Wednesday, May 14, 2014

Berita Terkini 14 May 2014

MH370 : Jangan Ulangi Kesilapan Yang Sama – Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui terdapat kelemahan di pihak kerajaan Malaysia dalam mengendalikan insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. Beliau turut mewakili pihak kerajaan menyesali beberapa aspek dalam kes berkenaan khususnya dari segi komunikasi antara kawalan trafik udara dan pesawat MH370 ketika dalam penerbangan. “Saya percaya Malaysia akan diberikan pujian kerana berusaha melakukan apa yang terbaik dalam sesuatu perkara yang hampir mustahil. “Tidak pernah dilakukan oleh negara seperti Malaysia yang bersaiz kecil untuk mengendalikan operasi mencari melibatkan urusan diplomatik dan ketenteraan sehingga berjaya menyelia 26 buah negara berbeza untuk menjalankan operasi mencari terbesar dalam dunia. “Bagaimanapun, kami tidak melakukan semuanya dengan tepat. Dalam beberapa hari di peringkat awal selepas pesawat berkenaan hilang, kami terlalu memberi fokus kepada usaha mencari pesawat berkenaan sehingga dilihat mengabaikan keutamaan komunikasi,” katanya dalam satu artikel tulisannya dalam ruangan pendapat laman web The Wall Street Journal hari ini. Menurut beliau sela masa kira-kira empat jam selepas pesawat MH370 itu hilang sebelum operasi mencari dan menyelamat dijalankan akan disiasat secara terperinci. “Pihak kawalan trafik udara pula mengambil masa sehingga empat jam sebelum operasi mencari dan menyelamat diadakan. Kehilangan pesawat berkenaan ketika berada diantara komunikasi dua negara mencetuskan kekeliruan yang besar,” kata Najib.

Berikut ialah artikel penuh yang ditulis beliau di dalam WSJ.
Pengajaran Malaysia Kehilangan Pesawat MH370 Tiada siapa tahu ia akan berlalu, dan tiada siapa menjangkakan di mana lokasinya. Itu adalah apa yang berlaku sekarang kepada pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. Kehilangan pesawat itu pada 8 Mac lepas adalah sebahagian daripada kejadian luar biasa yang berlaku dalam industri penerbangan dunia. Dalam penerbangan biasa dari Kuala Lumpur ke Beijing, beberapa ketika selepas pihak kawalan trafik udara Kuala Lumpur menyerahkan kawalan kepada Ho Chi Minh City di Vietnam, sistem komunikasi pesawat dipadamkan. Pesawat itu membuat satu pusingan berpatah balik ketika berada di ruang udara Semenanjung Malaysia melencong dari laluannya ke Beijing. Ia kemudian terbang utara ke Selat Melaka dan kemudian membuat pusingan U di ruang udara Sumatera dan kemudian mengakhiri penerbangan di selatan Lautan Hindi, kira-kira setengah perjalanan ke Antartika. Perkataan yang sering digunakan untuk kejadian ini ialah luar biasa dan tidak pernah berlaku. Turut tidak pernah berlaku ialah cara yang digunakan untuk mencari pesawat itu. Selepas ketiadaan langsung sebarang komunikasi antara pesawat seperti biasa, pasukan penyiasat antarabangsa yang turut disertai pakar penerbangan terpaksa menggunakan isyarat satelit “handshakes”, matemarik dan teknik yang begitu rumit yang tidak pernah digunakan untuk mengenalpasti lokasi pesawat. Pasukan berkenaan berjaya mengenalpasti lokasi akhir MH370, dan lokasi telah pun dikecilkan di satu kawasan barat Australia. Bagaimanapun, dengan penggunaan minda yang paling cerdik, teknologi paling canggih, tugas mencari masih sesuatu yang besar. Untuk mencari pesawat berkenaan, bukanlah sesuatu yang mudah dan tidak boleh dilakukan dalam masa singkat. Tragedi ini sudah pun mencetuskan rasa kesedihan dan keresahan kepada ahli keluarga penumpang yang menaiki pesawat berkenaan. Dengan ketiadaan sebarang bukti seperti serpihan, kejadian ini lebih sukar diterima oleh mereka. Tanpa sebarang bukti fizikal atau penjelasan jelas mengapa perkata ini berlaku, perhatian orang ramai sudah pastinya akan terarah kepada pihak berkuasa dan kerajaan Malaysia yang akan menerima tumpuan dan kritikan. Saya percaya Malaysia akan diberikan pujian kerana berusaha melakukan apa yang terbaik dalam sesuatu perkara yang hampir mustahil. Tidak pernah dilakukan oleh negara seperti Malaysia yang bersaiz kecil untuk mengendalikan operasi mencari melibatkan urusan diplomatik dan ketenteraan sehingga berjaya menyelia 26 buah negara berbeza untuk menjalankan operasi mencari terbesar dalam dunia. Bagaimanapun, kami tidak melakukan semuanya dengan tepat. Dalam beberapa hari di peringkat awal selepas pesawat berkenaan hilang, kami terlalu memberi fokus kepada usaha mencari pesawat berkenaan sehingga dilihat mengabaikan keutamaan komunikasi. Selain itu, pihak kawalan trafik udara pula mengambil masa sehingga empat jam sebelum operasi mencari dan menyelamat diadakan. Kehilangan pesawat berkenaan ketika berada diantara komunikasi dua negara mencetuskan kekeliruan yang besar. Bagaimanapun, operasi mencari pesawat MH370 bermula lebih awal berbanding kes kejadian melibatkan pesawat Air France, penerbangan 447 pada 2009. Oleh itu, tempoh masa untuk bertindak akan disiasat secara terperinci. Saya berjanji yang kerajaan Malaysia akan terus mencari pesawat itu selama mana pun diperlukan. Kita juga akan terus mengendalikan siasatan bebas untuk mempelajari daripada kesilapan kita. Kita telah pun memperketatkan keselamatan di lapangan terbang, dan kini pasukan penyiasat sedang melihat cara bagaimana untuk memperbaiki keselamatan dalam penerbangan. Malaysia bukanlah satu-satunya pihak yang mesti belajar dari kejadian MH370. Terdapat pengajaran penting yang perlu diambil kira oleh industri penerbangan dunia. Antara perkara paling menghairankan ialah pesawat sebesar MH370 iaitu jenis Boeing 777 boleh hilang tanpa sebarang jejak dan kesan. Dalam era telefon bimbit pintar dan internet, sistem menjejaki pesawat dalam penerbangan secara langsung sepatutnya sudah pun dilaksanakan. Dalam kejadian Air France 447 yang terhempas ke dalam Lautan Atlantik, penyiasat mencadangkan industri penerbangan memperkenalkan perubahan untuk membolehkan pasukan mencari mampu mengesan lokasi pesawat terhempas dengan segera. Bagaimanapun, sehingga hari ini tiada sebarang langkah yang diambil. Laporan awal kehilangan pesawat MH370 dari Malaysia menyertakan sekali cadangan untuk satu sistem menjejaki pesawat yang lebih baik melibatkan pesawat komersial. Minggu ini, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bermesyuarat di Montreal, Kanada. Satu daripada isu yang akan dibincang ialah sistem menjeak pesawat. Saya dengan kuat menggesa ahli ICAO untuk mengutamakan cadangan ini. Kita juga mungkin boleh melihat keperluan untuk menukar sistem komunikasi pesawat yang dikenali sebagai Transponder dan Aircraft Communications Addressing and Reporting Systems (ACARS) supaya ia tidak boleh dimatikan ketika dalam penerbangan. Pihak yang mempunyak kepentingan juga perlu melihat kemampuan kotak hitam pesawat atau perakam data penerbangan. Ketika ini, alat pengesan lokasi kotak hitam boleh menghantar isyarat berkaitan lokasinya hanya untuk 30 hari. Kuasa baterinya kemungkinan boleh dilanjukan lagi kepada 90 hari, seperti yang dicadangkan Kesatuan Eropah (EU). Jika alat pengesan itu mampu bertahan selama 90 hari berbanding hanya 30 hari, kemungkinan besar pasukan mencari telah berjaya mengesan pesawat itu hari ini. Pada masa ini, kotak hitam pesawat hanya boleh merakamkan kira-kira dua jam perbualan di dalam kokpit, ia dilihat tidak mencukupi. Jika kotak hitam pesawat MH370 ditemui nanti, maklumat penting komunikasi di dalam kokpit beberapa jam selepas pesawat berkenaan dikesan hilang tidak akan dapat diperolehi. Dengan melihat telefon iPhone boleh merakamkan audio selama 24 jam, pastinya kotak hitam pesawat perlu mempunyai memori yang cukup untuk merekodkan komunikasi keseluruhan apapun penerbangan. Alat penghantar isyarat penerbangan juga perlu ditambahbaik, ketika ini ia tidak begitu berfungsi dengan baik di dalam air. Segala perubahan ini mungkin tidak mampu menghalang tragedi seperti MH370 dan Air France 447. Bagaimanapun ia akan menjadikannya sukar bagi sesebuah pesawat untuk hilang begitu sahaja dan sudah pasti ia akan dapat dikesan dengan lebih mudah. Ia akan menjamin keselamatan orang ramai yang menaiki penerbangan dan juga mengurangkan risiko kejadian yang aneh dan luar biasa daripada berulang. Industri penerbangan dunia tidak hanya perlu mengambil pengajaran dari kejadian MH370 tetapi melaksanakan perubahan, dunia mengambil pengajaran kejadian Air France tetapi hanya berdiam diri.
Jangan ulang kesilapan yang sama.

