Thursday, March 27, 2014

Berita Terkini 27 Mac 2014

Ahmad Zahid Hamidi
'Jangan marah jika saya ambil tindakan'
KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua media terutama media cetak berbahasa Cina agar berhenti melaporkan berita yang memainkan sentimen membangkitkan kemarahan keluarga mangsa pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370. Ahmad Zahid berkata, laporan sedemikian akan mempengaruhi perasaan keluarga penumpang pesawat itu terutama dari negara China sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati mereka kepada kerajaan negara ini. Beliau berkata, demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Diraja di Dewan Rakyat di sini hari. Ahmad Zahid berkata pengamal media perlu menyedari bahawa tragedi MH370 adalah satu kemalangan yang tidak dijangka, malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah melakukan segala usaha untuk menyelesaikan masalah ini. "Malangnya akhbar-akhbar berkenaan telah memanipulasikan dan memainkan sentimen melibatkan mangsa-mangsa dan keluarga mangsa-mangsa itu kelak menjadi marah terutama mereka yang berada di Beijing," katanya. Dalam pada itu Ahmad Zahid juga memberi amaran kepada media termasuk media sosial supaya tidak memanipulasi sebarang maklumat atau fakta berkaitan keselamatan negara. "Jangan ada sesiapa atau mana-mana media atau media online memanipulasi segala maklumat yang boleh menjejaskan keselamatan negara. Jangan marah pada saya jika tindakan diambil dengan segera, saya cakap ini secara serius, maka ia harus dipandang serius," katanya. Persidangan bersambung esok. - Bernama

Khairul Amri minat kejuruteraan pesawat
Khairul Amri minat kejuruteraan pesawat
Normah (kiri) sebak melihat gambar Khairul Amri bersama Erni Marsila serta keluarganya yang lain.
BERA - Penumpang pesawat MAS MH370, Mohd Khairul Amri Selamat, 29, mempunyai minat yang mendalam dalam bidang kejuruteraan pesawat dan terlalu komited terhadap kerjayanya sebagai jurutera pesawat. Abangnya, Adib Adli Syam, 34, berkata, adik bongsunya itu sanggup berbuat apa sahaja untuk berjaya dalam bidang itu, malah kini memegang jawatan sebagai Ketua Jurutera Asia, Syarikat Excu Jet Malaysia. Menurutnya, dalam tempoh sebulan, dia kerap berulang alik ke Beijing dan beberapa destinasi luar negara untuk memeriksa pesawat sebelum diterbangkan. “Dia memang sibuk dengan kerjanya. Dalam sebulan, lebih 15 kali berulang-alik ke Beijing berbanding pulang ke rumah ini. Malah ada masanya, dia diminta ke Beijing walaupun pada ketika itu baharu sahaja pulang dari lokasi yang sama. “Kali terakhir dia ditugaskan ke Beijing untuk memeriksa dan mengesahkan keselamatan pesawat yang bakal dinaiki seorang bintang filem terkenal Hong Kong, Jet Li,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui di rumah ibunya, Normah Jaafar, 56, di Taman Kerayong Makmur. Katanya, Mohd Khairul Amri sentiasa berusaha meningkatkan lagi pengetahuan dalam bidang itu dan masih mengikuti pembelajaran dalam bidang tersebut di dalam atau luar negara. “Saya tidak pasti di mana dia mengikuti kursus itu, tetapi dia ada beritahu yang dia bakal menerima status Ir. pada tahun depan. “Dia seorang periang dan baik. Kehilangannya amat terasa kerana adik beradik kami dua orang sahaja, jadi ibarat hilang sebelah kaki,” katanya.

Hishammuddin Tun Hussein
Bukan mudah selaras 26 negara cari MH370
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein (tengah) bercakap pada sidang media MH370 bagi hari ke-18 di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC) pada hari ini.
KUALA LUMPUR - Tidak banyak negara mampu menyelaras 26 negara lain bekerjasama dalam mencari pesawat penerbangan MH370, sambil mempamerkan bentuk kerjasama yang tidak pernah berlaku sebelumnya, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. "Pemimpin-pemimpin dan pakar-pakar menyatakan kepada saya bahawa kita telah melaksanakan tugas dengan amat terpuji. "Tidak semua negara boleh mendapatkan pesawat canggih dari setiap pelusuk dunia datang dan membantu (misi mencari dan menyelamat)," katanya pada persidangan akhbar harian mengenai MH370 di sini hari ini. Hishammuddin berkata, dalam mencari pesawat yang hilang, dunia menyaksikan kerjasama dari semua sektor masyarakat tidak kira bangsa, agama, sempadan dan warna kulit. "Kita kini bekerja rapat di satu kawasan di Asia Tenggara di mana kita berusaha mengatasi masalah cukup rumit di tengah-tengah laut. Saya rasa itu satu pencapaian besar," kata Hishammuddin. Beliau menjawab soalan sama ada kritikan media antarabangsa berhubung misi mencari pesawat itu merosak reputasi negara. "Saya tidak nampak ia merosakkan. Memang, sehingga hari ini belum ada kesimpulan, di mana kita belum menemui serpihan atau mengaitkan serpihan dengan MH370, spekulasi akan berterusan dan orang akan menumpukan perhatian terhadap Malaysia," kata beliau. "Sejarah juga akan menghakimi kita," katanya. Hishammuddin menambah insiden ini adalah sesuatu yang luar biasa dan sukar untuk seluruh dunia, bukan saja untuk Malaysia. - Bernama

MH370
Pas yakin MH370 dirampas
YAN - Pas yakin bahawa MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu kemungkinan dirampas oleh individu tertentu. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tanda-tanda mengenai rampasan itu sudah ada. “Kerajaan mesti mengesahkan bahawa MH370 telah dirampas, cuma kita belum tahu siapa yang lakukan perkara itu. “Tanda-tanda terjadi itu ada sebab dia pesawat itu dibawa ke tempat yang sukar dan tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia,” katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Ijtimak Ulama Pas Kedah di Markas Pas Kawasan Jerai, di sini, semalam. Pada masa sama, beliau turut mendoakan supaya semua penumpang dan anak kapal MH370 selamat. “Saya doakan mudah-mudahan ada harapan untuk mereka selamat dan takziah kepada keluarga penumpang. “Takziah bukan bermaksud kematian saja, tetapi bencana yang menimpa ahli keluarga berkenaan,” katanya. Sementara itu, Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Nik Mohd Zawawi Saleh mengharapkan supaya ahli keluarga mangsa tabah dan kuatkan semangat. “Sekiranya ditakdirkan penumpang pesawat MH370 mati, kita harap ALLAH SWT mengampunkan dosa-dosa mereka. “Dalam situasi ini juga, penumpang-penumpang dan anak kapal itu dikira sebagai syahid akhirat,” katanya.

Cuaca buruk halang pencarian MH370
KUALA LUMPUR - Cuaca buruk yang melanda selatan Lautan Hindi memaksa operasi pencarian MH370 yang memasuki hari ke-20 hari ini ditangguh sekali lagi. Operasi hari ini yang bermula awal pagi melibatkan 11 pesawat dan lima kapal, terpaksa ditangguh apabila keadaan cuaca semakin merosot menjelang tengah hari. "Semua pesawat kembali ke Perth dan kapal pula belayar meninggalkan kawasan pencarian," kata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam laman Twitternya. Pagi ini, AMSA dalam satu kenyataan menyebut operasi hari ini dibahagi kepada dua kawasan dalam zon pencarian yang sama meliputi keluasan 78,000 kilometer persegi. Pada peringkat awal, operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines itu yang membabitkan pelbagai negara dilancar di Laut China Selatan sebelum diperluas ke kawasan daratan dan laut di barat Semenanjung Malaysia termasuk Lautan Hindi, selepas penemuan menunjukkan pesawat mengubah haluan jauh daripada laluan asal. Berdasarkan kaedah analisis yang tidak pernah dilakukan sebelum ini menggunakan data satelit Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB), pesawat itu dirumuskan terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth. Bersandarkan maklumat itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin malam mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. - Bernama

MH370
Keluarga penumpang terima kenyataan tapi bersyarat
PUTRAJAYA - Keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 kini berada pada tahap menerima kenyataan mengenai insiden itu dengan bersyarat, kata Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam, Dr Abdul Jalil Hassan. Beliau berkata apa yang dimaksudkan dengan penerimaan bersyarat itu ialah pada situasi sekarang anggota keluarga hanya dapat menerima kenyataan perkembangan terbaru insiden itu jika terdapat bukti berkaitan. "Bagaimanapun terdapat juga anggota keluarga yang boleh menerima anggota perkembangan dengan hati terbuka," katanya kepada pemberita di Hotel Everly di sini hari ini. Bagaimanapun katanya berhadapan dengan keluarga penumpang pada hari ke-18 semakin mudah kerana pihaknya telah mendekati mereka sejak hari pertama kejadian. Beliau berkata mereka yang dapat menerima sebarang perkembangan dengan hati terbuka dapat menangani serta menerima hakikat dengan cepat berbanding dengan penerimaan secara bersyarat. Tambahnya kaedah kaunseling kepada keluarga yang menghadapi apa jua krisis atau insiden juga kebiasaannya terbahagi kepada dua cara iaitu emosi dan kognitif. Abdul Jalil berkata kebiasaannya penyampaian secara emosi banyak digunakan untuk mereka yang berpendidikan sederhana manakala kognitif iaitu bersertakan bukti untuk yang berpendidikan tinggi. - Bernama

 Penggoreng keropok tersembam dalam kuali
Penggoreng keropok tersembam dalam kuali
Mangsa dibawa keluar daripada rumah selepas maut melecur di Jalan Ampang Baru 6, di Ipoh, petang tadi.
IPOH - Nasib seorang penggoreng keropok ikan berakhir tragedi apabila maut selepas melecur seluruh badan dalam kejadian yang berlaku di Jalan Ampang Baru 6, di sini, petang tadi. Mangsa, Lee Oi Lin, 66, dipercayai sedang menggoreng keropok ikan di dapur rumahnya sebelum tertiarap dengan muka tersembam di dalam kuali. Difahamkan wanita warga emas terbabit ada mengambil ubat darah tinggi dan sejak dua, tiga hari kebelakangan ini mangsa kurang sihat. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, P Samasuvam berkata, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 6.34 petang dan jentera pertama tiba sembilan minit kemudian. Menurutnya, ketika tiba di tempat kejadian mereka menemui mangsa sudah melecur 100 peratus di bahagian badan dan tiada kesan api ditemui berhampiran mangsa. "Ketika tiba di tempat kejadian mangsa didapati sudah meninggal dunia berhampiran dapur memasak dengan keadaan tertiarap. "Difahamkan, jiran mangsa cuba menyelamatkan mangsa dengan menjirus air takungan hujan yang berada berhampiran rumah. "Siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia akibat melecur di seluruh badan namun punca sebenar kebakaran masih disiasat. "Sewaktu kejadian, mangsa hanya tinggal berseorangan di rumah," jelasnya. Katanya, sebanyak empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh dengan kekuatan anggota serta pegawai seramai 15 orang dikejarkan di tempat kejadian. "Mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan punca kejadian masih disiasat," katanya.


Dua lelaki cedera disimbah asid oleh rakan
PASIR PUTEH - Dua lelaki termasuk seorang remaja berusia 14 tahun cedera selepas disimbah asid oleh seorang lelaki dalam kejadian di Kampung Banggol Pak Esah di sini semalam. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, kejadian berlaku pukul 10.15 malam ketika kedua-duanya iaitu Tuan Zulashraf Tuan Yaacob, 14, dan Emi Azman, 22, berada di sebuah gerai menjual burger. "Seorang lelaki yang menunggang motosikal menghampiri mereka dan menyimbah cecair yang diisi di dalam botol sebelum melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Menurutnya akibat kejadian itu Emi mengalami cedera parah di muka dan badan serta dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, manakala Zulashraf pula menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tengku Anis di sini. Katanya siasatan awal polis mendapati suspek dikenali oleh mangsa. - Bernama

mahkamah
Inspektor didakwa terima rasuah
SHAH ALAM - Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menerima suapan wang tunai RM10,000, Mac lalu. Raja Mohamad Izzudin Raja Kamarulzaman,30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu. Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Daerah (IPD) Subang Jaya itu didakwa memperoleh wang tersebut daripada seorang lelaki warga Bangladesh, Md Harun UR Rashid, 42, sebagai dorongan untuk melepaskan rakan senegaranya, Nazrul Islam,38, daripada tindakan pengusiran Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Lelaki yang berkhidmat selama lapan tahun itu didakwa melakukan perbuatan itu di Tingkat 2, IPD Serdang, Jalan Bandar Kinrara 5, Puchong, Selangor jam 8.45 malam pada 14 Mac 2014. Timbalan Pendakwa Raya, Lokman Kassim mencadangkan jaminan kepada mahkamah RM10,000 dengan seorang penjamin. Ridha Abdah Subri, yang bertindak sebagai peguam bela memohon agar mahkamah membenarkan jaminan dengan jumlah minima atas faktor anak guamnya menyara kedua ibu bapanya yang uzur serta tiga adik beradiknya yang masih bersekolah. "Anak guam saya juga memberi kerjasama yang baik dengan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak ditangkap sehinggalah siasatan selesai ke atasnya," katanya. Hakim, Slamat Yahya bagaimana pun membenarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah juga menetapkan 10 April depan untuk sebutan.


Mayat tanpa kepala dipercayai remaja hilang
KUANTAN - Mayat tanpa kepala yang ditemui di Pantai Batu 6 Janglau dekat Rompin semalam dipercayai remaja yang dilaporkan hilang semasa memancing bersama bapanya pada 16 Mac lepas. Ketua Polis Daerah Rompin Superintenden Johari Yahaya berkata mangsa, Muhd Ikhmal Danial Mohamad, 17, beralamat di Taman Inderapura di sini, dan tidak lagi bersekolah.[Artikel berkaitan: Cari botol jumpa mayat tanpa kepala ] Katanya mengikut laporan polis yang dibuat bapanya, Mohamad Isa, 40-an, pada hari kejadian, dia dan mangsa keluar memukat ikan dengan sebuah bot bersama tiga lagi rakannya di perairan Chukai, Kemaman. Johari berkata ketika sedang memukat ikan di kawasan perairan itu, mangsa yang berada di dalam bot tiba-tiba terjatuh ke dalam laut. "Mohamad bersama tiga rakannya itu cuba mencari dan menyelamatkan mangsa namun gagal lalu bergegas membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Beliau berkata pengecaman setakat ini berdasarkan pada baju yang dipakai mangsa dan tulisan namanya pada belakang baju dengan pen marker. "Polis juga sudah memaklumkan kepada keluarganya dan mayat akan dituntut pada hari ini bagi urusan pengebumian," katanya. Mayat tanpa kepala itu ditemui terdampar di tepi pantai terbabit oleh dua nelayan yang sedang mengutip botol kira-kira 8 pagi semalam. - Bernama

Anwar Ibrahim
Gagal buang perenggan homoseks
PUTRAJAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam permohonannya untuk mengeluarkan satu perenggan dalam penghakiman bertulis mahkamah persekutuan yang menyatakan beliau mempunyai kecenderungan homoseksual. Anwar memfailkan permohonan itu pada Mei tahun lalu, iaitu 10 tahun selepas beliau dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah persekutuan daripada tuduhan meliwat pemandu peribadi keluarganya, Azizan Abu Bakar. Panel lima hakim mahkamah persekutuan yang dipengerusikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara menolak permohonan itu. Korum berkenaan turut dianggotai Datuk Seri Zaleha Zahari, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha, Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Datuk Ramly Ali. Ketika membuat keputusan itu, Zulkefli berkata, Hakim Mahkamah Persekutuan ketika itu, Tun Abdul Hamid Mohamad, yang menyediakan penghakiman bertulis tersebut telah mendapati bukti yang mencukupi sebelum menyediakan penghakimannya. Menurutnya, hakim-hakim mahkamah persekutuan ketika itu sebulat suara membuat keputusan bahawa salah laku homoseksual itu berlaku namun hanya terdapat keraguan bilakah ianya berlaku. Menurut Zulkefli, mahkamah itu mempunyai kuasa budi bicara di bawah peraturan 137 Undang-undang Mahkamah Persekutuan (RFC) yang perlu dilaksanakan secara berhati-hati dalam kes-kes luar biasa yang mana satu ketidakadilan ketara mungkin berlaku. “Azizan tidak berbohong, sebaliknya mungkin terlupa kerana kejadian itu berlaku beberapa tahun sebelum, tidak seperti kebanyakan kes seksual, dan dia (Azizan) tidak membuat laporan polis segera. “Kita tidak akan pergi sehingga peringkat ini untuk menyatakan kenyataan Azizan adalah tidak boleh diterima atau dipercayai, namun kami menyatakan bahawa beberapa kenyataan itu adalah diragukan dan tidak konsisten, maka kita perlu mencari bukti yang nyata,” katanya. Beliau berkata, Azizan mengakui kejadian itu. Walaupun ragu bila waktunya berlaku, dia merupakan mangsa kejadian. Anwar memohon untuk memadam satu perenggan dalam penghakiman bertulis mahkamah persekutuan terdahulu berhubung kes liwat pertamanya atas alasan perenggan itu merosakkan reputasi dan secara berterusan digunakan untuk merujuk dirinya sebagai pelaku homoseksual. Peguam, Datuk Sulaiman Abdullah, semasa hujahannya pada 2 Disember tahun lalu menyatakan perenggan itu diterbitkan secara meluas dan digunakan oleh pihak tertentu sebagai justifikasi bagi mengutuk anak guamnya sebagai pengamal seks songsang. Sementara itu, semasa hujahan balas, Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup, berhujah bahawa permohonan semakan ditolak atas alasan mahkamah hanya boleh menyemak keputusan terdahulu sedangkan Anwar memohon memadam satu perenggan dalam penghakiman yang telah memihak kepadanya. Anwar dibebaskan oleh mahkamah persekutuan pada 2 September 2004, dalam keputusan majoriti 2-1, daripada pertuduhan meliwat Azizan. Mahkamah persekutuan itu membatalkan keputusan mahkamah tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun ke atas Anwar. Panel mahkamah persekutuan yang sama turut membatalkan sabitan dan hukuman penjara enam tahun ke atas adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja yang dibicarakan bersama-sama Anwar atas dakwaan meliwat Azizan di Tivoli Villa di Kuala Lumpur pada 1994. Sementara itu, sejurus keputusan dibuat, Anwar bangun dari kerusinya dan berkata: "Asalkan kes Anwar Ibrahim, mesti kalah..." sebelum mendapatkan peguamnya.

 Cari botol jumpa mayat tanpa kepala
Mayat tanpa kepala dipercayai remaja hilang
KUANTAN - Mayat tanpa kepala yang ditemui di Pantai Batu 6 Janglau dekat Rompin semalam dipercayai remaja yang dilaporkan hilang semasa memancing bersama bapanya pada 16 Mac lepas. Ketua Polis Daerah Rompin Superintenden Johari Yahaya berkata mangsa, Muhd Ikhmal Danial Mohamad, 17, beralamat di Taman Inderapura di sini, dan tidak lagi bersekolah.[Artikel berkaitan: Cari botol jumpa mayat tanpa kepala ] Katanya mengikut laporan polis yang dibuat bapanya, Mohamad Isa, 40-an, pada hari kejadian, dia dan mangsa keluar memukat ikan dengan sebuah bot bersama tiga lagi rakannya di perairan Chukai, Kemaman. Johari berkata ketika sedang memukat ikan di kawasan perairan itu, mangsa yang berada di dalam bot tiba-tiba terjatuh ke dalam laut. "Mohamad bersama tiga rakannya itu cuba mencari dan menyelamatkan mangsa namun gagal lalu bergegas membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Beliau berkata pengecaman setakat ini berdasarkan pada baju yang dipakai mangsa dan tulisan namanya pada belakang baju dengan pen marker. "Polis juga sudah memaklumkan kepada keluarganya dan mayat akan dituntut pada hari ini bagi urusan pengebumian," katanya. Mayat tanpa kepala itu ditemui terdampar di tepi pantai terbabit oleh dua nelayan yang sedang mengutip botol kira-kira 8 pagi semalam. - Bernama

Pemuda Palestin dipukul kejam
BETHLEHEM - PALESTIN. Seorang pemuda Palestin dipukul dengan kejam selepas diculik unit khas tentera Israel, Mustarbeen di pintu masuk kem pelarian Aida, kelmarin. Menurut saksi, unit tersebut melakukan penyamaran sebelum menyerang Mutassim Alsurefee, 20, dan memukulnya. "Mangsa ditahan ketika sedang berjalan ke pusat belia di kem pelarian. Penduduk di sekitar kawasan kejiranan menjerit untuk menghalang mangsa daripada dipukul, namun ia tidak diendahkan," katanya. Penduduk di sekitar kem pelarian kini semakin terhimpit selepas sepasukan tentera Israel ditempatkan untuk mengepung kawasan tersebut dan menghalang penduduk keluar rumah dengan menghalakan senjata ke arah tingkap dan pintu rumah mereka, laporan dipetik dari PNN.

Lapangan Terbang Changi
Changi Singapura dipilih lapangan terbaik dunia
Lapangan Terbang Changi dipilih sebagai Lapangan Terbang Terbaik Dunia oleh pengguna udara buat tahun kedua berturut-turut.
SINGAPURA - Lapangan Terbang Changi dipilih sebagai Lapangan Terbang Terbaik Dunia oleh pengguna udara buat tahun kedua berturut-turut dalam Anugerah Lapangan Terbang Dunia 2014, pada Ekspo Terminal Penumpang di Barcelona, Sepanyol pada Rabu. Ia adalah kemenangan kelima oleh lapangan terbang itu dan pertama kali dalam sejarahnya memenangi kejayaan itu untuk dua tahun berturut-turut. Incheon International Airport di tempat kedua, Munich Airport (3), Hong Kong International Airport (4), Amsterdam Schiphol Airport (5), Tokyo International Airport (Haneda) (6), Beijing Capital International Airport (7), Zurich Airport (8), Vancouver International Airport (9) dan London Heathrow Airport (10). Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Skytrax Edward Plaisted berkata: "Kemenangan menerima anugerah berprestij itu buat kali kedua berturut-turut menunjukkan bahawa Lapangan Terbang Changi bukan sekadar sebuah lapangan terbang. Beliau berkata, ia menawarkan pengalaman pengguna dan terus membangunkan standard kualiti untuk sekali lagi dipilih menjadi lapangan terbang pilihan. "Lapangan Terbang Changi terkenal sebagai pemimpin dan peneraju industri lapangan terbang yang menggembirakan dan mengejutkan pelancong yang bertuah dapat menikmati kemudahan di situ. Ia menunjukkan cara untuk mengalami dan menikmati pengalaman lapangan terbang sebagai sebahagian daripada pengalaman yang menarik, penting dalam dunia yang pantas bergerak hari ini," kata Plaisted dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Skytrax. Changi turut memenangi anugerah Lapangan Terbang Terbaik bagi Kemudahan Santai. CEO Lapangan Terbang Changi Lee Seow Hiang berkata: "Kami bangga atas kejayaan ini. "Kami menghargai sokongan yang diberikan oleh pengguna dari seluruh dunia. Perakuan ini memberikan motivasi dan dorongan untuk kami terus menetapkan matlamat pencapaian yang lebih tinggi. Anugerah Lapangan Terbang Dunia itu yang meruoakan perakuan paling berprestij dalam industri lapangan terbang, diundi oleh pelanggan dalam kajian kepuasan pengguna lapangan terbang dunia terbesar setiap tahun. Anugerah itu adalah berasaskan kepada 12.85 pencalonan pelanggan udara dari 110 negara, melibatkan 410 lapangan terbang di seluruh dunia. Kajian itu menilai kepuasan pelanggan dalam 39 petunjuk prestasi utama dalam perkhidmatan dan produk lapangan terbang - daripada pemeriksaan masuk, ketibaan pemindahan, membeli-belah, keselamatan dan imigresen, sehinggalah pelepasan di pintu berlepas. - Bernama

Bangladesh haramkan parti Jamaat-e-Islami
Bangladesh haramkan parti Jamaat-e-Islami
DHAKA - BANGLADESH. Penyiasat unit jenayah perang Bangladesh mahu mengharamkan segala pergerakan parti Islam terbesar, Jamaat-e-Islami bersabit kesalahan pembunuhan beramai-ramai ketika era 71-an. Ketua penyiasat jenayah perang Abdul Hannan Khan berkata, laporan terperinci diserahkan kepada pendakwa raya sebagai langkah pengharaman parti itu daripada bertanding pada pilihan raya yang dijadualkan Januari tahun depan. “Kami mahu parti itu dibubarkan kerana mereka bersubahat dengan tentera Pakistan melakukan pembunuhan beramai-ramai ketika perang pada 1971,” katanya. Menurutnya, tindakan pengharaman parti itu daripada bertanding adalah tindakan wajar kerana mereka bersekongkol dengan tentera negara lain untuk menggugat keamanan dan keselamatan dalam negara, laporan dipetik dari AFP.

Hutang rumah, kenderaan RM527.6b
KUALA LUMPUR 26 Mac - Sebanyak 61.8 peratus atau RM527.6 bilion daripada keseluruhan hutang isi rumah rakyat Malaysia disumbangkan oleh hutang pinjaman pembelian kediaman dan kenderaan. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, daripada jumlah hutang terkumpul sebanyak RM854.3 bilion sehingga 2013, sebanyak RM377.7 bilion atau 44.2 peratus digunakan oleh isi rumah untuk membeli rumah manakala sebanyak RM149.9 bilion (17.6 peratus) untuk pembelian kenderaan. Katanya, sebanyak RM141.5 bilion (16.6 peratus) lagi adalah hutang pinjaman peribadi dan RM65.2 bilion (7.6 peratus) disumbangkan oleh pinjaman pembelian harta bukan kediaman. "Hutang bagi pembelian pelbagai saham atau sekuriti pula sebanyak RM54.9 bilion (6.4 peratus), kad kredit RM35.5 bilion (4.2 peratus) dan tujuan lain seperti kelengkapan rumah sebanyak RM29.6 bilion (3.5 peratus)," katanya. Beliau menjawab soalan daripada Dr. Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) yang bertanyakan jumlah hutang isi rumah mengikut jenis hutang dan kadar KDNK di Dewan Rakyat di sini hari ini. Laporan Tahunan 2013 Bank Negara Malaysia (BNM) pada minggu lalu mendedahkan tahap hutang isi rumah negara ini berjumlah RM854.3 bilion yang merupakan 86.8 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK). Hutang isi rumah merupakan nilai terkumpul pinjaman yang dilakukan oleh setiap isi rumah domestik merangkumi pinjaman pembelian perumahan, kenderaan, pinjaman peribadi, pembelian saham dan kad kredit. Menurut Ahmad, sejak 2010, kerajaan termasuk BNM telah melaksanakan pelbagai langkah progresif bagi memastikan pengurusan kewangan yang kukuh dan menggalakkan pasaran hartanah yang stabil dalam usaha mengawal perkembangan hutang isi rumah. Katanya, langkah tersebut bertujuan memastikan pengembangan kredit yang berhemah, menggalakkan tingkahlaku individu dan institusi yang bertanggungjawab, pasaran hartanah yang teguh dan membendung tingkahlaku spekulatif. "Di samping itu, kata beliau, kerajaan mengambil langkah-langkah untuk meringankan beban rakyat termasuk menambah baik struktur ganjaran untuk penjawat awam, memberi pelbagai bantuan tunai, menambah baik sistem pengangkutan awam dan membina rumah mampu milik," katanya. Beliau berkata, berikutan pelaksanaan pelbagai langkah awalan yang diambil sejak 2010, kadar pertumbuhan jumlah hutang isi rumah telah menunjukkan kadar yang lebih sederhana iaitu sebanyak 11.7 peratus pada 2013 berbanding 13.5 peratus pada 2012 dan 2011 dan sebanyak 15.1 peratus pada 2010," katanya.

