Hudud: Pas perlu jalankan kajian nasional
SHAH ALAM – Rentetan bantahan terhadap keputusan Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud, penganalisis berpendapat, Pas perlu menjalankan kaji selidik di peringkat nasional bagi melihat persepsi masyarakat terhadap hudud.
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa MPN, Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, kajian itu hendaklah menyeluruh terhadap golongan Islam dan bukan Islam.
“Pihak Pas elok laksanakan satu kaji selidik nasional dalam kalangan Islam dan bukan Islam untuk melihat reaksi mereka terhadap hudud. Kalau dalam kes di Kelantan itu lain, majoritinya Islam. Tapi dalam konteks Malaysia, kita harus menghormati hak bukan Islam untuk memberi pandangan mereka.
“Dari situ, kita dapat melihat secara jelas mengenai tahap penerimaan dan kefahaman rakyat terhadap undang-undang ini. Kemudian, Pas boleh mengambil langkah untuk memberi penerangan dan penjelasan ke atas semua kemusykilan yang ditimbulkan,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Menurutnya, andai semua persoalan dan kemusykilan tersebut dapat dijelaskan dan diatasi, maka tiada masalah untuk melaksanakan hukum hudud tersebut.
“Dalam dakwah, tak boleh tergesa-gesa. Kita perlu beri penjelasan atau penerangan dan apabila orang ramai sudah boleh menerima secara suka rela kebaikan undang-undang ini, pelaksanaannya itu dapat dipastikan seadil mungkin, semua kemusykilan yang wujud dapat diatasi, maka ketika itu, saya fikir tak ada isu.
“Sebab itu, jangan terburu-buru. Buat kajian, beri penjelasan dan lihat bagaimana kita nak laksanakannya. Bagi mengelakkan masalah di kemudian hari,” katanya.
Malah menurut beliau, soal hukum hudud hanya untuk orang Islam juga perlu dilihat kembali kerana ia menunjukkan bahawa negara ini memiliki dua undang-undang jenayah atas kesalahan yang sama.
“Ada dua perkara yang orang tertanya-tanya. Pertama, adakah ia hanya untuk orang Islam sahaja. Kedua, jaminan pelaksanaan itu akan dibuat secara paling adil. Dua perkara ini perlu dijelaskan.
“Kita akan ada masalah jika hukum ini hanya terpakai untuk orang Islam. Akan ada satu keadaan di mana kita ada dua jenis undang-undang jenayah yang berbeza untuk kesalahan yang sama. Jadi, ini isu yang harus ditangani,” katanya.
Namun beliau berpendapat, negara ini tidak boleh memiliki dua undang-undang jenayah ekoran kes jenayah yang dilakukan itu bukan berkaitan hal ehwal agama Islam sebaliknya melibatkan semua pihak.
“Akhirnya kita kena terima bahawa undang-undang Islam ini bukan untuk orang Islam sahaja tapi untuk semua. Kita tak boleh ada dua jenis undang-undang dalam satu negara atas kesalahan yang sama. Sebab ini kes-kes jenayah bukan kes berkaitan agama Islam. Jenayah ini melibatkan semua.
“Sebab itu akhirnya ia mesti menjadi satu undang-undang untuk semua. Jadi, masyarakat bukan Islam juga berhak mendapat satu jaminan bahawa undang-undang ini adalah undang-undang yang terbaik dan lebih baik daripada undang-undang jenayah yang ada sekarang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya, Profesor Datuk Dr Zainal Kling menegaskan negara ini sudah memiliki dua undang-undang untuk yang beragama Islam dan bukan beragama Islam.
Apa yang menjadi persoalan baginya ialah bagaimana kedua-dua hukum itu akan diselaraskan apabila ia melibatkan kesalahan jenayah berlainan agama.
“Memang kita dah ada dua sekarang dan hukum syariah hanya berkaitan orang Islam sahaja. Jadi bukanlah masalah. Ia memang sedang berlaku. Tapi yang menjadi masalah ialah bagaimana kedua-dua hukum itu diselaraskan apabila melibatkan golongan yang berlainan agama.
“Kalau orang berzina antara orang Islam dengan bukan Islam, bagaimana proses untuk menguruskannya? Itu masalah besar. Kena diurus. Prosedurnya mesti diselaraskan. Adakah zina yang berlaku antara orang Islam dengan bukan Islam itu mesti di bawah hukum syariah atau di bawah sivil? Itu yang menjadi masalah sekarang di Malaysia. Tidak ada keselarasan antara kedua-dua hukum apabila orang-orang yang terlibat itu berlainan agama,” katanya.
Tambahnya, “hukum hudud adalah sebahagian daripada undang-undang syariah. Jadi, dengan memperkenalkannya, sama dengan meningkatkan hukum syariah. Tetapi orang pun tak faham tentang hukum hudud itu walau orang faham hukum syariah itu kerana tahapnya yang rendah.
Bantah hudud: Ulama Pas tidak gentar
KOTA BHARU - Pas Kelantan tetap tidak akan berganjak untuk melaksanakan hudud sekalipun ditentang rakan sekutunya DAP dan terbaru pula, MCA.
Ketua Dewan Ulama Pas negeri, Datuk Hassan Mahmood, yang menegaskan demikian hari ini, yakin Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dapat dilaksanakan di negeri ini tahun depan biarpun mendapat tentangan hebat.
Hassan berkata, sememangnya terdapat banyak halangan dan tidak ada kata sepakat dalam PR berhubung hudud, namun ia tidak menjadi masalah kerana masih dalam proses penjelasan terperinci bagi memberi pemahaman.
“Ini peringkat permulaan, memanglah, bukan sahaja DAP dan MCA yang berkeras tidak mahukan hudud, malah orang Islam sendiri pun takut kerana ramai masih tidak memahami perkara sebenar.
“Kita tidak berasa ini sebagai ancaman terhadap usaha Kelantan, yang telah mendapat sokongan Umno, untuk melaksanakan hukuman hudud di negeri ini. Kita tidak akan berganjak dan akan teruskan usaha membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen nanti,” katanya hari ini.
Beliau mengulas pendirian MCA yang bersedia membincangkan semula kedudukan parti itu dalam BN jika Umno menyokong rang undang-undang pelaksanaan hudud.
Mengulas perancangan sebuah parti komponen BN yang difahamkan akan menggerakkan jenteranya mengutip tandatangan daripada bukan Islam supaya tidak menyokong hudud di Kelantan hari ini, Hassan menyifatkan itu hak pihak tersebut berbuat demikian.
“Perkara ini dibuat kerana mereka tidak faham. Insya-ALLAH selepas mereka memahami, perkara ini akan selesai. Kita juga sedia berdialog dengan mereka,” katanya.
Hudud: Wanita MCA Buat Laporan Polis
KUALA LUMPUR – Wanita MCA hari ini membuat laporan polis berhubung hasrat Pas membentangkan usul Rang Undang-Undang Persendirian bagi melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
Setiausaha Agungnya, Ooi Siew Kim berkata usul yang akan dibentangkan di Parlimen itu bakal menggugat keharmonian masyarakat berbilang bangsa dan agama, seterusnya mengancam dan menjejaskan ketenteraman rakyat secara umum.
“Tindakan Pas ini telah mengakibatkan kerisauan dan kebimbangan dalam kalangan rakyat terutamanya kaum wanita,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, kira-kira pukul 4 petang.
Semalam, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah berkata Kelantan bersedia membawa usul rang undang-undang persendirian di Parlimen selewat-lewatnya November ini.
Beliau berkata draf undang-undang itu telahpun siap dan majoriti rakyat bukan Islam di Kelantan turut menyokong pelaksanaan hukum hudud.
Sumber: BERNAMA
HUDUD: Saya Tak Cakap Macam Tu… Cukuplah DAP Bergaduh Dengan Pas – Ka Siong
Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong hari ini menjelaskan beliau tidak menyebut MCA akan “keluar Barisan Nasional (BN)” jika UMNO bersetuju untuk melaksanakan undang-undang Hudud pada Wacana Sinar Harian bertajuk “Hudud: Bersediakah Kita?” pada Rabu malam.
Menurut Ka Siong, kenyataan beliau semalam sama ada sudah disalah mengerti atau diputar belit atau oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi mengeruhkan hubugan baik di antara parti komponen BN.
Malah Ka Siong mempertahankan kenyataannya semalam dengan berkata bahawa ia jelas dibuat berdasarkan andaian.
Katanya, beliau hanya mengandaikan situasi MCA mungkin akan mengkaji semula kedudukan di dalam BN sekiranya UMNO mengambil keputusan untuk menyokong kepada pelaksanaan hukum hudud.
“Kenapa kita pula yang nak gaduh, cukuplah PAS dan DAP yang bergaduh soal hudud ini, jangan salah anggap apa yang saya cakap, sebab saya tidak ada cakap langsung kami MCA akan keluar BN kalau laksana hudud, buukankah saya cakap kita akan kaji semula kedudukan.
“Saya minta untuk awak jelaskan perkara ini, semalam saya cakap bagaimana saya tidak mahu tokok tambah.
“Saya cakap seandainya kalau sudah tidak ada jodoh, tapi saya buat secara diplomatik, saya tidak cakap kalau setuju hudud kita akan keluar BN, saya tidak cakap begitu.
“Saya cakap seandainya sudah terjadi begitu, kita akan bincangkan kedudukan itu, bukan saya cakap kami akan keluar dari BN,” katanya ketika dihubungi BNBBC.my bagi mengulas kontroversi yang timbul itu ekoran kenyataan berkenaan.
Ka Siong secara berterus terang menyebut kenyataan beliau itu jelas sudah diputar belit oleh portal berita pro pembangkang, Malaysiakini. (Ralat: diperbetulkan oleh Ka Siong sebagai Malaymail online)
“Yang putar belit apa yang saya cakap Malaymail, lagi banyak saya cakap, lebih teruk saya kena lanyak,” jelas beliau.
Ahli Parlimen Ayer Hitam itu juga menasihatkan semua pihak agar tidak cepat membuat spekulasi ataupun mengeluarkan kenyataan tanpa merujuk kepada situasi sebenar.
Ini bagi mengelak berlaku salah faham di kalangan pemimpin mahupun rakyat terutama dalam isu melibatkan perkara yang menyentuh sensitiviti agama atau perkauman.
“Saya sudah mengenali agama Islam ini dari saya kecil, saya dikelilingi orang Melayu yang beragama Islam, sudah pasti tanggapan saya pada Islam adalah baik.
“Cuma saya nak bagitahu, jangan nak mengada-ngada nak respon apa yang saya cakap kalau tidak ada dekat mana saya ada semalam, saya langsung tak cakap (tentang MCA akan keluar BN).
“Saya tidak mahu tokok tambah, sila rujuk balik apa yang saya cakap itu dan saya tidak pernah cakap apa yang seperti dilaporkan…jangan ambil kesempatan. Itu sahaja!,” tegas beliau.
Ka Siong dalam wacana “Hudud: Bersediakah Kita?” di Shah Alam semalam berkata, MCA kekal dengan pendirian mempertahankan Perlembagaan negara seperti mana tindakan mereka mempertahankan kontrak sosial yang dipersetujui ketika negara mencapai kemerdekaan.
“Saya rasa kalau berlaku perkara itu, sudah sampailah masanya kita kena berbincang balik kedudukan kita bersama dengan rakan-rakan sekutu.
“Saya tidak boleh buat satu ketetapan. UMNO telah buat keputusan dan BN kena sokong sepenuhnya tetapi dibangkang oleh MCA.
“Kalau kes macam ini, kita sudah tidak dalam frekuensi yang sama, takkan kita (boleh) dalam satu platform yang sama (lagi),” antara kata Ka Siong dalam wacana berkenaan.
Sinopsis Wacana HududSementara itu, berdasarkan laporan kononnya MCA akan keluar BN jika UMNO sokong pelaksanaan hudud, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegur Ka Siong.
Menurut Khairy, MCA seharusnya tidak terburu-buru mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu memandangkan UMNO sendiri belum membuat sebarang keputusan atau kenyataan rasmi berhubung pelaksanaan undang-undang itu.
Beliau meminta MCA mengelak dari mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan di antara parti komponen BN.
“Jadi saya harap tiada kata dua daripada mana-mana pihak berdasarkan kepada andaian berkenaan usul rang undang-undang persendirian (hukum hudud) yang hendak dibawa ke Parlimen itu.
“Bagi pihak UMNO sendiri, kita sudah sebut pendirian kita bahawa kita terima hudud sebagai hukum Allah, tetapi kita sedang kaji soal pelaksanaannya,” kata Khairy.
Sumber: BNBBC.my
VIDEO: ‘Makhluk’ Apakah Yang Kereta Ini Langgar?
BAYANGKAN ketika anda sedang memandu, tiba-tiba ada ‘objek’ yang muncul dihadapan kenderaan anda, apa agaknya reaksi anda?
