah P3 Orion milik Republik Korea, sebuah pesawat Hercules 130 milik Republik Korea, sebuah P3 Orion milik Tentera Udara Diraja New Zealand, sebuah Ilyushin IL-76 milik tentera China, sebuah P8 Poseidon milik tentera laut Amerika Syarikat dan sebuah pesawat awam untuk tujuan komunikasi. Sebuah lagi pesawat P3 Orion turut diletakkan dalam keadaan bersedia di pelabuhan Pearce sekiranya terdapat penemuan baharu. Ketika ini terdapat enam kapal di kawasan pencarian termasuk HMAS Sucess dan lima kapal milik China. AMSA dan ATSB dijangka akan mengadakan satu siding akhbar mengenainya. Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA pada 12.41 pagi 8 Mac dan hilang daripada skrin radar semasa terbang di Laut China Selatan. - AstroAwani


Pencarian MH370 Paling Mahal Dalam Sejarah?
Jika kos untuk mencari kotak hitam pesawat penerbangan 447 Air France yang terhempas ke dalam Lautan Atlantik dalam perjalanan ke Paris dari Rio de Janeiro pada tahun 2009 mencecah lebih 40 juta dolar (RM131.6 juta), kos pencarian pesawat MH370 pula dijangka lebih 10 kali ganda daripada itu. Ia dinyatakan oleh seorang pakar oseanografi, Zhao Chaofang dari Universiti Ocean China di Qingdao menerusi South China Morning Post. Menurutnya, saintis China yakin bahawa negara mereka sudah membelanjakan beberapa juta yuan dalam usaha mencari pesawat MH370 yang kini sudah memasuki hari ke-21. “Jika operasi ini diregangkan kepada pencarian jangka masa panjang, 200 juta dolar (RM658 juta) setahun hanya cukup makan untuk mengekalkan usaha multinasional ini,” ujarnya. Dalam operasi mencari ini, China mengerahkan 10 kapal, manakala Malaysia enam, Australia lima dan sebuah lagi dari United Kingdom (UK). Setiap kapal akan membakar minyak sebanyak RM530 bagi setiap jam. Kos ini ditambah dengan penggunaan satelit yang dianggarkan bernilai RM212 juta setiap satunya. China setakat ini sudah menggunakan lebih 20 satelit dalam pencarian pesawat tersebut. Setakat ini, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata, isu mengenai kos belum lagi dibincangkan oleh kerajaan Malaysia dan negara lain yang membantu operasi tersebut. Secara teorinya, zamalah kanan di Universiti Teknologi Nanyang Singapura, Oh Ei Sun, yang juga bekas setiausaha politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kos operasi sepatutnya dibiayai oleh negara yang mengetuai siasatan. Bagaimanapun, secara praktikalnya pula, rakan negara biasanya akan membantu menampung kos itu sebagai tanda keikhlasan mereka. Laporan tersebut turut menyebut, tiada protokol antarabangsa yang menetapkan mengenai pembahagian kos siasatan kemalangan buat masa ini. Pencarian pesawat MH370 kini mencatat rekod operasi terpanjang dalam sejarah pesawat penumpang sekaligus mengatasi rekod 10 hari pesawat Boeing 737-400 PT Adam Skyconnection Airlines Indonesia yang hilang di perairan pulau Sulawesi pada 1 Januari 2007.


MH370: Ubah Lokasi…AMSA Nafi SAR Di Lokasi Awal Membazir
PIHAK berkuasa Australia menafikan tuduhan sesetengah pihak mendakwa pencarian di kawasan selatan Lautan Hindi sebelum ini adalah membazir selepas mereka kini bertukar ke lokasi pencarian baru. Sebelum ini Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) telah pun menjalankan operasi mencari di kawasan selatan kira-kira 2,500km barat daya Perth selama 11 hari. Bagaimanapun, tiada serpihan yang berjaya ditemui atau dibawa balik sepanjang tempoh pencarian itu. Menurut laporan Channel News Asia, hasil data analisis satelit baru operasi mencari telah berpindah ke lokasi baru lebih hampir dengan Perth yang disifatkan sebagai kemungkinan besar kawasan pesawat MH370 mengakhiri penerbangannya. “Lokasi kini ialah yang paling terbaik untuk kita meneruskan operasi mencari,” kata Ketua AMSA John Young ketika ditemui pemberita di Canberra mengumumkan berkenaan kawasan operasi mencari yang baru. Ia terletak kira-kira 1,100km ke arah barat laut dari lokasi lama. Young berkata, perubahan lokasi adalah biasa dalam operasi seperti pencarian MH370 ini dan operasi terdahulu juga tidak dianggap membazir biarpun aset seperti pesawat dan kapal telah digunakan untuk ke lokasi lebih jauh sebelum ini. “Sebenarnya bukannya luar biasa untuk satu misi mencari dan menyelamat (SAR), ia sebenarnya berlaku kepada kami setiap masa operasi sebegini dilakukan. “Ia sesuatu yang biasa dalam misi SAR, apabila ada maklumat baru, kita akan membuat analisis dan kemudian kita akan mengubah lokasi, saya tidak melihat operasi di lokasi terdahulu sebagai satu langkah yang membazir masa,” kata Young. Ketua Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) Martin Dolan berkata lokasi baru pencarian MH370 adalah berasaskan analisi data dari radar berkenaan pergerakan pesawat berkenaan antara Laut China Selatan dan Selat Melaka sebelum ia terputus hubungan. “Analisis ini menunjukkan pesawat berkenaan terbang lebih laju daripada anggaran sebelum ini, yang membawa kepada pembakaran lebih bahan api pesawar berkenaan, sekaligus menjadikan jaraknya lebih pendek ketika ia terbang di Lautan Hindi,” katanya. Menurut Dolan, pasukan penyiasat antarabangsa terus membuat analisis berkenaan yang akan memberikan gambaran lebih jelas di mana lokasi sebenar pesawat MH370 berada.


SEGERA: Bengkel MAS Di Subang Terbakar!
Bengkel Malaysia Airlines (MAS) di Subang terbakar pada Rabu, menambahkan lagi siri nasib malang terhadap syarikat penerbangan negara itu. Bagaimanapun, MAS berkata, insiden pada jam 4 petang di Subang Avionics Shop itu hanya kebakaran “kecil” dan dapat dikawal serta merta. Menurut kenyataan itu, semua kemudahan MAS mempunyai peralatan keselamatan untuk mengelakkan kecederaan dan mengurangkan bahaya. “Keselamatan di tempat kerja sentiasa menjadi keutamaan utama Malaysia Airlines,” kata kenyataan itu.


Penerbit Filem Hollywood Rancang Filem MH370
BELUM pun selesai operasi mencari pesawat MH370, beberapa penerbit filem Hollywood sudah merancang untuk menghasilkan filem berhubung dengan insiden itu. Khabarnya, kerja-kerja untuk pembikinan filem tersebut sudah pun dimulakan, memetik mStar Online. Ia diakui oleh penerbit eksekutif filem penerbangan ‘Red Eye’, JC Spink yang telah mengesahkan kepada wartawan bahawa seramai 50 orang kini sedang bekerja dalam 50 projek berlainan yang berkaitan dengan tragedi tersebut. Sementara itu, penerbit filem ‘Non-Stop’ pula, Alex Heineman berkata, orang ramai pasti sedang menunggu pengakhiran insiden misteri itu. “Mereka mahukan kisah kebenaran berbanding fiksyen. Kisah ini begitu pelik. Tiada siapa tahu apa yang sebenarnya berlaku. Atau ada orang yang melakukannya tetapi enggan membuka mulut,” katanya. Namun, buat masa ini Heinemen tidak mahu mengeksploitasi kisah tersebut kerana ia merupakan sesuatu yang menyedihkan kepada masyarakat dunia.


‘Rahsia’ Yang Anda Tidak Tahu Ketika Di Dalam Pesawat…
Sebuah laman web viralquake.com, membuat satu status di Reddit meminta maklumbalas dari juruterbang dan kakitangan syarikat penerbangan yang berbunyi begini :- “Kepada semua anak kru kabin, juruterbang dan jurutera penerbangan, apakah rahsia dalam pesawat yang penumpang tidak tahu apabila mereka menaiki pesawat,” Laman web berkenaan menerima banyak maklumbalas dan mereka memilih 30 rahsia yang paling menarik untuk pembaca mereka. Penulis memilih beberapa rahsia yang menarik untuk pengetahuan anda.
TOPENG OKSIGEN
Jika kabin mengalami masalah tekanan udara dan topeng oksigen dikeluarkan dari bahagian atas kabin, tahukah anda, anda ada masa hanya 15 minit bekalan oksigen selepas ia mula digunakan. Ia sebenarnya masa yang lebih dari cukup untuk juruterbang membawa pesawat ke paras ketinggian lebih rendah di mana bekalan oksigen mencukupi. Lebih penting, jika kekurangan oksigen anda hanya ada 15-20 saat sahaja sebelum anda akan pengsan, pasangkan topeng oksigen anda dahulu kemudian anak anda, pengsan beberapa saat tidak akan membahayakan anak anda.
BEKALAN AIR DI TANDAS
Apa sahaja anda lakukan, jangan minum air dari tandas di dalam pesawat. Ia juga sebenarnya tidak bagus untuk digunakan untuk membasuh tangan. Kakitangan penerbangan membersihkan tangki air mengikut jarak masa tertentu, bagaimanapun parasit yang terdapat di tangki tidak kesemuanya berjaya dimusnahkan ketika proses pembersihan.
SEBAB LAMPU KABIN PESAWAT DIGELAPKAN KETIKA MENDARAT
Jika pesawat mendarat di waktu malam, anak kapal akan menggelapkan sedikit lampu di dalam kabin penumpang. Ianya sebagai langkah persediaan sekiranya penumpang perlu dikeluarkan dari pesawat selepas terjadinya masalah ketika mendarat. Mata manusia memang boleh untuk melihat di dalam gelap, jadi anda akan melihat dengan lebih baik apabila anda berada di luar pesawat.
PETIR DAN KUASA SEORANG JURUTERBANG
Sebuah pesawat sebenarnya selalu disambar kilat ketika dalam penerbangan. Jika seorang penumpang menyebabkan kekecohan di dalam pesawat, seorang juruterbang berhak untuk berlepas tanpa membawa penumpang berkenaan bersama. Sebaik sahaja pintu pesawat ditutup, juruterbang juga mempunyai hampir kesemua kuasa, mereka dibenarkan untuk menahan orang, mengenakan denda dan juga mengambil wasiat penumpang yang hampir meninggal dunia.
MAKANAN UNTUK JURUTERBANG DAN TELEFON BIMBIT
Tahukah anda, makanan untuk dua juruterbang bertugas disediakan berasingan dan mereka tidak dibenarkan berkongsi makanan. Ia bagi mengelakkan berlaku masalah atau percubaan jenayah seperti keracunan atau diracun. Selain itu, ada pramugari yang sebaik sahaja selesai mengumumkan supaya semua peralatan komunikasi seperti telefon bimbit mesti dimatikan, mereka SENDIRI akan duduk di belakang pesawat dan mula menggunakan telefon bimbit mereka.
PENDARATAN YANG ‘KASAR’ KETIKA CUACA BURUK
Pasti sesekali anda mengalami pengalaman pesawat mendarat dengan agak kuat di atas landasan. Ia sebenarnya bukan kerana juruterbang berkenaan kurang mahir tetapi ia disengajakan. Jika landasan dipenuhi air, pesawat berkenaan perlu memecahkan lapisan air untuk mengelakkan ia tergelincir atau ia dipanggil “aqu planing”.
PESAWAT BOLEH DITERBANGKAN TANPA ENJIN
Seorang juruterbang memaklumkan jika kedua-dua enjin pesawat gagal berfungsi, sebuah pesawat boleh melayang sejauh kira-kira 9.6km untuk setiap 5,000 kaki. Jika pesawat berada pada ketinggian 35,000 kaki, ia boleh diterbangkan secara melayang kira-kira 67km tanpa sebarang enjin. Itulah sebabnya kebanyakan nahas pesawat melibatkan kejadian selepas baru sahaja berlepas atau semasa mendarat.


MH370: Kit Siang Desak Timbalan Menteri Pertahanan Letak Jawatan!
KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri sepatutnya meletak jawatan kerana melakukan kecuaian besar, dakwa Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang. Beliau mendakwa, jika tidak letak jawatan, Abdul Rahim patut dipecat kerana menjejaskan kredibiliti kerajaan dan negara dalam insiden kehilangan pesawat MH370. “Dalam krisis yang kita hadapi sekarang ini, Timbalan Menteri Pertahanan membuat kecuaian dalam kenyataannya di Parlimen. “Kesilapan Abdul Rahim menjadi lebih parah apabila beliau kelmarin mendakwa bahawa jawapan lebih tepat akan diberikan hanya setelah sisa pesawat atau kotak hitam ditemui,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini. Abdul Rahim kelmarin memaklumkan Parlimen Kementerian Pertahanan tidak mengambil tindakan apabila melihat pesawat tidak dikenali di radar tentera berpatah balik kerana menyangka mendapat arahan dari pusat kawalan. Bagaimanapun, keesokannya beliau memaklumkan kenyataannya bahawa pesawat MH370 mungkin berpatah balik setelah menerima arahan daripada pusat kawalan itu hanya satu andaian. Beberapa pihak sebelum ini mengkritik Malaysia kerana radar tentera dilaporkan mengesan satu pesawat tidak dikenali yang kemudian disahkan sebagai pesawat MH370, tetapi tidak mengambil sebarang tindakan. Kit Siang seterusnya mendakwa, Parlimen berhak tahu mengapa tiada tindakan susulan dibuat oleh TUDM dan pengawal lalu-lintas udara awam pada pagi 8 Mac itu, ketika MH370 baru lesap ke dalam ruang angkasa!


MH370: Agensi Pelancongan Terkenal Di China BOIKOT Penjualan Tiket MAS
Tiket penerbangan Malaysia Airlines (MAS) diboikot agensi pelancongan atas talian China kerana tidak berpuas hati dengan cara mereka mengendalikan insiden MH370. Agensi popular China seperti eLong, LY.com dan Qunar didapati tidak lagi menjual tiket MAS, menurut laporan laman berita agensi South China Morning Post. “Kami akan terus mengharamkan serta-merta sehingga kerajaan Malaysia dan Malaysia Airlines mendedahkan setiap maklumat yang mereka miliki bagi mencari kebenaran disebalik pesawat hilang secepat mungkin,” kata eLong dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam laman sosial Weibo. Agensi eLong dan LY.Com juga akan membayar pampasan kepada mereka yang menempah tiket MAS sebelum ini. South China Morning Post juga melaporkan pengumuman tersebut mendapat sokongan ramai rakyat China, kenyataan oleh eLong menerima 7,000 komen pengguna Weibo dan dikongsi hampir 10,000 pengguna laman sosial tersebut. Pesawat Boeing 777-200ER hilang pada 8 Mac lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Lebih 150 daripada 239 penumpang MH370 itu merupakan warga China. Rata-rata ahli keluarga penumpang mangsa MH370 dan rakyat China berang dengan cara pihak berkuasa mengendalikan insiden tersebut, mendakwa banyak perkara yang disembunyikan daripada pengetahuan mereka. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dimana penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi. Sejurus pengumuman tersebut, ahli keluarga penumpang berang dan bersedih, serta menuduh kerajaan Malaysia sebagai tidak bertanggungjawab dalam insiden tersebut. Malahan sebelum ini keluarga penumpang pesawat MH370 dari China juga melepaskan kemarahan mereka hari ini dalam pertemuan pertama di Beijing bersama pegawai kerajaan Malaysia selepas dua minggu pesawat itu dilapor hilang. Berpuluh-puluh ahli keluarga penumpang MH370 awal minggu lalu juga bertempur dengan polis di luar Kedutaan Malaysia di Beijing hari ini selepas mereka menuntut MAS dan kerajaan Malaysia memberikan penjelasan mengenai apa yang berlaku. Dalam pada itu, percubaan The Malaysian Insider untuk mendapatkan komen Presiden Persatuan Pelancongan China Malaysia, Paul Paw menemui kegagalan.


MH370: Amaran Serangan MALWARE Kepada Pengguna Internet Berkaitan Pesawat Hilang
PASUKAN Respons Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) hari ini menasihatkan pengguna internet di negara ini supaya tidak mempercayai dan menyebarkan sebarang mesej penipuan yang berkaitan dengan kehilangan MH 370 yang mengandungi lampiran (attachment). Pengguna internet mesti mengabaikan dan mesej tersebut. Pengguna juga dinasihatkan supaya tidak klik atau membuka apa-apa gambar atau video yang kononnya berkaitan dengan MH370 kerana dikhuatiri akan mengubah haluan pencarian ke laman web ‘berbahaya’. MyCERT juga menasihati pengguna untuk memuat turun sistem keselamatan terkini bagi melindungi komputer daripada virus. Pengguna boleh menghantar (forward) e-mel,video, lampiran (attachment) atau URL yang mencurigakan kepada MyCERT untuk analisis selanjutnya. Jika anda telah berkongsi video palsu yang dikatakan merupakan perampas MH370 di Facebook, adalah dinasihatkan supaya anda bertindak segera dengan memadam kongsian itu laman Facebook anda atau tekan butang “Unlike”. Disyorkan juga bahawa pengguna Facebook untuk memadamkan aplikasi baru yang berkaitan dengan pesawat MH370 yang hilang. Pengguna turut dinasihatkan untuk memadam sebarang informasi palsu yang dikongsi di akaun Facebook. Pastikan anda log masuk ke akaun Facebook anda dan pergi ke halaman tetapan aplikasi Facebook anda. Halaman ini akan menyenaraikan semua aplikasi yang telah diberi akses kepada akaun Facebook pengguna lain, pergi ke bawah dan klik ” X” di sebelah kanan aplikasi dalam senarai untuk memadamkannya. Beberapa aplikasi penipuan palsu menggunakan nama-nama seperti “CNN”, “Plane “,”MH370″ atau “YouTube” untuk menipu pengguna.
* Maklumat lanjut mengenai serangan Malware itu boleh dibaca DI SINI

151 saman dalam masa dua jam
151 saman dalam masa dua jam
Pemeriksaan ke atas 1,100 kenderaan dilakukan dalam operasi besar-besaran terbabit.
SUNGAI PETANI - "Sebanyak 150 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam tempoh dua jam operasi dijalankan adalah satu angka yang tinggi," kata Pengarah JPJ Kedah, Mohd Fadhil Hassan. Menurutnya, kadar kutipan saman yang tinggi menunjukkan pelbagai kesalahan dilakukan pengguna. “Sebanyak 1,100 bilangan kenderaan diperiksa dalam operasi bersepadu besarbesaran secara empat penjuru yang dijalankan berhampiran simpang empat PasarayaGiant, Sungai Petani kali ini,” katanya kepada media kelmarin. Dalam operasi itu, sebanyak 151 saman dikeluarkan dan sebuah motosikal disita oleh JPJ serta 24 saman dikeluarkan Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda selain dua buah kereta disita. Pemeriksaan yang turut disertai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) turut menemui tiga kes positif dadah setelah ujian air kencing dilakukan. Dalam operasi sama, seorang lelaki berusia 20-an turut ditahan kerana dipercayai mempunyai rekod kes kecurian yang berlaku di Langgar. "Hasil semakan yang dilakukan anggota polis turut menemui satu kes yang melibatkan warga asing tidak memiliki dokumen perjalanan, ditahan dan dibawa ke IPD untuk siasatan lanjut. "Melalui pemeriksaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), dua bas ekspres dan sebuah teksi didapati tidak memperbaharui permit, satu kes masing-masing melibatkan penumpang bas ekspres melebihi kapasiti, penumpang tiada tiket dan bas tiada pemandu kedua," katanya. Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Negeri Kedah, Muhammad Afifuddin Mohd Zohri berkata, kesemua anggota penguatkuasa yang terlibat adalah sebanyak 180 orang melibatkan pelbagai agensi. Menurutnya, bagi melaksanakan kempen keselamatan jalan raya bersama agensi penguatkuasaan, pihaknya turut mengedarkan topi keledar dengan menukarkan topi keledar lama kepada yang baru di samping menjalankan kerja advokasi dan menampal pelekat keselamatan. Katanya, sebanyak 60 unit topi keledar dewasa disediakan termasuk 30 topi keledar kanak-kanak turut ditukar kepada pengguna. Turut serta dalam operasi sama ialah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Puspakom, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.


