Tuesday, March 4, 2014

Berita Terkini 04 Mac 2014


Imej Bocor Telefon Pintar iPhone 6
Setelah Samsung, HTC dan Sony mengumumkan peranti 2014 masing-masing, khabar angin dan spekulasi kini berpindah pula kepada rekaan dan spesifikasi yang mungkin akan diperkenalkan pada peranti telefon pintar Apple. Ia dijangka akan dilancarkan seawal bulan Jun tahun ini menerusi salah satu majlis tahunan Apple. Laman web Perancis, nowhereelse.fr telah memuat naik sebuah imej yang menunjukkan rekaan panel hadapan iPhone 4 dan iPhone 5 serta kemungkinan besar rekaan panel hadapan iPhone 6 (paling kanan). Dengan rekaan tanpa sempadan selain mengekalkan butang “home”, imej ini sebenarnya masih belum boleh mengesahkan rekaan sebenar kerana terdapat kemungkinan bahawa butang tersebut tidak akan ditampilkan dalam peranti ini. Sumber: Lowyat


Leonardo DiCaprio Jadi Bahan Jenaka Di Internet
Los Angeles – Leonardo DiCaprio telah dicalonkan sebanyak tiga kali untuk anugerah Oscar sebelum ini. Jadi ramai yang melahirkan keyakinan kali ini dia pasti akan merampas anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Oscar untuk filem The Wolf Of Wall Street. Malangnya, kali ini DiCaprio masih belum bernasib baik apabila dia tewas kepada Matthew McConaughey yang berlakon dalam Dallas Buyers Club. Kali pertama DiCaprio dicalonkan untuk anugerah itu ialah 20 tahun lalu ketika dia membintangi filem What’s Eating Gilbert Grape. Ketika DiCaprio tabah menerima kekalahannya, media sosial nyata telah berlaku kejam kepadanya. Mereka mempersendakan dan mempermainkan DiCaprio dengan trending #PoorLeo menjadi sensasi di internet. Pelbagai ara dilakukan termasuk memuat naik gambar DiCaprio sedang mengejar anugerah itu serta gambarnya yang diedit menangis sebaik keputusan diumumkan. Bagaimanapun bukan semula yang kejam seperti itu, sebaliknya peminat DiCaprio menyatakan sokongan kepadanya dan mereka menyatakan bahawa pelakon itu layak meraih gelaran Pelakon Lelaki Terbaik. Seorang peminatnya, Radhika Sik telah menulis di twitter, : ‘Always a bridesmaid, never a bride #LeonardoDiCaprioForOscar #LeonardoDiCaprio #Shouldvewonanoscar #heartbroken.’ Mereka juga memberikan kata-kata perangsang kepadanya agar berusaha lagi.


Misteri Pokok Tercabut Akar, Tegak Semula
Kent – Misteri menyelubunyi penduduk di Chiddingstone selepas sebatang pokok yang telah tumbang dan tercabut dari tanah akibat ribut, kembali berdiri tegak. Namun dengan kuasa Allah, pokok setinggi 40 kaki dan seberat 10 tan itu kini hidup subur. Ia tumbang pada 23 Disember lalu dan banjir yang melanda menyebabkan bahagian akarnya juga tercabut dari tanah Keadaan itu disedari oleh pemilik ladang, Donna Bruxner-Randall, yang menyedari pokok itu hidup semula selepas dia melakukan beberapa pemeriksaan di kawasan berkenaan. “Seluruh bahagian akarnya telah tercabut namun selepas bulan Februari lalu, saya lihat ia kembali tegak. Keadaan ini adalah pelik namun ia adalah benar,’’ katanya. Pada mulanya Donna dan keluarganya mahu memotong pokok berkenaan kerana ia terletak berhampiran dengan pintu ladangnya. “Selepas ribut melanda, pokok itu tumbang. “Ribut kali kedua pula menyaksikan pokok itu berdiri tegak semula. Tiada tanda menunjukkan ia ditanam semula,” katanya.


Isteri Allahyarham Koperal Raja Aizam Reda Pemergian Suaminya
KLANG, 4 Mac (Bernama) -- "Saya reda dengan pemergiannya," kata Norsalmah Nordin, isteri Allahyarham Koperal Raja Aizam Raja Mohd, berhubung tragedi yang meragut nyawa suaminya selepas diserang sekumpulan warga asing di sini awal pagi Selasa. Luahan kata-kata itu disampaikan kepada media oleh anak saudaranya yang enggan dikenali selepas Norsalmah, 50, masih trauma dengan kejadian itu dan tidak dapat berdepan dengan orang ramai buat masa ini. Jenazah Raja Aizam disembahyangkan di Surau Ar-Rahimiah, di kediamannya di Pangsapuri Polis Taman Seri Andalas, Klang 4.20 petang sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Perak untuk dikebumikan.


Guru Kaunseling Perlu Berdaftar
KUALA LUMPUR – Menangani masalah pelajar bukan tugas mudah namun cabaran itu perlu dilalui oleh hampir 15,000 guru kaunseling yang ditempatkan di 12,000 buah sekolah menengah dan rendah di seluruh negara. Namun tidak banyak yang menyedari bahawa sebahagian besar daripada guru kaunseling itu tidak berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia sehingga kegiatan mereka tidak dapat dipantau. Sebagai pengamal kaunseling profesional, mereka perlu mendaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia, badan yang tertakluk di bawah Akta Kaunselor 1998 atau Undang-undang Malaysia Akta 580. Ini bagi memudahkan Lembaga Kaunselor Malaysia menyelia khidmat kaunseling yang mereka laksanakan di sekolah selain menyelia latihan serta menentukan kelayakan seorang guru kaunseling.


Warga Emas Ditemui Mati Dengan Kesan Kelar
IPOH – Seorang lelaki berusia 70 tahun dijumpai maut dipercayai dibunuh di dalam rumah teres setingkat yang didiaminya sendirian di Taman Song Choon, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mangsa dikenali sebagai Chan Yan Choi ditemui terbaring dengan berlumuran darah di atas lantai di ruang dapur oleh menantu perempuannya pada pukul 7.55 pagi. “Semasa tiba di rumah itu, menantu berkenaan mendapati pagar dan pintu rumah telah terbuka dan memanggil mangsa namun tidak dijawab. Apabila masuk ke dalam rumah dia telah nampak ayahnya di bahagian dapur sebelum memaklumkan kepada polis,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini. Beliau berkata, siasatan awal mendapati tiada barangan berharga hilang termasuk sejumlah wang yang boleh dilihat penjenayah, bagaimanapun setakat ini dompet milik mangsa tidak dijumpai. Selain itu, pemeriksaan di tempat kejadian juga mendapati tiada sebarang perbuatan pecah masuk serta kesan pergelutan ditemui, katanya. – BERNAMA

Khairy Jamaluddin
BR1M: Khairy jawab kenyataan Dr M
SHAH ALAM – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menafikan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) membebankan kewangan kerajaan. “BR1M diperkenalkan untuk membantu rakyat yang layak menerimanya di samping sistem subsidi pukal dikurangkan. Beban kewangan negara tidak meningkat kerana BR1M sebab ada penjimatan pengurangan polisi subsidi pukal. “Sistem subsidi pukal di mana semua (tak kira pendapatan) menikmati petrol yang disubsidi perlu perbelanjaan kerajaan yang lebih banding BR1M,” katanya dalam entri di laman Twitter, semalam. Menurutnya lagi, kerajaan juga sedang mengkaji kaedah lain untuk membantu rakyat. “BR1M adalah polisi targeted assistance (bantuan yang disasarkan) yang akan ganti blanket subsidies (subsidi menyeluruh).

Bunuh: Perompak jerut leher, sumbat mulut mangsa
Polis tahan suspek kes rompak, bunuh warga emas
KOTA BAHRU - Polis Kelantan menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kes bunuh dan rompak seorang wanita warga emas di Kampung Kutan Tengah, Tumpat di sini Ahad lepas. Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata ketiga-tiga suspek berusia antara 25 dan 33 tahun itu ditahan di Wakaf Baharu, Tumpat kira-kira pukul 12 tengah hari tadi. "Pihak kami akan melakukan siasatan ke atas suspek serta membuat perbandingan sampel DNA (di antara suspek dan DNA yang diperoleh dari tempat kejadian. "Siasatan awal kami mendapati salah seorang suspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Hati-hati sindiket menyamar pegawai imigresen
Hati-hati sindiket menyamar pegawai imigresen
BATU MAUNG - Orang ramai terutama majikan yang mempunyai pekerja warga asing diminta berhati-hati dengan sindiket yang menyamar sebagai penguat kuasa Jabatan Imigresen untuk menipu melibatkan puluhan ribu ringgit. Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen Pulau Pinang, Basri Othman berkata, sindiket itu dipercayai didalangi warga tempatan yang mengambil kesempatan menipu majikan yang mempunyai pekerja warga asing tanpa permit kerja sah. "Saya menasihati semua majikan yang pernah atau bakal menerima panggilan telefon dari mana-mana individu yang mengaku pegawai atau penguatkuasa Jabatan Imigresen supaya menghubungi atau datang ke pejabat kita di Seberang Jaya untuk pengesahan. "Jabatan Imigresen tidak pernah menghubungi mana-mana majikan sebelum melakukan operasi malah itu bukan prosedur kita menjalankan operasi," katanya selepas mengadakan operasi di beberapa perusahan kecil dan sederhana di sini hari ini.

NGO lapor polis penyebaran gambar hina pemimpin
PUTRAJAYA - Empat belas badan bukan kerajaan (NGO) Putrajaya hari ini membuat laporan polis berhubung penyebaran gambar pemimpin negara dicium seekor babi di laman sosial. Kumpulan NGO itu diketuai Pengerusi Jaringan Kaseh Ixora, Zarina Ismail, yang hadir bersama wakil setiap NGO antaranya Majlis Belia Kawasan, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Putrajaya serta Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Putrajaya. Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini hari ini, Zarina berkata perkara itu tidak seharusnya terjadi kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam selain menunjukkan rasa tidak hormat kepada pemimpin negara. Beliau berkata pihaknya juga akan membuat laporan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan menggesa SKMM mengesan individu yang memuat naik gambar itu. - Bernama


Mengaku Bersalah Cabul Guru Perancis
BALIK PULAU – Seorang remaja mengaku bersalah melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan seorang wanita warga Perancis Khamis lalu. Dengan pengakuan itu, mahkamah majistret di sini menetapkan 21 April depan bagi mendapatkan laporan akhlaknya yang didakwa melakukan kesalahan itu terhadap seorang guru warga Perancis. Majistret Muhammad Najib Ismail membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah atas kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan itu. Mengikut pertuduhan, remaja berusia 17 tahun itu didakwa mencabul guru berusia 35 tahun itu antara jam 1.10 petang hingga 2 petang di denai hutan Taman Negara Teluk Bahang, 27 Februari lalu.


Angkara Bonus, Cardiff City Berdepan Tindakan
KELAB bola sepak milik orang kaya Malaysia Tan Sri Vincent Tan, Cardiff City kini berhadapan tindakan denda dan juga mungkin ditolak mata serta mungkin disingkirkan ke Liga Championship di England selepas didapati melanggar peraturan liga. Cardiff yang kini bermain dalam Liga Perdana Barclays berdepan kemungkinan tersingkir selepas berada di tangga kedua tercorot di atas kelab Fulham dengan 22 mata manakala Fulham memungut 21 mata. Kelab bimbingan bekas pemain Manchester United Ole Gunnar Solksjaer itu berada di bawah kelab ketiga tercorot iaitu Sunderland dengan perlawanan liga hanya berbaki lagi 10 perlawanan. Menurut laporan The Daily Mail, Tan melanggar peraturan dengan menawarkan bonus untuk pemain bernilai £3.7 juta Pound (RM20.5 juta) jika berjaya mengelak dari disingkir ke liga bawahan.