Mungkin itulalah yang dialami oleh pemandu dalam video di bawah ini.
Kelam-kabut dia memberhentikan keretanya…namun setelah diamati, tiada apa pun yang berlaku!
Kejadian ini dirakamkan oleh CCTV…mungkinkah ini yang selalu disebut-sebut orang sebagai ‘lintasan’ ?
Wallahualam. Yang pasti setiap kejadian ada ‘ceritanya’.
Macam-macam.
AL-FATIHAH: Masyarakat Islam Singapura Berkabung, Ustaz Ibrahim Meninggal Dunia
SINGAPURA – Masyarakat Melayu Islam Singapura hari ini berkabung dengan pemergian ke rahmatullah pemimpin agama dihormati Mohamed Ibrahim Mohamed Kassim.
Allahyarham berusia 87 tahun.
Dalam kenyataan, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menyifatkan pemergian Allahyarham yang dikenali sebagai Ustaz Ibrahim sebagai satu kehilangan besar kerana beliau amat dedikasi dalam berkhidmat kepada masyarakat.
Menurutnya, sumbangan Mohamed Ibrahim meliputi semua aspek kehidupan sosio-agama masyarakat, terutamanya pendidikan agama Islam.
Beliau memegang jawatan Naib Kadi dan Penolong Pendaftar di Pejabat Daftar Perkahwinan Islam dan juga seorang Hakam (penimbang tara) Mahkamah Syariah.
Mohamed Ibrahim juga merupakan anggota kanan Masyayikh (Majlis Penasihat) PERGAS atau Persatuan Guru Agama Islam Singapura.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean berkata jasa dan sumbangan Mohamed Ibrahim kepada masyarakat amat besar.
Sumber: BERNAMA
SEGERA: Warga Afrika Kumpulan Militan Al-Shabab Ditangkap Di Selangor
KUALA LUMPUR – Seorang warga asing dari Afrika Timur ditahan polis di Selangor hari ini kerana disyaki terbabit dalam kumpulan militan.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, berkata suspek berusia 34 tahun, ditahan dalam operasi khas yang dijalankan Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman di Selangor, hari ini.
“Polis sedang menjalankan siasatan susulan, aktiviti suspek di Malaysia untuk mengenal pasti rangkaian anasir-anasir pengganas Al-Shabab yang mungkin bersembunyi atau menjalankan aktiviti yang boleh mengancam keselamatan Malaysia.
“Suspek kini ditahan dan disiasat mengikut prosedur di bawah Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Dengan penahanan itu, polis kini menahan 12 individu yang disyaki terbabit dalam kegiatan militan dalam tempoh dua minggu.
Sebelum ini, 11 individu ditahan polis kerana terbabit dalam kumpulan militan di Selangor dan ibu negara sejak 28 April lepas dan dipercayai mempunyai rangkaian di Syria dan selatan Filipina.
Polis percaya mereka mendapat latihan dan berjuang di Syria dengan kumpulan pemberontak yang menentang kerajaan Bashar al-Assad.
Sumber: BERNAMA
Lebih 3,000 Orang Cina Mohon Jadi Konstabel Polis Sejak Dua Bulan Lepas
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 3,314 permohonan untuk jawatan konstabel daripada masyarakat Cina sejak dua bulan lepas, kata Penolong Pengarah Perjawatan (Pengambilan) PDRM Bukit Aman, ACP Saiful Azly Kamaruddin.
Beliau berkata jumlah permohonan itu adalah paling tinggi pernah dicatat dalam sejarah PDRM.
“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 2,094 merupakan permohonan dari golongan lelaki dan 1,220 permohonan kaum perempuan,” katanya dalam sesi wawancara Perkembangan Eksesais Pengambilan Khas Jawatan Konstabel dalam Kalangan Kaum Cina dalam Kerjaya PDRM 2014 di sini hari Khamis.
Beliau berkata calon akan disenarai pendek bermula 25 Mei ini sehingga bulan Jun dan mereka yang dipilih perlu menghadiri sesi ujian fizikal dan temuduga.
Bilangan kaum Cina yang berkhidmat dalam PDRM ketika ini hanya 1.87 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja PDRM. Saiful Azly berkata kelonggaran syarat bagi kaum Cina adalah hanya perlu lulus mata pelajaran Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lulus keputusan V/6/9 dalam ujian penglihatan mata atau dengan menggunakan cermin mata atau kanta lekap.
“Walaupun pengambilan kali ini hanya untuk jawatan konstabel, namun pemohon yang berkelayakan ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan diploma juga akan dipanggil untuk sesi pengambilan jawatan mengikut kelayakan masing-masing pada masa akan datang,” katanya.
Mengenai antara faktor kurang penglibatan kaum Cina dalam PDRM ialah gaji yang dianggap masih rendah, kurang pengetahuan tentang pasukan keselamatan serta menganggap ujian fizikal selama enam bulan sebagai satu penderaan.
“Setelah PDRM mengadakan program taklimat, barulah ibu bapa kaum Cina menggalakkan anak-anak mereka mengisi borang dan menyertai pasukan,” katanya.
Beliau berkata walaupun tarikh permohonan untuk jawatan konstabel telah ditutup pada 30 April lalu, namum mereka (pemohon kaum Cina) yang masih ingin mencuba nasib boleh menghantar borang ke balai polis berdekatan sebelum Isnin depan.
“Calon yang tidak dipanggil untuk temuduga diminta supaya menunggu sesi pengambilan baharu,” katanya sambil mengucap terima kasih kepada ketua polis daerah dan badan bukan kerajaan Cina yang mendorong kaum Cina menyertai PDRM.
Saiful Azly juga berkata hanya sembilan calon kaum Cina iaitu enam lelaki dan tiga wanita yang layak dalam sesi pengambilan jawatan konstabel tahun lepas.
“Berdasarkan statistik sehingga 31 Dis tahun lepas, keanggotaan didominasi oleh kaum Melayu dengan sejumlah 90,156 orang, India (3,659), Cina (1,974) dan selebihnya lain-lain kaum,” katanya.
Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web PDRM di www.rmp.gov.my dan borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar ke balai polis berdekatan atau ke Unit Perjawatan Pengambilan di Bukit Aman.
Sumber: BERNAMA
Preve, Suprima S Dapat 5 Bintang NCAP Asean
KUALA LUMPUR – Proton PrevĂ© dan Proton Suprima S telah dianugerahkan penarafan lima bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (NCAP).
Pengumuman tentang anugerah itu dibuat oleh NCAP Asean pada Pelancaran Keputusan Fasa III 2014 di Melaka, yang juga diadakan sempena Forum NCAP Global 2014, Melbourne, Australia, kata Proton dalam satu kenyataan.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata usaha Proton untuk mengubah tanggapan orang ramai tentang jenama dan kualiti kereta Proton kini terbukti dan diperkukuh selanjut oleh pencapaian terbaru ini.
“Kami amat berbangga dan berbesar hati menerima perakuan sedemikian tentang produk jenama kami. Seperti yang kami pernah ulangi berkali-kali, model-model kami bukan sahaja mampu milik, malah lebih penting lagi kami mahu pelanggan kami tahu produk kami berkualiti dan bertaraf antarabangsa,” katanya.
Abdul Harith juga berkata daripada 12 kereta yang diuji bagi piawaian keselamatan NCAP ASEAN semasa Fasa III itu, Proton memberi saingan hebat dan mendapat tempat kedua.
“Kesejahteraan, keselesaan dan keselamatan pelanggan kami ketika memandu kereta Proton sentiasa menjadi keutamaan teratas kami. Jadi, apabila Proton PrevĂ© dan Proton Suprima S dibina, kami mencabar diri sendiri untuk menghasilkan kereta yang tinggi piawaian keselamatannya,” tegas beliau.
Sumber: BERNAMA
Wanita Muatnaik Video Gugur Bayi Di YouTube
Menggugurkan bayi dah satu hal, mendedahkan pada dunia bahawa dia rasa tindakan itu tak bersalah langsung pula satu hal lain.
Itulah yang dilakukan seorang wanita bernama Emily Letts, 25, yang memuatnaik video dia melakukan pengguguran bayi di YouTube atas alasan mahu ‘berkongsi’ kisahnya.
Selain kelihatan tidak sukar membuat keputusan untuk menggugurkan bayinya, Emily tidak menyembunyikan kegembiraan selepas berjaya ‘membunuh’ bayi yang dikandung apabila mengucapkan ‘yay!’ selepas prosedur berjaya.
Seterusnya dalam rakaman dirinya yang diambil sebulan setengah selepas pengguguran dilakukan, Emily menyatakan dia tidak rasa jahat atau bersalah atas tindakan itu.
Sebaliknya dia gembira kerana kini terbukti dia boleh mengandung.
Bagaimanapun tindakan Emily ini tidak mengejutkan kerana dia merupakan kaunselor pengguguran di Cherry Hill Women’s Center, New Jersey, Amerika Syarikat.
Menteri, KM Pulau Pinang ‘perang’ borang berasaskan kaum di Twitter
Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Lim Guan Eng 'bertikam lidah' menggunakan akaun Twitter masing-masing berhubung borang rasmi kerajaan berasaskan kaum.
Perbalahan mengenai borang rasmi kerajaan berasaskan kaum meletus antara Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng apabila Pakatan Rakyat (PR) juga dikatakan tidak telus memperjuangkan kesamarataan kaum.
Mengambil contoh borang rasmi kerajaan Selangor dan Pulau Pinang termasuk borang keahlian DAP dan PKR, Abdul Rahman membidas PR dengan mengemukakan beberapa bukti borang rasmi kerajaan Pulau Pinang dan Selangor juga mengandungi ruangan status kaum “Melayu/Cina/India/Lain-lain”.
Malah borang permohonan keahlian PKR juga menunjukkan ruangan “keturunan” sebagai syarat wajib butir kelayakan yang perlu diisi.
"Kenapa identiti kaum penting bagi kerajaan? Tanyalah Selangor. Kenyataan mereka retorik kerana borang mereka juga ada ruangan kaum.
"PKR yang menganggap parti mereka sebagai berbilang kaum juga memerlukan pengesahan identiti kaum dalam borang mereka," katanya melalui akaun Twitter @mpkotabelud.
Lim bagaimanapun menyanggah kenyataan Abdul Rahman dan mempertahankan undang-undang mewajibkan borang rasmi kerajaan negeri perlu selaras dengan sistem borang Putrajaya.
"Alasan! Berapa banyak arahan yang diberikan Putrajaya tidak dipatuhi negeri di bawah Pentadbiran Pakatan Rakyat? Negeri PR hanya cakap tak serupa bikin," respons Abdul Rahman.
Ahli Parlimen Kota Belud itu turut mempertikaikan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang yang menentang polisi Putarajaya tetapi pada masa mengambil sikap berdiam diri terhadap kewujudan ruangan kaum dalam borang rasmi mereka sendiri.
Katanya, jika PR sering berdemonstrasi untuk mempertahankan prinsip, perkara mudah seperti menghapuskan ruangan bangsa sepatutnya dilakukan Pulau Pinang sejak dari dulu lagi.
"Kota Belud tak layak jadi menteri jika dia tidak memahami Perlembagaan Persekutuan. Perkhidmatan Awam Pulau Pinang berada di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam, perlu patuhi prosedur ditetapkan," tulis Lim dalam akaun Twitternya @cmlimguaneng.
"Alasan. Anda Ketua Menteri yang paling berkuasa. Kenapa DAP perlu ambil peduli tentang prosedur JPA sedangkan DAP sendiri mempersendakan badan perundangan dengan sewenangnya," balas Abdul Rahman.
Pertikaian isu status kaum dalam borang rasmi timbul selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun dalam laporan akhbar hari ini menyatakan ruangan kaum yang tiada nilai akan digugurkan secara berperingkat.
Kenyataan Belaun itu mendapat perhatian Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali yang mengugut untuk membawa perkara ini ke mahkamah jika Putrajaya meneruskan keputusannya atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Manakala Lim dalam kenyataannya hari ini berpendapat pengguguran itu adalah satu langkah proaktif ke arah mewujudkan identiti satu bangsa satu negara.
Pada masa sama mendakwa status kaum memberi kelebihan kepada kumpulan pendesak seperti Perkasa menjadi kebal dengan membuat kenyataan yang mengguris sensitiviti orang bukan Melayu.
"Bukan sahaja mereka membuat kenyataan menghasut tetapi mereka juga kelihatan mempengaruhi dasar dan membuat keputusan di peringkat menteri kerajaan," kata Lim.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun menafikan Kabinet ada membuat keputusan sedemikian sebaliknya membuat keputusan untuk mengekalkan amalan sedia ada untuk memastikan setiap kaum mendapat pertimbangan yang adil dan tidak ketinggalan dalam dasar kerajaan.
"Kenyataan itu tidak tepat, memang kita ada bincang dalam Kabinet tetapi keputusan kita adalah kekal," katanya di Taiping hari ini.