NAJIB RAZAK

Sumber: Inbu Khisairy Aris / My News Hub

MH370 : Australia Peruntukan $89.9 Juta Dolar Ops Mencari

KERAJAAN Australia telah memperuntukkan $89.9 juta Dolar (RM271 juta) pada belanjawan 2014 negara itu untuk meneruskan operasi pencarian pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) MH370 di kawasan selatan Lautan Hindi. Laporan Daily Mail UK menyebut jumlah itu diperuntukkan kerana jangkaan Australia bahawa operasi pencarian berskala besar itu berkemungkinan berlarutan selama kira-kira dua tahun. Lebih-lebih lagi pencarian yang sedang dijalankan sehingga hari ini gagal menemui sebarang objek yang berkaitan dengan pesawat itu. Kerajaan Australia turut mengumumkan perbelanjaan sebanyak $27.9 juta Dolar kepada Jabatan Pertahanan untuk menampung kos pencarian pesawat MH370 sehingga bulan depan. Sebanyak $2 juta Dolar pula akan diperuntukkan kepada Pusat Koordinasi Kerjasama Agensi (JACC) yang diwujudkan pada 30 Mac lepas untuk mengendalikan operasi mencari. “Kerajaan akan menyediakan sehingga $89.9 juta Dolar untuk tempoh dua tahun sebagai sebahagian daripada komitmen Australia untuk mencari pesawat MH370. “Sebanyak $60 juta Dolar lagi belanjawan tambahan untuk dua tahun akan disediakan untuk Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) untuk fasa seterusnya pencarian pesawat yang hilang pada 8 Mac lepas itu,” menurut kenyataan belanjawan. Pengumuman berkenaan dibuat selepas beberapa ketika berita dari pasukan mencari bahawa isyarat ping yang dikatakan hadir dari kotak hitam pesawat MH370 yang hilang berkemungkinan besar tidak langsung berpunca dari pesawat itu. Seorang pegawai kanan Tentera Laut Australia berkata beliau berasakan ada beberapa isyarat yang dikesan bulan lepas sebenarnya tidak datang dari kotak hitam MH370. Komander Tentera Laut Australia James Lybrand berkata empat isyarat ping yang dikesan oleh kapal selam robotik milik Amerika Syarikat Bluefin-21 bukan hadir dari alat yang dicipta manusia kerana isyaratnya terlalu lemah. Pasukan pencarian mengesan dua isyarat pada 5 April lepas dengan frekuensi 33.5kHz sebelum dua lagi isyarat dikesan tiga hari selepas itu dengan frekuensi 27kHz. Dengan dua isyarat dilihat lebih rendah dari frekuensi alat pengesan kotak hitam iaitu 37.5kHz, isyarat yang dikesan pada 5 April adalah dilihat berkemungkinan datang dari pesawat yang hilang itu. Menurut Lybrand, frekuensinya yang rendah berkemungkinan berpunca dari kuasa bateri yang semakin lemah ditambah keadaan laut yang bergelora. Sumber: Ibnu Khusairy Aris / My News Hub

Pemuda Sebak, Kucup Mayat Rakannya Berulang-Kali Di Tepi Jalan…

GEORGETOWN – “Kami jadi sahabat karib sejak usia tujuh tahun, saya tak dapat terima yang dia maut dalam kemalangan,” raungan seorang lelaki apabila melihat rakan baiknya meninggal akibat kemalangan, semalam. Lelaki yang dikenali sebagi Raj tidak dapat mengawal perasaan dan dilihat beberapa kali mencium rakannya yang terbaring kaku di tepi jalan. Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa bergesel dengan sebuah kereta di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu. Difahamkan, kedua-dua kenderaan itu dari arah Queensbay menghala ke Georgetown. Mangsa, LS Revaneswaran, 20, yang cedera parah di leher dan kaki disahkan maut di tempat kejadian manakala rakannya cedera dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang. Pemandu kereta dan isterinya tidak mengalami sebarang kecederaan. Pemandu kereta yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Sayuti berkata, dia bersama isterinya dalam perjalanan ke Persiaran Gurney dan tiba-tiba terdengar dentuman serta berasa kereta bergoyang. “Apabila melihat cermin sisi sebelah kiri, baru saya menyedari berlaku kemalangan. “Saya nampak mangsa dan rakannya melambung dari motosikal dan terus berhenti kenderaan di tepi jalan,” katanya. Sumber: Sinar Harian

Video CEMAS! Tembak Menembak Di Antara Polis & Penjenayah Di MRR2 Tersebar

KEJADIAN tembak menembak yang berlaku semalam 13may di MRR2, Cheras. Menurut saksi, berlaku adegan kejar mengejar di antara polis dan penjenayah yang menggunakan kereta Honda DC5 sewaktu berselisih dengan kereta suspek yang menghala ke Pandan Indah sebelum kejadian tembak menembak tersebut. Kedua-duanya kemudiannya didapati berpatah balik ke MRR2 dan polis akhirnya berjaya mengaggalkan usaha suspek untuk terus melarikan diri. Menurut saksi lagi, kejadian berlaku amat pantas. Kenderaan yang dipandu oleh penjenayah dan polis juga dipandu dengan laju. Tahniah PDRM kerana berjaya memberkas penjenayah yang dikehendaki.

Sumber: My Media Hub Online

Astro ‘Sambar’ Zizan, Beri Kontrak RM2 Juta?

SEBELUM ini, kami pernah menyiarkan mengenai desas-desus yang mengatakan pelakon dan pengacara Zizan Razak bakal mengikat kontrak bernilai RM2 juta bersama pihak pengurusan Astro. Bagaimanapun, ketika itu dia belum membuat sebarang pengesahan kepada media kerana masih belum dihubungi pihak berkenaan. Ha, nampaknya kali ini ia bukan sekadar khabar angin sahaja! Zizan kini sah berada di bawah pengurusan Astro dan ia diakui oleh pelakon itu sendiri menerusi Berita Harian. Katanya, dia mengharapkan kerjayanya akan lebih bagus kerana sudah diuruskan oleh pihak yang lebih profesional. “Saya juga akan sama-sama berbincang untuk memantapkan lagi kerjaya saya dalam semua bidang yang diceburi,” ujar kekasih kepada Emma Maembong itu

Secara tidak langsung, Zizan kini sudah melangkah keluar dari syarikat lamanya iaitu Wireframe yang masih akan terus beroperasi seperti biasa. Itulah yang dinamakan rezeki datang bergolek… Sumber: Elza / My News Hub

Aksi cium mulut Che Ta dan suami jadi isu dikalangan peminat

SELEPAS kontroversi foto selfie mereka atas katil di Krabi, kini pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin sekali lagi diperkatakan apabila Che Ta memuat naik foto bercium mulut di Paris dalam akaun Instagram miliknya. Foto itu menjadi kontroversi di kalangan pengikutnya di Instagram apabila ada kebanyakannya yang tidak bersetuju dengan adengan bercium mereka yang dikatakan agak keterlaluan dan menunjuk nunjuk. Namun, tak kurang juga yang tidak bersetuju dengan komen negatif dari pengikutnya dan akhirnya mereka bergaduh anyara satu sama lain apabila turut berbalas balas komen di foto tersebut. Pasangan itu bagaimana pun mendiamkan diri dan tidak memberikan apa-apa respon terhadap pengikutnya. Penulis pun pening juga melihat komen-komen peminat itu, tapi rasanya mungkin mereka prihatin terhadap artis kesayangan mereka. Sumber: Murai

Tasha Shilla Tertekan Dihina Peminat

PETALING JAYA: Pelakon Tasha Shilla tertekan dengan komen negatif berunsur hinaan yang dilemparkan pengikut-pengikut laman sosialnya terhadap hubungan dia dengan kekasihnya,Han Chen Wong. Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abd Razak, 27, berkata, peminat tidak wajar menjatuhkan hukuman atau mengawal segala tindak-tanduknya melalui gambar-gambar yang dikongsi di laman sosial Instagram miliknya. “Saya memang tertekan dengan komen-komen negatif mereka, ramai diantara mereka terpaksa saya block kerana bersikap kurang ajar. “Saya tidak perlu untuk jaga hati peminat, mereka sepatutnya memahami dan bukan mengawal hubungan saya. Cukuplah keluarga saya merestui hubungan kami,” ujarnya kepada mStar Online. Tasha berkata demikian ketika ditanya tentang kritikan dan komen negatif yang sering dilemparkan oleh pengikut-pengikut laman sosial Instagram setiap kali dia memuat naik gambar bersama kekasihnya. Tasha turut memberi amaran kepada peminat yang berniat untuk menghina atau memberi komen negatif terhadapnya tidak perlu menjadi pengikutnya di laman sosial berkenaan. Sementara itu, Tasha yang merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan mengakui, sedang di peringkat memahami dunia masing-masing. Dia akui, kekasihnya yang juga peninju Muay Thai itu sedang membiasakan diri dengan kehidupan dalam dunia selebriti. “Pada awalnya dia agak rimas juga dengan perhatian orang terhadapnya. Saya pula cuba masuk dengan dunia Muay Thai dia, sementara dia belajar memahami dunia saya,” katanya. Sumber: mStar

