VIDEO: Padah Akibat Fotokopi Gambar Punggung
DALAM dunia ini, memang ramai manusia yang berperangai pelik.
Rakaman menerusi kamera pengawasan ini adalah antara contoh mereka yang suka melakukan perbuatan yang tidak masuk akal sehingga menyusahkan diri sendiri.
Entah apa motifnya, lelaki ini cuba membuat salinan gambar punggungnya menerusi mesin fotokopi ini.
Malangnya, skrin mesin tersebut pecah selepas dia bertindak duduk di atasnya.
Tak tahulah sejauh mana kecederaan yang dialaminya, tetapi apa yang lebih penting, apa jawapannya kepada majikan dan rakan sekerjanya?
VIDEO: Rakaman Detik Terakhir Mangsa Tragedi Feri Sewol Yang Mengorbankan 221 Orang
SEHINGGA semalam, jumlah kematian akibat kejadian Feri Sewol yang tenggelam di Seoul, Korea Selatan sudah meningkat kepada 221 orang.
81 orang lagi masih hilang dan usaha mencari giat diteruskan sejak berlakunya tragedi pada 16 April itu.
Seorang pelajar yang turut terkorban, Park Su-hyeon, 17, sempat merakamkan detik-detik akhir sebelum berlakunya kejadian itu.
Rakaman tersebut merupakan perbualan antara para pelajar yang menaiki kapal tersebut.
Ada yang mula cemas, tetapi ada juga yang menganggap ia tidak serius.
Antara perbualan yang sempat dirakamkan adalah:
“Saya benar-benar mahu keluar dari sini, saya benar-benar maksudkan.”
“Ini menyeronokkan. Ia bagai Titanic.”
Tidak dapat dipastikan adakah mereka terselamat, namun kebanyakan mangsa yang terbunuh merupakan pelajar sekolah.
Mungkinkah ini suara-suara terakhir mereka? Wallahu a’lam…
Justin Bieber Sudah Ada Pengganti Selena Gomez?
JIKA pelakon dan penyanyi Selena Gomez dilihat keluar dengan pelakon Orlando Bloom, kekasih ‘on-and off’nya, Justin Bieber turut mengambil langkah untuk keluar dengan gadis lain.
Gadis itu tidak lain dan tidak bukan, adik tiri kepada Kim Kardashian iaitu Kendall Jenner, memetik US Weekly.
Menurut sumber, Selena sememangnya berasa tidak senang dengan adik-beradik Jenner yang dianggap ‘menggatal’ dengan Justin dan rakan-rakannya.
Bagaimanapun, sumber lain pula mendakwa segalanya sudah diselesaikan dengan baik kerana Jenner merupakan peminat Selena sejak dulu lagi.
Setakat ini, tidak dapat dipastikan apakah status hubungan Justin dengan Selena, tapi khabarnya Justin sudah tidak lagi menjadi pengikutnya di laman Instagram.
Tak tahulah apa penghujung hubungan kedua-dua selebriti muda ini nanti…
Polis Tahan 2 Lelaki Kurung Wanita, Buru 3 Lagi
KUANTAN – Dua lelaki diberkas polis manakala tiga lagi masih diburu berhubung kes mengurung serta mencederakan seorang wanita di sebuah rumah di Bukit Istana di sini, semalam.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani, berkata kedua-dua suspek berusia lingkungan 20-an itu ditahan di sekitar bandar ini semalam selepas polis menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki, pada 1 tengah hari semalam.
“Polis yang ke lokasi kejadian menemui wanita terbabit, 20-an, dalam keadaan selamat namun mengalami sedikit kecederaan di tangan dan badannya dan dia kini menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan,” katanya kepada pemberita selepas menutup Kursus Pasukan Cantas Wanita Kontinjen Pahang di sini hari ini.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek yang turut terbabit dalam beberapa kes samun di sini, berang dan marah dengan mangsa yang didakwanya membocorkan maklumat kegiatan jenayah mereka kepada polis.
Sharifuddin berkata, mangsa juga didapati mengenali dan berkawan dengan seorang daripada suspek terbabit.
“Kita sudah mengenal pasti tiga lagi suspek terbabit dan akan menahan mereka pada bila-bila masa sahaja,” katanya.
Mangsa dilaporkan hilang serta tidak balik ke rumah sejak tiga hari lepas oleh ibunya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam. – BERNAMA
KDN Haramkan Novel “Perempuan Nan Bercinta”
KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan perintah larangan ke atas novel bertajuk “Perempuan Nan Bercinta” karya Faisal Tehrani berkuatkuasa 9 April lalu kerana novel itu didakwa cuba menyuntik propaganda Syiah menerusi karya kreatif.
KDN dalam satu kenyataan media memberitahu, novel itu juga dipercayai disasarkan ke atas golongan akademik dan remaja.
“Novel ini mungkin mendatangkan implikasi negatif dengan mengelirukan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini dan memberi implikasi serius daripada sudut keselamatan dan sosial masyarakat Islam di Malaysia.
“Pertembungan dua aliran antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah ini juga dikhuatiri boleh mencetuskan ancaman keselamatan dan ketenteraman awam dalam kalangan umat Islam,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, larangan penerbitan novel itu juga bertepatan dengan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang memutuskan ajaran Islam selain Ahli Sunnah Wal Jamaah bercanggah dengan syarak dan undang-undang Islam.
Muzakarah itu juga menetapkan semua umat Islam negara initertakluk kepada undang-undang Islam dan hukum syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Sehubungan itu, sebarang penerbitan, penyiaran dan penyebaran buku, risalah, filem, video dan lain-lain berhubung ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah diharamkan.
KDN mengariskan tiga alasan kenapa penerbitan novel “Perempuan Nan Bercinta” dikenakan perintah larangan kerana mengandungi unsur seperti berikut:
1) Mempertikai dan memperlekehkan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang seolah-olah mendiskriminasikan kaum wanita. Hadith-hadith ini dianggap punca al-Quran dipandang seperti mentaliti primitif Eropah pada abad pertengahan. Pandangan ini adalah perspektif skeptikal yang sengaja diberikan untuk memburuk-burukkan hadith tersebut walhal hadith tersebut mempunyai konteks tertentu.
2) Mendewa-dewakan Ahlul Bayt secara berlebihan dan menafikan Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai mazhab yang diterima. Terdapat cubaan membawa hadith palsu berkenaan keutamaan Ahlul Bayt seperti yang terkandung di dalam kitab-kitab Syiah. Golongan yang dikatakan tidak mengikut Ahlul Bayt (yang seolah-olah bermaksud ajaran Syiah) sebagai golongan yang diragui.
3) Unsur seolah-olah ajakan menentang pihak berkuasa Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan alasan kebebasan bermazhab. Mendakwa kewujudan dan penubuhan institusi atau agensi yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama rasmi akan menyempitkan pengertian agama kepada kelompok tertentu sahaja sedangkan yang lain akan dianggap salah dan disekat. Dakwaan bahawa menginstitusikan agama akan menyebabkan agama menjadi milik manusia yang mentafsirkan Al-Quran dan Al-Sunnah sesuka hati menurut fahaman sendiri.
Hudud: Ikhlaskah Pas Soal Zahid?
KUALA LUMPUR – Umno hari ini mempersoalkan keikhlasan Pas dalam melaksanakan hukum hudud di Kelantan, sama ada ia benar-benar berlandaskan Islam atau sekadar meraih sokongan politik semata-mata.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini berdasarkan kenyataan pemimpin DAP Teresa Kok Selasa lepas yang mendakwa Pas ingin melaksanakan hukum itu bagi mengelakkan kehilangan sokongan Melayu, selepas mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah.
“Jika benar apa yang dinyatakan Kok bahawa ia untuk memerangkap Umno dan mencapai tujuan politik Pas semata-mata tentunya hukum hudud yang bakal dilaksanakan dan hajat untuk mendapatkan sokongan daripada Umno merupakan taktik politik yang harus dinilai semula oleh semua orang Islam di Malaysia,” katanya pada persidangan akhbar di sini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Umno akan mengkaji kenyataan yang dikeluarkan pemimpin Pas mengenai maksud tersurat dan tersirat tujuan parti itu ingin melaksanakan hukum hudud.
Beliau berkata Umno tidak pernah menolak hukum hudud, malah memberi dukungan kepada cadangan melaksanakannya yang merupakan hukum qat’ie (yang tidak boleh dipertikai) selagi ia berlandaskan hukum Islam sepenuhnya berdasarkan kepada nas, Ijma’ Ulama’ dan Qiyas.
Kok yang dipetik dalam portal berita berkata Pas mengalami kesukaran dalam berdepan masyarakat kampung Melayu kerana Umno menguar-uarkan dakwaan mereka dikawal oleh DAP.
Justeru, Ahli Parlimen Seputeh itu berkata Pas tidak boleh berdiam diri setelah menerima cabaran yang diberikan Umno dalam isu hudud, jika tidak, lebih banyak sokongan Melayu akan hilang.
Sementara itu, Ahmad Zahid yang ditanya mengenai buku ‘Perempuan Nan Bercinta’ karya Faisal Tehrani yang diharamkan Kementerian Dalam Negeri minggu lepas kerana kononnya mempromosikan ajaran Syiah, berkata ia dilakukan supaya penyebarannya (Syiah) tidak dilakukan di negara ini.
“Ini kerana kita yakin kepada pegangan ahli Sunnah Waljamaah. Ia juga untuk mengelakkan sebarang penyelewengan dilakukan di negara ini,” katanya.
Kementerian, katanya, ada mendapatkan pandangan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia berhubung pengharaman buku itu.
Buku setebal 410 halaman berbahasa Melayu yang diterbitkan Institut Terjemahan dan Buku Negara dilancarkan pada 2012 mengisahkan tentang seorang profesor yang bersahabat dengan seorang aktivis hak asasi manusia dan mereka berdua berdebat serta berbincang tentang pelbagai isu. – BERNAMA
Hudud: MCA Cabar DAP Halang PAS
PETALING JAYA – DAP sepatutnya menghalang PAS daripada membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian (Hukum Hudud) di Parlimen, bukan mencabar MCA supaya meminta Umno menolak hukum itu, kata Datuk Dr Wee Ka Siong.
Timbalan Presiden MCA itu turut mengkritik penasihat DAP, Lim Kit Siang yang tidak berhadapan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila parti itu berulang kali memaklumkan akan melaksanakan hudud.
“Kit Siang cuba mengalih pandangan ramai dengan mencabar MCA dan seolah-olah tidak mahu bertanggungjawab berkaitan isu undang-undang hudud mendedahkan sikap hipokrit parti.
“Selain menuduh MCA, DAP yang mempunyai Ahli Parlimen paling ramai dalam Pakatan Rakyat juga gagal menghalang PAS daripada membentangkan rang undang-undang itu,” katanya di sini, Khamis.
Dr Wee berkata, hanya satu cara untuk menangani isu berkenaan, iaitu menerusi tindakan DAP menghalang PAS daripada membentangkan rang undang-undang itu.
“MCA akan menghalang sebarang cubaan yang boleh menjejaskan Perlembagaan Persekutuan dan semangat kerjasama bagi menyatupadukan serta membangunkan negara ini.
“Kami juga mengambil pendirian tegas berhubung hudud, malahan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau sudah memaklumkan kepada Umno mengenainya dan meminta Umno supaya tidak menyokong perundangan itu,” katanya.
Sebelum ini, Tiong Lai menegaskan MCA akan tetap mengambil tindakan menghalang PAS daripada membentangkan rang undang-undang itu termasuk melalui perundangan jika perlu.
Beliau berkata, MCA menghormati Islam sebagai agama rasmi tetapi adalah penting bagi PAS untuk memahami perasaan dan pandangan orang bukan Islam di negara ini yang majoritinya menolak hudud. – mStar Online
DAP Patut Keluar Pakatan Rakyat Bukannya PAS
Tahun 2014 merupakan dimulakan dengan pelbagai isu besar yang melanda parti pembangkang Malaysia. Dari isu air Selangor hinggalah kekecewaan pemimpin pembangkang kerana tidak dapat bertemu Presiden Barack Obama, satu perkara yang ramai diantara kita terlepas pandang ialah perlaksanaan Hudud di Kelantan.
