Peninggalan kereta kebal perang teluk
Pemandangan cantik zoom landscape
Taj Mahal
The Great Pyramids of Giza
Stonehenge
Niagara Falls
The Brendenburg Gate
The Acropolis
Mount Rushmore
The Forbidden City
Holloywood
Akibat enggan jual tanah kepada pemaju
Macam-macam...
Pertama kali beli kamera
Macam-macam...
Akibat enggan jual tanah kepada pemaju
Macam-macam...
Hentikan bermain isu, hudud tidak akan dikuatkuasakan di Sarawak – Adenan
KUCHING: Undang-undang jenayah Islam iaitu undang-undang hudud tidak akan dikuatkuasakan di negeri Sarawak memandangkan Sarawak mempunyai pelbagai jenis bangsa dan agama.
Ketua menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem memberi jaminan untuk kali kedua bahawa undang-undang hudud berkenaan tidak akan dilaksanakan di negeri terbabit dan memohon kepada Parti Tindakan Demokratik Sarawak (DAP) agar berhenti memainkan isu berkenaan.
Bagi menjawab persoalan ADUN Ba’kelalan Baru Bian pula, Adenan juga menegaskan tidak akan ada rampasan bible di negeri tersebut seperti yang terjadi di beberapa negeri lain sebelum ini.
Adenan turut menyatakan bahawa kerajaan negeri yang sedia ada sekarang akan memastikan semua kepentingan khas negeri Sarawak yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan akan terus dilindungi kepentingannya.
Segala cadangan sama ada untuk mengubah dan membuang mana mana perkara akan dibawa oleh kerajaan negeri dalam persidangan dewan untuk pendapat semua pihak bukannya dibuat sesuka hati.
Hubungan antara kerajaan negeri dan persekutuan juga berjaya selama ini bukan sahaja selaras dengan peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia, tetapi juga mengikut semangat yang ada pada peruntukan perlembagaan yang telah digubal oleh pemimpin sebelum ini.
Sarawak mempunyai sesuatu keistimewaan tersendiri yang tidak dinikmati oleh negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia dan rakyat haruslah menghargai dan menjaga keistimewaan tersebut sebaiknya katanya lagi.
Adenan berkata demikian pada ucapan pengulungannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-17 yang menamatkan persidangannya bagi penggal keempat hari ini.
Adenan pertama kali menyampaikan ucapan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang kelima setelah menjawat jawatan berkenaan pada Mac lepas.
Sidang DUN Sarawak bermula 5 Mei lalu dan tamat hari ini.
Sumber: Awani
‘Doktor kaki lima’ dicekup
PEGAWAI penguat kuasa memeriksa ubat kuat yang dijual di kaki lima.
Kuala Lumpur: Seorang ‘doktor kaki lima’ yang giat menjalankan perniagaan menjual ubat kuat dan pil perangsang seks di beberapa lokasi sekitar ibu negara terkedu apabila ditahan anggota Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kuala Lumpur (CPFKL) di hadapan sebuah hotel di Brickfields di sini, semalam.
Lelaki tempatan berusia 40-an itu dikesan menjalankan perniagaan ubat kaki lima itu secara bergerak selain memilih lokasi yang menjadi tumpuan ramai seperti restoran dan pusat beli-belah.
Dalam serbuan jam 11.15 pagi itu, sebanyak 15 jenis pil perangsang seks dirampas disyaki diseludup dari China dan Indonesia.
Ketua Seksyen Risikan Operasi CPFKL Azarudin Aziz berkata, lelaki itu dikesan menjalankan perniagaan di beberapa lokasi di Brickfields setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 5 petang sebelum berpindah ke lokasi lain.
“Waktu malam, lelaki itu akan berniaga di Pasar Pudu, Plaza Kotaraya dan Pasar Seni, malah dia juga mengaku sudah ada pelanggan tetap terdiri daripada kalangan lelaki tempatan dan warga asing,” katanya.
Ibu bapa direman kerana kecuaian
Kota Kinabalu: Pasangan suami isteri yang juga ibu-bapa kepada mangsa culik, Low Min You, 3, direman polis selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes kecuaian di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Kedua-dua mereka berusia 31 dan 26 tahun dilihat dibawa ke Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, kira-kira jam 8 pagi sebelum beredar sambil diiringi anggota polis, kira-kira empat jam kemudian.
Difahamkan, permohonan itu dilakukan melalui pegawai penyiasat, Inspektor B Shreethran yang memohon pasangan itu direman selama tujuh hari selepas siasatan mendapati terdapat percanggahan rakaman kenyataan di antara mereka.
Menurut Shreethran, permohonan reman itu wajar berikutan kes kehilangan kanak-kanak terbabit menarik perhatian ramai, bukan saja penduduk di negeri ini, sebaliknya seluruh negara.
Bagaimanapun, peguam bela pasangan berkenaan, Ram Singh berkata, tiada kepentingan menahan pasangan itu untuk jangka masa lama kerana mereka memberi kerjasama baik kepada polis sejak hari pertama kehilangan anak mereka.
Dipenjara sehari curi sotong
Kuala Lumpur: Gara-gara mencuri 13 barangan termasuk keperluan basah iaitu sotong dan udang di sebuah pasar raya di Kepong di sini, seorang wanita warga Filipina dipenjara sehari dan didenda RM600 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhkan hukuman itu terhadap Ma Carolina Andallon, 40, apabila tertuduh mengaku bersalah selepas tuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut kertas tuduhan, tertuduh didakwa mencuri barangan bernilai RM176.06 di pasar raya AEON Kepong, jam 2.30 petang, Sabtu lalu.
Ma Carolina didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Jaga suami ibarat telur
Harare: Seorang majistret wanita di daerah Tredgold di Zimbabwe semalam berkata, isteri perlu menjaga suami masing-masing “seperti menjaga telur” bagi mengelakkan mereka mencari keseronokan di luar rumah.
Kata Sibongile Msipa, seseorang wanita juga mungkin perlu menilai diri sendiri jika berdepan dengan masalah rumah tangga.
“Dalam kes ini, kenapa kamu kejam sangat?” katanya.
Sibongile membuat kenyataan itu ketika mendengar aduan seorang wanita berusia 55 tahun, Florence Chipikiri, yang mengheret suaminya selepas lelaki terbabit gagal memberi nafkah kepadanya.
Shadreck Chipikiri, 66, yang berasal dari Entumbane kemudian mengaku salah atas dakwaan itu.
Chipikiri berkata, dia tidak membayar nafkah sepatutnya kepada Florence mulai Februari lalu dan tidak lagi tinggal bersama sejak 2009 apabila isterinya mula berkelakuan ganas, “Florence wanita ganas, gemar mendera, banyak cakap sedangkan saya seorang pendiam.
“Pada satu tahap dia benar-benar menyerang saya, menyebabkan saya memutuskan untuk keluar dari rumah,” katanya.
Sibongile kemudian bertanya kepada Florence mengapa dia memusuhi suaminya.
Kata Sibongile, lelaki perlu dijaga dan dilayan seperti telur.
“Jika kita gagal, mereka akan meninggalkan kita dan mencari wanita lain.
Lihat diri kamu - kenapa kejam sangat?” katanya.
Florence yang menangis ketika suaminya memberi keterangan memberitahu, masalah bermula apabila Chipikiri menafikan nafkah batin untuknya.
“Mula-mula dia berseluar pendek apabila kami di bilik tidur.
“Keadaan bertambah buruk tidak lama kemudian kerana dia memakai seluar panjang pula ketika tidur.
“Sangat jelas dia menafikan hak saya,” katanya.
Tidak cukup dengan itu, beberapa ketika kemudian, kata Florence, suaminya tidur berasingan dengan alasan pulang lewat dari tempat kerja.
“Lama-kelamaan dia langsung tidak pulang,” katanya.
Sibongile akhirnya mengarahkan Chipikiri membayar pampasan kepada isterinya sebelum 30 Jun atau berdepan hukuman penjara 30 hari.
PM Singapura terima ucapan kesat
Singapura: Seorang pekerja dipecat kerana menulis kenyataan kesat untuk membalas ucapan Hari Ibu ditulis oleh Perdana Menteri Hsien Loong di laman sesawang Facebook.
Dalam kenyataannya, Ridhuan Abdullah, 30, memperkenalkan dirinya sebagai pegawai keselamatan “Keith Morton.” Pengakuan itu mendorong pemilik syarikat keselamatan berkenaan, William Morton Jr, mengambil tindakan memecat Ridhuan.
Kata Morton Jr, tindakan Ridhuan tidak boleh dibiarkan terutama daripada seorang pegawai keselamatan yang bertanggungjawab menjaga standard dan kesopanan.
“Ternyata dia melanggar kod etika syarikat dan kami tidak boleh bertolak ansur,” katanya.
Syarikat Keselamatan Keith Morton mengawal bangunan swasta yang berpangkalan di Jalan Upper Changi dan mempunyai seramai 90 pekerja.
Ridhuan diarah berhenti kelmarin sehari selepas dia memuat naik kenyataan berkenaan.
Morton Jr mengetahui kenyataan kesat itu daripada rakannya dan membuat keputusan untuk memecat pegawai itu bagi memelihara nama baik syarikat.
“Keputusan di tangan saya, tiada sesiapa memaksa saya melakukannya,” katanya.
Ucapan Hari Ibu Lee dimuat naik ke Facebook bersama gambar dirinya, abang dan mendiang ibunya.
Dalam kenyataan itu Lee mengucapkan terima kasih kepada semua ibu.
“Satu hari tidak cukup untuk mengucapkan terima kasih kepada ibu kerana kasih sayang mereka tidak berbelah bahagi dan penjagaan mereka tidak pernah mengenal erti penat,” katanya.
Dalam tempoh dua jam kenyataan itu mendapat lebih daripada 22,300 “likes.” - Agensi
Feri Karam - Harapkan kru, kru lari dulu
Seoul: Kapten dan tiga kru feri Sewol yang karam di perairan Korea Selatan bulan lalu, didakwa atas tuduhan menyebabkan kematian tanpa niat dan cuai, semalam.
Pendakwa kanan Yang Jong-Jin berkata, Kapten Lee Joon-Seok, dua jurumudi dan seorang ketua jurutera boleh dikenakan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.
Bagaimanapun, hukuman mati jarang diberi mahkamah dengan kali terakhir ia dilaksanakan pada 1997.
Menurut Yang, empat pegawai berkenaan gagal membantu memindahkan penumpang walaupun diarah berbuat demikian oleh pihak berkuasa keselamatan maritim, malah hampir sejam kemudian mereka pula yang melarikan diri menaiki bot penyelamat.
Sehubungan itu, kata Yang, mereka didakwa meninggalkan kapal itu ketika ia karam dan sebaliknya mengarahkan semua penumpang - kebanyakannya pelajar sekolah menengah - supaya tidak berganjak dari tempat masing-masing.
“Mereka lari menyelamatkan diri bersama 11 anak kapal lain yang berpangkat lebih rendah, sementara ratusan penumpang terperangkap.
“Bukan itu saja.
Mereka tidak mengumumkan bot penyelamat sudah tiba di tempat kejadian sebaliknya membuka pakaian seragam dan menggantikan dengan pakaian awam untuk memudahkan mereka dipindahkan,” katanya dipetik agensi berita Yonhap.
Yang berkata, 11 lagi anak kapal menghadapi tuduhan lebih ringan, termasuk mengemudi kapal secara salah, meninggalkan feri dan mengabaikan penumpang tanpa sebarang usaha menyelamatkan mereka.
Ketua syarikat pengendali feri berkenaan, Chonghaejin Marine Co dan empat lagi pegawai syarikat juga ditahan.
Sementara itu, jurucakap pengawal pantai Ko Myung-Suk berkata, lapan mayat ditemui antara kelmarin hingga semalam.
Jumlah kematian kini disahkan 284 orang manakala 20 mangsa masih belum ditemui.
Sewol membawa 476 penumpang apabila karam pada 16 April lalu dalam perjalanan ke Pulau Jeju.
Yang berkata, pada hari kejadian, kapal berkenaan membawa kargo seberat 2,142 tan - jauh menjangkaui had muatan ditetapkan iaitu 1,077 tan.
Menurutnya, ketika feri berkenaan menghampiri Selat Maenggol yang terkenal dengan arus deras, kapten feri tidak berada di anjungan, sebaliknya hanya jurumudi ditugaskan mengawal keadaan.
Budak lelaki jadi mangsa seksual guru wanita
Jakarta: Ibu seorang kanak-kanak berusia tiga tahun membuat laporan polis kerana mengesyaki anaknya menjadi mangsa serangan seksual seorang guru wanita, lapor media semalam.
Ibu terbabit berkata, dia musykil apabila anaknya mengadu sakit pada bahagian dubur sejak dua bulan lalu.
“Pada 29 April lalu, anak saya memberitahu duburnya sakit dan enggan ke sekolah.
“Apabila saya bertanya mengenainya, dia memberitahu guru terbabit pernah memaksanya menanggalkan seluar dan menjolok jarinya ke dalam dubur beberapa kali ketika mereka bersendirian di dalam kelas,” katanya.
Terkejut dengan dakwaan itu, ibu terbabit membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Berdasarkan keputusan ujian, kata wanita itu, dubur anaknya luka dipercayai akibat terkena objek tumpul beberapa kali.
Menurut wanita itu, dia menghantar anaknya ke tadika itu kerana yakin terhadap aspek keselamatan di situ.
- Agensi
Bayi terbiar 2 hari di sebelah mayat ibu bapa dibunuh
Melbourne: Seorang lelaki semalam mengakui membunuh seorang pelacur kerana menuntut bela atas kematian seorang wanita yang didakwa dirogol lelaki terbabit.
Tertuduh yang menjadi saksi utama perbicaraan itu berkata, dia menembak mati Shane Chartres-Abbott, 28, berhampiran kediamannya di pinggir bandar pada Jun 2003.
Saksi yang dirahsiakan identitinya itu berkata, tindakannya itu didorong kemarahan apabila mendapat tahu teman wanita rakannya, Warren Shea, 42, dirogol Chartres-Abbott.
Sebahagian daripada lidah mangsa rogol itu juga putus digigit Chartres-Abbott.
Shea turut didakwa di mahkamah dan menjadi defendan kedua dalam perbicaraan itu.
“Saya menghulurkan bantuan kepada Shea dengan menembak pelacur terbabit.
“Shea tidak begitu gembira dengan tindakan saya kerana saya mengenalinya sebagai lelaki bermaruah dan perbuatan saya bertentangan dengan prinsipnya,” katanya.
Saksi terbabit menghadapi tuduhan membunuh Chartres-Abbott - yang dilaporkan berpakaian seperti puntianak - bersama dua defendan lain.
Selain Shea, turut didakwa Evangelos Goussis, 46, yang dikatakan ada bersamanya ketika pembunuhan berlaku.
Sebelum kematiannya, Chartres-Abbott sedang dibicarakan atas dakwaan merogol dan menyebabkan kecacatan ke atas wanita lain pada 2002.
Dalam perbicaraan sebelum itu, Chartres-Abbott dikatakan memberitahu mangsa rogolnya, dia adalah puntianak berusia 200 tahun dan perlu meminum darah untuk terus hidup.
Chartres-Abbott bagaimanapun mengaku tidak bersalah.- AFP
Gigit lidah sampai putus
Melbourne: Seorang lelaki semalam mengakui membunuh seorang pelacur kerana menuntut bela atas kematian seorang wanita yang didakwa dirogol lelaki terbabit.
Tertuduh yang menjadi saksi utama perbicaraan itu berkata, dia menembak mati Shane Chartres-Abbott, 28, berhampiran kediamannya di pinggir bandar pada Jun 2003.
Saksi yang dirahsiakan identitinya itu berkata, tindakannya itu didorong kemarahan apabila mendapat tahu teman wanita rakannya, Warren Shea, 42, dirogol Chartres-Abbott.
Sebahagian daripada lidah mangsa rogol itu juga putus digigit Chartres-Abbott.
Shea turut didakwa di mahkamah dan menjadi defendan kedua dalam perbicaraan itu.
“Saya menghulurkan bantuan kepada Shea dengan menembak pelacur terbabit.
“Shea tidak begitu gembira dengan tindakan saya kerana saya mengenalinya sebagai lelaki bermaruah dan perbuatan saya bertentangan dengan prinsipnya,” katanya.
Saksi terbabit menghadapi tuduhan membunuh Chartres-Abbott - yang dilaporkan berpakaian seperti puntianak - bersama dua defendan lain.
Selain Shea, turut didakwa Evangelos Goussis, 46, yang dikatakan ada bersamanya ketika pembunuhan berlaku.
Sebelum kematiannya, Chartres-Abbott sedang dibicarakan atas dakwaan merogol dan menyebabkan kecacatan ke atas wanita lain pada 2002.
Dalam perbicaraan sebelum itu, Chartres-Abbott dikatakan memberitahu mangsa rogolnya, dia adalah puntianak berusia 200 tahun dan perlu meminum darah untuk terus hidup.
Chartres-Abbott bagaimanapun mengaku tidak bersalah.- AFP
Badan kanak-kanak dalam perut buaya
Port Moresby: Anggota badan budak lelaki berusia 11 tahun ditemui dalam perut seekor buaya besar, manakala kepalanya ditemui di kawasan berhampiran selepas kanak-kanak itu diserang reptilia berkenaan di Papua New Guinea.
