Friday, March 7, 2014

Berita Terkini 07 Mac 2014

Bank Negara Malaysia (New)
Rizab antarabangsa RM427.6 bilion pada 28 Februari
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM427.6 bilion (bersamaan dengan AS$130.6 bilion) pada 28 Februari, 2014. Menurut BNM, paras rizab itu mencukupi untuk membiayai sembilan bulan import tertangguh dan adalah 3.3 kali hutang luar negeri jangka pendek. Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$117.7 bilion), rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$900 juta), hak pengeluaran khas (AS$2.0 bilion), emas (AS$1.4 bilion) dan aset rizab lain (US$8.6 bilion). - BERNAMA

Bakri Mohd Zinin Dilantik Sebagai Timbalan KPN
'Itu kenyataan paling bodoh', Timbalan Ketua Polis Negara
Washington: Sebuah asteroid diramal akan melanggar Bumi pada 16 Mac 2880, kata saintis. Penyelidik Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA), menyatakan, berdasarkan analisis radar di Makmal Jet Propulsion di Pasadena, California milik agensi itu, kemungkinan asteroid dikenali 1950 DA untuk merempuh bumi adalah 1 nisbah 300. Laman web berita Mashable, melaporkan, asteroid 1950 DA kali pertama kali dikesan pada Februari 1950 dan mempunyai ukur lilit 1.1 kilometer. Ia berjaya dipantau selama 17 hari sebelum menghilang selama 50 tahun. Kali terakhir asteroid itu dilihat semula pada 31 Disember 2000 dan Mac 2001. Kejayaan mengesan semula 1950 DA pada malam tahun baru itu berlaku 200 tahun selepas saintis berjaya kesan asteroid pertama dikenali sebagai Ceres. “Saintis mendapati 1950 DA akan melintas pada kedudukan paling hampir dengan bumi selama 20 minit pada 16 Mac 2880 dan kemungkinan ia merempuh bumi tidak boleh dinafikan,” kata laman web itu. - AGENSI

Saintis ramal asteroid langgar bumi pada 16 Mac 2880
Saintis ramal asteroid langgar bumi pada 16 Mac 2880
Washington: Sebuah asteroid diramal akan melanggar Bumi pada 16 Mac 2880, kata saintis. Penyelidik Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA), menyatakan, berdasarkan analisis radar di Makmal Jet Propulsion di Pasadena, California milik agensi itu, kemungkinan asteroid dikenali 1950 DA untuk merempuh bumi adalah 1 nisbah 300. Laman web berita Mashable, melaporkan, asteroid 1950 DA kali pertama kali dikesan pada Februari 1950 dan mempunyai ukur lilit 1.1 kilometer. Ia berjaya dipantau selama 17 hari sebelum menghilang selama 50 tahun. Kali terakhir asteroid itu dilihat semula pada 31 Disember 2000 dan Mac 2001. Kejayaan mengesan semula 1950 DA pada malam tahun baru itu berlaku 200 tahun selepas saintis berjaya kesan asteroid pertama dikenali sebagai Ceres. “Saintis mendapati 1950 DA akan melintas pada kedudukan paling hampir dengan bumi selama 20 minit pada 16 Mac 2880 dan kemungkinan ia merempuh bumi tidak boleh dinafikan,” kata laman web itu. - AGENSI


Seludup dadah guna pos laju, kurier
KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas menahan tujuh suspek termasuk enam warga asing dan merampas 4.9 kilogram dadah Syabu bernilai RM900,000 dalam enam operasi di sekitar Lembah Klang. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, sepanjang operasi sejak 20 Feb hingga semalam, polis menahan tiga lelaki Nigeria, tiga wanita warga Uganda dan seorang lelaki tempatan berusia antara 22 dan 42 tahun. Beliau berkata, modus operandi sindiket itu ialah menyeludup dadah menerusi perkhidmatan pos laju dan kurier dengan menyorokkannya dalam pelbagai barangan persendirian termasuk peralatan cakera padat DVD. "Kumpulan ini menggunakan taktik menyeludup bekalan dadah dalam jumlah yang kecil bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, namun ia dilakukan secara kerap.

Foto
Geng curi motosikal diberkas polis
IPOH: Sekumpulan tiga mat rempit berusia 20-an diberkas polis selepas dikesan aktif mencuri dan meleraikan komponen motosikal sebelum bahagian tidak dikehendaki dibuang ke dalam lombong di Meru Raya, Jelapang, di sini. Semua suspek ditahan jam 4 pagi kelmarin selepas dikejar sepasukan anggota polis ibu pejabat polis daerah Ipoh yang melakukan rondaan cegah jenayah berhampiran Taman Wing Oon, di sini. Hasil penahanan suspek, polis menemui lebih 10 rangka motosikal yang dibuang ke dalam lombong itu. Anggota polis terpaksa melakukan lebih 10 kali penyelaman untuk membawa keluar semua rangka motosikal yang dilaporkan dicuri suspek dari sekitar kampung Tawas dan Jelapang di sini.


Hidangan RM1,500: pemilik restoran diminta beri penjelasan
PUTRAJAYA 7 Mac - Sebuah restoran di Temerloh diminta memberi penjelasan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berhubung juadah harga ikan kelah yang agak mahal iaitu RM726 bagi dua ekor. Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, hasil siasatan mendapati restoran tersebut tidak melanggar sebarang peruntukan di bawah Perintah Penandaan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993. Beliau berkata, pihaknya juga mendapati tanda harga ada dipamerkan di dalam restoran berkenaan dan pengguna juga mempunyai akses kepada harga ikan kelah, patin buah dan udang galah sebelum membuat tempahan. "Namun kita berpendapat harga itu mahal dan notis di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 sudah dikeluarkan bagi mendapatkan penjelasan lanjut daripada pemilik restoran berkenaan harga ikan berkenaan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Pada 4 Mac lalu, pemilik restoran di Temerloh itu menjadi perbualan hangat di laman sosial kerana mengenakan harga RM1,500 bagi hidangan makan tengah hari untuk lapan orang pelanggannya. - UTUSAN ONLINE

jadual catu air di selangor 2014 senarai rasmi syabas jadual catuan air di selangor 2014
Catuan air peringkat ketiga bermula 10 Mac ini, Lagi 323,941 premis terlibat dalam catuan peringkat ketiga
KUALA LUMPUR 7 Mac - Sebanyak 232,941 premis lagi di Lembah Klang akan terlibat dalam catuan air peringkat ketiga mulai Isnin sehingga 31 Mac ini. Catuan peringkat ketiga itu melibatkan lebih 508 kawasan di Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam/Kuala Langat, Kuala Selangor dan Hulu Selangor, penambahan sebanyak 248 kawasan lagi. Penjadualan catuan air peringkat ketiga itu merupakan lanjutan daripada peringkat kedua yang dimulakan Ahad lalu yang melibatkan 260 kawasan dengan 413,617 pintu rumah. Antara kawasan catuan yang mempunyai jumlah premis terbanyak ialah di Seluruh Seksyen 17 hingga Seksyen 19, Seksyen 20 dan Seksyen 24, Shah Alam iaitu 24,914, seluruh Puncak Alam di Kuala Selangor 11,759 pintu rumah, Berjaya Park (Seksyen 32) di wilayah Klang/Shah Alam/Kuala Langat/Subang Jaya 10,648 dan Mah Sing di Petaling 10,578. - UTUSAN ONLINE

anwar ibrahim bebas
Anwar Ibrahim didapati bersalah liwat bekas pembantunya
PUTRAJAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan, di sini, hari ini, atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu. Panel tiga hakim diketuai Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan sebulat suara itu terhadap Anwar, 67, selepas mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi. Sejurus keputusan dibacakan, isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dilihat meluru kepadanya. Peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar, memohon mahkamah memberi tempoh seminggu bagi melakukan mitigasi. Bagaimanpun, permohonan itu dibantah Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang memaklumkan bahawa pihaknya sudah menunggu sejak Julai untuk membuat rayuan. Mahkamah Rayuan kemudian memberi tempoh satu jam bagi membolehkan pihak pendakwaan melakukan mitigasi. Perkara itu kemudian dibantah Karpal yang memaklumkan bahawa terdapat agenda untuk memcepatkan keputusan. Perkara itu kemudian dibantah Karpal yang memaklumkan bahawa terdapat agenda untuk memcepatkan keputusan. Keadaan Mahkamah Rayuan turut bertukar riuh apabila penyokong Anwar tiba-tiba menjerit.