Hudud adalah satu set hukuman yang telah diperjuangkan oleh fundamentalis Islam di Asia Tenggara. Apabila Brunei, sebuah negara yang kaya telah melaksanakan sistem Hudud, maka ianya telah menjadi “trigger” agar sistem ini diaplikasikan di kesemua negara Islam di Asia Tenggara (Indonesia dan Malaysia).
Di Malaysia, “Hudud” merupakan asas kepada perjuangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Walaupun telah lama berdolak-dalik tentang perkara ini, PAS nampaknya masih menyimpan hasrat yang mendalam untuk melaksanakan sistem penghukuman Hudud walaupun hanya di Kelantan sahaja.
Sistem Hudud PAS yang ingin diaplikasikan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu belum lagi dibacakan di Parlimen Malaysia, namun telah mendapat penentangan yang hebat dari rakan-rakan mereka di PKR dan juga DAP.
Selepas berakhirnya pilihan raya ke-12 pada tahun 2008, PAS kelihatan longlai dan tidak bermaya sehingga terpaksa merubah slogan dan perjuangan mereka. Hudud tidak lagi disebut-sebut dalam ceramah pasca PRU-12 kerana khuatir ia akan menyebabakan kehilangan sokongan dari orang bukan Melayu yang berada di bawah telunjuk DAP. Lantas PAS mengambil langkah untuk menggantikan hudud kepada “Negeri Berkebajikan”.
Perkara ini bagaimanapun tidak dapat bertahan lama kerana golongan ulama’ dalam PAS merasa tidak selesa dengan perkara ini. Hudud perlu dikembalikan semula kedalam menifesto/ janji kempen PAS kerana sokongan orang-orang agama semakin berkurangan kesan dari perpindahan perjuangan PAS. Lantas, PAS mengambil keputusan untuk meneruskan dengan perjuangan lama mereka kononya untuk menegakkan sistem undang-undang Islam. Bekas Pengerusi DAP YB Karpal
Singh telah menyatakan sekiranya mereka ingin melaksanakan Hudud di Malaysia, mereka perlulah melangkah mayatnya dahulu. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Mendiang Karpal Singh walaupun pada ketika itu PAS tidak lagi gagah memperjuangkan hudud.
Akhirnya selepas PRU-13 melabuhkan tirainya, PAS kembali menyokong semula dan membawa panji hudud dalam perjuangan mereka. Perkara ini telah lama diperhatikan oleh rakan- rakan mereka dari Pakatan Rakyat terutamanya oleh DAP. PKR yang kononya memperjuangkan kesaksamaan seluruh rakyat Malaysia nampak tidak konsisten di dalam sokongan mereka memperjuangkan Hudud.
Dihadapan PAS mereka akan menyatakan sokongan mereka, manakala bila berhadapan dengan DAP, mereka akan menyatakan bahawa mereka menolak hudud. Hipokrasi sememangnya adalah permainan PKR sejah berzaman lagi.
Diantara ketiga-tiga parti tersebut, hanya DAP sahaja yang konsisten dalam memperjuangkan hak orang kafir, menolak hudud dan pembasmian keistimewaan orang Melayu.
Manakala PAS & PKR hanya mengikut arus dan tidak tahu ke mana arah tuju perjuangan mereka. Justeru itu kita wajar menyeru DAP untuk keluar sahaja dari Pakatan Rakyat daripada terpalit dengan permainan politik PKR & PAS. Ini wajar dilakukan sekiranya mereka ingin nampak releven dan boleh dipercayai oleh penyokong mereka.
Jika DAP masih terus bersama Pakatan Rakyat maka sudah terang lagi bersuluh, parti Cina itu juga sedang bergelut samada ingin menjadi sebuah parti yang releven dengan perjuangan ataupun parti yang hipokrit seperti PKR.
Jika DAP masih lagi ragu-ragu untuk meninggalkan Pakatan Rakyat maka sudah tentu ini bermaksud, DAP tidak pernah ikhlas dengan perjuangan mereka dan hanya mementingkan kuasa dan pangkat untuk memenuhkan poket para pemimpin mereka dengan duit sahaja.
DAP Dakwa Universiti M’sia Tidak Kompetitif
KUALA LUMPUR – Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari mendakwa universiti-universiti awam di Malaysia tidak kompetitif jika dibandingkan dengan universiti negara Asia lain.
Beliau mendakwa, universiti Malaysia tidak kompetitif disebabkan kekurangan kebebasan akademik, campur tangan politik dan kualiti fakulti yang semakin menurun.
“Edisi terkini 100 Universiti Terkemuka Bawah 50 Tahun Times Higher Education (THE) telah dikeluarkan.
“Malangnya sekali lagi universiti Malaysia gagal membuat penampilan di peringkat global,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Zairil Khir mendakwa, universiti awam di Malaysia juga kekurangan autonomi dalam tadbir urus kerana pelantikan jawatan penting seperti Naib Canselor diputuskan di peringkat politik.
Selain itu, dakwanya, golongan pelajar masih dibelenggu oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang menghadkan kebebasan berpersatuan dan bersuara.
Dakwanya, kualiti pengajaran universiti tempatan juga semakin merosot dan ramai ahli akademik hebat meninggalkan universiti Malaysia untuk berkhidmat di negara lain.
ANTI GST: Zahid Minta Polis Ambil Tindakan Terhadap Individu Serang Media
KUALA LUMPUR – Polis diminta mengambil tindakan tegas terhadap individu yang mengasari beberapa anggota media ketika membuat liputan perhimpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) di Dataran Merdeka semalam.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kementerian dan polis bersimpati terhadap petugas media yang dikasari dan siasatan akan dilakukan polis untuk tindakan selanjutnya.
Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di sini hari ini, beliau berkata insiden itu jelas menunjukkan bahawa penganjur gagal mematuhi Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 kerana telah menimbulkan kekecohan.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang semalam, tiga jurukamera dikasari oleh sekumpulan peserta yang berpakaian serba hitam dan menutup muka.
Dua daripada mereka ditumbuk dan disepak, sementara seorang lagi terkena balingan kayu.
Beliau mendakwa ada juga kejadian apabila pasukan Amal PAS dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah bergaduh sesama sendiri atas beberapa faktor yang mereka ketahui.
Ahmad Zahid mendakwa perhimpunan itu turut mengganggu urusan harian masyarakat dan mengganggu perniagaan di sekitar kawasan berkenaan.
“Saya ingin nyatakan bahawa selagi kita boleh adakan rundingan untuk mereka ikuti garis panduan APA kita akan berunding, tetapi jika mereka mahu tindakan sebaliknya dilakukan mereka harus terima akibat dengan perbuatan mereka sendiri,” katanya.
Tinjauan Bernama pada perhimpunan itu yang dihadiri kira-kira 12,000 orang semalam mendapati ada segelintir daripada peserta membawa kanak-kanak, kain rentang, suar dan bom asap yang jelas melanggar syarat-syarat dalam APA 2012.
Sementara itu, pihak polis menerima laporan daripada tiga jurukamera yang dikasari peserta perhimpunan membantah cukai barangan dan perkhidmatan (CBP) di Dataran Merdeka semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata mereka membuat laporan petang semalam yang mendakwa perbuatan itu dilakukan Solidariti Anak Muda Malaysia dan insiden ini akan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Protes GST: Tindakan Tegas Terhadap Kakitangan Awam Termasuk Dipecat
Penjawat awam yang didapati terlibat dalam perhimpunan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dikenakan tindakan tegas termasuk dibuang kerja, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
“Kalau kita dapat bukti kukuh mengenai penglibatan mereka, tindakan akan diambil seperti yang dinyatakan dalam pekeliling dan tatatertib perkhidmatan awam (yang) bermula dengan amaran hingga buang kerja”, katanya.
Menurutnya penjawat awam seharusnya menyokong aspirasi dan dasar kerajaan, bukan sebaliknya.
Beliau ditemui selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Majlis Amanah Rakyat (Mara) kepada 864 penerima di ibunegara hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Mara Datuk Ibrahim Ahmad.
Ali diminta mengulas kenyataan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 semalam, yang menganggap penjawat awam terlibat dalam perhimpunan itu dianggap pengkhianat dan tidak layak bergelar penjawat awam.
Beliau berkata sehingga kini, pihaknya tidak menerima laporan membabitkan penjawat awam dalam perhimpunan itu yang diadakan di Dataran Merdeka di sini semalam.
Terdahulu, dalam ucapannya Ali mengingatkan penjawat awam supaya sentiasa mendokong dan melaksanakan Dasar Transformasi Negara ke arah menjadikan Malaysia negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.
“Transformasi yang dilakukan berupaya meningkatkan daya saing negara di samping menjana kadar pertumbuhan ekonomi positif.
“Ini secara tidak langsung memungkinkan kerajaan untuk mempertimbang insentif dan kemudahan lain bagi kebajikan penjawat awam secara khususnya”,
katanya.
Beliau berkata penjawat awam adalah ejen penyampai yang terbaik untuk menterjemah setiap visi kerajaan.
Tahap kemajuan sesebuah negara bukan sahaja dinilai dari aspek kekukuhan ekonomi malah merangkumi ketelusan dan integriti yang dimiliki institusi negara itu termasuk sektor awam, katanya.
Justeru itu, Ali berharap semua penjawat awam mengamalkan konsep ‘kerja sebagai ibadah’ bagi meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap
pekerjaan.
- Bernama
Penjawat Awam Sertai Himpunan GST Disiasat
MELAKA – Kerajaan negeri Melaka akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap penjawat awam di negeri ini yang terlibat dalam perhimpunan membantah cukai barang dan perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka, semalam.
Ketua Menteri Datuk Idris Haron berkata tindakan itu bertentangan dengan peranan penjawat awam yang sepatutnya menyokong kerajaan dalam melaksanakan GST demi menjana ekonomi negara pada masa depan.
Penjawat awam juga tidak harus terpengaruh untuk melibatkan diri dengan bantahan itu kerana ia merupakan tindakan seorang atau sekumpulan kecil yang didorong kemahuan politik yang tinggi, katanya kepada pemberita selepas menerima rombongan 60 peserta Program Belia Asia Tenggara di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya tindakan yang akan diambil jika ada penjawat awam di negeri ini terlibat dalam perhimpunan itu.
Semalam, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Azih Muda semalam menyifatkan penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan itu sebagai pengkhianat dan tidak layak bergelar penjawat awam.
Tindakan mereka melanggar Akujanji dan Ikrar Perkhidmatan yang dibuat semasa diterima bekerja dalam sektor awam, katanya. – BERNAMA
GST: Umat Islam Perlu Bersikap Membina - Mufti Pahang
KUANTAN – Umat Islam sepatutnya tidak menyalahkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), sebaliknya perlu ada sikap membina dan membantu kerajaan dalam menyokong usaha berkenaan.
Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman, berkata Islam tidak melarang sistem percukaian dilaksanakan asalkan ia mengikut syarak dan tidak menzalimi rakyat.
“Kita meminta umat Islam tidak hanya menyalahkan tentang cara kerajaan mengutip cukai yang juga satu sistem dilakukan beberapa negara di dunia termasuk Malaysia.
“Kalau sistem itu baik dan tidak menzalimi rakyat, maka perkara tersebut dibenarkan oleh syarak,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Karnival Muamalat dan Cinta Rasul yang disempurnakan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini.
Beliau berkata, sistem mengutip cukai bukan perkara baharu, malah ia telah dilaksanakan sejak zaman Saidina Omar lagi dengan segala hasil cukai dimasukkan ke dalam Baitulmal untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.
Katanya, kerajaan juga telah dan sedang memberikan penerangan mengenai CBP kepada orang ramai supaya rakyat jelas mengenai sistem yang akan dilaksanakan pada 1 April tahun depan.
Katanya, sesiapa sahaja yang mempunyai cadangan yang lebih baik daripada GST, ia sepatutnya dikemukakan kepada kerajaan dan bukan mengadakan perhimpunan atau demonstrasi.- BERNAMA
P.Nangka: Warisan Unesco Jika Ada Harta Karun
MELAKA – Kerajaan negeri Melaka akan mendapatkan pengiktirafan Pulau Nangka sebagai tapak warisan sejarah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) sekiranya artifak yang ditemui dua hari lepas merupakan sebahagian harta karun peninggalan zaman kesultanan Melayu Melaka.
Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata pulau tidak berpenghuni itu bakal dijadikan tapak kajian pakar sejarah dan arkeologi bagi mengumpul maklumat mengenai zaman kesultanan Melayu Melaka.
Bagaimanapun, katanya penemuan dua artifak berbentuk syiling itu perlu dibuktikan mempunyai kaitan dengan harta karun dipercayai bernilai berbilion ringgit yang didakwa terdapat di pulau itu.
“Saya masih tidak yakin penuh apa yang dijumpa itu datang daripadakawasan itu (Pulau Nangka), mungkin sesuatu yang tercicir atau dicicirkan…ini kita kena siasat,” katanya kepada pemberita selepas menerima rombongan 60 peserta Program Belia Asia Tenggara di Seri Bendahara di sini, hari ini.
Kedua-dua artifak berbentuk bulat itu, yang diameternya kira-kira enam sentimeter dan berwarna kekuningan, masing-masing ditemui pada 11.15 malam dan 11.30 malam Rabu lepas.
Artifak pertama mempunyai lima baris tulisan dipercayai daripada kerajaan Majapahit manakala artifak kedua mempunyai lubang berbentuk segi empat di tengahnya dengan tulisan Jawi di sekelilingnya.
Kedua-dua artifak itu telah diserahkan kepada Jabatan Warisan Negara untuk proses ujian makmal bagi mendapatkan status artifak itu.
Kerja-kerja mencari harta karun itu dilakukan syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd yang diberikan kontrak selama empat bulan oleh kerajaan negeri Melaka, yang berakhir pada 12 tengah malam Rabu lepas. – BERNAMA
Penyiasat Buru Pembekal Dadah Peaches Geldof
PEGAWAI penyiasat kini sedang memburu pengedar dadah yang membekalkan dadah kepada mendiang Peaches Geldof, 25, yang merupakan anak penyanyi dan penulis lagu terkenal Bob Geldof.
Mayat Peaches ditemui di kediamannya pada 7 April lalu di Kent dan kematiannya berpunca akibat pengambilan heroin secara berlebihan.
Kematiannya mengulangi tragedi keluarga Geldof apabila ibunya juga meninggal dunia pada tahun 2000 akibat punca yang sama.
Beberapa minggu sebelum kematiannya, Peaches pernah mengakui bahawa dia obses dengan penyanyi yang mempunyai masalah ketagihan heroin, Elliott Smith.
Elliott meninggal dunia pada tahun 2003 pada usia 34 tahun selepas membunuh diri dengan menikam bahagian jantungnya.
Dia sebelum itu bertarung dengan masalah mental, dan ketagihan dadah dan alkohol sejak bertahun-tahun.
Persoalannya kini, adakah kematian Peaches itu didorong oleh perlakuan idolanya itu?
Pengurus Ladang Ditemui Mati
SEREMBAN – Seorang pengurus ladang ditemui mati pagi tadi dengan kepalanya ditutup plastik dan kaki serta tangannya diikat di Ladang Perhentian Tinggi, Jalan Seremban-Tampin dekat sini.
Mayat Lau Ah Kaw, 72, ditemui pekerjanya kira-kira 10 meter dari pagar rumah banglonya kira-kira pukul 6.30 pagi.
“Dia dipercayai keluar dari rumah pukul 6.20 pagi untuk ke pejabat ladang yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya. Beberapa pekerja terdengar jeritannya dan bunyi bising dari bahagian depan pagar, namun tidak perasan apa-apa berlaku kerana keadaan sekitar yang gelap.
Mereka kemudiannya menghubungi pengawal di pondok berdekatan pejabat itu dan menemui mangsa dalam keadaan sudah tidak bernyawa,” kata seorang daripada pekerja berkenaan yang enggan dikenali.
Dompet mangsa dikatakan turut hilang. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu mengesahkan penemuan mayat mangsa. – BERNAMA
HONDA SMART HOME : Konsep Rumah Pintar
Secara umumnya, anda mengetahui syarikat automotif Honda merupakan syarikat yang menghasilkan kenderaan bermotor sejak dari tahun 1959 lagi.
Syarikat pengeluar kenderaan ke-8 terbesar dunia itu sudah menceburi bidang angkasa, robotik, perkapalan dan alatan pertanian.
Kini, mereka menceburi bidang rekaan rumah pintar pula dengan konsep pintar mereka di California.
Ianya diilhamkan oleh Michael Koenig, yang merupakan ketua projek rumah pintar ini.
Dibina di dalam kampus University of California Davis, rekaan rumah pintar ini adalah sinergi dengan program kenderaan hibrid mereka.
Honda mengeluarkan kenderaan hibrid sejak 1999 selepas kejayaan kenderaan hibrid keluaran toyata dua tahun sebelumnya.
Rumah pintar ini bukan sahaja dapat mengecas kenderaan hibrid, tetapi menggunakan tenaga elektrik yang tersimpan di dalam kereta anda apabila perlu.
Rumah dua tingkat ini turut dilengkapi panel solar yang mampu menghasilkan 9.5 kilowatt tenaga elektrik dan secara teorinya menghasilkan banyak tenaga elektrik lebih daripada yang diperlukan pemilik.
Tenaga elektrik yang tersimpan kemudiannya boleh dijual semula kepada pembekal elektrik konvensional sekiranya perlu.
Selain itu laman rumah pintar Honda ini mempunyai sistem tadahan dan saringan airnya sendiri. Ini bermakna rumah ini bukan sahaja mesra alam tetapi mampu membekalkan keperluan air atau elektrik pemiliknya.
Tahap simpanan elektrik dan kesemua peranti di rumah boleh dikawal oleh menggunakan aplikasi Honda Smart Home menggunakan peranti pintar pemilik.
Rasa-rasanya, rumah sebegini harus ada di Selangor kerana kami yakin penghuni di negeri itu sudah hilang sabar dengan catuan air yang sudah menjangkau sebulan lamanya.
Sumber: Honda
Gambar Photoshop Dr Mashitah Yang Gagal
Memang agak payah sebenarnya jikalau sesebuah media penerbitan itu sudah tersilap cetak.
Contohnya dalam gambar di bawah ini di mana pihak grafik mungkin secara tidak sengaja telah melakukan kesilapan dalam mengedit gambar Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim.
Nampak benar kejanggalan dalam gambar ini kan..
Diharapkan pihak yang terlibat akan lebih berhati-hati selepas ini supaya kesilapan mereka ini tidak lagi menjadi viral seperti gambar tersebut.
Seorang Lagi Suspek Aktiviti Militan Ditangkap Semalam – Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR – Seorang lagi suspek yang terlibat dalam aktiviti militan ditahan sepasukan polis di ibu negara petang semalam menjadikan jumlah tangkapan setakat ini 11 orang.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata individu yang ditahan itu didapati cuba melarikan diri ke sebuah negara jiran.
“Jumlah itu (11 orang) bukan jumlah muktamad, kami sedang jejaki dan memburu saki-baki militan yang terdapat dalam senarai Polis Diraja Malaysia (PDRM), kumpulan militan ini mula khuatir dan takut atas tindakan polis,” katanya dalam persidangan akhbar di sini Jumaat.
Pada 28 April lepas, sembilan individu dipercayai terlibat dengan kegiatan militan ditahan Polis Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman.
Mereka berumur antara 22 dan 55 tahun termasuk seorang wanita. Tiga ditahan di Kedah dan enam di Selangor, manakala seorang lagi ditahan di Kuala Lumpur keesokan harinya.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Bernama Jumaat mengesahkan tangkapan seorang individu semalam namun enggan mengulas lanjut.
Kesemua ditahan mengikut Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan dan Kanun Keseksaan serta disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Ahmad Zahid berkata kerajaan tidak akan membenarkan Malaysia dijadikan sebagai pusat untuk mengembangkan kegiatan pengganas di rantau Asia Tenggara mahupun di seluruh dunia.
“Kita tidak boleh mengizinkan perkara ini berlaku dan PDRM bertindak melakukan pembanterasan dan bertegas kerana tidak mahu Malaysia menjadi sarang latihan pengganas,” katanya.
Beliau berkata polis ingin menyekat kumpulan militan ini daripada merekrut lebih ramai anggota sama ada melalui media sosial, organisasi mahupun individu kerana dikhuatiri ia akan melibatkan kestabilan politik di negara ini jika tidak dibendung dari awal.
“Jihad itu satu istilah yang baik, tetapi disalahertikan dan ini memburukkan imej Islam, kami ingin tekankan bahawa kumpulan militan ini hanya bertopengkan Islam dan Islam tidak pernah menggalakkan (aktiviti) kumpulan militan,” katanya.
Beliau berkata ada juga organisasi yang menggunakan asas misi kemanusiaan untuk melatih anggota kumpulan militan ini di luar negara.
“Kita galakkan misi kemanusiaan ke luar negara, tetapi kita tidak akan izinkan sekiranya mereka menggunakan misi itu untuk melatih anggotanya untuk kegiatan militan dan apabila balik ke sini akan membuat perkara di luar batas dan norma manusia,” katanya.
Ditanya sama ada kumpulan militan ini turut berselindung di bawah parti politik, Ahmad Zahid berkata setakat ini tidak ada parti politik di negara ini yang terlibat dengan kegiatan militan, bagaimanapun polis akan terus melakukan pemantauan.
Gangguan Bekalan Air Di Seremban Selasa Ini
SEREMBAN – Sebahagian kawasan di Seremban akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam mulai pukul 8 pagi, Selasa ini, berikutan kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Terip dan pengalihan paip.
Penolong Pengurus Unit Komunikasi Korporat, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) Norzita Ismail berkata kawasan terlibat ialah seluruh bandar Seremban, Seremban 2, Temiang, Templer, kawasan industri ringan Templer, Lobak.
Jalan Rasah, Mambau, Hospital Tuanku Jaafar, hospital pakar KPJ, hospital Columbia, Hospital Mawar, Hospital Bersalin Cina Templer, Jalan Kuala Sawah hingga Taman Angsa Mas, Jalan Labu, Taman Desa Rhu.
Taman Warisan Puteri, seluruh kawasan Ampangan, Paroi, seluruh kawasan Senawang, seluruh kawasan Rahang, seluruh kawasan Rasah Jaya, kawasan industri Sungai Gadut, Taman Tuanku Jaafar, Taman Seremban Selatan dan Taman Seremban Jaya.
Katanya bekalan air akan dipulihkan secara berperingkat mulai pukul 8 pagi hari berikutanya.
Pelanggan yang memerlukan bantuan bekalan air boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982. – BERNAMA
Sebenarnya Bekalan Air Terawat BELUM CUKUP- Syabas
KUALA LUMPUR – Orang ramai digesa supaya terus berjimat cermat dan mengamalkan penggunaan berhemah meskipun catuan bekalan air telah ditamatkan oleh kerajaan Selangor pada 1 Mei lalu.
Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Priscilla Alfred Dharan berkata, kapasiti bekalan air terawat di Lembah Klang masih tidak mencukupi bagi menampung permintaan pengguna.
“Kapasiti bekalan air terawat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih tidak mencukupi bagi menampung sepenuhnya permintaan pengguna terutama pada waktu puncak dengan rezab bekalan air terawat berada di paras kurang daripada satu peratus.
“Oleh demikian, para pengguna disarankan agar terus mengamalkan sikap berjimat cermat menggunakan air dan mengelakkan sebarang pembaziran,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Priscilla turut meminta orang ramai menyalurkan sebarang kejadian paip pecah atau bocor kepada Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syabas (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252 untuk membantu mengelakkan pembaziran.
Media pada 30 April lalu melaporkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengumumkan catuan bekalan air ditamatkan selepas mendapat jaminan kerajaan Selangor bekalan air adalah mencukupi.
Bengang Terperangkap Dalam Bilik ATM, Pemuda Ini Pecahkan Pintu Kaca!
Georgetown – Seorang lelaki yang panik selepas terperangkap dalam bilik mesin pengeluaran wang automatik (ATM) melepaskan geram dengan menendang dan memecahkan pintu kaca bilik berkenaan dalam kejadian di sebuah bank di Tanjung Bungah di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, lelaki berkenaan masuk ke bilik ATM terbabit untuk mengeluarkan wang namun tidak menyedari pintu kaca permis itu mengalami masalah teknikal.
Dia kemudian cuba mengeluarkan wang namun mesin ATM tidak berfungsi.