Sehubungan itu, Najib berkata pihaknya mengarahkan Belaun mengeluarkan satu kenyataan baru bagi memperbetulkan kenyataannya yang disiarkan media hari ini selain memohon maaf atas kesilapan itu. – 8 Mei, 2014.
Sumber: TheMalaysianInsider.com
AirAsia Mulakan Operasi Di KLIA2 Hari Ini
KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan AirAsia secara rasmi beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) hari ini dengan ketibaan pesawat AK539 dari Bandar Ho Chi Minh ke Kuala Lumpur.
AirAsia dalam satu kenyataan media memberitahu, penerbangan AK539 tiba di KLIA2 pada pukul 3.40 petang hari ini.
“Ketibaan penumpang pesawat ini disambut oleh Pengerusi Eksekutif AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun, Ketua Pegawai Eksekutif, Aireen Omar, Pengarah Urusan MAHB, Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid dan Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Operasi MAHB, Datuk Azmi Murad.
“Mereka mengalu-alukan ketibaan semua tetamu ke pusat operasi baharu AirAsia tersebut. Para tetamu AK539 juga menempa sejarah apabila menjadi kumpulan tetamu AirAsia yang pertama tiba di KLIA2,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, sebanyak 27 penerbangan dijadualkan mendarat di KLIA2 hari ini dan 15 penerbangan pada awal pagi esok dengan jumlah sebanyak 42 penerbangan iaitu 21 antarabangsa dan 21 domestik,
Tambah kenyataan itu, bermula esok seramai 3,550 kakitangan AirAsia dan 70 pesawat syarikat penerbangan itu akan ditempatkan di KLIA2 selepas lapan tahun mereka beroperasi di LCCT.
Sumber: MyNewsHub.my
Warga Jerman Yang Diculik Hari Ini Bukan Di Sabah
KUALA LUMPUR: Insiden dua warga Jerman yang dilaporkan diculik hari ini tidak berlaku di Sabah.
Demikian kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis yang menafikan laporan yang ia berlaku di perairan negara.
“Saya hanya boleh mengesahkan bahawa perkara ini bukan berlaku di Sabah. Saya hanya tahu bahawa ia berlaku di perairan negara jiran,” kata Hamza ketika dihubungi Astro AWANI.
Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan penculikan tersebut dikatakan ada kaitan dengan kumpulan bersenjata Abu Sayyaf seperti yang dilapor oleh beberapa portal berita tempatan hari ini.
“Saya dengar ia melibatkan dua rakyat Jerman. Selain daripada fakta ini, saya tidak boleh sahkan apa-apa,” tambahnya.
Dua rakyat Jerman tersebut didapati hilang daripada kapal layar milik mereka ketika berlayar di perairan selatatan Filipina berdekatan perairan Palawan.
Dr Stefan Viktor Okonek, 72, dan Henrite Dielen, 42, yang dikatakan sedang menjelajah pulau-pulau sekitar perairan Mindanao dilaporkan hilang berdekatan perairan Palawan yang bersempadan dengan Kudat yang terletak di utara Sabah.
Beberapa laporan awal mengatakan mereka disyaki diculik oleh kumpulan pelampau Abu Sayyaf untuk dibawa ke Jolo Pulau Pinang.
Sumber: AstroAwani.com
MERS-CoV: Kerajaan Tidak Halang Umat Islam Kerjakan Umrah
PETALING JAYA – Kerajaan tidak akan meminta umat Islam di negara ini menangguhkan hasrat mengerjakan umrah, namun mahu mereka mengambil segala langkah yang perlu bagi mengelak dijangkiti Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona (MERS-CoV), kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
“Saya ada terbaca kerajaan Arab Saudi menasihati jemaah umrah menangguhkan perjalanan, justeru terpulang kepada rakyat kita sama ada mahu mengikuti nasihat itu dan membuat keputusan yang sewajarnya demi keselamatan dan kesihatan mereka,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Dr Subramaniam ditanya mengenai perkembangan terkini wabak MERS-CoV.
Agensi berita di Bahrain, Gulf Daily News baru-baru ini melaporkan beberapa agensi pengurusan haji dan umrah di Arab Saudi sudah tidak menerima permohonan daripada jemaah berusia lebih 60 tahun dan juga kanak-kanak susulan nasihat Kementerian Kesihatan.
Setakat ini MERS-CoV meragut lebih 100 nyawa di Arab Saudi.
Malaysia merekodkan kematian pertama pada 13 April lalu selepas seorang lelaki berusia 54 tahun dijangkiti penyakit itu ketika mengerjakan umrah pada Mac.
Mangsa yang berasal dari Batu Pahat, Johor meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail susulan pneumonia yang teruk akibat jangkitan MERS-CoV.
Kes itu juga merupakan yang pertama dilapor di rantau ini.
Terdahulu Dr Subramaniam menyaksikan penyampaian akreditasi oleh Australian Council On Healthcare Standards (ACHS) kepada Pusat Perubatan Sunway yang menjadi hospital pertama di Asia Tenggara menerima akreditasi itu. – BERNAMA
MH370: Syarikat Insurans Hayat Bayar Pampasan RM14.2 Juta
KUALA LUMPUR – Syarikat insurans hayat Malaysia telah membayar pampasan sebanyak RM14.2 juta kepada waris mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang gagal dikesan hingga kini.
Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dalam satu kenyataan media memberitahu, pampasan itu diberikan kepada waris mangsa sejak beberapa minggu lalu tanpa perlu menjalani prosuder biasa.
“Jumlah keseluruhan tuntutan yang telah dibayar kepada waris sehingga kini RM14.2 juta berbanding RM18.7 juta yang didedahkan sebelum ini.
“Baki tuntutan RM4.5 juta masih menunggu penyerahan dokumen berkaitan daripada waris mangsa terlibat,” kata kenyataan itu hari ini.
Justeru, LIAM menyeru waris mangsa segera menghubungi syarikat insurans berkaitan untuk urusan tuntutan.
“Kami telah mengetepikan keperluan sijil kematian dan menetapkan pembayaran tuntutan ini sebagai keutamaan.
“Kami berusaha sebaik mungkin untuk membayar tuntutan dalam masa seminggu dari tarikh penerimaan dokumentasi,” kata Presiden LIAM, Vincent Kwo dalam kenyataan sama.
Sumber
AMARAN: Sindiket Peras Ugut Guna Wanita Seksi, Lelaki ‘Jambu’ Di Facebook!
Wanita seksi dan lelaki ‘jambu’ digunakan sebagai umpan oleh sekumpulan penjenayah untuk memerangkap mangsa yang dikenali melalui laman facebook (FB) sebelum bertindak memeras ugut mereka.
Kumpulan ini dipercayai bergerak aktif sekitar Lembah Klang dan dipercayai telah memperdayakan lebih daripada seorang mangsa.
Ikuti MO dan nasihat dari pihak polis bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa seterusnya.
Modus Operandi
- Suspek berkenalan dengan mangsa menerusi laman sosial Facebook sebelum dipelawa berjumpa
- Suspek terdiri daripada lima hingga tujuh individu yang bertindak sebagai ‘ahli keluarga’
- Mangsa akan diumpan dengan suspek di kalangan wanita yang seksi atau lelaki ‘jambu’ di laman facebook sebelum berjumpa
- Dalam pertemuan, suspek akan menuduh mangsa mencabul atau melakukan perbuatan tidak senonoh sebelum memanggil ‘ahli keluarganya’ bagi mendapatkan bantuan
- Suspek lain yang bertindak sebagai ‘ahli keluarga’ kemudiannya akan bertindak memukul mangsa sebelum memeras ugut untuk mengenakan denda yang digelar ‘dam’ selain merampas barang milik mangsa sebagai penyelesaian
Nasihat
- Tidak mudah percaya dengan individu yang ingin berkenalan dalam waktu yang singkat
- Kenal pasti identiti suspek sebelum meneruskan perbualan menerusi laman sosial
- Jangan mudah percaya dengan janji-janji manis yang diberikan oleh suspek dalam perbualan menerusi laman sosial facebook
- Sekiranya mangsa mengajak untuk berjumpa, pastikan anda ditemani atau hadir dalam kumpulan bagi memastikan tidak terpedaya dengan taktik digunakan suspek
- Kenal pasti suspek yang terlibat seperti jenis kenderaan yang dinaiki, warna, nombor pendaftaran, bangsa, pakaian dan jantina)
Sumber
Latihan Pengawal Peribadi Wanita Di Beijing China – Cantik Dan Berani! (7 Gambar)
Di China golongan elit semakin bertambah dan mereka memerlukan perlindungan dari pengawal peribadi sepanjang masa bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.
Golongan kaya ini menjadi sasaran penculik dan pembunuhan oleh pesaing perniagaan yang sangat kompetetif.
Di bawah kami kongsikan beberapa gambar dimana mereka melakukan latihan bela diri. Pengawal peribadi wanita semakin mendapat tempat sejak kebelakangan ini kerana mereka boleh menyamar sebagai setiausaha tanpa mendatangkan syak wasangka dari pembunuh upahan. Nice!
Sumber: Blog Serius & AsianTown & Harian Blogger
Helikopter Penggempur Untuk ESSzone?
KOTA KINABALU – Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata helikopter penggempur merupakan antara aset yang dipertimbangkan untuk ditempatkan di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZone).
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri Sabah berkata jika dipersetujui, aset berkenaan merupakan aset keselamatan tambahan yang akan dihantar ke Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCom).
“Kita akan mengambil apa juga tindakan dan langkah yang terbaik untuk mejamin keselamatan rakyat dan pelancong di seluruh negeri Sabah khususnya di kawasan pantai timur. Saya meminta kapada seluruh rakyat Sabah supaya terus memberi kepercayaan, sokongan dan keyakinan kepada anggota keselamatan kita,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim di kediaman rasmi beliau di Sri Gaya di sini Khamis.
Perjumpaan berkenaan diadakan bagi membincangkan situasi keselamatan dan langkah yang perlu diambil berikutan insiden penculikan seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China yang dikenali sebagai Yang Zai Lin, 34, di Pulau Baik, Lahad Datu pada jam 2.45 pagi 6 Mei lalu.
Turut menyertai perbincangan ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohamed Thajudeen Wahab, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dan Ketua Pengarah ESSCom Datuk Mohammad Mentek.
Musa berkata kerajaan negeri Sabah tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan dan akan menggembleng segala usaha untuk memastikan kawasan perairan Sabah terus terpelihara dari segala ancaman keselamatan dan insiden penculikan.
Mengenai pengwujudan kawasan perintah berkurung yang mengehadkan kemasukan ke kawasan berisiko tinggi pada masa tertentu seperti diumumkannya baru-baru ini, beliau berkata ia akan dilaksanakan secepat mungkin dan perbincangan lanjut mengenainya oleh agensi keselamatan berkaitan sedang dijalankan.
Katanya larangan pergerakan pada waktu tertentu di kawasan larangan atau berisiko tinggi berkenaan akan meliputi golongan nelayan dan pengusaha pelancongan.
– BERNAMA
Bimbang GST rugikan peniaga
KUALA TERENGGANU – Kumpulan peniaga dikhuatiri akan berdepan risiko kerugian sekiranya kuasa beli dalam kalangan pengguna semakin berkurangan kesan daripada perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Naib Yang Dipertua (YDP) Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Terengganu, Ahmad Izani Abdul Ghani berkata, pembeli akan lebih menumpukan barangan yang mampu dimiliki berbanding barangan yang dikenakan GST.
“Kuasa beli adalah kemampuan pengguna untuk memperoleh barangan dan perkhidmatan dengan pendapatan boleh gunanya. Sekiranya kuasa beli tiada, bagaimana peniaga akan memperoleh keuntungan.
“Apa yang perlu dilakukan ialah memperkasakan kuasa beli dalam kalangan rakyat negara ini terlebih dahulu,” katanya.
Ahmad Izani berkata, perlaksanaan GST adalah satu pendekatan baik yang diambil oleh kerajaan kerana ia adalah sebahagian tanggungjawab rakyat dalam memberikan sumber pendapatan kepada kerajaan.
“Pelaksanaan GST memerlukan kajian dan masa yang agak panjang sebelum dilaksanakan di negara ini. Kita khuatir, dalam keadaan ekonomi yang tidak kukuh, ia akan memberi kesan terhadap peniaga dan pengguna.
“Kita khuatir, disebabkan GST, harga barang jadi mahal, pengguna tidak mahu beli dan peratusan jualan menurun,” katanya.
Bagaimanapun, Ahmad Izani berkata, tahap peratusan GST itu perlu dikaji dan dilaksanakan secara berperingkat supaya peniaga dan pengguna tidak menghadapi tekanan hasil perlaksanaan cukai yang diputuskan sebanyak 6 peratus itu.