MH370
Pemimpin dunia hargai usaha Malaysia
THE HAGUE 26 Mac - Usaha yang dilakukan Malaysia dalam mengendalikan isu kehilangan pesawat MH370 mendapat pujian pemimpin-pemimpin dunia termasuk Amerika Syarikat dan China. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mereka yang ditemui dalam pertemuan tidak rasmi di luar Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear (NSS) 2014 yang berakhir semalam, bukan sahaja mengakui keadaan yang dihadapi Malaysia sebagai rumit dan luar biasa, malah menyatakan komitmen berterusan membantu negara dalam urusan selepas ini. Beliau menambah, Presiden China, Xi Jinping yang ditemui pula berharap, peristiwa malang itu tidak akan menjejaskan hubungan baik kedua-dua negara. "Dia (Jinping) faham keadaan sebenar dan sebab itu tidak ada kenyataan yang agak luar jangkaan kerana operasi yang dijalankan juga membabitkan pasukan negara China sendiri. "Saya ucapkan terima kasih atas persefahaman itu dan ini sebenarnya bukti hubungan baik (kedua-dua negara) walaupun isu ini khusus melibatkan sebahagian warga China," katanya pada sidang akhbar bersama wartawan Malaysia sempena NSS 2014 semalam. Timbalan Perdana Menteri berkata, Presiden AS, Barrack Obama pula menyatakan bahawa negara itu akan terus membantu Malaysia jika diperlukan. "Dia (Obama) memahami keadaan sulit dihadapi Malaysia serta meminta saya menyampaikan salam kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," ujarnya. Antara pemimpin negara lain yang turut menyuarakan perkara sama ialah Australia, Jepun, Thailand, Singapura, India, Emeriah Arab Bersatu, United Kingdom dan Vietnam. Timbalan Perdana Menteri menambah, pertemuan tidak rasmi bersama pemimpin tersebut digunakan untuk menyatakan rasa terima kasih Malaysia atas bantuan dan kerjasama yang diberikan sepanjang operasi mencari pesawat MH370. Beliau menambah, pemimpin berkenaan pula menyatakan rasa sedih tentang pengumuman yang dibuat Perdana Menteri mengenai MH370 dan menyatakan takziah kepada keluarga mangsa terlibat. Katanya, bantuan yang dihulurkan negara-negara berkenaan adalah lambang hubungan baik Malaysia dengan negara-negara berkenaan yang disifatkan sebagai rakan. Tambahnya, pertemuan itu juga digunakan untuk menyampaikan perkembangan terkini tentang kejadian malang berkenaan. - UTUSAN


Satelit Thailand kesan 300 objek di selatan Lautan Hindi
BANGKOK 27 Mac - Satelit Thailand mengesan kira-kira 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi ketika mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Pengarah Agensi Pembangunan Teknologi Angkasa dan Geo-Informatik, Anond Snidvongs berkata, objek berkenaan yang dianggarkan berukuran antara dua hingga 18 meter, bertaburan kira-kira 2,700 meter di barat daya Perth. "Bagaimanapun saya tidak berani mengesahkan objek yang dikesan merupakan serpihan pesawat MH370. "Kami telah menyerahkan maklumat terbabit kepada kerajaan Malaysia," katanya. - AFP


Majikan perlu kemuka caruman melalui e-caruman mulai 1 April
KUALA LUMPUR 27 Mac - Berkuat kuasa 1 April, majikan yang mempunyai lebih 50 pekerja dikehendaki mengemukakan perincian penghantaran caruman bulanan melalui saluran elektroniknya, e-Caruman, kata Kumpuan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini. e-Caruman ialah kemudahan dalam talian yang disediakan melalui i-Akaun di laman sesawang myEPF, www.kwsp.gov.my. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi), Datuk Ibrahim Taib berkata, e-Caruman menawarkan kepada majikan faedah mengemukakan perincian penghantaran caruman KWSP mereka dengan cara yang selamat dan menjimatkan masa, di samping mengurangkan kos kendalian dan meningkatkan kecekapan operasi dalam jangka panjang. "Langkah ini akan juga memastikan majikan mengemukakan perincian caruman dengan tepat dan dengan mudah berbanding kaedah mengisi borang secara manual yang dilakukan sekarang. "Ekoran itu, ia menjimatkan masa pekerja yang berharga daripada perlu membuat beberapa perjalanan ke pejabat kami, semata-semata untuk membuat pembetulan. "Lebih penting lagi, mengemukakan perincian ini melalui e-Caruman akan memastikan caruman dikreditkan ke dalam akaun KWSP pencarum dengan cepat," tegas beliau. - BERNAMA

Penguat kuasa KPDNKK, rakan didakwa menyamar polis, rompak
KUALA LUMPUR 27 Mac - Tiga lelaki termasuk seorang penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menyamar sebagai anggota polis dan merompak seorang lelaki warga Bangladesh, minggu lalu. Mohd. Shahrizal Baharin, 31, dan dua rakannya, Mohd. Shawallyzam Sulaiman, 36, dan Saiful Anuar Shaari, 22, yang merupakan pekerja swasta, masing-masing mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu. Mereka didakwa bersama-sama merompak Jul Hash dengan menyamar sebagai polis di kafe siber di No. 43, tingkat 1 Jalan Chow Kit, Dang Wangi, di sini, kira-kira pukul 5.30 petang, 20 Mac lalu. Bagi pertuduhan menyamar sebagai anggota polis, mereka didakwa mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Sementara, bagi pertuduhan merompak, mereka dituduh mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. - UTUSAN ONLINE

rhoma irama2
Ramai pengsan ketika Rhoma Irama berkempen
JAKARTA 26 Mac - Berbelas-belas orang pengsan apabila calon Presiden Indonesia dari Parti Kebangkitan Bangsa (PKB), Rhoma Irama menyanyi bersama Soneta Group ketika menjayakan kempen politik di Lapangan Maron, Genteng, Banyuwangi pagi ini. Rhoma membuka kempen politiknya dengan menyampaikan lagu bertajuk Persatuan di bawah terik cahaya matahari. Sekalipun cuaca sangat panas, keadaan itu tidak menghalang ribuan penyokong PKB dan peminat-peminat setia seniman itu menari bersama-sama mengiringi persembahan Rhoma. Ketika menyampaikan lagu kedua bertajuk Bhinneka Tunggal Ika, seorang demi seorang penyokong beliau yang majoriti daripada mereka merupakan kaum wanita jatuh pengsan. Sehubungan itu, petugas-petugas dibantu oleh penyokong-penyokong lain segera mengusung mereka yang pengsan untuk dibawa keluar dari padang yang penuh sesak itu. Seorang penyokong PKB yang pengsan, Lisna, berkata, cuaca yang panas menyebabkan dia tidak mampu bertahan sekali gus rebah. “Anak saya yang berada di sekolah rendah juga ikut sama menghadiri kempen politik ini. Selepas Rhoma nyanyi, orang ramai mula menari. Akhirnya saya dan anak terperangkap dalam kesesakan itu sehingga menyebabkan kami terpaksa bersesak," kata Lisna dengan wajah yang masih pucat. Lisna mengakui, sebagai ahli pertubuhan bukan kerajaan Nahdlatul Ulama (yang menyokong PKB), dia hadir untuk mendengar ceramah daripada ustaz yang turut serta dalam kempen politik itu. “Di PKB banyak ustaz yang datang. Saya datang untuk mencari pahala, sekali gus melihat Rhoma," ujarnya. - UTUSAN


Menantu Osama bersalah komplot keganasan
Gambar tidak bertarikh menunjukkan Sulaiman Abu Ghaith (kiri) dan Osama Laden (kanan) duduk bersama untuk melakukan sidang media di Pakistan. - Agensi
NEW YORK 26 Mac - Menantu lelaki Osama bin Laden, Sulaiman Abu Ghaith disabit kesalahan atas tuduhan konspirasi untuk membunuh rakyat Amerika Syarikat (AS) dan menyokong keganasan. Keputusan barisan juri Mahkamah Persekutuan New York itu dibuat selepas lima jam perbincangan berdasarkan tiga pertuduhan terhadap Sulaiman iaitu berkonspirasi membunuh rakyat AS, berkomplot menyokong al-Qaeda dan menyokong al-Qaeda. Pertuduhan itu memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup. Sulaiman, 48, yang berasal dari Kuwait dibicarakan selama tiga minggu di New York selepas ditahan di bandar raya ini pada 7 Mac lalu. Dia yang berkahwin dengan anak perempuan Osama, Fatima sering tampil dalam video propaganda al-Qaeda bersama bapa mentuanya dan ketua militan itu sekarang, Ayman al-Zawahiri pada September 2001. Sepanjang perbicaraan tersebut, video memaparkan Sulaiman memberi amaran tentang serangan berterusan ke atas rakyat AS selepas insiden September 2001, beberapa kali dimainkan di kamar mahkamah. “Serangan menggunakan pesawat tidak akan berhenti," katanya dalam video bertarikh Oktober 2001 itu. Turut dipaparkan berulang kali ialah sedutan video menunjukkan Sulaiman, Osama dan dua lagi komander tertinggi al-Qaeda duduk bersama-sama hanya beberapa hari selepas serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia New York itu dilancarkan.


 Robot Transformers bahan buangan
OptimUs Prime dan Bumblebee merupakan sebahagian daripada 40 robot yang dihasilkan pekerja di pusat bahan buangan logam di Jinan, wilayah Shandong, China. - AGENSI BEIJING 26 Mac - Pekerja-pekerja di sebuah tempat bahan buangan logam terpakai di China mencipta kelainan tersendiri apabila menghasilkan kira-kira 40 replika robot menyerupai watak dalam filem terkenal, Transformers. Menariknya, mereka yang kebanyakannya petani hanya mengambil masa selama empat bulan untuk membangunkan replika robot itu sehingga berjaya menarik perhatian orang ramai. Bermula dengan sebuah robot, reaksi positif pengunjung ke tempat bahan buangan logam yang terletak di atas puncak bukit di bandar Jinan, wilayah Shandong dekat timur China itu membuatkan pekerja di situ menghasilkan lebih banyak robot. Menurut pekerja sambilan di situ, Li Hung, 21, dia mahu mencipta sesuatu yang boleh menarik perhatian orang ramai dengan menggunakan logam terpakai yang diambil daripada kereta dan motosikal. “Saya fikir sekiranya orang ramai dapat melihat sesuatu yang menakjubkan dihasilkan daripada barang terpakai, kami secara tidak langsung dapat menarik lebih ramai pelanggan," katanya sebagaimana lapor odditycentral.com. Antara robot yang terdapat di lokasi itu adalah Optimus Prime, Bumblebee dan Megatron dengan robot terbesar berukuran 60 meter tinggi dengan berat lima tan. Setiap robot yang ada di antaranya boleh digerakkan ke depan dan belakang, dijual pada harga 100,000 yuan (RM 52,819) setiap satu. Hung yang juga seorang pelajar jurusan pemasaran berkata, pekerja-pekerja di situ akan memuat turun imej robot daripada Internet dan menggunakan imaginasi masing-masing bagi menghasilkan robot tersebut. “Kami tidak membuat sebarang lakaran untuk menghasilkan robot itu, sebaliknya bergantung sepenuhnya kepada imaginasi kami supaya setiap robot tersebut kelihatan berbeza," jelasnya.

Australia kerah 16 aset ke selatan Lautan Hindi
PERTH 27 Mac - Misi mencari pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi bersambung semula hari ini sehari selepas dengan pihak berkuasa Australia mengerah enam pesawat tentera, lima pesawat awam dan lima kapal ke selatan laut tersebut. Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam kenyataannya berkata, misi pada hari ini tertumpu di selatan Laut Hindi, sehari selepas satelit Perancis mengesan kira-kira 122 serpihan dipercayai milik MH370. Bagaimanapun keadaan cuaca buruk mungkin menjejaskan operasi mencari di lokasi terbabit. - AGENSI


FBI: Analisis data simulator makan masa dua hari
WASHINGTON 27 Mac - Proses analisis data simulator milik juruterbang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, akan mengambil masa selewat-lewatnya dua hari lagi. Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), James Comey berkata, pihaknya diminta oleh kerajaan Malaysia untuk membantu mendapatkan semula fail yang dipadamkan dalam cakera keras simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah. Comey berkata, siasatan ke atas fail yang dipadamkan itu mungkin akan membantu merungkai situasi sebenar yang berlaku kepada pesawat MH370. "FBI jangkakan proses mendapatkan semula fail terbabit akan mengambil masa sehari atau dua hari lagi," katanya. - AFP

Lloyds of London mula bayar tuntutan insurans kepada MAS
LONDON 27 Mac - Pasaran insurans tertua di dunia, Lloyd’s of London telah mula membayar tuntutan kerugian kepada syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) atas kehilangan pesawat MH370 walaupun misi mencari masih diteruskan di Lautan Hindi. Pengerusi pasaran itu, John Nelson berkata, kos sebenar pembayaran kepada MAS masih belum ditetapkan kerana jumlah sebenar bergantung kepada punca insiden tersebut. "Sebagai contoh, Lloyd’s mengambil masa dua hingga tiga tahun untuk mengetahui punca pesawat Air France terhempas pada 2009," katanya tanpa mendedahkan jumlah yang dibayar kepada MAS. - AGENSI

MH370
Lloyds of London mula bayar tuntutan insurans kepada MAS
LONDON 27 Mac - Pasaran insurans tertua di dunia, Lloyd’s of London telah mula membayar tuntutan kerugian kepada syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) atas kehilangan pesawat MH370 walaupun misi mencari masih diteruskan di Lautan Hindi. Pengerusi pasaran itu, John Nelson berkata, kos sebenar pembayaran kepada MAS masih belum ditetapkan kerana jumlah sebenar bergantung kepada punca insiden tersebut. "Sebagai contoh, Lloyd’s mengambil masa dua hingga tiga tahun untuk mengetahui punca pesawat Air France terhempas pada 2009," katanya tanpa mendedahkan jumlah yang dibayar kepada MAS. - AGENSI

Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid
Peralihan deposit Islam tingkat pendapatan bank
KUALA LUMPUR 26 Mac - Peralihan pengkelasan semula akaun deposit dan akaun pelaburan Islam di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA) 2013 dijangka memberi lebih pendapatan dan memperbaiki imbangan tunai kepada institusi perbankan Islam di negara ini. Malah, peralihan itu akan menawarkan lebih banyak produk baharu yang lebih jelas dan sofistikated kepada para pelanggan. Presiden Persatuan Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Datuk Mohd. Redza Shah Abdul Wahid berkata, pelaksanaan peralihan itu dijangka mewujudkan aktiviti-aktiviti baharu kepada bank-bank Islam berbanding sebelum ini. Katanya, pada waktu ini, tumpuan akan diberikan kepada peralihan akaun deposit Islam manakala peralihan akaun pelaburan Islam pula dijangka dilaksanakan secara aktif pada tahun depan. Beliau berkata, menerusi pengkelasan semula deposit dan pelaburan Islam ini, butir-butir transaksi deposit adalah lebih jelas, terperinci dan tidak bercampur. “Peralihan baharu ini akan memperlihatkan akaun deposit Islam akan dijamin secara prinsipal manakala akaun pelaburan Islam adalah di dalam kategori bukan prinsipal," katanyapada sesi taklimat mengenai peralihan deposit Islam di bawah IFSA 2013 di sini semalam. Yang turut hadir pada sesi taklimat itu ialah Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bhd., Badlisyah Abdul Ghani dan Pemangku Pengarah Eksekutif AIBIM, Addelan Jusop. Peralihan pengkelasan semula akaun deposit dan pelaburan Islam ini telah bermula pada tahun lalu dan dijangka siap pelaksanaannya pada Jun 2015. AIBIM setakat ini mempunyai 26 ahli dengan 16 daripadanya adalah bank-bank komersial, tiga buah institusi pembangunan kewangan (DFI) dan bakinya, bank asing. Sementara itu, Badlisyah berkata, Malaysia merupakan negara pertama yang menjalankan peralihan pengkelasan semula bagi akaun deposit dan akaun pelaburan Islam. Katanya, pelaksanaan peralihan itu akan dapat mengukuhkan sistem perbankan Islam di negara ini.

picture of CIMB Bank in Kuantan, Pahang
CIMB Bank perkenal kad kredit baharu 5:48pm
KUALA LUMPUR 27 Mac - CIMB Bank, cabang perbankan komersil bagi CIMB Group, baru-baru ini melancarkan kad kredit baharu untuk memberikan ahli CIMB Preferred pelbagai keistimewaan elit yang akan meningkatkan taraf hidup mereka dan merasai sendiri pengalaman perbankan bersama CIMB. CIMB Preferred Visa Infinite, dilancarkan bersama Siri Nasihat Kewangan ke-82, yang berperanan sebagai laluan kepada nasihat kewangan peribadi dan perkhidmatan perancangan. "Ahli turut dilengkapi maklumat tepat mengenai pengurusan harta secara lebih bijak," kata bank itu dalam satu kenyataan. CIMB Group, disenaraikan di Bursa Malaysia melalui CIMB Group Holdings Bhd, dengan modal pasaran berjumlah RM58.9 bilion pada 31 Disember 2013. - BERNAMA

Nafi Gaza dikepung 1,000 kereta kebal
Kuala Lumpur: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menafikan bahawa pihaknya ada mengeluarkan sebarang maklumat yang kononnya Gaza, Palestin kini dikepung oleh 1,000 kereta kebal. Pengarah Strategi MAPIM, Sani Araby Al-Kahery, dalam satu kenyataan balas menggesa orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat berkenaan kerana ia tidak benar sama sekali. Keperluan asas meruncing. Gaza memang terkepung dan keperluan asas sangat meruncing. Dunia seharusnya mengecam supaya pintu Rafah dibuka, namun fakta yang ditokok tambah sehingga bertukar menjadi fitnah harus dielakkan. Delegasi MAPIM kini terkandas dalam cubaan masuk ke Gaza. Kami ke sana bagi menjayakan misi Break The Siege, katanya. Sani turut menggesa orang ramai supaya memeriksa kesahihan sesuatu berita yang tersebar terlebih dahulu sebelum bertindak menyebarkan atau berkongsi dengan orang lain. Dakwa kena kepung. Antara lain yang terkandung dalam maklumat disebarkan itu mengatakan pasukan tentera Israel kini sedang mengepung Gaza dengan kekuatan 1,000 kereta kebal bagi menutup laluan utama keluar dan masuk ke bandar berkenaan. Maklumat itu turut mengaitkan perkara itu dengan tindakan Israel yang menutup kesemua kedutaan mereka di seluruh dunia sejak beberapa hari lalu.

MyLesen dilancar Mei depan
Seremban: Program MyLesen Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang membolehkan orang ramai memperoleh lesen motosikal dengan potongan harga hingga 50 peratus, akan dilancarkan Mei depan. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPJ, Datuk Yusoff Ayob, berkata program itu sebelum ini dijadualkan dilancarkan pada April, namun penangguhan terpaksa dibuat bagi proses penyelarasan dengan institut memandu terbabit. Kita menyasarkan seramai 3.5 juta rakyat Malaysia yang tidak mempunyai lesen motosikal, kebanyakannya golongan muda, untuk mengambil peluang mendapatkan lesen pada harga RM198 berbanding antara RM350 hingga RM450 dikenakan institut memandu ketika ini. Ajar kaedah pemanduan. Ini antara pendekatan kita untuk mengurangkan kadar kemalangan kerana penunggang motosikal boleh diajar mengenai kaedah pemanduan selamat serta asas undang-undang serta peraturan jalan raya sebelum diberi lesen, katanya. Beliau berkata selepas turun padang meninjau Ops Khas Pengarah di Senawang, malam kelmarin. Yang turut hadir ialah Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Saiful Azzri Hamzah. Pada operasi lima jam bermula jam 8 malam itu, sebanyak 550 kenderaan diperiksa dengan tujuh motosikal serta kereta (tiga) disita kerana tidak mempunyai cukai jalan, selain 279 saman dan notis dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan. Mengulas lanjut, Yusoff berkata, program MyLesen membabitkan kerjasama semua institut memandu di seluruh negara itu terbuka kepada pemohon yang belum pernah memiliki lesen motosikal.

Hanya 100 unit seluruh dunia
Hanya 100 unit seluruh dunia
Leica X2 Gagosian Edition. Pengeluar kamera dari Jerman, Leica, baru saja mengeluarkan kamera terbarunya yang dijual dengan jumlah sangat terhad. Kamera Lieca X2 Gagosian Edition, hasil kolaborasi Leica dengan Gagosian Gallery. Kamera keluaran terbaru itu hanya hanya dibuat sebanyak 100 unit saja. Ini memberikan nilai ekslusif kepada pengumpul kamera Leica yang memberikan rekaan kepada kamera lama. Kamera X2 Gagosian ini memiliki rekaan unik, diilhamkan melalui lukisan bergaya moden dan artistik dengan badan diperbuat dengan kemasan besi. Badan kamera dibalut dengan kulit berwarna putih dilapisi oleh cat hitam artistik. Leica X2 Gagosian ini memiliki spesifikasi sama dengan Leica X2 biasa. Di antaranya adalah sensor CMOS 16.5MP APS-C yang dilengkapi lensa Elmarit 24mm f/2.8 ASPH. Kamera ini memiliki fokus mulai dari 30cm, sementara itu sensitiviti ISO mampu ditingkatkan hingga 12500. Sesuai dengan nilai ekslusif, kamera ini turut dijual dengan harga tinggi, sekitar AS$2 999 atau sekitar RM9 803.

Alexei Likhachev
Russia tinjau pelaburan baharu di Malaysia
Russia sedang meninjau beberapa peluang pelaburan baharu di Malaysia bagi mewujudkan kerjasama perniagaan lebih besar sama ada dalam sektor awam mahupun swasta. Timbalan Menteri Pembangunan Ekonomi Persekutuan Russia, Alexey Likhachev, berkata bidang berkenaan termasuk pengangkutan, pembangunan infrastruktur dan perbankan. Katanya, Malaysia dilengkapi dengan kemudahan teknologi tinggi dalam pembangunan dan penyelidikan (R&D) serta mampu menawarkan peluang perniagaan. “Jadi, kita harap lebih banyak kerjasama perniagaan dijalankan antara kedua-dua negara itu,” katanya pada sidang media selepas perasmian Forum Perniagaan Russia-Malaysia di Kuala Lumpur, semalam. Forum tiga hari anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Ekonomi Persekutuan Russia itu, bertujuan mengukuhkan hubungan dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi keduadua negara. Pada tahun 2013, jumlah dagangan antara kedua-dua negara meningkat 66.6 peratus kepada RM5.7 bilion (AS$1.8 bilion) berbanding RM3.4 bilion (AS$1.1 bilion) pada 2012. Jumlah eksport Malaysia ke Russia pada tahun lalu, berjumlah RM2 bilion (AS$635.5 juta), manakala jumlah import mencatatkan RM3.7 bilion (AS$1.1 bilion).

Russia tinjau pelaburan baharu di Malaysia
Russia sedang meninjau beberapa peluang pelaburan baharu di Malaysia bagi mewujudkan kerjasama perniagaan lebih besar sama ada dalam sektor awam mahupun swasta. Timbalan Menteri Pembangunan Ekonomi Persekutuan Russia, Alexey Likhachev, berkata bidang berkenaan termasuk pengangkutan, pembangunan infrastruktur dan perbankan. Katanya, Malaysia dilengkapi dengan kemudahan teknologi tinggi dalam pembangunan dan penyelidikan (R&D) serta mampu menawarkan peluang perniagaan. “Jadi, kita harap lebih banyak kerjasama perniagaan dijalankan antara kedua-dua negara itu,” katanya pada sidang media selepas perasmian Forum Perniagaan Russia-Malaysia di Kuala Lumpur, semalam. Forum tiga hari anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Ekonomi Persekutuan Russia itu, bertujuan mengukuhkan hubungan dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi keduadua negara. Pada tahun 2013, jumlah dagangan antara kedua-dua negara meningkat 66.6 peratus kepada RM5.7 bilion (AS$1.8 bilion) berbanding RM3.4 bilion (AS$1.1 bilion) pada 2012. Jumlah eksport Malaysia ke Russia pada tahun lalu, berjumlah RM2 bilion (AS$635.5 juta), manakala jumlah import mencatatkan RM3.7 bilion (AS$1.1 bilion).


Pelawak Ali Mamak meninggal dunia hari ini
KUALA LUMPUR 27 Mac - Pelawak dan penyanyi veteran, Datuk Ali Mamak meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada pukul 4.20 pagi ini akibat penyakit leukemia. Ali Mamak atau nama sebenarnya Jantan Osman, 63, mengalami pelbagai komplikasi dua hari sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya. Selain melawak, Ali juga merupakan seorang penyanyi lagu-lagu komedi yang tidak asing lagi dengan pelbagai rentak dan lagunya pula sarat dengan mesej berunsur kritikan sosial atas isu-isu semasa. Jenazah dibawa pulang ke rumah keluarganya di Dusun Tua, Batu 16, Hulu Langat dekat sini dan akan dikebumikan sebelum solat zuhur. - UTUSAN ONLINE

MH370
"I love you" ungkapan terakhir pramugara kepada isteri
SHAH ALAM: "I love you" adalah kata-kata terakhir diungkapkan pramugara Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Mohd Hazrin Hasnan kepada isterinya Intan Maizura Othaman beberapa jam sebelum pesawat itu dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu. Kata-kata itu jugalah akan sentiasa menjadi kenangan manis buat Intan Maizura, 34, yang kini sarat mengandung anak kedua mereka. Menceritakan mengenai detik beberapa jam sebelum pesawat dinaiki suaminya hilang, wanita itu berkata Mohd Hazrin terlepas kenderaan disediakan oleh pihak MAS untuk kakitangan bertugas pada malam 7 Mac. Beliau berkata suaminya yang komited dengan tugas kemudian meminta beliau menghantarnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Intan Maizura berkata dalam perjalanan ke lapangan terbang, mereka bersembang seperti biasa dan Mohd Hazrin ada memegang tangan serta mencium tangannya. "Kata-kata terakhirnya pada saya malam itu ialah "I Love you". Kata-kata itu akan sentiasa menjadi memori yang manis dengan dia. "Mohd Hazrin bukan sahaja seorang suami malah adalah sahabat karib saya. Saya terlalu merinduinya, namun saya redha dengan apa yang berlaku dan menganggap dia pergi ke destinasi berikut seperti biasa tetapi jika dia kini berada di Lautan Hindi, bersemadilah dengan tenang," katanya ketika ditemui di kediamannya di sini malam ini. Intan Maizura berkata anak sulung mereka, Iman, 4, kerap bertanya mengenai bapanya sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan mengenai perkembangan terbaru penerbangan MH370 pada Isnin lepas. "Sehari selepas pengumuman itu saya beritahu anak saya bahawa bapa pergi kerja dan kapal terbang dinaiki bapa rosak serta tidak akan balik kerana bapa sudah berada di syurga. "Bila dia (Iman) meminta berjumpa dengan bapanya, saya beritahu supaya banyak berdoa dan akan berjumpa. Alhamdulillah, dia faham dan tidak pernah bertanya lagi," katanya. Walaupun sedih mendengar pengumuman Perdana Menteri bahawa penerbangan pesawat dinaiki suaminya berakhir di Lautan Hindi, Intan Maizura redha dan menerimanya dengan hati terbuka. Wanita itu juga yakin beliau mampu meneruskan kehidupan terutama dalam membesarkan anak-anaknya kelak dengan sokongan daripada anggota keluarga serta rakan-rakan. "Sebagai orang Islam, kematian itu sudah pasti dan merupakan janji Allah jadi, kita harus redha serta sentiasa mendoakan orang tersayang," katanya. - BERNAMA

Banduan hukuman mati paling lama di dunia dibicarakan semula di Jepun
Banduan hukuman mati paling lama di dunia dibicarakan semula di Jepun
TOKYO: Seorang lelaki dipercayai tahanan hukuman mati paling lama di dunia hari ini dibenar untuk perbiacaraan semula di Jepun atas kesalahan membunuh pada 1966 selepas pengakuannya sebelum ini menimbulkan keraguan. Mahkamah Daerah Shizuoka memutuskan untuk mengadakan perbiacaraan semula terhadap Iwao Hakamada, 78, yang didapati bersalah kerana membunuh ketua dan anggota keluarga mereka. “Mahkamah menggantung hukuman mati dan menarik balik hukuman yang dijatuhi terhadap tertuduh," demikian menurut pegawai mahkamah berkenaan hari ini. Hakamada adalah orang keenam sejak berakirnya Perang Dunia II mendapat perbiacaraan semula selepas hukuman mati terhadapnya disahkan. Pada 1966, Hakamada dari awalnya menafikan dakwaan bahawa dia merompak dan membunuh ketuanya, isteri dan dua anak mereka sebelum membakar rumah kediaman. Namun selepas itu beliau membuat pengakuan bersalah kerana mendakwa beliau dipukul ketika polis melakukan penyiasatan terhadapnya sebelum Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman mati terhadapnya pada 1980. Kakak Hakamada, Hideko, 81, tanpa henti berkempen untuk mendapatkan perbiacaraan semula terhadap adiknya. “Kepada semua, saya mengucapkan berbanyak terima kasih. Ini berlaku kerana bantuan anda semua. Saya amat gembira sekali," katanya mengggunakan pembesar suara di hadapan wartawan dan penyokongnya di luar mahkamah. - AFP

Persatuan orang buta mahu saman Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU)
Bandung: Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) berdepan saman yang dikemukakan beberapa persatuan untuk golongan cacat penglihatan bernaung di bawah Forum of Contesting Blind berhubung ketiadaan contoh braille untuk pengundi buta dalam pilihan raya perundangan 2014. Kami akan menentang ketidakadilan, apa yang KPU lakukan terhadap pengundi buta. Kami akan memfailkan saman terhadap keputusan KPU tidak menyediakan contoh braille kepada kami, kata pengerusi forum itu, Suhendar, kelmarin. Saman difailkan di Mahkamah Perlembagaan atau Mahkamah Pentadbiran Negeri (PTUN). Keputusan menyediakan pengiring kepada pengundi buta di pusat pengundian adalah bentuk penafian kepada hak mereka untuk mengundi secara peribadi dan rahsia, katanya. Ia turut melanggar prinsip kebebasan dan kesaksamaan bagi golongan kurang upaya.
Penyediaan contoh braille satu keperluan.
Menurut Suhendar, ada petunjuk parti tertentu mahu memberi arahan kepada pengundi buta apabila membuang undi, dengan menyediakan seseorang untuk mengiringi mereka. Penyediaan contoh braille ketika pilihan raya umum 2014 adalah satu keperluan, katanya. Suhendar berkata, parti politik gagal menampung keperluan golongan kurang upaya dalam pilihan raya umum tahun ini. Indonesia bakal mengadakan pilihan raya Parlimen pada 9 April dan pemilihan Presiden pada 9 Julai ini. KPU memutuskan untuk tidak meletakkan contoh braille di atas kertas undi bagi pilihan raya Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dan anggota Dewan Perundangan Wilayah (DPRD). Contoh braille berkenaan hanya disediakan untuk pemilihan Presiden dan Dewan Perwakilan Daerah (DPD). Pesuruhjaya KPU, Arief Budiman, sebelum ini berkata sukar bagi pihaknya menyediakan contoh braille bagi pemilihan DPR dan DPRD. Beliau mengaitkan keadaan itu alasan teknikal seperti saiz fon pada kertas undian bagi DPR dan DPRD amat kecil bagi braille. AGENSI

Wanita kena penjara 32 tahun bebas
Wanita kena penjara 32 tahun bebas
Los Angeles: Seorang wanita berusia 74 tahun dibebaskan kelmarin selepas menjalani hukuman penjara selama 32 tahun kerana kes bunuh yang ditegaskan beliau tidak dilakukannya. Pembebasannya hasil usaha keras sekumpulan penuntut bidang undang-undang. Mary Virginia Jones disabitkan bersalah pada 1981 kerana membunuh, menculik dan merompak. Isnin lalu, Hakim William Ryan dari Mahkamah Agung Los Angeles menarik balik sabitan dan mengarahkan beliau dibebaskan. Jones dituduh bertindak sebagai rakan subahat dalam pembunuhan pengedar dadah oleh pasangannya ketika itu, Mose Willis.