Lelaki itu kemudian cuba keluar dari bilik ATM itu bagaimanapun pintu terbabit tertutup secara automatik.
Akhirnya pintu bilik ATM berjaya dibuka selepas beberapa kali ditolak.
Dia yang berang mengambil tindakan menendang dan menolak pintu kaca berkenaan hingga pecah sebelum beredar.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, siasatan mendapati lelaki berkenaan terperangkap dalam bilik ATM itu kira-kira 10 minit.
Menurutnya, siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan lelaki terbabit memecahkan pintu kaca premis itu kerana mahu keluar selepas terperangkap. – Harian Metro
MH370: Kami Tidak Salah Dalam Pencarian Pesawat Ini – Hishammuddin
Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menegaskan pihak berkuasa Malaysia tidak salah mengambil langkah mengecilkan kawasan pencarian pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi, meskipun dengan fasa baru pencarian itu bermula.
Pemangku Menteri Pengangkutan itu memberitahu sidang berita di Hotel Royale Chulan di Kuala Lumpur bahawa beliau yakin Malaysia dalam jejak yang betul.
“Kami sedang mendapatkan lebih pakar dan rakan untuk menyertai operasi menjejak pesawat MH370. Saya yakin kami akan dapat menemuinya.” kata Hishammuddin.
Turut hadir bersamanya hari ini adalah pesara ketua Tentera Angkatan Udara Australia, Marsyal Angus Houston dan Jean-Paul Troadec.
Houston ditarik daripada persaraan beliau untuk mengetuai Pusat Penyelarasan Agensi Australia, yang bertanggungjawab atas pencarian MH370 di Lautan Hindi.
Troadec ialah presiden Biro Penyiasat Kemalangan Penerbangan Perancis dan bekas ketua penyiasatan kes Air France 447.
Hishammuddin disoal wartawan mengenai kritikan terhadap tindakan Malaysia menumpukan kawasan pencarian ke selatan Lautan Hindi.
Beliau juga ditanya jika Malaysia akan meneliti semula analisis berkaitan jejak penerbangan MH370.
“Kawasan di mana penerbangan MH370 dipercayai berakhir bukanlah kawasan yang kecil,” kata Hishammuddin.
“Kami sudah melakukan analisis dan penelitian data yang sedia ada. Berdasarkan templat yang kami ada serta pinger, terdapat lagi kawasan yang kami sedang bincangkan.”
Hishammuddin berkata kawasan lain yang sedang dibincangkan juga akan menggunakan pendekatan sama seperti sebelum ini.
“Kami sedang mendapatkan kerjasama pakar bagi pasukan dalam mencari pesawat hilang itu,” katanya.
Houston berkata usaha pada masa ini sepatutnya ditumpukan sepenuhnya kepada pencarian MH370.
“Kami perlu lakukan ini untuk keluarga penumpang dan warga yang menggunakan khidmat penerbangan di seluruh dunia, dan siasat apa yang berlaku pada MH370,” katanya.
Sementara itu, Hishammuddin berkata beliau akan bertolak ke Canberra Ahad ini untuk membuat persediaan mesyuarat tiga hala dengan China dan Australia Isnin depan.
“Mesyuarat tiga hala itu akan membincangkan fasa seterusnya untuk pencarian MH370 yang melibatkan kerahans aset dan kos yang berpatutan.”
Hishammuddin berkata perbincangan beliau dengan Houston berjalan dengan lancar, sambil sekali lagi berkata betapa pentingnya semua yang terlibat dalam pencarian untuk saling berkomunikasi.
MH370: Tiada Apa Yang Ditemui Di Teluk Benggala!
KUALA LUMPUR – Tiada apa yang ditemui di Teluk Benggala berhubung laporan syarikat pencarian yang berpangkalan di Adelaide, Australia yang percaya mereka mungkin telah mengesan serpihan pesawat MH370.
Ketua Penyelaras Pusat Tindakan Bersama, Angus Houston berkata kini tiga kapal tentera laut Bangladesh sedang memantau kawasan itu yang sebuah daripadanya dilengkapi keupayaan mengesan bunyi gema.
“Namun saya yakin dengan semua bukti yang ada di hadapan kami, usaha gigih yang pasukan sedunia temui, analisis “handshake’ manual antara pesawat dan satelit. “Dan juga kerja stimulasi yang dilakukan bagi mendefinisi kawasan di selatan Lautan Hindi.
Saya yakin kawasan berkenaan di selatan lautan (Hindi) merupakan tempat pencarian yang betul dan saya pasti masanya akan tiba kami menemui pesawat di kawasan itu di Lautan Hindi,” katanya.
Houston berkata demikian dalam sidang media bersama dengan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Presiden Biro Siasatan Kemalangan Penerbangan Perancis (bekas ketua pasukan siasatan Air France 447) Jean-Paul Troadec, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin dan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri.
Dilaporkan syarikat berkenaan GeoResonance telah mendakwa menemui serpihan pesawat, kira-kira 5,000 kilometer dari kawasan pencarian sekarang.
Mengenai petunjuk baharu itu, Hishammuddin berkata beliau pada mulanya melihat kemungkinan memperoleh kapal yang sesuai untuk mencari di kawasan itu bagi mengesahkannya. “Tetapi, saya ingin tekankan dengan berbuat demikian, kami mengubah diri kami daripada pencarian utama.
Jika kami pergi ke sana dan hasilnya didapati negatif, siapa yang akan bertanggungjawab dengan masa yang terbuang itu.
Dengan menghantar lebih banyak kapal (ke Teluk Benggala) akan menjejaskan pencarian di kawasan pencarian (sekarang),” tambahnya. Hishammuddin berkata usaha pencarian MH370 adalah mencabar, namun kesemua pasukan antarabangsa berazam untuk meneruskan dengan fasa baharu pencarian.- BERNAMA
MH370: Laporan Awal Diumum Berasas Prinsip Keterbukaan, Ketelusan – PM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata laporan awal berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 diumumkan berasaskan kepada prinsip keterbukaan dan ketelusan.
Seiring dengan usaha pencarian yang dipertingkatkan, Najib berkata beliau turut melantik sepasukan pakar dalaman untuk menyemak semula segala maklumat yang diperoleh berkaitan pesawat Boeing 777-200ER yang hilang itu.
“Saya menetapkan, sebagai satu pegangan, peraturan bahawa selagi pendedahan maklumat itu tidak menghalang penyiasatan atau operasi pencarian, atas nama keterbukaan dan ketelusan,” katanya menerusi posting terkini Facebook beliau.
Laporan awal MH370, yang turut mengandungi rakaman audio perbualan antara kokpit dan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur serta senarai kargo, dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan semalam.
Laporan itu turut memuatkan peta laluan penerbangan, pelan tempat duduk penumpang selain dokumen tambahan yang memberi maklumat lanjut berkaitan tindakan yang diambil antara 1.38 pagi dan 6.14 pagi pada 8 Mac, hari MH370 dilaporkan hilang.
Najib, ketika diwawancara oleh pakar penerbangan stesen penyiaran CNN, Richard Quest, berkata Malaysia bersedia mengeluarkan laporan awal MH370 minggu ini.
Penerbangan MH370, yang membawa 239 penumpang, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada paparan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. Antara penumpangnya adalah tiga warga Amerika.
Operasi pencarian pesawat Boeing 777-200ER melibatkan pelbagai negara di perairan Perth, Australia, melibatkan penggunaan kenderaan Dalam Air Autonomi Bluefin-21, dilengkapi sonar, daripada Tentera Laut Amerika.
– BERNAMA
Boeing Ingin Tahu Misteri Di Sebalik MH370
KUALA LUMPUR – Boeing, pengeluar pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang secara misteri sejak 8 Mac lepas, bersama-sama seluruh komuniti penerbangan global berikrar untuk mengetahui apa yang berlaku terhadap pesawat berkenaan dan mengapa.
Dalam kenyataan di sini hari ini, pengeluar pesawat itu berkata Boeing sedang bekerjasama dengan semua pihak dengan harapan menyelesaikan pencarian pesawat itu secepat mungkin.
Ia berkata semua laporan kemas kini dan maklumat harus disampaikan pihak berkuasa Malaysia.
“Boeing terlibat secara aktif sebagai penasihat teknikal kepada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat, berkongsi kepakaran tenikal dan analisis dengan pasukan penyiasat Malaysia dan menyokong pencarian yang dilakukan sekarang,” kata Boeing.
Boeing berkata ia akan turut serta dan menyokong usaha untuk mencari cara berkesan dan efisien bagi meningkatkan pengesanan kapal terbang di seluruh dunia.
“Sejak hari pertama, keluarga dan insan disayangi yang menaiki pesawat Malaysia Airlines 370 sentiasa dalam ingatan dan doa kita,” kata Boeing.
Penerbangan MH370 membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada imbasan radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Antara penumpangnya tiga orang warga Amerika Syarikat.
Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat Boeing 777-200ER itu diperairan Perth, Australia membabitkan penggunaan Kenderaan Dalam Air Autonomi (AUV) Bluefin-21. – BERNAMA
MH370: Hishammuddin Jawab Semua Kekeliruan Petang Ini (Semalam)
KUALA LUMPUR – Persoalan berbangkit berhubung laporan awal kehilangan pesawat MH370 akan dijawab pada sidang media jam 5 petang ini, kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
“Saya akan menjawab soalan itu pada sidang media petang ini,” kata Hishammuddin pada sidang media singkat di sebentar tadi.
Portal The Malaysian Insider hari ini menyifatkan lebih banyak persoalan ditimbulkan tentang kehilangan misteri penerbangan MH370 lapan minggu lalu, terutamanya respons daripada pihak berkuasa berkenaan – Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan tentera – selepas pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS) hilang bersama 239 orang.
Hishammuddin dalam laporan awal telah mendedahkan jurang yang menyebabkan penerbangan MH370 menjadi “misteri penerbangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini”.
Pesawat itu masih belum ditemui walaupun misi pencarian, bermula di Laut China Selatan dan diperluaskan ke selatan Lautan Hindi, sudah menelan belanja berbilion dolar.
Selain itu, laporan tersebut menunjukkan tiada komunikasi di antara DCA dan tentera, sesuatu yang pelik memandangkan kedua-duanya berkongsi kemudahan kawalan trafik udara di lapangan terbang di Subang.
Di antara persoalannya adalah:
1. Mengapa DCA atau Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur tidak memberitahu tentera Malaysia pesawat MAS itu hilang selepas menerima maklumat daripada pusat kawalan trafik udara Ho Chi Minh?
Ia memaklumkan kepada Singapura dan pusat kawalan trafik udara lain dan juga mengaktifkan pusat penyelarasan operasi menyelamat, tetapi tidak menyebut tentera dimaklumkan?
2. Mengapa terdapat jurang empat jam sebelum memulakan misi mencari dan menyelamat? Apakah ia kerana menunggu Malaysia Airlines mengesahkan pesawat itu benar-benar hilang?
Bukankah masa suntuk untuk mencari pesawat itu? Apakah pihak berkuasa tahu pada ketika itu Boieng 777-200ER mempunyai minyak yang cukup untuk penerbangan selama tujuh jam? Bukankah itu sudah mengenal pasti kawasan pencarian?
3. Mengapa terdapat kekeliruan ia berada dalam ruang udara Cambodia? Apakah misteri tersebut pernah diselesaikan? Apakah terdapat masalah dalam sistem pemantauan MAS atau hanya unjuran laluan penerbangan walaupun pusat kawalan trafik udara Ho Chi Minh mengatakan bukan laluan penerbangan.
4. Mengapa operator radar tentera mengkategorikan pesawat, kini dipercayai MH370, sebagai pesawat bukan ancaman apabila ia terbang ke arah barat pada pagi Sabtu?
Sumber industri penerbangan berkata sangat sedikit pesawat terbang di laluan itu, terutama di sebelah barat, pada bila-bila masa pada hari tersebut.
5. Adakah pihak pengendali radar tentera merujuk DCA atau pusat kawalan udara awam sebelum memutuskan pesawat misteri itu bukan merupakan ancaman? Adakah ia menghubungi juruterbang pesawat berkenaan?
6. Mengapa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menafi tetapi kemudian mengesahkan laporan pesawat itu mematah balik di ruang udara, sedangkan kenyataan Hishammuddin semalam jelas menunjukkan pihak berkuasa menyedari pesawat itu melakukan pusingan?