“GST boleh dilaksanakan tetapi mekanismenya perlu berperingkat. Tidak semua barangan dikenakan GST terutama yang melibatkan keperluan asas. Jadi, nilai peratusan GST perlu dimulakan dengan nilai yang lebih rendah seperti 2 peratus, tiga peratus sehingga 6 peratus.
“Kadar kenaikan cukai itu pula perlu dalam tempoh tertentu seperti dalam tempoh dua tahun supaya kuasa beli akan sama naik dengan kadar GST itu,” katanya.
Beliau turut menegaskan keadaan sesebuah negara bergantung kepada tahap kewangan rakyatnya.
“Keadaan akan sempurna sekiranya negeri kaya; rakyat kaya, sebaliknya situasi akan menjadi teruk sekiranya negeri kaya; rakyat miskin. Begitu juga sekiranya negeri miskin, rakyat kaya. Ia adalah perkembangan yang baik,” katanya. – Sinar
"Hudud seharusnya tidak mengenal pangkat" kata Bekas Mufti Perlis
HUDUD tidak boleh dilaksanakan di sesebuah negara jika masih ada golongan yang tidak boleh dibawa ke mahkamah, kata bekas Mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Asri berkata, hukuman yang dikenakan terhadap pesalah seharusnya tidak mengenal pangkat, sebaliknya keadilan tanpa mengira pangkat dan darjat.
“Dalam satu masyarakat jika masih ada golongan yang tidak boleh dibawa ke mahkamah maka hudud tidak boleh dilaksanakan.
“Jangan ada mahkamah khusus. Biar satu mahkamah adili raja, sultan, rakyat. Jangan curi kayu kena, curi kayu balak tidak kena,” katanya ketika menjadi ahli panel wacana Sinar Harian di Auditorium Karangkraf di Shah Alam.
Katanya, isu pungutan dan pengurusan zakat dan perkara lain perlu diuruskan dahulu sebelum cuba melaksanakan hudud.
“Kita ada lebih RM1 billion wang zakat. Hudud penting tetapi nas (bukti) zakat lagi banyak dari hudud di dalam Al-Quran. Kalau kita kemaskan dulu hal zakat ini tak akan ada alasan orang mencuri
“Zaman Khalifah Umar Abdul Aziz dulu tak jumpa orang layak terima zakat tapi sekarang isi borang mintak zakat tak dapat-dapat,” katanya.
Dr Asri berkata beliau percaya umat Islam sememangnya menyokong Kelantan untuk melaksanakan hudud namun perkara itu perlu diperhalusi agar tidak menjadi mudarat.
“Sebagai Muslim kita percaya undang-undang ini jika diberi mencapai maksud keadilan membawa kepada kebaikan manusia sejagat.
“Sebagai orang Islam kita perlu dukung hasrat Kelantan. Tetapi kita kena bincang bagaimana ia tidak menjadi mudarat,” katanya lagi.
Tokoh agama itu juga berkata, sebelum melaksanakan hudud, dasar yang bersih dari rasuah dan jenayah harus dibina terlebih dahulu demi keselamatan awam.
“Dalam masyarakat antara isu yang besar ialah rasuah mereka yang laksanakan hukuman termasuk polis hendaklah bersih,” jelas beliau.
Selain Asri, ahli panel lain dalam wacana tersebut termasuklah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Pengarah Institut Wasatiyah Malaysia Dr Mushaddad Hasbullah.
Mohd Amar dalam hujahnya, mempertahankan keputusan kerajaan Kelantan yang mahu melaksanakan hukum hudud di negeri tersebut.
Hujah beliau hukum hudud di yang mahu dilaksanakan negeri tersebut memberi keadilan kerana hanya dikuatkuasa ke atas orang Islam.
Namun, beliau mengakui terdapat beberapa kekurangan dalam enakmen hudud negeri tersebut yang memerlukan penambahbaikan.
“Kita di Kelantan, semenjak kita luluskan pada tahun 1993, kita membuat semakan balik kepada enakmen tersebut
“Memang ada peruntukan-peruntukan yang boleh mengelirukan seperti hasil daripada respons masyarakat,” katanya.
Mohd Amar juga menafikan PAS mempunyai agenda tersembunyi apabila menggunakan UMNO untuk membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat.
“Bila Umno nyata pendirian, kita ambil peluang yang ada. Kita tiada agenda tersembunyi,” katanya lagi. – Awani
Hudud: MCA Tidak Perlu Terburu-Buru
KUALA LUMPUR – MCA tidak sepatutnya membuat keputusan terburu-buru untuk mengkaji kedudukannya dalam Barisan Nasional (BN) jika Umno menyokong pelaksanaan hukum Hudud, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong semalam adalah bersandarkan kepada pelbagai andaian sedangkan kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan.
“Jadi saya harap tiada kata dua daripada mana-mana pihak berdasarkan kepada andaian berkenaan usul rang undang-undang persendirian (hukum hudud) yang hendak dibawa ke Parlimen itu.
“Bagi pihak Umno sendiri, kita dah sebut pendirian kita bahawa kita terima Hudud sebagai hukum Allah tetapi kita sedang kaji soal pelaksanaan,” katanya selepas menyampaikan Anugerah Cemerlang 2014 Yayasan Pendidikan Titiwangsa kepada 324 pelajar, di sini Khamis.
Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan turut meminta MCA supaya tidak membuat kenyataan dan keputusan yang boleh mengeruhkan hubungan antara parti komponen BN.
Mengulas permintaan Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon yang ingin bertemu dengan Pemuda UMNO untuk mendapatkan pejelasan berkaitan Hudud, Khairy berkata, beliau telah meminta Exco Pergerakan Pemuda Umno Dr Fathul Bari Mat Jahya untuk bertemu Pemuda MCA hari ini.
“Kita mahu supaya semua parti komponen memahami antara satu sama lain dan ini (pelaksanaan hukum Hudud) sebenarnya bukan dibawa oleh kerajaan BN sendiri sebaliknya oleh PAS,” katanya. – BERNAMA
Kerajaan P.Pinang Tolak Hukum Hudud
GEORGE TOWN – Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini berkata kerajaan DAP Pulau Pinang tidak bersetuju terhadap sebarang pelaksanaan hukum hudud di negeri ini.
“Saya ingin menyatakan bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak bersetuju dengan sebarang pelaksanaan hukum hudud di Pulau Pinang. Saya menyebut perkara ini bukan sahaja sebagai pemimpin DAP tetapi juga sebagai ketua menteri Pulau Pinang dan juga pendirian kerajaan negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan projek naik taraf Kompleks Makanan Padang Brown, Jalan Datuk Keramat di sini.
Lim berkata pendirian kerajaan negeri jelas iaitu menolak hukum hudud dan beliau juga meminta Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Teng Chang Yeow menyatakan pendirian parti itu terhadap hukum hudud.
“Kami berharap pengerusi BN negeri boleh menyatakan pendirian mereka di Pulau Pinang. Apa pendirian BN (mengenai hudud) di Pulau Pinang?,” katanya.
Semalam, anggota Dewan Undangan Negeri Tanjong Bungah dari DAP Teh Yee Cheu meminta Lim dan Teng menyatakan pendirian berhubung hukum hudud, selain perlu menerangkan kepada rakyat sama ada mereka menyokong atau menentang undang-undang jenayah Islam itu.
Isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan kembali menjadi perbincangan hangat akhir-akhir ini apabila Kerajaan PAS Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu, bercadang membawa usul berhubung perkara itu di Dewan Rakyat Jun ini.
Hasrat PAS untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian itu di Parlimen ditentang keras sekutunya, DAP, atas alasan pelaksanaan hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pakatan PAS-DAP-PKR.
Terdahulu, Lim dalam ucapannya berkata projek menaik taraf kompleks makanan itu dijangka siap Mac tahun depan dan sepanjang tempoh itu gerai-gerai sedia ada beroperasi seperti biasa.
Beliau berkata kerja-kerja menaik taraf kompleks makanan itu dijalankan oleh Syarikat Arza Aktif Enterprise dengan kos RM2.6 juta.
Kompleks yang mempunyai 33 unit gerai makanan halal dan 24 unit gerai makanan tidak halal itu bakal dilengkapi tandas awam, bilik khas menyusu, surau dan laluan basikal, katanya. – BERNAMA
Perkasa bawa Kabinet ke mahkamah jika gugur ruangan ‘kaum’ dalam borang rasmi
Perkasa akan ambil tindakan undang-undang untuk buktikan penghapusan identiti kaum bertentengan dengan Perlembagaan, kata presidennya, Datuk Ibrahim Ali. Gambar fail The Malaysian Insider.
Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) akan mengambil tindakan undang-undang jika Putrajaya berhasrat menggugurkan ruangan ‘kaum’ dalam borang rasmi kerajaan.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, berkata pertubuhan badan bukan kerajaan itu bersedia melantik dua firma guaman jika hasrat itu diteruskan dan akan membuktikan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Perkasa akan bawa perkara ini ke mahkamah untuk mohon mahkamah mengisytiharkan penghapusan identiti kaum adalah bertentangan dengan Perlembagaan.
"Kajian sedang dibuat dengan mendalam dan teliti," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ibrahim berkata, Kabinet boleh membuat apa jua keputusan tetapi tidak boleh melangar Perlembagaan.
"Perkasa akan lawan habis-habisan melalui perundangan," kata bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu.
Bagaimanapun, Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Lian berkata tiada peruntukan dalam Perlembagaan yang mewajibkan penggunaan kaum dalam borang rasmi kerajaan.
"Kami mahu menegaskan menyertakan perkataan kaum adalah di bawah bidang kerajaan.
"Pemuda Gerakan mencabar presiden Perkasa menyatakan peruntukan mana dalam Perlembagaan menjadikan mandatori untuk kerajaan memasukkan ruangan kaum," katanya.
Malah, Tan turut mengingatkan Perkasa agar tidak membuat dakwaan kosong berhubung perkara itu jika tidak mengetahui peruntukan tersebut.
"Pemuda Gerakan percaya pengguguran ruangan kaum dalam borang rasmi di Malaysia akan menamatkan diskriminasi kaum," katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan Kabinet membuat keputusan menggugurkan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan.
Najib berkata, Kabinet sebaliknya membuat keputusan untuk mengekalkan amalan sedia ada untuk memastikan setiap kaum mendapat pertimbangan yang adil dan tidak ketinggalan dalam dasar kerajaan.
"Kenyataan itu tidak tepat, memang kita ada bincang dalam Kabinet tetapi keputusan kita adalah kekal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rumah Umno Taiping di Taiping, Perak hari ini.
Menurut akhbar Berita Harian, Najib berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun, akan mengeluarkan kenyataan hari ini bagi memperbetul kenyataannya yang disiarkan media sebelum ini selain memohon maaf atas kesilapan itu.
Berita Harian hari ini menyiarkan kenyataan Belaun yang mendakwa ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tiada nilai tambah digugurkan.
Katanya, pendekatan itu bagi memudahkan orang ramai untuk berurusan dengan kerajaan, selain dapat memupuk budaya keterangkuman dalam kalangan pelbagai kaum yang berbeza di negara ini.
"Umpamanya, borang kerajaan berkaitan kebajikan tidak memerlukan ruangan ‘kaum’ kerana setiap keputusan yang dibuat selepas itu adalah berdasarkan kepada keperluan, bukannya berasaskan kaum. Justeru, maklumat mengenai kaum tidak diperlukan," kata Belaun seperti dilaporkan Berita Harian hari ini. – 8 Mei, 2014.
Siapa berkuasa, Najib atau Ibrahim Ali? soal DAP
Lim Guan Eng kesal akan kewujudan kumpulan pelampau seperti Perkasa yang kerap menggugat keutuhan perpaduan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Mei, 2014.
Siapakah yang sedang mentadbir Putrajaya, Perkasa atau Barisan Nasional (BN)? soal DAP berikutan keputusan perdana menteri mengekalkan ruangan "kaum" dalam borang rasmi kerajaan, bercanggah pengumuman awal seorang menteri yang memaklumkan ia akan dibuang secara berperingkat.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini mempersoalkan sama ada Datuk Seri Najib Razak atau Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali bertanggungjawab bagi kerajaan persekutuan.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun berkata Putrajaya memutuskan untuk menghapuskan ruangan "bangsa" secara berperingkat.
Bagaimanapun, Ibrahim mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang jika Putrajaya menggugurkan ruangan "bangsa" daripada borang rasmi kerajaan, mendakwa ia melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Hari ini, Najib mengumumkan tidak ada rancangan untuk menggugurkan ruangan "kaum" itu.
"Kenyataan itu adalah tidak tepat. Kami ada berbincang mengenainya dalam Kabinet tetapi keputusan kami adalah untuk mengekalkannya," kata perdana menteri.
Najib dilaporkan berkata ruang "kaum" diperlukan untuk memastikan "setiap masyarakat diberi pertimbangan adil" dan tidak ketinggalan daripada dasar-dasar kerajaan.