Bayi Usia 5 Hari Diletak Pelekat Di Mulut Kerana Terlalu Bising

Filipina – Kejam betul jururawat di sebuah wad bersalin hospital di bandar Cebu. Bayangkan dia sanggup melekatkan pita pelekat pada mulut bayi yang baru berusia lima hari, kerana bayi itu dikatakan `terlalu bising’. “Bayi awak sangat bising, jadi saya letak itu (pelekat) di mulutnya,’’ itu jawapan tidak berhati perut jururawat terbabit kepada si ibu, Jasmine Noval apabila dia bertanya mengenai mengenai keadaan bayinya itu. Jasmine mendapati bayinya, Yohannes dilekatkan dengan pita itu sekembalinya ke pusat jagaan bayi di hospital berkenaan. Selepas didesak, akhirnya jururawat itu membuka pelekat tersebut, menyebabkan kulit pada bibir bayi itu luka. Tidak berpuas hati dengan keadaan itu, Yasmine memberikan gambar yang dirakamkannya kepada suaminya, Ryan Noval yang kemudian memuat naik dalam Facebook. “Jika anda mendapati bayi anda yang baru dilahirkan selamat, fikir semula….Bayi anda mungkin menjadi mangsa dalam diam, dan anda tidak mungkin mengetahui mengenainya!!!!,”. Itu yang ditulis oleh Noval dalam Facebooknya. Mereka kemudiannya membuat aduan dan pihak hospital kini sedang menyiasat insiden tersebut. Sumber: My News Hub

Ahmad Razif Mula Tugas MB Terengganu

DATUK Ahmad Razif Abdul Rahman memulakan tugasnya sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu secara rasmi pada pagi Rabu. Beliau memasuki pejabat Menteri Besar di Tingkat Enam, Wisma Datul Iman di Kuala Terengganu tepat pukul 7.45 pagi. Ahmad Razif berkata, beliau bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) negeri itu dijangka akan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya pada pukul 1 tengah hari Rabu. Permulaan tugas Ahmad Razif sebagai ketua eksekutif baharu Kerajaan negeri Terengganu selepas pelantikan jawatan itu pada Isnin bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said yang meletakkan jawatan. Beliau mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu pada malam Isnin. Ahmad Razif merupakan Adun Seberang Takir selama dua penggal sejak 2008. Sumber: mStar

Anwar Ibrahim, Wan Azizah Terlibat Kemalangan

SHAH ALAM – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri dimaklumkan terlibat dalam satu kemalangan di Desa Sri Hartamas kira-kira jam 10 malam tadi. Anwar dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan. “Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu, tapi Alhamdulillah berada dalam keadaan selamat, tidak memerlukan pembedahan. Dr Wan Azizah juga berada dalam keadaan selamat dan sedang diperiksa doktor,” menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan ringkas. Kedua-dua, Anwar dan Azizah akan pulang ke rumah malam ini selepas mendapatkan rawatan, katanya. Sumber: Sinar Harian

Pensyarah Hina Sarawak Mohon Maaf & Dakwa Facebook Digodam

Pensyarah yang telah membuatkan rakyat Sarawak berang di media sosial(Baca disini) tampil memohon maaf setelah menyedari status dan gambar-gambar beliau tersebar luas. Ikut luahan hati beliau.

Assalamualaikum.
i know its a viral on FB regarding the issue that i've posted few weeks back then. Yes, i am working in Betong Sarawak for two years and few months. i didnt expect someone hacked my FB after i've deactivated it a week ago. Until someone told me my FB is currently Active. The post is actually supposed between me, my closed friends and family because the real situations that i face is only they know better. Before i posted it, i already hide it from some of my friends because i know this would lead other cases. i didnt realize someone hacked it and become public to everyone. i did purposedly made it private because i know its a very very very Sensitive issue. With the UNCONTROLLED emotions with DEPRESSION sometime i overact.
I dont have any intention to underestimate anyone and any places especially to Sarawakian/Sarawak.For i truly believe Sarawak has NOTHING to be blamed for. I am deeply sorry if my foolishness has wounded the hearts of Sarawakian. And yes, i am shameful that such words aren't supposed to be said/typed in the first place.
Pls know that I had deactivated the FB few hours after i realized its wrong to say so and i should better stay away from FB. And i am writing this just so everyone knows how sorry i am and that i shall not repeat the same things ever again. This is a lesson for me n i hope everyone else learnt something frm this too.
And to the whole of Sarawak, i humbly apologize for my mistakes. It is unbearable to me to know that the whole of swak is mad becoz of my actions. I will not repeat such disrespectful acts and i hope u can forgive me too.

I AM TRULY SORRY
JONATHAN JOSEPH

Jonathan dalam komen di status permohonan maaf itu turut memuatnaik gambar bukti yang kononnya terdapat orang lain dari Kuala Lumpur telah menceroboh Facebooknya.

Walaupun telah memohon maaf, kemarahan rakyat Sarawak masih tidak redha dan masih ramai yang mahu beliau keluar dari negeri itu. Namun ada juga yang menerima permohonan maaf itu dengan hati yang terbuka...
Page-page terbesar di negeri itu turut mengulas permohonan maaf beliau seperti dibawah:

Sumber: TgkTvOnline

Kisah Warga Asing Bergaji 'RM5,900' Sebulan di Malaysia

Zaheer atau lebih dikenali sebagai Saddam Hussein baru berumur 23 tahun. Datang ke Malaysia dengan sebuah syarikat yang menawarkan khidmat potong rumput di sekitar Subang Jaya. Kerja beliau dari 8 pagi sehingga 2 petang setiap hari dan dibayar sebanyak RM1000 sebulan dengan cuti setiap hujung minggu. Beliau menggunakan masa selepas 2 petang untuk memotong rumput dan berkebun di rumah-rumah sekitar USJ. Tiada harga tertentu ditetapkan tetapi purata setiap hari antara 2 petang hingga 7 malam beliau mampu untuk memotong rumput di 5 buah rumah bersaiz sederhana. Puratanya beliau dibayar sebanyak RM25 untuk sebuah rumah. Anggaran beliau memperolehi sekitar RM125 sehari (hari biasa) dan RM300 sehari untuk hari hujung minggu. Anggaran pendapatan seminggu beliau RM625 (weekdays) + RM600 (weekend) = RM1225 seminggu (untuk kerja partime ini). Anggaran pendapatan sampingan sebulan = RM4,900 Pendapatan kerja tetap sebulan = RM1000 Anggaran Pendapatan Sebulan RM5,900 Dengan rumah berkongsi 10 orang, kenderaan hanya basikal dan beliau telah tinggal di Malaysia selama lebih 3 tahun. Saya rasa beliau mempunyai simpanan kewangan yang lebih banyak berbanding dengan kebanyakan graduan universiti ternama luar negara yang telah bekerja di Malaysia selama 3 tahun. Sumber: Saiful Nang

Tulisan Berkenaan ‘Hipokrit’ Itu Bukan Ditujukan Pada Sesiapa – Neelofa

INGATKAH lagi anda dengan isu pelakon Fazura yang dikatakan ‘sentap’ dengan tulisan Neelofa berkenaan artis hipokrit yang disiarkan di sebuah akhbar tempatan awal bulan lalu? Akibatnya, pelakon itu telah mengemaskini statusnya di Twitter yang seolah-olah memerli penulisan itu.

Tidak mahu mengulas panjang, Neelofa menerusi Sinar Harian berkata, topik yang dtulisnya itu adalah secara umum sahaja dan tidak ditujukan kepada sesiapa. “Ada yang bersetuju dan ada yang tidak, saya hanya menulis melalui pengalaman dan pemerhatian saya. Saya dipertanggungjawabkan untuk memberikan apa sahaja pandangan saya melalui kolum sendiri dan jika ada yang tidak setuju atau terasa itu hak mereka,” ujarnya. Betul juga kata Neelofa itu. Dia langsung tidak meletakkan nama sesiapa pun dalam penulisannya itu. Kalau ada yang terasa, agak-agaknya kenapa ya? Sumber: Elza / My News Hub

Pelajar kolej maut jatuh tingkat 18
Pelajar kolej maut jatuh tingkat 18
Anggota paramedik tiba di tempat kejadian sejurus menerima panggilan.
GEORGETOWN - Seorang pelajar kolej maut terjatuh dari tingkat 18 sebuah bangunan di Jalan Macalister, dekat sini, pagi semalam. Mangsa yang berusia 21 tahun turut meninggalkan nota buat ahli keluarganya dalam bahasa Cina ketika mayatnya ditemui. ‘Mak bapa jaga diri baik-baik. Abang pertama dan abang kedua mesti jaga ibu bapa baik-baik. Minta maaf kerana saya tidak berguna. Minta maaf ini kali terakhir saya nakal. I love u all’. Seorang saksi, Mohd Roslan Abdul Rahman berkata, pada masa kejadian, dia baru saja hendak membeli sarapan kira-kira jam 8 pagi. Menurutnya, tiba di tempat kejadian, dia terdengar seolah-olah bunyi letupan kuat dari arah tepi bangunan. “Saya bergegas dan terkejut kerana mendapati seorang perempuan jatuh dan keadaan bumbung yang ditimpanya juga habis remuk akibat hentaman. “Saya segera menghubungi 999 dan bagi saya ini kali pertama kejadian seumpama ini berlaku,” katanya kepada Sinar Harian. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan kejadian. Katanya, siasatan awal di lokasi menjumpai sepasang kasut, telefon bimbit dan kunci kereta dipercayai milik mangsa yang ditinggalkan di tepi tangga tingkat 18 bangunan terbabit. “Mangsa dipercayai terjatuh dari koridor tangga tingkat 18 berdasarkan kepada kedudukan tempat si mati jatuh. “Pihak polis juga menjumpai nota dalam bahasa Cina,” katanya. Menurutnya, keluarga mangsa juga dimaklumkan dan dari maklumat awal mendapati mangsa perlu mengambil peperiksaan namun dipercayai enggan hadir dan dipaksa oleh bapanya. "Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang. "Siasatan juga tidak menjumpai sebarang unsur jenayah dalam kes ini," katanya.