“Seperti dinyatakan sebelum ini, radar tentera Malaysia ada mengesan sebuah pesawat yang berpatah balik, dari arah barat, merentasi Semenanjung Malaysia pada pagi 8 Mac.
“Pesawat itu dikategorikan sebagai tidak membahayakan oleh operator radar dan dengan itu tiada tindakan diambil pada ketika itu.
“Rakaman data radar itu disemak semula pada kira-kira 8.30 pagi, 8 Mac.
“Maklumat itu dihantar ke bilik operasi Tentera Udara pada kira-kira 9 pagi.
“Susulan perbincangan lanjut setelah dirujuk kepada pegawai tertinggi, pihak tentera memaklumkannya kepada Pemangku Menteri Pengangkutan dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada kira-kira 10.30 pagi tentang kemungkinan pesawat itu berpatah balik.
“Menteri kemudian memaklumkannya kepada Perdana Menteri, yang segera mengarahkan supaya operasi mencari dan menyelamat dijalankan di Selat Melaka, berserta operasi di Laut China Selatan yang bermula lebih awal pada hari sama,” menurut kenyataan itu.
Oleh, mengapa kerajaan menafikan kemungkinan pesawat berpatah balik?
Adakah ia menunggu pengesahan pesawat itu penerbangan MH370?
Laporan lima muka surat semalam tidak memberikan butiran ini dengan terperinci.
Badan penyiaran antarabangsa CNN semalam membandingkan laporan awal MH370 dengan laporan awal sepanjang 128 muka surat berkenaan nahas Air France 447.
“Laporan berkenaan, dikeluarkan agensi keselamatan penerbangan Perancis hanya sebulan selepas kehilangan pesawat itu pada 2009, memberikan maklumat terperinci mengenai komunikasi di antara beberapa pusat kawalan udara,” lapor CNN.
Penerbangan 447 ditemui setahun kemudian di Lautan Atlantik, dan nahas tersebut mengorbankan kesemua 228 orang.
CNN juga membandingkan laporan awal disediakan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) mengenai letupan enjin pesawat Qantas pada 2010, iaitu mengandungi 40 muka surat berserta rajah dan carta.
“Saya faham pihak berkuasa mempunyai tugas yang lebih penting dalam mencari pesawat dari menulis sebuah laporan panjang,” kata pakar penerbangan CNN Richard Quest semalam, “tetapi laporan ini terlalu ringkas.”
Putrajaya bersetuju mengeluarkan laporan berkenaan selepas kritikan ia hanya memberikan senaskhah kepada ICAO, sebuah agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, dan bukan kepada keluarga 239 penumpang dan anak kapal pesawat tersebut.
Dua Anggota Bomba Maut Tercampak Dari Tingkat 13
DUA anggota bomba maut selepas tercampak keluar dari tingkat 13 akibat letupan di sebuah apartmen di daerah Shanghai Xuhui, China.
Qian Lingyun, 23, dan Liu Jie, 20, dilihat memegang antara satu sama lain sewaktu jatuh ke bawah.
Kedua-duanya kemudian segera dikejarkan ke hospital, namun meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Seorang lagi anggota bomba yang turut berada di tingkat yang sama mengalami kecederaan dalam kejadian yang berlaku pada jam 2 petang itu.
Punca kebakaran dalam apartmen tersebut masih tidak diketahui, namun pihak bomba berkata, terdapat banyak alat eletrik yang disambung pada soket selain pendawaian elektrik yang berselirat.
Saksi memberitahu, ramai rakan setugas mengalirkan air mata setelah mengetahui kejadian yang menimpa kedua-dua anggota bomba yang menyertai unit tersebut sejak tahun 2012.
Peliwat Terima Balasan Diliwat 20 Banduan
SEORANG jurulatih seni mempertahankan diri di Brazil menerima balasan yang setimpal dengan perbuatannya memukul, meliwat dan membunuh anak tirinya apabila dia pula yang diliwat dan dibelasah oleh 20 banduan lain di penjara.
Daryell Dickson Meneses Xavier mengalami kecederaan parah di seluruh tubuhnya terutama di bahagian dubur akibat perbuatan ganas para banduan itu.
Lebih sadis, selepas dia pulih dari kecederaannya, dia sekali lagi ‘dikerjakan’ oleh banduan tersebut yang bertindak mengoyakkan jahitan pada bahagian duburnya dan meliwatnya buat kali kedua.
“Tompokan darah pada seluar yang dipakai Daryell membuktikan betapa dia menderita dengan keganasan para banduan itu,” menurut sumber.
Kejadian itu kini menjadi buah mulut ramai sehingga mecetuskan perdebatan sama ada ia setimpal dengan jenayah yang pernah dilakukannya sebelum ini.
Namun, ramai yang bersetuju dengan menyifatkan Daryell bernasib baik kerana sekurang-kurangnya dia tidak dibunuh seperti anak tirinya.
Motorola Keluarkan Telefon Pintar Serendah RM650
Bagi pengguna yang menginginkan telefon pintar yang berharga bajet, Motorola pasti dapat memenuhi hasrat anda itu.
Telefon pintar Moto G telah pun memasuki pasaran Malaysia pada tahun lepas dengan spesifikasi rendah dan harga bajet, iaitu sekitar RM650.
Motorola turut melancarkan sebuah lagi telefon pintar bajet, Moto E di hari pelancarannya di London baru-baru ini.
Moto E ini dilihat membawakan spesifikasi yang lebih rendah berbanding Motorola Moto G. Apa pun, dari segi rekabentuk, ia dikatakan Moto E akan menggunakan kerangka yang lebih nipis dan kompak berbanding Moto G.
Terdapat khabar angin mengenai sebuah telefon pintar seakan Moto G, tetapi dengan spesifikasi lebih rendah dan harga lebih mampu milik.
Telefon pintar itu dikatakan akan dilengkapi skrin 4.3 inci, pemproses dual core 1.2 GHz, 1GB RAM, kamera 5 MP dan android 4.4.3 Kitkat.
Bagi memastikan harganya rendah, ia hanya dilengkapi 4GB ruang storan, bateri 1,900 mAh dan seperti Moto G, ia hanya dilengkapi 3G, dan tiada sokongan LTE.
Satu lagi kemungkinan adalah, memandangkan peranti yang belum dilancarkan ini dikatakan tahan lama, mungkin ia merupakan sebuah telefon pintar tahan lasak sama seperti trend telefon pintar kalis air dan habuk seperti Samsung Galaxy S5 dan Sony Xperia Z2.
Dua Wanita Didapati Bersalah MENGOYAK Al-Quran
Birmingham – Dua penyokong pasukan bola sepak Middlesbrough FC, Julie Phillips, 50, dan Gemma Parkin, 18, didapati bersalah di mahkamah selepas bertindak kurang ajar dengan mengoyak helaian al-Quran dan kemudiannya membaling ke udara ketika perlawanan antara Middlesbrough FC dengan Birmingham City pada bulan Disember tahun lepas.
Mereka telah didapati bersalah atas tuduhan melakukan penghinaan serta mengancam agama pada perbicaraan sehari yang diadakan di sini, semalam.
Pada perbicaraan itu, majistret mendengar bagaimana Philips telah mengoyak al-Quran yang diambil daripada beg tangannya dan mula mengoyaknya.
Dia kemudiannya menghulurkan helaian al-Quran itu kepada penyokong-penyokong pasukan itu, sebelum mereka membaling ke udara.
Philips dan Parkin juga melaungkan anti Islam dan menjerit untuk membunuh umat Islam dengan bayonet selain berpura-pura mahu membakar al-Quran.
“Ketika kejadian terdapat 13,454 penonton dengan 655 adalah penyokong kelab Middlesbrough yang berdiri di belakang tiang gol.
“Aksi mereka mengoyak al-Quran itu disaksikan ramai orang dan ia turut dirakamkan dalam kamera CCTV, ‘’ kata pendakwaraya.
Misha Omar & Firos Selamat Bergelar Suami Isteri
KOTA BAHRU – Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta, Misha Omar selamat bergelar isteri kepada juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Firos Ezzwan Rossly, 32, dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Renaissanse di sini, Jumaat.
Akad nikah itu disempurnakan oleh abang kepada Misha, Mohd Rose Omar dan disaksikan oleh Imam Mukim Chempaka iaitu Ahmad Kamil Mat kira-kira pukul 9.30 pagi.
Majlis berkenaan turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media.
Misha atau nama sebenarnya, Samihah Omar, 32, menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas manakala tiada wang hantaran disediakan.
Acara tersebut diacarakan oleh Adibah Noor mankala Dina Nadzir, Jaclyn Victor dan Fara Fauzana bertindak sebagai pengapit pengantin perempuan.
Dina Nadzir, Jaclyn Victor dan Fara Fauzana bertindak sebagai pengapit pengantin.
Sebelum upacara pernikahan bermula, Ahmad Kamil terdahulu menyampaikan khutbah perkahwinan secara santai.
Ahmad Kamil sempat menggelar Firos sebagai ‘Abang Ultraman’ yang mengundang hilai tawa dikalangan hadirin.
Dalam pada itu, Misha dan Firos ketika ditemui selepas selesai majlis akad nikah berkata, mereka bersyukur dan gembira apabila telah selamat disatukan sebagai suami isteri dan berharap semua peminat mendoakan kebahagian mereka sehingga ke akhir hayat.
Sementara itu, majlis resepsi persandingan kedua-dua mempelai akan diadakan pada malam Jumaat(malam ini) di hotel sama untuk keluarga perempuan manakala pihak lelaki memilih 12 Mei ini untuk meraikan pasangan itu di Hotel Concorde Kuala Lumpur.
Terdahulu Misha sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 21 Februari lalu namun ia terpaksa ditangguhkan bagi menghormati kematian ayahnya, Omar Ismail pada30 November tahun lalu.
Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada Februari 2012. – mStar Online
MH370: Urutan Komunikasi Dirakam Antara 1.38 Pagi Dan 6.14 Pagi 8 Mac
KUALA LUMPUR – Berikut laporan mengenai komunikasi yang dirakamkan melalui talian terus, merumuskan urutan peristiwa berkaitan Penerbangan MH370 Malaysia Airlines (MAS) selepas kelipan pada radar padam sehinggalah Pusat Penyelarasan Menyelamat diaktifkan, yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan.
Tindakan yang diambil antara 1.38 pagi dan 6.14 pagi pada Sabtu, 8 Mac.
1. 01:38:19 pagi : Ho Chi Minh (HCM) mula bertanya tentang MH370, maklum kepada KL-ATCC (Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur) bahawa komunikasi secara lisan tidak dapat dirakam dengan MH370 dan isyarat radar kali terakhir dikesan di BITOD.
2. 01:41:21 pagi: KL-ATCC memaklumkan kepada HCM bahawa selepas IGARI, MH370 tidak kembali kepada frekuensi Lumpur.
3. 01:46:46am : HCM sekali lagi bertanya mengenai MH370, menyatakan komunikasi melalui radar dibuat meliputi IGARI tetapi tiada komunikasi secara lisan. Ho Chi Minh memaklumkan bahawa kelipan pada radar padam di “waypoint BITOD.”
4. 01:50:28 pagi: KL-ATCC bertanya HCM jika ada komunikasi dibuat dengan MH370. Jawapan HCM adalah “negatif’.
5. 01:57:02 pagi: HCM maklum kepada KL-ATCC bahawa secara rasmi, tiada komunikasi dengan MH370 sehingga kini. Percubaan untuk berkomunikasi melalui beberapa frekuensi dan pesawat di persekitaran tidak mendapat respons daripada MH370.
6. 02:03:48am : KL-ATCC bertanya HCM mengenai status MH370. HCM mengesahkan bahawa tiada komunikasi radar pada masa ini dan tiada komunikasi lisan dibuat. KL-ATCC menyalurkan maklumat yang diterima daripada Malaysia Airlines OPS bahawa pesawat berada di ruang udara Kemboja.
7. 02:07:00 pagi: HCM bertanya bagi mendapatkan pengesahan bahawa MH370 berada di Phnom Penh FIR. KL-ATCC minta untuk menyelidiki lebih lanjut dengan penyelia.
