Saturday, May 17, 2014

Berita Terkini 17 May 2014

Cuping Telinga Bayi Terukir Kalimah

Kota Bharu – Ketika usianya baru 23 hari, Siti Nurdini Dalili Shahrizul mencuri tumpuan ramai apabila dilahirkan dengan cuping telinganya dikatakan menyerupai kalimah Allah SWT. Ibunya, Maizatul Akma Mohamad Kholid, 28, dari Kampung Pasir Hor, di sini, berkata tidak menyedari cuping telinga anak sulungnya itu begitu, sehinggalah ditegur orang kampung yang datang melawat. “Sebelum ini saya dan ibu bapa pelik kenapa bentuk telinga Siti Nurdini Dalili kelihatan lain dan kami menyangka itu satu jenis kecacatan. “Seminggu kemudian selepas dibenarkan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), ada penduduk kampung datang ke rumah untuk melawat anak dan menegur mengenai perkara itu. “Malah, seorang ustaz yang berkunjung juga memberitahu anak saya bertuah kerana telinganya bertanda seperti kalimah Allah. “Saya terkejut, namun bersyukur kerana ia kurniaan Allah SWT,” katanya. Siti Nur Maizatul Akma berkata, dia tidak mahu memikirkan perkara yang tidak elok, sebaliknya mahu Siti Nurdini Dalili menerima didikan Islam yang sempurna. Sumber: Metro Online

VIDEO: Lelaki Selamba Jerkah, Mandikan Singa

Selama ini singa dikaitkan sebagai binatang ganas dan ditakuti. Hanya dengan sekali terkam, nyawa manusia dengan mudah melayang di bawah rahangnya. Namun video yang menjadi viral di bawah lain ceritanya. Seorang lelaki Yaman bukan sahaja selamba memandikan singa malah menjerkah haiwan ini agar memudahkan kerjanya. Nampaknya di sebalik kegarangan singa ternyata ia mempunyai sikap sama sahaja seperti anjing dan kucing yang kebanyakannya takutkan air. Bagaimanapun singa dalam video ini dipercayai bukanlah binatang yang dibela di mana-mana zoo tetapi bakal diseludup ke negara jiran pada harga mahal. Penyeludupan haiwan termasuk hidupan liar seperti harimau bintang, harimau kumbang, monyet dan lain-lain adalah perkara biasa di Yaman untuk mendapat keuntungan segera. Malah harga bagi seekor anak singa boleh mencecah 50,000 Riyal Saudi (RM43,000)



Buku Galak Kanak-Kanak Jadi Gay!

Sebuah laman blog mendakwa, terdapat sebuah syarikat penerbitan di Bangsar menerbitkan pelbagai jenis buku termasuk yang menggalakkan hubungan sesama jenis (LGBT). Apa yang dibimbangkan, ada antara buku tersebut diterbitkan dalam bentuk bacaan kanak-kanak dengan komik warna warni. Difahamkan, buku-buku sebegini turut dijual di PWTC sewaktu Pesta Buku Antarabangsa baru-baru ini. Lihat sajalah contoh kandungan buku yang dimaksudkan di bawah.

Secara terang-terangan ia memberi gambaran kepada kanak-kanak bahawa hubungan lelaki dengan lelaki adalah normal! Sekiranya perkara ini benar, Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu bertindak segera sebelum ia mencemarkan mana-mana minda anak kecil dalam masyarakat kita. Sumber: Rem Ramzi / My News Hub / The Flying Kick Blog

PRK Teluk Intan: DAP Letak Calon Melayu – Dyana Sofya

TELUK INTAN – Dyana Sofya Mohd Daud telah dinamakan sebagai calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan. Dyana Sofya, 27, setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, telah diumumkan sebagai calon bertanding oleh Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng pada pembukaan pusat operasi pilihan raya parti itu di sini pada Sabtu. Duduk di antara Guan Eng dan pemangku pengerusi parti Tan Kok Wai, Dyana Sofya, anak kelahiran Ipoh kelihatan tenang ketika bertemu dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

PRK Parlimen Teluk Intan pilihan raya dipanggil berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 48, akibat kanser pada 1 Mei. Seah (DAP) memenangi kerusi Teluk Intan dengan majoriti 7,313 undi pada pilihan raya umum ke-13 tahun lepas, menewaskan Datuk Mah Siew Keong dari Barisan Nasional dan K. Moralingam, calon bebas. Penamaan calon diadakan pada 19 Mei, manakala pengundian pada 31 Mei. Sumber: mStar

Sebiji Pil ‘Truvada’ Setiap Hari Mampu Cegah HIV?

KERAP kali kita mendengar mengenai kempen dan usaha oleh badan-badan tertentu bagi mendidik masyarakat tentang cara mencegah jangkitan HIV. Pencegahannya termasuklah melalui kaedah penggunaan kondom dan juga tidak berkongsi jarum suntikan. Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu bahawa terdapat satu kaedah baru yang telah diluluskan oleh pihak pengawal selia Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2012. Kaedah tersebut ialah menerusi pengambilan sebiji pil Truvada setiap hari, yang dihasilkan oleh syarikat Gilead Sciences di California.

Ia disarankan bagi mereka yang mempunyai pasangan yang positif HIV atau mereka yang terlibat dengan pengambilan dadah melalui jarum suntikan. Garis panduan rasmi mengenai penggunaannya telah dikeluarkan oleh Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) AS kepada para doktor pada Rabu lalu. Pada masa yang sama, ramai pihak yang tidak bersetuju dengan saranan tersebut yang disifatkan bakal mengganggu usaha dalam kempen menentang penularan AIDS di negara itu. Presiden Yayasan Kesihatan AIDS Los Angeles, Michael Weinstein mengandaikan Truvada bakal mencetuskan ‘parti dadah’ termasuklah di kalangan individu sihat bagi mengelakkan jangkitan HIV. Selain itu, saranan pengambilan pil tersebut dijangka akan menggalakan lagi aktiviti homoseksual khususnya di kalangan lelaki gay. Hasil kajian CDC mendapati pil Truvada sememangnya efektif melawan jangkitan HIV sehingga 92 peratus, namun jika pasakit gagal mengamalkannya setiap hari, kesan efektif itu akan jatuh mendadak. Pengambilan pil tersebut juga dijangka akan memberi kesan dari segi ekonomi kepada pengamalnya kerana kos bekalan untuk sebulan boleh mencecah antara antara $1,200 (RM3,871.80) sehingga $2,000 (RM6,453) Sumber: My News Hub / AFP

Tanda-tanda kematian yang mulia

PERNAHKAH kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik ‘husnul khatimah’?
Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:
1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika meninggal dunia Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim)
2. Ketika meninggal dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.” (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)
3. Meninggal dunia pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Tidaklah seorang Muslim yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)
4. Mati syahid di dalam medan perang.
5. Mati dalam peperangan fisabilillah. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian? Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah. Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.” Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid.”(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)
6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut: Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)
7. Mati kerana tenggelam.
8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah. Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)
9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.
10. Mati terbakar.
11. Mati kerana penyakit busung perut. Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu’: “Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.” (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)
12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC). Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)
13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)
14. Mati dalam membela agama dan jiwa. “Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.”
15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”
16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah
Sumber: Hakaluka

Lima pegawai Laos terbunuh dalam nahas pesawat

PASUKAN mencari dan menyelamat berada di kawasan nahas pesawat Tentera Udara Laos yang terhempas berhampiran kampung Nadee, di wilayah Xiang Khouang, utara Laos, hari ini. Menteri Pertahanan Laos, Douangchay Phichit adalah antara lima pegawai kanan yang terbunuh dalam kejadian itu. – Foto Reuters
BANGKOK: Nahas pesawat tentera Laos awal pagi tadi meragut lima nyawa termasuk Menteri Pertahanan, demikian menurut pihak berkuasa Thailand. Kumpulan berkenaan dipercayai sedang dalam penerbangan ke satu majlis di wilayah utara Xiangkhouang dalam jet Antonov buatan Ukraine. Menteri Pertahanan Laos, Douangchay Phichit adalah antara lima pegawai kanan yang terbunuh dalam nahas itu, kata Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan Thai, Nipat Thonglek kepada AFP. Berita kematian akibat nahas itu dimaklumkan kepadanya oleh pegawai tentera Laos dan bersedia untuk menghadiri upacara pengkebumian menteri berkenaan mewakili kerajaan Thailand. Kementerian Luar di Bangkok berkata, kira-kira 20 orang berada di dalam pesawat termasuk Gabenor Vientiane dan beberapa orang kenamaan. Agensi berita Laos, KPL mengesahkan mengenai nahas itu dan berkata pihak berkuasa kini sedang menjalankan operasi mangsa yang terselamat. Laporan itu menyebut, pesawat terbabit, Antonov AN-74TK-300 adalah milik Tentera Udara Laos namun tidak memberikan maklumat pengenai penumpang atau mangsa yang terkorban. Sumber: AFP

Pesawat Tentera Laos Terhempas Di Xiangkhoung

BANGKOK – Pesawat tentera Laos yang dipercayai bawa 20 orang termasuk Menteri Pertahanan negara itu terhempas di wilayah utara Xiangkhoung selepas berlepas dari ibu negara Vientiane, pagi ini. Xiangkhoung terletak kira-kira 470 kilometer dari ibu negara itu. Setakat ini tiada pengesahan mengenai jumlah yang terkorban termasuk pengesahan dari kerajaan Laos. Sumber: AP

