Monday, March 10, 2014

Berita Terkini 10 Mac 2014


Kapten Norudin Abd Majid
Hanya Ada DUA CARA Untuk Menemui Pesawat MH370 – Kapten Norudin
KITA ketika ini dihujani pelbagai penjelasan dan ulasan daripada mereka yang pakar dalam dunia penerbangan pasca kehilangan pesawat MH370. Semuanya menyentuh soal teknikal pesawat, operasi CARI DAN MENYELAMAT (SAR) dan sebagainya. Namun bagi juruterbang pesawat 777-200 MAS, Kapten Norudin Abd. Majid, disebalik semua itu sebenarnya hanya ada DUA CARA untuk menemui pesawat tersebut. Pertama, doa orang yang soleh dan kedua, doa dari ahli keluarga, Allahu Akbar. Percayalah, anda tidak akan temui ulasan sebegini dari mana-mana pakar penerbangan Barat! Saksikanlah…


China Ubah Kedudukan Dan Peranan 10 Satelit Miliknya Untuk Kesan MH307
Dengan nasib MH307 diselebungi misteri dan belum ada sebarang serpihan pun ditemui selepas puluhan jam ia dilaporkan hilang, kerajaan China hari ini meningkatkan kemampuan mencari dan menyelamat dengan mengubah kedudukan 10 satelit mengeliling orbit milik mereka. Perkara itu didedahkan laman web milik pasukan tentera China, People’s Liberation Army (chinamil.com.cn). Chinamil memetik Pusat Kawalan Dan Pengawasan Satelit Xi’an yang melancarkan respon kecemasan bagi proses mencari berkenaan bermula lewat hari ini (Isnin). Bagi tujuan pengesanan itu, laman web berkenaan memberitahu, pusat kawalan telah mengubah sepenuhnya arahan (commands) asal satelit berkenaan yang sebelum ini digunakan bagi tujuan pengawasan, komunikasi dan aspek lain kepada arahan khas yakni mengesan lokasi MH370. Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar, kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 tengah malam Jumaat dan sepatutnya dijadual tiba di Beijing pukul 6.30 pagi Sabtu. Daripada jumlah itu, 150 penumpang merupakan warga negara China


Yonex All England Open 2014 MS SF Lee Chong Wei vs Cheng Long

Foto FotoFoto
Video : Chong Wei juara All England kali ketiga
JAGUH badminton negara Datuk Lee Chong Wei muncul juara Kejohanan Badminton Seluruh England 2014 selepas menewaskan Chen Long dari China pada perlawanan final di National Indoor Arena, Birmingham, England, awal pagi tadi. Corak permainan Chong Wei yang agresif pada set pertama membawa hasil apabila menang 21-13. Namun, Chen Long memberi saingan yang lebih hebat pada set kedua sebelum tewas 18-21 dalam masa 59 minit. Kemenangan ini merupakan yang ketiga bagi Chong Wei. Beliau juga memenangi Seluruh England pada 2010 dan 2011. Sebelum itu, beregu lelaki dimenangi pasangan Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan yang menewaskan Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa dari Jepun 21-19, 21-19. Perseorangan wanita pula dimenangi Wang Shixian dari China yang menewaskan rakan senegara Li Xuerui manakala beregu wanita dimenangi pasangan China menerusi gandingan Wang Xiaoli-Yu Yang.

 
Yonex All England Open 2014 MS SF Lee Chong Wei vs Son Wan Ho


Bekas timbalan menteri meninggal dunia
KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Menteri Perusahaan Utama Datuk Alias Ali, 75, meninggal dunia pagi ini kerana penyakit kanser usus yang dihidapinya sejak 2010. Alias meninggal dunia di rumah anaknya di Prima Villa, Kemenshah Heights, Ampang di sini pada kira-kira 9 pagi ini, menurut menantunya Yantie Ismail, 34, kepada Bernama di sini hari ini. Yantie, yang merupakan pengurus komunikasi korporat bahagian pemasaran Qualitas Medical Group, berkata jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kemenshah selepas Zohor, dan sebelum itu disembahyangkan di Masjid Al-Iman. Allahyarham meninggalkan seorang isteri Toh Puan Ramlah Datuk Abdul Rahman, tiga anak perempuan dan dua anak lelaki serta 15 orang cucu, katanya. Alias yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Utama selama tiga tahun sejak 1987, sebelum itu menyandang jawatan sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Negara dan Luar Bandar pada tahun 1986. Anak kelahiran Kuala Berang, Terengganu itu pernah bertugas dalam bidang kewartawanan, bermula sebagai wartawan Berita Harian pada 1957 sebelum berpindah ke Utusan Melayu sebagai Ketua Pengarang Berita pada 1968 hingga 1970. Berkelulusan diploma dalam penulisan kreatif dari Iowa State University, Amerika Syarikat pada 1966, beliau pada 1970 berpindah ke Agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai Ketua Penyunting sehingga 1978. Pada tahun 1978, beliau meletakkan jawatan dengan Bernama untuk bertanding dalam pilihan raya umum bagi kerusi Parlimen Ulu Terengganu dan menewaskan calon Pas Mohd Ghazali Ahmad dengan majoriti 4,370 undi. Beliau telah mempertahankan kerusi itu untuk empat penggal sehingga pilihan raya umum 1995, apabila beliau tidak bertanding. Alias juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Bank Pertanian dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), iaitu dari 1991 hingga 1997. Selain itu, beliau pernah bertugas sebagai Naib Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) pada tahun 1960. Beliau juga pernah dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno Ulu Terengganu (1950), dan Pengerusi Umno Bahagian Ulu Terengganu bagi penggal 1978 hingga 1980. - Bernama


Pihak keselamatan KLIA telah lakukan yang terbaik - Tun M
PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan pihak keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah melakukan yang terbaik bagi memastikan pintu masuk utama negara itu tidak mudah dibolosi mana-mana pihak. Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak supaya tidak menunding jari kepada mana-mana pihak berhubung kejadian dua penumpang yang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370. "Saya fikir mereka (pihak keselamatan KLIA) sudah melakukan yang terbaik. Menunding jari kepada pihak tertentu tidak akan membantu dalam perkara ini," katanya ketika ditemui di Hotel Everly di sini sebentar tadi. Terdahulu, beliau bersama anaknya, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang juga Menteri Besar Kedah meluangkan masa hampir satu jam bersama ahli keluarga penumpang pesawat MH370. Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung laporan mengenai tahap keselamatan di KLIA yang dikatakan longgar sehingga menyebabkan dua penumpang MH370 dapat menaiki pesawat tersebut menggunakan pasport curi. - KOSMO!

Spekulasi - Chinese Matyrs Brigade mengaku terlibat kehilangan MH370
SEPANG - Spekulasi pesawat MAS MH370 hilang disebabkan angkara pengganas dikuatkan lagi apabila sebuah kumpulan tidak dikenali bergelar Chinese Matyrs Brigade mendakwa terlibat dalam kejadian itu. Spekulasi tersebut tersebar apabila sekumpulan wartawan China menerima emel dari kumpulan tersebut mengatakan mereka bertanggungjawab atas kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal itu. Bagaimanapun, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tiada bukti kukuh menunjukkan kehilangan pesawat MH370 mempunyai kaitan dengan kumpulan tersebut. - KOSMO!


Tompokan minyak yang ditemui, minyak yang digunakan tongkang
PASIR PUTEH - Keputusan analisa terhadap tompokan minyak berwarna kuning yang dilaporkan ditemui Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) semalam mendapati ia bukan digunakan mana-mana pesawat udara termasuk MH370. Ketua Penguatkuasa Maritim Malaysia Wilayah Timur, Datuk Nasir Adam memberitahu demikian keputusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia Petaling Jaya yang diterima pada pukul 5 petang tadi. "Keputusan adalah negatif. Ia adalah minyak bahan bakar yang digunakan tongkang dan bukan oleh mana-mana pesawat udara," katanya. Semalam menemui tompokan minyak kekuningan itu pada pukul 11.30 pagi di kedudukan 20 batu nautika dari tempat pesawat MH370 hilang dari radar. Sampel minyak diambil pada pukul 1.30 tengah hari semalam lalu diserahkan kepada Jabatan Kimia Petaling Jaya untuk dianalisa. - KOSMO!

Foto
3 lelaki palsu dokumen diberkas
Kuala Lumpur: Tiga lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam memalsukan dokumen yang dikeluarkan Jabatan Imigresen Malaysia dalam dua serbuan berasingan di Ampang dan Cheras, di sini, semalam. Penolong Pengarah Ketua Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata, tiga lelaki warga Indonesia itu ditahan selepas pihaknya menyerbu dua buah rumah yang dipercayai dijadikan markas untuk memalsukan dokumen yang dikeluarkan Jabatan Imigresen. "Hasil risikan kita selama tiga bulan kita berjaya menahan seorang lelaki di sebuah rumah pangsa di Hiliran Ampang, sebelum membawa kita kepada penahanan dua lagi suspek," katanya dalam sidang media di sini, hari ini. Beliau berkata, tiga lelaki yang berusia 30-an itu dipercayai menjalankan kegiatan berkenaan lebih setahun lalu dan antara dokumen yang dipalsukan seperti Visa, Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), pelekat Jabatan Imigresen, pas khas untuk ke luar negara, serta cop Imigresen.

Anwar Bayar Jamin Dan Fail Notis Rayuan
PUTRAJAYA, 10 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada Jumaat kerana kesalahan meliwat, membayar wang jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan Isnin. Ketua pembangkang itu menandatangani dokumen ikat jamin di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Darmafikri Abu Adam. Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan mengarahkan Anwar membayar ikat jamin itu sebelum pukul 11 pagi ini. Bagaimanapun, Anwar pagi tadi menghadiri pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Parlimen Ke-13 di Kuala Lumpur dan tiba di Istana Kehakiman kira-kira 12.25 tengah hari. Anwar, bersama-sama penjaminnya, ketua staf di ibu pejabat PKR Ibrahim Yaacob menemui Darmafikri di biliknya dan urusan itu selesai pada 12.45 tengah hari. Turut hadir abang Anwar, Rosli Ibrahim. Sementara itu, peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Anwar memfailkan notis rayuan di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan pada 10 pagi ini dan menyerahkan salinan dokumen itu kepada Mahkamah Persekutuan. Ramkarpal Singh berkata pihak pembelaan mempunyai 10 hari untuk memfailkan petisyen rayuan sebaik menerima alasan penghakiman daripada Mahkamah Rayuan. Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, ketika kejadian berumur 23 tahun, di Kondominium Desa Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar selepas mendapati beliau bersalah. Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan dan memerintahkan Anwar membayar ikat jamin RM10,000. Hakim Balia memutuskan hakim perbicaraan terkhilaf dalam penghakimannya bahawa integriti sampel DNA telah tercemar. -- BERNAMA

Muat Naik Dan Kongsi Status Berbaur Spekulasi Di Laman Sosial Satu Kesalahan
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Orang ramai yang menyebar, memuat naik atau berkongsi status berbaur spekulasi berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 boleh didakwa mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata perbuatan menyebarkan maklumat tidak sahih sehingga mengganggu ketenteraman awam adalah satu kesalahan dan boleh disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. "Kita belum terima apa-apa laporan setakat ini, tetapi dinasihatkan mereka yang berterus-terusan membuat spekulasi atau menyebar maklumat salah mengenai insiden berkenaan supaya berhenti daripada berbuat demikian. "Biar pihak berkuasa terlibat menjalankan tugas mereka dan dapatkan maklumat daripada sumber rasmi," katanya ketika ditemui media selepas majlis perasmian pembukaan penggal kedua Parlimen ke-13 di Bangunan Parlimen di sini. Beliau berkata orang ramai juga perlu menghormati perasaan waris penumpang terlibat dan mengelak daripada menyebarkan spekulasi yang boleh mengguris perasaan mereka. Sejak berita kehilangan pesawat MAS MH370 dari KLIA ke Beijing yang membawa 239 penumpang dan kru dikeluarkan media Sabtu lalu, pelbagai spekulasi ditimbulkan pengguna di laman sosial seperti facebook dan twitter termasuk mengaitkannya dengan politik. -- BERNAMAKUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Orang ramai yang menyebar, memuat naik atau berkongsi status berbaur spekulasi berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 boleh didakwa mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata perbuatan menyebarkan maklumat tidak sahih sehingga mengganggu ketenteraman awam adalah satu kesalahan dan boleh disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. "Kita belum terima apa-apa laporan setakat ini, tetapi dinasihatkan mereka yang berterus-terusan membuat spekulasi atau menyebar maklumat salah mengenai insiden berkenaan supaya berhenti daripada berbuat demikian. "Biar pihak berkuasa terlibat menjalankan tugas mereka dan dapatkan maklumat daripada sumber rasmi," katanya ketika ditemui media selepas majlis perasmian pembukaan penggal kedua Parlimen ke-13 di Bangunan Parlimen di sini. Beliau berkata orang ramai juga perlu menghormati perasaan waris penumpang terlibat dan mengelak daripada menyebarkan spekulasi yang boleh mengguris perasaan mereka. Sejak berita kehilangan pesawat MAS MH370 dari KLIA ke Beijing yang membawa 239 penumpang dan kru dikeluarkan media Sabtu lalu, pelbagai spekulasi ditimbulkan pengguna di laman sosial seperti facebook dan twitter termasuk mengaitkannya dengan politik. -- BERNAMA

RAHSIA JUTAWAN PT 1
'Raja Bomoh' Turut Membantu Mencari Pesawat MH370
SEPANG, 10 Mac (Bernama) -- Kehilangan pesawat MH370 sejak Sabtu lepas turut mendapat perhatian "Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" Ibrahim Mat Zin. Beliau berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, mendakwa dijemput oleh seorang pegawai tertinggi negara bagi menggunakan kaedah ilmu tradisional dan solat hajat. "Kami menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta, berdoa supaya melepaskan mangsa-mangsa yang terlibat agar dapat dijumpai secepat mungkin," katanya kepada pemberita di sini. Beliau yang melakukan solat sunat hajat di kawasan pintu ketibaan KLIA turut mendapat perhatian orang ramai yang tidak berputus asa mendoakan pesawat yang hilang ditemui selamat. "Walaubagaimanapun, saya akan kembali ke KLIA dalam masa dua hari selepas melakukan doa dengan membawa sesuatu ke sini," katanya. Pada masa sama, Ibrahim juga meminta orang ramai meneruskan upacara keagamaan masing-masing mendoakan supaya kesemua penumpang dan anak kapal selamat kembali ke tanah air. Raja Bomoh berpengalaman selama 50 tahun itu menjadi popular apabila memberi perkhidmatannya dalam beberapa kes bencana negara termasuk kejadian Highland Tower runtuh, kes pencarian mayat semasa banjir di Kuala Dipang, Kampar Perak dan kes pembunuhan seorang ahli politik oleh Mona Fendy. -- BERNAMA


Pelajar Mengandung Berhak Sambung Persekolahan
KUCHING, 10 Mac (Bernama) -- Pelajar yang melahirkan anak tanpa nikah berhak untuk meneruskan persekolahan, kata Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah. Beliau berkata hak pelajar berkenaan untuk berbuat demikian tidak boleh dinafikan oleh pengurusan sekolah tempat dia belajar. Katanya, pelajar terbabit dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, yang menyebut mana-mana ibu tunggal di bawah umur (bawah 18 tahun) berhak untuk meneruskan persekolahannya setelah bersalin. "Bagaimanapun, pelajar terbabit boleh dipindah ke sekolah lain atas persetujuan antara pengurusan sekolah dan pelajar terbabit," katanya kepada Bernama selepas sidang media di pejabatnya semalam. Menurut Fatimah, pihak pengurusan sekolah kini lebih terbuka untuk menerima semula pelajarnya yang melahirkan anak di luar nikah. Menteri itu berkata, dalam hal Sarawak, sementara menunggu masa untuk bersalin, pelajar atau wanita yang di bawah umur dan mengandung tanpa nikah boleh memohon untuk ditempatkan di pusat perlindungan di Taman Sri Puteri di Telaga Air dekat sini. -- BERNAMA

Isu Pasport Curi: Interpol BIDAS Malaysia Tak Guna Pengkalan Datanya?
KUALA LUMPUR – Penggunaan pasport curi oleh dua penumpang pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia menunjukkan ketidakpekaan negara-negara di dunia ini untuk menggunakan pangkalan data Polis Antarabangsa (Interpol) dalam memeriksa seseorang individu sebelum meninggalkan sesebuah negara. Memetik laporan Associated Press dari media Kanada, CTV News, Setiausaha Agung Interpol, Ronald K.Noble berkata meskipun Interpol telah berkali-berkali mengingatkan mengenai kes-kes berkaitan penipuan pasport ini, masih lagi terdapat ramai orang yang mampu menaiki pesawat dan terbang beberapa kali menggunakan pasport dan dokumen pengenalan diri yang dicuri itu. “Adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan bahawa terdapat kaitan antara pasport yang dicuri ini dengan misteri kehilangan pesawat tersebut namun yang jelas disini adalah kebimbangan mengenai individu yang mampu terbang ke mana-mana destinasi menggunakan pasport curi yang telah disenaraikan dalam pangkalan data Interpol,” kata Ronald. Di sebalik kritikannya itu, agensi yang beribu pejabat di Lyon, Perancis itu memberitahu bahawa mereka kini sedang menyiasat dan memeriksa individu sebenar yang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat Boeing 777-200 yang hilang pada Sabtu lalu, sejam selepas ianya berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing. Kecurian pasport milik seorang warga Austria dan Itali pada tahun 2012 dan tahun lalu di Thailand telah dilaporkan dan datanya telah pun berada dalam pangkalan maklumat namun, tiada pemeriksaan terhadap pasport curi itu dilakukan oleh “mana-mana negara” sebelum penerbangan tersebut. “Namun begitu, terdapat negara-negara yang secara sistematik menggunakan pangkalan data agensi polis itu untuk memeriksa sama ada pasport yang digunakan oleh mana-mana individu sebelum masuk atau meninggalkan sesebuah negara,”. Dalam satu temubual bersama Associated Press pada Januari 2010, Noble pernah mengingatkan ketika itu bahawa “ancaman terbesar di dunia” ialah, separuh billion ketibaan individu dari pelbagai penerbangan dunia menggunakan dokumen perjalanan yang tidak sah atau dicuri. Ada beberapa negara yang telah mula sedar dengan ancaman seperti ini. “Pada tahun 2006 sahaja, pihak berkuasa Amerika Syarikat telah membuat 2,000 kali saringan individu yang tiba di negara itu menggunakan pangkalan data Interpol dan telah merekodkan 78 juta kali saringan untuk tiga tahun kemudiannya,”. Bertahun-tahun, Interpol mempersoalkan mengapa negara-negara di dunia ini perlu menanti sesuatu tragedi berlaku untuk mengetatkan soal keselamatan di pintu masuk sempadan negara atau juga lapangan-lapangan terbang. “Sekarang pula kita berhadapan dengan satu keadaan dimana seluruh negara mengandaikan bahawa pemegang pasport curi itu ialah pengganas walhal dalam hal sebenar, kita mempersoalkan pula kenapa hanya beberapa negara sahaja yang begitu mengambil berat terhadap soal keselamatan terutamanya pemegang pasport curi yang seharusnya tidak dibenarkan menaiki mana-mana pesawat untuk terbang ke destinasi mereka,”. Noble berharap bahawa kerajaan dan mana-mana juga syarikat pengendali penerbangan dapat belajar dari kejadian kehilangan pesawat MH370 ini dan mula meneliti pasport penumpang-penumpang pesawat sebelum dibenarkan terbang ke mana-mana destinasi dunia. – Astroawani.com