8. 02:11:37 pagi: HCM bertanya mengenai status tetapi KL-ATCC tidak mempunyai maklumat terkini.
9. [02:15 pagi] [tiada rakaman suara]:(dipetik daripada Buku Log Watch Supervisor) KL-ATCC Watch Supervisor bertanya Malaysia Airlines OPS siapa yang maklumkan bahawa MH370 dapat berkomunikasi di ruang udara Kemboja.
10. 02:18:53 pagi: KL-ATCC bertanya jika rutin penerbangan MH370 sepatutnya memasuki ruang udara Kemboja. HCM mengesahkan bahawa laluan dirancang adalah melalui ruang udara Vietnam. HCM membuat semakan dan Kemboja memberitahu ia tidak mempunyai maklumat atau komunikasi dengan MH370.
HCM mengesahkan maklumat sebelumnya bahawa komunikasi melalui radar terputus selepas BITOD dan komunikasi melalui radio tidak pernah dibuat.
KL-ATCC tanya jika HCM mengambil tindakan Radio Failure tetapi pertanyaan itu nampaknya tidak difahami oleh kakitangan yang bertugas.
HCM mencadangkan supaya KL-ATCC menghubungi MAS OPS dan diberitahu bahawa ia telahpun dibuat.
11. 02:34:01: Watch Supervisor KL-ATCC bertanya kepada Pusat MAS OPS mengenai status komunikasi dengan MH370 tetapi kakitangan tidak pasti sama ada mesej sampai atau tidak.
12. 02:35:03: HCM tanya tentang status MH370 dan diberitahu bahawa Watch Supervisor sedang berhubung dengan syarikat ketika ini.
13. 02:35:5: Pusat MAS OPS maklumkan kepada KL-ATCC MH370 bahawa keadaan adalah normal berdasarkan isyarat yang dimuat turun dengan memberikan koordinat N14.90000 E109 15 00 pada jam 1833 UTC.
14. 02:37:36: KL-ATCC menyalurkan kepada HCM mengenai latitud dan longitud seperti dinasihatkan oleh Malaysian Airlines Operations.
15. 02:53:51: MH386 diminta oleh HCM supaya cuba berkomunikasi dengan MH370 melalui frekuensi radar Lumpur. KL-ATCC kemudian minta MH386 untuk cuba menggunakan frekuensi kecemasan.
16. [03:30] (tiada rakaman suara): (dipetik daripada Buku Log Watch Supervisor) Pusat MAS OPS maklumkan kepada KL-ATCC bahawa maklumat data penerbangan adalah berdasarkan ramalan penerbangan dan tidak dapat disahkan bagi lokasi pesawat.
17. 03:30:01: KL-ATCC tanya jika HCM telah menyemak dengan FIR Hainan.
18. 03:56:19: KL-ATCC tanya Malaysia Airlines OPS mengenai apa-apa maklumat terkini atau komunikasi dengan MH370.
19. 04:25:23: HCM tanya KL-ATCC mengenai kedudukan akhir MH370 dan sama ada dapat berkomunikasi dengan ATC. KL-ATCC tanya jika ada sebarang maklumat diterima daripada Hong Kong atau Beijing.
20. 05:09:18: Singapura tanya bagi mendapatkan maklumat mengenai MH370.
21. 05:20:17 :Kapt [name redacted] minta maklumat mengenai MH370. Beliau berpendapat bahawa berdasarkan maklumat yang diterima, “MH370 tidak pernah meninggalkan ruang udara Malaysia”.
22. 05:30: Watch Supervisor mengaktifkan Pusat Penyelarasan Kuala Lumpur.
23. 05:41:21: HCM tanya mengenai apa-apa maklumat terkini.
24. 06:14:14: KL-ATCC tanya HCM sama ada SAR digerakkan. – BERNAMA
Lelaki Bunuh Tiga Ahli Keluarga Kekasihnya Kerana Cinta Terhalang!
Jakarta – Kerana berang selepas diminta memutuskan hubungan dengan teman wanitanya, seorang lelaki, bertindak membunuh tiga anggota keluarga gadis berkenaan.
Ramadhan Gumilang, 25, ditangkap polis semalam selepas membunuh bapa kekasihnya, Dukut, 50, dan ibu gadis itu, Heriyanti, 45, dan adik lelaki, Fras, 13.
Dia dilapor membunuh mangsa beberapa jam selepas makan tengah hari bersama mereka.
Teman wanitanya, Dewi, 24, tidak berada di rumah ketika kejadian.
Seorang lagi adik lelakinya, Bagus, 16, cedera dalam kejadian itu Ketua Polis Tangerang, Sutarmo berkata, Ramadhan kecewa dan berang selepas ibu bapa Dewi memintanya memutuskan hubungan dengan anak mereka kerana mahukan Dewi berkahwin dengan lelaki lain yang lebih berada. – Agensi
Koleksi Kisah Menarik Sekitar Pulau Nangka
AMARAN! Jangan baca artikel ini sekiranya anda tidak boleh menerima perkara yang diluar akal.
1) Pulau Nangka merupakan sebuah pulau yang terletak dalam wilayah negeri Melaka, Bandar Raya Bersejarah. Pulau ini telah diwartakan sebagai pulau bersejarah dan ia terletak dalam gugusan Pulau Besar. Pulau ini pada asalnya adalah hak milik satu keluarga Baba Nyonya / Cina yang menjadi buruh ketika zaman awal kemerdekaan dahulu. Kerana kerajaan tak mampu membayar upah kepada keluarga Cina ini, mereka telah memberikan Pulau Nangka sebagai bayaran kepada keluarga Cina tesebut. Kemudian pihak muzium telah membeli pulau tersebut dengan dana daripada kerajaan negeri pada awal 90-an dan sehingga kini, pulau tersebut telah berada dibawah jagaan PERZIM. PERZIM pula merupakan sebuah badan kerajaan yang menjaga bidang sejarah dan muzium di Melaka.
2) Di puncak bukit itu pula terdapat banyak tumbuhan renek, pokok-pokok besar, makam lama dan pelbagai lagi tinggalan sejarah. Dipercayai makam tersebut adalah makam para perjuang semasa era Melaka diserang Portugis dahulu kala. Terdapat juga makam pahlawan disekitar lereng bukit tersebut yang menghadap ke arah laut. Namun tidak dapat dipastikan makam siapa sebenarnya.
3) Jika kita ingin mengelilingi pulau ini dengan berjalan kaki, kita boleh mengelilinginya dengan hanya memakan masa sekitar sejam setengah bagi manusia yang cergas. Agak lama kerana kita perlu memanjat batuan-batuan yang bersaiz amat besar.
4) Di sekitar pulau, anda akan menemui banyak batuan yang unik dengan pelbagai ukiran serta pelbagai corak. Ada batu yang berbentuk seperti wajah orang. Ada juga batu seperti berbentuk ikan lumba-lumba a.k.a dolphin. Ada juga batu yang berbentuk pelantar kapal. Ada juga batu berukiran kalimah Muhammad. Ada juga batu bertanda kalimah ALLAH. Ada juga batu bertatahkan kalimah Al-Mahdi. Ada juga batu yang dicantumkan. Ada juga batu yang terlihat kesan potong seperti potongan pedang. Ada juga batu yang dicantumkan dengan simen dan besi.
5) Menurut seorang pegawai PERZIM, di pulau tersebut sebenarnya ada banyak sangat harta berbentuk jongkong emas, syiling emas, berpeti-peti dan banyak juga alat-alat kebesaran diraja serta perhiasan diraja. Menurutnya, kesemua harta ini disimpan oleh Pahlawan Melaka terdahulu atas arahan Sultan bagi persiapan untuk orang Melau di akhir zaman. Semua harta ini sudahpun diwariskan kepada beberapa orang dan kesemua waris itu menghilangkan diri. Ada beberapa orang waris sahaja yang telah benar-benar muncul. Namun, kesemua waris ini tidak membenarkan harta itu diambil kerana orang yang mahu mengambilnya tidak kena cara. Harta ini telah diamanahkan untuk perjuangan akhir zaman. Ia boleh digunakan oleh orang-orang tertentu bagi membantu perjuangan Al-Mahdi kelak.
6) Pada 1997, Dato Haron Din telah masuk ke Pulau Nangka bersama seorang anak muridnya atau orang kanannya. Mereka berdua telah membangunkan sebuah pondok di dalam Pulau Nangka bagi tujuan membuat amalan rohaniah untuk menaikkan harta-harta tersebut. Dato Haron Din telah berada di pulau tersebut selama 40 hari. Dato Haron Din membuat kenyataan bahawa tiada harta yang berjaya dinaikkan namun, menurut pekerja yang menghantar makanan untuk Dato dan orang kanannya itu yang berulang alik menaiki bot laju telah mendakwa banyak keris-keris kecil, dan beberapa barang berharga telah berjaya dinaikkan oleh Dato Haron Din.
7) Terbaru, pada beberapa ketika lepas, pondok Harun Din tersebut telahpun dirobohkan oleh pihak PERZIM bagi mengelakkan lebih ramai orang yang datang ke pondok itu dan membuat amalan pemujaan dan khurafat.
8) Sekitar tahun 80-an dahulu, sebenarnya telah banyak berlaku cubaan mengambil harta-harta tersebut. Antara yang mencuba nasib adalah Angkatan Tentera Malaysia, Komando (kerana pulau ini pun sebahagian daripada lokasi latihan mereka), JMF, Ketua Menteri Melaka, Rahim Tamby Chik, orang-orang Mahatir, penyelam-penyelam dari barat, sailor daripada barat dan ramai lagi. Ketika tahun 80-an, itulah waktu paling agresif berlakunya cubaan memasuki binaan di dalam pulau tersebut. Ketika itu, banyak berlaku pelanggaran dan banyak anasir barat yang datang masuk untuk campur tangan. Mereka menarik bongkah-bongkah batu besar itu dengan menggunakan tali sebesar genggaman tangan orang dewasa dengan kapal laut yang besar-besar. Mereka cuba membuka jalan di sekeliling pulau tersebut dengan mengalihkan batu-batu besar dari puncak bukit jatuh ke pantai. Namun, kesemua mereka gagal.
9) Pada satu masa dahulu, ada seorang hamba ALLAH ini bernama Pak Mat (bukan nama sebenar). Dia telah membawa sekitar lebih kurang 10 orang anak muridnya masuk ke dalam pulau tersebut bertujuan untuk membersihkan pulau tersebut. Tidak disangka-sangka, seorang daripada anak muridnya telah terpijak satu lubang dan terjerumus jatuh ke dalamnya. Telah banyak usaha dibuat untuk menaikkan anak murid yang seorang ini namun tidak berjaya. Kemudian, Pak Mat datang membawa tali dan mengulurkan kepada anak muridnya itu dan Pak Mat pun turun untuk membantu anak muridnya naik ke atas. Menurut anak muridnya itu, dia ternampak kilauan emas di dalam lubang tersebut. Sejurus selepas itu, Pak Mat pun menyuruh mereka semua keluar daripada pulau tersebut. Ketika hendak keluar, Pak Mat berpesan, jangan sentuh apa-apa dan jangan datang semula ke pulau itu untuk ambil harta tersebut. Mereka semua telah disuruh keluar. Tapi pada malamnya, ada seorang muridnya yang langgar pantang tersebut dan kembali ke pulau untuk cuba mengambil harta tersebut. Keesokannya, murid tersebut ditemui mati. Di dadanya terdapat tanda pangkah berwarna hitam.
10) Pada tahun 2004 pula, ada satu kumpulan tarekat telah masuk ke pulau ini dan membuat zikir beramai-ramai pada waktu malam. Namun ketika itu telah terjadi huru-hara dan kesemua mereka disuruh keluar. Mereka berzikir habis pusing satu pulau dan banyak yang tidak baik telah terjadi.
11) Pada April 2012, sebuah company swasta daripada Gombak Batu 6 telah diberi kebenaran untuk menjalankan projek eskavasi di Pulau Nangka. Syarikat itu bernama Smart Partnership International Sdn Bhd diketuai oleh Md Fuad Khusairi. Syarikat ini jugalah yang pernah cuba menaikkan harta Flor De La Mar yang tenggelam di Laut Selat Melaka beberapa tahun sebelum mereka masuk ke Pulau Nangka untuk projek eskavasi. Menurut khabar angin, ketika itu mereka berjaya menaikkan satu peti harta dari Flor De La Mar namun setelah itu telah berlaku pergaduhan dan mereka telah mencampakkan kembali peti tersebut ke Selat Melaka.