Amah Indonesia dipenjara lapan tahun bunuh bayi
KAJANG - Seorang pembantu rumah warga Indonesia hari ini dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah membunuh bayi lelaki yang baru dilahirkannya dengan menggunakan gunting, Sabtu lepas. Hakim Nor Hazani Hamzah menjatuhkan hukuman itu terhadap Juliana, 26, dan memerintahkan wanita itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 23 Mac lepas. Sebelum menjatuhkan hukuman, Hakim Nor Hazani berkata perbuatan tertuduh yang membunuh anak sendiri dilihat sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan. "Tindakan kamu membunuh anak selepas melahirkannya bukanlah penyelesaian kepada masalah kamu dan hukuman yang mahkamah berikan diharap dapat memberi pengajaran kepada kamu," kata hakim. Juliana didakwa membunuh bayi yang baru dilahirkannya di sebuah rumah di Taman Bukit Kajang Baru pada 9 malam, 22 Mac lepas. Mengikut fakta kes, pada 23 Mac lepas tertuduh dibawa ke Hospital Serdang oleh majikan selepas mengadu sakit perut dan pemeriksaan doktor mendapati wanita itu baru bersalin kerana terdapat kesan potongan pada bahagian kemaluannya serta kesan uri yang telah dipotong. Selepas menerima laporan dan melakukan siasatan, polis mendapati wanita itu telah melahirkan seorang bayi lelaki dan telah menikam leher anaknya dengan gunting sehingga mati serta membalutnya dengan plastik sampah dan disembunyikan di bawah katil. Terdahulu, peguam Nor Elissa Baharudin yang mewakili Juliana memohon hukuman ringan dengan alasan anak guamnya itu terdesak melakukan perbuatan tersebut kerana tidak mahu diberhentikan kerja dan dia penanggung tunggal keluarga dan ibu bapa di Indonesia. Timbalan Pendakwa Raya Siaw Chooi Chin memohon hukuman berat kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh amat kejam dan hukuman yang bakal diberikan oleh mahkamah bukan hanya memberi pengajaran kepada tertuduh tetapi masyarakat. Sementara itu, di mahkamah sama, seorang penuntut kolej mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh bayi perempuan yang baru dilahirkannya di dalam bilik tandas di asrama penginapannya, Ahad lepas. Noraliza Johari, 20, didakwa melakukan kesalahan itu di dalam bilik tandas di Kolej Kediaman Siswi Kolej Universiti Islam Selangor, Bandar Seri Putra Bangi, di sini pada 12.30 tengah hari, 23 Mac lepas. Timbalan Pendakwa Raya Siaw Chooi Chin tidak menawarkan sebarang jaminan, namun Noraliza yang tidak diwakili peguam memohon jaminan diberikan kerana dia masih dalam proses berpantang kerana melahirkan anak dan memerlukan penjagaan yang rapi. Hakim Nor Hazani membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan mengenakan syarat tambahan iaitu pasport tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan= sekali sehingga kes selesai. Mahkamah turut menetapkan 29 April untuk sebutan bagi penyerahan dokumen dan lantikan peguam. Kakak tertuduh membayar wang jaminan itu. - Bernama


Polis kenal pasti suspek simbah asid 2 remaja
KOTA BHARU - Polis sedang memburu suspek yang disyaki menyimbah asid kepada dua remaja di Kampung Banggol Pak Esah, Pasir Puteh pada Rabu. "Kita sudah mengenal pasti suspek dan kita akan menjalankan tangkapan nanti," kata Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman kepada pemberita selepas majlis perbarisan sempena pemakaian pangkat komandan dan ajutan sukarelawan simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) kontinjen Kelantan di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira 10.15 malam itu di depan sebuah gerai burger, Emi Azman, 22, cedera parah dan melecur teruk di bahagian muka manakala rakannya Tuan Zulashraf Tuan Yaakob, 14, cedera ringan di muka, bahu dan betis. Emi kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian di sini manakala Tuan Zulashraf dibenarkan keluar dari Hospital Tengku Anis di Pasir Puteh semalam. Sementara itu Jalaluddin berkata, pihak polis menggalakkan masyarakat Cina untuk menyertai pasukan polis sama ada secara tetap atau sukarela. "Kita sudah membuat hebahan supaya masyarakat Cina menyertai pasukan polis secara tetap atau sebagai Sukarelawan Simpanan Polis," katanya. Di majlis itu, Cheng Boon Chuan dinaikkan ke pangkat Penguasa merangkap Komandan SSPDRM kontinjen Kelantan manakala Mohd Ruhaizi Ramli dinaikkan ke pangkat Ajutan SSPDRM. - Bernama

USM
USM perkenal 'bank resume'
GEORGETOWN - Universiti Sains Malaysia (USM) memperkenalkan sistem pangkalan data 'Bank Resume' untuk menghubungkan bakal graduan dengan industri bagi memenuhi pemintaan majikan. Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Omar Osman berkata pangkalan data itu dibina untuk membantu graduan dan industri memenuhi peluang pekerjaan yang ditawarkan. "Mahasiswa tahun akhir perlu mengambil peluang ini dengan melengkapkan butiran diri dalam pangkalan tersebut dan sistem akan memproses butiran tersebut menjadi resume lengkap untuk kegunaan pelajar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Kerjaya dan Pendidikan 2014 (Ekspen 2014) di sini hari ini. Beliau berkata syarikat-syarikat kini boleh mengambil peluang ini untuk mendapatkan resume graduan-graduan dari Universiti Apex itu. "Justeru industri yang berminat untuk mendapatkan graduan USM boleh mendaftar di portal 'Bank Resume' dan peluang yang lebih terbuka dalam pengambilan graduan USM khususnya sebagai pekerja di organisasi masing-masing," katanya. Omar berkata lebih 85 peratus graduan USM akan mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas konvokesyen. Katanya, hasil kajian, 75 peratus graduan USM akan mendapat tawaran pekerjaan sebelum konvokesyen dan 10 peratus lagi selepas acara itu. "Selebihnya 15 peratus graduan tidak bekerja mungkin disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah melanjutkan pelajaran, sedang menunggu maklum balas universiti luar negara, sedang menerokai peluang peniagaan dan mungkin telah menjadi suri rumah," katanya. Terdahulu, beliau turut berkata Ekspen 2014 telah menawarkan 2,223 peluang pekerjaan dan peluang melanjutkan pelajaran. Peluang pekerjaan yang ditawarkan adalah termasuk eksekutif dan bukan eksekutif dengan penyertaan lebih 90 syarikat awam, swasta, syarikat berkaitan kerajaan dan Institut Pengajian Tingga Awam serta Institut Pengajian Tingga Swasta. Beliau juga menyeru kepada semua para pelajar khususnya siswazah USM untuk merebut peluang keemasan ini bagi memenuhi hasrat mereka. - Bernama

Dua penunggang motosikal maut nahas berasingan
KUANTAN - Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan yang berlaku di Raub petang semalam. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata dalam kejadian pertama di Km 342 Jalan Raub-Kuala Lipis, Amran Khalil, 37, terbunuh selepas motosikalnya terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh besi penghadang jalan. Kemalangan berlaku pukul 4.45 petang dan mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan, katanya ketika dihubungi di sini. Menurut Mohamed Fauzi kejadian kedua berlaku di Jalan Felda Tersang membabitkan seorang warga emas, Hussien Hamzah, 70. Mangsa yang juga peneroka Felda Tersang dipercayai dalam perjalanan ke kedai untuk membeli barangan sebelum motosikalnya terjatuh ketika menuruni jalan yang agak curam, katanya. Akibat kejadian 7.50 malam itu, mangsa yang tidak memakai topi keledar mengalami cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Daerah Raub, katanya. Kata Mohamed Fauzi, kedua-dua kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Rhoma Irama
Rhoma Irama calon paling dibenci suri rumah
JAKARTA - INDONESIA . Penyanyi dangdut Rhoma Irama menjadi calon presiden paling tidak disukai dalam kalangan suri rumah di Indonesia, menurut satu tinjauan nasional yang dijalankan Charta Politika baru-baru ini. Hasil tinjauan itu menunjukkan hanya 1.8 peratus responden yang terdiri daripada suri rumah akan mengundi Raja Dangdut Indonesia berkenaan sebagai presiden Indonesia dalam Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden 2014. Pengerusi Charta Politika, Yunarto Wijaya berkata keputusan kaji selidik itu menunjukkan Rhoma menjadi tokoh paling dibenci dalam kalangan suri rumah bagi merebut jawatan tertinggi kerajaan Indonesia itu. "Ini (Rhoma) adalah imej calon presiden yang paling dibenci," kata Yunarto seperti dipetik akhbar Tempo, pada Jumaat. Kajian turut memperlihatkan 38.6 peratus daripada suri rumah yang menjayakan kaji selidik itu merancang untuk mengundi calon presiden daripada Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), Joko Widodo. Gabenor Jakarta yang lebih mesra dipanggil Jokowi itu menduduki tempat teratas dan paling disukai oleh suri rumah bagi merebut jawatan presiden Indonesia. Calon kedua paling popular ialah Aburizal Bakrie daripada Parti Golkar yang memperoleh 13.1 peratus, diikuti Prabowo Subianto dari Partai Gerindra yang mendapat 11.4 peratus. Tinjauan itu juga mendapati 8.4 peratus daripada responden akan mengundi Wiranto, 4.7 peratus bagi Jusuf Kalla, 2.7 peratus memilih Hatta Rajasa dan 2.4 lagi mahu mengundi Dahlan Iskan. Kaji selidik itu melibatkan 1,200 responden yang dipilih dalam pelbagai peringkat persampelan rawak pengundi yang layak di Indonesia. - Bernama


Mahu CCTV elak kecurian daging ayam, lembu
BUKIT MERTAJAM - Peniaga di Pasar Awam Sama Gagah di Permatang Pauh di sini berharap Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dapat memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar pasar berkenaan bagi mengatasi masalah kecurian bekalan daging ayam dan lembu yang di simpan dalam peti simpanan di situ. Wakil peniaga Ahmad Asyraf Sanusi, 26, berkata lapan peniaga terpaksa menanggung kerugian sehingga RM500 setiap kali bekalan barangan mereka dicuri. "Boleh dikatakan selang sehari mesti ada peniaga yang bekalan ayam atau daging mereka dicuri dari peti simpanan di pasar dan terbaharu awal pagi semalam peti simpanan milik saya dipecahkan. Ia menyebabkan kira-kira lima kilogram daging yang sepatutnya dijual hilang. "Kejadian ini kerap kali berlaku sejak kebelakangan ini malah bulan lepas pun mangga besi diumpil bagi membolehkan daging dan ayam yang diletakkan di dalam peti ini dicuri sehingga peniaga kerugian RM500," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Katanya, boleh dikatakan semua peniaga di sini pernah terkena dan pencuri itu seperti telah menyasarkan peti simpanan gerai yang mana akan dipecahkan. Ahmad Asyraf berkata, kedudukan gerainya yang berada di hujung dan hanya ditutupi dinding menyebabkan peti simpanannya selalu dijadikan sasaran. "Pembekal akan menghantar ayam pada pukul 4 pagi atau 5 pagi dan ada individu yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan melarikan bekalan itu sebelum peniaga sampai. "Kebanyakan peniaga termasuk saya akan tiba di gerai sesudah subuh dan ada sahaja bahan basah yang hilang dicuri," katanya. Seorang lagi peniaga yang ingin dikenali sebagai Ahmad, 40-an, berkata pihaknya percaya jika MPSP memasang CCTV, masalah kecurian dapat diatasi kerana pemantauan boleh dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan berkenaan. "Kalau boleh, tugaskan seorang pengawal keselamatan untuk membantu menjaga barangan peniaga di sini bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang lagi. "Peniaga di sini juga berharap pihak polis dapat melakukan rondaan lebih kerap di kawasan pasar ini supaya pencuri berkenaan dapat ditangkap," katanya. - Bernama

Mahu CCTV elak kecurian daging ayam, lembu
BUKIT MERTAJAM - Peniaga di Pasar Awam Sama Gagah di Permatang Pauh di sini berharap Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dapat memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar pasar berkenaan bagi mengatasi masalah kecurian bekalan daging ayam dan lembu yang di simpan dalam peti simpanan di situ. Wakil peniaga Ahmad Asyraf Sanusi, 26, berkata lapan peniaga terpaksa menanggung kerugian sehingga RM500 setiap kali bekalan barangan mereka dicuri. "Boleh dikatakan selang sehari mesti ada peniaga yang bekalan ayam atau daging mereka dicuri dari peti simpanan di pasar dan terbaharu awal pagi semalam peti simpanan milik saya dipecahkan. Ia menyebabkan kira-kira lima kilogram daging yang sepatutnya dijual hilang. "Kejadian ini kerap kali berlaku sejak kebelakangan ini malah bulan lepas pun mangga besi diumpil bagi membolehkan daging dan ayam yang diletakkan di dalam peti ini dicuri sehingga peniaga kerugian RM500," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Katanya, boleh dikatakan semua peniaga di sini pernah terkena dan pencuri itu seperti telah menyasarkan peti simpanan gerai yang mana akan dipecahkan. Ahmad Asyraf berkata, kedudukan gerainya yang berada di hujung dan hanya ditutupi dinding menyebabkan peti simpanannya selalu dijadikan sasaran. "Pembekal akan menghantar ayam pada pukul 4 pagi atau 5 pagi dan ada individu yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan melarikan bekalan itu sebelum peniaga sampai. "Kebanyakan peniaga termasuk saya akan tiba di gerai sesudah subuh dan ada sahaja bahan basah yang hilang dicuri," katanya. Seorang lagi peniaga yang ingin dikenali sebagai Ahmad, 40-an, berkata pihaknya percaya jika MPSP memasang CCTV, masalah kecurian dapat diatasi kerana pemantauan boleh dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan berkenaan. "Kalau boleh, tugaskan seorang pengawal keselamatan untuk membantu menjaga barangan peniaga di sini bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang lagi. "Peniaga di sini juga berharap pihak polis dapat melakukan rondaan lebih kerap di kawasan pasar ini supaya pencuri berkenaan dapat ditangkap," katanya. - Bernama

Jambatan Kedua Pulau Pinang yang melakar sejarah sebagai jambatan terpanjang di Asia. - Gambar fail.
Harap kadar tol jambatan kedua berpatutan
GEORGETOWN - Selepas hampir sebulan dibuka secara percuma kepada orang ramai menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, kutipan tol akan bermula Selasa ini. Bagaimanapun, kadar tol yang dikenakan belum lagi diketahui dan dijangka akan diumumkan Isnin ini. Sudah pasti persoalan mengenai kadar tol jambatan itu menjadi teka-teki kepada orang ramai khususnya rakyat negeri ini. Namun apa yang diharapkan adalah kadar caj yang berpatutan dan tidak melampau sehingga orang ramai tidak mampu melalui jambatan yang menelan kos pembinaan RM4.5 bilion. Tinjauan Sinar Harian mendapati orang ramai mahu kadar tol yang munasabah dan menggesa kerajaan memastikannya tidak membebankan rakyat. Ahmad Nizam Bakar, 40, berkata, rakyat pasti gembira jika caj tol Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sama dengan Jambatan Pulau Pinang namun merasakan perkara itu mustahil berlaku. Beliau yang bekerja di sebuah hospital swasta di sini berharap kadar tol yang bakal dikenakan tidak keterlaluan dan mahu pegurusannya memberi keistimewaan kepada rakyat Pulau Pinang dengan harga lebih murah. "Seperti Jambatan Pulau Pinang sekarang, jika pengguna menggunakan kad touch and go khas, mereka diberi diskaun dan saya mahu perkara sama dilakukan di jambatan baru," katanya. Turut berkongsi pandangan yang sama ialah Rosdi Shafiee, 56 yang berkhidmat sebagai penjawat awam. Beliau berkata, jika kadar tol dikenakan terlalu mahal mungkin jambatan itu akan menjadi perhiasan dan orang ramai akan kembali menggunakan Jambatan Pulau Pinang untuk keluar masuk ke kawasan pulau. "Pemerhatian saya mendapati ketika jambatan ini dibuka secara percuma pun tidak ramai yang melaluinya apatah lagi jika selepas ini tol mahal. "Saya lihat pembukaan jambatan ini masih gagal mengatasi masalah lalu lintas. Pihak yang berkaitan harus segera menangani masalah ini sebelum orang ramai mula hilang minat untuk melaluinya," katanya. Rojmah Majid, 53, berpendapat rakyat di negeri ini terbeban dengan kos sara hidup yang semakin tinggi dan amat tidak wajar kadar caj tol jambatan berkenaan dikenakan terlalu tinggi. "Kalau caj tol baru terlalu tinggi saya rasa pembinaannya langsung tidak membantu rakyat negeri ini. "Sebelum ini kita berbangga dengan pembinaan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara. Tidak mustahil selepas ini rakyat Pulau Pinang juga akan kecewa jika kadar tol yang dikenakan tidak munasabah," katanya. Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dibuka secara rasminya pada 1 Mac yang lalu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Jambatan sepanjang 24 kilometer (km) dijangka dapat mengurangkan 25 peratus kesesakan yang berlaku di Jambatan Pulau Pinang sedia ada. Sama-sama kita nantikan pengumuman kadarnya dua hari lagi.

Rumah kenduri tiada air!
Rumah kenduri tiada air!
Pekerja katering sedang mendapatkan bekalan air daripada tong disediakan penduduk.
KUALA KEDAH - Sebuah majlis perkahwinan di Taman Dahlia, dekat sini, yang diharapkan berjalan lancar, nampaknya diuji masalah ketiadaan bekalan air secara tiba-tiba semenjak kelmarin. Difahamkan, kebanyakan penduduk tempatan di sekitar Kuala Kedah, di sini, termasuk Kampung Tok Pasai, Kampung Ulu, Taman Sri Abadi sehingga Taman Dahlia didakwa berdepan kesulitan apabila bekalan air tidak diterima. Ibu pengantin, Jamilah Osman, 55, berkata, mereka mula menyedari masalah ketiadaan air lebih kurang jam 9 pagi kelmarin sebaik membuka paip air di rumah mereka. “Keadaan ini menimbulkan kesulitan kepada seisi keluarga, ditambah bekalan air masih tidak diterima sedangkan majlis kenduri berlangsung Rofedi Jamilah hari ini (semalam). “Bayangkan, nak mandi pun susah. Paling penting, tandas tidak boleh digunakan menyebabkan sanak-saudara terpaksa mencari hotel,” katanya. Tidak terhenti setakat itu, katanya, anak menantunya juga terpaksa berhenti untuk membersihkan diri di hentian rehat di lebuh raya. “Terasa kemeriahan majlis perkahwinan anak perempuan kami kurang kerana asyik memikirkan masalah air,” katanya. Bapa pengantin Jamarudin Hashim, 59, berkata, mujur jiran tetangganya yang mempunyai tangki besar sanggup membantu menyumbangkan air buat mereka, sekali gus membolehkan majlis berlangsung tanpa masalah. Pegawai Perhubungan Awam Sada, Rofedi Sulaiman berkata, pihaknya memohon maaf atas masalah ketiadaan bekalan air terbabit. Katanya, ia berlaku di luar jangkaan kerana ada paip pecah dikesan sekitar kawasan Simpang Tanjung Bendahara, kira-kira 8 pagi kelmarin. Pihaknya cuba membaiki kerosakan termasuk mengorek tanah berkedalaman 4.5 meter namun kerja penyelenggaraan terganggu apabila tanah runtuh sebanyak tiga kali. Menurutnya, mereka terpaksa menghentikan kerja membaiki seketika atas faktor keselamatan. "Namun kini kebanyakan penduduk berdekatan sudah mula menerima bekalan air kerana paip sudah dibuka, manakala mereka yang tinggal agak jauh akan menerima air secara perlahan-lahan," katanya.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)
Henti catu air, kasihan pengantin
YA, hujan sudah mula turun di Lembah Klang. Dalam usia yang mencecah 43 tahun 25 Mac lalu, ini kali pertama saya hidup dalam keadaan air dicatu dalam tempoh yang lama. Sebelum ini, kalaupun bekalan terputus, hanya beberapa hari. Hidup zaman kanak-kanak di kampung dahulu, musim kemarau, air perigi kering, masih boleh mandi sungai. Teringat betapa meriahnya suasana musim kemarau di kampung, jadi pesta. Habis semua orang kampung tua, muda, lelaki, wanita turun ke Sungai Kerian di belakang rumah keluarga saya di Kampung Lobak, Mahang, Kedah untuk mandi-manda dan sebagainya. Bukan itu sahaja, di situlah juga kami berkelah dan berkenduri-kendara.Meriah teramat meriah dan yang paling seronok sudah tentu budak-budak macam saya! Jadi orang bandar rupa-rupanya tidak semua indah. Baru bekalan air terputus, kita resah gelisah, jadi tak tentu arah. Dalam keadaan macam ini, hidup di kampung lebih mudah. Di bandar, hujan tak turun, musim kemarau, air kena catu. Nak mandi sungai, airnya sudahlah senipis lopak, yang ada pun hitam berkeladak. Hendak digali telaga, tunggu sahajalah diziarahi penguat kuasa majlis perbandaran. Nasib baik, hanya diminta timbus semula. Nasib tak baik, terus diberi surat saman! Susahnya jadi orang bandar bukan setakat itu sahaja. Macam sekarang, walaupun hujan sudah mula turun, setakat ini belum ada pengumuman daripada mana-mana pihak sama ada Syabas, Puas atau Puspel bahawa catuan bekalan air yang dilakukan secara berjadual - dua hari ada air, dua hari tiada air - akan segera dihentikan. Memang perit rupa-rupanya hidup dicatu air. Ini termasuk dalam menunaikan kewajipan hidup bersuami isteri. Bagi kita yang 40-an ke atas ini, tidaklah jadi masalah sangat kerana sudah boleh dicatu dan patuh ikut jadual tetapi macam mana dengan mereka yang masih muda, terutama yang baharu berkahwin? Sekarang musim cuti sekolah dan di negara kita macam biasa, ini jugalah musim mempertemukan ikan di laut dengan asam di darat, di dalam kuali. Inilah musim mempertemukan cincin dengan jari, tangan bakal suami dengan tangan tok kadi! Dan untuk meraikan semua ini, kita rasa cuacanya sudah kena elok sekarang. Hujan. Apabila hujan, orang tidak tertanya-tanya, tidak senyum-senyum apabila lampu awal malam sudah dipadam. Alasannya, kesejukan! Tetapi dalam cuaca dan suasana yang semuanya sudah serba kena itu, rupa-rupanya masih ada yang tidak kena. Pengantin baharu mana yang sanggup ikut jadual catuan bekalan air Syabas? Pengantin lama pun lagikan boleh terbabas! Jangan sudah baik punya bersimpul tadi malam, bangun pagi, buka pili baru tersedar air kena catu. Bapa mertua pula sudah siap bentang sejadah menunggu menantu untuk diajak solat berjemaah. Aduh! Meneliti akan masalah-masalah yang mungkin terjadi terutama pada musim cuti sekolah ini, ada baiknya Syabas, Puas atau Puspel periksa semula paras air di semua empangan yang menyalurkan bekalan ke seluruh Lembah Klang. Kalau sudah naik, isytiharkanlah penamatan catuan. Kepada negeri-negeri yang sebelum ini juga khabarnya nak buat catuan seperti di Kedah, tangguhkanlah sampai lepas musim cuti sekolah. Sebabnya, minggu ini saya balik bercuti di Kedah. Janganlah ‘aniaya’ saya yang sudahlah kena catu di Selangor, lari balik ke Kedah pun kena catu juga. Kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, diminta kerapkanlah operasi pembenihan awan. Ini penting untuk kesejahteraan rakyat. Awan boleh dibenihkan dengan teknologi tetapi manusia, walaupun ada pembenihan menggunakan teknologi, pun masih juga memerlukan pembenihan secara semula jadi. Perhatian: Kepada pembaca Kelab 40, selamat mengundi Anugerah Grup Buku Karangkraf 2013. Janganlah catu undi anda untuk saya!