Seorang daripada dua penumpang guna pasport curi dikenal pasti - KPN
KAJANG: Seorang daripada dua penumpang yang menggunakan pasport curi ketika menaiki pesawat MH370 Penerbangan Malaysia telah dikenal pasti. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata identiti lelaki tersebut diketahui setelah polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). “Saya mengesahkan bahawa lelaki tersebut bukan seorang warga Malaysia namun kita tidak dapat mendedahkan negara asal lelaki tersebut,” katanya ketika berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang. Beliau turut mengesahkan bahawa lelaki tersebut bukan juga berasal dari Xinjiang, China “Sehingga kini, kita tiada bukti untuk mengaitkan bahawa kumpulan militan negara China bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat ini,”. Apabila ditanya sama ada kedua-dua lelaki tersebut mempunyai rekod imigresen, Khalid berkata perkara tersebut masih dalam siasatan mereka. “Kita masih lagi belum boleh mengaitkan kehilangan pesawat tersebut ada kaitannya dengan aktiviti pengganas namun biarkanlah kami menyiasat kesemua kemungkinan yang ada,” katanya lagi.


Lima Penumpang CHECK IN Tetapi Tidak ‘Terbang’
SEPANG – Lima penumpang melakukan daftar masuk bagasi penerbangan MH370 yang hilang tetapi tidak menaiki pesawat tersebut. Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan laporan bahawa lima penumpang telah membeli tiket dan membuat pendaftaran bagasi tetapi tidak terbang. Beliau berkata MAS telah mengeluarkan bagasi penumpang-penumpang berkenaan setelah mengetahui mereka tidak menaiki kapal terbang itu, mengikut prosedur standard. “Tetapi kita perlu mengeluarkan bagasi yang telah didaftar masuk …kita telah melakukannya terhadap pesawat ini,” katanya. Beliau berkata bagasi tersebut adalah’bersih’ setelah menjalani pemeriksaan. Beliau juga berkata pihak berkuasa masih menunggu analisis sampel minyak diambil dari tompokan di laut untuk menentukan sama ada ia adalah dari pesawat yang hilang. Seorang lagi pegawai berkata keputusan kajian mungkin diperolehi selewat-lewatnya petang Isnin. “Kami sedang melihat setiap sudut. Kami meninjau setiap aspek apa yang mungkin boleh berlaku,” katanya.

Che Ta sah mengandung
Che Ta sah mengandung
SHAH ALAM - Pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta mengesahkan dirinya kini berbadan dua. Berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagramnya, telah mengesahkan bahawa dirinya sudah hamil selepas hampir tiga bulan melayari bahtera rumah tangga bersama suaminya, Zain Saidin. Menerusi laman sosial itu juga, Che Ta telah berkongsi foto alat ujian kehamilan yang menunjukkan keputusan positif dengan status yang berbunyi: "Alhamdulillah.. Syukur dengan nikmatMU ya ALLAH.. Amin." Perkongsian tersebut telah menarik ramai pelayar Instagram untuk mengucapkan tahniah kepada Che Ta dan Zain. Zain dan Che Ta telah bernikah pada 12 Disember tahun lalu.

Jabatan Meteorologi Malaysia
Jerebu: Pembenihan awan dilaksana esok
KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi akan melaksanakan pembenihan awan mulai esok bagi mengatasi masalah jerebu dan kebakaran terbuka. Ketua Pengarahnya Datuk Che Gayah Ismail berkata ia akan dilakukan di kawasan yang mempunyai awan paling sesuai di Kedah, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. "Setakat ini kami hanya berjaya menjalankan dua operasi pembenihan awan, iaitu pada 3 dan 4 Mac. Semalam dan hari ini sepatutnya kami melaksanakan lagi operasi. "Tetapi kami tangguhkan disebabkan kapal Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang digunakan terpaksa digunakan untuk operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Che Gayah berkata dalam tempoh 24 jam bermula semalam sehingga pagi ini, terdapat 545 kebakaran kecil di seluruh negara, dengan jumlah tertinggi direkodkan di Johor (95), Kedah (74), Perak (68), Selangor (67), Melaka (51) dan Pulau Pinang (44). Che Gayah berkata jumlah titik panas juga meningkat dengan mendadak semalam, iaitu 110 berbanding 18 hari sebelumnya. Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar setakat pukul 4 petang pula menunjukkan lima kawasan mencatat bacaan tidak sihat dengan bacaan tertinggi di Pelabuhan Klang (136). Kawasan lain ialah Banting (116), Nilai (111), Putrajaya (107) dan Seremban (104). Sementara itu, Penolong Pengurus Besar Operasi dan Kawal Selia, Lembaga Pelabuhan Klang, Kapten K. Subramanian, ketika dihubungi Bernama memaklumkan operasi di kawasan itu masih lancar walaupun sedikit terganggu pada sebelah pagi. "Jarak penglihatan bertambah baik pada sebelah petang iaitu lebih satu batu nautika, berbanding 0.5 batu nautika pada sebelah pagi," katanya. Beliau berkata kapal dan bot kecil tidak dibenarkan bergerak di kawasan pelabuhan sekiranya jarak penglihatan kurang daripada satu batu nautika. - Bernama

Rakyat Malaysia berdepan dua tuduhan di Singapura
SINGAPURA - Seorang pemandu warga Malaysia berusia 64 tahun yang didakwa merempuh pemeriksaan keselamatan di Pusat Pemeriksaan Woodlands dan memasuki Singapura pada Sabtu lepas dijangka berdepan dua pertuduhan. Stesen televisyen tempatan Channel NewsAsia (CNA) melaporkan Tan Chu Seng, seorang pemastautin tetap Singapura, didakwa melakukan dua kesalahan, iaitu bertindak terburu-buru dan vandalisme. Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada Sabtu kira-kira 4.03 petang apabila dia tiba dari Malaysia. Tan didakwa memandu Mercedes-Benz dengan nombor pendaftaran Singapura dan mengakibatkan kecederaan terhadap seorang pegawai, Safie Mahrom, apabila dia memandu terus di lorong ketibaan kenderaan, ketika cuba mengelak daripada diperiksa pegawai berkenaan. Bagi kesalahan itu, dia berdepan hukuman maksimum penjara setahun dan denda S$5,000 (RM12,500). Bagi pertuduhan kedua, Tan didakwa memandu keretanya dengan merempuh sekatan keselamatan sejurus sebelum memasuki Singapura, oleh itu merosakkan harta kerajaan. Jika sabit kesalahan, Tan boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum S$2,000 (RM5,000). Pihak pendakwaan kemudiannya memohon kepada mahkamah agar penahanan Tan di penjara dilanjutkan seminggu lagi untuk membantu siasatan polis. Kes itu akan disebut semula pada 17 Mac. - Bernama


R. Sri Sanjeevan
Pasport Palsu: MyWatch Desak Siasat
SERI KEMBANGAN – Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), R. Sri Sanjeevan mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung tugas anggota dan pegawai dari Jabatan Imigresen yang didakwa cuai hinggan menyebabkan dua pelancong asing menggunakan pasport curi menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang awal Sabtu lalu. Katanya, siasatan dalaman tidak mencukupi jika membiarkan anggota dan pegawai terbabit terus menjalankan tugas seperti biasa kerana dikhuatiri akan mengganggu siasatan sekali gus tidak mencerminkan kesungguhan kerajaan menangani ancaman keselamatan negara. “Saya menyokong tindakan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) yang akan menyiasat terperinci kes itu tetapi lebih wajar jika pegawai berkenaan ditukarkan atau memberikan itu cuti atau menggantung tugas mereka sehingga siasatan penuh dijalankan. Tindakan itu akan nampak lebih profesional. “Insiden itu tidak sepatutnya berlaku kerana perkara itu cukup memalukan negara kerana dua individu tersebut dapat memboloskan diri melalui checkpoint pihak keselamatan kita dan ini melibatkan 239 nyawa,” katanya kepada Sinar Harian Online, di sini, hari ini. Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Ahmad Zahid semalam yang memberi jaminan satu siasatan dalaman akan dijalankan terhadap Jabatan Imigresen berikutan laporan wujudnya dua pasport palsu dalam penerbangan misteri itu. Ahmad Zahid menegaskan siasatan secara terperinci itu akan memberi tumpuan khusus kepada Jabatan Imigresen cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Jelasnya siasatan itu dijalankan oleh satu pasukan khas yang diketuai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Aloyah Mamat. Susulan kejadian itu, Sanjeevan turut melahirkan kebimbangannya apabila insiden itu turut menggambarkan tahap keselamatan pintu keluar dan masuk negara kini berada dalam keadaan kritikal serta terancam. “Saya rasa tahap keselamatan bukan sahaja di KLIA tetapi di semua pintu masuk dan keluar seluruh negara berada pada tahap yang cukup membimbangkan. “Kes tersebut bukannya kali pertama berlaku seseorang itu memboloskan diri, tetapi kita mempunyai kes-kes lain di mana senjata api, dadah dan mercun dibawa masuk melalui pintu masuk negara kita tanpa dapat dikesan,” dakwanya lagi.


R Sri Sanjeevan
MyWatch Cabar PDRM Buktikan Jenayah Menurun
SERI KEMBANGAN – NGO Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) mencabar Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengemukakan bukti yang menunjukkan kadar jenayah di seluruh negara sejak tiga tahun lalu menurun sehingga 27 peratus. Pengerusinya, R. Sri Sanjeevan mendakwa, statistik jenayah yang dikeluarkan Jabatan Pencegahan dan Pembanteras Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman baru-baru ini diragui kesahihannya berikutan kadar jenayah hari ini semakin membimbangkan. “Kalau dia kata bahawa kadar indeks jenayah telah menurun sebanyak 27 peratus, saya mencabar untuk mengeluarkan statistik jenayah yang ada menunjukkan penurunan itu. "Kalau ada (bukti), sila tunjukkan kami dan seterusnya MyWatch sendiri akan mengeluarkan statistik jenayah yang kami ada. “Sebelum ini saya telah mengeluarkan statistik jenayah iaitu indeks jenayah dalam masa 60 hari dari 1 Januari hingga 28 Februari lalu menunjukkan sebanyak 20,096 kes jenayah telah direkodkan,” dakwanya kepada Sinar Harian Online. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Ayub Yaakob sebelum ini yang mengatakan kadar jenayah di seluruh negara berjaya dikurangkan sebanyak 27 peratus. Jelas Ayub lagi, kadar itu melebihi sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ditetapkan kerajaan iaitu lima peratus setiap tahun, sejak dilancarkan pada 2009. Dalam pada itu, tambah Sanjeevan lagi, peningkatan jenayah pada hari ini turut kurang diberi perhatian. “Bila kita sebut soal jenayah, ini bukan soal persepsi, ia adalah soal nyawa dan keselamatan rakyat dan isu yang cukup membimbangkan rakyat pada hari ini. “PDRM perlu lebih telus dalam menunjukkan statistik jenayah. Kita tidak perlu bertolak ansur dalam statistik ini, kita perlu tegas,” katanya lagi.

Nelayan perlu lapor jika nampak objek pelik
PUTRAJAYA - Para nelayan terutama di kawasan utara dan timur laut perairan negara diminta supaya membuat laporan jika ternampak sebarang objek 'pelik' yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bilangan nelayan yang dianggarkan berjumlah antara 17,000 hingga 20,000 orang di Kelantan, Terengganu, Perlis, Pulau Pinang dan Perak, boleh digembleng untuk membantu pihak berkuasa dan badan profesional dalam misi pencarian pesawat itu. "Nelayan berupaya membantu secara sukarela sebab inilah tempat mereka mencari makan dan kita percaya mereka lebih kenal laut. Jadi kita berharap mereka dapat maklumkan kepada kita dengan segera jika menemui objek pelik," katanya. Beliau derkata demikian dalam sidang media di sini hari ini selepas bertemu keluarga Khairul Amri Selamat, seorang daripada penumpang pesawat MH370, yang berasal dari Bera, Pahang. Semalam, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata bagi menambah operasi mencari dan menyelamat, pihaknya turut berbincang dengan Ismail Sabri sekiranya terdapat keperluan untuk mendapatkan bantuan Persatuan Nelayan Kebangsaan. Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menghubungi rakan sejawatnya di Indonesia semalam bagi memohon bantuan daripada nelayan di bahagian Medan dan Acheh yang berada di sepanjang Selat Melaka. "Indonesia telah memberi jaminan untuk membantu dan kita juga akan menyampaikan mesej yang sama kepada pihak di Thailand dan Vietnam secepat mungkin sama ada hari ini atau esok," katanya. Selain itu, Ismail Sabri berkata beliau turut menerima mesej daripada juruterbang-juruterbang kapal kecil tempatan seperti Twin Otter yang juga menawarkan bantuan untuk mencari pesawat berkenaan. "Saya akan menyampaikan mesej ini kepada Datuk Seri Hishammuddin kerana mereka juga boleh terbang di sepanjang pesisiran pantai kawasan tumpuan jika dibenarkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA)," katanya. - Bernama


Wanita hadapi 29 tuduhan palsu perjanjian
SHAH ALAM - Bekas pengurus akaun wanita di TM Info Media Sdn Bhd, anak syarikat Telekom Malaysia Sdn Bhd (TM), mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap 29 pertuduhan memalsukan perjanjian pengiklanan Internet melibatkan kontrak lebih RM400,000 pada 2011. C. Malini, 35, didakwa memalsukan dokumen bagi perjanjian pengiklanan dalam Internet di Yellow Pages untuk 14 syarikat bertujuan untuk mengelirukan dan memperdayakan TM sedangkan kesemua perjanjian itu tidak berlaku. Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Tingkat 6, Blok C, Mines Waterfront Business Park, No.3, Jalan Tasik Mines Resort City, Seri Kembangan dekat sini, antara 14 Mac dan 21 September 2011. Suri rumah itu didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi. Hakim M. Bakri Abd Majid membenarkan wanita itu dibebaskan dengan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan Malini melapor diri di pejabat SPRM sebulan sekali sehingga kes selesai. Beliau turut menetapkan perbicaraan selama empat hari bermula 14 Mei ini dan menetapkan 14 April ini untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa daripada SPRM Nor Azah Kasran manakala tertuduh diwakili peguam M. Tharuma Ratnam. - Bernama


Banduan lari penjara P Pinang ditangkap
GEORGETOWN - Seorang banduan yang melarikan diri dari Penjara Pulau Pinang Rabu lepas, ditahan semula di Machang Bubuk, Bukit Mertajam dekat sini awal hari ini. Lelaki yang dikenali sebagai Phang Ruey Shang, 42, itu ditahan pukul 2.15 pagi di rumah anggota keluarganya, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah. "Banduan yang lari ketika melakukan tugas pembersihan di luar kawasan penjara itu, difahamkan bersembunyi di beberapa lokasi sebelum pulang ke rumah anggota keluarganya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Beliau berkata lelaki itu yang menjalani hukuman penjara sejak Januari atas kesalahan Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki barang curi kini direman selama lima hari. Lelaki yang juga dikenali sebagai Ah Beng itu dilapor hilang selepas membersih longkang dengan lima lagi rakan banduan lain kira-kira pukul 12 tengah hari dan tindakannya hanya disedari ketika warden mahu mengumpul semula banduan untuk dibawa pulang ke penjara. - Bernama