Lim berkata pengumuman Najib mengenai subjek yang tidak mempunyai nilai menimbulkan persoalan sama ada BN atau Perkasa menguasai Putrajaya.
"Joseph Entulu bermaksud baik dengan pengumumannya semalam memandangkan ruangan 'kaum' tidak memberi nilai tambah dalam borang seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia," kata Lim.
"Mengeluarkan ruangan 'kaum' akan menjadi satu langkah ke hadapan ke arah mewujudkan sebuah identiti kebangsaan tunggal."
Namun selepas lebih 50 tahun merdeka, organisasi seperti Perkasa masih “mencarik fabrik sosial” perpaduan negara, kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata semua kumpulan pelampau dan perkauman seperti Perkasa memperoleh kelebihan seperti yang mereka nikmati kerana kekebalan undang-undang untuk membuat kenyataan tidak berperikemanusiaan dan ganas terhadap orang bukan Islam.
"Bukan sahaja mereka membuat kenyataan menghasut tetapi mereka juga kelihatan mempengaruhi dasar dan membuat keputusan di peringkat menteri kerajaan," kata Lim. – 8 Mei, 2014.
Sumber: The Malaysian Insider
Joseph Entulu mohon maaf kekeliruan mansuh ruangan kaum dalam borang rasmi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun (gambar) hari ini memohon maaf atas kekeliruan yang timbul berikutan laporan tentang pengguguran ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tidak memberi nilai tambah.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata perkara itu ada dibincangkan dalam Kabinet namun tiada sebarang keputusan dibuat.
Beliau berkata laporan akhbar yang menyiarkan berita berkenaan tidak mencerminkan kenyataan sebenar yang dibuat olehnya semalam.
"Laporan yang tidak tepat ini telah menimbulkan keresahan dalam masyarakat," kata Entulu dalam kenyataan ringkasnya itu.
Dalam sidang media di sini semalam, Entulu dilaporkan berkata Kabinet memutuskan untuk menggugurkan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tiada nilai tambah.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika mengulas laporan itu di Taiping, Perak hari ini menjelaskan Kabinet tiada membuat keputusan untuk memansuhkan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan.
Perdana menteri juga dilaporkan berkata tiada perubahan dasar kerajaan berhubung borang itu. – Bernama, 8 Mei, 2014.
Sumber: The Malaysian Insider
Kelakar…Bila Penumpang ‘Terberak’ Dalam Bas Di Pekan Ranau, Sabah
KELAKAR pun ada, kasihan pun ada apabila kami membaca perkongsian seorang penumpang bas ekspres menerusi akaun Facebooknya.
Johan A. Delvo yang menaiki bas ekspres berkongsi pengalamannya dan para penumpang bas tersebut yang terpaksa berhenti di Pekan Ranau, Sabah kerana salah seorang daripada mereka ‘terbuang’ air besar dalam perjalanan.
Ia sekaligus mencetuskan bau busuk sehingga semua mereka keluar daripada bas tersebut untuk mendapatkan udara segar.
Menerusi ruangan komen, dia memberitahu mungkin penumpang tersebut kurang sihat sehingga tidak sengaja ‘melepas‘ dalam seluarnya.
Aduhai…macam-macam hal!
Oleh: Elza / MyNewsHub
(Sumber: Facebook Johan A. Delvo)
Kelakar…Bila Penumpang ‘Terberak’ Dalam Bas Di Pekan Ranau, Sabah
KELAKAR pun ada, kasihan pun ada apabila kami membaca perkongsian seorang penumpang bas ekspres menerusi akaun Facebooknya.
Johan A. Delvo yang menaiki bas ekspres berkongsi pengalamannya dan para penumpang bas tersebut yang terpaksa berhenti di Pekan Ranau, Sabah kerana salah seorang daripada mereka ‘terbuang’ air besar dalam perjalanan.
Ia sekaligus mencetuskan bau busuk sehingga semua mereka keluar daripada bas tersebut untuk mendapatkan udara segar.
Menerusi ruangan komen, dia memberitahu mungkin penumpang tersebut kurang sihat sehingga tidak sengaja ‘melepas‘ dalam seluarnya.
Aduhai…macam-macam hal!
Oleh: Elza / MyNewsHub
(Sumber: Facebook Johan A. Delvo)
Buang Bayi Dalam Tangki Tandas, Dipercayai Perbuatan Pelajar Perempuan Tingkatan 4
Pada jam lebih kurang 9.10 am Polis telah terima panggilan telefon dari doktor pegawai perubatan klinik kesihatan Butterworth memberitahu telah jumpa mayat bayi di dalam “flush” tandas dalam klinik tersebut. Bayi tersebut ditemui oleh 1 perempuan Melayu iaitu orang awam yang pergi dapatkan rawatan.
Hasil siasatan dapati bayi tersebut telah ditemui oleh orang awam yang datang untuk dapatkan rawatan. Bayi ditemui selepas dapati ‘flush’ tersebut tiada air dan selepas penutup flush dibuka telah nampak badan bayi dalam keadaan duduk dan terus beritahu staff klinik.
Bayi tersebut adalah bayi lelaki dijangkakan dalam lingkungan umur 7 bulan dan berat 1.7 kg. Tali pusat telah dipotong. Pegawai perubatan menjangkakan bayi telah dilahirkan dalam tempoh 1 hari. Bayi telah dibawa ke hospital seberang jaya untuk Post Mortem.
Tindakan pegawai penyiasat seterusnya,
1. Rakam percakapan saksi-saksi.
2. Pemeriksaan CCTV dan senarai daftar pesakit dan pelawat di klinik berkenaan yg mendapatkan rawatan.
3. Hantar mayat ke HSJ untuk bedah siasat, kenalpasti sebab kematian dan kumpul sampel DNA.
4. Kesan dan tangkap emak kepada mayat bayi tersebut.
Siasataan diteruskan dan seorang pelajar sekolah tingkatan 4, berbangsa Melayu, berumur 16 tahun telah ditangkap di sebuah kampung di ButterworthPulau Pinang pd jam 1430 hrs oleh team D9 IPD KEPALA BATAS.
Pengakuan suspek:
Saspek telah mengaku melahirkan bayi lelaki di dalam tandas perempuan Klinik Kesihatan Butterworth pada 6/5/2014 jam lebih kurang 0900am dan telah menyembunyikannya di dalam tangki air tandas.
Disebabkan panik saspek telah bertindak demikian. Saspek akan di bawa ke hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.
Sumber: Facebook Warga Prihatin
1 Daripada 10 Rakyat Amerika Percaya Makhluk Asing Terlibat Dalam Tragedi MH370
Atlanta – Pesawat Malaysia Airlines MH370 disembunyikan oleh makhluk asing?
Satu daripada setiap 10 rakyat Amerika percaya mengenainya.
Perkara ini diperolehi hasil kajian yang dilakukan oleh CNN dan ORC International.
Tinjauan itu mendapati sembilan peratus individu percaya makhluk asing atau makhluk lain daripada dimensi lain terlibat dalam kehilangan pesawat itu sejak 8 Mac lalu.
Seramai 79 peratus pula percaya semua penumpang dan anak kapal telah meninggal dunia dan misi mencari pula dilakukan di tempat yang salah manakala hanya 52 peratus percaya apa yang berlaku kepada kapal tersebut, akan terbongkar jua.
Sementara 46 peratus memberitahu tiada siapa yang akan tahu mengenai perkara sebenar.
Aspek pengganas juga dikatakan antara punca kehilangan pesawat itu dengan sebahagian besar percaya pengganas terlibat dalam perkara ini, meskipun tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab.
Selain itu ada juga percaya kapal terbang itu telah dirampas manakala yang lain percaya masalah teknikal mungkin antara punca kehilangannya. - MyNewsHub
Apabila Anzalna Nasir Kelihatan Seperti ‘Barbie Doll’
Apa yang anda nampak tentang sekeping gambar di bawah? Anzalna Nasir nampak seolah-olah seperti patung doll yang kelihatan begitu cantik dan jelita. Pandai sungguh pelakon ini membuat pemilihan pakaian yang bersesuaian dengan dirinya.
Tahun lepas, pelakon dan pengacara popular, Rozita Che Wan pernah berkongsi beberapa keping gambarnya memakai baju Barbie. Ternyata, Anzalna lebih real dan cantik apabla mengenakan pakaian ini.
Gambar dari Instagram Anzalna ini dikongsikan dengan kapsyen:
Done photo shoot for @tv3malaysia ❤️❤️ Thank u soo much @ezadibrahim makeup kan i dan abg Put @putraaziz_cosry for the gorgeous dress
Sumber: Harian Blogger
VIDEO: Wanita Belasah ‘Kekasih Gelap’ Suami
SIAPA yang tidak marah jika pasangannya berlaku curang di depan mata?
Itulah yang dirasakan oleh wanita ini sehingga dia bertindak menyerbu suaminya yang sedang berdua-duaan dengan seorang wanita lain dalam sebuah bilik.
Berang dengan perlakuan mereka, dia terus membelasah wanita tersebut yang tidak sempat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan dirinya.
Suaminya pula dilihat tergamam dan hanya melihat sahaja tindak-tanduk isterinya selama beberapa ketika sebelum dia menarik wanita itu bagi meleraikan mereka.
Rasanya, dalam hal ini, mungkin si suami yang perlu dibelasah sebenarnya.
Sumber video: WikipediaRakyat
Oleh: Elza / MyNewsHub
Perompak Terkejut Disuruh Bayar Harga Pisau
Satu kejadian samun yang sepatutnya mencemaskan bertukar menjadi cerita lawak di Osaka, Jepun.
Ketika kejadian jam 5.40 pagi semalam, seorang perompak memakai pakaian serba hitam memasuki kedai serbaneka 24 jam ‘Seven-Eleven Izumi-Odacho’ lalu meletakkan pisau di atas kaunter.
Suspek yang siap memakai bandana bagi menutup wajahnya itu kemudian menyuruh kashier yang juga pengurus kedai serbaneka tersebut menyerahkan wang kepadanya.
Namun apa yang berlaku, pengurus wanita berusia 54 tahun selamba mengambil pisau yang diletakkan perompak di atas kaunter, mengimbas kod bar padanya lalu memberitahu harga pisau tersebut.
Terkejut dengan tindakan itu, perompak terbabit memberitahu dia akan pergi mengambil wang di keretanya namun terus beredar tanpa mengambil apa-apa.
Menurut polis ketika kejadian tiada pelanggan lain di kedai serbaneka tersebut dan suspek yang memiliki ketinggian 170cm sedang cuba dikesan atas kesalahan cuba merompak.
Kes ini menjadi bualan ramai dengan kebanyakan menganggap pengurus kedai serbaneka tersebut tersilap dengar ketika kejadian berlaku namun ada juga yang menyatakan dia memang seorang wanita berani. – Rem Ramzi / MyNewsHub
Sumber: japancrush.com
Tiz Zaqyah Pula Ditegur Kerana ‘Rambut Merah’
JIKA tadi kami kongsikan kisah ‘sentap’ penyanyi Hazama kerana gambar mesranya ditegur oleh peminat, rupa-rupanya pelakon Tiz Zaqyah juga tidak terkecuali daripada menerima teguran.
Bezanya, dia ditegur peminat kerana mewarnakan rambutnya dengan warna kemerah-merahan.
Kalau diikutkan, ramai selebriti yang mewarnakan rambut mereka, namun tidak menjadi isu besar.
Mungkin kerana warna yang dipilih oleh Tiz ini tampak menyerlah daripada kebiasaan.
Tidak mahu membiarkan dirinya dikritik, pelakon ini turut membalas komen-komen para peminatnya.
Komen kami? Terpulanglah kepada tuan empunya diri sama ada mahu mengambilnya sebagai teguran yang positif atau tidak.
Peminat pun tegurlah dengan bahasa yang elok ya, jangan guna kata-kata kesat pula…
Oleh: Elza / MyNewsHub
(Sumber: Instagram Tiz Zaqyah)
Murid Darjah 2 Terkena Simbahan Asid
ALOR SETAR – Seorang murid darjah dua Sekolah Rendah Islam Islah, Pendang yang sedang membeli sarapan di sebuah gerai melecur terkena simbahan asid yang dipercayai disimbah kepada pemilik gerai tersebut.
Ibu mangsa Nazriah Abdul Rahman, 41, berkata beliau dan anaknya Abdul Hakim Wafi Abdul Razak, 8, berhenti di gerai itu berhampiran Jabatan Kebajikan Masyarakat Pendang di Seberang Pendang untuk membeli nasi lemak sebelum menghantar anaknya ke sekolah.
“Saya berhentikan kereta saya di seberang jalan dan anak saya turun untuk membeli nasi lemak. Saya nampak dua orang lelaki yang menaiki sebuah motosikal turut berhenti di gerai itu sebelum seorang daripadanya turun daripada motosikal dan menyimbah sesuatu kepada pemilik gerai tersebut.
