FGV Syarikat Perladangan Kelapa Sawit Terbaik
KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) menerima Anugerah Kecemerlangan Frost and Sullivan 2014 bagi ‘Syarikat
Perladangan Kelapa Sawit Terbaik’ buat tahun kedua berturut-turut.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat perladangan kelapa sawit terbesar itu berkata anugerah itu memperakui amalan terbaiknya dalam operasi perniagaan dan prestasi cemerlang pada 2013.
FGV dikenal pasti untuk menerima anugerah itu berasaskan temu bualmenyeluruh, analisis dan penyelidikan sekunder meluas yang dilakukan oleh Frost & Sullivan.
“Penilaian itu termasuk perolehan, penguasaan pasaran, keupayaan dan amalan terbaik,” katanya.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mohd Emir Mavani Abdullah berkata kejayaan itu akan memudahkan lagi syarikat berkenaan untuk mentransformasikan kumpulan itu menjadi 10 firma terbaik dunia dalam perniagaan pertanian menjelang 2020.
Sumber: Bernama
Kesakitan Bersalin, Tahan 30 Saat Aje
China – Hanya 30 saat. Itu tempoh paling lama lelaki boleh bertahan dengan kesakitan dialami oleh wanita ketika melahirkan anak. Bayangkan betapa wanita terpaksa mengalami kesakitan itu selama berjam-jam malah ada yang berhari-hari.
Kesakitan itu dialami oleh kaum lelaki di Nanchang yang mencabar diri mereka untuk merasai pengalaman wanita bersalin melalui sebuah mesin.
Program itu diadakan sempena Hari Ibu dan ramai kaum Adam dengan sukarelanya menawarkan diri untuk merasai kesakitan itu.
Mesin itu meletakkan tahap kesakitan antara 50 hingga 500, namun tidak ada yang mampu sampai hingga paras 500.
Ia berfungsi dengan mengenakan kejutan elektrik di bahagian abdomen.Nyata kaum Adam ini tidak dapat menahan kesakitan berkenaan termasuklah seorang penyanyi Britain, Iain Inglis, 31, yang menetap di China.
“Ia amat sakit dan saya tidak boleh menerimanya,’’ katanya .
Seorang lagi lelaki. Lee Hao pula akhirnya mengetahui kenapa isterinya meminta ubat ketika bersalin.
“Sayakini tahu kenapa isteri saya meminta ubat ketika mahu bersalin. Ia amat menakjubkan bagaimana dia boleh menghadapi kesakitan ini,’’ katanya.
Sumber: My News Hub
Jay Z Diserang Adik Beyonce Dalam Lif
New York – Penyanyi Jay Z telah diserang oleh adik iparnya, Solange, yang juga adik kepada Beyonce ketika mereka menghadiri Met Gala, Isnin lalu.
Pertengkaran antara Jaz Z dan Solange dirakamkan dalam kamera pengawasan, ketika dia, Solange, Beyonce dan pengawal peribadi berada di dalam lif.
Solange dilihat menendang, menumbuk dan menampar Jay Z dengan ganas sambil menjerit manakala Beyonce sekali sekala cuba menenangkan adiknya itu.
Manakala pengawal peribadi mereka pula cuba memegang Solange bagi mengelakkannya memukul Jay Z beberapa kali, namun terlepas.
Pengawal tersebut juga dilihat menekan butang kecemasan dalam lif itu di tingkat 12, bagi mengelakkan pertengkaran berkenaan dilihat orang ramai terutama paparazi.
Ketika pintu lift terbuka, mereka berlakon seperti normal dengan Beyonce cuba tersenyum. Dia dan adiknya meninggalkan hotel berkenaan dengan menaiki sebuah kereta manakala Jay Z pula menaiki kenderaan yang berasingan.
Setakat ini tidak ditahui apa yang menyebabkan mereka bertengkar, namun Jay Z dan Beyonce kelihatan gembira sebelum ini, ketika mereka menyaksikan perlawanan Brooklyn Nets pada Sabtu.
Pita rakaman itu diperolehi oleh portal hiburan Hollywood, TMZ. Pihak pengurusan hotel kini dilaporkan akan mengambil tindakan terhadap mereka yang mengedarkan pita tersebut.
Tahun lepas, Solange telah membatalkan jelajah Eropahnya susulan khabar angin penglibatannya dengan dadah.
Malah sebelum ini Solange pernah mengaku mengambil dadah. Pada 2009 dia telah menulis dalam twitter bahawa dia terpaksa dirawat di hospital akibat masalah berkenaan.
Sumber: My News Hub
7 Contoh Isteri Yang Selalu Diceraikan Suami
Di dunia ini ada pelbagai jenis wanita. Isteri yang baik atau wanita solehah, adalah harta simpanan yang terbaik bagi seorang suami.
Rasulullah Shallallahu' alaihi Wasallam bersabda, "Mahukah kamu keberitahu suatu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu menjaga diri dan harta suaminya. " (Riwayat Abu Dawud)
Kalau dilihat dia menyenangkan, itu disebabkan budi yang luhur, pakaian bersih, dandanan yang serasi di hadapan suaminya dan berusaha yang terbaik untuk tampil menarik hanya di depan suami dan anak-anaknya.
Jika diperintahkan, dia akan patuh, menunjukkan ketaatan dan baktinya pada suaminya. Dia ingin selalu memberikan kepuasan bagi suaminya.
Sentiasa memelihara diri dan harta suaminya, menggambarkan betapa besar kekuatan agama dan ketebalan imannya terhadap ALLAH dan Rasul-Nya. Apabila suaminya tidak ada, dia tetap memelihara kehormatan diri dan harta suaminya.
Bila seorang wanita tidak solehah dan mempunyai sifat atau kebiasaan yang buruk, suka menyusahkan suaminya tentulah itu bukan perhiasan bagi seorang suami. Bahkan, boleh jadi suami tidak suka bersamanya, kemudian menceritakannya.
Jika engkau, wahai isteri menginginkan rumah tangga yang bahagia di dunia dan akhirat, buanglah jauh-jauh dari dirimu tujuh sifat tersebut. Bila tidak, engkau celaka di dunia dan akhirat .
Berikut ini tujuh jenis wanita yang sering diceraikan suami.
1. Tidak punya rasa malu . Yang tidak malu melakukan hal-hal yang dilarang ALLAH. Dia jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat.
2. Ausyarah (kotor) iaitu tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri, dan malas melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya kotor dan tidak menyenangkan.
3. Asysyakasah (berani/mencabar) iaitu suka membebankan suaminya di luar kemampuannya sehingga mendorong suami melakukan hal hal yang dimurkai ALLAH.
4. Innah (berani/mencabar) yang tidak mahu diperintah suaminya untuk melakukan hal-hal yang baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan, bahkan menentang si suami dengan tetap melakukan maksiat.
5. Bitnah (mementingkan isi perut dan banyak menuntut) yang tidak suka berinfak dan enggan mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta kekayaan dan mengenyangkan perut dengan makanan-makanan yang tiada habisnya. Tidak terlintas dibenaknya untuk menyumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim. Untuk memenuhi segala keinginan nafsunya, dia mendorong suaminya untuk melakukan hal-hal yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH.
6. Bahriyah (mendorong suami untuk berbuat jahat) iaitu selalu menghalang suami untuk berbuat baik. Jika melihat suami menyisihkan beberapa peratus dan pendapatan untuk zakat dan infak, dia sibuk mencerca dan mengadu pada suami tentang keadaan ekonomi rumah tangga, keperluan anak yang semakin membesar, pakaian yang telah koyak, kasut yang telah usang dan sebagainya sehingga suami menjadi ragu- ragu.
7. Tidak aktif iaitu malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu duniawi maupun ukhrawi .
Sumber : Majalah Fatwa Jilid IV No 12 I Zulhijjah 1429 H
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
Sumber Laman: colourfulcontactlens.com
Kurung Diri Selama 7 Hari Atas Nama Seni
New York – Seorang artis kontroversi yang pernah `muntah’ atas baju Lady Gaga atas nama seni, kini sekali lagi mencipta kejutan dengan memencilkan dirinya di dalam sebuah bilik selama 168 jam.
Sepanjang tempoh tujuh hari itu, Millie Brown hanya akan minum sahaja. Dia juga akan berbaring sebagai kaedah meditasi dan tidak akan berkomunikasi dengan dunia luar sepanjang tempoh itu.
Karya seni digelar Wilting Point ini dilakukannya di dalam sebuah kotak di dalam galeri seni di Hotel Refinery.
Dengan berbaring di atas karpet dihiasi bunga segar, Brown yang memulakan hasil kerjanya itu Jumaat lalu berkata, dia mahu memisahkan dirinya dengan dunia luar untuk seketika.
“Saya mahu menyingkirkan semua gangguan dalam jiwa saya dan menumpukan kepada mencari kecantikan dalaman,” katanya.
Persembahannya itu disiarkan secara langsung menerusi streaming selama 24 jam dan orang ramai juga boleh menjenguknya melalui tingkap kaca di luar galeri tersebut.
Sumber: My News Hub
Buruh maut jatuh bangunan
Raffian menunjukkan tempat rakannya tergelincir lalu terjatuh ke bawah sebelum meninggal dunia akibat cedera parah di bahagian leher. Gambar kecil: Sartalim.
DUNGUN – Hasrat seorang buruh warga Indonesia mencari rezeki di perantauan sebelum mengirimkannya kepada keluarga di kampung tidak kesampaian apabila dia maut selepas terjatuh dari bangunan, dekat sini, semalam.
Kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu dipercayai berlaku ketika mangsa dikenali sebagai Sartalim Wirotarip, 51, sedang melakukan kerja di atas besi perancah di aras tiga sebuah bangunan tiga tingkat setinggi kira-kira 12 meter yang dalam pembinaan.
Mangsa dipercayai tergelincir dari papan pemijak lalu terjatuh ke atas tanah menyebabkan dia cedera parah di bahagian leher.
Menurut salah seorang rakan sekerja mangsa, Raffian Mohd Yusof, 43, ketika kemalangan itu berlaku, dia yang bekerja sebagai operator kren baru selesai melakukan kerja-kerja mengangkat batu konkrit di bangunan tersebut.
Katanya, dia menyedari kemalangan yang menimpa rakannya itu selepas terdengar jeritan meminta tolong.
“Tiba-tiba saya terdengar ada orang menjerit minta tolong sebelum melihat sekumpulan pekerja berlari ke arah mangsa yang sudah terbujur kaku atas tanah.
“Mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri, lalu saya bersama rakan lain mengangkat masuk dalam kereta dan terus bawanya ke hospital," katanya.
Raffian berkata, ketika di lokasi kejadian, mangsa dilaporkan masih bernyawa, namun sebaik sampai di hospital doktor mengesahkan mangsa yang hampir enam bulan bekerja di tapak projek itu sudah pun meninggal dunia.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat sebelum mayatnya dibawa pulang ke kampung halamannya di Surabaya, Indonesia.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan kejadian dan kes terbabit masih dalam siasatan pihaknya.
Sumber: Sinar Online
Kerana kenduri anak Ahmad Said keluar UMNO
KUALA LUMPUR – Tindakan bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said keluar dari UMNO dbuat kerana permintaannya untuk meletak jawatan selepas melangsungkan majlis kenduri anaknya 17 Mei ini tidak dibenarkan.
Ahmad Said ketika dihubungi Astro AWANI berkata beliau telah memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan pertukaran itu namun ditolak atas alasan ia perkara peribadi.
“Tak cukup ke apa yang sudah saya lakukan selama 5 tahun berkhidmat sebagai Menteri Besar?
“Saya minta tangguh bukan tak mahu tetapi tunggu hingga majlis anak saya selesai” katanya dalam nada tersekat-sekat.
Tambah Ahmad Said lagi pertukaran jawatan beliau telah diarahkan oleh Najib sendiri.
“Kalau sudah tidak mahu saya lagi, saya keluarlah daripada UMNO, InsyaAllah lepas ini tidak akan ada lagi kerajaan” katanya.
Kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu ketika ini adalah 15 kerusi Barisan Nasional, 15 lagi Pakatan Rakyat dan dua Bebas selepas Ahmad Said dan ADUN Ajil, Ghazali Taib bertindak keluar parti beberapa jam selepas perletakan jawatan Ahmad Said sebagai Menteri Besar.
Menurut Ahmad Said dia tidak pasti adakah akan ada lagi ADUN mengikut jejak langkahnya bertindak keluar parti.
Ditanya adakah sudah ada mana-mana pihak yang menghimpit beliau untuk menyokong sama ada BN atau PR memandangkan beliau kini ADUN Bebas,
“Belum ada lagi mana-mana pihak yang datang jumpa saya menyertai mereka”.
Sumber: Astro Awani
5 Universiti M’sia Senarai QS 100 Terbaik Asia
PETALING JAYA – Lima universiti tertua di Malaysia berada dalam senarai kedudukan 100 universiti teratas di Asia bagi penarafan QS untuk tiga tahun berturut-turut.