MH370
Serpihan itu sebenarnya seikat kayu
SEPANG - Objek yang pada mulanya disangka ekor kapal terbang yang dikesan di Laut China Selatan oleh beberapa pesawat yang terlibat dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang, akhirnya didapati merupakan beberapa batang kayu yang diikat untuk membentuk sebuah pontun oleh kapal yang dikerah ke tempat berkenaan. Perkara ini dinyatakan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman pada sidang akhbar yang diadakan secara berkala sejak kehilangan pesawat MH370 pada kira-kira pukul 1.30 pagi Sabtu ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Beliau berkata setakat ini, tiada sebarang pengesahan bahawa serpihan pesawat berkenaan dijumpai mana-mana agensi yang menyertai operasi mencari dan menyelamat, walaupun terdapat khabar angin bahawa bahagian pesawat terbabit dilihat terapung di Laut China Selatan. Pesawat Boeing 777-200ER MAS itu hilang ketika dalam penerbangan di ruang angkasa antara Malaysia dan Vietnam 49 minit setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 pagi Sabtu dengan membawa 239 orang, termasuk 12 anak kapal. "Terdapat laporan oleh pelbagai media bahawa bahagian pesawat berkenaan dijumpai oleh beberapa agensi penyelamat. Malam tadi, beberapa media melaporkan pihak berkuasa ternampak satu objek yang dipercayai adalah pintu kapal terbang. "Bagaimanapun, laporan itu tidak disahkan secara rasmi oleh pihak berkuasa Vietnam. Kami segera menghubungi mereka dan mereka mengesahkan bahawa mereka tidak menjumpai objek itu," katanya. Azharuddin berkata pihak berkuasa juga hairan kenapa masih tidak terdapat sebarang tanda tentang pesawat yang hilang itu walaupun sudah lebih 60 jam berlalu. Menurut beliau sampel tompokan minyak yang dijumpai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di luar pantai Tok Bali, Kelantan pada Ahad telah dihantar ke makmal untuk menentukan sama ada ia berasal daripada pesawat yang hilang itu. "Harap-harap, apabila kami menerima laporan daripada makmal nanti, kami akan mempunyai sesuatu untuk diumumkan," katanya. Beliau berkata bukti jelas dan kukuh, seperti bahagian badan pesawat, perlu didapati untuk membolehkan kajian forensik dan analisis dibuat tentang apa yang berlaku kepada pesawat berkenaan. Media dan beberapa pakar dari seluruh dunia memberi pelbagai teori yang boleh menyebabkan pesawat berkenaan hilang 'begitu sahaja', katanya. "Kita tidak boleh menolak sebarang kemungkinan. Kami sendiri pun kebingungan juga," katanya. Azharuddin berkata usaha mencari juga dilakukan di kawasan Selat Melaka kerana mereka tidak mahu menolak kemungkinan pesawat terbabit berpatah balik. Katanya pihak berkuasa, dengan kerjasama pelbagai negara, akan menggiatkan usaha untuk mengesan pesawat yang hilang itu. Kini, usha mencari melalui udara diadakan setiap hari dari 7 pagi hingga 7 malam, manakala usaha mencari menggunakan kapal pula diadakan sepanjang malam. - Bernama

Foto
Ibu, teman lelaki didakwa bunuh anak perempuan
Teluk Intan: Seorang wanita dan teman lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, atas tuduhan membunuh anak wanita berkenaan yang berusia dua tahun enam bulan, kira-kira seminggu lalu. Fiera Syafieqa Shamsudin, 20, dari Kampung Sungai Pulau, Hutan Melintang dan Amir Hassan Bakri, 26, dari Kampung Seri Perkasa, Hutan Melintang, didakwa secara bersama menyebabkan kematian Nur Ain Ariana Abdullah di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Perkasa, Hutan Melintang, kira-kira jam 4.30 petang pada 3 Mac lalu. Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Mereka mengangguk tanda faham ketika kertas pertuduhan dibacakan. Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-duanya. Majistret Fairuz Abidah Ismail menetapkan 9 April ini untuk kes itu disebut semula. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Hidayah Ismail manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. Akhbar pada 6 Mac lalu, melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 30 bulan parah dan dalam keadaan koma selepas disyaki didera oleh ibu dan teman lelaki ibunya itu.

Dadah: Dua anggota polis ditahan
BESUT - Dua anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Besut ditahan kerana dipercayai suspek kes dadah, didakwa menawarkan sogokan RM500 kepada anggota polis yang menahan mereka awal pagi semalam. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika mendedahkan perkara berkenaan berkata kedua-dua suspek ditahan dalam Op Tapis Bersepadu bersama 15 suspek lain berumur 20 hingga 40 tahun, di tiga kampung sekitar kawasan Hulu Besut dan Jerteh. "Dalam perjalanan pulang ke BSJND, kedua-dua suspek merayu supaya mereka dibebaskan sambil mengeluarkan RM500 sebagai wang pendahuluan untuk anggota yang menahan mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Kamaruddin berkata wang itu kemudian dirampas oleh anggota BSJND berkenaan. Katanya hasil pemeriksaan urin, mereka didapati positif dadah dan akan disiasat bagi kesalahan dadah serta tuduhan menawarkan rasuah. Dalam operasi antara pukul 5 pagi hingga 2 petang semalam, Kamaruddin berkata pasukan BSJND membuat pemeriksaan terhadap kesemua suspek termasuk seorang pelajar sekolah berumur 15 tahun dipercayai terbabit kes dadah dan memiliki pil kuda serta syabu. - Bernama

Surat berusia 101 tahun
Surat berusia 101 tahun
KIEL - JERMAN. Sekumpulan nelayan dari Heikendorf di utara Jerman menemui surat dalam botol berusia 101 tahun. Menurut Konrad Fischer, antara isi poskad dari Denmark yang dihantar menggunakan dua keping setem Jerman itu meminta mereka yang menemui botol terbabit untuk menghantar ia semula ke alamat di Berlin. "Saya berasa sangat teruja apabila melihat tarikh yang terdapat pada poskad itu,"katanya menurut laporan DailyMail. Difahamkan, pengirim botol itu, Richard Platz menulis nota tersebut pada 17 Mei 1913, setahun sebelum tercetusnya Perang Dunia Pertama. Mesej dalam botol paling lama yang pernah ditemui adalah berusia 97 tahun dan ia turut disenaraikan dalam Rekod Dunia Guiness.

Stesen bas bagaikan pekan koboi
Stesen bas Shah Alam bagaikan pekan koboi
BAGAIKAN berada di pekan koboi! Itu yang bermain di fikiran kebanyakan orang baru pertama kali menjejakkan kaki ke Stesen Bas Ekspres Shah Alam di Seksyen 17.
Keadaannya yang daif agak menjengkelkan penumpang. Stesen bas yang telah beroperasi kira-kira 20 tahun ini masih amat ketinggalan jika hendak dibandingkan dengan kepesatan pembangunan bandaraya Shah Alam, iaitu ibu negeri Selangor.
Bukan hanya kekurangan tempat duduk, malah penumpang juga terpaksa berpanas berikutan stesen tidak mempunyai struktur berbumbung.
Pengumuman kerajaan Shah Alam bakal menikmati dua terminal bas baru di Seksyen 17 dan Seksyen 19 melalui Projek Hentian Akhir Bandar (HAB) bernilai RM11 juta menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pengangkutan awam yang diumumkan baru-baru ini ternyata saat yang ditunggutunggu oleh warga Shah Alam.

“INILAH yang selama ini kami tunggu,” demikian respons kebanyakan pengusaha bas Seksyen 17 apabila ditanya mengenai usaha kerajaan pusat dalam projek naik taraf hentian bas Seksyen 17 dan 19 melalui Projek Hentian Akhir Bandar (HAB) awal Mei hadapan dengan kos RM11 juta menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pengangkutan awam kerana hentian bas sedia disifatkan terlalu daif.
Pada 18 Februari lalu, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengumumkan kerajaan pusat menyalurkan RM7 juta bagi membina bangunan satu tingkat terminal berhawa dingin di Seksyen 17 di atas tanah seluas 0.77 hektar.
Terminal baru dengan dilengkapi kemudahan itu akan memberi kemudahan kepada 1,000 pengguna bas sehari dan boleh menampung jumlah penumpang bas pada musim perayaan.
Pengusaha bas Maju Express Sdn Bhd, Bakri Mat Hussin berkata, hentian bas sedia ada tidak menonjolkan sama sekali imej Shah Alam sebagai pusat bandar raya negeri ini kerana keadaan serba kekurangan.
“Penumpang kami selalu merungut kerana tiada tempat duduk yang cukup lebih-lebih lagi bagi perjalanan ke pantai timur pada sebelah malam.
“Hentian bas di sini akan sesak dan penumpang terpaksa berdiri lama kerana tiada tempat duduk,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Bakri lagi, situasi menjadi bertambah teruk menjelang musim perayaan kerana keadaan di hentian bas terlalu sesak dengan penumpang.
“Memanglah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ada menyediakan khemah dan kerusi bagi penumpang menunggu bas, tetapi ia tidak mampu menampung jumlah penumpang pada musim perayaan.
“Malahan, surau juga terlalu daif kerana hanya boleh memuatkan tujuh jemaah lelaki saja. Jemaah perempuan tiada langsung ruang,” katanya.
Bakri menambah, usaha kerajaan itu amat diharapkan sejak dahulu lagi kerana pihaknya mengutamakan keselesaan pelanggan.
“Saya harap, projek ini boleh siap tepat pada masanya kerana keadaan di sini tidak boleh dipanggil terminal pun, mungkin kita boleh panggil hentian sementara saja. Kesian penumpang bas, sudahlah mereka terpaksa berdepan perjalanan jauh, terpaksa berpanas pula di sini,” ujarnya.
Selalu kena saman MBSA
Pengusaha bas Konsortium Mutiara, Mohd Rusdi Mohd Amin berkata, keadaan hentian bas Seksyen 17 terlalu uzur jika mahu dibandingkan dengan hentian bas lain.
“Kalau kita pergi ke Klang Sentral lagi bagus kemudahan di sana, di sini, tempat parkir kereta pun tiada, susah penumpang mahu membeli tiket kerana mereka selalu disaman MBSA kerana meletak kereta di sisi jalan,” katanya.
Dengan kerja naik taraf yang bakal dibuat kelak, pihaknya berharap agar tiada lagi kesulitan yang lazim berlaku terhadap penumpang bas.
“Saya sudah berniaga di sini hampir sembilan tahun, keadaan di sini amat sesak, saya cuma kesian dengan pelanggan di sini. Periuk nasi pun saya kena jaga dengan memberi perkhidmatan terbaik buat pelanggan. Saya harap lepas ni saya boleh memberi keselesaan kepada pelanggan yang menunggu bas di premis saya,” katanya.
Beri imej negatif kepada Shah Alam
Pengusaha bas Sani Express, Alan Markun berkata, perasaan malu menyelubungi diri tatkala berdepan dengan pelancong asing yang berkunjung ke premisnya bagi membeli tiket.
“Hentian bas ini sekali gus memberi imej negatif kepada Shah Alam dan saya rasa usaha kerajaan ini merupakan keputusan yang amat tepat dan sepatutnya naik taraf ini dilakukan lebih 10 tahun lalu selepas hentian ini dibina,” katanya.
Tambahnya, hentian bas ini sudah beroperasi hampir 12 tahun dan sudah tiba masanya ia dinaik taraf bagi memudahkan pengguna dan syarikat bas sendiri.
“Platform bas juga tidak pernah ada dan bas yang tiba terpaksa bergilir-gilir masuk atau hanya menunggu penumpang di tepi jalan saja, ini sekali gus membahayakan nyawa penumpang bas,” katanya.

Datuk A. Thaiveegan
Hina polis: Kertas siasatan Dr Afif hampir siap
GEORGETOWN - Kertas siasatan berhubung kenyataan anggota exco kerajaan negeri Pulau Pinang Dr Afif Bahardin melalui akaun Twitter miliknya 4 Mac lepas yang didakwa menghina pasukan polis, hampir siap dan dijangka diserah kepada pejabat pendakwa raya dalam tempoh terdekat. Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada tiga individu iaitu Dr Afif dan dua lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan status twitter itu. "Kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Jumaat lepas polis merakam keterangan Dr Afif di pejabatnya di Komtar dan turut mengambil telefon bimbit milik beliau yang dipercayai digunakan untuk memuat naik status berkenaan. Dr Afif, anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya, merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri. Sementara itu, Thaiveegan berkata kertas siasatan mengenai kejadian telur busuk pecah di tangan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok ketika bersalam dengan seorang pengunjung semasa ceramah anjuran pakatan pembangkang di Taman Cermai dekat sini, Rabu lepas, telah siap. "Kertas siasatan kes itu mungkin dihantar kepada pejabat pendakwa raya hari ini atau esok untuk tindakan selanjutnya," katanya. Dalam kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia 25 tahun yang kemudian dibebaskan dengan jaminan polis. Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, Teresa dihampiri seorang lelaki dan telur busuk yang berada dalam genggaman lelaki berkenaan pecah ketika mereka bersalam. - Bernama

Petugas media masih kabur
Petugas media masih kabur
CA MAU, VIETNAM - Selepas tiga hari berita kehilangan pesawat dalam penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) dilaporkan, banyak perkara yang masih kabur. Akhbar di Vietnam mula membuat spekulasi mengenai kehilangan pesawat itu mempunyai kaitan dengan pengganas, berpaksikan kepada laporan mengenai dua pasport palsu yang digunakan oleh dua penumpang penerbangan itu. Sebuah akhbar Vietnam hari ini menyiarkan gambar dari udara satu objek menyerupai tingkap kapal terbang di tengah laut, namun berkata disebabkan keadaan cuaca yang kurang baik, serpihan itu tidak dapat dinaikkan. Kerajaan Vietnam pula masih membisu tanpa sebarang kenyataan rasmi, dan hanya berkata mereka akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat. Petugas media sama ada dari Vietnam atau negara luar juga belum menerima maklumat tepat mengenai lokasi pusat operasi mencari dan menyelamat di Vietnam. Maklumat diberikan media Vietnam dan kenyataan rasmi daripada pegawai kerajaan di sini bercanggah dan berubah-ubah setiap masa, menggambarkan tiada kata putus dibuat atau pun maklumat tidak didedahkan secara penuh. Maklumat terakhir yang kami perolehi adalah pusat operasi mencari dan menyelamat akan ditubuhkan di Pulau Phu Quoc, kira-kira 400 kilometer dari Ho Chi Minh. Tiada apa yang pasti atau muktamad setakat ini, dan kekecohan ini telah dijangka memandangkan insiden seperti ini amat jarang berlaku di perairan rantau ini.


Puteri Sarah Bersara Dari Dunia Lakonan
PUTERI Sarah Liyana telah sah menjadi isteri kepada pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof setelah selamat diijabkabulkan di Masjid Al Mukarramah Bandar Sri Damansara pada Sabtu. “Alhamdulillah saya gembira kerana majlis berjalan lancar walaupun Syamsul sakit (demam denggi). Berkat doa serta solat hajat banyak pihak menjadikan majlis pada hari ini dapat berlangsung dengan izinNya. Saya tidak menganggap Syamsul dijangkiti denggi ini sebagai dugaan atau cabaran. Saya akan menjalankan tanggungjawab sebagai isteri untuk menjaga Syamsul yang sedang sakit ketika ini tidak kira di mana saja dia berada,” ujar Sarah ketika ditemui di majlis akad nikah mereka. Selain itu, Sarah turut berkongsi yang dia sudah berundur dari bidang seni sejak tahun lalu lagi. Dia kini lebih gembira menjadi pengurus pemasaran bagi Butik Eilya serta berjinak-jinak dalam bidang rekaan fesyen untuk muslimah. “Butik tersebut bukan milik saya tetapi saya bekerja di bahagian pemasaran untuk Butik Eilya itu. Shamsul juga gembira serta selesa dengan kerja tersebut. Saya sudah bersara daripada lakonan sejak tahun lepas lagi. Keputusan yang diambil untuk bersara bukan dibuat kerana saya hendak berkahwin tetapi bagi menumpukan perhatian kepada kerjaya baru,” ujar Sarah. Belum menetapkan lokasi berbulan madu mereka, Sarah merancang untuk menunaikan Umrah bersama Shamsul kerana sudah lama menyimpan impian untuk menjejakkan kaki ke tanah suci itu. Namun Sarah dan Syamsul belum mempunyai tarikh yang tetap untuk menunaikan ibadah itu buat masa ini. – GUA

Zaharie bina simulasi sendiri di rumah
Zaharie bina simulasi sendiri di rumah
SHAH ALAM - Juruterbang pesawat Boeing 777 MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah merupakan seorang juruterbang berpengalaman yang bukan sahaja mampu menerbangkan Boeing 777 di udara, malah pesawat itu turut 'diterbangkan' di rumahnya. Minatnya terhadap penerbangan amat mendalam, hinggakan ketika masa lapang Zaharie sering menghabiskan masa menerbangkan koleksi pesawat kawalan jauh beliau. Beliau juga membina sendiri set simulasi penerbangan Boeing 777 untuk terus mempertajamkan kemahiran menerbangkan pesawat Boeing 777 yang sebenar. Dalam sebuah bilik khas, beliau menempatkan tiga skrin LCD 32 inci dan tiga skrin sesentuh 21 inci yang mewakili alat navigasi dan fungsi yang berbeza seperti di dalam pesawat Boeing 777 yang sebenar. Memetik catatan blog Sharelor.net, Zaharie juga gemar memasak dan sering memuat naik gambar hidangan yang dimasaknya. Beliau juga sering berkongsi pengetahuan mengenai cara-cara melakukan sendiri penjimatan elektrik di laman YouTube. Berdasarkan rekod MAS, bekas penuntut di Penang Free School ini telah mencatatkan 18, 365 jam penerbangan sejak menyertai Malaysia Airlines pada 1981. Namun kita pasti dengan adanya program simulasi di rumah, beliau telah menerbangkan Boeing 777 melebihi rekod rasmi yang dicatatkan. Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian Online mendapati satu akaun Facebook atas nama "Kapten Zaharie Ahmad Shah" telah diwujudkan hari ini dan telah meraih perhatian 1,772 pengguna internet sehingga jam 11 malam tadi.