Ustaz cerita pengalaman melihat jin menjilat air mayat

SEBAGAI seorang manusia, juga sebagai hamba Allah, kita amat ditegah sama sekali untuk menyekutukan Allah SWT. Ingatlah dosa syirik adalah doa yang tidak akan diampunkan oleh Allah. Admin ingin berkongsi dengan anda semua, tentang satu kisah di mana seorang ustaz menyaksikan dengan mata kepala dirinya sendiri, satu lembaga sedang asyik menjilat air mandian mayat di sebuah sudut dalam sebuah rumah yang baru sahaja tuannya meninggal dunia. Apakah sebenarnya yang terjadi? Kisah ini diceritakan sendiri oleh Ustaz Abdul Aziz kepada Johan Iskandar (wartawan) mengenai seorang nelayan yang gara-gara membela hantu raya bertujuan membantu setiap pekerjaan hariannya ke laut menangkap ikan sebelum ditimpa penyakit misteri yang berbulan-bulan ditanggung sehingga menghembuskan nafas terakhir disisi keluarganya. Suasana sedih melanda keluarga arwah Wak Kejo setelah mengalami sakit misteri berbulan-bulan, akhirnya Wak Kejo menghembus nafas terakhir. Keperitan yang ditanggung Wak Kejo semasa nazak memberi keinsafan kepada isterinya, Tija serta 3 anak bujang lelakinya Samad, Seman dan Saiful. Menurut penduduk kampong arwah Wak Kejo cukup gagah dan masih tegap seperti orang muda walaupun usianya yang sudah mencapai 80-an. Setiap hari Wak Kejo tidak pernah mengeluh apabila melakukan kerja hariannya ke laut menangkap ikan. Kalau dilihat dari segi kerja Wak Kejo, orang muda pun tidak mampu melakukan sepertinya. Tetapi bagi wak Kejo kerja berat menarik pukat bersendirian tidak pernah membuatnya sakit atau letih. Begitu juga dengan selera Wak Kejo membuatkan isterinya merasa hairan. hantu minum air mayat Selalunya pada usia seperti Wak Kejo orang lain sudah kehilangan selera makan dan nafsu seks. Tetapi berbeza dengan Wak Kejo yang selalu bertenaga dan berselera besar. Isterinya pula menyangka suaminya cukup sihat dan kuat kerana mengamalkan ubat akar kayu. Oleh kerana kekuatan yang luarbiasa, Wak Kejo menjadi buah mulut penduduk kampong yang memuji dan kagum dengan kehebatannya. Kerjanya di laut, dia sangat kuat. Biasanya dia hanya bersendirian melakukan kerja sebagai seorang nelayan. Subuh lagi dia sudah keluar ke laut dan sekitar jam 8 pagi dia sudah pulang membawa banyak hasil laut yang cukup berbaloi untuk keluarganya. Oleh kerana ketiga-tiga anaknya bekerja di bandar Wak Kejo melakukan semua kerja itu seorang diri walaupun ramai yang meregui kemampuannya. Walaupun gagah mana, takdir tidak boleh di elak. Akhirnya Wak Kejo jatuh sakit secara mengejut. Peliknya dia tidak menghadapi sebarang penyakit seperti darah tinggi, kencing manis mahupun buah pinggang. Sakit yang dialaminya cukup menyeksanya sehingga dia terbaring kaku di atas katil. Walaupun sakit seleranya tetap sama seperti dulu. Selalunya rutin makan Wak Kejo ialah nasi bersama seekor ayam bakar. Sebaik saja makanan itu dihidangkan kepadanya, sekelip mata saja Wak Kejo boleh habiskan seperti orang sedang lapar sangat. Dia selalu merenget meminta makanan walaupun baru sebentar tadi sudah dihidangkan kepadanya. Isterinya cukup hairan dengan sikap suaminya yang luarbiasa itu. Sepanjang hidup bersama Wak Kejo belum pernah dia melihat suaminya melantak semua makanan itu dalam masa singkat. Semakin hari penyakitnya semakin parah. Setiap hari ada saja penduduk kampong datang ke rumahnya melawat dan membaca Yassin. Setiap kali dibacakan Yassin, Wak Kejo akan meraung kepanasan. Beberapa orang doctor pernah datang ke rumah Wak Kejo untuk merawat penyakitnya, namun selepas diperiksa mereka berkata Wak Kejo tidak mengalami sebarang penyakit. Mereka percaya Wak Kejo mengalami penyakit tua. Semakin hari mukanya semakin pucat dan hitam seperti kepanasan cukup menggerunkan. Isteri dan anak-anaknya tidaksanggup melihat penderitaan yang di alami Wak Kejo. Akhirnya mereka memanggil Ustaz Aziz yang tinggal di kampong seberang untuk membantu masalah itu. “Dah berapa lama Wak Kejo sakit Mak Tija?”. Tanya Ustaz Aziz yang duduk disebelah suaminya. “Adalah lima bulan,” balasnya sayu. “Masya Allah,” ucapnya perlahan sambil mengeleng kepala melihat wajah Wak Kejo. Ustaz Aziz kemudiannya membaca sesuatu sambil menyentuh dahi Wak Kejo perlahan-lahan. Dia membaca beberapa surah untuk meringankan kesakitan Wak Kejo. “Jangan sentuh aku! Panasss….” Jerit Wak Kejo sebaik saja Ustaz Aziz menyentuh dahinya buat kali ketiga. Beberapa orang penduduk kampong sedang membaca Yassin dan ada yang sedang duduk di ruang tamu rumah Wak Kejo tersentak mendengar jeritan kuat Wak Kejo. Walaupun Wak Kejo kelihatan nazak, tapi suaranya amat kuat bertenaga. Ustaz Aziz dapat merasakan kelainan suara itu yang dianggap bukan suara Wak Kejo. Ustaz Aziz terus membaca ayat al-Quran dengan diikuti bacaan Yassin oleh penduduk kampung. Keadaan Wak Kejo semakin gelisah. Dia cuba meronta ke kiri dan kanan seperti kesakitan. Selama sejam Wak Kejo meronta dan meraung kepanasan. Dia beberapa kali meminta air untuk minum kerana terasa badannya terlalu panas. Akhirnya tanpa disedari wak Kejo menghembuskan nafas terakhir. Tiba-tiba saja badanya yang gempal bertukar menjadi kurus kering seperti sudah lama meninggal dunia. “Mak Tija, Wak Kejo sudah meninggal dunia. Pergilah panggil tukang mandi mayat segera. Jangan lengah-lengahkan lagi. Mayat arwah perlu dikebumikan segera,” kata Ustaz Aziz tenang. Sementara menunggu tukang mandi mayat tiba, mereka membiarkan jenazah arwah Wak Kejo di ruang tamu rumah itu. Memandangkan hamper masuk waktu Isyak, semua tetamu kemudiannya turun dari rumah ke surau tidak jauh dari situ untuk solat Isyak. Selepas solat Isyak, jenazah Wak Kejo dimandikan dan dikapan. Jenazah arwah kemudian dikebumikan di tanah perkuburan Islam di hujung kampong pada malam tersebut. Selesai kebumian, pada malam itu tinggallah Mak Tija, 3 orang anaknya dan beberapa orang ahli keluarganya. Kerana letih kebanyakkan mereka tertidur. Tidak beberapa lama kemudian, Mak Tija terdengar bunyi seperti sesuatu menyusur di bawah rumahnya tempat arwah Wak Kejo dimandikan tadi. Pada mulanya, Mak Tija ingatkan kucing, bagaimanapun bunyi itu semakin kuat seperti sesuatu sedang menjilat air. Mak Tija cuba memberanikan diri turun ke bawah rumahnya sambil membawa lampu picit. Sebaik saja dia menyuluh ke arah bunyi suara itu, Mak Tija terkejut apabila melihat sesusuk tubuh manusia tinggal rangka menyerupai suaminya sedang menjilat air mayat. Mak Tija mula rasa takut, bulu romanya tegak berdiri. Namun dia masih menyuluh kearah lembaga itu dengan berani. Lembaga itu sedang berlutut di bawah rumah. Pada mulanya Mak Tija cuba merahsiakan perkara itu kepada sesiapa walaupun keluarga terdekat tetapi kerana takut perkara itu berulang kembali dia menceritakan perkara itu kepada Ustaz Aziz saja pada keesokannya. Ustaz Aziz bersetuju membantu Mak Tija dan berjanji akan datang ke rumahnya pada lewat malam. Seperti mana yang dijanjikan, Ustaz Aziz melihat sendiri lembaga seperti arwah Wak Kejo sedang menjilat-jilat air mayatnya bagai kehausan. Ustaz Aziz kemudiannya segera membaca ayat Kursi dan secepat kilat lembaga itu hilang dari pandangan mereka. Sejak peristiwa itu, lembaga Wak Kejo tidak lahi pulang ke rumahnya. Setelah diselidik latar belakang arwah Wak Kejo, rupanya selama ini arwah Wak Kejo ada membela hantu raya untuk membuat dia kelihatan muda dan kuat tanpa perlu diketahui isteri serta anak-anaknya. Setiap kerja yang dilakukan Wak Kejo semuanya dibantu oleh hantu raya itu. Kerana itulah dia lebih suka bersendirian pergi menangkap ikan kerana bertemankan hantu raya yang dibelannya. Kejadian serupa ini banyak berlaku di mana-mana apabila individu tertentu bersekongkol dengan jin atau syaitan. Perkara ini haruslah menjadi pengajaran kepada kita semua supaya dapat menghindarkan diri dari kejadian yang dimurkai Allah SWT. Sumber: New Malaysian Post

Indonesia cadang kasi penjenayah seks

JAKARTA: Menteri Kesihatan Indonesia mencadangkan untuk memperkenalkan kasi secara kimia bagi menghukum pedofilia (penjenayah yang tertarik secara seksual pada kanak-kanak) di negara paling ramai penduduk Islam di dunia itu, berikutan rentetan jenayah seks kanak-kanak yang menjadi tajuk utama akhbar. Indonesia adalah negara terbaru Asia yang mempertimbangkan kasi secara kimia, selain India yang baru-baru ini turut memikirkan untuk memperkenalkan langkah yang serupa terhadap perogol dan pesalah seksual berulang. Negara pertama benar hukuman Korea Selatan pada tahun 2011 menjadi negara Asia pertama yang membenarkan hukuman itu, menyertai sekumpulan kecil negara yang membolehkan prosedur berkenaan termasuk Poland, Russia, Estonia dan beberapa negeri di Amerika Syarikat. Sumber: BH

Jalan senget sebelah?

KUALA LUMPUR – Bagi pengguna yang pernah memandu di Sambungan Timur Lebuhraya Sungai Besi (Bestraya Eastern Extension-BEE) sejauh 12.3 kilometer, pasti anda dapat merasakan sesuatu yang tidak kena berada di atas lebuh raya yang melengkapkan keseluruhan Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA). Penulis tidak berkecuali memperoleh pengalaman ketika mengguna BEE baru-baru ini. Semuanya bermula ketika memasuki BEE di Pandan Jaya. Melepasi beberapa kilometer dengan melalui beberapa selekoh, penulis dapat merasakan kenderaan yang dinaiki tidak berada dalam kedudukan yang seimbang. Penulis dapat merasakan kenderaan senget ke bahagian kanan jalan seolah-olah lebuh raya itu tidak rata dan seimbang. Namun ia tidak dapat dipastikan sama ada lebuh raya itu sengaja dibina tidak seimbang atau ada sesuatu yang tidak kena dengan BEE. Walaupun tidak membahayakan pemandu, tetapi perasaan was-was yang tiba-tiba muncul boleh mengganggu fokus pemanduan pengguna yang berfikir bukan-bukan. Mungkin pihak pengurusan BEE boleh tampil menjelaskan bahawa lebuh raya itu sememangnya unik dan sengaja dibina senget sebelah kanan bagi memberi pengalaman baru kepada pengguna di Kuala Lumpur. Sementara itu, BEE mula dibina pada 27 Januari 2011 itu menghubungkan empat jalan raya utama iaitu Leburaya Sungai Besi, Jalan Istana, Jalan Lingkaran Tengah Satu (MRR1) dan Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2). Dengan pembukaan BEE, jalan-jalan utama seperti Jalan Loke Yew, Jalan Cheras, Jalan Shemelin, Jalan Pandan 1, Jalan Pandan Indah dan Jalan Pandan Utama dapat dihubungkan melalui Persimpangan Bertingkat Ikan Emas. Ia juga akan membentuk rangkaian jalan penyambung baru antara MRR1 dan MRR2, sekali gus dapat mengurangkan kesesakan trafik pada waktu puncak dan dijangkakan dapat menyuraikan lebih kurang 250,000 kenderaan sehari. Lebuh raya itu dilengkapi dengan teknologi terkini seperti maklumat trafik, papan tanda mesej ubah elektronik (VMS), sistem maklumat lebuhraya (HIS), pusat kawalan lengkap dengan kamera litar tertutup (CCTV), sistem tol elektronik dan rondaan oleh pasukan ronda 24 jam sehari. Dalam pada itu, kutipan tol bagi BEE yang dibuka percuma kepada orang ramai bermula 15 April lalu, berkuat kuasa 12 tengah malam tadi. Kutipan tol yang dilaksana secara sistem tol terbuka mengenakan kadar bagi Kelas 1, 4 dan 5 masing-masing RM2 manakala Kelas 2 dan 3 sebanyak RM4. Sumber: MalaysiaGazette

Kecoh Bila Pelajar Wanita Diarah Jalani Pemeriksaan Vagina!

Seisi sekolah tinggi di Savage, Minnesota, Amerika Syarikat gempar apabila sepucuk surat meminta pelajar perempuan menghadiri ‘pemeriksaan vagina’ diterima lebih 50 keluarga pelajar. Surat yang mempunyai kepala surat Sekolah Tinggi Prior Lake itu meminta pelajar perempuan menghadiri pemeriksaan tersebut pada 23 Mei dan 25 Mei depan di gim sekolah.

Pelajar turut diingatkan supaya menanggalkan subang di bahagian kemaluan jika ada atau mereka akan dikira gagal serta merta dalam ujian tersebut. Kononnya, pelajar yang tidak menghadiri pemeriksaan vagina atau gagal dalam ujian tidak akan dibenarkan menamatkan pengajian. Dipercayai surat ini merupakan satu gurauan ‘kasar’ oleh pelajar senior di sekolah terbabit dan rata-rata pelajar menganggapnya sesuatu yang lucu. Bagaimanapun sebagai mana video di bawah, para ibu bapa menganggapnya satu gurauan murah dan lucah. Justeru, pihak polis sedang menyiasat pihak yang bertanggung jawab melakukannya.