Dua universiti yang berada pada kedudukan paling tinggi adalah Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia, di mana kedua-duanya mencatatkan senarai lebih baik meningkat kepada satu tangga, dengan masing-masing pada kedudukan baharu ke-32 dan ke-56.
Universiti Sains Malaysia (ke-57) dan Universiti Teknologi Malaysia (ke-66) masing-masing naik sehingga empat dan dua tangga, manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia meningkat kepada 145, peningkatan lebih baik berbanding kedudukan ke-150 tahun lalu.
Satu-satunya universiti Malaysia pada kedudukan 150 tertinggi yang mencatatkan penurunan adalah Universiti Putra Malaysia, yang menurun empat tangga kepada kedudukan ke-76.
Ketua Penyelidikan QS, Ben Sowter berkata, kebanyakan keputusan bagi institusi Malaysia adalah positif.
Beliau berkata, 18 institusi Malaysia berada dalam senarai 300 teratas, meletakkan Malaysia yang kelima di rantau ini, di belakang China (73), Jepun (68), Korea Selatan (46) dan Taiwan (27), tetapi di hadapan India (17).
“Institusi utama Malaysia telah mencatatkan peningkatan mata mereka untuk produktiviti penyelidikan (bilangan kertas penyelidikan untuk setiap ahli fakulti ) tahun ini dan merupakan antara yang paling banyak di peringkat antarabangsa di rantau ini,” katanya dalam satu temu bual.
Pengukuhan kerjasama dan pertukaran program antara rantau antara yang membantu Malaysia untuk terus mencatatkan peningkatan manakala empat universiti yang berada dalam kedudukan di kalangan yang teratas bertambah baik pada kedudukan mereka dari segi nisbah pelajar / fakulti, kata Sowter.
“Pengantarabangsaan merupakan satu lagi kekuatan utama bagi Malaysia. UM berada pada kedudukan nombor satu di Asia bagi sebahagian daripada pertukaran pelajar antarabangsa,” katanya.
Sowter berkata, sebanyak 491 institusi telah dinilai.
Beliau berkata, metodologi itu berdasarkan empat tunggak yang turut mengukur bagi Kedudukan Universiti Dunia, iaitu komitmen pengajaran, kesan penyelidikan, siswazah dan pandangan antarabangsa.
“Pertimbangan diselaraskan untuk menunjukkan yang lebih baik dan menggambarkan keutamaan universiti dalam konteks Asia dan realiti mereka,” katanya.
National University of Singapore berada dalam senarai kedudukan paling atas diikuti Korea Advanced Institute of Science and Technology dan University of Hong Kong.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.TopUniversities.com.
Sumber: mStar
Bunuh Diri Kerana Diarah Tutup Akaun FB
New Delhi – Seorang remaja perempuan dipercayai menggantung diri sehingga mati selepas diarah ibunya menutup akaun Facebook (FB).
Aditi Gupta, 13, dilapor dimarahi ibunya Mohana Gupta, 36, kerana terlalu banyak menghabiskan masa melayan laman sesawang media sosial popular itu.
Media semalam melaporkan, ibu Mohana memaksa Aditi menutup akuan berkenaan ketika dalam perjalanan pulang dari luar.
“Pastikan akaun itu ditutup sebelum ibu tiba di rumah,” kata Mohana dalam panggilan telefon kepada anaknya sejurus sebelum kejadian.
Beberapa jam kemudian – selepas Mohana pulang – dia mendapati anaknya sudah tergantung tidak bernyawa.
Dia terus menelefon polis. Ketika disoal Mohana berkata dia tidak menyangka anaknya sanggup membunuh diri akibat perkara yang begitu remeh.
Sumber: Agensi
Model Jadi Hamba Seks Jutawan Minyak
MARBELLA, Sepanyol – Seorang jutawan warga Britain ditahan pihak berkuasa Sepanyol kerana didakwa mengurung dan menjadikan sembilan model wanita sebagai hamba seks sehingga melahirkan tujuh orang anak, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Jutawan tersebut, Shoja Shojai, 56, didakwa menggoda wanita terbabit dengan mendakwa dia seorang usahawan minyak dan mempunyai hubungan baik dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Semua wanita tersebut yang berasal dari Eropah dan Asia termasuk Rusia, Jerman, Mongolia dan Kazakhtan memberitahu bahawa mereka menemui Shojai ketika belajar di sebuah sekolah fesyen di London.
Satu sumber berkata, sembilan wanita tersebut mendakwa mereka berjumpa dengan Shojai beberapa tahun lalu dan lelaki terbabit mempelawa mereka ke Sepanyol untuk mengembangkan karier sebagai model.
Bagaimanapun, apabila tiba di Sepanyol, semua wanita tersebut dikurung di dalam sebuah rumah mewah yang mempunyai 10 buah bilik di Marbella dan bergilir-gilir tidur dengan mangsa.
Wanita tersebut memberitahu polis, mereka hanya dibenarkan keluar dari rumah tersebut dengan diiringi seorang pemandu.
Kata sumber itu lagi, semua wanita terbabit terpaksa mengikuti arahan Shojai kerana dia mengancam untuk mencederakan anak serta keluarga mangsa.
Bagaimanapun, tindakan Shojai itu akhirnya terbongkar selepas salah seorang wanita tersebut menghubungi polis untuk meminta bantuan.
Semua wanita dan anak mereka yang berusia sembilan bulan hingga tujuh tahun kini di bawah jagaan pihak berkuasa.
Shojai yang dibebaskan dengan ikat jamin selepas disoal siasat oleh polis atas tuduhan melakukan keganasan domestik menafikan dakwaan wanita-wanita tersebut.
Sumber: My News Hub / Agensi
Hangus selepas bakar sampah
Antara kenderaan yang terlibat dalam kebakaran itu
SERDANG – Tindakan seorang lelaki membakar sampah hampir dengan stor menyimpan barang perniagaannya nyaris meragut nyawanya sendiri apabila bahagian belakang tubuh badannya melecur ketika cuba memadamkan api yang marak secara tiba-tiba.
Insiden kira-kira jam 11.40 pagi di Taman Serdang Jaya itu turut menyebabkan dua kereta dan dua motosikal jirannya hangus selepas kebakaran itu merebak ke garaj kereta berkenaan.
Ketua Balai Bomba Serdang, Timbalan Penguasa Bomba Zolkipli Sailan berkata, lelaki berusia lingkungan 50-an itu pada mulanya membersihkan kawasan hampir dengan struktur garaj yang memuatkan sebuah stor dan tempat letak kereta.
Garaj tersebut dikongsi bersama jiran bersebelahan yang meletakkan kenderaan milik mereka manakala mangsa membina stor menempatkan barangan perniagaan sewaan kanopi, kerusi dan meja.
Ketika leka membakar sampah daun kering, minyak tanah dikatakan tertumpah di situ menyebabkan api marak dengan tiba-tiba.
Mangsa cuba memadamkan api namun usahanya gagal, dia mengalami kecederaan ketika bertungkus-lumus mengelakkan api daripada merebak ke garaj yang menempatkan kenderaan milik jirannya.
Kebakaran menyebabkan lori milik mangsa, dua kereta milik jiran masing-masing jenis BMW dan Nissan Teana serta dua motosikal yang kebetulan diletakkan dalam garaj hangus.
Kerugian dianggarkan mencecah hampir RM1 juta.
“Balai menerima panggilan kira-kira jam 11.43 pagi memaklumkan kejadian, dua jentera bersama 12 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian, sebaik tiba api marak dan berjaya dikawal beberapa minit selepas itu.
“Mangsa dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan, dia masih belum dapat bercakap kerana masih dalam keadaan trauma akibat insiden tersebut,” katanya.
Sumber: Sinar Online
15 maut terpijak gara-gara stadium sesak
Keadaan yang sesak melampau di dalam stadium di Congo yang menyebabkan 15 terkorban akibat dipijak selepas polis menembak gas pemedih mata ke arah penonton, kelmarin.
KINSHASA: Sekurang-kurangnya 15 terkorban akibat dipijak selepas polis menembak gas pemedih mata ke arah penonton yang bersesak di dalam stadium di Congo, menurut laporan polis tempatan.
Peminat di Kinshasha naik berang petang kelmarin apabila pasukan mereka ditewaskan 1-0 oleh pasukan bandar Lubumbashi dalam aksi final, kata menteri tempatan, Emmanuel Akweti.
Sumber: BH
Takdir bayi dua wajah
Sydney: Kasih sayang seorang ibu bukan saja mampu membawa ke syurga, malah turut membolehkan seseorang menghirup udara sementara diberi nyawa.
Ketika doktor memberitahu Renee Young dan Simon Howie mengenai keganjilan anak mereka, nasihat yang diberikan ialah supaya janin berkenaan digugurkan.
Ketika itu kandungan Renee berusia 19 minggu.
FAITH dan Hope di hospital.
Sebaliknya mereka nekad meneruskan kehamilan sehingga takdir menentukan kesudahannya.
Kata Renee, mereka memang bimbang apa yang bakal berlaku pada anak mereka apabila lahir nanti.
“Tetapi kami tidak sampai hati menggugurkannya kerana saya dapat merasakan degup jantung kandungan saya begitu kuat dan indah,” katanya.
Akhirnya Renee bersalin dan lahirlah anak unik itu - pasangan kembar siam yang berkongsi badan, namun mempunyai wajah dan otak berbeza.
Renee menggelar anak perempuannya itu “pejuang kecil.”
Kata Renee, dia dan suaminya amat menyayangi kembar berkenaan yang diberi nama Hope dan Faith.
Keganjilan itu katanya, dikenali sebagai “diprosopus” dan menyebabkan Hope dan Faith berkongsi tengkorak, namun berasingan otak yang bercantum pada bahagian pangkal.
Semua organ lain dikongsi. Pasangan Hope dan Faith kini ditempatkan di unit rawatan rapi Hospital Kanak-kanak Westmead.
Di sebalik jangkaan awal, perkembangan positif ditunjuk kembar itu memang mengejutkan doktor.
Howie berkata, anaknya itu tiada masalah bernafas atau menyusu.
“Setakat ini, kami tidak tahu berapa lama mereka akan berada di hospital kerana doktor masih tidak dapat menjangka implikasi keadaan mereka itu.
“Apa yang penting adalah kami tidak sabar membawa mereka pulang,” katanya.
Difahamkan setakat ini hanya 35 kes seumpama itu dilaporkan di seluruh dunia.
Pada masa sama, rekod menunjukkan tiada kembar diprosopus - bermaksud “dua wajah” dalam bahasa Yunani - berjaya hidup lama.
Kata Howie, dia dan Renee tetap gembira dengan kehadiran Faith dan Hope.
“Jika mereka hidup dua hari, dua harilah tempoh kami dapat nikmati bersama mereka.
“Sekurang-kurangnya ada waktu yang dapat diluangkan bersama mereka biarpun singkat,” katanya.
Renee pula berkata, dia mahu umum mengetahui kewujudan kembar siam diprosopus kerana ia terlalu jarang berlaku.
“Kita tidak boleh menafikan ia boleh terjadi,” katanya.- AFP
Bayi lemas terbelit selimut
Gambar Hiasan
Putrajaya: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut dipercayai lemas selepas terbelit selimut di rumah pengasuhnya di Presint 9 di sini, semalam.
Difahamkan bayi terbabit, Ammar Asyraf Ahmad Zafwan sempat dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan namun doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia jam 5.10 petang semalam di hospital berkenaan.
Sumber berkata, mangsa sebelum itu dihantar bapanya, Ahmad Zafwan Sulaiman, 32, ke rumah pengasuhnya jam 7.15 pagi semalam dalam keadaan baik.
“Kira-kira sejam selepas itu, bapanya menerima panggilan daripada pengasuh memaklumkan Ammar Asyraf lemas dalam selimut.
“Bapa bayi itu kemudian bergegas ke rumah pengasuhnya itu sebelum membawa mangsa ke hospital sekitar jam 8.25 pagi,” katanya.
Katanya, bayi terbabit dalam keadaan lemah dan kebiruan ketika dalam perjalanan untuk dibawa ke hospital.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Katanya, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sumber: Harian Metro
Polis buru penyerang bom di selatan Thai
NARATHIWAT - THAILAND. Sekurang-kurangnya tiga maut dalam lapan serangan bom dipercayai dilakukan kumpulan pemisah di selatan Thailand, kelmarin.
Ketua Polis Narathiwat Pattanawut Ungkanavin berkata, susulan kejadian itu, anggotanya dan tentera melancarkan operasi memburu individu yang mendalangi serangan terbabit.
“Kami sudah mengenal pasti beberapa suspek. Kini operasi memburu suspek giat dilakukan,” katanya pada Bangkok Post.
Menurutnya, kejadian itu dipercayai berlaku akibat kawalan keselamatan yang longgar di wilayah itu.
Pada kejadian pagi semalam, seorang wanita maut dan beberapa yang lain cedera termasuk pegawai keselamatan dalam letupan bom di tiga lokasi di daerah Sungai Kolok di Narathiwat.