Curi lembu: Tembak guna ubat pelali
Curi lembu: Tembak guna ubat pelali
Rosman (kanan) menunjuk jarum pelali digunakan untuk menembak lembu.
BESUT - Kegiatan mencuri lembu dengan cara menembak menggunakan ubat pelali sebelum melarikan lembu berkenaan untuk dijual, kini dikatakan semakin berleluasa di kawasan Hulu Besut, di sini. Dalam kejadian pagi kelmarin, dua lembu milik penduduk hilang dipercayai dicuri pihak berkenaan, bagaimanapun dua lagi tidak sempat dilarikan selepas mereka terserempak dengan penduduk kampung. Mangsa, Rosman Awang, 52, berkata, dia menyedari kejadian itu setelah jiran sekampung memaklumkan lembunya terbaring di tepi jalan dengan keadaan kedua-dua kaki belakang terikat berhampiran kebun kelapa sawit di jalan Padang Tapong-Lata Tembakah dekat Kampung Padang Buluh, kira-kira jam 7 pagi kelmarin. Menurut Rosman, setibanya di tempat kejadian kira-kira 500 meter dari rumahnya, dia mendapati lembunya dalam keadaan separuh sedar dengan dua jarum dipercayai ubat pelali ada pada lembu itu dan satu lagi berhampiran lembu itu. “Lembu itu dipercayai ditembak dengan pelali sekurang-kurangnya empat kali, berdasarkan kesan pada leher dan kaki. Pencuri bertindak sedemikian kerana saiz lembu itu agak besar dan harga di pasaran sekarang sekitar RM3,500,” katanya. Bagaimanapun, kata Rosman, pencuri itu tidak sempat melarikan seekor lagi lembunya yang sudah pengsan dan seekor lagi milik rakannya yang sempat ditembak sekali, selepas terserempak dengan penduduk kampung yang keluar menoreh getah kira-kira jam 5.30 pagi. Malah katanya, penduduk terbabit juga ada memberitahu ternampak sebuah lori kecil dan kereta di tepi jalan berhampiran lembunya itu, namun ketika itu mereka tidak mengesyaki sebarang perbuatan mencurigakan. "Akibat terlalu banyak pelali, lembu itu tidak mampu berdiri dan bergerak hingga saya terpaksa memberi lembu itu minum air kelapa sebagai penawar, selain memandikan beberapa kali. Namun selepas sehari diberi rawatan, akhirnya lembu itu semakin pulih dan dibawa pulang ke rumah untuk diberi rawatan. “Kejadian kelmarin pertama kali berlaku membabitkan kecurian lembu menggunakan ubat pelali, semenjak saya dan rakan-rakan menternak secara lepas bebas di ladang kawasan ini hampir 20 tahun lalu,” katanya. Rosman berkata, dia percaya aktiviti mencuri lembu semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini kerana permintaan tinggi sempena cuti persekolahan sekarang. Susulan itu, menurut Rosman, dia bersama dua rakannya membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Pasir Akar, Hulu Besut, petang kelmarin. “Seorang jiran sekampung turut kehilangan dua lembu jantan pada hari sama, setelah usaha mencari lembu dilepas bebas di dalam ladang kelapa sawit di situ menemui kegagalan,” katanya. Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor mengesahkan menerima laporan kejadian dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Bank Islam sasar 16 cawangan dalam tempoh 2 tahun
Bank Islam sasar 16 cawangan dalam tempoh 2 tahun
Zukri (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Invest, Nazarruddin Othman menunjukkan perspektif BIMB i Flexi Fund yang dilancarkan.
BANK Islam Malaysia Bhd (BIMB) menyasarkan pembukaan 16 lagi cawangan dalam tempoh dua tahun bagi menjadikan jumlah keseluruhan cawangannya di Malaysia berjumlah 150. Pengarah Urusannya, Datuk Seri Zukri Samat berkata, BIMB memperuntukkan pelaburan antara RM750,000 hingga RM850,000 bagi membangunkan sebuah cawangan, bergantung kepada keluasan tapak. “Setakat ini kita sudah mempunyai 134 cawangan dan sebanyak tujuh cawangan lagi akan dibangunkan sepanjang tahun ini termasuk di Johor Bahru (Johor), Kota Bharu (Kelantan), Kuala Lumpur dan Nilai (Negeri Sembilan). “Sasaran kita adalah untuk mewujudkan 150 cawangan dan sembilan lagi dijangka dibuka tahun depan. Ini hanya perancangan dan mungkin kita akan buka lebih banyak cawangan bergantung kepada kesesuaian dan kedudukan kewangan," katanya selepas Majlis Pelancaran BIMB i-Flexi Fund oleh BIMB Investment Management Berhad (BIMB Invest) di Hotel Thistle, kelmarin. Zukri yang juga Pengerusi BIMB Invest berkata, produk unit amanah runcit itu merupakan dana aset campuran yang distrukturkan mematuhi syariah dengan menawarkan peluang peningkatan modal jangka masa panjang kepada pelabur. “BIMB i-Flexi Fund direka untuk bertindak balas kepada perubahan keadaan pasaran dan bertujuan untuk memenuhi keperluan pelanggan yang semakin sofistikated,” katanya.

Seksyen 7, Shah Alam lokasi denggi paling panas
Seksyen 7, Shah Alam lokasi denggi paling panas
Mohd Jaafar (lima, kiri) bersama ahli majlis MBSA menunjukkan tanda 'Tak Nak Denggi'.
SHAH ALAM - Shah Alam mencatatkan kes demam denggi membimbangkan di mana 2,607 kes telah dilaporkan dari Januari sehingga 22 Mac. Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata, lokasi panas juga telah dikenal pasti iaitu di Seksyen 7. “Bermula dari 16 hingga 22 Mac, kawasan ini mencatat 392 kes dan kita memandang serius akan hal ini,” katanya. Menurutnya, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) juga turut mengadakan pemeriksaan ke atas premis-premis di sekitar Shah Alam. “Sebanyak 22,652 premis termasuk kediaman, rumah kedai, sekolah, tadika dan restoran telah diperiksa. “Selain itu, pihak MBSA membuat aktiviti fogging di 243,913 premis dan telah mengeluarkan 149 kompaun kerana membiak jentik-jentik dan tindakan dikenakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976,” katanya. Tambahnya, pihak MBSA sangat komited dalam memerangi kes denggi yang semakin meruncing dengan mengadakan pelbagai program. “Pada 20 April ini akan diadakan program 'Serentak Dan Sepadu-Gerak Advokasi Denggi Shah Alam 2014' yang berlangsung selama tiga bulan. “Program ini adalah untuk memberi kesedaran dan mendidik masyarakat umum mengenai bahaya denggi dan langkah-langkah pencegahan melalui nasihat dari rumah ke rumah di bawah kawasan MBSA,” katanya pada sidang media yang diadakan, kelmarin. Beliau juga berharap semua pihak memberikan kerjasama terutamanya penduduk di Shah Alam bagi membantu mengurangkan kes denggi.

Warga emas rentung dalam bilik
Warga emas rentung dalam bilik
Kebakaran di Kampung Tasek Bakong mengorbankan seorang warga emas yang lumpuh
RANTAU PANJANG – “Bawalah anak ke klinik, dia demam. Mak dah sihat, sudah boleh tinggalkan mak.” Itu kata-kata terakhir May Kalsom Daud, 71, kepada anak bongsunya, Mohamad Abdul Halim Mat Yaacob, 31, sebelum ditemui rentung dalam kebakaran, malam kelmarin. Kebakaran yang melibatkan dua kejadian berasingan itu menyebabkan empat keluarga tinggal sehelai sepinggang. Kejadian pertama berlaku pada jam 9.15 malam di Kampung Tasek Bakong dan mengorbankan seorang warga emas yang juga orang kurang upaya (OKU) lumpuh. Selang empat jam kemudian, kebakaran kedua berlaku di Kampung Banggol Kulim melibatkan tiga rumah namun tiada kecederaan jiwa dilaporkan. Mohamad Abdul Halim ketika menceritakan kejadian memilukan itu berkata, disebabkan nasihat ibunya itu, dia membawa anak tunggalnya, Muhammad Syakir, 6, ke Klinik 1Malaysia yang terletak beberapa kilometer dari rumah bersama isteri.
Lihat api marak di tingkat atas
Kurang 30 minit selepas berada di klinik katanya, dia terima panggilan daripada anak saudaranya meminta mereka pulang dengan segera. “Hancur hati saya melihat api marak di tingkat atas yang turut menempatkan bilik ibu saya. Saya cuba menyelamatkan ibu tetapi orang ramai menghalang saya kerana keadaan api yang begitu marak," katanya, semalam. Sementara itu, anak sulung mangsa, Mohammad Mat Yaacob, 56, yang tinggal bersebelahan tempat kejadian, cuba merempuh masuk menerusi pintu hadapan. Namun katanya, api mula marak di bahagian tangga menuju tingkat atas dan ruang tamu menyebabkan usaha menyelamatkan ibunya gagal. Mengikut perancangan katanya, dia sepatutnya membawa ibunya ke bank untuk menunaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). “Arwah juga pernah beritahu mahu meluangkan masa bersiar-siar bersama anak, cucu dan cicit selepas mendapat wang tersebut.
Sempat penuhi semua permintaan terakhir ibu
“Semua permintaan terakhirnya termasuklah membawanya ke pantai dipenuhi, namun saya tidak sangka itulah kali terakhir kami dapat bersiar bersama-sama,” katanya. Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Abd Jalil Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.21 malam dan bergegas ke tempat kejadian dengan kekuatan tujuh anggota. “Tiba di lokasi kejadian, kami dapati rumah terbakar hampir 90 peratus terutama di bahagian berkayu di tingkat atas. “Api berjaya dikawal 20 minit kemudian dan mangsa yang rentung dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk tindakan lanjut. Punca dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya. Selang beberapa jam kemudian, kebakaran kedua dilaporkan membabitkan tiga rumah di Kampung Banggol Kulim, jam 1.15 pagi, semalam. Kejadian itu menyebabkan dua rumah hangus 100 peratus, manakala satu lagi berjaya diselamatkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang.
Ketukan pintu oleh orang kampung selamatkan nyawa
Mangsa, Mohd Sahabuddin Md Nor, 32, berkata, ketukan pintu yang kuat oleh penduduk kampung berjaya menyelamatkan nyawanya bersama isteri dan empat anak. Ketika kejadian katanya, mereka tidur di tingkat bawah manakala dua lagi anaknya yang berusia 9 dan 8 tahun tidur di tingkat atas. “Saya segera menuju ke tingkat atas untuk menyelamatkan mereka sambil menjerit memanggil isteri agar selamatkan dua lagi anak yang lain. “Namun saya terkejut kerana isteri hanya memangku anak bongsu yang berusia 5 bulan,” katanya. Mohd Sahabuddin cuba merempuh masuk semula ke dalam rumah, namun dihalang kerana orang ramai sempat menyelamatkan anak ketiganya sebelum api marak di bahagian ruang tamu. Seorang lagi mangsa, Mohd Zakia Hamat, 31, berkata, mereka baru sahaja masuk tidur namun tersedar kepada bunyi bising dari luar rumah. “Kami tidak sempat menyelamatkan barang berharga, namun bersyukur ibu bapa dan dua lagi adik saya terselamat. “Mereka masih lagi dalam keadaan terkejut dan tidak menyangka rumah yang diduduki sejak 1970-an hangus 100 peratus,” katanya. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Nashuha Fahd Ahmad Mijar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.28 pagi. “Seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Pasir Mas dan Pengkalan Kubor dikerah ke tempat kejadian menggunakan empat jentera. “Setibanya di tempat kejadian, kita dapati dua rumah terbakar hampir keseluruhan namun api berjaya dikawal daripada merebak ke rumah ketiga. Punca dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Diam, kalau bising aku bunuh!
Noor Nabilla (kanan) dan Rasyidah melakonkan semula aksi ketika mereka diikat kaki dan tangan oleh perompak
KEMAMAN – “Diam, kalau bising aku bunuh!” demikian gertak empat perompak bersenjata parang kepada dua jurujual wanita ketika menyamun sebuah kedai telefon berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bandi, di sini, kira-kira jam 1.10 tengah hari kelmarin. Tersentak dengan ugutan itu, mangsa, Noor Nabilla Mohamad, 23, berkata, ketika kejadian dia hanya terbayang akan menemui ajal di mata parang yang dipegang salah seorang kumpulan lelaki berkenaan yang berusia lingkungan 23 hingga 25 tahun. Katanya, sejurus keempat-empat suspek meluru masuk ke dalam kedai, dia dan rakan sekerjanya, Rasyidah Mohamad, 18, ditolak masuk ke dalam stor oleh salah seorang perompak sebelum diikat kaki dan tangan. “Perompak itu ikat tangan kami berdua menggunakan tali nilon yang dibawa mereka sementara kaki kami pula diikat dengan kain langsir pintu stor kedai. Waktu itu kami yang menggeletar ketakutan hanya mampu lihat dua lagi perompak sibuk memasukkan kira-kira 30 unit telefon bimbit pelbagai jenama yang dipamerkan dalam almari kaca ke dalam beg tangan saya yang saya letakkan di tepi almari itu. “Wang hasil jualan di dalam mesin juruwang turut diambil mereka,” kata anak ke-10 daripada 12 beradik ini ketika ditemui di kedai itu yang merupakan kedai milik abang sulungnya, Rosli Mohamad, 40. Menurutnya, seorang lagi suspek tidak masuk ke dalam kaunter sebaliknya menunggu di hadapan almari kaca.
Kejadian berlaku tidak sampai tiga minit
Kata Noor Nabilla, kejadian itu berlaku dalam tempoh tidak sampai tiga minit sebelum kesemua empat lelaki itu yang tidak bertopeng dan tidak memakai sarung tangan keluar dari kedai dan masuk ke dalam sebuah Proton Persona berwarna perak, dengan seorang lagi lelaki menunggu dalam kereta menjadikan kesemua perompak berjumlah lima orang. “Sebenarnya sebelum merompak, salah seorang suspek telah masuk ke dalam kedai dan pura-pura membeli kad tambah nilai. Lepas dia keluar rakannya yang lain pula masuk dan turut mahu beli kad tambah nilai. “Setelah lelaki kedua keluar, lelaki kedua itu bersama tiga rakannya yang lain meluru masuk semula ke dalam kedai dengan salah seorangnya memegang parang,” katanya. Pun begitu, mereka bernasib baik kerana ikatan pada tangan Rasyidah tidak kemas dan membolehkannya membuka ikatan tangan mereka berdua sebelum Noor Nabilla bertindak menghubungi abang sulungnya untuk memaklumkan kejadian itu.
Rugi RM13,000
Akibat kejadian itu, kerugian keseluruhan yang ditanggung mangsa berjumlah kira-kira RM13,000 kerana kehilangan wang tunai kira-kira RM3,000, 20 buah telefon bimbit baru pelbagai jenama, 10 buah telefon bimbit terpakai pelbagai jenama, dua utas gelang emas, seutas rantai leher emas dan dua bentuk cincin emas. Bagaikan malang berganda, Noor Nabilla berkata, secara kebetulan pada hari kejadian itu dia turut membawa barang kemas ibunya di dalam beg tangannya yang diambil perompak terbabit. “Kebetulan mak saya keluar rumah berjumpa doktor pakar jadi dia tanggalkan barang kemasnya dan suruh saya simpan, saya simpan barang itu dalam beg tangan. Selain itu tiga buah telefon bimbit milik saya juga ada dalam beg itu. “Sejak empat tahun bekerja sebagai jurujual di kedai abang ini, inilah pengalaman pertama kali saya dirompak. Saya dan kawan hanya ikut arahannya untuk elak kami dicederakan,” katanya yang masih kelihatan trauma. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, kereta yang dinaiki kesemua suspek berkenaan melarikan diri menghala ke arah jalan keluar dari Seri Bandi. “Kesemua suspek adalah lelaki Melayu dan mereka kini sedang diburu. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dengan menggunakan senjata,” katanya.

Pencuri wang tabung masjid terima balasan
Pencuri wang tabung masjid terima balasan
Mohd Kasyful Azim dipenjara 24 bulan selepas mengaku salah mencuri wang tabung Masjid Kampung Kubang Ikan, Chendering, di sini.
KUALA TERENGGANU - Pencuri wang tabung Masjid Kampung Kubang Ikan, Chendering, di sini, yang ditangkap penduduk Rabu lalu, menerima balasan apabila dijatuhi hukuman penjara 24 bulan oleh mahkamah majistret, semalam. Keputusan dibuat selepas Mohd Kasyful Azim Harun, 31, mengaku salah mencuri RM61 di dalam tabung masjid itu pada 19 Mac lalu, kira-kira jam 3.50 petang. Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian, imam masjid berkenaan, Alias Ngah, 61, bersama beberapa penduduk yang berada di dalam masjid, ternampak Mohd Kasyful Azim sedang mengambil duit daripada tabung. Mereka cuba mendekati Mohd Kasyful Azim, namun dia cuba melarikan diri dengan keluar melalui pintu menuju ke arah motosikal diletakkan di tepi masjid. Namun cubaannya gagal selepas ditangkap penduduk yang mengepung kawasan masjid dan hasil pemeriksaan pada tubuhnya, mereka menjumpai RM61 disorokkan di dalam poket seluar. Sinar Harian 22 Mac lalu melaporkan, seorang mat gian sanggup berpura-pura hendak mendirikan solat bagi mengaburi mata orang ramai sebelum mencuri wang tabung masjid, namun lakonannya tidak menjadi apabila dicekup beberapa penduduk ketika sedang asyik mengambil wang berkenaan.

Mohamad Hasan
'Jangan berselindung di sebalik laman sosial'
SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengecam tindakan sesetengah pihak yang menggunakan laman sosial sebagai alat untuk mengutuk pemimpin negara berhubung tragedi MH370. Mohamad berkata, pihak berkenaan tidak perlu berselindung di sebalik laman sosial tanpa mempunyai maklumat dan berita sahih, sebaliknya berdepan dengan kerajaan sekiranya pihak-pihak berkenaan mempunyai perasaan tidak puas hati. “Bersemukalah daripada terus berselindung di sebalik laman sosial. Mari kita berdialog bagi menyatakan apa yang tidak puas hati. Jika tidak mahu berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, mari berjumpa dengan saya,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat (Pekerti), Negeri Sembilan Ke-33 di bangunan Pekerti, dekat sini, semalam. Dalam masa sama, beliau turut menyifatkan pihak berkenaan adalah orang yang miskin minda dan mengalami sakit jiwa kerana mempunyai tujuan tertentu. “Kerajaan dan pihak berkuasa sedang berusaha melaksanakan kerja-kerja mencari dan menyelamat, tetapi sesetengah pihak pula dengan sesuka hati mengatakan rasa tidak puas hati dengan tindakan kerajaan. “Ini adalah kali pertama dalam sejarah usaha mencari dan menyelamat (SAR) MH370 melibatkan berpuluh negara tanpa mengira latar belakang dan fahaman ideologi politik. “Macam-macam mereka menuduh dan mengkritik pemimpin negara dan kerajaan berikutan dengan tragedi MH370. Orang sebegini jika dinasihatkan pun memang tidak berguna lagi," katanya. Mohamad berkata, sebagai rakyat Malaysia, mereka perlu bersatu padu dan kekal berdoa walaupun berbeza ideologi politik. “Saya malu apabila melihat sesetengah rakyat di negara saya sendiri begitu ghairah untuk merebut kuasa dan seterusnya menuding jari dan mengecam kerajaan,” katanya. Mohamad turut mengharapkan masyarakat supaya tidak terikut-ikut dengan sesetengah pihak yang mempunyai minda dan jiwa yang miskin. “Mereka ini seperti ketandusan jati diri. Jadi saya mahu mereka supaya berhentilah buat kerja sebegini. Jangan ingat kita sahaja yang bagus dan menjadikan laman sosial sebagai alat untuk mengecam dengan tindakan SAR yang sedang diusahakan ketika ini,” katanya.

Maut basikal dilanggar
Maut basikal dilanggar
Anggota polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke Hospital Melaka.
BANDARAYA MELAKA - Seorang warga emas maut selepas basikal ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Pokok Mangga, dekat sini malam kelmarin. Mangsa, Lee Siu Yoke, 62, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala. Bagaimanapun, pemandu kereta berusia 26 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan kira-kira 9 malam itu. Jurucakap polis berkata, keduadua kereta dan basikal mangsa sedang dari arah Limbongan menghala ke Taman Asean apabila kemalangan berlaku. Menurutnya, ketika melalui jalan berkenaan yang agak gelap, pemandu kereta dikatakan telah terlanggar bahagian belakang basikal dinaiki mangsa menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan raya. Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian kemudian dibawa ke Hospital.

Suami isteri ditemui mati dengan kesan tetakan
Suami isteri ditemui mati dengan kesan tetakan
Pasangan terbabit ditemui tidak bernyawa dan berlumuran darah di rumah sewa mereka.
MANJUNG - Satu pasangan yang dipercayai suami isteri ditemui tidak bernyawa dan badan berlumuran darah di rumah sewa mereka di Kampung Cina, di sini awal pagi semalam. Ketika kejadian kira-kira 1.30 pagi itu, mangsa dikenali M Muniandy, 30, dan A Kaliamah, 37, ditemui dalam keadaan terbaring berhampiran ruang tamu rumah dengan beberapa kesan tetakan. Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba berkata, siasatan awal di lokasi kejadian tidak menemui sebarang senjata, malah tiada kehilangan barang milik mangsa dilaporkan. Menurutnya, berdasarkan laporan diterima, polis dimaklumkan terdapat pergaduhan di rumah terbabit sebelum insiden tersebut. “Kejadian disedari pemilik rumah berkenaan dan dia kemudiannya membuat laporan mengatakan ada pergaduhan di rumah disewa pasangan terbabit. “Polis yang bergegas ke rumah mangsa kira-kira jam 2.30 pagi mendapati, ada seorang lelaki dan wanita terbaring berlumuran darah dengan banyak bahagian tubuh cedera, dipercayai akibat ditetak,” katanya pada sidang media, semalam. Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan, kejadian itu melibatkan lebih daripada seorang suspek, bagaimanapun motif kejadian masih disiasat. Katanya, mengikut rekod, Muniandy merupakan individu dikehendaki polis sejak 2013 kerana mempunyai sembilan kes berkaitan samun, pecah rumah selain penagihan dadah. “Mereka mempunyai seorang anak angkat berusia dua tahun yang mengalami masalah penglihatan, buat masa ini, anak berkenaan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk perlindungan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kedua-dua mangsa sudah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat.