“Anak saya yang berada berhampiran turut terkena simbahan itu di bahagian kiri muka, tengkuk dan tangan. Dia melecur hampir 70 peratus dan kini stabil dan ditempatkan di Unit Rawatan Kebakaran,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.
Bapa mangsa, Abdul Razak Hussin, 46, berkata beliau yang sedang berada di rumah dihubungi isterinya yang memberitahu kejadian yang menimpa anak ketiga mereka dari empat beradik itu. Beliau lalu bergegas ke situ.
“Saya tidak sangka perkara ini boleh terjadi kepada anak saya,” kata Abdul Razak.
Bapa saudara mangsa Bashiron Hussin, 28, berkata kejadian berlaku pada jam 7.15 pagi dan dua orang lelaki itu dikatakan bertopeng.
“Laporan polis telah pun dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang,” katanya.
Difahamkan pemilik gerai tersebut dan isterinya turut melecur teruk di muka dan belakang badan.
Gerai itu dikatakan baru sahaja dibuka semalam.
Ketua Polis Daerah Pendang Deputi Superintendan Abdul Aziz Ahmad mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan. – BERNAMA
Maut Ketika Cuba Ambil Mempelam
MARANG – Seorang pekerja kilang papan warga Bangladesh maut selepas terjatuh dari bumbung kilang ketika cuba mengambil buah mempelam di Kampung Wakaf Tapai tengah malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner K. Manoharan berkata mangsa ditemui penyelia kilang tempat dia bekerja dalam keadaan terbaring di atas simen dengan berlumuran darah kira-kira 12.10 tengah malam.
“Penyelianya pada mulanya dimaklumkan mangsa tidak pulang ke rumah sewanya. Penyelia itu lalu mencari mangsa di sekitar kawasan kilang dan menemuinya terbaring berhampiran kawasan kilang itu,” katanya pada Bernama.
Mangsa dipercayai memanjat bumbung kilang setinggi enam meter untuk mengambil buah sebelum dia terjatuh dan cedera parah di kepala serta badan. – BERNAMA
Hina Peserta Bantah GST Bersifat Peribadi
KUALA LUMPUR – Kenyataan Setiausaha Ulama Muda Umno Mohd Radzi Othman yang menyifatkan wanita bertudung dalam perhimpunan bantah Cukai Barang dan Perkhidmatan pada 1 Mei lalu sebagai pelacur, bersifat peribadi, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
“(Ini) tidak melambangkan pendirian Umno atau Pemuda Umno,” kata Khairy kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Cemerlang 2014 Yayasan Pendidikan Titiwangsa kepada 324 pelajar, di sini pada Khamis.
Susulan kenyataan yang dibuat Mohd Radzi menerusi laman Facebook pada 2 Mei lalu, beberapa pihak membuat laporan polis terhadapnya.
Mengulas dakwaan pelajar Islam dinasihatkan menjauhi pelajar Kristian semasa Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Selasa lalu, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata beliau akan menyiasat perkara itu.
“Kalau matlamat seminar itu adalah untuk memberi nasihat kepada pelajar Muslim supaya jauhkan diri daripada pelajar Kristian saya rasa itu tidak patut,” katanya.
Katanya jika benar perkara itu berlaku, tindakan harus diambil terhadap penganjur.
Seminar itu dianjur secara bersama oleh Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Yayasan Warisan Ibnu Aaby, UiTM dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). – mStar Online
Mayat Wanita Dijumpai Dalam Sungai Lubuk Paku
KUANTAN – Mayat seorang wanita berusia lingkungan 40-an ditemui di Sungai Lubuk Paku di Kampung Mentenam, Maran, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Maran DSP Sulaiman A. Hamid berkata polis menerima maklumat tentang penemuan mayat berkenaan kira-kira 8.50 pagi.
Katanya mayat wanita tanpa identiti itu ditemui lengkap berpakaian, berdekatan sangkar ikan di dalam sungai itu oleh orang awam.
Sulaiman berkata tiada kesan kecederaan ditemui dan dipercayai mayat mangsa sudah terbiar antara empat dan lima hari lepas.
“Mayat terbabit kini dihantar ke Hospital Maran dan dijangka bedah siasat akan dijalankan pada pagi esok,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau meminta sesiapa yang kehilangan anggota keluarga supaya berhubung dengan polis. – BERNAMA
Biarpun Dikritik, Zain & Rozita Tak Akan Buang Gambar Romantis
SERDANG: Pelakon Zain Saidin menjelaskan kritikan sesetengah pihak terhadap gambar romantisnya bersama isteri, Rozita Che Wan yang dimuat naik di laman sosial Instagram bukan satu perkara mengejutkan.
Zain, 30, berkata, setiap foto yang mereka kongsi sentiasa mendapat teguran dan komen daripada pengikut di laman tersebut namun mereka tidak terlalu memberikan perhatian kepada perkara berkenaan.
"Letaklah gambar apa pun mesti akan jadi perhatian. Pertikaian orang tentang foto itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan malah kami sudah biasa dengan situasi ini.
"Malah saya sudah mengjangkakan reaksi peminat apabila saya memuat naik gambar itu dan saya tidak mahu ulas panjang mengenai perkara itu," katanya kepada mStar Online.
Pelakon itu mengulas mengenai foto romantisnya bersama Rozita ketika bercuti di Koh Samui, Thailand baru-baru ini yang mendapat perhatian meluas daripada peminat mereka sehingga ada yang menasihat pasangan itu tidak terlalu mendedahkan perihal rumah tangga mereka kepada umum.
Zain ditemui selepas majli pelancaran musim ketiga program Oh My English! (OME) di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Serdanng dekat sini pada Rabu.
OME musim ketiga bakal bersiaran pada 18 Mei ini pada setiap hari Ahad pada pukul 9 malam di Astro TVIQ (610) dan Astro Maya HD (135).
Dalam pada itu, Zain berkata, dia tidak berhasrat untuk memadam gambar berkenaan daripada akaun Instagramnya selagi ia tidak mendatangkan sebarang kemudaratan kepada pihak lain.
"Setakat ini saya tidak melihat ia mendatangkan apa-apa keburukan dan jika ada baharulah saya akan buang gambar itu," jelasnya.
Sementara itu, bercakap mengenai OME, Zain berkata, dia teruja dengan musim terbaharu itu kerana ia bakal menampilkan banyak kelaunan selain penampilan wajah baharu pelakon seperti Fauziah Ahmad Daud, Nadiya Nissa dan Carmen Soo.
Malah kata Zain, dia juga semakin selesa membawakan watak sebagai Mr. Henry Middelton selepas tiga musim bersama rancangan itu kerana ia membantu menambahkan lagi jumlah penonton terutamanya di kalangan pelajar sekolah.
"Musim kali ini juga kami lebih banyak menjalani penggambaran di luar studio selain penampilan wajah-wajah baharu bagi menyerikan lagi OME," katanya.
Dalam perkembangan lain Zain berkata, selain memberi tumpuan kepada OME, dia juga bakal ke New Zealand untuk menjalani penggambaran sebuah drama bersiri terbaharu pada penghujung Mei ini. - mStar
VIDEO: Pemandu Trak Tak Sedar Seret Kereta 500m
Seorang pemandu trak di Xinjiang, China mendakwa dia tidak perasan telah menunda sebuah kereta sejauh 500 meter ketika menukar laluan.
Berdasarkan rakaman video daripada kamera trafik bertarikh 27 April, trak itu kelihatan jelas menukar laluan secara tiba-tiba membuatkan kereta di laluan tersebut terbabas sebelum diseret.
Menurut China News, pemandu trak hanya menyedari ada sesuatu tak kena apabila orang ramai di tepi jalan melambai ke arahnya sambil menunjukkan wajah cemas.
Anggota polis yang tiba di tempat kejadian dapat melihat pemandu kereta terlibat dalam keadaan trauma sebaik sahaja mereka tiba.
Kata pemandu tersebut dia ada terfikir mahu terjun dari kereta ketika diseret dalam kenderaannya namun melupakan hasrat tersebut kerana bimbang tidak berjaya.
Mengulas kejadian ini, polis trafik tempatan berkata ketinggian trak membuatkan kereta tersebut berada di titik buta pada penglihatan pemandu trak.
Pemandu trak berkenaan bagaimana pun tetap didenda 100 Yuan (RM52) kerana cuai.
Oleh: Rem Ramzi / MyNewsHub
Google Classroom: Aplikasi Untuk Guru Mengajar
Umum mengetahui bahawa Google sebelum ini telah menyediakan beberapa aplikasi web untuk pendidikan dan pembelajaran.
Hari ini, mereka mengumumkan satu lagi aplikasi baru yang dinamakan sebagai Google Classroom, khas untuk para guru di seluruh dunia dalam usaha memudahkan mereka mengajar dan berkomunikasi dengan pelajar.
Bagi menjayakan aplikasi web ini, Google menggunakan Google Docs, Google Drive, dan GMail.
Untuk makluman semua, ciri-ciri yang terdapat pada Google Classroom ialah:-
Membuat dan memungut tugasan: Google Classroom yang dapat disinkronasikan dengan Google Docs, Drive dan Gmail akan melakukan segala kerja normal seorang guru iaitu memungut hasil kerja pelajar, menyemak, memberi maklum balas sacara langsung tanpa menggunakan sebarang kertas.
Meningkatkan komunikasi kelas: Guru boleh membuat pengumuman secara terus serta memberi komentasi dengan pelajar-pelajar dalam masa sebenar. Secara tidak langsung, pelajar boleh berkomunikasi dengan guru sama ada di dalam dan di luar kelas.
Kerja pengkhususan teratur: Secara automatik akan mencipta ‘folder’ bagi setiap tugasan dan untuk setiap pelajar. Para pelajar dapat memuat naik segala kerja dan dapat menyemak semula di laman tugasan mereka.
Bermula hari ini, para guru yang berminat boleh mendaftarkan minat untuk mencuba Google Classroom ini, dan pihak Google dijangka akan memperkenalkan ia kepada semua sekolah yang menggunakan Google Apps Education menjelang bulan September kelak.
Sumber: Google
53 GRO Warga Asing Ditahan Di George Town
GEORGE TOWN – Polis menahan 53 rakyat asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Penang awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahab berkata mereka yang ditahan dalam operasi empat jam berakhir pukul 5 pagi itu terdiri daripada 45 wanita Thailand, tiga Indonesia, seorang Myanmmar dan empat lelaki berperawatakan wanita warga Thailand.
“Kesemua mereka berusia antara 21 dan 32 tahun itu didapati tidak memiliki permit kerja yang sah dan menyalah guna pas lawatan sosial,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Turut ditahan ialah seorang lelaki berusia 49 tahun dipercayai penjaga premis hiburan itu, katanya.
Beliau berkata selain itu, polis turut mengambil keterangan enam pengunjung bawah umur di pusat hiburan terbabit. – BERNAMA
Remaja Potong Lidah Sendiri Sebagai Tanda Taat
India – Seorang remaja berusia 17 tahun sanggup memotong lidahnya dengan menggunakan pisau, sebagai menunjukkan ketaatan kepada tuhannya.
Remaja itu, Lalmohan Soren, sedang duduk di kuil Mahedevgarha ketika orang ramai yang datang bersembahyang di situ melihat darah di atas lantai.
Lidah Lalmohan pula diletakkan di dalam mangkuk di situ, di sisi sekeping nota tertulis `Saya telah memotong lidah dan menawarkannya kepada tuhan. Tolong jangan buang saya dari kuil. Saya hanya mahu duduk di sini,’’ .
Ketua kuil itu kemudiannya dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan dan dia telah memujuk Lalmohan ke hospital.
Doktor cuba untuk menyambung semula lidahnya, namun gagal dan remaja itu dibenarkan keluar beberapa hari kemudian.
Lalmohan kini sedang berehat di rumahnya. Dia tidak boleh bercakap dan hanya diberikan cecair sebagai makanan.
Meskipun mengalami kesakitan namun dia berasa bangga dengan perbuatannya.
Begitu juga dengan keluarganya, walaupun mereka terkejut namun menerima keputusan Lalmohan.
Pelawak Mamu Lumpuh Separuh Badan
Butterworth: Dulu keletahnya mungkin membuatkan penonton tidak kering gusi namun kini pelakon komedi yang lebih dikenali sebagai Mamu atau Rahim Dalmia tidak mampu lagi membuat penonton ketawa.
Mamu atau nama sebenarnya Rahim Lalmia, 57, kini terlantar di rumah adiknya di Desa Murni, Sungai Dua di sini, selepas disahkan lumpuh separuh badan selain tidak mampu bercakap akibat angin ahmar.
Adiknya, Jamil Lalmia, 55, berkata sebelum ini Mamu menetap di Kuala Lumpur dan menceburi bidang seni sebagai pelawak selepas berhenti daripada pasukan tentera.