Bakar ATM: Polis buru suspek warga tempatan
Bakar ATM:  Polis buru suspek warga tempatan
KUALA LUMPUR – Polis giat memburu penjenayah yang terlibat dalam kejadian pecah dan bakar mesin pengeluaran wang tunai (ATM), di Jalan Ipoh, Bandar Baru Sentul, kelmarin. Ketua Polis Daerah Setul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, suspek terlibat dipercayai warga tempatan. “Difahamkan mereka ini memakai topeng. Kita sudah panggil beberapa saksi kejadian untuk dapatkan keterangan. “Namun, belum ada petunjuk positif,” katanya. Sebelum itu, dalam kejadian kira-kira jam 4.45 pagi, empat penjenayah disyaki menaiki kereta Proton Saga FLX bertindak memecah kios ATM Bank Islam yang berada bersebelahan masjid. Namun, penjenayah tersebut gagal melarikan wang lalu berang dan membakar ATM berkenaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Janin cukup sifat ditemui dalam loji kumbahan
ALOR SETAR - Seorang pekerja penyelenggaraan menemui janin yang cukup sifat di dalam jaring di loji kumbahan di belakang Hospital Sultanah Bahiyah di sini pagi tadi. Farukh Hanafi, 43, yang sedang melakukan tugasnya kira-kira 11.30 pagi terkejut apabila menemui objek kecil yang menyerupai anggota manusia tersangkut dalam jaring. "Saya cuba mengangkat benda itu dan terkejut apabila mendapati ia lengkap dengan mata, hidung, rambut dan kaki serta tangan. Pada mulanya saya menyangka bangkai haiwan terlekat pada besi perangkap sampah. Bagaimanapun sebaik meneliti betul-betul, ia adalah janin bayi," katanya. Beliau berkata beliau lalu memaklumkan perkara itu kepada ketuanya yang datang ke loji itu bersama pihak hospital. Janin itu yang tidak diketahui jantinanya ditemui tanpa dibaluti sebarang kain manakala tali pusatnya dibungkus dengan plastik. Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan mengesahkan menerima laporan penemuan janin bayi tersebut dan sedang menunggu laporan forensik. - Bernama

Larry Page segalanya di hujung jari
Larry Page segalanya di hujung jari
USAHAWAN dan saintis komputer Amerika Syarikat ini merupakan pengasas Google. Beliau mula menunjukkan minat dengan bidang teknologi, perniagaan dan inovasi seawal usia kanak-kanak. Page bertemu dengan Sergey Brin yang banyak membantunya untuk mencipta laman Google ketika melanjutkan pengajian dalam bidang sains komputer di Universiti Stanford. Pada 1998, Page dan Brin melancarkan syarikat Google untuk menyaingi Yahoo yang diasaskan pada 1994. Sejak ia dilancarkan kira-kira 16 tahun lalu, Google menjadi enjin pencari paling terkenal dengan purata enam bilion pengguna.

Kehidupan Awal
Page dilahirkan pada 26 Mac 1973 di East Lansing, Michigan. Bapanya, Carl Page merupakan perintis dalam bidang sains dan kecerdasan buatan manakala ibunya, Gloria adalah profesor sains komputer di Universiti Michigan. Beliau mendapat pendidikan awal di Okemos Monterssori School di Okemos pada 1975 hingga 1979 sebelum menamatkan pengajian sekolah menengah di East Lansing High School pada 1991. Page berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Kejuruteraan Komputer di Universiti Michigan dan seterusnya memperoleh Ijazah Sarjana Sains Komputer dari Universiti Stanford. Ketika di peringkat pra-siswazah, beliau pernah mencipta pencetak jet dakwat diperbuat daripada bongkah Lego. Beliau juga merupakan anggota kumpulan kereta solar terkemuka Maize & Blue pada 1993. Ketika menyambung pengajian peringkat Doktor Falsafah (PHD), Page mula meneroka sistem jaringan sejagat dan memahami struktur pautan itu sebagai graf besar.

Terjun ke dunia perniagaan
Pada 1998, Page mengasaskan syarikat Google dengan Brin dan mereka turut memegang jawatan sebagai pengerusi bersama selama kira-kira tiga tahun. Bagaimanapun, mereka bersepakat melantik jurutera perisian, Eric Schmidt sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Google pada 2001. Pada 2004, Google melancarkan laman sosial Orkut dan memperkenalkan carian Google Dekstop. Tidak lama selepas itu, Page dan Brin mengaut keuntungan berlipat ganda hasil daripada tawaran awam permulaan (IPO). Tahun 2005 merupakan zaman kemuncak Google kerana mencipta Google Maps, Blogger Mobile, Google Reader dan iGoogle. Kira-kira dua tahun selepas itu, Google memeterai perjanjian perkongsian dengan China Mobile dan Salesforce.com. Perjanjian tersebut bertujuan menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar di Kenya dan Rwanda melalui Google Apps. Pada 2008, Google melancarkan Google Sites, versi baharu Google Earth dan Google Health, namun perkhidmatan itu dihentikan tiga tahun selepas itu kerana gagal mendapat sambutan.

Menderita lumpuh peti suara
Pada Mei tahun lalu, Page mendedah- kan korda vokalnya mengalami kelumpuhan peti suara selepas saraf bahagian kiri peti suaranya mengalami masalah sama pada 1999. Menurut Page, beliau telah menderita masalah itu selama 14 tahun dan doktor masih belum dapat mengenal pasti punca sebenarnya. Bagaimanapun, pada Oktober lalu, Business Insider melaporkan, kelumpuhan peti suara dialami Page adalah disebabkan penyakit autoimun digelar sebagai Tiroiditis Hashimoto. Sehingga kini, beliau masih berusaha mencari penawar penyakitnya itu.

Singa dijadikan sebagai anak angkat
 Singa dijadikan sebagai anak angkat
SEORANG lelaki di Cape Coral, Florida, Amerika Syarikat tidak gentar tinggal sebumbung dengan seekor singa gunung seberat 90 kilogram. Mario Infanti, 63, yang mendapat gelaran Catman ini telah memelihara Sasha sejak dari kecil seperti anak sendiri lapor DailyMail. "Sasha seperti sebahagian daripada keluarga kami. Saya sanggup buat apa sahaja untuknya seperti seorang bapa," katanya. Gitaris profesional tersebut mendedahkan dia pernah berhasrat untuk memiliki seekor 'kucing' besar selepas menonton filem Tarzan ketika zaman kanak-kanak. "Akhirnya, saya dapat merealisasikan impian itu dan kami turut menyediakan tempat tinggal berkeluasan 278 meter persegi yang boleh mengakses kolam renang dan tempat permainannya," jelasnya agi. Menurutnya, kadangkala Sasha akan berkelakuan ganas apabila ia terlalu teruja ketika sedang bermain dengan mereka. Infanti telah menghabiskan lebih AS$118,000 (RM381,000) untuk penjagaan Sasha termasuk tempat tinggal haiwan tersebut yang menelan kos sebanyak AS$33,700 (RM109,000).

Dunia kereta miniatur
Dunia kereta miniatur
SEORANG peminat kereta api dari Hoveton, Norfolk sanggup menghabiskan masa selama tiga tahun untuk membina model laluan kereta api sendiri bagi memenuhi impian hidupnya. Sean Green, 45, dan anaknya Robert, 23 membangunkan Wroxham Miniature Worlds untuk tatapan orang awam dan ia dipercayai model laluan kereta api terbesar di Britain lapor Daily Mail. Dengan keluasan lebih 900 meter dan 28 buah kereta api, model ini memaparkan pelbagai perincian dari seluruh dunia termasuk kawasan perkampungan Britain, jalan raya yang sibuk di Jepun, kereta kecil dan bangunan kedai bagi menghidupkan lagi suasana bandar itu. Melalui model ini juga, Green berharap, ia dapat menjadi tarikan pelancong di Broads Norfolk, Britain.