Komander polis, Lincoln Gerari memberitahu, buaya sepanjang empat meter itu menyerang Melas Mero ketika dia memancing bersama ibu bapanya di Sungai Siloura minggu lalu.
“Buaya itu melibas kanak-kanak berkenaan dengan ekornya sebelum menyerangnya,” katanya.
Menurutnya, polis menemui dua tangan, dua kaki dan tulang pinggul di dalam perut reptilia berkenaan selepas mereka berjaya menjejak dan membunuhnya.
Kepala kanak-kanak itu ditemui tidak lama selepas itu dan dibawa ke rumah mayat di wilayah itu.
- Agensi
Persiapan majlis kesyukuran anak Ahmad Said rancak
Persiapan majlis perkahwinan anak Ahmad tidak terganggu biarpun krisis politik melanda Terengganu bermula Isnin lalu.
KEMAMAN - Persiapan majlis kesyukuran perkahwinan anak bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, berjalan lancar walaupun berlaku konflik politik melibatkan Adun Kijal itu sejak beliau digantikan tiga hari lalu.
Ahmad berkata, majlis kesyukuran perkahwinan anak keduanya, Nor Ashahirah dengan pasangannya, Mohd Syahirpaul Redzuan Musa itu tetap diteruskan esok dengan segala persiapan dilakukan.
“Sebenarnya anak perempuan saya juga trauma dengan kejadian yang berlaku. Sepatutnya dia gembira dengan majlis perkahwinan yang dilaluinya sekali seumur hidup ini, tapi lain pula yang berlaku,” katanya.
Namun, beliau bersyukur kerana kes (kemelut) berkenaan selesai selepas beliau mengesahkan kembali menyertai Umno, petang kelmarin.
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada sidang medianya di Putrajaya, semalam, turut mengesahkan akan menghadiri majlis perkahwinan tersebut.
Kenduri perkahwinan di Teluk Kalong itu adalah majlis yang kedua diadakan kerana majlis pertama telah diadakan di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI) di Kuala Terengganu pada 10 Mei lalu, yang turut menyaksikan keberangkatan tiba Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.
Tinjauan Sinar Harian juga mendapati kerja-kerja persiapan majlis itu rancak dilakukan dengan sebahagian kerusi dan meja juga telah tiba di pekarangan kediaman beliau.
Maut bertembung kereta guru
Keadaan motosikal mangsa selepas terbabit kemalangan.
SETIU - Seorang pelajar tingkatan empat SMK Chalok, di sini, meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung sebuah kereta dipandu seorang guru wanita.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi semalam di Jalan Kampung Sungai Pinang, Jalan Jelapang, Chalok, mangsa, Khalid Rusydan Hamat, 16, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, mangsa dalam perjalanan dari arah Kampung Jelapang (arah Jertih) menghala ke SMK Chalok, manakala guru berkenaan dari arah bertentangan.
Menurutnya, ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal Honda EX5 sedang mendaki bukit, manakala guru berusia 44 tahun itu yang memandu Perodua Myvi menuruni bukit sebelum kedua-duanya bertembung di tengah jalan.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Setiu untuk bedah siasat manakala guru terbabit hanya cedera ringan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Bapa mangsa, Hamat Jusoh, 69, berkata, anak kesembilan daripada 13 beradik itu dalam perjalanan ke sekolah yang terletak kira-kira 11 kilometer dari rumah mereka.
Menurutnya, sebelum ini, mangsa beria-ria hendak menanam kangkung di halaman rumah dan rajin menyiram tanamannya itu setiap kali pulang dari sekolah.
“Sejak akhir-akhir ini juga termasuk pagi semalam, dia berubah menjadi peramah dan suka bersarapan pagi sedangkan sebelum ini dia tidak gemar bersarapan,” katanya.
Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang pejalan kaki, Wan Som Budin Wan Nik, 73, maut selepas dilanggar sebuah motosikal di Kilometer 69, Jalan Kuala Terengganu- Permaisuri dekat Kampung Bukit Abal, Banggol, di sini, kira-kira jam 9.15 malam kelmarin.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Setiu, namun meninggal dunia jam 1.20 pagi ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat cedera parah.
Penunggang motosikal berusia 15 tahun hanya cedera ringan.
Suri rumah rugi RM3,000 ditipu melalui SMS
Ita menunjukkan beberapa resit bank yang menunjukkan dia memasukkan wang ke dalam akaun berkenaan
SEGAMAT - Seorang suri rumah mendakwa kerugian RM3,000 selepas terperdaya dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang memaklumkan dirinya memenangi hadiah wang tunai.
Mangsa yang ingin dikenali Ita, 40, berkata, dia menerima SMS daripada sebuah syarikat minyak yang mengatakan dirinya menang cabutan bertuah wang tunai sebanyak RM19,000 pada 12 Mei lalu.
“Selepas menerima SMS tersebut, saya terus menghubungi nombor tertera dan disambut seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Nizam dan dia mendakwa mempunyai beberapa syarikat menggali minyak di Asia Barat dan Laut China Selatan.
“Nizam kemudian meminta nombor akaun bank saya untuk memasukkan wang tunai yang dimenangi saya dan dia kata syarikatnya juga berdaftar dan mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Ita berkata, Nizam turut mengarahkannya supaya memasukkan wang sebanyak RM3,000 ke dalam akaun miliknya sebagai salah satu syarat mengaktifkan keahliannya dan wang tersebut juga akan digunakan untuk pelepasan cukai pendapatan.
Menurutnya, tanpa sebarang keraguan, Ita mengikut sahaja arahan Nizam dan memasukkan wang tunai sebanyak RM3,000 ke akaun milik Nizam kira-kira jam 4 petang di sebuah bank di sini, pada hari sama.
“Apabila saya pergi ke bank untuk memeriksa akaun, saya dapati tiada penambahan duit di dalamnya. Saya menghubungi Nizam kembali dan dia memberi alasan BNM tidak boleh mengeluarkan cek sebanyak RM22,000.
“Cek yang hanya boleh dikeluarkan adalah sebanyak RM25,000 dan Nizam meminta saya supaya menambah lagi wang ke akaunnya sebanyak RM3,000 dan ketika itu saya mula curiga,” katanya.
Ita kemudian menyuruh anak lelakinya berusia 26 tahun supaya menghubungi BNM sebelum dimaklumkan bahawa BNM boleh mengeluarkan cek sebanyak RM22,000 tanpa sebarang masalah.
Merasakan dirinya tertipu, Ita membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, kelmarin, untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi mengesahkan menerima laporan mengenai kes berkenaan.
“Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan sindiket seperti ini.
"siasatan kes ini juga sedang dijalankan bagi mengenal identiti lelaki tersebut,” katanya.
Kastam sasar pungutan cukai RM36 bilion
Hassan (dua, kanan) menyampaikan sumbangan beras kepada seorang bapa angkat program Khidmat Bakti Masyarakat di Aring 1.
GUA MUSANG - Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yakin bakal mencapai sasaran kutipan pelbagai hasil cukai termasuk rokok seludup sebanyak RM36 bilion tahun ini dan lebih tegas bagi menangani penjualan rokok tidak sah di semua pasaran seluruh negara.
Penolong Ketua Pengarah KDRM, Datuk Hassan Ibrahim berkata, sasaran itu ditetapkan kerajaan menerusi Kementerian Kewangan dan setakat ini telah berjaya mengutip hasil pelbagai cukai sejumlah RM12.34 bilion sebelum mencapai sepenuhnya sasaran itu menjelang akhir tahun nanti.
Menurutnya, pihaknya memberi jaminan tugasan untuk menangani kegiatan penyeludupan rokok putih dan kretek itu dilakukan dengan lebih tegas termasuk mengenal pasti pengkalam haram dengan negara jiran yang digunakan untuk tujuan itu.
“Kita akan memerangi perkara itu bukan setakat pemeriksaan di kawasan sempadan dan menjalankan Ops Outlet di semua kedai yang menjual secara runcit di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Program Khidmat Bakti Masyarakat sempena Kempen Mencegah Penyeludupan di Tanah Rancangan Felda Aring, 1, di sini, petang kelmarin.
Hadir sama Pengarah KDRM Kelantan, Datuk Aziz Yaacob dan Timbalan Pengurus Besar Felda Wilayah Gua Musang, Kamasri Mamat.
Hassan berkata, Ops Outlet yang mula dilancarkan Mac lalu menunjukan kesan positif dan berjaya menangani kegiatan penyeludupan dan bakal melumpuhkan penjualan rokok tidak sah disemua kedai runcit seluruh negara.
Perkara yang paling ditakuti peniaga runcit apabila mereka ditangkap dan terus didakwa ke mahkamah untuk dijatuhi hukuman penjara walaupun mereka ketika ditahan hanya menjumpai menjual sekotak rokok tidak sah.
Wanita tak serik menipu
IPOH – Walaupun pernah dipenjarakan, seorang wanita tidak serik malah dikesan melakukan pelbagai penipuan membabitkan 13 mangsa di negeri ini serta dikehendaki polis di tiga negeri.
Wanita berusia 38 tahun itu bagaimanapun berjaya diberkas di hadapan Balai Polis Kampung Tawas setelah diumpan keluar oleh mangsa diperdayakannya, kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Maszely Minhad berkata, hasil siasatan mendapati suspek yang berasal dari Kampung Pinang Batang Tiga, Melaka, itu melakukan jenayah itu bersendirian.
Menurutnya, dia didapati aktif melakukan jenayah itu sejak 2006 dan dikehendaki Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, Negeri Sembilan serta Terengganu dan terbaharu membabitkan 12 mangsa sekitar Ipoh.
“Modus operandi suspek yang tidak mendedahkan identiti sebenar adalah menawarkan mangsa bekerja sebagai jururawat di hospital swasta dengan membayar sejumlah wang kepadanya.
“Selain itu, suspek yang sentiasa bergerak akan memperdayakan mangsa berdasarkan situasi termasuk peniaga-peniaga warung yang ditawarkan tender makanan di kantin,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Beliau berkata, suspek turut melakukan penipuan membabitkan barang rampasan Kastam. Dia menawarkan mangsanya barangan elektronik dengan harga murah serta menyediakan khidmat bomoh bagi melariskan perniagaan.
“Kita terima 13 laporan polis bagi kes itu dan kerugian keseluruhan berjumlah RM8,150. Ketika ditahan, kita berjaya rampas sekeping kad mesin pengeluaran wang automatik milik mangsa terbaharu.
“Walaupun pernah dipenjara selama setahun pada 2006 di Melaka, suspek yang disifatkan sebagai tegar masih aktif melakukan jenayah sama dan kes terbaharu dilaporkan pada 7 Mei lalu,” katanya.
Maszely berkata, beliau percaya masih ramai mangsa terpedaya dengan helah suspek dan mereka diminta tampil membuat laporan di balai berhampiran.
“Suspek direman selama empat hari dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
Gambar Mayat Lelaki 'PBSM' Dipercayai Kurang Siuman Tergantung di Jambatan
Mayat seorang lelaki yang dipercayai berbangsa melayu ditemui tergantung berhampiran Jambatan Pasar, mengakibatkan trafik sesak teruk dari Proton Shah Alam ke Puchong Barat ekoran ramai pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan melihat insiden terbabit.
Menurut sumber yang tidak rasmi, lelaki itu dipercayai tidak siuman dan mungkin membunuh diri kerana mengalami tekanan hidup yang melampau.
Sumber: Daily Traffic Report / My Media Hub Online
Pangkalan tentera udara Thai diserbu antikerajaan
Kumpulan penunjuk perasaan cuba merempuh anggota keselamatan yang berkawal di luar pangkalan tentera udara di Bangkok semalam. Foto: EPA
BANGKOK - THAILAND. Ribuan penyokong antikerajaan, semalam menyerbu Akademi Tentera Udara Diraja Thailand dalam insiden protes terbaru untuk menggesa pegawai suruhanjaya pilihan raya dan Perdana Menteri sementara Niwattumrong Boonsongpaisan meletak jawatan.
Menurut Agensi, Pemimpin Jawatankuasa Reformasi Demokrasi Rakyat (PDRC), Suthep Thaugsuban berkata, mereka ke kem itu adalah untuk berbincang.
"Saya mahu berunding tetapi pegawai suruhanjaya pilihan raya dan Niwattumrong melarikan diri," katanya.
Sementara itu, di ibu negara Thailand kekecohan tercetus selepas sekumpulan lelaki bersenjata menaiki trak pikap melepaskan tembakan rambang ke arah kem penyokong antikerajaan berhampiran Monumen Demokrasi.
Pusat Kecemasan Erawan memaklumkan, dua pengawal dan seorang penyokong wanita maut manakala 18 lagi cedera.
Sumber: Sinar Online
MAS rugi RM443 juta sejak Januari
SENTIMEN negatif terhadap MAS akibat kehilangan pesawat MH370, selain tekanan ke atas hasil dan prestasi kurang memuaskan aktiviti bukan teras menyebabkan syarikat penerbangan negara mencatatkan kerugian bersih RM443 juta bagi tiga bulan pertama berakhir 31 Mac 2014, berbanding kerugian RM279 juta bagi tempoh sama tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata, kebanyakan kos berkaitan MH370 akan ditanggung insurans tetapi operasi syarikat itu menjadi lembab untuk beberapa minggu sejak kehilangan MH370 pada awal Mac lalu.
MH370 ialah penerbangan MAS dari Kuala Lumpur ke Beijing, China yang hilang selepas berlepas pada 8 Mac lalu dan masih tidak ditemui sehingga kini.
Ahmad Jauhari berkata, kebiasaannya, pencapaian bagi separuh pertama dalam setiap tahun sentiasa lebih lemah berbanding separuh kedua kerana tempoh perjalanan yang sibuk pada cuti akhir tahun sebelum itu.
"Kerugian bersih bagi suku pertama ini bukan sesuatu yang tidak dijangka.
"Namun keputusannya lebih teruk kerana impak ke atas perjalanan udara secara amnya akibat kehilangan MH370. Keseluruhan pasaran bertindak balas dengan mengurangkan permintaan," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Beliau berkata, aktiviti pemasaran MAS pada masa itu dihentikan sebagai menghormati keluarga penumpang pesawat Boeing 777 dalam perjalanan ke Beijing itu.
Menurut Ahmad Jauhari, sementara pencarian MH370 diteruskan sehingga kini, iaitu lebih dua bulan sejak kehilangannya, MAS perlu mempercepatkan usaha memperbaiki aliran perolehannya dan menguruskan kos yang semakin meningkat dengan lebih baik.
"Keperluan ini menjadi semakin penting untuk kelangsungan masa depan dan kemampanan MAS dalam pasaran yang tidak menunjukkan sebarang tanda untuk persaingan berkurang," katanya.
Beliau berkata, fokus utama kini ialah untuk kekal sebagai pemain industri relevan dalam pasaran penerbangan.
"Kami telah melalui dua tahun usaha untuk memperbaiki operasi. Masih ada banyak yang perlu dilakukan untuk menghadapi realiti perniagaan dan persaingan sebagai operasi yang dinamik.
"MH370 telah mengeluarkan (ciri-ciri) terbaik pasukan MAS untuk bersatu menghadapi krisis itu. Kami menggunakan semangat pasukan ini untuk berjuang bagi masa depan kami," katanya.
MAS memaklumkan, perolehan teras syarikat meningkat sebanyak lapan peratus bersandarkan peningkatan 19 peratus dalam kapasiti tetapi prestasi keseluruhan kumpulan itu terjejas akibat perolehan lemah kargo dan lain-lain.
"Kapasiti berlebihan industri dan struktur kos tidak menguntungkan menyebabkan pendapatan sebelum faedah, cukai, penyusutan dan pelunasan jatuh negatif RM101 juta berbanding RM30 juta tahun lalu," menurut MAS.
Sumber: Sinar Online
Chacha Maembong pakai gaun paras paha dikritik peminat
FESYEN gaun paras paha yang dikenakan oleh Chacha Maembong ketika hadir ke Majlis Pelancaran H! Live semalam tidak begitu disukai peminat kerana memperlihatkan bentuk badannya yang agak gemuk dan berisi.
Menurut portal obulan, Chacha Maembong sepatutnya memilih busana lengan panjang berwarna sedikit gelap dengan perincian feminin jika mahu kelihatan paling menyerlah dan anggun pada pandangan peminat dan pemerhati luar.
Mungkin seharusnya beliau memula jaga dengan kesihatan dan melangsing badan beliau.
Bukan apa, mempunyai bentuk badan yang ideal menunjukan kita sangat pentingkan penjagaan kesihatan.
Sumber: Oh Bulan!
Tiga Sekawan Nafi Lakukan Samun Bersenjata
KUALA TERENGGANU – Tiga sekawan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi, semalam atas dakwaan melakukan rompakan berkumpulan dan bersenjata pada jam 3.10 pagi, 2 Mei lalu di tepi jalan hadapan Bank Simpanan Nasional (BSN), Jalan Paya Keladi, di sini.