“Dia mula menjadi pelakon sekitar 2003 selain pernah membintangi filem Tak Ori Tapi Ok pada 2005 bersama pelakon AR Badul dan Nasha Aziz.
“Pada 2004, abang sulung saya ini pernah menyertai kumpulan sketsa Isketambola bersama Mohd Tamrin, Musly Ramli serta S Azli dan mereka selalu membuat persembahan di majlis tertentu,” katanya.
Jamil berkata, dia menerima panggilan dari seorang kenalan abangnya pada pertengahan Mac lalu yang memberitahu abangnya itu terlantar di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas rebah ketika sedang minum bersama rakan.
“Selepas 20 hari dimasukkan ke wad HKL baru kami mendapat tahu berita berkenaan dan segera ke sana untuk melihat keadaannya. Ketika ditemui, abang tidak mampu bercakap selain doktor mengesahkan dia lumpuh separuh badan di bahagian kiri.
“Kami membuat permohonan untuk memindahkan abang ke Hospital Kepala Batas (HKB) supaya senang untuk menjaganya,” katanya.
Katanya, selepas dua minggu di HKB, abangnya dibenarkan pulang dan tinggal di rumah seorang adiknya, Seriah Bee Dalmia, 52, di Sungai Dua, di sini.
Seriah yang juga seorang ibu tunggal berkata, dia memerlukan bantuan kewangan untuk menampung kos pembelian susu dan lampin pakai buang abangnya itu.
“Saya tidak bekerja dan hanya bergantung wang PERKESO arwah suami sebanyak RM800 sebulan manakala perbelanjaan susu dan lampin pakai buang abang saya mencecah RM960 sebulan.
“Sehubungan itu, saya harap ada pihak yang sudi membantu untuk meringankan beban kami,” katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua Mohammad Yusoff Mohd Noor yang melawat Rahim berkata, pihaknya akan membantu untuk mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meringankan beban keluarga berkenaan.
Dalam lawatan itu, Mohammad Yusoff turut menyampaikan sumbangan kerusi roda, barang keperluan harian selain sumbangan peribadi. – HARIAN METRO
Bekas Anggota Polis Pukul Ibu Hingga Parah
KUALA TERENGGANU – Seorang bekas anggota polis dijatuhkan hukuman penjara 20 bulan dan denda RM1,500 setelah mengaku bersalah memukul ibunya sehingga cedera parah dan mencuri wang tunai serta barangan milik mangsa.
Tertuduh, Wan Mohamad Shukor Wan Yahya, 31, mengaku melakukan kesalahan itu di hadapan Majistret Rozianti Mohd Hanaphi sebaik pertuduhan dibacakan ke atasnya, semalam.
Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah dan Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan.
Bagi pertuduhan pertama, dia dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan dari tarikh tangkap dan denda RM1,000 sementara pertuduhan kedua, dipenjara 15 bulan dan denda RM500.
Bagaimanapun, mahkamah majistret mengarahkan tertuduh menjalani hukuman serentak iaitu penjara 20 bulan daripada tarikh ditangkap dan denda sebanyak RM1,500.
Wan Mohammad Shukor kini tidak bekerja setelah diberhentikan tugas sebagai anggota polis di Putrajaya, setelah gagal menunjukkan prestasi kerja yang baik.
Mengikut fakta kes, dia didakwa menendang bahagian betis kanan dan menarik leher baju ibunya yang berusia 60 tahun pada 7 April lalu, jam 1 pagi di kediaman mereka di Gong Badak.
Tertuduh yang didakwa berang terus mengamuk dengan memukul ibunya yang juga pengadu tanpa belas kasihan setelah gagal mendapatkan wang tunai RM200 sebagaimana diminta.
Selain memukul sehingga mendatangkan kecederaan parah kepada ibunya, Wan Mohammad Shukor turut mengugut untuk mencederakan ibunya sebelum mengambil barangan di dalam beg tangan pengadu iaitu wang tunai RM450, sebentuk cincin emas dan kad pengeluaran wang automatik (ATM) Bank Simpanan Nasional (BSN).
Tertuduh ditahan pada 12 April lalu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di kediaman mereka.
Pendakwaan dikendalikan Inspektor L Rathna. – Sinar Harian Online
Siti Nuhaliza Kesal Lagu Baharu Dicetak Rompak
PETALING JAYA – Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin begitu kesal apabila single lagu terbaharunya Jaga Dia Untukku yang dipasarkan menerusi iTunes pada 3 April lalu telah dicetak rompak.
Siti, 35, berkata, pihak Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) telah menghubungi syarikatnya iaitu Siti Nurhaliza Production bagi memaklumkan lagu tersebut boleh dimuat turun secara percuma tanpa sebarang urusan pembelian di beberapa laman internet.
“Ini sesuatu yang sangat mengecewakan kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil jalan mudah tanpa memikirkan kesusahan pihak lain yang menghasilkan lagu tersebut.
“Saya sendiri telah turun padang mempromosikan lagu ini secara eksklusif di radio Hot FM pada 3 Mei lalu.
“Malah para peminat saya juga mendapatkan lagu ini dengan melanggan di iTunes. Tetapi pada masa sama, ada pihak yang tidak bertanggungjawab `mencuri’ hasil kerja orang lain,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.
Tambah Siti, walaupun isu cetak rompak sudah lama menjadi masalah tetapi beliau berharap agar peminat atau penyokong industri muzik diberi kesedaran mengenai kesalahan dan impak sesebuah lagu yang dimuat turun secara haram.
“Jika saya sahaja yang berusaha memantau hal ini memang sukar. Bagi saya, semua pihak yang bertanggungjawab harus ada peranan masing-masing. Saya juga sering mengingatkan para peminat untuk mendapatkan album atau single saya dengan cara yang sah dan asli,” ujarnya.
Bagaimanapun Siti berkata, dia bersyukur mengenai perkembangan penjualan lagu Jaga Dia Untukku yang mendapat kedudukan pada carta pertama di iTunes Malaysia.
Siti juga gembira kerana masih ada lagi masyarakat yang memberi sokongan terhadap industri muzik tempatan.
Sementara itu, Presiden RIM iaitu Norman Abdul Halim berkata, pihaknya akan mengambil tindakan serius terhadap isu lagu-lagu tempatan yang dicetak rompak secara digital.
“Bukan hanya lagu Siti, tetapi mana-mana penyanyi yang membuat laporan mengenai isu ini, pihak kami akan mengambil tindakan yang serius.
“Setakat ini, RIM turut bekerjasama dengan pihak polis serta syarikat perisian komputer untuk mengesan pihak yang tidak bertanggungjawab itu,” tegasnya.
Jaga Dia Untukku adalah ciptaan Aubrey Suwito dan lirik hasil tulisan Rozisangdewi. Ia dirakamkan pada Januari 2014. – mStar Online
Rakan Dajal Rancang Rogol Kerana Dendam
London – Hanya kerana tidak sebulu dengan rakan sekerjanya, seorang wanita merancang helah untuk membalas dendam.
Caranya – Joanne Berry menyamar sebagai rakannya itu dan mendaftar di beberapa laman sesawang sembang, termasuk kategori lucah.
Joanne, 30, kemudian mempamerkan dirinya sebagai wanita yang dahagakan seks.
Dia juga merangsang ahli lain di laman sesawang berkenaan dengan menyamar kononnya mengidamkan pengalaman dirogol.
Mahkamah Maidstone diberitahu, pekerja pentadbiran itu kemudian mengajak lelaki yang melayan perbualannya itu supaya datang ‘ke rumahnya’ untuk memenuhi keinginan dirogol.
Namun tanpa diketahui lelaki terbabit Joanne memberi nama, nombor telefon dan alamat rakan yang didendaminya.
Pendakwa Andrew Espley berkata, seorang lelaki Dean Hicks mengetuk pintu rumah mangsa berdasarkan alamat diberi Joanne untuk melakonkan fantasi seks seperti dibincangkan.
“Joanne memang berniat memastikan rakannya itu dirogol dengan memasuki pelbagai laman sembang seks dengan menyamar sebagai mangsa.
“Dia kemudian memberikan nama, alamat dan nombor plet kereta mangsa yang diletakkan di luar kediaman itu untuk memastikan lelaki terbabit memasuki rumah wanita berkenaan dan merogolnya,” katanya.
Menurutnya, Joanne menyimpan dendam selepas bergaduh dengan rakannya itu sekitar Mac 2012.
Dokumen mahkamah menyatakan Joanne membuat dakwaan palsu bahawa dirinya mangsa rogol.
Atas dasar simpati, mangsa cuba memberi sokongan namun mereka bertengkar selepas wanita berkenaan menuduh Joanne sekadar mahukan perhatian apabila enggan bekerjasama dengan polis.
Tertuduh kemudian melemparkan pelbagai tuduhan terhadap mangsa termasuk melalui pesanan ringkas mendakwa wanita itu tidak boleh dipercayai dan menyebabkan Joanne dipecat.
Beberapa hari kemudian kakak mangsa yang tinggal bersamanya membuka pintu rumah selepas diketuk kuat beberapa kali sebelum melihat seorang lelaki di luar.
“Dia mendakwa bersembang dengan mangsa sepanjang hari namun kakak mangsa menyangka dia sekadar tersalah alamat.
“Lelaki itu kemudian beredar tetapi kakak mangsa menemui pesanan ditinggalkan di telefon rumahnya daripada lelaki berbeza.
“Keesokannya mangsa sendiri berada di rumah ketika Hicks mengetuk pintu. Dia terkejut apabila Hicks cuba menyerangnya namun lelaki itu menganggap itu yang diminta dalam sesi sembang mereka,” katanya.
Kata Espley, Hicks menyedari ada sesuatu tidak kena apabila mangsa menjerit meminta bantuan dan cuba menghalangnya masuk.
“Hicks terus memberitahu mangsa mengenai sesi sembang dan fantasi seks yang diceritakan sebelum mendedahkan dia turut diarahkan meminta maklumat mengenai Joanne selepas selesai melakukan fantasi berkenaan,” katanya.
Joanne ditangkap kira-kira sebulan kemudian. – Agensi
Banyak Jasa Lebuh Raya Utara-Selatan
BANYAK pihak mengatakan Lebuh Raya Utara-Selatan yang berusia 20 tahun itu adalah aset kritikal negara atas faktor peranannya sebagai pemangkin kepada nadi pembangunan negara.
Sesungguhnya lebuh raya ini berjaya mewujudkan tempat-tempat dan komuniti baru yang sekali gus menyaksikan pembinaan laluan masuk ke tanah-tanah rancangan Felda dari Perak, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka hingga ke Johor.
Bagaimanapun baru-baru ini, ada pihak membuat tawaran untuk mengambil alih hak milik lebuh raya berkenaan.
Seperti kita sedia maklum, pemegang saham terbesar dalam PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sebagai pemegang konsesi lebuh raya tersebut, kini dimiliki bersama dua agensi kerajaan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan UEM Berhad (UEM).
Jadi ada asasnya cadangan untuk memiliknegarakan PLUS kelihatan dangkal dan itu hanya satu alasan semata-mata.
Daripada pengamatan penulis, pemilihan UEM dan KWSP telah terbukti memberi faedah kepada pengguna-pengguna lebuh raya PLUS kerana penyelenggaraannya sangat baik.
Apabila PLUS menjadi milik dua entiti korporat terbesar milik negara, bermakna ia juga menjadi milik rakyat dan bertanggungjawab memenuhi tuntutan pelaburan dengan memberi faedah atau dividen kepada lebih 14 juta pencarum KWSP.
Kepada penulis, sebagaimana penubuhan Felda, pembinaan lebuh raya ini sekarang menjadi aset penting negara dan merupakan tulang belakang kepada sistem perhubungan darat di Semenanjung Malaysia.
Sebab itu, ia harus menjadi faktor utama untuk mengekalkannya dalam genggaman kerajaan. Kalau kita amati secara dekat, secara jujurnya kita tidak boleh nafikan, manfaatnya kepada rakyat dan negara mengatasi matlamat kepada syarikat swasta atau pun individu.
Selain syarikat pengangkutan, lebuh raya PLUS biasanya digunakan oleh kita apabila hendak bertugas di luar pejabat ataupun balik kampung ketika musim perayaan dan bercuti bersama keluarga. Lebuh raya yang kerap dan hari-hari kita guna adalah lebuh raya tol antara bandar.
Jika ada pihak yang benar-benar prihatin terhadap rakyat, mungkin lebih baik mereka mengambil alih lebuh raya antara bandar kerana kebanyakan warga kota seperti penulis rata-rata menggunakannya setiap hari untuk ke tempat kerja.
Di Lembah Klang sahaja ada lebuh raya SPRINT, LDP, NPE, LEKAS, KESAS dan beberapa yang lain. Lebuh raya bertol itu juga mempunyai jumlah pengguna yang tinggi, sedangkan lebuh raya kendalian PLUS operasinya lebih tertumpu antara lapan negeri.