Pengusaha restoran rugi wang RM40,000 lesap
Pengusaha restoran rugi wang RM40,000 lesap
Orang ramai melihat kenderaan pengusaha restoran itu yang dipecah penjenayah di Jalan Ah Chong.
TELUK INTAN - Seorang pengusaha restoran mee rebus terkenal di sini kerugian kira-kira RM40,000 apabila wang tunai miliknya yang disimpan di tempat duduk kiri kenderaannya dilarikan penjenayah, pagi kelmarin. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nian, 40-an itu berkata, sebelum kejadian, dia mengeluarkan wang sebanyak RM40,000 dari sebuah bank di Jalan Pasar untuk membayar gaji pekerjanya. Menurutnya, selepas mengeluarkan wang itu, dia memandu kereta Toyota Harrier miliknya ke sebuah bank lain di Jalan Ah Chong dengan membiarkan wang berkenaan serta satu buku cek di dalam beg sandangnya. “Sebaik selesai berurusan dengan bank berkenaan, saya balik ke kenderaan, namun terkejut apabila mendapati cermin tepi sebelah pemandu pecah. “Saya terus periksa beg dan mendapati wang saya hilang. Saya kesal dan hairan bagaimana penjenayah itu boleh melakukan kejadian pecah kereta ini di kawasan tumpuan orang ramai memandangkan laluan ini paling sibuk di bandar,” katanya. Difahamkan, berdasarkan makluman orang ramai yang menyaksikan kejadian itu, penjenayah terbabit menaiki sebuah kereta Perodua Myvi berwarna biru dan mengambil masa tidak sampai 15 saat untuk memecahkan kenderaan mangsa dan lari. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang ketika di hubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan usaha untuk mengesan kereta dan penjenayah terbabit kini giat dilakukan. “Kita sudah terima laporan kejadian itu dan satu pasukan khas sudah dikerah untuk menjejaki penjenayah terbabit. "Setakat ini, belum ada sebarang tangkapan dibuat serta kes akan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” katanya.

MH370
MH370: Kawasan mencari beralih ke petunjuk baharu
KUALA LUMPUR - Kawasan pencarian MH370 yang hilang beralih ke kawasan 1,100 kilometer timur laut berdasarkan nasihat terbaharu yang dikemukan pasukan penyiasat antarabangsa di Malaysia. Pihak Berkuaasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), agensi siasatan Australia telah memeriksa nasihat itu dan menetapkan ia adalah petunjuk paling kredibel yang serpihan mungkin dapat dikesan. "Kawasan pencarian baharu ialah 319,000 kilometer persegi dan sekitar 1,850 kilometer barat Perth. "Maklumat baharu ini berdasarkan analisis berterusan data radar antara Laut China Selatan dan Selat Melaka sebelum hubungan radar terputus," katanya dalam satu kenytaan. AMSA berkata analisis juga menunjukkan persawat terbang lebih laju daripada yang dianggarakan sebelum ini, menyebabkan pertambahan penggunaan minyak dan mengurangkan kemungkinan jarak pesawat terbang ke selatan ke dalam Lautan Hindi. "ATSB menasihati kemungkinan laluan pesawat menjadi perkara yang perlu diperhalusi lagi kerana pasukan penyiasat antarabangsa menyokong pencarian meneruskan analisis mereka," katanya. Ia berkata Pertubuhan Perisikan-Geospatial Australia menumpukan semula satelit untuk merakam kawasan baharu. AMSA berkata keadaan cuaca telah bertambah baik dan 10 pesawat ditugaskan untuk pencarian hari ini, termasuk dua pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), sebuah pesawat pengawal pantai Jepun, sebuah pesawat P3 Orion Jepun, sebuah pesawat P3 Orion Republik Korea dan sebuah C130 Hercules Republik Korea. Termasuk juga sebuah pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja New Zealand (RNZAF), Ilyushin IL-76 tentera China, sebuah pesawat P8 Poseidon tentera Laut Amerika Syarikat dan sebuah pesawat awam yang bertindak sebagai penyampai komunikasi, katanya. "Tambahan pesawat P3 Orion RAAF diletak dalam keadaan bersiap siaga di Pearce (Australia) untuk menyisat sebarang penemuan. Kini terdapat enam kapal di kawasan pencarian baharu termasuk HMAS Success dan lima kapal China," kata kenyataan itu. - Bernama

Tony Abbott
MH370: Petunjuk baharu diteliti
MELBOURNE - AUSTRALIA. Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata, terdapat satu petunjuk baru yang boleh dipercayai dalam pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang hampir tiga minggu lepas. Laporan media Australia berkata Abbott telah diberi taklimat mengenai analisis data terbaru radar yang membuatkan pihak berkuasa memindahkan kawasan carian 1,100 km ke timur laut, berikutan makluman terbaru daripada pasukan penyiasat antarabangsa di Malaysia. Zon pencarian kini seluas kira-kira 319,000 km persegi dan 1,850 km ke barat Perth. Analisis itu datang dari data radar antara Laut China Selatan dan Selat Melaka sebelum perhubungan dengan MH370 terputus. "Ini adalah petunjuk baru yang boleh dipercayai dan akan diperiksa dengan teliti," Abbott berkata dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini. Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata, ia menunjukkan pesawat itu terbang lebih laju daripada anggaran sebelumnya, menyebabkan peningkatan penggunaan bahan api dan mengurangkan kemungkinan jarak perjalanannya ke selatan Lautan Hindi. "Kemungkinan laluan penerbangan itu boleh menjadi subjek untuk dihalusi lagi sementara pasukan penyiasat antarabangsa yang membantu pencarian itu meneruskan analisis mereka," kata AMSA dalam satu kenyataan. Australian Geospatial-Intelligence Organisation pula sedang menyusun semula tugas satelit-satelit bagi mendapatkan imej di kawasan baru itu. Pencarian pesawat itu ditangguhkan dua kali dalam minggu ini kerana cuaca buruk tetapi keadaan cuaca bertambah baik pagi Jumaat dengan pesawat-pesawat mula berlepas dari Pangkalan Pearce Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) dekat Perth, selepas pukul 6 pagi. Operasi pada hari ini disertai sembilan pesawat tentera, termasuk dua P3 Orion RAAF, sebuah jet Pengawal Pantai Jepun, sebuah P3 Orion Jepun, sebuah P3 Orion dan sebuah C130 Hercules Korea Selatan, sebuah P3 Orion Tentera Udara Diraja New Zealand, sebuah Ilyushin IL-76 China dan sebuah P8 Poseidon Tentera Laut Amerika Syarikat. Enam kapal sedang menuju ke kawasan pencarian baru itu, terdiri daripada HMAS Success dan lima kapal Cina. - Bernama

MH370
MH370: Malaysia tidak akan menyerah kalah
BEIJING - Kerajaan Malaysia tidak akan menyerah kalah dalam usaha mencari Penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) walaupun kotak hitam pesawat hanya mengeluarkan isyarat selama 30 hari. Pengarah Perkhidmatan Trafik Udara Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Ahmad Nizar Zolfakar berkata kerajaan Malaysia telah memberi komitmen untuk meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sehingga kotak hitam pesawat dijumpai. Nizar berkata kerajaan akan mencontohi langkah yang diambil dalam operasi SAR bagi penerbangan 447 Air France yang terhempas di Lautan Atlantik pada 2009. "Masa dua tahun diambil untuk menjumpai kotak hitam Air France 447, daripada pesawat Air France 447, oleh itu kami akan menjadikannya sebagai contoh dalam misi SAR untuk MH370. "Mencari kotak hitam adalah usaha yang diberi keutamaan peringkat tertinggi oleh kerajaan (Malaysia)," kata beliau. Nizar berkata demikian pada taklimat antara delegasi tertinggi Malaysia dan anggota keluarga penumpang warga China pesawat malang itu di sini pada Khamis. Taklimat itu yang bermula pukul 3 petang berakhir pada 6.40 petang (waktu tempatan). Sementara itu, Komander Operasi Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Leftenan Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad meminta keluarga penumpang tidak menganggap taklimat itu sebagai perbicaraan dan membangkitkan persoalan membabitkan aspek perundangan. Semasa taklimat, berpuluh-puluh persoalan teknikal dan bersifat spekulasi ditanya oleh anggota keluarga. Persoalan itu membabitkan kemudahan yang dilengkapi di dalam pesawat Boeing 777-200ER untuk menghalang rampasan, ketinggian maksimum penerbangan MH370, tempoh pesawat boleh terbang melepasi had ketinggian, bekalan oksigen yang mencukupi dan reaksi fizikal penumpang di dalam pesawat sebaik mencapai had ketinggian. Anggota keluarga juga bertanya sama ada panggilan telefon satelit dibuat ketika sistem Komunikasi dan Pelaporan pesawat (ACARS) dan peralatan transponder dimatikan. Anggota keluarga juga meminta wakil dari syarikat Rolls-Royce (pembuat enjin) dan Boeing hadir pada taklimat akan datang. Delegasi tertinggi itu yang diketuai Ackbal tiba di Beijing Khamis lepas. Delegasi itu, mengandungi wakil dari Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Malaysia Airlines ditugaskan untuk memberi taklimat kepada anggota keluarga berhubung perkembangan terkini pencarian pesawat. Kira-kira 154 warga China adalah antara 227 penumpang dalam pesawat Boeing 777-200ER itu yang hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi pada hari yang sama. Misi pencarian pelbagai negara digerakkan bagi menjejaki pesawat, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian, di sepanjang dua koriror -- koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand dan koridor selatan, meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi. Hasil analisis data satelit yang belum pernah diguna pakai sebelum ini, firma telekomunikasi satelit United Kinghdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) membuat rumusan bahawa Penerbangan MH370 terbang melintasi koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi, ke barat Perth, Australia. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat bahawa Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. - Bernama

Mohd Shukur Shamsuddin
MH370: Taktik kotor media asing dikecam
Grafik daripada Pejabat Penyelidikan dan Risikan Kabinet Jepun menunjukkan lokasi 10 objek dikesan. - Foto ihsan AP
SHAH ALAM - Cubaan beberapa agensi berita Barat melancarkan propaganda memburukkan kerajaan berkaitan tragedi MH370 terus mendapat kecaman pelbagai pihak. Kelab Gerak 1Malaysia (KG1M) turut tidak ketinggalan menyatakan bantahan mereka dan menganggap tindakan agensi berita asing itu seperti CNN dan Fox News tidak lebih daripada mahu mempersendakan keupayaan Malaysia menangani insiden yang mendapat perhatian dunia itu. Presidennya, Datuk Mohd Shukur Shamsuddin berkata, tuduhan melampau mengaitkan kerajaan, pihak tentera dan sentimen Muslim sebagai punca kepada tragedi menyayat hati itu tidak boleh diterima akal sama sekali. “CNN dan Fox News sudah melampau dalam laporan berita mereka apatah lagi membuat tuduhan melulu serta tidak munasabah terhadap kerajaan dan juga mencemarkan imej Islam. “Mereka (media asing) memang tidak senang dan cemburu dengan kemakmuran serta keamanan dikecapi Malaysia sebagai sebuah negara Islam, sebab itu mereka melancarkan kempen menjijikkan untuk memalukan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam. Beliau membidas kedua-dua agensi media asing itu yang sememangnya tidak pernah adil membuat liputan mahupun laporan berita apabila membabitkan isu negara Islam. “Ketika tragedi di Bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) New York pada 2011 lalu, CNN dan agensi berita asing tidak pernah membangkitkan kegagalan kerajaan ataupun tentera Amerika Syarikat dalam menangani tragedi itu...apatah lagi tiga pesawat merempuh bangunan di sana...hebatkan mereka? “Sememangnya mereka mempunyai agenda jahat tersembunyi memperlekeh Malaysia yang selama ini cukup disegani terutamanya dalam kalangan negara-negara membangun di dunia,” katanya. Mohd Shukur berkata, KG1M menyokong kempen dan seruan banyak pihak yang mahu rakyat memboikot saluran agensi berita asing itu serta bersatu menentang sebarang usaha untuk menghuru-harakan negara ini. “Tindakan boikot menonton saluran CNN dan Fox News salah satu cara kita memberi pengajaran kepada mereka. “Rakyat dinasihatkan tidak percaya bulat-bulat semua maklumat atau berita disiarkan media asing kerana mereka sebenarnya tidak amalkan etika kewartawanan telus,” katanya.

MH370
Satelit Jepun kesan 10 objek terapung
Grafik daripada Pejabat Penyelidikan dan Risikan Kabinet Jepun menunjukkan lokasi 10 objek dikesan. - Foto ihsan AP
SHAH ALAM - Satelit Jepun dilaporkan mengesan imej hampir 10 objek terapung di 2,500km di barat daya perairan Perth, semalam. Memetik laporan sebuah media tempatan, imej satelit tersebut mungkin berkaitan dengan MH370. Pejabat Penyelidikan dan Risikan Kabinet Jepun berkata, 10 objek dikesan daripada imej satelit yang dirakam semalam. Objek itu terapung di kawasan berhampiran lokasi objek lain yang dikesan Australia, Perancis, China dan Thailand sebelum ini. Berdasarkan imej satelit yang dirakam awal pagi semalam, objek terbesar bersaiz empat meter lebar dan lapan meter panjang. Bagaimanapun, pengesahan kaitan antara objek itu dan MH370 masih belum diumum. Sebelum ini, rakaman daripada imej satelit Thailand Isnin lalu mengesan 300 objek kira-kira 2,700 kilometer di barat daya Perth, menurut Agensi Teknologi Angkasa dan Geo-Informatik. Sementara itu, 122 objek dikenal pasti Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) berdasarkan imej satelit daripada Airbus Defence and Space yang dirakam pada 23 Mac. Namun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) belum dapat menemui sebarang serpihan tersebut di selatan Lautan Hindi, setakat ini.

MH370
AS hantar Poseidon kedua ke Perth
KUALA LUMPUR - Amerika Syarikat (AS) menghantar pesawat P-8 Poseidon keduanya ke Perth, Australia bagi membantu usaha menjejaki pesawat Malaysia Airlines yang dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi. Kedutaan AS di sini dalam satu kenyataan hari ini, berkata pesawat itu akan berlepas dari pangkalannya di Okinawa, Jepun hari ini bagi menyertai misi tersebut. "Keadaan cuaca buruk termasuk potensi suasana berais menjadikan kehadiran pesawat P-8 yang direka untuk semua keadaan cuaca, amat berharga," kata kenyataan itu. Kenyataan itu juga menyebut Armada Pasifik AS menggerakkan pengesan sonar 'Towed Pinger Locator Hydrophone' dan 'Bluefin-21' ke Perth, sebagai persediaan mengesan kotak hitam MH370 andai objek yang ditemui disahkan serpihan pesawat itu. Ini bagi membolehkan aset itu segera dikerah memandangkan jangka hayat bateri kotak hitam tersebut adalah singkat, kata kenyataan tersebut. - Bernama

Derita isteri seorang VIP
Derita isteri seorang VIP
Lisa merujuk kesnya kepada Pengarah Pembela BN Melaka, Amir Hamzah Aziz yang turut disertai Mohd Adly, semalam.
AYER KEROH - Menjadi isteri orang kenamaan atau VIP tidak menjanjikan kebahagiaan. Itu dihadapi seorang wanita di sini apabila kini berdepan trauma selepas didera secara mental oleh lelaki yang dikahwini sejak 14 tahun lalu. Malah, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Lisa, 37, turut memberitahu, dia sering dimaki hamun oleh suaminya yang berstatus Datuk berusia 63 tahun itu. Menurutnya, keadaan itu sudah berlarutan hampir 10 tahun dan merasakan hubungan mereka sudah tiada lagi persefahaman, sekali gus menuntut agar suami menceraikannya secara baik menerusi proses mahkamah. Lisa berkata, suaminya sering melontarkan kata-kata kesat terhadapnya serta sanggup mengatakan dirinya sebagai 'perempuan sial', 'bodoh' dan pernah mengugut untuk menghantarnya ke hospital mental gara-gara dirinya cuba membunuh diri. “Saya tidak tahan lagi dan pernah suatu hari dia menggunting rambut saya secara paksa hanya kerana marah saya berkawan dengan orang luar kerana kebetulan saya memang aktif berpuisi di radio. “Dia juga turut menyekat saya untuk berhubung dengan keluarga termasuk ibu bapa saya sendiri, malah pernah menghalau saya dari rumah. "Paling tidak tahan, dia pernah mencabul pembantu rumah saya,” katanya yang mengadukan masalah itu di Pejabat Pembela BN Melaka, dekat sini, semalam. Lisa berkata, hasil perkahwinan, mereka dikurniakan lima anak berusia dari 14 hingga tujuh tahun. “Saya kesal berkahwin dengannya sebab dia tidak meletakkan kedudukan seorang isteri di tempat yang betul dan sekarang saya serta anak-anak sudah enam bulan tidak tinggal bersamanya. “Setakat ini sudah 29 kali saya menuntut cerai dengannya dan masuk kali ini barulah saya memfailkan tuntutan fasakh,” katanya. Sementara itu, Penasihat Guaman Pembela BN, Mohd Adly Ithnin berkata, di dalam kes terbabit, masing-masing tidak lagi boleh meneruskan perkahwinan dan membuatkan penangguhan tuntutan berkaitan seperti tuntutan harta serta nafkah anak-anak. “Kes ini boleh diselesaikan secara baik sekiranya si suami bersetuju perkara berkaitan harta diselesaikan dengan mahkamah yang lain, bukannya di dalam bab fasakh. “Isu menjadi rumit sebab pihak suami cuba memasukkan semua perkara ke dalam satu,” katanya.

Presiden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar
Pendakwaan terhadap Kassim Ahmad patuhi syariat
SHAH ALAM - Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) berpendapat, pendakwaan terhadap sasterawan dan pemikir, Dr Kasim Ahmad adalah sejajar dengan undang-undang yang berkuatkuasa. Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, beban pembuktian untuk mensabitkan beliau bersalah atas kesalahan yang didakwa masih lagi terletak di bahu pendakwa syarie. "Kasim diberi hak sepenuhnya untuk meminta perbicaraan di dalam mahkamah sekiranya beliau berpendirian tidak bersalah atas dakwaan tersebut. "PPMM percaya perbicaraan yang adil akan dijalankan di dalam prosiding terhadap beliau. "Sehubungan itu, PPMM menasihatkan Kasim Ahmad menumpukan pembelaan beliau di dalam prosiding tersebut bukan meraih simpati melalui media," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Semalam, Kassim dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya atas dua pertuduhan menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama. Kassim bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan membayar ikat jamin. Mahkamah menetapkan 7 April depan untuk sebutan semula kes itu. ARTIKEL BERKAITAN: [ Kassim Ahmad didakwa di mahkamah pagi ini] Mengulas perkara sama, Zainul Rijal menambah, setiap kebebasan yang dianugerahkan di dalam Perlembagaan Persekutuan ataupun dalam Islam termasuk kebebasan bercakap bukanlah diberikan secara total tetapi ada had yang telah digariskan. "Tiada kebebasan mutlak dalam mana-mana sistem perundangan di dunia ini. "PPMM percaya pihak penguatkuasa agama telahpun menjalankan siasatan yang wajar sehingga Ketua Pendakwa Syarie membuat keputusan untuk mendakwa beliau kerana terdapat bukti-bukti yang mencukupi," ujarnya lagi. Dalam pada itu, ujar Zainul Rijal lagi, tindakan pendakwaan yang dilakukan Pendakwa Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan adalah dialu-alukan. Ini kerana katanya, kemarahan masyarakat Islam arus perdana akan dapat diredakan dengan pendakwaan ini di samping tidak memberi ruang kepada 'perbicaraan melalui media'. "Pendakwaan terhadap Kasim juga memberi isyarat kepada individu dan kumpulan lain yang acapkali menguji kesabaran umat Islam dengan pelbagai kritikan, tindakan dan perkataan yang menghina serta tidak menghormati agama Islam," katanya lagi.

12 motosikal terbakar di PPR Intan Baiduri
KUALA LUMPUR - Sebanyak 12 motosikal yang diletak di kawasan parkir Blok D, Projek Perumahan Rakyat Intan Baiduri, Jinjang di sini musnah dalam kebakaran kira-kira 3.19 pagi pagi tadi. Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, lapan daripadanya terbakar sepenuhnya manakala selebihnya hanya 50 peratus musnah. Beliau berkata, pihaknya percaya motosikal berkenaan dibakar oleh individu tertentu. Punca kebakaran sedang disiasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta agar menghubungi pihak polis. - Bernama

Bogel selepas kantoi
Bogel selepas kantoi
Suspek menanggalkan pakaiannya sendiri selepas dikepung orang awam.
SELAYANG - Seorang lelaki bertindak di luar jangkaan apabila tiba-tiba menanggalkan pakaiannya dan berbogel selepas kantoi cuba pecah kenderaan di Selayang Baru, kelmarin. Difahamkan dalam kejadian jam 8 malam itu, suspek pada mulanya cuba masuk ke dalam sebuah kereta yang tidak berkunci untuk mencuri radio. Menurut sumber, tindakan suspek berusia lewat 20-an itu bagaimanapun disedari orang awam dan juga pemilik kenderaan yang berada berhampiran kawasan tersebut. “Pemilik meninggalkan keretanya sekejap untuk ke kedai, dan apabila kembali, dia terlihat kelibat seseorang dalam kenderaannya. “Selepas dikepung orang awam, suspek secara tiba-tiba menanggalkan pakaian dan hanya memakai semula selepas seorang kenalannya menyuruhnya berbuat demikian,” beritahu sumber kepada Sinar Harian, semalam. Kata sumber itu lagi, suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad mengesahkan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 511 kanun keseksaan kerana cuba melakukan jenayah.

Rusia tutup ruang udara tanpa amaran awal
BERLIN - JERMAN. Pesawat Air France membawa 495 penumpang dan 22 anak kapal dari Shanghai ke Paris terpaksa membuat pusingan balik selepas Rusia menutup ruang udara untuk latihan ketenteraan. Menurut laporan ABC, kelmarin, Penerbangan AF111 terpaksa mendarat di Hamburg, Jerman untuk mengisi minyak kerana bahan api pesawat tidak mencukupi bagi menamatkan penerbangan selepas melakukan pusingan balik secara tiba-tiba. "Penutupan ruang udara tidak dimaklumkan terlebih dahulu hingga menyebabkan puluhan penerbangan terpaksa berpatah balik," menurut jurucakap syarikat, Ulli Gendrot. Ada juga mendakwa, perkara itu mempunyai kaitan dengan peningkatan aktiviti ketenteraan Rusia di barat Ukraine. Sementara itu, Amerika Syarikat kini juga mula meningkatkan latihan ketenteraan dengan lebih 10,000 tentera menyertai latihan pendaratan amfibia terbesar di Korea Selatan dengan kod nama Ssang Yong selepas Korea Utara melepaskan beberapa ujian peluru berpandu balistik baru-baru ini.