“Dua letupan bom berlaku di Tak Bai dan berlaku kebakaran di dua lokasi di daerah Sungai Padi,” katanya.
Di Yala, satu letupan bom memusnahkan dua tiang elektrik dan dua letupan bom berlaku di daerah Than To dan Muang.
Kumpulan pemisah juga dilaporkan melancarkan serangan bersenjata dan membakar tiang elektrik di daerah Krong Pinang dan Bannang Sata.
Sementara itu di Bangkok, penyokong antikerajaan merancang menubuhkan pejabat mereka di Rumah Kerajaan yang dikosongkan manakala perdana menteri sementara diarah menjalankan tugasnya di pinggir ibu negara.
Ketua penunjuk perasaan, Suthep Thaugsuban yang mengetuai protes sejak enam bulan lalu turut menggesa penyokongnya melakukan bantahan akhir terutamanya terhadap pelantikan perdana menteri sementara yang jelas melanggar demokrasi di negara itu.
Sumber: Sinar Online
Jalan raya jadi sungai
KUALA LUMPUR - Beberapa jalan utama di ibu negara dilanda banjir kilat akibat hujan lebat petang semalam sehingga mengakibatkan ribuan kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
Pegawai Penyelaras Trafik 1, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Ketua Inspektor, Afzal Nizan Abd Latif, berkata, antara lokasi paling terjejas adalah Jalan Duta di kedua-dua hala apabila dinaiki air sepanjang 100 meter.
Menurutnya, turut dinaiki air adalah di terowong Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Maarof.
“Terdapat juga kejadian pokok tumbang di Jalan Raja Chulan, Jalan Ikan Mas dan Jalan Tun Razak (ranting) yang turut mengakibatkan lima kereta dihempap.
“Hampir 40 anggota diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga, termasuk kren tunda. Ia tidak termasuk anggota-anggota yang berada di lokasi terjejas bagi mengawal keadaan,” katanya
Di Perumahan Awam (PA) Sri Johor, Cheras, sebanyak 15 kereta terjejas apabila dihempap kepingan zink yang juga bumbung tempat letak motosikal di situ.
Hujan lebat dan ribut mengakibatkan bumbung berkenaan tercabut dan ‘terbang’, namun tiada kemalangan jiwa.
Di Lorong Periuk, Kampung Baru, sekurang-kurangnya 10 rumah terjejas kerana dilanda banjir kilat.
Keadaan tanah yang rendah membuatkan kawasan itu antara yang paling cepat dinaiki air.
Sementara itu, enam kenderaan dilaporkan terperangkap dalam banjir berhampiran Kuil Arulmigu Sri Ramalingeswarar, Jalan Maarof Bangsar, di sini.
Kejadian selama dua jam bermula jam 2.30 petang itu mengakibatkan seorang pemilik kereta terpaksa meninggalkan keretanya di bahu jalan selepas kuil berkenaan ditenggelami air kira-kira 0.5 meter.
V Jayamalar, 50, berkata, dia tidak menyangka kejadian itu akan menenggelamkan keretanya.
“Saya ke kuil untuk bersembahyang, kereta saya sudah ditenggelami air dan nasib baik tiada apa yang berlaku.
“Kereta saya terkandas selama dua jam sebelum ia dapat dialihkan selepas paras air di Jalan Maarof kembali surut,” katanya.
Difahamkan, banjir di kawasan Jalan Maarof berkemungkinan berlaku akibat limpahan air dari Sungai Klang.
Kejadian hujan lebat itu turut menyebabkan banjir di empat lokasi lain iaitu di sekitar Lebuh Raya Mahameru dan Leisure Mall Taman Segar.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata berkata, beliau menasihatkan pengguna supaya mengelak dari melalui jalan di kawasan tanah rendah serta mendapatkan maklumat mengenai cuaca melalui radio, televisyen mahupun sumber lain.
Beliau turut menegaskan kepada ibu bapa agar memantau anak-anak mereka dari menghampiri kawasan-kawasan longkang atau sungai bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Sumber: Sinar Online
Gambar Resit Restoran Insaf Cekik Darah Pelanggan Tersebar
Sekeping gambar resit yang dikeluarkan oleh Restoran Insaf tersebar di media sosial berikutan dengan caj harga makanannya yang tidak masuk akal.
Menurut pemilik resit berkenaan, dia telah dikenakan caj sebanyak RM10.00 untuk sekeping murtabak kecil dan RM10.00 untuk sepotong ayam goreng.
Kalau beginilah harganya, sememangnya sesiapa yang memasuki restoran tersebut memang akan insaf buat selama-lamanya.
Apa yang menarik di sini, susulan dari pendedahan resit berkenaan, ramai yang tampil mendedahkan ketidakrelevanan restoran berkenaan dalam soal mengenakan harga makanan yang dianggap tidak munasabah.
Menurut mereka, Restoran Insaf ini sememangnya mengenakan harga yang mahal kepada pengunjungnya. Dan rata-rata orang Kuala Lumpur tahu akan sikap restoran tersebut yang suka mencekik darah pelanggannya.
Dedah mereka lagi, jika pelanggan mengambil seekor udang bersaiz sebesar ibu jari, harga yang akan dikenakan ialah RM12. Tetapi itu harga 5 tahun yang lepas.
Dari pemerhatian di media sosial, ini bukanlah pertama kali pengunjung menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap Restoran Insaf. Lihat gambar di bawah yang bakal menginsafkan anda:
Justeru, ramai yang memohon pihak KPDNKK tampil mengambil tindakan terhadap restoran berkenaan, bukannya hanya berani mengambil tindakan terhadap pengusaha kedai makanan bumiputera.
Sumber: My Media Hub Online
BUKIT GELUGOR: Kesian Kertas Pencalonan Ditolak Sebab Tak Cukup Duit…
GEORGETOWN – Akibat tidak cukup RM5,000 untuk membayar deposit poster kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), seorang calon terpaksa berputih mata kerana kertas pencalonannya ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.
Calon tersebut, Lim Chee Khoon mendakwa mewakili Penang Front Party (PFP) yang belum diluluskan pendaftarannya tiba di pusat penamaan calon PRK Bukit Gelugor di Dewan Sri Pinang kira-kira jam 9.45 pagi
Bagaimanapun, berlaku salah faham berkaitan deposit yang perlu diserahkan ketika mengemukakan kertas pencalonan iaitu RM10,000 untuk SPR dan RM5,000 untuk PBT sebelum jam 10 pagi.
“SPR tidak mahu menerima wang selepas jam 10 pagi. Memandangkan wang tidak cukup, wakil saya pergi mengambil wang di bank dan hanya tiba di sini pada jam 10.15 pagi.
“Itu adalah peraturan baharu kerana sebelum ini ia boleh dibayar sehingga jam 12 tengah hari,” katanya kepada media.
Sementara itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, kertas pencalonan itu terpaksa ditolak kerana gagal memenuhi syarat yang ditetapkan.
“Dalam syarat pilihan raya, setiap calon perlu membayar deposit RM10,000 kepada SPR dan RM5,000 untuk PBT sebelum 10 pagi. Jika gagal, SPR akan menolak kertas pencalonannya,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Premis Plaza TTDI Diserbu, 12 GRO Ditahan
Sebahagian wanita yang ditangkap ketika di sebuah premis tanpa lesen di Plaza TTDI lewat malam Isnin.
KUALA LUMPUR: Seramai 12 wanita asing yang dipercayai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan di Plaza TTDI lewat malam Isnin.
Premis yang baharu sebulan beroperasi itu gagal mengemukakan lesen perniagaan diserbu oleh Bahagian D7 (Kongsi Gelap/Perjudian/Maksiat) di sini yang diketuai Inspektor Affendi Yusof bersama 10 anggota.
Kesemua wanita yang ditahan itu berusia di antara 23 hingga 37 tahun dan pemeriksaan mendapati mereka melanggar syarat masuk ke negara ini sebagai pelancong, sebaliknya bekerja di premis berkenaan.
Difahamkan gaji semua wanita asing hanya bergantung kepada pembelian minuman di premis berkenaan.
Ketika serbuan dibuat, terdapat hampir 30 pelanggan sedang mendapatkan khidmat GRO terbabit.
Selain menahan wanita berkenaan, polis juga merampas peralatan audio di premis terbabit.
Sumber: mStar
Pelajar Terjun Bangunan Gara Gara Tertekan Duduki Peperiksaan
Georgetown: ‘Mak, ayah, jaga diri baik-baik’.
Demikian nota dalam bahasa Mandarin ditinggalkan seorang wanita yang juga pelajar kolej ditemui mati dengan kecederaan teruk di kepala dan perut di tepi Bangunan UMNO, Jalan Macalister, di sini, semalam.
Difahamkan, akibat tekanan perasaan untuk menghadapi peperiksaan, pelajar berkenaan disyaki terjun dari Bangunan UMNO sebelum ditemui orang ramai dalam keadaan telentang dan berlumuran darah pada jam 8.05 pagi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan mendapati mangsa, Tieu Hooi Theng, 20-an, dari Taman Mesra, Butterworth dipercayai bertindak demikian akibat tekanan yang dihadapi ketika menduduki peperiksaan.
MAYAT Tieu ditemui orang ramai dengan kesan kecederaan di kepala dan perut.
Beliau berkata, mayat mangsa ditemui orang ramai dengan kecederaan teruk di kepala dan perut dipercayai akibat terjatuh ke atas bumbung zink di bahagian parkir di tepi bangunan berkenaan.
Katanya, hasil siasatan awal di lokasi kejadian, polis menemui sepasang kasut, telefon bimbit dan kunci kereta dipercayai milik mangsa yang ditinggalkan di tepi tangga di tingkat 18 bangunan berkenaan.
“Mangsa dipercayai membunuh diri dengan terjun dari koridor tangga di tingkat 18 berdasarkan kepada kedudukan tempat si mati jatuh.
“Polis turut menemui beberapa barang milik mangsa termasuk kasut, telefon bimbit dan kunci kereta serta kereta Perodua Viva yang diletakkan berhampiran Bangunan UMNO.
Sumber: myMetro
b>36 pelajar Al-Azhar dipenjara empat tahun
KAHERAH - MESIR . Sebanyak 36 pelajar Universiti Al-Azhar dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Mesir kerana terlibat dalam tunjuk perasaan tahun lalu ketika penggulingan bekas Presiden Mohammed Mursi.
Mahkamah turut mengarahkan mereka membayar denda 4,300 euro (RM19,100).
Menurut sumber, kesemua mereka didapati bersalah kerana melakukan kekacauan, menghalang jalan di hadapan universiti dan bertindak ganas terhadap pasukan keselamatan.
Februari lalu, pihak berkuasa mengeluarkan perintah bahawa anggota keselamatan dibenarkan memasuki kampus dan memberikan hak kepada pentadbir universiti untuk mengusir mana-mana pelajar yang terlibat dalam bantahan itu.
Bagaimanapun, tindakan itu mengundang kemarahan pelajar apabila mereka berterusan mendesak kerajaan sementara supaya membebaskan semua pelajar yang ditahan dengan segera dan meminta polis segera meninggalkan kawasan kampus berkenaan.
Keganasan di Mesir dijangka terus meningkat sehingga Pilihan Raya Presiden 26 dan 27 Mei ini, dipetik dari laporan Al Arabiya.
Sumber: Sinar Online
Pelancong Terkedu Terima Bil Lebih RM3 Ribu
KEGEMBIRAAN sebuah keluarga Filipina bercuti ke Singapura tercalar apabila mereka menerima bil berjumlah $1,186.20 (RM3068.79) selepas menjamu selera di sebuah restoran makanan laut di Boat Quay.
Kejadian berlaku apabila Santiago Caaway, 54, dan keluarganya makan di Restoran Forum Seafood Village pada 26 April lalu.
Menurutnya, hidangan seekor ketam Alaska yang dimasak cili sahaja sudah berharga $707 (RM1829.06).
Mereka turut memesan hidangan udang, seekor ikan dan sepinggan sayur.
“Kami dengar Singapura terkenal dengan ketam masak cili, jadi kami fikir kami harus mencubanya,” ujar Caaway.
Katanya lagi, mereka tidak tahu ada perbezaan jenis ketam dalam menu dan pelayan yang mengambil pesanan tersebut tidak menjelaskannya kepada mereka.
Pelayan tersebut juga dikatakan sukar berbahasa Inggeris dan hanya bertanya sama ada mereka mahukan ketam bersaiz besar atau kecil sebelum bergegas ke dapur.
Caaway yang merupakan seorang penulis bebas berkata, bil tersebut hampir menyamai gaji bulanannya.
“Kami terkedu. Dalam masa lima minit, kami hanya berdiam diri dan tak tahu bagaimana mahu memberi reaksi,” jelasnya.
Pada masa yang sama, dia menceritakan satu keluarga Kaukasian turut dilihat mengalami nasib yang sama sehingga si suami menjerit kemarahan.
Mereka kemudiannya dilihat mengeluarkan dompet masing-masing bagi berkongsi bayaran bil tersebut.
Restoran tersebut pernah terpalit dengan kontroversi selepas ada pelancong yang mengecam tindakan mereka mengenakan caj yang melampau kepada pelanggan.