Pasangan berkhalwat dikurung oleh tuan rumah sewa

PUCHONG – Bengang apabila salah seorang penyewa tidak mahu menjelaskan tunggakan sewa dan menjadikan bilik disewanya port maksiat, pemilik rumah sewa itu bertindak mengunci pasangan berkenaan dalam satu ‘operasi cegah maksiat’ dilakukannya sendiri, di Kampung Seri Langkas Tambahan, Selasa lalu. Difahamkan, kedegilan penyewa bilik berumur 27 tahun itumenjelaskan bayaran sewa bilik mengundang kemarahan pemiliknya sehingga memaksa dia berulang-kali datang ke bilik yang disewakan. Pemilik itu mendapat maklumat penyewa biliknya seorang lelaki bujang turut tinggal bersama seorang remaja perempuan berusia 17 tahun sejak seminggu lalu. Menurut sumber, berang dengan tindakan lelaki itu, pemilik bertindak melakukan rondaan sendiri sehingga lewat pukul 12.30 malam Isnin lalu di kawasan rumah tiga tingkat yang turut disewakan kepada belasan penyewa lain. Namun, ketika pemilik membuat rondaan kedua-dua remaja lelaki dan perempuan yang dikatakan tinggal sebumbung itu tidak pulang ke rumah seperti biasa. Pada keesokan harinya lebih kurang jam 7 pagi, pemilik rumah itu melakukan rondaan sekali lagi untuk mengesahkan perbuatan penyewanya. Malang nasib penyewa lelaki itu apabila pemilik terdengar suara lelaki perempuan berbual di dalam bilik yang disewanya ketika melakukan intipan dari luar Pemilik rumah itu bertindak mengunci pintu jeriji bilik dari luar dan menghubungi pihak jawatankuasa masjid. Menurutnya, ketika ‘dipenjarakan’ dari luar, remaja perempuan yang sudah tidak bersekolah itu menangis dan meminta pertolongan jiran. Sinar Harian difahamkan, kedua-dua mereka kemudian dinikahkan di Shah Alam, kelmarin. Sumber: Sinar Online

Polis nafi berita budak dijumpai

KOTA KINABALU: Polis menafikan khabar angin kanak-kanak mangsa culik, Low Min You, 3, sejak 9 Mei lalu dalam keadaan selamat dan kini berada di Pangsapuri Bukit Padang, dekat sini. Difahamkan, khabar angin itu dikatakan tersebar luas di laman sosial yang mengaitkan kononnya penculikan itu dirancang bapa mangsa bagi mendapatkan wang tebusan. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, pihaknya belum menerima laporan mengenai perkara itu dan mangsa masih belum ditemui. “Beritahu saya di mana kanak-kanak itu bersembunyi? Di mana kondominium itu. Setakat ini, saya belum menerima laporan mengenai penemuannya (mangsa). “Saya berharap mangsa masih selamat dan polis memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan khabar angin atau maklumat yang belum disahkan. “Lebih baik laporkan kepada polis sekiranya mereka tahu lokasi kedudukan Min You,” katanya ketika dihubungi, semalam. Mengulas lanjut, Hamza berkata, seorang lelaki berusia 31 tahun dipercayai rakan bapa mangsa, turut ditahan bagi membantu siasatan. “Lelaki ini ditahan pada Rabu lalu, iaitu hari sama ibu bapa mangsa diarahkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu. Lelaki ini ditahan bagi membantu siasatan,” katanya. Sumber: HM

Ruminah Sidek Selamat Bergelar Isteri Al Fatah

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon veteran Ruminah Sidek, 68, atau Mak Mah kerana sudah selamat bergelar isteri kepada peneroka Felda Jelai Negeri Sembilan, Al Fatah Rahim Ismail, 70, pagi tadi. Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid As Syarif, Meru Klang, memetik mStar Online. Mak Mah turut menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan juga tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki. Majlis persandingan yang diadakan selepas itu turut menyaksikan hampir 3,000 tetamu hadir bagi meraikan kedua-dua mempelai. Ini merupakan perkahwinan keempat buat Mak Mah yang mempunyai enam orang anak, 20 cucu dan enam cicit. Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 19 April lalu, tidak lama selepas mereka bertemu di Tanah Suci ketika mengerjakan umrah. Mak Mah turut melahirkan rasa syukur dan gembira atas penyatuan tersebut dan mengharapkan peminat mendoakan kebahagiaan mereka hingga ke akhir hayat. Tahniah sekali lagi! Sumber: Elza / My News Hub

Doktor sahkan kematian wanita akibat keracunan air mani

SEORANG wanita yang berumur 29 tahun ditemui mati didalam bilik tidurnya semalam. Mengikut penduduk setempat, wanita itu baru sahaja melangsungkan perkahwinannya bersama seorang lelaki tua berumur 70 tahun, sehari sebelum dia meninggal dunia (kelmarin). Menurut suaminyanya, arwah si mati tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ganjil yang mencurigakan sewaktu mereka mula masuk ke bilik tidur pada malam pertama dan menikmati malam pertama itu sebagaimana pasangan-pasangan lain. Dia berkata dia hanya menyedari kematian isterinya itu pada keesokan harinya (pada hari kedua perkawinannya bersama wanita itu) setelah isterinya tidak bangkit dari tidur sehingga ke tengahari. Suaminya yang menyangka isterinya keletihan mula mengesyaki sesuatu apabila tubuh isterinya hanya kaku tidak bergerak apabila dia cuba mengejutkannya. ‘Saya cepat-cepat panggil jiran dan ketua kampung’, kata suami si mangsa itu lagi. Menurut Doktor Arman dari Hospital Putra Jaya, yang melakukan bedah siasat sewaktu dihubungi semalam, berdasarkan kepada siasatan awal beliau mengatakan bahawa mangsa dikhuatiri telah terminum sesuatu yang beracun atau sesuatu yang telah tamat tempoh dan siasatan pihak polis pula telah mengesahkan yang simati telah terminum air mani yang telah luput tempohnya. Sumber: Mesra

Yuna Ditegur Lagi Kerana Gaun Hitam Ketat

BEBERAPA ketika lalu, Yuna pernah ditegur para peminat berhubung dengan pemakaiannya yang dianggap terlalu ketat dan tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung.

Nampaknya, teguran itu tidak ‘mematahkan semangat’ Yuna untuk terus memuatnaik gambar terbaru yang tidak jauh bezanya dengan gambar sebelum ini. Gambar yang dikongsikan di akaun Facebooknya itu memperlihatkan penyanyi itu memakai gaun panjang hitam ketat yang melekap pada tubuhnya.

Ia sekaligus memuatkan ramai yang kurang senang dengan imejnya yang dilihat semakin berbeza dengan awal kemunculannya dulu yang lebih ‘longgar’ dan sopan.

Bagi kami, tidak semua teguran itu perlu dianggap sebagai percubaan untuk menjatuhkan air muka seseorang.

Kalau peminat menegur cara baik, apa salahnya Yuna mengambilnya sebagai sesuatu yang positif. Jika tidak mahu ditegur secara terbuka, apa kata Yuna sertakan alamat email untuk berhubung dengan para peminat secara peribadi, tak gitu? Sumber: Elza / My News Hub

Dua geng penjenayah tumpas

Chang Keong menunjukkan gugusan kunci kereta yang berjaya dirampas daripada empat ahli geng Sathis Kampar. IPOH - Polis berjaya melumpuhkan satu sindiket curi kereta di bandar raya ini yang membabitkan kerugian lebih RM250,000 dengan penahanan empat anggota dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kledang Timur, Menglembu, Rabu lalu. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, kesemua suspek ditahan selepas polis menerima laporan berkaitan kehilangan pelbagai jenis kereta yang dilaporkan sejak enam bulan lalu. Menurutnya, hasil siasatan mendapati geng dikenali sebagai Sathis Kampar didapati aktif melakukan jenayah terbabit sejak enam bulan lalu. “Dalam serbuan kira-kira jam 7.30 malam hasil maklumat orang awam itu, empat lelaki berusia lingkungan umur 29 hingga 32 tahun didapati tinggal di sebuah rumah yang disewakan untuk menjalani aktiviti jenayah terbabit. “Hasil pemeriksaan mendapati, beberapa barangan dijumpai termasuk dua buah kereta jenis Nissan Sentra dan Proton Saga selain pelbagai barangan lain yang berjaya dirampas,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini, semalam. Chang Keong berkata, pihaknya turut menjumpai kamera digital, lima telefon bimbit, kad visa dan rangkaian kunci kereta serta rumah. Katanya, dengan penahanan tersebut, polis berjaya menyelesaikan empat kes curi kereta di kawasan Jelapang, Kampung Tawas, Bercham dan pusat bandar. “Kita turut menemui pelbagai peralatan pecah masuk seperti playar, pisau, kikir besi, allen key serta peralatan gas oxy-Acetylene yang dipercayai digunakan untuk aktiviti terbabit. "Hasil siasatan mendapati kenderaan terbabit dileraikan untuk dijual sebagai alat ganti. Kesemua suspek kini ditahan reman sehingga Ahad ini untuk siasatan di bawah Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan,” katanya. Dalam kes berasingan, polis turut berjaya menumpaskan kumpulan penjenayah dikenali sebagai Geng Fadhil Parpu yang aktif mencuri motosikal di Jelapang, berikutan tertangkapnya ketua geng terbabit, seorang remaja berusia 19 tahun. Chang Keong berkata, tiga suspek berusia 19 dan 23 tahun ditangkap dalam dua serbuan sekitar Jelapang kira-kira jam 1.15 pagi pada Ahad lalu. Menurutnya, geng itu dipercayai aktif sejak enam bulan lalu dan menyasarkan kawasan di Taman Rishah, Jelapang, Kampung Tawas dan kampung Rapat. “Modus Operandi kumpulan ini ialah menyasarkan motosikal seperti Honda Wave dan Honda EX5 yang ditinggalkan mangsa. Mereka bergerak berdua menaiki motosikal dan seorang daripada mereka akan mencuri motosikal terbabit. “Ketua geng yang bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel akan meleraikan komponen motosikal terbabit untuk dijual semula sebagai alat ganti ataupun kegunaan sendiri,” katanya. Chang Keong berkata, polis percaya dapat menyelesaikan enam kes kecurian motosikal yang dilaporkan di kawasan terbabit dengan tertumpasnya kumpulan penjenayah itu. Katanya, polis berjaya menemui empat rangka motosikal selain enjin dan penutup enjin yang nombor chasisnya dicanai, menyebabkan kerugian bernilai RM30,000. “Dua ahli kumpulan berusia 19 tahun yang berasal dari Chemor tidak mempunyai pekerjaan manakala lelaki berusia 23 tahun bekerja sebagai pengawal keselamatan dan masing-masing tidak mempunyai rekod jenayah lampau. “Kesemua suspek direman hingga Isnin ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379)A) Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam curi kenderaan bermotor,” katanya. Dalam pada itu, seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai dari Jabatan Kebajikan masyarakat (JKM) dan pegawai bantuan penapis air untuk menipu serta menyamun warga emas berjaya dicekup di sebuah loji air di Tanah Hitam pada Jumaat minggu lalu. Chang Keong berkata, suspek berjaya dikesan berdasarkan maklumat orang awam dan lelaki berusia 48 tahun itu merupakan penduduk tempatan. "Suspek perdaya mangsa bagi mendapatkan wang dan barang kemas dan sejak Januari lepas, dia mengaku terlibat dalam 21 kes membabitkan kerugian lebih RM75,000 yang berlaku sekitar Ipoh. “Modus operandinya, suspek akan berpura-pura ke dapur untuk minum air dan menggeledah bilik mangsa untuk mencari barang berharga sebelum meninggalkan rumah mangsa," katanya. Beliau berkata, suspek menyasarkan warga emas yang tinggal sendirian dan sering melakukan kegiatan jenayahnya itu pada waktu pagi. “Suspek menawarkan bantuan kepada mangsa untuk mendapatkan kepercayaan warga emas dan ibu tunggal supaya menyerahkan wang serta barang-barang kemas dimiliki mereka,” katanya. Selepas tertangkapnya suspek, Chang keong berkata, pasukannya menggeledah sebuah kedai pajak gadai dan merampas dua resit gadai barang kemas dicuri daripada mangsa. “Orang ramai khususnya warga emas dinasihatkan supaya berhati-hati dengan individu yang menyamar sebagai pegawai JKM yang mendakwa mampu mengurus segala masalah berkaitan bantuan diberikan,” katanya. Sumber: Sinar Online

Isu Imej ‘Power Rangers’ Buat Neelofa Waspada

PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara Neelofa mengakui kegagalannya menggayakan fesyen pada majlis anugerah Meletop terbitan Astro pada Februari lalu sehingga dikecam pelbagai pihak membuatkan dia lebih berhati-hati dalam memilih fesyen pakaian sebelum menghadiri sesebuah majlis. Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 25, berkata, kritikan yang diterima itu membuatkan dia lebih matang dalam memilih baju yang ingin digayakan terutamanya pada majlis-majlis besar. “Fesyen itu subjektif, fesyen boleh mengangkat artis untuk menjadi seorang ikon dan sebaliknya mampu menjatuhkan imej mereka juga. “Saya tidak rasa bersalah kerana kesilapan berfesyen pada majlis anugerah Meletop tempoh hari kerana bagi saya jika ramai yang kritik ia akan lebih mematangkan saya,” katanya kepada mStar Online. Neelofa berkata demikian ketika ditanya tentang gaya busananya pada majlis pelancaran hlive! Isnin lalu yang lebih sopan rekaan khas oleh Rosix Wanpa. Pada majlis itu Neelofa tampil anggun dengan pakaian gaun labuh berwarna coklat dengan motif bunga berwarna hitam. Sebelum ini dia pernah dikritik apabila mengayakan baju ketat yang dikatakan mirip kartun Power Rangers ketika mengacarakan Anugerah Meletop pada 8 Februari lalu. Tambahnya disebabkan perkara itu juga dia sentiasa mengikuti perkembangan fesyen dari semasa ke semasa. “Semua orang pernah salah berfesyen, malah artis luar negara pun selalu dikritik tentang fesyen kerana kadang-kadang kita akan terlepas pandang. “Namun saya akui sebagai artis kita perlu mengikuti perkembangan fesyen setiap masa,” ujarnya. Sumber: mStar