FotoFoto
Seorang ditahan berhubung kes bunuh pelajar Afrika
NILAI - Seorang lelaki tempatan ditahan untuk disiasat berhubung kes pembunuhan seorang pelajar Afrika di Mantin semalam. Suspek berumur 24 tahun. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdullah Roning berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sejauh mana penglibatan suspek dalam kes tersebut. "Pihak polis juga akan memanggil beberapa orang saksi termasuk rakan mangsa. "Kita akan menjalankan siasatan dalam segenap sudut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Mangsa yang berumur 26 tahun merupakan pelajar sebuah kolej swasta di Cheras, Kuala Lumpur tetapi tinggal di sini. Abdullah berkata, laporan bedah siasat mendapati kesan luka pada kepala mangsa adalah akibat terkena tembakan. Mayat mangsa ditemui di bawah pokok di kawasan tempat letak kenderaan di sebuah apartmen kira-kira 5.30 petang semalam. - Bernama

Mayat wanita ditemui dalam semak
KUANTAN - Seorang wanita ditemui mati di dalam semak berhampiran rumahnya di Kampung Lubuk Payang, Mentakab pagi tadi. Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat tersebut kira-kira pukul 10.20 pagi. Mayat R. Esther Maragathan, 54, ditemui lengkap berpakaian. "Menurut keluarganya, mangsa yang dikatakan tidak siuman itu tinggal sendirian di rumah berkenaan," katanya kepada Bernama. Tambahnya, pihak polis tidak menemui sebarang tanda kecederaan pada badan mangsa. - Bernama

Dua warga Sri Lanka didakwa miliki 72 kad bank palsu
SHAH ALAM - Dua lelaki warga Sri Lanka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 72 pertuduhan memiliki kad bank antarabangsa palsu. Kabilthev Naguleswaran, 33, dan Shanmugaraja Shabesan, 26, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan dalam bahasa Tamil oleh jurubahasa mahkamah di depan Hakim Datuk Noradida Ahmad. Noradida tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin dan menetapkan tiga hari sebagai perbicaraan bermula 14 Mei ini. Beliau turut menetapkan 27 Mac ini untuk menyebut semula kes itu bagi urusan dokumentasi. Mengikut pertuduhan, Kabilthev dan Shanmugaraja memiliki kad ATM, kad debit serta kad kredit palsu yang mengandungi nombor akaun bank antarabangsa dan mengakibatkan kerugian berjumlah kira-kira USD15,000 (RM48,834). Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di W-25-08, Axis Sohu, Jalan Cempaka, Taman Cempaka, Ampang Jaya pada pukul 7.50 malam 17 Februari lepas mengikut Seksyen 474 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda. Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam C. Vignesh Kumar. - Bernama

Dua warga Sri Lanka didakwa miliki 72 kad bank palsu
SHAH ALAM - Dua lelaki warga Sri Lanka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 72 pertuduhan memiliki kad bank antarabangsa palsu. Kabilthev Naguleswaran, 33, dan Shanmugaraja Shabesan, 26, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan dalam bahasa Tamil oleh jurubahasa mahkamah di depan Hakim Datuk Noradida Ahmad. Noradida tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin dan menetapkan tiga hari sebagai perbicaraan bermula 14 Mei ini. Beliau turut menetapkan 27 Mac ini untuk menyebut semula kes itu bagi urusan dokumentasi. Mengikut pertuduhan, Kabilthev dan Shanmugaraja memiliki kad ATM, kad debit serta kad kredit palsu yang mengandungi nombor akaun bank antarabangsa dan mengakibatkan kerugian berjumlah kira-kira USD15,000 (RM48,834).

Facebook
YouTube, Facebook boleh diharamkan - PM Turki
ANKARA: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan memberi amaran bahawa kerajaannya boleh mengharamkan rangkaian media sosial, YouTube dan facebook selepas maklumat rahsia bocor secara atas talian sehingga mencetuskan skandal penyelewengan. Erdogan yang sudah mula mengetatkan undang-undang terhadap internet menyebabkan kritikan di dalam negara dan luar negara mengenai hak rakyat. "Ada undang-undang baru dalam lingkungan sosial selepas 30 Mac... termasuk pengharaman (YouTube dan Facebook," katanya menerusi televisyen swasta, lewat malam tadi. Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) yang dipimpin Erdogan menghadapi tekanan sejak minggu lalu apabila perbuatan audio mengandungi perbualan Erdogan dan anak lelakinya berbincang bagaimana untuk menyembunyikan sejumlah wang yang banyak bocor. - AFP


Paras kemiskinan di Malaysia turun sebanyak 97 peratus - Najib
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, selepas 30 tahun berlalu, paras kemiskinan turun sebanyak 97 peratus, sekali gus menamatkan belenggu kemiskinan di negara ini. Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak dan Dialog Ekonomi Nasional anjuran bersama Bernama dan Institut Kepemimpinan dan Strategi Asia (ASLI), d sini.


Pendapatan isi rumah di Malaysia catat peningkatan signifikan sejak 1992 - Najib
KUALA LUMPUR: Pendapatan isi rumah di negara ini mengalami trend peningkatan yang signifikan sejak 1992 apabila mencatat kenaikan sebanyak tiga kali ganda, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak dan Dialog Ekonomi Nasional anjuran bersama Bernama dan Institut Kepemimpinan dan Strategi Asia (ASLI), d sini.

Edar Dadah
Bersalah edar dadah, dua sahabat ke tali gantung
GEORGETOWN: Dua sahabat dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini selepas didapati bersalah mengedar 59.1 kilogram dadah jenis ganja dua tahun lalu. Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan. "Pihak pendakwaan juga berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Justeru, saya tiada jalan lain kecuali menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap kedua tertuduh," katanya. Tertuduh, Mohd Helmi Anuar Mohd Kassim, 34 yang berkerja sebagai tukang rumah dan pengawal keselamatan Rohaidi Sudin, 41, tenang ketika hakim menjatuhkan hukuman terhadap mereka.

FotoFoto
Pekerja warga asing maut tertimbus
ALOR GAJAH: Kegembiraan seorang lelaki warga Bangladesh menyimpan gaji pertama diterimanya tengahari semalam sebagai persiapan melangsungkan perkahwinan bulan depan bertukar tragedi ngeri selepas dia mati tertimbus dalam lubang digali di Terminal Kenderaan Berat Gangsa, Durian Tunggal, di sini, petang semalam. Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa, Alamgir Kemal, 25, yang melakukan kerja melabel tanah bagi sistem kumbahan sebuah bangunan tergelincir ke dalam lubang sedalam 3.5 meter dan tertimbus selepas tebing konkrit yang dipijak runtuh. Mayat mangsa berjaya dikeluarkan sepasukan anggota bomba diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh Penolong Kanan Penguasa Bomba Wan Azlan Abd Jalil bersama tujuh anggota dalam masa dua jam.

Empat pengurus kedai dipenjara miliki rokok seludup
KLANG: Empat pengurus kedai runcit termasuk tiga warga asing masing-masing dipenjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan memiliki rokok seludup yang keseluruhannya berjumlah 359 kotak di kedai runcit sekitar daerah ini, Selasa lalu. Mereka adalah dua warga Indonesia, Heri Fadli, 23 dan Nasrullah, 19; seorang warga India, Kader Ebramza Abupackar, 39 dan warga tempatan,Shajahan Am Ismail, 39.