Mungkin pihak berkenaan boleh berbincang dengan pengendali tol tersebut kerana ia lebih bermanfaat untuk warga kota terutamanya di Lembah Klang.
Kita bersyukur dan beruntung sebab lebuh raya di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam dan Johor Bahru banyak memendek dan memudahkan perjalanan pengguna walaupun bilangan kenderaan bertambah setiap tahun, berbanding fenomena kesesakan di bandar raya Jakarta dan Bangkok.
Cuma kekerapan kenaikan kadar tol perlu dikaji semula supaya tidak membebankan rakyat.
Ahli perniagaan dan syarikat konsesi lebuh raya tol amat-amat diharapkan supaya dapat memberi ruang untuk tidak hanya memikirkan mahu cepat mendapat pungutan wang pelaburan mereka sahaja, berilah peluang kepada kerajaan dan rakyat untuk ‘membayar balik’ dalam bentuk yang tidak membebankan.
Ini mesti diterapkan supaya negara kita lebih sustainable dan kos sara hidup rakyat dapat sedikit sebanyak diringankan.
Disebabkan kerajaan mendengar denyut nadi rakyat, kali terakhir PLUS menaikkan kadar tol adalah pada 2005, dengan semakan semula pada 2011 yang menyaksikan PLUS dimiliknegarakan di bawah Kumpulan UEM dan KWSP bermakna selama 10 tahun kadar tol kekal.
Dengan prasarana yang terancang dan bertaraf antarabangsa, sistem rangkaian lebuh raya PLUS telah memainkan peranan penting dalam pembangunan industri sawit Felda dan pembangunan sosioekonomi masyarakat Felda.
Sebagai contoh paling mudah, lebuh raya PLUS telah memudahkan dan menjimatkan masa pengangkutan dan penghantaran hasil sawit Felda ke pusat pengumpulan mahupun penapisan sekali gus memacu perkembangan industri sawit serta pembangunan sosioekonomi para peneroka Felda.
Seterusnya, pembangunan ini juga telah menyaksikan pelbagai limpahan ekonomi dan pertumbuhan setempat seperti kewujudan bandar-bandar baharu.
Malah generasi Felda yang kebanyakannya bekerja dan berhijrah ke Lembah Klang seperti penulis, mendapat manfaat daripada lebuh raya PLUS ini dengan kemudahan berulang-alik ke kampung halaman dengan selesa, jimat masa dan lebih selamat.
Justeru tawaran pihak swasta untuk mengambil alih lebuh raya PLUS dianggap kurang wajar kerana kerajaan telah melaksanakan tugas dengan baik dalam menjaga dan mengurus aset penting negara.
Dengan adanya entiti kerajaan yang bertanggungjawab terhadap aset negara ini, bermakna rakyat masih mempunyai tempat dan platform untuk mengadu tentang kadar tol tetapi jika aset negara ini dimiliki pihak tertentu, ke manakah arah untuk mengadu?
Biarlah lebuh raya PLUS yang menjadi nadi dan tulang belakang Semenanjung Malaysia kekal di bawah tanggungjawab UEM dan KWSP.
Perkara sudah elok biarlah dikekalkan.
Oleh Datuk Khairil Anuar Aziz
PENULIS ialah Generasi Kedua Felda dan Ahli Panel Gabungan Pemikir Profesional Felda (Gaprof) - MyNewsHub
Remaja Buang Bayi MENANGIS Lihat Gambar Mayat Anaknya Di Mahkamah
Ampang – Seorang jurujual farmasi yang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam, atas pertuduhan membuang bayi yang dilahirkannya di dalam tandas di Taman Melawati di sini, Jumaat lalu menangis sebaik melihat gambar mayat anaknya ketika ditunjukkan polis mahkamah.
Dengan pengakuan remaja berusia 18 tahun itu, Majistret Noor Farah Hazwani Osman menetapkan 16 Julai ini untuk jatuh hukum dan mendapatkan laporan akhlaknya.
Remaja itu pada mulanya mengaku tidak bersalah, namun menukar pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan semula kepadanya.
Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa menyembunyikan kelahiran seorang bayi dengan membuang mayat bayi itu tanpa diketahui sama ada itu bayi mati selepas atau semasa dilahirkan.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu jam 4 petang pada 2 Mei lalu di tandas sebuah farmasi di Taman Melawati.
Remaja perempuan yang juga pekerja farmasi berkenaan ditahan ketika sedang menerima rawatan di sebuah hospital berdekatan .
Penahanan itu dibuat selepas rakan sekerjanya menemui mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat di dalam tandas premis berkenaan.
Pekerja berusia kira-kira 30 tahun itu menemui mayat bayi tersebut yang sudah kaku pada pukul 4 petang iaitu ketika dia masuk untuk meletakkan bekas berisi air di situ.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah berkata, pihak polis menerima panggilan daripada salah seorang pekerja farmasi terbabit sebelum sepasukan pegawai polis dan forensik dikerah ke lokasi kejadian.
Sebaik sahaja tiba katanya, pihak forensik mendapati mayat bayi yang berada di dalam mangkuk tandas sudah tidak bernyawa.
“Kita akan bekerjasama dengan pihak pengurusan bagi meneliti kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan bagi membantu siasatan.
“Mayat bayi yang cukup sifat itu dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat,” katanya.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Ke seksaan kerana menyembunyikan kelahiran atau pembuangan bayi yang telah mati.
- Harian Metro
SULTAN BRUNEI: Titah Penuh Pengisytiharan Penguatkuasaan Hukuman Jenayah Syariah
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillaahir Rahmaanir Raheem
Alhamdulillah Rabbil ‘Alameen, Wabihiee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu’ Wassalaamu ‘Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.
Mari lah kita sama-sama merafa’kan syukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin-Nya jua, dapatlah kita berkumpul di pagi yang indah ini.
Pada 22hb Oktober, 2013 yang lalu, Beta telah mengumumkan pewartaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah, 2013. Maka pada hari ini, setelah berlangsung enam bulan, Beta dengan bertawakal kepada Allah Subhanahu Wata’ala serta bersyukur, mengisytiharkan bahawa esok, hari Khamis 1hb Rejab, 1435 Hijrah bersamaan 1hb Mei, 2014 Masihi adalah tarikh, mulanya berkuatkuasa Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah, 2013, fasa pertama, yang kemudian akan diikuti pula dengan fasa selanjutnya.
Tidaklah berbangkit sama sekali kita menangguhkannya, sebagaimana yang dinukil oleh media. Kita perlu memahami ungkapan : “enam bulan selepas Akta digazetkan”, dimana sehingga kehari inipun ia masih lagi dalam lingkungan enam bulan tersebut.
Alhamdulillah, dengan ini kita mengulangi lagi sejarah perundangan Islam yang pernah diamalkan beberapa kurun terdahulu di Negara ini. Semua itu adalah berkat keazaman kita untuk menolong ugama Allah di bumi yang bertuah ini. Allah telah berjanji untuk menolong kita jika kita menolong ugama-Nya. Ini pasti berlaku sebagaimana firman-Nya dalam Surah Muhammad, ayat 7, tafsirnya:
“Wahai orang-orang yang beriman jika sekiranya kamu menolong (ugama) Allah, (nescaya) Allah akan menolong (dan membela kamu untuk mencapai kemenangan) serta menetapkan pendirian kamu (dalam membela kebenaran).”
Dengan mengembalikan segala pujian kepada Allah, maka kewajipan Beta dan kewajipan kita semua dihadapan-Nya dalam perkara perundangan, sudahpun kita sempurnakan. Tinggal sahaja lagi peranan masing-masing, terutama agensi-agensi yang berkaitan, hendaklah melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab, amanah dan berhemah.
Ingatlah, fokus kita hanyalah kepada Allah jua, untuk mencari redha-Nya semata-mata, bukan melihat kekiri atau kekanan untuk mencari-cari siapa yang suka atau tidak.
Kita tidak pernah melihat orang lain dengan kacamata yang buruk, kerana itu adalah hak dan pilihan mereka. Kita juga tidak mengharapkan mereka untuk menerima dan mempersetujui kita, tetapi memadailah jika mereka menghormati kita sahaja, sebagaimana kita juga menghormati mereka.
Ada pun andaian-andaian berupa pelbagai teori adalah perkara lumrah yang tidak pernah berkesudahan. Kita tidak boleh berpegang kepada teori yang statusnya tidak lebih daripada teori, berbanding dengan apa yang kita pilih ialah tuntutan Allah. Sesungguhnya tuntutan Allah itu bukanlah ia teori, tetapi “hukum wajib” yang tidak ada keraguan padanya.
Kalau teori mengatakan Undang-Undang Allah kejam dan tidak adil, tetapi Allah sendiri telah menegaskan undang-undang-Nya itu adil. Maka dimanakah harga teori itu disini berhadapan dengan wahyu Allah?
Dengan ikhlas kita tegaskan, bahawa keputusan untuk melaksanakan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah, 2013 ini bukanlah untuk suka-suka, tetapi adalah atas dasar mematuhi perintah Allah yang termaktub di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith.
Beta amatlah bangga dan sukacita atas pendirian rakyat dan penduduk Negara ini yang telah menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi, termasuk daripada kalangan mereka yang bukan berugama Islam. Lebih-lebih lagi sokongan padu itu turut diambil oleh Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara di dalam sidangnya yang berlangsung baru-baru ini.
Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
SULTAN BRUNEI: Titah Penuh Pengisytiharan Penguatkuasaan Hukuman Jenayah Syariah http://t.co/8D25FvmaMC via @sharethis @Azizulhelmy
— MyNewsHub (@mynewshub)
SUSULAN: Pian Cecupak, Boy Iman, Nash Terima Gelaran Datuk Tidak Diiktiraf Di Negeri Melaka
Pian Cecupak yang pernah mencetuskan kontroversi menerusi pengakuannya yang melakukan suntikan wajah, dikhabarkan telah dianugerahkan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.N.M), dari Kerajaan Naning, yang membawa gelaran Datuk, baru-baru ini.
Meskipun gelaran itu menjadi pertikaian oleh segelintir pihak, namun Pian tetap bersyukur kerana dia terpilih menerima gelaran itu bersama dua rakan artis lain, iaitu penyanyi Boy Iman dan Nash.
Anugerah ini sebenarnya dari tahun 2011 lagi kerajaan Melaka telah istiharkan sebagai tidak sah dan tidak mendapat pengiktirafan dari Kerajaan Negeri Melaka.
Secara tidak langsung mereka ini tidak boleh menggunakan gelaran Datuk tersebut pada nama mereka.
ALOR GAJAH 29 Mei 2011 - Majlis penganugerahan darjah kebesaran dan anugerah gelaran kehormat yang disampaikan oleh Undang Luak Naning, Datuk Abdul Latif Hashim kepada 43 penerima pada satu majlis tertutup Selasa lalu dianggap sebagai tidak sah.
Jawatankuasa Lembaga Adat Naning, Omar Ali berkata, Abdul Latif bukan lagi Undang Luak Naning pada hari majlis penganugerahan itu berlangsung kerana telah dipecat daripada jawatan itu pada 21 Mei.
Menurutnya, Abdul Latif bukan lagi Undang Luak Naning selepas Lembaga Adat Naning yang dianggotai empat Tiang Balai bersepakat meluruhkan pesakanya (dipecat) pada 21 Mei lalu.
"Tindakan memecat Abdul Latif yang juga bekas Undang Luak Naning ke-19 diambil selepas beberapa kali Lembaga Adat memberikan surat teguran berhubung pelbagai salah lalu adat dan sivil namun tidak diendahkan olehnya," kata Omar ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.
Beliau berkata, tindakan Abdul Latif itu disifatkan sebagai satu penderhakaan kepada kerajaan negeri dan Yang Dipertua Negeri serta jelas melanggar Perlembagaan Negeri.
Katanya, istiadat seumpama itu tidak pernah dilakukan oleh Undang Luak Naning yang terdahulu sejak wujudnya institusi Adat Perpatih Naning lebih 300 tahun dahulu.
Sementara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam baru-baru ini memberitahu, anugerah darjah kebesaran dan pingat gelaran kehormat yang diadakan tidak diiktiraf kerajaan negeri.
Ini kerana, menurut beliau, pihaknya tidak dimaklumkan mengenai penganjuran majlis tersebut oleh mana-mana pihak berkaitan.
Katanya, darjah kebesaran dan anugerah gelaran yang disampaikan itu adalah tidak sah dan tidak diiktiraf oleh kerajaan kerana hanya Yang Dipertua Negeri sahaja yang mempunyai hak mengurniakan sebarang darjah kebesaran.
Beliau berkata, penerima seharusnya memeriksa dengan bahagian protokol negeri terlebih dahulu bagi mengetahui sama ada darjah dan gelaran yang dianugerahkan itu diwartakan oleh kerajaan negeri atau tidak.
No comments:
Post a Comment