Cucu rentung bawah kerusi

MAYAT mangsa diangkat anggota bomba dalam kejadian kebakaran di Kampung Pandanan, Inanam Laut, Kota Kinabalu KOTA KINABALU: Seorang nenek hanya mampu meraung sebaik melihat anggota bomba membawa keluar mayat cucu lelakinya berusia lima tahun yang rentung apabila rumah didiami mereka hangus dalam kebakaran di Kampung Pandanan, Inanam Laut, dekat sini, semalam. Dalam kejadian pada jam 11.15 pagi, mangsa, Mohd Sharan Fais Nizam, 5, ditemui tertiarap di bawah kerusi di ruang tamu rumah, sejurus selepas api dipadamkan. Kebakaran membabitkan empat rumah kayu turut menyebabkan sepupu mangsa, Noorsamsiah Alimuddin, 6, yang juga orang kelainan upaya (OKU) melecur di muka manakala datuk mereka, Kans Jamalin, 52, melecur di muka, tangan dan kaki. Kedua-dua mereka dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) II untuk rawatan Menceritakan kejadian itu, nenek mangsa, Siti Kalma Abas, 50, berkata dia hanya sempat membawa cucunya yang lumpuh sejak lahir keluar dari rumah sebaik menyedari rumah didiami mereka mula terbakar. Sumber: HM

UFO ‘Lawat’ Kebun Sayur Di China

Penduduk Yi’an yang mendengar bunyi letupan kuat pada awal pagi semalam tidak menyangka ia sebenarnya mungkin petanda kawasan itu ‘dilawati’ objek dari angkasa lepas. Pegawai kerajaan tempatan semalam berkata, beberapa penduduk Mengchang mendakwa bunyi itu didengar kira-kira jam 6 pagi (waktu tempatan). “Apabila mendongak, mereka melihat ada bebola api meluncur dan jatuh ke arah kebun sayur-sayuran,” katanya. Selepas diselidiki, kata pegawai terbabit, penduduk menemui tiga objek aneh di tiga kawasan berasingan di situ. Berdasarkan gambar dirakamkan penduduk, objek berkenaan berbentuk seperti bola besi yang sebahagiannya di ditutupi lapisan bergerigi. “Dua lagi objek serupa dilihat jatuh dari langit ke arah daerah Baiquan yang bersebelahan,” katanya. Media tempatan melaporkan, satu daripada objek misteri itu mempunyai diameter 70 sentimeter dan berat kira-kira 40 kilogram. Kedua-dua kawasan itu sudah ditutup dan siasatan mengenainya sedang dijalankan. Sumber: My News Hub

Pengetua bersara dengan pakaian seragam sekolah

Siti Aishah Ismail (tengah) bergambar dengan guru-guru yang memakai pakaian seragam sekolah pada sambutan Hari Guru dan persaraan beliau di SMK Darul Ehsan, Selayang Baru semalam. - UTUSAN/Ghazali Basri
KUALA LUMPUR 16 Mei - Sambutan Hari Guru kali ini sangat bermakna buat Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Darul Ehsan, Selayang Baru, Siti Aishah Ismail, 60, kerana jatuh pada hari persaraannya selepas kira-kira 40 tahun mengabdikan diri dalam dunia pendidikan. Bagi menjadikannya kenangan terakhir, Siti Aishah sendiri mencadangkan sambutan Hari Guru peringkat sekolah itu menggunakan tema ‘Kembali Ke Alam Persekolahan’ yang mewajibkan 158 tenaga pengajarnya memakai pakaian seragam sekolah. "Selain daripada menyambut Hari Guru, program seumpama ini bertujuan mengimbau nostalgia alam persekolahan bagi semua guru," katanya yang ditemui dalam Majlis Persaraan Pengetua dan Sambutan Hari Guru SMK Darul Ehsan di sini, hari ini. Yang turut hadir Penolong Pegawai Daerah Gombak, Mohd. Amin Jais dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Zakaria Hashim. SMK Darul Ehsan merupakan sekolah kedua terbaik di daerah Gombak dalam pencapaian Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lepas. Sementara itu, Siti Aishah berkata, kerjasama yang ditunjukkan oleh semua guru di bawah seliaannya umpama satu penghargaan tertinggi kepada beliau. "Saya begitu terharu dengan kerjasama serta kesudian semua guru yang sudi meraikan majlis ini dengan begitu meriah dan lengkap berpakaian seragam sekolah. "Saya mahu kesemua pelajar berasa lebih dekat dengan guru mereka apabila melihat guru-guru ini turut sama berpakaian seperti mereka," katanya.-utusan

Feri Bangladesh Karam Dipukul Ombak

DHAKA – Pasukan penyelamat menemui sekurang-kurangnya 29 mayat sehari selepas sebuah feri karam di dalam sebatang sungai ketika ribut di tengah Bangladesh manakala polis menganggarkan lebih 100 mangsa masih hilang, kata pihak berkuasa semalam. Anggota-anggota penyelam bertungkus-lumus mencari mayat di dalam feri M.V. Miraj-4 yang karam akibat dilanda ombak besar. Sejumlah mangsa terselamat pula menyalahkan kapten feri itu kerana enggan mencari perlindungan daripada ribut yang akan melanda mereka. Dalam pada itu, pihak berkuasa turut melancarkan siasatan sama ada feri tersebut membawa terlalu ramai penumpang semasa kejadian. “Langit bertukar gelap manakala berpuluh-puluh penumpang merayu kepada kapten itu supaya mengemudi feri MV Miraz ke tebing terdekat selepas kami melihat ribut akan melanda,” kata seorang mangsa terselamat, Mohammad Ali. “Namun, dia tidak mempedulikan rayuan kami,” tambahnya. Menurutnya, ribut tersebut mencetuskan tiga ombak gergasi. “Feri itu condong dan tenggelam selepas dilanggar ombak ketiga,” ujarnya. Dalam perkembangan berkaitan, beberapa pegawai berkata, sebanyak 200 hingga 350 orang dipercayai berada di dalam feri sepanjang 30 meter itu ketika ia tenggelam ke dasar Sungai Meghna tengah hari kelmarin. “Kemalangan ini berlaku di daerah Munshiganj, sekitar 50 kilometer ke selatan ibu kota Bangladesh, Dhaka,” kata seorang pegawai daerah, Saiful Hasan. Feri tersebut berlayar dari Dhaka menuju ke daerah Shariatpur sebelum tenggelam dipukul ombak. Pegawai polis tempatan, Ferdous Ahmed mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya dua wanita dan seorang kanak-kanak merupakan antara mangsa yang terkorban. “Kira-kira 20 hingga 30 orang berjaya berenang ke tebing selepas feri itu karam,” kata Ferdous. Sementara itu, pihak berkuasa menyatakan, sebuah kapal penyelamat tiba di lokasi kejadian manakala sepasukan penyelam telah mengesan feri tersebut dan cuba mengeluarkan mayat-mayat yang terperangkap. “Saya bimbang banyak mayat masih terperangkap di dalam feri tersebut,” kata seorang pegawai bomba, Nurul Alam. Menurutnya, keadaan sungai yang lebar dan dalam di samping arus deras menyebabkan usaha menyelamat menjadi sukar. Sebuah kren gergasi turut digunakan untuk cuba mengapungkan feri karam tersebut. Sumber: My News Hub / AFP

Bedah Kaki Sendiri Sebab Tak Mampu

BEIJING – Seorang petani di China sanggup memotong kedua kakinya dengan kaca tajam kerana tidak mampu membayar kos pembedahan sebanyak AS$1,600 (RM5,175), lapor akhbar Daily News kelmarin. Kaki Liu Dunhe sebelum ini mereput akibat terdedah pada suhu dingin ketika dia bekerja di ladangnya pada musim sejuk. Petani yang berusia 44 tahun berkenaan kemudian menggunakan serpihan kaca untuk memotong kedua-dua kakinya. Namun, dia terpaksa dirawat di hospital apabila luka pada kedua-dua kakinya dijangkiti kuman yang kemudian merebak ke seluruh badannya. “Saya menggunakan serpihan-serpihan kaca tajam untuk memotong kaki saya. Ia sangat menyakitkan,” kata Dunhe. “Saya terpaksa meminum alkohol untuk membius diri sendiri apabila tidak dapat menahan rasa sakit,” tambahnya. Petani itu menyimpan rahsia dia memotong kakinya sendiri sehingga lukanya dijangkiti kuman. Bagaimanapun, penduduk kampungnya yang mendapat tahu tentang penderitaan Dunhe mengumpul derma sebanyak AS$3,700 (RM11,645) bagi membiayai kos rawatan lelaki itu. Lelaki itu dijangka dibenarkan keluar dari hospital tempat dia dirawat dalam masa dua minggu lagi. Sumber: My News Hub / Agensi

Keluarga ketakutan diganggu api misteri

Kesan tapak tangan ditemui pada cermin di rumah Nor Hafizah yang keesokan hari didapati hilang.

Sebahagian daripada barang elektrik dan pakaian yang terbakar secara tiba-tiba.
SELAMA - Sebuah keluarga di Kampung Sungai Kuning, Rantau Panjang, di sini, mendakwa hidup ketakutan kerana sering mengalami kejadian pelik selepas kematian ketua keluarga itu Mac lalu dan gangguan tersebut dikatakan semakin menjadi-jadi sejak dua minggu lalu. Nor Hafizah Ahmad, 29, berkata, kebelakangan ini kehidupan mereka kerap terganggu dengan kehadiran api misteri yang tiba-tiba muncul dalam rumah mereka. Anak kelima daripada sembilan beradik itu berkata, pada mulanya ahli keluarganya termasuk ibunya sering kehilangan wang. “Pada mulanya saya fikir, wang hilang berpunca daripada kecuaian saya sendiri, namun lama-kelamaan kerap pula duit hilang hinggakan kami sekeluarga berasa pelik," katanya ketika ditemui semalam. Nor Hafizah berkata, untuk mengelak insiden sama berulang, ibunya berikhtiar dengan menaburkan lada hitam dan garam di sekeliling rumah mereka. Katanya, selepas mencuba petua tersebut, kejadian pelik tidak lagi berlaku, namun ia hanya seketika apabila mereka kehilangan duit lagi pada hujung April lalu. “Ibu cuba 'pagar rumah' semula guna kaedah sama tetapi kali ini ia tidak berhasil dan ‘makhluk’ yang mengganggu kami mula mengamuk,” katanya.
Barang mula terbakar
Nor Hafizah berkata, selepas percubaan terakhir ibunya itu, barang-barang dalam rumahnya termasuk buku, pakaian dan barang plastik terbakar secara tiba-tiba. Katanya, insiden misteri itu sering terjadi pada waktu siang dan berlaku empat hingga lima kali sehari. “Paling banyak adalah 11 kali dan sejak itu, rumah ini tidak boleh ditinggalkan kerana kami bimbang kebakaran lebih besar akan berlaku. “Setakat ini kebakaran masih boleh dikawal tetapi kami sentiasa berjaga-jaga kerana khuatir sesuatu yang lebih buruk berlaku,” katanya. Wanita itu berkata, dia kini tinggal bersama ibu, dua adik dan seorang anak saudara di rumah tersebut. Katanya, alatan persekolahan anak saudaranya musnah terbakar dan mereka terpaksa membeli kelengkapan baharu untuk kanak-kanak itu. “Selain kebakaran tercetus secara tiba-tiba tanpa diketahui puncanya, beberapa barangan di dalam rumah ini juga pernah disepahkan,” katanya. Nor Hafizah berkata, sejak diganggu api misteri itu, dia dan ahli keluarganya berusaha mendapatkan bantuan daripada pakar perubatan Islam untuk menyelesaikan masalah tersebut. “Walaupun kejadian itu kini berkurangan, namun ia masih berlaku. Kejadian terbaharu adalah semalam (kelmarin). tiga kebakaran berlaku dan sejak kejadian ini kami sekeluarga sentiasa berasa cemas dan fobia apabila terhidu bau hangit,” katanya. Sumber: Sinar Online

Bapa tiri Rita Rudaini meningga dunia

KUALA LUMPUR - Bapa tiri pelakon popular, Rita Rudaini meninggal dunia di Hospital Kangar, Perlis jam 5 petang tadi. Allahyarham Johari Joned, 66 tahun meninggal dunia disebabkan sakit jantung yang dihidapinya sejak lima tahun lalu. Menurut laporan Utusan Malaysia allahyarham berkahwin dengan ibu Rita, Basariah Ibrahim pada awal 1980-an. “Ini satu kehilangan yang amat besar bagi saya dan anak-anak. Dia adalah ayah dan datuk yang sangat baik kepada saya dan anak-anak. “Arwah sangat sayang anak-anak saya terutama selepas saya dan bekas suami bercerai. Pemergian arwah ‘uncle’ bermakna anak-anak saya kehilangan datuk tempat bermanja,” kata Rita yang sempat berada di sisi arwah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Jenazah Johari Joned akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sentua, Utan Aji, Perlis Sumber: Utusan