Sindiket dadah warga Afrika tumpas
KUALA LUMPUR: Polis berjaya mematahkan beberapa cubaan menyeludup dadah menggunakan syarikat kurier oleh warga Afrika dengan tertangkapnya enam individu termasuk tiga wanita di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini. Semua suspek dan seorang lagi lelaki tempatan berusia 22 hingga 42 tahun itu dicekup dalam beberapa serbuan yang membawa kepada rampasan 4.9 kilogram dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM900,000. Penahanan dilakukan antara tempoh 20 Februari sehingga semalam. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, pemerhatian pihaknya mendapati sindiket pengedaran dadah antarabangsa kini menggunakan taktik menyeludup dalam kuantiti kecil melalui barangan persendirian yang dihantar kepada syarikat kurier.


Dibuang keluarga kerana penyakit
BANDUNG, Jawa Barat - Seorang wanita Indonesia berusia 46 tahun di sini menderita selepas hampir keseluruhan tubuh badan termasuk mukanya dipenuhi ketumbuhan seperti bintil. Lebih memilukan, wanita yang dikenali sebagai Sarotin itu telah dibuang oleh ahli keluarganya sendiri yang malu dengan keadaan anak mereka. Sarotin mula menghidap penyakit kulit itu sejak tiga tahun lalu dan terpaksa meminta sedekah untuk menyara hidupnya. Wanita itu pernah menjalani pembedahan yang dibiayai oleh kerajaan tempatan bagi membuang ketumbuhan seberat 70.5 kilogram itu, tetapi tumor tersebut tumbuh semula. Separuh dari mukanya turut terjejas apabila terdapat satu ketumbuhan besar yang tumbuh sehingga menutup sebahagian penglihatannya. Wanita malang itu mendakwa, dia tidak mampu untuk menanggung kos rawatan perubatannya dan sangat berharap untuk sembuh serta menjadi seperti wanita-wanita cantik yang lain. -Agensi


Kereta tanpa pemandu
GENEVA - Sebuah firma Switzerland, Rinspeed memperkenalkan kereta konsep tanpa pemandu, Xchange sebagai kenderaan pada masa hadapan. Tampil di Pameran Automobil Geneva di sini minggu ini, kenderaan canggih itu diubah suai daripada kereta elektrik Tesla Model S. Tempat duduk Xchange boleh diubah kepada lebih 20 kedudukan dengan para penumpang boleh duduk secara berdepan. Ia dilengkapi pelbagai ciri mewah seperti skrin besar 81 sentimeter dan sistem hiburan serta mesin pembancuh kopi. "Apabila kereta saya boleh memandu sendiri, saya mahu melakukan perkara lain seperti makan, tidur, bekerja atau apa sahaja yang anda dapat bayangkan," kata pengasas Rin speed, Frank Rinderknecht. Menurutnya, teknologi tersebut akan berada dalam pasaran sedikit masa lagi.- AFP


Asteroid lintas bumi lebih dekat dari bulan
WASHINGTON - Sebuah asteroid sebesar padang bola sepak melintasi bumi kelmarin pada jarak yang lebih dekat dari bulan. Bagaimanapun, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) berkata, objek berkenaan tidak mengenai bumi atau menyebabkan sebarang kesan. Katanya, kejadian itu dianggap jarang berlaku untuk sebuah objek angkasa yang melintasi bumi lebih hampir berbanding bulan. "Sebuah asteroid yang dikenalpasti melintasi bumi pada Rabu lalu pada jarak yang lebih dekat berbanding bulan,'' kata NASA dalam laman webnya. Asteroid tersebut melintasi bumi pada jarak kira-kira 350,000 kilometer lebih dekat berbanding bulan yang berada pada jarak kira-kira 385,000 kilometer. NASA menemui objek berkenaan melalui usaha mengesan asteroid yang dikenali sebagai Program Pemerhatian Objek Berhampiran Bumi. - AFP

Bukti Saiful diliwat sangat kukuh- Shafee
PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini semalam diberitahu bahawa tiada bukti berlaku gangguan pada sampel DNA milik pengadu Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa dirinya diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim lima tahun lalu. Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang bertindak sebagai perayu dalam pendengaran kes liwat Anwar berkata, keraguan terhadap sampel itu hanya timbul berdasarkan keterangan ahli kimia yang dilantik pemimpin parti pembangkang tersebut semasa pembelaan. Dalam pada itu, Shafee merumuskan bahawa tiada rantaian bukti yang terputus dalam memperoleh sampel DNA pengadu (Saiful) dan juga sampel DNA responden (Anwar) selain ia juga tidak pernah dicabar oleh pihak pembelaan.


Parah dibelasah bapa saudara
BUKIT MERTAJAM – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun terpaksa menerima sepuluh jahitan di kepalanya selepas dibelasah bapa saudaranya menggunakan topi keledar dan kerusi plastik dalam kejadian di sebuah di Permatang Tiga Ringgit di sini kelmarin. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, Superintendan Shahrunain Jais berkata, dalam kejadian pukul 2 petang itu, suspek dipercayai memukul mangsa kerana berang melihat kanak-kanak terbabit sengaja mengoyakkan buku teks sekolahnya.


Ulat mengganas di Tumpat
TUMPAT- Rutin hidup penduduk di Kampung Kuar Baru, Genting di sini menjadi tidak keruan apabila ribuan ulat yang tidak tahu dari mana datangnya, menyerang kediaman mereka di Kampung Kuar Baru, Genting di sini sejak empat hari lalu. Beberapa penduduk yang ditemui berkata, kehadiran ulat yang tidak dikenal pasti jenis apa, semakin 'mengganas' apabila jumlahnya semakin mening- kat saban hari.

Usah terpedaya promosi pinjaman wang secara mudah
KUCHING - Orang ramai diingatkan agar tidak terpedaya dengan taktik pemberi pinjaman wang (PPW) yang mengenakan syarat terlalu mudah kerana ia akan menjerat diri sendiri. Ketua Penguat Kuasa Unit Siasatan dan Pendakwaan Bahagian Pemberi Pinjam Wang/Pemegang Pajak Gadai (BPWG) Sarawak, Superintendan Zayadi Sebeli berkata, jika benar-benar terdesak, orang ramai perlu memilih syarikat PPW berlesen sahaja. Katanya, sejak 2012 hingga Februari tahun ini pihaknya telah menerima 23 aduan berhubung penyelewengan PPW dan 33 aduan berhubung premis pajak gadai. "BPWG Sarawak juga telah melakukan pemantauan lebih 338 kali ke premis-premis PPW serta menurunkan lebih 2148 poster atau iklan PPW tidak berlesen," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - KOSMO!