Parlimen Libya diserang
Parlimen Libya diserang
TRIPOLI - LIBYA. Sekurang-kurangnya dua anggota Kongres Agung Kebangsaan (GNC), cedera ditembak selepas puluhan penunjuk perasaan bertindak menyerbu bangunan Parlimen ketika kerajaan sementara Libya sedang bersidang. Media melaporkan, sidang Parlimen itu tetap diteruskan tanpa menghiraukan serbuan itu. "Mereka turut menggeledah bangunan itu dan membakar kereta serta perabot di luar pekarangan premis tersebut," menurut laporan agensi berita LANA. Ketegangan tercetus selepas GNC berhasrat melanjutkan penggal perkhidmatan mereka hingga akhir tahun ini dalam laporan Al-Jazeera.

Mahkamah dibom - Pakistan
BULAN lalu, nama Guzman atau lebih dikenali sebagai El Chapo mula diperkatakan semula susulan penangkapannya setelah terlibat dalam jenayah dadah sejak puluhan tahun. Joaquin Guzman Loera Archivaldo merupakan kartel dadah terbesar di Mexico yang mengetuai Sinaloa Cartel, sebuah kumpulan jenayah yang diambil nama dari tempat penubuhannya di Sinaloa. Lebih dikenali sebagai El Chapo Guzman atau 'Orang Pendek Guzman', dia menjadi penjenayah paling dikehendaki sejak 2003 selepas penangkapan pesaingnya, Osiel Cardenas. Sehingga penangkapannya Februari lalu, Guzman dianggap sebagai pengedar dadah paling berkuasa di dunia oleh Jabatan Kewangan Amerika Syarikat. Sejak 2009, Guzman berada di tempat ke-41, 60 dan 55 untuk tiga tahun berturut-turut sejak 2009 sebagai salah seorang paling berkuasa di dunia seperti disenaraikan majalah Forbes. Malah dia turut tersenarai sebagai lelaki ke-10 paling kaya di Mexico pada 2011 dengan nilai kekayaan lebih RM3.28 bilion.

Kisah tewasnya si raja dadah
Kisah tewasnya si raja dadah
BULAN lalu, nama Guzman atau lebih dikenali sebagai El Chapo mula diperkatakan semula susulan penangkapannya setelah terlibat dalam jenayah dadah sejak puluhan tahun. Joaquin Guzman Loera Archivaldo merupakan kartel dadah terbesar di Mexico yang mengetuai Sinaloa Cartel, sebuah kumpulan jenayah yang diambil nama dari tempat penubuhannya di Sinaloa. Lebih dikenali sebagai El Chapo Guzman atau 'Orang Pendek Guzman', dia menjadi penjenayah paling dikehendaki sejak 2003 selepas penangkapan pesaingnya, Osiel Cardenas. Sehingga penangkapannya Februari lalu, Guzman dianggap sebagai pengedar dadah paling berkuasa di dunia oleh Jabatan Kewangan Amerika Syarikat. Sejak 2009, Guzman berada di tempat ke-41, 60 dan 55 untuk tiga tahun berturut-turut sejak 2009 sebagai salah seorang paling berkuasa di dunia seperti disenaraikan majalah Forbes. Malah dia turut tersenarai sebagai lelaki ke-10 paling kaya di Mexico pada 2011 dengan nilai kekayaan lebih RM3.28 bilion.

Tanilla
Mati didera kerana tak pandai ke tandas
SEORANG kanak-kanak berusia dua tahun maut didera teman lelaki ibunya hanya kerana tidak pandai ke tandas. Kanak-kanak malang itu, Tanilla Warrick Deaves dipukul hingga mati oleh Warren James Ross, 30, di rumah teman wanitanya di Central Coast, New South Wales, Australia. Menurut polis tempatan, Tanilla dirotan, dihantukkan kepala pada cermin kaca di dalam tandas dan di pintu almari. “Mangsa dibelasah hingga tidak sedarkan diri lalu diletakkan di dalam kereta sorong selama dua hari hingga dia menemui ajal,” katanya. Beliau berkata, ibunya Donna Deaves turut didakwa kerana tidak meleraikan perbuatan kejam teman lelakinya itu. “Ibunya juga sangat kejam kerana tidak mahu memberikan rawatan kecemasan selepas anaknya tidak sedarkan diri,” katanya. Selepas mendengar hujah pertuduhan, Dipetik Sydney Morning Herald, Mahkamah Sydney mendapati, Donna bersalah kerana bersubahat melakukan pembunuhan dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun namun ia dikurangkan kepada sembilan tahun selepas dia bersetuju memberikan keterangan terhadap perbuatan kejam teman lelakinya itu. Warren pula kekal dengan tuduhan bersalah kerana membunuh kanak-kanak itu namun sepanjang perbicaraan, dia tetap tidak mengaku bersalah dan turut memaki hamun petugas media yang membuat liputan sepanjang perbicaraannya itu.

Usaha hapus minoriti Islam
Usaha hapus minoriti Islam - Republik Afrika Tengah
RANCANGAN jahat menghapuskan orang Islam di Republik Afrika Tengah menyebabkan krisis kemanusiaan semakin meruncing sejak awal tahun lalu. Kira-kira 1.4 juta penduduk minoriti Islam menjadi sasaran keganasan kumpulan militia Kristian yang menggelar diri mereka sebagai anti-Balaka. Penasihat kanan Amnesty International, Joanne Mariner berkata, militia anti-Balaka melancarkan kempen pembersihan orang Islam secara besar-besaran di negara terbabit dan menyelar kumpulan pengaman antarabangsa kerana gagal menghalang perbuatan itu. “Walaupun terdapat kira-kira 1,600 askar Perancis ditempatkan di negara bergolak itu bersama 6,000 anggota pasukan pengaman Kesatuan Afrika (Misca), mereka masih gagal menghentikan pertelagahan antara kedua-dua puak tersebut,” tegasnya. Difahamkan, insiden keganasan etnik pada kali ini adalah paling buruk sejak bekas Presiden Michel Djotodia meletak jawatan pada 10 Januari lalu. Selain itu, ada pihak mendakwa, faktor utama menyebabkan keganasan etnik itu kerana negara Barat dan sekutunya tidak senang dengan perkembangan Islam di negara tersebut.

Rusia, Ukraine isytihar perang
Rusia, Ukraine isytihar perang
KIEV - UKRAINE. Kami serang! Kami tawan! Kami pacak bendera!”, begitulah permainan pantas Rusia yang cuba menakluki Crimea di selatan Ukraine. Campur tangan Rusia di Ukraine ketika negara itu terhimpit dalam krisis politik memburukkan lagi keadaan hingga negara jajahan Soviet itu terjerumus ke ambang perang. Perdana Menteri sementara Ukraine, Arseniy Yatsenyuk menuduh Rusia mengisytiharkan perang ke atas negaranya selepas tentera Rusia ‘menakluki’ wilayah autonomi Crimea, sejak empat hari lalu. Pada kejadian itu, sekumpulan lelaki bersenjata pro-Rusia lengkap berpakaian perang dilapor menawan Parlimen dengan menembak pintu kaca dan mengarahkan pengawal keselamatan meninggalkan premis itu sebelum mengibarkan bendera Rusia.

Penjaja Dan Isteri Kedua Didenda RM500 Lumur Cili Muka Isteri Pertama
KUALA LUMPUR - Seorang penjaja dan isteri keduanya didenda RM500 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana melumur cili ke muka isteri pertama penjaja itu bulan lepas. Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Ariff Jupirin, 26, dan warga Indonesia Srimeiriska Iswandy, 24, selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu. Mahkamah juga memerintahkan Muhammad Ariff dan Srimeiriska, menjalani hukuman penjara lima bulan jika gagal membayar denda itu. Muhammad Ariff dan Srimeiriska didakwa sengaja mendatangkan cedera terhadap peniaga Muntamah Ahmad Minlon, 46, yang juga seorang warga Indonesia dengan melumur mukanya dengan cili sehingga menyebabkannya merasa pedih dan sakit di kedua-dua belah matanya.


Pasar malam: 101 orang lagi keracunan makanan
KUALA TERENGGANU - Seramai 101 orang lagi mengalami keracunan makanan selepas menikmati juadah yang dibeli di pasar malam di Taman Shah Bandar dan Padang Hiliran di sini pada Sabtu lepas. Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata mereka dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) setelah muntah dan cirit-birit selepas menikmati nasi goreng putih, nasi goreng merah, kuetiau goreng dan mee goreng. "Kita sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden ini dan kita tidak menolak kemungkinan empat jenis makanan itu mengandungi virus salmonella yang mungkin berpunca daripada ayam atau telur," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini. [Berita berkaitan : Budak 5 tahun maut makan hidangan pasar malam ] Beliau berkata sejak Sabtu lepas, seramai 68 orang termasuk 18 kanak-kanak dimasukkan ke wad HSNZ manakala 33 orang lagi diberi rawatan pesakit luar selepas mengalami keracunan makanan. Mereka berusia antara 10 bulan dan 57 tahun. Pihaknya juga mengambil 10 najis pesakit untuk diuji bagi mengenal pasti punca sebenar keracunan itu.

Sindiket poligami ekspres RM3,000
Sindiket poligami ekspres RM3,000
ALOR SETAR – Demi merahsiakan perkahwinan kedua daripada isteri pertama, ada suami yang sanggup menggunakan khidmat sindiket nikah yang menyediakan pakej lengkap termasuk sijil nikah menyerupai yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik). Amat membimbangkan apabila proses akad nikah pasangan berkenaan juga dilakukan tanpa kehadiran wali. Sindiket berkenaan dipercayai bergerak aktif sejak beberapa tahun lalu dengan mengenakan bayaran serendah RM3,000 dan dikatakan mendapat sambutan hangat mereka yang mahu berpoligami secara rahsia. Difahamkan, sindiket terbabit bijak memancing pasangan berkenaan supaya menggunakan khidmat mereka dengan mempercepatkan pengeluaran sijil nikah beberapa hari sebelum akad nikah berlangsung.


Khalid Jumpa PM Lagi
Tindakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menandatangani MoU penstrukturan semula air di Selangor dengan kerajaan Pusat Rabu lalu yang dilihat membelakangkan banyak pihak termasuk pemimpin pakatan rakyat terus jadi isu. Kesannya, ada yang mendakwa kandungan MoU itu diragui dan merugikan rakyat Selangor pada masa depan. Selain itu, PKR turut menuntut MoU itu didedahkan kepada awam dengan alasan ketelusan yang diamalkan kerajaan negeri Selangor. Lagipun, pada tahun 2010, kerajaan negeri pimpinan Abdul Khalid begitu bangga menjadi negeri pertama yang meluluskan Akta Kebebasan Maklumat di Malaysia. Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) 2010 yang dikemukakan oleh Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong itu akan memberikan hak kepada rakyat untuk mengakses maklumat berkaitan pentadbiran negeri.