Tragedi MH370: Objek 1 hingga 23 meter
Tragedi MH370: Objek 1 hingga 23 meter
Lokasi penemuan objek kira-kira 2,557 kilometer barat daya Perth, Australia yang dianalisis MRSA.
Kuala Lumpur: Penemuan 122 objek yang dirakam oleh satelit di selatan Lautan Hindi yang diumumkan semalam, mencerahkan peluang untuk menemui pesawat MH370 yang hilang sejak 19 hari lalu. Objek berukuran satu hingga 23 meter itu dirakam pada Ahad lalu oleh Airbus Defence and Space, yang berpangkalan di Perancis dan imejnya dihantar kepada Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA), kelmarin.
Analisis imej objek.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata MRSA menganalisis imej objek berwarna cerah yang menandakan ia bahan pejal dan berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat MAS yang hilang. Beliau berkata, ia dikesan di kawasan lautan berkeluasan 400 kilometer persegi, kira-kira 2,557 kilometer barat daya Perth, Australia. Keputusan analisis MRSA diserahkan kepada Pusat Koordinasi Menyelamat Australia semalam (kelmarin), tetapi perlu saya tekankan bahawa belum dapat dipastikan semua objek itu berkaitan dengan pesawat MH370. Bagaimanapun, tidak dapat disangkal lagi ia memberi petunjuk baru untuk kita, katanya dalam sidang media. Beliau juga berkata, misi mencari dan menyelamat kini mempunyai petunjuk utama daripada empat satelit berbeza yang boleh ditakrifkan sebagai serpihan MH370. Satelit berkenaan ialah Australia, China dan Perancis. Ini akan membantu kita mengecilkan saiz kawasan pencarian dan seterusnya menjumpai lebih banyak serpihan, katanya. Hishammuddin juga mengakui semua petunjuk baru itu memberi harapan kepada misi berkenaan, termasuk keadaan cuaca yang semakin baik. Operasi diteruskan, apatah lagi banyak petunjuk baru diterima kebelakangan ini dan jika semua objek dikesan sahih berasal dari MH370, operasi akan diteruskan ke fasa seterusnya iaitu pencarian di laut dalam, katanya.


Nilai komersial perbankan Islam
KADAR penembusan perbankan Islam di negara ini dijangka meningkat kepada 25 peratus.
APAKAH pencapaian sistem perbankan Islam di Malaysia?
Sistem kewangan Islam kini dilihat sebagai satu komponen yang berdaya maju dan teguh dalam keseluruhan sistem kewangan negara. Hal ini dapat dilihat melalui kepelbagaian produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat tempatan. Selain itu, kadar pertumbuhan aset kewangan Islam memberangsangkan saban tahun juga merupakan satu petanda positif sektor perbankan ini. Secara tradisinya, institusi kewangan Islam seringkali merujuk kepada institusi zakat dan Baitulmal. Namun, seiring era globalisasi dan kesedaran yang semakin tinggi dalam kalangan umat Islam, institusi kewangan Islam seperti institusi perbankan, pengendali takaful dan pengurusan dana Islam ditubuhkan dan berkembang dengan pesatnya. Perkembangan ini jelas dilihat bukan hanya di negara bilangan penganut agama Islam lebih banyak, bahkan di negara-negara yang majoriti rakyatnya adalah bukan beragama Islam. Di negara kita, walaupun usia industri kewangan Islam baru mencecah 31 tahun jika dibandingkan dengan model perbankan konvensional yang wujud sebelum Masihi, aset kewangan Islam sudah mencecah 23.8 peratus daripada jumlah aset dalam keseluruhan sistem perbankan. Kadar penembusan perbankan Islam dijangka meningkat kepada 25 peratus berbanding dengan perbankan konvensional. Maka, tidak hairanlah Malaysia pada hari ini diiktiraf sebagai peneraju kewangan Islam di dunia bukan hanya daripada sudut jumlah institusi perbankan Islam dan saiz asetnya tetapi juga merangkumi produk kewangan Islam yang lain terutamanya penawaran produk takaful dan pasaran modal Islam seperti sukuk.
Apakah beza perbankan Islam di Malaysia dengan negara-negara lain?
Berbeza dengan negara-negara yang berusaha menjadi hab kepada kewangan Islam terutamanya negara-negara teluk yang masih dalam proses mewujudkan kerangka undang-undang dan urus tadbir kewangan Islam, Malaysia dilihat mempunyai kerangka undang-undang kewangan Islam yang terbaik. Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013) yang telah digazet, memberi keyakinan kepada pelabur dan pemain industri kewangan Islam tentang keutuhan dan kestabilan industri kewangan Islam di negara kita. Di peringkat antarabangsa, setakat tahun 2012, jumlah aset kewangan Islam di peringkat global kini telah mencecah sehingga AS$1.329 trilion (RM4.39 trilion). Walaupun industri perbankan Islam kini hanya menunjukkan 1.6 peratus daripada keseluruhan jumlah aset 50 bank terbesar dunia (yang berjumlah RM218.77 trilion), pencapaian industri perbankan Islam berada pada tahap yang membanggakan berdasarkan purata pertumbuhan tahunan sebanyak 21.1 peratus dari tahun 2007 hingga tahun 2011. Kesemua angka yang merujuk kepada pertumbuhan ini diperoleh oleh industri perbankan Islam ketika aset kewangan global menurun ekoran krisis ekonomi global. PURATA pertumbuhan tahunan industri perbankan Islam di seluruh dunia ialah 21.1 peratus dari tahun 2007 hingga tahun 2011.
Apakah perbezaan perbankan konvensional dan Islam?
Jika dibandingkan aktiviti utama perbankan konvensional dan perbankan Islam, ianya tidak jauh berbeza. Ini kerana kedua-dua institusi perbankan ini menguruskan liabiliti seperti deposit dan dana pemegang saham bank selain mengurus dan mengembangkan aset kewangan masing-masing. Perbezaan nyata ialah kerangka urus tadbir syariah (KUS) yang menjadi nadi sesebuah institusi kewangan Islam. Sesebuah institusi kewangan Islam mengintegrasikan kehendak dan keperluan KUS dalam keseluruhan kerangka urus tadbir korporat yang diamalkan oleh institusi tersebut. KUS adalah perkara terpenting bagi memastikan keseluruhan operasi sesebuah perbankan Islam itu benar-benar menepati kehendak syarak dan pada masa yang sama memelihara keyakinan ummah terhadap status produk dan perkhidmatan institusi perbankan Islam.
Apakah peranan jawatankuasa syariah?
Di bawah KUS, sesebuah institusi perbankan Islam perlu menubuhkan jawatankuasa penasihat syariah yang terdiri daripada sekurang-kurangnya lima orang pakar syariah dan kewangan Islam untuk memberikan khidmat nasihat dalam pembangunan produk dan perkhidmatan kewangan Islam. Jawatankuasa ini bukan hanya terlibat dalam proses sebelum sesebuah produk kewangan dilancarkan (pre execution stage) tetapi juga bertanggungjawab untuk mengaudit peringkat selepas penawaran sesuatu produk (post execution stage). Disebabkan tanggungjawab jawatankuasa ini berat, institusi perbankan Islam diwajibkan oleh pihak Bank Negara untuk menubuhkan jabatan Syariah yang berfungsi untuk membantu jawatankuasa Syariah dari sudut melakukan penyelidikan syariah berkaitan isu-isu perbankan, di samping melaksanakan penilaian dan audit syariah.
Apakah peranan dan potensi sistem perbankan Islam di Malaysia?
Di samping mewujudkan sistem perbankan alternatif kepada masyarakat dengan bebas daripada elemen-elemen yang diharamkan di dalam ajaran Islam seperti faedah (riba), ketidakjelasan (gharar) dan perjudian (maysir), sistem perbankan Islam telah membuktikan bahawa ia mampu menjadi suatu usul komersial yang berdaya maju. Menjadi suatu kewajipan juga untuk masyarakat mempromosi dan menyokong sistem perbankan Islam di negara kita. Allah SWT telah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 275 yang bermaksud: "Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba." Walaupun perkembangan perbankan Islam di Malaysia sudah sampai ke tahap yang membanggakan, tahap kesedaran dan pengetahuan umat Islam terhadap aspek muamalat Islam dan produk perbankan Islam masih banyak yang boleh diperbaiki. Ini kerana masih wujud segelintir masyarakat yang langsung tidak mengendahkan kewujudan solusi kewangan Islam di negara ini.


Bendera Rusia berkibar di seluruh pangkalan tentera di Crimea
SEBUAH kapal tentera laut Rusia, Aleksandrovets berada di Pelabuhan Sevastopol, dalam wilayah Crimea di Ukraine kelmarin.- REUTERS
MOSCOW - Bendera Rusia kini berkibar di semua fasiliti tentera di Crimea susulan tindakan Moscow merampas wilayah berkenaan daripada Ukraine, kata seorang jeneral Rusia semalam. Pengumuman oleh ketua staf tentera, Jeneral Valery Gerasimov itu dibuat selepas askar-askar Rusia menyerbu pangkalan tentera laut terakhir yang masih mengibarkan bendera Ukraine di Crimea kelmarin. "Bendera Persekutuan Rusia telah dikibarkan di semua 193 kemudahan tentera di Crimea," kata Gerasimov seperti yang dipetik oleh agensi berita RIA Novosti. "Anggota-anggota keselamatan Ukraine yang mahu meninggalkan Crimea bebas berbuat demikian dengan menaiki kereta api," tambahnya. Menurutnya, sekitar 1,500 askar Ukraine yang berkhidmat di Crimea telah mendaftarkan diri di sebuah pusat pendaftaran di ibu negeri Crimea, Simferopol untuk meninggalkan wilayah berkenaan. Pada bulan ini, Rusia menawan Crimea daripada Ukraine tanpa mengira kemarahan masyarakat antarabangsa dan menjadikannya sebahagian daripada wilayah negara itu. - AFP


Oksigen dalam botol untuk dijual
SEORANG wanita menunjukkan dua botol berisi udara segar yang akan dikeluarkan secara komersial pada Jun depan.- AGENSI
BEIJING - Pencemaran udara yang teruk di sini mendorong pemerintah China mengambil langkah drastik untuk menjual kandungan oksigen bersih di dalam botol-botol kaca. Udara bersih dan segar itu akan dijual kepada orang-ramai dengan pelancong asing dijangka menjadi pelanggan utama. Rancangan tersebut antara lain, diatur bagi menangani tahap jerebu yang serius di beberapa kota raya negara itu yang disifatkan mengalami krisis alam sekitar oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Kebanyakan udara bersih itu yang diambil di sekitar kawasan pergununganTianmu dan Leigong akan dibotolkan oleh pihak berkuasa wilayah Guizhou, barat daya China. Udara bersih itu akan mula dijual pada Jun depan dan dijangka menjadi antara produk tarikan pelancong di negara itu. - Agensi


Rabung Hindi Selatan lokasi MH370
KAPAL HMAS Success milik tentera laut Australia berada di Lautan Hindi bagi mencari serpihan pesawat MH370. - AFP
SYDNEY - Pakar geologi marin percaya bangkai pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) tenggelam di satu kawasan rantaian gunung berapi dasar laut yang sangat besar di Lautan Hindi, lapor akhbar The Sydney Morning Herald semalam. Seorang pakar geologi marin dari Universiti James Cook Australia, Dr. Robin Beaman berkata, beberapa objek dipercayai serpihan pesawat MH370 tersebut dikesan di satu kawasan gunung berapi dasar laut yang tidak pernah dipetakan sebelum ini. Katanya, hanya sedikit diketahui mengenai dasar laut di selatan Lautan Hindi dan usaha untuk mencari bangkai pesawat jenis Boeing 777-200 itu memerlukan teknik pemetaan tiga dimensi dengan menggunakan peralatan yang canggih. "Bagaimanapun, Australia tidak lagi mempunyai kemampuan untuk membuat carta dasar laut sedalam lebih 3,000 meter kerana satu-satunya kapal yang mampu melakukan kajian itu, RV Southern Surveyor telah ditamatkan perkhidmatannya pada Disember tahun lalu. "Sebuah kapal baharu bagi menggantikan kapal berkenaan kini sedang dibina di Singapura," katanya. Menurutnya, untuk membuat carta dasar laut dalam mereka memerlukan sejenis alat yang dikenali sebagai Pemancar Berbilang Gema Bunyi yang menghantar denyutan bunyi ke dasar laut sebelum bunyi itu dipantulkan semula untuk dianalisis. Pesawat berkenaan yang terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang pada 8 Mac lalu. Ia membawa 239 orang manakala 153 orang merupakan warga China. Misi mencari pesawat itu dilakukan di kawasan lebih 2,000 kilometer dari Perth. Beaman berkata, objek pertama yang dikesan oleh satelit milik DigitalGlobe pada 16 Mac lalu terletak kira-kira 60 kilometer (km) dari barat daya zon aktif satu rantaian gunung berapi bawah laut yang dikenali sebagai Rabung Hindi Selatan. Rabung Hindi Selatan yang mempunyai panjang lebih 1,700km bermula di barat daya Australia hingga ke New Zealand. Satu lagi objek yang dipercayai serpihan MH370 di kesan oleh sebuah kapal terbang China di satu lokasi kira-kira 180km barat daya rabung tersebut. Sebuah kapal terbang peninjau Australia pada Isnin lalu mengesan satu lagi objek kira-kira 200km timur laut rabung berkenaan. "Berdasarkan penemuan tersebut kemungkinan pesawat ini terhempas di rusuk rabung itu dan di kawasan ini tiada carta dasar laut pernah dibuat," jelasnya. Tambahnya, rabung itu mempunyai muka bumi yang kompleks dengan puncak setinggi berpuluh-puluh meter. "Sangat sukar untuk mengesan bangkai pesawat di dasar lautan ini tanpa carta yang bagus dan pasukan mencari juga memerlukan kapal selam kawalan jauh. "Tiada keraguan lagi kita perlu membuat peta dasar laut yang baharu di kawasan ini," jelasnya. - Agensi

MH370
Kos cari pesawat MAS MH307 mungkin cecah RM132 juta
KUALA LUMPUR - Komitmen kerajaan untuk meneruskan pencarian kotak hitam dan pesawat MH370 yang disahkan terhempas di perairan Lautan Hindi bakal memaksa kerajaan mengeluarkan kos perbelanjaan yang tinggi. Menurut seorang pakar pertahanan, kos untuk mencari kotak hitam tersebut dijangka mencecah atau melebihi kos operasi mengesan bangkai pesawat Air France 447 di Lautan Atlantik pada tahun 2009 yang menelan belanja AS$40 juta (RM132 juta). Katanya, situasi kali ini berbeza berbanding insiden Air France 447 kerana Perancis mempunyai pelbagai peralatan yang canggih serta keupayaan teknikal mencukupi untuk operasi tersebut.

Asisten Superintendan dipenjara 6 tahun
Shah Alam: Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) yang sepatutnya hanya dihukum penjara setahun selepas didapati bersalah terhadap enam tuduhan membuat tuntutan penginapan palsu berjumlah RM1,300 terpaksa menjalani hukuman lebih lama selepas Mahkamah Tinggi di sini, semalam memerintahkan tertuduh dihukum penjara enam tahun. Hakim Datuk Noor Azian Shaari membuat keputusan itu terhadap Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Wan Nazli Wan Jaafar, 46, selepas menolak permohonan perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman dihadapinya. Noor Azian dalam penghakimannya berkata, Hakim Mahkamah Sesyen di sini, terkhilaf ketika memutuskan hukuman penjara setahun bagi setiap tuduhan itu dijalankan serentak terhadap perayu pada 8 Mac 2011. “Mahkamah terkhilaf ketika memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak kerana transaksi yang berlaku dalam kes ini berlainan dan membabitkan enam resit. “Justeru, penjara setahun kekal bagi setiap tuduhan tetapi hendaklah dijalankan secara berasingan mulai hari ini,” katanya. Bagaimanapun, mahkamah mengekalkan hukuman denda RM60,000 atau penjara tambahan selama dua bulan bagi setiap RM10,000 denda yang jika tidak dijelaskan. Pada 8 November 2011, Mahkamah Sesyen di sini, menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM60,000 atau penjara dua bulan bagi setiap RM10,000 denda jika tidak dijelaskan perayu. Mengikut lima tuduhan pertama Wan Nazli didakwa mengemukakan lima tuntutan penginapan hotel palsu kepada kerani kewangan Bahagian Kewangan IPD Klang Rosliah Mohamed berjumlah RM1,100. Tertuduh yang menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 1994 didakwa melakukan perbuatan itu antara 28 Februari dan 11 Mac 2004. Tertuduh juga didakwa terhadap tuduhan keenam iaitu mengemukakan tuntutan penginapan hotel palsu berjumlah RM200 di tempat sama pada 29 Disember tahun sama. Bagi setiap tuduhan itu, Wan Nazli didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi jika sabit kesalahan. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Zarifah Zulghaffar dan perayu diwakili Halim Ashgar Hilmi. Mahkamah juga menolak permohonan perayu yang memohon pelaksanaan hukuman terhadapnya ditangguhkan.

Foto
Menggigil dibuli rakan
NURUL Liyana (kanan) bersama Asmah (tengah) dan Che Zam.
Alor Gajah: Dipercayai akibat takut dibuli rakan, seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun bertindak melarikan diri sebelum bersembunyi di sebuah rumah milik pasangan warga emas di Taman Seri Kelemak, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 6 petang itu, Nurul Liyana Nafisah Mohd Hafiz melarikan diri selepas dibuli dan dikejar beberapa rakan sebayanya ketika bermain di padang permainan di kawasan berkenaan. Bagaimanapun, mangsa yang bersembunyi di rumah pasangan itu ditemui semula pada jam 11 malam dalam keadaan keletihan oleh sekumpulan penduduk kampung yang menjalankan operasi mencari dari rumah ke rumah selepas dia didapati menghilangkan diri. Anak sulung daripada dua beradik itu mendakwa, sebelum kejadian dia bersama adiknya, Nurul Dayana, 8, sedang bermain berhampiran rumah mereka sebelum diajak ke padang permainan terbabit oleh beberapa rakan sebayanya. Katanya, sebaik tiba di padang berkenaan, beberapa rakannya cuba membuli dengan menolaknya dan berikutan tidak mahu berterusan dibuli, dia cuba melawan sebelum kumpulan kanak-kanak terbabit bertindak mengejarnya. “Saya menjadi takut apabila lebih sepuluh kanak-kanak lelaki sebaya turut mengejar sebelum saya lari menyelamatkan diri tanpa arah tuju. “Saya yang menggigil ketakutan menangis dan memberanikan diri masuk ke dalam sebuah rumah didiami pasangan warga emas berkenaan untuk bersembunyi,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, kelmarin. Menurutnya, sebelum ini rumah warga emas berkenaan kerap dikunjungi rakannya kerana pasangan terbabit menjual makanan ringan. “Nenek itu memberikan saya sehelai pakaian milik cucunya sebelum saya terlelap. Saya bersembunyi di situ kerana khuatir dikejar kumpulan berkenaan sekiranya pulang rumah,” katanya. Ibu saudara mangsa, Asmah Ahmad Salleh, 30, berkata, dia menyedari kehilangan Nurul Liyana Nafisah selepas mendapati kanak-kanak itu tidak pulang ke rumah selepas jam 7 malam. “Kebiasaannya dia dan adiknya akan bermain di beranda rumah kerana saya tidak benarkan mereka keluar selagi ibu saya, Che Zam Md Yasin, 61, tidak pulang dari kerja, namun petang semalam (kelmarin) dia bermain di padang. “Menyedari dia tidak pulang pada jam 9 malam, saya meminta bantuan ahli jawatankuasa penduduk untuk mencarinya sebelum membuat laporan di Balai Polis Alor Gajah,” katanya. Asmah berkata, dua beradik berkenaan berada di bawah jagaannya berikutan ibu kanak-kanak terbabit, Norhamizah Mohd Salleh, 29, menetap di bandar raya Melaka. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Mohamad Laham ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kehilangan kanak-kanak berkenaan dan berkata, mangsa ditemui dalam keadaan selamat.

Janda berdepan hukuman gantung
Johor Bahru: Seorang janda berdepan hukuman gantung sampai mati sekiranya sabit kesalahan selepas dia ditahan dalam satu serbuan dadah di sebuah rumah di Jalan Padi Malinja 1, Bandar Baru Uda, di sini, 20 Mac lalu. Dalam serbuan pada jam 4 petang itu, janda berusia 51 tahun terbabit ditahan bersama seorang lelaki berusia 35 tahun dan semakan mendapati kedua-dua suspek me mpunyai rekod jenayah lampau. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abd Rahman berkata, serbuan di rumah terbabit membawa kepada penemuan 24 peket plastik berisi dadah jenis heroin dengan berat 138.3 gram, tujuh peket plastik lutsinar berisi dadah jenis syabu seberat 2.26 gram dan satu peket plastik lutsinar berisi dadah jenis ganja seberat 0.35 gram. Menurutnya, satu botol kaca yang juga alat menghisap syabu dan wang tunai dipercayai hasil jualan dadah berjumlah RM1,222 turut ditemui di rumah berkenaan. “Hasil saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah. “Wanita terbabit tidak mempunyai pekerjaan dan dipercayai menjadikan aktiviti pengedaran dadah sebagai pekerjaan utama,” katanya.


Pengawal tiada penyamun tiba rompak kedai emas
Kuala Lumpur: Tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan pistol mengambil masa kurang lima minit untuk menyamun sebuah kedai emas di Jalan Sentul di sini, semalam. Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, suspek yang menaiki sebuah PROTON Waja berhenti di hadapan premis sebelum dua daripadanya meluru masuk. Saksi kejadian, Zainab Ibrahim, 55, berkata suspek mengacukan pistol ke arah pekerja kedai dan mengarahkan mereka mengeluarkan dulang emas di ruang pameran. Katanya, seorang lagi suspek menunggu di pintu masuk dan mengacukan pistol untuk menakutkan orang awam yang berada di lokasi berkenaan. “Beberapa minit kemudian saya nampak dua suspek masuk semula ke dalam kereta sebelum penjenayah yang berada di pintu depan menyusul sambil melepaskan tembakan. “Saya nampak mereka bawa empat beg mungkin berisi barang kemas malah ketika mereka berlari terdapat beberapa utas gelang dan cincin tercicir di atas jalan,” katanya. Zainab berkata, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu panik dan tidak berani melawan kerana bimbang dicederakan serta hanya menghubungi polis selepas suspek beredar. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, siasatan awal mendapati satu das tembakan dilepaskan seorang suspek dipercayai sebagai amaran untuk menakutkan orang awam. “Ketika kejadian terdapat lapan pekerja di dalam premis berkenaan dan semuanya dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi semalam. Zakaria berkata, siasatan di lokasi kejadian menemui satu kelongsong peluru manakala rakaman percakapan mendapati pekerja kedai terbabit tidak mengecam wajah suspek kerana ketiga-tiganya memakai topeng. Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan jumlah kerugian masih disiasat. Difahamkan, tiada pengawal keselamatan yang menjaga pintu kedai berkenaan dan ia kejadian kali pertama selepas premis itu beroperasi sejak 30 tahun lalu.

Tumbukan suami curang
Kuala Lumpur: Luluh hati seorang isteri apabila suaminya bukan saja tergamak membawa kekasih gelap ke rumah mereka di Jinjang, di sini, kelmarin malah selepas perbuatannya terbongkar, dia dibelasah lelaki itu. Walaupun mengetahui isterinya yang berusia 21 tahun hamil enam bulan namun tanpa belas kasihan lelaki terbabit, 20-an, bertindak menumbuk dan menendang perut mangsa menyebabkan wanita terbabit mengerang kesakitan. Tidak cukup dengan itu si suami turut menghalau isteri dari kediaman mereka menyebabkan mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Jinjang kerana bimbang keselamatannya. Sumber berkata, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa pulang ke rumah mereka kira-kira jam 8.30 pagi selepas beberapa hari berada di rumah keluarganya dekat sini. “Bagaimanapun sebaik tiba di rumah, suami tidak membenarkan dia masuk menyebabkan mangsa pelik malah lelaki terbabit berulang kali meminta dia pulang semula ke rumah keluarganya. “Tindakan suaminya itu menyebabkan berlaku pertengkaran sebelum mangsa merempuh masuk ke dalam rumah menyebabkan lelaki berlari ke sebuah bilik dan mengunci pintu,” katanya. Menurutnya, mangsa yang mengesyaki sesuatu mengetuk pintu bilik beberapa kali sebelum lelaki terbabit membukanya tidak lama kemudian. “Mangsa terkejut apabila melihat seorang wanita lain dan lebih menyedihkan suaminya mengaku menjalinkan hubungan dengan wanita terbabit. “Akibatnya berlaku pertengkaran antara mereka sebelum lelaki itu bertindak ganas menumbuk muka isteri dan membelasahnya selama beberapa minit,” katanya. Sumber berkata, suspek turut menendang perut mangsa menyebabkan dia mengerang kesakitan. “Selepas membelasah mangsa, suspek menghalau isterinya dan tidak membenarkan dia pulang,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

7 tahun jadi hamba seks
Alor Gajah: Tidak tahan menjadi hamba seks bapa tiri sejak tujuh tahun lalu, seorang remaja perempuan nekad membuat laporan polis berhubung tindakan lelaki durjana itu, kelmarin. Lebih mengejutkan selain mangsa berusia 18 tahun itu, adiknya berumur 15 tahun turut didakwa menjadi tempat melepaskan nafsu bapa tiri mereka yang bekerja sebagai pembantu am rendah di sebuah agensi kerajaan sejak tiga tahun lalu. Menurut sumber, mangsa bertindak nekad membuat laporan selepas tidak tahan dengan sikap lelaki berusia 44 tahun berkenaan merogolnya sejak dia berusia 11 tahun. “Mangsa mendakwa kali pertama dirogol bapa tirinya pada 2007 selepas lelaki itu berpura-pura memintanya melihat keadaan adik tirinya yang demam di dalam sebuah bilik. “Kejadian sama kerap berulang walaupun ibu mangsa berada di rumah,” katanya. Menurutnya, tidak puas menjadikan mangsa sebagai tempat memuaskan nafsu, lelaki berkenaan turut merogol seorang lagi anak tirinya berusia 15 tahun. “Adik mangsa dirogol bapa tiri mereka sejak berusia 12 tahun kini trauma, mereka berkurung di dalam bilik dan hanya keluar untuk makan serta ke tandas,” katanya.

Beria-ia ajak gadis lari rupanya sudah dinoda
Segamat: Tindakan seorang buruh kasar bersungguh-sungguh mengajak teman wanitanya yang juga gadis tempatan berusia 15 tahun lari ke negara asalnya di Indonesia akhirnya membongkar perbuatan keji lelaki berkenaan yang sebenarnya sudah merogol gadis bawah umur itu. Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat Deputi Superintendan M Anuar Ismail berkata, sebelum melarikan diri, lelaki berkenaan sempat memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun ibu mangsa sebagai dorongan kepada mangsa mempersiapkan diri pergi ke Indonesia. Katanya, mangsa keluar dari rumah pada jam 7 pagi, 23 Mac lalu, kerana ingin mengeluarkan wang yang diberi teman lelakinya berusia 27 itu sambil ditemani dua ibu saudaranya. “Ibu saudaranya bagaimanapun berpisah dengan mangsa di Jalan Station, di sini, dan pulang ke rumah masing-masing kira-kira jam 10 pagi hari yang sama. “Gadis itu menyatakan kepada ibu saudaranya ingin berjumpa dengan teman lelaki dan menyuruh mereka pulang terlebih dulu selain sempat berpesan supaya mereka jangan risaukan keselamatannya,” katanya ketika dihubungi, semalam. Menurut M Anuar, keluarga mangsa yang gagal menghubungi telefon bimbit anaknya itu selepas tidak pulang hingga ke tengah malam bertindak membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Segamat, di sini. “Bapa gadis berkenaan yang berusia 46 tahun membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya pada jam 1 pagi, 24 Mac lalu, selepas gadis itu tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi. “Anaknya itu dipercayai melarikan diri bersama lelaki berkenaan kerana anaknya pernah memberitahu saudara terdekatnya dia mahu mengikuti teman lelakinya beberapa hari sebelum menghilangkan diri,” katanya. Menurutnya, susulan laporan itu, polis melancarkan operasi mengesan mangsa dan teman lelakinya sebelum mereka ditahan di Terminal Larkin, Johor Bahru, sehari selepas laporan polis dibuat. “Siasatan awal mendapati gadis itu menjadi mangsa rogol teman lelakinya yang juga warga Indonesia di sebuah rumah kongsi dekat kilang batu-bata sekitar Redong pada malam 23 Mac lalu.