Tertuduh, Ahmad Hazimin Nazri, 23, beralamat di Kampung Batin, Seberang Takir; Muhammad Afiq Aiman Amran, 15, beralamat di Seksyen 17, Shah Alam dan Kamal Redzuan Yasin, 22, beralamat di Bukit Kecil, mengaku tidak bersalah serta minta dibicarakan.
Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa melakukan rompakan berkumpulan terhadap harta Mohd Hafiz A Ghani, 35, yang berasal dari Pulau Ketam Duyong Besar, iaitu sebuah telefon bimbit Nokia C2 dan tunai RM30.
Ketika kejadian, suspek didakwa melakukan rompakan dengan senjata yang boleh mendatangkan maut iaitu sebuah buku lima dan seutas rantai besi.
Ketiga-tiga suspek didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Semua tertuduh diarahkan diikat jamin sebanyak RM7,000 oleh seorang penjamin, bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman, Puteri Hikmatul Raudhah Dzulkifli meminta agar wang jaminan dikurangkan kepada RM2,000 atas faktor latar belakang kewangan tertuduh dan keluarga.
Hakim Mohd Azhar Othman kemudian mengarahkan semua tertuduh diikat jamin RM2,000 seorang dengan syarat tertuduh tidak mengganggu saksi kes berkenaan.
“Sekiranya terdapat laporan atau dakwaan tertuduh melakukan gangguan terhadap saksi dan mahkamah mendapati ia benar berlaku, tertuduh akan ditahan reman sehingga kes ini selesai,” katanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Hafizah Mohd Sokran.
Sumber: Sinar Online
Iklan Cermin Kalis Peluru - Tiga Juta Dolar Dalam Cermin Kaca di Tempat Awam Sebagai
Bermacam macam cara yang kreatif digunakan oleh syarikat-syarikat untuk mengiklankan dan membuktikan produk mereka itu berkesan. Dan ini adalah salah satu cara untuk membuktikan keyakinan mereka terhadap produk Cermin Kalis Peluru oleh Syarikat 3M yang mana sejumlah besar wang, Tiga Juta Dolar diletakkan di dalam cermin kaca di tempat awam. Kalau dilhat dari gambar diatas ramai yang mencuba untuk pecahkan kaca tersebut.
Wah.. Berani sungguh mereka mengambil risiko sebegini ya.
Bayi jatuh tingkat 11 stabil
Dayib terpaksa bernafas melalui alat bantuan pernafasan.
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Seorang bayi berusia 15 bulan terselamat selepas terjatuh dari balkoni tingkat 11 di sebuah apartmen di Minnesota.
Menurut Press TV, Dr Tina Slusher dari Pusat Perubatan Hennepin memberitahu, Musa Dayib masih kritikal tetapi stabil. "Bayi ini bernasib baik kerana kebiasaannya, impak jatuh dari bangunan setinggi itu boleh meragut nyawa mana-mana individu," jelasnya.
Sumber: Sibar Online
Imigresen Laksana APSS Sekat Penjenayah
PETALING JAYA – Jabatan Imigresen kini dalam peringkat persediaan bagi melaksanakan Sistem Saringan Awal Penumpang (APSS) dalam waktu terdekat.
Ketua Pengarahnya, Datuk Aloyah Mamat berkata, protokol keselamatan baharu di pintu masuk negara khususnya di lapangan terbang itu bertujuan untuk menghalang kemasukan penjenayah rakyat asing ke negara ini.
“Pada masa ini, Jabatan Imigresen mengadakan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi semakan rekod penumpang.
“Perancangan untuk menggunakan sistem ini dalam peringkat persediaan. Kita akan melaksanakan APSS dalam waktu terdekat,” katanya ketika dihubungi mStar Online.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi sebelum ini berkata, sistem berkenaan dijangka akan dilaksanakan pada pertengahan Jun.
Aloyah berkata, APSS juga merupakan antara langkah-langkah yang diambil kerajaan bagi memastikan kejadian dua penumpang menggunakan pasport palsu seperti dalam insiden pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 tidak berulang.
Dalam insiden pada 8 Mac lalu, dua lelaki warga Iran dikenal pasti menggunakan pasport milik warga Austria dan Itali menaiki pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.
APSS dapat mengesan penumpang atau pelawat yang disyaki atau mempunyai rekod jenayah, dengan lebih awal sebelum mereka memasuki negara ini.
Sebagai sistem tapisan pertama, Jabatan Imigresen akan dapat memperoleh maklumat tersebut sewaktu penumpang terbabit mendaftar masuk di mana-mana lapangan terbang di seluruh dunia.
Sistem berkenaan pada masa ini dipakai di 18 negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Afrika Selatan, Jepun dan Australia.
Sementara itu, Aloyah berkata, Jabatan Imigresen menyokong mana-mana pihak yang turut membantu dalam mengawal keselamatan negara.
Beliau yang merujuk kepada rancangan syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia untuk menggunakan ‘I-Checkit’, sistem pemeriksaan polis antarabangsa (Interpol), berkata ia turut membantu meningkatkan keselamatan perjalanan antarabangsa.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, semua pasport penumpang prospektif akan disemak dengan pangkalan data Dokumen Perjalanan Hilang dan Curi (SLTD) Interpol.
“Apabila dilaksanakan lewat bulan ini, projek perintis AirAsia menjadi syarikat penerbangan pertama menyepadukan I-Checkit dengan sistem mereka sendiri semasa fasa daftar masuk dalam keseluruhan rangkaian antarabangsanya.
“Ini membolehkan nombor pasport penumpang disemak dengan pangkalan data SLTD Interpol, yang memuatkan lebih 40 juta rekod dari 167 negara,” kata Tony.
Sumber: mStar
Shila Amzah dikaitkan dengan bekas calon Angkasawan
NAMA penyanyi Shila Amzah ketika ini hangat diperkatakan kononnya dia sedang bercinta dengan bekas calon angkasawan program AXE-Tronaut 2013 iaitu Adam Tun Tuah.
Shila, 24, dilaporkan telah memuat naik sekeping gambarnya bersama seorang lelaki dipercayai Adam dengan wajah pemuda itu ditutup termasuk gambaran kata-kata pada kapsyen kononnya sedang bersahabat dengan individu itu.
Ia menarik perhatian peminat untuk mengetahui kesahihan sama ada mereka bercinta atau pun tidak.
Shila dan Adam dikatakan sedang berkawan rapat
Identiti lelaki berkenaan mula tersebar apabila Adam turut memuat naik gambar mereka di laman Instagram miliknya.
Sumber memberitahu, kedua-dua mereka berkawan rapat dan pernah beberapa kali bertemu terutamanya semasa perjumpaan ahli kelab peminat Shila ketika wanita berkenaan pulang ke tanah air dari China.
Usaha mStar Online untuk mendapatkan komen Shila mengenai khabar terbaharu itu bagaimanapun tidak berjaya kerana dia kini berada di Shanghai, China, untuk urusan berkaitan seninya.
Shila sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan aktor Sharnaaz Ahmad sebelum dikaitkan berkawan rapat dengan Johan As’ari.
Manakala Adam sebelum ini pernah menjadi lima peserta terbaik program The Malaysian AXE-tronautyang akan mewakili negara ke Akademi Angkasa AXE Apollo yang berpangkalan di Orlando, Florida, Amerika Syarikat.
Bagaimanapun dia tewas kepada peserta wanita, Roshini Muniam dalam misi pencarian bakal angkasawan itu.
Adam pula mengelak untuk memberi sebarang komen berhubung gosip terbaharu berkenaan.
Sumber: mStar
Risteena Kantoi Menipu Ada Ijazah?
Mula popular menerusi drama Playboy Itu Suami Aku, nama pelakon berusia 24 tahun ini dilihat sudah mula meningkat naik dalam industri.
Membawa watak heroin dalam drama tersebut, Risteena kini telah menarik perhatian beberapa orang pengarah tempatan untuk menjayakan filem dan drama mereka.
Bagaimanapun, menerusi laporan Metro, imej bersih yang dibawa oleh Risteena kini mula tercalar apabila timbul desas-desus bahawa pelakon ini didakwa telah berulang kali menipu orang ramai mengenai kelulusan pendidikannya.
Pelakon genit ini dikatakan sering menjaja cerita bahawa dia merupakan seorang graduan sarjana muda lepasan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang penyiaran.
Namun, penipuan itu mula terbongkar apabila Risteena didakwa tidak menghabiskan pengajian semster akhirnya di institut pengajian tinggi tersebut.
Malah, Risteena dikatakan tidak dapat mengawal perasaan gementarnya apabila ditemubual oleh pihak wartawan mengenai perkara ini lantas cuba menukar topik perbualan.
Setahu penulis, memang ramai di kalangan warga media yang merupakan lepasan daripada program tersebut. Jadi, tidak hairanlah jika rahsia ini akan terdedah juga bukan? Apapun, diharap agar Risteena dapat tampil memberi penjelasan mengenai perkara yang sebenar.
Al-maklumlah, karier baru sahaja nak berkembang, sudah timbul pula cerita yang tidak enak yang sedikit sebanyak dilihat boleh menjejaskan kepercayaan pihak media kepadanya.
Sumber: Oh Bulan!
3 individu termasuk pegawai polis diburu
IPOH : Tiga individu termasuk seorang pegawai polis berpangkat Cif Inspektor, kini dicari bagi membantu siasatan berhubung tiga kes berasingan membabitkan kes penipuan, pecah amanah dan penggunaan lambang Ahli Diraja Perak.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Perak Superintendan Maszely Minhad berkata, ketiga-tiga individu itu dikehendaki polis selepas usaha mengesan dan mencari mereka berdasarkan alamat terakhir gagal.
Menurutnya, bagi kes membabitkan seorang pegawai polis, dia dikehendaki untuk membantu kes pecah amanah yang berlaku pada 2005 membabitkan kes kecurian di rumah seorang mangsa di Kampung Tawas, di sini.
“Selepas kes selesai, mangsa meminta semula barangan kemas miliknya dianggarkan bernilai RM40,000 yang dicuri, namun terkejut apabila dimaklumkan semua barang yang dijadikan bahan bukti itu diserahkan kepada pemilik berdasarkan satu surat serah menyerah dan mangsa mendakwa tidak pernah menandatangani surat berkenaan.
“Kertas siasatan kes pecah amanah itu kini dibuka dan disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan di mana suspek adalah Cif Inspektor Mohd Yunud Awang, namun suspek masih gagal dikesan hingga kini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Maszely berkata, alamat terakhir suspek adalah di Nombor 383, Taman Dinding Ayer Tawar, Manjung, dekat sini dan polis meminta orang ramai yang mengenalinya supaya menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Zaharah Jaafar di talian 017-3195 672 atau 05-5461 071.
“Individu kedua yang dicari Wong Yau Choy, 67, yang dipercayai terbabit dalam kes pemalsuan dokumen pertukaran hak milik sebuah rumah yang dianggarkan bernilai RM650,000 tanpa pengetahuan dan kebenaran pemilik asal.
“Alamat terakhir warga emas itu adalah di Nombor 965, Jalan Raja Muda Pasir Pinji, di sini, dan sesiapa yang mempunyai maklumat mengenainya diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Azlinda di talian 012-2262 105 atau 05-5461 071,” katanya.
Menurutnya, individu terakhir yang dicari adalah Khiu Fu Sang, 33, yang dikehendaki bagi membantu kes penggunaan lambang Ahli Diraja Perak yang kini disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (mencegah penggunaan yang tidak betul), 1966.
Katanya, lelaki terbabit sudah cuba dikesan di empat alamat di Negeri Sembilan, namun masih gagal ditemui dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Suraiya Ahmad di talian 016-9226 256.
Sumber: HM
Al-Sisi Minta Bantuan Amerika Syarikat
KAHERAH – Bekas Ketua Tentera Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi yang dijangka akan menjadi Presiden negara ini meminta bantuan Amerika Syarikat (AS) untuk membantu memerangi keganasan yang dilakukan kumpulan-kumpulan militan Islam.
Menurut Al-Sisi, bantuan itu akan mengelakkan sebuah negara seperti Afghanistan yang berdepan masalah dengan pergerakan Taliban wujud di Asia Barat.
Beliau membuat kenyataan itu semasa diwawancara sebuah pertubuhan berita antarabangsa, Reuters kelmarin sebelum pilihan raya Presiden diadakan pada 26 dan 27 Mei ini.
Namun, pengundian awal telah bermula di beberapa kedutaan Mesir di luar negara semalam.
Al-Sisi dijangka menang mudah kerana beliau hanya menerima tentangan daripada seorang calon berhaluan kiri, Hamdeen Sabahi.
Jika memenangi pilihan raya Presiden, beliau akan menjadi Presiden terbaharu yang mempunyai latar belakang ketenteraan.
Pada 3 Julai tahun lalu, beliau mengetuai tentera untuk merampas kuasa ke atas Presiden Mohamed Morsi yang merupakan orang awam pertama dipilih menerusi pilihan raya untuk menjadi ketua negara.
Morsi kini ditahan dan didakwa melakukan pengintipan dan menyebabkan keganasan berlaku di Mesir.
Menyentuh tentang Ikhwanul Muslimin, Al-Ssisi menyatakan, pergerakan itu tidak lagi relevan di negara ini.
Menurutnya, keganasan yang dilakukan pergerakan itu ke atas penduduk Mesir menyebabkan ia tidak mendapat simpati dalam kalangan rakyat.
Pergerakan itu juga dilabel sebagai pertubuhan penganas di Mesir.
Al-Sisi juga menyatakan, situasi ekonomi di Mesir kini mengalami kesukaran sejak tiga tahun lalu.
“Lebih 50 peratus penduduk Mesir hidup dalam kemiskinan. Terdapat banyak pengangguran,” katanya.
Menurutnya, demokrasi tidak akan berjaya melainkan terdapat kedudukan ekonomi yang kukuh dan menerusi sokongan kuat ke atas bidang pendidikan.
“Demokrasi bukan sahaja untuk mendidik golongan muda tetapi untuk mewujudkan suasana yang sesuai bagi membolehkan demokrasi berjalan dengan baik,” kata- nya.
Sumber: Agensi
10 Lagi Maut Akibat MERS-CoV
Doha – Arab Saudi berkata bahawa 10 lagi yang dijangkiti dengan virus korona Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERSCoV) meninggal dunia dalam tempoh dua hari lalu, dan mengesan 20 kes jangkitan baharu virus berkenaan, meningkatkan jumlah jangkitan kepada 511.
Lima daripada kematian berkenaan dilaporkan pada Selasa lalu dan lima lagi kelmarin, menurut kenyataan dalam laman web kementerian kesihatan.
Ia menjadikan 157 kematian di Arab Saudi sejak MERSCoV, sejenis virus berbahaya seperti Sindrom Pernafasan Akut (SARS) dikesan dua tahun yang lalu.
Kian meningkat.
Pertubuhan Kesihatan Dunia kelmarin berkata bahawa sementara kebimbangan mengenai virus itu “kian meningkat”, penyakit itu tidak mencetuskan tahap kecemasan di peringkat global.
Daripada 16 kes baharu yang dikenal pasti Rabu, dua mati. Daripada empat kes yang dikenal pasti pada Selasa, satu sudah meninggal dunia, kata kementerian.
Kadar jangkitan di Arab Saudi meningkat beberapa minggu ini selepas penularan meluas dikaitkan dengan hospital di Jeddah dan Riyadh.
Jumlah keseluruhan jangkitan hampir dua kali ganda pada April dan meningkat 25 peratus pada Mei.
Penularan terbaharu itu mencetuskan kebimbangan kerana kemasukan jemaah di seluruh dunia pada Julai sempena bulan Ramadan.
Saintis seluruh dunia berusaha mencari sumber sama ada haiwan atau empangan simpanan air untuk mengesan virus itu sejak kes pertama MERSCoV membabitkan manusia disahkan pada September 2012.
Sumber: Reuters
Pilihan Raya Thai Mungkin Ditunda
BANGKOK – Pilihan raya umum Thailand besar kemungkinan ditunda berikutan tindakan penunjuk perasaan antikerajaan yang terus menentang pelaksanaan rancangan itu.
Walaupun pilihan raya itu ditetapkan pada 20 Julai, dekri diraja belum dikeluarkan untuk membolehkannya diadakan dan berikutan keganasan yang memuncak kebelakangan ini, ia mungkin ditunda.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan wakil-wakil kerajaan sementara sepatutnya bermesyuarat di Akademi Tentera Udara Diraja Thailand semalam untuk membincangkan perkara berkaitan pilihan raya.
Namun, mesyuarat tersebut tidak dapat berlangsung apabila penunjuk perasaan memasuki akademi itu.
Setiausaha agung SPR, Phuchong Nutawong memberitahu pemberita, mesyuarat itu terpaksa ditunda kerana para penunjuk perasaan memasuki akademi itu dan berkumpul hanya 50 meter dari dewan mesyuarat.
Pemimpin Jawatankuasa Pembaharuan Rakyat, Suthep Thaugsuban, yang mengetuai penyokongnya ke akademi itu semalam, memasuki dewan mesyuarat berkenaan.
Bagaimanapun, mereka mendapati tiada anggota SPR dan wakil-wakil kerajaan sementara yang hadir kerana bimbang akan keselamatan diri mereka akibat bantahan yang diadakan.