Dua polis bantuan mengaku tidak bersalah rompak warga Myanmar
KUALA LUMPUR - Dua anggota polis bantuan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merompak seorang lelaki warga Myanmar di stesen transit aliran ringan (LRT) Pasar Seni, bulan lepas. Muhamad Danish Youyou, 28, dan Mohamad Abdul Mutalib Sazali, 26, didakwa bersama-sama melakukan rompak berkumpulan dengan merampas beg sandang berisi wang tunai RM8,500 dan sebuah telefon bimbit jenis Samsung Mini S3 milik Do Siang Lang yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR). Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di tangga eskalator LRT Pasar Seni pada 8.30 malam, 17 Februari lepas. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Nor Aizam Aiza Zamran tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan kesalahan rompakan adalah jenayah serius yang tidak boleh dijamin. Hakim Azwarnida Affandi tidak membenarkan sebarang jaminan diberi kepada tertuduh serta menetapkan 15 April depan untuk sebutan semula. Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam kemudian dihantar ke Penjara Sungai Buloh. - Bernama


Larang jual minuman isotonik
RIYADH - ARAB SAUDI. Tindakan Arab Saudi melarang penjualan minuman bertenaga atau isotonik mengundang rasa terkejut kepada pengeluar menyebabkan kerugian besar kepada industri minuman di negara itu. Minggu lalu, pihak berkuasa Saudi mengharamkan pengiklanan, tajaan dan penjualan minuman bertenaga di kelab sukan serta bangunan kerajaan atas sebab kesihatan. Larangan dibuat selepas Kementerian Dalam Negeri mendapati, minuman bertenaga mampu memberi kesan buruk kerana mengandungi kandungan gula yang tinggi. Difahamkan, mulai minggu ini setiap minuman bertenaga yang dijual di negara itu perlu memaparkan tanda amaran kesihatan. Jurucakap Firma Penyelidikan Euromonitor Antarabangsa berkata, larangan terbabit menyebabkan pengeluaran minuman terbabit menurun di pasaran. "Disebabkan pengeluarnya dihadkan, maka harga untuk setin minuman itu akan mahal sama seperti minuman berkarbonat," katanya. - Al Arabiya

Remaja Lemas, Rakan Hilang Di Pantai Ashen
GEORGE TOWN: Seorang remaja lelaki ditemui mati lemas di Pantai Ashen, Permatang Damar Laut dekat sini pada Khamis manakala seorang rakannya masih hilang. Khoo Chong Chun dan Hung Gui Rui, kedua-duanya berusia 14 tahun, serta empat lagi rakan mereka dikatakan mencari siput di pantai itu pada kira-kira 6 petang. "Khoo dan Hung dikatakan mandi di laut sebelum kedua-dua mereka dihanyut arus deras," kata Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru Rohaizat Yusof.Beliau berkata mayat Khoo ditemui orang awam pukul 6.49 petang, tidak jauh dari kawasan dia dilaporkan mandi. Rohaizat juga berkata operasi mengesan Hung, yang dikhuatiri lemas, dihentikan pukul 8 malam Khamis berikutan keadaan air laut surut dan cuaca gelap. Operasi mencari akan disambung pada Jumaat. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata mayat Khoo dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat. - BERNAMA

Datuk Alias Ahmad
KPDNKK batal, gantung lesen stesen minyak
PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) akan membatal dan menggantung lesen stesen minyak yang berkompromi dengan aktiviti penyeludupan minyak diesel dan petrol bersubsidi. Sambil memberikan amaran itu, Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, operasi bersepadu besar-besaran yang disertai pelbagai agensi termasuk Jabatan Peguam Negara, Polis DiRaja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja, Unit Pencegahan dan Penyeludupan serta Rela akan dimulakan hujung bulan ini. Beliau berkata, kerajaan kerugian hampir RM1.2 bilion setiap tahun disebabkan aktiviti penyeludupan minyak diesel dan petrol bersubsidi ke luar negara atau menjual kepada industri. “Kita tidak akan berkompromi, KPDNKK akan menggantung atau membatal lesen (stesen minyak) untuk menjalankan perniagaan mereka. Ini adalah amaran terakhir, tiada amaran lagi dan tiada maaf lagi.

Catuan diteruskan hingga 31 Mac
Catuan diteruskan hingga 31 Mac
SHAH ALAM – Hujan di sebahagian kawasan di negeri ini beberapa hari lalu tidak membantu mengurangkan beban penduduk yang terjejas dan pelan catuan air melibatkan dua zon diteruskan hingga 31 Mac ini. Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Priscilla Alfred berkata, keadaan masih sama dan Syabas akan terus berusaha memastikan bantuan bekalan sampai ke kawasan terlibat mengikut jadual yang ditetapkan. “Catuan dengan kaedah dua hari berturut-turut dibuat untuk mengurangkan beban penduduk dan juga operasi pelaksanaan. Ini kerana air hanya dapat disalurkan secara berperingkat selepas pembukaan injap dan seperti yang dinyatakan dalam notis. “Ada beberapa kawasan yang berada jauh dari sistem bekalan dan juga di kawasan tinggi akan mengambil masa lebih lama untuk dapat air berbanding kawasan yang dekat. Syabas membuat jangkaan bahawa kesemua kawasan yang terlibat akan mendapat air di sekitar jam 4 petang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ultraman
Punca komik 'Ultraman The Ultra Power' diharamkan
SHAH ALAM - Penggunaan kalimah ALLAH dalam komik 'Ultraman The Ultra Power' dipercayai menjadi punca mengapa ia diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Menurut KDN, watak Ultraman King yang digambarkan seperti ALLAH, jelas boleh mengelirukan pemikiran kanak-kanak terhadap sifat ALLAH. Tambah KDN, perintah larangan terhadap bahan penerbitan ini juga disebabkan watak Ultraman menjadi idola kepada kanak-kanak. Oleh itu, KDN telah mewartakan larangan terhadap buku itu, berkuat kuasa 18 Februari lalu mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. "Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan. "Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan menerbitkan bahan bacaan seperti ini boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali," demikian menurut KDN dalam satu kenyataan. Buku dalam bahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya ialah Network Printers.

Jangan main-main naluri isteri
BEBERAPA hari lepas, saya duduk berborak dengan mereka yang sudah melimpah ruah pengalamannya mengenai hal ehwal wanita. Walaupun sudah masuk umur 43 dan sudah hampir 20 tahun berumahtangga tetapi bercampur dengan mereka, saya berasa diri seperti anak muda mentah. Rupanya masih banyak yang saya tidak tahu mengenai wanita. Betullah seperti apa yang dikata oleh seorang kawan, wanita adalah makhluk yang dijadikan ALLAH dengan seribu satu misteri. Dan meneroka misteri wanita adalah pengembaraan hidup yang sangat menarik. Namun pengembaraan ini tidak ada destinasi muktamadnya sebagaimana misterinya wanita yang tidak pernah ada jawapan tuntas bagi setiap persoalan membabitkan mereka. Dalam perbualan itu, berkatalah seorang daripada bijak pandai ini bahawa lelaki jangan berasa diri mereka sudah cukup pandai untuk menyembunyikan rahsia daripada isteri, terutama suami yang daripada spesis patin buah iaitu mereka yang mengamalkan cara hidup liar, bebas seperti patin yang di luar sangkar.

Dihukum penjara 42 bulan
Dihukum penjara 42 bulan, membuat laporan polis palsu
DUNGUN - Gara-gara membuat laporan polis palsu, seorang wanita terpaksa meringkuk di dalam penjara selama 42 bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Dungun, di sini, semalam. Rabiatul Adawiyah Mamat, 28, beralamat di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Paka, Jalan Santong dijatuhi hukuman itu selepas didapati bersalah membuat laporan palsu berhubung kehilangan anaknya pada jam 12.01 tengah hari, 18 Januari 2014. Dalam laporan tersebut, tertuduh mendakwa anaknya hilang selepas ditinggalkan dalam sebuah kereta di hadapan sebuah restoran di Kuala Paka. Bagaimanapun, selang beberapa hari selepas laporan itu dibuat, anak perempuannya, Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah, 2, ditemui mati di sebuah rumah kosong di Seberang Paka. Majisret, Hazawani Hussain Bustari selepas mengambil kira rayuan tertuduh yang memohon agar hukuman diringankan mengarahkan tertuduh dipenjarakan selama 42 bulan dan hukuman berjalan bermula dari tarikh dia ditangkap. Rabiatul yang tidak diwakili peguam kemudian dihantar ke Penjara Pengkalan Chepa untuk proses hukuman. Pada 23 Januari lalu, Sinar Harian melaporkan ibu kanak-kanak berusia dua tahun yang mati dibunuh, mengakui membuat laporan palsu mengenai kehilangan anaknya sebelum ini kerana mendakwa dipaksa teman lelakinya yang juga suspek utama kes.