Ingkar janji cetus kemelut di Terengganu
KUALA LUMPUR - Sikap tidak budiman Datuk Seri Ahmad Said dalam soal kesinambungan kepimpinan Terengganu dilihat menjadi pemangkin kepada kemelut politik yang melanda negeri Pantai Timur itu. Pemerhati politik berpendapat Ahmad tidak mengotakan janjinya untuk melepaskan jawatan menteri besar secara tertib dan teratur, dengan tindakan yang menjurus kepada landskap politik negeri itu diselubungi banyak tanda soal setelah meletakkan jawatan semalam. Beberapa jam selepas berundur daripada tampuk pemerintahan negeri, Ahmad, yang juga Adun Kijal, mengisytiharkan keluar Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas. Turut mengambil tindakan sama ialah Adun Ajil Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi Roslee Daud. Pemerhati itu menarik perhatian bahawa Ahmad sememangnya sedar beliau menjadi menteri besar untuk tempoh hanya setahun selepas PRU13, bertujuan memberi peluang kepada pemimpin lain mengambil alih untuk memperkukuh kedudukan BN di negeri itu. Untuk rekod, BN memerintah Terengganu dengan kelebihan hanya dua kerusi berbanding pembangkang di Dun yang mempunyai 32 kerusi, ketika Ahmad mengepalai kepimpinan negeri selepas PRU13. Ketika itu, komposisi Dun menyaksikan BN menduduki 17 kerusi, Pas 14 dan PKR, satu. Ini menjurus kepada apa yang dipanggil "a gentleman's agreement" untuk Ahmad berundur setahun selepas menjadi menteri besar. Menurut pemerhati itu, ini sememangnya merupakan satu "rahsia terbuka" apabila Ahmad menjadi menteri besar bagi penggal kedua setelah memegang jawatan itu sejak Mac 2008. "Pertukaran menteri besar bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sudah ada persefahaman antara Ahmad Said dan pemimpin di peringkat pusat berhubung soal peralihan kuasa," jelas pemerhati politik itu. Beliau turut menegaskan bahawa soal pelantikan menteri besar terletak di bawah budi bicara perdana menteri. Peletakan jawatan Ahmad sebagai menteri besar dan pelantikan Adun Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman semalam telah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Perkembangan politik itu menyaksikan komposisi terkini Dun Terengganu terdiri daripada 14 kerusi untuk BN, pembangkang 15 (Pas 14, PKR, satu) dan Bebas tiga. Situasi itu dilihat memberi pengajaran kepada BN tentang keperluan memilih pemimpin yang benar-benar setia dan mengutamakan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi. Ketua Penerangan Umno Dmenegaskan kesetiaan dan ketaatan kepada parti adalah penting dalam menentukan jatuh bangun sesebuah parti politik di setiap peringkat termasuk negeri. "Umno memerlukan pimpinan di semua peringkat berpegang kepada prinsip 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat' sebagaimana yang diungkap dalam slogan parti Umno," katanya kepada Bernama di sini hari ini. "Pemimpin datang dan pergi, namun perjuangan untuk bangsa, agama dan tanah air kekal selamanya," katanya. Menurutnya, menteri besar yang baharu wajar diberi peluang melaksanakan tanggungjawabnya, termasuk mencari formula penyelesaian kepada kemelut itu. "Pembubaran Dun adalah pilihan terakhir jika perundingan tidak mencapai kejayaan," katanya. Menutur perkara sama, Pengarah Pusat Pembangunan Sosioekonomi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Dr Ibrahim Mamat berkata situasi politik di Terengganu terjadi akibat rasa tidak puas hati dan lebih bersifat peribadi. "Pemilihan pemimpin itu penting, kita tak mahu pemimpin yang tinggalkan parti bila permintaan mereka tak dituruti," tegasnya. Bagi pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib, tindakan Ahmad Said meletakkan jawatan serta keluar parti boleh dilihat sebagai mengkhianati dan memalukan BN di negeri yang kaya dengan hasil minyak dan gas itu. "Ini satu tindakan yang memalukan terutama ia berlaku hanya sehari selepas sambutan ulang tahun Umno ke-68," katanya. Menurutnya, Ahmad Said wajar mencontohi bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh yang tetap setia berkhidmat kepada parti walaupun tidak dilantik meneruskan khidmatnya satu masa dulu. Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr Zainal Kling berpandangan sikap tidak matang sesetengah wakil rakyat menyebabkan mereka sanggup "berpatah arang berkerat rotan" atau "kalah jadi abu, menang jadi arang", asalkan kekal berkuasa. - Bernama

'Raja Dadah' warga Iran ditahan
Khalid Abu Bakar
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan 'Raja Dadah' sindiket pengedaran antarabangsa dari Iran, hari ini. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya, mengucapkan tahniah kepada Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting) atas kejayaan terbaharu itu. Mesej Tweetnya itu menyebut: "Syabas lagi STING @PDRMsia berjaya berkas Kingpin Dadah warga Iran yang sangat dikehendaki sebentar tadi. Bebaskan Negara dari dadah!" Dalam tweetnya itu, beliau berkata pihaknya turut menahan dua warga Nigeria dan merampas 9.4 kilogram syabu di Bukit Jalil, hari ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk NoorRashid Ibrahim ketika dihubungi Bernama berkata beliau belum menerima maklumat terperinci mengenai kejadian itu kerana operasi berkenaan baru dijalankan. Bagaimanapun, satu sidang media akan diadakan esok di Bukit Aman, katanya. Semalam, PDRM memaklumkan JSJN dan Sting berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa berikutan tertangkapnya tiga lelaki warga Iran pada minggu pertama bulan ini dan merampas dadah jenis syabu bernilai RM3.16 juta. - Bernama

MIDF peruntuk dana RM100j bantu PKS
MIDF peruntuk dana RM100j bantu PKS
Mohd Fitri (tengah) menerangkan kelebihan salah satu mesin yang terdapat di AHP kepada Hamim (dua, kanan) dan Mohd Najib (dua, kiri).
MALAYSIAN Industrial Development Finance Bhd (MIDF) memperuntukkan RM100 juta bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan yang mengalami kesan kenaikan kos pekerja akibat pelaksanaan dasar gaji minimum. Pengarah Urusan Kumpulan MIDF Datuk Mohd Najib Abdullah berkata, MIDF memperuntukkan sebanyak RM5 juta bagi setiap PKS di bawah bantuan itu. “Ini ialah salah satu usaha kita untuk membantu PKS. Bantuan tersebut bukan untuk membayar gaji pekerja tetapi bertujuan mendorong mereka melakukan penambahbaikan dalam proses komersil dan modenisasi. “Ia juga diharap membantu meningkatkan produktiviti PKS. Selain itu, pinjaman tersebut membantu pembelian mesin dan peralatan industri,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian dan lawatan ke Azman Hamzah Plastik Sdn Bhd (AHP) dan Industrial Quality Management Sdn Bhd (IQM), di Shah Alam, semalam. Hadir dan merasmikan bangunan AHP dan IQM ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Hamim Samuri. Mohd Najib berkata, MIDF juga menyasarkan untuk menyalurkan bantuan pinjaman kerajaan RM600 juta kepada usahawan dan syarikat tempatan pada tahun ini berbanding RM500 juta pada tahun lalu. Sementara itu, Pengarah Urusan AHP dan IQM , Mohd Fitri Md Aris berkata, syarikat itu dijangka merekodkan pertumbuhan jualan positif pada tahun ini. Menurutnya, AHP menyasarkan pertumbuhan jualan naik kepada RM70 juta pada 2014 berbanding RM60 juta pada 2013.

Peruncit tak bersedia untuk GST?
 Peruncit tak bersedia untuk GST?
Peruncit disaran membuat persediaan sekarang bagi pelaksanaan GST bermula April tahun depan untuk mengelakkan masalah pada saat akhir.
KERAJAAN pada tahun lalu telah pun mengumumkan bahawa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan mula dilaksanakan dan diguna pakai di Malaysia pada 1 April tahun depan. Walaupun hanya tinggal kurang setahun lagi sebelum ia dimulakan, banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) masih tidak tahu secara menyeluruh tentang pelaksanaan GST. Rata-rata PKS sedia maklum mengenai pelaksanaan cukai itu tetapi tidak tahu tentang aplikasi sistem yang akan digunakan apabila GST bermula kelak. Sehubungan itu, Persatuan Rangkaian Peruncit Malaysia (MRCA) meminta peruncit PKS mendapatkan maklumat secara terperinci mengenai pelaksanaan GST bagi mengelakkan kekeliruan apabila ia dilaksanakan pada 1 April 2015. Presidennya, Nelson Kwok berkata, peruncit PKS perlu mendaftar di persatuan-persatuan peruncit dan dinasihatkan supaya tidak bergerak secara sendirian untuk mendapatkan maklumat mengenai GST. Menurutnya, operasi perniagaan akan terganggu jika peruncit tidak tahu mengaplikasikan sistem yang akan digunakan di bawah GST. "Mereka (PKS) perlu mengambil inisiatif dan bertanya dengan persatuan peruncit yang sedia ada serta kepada pihak penguat kuasa iaitu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) untuk mendapatkan maklumat mengenai GST," katanya. Nelson berkata, Kastam juga perlu aktif menganjurkan seminar untuk memberikan penerangan kepada peruncit kerana kebanyakan peniaga tidak memahami sistem GST. "Peruncit juga tidak tahu perisian apa yang akan digunakan. "Sekiranya sistem perisian itu (hanya) digunakan tiga bulan sebelum pelaksanaan GST, saya bimbang peruncit tidak dapat menguasai sistem itu dengan sebaiknya," katanya. Menurutnya, peruncit sekurang-kurangnya perlu mempelajari sistem perisian baharu untuk GST itu selama enam bulan selain ia juga perlu dikuasai oleh semua pekerja sebelum 1 April 2015. ***Ikuti laporan penuh dan komprehensif mengenai keluhan dan permasalahan yang dihadapi PKS mengenai pelaksanaan GSTdi akhbar Sinar Harian hari ini.

Proses pengambilan pramugari di China

SEBUAH syarikat penerbangan terkenal di China pada April 2014 mengadakan proses pertumbuhan semula tahunan dan pengambilan pramugari. Seleksi ketat sejak awal sudah dilaksanakan. Proses pemilihan lanjutan salah satunya dilaksanakan di dewan milik Universiti Qingdao. Para calon pramugari yang berasal dari berbagai daerah di China dan pelbagai negara mengikuti proses pemilihan dengan mengenakan bikini.

Salah satu proses pada awal pemilihan penerimaan pramugari. Salah satu calon menjalani pemeriksaan awal apakah bertato atau tidak Para calon pramugari diharuskan berlenggak-lenggok bagaikan seorang peragawati di atas catwalk dengan mengenakan bikini dan ditonton oleh banyak orang di tribun dewan serta dijadikan acara televisyen. Hal inilah yang mencetuskan kecaman di China khususnya di dunia maya seperti Sina Weibo.

Para calon yang layak pemilihan awal sedang beratur untuk menjalani pemilihan seterusnya di dewan Universiti Qingdao Sebenarnya proses pengambilan demikian sudah menjadi standard dalam pengambilan pramugari di seluruh dunia. Dimana para calon dikehendaki menanggalkan pakaiannya untuk menjalani ujian perubatan, khususnya untuk memeriksa sama ada (maaf) payudara mereka implan silikon atau bukan. Hal ini dapat dimaklumi di banyak negara, kerana payudara yang mengandungi implan amat membahayakan berkaitan dengan perbezaan tekanan udara dan hal-hal lain yang dapat menyebabkan pecahnya implan tersebut.