Foto
Pelakon hamilkan saya
SHELIN menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
Ipoh: Demi cinta, seorang pelakon dan ahli perniagaan di sini sanggup berbuat apa saja bagi memenuhi kemahuan teman lelakinya termasuk membenarkan dirinya ditiduri. Namun selepas terlanjur dan kandungannya kini berusia enam bulan, lain pula jadinya apabila lelaki berkenaan bukan saja tidak mengaku zuriatnya, malah mengugut membelasah kekasihnya dengan mengupah samseng. Mangsa yang mahu dikenali sebagai Shelin, 29, turut dituduh perempuan jalang dan pengedar dadah oleh lelaki berkenaan. Menurutnya, lelaki yang bekerja di sebuah agensi kerajaan di Kulim, Kedah itu pernah berjanji mengahwininya sebelum bertindak melarikan diri selepas mengetahui mengenai kandungannya itu. “Yang menjadi persoalan kini dia sudah bertunang dan mendaftar perkahwinan dengan seorang perempuan lain dan akan melangsungkan majlis perkahwinan pada April ini.

Foto
Nahas buka rahsia, akibatkan kemalangan
KONTRAKTOR membersihkan tumpahan minyak di Jalan Duta, semalam.
Kuala Lumpur: Pemeriksaan anggota bomba dan penyelamat terhadap sebuah lori yang menyebabkan tumpahan minyak di Jalan Duta di sini, semalam, sehingga mengakibatkan tiga kereta dan 20 motosikal terbabas membongkarkan satu sindiket penyeludupan diesel. Ini berikutan pemeriksaan pada lori itu menemui enam tong dianggarkan mengandungi kira-kira 6,000 liter minyak dipercayai untuk diseludup. Pemeriksaan mendapati terdapat paip disambung dari tangki lori ke setiap tong yang ditutup dengan kanvas di belakang kenderaan terbabit. Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Penguasa Kanan Bomba 1 Azizan Ismail berkata, pemeriksaan anggotanya itu tidak menolak kemungkinan lelaki berusia 30-an itu ada kaitan dengan sindiket penyeludupan diesel berikutan muatannya yang melebihi had dibenarkan. “Penyambungan paip itu juga mencurigakan kerana kita percaya apabila pemandu mengisi minyak, ia akan disalurkan terus ke dalam enam tong yang berukuran 1,000 liter setiap satu. “Berikutan keadaan kenderaan yang mencurigakan itu, pemandu terbabit diserahkan kepada anggota polis untuk tindakan dan siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam. Dalam kejadian jam 2.20 petang itu, seorang wanita cedera parah selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan manakala lebih 20 penunggang motosikal cedera ringan selepas terjatuh di jalan raya. Kejadian dipercayai berpunca daripada klip penyambungan utama pada tong dibawa lori berkenaan tercabut menyebabkan muatan diesel dianggarkan sebanyak 2,000 liter tumpah dan mengalir sepanjang satu kilometer tanpa disedari pemandu. Azizan berkata, terdapat tiga kereta yang melalui jalan berkenaan terbabas dan merempuh penghadang jalan. “Seorang pemandu cedera parah dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut manakala penunggang motosikal hanya mengalami cedera ringan,” katanya.

Foto
Pemegang insurans tanggung RM330j
Kuala Lumpur: Pemegang insurans kepada pesawat MH370 bersetuju menanggung AS$100 juta (RM330 juta) kos kehilangan pesawat itu walaupun belum jelas apa yang sebenarnya berlaku, lapor Wall Street Journal (WSJ). Bagaimanapun, perjanjian tanggungan itu hanya untuk kos pesawat dan tidak termasuk polisi insurans hayat atau pampasan daripada syarikat penerbangan. Dilaporkan, insurans itu terbahagi antara badan kapal dan tanggungan iaitu semua polisi komprehensif, kerugian penumpang dan pesawat serta polisi yang melindungi pesawat daripada perbuatan jahat yang dikenali sebagai Hull War dan Allied Perils. “Bila punca kehilangan pesawat tidak diketahui, kami akan meningkatkan 50 peratus daripada nilai pesawat,” kata seorang pakar insurans. Minggu lalu, syarikat insurans Jerman, Allianz Global Corporate & Specialty mendedahkan ia adalah syarikat insurans utama bagi pesawat MAS yang hilang berkenaan bagi polisi liabiliti dan kapal terbang.


‘Ayah masih hidup’
AHMAD Seth bersama kakak, Aishah (kiri) serta ibu, Faizah Khanum Mustafa Khan.
Subang Jaya: “Selagi tidak tengok dengan mata saya sendiri serpihan atau bukti pesawat berkenaan terhempas, saya percaya ayah masih hidup,” demikian luahan anak bongsu juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah. Ahmad Seth Zahari, 26, berkata, dia tidak terkejut apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perjalanan MH370 yang sepatutnya tiba di Beijing berakhir di selatan Lautan Hindi memandangkan pesawat berkenaan sudah lebih dua minggu dilaporkan hilang. “Saya tenang dan tidak terkejut. Itu yang boleh saya katakan sebaik mendapat berita perjalanan MH370 yang dikendalikan ayah berakhir di selatan Lautan Hindi. “Ini mungkin kerana naluri saya kuat mengatakan ayah masih hidup. Walaupun saya tahu peluang itu (masih hidup) tipis tetapi selagi tiada bukti menunjukkan perkara itu, saya rasakan yang ayah masih ada,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Subang Jaya, kelmarin. Walaupun bersikap tenang, namun riak wajah pelajar sebuah kolej bahasa asing itu gagal menyembunyikan seribu kesedihan kerana selepas 18 hari, misteri kehilangan pesawat dikendalikan bapanya belum menemui sebarang jawapan yang pasti.

Pesakit barah jatuh tingkat 9
Butterworth: Seorang lelaki yang menghidap barah paru-paru ditemui mati dalam keadaan mengerikan selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan rumah pangsa Tanjung Jaya, Jalan Raja Uda, di sini, dalam kejadian pada jam 6.30 pagi semalam. Sebelum kejadian mangsa keluar seorang diri dari rumahnya di Butterworth dengan menunggang motosikalnya menuju rumah pangsa berkenaan sebelum ditemui sudah meninggal dunia oleh penduduk kediaman berkenaan. Menurut sumber, ketika ditemui mayat lelaki dikenali Thum Kim Hong, 54, masih lengkap memakai topi keledar dan mangsa parah pada badan serta pinggang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. “Mangsa sebelum ini disahkan doktor menghidap barah paru-paru dan beberapa kali menjalani rawatan kimoterapi, malah dia kerap mengadu sakit setiap kali selesai sesi berkenaan. “Pada malam sebelum kejadian dia tidak menunjukkan gelagat aneh, sebaliknya berjanji untuk keluar bersarapan bersama isterinya menyebabkan wanita terbabit langsung tidak mengesyaki perkara buruk akan menimpa suaminya,” katanya. Difahamkan isteri mangsa yang juga penjual bunga di sebuah pasar berhampiran dan wanita itu hanya mengetahui mengenai kejadian menimpa suaminya selepas dihubungi seorang rakan. Siasatan masih dijalankan untuk mengesan sekiranya kejadian berunsur jenayah atau sebaliknya dan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Kereta lesap depan rumah
Ipoh: Seorang kontraktor mengalami kerugian hampir RM170,000 selepas kereta Toyota Fortuner miliknya yang diletakkan di hadapan rumah hilang disyaki dicuri. Difahamkan, kejadian jam 1 pagi itu, di Desa Sri Ampang, di sini, berlaku di dalam kawasan kediaman mangsa ketika semua ahli keluarga mangsa tidur nyenyak. Menurut sumber, kenderaan mangsa sebelum itu dikunci dengan baik termasuk menggunakan peralatan kunci tambahan, namun berjaya dilarikan suspek dipercayai menggunakan peralatan canggih. Katanya, mangsa terkejut apabila mendapati kenderaannya itu hilang jam 8 pagi ketika ingin keluar ke pejabat. Menurutnya, berdasarkan semakan kamera litar tertutup (CCTV) di rumah mangsa, pencuri terbabit menggunakan satu peralatan seakan-akan komputer riba bagi membuka kenderaan berkenaan termasuk kunci tambahan. “Dalam semakan itu dapat diperhatikan kecurian berkenaan dilakukan secara bersendirian oleh seorang lelaki menggunakan peralatan tertentu dan tindakannya ketika membuka kenderaan itu bagaikan pakar. “Bukan mudah untuk membuka kenderaan seperti itu namun dia hanya mengambil masa tidak sampai beberapa minit untuk membuka dan melarikan kenderaan berkenaan,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut dijalankan.

Khidmat bomoh lebih berkesan
Nairobi: Ketua Hakim Kenya semalam berkata kes saman mungkin lebih mudah diselesaikan bomoh berbanding mahkamah yang kini terlalu terbeban. Willy Mutunga menyatakan kebimbangannya terhadap ‘budaya’ baru di negara itu yang melihat orang ramai terlalu tergesa-gesa mahu mengemukakan kes saman di mahkamah sehingga mengakibatkan ribuan kes tertunggak. “Orang ramai sepatutnya berhenti berkata ‘Jumpa saja di mahkamah’ kerana ini membabitkan proses lama dan mahal. “Sebaiknya cubalah selesaikan dulu isu itu menggunakan orang tua, rumah ibadat atau jiran sebagai perantara. “Malah di kampung saya di Kutui juga banyak kali saya berkata lebih banyak kes boleh diselesaikan oleh bomoh saja,” katanya ketika merasmikan bangunan mahkamah baru di wilayah Kiambu, dekat sini. - Reuters


Arab tolak negara Yahudi
Kuwait: Pemimpin negara Arab semalam menyokong penuh keengganan Palestin mengiktiraf Israel sebagai negara Yahudi dalam tindakan yang mungkin menggugat usaha damai Amerika Syarikat (AS). Deklarasi itu diisytiharkan dalam kenyataan hasil perjumpaan dua hari di sini. “Kami menolak sepenuhnya gesaan untuk mengiktiraf Israel sebagai negara Yahudi,” kata kenyataan itu, semalam. Palestin mengiktiraf Israel ketika permulaan proses damai pada awal 1990-an, namun Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkeras mahukan pengiktirafan negara itu sebagai tanah air orang Yahudi. Ini dilihat menghancurkan sebarang hak pelarian Palestin untuk kembali ke negara asal mereka. Liga Arab sebelum ini menyatakan pendiriannya menolak tuntutan berkenaan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan ibu pejabat badan itu di Kaherah, awal bulan ini. Setiausaha Negara AS John Kerry berdepan pelbagai kesukaran untuk menyambungkan semula rundingan damai selepas 29 April ini - tarikh akhir ditetapkan untuk perbincangan - berikutan pelbagai isu berbangkit. Presiden Palestin Mahmud Abbas sebelum ini menegaskan pihaknya tidak sekali-kali akan melayani tuntutan Netanyahu. Pemimpin rejim Zionis itu meletakkan perkara itu sebagai syarat utama bagi proses rundingan kerana mendakwa perkara itu yang paling asas dalam pertelingkahan dengan Palestin.- AFP

Foto
Bakar diri tak dapat makanan, Pelarian Syria
KEADAAN wanita itu di hospital, semalam.
Tripoli: Seorang ibu yang juga pelarian Syria membakar dirinya di depan empat anaknya kerana terdesak mahu mendapatkan bantuan makanan ketika beratur di pusat pendaftaran Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini. Suruhanjaya Tinggi PBB mengenai Pelarian (UNHCR) ketika mengesahkan kejadian itu berkata wanita berusia 50-an berkenaan kini dirawat di hospital kerana melecur teruk. Saksi, peniaga gerai Abu Riad al-Amudi yang berniaga berhampiran pusat pendaftaran PBB itu berkata, wanita berpakaian hitam itu mula menjerit ketika ratusan pelarian beratur mendapatkan makanan pagi kelmarin. “Dia menjerit: ‘Sudah tiga hari saya datang mendapatkan bantuan makanan bagi kami enam beranak. Setiap kali saya dihantar pulang dan dijanjikan bantuan jika datang keesokannya. Namun semuanya janji kosong belaka.’ “Kemudian dia tiba-tiba mengeluarkan botol plastik kecil dari beg tangan dibawanya dan menuangkan isi kandungannya ke kepala dan badannya sebelum menyalakan pemetik api. “Anak-anaknya berdiri di sebelahnya ketika itu,” katanya. Abu Riad yang masih terkejut dengan kejadian itu berkata dia bersama orang ramai cuba memadamkan api menggunakan jaket masing-masing serta air sebelum pengawal PBB datang membantu dan membawanya ke hospital. Pengarah hospital Gabriel al-Sabeh memberitahu AFP wanita itu melecur pada muka dan anggota badannya. Wanita itu ditemui di hospital dengan wajah dan kakinya dibalut malah sukar bercakap kerana kesakitan. “Dada saya sakit. Kami tidak makan beberapa hari,” katanya. Suaminya, Khaled al-Daher yang turut berada di situ terkejut dengan perbuatan isterinya itu. “Selalunya kami mendapat bantuan sekali sebulan, namun kali ini memang bantuan lambat tiba,” katanya dalam satu kenyataan. Jurucakap UNHCR Joelle Eid mengesahkan kejadian dan berkata kakitangan PBB berusaha memastikan mangsa mendapat bantuan sewajarnya selain menyiasat dakwaannya. - AFP


Tiga ejen mabuk yang ditugaskan melindungi Barack Obama dihantar pulang
Washington: Tiga anggota Perkhidmatan Rahsia yang ditugaskan melindungi Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama ketika lawatannya ke Amsterdam minggu ini dihantar pulang kerana mabuk selepas minum sepanjang malam. Malah akhbar Washington Post melaporkan, seorang daripada mereka ditemui pengsan di laluan depan pintu bilik hotelnya. Jurucakap Perkhidmatan Rahsia Ed Donovan mengesahkan agensi itu menghantar pulang tiga ejen atas masalah disiplin dan mereka kini diberi cuti sementara siasatan dijalankan. Kejadian memalukan itu berlaku hampir dua tahun selepas skandal pada April 2012 yang melihat 12 ejen Perkhidmatan Rahsia mengupah pelacur selepas minum arak sejurus sebelum ketibaan presiden untuk menghadiri persidangan ekonomi di Colombia. Kejadian itu terbongkar apabila seorang pelacur berkenaan membuat kecoh berikutan ejen yang menggunakan khidmatnya enggan membayar. Obama menghadiri persidangan di The Hague selain menemui pemimpin G7 untuk membincangkan krisis di Ukraine. Dia kemudian ke Brussels untuk lawatan ke ibu pejabat Kesatuan Eropah, selain dijadualkan melawat Rom dan Vatican. - AFP


287 pelanggaran kempen pilihan raya Indonesia
Jakarta: Badan pengawasan pilihan raya Indonesia (Bawaslu) semalam berkata, sebanyak 287 pelanggaran kempen pilihan raya dilakukan pelbagai parti yang bertanding pada pilihan raya umum Indonesia 9 April ini sejak 25 Mac lalu. Dalam kenyataan kepada wartawan, penyelaras undang-undang badan berkenaan Nelson Simajuntak berkata, Parti Hati Nurani Rakyat (Hanura) paling banyak melakukan pelanggaran sepanjang kempen mereka sehingga kelmarin. “Sebanyak 48 pelanggaran kempen dilakukan oleh Hanura. Ini diikuti oleh Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), sebanyak 47 dan Partai Nasdem, 39,” katanya. Menurut Nelson kesalahan dilakukan parti terbabit sepanjang mengadakan rapat umum di seluruh negara, termasuk memberi wang dan menggunakan kemudahan kerajaan. - Agensi

Foto
Telaga Sukarno jadi tumpuan
SEORANG pengunjung mencuci mukanya dengan air dari telaga di rumah pengasingan Sukarno.
Jakarta: Amalan khurafat dalam kalangan calon semakin berleluasa menjelang pilihan raya umum Indonesia pada 9 April depan. Jika sebelum ini ia membabitkan kunjungan ke pusara presiden pertama negara itu, Sukarno, kini yang menjadi tumpuan ialah lawatan ke telaga di bekas tempat pengasingan pemimpin Indonesia itu di Bengkulu. Seperti yang dilapor akhbar Internet VIVAnews, seorang calon Dewan Perwakilan Daerah dari Bengkulu. Mohammad Salleh, ditemui di kawasan itu berkata, dia mengharapkan berkat selepas membasuh mukanya dengan air telaga berkenaan. Dia yang bertambah yakin akan menang dalam pilihan raya itu bukan satu-satunya calon yang berbuat demikian. “Saya yakin akan menduduki kerusi Parlimen. Mudah-mudahan dengan berkat air yang pernah digunakan oleh Presiden Sukarno boleh meningkatkan keyakinan diri saya,” kata Salleh. Dakwaan kononnya air di telaga itu boleh membawa berkat sudah lama diperkatakan masyarakat Bengkulu. Mereka kerap meluangkan masa untuk membasuh muka atau mencuci kaki dan tangan di telaga berkenaan. - Agensi


Nelayan Thai tersepit
Songkhla: Menteri Luar Thailand meminta penjelasan daripada agensi yang terbabit berhubung dakwaan pembunuhan dua tentera laut Indonesia oleh anak kapal nelayan negara itu. Berikutan kejadian 9 Mac lalu, Indonesia menguatkuasakan larangan ke atas bot nelayan Thai untuk beroperasi di perairannya. Larangan itu menyebabkan industri perikanan Thai kerugian 30 juta baht (RM3 juta) sehari. Sehubungan dengan itu Thailand meminta Indonesia menarik balik larangan dan berjanji menyegerakan siasatan kes terbabit serta mencari dalang sebenar yang melakukan pembunuhan itu. Surapong Tohvichakchaikul semalam meminta butiran kes daripada polis marin dan beberapa agensi lain termasuk Tentera Laut Diraja Thailand dan Jabatan Marin. Surapong juga menggesa nelayan Thai mematuhi peraturan menangkap ikan di perairan antarabangsa. Kementerian itu sudah menghantar surat kepada kerajaan Indonesia bagi meluahkan rasa simpati terhadap kejadian itu. Surapong berkata, dia akan menghubungi rakan sejawatnya di Indonesia untuk menjelaskan situasi sebenar. Kira-kira 500 pukat tunda Thai terjejas akibat sekatan yang dikenakan kerajaan Indonesia itu. Surapong berkata dia yakin kes itu tidak akan mempengaruhi hubungan antara kedua-dua negara. Sementara itu, Polis Wilayah 9, Timbalan Pesuruhjaya Polis Mejar Jeneral Chawalit Sawaengpuet yang mengetuai siasatan berkata, pukat tunda dan anak kapal yang terbabit dalam kejadian itu meninggalkan Thailand tanpa melalui pemeriksaan imigresen. Dia memberitahu, polis sedang menyiasat laporan mengenai bot nelayan itu yang mungkin menangkap ikan secara haram. Menurutnya, siasatan awal menunjukkan nelayan di dalam bot terbabit bukan warga Thai dan mereka berdepan dengan tuduhan masuk ke negara itu secara haram.- Agensi - AP


Mayat ‘tonton’ televisyen
Frankfurt: Mayat seorang wanita Jerman berusia 66 tahun yang mati enam bulan lalu ditemui “menonton” televisyen yang masih terpasang apartmennya. Menurut laporan akhbar Frankfurter Neue Presse kelmarin, wanita yang menetap di Oberursel itu mati kerana sakit tua dalam keadaan memakai baju tidur ketika menonton televisyen. Polis juga menemui intisari rancangan televisyen bulan September berhampiran mayat wanita itu. Akhbar berkenaan menyifatkan mayat wanita itu sebagai “separa mumia”. - AP


Sorok 7,000 berlian dalam seluar dalam
Shenzhen: Seorang lelaki Hong Kong ditahan selepas pegawai kastam di sempadan bandar raya itu mendapati dia berjalan dengan cara yang pelik. Selepas diperiksa mereka mendapati lelaki itu cuba menyembunyikan lebih 7,000 berlian di dalam seluar dalamnya. Selain itu pihak berkuasa turut menemui 10 barangan kemas disembunyikan di tempat yang sama. Menyeludup berlian dengan cara menyembunyikannya di dalam seluar dalam sememangnya kedengaran pelik dan menjijikkan. Namun ia tetap menjadi cara yang dipilih penyeludup dari Taiwan yang ditahan Julai lalu bersama 24 kepingan emas yang diselitkan di duburnya. - Agensi

Malaysia Airlines - H 2014
Filem pesawat terhempas ditangguh hormati MH370
Hong Kong: Sebuah filem mengenai kemalangan pesawat yang terhempas di lautan ketika dalam penerbangan ke Beijing ditangguhkan penggambarannya kerana mempunyai persamaan dengan kejadian yang menimpa pesawat MH370. Arclight Films, produksi yang menerbitkan filem “Deep Water” itu dalam kenyataannya memberitahu, proses praproduksi terpaksa dihentikan buat masa ini. “Kami menangguhkannya sebagai menghormati apa yang berlaku sekarang. Ia kejadian yang tragik,” kata Pengarah Urusannya Gary Hamilton. Dia bagaimanapun menyangkal persamaan yang terdapat dalam filemnya dengan mengatakan filem itu sebenarnya berbeza tetapi hanya mempunyai persamaan dari sudut kemalangan yang menimpa pesawat. Deep Water mengisahkan sebuah pesawat yang dalam perjalanan dari Sydney menuju Beijing terhempas. Ia menyebabkan seorang marsyal udara dan sejumlah penumpang serta krew pesawat yang terselamat menghadapi kesukaran untuk menyelamatkan diri di tengah laut. Mereka terpaksa berdepan bahaya serangan jerung harimau dan ancaman lain. - AFP

Foto Foto
Masak sup kucing
KUCING diletakkan di dalam sangkar sebelum digantung dan disembelih.
Guangdong: Seorang wanita China menjadi sasaran kecaman umum selepas dia memuat naik gambarnya merebus seekor kucing untuk dibuat sup. Tindakan Li Jinbang memuat naik gambar “kejam” itu di laman sosial Weibo membuatkan satu kempen mengecamnya diwujudkan di Internet. Dia turut dihujani komen dan emel yang mengecam tindakannya serta mengugutnya sebaik gambar berkenaan dimuat naik. Walaupun dia kemudiannya membuang gambar itu, semuanya sudah terlambat kerana “ dosanya” sudah tersebar luas dikalangan pengguna Internet. Pada mulanya dia hanya menulis status, “Lihat, saya dapat tangkap dan makan harimau.” Namun tanpa rasa bersalah, dia kemudiannya memuat naik gambar dan menerangkan bagaimana dia merebus haiwan itu sebelum menyiat kulit dan mengerat badannya. Gambar itu termasuk seekor kucing yang ketakutan berada di dalam sangkar sebelum haiwan itu digantung dan disembelih. Selepas dihujani kecaman, Jinbang cuba mempertahankan tindakannya dengan berkata kucing cedera parah akibat dilanggar kenderaan. Dia mendakwa membantu rakannya mengakhiri kesengsaraan kucing itu, sedangkan gambar yang dimuat naik menunjukkan kucing itu berada dalam keadaan sempurna dan sihat. “Ia sememangnya perlu mati. Saya membunuh dan memakan kucing itu tanpa melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang,” katanya.- Agensi

Foto
Exige S Roadster ke pasaran global
DR Mahathir bersama Syed Mohamad selepas pelancaran Exige S Roadster, semalam.
Petaling Jaya: Group Lotus PLC, anak syarikat milik penuh DRB-Hicom Bhd menyasarkan jualan sehingga 1,200 unit bagi kereta keluaran terbaru, Exige S Roadster untuk pasaran global. Ketua Pegawai Operasinya, Aslam Farikullah berkata, selain Malaysia, Exige S Roadster itu dijual untuk pasaran Eropah, Jepun dan China. Menurutnya, pengenalan model terbaru itu akan memberi kekuatan kepada Lotus untuk mengukuhkan dan mengembangkan pasaran kenderaannya, selain memberi peluang kepada pengguna untuk mengetahui lebih lanjut berhubung produk terkini jenama berkenaan. “Pada tahun lalu, Lotus mencatat peningkatan sehingga 31 peratus pengeluaran. “Namun, bagi sasaran Lotus Car Malaysia tahun ini, kami mahu memberi fokus kepada mengkaji dan memahami pasaran tempatan dengan lebih baik,” katanya selepas melancarkan Exige S Roadster di sini, semalam. Majlis pelancaran itu disempurnakan Penasihat PROTON Tun Dr Mahathir Mohamad dan hadir sama, Pengerusi DRB-Hicom, Datuk Syed Mohamad Syed Murtaza serta pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Holdings Berhad, Datuk Abdul Harith Abdullah. Exige S Roadster yang menggunakan enjin V6 3.5 liter menyalurkan kuasa maksimum sehingga 345 kuasa kuda serta mampu memecut kelajuan sehingga 233 kilometer sejam (km/j). Harga jualannya ialah RM452,030 tidak termasuk insurans dan ditawarkan jaminan tiga tahun atau jumlah perbatuan sehingga 100,000 kilometer.


Geng samun dan curi kereta ditahan
Johor Bahru: Sekumpulan penjenayah dianggotai lapan lelaki dan seorang wanita yang aktif melakukan pelbagai jenayah seperti curi kenderaan dan samun bersenjata ditahan dalam beberapa serbuan, semalam. Kesemua penjenayah terbabit berusia lingkungan 18 hingga 44 tahun dipercayai terbabit dalam 13 kes di sekitar Johor Bahru Utara dan kawasan berhampiran. Kumpulan itu juga menjadikan kereta mewah sebagai sasaran untuk dicuri.


Penggurup wang disamun RM5,500
Georgetown : Seorang penggurup wang kerugian kira-kira RM10,000 apabila disamun dua lelaki bersenjatakan sebilah pisau ketika berjalan kaki ke tempat letak kereta di Jalan Tun Syed Sheikh Barakhbah, di sini, semalam. Kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi ketika mangsa berusia 31 tahun berjalan kaki seorang diri untuk pergi ke tempat parkir kereta yang terletak berhadapan pejabat Dewan Undangan Negeri (Dun). Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang berasal dari Kota Kinabalu itu dikatakan baru saja turun dan keluar dari kapal persiaran sebelum berjalan kaki menuju ke kawasan parkir berkenaan. Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa ke sana bagi mengambil teksi untuk pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) untuk pulang ke kampung halamannya di Sabah. Katanya, mangsa dihampiri dua suspek lelaki yang tidak dikenali dan seorang mengacukan sebilah pisau sebelum mengarahkan mangsa menyerahkan wang RM5,500 dan rantai leher yang dipakai "Suspek dipercayai melarikan diri dari lokasi kejadian dan hasil siasatan dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Kempen 3.5 juta lesen motosikal
Seremban: Program My Lesen yang memberi peluang kepada 3.5 juta penunggang motosikal memiliki lesen bakal dilancarkan Mei ini. Program yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu memberi potongan 50 peratus bayaran bagi setiap permohonan dan ujian mendapatkan lesen motosikal. Timbalan Ketua Pengarahnya Datuk Yusoff Ayob berkata, bayaran yang ditawarkan RM198 berbanding RM350 hingga RM450 yang dikenakan institut memandu ketika ini. Menurutnya, kebanyakan penunggang motosikal tidak mempunyai lesen adalah golongan belia yang berusia antara 16 hingga 30 tahun. Katanya, My lesen adalah antara pendekatan JPJ untuk mengurangkan kadar kemalangan di mana penunggang motosikal akan diajar mengenai kaedah tunggangan selamat dan undang-undang jalan raya sebelum diberi lesen. Beliau berkata demikian selepas meninjau Ops Khas Pengarah di Jalan Senawang, di sini, malam tadi. Dalam operasi berkenaan, sebanyak 891 kenderaan diperiksa dan daripada jumlah itu, 180 kenderaan dikenakan tindakan saman, notis larangan dan arah periksa.