KP Kesihatan Perjelas Kenaikan Caj Perubatan Swasta
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan memperjelaskan bahawa kenaikan dalam caj perubatan swasta kira-kira 14% baru-baru ini merujuk kepada bayaran prosedur, dan bukannya kos perundingan. Penjelasan kementerian itu dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook milik Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beberapa media pada Khamis melaporkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam sebagai berkata bahawa kenaikan yuran perubatan swasta dihadkan pada 14.4%, kurang daripada separuh jumlah yang diminta oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), di mana kementerian itu berkata pada asanya ia diminta sebanyak 30%. Struktur caj baru itu adalah pindaan kepada Jadual 13 Kemudahan Kesihatan Swasta dan Perkhidmatan (Hospital Swasta dan Lain-lain Kemudahan Kesihatan Swasta) 2006.

Foto
Pemancing temui bangkai penyu belimbing 200kg
Mersing: Bangkai seekor penyu spesies belimbing ditemui mati terdampar oleh seorang pemancing di Pantai Kampung Teriang Kecil, Endau, di sini, jam 8 pagi, kelmarin. Bangkai penyu berukuran kira-kira 1.5 meter panjang dengan anggaran berat 200 kilogram itu ditemui Wan Mohd Hatta Abdullah, 35, ketika ke pantai berkenaan untuk meninjau keadaan air sama ada pasang atau sebaliknya bagi memudahkannya turun ke laut. Hatta berkata, sebaik menemui bangkai berkenaan, dia cuba mendekatinya dengan mengharungi lumpur sedalam 0.3 meter. “Bangkai penyu itu sudah berbau dan hidupan marin berkenaan mungkin mati akibat terkena kipas bot atau sudah tua.

Foto Foto
Seorang lelaki panik selepas melihat api terjun dari tingkat empat
Klang: Seorang lelaki yang panik selepas melihat api menghampiri bilik tidurnya bertindak nekad terjun dari tingkat empat sebuah bangunan rumah kedai lima tingkat di Jalan Pos Baharu, berhampiran sebuah pasar raya besar, tengah malam semalam. Tindakan itu menyebabkan mangsa yang dikenali sebagai Zawminoo, 25, menanggung kesakitan selepas patah kaki kanan. Lelaki warga Myanmar itu antara 11 penghuni berusia antara 20 hingga 30 tahun yang nyaris rentung apabila sebahagian bangunan menempatkan kedai dan tempat tinggal itu musnah dijilat api dalam kebakaran jam 12.30 tengah malam. Menurut rakan sebiliknya, Yunus Ishak, 32, ketika kejadian Zawminoo sedang tidur sebelum terkejut apabila melihat asap mula kelihatan di luar bilik sebelum menyedari api menghampiri rumah sewanya.

Foto Foto
Seorang wanita ditemui mati di bilik air
Alor Gajah: Seorang wanita ditemui mati di bilik air rumahnya dalam keadaan mulut berbuih selain terdapat serpihan tali terlilit di lehernya di Taman Bandar Baru, Masjid Tanah, dekat sini, petang kelmarin. Mayat Chock Sook Leng, 47, ditemui suaminya yang pulang ke rumah untuk melakukan pemeriksaan selepas isterinya tidak menjawab panggilan telefon kira-kira jam 6.30 petang sebelum memaklumkan kepada polis. Harian Metro difahamkan, setibanya di rumah, suami mangsa berusia lewat 40-an memanggil nama isterinya namun tidak berjawab sebelum menemui mayat wanita itu di bilik air. Sumber berkata, melihat keadaan isterinya yang lemah dan tidak sedarkan diri, suami mangsa berlari ke luar sambil menjerit meminta pertolongan daripada jiran berdekatan.

Foto
Dua beradik terbunuh lepas ziarah ibu sakit
Tapah: “Suami balik kampung di Kedah pada Khamis minggu lalu untuk menziarahi ibu yang sakit, tapi kini dia yang pergi lebih awal,” kata Nahiyah Mohd Salleh, 33, yang kematian suami dan abang ipar akibat nahas jalan raya, semalam. Mohd Nadzrul Khairi Ishak, 34, dan abangnya Muhamad Nadzim, 39, yang juga Pegawai Penerangan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Perlis, maut di tempat kejadian dalam kemalangan di Kilometer 348.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), di sini, jam 5 pagi semalam. Dua beradik itu terbunuh selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka dan dipandu Mohd Nadzrul melanggar belakang sebuah kenderaan lain sebelum dirempuh pula kereta model PROTON Satria GTI yang datang dari arah sama. Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan ke ibu negara dari kampung mereka di Kampung Baru Kuala Nerang, Kedah.

Bayi 4 bulan alami pendarahan otak dipercayai digoncang
Ipoh: Seorang bayi perempuan berusia empat bulan dipercayai didera dengan digoncang kuat menyebabkan pendarahan serius pada bahagian otak. Bayi malang terbabit kini dimasukkan ke unit rawatan rapi pediatrik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh (HRPB) selepas disyaki menjadi mangsa dera oleh keluarga atau pengasuhnya. Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mangsa sebelum ini dihantar ahli keluarganya untuk mendapatkan rawatan di klinik di Simpang Pulai di sini, selepas didakwa cedera di kepala. Beliau berkata, kecederaan serius dialami bayi itu menyebabkan mangsa dirujuk ke HRPB jam 6 petang kelmarin.

Datuk diekori tonto
Kampar: Seorang pegawai kanan kerajaan bergelar Datuk membuat laporan polis selepas mengesyaki dia dan keluarga diancam kumpulan tonto susulan tindakannya menyertai operasi memusnahkan pencerobohan tanah haram. Mangsa yang berusia 50-an yakin diekori tonto susulan tindakan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kampar menjalankan operasi memusnahkan ladang pertanian diteroka secara haram di kawasan tanah kerajaan negeri di Kampung Sahom, Chenderiang, di sini, Isnin lalu. Sumber polis berkata, mangsa yang terbabit secara langsung dalam operasi itu mendakwa dimaklumkan pemandunya yang kenderaan dinaiki mereka diekori pacuan empat roda pada jam 1.30 tengah hari kelmarin. Menurutnya, pacuan empat roda model Toyota Hilux berwarna kelabu itu dilihat mengekori kenderaan dinaiki mangsa dari lampu isyarat pekan Kampar sehingga ke hadapan rumah mangsa di Jalan Pengkalan, Ipoh. “Mangsa mengesyaki suspek mengekorinya adalah tonto diupah sindiket mencuri pasir di daerah Kampar dan penerokaan tanah haram di kawasan Sahom.

Mati lemas ketika mandi di Pantai Paka
Dungun: “Dia beberapa kali meminta tolong, tetapi saya menyangkakan dia main-main,” kata Najib Norkaferi, 19, rakan Mohd Khairul Adamy Abas, 24, yang mati lemas ketika mandi di Pantai Paka, di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa yang berasal dari Sungai Tong, Setiu, disahkan meninggal dunia ketika diberi rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Paka, di sini. Najib berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama mangsa yang bekerja sebagai pembantu penyelia sebuah syarikat petrokimia di Paka, di sini, serta dua lagi rakan ke pantai terbabit untuk mandi kira-kira jam 5.30 petang. “Kami bertiga bermain air di tepi pantai dan Mohd Khairul mengambil pelampung pukat yang ditemui di situ sebelum berenang ke tengah laut.