Sanggup Letak Kereta Di Laluan Pejalan Kaki Di LCCT…
BAGI mereka yang kerap ke Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), pasti anda sudah lali dengan kesukaran untuk mencari tempat letak kereta. Kadang-kadang ada yang terpaksa ‘bersiar-siar’ di sekitar kawasan parkir sehinggalah ada kereta lain yang keluar. Tapi, dalam banyak-banyak kereta, nampaknya pemilik kereta ini paling tidak sabar menunggu sehingga menjadikan laluan pejalan kaki sebagai tempat letak keretanya. Hai, mentang-mentanglah kereta mahal. Boleh main letak ikut suka ya? Macam-macam perangailah…



VIDEO: Presiden Coca-Cola GUGUP Ditanya Tentang Kandungan Gula Dalam Coke Di BBC!
Pada satu program bual bicara saluran BBC iaitu Newsnight tahun lalu telah mendedahkan di hadapan kamera berapa sebenarnya kandungan gula yang terdapat di dalam segelas besar air berkarbonat Coca-Cola itu. Video berkenaan terdapat di laman YouTube BBC Newsnight dan ia dimuatnaik November tahun lepas tetapi ia menjadi viral beberapa hari ini kerana ia disebarkan semula. Ia juga kembali mendapat perhatian kerana peningkatan mendadak statistik penghidap penyakit diabetes atau ‘kencing manis’ di seluruh dunia yang semakin membimbangkan. Dalam video itu, pengacaranya Jeremy Paxman mendedahkan kandungan sebenar gula melalui berapa banyak jumlah bungkusan kecil gula yang biasa kita gunakan di hotel-hotel. Dalam satu cawan sederhana Coca-Cola, Jeremy mendedahkan ada 23 paket gula manakala bagi cawan besar air Coca-Cola terdapat 44 paket gula yang sememangnya membahayakan kesihatan


Khalid kutuk tindakan serang anggota polis
KLANG - Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar mengutuk keras tindakan ganas sekumpulan warga asing yang menyerang dua anggota polis sehingga menyebabkan satu kematian manakala seorang lagi cedera parah di Taman Sentosa dekat sini pagi tadi. Beliau berkata, tindakan menyerang anggota keselamatan itu sebagai keterlaluan, sangat melampau dan tidak boleh dibiarkan. "Saya beri amaran keras kepada mana-mana pihak terutama warga asing agar tidak melampaui batas. "Kita akan mengambil tindakab tegas terhadap mana-mana pihak yang mencabar Polis Diraja Malaysia," katanya ketika ditemui selepas menziarah jenazah anggota polis yang terbunuh di Rumah Mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 5 pagi itu, kereta peronda polis yang dinaiki Koperal Raja Aizam Raja Mohd., 53, dan Lans Koperal Mohd. Aidil Mustafa, 29, diserang lima warga asing di Lorong Yusuf Shahbuddin 44D, Taman Sentosa dekat sini. Akibat tikam dengan parang dan pisau di bahagian kepala dan badan, Raja Aizam meninggal dunia manakala Mohd. Aidil cedera parah. - KOSMO!

FotoSerang polis: Empat warga asing ditahan
4 suspek bunuh polis ditahan
Gombak: Empat suspek warga asing ditahan berhubung kejadian serangan ke atas dua anggota polis di kawasan perumahan Taman Sentosa, Klang awal pagi tadi. Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, empat suspek terdiri daripada tiga wanita dan seorang lelaki itu ditahan selepas kejadian yang mengakibatkan seorang anggota polis mati manakala rakannya cedera parah selepas ditetak dan ditikam menggunakan parang dan pisau rambo. Kejadian pukul 5 pagi itu berlaku selepas dua anggota polis berkenaan menahan tiga wanita warga asing dalam keadaan mencurigakan sebelum tiga lagi rakan suspek secara tiba-tiba menyerang dua anggota polis berkenaan, kata Mohd Shukri. Anggota polis yang berusia 53 tahun mati sebaik tiba di Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang manakala rakannya yang berusia 47 tahun kini dirawat di unit kecemasan selepas mengalami kecederaan di bahagian muka.


 (GAMBAR) Anggota Polis Maut Diserang Warga Asing Di Klang Subuh Tadi
Klang – Seorang anggota polis terbunuh manakala seorang lagi parah selepas diserang lima lelaki warga asing Indonesia awal pagi tadi. Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 pagi selepas dua anggota kereta peronda (MPV) terserempak kumpulan lelaki berkenaan dalam keadaan mencurigakan. Bagaimanapun, selepas cuba menjalankan pemeriksaan kumpulan lelaki berkenaan tiba-tiba melawan menyebabkan berlaku pergelutan sebelum merampas senjata api milik seorang anggota polis. Selepas merampas penjenayah cuba melepaskan tembakan namun gagal sebelum senjata berkenaan berjaya dirampas semula. Pada masa sama, seorang lagi anggota polis sempat melepaskan tembakan yang menyebabkan dua penjenayah terbunuh sebelum sepasukan anggota polis yang tiba untuk membantu mendapati seorang anggota peronda parah sebelum disahkan meninggal dunia di hospital. Anggota yang meninggal dunia dikenali sebagai Kpl. Raja Aizam bin Raja Mohd, 53 tahun manakala Kpl Mohd Aidil bin Mustafa, 29, cedera di muka dan kepala.

Mayat pengawal keselamatan ditemui tertimbus di tapak binaan HUS
KUCHING - Seorang mayat lelaki dipercayai pengawal keselamatan di tapak binaan ditemui tertimbus di bawah timbunan pasir di bangunan klinikal, Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini hari ini. Mayat tersebut dijumpai oleh para pekerja di tapak binaan sama selepas menemui kesan tompokan darah berhampiran sebuah lubang yang digali oleh mereka pada pukul 10 pagi. Ketika ini, mayat terbabit masih berada di lokasi kejadian dan pihak polis sedang menjalankan siasatan di kawasan kejadian. Difahamkan, dua pekerja yang merupakan pengawal keselamatan di situ dilaporkan hilang dan salah seorang daripadanya ditemui mati pagi tadi. - KOSMO!

Penoreh maut rempuh pokok tumbang
Gemencheh: Seorang penoreh getah warga emas maut apabila motosikal ditungganginya terperosok di bawah sepohon pokok yang tumbang di tengah jalan di Kilometer 7.5 Jalan Felda Bukit Rokan- Pasir Besar di sini, kira-kira jam 6.30 pagi tadi. Mangsa, Loy Liang Tho, 73, ketika itu dikatakan dalam perjalanan untuk menoreh getah. Sumber polis berkata, ketika menghampiri tempat kejadian, mangsa dipercayai tidak perasan pokok tumbang melintang jalan. "Mangsa dipercayai tidak nampak pokok berkenaan lalu merempuhnya menyebabkan dia terperosok bersama-sama motosikal di bawah pokok berkenaan. "sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemas membantu operasi mengeluarkan mangsa yang terperosok di bawah pokok tumbang," katanya. Menurut sumber, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dan mayatnya dihantar ke Hospital Tampil untuk bedah siasat. Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Wooi Kooi Cheang dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pembenihan awan diteruskan, tumpuan di selatan
KUALA LUMPUR: Operasi pembenihan awan diteruskan hari ini dengan tumpuan lokasi di kawasan selatan Semenanjung, kata Pengarah Bahagian Sains Atmosfera dan Pembenihan Awan Jabatan Meteorologi (JMM) Azhar Ishak. Menurutnya, tumpuan masih diberi kepada kawasan tadahan air dan empangan yang dilaporkan surut akibat cuaca panas dan kering sejak akhir-akhir ini yang membawa kepada catuan bekalan air di sekitar Lembah Klang. "Kami akan tunggu sehingga kira-kira pukul 1 tengah hari hingga 2 petang ini dan berpandukan kepada gambar radar untuk melihat kawasan yang terdapat pembentukan tompokan awan yang sesuai. "Kemudian, barulah kami lakukan pembenihan itu," katanya hari ini. Menurutnya, setiap operasi mengambil masa kira-kira dua hingga tiga jam dengan kos sekitar RM80,000.

al-Quran
Al-Quran berselerak di tangga, tandas
Jertih: Penemuan berpuluh kitab suci al-Quran yang berselerak di tangga dan tandas oleh jemaah Masjid Kampung Limbongan, dekat sini, awal pagi tadi mengejutkan umat Islam daerah ini. Kejadian itu disedari berlaku oleh sepasukan ahli Skim Rondaan Sukarela yang melakukan rondaan kali kedua di situ jam 2.30 pagi apabila ternampak al-Quran berselerak di tangga masjid sebelum rondaan pertama jam 1 pagi di kawasan itu tidak menemui sebarang perlakuan mencurigakan. Lebih mengejutkan, jemaah yang datang untuk menunaikan solat Subuh pagi tadi turut menemui kitab suci itu bersepah di lantai masjid dan dalam tandas. Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Putera Mohd Mahdi Musa berkata, beliau dimaklumkan oleh penduduk mengenai kejadian itu Subuh tadi. Katanya, kejadian itu amat dikesali dan tidak patut berlaku di tempat berkenaan. Beliau berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera dan menyiasat perkara itu sebelum merebak di tempat lain.

Foto
Sembelih ipar kerana RM1,000
Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia 40-an kini bertarung dengan maut akibat kecederaan parah di leher selepas disembelih adik iparnya hanya kerana gagal menjelaskan hutang tidak sampai RM1,000. Kejadian berlaku jam 2 pagi semalam di rumah mangsa di Ampang di sini, ketika dia nyenyak tidur di ruang tamu. Sumber polis berkata, suspek dipercayai membuat kunci pendua rumah berkenaan beberapa hari sebelum kejadian untuk memudahkannya masuk melalui pintu utama. Menurutnya, mangsa yang bekerja sebagai penjual roti canai dikatakan berhutang tak sampai RM1,000 dengan adik iparnya itu sejak beberapa bulan lalu.


Wardina Jadi Duta Tilam, Bawa Diri Ke Australia
KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah menganggap keputusannya untuk menyambung pelajaran dan berhijrah ke Brisbane, Australia pada Jun ini sebagai langkah memulakan hidup baharu bersama keluarganya. Wardina Safiyyah atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, 35, berkata keputusan nekad itu adalah bagi menumpukan perhatian sepenuhnya kepada keluarga dan pelajaran tanpa sebarang gangguan. “Saya ingin berehat daripada kehidupan di sini yang terlalu banyak aktiviti, setiap minggu ada sahaja jemputan menghadiri majlis yang tidak mampu untuk ditolak, perkara sebegitu membuatkan masa bersama keluarga dan pelajaran terjejas. “Insya-Allah, di sana saya boleh fokus sepenuhnya kepada pelajaran dan berharap dapat menyambung ke peringkat lebih tinggi lagi,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis memperkenalkan duta baharu tilam jenama ‘Good Nite’, di Hotel Westin, di sini, Isnin. Wardina akan melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi di salah sebuah universiti di Australia pada Jun ini.

5 kesalahan didik remaja
Memberontak, marah, bertindak kasar dan keras kepala antara sikap remaja yang sukar dikawal hingga menguji kesabaran ibu bapa menanganinya. Pengarah Institut Penyelidikan dalam Pembangunan Remaja di Tufts University, Boston, Amerika Syarikat, Dr Richard Lerner, berkata lima perkara ibu bapa harus tahu dalam mendidik anak untuk memastikan yang terbaik untuk masa depan mereka. Katanya, remaja berasakan sangat teruk setiap kali menerima teguran, manakala kebanyakan ibu bapa berpendapat, membesarkan anak pada usia itu adalah pengalaman sukar kerana mereka cepat memberontak. Lebih menyedihkan, apabila ibu bapa tidak boleh berbuat apa-apa kerana perwatakan anak tersayang berubah tanpa diduga. Ia berlaku apabila ibu bapa bertahun-tahun membesarkan anak dalam suasana tidak gembira dan tidak berpuas hati. Lazimnya, remaja yang baik tidak melakukan perkara buruk atau terlarang seperti mengambil dadah, melepak dan berkawan orang yang tidak bermoral atau mengadakan hubungan seks pada awal remaja, katanya dalam laman WebMD.
1.Jangan sangka negatif kepada anak Bagaimanapun, sangkaan negatif terhadap anak, boleh menimbulkan perasaan takut kepada ibu bapa yang takut. Kajian Wake Forest University, Amerika Syarikat mendapati, ibu bapa yang menjangkakan anak terbabit dalam kelakuan salah dilaporkan berpotensi tinggi untuk melakukan perkara itu, setahun kemudian. Bagi menangani masalah itu, ibu bapa perlu memberi tumpuan kepada minat dan hobi anak walaupun tidak memahami mereka. Selain itu, ibu bapa perlu lebih kerap berkomunikasi dan belajar sesuatu perkara termasuk aktiviti mencabar dengan anak.
2. Elak banyak baca buku keibubapaan Sementara itu, Pengarang Isu Masalah Keluarga : Bagaimana Sekolah boleh mengendalikan krisis anak, Robert Evans, berkata perkara salah kedua yang dilakukan ibu bapa ialah membaca terlalu banyak buku keibubapaan. Tindakan itu menyebabkan mereka sendiri tidak mempercayai naluri sendiri sehinggakan ada ibu bapa bertindak mendapatkan khidmat nasihat dari pakar kaunseling untuk rujukan membesarkan anak remaja.