Kesan tapak kaki bersaiz besar jadi tanda tanya

JOHOR BAHRU: Sesuatu yang aneh apabila tiga pasang tapak kaki berlumpur, yang pertama kelihatan seperti tapak kaki harimau, kedua kelihatan seperti tapak kaki gajah dan yang ketiga menyerupai tapak kaki manusia tetapi dengan saiz besar ditemui. Jejak dan kesan tapak kaki yang menjangkau hampir 1km berhampiran hutan simpan Endau Rompin membuatkan pesara Sia Chwee Khim, 64, dan suaminya Lim Teong Kheng, 66, hairan dan sangat teruja. Mereka percaya kesan tapak kaki yang ketiga mungkin kesan tapak kaki ‘Bigfoot’ yang selama ini menjadi cerita mitos. Pasangan itu, bersama dengan anak perempuan mereka Joanna, 30, dan sekumpulan rakan-rakan dari Singapura mengambil keputusan untuk menjejaki trek kesan tapak kaki yang ditemui sepanjang lebih dari 1km pada 10 Mei. “Ia sangat mengejutkan. Makhluk itu telah berjalan di dalam tanah merah lembap dan kemudian ke jalan tar, meninggalkan jejak yang jelas untuk kita lihat,” kata Sia, sambil menambah kumpulan itu telah mengambil gambar banyak dan mengukur tapak kaki yang besar yang mempunyai ukuran kira-kira 48cm panjang dan 11cm lebar. “Kami cuba untuk meniru langkah dan jangkauannya tetapi kaki kami tidak mampu disesuaikan dengan jarak langkah itu. “Kami juga menolak kemungkinan kesan itu ditinggalkan oleh gajah kerana ia agak bujur, seperti kaki manusia, dan mempunyai empat jari kaki runcing yang menonjol,” katanya. Kumpulan itu sedang menuju ke Endau Rompin apabila mereka menemui kesan aneh itu. Sia menjelaskan bahawa apa yang membingungkan kumpulan itu apabila kesan tapak kaki yang dikatakan daripada ‘Bigfoot’ itu turut disertai kesan tapak kaki gajah dan harimau. Pengarah Perhilitan Negeri Hasnan Yusop berkata sepasukan pegawai menjalankan pemeriksaan kesan tapak kaki dan membuat kesimpulan bahawa ia mungkin kesan tapak kaki gajah. “Boleh jadi gajah yang lembab berjalan dengan mengheret kaki meninggalkan kesan dan jangkauan yang panjang,” katanya. Mengenai bekas tapak kaki gajah dan harimau, Hasnan berkata tidak semestinya haiwan itu bergerak bersama-sama tetapi boleh jadi menggunakan laluan yang sama pada masa yang berlainan. Kali terakhir Bigfoot menjadi tajuk berita ialah pada yang tahun 2005 apabila sekumpulan pekerja mendakwa telah melihat makhluk berbulu yang besar di Kampung Mawai, Kota Tinggi. Para pekerja cuba untuk mengejar makhluk itu tetapi gagal. Mereka juga dilaporkan menemui tapak kaki yang besar berukuran antara 40cm dan 50cm di dalam lumpur. Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Sekitar Johor Vincent Chow berkata beliau menerima berita mengenai tapak kaki Bigfoot pada hari yang sama sambil menambah adalah agak mustahil perkara ini adalah gurauan kerana tapak kaki ini mempunyai jarak lebih daripada 1km. “Boleh jadi ia kaki primat berkaki dua tegak yang belum pernah ditemui sesiapa,” kata beliau sambil menambah terdapat banyak penemuan tapak kaki haiwan seperti ini terutama oleh penduduk tempatan, tetapi pihak berkuasa sering tidak mengambilnya sebagai perkara serius. Sumber: mStar

Zain Saidin bertegas kekalkan imej rambut perang

PETALING JAYA: Pelakon Zain Saidin tidak akan menukarkan warna rambutnya daripada perang kepada hitam walaupun ditohmah oleh ramai peminat semata-mata ingin mengekalkan wataknya sebagai ‘cikgu mat salih’ dalam rancangan bersiri Oh My English(OME) musim ketiga. Zain, 30, berkata, dia akan kekal dengan imej berambut perang itu sebagai memenuhi watak Mr. Henry Middelton sehingga penggambaran siri berkenaan tamat yang dijadualkan pada akhir tahun ini. “Ikutkan hati memang saya ingin kembali kepada warna rambut asal tetapi kerana terikat dengan Oh My English! saya perlu kekalkan warna ‘blonde’ ini buat sementara waktu. “Saya sedar banyak orang mempertikaikan tentang imej saya ini tetapi mungkin kerana mereka tidak faham tentang tujuan sebenar saya mewarnakan rambut,” katanya kepadamStar Online. Zain diminta mengulas kritikan banyak pihak yang mempersoalkan imejnya berambut perang sehingga menimbulkan rasa kurang senang isterinya, Rozita Che Wan apabila peminat tidak mengetahui sebab sebenar suaminya itu berbuat demikian. Oh My English! musim ketiga bersiaran setiap hari Ahad pada pukul 9 malam di saluran TVIQ (610) dan Astro Maya HD (135). Selain Zain, ia turut menampilkan Fauziah Ahmad Daud, Nadiya Nissa, Syafiq Kyle, Sherry Al-Hadad dan Carmen Soo.

Barisan pelakon Oh My English! musim ketiga.
Dalam pada itu, Zain berkata, biarpun mempunyai jarak di antara satu penggambaran siri berkenaan, dia tidak mahu terlalu kerap menukarkan warna rambutnya berulang kali kerana bimbang ia akan menyebabkan rambut rosak selain mendatangkan masalah lain pada masa hadapan. “Jika mewarnakan dan melunturkan kembali warna rambut tidak mendatangkan kerosakkan mungkin lebih mudah tetapi malangnya ia tidak begitu,” ujarnya. Sementara itu, Zain berkata, dia juga terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan lain kerana terpaksa menukarkan warna rambutnya dengan warna asal. Bagaimanapun kata Zain, dia bakal terlibat dalam sebuah drama bersiri yang kebetulan sesuai dengan imejnya dan akan menjalani penggambaran di New Zealand pada akhir Mei ini. “Biarpun berat hati terpaksa tolak beberapa tawaran tetapi Alhamdulillah ada hikmah juga rambut ‘blonde’ ni kerana saya dapat memegang watak yang bersesuaian tanpa perlu menukar warna rambut,” jelasnya. Sumber: mStar

10 Maut, Lebih 70 Cedera Letupan Di Nairobi

NAIROBI – Sepuluh orang dilaporkan terbunuh manakala lebih 70 lagi cedera dalam serangan bom di sebuah pasar yang sedang sibuk di Nairobi, kejadian terbaharu yang dipercayai dilakukan militant Islan Kenya. Dua letupan itu suuslan ratusan pelancong Britain dipindahkan dari sebuah resort pantai berdekatan bandar pelabuhan Mombaza, selepas Pejabat Luar Negara Britain mengeluarkan amaran perjalanan kepada rakyatnya. Pusat Operasi Bencana Kebangsaan (NDOC) berkata, letupan pertama berlaku di ibu negara itu membabitkan sebuah bas mini awam 14 tempat duduk atau dikenali sebagai ‘matatu’. Letupan kedua menyusul beberapa saat di dalam Pasar Gikomba, di tengah pusat perdagangan di ibu negara Kenya itu. Sumber: My News Hub / AFP

Manchester City, PSG Didenda 60 Juta Euro

NYON (Switzerland) – Kelab mewah Manchester City dan Paris Saint-Germain (PSG) hari ini didenda 60 juta euro (US$82 juta) oleh UEFA dan diarah kan mengehadkan skuad Liga Juara-Juara Eropahnya kepada 21 pemain saja untuk musim depan kerana menyalahi peraturan kewangan badan bola sepak Eropah itu. Ini kerana kedua-dua kelab didapati menyalahi peraturan kewangan badan bola sepak Eropah itu dan tindakan itu adalah siri pertama sekatan dikenakan oleh UEFA dalam menguatkuasakan peratuan barunya bagi membendung pembiayaan keterlaluan pemilik kelab. Sembilan kelab diketengahkan untuk hukuman namun denda yang dikenakan kepada juara baharu Liga Perdana Inggeris dan juara baharu Liga Perancis itu adalah yang paling berat setakat ini. City berkata, pihaknya menerima sekatan itu dan tidak akan merayu, namun menegaskan kelab itu mampunyai ‘asas menolak’ peraturan berkenaan dengan UEFA mengenai intrepretasi peratuan yang membabitkan pemain yang dibeli sebelum 2010. PSG juga menerima hukuman berkenaan meskipun berasa ia boleh menjejaskan keupayaan kelab untuk bersaing dengan pasukan yang lebih besar di Eropah kelak. Bagaimanapun, UEFA berkata pihaknya akan memulangkan 40 juta euro kepada kelab terbabit sekiranya mereka mematuhi peraturan kewangan dalam tempoh dua tahun nanti. Sumber: AFP

Teman Wanita Ronaldo Dicaci Peminat

Sepanyol – Model Irina Shayk, yang juga teman wanita bintang bola sepak Cristiano Ronaldo, telah dilabelkan sebagai `wanita tiada kelas’ . Ia susulan imejnya dalam keadaan separuh bogel sambil memegang kad tertulis Bring Back Our Girls, iaitu kempen yang dianjurkan bagi menyokong usaha pihak berkuasa menyelamatkan hampir 300 pelajar perempuan yang diculik pelampau di Nigeria. Irina yang dikenali sebagai model yang banyak bergambar untuk baju renang itu memuat naik gambar dia memegang kertas bertulis Bring Back Our Girls dalam Facebook dan Instagram miliknya. Tindakannya itu mendapat cacian ramai kerana dia disifatkan sebagai tidak ada perasaan dan tidak menghormati kempen berkenaan. “Ini adalah sesuatu yang benar-bena hina, jahil dan menjelikkan. Berhenti memuaskan nafsu sendiri. “Awak menggunakan penculikan pelajar miskin ini sebagai langkah mempromosikan diri sendiri. Ia amat memalukan. “Apa kata awak gunakan wang hasil menjadi model selama ini dan dermakan kepada pertubuhan yang berusaha keras untuk membebaskan gadis-gadis ini. “Wajah saja cantik, tapi tiada kelas,’’ itu antara cacian yang diterimanya dalam Facebook dan Instagram sebaik sahaja dia memuat naik gambar berkenaan. Kempen Bring Back Our Girls ini dianjurkan dengan melibatkan selebriti seluruh dunia bagi menyokong usaha membebaskan hampir 300 pelajar itu yang diculik oleh kumpulan Boko Haram di Nigeria. Usaha menyelamatkan pelajar berkenaan itu turut disertai pasukan tentera Amerika Syarikat, Britain dan China. Sumber: My News Hub

Wanita Ada Tumor Sebesar Bola Ditolak 4 Hospital

Atlanta – Hanya kerana tidak mempunyai insurans perubatan, seorang wanita yang mempunyai tumor sebesar saiz sebiji bola dalam rahimnya, telah ditolak oleh empat buah hospital. Meskipun kelihatan sihat namun, Doris Lewis, 59, menghidap tumor dan ketumbuhan itu membesar hanya dalam tempoh dua bulan. Mujurlah hospital kelima yang dikunjunginya sanggup membuat pembedahan membuang ketumbuhan berkenaan. Menurut Lewis, pada mulanya dia menyangka perutnya membesar kerana berat badannya bertambah. Namun lama kelamaan perutnya semakin sakit dan dia mulai merasai ketumbuhan itu membesar. “Ia membesar setiap hari. Saya cuba mendapatkan insurans perubatan sejak suami saya meninggal dunia beberapa tahun lalu namun gagal. “Apabila saya cuba mengambil pelan penjagaan kesihatan mampu bayar, saya telah dimaklumkan bahawa saya sudah terlepas tarikh akhir,’’ katanya. Akhirnya selepas terlampau sakit, keluarganya menghubungi 911 dan mujurlah doktor di Hospital Universiti Emory sanggup membuat pembedahan meskipun dia tidak mempunyai insurans. Sumber: My News Hub

Lori Bawa Tong Bir Terbalik

BUTTERWORTH: Sebuah lori mengangkut tong bir kosong terbalik selepas pemandunya hilang kawalan di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran tapak Expo Seberang Jaya di sini. Beberapa orang pekerja Plus Malaysia Bhd berkata tayar hadapan sebelah kiri lori dengan muatan lapan tan itu pancit berhampiran bulatan Seberang Jaya. Mereka berkata lori itu tersasar di sebelah kiri jalan dan terbalik dalam kejadian pukul 2.15 petang Jumaat. Pemandu yang mengalami kecederaan serius dilaporkan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya. Beberapa saksi berkata sebuah kereta Proton Wira dan motosikal juga telah terlibat dalam kemalangan tersebut. Penunggang motosikal cedera manakala pemandu kereta melarikan diri. Sumber: mStar

VIDEO: Pencuri Pakaian Dalam ‘Bersiri’ Sri Petaling

SATU rakaman wajah suspek yang dipercayai ada kaitan dengan beberapa kes kecurian pakaian dalam di kawasan Sri Petaling telah dikongsikan menerusi akaun Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign. Rakaman kamera pengawasan bertarikh 7 Mei ini memperlihatkan suspek sedang memilih beberapa pakaian dalam untuk dicuri. Maklumat yang diberi turut menyatakan terdapat beberapa laporan yang diterima berkenaan kes yang sama sebelum ini. Sesiapa yang mengenali suspek diminta melaporkannya kepada pihak berkuasa secepat mungkin. Sementara itu, dinasihatkan agar golongan wanita di kawasan tersebut tidak menjemur pakaian dalam mereka di tempat yang terbuka bagi mengelakkan berlaku lagi jenayah sebegini.