Al-Sisi umum tanding Presiden
Al-Sisi umum tanding Presiden
Mursi melantik Al-Sisi sebagai menteri pertahanan namun beliau dikhianati dengan rampasan kuasa.
KAHERAH - MESIR. Menteri Pertahanan Mesir mengesahkan peletakan jawatannya bagi memberi laluan bertanding kerusi Presiden dalam pilihan raya dijangka bulan depan. Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi yang melakukan rampasan kuasa menggulingkan Presiden Mohammd Mursi, 3 Julai lalu dijangka menang mudah selepas melakukan pakatan dengan kerajaan sementara pimpinan Adly Mansour. “Saya bertanding untuk jawatan Presiden Mesir selepas mendapat sokongan,” katanya. Sementara itu, ahli kanan Ikhwanul Muslimin, Magdy Karkar berkata, tindakan Al-Sisi menyingkirkan Mursi adalah satu rampasan kuasa bertujuan menggugat demokrasi di negara itu. “Mesir tidak akan stabil dan aman. Beliau bertanggungjawab terhadap pertumpahan darah ketika penggulingan Mursi,” katanya dipetik Al Arabiya

Keasyikan lelaki terbantut
Keasyikan lelaki terbantut
KUALA LUMPUR: Keasyikan 32 lelaki diulit pelayan pelanggan (GRO) warga asing berpakaian seksi di pusat hiburan di Kepong, terbantut apabila diserbu anggota Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, malam tadi. Serbuan dilakukan pasukan anggota D7 dari IPK Kuala Lumpur diketuai Asisten Superintendan Eu Kee Leong dan Inspektor Mohd Nor Nahar Nayan bersama tujuh anggota D7, pada 9.30 malam. Premia berkenaan diserbu hasil maklumat awam berikutan disyaki mengambil pekerja tanpa permit sah. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, dalam serbuan itu, 13 wanita warga Vietnam berusia 23 hingga 28 tahun ditahan polis ketika sedang leka melayan pengunjung. Menurutnya, hasil pemeriksaan GRO terbabit tidak mempunyai permit kerja yang sah dan menyalah guna pas lawatan sosial. “Premis terbabit mempunyai lesen perniagaan yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang akan tamat tempoh pada Ogos tahun ini. “Dalam serbuan itu kita turut menahan seorang wanita yang menjadi penjaga premis terbabit bagi membantu siasatan,” katanya. Gan berkata, pemeriksaan ke atas pelanggan yang berkunjung ke premis terbabit mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah dan dibebaskan selepas keterangan diambil. “Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kepong untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Foto
Jepun pula kesan objek
GRAFIK daripada Pejabat Penyelidikan dan Risikan Kabinet Jepun menunjukkan lokasi 10 objek dikesan. FOTO AP
KUALA LUMPUR: Jepun adalah negara terbaru mengesan objek pada imej satelit mereka yang mungkin berkaitan dengan pesawat Malaysia Airlines MH370. Pejabat Penyelidikan dan Risikan Kabinet Jepun berkata, 10 objek dikesan daripada imej satelit yang dirakam semalam. Objek itu terapung kira-kira 2,500 kilometer di barat daya Perth iaitu di kawasan berhampiran lokasi objek lain yang dikesan Australia, Perancis, China dan Thailand sebelum ini Berdasarkan imej satelit yang dirakam awal pagi semalam, objek terbesar bersaiz empat meter lebar dan lapan meter panjang. Maklumat tersebut sudah diberi kepada pihak Malaysia, katanya. Namun, belum terdapat pengesahan objek itu berkaitan dengan pesawat MH370 yang hilang, 8 Mac lalu. Sebelum ini, rakaman daripada imej satelit Thailand Isnin lalu mengesan 300 objek kira-kira 2,700 kilometer di barat daya Perth, menurut Agensi Teknologi Angkasa dan Geo-Informatik. Sementara itu, 122 objek dikenal pasti Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) berdasarkan imej satelit daripada Airbus Defence and Space yang dirakam pada 23 Mac. Namun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) belum dapat menemui sebarang serpihan tersebut di selatan Lautan Hindi, setakat ini. - Agensi

CCTV cam suspek rompak kedai emas
Kuala Lumpur: Polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi menjejaki tiga suspek yang melarikan barangan kemas bernilai RM1 juta di sebuah kedai emas di Jalan Sentul di sini, kelmarin. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, rakaman CCTV sudah diperoleh polis dan pihaknya yakin identiti suspek dapat dikenal pasti dalam masa terdekat. “Buat masa ini gambaran wajah suspek belum diperolehi kerana mereka memakai topeng namun kita sudah mendapat nombor pendaftaran kereta yang digunakan ketika mereka melarikan diri,” katanya pada sidang media di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini, semalam. Beliau berkata, siasatan awal mendapati rompakan itu mengambil masa kira-kira tiga minit dan suspek menggunakan dua pistol semi automatik ketika melakukan jenayah terbabit. Harian Metro semalam melaporkan dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, dua suspek mengacukan senjata api sebelum mengarahkan pekerja di situ menyerahkan beberapa dulang emas. Seorang suspek turut melepaskan satu das tembakan ke udara sebelum melarikan diri menggunakan sebuah PROTON Waja yang dipandu rakan mereka yang sudah menunggu di hadapan premis berkenaan. Mohmad berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Dalam perkembangan lain, Mohmad berkata, pihaknya masih lagi menyiasat kaitan insiden tumpahan minyak di Jalan Duta, kelmarin yang menyebabkan tiga kereta dan 20 motosikal terbabas dengan sindiket penyeludupan diesel. Beliau berkata, pihaknya akan mengambil keterangan pemandu lori itu sebelum mengesahkan kejadian mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan diesel ataupun tidak. “Setakat ini kami belum lagi boleh mengesahkan muatan diesel dibawa lori itu untuk diseludup ataupun tidak dan siasatan dijalankan,” katanya. Dalam kejadian jam 2.20 petang kelmarin, seorang wanita parah selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan manakala lebih 20 penunggang motosikal terjatuh di jalan raya akibat tumpahan minyak berpunca daripada lori.

Mati di inap desa lepas 17 jam nahas
Kuantan: Seorang lelaki yang cedera selepas terbabit kemalangan jalan raya malam Selasa lalu, sempat minum bersama rakannya sebelum meninggal dunia di sebuah inap desa di sini, kelmarin. Kira-kira 9 malam Selasa lalu, Pong Kim Loong, 42, jurujual kereta dari Petaling Jaya, Selangor memandu kereta PERODUA Myvi berhenti di persimpangan Jalan Mat Kilau di sini, untuk ke Jalan Air Putih, di sini apabila keretanya dilanggar sebuah lagi PERODUA Myvi yang hilang kawalan. Kereta dipandu Pong rosak teruk, tetapi dia hanya cedera ringan dan enggan mendapatkan rawatan di hospital, sebaliknya terus pulang ke inap desa itu di Lorong Seri Teruntum, di sini. Pemilik inap desa terbabit dikenali sebagai Lim, 40, berkata Pong pulang beberapa minit untuk menukar pakaian sebelum keluar untuk minum bersama rakannya di restoran berhampiran. Katanya, mangsa tidak menunjukkan tanda sakit atau atau luka pada badan, malah sempat menyapanya yang ketika itu sedang membersihkan inap desa berkenaan. “Pong mendaftar masuk jam 12 tengah hari Selasa lalu, kerana mempunyai urusan kerja serta bertemu rakan lamanya. “Keesokannya (Rabu), saya melihat badannya sudah lemah dan dia berehat di kerusi ruang tamu. Pada jam 2.30 petang, saya lihat dia tidak sedarkan diri,” katanya, ketika dihubungi, di sini, semalam. Lim yang panik dengan keadaan Pong segera menghubungi ambulans yang tiba 15 minit kemudian dan pasukan paramedik mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia. Sementara itu, Pegawai Penguat Kuasa Tadbir dan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman ketika dihubungi mengesahkan kenderaan yang dipandu Pong dilanggar kereta lain di persimpangan berkenaan.

Tarif elektrik naik seiring kos bahan api
Kuala Lumpur: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menjelaskan semakan tarif elektrik berkuat kuasa 1 Januari lalu dibuat mengikut semakan semula harga bahan api. Menterinya Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili (BN-Kota Marudu) berkata, ini merujuk pada harga gas domestik dari RM13.70 MMBtu kepada RM15.20 MMBtu, arang batu (AS$85 tan kepada AS$87.5 tan) dan penggunaan gas asli cecair (LNG) yang diimpot pada harga pasaran RM41.68 MMBtu. “Komponen bahan api ini menyumbang kepada kenaikan tarif 4.09 sen/kWj atau 81.96 peratus dari kenaikan tarif keseluruhan sebanyak 4.99 sen/kWj,” katanya menjawab pertanyaan lisan Datuk Othman Abdul (BN-Pendang) terhadap rasional kenaikan tarif elektrik di Dewan Rakyat, di sini, semalam. Menurutnya, sebarang perubahan harga bahan api memberi kesan signifikan kepada kos membekalkan elektrik. “Komponen lain yang terbabit dalam kenaikan tarif ialah semakan tarif asas Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebanyak 8 peratus atau 0.90 sen/kWj daripada kenaikan tarif keseluruhan,” katanya. Katanya, semakan tarif asas ini disemak setiap 4 tahun untuk memastikan pihak utiliti memperoleh pulangan munasabah agar membekalkan elektrik berkualiti dan berdaya harap.

Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia Eligibility Criteria
500,000 mohon 80,000 rumah
Kuala Lumpur: Projek Rumah Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sudah menerima 500,000 permohonan untuk fasa kedua yang memperuntukkan 80,000 unit baru pada tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) berkata, permohonan itu diterima menerusi dalam talian sejak ia dibuka pada Januari lalu. “Projek ini melalui pelbagai peringkat dan perlaksanaannya diteruskan. Pemberian rumah ini diberikan mengikut syarat ditetapkan,” katanya ketika menjawab pertanyaan bertulis Datuk Wee Jeck Seng (BN-Tanjong Piai) di Dewan Rakyat di sini, semalam. Menurutnya, permohonan PR1MA dibuka kepada mereka yang berpendapatan sederhana antara RM2,500 dan RM7,500. “Di Selangor 8,740 unit masih dalam pembinaan manakala Wilayah Persekutuan sebanyak 7,342 unit. Kami capai matlamat apabila meluluskan 80,444 unit tahun lalu,” katanya. Katanya, keputusan pemberian PR1MA dibuat secara berperingkat sehingga mencapai 80,000 unit. “Kami mengadakan rundingan dengan Kerajaan Negeri dan swasta. Ada rundingan babit tanah swasta dan ia tidak boleh dinyatakan projek secara khusus untuk mengelak terencat rundingan,” katanya. Menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) mengenai projek PR1MA diberi kepada 1MDB, Shahidan menyatakan pemberian tender itu dibuat secara terbuka dan memberi keutamaan pada tanah Kerajaan Negeri dan swasta. “PR1MA menanggung diskaun 20 peratus kepada semua perumahan dibina. Diskaun ini diberikan mengikut pelbagai kategori sama ada bujang, berkahwin dan mempunyai anak,” katanya. - Agensi

Pencuri tertinggal anak
Pekerja kedai itu menahannya dan menutup pintu kedai sebelum memukulnya. “Orang ramai di luar cuba membantu wanita itu tetapi pekerja terbabit enggan membuka pintu hingga polis tiba. Dia menyerahkan wanita berkenaan bersama-sama anaknya kepada polis,” kata seorang saksi kejadian. - Agensi

Pengantin baru bunuh suami ketika bulan madu
Kaherah: Seorang pengantin perempuan menggantung suaminya hingga mati dengan bantuan adiknya ketika mereka berbulan madu. Wanita berkenaan bertindak demikian atas alasan dia tidak mencintai lelaki itu. Dia memberitahu polis, dia dipaksa berkahwin dengan mangsa dan merancang untuk membunuhnya kerana tidak sanggup hidup bersama dengannya. Media tempatan berkata, polis menahan Bashayer, 23 dan adiknya berumur 22 tahun atas tuduhan membunuh di rumah mereka di sebuah kampung di Al-Sharqiya, wilayah timur Mesir.

90 mangsa masih hilang,banjir lumpur
Darrington: Jumlah mereka yang dilaporkan hilang selepas banjir lumpur melanda puluhan rumah berhampiran Washington turun kepada 90 orang berikutan lebih banyak mayat ditemui. Bagaimanapun, pasukan penyelamat mengakui ada mangsa yang mungkin tidak akan ditemui. Jumlah kematian dilaporkan masih kekal 24 orang termasuk lapan yang mayatnya belum ditemui selepas bencana yang melanda bandar kecil Oso, Sabtu lalu menyebabkan sebuah bukit runtuh sebelum memenuhi jalan dan menghempap kawasan perumahan berhampiran. Menurut pegawai, lebih banyak mayat ditemui namun enggan mengulas jumlahnya sehingga disahkan pemeriksa perubatan. Pengarah Pengurusan Kecemasan Daerah Snohomish John Pennington berkata, jumlah mangsa hilang kini hanya 90 berbanding 176 yang dijangka sebelum ini, namun nasib kira-kira 35 orang masih tidak diketahui kerana tidak dapat disenaraikan hilang secara rasmi. Lapan termasuk seorang bayi berusia 22 minggu dan ibunya antara yang terselamat namun cedera dan masih mendapat rawatan di hospital. - Reuters

Foto
Penduduk, sami buat rusuhan
SUKARELAWAN antarabangsa dan tempatan tiba di Yangon selepas dipindahkan dari Sittwe ekoran keganasan di ibu negeri Rakhine, semalam.
Yangon: Penduduk dan sami Buddha semalam melakukan huru-hara semalam dengan melontar batu ke arah pejabat serta kediaman pekerja bantuan kemanusiaan antarabangsa di Rakhine menyebabkan mereka terpaksa diberi perlindungan polis sebelum dipindahkan. Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang bermula di Sittwe, ibu negeri Rakhine, lewat kelmarin. Keganasan semakin buruk semalam apabila lebih 1,000 orang penganut Buddha menyertai rusuhan itu. Seorang pegawai yang enggan dinamakan berkata, sekurang-kurangnya satu bangunan dijarah dan tiga kereta dirosakkan. Penduduk Buddha di Rakhine sudah lama tidak berpuas hati dengan pekerja pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak mereka melancarkan keganasan terhadap penduduk Islam pada pertengahan 2012. Penduduk dan sami Buddha mendakwa sukarelawan itu memihak kepada masyarakat Muslim. Ketegangan di Rakhine semakin teruk menjelang bancian kebangsaan pertama dalam 30 tahun apabila penduduk Buddha Rakhine menggesa supaya etnik Rohingya tidak diiktiraf sebagai rakyat Myanmar. Penduduk Buddha mengibarkan bendera agama mereka di depan setiap bangunan rumah dan pejabat di Sittwe untuk menguatkan desakan mereka . Beberapa tunjuk perasaan diadakan sebelum ini, namun ini kali pertama organisasi sukarelawan antarabangsa menjadi sasaran. Penduduk Sittwe Tun Tha berkata, perintah berkurung dilaksanakan dari jam 6 petang hingga 6 pagi yang diumumkan pihak berkuasa menggunakan pembesar suara ekoran keganasan itu. Anggota polis dan tentera turut mengawal pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan organisasi bantuan antarabangsa. Jurucakap kerajaan Win Myaing berkata, kira-kira 300 orang mengepung bangunan Malteser International lewat petang kelmarin berikutan laporan seorang wanita menurunkan bendera agama Buddha di depan pejabat berkenaan. Katanya, polis melepaskan 40 hingga 50 tembakan amaran untuk meleraikan kumpulan itu.- AP

FotoFoto
Perjanjian catat sejarah
PEJUANG MILF melaungkan takbir tanda gembira selepas perjanjian damai antara Filipina dan MILF ditandatangan, semalam.
Manila: Kerajaan Filipina semalam menandatangani perjanjian damai dengan kumpulan pemisah terbesar negara itu, hasil rundingan selama beberapa tahun. Ia sekali gus menjadi pencapaian politik penting bagi Presiden Benigno Aquino III. Perjanjian itu memberi wilayah selatan Mindanao, kawasan yang penduduk majoritinya beragama Islam autonomi politik lebih luas bagi mengakhiri pemberontakan bersenjata. Bagaimanapun, ia tidak akan menamatkan sama sekali keganasan kerana beberapa kumpulan pemberontak lain berikrar untuk berjuang menuntut kemerdekaan penuh. Wilayah itu juga menjadi pangkalan Abu Sayyaf, rangkaian esktremis yang mempunyai hubungan antarabangsa. Aquino dan pemimpin Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) menyaksikan upacara menandatangani perjanjian itu di istana presiden di Manila. Turut hadir ialah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Malaysia menjadi orang tengah dalam rundingan berkenaan. Perjanjian damai itu adalah hasil rundingan rasmi yang bermula sejak 2001. Persetujuan gencatan senjata dikuat kuasa sejak 1997. Lebih 120,000 orang terbunuh dalam keganasan menuntut pemisahan sejak 1970-an di Mindanao, pulau utama di selatan Filipina. Ia didiami jutaan penduduk Islam tetapi Kristian menjadi agama majoriti di negara itu. Sengketa bersenjata itu turut menyebabkan Mindanao menjadi kawasan paling miskin di Filipina. Presiden sebelum ini, termasuk Corazon Aquino, ibu Aquino cuba menyelesaikan konflik itu tetapi gagal. Masih banyak yang perlu dilakukan bagi menjamin syarat perjanjian dan rangka kerja politik yang dipersetujui dilaksanakan bagi penggal perkhidmatan Aquino yang akan berakhir pada 2016. Menurut perjanjian dinamakan ‘Perjanjian Menyeluruh Bangsamoro,’ kumpulan itu bersetuju menamatkan perjuangan bersenjata dan menarik balik tuntutan untuk sebuah negara merdeka sebagai ganti kepada autonomi yang lebih meluas. Rantau autonomi Islam dengan lima wilayah sedia ada akan digantikan dengan wilayah lebih besar, Bangsamoro. “Sudah sekian lama kami mengetuai perjuangan rakyat Bangsamoro dan orang kami melalui segala bentuk kesukaran. Perjanjian ini amat penting kerana ia akan menamatkan pertempuran di Mindanao,” kata Naib Pengerusi MILf, Ghazali Jaafar. “Ia amat penting. Ia akan menjadi sejarah negara ini. Perjanjian ini akan memberi sumbangan besar kepada keamanan dan pembangunan seluruh Filipina,” kata penasihat Aquinomi, Teresita Deles.- Agensi


Beijing: Lebih dari 10 ekor harimau dibunuh dalam satu persembahan bagi menghiburkan pegawai rasmi dan peniaga kaya di China. Polis Zhanjiang merampas bangkai harimau yang baru dibunuh itu serta beberapa produk lain yang berasaskan harimau dalam serbuan baru-baru ini, lapor akhbar Nanfang Daily. Pegawai tempatan dan ahli perniagaan berjaya berkumpul bagi menyaksikan haiwan itu dibunuh sebagai simbolik status sosial mereka. Rakaman video perbuatan tidak berperikemanusiaan itu yang dimuat naik dua tahun lalu menunjukkan, mulut harimau yang dikurung dalam kandang besi itu dirodok dengan rod elektrik selama lebih 10 saat sehingga mati. Seorang penyembelih berpengalaman dibayar untuk melapah daging haiwan berkenaan bagi mendapatkan bahagian penting. Tulang harimau biasanya dijual pada harga 14,000 yuan (RM7,421) sekilo manakala daging pula mencecah RM530 sekilo. Menurut polis, penyembelih berkenaan yang mati selepas terjun kerana mahu melarikan diri ketika serbuan itu sudah membunuh lebih dari 10 ekor binatang. “Harimau itu mungkin disuntik pelali sewaktu di bawa ke sini, tetapi pembeli akan memeriksa dan memastikan harimau itu hidup sebelum dibunuh,” kata sumber yang tidak didedahkan identitinya, semalam. - Agensi

Pemburu haram ditembak mati
Assam: Dua pemburu haram di India dibunuh selepas menyebabkan kematian seekor badak sumbu dari spesis terancam secara kejam di pusat lindungan hidupan liar di sini. Badak itu ditemui mati dengan sumbunya dirobek dan bangkainya dibuang dari pusat lindungan hidupan liar Pobitora. Pegawai perhutanan kemudiannya menembak mati kedua-dua pemburu haram itu selepas kejadian tembak menembak di lokasi pembunuhan haiwan berkenaan. Lapan pemburu haram dikatakan memasuki pusat itu untuk memburu badak kelmarin. Pengawal keselamatan terdengar bunyi tembakan kira-kira jam 1 pagi dan tiba di tempat kejadian untuk menahan pemburu itu. Haiwan itu tidak berjaya diselamatkan. Pusat lindungan itu menempatkan 93 daripada 3,000 ekor badak sumbu liar India yang menjadikan kawasan itu habitatnya. - AP

Foto
Resit McDonald’s jadi tatu
TATU resit pada lengan Ytterdahl.
Oslo: Seorang remaja 18 tahun dari Norway melakukan sesuatu yang dianggap pelik apabila mentatu resit kedai makanan segera McDonald’s pada lengan kanannya. Stian Ytterdahl yang berasal dari Lorenskog berkata rakannya mahu menghukumnya kerana dikatakan terlalu “aktif dengan perempuan”. Tujuan sebenar tindakannya itu belum diketahui tetapi kawannya memberi dia dua pilihan sama ada mentatu gambar Barbie pada punggungnya atau tatu resit McDonald’s pada lengannya. Kedai Tatu Sabelink di Lillestrom melukis tatu berkenaan kelmarin. “Kini saya seperti papan tanda bergerak tetapi ia hanya untuk seronok-seronok. Mungkin ia akan jadi tidak seronok selepas saya berusia 50 atau 60 nanti. Namun ia pilihan saya,” kata Stian. Tatu itu yang hampir memenuhi keseluruhan lengannya menunjukkan senarai makanan yang dibeli di McDonald’s. Jurucakap McDonald’s Norway berkata Stian memang pelanggan yang “setia”.