Foto
Warga emas rentung di dapur
Ipoh: Seorang warga emas ditemui rentung di bahagian dapur rumahnya di Jalan Ampang Baru 6, Kampung Baru Cina Ampang, di sini petang tadi. Mayat mangsa ditemui oleh anak saudaranya, Lee Yau Pang, 25, kira-kira jam 5 petang. Menurut Yau Pang, ibu saudaranya, Lee Oi Lin, 66, tinggal seorang diri di rumah berkenaan dijumpai dalam keadaan rentung di bahagian dapur rumahnya. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, S Samasuvam berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.34 petang sebelum tiba ditempat kejadian sembilan minit kemudian. "Sebaik tiba di lokasi, kebakaran sudah tiada dan kami dapati mayat seorang wanita dalam melecur 100 peratus di seluruh bahagian badan. Menurutnya mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. "Punca kejadian masih dalam siasatan,"katanya.


Penagih dadah dicekup terlibat empat kes curi kabel TM
JITRA - Kerajaan negeri Kedah membuat keputusan untuk tidak mengibarkan bendera negeri itu secara separuh tiang ekoran tragedi MH370 kerana mahu menghormati harapan keluarga anak kapal dan penumpang pesawat tersebut. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, keputusan itu dibuat menerusi mesyuarat exco yang mana sebulat suara mahu harapan keluarga agar anak kapal dan penumpang pesawat berkenaan pulang dengan selamat dihormati. "Dalam mesyuarat exco, kami membuat keputusan, buat masa ini untuk tunggu dulu walaupun daripada segi kebarangkalian pesawat telah hilang bersama semua penumpang dan anak kapal," katanya. Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pembangunan Taman Tunku Intan Safinaz dan Pembinaan Apartmen Kos Rendah di tapak projek di Bandar Darul Aman di sini hari ini. - KOSMO!

Kedah tidak kibar bendera separuh tiang
JITRA - Kerajaan negeri Kedah membuat keputusan untuk tidak mengibarkan bendera negeri itu secara separuh tiang ekoran tragedi MH370 kerana mahu menghormati harapan keluarga anak kapal dan penumpang pesawat tersebut. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, keputusan itu dibuat menerusi mesyuarat exco yang mana sebulat suara mahu harapan keluarga agar anak kapal dan penumpang pesawat berkenaan pulang dengan selamat dihormati. "Dalam mesyuarat exco, kami membuat keputusan, buat masa ini untuk tunggu dulu walaupun daripada segi kebarangkalian pesawat telah hilang bersama semua penumpang dan anak kapal," katanya. Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pembangunan Taman Tunku Intan Safinaz dan Pembinaan Apartmen Kos Rendah di tapak projek di Bandar Darul Aman di sini hari ini. - KOSMO!

China janji komitmen berterusan bantu cari MH370
KUALA LUMPUR - China memberi jaminan akan meneruskan komitmennya untuk membantu mencari sebuah pesawat penumpang Malaysia yang hilang dan dipercayai jatuh di selatan Lautan Hindi. Jaminan itu disampaikan Zhang Ye Sui, duta khas Presiden China kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam pertemuan mereka di pejabat Perdana Menteri di Bangunan Parlimen di sini hari ini. "Oleh kerana misi mencari kini difokuskan di koridor selatan Lautan Hindi, maka China memberi komitmen untuk menghantar 11 kapal dan tiga daripadanya sudah pun berada di sana,” kata kenyataan Pejabat Perdana Menteri. Menurut kenyataan itu, kerajaan China akan bekerjasama rapat dengan Malaysia kerana menganggap negara ini sebagai antara rakan golobalnya yang paling penting. "China dan Malaysia juga komited untuk membawa hubungan kukuh dua hala sedia ada ke tahap lebih tinggi,” katanya. - Bernama


China janji komitmen berterusan bantu cari MH370
KUALA LUMPUR - China memberi jaminan akan meneruskan komitmennya untuk membantu mencari sebuah pesawat penumpang Malaysia yang hilang dan dipercayai jatuh di selatan Lautan Hindi. Jaminan itu disampaikan Zhang Ye Sui, duta khas Presiden China kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam pertemuan mereka di pejabat Perdana Menteri di Bangunan Parlimen di sini hari ini. "Oleh kerana misi mencari kini difokuskan di koridor selatan Lautan Hindi, maka China memberi komitmen untuk menghantar 11 kapal dan tiga daripadanya sudah pun berada di sana,” kata kenyataan Pejabat Perdana Menteri. Menurut kenyataan itu, kerajaan China akan bekerjasama rapat dengan Malaysia kerana menganggap negara ini sebagai antara rakan golobalnya yang paling penting. "China dan Malaysia juga komited untuk membawa hubungan kukuh dua hala sedia ada ke tahap lebih tinggi,” katanya. - Bernama

Enam sekeluarga ditahan bersama lima paket dadah
KOTA BHARU - Polis menahan enam orang dari sebuah keluarga termasuk dua wanita dan merampas lima paket plastik yang dipercayai mengandungi dadah sintetik bernilai RM24,000 di sebuah rumah di Kampung Sireh di sini semalam. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Deputi Superintendan Mit Emong berkata, bertindak atas intipan dan maklumat awam, sepasukan polis menyerbu rumah yang dipercayai menjadi pusat pengedaran dadah itu. Katanya, dalam serbuan pukul 2 petang itu, polis menemui tiga paket plastik yang mengandungi ketulan kristal yang disyaki dadah dianggarkan seberat 90.3 gram dan dua paket plastik biru yang mengandungi 450 biji pil berwarna kemerahan yang disyaki dadah jenis Methaphetamine. "Hasil pemeriksaan mendapati dua suspek yang berumur 31 dan 21 tahun positif dadah jenis Methaphetamine dan kesemua anggota keluarga itu ditahan reman bagi membantu siasatan," katanya. Mit berkata, polis turut menyita sebuah kereta serta dua buah motosikal. - Bernama

Nor Azman Mohamad
Bapa bunuh anak dihantar ke Hospital Bahagia
KAJANG - Mahkamah Majistret di sini diberitahu bapa yang didakwa membunuh anak perempuannya berusia tujuh tahun menggunakan parang di rumahnya, telah dihantar ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan untuk pemeriksaan mental. Perkara itu dimaklumkan peguam Nasar Khan ketika kes itu disebut di hadapan Majistret Abdul Jalil Salam Muhamad hari ini. Nasar berkata, anak guamnya, Norazman Mohammad, 43, dihantar ke hospital berkenaan sejak 27 Feb lalu oleh pihak Penjara Kajang. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya S. Abirami memberitahu pihaknya termasuk pegawai penyiasat kes tidak dimaklumkan mengenai perkara itu. Abirami kemudian memohon tarikh lanjutan sementara menunggu laporan kimia dan forensik. - Bernama


Menteri `Malu’ Dikesan Ikut Twitter Lucah
Jakarta – Seorang menteri di Indonesia yang menentang sekeras-kerasnya bahan lucah, telah `tertangkap’ selepas dikesan menjadi pengikut kepada akaun twitter lucah. Keadaan ini menjadikan Tiraful Sembiring yang juga Menteri Penerangan Indonesia `panas punggung’ selepas dikesan menonton @ToketQueen, Isnin lalu. Ia menyebabkan orang ramai mengecamnya kerana perbuatan Tiraful itu tidak sama dengan apa yang dipraktikkan selama ini termasuk kempen menentang pornografi. Tiraful yang malu dengan keadaan itu kemudiannya cuba memberikan penjelasan dengan mendakwa dia menekan butang yang salah ketika melayari internet. “Ada orang yang melaporkan mengenai akaun twitter lucah ini, jadi saya meminta supaya ia disekat. “Namun saya secara tidak sengaja tertekan butang `follow’. Ini yang berlaku apabila kita menggunakan gajet sentuh skrin,’’ katanya. Tiraful juga memberitahu dia akan lebih berhati-hati pada masa depan. Ini bukan kali pertama Tiraful menjadi bahan berita. Pada 2010, dia menjadi tumpuan apabila berjabat tangan dengan Michelle Obama ketika Wanita Pertama Amerika Syarikat itu melawat Indonesia.


Rolling Stones Rugi RM33j Kerana Batalkan Konsert
Los Angeles – Pembatalan konsert Rolling Stones di Australia susulan kematian kekasih Mick Jagger, L’Wren Scott, telah menyebabkan kumpulan itu berdepan kerugian sebanyak RM33 juta. Sumber dalam industri muzik memberitahu, kerugian itu akibat hilang deposit dan perbelanjaan sepanjang konsert melibatkan 60 trak yang sentiasa bersedia untuk bergerak dari satu bandar ke bandar lain. Kumpulan itu dijadual mengadakan enam konsert sempena jelajah 14 On Fire di Australia dan satu konsert di New Zealand dengan anggaran 150,000 tiket telah dijual. Rolling Stones baru tiba di Perth apabila Jagger menerima perkhabaran bahawa kekasihnya selama 13 tahun, Scott membunuh diri. Ia menyebabkan kumpulan itu terpaksa membatalkan persembahan dan pulang ke New York. Rolling Stones dan promoter konsert dikatakan telah mengambil pelbagai insurans namun tidak diketahui sama ada insurans tersebut akan menanggung semua kerugian, kerana ia bergantung kepada perjanjian asal. Kebiasaannya polisi insurans membenarkan artis membatalkan persembahan mereka apabila penama dalam insuran itu sakit, cedera atau meninggal dunia. Dan adalah sesuatu yang mengejutkan jika Jagger tidak menamakan Scott dalam senarai penama insurans terbabit. Scott, yang juga pereka fesyen berusia 49 itu ditemui mati di aparmentnya pada 17 Mac lalu akibat bunuh diri. Mayatnya akan dikebumikan dalam masa beberapa hari lagi.


“Dunia Akhirat Saya Bersama Dia” isteri Pramugara Kanan Wan Swaid Wan Ismail
“Dunia akhirat saya bersama dia dan dia bersama saya”. Itulah ungkapan yang diungkapkan oleh isteri Pramugara Kanan Wan Swaid Wan Ismail, Nur Laila Ngah yang kehilangan suaminya dalam tragedi MH370. Bapa kepada tiga cahaya mata itu disifatkan oleh isterinya sebagai seorang yang pendiam namun baik hati serta penyayang terhadap anak-anaknya. Sementara itu, anak sulung Wan Swaid, Wan Amirul Haziq, 12, merindui saat-saat manis mereka adik beradik dengan ayahnya itu. “Daddy pendiam, tak banyak cakap, dia tak suka marah-marah,” katanya memetik laporan Astro Awani. Haziq juga menyatakan keutamaannya kini adalah untuk sentiasa menyokong ibunya mengharungi kehidupan mendatang mereka sekeluarga. Wan Swaid merupakan 12 daripada anak kapal serta 227 penumpang yang dilaporkan penerbangan mereka mengakhiri laluannya di selatan Lautan Hindi seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Isnin lalu. Penerbangan MH370 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada jam 12.41 pagi, 8 Mac lalu sepatutnya mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi hari yang sama.


Bendera Pahang Dikibar Separuh Tiang
KUANTAN – Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah hari ini menitahkan bendera Pahang dan Persekutuan dikibar separuh tiang di negeri itu bagi menghormati tragedi MH370. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Penerangan Pahang di sini hari ini, pengibaran bendera separuh tiang itu berkuat kuasa serta-merta meliputi jabatan, agensi kerajaan serta pihak swasta selama tiga hari. “Titah baginda itu adalah sebagai tanda dukacita dan simpati kepada semua mangsa serta waris mangsa pesawat MH370,” kata kenyataan itu. Isnin lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Penerbangan itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac menuju Beijing, hilang daripada skrin radar sejam kemudian. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. – BERNAMA


Anggota RELA maut ditembak rakan
Tanah Merah: Seorang anggota RELA maut selepas ditembak rakannya secara tidak sengaja dipercayai menggunakan senapang patah ketika mereka berburu di Kampung Sokor di sini, kira-kira jam 7 malam semalam. Mangsa Mohd Sukri Ramli, 51, yang dimasukkan ke Hospital Tanah Merah sejurus kejadian disahkan meninggal dunia jam 1.50 pagi tadi. Ekoran kejadian itu, polis menahan tiga lelaki yang juga rakan mangsa bagi membantu siasatan.


Casing Merangkap Powerbank Dan Perenjat
Majoriti pengguna telefon pintar mempunyai casing untuk telefon pintar mereka. Sebilangan besar juga memiliki powerbank kerana telefon pintar kadangkala mempunyai jangka bateri yang kurang memuaskan, ada yang sanggup membelanjakan ratusan ringgit demi kepuasan dan nilai sesuatu produk. Sebelum ini, kami ada paparkan mengenai powerbank berbentuk lego yang sangat menarik dan kreatif. Tetapi jika anda mahukan keselamatan juga selain dua perkara di atas, anda memerlukan casing Yellow Jacket. Ia adalah casing yang juga berfungsi sebagai powerbank dan perenjat elektrik. Perenjat elektrik? Ya, pada masa ini pelbagai perkara yang kita tidak duga mungkin akan berlaku seperti kejadian ragut, rompakan, dan insiden yang tidak disangkakan. Powerbank yang sangat berguna ini mampu merenjat sehingga 650,000 volt. Ia merupakan perenjat elektrik keselamatan yang buat masa ini hanya boleh digunakan oleh telefon pintar Iphone. Yellow Jacket turut mempunyai dua ciri keselamatan untuk menghalang pemiliknya daripada tersalah tekan perenjat tersebut. Lima lampu LED digunakan untuk menunjukkan paras jangka caj bateri. Material yang digunakan diperbuat daripada plastik lembut TPE bagi melindungi telefon bimbit anda daripada kerosakan akibat terjatuh, kesan pemakaian dan juga untuk cengkaman yang kuat. Powerbank yang sangat berguna ini boleh digunakan 50 kali sebelum perlu dicaj semula. Harga Yellow Jacket dijual USD 99.00 (RM326) sebuah.
Sumber: www.yellowjacketcase.com


Astro Awani Jadi Mangsa Akaun Twitter Palsu
Sejak kejadian kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 mula mendapat perhatian dunia, muncul pelbagai akaun media sosial palsu dalam mencuri perhatian yang menggunung tinggi. Tidak ketinggalan terkena fenomena ini ialah laman twitter Astro Awani iaitu @501Awani apabila ada akaun twiiter palsu dikesan dibuat untuk menarik perhatian orang ramai. Menurut laman web Astro Awani, twitter sebenar mereka telah digunakan selama dua tahun lalu, dan telah mempunyai 169,805 pengikut. Akaun palsu yang kononnya tweet dari Astro Awani dengan nama akaun @astroawani dilihat membuat beberapa tweet seakan-akan dari stesen berita 24 jam pertama Malaysia itu. Tweet itu tertulis “After 15 days, #MH370 has found. May Allah bless all the crew and passengers who are muslim.”. Rakaman skrin tweet tersebut telah disebarkan sekaligus memberikan imej yang buruk kepada saluran berita 24 jam pertama di Malaysia itu. Walau bagaimanapun, akaun palsu @astroawani telah pun dilaporkan kepada pihak Twitter dan kini akaun tersebut telah pun digantung. Namun demikian, wujud satu lagi akaun palsu yang menggunakan nama @astroawani1. Astro AWANI mengucapkan terima kasih kepada penonton dan pengguna Astro AWANI yang turut melaporkan akaun palsu tersebut sebagai spam kepada Twitter.


Hans Isaac ‘Bengang’ Dengan Media Luar
Pelakon Hans Isaac meluahkan rasa kesalnya dengan spekulasi yang bertebaran mengenai insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 sejak 8 Mac lalu. Hans menyatakan rasa terkilannya terhadap media luar negara yang dilihat tidak sensitif dengan isu ini malah menganggap kerajaan tidak telus dalam menyampaikan maklumat. Memetik laporan Gua, Hans berkata, “saya sedih. Seluruh rakyat Malaysia sedih. Sebagai rakyat Malaysia, saya nampak usaha kerajaan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah ini. Jika kerajaan buat salah, saya pasti akan bersuara. Tapi kerajaan dah lakukan sehabis baik usaha mereka dan kita harus menghargai usaha tersebut. “Tapi media antarabangsa seolah-olah tidak sensitif demi mencari berita untuk mengekalkan rating mereka,” katanya. Hans turut terkesan dengan tragedi MH370 apabila rakannya kehilangan ahli keluarga yang merupakan di antara 227 penumpang pesawat tersebut.


MH370: M’sia Terus Rapatkan Hubungan Dengan China, Keselamatan Kedutaan Terkawal
Malaysia dan China akan terus bekerjasama rapat dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, yang laluan penerbangannya berakhir di selatan Lautan Hindi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Dalam tulisan terbarunya melalui Facebook, Najib berkata beliau mengadakan perjumpaan dengan Naib Menteri Hal Ehwal Luar China Zhang Yesui di Parlimen hari ini untuk berbincang tentang tindakan seterusnya mengenai usaha mengesan pesawat Boeing 777-200ER yang hilang itu. “Saya mengadakan perjumpaan dengan Naib Menteri Hal Ehwal Luar Republik Rakyat China Yang Berbahagia Zhang Yesui di Parlimen untuk membincangkan tindakan selanjutnya,” kata beliau. Najib juga menulis melalui laman tweeternya @NajibRazak tentang perjumpaan beliau dengan Zhang, yang juga duta khas Kerajaan China. Sementara itu, Zhang juga melakukan kunjungan hormat terhadap Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Penerbangan MH370 dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada skrin radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari sama. Sebanyak 154 daripada 227 penumpang penerbangan itu adalah rakyat China. Operasi mencari pesawat itu, melibatkan pelbagai negara dilancarkan, pada mulanya di Laut China Selatan dan kemudian, setelah didapati pesawat itu mengubah laluannya, di dua koridor – koridor utara yang merentas dari sempadan Khazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi. Hasil analisis terhadap data satelit yang belum pernah dibuat sebelum ini, syarikat dari United Kingdom Inmarsat dan UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB) membuat rumusan bahawa Pesawat MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat itu, bahawa Penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi” DALAM pada itu eselamatan Kedutaan Malaysia di Beijing dilaporkan terkawal selepas ahli keluarga serta waris penumpang dari China mengadakan protes di bangunan tersebut, semalam. Pemangku Menteri Pengangkutan membuat pengesahan tersebut pada sesi sidang media hari ke-19 sejak kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada 8 Mac lalu. Semalam, media melaporkan terdapat ratusan ahli keluarga penumpang dari China yang berhimpun di hadapan kedutaan Malaysia di sana untuk menunjukkan protes mereka di atas perkembangan misi mencari dan menyelamat pesawat MH370. Pesawat yang membawa 227 penumpang itu terdiri daripada 153 penumpang dari China dan selebihnya dari 13 negara lain termasuk Malaysia dengan 38 penumpang serta 12 anak kapal yang terlibat dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu.


MH370: M’sia Terus Rapatkan Hubungan Dengan China, Keselamatan Kedutaan Terkawal
Malaysia dan China akan terus bekerjasama rapat dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, yang laluan penerbangannya berakhir di selatan Lautan Hindi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Dalam tulisan terbarunya melalui Facebook, Najib berkata beliau mengadakan perjumpaan dengan Naib Menteri Hal Ehwal Luar China Zhang Yesui di Parlimen hari ini untuk berbincang tentang tindakan seterusnya mengenai usaha mengesan pesawat Boeing 777-200ER yang hilang itu. “Saya mengadakan perjumpaan dengan Naib Menteri Hal Ehwal Luar Republik Rakyat China Yang Berbahagia Zhang Yesui di Parlimen untuk membincangkan tindakan selanjutnya,” kata beliau. Najib juga menulis melalui laman tweeternya @NajibRazak tentang perjumpaan beliau dengan Zhang, yang juga duta khas Kerajaan China. Sementara itu, Zhang juga melakukan kunjungan hormat terhadap Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Penerbangan MH370 dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada skrin radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari sama. Sebanyak 154 daripada 227 penumpang penerbangan itu adalah rakyat China. Operasi mencari pesawat itu, melibatkan pelbagai negara dilancarkan, pada mulanya di Laut China Selatan dan kemudian, setelah didapati pesawat itu mengubah laluannya, di dua koridor – koridor utara yang merentas dari sempadan Khazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi. Hasil analisis terhadap data satelit yang belum pernah dibuat sebelum ini, syarikat dari United Kingdom Inmarsat dan UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB) membuat rumusan bahawa Pesawat MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat itu, bahawa Penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi” DALAM pada itu eselamatan Kedutaan Malaysia di Beijing dilaporkan terkawal selepas ahli keluarga serta waris penumpang dari China mengadakan protes di bangunan tersebut, semalam. Pemangku Menteri Pengangkutan membuat pengesahan tersebut pada sesi sidang media hari ke-19 sejak kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada 8 Mac lalu. Semalam, media melaporkan terdapat ratusan ahli keluarga penumpang dari China yang berhimpun di hadapan kedutaan Malaysia di sana untuk menunjukkan protes mereka di atas perkembangan misi mencari dan menyelamat pesawat MH370. Pesawat yang membawa 227 penumpang itu terdiri daripada 153 penumpang dari China dan selebihnya dari 13 negara lain termasuk Malaysia dengan 38 penumpang serta 12 anak kapal yang terlibat dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu.


MAS Diramal Hadapi Kemelut Kewangan, Terus ‘Dihukum’ Di Pasaran Saham
SINGAPURA – Malaysia Airlines (MAS) telah pun mengalami kemelut kewangan walaupun sebelum kehilangan pesawat MH370. Dengan krisis besar yang terpaksa ditanggungnya kini, penganalisis berkata tidak mungkin syarikat penerbangan itu dapat mengubah nasibnya dalam masa terdekat. Syarikat pengangkutan itu perlu berdepan dengan nilai ratusan juta dolar ekoran pembayaran ganti rugi kepada ahli keluarga mangsa dan penurunan dalam jualan tiket. Insurans bagaimanapun akan membantu menampung sebahagian daripada kos. Tetapi MAS, yang mempunyai nilai pasaran sebanyak RM3.8 bilion telah dihukum di pasaran saham. Setelah jatuh ke paras terendah 23 sen Isnin lepas, ia kemudiannya naik kembali tetapi jatuh ke paras 23 sen pada Selasa. MAS yang 70 peratus dimiliki oleh Khazanah Nasional, kali terakhir melaporkan keuntungan pada tahun 2010. Penerbangan itu pada bulan lepas mencatatkan kerugian suku tahunan terbesar ketika mengumumkan kerugian tahunannya yang telah meningkat kepada RM1.17 bilion dari RM432.58 juta pada 2012. Angka lebih suram dijangka menanti. Sebanyak €32 juta (RM 145 juta) dan dua tahun telah diambil untuk mencari penerbangan Air France yang hilang pada tahun 2009. Penganalisis berkata kes ini mungkin akan menjadi lebih mahal dan mengambil masa yang lama. “Sukar untuk memberi sebarang angka kerana pelbagai operasi mencari masih dijalankan tetapi ia mungkin mencecah ratusan juta dolar,” kata Pengarah aeroangkasa dan pertahanan Asia Pasifik Frost & Sullivan Subhranshu Sekhar Das. Kos operasi mencari ditanggung oleh kerajaan Malaysia, tetapi MAS merancang untuk membayar US $5,000 (RM16,502) kepada setiap ahli keluarga penumpang dan ia mungkin menjadi lebih lagi kerana carian masih berterusan. Ia juga perlu menerbangkan keluarga ke Perth dan memberikan mereka penginapan. Selain itu, keluarga juga akan mendapat pampasan dari MAS walaupun pesawat itu tidak dijumpai. Di bawah satu perjanjian antarabangsa, syarikat penerbangan bertanggungjawab untuk menanggung sebanyak AS$ 175,000 bagi setiap penumpang sekiranya berlaku bencana. Jika siasatan menunjukkan syarikat penerbangan itu bersalah angka itu akan meningkat. Pun begitu masih tidak jelas berapa banyak kos yang akan ditanggung syarikat insurans. Setakat ini, MAS dilaporkan telah menerima AS$100 juta untuk kehilangan Boeing 777. Penganalisis memberitahu The Straits Times mereka tidak dapat berhubung dengan pengurusan MAS untuk mendapatkan gambaran jelas tentang kesan kewangan yang muktamad tetapi mereka yakin masa yang lama akan diambil untuk perniagaan kembali normal. “Kebimbangan sekarang terutamanya berkisar kepada kuasa harga dan trafik penumpang MAS. Berdasarkan kes-kes lalu, trafik biasanya terjejas selama tiga hingga lima bulan sebelum pulih,” kata penganalisis AmResearch yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Hafriz Hezry. Seorang lagi penganalisis dari sebuah firma broker Malaysia yang enggan namanya disiarkan berkata terdapat beberapa perkara mungkin berlaku termasuklah MAS akan membuat penurunan harga yang dahsyat. Namun, ada juga yang melihat MAS sebagai syarikat yang telah mempunyai rekod sejarah yang baik dan penumpang tidak mungkin menjauhi syarikat penerbangan itu buat masa yang lama, terutamanya jika berlaku pengurangan harga. Malah, agensi pelancongan di sini berkata, mereka tidak pernah melihat penurunan mendadak dalam permintaan untuk tiket MAS. Chan Brothers dan ASA Holidays berkata mereka tidak mempunyai apa-apa pembatalan atau permintaan untuk menukar penerbangan dari MAS. – The Straits Times



VIDEO: Bila Saintis Melayu Jelaskan Mengenai Satelit, INMARSAT Dan Sebagainya…
Semalam, video penjelasan ialah daripada saluran berita antarabangsa CNN tetapi dalam artikel ini ialah penjelasan terperinci dari seorang pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam Bahasa Melayu. Pensyarah Fakulti Kejuruteraan UPM Prof Madya Dr Aduwati Sali yang berkelulusan Doktor Falsafah dalam bidang Komunikasi Satelit dan Mudah Alih dari United Kingdom. Beliau turut menerangkan bagaimana satelit berkenaan menggunakan sistem isyarat “ping” dan “handshake” yang dihantar pesawat MH370 kepada satelit Inmarsat berkenaan. Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkembangan terbaru berkenaan pesawat MH370 berkata analisis yang digunakan satelit Inmarsat untuk mengenalpasti lokasi terakhir MH370 tidak pernah digunakan pada mana-mana siasatan sebelum ini. Menurut Dr Aduwati, isyarat yang dihantar ke Inmarsat adalah daripada enjin Rolls Royce Boeing 777-200ER yang telah didaftarkan dengan Inmarsat. “Enjin pesawat ini telah didaftarkan dengan satelit Inmarsat.. ia memang tidak dapat dimatikan secara manual kerana sukar.. kita masih ada komunikasi selepas daripada transponder itu ditutup. “Komunikasi dari satelit ini, ia setiap jam.. pesawat akan hantar isyarat (ping) kepada satelit dalam masa setiap satu jam yang bermula pada pukul 1.11 pagi (8 Mac). “Jadi dari pukul 1.11 pagi, 2.11 pagi sehinggalah 8.11 pagi, ada sekitar lapan ping berlaku antara enjin pesawat MH370 dengan Inmarsat,” katanya dalam satu temubual dengan Harian Metro. Menurut Dr Aduwati, Inmarsat turut menggunakan sebuah lagi pesawat MAS MH377 ke Guangzhou, China sebagai perbezaan untuk perbandingan lokasi antara koridor utara dan selatan bagi mengesan MH370. Harapnya, dengan penerangan Dr Aduwati dalam bahasa Melayu, kuranglah spekulasi berkaitan MH370 yang akan dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak faham bagaimana pihak Inmarsat melakukan analisis yang memberikan petunjuk baru di mana pesawat MH370 kali terakhir berada. Pasukan penyiasat bukannya mengambil mudah analisis ini sebelum mendedahkannya kepada umum dan ia sememangnya teknologi moden yang ada pada enjin Rolls Royce berkenaan sebagai persediaan jika peralatan transponder dimatikan dengan sengaja.