Video: Malaysian Crime Awareness Campaign. Sumber: Elza / My News Hub

Kegembiraan ayah bertukar derita - Ditipu Peguam

KUALA LUMPUR : Kegembiraan ayah kepada seorang dramatis selepas berjaya memiliki rumah yang menjadi rebutan antara dia dan anak perempuannya itu tidak kekal lama apabila dia ditipu peguam yang menguruskan penjualan rumah berkenaan. Warga emas itu yang mahu yang mahu dikenali sebagai Razif, 70-an, berkata, berikutan penipuan itu dia bukan saja kerugian hampir RM500,000, malah kini hanya tinggal menumpang di sebuah bilik bersama isteri sejak tiga tahun lalu. “Saya impikan kehidupan lebih tenang bersama isteri, namun tindakan peguam wanita itu menyebabkan kami terpaksa hidup serba kekurangan. “Apabila saya membawa perkara ini kepada pihak atasan baru saya tahu rupa-rupanya peguam itu disenaraihitamkan Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam berikutan terbabit dalam beberapa kes penipuan sebelum ini,” katanya. Razif berkata, sebelum ini dia bersama isteri yang berniat memulakan kehidupan di kediaman baru melantik peguam berkenaan untuk menguruskan urusan jual rumah akhir tahun lalu. Sumber: HM

Adik Beyonce Serang Jay Z Kerana Iparnya Itu ‘Menggatal’

SEHINGGA ke hari ini, insiden Jay Z diserang oleh adik iparnya, Solange Knowles dalam lif beberapa hari lalu masih hangat diperkatakan. Biarpun tiada siapa di antara mereka termasuk Beyonce membuka mulut bagi menjelaskan perkara itu, namun ada ura-ura yang mengatakan ia berpunca daripada sikap ‘gatal’ Jay Z. Solange khabarnya memberi amaran kepada pereka fesyen, Rachel Roy yang dilihat ‘terlalu rapat’ dengan abang iparnya itu sewaktu parti Met Gala yang diadakan di Standard Hotel, New York itu.

“Solange tidak menyukainya, begitu juga dengan Beyonce. “Sesiapa yang cuba mendekati Jay Z akan diberi amaran dan perlu berhadapan dengannya terlebih dahulu,” ujar sumber, memetik Daily News. Bagaimanapun, tindakan Solange itu dianggap melampau oleh Jay Z yang kemudiannya mengambil keputusan untuk menghadiri parti Rihanna tanpa Beyonce.

Ia sekaligus menambahkan lagi kemarahan adik iparnya sehingga bertindak menyerang Jay Z selepas itu. Jika benar itu puncanya, mungkin suami kepada Beyonce itu akan lebih beringat dalam pergaulannya dengan wanita lain selepas ini. Sumber: Elza / My News Hub

MPK Serbu 11 Gerai Warga Asing

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyita 11 gerai haram milik warga asing dalam satu operasi di pasar pagi Jalan Papan, Pandamaran di sini baru-baru ini. Yang Dipertua MPK, Datuk Mohammad Yacob berkata, operasi itu bertujuan membasmi perniagaan haram warga asing di kawasan tersebut. “Operasi selama dua hari berturut-turut itu berikutan aduan serta rungutan orang ramai terhadap aktiviti gerai tersebut yang menyebabkan kesesakan lalu lintas serta mencacatkan pemandangan. “Kesemua gerai milik warga asing itu disita kerana tidak mempunyai lesen penjaja dan ada antara peniaga berkenaan sempat melarikan diri ketika serbuan dilakukan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini. Mohammad menjelaskan, warga asing sama sekali tidak dibenarkan berniaga kerana mereka tidak layak untuk memohon mana-mana lesen menjaja. “Jika mana-mana warga asing yang menjalankan aktiviti ini, MPK akan terus menyita gerai mereka tanpa mengeluarkan notis terlebih dahulu. Mereka perlu maklum dengan peraturan kita,” tegasnya. Sumber: My News Hub

Mayat Kanak-Kanak Lemas Ditemui Terapung Di Laut

SANDAKAN – Mayat seorang kanak-kanak lelaki yang lemas semalam di laut berhampiran Bandar Sandakan ditemui hari ini. Mayat Mohammad Nasrin Alih, 8, ditemui terapung oleh nelayan di perairan berhampiran Kampung Sim-Sim dekat sini kira-kira pukul 1 tengah hari. Ketua Zon Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Andre Andrew berkata mayatditemui tiga kilometer dari lokasi manga dilaporkan lemas. Menurutnya operasi mencari mangsa yang ditangguh malam semalam disambungpagi tadi. Mangsa lemas ketika bermain bersama rakannya di kawasan laut berhampiran Pangkalan KD Sri Sandakan kira-kira pukul 4.50 petang, dipercayai akibat dihanyutkan arus deras. Sumber: Bernama

KDN Tidak Pernah Lantik Ejen Urus Pekerja Asing

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak pernah melantik `orang tengah’ bagi memudahkan urusan permohonan pekerja asing di negara ini. Ketua Setiausaha KDN, Datuk Mohamad Khalid Shariff berkata, permohonan pekerja asing di Malaysia perlu diuruskan secara terus oleh pihak majikan. Justeru, katanya, KDN memandang serius tentang kewujudan sindiket atau ejen menawarkan permohonan pekerja asing kepada pihak majikan. “Jika ada pihak yang mengaku sebagai agen atau wakil KDN, maka ia adalah tidak benar,” tegasnya melalui satu kenyataan media hari ini. Mohamad Khalid berkata, KDN tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kegiatan itu. Sumber: My News Hub

Guru Akan Diberi Netbook 1Malaysia

KUALA LUMPUR – Netbook 1Malaysia akan turut diberikan kepada warga pendidik bagi menghargai golongan itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Dalam catatan laman Facebooknya, beliau berkata perkara itu telah dipersetujui Kabinet dalam mesyuarat mingguannya Rabu lalu. Buat permulaan kira-kira 400,000 guru di seluruh negara akan menerimanya. “Ini adalah hadiah Hari Guru kami untuk guru-guru seluruh negara. Guru tonggak kemajuan negara. Selamat Hari Guru,” katanya merujuk kepada sambutan Hari Guru hari ini. Program pemberian Netbook 1Malaysia diperkenalkan pada 2010 yang bertujuan meningkatkan kadar celik teknologi maklumat dalam kalangan masyarakat luar bandar. Sehingga kini, lebih 1.7 juta Netbook 1Malaysia telah diagihkan kepada pelajar sekolah dan universiti daripada keluarga kurang berkemampuan. Sumber: Bernama

Siti Saleha Perkenalkan Teman Lelaki Barunya

SEBELUM ini, ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangannya lelaki kacukan yang dikhabarkan sudah mencuri hati pelakon Siti Saleha. Akhirnya, menerusi Harian Metro, dapat juga kami melihat wajah jejaka pilihannya itu. Tanpa berselindung, Saleha menjelaskan bahawa mereka sudah berkawan rapat selama 10 bulan dan dia bekerja di bahagian kewangan. Ujarnya lagi, kekasihnya itu seorang yang sangat pemalu dengan media “Setakat ini, hubungan kami berjalan lancar dan masih dalam proses mengenali jiwa masing-masing. Kami juga belum ada perancangan untuk berkahwin buat masa ini,” katanya. Bagaimanapun, Saleha masih belum bersedia untuk mendedahkan nama kekasihnya kepada umum. Sebelum ini, dia pernah menjalinkan hubungan dengan penjaga gol yang juga adik pelakon Sharifah Sofea, Syed Adney dan jejaka Inggeris, Robin Coenraad. Namun, semuanya terputus di tengah jalan. Diharapkan hubungan kali ini akan kekal hingga ke jinjang pelaminlah ya… Sumber: Elza / My News Hub

Rampas Senapang Buatan Sendiri

SERI ISKANDAR – Seorang lelaki ditahan polis kerana memiliki empat senapang angin yang mendakwa menyimpannya sebagai hobi. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superitendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, lelaki berkenaan ditahan di rumahnya di Kampung Kubang Ikan, Titi Gantong di sini pada 14 Mei lalu. Menurutnya, lelaki berusia 35 tahun yang bekerja sebagai pengimpal dipercayai itu membuat sendiri senapang berkenaan menggunakan kayu dan besi. “Menerusi maklumat awam, kita telah menyerbu rumah suspek dan menjumpai empat senapang angin yang disorok di belakang almari di rumahnya. “Hasil siasatan mendapati tiga daripada senapang berkenaan adalah buatan sendiri manakala satu lagi dibeli dari negara jiran dengan harga RM350,” katanya dalam sidang media di sini, semalam. Mohamad Fakri berkata, senapang yang menggunakan peluru daripada besi dan guli itu dipercayai digunakan untuk memburu ayam hutan serta burung. “Menurut suspek, dia menyimpan senapang itu sebagai hobi dan kadangkala digunakan untuk memburu ayam hutan atau burung. “Namun, penggunaan senapang berkenaan adalah salah di sisi undang-undang kerana kita khuatir ada pihak menyalahgunakannya,” katanya. Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960 dan suspek direman bermula 14 hingga 20 Mei depan untuk siasatan lanjut. Sumber: Sinar Online

Mungkin Sudah Terlewat Selamatkan MAS – Najib

PADA masa ini, mungkin sudah terlewat untuk menyelamatkan syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dalam keadaan prestasinya terkini, iaitu sebagai syarikat penerbangan negara yang sedang berusaha untuk terus bertahan lebih-lebih lagi selepas kehilangan pesawat MH370. Itu adalah kata-kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam temubual bersama The Wall Street Journal (WSJ) yang disiarkan semalam. Menurut laporan dari The Malaysian Insider, Najib berkata situasi bankrap dilihat antara pilihan untuk menstrukturkan semula syarikat penerbangan negara itu selepas bertahun-tahun merekodkan kerugian. “Kita perlu melihat dari semua sudut, mengambil perhatian bahawa Malaysia Airlines adalah syarikat berkaitan kerajaan. Ia bukan sebuah syarikat swasta, jadi terdapat kesan tertentu dalam setiap tindakan terutama dari segi bagaimana penerimaan para pekerja dan orang awam,” kata Najib kepada WSJ. MAS dalam kenyataan mengumumkan prestasi kewangan suku pertama 2014 semalam berkata, jumlah kerugian bersih meningkat kepada RM443.4 juta pada suku pertama, berbanding kerugian sebanyak RM278.8 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas. “Kejadian tragis MH370 memberi kesan dramatik kepada prestasi suku pertama,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia. Ia menyaksikan jumlah pembatalan dan penurunan dalam penerbangan jarak jauh selepas kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac. Memandangkan majoriti penumpang dalam penerbangan itu warga China, jualan di negara itu merosot 60%, tambah MAS. Berikutan pengumuman syarikat penerbangan itu, Reuters melaporkan ia adalah kerugian suku tahunan terburuk MAS sejak Oktober hingga Disember 2011. MAS kerugian bagi tempoh tiga tahun yang lalu, dilanda kos yang tinggi dan persaingan sengit, kata agensi berita. Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata semalam bahawa Putrajaya tidak akan menyelamatkan MAS berikutan prestasi hambar syarikat penerbangan itu. “Adakah kerajaan Malaysia menawarkan apa-apa bantuan kepada MAS? Tidak,” kata Hishammuddin pada sidang akhbar mengenai penerbangan MH370 di Kuala Lumpur semalam. Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya memberitahu WSJ bahawa beliau berpendapat masih ada peluang untuk memulihkan MAS tanpa bantuan kewangan yang mahal atau langkah muflis. “Kita tahu apa yang perlu dilakukan untuk memulihkan MAS,” katanya. WSJ melaporkan sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang lain dan perkhidmatan awam, dikuasai Melayu bagi jawatan pengurusan atasan di MAS, dengan orang bukan Melayu lebih suka bekerja di sektor swasta. Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian memberitahu WSJ bahawa MAS lebih daripada sekadar perniagaan. “Ia juga berkaitan tujuan sosial dan politik. Ketika ia menghadapi masalah, adalah amat sukar bagi kerajaan untuk bertindak dengan cara komersial,” katanya. Berita MAS sedang berhadapan dengan kebankrapan mewujudkan satu jurang di kalangan penganalisis dan Kesatuan Sekerja Sistem Penerbangan Malaysia. Ketua kesatuan itu, Alias Aziz memberitahu WSJ memandangkan MAS adalah sebuah syarikat berkaitan kerajaan, bantuan Putrajaya adalah satu cara untuk menyelamatkannya. “Kami memerlukan kerajaan untuk membantu kami. Kami perlukan bantuan mereka untuk membantu kami berkhidmat kepada pelanggan kami. “Kami sebuah syarikat berkaitan kerajaan. Kami berhak mendapat bantuan yang diperlukan,” katanya. Penganalisis bagaimanapun memberitahu WSJ bahawa MAS memerlukan “jalan keluar yang pahit”, walaupun ia bermaksud membenarkannya bankrap seperti yang dilakukan Japan Airlines beberapa tahun yang lalu. “Akan ada persoalan di mana kerajaan akan melihat dan bertanya sama ada mereka harus mengisytiharkan kebankrapan. “Satu-satunya jalan keluar adalah kemusnahan kreatif – menghapuskan syarikat penerbangan itu dan membinanya semula dari awal,” kata Shukor Yusof, bekas seorang penganalisis penerbangan Standard & Poor. Sumber: Ibnu Khusairy Aris / My News Hub