Foto
Tikus gergasi dalam rumah
TIKUS gergasi yang ditangkap di rumah keluarga Bengtsson-Korsås.
Stockholm: Satu keluarga di Sweden terkejut besar apabila mendapati tikus yang selama ini berkeliaran di rumah mereka bersaiz gergasi. Keluarga Bengtsson-KorsÃ¥s mula mengesan sesuatu yang pelik apabila kucing peliharaan mereka, Enok enggan masuk ke dapur kediaman mereka di Solna, Stockholm. Kejutan berlaku selepas mereka melihat sendiri tikus yang membuatkan kucing mereka ketakutan itu berukuran 38 sentimeter. Tikus itu berjaya masuk ke dalam rumah berkenaan melalui lubang yang dibuat di celahan panel kayu dan konkrit. Sebelum ini, tikus itu tidak pernah kelihatan sehinggalah keluarga itu mengalihkan tong sampah di dapur rumah mereka. “Saya ketakutan. Ia sangat besar sehingga saya tidak dapat mengenal pasti apakah benda itu sebenarnya dan sebaik melihatnya, saya terus melompat ke atas meja,” kata Signe Bengtsson-KorsÃ¥s Tikus gergasi itu selesa “menetap” di sebalik sinki dan turut menyebabkan salurannya bocor kerana digigit haiwan berkenaan. Usaha keluarga itu untuk menghalaunya tidak berhasil sebaliknya tikus gergasi itu berani menunjukkan dirinya dan berkeliaran di dapur. Khidmat kawalan makhluk perosak dipanggil bagi memasang jerat yang digunakan industri untuk menangkap tikus berkenaan dan tidak lama selepas itu satu dari jerat itu mengena. Bagaimanapun, apabila diperiksa, jerat itu hilang. Jerat yang dipasang tidak mampu menghalang pergerakan tikus gergasi itu. “Haiwan itu tidak mati terkena jerat sebaliknya melarikan diri bersama jerat itu. Ia kemudiannya masuk di celah kayu dan tersekat di situ sebelum mati tercekik,” katanya.- Agensi


Matlamat Wawasan 2020 Mungkin Tak Tercapai
CHERAS – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa sedih dengan tragedi MH370 yang penerbangannya dilaporkan berakhir di selatan Lautan Hindi. Menurutnya, berita tersebut bukan sahaja akan memberikan kesan mendalam kepada keluarga mangsa, malah turut akan memberikan kesan kepada negara. “Berita ini sedikit sebanyak akan memberikan pandangan yang tidak baik kepada Malaysia. “Kepada keluarga mangsa, banyakkan bersabar dan saya turut berkongsi kesedihan ini,” katanya semasa menyampaikan ucapan penutup pada Seminar Perdana Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini, semalam. Beliau turut memberi bayangan misi Malaysia menjadi negara maju seperti yang terkandung dalam matlamat Wawasan 2020 tidak akan dapat dicapai. Menurutnya, tumpuan kerajaan yang hanya menumpukan kepada pendapatan per kapita negara, menghalang matlamat utama itu dalam tempoh enam tahun akan datang. “Negara maju mempunyai banyak tafsiran, tetapi jika hanya menumpukan kepada pendapatan kepada negara semata-mata, maka matlamat sebenar negara maju itu gagal. “Untuk menjadi negara maju, kerajaan tidak boleh mengejar kepada (pencapaian) negara berpendapatan tinggi sahaja, tetapi juga perlu canggih dalam aspek lain, seperti masyarakat mempunyai taraf pendidikan yang baik, pelabur yang sanggup meneroka bidang baharu di dalam negara dan hasil penyelidikan yang bagus,” katanya. Beliau memberi contoh Arab Saudi yang merupakan negara paling maju dari segi pendapatan negara, namun tidak mampu mengeluarkan produk sendiri. “Kita tidak mahu menjadi seperti Arab Saudi yang mempunyai pendapatan tinggi namun senjata, pesawat dan sebagainya terpaksa dibeli daripada luar. “Kita perlu tunjukkan kita ke hadapan bukan sahaja dari segi pendapatan negara, tetapi juga dalam semua lapangan,” katanya. – Sinar Harian Online


Buruh Rogol Anak Tiri Di Terengganu
KUALA TERENGGANU – Perbuatan jijik seorang buruh yang tergamak menjadikan anak tirinya sebagai tempat melampiaskan nafsu, menerima balasan apabila dia dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan 16 sebatan oleh mahkamah sesyen, di sini, semalam. Tertuduh dijatuhi hukuman itu selepas mengaku salah atas empat pertuduhan melakukan sumbang mahram iaitu merogol mangsa sebanyak empat kali di lokasi dan tarikh berasingan. Tertuduh mengaku salah bagi pertuduhan keempat merogol mangsa di kawasan ladang kelapa sawit, Kampung Padang Tapong, Jerteh, Besut, kira-kira jam 12 tengah hari, pada 21 Ogos 2013, yang ketika itu mangsa sudah berusia 18 tahun. Dengan itu, dia mengaku salah atas keempat-empat pertuduhan di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram. Berdasarkan fakta kes, pada Ogos 2007, kira-kira jam 10 malam hingga 11 malam, semasa tertuduh membawa pulang mangsa dari kelas malam dengan menaiki motosikal, dia telah memberhentikan motosikalnya di kawasan ladang getah sebelum bertindak merogol mangsa di situ sebanyak sekali. Keesokannya, mangsa menceritakan kejadian berkenaan kepada ibunya dan terkejut mendengar berita tersebut, ibu mangsa bertindak memarahi suaminya, namun tertuduh telah memukul isterinya serta mangsa. Pada pertengahan Mei 2011, kira-kira jam 7.30 pagi semasa ibu mangsa keluar bekerja menoreh getah, tertuduh sekali lagi merogol mangsa di ruang tamu rumah mereka. Sejurus ibunya pulang, mangsa menceritakan perbuatan jijik bapa tirinya itu, namun selepas mendapat tahu perbuatannya disebarkan kepada isterinya, tertuduh sekali lagi memukul mangsa dan isterinya itu. Pada pertengahan Mac 2012, jam 10 pagi, akur dengan arahan bapa tirinya itu yang menyuruh dia mengikutnya ke pekan Jerteh dengan menaiki motosikal, mangsa sekali lagi menjadi pemuas nafsu tertuduh. Tertuduh memberhentikan motosikalnya di kawasan hutan dan di situ dia sekali lagi merogol mangsa. Seterusnya, pada 21 Ogos 2013, semasa ibu mangsa berada di Hospital Besut kerana melahirkan anak bongsu, mangsa diajak tertuduh ke ladang kelapa sawit dan disebabkan takut dengan bapa tirinya itu, mangsa akur sebelum dirogol di situ. Bagaimanapun, pada 3 September 2013, disebabkan tidak tahan lagi diperlakukan sedemikian, mangsa nekad menceritakan kejadian itu kepada rakan sekelasnya yang kemudiannya telah memaklumkan kepada guru kaunseling sekolah mereka. Keesokannya, setelah dirujuk kepada wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah Besut, mangsa dibawa ke Balai Polis Kampung Raja untuk membuat laporan, sebelum tertuduh ditangkap di hadapan rumahnya hari sama laporan dibuat, iaitu kira-kira jam 8 malam. – Sinar Harian Online


Dipaksa Potong Rambut Ikut Kim Jong Un
Pyongyang – Sanggupkan anda berambut seperti pemimpin Korea Selatan, Kim Jong Un? Jika anda berada di negara itu, anda tiada pilihan kecuali memotong rambut sepertinya. Ini kerana, Jong Un telah mengeluarkan arahan kepada 12 juta lelaki di negara itu memotong rambut sepertinya. Garis panduan fesyen rambut Jong Un itu dikeluarkan dua minggu lepas. Potongan rambutnya ringkas, pendek dan dikikis di bahagian telinga. Menurut media tempatan, rambut berkenaan lebih sinonim dengan penyeludup dari China, berbanding fesyen bagi seorang pemimpin negara. “Ia tidak semestinya sesuai dengan semua orang kerana setiap orang mempunyai muka dan kepala yang berbeza bentuknya,’’ satu sumber memberita Radio Free Asia. Peraturan baru itu membolehkan kaum lelaki memilih 10 fesyen berbeza manakala kaum wanita pula mempunyai 18 potongan untuk dipilih. Pada 2005, stesen TV di Korea Utara telah melancarkan rancangan mempromosikan rambut pendek bagi kaum lelaki di negara itu. Stesen televisyen itu juga telah memasang kamera tersembunyi bagi merakamkan mereka yang tidak mematuhi peraturan memotong rambut.


Ikan Lumba-Lumba Jadi Perisik Tentera
Kiev – Ukraine mempunyai kaedah tersendiri dalam misi intipannya iaitu menggunakan ikan lumba-lumba. Bagaimanapun ikan tersebut akan dipindahkan ke bawah kawalan tentera laut Rusia. Ikan lumba-lumba sebagai pengintip digunakan Ukraine sejak era 70-an, selepas kejatuhan Soviet Union. Ikan berkenaan dilatih untuk mengesan bom, kapal yang dijadikan tebusan dan musuh yang menyelam dalam laut dengan membawa pisau khas dan pistol. Ia menjadi aset tentera laut Crimea dan kini akan dipindahkan di bawah pemerintahan Rusia. Saintis percaya Rusia akan mengeluarkan dana untuk membiayai program baru untuk ikan lumba-lumba berkenaan. Meskipun ikan lumba-lumba ini menunjukkan kepintaran luar biasa, namun ada kalanya ia tidak mengikut perintah yang dikeluarkan komander tentera. Tahun lepas, tiga daripada lima ikan lumba-lumba perisik ini tidak kelihatan di Laut Hitam. Ikan lumba jantan itu dipercayai menghilangkan diri selepas menemui ikan lumba betina, dan hanya pulang ke kemnya tidak lama selepas itu.


Hotel Di KL Di Ranking Kelima Termurah
PETALING JAYA – Kuala Lumpur mempunyai bilik-bilik hotel kelas pertama dengan harga paling berpatutan di dunia (4 atau 4.5 bintang), menurut satu kajian pelancongan antarabangsa. Menurut Tripindex Room Servive TripAdvisor 2014, ibu negeri Malaysia berada di kedudukan kelima daripada 48 negara, dari segi gabungan harga perkhidmatan bilik dan kadar bilik (RM437.85). Dari segi kadar bilik, hotel di Kuala Lumpur menduduki tempat keenam termurah di seluruh dunia dengan harga kira-kira RM334.58. Dari segi barangan berkaitan perkhidmatan bilik, hotel di Kuala Lumpur KL terkeluar daripada sepuluh destinasi berpatutan, dengan harga sekitar RM103.27. Barang-barang perkhidmatan bilik yang telah disenaraikan dalam ‘sebuah bakul barangan’ ialah: club sandwich (RM35.01), sebotol air (RM11.21), setin Coca- Cola (RM10.18), sebotol mini vodka (RM18.93), sebungkus kacang tanah (RM9.54) dan sehelai baju yang dibersihkan dengan ‘dry-clean’ (RM18.40). Hotel kelas pertama di Jakarta telah disenaraikan sebagai mempunyai kadar gabungan termurah iaitu RM390.92, manakala hotel di bandaraya New York adalah yang paling mahal dengan harga RM1,421.90. Dari segi barangan perkhidmatan bilik, hotel di Tunis, Tunisia, adalah yang paling murah dengan bakul barangan berharga RM60.65. Barang-barang yang sama di hotel-hotel di Helsinki menelan kos RM293.07. Singapura menyaksikan barangan perkhidmatan bilik yang berharga RM205.35, dengan kadar gabungan RM875.54, dua kali ganda berbanding harga hotel Malaysia. - mStar Online


Shila Dihentam Peminat China Kerana MH370
Tidak dinafikan misteri kehilangan pesawat MH370 memberi kesan bukan sahaja kepada rakyat Malaysia malah masyarakat di seluruh dunia. Namun, warga China yang dilihat lebih terkesan dengan insiden ini apabila melibatkan sejumlah besar penumpang pesawat malang itu yang berasal dari sana. Kita pun sudah tahu banyak daripada rakyatnya terang-terangan menghentam kerajaan Malaysia berhubung perkara tersebut. Namun, tidak disangka-sangka penyanyi berbakat besar kelahiran Malaysia yang semakin mencipta nama di sana iaitu Shila Amzah turut terkena tempias apabila peminat-peminatnya turut mengaitkannya dengan tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines itu. Shila sampaikan terpaksa memuat naik status di laman sosialnya berbunyi, “MH370 is not my fault… Really sorry… please…”. Tiada siapa pun yang mahukan perkara sebegini berlaku, MH370 bukan salah Shila, bukan salah MAS dan bukan juga salah kerajaan Malaysia!


Lelaki Bawa Bom Babi Diberkas
Sandakan – Seorang lelaki diberkas polis selepas menemui dua butir bom babi dan beberapa senjata tajam yang disembunyikan di dalam beg pinggang suspek di Bandar Indah, di sini, kira-kira jam 11.30 malam tadi. Suspek berusia 27 tahun ditahan polis peronda ketika sedang menunggang basikal seorang diri dalam keadaan mencurigakan. Difahamkan, bahan letupan itu digunakan untuk membunuh babi dan bom berkenaan juga boleh meletup jika dipijak atau dipecahkan. – myMetro Online


Pakar Matematik Yang Mencongak Lokasi Air France Bersedia Cari MH370
RESTON – Ahli pintar Matematik yang telah membuat congakan mengenai lokasi terakhir pesawat Air France di Atlantik bersedia untuk berbuat demikian sekali lagi bagi pesawat MH370 yang hilang. Setakat ini, belum ada satu pun yang bertanya dengan Metron, sebuah firma perundingan saintifik untuk menyertai carian Boeing 777 tetapi itu tidak bermakna firma itu tidak mula bertindak dengan menggunakan beberapa data semasa dalam domain awam. “Kami cuba membantu membuat perkiraan dengan semua data yang boleh didapati secara umum supaya kita boleh mula melakukan penilaian bebas,” kata Ketua Bahagian Aplikasi Matematik Lanjutan Metron, Van Gurley kepada AFP, Rabu. Sekirannya penilaian yang dibuat dapat dikembangkan, “kami akan memberikannya kepada sesiapa sahaja yang berminat,” tambah Gurley di ibu pejabat Metron di Reston, Virginia, sebuah pinggir bandar Washington. Ditubuhkan pada tahun 1982, dengan 170 kakitangan yang termasuk pakar-pakar dalam matematik, Metron menjalankan analisis matematik yang khusus untuk aplikasi keselamatan negara Amerika Syarikat, seperti sistem sonar. Tetapi ia juga telah membangunkan protokol mencari dan menyelamat untuk digunakan Pengawal Pantai AS berdasarkan teorem, yang dibangunkan ahli perangkaan Inggeris, ahli falsafah dan menteri Presbyterian Thomas Bayes pada awal abad ke-18. “Ia adalah satu kaedah berstruktur yang memaksa anda untuk melihat semua maklumat yang ada tentang masalah dan kemudian, faktor keyakinan, berapa banyak keyakinan dalam mana-mana bahagian maklumat,” kata Gurley. Tiada sedikit pun data tunggal yang pernah dibuang, tetapi jika sebaik sahaja maklumat disahkan dari masa ke masa, apabila satu titik dalam imej satelit ternyata menjadi serpihan tulen, kebarangkalian bahawa item sasaran berkembang adalah di mana lokasi telah diberikan. Dalam kes penerbangan Air France 447 yang terhempas di Atlantik pada tahun 2009 dengan 228 orang di atas kapal, sasaran diberikan terhadap perakam data penerbangan di bahagian bawah lautan. Agensi Keselamatan Penerbangan Perancis BEA beralih kepada Metron bagi memikirkan tempat yang paling mungkin kotak hitam berada dan ia ternyata berjaya apabila ia ditemui semula pada Mei 2011. Bagaimanapun, dalam kes itu, serpihan terapung dari Airbus A330 telah dikesan dalam tempoh seminggu dan kawasan carian ini terhad kepada diameter bulatan kira-kira 80 batu (130 kilometer) , kata Gurley. Ia berbeza berbanding kawasan terpencil di Lautan Hindi di mana berkuasa Malaysia berkata ’122 objek yang berpotensi’ telah ditemui oleh satelit di baru-baru ini, dengan tiada satu pun serpihan disahkan daripada MH370 yang hilang. “Semua orang mahu tahu di mana ia berada dan jawapannya ialah: kita tidak tahu,” kata Gurly yang duduk dekat dengan komputer yang menunjukkan dengan jelas keseluruhan Lautan Hindi. Ditanya apakah sesuatu yang mungkin untuk mencari pesawat yang hilang tanpa mengetahui punca kehilangan, Gurley berkata cara teknikal untuk misi mencari telah ada, tetapi ia nampak sukar. “Teknologi telah ada untuk mencari di bawah lautan di bahagian-bahagian dunia dan teruskan mencari,” kata beliau. “Tetapi ia satu tugas yang amat mencabar dan saya fikir ia benar-benar bergantung kepada masa.” – AFP


Kali Ini Daily Mail Pula Buat Laporan Biadap
SELEPAS CNN dikritik dan dikecam rakyat Malaysia yang menuduh kita gagal dalam menguruskan krisis berkaitan syarikat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kini Daily Mail dari United Kingdom pula dilihat sengaja mencetuskan kontroversi dalam kalangan rakyat Malaysia. Di laman webnya, satu laporan bertarikh semalam mendakwa Raja Permaisuri Agung Tuanku Hajah Haminah dilihat seperti tidak mempedulikan keadaan keluarga penumpang yang sedang bersedih tetapi bermain golf dengan wajah ceria. Ia jelas satu dakwaan berniat jahat menjejaskan imej Malaysia kerana baginda bukannya bermain golf atas dasar peribadi sebaliknya menyertai satu acara pro-am semalam sebelum berlangsungnya Kejohanan Golf Piala EurAsia yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur. Tuanku Hajah Haminah dirakamkan gambarnya tertawa dengan ceria dan disiarkan di laman web Daily Mail dengan tajuk yang begitu tebal bermaksud provokasi media yang melampau. Gambar berkenaan cuma satu gambar sahaja yang dirakamkan baginda sedang tertawa ketika bersama-sama pemain golf antarabangsa yang turut sama menghadiri program itu.
 
Acara itu berlangsung di Kelab Golf Glenmarie.
Menurut laporan itu, gambar itu dirakamkan ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) dari pelbagai negara sedang berada di selatan Lautan Hindi bagi mencari pesawat MH370 yang telah diumumkan kerajaan Malaysia berakhir di situ. Semalam, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin mengumumkan penerimaan petunjuk baru berupa imej satelit diterima Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) dari Airbus Defence And Space di Perancis. Dakwaan Daily Mail ini jelas melampau kerana ia mencemuh sistem beraja berperlembagaan di Malaysia padahal Tuanku Hajah Haminah hanya menyertainya pastinya atas dasar jemputan rasmi. Pihak kerajaan perlu melakukan sesuatu atas keceluparan dan kelancangan media antarabangsa yang semakin dilihat menjadi-jadi mengkritik kerajaan dan juga sistem beraja biarpun mereka dibenarkan berada di sini untuk membuat liputan mencari MH370 sahaja. Jika pihak kedutaaan Malaysia perlu memanggil editor Daily Mail untuk menjelaskan perkara berkenaan, eloklah dilakukan sebagai peringatan kepada media antarbangsa untuk tidak sewenang-wenangnya menulis laporan berita mencemuh Malaysia di saat kita sedang bertarung kesedihan menanggung kehilangan orang tersayang.

 
 
 

HTC One “M8″ Peranti Terunggul Keluaran HTC
Buat pengetahuan anda, telefon pintar pertama yang menggunakan sistem operasi android secara komersial ialah Dream HTC, dikeluarkan pada 22 Oktober 2008. Walaupun menjadi pendahulu kepada syarikat-syarikat telefon lain yang menggunakan sistem operasi yang sama, ia mungkin dibayangi oleh syarikat gergasi lain seperti Apple Iphone dan Samsung Galaxy yang telah menenggelamkan kebanyakan syarikat telefon pintar yang lain daripada segi jualan di pasaran. Apa yang bagusnya ialah HTC tidak mengalah! Baru-baru ini, HTC telah melancarkan model terbaru telefon Android mereka iaitu HTC One (M8) di New York yang turut disiarkan secara langsung menerusi dalam talian untuk tontonan seluruh dunia. Ia mungkin di antara telefon pintar yang terbaik di kalangan telefon pintar yang lain. Telefon Android tersebut akan menjadi telefon utama mereka dan merupakan model susulan HTC One (M7) sebelum ini yang berjaya merangkul beberapa anugerah sebelum ini. Peranti terbabit akan dipasarkan di pasaran dunia dalam beberapa minggu lagi. Perisian yang ada telah dikemaskini dengan beberapa ciri-ciri tambahan terbaharu. HTC One kini mempunyai reka bentuk logam seperti tahun lepas, tetapi ia lebih kukuh dan selesa berbanding peranti sebelum ini. Di bahagian sisi model ini terdapat lengkungan yang seakan produk Ipad Apple yang terbaru untuk membolehkan gengaman menjadi lebih selesa. Model terbaru ini dilengkapi dengan versi HTC Sense terbaru Sense 6 selain mempunyai ciri Smart Sensor Hub yang membuatkan telefon berkenaan seakan-akan mempunyai deria keenam. Contohnya anda boleh melakukan beberapa arahan tanpa memerlukan anda menyalakan skrinnya. Dengan melakukan beberapa contengan corak tertentu pada skrin akan ‘membangunkan’ telefon. Mengangkat telefon ke telinga sewaktu ianya menerima panggilan secara automatik akan menjawab panggilan tersebut. Melakukan dua kali ketukan pada skrin juga dapat menyalakan dan memadamkan skrin telefon. Terdapat juga aksesori HTC Dot View Case yang merupakan pelindung skrin dan badan telefon dwi fungsi yang dapat memaparkan informasi seperti waktu, notifikasi, cuaca dan sebagainya dalam bentuk paparan LED Dot matrix padanya. Telefon ini turut dilengkapi dengan spesifikasi terkini seperti dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 801 berkelajuan 2.3 GHz (empat teras) CPU Krait yang dilengkapi sepenuhnya dengan sokongan rangkaian 4G LTE malah ianya turut dilengkapi dengan terbaru Android iaitu Android 4.4, KitKat. Untuk maklumat lanjut mengenai telefon ini anda boleh ke laman sesawang HTC. Sumber: www.htc.com


Kedutaan Amerika Luah Sokongan Operasi SAR
KEDUTAAN Besar Amerika Syarikat di Malaysia hari ini menyuarkan komitmen dan sokongan negara Uncle Sam itu menerusi twitter yang benar-benar menyentuh hati rakyat Malaysia yang suram ekoran kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. Dalam satu tweet dari akaun twitter rasmi mereka @usembassykl mereka berkata operasi mencari MH370 terus berjalan dan mereka tetap bersama Malaysia. “Misi pencarian diteruskan, Kami bersamamu Malaysia #MH370, @US7thFleet @PacificCommand,” katanya menerusi twitter dengan turut memaklumkan pasukan mencari dan menyelamat dari Amerika. Tweet berkenaan disertakan dengan gambar lencana khas Tentera Amerika Syarikat yang khusus untuk misi mencari MH370 dengan logo MAS turut terpapar di lencana lengan berkenaan. Amerika Syarikat merupakan sebahagian daripada negara yang menyertai misi mencari pesawat berkenaan di koridor selatan dengan menggunakan pesawat P-8 Poseidon milik mereka di selatan Lautan Hindi. Pesawat MH370 dilaporkan hilang dari imbasan radar pada 8 Mac lepas ketika dalam penerbangan ke Beijing. Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam berkenaan. Menerusi data satelit yang dianalisis pasukan penyiasat akhirnya dapat disimpulkan pesawat berkenaan mengakhiri penerbangan itu di selatan Lautan Hindi jauh dari laluan asal penerbangan mereka.