12) Apa yang menjadi punca mereka gagal menemui pintu masuk sehingga kini tak banyak, hanya 3 perkara sahaja:
Mereka telah mengetepikan waris yang ada di dalam pasukan mereka dan menyingkirkan waris tersebut daripada terus berada di dalam pasukan sebagai penasihat pasukan eskavasi. Banyak pertengkaran antara ketua mereka dengan waris tersebut telah berlaku dan akhirnya waris itu disingkirkan.
ereka telah membuat cara ‘paksa’ untuk harta itu keluar dengan cara menebuk batu, merosakkan struktur pulau, menggerudi batu besar sehingga suasana menyedihkan berlaku, menggali dengan paksa tanah-tanah yang ada dan banyak lagi.
Pemodal mereka bukanlah orang Islam tetapi adalah orang Cina daripada bandar Melaka iaitu taukeh sebuah kedai Honda. Berdasarkan perjanjian si waris, sesiapa yang hendak mengambil harta di pulau itu haruslah meminta izin daripada si waris dan ia hanya boleh diberikan kepada ORANG ISLAM SAHAJA !
13) Pada akhir 2012 dan awal 2013, ada satu pasukan daripada pihak Sultan Johor telah dihantar bagi membantu pasukan Smart Partnership ini dalam acara eskavasi tersebut. Kesemua mereka datang dan cuba mengambil harta itu secara paksa namun telah dicabar oleh waris tadi, “kalau korang nak, jom beradu tenaga dengan aku… kita tengok siapa yang berjaya!” Setelah digertak begitu, akhirnya pasukan tersebut mengundurkan diri dan tidak datang lagi ke Pulau Nangka.
14) Sekurang-kurangnya terdapat lima buah peti besi yang dipercayai mengandungi emas di ruang berkenaan daripada 20 bilik yang terdapat di dalam gua d pulau Nangka. Berdasarkan imej imbasan, dijangkakan terdapat 96 peti besi yang mengandungi pelbagai syiling emas, emas dan barangan berharga yang dikatakan disembunyikan semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka bagi mengelak diceroboh pihak Portugis terkandung di gua berkenaan. Bilik-bilik berkenaan dibina mempunyai banyak fungsi, antaranya bilik mesyuarat dan pelbagai bilik lain.
Gambar Selfie Neelofa
Apabila menatap lirikan mata Neelofa yang kelihatan cukup menggerunkan. Ini mungkin kerana aktres jelita itu mengenakan pembayang mata berwarna hitam dan mengambil gambar selfie pada posisi atas.
Gambar ini telah dimuatnaik di laman Isntagram Neelofa mendapat perhatian ramai peminat beliau.
Kerana Cantik Budak 8 Tahun Ini Jadi Jutawan Dan Hidup Mewah
Biasanya, kanak-kanak perempuan menghabiskan waktunya untuk sekolah, belajar dan bermain dengan rakan-rakannya. Namun berbeza bagi kanak-kanak ini kerana kecantikannya, dia berkali-kali memenangi pertandingan kecantikan kanak-kanak, hingga menjadi jutawan dan menjalani gaya hidup mewah.
Gadis kecil berambut perang ini bernama Isabella Barrett. Usianya kini menjangkau 8 tahun, tetapi dia sudah mempunyai wang hasil kerja kerasnya. Berkali-kali ia memenangi pertandingan kecantikan sejak usia muda. Kerana hal itu juga, Isabella dinobatkan sebagai jutawan kecil.
“Siapa yang tidak suka menjadi jutawan?, Saya adalah seorang superstar, Saya punya (tanda) perhiasan sendiri dan saya suka jadi bos. Saya tak pernah kehilangan apa-apa dan hampir selalu memenangi pertandingan kecantikan yang saya ikuti. Tetapi apa yang paling saya suka adalah kasut. Saya punya lebih dari 60 pasang kasut ” yang dipetik dari laman sosialnya.
Melihat kecenderungan Isabella untuk bergaya hidup mewah sejak kecil dan menjadikan kecantikan fizikal sebagai aset, Susanna, ibu Isabella yang memiliki perniagaan perhiasan mengatakan bahawa dia tidak ingin putrinya membesar dengan terlalu mewah.
Kerana banyaknya wang yang dimiliki Isabella dan berkali-kali memenangi pertandingan kecantikan, gadis kecil ini menikmati hidup yang benar-benar mewah. Lebih memeranjatkan lagi, ibunya mengatakan bahawa Isabella akan memilih hotel lima bintang setiap kali perjalanan atau setiap kali mengikuti pertandingan kecantikan.
Dan yang lebih gilanya lagi, Isabella boleh menghabiskan $ 2,200 hanya untuk sekali makan! Dia tak pernah menempah cheseeburger dan kentang goreng seperti makanan yang biasanya di sukai ramai kanak-kanak, melainkan selalu memilih menu mahal seperti steak file mignon atau lobster super.
Sebagai bintang pertandingan kecantikan, Isabella mempunyai banyak koleksi baju dan pakaian yang yang berjenama dan mahal. Untuk satu pakaian saja, dia boleh menghabiskan $ 10,000.
Satelit MEASAT-3b Akan Dilancar Pada 29 Mei
KUALA LUMPUR – MEASAT Global Bhd (MEASAT) mengumumkan satelit MEASAT-3b sudah disahkan untuk dilancarkan pada 28 Mei waktu French Guiana (29 Mei waktu Malaysia) di European Spaceport di Kourou, French Guiana.
Dalam satu kenyataan hari ini, MEASAT menyatakan satelit itu direka untuk menyediakan 48 transponder Ku-band tambahan bagi memperluaskan perkhidmatan Direct-To-Home (DTH) dan Very Small Aperture Terminal (VSAT) di seluruh Malaysia, India, Indonesia dan Australia pada slot orbit 91.5° Timur.
“Satelit itu akan dilancarkan kenderaan pelancar Ariane 5 ECA dan ditempatkan bersama MEASAT-3 dan MEASAT-3a,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA
Fiza Akui Masih Berharap Hubungan Pulih
UMUM sudah mengetahui perceraian antara pasangan Adam AF dan Fiza Elite pada Isnin lalu.
Kami yakin ramai yang berpendapat Fiza dilihat lebih tenang berbanding Adam yang kelihatan sebak dengan perpisahan itu.
Tapi ketenangan itu tidak bermakna Fiza benar-benar menginginkan perceraian, sebaliknya dia cukup sedih dengan apa yang berlaku.
Menerusi GUA, dia berkata, tiada siapa yang menginginkan perceraian.
Malah sehari sebelum bercerai, dia masih tertanya-tanya adakah ini merupakan jalan terbaik untuk mereka berdua?
“Saya sebenarnya tak mahu perkara ini berlaku. Saya masih berharap serta berdoa agar hubungan kami dapat dipulihkan semula,” katanya.
Setakat ini, Instagram dikatakan antara punca pasangan ini bercerai, namun sebab utama yang menjadi pencetus kepada perceraian itu masih tidak diketahui.
Apa pun, kami harap selagi masih ada perasaan sayang antara kedua-duanya, tidak salah jika mereka berusaha memperbaiki hubungan itu.
Manalah tahu, mungkin suatu hari nanti Adam dan Fiza akan kembali bersatu. Tak mustahil bukan?
Bayi Menjadi Gemuk Akibat Nafsu Makan Tinggi
Colombia – Akibat nafsu makan yang melampau, dua bayi di negara ini terpaksa menjalani rawatan khas bagi menyelamatkan badan mereka, yang kini membesar bagai dipam.
Santiago Mendoza dan Isabela Caicedo Bayi baru berusia 10 bulan namun pembesaran mereka amat membimbangkan.
Gabungan berat kedua-duanya adalah 41.3 kilogram.
Mereka kini dirawat oleh pakar penurunan berat badan iaitu Yayasan Chubby Hearts. Yayasan itu memberikan rawatan berkenaan kepada Santiago sejak awal tahun ini selepas ibunya mengadu tidak dapat menghentikan tabiat makan melampau oleh anaknya itu.
Ketika berusia lapan bulan, berat Santiago dilaporkan mencecah 19 kilogram, iaitu sama dengan berat kanak-kanak yang berusia enam tahun.
Ibu Santiago dilaporkan sering memberikan makanan kepada anaknya itu setiap kali dia menangis.
Keadaan ini menyebabkan Santiago beberapa kali mengalami komplikasi dan terpaksa dimasukkan ke hospital.
Selepas menyaksikan Santiago mendapat rawatan tersebut di televisyen, ibu Isabela pula turut menghubungi yayasan berkenaan bagi meminta pertolongan.
“Dalam masa beberapa bulan selepas kelahirannya, Isabela merisaukan saya, kerana dia tidak mahu tidur dan hanya mahu makan sahaja. Kami cuba mengurangkan makanannya, namun beratnya tidak berkurang,’’ kata ibu Isabela.
Sejak menjalani rawatan di situ, berat Isabela telah berkurang sebanyak 1.4 kilogram dan yayasan tersebut berharap berat bayi berkenaan akan kembali normal seperti kanak-kanak seusianya dalam masa enam hingga lapan bulan.
Saman Hospital Sebab Tiub Tertinggal Dalam Badan
London – Seorang wanita nyaris maut selepas pakar bedah di hospital St James Universiti dengan cuai telah meninggalkan tiub sepanjang empat inci dalam badannya.
Keadaan itu menyebabkan dia kehilangan separuh daripada paru-parunya yang terpaksa dibuang akibat kecuaian tersebut.
Doktor di Hospital Royal Devon dan Exeter kemudiannya terpaksa membuang separuh paru-parunya selepas enam kali gagal dalam usaha membuang tiub tersebut.
Memandangkan kedudukan tiub itu berhampiran dengan hatinya, maka mereka tiada pilihan lain.
Kejadian itu berlaku pada 2009 dan kini Jones, 51, tekad menyaman pakar bedah di hospital St. Jamed Universiti kerana kecuaian itu menyebabkan dia menanggung kesannya.
Jones mendakwa dia tidak lagi aktif dan sering berasa letih serta tidak bermaya kerana separuh paru-parunya telah dibuang.
“Selepas dimaklumkan bahawa terdapat tiub tertinggal dalam badan saya, saya terkejut dan memikirkan bagaimana sekumpulan doktor pakar bedah di hospital St James Universiti boleh begitu cuai.
“Saya masih ingat selepas dimaklumkan mengenai tiub itu, saya tidak lalu makan selama tiga hari,’’ katanya.
Tiga Pelajar Dicekup Curi Motosikal
KUALA PILAH – Tiga pelajar sekolah dicekup selepas terlibat dalam kegiatan curi motosikal di dua lokasi berasingan di sini, Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, kesemua suspek berusia 14, 16 dan 17 tahun dari dua sekolah berasingan telah mencuri dua motosikal jenis Honda EX5 dan sebuah Modenas Kriss bagi kegunaan sendiri dengan memasang nombor pendaftaran palsu.
Azmi berkata, menurut laporan diterima, kes kecurian berlaku di tempat letak motosikal di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) pada 13 Mac dan 24 Mac, manakala di Masjid Kariah Tuanku Muda Chik Ampang Tinggi, sekitar 5 hingga 6 petang, 6 Mac lalu.
“Kita berjaya menahan seorang suspek yang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan di sebuah pusat beli belah, di sini dan hasil soal siasat mendapati, motosikal Honda EX5 itu adalah motosikal curi. Suspek turut disaman kerana tidak memiliki lesen motosikal serta cukai jalan.
“Kita juga berjaya memberkas dua lagi suspek di Taman permainan Taman Impian Utama dan di rumah suspek pada 23 April, sebelum mereka menunjukkan lokasi penyembunyian barang curi dalam semak di Kampung Ampang Tinggi,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379(A) dan Seksyen 411, kerana mencuri kenderaan dan menyimpan harta curi.
Sementara itu dalam kes berasingan, Azmi berkata, pihaknya juga berjaya merampas beberapa komponen elektronik mencurigakan dalam Ops Cantas Khas yang diadakan di hadapan Balai Polis Terachi, kira-kira jam 12 tengah malam, Selasa lalu.