Para penunjuk perasaan turut makan tengah hari di hadapan dewan mesyuarat itu sebelum kembali ke tempat perhimpunan mereka di Ratchadumnoen Avenue.
Dalam pada itu, menurut Pusat Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Erawan Pentadbiran Metropolitan Bangkok, dua orang terbunuh dan 21 cedera apabila dua butir bom tangan dilontar ke arah para penunjuk perasaan antikerajaan yang berhimpun berhampiran Tugu Demokrasi pada kira-kira pukul 2.45 pagi.
Mereka yang meninggal dunia di hospital itu dikenali sebagai Narayos Chanpet, 21, dan Somkuan Nuankhanai , 51.
Sejak 30 November tahun lalu, seramai 24 orang terbunuh dan 783 orang lagi cedera di Bangkok manakala tiga torang lagi terbunuh dan 43 lagi cedera di wilayah lain.
Penyelesaian terhadap konflik politik Thailand mengalami kebuntuan apabila penunjuk perasaan antikerajaan terus mendesak agar perubahan dilakukan dan kerajaan sementara sekarang disingkirkan kerana ia dianggap masih dipengaruhi Thaksin Shinawatra, walaupun adiknya, bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra telah disingkirkan.
Sementara itu, parti pemerintah, Pheu Thai Party, mahu pilihan raya umum diadakan secepat mungkin dan yakin akan memenanginya.
Sumber: Bernama
Wanita seksi masuk bilik ajak ‘masjit’
Teringat cerita seorang ustaz perihal geng masjid di negara kita yang buat lawatan ke negara jiran itu. Ketika mereka sedang berehat di hotel, datang seorang lelaki bertanya: “Pak, apa bapak mau masjid?”
Mereka langsung mengiakan ajakan itu. Elok jugalah, boleh buat solat sunat tahiyat masjid dan tengok orang setempat berjemaah. Lalu lelaki itu minta mereka tunggu di kamar kerana katanya, nanti akan ada orang datang ajak mereka ke masjid. Tidak berapa lama menunggu, pintu bilik mereka diketuk. Sebaik dibuka, alangkah terkejut mereka masing-masing kerana yang mengetuk adalah wanita yang hampir tidak berpakaian. Sedikit sangat tutupnya.
Wanita itu pula pantas menarik tangan mereka masuk ke bilik, lalu menutup pintu. Kecohlah jadinya apabila wanita itu dihalau keluar!
Mereka pun mengadu kepada si penjaga. Apabila lelaki itu datang, dia bertanya: “Bapak-bapak, kenapa jadi ribut ya? Tadi bapak sendiri bilang mau masjid!”
“Tak ribut apanya, tadi awak ajak kami ke masjid. Tahu-tahu, mereka ni yang datang, masjid apa ke jadahnya?” kata ahli geng masjid itu. “Ya pak, emangnya masjit ya pak, massage sama pijit (picit), masjit. Saya nggak ngajakin bapak ke masjid tempatnya solat itu ya pak!”
Sumber: Sinar Online
Rusuhan Anti-China Di Vietnam: Tiada Laporan Rakyat M'sia Cedera Atau Terjejas
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar setakat ini belum menerima sebarang laporan mengenai rakyat Malaysia yang cedera atau terjejas berikutan rusuhan di kilang milik asing di selatan Vietnam.
Kenyataan Wisma Putra pada Khamis menyebut situasi di Vietnam adalah terkawal dan Konsul Jeneral Malaysia di Bandaraya Ho Chi Minh sedang memantau rapi keadaan itu.
"Semua rakyat Malaysia di Vietnam dinasihat agar berwaspada dan menjauhi kawasan yang terjejas," katanya sambil menambah syarikat milik Malaysia tidak terkecuali daripada mengalami kerosakan dan kerugian dalam insiden itu.
Menurut kenyataan itu, Malaysia menghargai usaha berterusan kerajaan Vietnam dalam mengekang rusuhan di selatan Vietnam yang mengakibatkan kerugian harta benda bernilai berbilion Dong dan ribuan pekerja kehilangan sumber pendapatan.
Kenyataan itu juga menyebut Malaysia menggesa mereka yang terlibat mengelak daripada terus memburukkan lagi keadaan serta melahirkan kebimbangan terhadap rusuhan yang berlaku, terutama di Wilayah Binh Duong, yang menyaksikan perusuh mengganggu pekerja kilang, memecah masuk, menggeledah serta memusnahkan premis kilang sekali gus menyebabkan operasi kilang terganggu.
Media melaporkan bahawa ribuan penduduk tempatan melancarkan rusuhan anti-China pada Rabu dan membakar beberapa kilang milik usahawan negara itu di bahagian selatan dan tengah Vietnam sebagai membantah tindakan China membina pelantar minyak di kawasan pengeluaran bahan mentah berkenaan di perairan Laut
China Selatan yang menjadi rebutan.
Sumber: mStar
Selepas Terengganu, MB Pahang Pula Bakal Ditukar?
Selepas Datuk Seri Ahmad Said digantikan sebagai Menteri Besar Terengganu, dikhabarkan giliran Datuk Seri Adnan Yaakob dari Pahang pula bakal tiba.
Sumber dalaman UMNO dan kerajaan memberitahu Mynewshub, pertukaran itu dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.
Dua nama disebut sebagai bakal menggantikan Adnan iaitu sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Shakar Shamsuddin dan ADUN Benta, Datuk Ir Mohd Soffi Abdul Razak.
Shakar
Soffi
Desas-desus pertukaran MB Pahang sudah mula kedengaran sejak tahun 2012 lagi apabila ada suara mengatakan bahawa Adnan bakal digantikan dengan orang lain selepas Pilihan Raya Umum ke-13 berakhir.
Namun kali ini, perubahan kepimpinan di Pahang dipercayai hampir pasti berlaku selepas beberapa kali tertangguh.
“Cuma yang diperlukan adalah perkenan Tuanku Sultan akan siapa yang lebih layak,” katanya.
Menyedari kemungkinan perubahan itu, Adnan pada satu sidang media kelmarin telah awal-awal memberikan peringatan kepada wartawan bahawa beliau tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung perubahan di Terengganu.
Beliau mungkin mahu mengelakan sebarang persoalan balas jika diminta berundur dalam masa terdekat.
Selain Terengganu dan Pahang, ada ura-ura pertukaran yang sama di beberapa negeri lain bakal turut berlaku.
Difahamkan ia bagi memberi peluang kepada negeri di bawah Barisan Nasional (BN) dipimpin oleh golongan muda sebagai persiapan BN menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan datang.
Di Terengganu, Ahmad Said meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Isnin lepas dan beliau digantikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.
Ahmad Razif mengangkut sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu pada malam hari yang sama.
Sumber: My News Hub
Rasuah: Dua Lagi Penguatkuasa Lindungi Operasi Haram Ditahan
GEORGE TOWN: Dua lagi individu ditahan, termasuk penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana disyaki menuntut wang perlindungan kononnya bagi melindungi operasi penjualan cakera padat video (VCD) dan cakera padat digital (DVD) haram sekitar Pulau Pinang.
Kes terbaharu itu menjadikan semuanya lapan orang ditahan suruhanjaya itu setakat ini, sejak memulakan operasi pada Rabu.
Sebelum ini, enam penguatkuasa ditahan termasuk seorang pesara pasukan yang berusia 58 tahun.
Sumber memberitahu mStar Online, pembantu penguatkuasa KDN itu yang menjalankan tugas berkaitan penerbitan produk juga disyaki menyalahguna kuasanya untuk kepentingan peribadi.
Katanya, seorang lagi yang ditahan adalah pengusaha premis VCD dan DVD yang didapati cuba menyogok pihak berkuasa bagi mengelak dikenakan tindakan kerana menjalankan perniagaan secara tidak sah.
"Seperti enam penguatkuasa yang ditahan sebelum ini, kedua-duanya terbabit sama ada menuntut wang atau menyogok wang untuk melindungi kegiatan haram itu," katanya ketika dihubungi.
Sumber itu berkata, kedua-duanya ditahan dalam operasi pada Khamis di lokasi berlainan di negeri berkenaan.
"Setakat ini, mereka ditahan bagi membantu siasatan dan keterangan mereka akan direkodkan di ibu pejabat SPRM negeri," katanya.
Penahanan yang dilakukan sepasukan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan pendedahan mStar Online mengenai kegiatan anggota penguatkuasa yang menuntut wang perlindungan antara RM50 hingga RM200 sebulan daripada setiap pengusaha premis berkenaan di negeri itu.
Berdasarkan jumlah itu, ada pengusaha perniagaan haram itu yang membayar antara RM1,500 hingga RM6,000 sebulan kepada pihak terbabit yang mula menjalankan kegiatan itu sejak lebih dua tahun lalu.
Malahan, ada pengusaha terbabit yang menanggung rugi sehingga RM12,000 dalam tempoh tiga bulan kerana terpaksa membayar wang perlindungan kepada sekurang-kurangnya 20 orang setiap bulan.
SPRM menjalankan risikan sejak tiga bulan lalu susulan maklumat orang ramai termasuk pengusaha perniagaan terbabit yang serik apabila terpaksa menanggung kerugian setiap bulan.
Sumber: mStar
Dua Biarawati Diserang: Polis Tolak Motif Jenayah Benci
Sister Marie Rose kembali sedar dan boleh bercakap kepada ahli gereja yang datang melawatnya di hospital. Foto UU BAN / THE STAR
SEREMBAN: Serangan terhadap dua biarawati di dalam kawasan Gereja Visitation dekat sini pada Rabu bukan jenayah benci, kata Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh.
Osman berkata, berdasarkan siasatan awal, polis turut menolak jenayah benci sebagai motif serangan itu.
Beliau berkata, polis mengklasifikasikan kes berkenaan di bawah seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan semasa rompakan.
Kedua-dua biarawati itu diserang tanpa belas kasihan menggunakan topi keledar dan dirompak di perkarangan Gereja Visitation sebelum subuh pada Rabu, di mana mereka hanya mempunyai beberapa ringgit ketika kejadian.
Sister Julianna Lim, 69 yang kini bertarung nyawa berada dalam keadaan koma mempunyai kurang daripada RM10 manakala Sister Marie Rose/Theresa Teng, 79, mempunyai beberapa ringgit, dalam beg tangan kecil mereka ketika diserang oleh seorang suspek yang memakai topi keledar bertutup muka penuh.
Kedua-dua mereka juga membawa beberapa bahan keagamaan seperti tasbih, buku-buku doa dan naskah Bible ketika diserang.
Osman berkata selain itu, yang dibawa mereka adalah kunci rumah mereka di Kg Pasir, kunci kereta dan sebuah telefon bimbit.
"Kami dapat merakamkan kenyataan Marie Rose dan dia berkata bahawa seorang lelaki yang memakai topi keledar bertutup muka penuh telah menyerangnya dahulu menggunakan topi keledar.
"Ia membuatkan Lim untuk menjerit, menyebabkan penyerang memukulnya menggunakan topi keledar berulang kali," katanya.
Seorang pengawal gereja mendapati kedua-dua Lim dan Marie Rose terbaring dengan berlumuran darah di pintu masuk ke gereja pada pagi itu.
Kedua-dua mereka tiba di gereja beberapa minit lebih awal, dengan menaiki kereta yang yang dipandu Lim bersama seorang lagi biarawati.
Sebelum kejadian berlaku, seorang lagi rahib berkenaan berjalan ke arah patung Virgin Mary untuk memulakan doa manakala mangsa berjalan ke hadapan untuk berdoa.
Osman berharap Lim akan pulih dengan segera dan mendapat petunjuk berhubung serangan itu berikutan dia yang melihat suspek memukul Marie Rose terlebih dahulu.
"Marie Rose tidak ingat banyak mengenai suspek yang memukulnya dari arah tepi.
"Apa yang dia boleh memberitahu kita adalah seorang penyerang memakai topi keledar bertutup muka penuh, berbadan kurus dengan ketinggian kira-kira 5 kaki 7 inci," katanya.
Beliau berkata, mangsa juga berpakaian biasa dan tidak memakai pakaian seragam ketika diserang.
"Kita sedang meneliti rakaman CCTV yang diterima daripada gereja untuk mendapatkan petunjuk.
"Secara keseluruhan, terdapat 13 CCTV dan kita memerlukan masa dan bantuan daripada pakar-pakar untuk mengkajinya dengan teliti," katanya.
Bagaimanapun, Osman berkata, CCTV di pintu masuk ke gereja di mana kedua-duanya diserang, tidak berfungsi.
"Agak tidak bernasib baik tetapi kita akan melihat CCTV lain dan berharap untuk mendapatkan beberapa petunjuk dari rakaman yang lain," katanya sambil menambah bahawa satu pasukan forensik polis turut dihantar ke tempat kejadian untuk mencari petunjuk.
Beliau turut menggesa saksi kejadian untuk tampil ke hadapan dan membantu siasatan.
Sumber: mStar
PDRM Tahan Pengganas Rancang Lancar Serangan Ke Atas Pejabat Konsulat Asing Di India
Kebelakangan ini, terdapat banyak hebahan dibuat melalui aplikasi Whatsapp dan media sosial yang memberikan maklumat jenayah terkini menggunakan nama ASP Suman dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (D9).
Berdasarkan semakan yang dibuat, Bahagian D9 tidak mempunyai pegawai bernama ASP Suman Kumar yang berkhidmat di bahagian tersebut.
Polis Diraja Malaysia hanya akan mengeluarkan info-info terkini dan hebahan menggunakan platfrom rasmi sahaja.
Namun kandungan mesej yang disebarkan boleh digunapakai dan adalah menjadi satu tindakan yang wajar diambil untuk menghantar kanak-kanak sesat tersebut ke balai polis berdekatan.
(Sumber: Fan Page PDRM)
Tidak Ada ASP Suman Kumar Di D9
Kebelakangan ini, terdapat banyak hebahan dibuat melalui aplikasi Whatsapp dan media sosial yang memberikan maklumat jenayah terkini menggunakan nama ASP Suman dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (D9).
Berdasarkan semakan yang dibuat, Bahagian D9 tidak mempunyai pegawai bernama ASP Suman Kumar yang berkhidmat di bahagian tersebut.
Polis Diraja Malaysia hanya akan mengeluarkan info-info terkini dan hebahan menggunakan platfrom rasmi sahaja.
Namun kandungan mesej yang disebarkan boleh digunapakai dan adalah menjadi satu tindakan yang wajar diambil untuk menghantar kanak-kanak sesat tersebut ke balai polis berdekatan.
(Sumber: Fan Page PDRM)
Muka-Muka Ini Dikehendaki Polis KL Kerana Kasari Media Semasa Perhimpunan Bantah CBP
KUALA LUMPUR — Polis Kuala Lumpur (KL) hari ini mengedar 11 keping gambar individu yang dipercayai terbabit dalam kejadian mengasari pengamal media yang membuat liputan perhimpunan membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (CBP) di Dataran Merdeka pada 1 Mei lepas.
Menurut laman Facebook Polis KL, individu terbabit atau sesiapa yang mengenali mereka diminta supaya tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan polis.
“Mereka yang terbabit atau ingin menyalurkan maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Ananthan Rajoo melalui Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26977099,” katanya.
Sebelum ini pihak polis menerima dua laporan daripada anggota media yang diserang dan laporan itu turut disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun
Keseksaan kerana merusuh yang jika dibuktikan boleh dihukum penjara selama dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, tiga jurukamera dilapor dikasari sekumpulan peserta yang berpakaian serba hitam dan menutup muka.
Dua daripada jurukamera itu ditumbuk dan disepak, sementara seorang lagi terkena balingan kayu.
Laman sosial polis itu turut menyiarkan beberapa keping gambar individu yang didapati melanggar syarat peraturan Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 dengan membawa kanak-kanak bawah umur ke perhimpunan.
“Kami mendapati terdapat peserta perhimpunan dan yang berhimpun telah membawa kanak-kanak di bawah umur 15 tahun sebagaimana yang ditafsirkan di bawah
Peruntukan 3, APA 2012.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 4(2)(f) APA 2012 yang bertentangan dengan Jadual Kedua Akta tersebut, iaitu suatu kesalahan yang jika disabitkan
kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM20,000,” kata polis.
Menurut kenyataan itu, individu yang terbabit atau orang ramai yang mengenali mereka boleh menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Chua Wee Seong melalui Pusat Kawalan Daerah Polis, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26977099.
Sumber: Bernama
Operasi Cermin Gelap Bermula 16 Jun: Polis
KUALA LUMPUR – Pihak polis memberi amaran kepada pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi supaya menukar atau menanggalkannya sebelum operasi besar-besaran dijalankan mulai 16 Jun ini.
Ketua Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata, pemilik diberi tempoh sehingga 15 Jun untuk berbuat demikian, sebelum kompaun RM300 dikenakan kepada mereka yang melakukan kesalahan tersebut.
“Penggunaan cermin gelap dan nombor pendaftaraan tidak mengikut spesifikasi akan menyukarkan untuk mengecam suspek,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Namun beliau berkata, penggunaannya perlu mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan.
