Thursday, May 29, 2014

Berita Terkini 29 May 2014

Gambar 7bulan kandungan scha al yahya
info, terkini, hiburan, Gambar 7 bulan kandungan Scha al Yahya , Artis Mengandung , Awal Ashaari , Gambar Artis , Hamil , Instagram , Pelakon , Scha al Yahya , Suami Isteri
Tinggal menunggu beberapa minggu lagi, pastinya Awal Ashari orang pertama yang tidak sabar untuk bergelar ayah kepada anak yang dikandungkan oleh Scha al Yahya.Kalau diikutkan usia kandungan Scha kini sudah mencecah 7 bulan. Mungkin sebelum Hari Raya Aidilfitri, Scha dijadulkan bersalin.
info, terkini, hiburan, Gambar 7 bulan kandungan Scha al Yahya , Artis Mengandung , Awal Ashaari , Gambar Artis , Hamil , Instagram , Pelakon , Scha al Yahya , Suami Isteri info, terkini, hiburan, Gambar 7 bulan kandungan Scha al Yahya , Artis Mengandung , Awal Ashaari , Gambar Artis , Hamil , Instagram , Pelakon , Scha al Yahya , Suami Isteri info, terkini, hiburan, Gambar 7 bulan kandungan Scha al Yahya , Artis Mengandung , Awal Ashaari , Gambar Artis , Hamil , Instagram , Pelakon , Scha al Yahya , Suami Isteri info, terkini, hiburan, Gambar 7 bulan kandungan Scha al Yahya , Artis Mengandung , Awal Ashaari , Gambar Artis , Hamil , Instagram , Pelakon , Scha al Yahya , Suami Isteri

Gambar Nabil bercuti di Paris
info, hiburan, artis, terkini, Gambar selfie Nabil dan Zira bercuti di Paris
Dengan kesibukan Nabil Ahmad sebagai pelawak, pengacara dan pelakon di industri hiburan tempatan, dia dan isterinya Zira atau nama sebenarnya Nazirah Ayub, 26, tidak ketinggalan meluangkan masa untuk bercuti di Paris, Perancis baru-baru ini. Beberapa keping gambar pasangan sensasi ini bercuti di sana telah dikongsikan Nabil di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat. Jelas, Nabil dan Zira kelihatan seperti kembali ke alam remaja dek kerana aksi-aksi romantik mereka.
info, hiburan, artis, terkini, Gambar selfie Nabil dan Zira bercuti di Paris

Gambar Idea Lanskap Untuk Rumah Kediaman
Assalamualaikum. Dalam usaha saya mencari lanskap yang sesuai untuk kediaman yang sedang dibina, saya telah mengumpul beberapa foto lanskap untuk rujukan sendiri. Di sini saya dikongsikan dengan pembaca sekalian. Moga perkongsian ini juga boleh membantu kalian untuk mendapat ilham mengindahkan lagi landskap di kediaman anda.


Foto Lawak


Hiburan-ramai geram bila fazura pengsan
info, terkini, gambar fazura hot, hibura, pelakon, Ramai 'Geram' Bila Fazura Pengsan
Gambar Fazura Pengsan Yang Mengundang Reaksi Nakal Orang Ramai
Gambar Fazura Pengsan Mengundang Reaksi Nakal Orang Ramai Baru-baru ini pelakon Fazura telah memuatnaik gambarnya yang sedang pengsan di laman instagram akibat kepenatan setelah bersenam di gym. Gambar yang dimuatnaik Fazura itu menampakkan bentuk tubuh badannya dari bahagian belakang yang amat mantap dan menggiurkan. Jelas sekali gambar itu mengundang reaksi nakal orang ramai dengan komen-komen berunsur ‘geram’ tak kurang juga teguran. Inilah antara komen-komen yang diterima Fazura berkenaan gambar tersebut.