Sumber: Elza / My News Hub
Penyamun Dikehendaki Polis Diberkas
Kuala Lumpur – Seorang lelaki berusia 35 tahun yang dikehendaki polis atas kesalahan samun dan memiliki harta curi ditahan MPV Brickfields di kawasan MRR2 Taman Melati bersama rakan jenayahnya kira-kira jam 1.15 pagi tadi.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur , Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, sepasukan anggota MPV Daerah Brickfields menemui kenderaan jenis Honda Integra berwarna putih dalam keadaan mencurigakan yang dinaiki dua lelaki tempatan berdekatan Muzium Negara.
Menurutnya, polis cuba menahan kenderaan berkenaan bagaimanapun suspek memecut keretanya ke arah kawasan Ampang dan berpatah balik ke MRR2.
Katanya, dengan bantuan kereta peronda dari Daerah Sentul dan Wangsa Maju yang berjaya memintas kenderaan, kedua-dua suspek dicekup berdekatan Taman Melati.
Beliau berkata, pemandu kenderaan berusia 35 tahun itu memiliki rekod dikehendaki polis atas kesalahan memiliki harta curi dan samun dan turut ditemui beberapa peralatan seperti tukul besi, playar boleh laras, kekunci Allen, penebuk lubang dan teropong dalam kenderaan itu.
“Kenderaan yang dinaiki suspek pula disyaki kenderaan curi kerana nombor casisnya diubah.
“Kedua- dua suspek ditahan untuk semakan lanjut mengenai kegiatan jenayah mereka,” katanya.
Sumber: Metro Online
Pemain Melampau Raikan Gol Dilayang Kad Merah
TERDAPAT pelbagai cara pelik yang dilakukan oleh pemain bola sepak untuk meraikan gol mereka.
Bagaimanapun, aksi salah seorang pemain Riole Terme yang merupakan kelab amatur Itali ini mungkin adalah yang paling pelik dan melampau.
Selepas berlari melepasi rakan-rakannya, dia telah menghempaskan kepalanya ke dinding kaca akrilik di kawasan bangku simpanan sehingga pecah.
Sebagai akibatnya, pemain itu telah dilayangkan kad merah atas kemusnahan yang dilakukannya.
Walaupun cuba mempertahankan tindakannya, akhirnya dia akur dan keluar dari padang. Aduhai…
Pelajar dakwa ustazah ramas payudara
JERTIH – Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di daerah ini mendakwa dicabul oleh guru agama perempuan sekolahnya pada waktu persekolahan pagi Jumaat lalu.
Difahamkan, kejadian itu berlaku jam 9 pagi ketika mangsa berada di koridor bangunan kelas untuk menunggu kedatangan bapanya ke sekolah bagi bertemu guru untuk membincangkan masalah mangsa yang dipukul pelajar perempuan lain sehari sebelum itu.
Menurut sumber, ketika berada di koridor itu, mangsa terserempak dengan ustazah tersebut yang menegur kain tudung dipakainya selain bertanya khabar mengenai kejadian dia dipukul.
Mangsa kemudian mendakwa ustazah tersebut telah meramas buah dadanya ketika memeriksa tudung dipakainya sehingga menyebabkan mangsa berasa sakit.
“Mangsa menangis kesakitan dan memaklumkan kejadian itu kepada bapa dan ahli keluarganya sebelum bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja,” katanya.
Difahamkan juga ustazah terbabit turut membuat laporan polis terdahulu sebelum itu.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu.
Sumber: Sinar Harian
6 kawasan di ibu negara banjir kilat, jalan sesak 12May 2014
KUALA LUMPUR - Keadaan trafik di Kuala Lumpur sesak berikutan banjir kilat di enam lokasi termasuk Jalan Sultan Ismail, selepas hujan lebat turun sejak pukul 2 petang tadi.
Kawasan-kawasan yang dinaiki air sehingga 0.4 meter termasuk Jalan Chan Sow Lin, Dataran Maybank, Jalan Duta, hadapan Balai Polis Travers dan Bulatan Cheras, menurut jurucakap polis trafik Kuala Lumpur.
Katanya, kesesakan lalu lintas itu beransur pulih berikutan air mula surut pada pukul 5.15 petang ini, dengan tiga kawasan, iaitu Jalan Duta, Jalan Sultan Ismail dan Bulatan Cheras, dibuka semula kepada laluan trafik.
Sementara keadaan di Jalan Chan Sow Lin, Dataran Maybank dan hadapan Balai Polis Traves masih belum pulih sepenuhnya dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan, katanya kepada Bernama.
Beliau berkata walau bagaimanapun paras air semakin surut dan terkawal.
Sumber: Bernama
Tradisi kuno remaja lelaki siram gadis-gadis cantik di Ukraine
DIKENALI sebagai tradisi kuno di negara-negara pusat Eropah Poland Republik Czech Wet Monday kelihatan sangat popular di Ukraine. Wet Monday bermula di Poland sebagai suatu kebiasaan orang kristian yang melambangkan kebersihan dengan datangnya musim bunga. Ketika Kristian menjadi agama utama, Wet Monday diguna pakai sebagai ritual Kristian berkaitan dengan pembersihan jiwa dari dosa.
Pada tradisi Wet Monday kanak-kanak lelaki dan remaja membawa botol dan baldi berisi air mengejar gadis dan menyiram mereka dari kepala sampai kaki. Menurut adat asal gadis paling cantik di kampung itu akan menjadi paling basah, namun kini mereka malah menyiram setiap gadis yang mereka lihat .
Sumber: New Malaysian Post
Nenek buat pembedahan untuk kelihatan seperti watak kartun
ANNETTE Edwards, 57 tahun rela menghabiskan wang lebih kurang RM10,000 lakukan pembedahan plastik sehingga kelihatan seperti watak kartun, Jessica Rabbit.
Keinginan Annette itu bermula dari cintaannya dengan haiwan arnab dan seperti yang diakuinya, dirinya amat menyukai segala hal yang bersangkut-paut dengan arnab dan berkeinginan untuk mirip dengan idolanya, Jessica Rabbit dalam filem “Who Framed Roger Rabbit?”
“Saya mempunyai arnab pertamaku semasa berusia 8 tahun dan arnab itu menjadi teman terbaikku. Saya selalu bermain dengan arnab tersebut selama berjam-jam, kami tak dapat dipisahkan”, ujar nenek ini.
Masa berlalu, sejak itu ia selalu terpukau dengan watak kartun Jessica Rabbit. “Saya rasa dia mempesona dan selama bertahun-tahun saya berkeinginan untuk menyerupai idolaku itu,” tambah Annette yang sudah mempunyai cucu tersebut.
“Kadang-kadang, saya ditahan di jalan dan mendapat banyak sekali pujian yang menyenangkan,” ujar Annette.
Sumber: New Malaysian Post
Powerbank Yang Hanya Berharga RM36?
Sudah semestinya powerbank menjadi aksesori paling penting buat pengguna telefon pintar pada zaman masa kini.
Powerbank yang bersaiz kecil, padat dengan kuasa pengecasan serta pada harga yang sangat berpatutan boleh dianggap sesuatu yang sangat sukar untuk ditemui di pasaran.
Tetapi Xiaomi pasti akan memberikan jawapan kepada permasalahan dalam mencari powerbank yang sesuai buat anda!
Syarikat teknologi dari China ini benar-benar ingin menarik minat pengguna tempatan dengan menawarkan pelbagai peranti mereka pada harga rendah.
Xiaomi dilihat akan menawarkan salah satu aksesori mereka, Mi PowerBank untuk pasaran tempatan.
Mi Power Bank yang akan ditawarkan adalah berkapasiti 10400mAh, dan akan dijual pada harga RM36 melalui laman web rasmi mereka bermula 20 Mei kelak.
Menyediakan sebuah halaman khusus untuknya, Xiaomi mengatakan ia hadir dengan kerangka berasaskan aluminium, serta dilengkapi teknologi sel bateri daripada LG dan juga Samsung.
Daripada carta yang disediakan oleh Xiaomi, menggunakan Mi Power Bank, pengguna boleh mengecas semula iPad Mini sebanyak 1.5 kali, dan iPhone 5S sebanyak 4.5 kali.
Mungkinkah penyertaan Xiaomi ke Malaysia akan mengubah landskap penawaran harga beberapa peralatan elektronik di Malaysia?
Sumber: Tenteramaya.blogspot.com
Alat Solek Punca Wanita Hidapi Obesiti?
RAMAI yang beranggapan bahawa kecantikan adalah hak milik setiap insan.
Ya, tiada larangan kepada anda untuk sentiasa kelihatan cantik terutamanya kepada golongan wanita.
Malah, jika dilihat secara kasar, golongan wanita sanggup berbelanja ribuan ringgit semata-mata ingin kelihatan cantik.
Jika tadi kita ada menyebut berkenaan kandungan bahan kimia di dalam gincu, tetapi kali ini pula kita akan melihat sejauh mana kebenaran kandungan bahan kimia di dalam alat solek mampu meningkatkan berat badan.
Sedekad lalu, kecoh diperkatakan berkenaan Kempen Kosmetik Selamat di mana kajian yang dilakukan terhadap produk kosmetik oleh Skin Deep dan Environmental Working Group mendapati 68,000 produk kosmetik termasuk deodoran dan losyen, alat solek hingga ke syampu bayi mengandungi bahan kimia berbahaya punca kepada kanser, masalah kelahiran, kelemahan pembelajaran, masalah kulit dan penyakit lain-lain.
Sebagai contoh, satu daripada lima produk kosmetik mengandungi bahan kimia yang menjadi punca kanser dan 56 peratus kandungan kimia di dalam produk tersebut menyerap masuk ke dalam kulit.
Jenama alat-alat solek bukan organik dikatakan mempunyai bahan-bahan yang tidak baik untuk kesihatan kita.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sejenis bahan kimia yang amat membimbangkan, phthalates sering menjadi buah mulut dalam kalangan pengguna kosmetik.
Tahukah anda, 70 peratus daripada semua produk kosmetik termasuk alat solek, produk pembersih dan losyen badan mengandungi phthalates.
Penyelidik di Pusat Perubatan Mount Sinai, New York telah menjalankan satu kajian dan mendapati korelasi kuat antara tahap phthalates terdapat dalam kandungan air kencing kanak-kanak dan mereka yang obesiti.
Walaupun dalam kajian tersebut tidak membuat kesimpulan phthalates adalah punca obesiti tetapi ia tetap dilihat sebagai salah satu penyumbang kepada kenaikan berat badan.
Oleh: Harits Asyraf / My News Hub
Lukis Gambar Bayi Atas Perut Mengandung
Kehamilan sering kali dikaitkan dengan alahan yang sangat teruk.
Tapi kehamilan juga boleh jadi pengalaman yang menyeronokkan buat bakal ibu!
Sepanjang kehamilannya, Luo Qianxi dari China telah melukis pelbagai lukisan yang menarik di perutnya yang dijadikan sebagai kanvas.
Luo yang merupakan seorang pelukis profesional menggunakan cat yang dibuat khas dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia yang berbahaya.
Wanita ini juga kebiasaannya mengambil masa selama tiga ke lima jam untuk menyiapkan lukisannya itu.
Wah, memang unik dan menarik ‘masterpiece’ ciptaan Luo!
Angkasa Kesan Banyak Imej tompok Pada Mahatari
KUALA LUMPUR – Agensi Angkasa Negara (Angkasa) mendedahkan badan itu berjaya merakam banyak tompok-tompok yang mula kelihatan pada matahari hari ini.
Angkasa dalam satu kenyataan media mendedahkan, kumpulan tompok matahari itu muncul dalam bilangan yang agak banyak.
“Gambar matahari ini diambil pada pukul 2:30 petang sebentar tadi,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, nombor-nombor ke atas tompok-tompok itu diberi oleh badan antarabangsa yang memerhati dan meneliti aktiviti matahari setiap masa.
Jelas kenyataan itu, nombor itu diberi mengikut turutan ia muncul sama ada dari penjuru timur matahari atau secara tiba-tiba pada permukaannya yang dapat dilihat dari bumi.
“Angkasa melalui Observatori Negara Langkawi turut merakam imej matahari secara konsisten setiap hari dari Malaysia kecuali apabila cuaca tidak mengizinkan,” kata kenyataan itu.
Sumber: My News Hub
Pejabat PM Thailand dibom
Kumpulan tidak dikenali cuba serang penyokong antikerajaan
BANGKOK: Dua penunjuk perasaan antikerajaan cedera dalam letupan di luar pejabat Perdana Menteri Thai, kata polis semalam, ketika penyokong kedua-dua belah pihak bertelagah untuk menentukan siapa yang bakal mentadbir negara.
Media berkata, penyerang tidak dikenali melontar bom tangan ke arah penyokong antikerajaan di luar bangunan kerajaan sekitar tengah malam. Pejabat perdana menteri sudah dikosongkan sejak beberapa minggu lalu.