Sumber: Bernama
Akibat Panah Anjing, Lelaki Berkopiah Diburu Polis
POLIS akan menahan secepat mungkin lelaki yang dikatakan memanah seekor anjing sebanyak dua kali sehingga cedera di Taming Jaya Balakong, Selasa lepas secepat mungkin.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Rashid Abdul Wahab berkata buruan ke atas lelaki itu dimulakan selepas seorang individu membuat laporan polis di Balai Polis Taming Jaya semalam berhubung insiden itu.
“Kita akan tangkap dia sebaik sahaja kita tahu lokasi dia berada kerana kita menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 429 Kanun Keseksaan kerana kekejaman ke atas haiwan,” katanya menurut laporan Malay Mail.
Gambar anjing berkenaan masih terlekat anak panah menjadi viral di internet semalam dengan orang ramai mengutuk keras tindakan lelaki yang tidak berhati perut.
Lelaki berkenaan yang turut disebarkan gambarnya dilihat memakai baju Melayu, kain pelikat dan berkopiah tetapi tergamak melakukan kekejaman sebegitu rupa ke atas haiwan.
Suspek melepaskan dua anak panah dari busur dipercayai miliknya selepas anjing itu berada di hadapan pintu pagar rumahnya dan enggan beredar.
Sementara itu, aktiviti hak asasi mahu si pelaku dihukum dengan setimpal.
Presiden Hak Asasi Haiwan Malaysia N Surendran berkata suspek boleh didakwa mengikut Seksyen 44 Akta Haiwan 2006 kerana kekejaman ke atas haiwan.
“Jika disabitkan kesalahan dia bakal berhadapan denda RM200 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Anjing berkenaan kini dijaga oleh tempat perlindungan anjing Malaysian Dogs Deserve Better dan mendapat rawatan akibat kecederaannya di Klinik Veterinar di Subang Jaya.
Sumber: My News Hub / Airy Aris
“Bapa Ayam” menyamar jurugambar RTM ketika serbuan dilakukan
GEORGE TOWN: Seorang lelaki yang disyaki ‘bapa ayam’ ditahan setelah cuba mengelirukan polis dengan menyamar sebagai jurukamera Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam satu operasi di Lebuh Chulia di sini awal hari ini.
Menurut sumber polis, dalam operasi pukul 1 pagi itu, sepasukan polis dari cawangan perjudian, kongsi gelap dan maksiat (D7) pada mulanya menahan lelaki berusia 50-an itu bersama seorang wanita dipercayaipelacur kerana berkelakuan mencurigakan.
Lelaki berkenaan mendakwa dia sedang bertugas merakam video operasi itu manakala wanita itu adalah isterinya dan kedua-dua mereka kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut.
Lelaki itu dilaporkan bertindak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis di lokasi kejadian
Setelah soal siasat terhadap wanita terbabit dilakukan, wanita itu menafikan dia adalah isteri lelaki terbabit sebaliknya memberitahu polis bahawa lelaki itu adalah bapa ayam.
Gan berkata lagi, hasil siasatan lanjut mendapati lelaki itu juga bekerja sebagai jurukamera bebas di samping menjadi bapa ayam kepada pelacur sekitar kawasan itu.
Lelaki itu kini ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 372A (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 15 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.
Lelaki itu turut disiasat dibawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyamar yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun dan denda.
Sumber: New Malaysian Post
Nak Buat Lagi Lepas Kena Raba Dengan Teman Lelaki
MUNGKIN kurang didikan agama atau akhlak yang dimanupulasikan dengan zaman media sosial, maka pemikiran cetek tanpa rasa malu memuat naik status yang jijik dipandang masyarakat.
“Selepas kene raba dengan bf…best je nak buat lagi” inilah perkataan jijik anak muda yang bergelar gadis yang menjadi harapan keluarga.
Kita kadangkala tertanya-tanya apa yang menyebabkan mereka jadi begini, mudah sahaja mengeluarkan perasaan berahi tanpa ambil kisah tanggapan masyarakat.
Gadis yang tidak tidak didedahkan nama akaun Facebook, dengan bangga memuat naik status yang dinyatakan baru-baru ini.
Bagaimanapun, mungkin juga akaun ini adalah palsu, namun jika benar, gadis bertudung ini harus bertaubat.
Inikah yang dikatakan harapan bangsa, untuk membangunkan negara?
Sebagai ibu bapa, keluarga dan masyarakat jangan ambil mudah perkara ini, kerana selagi dibiarkan ianya akan berlarutan.
Sumber: New Malaysian Post
Sejadah dihampar untuk solat masih elok walaupun rumah musnah terbakar
ALOR SETAR – Seorang mangsa kebakaran sebak menyaksikan tanda kebesaran ALLAH apabila sejadah yang dihampar untuk menunaikan solat Maghrib masih dalam keadaan elok walaupun rumahnya musnah di Kampung Pondok Chegar, Jalan Pantai Johor, di sini, malam kelmarin.
Difahamkan kejadian yang membabitkan empat rumah berjiran itu berlaku kira-kira jam 7.15 malam, ketika mangsa Nor Hakimah Abdul Talib, 48, sedang mengambil wuduk di rumahnya.
“Semasa berwuduk saya mendengar bunyi bising orang ramai menjerit di luar rumah. Bimbang berlaku sesuatu saya segera menjenguk menerusi tingkap di ruang tamu namun terkejut melihat api sedang marak menjulang tinggi di rumah jiran.
“Dalam keadaan kelam kabut saya segera capai tuala untuk tutup kepala dan api juga sudah mula merebak ke arah tingkat atas rumah,” katanya kepada media, ketika ditemui di rumahnya, di sini semalam.
Hampar sejadah sebelum wuduk
Menurut Nor Hakimah, memang sudah menjadi rutin baginya menghampar sejadah di ruang solat berhampiran dapur sebelum mengambil wuduk.
“Memang sebak sangat melihat keadaan sejadah masih terletak elok di tempatnya bukti kekuasaan Allah sedangkan hampir keseluruhan bahagian rumah terbakar, hanya kawasan berhampiran dapur sahaja yang terselamat.
“Bingkai-bingkai tertulis kalimah suci al-Quran di sudut pintu masuk ke dapur serta beberapa naskah al-Quran yang diletakkan di atas rak juga langsung tidak terusik,” katanya.
Dia berkata, tindakan pantas dua orang anaknya iaitu Zulfekar Ahmad Shaalani, 18, dan Mohamad Iqbal Ahmad Shaalani, 15, turut menyelamatkan dua ahli keluarga mereka yang kurang sihat.
“Salah seorang anak perempuan saya terlantar demam sejak sebulan lalu berehat di atas katil berdekatan ruang tamu, manakala adik kedua iaitu Mazri, 46, yang mengalami masalah mental tidur di tingkat atas.
“Zulfekar pada awalnya membantu jiran memadam kebakaran namun apabila menyedari keadaan semakin tidak terkawal dia segera berpatah balik dan segera masuk ke dalam rumah memangku keluar kakaknya untuk dihantar ke rumah jiran berdekatan,” katanya.
Menurutnya, sementara Iqbal pula terpaksa menendang pintu di bahagian luar tingkat atas rumah untuk menarik keluar bapa saudaranya kerana tangga dalam rumah sudah hangus dalam kebakaran.
Solat Maghrib tertangguh, terkejut dengar kebakaran.
Suaminya, Marzuki Ahmad, 70, berkata, kejadian berlaku waktu dia sedang bersiap-siap mahu menunaikan solat Maghrib di surau bersebelahan dengan rumahnya.
“Saya terkejut dengar Iqbal menjerit rumah jiran terbakar sebelum bergegas turun. Sewaktu sampai depan rumah api sedang marak merebak ke rumah jiran dan saya bertindak segera menghubungi bomba serta memanggil beberapa jiran terdekat untuk membantu memadam kebakaran.
“Tidak sampai beberapa minit api turut merebak ke arah rumah kami. kerugian yang dialami mencecah hampir RM100,000 membabitkan rumah serta peralatan rumah,” katanya.
Sedar rumah terbakar, waktu mahu mengambil kunci kereta
Seorang lagi mangsa, Fitriah Arifin, 30, berkata, nasib baik sewaktu sedang membasuh pinggan, dia tergerak hati mahu naik ke tingkat atas mengambil kunci kereta.
“Belum sempat melangkah ke anak tangga kedua saya nampak api marak di bahagian atas rumah sebelum bergegas turun sambil menjerit meminta anak-anak, suami serta ayah berlari ke luar.
“Memang tidak sempat capai apa-apa barang pun kerana panik serta mendukung anak bongsu sebelum keluar daripada rumah menyelamatkan diri,” katanya.
Menurutnya, kebiasaannya anak-anak sudah tidur namun mujurlah ketika kejadian mereka sedang menonton televisyen bersama bapa di ruang tamu dan sempat menyelamatkan diri.
“Walaupun agak sedih dengan kejadian berlaku kerana ini merupakan rumah pusaka peninggalan datuk namun saya reda dengan apa yang berlaku. Kerugian dianggarkan bernilai lebih RM10,000.
“Ini adalah kejadian pertama yang berlaku sejak saya tinggal di sini. Buat sementara waktu kami sekeluarga menumpang di rumah saudara,” katanya.
Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Penyelamat Jabatan Bomba Kedah, Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.47 malam dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.
Ahmad Naufal berkata, operasi memadamkan kebakaran melibatkan empat unit jentera bomba dan dibantu tujuh jentera bomba sukarela.
“Sepanjang operasi memadamkan kebakaran kita tidak menghadapi sebarang masalah dan mendapat bekalan air daripada sungai berhampiran tetapi api merebak terlalu cepat kerana kedudukan rumah terlalu dekat.
“Api berjaya dikawal pada pukul 8.04 malam dan kita masih menyiasat kerugian dan punca kebakaran,” katanya.
Sumber: Sinar Online
PM Tegas, Cepat Selesai Kemelut Terengganu
PETALING JAYA – Kemelut politik di Terengganu yang berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang daripada 48 jam merupakan bukti ketegasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata semua pihak wajar menjadikan episod itu sebagai iktibar dan peringatan bahawa perdana menteri boleh bertindak tegas dalam hal tertentu jika dirasakan perlu.
Idris, yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata tindakan Najib menukar menteri besar Terengganu bukan dibuat secara terburu-buru, sebaliknya ia dilakukan selepas berakhir tempoh untuk Datuk Seri Ahmad Said berundur selaku menteri besar.
“Ada perkara perdana menteri boleh fleksibel. Dalam hal ini, bila tempoh lanjutan itu dah berakhir, barulah dia (Najib) bertindak. Ketegasan perlu dalam kepimpinan.
Kalau perdana menteri tak tegas banyak perkara boleh berlaku,” kata Idris kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Pendidikan Malaysia ke-18 2014 di sini hari ini.
Ahmad pada Isnin lepas meletakkan jawatan menteri besar Terengganu bagi membolehkan pelantikan menteri besar baharu.
Pada sebelah malamnya, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air negeri Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik dan mengangkat sumpah sebagai menteri besar yang baharu di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.
Ahmad, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, pada hari sama mengumumkan keluar Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas, diikuti Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi).
Bagaimanapun, mereka kembali ke pangkuan Umno dan isu itu dianggap selesai semalam.
Sumber: Bernama
Saya Akan Hadir Kenduri Kahwin Anak Ahmad Said - PM
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak yang mengakui kemelut politik Terengganu berlaku kerana salah faham berjanji akan menghadiri majlis perkahwinan anak bekas Menteri Besar Terengganu di Kemaman pada 17 Mei ini.
Menjelaskan perkara itu, Perdana Menteri berkata, apa yang berlaku disebabkan salah faham dalam komunikasi antara beliau dengan Datuk Seri Ahmad Said.
"Saya menghargai tindakan beliau (Ahmad Said) kerana meletakkan kepentingan parti melebihi segala-galanya," katanya pada Khamis.
Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional mengulas keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal yang untuk kembali bersama Umno.
Terdahulu beliau merasmikan penubuhan Kumpulan Usahawan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Seminar Usahawan Otomotif di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.
Kemelut politik negeri berkenaan tercetus apabila permohonan Ahmad untuk menangguhkan proses peralihan kuasa di negeri berkenaan selepas majlis perkahwinan anak perempuannya ditolak.
Menganggap ia mencemar maruahnya, Ahmad mengambil keputusan meletak jawatan dan keluar Umno pada Isnin. Tindakannya diikuti dua lagi Adun iaitu Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi).
Bagaimanapun, pada Rabu segalanya kembali bertaut apabila ketiga-tiganya menarik balik surat keluar Umno.
Sementara itu, pada majlis berasingan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bersyukur kerana kemelut politik yang melanda Terengganu dapat diselesaikan dalam masa singkat.
Sumber: mStar
KEMAMAN: Siapa sangka kemelut politik Terengganu yang tercetus sejak Isnin berlaku hanya kerana salah faham berhubung tarikh berlangsungnya majlis perkahwinan anak bekas Menteri Besar Terengganu.
Datuk Seri Ahmad Said sendiri mengakui salah faham itu menjadi punca peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar dan seterusnya keluar Umno.
Walaupun ia hal peribadi, namun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal itu mengganggap tindakan kepemimpinan tertinggi parti menolak permohonannya untuk menangguh pelantikan Menteri Besar baharu sehingga selesai majlis itu mencemar maruahnya.
Krisis yang mengheret kepada tiga wakil rakyat Barisan Nasional (BN) termasuk Ahmad keluar Umno, sekali gus membawa kepada kemungkinan pilihan raya diadakan itu akhirnya terungkai pada hari ketiga.
Ahmad mengadakan sidang media khas selama kira-kira 20 minit selepas menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyelesaikan isu hangat itu apabila kedua-duanya mengakui kesilapan masing-masing dan bermaafan.
Berikut adalah kenyataan Ahmad ketika ditemui media di kediamannya di Kampung Teluk Kalong, Kijal, Kemaman pada petang Rabu.
Ahmad: Saya dah bincang dengan PM (Perdana Menteri) tengah hari tadi (Rabu) dan beliau mengaku sedikit kesilapan berlaku, salah faham dan sebagainya kerana saya beritahu, saya nak kahwinkan anak 17 hari bulan (17 Mei) dan PM kata itu masalah personal.
Jadi, agak teganglah antara saya dengan beliau dan akhirnya perkara itu terjadi. Sebab ini membabitkan anak saya dan maruah saya. Saya meletak jawatan.
Akhirnya, sebagai pemimpin besar, PM akui sama ada sedar atau tidak, beliau tak ingat saya nak kahwinkan anak 17 hari bulan. Dia ingat, bagi dia 10 hari bulan majlis dah selesai. Sedangkan 17 hari bulan di sini ada lagi dan satu lagi di Kuala Lumpur dan dia minta maaf pada saya dan saya juga minta maaf atas apa yang telah saya lakukan.
Sebagai orang UMNO sejak berumur 18 tahun saya berjuang dengan UMNO, saya buat keputusan untuk tarik balik peletakan jawatan sebagai ahli UMNO dan wakil rakyat DUN Kijal bersama Ghazali Taib. Kes ini selesai dan kami kekal sebagai Adun UMNO.
Menjelaskan lebih lanjut, Ahmad yang kelihatan ceria di sebalik pelbagai kontroversi yang timbul berkata, tarikh 10 Mei ditetapkan untuk majlis perkahwinan anaknya kerana beliau menjemput Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
"Seminggu selepas itu rumah saya (17 Mei), selepas itu rumah besan saya pula (31 Mei).
"Tuanku yang tetapkan tarikh itu (10 Mei) dan kebetulan 9 haribulan hari jadi anak saya. Bukan suka-suka saya tetapkan tarikh," katanya menjawab dakwaan mengatakan beliau sengaja menetapkan majlis perkahwinan itu selepas tarikh beliau sepatutnya meletak jawatan.
Ahmad juga mengesahkan beliau bersama Adun Ajil, Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi, Roslee Daud menarik balik surat keluar Umno dan terus setia kepada parti.
"Semuanya sudah berakhir dan kini saya bersama parti yang saya sayangi, balik kepada asal," katanya.
Beliau turut berikrar akan menyokong kepemimpinan Menteri Besar baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman untuk menjamin keutuhan Umno di Terengganu.
"Saya sebenarnya tidak pernah berdendam dengan sesiapa. Bagi saya mudah, orang buat baik dengan saya, saya buat lembut. Saya tak boleh orang berkasar dengan saya. Itu saja," katanya.
Ditanya mengenai dakwaan pihak tertentu bahawa beliau seorang pengkhianat, Ahmad berkata: "Soal pengkhianat tak timbuul. Ini soal perjuangan kerana saya sayangkan Umno, saya kembali semula. Kalau saya nak jadi pengkhianat, saya dah bergabung dengan PAS baru-baru ini."
Malahan, beliau juga mengakui ada didatangi wakil PAS yang menyatakan pendirian parti itu untuk mengekalkannya sebagai Menteri Besar jika beliau bersama mereka menubuhkan kerajaan baharu.
"Saya dah cakap dengan PM dan ucap terima kasih atas persefahaman kami. Saya harap kita terus beri sokongan kepada Najib dan berusaha untuk kekalkan Terengganu berada di bawah pemerintaan BN," katanya.
Berikutan keputusan Ahmad bersama dua wakil rakyat lain untuk kembali bersama Umno, BN kini mengekalkan kuasa di Terengganu dengan 17 kerusi, manakala Pakatan Rakyat 15 termasuk PAS (14) dan satu Parti Keadilan Rakyat.