Manfaat air hujan pada rambut
Berikut beberapa faktanya:
1. Air hujan dikatakan antara penyebab masalah keguguran rambut. Ini berlaku disebabkan, air hujan mengandungi bahan pencemaran dan zat berbahaya yang ada di udara ketika musim kemarau. Hujan yang pertama turun berfungsi melarutkan kotoran. Justeru, hindari hujan yang pertama boleh merosakkan rambut.
2. Selepas air hujan cukup lama turun, maka kandungan bahan dan kotoran lainnya sudah mulai larut. Air hujan adalah bentuk air bersih dan tidak menjejaskan kesihatan rambut. Jika anda memiliki masalah dengan rambut, bilas dengan air hujan dan ia lebih baik daripada menggunakan air yang mengandungi zat kimia lainnya.
3. Memetik dari Rainwater Connection, air yang turun dari langit dikatakan memiliki kadar neutral pH yang hampir sempurna, bebas garam dan mineral yang boleh memberi kesan kepada rambut. Jika disaring dengan baik, air hujan menjadi paling semula jadi digunakan untuk mencuci rambut. Keneutralan yang dimiliki air hujan tidak akan membuat rambut menyimpan bahan sisa daripada syampu yang anda gunakan, sehingga proses pencucian menjadi maksimum.
4. Air hujan juga dipercaya dapat membuat rambut yang mengembang secara semula jadi dan menjadikan teksturnya lebih lembut. Zaman dulu, masyarakat menggunakan air hujan sebagai perapi. Caranya, ramas dengan syampu dan perapi lalu bilas dengan air hujan untuk hilangkan kotoran pada rambut. Air hujan yang dingin dapat membantu proses pelembapan rambut.
5. Rambut yang basah akibat air hujan cenderung kering lebih lama. Oleh itu, segera keringkan rambut yang basah terkena air hujan. Jika tidak, keadaan rambut yang basah akibat hujan akan membuat akar rambut lemah dan menyebabkan gugur.


JAS serah kertas siasatan isu fenomena 'laut hitam' - BAtu Feringghi
Georgetown: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sudah menyerahkan kertas siasatan berhubung isu fenomena ‘laut hitam’ di Batu Feringghi kepada pegawai undang-undang di ibu pejabatnya akhir bulan lalu. EXCO Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow, berkata kertas siasatan itu berdasarkan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009. Beliau berkata, JAS mengenal pasti pencemaran perairan Batu Feringghi berpunca daripada sisa premis makanan, kedai dobi, pusat mencuci kereta dan loji rawatan kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd.

Pemimpin politik, pasangan dicekup khalwat
Kangar: Seorang wanita pemimpin politik, ditangkap khalwat bersama pasangannya di sebuah hotel tiga bintang di bandar ini dalam serbuan jam 1.30 pagi, semalam. Wanita lingkungan 30-an itu dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) di sebuah bilik bersama ahli perniagaan berusia 50-an dari Terengganu. Ketika serbuan, dia memakai kain batik dan duduk di atas katil, manakala lelaki terbabit bertuala serta berbaju T. Mereka dikatakan menginap di situ sejak dua hari sebelum itu. “Ketika pintu bilik diketuk, mereka memberikan kerjasama baik, tetapi mengaku tiada ikatan perkahwinan. Berikutan itu, pasangan terbabit ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Kangar untuk tindakan lanjut,” kata sumber JAIPs. Sumber itu berkata, pasangan berkenaan disiasat mengikut Seksyen 9(1)(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Perlis yang jika sabit kesalahan, boleh didenda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya. Ketua Polis Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes terbabit yang disiasat JAIPs.

Kualiti CCTV  dinilai cegah jenayah lebih berkesan
Kualiti CCTV dinilai cegah jenayah lebih berkesan
Kota Bharu: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menilai kualiti kamera litar tertutup (CCTV) yang digunakan di agensi di seluruh negara dalam usaha pencegahan jenayah lebih berkesan. Pengarah Jabatan Pencegahan Dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ), Datuk Wira Ayub Yaakub, berkata kajian terhadap jenis dan kualiti CCTV yang digunakan premis berkenaan mengambil masa enam bulan sebelum menilai hasilnya. Kualiti CCTV tak memuaskan. “Kebanyakan premis di seluruh negara mungkin menggunakan kamera yang kualiti tidak memuaskan dan sekiranya berlaku jenayah, kita berdepan masalah untuk melihat rakaman berkenaan kerana gambar kabur. Lokasi CCTV juga ditempatkan di lokasi yang tidak betul,” katanya pada sidang media selepas melawat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini, semalam.

AS didakwa bersikap berat sebelah
Kunming: Penduduk di sebuah bandar di mana 29 orang mati ditikam keluar menderma darah semalam, manakala sebahagiannya marah dengan apa yang disifatkan pihak berkuasa sebagai serangan pengganas oleh puak pemisah dari Xinjiang. Pengguna internet China menuduh Amerika Syarikat sebagai berat sebelah selepas Washington mengutuk amukan berdarah di Kunming oleh penyerang bersenjata pisau, namun enggan menyifatkannya sebagai satu insiden pengganas. Lebih daripada 130 cedera. Pegawai menyalahkan puak pemisah dari Xinjiang, sebuah rantau di barat China yang kebanyakannya dihuni etnik minoriti Islam Uighur. Satu laporan media juga mengatakan terdapat bendera bersulam kata-kata Islam ditemui di tempat kejadian. Seorang pemandu teksi di Kunming berkata beliau akan menjauhkan diri dari stesen kereta api di mana keganasan berlaku, sambil meluahkan rasa takut dengan ketegangan di bandar itu. “Saya tidak akan membiarkan mereka menaiki teksi saya. Mereka semua penagih dadah dan semua orang di luar Xinjiang tidak mempercayai mereka,” katanya, yang enggan dikenali. Xinjiang kerap dilanda pertempuran membabitkan puak minoriti Uighur dan pasukan keselamatan, di mana China menyalahkan kumpulan pengganas yang menuntut kemerdekaan di rantau ini. - AFP

Pembenihan  awan cetus hujan
Pembenihan awan cetus hujan
Subang: Pembenihan awan kali pertama dijalankan mulai jam 3.10 petang semalam, berjaya mencetuskan hujan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang. Operasi pembenihan terbabit dilakukan sekitar kawasan tadahan air dan empangan di Hulu Langat, Kuala Kubu Bharu, Hulu Kelang, Semenyih di Selangor serta sebahagian kawasan ibu kota. Pengarah Bahagian Sains Atmosfera dan Pembenihan Awan Jabatan Meteorologi (JMM), Azhar Ishak, berkata operasi pembenihan dijayakan oleh empat petugas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan JMM. Beliau berkata, pesawat Hercules C-130 yang digunakan dalam operasi terbabit, terbang sehingga ketinggian 7,000 kaki dari aras laut, sebelum proses pembenihan dilakukan.


iPhone lebih serasi dengan kereta
SAN FRANCISCO: Apple kini sedang menjalin kerjasama dengan pengeluar kereta utama dunia bagi menjadikan aplikasi iPhone mudah digunakan pemandu ketika mereka berada di atas jalan raya. Sistem itu yang diumumkan hari ini membolehkan iPhone digunakan dalam kereta bagi membolehkan pemandu mencari peta, menjawab panggilan dan memainkan muzik dengan arahan suara atau sentuhan di papan pemuka kenderaan mereka. Apple Inc. menggelarkan teknologi itu sebagai “CarPlay.” Ia diubah daripada nama asalnya, “iOS in the Car,” yang diberikan Jun lalu ketika Apple mengumumkan rancangannya untuk menjadikan sistem operasi telefon bimbit lebih serasi dengan kenderaan. Ferrari, Mercedes-Benz dan Volvo sedang menilai CarPlay minggu ini di Pameran Automobil di Geneva manakala pengeluar kereta lain turut merancang menggunakan CarPlay. CarPlay memerlukan perisian terkini Apple iaitu iOS 7 dan iPhone 5, 5C atau 5S. - AP

Eksklusif:   Datuk gagal siap masjid  diburu  
Pembinaan Masjid Muhajirin yang terbengkalai dan hanya siap 40 peratus, menyebabkan penduduk Gugusan Sungai Koyan, Lipis menjalankan aktiviti keagamaan dalam keadaan tidak selesa.
Eksklusif: Datuk gagal siap masjid diburu
SPRM siasat pemilik sebenar syarikat pembinaan. Lipis: Sebuah syarikat pembinaan dimiliki individu bergelar Datuk, bakal berdepan tindakan selepas gagal menyiapkan projek pembinaan sebuah masjid, dekat sini, yang dianggarkan bernilai RM4.5 juta mengikut jadual. Difahamkan, pemilik syarikat terbabit sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas umat Islam setempat membuat laporan berkaitan projek pembinaan Masjid Muhajirin itu kepada suruhanjaya berkenaan, hujung tahun lalu.

Ancaman jerebu
Ancaman jerebu
TPM arah Majlis Keselamatan Negara gerak aset
500 kebakaran setiap hari sejak Sabtu
5 kawasan catat IPU tidak sihat semalam
Sekolah sekitar Pelabuhan Klang diarah hentikan aktiviti luar

Kuala Lumpur: Jerebu melanda negara yang setakat ini menyebabkan lima kawasan merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, dikesan berpunca kebakaran terbuka susulan kemarau yang sedang dialami. Sehingga jam 10 malam tadi, sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan, Pelabuhan Klang merekodkan IPU tertinggi dengan 143, diikuti Seri Manjung, Perak (110), Shah Alam (110), Banting (108), Petaling Jaya (108), Muar (105) dan Kuala Selangor (104).

Lebih 4 juta Bumiputera dapat manfaat penubuhan MARA - PM
KUALA LUMPUR: Lebih empat juta Bumiputera di negara ini mendapat manfaat daripada penubuhan Majlis Amanah Rakyat (MARA) 48 tahun lalu, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, jumlah itu merangkumi pelbagai golongan, antaranya pelajar, usahawan kecil dan tokoh korporat yang dibantu menerusi kewujudan pelbagai skim. "Langkah berkenaan banyak memberi keadilan kepada penduduk di luar bandar yang sedikit sebanyak terpinggir daripada arus pemodenan. "Contohnya, penduduk di kawasan pedalaman Hulu Tembeling di Pahang, sudah tentulah keadaan mereka berbeza dengan penduduk di Bukit Tunku atau Kenny Hills.


MARA majukan ACC RM2 bilion
Projek Asia Aeroangkasa City bakal muncul taman edu-biz terulung Pelaburan MARA Bhd akan memajukan projek Asia Aeroangkasa City (AAC) di Subang, Selangor, yang bakal menjadikan taman edubiz terulung bagi perkhidmatan kejuruteraan berkaitan industri aeroangkasa. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan MARA, Nazim Rahman (gambar), berkata projek itu akan menjadi platform bagi memenuhi permintaan industri untuk tenaga kerja mahir. Katanya, ia juga menandakan komitmen MARA dalam memenuhi aspirasi kerajaan untuk membangunkan sektor perkhidmatan kejuruteraan sebagai satu daripada projek perintis dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP).