Foto FotoFoto
Tonto kepung anggota Imigresen, berang kelab malam diserbu
Melaka: Serbuan Jabatan Imigresen negeri di sebuah pusat hiburan terganggu berikutan lebih 100 lelaki dipercayai tonto berkumpul dan mengepung premis tiga tingkat berkenaan di Melaka Raya di sini, kelmarin. Dalam serbuan kira-kira jam 7 malam itu, 30 anggota jabatan berkenaan termasuk 23 daripada Grup Taktikal Khas (GTK) dikepung kumpulan terbabit hampir dua jam sebelum berjaya dibawa keluar bersama 35 warga asing termasuk 33 GRO dan seorang wanita dipercayai ibu ayam dengan bantuan polis. Pemangku Pengarah Imigresen negeri Abu Bakar Sidek Hassan berkata, bukan hanya dikepung, malah kumpulan itu turut membuat provokasi terhadap beberapa anggota GTK yang berkawal di pintu masuk pusat hiburan itu. “Mereka dipercayai berbuat demikian bagi menghalang kami membawa keluar GRO berkenaan, malah ada antaranya mengambil gambar nombor pendaftaran kenderaan dinaiki anggota jabatan.

Foto
Jumpa bayi bawah pokok
Subang Jaya: “Bayi comel itu dipenuhi najis ketika ditemui sebelum saya mengambil keputusan membawanya pulang ke rumah,” kata Umi Kalsom Khadzir, 18, pelajar Diploma Pengurusan di Management & Science University (MSU) Shah Alam yang menemui seorang bayi perempuan berusia dua hari bersama rakannya yang ditinggalkan di bawah pokok di SS15, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 10 malam itu, Umi mendakwa panik dan tidak tahu mahu berbuat apa selepas menemui bayi itu sebelum dia dan seorang rakan mengambil keputusan membawanya pulang ke rumah. Beliau berkata, ketika kejadian, dia dan rakannya mahu meletakkan kereta di kawasan parkir di situ kerana hendak pergi makan di kafe berhampiran selepas selesai belajar secara berkumpulan. “Ketika dalam kereta lagi, saya melihat ada bungkusan putih di bawah pokok di kawasan itu dan sebaik turun dari kereta, saya mendengar tangisan bayi sebelum menghampirinya bagi melakukan pemeriksaan.

Foto
Cucuh anu anak dengan bara rokok
Ampang: Dua kanak-kanak cedera teruk di beberapa anggota badan termasuk seorang daripadanya dicucuh bara rokok pada kemaluan akibat deraan bapa kandung dalam dua kejadian berasingan yang dikesan polis di Tasik Permai dan Tasik Tambahan, di sini, kelmarin. Dalam kejadian di Tasik Permai, seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun didera bapanya dipercayai sejak lebih setahun lalu dan ibunya turut merahsiakan perkara itu kerana bimbang dicederakan jika membuat aduan kepada pihak berkuasa. Sumber polis berkata, kejadian itu hanya terbongkar selepas seorang jiran yang simpati nekad membawa mangsa ke Hospital Ampang (HA) jam 5 petang kelmarin. Menurutnya, wanita berusia 40-an itu memberanikan diri membawa mangsa ke HA biarpun pada mulanya usaha itu dihalang ibu kanak-kanak terbabit kerana bimbang menimbulkan kemarahan suaminya.

LOGO-SKMM
SKMM pantau ‘router’ tak penuhi piawaian
Kuala Lumpur: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memandang serius penggunaan peralatan komunikasi yang tidak mematuhi piawaian yang dijual secara terbuka di pasaran. Keadaan itu dikesan apabila ramai pengguna didapati menggunakan peralatan seperti router di rumah tanpa menyedari peralatan berkenaan yang kebanyakannya diimport atau diseludup dari China dibuat tanpa mengikut spesifikasi ditetapkan. Pengarah Kanan Komunikasi Strategik SKMM Sheikh Raffie Abdul Rahman berkata, kebanyakan peralatan itu menggunakan spektrum berbeza berbanding peralatan dibenarkan. “Kami sedang dan sentiasa membuat pemantauan sama ada di rumah mahupun premis yang dikesan menjual peralatan ini berdasarkan aduan dan maklumat orang ramai,” katanya.

Perenna Kei, Wanita Cantik 24 Tahun Terkaya di Dunia
Wanita pendiam bilionair termuda
Hong Kong: Wanita berusia 24 tahun menjadi buah mulut orang apabila dinamakan bilionair termuda dunia, menggantikan pengasas Facebook. Perenna Kei, graduan Universiti London yang tinggal di Hong Kong dinamakan Forbes sebagai hartawan termuda dunia bernilai $1.3 bilion (RM4.2 bilion) dalam senarai orang terkaya tahunannya. Pengumuman itu mengejutkan berikutan Perenna dikenali sebagai wanita yang lebih suka menyendiri dan berahsia. Perenna meraih kekayaan selepas penyenaraian syarikat milik bapanya, taikun China Ji Haipeng. “Kemunculan Perenna dalam senarai tahun ini berikutan penyenaraian Logan Property Holdings di Hong Kong, Disember lalu,” kata Forbes. Menurutnya, wanita itu yang juga dikenali sebagai Ji Peili mempunyai kepentingan 85 peratus dalam firma hartanah itu melalui pelbagai syarikat dan dana amanah. - AFP

Foto
Remaja cipta reaktor
London: Seorang pelajar sekolah di Penwortham kini orang termuda di dunia membina reaktor peleburan nuklear. Saintis remaja Jamie Edwards, 13, membina reaktor itu bermula dengan bahan paling asas dengan bantuan sekolahnya dalam usaha mengejar masa bagi merampas gelaran ‘fusioneer’ termuda dunia dicipta remaja Amerika, Taylor Wilson pada 2008 ketika berusia 14 tahun. Jamie yang menyambut ulang tahun ke-14 Ahad ini mula membina reaktor berkenaan Oktober lalu di sebuah makmal sains yang tidak digunakan di Akademi Priory dan melengkapkan tugasnya pagi tadi apabila membuatkan dua atom hidrogen bergabung bagi membentuk helium iaitu peleburan nuklear. Pakar muda itu berkata: “Memang pencapaian ini menakjubkan, saya sendiri tidak percaya mampu melakukannya.

Murid tahun 3 hisap ganja
Sonora: Polis di bandar di tengah California ini melancarkan siasatan bagi mengenal pasti bagaimana tiga murid tahun tiga yang ditangkap menghisap ganja memperoleh dadah itu. Ketua polis Sonora, Mark Stinson berkata, murid berusia lapan dan sembilan tahun itu ditangkap menghisap ganja oleh seorang murid lain di Sekolah Rendah Sonora minggu lalu. Superintenden Leigh Shampain memberitahu KPIX-TV, murid itu menghisap dadah itu dalam tandas sekolah. Murid yang melihat perbuatan mereka memberitahu kakitangan sekolah yang kemudiannya menghubungi polis. Mereka diikat jamin oleh ibu bapa masing-masing. Mark berkata, pihaknya kini berusaha untuk mengenal pasti kemungkinan ada orang yang membekal dadah itu kepada murid terbabit. - AP

Foto
Jual janggut RM2.9j
Sydney: Seorang lelaki Australia menyokong kempen kesedaran kanser kulit dengan cara yang tersendiri menjual janggutnya dengan harga A$1 juta (RM2.94 juta). Scott Maggs atau lebih dikenali sebagai Jimmy Niggles, mula menyimpan janggut ‘luar biasanya’ selepas rakan karibnya, Wes Bonny meninggal dunia akibat melanoma (sejenis kanser kulit) di lehernya yang merebak ke otak ketika baru berusia 26 tahun. “Kami selalu melakukan aktiviti bersama, pergi ke pantai, bermain bola sepak dan tenis bersama. “Apabila dia mengetahui dia menghidap melanoma di lehernya, dia mencukur janggutnya dan menyangka dia akan merasa lebih baik untuk seketika. Semuanya berlaku begitu pantas,” kata Jimmy. Walaupun kisah mengenai Wes digunakan dalam iklan kempen kesedaran kanser kulit di televisyen Australia, Jimmy mahu melakukan sesuatu yang lebih lagi untuk menyedarkan orang ramai mengenai penyakit berkenaan.