“Letupan itu menyebabkan dua penunjuk perasaan cedera ringan, namun kami tidak pasti adakah ia bom tangan,” kata pegawai polis daerah.
Sumber: BH
Selatan Thai Digegarkan Tidak Kurang 10 Letupan Bom Malam Tadi!
Hat Yai – Sekurang-kurangnya dua maut dan sembilan lagi cedera apabila selatan Thailand digegarkan dengan siri serangan bom, semalam.
Setakat ini, belum dapat dipastikan jika ada warga Malaysia terbabit dalam keganasan terbaru itu.
Sumber tempatan berkata, kejadian bermula jam 7.30 malam (waktu tempatan) apabila empat bom meletup di Sungai Golok.
Tiga letupan lain turut dilaporkan di Sungai Padi, manakala sebuah sekolah dan bengkel motosikal dibakar.
Letupan lain dilaporkan berlaku di bandar Tak Bai, menyebabkan dua maut dan beberapa yang lain cedera.
Di Yala, lima bom meletup menyebabkan bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan.
Tiga letupan turut dilaporkan di daerah Yaha dan dua lagi di daerah Thanto.
Sumber berkata, kejadian tembakan dan pembakaran tayar dilaporkan di daerah Benang Setar dan Krong Pinang.
Sumber: Bernama
Hasilkan Memoir Tipu, Diarah Bayar $22j Dolar
Massachusetts – Seorang wanita yang menghasilkan sebuah memoir mengenai pembunuhan beramai-ramai Nazi ke atas Yahudi di Jerman, hingga ia menjadi memoir paling laris dijual, diarahkan membayar sebanyak $22.5 juta kepada penerbit buku, Jane Daniel selepas kisahnya itu adalah pembohongan semata-mata.
Penipuan itu terbongkar selepas 17 tahun buku Misha: A Mémoire of the Holocaust Years dihasilkan dan diterbitkan pada 1997.
Wanita itu, Misha Defonseca mendapat $22.5 juta dolar daripada penerbit buku tersebut yang menceritakan mengenai seorang budak perempuan Yahudi yang terpaksa mengembara ke Eropah sendirian selepas ibu bapanya ditangkap oleh Nazi.
Dia juga mendakwa menghabiskan masa selama berbulan-bulan di dalam hutan bagi menyembunyikan diri dari tentera Nazi.
Misha mendakwa kisah itu berlaku ketika dia berusia antara tujuh hingga 11 tahun.
Selepas menghasilkan memoir itu, Misha dan penulis buku terbabit, Vera Lee memperolehi pendapatan lumayan.
Kisah Misha itu kemudiannya menimbulkan kecurigaan oleh wartawan, forensik geologis dan ramai lagi.
Ia mendorong Daniel untuk menyiasat dan kemudiannya mendapati nama sebenar Misha adalah Monica Ernestine Josephine dan dia juga bukan seorang Yahudi.
Defonseca, yang kini menetap di Massachusetts, mengakui penjualan buku tersebut adalah berdasarkan fantasinya dan buku itu dialihbahasa kepada 18 bahasa serta dijadikan filem di Perancis.
“Ia adalah cerita saya. Ia bukan realiti tapi ia adalah realiti saya. Saya ingin memohon kemaafan kepada sesiapa yang saya khianati,’’ katanya.
Sumber: My News Hub
Lelaki Saudi letak peti ais di luar setiap rumah pengemis
Seorang lelaki dari bandar Hail, Arab Saudi mendermakan peti ais di kejiranannya dengan meletakkan peti ais tersebut di luar kediaman setiap pengemis sekaligus memberi pengajaran bahawa perbuatan mengemis tersebut adalah memalukan.
Lelaki yang tidak mahu namanya diketahui itu juga mengajak mereka yang berkemampuan supaya mendermakan makanan kepada mereka yang memerlukan supaya mereka yang lapar dapat memakan makanan tersebut.
Idea tersebut mendapat perhatian seorang ulama terkenal iaitu Shaikh Mohammad Al Araifi yang memuji tindakan tersebut di dalam twitternya bersama gambar peti ais tersebut. "Saya sering mengatakan bahawa orang di Hail amat pemurah. Secara tak langsung, ia merupakan suatu sumbangan kepada yang memerlukan" ujar beliau dalam suatu wawancara yang diterjemah bersama BBC. "Betapa aku menyayangimu, Hail!"
Seorang pengikut twitter beliau memberi komen "Ini adalah apa yang kita perlukan. Setiap masjid besar di Hail patut mempunyainya supaya setiap makanan dapat diterima dan disalurkan di situ"
Sumber: Colourfulcontactlens.com
Ruminah Sidek Teruja Bakal Bersanding Buat Pertama Kali
Ruminah dan Al-Fatah bakal disatukan sebagai suami isteri pada 17 Mei ini selepas berkenalan ketika mengerjakan umrah di Mekah pada Mac lalu.
PETALING JAYA: Seniwati Ruminah Sidek mengakui teruja apabila akhirnya bakal merasai pengalaman duduk bersanding di pelamin buat kali pertama dalam sejarah hidupnya pada majlis perkahwinannya dengan Al-Fatah Rahim Ismail pada 17 Mei ini.
Ruminah atau lebih mesra dengan sapaan Mak Mah, 68, berkata, menerusi tiga perkahwinannya sebelum ini termasuk dengan Allahyarham AR Tompel dia tidak berpeluang merasai pengalaman bersanding di pelamin kerana sebab-sebab tertentu dan atas dasar itu juga dia menyediakan dua pelamin pada hari bahagianya itu nanti.
"Insya Allah dua pelamin iaitu untuk majlis pernikahan dan resepsi akan disediakan untuk majlis itu nanti dan saya teruja kerana ini adalah kali pertama saya akan naik pelamin dan bersanding.
"Ia sebenarnya atas permintaan anak-anak dan keinginan saya sendiri yang tidak pernah bersanding sebelum ini.
"Alhamdulillah biarpun tidak berkesempatan berbuat demikian sebelum ini rupa-rupanya Allah bagi rezeki pada usia 68 tahun," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.
Ruminah dan Al Fatah, 70, berkenalan ketika mereka sama-sama mengerjakan umrah di Mekah pada Mac lalu dan pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 19 April lalu di rumah abang iparnya di Meru, Klang dekat sini.
Dalam pada itu, Ruminah berkata, majlisnya itu nanti akan diadakan secara besar-besaran dan menjangkakan seramai 3,00 tetamu bakal hadir pada hari tersebut.
Jelas Ruminah, dia beruntung kerana anak-anak dan sanak saudaranya beramai-ramai membantu bagi memastikan majlis itu nanti berjalan lancar seperti dirancang.
"Majlis hanya akan diadakan sehari sahaja tetapi kemeriahan itu akan terasa tiga empat hari sebelum itu kerana semua saudara mara akan datang membantu bagi melancarkan perjalanan majlis.
Tambah Ruminah, ahli keluarganya juga tidak membenarkannya membuat sebarang pekerjaan dan memintanya supaya berehat agar seri pengantinnya berseri-seri pada hari itu nanti.
Sementara itu, Ruminah berkata, dia tidak berkecil hati apabila ada pihak yang mempertikaikan keputusannya berkahwin buat kali keempat kerana jodoh itu ditentukan Allah dan bukan dirinya.
Namun dia bersyukur diberi peluang bertemu dengan Al-Fatah dan berharap peminat mendoakan kebahagian mereka sehingga akhir hayat.
"Cabaran dari segi persiapan itu tidak ada cuma biasalah orang mengusik tentang umur saya tetapi saya tidak kisah kerana jodoh itu Allah yang tentukan.
"Malah saya sendiri belum tahu apakah sempat saya naik pelamin pada hari itu nanti kerana saya tidak tahu apa akan terjadi dan berharap semua peminat mendoakan kesejahteraan dan kebahagian saya dan bakal suami," jelasnya.
Sumber: mStar
Cadang J/kuasa Bebas Pantau Pemilihan PKR
GEORGETOWN – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali mencadangkan parti itu menubuhkan jawatankuasa bebas bagi memastikan pemilihan parti yang telus, bersih dan adil.
Katanya jawatankuasa itu perlu ditubuh secara tetap dengan pegawai serta staf yang terlatih dan mereka akan berperanan sebagai ‘pengawas pilihan raya’.
Cadangan ini akan dibincang di peringkat pucuk pimpinan pusat bagi tindakan lanjut, katanya kepada pemberita selepas pelancaran Bilik Gerakan Keadilan Bukit Gelugor, di sini hari ini.
Mohamed Azmin mengulas mengenai 12 daripada 22 pemilihan cabang PKR di Selangor yang dibatalkan semalam atas pelbagai sebab termasuk dakwaan wujudnya unsur penipuan dan ketidaktelusan dalam proses pengundian.
Pemilihan yang dibatalkan itu membabitkan Cabang Kuala Selangor, Sabak Bernam, Klang, Kota Raja, Shah Alam, Kapar, Sungai Besar, Subang, Hulu Langat, Hulu Selangor, Sepang dan Selayang.
Ditanya mengenai kekecohan yang sering berlaku dalam setiap pemilihan parti itu, beliau berkata: “Kita kena lihat dari sudut yang positif. Ini parti politik yang pertama menggunakan sistem pemilihan yang cukup terbuka dan demokratik iaitu satu anggota satu undi…jadi, kita kena terima itu sebagai satu pembaharuan di dalam sistem politik negara kita.
“Perkara yang baharu sudah tentu ada penambahbaikan yang perlu dibuat. Jadi, sekarang ini kita sudah teliti ada beberapa penambahbaikan yang perlu dibuat, kita akan lakukan.”
Sumber: Bernama
Azmin-Khalid perang dingin
GEORGE TOWN: Kekecohan sepanjang proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi kesan kepada dua calon Timbalan Presiden parti itu apabila dilihat bersikap dingin antara satu sama lain ketika hadir pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, pagi Isnin.
Tambah ketara apabila kedua-dua calon terbabit, Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak duduk bersama di khemah kenamaan (VIP) yang disediakan untuk pemimpin Pakatan Rakyat.
Sebaliknya, Abdul Khalid duduk di khemah VIP bersama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak pula dilihat duduk di khemah lain bersama beberapa pemimpin pembangkang.
Malahan, kedua-dua pemimpin pembangkang itu juga tidak kelihatan bertegur sapa sepanjang berada di Dewan Sri Pinang, di sini.
Tindakan itu menguatkan lagi spekulasi bahawa konflik di antara mereka belum bernoktah, malahan semakin meruncing.
Pada pemilihan peringkat cabang Batang Sadong di Sarawak, pasukan Abdul Khalid meminta Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mengambil tindakan tegas terhadap Azmin yang didakwa memanipulasi undi.
Pada pemilihan 2010, Azmin pernah diheret dalam kontroversi manipulasi undi, namun tidak ada sebarang tindakan dikenakan.
Sehingga 4 Mei lalu, Azmin masih mendahului dua pencabarnya untuk berada di zon selesa bagi mempertahankan jawatannya itu apabila memperoleh 9,876 undi, manakala Abdul Khalid mendapat 6,217 undi dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mencatat 5,717 undi.
Sumber: mStar
Ahmad Said sah letak jawatan MB Terengganu
KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said sah meletakkan jawatan selepas menyerahkan surat peletakan jawatan kepada presiden parti pagi tadi.
Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan berlaku pertukaran Menteri Besar Terengganu tetapi tidak mendedahkan calon yang sebenar.
GAMBAR: Miley BIKIN GEMPAR Lagi, Beraksi Dengan Patung Penis Gergasi Ketika Konsert!
Baharu sahaja dibenarkan keluar daripada hospital akibat komplikasi alahan, namun nampaknya Miley Cyrus masih belum serik-serik lagi mencipta kontroversi murahan.
Bintang pop kelahiran Texas itu sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila beliau dilihat membuat persembahan bersama prop pentas berbentuk alat kemaluan lelaki di kelab eksklusif bagi kaum homoseksual G-A-Y, London, Jumaat lalu.
Miley berada di London selama seminggu bagi mempromosikan album terbarunya, Bangerz.
Memetik laporan Daily Mail UK, Miley kelihatan selamba beraksi lincah dan adakalanya sengaja melakukan ‘pencabulan’ terhadap objek kurang senonoh itu dihadapan penonton-penontonnya.
Penyanyi yang popular dengan watak Hannah Montana itu sememangnya tidak lagi mahu dikaitkan dengan sitkom terbitan Disney yang telah melonjakkan namanya dahulu.
Jadi tidak hairanlah Miley gemar mencabar hukum norma dengan menggabungkan elemen hiperseksual ke dalam lirik lagu dan persona pentasnya bagi menghakis imej “gadis baik” yang sinonim dengan dirinya sebelum ini.
Rozita Che Wan Mengamuk, ‘Sound’ Peminat Di Instagram
Sejak kebelakangan ini semakin ramai pula yang mempertikaikan tindakan Rozita Che Wan dan suaminya, Zain Saidin di laman sosial.