Sumber: mStar
Gambar Setiausaha Politik Kit Siang Berbikini: "Orang Baik Selalu Jadi Mangsa"
PETALING JAYA: Dyana Sofya Mohd Daud, Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mengutuk pengguna internet dan laman sosial yang berkongsi gambar seorang wanita berbikini dengan mendakwa wanita dalam gambar itu adalah dirinya.
Wanita berusia 27 tahun itu menafikan tuduhan itu pada Khamis dengan berkata dia bukan wanita dalam gambar tersebut.
Kemudian, terdapat pengguna laman sosial yang mempertahankan Dyana dan menjelaskan bahawa gambar tersebut adalah gambar pelakon Filipina Pauleen Luna.
Gambar-gambar itu mula tersebar tidak lama selepas khabar angin timbul yang Dyana mungkin diturunkan sebagai calon pada pilihan raya di Teluk Intan.
Dyana bagaimanapun berkata dia tidak mengetahui tentang pencalonan itu dan tidak tahu sama ada akan bertanding bagi kerusi itu.
"Saya kecewa ada manusia akan bertindak sedemikian untuk mencemarkan imej saya atas sebab-sebab politik selepas khabar angin saya bertanding tersebar. Tetapi saya menerimanya dengan menganggap bahawa orang yang baik akan sentiasa menjadi mangsa. Saya berada dalam politik untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya.
Dyana juga menerima panggilan kesat dan SMS selepas gambar-gambar yang didakwa sebagai gambarnya tersebar di internet.
Dia menggesa mereka yang bertanggungjawab dalam perkara ini supaya lebih menghormati wanita.
Pilihan raya kecil Teluk Intan akan diadakan pada 31 Mei dengan penamaan calon pada 19 Mei berikutan kematian Ahli Parlimen Seah Leong Peng, 48, akibat kanser pundi kencing pada 1 Mei.
Seah memenangi kerusi itu dalam pilihan raya umum 2013, dengan 27,399 undi untuk menewaskan Mah Siew Kong dari BN (20,086) dan calon Bebas K. Moralingam (279).
Sumber: mStar
Mak Cik tergamam muka disimbah cecair putih!
SEORANG wanita warganegara Indonesia tergamam selepas mukanya disimbah dengan sejenis cecair dipercayai asid oleh orang yang tidak dikenali di Terminal Bas Bintulu, malam kelmarin. Bagaimanapun, makcik terbabit amat bernasib baik kerana cecair itu tidak terkena pada matanya yang mungkin boleh menyebabkan kebutaan.
Kejadian itu berlaku pada jam 6 petang kelmarin di dalam sebuah bas yang tiba dari Miri di Terminal Bas Bintulu. Terdahulu, menurut sumber, makcik terbabit masih tidur di dalam bas setibanya di terminal bas itu. Tanpa diketahui puncanya, seseorang dikatakan menaiki bas berkenaan lalu menyimbah cecair ke muka makcik terbabit.
Makcik tersebut yang terkejut terus bingkas dan membuka matanya, tetapi tidak melihat sesiapa yang bertindak sedemikian. Selepas berasa pedih di muka dan lengannya, makcik itu turun dari bas dan meminta bantuan daripada orang awam yang terus membawanya ke tandas di terminal itu untuk mencuci muka dan menyapukan krim.
Kemudian, pihak hospital dan polis yang dihubungi bergegas ke tempat kejadian untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada pemandu bas dan orang ramai di terminal itu. Berdasarkan siasatan awal polis, ada orang awam mendakwa melihat orang terakhir yang keluar dari bas itu adalah seorang wanita, tetapi tidak pasti sama ada wanita itu membawa botol atau bekas berisi cecair atau sebaliknya.
Siasatan pihak polis di dalam bas tidak menemui apa-apa petunjuk, namun ada bau yang meloyakan. Pihak paramedik yang tiba di tempat kejadian turut memeriksa keadaan muka makcik terbabit yang mengelupas kulitnya. Dia seterusnya dihantar ke Hospital Bintulu untuk mendapatkan rawatan lanjut dan laporan polis juga telah dibuat.
Sumber: The Borneo Post
Jurutera Singapura Bersalah Curi Lebih 228 Coli
SEORANG pakar Agensi Pertahanan Sains dan Teknologi Singapura diarahkan untuk menjalani rawatan mandatori oleh mahkamah selepas didapati bersalah mencuri lebih 228 helai coli.
Memetik laporan The Real Singapore, Jonathan Peh Song Wee, 26, yang juga seorang jurutera mempunyai obsesi terhadap pakaian dalam yang dicurinya termasuklah dari kawasan kejiranan dan asrama universiti.
Dia mengaku bersalah dalam lima pertuduhan termasuklah menceroboh, mencuri dan menipu.
Kebanyakan coli adalah daripada jenis yang mahal dan berjenama.
Kegiatan Jonathan dikesan oleh pengurusnya yang menyaksikan perbuatannya mencuri dan segera menahannya.
Siasatan pihak berkuasa di kediamannya kemudian mendapati dia menyimpan beratus-ratus lagi coli lain.
Oleh: Elza / My News Hub
Ops Warta: Saman Tertunggak RM570 Juta, Polis Jejaki Pesalah Mulai Jun
KUALA LUMPUR – Polis akan menjejaki pesalah trafik dalam ‘Ops Warta’ mulai Jun ini ke arah menyelesaikan masalah tunggakan saman berjumlah RM570 juta sejak 10 tahun lepas.
Ketua Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata, ia melibatkan 1.9 juta waran tangkap yang masih berbaki dalam tempoh itu.
Beliau berkata, ada pesalah tegar yang mempunyai lebih daripada satu waran tangkap kerana enggan menjelaskan saman mereka.
“Tindakan kami ini ialah untuk memastikan peraturan lalu-lintas sentiasa dihormati di negara ini bagi mencegah kemalangan dan kematian di jalan raya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau menarik perhatian bahawa dalam tempoh 10 tahun itu, 4.25 juta waran tangkap telah dikeluarkan.
Mohd Fuad berkata, melalui Ops Warta trafik yang dijalankan sejak September 2013 hingga Selasa lepas, 308,160 pemeriksaan dibuat dalam 9,743 operasi penguatkuasaan yang dijalankan, dengan 7,583 tangkapan terhadap individu yang dikeluarkan waran tangkap.
Menurutnya, dalam tiga bulan pertama tahun ini, 114,115 kes kemalangan direkodkan, 1,512 daripadanya kemalangan maut yang meragut 1,623 nyawa.
Pengguna motosikal menjadi penyumbang tertinggi dari segi angka korban kemalangan iaitu 1,014 orang, diikuti pengguna kereta (332), pejalan kaki (125), lori (47), pacuan empat roda (31) dan basikal (30), bas (10), van (7) dan kenderaan lain (27).
Dalam perkembangan lain, Mohd Fuad mengaskan mana-mana individu atau kumpulan yang menjalankan tugas ‘marshall’ tanpa kehadiran rasmi polis trafik akan diambil tindakan undang-undang.
“Tidak terdapat dalam undang-undang mengenai tugas marshall di jalan raya…keperluan bantuan tugas marshall mesti dengan kehadiran rasmi polis trafik dalam acara kebangsaan atau antarabangsa seperti yang dilihat dalam acara berbasikal Le Tour de Langkawi,” jelasnya.
Menurutnya, adalah menjadi satu kesalahan terutama apabila marshall menahan pergerakan trafik bagi melancarkan perjalanan sesuatu konvoi.
Sumber: Bernama
Warga Emas Jatuh Longkang Besar
BEBERAPA gambar operasi menyelamat seorang warga emas yang terjatuh ke dalam sebuah longkang besar oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat telah dikongsikan di Facebook Daily Traffic Report, sebentar tadi.
Kejadian tersebut berlaku tidak jauh dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.
Setakat ini, tidak diketahui apakah tujuan sebenar warga emas tersebut berada di sekitar kawasan longkang tersebut.
Dia dikhabarkan mengalami kecederaan patah tulang peha dan sudah dihantar ke hospital untuk rawatan.
Sumber: My News Hub / Daily Traffic Report
Pengawal keselamatan mengaku laku seks oral
SHAH ALAM - Seorang pengawal keselamatan sebuah pasar raya yang baru sahaja selesai menjalani hukuman penjara selama 12 bulan atas kesalahan melakukan seks oral, mengaku bersalah di Mahkamah Majisteret semalam atas dua pertuduhan yang sama terhadap dua kanak- kanak lelaki, tiga bulan lalu.
Bakasah Kayon, 34, yang masih bujang itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berumur 11 tahun di pondok taman permainan, kawasan perumahan Bandar Baru Sg Buloh, Selangor jam 2 petang pada 10 Februari lalu.
Dia juga didakwa atas tuduhan yang sama iaitu melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berumur 13 tahun di kawasan perindustrian SB Jaya, Sg Buloh jam 1.20 petang 9 Mei lepas.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rustam Sanip mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Rustam mencadangkan kepada mahkamah agar jaminan dibenarkan pada jumlah RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.
Bakasah yang tidak mewakili peguam bagaimana pun memohon agar wang jaminan dikurangkan memandangkan dia perlu menyara kedua ibu bapanya.
"Saya tidak mahu dipenjarakan. Saya hendak pergi kaunseling," katanya yang menerima gaji RM1,200 sebulan.
Majisteret, Norshakimah Ahmad Kamarudin membenarkan jaminan RM6,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Jun depan untuk fakta dan hukuman.
Pekerja ladang ditahan disyaki rogol anak jiran
KINABATANGAN - Polis menahan seorang pekerja ladang warga Indonesia disyaki merogol anak jirannya berusia lapan tahun di perumahan ladang kelapa sawit di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A. Sahak Rahmat berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan selepas menerima laporan daripada ibu mangsa berusia 27 tahun.
Katanya wanita berkenaan sebelum itu membawa anak perempuannya menjalani pemeriksaan di klinik ladang itu pada 8.30 pagi dan pemeriksaan mendapati mangsa dirogol.
Mangsa kemudian memberitahu ibunya, kejadian itu berlaku di sebuah pondok belakang perumahan pekerja ladang kelapa sawit itu.
"Mangsa dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk pemeriksaan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini. - Bernama
Ragu wali pengantin warga Indonesia
ALOR SETAR - Status perkahwinan dua wanita warga Indonesia yang dipercayai berkahwin menggunakan sindiket nikah poligami ekspres dekat Kuala Kedah diragui.
Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan), Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah, Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Syeikh Ahmad Faisol Omar berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu dengan lebih lanjut.
Beliau berkata, keraguan itu berlaku terhadap wali pengantin perempuan yang digunakan dalam proses akad nikah.
“Kita bimbang kemungkinan besar perkahwinan itu tidak sah. Kalau walinya yang sebenar datang dari Indonesia, maka perkahwinan itu boleh dikira sah.
“Tetapi apakah benar wali yang digunakan itu adalah dari Indonesia atau sebaliknya,” katanya kepada media di pejabat Jaik, di sini semalam.
Menurutnya, pasangan berkenaan juga tidak mungkin menggunakan wali sultan atau raja (wali hakim) untuk tujuan itu.
“Mereka tidak mungkin menggunakan wali hakim sebab di Kedah, wali hakim hanya ditauliahkan Tuanku Sultan Kedah kepada hakim-hakim dan juga pendaftar-pendaftar kanan iaitu pegawai-pegawai agama untuk akad nikah pasangan pengantin yang disabitkan dengan wali hakim.
“Tetapi sekiranya akad nikah itu dilakukan oleh imam terbabit, ia bererti perkahwinan itu palsu dan tidak benar. Bagaimanapun, kita akan menyiasat perkara itu dengan lebih lanjut,” katanya.
Jelasnya, dalam hal ini, pasangan pengantin lelaki dan perempuan masing-masing didapati sudah menyalahi undang-undang.
“Mereka akan disiasat menurut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2008. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
“Cuma pertuduhan itu akan lebih banyak kepada mereka yang menjadi agen atau orang tengah terhadap perkahwinan terbabit,” katanya.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, dua wanita warga Indonesia antara pasangan yang dikesan berkahwin menggunakan sindiket nikah poligami ekspres dekat Kuala Kedah.
Menurut laporan itu, wanita terbabit berkahwin bersama dua lelaki tempatan berumur sekitar 40-an sejak beberapa tahun lalu.
Perkara itu didedahkan oleh anak kariah dan badan bertindak cegah kemungkaran sebuah masjid di Kuala Kedah, Mohamad Shariff Nawab, 66, baru-baru ini.
Jelasnya, wanita berumur 27 dan 34 tahun itu dipercayai berpoligami bersama dua lelaki tempatan yang bukan berasal dari Kedah.
Rambo Bentong menangis dalam mahkamah
Rabidin diusung ke dalam van semalam selepas perbicaraan ke atasnya ditangguhkan ke 12 Jun depan.
TEMERLOH – Mahkamah Tinggi di sini semalam terpaksa menangguhkan perbicaraan ke atas ‘Rambo Bentong’ atau nama sebenarnya Rabidin Satir kerana tertuduh langsung tidak bermaya selepas dihukum menerima 24 sebatan atas beberapa kesalahan rogol dan liwat yang dilakukannya.
Hakim Ab Karim Ab Rahman berkata, mahkamah tidak dapat meneruskan perbicaraan terhadap tertuduh dan terpaksa menangguhkan keterangan bela diri yang sepatutnya dibuat tertuduh semalam ke 12 Jun depan.
Tertuduh sebelum ini dipanggil membela diri atas tuduhan membunuh dan merogol seorang remaja yang berumur 17 tahun lima tahun lalu.
Rabidin, yang dibawa masuk ke dalam mahkamah dengan diusung pegawai penjara, tetapi hakim terpaksa sekali lagi menangguhkan hukuman kerana tertuduh hanya mampu baring.
Rabidin kelihatan tidak bermaya dan menangis teresak-esak dalam mahkamah.
Rabidin, 43, didakwa membunuh Yin Cheng, antara pukul 11.30 malam, 7 Mac 2009 dan 1.50 petang, 8 Mac 2009, di Lot 4168 Kampung Ketari Bentong, Bentong.
Dakwaan terhadap Rabidin, dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.
Rabidin, yang tidak bekerja, diwakili peguam Richard Bong Chong Fook, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mustaffa.
Selfie Tak Kena Tempat Dan Masa!
Dublin – Nak berselfie pun biarlah kena pada tempatnya. Kan dah terima padah. Itu yang berlaku kepada seorang remaja, David McCarthy, 19, yang dihentam teruk di media sosial kerana bergambar selfie ketika pelumba basikal kebangsaan Jerman, Marcel Kittel terjatuh akibat kepenatan.
Ia berlaku ketika Kittel sedang berlumba di hadapan 50,000 orang di Dataran Merrion.
Kittel terjatuh akibat kepenatan di depan McCarthy dan aksi remaja itu bergambar selfie di depan Kittel yang keletihan, telah dirakamkan oleh jurugambar.
McCarthy kemudiannya memuat naik imejnya dalam instragram dengan kapsyen “Kittel rebah, sepatutnya saya menolongnya tapi saya telah bergambar selfie’.
Tidak lama selepas itu, kritikan dan kecaman dilemparkan kepadanya termasuk laman web pelumba basikal.
“Dalam masa lima minit orang ramai mengecam dan memanggil saya dengan pelbagai gelaran. Saya tidak berniat buruk,’’ kata remaja berkenaan.
Ketika itu, McCarthy berkata dia berada kita-kira 100 meter daripada garis penamat.
“Ketika itu terdapat ramai jurugambar dan saya berfikir dia (Kittel) tidak akan kisah kalau saya merakamkan gambar bersamanya,’’ katanya.
Setelah menerima kecaman, McCarthy kemudiannya memadamkan entri tersebut dan turut meminta maaf kepada pelumba basikal berkenaan.
Sumber: My News Hub
GAMBAR: Bila Viva ‘Sondol’ Pesawat MAS!
LEPAS satu-satu insiden yang menimpa Malaysia Airlines ni (MAS).
Belum pun MH370 nampak perkembangannya, terbaru sebuah pesawatnya dirempuh sebuah kereta Perodua Viva di lapangan terbang.
Ia dikongsi Facebook MalDef-Malaysian Defense.
Sehingga kini kami belum mendapat butiran terperinci mengenai kejadian itu.
Mungkin MAS boleh mengeluarkan kenyataan berhubung apa yang terjadi.
Walaupun ia mungkin kemalangan kecil, namun ia boleh dijadikan ‘bahan lawak’ kalau tidak ditangani dengan baik.
Cukup-cukuplah apa yang terjadi sebelum ini…tak sanggup tengok lebih banyak ‘insiden’ yang tak diingini menimpa syarikat penerbangan kebanggaan kita itu.
Macam-macam….
Sumber: My News Hub
Fouziah Gous Muatnaik Gambar ‘Seksi’?
KALAU dilihat sekilas, mungkin ada yang akan terkejut melihat gambar seksi yang dimuatnaik oleh Fouziah Gous di akaun Instagramnya, semalam.
Tapi bila tengok sekali lagi, kita sudah dapat menjangkakan ia merupakan hasil ‘superimpose’.