Menurut Azmi, dalam operasi itu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Pilah berjaya menemui beberapa komponen elektronik yang meragukan di dalam tempat penyimpanan barang setelah memeriksa sebuah kereta Proton Wira yang dinaiki dua lelaki
berusia 28 dan 24 tahun.
“Kedua-dua suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah untuk disoal siasat dan komponen itu dipercayai sebahagian daripada peralatan untuk kegunaan mesin judi dan akan dibawa ke satu lokasi yang lain.
“Bagaimanapun, kami masih menyiasat dari mana komponen elektronik ini diperoleh.
“Kita tidak mahu kegiatan judi berleluasa dan sebelum ia berleluasa, sebaiknya kita membanteras sehabisnya,” katanya.
Azmi berkata, pihaknya akan turut menyiasat dan mengenal pasti dalang di sebalik kegiatan mesin judi dan kemungkinan juga terdapat permintaan tinggi dari orang ramai mendorong kepada kewujudan pusat judi berkomputer. – Sinar Harian Online
Diana Amir – ‘Baguslah Saya Bawa Suami’, diorang jeleslah tu...
TAK tahulah mengapa ada manusia yang berfikiran cetek sehingga perlu mempersoalkan perihal suami-isteri yang sentiasa bersama.
Kalau dah namanya halal, apa salahnya? Nanti kalau tak kerap bersama, dikatanya pula ada masalah rumahtangga.
Ternyata tempias negatif ini turut terkena pelakon dan pengacara, Diana Amir yang dikatakan sering membawa suaminya ke lokasi penggambaran dan majlis tertentu, memetik OHBULAN!.
Katanya:
“Baguslah saya bawa suami, nak bawa siapa lagi? Kenapa benda yang halal orang nak pertikaikan? Benda tu lagi bagus. Kira mengelakkan fitnah. Kalau pergi sorang-sorang lagi bahaya sebab saya perempuan. Jadi saya bawalah suami, memang orang yang sepatutnya melindungi kita. Saya rasa tak ada masalah.
“Kalau saya pergi shooting biasanya dia tak ikut. Yang mana dia ikut ialah kerja-kerja macam forum. Sebab forum biasanya saya pergi jauh dan balik malam. Kalau pergi shooting, saya nak dia ikut tapi dia yang tak nak.”
Kami setuju 100 peratus dengan kenyataan Diana itu. Abaikan saja mulut-mulut negatif sebegini.
Lumrah sesetengah manusia agaknya, mudah cemburu melihat kebahagian dan kesenangan orang lain, tak gitu?
Kes Cerai Di Selangor Ke-5 Tertinggi
Shah Alam – Selangor mencatatkan statistik perceraian kelima paling tinggi di negara ini pada tahun lalu dengan 6,162 kes.
Daripada jumlah itu, hanya 1,056 pasangan yang memohon untuk rujuk kembali manakala aduan kes masalah rumah tangga pula mencatatkan 4,909 kes.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Aluwi Parman berkata, bagi tahun lalu, Selangor mencatatkan 25, 728 permohonan nikah.
Menurutnya, jumlah yang dicatatkan itu menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya iaitu 21, 563 pendaftaran nikah. Dalam tempoh sama, 6, 098 kes perceraian dilaporkan dan 820 kes rujuk kembali.
“Kes perceraian yang tinggi direkodkan adalah disebabkan peningkatan permohonan nikah yang didaftarkan selain faktor peribadi pasangan itu sendiri,” katanya. – myMetro Online
Aizat Tolak Hasrat Siti Nurhaliza, Sheila Majid
PETALING JAYA – Penyanyi Aizat Amdan mendedahkan dia pernah menolak hasrat beberapa orang artis tersohor tanah air seperti Datuk Sheila Majid, Zainal Abidin dan Datuk Siti Nurhaliza yang ingin mendapatkan karyanya.
Aizat, 25, berkata, dia masih belum yakin mencipta lagu untuk dinyanyikan oleh artis popular dan jauh berpengalaman serta mereka yang dianggapnya sebagai idolan dalam bidang seni suara.
“Bukan saya tidak mahu buat (lagu) tetapi saya takut dan belum yakin terutama untuk orang lain dan orang tersebut pula adalah dola-idola saya.
“Untuk artis seangkatan pun saya belum pernah berikan lagu, inikan pula mereka yang sudah ada kelas tersendiri.
“Saya akui masih belum layak untuk mencipta lagu untuk mereka,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Tonton Music, di First Avenue, di sini, Rabu lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Datuk Zainul Ariffin Mohammed Isa (tengah), Pengurus Besar Kumpulan TV9, Sherina Nordin (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul ketika melancarkan Tonton Muzik.
Bagaimanapun, kata Aizat keyakinannya kini semakin bertambah dan dia bersedia untuk memberikan lebih fokus terhadap penciptaan lagu.
Ujarnya, ada beberapa lagu ciptaannya yang kurang bersesuaian dengan genre yang dibawa dan ia akan diberikan kepada beberapa artis baharu.
“Saya ada banyak koleksi lagu tetapi sebelum ini saya tidak pernah berniat nak bagi pada orang, saya takut orang tak nak terima lagu saya.”
“Sekarang keyakinan saya semakin bertambah dan mahu beri fokus untuk buat lagu pula terutamanya kepada artis-artis baharu,” jelasnya.
Sementara itu, ditanya soal kekasih, Aizat mengakui sibuk dengan kerjaya dan belum mempunyai teman istimewa.
Bagaimanapun dia akui terdetik untuk mendirikan rumah tangga selepas abangnya iaitu Anas berkahwin minggu lalu.
“Saya rasa gembira dan sedih bila dia dah kahwin, sudah tentu terdetik dihati saya untuk berkeluarga tetapi jodoh belum sampai lagi.
“Mereka berdua sudah kenal lama dan memang saya nampak sangat serasi dan ditakdirkan bersama. Saya sangat gembira untuk dia,” katanya yang bakal muncul dengan single terbaharu tidak lama lagi. – mStar Online
Potong Telinga, Hidung Ulama Di Afganistan
Baghlan (Afganistan) – Sepasang suami isteri menghiris telinga dan hidung seorang ulama tempatan hingga putus sebagai membalas dendam terhadap serangan seksual ke atas anak perempuan mereka.
Abdul dan Sultana Qahar dari wilayah Baghlan, utara Afganistan mengumpan ulama berkenaan ke rumah mereka untuk makan malam.
Mereka kemudian mengikat dan menghiris muka mangsa.
“Saya memotong telinga dan hidungnya,” Qahar memberitahu Reuters di pejabat ketua polis wilayah, tempat dia ditahan.
“Saya tidak tahu jika kucing sudah memakan telinganya, tetapi hidungnya jatuh ke dalam longkang,” katanya.
Ketua Hal Ehwal Wanita wilayah itu, Khadija Yaqeen berkata, remaja berusia 14 tahun itu memberitahu ibu bapanya mengenai serangan berkenaan empat bulan lalu.
Sultana menjemput ulama itu ke rumah mereka untuk makan malam, kata polis.
Kedua-dua mereka ditahan polis keesokan harinya.
Jurucakap polis Bahglan, Ahmad Jawid Basharat berkata, si bapa mengikat tangan dan kaki ulama berkenaan sebelum melakukan perbuatan ganas untuk membalas dendam.
Ulama, berusia 32 tahun itu menafikan tuduhan dia menyerang anak pasangan berkenaan.
Polis memberitahu mereka sudah memulakan siasatan terhadap kes itu.
Baki Mayat Feri Karam Mungkin Tidak Ditemui
SEOUL – Penemuan satu mayat pada jarak agak jauh dari feri karam Korea Selatan, Sewol mencetuskan kebimbangan kemungkinan ramai mangsa yang masih hilang tidak akan dapat ditemui lagi.
Lebih dua minggu selepas feri seberat 6,825 tan itu terbalik dan karam, seramai 213 orang telah disahkan mati tetapi masih terdapat 89 lagi mangsa yang belum ditemui.
Perkembangan itu menimbulkan perasaan marah dan kecewa dalam kalangan ramai waris mangsa feri karam Sewol.
Kelmarin, sebuah bot nelayan mengangkat satu mayat dari permukaan laut pada jarak dua kilometer dari lokasi penemuan utama mangsa feri karam tersebut dekat Pulau Jindo, selatan Korea Selatan.
“Penemuan ini meningkatkan kesedaran kami bahawa kami perlu memastikan mayat-mayat mangsa hilang,” kata jurucakap Kementerian Lautan dan Perikanan, Park Seung-Ki.
Namun, adalah sukar untuk pihak berkuasa menghalang perkara tersebut daripada berlaku kerana sehingga kini masih terdapat 22 daripada 66 kabin penumpang feri tersebut yang belum diperiksa penyelam-penyelam.
Feri Sewol terbalik pada 16 April lalu bersama 476 orang dengan lebih 300 mangsa merupakan pelajar dan guru sebuah sekolah tinggi di Ansan, selatan bandar raya ini.
Kapten kapal itu, Lee Joon-Seok ditahan selepas kejadian itu atas dakwaan melakukan kecuaian sehingga menyebabkan kematian.
Perdana Menteri, Chung Hong-won turut mengumumkan peletakan jawatan pada Ahad lalu ekoran cara kerajaannya mengendalikan kejadian itu sehingga mencetuskan kemarahan waris keluarga feri tersebut. – Agensi
25 Anggota Abu Sayyaf Terbunuh Di Filipina
MANILA – Angka kematian akibat pertempuran antara tentera Filipina dan militan Islam yang melancarkan serangan mengejut di wilayah selatan negara ini meningkat kepada 26 orang semalam.
Jurucakap tentera wilayah, Kapten Maria Rowena Muyuela berkata, laporan terkini menunjukkan bahawa 25 anggota kumpulan Abu Sayyaf terbunuh dan 24 lagi cedera, manakala seorang tentera Marin Filipina mati serta 19 lagi cedera.
“Tiada pertempuran baharu dilaporkan semalam dan jumlah yang terbunuh meningkat berikutan anggota Abu Sayyaf yang cedera telah mati,” kata Muyuela.
Tentera kerajaan telah menawan kubu anggota kumpulan tersebut yang terselindung di sebalik belukar dan pokok-pokok di kawasan pergunungan pada Isnin lalu. – AFP
Dakwa Temui Serpihan Pesawat MH370
LONDON – Seorang ahli arkeologi marin Britain mendakwa menemui serpihan sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang di sebuah lokasi sejauh 4,800 kilometer dari zon pencarian masa kini di selatan Lautan Hindi, lapor akhbar MailOnline semalam.
Ahli arkeologi marin berkenaan, Tim Akers, 56, telah mengkaji perairan Australia di luar pantai bandar raya ini selama bertahun-tahun untuk mencari bangkai sebuah kapal perang negara itu, HMAS Sydney yang hilang semasa Perang Dunia Kedua.
Pencarian lokasi kapal HMAS Sydney karam itu dilakukan di perairan sama pesawat Boeing 777-200ER milik MAS itu dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi, luar pantai Australia Barat.
Sebelum ini, operasi besar-besaran melibatkan sejumlah satelit, pesawat dan peralatan bawah laut canggih yang berupaya meninjau dasar laut dalam gagal mengesan sebarang serpihan MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu.
Namun, Akers yang berasal dari Yorkshire Utara percaya, dia telah menemui lokasi di mana pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu terlepas selepas ia hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing.
Dia mendakwa mengenal pasti ekor pesawat hilang di perairan di luar Vietnam di sebuah lokasi yang terletak hanya sekitar 1,600 kilometer dari tempat pesawat itu berlepas.
Penemuannya menyokong beberapa laporan pada minggu ini termasuk daripada seorang bekas juruterbang Amerika Syarikat, Michael Hoebel yang percaya dia telah menemui bangkai pesawat Boeing 777-200 itu di perairan Thailand.
Akers memberitahu bahawa dia kini mengenal pasti beberapa bahagian pesawat di sebuah lokasi berdekatan dengan laporan yang diterima oleh pihak berkuasa Vietnam bahawa beberapa pekerja cari gali minyak melihat sebuah pesawat terbakar jatuh dari udara.
Imej itu ditemui berdasarkan imbasan gambar dari satelit yang menunjukkan serpihan seperti ekor dan sayap pesawat. – Agensi
No comments:
Post a Comment