Kalau minggu lepas, heboh dengan gambar mesra pasangan suami isteri ini yang dilihat terlebih romantis, tetapi baru-baru ini pula dramatis jelita itu memarahi pengikutnya di Instagram pada salah satu gambar yang dimuat naik.
Semalam, Che Ta telah berkongsi beberapa keping foto menampakkan dengan jelas warna rambut Zain yang perang hingga mengundang kritikan peminat.
Menerusi komen yang ditulis, ramai yang mengatakan warna tersebut tidak sesuai dengan Zain dan sebagai isteri, Che Ta telah bertindak mempertahankan suaminya itu.
Selain menempelak pengkritik berkenaan, Che Ta juga menjelaskan Zain menukar warna rambutnya kerana perlu mengikut karakter Mr. Henry Middleton di dalam drama Oh My English! yang dilakonkannya.
Lain kali jgn sedap mulut nk komen ja… bkn utk awak sorang je tp ramai lagi yg mulut tk tau nak diam! Pelakon kna ikut character! Laki I shuting Oh My English sampai awal thn dpn… so rambut dia akan blonde sampai thn dpn!!!!! Tk payah nk bising lg kt insta ni pasai rambut zain! #tkpayahnksibuklarambutorgcolourapejgrambutsendiritu
Dalam pada itu, Che Ta kini dilihat sedang berseronok membeli-belah di Paris bersama Zain dan pereka fesyen, Man Kajang selang beberapa hari selepas mereka bercuti di Koh Samui.
Apapun, jom tengok gambar di bawah. Yang penting, Che Ta tetap vogue walaupun tengah hamil.
Siang bertudung, berbaju kurung, malam singlet nipis
SIANG bertudung dan berbaju kurung, namun penampilan sopan dan mengikut syariah itu berubah 100 peratus pada waktu malam apabila mereka hanya menyarung skirt pendek serta bersinglet nipis.
Demikian gelagat segelintir gadis berstatus penuntut pusat pengajian yang bukan berasal dari daerah ini untuk mencari wang tambahan dengan bekerja sambilan sebagai teman penghibur.
Walaupun tidak berada di bandar raya besar seperti Kuala Lumpur atau Johor Bahru, tetapi mereka bijak mencari peluang demi memperoleh wang saku bagi menampung kos perbelanjaan harian sebagai pelajar.
Difahamkan, mereka bergerak aktif bermula jam 10 malam dan bertemu dengan lelaki yang sudah terlebih dahulu membuat temu janji di lokasi ditetapkan iaitu hanya di sekitar daerah ini.
Pelajar itu didapati menetapkan bayaran tertentu iaitu sekitar RM50 hingga RM150 dan boleh dibawa ke pusat hiburan dan pusat karaoke sebagai teman penghibur.
Namun, mereka menolak untuk dibawa ke ranjang walaupun ditawarkan bayaran lumayan.
Wartawan Harian Metro berjaya menjejaki mereka melalui kenalan di beberapa pusat karaoke dan hiburan di daerah itu.
Pada mulanya mereka enggan bekerjasama apalagi mendedahkan identiti kerana bimbang aktiviti terbongkar kepada pengetahuan keluarga.
Selepas dipujuk akhirnya beberapa wanita itu akur dan mendedahkan diri mereka adalah penuntut pusat pengajian.
Penuntut terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Ika, 20, berkata, keluarga memberinya duit saku RM200 sebulan saja dan jumlah itu ditambah dengan wang pinjaman.
“Jumlah itu memang tidak mencukupi bagi menampung kos belajar dan belanja harian menyebabkan saya terpaksa memikir jalan lain bagi mendapatkan wang. “Saya mula aktif keluar pada waktu malam sejak setahun lalu dan memperoleh kira-kira RM1,000 sebulan,” katanya.
Ika berkata, dia hanya mengambil upah menemani lelaki di pusat hiburan atau karaoke dan enggan sama sekali dibawa ke ranjang.
“Jika mereka suruh saya menyanyi atau menari saya akan lakukan, tetapi hanya setakat itu. Selepas dibayar dan selesai menemani mereka saya dan beberapa lagi rakan akan pulang ke rumah sewa kerana perlu berehat untuk pergi kuliah keesokan hari,” katanya.
Seorang lagi penuntut yang juga kenalan Ika dikenali sebagai Yana, 19, berkata dia mula berjinak-jinak dengan aktiviti itu selepas diperkenalkan rakan-rakannya.
“Saya berani untuk turut serta dan melakukannya kerana ia tidak sampai hingga menggadai maruah saya. Kebiasaannya kami akan berkenalan dengan lelaki itu melalui laman sosial atau diperkenalkan daripada kenalan lain. Ada juga pelanggan kami daripada golongan berjawatan yang datang ke daerah ini atas urusan kerja,” katanya.
Menurut Yana, dia akan memberi amaran terlebih dulu kepada lelaki terbabit supaya tidak melakukan perkara di luar batasan.
“Tetapi, ada juga lelaki yang memeluk dan mencium saya ketika sedang berhibur, namun setakat itu saja. Saya lakukan ini semua hanya kerana wang dan setakat ini ia tidak mengganggu pelajaran,” katanya.
Sumber: HM
Krisis MAS: Hampir 300 Kru Kabin Letak Jawatan!
PETALING JAYA – Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang menanggung beban akibat tragedi MH370 kini berdepan masalah dalaman serius apabila hampir 300 kru kabinnya meletak jawatan menyebabkan syarikat kerugian dari segi kos latihan mencecah RM30 juta dalam tempoh dua tahun.
Faktor tekanan kerja, selain ‘dipancing’ syarikat penerbangan lain antara yang mendorong kira-kira 120 juruteknik pesawat, jurutera (40), pramugari dan pramugara (80) dan 30 juruterbang menamatkan perkhidmatan mereka di syarikat berkenaan.
Kebiasaannya, tindakan meletak jawatan itu berlaku apabila kru kabin selesai menjalani latihan yang dibiayai sepenuhnya syarikat yang dikatakan semakin kurang memberi tumpuan terhadap kebajikan kakitangan sejak tiga tahun lalu.
Sumber memberitahu mStar Online, sudah beberapa tahun syarikat gagal memberi bonus, keistimewaan kakitangan mendapat tiket penerbangan untuk bercuti bersama keluarga juga terhapus, selain beban tugas yang meningkat kerana kekurangan kakitangan.
“Pelbagai faktor ini menyebabkan kakitangan semakin tidak bersemangat untuk terus berkhidmat dengan syarikat hingga sejumlah besarnya berhenti tanpa mengambil kira sumbangan syarikat yang membiayai sepenuhnya latihan bagi mendapat tauliah Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
“Setiap kali kakitangan terbabit akan menamatkan latihan, sudah ada tawaran kerja daripada syarikat penerbangan lain dengan kadar gaji lebih tinggi, ia seolah-olah ada sindiket yang memerhati setiap kakitangan MAS dan menunggu masa sesuai untuk ‘memancing’ mereka,” katanya ketika dihubungi mStar Online.
Maklumat yang diperoleh menunjukkan MAS memperuntukan sejumlah dana yang besar untuk program latihan kakitangannya iaitu RM200,000 untuk setiap juruterbang MAS yang wajib menjalani latihan selama dua tahun dan RM190,000 pula kos bagi melatih jurutera penerbangan untuk tempoh latihan lima tahun.
Selain itu, kos latihan selama dua tahun untuk setiap juruteknik pula sebanyak RM75,000, manakala bagi pramugari dan pramugara pula tempoh latihan sepanjang empat bulan membabitkan perbelanjaan RM50,000 seorang.
Sumber itu berkata, sebagai syarikat penerbangan nasional, setiap tenaga pakar MAS ‘ada harga’ di pasaran industri penerbangan, sama ada di dalam atau luar negara.
“Siapa nak kerja dengan MAS kalau ada syarikat yang tawarkan gaji lebih RM30,000 sebulan bagi jurutera berpengalaman antara tujuh hingga 10 tahun dan ada juga juruteknik yang ditawarkan RM8,000 sebulan berbanding hanya RM3,000 di MAS,” katanya.
Ditanya sama ada tragedi MH370 memberi kesan terhadap kakitangan syarikat itu, sumber itu berkata, ia menambah kesengsaraan mereka kerana tentunya syarikat yang menanggung rugi RM1.7 bilion sebelum ini akan berada dalam situasi lebih parah.
“Kalau bukan kerana MH370 pun semangat kerja kakitangan MAS sudah luntur sejak tiga tahun ini,” katanya.
Menurut sumber itu lagi, jadual kerja kru kabin yang membebankan memaksa mereka bekerja untuk tempoh lama termasuk melalui penerbangan antarabangsa dan disambung dengan tugasan domestik sebelum dibenarkan bercuti.
“Situasi ini menyebabkan kru kabin tertekan daripada segi mental terutama apabila terpaksa berpisah lama dengan keluarga,” katanya.
Bagaimanapun, pengurusan MAS tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen.
Sumber: mStar
Si kembar lahir berpegang tangan
OHIO – AMERIKA SYARIKAT. Kelahiran sepasang bayi kembar perempuan yang berpegang tangan semalam menyentuh hati doktor dan jururawat yang menyambut kelahiran mereka.
Lebih ajaib, bayi tersebut mampu bernafas dengan sendirinya tanpa memerlukan bantuan alat pernafasan.
Ibu pasangan kembar itu, Sarah Thistlethwaite berkata, kelahiran ini lebih istimewa kerana mereka lahir pada Hari Ibu, lapor AFP.
“Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata perasaan ini apabila mendapat tahu bahawa bayi saya berada dalam keadaan baik, ” katanya.
Bayi kembar tersebut berkongsi kantung amnion dan plasenta. Kelahiran sedemikian itu dipanggil monoamniotik atau ” mono mono ” dan doktor mengatakan ia berlaku dalam kira-kira satu daripada setiap 10,000 kehamilan.
Mereka dilahirkan pada Jumaat di Pusat Perubatan Besar Akron, dekat sini.
Sumber: New Malaysian Post
Wanita maut terjun bangunan di Pulau Pinang
PENANG – Seorang wanita berbangsa cina maut selepas terjun dari tingkat atas bangunan UMNO di Pulau Pinang.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.20 pagi tadi. Pihak polis masih menyiasat punca wanita itu membunuh diri.
Laporan lanjut menyusul.
Sumber: New Malaysian Post / Daily Traffic Report
Banjir kilat: Enam kenderaan terkandas di Jalan Maarof
KUALA LUMPUR: Enam kenderaan terkandas selepas hujan selama dua jam di Jalan Maarof, Bangsar, di sini, dipercayai dua saliran air ke sungai berdekatan melimpah ke jalan raya berhadapan Kuil Arulmigu Sri Ramalingeswarar, petang ini.
Kejadian berkenaan berpunca dari hujan lebat yang berlaku di sekitar ibu negara selama dua jam bermula jam 2.30 petang tadi.
Dalam kejadian 3.30 petang itu, mangsa V Jayamalar, 50, berkata dia yang meninggalkan kenderaan selama setengah jam untuk bersembahyang, di sini terkejut selepas kenderaannya ditenggelami air sedalam kira-kira 0.5 meter
“Saya tidak menyangka hujan lebat akan menenggelamkan kereta saya kerana sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian banjir di hadapan kuil.
“Selepas selesai bersembahyang, kereta saya sudah ditenggelami air dan nasib baik tiada apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di sini.
Sumber: BH
Bapa Parah Dipukul Anak Dengan Hulu Cangkul
BESUT – Seorang tukang rumah parah di kepala akibat dipukul dengan hulu cangkul oleh anaknya di Kampung Gerai di sini petang semalam.
Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk mendapat rawatan.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria kejadian berpunca daripada si bapa yang berumur 46 tahun memarahi anaknya yang berumur 24 tahun kerana bertindak menjual enjin motosikal bapanya bagi mendapatkan wang.
Anak tersebut dilapor penagih pil kuda.
Beliau berkata suspek telah ditahan.
Sumber: Bernama
Firefox 29: Dalam Bahasa Malaysia Secara Rasminya
Hari ini pihak Mozilla Malaysia secara rasminya melancarkan pelayar web berkenaan dengan sokongan bahasa Malaysia. Pada acara sama, ahli komuniti disebalik Mozilla Malaysia turut berkongsi akan mengenai beberapa perkara yang dibawakan oleh Firefox.
Firefox 29 merupakan pelayar web stabil pertama yang hadir dengan sokongan bahasa Malaysia, selain turut hadir dengan antaramuka baru dinamakan sebagai Australis. Bagi pengguna umum mungkin akan dapat merasakan beberapa persamaan elemen pada pelayar web Firefox 29 ini.
Mozilla Malaysia berkongsi mengatakan proses terjemahan ini telah mengambil masa sehingga 2 tahun setengah lamanya, dimana ia telah disertai oleh seramai 50 orang penyumbang bebas dalam usaha membawakan pelayar web sumber terbuka berkenaan dalam bentuk bahasa tempatan.
Dalam tempoh tersebut, sebanyak 88000 frasa telah diterjemah, dan kini pengguna boleh menggunakan pelayar web berkenaan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya.