Bahkan mereka harus rela menahan sejuk ketika menunggu giliran Salah satu agenda dalam proses pemilihan di Universiti Qingdao ini adalah para calon pramugari diharuskan berlenggak-lenggok dengan hanya mengenakan bikini dan ditonton oleh banyak orang dan bahkan dijadikan acara televisyen Namun, proses pengambilan seperti ini dianggap tidak sesuai di China. Beberapa waktu lalu, syarikat penerbangan milik negara Republik Indonesia pernah mendapat gugatan hukum di Korea Selatan kerana hal yang sama. Sumber: China News, Weibo / New Malaysian Post

Lelaki kecoh awek ditahan

ANGGOTA JAIP memeriksa pengunjung beragama Islam yang disyaki mabuk dalam Ops Noda di Jalan Bukit Ubi, Kuantan awal pagi semalam
KUANTAN: Seorang lelaki menimbulkan kekecohan selepas tidak berpuas hati dengan pasukan anggota polis menahan teman wanitanya kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah ketika Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Jalan Bukit Ubi, di sini, semalam. Dalam operasi dijalankan di pusat hiburan pada jam 3 pagi itu, lelaki tempatan berusia 50 tahun terbabit memarahi anggota polis sebelum memberikan alasan dokumen perjalanan teman wanitanya yang berusia 20-an, berasal dari Thailand tertinggal di Kuala Lumpur. Namun, alasan itu tidak diterima anggota yang menjalankan tugas dan teman wanitanya dibawa menaiki kenderaan polis ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang. Operasi Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) IPK Pahang itu mendapat kerjasama Pasukan Ops Cantas Wanita (Black Rose) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Pegawai Turus D7 Asisten Superintendan Azlihan Ishak berkata, lelaki terbabit dapat ditenangkan dan akur dengan tindakan polis sebelum dia dibawa rakannya meninggalkan premis berkenaan. Menurutnya, dalam operasi itu, 80 pengunjung premis itu termasuk wanita diperiksa serta menjalani ujian alkohol bagi mengesan sama ada mereka mabuk atau sebaliknya. Katanya, hasil pemeriksaan dijalankan mendapati, polis menahan lima pegawai perhubungan pelanggan (GRO) wanita dan seorang pondan warga Thailand berusia 20 tahun kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial serta tiada permit kerja. “Pada masa sama, polis menahan dua lelaki tempatan berusia 16 dan 20 tahun kerana masing-masing tiada kad pengenalan serta masih di bawah umur. “Selain itu, anggota JAIP menahan 20 lelaki termasuk wanita kerana didapati mabuk serta berpakaian tidak sopan selain merampas beberapa botol minuman keras untuk dijadikan bahan bukti kes,” katanya. Menurutnya, tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku ketika operasi dijalankan kerana premis itu dikawal anggota Black Rose kecuali lelaki terbabit yang tiba-tiba naik minyak kerana tidak berpuas hati teman wanitanya ditahan. Katanya, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Peraturan 39 (b) Peraturan Imigresen 1959/63 dan Kaedah 32 Enakmen Hiburan 1993. Sumber: HM

Gadis dicekup khalwat minta izin pakai seluar

GRIK – Seorang gadis merayu sambil menangis meminta izin masuk semula ke dalam bilik tidur teman lelakinya bagi membolehkan dia memakai semula seluar dalam sejurus diberkas pegawai pencegah maksiat, pagi kelmarin. Permintaan gadis itu diterima oleh pegawai agama Islam daerah Grik, di sini, apabila mendapati wanita terbabit dalam keadaan ‘mengghairahkan’ kerana hanya memakai seluar ketat nipis. Gadis berumur 21 tahun dan kekasihnya juga yang berumur 26 tahun sekali lagi mengejutkan pihak berkuasa apabila mengaku melakukan zina sejak lima tahun lalu selain gemar merakamkan aksi seks haram menggunakan telefon bimbit. Kedua-dua mereka yang berasal dari kampung berlainan di pinggir pekan ini membuat pengakuan itu sejurus ditahan penguat kuasa pada jam 10 pagi kelmarin ketika memadu asmara dalam sebuah bilik di rumah kongsi di sini. Pembantu Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Grik, Mohd Jonid Abdul Syukor berkata, enam pegawainya dibantu dua anggota Rela menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat orang awam mengenai perlakuan pasangan itu.

Gadis cantik dilatih jadi Bodyguard di China

SEKOLAH pertama untuk gadis-gadis menjalani latihan untuk menjadi pengawal peribadi dibuka di Beijing minggu lepas. Selama dua minggu, para pelajarnya akan dikerahkan tenaga sehingga kebasahan dek peluh bagi mengejar cita-cita mereka untuk mendapat pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan itu. Dilengkapi pakej menarik dan rupa cantik, jangan sesekali cari pasal dengan mereka.

Sumber: My Media Hub Online

Kisah lelaki tonton video lucah gagal masuk ke Masjidil Haram

SALAH satu kisah menarik yang cukup baik untuk kita mengambil ikhtibar ialah mengenai seorang jemaah haji (lelaki) yang gagal masuk ke Masjidil Haram. Lelaki ini tidak sama pakej dengan saya , jadi saya tidak mengenali beliau. Apa yang berlaku kepada lelaki berkenaan ialah setiap kali dia hendak masuk ke masjidil haram, dia tiba-tiba menjadi panik seperti orang ketakutan. Kemudian lelaki itu tergopoh-gapah ke luar semula daripada masjid dan tergesa-gesa pulang ke rumah tumpangannya. Selepas kali pertama gagal, lelaki itu cuba sekali lagi tetapi apabila orang-orang dalam masjid memandang ke arahnya, dia terus berlari balik ke rumah tumpangannya. Kejadian aneh itu berulang kali berlaku selama seminggu sehingga lelaki tadi tidak dapat sembahyang dalam Masjidil Haram. Melihat keadaan yang sungguh aneh ini, seorang sahabat datang memberitahu saya dan minta supaya saya cuba ubati lelaki itu. Saya bersetuju tetapi tidak terus mengubati lelaki itu. Sebaliknya,saya cuba mendapat maklumat mengenainya terlebih dahulu. Saya sengaja berbuat demikian kerana saya rasa mesti ada sesuatu kesalahan yang telah dibuatnya hingga menyebabkan dia jadi sedemikian rupa. Jadi saya suruhlah kawan saya selidiki dahulu latar belakang lelaki itu. Kawan saya itu pun pergilah berjumpa semula dengan lelaki itu dan meminta dia ceritakan apakah sebenarnya yang telah berlaku. Mulanya lelaki tersebut malu hendak bercerita apakah sebenarnya yang telah berlaku tetapi selepas dipujuk akhirnya lelaki itu bersetuju. Ceritanya agak memalukan tapi memberi banyak pengajaran. Sebenarnya, dia punyai hobi yang sangat memalukan. Filem lucah sudah menjadi makanan hariannya malah pada malam terakhir hendak bertolak ke Mekah pun dia sempat lagi menonton filem lucah. Rupa-rupanya, lelaki itu memberitahu bahawa setiap kali dia hendak masuk ke masjidil haram, dia tiba-tiba nampak seorang perempuan yang dalam keadaan bogel menerkam ke arahnya atau seperti mencari-carinya. Maka kerana takut kelakuan perempuan tadi akan memalukan dirinya, lelaki berkenaan lari. Selepas mengetahui kedudukan sebenar, barulah saya mengubaati lelaki tadi. Saya diberitakan, selepas itu barulah dia dapat masuk ke masjid, itupun cuma sampai ke pintu. (Kisah benar ini diceritakan oleh Dato Dr Harun Din) Sumber: TabekPuang

Ganggu isteri orang,rakan ditikam

KINABATANGAN: Gara-gara tidak puas hati selepas dituduh mengganggu isteri orang, seorang lelaki bertindak menikam rakan sekerjanya sehingga mati dalam kejadian di rumah pekerja di ladang sawit Paris 3, Jalan Kinabatangan, dekat sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 5.45 petang itu, mangsa warga Indonesia, Kahar Patta, 33, parah di bahagian perut dan kaki selepas ditikam menggunakan benda tajam kemudian dikejarkan ke Hospital Besar Lahad Datu, dekat sini. Bagaimanapun, pihak Hospital Besar Lahad Datu mengesahkan mangsa meninggal dunia jam 9.30 malam hari sama. Ketua Polis Daerah Superintendan A Sahak Rahmat berkata, siasatan awal mendapati pada jam 5.45 petang polis menerima laporan mengatakan dua pekerja ladang bergaduh di rumah pekerja di Paris 3, Jalan Kinabatangan, dekat sini. “Pemeriksaan mendapati berikutan pergaduhan itu seorang pekerja ladang berkenaan dipercayai cedera di perut dan kaki kanan akibat ditikam menggunakan benda tajam. “Mangsa dikejarkan ke Hospital Besar Lahad Datu, dekat sini oleh beberapa pekerja di ladang berkenaan untuk rawatan lanjut. “Bagaimanapun, selepas menerima rawatan hampir lima jam, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital,” katanya. Sumber: HM