Faham al-Quran dalam 10 bulan
TANGAN gadis itu kemas menggenggam pen sambil menulis satu demi satu makna ayat al-Quran yang cuba difahaminya. Kertas yang pada asalnya cuma dihias dengan beberapa potong ayat suci sudah dipenuhi dakwat hitam dengan coretan nota-nota kecil. Sesekali dia dillihat membisikkan sesuatu kepada si ibu yang duduk di sebelahnya. Gadis yang bernama Nur Hafizhah Mohamad Ghafa, 23, itu sudah lima bulan mengikuti kelas Pendidikan Bahasa Arab Al-Furqan di Masjid Putra, Putrajaya bersama ibu bapa dan adiknya. Dalam tempoh itu, dia sudah mula memahami ayat-ayat al-Quran biarpun penguasaan terhadap perkataan-perkataan bahasa Arab masih terhad. Ia dibantu dengan kelebihannya mengikuti kelas bahasa Arab sebagai bahasa ketiga di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor. Pelajar sarjana muda jurusan Sains Matematik tersebut meminati bahasa Arab kerana terdorong untuk menjadi contoh kepada adik-adiknya.


Hujan tidak ubah paras air di empangan
KUALA LUMPUR - Paras air di tiga daripada tujuh empangan di Selangor yang kritikal sebelum ini masih tidak berubah walaupun beberapa kawasan di Lembah Klang mengalami hujan lebat petang kelmarin. Menurut Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Md. Khairi Selamat, keadaan itu berlaku kerana empangan tersebut terletak di kawasan hulu Selangor dan jauh daripada kawasan yang mengalami hujan. "Tiga empangan yang telah mencapai paras kritikal itu ialah Empangan Klang Gate, Langat dan Sungai Selangor. "Sementara itu, empat lagi empangan iaitu Empangan Sungai Tinggi, Semenyih, Tasik Subang dan Sungai Batu masih lagi berada di paras normal," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.


Dua anggota polis bunuh aktivis politik Mesir dijel 10 tahun
KAHERAH - Sebuah mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara ke atas dua anggota polis selama 10 tahun kerana membunuh seorang aktivis politik di bandar Alexandria semalam. Keputusan itu dibuat selepas perbicaraan semula diadakan berhubung dengan kematian aktivis politik tersebut, Khaled Said yang berusia 28 tahun. Kematiannya itu telah mencetuskan kebangkitan penduduk yang berjaya menyebabkan Hosni Mubarak meletakkan jawatan pada tahun 2011. Gambar-gambar yang menunjukkan Khaled dipukul sehingga mati pada bahagian kepala telah disiarkan di internet. Dua anggota polis itu, Awad Suliman dan Mahmoud Salah sebelum ini telah disabitkan kesalahan kerana membunuh aktivis politik tersebut.


11 mati akibat serangan berani mati di Islamabad
ISLAMABAD - Seramai 11 orang mati semalam dalam serangan bersenjata dan berani mati di dalam sebuah mahkamah di sini. Menurut Ketua Polis Islamabad, Sikandar Hayat, pada mulanya berlaku serangan dengan menggunakan senjata api pada pukul 9 pagi waktu tempatan. Menurutnya, dua serangan berani mati kemudian berlaku yang menyebabkan 11 orang terbunuh dan 24 lagi cedera. Ia merupakan serangan berani mati yang pertama pernah berlaku di sini sejak Jun 2011. Bagaimanapun, pergerakan Taliban menafikan melakukan serangan itu. Tompokan darah dapat dilihat di lokasi kejadian. Angka kematian itu disahkan oleh beberapa pegawai polis. Jurucakap Institut Sains Perubatan Pakistan, Ayesha Isani mengesahkan angka kematian itu. Menurutnya, kira-kira 20 orang yang telah dihantar ke pusat itu berada dalam keadaan parah. Polis berkata, seorang hakim turut terbunuh dalam serangan itu. - AFP


Rusia tambah askar di Crimea
KIEV - Kerajaan Ukraine semalam menuduh Rusia menambahkan bilangan askar dan pesawat perang di Semenanjung Crimea. Semenanjung Crimea yang merupakan wilayah Ukraine diceroboh Rusia sejak minggu lalu ekoran konflik politik yang berlaku di negara ini. Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov menyatakan, askar-askar tersebut diperlukan di semenanjung tersebut sehingga kestabilan wujud di Ukraine. Crimea merupakan semenanjung yang berada di lokasi strategik di Laut Hitam. Ia mempunyai jumlah penduduk Rusia yang ramai walaupun berada di dalam wilayah Ukraine. Presiden Rusia, Vladimir Putin diberikan kebenaran oleh anggota-anggota Parlimen di negaranya pada Sabtu lalu untuk menceroboh Crimea.


Penangan kahwin campur The Journey
KEDUDUKAN filem KL Gangster sebagai filem Malaysia terlaris dengan kutipan tiket sebanyak RM11.74 juta pada tahun 2011 telah berjaya dipintas oleh sebuah filem Cina tempatan berjudul The Journey. Sejak ditayangkan pada 30 Januari lalu, filem terbitan Woohoo Pictures, arahan Chiu Keng Guan itu mencatatkan kutipan sebanyak RM13.5 juta sehingga 26 Februari lalu. Penerbit, Gayatri Su-Lin Pillai berkata, pihaknya langsung tidak menyangka filem yang bertemakan kekeluargaan serta paparan budaya dan gaya hidup masyarakat Cina itu mampu menarik minat ramai penonton ke pawagam. “Perasaan kami sudah tentu sangat terharu berdasarkan sambutan yang sangat luar biasa ini. Ia merupakan suatu kejutan apabila The Journey menjadi filem tempatan paling laris sekarang ini.


Punca jerebu dari dalam negara
KUALA LUMPUR – Punca fenomena jerebu yang melanda Lembah Klang, Putrajaya dan beberapa kawasan ketika ini disebabkan sumber dalaman seperti kebakaran hutan, belukar dan pembakaran terbuka. Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Datuk Halimah Hassan berkata, berdasarkan ramalan cuaca harian, jerebu yang berlaku bukan disebabkan faktor kebakaran hutan yang berlaku di Sumatera, Indonesia seperti kebiasaan sebelum ini. Menurut beliau, corak tiupan angin dari arah timur laut tidak merentasi sempadan dan asap kebakaran yang berlaku di sana tidak menghala ke Semenanjung Malaysia. “Oleh itu, jerebu yang melanda ketika ini sedikit sebanyak disumbangkan oleh kebakaran tanah dan hutan seperti yang berlaku di beberapa negeri seperti Selangor, Johor, Perak dan Pahang.


Meraung setengah jam tunggu bantuan tangan putus kemalangan
SERIAN - Seorang pengawal keselamatan terpaksa menahan sakit kira-kira setengah jam selepas tangan kanannya putus akibat terlibat dalam kemalangan di Kilometer 39, Jalan Kuching-Serian di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa Sabri Ariffin Matenan, 23, menunggang motosikal bersendirian dari tempat kerjanya di Kuching menuju ke rumahnya di Kampung Sorak Melayu di sini. Difahamkan, ketika tiba di tempat kejadian, mangsa yang sering berulang-alik dari tempat kerja ke rumah sejauh 70 kilometer itu hilang kawalan.


487,416 guna jambatan kedua pada hari pertama
BATU MAUNG - Sebanyak 487,416 buah kenderaan telah melalui jambatan kedua Pulau Pinang yang kini dikenali sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada hari pertama ia dibuka kelmarin. Jumlah itu mengalahkan bilangan kenderaan yang menggunakan jambatan pertama iaitu Jambatan Pulau Pinang pada hari yang sama selepas hanya merekodkan sebanyak 132,000 buah kenderaan. Penolong Pengurus Perhubungan Awam dan Komunikasi Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), Azizi Azizan memberitahu, antara faktor penyumbang kepada angka yang begitu tinggi itu ialah kerana orang ramai begitu teruja untuk melalui jambatan tersebut pada hari pertama ia dibuka. "Kita mencatatkan purata sebanyak 20,309 buah kenderaan yang telah melalui jambatan tersebut pada setiap jam pada hari pertama ia dibuka.

Foto
Seorang anggota polis maut diserang warga asing
KLANG - Seorang anggota polis maut manakala seorang lagi cedera selepas diserang dua lelaki dipercayai warga asing, dalam satu kejadian di Taman Sentosa, di sini pukul 4.30 pagi tadi. Dua anggota polis itu dipercayai diserang suspek berkenaan ketika mereka sedang membuat rondaan di Lorong Yusuf Shahbudin 44D, Taman Sentosa, di sini. Seorang anggota polis berkenaan mati ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) manakala seorang lagi masih menerima rawatan di hospital sama. Kedua-dua suspek berjaya ditembak mati. - KOSMO!

Foto
Lelaki dilenyek sampai mati
Batu Gajah: Seorang lelaki dipercayai dibelasah teruk sebelum tubuhnya dilenyek berulang kali dengan tayar kereta oleh pembunuhnya hingga mati di kawasan Pusing, di sini. Mangsa berusia lewat 30-an itu ditemui dalam keadaan tubuhnya mempunyai banyak kesan gilis oleh seorang penternak lembu jam 7.30 malam kelmarin. Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, seorang penternak lembu tenusu berusia 41 tahun dikatakan terserempak mayat mangsa berhampiran ladang kelapa sawit di Jalan Lengkuas, Kampung Piandang, di sini. Menurutnya, saksi kejadian yang terkejut dengan penemuan mayat hampir busuk itu menghubungi pihak polis di Balai Polis Pusing di sini, untuk memaklumkan kejadian itu. “Susulan itu, polis IPD Batu Gajah dan Unit Polis Forensik bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemui mangsa terbaring di atas pelepah kering daun pokok kelapa sawit.

Timbalan Pegawai Navigasi TLDM maut
Sabak Bernam: Kegembiraan seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang baru beberapa jam bertemu isterinya sebelum pulang ke Lumut, Perak berakhir tragedi apabila dia maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas di Kilometer 37 Jalan Klang-Teluk Intan, dekat sini, awal pagi semalam. Dalam kemalangan kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa, Leftenan Mohd Firdaus Mustafa, 24, yang bertugas sebagai Timbalan Pegawai Navigasi di kem TLDM Lumut dalam perjalanan pulang ke kem selepas bercuti hujung minggu di kampungnya dekat Segamat, Johor. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, mangsa yang menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Ninja berseorangan dipercayai hilang kawalan sebaik tiba di lokasi kejadian.