Gambar tersebut disertai dengan ‘caption’:
“Woweee… sexy babehh.. i must say thank to who eva done this.. effort tu penting ye. Atlez dapat la imagine kalau warna rambut n pakai gini apo ruponyooo.. hodoh ruponyooo… good job. Confirm menang body cantik tuk EH ni baik punya .lol @abidinkhairul n the geng hahhaaa…”
Aduhai, siapalah yang rajin sangat buat kerja ni?
Apapun, kami percaya tindakan Fouziah memuatnaik gambar itu ialah untuk memberi penjelasan sebelum ada pihak yang akan mempersoalkan mengenai kesahihannya jika sudah tersebar luas nanti.
Macam-macamlah…
Sumber: Elza / MY News Hub
Anwar Umum Pemilihan Semula PKR S’gor
SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat kenyataan rasmi mengenai tarikh pemilihan semula di beberapa cabang PKR Selangor yang ditangguhkan pemilihannya.
Abdul Khalid berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Biro Politik PKR yang dihadirinya malam tadi, antara lain membincangkan tata cara pengundian dan penyeragaman tempat-tempat pengundian untuk pemilihan semula cabang PKR Selangor.
“Kami telah membuat beberapa ketetapan dalam mesyuarat biro politik di mana hari ini atau pun esok ketua umum akan membuat kenyataan mengenai keputusan biro politik (mengenai isu pemilihan semula cabang PKR Selangor yang ditangguhkan),” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan amal sempena ‘Malaysia Women Marathon 2014′ di sini hari ini.
Abdul Khalid berkata beliau tidak akan memberikan sebarang kenyataan terbuka mengenai isu itu, sebaliknya akan memberikan ruang kepada Anwar membuat pengumuman.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas 10 daripada 22 cabang PKR Selangor yang terpaksa mengadakan pemilihan semula berikutan bantahan pelbagai pihak berhubung perjalanan pengundian asal cabang itu Ahad lepas termasuk cabang yang ditandingi Abdul Khalid di Kuala Selangor.
Sementara itu, bekas anggota Parlimen Kapar S.Manikavasagam yang juga anggota seumur hidup PKR ketika dihubungi Bernama berkata beliau tidak pasti kedudukannya dalam parti sama ada digantung ataupun dipecat ekoran kenyataannya sebelum ini.
Beliau mendakwa seorang daripada pegawai menteri besar Selangor memberi suapan sehingga RM50 kepada pengundi untuk membantu Abdul Khalid menang jawatan ketua bahagian cabang PKR Kuala Selangor.
Abdul Khalid bagaimanapun menafikan penglibatannya membeli undi untuk mendapatkan sokongan pada proses pemilihan PKR.
Sumber: Bernama
Geng Pakok tumpas
NILAI: Polis daerah ini berjaya menumpaskan kumpulan curi motosikal dikenali Geng Pakok yang didalangi remaja sejurus tertangkapnya tiga ahli kumpulan terbabit pada 6 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Abdullah Roning dalam sidang media di Balai Polis Mantin di sini, sebentar tadi berkata, berikutan kehilangan banyak motosikal di daerah ini pihaknya menahan seorang remaja berusia 14 tahun di Labu pada 6 Mei.
Katanya, soal siasat dibuat ke atas remaja itu kemudian menahan dua lagi ahli kumpulan itu berusia 17 dan 20 tahun juga di Labu sebelum menemui 10 rangka motosikal di Sungai Kampung Pulau.
Menurutnya, turut ditemui sebuah motosikal Yamaha RXZ di dalam semak berhampiran sungai itu yang belum dileraikan.
“Siasatan mendapati kumpulan ini aktif sejak Disember tahun yang membabitkan remaja serta pelajar sekolah.
“Mereka ini aktif mencuri motosikal di Banting, Sepang dan Nilai,” katanya.
Beliau berkata, suspek ditahan reman 7 Mei sehingga hari ini sebelum dihadapkan ke mahkamah.
“Buat masa ini kita masih mengesau dua ahli kumpulan berkenaan juga membabitkan remaja,” katanya.
Sumber: HM
Kalau Pemimpin Buat Salah, Perlu Ditegur
SEREMBAN – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa anggota Umno perlu berani menegur pemimpin jika pemimpin itu buat salah, dalam masa yang sama memelihara kekuatan parti.
“Yang itu penting kerana kalau pemimpin buat salah, kita tegur. Tetapi dalam masa yang sama kita juga harus jaga kekuatan parti. Kalau kita tegur dan kita ambil tindakan yang melemahkan parti, tidak baiklah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas menyampaikan ucap tama seminar ‘Tanah Tumpah Darah Ku’ anjuran Majlis Belia Negeri Sembilan di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Katanya terdapat dua sifat dalam Umno iaitu menjadi pengikut yang taat, sehingga kalau pemimpin buat salah pun mereka terima, manakala satu pihak lagi tidak taat dan mereka mengambil tindakan keluar parti dan sebagainya.
“Jadi ini yang menjadi masalah,” kata Dr Mahathir.
Mengenai kemelut politik di Terengganu, beliau berkata perkara itu tidak akan berlaku jika semua pihak bermufakat (berunding) dengan baik.
“Jadi, apabila kita hendak bertindak kena ada rundingan dan sebagainya.Tentukan dahulu perkara yang tidak diingini daripada berlaku (implikasinya) dan tentukan juga tidak ada pihak yang berkecil hati…itu cara yang terbaik.
Dr Mahathir berkata di Terengganu, mereka harus sedar bahawa kemenangan Barisan Nasional (BN ) pada pilihan raya umum 2013, adalah kemenangan yangm tipis.
“Oleh itu, kalau mereka tidak bersatu maka akan jatuhlah kerajaan. Sekarang ini kita (BN) dapat kemenangan yang tipis di Terengganu, kita harus berhati-hati dalam menangani politik di negeri itu kerana jika dua atau tiga wakil rakyat BN ‘lari’ maka akan jatuh kerajaan.
“Tetapi Alhamdulillah, kemelut politik ini dapat diselesaikan,” katanya.
Ketika berucap pada majlis itu, Dr Mahathir berkata masyarakat di negara ini didapati kurang bersyukur dan berterima kasih dengan nikmat yang mereka peroleh dalam perubahan keadaan.
Katanya: “Zaman orang Melayu dijajah dahulu, kita miskin dan kita dapat apa-apa sedikit pun kita bersyukur. Dengan itu kita berusaha lebih kuat lagi, tapi peluang pada masa itu kurang.”
“Sekarang ini kita mendapat pelbagai kenikmataan termasuk biasiswa, cukup mudah.
“Jadi, kita kurang hargai. Apabila sesuatu itu datang dengan mudah, kita tidak menghargai. Inilah keadaan yang berlaku sekarang. Jadi, kita dapati ramai lagi tidak bersyukur dan berterima kasih, bahkan ada yang mengigit jari yang menyuapnya,” kata Dr Mahathir.
Menyentuh isu perpecahan orang Melayu, beliau berkata jika di zaman British dahulu mereka bersatu padu kerana sedar tentang ancaman terhadap keselamatan dan negara.
“Tapi sekarang kita anggap tidak mengapa (sebab) memang ini hak kita.
“Kita tidak lagi memberi tumpuan kepada kebaikan negara atau pun bangsa, tetapi kebaikan diri kita. Bermakna kalau kita hendak sesuatu itu, kita terpaksa berpecah-belah pun tidak apa, asalkan kita dapat untuk diri kita.
Dr Mahathir mengakui persekitaran baharu juga memainkan peranan kerana negara sudah bebas dan Melayu dianggap berkuasa dan akan terus berkuasa.
Sumber: Bernama
Telefon Kate Middleton Digodam 155 Kali
SISTEM telefon milik Duchess of Cambridge Kate Middleton dilaporkan digodam sebanyk 155 kali termasuk ketika Hari Krismas oleh wartawan sebuah akhbar tabloid.
Ia adalah arahan daripada Ketua Editornya yang sudah pun dipecat Clive Goodman, menurut laporan sumber dari Metro UK.
Perkara itu didedahkan di dalam perbicaraan kesalahan menggodam telefon yang dihadapi Goodman hari ini.
Telefon Putera Diraja Britain Putera William digodam 35 kali, telefon adiknya Putera Harry digodam sembilan kali oleh wartawan yang mengakui hanya mengikut arahan pihak atasan.
Goodman yang sebelum pernah dipenjarakan kerana kesalahan menggodam telefon pada 2007, menyambung memberikan bukti selepas gagal berbuat demikian selama sembilan minggu kerana sakit.
Kesalahan awalnya sebelum ini ialah menggodam dan mencuri dengar pesanan suara. Goodman berkata dia mensasarkan golongan Diraja yang mudah untuk digodam antaranya Kate yang pada ketika itu merupakan teman wanita Wiliam.
Kali pertama Goodman menggodam telefon Kate ialah pada 21 Disember 2005, termasuk beberapa kali lagi selepas itu termasuk pada malam Krismas dan juga Boxing Day.
Dia masih lagi menggodam telefon Kate pada 7 Ogos, sehari sebelum ditangkap polis.
Ketika ditanya mengapa Kate menjadi sasaran, Goodman berkata Kate pada ketika itu ialah simbol perhatian orang ramai dan dilihat mempunyai kepentingan yang tinggi dalam keluarga Diraja Britain.
Perbicaraan berkenaan akan bersambung esok.
Sumber: My News Hub / Airy Aris
Bekas Pegawai Imigresen Sabah Didakwa Rasuah
KOTA KINABALU – Bekas pegawai kanan Jabatan Imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah hari ini terhadap enam pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM12,371 pada 2012.
Ag Ku Mohd Shaifull Ampuan Ag Damit, 42, bekas Timbalan Penolong Pengarah Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu didakwa menerima RM2,000 daripada Kent Ng Thien Ming supaya tidak mengambil tindakan terhadapnya menggaji pekerja asing tanpa permit kerja yang sah di City Kopitiam di sini.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Jabatan Imigresen Malaysia Sabah pada 11 September 2012.
Ag Ku Mohd Shaifull juga didakwa menerima RM10,000 daripada Ng di tempat yang sama pada 16 Okt 2012 atas alasan sama.
Tertuduh juga didakwa bersetuju menerima rasuah, dalam bentuk pemberian sebuah akuarium bernilai RM371 daripada Ng di tempat dan tarikh yang sama.
Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, Ag Ku Mohd Shaifull didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.
Tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan bagi tiga pertuduhan itu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Hakim Ishak Bakri membenarkan Ag Ku Mohd Shaifull diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Jun bagi pengurusan kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM Joyce Blasius manakala Ag Ku Mohd Shaifull diwakili peguam Ram Singh.
Sumber: Bernama
Warden Penjara Hadapi 2 Tuduhan Rasuah
IPOH – Seorang warden penjara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan rasuah melibatkan RM500, tahun lepas.
Bagi pertuduhan pertama Mustafa Kamal Ibrahim, 40, yang bertugas di Jabatan Penjara Malaysia, Institut Penjara Tapah didakwa menerima suapan RM100 daripada Nurshafina Abu Bakar sebagai dorongan untuk menyeludup masuk artikel terlarang kategori tembakau kepada banduan Penjara Tapah, Mohd Ridzuan Abu Bakar.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Maybank Berhad cawangan Pasir Putih, di sini pada 4.05 petang, 24 April 2013.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menerima suapan wang tunai RM400 daripada Nursyafina sebagai dorongan bagi menyeludup masuk barangan sama kepada Mohd Ridzuan.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di bank sama pada 9.55 malam, 7 Mei 2013.
Bagi kedua-dua pertuduhan, Mustafa Kamal didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Hakim Madihah Harullah menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan 19 Jun untuk sebutan semula kes itu.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mukhriz Mat Rus.
Sumber: Bernama
Suami dipenjara, isteri main kayu tiga lahirkan anak luar nikah
ALOR GAJAH – Seorang isteri mengambil kesempatan ketiadaan suaminya yang dipenjarakan bersekedudukan dengan kekasih gelapnya hingga melahirkan anak luar nikah di Durian Tunggal, di sini.
Wanita berumur 39 tahun itu menjalinkan hubungan terlarang dengan kekasihnya yang 10 tahun lebih muda sejak beberapa tahun lalu hingga dia melahirkan anak lelaki yang kini berusia dua tahun.
Kegiatan terkutuk pasangan itu terbongkar selepas rumah yang diduduki mereka di sebuah pangsapuri diserbu pegawai agama yang dibantu bersama anggota polis selepas mendapat maklumat dari orang awam.
Menurut sumber, pegawai agama memberi salam sebelum mendengar satu suara dari dalam rumah bertanyakan sesuatu sebelum senyap.
Pegawai agama terbabit kemudian memaklumkan tentang kehadiran mereka ke rumah itu dan terpaksa menunggu selama kira-kira 30 minit sebelum pintu dibuka seorang wanita berkemban.
Wanita itu kelihatan terpinga-pinga melihat kehadiran pegawai agama bersama beberapa anggota polis di rumahnya.
Tambah sumber lagi, Hasil pemeriksaan dalam rumah itu, mereka menemui enam orang termasuk seorang kanak-kanak sedang nyenyak tidur termasuk seorang lelaki. Wanita itu mendakwa lelaki itu adalah anak saudaranya.
Siasatan lanjut bagaimanapun mendapati dakwaan wanita berkenaan adalah alasan semata-mata bagi mengaburi pihak berkuasa. Wanita dan lelaki itu kemudian ditahan untuk bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Rahimin Bani, Ketua Penguat Kuasa (JAIM) ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai tangkapan berkenaan.
Sumber: New Malaysian Post
2 Anggota Polis Dipenjara 10 Tahun Rompak 2 Wanita
SHAH ALAM – Dua anggota polis dijatuhi hukuman penjara 10 tahun hari ini selepas didapati bersalah merompak dua jurujual wanita di sebuah restoran di Seksyen 27 di sini membabitkan kerugian RM2,400 dua tahun lepas.
Hakim Mahkamah Sesyen, Slamat Yahya membuat keputusan itu setelah berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Beliau bagaimanapun membenarkan permohonan Lans Koperal Robin Anak Imbal, 30, dan Lans Koperal Muhammad Fitri Mad Salleh, 30, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan mereka di Mahkamah Tinggi.
Slamat turut menaikkan jumlah jaminan setiap seorang tertuduh daripada RM4,000 sebelum ini kepada RM8,000 dengan seorang penjamin, dan memerintahkan mereka melapor diri di balai polis berhampiran setiap awal bulan.
Mengikut fakta kes, kedua-dua anggota keselamatan itu bersama seorang lagi rakan yang masih bebas melakukan rompakan berkumpulan ke atas Lim Poh Wah, 31, dan Tan Keh Shin, 29, pada 14 Nov 2012.
Mereka didakwa melarikan wang tunai RM1,000, dua telefon bimbit, sebuah alat pencetak kecil, sekeping SIM kad telefon serta empat helai kertas dicetak empat digit nombor milik Lim.
Selain itu, tertuduh juga melarikan wang tunai RM250 milik Tan serta sebuah telefon bimbit.
Kedua-dua anggota keselamatan itu didakwa melakukan kesalahan itu pada 4 petang di Restoran Century Court, Jalan Perepat 27/95, Seksyen 27.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Fazreen Othman dan kedua-dua tertuduh diwakili peguam Mohd Shaiful Nizam Mohd Noor.
Sumber: Bernama
Pelajar maut dirempuh guru
PERMAISURI: Seorang pelajar Tingkatan Empat maut selepas motosikal dinaikinya dirempuh seorang guru dalam kemalangan di Kilometer 2 Jalan Sungai Pinang, Jalan Jelapang, Chalok, di sini pagi tadi.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi, mangsa Khalid Rusydan Hamat, 16, dari Kampung Jelapang di sini, maut ditempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, ketika kejadian mangsa yang menaiki motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan dari arah Jelapang menghala ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chalok manakala sebuah kereta Perodua Myvi pula dari arah bertentangan.
Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggangi mangsa bertembung dengan kereta dipandu guru terbabit yang mengajar di sebuah sekolah rendah di daerah ini.
“Ketika kejadian, mangsa sedang mendaki bukit sementara guru terbabit sedang menurui bukit sebelum kedua-duanya bertembung di tengah jalan.
“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala guru terbabit hanya cedera ringan,” katanya.
Sumber: Metro Online
MAS kini tumpu untuk pulihkan syarikat
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines ( MAS) akan memulakan proses pemulihan syarikat berikutan kehilangan pesawat MH370 yang telah menjejaskan perniagaan dan reputasinya.
Sejak insiden MH370 dua bulan lalu, MAS menumpukan usaha mereka dalam memberikan sokongan berterusan kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal.
“Lebih dua bulan telah berlalu sejak tragedi itu, kami akan bekerja keras untuk memulihkan MAS supaya syarikat ini mempunyai masa depan yang mampan dalam menghadapi cabaran yang lebih sukar,” kata MAS dalam satu kenyataan hari ini.
“Pada peringkat ini, kami sedang menjalankan kajian menyeluruh ke atas pelan perniagaan.
Kami juga akan mengkaji semua saluran yang boleh digunakan untuk memastikan kemampanan MAS untuk jangka masa panjang.” kata kenyataan itu.