Ferrero Rocher terbesar jadi tarikan restoran
PRESTON, Britain 6 Mac. - Seorang pemilik restoran makanan ringan yang obses dengan coklat telah mencipta Ferrero Rocher goreng terbesar di dunia di restoran Mister Eaters Eating Emporium di Preston, Lancashire. Portal berita Metro. co kelmarin melaporkan pemilik restoran terse¬but, John Clarkson, 54, mendapat inspirasi un¬tuk menghasilkan juadah gergasi seberat lima kilo¬gram itu selepas menu yang sama bersaiz biasa di kedainya itu mendapat sambutan hangat daripa¬da pelanggan. Juadah popular yang diperbuat daripada coklat itu, 10 kali ganda lebih besar daripada Fer¬rero Rocher bersaiz biasa. "Kami memperolehi satu resepi rahsia Fer¬rero Rocher dari Amerika Syarikat (AS) yang mem¬bolehkan kami meng-hasilkan juadah coklat popular itu dalam kuan¬titi yang banyak dan sekali gus menjadikan Ferrero Rocher bersaiz gergasi ini. "Menghasilkan bebola coklat ini tidak susah, tetapi langkah seterusnya yang berkaitan lebih mencabar," kata isterinya, Corinne Clarkson kepada akhbar Lancashire Evening Post.


Gadis dapat ‘kaki baru’
BEIJING 6 Mac - Seorang wanita China yang menghidap jangkitan tulang sejak kecil berjaya memiliki semula bentuk kaki asalnya selepas menjalani pembedahan memasukkan lutut dan sendi pinggul tiruan di kaki kirinya, yang dijalankan selama setahun. Xu Juan, 21, yang menghidap penyakit itu sejak kecil mengakibatkan perkembangan kaki kirinya terbantut sehingga 23 sentimeter (cm) berbanding kaki kanannya. Masalah yang dialami Juan itu bertambah buruk dengan faktor kekurangan kemudahan perubatan di kampungnya ketika itu hingga mengakibatkan tulang paha kakinya ‘dimakan’ bakteria. Keadaan itu mengakibatkan kaki kiri Juan menjadi pendek berbanding kaki kanannya, sekali gus memaksa gadis berkenaan terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan. Sejak itu, ibu bapa gadis itu telah berusaha menyimpan berdikit-dikit bagi membiayai kos pembedahan kaki anaknya itu.


11,000 askar pro-Rusia kawal laluan ke Crimea
SIMFEROPOL, Ukraine 6 Mac - Pasukan bersenjata pro-Rusia yang mempunyai kekuatan lebih 11,000 askar kini mengawal semua laluan ke Semenanjung Crimea, Ukraine dan mengepung semua pangkalan tentera yang masih belum menyerah diri. Pemimpin baharu Crimea, Sergei Aksyonov berkata, wilayah tersebut kini berada di bawah kawalan polis antirusuhan dan pasukan keselamatan selain disertai 11,000 askar. Beliau berkata, kerajaan pimpinannya kini sentiasa berhubungan dengan pegawai Rusia termasuk satu delegasi dari negara itu yang kini berada di wilayah autonomi tersebut. Dalam pada itu, seorang utusan khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dihantar ke Crimea terpaksa meninggalkan wilayah tersebut selepas diancam lelaki bersenjata. Kebimbangan terhadap keadaan di timur Ukraine itu meningkat selepas beratus-ratus penunjuk perasaan yang kebanyakannya melaungkan `Rusia, Rusia’’ menyerbu bangunan kerajaan di Donetsk, berdekatan sempadan Rusia, semalam.


Bangladesh desak Myanmar bawa pulang Rohingya
NAY PYI TAW, Myanmar 6 Mac - Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina mendesak kerajaan Myanmar mengambil langkah penyelesaian bagi membawa pulang beribu-ribu pelarian Rohingya yang memasuki Bangladesh secara haram. Agensi berita Burma Times melaporkan Hasina dalam pertemuan dengan Presiden Myanmar, Thein Sein pada Isnin lalu di Istana Presiden Myanmar ketika menghadiri Sidang Kemuncak Inisiatif Teluk Bengal untuk Kerjasama Sektor Teknikal dan Ekonomi (Bimstec) kali ketiga di sini berkata, isu pelarian Rohingya seharusnya diselesaikan melalui rundingan damai antara kedua-dua negara jiran itu bagi mengekalkan kestabilan dan keamanan serantau. Menurut laporan rasmi, terdapat kira-kira 30,000 pelarian berdaftar etnik Rohingya, manakala kira-kira 500,000 pelarian tidak berdaftar tinggal di Bangladesh akibat keganasan dan penindasan kaum yang dihadapi penduduk Islam di Myanmar.

FotoFoto
Pelajar warga Afrika mati ditembak di kepala
SEREMBAN 6 Mac - Seorang pelajar warga Afrika maut selepas dipercayai ditembak di bahagian kepala di Flat Seri Jasmin 3 berhampiran sebuah kolej swasta dekat Mantin di sini petang ini. Mangsa yang merupakan pelajar kolej swasta di ibu negara dan berusia 26 tahun ditemui terbaring berhampiran tempat letak kereta flat berkenaan kira-kira pukul 4.30 petang. Ketua Polis Daerah Nilai, Supritendan Abdullah Roning berkata, pihaknya masih menyiasat identiti mangsa dan punca sebenar kejadian. "Kita juga sedang menyiasat tujuan mangsa datang ke tempat kejadian dan mencari suspek-suspek yang terlibat," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Jelas Abdullah, kejadian disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh. Utusan Malaysia difahamkan, mangsa cuba melarikan diri dari flat berhampiran sebelum diserang suspek yang kemudian menembaknya. Ketika pihak polis melakukan siasatan di tempat kejadian, beberapa warga Nigeria hilang pertimbangan dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pasukan petugas dan negara ini ekoran kejadian berkenaan. Namun begitu, pihak polis bertindak profesional dan tidak melayan kerenah Awang Hitam terlibat dan meneruskan siasatan sehingga mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar dekat sini untuk dibedah siasat.


PNB sasar 1b unit Dana Aqeel Siri Kedua
KUALA LUMPUR 6 Mac - Amanah Mutual Bhd. (AMB) melancarkan AMB Dana Aqeel (Perlindungan Modal) Siri Kedua dengan sasaran anggaran dana berjumlah satu bilion unit atau RM500 juta. Ketua Pegawai Eksekutif AMB, Sheila Halim berkata, dana tersebut yang memenuhi kepatuhan syariah ditawarkan pada harga 50 sen untuk Ringgit Malaysia dan Dolar Singapura (SGD). Katanya, tawaran dana itu dibuka selama 45 hari mulai hari ini sehingga 19 April depan dengan tempoh matang selama tiga tahun iaitu 21 April 2017. "Dana ini boleh dilanggan oleh pelabur korporat termasuk individu sama ada dari dalam mahupun luar negara terutama bagi mereka yang tercari-cari peluang pelaburan yang berisiko rendah," katanya. Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran AMB Dana Aqeel (Perlindungan Modal) Siri Kedua oleh Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid di sini hari ini. Yang turut hadir, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.


Malaysia hilang hak untuk mengkaji semula harga air mentah yang dibekalkan ke Singapura, tegas Menteri Luar Singapura, K. Shanmugam
SINGAPURA 6 Mac. - Malaysia hilang hak untuk mengkaji semula harga air mentah yang dibekalkan ke Singapura, tegas Menteri Luar Singapura, K. Shanmugam. Beliau berkata, ini berdasarkan syarat-syarat yang termaktub di bawah Perjanjian Air 1962. Beliau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap laporan media Malaysia yang menyatakan pentadbiran negeri Johor berhasrat menyemak semula harga air mentah yang dijual dari negeri itu ke Singapura. `Perjanjian Air itu juga dijamin di bawah Perjanjian Pemisahan yang memberi kemerdekaan kepada Singapura pada 1965. "Kedua-dua perjanjian itu merupakan perjanjian antarabangsa yang penting kepada kami, kedaulatan kami dan keselamatan kami. Syarat-syarat yang termaktub di dalamnya tidak boleh diubah oleh sebelah pihak,’’ katanya. Shanmugam turut menyentuh tentang perkembangan terbaru kerjasama dengan Indonesia untuk menangani isu jerebu.