AS desak Israel henti bunuh saintis nuklear Iran
Baitulmaqdis: Amerika Syarikat (AS) mendesak Israel menghentikan pembunuhan ke atas saintis nuklear Iran, sebaliknya mahukan rejim Zionis memberi tumpuan kepada perdamaian dengan Palestin. Agensi perisikan Israel, Mossad dipercayai membunuh sekurang-kurangnya lima pakar nuklear Iran dalam usaha memperlahankan program nuklear Republik Islam berkenaan dan merancang meneruskannya walaupun Iran baru-baru ini bersetuju untuk menghentikan program nuklearnya itu. Israel melakukan pembunuhan itu, kebanyakannya dengan mengguna bom kereta. Pembunuh saintis itu tidak pernah ditangkap. CBS News mendedahkan laporan yang mengejutkan itu kelmarin ketika Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berlepas ke Washington. Menurut laporan, Israel tidak mengakui melakukan pembunuhan itu secara terbuka. - Agensi

Wanita 80-an derma RM437 juta
Riyadh: Seorang wanita Saudi berusia dalam lingkungan 80-an mendermakan SR500 juta (RM437 juta) hartanya kepada badan kebajikan di negara itu. “Masya-Allah, wanita ini mendermakan semua hartanya untuk kerja kebajikan di Arab Saudi. “Ianya dianggarkan lebih SR500 juta. Semoga Allah merahmatinya,” kata ahli perniagaan terkenal Arab Saudi, Badr bin Mohammed Al Rajshi. Agensi berita online tempatan melaporkan, mereka yang membaca berita itu memuji wanita yang dirahsiakan identitinya itu dan ada di antara mereka berkata, “Dia contoh wanita Saudi yang pemurah.” “Semoga Allah memberi ganjaran ke atas usaha kebajikannya,” kata seorang lagi pembaca. Laman berkenaan tidak menyebut di mana wanita berkenaan tinggal. Sumbangannya dipercayai antara yang terbesar pernah dibuat di negara berkenaan. Bulan lalu, seorang remaja 18 tahun dilaporkan menderma hampir SR50 juta (RM43.7 juta) kepada badan kebajikan negara itu. - Agensi

Yahudi Ortodoks bantah khidmat tentera
Baitulmaqdis: Kira-kira 300,000 Yahudi Ortodoks mengadakan tunjuk perasan di jalan raya di bandar ini semalam kerana membantah cadangan memaksa mereka menjalani kerahan tenaga untuk diserapkan dalam pasukan tentera atau perkhidmatan awam Israel. Penunjuk perasaan yang terdiri daripada remaja dan lelaki dewasa memakai kemeja putih, jaket dan topi hitam mewakili tiga aliran utama Lithuanian, Hassidic and Sephardi berkumpul membantah undang-undang yang mungkin akan mengubah status kerakyatan mereka. Dengan membawa sepanduk dengan slogan berbunyi “Perang terhadap agama” dan “Khidmat ketenteraan tidak akan dikenakan ke atas kami,” penunjuk perasaan itu berhimpun sambil berdoa dan menyanyi lagu bercorak kegamaan melalui pembesar suara sepanjang jalan utama di Baitulmaqdis. Penduduk di penempatan masyarakat Yahudi Ortodoks di Bnei Brak, Yaakov Biton, 28, berkata, “Kami datang ke sini bagi menunjukkan kami tidak takut dengan undang-undang sekatan jenayah yang dilaksanakan. “Kami yakin akan menang akhirnya, kitab Taurat akan menang.” Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, pihaknya menganggarkan lebih 300,000 menyertai tunjuk perasaan itu dan ia berakhir dengan aman. Turut serta dalam tunjuk perasaan itu ialah wanita masyarakat berkenaan. - AFP

Warga Malaysia curi wang ATM ditahan di Jakarta
Jakarta: Enam warga Malaysia yang aktif sebagai pencuri mesin juruwang automatik (ATM) Bank Central Indonesia (BCA) di beberapa lokasi ditangkap polis, semalam. Pengarah Direktorat Jenayah Ekonomi Polis Indonesia, Brig Jen Arief Sulistyanto berkata, setakat ini polis mengesan suspek terbabit dalam empat kejadian berasingan membabitkan ATM bank berkenaan. Katanya, suspek mengumpul data dan nombor identiti peribadi pemilik akaun untuk mengeluarkan wang mangsa. “Lokasi mereka menjalankan aktiviti itu ialah di Hospital Boromeus Bandung pada 8 Februari, Hospital Pondok Indah pada 13 Februari, Hospital Husada pada 14 Februari dan di Hospital Pantai Indah Kapuk sehari kemudian,” katanya. Kemudian, kata Arief, antara 21 dan 22 Februari lalu, sindiket melakukan kegiatan itu di pelbagai lokasi ATM. Akibat kecurian berkenaan BCA menanggung kerugian lebih RM367,900 membabitkan 112 pemilik akaun. “Dipercayai sindiket terbabit dianggotai 21 orang, termasuk dua wanita dan seorang kanak-kanak, namun yang berjaya ditangkap setakat ini cuma enam orang,” katanya. - Agensi

Nenek, cucu, pemandu diculik
Manila: Kumpulan bersenjata menculik dua kanak-kanak, nenek mereka dan seorang pemandu ketika mangsa dalam perjalanan ke sekolah, semalam. Jurucakap tentera berkata, kejadian berlaku di wilayah selatan Filipina yang bergolak. Katanya, pemandu dan seorang wanita warga emas membawa dua cucunya - berusia 10 dan lapan tahun ke sekolah apabila lima lelaki bersenjata M-16 menaiki jeep menghalang perjalanan dan menculik mereka di bandar Jolo. “Insiden berkenaan menakutkan kakitangan sekolah dan ibu bapa di kawasan berkenaan,” katanya. - Agensi

4 wanita pindah rahim usaha hamil
London: Seorang doktor Sweden berkata, empat wanita Sweden yang menjalani pembedahan pemindahan rahim sudah disuntik embrio dalam usaha untuk mengandung. Dr Mats Brannstrom berkata, sejak 2012, sembilan wanita itu menerima organ yang didermakan ahli keluarga dalam prosedur eksperimen bagi melihat sama ada pemindahan rahim seperti itu mampu membantu wanita mengandung. Mereka melalui proses persenyawaan in-vitro menggunakan telur mereka sendiri. Bagaimanapun, dua daripada mereka terpaksa membuang rahim diterima akibat komplikasi. - AP


Kahwin dengan orang dah mati
Paris: Kerana terlalu cintakan kekasih yang sudah meninggal dunia, seorang wanita Perancis tetap berazam mahu mengahwini lelaki itu. Wanita dikenali sebagai Pascale itu bakal mengahwini kekasihnya Michael dalam satu majlis di St Omer selepas mendapat izin daripada Presiden Francois Hollande. Tindakannya dibuat berdasarkan perundangan Perancis yang jarang diketahui bagi membolehkannya dan Michael ‘bersatu’ berikutan lelaki itu meninggal dunia pada 2012, beberapa minggu sebelum mereka dijadualkan berkahwin. “Walaupun dia sudah tiada, dia tetap di hati saya,” katanya.

Foto Foto
Ular sawa telan buaya
Queensland: Seekor ular besar memenangi pertarungan dengan buaya di Australia apabila dilihat menelan haiwan itu dalam kejadian yang disaksikan orang ramai di Lake Moondarra. Travis Corlis yang menyaksikan kejadian itu berkata ular sawa sepanjang 3 meter dilihat membelit buaya berukuran kira-kira satu meter. “Hebat pertarungan yang berlaku di dalam air itu. “Kami semua sekadar mampu melihat dengan mulut terlopong kerana memang ia sesuatu yang menakjubkan,” katanya. Menurutnya, dia melihat ular terbabit menarik mangsanya yang sudah mati ke darat. “Tidak sampai 10 minit kemudian buaya itu sudah hilang, ditelan ular,” katanya. Isterinya Tiffany juga tidak percaya apa dilihatnya.

Foto
Kanak-kanak perempuan yang mengalami kecacatan dan kebocoran pada injap jantungnya
Kuala Lumpur: “Sebagai ibu, tinggi harapan saya untuk melihat dia sembuh dan membesar seperti kanak-kanak lain, namun jika hayatnya setakat ini, saya reda dengan ketentuan Allah. “Sekurang-kurangnya selepas pembedahan nanti sama ada berjaya atau sebaliknya, saya puas hati dan tidak lagi bersedih setiap kali mendengar rintihannya menahan sakit,” kata Noor Shahbana Wahab, 29, ibu kepada kanak-kanak perempuan yang mengalami kecacatan dan kebocoran pada injap jantungnya. Irdina Qalesya Harun Zain, 5, adalah anak kedua pasangan Noor Shahbana dan Harun Zain Makki, 40, dikesan menghidap masalah jantung (tricuspid atresia) selepas sembilan jam dilahirkan di hospital di Ampang. Noor Shahbana berkata, mereka amat gembira dengan kehadiran Irdina yang dilahirkan pada jam 5.30 petang dalam keadaan normal seperti bayi lain.

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut
Kampar: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut apabila mangsa ‘terbang’ sejauh hampir 30 meter sebelum tubuhnya terperosok di dalam longkang sejurus merempuh sebuah kereta di Kilometer 4, Jalan Gopeng-Batu Gajah, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 10.15 malam, mangsa yang berusia 25 tahun dikatakan tidak sempat mengelak sebuah kereta yang membuat pusingan U lalu merempuh pintu kiri kenderaan itu. Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon berkata, siasatan mendapati mangsa Mohd Zohir Saadan dari Kampung Sungai Tirah Parit menaiki motosikal berkuasa tinggi model Kawasaki Ninja ZX. Menurutnya, seorang wanita berusia 37 tahun yang memandu PROTON Saga dikatakan membuat pusingan U dari arah bertentangan menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak.


Lelaki ‘zalimi’ anak lembu diburu
Tapah: Polis sedang memburu seorang lelaki tempatan berusia 20-an yang dipercayai melakukan seks luar tabii terhadap seekor anak lembu hingga menyebabkan haiwan ternakan itu mati di Kampung Chang, Bidor, di sini. Suspek dipercayai melakukan perbuatan jijik itu kira-kira tiga minggu lalu ketika pemilik terbabit yang berusia 50-an tidak berada di kawasan kandang berkenaan. Sumber polis berkata, kejadian itu dilaporkan pemilik anak lembu berusia tiga minggu itu di Balai Polis Bidor, di sini, pagi kelmarin, selepas mengesyaki haiwan itu mati akibat menjadi mangsa kekejaman seksual. “Pemilik lembu mendakwa kemaluan anak lembu itu berdarah dan tidak bermaya. Anak lembu itu kemudian mati tidak lama kemudian.

Hobi ‘pelik’ pasangan tua
Miri: Seorang ahli perniagaan membuat laporan polis selepas tidak tahan dengan tindakan sepasang suami isteri warga emas lingkungan 80-an yang menguatkan suara aksi dalam video lucah yang ditonton di televisyen sejak beberapa bulan lalu. Lelaki berusia 61 tahun dari sebuah taman perumahan, di sini, mendakwa gangguan bunyi bising daripada video lucah itu muncul antara jam 8 malam hingga tengah malam. Menurut sumber, pasangan suami isteri terbabit dikatakan mempunyai hobi pelik dengan menonton video lucah hampir setiap malam dan menguatkan suara aksi dalam video itu sehingga mengganggu jiran berhampiran. Katanya, tindakan melampau pasangan terbabit menyebabkan lelaki itu membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri. “Beberapa jiran lain turut mengadu perkara sama serta pernah bertemu dengan pasangan itu supaya menghentikan tabiat mereka atau memperlahankan suara video lucah, namun tidak diendahkan.

Foto
Menantu lari, mertua fail saman untuk perbelanjaan majlis perkahwinan
BUKIT MERTAJAM - Seorang pesara tentera yang juga bapa mertua kepada seorang guru kontrak, memfailkan saman malu bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM43,000 selepas mendakwa menantunya itu menghilangkan diri pada hari kenduri untuk meraikan pernikahan wanita itu pada 3 November 2013. Writ saman tersebut difailkan oleh Abu Bakar Abd. Razak, 57, melalui firma guaman, Tetuan Azizah Sarina & Co. di hadapan Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Tengah, Abdul Munir Ghazali di sini semalam dengan menamakan menantunya, Siti Aminah Rahim, 25, sebagai defendan.