Syarikat penerbangan negara itu berkata pelan pemulihan tersebut akan fokus kepada aspek ‘memenangi semula pelanggan dan tumpuan kos’.
Jualan tiket MAS telah menurun berikutan insiden MH370, terutamanya di pasaran China
Menurut satu laporan dari Wall Street Journal, memetik sumber yang memahami keadaan MAS, syarikat penerbangan iu mungkin akan menjual unit penyelenggaraan pesawatnya.
Ini bertujuan untuk membantu memulihkan syarikat tersebut yang sudah bertahun-tahun dibelenggu masalah kewangan.
Sumber: Awani
PAS Bantu Kempen, Ram Tetap Tolak Hudud
GEORGE TOWN – Biarpun PAS menyokong pencalonan anak mendiang Karpal Singh bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, sebaliknya Ramkarpal Singh Deo tetap menentang sekeras-kerasnya pelaksanaan hukum hudud.
“Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya tetap dengan pendirian parti (menentang hudud),” katanya pada sidang media di Pusat Operasi Utama DAP bagi PRK Bukit Gelugor di Jalan Besi, Air Itam di sini, Khamis.
Beliau berkata demikian bagi mengulas poster kempen DAP yang tertera perkataan ‘Hudud For All’ yang tersebar di laman sosial baru-baru ini.
Menurut Ramkarpal, poster tersebut tiada kaitan dengan DAP dan yakin ia didalangi oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Ia tiada kaitan dengan kami dan bukan datang dari kami. Pendirian DAP tetap tidak berubah. Saya berharap poster itu akan diturunkan,” katanya.
Ramkarpal berharap agar lawannya bersaing secara sihat dengan mengetengahkan isu yang lebih penting daripada mengubahsuai poster tersebut untuk kepentingan pihak tertentu.
Sementara itu, Exco Pulau Pinang, Jagdeep Singh berkata, kerajaan negeri akan mengambil tindakan terhadap mana-mana calon yang menggunakan lambang negeri dalam poster kempen masing-masing.
“Kerajaan negeri tidak pernah membenarkan penggunaan lambang rasmi dalam mana-mana poster kempen. Ia salah disisi undang-undang. Satu laporan polis akan dibuat mengenai perkara ini,” katanya.
Sumber: mStar
Rang undang-undang hudud dibentang September – Pas
KUALA LUMPUR – Rang undang-undang persendirian hudud kerajaan negeri Kelantan akan dibentangkan di Parlimen pada September ini selepas beberapa isu berkaitan dapat diselesaikan, kata Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata hasrat untuk membentangkan rang undang-undang itu tidak pernah ditangguhkan, sebaliknya menunggu tarikh yang sesuai untuk dibentangkan.
“Kita tidak boleh tergesa-gesa kerana perlu melihat hasil perbincangan jawatankuasa kebangsaan. Keputusan akhir berhubung isu ini akan dibuat oleh mereka.
“Kami menunggu kerajaan persekutuan memaklumkan bilangan mereka yang akan terlibat dalam jawatankuasa itu,” katanya seperti dilaporkan akhbar milik MCA, The Star.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan rang undang-undang hudud kerajaan negeri Kelantan tidak akan dibentangkan pada Jun.
Katanya, penangguhan itu bagi memberikan masa yang cukup kepada jawatankuasa teknikal hudud yang dianggotai kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi mengkaji pelaksanaan undang-undang itu di negeri Kelantan.
Mohd Amar berkata pembentangan rang undang-undang itu pada September perlu mendapat sokongan menteri dan kerana itulah ia dibincangkan secara terperinci di peringkat kebangsaan.
“Seorang menteri perlu mengusulkan untuk membentangkan rang undang-undang itu dan ia mesti disokong oleh 15 ahli Parlimen,” katanya seperti dilaporkan akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times.
Sementara itu, pengerusi biro keharmonian dan agama MCA Datuk Ti Lian Ker berkata jawatankuasa teknikal yang dibentuk kerajaan itu perlu disertai daripada pelbagai latar belakang kaum, akademik dan perundangan, lapor The Star.
Katanya, Umno tidak seharusnya terjerat dalam permainan politik PAS yang mungkin akan menggadaikan prinsip keadilan dan saling hormat-menghormati seperti yang dianjurkan dalam Islam.
Sumber: New Malaysian Post
VIDEO: Kucing Selamatkan Budak Diserang Anjing
TINDAKAN pantas seekor kucing peliharaan keluarga Triantafilo di California telah berjaya menyelamatkan anak lelaki mereka daripada serangan ganas seekor anjing, semalam.
Rakaman kamera pengawasan pada awalnya menunjukkan Jeremy, 4, sedang bermain basikal di hadapan kawasan rumahnya sebelum kelibat seekor anjing dilihat muncul dari sebelah kereta.
Anjing tersebut tiba-tiba menerpa ke arah kanak-kanak itu dan menggigit kakinya hingga terjatuh.
Dengan pantas, kucing yang bernama Tara itu meluru dan menghalang serta menghalau anjing itu daripada terus menyerang Jeremy.
Kanak-kanak itu mengalami kecederaan di kaki dan terpaksa menerima beberapa jahitan.
“Saya tidak pernah melihat kucing melakukannya. Ia menunjukkan Tara memiliki semangat kekeluargaan dalam pemikirannya,” ujar ayah Jeremy, Roger.
Sementara itu, anjing milik jiran mereka itu sudah ditangkap oleh pihak kawalan haiwan.
Video yang dimuatnaik Roger ke laman YouTube itu kini sudah mencecah lebih 4 juta kali tontonan dalam masa sehari.
Sumber: My News Hub / Elza
Dua Paderi Diserang Di Gereja Seremban
Dua biarawati yang diserang di kawasan gereja Seremban semalam didedahkan hari ini dipukul menggunakan topi keledar sebelum dirompak. – Gambar The Malaysian Insider, 15 Mei, 2014.
Dua biarawati yang diserang di kawasan gereja Seremban awal pagi semalam dipukul dengan topi keledar sebelum dirompak, kata seorang biara.
Biara yang tidak mahu dikenali itu berkata Sister Juliana Lim, 60, dan Mary-Rose, 80 dipercayai diserang oleh sekurang-kurangnya dua orang menggunakan topi keledar untuk memukul mangsanya.
Juliana masih lagi dalam koma dan dikatakan dalam keadaan kritikal. Dia juga bernafas dengan respirator.
Mary-Rose sedang lemah tetapi dalam keadaan sedar. Kedua-dua mereka diwadkan di Hospital Seremban.
Biara itu mengatakan Mary-Rose mendedahkan penyerang mereka menggunakan topi keledar untuk memukul mereka sebelum merampas beg mereka yang mengandungi Bible, buku doa, tasbih dan sedikit wang.
Kedua-dua mangsa tiba di gereja Church of the Visitation di Jalan Yam Tuan kira-kira pukul 6.15am, di dalam kereta bersama dua orang lagi biara untuk menghadiri perhimpunan pagi.
Dua lagi biara pergi ke bahagian luar gereja sementara Juliana dan Mary-Rose berjalan ke pintu utama di mana mereka dipercayai diserang.
Beberapa minit kemudian, kedua-dua mereka dijumpai terlentang di tangga pintu utama oleh penjaga gereja yang datang membuka pintu.
Biara itu juga memberitahu The Malaysian Insider bahawa dua mangsa tersebut daripada Infant Jesus Order, berpakaian biasa, bukannya dalam seragam biara mereka.
Biarawati gereja itu tinggal di kawasan perumahan yang sejauh 10 minit dari gereja, sering datang ke perhimpunan pagi.
Biarawati yang lain kini bertukar giliran menjaga mangsa di hospital.
Orang ramai di Internet menyatakan perasaan jijik atas kejadian tersebut, dengan beberapa orang sangsi dengan motif rompakan itu memandangkan ketegangan antara agama yang semakin meningkat dalam negara. – 15 Mei, 2014.
Sumber: The Malaysian Insider
Polis Tingkat Kawalan Di Sempadan Thailand
ALOR SETAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kedah kini mempertingkatkan kawalan di kawasan sempadan negeri ini dengan Thailand, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku berikutan beberapa siri serangan yang berlaku di negara jiran itu.
Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata kawalan ketat telah dilakukan di pintu sempadan selain penambahan bilangan anggota polis sebagai persediaan sekiranya ketegangan yang sedang berlaku di Thailand menular ke Malaysia.
“Perkara ini memang sudah biasa berlaku. Bagi pihak polis Kedah, kita sudah mempunyai mekanisme sendiri untuk mengawal keadaan kerana tidak mahu kejadian yang berlaku di sana menular hingga ke negara kita,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini hari ini.
Katanya setakat ini, pihaknya sudah meletakkan bahagian risikan di sempadan Kedah-Thailand dan kawalan serta pemantauan berjalan seperti biasa.
“Saya yakin kita mampu untuk mengawal keadaan sempadan dan setakat ini kita tidak berhadapan dengan sebarang masalah yang boleh menjejaskan keselamatan rakyat,” katanya.
Katanya pihak polis dan semua agensi kerajaan yang berkaitan turut bekerjasama bagi membanteras sebarang jenis jenayah daripada berlaku di sekitar pintu sempadan.
Pada 6 Mei lepas, dua siri letupan bom telah berlaku di Hat Yai, bandar di selatan Thailand yang telah mengakibatkan 13 orang cedera dan beberapa kenderaan musnah.
Ahmad sebelum itu merasmikan Konvoi Motosikal sempena Sambutan Hari Polis ke-207.
Konvoi itu disertai lebih 100 pegawai polis dan orang awam yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dan biasa yang akan menuju ke Lumut, Perak.
Sumber: Bernama
Blog Tulis Doa Kristian Dalam Bahasa Melayu
Di laman blog christianunited4malaysia.blogspot.com yang masih beroperasi biarpun telah banyak menulis dan menghasilkan entri kontroversi.
Semalam, pengendali blog itu telah pun menulis sebuah bacaan ritual Kristian yang dinamakan Rosary Prayers dalam Bahasa Melayu termasuk menggunakan kalimah ‘Allah‘ dalam doa itu.
Tidak diketahui juga mengapa blog sebegini kontroversi masih lagi beroperasi dengan bebas tanpa sebarang tindakan khususnya dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.
Ke mana perginya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang begitu lantang sebelum ini menyuarakan bantahan dalam isu kalimah Allah tetapi hanya berdiam diri apabila blog ini berterusan menulis artikel-artikel biadab ke atas umat Islam.
Biarpun jelas perintah Mahkamah yang tidak membenarkan pihak Kristian di negara ini menggunakan kalimah Allah dalam mana-mana penerbitannya.
Sumber: My News Hub / Airy Aris
Akibat diserbu, suara manja Mak Nyah bertukar jeritan garau
TEMERLOH – Serbuan yang dijalankan empat Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di sekitar daerah ini semalam mencuri tumpuan orang ramai yang melihat gelagat golongan mak nyah lari bertempiaran.
Agak melucukan apabila, aksi ayu dan suara manja golongan mak nyah yang biasa kedengaran di kaki lima di sekitar Jalan Mock Hee bertukar menjadi sebaliknya apabila mereka dilihat lari lintang pukang dengan jeritan garau.
Difahamkan, serbuan itu dijalankan berikutan banyak aduan daripada orang ramai berhubung kegiatan tidak bermoral yang semakin menjadi-jadi di kawasan berkenaan.
Dalam serbuan itu, empat mak nyah ditahan di kaki lima dan hotel bajet sekitar laluan berkenaan.
Sumber PAID dipetik berkata, operasi itu dijalankan semalam dua jam.
Serbuan yang bermula jam 12.30 malam itu berjaya menahan dua mak nyah tempatan berusia 27 dan 29 tahun dan dua lagi mak nyah Indonesia masing-masing berusia 30 tahun.
“Operasi dijalankan bersama penguat kuasa Paid Temerloh, Bera, Bentong dan Maran juga bertujuan membanteras kegiatan maksiat terutama menjelang Ramadan,” katanya sewaktu ditemui bersama ketika serbuan.
Turut hadir dalam serbuan tersebut ialah Kadi Temerloh Badarudin Ahmad Bustami.
Sementara itu, akhbar Sinar Harian hari ini menyiarkan berita hasil temubual dengan mak nyah yang ditahan dalam serbuan itu.
Mak nyah dari Indonesia yang namanya dipetik sebagai Suzy berkata, mereka menjadikan bilik hotel bajet terbabit sebagai kediaman sejak tiga bulan lalu dan turut membawa pulang pelanggan untuk khidmat seks dengan bayaran hanya RM30.
Katanya, kebanyakan pelanggannya berusia antara 30 hingga 40 tahun terdiri daripada pelbagai bangsa namun yang paling ramai Melayu.
Bagaimanapun katanya, dia mengakui kesukaran mencari pelanggan dan paling ramai hanya dua pelanggan satu hari.
“Saya ada kerja sambilan di salun untuk tampung kos sara hidup di sini,” katanya yang berasal dari Jakarta.
Suzy juga mengakui telah menjalani pembedahan memasukkan silikon untuk membesarkan payudara dengan kos RM3,000, dia melakukannya di Thailand.
Sementara itu seorang mak nyah tempatan dikenal sebagai Yana (nama samaran) 29, berkata, dia berasal dari Kuantan dan menetap di Mentakab hampir setahun lalu.
Menurutnya, dia juga menyewa sebuah hotel bajet dengan bayaran RM25 semalaman dan turut mengakui telah dua kali ditangkap penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip).
Yana juga mengaku telah melakukan pembedahan memasukkan silikon untuk membesarkan payudara di Thailand dengan kos RM5,000.
Kesemua mereka dibawa ke Paid Temerloh untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan dan akan didakwa atas kesalahan tersebut.
Sumber: New Malaysian Post
Pecah Rekod, Tampung Berat 62 Kg Lebah
China – Seorang lelaki dari Yichun, Ruan Liangming memecahkan rekod dunia selepas berjaya menahan diri meskipun dikerumuni lebih 100,000 lebah selama 53 minit dan 34 saat.
Kejayaannya itu melayakkannya menerima pengiktirafan daripada Guinness World Records.
Bukan sahaja dia berdepan dengan bahaya malah dia juga berjaya menahan berat 62.1 kilogram lebah yang mengerumuni badannya itu.
Kejayaannya itu disaksikan oleh berjuta-juta penduduk China yang disiarkan menerusi televisyan CCTV.
“Saya sukakan lebah. Meskipun orang panggil saya `janggut lebah’ tapi saya jarang disengat oleh lebah ini,’’ katanya yang bekerja sebagai penjaga lebah.
Jelas Liangming, selagi dia tidak bergerak dan mengganggu lebah itu, maka dia tidak akan disengat.
“Lebah begitu sensitif dengan pergerakan, jadi saya terpaksa duduk dengan diam tanpa bergerak,’’ katanya.
Sumber: My News Hub
Samsung: Memperkenalkan Gear Glass Pada September
Perihal kaca mata pintar yang dinamakan “Gear Glass” telah mula diperkatakan sejak tahun lepas lagi.
Kini, menerusi satu laporan terbaru, Samsung dikatakan akan memperkenalkannya di persidangan teknologi terbesar di Eropah, IFA 2014 pada bulan September nanti.
“Berikutan permintaan yang menggalakan dan sambutan yang baik terhadap Galaxy Gear pada bulan September tahun lepas, kami dijadualkan untuk memperkenalkan kaca mata pintar ‘Gear Glass’ pada September ini – Samsung,” menurut sumber.
Usaha memperkenalkan kaca mata pintar ini telah dipopularkan oleh Google melalui Google Glass mereka.
Gear Glass ini dikatakan akan hadir dengan lensa dan juga ‘ear-piece’ – membolehkan pengguna mendengar lagu, selain melihat melalui Gear Glass dengan mudah.
Skrin paparan pada Gear Glass dikatakan akan dilokasikan pada bahagian kanan – sama seperti Google Glass.
Gear Glass ini dijangka akan menggunakan platform Tizen, seperti jam tangan pintar terbaru mereka pada tahun ini.
Selain Gear Glass, pada bulan September juga pihak Samsung dijangka bakal memperkenalkan Galaxy Note 4.
Sumber: Android Central / hzqahmd
Rumah Walit Jadi Sarang Judi Internet
ROMPIN – Kegiatan sebuah pusat judi Internet haram yang berselindung di sebalik sebuah rumah sarang burung walit di Kampung Bahagia, di sini, terbongkar selepas diserbu dalam Ops Dadu, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Johari Jahaya, berkata, serbuan kira-kira jam 2 pagi itu dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, hasil risikan dan maklumat orang awam.
“Dalam serbuan itu, 15 individu iaitu 14 pemain serta seorang penjaga berusia lingkungan 20 hingga 60 tahun berjaya ditahan.
“Pihak polis juga berjaya merampas 17 set komputer termasuk server dan sejumlah wang bernilai RM711.00,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, serbuan berakhir kira-kira jam 3.30 pagi manakala kesemua yang ditangkap di bawa ke Balai Polis Rompin untuk siasatan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
“Siasatan lanjut juga dijalankan untuk mengesan pemilik rumah berkenaan,” katanya.
Sumber: Sinar Online
No comments:
Post a Comment