Harimau dibunuh untuk hiburkan orang kaya

BEIJING: Lebih dari 10 ekor harimau dibunuh dalam satu persembahan bagi menghiburkan pegawai rasmi dan peniaga kaya di China. Polis Zhanjiang merampas bangkai harimau yang baru dibunuh itu serta beberapa produk lain yang berasaskan harimau dalam serbuan baru-baru ini, lapor akhbar Nanfang Daily. Pegawai tempatan dan ahli perniagaan berjaya berkumpul bagi menyaksikan haiwan itu dibunuh sebagai simbolik status sosial mereka. Rakaman video perbuatan tidak berperikemanusiaan itu yang dimuat naik dua tahun lalu menunjukkan, mulut harimau yang dikurung dalam kandang besi itu dirodok dengan rod elektrik selama lebih 10 saat sehingga mati. Seorang penyembelih berpengalaman dibayar untuk melapah daging haiwan berkenaan bagi mendapatkan bahagian penting. Tulang harimau biasanya dijual pada harga 14,000 yuan (RM7,421) sekilo manakala daging pula mencecah RM530 sekilo. Menurut polis, penyembelih berkenaan yang mati selepas terjun kerana mahu melarikan diri ketika serbuan itu sudah membunuh lebih dari 10 ekor binatang. “Harimau itu mungkin disuntik pelali sewaktu di bawa ke sini, tetapi pembeli akan memeriksa dan memastikan harimau itu hidup sebelum dibunuh,” kata sumber yang tidak didedahkan identitinya, semalam. Sumber: Agensi

Artifak Di Pulau Nangka Azimat Purba

MELAKA – Dua keping artifak berbentuk pingat yang ditemui di Pulau Nangka pada 31 April lepas merupakan azimat purba dipercayai berasal daripada kerajaan Majapahit, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron. Beliau berkata, berdasarkan kajian oleh pihak yang bertanggungjawab, antara ciri yang menunjukkan artifak itu adalah azimat purba bukan syiling perdagangan seperti andaian banyak pihak sebelum ini, ialah terdapat jampi serapah jawa kuno tertulis di atas azimat itu. Katanya ada kemungkinan azimat itu mempunyai kaitan dengan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dan Pulau Nangka itu sendiri bagaimanapun buat masa ini kaitan itu masih belum mempunyai bukti yang nyata. “Azimat seperti ini juga didapati di kawasan sejarah lain seperti kota lama dan tebing sungai Melaka, maka sukar untuk kaitkan secara spesifik dengan Pulau Nangka,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Beliau terdahulu merasmikan Seminar Speaker Nasional 2014 yang dihadiri Speaker Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan speaker Dewan Undangan Negeri seluruh negara. Dua keping artifak tembaga berbentuk medal dipercayai dari zaman Kesultanan Melayu Melaka ditemui oleh syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd yang mencari harta peninggalan zaman itu di Pulau Nangka dekat sini. Idris berkata buat masa ini syarikat itu, yang telah tamat perjanjian untuk mencari harta itu pada 31 April lepas, dibenarkan meneruskan kerja-kerja pencarian itu buat sementara waktu. Sumber: Bernama

Operasi Buru Perokok Dalam Kenderaan Awam!

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan sedang melaksanakan pengkuatkuasaan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 yang melarang aktiviti menghisap rokok dalam kenderaan awam termasuk bas, teksi, keretapi, komuter, bot dan feri. Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman berkata, pengkuatkuasaan peraturan itu bertujuan melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok pasif. “Ia juga bertujuan membudayakan amalan tidak merokok dalam kalangan masyarakat dengan menghadkan kawasan merokok terutama di kawasan tumpuan orang ramai. “Operasi itu turut melibatkan kerjasama pihak polis dan beberapa jabatan dan agensi kerajaan lain,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini. Lokman Hakim berkata, operasi itu antara lain memberi tumpuan terhadap aktiviti merokok penumpang dan pemandu kenderaan awam serta memastikan kenderaan awam mempamerkan tanda larangan merokok. Jelasnya, jika sabit kesalahan boleh dikompaun maksimum RM5,000, denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua. Manakala, katanya, kegagalan mempamerkan tanda larangan merokok dalam kenderaan awam boleh dikompaun maksimum RM1,500, denda maksimum RM3,000 atau penjara maksium enam bulan. Menurut beliau, operasi itu pada tahun lalu mencatakan pengeluaran kompaun bernilai RM95,250. Sumber: My News Hub

5 Warga Asing Termasuk 2 Wanita Ditahan

SHAH ALAM – Polis menahan lima warga asing termasuk dua wanita Thailand dipercayai terbabit dalam kegiatan pecah rumah di sekitar Lembah Klang, dalam serbuan ‘Ops Latin’ di sebuah kondominium di Taman Putri Cheras, Kajang dekat sini, malam semalam. Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias berkata dalam serbuan 11.30 malam itu, pihaknya merampas pelbagai barangan dipercayai hasil kegiatan itu seperti kamera digital, televisyen, beg tangan dan jam tangan pelbagai jenama serta pelbagai mata wang asing membabitkan nilai kira-kira RM60,000. Turut dirampas ialah pelbagai peralatan digunakan untuk kegiatan pecah rumah seperti pengumpil dan kuku kambing, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini, hari ini. Azisman berkata lima suspek yang ditahan ialah dua lelaki warga Columbia, seorang lelaki warga Mexico serta dua wanita warga Thailand berumur di antara 26 hingga 42 tahun dan kesemua mereka tidak mempunyai rekod kesalahan lampau. Beliau berkata serbuan dilakukan hasil intipan satu pasukan khas yang ditubuhkan sebaik menerima maklumat mengenai kegiatan pecah rumah di Bukit Jelutong di sini dua minggu lepas. “Modus operandi kumpulan ini ialah mereka mensasarkan kawasan perumahan mewah seperti banglo dan semi D. Mengikut perancangan, mereka terlebih dahulu akan mengenal pasti lokasi rumah dengan menekan loceng untuk pastikan tiada penghuni sebelum bertindak mengumpil pintu hadapan. “Jika rumah ada CCTV mereka akan keluarkan dekorder bagi memadamkan imej. Kumpulan ini sangat profesional dan boleh lakukan jenayah dengan pantas,” katanya. Azisman berkata berdasarkan siasatan awal, dua wanita terbabit dipercayai teman wanita kepada suspek terbabit dan turut bersubahat kerana berada dalam kereta mewah sewa yang digunakan suspek ketika melakukan kegiatan pecah rumah. Beliau berkata siasatan juga mendapati seorang wanita dan seorang suspek Columbia tidak memiliki pasport manakala suspek lain mempunyai dokumen tetapi visa sudah tamat tempoh. “Kita juga mengalami kesukaran ketika proses soal siasat kerana kesemua suspek dipercayai berpura-pura tidak faham bahasa Inggeris selain tidak memberi kerjasama. “Kita bagaimanapun akan dapatkan bantuan daripada kedutaan masing-masing termasuk untuk mempastikan sama ada pasport mereka palsu atau tulen,” katanya. Azisman berkata kumpulan itu dipercayai melakukan kegiatan pecah rumah sejak dua bulan lepas dan mereka kini direman selama lima hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Beliau berkata berikutan tertangkapnya kumpulan itu pihaknya percaya telah berjaya menyelesaikan tiga kes di bandar raya ini yang mempunyai modus operandi sama. Sumber: Bernama

Tarif elektrik terpaksa dinaikkan bagi lindungi TNB daripada kerugian – Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan terpaksa menaikkan tarif elektrik bagi melindungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada berdepan kerugian, sekali gus menjejaskan masa depan 34,900 pekerjanya. Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, ia juga langkah jangka panjang bagi memastikan Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus menjadi nadi menjamin tenaga eletrik negara, selain mengelakkan syarikat defisit. Beliau berucap pada Majlis Perhimpunan Warga Kerja TNB bersama Perdana Menteri di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan TNB, di sini, sebentar tadi. Pada majlis itu, Najib melancarkan Program Transformasi 1TNB, mengandungi enam Bidang Keberhasilan Utama antaranya menambah baik hubungan dengan pihak kawal selia; melangkaui kepuasan pelanggan; meluaskan bisnes baharu; mentransformasikan organisasi serta memperkukuh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB). Sumber: New Malaysian Post

Gambar gadis Cina cedera teruk diragut di Penang Megamall

SEORANG wanita berbangsa Cina mengalami kecederaan teruk dibahagian kaki dalam satu kejadian ragut di Pulau Pinang hari ini. Dalam kejadian yang berlaku di Penang Megamall itu, wanita berbangsa cina itu diragut oleh lelaki India sehingga menyebabkan kaki mangsa cedera teruk akibat terseret. Namun, lelaki itu berjaya ditangkap dengan pengawal keselamatan bangunan dan juga bantuan orang awam yang melihat kejadian tersebut.

Sumber: New Malaysian Post

Berhati-hati Bila Beli Makanan Kering…

SEBUT saja udang geragau, pasti anda akan terbayangkan kesedapannya apabila diproses menjadi belacan, cencaluk atau dikeringkan. Kebiasaannya, di pasaraya, anda akan mendapati longgokan udang geragau kering yang kerap dijadikan bahan tambahan untuk nasi goreng, sambal dan pelbagai lagi menu masakan. Bagaimanapun, perkongsian mengenai proses penjemuran udang geragau pada tahun 2009 oleh seorang blogger di laman Bluehikari.com mungkin boleh dijadikan panduan untuk kita lebih berhati-hati dalam memilih makanan yang bersih dan halal. Gambar-gambar yang disertakan oleh blogger itu sewaktu berkunjung ke sebuah jeti di Kuala Gula, Kerian, Perak jelas memperlihatkan aktiviti menjemur udang geragau yang amat diragui kebersihannya.

Bukan sahaja ia dijemur di atas kanvas yang diletakkan di atas tanah, malah pekerjanya dilihat memijak udang geragau tersebut dengan kasut. Bayangkanlah betapa banyak kekotoran yang melekat pada kasut tersebut.

Pada masa yang sama, terdapat dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut.