Guru Lahirkan Bayi Dalam Kereta Di Johor Bahru

TERNYATA sambutan Hari Ibu semalam menjadi hari paling indah dan mengejutkan bagi seorang guru di Johor Bahru apabila dia melahirkan bayi perempuannya di tempat duduk belakang kereta. Siti Rohaida Basiron, 33, yang merupakan guru di SMK Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang Patah mula merasa sakit akibat kontraksi ketika sesi perhimpunan pada jam 7 pagi. Pada mulanya, dia mahu memandu sendiri ke hospital yang terdekat, namun pengetua sekolah tersebut, Tarifa Sawir menawarkan diri untuk menghantarnya. Beberapa guru dan kakitangan sekolah turut mengiringi perjalanan mereka. “Saya rasa seperti seorang pemandu kereta lumba. Begitu banyak halangan termasuklah anjing melintas jalan secara tiba-tiba dan lori yang dipandu terlalu perlahan di hadapan kami,” ujar Tarifa. Sepanjang perjalanan, dia meminta Siti Rohaida supaya bertahan, namun ketika menghampiri hospital, bayi tersebut sudah dilahirkan. Kakitangan hospital terpaksa memotong uri bayi tersebut di dalam kereta terlebih dahulu kerana kesukaran untuk membawa mereka berdua keluar. Sebelum ini, dia dijadualkan melahirkan bayi keduanya itu pada tarikh 1 Jun. “Saya masih tidak percaya dengan apa yang berlaku, tetapi saya bersyukur kerana kami dalam keadaan sihat. Inilah sambutan Hari Ibu yang akan saya ingat buat selama-lamanya,” ujar Siti Rohaida. Sumber: Elza / My News Hub / TheStar

Kanak-Kanak 5 Tahun Rentung Dalam Kebakaran

KOTA KINABALU – Seorang kanak-kanak perempuan lima tahun rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Papar dekat sini pagi tadi. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy K.Ramin berkata dalam kejadian 8.33 pagi itu, mayat kanak-kanak terbabit ditemui di sebuah daripada tujuh rumah yang terbakar di Ladang Ayam Desa Hatchery, Jalan Bongawan-Kampung Damit, Papar. Katanya, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Papar tiba di tempat kejadian 25 minit selepas menerima panggilan. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Dunstan Peter berkata kanak-kanak tersebut dipercayai ditinggalkan seorang diri di rumah yang dikunci bapanya, ketika keluar bekerja di ladang itu. Menurutnya, kanak-kanak terbabit cuba menyelamatkan diri dengan memecahkan dinding papan lapis, namun tidak berjaya. Mayat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth di sini untuk bedah siasat. Sumber: Bernama

Tak Puas Hati Mamak Caj RM84 Untuk 2 Pinggan Nasi

Semakin banyak pula aduan tentang harga makanan mahal disebarkan di media sosial sejak akhir-akhir ini. Kita sedia maklum banyak harga barangan meningkat sekarang sekaligus mempengaruhi harga makanan tapi agak-agaklah patutnya kalau nak caj pelanggan. Contohnya perkongsian yang dibuat seorang pengguna Facebook tentang nasib kawannya yang terpaksa membayar RM84 untuk dua pinggan nasi kandar yang dimakan bersama isterinya. Semua orang tahu makanan di kedai mamak memang mahal sedikit dari restoran biasa apatah lagi untuk sotong dan telur ikan. Tapi kalau dah seekor sotong pun dicaj sampai RM10 tak termasuk harga nasi dan sayur, memang cepatlah ‘naik haji’ taukeh kedai tu kan? Kalau fikir logik pula, RM11 untuk seketul telur ikan yang kita sedia maklum saiznya biasa besar sedikit sahaja daripada jari tengah itu sudah lebih daripada untung bila dicaj pada pelanggan berasingan daripada harga nasi. Nampak gaya, KPDNKK kenalah lebih agresif turun padang untuk siasat harga di kebanyakan kedai makan dan kalau perlu buat pelarasan. Biasanya, masalah timbul apabila tanda harga tidak diletakkan di tempat yang betul dan jelas hingga mengelirukan pelanggan. Kita tentu tak mahu dengar ada kes pelanggan diserang sakit jantung ketika mahu membayar harga makanan baru perkara begini hendak diambil berat bukan? Sumber: Rem Ramzi / My News Hub / TengokTvOnline.blogspot

100 orang ahli UMNO buat perhimpunan aman bantah tindakan Ghazali

KUALA BERANG: Kira-kira 100 ahli UMNO di peringkat akar umbi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil, mengadakan perhimpunan secara aman membantah tindakan bekas EXCO kerajaan negeri, Ghazali Taib meletak jawatan sebagai ADUN dan mengisytiharkan keluar daripada UMNO. Kumpulan terbabit membawa pelbagai sepanduk dan berarak daripada pekan Ajil ke pekarangan pejabat DUN Ajil yang terletak kira-kira 100 meret dari kediaman Ghazali. Bagaimanapun, Ghazali serta isteri, Bibi Nazimah Mohamad Akbal tiada di rumah dan difahamkan mereka meninggalkan kediaman sejak malam tadi sebaik ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar menggantikan Datuk Seri Ahmad Said. Seorang peserta perhimpunan, Shuhaimi Hussin, 48, berkata dia amat kecewa dengan tindakan Ghazali kerana sanggup membelakangkan parti, sedangkan sebelum ini menyeru ahli mengutamakan parti daripada kepentingan peribadi. “Kami yang mewakili pengundi di DUN Ajil mahukan seorang wakil rakyat yang setia pada parti dan tindakan dilakukan Ghazali dianggap sebagai mengkhianati parti,” katanya. Omar Shamsudin, 49, berkata tindakan dilakukan Ghazali yang bertindak meletak jawatan dan menjadi ADUN bebas membuktikan beliau tiada prinsip perjuangan. Sumber: BH

Bekas PM Israel dihukum penjara 6 tahun

TEL AVIV – ISRAEL. Bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert dijatuhi hukuman penjara enam tahun hari ini kerana menerima rasuah dikaitkan dengan perjanjian hartanah. Ini kali pertama seorang bekas ketua kerajaan di Israel dijatuhi hukuman penjara. Olmert didapati bersalah menerima dan menawarkan rasuah ketika memegang jawatan Datuk Bandar Baitulmaqdis serta Menteri Perdagangan dan Industri antara tahun 1993 dan 2006. Olmert serta beberapa lagi defendan dituduh terlibat dengan rasuah dalam urusan jual beli hartanah melibatkan pembinaan kompleks pangsapuri di barat daya Baitulmaqdis serta beberapa kes rasuah yang memaksa peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada 2008. Sumber: Bernama

Hotel khas untuk burung yang menakjubkan.

SELEPAS filem Wes Anderson yang lama ditunggu-tunggu, The Grand Budapest Hotel dibuka di Vilnius, Lithuania ketika musim bunga tiba dan memberi inspirasi kepada pasukan di kreatif dan agen komunikasi I 212 untuk membuat “The Tiny Grand Budapest Hotel”. Pasukan di sebalik “Hotel tiga bilik untuk burung” ini rela menghabiskan masa sehingga larut malam di pejabat. Bangunan kecil ini pada dasarnya adalah versi skala kecil dari bangunan seperti ditunjukkan di filem. Untuk mempromosikan projek ini, bahkan ada poster filem yang memaparkan sangkar burung ini diilhamkan di hotel asalnya.

Sumber: New Malaysian Post

Lelaki mati diserang tujuh lelaki

KLANG : Seorang lelaki yang sedang menghadiri upacara memperingati kematian bapa saudaranya maut manakala dua lagi rakannya cedera parah selepas diserang sekumpulan tujuh lelaki di Taman Sentosa, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi. Mangsa yang berusia 31 tahun mati di tempat kejadian dipercayai akibat terkena tembakan di bahagian dadanya, manakala dua rakannya berusia 30 dan 45 tahun masing-masing cedera parah selepas ditetak kumpulan terbabit. Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, seorang daripada suspek berusia 29 tahun ditahan pasukan peronda polis yang sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan. “Polis kemudian merampas sepucuk pistol jenis Smith & Wesson bersama lima butir peluru serta dua bilah parang di tempat kejadian. “Kita sedang menjalankan gerakan memburu semua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. Sumber: HM

Adam Tun kekasih baru Shila Amzah?

SEJAK hubungan cinta Shila Amzah dan Johan As’ari tidak kesampaian tahun lalu, nama Shila tidak pernah lagi dikaitkan bercinta dengan mana-mana lelaki secara terbuka selain Nazim Othman.Bagaimanapun, ramai mengetahui penyanyi berusia 23 tahun itu pernah memberikan beberapa klu di laman Instagram bahawa dirinya sedang dilamun cinta dengan seseorang namun tidak pula memberitahu siapa lelaki yang berjaya menawan hatinya. Baru-baru ini, sebuah artikel di laman forum.cari.com.my menimbulkan spekulasi tentang gosip percintaan Shila selepas beberapa keping gambar mesranya dengan seorang jejaka bernama Adam Tun Tuah telah dikongsikan. Menariknya, kesemua gambar itu dimuatnaik oleh Adam Tun Tuah di laman Instagram peribadinya dengan caption-caption yang agak romantis dan berbaur pujian melambung terhadap Shila Amzah. Adakah aktres itu kini sudah menemui pengganti Sharnaaz Ahmad?


Sumber: plbgaimacam.blogspot.com

AirAsia Guna Sistem Pemeriksaan Interpol

KUALA LUMPUR: AirAsia bakal merintis penggunaan 'I-Checkit', sistem pemeriksaan polis antarabangsa (Interpol), bagi meningkatkan keselamatan perjalanan antarabangsa. Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan itu berkata semua pasport penumpang prospektif akan disemak dengan pangkalan data Dokumen Perjalanan Hilang dan Curi (SLTD) Interpol. "Apabila dilaksanakan lewat bulan ini, projek perintis itu bakal menyaksikan AirAsia menjadi syarikat penerbangan pertama menyepadukan I-Checkit dengan sistem mereka sendiri semasa fasa daftar masuk dalam keseluruhan rangkaian antarabangsanya, membolehkan nombor pasport penumpang disemak dengan pangkalan data SLTD Interpol, yang memuatkan lebih 40 juta rekod dari 167 negara," katanya. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menerusi kenyataan itu berkata bahawa kerjasama tersebut akan menyumbang kepada usaha meningkatkan keselamatan penumpang serta menyokong usahanya menawarkan tambang rendah dengan jaminan tambahan yang ditawarkan oleh sistem dan kerjasama itu. Sistem I-Checkit akan digunakan dalam keseluruhan operasi antarabangsa AirAsia, meliputi rangkaian 100 lapangan terbang di Asia dan 600 penerbangan antarabangsa sehari ke lebih 20 negara di seluruh dunia. Setiausaha Agung Interpol Ronald K Noble berkata kerjasama itu akan meningkatkan tahap keselamatan penumpang. "AirAsia telah menetapkan standard baharu bagi keselamatan syarikat penerbangan dengan menyemak pasport semua penumpang antarabangsa dengan pangkalan data Interpol," katanya.