Foto
Dituduh bunuh kekasih
Petaling Jaya: Seorang pengurus operasi syarikat kawalan keselamatan didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, semalam terhadap tuduhan membunuh teman wanitanya di pangsapuri Lagoon Perdana, Bandar Sunway di sini, bulan lalu. Tertuduh, S Sarwindren, 30, hanya mengangguk tanda faham sebaik tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret KB Elena Hong Tze Lan. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh. Mengikut kertas tuduhan, Sarwindren didakwa membunuh kakitangan khidmat pelanggan bank Pakizah Raja Khan, 27, di tempat kejadian antara jam 8.50 malam, 17 Februari hingga jam 1.41 pagi, 18 Februari. Tertuduh yang diwakili Geethan Ram Vincent hadir di mahkamah dengan kepala masih berbalut dipercayai akibat kecederaan dialami ketika kejadian itu berdepan tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Atuk dicekup dengan janda
Kangar: Kegiatan seorang janda berusia 30 tahun yang dipercayai bersekedudukan dengan seorang lelaki separuh abad terbongkar apabila ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs), dalam serbuan di sebuah hotel murah, di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 1.30 pagi, pasangan terbabit ditahan kerana disyaki berkhalwat selepas pemeriksaan mendapati mereka berada dalam keadaan mencurigakan. Sumber JAIPs berkata, pihaknya menerima aduan aktiviti pasangan terbabit lalu membuat intipan beberapa jam sebelum serbuan dilakukan. “Pihak kami mendapat maklumat pasangan yang belum berkahwin itu sudah dua hari menginap di hotel berkenaan dan mereka memberikan kerjasama apabila membuka pintu bilik selepas diketuk oleh anggota penguat kuasa.

Foto
Cubaan rompak Mesin ATM
Petaling Jaya: Cubaan dua lelaki melarikan sebuah mesin juruwang automatik (ATM) menggunakan kereta di sebuah bank di Desa Mentari, di sini, gagal dalam kejadian pagi semalam. Kejadian itu disedari seorang petugas di bilik kawalan bank berkenaan kira-kira jam 5 pagi yang kemudian menghubungi pihak polis. Premis berkenaan menempatkan dua mesin ATM dan sebuah mesin pendeposit tunai (CDM) serta terletak berhampiran Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP). Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan polis percaya ia berlaku antara jam 4 hingga 5 pagi.


Galak PKS guna teknologi baharu
TUARAN 3 Mac - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan terus memberi tumpuan dan perhatian khusus bagi melahirkan golongan usahawan perusahan kecil dan sederhana (PKS) yang boleh memanfaatkan teknologi baharu atau teknologi tinggi dari luar negara. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir. Hamim Samuri berkata, usaha mewujudkan lebih ramai usahawan PKS memiliki teknologi baharu dalam perniagaan masing-masing dilihat penting bagi golongan tersebut meningkatkan pengeluaran dan menghasilkan produk bermutu tinggi. Beliau berkata, langkah tersebut bukan sekadar perniagaan masing-masing boleh berdaya maju dan meningkat maju, masalah kebergantungan kepada tenaga kerja mahir dari luar negara juga dapat diatasi, sekali gus melahirkan usahawan berinovasi tinggi. "Penggunaan teknologi tinggi atau baharu dalam segmen perniagaan PKS bukan sahaja mampu menjana perkembangan ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi, malah terus menjadikan PKS menjadi penyumbang besar kepada aktiviti perniagaan negara," katanya.


Pembuatan China catat kadar terendah
BEIJING 3 Mac - Aktiviti pembuatan China dilaporkan mencatat kadar terendah dalam tempoh tujuh bulan, sekali gus menunjukkan data bermasalah bagi negara kedua kuasa ekonomi dunia itu. Dalam indeks pengurus-pengurus pembelian (PMI) China, HSBC Bank dalam laporannya hari ini menyatakan, aktiviti pembuatan terutama perkilangan jatuh pada paras 48.5 peratus pada Februari lalu. Sebelum ini, PMI mencatat sedikit peningkatan pada paras 48.3 peratus dalam laporan yang dibentangkan 11 hari lalu tetapi kekal menunjukkan bacaan yang rendah pada 47.7 peratus sejak Julai 2013. Indeks tersebut secara tidak langsung menzahirkan keadaan ekonomi Asia yang kurang baik. Ini memandangkan sebarang bacaan indeks di atas paras 50 peratus menunjukkan pertumbuhan yang baik manakala di bawah paras itu, ia menjadi ukuran sebaliknya.

Kaspersky Anti-Virus 2012
Malaysia antara 10 negara teruk digodam - Kaspersky
NEW DELHI 3 Mac - Pencipta perisian anti-virus Rusia, Kaspersky mendedahkan Malaysia merupakan antara 10 negara yang paling kerap digodam dalam alat peranti mudah alih yang direka untuk tujuan mencuri maklumat bank serta memancing data secara haram. Malaysia mempunyai sebanyak 2.12 peratus pengguna yang digodam dan berkongsi senarai 10 teratas dengan Jerman (3.2 peratus), Kazakhstan (2.88 peratus), Amerika Syarikat (2.13 peratus) dan Iran (2.01 peratus). Sementara itu, Rusia menduduki tempat teratas dalam pencerobohan siber ini dengan jumlah pengguna yang digodam sebanyak 40.34 peratus, diikuti India (7.9 peratus), Vietnam (3.96 peratus), Ukraine (3.84 peratus) dan United Kingdom (3.42 peratus). Pada 2013, hampir 100,000 program perosak untuk alat peranti mudah alih dikesan dan jumlah itu meningkat sebanyak dua kali ganda daripada tahun 2012, iaitu sebanyak 40,059 sampel program. "Kira-kira 98.1 peratus program perosak dikesan yang menyasarkan alat peranti Android," menurut laporan Kaspersky. Laporan itu turut memberitahu, kira-kira empat juta aplikasi perosak digunakan oleh penjenayah siber bagi mengedarkan program perosak ke dalam alat peranti Android. "Kebanyakan program perosak pada 2013 menyasarkan wang pengguna, mengakibatkan bilangan program yang diubah suai untuk mencuri maklumat kad bank dan akaun bank meningkat," kata kenyataan itu lagi. Tambah Kaspersky, mereka telah menghalang 2,500 cubaan daripada program perosak Trojans yang dianggap paling berbahaya kepada pengguna. "Beberapa program perosak Trojans yang dikesan pada tahun lalu lebih tertumpu kepada mencuri duit dari dalam akaun bank, berbanding menerusi telefon bimbit, yang boleh mengakibatkan kerugian besar," katanya. - BERNAMA


Jerebu :Singapura tuntut Indonesia kemuka bukti
JAKARTA 3 Mac - Kerajaan Singapura menuntut Indonesia supaya mengemukakan bukti terdapat syarikat milik kerajaan (GLC) Singapura bertanggungjawab menyebabkan jerebu di Kepulauan Sumatera seperti yang didakwa Menteri Koordinasi Kebajikan Masyarakat, Agung Laksono. "Kerajaan Singapura memandang serius tuduhan ini," kata jurucakap Kementerian Luar Singapura seperti dilaporkan akhbar The Straits Times, semalam. Kenyataan berkenaan turut disiarkan di muka hadapan akhbar The Jakarta Post, hari ini. "Seandainya terdapat bukti kukuh GLC Singapura atau mana-mana rakyat Singapura terlibat (menyebabkan jerebu), kerajaan Singapura akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap syarikat atau individu terbabit," kata jurucakap itu.


China: Tiga lagi suspek serangan stesen kereta api ditangkap
KUNMING, China, 4 Mac. - Polis di China berjaya menangkap tiga lagi suspek yang terlibat dalam satu serangan sebuah stesen kereta api yang mengorbankan 29 mangsa dan mencederakan 143 mangsa lain, kata media tempatan semalam. "Ketiga-tiga suspek (yang) dipercayai terlibat dalam serangan pengganas di bandar barat daya, Kunming telah ditangkap," kata agensi berita rasmi Xinhua selepas memetik kenyataan Kementerian Keselamatan Awam. Katanya, kesemua suspek seramai lapan orang merupakan ahli kumpulan pengganas yang terlibat dalam serangan pembunuhan pada Sabtu lalu itu. Empat daripada mereka telah ditembak mati oleh polis ketika kejadian dan seorang suspek wanita yang cedera berjaya ditangkap dan dia mendedahkan nama ketua mereka ialah Abdurehim Kurban. - AFP


Tentera Rusia atur kedudukan
KIEV 3 Mac - Tentera Rusia mula mengatur kedudukan kenderaan berperisai di kawasan sempadan wilayah autonomi Crimea, sekali gus memberi bayangan perang antara Ukraine dan Moscow boleh tercetus pada bila-bila masa. Seorang pengawal sempadan Ukraine yang enggan dikenali berkata, kapal-kapal tentera laut Rusia juga telah tiba di perairan Sevastopol yang merupakan bandar pelabuhan utama Crimea. Bandar tersebut juga adalah merupakan pangkalan utama Armada Tentera Laut Rusia di Laut Hitam. Menurut pengawal tersebut, tentera Rusia menyekat perkhidmatan telekomunikasi di beberapa kawasan di wilayah berkenaan. Bagaimanapun, pengawal itu tidak pasti jumlah kenderaan tentera Rusia yang dikerah ke sempadan tersebut yang terletak di sepanjang 4.5 kilometer di Selat Kerch.


Pahang Kawal Ketat Lokasi Fosil Dinosaur
KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang dengan kerjasama Jabatan Perhutanan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengawal ketat kawasan yang dikatakan tapak penemuan fosil dinosaur spesis Spinosaurid di pedalaman negeri ini. Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata kawasan itu perlu dikawal bagi memastikan tapak itu dan kerja-kerja penyelidikan yang dijalankan sekumpulan penyelidik Universiti Malaya tidak diganggu. “Kita akan lihat keluasan kawasan tapak berkenaan, jika kecil, mungkin kita akan buat pagar, tapi kalau besar hingga meliputi tiga daerah, kita akan buat sistem rondaan di kawasan terbabit,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penghargaan Projek Pemodenan Lesen Perniagaan peringkat negeri di Kompleks Yayasan Pahang di sini, hari ini. Adnan dalam pada itu berkata penemuan fosil dinasour spesis karnivor itu yang memakan ikan turut memberi impak positif kepada industri pelancongan negeri ini. “Mungkin juga mitos Naga Chini yang disebar turun temurun oleh rakyat negeri ini ada kena mengena dengan penemuan fosil dinasour itu,” katanya. Awal bulan lepas, kumpulan penyelidik Universiti Malaya diketuai oleh Profesor Madya Dr Masatoshi Sone telah menjumpai fosil gigi dinosaur sepanjang 23mm di sebuah lokasi yang dirahsikan di pedalaman negeri ini. Fosil itu, yang dipercayai dari era lewat Mesozoic, berkemungkinan besar wujud dari tempoh zaman Cretaceous iaitu antara 65 juta dan 145.5 juta tahun lepas di negeri ini. – BERNAMA


Polis Terkejut Budak 9 Tahun Pandu SUV
Seorang bapa di Yingkou, Liaoning, China didenda selepas didapati bersalah membenarkan anak perempuannya yang baru berusia 9 tahun memandu kenderaan di jalanraya yang sibuk. Kesalahan itu disedari polis apabila sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) didapati dipandu secara perlahan di Jalan Qinghua, 25 Februari lalu. Selepas ditahan, anggota polis yang bertugas terkejut apabila mendapati ia dipandu seorang kanak-kanak dengan bapanya duduk di sebelah manakala si ibu berada di tempat duduk belakang. Bapa yang dikenali sebagai Tang memberitahu polis, mereka dalam perjalanan ke hospital dan dia tidak dapat memandu kerana menghadapi masalah kesihatan. Dia menambah, anaknya itu sudah beberapa kali belajar memandu di rumah dan mampu mengendalikan kereta dengan baik. Mengikut undang-undang di China, pemilik kenderaan boleh dikenakan denda hingga 2,000 Yuan (RM1068) bagi kesalahan membenarkan kenderaan dipandu individu yang tidak berlesen. Umur minima untuk memohon lesen memandu di China adalah 18 tahun.Global Times China


Pel. Klang, Seri Manjung Catat IPU Tidak Sihat
BERDASARKAN laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia sehingga jam ini, rata-rata kawasan di seluruh negeri di Malaysia mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap baik dan sederhana. Bagaimanapun, di Pelabuhan Klang, Selangor, bacaan IPU sudah berada pada tahap tidak sihat (117) berikutan cuaca berjerebu yang melanda negara kini. Kawasan Seri Manjung, Perak turut mencatat status tidak sihat dengan bacaan IPU 102. Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya). Menerusi laman Facebook rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) pula, amaran jarak penglihatan kurang daripada lima kilometer di sekitar perairan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Selat Melaka Utara & Selat Melaka Selatan telah dikeluarkan disebabkan oleh jerebu.