VIDEO: ” Kutuk Saya Pandai, Tapi Tak Bantu Cari Pun! ” – Raja Bomoh
Perak Tengah – Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin menjelaskan beliau lega dan bersyukur dengan penemuan terbaru berhubung misteri kehilangan pesawat MH370 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi. Menurutnya penemuan terbaru itu secara tidak langsung akan menguatkan lagi semangatnya untuk membantu usaha mencari yang dilakukan oleh kerajaan. “Alhamdulillah berkat usaha yang dilakukan sebelum ini ditambah dengan doa seluruh rakyat Malaysia, misteri kehilangan MH370 ini akhirnya menunjukkan perkemangan positif. “Kalau nak ikutkan, Datuk perlu lakukan sekurang-kurangnya tujuh upacara, syukur ke hadrat Allah, dengan 5 upacara yang dilakukan sebelum ini, sudah ada tanda positif yang ditunjukkan. “Sebelum ini, Datuk lakukan 2 upacara di KLIA, 2 di Menara Condong Teluk Intan dan 2 hari lepas satu lagi upacara di lakukan di persisiran sungai Perak, Parit. Datuk yakin pesawat ini baru terhempas, paling lewat tengah hari atau petang semalam. Seperti yang Datuk katakan sebelum ini, ia sebelum ini tergantung,” katanya. Ibrahim turut mendakwa, beliau akan tetap meneruskan semua usaha yang dijalankan sebelum walaupun dikecam oleh pelbagai pihak. “Semua mereka yang mengutuk itu hanya pandai untuk bercakap, tapi langsung tiada usaha untuk membantu. Setidak-tidaknya Datuk berani untuk tampil membantu dengan ikhlas. Kita perlu tolong berdasarkan kemahiran masing-masing,” jelasnya lagi. Perdana Menteri sebelum ini mengesahkan bahawa pesawat MH370 yang tidak dapat dikesan sejak 8 Mac lalu hilang di Lautan Hindi. Dalam sidang media tergempar yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, beliau berkata, maklumat tersebut diperoleh dari data terbaru yang dianalisis oleh Inmarsat, syarikat United Kingdom yang menyediakan data satelit dan Air Accidents Investigation Branch (AAIB). “Berdasarkan maklumat yang diterima, saya dengan dukacitanya memaklumkan penerbangan pesawat MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi,” “Maklumat ini telah diterima dan dianalisis AAIB berdasarkan data satelit yang disalurkan oleh Inmarsat,” katanya dalam persidangan media hari ini. Menurutnya, berdasarkan teknik analisis yang belum pernah digunakan dalam siasatan sebegitu, mereka mendapat lebih banyak petunjuk mengenai laluan penerbangan MH370. - www.suara.tv


MH370: AirAsia Gantung Tugas Juruterbang Biadap!
KUALA LUMPUR – Seorang juruterbang syarikat penerbangan AirAsia digantung tugas kerana didakwa mengkritik pengumuman kerajaan berhubung pesawat MH370 terhempas di Lautan Hindi menggunakan laman sosial. Ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam satu kenyataan berkata, tindakah itu bagi membolehkan siasatan dilakukan ke atas juruterbang berkenaan. “Pegawai kanan AirAsia X telah digantung tugas sementara menunggu siasatan berkenaan pelanggaran polisi syarikat dalam tulisan Facebook,” katanya menerusi akaun Twitternya. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Rani Osman dalam Twitternya berkata, juruterbang itu melanggar “arahan khusus” iaitu tidak mengulas mengenai pencarian MH370 secara terbuka. Arahan tersebut dikeluarkan untuk mengelakkan kakitangan AirAsia membuat kenyataan yang boleh mengguris perasaan pihak lain, tegas beliau. Berikutan kenyataan juruterbang itu melalui Facebook:
(*Mencarut* … betulkah sudah ada bukti konkrit yang MH370 dah terhempas?! Adalah tidak betul untuk membuat andaian jika tiada bukti yang mengesahkannya!! Serpihan tu belum dibuktikan lagi daripada pesawat! Tunjukkan bukti pada kami MH370 dah terhempas. Selagi itu, berhenti sembunyikan fakta! Orang buta pun boleh nampak banyak perkara yang kerajaan tahu tapi tak nak dedahkan!!)


MH370: Pesawat Terbang Atas Ketinggian Maksimum Hingga Semua Pengsan?
Analisis yang dibuat terhadap data satelit mendapati pesawat MH370 mengambil masa selama 23 minit pada ketinggian sehingga 45,000 kaki – di atas dari ketinggian maksimum biasa – dan ini mungkin menyebabkan semua orang di atasnya tidak sedarkan diri kerana kekurangan oksigen, lapor tabloid British Daily Mail. Ketinggian pesawat maksima adalah 43,100 kaki tetapi radar tentera mengesan pesawat itu terbang antara 43,000 ke 45,000 kaki sebaik sahaja selepas komunikasi terakhir juruterbang dari kokpit pesawat. “Ia dikesan terbang selama 23 minit pada ketinggian itu sebelum menjunam. Oksigen akan habis selepas 12 minit (dalam kabin) dan menyebabkan penumpang tidak sedarkan diri,” kata sumber. Pakar berkata, walaupun Boeing 777-200ER boleh terbang setinggi 43,000 kaki maksimum, ia mungkin terbang dengan selamat untuk ketinggian yang lebih lagi. Tetapi pada ketinggian itu, apabila atmosfera menjadi nipis secara drastik, ia akan mengambil masa seminit sahaja kalau bukan satu saat untuk hipoksia – kekurangan oksigen berlaku, kata Daily Mail. Corong oksigen akan jatuh dengan sendiri, tetapi ia boleh membekalkan antara lima ke 10 minit gas sahaja.

 

Daily Mail Dakwa Rumah Tangga Kapten Zaharie Berantakan, tak habis-habis media barat buruk-burukan Kapten Zaharie Ahmad Shah
Di sebalik semua pihak masih lagi bersedih dengan tragedi yang berlaku terhadap pesawat Malaysia Airlines MH370, media barat pula dilihat semakin gemar menjatuhkan hukuman terhadap juruterbang pesawat terbabit iaitu Kapten Zaharie Ahmad Shah. Terbaharu, akhbar tabloid UK, Daily Mail terus memainkan spekulasi berkaitan kehidupan peribadi Zaharie, bapa kepada tiga orang anak, yang mungkin menjadi penyebab utama kepada insiden malang tersebut. Menerusi akhbar tersebut yang memetik sumber daripada seorang rakan Zaharie yang enggan dikenali menyatakan ada kemungkinan masalah rumah tangga yang dialami Zaharie menjadi penyumbang kepadanya untuk bertindak di luar batasan semasa sedang bertugas mengendalikan pesawat tersebut. Menurur rakannya itu lagi yang juga merupakan seorang juruterbang, Zaharie juga didakwa mempunyai skandal dengan wanita lain sehingga mendorong isterinya berpindah keluar daripada kediaman mereka. Lantas, Zaharie, 53, didakwa berasa sangat kecewa dengan keputusan isterinya itu sehingga membuatkan fikirannya seakan tidak ‘stabil’ untuk menjalankan rutin kerjanya. Penyiasatan kini tertumpu kepada Zaharie berikutan dia mempunyai simulator penerbangan di rumah selain kehidupan peribadinya yang dilihat lebih rumit daripada pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid. Namun seperti yang diperkatakan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sebelum ini, semua penumpang dan anak kapal MH370 adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. Jadi, diharapkan anda tidak terpengaruh dengan segala spekulasi yang dibawakan oleh media antarabangsa yang saban hari cuba memprovokasi keadaan yang sudah sedia rumit ini. Oleh: JULIANA JOHAR


Lebih Ramai Hubungi Firma Guaman Chicago Untuk Saman Boeing Dan MAS
Lebih ramai keluarga penumpang MH370 menghubungi firma guaman yang berpangkalan di Chicago untuk membantu mereka memfailkan saman terhadap pembuat pesawat itu, Boeing dan Malaysia Airlines (MAS) kerana yakin tragedi berlaku kerana kegagalan mekanikal. Keluarga – dari China, Malaysia dan Indonesia – adalah yang terakhir menghubungi Ribbeck Law Chartered, iaitu pakar undang-undang penerbangan, selepas firma itu memfailkan petisyen penemuan dalam Mahkamah Negeri Circuit of Cook, Illinois, bagi pihak Dr Januari Siregar yang hilang anak berusia 25 tahun apabila pesawat MH370 terhempas. Dr Januari yang juga seorang peguam, menghubungi Ribbeck kerana dia bekerja dengan mereka semasa pesawat Garuda Indonesia terhempas lima tahun lalu. Petisyen itu bertujuan untuk mendapatkan rekabentuk dan pembuatan bermasalah yang mungkin menyebabkan tragedi melibatkan 239 penumpang dan anak kapal di atas pesawat itu. Seramai 239 penumpang di atas pesawat itu termasuk 153 warganegara China dan 12 anak kapal yang semuanya rakyat Malaysia. Pemfailan ini, kata Ketua Litigasi Penerbangan Global Ribbeck, Monica Kelly, adalah tindakan pra-litigasi untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab dalam tragedi itu. Boeing dinamakan sebagai defendan pertama manakala MAS, sebagai syarikat penerbangan dinamakan sebagai defendan kedua. “Kami yakin kedua-dua defendan bertanggungjawab ke atas tragedi pesawat MH370,” kata Kelly. Beliau mendedahkan, pihak yang terlibat mempunyai masa 30 hari untuk menjawab petisyen ini, di mana selepas ini firma itu akan memfailkan saman bernilai jutaan ringgit bagi pihak keluarga terhadap mereka yang bertanggungjawab. “Kami jangka akan mewakili lebih 50% daripada keluarga penumpang yang berada di atas pesawat itu,” tambahnya. “Keluarga nampanya menerima hakikat bahawa pesawat itu terhempas dan mereka sedia menerima punca sebenar mengapa ia berlaku dan tindakan ini akan memberikan mereka maklumat. “Kami akan buktikan kegagalan mekanikal dalam rekabentuk pesawat adalah punca kapal terbang ini terhempas,” katanya. MH370, pesawat Boeing 777-200ER, hilang daripada radar pada 8 Mac selepas terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing. Selepas 17 hari pencarian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan berdasarkan bukti baru, pesawat MH370 itu berakhir di selatan Lautan Hindi, tenggara Perth, Australia, tanpa ada yang terselamat. Bagaimanapun, tiada sebarang cebisan ditemui sehingga kini walaupun beberapa satelit berjaya merakam objek di kawasan dinyatakan.

Penyeludupan gas di Tawau tumpas
TAWAU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau menahan sebuah bot jongkong dengan muatan 140 tong gas disyaki untuk diseludup ke negara jiran menerusi perairan Tawau, Isnin lepas. Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah, Kapten Maritim Anor Jaafar berkata, pihaknya turut menahan dua lelaki warga tempatan, juragan bot berusia 57 tahun dengan seorang awak-awak berusia 23 tahun. "Bot itu dipercayai bergerak dari Kampung Titingan ditahan pada kira-kira pukul 10 malam dan kesemua muatan ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya di dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Anor berkata, pihaknya mendapati muatan yang ditunjukkan dalam dokumen yang diperiksa adalah tidak sama dengan tong-tong gas Petronas dan Shell yang disyaki hendak dibawa masuk ke Pulau Sebatik melalui Kampung Sungai Melayu. Kampung Sungai Melayu bersempadan dengan Malaysia-Indonesia merupakan kawasan yang paling mudah untuk menyeludup barangan kawalan ke negara jiran. Muara Sungai Melayu berada di kawasan Malaysia, tetapi jarak antara sungai itu hanya kira-kira 10 meter dari jalan raya dengan negara jiran itu. Menurutnya, Maritim akan terus menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan di perairan Sabah khususnya perairan Tawau bagi menyekat kegiatan penyeludupan. Beliau juga berharap agar orang ramai dapat menjadi mata dan telinga untuk memberi maklumat kepada pihak berkuasa bagi mengekang kegiatan penyeludupan. - Bernama


Kenyataan penuh Datuk Seri Hishammuddin
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien menyatakan kesungguhanya yang tidak pernah pudar dalam operasi menjejaki serta mencari pesawat MH370 yang telah hilang sejak 8 KUALA LUMPUR - Berikut kenyataan Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada taklimat media mengenai pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang, hari ini.
Pengenalan Usaha mencari MH370 diteruskan. Usaha kita kini ditumpukan di selatan Lautan Hindi, di mana pasukan pelbagai negara, diketuai Australia, menggeledah perairan dalam usaha mencari serpihan. Azam kami untuk mencari MH370 kekal teguh. Seperti yang kami nyatakan selama ini, kami tidak pernah mengalah untuk mencari pesawat itu - bagi memberi penjelasan kepada keluarga dan memastikan apa sebenarnya yang terjadi kepada MH370.
1.Imej-imej baharu satelit
Australia, China dan Perancis telah mengeluarkan imej-imej satelit, menunjukkan objek-objek yang mungkin berkaitan dengan MH370. Semalam, pada 25 Mac, Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) menerima imej-imej baharu satelit daripada Airbus Defence and Space, yang berpangkalan di Perancis. Imej-imej itu diambil pada 23 Mac. MRSA menganalisis imej-imej itu dan - di satu kawasan lautan berkeluasan kira-kira 400 kilometer persegi - dapat mengenal pasti 122 objek-objek yang berpotensi. Sesetengah objek berukuran satu meter panjang; yang lain sepanjang 23 meter. Sesetengah objek kelihatan cerah, kemungkinan menandakan bahan pejal. Objek-objek itu terletak kira-kira 2,557 kilometer dari Perth. Kami akan mengeluarkan nota-nota berhubung maklumat baharu ini selepas sidang akhbar ini. Dapatan MRSA dengan segera dikemukakan kepada Pusat Penyelarasan Menyelamat Australia di Perth semalam. Perlu ditekankan bahawa kami tidak boleh memaklumkan sama ada objek yang berpotensi itu adalah dari MH370. Bagaimanapun, ini merupakan satu lagi petunjuk yang dapat membantu memberi arah kepada operasi mencari. Kami kini mempunyai empat petunjuk satelit berasingan, dari Australia, China dan Perancis, menunjukkan kemungkinan serpihan. Ia kini penting bagi kami menghubungkan serpihan itu kepada MH370. Ini akan membolehkan kami untuk mengurangkan lagi kawasan pencarian, dan mengesan lebih banyak serpihan dari pesawat itu.
2.Operasi terkini
Australia kini mengetuai usaha mencari di selatan Lautan Lautan Hindi, bertempat di luar Perth. Malaysia terus memainkan peranan sebagai penyelaras. Semua negara yang terlibat menunjukkan tahap kerjasama yang tidak pernah dilakukan sebelum ini; dan yang tidak pernah berubah.Australia membahagikan kawasan pencarian kepada dua sektor, Timur dan Barat. Hari ini, cuaca baik dan 12 kapal terbang akan pergi ke kawasan pencarian - enam di sektor Timur dan enam di Barat.
Di sektor Timur, pencarian akan dijalankan oleh:
.sebuah P3 Orion Australia, dan tiga pesawat awam Australia.
.sebuah Ilyushin IL-76 China.
.sebuah P3 Orion New Zealand.
Di sektor Barat, pencarian akan dijalankan oleh:
.sebuah P8 Poseidon Amerika.
.sebuah sebuah P3 Orion Korea.
.sebuah P3 Orion Jepun.
.dua P3 Orion Australia, dan saebuah pesawat awam.

Dua buah kapal juga akan menyertai operasi mencari. Semalam ‘HMAS Success’ digerakkan semula ke selatan kawasan carian akibat cuaca buruk. Hari ini kapal itu telah kembali dan akan menyokong operasi mencari di sektor Barat. Sementara itu kapal China ‘Xue Long’ hari ini digerakkan ke sektor Barat. Sebuah pesawat Pengawal Pantai Jepun berlepas dari Subang pagi ini ke Perth untuk menyertai operasi mencari. Seperti yang saya nyatakan semalam, operasi mencari di koridor utara dan di sebelah utara koridor selatan, telah dibatalkan. Kementerian Luar telah menghantar nota-nota diplomatik kepada semua negara berkaitan untuk memaklumkan secara rasmi mengenai perubahan ini. Sebelum saya teruskan, saya ingin menyampaikan penghargaan kami kepada pihak berkuasa Australia dan terutamanya kepada Perdana Menteri Tony Abbot, atas sumbangan luar biasa dalam operasi mencari.
3.Duta khas China
Hari ini, Perdana Menteri bertemu Yang Berbahagia Zhang Ye Sui, Naib Menteri Hal Ehwal Luar Republik Rakyat China dan duta khas kerajaan China. Saya juga bertemu Yang berbahagia tengah hari tadi. Dalam perbualan kami Yang berbahagia memaklumkan komitmen China untuk meneruskan dan memperhebatkan operasi mencari, dalam apa jua cara yang mungkin, dan menggerakkan mana-mana aset yang mungkin diperlukan. Malaysia telah memberikan perkembangan terkini kepada Yang Berbahagia dan anggota delegasinya mengenai perkembangan terbaharu dari Inmarsat. Yang berbahagia dan delegasinya juga diberi taklimat yang komprehensif daripada pasukan teknikal antarabangsa.
4.Kumpulan Kerja Antarabangsa
Seperti yang saya maklumkan semalam, berdasarkan maklumat baharu yang diberikan oleh Inmarsat, kami telah mewujudkan satu kumpulan kerja antarabangsa. Agensi-agensi yang terlibat dalam kumpulan kerja ini termasuk: Inmarsat, AAIB, CAAC China dan AAID, NTSB, FAA, Boeing dan Rolls Royce, dan juga pihak berkuasa Malaysia yang berkaitan. Peranan kumpulan ini ialah untuk membantu mencuba dan menghalusi data Inmarsat dan, jika boleh, menentukan dengan lebih tepat kedudukan muktamad MH370.
5. Maklumat lanjut
Saya ingin memaklumkan bahawa CEO Malindo Airlines, Chandran Rama Murthy, telah menyertai saya atas pentas hari ini, dan akan dapat menjawab sebarang soalan jika kamu ada. Seperti yang saya umumkan semalam, MAS kini mengetuai usaha untuk berkomunikasi dengan anggota keluarga dan menjalankan sidang akhbar mereka sendiri. MAS akan mengadakan satu lagi sidang akhbar esok.
Penutup
Imej-imej baharu satelit akan terus memberikan petunjuk dalam usaha mencari MH370. Dan dengan cuaca yang bertambah baik, pesawat kini mampu untuk menyiasat objek yang menjadi tumpuan. Saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan antarabangsa kita atas sokongan dan bantuan yang berterusan. Usaha mencari MH370, dan siasatan mengenai apa yang berlaku dalam penerbangan, kini benar-benar merupakan usaha antarabangsa. - Bernama


Operasi mencari MH370 diteruskan
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien menyatakan kesungguhanya yang tidak pernah pudar dalam operasi menjejaki serta mencari pesawat MH370 yang telah hilang sejak 8 Mac lalu semasa sidang media mengenai pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di Sepang, hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Operasi mencari MH370 di Laut Hindi diteruskan semula setelah cuaca buruk disahkan kembali pulih hari ini. Dalam sidang media hari ini, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, operasi diteruskan oleh 12 kapal dari Australia, Jepun, New Zealand, China, Korea dan Amerika Syarikat (AS). "Pihak Australia telah mengarahkan tiga aset ke bahagian timur dan tiga aset ke barat. "Dua buah kapal lagi akan menyertai usaha pencarian MH370 jika cuaca bertambah baik," katanya. Tambahnya lagi, semua negara yang terlibat masih memberikan kerjasama dan memainkan peranan yang baik dalam usaha mengesan objek terbabit.

MH370
Satelit kesan lebih 120 objek berpotensi
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Satelit Airbus dari Perancis telah mengesan sebanyak 122 buah objek yang mungkin mempunyai hubung kait dengan MH370 di lokasi carian kira-kira 2,557 kilometer dari Perth, Austalia. Dalam sidang media yang diadakan hari ini, Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, rakaman imej itu turut didedahkan oleh kerajaan Perancis, China dan Australia. "Rakaman imej tersebut dirakamkan oleh syarikat satelit Airbus Defence and Space di Perancis pada 23 Mac lalu, "Ada sesetengah objek berukuran 23 meter panjang dan ada di antaranya berwarna cerah," katanya. Menurutnya, objek yang dikesan berada kira-kira 2,557 kilometer dari Perth. "Data mengenai imej tersebut telah dihantar ke Malaysian Remote Sensing Agency (MRSA) untuk dianalisis dan keputusannya akan dikeluarkan secepat mungkin," katanya. Jelasnya, objek tersebut mungkin ada kaitan dengan MH370 namun ianya tidak dapat disahkan setakat ini. "Pihak kami menerima empat petunjuk dari satelit yang berbeza dari Australia, China dan Perancis, ianya mungkin membolehkan pasukan penyiasat mengecilkan perimeter carian di lokasi terbabit," katanya lagi. Hishammuddin menambah, Australia yang mengetuai usaha mencari itu di koridor selatan Lautan Hindi, telah membahagikan kawasan carian kepada dua sektor iaitu Timur dan Barat. "Hari ini cuaca bertambah baik dan 12 pesawat akan terbang ke kawasan pencarian- enam di sektor Timur dan enam di Barat," kata Hishammuddin. Beliau berkata di sektor Timur, pencarian akan dilakukan oleh sebuah pesawat P3 Orion Australia, tiga pesawat awam Australia, sebuah Ilyushin IL-76 China, dan sebuah P3 Orion New Zealand. Di sektor Barat, pencarian akan dilakukan oleh sebuah P8 Poseidon AS, sebuah P3 Orion Korea Selatan, sebuah P3 Orion Jepun, dua P3 Orion Australia dan sebuah pesawat awam. "Semalam 'HMAS Success' (Australia) telah diatur semula ke selatan kawasan pencarian kerana cuaca buruk. Hari ini, kapal itu kembali dan akan membantu pencarian di sektor Barat. "Sementara itu, kapal China 'Xue Long' telah dihantar ke sektor Timur," katanya.


TUDM sangka 'air turn back' atas arahan ATC
KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia ( TUDM ) tidak mengambil tindakan terhadap pesawat MH370 yang membuat 'air turn back' ketika melalui ruang udara Selat Melaka kerana menyangka itu adalah arahan daripada menara kawalan udara (ATC), Subang. Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, TUDM mengesahkan bahawa pesawat itu tidak memberi ancaman ketika ia dikesan oleh radar tentera pada jam 2.40 pagi. Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan daripada Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR-Lumut) yang mempersoalkan tindakan Pangliman TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud memaklumkan ada berlaku 'air turn back' sehari selepas kehilangan pesawat MH370. Menurut Abdul Rahim, kenyataan itu dibuat berdasarkan cerapan radar TUDM di Gong Kedak, Kelantan dan Bukit Bendera, Pulau Pinang. "Sebagai pemilik primary radar kita bertanggungjawab untuk memaklumkan perkara itu pada pihak SAR (mencari dan menyelamat). "Air turn back itu dikesan dalam radar kita, cuma kita anggap air turn back oleh Malaysia Airlines (MAS) itu sebagai 'pesawat yang mesra' dan itu arahan daripada ATC dan buat lencongan dan akhirnya dikesan menuju ke Andaman atau Utara laut China Selatan," katanya kepada Dewan rakyat sewaktu ucapan penggulungan titah diraja bagi Kementerian Pertahanan di Parlimen, hari ini. Ahli Parlimen Batu, Tian Chua bangun mencelah dan mempersoalkan kelewatan maklum balas yang diberikan pihak TUDM kepada ATC. Abdul Rahim berkata, Panglima Udara telah membuat kenyataan sehari selepas kehilangan MH370 selepas mendapat maklumat yang sama daripada negara jiran. "Kita tidak boleh bergerak sendiri kerana ini melibatkan ramai pihak jadi kita mendapatkan bantuan daripada pakar-pakar seperti Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), National Transportation Safety Board (NTSB), Air Accidents Investigation Branch (AAIB). "Setelah mendapat maklumat yang sama SAR digerakkan menghala Pulau Perak dan menghala ke Laut Andaman. "Apabila tidak menemui bukti di sana. Kita minta bantuan syarikat satelit Inmarsat, kajian dibuat berdasarkan ping yang dikeluarkan oleh alat yang dipasang pada enjin. Akhirnya setelah membuat pengiraan kesimpulan dibuat pesawat itu telah jatuh di selatan Lautan Hindi, " katanya.

MH370
MH370: 7 pesawat tentera, 5 awam terlibat operasi
KUALA LUMPUR - Sejumlah 12 pesawat terlibat dalam usaha mengesan dan mengambil objek-objek yang dipercayai ada kaitan dengan MH370 di selatan Lautan Hindi, dalam operasi hari ini. Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam kenyataan di sini berkata pesawat terbabit meliputi tujuh milik tentera dan lima milik awam. "Setakat ini enam negara terbabit dalam operasi iaitu Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Jepun, China dan Korea Selatan," kata kenyataan itu. Pesawat yang terbabit operasi hari ini ialah sebuah Ilyushin IL-76 dari China, sebuah P3 Orion milik Tentera Udara Diraja New Zealand, dua P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia, P8 Poseidon (Amerika Syarikat), serta masing-masing satu P3 Orion dari Jepun dan Korea. "Dua pesawat awam sudah berlepas dari Perth ke kawasan pencarian, manakala bakinya akan berlepas antara pukul 10 pagi dan tengah hari," kata kenyataan itu. AMSA berkata, 34 sukarelawan Perkhidmatan Kecemasan Negeri dari Australia Barat terbabit sebagai peninjau dalam pesawat awam berkenaan. Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, 8 Mac dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian. Pesawat dijadualkan tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Pada hari ke-17 operasi mencari dan menyelamat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi, berdasarkan analisis maklumat satelit dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB). - Bernama

Jepun hantar pasukan kedua JDR ke Perth
Jepun hantar pasukan kedua JDR ke Perth
Duta Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa mengambil gambar bersama dengan kumpulan Pasukan Bantuan Bencana Jepun sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Subang di Subang hari ini. Mereka menyertai misi Mencari dan Menyelamat (SAR) untuk membantu mencari pesawat Malaysian Airlines (MH370) yang hilang di Lautan India. - Foto Bernama
PETALING JAYA - Jepun hari ini menghantar kumpulan kedua daripada pasukan bantuan bencananya (JDR) menyertai operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) di selatan Lautan Hindi. Pesawat Gulfstream V milik pasukan Pengawal Pantai Jepun yang membawa 10 anggota JDR itu berlepas dari Lapangan Terbang Subang di sini pada pukul 10 pagi dan dijadual tiba di Pangkalan Udara Pearce, Perth, Australia pada 4 petang waktu Malaysia hari ini. "Pasukan ini akan berusaha sedaya upaya untuk membantu operasi mengesan penerbangan MH370," kata Pengarah Hubungan Antarabangsa, Divisyen Pentadbiran, Jabatan Pengawal dan Penyelamat Pantai Jepun, Kapten Hideo Tojo kepada pemberita, di hangar Aerohandlers Sdn BHd di sini hari ini. Turut hadir menghantar pasukan itu ialah Duta Jepun ke Malaysia Dr Makio Miyagawa. Pencarian objek yang dipercayai ada kaitan dengan pesawat MAS di selatan Lautan Hindi itu bersambung hari ini selepas ditangguhkan semalam akibat cuaca buruk. Pencarian yang dilakukan di kawasan kira-kira 2,500 km dari Perth itu turut bermatlamat mengutip objek terapung yang sebelum ini dikesan oleh pesawat peninjau dan satelit, serta dipercayai ada kaitan dengan penerbangan MH370 tersebut. Penerbangan MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal ke Beijing, hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, 8 Mac lepas. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. - Bernama


MH370: Takaful bantu permudah tuntutan
KUALA LUMPUR - Persatuan Takaful Malaysia (MTA) akan memastikan syarikat anggotanya membantu dan mempercepat proses tuntutan kerana sebahagian daripada penumpang dan krew pesawat MH370 adalah pemegang polisi insurans Takaful. Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusinya, Zainudin Ishak, berkata persatuan itu mengucapkan takziah kepada anggota keluarga penumpang MH370. "Ini adalah masa amat menyedihkan keluarga dan rakan kepada krew serta penumpang. "Kami berharap mereka mendapat kekuatan dan sokongan untuk menghadapi hari-hari yang sukar ini," katanya. Untuk keterangan lanjut mengenai perlindungan dan proses tuntutan, anggota keluarga yang terbabit boleh menghubungi MTA di 03-20318160 atau e-mel mtasectariat@malaysiantakaful.com.my. - Bernama

Insurans: Bayaran ikut peraturan
Insurans: Bayaran ikut peraturan
Allianz memberi bayaran insurans awal kepada MAS mengikut peraturan antarabangsa
KUALA LUMPUR - Syarikat insurans Jerman, Allianz mengesahkan minggu lalu ia syarikat yang bertanggungjawab ke atas pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) dan membuat pembayaran awal kepada MAS selepas pesawat itu disahkan tidak mendarat di Beijing, China, 8 Mac lalu. Namun jumlah pembayaran tidak didedahkan. Ketua Komunikasi Global Allianz Group, Hugo Kidston, berkata, pembayaran itu selari dengan amalan biasa pasaran dan tanggungjawab kontrak mereka apabila sebuah pesawat dilaporkan hilang. MAS juga menyediakan bantuan awal kewangan AS$5,000 (RM16,497) kepada setiap penumpang untuk anggota keluarga penumpang pesawat yang hilang. Menurut pakar, pembayaran itu tidak membawa maksud MAS atau syarikat insuransnya menganggap penumpang telah meninggal dunia, sebaliknya itu adalah peraturan di bawah perjanjian antarabangsa Konvensyen Montreal yang membolehkan keluarga penumpang menerima bayaran awal apabila berlaku bencana udara. Difahamkan, di bawah Konvensyen Montreal juga, syarikat penerbangan perlu membayar keluarga setiap penumpang jumlah awal antara AS$150,000 (RM495,784) dan AS$175,000 (RM578,414) jika penumpang disahkan terkorban, selain bayaran pampasan jika kes itu dibawa ke mahkamah. Sementara itu, dalam satu kenyataan semalam, Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) mengesahkan 47 daripada 50 rakyat Malaysia, dan enam penumpang bukan warganegara Malaysia yang berada dalam penerbangan MH370 memiliki polisi insurans hayat menerusi 14 syarikat insurans di Malaysia. "Ahli keluarga atau waris pemegang polisi boleh menghubungi LIAM di 03-26916628 atau e-mel liaminfo@liam.org.my, jika mereka mahu mengetahui syarikat insurans yang melindungi mangsa,” katanya. AIA berkata, memandangkan sebahagian penumpang pesawat itu adalah pemegang polisi AIA, syarikat itu akan menghubungi waris untuk mempercepatkan proses tuntutan polisi insurans hayat dalam tempoh 24 jam. Anggota keluarga terbabit boleh menghubungi AIA di talian 1300-88-8860/70 atau e-mel members@aia.com untuk bantuan lanjut. Sementara itu, menurut laporan CNNMoney, Pengarah Institut Undang-Undang Penerbangan Antarabangsa di DePaul University di AS, Brian Havel berkata, liabiliti juga boleh jatuh kepada pengeluar pesawat itu, Boeing, jika kecacatan mekanikal disahkan sebagai punca kehilangan MH370. "Namun amat sukar untuk membuktikannya jika pesawat itu tidak ditemui," katanya. Menurutnya, secara purata, liputan insurans adalah antara AS$2 bilion (RM6.6 bilion) dan AS$2.5 bilion (RM8.27 bilion) bagi sebuah pesawat, termasuk AS$10 juta (RM33 juta) bagi setiap penumpang.