Syasya Solero bersanding di SACC Shah Alam?

AKHIRNYA Personaliti internet yang popular dan menjadi fenomena suatu ketika dulu iaitu Syasya Solero ‘bersanding’ bersama pasangan di SACC Shah Alam Convention Center pada 3 Mei lalu. beliau terkenal dengan tagline “macam cantikje…macam comel je…” ingat lagi tak?


Kemelut Politik Terengganu: Bubar DUN Atau Pembangkang Ambil Alih

PETALING JAYA: Susulan keputusan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu mengumumkan keluar Umno meletakkan kerajaan negeri berkenaan berhadapan situasi genting sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan atau pembangkang membentuk kerajaan baharu. Terkini, daripada 32 kerusi DUN di Terengganu, BN mempunyai 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk 11 kerusi milik Umno, manakala Pakatan Rakyat mendapat 15 kerusi iaitu lebih satu kerusi apabila PAS memiliki 14 kerusi dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan satu kerusi. Bagaimanapun, PAS Terengganu yang mengadakan mesyuarat khas berhubung kedudukan kerajaan negeri itu memutuskan supaya Menteri Besar Baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman menyerah kepada rakyat untuk memilih semula kepemimpinan negeri. Menurut sumber, PAS sedang berurusan dengan kerabat diraja Terengganu yang juga ahli PAS meminta supaya pemilihan secara demokrasi dilaksanakan di negeri berkenaan. "PAS tidak mahu Adun Umno lompat parti atau menjadi wakil rakyat Bebas, sebaliknya menyerahkan kuasa memilih kepada rakyat," katanya kepada mStar Online. Mengulas isu sama, Penasihat Undang-Undang Ngeri, Datuk Azhar Abdul Hamid dikatakan mengeluarkan kenyataan kepada Bernama memaklumkan setakat ini BN masih kekal memerintah kerajaan Terengganu. Ternyata, keputusan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said; Adun Ajil, Ghazali Taib dan terbaharu, Roslee Daud yang juga Adun Bukit Besi untuk menjadi wakil rakyat Bebas bakal mengubah senario politik negeri itu. Dalam situasi ini, tentunya titah muktamad tetap pada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin kerana baginda yang akan memutuskan untuk bertemu mengadap sama ada Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS atau Ahmad Razif. Sejak awal pagi lagi, pintu Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu dipenuhi pelbagai pihak termasuk media bagi mengetahui status terkini kerajaan negeri berkenaan. Tentu sekali kemelut ini memberi tamparan hebat kepada Ahmad Razif yang kurang 24 jam mengangkat sumpah jawatan itu. Difahamkan, beberapa Adun Umno yang juga penyokong setia Ahmad Said akan mengumumkan keluar Umno dalam masa terdekat. Sumber: mStar

Bukan Najib Tapi Sultan Yang Arah Ahmad Said Turun Segera?

Kecoh senario politik negara apabila bekas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said bertindak keluar dari Umno dan mengumumkan dirinya kini wakil rakyat bebas yang tidak berpaksikan mana-mana parti. Secara terus terang, Ahmad Said membayangkan keputusan itu dipengaruhi perasaan tidak puas hati apabila Perdana Menteri dikatakan tidak mahu bertolak ansur apabila beliau meminta agar perletakan jawatannya ditangguh selepas majlis kenduri kahwin anaknya 17 Mei ini. “Saya sudah lama bekerja dengan Umno. Saya sudah beritahu PM bahawa anak saya kahwin pada 17 Mei dan tukar selesai kenduri. “PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya keluar (parti), jangan salahkan saya,” kata Ahmad Said ketika menerangkan mengapa beliau bertindak keluar daripada Umno dan menjadi ADUN Bebas kepada sebuah portal berita. Bagaimanapun, seorang pengguna Facebook yang mendakwa tahu apa berlaku di sebalik kemelut ini memberitahu di laman Facebook Saya Sayang Tun Dr Mahathir, PM tidak boleh dipersalahkan kerana arahan sebenarnya datang daripada Sultan Terengganu.

Katanya berdasarkan maklumat dalaman yang diketahuinya, pertukaran segera ini dilakukan kerana sultan sudah muak dengan penipuan yang berlaku selama ini. Justeru, tindakan Najib ini umpama membuang barah dalam Umno.

Pada masa sama, pengguna Facebook ini mendakwa semua kemelut yang berlaku selepas Ahmad Said tidak lagi bergelar MB sudah diatur sekaligus menampakkan belangnya yang sanggup menggadai amanah rakyat Terengganu kerana hal peribadi.

Mungkin respon daripada Sultan Terengganu (sekiranya ada) selepas isu ini akan dapat menjawab segala persoalan. Sumber: Rem Ramzi / My News Hub

Penguatkuasa Dalang Lindungi Operasi Haram

GEORGE TOWN: Tuntutan wang perlindungan mencecah lebih RM5,000 sebulan yang didalangi anggota penguatkuasa dikesan antara faktor setiap pengusaha premis cakera padat video (VCD) dan cakera padat digital (DVD) haram sekitar Pulau Pinang terus kebal. Beberapa kawasan yang dikenalpasti menjadi tempat operasi pengusaha premis ini adalah di sekitar Air Itam dan Jelutong di bahagian pulau, manakala Prai dan Bagan Ajam di Seberang Prai. Lebih mengejutkan apabila pemantauan mendapati ada premis yang terletak berdekatan balai polis, tetapi masih beroperasi walaupun pada waktu siang. Tinjauan mStar Online di sekitar kawasan itu baru-baru ini menemui beberapa petunjuk yang mengesahkan pembabitan anggota beruniform apabila ada pengusaha mendakwa makin tertekan kerana sering didatangi atau dihubungi pihak yang menuntut wang perlindungan bagi menjamin kelangsungan perniagaan haram itu. Suapan yang diberikan biasanya dalam bentuk wang, sama ada secara terus atau dimasukkan ke dalam akaun pihak ketiga. Seorang bekas pengusaha yang enggan dikenali itu berkata, penjualan secara berleluasan VCD dan DVD tempatan, antarabangsa dan bahan lucah di negeri itu mendorong pihak terbabit mengaut keuntungan 'atas angin'. "Hampir 30 orang yang mendakwa mereka anggota polis, kastam dan pegawai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) meminta wang perlindungan setiap sebulan dan jumlah suapan yang terpaksa diserahkan tidak menentu, antara RM50 hingga RM200 seorang dan adakalanya lebih. "Dalam masa tiga bulan kebelakangan ini hampir RM12,000 terpaksa diserahkan," katanya yang serik menjalankan perniagaan itu kerana menanggung rugi akibat terpaksa memenuhi tuntutan anggota penguatkuasa untuk membayar wang perlindungan. Selain beroperasi secara kecil-kecilan di restoran atau gerai makan, penjual ini turut menggunakan khidmat kedai di kawasan tumpuan. Pelanggan hanya perlu memilih tajuk filem atau VCD yang diingini berdasarkan contoh yang diletakkan di kaunter dan ruang pameran, selepas itu pembantu kedai akan mengeluarkan bahan yang diminta untuk dijual pada harga hanya RM5 sekeping. Beberapa pengusaha lain juga berhadapan masalah sama, malah mendakwa didatangi pegawai kanan pasukan beruniform untuk mendapatkan suapan bagi melindungi perniagaan VCD dan DVD haram itu. "Ada yang menyamar sebagai penguatkuasa bagi mendapatkan wang mudah," katanya. Sumber: mStar

Datuk ‘Terlajak Laris’ Disamun Dua Pembantu Rumah

KASIHAN kami mendengar musibah yang menimpa pengasas rangkaian produk kosmetik D’Herbs Healthy Sdn. Bhd (D’Herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, 25, semalam. Dua pembantu rumah yang cukup dipercayainya telah bertindak melarikan wang tunai dan barang kemas milik dia dan isterinya di kediamannya di Kota Damansara, semalam. Memetik laporan sebuah akhbar tempatan, dia menyedari kejadian itu ketika pulang ke rumahnya untuk makan tengah hari. Tidak sedap hati apabila panggilannya tidak berjawab, dia segera masuk ke bilik mereka dan mendapati semua barangan sudah tiada. Menerusi akaun Instagramnya, dia turut memuatnaik gambar dua pembantu rumah tersebut.

Aliff juga menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya dengan ‘caption’: “Ya allah semoga 2 org maid yg lari dan mncuri ini ditemukan dan diambil tindakan segera..terima kasih yg tidak terhingga kpd smua rakan2 yg mngambil berat yg tolong share kan pic maid lari dan mencuri ini di intgrm atau di fb anda ..bagi membantu saya menjejaki maid sekaligus dpt mngurangkan jenayah di malaysia..”

Kalau difikirkan, memang menyakitkan hati apabila kes sebegini terjadi. Apa tidaknya, kadang-kadang majikan sudah menganggap pembantu rumah itu umpama saudara sendiri, tetapi mereka pula yang mengkhianati kepercayaan itu. Bersabarlah ya... Sumber: Elza / My News Hub

No comments:

Post a Comment