Keluarga Berjaya Hubungi Telefon Bimbit Penumpang?
SHAH ALAM - Beberapa keluarga di China berjaya menghubungi ahli keluarga mereka yang berada di dalam pesawat MH370. Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh media negara itu, terdapat sebilangan ahli keluarga yang berjaya menghubungi penumpang pesawat Boeing 777 tersebut namun tiada jawapan yang diterima oleh pemanggil. Hal ini telah melahirkan pelbagai spekulasi sekali gus menjadikan kehilangannya sebagai satu misteri. Dalam pada itu, Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman menetapkan fokus pencarian MH370 mendahului isu lain. Menurutnya, isu keselamatan MAS atau isu pasport palsu bukanlah fokus utama pihak MAS buat masa kini. "Kami masih menumpukan perhatian ke atas misi mencari dan menyelamat pesawat MH370, itu fokus utama kami, jangan buat sebarang spekulasi. "Buat masa ini, pihak kami telah menerima bantuan dari negara luar seperti Indonesia, USA, Australia, Vietnam, China, Thailand dan Singapura," katanya. Katanya lagi, pasukan pencari telah meluaskan kawasan pencarian di perairan Laut China Selatan dan pihaknya sedang menunggu perkembangan misi mencari dan menyelamat tersebut.


Akhbar Buat Laporan Tak Kena Tempat – Kata Kemungkinan Juruterbang Bunuh Diri
Sebuah akhbar tempatan hari ini didapati membuat laporan yang dilihat tidak kena dengan ‘tempat’ berhubung insiden pesawat malang MH370. Dalam artikel itu, akhbar terbabit menyiarkan beberapa kemungkinan yang mungkin menjadi penyebab kepada misteri kehilangan MH370. Namun, yang tak sedapnya, juruterbang membunuh diri turut diselitkan sebagai salah satu daripada kemungkinan yang mungkin wujud dalam perkara ini. Walaupun ini cumalah telahan dan andaian sahaja, namun seharusnya penulis itu memikirkan perasaan ahli keluarga Kapten Zaharie Mohd Shah dan juga juruterbang, Fariq Abdul Hamid yang mungkin terkesan dengan artikel dangkal sebegitu. Diharapkan selepas ini semua pihak media, dan orang ramai di luar sana lebih berhati-hati apabila menulis sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik agar tidak menyentuh sensitiviti sesetengah pihak berhubung insiden MH370.


Apakah Itu Yang Dikatakan Sebagai Kotak Hitam Pesawat?
Jika anda mengikuti perjalanan usaha mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) nombor penerbangan MH370, pastinya anda telah mendengar istilah “black box” atau kotak hitam disebut beberapa kali dalam perbincangan atau berita yang dilaporkan dari wartawan dari pelbagai agensi media. Namun, tahukah anda apa itu kotak hitam di dalam pesawat dan apa kepentingganya? Kotak hitam ialah sejenis alat khusus untuk merakamkan perjalanan penerbangan sesebuah pesawat dari aspek sistem teknikal pesawat dan juga perbualan juruterbang di dalam pesawat. Dalam terma teknikal ia dikenali sebagai ‘Flight Data Recorder (FDR)’ atau juga dikenali sebagai ‘Accident Data Recorder (ADR)’. Sebuah lagi alat merakam perjalanan penerbangan dikenali sebagai ‘Cockpit Voice Recorder (CVR)’. FDR atau ADR akan merakamkan setiap isyarat elektronik dan teknikal yang dibuat oleh juruterbang secara terperinci dari segi ketinggian, kelajuan dan penggunaan peralatan dalam sesebuah pesawat. Manakal CVR pula merakamkan perbualan antara juruterbang dan pembantu serta komunikasi juruterbang dengan pengendali menara kawalan trafik udara sepanjang penerbangan sehingga tamat sesebuah penerbangan pada saat enjin pesawat dimatikan selepas mendarat dan diparkir di lapangan terbang. Oleh itu, di dalam sesuatu nahas pesawat terhempas, penemuan kotak hitam ini amat perlu kerana data yang diperoleh daripada rakaman akan membantu keseluruhan siasatan dan mengenalpasti punca sesebuah kemalangan itu berlaku. FDR dan CVR akan mula merakamkan data penerbangan bermula apabila enjin pesawat dihidupkan, pemeriksaan senarai langkah untuk berlepas (take-off checklist) dan juga apabila pesawat sudah mula bergerak (taxi), berlepas dan mendarat. Jika kemalangan berlaku, keutamaan pertama ialah untuk mencari bangkai pesawat dan seterusnya mencari kotak hitam pesawat berkenaan. FDR dan CVR direka berwarna jingga supaya ia mudah dikesan jika pesawat terbakar, terbenam di dasar laut dan juga jika ia terselindung di dalam hutan atau salji. Pihak penyiasat akan mendengar dan meneliti setiap data di dalam alat berkenaan supaya mereka boleh mereka semula pergerakan pesawat menggunakan lakaran grafik dari permulaan pesawat berlepas sehingga nahas berlaku. Dalam kes pesawat Air France yang dalam penerbangan dari Rio De Jeneiro, Brazil ke Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris pada 1 Jun 2009, kotak hitam atau FDR/CVR hanya dapat dikesan selepas dua tahun nahas itu berlaku kerana lokasi pesawat berkenaan ialah di dasar lautan yang sangat dalam. Kejadian itu melibatkan pesawat jenis Airbus A330-203 yang terhempas di Lautan Atlantik membunuh kesemua 216 penumpang dan 12 anak kapal. Kerana itulah, keutamaan pasukan mencari pesawat MH370 pada ketika ini ialah untuk mengenalpasti lokasi pesawat berkenaan sebelum mencari kotak hitam berkenaan bagi memulakan siasatan mencari punca kejadian.

Foto
Panggilan bom gempar kompleks mahkamah
Melaka: Kompleks Mahkamah Melaka sekali lagi dikejutkan dengan panggilan bom kira-kira jam 9.15 pagi tadi. Kini pihak polis termasuk pasukan anjing pengesan bom berada di kompleks mahkamah untuk melakukan pemeriksaan.

Wanita maut dirempuh
Sungai Petani: Seorang ibu maut manakala anaknya parah selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kereta di Jalan Lencongan Barat dekat Sungai Jagung, di sini, jam 6.45 petang semalam. Mangsa, Toharoh Ahmad, 43, dari Kampung Sungai Jagong, di sini, maut di tempat kejadian manakala anaknya yang berusia 14 tahun cedera parah dan dirawat di hospital.

Anwar fail notis rayuan
Putrajaya: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati dia bersalah atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Peguam Ram Karpal Singh ketika ditemui berkata pihaknya sudah memfailkan notis rayuan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan di sini pada jam 10.30 pagi. Sementara itu, seorang pekerja kepada Anwar iaitu Ibrahim Yaacob hadir pada jam 10.25 pagi dan membayar jaminan sebanyak RM10,000 seperti yang diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini. Anwar bagaimanapun tidak hadir berikutan berada Parlimen mula bersidang hari ini. Difahamkan dia akan hadir tengah hari ini menandatangani dokumen jaminan itu sebelum jam 1 tengah hari.

Rugi RM2 juta disabotaj, Scania
Georgetown: Sebuah syarikat bas terkemuka kerugian hampir RM2 juta apabila tiga bas Scania dipercayai disabotaj pihak tidak bertanggungjawab yang memasukkan serbuk besi ke dalam enjin kenderaan berkenaan di depoh bas di Sungai Nibong, di sini, Jumaat lalu. Kejadian dipercayai berlaku pada jam 5 pagi Jumaat lalu apabila seorang ketua depoh bas membuat pemeriksaan ke atas tiga bas berkenaan yang sepatutnya beroperasi pagi semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Ismail Idris berkata, berdasarkan siasatan, ketua depoh berkenaan mendapati ada kesan serbuk besi di bahagian enjin sebelum pemeriksaan lanjut mendapati minyak enjin ketiga-tiga bas itu bercampur dengan serbuk besi. “Berdasarkan siasatan awal, kejadian berlaku akibat perbuatan khianat dipercayai dilakukan bekas pemandu bas syarikat berkenaan. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar. “Sehingga kini, tiada tangkapan dibuat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan iaitu khianat. Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak sampai tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya. Polis meminta kerjasama mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) di talian 04-21818822 untuk membantu siasatan.

Foto
Penjenayah gagal buka peti besi
Kota Kinabalu: Sekumpulan penjenayah berputih mata apabila cubaan membuka peti besi keselamatan di sebuah kilang jubin di Jalan Kolombong, di sini, gagal selepas kegiatan mereka disedari sebelum melarikan diri dalam kejadian pada jam 5.30 pagi tadi. Difahamkan, tiada sebarang kerugian dialami oleh pemilik kilang berkenaan apabila tindakan penjenayah disedari oleh beberapa pekerja di kilang berkenaan sebelum memaklumkan kepada pihak polis.

Tukang sapu jumpa pistol
Georgetown:Seorang lelaki yang bekerja sebagai tukang sapu menemui sepucuk pistol ketika sedang melakukan kerja pembersihan di kawasan belukar di Bandar Baru, di sini, Sabtu lalu. Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan berkata, pistol berkenaan ditemui kira-kira jam 11.30 pagi dan lelaki berkenaan menyerahkan senjata itu kepada polis. Menurutnya, setakat ini polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan senjata api terbabit. "Kita sedang siasat bagaimana senjata api itu boleh berada di kawasan terbabit. "Kita tidak menolak kemungkinan ia dibuang individu tertentu dan setakat ini belum ada suspek ditahan berhubung penemuan senjata api,"katanya.

Warga asing menyamar ASP dicekup
TAWAU - Taktik licik seorang lelaki warga asing yang menyamar sebagai pegawai polis berpangkat Asisten Supritendan bagi memperdaya orang ramai sejak setahun lalu terbongkar selepas dia ditahan di sekitar kawasan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dekat sini pagi tadi. Suspek warga Filipina berusia 51 tahun dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu ditahan kira-kira pukul 8.40 pagi hasil maklumat awam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil negeri, Supritendan Saiman Kasran berkata, suspek amat dikehendaki kerana terlibat dalam 10 kes jenayah penipuan di negeri ini. - KOSMO!

Penyelia syarikat dituduh kemuka 15 tuntutan palsu libatkan RM134,860
IPOH - Seorang penyelia syarikat kontraktor hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mengemukakan 15 dokumen tuntutan palsu melibatkan RM134,860.40 bagi perkhidmatan dobi kepada Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Sinaran Suria pada 2010. Jagjit Singh Dewan Singh, 57, yang merupakan pengurus Syarikat A&R Bintara Jaya Enterprise cawangan Perak didakwa menyerahkan dokumen itu kepada Komandan Kem Mejar Kamaron Bahrin Hussin di pejabat kewangan PLKN Sinaran Suria, di Sungkai dekat sini antara 1 Mac dan 31 Julai 2010. Dia didakwa menyerahkan kesemua dokumen tuntutan palsu itu bagi tempoh Januari hingga Jun 2010 membabitkan enam invois syarikat, tiga borang pesanan dobi, tiga nota penghantaran serta tiga penyata tuntutan bagi perkhidmatan dobi iaitu melibatkan 370,337 helai pakaian yang kesemuanya berjumlah RM134,860.40. Bilangan sebenar hanya membabitkan 43,992 helai pakaian berharga RM20,675.80 bagi perkhidmatan dobi dalam tempoh itu.

Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Sabah terbakar
KOTA KINABALU - Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah terletak di Tingkat 2, Blok B, bangunan Wisma Muis di sini terbakar tengah hari ini, mengakibatkan beberapa fail dan dokumen penting musnah. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Nordin Fauzi berkata, dalam kejadian kira-kira 1.51 tengah hari itu, seorang lelaki sedang berurusan di pejabat itu cedera ringan dan dirawat anggota Unit Penyelamat dan Paramedik (EMRS). "Pihak bomba menerima panggilan pada pukul 1.51 tengah hari dan mengarahkan tiga jentera berserta 24 anggota ke tempat kejadian, yang dapat mengawal kebakaran pada 2.20 petang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian. Beliau berkata, api dapat dipadamkan dengan cepat kerana bangunan itu dilengkapi sistem semburan air atau 'sprinkler' yang berfungsi baik. "Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca dari kawasan luar (bangunan pejabat) dan pihak forensik bomba akan mempercepatkan proses siasatan kerana ini merupakan pejabat penting kerajaan," katanya. Beliau berkata, jumlah kerugian dan punca sebenar kebakaran masih disiasat. Sementara itu, seorang pekerja wanita jabatan itu yang enggan namanya disiarkan berkata ketika kejadian hanya beberapa pekerja bertugas manakala kira-kira 45 lagi kakitangan sedang menghadiri seminar pengurusan integriti di Jabatan Arkib cawangan Sabah di sini. Beliau menerima panggilan daripada rakannya pada kira-kira 1.45 tengah hari memberitahu tentang kejadian itu. Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Mohd Arifin Arif yang turut melawat tempat kejadian berkata ini merupakan kebakaran kali kedua berlaku selepas satu kebakaran kecil sebelum ini. Menurutnya, kira-kira 1,000 kakitangan dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan negeri serta persekutuan bekerja di Wisma Muis setinggi 10 tingkat. - Bernama

Operasi mencari dan menyelamat MH370 masuk hari ketiga Mac 10, 2014
KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia yang hilang awal pagi Sabtu masuk hari ketiga hari ini.
Operasi mengesan pesawat MH370 dipergiatkan pada hari kedua dengan penglibatan lebih banyak pihak dan kawasan carian yang lebih luas serta kemunculan beberapa kemungkinan baru mengenai kehilangan pesawat itu.
Operasi pada Ahad yang diketuai oleh pasukan tentera Malaysia disertai oleh pasukan tentera Amerika Syarikat dan negara serantau termasuk Vietnam, Thailand, Singapura, Indonesia dan Filipina, melibatkan gerakan dari udara dan laut.
Usaha mengesan pesawat itu juga dipandu oleh petunjuk baru yang membayangkan ada kemungkinan besar pesawat jenis Boeing 777-200 itu cuba berpatah balik dari laluan asal Kuala Lumpur ke Beijing.
Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata rekod radar tentera menunjuk tanda-tanda pesawat itu cuba berpatah balik dan petunjuk itu disokong oleh petunjuk daripada radar sivil.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang Isnin mengesahkan bahawa dua tompokan minyak memang ditemui di perairan Vietnam semasa operasi mencari yang dilakukan oleh pihak berkuasa negara itu.
Walaubagaimanapun, Hishammuddin berkata tiada serpihan pesawat ditemui di kawasan timbulnya tompokan minyak tersebut.
“Pada ketika ini, pesawat-pesawat Vietnam telah ke kawasan terbabit untuk mengenal pasti sama ada minyak itu datangnya dari pesawat,” katanya semasa satu sidang media di Hotel Sama-Sama di KLIA.
Berlaku sedikit kekeliruan pada Ahad kerana pada sebelah pagi diumumkan terdapat empat individu yang menaiki pesawat MH370 pasport yang dicuri.
Namun pada sebelah petangnya disahkan hanya terdapat dua penumpang pesawat MH370 menggunakan passport curi.
Hishammuddin memberitahu media selepas melawat keluarga penumpang MH370 di Hotel Everly, Putrajaya mengumumkan identiti dua penumpang misteri itu sudah dikenal pasti.
Butiran mereka juga telah dihantar kepada agensi perisikan dalam dan luar negara untuk siasatan lanjut.
Astro AWANI difahamkan menurut sumber yang mahir dengan tumpahan minyak, tompokan yang ditemui itu mungkin bukan dari MH370 kerana warna tompokan tersebut.
Sementara itu, pakar anti keganasan antarabangsa, Profesor Rohan Gunaratna memberitahu Astro AWANI kebarangkalian untuk pesawat milik Malaysia Airlines MH370 yang hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dirampas oleh pengganas amat rendah.

Ringkasan hari kedua misi mencari pesawat MH370 Mac 10, 2014
KUALA LUMPUR: Usaha mencari dan menyelamat terus ditingkatkan bagi mencari pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 yang dilaporkan hilang pada awal Sabtu pagi. Usaha ini juga ditingkatkan dengan kerjasama beberapa negara jiran dan juga Australia dan Amerika Syarikat.
Ahli keluarga penumpang pesawat MH370 masih ingin maklumat yang kukuh.
Berikut adalah antara perkembangan yang berlaku hari ini:
  • Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang berlangsung tanpa henti sejak semalam diperhebat pagi ini dengan tambahan tiga pesawat. 
  • Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga mengesahkan bahawa dua tompokan minyak memang ditemui di perairan Vietnam semasa operasi mencari yang dilakukan oleh pihak berkuasa negara itu.
  • Laman web akhbar The Guardian melaporkan bahawa dua orang lelaki yang tersenarai sebagai penumpang MH370 , tidak menaiki kapal terbang tersebut. 
  • Susulan itu, pihak berkuasa terus menyiasat semua penumpang yang tersenarai sebagai penumpang pesawat MH370.
  • Pada sidang media yang diadakan pada jam 8 malam, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata identiti dua individu yang didakwa menaiki pesawat MAS MH370 dengan pasport palsu telah dikenalpasti.
  • Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) akan mengerahkan ejen dan pakar teknikalnya bagi membantu siasatan dalam kehilangan pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370.
  • Kawasan Anjung Tinjau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang di hadkan hanya kepada keluarga dan waris penumpang pesawat MH370 semalam kini dibuka kepada orang awam.
  • Ahli keluarga penumpang MH370 lebih bersedia untuk luahkan perasaan bersama kaunselor Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
  • Sementara itu, sebanyak 20 pekerja Freescale Semiconductor merupakan antara penumpang pesawat MH370
  • Panglima Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata terdapat kemungkinan besar pesawat tersebut cuba berpatah balik dari laluan asalnya disebabkan masalah-masalah tertentu.
  • Pegawai kanan Pentadbiran Penerbangan Awam China, Li Jiaxiang melaporkan beberapa serpihan pesawat ditemui di luar pantai Timur Barat Malaysia.
  • Perdana Menteri Australia Tony Abott berkata Australia akan menghantar dua pesawat mencari dan menyelamat jenis P-3C Orion, Maritime Surveillance Aircraft untuk membantu operasi mencara pesawat MH370 yang dilaporkan hilang.
  • Pakar anti keganasan antarabangsa, Profesor Rohan Gunaratna kebarangkalian MH370 dirampas pengganas amat rendah.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak akan membuat sebarang kesimpulan mengenai dakwaan ancaman pengganas yang dikaitkan dengan pesawat MH370.
  • Pasukan penyelamat Amerika Syarikat berkata objek mencurigakan yang dikenalpasti terapung di pulau Tho Chu tidak ada kena mengena dengan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Ada isyarat pesawat berpatah balik
Ada isyarat pesawat berpatah balik 2014/03/10 - 05:53:23 AM
Kuala Lumpur: Kehilangan pesawat MH370 terus diselubungi misteri apabila ada isyarat pada radar menunjukkan ia berpatah balik menghala Kota Bharu pada jam 2.40 pagi hari kejadian kelmarin. Menurut sumber, ia dikesan menara kawalan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Butterworth serta bilik kawalan beberapa kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengawasi keselamatan kawasan Laut China Selatan serta Unit Kawalan dan Pengawasan Trafik Udara Singapura. Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud, berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan pesawat berpatah balik ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) sebelum dilaporkan hilang dari radar. Kesan pergerakan
“Radar tentera ada mengesan pergerakan pesawat berpatah balik dan menyebabkan operasi mencari dan menyelamat diperluaskan ke sekitar perairan Pulau Pinang,” katanya dalam sidang media di Pusat Penyelaras Operasi, di Sepang semalam. Namun, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya, berkata pihaknya tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berhubung kerosakan yang memaksa pesawat berpatah balik.