Hudud antara perkara dibangkit
KOTA BHARU 6 Mac - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mendedahkan pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada November tahun lalu adalah bagi membangkitkan beberapa perkara termasuk mengenai pelaksanaan hukum hudud di negeri ini. Menurutnya, hasrat kerajaan negeri mengenai pelaksanaan hukum hudud di negeri ini telah dibangkitkan kepada Perdana Menteri dan melalui perbincangan kemudian, terdapat sedikit persetujuan agar undang-undang itu dapat direalisasikan. Beliau berkata, Perdana Menteri bersetuju supaya kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengadakan perbincangan secara bersama meneliti berkaitan halangan-halangan mengenainya sebelum ini. "Terima kasih kerana Perdana Menteri menerima kunjungan hormat daripada kerajaan negeri dan mendengar perkara-perkara yang dibangkitkan. Insya-Allah saya akan berjumpa lagi dengan Perdana Menteri untuk membincangkan lagi mengenai hukum hudud itu," katanya.


Sasar 5,000 anggota polis berketurunan Cina sertai PDRM
KUCHING 6 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyasarkan mengambil 5,000 anggota dan pegawai daripada keturunan Cina secara berperingkat untuk menyertai pasukan itu dalam tempoh lima tahun bermula 2014. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, ini kerana hanya terdapat 1,974 orang atau 1.77 peratus keturunan Cina daripada lebih 111,000 anggota dan pegawai yang sedang berkhidmat dalam PDRM pada waktu ini. Menurut beliau, bilangan yang sangat kecil itu menjadi sebab utama PDRM memaparkan iklan berkaitan eksesais pengambilan khas bagi anggota polis berketurunan Cina. "Kita menyasarkan 5,000 orang terdiri daripada lelaki dan wanita Cina untuk diambil melalui eksesais ini. "Dalam masa sama, kita juga ingin mengubah persepsi masyarakat Cina yang mengatakan tidak perlu menghantar anak yang baik untuk berkhidmat dalam pasukan polis dan tentera," katanya.


Felda sedia RM100 juta - PM
KUALA LUMPUR 6 Mac - Felda menyediakan peruntukan tambahan RM100 juta bagi skim pinjaman program pembesaran rumah untuk 12,000 penerokanya tahun ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata setakat ini, 100,000 peneroka mendapat manfaat daripada kemudahan pinjaman tanpa faedah yang diwujudkan sejak tahun 2005 itu. Beliau berkata, pinjaman dengan jumlah maksimum RM40,000 itu akan dipertimbangkan kepada peneroka yang layak bagi membina semula atau mengubah suai rumah di tanah rancangan. "Peneroka yang belum pohon bolehlah pohon pinjaman yang teristimewa dan yang terbaik di dunia ini," katanya ketika berucap merasmikan majlis Anugerah Semai Bakti Felda 2013 di Menara Felda di sini hari ini. Turur hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

3 pendatang asing ke Greece cedera kena tembakan
ATHENS 7 MAC. - Sekurang-kurangnya tiga pendatang asing cedera selepas pengawal pantai berbalas tembakan dengan bot yang mereka naiki ketika cuba menyelinap masuk ke Greece dari negara jiran di Turki, semalam. Menurut laporan radio Skai, seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dan dua lagi lelaki dihantar ke hospital berdekatan di pulau Aegean di timur Chios. - AFP

Produk tempatan kurang di pasar raya
KLANG 6 Mac - Pengendali rangkaian pasar raya besar asing yang beroperasi di negara ini diminta supaya meningkatkan jumlah produk industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan di premis masing-masing. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Mohamad Hanapiah berkata, peratusan produk IKS tempatan yang dijual di pasar raya besar masih rendah berbanding kadar yang digariskan oleh kerajaan. "Berdasarkan Garis Panduan Penyertaan Asing Sektor Perdagangan Pengedaran (Pindaan) 2010, kerajaan menetapkan kemasukan 30 peratus produk yang dijual di pasar raya besar asing haruslah keluaran IKS tempatan. "Meskipun semua pengendali pasar raya besar asing yang beroperasi di seluruh negara meletakkan produk IKS tempatan seperti disyaratkan, peratusannya agak perlahan, tidak sampai 30 peratus seperti digariskan.

Takaful beri perlindungan, pelaburan Islamik
Tujuan asas takaful adalah untuk memberi perlindungan kepada pemilik sijilnya sekiranya berlaku musibah seperti kematian dan hilang upaya. Ramai di antara kita tidak mempersiapkan diri untuk menghadapi musibah dan tidak menganggap perlindungan takaful sebagai satu bentuk simpanan, sebaliknya menganggap caruman takaful adalah perbelanjaan yang tidak perlu. Perlindungan Takaful sentiasa dianggap tidak perlu di dalam perancangan kewangan individu kerana ramai di antara kita mempunyai mentaliti bahawa ahli keluarga akan membantu sekiranya kita ditimpa kesusahan, terutamanya kepada mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai. Namun, tahukah kita bahawa perlindungan takaful adalah lebih diperlukan lagi sekiranya kita berada di dalam sebuah keluarga besar kerana wujudnya elemen pergantungan kewangan? Bayangkan jika pencari nafkah tunggal meninggal dunia, meninggalkan anak-anak yang masih lagi bergantung harap kepadanya. Kehilangan pencari nafkah tunggal bukan sahaja amat menyedihkan malah turut akan membebankan keluarga tersebut untuk mencari sumber pencarian lain sebagai pengganti.

Perbankan catat keputusan baik suku ke-4
KUALA LUMPUR 6 Mac - Sektor perbankan melaporkan keputusan yang baik bagi suku keempat tahun kalendar 2013, meskipun keuntungan bersihnya susut tiga peratus secara perbandingan suku ke suku kepada RM5.5 bilion. Firma penyelidikan, RHB Group berkata, lima daripada tujuh saham perbankan yang diliputinya melaporkan keputusan yang sejajar dengan anggarannya dan anggaran konsensus. "Tempoh pelaporan suku keempat tahun kalendar 2013 adalah suku yang membanggakan bagi bank-bank, dengan pertumbuhan positif bagi pendapatan ekoran peningkatan pertumbuhan pinjaman, margin faedah bersih yang stabil dan kegiatan pasaran modal yang lebih teguh, manakala kualiti aset meningkat selanjutnya, yang membantu mengawal kos kredit pada paras rendah," katanya dalam kenyataan hari ini. Bagaimanapun, disebabkan oleh penyusutan keuntungan bersih, kumpulan ini telah menyemak turun unjuran bagi sektor ini tahun ini.

OPR dijangka kekal 3.0% pada 2013
OPR kekal tiga peratus
KUALA LUMPUR 6 Mac - Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tiga peratus. Kadar itu telah ditetapkan pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini. BNM dalam kenyataan berkata, pertumbuhan ekonomi global kekal sederhana, meskipun ekonomi maju bertambah baik, pemulihan ekonominya adalah sederhana dan tidak sekata. Di Asia, jelas BNM, pertumbuhan disokong oleh sektor luaran yang bertambah baik dalam keadaan permintaan dalam negeri yang semakin sederhana di sesetengah negara. "Keadaan dalam pasaran kewangan antarabangsa terus tidak menentu apabila pasaran berubah mengikut peralihan dasar di dalam beberapa ekonomi utama serta perkembangan geopolitik,’’ kata BNM dalam kenyataan itu hari ini.

No comments:

Post a Comment