Tuduhan Media Asing Tak Tepat – Menteri
TUDUHAN media antarabangsa yang Malaysia menyalurkan maklumat tidak tepat berkaitan insiden kehilangan pesawat MH370 adalah tidak benar, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Sebaliknya, beliau berkata pembabitan 26 buah negara dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat itu membuktikan negara lain percaya dengan maklumat dan cara Malaysia mengendalikan kejadian itu, menurut laporan laman web Astro Awani. “Apabila insiden MH370 berlaku mungkin ada orang mencari alasan dan cuba mencari pihak untuk dipersalahkan, dalam hal ini tumpuan mereka pada Malaysia dan syarikat penerbangan kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013. Majlis itu adalah majlis peringkat Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di Kompleks Angkasapuri di Kuala Lumpur, hari ini. Turut hadir Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Yong Soo Heong dan wakil jabatan serta agensi di bawah KKMM. Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita tentang laporan media asing yang cuba menyalahkan kerajaan berhubung penyaluran maklumat berhubung tragedi MH370 dan golongan selebriti Cina yang mengancam untuk memboikot produk komersial dan pelancongan Malaysia ekoran insiden itu. Ahmad Shabery berkata perbezaan sistem komunikasi dan ketelusan sesebuah kerajaan dalam menyalurkan maklumat di negara terbabit mungkin menyebabkan timbulnya tuduhan menyalahkan kerajaan Malaysia dalam insiden itu. “Misalnya dalam negara kita apa saja yang ditanya kita buat (jawab) secara terbuka dan ia tersebar di laman sosial seperti Facebook dan Twitter, ini berbeza dengan negara berkenaan yang tiada sistem sama seperti kita. “Jadi sudah tentu timbul tanggapan bahawa ada konspirasi kita (kerajaan) menyembunyikan fakta, dalam konteks ini masih ada lagi yang percayakan teori tidak berasas yang digembar-gemburkan sama ada oleh media asing ataupun orang dalam negara kita,” katanya. Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu, hilang daripada skrin radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam 8 Mac. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Berdasarkan kepada analisis menggunakan data satelit yang dijalankan oleh syarikat pengendali satelit Inmarsat dan Air Accident Investigation Branch di UK, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan bahawa penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Dalam pada itu, Ahmad Shabery memuji Jabatan Penerangan Malaysia yang mengendalikan pusat media dan sidang akhbar dengan teratur sejak hari pertama insiden kehilangan pesawat MH370. “Saya akan melihat kembali apakah ‘template’ yang kita gunakan dan bagaimana ia boleh disesuaikan dengan tuntutan semasa. “Ini menuntut satu kreativiti, inovasi dan formula baharu iaitu bekerja sebagai satu pasukan dan bagaimana formula ini akan menjadi SOP untuk setiap permasalahan baharu yang timbul yang tidak pernah kita terfikir sebelum ini,” katanya. Mengulas tentang majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 peringkat KKMM Ahmad Shabery berharap semua kakitangan di setiap peringkat bekerjasama dan terus menunjukkan prestasi cemerlang dalam setiap tugas yang dilaksanakan. Pada majlis itu, 762 kakitangan pelbagai peringkat di jabatan dan agensi di bawah KKMM termasuk 29 kakitangan Bernama turut menerima sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 berikutan dedikasi dan kesungguhan dalam menjalankan tugas sepanjang tahun lalu. – Astro Awani


Media China: Pelancongan China-Malaysia Terjejas
BEIJING – Syarikat pengendali pelancongan utama China menamatkan kerjasama dan membatalkan tempahan dengan Malaysia Airlines (MAS) manakala syarikat lain menyaksikan penurunan tempahan berikutan timbul kebimbangan selepas kehilangan pesawat MH370, lapor media tempatan hari ini. China Youth Travel Service berkata, pihaknya akan membatalkan semua tempahan dengan MAS dan menukar butiran tempahan termasuk menggunakan khidmat syarikat penerbangan lain. “Selepas mengambil kira nahas yang membabitkan MAS baru-baru ini dan pelancong China bimbang terhadap rekod keselamatan syarikat itu, kami terpaksa menunaikan tanggungjawab bagi memastikan keselamatan rakyat kami,” kata kenyataan syarikat pelancongan itu. – AFP


Syamsul, Puteri Sarah Bersanding 18 April Ini
Di sebalik pelbagai cerita kurang menarik yang melanda pasangan ini, namun pada tanggal 8 Mac lalu telah termeterai janji di antara dua jiwa apabila pelakon dan pengarah popular, Syamsul Yusof sah bergelar suami kepada Puteri Sarah Liyana. Seperti pasangan baru berkahwin yang lain, mereka juga tidak terlepas daripada menikmati bulan madu romantis di Pulau Pinang. Menurut ibu Syamsul, Datin Patimah Ismail, pasangan ini juga bakal mengadakan majlis resepsi pada 18 April depan di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur, dengan anggaran 1000 tetamu yang bakal memeriahkan majlis meraikan pasangan tersebut. “Alhamdulillah, setakat ini persiapan berjalan dengan lancar. Malah Syamsul juga sudah sembuh daripada penyakit demam denggi dan mereka pun sudah berbulan madu ke Pulau Pinang. “Pada 18 April nanti, majlis persandingan akan dihadiri seramai 1,000 orang tetamu manakala pada 20 April, kami turut mengadakan majlis dir umah bersama keluarga yang dianggarkan seramai 1,000 orang tetamu juga,” katanya memetik kenyataan mStar. Pasangan ini akan bersanding sekali dengan adik Syamsul, Syafiq yang akan bernikah dengan tunangnya, Aiesyah Zainal pada 5 April depan.


LHDN Seru Pembayar Cukai Guna E-Filing
KUALA LUMPUR Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengingatkan orang ramai bahawa penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2013 (BNCP 2013) secara e-Filing boleh dilakukan mulai 1 Mac lalu. LHDN dalam satu kenyataan media memberitahu, perkhidmatan `online’ itu boleh diakses melalui alamat https://e.hasil.gov.my atau www.hasil.gov.my . “Sehubungan itu, LHDN menyeru semua pembayar cukai supaya menghantar segera BNCP 2013 mereka melalui e-Filing dan tidak menunggu saat-saat akhir bagi mengelakkan kesesakan talian. “Baki cukai pendapatan yang perlu dibayar pula hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada tarikh akhir penghantaran BNCP berkenaan bagi mengelakkan sebarang penalti lewat bayar cukai dikenakan,” kata kenyataan itu hari ini. LHDN turut meninggatkan pembayar cukai yang mempunyai cukai terlebih bayar supaya memastikan maklumat akaun bank yang lengkap dan tepat diisi dalam BNCP agar pemprosesan bayaran balik cukai terlebih bayar tersebut dapat dilakukan dengan cekap dan segera. Kenyataan itu meminta semua pembayar cukai agar mengisi maklumat yang tepat dan mengisytiharkan cukai pendapatan secara betul dengan setiap dokumen sokongan berkaitan pelepasan dan perbelanjaan yang dituntut disimpan selama tujuh tahun bagi tujuan audit. “LHDN akan menjalankan tindakan penguatkuasaan seperti audit dan penyiasatan mengikut peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967. Tindakan tersebut akan diambil sekiranya LHDN mendapati terdapat sebarang keraguan atas maklumat dan amaun cukai pendapatan yang diistiharkan oleh pembayar cukai,” kata kenyataan itu. Sebarang pertanyaan berkaitan dengan hal ehwal percukaian boleh menghubungi talian 1-800-88-5436 atau dimenggunakan Borang Maklum Balas Pelanggan di http://maklumbalas.hasil.gov.my/.


MH370: Polis Janji Siasat Secara Menyeluruh
PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melakukan siasatan menyeluruh bagi mengetahui misteri kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, pihaknya berjanji untuk tidak mengambil mudah dalam siasatan itu bagi mendapatkan maklumat terperinci. “Polis sedang melakukan segalanya untuk mendapatkan kebenaran apakah yang sebenarnya berlaku terhadap pesawat berkenaan. “Malah, kami tidak menolak apa sahaja petunjuk yang ada dalam siasatan itu,” katanya ketika dihubungi pada Khamis. Tambahnya, bagaimanapun, khabar angin dan penyebaran maklumat palsu boleh mengalih perhatian pihak berkuasa ketika menjalankan siasatan. “Saya menyeru orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai kes ini. “Maklumat akan didedahkan pada masa yang sesuai kerana kami tidak mahu menjejaskan siasatan yang sedang dilakukan,” katanya. Khalid memberitahu, polis setakat ini telah merekodkan kenyataan daripada 125 individu termasuk keluarga anak kapal serta kakitangan Jabatan Penerbangan Awam (DCA). - mStar Online



VIDEO: Pelajar China Tertekan, Bunuh Diri
SUASANA dalam kelas yang dirakamkan menerusi kamera pengawasan ini pada mulanya kelihatan normal sehinggalah seorang pelajar lelaki bertindak membunuh diri dengan terjun dari tingkap bangunan itu. Xiao Zhen yang merupakan pelajar sekolah tinggi dipercayai bertindak demikian selepas tertekan dengan peperiksaan untuk memasuki kolej. Tindakannya mengejutkan rakan-rakan sekelas yang kemudiannya menjerit kerana tidak percaya dengan apa yang telah mereka lihat. Ia sekaligus mencetuskan suasana huru-hara dalam kelas tersebut sebelum guru mereka memberikan arahan dan keluar dari kelas.



VIDEO: Ritual Baru Raja Bomoh ‘Seru’ Mayat Timbul
SEBELUM ini, beberapa aksi ritual yang dilakukan oleh Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin bagi ‘mengesan’ pesawat MH370 dikritik ramai kerana bertentangan dengan ajaran Islam. Namun, ternyata kritikan yang diterima tidak melunturkan semangat bomoh ini untuk terus ‘berusaha’. Terbaru, dia dan pengikutnya mengadakan satu lagi ritual baru di Pulau Sembilan yang bertujuan untuk menyeru mayat untuk timbul. Antara aksi mereka termasuklah meneropong dan menarik ‘sesuatu’ menggunakan objek berbentuk tongkat. Apa yang kurang enaknya, salah seorang pengikutnya turut melaungkan azan sewaktu ritual tersebut. Apa pun, diharap media asing tidak sewenang-wenangnya mencipta cerita baru dengan menganggap perbuatan Raja Bomoh itu sebagai salah satu amalan dalam Islam.

 

VIDEO: Bos MAS Teruk Kena Marah Dengan Keluarga Penumpang MH370 Di Malaysia
SATU taklimat untuk ahli keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya yang diadakan di Hotel Everly, Putrajaya tegang dan panas dengan provokasi dari ahli keluarga tertentu. Sesi berkenaan diadakan selepas pengumuman penting Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memaklumkan bahawa pesawat berkenaan telah mengakhiri penerbangannya di Lautan Hindi hasil analisis data satelit Inmarsat. Program itu diadakan dalam keadaan tertutup dan wartawan dilarang menghadirinya dan membuat liputan. Video rakaman peribadi daripada seorang ahli keluarga dimuatnaik di Laman YouTube pada semalam. Seorang wanita dilihat paling banyak bersuara dan butiran percakapannya tidak jelas tetapi dia banyak bertanyakan soalan provokasi dan mengajak para ahli keluarga lain mengkritik Ahmad Jauhari yang terus tenang menjawab soalan mereka. Kedengaran juga permintaan dari sesetengah ahli keluarga yang mahukan media hadir di dalam bilik berkenaan supaya berita sesi itu dapat diketahui seluruh dunia.- Biarpun, Malaysia memainkan peranan hebat dalam menyelaras operasi mencari melibatkan pelbagai negara tetapi bagi mereka, rela membiarkan media asing terus mengkritik dan menyelar cara Malaysia mengendalikan krisis. Kedengaran juga seorang lelaki berkata “Lepas tu tuduh Kapten Zaharie pula,”. Perlu diketahui data satelit yang dianalisis menunjukkan sistem transponder dan ACARS di dalam pesawat berkenaan telah dimatikan secara sengaja dan ia dilihat diterbangkan dengan cara untuk mengelak dari dikesan radar. Selain itu, pihak yang menuduh juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah ialah media asing dan bukan dari pihak kerajaan Malaysia. Apapun, satu pujian harus diberi kepada Ahmad Jauhari kerana terus tenang mengendalikan sesi berkenaan dibantu beberapa orang lagi kakitangan MAS yang turut hadir dalam sesi berkenaan.


MH370: Kapten Zaharie Pernah Bergurau…Tak Mungkin ‘Jumpa’ Pusaranya
MENERUSI ruangan komen di akaun Facebook ‘Friends of Captain Zaharie’ yang didedikasi khas buat juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie, seorang rakannya telah berkongsi kata-kata gurauan beliau tahun lalu. Mohaza Mohaza berkata, dia tidak menyangka kata-kata Zaharie yang juga dikenali sebagai Arie itu bersangkut-paut dengan insiden tersebut. Katanya: “Zaharie (Arie)..jika ini lah suratan takdirnya..mengerti lah saya kini apa yg di ucapkan oleh mu pd saya di pagi hari raya Aidil Fitri tahun lalu (di tanah perkuburan Jln Perak, Pulau Pinang). Rupa2nya ia adalah satu tanda kiasan dari mu yg kau akan pergi meninggalkan semua. Zaharie beritahu saya (secara gurauan) yg saya tidak akan jumpa kubur/pusara nya. Ini lah rupa maksudnya. Baru saya mengerti…pusaranya di Lautan Hindi. Al-Fatihah..moga Allah SWT mencucuri setinggi2 rahmat keatas rohnya & juga muslimin muslimat MH370 kesemua nya & di tempatkan bsama2 mereka yg berIman. Aamiin.” Akaun tersebut kini mencatat 21,243 ‘likes’ daripada orang ramai.


MH370: Macam-Macam Kita Terangkan Pada China, Kalau Tak Puas Hati Juga Tak Tahulah…
UNTUK makluman, Malaysia sudah menyatakan komitmen kita untu bekerjasama rapat dengan Kerajaan China dan berkongsi sepenuhnya semua maklumat berkaitan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Naib Menteri Hal Ehwal Luar China yang juga wakil khas kerajaan China, Zhang Yesui semalam telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Zhang dan Hishammuddin juga diberi taklimat komprehensif teknikal oleh Kumpulan Kerja Antarabangsa diketuai AAIB dan penemuan satelit Inmarsat mengenai kedudukan pesawat yang penerbangannya berakhir di Lautan Hindi selatan. Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) dan Jabatan Penyiasatan Kemalangan Pesawat (AAID) juga hadir dalam talimat teknikal itu. CAAC dan AAID sudah pun menganggotai dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Kerja Antarabangsa itu. Persoalannya, sejauh mana Zhang dan anggota rombongannya itu akan pulang ke negara mereka dan menjelaskan semua ini kepada pemimpin tertinggi dan rakyatnya mengenai betapa bersungguhnya kerajaan kita dalam menangani isu ini. Diharapkan selepas ini, Zhang kena pergi berjumpa rakyatnya yang tengah terpekik-pekik di depan kedutaan kita untuk menceritakan apa yang sedang dan kita tengah lakukan untuk menjejaki MH370. Dengan terperincinya maklumat yang kerajaan kita bagi ini, harap pemimpin China tahulah apa yang patut mereka lakukan. Kalau lepas ini masih nak tuduh Malaysia sembunyi maklumat, orang pertama yang perlu humbankan ke Lautan Hindi adalah Zhang dan pegawai-pegawainya itu.

Mampu tampung air bersih hingga 2040
AYER KEROH – Kolam takungan air baharu di Sungai Jernih, Alor Gajah dijangka bakal menampung keperluan pengguna di Melaka sehingga 2040. Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, usaha yang masih di peringkat kajian itu akan memenuhi keperluan itu bermula 2017, sekali gus membolehkan Melaka bebas daripada krisis kekurangan air khususnya pada musim panas berpanjangan. Menurutnya, kolam takungan itu turut mampu membekalkan air di tahap terbaik, khususnya di Simpang Ampat, Taboh Naning, Brisu, sebahagian Lubok China, Ayer Molek dan Kuala Sungai Baru. “Pengguna di kawasan ini sering kali merungut kerana tekanan air rendah terutama pada musim perayaan. “Pembinaan loji ini perlu dilaksanakan untuk permintaan pengguna khasnya di kawasan ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Seri Negeri, dekat sini semalam. Idris berkata, pelbagai usaha dilaksanakan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) selepas mengambil pengajaran ketika krisis air 1991 sehingga menjadikan negeri ini bebas catuan yang sepatutnya bermula Sabtu ini,” katanya. Bagaimanapun, katanya, rakyat di negeri ini tidak perlu lagi risau kerana kerajaan negeri sudah memutuskan tiada catuan bekalan selepas negeri menerima hujan sejak pertengahan bulan ini. "Susulan hujan, keadaan paras air di tiga empangan negeri ini kembali kepada bacaan 58 peratus. “Saya turut menasihatkan SAMB mengekalkan sistem pam di kolam takungan dan terowong air yang dibina sepanjang musim panas lalu,” katanya.

Rekod cemerlang
Balai Polis Taiping kekal Rekod cemerlang
Yusuf yang turut ditemani Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Mohd Ismon Suratman (kanan) menyampaikan Anugerah Balai Polis Berinovasi dan Kreatif yang diterima Ketua Balai Polis Taiping, Inspektor Abdul Hamed Kadir.
TAIPING - Balai Polis Taiping menerima Anugerah Balai Polis Berinovasi dan Kreatif buat julung kali sempena sambutan Hari Polis ke-207 kelmarin. Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, penganugerahan tersebut adalah sebagai satu penghargaan terhadap kejayaan aspek pengurusan lokap dan rekod cemerlang tanpa rekod tahanan berjaya meloloskan diri. “Keadaan tersebut menunjukkan bahawa pihak pengurusan mampu melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan. “Penjagaan tahanan sentiasa mengikut apa yang telah disyaratkan dalam peraturan lokap dan sehingga kini belum ada sebarang kes membabitkan tahanan,” katanya pada sidang media, di sini, kelmarin. Yusuf berkata, terdapat kira-kira 200 tahanan termasuk 50 tahanan wanita boleh ditempatkan dalam satu-satu masa di lokap balai. “Walaupun jumlah tersebut banyak, namun pengurusan yang dipamerkan anggota terlibat sangat baik sekali gus melayakkan Balai Polis Taiping menerima anugerah ini,” katanya. Dalam perkembangan sama, Mohd Yusuf berkata, dalam tiga bulan pertama tahun 2014 telah indeks jenayah harta benda menunjukkan penurunan berbanding tahun lalu. “Sejak Januari hingga Mac, penurunan adalah sebanyak 26 kes atau 50 peratus membabitkan kes kecurian motosikal dan juga pecah rumah,” katanya. Jelas Yusuf lagi, kejayaan itu sebenarnya adalah hasil kerjasama yang diberikan masyarakat setempat khususnya pihak rukun tetangga. “Hari ini juga daripada 32 penerima sijil penghargaan, sebahagiannya adalah melibatkan ketua kampung, beberapa jabatan lain yang banyak membantu pihak polis memerangi jenayah khususnya di kawasan Taiping. “Pihak polis sentiasa berharap wujudnya hubung baik dengan masyarakat setempat kerana ia mampu memberi kesan positif dalam usaha membanteras jenayah,” katanya. Selain itu, Yusuf berkata, polis sentiasa memandang serius aktiviti mat rempit di daerah ini dan operasi turut dilaksanakan setiap malam minggu agar kegiatan tersebut dapat diatasi. “Selain itu, aktiviti membanteras gejala ini juga sebenarnya bukan hanya terletak atas tanggungjawab pihak polis semata-mata tetapi turut melibatkan peranan ibu bapa dan masyarakat setempat,” katanya.

Lelaki cuba bakar diri depan rumah
Lelaki cuba bakar diri depan rumah
Mangsa menerima rawatan awal akibat melecur.
KULIM - Gara-gara marahkan keluarga, seorang lelaki berusia 30an bertindak agresif dengan membakar dirinya sendiri di hadapan rumah di Taman Selasih kira-kira jam 3 pagi. Difahamkan mangsa yang mengalami tekanan perasaan selepas bertengkar bersama keluarganya sebelum mengambil keputusan membakar dirinya sendiri. Menurut sumber, jiran mangsa yang ternampak badan mangsa terbakar kemudiannya cuba memadamnya. "Dia juga menghubungi Jabatan Pertahanan Awam memaklumkan kejadian sebelum dibawa ke Hospital Kulim bagi menerima rawatan susulan," katanya. Mangsa melecur 35 peratus di bahagian badan, muka dan kepala kini berada dalam keadaan stabil. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, dari siasatan awal dijalankan mangsa dipercayai di bawah pengaruh alkohol. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri.