Nelayan dakwa lihat pesawat terbang rendah 2014/03/10 - 05:44:29 AM
Kuala Lumpur: Dua nelayan di Kelantan mendakwa melihat sebuah pesawat terbang rendah, kira-kira lapan batu nautika dari Pantai Kuala Besar, Kota Bharu, awal pagi Sabtu lalu. Azid Ibrahim, 55, berkata dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, dia sedang memancing bersama seorang rakan apabila jelas dapat melihat pesawat terbabit terbang di bawah awan, tidak seperti biasa. “Kami pelik kerana biasanya, pesawat tak terbang serendah itu. Kami takut ia terhempas, tapi pesawat terbabit terus terbang rendah menuju arah utara,” katanya ketika dihubungi, semalam. Azid berkata, dia menonton televisyen kelmarin dan terkejut apabila mengetahui kehilangan pesawat MH370 bersama 227 penumpang dan 12 kru sebelum rakan yang bersamanya ke laut, bercerita kisah mereka melihat sebuah pesawat terbang rendah kepada penduduk lain. “Pagi tadi (semalam), beberapa anggota polis datang ke rumah mengambil keterangan bagi membantu siasatan kehilangan pesawat itu. Saya kemudian diminta ke balai polis untuk buat laporan selain menunjukkan lokasi terakhir melihat pesawat terbabit,” kata bapa lima anak itu yang membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Chepa. Ditanya sama sama ada melihat asap atau api dari pesawat itu, Azid berkata, mereka tidak melihat tanda menunjukkan pesawat berkenaan mengalami masalah.


Bandar Filem di Mumbai jadi tumpuan pelancong
MUMBAI - Para pegawai pelancongan di negeri Maharashtra menawarkan pakej yang dikenali sebagai Lawatan Bollywood bagi membolehkan para pelancong menyaksikan industri perfileman di sini. Pakej lawatan itu termasuklah melawat studio perfileman di bandar ini, galeri pakaian dan dibawa melalui rumah-rumah milik bintang Bollywood terkenal. Bagi lawatan penuh dengan bayaran sebanyak AS$52 (RM169.33), para pelancong berpeluang melihat proses penggambaran filem selain melihat aktor-aktor terkenal melakonkan sesuatu babak. GAMBAR satu pasangan Rusia dirakamkan oleh seorang penduduk India di dalam sebuah studio di Bandar Filem pada 21 Januari lalu. Para pelancong biasanya berpeluang melihat pelakon televisyen tetapi sekiranya bernasib baik mereka kemungkinan berjumpa dengan aktor-aktor popular Bollywood. Pengerusi TravelMartIndia, Manoj Gursahani yang menganjurkan lawatan itu berkata, pakej berkenaan memberi peluang kepada para pengunjung melihat cara industri perfileman Bollywood berfungsi. "Idea lawatan ini adalah memberi peluang kepada para pengunjung melihat bandar perfileman inii, katanya. - AFP


Suami cari mayat isteri di dalam laut
ONAGAWA - Seorang lelaki, Yasuo Takamatsu tidak berputus asa menyelam untuk mencari isterinya yang hilang selepas ombak besar tsunami melanda Jepun tiga tahun lalu. "Isteri saya lemah-lembut dan baik," kata Takamatsu. "Dia sentiasa berada di sisi saya baik secara fizikal atau mental. Saya masih merinduinya," tambah lelaki berusia 57 tahun itu. Bekerja sebagai seorang pemandu bas, Takamatsu tiada pengalaman menyelam sebelum ini tetapi dia mempelajarinya demi mencari mayat isteri yang dikasihi, Yuko. Lelaki tersebut masih tidak dapat melupakan saat Yuko kali terakhir menghubunginya sebelum hilang dibawa tsunami setinggi 20 meter. Dalam mesej pesanan ringkas (SMS) yang dihantar pada pukul 3.21 petang (waktu tempatan) itu Yuko memberitahu: "Saya mahu pulang." Mesej tersebut dihantar setengah jam selepas gempa bumi kuat bawah laut melanda Jepun pada 11 Mac, 2011 yang diikuti dengan tsunami yang bergerak ke pantai Jepun. "Itulah pesanan terakhir daripada isteri saya," kata Yuko. "Saya sedih mengenangkan dia masih di luar sana (laut). Saya mahu membawanya pulang secepat mungkin," tambahnya. Secara rasmi, lebih 15,800 orang terbunuh dalam bencana tersebut dengan sekitar 2,636 mangsa disenaraikan sebagai masih hilang. Dalam usaha mencari isterinya, Takamatsu dibantu oleh seorang juruselam berpengalaman, Masayoshi Takahashi. yang mengajarnya cara untuk menyelam. Menurut Takahashi, dia gembira dapat membantu pelajarnya itu dan akan mengajar Takamatsu untuk menyelam dengan selamat. "Menyelam untuk mencari sesuatu tidak sama dengan selaman santai kerana anda berisiko untuk terperangkap dalam serpihan hanyut dan bangkai kapal," katanya. "Saya mahu dia boleh bertenang dan memeriksa dengan teliti di dalam laut. Dia tahu apa yang dicari," tambah juruselam tersebut. Takamatsu juga sedar bahawa peluang untuk menemui Yuko adalah tipis. Selepas tiga tahun isterinya hilang, arus laut telah menghanyutkan apa sahaja ke serata Lautan Pasifik dengan banyak serpihan dan mayat tenggelam di dasar laut. "Namun, saya tidak boleh berputus asa. Saya mesti terus mencari isteri saya" kata Takamatsu. - AFP


Pelajar ponteng akan diarak dengan van jenazah
KOTA BHARU – Jabatan Pelajaran Negeri akan bertindak mengarak para pelajar menggunakan van jenazah di seluruh kawasan bandar berhampiran sekolah mereka sekiranya para pelajar itu ditangkap kerana ponteng. Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang berkata, pihaknya terpaksa mengambil tindakan tersebut bagi mengurangkan gejala ponteng sekolah di negeri ini. Beliau berkata, langkah itu juga bagi mengurangkan pelajar-pelajar terbabit terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral terutama penagihan dadah.


Pesawat tak sempat hantar isyarat jika dibom
KUALA LUMPUR – Kehilangan sesebuah pesawat daripada paparan radar semasa penerbangan tanpa dapat dikesan boleh berlaku sekiranya pesawat terbabit meletup di udara menyebabkan juruterbangnya tidak sempat menghantar apa-apa isyarat kecemasan. Amat mustahil juruterbang atau kru penerbangan boleh menghantar isyarat kecemasan kerana letupan akibat dibom berlaku terlalu pantas dalam masa beberapa saat sahaja. Sistem komunikasi canggih pesawat membolehkan juruterbang menghantar isyarat kecemasan termasuk melalui gelombang frekuensi tertentu namun jika pesawat tersebut meletup akibat bom, juruterbang atau pembantu juruterbang tidak sempat menghantar apa-apa isyarat.

India ikuti dengan teliti perkembangan terbaru
NEW DELHI: India sedang mengikuti dengan teliti perkembangan berhubung dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Antara penumpang penerbangan MH370 itu ialah lima warganegara India. Sejak semalam, Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur dan Kedutaan India di China dan Korea telah menghubungi saudara-mara kelima-lima rakyat India yang berada di dalam pesawat itu dan memberi jaminan tentang bantuan dan sokongan daripada negara berkenaan, menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar hari ini. Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur juga berhubung rapat dengan pihak berkuasa Malaysia dari semasa ke semasa berhubung dengan perkembangan itu. "Doa dan ingatan kami buat keluarga penumpang pesawat berkenaan dan kami mendoakan semoga mereka selamat. Kami menghargai usaha Kerajaan Malaysia untuk mengesan pesawat yang hilang itu," menurut kenyataan itu.

Post Pic Post Pic
Tangguh misi pembenihan awan
Kuala Lumpur: Operasi pembenihan awan yang dijadualkan berlangsung semalam, tidak dapat dilakukan bagi memberi laluan kepada misi mencari dan menyelamat penerbangan MH370 yang hilang bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal sejak awal pagi Sabtu lalu. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) Datuk Che Gayah Ismail berkata, operasi pembenihan awan yang dijangka dilaksanakan lapan hari bermula semalam untuk mengatasi masalah kekurangan air di empangan kritikal di Semenanjung terpaksa ditangguhkan seketika. Beliau berkata, operasi pembenihan awan kedua akan dibantu Skuadron 20 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berpangkalan di Subang namun terpaksa ditangguh berikutan memberi keutamaan kepada misi mencari dan menyelamat pesawat berkenaan. “Persediaan sudah dilakukan sepenuhnya, bagaimanapun operasi tidak dapat dilaksanakan buat masa ini sehingga dimaklumkan kemudian. “Ini kerana kami dimaklumkan pesawat yang sepatutnya digunakan untuk tujuan operasi pembenihan awan itu kini dalam keadaan siap siaga bagi membantu misi mencari dan menyelamat MH370,” katanya ketika dihubungi Harian Metro semalam.

Foto Foto
Malam pertama hospital
Di sebalik raut wajah yang masih lemah, dia masih berupaya menguntum senyuman. Masakan tidak, pagi kelmarin bermulalah episod baru dalam kehidupan pengarah filem dan pelakon popular, Syamsul Yusof, 30, apabila sah bergelar suami kepada pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 29, selepas selamat dinikahkan di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur. Disatukan dengan wanita yang dicintai pastinya detik paling membahagiakan seorang lelaki. Atas sebab itu, Syamsul yang popular dengan filem KL Gangster menggagahkan diri meneruskan pernikahan biarpun keadaan kesihatannya belum stabil dan masih menerima rawatan di Pusat Perubatan Gleneagles, Ampang akibat demam denggi sejak 2 Mac lalu. Syamsul ketika ditemui selepas majlis pernikahan itu berkata, dia bersyukur keadaan kesihatannya pada hari itu stabil sekali gus membolehkannya meneruskan niat bernikah pada tarikh berkenaan. “Sudah seminggu saya ditahan di wad dan dua hari lalu saya bercakap pada diri saya sendiri, jika keadaan benar-benar tidak mengizinkan, tarikh nikah saya dan Sarah terpaksa ditunda. PUTERI Sarah mencium tangan Syamsul selepas bergelar suami isteri. “Kalau boleh saya tidak mahu berbuat demikian kerana saya enggan menyusahkan banyak pihak. Apatah lagi segala persiapan sudah dibuat. Jika menundanya ke tarikh lain, kena tempah semula tempat dan ia akan merumitkan lagi keadaan serta menyukarkan banyak pihak contohnya mendapatkan semula tarikh jurunikah untuk pernikahan ini,” kata anak sulung Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail ini.

Foto Foto
114 pengikut Syiah ditahan
Taiping: Seramai 114 orang termasuk lapan warga asing yang dipercayai pengikut ajaran Syiah, ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah yang terletak dalam kawasan Hutan Simpan Bintang Hijau, berhampiran sempadan Gerik, di sini, ketika meraikan satu majlis malam kelmarin. Dalam serbuan yang dilakukan kira-kira jam 10 malam itu, seramai 54 lelaki, 28 wanita, 12 kanak-kanak lelaki dan 20 kanak-kanak perempuan berusia lingkungan tujuh hingga 70 tahun ditahan. Operasi besar-besaran itu membabitkan 150 pegawai dan anggota polis dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dengan lokasi rumah itu terletak kira-kira 500 meter dari jalan utama sempadan Gerik dan Selama, di sini. Ketua Polis Daerah Selama Deputi Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata, kegiatan meragukan kumpulan terbabit terbongkar selepas seorang pengikutnya memaklumkan kepada polis berhubung aktiviti yang diadakan di sebuah rumah penduduk di kawasan berkenaan dan meminta pihak JAIPk supaya tidak mengganggu aktiviti yang mereka jalankan. SEBAHAGIAN kumpulan dipercayai pengikut ajaran Syiah ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan. “Susulan daripada laporan yang meragukan, polis kemudian menjalankan siasatan terperinci bersama JAIPk dan memantau aktiviti yang dilakukan kumpulan terbabit sebelum melakukan serbuan.

Foto FotoFoto
Passpost masuk ada, keluar tiada
Kuala Lumpur: Kewujudan dua penumpang menggunakan pasport milik orang lain di dalam pesawat MH370 termasuk seorang disyaki dari wilayah Xinjiang, China mendorong pihak berkuasa meluaskan skop siasatan kepada pelbagai kemungkinan termasuk unsur pembabitan pengganas. Sumber memberitahu Harian Metro, dua lelaki terbabit dikesan masuk ke negara ini pada 28 Februari lalu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 8.30 malam. “Mereka tiba di KLIA dengan menaiki pesawat Qatar Airways QR849 dari Doha, Qatar,” katanya. Menurutnya, semakan pihak berkuasa juga mendapati dua lelaki terbabit memasuki negara ini menggunakan pesawat sama pada masa yang hampir sama sebelum seorang daripada mereka menaiki pesawat MH370 ke Beijing pada 7 Mac lalu. TIKET penerbangan Kuala Lumpur-Beijing-Amsterdam yang dibeli dua lelaki menggunakan mata wang Baht. “Seorang daripada mereka hanya mempunyai rekod masuk (tiba) ke KLIA, tetapi tiada rekod keluar (dari KLIA). Namun kami percaya suspek kedua itu juga turut menaiki pesawat MH370 ke Beijing,” katanya.

Foto
MH370 tak meletup di udara
KUALA LUMPUR: Teori pesawat #MH370 itu meletup di udara ditolak selepas akhbar The New York Times memetik pegawai kerajaan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Pegawai itu dipetik sebagai berkata data pemantauan awal yang diperiksa Pentagon mencadangkan #MH370 tidak meletup di Laut China Selatan berdasarkan sistem pemantauannya di seluruh dunia. Sementara itu, episod kehilangan #MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) kini tertumpu kepada dua penumpang misteri yang menaiki pesawat itu menggunakan pasport palsu milik warganegara Itali dan Austria. Ketika anggota keluarga penumpang semakin resah apabila tiada penemuan. selepas lebih daripada 48 jam, misteri dua penumpang itu menimbulkan pelbagai teori yang mengaitkan mereka dengan kehilangan pesawat MH370. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika mengulas kemungkinan terdapat unsur ancaman pengganas, berkata kerajaan tidak akan membuat sebarang kesimpulan tanpa bukti kukuh. "Sekarang tak ada bukti kukuh, macam-macam teori melayang. Kita terpaksa mencari semua kemungkinan petunjuk dan kena siasat sebelum membuat kesimpulan kukuh," kata Najib selepas merasmikan Program Penyatuan Nasional 2014 di sini. Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) Datuk Azaharuddin Abdul Rahman berkata pihaknya menyiasat pelbagai aspek, termasuk sama ada pesawat itu dirampas, namun tidak dapat mengesahkannya selagi #MH370 belum dijumpai. Pesawat Boeing 777-200 itu dilapor hilang daripada radar kira-kira dua jam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi menuju Beijing, China. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi. Sehingga ini, nasib pesawat itu, yang membawa 227 penumpang dari 14 negara termasuk 38 rakyat Malaysia selain 12 anak kapal, tidak diketahui. Azaharuddin dalam sidang medianya mengesahkan dua penumpang misteri itu menaiki MH370 dan pihaknya mempunyai rakaman kamera litar tertutup ketika mereka mendaftar masuk ke dalam pesawat berkenaan. Susulan itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata siasatan terperinci akan memberi tumpuan khusus kepada Jabatan Imigresen cawangan KLIA. "Saya masih hairan takkanlah (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam orang Asia," katanya. Mengikut laporan agensi berita CNN, dua penumpang misteri itu membeli tiket penerbangan secara bersama melalui China Southern Airlines. CNN turut melaporkan pasport dua warganegara itu dilapor hilang beberapa tahun lepas di negara Asia Tenggara dan pihak berkuasa Itali serta Austria mengesahkan tiada rakyat mereka menaiki pesawat MH370. Sementara itu, Pegawai Meteorologi Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Khairul Najib Ibrahim berkata tiada sebarang perubahan cuaca ketara berhampiran perairan negara yang dilihat boleh mengancam penerbangan pesawat MH370 sewaktu ia dilaporkan hilang. Sehingga 8.30 malam dalam sidang media terakhir untuk hari ini, Azaharuddin mengesahkan operasi mencari dan menyelamat yang menyaksikan pembabitan sejumlah 34 pesawat dan 40 kapal laut membabitkan aset negara dan luar negara, masih gagal mengesan pesawat MH370. - Bernama

Foto FotoFoto
Chong Wei juara kali ketiga
JAGUH badminton negara Datuk Lee Chong Wei muncul juara Kejohanan Badminton Seluruh England 2014 selepas menewaskan Chen Long dari China pada perlawanan final di National Indoor Arena, Birmingham, England, awal pagi tadi. Corak permainan Chong Wei yang agresif pada set pertama membawa hasil apabila menang 21-13. Namun, Chen Long memberi saingan yang lebih hebat pada set kedua sebelum tewas 18-21 dalam masa 59 minit. Kemenangan ini merupakan yang ketiga bagi Chong Wei. Beliau juga memenangai Seluruh England pada 2010 dan 2011. Sebelum itu, beregu lelaki dimenangi pasangan Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan yang menewaskan Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa dari Jepun 21-19, 21-19. Perseorangan wanita pula dimenangi Wang Shixian dari China yang menewaskan rakan senegara Li Xuerui manakala beregu wanita dimenangi pasangan China menerusi gandingan Wang Xiaoli-Yu Yang.