Selain daripada pelayar web Firefox untuk desktop, komuniti Mozilla Malaysia juga dalam proses menterjemah Firefox untuk Android ke dalam bahasa Malaysia, termasuk Firefox OS. Kedua-duanya kini dalam fasa pembangunan dan mungkin akan hadir dalam versi stabil dalam beberapa bulan lagi.
Bagi mereka yang ingin menyertai komuniti Mozilla Malaysia dalam membantu proses terjemah, mereka boleh melayari laman Mozilla Firefox BM, selain turut mengikut perkembangan semasa Mozilla Malaysia di Twitter @MozillaMY.
Sumber: www.mozilla.org/ms
Selebriti Tempatan Kongsi Sambutan Hari Ibu
Hujung minggu lalu pastinya ramai yang mengambil kesempatan untuk meluangkan masa bersama ibu tercinta sempena sambutan Hari Ibu.
GUA sempat mengintai Instagram beberapa selebriti tanah air dan rata-rata daripada mereka turut menggunakan medium sosial ini untuk meluahkan ucapan kepada ibu mereka.
Jom kita intai apakah antara aktiviti serta kata-kata selebriti kepada ibu mereka sempena meraikan Hari Ibu.
Lisa Surihani
Menerusi video dengan kapsyen ‘Ratu Hatiku’, pelakon cantik ini berkongsi ucapannya kepada ibu tercinta, Siti Amira.
Neelofa
Pengacara Nona ini memuat naik gambar bersama ibunya yang diambil sekitar tahun 1991. Menerusi Instagramnya, Lofa menulis - “ilove you mama. You are our friend who lend us a hand whenever we are down and hurt. You are the shelter that we turn to whenever we are in trouble. I love u so much and i would not be as strong as i’am at this age if it was not for u.”
Aiman Hakim Ridza
Pelakon ‘Vanilla Coklat’ ini berkongsi gambar lamanya bersama ibu selain turut menulis – “It’s a funny thing about mothers. Even when their own child is the most disgusting little blister you could ever imagine, they still think that he or she is wonderful.” #Mothersday #Mother . Selamat Hari Ibu.
Nora Danish
“Over the years u have changed in my eyes from being the best mom in the world to being one of the most amazing woman I have ever met. I love u Mama.’”
Itulah ungkapan yang ditulis Nora buat ibunya, Salimah Talib. Nora turut menarik perhatian pengikut akaun Instagramnya apabila memberi ucapan hari ibu buat bekas ibu mertuanya dengan menulis - “I believe in love at first sight because I LOVE U since the day I met u. Happy Mothers Day Mummy @rajanoora”.
Scha Alyahya
Bakal ibu ini bukan saja memberi ucapan kepada ibunya dengan menulis ‘Hep hep hep Happy Moms day mumsie June’, malah Scha turut memberi ucapan Hari Ibu buat ibu mertuanya serta semua wanita yang bergelar ibu.
Datuk Fazley Yaakob
Seorang yang sangat rapat dengan ibunya, Datuk Fazley turut meluahkan perasaan sayang kepada dua wanita yang dicintainya sempena sambutan Hari Ibu.
“Selamat hari ibu kepada dua insan ini yang bergelar Ibu & Mama. Ibu tercinta- Terima kasih ibu buat segala pengorbanan ibu buat Paji dan adik beradik. Sentiasa menjadi ibu yang terlalu penyayang dan sporting, penguat semangat Paji dari paji gagap, menjadi siapa paji sekarang. Doa ibu tak pernah putus buat Paji menjadi berkat kehidupan paji selama 36 tahun ini tidak kira apa jua dugaan yang melanda. Terima kasih ibu buat segala2nya. Paji ayang ibu!!!
Adik sayang @azrene_ahmad – Terima kasih adik kerana menjadi mama yang terlalu sempurna utk 3 orang anak2 kita (and more coming Insyaallah). 3 kali pembedahan Caesarean untuk berikan abang anak2 adalah satu pengorbanan yang besar, terima kasih adik sayang dari abg, Payish, Piyash and Piyush- We love you mama!!!”
Datuk Siti Nurhaliza
Berkongsi beberapa keping gambar bersama ibunya menerusi aplikasi Flipagram, penyanyi tersohor ini turut menulis kapsyen “Mak idola ct,Mak ibu mithali,Mak contoh wanita berbudi,Mak kebanggaan kami.. Sayang Mak!!”
Sharifah Amani
“My Heart. We are all blessed to have you. Alhamdulillah. Thank you for strengthening our spirits and calming our souls. Happy Mother’s day @fatimahabukar. Ani love you banyak banyak Ma! Beloved, bless my Mama with health, happiness, peace, love and laughter all the way to Jhannah. May you allow it. Amin.”
Pelakon ‘Sepet’ ini juga sempat meluangkan cuti hujung minggu dengan makan tengah hari bersama ahli keluarganya sempena sambutan Hari Ibu.
Sumber: My News Hub
RELA Kini Punyai 2.97 Juta Anggota – KP
MELAKA – Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) kini mempunyai 2.97 juta anggota di seluruh negara dengan lebih 70 peratus daripadanya merupakan golongan belia.
Ketua Pengarah Rela Datuk Mustafa Ibrahim berkata angka itu dijangka meningkat penghujung tahun ini melalui pelancaran Briged Rela Siswa-Siswi (RELASIS) melibatkan 33 politeknik di seluruh negara dengan kerjasama Jabatan Pengajian Politeknik (JPP).
Beliau berkata sehingga hari ini 10 politeknik telah menubuhkan Briged RELASIS sebagai antara pilihan pasukan beruniform yang ditawarkan kepada pelajar politeknik untuk disertai sebagai aktiviti kokurikulum.
“Matlamat penubuhan RELASIS ini bertujuan memperkasakan kemahiran insaniah di kalangan penuntut, memupuk nilai jati diri dan semangat cintakan tanah air serta membina semangat bekerjasama dan sukarelawan antara mahasiswa dengan masyarakat.
“Penubuhan RELASIS juga dapat membantu membendung kegiatan sosial yang kerap berlaku di kalangan golongan belia,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Briged RELASIS Politeknik Malaysia dan pemakaian pangkat Rela Wilayah Selatan di Sungai Udang di sini hari ini.
Mustafa berkata semua anggota briged tersebut akan diberi latihan dan pendedahan tentang enam elemen 5K 1P iaitu keselamatan, keamanan, kesejahteraan, keharmonian, kesatuan dan perpaduan.
Beliau berkata jabatan itu juga sentiasa mengkaji modul latihan serta pendekatan RELASIS agar bersesuai dengan situasi semasa dan sentiasa relevan dengan peredaran zaman.
Dalam perkembangan lain, Mustafa berkata penyaluran maklumat melalui media sosial termasuk Twitter oleh Rela mendapat sambutan baik masyarakat dengan jumlah pengikut Twitter jabatan itu kini mencapai 550,000 orang.
Beliau berkata melalui medium tersebut juga pelbagai perkembangan semasa, program serta aktiviti yang dijalankan jabatan itu dapat dimaklumkan kepada masyarakat terutamanya generasi muda dengan pantas.
Terdahulu pada majlis itu, Mustafa dan Ketua Pengarah JPP Datuk Mokhlis Jaafar menandatangani Nota Persefahaman Briged RELASIS antara Rela dan JPP. Mustafa turut melancarkan Buku Penduan RELASIS Politeknik Malaysia.
Sumber: Bernama
Aksi atlet mengadung 9 bulan angkat berat
SEORANG wanita yang di kenali dengan Meghan seorang atlet angkat berat mengambil resiko sepanjang kehamilan nya dengan melakukan aksi lasak demi minat nya yang mendalam.
Meghan Umphres Leatherman, dari Arizona, Amerika Syarikat pergi ke gym empat kali seminggu untuk melakukan aksi senaman nya yang di berinama CrossFit, yang menggabungkan angkat berat, gimnastik dan aktiviti kardio.
Beliau juga berjalan bersma anjingnya tiga batu sehari pergi memanjat laluan yang berbukit dan gunung-ganang setiap minggu.
Wanita berusia 33 tahun itu melakukan angkat berat sehingga dua hari sebelum tarikh akhir nya bersalain, walaupun laluan bersalin telah buka 1cm.
Meghan selamat melahirkan anak nya tanpa sebarang masalah, anak perempuannya itu di beri nama Florence Germaine, yang dilahirkan pada 3 Mei lalu.
Suami nya banyak memberi sokongan dan sentiasa memahami setiap minat dan apa yang di lakukan Meghan, Happy Mothers Day To You Megham.
Kemesraan Emma Maembong dengan kekasih lama
GAMBAR pelakon ini telah tersebar luas di laman sosial, blog dan seluruh malaysia, yang hangatnya gambar Emma Maembong berpelukan dengan teman lelakinya dan berpakaian seksi.
Saya cuba mendapat kebenaran sama ada gambar itu betul atau tipu, ternyata gambar itu betul dan telah di sahihkan sendiri oleh tuan punya badan.
Menurut penjelasan Emma “Memang betul gambar itu gambar saya bersama teman lelaki saya, tapi itu kisah lama dan gambar itu diambil masa saya berumur 15 tahun. Masa Emma muda dulu fikiran belum matang lagi, apa yang rakan-rakan pakai mesti Emma nak juga, masa tu Emma cepat terpengaruh.
Kita semua ada sejarah silam yang pahit, tapi ia mengajar Emma menjadi lebih baik apabila meningkat dewasa. Emma minta maaf atas keterlanjuran kisah silam, Emma baru 5 bulan dalam industri ini”.
Sumber: New Malaysian Post
Lelaki Singapura mati tergantung di Jasin
JASIN: Seorang lelaki warga Singapura ditemui mati tergantung di atas sebatang pokok sukon di belakang rumah kediamannya di Kampung Pulai Tengah, Jasin kira-kira jam 10.00 pagi tadi.
Mangsa bernama Talib Jumaat, 52 tahun itu dikatakan berasal dari Singapura dan balik ke rumah ibunya untuk melihat isterinya yang menetap di kampung tersebut.
Ketika kejadian ibunya ingin pergi belakang rumah lalu mendapati anaknya tergantung atas pokok tidak jauh dari belakang rumahnya kira-kira 20 meter.
Mangsa yang lengkap berpakaian berbaju T dan berseluar pendek ditemui tergantung dengan lehernya diikat dengan seutas tali.
Di fahamkan punca kejadian mangsa bertindak demikian kerana gagal mendapatkan wang dari ibunya sebelum membunuh diri.
Polis mendapati mangsa telah meninggal di tempat kejadian dengan kesan jerutan tali yang digantung.
Mayat mangsa kemudian di bawa ke Hospital Jasin bagi tujuan bedah siasat.
Sumber: Awani
Kalungan bunga dosa
KUALA LUMPUR – Keasyikan sekumpulan wanita warga Vietnam yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Jalan Puchong Mesra, Cheras terbantut apabila premis itu diserbu polis, malam kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira jam 11.30 malam oleh empat pegawai dan 20 anggota dari Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) itu seramai 34 wanita ditahan.
Ketua Operasi Asisten Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, mereka yang ditahan berusia antara 18 dan 35 tahun dan disyaki turut menyediakan perkhidmatan seks kepada pelanggan.
“Ketika diserbu kira-kira 81 pelanggan berada di dalam pusat hiburan berkenaan termasuk enam daripadanya didapati bawah umur iaitu berusia 21 tahun ke bawah.
“Siasatan awal mendapati premis yang mempunyai lesen itu disyaki menjalankan perkhidmatan seks dan aktiviti tidak bermoral dengan cara memakaikan kalungan bunga kepada pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat mereka,” katanya.
Katanya, setiap kalungan bunga berharga RM10 dan khidmat seks bergantung kepada individu dan premis itu dijaga seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun.
Beliau berkata, risikan dilakukan selama seminggu atas maklumat awam dan polis tidak menolak kemungkinan GRO berkenaan dihantar oleh ejen.
“Premis itu dikenakan saman kerana melanggar syarat perniagaan kerana membenarkan pelanggan bawah umur manakala semua wanita Vietnam berkenaan ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan,” katanya.
Katanya, semua yang ditahan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk siasatan lanjut.
Sumber: Harian Metro
Penjenayah guna alat khas pecah cermin
KUCHING : Polis mendedahkan penjenayah kini menggunakan alat khas untuk memecahkan cermin kenderaan.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Wira Muhamad Sabtu Osman, berkata taktik itu dikesan selepas berjaya merampas peralatan berkenaan dalam beberapa kes kejadian pecah cermin kereta baru-baru ini.
Katanya, polis juga sudah melakukan beberapa tangkapan berkaitan kes itu bagi membantu siasatan berkaitan penggunaan peralatan itu.
Disyor pasang plastik lut sinar
“Kita menasihati orang ramai bekerjasama dengan meningkatkan aspek keselamatan seperti memasang lapisan plastik lut sinar di cermin kenderaan, bagi mengurangkan risiko menjadi mangsa,” katanya selepas merasmikan Jogathon Hari Peringatan Polis di sini, semalam.