Tidak mustahil bulu dan air liur haiwan tersebut boleh jatuh ke atas udang geragau tersebut sekaligus boleh mendatangkan penyakit kepada mereka yang memakannya. Biarpun entri ini sudah lama ditulis, tidak mustahil masih ada pengusaha makanan laut atau sungai yang menjalankan proses penjemuran tanpa mengikut proses yang betul. Justeru, adalah penting untuk kita mengetahui dari mana sumber makanan yang kita beli kerana ia akan menjadi darah daging kita apabila dimakan nanti… Sumber: Elza / My News Hub

Dua rakan abang ipar cabul budak 12 tahun

SIBU – Seorang budak perempuan berusia 12 tahun dari Sibu Jaya mendakwa dirinya dicabul dua rakan abang iparnya ketika sedang tidur awal pagi Ahad lalu. Kejadian dilaporkan berlaku sekitar pukul 2 pagi ketika mangsa menyedari dia dipeluk oleh seseorang ketika sedang tidur di ruang tamu bersama adiknya yang berumur dua tahun. Disebabkan dalam kegelapan mangsa tidak dapat melihat wajah suspek, mangsa bertindak menolak tangan lelaki itu dan bertanya siapa orang berkenaan. Lelaki itu memberitahu bahawa dia adalah kawan kepada abang iparnya dan tidak lama kemudian dia cuba meraba badannya. Mangsa yang tidak selesa bertindak menendang dan menumbuk lelaki tersebut, sebelum melarikan diri untuk mendapatkan perlindungan di dalam bilik ibunya. Mangsa kembali semula ke ruang tamu apabila mendapati lelaki itu sudah beredar dari situ. Ketika itu, dia menyedari terdapat seorang lagi lelaki masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur dan terus baring di sebelah adiknya. Mangsa mendiamkan diri dan berpura-pura tidur namun tertidur di situ. Kira-kira jam 5 pagi, dia dipeluk sekali lagi oleh lelaki berkenaan yang memasukkan tangannya ke dalam seluar dalamnya. Mangsa terasa seperti kemaluannya disentuh sesuatu, dia terus menjerit dan bergelut dengan lelaki itu sehingga berjaya melepaskan diri dan masuk semula ke dalam bilik tidur ibunya. Beliau mengesyaki telah menjadi mangsa cabul oleh dua lelaki yang dikenali oleh abang iparnya. Mangsa yang dibawa oleh ahli keluarganya membuat laporan di balai polis di sini. (ACP) Mohd Kamal Kordi Ketua Polis Daerah Sibu, ketika dihubungi mengesahkan laporan tersebut. Polis kini sedang giat menjalankan siasatan bagi memburu dua suspek lelaki tersebut. Sumber: New Malaysian Post

Najib Mahu Malaysiakini Mohon Maaf Atau Disaman

PRESIDEN UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak kini telah memulakan tindakan untuk mengambil tindakan saman ke atas laman web pro-pembangkang Malaysiakini ekoran penyiaran dua artikel mengumpulkan pandangan pembaca dalam krisis politik Terengganu baru-baru ini. Dalam notis tuntutan yang diserahkan kepada laman web itu semalam, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang mewakili Umno dan Najib yang juga Perdana Menteri, atas kapasiti peribadinya, mendakwa dua artikel yang disiarkan pada 14 Mei lalu mengandungi kata-kata fitnah jahat pada anak guamnya. Menurut laporan Malaysiakini berhubung tindakan itu, Peguam Datuk Muhd Hafarizam Harun merujuk dua artikel bertajuk “A case of the PM reaping what he sows” and “How much will Najib spend to keep Terengganu?”. Katanya, komen daripada tujuh pembaca dalam artikel itu antaranya menggambarkan Umno parti politik tidak berintegriti, rasis, tidak mengambil berat pada bangsa lain, tidak mempunyai moral yang baik serta tidak berkaliber. “Segala tuduhan yang dibuat oleh pengguna-pengguna di laman web Malaysiakini.com adalah tidak berasas sama sekali, tanpa sebarang bukti yang kukuh dan adalah amat serius dengan niat jahat (mala fide) untuk memburukkan dan merosakkan reputasi dan imej anak-anak guam kami. “Ia antara lain juga bertujuan menjatuhkan dan merendahkan maruah dan kredibiliti anak-anak guam kami selaku tulang belakang kerajaan BN yang mentadbir negara Malaysia dan mempunyai imej awam yang baik,” menurut notis itu. Najib dan Umno menuntut permohonan maaf tidak bersyarat daripada Malaysiakini, menerbitkan penarikan balik artikel itu dan menyediakan akujanji bertulis tidak akan mengeluarkan lagi kenyataan serupa dalam tempoh 48 jam. Malaysiakini juga dituntut membayar ganti rugi untuk kerosakan reputasi yang teruk, termasuk kos dan perbelanjaan. Jika tiada maklum balas dalam tempoh itu, prosiding mahkamah akan diteruskan terhadap portal itu. Dalam reaksi segeranya, Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan berkata, langkah itu dijangkakan selepas akhbar Umno Utusan Malaysia melancarkan serangan kepada pembaca Malaysiakini bulan lalu. Katanya, Malaysiakini sentiasa menawarkan hak menjawab dan bagi menyampaikan pandangannya kepada pembaca portal berita itu. “Beliau amat dialu-alukan menjelaskan mengapa beliau fikir pandangan terhadapnya dan Umno adalah salah,” kata Gan (kiri). Katanya, perdana menteri dan Umno juga patut menyatakan pandangannya untuk disiarkan Malaysiakini daripada mengancam organisasi media dengan prosiding fitnah. Terengganu sebelum ini dilanda krisis apabila bekas menteri besar dan dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) keluar Umno dan menjadi wakil bebas, sekali gus menyebabkan parti itu hilang penguasaan dan menjadi kerajaan minoriti. Ia bagaimanapun kembali seperti sedia kala selepas ketiga-tiga mereka menyertai semula Umno tidak lama selepas itu. Sumber: My News Hub

VIDEO: Alamak…Zahid Hamidi Sudah Naik ‘Angin’ Sama Malaysiakini!

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilihat meluahkan perasaan geramnya terhadap Malaysiakini apabila menegur wartawan portal berita berkenaan secara berdepan dalam satu sesi temu bual yang turut melibatkan wartawan daripada media lain. Berdasarkan rungutan yang diluahkan Zahid berkali-kali, beliau nyata tidak berpuas hati dengan Malaysiakini kerana didakwa sentiasa spin atau melaporkan berita tidak tepat tentang beliau dan KDN. Keadaan tegang, boleh dikatakan bermula selepas wartawan Malaysiakini bertanyakan sesuatu melibatkan angka padanya. Saat itu, Zahid bertanya wartawan tersebut dari mana dan apabila mengetahui dari Malaysiakini beliau berkata, “Patutlah tanya pelik-pelik. Tanya kos apa semua… nanti you spin. Rm3 jadi RM30. Jangan spin ma.. tulis betul-betul. You bagus, you punya bosses tak bagus.” Amaran Zahid tidak berakhir di situ apabila beliau kelihatan agak terganggu dengan wartawan portal berkenaan yang tidak berputus asa mahu bertanyakan soalan meskipun beliau sudah memberitahu tidak akan melayan sebarang soalan daripada Malaysiakini. Sampai satu peringkat beliau berkata, “Macam mana Malaysiakini boleh dijemput ni? Saya tak nak jawab soalan. Selalu spin saya punya cerita. Recorded tapi tulis lain.” Menjawab soalan berkaitan laporan audit, Zahid menyatakan kehilangan 1.3 juta senjata di bawah PDRM bukan disebabkan oleh pecah amanah, penyelewengan dan unsur-unsur rasuah. Sebaiknya kehilangan itu antaranya disebabkan kecuaian atau kelemahan ketika operasi dijalankan termasuk melibatkan pihak lain seperti awam dan syarikat kawalan keselamatan. Sebelum dan selepas kenyataan berkaitan audit ini diterangkan pun, Zahid masih berkali-kali menitipkan pesan supaya kenyataannya itu ditulis dengan betul oleh Malaysiakini. “You boleh tulis saya tak percaya Malaysiakini langsung. Tulis semua tak baik tentang saya, tentang KDN. Malulah datang. “You tulis betul, you punya editor tak betul. Saya tak percaya langsung Malaysiakini, saya cakap banyak kali,” kata Zahid yang kelihatan marah tapi terkawal. Malah sebaik usai sesi temubual, Zahid menuju ke arah wartawan portal berita berkenaan. Beliau menolak untuk bersalam sebaliknya menepuk bahunya. “Tulis betul-betul, jangan main-main sama saya.. i monitor,” tegas Zahid kepada wartawan Malaysiakini sebelum beredar.

Isu Hudud Tidak Timbul Jika DAP Berkuasa – Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Ibarat menangguk dalam air keruh!. Parti DAP cuba memanipulasi isu hudud untuk memperkuatkan sokongan politik dalam kalangan masyarakat bukan Islam. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa, pengumuman kerajaan Sarawak tidak akan melaksanakan hudud di negeri itu baru-baru ini adalah kerana DAP. “Pulau Pinang menjadi negeri pertama mengumumkan tidak akan melaksanakan hudud dan Sarawak negeri kedua berbuat demikian. “Ada dua sebab utama Sarawak turut mengumumkan perkara itu kerana kewujudan DAP yang kuat di Sarawak dan ketiadaan UMNO di negeri itu,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini. Guan Eng mendakwa, hal itu juga menunjukkan bahawa negeri lain yang tidak membuat pengumuman itu kerana penguasaan DAP tidak cukup kuat di negeri terbabit. Beliau dalam pada itu cuba memesongkan perhatian orang ramai apabila mendakwa UMNO yang perlu memikul tanggungjawab jika PAS berjaya melaksanakan hudud di Kelantan. Ia berikutan langkah UMNO dan PAS mewujudkan jawatankuasa bersama teknikal berhubung hudud. Sumber: My News Hub

Tumbuk Pengadil: Pengurus JDT II On Jabbar Digantung 20 Tahun

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini menjatuhkan hukuman gantung 20 tahun dan denda RM50,000 terhadap pengurus Johor Darul Ta’zim II (JDT II), On Jabbar@Jaafar kerana mengasari pengadil pada 19 April lalu. Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya, sebentar tadi. Pada 19 April lalu, On menumbuk pengadil Sukri Abdul Rahman selepas aksi Liga Perdana antara pasukannya dengan UiTM di Stadium Perbandaran Pasir Gudang. Sumber: BH Online

Anjing Dipanah Lelaki Berkopiah Sudah Mati

SEMALAM, kami telah berkongsi kisah mengenai lelaki berkopiah yang kini diburu polis kerana memanah seekor anjing sebanyak dua kali sehingga cedera di Taming Jaya, Balakong. Di laman sosial, gambar anjing dengan panah yang terlekat di tubuhnya dan juga lelaki berkenaan juga semakin banyak dikongsikan oleh pengguna internet. Baca: Pak Lebai Panah Anjing Sesat Cetus Kemarahan Penduduk Setempat Di laman sosial, gambar anjing dengan panah yang terlekat di tubuhnya dan juga lelaki berkenaan juga semakin banyak dikongsikan oleh pengguna internet.

Bagaimanapun, menerusi The Star hari ini, anjing baka Rottweiler yang dinamakan Brianna tersebut dilaporkan telah mati akibat pelbagai penyakit termasuklah trauma akibat panahan tersebut. Menurut pihak veterinar yang merawatnya, keadaan anjing itu sememangnya lemah dan sakit kerana diabaikan dalam tempoh yang agak lama. Menerusi Facebook Malaysian Dogs Deserve Better (MDDB), seorang wanita yang mendakwa rakannya merupakan jiran kepada lelaki tersebut. Menurutnya, lelaki itu mendakwa Brianna cuba mengejar anak-anaknya dan mahu masuk ke dalam rumahnya. “Ia tidak benar.. pagar rumah itu bertutup dan Brianna tidak pernah cuba mengejar anak-anaknya,” ujarnya.

Berikut merupakan beberapa gambar Brianna yang diambil menerusi Facebook MDDB:

Bagi kami, perbuatan memanah anjing tersebut sangat tidak wajar dilakukan selagi ada cara lain yang membolehkan ia dihalau dari kawasan rumah. Setakat ini, laporan polis sudah dimajukan ke Bukit Aman dan sebaiknya biarlah mereka yang melakukan siasatan. Sumber: Elza / My News Hub

Ibu Bapa Kanak-Kanak Hilang Di Sabah Ditahan

MISTERI kehilangan kanak-kanak berusia tiga tahun Low Min You kini semakin menarik apabila ibu bapanya ditahan polis. Low Yee Sheng, 31, dan isterinya Yong Siew Yee, 26, ditahan ketika mereka hadir di Balai Polis Kota Kinabalu di Karamunsing pada Rabu lepas. Low yang merupakan seorang pemasang sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan Yong pada mulanya diminta hadir ke balai polis itu sebelum ditahan. Pagi semalam, mereka dibawa ke hadapan Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Danny Buaya di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, di mana Pegawai Penyiasat Inspektor Shreethran Balan memohon tahanan reman selama seminggu untuk pasangan itu. Peguam suspek Ram Singh, bagaimanapun membantah kerana Low dan Yong masih mempunyai seorang anak untuk dijaga di rumah. Buaya kemudian menetapkan perintah reman sehingga esok, menurut laporan The Star Online. Difahamkan pasangan ibu bapa kanak-kanak malang itu ditahan ekoran kenyataan bercanggah kedua-dua mereka yang diberikan kepada pihak polis. Penahanan itu berlaku sehari selepas Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata kes itu menjadi misteri kerana pihaknya kekurangan informasi berkenaan lokasi di mana kanak-kanak itu berada. Min You dilaporkan hilang pada 9 Mei lepas selepas bapanya meninggalkannya di dalam kereta untuk pergi ke tandas di sebuah stesen minyak di Kampung Air pada kira-kira pukul 5.50 pagi. Kereta berkenaan ditemui beberapa jam kemudian di Bukit Signal, kira-kira 2.5km daripada lokasi ia dilarikan tetapi kanak-kanak itu tiada di dalamnya. Sementara itu Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Robert Salisip, beberapa mesej telah tersebar di laman media sosial bahawa ada orang ternampak kanak-kanak itu bersama satu pasangan di daerah itu. “Ada juga mesej lain yang memaklumkan kanak-kanak itu berada di sebuah hotel di Keningau,” katanya. Menurut beliau, pihak polis memeriksa maklumat dan lokasi berkenaan bagaimanapun gagal menemui kanak-kanak itu ataupun sebarang petunjuk. Sumber: My News Hub

No comments:

Post a Comment