Foto Foto
Suaminya ditemui mati dipercayai terkena renjatan elektrik
Rantau Panjang: “Hati saya sudah tidak tenteram apabila arwah tidak pulang ke rumah semalam (kelmarin), terutama apabila mendapati dia tidak bersama rakannya sejak petang,” kata Rohazila Ismail, 33, selepas suaminya, Che Sahaipul Hafizi Che Hassan, 36, ditemui mati dipercayai terkena renjatan elektrik daripada alat menangkap ikan buatan sendiri di sebuah paya di Kampung Kubang Kuau pada jam 9 pagi semalam. Mayat mangsa ditemui polis yang mencari mangsa selepas dikatakan tidak pulang ke rumah sejak keluar rumah di Kampung Berek Pak Tua Long di sini pada jam 6 petang Jumaat lalu. Mayat dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat. Menurut Rohazila, suaminya sebelum ini sudah biasa keluar menangkap ikan bersendirian di kawasan terbabit dan dia tidak bimbang apabila arwah tidak pulang sehingga malam. Bagaimanapun katanya, kehilangan suaminya hingga petang kelmarin menimbulkan rasa cemas menyebabkan dia meminta penduduk kampung dan saudara terdekat mencarinya. “Menangkap ikan hobinya dan jika ada masa lapang suami pasti keluar sendirian ke situ. Biasanya dia akan keluar hingga waktu malam saja, tetapi saya panik kerana hingga lewat petang dia tidak muncul. “Ketika usaha mencarinya dilakukan, mereka menemui kereta suami berhampiran kawasan itu, tetapi dia gagal dikesan hingga ditemui polis pagi tadi (semalam),” kata ibu kepada tiga anak berusia 11, 7 dan tiga tahun itu. Rakan karib mangsa Mohd Keri Jaafar, 25, berkata arwah sebenarnya mengajaknya untuk sama-sama pergi menangkap ikan, tetapi terpaksa ditolak berikutan ada urusan lain. Katanya, dia juga hairan melihat mangsa dalam keadaan mundar-mandir pada hari kejadian sebelum rakannya itu pergi menangkap ikan. “Saya pelik melihat dia mundar-mandir sebelum beritahu mahu menangkap ikan dan sempat bayarkan minuman saya. Dia turut berpatah balik dan meminta wang RM3 daripada saya. “Dia turut mengajak saya ke situ, tetapi terpaksa ditolak kerana ada urusan,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Haliluddin Rahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan sedang dilakukan.

Foto
Seorang gadis belasan tahun berasal dari Kemboja ghaib tiba-tiba
Ipoh: Seorang gadis belasan tahun berasal dari Kemboja yang bekerja di sebuah kebun sayur di Taman Lim, di sini, dikhuatiri menjadi mangsa jenayah termasuk diculik selepas gagal dikesan sejak April tahun lalu. Menurut majikannya, Suhana, 43, pekerjanya Earn Chantah, 18, disedari hilang di kebun sayurnya, jam 4 petang pada 15 April tahun lalu, selepas membuang sampah di tebing sungai berdekatan kebun sayurnya. Suhana berkata, dia yakin pekerja asingnya itu tidak melarikan diri berikutan segala barangan peribadi termasuk pakaian, pasport, beg duit dan gaji tidak dibawa bersama. “Ketika kejadian, saya berkursus di Langkawi selama tiga hari dan menerima berita kehilangannya sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah, selepas dimaklumkan seorang lagi pekerja warga Indonesia apabila tidak muncul semula selepas sekian lama pergi membuang sampah. “Jika dia mahu melarikan diri, takkanlah sampai dia meninggalkan semua barang peribadi termasuk wang saku dan gaji, malah topi dan botol air miliknya masih di kebun ketika kejadian,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Katanya, kehilangan pekerjanya itu menjadi tanda tanya dan dianggap misteri kerana hilang secara tiba-tiba serta keluarganya di Kemboja turut tidak mendapat sebarang berita sejak kehilangannya itu, selain meminta kami membuat laporan polis. “Saya ada membuat laporan di Balai Polis Kampung Tawas, di sini, selepas Chantah tidak pulang selama dua hari, namun hingga kini dia gagal dikesan. “Inisiatif menampal poster dan menawarkan ganjaran juga dibuat, tetapi sebaliknya berlaku apabila saya kerugian banyak wang ringgit kerana terdapat banyak pihak menipu termasuk ahli kongsi gelap mengakui menemui pekerjanya itu. Menurut Suhana, pekerjanya itu datang daripada keluarga miskin selain bersifat lurus dan naif, namun tidak pernah membuat masalah seperti melawan kata atau mencuri. “Dia tidak tahu membaca, menulis dan mengira, malah tidak tahu menggunakan duit serta telefon bimbit yang diberi ketika bekerja, jadi saya percaya sifat lurus itu menyebabkan dia mungkin diperdaya hingga menjadi mangsa jenayah. “Saya minta orang ramai mempunyai sebarang maklumat berkenaan pekerjanya itu untuk menghubungi balai polis berhampiran kerana bukan saja saya bimbang, tetapi keluarganya turut risau mengenai keselamatan gadis terbabit,” katanya.

Serah kereta syarat untuk bebas
Kuala Lumpur: Seorang pengurus cawangan sebuah syarikat swasta bernasib baik apabila tiga lelaki menculiknya membuat keputusan membebaskan mangsa dengan syarat mangsa menyerahkan keretanya. Dalam kejadian jam 11.30 malam, 1 Mac lalu, mangsa ditahan tiga lelaki tidak dikenali ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah sebaik menghantar teman wanitanya. Menurut sumber, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Petaling Jumaat lalu berikutan bimbang ugutan suspek. Katanya, mangsa yang berusia 30-an itu diikat kedua-dua belah tangan dan kaki manakala mukanya ditutup dengan topeng sebelum di bawa ke sebuah kondominium di Jalan Hang Isap, di sini. “Mangsa cuba melawan, namun gagal melepaskan diri. Dia dibawa ke kondominium berhampiran rumah teman wanitanya. “Suspek kemudian mengurung mangsa tiga jam dan merampas dompet dan telefon bimbit selain meminta mangsa memberikan nombor telefon bapa dan ahli keluarga yang boleh dihubungi,” katanya. Sumber berkata, mangsa dikurung dan ditinggalkan di dalam rumah berkenaan tiga jam sebelum seorang suspek meminta mangsa menandatangani surat persetujuan menyerahkan kereta Honda City miliknya. “Mangsa yang bimbang dicederakan hanya menurut arahan suspek selain bimbang dijadikan tebusan sekiranya enggan berbuat demikian,” katanya. Katanya, mangsa dibebaskan selepas ikatan tangan dan penutup muka dibuka dan ditinggalkan di lokasi asal dia diculik. “Suspek turut mengugut untuk mengesan dan mencederakan keluarga mangsa sekiranya dia membuat laporan polis,” katanya.

Foto
Beli sepucuk pistol RM2,000 sebelum menyeludup senjata api ke Malaysia
Georgetown: Dua lelaki sanggup menyeberang sempadan dan mengeluarkan modal RM2,000 semata-mata untuk membeli sepucuk pistol sebelum menyeludup senjata api itu yang kemudiannya digunakan dalam aktiviti jenayah di negeri ini. Mereka dipercayai membeli pistol terbabit untuk menakutkan pihak berkuasa bagaimanapun kerana tidak cukup pengalaman, dua suspek berkenaan mula ‘kecut perut’ dan melarikan diri selepas dikesan cuba melarikan sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Tuna, Sebarang Jaya, di sini, semalam. Sebaik menyedari kehadiran polis, suspek melarikan diri, tetapi kereta yang mereka naiki dipintas di depan sebuah gerai di Jalan Tenggiri kira-kira jam 2 pagi, semalam. Menurut sumber, dengan penahanan dua lelaki terbabit, polis menemui sepucuk pistol, satu kelopak dan 11 butir peluru jenis Thai Arm serta sebutir peluru jenis Luger yang masih dalam kelopak. SENJATA api yang dirampas. Hasil siasatan awal dijalankan mendapati kedua-dua suspek masing-masing berusia 20 dan 49 tahun dikatakan berasal dari Pendang, Kedah serta datang ke negeri ini untuk mencuri kereta.

Foto
Pak Ngah tukang kasut VVIP
Kepala Batas: Hasil kerja berkualiti menyebabkan seorang tukang kasut bukan saja digelar ‘doktor kasut’ malah menjadi pilihan orang kenamaan termasuk bergelar Datuk untuk membaiki kasut berjenama mereka. Walaupun hanya beroperasi di kaki lima kedai, ‘gerai’ Abdul Halim Abdul Majid, 59, sentiasa dikunjungi pelanggan kerana berpuas hati dengan hasil kerjanya. Bermula dengan menjual kasut di Kulim, Kedah pada 1999, Abdul Halim yang dipanggil Pak Ngah dalam kalangan pelanggan tetap beralih kepada khidmat membaiki kasut sejak lima tahun lalu dan kini menjadikan kaki lima kedai di pekan ini sebagai lokasi tetapnya. Kemampuan membuat dan membaiki kasut menjadi satu kelebihan buat Abdul Halim yang memanfaatkannya untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga sehingga dua daripada anaknya berjaya memasuki universiti. Pelbagai kasut boleh dibaiki sama ada dibuat daripada kulit atau campuran manakala kasut jenama Bonia biasanya dihantar orang kenamaan untuk dibaiki. Pelanggan pula bukan saja dari sekitar pekan itu, tetapi datang dari Kedah dan Perak. Abdul Halim berkata, antara orang kenamaan yang menjadi pelanggan tetap ialah Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi dan bekas Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim. “Pelanggan saya daripada kalangan Datuk, pengurus bank hingga kerani. Biasanya orang kenamaan yang mempunyai urusan di bank berhampiran meninggalkan kasut mereka untuk dibaiki,” katanya. Abdul Halim yang juga ahli Persatuan Usahawan Kasut Butterworth mampu membaiki antara lima hingga tujuh pasang kasut sehari dengan purata pelanggan antara lima hingga 15 orang sehari. Setiap pasang kasut yang dibaiki dikenakan caj bermula dari RM2 hingga RM55 manakala kasut baru yang ditempah berharga antara RM300 hingga RM700 sepasang. “Saya belajar sendiri membaiki kasut dengan memerhatikan beberapa tukang kasut sebelum ini. Sebelum bergiat dalam perniagaan ini, saya pernah membuka bengkel kereta,” katanya. Sejak lima tahun lalu, lebih 3,000 pasang kasut sudah dibaiki dan setakat ini boleh dikatakan semua pelanggan berpuas hati dengan hasil kerja Abdul Halim. “Alhamdulillah, setakat ini tiada pelanggan yang tidak berpuas hati cuma kelewatan menyiapkan kerja dan ia adalah lumrah bagi setiap tukang kasut,” katanya. Hasil pendapatan membaiki kasut juga membolehkan Abdul Halim menampung perbelanjaan dua anaknya yang memasuki universiti. ABDUL Halim menjadi pilihan orang kenamaan untuk membaiki kasut mereka. Seorang daripadanya, Ahmad Muaddib, 25, lulusan Universiti Malaysia Sarawak manakala Ahmad Irsyad, 23, lulusan Kolej Universiti Islam Selangor.

2 beranak samseng
Georgetown: Seorang ibu dan anak lelakinya boleh disifatkan sebagai samseng apabila menyerang dan membelasah dua mangsa termasuk wanita hamil dalam kejadian di flat di Permatang Pauh di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian pada jam 12 tengah malam itu, seorang lelaki berusia 20 tahun dan seorang wanita berusia 20-an yang mengandung menjadi mangsa belasahan dua beranak itu. Menurut sumber, mangsa lelaki cedera ditetak dengan parang dan dipukul dengan kayu hoki menyebabkan dia terpaksa menerima tiga jahitan di tangan kiri dan dua jahitan di belakang telinganya. “Ketika kejadian, mangsa wanita secara kebetulan berada di tempat kejadian merayu agar dua beranak itu menghentikan tindakan ganas mereka kerana tidak tahan melihat lelaki terbabit dibelasah. “Ibu suspek yang tinggal di flat berkenaan tidak berpuas hati lalu menendang perut wanita itu,” kata sumber itu. Menurut sumber berkenaan, kedua-dua mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Keadaan wanita itu dilaporkan stabil manakala mangsa lelaki menerima beberapa jahitan di tangan dan telinga. “Siasatan mendapati ketika kejadian suspek bersama lima rakannya yang bersenjatakan parang, pedang samurai, cota dan kayu hoki menunggu mangsa di kawasan lif tingkat bawah flat berkenaan. “Selain itu, ibu suspek turut berada bersama anak lelakinya itu dan sejurus melihat mangsa keluar dari lif, mereka menyerang dan menetaknya dengan siasatan mendapati semua yang terbabit dalam kejadian itu tinggal di flat sama dan saling mengenali. “Suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan mangsa yang menegurnya ketika mereka mengikuti rombongan dari negeri ini ke Kuala Lumpur empat hari lalu bagi membantah isu kalimah Allah,” kata sumber itu lagi. Menurut sumber itu, mangsa dikatakan menegur perbuatan suspek yang dilihat berkelakuan tidak senonoh ketika dalam bas dan berlaku pertengkaran antara mereka. “Suspek berdendam dengan mangsa kerana ketika bertengkar mangsa dikatakan mengeluarkan perkataan kesat dan lucah kepada suspek. “Disebabkan itu, ibu suspek menemani anaknya ketika menyerang mangsa dan setakat ini polis masih menjalankan siasatan lanjut dan mengesan semua individu terbabit bagi membantu siasatan,” katanya.

Mayat lelaki dibakar ditemui dalam semak
Kulaijaya: Mayat seorang lelaki dengan kesan terbakar ditemui di kawasan semak berhampiran Jalan Teknologi 6, Taman Teknologi Johor di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Superintendan Ruslan Khalid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai mengenai penemuan mayat berkenaan pada jam 8 pagi. Menurutnya, pihaknya belum dapat mengenal pasti identiti mangsa berikutan tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri di lokasi berkenaan. Menurutnya, pihaknya mengesyaki mayat adalah warga asing tetapi siasatan lanjut dijalankan. “Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. Mayat berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA, di sini untuk dibedah siasat. Sementara itu, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pihaknya menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes penemuan mayat lelaki berkenaan. “Polis masih menjalankan siasatan dan menunggu laporan bedah siasat,” katanya.

Foto
Hati pecah dihempap kerbau
Kuala Terengganu: “Saya pengsan dihempap kerbau itu,” kata Mohd Hamizi Razak, 25, yang terlantar di wad sejak Jumaat lalu akibat hatinya pecah dihempap haiwan berkenaan di Kampung Alur Tuman, Marang. Pembantu kedai bateri itu ketika ditemui di Wad Pembedahan Lelaki Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam berkata, ketika kejadian jam 7.30 malam itu dia menunggang motosikal Yamaha Lagenda dalam perjalanan pulang dari tempatnya bekerja di Kampung Merchang, Marang ke rumahnya di Kampung Teluk Ketapang, di sini. Menurutnya, ketika tiba di laluan Kampung Alur Tuman motosikal ditunggangnya hilang kawalan selepas sekumpulan kerbau dari padang berhampiran tiba-tiba melintas jalan. Katanya, kejadian terlalu pantas dan dia tidak sempat membrek lalu merempuh perut seekor kerbau itu menyebabkannya dihempap haiwan itu hingga pengsan. HAMIZI melihat keadaan perutnya yang baru menjalani pembedahan. “Ketika sedar saya sedang diangkat ke dalam van seorang penduduk yang kebetulan menggunakan laluan itu dan menghantar saya ke Klinik Kesihatan Marang sebelum dirujuk ke HSNZ,” katanya. Sementara itu ibunya, Esah Majid, 52, berkata dia mengetahui kejadian menimpa anaknya selepas dihubungi seorang penduduk kampung yang membantu Mohd Hamizi ketika kejadian itu.

Foto
Punca kebakaran tiga rumah, sampah terbakar terbang jatuh ke bumbung
Bau: Serpihan sampah terbakar yang diterbangkan angin dipercayai punca tiga rumah di Kampung Peros, Krokong di sini, musnah terbakar, kelmarin. Kejadian kira-kira jam 5 petang itu dipercayai berpunca daripada seorang suri rumah berusia 50-an yang membakar sampah di belakang rumahnya sebelum serpihan sampah terbakar itu diterbangkan angin dan jatuh di atas bumbung rumahnya dan merebak ke dua rumah berhampiran. Suami mangsa yang terperangkap dalam rumah mengalami sesak nafas namun terselamat selepas dibantu penduduk kampung yang menyedari kejadian itu. “Sebaik menyedari rumah terbakar, mangsa menjerit meminta pertolongan penduduk kampung dan mengarahkan pemilik rumah berhampiran mengosongkan kediaman mereka. “Angin kuat dengan kedudukan rumah yang rapat menyebabkan tiga rumah terbabit musnah dalam sekelip mata. Selain barang berharga, satu PERODUA Kancil milik salah seorang penduduk turut rosak akibat terkena api,” katanya. Seorang mangsa turut dikatakan pengsan akibat terhidu asap tebal dalam kejadian itu dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Bau untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) kerana mengalami masalah jantung. Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bau berkata, satu jentera dengan lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati tiga rumah terbabit sudah 50 peratus terbakar. Katanya, bomba menghadapi masalah kesukaran mendapat punca air untuk memadamkan api. “Api berjaya dikawal lima minit kemudian dan padam sepenuhnya jam 5.30 petang. Punca kejadian dan jumlah kerugian sebenar masih dalam siasatan,” katanya.

Pengutip sampah ditemui mati dengan tiga kesan tikaman
Pelabuhan Klang: Seorang pengutip sampah ditemui mati dengan tiga kesan tikaman di bawah tangga bersebelahan sebuah pusat hiburan di Persiaran Raja Muda Musa, di sini, awal pagi semalam. Mayat mangsa ditemui kira-kira jam 5 pagi oleh orang ramai dalam keadaan telentang serta lengkap berpakaian yang berlumuran darah. Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai sebelum sepasukan anggota polis dihantar ke tempat kejadian. “Ketika tiba, polis menemui mayat seorang lelaki dipercayai warga tempatan berusia lingkungan 40-an dengan sekurang-kurangnya tiga kesan tikaman di dada, perut dan juga rusuk kanannya. “Siasatan awal mendapati, mangsa hanya dikenali dengan panggilan ‘Zul’ dan dia dilihat sering mengutip sampah oleh penduduk di sekitar pekan Pelabuhan Klang,” katanya ketika dihubungi. Menurutnya, mangsa dipercayai meninggal dunia empat jam sebelum ditemui dan hasil pemeriksaan di tempat kejadian, polis menemui pisau disyaki digunakan untuk menikam mangsa. “Bagaimanapun, polis tidak menemui sebarang dokumen peribadi bersama mangsa dan ia serba sedikit menyukarkan pihak berkuasa untuk mengenal pasti dan menghubungi waris lelaki terbabit. “Sehubungan itu, kita minta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tampil ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan,” katanya. Menurutnya, mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Foto
Jadi tajuk utama muka depan
Kuala Lumpur- Kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 menjadi tajuk utama sebahagian besar akhbar utama luar negara. Akhbar di Australia, The Australian memaparkan tajuk ‘Flight Families Pray for Miracle’, sementara Sydney Morning Herald pula menggunakan ‘Oil slicks Found at Sea in Search for Malaysia Jet’ sebagai tajuk laporan muka depannya. Muka depan akhbar USA Today pula memaparkan tajuk ‘Stolen Passports Add to Flight Mystery’. Akhbar yang diterbitkan setiap Ahad di Britain, The Observer dalam laporan muka depannya menggunakan tajuk ‘Oil Slicks Spotted in Sea as Plane Disappears with 239 Feared Dead’. Turut menjadikan insiden sebagai laporan muka depan ialah The New York Times dengan tajuk ‘Passport Theft Adds to Mystery of Missing Jet Carrying 239’, manakala laporan Washington Post pula bertajuk ‘Passport Mystery Adds to Concern over Missing Jet’. Laporan muka depan Beijing Bulletin pula menggunakan ‘Passengers with Stolen Passport on Board Malaysian Airlines Flight’ sebagai tajuk. Tidak ketinggalan akhbar Chicago Tribune yang memaparkan laporan muka depan bertajuk ‘Malaysian Airlines Says Fearing the Worst for Missing Jet’. - BERNAMA

Foto
Insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang dapat perhatian, simpati dunia
Kuala Lumpur: Insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang daripada radar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), awal pagi kelmarin, mengejutkan seluruh dunia. Sejak ia berlaku, seluruh masyarakat dunia melahirkan rasa simpati, keprihatinan dan doa mereka terhadap insiden berkenaan sama ada melalui laman sosial, blog, sistem khidmat pesanan ringkas (SMS), WhatsApp dan lain-lain. Menerusi laman sosial Facebook, sebuah akaun ‘Missing Malaysia Airlines MAS Flight MH370’ mendapat perhatian orang ramai dengan mencatatkan 265,401 ‘likes’. Antara yang melahirkan rasa simpati ialah Fiona Bisonia, yang berkata: “Hati meruntun sayu bila mengenangkan para penumpang dan anak kapal. Walaupun tiada keluarga yang terbabit, tapi kita sebagai rakyat prihatin tetap merasa sedih. Moga para penumpang dan kru MH370 dalam keadaan selamat di manapun mereka ketika ini. God bless MH370.” Sementara itu, Nicole Ganes pula berkata: “Lord, we lift up flight MH370 to You. We pray that You will shield them from every harm and danger. As there are passengers that consists of children, adults or even the elderly and it doesn’t matter what race, religion or denomination they hail from“. (“Tuhan, kami menyerahkan nasib penerbangan MH370 kepada Engkau. Kami berdoa (semoga) Engkau akan melindungi mereka daripada sebarang bahaya. Memandangkan terdapat penumpang yang terdiri daripada kanak-kanak, dewasa dan bahkan warga tua dan tanpa mengira bangsa, agama dan dari mana mereka berasal”.) Selain akaun itu, turut mendapat perhatian orang ramai ialah akaun ‘Pray For MH370’ yang mendapat 167,514 ‘likes’. Bukan itu sahaja, di laman media sosial Twitter sudah menjadi trend dan menarik ribuan orang menghantar rasa keprihatinan mereka terhadap kejadian itu menerusi ‘hashtags’ #PrayForMH370 dan #MH370. Tidak hanya melahirkan rasa prihatin dan doa, kebanyakan pengguna kedua-dua laman sosial itu turut berkongsi gambar berkaitan dengan tragedi berkenaan. Tidak kurang juga ada yang cuba membuat penilaian, spekulasi dan teori sendiri berhubung tragedi itu, tanpa memikirkan sensitivitinya terhadap keluarga penumpang dan kakitangan MAS yang terlibat. Di samping itu, stesen televisyen dan radio tempatan juga turut memberi perhatian dengan memberikan liputan penuh mengenai insiden berkenaan. - BERNAMA

Keluarga penumpang pesawat MH370 tetap tunggu keajaiban
Jerlun: Suasana pilu menyelubungi keluarga salah seorang penumpang pesawat MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing, China, kelmarin, apabila setia menunggu perkembangan terkini sambil menaruh harapan agar semuanya berada dalam keadaan selamat. Tan Tuan Lay, 53, ibu kepada Chew Kar Mooi, 31, seorang kakitangan sebuah institusi kewangan di Kuala Lumpur, begitu berharap anak perempuannya akan kembali ke rumah mereka di Kampung Simpang Empat Kerpan, di sini. Menurutnya, walaupun masih tiada berita mengenai penemuan pesawat Boeing 777-200 milik Syarikat Penerbangan Malaysia yang dilaporkan hilang pada jam 2.40 pagi kelmarin, ahli keluarganya tetap menaruh harapan keajaiban akan berlaku. Katanya, dia masih terkejut apabila mengetahui nasib anak kedua daripada empat beradik itu selepas dimaklumkan anak sulungnya, Chew Kar Hui, 33, yang berada di Kuala Lumpur kira-kira jam 4 petang kelmarin. “Saya tidak mengetahui mengenai lawatan kerja yang disertai Kar Mooi ke Beijing, China, sehingga dimaklumkan anak sulung yang menghubungi saya menerusi telefon. “Kali terakhir saya berbual dengan Kar Mooi ialah seminggu sebelum kejadian dan kami bertemu pada sambutan Tahun Baru Cina lalu apabila dia pulang ke kampung,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam. Sementara itu, Jee Jing Hong, 42, yang juga abang kepada salah seorang mangsa iaitu Jee Jing Hang, 41, berkata, dia masih menunggu perkembangan daripada MAS sebelum memutuskan untuk ke Kuala Lumpur. Menurutnya, adiknya menaiki penerbangan ke China tanpa diketahui tujuannya, namun dia sempat menghubungi ibu mereka di Jitra sebelum menaiki pesawat. “Kami hanya mengetahui mengenai kejadian ini melalui media. Saya dan keluarga tidak mampu berkata apa kerana terlalu bimbang dengan keadaan adik yang masih belum diketahui nasibnya dan hanya mampu berdoa supaya semuanya selamat,” katanya. Difahamkan, Jiang Hang, seorang pengaturcara komputer pernah berkahwin dan mempunyai dua anak berusia 11 dan 13 tahun.

Foto
Jasad wanita terdampar di Sungai Klang berhampiran Kampung Baru Hicom
Shah Alam: Mayat seorang wanita ditemui terapung di Sungai Klang berhampiran Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, dekat sini, semalam. Mayat ditemui orang awam yang kebetulan melalui laluan berkenaan kira-kira jam 2 petang sebelum melaporkannya kepada polis. Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, polis menerima laporan berhubung penemuan itu melalui panggilan kecemasan 999 sebelum sepasukan anggota polis dikerahkan ke lokasi kejadian. “Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan polis akan menunggu laporan bedah siasat dari pihak hospital bagi mengenal pasti usia serta punca sebenar kematian wanita berkenaan,” katanya. Foto ANGGOTA bomba mengangkat mayat wanita yang ditemui orang awam, semalam. Menurutnya, tiada sebarang pengenalan diri ditemui pada badan mangsa dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu atau kehilangan ahli keluarga supaya membuat laporan di balai berhampiran bagi memudahkan proses pengecaman.

Tentera Zionis rampas kapal
Eilat (Israel): Rejim Zionis semalam memunggah sebuah kapal yang ditahan di Laut Merah kononnya kerana membawa senjata dari Iran ke Gaza. Kapal itu dipintas sebelum diarah berlabuh di Pelabuhan Eliat. Puluhan kontena di atas kapal Klos-C yang didaftar di Panama itu dipunggah dan dipindahkan ke sebuah pangkalan tentera laut berhampiran menggunakan lori. Komando tentera laut merampas kapal itu Rabu lalu di antara Eritrea dan Sudan sebelum dua kapal perang Israel mengiringinya ke pelabuhan berkenaan. Pegawai tentera Left Jen Benny Gantz berkata, kapal itu membawa roket M-302 dari Iran untuk dihantar ke Semenanjung Gaza. “Setiap satu daripada roket berkenaan mengancam keselamatan rakyat Israel. Setiap peluru dan roket yang ditemui tertulis satu alamat di Israel,” katanya. - AFP

Iraq tuduh Saudi, Qatar sokong militan
Baghdad: Perdana Menteri Nuri al-Maliki mendakwa Arab Saudi dan Qatar menyokong kumpulan militan dan dianggap sudah melancarkan perang terhadap Iraq. Beliau berkata demikian mengulas keganasan yang mengakibatkan 15 maut kelmarin. Kata Nuri, Riyadh sebenarnya menyokong keganasan global. Dalam kejadian Sabtu lalu itu, seorang calon pilihan raya umum yang bakal diadakan pada 30 April ini dan empat kanak-kanak adalah antara mangsa yang terkorban. Dalam temubual dengan stesen televisyen France 24 Sabtu lalu, Nuri juga berkata tuduhan dia menyisihkan golongan Sunni di Iraq dibuat pihak yang mempunyai hubungan langsung dengan kuasa luar, termasuk Arab Saudi dan Qatar. “Mereka (Arab Saudi dan Qatar) menyerang Iraq melalui Syria dan semua ini bagi memenuhi agenda mazhab dan politik mereka. “Dua negara itu yang paling bertanggungjawab atas krisis mazhab dan keselamatan di negara ini,” katanya. Menurut Nuri, Riyadh dan Doha menyediakan sokongan politik, kewangan serta media bagi kumpulan militan. Malah, katanya, kedua-dua negara terbabit membekalkan senjata kepada “organisasi keganasan” terbabit. Itu adalah kali pertama Nuri - yang sejak Januari mendakwa ada negara Arab menjadi musuh dalam selimut - menuding jari secara terbuka terhadap negara lain secara khusus bagi menjawab mengenai konflik keganasan di Iraq. Seramai 1,800 orang dilaporkan maut sejak Januari lalu.

UAE puji Arab Saudi haram gerakan Islam Ikhwanul Muslimin
Abu Dhabi: Emiriyah Arab Bersatu (UAE) memuji tindakan Arab Saudi menyenaraikan beberapa organisasi, termasuk gerakan Islam Ikhwanul Muslimin sebagai “pengganas.” Perkara itu dinyatakan Kementerian Hal Ehwal Luar dalam kenyataan semalam. Malah Kementerian Luar UAE turut bersetuju dengan takrif dibuat Riyadh. Menurut jurucakap kementerian berkenaan, keputusan Arab Saudi itu dibuat tepat pada masanya kerana kumpulan terbabit dilihat mampu mengancam kestabilan negara Arab. “UAE akan sentiasa menghulurkan bantuan kepada saudara kami di Arab Saudi dalam usaha mereka melemahkan kumpulan pengganas dengan menghapuskan segala sokongan material serta moral terhadap mereka,” katanya. - Agensi

Nombor 7777777 dibida RM6.8j
Abu Dhabi: Nombor istimewa syarikat telekomunikasi Etisalat, 050-7777777 dijual dengan harga menakjubkan Dh7.87 juta (RM6.8 juta) dalam satu majlis pembidaan nombor telefon bimbit VIP, lapor media semalam. Bidaan dilangsungkan firma Emirates Auction secara serentak di hotel Emirates Palace di sini, dan Hotel Armani di Dubai. Pegawai bidaan Emirates Auction berkata, sebanyak 70 nombor telefon bimbit VIP dibida, termasuk menggunakan nombor tujuh seperti 050-7777777, 050-7777770, dan sebagainya. Kata pegawai itu, nombor begitu dimasukkan ke kategori “Diamond Plus.” “Nombor 050-7777777 dijual dengan harga Dh7.87 juta. “Secara keseluruhan seramai 700 pembida terbabit dalam lelongan kali ini,” katanya. Walaupun jumlah keseluruhan dikutip hasil acara itu tidak diketahui, Etisalat berkata, sebahagian daripada kutipan akan disumbang untuk membantu program Yayasan Khalifa, selain membiayai projek tanggungjawab sosial korporatnya. Selain nombor dikategorikan “Diamond Plus.” 25 nombor “Diamond” (berlian), 18 “Platinum” dan 20 “Gold” (emas) turut dilelong. Kategori berkenaan membabitkan pakej berbeza dengan pembeli Diamond Plus mendapat 22,500 minit panggilan tempatan; 2,250 minit bagi panggilan antarabangsa; data sebanyak 100GB; 22,500 SMS tempatan dan 300 minit perayauan semuanya untuk sebulan bagi tempoh dua tahun. Mereka turut mendapat telefon pintar terkini selain khidmat pelanggan khas. Pakej Diamond mendapat 7,500 minit bagi panggilan tempatan; 750 bagi panggilan antarabangsa; 20GB data; 7,500 SMS tempatan; 100 minit perayauan semuanya bagi tempoh sama selain telefon pintar dan khidmat pelanggan khusus.- Agensi

Isteri celupar mati di tangan suami
Kaherah: Seorang lelaki dihukum penjara 15 tahun selepas mahkamah mendapati dia bersalah membunuh isterinya, lapor media semalam. Dalam keterangannya, lelaki terbabit berkata, dia terlalu berang dan terlanjur membunuh wanita terbabit kerana sering dituduh mandul. “Tuduhan itu keterlaluan,” katanya. Bagaimanapun, media tidak menjelaskan bagaimana lelaki terbabit membunuh isterinya. Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang pengantin lelaki secara tidak sengaja membunuh bapanya ketika mereka meraikan detik gembira bersama. Media melaporkan, pengantin lelaki melepaskan tembakan ke udara selepas disahkan menjadi suami. Dia juga memanggil bapanya untuk menari bersama sambil tembakan dilepaskan. Saksi berkata, mangsa tiba-tiba jatuh berlumuran darah. Amalan melepaskan tembakan ke udara dalam upacara keraian adalah budaya di kebanyakan negara Arab. - Agensi

Maut ‘ditembak’ pistol dalam stokin terpakai
Chicago: Seorang wanita tempatan maut apabila dia ‘ditembak’ di dada dari pistol yang tersorok dalam timbunan baju yang didermakan di sebuah kedai pakaian terpakai. Maria Carmen Dominguez, 54, sedang mengasingkan pakaian yang didermakan bersama pekerja lain apabila pistol itu tiba-tiba meletup. Rakan sekerja yang tidak didedahkan identitinya memberitahu polis, kejadian berlaku selepas dia menemui stokin yang mempunyai sesuatu di dalamnya. “Ketika cuba mengosongkan stokin berkenaan, pistol itu jatuh ke tangannya dan secara tiba-tiba meletup,” katanya. Pasukan kecemasan mengejarkan Maria ke hospital dan dia disahkan mati kira-kira jam 10.30 malam kelmarin. Suami Maria, Victor Campos berkata, kejadian itu amat tragik. “Saya tak tahu apa yang perlu dilakukan tanpa Maria. “Kehilangan ini sangat mengejut,” katanya. Campos berkata, isterinya sudah bekerja di kedai itu sejak 25 tahun lalu. “Saya bagaikan tidak percaya ini berlaku. Kami mempunyai anak perempuan berusia 17 tahun yang kini berada di sekolahnya dan masih tidak tahu mengenai kejadian ini,” katanya. Pelanggan tetap kedai berkenaan juga meluahkan rasa sedih dan terkejut atas kejadian yang berlaku. - Agensi

Deritanya hidup mewah
London: Seorang bekas guru matematik menceraikan isterinya - seorang usahawan wanita paling kaya di Britain - hanya kerana dia sudah bosan hidup mewah. Tony Hawken, 57, dan isterinya, Xiu Li, 51, mencipta kekayaan selepas wanita terbabit membina pusat beli belah di bangunan bekas pusat perlindungan serangan udara di China. Hasil perniagaan itu, mereka memperoleh pendapatan dianggarkan kira-kira £1.1 bilion (RM5.9 bilion) pada 2011 dan meletakkan Xiu dalam senarai wanita terkaya The Sunday Times. Pasangan itu menjual rumah asal mereka di South Norwood, London dan membeli rumah lain bernilai £1.5 (RM8.1 juta) di Surrey. Xiu yang kini mempunyai kekayaan sebanyak £700 juta (RM3.9 bilion) cepat menyesuaikan diri dengan kehidupan sebegitu. Antara kemewahan dinikmatinya, membeli wain berharga RM4,904 untuk diminum di atas sebuah kapal layar mewah.

Foto
‘Batman’ curi pakai G-String
Sydney: Seorang lelaki yang taasub dengan watak Batman ditahan selepas mencuri kostum watak fantasi berkenaan di sebuah kedai di Australia. Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, lelaki itu dilihat masuk ke kedai barangan terpakai di New South Wales dengan hanya memakai seluar dalam wanita. Dia kemudian mengambil kostum Batman dan memakainya sebelum meninggalkan kedai berkenaan. Selepas memakai kostum itu, dia tidak pergi “membanteras jenayah” seperti kebiasaan watak Batman, sebaliknya mundar-mandir di sekitar kedai dan tindakannya itu dirakam kamera pengawasan kedai itu. Pemilik kedai itu, Michelle Rowe berkata, kejadian berkenaan memang unik. “Selalunya seseorang yang ingin merompak sekurang-kurangnya berpakaian lengkap, tetapi ini agak pelik. “Dia masuk ke kedai dengan memakai ‘G-String’ semata-mata,” katanya. Lelaki itu juga turut mengambil patung mainan adiwira berkenaan dan akan dibicarakan di mahkamah dalam minggu ini.- Agensi


Terhempas di perairan Malaysia?
HANOI, 9 Mac - Pesawat Malaysia Airlines, MH370 membawa 239 orang 'mungkin' terhempas di perairan Malaysia, berdasarkan perkiraan yang diberikan oleh pihak berkuasa menyelamat Malaysia, demikian kata seorang pegawai kanan Tentera Laut Vietnam. Laksamana Ngo Van Phat memberitahu Reuters, pesawat itu mungkin telah terhempas di perairan Malaysia, 153 batu di luar perairan Vietnam dekat Pulau Tho Chu, Vietnam, berdasarkan kelajuan pesawat itu dan kedudukan terakhirnya sebelum hilang dikesan. Laksamana itu menafikan laporan awal media rasmi Vietnam yang memetik beliau sebagai berkata, pesawat itu sebenarnya telah terhempas. Pulau Tho Chu terletak ke barat daya selatan Vietnam dan Pulau Phu Quoc, sebuah destinasi pelancongan popular di Vietnam. "Pasukan menyelamat Thai dan Malaysia mempunyai kedudukan lebih baik untuk mengendalikan gerakan menyelamat tetapi bot-bot tentera laut Vietnam di Pulau Phu Quoc bersedia memberi kerjasama dalam sebarang misi menyelamat jika diminta," kata Phat kepada Reuters melalui telefon.


Laman sosial Weibo sampai mesej simpati
BEIJING 9 Mac - Pengguna laman sosial di China, hari ini menyampaikan mesej-mesej simpati terhadap penumpang pesawat Malaysia Airlines, MH370 yang hilang sejak kelmarin, dengan hampir dua pertiga daripada keseluruhan penumpangnya terdiri daripada rakyat negara ini. Isu kehilangan pesawat itu menjadi topik hangat dalam laman sosial Weibo yang menyerupai laman Twitter versi China, selepas lebih 24 insiden berkenaan berlaku. Selain itu, pengguna aplikasi sembang dalam talian, WeChat yang popular di China, menyatakan harapan agar pesawat dan kesemua penumpang berkenaan ditemui segera. Antara mesej yang disampaikan pengguna WeChat di China adalah, "MH370, kami berharap anda akan dikesan radar. Jika kamu mendengar, teruskan penerbangan ke destinasi yang sepatutnya. "Kami akan memberi laluan yang jelas kepada kamu dan ramai orang akan gembira jika kamu mendarat dengan selamat. "Langit sangat cerah dengan suhu di Beijing menunjukkan -5 darjah Celsius. Pastikan kamu memakai baju sejuk. "Jangan lupa untuk memeluk keluarga kamu sebaik-baik sahaja kamu mendarat kerana mereka sangat sayangkan kamu. Sebanyak 153 penumpang warga China menaiki pesawat MH370 dan jika kapal terbang itu disahkan terhempas, ia akan menjadi bencana penerbangan terburuk dunia sejak 2001. - AFP


NKRA: Kadar jenayah seluruh negara berjaya dikurangkan 27 peratus
MIRI 9 Mac - Kadar jenayah di seluruh negara berjaya dikurangkan sebanyak 27 peratus, melebihi sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ditetapkan kerajaan iaitu lima peratus setiap tahun, sejak dilancarkan pada 2009. Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Ayub Yaakob berkata, kejayaan itu adalah hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pelbagai lapisan masyarakat. "Sejak NKRA dilaksanakan kita menyasarkan pengurangan kadar jenayah lima peratus setiap tahun, tetapi tahun pertama (2010) kita berjaya mengurangkannya kepada hampir 15 peratus. "Bagi tempoh tiga tahun selepas itu, kita telah kurangkan kepada 27 peratus di seluruh negara," katanya ketika merasmikan majlis Penyerahan Sijil Kelulusan Polis Bantuan kepada empat syarikat korporat di sebuah hotel di sini, hari ini. Yang turut hadir, Pengerusi Eksekutif Shin Yang Group, Tan Sri Ling Chiong Ho, Timbalan Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Law Hong Soon dan Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee. Ayub seterusnya mengakui pengurangan angka kadar jenayah itu sahaja tidak memadai sekiranya rakyat pelbagai kaum di negara ini hidup dalam ketakutan dan bimbang menjadi mangsa kepada jenayah. "Jumlah dan nombor sahaja tidak memadai dan tidak mampu memberi jaminan. Tetapi sekurang-kurangnya NKRA berjaya mengurangkan kadar jenayah di negara ini dan memberi lebih keyakinan kepada masyarakat tentang keselamatan mereka," ujarnya. Sementara itu, beliau memberitahu, sebanyak 178 pasukan Polis Bantuan ditubuhkan di syarikat-syarikat swasta di seluruh negara bagi mengawasi dan memantau kawasan atau premis masing-masing. "Ia melibatkan lebih 40,000 anggota di seluruh negara dan jumlah itu akan ditingkatkan pada masa akan datang bagi menjamin keselamatan di tempat kerja dan sekali gus mengurangkan kadar jenayah," jelasnya.

Jaminan lanjutan perlu telus
BERDEKAD yang lalu, anda mungkin mendapat jaminan selama hanya satu tahun bagi kenderaan milik anda. Kemudian, ia dinaikkan daripada dua ke tiga tahun. Secara peribadi, saya berasakan ia sangat diperlukan kerana kenderaan kita jauh lebih rumit sekarang berbanding berdekad yang lalu. Hari ini, ia bagaikan menjadi suatu kebiasaan untuk memperoleh jaminan antara empat hingga lima tahun. Ia boleh menjadi lebih mudah bagi memenangi hati para pengguna dengan tempoh jaminan yang panjang kerana sudah menjadi corak pembelian kenderaan kita. Walau bagaimanapun, corak jaminan global tidak selari dengan tempoh jaminan di Malaysia yang panjang seperti mana yang diiklankan. Biasanya, pihak pengeluar hanya memberikan tempoh jaminan selama dua hingga tiga tahun. Jadi, bagaimana jaminan selama lima tahun ini boleh dicapai? Jalan terbaik sudah tentu ialah mendapatkan pengeluar supaya memanjangkan tempoh jaminan. Cara lain yang dilakukan ialah, apabila segelintir pengedar meminta potongan harga untuk membeli kenderaan daripada pengeluar sebagai cara pertukaran untuk tidak mendapatkan jaminan. Ini bermakna, kenderaan anda tidak didatangkan dengan jaminan daripada pengeluar. Sebaliknya, jaminan yang lebih panjang tersebut ditawarkan oleh pengedar di Malaysia. Tetapi ia memberikan risiko kepada para pengguna kerana jika ada apa-apa yang terjadi terhadap pengedar terbabit, maka penggunalah yang terpaksa menanggung kerugian kerana jaminan bagi kenderaan tersebut tidak lagi sah diperakukan.

Skyline of Port Swettenham
Terminal baharu, cabaran baharu penuhi permintaan
SEMANGAT untuk menyaksikan pembinaan terminal ketiga di Pelabuhan Klang dihidupkan kembali, selepas Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi mendedahkan hasrat kerajaan berhubung perkara itu minggu lalu. Usaha membangunkan terminal itu sebenarnya telah bermula sejak lima tahun lalu. Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) dikatakan telah melantik konsultan asing untuk mengkaji keperluan terminal ketiga itu termasuk jangkaan bilangan kontena yang akan diterima sehingga 2030. Meskipun tiada butiran lanjut diberikan, terminal ketiga itu dijangka menyediakan kapasiti sehingga 30 juta unit kontena (TEU) setahun, sekali gus mengatasi kapasiti keseluruhan dua terminal sedia ada yang dikendalikan oleh Westports dan Northport, 15 juta TEU setahun. Alasannya adalah bagi menampung penerimaan kontena yang dijangka meningkat setiap tahun, didorong perkembangan aktiviti perdagangan negara. Bagaimanapun, sejak akhir tahun lalu, satu perkembangan industri yang kurang enak didengari, yang sedikit sebanyak menjadi penentu sama ada terminal ketiga itu perlu atau tidak. Tiga syarikat perkapalan terbesar dunia yang berpengkalan di Eropah, Maersk Line (Denmark), CMA CGM (Perancis) dan Mediterranean Shipping Co. (Switzerland) telah membentuk satu perikatan yang dinamakan sebagai P3 yang bertujuan menyusun pelabuhan yang akan menjadi persinggahan mereka.

Polis Hamas tangkap ahli Fatah
GAZA CITY 10 Mac - Pihak polis di bawah pimpinan pergerakan Hamas di Semenanjung Gaza, dilapor menahan berpuluh-puluh ahli pergerakan Fatah yang dipimpin oleh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, kelmarin. Jurucakap Fatah, Hassan Ahmad berkata, kira-kira 20 anggota Fatah ditangkap ketika menghadiri satu majlis memperingati pejuang Palestin yang maut dibunuh tentera Israel di Khan Yunis, selatan kawasan yang dikuasai Hamas. Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Luar Hamas, Islam Shahwan memaklumkan, polis terpaksa bertindak menangkap kesemua suspek kerana majlis itu diadakan tanpa permit. - AFP

36 maut serangan pusat pemeriksaan keselamatan
BAGHDAD 10 Mac - Sebanyak 36 orang termasuk pengebom berani mati terkorban dan 174 orang yang lain cedera dalam satu serangan yang menjadikan pusat pemeriksaan keselamatan sebagai sasaran utama di selatan negara ini, semalam. Pengebom berani mati itu meletupkan diri sendiri di dalam sebuah kereta dengan bahan letupan ketika dia menghentikan kenderaan tersebut di pusat pemeriksaan di Hilla, kira-kira 100 kilometer di selatan Baghdad. “Hospital Hilla dipenuhi dengan mangsa serangan," kata seorang pegawai perubatan yang enggan mendedahkan namanya. - dpa

Kaki judi mabuk saman kasino
Los Angeles: Seorang lelaki menyaman sebuah kasino di Las Vegas kerana mendakwa tidak patut dipertanggungjawabkan atas hutang diraih ketika berjudi dalam keadaan mabuk. Mark Johnston berkata, kakitangan kasino itu mengambil kesempatan terhadapnya apabila memberinya terlalu banyak arak ketika dia berjudi. “Mereka banyak menghidangkan pelbagai jenis arak. “Saya sendiri tidak ingat semuanya, seolah-olah memori itu terpadam. “Arak bukan dibekalkan pelayan bar sebaliknya pelayan. “Saya masuk dengan saluran kredit sebanyak suku juta dolar dan pada satu ketika mereka menggandakannya sedangkan mereka sepatutnya melihat keadaan saya ketika itu terlalu mabuk untuk membuat keputusan logik,” katanya. Perkara itu kini disiasat Lembaga Kawalan Perjudian Nevada. - Agensi

Peluru penembak curi tembusi leher wartawan
Dubai: Seorang wartawan Syria maut ketika membuat liputan pertempuran antara tentera kerajaan dan pejuang pembangkang di Deir al-Zor. Agensi berita Al Mayadeen yang berpangkalan di Beirut semalam melaporkan di laman web miliknya, jurukamera Omar Abdelqader maut ditembak di leher dalam kejadian Sabtu lalu itu. Dia disahkan mati sejurus tiba di hospital. Mangsa maut terkena peluru penembak curi ketika merakamkan ketibaan tentera kerajaan di kawasan dikuasai pemberontak. Menurut kakak Omar, keluarganya sedang bersedia menyambut ulang tahun ke-27 mangsa ketika menerima berita itu. Disember lalu, Jawatankuasa Perlindungan Wartawan mengumumkan Syria sebagai tempat paling berbahaya bagi wartawan untuk tahun kedua. Sekurang-kurangnya 29 wartawan terbunuh tahun lalu ketika membuat liputan perang saudara yang berlangsung sejak tiga tahun lalu. - Reuters

Pedofilia tidak akan bebas lagi, serangan seksual
California: Seorang penghuni pusat pemulihan bagi pesalah seks dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa kemungkinan mendapat parol selepas disabitkan bersalah menceroboh beberapa rumah di California dan mencabul remaja di bilik tidur mereka. Menurut laporan Pejabat Peguam Daerah Sacramento, Matthew Steve Jones, 20, menceroboh lima rumah dengan tujuan membuat serangan seksual ke atas kanak-kanak di rumah berkenaan. Ketika berusia 18 tahun, Jones - digelar diberi “Boogey Man” dan “Carmichael Creeper” - menceroboh dua buah rumah dan menyerang kanak-kanak berusia 10 dan 12 tahun selama beberapa jam. Kamera pengawasan di satu daripada rumah berkenaan berjaya merakam dia masuk dan keluar dari premis itu. Jones mengakui ketika menghuni pusat pemulihan yang terletak di Stockton dari 2009 hingga 2010, dia menceroboh rumah berhampiran sebanyak lima kali dan mencabul kanak-kanak cacat berusia 5 tahun selama beberapa jam. Mulut kanak-kanak itu disumbat dengan tiub makanan dan tidak mampu bercakap atau bergerak. Ibu kanak-kanak itu hairan apabila dia menemui anaknya dalam keadaan bogel pada pagi keesokannya.

Foto
Bina kilang proses getah
Kuala Lumpur: FGV Myanmar (L) Pte Ltd, anak syarikat Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) mengukuhkan lagi operasi FGV di Myanmar dengan membina kilang pemprosesan getah selain meninjau peluang untuk meneroka tanah belum dibangunkan (greenfield) dan tanah telah dibangunkan (brownfield). Usaha sama terbabit yang bakal menyaksikan penubuhan sebuah syarikat usaha sama, FGV Pho La Min Company Ltd, menandakan satu lagi mercu jaya penting bagi FGV di negara berkenaan sejak menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Pho La Min Trading Company Limited (PLM) pada September 2012. Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Mohd Emir Mavani Abdullah berkata, menerusi perjanjian yang dimeterai, FGV akan melanggan 51 peratus kepentingan ekuiti manakala PLM akan melanggan baki 49 peratus kepentingan dalam syarikat usaha sama untuk menubuhkan FGV Pho La Mi.


Kabel dasar laut hubungkan tiga benua
Putrajaya: Telekom Malaysia Berhad (TM) membentuk satu konsortium dengan 14 syarikat pengendali telekomunikasi global bertujuan mewujudkan sistem kabel dasar laut terkini dikenali SEA-ME-WE 5 yang menghubungkan tiga benua iaitu Asia, Afrika dan Eropah. Naib Presiden Eksekutifnya, Rozaimy Rahman berkata, sistem kabel itu dipasang bermula dari Singapura hingga Perancis dengan jarak 20,000 kilometer membabitkan 17 negara dari tiga benua. “Kami mewujudkan sistem kabel ini bagi menangani peningkatan trafik komersial antara benua Asia Pasifik dan Eropah yang dilihat tidak mampu ditampung oleh dua sistem kabel sebelum ini iaitu SEA-ME - WE 3 dan 4,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian pembinaan dan penyelenggaraan sistem kabel SEA-ME-WE 5 dengan 15 syarikat di sini, baru-baru ini. Hadir sama, Pengerusinya, Datuk Seri Dr Halim Shafie dan Timbalan Ketua Setiausaha 2, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Che Azmi Haron. Beliau berkata, kos bagi sistem itu dijangka tidak melebihi kos SEA-ME-WE 4 yang bernilai AS$1.63 bilion kerana menggunakan teknologi baru dan optik gentian lebih baik bagi menghasilkan kapasiti lebar jalur lebih tinggi. “SEA-ME-WE 5 mengguna pakai 24Tbps (terabit sesaat) tercanggih dengan teknologi gelombang 100Gbps (Gigabit sesaat) terkini bagi memberikan pengalaman Internet lebih pantas dan berkualiti. “Sistem kabel dasar laut baru ini dijangka memulakan trafik komersial menjelang awal 2016,” katanya. Ketika ditanya mengenai penyertaan empat syarikat baru dalam konsortium itu, beliau berkata, ia jelas menunjukkan terdapat permintaan untuk meningkatkan penerokaan data dalam kalangan negara di rantau Asia.

No comments:

Post a Comment