Yang turut hadir, Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Abang Wahab Abang Julai dan Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad.
Sumber: BH
Kegembiraan isteri bertukar derita
KEGEMBIRAAN seorang isteri bertemu suami selepas dua tahun menghilangkan diri bertukar tragik apabila dia dipukul lelaki terbabit dengan batang besi payung dalam kejadian di sebuah kawasan perumahan di Sungai Long, di sini, 3 Mei lalu.
Malah, dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, pemandu teksi yang membawa suri rumah berusia 54 tahun itu turut dipukul suami wanita berkenaan kerana membawa mangsa berjumpanya.
Sumber berkata, lelaki berusia 62 tahun itu dikatakan tidak pulang ke rumahnya di Ipoh, Perak sejak dua tahun lalu tanpa sebarang khabar berita.
“Pasangan suami isteri berkenaan dikurniakan empat anak.
Sebelum ini, mangsa dikatakan cuba mencari suaminya itu, tetapi tidak berjumpa.
“Sebaik mendapat maklumat tempat tinggal suaminya dari pihak tertentu, mangsa pergi ke alamat itu di sebuah kawasan perumahan di Sungai Long dengan teksi.
“Sejurus tiba, mangsa mengarahkan pemandu teksi berhenti di restoran berhampiran rumah suaminya itu kerana mendapati kereta suaminya itu ada di dalam garaj,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.
Menurut sumber, beberapa minit kemudian, mangsa ternampak suaminya keluar dari rumahnya dan segera mengekorinya sebelum bertemu suaminya itu.
Katanya, berlaku perselisihan faham dan pertengkaran apabila mangsa mempersoalkan tindakan suaminya menghilangkan diri tanpa sebarang berita selama dua tahun.
“Tiba-tiba suami mangsa yang berang bertindak memukul belakang isterinya itu dengan batang besi payung.
Pemandu teksi yang membawa mangsa turut dihayun dengan batang besi payung itu dalam cubaan membantu wanita berkenaan.
“Mangsa yang bengkak di tangan dan badan kemudian mendapatkan rawatan di klinik berhampiran sebelum melaporkan kejadian itu Balai Polis Kajang,” katanya.
Sementara itu, dalam kes berasingan di sebuah apartmen di Taman Bukit Kenangan, di sini, 4 Mei lalu, tanda tanya seorang bapa saudara berhubung kehilangan anak saudara perempuannya berusia 15 tahun selama tiga hari terjawab apabila remaja menjadi mangsa rogol.
Mangsa yang tinggal bersama bapa saudaranya yang berusia 30-an itu di Bandar Teknologi Kajang, Semenyih dan didapati tidak pulang ke rumah sejak 1 Mei lalu.
“Sebaik mendapat maklumat dengan kenalan remaja itu, bapa saudara mangsa segera pergi di sebuah apartmen di Taman Bukit Kenangan.
“Mangsa didapati berada dalam keadaan tidak bermaya dan hasil soal siasat bapa saudaranya, mangsa mendakwa dirogol kenalan lelakinya,” katanya.
Sehubungan itu, bapa saudara mangsa melaporkan kejadian di Balai Polis Kajang dan turut membawa mangsa mendapatkan rawatan di hospital berhampiran.
Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kedua-dua dan siasatan lanjut dilakukan.
Sumber: Harian Metro
Mayat tanpa kepala sangkut pada kayu
BENTONG: Misteri bau busuk yang dihidu seorang lelaki berhampiran Sungai Gapoi, dekat sini, terungkai apabila polis menemui mayat lelaki tanpa kepala tersangkut pada kayu di Kilometer 21.4, Jalan Bentong-Kuala Lumpur, di sini, jam 6.10 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, mayat terbabit dipercayai pelajar yang dilaporkan hilang ketika mandi bersama 11 rakannya pada 3 Mei lalu.
Menurutnya, sebelum kejadian, lelaki berusia 30 tahun itu menahan seorang anggota polis yang baru selesai operasi memaklumkan terhidu bau busuk di sungai berkenaan.
Katanya, anggota polis berkenaan kemudian bergegas ke tempat yang dimaklumkan untuk membuat pemeriksaan sebelum menemui mayat seorang lelaki tanpa kepala tersangkut pada kayu di dalam sungai berkenaan, kira-kira lima kilometer daripada lokasi mangsa dilaporkan hilang.
“Kita percaya mayat berkenaan adalah Sean Ng, 15, yang dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai berkenaan awal bulan ini.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong (HB) untuk bedah siasat.
“Pada masa sama, polis akan memanggil ahli keluarga mangsa untuk membuat pengecaman dan menjalankan ujian DNA bagi memastikan sama ada mayat adalah mangsa atau sebaliknya,” katanya.
Dalam kejadian pada 3 Mei lalu, mangsa terjun ke sungai berkenaan bersama rakannya untuk mandi, bagaimanapun mangsa didapati tidak timbul semula selepas itu.
Sumber: New Malaysian Post
Muka Pelik Boykin Sukarkan Cari Rumah Sewa
Los Angeles – Patutlah Marcus Boykin tidak mendapat rumah untuk disewa. Kalau dilihat kepada mukanya yang pelik dan menakutkan, pasti tiada siapa yang mahu menetap serumah dengannya.
Boykin, yang memenangi rancangan realiti Freakshow kerana merupakan salah seorang daripada lelaki paling banyak tatu dan bersubang di dunia.
“Saya sedang mencari apartmen untuk disewa sekarang. Saya baru dihalau keluar daripada rumah lama saya. Sekarang saya masih di hotel,’’ katanya.
Boykin mencari rumah di Los Angeles dan menemuinya, namun salah seorang penghuni di situ enggan menerimanya.
“Dia memberitahu saya dengan jujur bahawa dia tidak selesa dengan penampilan saya di rumah berkenaan,’’ katanya yang mengakui orang ramai mengutuknya kerana berwajah pelik.
Namun Boykin memberitahu, mereka menghentamnya kerana tidak melihat kepada kecantikan dalaman yang dimilikinya.
Tahun lepas dia mengaku rupanya yang pelik itu telah menakutkan anak perempuannya yang berusia enam tahun.
Sumber: My News Hub
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
ReplyDeletepengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.
Salam sejahtera!
ReplyDeleteNama saya Dewi Rumapea, saya berasal dari kota SEMARANG, Indonesia. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memaklumkan semua dalam kumpulan ini mencari pinjaman yang sangat berhati-hati kerana ada penipuan di mana-mana. Beberapa bulan yang lalu, saya secara kewangan turun dan saya memutuskan untuk mendapatkan pinjaman dari Man di Malaysia dan saya tertipu oleh pemberi pinjaman palsu di Malaysia. Saya hampir kehilangan harapan sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dan tulen yang dipanggil Puan Glory, seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan saya pinjaman sebanyak Rp500,000,000 tanpa tekanan, pada kadar faedah 2% yang merupakan kadar yang berpatutan untuk saya.
Selepas memindahkan kredit saya ke akaun bank saya, saya sangat terkejut apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah saya memohon, telah dipindahkan terus ke akaun saya, oleh Ibu Glory, tanpa berlengah-lengah. Jadi saya berjanji kepada ibu Glory bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi Puan Glory melalui email: gloryloanfirm@gmail.com
Saya menggunakan masa ini untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa anda boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: dewiputeri9@gmail.com atau anda boleh menghubungi Nur Izzatul Azira Ismail, dari Malaysia yang memperkenalkan saya dan memberitahu saya mengenai Puan Glory, Dia juga mendapat pinjaman dari Puan Glory, Anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: utariwirmayaty@gmail.com Kini, semua yang saya lakukan adalah cuba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun bulanan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana menggunakan Ibu Glory untuk mengubah kisah kewangan saya dan kini saya seorang pemilik perniagaan saya yang bangga, semoga Allah terus memberkati Ibu Glory dan terus menggunakannya untuk membantu kita semua dalam kesulitan kewangan
Selamat hari semua orang,
ReplyDeleteIni untuk memberi tahu masyarakat umum bahwa ONE BILLION RISING FUND saat ini menawarkan Pinjaman jangka panjang dan jangka pendek kepada badan-badan perusahaan dan koperasi yang secara serius memerlukan dukungan finansial untuk meningkatkan bisnis atau kebutuhan keuangan lainnya dengan tingkat suku bunga rendah. untuk segala bentuk pinjaman keuangan, di bagian manapun di dunia Ini terjangkau, dengan suku bunga rendah, fasilitas dijamin, Mari kita memiliki aplikasi Anda sekarang dengan rincian Anda untuk diproses lebih lanjut hubungi kami dengan informasi berikut di bawah ini.
via email: onebillionrisingfund@gmail.com
BBM: D8E814FC
Selamat hari semua orang,
ReplyDeleteIni untuk memberi tahu masyarakat umum bahwa ONE BILLION RISING FUND saat ini menawarkan Pinjaman jangka panjang dan jangka pendek kepada badan-badan perusahaan dan koperasi yang secara serius memerlukan dukungan finansial untuk meningkatkan bisnis atau kebutuhan keuangan lainnya dengan tingkat suku bunga rendah. untuk segala bentuk pinjaman keuangan, di bagian manapun di dunia Ini terjangkau, dengan suku bunga rendah, fasilitas dijamin, Mari kita memiliki aplikasi Anda sekarang dengan rincian Anda untuk diproses lebih lanjut hubungi kami dengan informasi berikut di bawah ini.
via email: onebillionrisingfund@gmail.com
BBM: D8E814FC
saya ingin memulangkan semua kemuliaan kepada Allah SWT atas apa yang dia gunakan Ibu Rossa lakukan dalam hidup saya, nama saya adalah Mira Binti muhammad dari bandar klang di malaysia, saya seorang janda dengan 2 anak, suami saya meninggal di dalam kereta kemalangan dan sejak itu kehidupan menjadi sangat kasar bagi saya dan keluarga saya dan saya telah cuba untuk mendapatkan pinjaman dari bank-bank di sini di malaysia dan saya dinafikan dan ditolak kerana saya tidak mempunyai cagaran dan tidak boleh mendapatkan pinjaman dari bank dan saya sangat sedih
ReplyDeletepada hari ini yang setia ketika saya melalui internet, saya melihat kesaksian Annisa berkarya tentang bagaimana dia mendapat pinjaman dari Ibu Rossa dan saya menghubunginya untuk bertanya tentang ibu Rossa dan betapa benarnya pinjaman dari ibu Rossa dan dia memberitahu saya memang benar dan saya menghubungi Ibu Rossa dan memohon pinjaman dan pinjaman saya diproses dan diluluskan dan dalam masa 24 jam saya mendapat amaran wang pinjaman saya dalam akaun saya dan ketika saya menyemak akaun saya pinjaman saya utuh dan saya sangat gembira dan saya telah bersumpah bahawa mana-mana syarikat yang meminjamkan pinjaman saya akan memberi keterangan mengenai syarikat itu, jadi saya ingin menggunakan ini medium untuk memberi nasihat kepada semua orang yang memerlukan pinjaman untuk menghubungi ibu Rossa melalui e-mel: rossastanleyloancompany@gmail.com dan anda boleh juga menghubungi saya melalui e-mel saya: mirabintimuhammed@gmail.com untuk maklumat dan juga kawan saya Annisa Barkarya melalui e-melnya: annisaberkarya@gmail.com
Halo, semua orang, tolong, saya dengan cepat mahu menggunakan media ini untuk berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada pemberi kredit yang benar-benar mengubah hidup saya daripada kemiskinan kepada seorang wanita kaya dan sekarang saya mempunyai kehidupan yang sihat tanpa tekanan dan kesulitan kewangan,
ReplyDeleteSelepas berbulan-bulan cuba mendapatkan pinjaman di internet dan saya telah ditipu dari 400 juta, saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman dalam talian yang sah dalam kredit dan tidak akan meningkatkan kesakitan saya, jadi saya memutuskan untuk beralih kepada kawan saya untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, kami bercakap mengenainya dan kesimpulannya adalah tentang seorang wanita bernama Puan Maria yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maria Loan. Syarikat
Saya memohon untuk pinjaman (900 juta) dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, supaya pinjaman yang diluluskan itu mudah tanpa tekanan dan semua persiapan telah dibuat dengan pemindahan kredit, kerana fakta bahawa ia tidak memerlukan cagaran untuk pemindahan daripada pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.
Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 900 juta. Saya sangat gembira bahawa akhirnya Tuhan menjawab doa saya dengan memerintahkan pemberi pinjaman saya dengan kredit sebenar saya, yang boleh memberi harapan saya.
Terima kasih banyak kepada Cik Maria kerana membuat hidup adil untuk saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Maria dengan baik melalui E-mel (mariaalexander818@gmail.com) ATAU Via Whatsapp (+1 651-243 -8090) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda,
Jadi, terima kasih banyak kerana mengambil masa anda membaca tentang kejayaan saya dan saya berdoa agar Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda.
Nama saya adalah kabu layu, anda boleh menghubungi saya untuk rujukan lebih lanjut melalui e-mel saya: (kabulayu18@gmail.com)
Terima kasih semua.