Remaja 18 tahun ditahan, cuba lari dari polis
Remaja 18 tahun ditahan, cuba lari dari polis
Motosikal suspek ditahan untuk pemeriksaan.
LUNAS - Seorang remaja berusia 18 tahun ditahan polis selepas cuba melarikan diri daripada sepasukan anggota polis yang melakukan Ops Samseng Jalanan/Ops Lejang semalam. Tindakan mencurigakan remaja lelaki berkenaan dikesan polis, selepas menyedari dirinya diperhatikan ketika di Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) kira-kira jam 3 pagi dia cuba melarikan diri. Bagaimanapun tindakan nekad remaja itu gagal apabila dia dikesan di sebuah restoran makanan segera berdekatan. Pemeriksaan awal mendapati suspek menggunakan motosikal yang mencurigakan berdasarkan nombor casis seolah-olah diubah suai. Sumber berkata, polis akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti kesalahan lain yang pernah dilakukan suspek. Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun, denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan.

Jeremy Renner
Foto sekuel Avengers bocor
BIARPUN cuba merahsiakan daripada umum sebelum ini, akhirnya foto-foto daripada set penggambaran The Avengers: Age Of Ultron yang kini menjalani penggambaran di Itali bocor di internet. Beberapa gambar seperti Hawkeye (Jeremy Renner), Scarlet Witch (Elizabeth Olsen) dan Quicksilver (Aaron Taylor-Johnson) dapat dilihat. Difahamkan selepas Itali, mereka akan menjalani penggambaran di Seoul, Johannesburg, dan London. Filem yang diadaptasi dari komik Marvel ini dijangka menemui peminat pada 1 Mei 2015 nanti.

dadah
Janda 51 tahun tauke dadah
JOHOR BAHRU - Seorang janda berusia 51 tahun ditahan bersama seorang lelaki dalam satu serbuan oleh sepasukan anggota narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU), Khamis lalu. Ketua Polis Daerah JBU, Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata, dalam serbuan kira-kira jam 4 petang di sebuah rumah di Bandar Baru Uda, di sini, pihaknya menemuipelbagai jenis dadah dan alat menghisap syabu termasuk wang tunai disyaki hasil jualan dadah sebanyak, RM1,222. Menurutnya, polis menemui 24 paket plastik berisi dadah disyaki jenis heroin berat kasar 138.3 gram, tujuh paket disyaki berisi syabu dengan berat kasar 2.26 gram dan satu paket dadah disyaki ganja berat kasar 0.35 gram. “Wanita terbabit yang tiada pekerjaan turut memiliki tiga rekod lampau berkaitan kes dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. “Manakala, seorang lagi suspek berstatus bujang berumur 35 tahun berkenaan bekerja sebagai pembantu stor kilang turut mempunyai empat rekod jenayah berkaitan kes dadah,” katanya. Beliau berkata, semua dadah dianggarkan bernilai kira-kira RM2,500 itu dipercayai boleh menampung bekalan 100 penagih. Mohd Khamsani berkata, saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis morfin. “Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) kerana memiliki heroin, jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati,” katanya.

Mamat Khalid hentikan promosi Zombi kilang Biskut
Mamat Khalid hentikan promosi Zombi kilang Biskut
DEMI menghormati tragedi MH370, pengarah filem 'Zombi Kilang Biskut', Mamat Khalid menjelaskan telah membatalkan semua promosi filem itu yang telah menjengah pawagam sejak 20 Mac lalu. "Seperti yang kita tahu negara sedang bersedih dan kalau diikutkan hati, saya tidak mahu filem ini ditayangkan pun, namun begitu ia sudah ditetapkan oleh pihak wajib tayang. "Saya telah membatalkan semua promosi yang telah dirancang sepanjang filem itu ditayangkan termasuk promosi besar-besaran menyerang panggung bersama semua pelakon Zombi Kilang Biskut," ujarnya menerusi sebuah portal berita. 'Zombi Kilang Biskut' menampilkan ramai pelakon hebat seperti Awie, Usop Wilcha, Dayana Roza, Eina Azman dan ramai lagi.

Harussani Zakaria
Raja Bomoh perlu taubat
IPOH - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria meminta Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zain segera bertaubat dan berhenti daripada melakukan perkara-perkara khurafat yang akhirnya membawa cacian dan penghinaan. Beliau berkata, Ibrahim menggunakan kaedah ilmu perbomohan baru-baru ini ketika proses mencari pesawat MH370 yang nyata mengelirukan serta bercanggah dengan hukum agama dan perbuatan syirik. “Bomoh ini wajib bertaubat kerana ia tidak membawa ke mana-mana. “Umat Islam perlu menjauhkan diri daripada amalan syirik dan perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah kerana ia mengundang kemurkaan ALLAH,” katanya selepas menyampaikan tauliah kepada 33 tenaga pengajar Islam, kelmarin.

Jamil Khir Baharom
Kerajaan tak arah guna khidmat bomoh cari MH370
KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak untuk menggunakan khidmat bomoh dalam usaha mengesan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau turut menafikan penglibatan seorang bomoh, Ibrahim Mat Zin, dalam operasi mengesan pesawat malang itu adalah atas arahan pihak kerajaan. "Lapangan terbang adalah tempat yang terbuka (siapa-siapa boleh datang), kalau kita tanya siapa yang upah, tentunya kita tidak boleh jawab sebab bukan urusan kita untuk tanya kepadanya (Ibrahim)," katanya. Jamil Khir berkata, demikian ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di persidangan Dewan Rakyat hari ini. Pada 10 Mac lepas, Ibrahim yang menggelar dirinya 'raja bomoh', menjalankan upacara mencari pesawat MH370 di KLIA bersama-sama beberapa pembantu. Bagaimanapun, tindakan beliau mendapat kecaman pelbagai pihak dan dikritik hebat di laman sosial kerana dianggap melanggar ajaran Islam serta memalukan negara. Jamil Khir berkata, kerajaan juga menyelar usaha pihak tertentu mendapatkan khidmat bomoh yang melanggar batas syarak dan bertentangan dengan ajaran Islam dalam usaha pencarian pesawat itu. Beliau berkata, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia bersama-sama pihak berkuasa agama Islam negeri sedang dan akan sentiasa membuat pemantauan di lapangan terbang berkenaan bagi mengelak kejadian itu berulang. "Tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti yang melanggar ajaran Islam," katanya. Jamil Khir juga berkata kertas siasatan telahpun dibuka oleh Majlis Agama Islam Selangor bagi menyiasat dakwaan mengaitkan bomoh itu dengan beberapa pemimpin, yang kononnya meminta beliau datang ke KLIA. Persidangan dewan bersambung Isnin depan. - Bernama

RTM
RTM dipilih penyiar rasmi Piala Dunia 2014
KUALA LUMPUR - Radio Televisyen Malaysia (RTM) sekali lagi memperoleh hak siaran eksklusif Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2014 yang berlangsung di Brazil mulai 12 Jun hingga 13 Julai depan. Sebanyak 35 perlawanan meliputi 24 siaran langsung dan 11 siaran tertunda dengan siaran berdefinisi tinggi (HD) akan disiar menerusi TV1 dan TV2 bagi memenuhi permintaan rakyat yang tidak mampu memiliki siaran televisyen berbayar. Ketua Pengarah Penyiaran RTM Datuk Norhyati Mohd Ismail, dalam satu kenyataan hari ini, menyebut RTM menjadi penyiar utama bagi kejohanan empat tahun sekali itu sejak 1974. "Siaran perlawanan ini nyata memenuhi permintaan rakyat yang meminati kejohanan itu tetapi tidak mampu memiliki siaran televisyen berbayar kerana menurut kajian lebih tiga juta rakyat daripada 6.4 juta isi rumah masih bergantung kepada penyiaran tidak berbayar yang disediakan kerajaan," katanya. Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia FIFA merupakan sukan nombor satu, paling berprestij dan diminati di seluruh dunia. - Bernama

Hishammuddin Tun Hussein
Kenyataan media oleh Kementerian Pengangkutan
KUALA LUMPUR - Berikut kenyataan media oleh Kementerian Pengangkutan hari ini mengenai perkembangan terkini pencarian Pesawat Malaysia Airlines MH730:
1.Wakil khas China
a. Semalam, Yang Terutama Naib Menteri Hal Ehwal Luar China dan Wakil Khas Kerajaan China, mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Pemangku Menteri Pengangkutan dan Menteri Pertahanan.
b. Susulan pertemuan dengan Datuk Seri Hishammuddin, Tuan Yang Terutama Zhang Yesui juga diberi taklimat teknikal komprehensif oleh kumpulan kerja antarabangsa, diketuai AAIB. Penemuan Inmarsat - yang menghasilkan rumusan bahawa Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, juga dijelaskan semasa pertemuan itu.
c. Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) dan Jabatan Penyiasatan Kemalangan Pesawat (AAID) hadir pada taklimat teknikal semalam. CAAC dan AAID menganggotai, dan akan terus menjadi anggota kumpulan kerja antarabangsa.
d. Hari ini, Yang Terutama Zhang Yesui juga menemui anggota keluarga penumpang warga China pesawat MH370 yang kini berada di Kuala Lumpur.
e. Malaysia mempunyai komitmen untuk bekerjasama rapat dengan Kerajaan China dan berkongsi secara penuh semua maklumat berhubung dengan MH370.
2. Taklimat keluarga di Beijing
a. Semalam, delegasi tertinggi Malaysia menemui anggota keluarga penumpang MH370 warga China yang berpusat di Beijing, untuk kali keempat. Dalam pertemuan selama tiga jam, anggota keluarga diberi taklimat teknikal dan perkembangan terkini mengenai misi pencarian. Delegasi juga menjawab pertanyaan.
Hari ini, delegasi tertinggi sekali lagi menemui anggota keluarga pukul 3:25 petang waktu Malaysia. Pertemuan masih berlangsung.
b. Malaysia sedang bekerja keras dan menjadikan taklimat kepada anggota keluarga di Beijing lebih produktif. Para pegawai Malaysia menemui Yang Terutama Huang Huikang, Duta China ke Malaysia, untuk meminta Kerajaan China mengambil bahagian dan menjelaskan keadaan sebenar khususnya kepada keluarga terbabit dan rakyat China secara umum.
3. Perkembangan terkini operasi
a. Kawasan pencarian yang dirancang hari ini meliputi 16,298 batu nautika persegi di sektor Barat, dan 6,506 batu nautika persegi di sektor Timur.
b. Kawasan yang dikenali pasti oleh Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) semalam -- iaitu lokasi 122 objek yang berpotensi dikesan -- juga dijangka dijejaki hari ini.
c. Hari ini, sembilan pesawat berlepas ke kawasan pencarian – lima di sektor Timur dan empat di sektor Barat.
Di sektor Timur, pencarian dari udara dijalankan oleh:
·dua pesawat awam Australia.
·sebuah pesawat Ilyushin IL-76 China.
Sebuah pesawat awam New Zealand.
·sebuah pesawat Gulfstream Jepun.
Di sektor Barat, pencarian dari udara dilancarkan oleh:
·dua pesawat P-3 Orions Australia.
·Dua pesawat awm Australia.
d. Hari ini, enam kapal dikerah di kawasan pencarian – satu di sektor Timur dan lim adi sektor Barat.
Di sektor Timur, pencarian oleh kapal dijalankan oleh:
·sebuah kapal China (Xue Long).
Di sektor barat, pencarian oleh kapal dilancarkan oleh:
·empat kapal China (Kunlunshan, Haikou, Qiandaohui, dan Zhonghaishaohua).
·sebuah kapal Australia (HMAS Success).
e. sebuah kapal China (Hai Xun) dijangka tiba di kawasan pencarian malam ini.
f. Hari ini, keadaan cuaca bertambah buruk di kawasan pencarian dan operasi mencari ditangguhkan pukul 11:40 pagi.
4. Pasukan Malaysia ke Perth
a. Malaysia dalam proses untuk menghantar satu pasukan, terdiri daripada Jabatan Penerbangan Awam, MAS, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia, ke Perth. Pasukan ini akan bekerjasama rapat dengan Pusat Koordinasi Menyelamat Australia untuk membantu operasi pencarian. - Bernama

Hishammuddin Tun Hussein
Malaysia hantar satu pasukan ke Perth
KUALA LUMPUR - Malaysia sedang bersiap untuk menghantar satu pasukan ke Perth, Australia bagi membantu pencarian pesawat Boeing 777-200ER Malaysia Airlines di Lautan Hindi. Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pasukan itu terdiri daripada Jabatan Penerbangan Awam, Malaysia Airlines (MAS), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). "Pasukan ini akan bekerja rapat dengan Pusat Koordinasi Penyelamat Australia untuk membantu operasi pencarian," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini. Pencarian MH370 yang telah memasuki hari ke-20, melibatkan sembilan kapal terbang dan enam kapal di selatan Lautan Hindi ditangguhkan pada pukul 11.40 pagi kerana cuaca buruk, katanya. Beliau berkata, kawasan carian yang dirancang adalah seluas 22,804 batu nautika persegi di sektor barat dan timur lautan itu. Hishammuddin berkata, Naib Menteri Hal Ehwal Luar dan Wakil Khas China, Zhang Yesui yang berada di ibu negara hari ini menemui saudara-mara penumpang pesawat MH370. "Malaysia komited untuk bekerja rapat dengan Kerajaan China dan berkongsi semua maklumat berkaitan MH370 sepenuhnya, katanya. Menyentuh pertemuan pasukan peringkat tertinggi Malaysia dengan saudara mara penumpang MH370 di Beijing, beliau berkata:"Setakat pukul 3.25 petang waktu Malaysia, perjumpaan itu masih lagi berlangsung." Pegawai-pegawai Malaysia menemui Duta China ke Malaysia, Huang Huikang untuk meminta Kerajaan China untuk melibatkan diri dan memperjelaskan keadaan sebenar terutamanya kepada keluarga-keluarga yang terlibat dan orang awam secara umumnya, kata beliau. Warganegara China merupakan 154 daripada 227 penumpang pesawat MAS penerbangan MH370 yang hilang daripada skrin radar selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 tengah malam 8 Mac lepas dalam penerbangan ke Beijing. Satu pencarian melibatkan pelbagai negara telah dilaksanakan, pertama di Laut China Selatan dan kemudian di satu kawasan luas meliputi daratan dan lautan di barat Malaysia termasuk Lautan Hindi, apabila pesawat itu didapati telah berubah haluan jauh dari laluan asalnya. Hasil analisis terhadap data satelit yang belum pernah dibuat sebelum ini, syarikat Inmarsat dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom merumuskan Pesawat MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat itu, bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama

MH370
'Turn back': Abd Rahim akui kenyataan tidak tepat
SHAH ALAM - Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abd Rahim Bakri mengakui, kenyataan beliau yang mengatakan MH370 berpatah balik (turn back) berkemungkinan setelah menerima arahan dari pusat kawalan adalah tidak tepat. “Saya ingin menjelaskan bahawa ia hanya merupakan andaian saya semata-mata serta kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku. “Selepas membuat semakan, saya ingin tegaskan bahawa andaian saya adalah tidak tepat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Semalam, ketika perbahasan di Parlimen Abd Rahim berkata, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM ) tidak mengambil tindakan terhadap MH370 yang membuat turn back ketika melalui ruang udara Selat Melaka kerana menyangka ia arahan daripada menara kawalan udara (ATC), Subang. Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan daripada Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR-Lumut) yang mempersoalkan tindakan Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud memaklumkan ada berlaku ‘turn back' sehari selepas kehilangan MH370.
[ARTIKEL BERKAITAN: TUDM sangka 'air turn back' atas arahan ATC]

Khaled Meshaal
Pemimpin Hamas utus ucapan takziah kepada PM
KUALA LUMPUR - Pemimpin Hamas Khaled Meshaal mengutuskan ucapan takziah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370 yang disahkan hilang di selatan Lautan Hindi selepas 17 hari operasi mencari dan menyelamat melibatkan pelbagai negara dijalankan. Menurut Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), yang memetik laporan Pusat Penerangan Palestin, pengerusi biro politik Hamas itu menelefon Najib pada Rabu petang untuk menyampaikan ucapan takziah beliau. Dalam perbualan telefon itu, Meshaal turut menyuarakan setiakawan penduduk Palestin kepada keluarga yang sedang berkabung dan menyampaikan takziah mereka kepada rakyat Malaysia yang menurutnya sentiasa menyokong penduduk Palestin dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan kemerdekaan dan kebebasan. Beliau turut memuji usaha keras kerajaan Malaysia dalam mencari pesawat itu yang lenyap daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac. Menurut PCOM, Najib menyatakan beliau menghargai pendirian Meshaal dan membaharui semula sokongan berterusan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin. Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada paparan radar kira-kira sejam kemudian ketika merentasi Laut China Selatan. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Najib mengumumkan pada Isnin bahawa penerbangan pesawat MH370 berakhir di kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi dengan tiada tempat untuk mendarat. - Bernama

Polis perkenal program 'Safecam'
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM), melalui kerjasama agensi kerajaan dan swasta, memperkenal program 'Safe Camera (Safecam)' dalam usaha menjaga keselamatan serta mencegah jenayah sekitar ibu negara. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, di bawah program itu, agensi yang berdaftar akan memberi akses segera kepada polis berkaitan rakaman video bagi tujuan pengambilan bukti dan siasatan sesuatu kes. "Syarikat mahupun agensi yang mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) di premis masing-masing boleh menjalankan kerjasama dengan pihak polis apabila syarikat mereka menjadi anggota Safecam PDRM. "Ini bertujuan memberi kemudahan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan ke atas kes jenayah yang berlaku di kawasan terbabit," katanya dalam sidang media selepas Program Kempen Derma Darah Sempena Hari Polis ke-207 dan Majlis Menandatangani MoU Safecam di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) hari ini. Beliau berkata, program itu turut diperluas di sekitar ibu negara termasuk Brickfields, KL Sentral dan pusat beli-belah. Mohmad juga berkata pada masa ini, akses berkenaan belum dapat disambung ke 'command control centre' di Ibu pejabat Kontinjen yang baharu kerana masih dalam proses penaiktarafan. - Bernama

Syarikat Malaysia, Rusia hasil vaksin denggi
Syarikat Malaysia, Rusia hasil vaksin denggi
SYARIKAT dari Malaysia dan Rusia akan menjalin kerjasama untuk membangunkan vaksin denggi pertama di dunia dalam tempoh lima tahun akan datang. Kerjasama itu antara Pahang Technology Resources Sdn Bhd dan NT Pharma, syarikat berpangkalan di Moscow yang separuh daripada sahamnya dimiliki oleh kerajaan Rusia. Timbalan Menteri Pembangunan Ekonomi Persekutuan Rusia, Alexey Likhachev berkata, kerjasama itu akan melibatkan penggunaan teknologi tinggi dari Rusia yang dilakukan di Pahang. “Di negara kami tidak ada denggi tetapi kami mempunyai teknologi yang dapat membantu menghasilkan vaksin itu dan dapat memberi manfaat kepada Malaysia. “Ia adalah teknologi yang tidak pernah digunakan oleh negara lain sebelum ini,” katanya selepas forum perniagaan Malaysia-Rusia di Kuala Lumpur, semalam. Menurutnya, aktiviti pembangunan dan penyelidikan dijangka mengambil masa dua tahun bagi menghasilkan vaksin itu. Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir Hamim Samuri berkata, pihaknya yakin akan meningkatkan jumlah dagangan dua hala antara Rusia dan Malaysia. Pada 2013, jumlah dagangan kedua-dua negara meningkat 66.6 peratus kepada RM5.7 bilion berbanding RM3.4 bilion pada 2012. Antara sektor yang diberi tumpuan adalah aeroangkasa, elektrik dan elektronik, automotif dan alat ganti serta perabot.

Rakyat News
AirAsia India sasar mula operasi akhir Mei
NEW DELHI - AirAsia India kini menyasarkan untuk memulakan operasinya pada akhir Mei dengan visi yang jelas untuk mengubah landskap penebangan negara ini. Baru-baru ini syarikat itu menerima penyerahan pesawat pertamanya, Airbus A320. Dalam satu wawancara dengan Times of India, Ketua Pegawai Eksekutif Mittu Chandilya berkata beliau sama sekali tidak kecewa dengan beberapa kelewatan yang berlaku walaupun pada mulanya operasi disasarkan tahun lepas. "Sebenarnya ramai orang tidak menjangka perkembangannya hingga ke tahap ini. Pada umumnya saya merasakan kerajaan mahu kami beroperasi di sini, kecuali dari segi persaingan," katanya kepada harian berbahasa Inggeris itu apabila ditanya sama ada beliau kecewa dengan kelewatan yang berlaku. "Tidak. Memanglah. Pesaing mana yang mahukan satu lagi pesaing, dan saya faham sikap mereka. Saya juga nampak sikap 'garang' mereka terhadap kami. Ini menunjukkan kami tidak main-main. Bila mereka menunjukkan sikap 'garang' sedemikian, kami juga tidak akan 'menghampakan' mereka. "Malah, kelewatan mendapatkan kelulusan-kelulusan tertentu telah membantu AirAsia India mempelajari sesuatu daripada pesaing-pesaingnya," tegas beliau. Ditanya tentang harga rendah yang diumumkan oleh SpiceJet, Indigo dan Jet Airways baru-baru ini, beliau berkata segala yang berlaku sekarang bukanlah benar-benar "tambang murah". "Ini cuma gimik; harga spontan yang ditawarkan untuk memacu permintaan. Untuk berlaku adil kepada pesaing kami, mereka telah melakukannya pada masa yang sesuai untuk diri sendiri. Mereka memerlukan wang. "Cabaran bagi mana-mana syarikat penerbangan ialah untuk memastikan cara mengekalkan tambang pada paras yang sentiasa rendah. Itulah sebenarnya syarikat penerbangan kos rendah/tambang murah. Itulah yang ingin kami lakukan," tegas Mittu. Beliau mengulangi bahawa tambang AirAsia India sekurang-sekurangnya 30 peratus lebih murah, bergantung kepada laluan. Beliau juga berkata syarikat itu akan mengadakan penerbangan ke setiap bandar besar, kecuali Mumbai dan New Delhi. "Ini sukar kerana Mumbai dan Delhi memang menarik, tetapi kosnya tidak berdaya saing manakala persaingan jauh lebih sengit. "Di samping itu, semua orang ingin ke sana. Kenapa harus kami pergi ke pasaran yang sememangnya sudah sesak, yang akan melambatkan masa pusing balik pesawat kami? Kami akan memenuhi 12 hingga 16 lapangan terbang di selatan terlebih dahulu," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment