Thursday, March 13, 2014

Berita Terkini 13 Mac 2014


Pelakon Stunt Kedua Jet Li Antara Penumpang MH370
Salah seorang penumpang pesawat MH370 dikenalpasti merupakan pelakon aksi lagak ngeri kedua (stunt double) Jet Li. Ju Kun, mengikut laporan berita 3News telah beraksi sebagai ‘stunt double’ bagi pelakon aksi lagak ngeri terkenal, Jet Li dalam beberapa filem termasuk The Expendables dan Forbidden Kingdom. Ju Kun dikatakan berada dalam penerbangan tersebut selepas pulang ke Beijing selepas menyudahkan kerja di Studio Pinewood Malaysia. Mengikut perancangan, Ju Kun sedang dalam persediaan untuk terlibat dalam siri drama ‘Marco Polo’ yang akan ditayangkan di Netflix. Isteri Ju Kun yang dikenali sebagai Li Ping kini dipercayai berada di Kuala Lumpur bagi menanti jawapan daripada operasi Mencari dan Menyelamat (Search and Rescue) yang sedang dijalankan.


Nora Danish Sempat Larikan Diri Dari Kelab Malam Diserbu Polis
Nora Danish Sempat Larikan Diri Dari Kelab Malam Diserbu Polis Baru semalam kami menonton siaran ulangan rancangan 999 yang menyaksikan pihak berkuasa tempatan telah menyerbu sebuah kelab malam di sekitar Bandar Utama minggu lepas. Menerusi rancangan dokumentari tersebut, kelab tersebut dikatakan sudah 3 kali diserbu kerana tidak mempunyai lesen operasi yang sah. Terletak di tingkat atas sebuah bangunan, ketika hari serbuan, seorang artis dikatakan sempat meloloskan diri sebelum pihak berkuasa sampai ke kelab berkenaan. Menariknya, hari ini menerusi rakan media, Rotikaya, portal tersebut mendakwa bahawa artis yang telah menyambut harijadi pada malam serbuan berkenaan dipercayai Nora Danish. Gambar diambil dari Rotikaya.com. Melalui artikel yang sama, portal tersebut turut menyiarkan sekeping gambar sedutan dari video 999 dan juga gambar yang dimuatnaik oleh Nora Danish ke laman Instagram-nya. Apa yang menarik perhatian kami ialah, kedua-dua kad jemputan itu mempunyai design yang sama, menguatkan lagi spekulasi yang timbul. Apa pun, pihak kami ketika ini sedang cuba untuk menghubungi Nora Danish untuk mendapatkan kepastian dari empunya diri.-ohbulan.com


10 Orang Hilang harta Benda Rumah Dijilat Api
IPOH – Sepuluh penghuni hilang kebanyakan harta benda mereka apabila tiga buah rumah teres setingkat musnah dalam kebakaran di Jalan Regat Wing Onn, Taman Wing Onn di sini pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh P. Samasuvam yang mengetuai operasi itu berkata kebakaran dilaporkan berlaku pada pukul 7.53 pagi ketika kebanyakan mereka berada di dalam rumah. Katanya api marak dengan cepat, namun 28 anggota dari Balai Bomba Ipoh dan Meru, berjaya mengawal api daripada merebak dalam masa 20 minit. “Kebakaran bermula dari rumah tengah yang didiami seorang warga emas sebelum ia merebak melalui bumbung yang mengenai rumah kiri dan kanan,” katanya ketika dihubungi di sini. Warga emas berusia 70-an itu bagaimanapun tiada di rumah ketika kejadian. – BERNAMA

Foto
Shah Alam `seperti hilang' akibat jerebu
SHAH ALAM: Bandar raya seperti hilang apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan ini mencecah 114 pada jam 10 pagi tadi. Beberapa mercu tanda di Shah Alam hampir tidak kelihatan dengan asap menyelubungi seluruh bandar raya ini. Kuala Selangor bagaimanapun mencatatkan bacaan tertinggi selepas ia mencecah lebih 150 menjelang tengah Hari. - AFP


Bank Rakyat umum dividen 15 peratus kepada 950,000 ahlinya
KUALA LUMPUR: Bank Rakyat hari ini mengumumkan pembayaran dividen 15 peratus kepada 950,000 ahlinya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013. Dalam pada itu, Bank Rakyat Malaysia meneruskan momentum pertumbuhannya dengan keuntungan sebelum cukai dan zakatnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 berjumlah RM2.13 bilion. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, yang mengumumkan perkara itu pada sidang media hari ini berkata, Bank Rakyat terus merekodkan kejayaan dan pertumbuhan positif walaupun berdepan dalam persekitaran yang mencabar sepanjang tahun lalu. Selain itu katanya, keuntungan bersih yang direkodkan bagi bank itu turut meningkat kepada RM1.91 bilion pada tahun lalu berbanding RM1.75 bilion tahun sebelumnya, iaitu meningkat sebanyak 8.7 peratus. - AFP


Penyiasat AS syak pesawat MH370 terbang selama 5 jam - WSJ
WASHINGTON: Penyiasat Amerika Syarikat (AS) mengesyaki pesawat penumpang Malaysia yang hilang, berada di udara selama empat jam selepas hubungan terakhirnya dan mungkin diterbangkan ke lokasi yang tidak diketahui, Wall Street Journal melaporkan hari ini. WSJ menyatakan teori penyiasat penerbangan AS dan pegawai keselamatan negara itu berasaskan kepada data yang dimuat turun secara otomatik ke darat oleh enjin Rolls-Royce Boeing 777 itu yang menunjukkan pesawat berkenaan terbang selama lima jam. Laporan itu boleh bermakna pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, terbang beribu kilometer lagi selepas perhubungan terakhir dengan pengawal trafik udara pada kira-kira 1.30 pagi Sabtu lalu - kira-kira sejam selepas berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing. Usaha pasukan mencari dan menyelamat sudah mencakupi kawasan yang luas, iaitu 90,000 kilometer persegi, dari Laut China Selatan hingga ke perairan pantai Barat Malaysia. Penyiasat Malaysia menjelaskan mereka masih melihat rampasan sebagai satu daripada aspek siasatan dan CIA juga tidak menolak perkara itu. WSJ melaporkan pegawai berkenaan diberitahu bahawa penyiasat sedang meneliti teori bahawa pesawat itu diterbangkan ke tempat lain "dengan niat untuk menggunakannya untuk tujuan lain". Majalah New Scientist juga melaporkan bahawa Rolls-Royce menerima “sekurang-kurangnya dua letusan data teknikal" daripada pesawat MH370 di pusat pemantauan di Derby yang mengikuti secara langsung enjinnya yang digunakan pesawat awam di seluruh dunia. - AFP


Warga emas maut dalam perjalanan ambil BR1M
DUNGUN: Hasrat seorang warga emas untuk mengambil wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak kesampaian selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Felda Kerteh 2, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, Mustapa Ismail, 64, yang menunggang sebuah motosikal sedang menuju ke Dewan Sivik Paka sebelum bergesel dengan sebuah PERODUA Myvi yang terbabas. Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacub, berkata nahas berlaku selepas PERODUA Myvi yang dipandu seorang remaja dari FELDA Kerteh 2 cuba memotong motosikal mangsa. "Ketika cuba memotong, kereta berkenaan bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan sebelum berpusing dan bergesel dengan motosikal mangsa," katanya di sini hari ini. Beliau berkata, berikutan pertembungan itu, mangsa yang berasal dari FELDA Kerteh 3 tercampak ke dalam longkang berhampiran dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Mayat dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat. Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang anggota polis yang akan bersara dua tahun lagi meninggal dunia selepas bermain badminton bersama lapan rakannya di Dewan Badminton Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, Koperal Salahudin Ali, 54, rebah ketika sedang berehat selepas menghabiskan dua set permainan sebelum dikejarkan ke Hospital Dungun. Beliau meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Ahmad Zailani berkata, Allahyarham yang berasal dari Kampung Bukit Kolam, Pengkalan Berangan di Marang meninggalkan seorang isteri, Rohani Omar, 50 tahun dan enam orang anak. - BERNAMA


MH370: MAS Bagi ‘Bantuan Awal’ RM16,000 Kepada Keluarga Penumpang
KUALA LUMPUR – Penerbangan Malaysia (MAS) telah menghulurkan “bantuan kewangan awal khas” dalam usaha mengurangkan beban yang ditanggung ahli keluarga penumpang pesawat MH370. Bagaimanapun, tidak kesemuanya menyambut baik bantuan berjumlah RM16,000 yang diberikan oleh syarikat penerbangan kebangsaan itu. Seorang ibu kepada penumpang pesawat berkata bantuan itu sedikit sebanyak dapat membantu dalam perbelanjaan seharian mereka. “Kami tinggal di Hotel. Sekadar menunggu. Kami baik sahaja,” dia memaklumkan kepada Astro AWANI menerusi perbualan telefon. Manakala salah seorang abang ipar kepada penumpang pesawat yang hilang mengakui menerima bantuan itu tetapi enggan mendedahkan butirannya bimbang pihak Penerbangan Malaysia tidak mahu mereka melakukannya. “Bantuan itu adalah baik, namun bukan keutamaan kami. Apa yang kami lakukan hanya berdoa dan berharap mereka selamat kembali. Kami tidak mahu mendengar perkara yang negatif seperti kesudahan buruk yang mungkin terjadi seperti dilaporkan akhbar.” Semalam beberapa anggota keluarga warganegara China yang menjadi penumpang pesawat MH370 telah menolak bantuan kewangan sekitar 31,000 RMB. AFP melaporkan seorang ahli keluarga yang berasal dari timur wilayah Shandong dilaporkan berkata “Kami tidak berminat dengan wang”. “Ia semuanya demi penumpang di atas pesawat terbabit. Kami mahukan mereka kembali,” katanya dari sebuah hotel di Beijing. MAS menegaskan bantuan itu bukan berupa pampasan namun bantuan untuk membolehkan ahli keluarga mendapatkan keperluan harian mereka. Jurucakapnya, Ignatius Ong Ming Choy dilaporkan berkata bantuan itu adalah bagi membantu meringankan bebanan keluarga penumpang pesawat MH370. MAS hari ini mengesahkan memberi bantuan kepada keluarga penumpang, termasuk warga Malaysia. Adalah difahamkan terdapat lebih 100 anggota keluarga penumpang pesawat MH370 yang kini berada di Kuala Lumpur. Mereka turut dibantu oleh 72 petugas sokongan, sekurang-kurangnya seorang untuk setiap keluarga.


Sebagai Tanda Hormat, Kod MH370 Tidak Lagi Akan Digunakan MAS
Sebagai tanda penghormatan kepada penumpang dan anak kapal MH370 berhubung kejadian 8 Mac lalu, kod MH370 bersama MH371 akan dihentikan (retired) penggunaannya untuk laluan Kuala Lumpur-Beijing-Kuala Lumpur. Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dalam kenyataan di laman webnya berkata, bermula 14 Mac, nombor penerbangan untuk MH370 dan MH371 adalah seperti berikut;
MH 318 – Kuala Lumpur – Beijing
MH 319 – Beijing – Kuala Lumpur
“Tidak ada perubahan kekerapan dan kami akan tetap membuat dua kali penerbangan sehari ke Beijing,” katanya. MAS juga menurut kenyataan itu meneruskan in gatan dan doa terhadap semua yang terlihat dalam misteri kehilangan MH370.


Mohon PM Minta Raja Abdullah Buat Solat Hajat Di Mekah, Madinah Untuk Kesan MH370
Pelbagai usaha kini sedang rancak dijalankan baik oleh Kerajaan Malaysia mahu pun negara-negara luar bagi merungkai misteri di sebalik kehilangan pesawat MH370 sejak awal pagi Sabtu lalu. Begitu pun sebagai orang Islam, semestinya kita harus berbalik pada agama sebagai penyelesaian untuk semua masalah. Justeru Pengasas Imam Muda & Ustazah Pilihan, Tuan Asmawi Tuan Umar mengemukakan satu cadangan bagi menyelesaikan misteri ini iaitu memohon solat hajat dilakukan di dua tempat paling suci bagi umat Islam iaitu Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah. Bagaimanapun, hajat ini dilihat hanya mampu terlaksana sekiranya Perdana Menteri Malaysia dapat mewakili rakyat Malaysia dan memohon perkenan Kerajaan Arab Saudi menerusi DYMM Raja Abdullah Ibni Abdulaziz Al-Saud untuk melaksanakannya. Mudah-mudahan, sekiranya permintaan ini dipanjangkan dan diperkenan, pesawat MH370 dapat segera ditemui. Pada masa sama, umat Islam di negara ini dianjurkan agar tidak menghentikan pelbagai usaha termasuk berdoa dan melaksanakan solat hajat bagi mengakhiri pencarian MH370.

MH370
ALLAH uji keimanan kita, kata pendakwah
BANGI - "Negara sedang diuji, justeru keyakinan kita kepada ALLAH jua sedang diuji,kerana ALLAH mahu melihat siapa (hamba-Nya) yang benar-benar ada iman di dalam hatinya," demikian antara bingkisan kata-kata nasihat untuk masyarakat oleh pendakwah terkenal tanah air, Dr Zaharudin Abd Rahman hari ini mengenai pelbagai ujian yang menimpa kita,(negara). Jelasnya, negara kita sedang diuji oleh ALLAH antaranya, kemarau, jerebu, kehilangan MH370, peningkatan demam denggi, gerakan penolakan hadis yang dibiarkan serta bomoh yang menjejaskan nama baik Islam dan negara di peringkat antarabangsa. Oleh itu menurutnya, sebagai hamba kita perlu sentiasa mengingati ALLAH kerana pentas dunia adalah pentas ujian-Nya, dan jangan sesekali melupakan-Nya. "Segala ujian yang berlaku ini ialah ujian daripada ALLAH, kerana ALLAH mahu melihat siapa di kalangan hambanya yang benar-benar beriman, oleh itu berserah dan sujudlah kepada-Nya, hanya ALLAH sebaik-baik tempat mengadu," tulisnya di laman Facebook miliknya. Negara pada tahun ini, kalau diimbas kembali menerima pelbagai ujian dan dugaan daripada ALLAH. Antara yang menjadi perhatian adalah 'ujian' tragedi kehilangan pesawat MH370.

Satelit China temui 'kawasan disyaki' MH370 berada
Maritim siasat imej dirakam satelit China
SHAH ALAM - Susulan satelit China dalam operasi mencari pesawat MAS penerbangan MH370 telah menemui "kawasan disyaki pesawat terhempas", Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan telah menghantar pesawat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) ke kawasan tersebut. "Bombardier Maritim telah dihantar untuk menyiasat apa yang didakwa serpihan yang telah ditemui oleh imej satelit China," katanya dalam akaun Twitternya, hari ini. Perkara itu turut disahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Media melaporkan satelit China yang mencari pesawat MH370 yang hilang pada Sabtu menemui “kawasan disyaki pesawat terhempas”. Ia dilihat sebagai satu lagi petunjuk baharu dalam misi mencari dan menyelamat yang memasuki hari keenam, hari ini. Jabatan Sains, Teknologi dan Industri untuk Kementerian Pertahanan China mengumumkan penemuan itu termasuk imej yang dikatakan "tiga objek disyaki terapung dan saiz mereka."

5 motosikal curi berjaya ditemui
5 motosikal curi berjaya ditemui
KUALA KRAI – Polis Bahagian Operasi Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai berjaya menemui lima motosikal, dipercayai dicuri bersama komponen motosikal dalam serbuan di Kampung Belanga, Pahi, Isnin Lalu. Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Ab Rahim Che Ghani berkata, dalam operasi diketuai Inspektor Masrul Wan Mustafa, polis menemui tiga komponen enjin, dua kulit enjin, 10 rim, enam ekzos, dua tempat duduk motosikal dan dua rangka motosikal. Menurutnya, serbuan menerusi Ops Lejang, Isnin lalu, adalah kali ketiga selepas kejayaan serupa apabila polis menemui lapan motosikal dan tiga kereta di Temalir, baru-baru ini. “Serbuan dilakukan hasil intipan polis ke atas bengkel di Kampung Belanga, Pahi. “Berikutan serbuan ini, polis menahan tiga lelaki, masing-masing berusia 30-an untuk siasatan lanjut," katanya kepada Sinar Harian. Ab Rahim berkata, setakat ini semua premis persendirian yang diserbu polis dijadikan bengkel haram. Sehubungan itu, beliau amat berharap orang ramai yang menjadikan premis persendirian sebagai bengkel haram supaya menghentikan operasi mereka. “Dengan penemuan motosikal ini, dijangkakan kita dapat menyelesaikan beberapa kes kehilangan motosikal dilaporkan di Tun H S Lee dan Kuala Krai. “Kesemuanya dilaporkan hilang pada awal bulan ini,” katanya. Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 379A, Kanun Keseksaan.


Jumpa janin dalam tandas
SEREMBAN – Satu objek dipercayai janin bayi ditemui seorang tukang sapu di sebuah kilang dekat Senawang, di sini, semalam. Wanita berusia 40-an itu dikatakan sedang mahu membersihkan tandas pekerja kilang kira-kira 8.30 pagi dan terkejut apabila menemui satu objek berlumuran darah yang telah dibuang ke dalam lubang tandas. Pelik melihat objek itu, dia menghampirinya sebelum mendapati ia adalah janin. Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Baharuddin Mustapha berkata, berikutan penemuan itu, wanita itu terus memaklumkan kepada pengurusnya sebelum membuat laporan polis. "Bertindak atas laporan, satu pasukan polis dan forensik dikejarkan ke lokasi penemuan untuk siasatan lanjut. “Hasil pemeriksaan lanjut, polis mengesahkan ia janin bayi lelaki cukup sifat berusia lingkungan enam bulan yang dibuang dalam lubang tandas dipercayai bagi menyembunyikan kelahiran," katanya. Menurutnya, janin itu terbabit kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar, di sini untuk bedah siasat. “Polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan suspek,” katanya.

Dua penjual kereta dicekup polis
PUCHONG – Dua penjual kereta dicekup sepasukan anggota polis bersama bahan terlarang berhampiran sebuah pusat beli-belah dekat sini, petang kelmarin. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya mengintip tindak tanduk dua lelaki terbabit yang menunggu dalam sebuah kereta di depan sebuah pusat membeli-belah di sini. Anggota itu kemudian merapati kenderaan dinaiki kedua-dua lelaki tersebut dan memperkenalkan diri sebagai polis. Pemeriksaan tubuh badan dilakukan terhadap kedua-duanya namun tidak menemui sebarang bahan terlarang. Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut menemukan polis dengan sepeket syabu seberat 36 gram dan sepeket dadah jenis ketamin seberat 27 gram di pintu kereta tersebut. Tambahnya, siasatan lanjut membawa polis ke pangsapuri di Batu 14, Puchong. Sebaik tiba di rumah tersebut, suspek terus membawa polis ke tandas dan menunjukkan ke arah bahagian siling. “Pemeriksaan lanjut menemukan polis dengan sebuah bekas kaca berisi 202 biji pil ecstasy dianggarkan bernilai RM17,800 di sebalik siling tersebut,” katanya. Kedua-dua suspek ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk tindakan selanjutnya.

Pemandu lori reka cerita kena samun, culik
BATU GAJAH - Taktik seorang pemandu lori mereka cerita kononnya menjadi mangsa samun dan culik memakan diri apabila siasatan polis mendapati laporan berkenaan palsu. Lelaki berusia 35 tahun itu, sebelum ini membuat laporan dirinya telah diserang tiga lelaki bersenjatakan parang dan diculik serta dibawa ke sebuah rumah di sini sebelum berjaya melepaskan diri. Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, mengikut laporan polis yang dibuat, suspek mendakwa diserang dua lelaki ketika cuba membantu seorang lelaki lain di tepi jalan. “Suspek mendakwa kumpulan lelaki terbabit telah mengambil dompet mengandungi kad ATM mangsa dan dua telefon bimbit sebelum membawanya ke sebuah rumah kosong di Batu Gajah dan diikat. “Dia mendakwa dipaksa mengambil wang sebanyak dua kali pada hari Ahad dan Isnin berjumlah RM2,000 di mesin ATM sebuah bank di sini oleh kumpulan lelaki berkenaan. “Namun, suspek mendakwa berjaya melepaskan diri dan membuat laporan polis pada jam 1 pagi Isnin lalu,” katanya. Shaharon berkata, bagaimanapun, selepas siasatan dilakukan suspek mengakui buat laporan palsu dan polis turut menemui lori yang didakwa hilang ditemui ditinggalkan di kawasan Pekan, Pusing dalam keadaan baik. “Dalam perkembangan sama, suspek turut mendedahkan wang RM2,000 yang didakwa hilang digunakan untuk berjudi di Sitiawan. “Untuk mengaburi majikannya, suspek buat laporan palsu mengatakan dia disamun ,” katanya. Beliau berkata, suspek telah ditahan pada hari yang sama untuk siasatan lanjut bagi melengkapkan kertas siasatan bagi kes membuat laporan palsu.

Sanggup gigit tangan penguatkuasa
Sanggup gigit tangan penguatkuasa
GEORGETOWN - Mereka sanggup melakukan apa sahaja. Ada yang bertindak nekad terjun ke dalam parit dan ada yang sanggup menggigit tangan penguat kuasa semata-mata mahu melepaskan diri. Namun usaha mereka ternyata gagal apabila ditahan dalam operasi oleh Jabatan Imigresen negeri di sebuah pasar petang yang lebih dikenali sebagai pasar Myanmar bagi penduduk tempatan di Sungai Pinang, di sini petang kelmarin. Operasi pada kira-kira jam 6 petang itu turut menyaksikan tindakan berani seorang lelaki Myanmar yang melarikan diri di jalan raya yang sesak dengan kenderaan. Bagaimanapun, kecekapan anggota penguatkuasa telah menggagalkan usaha lelaki berkenaan apabila dia berjaya diberkas selepas berlaku aksi kejar mengejar sejauh 150 meter. Ketua Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri, Basri Othman berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang ramai berkenaan aktiviti urus niaga yang dilakukan secara haram oleh warga asing di kawasan berkenaan. Menurutnya, peniaga warga asing di kawasan itu juga sering memaksa orang ramai membeli barangan jualan mereka selain akan bertindak kasar sekiranya pembeli tidak membeli selepas tawar menawar dilakukan. “Pemantauan yang dilakukan selama seminggu di kawasan berkenaan mendapati peniaga warga asing memonopoli kawasan pasar petang itu dengan menjual pelbagai barangan dan bahan mentah. “Setiap hari dari jam 5 hingga 7 petang kawasan ini, menjadi tumpuan ramai terutamanya kumpulan warga asing sehingga menimbulkan suasana yang tidak selesa kepada penduduk setempat. Oleh itu, kita telah merancang melakukan serbuan dan melumpuhkan kegiatan haram mereka,” katanya kepada media yang mengikuti operasi berkenaan. Basri berkata, dalam serbuan yang dijalankan itu, seramai 25 peniaga warga asing termasuk seorang kanak-kanak ditahan atas pelbagai kesalahan antaranya tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, menyalahgunakan pas lawatan sosial dan tinggal lebih masa yang dibenarkan. Antara yang ditahan enam warga Indonesia, lima Vietnam, dua Thailand dan 12 Myanmar. Menurutnya, kesemua ditahan berusia antara 20-45 tahun dibawa ke depoh tahanan warga asing di Juru. Sementara itu, dalam operasi berasingan yang dilakukan pada sebelah malam, seramai lima warga Indonesia berjaya ditahan didalam serbuan yang dilakukan disebuah rumah urut di Tanjung Bungah, di sini. Serbuan yang dilakukan kira-kira jam 10 malam itu mendapati kelima-lima wanita berkenaan sepatutnya bekerja sebagai pembantu rumah namun menyalahgunakan pas kerja mereka dengan bekerja sebagai tukang urut. Basri berkata, walaupun ada antara mereka yang ditahan mempunyai pasport yang sah namun tindakan mereka yang menyalahgunakan pas kerja adalah merupakan satu kesalahan mengikut undang-undang. Katanya, kes akan disiasat mengikut mengikut Seksyen 39 (B) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 atas kesalahan menyalah guna pas lawatan sosial, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia tanpa pas sah dan Seksyen 15 (1) (c) kerana berada di negara ini melebihi tempoh yang dibenarkan.

Batu nisan dibuang tepi parit
Batu nisan dibuang tepi parit
ALOR SETAR - Rata-rata penduduk di Kampung Seberang Pantai Johor, di sini, tidak dapat menahan kesedihan apabila kubur ahli keluarga mereka sudah tidak lagi kelihatan di Tanah Perkuburan Islam dekat sebuah masjid, di sini. Difahamkan, tanah perkuburan yang menyimpan lebih 100 kubur itu lesap apabila sebuah syarikat pemaju yang menaik taraf masjid berkenaan didakwa menimbus tanah setinggi empat kaki di atas tanah perkuburan tersebut. Malah, tindakan menimbus kubur lama yang berusia lebih 50 tahun itu dibuat tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada waris-waris berkenaan dan dikhuatiri tidak mengikut garis panduan yang sebenar. Tinjauan Sinar Harian di lokasi kejadian mendapati, kebanyakan batu nisan dibuang berselerakan di kawasan penempatan penduduk kampung berkenaan kira-kira 50 meter dari tanah perkuburan. Amat menyedihkan apabila ada di antara batu nisan tersebut dijumpai ditinggalkan di kawasan tepi parit belakang rumah penduduk berkenaan. Usaha Sinar Harian untuk memasuki kawasan tanah perkuburan itu bagaimanapun gagal apabila pintu pagar tersebut terkunci, sementara kerja-kerja menaik taraf masjid berkenaan pula sedang berjalan. Penduduk kampung berkenaan mendakwa kerja-kerja menaik taraf masjid tersebut telah dijalankan pada pertengahan tahun 2012 dan dijangka siap pada November 2013. Namun sehingga hari ini, projek menaik taraf masjid tersebut masih belum disiapkan. Berdasarkan papan tanda projek itu, ia adalah merupakan projek menaik taraf masjid dan tidak melibatkan kerja-kerja penutupan atau pembukaan kawasan perkuburan yang baru. “Kalau mereka nak timbun tanah sekalipun, pindahkanlah dahulu kubur-kubur lama ke kawasan lain atau ditanam dalam satu liang lahad. Penduduk kampung tersebut turut mengharapkan supaya pihak berkenaan dapat menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan segera sebelum perkara yang lebih teruk berlaku di kawasan perkuburan itu.

Trending 'tikar terbang', syirik dan memalukan
Trending 'tikar terbang', syirik dan memalukan
SHAH ALAM - Belum pun habis kontroversi upacara ritual 'buluh bubu', masyarakat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan aksi 'tikar terbang' oleh Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin yang dilihat bersungguh-sungguh mahu membantu pihak berkuasa mencari pesawat MH370. Parodi 'tikar terbang' yang sudah tersebar di laman sosial seperti Facebook dan Twitter sejak petang semalam menjadi trending seluruh masyarakat termasuk golongan pemimpin politik dan anak-anak muda. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang semalam turut memuat turun gambar tiga jururawat hospital swasta sedang duduk di atas tikar dan berpura-pura 'berlepas' ke udara untuk memperkasakan lagi usaha mencari pesawat MH370. "Harap-harap tidak ada pesakit yang akan bertambah sakit," memetik kenyataannya dari laman Twitter rasminya kira-kira jam 10 malam. Terbaru, Ibrahim Mat Zim yang menggelarkan dirinya sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP bersama dua lelaki lain memakai sut lengkap duduk di atas tikar sambil memegang bakul mengkuang dan dua biji kelapa, melakukan ritual untuk berlepas ke ruang angkasa bagi meninjau lokasi pesawat MH370 yang hilang. Pengguna media sosial rata-ratanya meluahkan rasa kurang senang dengan aksi "Zam-Zam Alakazam" seperti filem Laksamana Do Re Mi itu. Selain menyifatkan ia perbuatan syirik, memalukan negara, mereka juga meminta pihak berkuasa agama supaya segera bertindak. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Pertubuhan Ilmuan Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya juga semalam menggesa pihak Jakim mengambil tindakan ke atas Raja Bomoh ini yang mendakwa pernah menampar buaya tembaga sehingga mati. Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum ini gempar menerima kehadiran Bomoh VIP yang mendakwa dirinya mampu 'menyeru' pesawat terbabit. Beliau yang kononnya berkebolehan meramal keadaan pesawat MH370 itu menjalankan upacara selama 30 minit dan mendakwa pesawat tersebut 'tergantung' di antara tiga negara iaitu Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dikenal pasti namun beliau mengesahkan MH370 itu berada dalam keadaan selamat.

Gan Kong Meng
RM160,000 lesap dari dua mesin keluaran wang automatik (ATM)
KUALA LUMPUR - Sejumlah RM160,000 lesap dari dua mesin keluaran wang automatik (ATM) di bangunan TNB Bangsar dan Presint 7, Putrajaya, yang dipercayai didalangi oleh empat pekerja syarikat keselamatan, di situ, dan dua rakan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, bagaimanapun, tindakan pantas polis berjaya menangkap tiga suspek di sebuah rumah di Kuala Selangor jam 4 hingga 7 pagi Khamis lalu. Menurutnya, mereka dipercayai terlibat dalam kes kehilangan wang di Bangsar awal bulan ini. Polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Wira yang dibeli menggunakan wang curi dengan harga RM20,000. “Empat hari kemudian, kita berjaya mengesan dua lagi suspek dan menahan mereka kira-kira jam 6 petang berkaitan kes curi di Putrajaya. “Esoknya, seorang lagi turut dikesan di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, sebelum merampas tiga telefon bimbit, wang tunai RM1,720, penutup muka, lapan slip transaksi bank dan empat kad ATM,” katanya. Beliau berkata, mereka, yang berusia 22 hingga 29 tahun, adalah pekerja syarikat keselamatan sejak kira-kira dua tahun lalu. “Kita percaya kehilangan wang tersebut membabitkan orang dalam syarikat keselamatan berkenaan yang mahir dengan selok-belok operasi ATM. Ini kerana kejadian ini gagal dikesan melalui alat penggera keselamatan di situ,” katanya. Dalam kejadian pertama pada 3 Mac, kejadian disedari pengurusan syarikat keselamatan mengenai kekurangan wang yang sepatutnya berjumlah RM220,000. Hasil audit mendapati sejumlah RM80,000 sudah hilang. Dalam kejadian kedua jam 12.48 malam oada 10 Mac lalu, ATM diumpil dan kekuncinya dipatahkan. Kerugian juga serupa seperti dalam kejadian pertama dan disedari oleh pihak syarikat kawalan keselamatan.

Bogus cops sexually abuse teen girls
TWO teenage girls were sexually abused by three men who fooled them into believing they were policemen, reported Harian Metro. One of the 16-year-old girls was raped while the other was molested after they were brought to a hotel in Kapar, Klang. During the 2pm incident last Wednesday, the three men on motorcycles had approached the girls after they finished school. Introducing themselves as policemen, they requested the girls to follow them to an undisclosed location. According to a source, the suspects had initially taken the girls for a meal at a restaurant before proceeding to the hotel. “As soon as they got to the hotel room, one of the girls had her clothes stripped off and was molested by one of the men. Her friend was raped by the other men,” said the source. Confirming the incident, North Klang police chief ACP Mohamad Shukor Sulong said the men had been arrested in Negri Sembilan. The tabloid also highlighted its interview with controversial Indonesian actress Julia Perez who admitted that she still had a phobia about coming to Malaysia after her dispute with former Seniman president Zed Zaidi. Julia, better known as Jupe, said she was still worried that something could happen to tarnish her dignity. In December 2012, Jupe had arrived in Malaysia to film her movie Fobia Malam Pertama but decided to return to Indonesia on the third day of her visit after she was attacked by Zed on Twitter. Although the incident occurred two years ago, Jupe still refuses to fly to Malaysia to promote the film, which opens in cinemas today. However, Jupe said the conflict with Zed had not affected her perception of Malaysians. “I like Malaysia and its people. I thank my Malaysian fans who like my acting,” she said. Found in Translation is compiled from the vernacular newspapers (Bahasa Malaysia, Chinese and Tamil dailies). As such, stories are grouped according to the respective language/medium. Where a paragraph begins with this ' >'sign, it denotes a separate news item.


MH370: Hari keenam, kehilangan pesawat terus jadi misteri
KUALA LUMPUR: Hari ini hari keenam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang sehingga ini masih hilang selepas dikesan kali terakhir pada awal pagi Sabtu lalu. Sehingga semalam, misteri kehilangan pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) masih belum ada tanda-tanda akan ditemui. Hari kelima, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Tun Hussein berkata pihaknya belum menemui sebarang kotak hitam daripada pesawat MH370 yang hilang awal pagi Sabtu lalu. "Tidak ada apa-apa kesan ditemui, tidak ada kotak hitam milik MH370 dan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan. "Fokus kita untuk mencari pesawat. Kita melakukan operasi di Laut China Selatan dan Selatan Melaka.," katanya. Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata sebanyak 12 negara menyertai misi SAR pesawat MH370 dengan negara terbaru India, Jepun dan Brunei. Beliau berkata Malaysia juga amat mengalu-alukan lebih ramai pakar dalam bidang penerbangan tampil membantu operasi SAR. "Sehingga kini 39 pesawat, 42 kapal dan 12 negara bersama dalam operasi mencari dan menyelamat MH370 ini," katanya lagi. Manakala, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memberitahu, pesawat yang berpatah balik yang dikesan radar tentera Malaysia awal pagi Sabtu tidak dapat disahkan sebagai MH370. Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkefly Mohd Zin berkata, untuk tidak mengambil sebarang risiko, pihaknya menghantar pesawat C130 untuk meninjau tetapi tidak menemui apa-apa di kawasan terakhir pesawat misteri itu dikesan. "Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada petang Sabtu mengarahkan supaya kawasan mencari dan menyelamat diperluaskan, kami (ATM) melihat kawasan yang akan diperluaskan. "Kita kaji semula rakaman daripada radar dan kami mendapati ada kemungkinan pesawat ini berpatah balik dan tak pasti sama ada ia adalah pesawat yang sama tapi dalam radar ada nampak patah balik," katanya pada sidang media di Hotel Sama-Sama, semalam. Manakala Panglima Tentera Udara (PTU), Tan Sri Rodzali Daud mendedahkan satu pesawat tidak dikenali dikesan pada kedudukan barat laut Pulau Pinang, awal pagi Sabtu. Rodzali berkata pesawat yang masih belum dikenalpasti itu mungkin pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dijadualkan ke Beijing. “Saya tidak kata bahawa ini adalah MH370. Kami sedang mengesahkannya. Kami masih bekerjasama dengan pakar," katanya. Beliau menjelaskan, pesawat misteri itu dikesan pada 2.15 pagi waktu tempatan pada Sabtu, kira-kira 45 minit selepas pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang dari skrin kawalan trafik udara antara pantai timur Malaysia dan Vietnam. Katanya, radar tentera mengesan pesawat tidak dikenali itu berada pada kedudukan kira-kira 320 kilometer di barat laut Pulau Pinang. Berita mula diterbitkan pada: Mac 13, 2014 07:00 (MYT)


MH370: Kemanakah arah pesawat sekiranya berpatah balik.
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Juruterbang Malaysia Airlines (MAS), Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berpendapat jika sesuatu penerbangan berpatah balik dan menuju ke tempat yang tidak selamat ia menimbulkan tanda tanya. Nik Ahmad Huzlan berkata dalam kes kehilangan pesawat MH370 milik MAS itu, ia menimbulkan banyak persoalan ke mana hala tuju penerbangan tersebut. Katanya, jika pesawat itu berpatah balik dan mahu kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), akan ada radar di Selat Melaka yang dapat mengesannya. "Kalau dia pusing ke bawah pun ada radar di kawasan Selat Melaka, di Singapura, kalau dia pusing ke atas juga akan ada radar di kawasan Thailand," katanya kepada Astro AWANI. Berita mula diterbitkan pada: Mac 13, 2014 08:30 (MYT)


VIDEO: Bomoh Tikar Terbang ‘Zam Zam Alakazam’ Pulak?
SELEPAS seorang bomoh dipercayai muncul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menggunakan bubu mata pancing untuk mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS), kini muncul pula satu lagi kumpulan baru yang cuba mencari pesawat MH370 dengan gaya tersendiri. Sekumpulan lelaki yang memakai sut lengkap muncul di KLIA dan memulakan ritual mencari pesawat berkenaan dengan gaya-gaya seperti tikar terbang dalam filem Laksamana Do Re Mi. Di bahagian belakang tikar berkenaan ada seorang pemuda memegang dua biji buah tembikai tidak diketahui fungsinya. Semacam satu kemestian, apabila ada kes kehilangan sebegini pastinya kumpulan seperti ini muncul elok pula berpakaian sut kemungkinan tahu ada pihak media yang bakal merakamkan gambar mereka sedang melakukan ritual berkenaan. Dalam satu gambar yang sudah tersebar di laman media sosial, kumpulan itu duduk bersila di atas tikar berkenaan seperti bersiap sedia untuk terbang dan turut sama menyertai operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan lokasi pesawat MH370 berkenaan. Rasanya pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu meletakkan petugas di kawasan KLIA pada ketika ini untuk mengelakkan kumpulan seperti ini hadir dengan lebih ramai dan melakukan ritual yang pelik-pelik kononnya untuk membantu mencari pesawat MH370. Jika ada dua kumpulan sudah terlepas dan mendapat perhatian lensa kamera pihak media selepas ini tidak tahulah lagi berapa kumpulan akan mencuba nasib dan datang ke KLIA untuk melakukan ritual mereka pula. Apabila melihat videonya, ingatkan tikar terbang rupa-rupanya sampan atas lantai jer.

MH370: Satelit China kesan 3 objek dipercayai ada kaitan dengan kehilangan pesawat Mh370MH370MH370
Satelit China kesan 'tiga objek' disyaki pesawat Malaysia yang hilang
KUALA LUMPUR: Satelit negara China mendakwa menemui tiga objek yang terapung di perairan Laut Cina Selatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Boeing 777 - MH370 Sabtu lalu. Menurut laporan berita saluran CNN itu, objek-objek terabit dianggarkan berukuran sekitar 13 kali 18 meter, 14 kali 19 meter dan 24 kali 22 meter. Kementerian Sains, Teknologi dan Industri Pertahanan Kebangsaan negara itu yakin penemuan ini adalah petunjuk baru kepada kes kehilangan MH370. Imej berkenaan dirakamkan pada 9 Mac lalu di selatan Vietnam atau timur laut Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Ia berkedudukan di koordinat longitud 105 perpuluhan 63 darjah timur, 6 perpuluhan 7 darjah utara pada latitud. Pesawat MH370 yang sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi Sabtu dilaporkan hilang dari radar kira-kira pukul 1.40 pagi Sabtu. Gerakan mencari besar-besaran mencari dan menyelamat yang dilancarkan oleh pelbagai negara sehingga semalam gagal menemui sebarang petunjuk dan perkembangan tersebut hanyalah menambah lagi kerisauan dan kebimbangan terhadap keluarga dan waris 239 penumpang dan krew yang berada dalam pesawat tersebut. Berita mula diterbitkan pada: Mac 13, 2014 07:27 (MYT)

17 kenderaan bawa diesel RM1j dirampas
17 kenderaan bawa diesel RM1j dirampas
Padang Besar: Sejumlah 17 kenderaan dengan muatan bahan api subsidi dianggar bernilai lebih RM1 juta dirampas dalam serbuan di kawasan pintu sempadan di Wang Kelian, dekat sini, semalam. Selain 11 pikap, enam lagi kenderaan dirampas termasuk Honda City dan Honda Jazz yang masing-masing dikesan diubah suai dengan tangki tambahan, dipercayai untuk memuatkan bahan bakar bagi tujuan penyeludupan. Ketika ditahan, semua kenderaan yang membawa muatan 8,760 liter diesel dikesan berada di beberapa lokasi termasuk pinggir hutan berdekatan pintu sempadan Wang Kelian-Wang Prachan di sini, kira-kira jam 6.30 pagi, dipercayai menunggu untuk membawa stok diesel dan petrol subsidi yang dikumpul ke negara jiran. Berdasarkan modus operandi, kenderaan yang mampu mengisi antara 100 liter hingga 1,300 liter pada satu-satu masa itu digunakan sindiket untuk mengumpul bahan bakar dari beberapa stesen minyak sekitar negeri pada waktu malam, sebelum ditinggalkan di hutan untuk dibawa ke negara jiran sebaik pintu sempadan dibuka jam 7 pagi. Dikesan berkumpul. Komander Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Padang Besar, Asisten Superintendan Bahari Ahmad, mengesahkan rampasan ke atas semua 17 kenderaan terbabit yang dikesan berkumpul di beberapa lokasi termasuk pinggir hutan tidak jauh dari pintu sempadan Malaysia-Thailand di Wang Kelian, di sini. Bagaimanapun, katanya, tiada tangkapan dibuat kerana hanya kenderaan ditemui dengan beberapa bukti menyokong berlaku kegiatan penyeludupan. “Berdasarkan maklumat, sindiket dipercayai sengaja meninggalkan kenderaan yang tangkinya penuh di kawasan terbabit pada waktu malam sebelum dibawa masuk secara konvoi di waktu awal pagi sebaik pintu sempadan dibuka. Kesan taktik. “Kita dapat mengesan taktik itu dan melakukan serbuan sebelum menahan semua kereta terbabit, termasuk ada yang pernah dikenakan tindakan atas kesalahan pengubahsuaian tangki kenderaan. “Semua kenderaan terbabit dipercayai bergerak bersendirian dan bukan digerakkan sindiket,” katanya. Beliau berkata, semua kenderaan dirampas diserahkan kepada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri untuk tindakan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Bekas kekasih ugut sebar gambar bogel
Raub: Seorang wanita berusia awal 20-an dibelenggu trauma dan ketakutan berikutan ugutan bekas kekasihnya mahu menyebar gambar bogel mangsa selepas memutuskan hubungan mereka, awal bulan lalu. Malu, bimbang keluarga tahu Malah, bekas teman lelakinya yang juga berusia 20-an dikatakan turut menampal gambar bogel pembantu jualan berkenaan di pintu pagar rumah sewa mangsa yang menyebabkannya malu serta bimbang diketahui ahli keluarga. Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman, berkata wanita berkenaan memberi gambarnya kepada lelaki itu ketika mereka masih menjalinkan hubungan sejak setahun lalu. “Suspek turut mengunjungi premis mangsa bekerja semata-mata untuk memberi gambar bogel yang dicetak daripada telefon bimbitnya kerana tidak puas hati dengan tindakan wanita berkenaan memutuskan hubungan. “Bimbang gambar terbabit dimuat turun ke laman sosial, mangsa tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk membuat laporan,” katanya ketika dihubungi, semalam. Pantau tindakan anak Katanya, pihaknya akan menyiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan. Wan Mohd Samsudin mengingatkan ibu bapa memantau dan mengawasi tindakan anak mereka bagi mengelak perkara tidak bermoral. Pada masa sama, katanya, orang ramai perlu berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya merakamkan gambar lucah walaupun untuk koleksi peribadi kerana dibimbangi disalah guna pihak tertentu.

Dilaksana sebelum 1 April - Sistem PBS
Kuala Lumpur: Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bentuk baharu yang lebih mesra guru dan pelajar akan diperkenalkan sebelum 1 April ini, kata Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh. Beliau berkata, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan membuat pengumuman rasmi mengenai perkara itu selepas sistem sedia ada ditangguhkan bagi kajian menyeluruh dan penambahbaikan dijalankan. Katanya, dalam usaha untuk melaksanakan sistem itu, banyak perkara berlaku termasuk isu talian tidak dapat diguna sebaik mungkin. “Timbalan Perdana Menteri akan umum PBS bentuk baharu ini yang lebih mesra guru dan fokus kepada pelajar sebelum 1 April ini. “Ia akan dapat memberi input yang lebih baik kepada semua,” katanya menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) mengenai PBS pada persidangan Dewan Rakyat di sini, semalam. Berkuasa ambil tindakan. Mengenai tindakan menukar guru yang membantah pelaksanaan PBS, Idris berkata Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) berkuasa mengambil tindakan terhadap mana-mana guru yang didapati melakukan kesalahan. “Mereka (PPD) ada kuasa membuat keputusan. Apabila dilihat ada salah laku, PPD akan ambil tindakan kepada siapa (guru) yang mereka rasa perlu diambil tindakan,” katanya. Hasil memberangsangkan. Terdahulu, ketika menjawab soalan Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) mengenai tahap pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015, Idris berkata, selepas setahun pelaksanaannya, ada beberapa inisiatif yang berjaya mencapai hasil memberangsangkan.

Tabung Haji siap sedia tambah kuota jemaah haji
Shah Alam: Lembaga Tabung Haji (TH) tetap membuat persediaan walaupun Kerajaan Arab Saudi belum memberi kata putus berhubung rayuan menambah 10,000 lagi kuota jemaah Malaysia bagi musim haji tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata antara persediaan yang dibuat ialah dari segi tempat, proses penerbangan serta tenaga bagi mengambil jemaah haji pergi dan balik. Katanya, biarpun Kerajaan Arab Saudi sudah menjelaskan tiada penambahan jemaah haji berikutan proses pembesaran Masjidil Haram, kerajaan tetap menunggu keputusan rayuan terbabit. “Biasanya keputusan hanya akan dikeluarkan pada musim haji. Bagaimanapun, TH sudah menyiapkan persediaan awal jika Arab Saudi meluluskan penambahan 10,000 jemaah itu,” katanya ketika merasmikan penutupan Persidangan Imam Besar Masjid Negeri Peringkat Kebangsaan di sini, semalam. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Ahmad Zaharin Mohd Saad turut hadir. Naik taraf mataf. Jun tahun lalu, Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan arahan mengurangkan kuota jemaah semua negara sebanyak 20 peratus berikutan kerja menaik taraf mataf iaitu tempat jemaah melakukan tawaf di Masjidil Haram. Sebelum ini, kuota jemaah untuk Malaysia adalah kira-kira 28,000 orang dan pengurangan sebanyak 20 peratus membabitkan seramai 5,600 orang. Selain itu, Jamil Khir berkata, kerajaan sedang mengemas kini kertas kerja bagi memperkasakan mahkamah syariah. Katanya, kertas kerja terbabit akan diserahkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu sebelum membuat keputusan. “Secara dasar, semua negeri bersetuju tetapi kita masih mantapkan lagi terutama dari sudut teknikal. Tanggungjawab mahkamah turut diambil kira berdasarkan kepada Perlembagaan negara dan agama. Selepas semuanya selesai, kita akan bentangkan (kertas kerja),” katanya.

28,590 hidap penyakit buah pinggang
Klang: Peningkatan lebih tiga kali ganda penerima rawatan dialisis di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun menunjukkan ramai tidak memandang serius penyakit buah pinggang. Ketua Unit Hemodialisis Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Dr Shahnaz Shah, berkata Malaysia adalah antara negara tertinggi mempunyai pesakit buah pinggang di dunia. Beliau berkata, perangkaan menunjukkan 28,590 pesakit buah pinggang didaftarkan pada 2012, berbanding 9,107 pada 2002. Buah pinggang gagal berfungsi. Katanya, 58 peratus kes penyakit buah pinggang peringkat akhir berpunca daripada kencing manis, 25 peratus daripada punca tidak dikenal pasti, 11 peratus akibat tekanan darah tinggi dan tujuh peratus atas sebab lain. “Apabila buah pinggang gagal berfungsi dengan sempurna, seseorang itu akan jatuh sakit disebabkan pengumpulan toksin, kelihatan pucat dan letih kerana kekurangan sel darah merah, bengkak kaki, pergelangan kaki, tangan dan sekitar mata kerana pengumpulan air. “Pesakit akan lebih kerap membuang air kecil berbanding biasa juga mengalami rasa yang tidak menyenangkan pada lidah, kurang selera makan dan loya,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia di HTAR di sini, semalam. CKD boleh dialami sesiapa Dr Shahnaz berkata, kerosakan buah pinggang akan mengambil masa panjang hingga bertahuntahun, malah penyakit buah pinggang kronik (CKD) boleh dialami sesiapa terutama yang menghidap diabetes, tekanan darah tinggi dan yang mempunyai ahli keluarga penghidap sakit buah pinggang. Beliau berkata, penyakit buah pinggang peringkat akhir (ESRD) yang juga peringkat kelima CKD adalah tahap kritikal tetapi pengesanan awal mampu menghalangnya. Katanya, ESRD adalah kerosakan buah pinggang menyeluruh bersifat kekal dan hanya dua jenis rawatan untuk ESRD iaitu pemindahan buah pinggang dan dialisis. Sehingga 2012, seramai 1,894 pesakit menjalani proses pemindahan buah pinggang manakala 28,590 pesakit menjalani rawatan dialisis.


Kakitangan TNB gemuk wajib ikuti senamrobik
Kuantan: Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pahang mewajibkan kakitangannya yang memiliki saiz badan besar mengikuti senamrobik selama sejam setiap petang Jumaat, berkuat kuasa serta-merta. Kakitangan yang gagal menyertai program diadakan tiga kali berturut-turut itu akan dikenakan tindakan sesuai seperti didenda melakukan kerja kebajikan. Pengurus Besar TNB Pahang, Datuk Sharuddin Mohd Simin, berkata lebih 30 peratus daripada 1,362 kakitangan TNB di seluruh negeri itu mempunyai berat badan melebihi 60 kilogram, sekali gus menimbulkan masalah untuk bertugas. Berat badan jejas kerja. Selain sukar bertugas di tempat tinggi, termasuk memanjat menara pencawang dan tiang elektrik, katanya, mereka turut terdedah dengan penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung. “Program senamrobik dalam pekarangan pejabat TNB setiap minggu adalah usaha terbaharu kita membantu kakitangan mengurangkan berat badan, selain menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat,” katanya selepas melancarkan senamrobik di pekarangan pejabat TNB negeri Jalan Gambut, di sini, semalam.

Foto
2 maut, 63 cedera dua apartmen di New York runtuh
ASAP tebal berpunca daripada satu letupan besar yang dipercayai berikutan kebocoran gas menyebabkan dua apartmen di Manhattan runtuh, awal hari ini. - Foto REUTERS
NEW YORK: Satu letupan besar yang dipercayai berpunca daripada kebocoran gas menyebabkan dua apartmen di Manhattan runtuh, awal hari ini dengan dua wanita maut manakala 63 lagi cedera termasuk kanak-kanak. Datuk Bandar New York, Bill de Blasio menyifatkan kejadian itu 'tragedi paling buruk' dan memberi amaran angka sebenar mangsa yang terbabit masih dikira, termasuk yang maut. Anggota bomba masih bertungkus-lumus sejak tengah hari memadam kebakaran di Timur Harlem dengan saksi berkata mereka nampak besi bengkok, kepulan asap putih dan serpihan bangunan bertaburan seperti zon perang. Letupan berlaku tanpa amaran itu bagi kebanyakan warga New York mirip kejadian serangan pengganas pada 9/11 pada 2001 apabila dua menara New York tumbang. Sebahagian lagi saksi berkata ia seperti gempa bumi. Terdapat 15 apartmen di dua bangunan yang runtuh itu, kata De Blasio dan pegawai bandaraya memberitahu pemberita di tempat kejadian di 116th Street dan Park Avenue, dengan kebanyakannya penghuni adalah komuniti Latin. Kira-kira 15 minit sebelum letupan, syarikat tenaga, Con Edison menerima satu panggilan diterima dari apartmen berkembar itu bahawa kakitangan penyelenggaraan bangunan mencium bau gas. Letupan berlaku kira-kira 9.30 pagi waktu tempatan dan Jabatan Bomba New York berkata anggotanya dikejarkan ke tempat kejadian dua minit kemudian. - AFP

Bekalan elektrik Darwin pulih lepas 12 jam
Sydney: Bekalan elektrik kembali pulih di Darwin semalam selepas gangguan 12 jam di seluruh bandar raya di utara Australia itu menyebabkan kekacauan, sekolah dan pejabat sektor awam ditutup dan lampu isyarat tidak berfungsi. Masalah litar pintas menggelapkan bandar raya yang mempunyai 120,000 penduduk dan sehingga 320 kilometer, dengan kerajaan menggerakkan protokol pengurusan kecemasan ketika juruteknik berusaha keras mengatasi masalah itu. “Agensi Elektrik dan Air meminta maaf kepada pelanggan kerana gangguan bekalan berlanjutan,” kata pembekal tenaga dalam akaun Twitter beberapa jam selepas kejadian itu. Kerajaan Northern Territory berkata semua sekolah ditutup seharian dan rangkaian bas awam digantung. “Kakitangan awam wilayah itu dinasihatkan berada di rumah dan menantikan notis selanjutnya mengenai penyambungan semula elektrik,” katanya. Hospital dan lapangan terbang beroperasi seperti biasa, walaupun sebahagian penghuni hotel dipindahkan kerana mengharungi kepanasan semalaman dengan pendingin hawa tidak berfungsi. Pada kemuncak krisis, Timbalan Ketua Menteri, Dave Tollner, menggesa penduduk bertenang. AFP

4,000 tuntut ganti rugi
Tokyo: Saman terhadap pembekal nuklear, General Electric, Toshiba dan Hitachi bertambah kepada lebih 4,000 tuntutan yang mahukan ganti rugi berhubung bencana ato Fukushima, kata peguam utama semalam. Pihak yang membuat tuntutan itu, dari Jepun dan 32 negara lain termasuk Amerika Syarikat, Jerman dan Korea Utara, mahukan pembekal loji kuasa nuklear Amerika dan Jepun membayar pampasan, kata Akihiro Shima kepada media di Tokyo. Kenyataan dibuat sehari selepas ulang tahun ketiga bencana nuklear terburuk dunia. Tindakan itu - yang meminta bayaran simbolik 100 yen (RM3.29) bagi satu tuntutan - dianggap Shima sebagai saman pertama dikemukakan terhadap pembekal loji kuasa berikutan kemalangan pada 2011. Ia mendakwa firma berkenaan tidak melakukan kemas kini keselamatan yang perlu kepada lokasi loji, yang rosak berikutan tsunami disebabkan gempa bumi. Pengendali loji, Tokyo Electric Power kini berdepan saman dan kos pampasan. “General Electric, Toshiba dan Hitachi gagal melaksanakan pembaikan keselamatan kepada reaktor pemanas air berusia empat dekad di loji kuasa Fukushima Dai-ichi. “Saman bertujuan menumpukan perhatian kepada sistem yang melindungi industri nuklear seluruh dunia,” menurut kenyataan yang dikeluarkan semalam. Saman difailkan kali pertama di Mahkamah Daerah Tokyo Januari lalu dengan cuma 1,000 tuntutan tetapi ramai yang menyertainya sebaik berita tersebar. AFP

PASARAN MODAL MALAYSIA RM2.7 TRILION
PASARAN MODAL MALAYSIA RM2.7 TRILION
Pasaran modal Malaysia berkembang 10.5 peratus kepada RM2.7 trilion tahun lalu, dengan beberapa segmen pasaran utama merekodkan pertumbuhan berterusan, disokong oleh asas domestik yang kukuh. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berkata, pasaran juga kekal berdaya tahan, meskipun berdepan persekitaran tidak menentu yang menjejaskan beberapa pasaran sedang pesat membangun di seluruh dunia. Pasaran bon mencecah RM1 trilion pada akhir tahun lalu dan mengekalkan kedudukannya sebagai pasaran ketiga terbesar di Asia dibandingkan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Prestasi terbaik di Asia. Permodalan pasaran ekuiti berkembang kepada RM1.7 trilion dengan indeks penanda aras meningkat 10.5 peratus, menjadikannya antara pasaran yang merekodkan prestasi terbaik di Asia. “Pasaran modal terus menjadi sumber utama pembiayaan dengan RM94 bilion dijana menerusi bon korporat serta tawaran awam permulaan (IPO). Terbitan bon merangkumi 91 peratus daripada pembiayaan yang dijana,” kata SC dalam Laporan Tahunan 2013 yang diterbitkan semalam.

Pasaran modal Islam 2013 cecah RM1.54 trilion
KUALA LUMPUR 12 Mac - Pasaran modal Islam Malaysia tumbuh sebanyak 8.8 peratus daripada RM1.42 trilion pada 2012 kepada RM1.54 trilion pada 2013. Laporan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) 2013 menyatakan, jumlah yang dicapai pada tahun lalu itu merangkumi jumlah permodalan pasaran bagi ekuiti lulus syariah sebanyak RM1.03 trilion dan jumlah sukuk belum lunas sebanyak RM512.1 bilion. Jelas laporan itu lagi, dalam pasaran ekuiti, 71 peratus daripada syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia dinyatakan sebagai lulus syariah. “Permodalan pasaran ekuiti lulus syariah meningkat sebanyak 9.3 peratus pada 2013 dengan permodalan pasaran ekuiti lulus syariah mewakili 60.5 peratus daripada jumlah permodalan pasaran ekuiti. “Dalam pasaran sukuk, jumlah nilai sukuk belum lunas meningkat sebanyak 7.9 peratus dalam 2013,’’ menurut laporan tersebut. Laporan berkenaan turut mendedahkan bahawa Malaysia kekal sebagai peneraju dunia dalam pasaran sukuk, menguasai 58.8 peratus daripada sukuk belum lunas dan 69 peratus daripada penerbitan sukuk. Jelas laporan itu lagi, Malaysia juga merupakan pemain utama dalam industri pengurusan dana Islam. “Di peringkat global, Malaysia terus menguasai kira-kira 22 peratus daripada aset di bawah pengurusan (AUM) Islam. “Bagi pasaran domestik, AUM Islam menguasai kira-kira 16.6 peratus daripada jumlah AUM industri,’’ ujar laporan itu lagi. Dua lesen pengurusan dana Islam baharu turut diluluskan pada 2013, menjadikan bilangan syarikat pengurusan dana Islam kepada 19 buah dengan AUM tergabung bernilai RM37.9 bilion.


Jumlah individu tersangat kaya Malaysia dijangka naik
Knight Frank, sebuah firma perundingan bebas mengenai harta global menjangka penduduk tersangat kaya Malaysia akan meningkat jumlahnya sebanyak 33 peratus dalam dekad akan datang. Penduduk tersangat kaya termasuklah ‘individu bernilaibersihtinggi’(HNWI)mempunyai aset bernilai AS$30 juta (RM98.4 juta) ke atas termasuk kediaman utama mereka, serta jutawan asetnya melebihi AS$100,000,000 (RM328,000,000) dan bilionair. Pengarah Urusan Knight Frank bagi Malaysia, Sarkunan Subramaniam, berkata sembilan individu baharu menyertai golongan ‘Individu Bernilai Bersih Tersangat Tinggi’ (UHNWI) di Malaysia tahun lalu, menjadikan keseluruhannya berjumlah 557, manakala mereka yang berada dalam golongan lebih kaya bertambah tiga orang lagi kepada 206 orang. “Kalangan individu tersangat kaya baharu di Malaysia ini adalah daripada sektor seperti minyak dan gas, pembuatan, perkhidmatan serta teknologi maklumat dan telekomunikasi,” katanya pada pelancaran Laporan Kekayaan Knight Frank 2014 di Kuala Lumpur, semalam. Mengikut laporan itu, walaupun di peringkat global kira-kira 15 peratus HNWI merancang untuk menukar tempat kediaman, Kuala Lumpur masih menjadi tempat tinggal bagi 53 peratus UHNWI Malaysia, dan situasi ini diramalkan lebih kurang serupa pada 2023. Sementara itu, Goh Cheng Ean, Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Negara Perbankan Nilai Bersih Tinggi United Overseas Bank (Malaysia) Bhd, berkata orang tersangat kaya lebih sofistikated dan melabur dengan matlamat jangka panjang. “Pada masa lalu, pelaburan dibuat dalam lingkungan zon selesa masing-masing, tetapi sekarang mereka mempunyai lebih keyakinan dan pendedahan untuk melabur dalam pasaran maju. Aliran dana meningkat “Dengan tanda-tanda yang berterusan mengenai pemulihan ekonomi AS dan ZonEuro, kami menjangkakan aliran dana yang semakin meningkat dari pasaran sedang muncul ke pelbagai pasaran maju,” katanya. Mengenai Indeks Kediaman Utama Antarabangsa (PIRI), Kuala Lumpur meningkat dua anak tangga berbanding tahun lalu dan menduduki tempat ke-26 di dunia, manakala harga naik 5.5 peratus pada 2013 berbanding pertumbuhan hanya satu peratus pada 2012. Goh berkata, harta di Malaysia tetap menarik dengan pelabur tempatan dan asing yakin potensi ekonomi negara bagi jangka panjang. Peningkatan harga hartanah di beberapa pusat ekonomi utama seperti Kuala Lumpur dan Iskandar Johor dipacu oleh pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi kerajaan, pertambahan golongan pertengahan dan pembandaran pesat. BERNAMA

AKPK selesai 4,806 kes hutang individu
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) berjaya menyelesaikan masalah kewangan 4,806 individu sejak 2006 sehingga 31 Januari lalu, dengan jumlah gabungan hutang RM189.6 juta menerusi Program Pengurusan Kredit (PPK). PPK ialah program yang dilaksanakan AKPK bagi membantu peminjam memulakan bajet yang menjadi panduan dalam melunaskan pembayaran hutang dan perbelanjaan hidup. Ketua Jabatan Komunikasi Korporatnya, Mohamad Khalil Jamaldin, berkata perangkaan itu secara tidak langsung menunjukkan AKPK berjaya membimbing individu yang mempunyai masalah pengurusan kewangan dengan meningkatkan keyakinan mereka membuat keputusan kewangan secara bertanggungjawab. Beliau berkata, setakat 31 Januari lalu, seramai 252,256 individu menerima perkhidmatan kaunseling pengurusan kewangan daripada AKPK sejak ia ditubuhkan.

Myanmar cuba sembunyi pembunuhan di Rakhine
YANGON 12 Mac - Kerajaan Myan­mar, sekali lagi cuba menyembunyikan isu pembunuhan entik Islam Rohingya di Rakhine apabila laporan akhir siasatan berhubung insiden di negeri itu, yang disiarkan semalam tidak menunjukkan insiden keganasan berlaku seperti yang dilaporkan, Laporan setebal 20 muka surat dalam bahasa Inggeris itu turut menyatakan rasa tidak puas hati kerajaan Myanmar terhadap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan agensi perubatan Belanda, Doctors Without Borders (MSF) yang mendakwa keganasan berlaku di kampung Duu Chee Yar Tan. Setiausaha Suruhanjaya Siasatan Khas yang ditubuhkan oleh kerajaan Myanmar untuk menyiasat dakwaan insiden keganasan agama di negeri Rakhine, Kyaw Yin Hlaing berkata, mereka tidak menemui bukti menunjukkan berlaku pembunuhan ke atas penduduk awam beragama Islam di negeri itu. Jelasnya, konflik mungkin tercetus antara penduduk tempatan dengan pasukan keselamatan ekoran kehilangan anggota polis berpangkat sarjan, Aung Kyaw Thein yang dianggap terbunuh. Malah, katanya, suruhanjaya yang dianggotai 20 orang itu, melihat banyak rumah yang rosak semasa lawatan ke kampung terbabit, namun mereka tidak menemui bukti menunjukkan pihak keselamatan bertanggungjawab atas kerosakan tersebut. “Kami juga menerima laporan tentang berlaku banyak kematian, tetapi bukti tentang kematian itu tidak ditemui termasuk tidak menemui mayat kesemua mangsa yang didakwa terbunuh itu," katanya. Akhir Januari lalu, Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Navi Pillays berkata, beliau menerima laporan tentang tindakan polis dan sami Buddha di Myanmar membunuh kira-kira 40 penduduk Islam Rohingya di Rakhine. Pembunuhan itu dilakukan dalam satu serbuan ke atas kampung Du Chee Yar Tan yang dihuni majoriti etnik Rohingya bagi mencari Kyaw Thein yang dilapor hilang di kampung tersebut. Kira-kira 100 polis menggunakan peluru hidup terlibat dalam operasi tersebut dan melakukan pelanggaran hak asasi manusia apabila membunuh penduduk lelaki di kampung itu dengan kejam, merogol wanita Rohingya, merompak dan memusnahkan harta penduduk di situ.

Misteri telefon bimbit MH370 dijawab
LONDON 12 Mac - Laporan beberapa ahli keluarga penumpang yang mendakwa berjaya menghubungi telefon bimbit penumpang yang menaiki pesawat MH370, terus mengusutkan lagi teori kehilangan kapal terbang yang membawa 239 penumpang itu ketika operasi mencari dan menyelamat masuk hari kelima, hari ini. Profesor William Webb dari Akademi Kejuruteraan Diraja Britain ketika menjawab isu itu berkata, telefon bimbit penumpang sepatutnya tidak akan berfungsi kerana mungkin berada di dalam air, di luar kawasan liputan dan juga kehabisan bateri. “Dalam kes yang didakwa ahli keluarga mangsa, deringan yang didengari mungkin nada sebelum panggilan itu memasuki perkhidmatan peti suara,’’ katanya kepada MailOnline. Sementara itu, seorang lagi pakar telekomunikasi, Alan Spencer berpendapat deringan tersebut membuktikan telefon bimbit itu tidak berada di dalam air. Katanya, telefon bimbit hanya akan berbunyi jika dihidupkan dan berada di dalam kawasan liputan. Ini bermakna, jika telefon bimbit itu benar-benar dapat dihubungi, pesawat itu telah mendarat di daratan dan di lokasi yang mempunyai liputan berbanding di dalam hutan atau kawasan laut. Sementara itu, Dr. Martyn Thomas dari Institut Teknologi dan Kejuruteraan tampil dengan teori yang men dakwa kehilangan MH370 mungkin melibatkan kerosakan alat komunikasi secara tiba-tiba. Martyn menjelaskan, proses penyahmampatan secara mengejut yang berlaku di dalam pesawat boleh menyebabkan semua penumpang, krew dan juruterbang pengsan atau terbunuh, sekali gus merosakkan peralatan komunikasi. Dalam senario itu, katanya, pesawat terbabit mungkin terbang secara sendiri melalui sistem panduan automatik dan berada pada jarak kira-kira 3,218 kilometer dari lokasi kejadian sebelum mendarat atau terhempas.


Puteri Jerman dihadap ke mahkamah
BERLIN 12 Mac - Seorang pu­teri diraja Jerman dihadapkan ke mahkamah atas sembilan pertuduhan termasuk mengancam untuk membunuh orang Islam dan menghina polis dengan panggilan ‘fidofilia’ iaitu golongan yang berahi terhadap kanak-kanak. DailyMail Online melaporkan, Pu­teri Theodora Sayn-Wittgenstein, turut didakwa menyerang tiga individu pada satu majlis amal untuk pusat kebajikan kanak-kanak Tayside yang menderita akibat sakit kanser dan leukimia di Universiti St Andrews, Fife, Scotland pada 9 Mac lalu. Puteri berusia 27 tahun itu dituduh menyerang seorang lelaki bernama Damon Creevy dan mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap seorang wanita Islam bernama Farah Hussain dengan mengeluarkan ugutan untuk membunuh orang Islam. Beliau juga menendang seorang wanita bernama Cara Anderson dan cuba menghentak kepala mangsa menggunakan kepalanya. Selain itu, puteri itu didakwa menghina pihak keselamatan dengan menggelar anggota polis sebagai fidofilia ketika ditahan di Balai Polis Glenrothes pada hari yang sama. Sayn-Wittgenstein, bagaimanapun menafikan kesemua tuduhan berkenaan dan dibebaskan de­ngan ikat jamin dengan syarat perlu hadir setiap kali perbi­caraannya diadakan. Beliau juga diminta tidak melakukan sebarang kesalahan sepanjang tempoh ikat jami atau menganggu saksi dalam kes-kes terbabit. Mahkamah Dundee Sheriff menetapkan 7 Julai ini sebagai tarikh permulaan perbicaraan kes tersebut.

pecah amanah
Pengarah syarikat pengangkutan didakwa palsukan dokumen
KUALA LUMPUR 12 Mac - Seorang pengarah sebuah syarikat pengangkutan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kajang dekat sini hari ini atas dua tuduhan melibatkan pemalsuan dokumen, enam hingga tujuh tahun lalu. Nasaruddin Moh, 45, selaku salah seorang pengarah syarikat Transpack Asia Movers (M) Sdn. Bhd. didakwa memberi kuasa kepada setiausaha syarikat berkenaan, Akmal Othman, untuk membuat suatu pernyataan palsu memindah milik 149,500 unit saham milik Datuk Roslan Rahim, 51, kepada Hisham Yahaya, 65, tanpa kebenaran. Roslan dan Hisham masing-masing adalah rakan kongsi Nasaruddin dalam syarikat tersebut. Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu turut didakwa atas tuduhan melakukan perbuatan yang sama dengan membuat pernyataan palsu berhubung perletakan jawatan Roslan sebagai pengarah syarikat berkenaan, sedangkan lelaki itu mengetahui pernyataan itu adalah palsu. Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat NAFF Solutions di No. 803B, Kompleks Diamond, Bandar Baru Bangi, dekat sini antara 30 November 2007 dan 19 Mei 2008. Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mohd. Zulkhairi Kamaruzaman mengemukakan kedua-dua tuduhan itu mengikut Seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965 yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Nasaruddin ketika mengemukakan rayuan memohon agar mahkamah mengurangkan jumlah jaminan atas alasan dia mempunyai tanggungan keluarga selain menanggung kos rawatan ibu mertua yang kini nazak di hospital. Hakim Nor Hazani Hamzah membenarkan tertuduh diikat jamin RM33,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan. Mahkamah selain itu mengarahkan tertuduh untuk menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah dan memerintahkan dia melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali sebagai syarat tambahan.

Penganggur dijel 6 tahun, 3 sebatan
KUALA LUMPUR 12 Mac - Seorang penganggur dihukum penjara enam tahun dan sebatan tiga kali oleh Mahkamah Sesyen Kajang dekat sini hari ini selepas menukar pengakuan kepada bersalah atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan, tahun lalu. Hakim Nor Hazani Hamzah menjatuhkan hukuman itu terhadap Fakhrullah Ma'mon, 36, dan memerintahkan hukuman tersebut berkuatkuasa dari tarikh tertuduh ditahan, 6 September tahun lalu. Lelaki yang tidak diwakili peguam itu didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas melakukan perbuatan itu dengan bersenjatakan satu objek yang menyerupai pistol terhadap Nik Nor Baizuri Datuk Sabiamad, 32. Dalam kejadian itu tertuduh melarikan tiga unit telefon pintar jenama Samsung, rantai tangan emas dan wang tunai RM1,000 milik mangsa. Perbuatan itu didakwa dilakukan di kedai Persona Cinta, No. 34, Jalan 4/12B, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi, dekat sini pada pukul 2.25 petang, 1 Julai 2013. Timbalan Pendakwa Raya, Siaw Chooi Chin mengemukakan pertuduhan itu mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 395 kanun sama yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Sebelum hukuman dijatuhkan, Fakhrullah memohon mahkamah meringankan hukuman kerana dia sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan yang sama. Mengikut fakta kes, tertuduh dan seorang lagi yang memakai topi keledar meluru masuk ke dalam kedai tersebut sebelum mengeluarkan pistol sambil mengarahkan mangsa untuk mengeluarkan wang dari mesin wang di kaunter dan barang kemas mangsa. Kedua-dua lelaki itu kemudian melarikan diri menunggang sebuah motosikal yang diletakkan di hadapan kedai tersebut.


5 warga Myanmar dituduh culik, kurung, peras
KOTA BHARU 12 Mac - Lima lelaki warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga tuduhan menculik, mengurung dan melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki dikenali mereka, bulan lalu. Bagaimanapun, hanya tertuduh pertama, Muhamad Osman Muhamad, 23, dan tertuduh ketiga, Mohamad Rashid Abd. Basir, 28, memahami pertuduhan dan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin. Pertuduhan bagaimanapun tidak dibacakan terhadap tiga lagi tertuduh iaitu, Nor Salam Mohd. Huson, 28, Nur Bashor Dudu Miya, 23, dan Abdul Nasar Dodo Miya, 37, kerana tidak memahami bahasa Melayu. Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menculik Zahid Hussin Idris, 30, dengan tujuan hendak mengurung mangsa di Kampung Bendang Selinsing, Pasir Puteh pada pukul 12.30 tengah hari, 23 Februari lalu. Mereka didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun dan denda. Mengikut pertuduhan kedua, mereka didakwa mengurung mangsa dan memeras hartanya antara pukul 9 malam hari yang sama dan 9.30 malam, 27 Februari di Kampung Sedar, Tumpat. Mereka didakwa mengikut Seksyen 347 kanun tersebut yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda. Bagi pertuduhan ketiga pula, mereka didakwa melakukan pemerasan yang menyebabkan mangsa berada dalam ketakutan dan mendorongnya menyerahkan wang berjumlah RM9,800. Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 386 kanun tersebut yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebatan. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Azhari dan tiada jaminan dicadangkan dengan alasan kesemuanya bukan warganegara Malaysia. Mahkamah menetapkan 30 Mac depan bagi sebutan semula kes terhadap kedua-dua tertuduh dengan khidmat jurubahasa Myanmar untuk membacakan pertuduhan kepada tiga lagi tertuduh.


MH370 mangsa ujian alat perang elektronik?
LONDON 12 Mac - Laman web popular yang membincangkan teori-teori misteri, Beforeitsnews.com tidak menolak kemungkinan, kehilangan MH370 mungkin ada kaitan dengan ujian penggunaan alat perang elektronik yang canggih bagi mengelak pesawat itu termasuk kotak hitamnya dikesan radar. Menurut laporan tersebut, dalam peperangan elektronik, peralatan elektronik langkah balas (ECM) amat penting untuk mengelirukan sistem radar, sonar atau alat pengesan lain seperti laser inframerah dan boleh digunakan dengan tujuan serangan atau pertahanan bagi menyekat maklumat dihantar atau melumpuhkan sistem komunikasi pihak musuh. Jelasnya, syarikat teknologi yang beribu pejabat di Austin, Freescale Semiconductor dilapor membangunkan teknologi tersebut bagi memenuhi keperluan sektor pertahanan dan aeroangkasa AS. “Teori ini berbangkit kerana terdapat sekurang-kurangnya 20 penumpang dari syarikat elektro­nik Freescale Semiconductor yang beribu pejabat di Texas, Amerika Syarikat (AS), menaiki pesawat berkenaan dengan kesemuanya mempunyai kepakaran dalam teknologi elektronik untuk tujuan pertahanan ketenteraan. “Tidak mustahil pesawat MH370 menjadi ‘halimunan’ dengan ujian penggunaan senjata berteknologi tinggi yang sememangnya wujud dan digunakan oleh pihak tentera," jelas laporan tersebut. Laporan itu memberi contoh, Israel telah mencipta senjata yang mampu meniru isyarat telefon bimbit untuk mengarahkan rangkaian telefon tersebut memasuki status ‘tidur’, sekali gus menghentikan transmisi komunikasi, selain memiliki peralatan elektronik yang mampu mengganggu isyarat kecemasan pihak tentera musuh. “Pada 2007, tentera Syria berpeluang menyaksikan teknologi moden itu apabila pesawat tentera Israel gagal dikesan radar tentera. “Malah tahun lalu, Israel mengumumkan tentang teknologi baharu yang menjadikan pesawat tidak dapat dilihat dengan mata kasar, apatah lagi dikesan radar," jelas portal berita itu. Laman web tentera, Military.com, pula melaporkan China kini giat membangunkan teknologi halimunan menggunakan panel kaca heksogan bagi memantulkan cahaya di sekeliling objek yang ingin ‘dihilangkan’. Pakar tentera Amerika Syarikat (AS) mengesahkan projek membangunkan teknologi berkenaan memang wujud, tidak menyamai projek yang dilaksanakan AS dan Eropah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bekas tentera khas AS, Chris Sajnog berkata, secara umumnya, kebolehan teknologi yang dibangunkan AS masih belum diketahui kerana Pentagon masih merahsiakannya, namun beberapa negara lain tidak jauh ketinggalan membangunkan teknologi yang sama.


Pakar cetus teori lubang hitam
LONDON 12 Mac - Pakar-pakar kejuruteraan penerbangan dari seluruh dunia mengetengahkan pelbagai teori berhubung misteri kehilangan pesawat MH370 yang masuk hari kelima hari ini, termasuk teori yang tidak masuk akal tentang kemungkinan pesawat yang membawa 239 penumpang itu berada di ‘lubang hitam’ dan menjadi mangsa perang elektronik. Pakar kejuruteraan penerbangan dari Akademi Kejuruteraan Diraja Britain, Stewart John berkata, pesawat terbabit mungkin memasuki ‘lubang hitam’ seperti lubang hitam di angkasa lepas dan hilang disedut tanpa dapat dikesan. Bagaimanapun, kemungkinan perkara itu berlaku boleh ditolak begitu sahaja kerana lubang hitam itu hanya terdapat di angkasa lepas. Namun, beberapa teori luar biasa lain turut dikaitkan dengan kehilangan pesawat MH370 itu termasuk fenomena ghaib iaitu lenyap tanpa diketahui manusia dengan penggunaan teknologi canggih. Portal berita Naturalnews.com melaporkan secara teorinya, kemungkinan wujud satu kuasa ghaib baharu yang misteri di planet bumi seperti lubang hitam di angkasa lepas sehingga mampu menyedut pesawat yang terbang di udara tanpa meninggalkan sebarang kesan atau bukti. Apa yang lebih membimbangkan, jika kuasa itu dibangunkan sebagai senjata oleh sesebuah negara atau pihak tertentu yang mempunyai teknologi canggih, ia akan menjadi teori yang menakutkan berbanding teori kegagalan teknikal pesawat MH370. Ada laporan menyebut sesetengah entiti tentera manusia atau bukan manusia sedang menguji keupayaan teknologi canggih yang boleh melenyapkan atau menghantar sesuatu objek ke tempat atau dimensi lain. Teori ini dikaitkan dengan laporan yang berlaku kira-kira 70 tahun lalu apabila tentera laut AS didakwa menjalankan ujian ‘menghilangkan’ kapal pemusnah USS Eldridge di pangkalan Philadelphia pada 28 Oktober 1943 dan kemudian membawa kapal perang itu semula ke alam nyata. Namun, AS menafikan ia pernah menjalankan ujian tersebut. Kejadian ini sama seperti kejadian di Segi Tiga Bermuda yang melibatkan kehilangan beberapa kapal dan pesawat tanpa dapat dikesan dan dapat dijelaskan dengan kajian saintifik. Satu lagi teori yang dikaitkan dengan kehilangan MH370 ialah teori teleportasi yang mengaitkan dengan Stargate yang memindahkan atau membawa sesuatu objek ke tempat lain dan dalam konteks ini pesawat MH370 menjadi mangsa fenomena ini. Penjelasan ini kelihatan seperti sains fiksyen dan mustahil boleh berlaku tetapi kita perlu menyedari dalam era sains fizik moden pernah menunjukkan ia boleh dilakukan melibatkan pengahantaran maklumat menerusi angkasa lepas. Dalam konteks kehilangan pesawat MH370, jika pesawat itu dilaporkan terhempas, kotak hitam sepatutnya dari awal telah menghantar isyarat kecemasan bagi memudahkan ia dikesan, tetapi dalam kes kehilangan MH370 keadaan ini tidak berlaku. Selepas lima hari, masih belum ada sebarang isyarat diterima daripada kotak hitam MH370.

13 negara beri kerjasama intensif
KUALA LUMPUR 12 Mac - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang Sabtu lalu melibatkan kerjasama intensif 13 negara termasuk dua negara kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat (AS) dan China. Negara lain yang terlibat secara aktif ialah Vietnam, Thailand, Singapura, Taiwan, Indonesia, Filipina, New Zealand dan Australia yang bersama-sama dengan Malaysia. Sebanyak 42 kapal laut dan 35 pesawat terlibat dalam operasi mencari secara besar-besaran itu. Terbaru pada hari kelima operasi, India mengesahkan penyertaannya menerusi kapal-kapal tentera lautnya dari Selat Melaka, Jepun menghantar empat pesawat daripada pasukan pertahanan serta agensi pengawal pantai negara itu serta bantuan aset dari negara jiran, Brunei. Selain pemantauan satelit daripada AS serta komitmen tinggi 10 satelit daripada China, India juga bersetuju menggerakkan kedudukan satelit tentera lautnya Rukmini atau GSAT-7 untuk mengesan lokasi pesawat yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu. Malaysia yang mengetuai operasi itu telah menggerakkan asetnya iaitu 15 pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725 dan dua helikopter Augusta selain 16 kapal dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta empat kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan pesawat Bombardier CL415. TLDM antaranya menggerakkan KD Mahawangsa, KD Kasturi, KD Lekiu, KD Pahang, KD Selangor, MV Mega Bakti yang mempunyai keupayaan mengesan objek dalam air sehingga kedalaman 1,000 meter serta pesawat Fennec dan pesawat Super Lynx. Pembabitan negara luar untuk membantu operasi pencarian MH370 amat dihargai kerajaan Malaysia kerana kawasan lautan luas yang perlu diteliti di Laut China Selatan dan juga Selat Melaka. Sebagaimana yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam laman Twitter hari ini, beliau telah memanggil untuk taklimat dengan pasukan SAR MH370 dan menekankan bahawa semua pihak akan berusaha bersungguh-sungguh dan bekerjasama secara multinasional. "Saya bersyukur begitu banyak negara membantu dalam mencari MH370. Sesungguhnya ini adalah operasi multinasional berskala besar," katanya. Dari segi kecanggihan aset yang terlibat dalam operasi itu, AS antaranya menghantar dua kapal pemusnah iaitu USS Pinckney dan USS Kidd yang dilengkapkan dengan helikopter Sikorsky MH-60R Seahawk yang mempunyai keupayaan pencarian waktu malam serta pesawat P-3C Orion yang merupakan pesawat pemantauan maritim dan pengesan kapal selam. China pula menghantar kapal pemusnah Haikou, kapal perang friget Mianyang serta dua kapal pengangkutan amfibia yang masing-masing dilengkapkan dengan helikopter di samping tiga kapal daripada Pentadbiran Keselamatan Maritim negara itu. Australia pula menghantar dua pesawat AP-3C Orion dan New Zealand pula menghantar sebuah pesawat P-3K2 Orion sebagai bantuan untuk mengesan daripada udara. Taiwan juga tidak ketinggalan menyalurkan bantuan dengan menghantar pesawat pengangkutan C-130, sebuah kapal friget ROCS Tian Dan dan dua kapal agensi pengawal pantai negara itu. Negara jiran Malaysia iaitu Vietnam, Singapura, Thailand dan Indonesia juga tidak putus-putus memberi bantuan menerusi aset pertahanan udara dan laut negara itu bagi menjejak kehilangan pesawat yang sehingga kini masih menjadi misteri.

Agensi satelit sertai misi cari MH370
PARIS 13 Mac - Beberapa agensi satelit pemantau Bumi menyertai misi mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, menurut laporan pengurusan satelit semalam. Ini berikutan permintaan China semalam supaya Pertubuhan Piagam Antarabangsa Angkasa dan Bencana Utama diaktifkan. Di bawah persetujuan tersebut, sebanyak 15 agensi angkasa dan institut angkasa kebangsaan memulakan usaha bantuan dengan menyebarkan imej dari satelit yang melalui kawasan berkenaan. “Imej satelit kini sedang digunakan bagi mencari sebarang bukti kejadian sebelum dan selepas pesawat itu hilang. “Sehingga hari ini, pencarian masih diteruskan," katanya dalam kenyataan. Menurut ahli Agensi Angkasa Eropah (ESA), Pentadbiran Meteorologi China menyediakan data beresolusi tinggi bagi tujuan pencarian itu, bagaimana pun kawasan yang terlibat dalam pengimejan satelit itu tidak didedahkan. Ini merupakan kali pertama Pertubuhan Piagam Antarabangsa Angkasa membantu dalam misi mencari pesawat yang hilang selepas ditubuhkan pada tahun 2000. Selepas diaktifkan, juruteknik angkasa akan menimbangkan satelit yang paling sesuai digunakan untuk misi pencarian itu berdasarkan data radar darat atau gambar. - AFP


LHDN optimis kutip hasil RM140 bilion
ALOR SETAR 12 Mac - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) optimis dapat mencapai sasaran kutipan cukai sebanyak RM140 bilion tahun ini melihat faktor kestabilan politik negara dan pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun lepas. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Dr. Mohd. Shukor Mahfar berkata, keyakinan itu melihat pertumbuhan ekonomi negara pada 2013 yang mencatatkan sebanyak 4.7 hingga 5 peratus seperti dilaporkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Katanya, sasaran tersebut dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan ketika Bajet 2014, Oktober tahun lepas. “Kestabilan politik memainkan peranan, kalau tidak sasaran ini tidak mungkin tercapai, selain daripada KDNK tahun lepas yang dilaporkan antara 4.7 hingga 5 peratus, sekali gus membawa pertumbuhan positif yang akan membantu dari segi perkembangan domestik,’’ katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat Pengarah LHDN Kedah/Perlis di Menara BDB, di sini hari ini. Yang turut hadir, Pengarah LHDN Kedah/Perlis, Abdul Rahaman Kamarulzaman. Mohd. Shukor menambah, prestasi kutipan cukai yang memberangsangkan di peringkat negeri juga akan merealisasikan lagi sasaran itu. “Pejabat LHDN Kedah/Perlis menunjukkan prestasi kutipan yang sangat memberangsangkan iaitu dengan kutipan RM1.220 bilion pada 2013 berbanding RM1.077 bilion pada 2012 iaitu peningkatan sebanyak 13.31 peratus,’’ katanya. Tambahnya, agensi tersebut juga tidak akan bertolak ansur terhadap sesiapa saja yang melarikan diri daripada membayar cukai dan akan mengambil tindakan tegas. “Kita tidak akan bertolak ansur dan sentiasa cuba banteras tindakan elak cukai," tegasnya. LHDN berjaya membuat kutipan hasil sebanyak RM86.48 bilion pada 2010, RM109.68 bilion (2011), RM124.87 bilion (2012) dan RM129 bilion (2013).

Foto
Pelacur warga asing melarikan diri dari penguat kuasa Jabatan Imigresen
Ipoh: Sekumpulan pelacur warga asing serta beberapa pelanggannya melarikan diri dalam keadaan bogel sebaik melihat kehadiran anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen dalam satu serbuan di sebuah premis di Jalan C M Yusuff, di sini. Dalam operasi yang dijalankan 13 anggota imigresen kira-kira jam 2.15 petang itu seramai 24 orang terdiri wanita iaitu tiga warga Indonesia, Thailand (sembilan) dan seorang lagi dari Vietnam ditahan. Ketua Bahagian Penguat Kuasa Negeri Perak Wan Mahmud Zuhdi Wan Hassan berkata, semua wanita itu yang dipercayai terbabit dalam aktiviti pelacuran berusia 20 hingga 34 tahun. Menurutnya, semua mereka didapati melanggar syarat pas lawatan sosial iaitu di bawah Perkara 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen. “Semua mereka didapati masuk dan tinggal di negara ini atas pas lawatan sosial bagi tujuan melancong.

Foto
Rumah dijilat api
Langkawi: Seorang ibu yang sedang menyuapkan nasi kepada anak perempuannya untuk makan tengah hari hanya mampu menyelamatkan diri apabila rumah mereka dijilat api dalam kebakaran di Kampung Penarak, dekat sini, semalam. Kejadian berlaku kira-kira jam 12.50 tengah hari menyebabkan lima sekeluarga tinggal sehelai sepinggang berikutan rumah mereka musnah sama sekali, manakala rumah bersebelahan hanya terbakar sebahagian saja selepas diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat. Mangsa Yusniza Yusuf, 37, berkata kejadian berlaku begitu pantas dan dia gagal menyelamatkan barangan berharga dan kelengkapan rumah. “Saya baru hendak menyuap nasi kepada anak perempuan berusia dua tahun, tetapi tiba-tiba terlihat asap dan api dari bilik tidur. Saya terus keluar untuk menyelamatkan diri tanpa sempat membawa keluar barang-barang berharga. “Api marak dengan begitu cepat menyebabkan saya hanya sempat mencapai anak perempuan lalu terus keluar sambil meminta tolong daripada jiran,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini.

Foto Siasat lelaki Uighur
Siasat seorang penumpang pesawat MH370 pakar bidang kejuruteraan elektrik
Kuala Lumpur: Kepakaran seorang penumpang pesawat MH370 dalam bidang kejuruteraan elektrik dan pernah membuat kajian mengenai simulasi penerbangan, mendorong pihak berkuasa memberi tumpuan untuk melakukan siasatan terhadapnya. Menurut sumber, disebabkan kemahiran dimilikinya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan INTERPOL kini memberi lebih tumpuan kepada lelaki etnik Uighur berusia 35 tahun itu, berbanding penumpang lain. “Kita tidak kata dia terbabit dengan pengganas, disyaki mensabotaj atau merampas pesawat itu, cuma lebih perhatian diberikan kepadanya disebabkan latar belakangnya yang dirasakan ada unsur penting yang perlu dilihat,” katanya. Sumber itu berkata, semakan mendapati lelaki yang berkelulusan ijazah kedoktoran dalam bidang kejuruteraan dari United Kingdom itu kini berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah universiti di Turki. Menurutnya, profil peribadi lelaki itu juga mencatatkan dia pernah membuat kajian di pusat latihan dan simulasi penerbangan milik sebuah syarikat pengeluar enjin kenderaan terkemuka di Sweden pada 2004 hingga 2005.

Foto
Tergelincir pasang antena
Alor Setar: “Saya terdengar bunyi benda kuat jatuh dan apabila toleh ke belakang, saya lihat seorang lelaki dalam keadaan terbaring separuh sedar, manakala badannya berlumuran darah,” kata seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Lim. Lim, 30-an, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan ke restoran berhampiran dari rumahnya di Flat Simpang Kuala, di sini, cuba mendekati mangsa, tetapi tidak berani membantu kerana keadaannya kelihatan agak teruk. “Saya kemudian meminta beberapa penduduk menghubungi ambulans apabila mendapati keadaan mangsa yang teruk sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk menerima rawatan lanjut,” katanya. Dalam kejadian jam 5.30 petang kelmarin, mangsa Tan Teng Keong, 51, yang juga pendawai elektrik dikatakan naik ke tingkat lima flat berkenaan dipercayai untuk memasang antena televisyen, tetapi tiba-tiba tergelincir lalu terjatuh daripada ketinggian lebih 20 meter.

Foto
MH370 Penduduk dakwa ekor pesawat berapi
Tumpat: Dua lagi penduduk negeri ini membuat laporan polis mendakwa melihat pesawat dipercayai MH370 yang dilaporkan hilang Sabtu lalu dalam keadaan mencurigakan. Petani, Ibrahim Konok, 59, mendakwa melihat pesawat berkenaan di kawasan Tumpat manakala pembantu am, Mohd Hisham Seman, 38, pula nampak pesawat melalui ruang udara berhampiran Kubang Kerian, pada awal pagi hari kejadian. Menurut Ibrahim, dia keluar mencangkul untuk menanam anak cili di kawasan bendang di hadapan rumahnya di Kampung Nechang di sini pada jam 2 pagi kerana cuaca sejuk berbanding siang hari apabila melihat pesawat berkenaan. Katanya, dia tergamam kerana pesawat itu terbang rendah hingga dapat melihat logo MAS pada badan pesawat. “Saya turut melihat percikan api di bahagian ekor pesawat sebelum ia hilang dari pandangan ke arah Pantai Seri Tujuh, dekat sini. “Saya melihatnya selama kira-kira lima minit dan percikan api itu tidak begitu besar,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam. Katanya, bukan perkara biasa baginya melihat pesawat melalui kawasan itu pada jam 2 pagi dan menghala ke Pantai Seri Tujuh. “Saya kemudian melihat laporan berita di televisyen pada jam 8 pagi menyatakan ada pesawat hilang dan teringat pesawat yang saya nampak sebelum itu,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Chabang Empat, di sini, pada jam 12.54 tengah hari, kelmarin. Mohd Hisham pula berkata, dia melihat pesawat berkenaan antara jam 1.30 pagi dan 1.45 pagi di ruang udara Kota Bharu ketika berada di luar rumah mentuanya di Kampung Pasir Kasar, Sering, Pengkalan Chepa. “Saya hairan kerana kapal terbang itu melalui kawasan terbabit pada waktu berkenaan. Sepatutnya tidak ada pesawat sekitar waktu itu. “Kebiasaannya pesawat membelok atau menghala ke kanan, namun pada hari kejadian ia menghala ke arah laut,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Pengkalan Chepa, jam 5 petang kelmarin.

Keengganan tiga daripada empat syarikat konsesi air di negeri Selangor menerima tawaran pengambilalihan bernilai RM9.65 bilion
Shah Alam: Berikutan keengganan tiga daripada empat syarikat konsesi air di negeri Selangor menerima tawaran pengambilalihan bernilai RM9.65 bilion sebelum ini, kerajaan negeri akan mengguna pakai Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 yang akan menyebabkan ketiga-tiga konsesi berkenaan menerima bayaran berkurangan daripada apa ditawarkan. Tindakan itu diambil kerana hingga jam 5 petang Isnin lalu, hanya Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS) yang menerima tawaran itu, manakala Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) menolak tawaran berkenaan. Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, dengan penggunaan seksyen itu, bayaran keseluruhan kepada ketiga-tiga syarikat konsesi terbabit dijangka berkurangan RM2 bilion, berbanding tawaran asal. “Kita (Kerajaan Selangor) mengucapkan terima kasih kepda Kerajaan Pusat dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) kerana bersetuju memudah cara penstrukturan semula industri air selepas respon negatif syarikat konsesi terhadap tawaran pengambilalihan oleh kerajaan negeri. “Syarikat konsesi sekarang tertakluk kepada Sesyen 114 WSIA 2006. Ini akan memberi impak positif terhadap kerajaan negeri dan rakyat Selangor kerana bayaran keseluruhan dijangka berkurangan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO kerajaan negeri, semalam. Sebelum ini, sebuah anak syarikat kerajaan negeri membuat tawaran rasmi berjumlah RM9.65 bilion terhadap empat syarikat konsesi air, iaitu SYABAS, PNSB, SPLASH dan Konsortium ABASS Sdn Bhd. Tawaran itu adalah untuk membeli ekuiti empat syarikat konsesi air terbabit. Berikutan pengurangan bayaran berkenaan, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri akan memastikan penjimatan itu digunakan sebaiknya untuk meningkatkan mutu perkhidmatan air kepada lebih tujuh juta pengguna di Lembah Klang. “Usaha utama kita adalah untuk mengurangkan air tidak berhasil (NRW) menerusi penggantian paip sedia ada dengan gentian optik dan penubuhan Radar Penembusan Tanah (GPR) bagi mengesan kebocoran bawah tanah,” katanya.

Salary hike for Selangor assemblymen, Speaker will go ahead, says Menteri Besar
Keengganan tiga daripada empat syarikat konsesi air di negeri Selangor menerima tawaran pengambilalihan bernilai RM9.65 bilion
Shah Alam: Berikutan keengganan tiga daripada empat syarikat konsesi air di negeri Selangor menerima tawaran pengambilalihan bernilai RM9.65 bilion sebelum ini, kerajaan negeri akan mengguna pakai Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 yang akan menyebabkan ketiga-tiga konsesi berkenaan menerima bayaran berkurangan daripada apa ditawarkan. Tindakan itu diambil kerana hingga jam 5 petang Isnin lalu, hanya Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS) yang menerima tawaran itu, manakala Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) menolak tawaran berkenaan. Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, dengan penggunaan seksyen itu, bayaran keseluruhan kepada ketiga-tiga syarikat konsesi terbabit dijangka berkurangan RM2 bilion, berbanding tawaran asal. “Kita (Kerajaan Selangor) mengucapkan terima kasih kepda Kerajaan Pusat dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) kerana bersetuju memudah cara penstrukturan semula industri air selepas respon negatif syarikat konsesi terhadap tawaran pengambilalihan oleh kerajaan negeri. “Syarikat konsesi sekarang tertakluk kepada Sesyen 114 WSIA 2006. Ini akan memberi impak positif terhadap kerajaan negeri dan rakyat Selangor kerana bayaran keseluruhan dijangka berkurangan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO kerajaan negeri, semalam. Sebelum ini, sebuah anak syarikat kerajaan negeri membuat tawaran rasmi berjumlah RM9.65 bilion terhadap empat syarikat konsesi air, iaitu SYABAS, PNSB, SPLASH dan Konsortium ABASS Sdn Bhd. Tawaran itu adalah untuk membeli ekuiti empat syarikat konsesi air terbabit. Berikutan pengurangan bayaran berkenaan, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri akan memastikan penjimatan itu digunakan sebaiknya untuk meningkatkan mutu perkhidmatan air kepada lebih tujuh juta pengguna di Lembah Klang. “Usaha utama kita adalah untuk mengurangkan air tidak berhasil (NRW) menerusi penggantian paip sedia ada dengan gentian optik dan penubuhan Radar Penembusan Tanah (GPR) bagi mengesan kebocoran bawah tanah,” katanya.


Peka pelan catuan elak terputus bekalan air
Kuala Lumpur: Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menasihatkan orang ramai supaya peka dengan pengumuman mengenai kawasan yang mengalami catuan bekalan air supaya bersedia lebih awal dengan bekalan air mencukupi. Saranan berkenaan dikeluarkan selepas penduduk khususnya di kawasan yang dikenakan catuan bekalan air tidak mengetahui mereka mengalami gangguan bekalan air seterusnya menyalahkan pihak SYABAS kerana tidak memaklumkan perkara berkenaan. Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS Priscilla Alfred berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penduduk yang tidak menyimpan bekalan air sedangkan sudah dimaklumkan bahawa kawasan terbabit mengalami catuan. “Rakyat perlu sedar bahawa catuan bekalan air dilakukan supaya dapat menampung bekalan air yang semakin merosot di empangan seluruh negara berikutan musim kemarau yang diramal berlanjutan sehingga bulan hadapan. “Penduduk jangan terlalu selesa dengan beranggapan SYABAS mengumumkan mengenai catuan bekalan air dari pintu rumah ke pintu rumah kerana banyak kawasan yang terbabit. Katanya, semua maklumat mengenai catuan bekalan air boleh didapati dengan melayari laman web SYABAS di www.syabas.com.my atau e-mel ke puspel@syabas.com.my atau SMS dengan menaip PUSPEL aduan/pertanyaan dan hantar ke 39222. “Ini bukan masanya untuk menyalahkan mana-mana pihak, malah perlu bekerjasama dalam berjimat menggunakan bekalan air. “Setakat ini SYABAS konsisten dalam tindakannya menyalurkan air selama dua hari seperti yang dijanjikan selain sentiasa bersedia menghantar lori air kepada pihak yang memerlukan seperti hospital,” katanya. Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama membabitkan tiga wilayah iaitu Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang dengan sejumlah 71 kawasan atau 60,185 pintu rumah pada masa sama kekal dilaksanakan sejak dimulakan pada 27 Februari 2014 lalu berikutan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi disebabkan peningkatan ammonia di Sungai Langat. Manakala Pelan Catuan Peringkat Ketiga membabitkan kawasan di wilayah Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor membabitkan 722,424 pintu rumah yang menjejaskan hampir 2.9 juta pengguna.

Barclays     naikkan unjuran ekonomi     negara 5.3 peratus
Ekonomi Malaysia terus berkembang 5.0 peratus
Kuala Lumpur: Ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang pada kadar 5.0 peratus tahun ini berikutan separuh kedua 2013 menunjukkan Malaysia berjaya mencatatkan momentum pertumbuhan yang tinggi. Ketua Ekonomi Kumpulan Allianz, Micheal Heise berkata, pihaknya menjangkakan momentum itu dapat dikekalkan tahun ini terutama indeks pengurusan pembelian bagi sektor pembuatan global yang semakin bertambah baik. Katanya, selain itu pengkaji ekonomi Allianz turut melihat pelaburan swasta yang lebih tinggi, ditambah pula dengan eksport yang lebih kukuh akan menyokong pertumbuhan pada tahun ini. “Kami menjangkakan pertumbuhan yang stabil untuk Malaysia yang akan mendapat manfaat daripada peningkatan dalam eksport, terutama ke negara Eropah berikutan pemulihan ekonomi mereka. “Malah, untuk pasaran baru muncul di Asia, permintaan domestik dan prestasi peningkatan eksport akan membantu mengekalkan pertumbuhan sebenar ekonomi di rantau ini pada kadar 6.0 peratus bagi 2014,” katanya pada taklimat media mengenai prospek ekonomi global di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Bhd, Jens Reisch. Heise berkata, harga komoditi akan membantu negara ini kerana minyak sawit dan komoditi lain akan diniagakan lebih tinggi berikutan krisis di Ukraine. Menurutnya, harga komoditi akan meningkat untuk beberapa waktu dan pemulihan dalam eksport akan merangsang pergerakan pelaburan yang kukuh ke negara ini. Beliau berkata, bagaimanapun nilai ringgit dijangka susut lima peratus menjelang akhir tahun berikutan pengurangan dalam dasar pengurangan kuantitatif rangsangan ekonomi Amerika Syarikat. “Banyak perkara bergantung kepada tindakan Bank Pusat Eropah yang setakat ini masih ke arah pengurangan dan saya boleh menjangka beberapa perubahan dasarnya tahun ini. “Selain itu, konsolidasi kewangan Malaysia.


Pakar keliru kehilangan MH370
LONDON - Banyak pihak keliru berhubung kehilangan sebuah pesawat Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia (MAS) pada Sabtu lalu ketika kebanyakan negara memiliki teknologi pengesanan yang serba canggih, lapor akhbar Mail Online semalam. Walaupun dilengkapi perakam data penerbangan, kotak hitam dan sistem komunikasi radio, Boeing 777-200 milik MAS itu hilang pada awal pagi dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China pada Sabtu lalu. Pakar-pakar masih keliru tentang punca pesawat MH370 terputus hubungan komunikasi dengan sebahagian mereka menyatakan pesawat itu sama ada dibom dan meletup di udara atau hilang dalam lohong hitam aeronautik atau menjadi mangsa perang elektronik. Dalam pada itu, kehilangan kapal terbang tersebut mungkin juga berpunca daripada perbuatan mematikan sistem komunikasi dalam pesawat. Seorang pakar kejuruteraan, Dr. Martyn Thomas dari Institusi Kejuruteraan dan Teknologi, London memberitahu, beliau berpendapat kehilangan pesawat MH370 itu berpunca daripada penyahmampatan pesawat yang menyebabkan para penumpang dan kru pengsan manakala peralatan komunikasi turut rosak. Dalam senario tersebut, Boeing 777-200 masih boleh terbang dengan menggunakan sistem kemudi automatik tanpa penglibatan manusia sejauh 3,200 kilometer. Satu lagi kebarangkalian adalah kapal terbang itu mungkin terjatuh ke dalam lohong hitam aeronautik di rantau berkenaan, kata seorang lagi pakar penerbangan Akademi Kejuruteraan Diraja, London, Stewart John. "Radar digunakan untuk menjejaki pesawat di kawasan penempatan penduduk tetapi apabila pesawat tersebut memasuki pedalaman seperti bahagian dalam Rusia atau hutan rimba Malaysia, satu-satunya kaedah pengesanan adalah supaya pesawat berkenaan menghantar maklumat pada kadar masa yang tetap," jelasnya. Kata John, kotak hitam yang sebenarnya berwarna oren digunakan untuk merakamkan sebarang arahan yang dihantar ke pesawat, komunikasi radio atau komunikasi sesama kru. Apabila sesebuah pesawat hilang, kotak hitam akan aktif pada frekuensi tertentu iaitu dalam tempoh 30 hingga 70 hari. Peralatan tersebut boleh dikesan dalam lingkungan lapan kilometer. Kotak itu direka untuk kebal daripada impak pesawat terhempas, tekanan laut dalam dan kalis suhu ais atau api. "Namun, pasukan-pasukan penyelamat boleh terlepas pandang jika mereka tidak berada pada jarak sesuai atau menggunakan frekuensi yang betul," kata Stewart. Menurutnya, terdapat juga kemungkinan kotak hitam penerbangan MAS itu musnah akibat letupan kuat seperti bom. Terdapat teori lebih radikal yang mengaitkan kehilangan pesawat MH370 dengan peperangan elektronik susulan pengesahan sekurang-kurangnya 20 penumpang pesawat tersebut merupakan kakitangan firma semikonduktor Amerika Syarikat, Freescale. Setiap penumpang itu memiliki pengetahuan tentang teknologi elektronik untuk aplikasi pertahanan. Ia termasuk teknologi untuk menjadikan pesawat itu "halimunan" sekali gus gagal dikesan oleh radar. Laman web Beforeitnews melaporkan teknologi tersebut melibatkan susunan panel kaca yang digunakan untuk memesong cahaya di sekitar objek. Beberapa teknik lain melibatkan teknologi menghentikan isyarat untuk mengelak pesawat itu dikesan oleh radar. - Agensi


Lelaki bunuh isteri dihukum penjara 22 tahun
NEW YORK - Seorang lelaki di sini dihukum penjara 22 tahun selepas didapati bersalah mencekik isterinya sehingga mati sebelum menyumbat mayat wanita itu ke dalam satu tong drum berisi simen, lapor akhbar New York Daily News kelmarin. Pendakwa raya berkata, lelaki itu, Steven Acuna, 40, mencekik isterinya, Randy Lehrer, 32, sehingga mati dalam satu pertengkaran di rumah mereka di Jersey City Heights pada Ogos 2011. Mayat Lehrer yang mempunyai seorang anak perempuan berusia satu tahun dijumpai dalam satu tong drum berisi simen di ruangan bawah tanah kediaman itu sebulan kemudian. Susulan penemuan mengejutkan itu pihak polis menahan Acuna kerana disyaki membunuh isterinya itu. Acuna mengaku bersalah membunuh isterinya itu pada Oktober tahun lalu. Sebelum hakim menjatuhkan hukuman Acuna sempat meminta maaf kepada keluarga wanita itu dalam satu kenyataan ringkas di mahkamah. Dia perlu menjalani hukuman penjara selama 17 tahun lagi sebelum layak untuk dibebaskan dengan perintah parol. - Agensi


600,000 orang lihat imej satelit cari MH370
LONGMONT, Colorado - Sekitar 600,000 orang telah mengimbas imej-imej satelit DigitalGlobe Inc. untuk mencari petunjuk tentang sebuah pesawat syarikat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang. Pendedahan itu dibuat firma DigitalGlobe Inc dari Amerika Syarikat (S) itu kepada agensi berita AP kelmarin. Pengguna laman web firma DigitalGlobe itu boleh menandakan imej yang mereka temui seperti bangkai kapal atau pesawat, bot keselamatan, tumpahan minyak dan bukti-bukti lain. Laman web satelit itu melancarkan kempen bagi meminta bantuan orang ramai untuk sama-sama membantu dalam operasi mencari pesawat MH370 itu. Firma berkenaan merancang untuk mengemas kini imej-imej di laman web pencarian berkenaan, www.tomnod.com, pada setiap hari. Pengarah Kanan Data DigitalGlobe, Shay Har-Noy berkata, sambutan yang kami terima agak menakjubkan. "Sistem pelayan kami bekerja keras untuk memproses semua maklumat yang diterima," ujar Har-Noy. "Selain orang awam, agensi-agensi kerajaan AS turut memiliki akses untuk melihat imej-imej di laman web DigitalGlobe," tambahnya. Pesawat tersebut meninggalkan Kuala Lumpur pada Sabtu lepas bersama 227 penumpang dan 12 kru. Har-Noy memberitahu, DigitalGlobe mula menerima e-mel daripada ramai individu yang berminat menyertai pencarian itu tidak lama selepas pesawat tersebut hilang pada Sabtu lalu. Beliau berkata, firma tersebut membekalkan imej satelit untuk lima hingga 10 operasi mencari dan menyelamat di seluruh dunia sejak 18 bulan lalu. DigitalGlobe yang berpangkalan di negeri Colorado, AS memiliki lima satelit pengimejan di orbit. - AP


Duta Malaysia dedah isyarat radio terakhir MH370
BEIJING - Isyarat radio terakhir yang diterima daripada kokpit sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang di Laut China Selatan adalah ungkapan yang menyatakan: "Baik, selamat malam." Ungkapan itu didedahkan Duta Besar Malaysia ke Beijing, Datuk Iskandar Sarudin semalam dalam satu pertemuan dengan saudara-mara para penumpang warga China di sebuah hotel di sini. Sejumlah 153 daripada 227 penumpang dan 12 kru pesawat tersebut merupakan rakyat China. Penerbangan MAS MH370 dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China hilang daripada skrin radar pada awal pagi Sabtu lepas tanpa panggilan kecemasan manakala tiada bangkai pesawat ditemui sehingga kini walaupun selepas operasi mencari besar-besaran dilancarkan. Akhbar Singapura, Straits Times semalam melaporkan bahawa ungkapan tersebut diucapkan oleh salah seorang juruterbang pesawat berkenaan ketika penerbangan MH370 mula memasuki ruang udara Vietnam. Ketika kekeliruan timbul berhubung isu lokasi operasi mencari dan sama ada radar tentera Malaysia mengesan kapal terbang Boeing itu, Iskandar berkata: "Sekarang bukan masa untuk mendedahkan tentang maklumat yang diberikan oleh tentera kepada pihak berkuasa awam." Pesawat itu dipandu juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, dan pembantunya, Fariq Ab Hamid, 27. Dalam pada itu, sebahagian saudara-mara penumpang di sini memberitahu agensi berita AFP bahawa pertemuan itu berlangsung dengan teratur sekali gus berbeza dengan pertemuan serupa melibatkan beberapa pegawai China pada Isnin lalu. Pada pertemuan tersebut, beberapa saudara-mara penumpang MH370 menyelar para pegawai berkenaan. "Saya berpendapat, pemerintah China perlu lebih aktif dalam menangani isu itu," kata seorang lelaki yang menggunakan nama keluarga Zhang. Anak perempuannya menaiki pesawat tersebut. "Tambahan pula, insiden itu berlaku melibatkan rakyat China," tambahnya. - AFP


Pembenihan awan masih ditangguh ekoran misi SAR pesawat MAS yang hilang
KUALA LUMPUR - Usaha pembenihan awan masih ditangguhkan kerana pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) digunakan bagi memberi tumpuan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu. Pengarah Bahagian Sains Atmosfera dan Pembenihan Awan, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Azhar Ishak berkata, sebarang rancangan untuk pembenihan awan kini tertakluk kepada TUDM yang akan memaklumkan pihaknya jika mempunyai pesawat yang boleh digunakan bagi tujuan itu. "JMM cuma memantau operasi pembenihan awan dan hanya boleh meneruskannya jika ada pesawat yang boleh digunakan sama ada daripada TUDM atau pihak swasta. "Kita jangka cuaca akan semakin lembap mulai pertengahan bulan ini sehingga April depan secara perlahan-lahan tetapi jika bekalan air masih berkurangan, JMM tetap akan lakukan pembenihan awan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


50 rumah atas air musnah
SEMPORNA – Lebih 200 penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas hampir 50 buah rumah di perkampungan atas air di Kampung Simunul dekat sini musnah terbakar petang semalam. Kejadian kira-kira pukul 2 petang itu hanya disedari beberapa penduduk selepas mereka terdengar bunyi letupan sebelum ternampak kepulan asap tebal keluar dari sebuah rumah. Seorang penduduk, Sapian Muhamad, 36, memberitahu, ketika kejadian kebanyakkan penduduk yang bekerja sebagai nelayan sedang berada di rumah. “Kami dengar bunyi letupan dipercayai dari tong gas sebuah rumah menyebabkan rumah tersebut terbakar dan merebak ke kawasan lain,” katanya di sini semalam. Kampung Simunul merupakan lokasi enam pegawai dan anggota polis yang terbunuh selepas diserang hendap kumpulan pengganas Sulu pada awal Mac tahun lalu. Tambah Sapian, keadaan menjadi kelam-kabut apabila hampir kesemua penghuni rumah di kampung berkenaan bertempiaran lari meninggalkan rumah masing-masing. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna, Mohd. Razali Awang Ahmad berkata, sebanyak empat jentera dari Semporna, Tawau dan Kunak dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan. “Kampung ini terletak di atas air dan semua rumah terlibat diperbuat daripada kayu menyebabkan api cepat merebak,” katanya. Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 5.50 petang.

http://peraktoday.com/wp/wp-content/uploads/2012/08/Jamil-Khir.jpg
MH370 Khuatir pesong akidah kait dengan al-Quran
Shah Alam: Dalam keghairahan menyalurkan maklumat mengenai kehilangan pesawat MAS MH370, terdapat segelintir individu yang mengaitkan kejadian itu dengan ayat al-Quran. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, tindakan pihak tertentu yang mengaitkan kehilangan pesawat dengan ayat suci al-Quran dikhuatiri memesongkan akidah umat Islam. Menurutnya, masyarakat tidak boleh mengaitkan kehilangan pesawat berkenaan dengan ayat al-Quran kerana ia dikhuatiri akan melanggar syariat jika dakwaan itu dipercayai. “Teguran dan pandangan mengenai kehilangan pesawat dengan ayat al-Quran yang diperkatakan di media sosial sudah beberapa kali dibuat. Orang ramai diminta untuk tidak mempercayai apa yang dikatakan itu. “Kerajaan akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memantau perkara ini supaya tidak terus tersebar dan boleh memesongkan akidah umat Islam,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Persidangan Imam Besar Masjid Negeri Peringkat Kebangsaan, di sini, semalam. Baru-baru ini tersebar di media sosial bahawa kejadian kehilangan pesawat MH370 yang dalam perjalanan ke Beijing, China, Sabtu lalu mempunyai kaitan dengan surah Yasin. Bagaimanapun, dakwaan itu disangkal ahli agama dan menganggap ia tidak mempunyai kaitan dengan kejadian kehilangan pesawat berkenaan.

Jais
Bomoh: Jais hantar pegawai pantau
SEPANG - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan meletakkan pegawainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mengelakkan bomoh melakukan ritual untuk mengesan kehilangan pesawat penerbangan MH370 sejak Sabtu lepas. Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jais, Hardi Mohd Sadali berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan anggota keselamatan di KLIA bagi memantau kegiatan itu daripada terus berulang. Pemantauan itu akan dilakukan secara berterusan di lapangan terbang ini, katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melakukan pemantauan di Anjung Tinjau di sini malam ini. Sepasukan 15 pegawai dan anggota daripada Jais melakukan pemantauan di Anjung Tinjau selepas mendapat maklumat seorang bomoh, Ibrahim Mat Zin, 80, akan melakukan ritual kali kedua, malam ini. Pasukan penguat kuasa Jais yang tiba kira-kira 9.20 malam, dilihat menunggu kehadiran Ibrahim di Anjung Tinjau sebelum dilihat meninggalkan tempat itu pada 10.15 malam. Tengah hari tadi, Ibrahim yang mendakwa "Raja Bomoh", melakukan ritual ala-ala 'tikar terbang' bagi mengesan pesawat penerbangan MH370 yang disertai beberapa lelaki yang memegang dua biji buah kelapa yang tidak diketahui fungsinya. Pada Isnin lepas, Ibrahim turut muncul di KLIA melakukan ritual menggunakan bubu mata pancing. Hardi berkata jika Ibrahim terus melakukan ritual itu di KLIA, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadapnya di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor. "Kita akan nasihat beliau supaya tidak melakukan ritual seperti yang dilakukan sebelum ini. Jika dia (Ibrahim) masih berdegil, kita akan ambil tindakan," katanya. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini turut menyelar usaha beberapa pihak mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha mencari pesawat penerbangan MH370, yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lepas, kerana langkah itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Penerbangan MH370 terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA. Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu, sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. - Bernama

Vietnam terus bantu misi SAR
HO CHI MINH CITY - Operasi mencari dan menyelamat pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS) oleh pihak berkuasa Vietnam di pangkalan tentera udara di sini akan tetap diteruskan, kata Naib Komander Nguyen Thai Son. Bercakap kepada sidang media di sini hari ini, beliau berkata enam pesawat termasuk yang dilengkapi peralatan berteknologi tinggi, digunakan setiap hari dalam operasi dari Pangkalan Tentera Udara Briged 918. "Pesawat itu melakukan 22 penerbangan dari pangkalan udara berkenaan dengan setiap penerbangan meliputi jarak 400 kilometer persegi," katanya ketika diminta mengulas laporan bahawa Vietnam bertindak memperlahankan operasi SAR termasuk menangguh pencarian melalui udara. Pangkalan Tentera Udara Briged 918 menjadi tumpuan pemberita tempatan serta negara seperti Malaysia, Jepun dan China selain kumpulan media antarabangsa lain. Setiap hari, pihak media akan berada di situ bagi menanti pengesahan untuk terbang bersama satu daripada pesawat yang melakukan rondaan dalam operasi SAR. Selain itu, operasi SAR membuka markas di Pulau Phu Quoc, yang pernah dilapor menjadi lokasi paling hampir dengan kawasan di mana pesawat terbabit hilang. - Bernama

Foto
Pesawat misteri di Laut Andaman
Sepang: "Kami melihat rakaman semula radar tentera dan mendapati ada plot (titik) yang belum dipastikan dan bukannya sah (belum tahu sama ada) pesawat MH370,” kata Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain, mengenai kehadiran satu pesawat tidak dikenali 200 batu nautika di barat daya Pulau Pinang pada pagi kehilangan pesawat MAS, Sabtu lalu. Plot itu dikesan pada jam 2.15 pagi Sabtu tetapi TUDM tidak menghantar jet pejuang untuk memintas pesawat tidak dikenali itu kerana ia laluan udara komersial. “Radar tentera tidak menunjukkan nama pesawat tetapi plot (pesawat) yang tidak dikenal pasti,” kata Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Rodzali Daud menjelaskan tentera sedang menganalisis semua maklumat berhubung kejadian. Beliau berkata, tindakan memperluaskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tidak dapat dilaksanakan lebih awal berikutan pihaknya memerlukan kesahihan dengan membandingkan rekod radar penerbangan awam. Katanya, radar utama bagi mengesan plot sahaja dan ia tidak memberikan identiti pesawat manakala radar kedua boleh berkomunikasi dengan pesawat itu yang bermaksud boleh tahu semua maklumat pesawat boleh diketahui termasuk kedudukan, ketinggian dan jenis kapal terbang. Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, gerakan SAR diperluaskan hingga 25,000 batu nautika ke Laut Andaman membabitkan 12 negara dengan penyertaan terbaru Jepun, India dan Brunei. Beliau berkata, peluasan kawasan dari Laut China Selatan dan Selat Melaka itu berikutan wujud kemungkinan pesawat MH370 berpatah balik.

Foto
Dua bangunan runtuh, New York
New York: Satu letupan kuat berlaku dan meruntuhkan dua bangunan di Park Avenue di Harlem Timur, Manhattan, malam tadi (waktu Malaysia). Menjelang tengah malam, sekurang-kurangnya 11 orang dilaporkan cedera ringan. Visual agensi berita menunjukkan asap tebal berkepul-kepul naik dari kawasan petempatan itu. Jurucakap bomba berkata, perkhidmatan komuter yang melalui kawasan berkenaan digantung sementara. “Dua bangunan runtuh sama sekali dan kami berharap tiada sesiapa berada di dalamnya,” katanya. Sumber perubatan pula berkata, seorang mangsa mengalami trauma serius sedang dirawat dan dijangka ada sekurang-kurangnya seorang lagi pesakit seumpama akan dibawa ke situ. Saksi berkata, mereka terdengar satu letupan kuat di bangunan apartmen enam tingkat kira-kira jam 9.30 malam (waktu tempatan). Katanya, asap keluar dari atas bangunan dan runtuhan bangunan bertaburan di sekitar kawasan berkenaan. “Tingkap bangunan di sekitar lokasi pecah bertaburan akibat daya letupan yang kuat,” katanya. Sehingga malam tadi, tidak dapat dipastikan sama ada bangunan itu didiami tetapi ia terletak di antara dua bangunan kediaman. - Agensi

Bunuh kerana bosan diherdik
Bangkok: Seorang remaja yang mendakwa adiknya membunuh ibu bapa mereka sebelum membunuh diri, semalam mengaku membunuh ketiga-tiga mereka kerana bosan diherdik setiap hari. Suspek yang hanya dikenali sebagai Somchai, 19, kini ditahan untuk siasatan di Balai Polis Pratunam Chulalongkorn. Polis menemui mayat tiga beranak terbabit di Pathum Thani awal pagi Ahad lalu dengan setiap seorang mempunyai kesan tembakan di kepala. Suspek berkata, dia yakin adiknya - yang berusia 16 tahun - bertanggungjawab membunuh ibu bapa mereka sebelum membunuh diri kerana bosan diperkecilkan. Ketika kejadian, kata suspek, dia tidak sedar dan hanya mengesyakinya ketika berada di universiti beberapa jam kemudian. Penyiasat kemudian mendapati beberapa keraguan daripada kenyataan suspek serta bukti di tempat kejadian. Sumber berkata, antara kecelaruan ditemui, pistol 9mm digunakan dalam kejadian itu terjatuh berhampiran tangan kanan adik suspek tetapi semua tembakan dilepaskan dari sisi kiri kepala mangsa. “Dalam keadaan adik suspek bukan kidal, sangat sukar untuknya membunuh diri dengan melepaskan tembakan dari kiri,” katanya. Kata sumber, Somchai hanya mengaku melakukan pembunuhan itu kelmarin selepas disoal siasat. Sementara itu Somchai berkata, dia biasanya menghabiskan masa di sebuah kondominium berhampiran tempatnya belajar di Universiti Srinakharinwirot. Pada malam Sabtu, katanya, dia menyertai keluarganya makan malam serta minum arak dengan bapanya di rumah. Kata Somchai, dia bercadang memperkenalkan teman wanita kepada orang tuanya namun dia diarah tidak keluar kerana berbahaya untuknya memandu selepas meminum arak. - Agensi


Bersatu kutuk filem Noah
Los Angeles: Filem epik Hollywood mengenai perahu ‘Nabi Nuh’ berjaya menyatukan penganut agama Islam dan Kristian. Kedua-dua kumpulan itu mengutuk filem Noah yang diterbitkan dengan kos AS$ 75 juta (RM246.7 juta). Filem berkenaan sudah diharamkan di tiga negara Arab - Qatar, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu - selepas ulama di negara terbabit mendapati ia menghina Islam. Beberapa negara lain dijangka turut mengharamkan filem berkenaan. Di AS pula, penganut Kristian juga berasa terganggu dengan paparan ‘Nabi Nuh’ yang digambarkan pengarahnya, Darren Aronofsky sebagai “terlalu gelap.” Sebelum ditayangkan, penerbit terpaksa mengadakan tayangan percubaan - ketika pembikinannya belum pun lengkap - bagi mendapat reaksi penonton secara umum. Wakil gereja Australia berkata, jika seseorang mengharapkan paparan kisah itu sama seperti ditulis pada Bible, mereka akan kecewa. “Ada kemungkinan penganut Kristian berasa terhina,” katanya. - Agensi

Foto
Taylor Swift memperoleh pendapatan hampir AS$ 40 juta
New York: Taylor Swift memperoleh pendapatan hampir AS$ 40 juta (RM131.4 juta) tahun lalu, menjadikannya penyanyi berpendapatan paling tinggi, menurut majalah Billboard. Penyanyi berusia 24 tahun itu mengalahkan barisan bintang lain termasuk Beyonce, Justin Timberlake dan The Rolling Stones . Taylor yang mengungguli kutipan bagi siri jelajahnya yang dianggarkan berjumlah AS$30 juta (RM98.5 juta) selepas tiket sepanjang jelajahnya selama enam bulan itu habis dijual. Ia turut dibantu dengan menjadi duta Keds, Elizabeth Arden dan Diet Coke. Penyanyi lagu “I Knew You Were Trouble” sebelum ini pernah berada di kedudukan pertama carta yang dikeluarkan majalah Billboard itu dua tahun lalu dengan pendapatan sebanyak RM114.9 juta. Kenny Chesney berada di tangga kedua dengan pendapatan sebanyak RM108.4 juta. Antara penyumbang besar pendapatan artis berusia 45 tahun ini ialah albumnya, Life On A Rock yang mengungguli carta dan siri jelajah raksasanya di stadium, No Shoes Nation Tour. Berada di tempat ketiga, penyanyi lagu SexyBack, Justin Timberlake yang kembali menggegarkan industri muzik selepas tujuh tahun menyepi. Ternyata, langkahnya itu berhasil, dengan dua album dan dua siri jelajah. Dia meraih pendapatan sebanyak RM101.8 juta Artis yang berasal dari New Jersey, Bon Jovi melalui siri jelajahnya yang memenuhi jadualnya sepanjang tahun lepas berada di tempat keempat dengan pendapatan RM96.5 juta Membuktikan umur bukan ukuran, Rolling Stones meraikan ulang tahun ke 50 kumpulan mereka dengan hadiah menarik - tiket jelajah “50 & Counting” habis dijual dan meletakkan mereka di tangga ke lima dalam senarai. - Agensi

10 artis pendapatan tertinggi 2013

• Taylor Swift
• Kenny Chesney
• Justin Timberlake
• Bon Jovi
• The Rolling Stones
• Beyonce Knowles
• Maroon 5
• Luke Bryan
• P!nk
• Fleetwood Mac

Foto
Aksi haram laga kuda
Manila: Walaupun diharamkan sejak 1998, kegiatan laga kuda di Filipina masih dilakukan. Dengan dua ekor kuda jantan yang bertempur dalam gelanggang yang disediakan, ratusan penduduk tempatan akan bersorak seolah-olah sedang menyaksikan perlawanan gusti. Gambar yang dirakamkan di T’boli, selatan Filipina itu menunjukkan penduduk kampung menyaksikan ‘pertumpahan darah’ itu dalam acara Seslong yang diraikan penduduk tempatan setiap tahun. Bukan sahaja diadakan di hadapan ratusan penonton, aktiviti laga kuda yang diharamkan ini turut dipromosikan melalui laman web pelancongan tempatan. Aktiviti laga kuda ini membabitkan dua kuda jantan yang bertarung sehingga satu daripadanya mengalah atau mati untuk merebut seekor kuda betina yang diikat di tengah gelanggang. Penduduk kampung yang menyaksikan perlawanan itu bertaruh bagi menentukan kuda mana yang menang.

Tanah perkuburan Islam terbakar
Tanah Perkuburan Islam Terbakar
JOHOL – Aktiviti gotong-royong membersihkan tanah perkuburan Islam di Kampung Dingkir bertukar cemas apabila 70 peratus daripada 1.2 hektar tanah perkuburan berkenaan disambar api akibat cuaca panas. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Dingir, Azam Abas, 50, berkata, kejadian berlaku kira-kira 4.30 petang, Sabtu lalu ketika penduduk selesai membersihkan tanah perkuburan itu. Katanya, secara tiba-tiba api merebak ke kawasan himpunan daun-daun kering menyebabkan hampir keseluruhan tanah perkuburan disambar api. “Saya meminta penduduk tidak membuat pembakaran terbuka kerana faktor cuaca kemarau. Kami tidak pasti punca kebakaran itu berlaku, namun besar kemungkinan ia daripada putung rokok. “Api merebak dengan pantas ditambah pula cuaca kering dan angin kuat, tetapi kami berjaya mengawal kebakaran tersebut,” katanya ditemui, semalam. Bagaimanapun katanya, kejadian itu disalah erti sesetengah penduduk dan mendakwa mereka sengaja membakar tanah perkuburan itu sehingga ia tersebar ke laman sosial Facebook. “Bila sudah tersebar, mulalah orang luar memberi komen tentang perkara ini sedangkan dakwaan mereka tidak benar sama sekali. Justeru itu, saya nasihatkan supaya mereka tidak mendengar cerita omongan kosong disebarkan sesetengah pihak itu. “Jika mahu kebenaran, sila berjumpa dengan saya sendiri dan saya bersedia menceritakan perkara sebenar,” katanya memohon maaf waris-waris berkenaan. Sementara itu, kata Azam, aktiviti gotong-royong sering dilakukan penduduk bagi mengeratkan silaturahim. “Aktiviti amal mendapat sambutan baik dari penduduk kampung dan saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang telah bertungkus lumus membersihkan tanah seluas 1.2 hektar, ini,” katanya. – Sinar Harian Online


LHDN Yakin Capai Sasaran Kutip RM140 Billion
ALOR SETAR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yakin kutipan hasil sebanyak RM140 bilion tahun ini mampu dicapai jika keadaan ekonomi dan politik negara terus stabil. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar, berkata sasaran itu boleh dicapai berdasarkan kestabilan politik selain kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tempoh enam bulan lepas. Menurutnya, sasaran RM140 bilion itu ditetapkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan ketika pembentangan Bajet 2014 Oktober lalu dan LHDN melihatnya sebagai realistik. “Tahun lepas kita berjaya mengutip cukai sebanyak RM129 bilion. Kita yakin sasaran tahun ini boleh dicapai jika politik negara terus stabil. “Selain itu dalam tempoh enam bulan terakhir tahun lepas, KDNK menunjukkan pertumbuhan positif,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat Pengarah LHDN Negeri Kedah/Perlis di Menara BDB, di sini hari ini. Pejabat itu telah beroperasi sejak 3 Nov lepas setelah berpindah dari Wisma Hasil, Kompleks Persekutuan Bandar Mu’adzam Shah, Anak Bukit. Sementara itu, Dr Mohd Shukor berkata, tahun lalu kira-kira 80 peratus pembayar cukai menggunakan e-filing dalam membuat taksiran cukai mereka. “Sejak 1 Mac kami telah membuka sistem e-filing kepada semua pembayar cukai, terutama yang menerima pembayaran gaji. Dari semasa ke semasa ada peningkatan mendadak pengguna e-filing, terutama di kalangan generasi muda,” katanya. Menurutnya, LHDN menggalakkan pembayar cukai menggunakan e-filing kerana ia mempercepatkan proses, termasuk pembayaran balik lebihan cukai yang dibayar. “Kalau pembayar menggunakan e-filing, kami akan memproses bayaran balik dalam tempoh 30 hari. Sebenarnya kami boleh memproses dalam masa satu hari sahaja. Tempoh 30 hari hanya sebagai petunjuk, iaitu selewat-lewatnya 30 hari,” katanya. Beliau turut meminta pembayar cukai memasukkan nombor akaun bank dalam sistem e-filing untuk memudahkan pembayaran balik. “Kalau tiada akaun bank, kami akan keluarkan cek yang mana prosesnya lebih lama dan mereka akan lambat terima bayaran. “Banyak juga cek yang kami keluarkan tidak ditunaikan, iaitu kira-kira 20 peratus setiap bulan yang berjumlah RM200 juta,” katanya. Mohd Shukor berkata, LHDN tidak akan bertolak-ansur dengan pihak yang cuba mengelak membayar cukai dan akan memperketatkan penguatkuasaan terhadap golongan berkenaan. – BERNAMA


Penumpang MH370 Tinggal Cincin, Jam Tangan
Salah seorang penumpang MH730, Paul Weeks, 39, seolah-olah dapat menduga sesuatu bakal berlaku ke atas dirinya apabila memberikan cincin perkahwinan dan jam kepada isteri sebelum menaiki pesawat, Sabtu lalu. Menurut isteri Weeks, Danica, jam dan cincin itu dipesan agar diberikan kepada dua anak lelaki mereka jika berlaku apa-apa kepadanya. Weeks yang bekerja sebagai jurutera mekanikal menaiki pesawat berkenaan dalam perjalanan menuju Mongolia bagi memulakan pekerjaan baru. Bercakap kepada agensi berita Australia, 9News National, Danica bagaimana pun mengakui masih mengharap keajaiban agar suaminya dapat pulang semula ke pangkuannya dan anak mereka, Lincoln, 3, dan Jack, 11 bulan. Weeks merupakan salah seorang daripada 227 penumpang dan 12 anak kapal yang menaiki pesawat MH370 yang hilang sejak awal Sabtu lalu. Daripada keseluruhan penumpang pesawat, 152 merupakan warga China, 38 (Malaysia), tujuh (Indonesia), enam (Australia), lima (India), tiga (Amerika Syarikat) dan lain-lain dari Indonesia, Perancis, New Zealand, Kanada, Ukraine, Rusia, Taiwan dan Belanda. Sumber: Dailymail


Lapan Orang Ditahan Kerana Didakwa Curi RM300,000 (TV9)
Tujuh lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 26 hingga 34 tahun ditahan polis, kerana disyaki mencuri wang berjumlah RM300,000 sejak 7 bualn lalu di Bank Negara Malaysia cawangan Pulau Pinang. Kehilangan wang terbabit hanya disedari minggu lalu oleh pengurus bank, yang kemudian memaklumkannya kepada pengurus cawangan institusi kewangan berkenaan. Hasil siasatan dalaman mendapati lapan pekerja institusi kewangan itu terbabit dalam kes kehilangan wang. Semua suspek dibenar direman selama tiga hari oleh Mahkamah George Town bagi membantu siasatan. Difahamkan, syarikat institusi kewangan berkenaan dilantik sebagai ejen kepada Bank Negara Malaysia untuk membuat kerja memproses dan pengiraan wang.


RM300,000 duit BNM dicuri (Kosmo)
GEORGE TOWN – Lapan kakitangan Bank Negara Malaysia (BNM) Wilayah Pulau Pinang ditahan polis selepas disyaki terlibat mencuri wang RM300,000 di sebuah bilik pemprosesan mata wang di bank berkenaan di Lebuh Light, di sini kelmarin. Jurucakap polis berkata, tujuh lelaki dan seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an itu ditahan selepas laporan dibuat kira-kira pukul 8 malam kelmarin oleh penyelia BNM. Difahamkan, kesemua suspek yang ditahan dipercayai melakukan kegiatan tersebut sejak September 2013 hingga Mac tahun ini. “Penyelia BNM itu membuat laporan selepas menyedari kehilangan wang itu pada hari kejadian.

Curi wang Bank Negara (Metro)
Georgetown: Lapan pekerja sebuah institusi kewangan ditahan polis, kelmarin selepas disyaki mencuri wang RM300,000 yang dilakukan sejak September tahun lalu hingga awal bulan ini di Bank Negara Malaysia cawangan negeri ini. Semua mereka terdiri tujuh lelaki dan seorang wanita itu berusia antara 26 dan 34 tahun. Menurut sumber, kehilangan wang terbabit disedari Khamis minggu lalu oleh pengurus bank yang kemudian memaklumkannya kepada pengurus cawangan institusi kewangan berkenaan. “Susulan itu, pihak bank membuat siasatan dalaman dan hasilnya mendapati lapan pekerja institusi kewangan itu terbabit dalam kes kehilangan wang berkenaan. “Satu laporan polis dibuat kelmarin dan semua mereka ditahan bagi membantu siasatan,” katanya. Menurut sumber, semua suspek kemungkinan mengambil wang dalam kuantiti yang sedikit untuk mengelak dikesan. “Kami tidak menolak kemungkinan mereka ini mengambil wang terbabit dalam kuantiti sedikit kerana selepas semakan pihak bank mendapati ia dilakukan sejak September tahun lalu. “Siasatan lanjut dijalankan dan mereka kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan,” katanya. Difahamkan, syarikat institusi kewangan berkenaan dilantik sebagai ejen kepada Bank Negara Malaysia untuk membuat kerja memproses dan pengiraan wang. Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Lapan ditahan curi RM300,000 di BNM (Utusan)
PULAU PINANG 12 Mac - Polis menahan lapan petugas sebuah institusi kewangan yang disyaki mencuri wang berjumlah RM300,000 dari sebuah bilik pemprosesan mata wang di Bank Negara Malaysia (BNM) Pulau Pinang di Lebuh Light di sini semalam. Institusi kewangan terbabit difahamkan dilantik sebagai ejen oleh BNM dan dipertanggungjawabkan untuk membuat pengiraan wang di bank tersebut. Kesemua mereka yang terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita ditahan sebaik sahaja laporan dibuat kira-kira pukul 8 malam tadi. Kesemua suspek yang berusia antara 20-an hingga 30-an itu dipercayai melakukan kegiatan terbabit sejak September 2013 hingga awal bulan ini. Jurucakap polis berkata, hasil siasatan dalaman pihak BNM, suspek terbabit didakwa mengambil wang berjumlah RM300,000 dari bilik pemprosesan wang berkenaan dalam tempoh tersebut. "Hasil siasatan dibuat, kesemua suspek ditangkap dan direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan," katanya. Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritendan Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan laporan dan kejadian tersebut.

 Lapan kakitangan bank disyaki lesap RM300,000
Lapan kakitangan bank disyaki lesap RM300,000 - Berita Harian
Anggota polis membawa lapan pekerja sebuah institusi kewangan ke Mahkamah Majistret Pulau Pinang bagi direman kerana disyaki melesapkan wang RM300,000, sejak September tahun lalu.
Georgetown: Lapan kakitangan sebuah institusi kewangan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan wang RM300,000 dari sebuah bilik pemprosesan wang di Bank Negara Malaysia (BNM) Pejabat Wilayah Pulau Pinang, di sini. Mereka yang berusia antara 26 hingga 34 tahun termasuk seorang wanita ditahan secara berperingkat di negeri ini sejak kelmarin hingga semalam. Perbuatan sejak September Sumber memberitahu, mereka dipercayai melakukan perbuatan itu sejak September lalu sebelum kegiatan terbabit disedari pengurus BNM berkenaan. Berikutan itu, pengurus BNM berkenaan memaklumkan kepada pengurus institusi kewangan tempat suspek bekerja sebelum membuat laporan polis, kelmarin. “Susulan itu, BNM membuat siasatan dalaman dan lapan pekerja institusi kewangan itu ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes berkenaan,” kata sumber berkenaan.

No comments:

Post a Comment