Periksa Dompet Kalau Nak Makan Kelah, Patin
Mak ai.. mau terbeliak biji mata bila melihat bil selepas makan di restoran ini. Mungkin ini harga standard bagi ikan kelah dan patin buah, tapi kalau macam inilah harganya bolehlah kita kategorikan kedua-dua spesis ikan tersebut sebagai makanan mewah di negara ini. Memanglah banyak lagi makanan lain yang dicaj begini tinggi tapi ia biasanya dihidangkan di restoran mewah berhawa dingin. Jadi bayangkan kalau menu sama dihidangkan di hotel atau restoran mewah, berapa pula nak kena bayar tu? Apa pun, bila nak makan ikan kelah dan patin jangan lupa seluk kocek periksa baki duit dulu…

Rumah didakwa jadi sarang maksiat
Rumah didakwa jadi sarang maksiat
ALOR SETAR - Sebuah kediaman di Jalan Telok Wanjah, dekat sini, disyaki mengaburi mata orang ramai apabila diubahsuai menjadi sarang maksiat untuk pasangan kekasih sejak beberapa bulan lepas. Berdasarkan aduan diterima daripada orang awam, Sinar Harian melakukan tinjauan di sekitar kediaman terbabit untuk mengenal pasti sama ada kediaman tersebut beroperasi secara haram mahupun tidak. Meskipun, keadaan menimbulkan syak-wasangka, bagaimanapun pihak kami gagal memasuki kediaman didakwa diubahsuai tersebut ekoran gerak-geri diperhatikan seorang penjaga kediaman berkenaan. Orang awam, Mohd Nizar Abdul Rahim, 36, berkata, dia mendengar khabar angin berkaitan sebuah kediaman di bandaraya Alor Setar dipercayai dijadikan tempat bermadu kasih terbabit daripada rakan-rakannya.

Foto
Pelajar hilang ketika pulang
Petaling Jaya: “Ibu, tunggu Aliff pulang ke rumah minggu depan,” itu kata terakhir seorang remaja lelaki, Aliff Shazwan Hafiz Zawawi, 16 (gambar), dalam perbualan telefon bersama ibunya, Roswati Abdul Jalai, 36, pada 14 Februari lalu sebelum hilang seminggu selepas itu. Remaja terbabit hilang sejak 23 Februari lalu ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Flat PPRT, Taman Putra Damai Lembah Subang. Roswati berkata, dia mula curiga selepas mendapat panggilan telefon pada hari berkenaan daripada seorang lagi anaknya, Mohd Noor Helmi yang bertanyakan sama ada Aliff sudah tiba ke rumah atau tidak. “Saya diberitahu, Aliff sudah bertolak dari asramanya pada 21 Februari lalu dan sepatutnya tiba ke rumah pada petang hari sama.

Pelajar tingkatan 3 hilang
Pelajar tingkatan 3 hilang
DUNGUN – Seorang pelajar perempuan gagal dikesan selepas dipercayai keluar dari rumah bapa saudaranya untuk membeli barang di sebuah kedai runcit berdekatan. Kehilangan Nur Alya Farida Nordin, 15, disedari bapa saudaranya, Md Nasir Ismail, 44, kira-kira jam 8.30 malam 25 Februari lalu selepas pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Serai itu tidak pulang sebaik keluar rumah. Mangsa sebelum itu dikatakan keluar membeli barang di sebuah kedai runcit yang terletak kira-kira 700 meter dari rumah bapa saudaranya itu di perumahan Kos Rendah Pulau Serai Dungun. Bagaimanapun, Md Nasir mulai bimbang apabila anak saudaranya itu tidak pulang selepas dua jam keluar rumah dengan menaiki motosikal miliknya jenis SYM BX110, berwarna biru dengan nombor pendaftaran TBF 5118.

Halal logo
Bisnes halal tanpa sijil halal
BARU-baru ini seorang usahawan muda di Lembah Kelang melahirkan rasa kecewanya kepada saya terhadap sistem pengeluaran sijil halal di Malaysia. Beliau berjaya membina bisnes makanan burger dan kini memiliki rangkaian lebih 20 outlet kedai burger, sejauh ini pada sebahagian besar di Lembah Kelang, dengan jumlah pengguna melebihi tiga juta orang. Beliau merancang untuk segera mengembangkan bisnesnya ke kawasan lain setelah mendapat sambutan menggalakkan. Daya keusahawanan tinggi dan cita-cita besar beliau untuk menjadi usahawan berjaya jelas kelihatan daripada watak dan personalitinya, terutama apabila beliau menceritakan pengalaman pembangunan bisnesnya, dari tahap kecil-kecilan, hingga kini mencapai jualan melebihi RM2 juta sebulan.


6 bomoh kawal hujan aksi persahabatan bola sepak
JAKARTA - Kepercayaan terhadap bomoh yang mampu menahan hujan terutama bagi melancarkan acara atau kejohanan 'penting' adalah sesuatu yang biasa diamalkan di Indonesia. Terbaharu, khidmat enam bomoh dan beberapa ahli spiritual digunakan semasa perlawanan bola sepak persahabatan antara pasukan bawah 19 tahun Indonesia menentang Persewangi Banyuwangi di Stadion Diponegoro, Banyuwangi, Jawa Timur pada Isnin. Setiausaha jawatankuasa penganjur perlawanan berkenaan, Fandi Ahmad seperti dipetik akhbar Kompas, berkata kesemua bomoh serta ahli spiritual tersebut yang berasal dari wilayah Banyuwangi, ditempatkan di sekeliling stadium tersebut. "Selain menghalang (menahan) hujan, ahli spiritual dilibatkan supaya pertandingan berjalan lancar. Keterlibatan ahli spiritual sudah merupakan kebiasaan dalam setiap acara di Banyuwangi. "Enam pawang hujan serta ahli spiritual ini diharapkan membantu mendoakan agar acara berjalan lancar dan sukses serta cuaca juga cerah," kata Fandi. - Bernama


Rakyat Malaysia terlepas hukuman gantung
SINGAPURA - Seorang rakyat Malaysia, yang berdepan hukuman mati kerana mengedar dadah di sini, menjadi individu pertama diringankan hukuman kepada penjara seumur hidup mengikut Akta Penyalahgunaan Dadah selepas disahkan menghidap kemurungan teruk ketika melakukan kesalahan itu. Mahkamah Tinggi juga memutuskan bahawa Dinesh Pillai Raja Retnam membuktikan bahawa di atas beban imbangan kebarangkalian bahawa dia hanya berperanan sebagai seorang pembawa mengikut Seksyen 33B(3)(a) Akta Penyalahgunaan Dadah (Pindaan) 2008. Menurut kenyataan Jabatan Peguam Negara Singapura, Dinesh Pillai didapati menghidap keabnormalan pada struktur otak yang menjejaskan pertimbangan mental bagi tindakannya seperti diperuntuk mengikut Seksyen 33B(3)(b) akta berkenaan. "Pemeriksaan perubatan juga menunjukkan terdapat beberapa kerosakan pada otaknya," katanya. Dinesh Pillai dari Skudai, Johor dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 2011 kerana mengedar 19.35 gram diamorfina. Bagaimanapun, rayuannya ditolak Mahkamah Rayuan pada Ogos tahun berikutnya. - Bernama

China pindah teknologi kereta api kepada Malaysia
KERJASAMA dua hala antara Malaysia dan China akan meningkat ke tahap baharu dalam bentuk pemindahan teknologi menerusi pembukaan kilang gerabak dan lokomotif kereta api, CSR Rolling Stock Centre (Malaysia) Sdn Bhd, di Batu Gajah. Pengarah Kumpulan Bahagian Pembangunan Projek Syarikat Prasarana Negara Bhd, Zulkifli Mohd Yusoff, berkata kilang di Batu Gajah itu akan mengeluarkan gerabak dan lokomotif kereta api dengan 30 peratus kandungan tempatan menerusi kontrak dengan CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co. Ltd (CSR). Beliau berkata kilang itu dijangka siap pada September. "Keperluan tempatan termasuk mengambil pekerja tempatan di samping menempah tempat duduk, CCTV, skrin LCD dan pemegang, daripada syarikat tempatan," katanya kepada pemberita yang melawat ke CSR untuk menyaksikan set pertama kereta api enam gerabak yang dibeli oleh Prasarana untuk Projek Sambungan Laluan LRT Ampang. Zulkifli ditemani oleh Pengarah Kumpulan Prasarana bagi Bahagian Rel, Khairani Mohamed, merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail dan Pengarah Kumpulan Kewangan Prasarana Datuk Zahir Zahur Hussain.


AIA lancar pelan insurans baharu barah wanita
AIA Bhd memperkenalkan dua produk baharu untuk kaum wanita, iaitu A-Plus Venus dan A-Plus VenusExtra, yang menyediakan faedah tambahan untuk rawatan barah anggota tubuh mereka. A-Plus Venus dan A-Plus VenusExtra menawarkan beberapa ciri tersendiri dan boleh dilampir kepada pelan premium biasa berkaitan pelaburan AIA, A-LifeLink. Ketua Pegawai Pemasaran AIA Bhd, Thomas Wong berkata, barah payu dara dikenal pasti sebagai barah paling kerap dialami kaum wanita, dengan anggaran seorang bagi setiap 20 wanita berisiko menghidapnya. Kedua-dua pelan itu dirangka untuk menawarkan pelbagai faedah dan bantuan untuk melengkapi pelan asas A-LifeLink serta menawarkan kaum wanita dengan perlindungan tambahan di samping persediaan awal untuk merawat barah itu, kata Wong.

Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus
Agus: Mengapa nilai ringgit makin turun?
SHAH ALAM - Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff hari ini meluahkan perasaan bimbang dan sedihnya terhadap nilai ringgit (RM) negara yang semakin hari semakin menurun nilainya. Menurutnya, sejak dua tahun lepas, dunia dikejutkan dengan krisis Euro dan selepas itu krisis Dollar Amerika, waktu itu nilai Euro dan Dollar Amerika terumbang ambing kerana krisis ekonomi dan kewangan yang mereka hadapi. Jadi, ketika itu katanya, rakyat Malaysia hendak menukar ringgit berasa sungguh selesa dan gembira kerana nilai ringgit bernilai tinggi ketika itu. " Namun hari ini saya ke 'money changer'. Sedih saya melihat nilai ringgit kita rendah, tidak seperti enam bulan yang lalu berbanding dengan Euro, Amerika Dollar, British Pound atau Singapura Dollar. "Mengapa nilai ringgit kita semakin rendah? Inilah isu yang perlu dijawab dan dibahaskan untuk dijadikan sebagai renungan bersama," katanya dalam entri terbaru Facebooknya.

No comments:

Post a Comment