MH370
Bersatu rungkai misteri MH370
SHAH ALAM - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) melahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga penumpang dan kru MH370 yang disahkan berakhir di Lautan Hindi. Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, walaupun rumusan ini dikatakan muktamad, penyiasatan yang lebih meluas akan membawa negara ini ke babak yang lebih mencabar berikutan persoalan yang lebih berat terpaksa dirungkai mengenai tragedi ini. "Kami bersama seluruh ahli keluarga Mapim mendoakan agar mereka tabah dan sabar menerima musibah ini dan kepada warga petugas MAS kami juga menyampaikan solidariti agar tragedi ini memberi pengajaran dan ketabahan seluruh kakitangan syarikat penerbangan itu untuk meneruskan tugas sebaik mungkin," katanya dalam satu kenyataan, semalam. "Penyiasatan yang tepat dan telus perlu dibuat dan semua pihak perlu bersepakat mencari penyelesaian kepada krisis yang berat ini. "Sebagai sebuah negara yang bermaruah, kita harus bersatu dan bersikap jujur untuk bersama-sama merungkai misteri dalam satu krisis paling besar dalam sejarah aviasi negara khususnya dan dunia amnya," katanya lagi.

Dr. Abd. Shukor Husin
Majlis Fatwa: Solat ghaib belum perlu
PUTRAJAYA - Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (Majlis Fatwa Kebangsaan) memutuskan bahawa tidak perlu solat jenazah ghaib terhadap mangsa nahas MH370 yang beragama Islam. Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata, perkara itu berikutan pihak yang mencari dan menyelamat belum menjumpai mayat dan cebisan mangsa nahas MH370. "Oleh itu, jawatankuasa memutuskan, para penumpang dan anak kapal MH370 kini dikategorikan mafqud (anggapan orang hilang) sehingga usaha mencari dimuktamadkan. "Muzakarah juga memutuskan pengesahan kematian hendaklah dibuat di Mahkamah Syariah bagi membolehkan pemansuhan perkahwinan, pembahagian harta faraid dan sebagainya dilakukan," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, semalam. Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha. Abd. Shukur berkata, jika menjumpai mayat atau cebisan anggota badan, maka jenazah yang beragama Islam hendaklah diuruskan seperti biasa iaitu dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan. Bagaimanapun, jelasnya, jika bercampur cebisan mayat atau gagal mengenal pasti sama ada ia Islam atau tidak, maka ia hendaklah dilakukan seperti jenazah orang Islam. "Ketika solat dilakukan, niat wajib dikhususkan untuk orang Islam sahaja. "Keadaan sama terpakai terhadap cebisan mayat mengelirukan atau bercampur," katanya. Dalam pada itu, beliau berkata, muzakarah berpendirian bahawa setiap jenazah beragama Islam bergelar sebagai syahid akhirat. Syahid akhirat bermaksud orang dibunuh secara zalim, mati melahirkan anak termasuk orang yang mati tenggelam dan mereka mendapat pahala khusus daripada ALLAH. "Amalan lain seperti berdoa dan solat hajat hendak diteruskan agar pasukan menyelamat berjaya menjumpai bangkai pesawat," ujarnya.

Tamyes
Keluarga penumpang dinasihat reda
SHAH ALAM - Setiap sesuatu yang berlaku dan akan berlaku semuanya dalam ketentuan ALLAH, justeru sebagai hamba-Nya perlu terima dengan setulus hati serta sabar di atas musibah berlaku. Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata, nasihat itu tentunya kepada keluarga penumpang MH370 yang bersedih setelah mendengar pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam kelmarin. Menurutnya, memang tidak diketahui apa sebenarnya berlaku, tetapi jika dihitung mengikut hari, memang harapan untuk penumpang dan kru pesawat itu selamat amat tipis. “Namun setiap yang berlaku ada hikmahnya. Sebagai hamba-Nya terutama yang Islam perlu menerima berita itu dengan tabah. “Segalanya dalam takdir ALLAH dan apa di sebalik kejadian itu berlaku sama ada panjang umur, ajal maut semuanya ketentuan-Nya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, solat jenazah ghaib boleh dilakukan sekiranya jasad masih tidak ditemui. “Hukumnya harus. Apabila berita kematian telah dipastikan oleh pihak berkuasa, namun jasad mereka tidak ditemui, solat itu boleh dilakukan seperti solat jenazah biasa. “Niatkan solat ini kepada mangsa kejadian. Bagi yang telah dapat menerima jika penumpang telah meninggal, boleh lakukan solat ini secara berseorangan atau berjemaah,” katanya. Tetapi katanya, bagi keluarga yang masih tidak menerima berita kematian itu sehingga dijumpai bangkai pesawat mereka tidak diharuskan melakukan solat itu. "Kerana mungkin ada keluarga masih berharap, penumpang selamat dan kembali ke pangkuan mereka,” katanya.

Normah Jaafar
Pengsan beberapa kali, emosi ibu belum stabil
Normah Jaafar mendoakan anaknya Khairul Amri Selamat, 29, ketika bacaan Yasin di rumahnya di Taman Kerayong Makmur di Bera, semalam. - Foto Bernama
EMOSI Normah Jaafar, 56, belum stabil sejak berita kehilangan anaknya dan pengsan beberapa kali selepas mendengar pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kelmarin. Menurut adiknya, Mohd Sabri, 45, kakaknya itu masih terkejut dengan tragedi menimpa pesawat berkenaan. “Dia memang tak boleh bersendirian sebab emosinya tak stabil lagi. Kalau dia seorang diri, dia mudah teringat kepada adik (Mohd Khairul Amri). “Saya sendiri akan temankan kakak di sini, tetapi berharap kaunselor boleh kerap menemaninya pada waktu kritikal ini,” katanya. Mohd Sabri berkata, kakaknya beberapa kali pengsan sejak malam kelmarin dan terpaksa dibawa ke Klinik Kesihatan Triang kira-kira jam 1 pagi semalam untuk rawatan susulan. Katanya, emosi Normah kembali tidak stabil apabila pihak media meminta menunjukkan gambar Mohd Khairul Amri yang dirakam pada Hari Raya, tahun lalu. Menurutnya, Normah memanggil isterinya, Mastura Jantan, 45, untuk menenangkannya kerana terlampau sedih. “Akak rindu dia (Mohd Khairul Amri). Selalunya setiap hari dia telefon tapi sekarang dia dah tiada. Dia anak yang baik.” Itulah yang dituturkan Normah ketika dipeluk Mastura. Bagaimanapun, Normah pengsan sekali lagi dalam pelukan Mastura kerana terlalu sedih mengenangkan keadaan yang berlaku ke atas anaknya itu. Difahamkan Normah kembali pulih dan bersemangat apabila anak sulungnya, Adib Adli Syam, 34, bersama isteri dan cucunya pulang ke rumah. Sementara itu, kehadiran kaunselor di sisi keluarga anak kapal dan penumpang pesawat MH370 perlu bergantung kepada kesesuaian masa dan keperluan kepada mereka. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas, Datuk Norol Azali Sulaiman berkata, hubungan antara keluarga atau waris mangsa dengan pihak kaunselor perlu dipersetujui bersama.

Tan Sri Pandikar Amin Mulia
Austria puji Malaysia tangani tragedi MH370
KUALA LUMPUR - Austria hari ini menitipkan semangat buat Malaysia agar tabah menerima takdir dalam tragedi MH370 dan cekal menghadapi tohmahan yang dilemparkan pelbagai pihak terhadap kerajaan Malaysia. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, Austria menerusi Duta Besarnya di Malaysia Christophe Ceska turut memuji Malaysia kerana telah melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat MH370 itu sejak lebih dua minggu lalu. "Beliau (Christophe Ceska) meluahkan rasa simpati...bahawa apa yang berlaku (tragedi MH370) belum pernah berlaku di dunia. Ceska turut berkata bahawa suara-suara sumbang dari pelbagai pihak, media di Malaysia atau luar negara adalah sesuatu yang biasa, di mana-mana negara pun. "Apa yang penting beliau berpendapat, sepanjang Austria mengikuti perkembangan insiden itu, Austria sendiri berpuas hati dengan langkah, tindakan dan segala yang dibuat sedaya upaya oleh kerajaan Malaysia dan negara negara lain yang terlibat," katanya kepada Bernama selepas menerima kunjungan hormat. Ceska di pejabatnya di Bangunan Parlimen di sini hari ini. Pesawat malang MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang daripada skrin radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam 8 Mac. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Bagaimanapun, selepas 17 hari pencarian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Mengulas lanjut mengenai kunjungan hormat itu, Pandikar Amin berkata ia bertujuan membincangkan isu semasa berkaitan kedua-dua negara selain mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Austria. - Bernama

MH370
Australia kehilangan penumpang, kru MH370
MELBOURNE - Australia meratapi kepergian kesemua mereka dalam sebuah pesawat Malaysia yang hilang, terutama penumpang Australia, Perdana Menteri Tony Abbott memberitahu parlimen di Canberra hari ini. Australian Associated Press (AAP) melaporkan, dengan keluarga Australia yang sedang bersedih menghadiri parlimen, Abbot membawa usul takziah. Beliau berkata, banyak serpihan telah kelihatan di bahagian selatan terpencil Lautan Hindi, namun cuaca buruk setakat ini menghalang kutipan mana-mana dari serpihan itu. "Kita meratapi kesemua 239 penumpang dan kru. Kita khusus meratapi enam warga Australia dan seorang pemastautin Australia yang tentunya dianggap telah 'pergi' dan kita bersedih bersama keluarga mereka dan orang-orang yang mereka cintai," kata beliau. Pasangan Queensland Ian dan Catherine Lawton serta Rodney dan Mary Burrows adalah antara mereka yang hilang, demikian juga pasangan Sydney Yuan Li dan Naijun Gu, dan rakyat New Zealand Paul Weeks, seorang pemastautin Australia. Abbott berkata, beliau telah menemui keluarga Lawton dan Burrows, yang berada di galeri parlimen menyaksikan parlimen menyatakan ucapan takziah. "Saya beri jaminan kepada mereka bahawa Australia akan melakukan segala mungkin untuk mengumpul apa yang kita dapat dari selatan Lautan Hindi agar mereka dapat merasakan kehampiran dan akhirnya ketenangan yang muncul bersama pemahaman yang lebih mendalam terhadap apa yang berlaku," kata beliau. Anggota Parlimen dan hadirin lain di kamar Dewan Perwakilan berdiri tafakur seminit. Abbott memuji kerjasama dan semangat profesional yang ditunjukkan dalam usaha mencari di peringkat antarabangsa. Pemimpin pembangkang Bill Shorten berkata nasib pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 adalah satu tragedi dahsyat, tidak dapat dibayangkan seabad lalu pada hari-hari sebelum era penerbangan udara komersil. "Kita mudah saja menganggap bila kita memasuki tiub-tiub aluminium ini - dengan kuasa enjin yang mengagumkan, dikendali oleh petugas cemerlang - kita dijamin selamat," AAP menyebut Shorten sebagai berkata. Kehilangan penerbangan MH370 adalah satu ingatan bahawa tidak ada apapun yang dapat dianggap pasti, katanya. "Saya tidak dapat bayangkan pada saat ini kesedihan yang dialami oleh keluarga-keluarga berkenaan." "Saya tahu bagi pihak negara kita bahawa kita semua adalah bersatu dengan cara kecil atau besar bersama kedukaan yang anda rasakan hari ini," kata Shorten. Speaker Bronwyn Bishop turut menyatakan kesedihannya. - Bernama

MH370
MH370: Perth jangka terima ramai tetamu
MELBOURNE - AUSTRALIA. Beberapa ratus anggota keluarga penumpang serta kru pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dijangka tiba di Perth dalam tempoh beberapa minggu ini, lapor agensi berita Australian Associated Press (AAP). Laporan itu memetik Ketua Menteri Australia Barat Colin Barnett yang turut berkata pihaknya akan bekerjasama dengan kerajaan China memandangkan sebahagian besar daripada 227 penumpang ialah warga China. "Masih belum jelas bagaimana akan tetapi saya difahamkan ramai anggota keluarga penumpang, terutamanya warga China, akan mahu ke Perth untuk berada sedekat mungkin dengan apa yang dipercayai tempat terakhir saudara mereka," katanya menerusi radio Fairfax pada Rabu. Pangkalan Udara Pearce di Perth menjadi hub operasi pencarian pesawat yang pada Isnin lepas disahkan penerbangannya berakhir di kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi. Barnett berkata selaku kerajaan negeri, pihaknya akan berusaha membantu dan memastikan segala keperluan keluarga penumpang MH370 dipenuhi termasuk mengadakan upacara memperingati mangsa jika perlu. Sementara itu, Datuk Bandar Perth, Lisa Scaffidi berkata bandar raya tersebut bersedia menjadi tuan rumah kepada waris penumpang dan kru MH370. "Kami berharap dan berdoa pesawat dan kotak hitamnya akan ditemui secepat mungkin," katanya dalam laporan AAP itu. - Bernama

Lewat lancar SAR, PR desak kerajaan mohon maaf
Lewat lancar SAR, PR desak kerajaan mohon maaf
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein (tengah) bercakap pada sidang media MH370 bagi hari ke-18 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia khususnya Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein didesak memohon maaf kepada semua penumpang dan anak kapal MH370 atas kelewatan melancarkan misi mencari dan menyelamat (SAR). Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, walaupun sistem pertahanan negara sudah dilengkapi dengan peralatan radar yang canggih namun kegagalan operator bertindak segera menyebabkan usaha SAR semakin sukar dilakukan. "Kalau negara China boleh minta maaf kerana mereka tersilap menghantar imej satelit, inikan pula Malaysia yang lambat bertindak walaupun radar sudah mengesan signal pesawat itu. "Kisah kapal terbang Egypt Air yang terhempas pada 1999, bila seminit hilang, SAR serta merta dilancarkan. Lagi lama ditunggu, lagi luas kawasan pencarian," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini. Mengulas lanjut, hasrat kerajaan untuk menaik taraf sistem radar sedia ada tidak timbul kerana ia bukan kegagalan radar sebaliknya kecuaian dan kelemahan operator pengendalinya. "Jangan beri alasan untuk berbelanja berbilion lagi, radar berfungis dengan baik tapi Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak beritahu semua pihak dan tidak bertindak," dakwanya. Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pesawat MAS MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi. Najib mengumumkan perkembangan terbaru itu selepas dimaklumkan oleh wakil Cawangan Siasatan Nahas Udara (AAIB) dari Britain.

Anwar Ibrahim
Anwar: Tubuh segera RCI, tak perlu timbang
KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia tidak sepatutnya mempertimbangkan sebaliknya mempersetujui penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan Jawatankuasa Terpilih Parlimen bagi menyiasat tragedi yang menimpa MH370. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, RCI adalah keperluan dan menjadi kepentingan semua pihak serta tidak harus ditakuti khususnya di pihak kerajaan. "Ia (RCI) bukan perlu dipertimbangkan, ia patut dipersetujui segera. "Ini adalah kepentingan semua pihak, majoriti dalam Parlimen adalah wakil rakyat BN, kenapa mereka harus khuatir bukan mewakili pandangan kita (pembangkang) pun," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini. Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam bahawa kerajaan akan mempertimbangkan penubuhan sama ada RCI atau Jawatankuasa Terpilih Parlimen dalam satu inkuiri tragedi MH370.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)
Syabas sahkan pelan catuan diaktifkan
KUALA LUMPUR - Pengguna di Wilayah Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang yang menerima bekalan air daripada Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 akan menghadapi catuan bekalan air seperti yang dijadualkan di dalam Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama. Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang mengesahkan perkara itu memberitahu, agihan bekalan air berjadual dilakukan berikutan kandungan ammonia meningkat semula sejak semalam disebabkan kekurangan hujan sejak empat hari lalu. Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, selain melaksanakan pelan peringkat pertama, Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ketiga yang melibatkan beberapa kawasan di Wilayah Gombak, Petaling, Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Klang/Shah Alam akan diteruskan seperti yang diputuskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Katanya, terdapat beberapa kawasan catuan bekalan air dalam ZON 2 di Wilayah Gombak dan Klang/Shah Alam lewat mendapat bekalan air seperti yang dijadualkan sejak kelmarin. "Ini disebabkan loji rawatan air yang bekalkan air ke semua kawasan ini dari Sungai Selangor kurang pengeluaran air terawat daripada kadar pengeluaran biasa pada 24 Mac berbanding kadar pengeluaran semasa catuan. "Apapun, pemantauan berterusan Syabas di semua kawasan gangguan ini menunjukkan bekalan air di semua kawasan itu telah mula mendapat bekalan air seperti biasa sejak jam 10 malam kelmarin dan dijangka pulih sepenuhnya pada petang semalam," katanya.

Pecah rumah sewa pelajar IPT
HIDUP dalam zaman serba moden ini banyak mempengaruhi trend seseorang individu khususnya pelajar institusi pengajian tinggi (IPT). Mereka dilihat bukan sahaja lebih terbuka dari segi aspek pemakaian, malah penggunaan gajet terkini juga menjadi satu keperluan bagi menonjolkan diri masing-masing. Namun dari satu sudut, sikap yang terlalu up-to-date ini memakan diri kerana ramai yang mula memerhati dan menjadikan mereka ini sebagai sasaran. Tinjauan menunjukkan pelajar IPT hari ini cukup mewah, paling tidak seorang pelajar mempunyai satu telefon bimbit berjenama dengan keluaran edisi terbaru, iPad, kamera serta komputer riba. Perkara sebegini memberi peluang kepada penjenayah untuk melakukan kegiatan mereka dengan lebih mudah. Suspek akan mula memerhati tempat tinggal serta aktiviti mangsa. Apabila mempunyai peluang mereka akan berpura-pura membuat pemantauan bagi mengetahui siapa yang tinggal bersama mangsa, berapa ramai atau keadaan rumah sewa yang dihuni mangsa. Suspek kemudiannya akan memecah masuk dan mencuri barangan berharga bukan sahaja milik mangsa malah teman serumah. Dalam kebanyakan kes, mangsa biasanya gagal memperoleh kembali barangan berharga mereka kerana suspek sangat licik. Sekiranya suspek ditangkap, barangan mangsa yang dicuri pula sudah dijual kepada pihak ketiga atau rosak. Oleh itu, modus operandi kali ini akan mengupas secara terperinci berhubung kes curi serta pecah rumah melibatkan rumah sewa pelajar IPT.
Suspek/Penjenayah
-Orang tempatan -Sebahagian daripada suspek dikesan adalah pelajar IPT -Segelintir suspek memiliki rekod jenayah lampau dan melakukan curi secara berulang kali di kawasan sama
Sasaran
1. Rumah sewa pelajar IPT seperti rumah teres, rumah kedai, pangsapuri.
2. Mangsa tidak mengira jantina tetapi pelajar wanita lebih berpotensi jadi sasaran.
3. Rumah sewa yang mempunyai penghuni ramai atau kerap dikunjungi rakan-rakan untuk sesi perbincangan atau belajar berkumpulan:
- Memudahkan penyamaran kerana ramai yang keluar masuk.
- Lebih banyak barangan berharga boleh dicuri.
4. Rumah sewa yang terletak di kawasan sunyi atau kedudukan tersorok.
Modus operandi
Suspek beroperasi biasanya pada jam 3 hingga 6 pagi atau jam 8 hingga 11 pagi : Biasanya pada waktu tersebut pelajar sedang nyenyak tidur atau keluar untuk ke kuliah. Bergerak secara individu dan biasanya menaiki motosikal Suspek buat pemantauan secara rambang seperti berpura-pura datang ke rumah untuk mencari seseorang tetapi sebenarnya ingin memastikan bilangan penyewa serta keadaan rumah Terdapat juga suspek yang terus menyamar sebagai rakan penghuni rumah dan kononnya datang untuk mengambil barangan yang tertinggal Peralatan digunakan untuk memecah masuk sangat mudah iaitu pemutar skru atau besi yang diubahsuai Suspek akan ambil wang tunai serta barangan berharga antaranya komputer riba, telefon bimbit, kamera, pencetak, jam tangan termasuk barangan kemas Semua barangan yang dicuri akan ditolak atau dijual terus ke mana-mana kedai komputer atau sesiapa sahaja bagai mendapatkan wang segera Melakukan jenayah di luar kawasan tempat tinggal bagi mengelak dikesan pihak berkuasa
Faktor kejadian:
Kecuaian pelajar
- Sikap suka mempamerkan barangan berharga akan menarik minat suspek.
- Tidak mengunci rumah atau bilik dengan baik.
Peluang
- Meletakkan barangan peribadi secara terbuka tanpa pengawasan.
- Jeriji atau tingkap rumah yang rosak tidak dibaiki memudahkan suspek untuk memecah masuk ke dalam rumah.
Terdesak
- Suspek mencuri kerana memerlukan wang segera. Barang-barang dicuri akan dijual ke kedai-kedai tertentu bagi mendapatkan wang tunai.
Dendam
- Akibat rasa tidak puas hati antara suspek (bekas penyewa) dengan rakan-rakannya (yang masih menyewa).
Tip yang boleh diguna pakai bagi mengelakkan kejadian/jadi mangsa:
Penuntut IPT/penyewa
- Mengutamakan keselamatan dengan mengunci rumah dengan baik ketika meninggalkan kediaman.
- Jangan ambil ringan jika jeriji, pintu dan tingkap rosak. Segera baiki!
- Simpan barangan peribadi yang berharga di tempat selamat selepas menggunakannya dan jangan letakkan di tempat terbuka seperti di ruang tamu rumah.
- Catat nombor siri yang tertera di belakang komputer riba kerana ia dapat membantu mengesan semula barangan tersebut.
- Ambil tahu atau kenal pasti rakan-rakan kepada teman serumah yang datang kerana mereka tidak terkecuali untuk mencuri.
- Jika pulang ke kampung atau keluar rumah pastikan semua barangan berharga dibawa bersama.
- Segera buat laporan polis. Jangan lambat kerana laporan polis sangat penting untuk dijadikan bahan bukti di mahkamah.
Polis
- Berdasarkan laporan diterima, polis akan beri tumpuan kepada kawasan yang kerap berlaku jenayah.
- Memperbanyak rondaan, pengedaran risalah peringatan kepada orang awam atau perjumpaan dengan penduduk atau individu sekitar di kawasan terbabit.
- Adakan ceramah berhubung jenayah pecah rumah atau kecurian di semua IPT bagi berkongsi maklumat dengan pelajar.
- Beri respons yang cepat terhadap laporan diterima.
Orang awam
- Jika mempunyai maklumat berhubung kejadian, segera maklum kepada polis.
- Jangan bertindak sendiri mungkin boleh membahayakan keselamatan.
Tindakan yang boleh diambil:
1. Suspek boleh didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.
2. Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu curi dalam bangunan.
3. Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun tanpa senjata api/samun berkawan tanpa senjata api.
4. Pemilik kedai komputer yang membeli barangan curi daripda suspek boleh disiasat di bawah Seksyen 411 dan Seksyen 414 Kanun Keseksaan kerana memiliki barang curi dan tolong jual.

Sumber: Polis Diraja Malaysia (PDRM), www.rmp.gov.my, www.google.com

Malindo Air
Enjin terbakar, Malindo Air berpatah balik
SHAH ALAM - Sebuah pesawat Malindo Air dalam perjalanan dari Subang ke Kuala Terengganu terpaksa berpatah balik sejurus selepas berlepas kerana kebakaran enjin. Dalam insiden jam 7.30 pagi itu, kesemua penumpang penerbangan, termasuk pasukan bola sepak Liga Super Terengganu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. Malindo Air dalam satu kenyataan menyebut kejadian itu berlaku ketika pesawat itu mendaki pada ketinggian 7,000 kaki. "Sistem pengesan kebakaran diaktifkan dan krew operasi serta-merta melaksanakan semakan kecemasan seperti prosedur operasi standard dalam situasi ini," kenyataan itu dipetik.

Malindo Air: Saksi dengar bunyi letupan
Malindo Air: Saksi dengar bunyi letupan
Penumpang pesawat Malindo Air selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud dengan pesawat lain di Kuala Terengganu, hari ini. Dalam kejadian pukul 7.30 pagi tadi, sebuah pesawat Malindo Air yang yang membawa penumpang termasuk pemain bolasepak Terengganu itu terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Subang selepas sebuah daripada enjinnya terbakar.
 Pesawat berkenaan bagaimanapun berjaya mendarat dengan selamat tanpa insiden lain serta tiada kecederaan dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan.
- Foto Bernama
KUALA TERENGGANU - Seorang penumpang pesawat Malindo Air yang sebuah enjinnya terbakar ketika dalam penerbangan dari Subang ke sini hari ini, berkata beliau terdengar bunyi letupan sebelum melihat api di bahagian itu. "Saya hanya mampu berdoa agar tiada perkara buruk menimpa kami," kata Mohd Fazi Subri, pemain tengah pasukan bola sepak Terengganu, iaitu antara 53 penumpang penerbangan itu. Beliau yang ditemui pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini, berkata kejadian berlaku ketika pesawat baru sahaja berlepas dari Lapangan Terbang Subang. "Kesemua penumpang agak panik namun sikap profesional kru serta juruterbang berjaya mengawal keadaan," katanya. Malindo Air dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur mengesahkan kejadian dan memberitahu pesawat itu berpatah balik ke Lapangan Terbang Subang serta mendarat dengan selamat. Tiada kecederaan dilaporkan. Kejadian berlaku ketika pesawat itu berada di ketinggian 7,000 kaki setelah berlepas dari lapangan terbang berkenaan pada 7.30 pagi. Menurut pemain pertahanan pasukan, Mohd Zubir Azmi pula, selepas selamat mendarat mereka pada mulanya mahu pulang ke Terengganu dengan menaiki bas kerana takut dengan kejadian yang dilalui. "Akan tetapi pihak syarikat penerbangan memberi kami penerbangan ganti yang berlepas 11.15 pagi tadi," katanya. Pasukan Terengganu ketika itu dalam perjalanan pulang selepas perlawanan menentang pasukan ATM di Stadium Selayang semalam. Terengganu membenam ATM 3-0. Sementara itu seorang penumpang warga asing, Dietmar Gierlich, 31, memuji sikap anak kapal yang begitu profesional dalam menangani krisis tersebut. "Mereka juga bertindak pantas. Penumpang lain juga memberi kerjasama yang baik menyebabkan semuanya berjalan lancar," katanya yang ke sini atas urusan kerja. Beliau juga menegaskan insiden itu tidak akan menghalangnya menggunakan perkhidmatan syarikat berkenaan pada masa hadapan. "Situasi itu boleh berlaku kepada sesiapa atau mana-mana kapal terbang di dunia ini," katanya. - Bernama

aedes-albopictus[1]
Denggi: 29 kematian dicatat hingga Februari
KUALA LUMPUR - Sebanyak 29 kematian akibat denggi direkodkan di seluruh negara bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam. Beliau berkata, bagi tempoh itu 16,383 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara dengan Selangor mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 11 kematian dan 8,936 kes. Ini diikuti Johor dengan lima kematian (1,064 kes), Kuala Lumpur dan Putrajaya tiga kematian (1,561 kes), Perak tiga kematian (1,133 kes), Pulau Pinang tiga kematian (376 kes) dan Kedah satu kematian (142 kes). "Negeri Sembilan, Melaka dan Kelantan masing-masing mencatatkan satu kematian," katanya dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut) di persidangan Dewan Rakyat, hari ini. - Bernama

 Cari botol jumpa mayat tanpa kepala
Cari botol jumpa mayat tanpa kepala
ROMPIN – Dua sahabat yang keduanya bekerja sebagai nelayan yang sedang asyik mengutip botol di Pantai Batu 6, Janglau, di sini sekitar jam 8 pagi tadi terkejut dengan penemuan satu mayat tanpa kepala terdampar di pantai. Penduduk Sungai Meranti, Mohd Sharif Kupa, 47, berkata, beliau terkejut kerana tidak pernah lagi menemui mayat dalam keadaan sedemikian. “Kami berdua memang hampir setiap pagi akan ke pantai untuk mencari botol yang dihanyutkan ombak. Tidak sangka pula pagi ini kami boleh terjumpa mayat yang tiada kepala. “Ketika itu kami dalam perjalanan dengan menaiki motosikal untuk mengambil satu tong yang terdampar tidak jauh dengan lokasi mayat. Dari jauh sudah nampak dan memang syak itu adalah mayat, bila kami hampiri memang sah,” katanya kepada Sinar Harian. Menurutnya, beliau bersama dengan rakannya itu, Dolah Mat, 48, tidak membuang masa dan terus menghubungi pihak polis untuk memaklumkan mengenai penemuan mayat tersebut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Johari Jahaya yang dihubungi mengesahkan kejadian. “Mayat tanpa kepala berkenaan masih berpakaian baju t-shirt dan seluar pendek serta umurnya kemungkinan dalam lingkungan 30-an. Terdapat satu lubang di bahagian dada. “Mayat tersebut sudah mula reput dan bangsanya masih belum dapat disahkan. Mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat,” katanya. Johari turut meminta sesiapa yang kehilangan ahli keluarga lelaki agar menghubungi Balai Polis Kuala Rompin di talian 09-4145222.


Pengurus syarikat maut kenderaan rempuh treler
KUANTAN - Seorang pengurus sebuah syarikat swasta maut selepas kereta jenis Mitsubishi Lancer yang dipandunya melanggar belakang sebuah treler yang berhenti di lorong kecemasan di KM42.91 dekat Bentong awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata dalam nahas 2 pagi itu mangsa, Wong Chin Ming, 36, dari Batu Caves mati di tempat kejadian. "Kemalangan berlaku semasa mangsa yang dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur dipercayai mengantuk lalu hilang kawalan sebelum melanggar belakang treler muatan bijih besi itu. "Siasatan awal mendapati treler itu diletakkan di lorong kecemasan berkenaan kerana kerosakan kotak gear dan brek," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Bagaimanapun katanya, pemandu treler terbabit, Ahmad Ahad, 32, berasal dari Taman Seri Wang Sungai Petani, Kedah itu tidak mengalami kecederaan. Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat. - Bernama

Komited demi keselamatan nuklear
Komited demi keselamatan nuklear
Wakil 53 negara menyertai NSS yang berlangsung selama dua hari di The Hague bermula kelmarin. Foto: EPA
THE HAGUE - BELANDA. Sebanyak 35 negara, semalam komited mengukuhkan keselamatan nuklear sebagai usaha untuk mengelakkan bahan berbahaya tersebut daripada jatuh ke tangan pengganas. Dalam satu kenyataan bersama dikeluarkan Sidang Kemuncak Keselamatan (NSS), kesemua negara tersebut berikrar untuk bekerjasama dengan lebih rapat dan mengemukakan penilaian setara secara berkala berhubung keselamatan nuklear masing-masing. Selain itu, mereka turut menyatakan kesediaan mematuhi standard ditetapkan di bawah siri garis panduan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) berkaitan langkah melindungi bahan nuklear. Terdahulu, Menteri Luar Netherlands, Frans Timmermans yang menjadi tuan rumah sidang kemuncak disertai 53 negara itu memaklumkan keselamatan nuklear tersebut kekal menjadi tanggungjawab setiap negara. Memetik laporan AFP, difahamkan, terdapat kira-kira 2,000 tan bahan senjata nuklear yang boleh digunakan di seluruh dunia. Menurut draf akhir kenyataan tersebut, kesemua pemimpin negara terbabit bersetuju mengurangkan stok simpanan uranium berbahaya yang boleh menghasilkan bom atom, sekali gus menukarkan ia kepada bahan logam radioaktif lebih selamat pada masa depan. - AFP

Najib saksi Filipina, MILF metrai perjanjian
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro (CAB) di antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Filipina, esok. Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata, sebelum itu Perdana Menteri dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Filipina, Benigno S.Aquino III esok. "Perdana Menteri juga akan menghadiri majlis makan malam yang akan dihoskan Presiden Filipina esok. Lawatan kerja Perdana Menteri ke Filipina esok adalah atas undangan Presiden Aquino yang telah disampaikan sewaktu lawatan negara beliau ke Malaysia," kata kenyataan itu. Aquino melakukan lawatan negara ke Malaysia bulan lepas dan Malaysia adalah pemudahcara kepada rundingan damai di antara kerajaan Filipina dan MILF dan juga telah mengetuai pasukan Pemantauan Antarabangsa di Mindanao, Selatan Filipina sejak tahun 2004. Menurut kenyataan itu, dalam lawatan kerja ke Filipina esok, Perdana Menteri akan diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan menteri kabinet lain iaitu Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pegawai-pegawai kanan kerajaan. "Lawatan ini akan memberi peluang kepada Perdana Menteri dan Presiden Aquino menyambung perbincangan mereka ke arah pengukuhan tali persahabatan dan hubungan dua hala sedia ada untuk kepentingan bersama dan rantau ini," kata kenyataan itu. Menurut kenyataan itu, ia juga akan memperlihatkan komitmen berterusan Malaysia bagi menjamin dan mengekalkan keamanan dan keselamatan di rantau ini. - Bernama

Gempa bumi kuat landa Kepulauan Fiji Selatan
KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda Kepulauan Fiji Selatan di Pasifik pada 11.29 pagi tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, pusat gempa itu terletak 881km Tenggara dari Laucala, Fiji dan 7,351km di tenggara Semporna, Sabah. Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami, kata jabatan itu dalam kenyataan di sini. - Bernama


Penyeludupan gas di Tawau tumpas
TAWAU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau menahan sebuah bot jongkong dengan muatan 140 tong gas disyaki untuk diseludup ke negara jiran menerusi perairan Tawau, Isnin lepas. Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah, Kapten Maritim Anor Jaafar berkata, pihaknya turut menahan dua lelaki warga tempatan, juragan bot berusia 57 tahun dengan seorang awak-awak berusia 23 tahun. "Bot itu dipercayai bergerak dari Kampung Titingan ditahan pada kira-kira pukul 10 malam dan kesemua muatan ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya di dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Anor berkata, pihaknya mendapati muatan yang ditunjukkan dalam dokumen yang diperiksa adalah tidak sama dengan tong-tong gas Petronas dan Shell yang disyaki hendak dibawa masuk ke Pulau Sebatik melalui Kampung Sungai Melayu. Kampung Sungai Melayu bersempadan dengan Malaysia-Indonesia merupakan kawasan yang paling mudah untuk menyeludup barangan kawalan ke negara jiran. Muara Sungai Melayu berada di kawasan Malaysia, tetapi jarak antara sungai itu hanya kira-kira 10 meter dari jalan raya dengan negara jiran itu. Menurutnya, Maritim akan terus menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan di perairan Sabah khususnya perairan Tawau bagi menyekat kegiatan penyeludupan. Beliau juga berharap agar orang ramai dapat menjadi mata dan telinga untuk memberi maklumat kepada pihak berkuasa bagi mengekang kegiatan penyeludupan. - Bernama

Kassim Ahmad
Penguatkuasa agama tahan sasterawan dan pemikir Dr Kassim Ahmad
KULIM - “Semua pejabat agama yang ada tak boleh pakai. Saya ajar Islam yang sebenar dan bagi saya jawab sendiri dengan ALLAH. Waran tangkap semua ni mengarut sahaja. Pergi balik!" Itulah antara kata-kata dikeluarkan oleh sasterawan dan pemikir Dr Kassim Ahmad ketika pegawai penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim Kedah (PADK) menahan beliau di rumahnya di Kulim Golf & Country Resort kira-kira jam 2.30 petang tadi. Ketua Penguatkuasa PADK, Azmi Rejab berkata, sebaik diarahkan untuk melaksanakan waran tangkap ke atas Kassim, pihaknya ke kediaman sasterawan itu kira-kira jam 12 tengah hari, namun tiada sesiapa di rumah ketika itu. “Hanya kira-kira jam 2 petang, Kassim pulang bersama seorang rakan menaiki kereta. Apabila pegawai penguatkuasa agama memperkenalkan diri dan memaklumkan tujuan mereka ke situ, Kassim enggan memberi kerjasama sebaliknya menyuruh mereka balik. "Keadaan menjadi semakin tegang apabila beliau mula bertindak agresif dan tidak mahu dirinya dipegang atau masuk ke dalam van PADK," katanya. Azmi kemudiannya memaklumkan kepada Kassim bahawa PADK hanya melaksanakan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Walaupun waran tangkap ditunjukkan, Kassim masih enggan mengikut arahan. Menurut Azmi, untuk mengelak berlaku sebarang kejadian tidak diingini, PADK telah memaklumkan kejadian itu kepada Balai Polis Kulim Hi–Tech untuk meminta bantuan. "Dengan bantuan polis, Kassim akhirnya dibawa ke Balai Polis Kulim sebelum dua pegawai PADK mengiringi beliau ke Kuala Lumpur dengan menaiki kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang kira-kira jam 10 malam," katanya. Penahanan ke atas Kassim dibuat selepas Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya atas pertuduhan mengikut Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah (Wilayah Persekutuan) 1997 iaitu menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama.

Maut sebelum makan malam
Maut sebelum makan malam
Keadaan kereta dipandu mangsa. Gambar kecil: Sasi Reka.
KLUANG - Hasrat seorang wanita dan tiga rakannya untuk makan malam di bandar Kluang tidak kesampaian apabila terlibat dalam kemalangan di KM 85 Jalan Kota Tinggi-Kluang jam 7.10 petang kelmarin. Mangsa, Sasi Reka Chandraya Naidu,26, maut dan tiga rakannya cedera parah apabila kereta jenis Viva yang dipandu mangsa gagal mengelak sebuah Kancil dari arah bertentangan lalu terbabas sebelum bertembung dengan kereta Naza Citra yang dipandu Mumtaz Jaminurin,24, dari arah Kluang- Kota Tinggi. Ketua Polis Kluang, Asistan Komisioner Mohd Roze Shaari berkata, kereta dipandu Sasi Reka dari arah Kota Tinggi telah menyebabkan Kancil dipandu wanita berusia 54 tahun itu masuk ke dalam longkang. Beliau berkata, Sasi Reka maut dalam perjalanan ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, dua kilometer dari tempat kejadian. “Akibat daripada kemalangan terbabit, enam mangsa iaitu tiga penumpang bersama mangsa, dua mangsa daripada Kancil serta seorang daripada kereta Naza Citra cedera parah dan masih dirawat di Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Mohd Roze berkata, kemalangan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menyebabkan kemalangan maut. “Walau bagaimanapun, siasatan masih dijalankan bagi mengenal punca sebenar kejadian tersebut dan kepada mereka yang menyaksikan kejadian ini diharap dapat tampil untuk memberikan keterangan kepada pihak kami,” katanya.

Kilang pindah gas haram diserbu
Kilang pindah gas haram diserbu
Januar (kanan) menunjukkan hasil rampasan yang diperoleh daripada kilang yang diserbu di Taman Perindustrian Sinaran.
KLUANG - Sebuah kilang yang menjalankan aktiviti pindah gas domestik ke dalam tong gas industri di Taman Perindustrian Sinaran, di sini, diserbu penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kluang, pagi semalam. Serbuan sekitar jam 10 pagi itu berjaya merampas kira-kira 520 tong gas pelbagai jenis dalam gudang yang menjadi tapak operasi pemindahan gas dilakukan. Ketua PPDNKK Cawangan Kluang, Januar Mohamad berkata, kegiatan itu dipercayai didalangi empat warga asing yang telah bergiat secara aktif sejak awal Januari lalu. Menurutnya, serbuan berkenaan merupakan hasil maklumat orang awam dan risikan pihaknya bagi mengenal pasti operasi pemindahan gas yang dijalankan itu. “Hasil siasatan awal, kami mendapati operasi kilang ini tidak berdaftar dan ia juga tidak mempunyai nama sebarang syarikat berkaitan bekalan gas industri di sekitar bandar ini. “Setelah mengenal pasti operasi pihak tidak bertanggungjawab ini, kami membuat serbuan, namun semua suspek dipercayai dapat menghidu kedatangan kami dan berjaya melarikan diri sebelum sempat diberkas,” katanya semalam. Januar berkata, hasil pemerhatian, pihaknya mendapati kerja pemindahan gas daripada tong gas domestik untuk memenuhkan tong gas industri seberat 50 kilogram (kg) dilakukan secara manual dengan menggunakan air panas dan ais. “Hasil serbuan ini, kami menganggarkan nilai rampasan ialah RM50,000 termasuk jumlah tong gas pelbagai saiz. “Bagaimanapun, kesalahan ini akan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu memiliki dengan niat untuk melakukan kesalahan. “Denda yang dikenakan atas kesalahan tersebut ialah di bawah Seksyen 22 akta sama sekiranya sabit kesalahan, individu terlibat akan didenda maksimum RM10,000 dan bagi syarikat RM250,000," katanya. Menurutnya lagi, kes berkenaan merupakan kes pertama dilaporkan dan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan individu yang terlibat. Serbuan diketuai Penolong Pegawai Kanan KPDNKK, Amin Jonid dan disertai lapan anggota penguatkuasa jabatan itu.

Anwar Ibrahim
Anwar bantah Erdogan haramkan Twitter
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap membantah tindakan sahabat karibnya, Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdogan yang mengharamkan media sosial Twitter di negara itu. Bagaimanapun dakwa Anwar, walaupun langkah itu ditentang, namun negara Asia Barat itu masih mengamalkan kebebasan media khususnya kepada pihak pembangkang. "Saya secara prinsip tidak setuju. Walaupun beliau sahabat baik saya, tetapi media masih bebas (Turki)...televisyen negara itu bebas... Pembangkang boleh bercakap dan Jawatankuasa Terpilih Parlimen berjalan lancar. "Walaupun saya banyak menyokong keputusan mereka tetapi saya tidak bersetuju beberapa langkah termasuk sekatan terhadap kebebasan media Twitter," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini. Beliau berkata demikian mengulas lanjut langkah tegas Turki menyekat Twitter pada Khamis lalu selepas beberapa jam Erdogan memberi amaran akan menghapuskan rangkaian sosial itu yang mendedahkan dakwaan penyelewengan terhadap beberapa pemimpin kanannya. Menurut agensi berita Anatolia, pihak berkuasa secara teknikal menyekat akses kepada Twitter kerana perkhidmatan itu tidak menghiraukan beberapa arahan mahkamah untuk membuang sebahagian pautan yang disifatkan melanggar undang-undang. Mengulas lanjut, Anwar bagaimanapun berkata, jika media sosial itu disalahgunakan untuk memfitnah dan menimbulkan suasana tegang, negara itu boleh mengambil tindakan mahkamah. "Ternyata ada undang-undang untuk mengenakan tindakan kalau ada orang gunakan Twitter untuk memfitnah," katanya lagi.

Peniaga pasar tangkap pencuri
Peniaga pasar tangkap pencuri
Hafiz menunjukkan tempat suspek diberkas sekumpulan peniaga Pasar Awam Maharani.
MUAR - Misteri kecurian barang dalam kenderaan yang diletakkan di pasar awam, di sini, terjawab apabila seorang lelaki berjaya ditangkap sekumpulan peniaga, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, seorang lelaki berusia 30an diberkas ketika dalam kereta milik seorang pengunjung pasar berkenaan. Peniaga buah-buahan, Hafiz Daud, 21, memberitahu, dia menyedari kejadian itu selepas mendengar kekecohan di ruang parkir berdekatan tempat menunggu bas. “Ketika itu, saya sibuk melayan pelanggan sebelum terlihat kira-kira 10 peniaga sedang mengerumuni sebuah kereta dan memarahi seseorang. “Selepas pelanggan beredar, saya ke tempat itu untuk mengetahui perkara sebenar dan mendapati seorang lelaki duduk di bahagian pemandu kereta Proton Gen 2,” katanya. Menurutnya, ketika kejadian, ada pergelutan berlaku apabila suspek bertindak agresif cuba melarikan diri sebaik disergah peniaga ketika sedang leka menyelongkar papan pemuka kereta berkenaan. Hafiz berkata, peniaga pasar awam sudah lama merancang menangkap suspek sejak tiga bulan lalu, memandangkan sudah beberapa kali berlaku kecurian barang dalam kenderaan dan barang basah yang ditinggalkan dalam raga motosikal. “Tak sangka hari ini (semalam) dapat tangkap suspek selepas mangsa melihat kelibat seorang lelaki meninjau dan menghampiri keretanya dalam keadaan mencurigakan. “Mangsa mengekori lelaki itu, tetapi suspek berpura-pura membuat panggilan telefon untuk mengalihkan perhatian apabila menyedari gerak-gerinya diperhatikan, sehingga dia diberkas berada dalam kereta,” katanya. Dia berkata, seorang peniaga segera menghubungi polis yang tiba tidak lama kemudian. Jelasnya, polis turut menjumpai banyak kunci kereta pelbagai jenis dan dompet dalam poket seluar suspek sebelum dibawa ke balai. “Sebelum ini, banyak pelanggan merungut apabila radio, cermin mata gelap, syiling dan alat sistem geografi global (GPS) dalam kereta mereka hilang setiap kali berkunjung ke pasar ini,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob mengesahkan menerima laporan kejadian dan suspek direman untuk siasatan.

Pemilik hotel rugi RM50,000 disamun
IPOH - Pemilik sebuah hotel terkemuka mengalami kerugian kira-kira RM50,000 apabila rumahnya disamun tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang dalam kejadian di Jalan Kelab Golf, di sini, malam kelmarin. Bagaimanapun ketika kejadian, hanya tiga pembantu rumah sahaja berada dalam kediaman tersebut, sementara pemilik hotel berusia 70 tahun itu dan keluarganya tiada di rumah. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, dalam kejadian jam 10.15 malam itu, pembantu rumah menyedari kediaman tersebut dipecah masuk apabila terdengar bunyi bising di pintu kediaman berkenaan. Menurutnya, ketiga-tiga lelaki berkenaan mengurung dua daripada tiga pembantu rumah terbabit dalam sebuah bilik. “Manakala seorang lagi diugut dengan parang jika tidak memberi kerjasama. “Kumpulan terbabit kemudiannya menggeledah seluruh rumah dan mengambil barangan berharga termasuk barang kemas yang bernilai RM50,000,” katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Polis Ke-207 peringkat negeri di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara Polis di sini, semalam. Chang Keong berkata, ketiga-tiga pembantu rumah terbabit tidak cedera dan segera menghubungi majikan sejurus kumpulan penjenayah tersebut melarikan diri. Jelasnya, hasil siasatan mendapati, rumah tersebut dilengkapi sistem kamera litar tertutup (CCTV) namun alat perakamnya sudah dilarikan kumpulan tersebut. “Kami akan meneruskan siasatan bagi mengenal pasti dalang yang terbabit dalam kejadian pecah rumah ini. “Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan tanpa senjata api,” katanya.

Insiden jentera dilarikan disiasat
Insiden jentera dilarikan disiasat
IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri melantik pegawai penyiasat berhubung kejadian sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang dilarikan, kelmarin. Pengarahnya, Yahaya Madis berkata, langkah keselamatan dipertingkatkan bagi mengelakkan kejadian sama berulang. “Berikutan itu, beberapa langkah diambil antaranya mengadakan had laluan kawasan pelawat dan menyediakan tempat menunggu khas di setiap balai di negeri ini. “Pelawat juga tidak dibenarkan masuk secara bebas sama ada di pejabat atau balai sebaliknya mereka hanya boleh berada di kawasan tertentu sahaja. “Pintu hadapan bilik jentera bomba akan sentiasa ditutup, termasuk pada waktu siang bagi mengelakkan orang asing masuk,” katanya. Dalam perkembangan sama, Yahaya berkata, setakat ini anggaran kerugian kerosakan jentera dan balai masih belum dikenal pasti dan akan dapat diketahui apabila siasatan selesai sepenuhnya. Kelmarin, seorang lelaki dipercayai di bawah pengaruh dadah melarikan sebuah jentera bomba dan memandunya sejauh kira-kira 14 kilometer (km) sebelum berjaya ditahan polis selepas terkandas di Kilometer 3.5 Jalan Maharajalela, Teluk Intan. Kejadian kira-kira jam 11 pagi itu berlaku apabila lelaki berusia 30 tahun dari Batu 4 Kampung Selabak, Teluk Intan, masuk ke bilik jentera ketika anggota dalam pertukaran syif tugas harian sebelum menghidupkan enjin dan melarikan kenderaan berkenaan.

Tak sedar jantung anak berlubang
Tak sedar jantung anak berlubang
Izzah Sajidah menghidap penyakit jantung berlubang.
BATU FERRINGHI - Seorang ibu tidak menyangka pembesaran anaknya yang terbantut sejak berusia sebulan adalah tanda bayinya itu menghidap penyakit jantung berlubang. Mempunyai tiga anak yang sedang membesar membolehkan Aishah Othman, 36, mengetahui perkembangan kanak-kanak dengan mudah, namun berbeza dengan anak keempatnya, Izzah Sajidah Mohd Nabin. Menurutnya, ketika berusia setahun, berat Izzah masih tidak naik-naik, malah badannya ibarat mengecil tidak seperti kanak-kanak lain. “Saya dan suami, Mohd Nabin Abdullah, 39, membawa Izzah ke klinik kesihatan dan membuat pemeriksaan, dan kemudiannya mendapati denyutan jantung anak kami tidak berdegup secara normal. “Kemudian dia dibawa ke Hospital Adventist dan pada masa itu kami memang terkejut kerana jantungnya telah berlubang sebesar dua sentimeter (cm), bukan kecil tapi begitu besar, pada masa itu saya tidak mampu hendak berkata-kata,” katanya kepada Sinar Harian. Melihatkan Izzah yang kini mencecah usia dua tahun, keadaannya sama seperti kanak-kanak lain yang ceria dan suka bermain. Malah Aishah sendiri mengakui anaknya itu begitu aktif sehingga membuatkan dia dan suami naik bimbang. “Kami memang tidak boleh biarkan dia terlalu aktif kerana jantungnya tidak boleh berdegup terlalu kencang, malah dia juga tidak boleh dibawa ke tempat awam seperti pusat beli-belah dan sebagainya. “Bukan apa, dia mudah dijangkiti sebarang penyakit, malah demamnya juga tidak seperti orang lain, kadang-kadang boleh cecah hingga berminggu lamanya,” katanya. Paling menakutkan ibu yang bergelar guru ini apabila anak kecilnya itu mengalami bengkak jantung sehingga dadanya membengkak seperti dada seekor burung. Malah di bahagian luar dada kanak-kanak kecil itu juga pernah berwarna keungu-unguan. Setelah dirujuk dengan hospital, keluarga tersebut memerlukan kira-kira RM32,000 kos pembedahan jantung Izzah. Bapa, Mohd Nabin berkata, dia hanya mengharapkan anak kecilnya itu kembali sihat seperti kanak-kanak lain. “Malah saya mengharapkan pembesarannya juga normal, dan semoga pembedahannya kira-kira dalam tempoh dua bulan akan datang berjalan dengan lancar. “Walaupun agak menakutkan dan berisiko, namun kami mengharapkan yang terbaik,” katanya.


Jenayah di NS meningkat
SEREMBAN - Negeri Sembilan mencatatkan kadar peningkatan jenayah kira-kira satu peratus, sepanjang Januari hingga kini. Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abd Manan Mohd Hassan berkata, penyumbang kepada kenaikan indeks berkenaan membabitkan jenayah seperti curi kenderaan dan pecah rumah. “Kita dapati, kebanyakan jenayah terbabit berlaku di kawasan Seremban dan Nilai,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Perbarisan Hari Polis ke-207, Peringkat Kontinjen Negeri sembilan, di sini, semalam. Justeru, beliau berkata, pihaknya mengambil beberapa inisiatif untuk menambah baik perkhidmatan diberikan kepada masyarakat, dalam usaha mengurangkan kadar jenayah di negeri ini. “Antara langkah kita ambil seperti mewujudkan Unit Ronda Bermotosikal (URB) yang telah dilancarkan pada 15 Februari lalu. “Setakat ini, kita mendapat maklum balas yang baik daripada orang ramai. Rata-ratanya berasa lebih selamat apabila melihat kehadiran anggota meronda di kawasan mereka secara kerap,” katanya. Tidak cukup dengan itu, katanya, pihak polis turut melancarkan program Safecam Partenrship di Jempol dan Port Dickson, pada 19 Februari dan 22 Mac lalu. “Ia merupakan perjanjian satu rangkaian kerjasama bagi tujuan kawalan keselamatan dan pencegahan jenayah melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di syarikat atau premis perniagaan di seluruh negeri ini,” katanya.

3 comments:

  1. Aku Widya Okta, saya ingin bersaksi pekerjaan yang baik dari Allah dalam hidup saya kepada orang-orang saya yang mencari untuk pinjaman di Asia dan bagian lain dari kata, karena ekonomi yang buruk di beberapa negara. Apakah mereka orang yang mencari pinjaman di antara kamu? Maka Anda harus sangat berhati-hati karena banyak perusahaan pinjaman penipuan di sini di internet, tetapi mereka masih asli sekali di perusahaan pinjaman palsu. Saya telah menjadi korban dari suatu 6-kredit pemberi pinjaman penipuan, saya kehilangan begitu banyak uang karena saya mencari pinjaman dari perusahaan mereka. Aku hampir mati dalam proses karena saya ditangkap oleh orang-orang dari utang saya sendiri, sebelum aku rilis dari penjara dan teman yang saya saya menjelaskan situasi saya kemudian memperkenalkan saya ke perusahaan pinjaman dapat diandalkan yang SANDRAOVIALOANFIRM. Saya mendapat pinjaman saya Rp900,000,000 dari SANDRAOVIALOANFIRM sangat mudah dalam 24 jam yang saya diterapkan, Jadi saya memutuskan untuk berbagi pekerjaan yang baik dari Allah melalui SANDRAOVIALOANFIRM dalam kehidupan keluarga saya. Saya meminta nasihat Anda jika Anda membutuhkan pinjaman Anda lebih baik kontak SANDRAOVIALOANFIRM. menghubungi mereka melalui email:. (Sandraovialoanfirm@gmail.com)
    Anda juga dapat menghubungi saya melalui email saya di (widyaokta750@gmail.com) jika Anda merasa sulit atau ingin prosedur untuk memperoleh pinjaman.

    ReplyDelete
  2. Halo, semua orang, tolong, saya dengan cepat mahu menggunakan media ini untuk berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada pemberi kredit yang benar-benar mengubah hidup saya daripada kemiskinan kepada seorang wanita kaya dan sekarang saya mempunyai kehidupan yang sihat tanpa tekanan dan kesulitan kewangan,

    Selepas berbulan-bulan cuba mendapatkan pinjaman di internet dan saya telah ditipu dari 400 juta, saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman dalam talian yang sah dalam kredit dan tidak akan meningkatkan kesakitan saya, jadi saya memutuskan untuk beralih kepada kawan saya untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, kami bercakap mengenainya dan kesimpulannya adalah tentang seorang wanita bernama Puan Maria yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maria Loan. Syarikat

    Saya memohon untuk pinjaman (900 juta) dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, supaya pinjaman yang diluluskan itu mudah tanpa tekanan dan semua persiapan telah dibuat dengan pemindahan kredit, kerana fakta bahawa ia tidak memerlukan cagaran untuk pemindahan daripada pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.

    Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 900 juta. Saya sangat gembira bahawa akhirnya Tuhan menjawab doa saya dengan memerintahkan pemberi pinjaman saya dengan kredit sebenar saya, yang boleh memberi harapan saya.

    Terima kasih banyak kepada Cik Maria kerana membuat hidup adil untuk saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Maria dengan baik melalui E-mel (mariaalexander818@gmail.com) ATAU Via Whatsapp (+1 651-243 -8090) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda,

    Jadi, terima kasih banyak kerana mengambil masa anda membaca tentang kejayaan saya dan saya berdoa agar Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda.
    Nama saya adalah kabu layu, anda boleh menghubungi saya untuk rujukan lebih lanjut melalui e-mel saya: (kabulayu18@gmail.com)

    Terima kasih semua.

    ReplyDelete
  3. Halo, semua orang, tolong, saya dengan cepat mahu menggunakan media ini untuk berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada pemberi kredit yang benar-benar mengubah hidup saya daripada kemiskinan kepada seorang wanita kaya dan sekarang saya mempunyai kehidupan yang sihat tanpa tekanan dan kesulitan kewangan,

    Selepas berbulan-bulan cuba mendapatkan pinjaman di internet dan saya telah ditipu dari 400 juta, saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman dalam talian yang sah dalam kredit dan tidak akan meningkatkan kesakitan saya, jadi saya memutuskan untuk beralih kepada kawan saya untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, kami bercakap mengenainya dan kesimpulannya adalah tentang seorang wanita bernama Puan Maria yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maria Loan. Syarikat

    Saya memohon untuk pinjaman (900 juta) dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, supaya pinjaman yang diluluskan itu mudah tanpa tekanan dan semua persiapan telah dibuat dengan pemindahan kredit, kerana fakta bahawa ia tidak memerlukan cagaran untuk pemindahan daripada pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.

    Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 900 juta. Saya sangat gembira bahawa akhirnya Tuhan menjawab doa saya dengan memerintahkan pemberi pinjaman saya dengan kredit sebenar saya, yang boleh memberi harapan saya.

    Terima kasih banyak kepada Cik Maria kerana membuat hidup adil untuk saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Maria dengan baik melalui E-mel (mariaalexander818@gmail.com) ATAU Via Whatsapp (+1 651-243 -8090) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda,

    Jadi, terima kasih banyak kerana mengambil masa anda membaca tentang kejayaan saya dan saya berdoa agar Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda.
    Nama saya adalah kabu layu, anda boleh menghubungi saya untuk rujukan lebih lanjut melalui e-mel saya: (kabulayu18@gmail.com)

    Terima kasih semua.

    ReplyDelete