Vip dibelakang sindiket diesel
terkini, berita, info, jenayah seludup diesel,  ‘VIP di belakang sindiket diesel’
Iskandar (kanan) memeriksa kapal yang ditahan mengandungi diesel bersubsidi.
Kota Tinggi: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak mengenepikan kemungkinan ada pembabitan orang kenamaan di belakang sindiket penyeludupan diesel terbesar yang pernah ditumpaskan setakat ini dalam satu operasi bersepadu di sekitar perairan Pulau Lima, Sungai Rengit di sini, Isnin lalu. Dalam operasi 5.20 petang itu, pasukan penguat kuasa dari ibu pejabat KPDNKK Putrajaya berjaya merampas 3.7 juta liter diesel bersubsidi bernilai RM7.4 juta selain menyita empat kapal tangki dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM50 juta.Timbalan Pengarah Penguat Kuasa (Pembangunan) KPDNKK Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, pihaknya turut menahan 52 anak kapal warga asing dalam operasi dipercayai dapat melumpuhkan kegiatan sindiket penyeludupan diesel antarabangsa yang bermaharajalela di perairan selatan tanah air. Menurutnya, hasil risikan mendapati sindiket berkenaan meraih keuntungan lumayan dengan menjual bahan bersubsidi itu pada harga AS$1 bersamaan RM3.20 seliter kepada kapal asing selain menjualnya terus ke negara lain. “Kejayaan terbesar dalam sejarah rampasan diesel bersubsidi negara itu adalah hasil siasatan terhadap dalang sindiket sama yang ditahan di Pelabuhan Kuantan, Pahang pada 4 April lalu dan sekitar Tanjung Belungkur di sini pada 19 Mei lalu.

Video! Dahsyatnya Ribut Supercell di Wyoming .
Supercell adalah ribut petir yang bercirikan mesosiklon, sentiasa berputar. Oleh itu, ribut ini kadang-kadang dirujuk sebagai ribut petir yang berputar.Video ini menunjukkan pembentukan Supercell di Newcastle, Wyoming. Uploaded oleh pengguna Youtube, BasehuntersChasing pada 18 Mei.Jom saksikan video berikut ini:



GAMBAR Cantik bila NoorNeelofa BERHIJAB


Pelik! Lelaki Ini Ketagih Makan Paku Selama 32 Tahun. 

Memang bukanlah perkara yang baru jika seseorang mempunyai selera makan yang aneh . Namun memakan besi tidak hanya selera makan yang buruk , tapi juga berbahaya bagi kesihatan . Rupanya perkara tersebut tidak begitu difikirkan oleh Yunsheng Long yang malah suka makan paku . Hobi anehnya ini berawal ketika ia bekerja untuk penampilan sarkas 32 ​​tahun lalu . Saat itu ia nekad memakan perkakas , beling , dan mengunyah porselen . Ternyata Yunsheng malah ketagihan dan menjadikan " menu besi " tersebut sebagai makanan ringan sehari - hari . Bahkan lelaki berusia 49 tahun itu mengaku mempunyai menu kegemaran . Ia sangat menyukai paku yang masih baru dan dilumuri sedikit minyak . " Rasanya lebih enak daripada paku yang sudah berkarat . Saya merasa seperti makan salad , " kata Yunsheng .

Biasanya , seseorang pasti akan sakit jika tidak segera memuntahkan paku yang ditelan . Tapi lelaki berasal dari China yang sudah puluhan tahun memakan paku ini tidak merasa sakit meskipun tak tahu bagaimana perutnya boleh mencernanya . " Saya punya tekak seperti besi , dan perut seperti konkrit , " tambah Yunsheng. Jom saksikan video berikut:



Ferrari, harga pengenalan RM888,800
Ferrari
DALAM tempoh lebih dari 25 tahun, Ferrari kembali kepada penggunaan enjin pengecas turbo pada model keluarannya, Ferrari California T. Huruf T di belakang mewakili perkataan turbo. Kali terakhir Ferrari menggunakan enjin turbo cas adalah pada model legenda F40 tahun 1987. Penggunaan pengecas turbo dan suntikan langsung petrol adalah pendekatan terbaik untuk meningkatkan prestasi tanpa mengorbankan penggunaan bahan api serta rendah emisi. Untuk mendapatkan prestasi yang sama menggunakan enjin aspirasi semula jadi adalah sukar. Namun adakah penggunaan turbo ini menjadikan California lebih baik? California T yang diperkenalkan kali ini tidak kehilangan prestasi yang mana ia memiliki tambahan kuasa sebanyak 70hp berbanding generasi sebelumnya. Akan tetapi tidakkah ia akan kehilangan raungan yang begitu kritikal sebagai sebuah jentera Ferrari dan tindak balas pendikit yang tajam?. Pihak Ferrari menyatakan bahagian jurutera menghasilkan aci engkol berbentuk flat plane serta manifold ekzos dan perumah turbo dengan rekaan istimewa tiga bahagian bagi memastikan California T menghasilkan bunyi Ferrari sebenar. Sudahpun tiba ke pasaran negara. Ferrari California T dijual pada harga pengenalan RM888,800. Di bawah hudnya, supercar berkenaan dipadankan dengan enjin 3.9 liter V8 yang menampilkan suntikan terus dan sepasang turbin twin scroll . Malah enjin baharu berkenaan meningkatkan kuasa California kepada 560hp dan tork 755Nm. Penghantaran kuasa ke roda belakang disalurkan transmisi tujuh kelajuan dwi- klac. Pecutan dari sifar ke 100 kilometer sejam dapat dilakukan dalam tempoh 3.6 saat yang mana lebih laju 0.2 saat berbanding sebelumnya. Walaupun kuasa bertambah, jentera Itali itu kini lebih cekap bahan api sebanyak 15 peratus. Pihak Ferrari juga menambah baik pengendalian California dengan mengurangkan aktiviti pada bahagian stereng dan meningkatkan respons stereng dengan adanya kotak stereng baharu bersama talaan baharu pada bahagian suspensi. Sebahagian ciri baharu pada California T juga ialah evolusi baharu F1-Trac dan brek seramik karbon CCM3. Menyentuh soal penampilan, California T masih mengekalkan dimensi dan bayang daripada California sebelum ini yang mula diperkenalkan pada 2009, dan juga bumbung keras yang boleh dibuka serta signatur konsep 2+2. Walaupun baru sahaja dilancarkan, pihak Naza Italia Sdn Bhd sudah menerima tempahan sebanyak 10 unit. California T didatangkan dengan program penyelenggaraan lanjutan tujuh tahun dan penyelenggaraan biasa sama ada pada 20,000 kilometer atau setahun sekali tanpa sebarang had perbatuan.
SPESIFIKASI
Enjin: 3.9 liter V8
Sesaran: 3855cc
Transmisi: 7-kelajuan dwi klac
Kuasa Maksimum: 560hp@7500rpm
Tork Maksimum: 755Nm@4750rpm
Kelajuan Maksimum: 316km/j
Berat: 1625kg
Tangki penuh: 78l


Kepakaran Bomba Malaysia diiktiraf negara luar
art_1_bomba
MARANG - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila diberi kepercayaan oleh beberapa negara luar termasuk dari rantau Timur Tengah dan Asia Timur untuk mengendalikan kursus profesional dan taktikal memadam kebakaran di negara ini. Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Datuk Amer Yusof berkata, kursus pengurusan dan profesional yang melibatkan pegawai kanan bomba akan diadakan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Kuala Kubu Baharu, Selangor manakala kursus peringkat operator taktikal diadakan di ABPM Wakaf Tapai, Terengganu. Beliau berkata, bagi kumpulan pertama, seramai 27 pegawai kanan syarikat minyak dan gas dari Dubai dijangka mengikuti kursus dua minggu di ABPM Kuala Kubu Bharu selepas Aidilfitri nanti. "Kesemua mereka yang mengikuti kursus itu akan diberi pendedahan dan latihan kebombaan yang menumpukan kepada empat disiplin iaitu kursus memadam kebakaran minyak dan gas, memadam kebakaran bangunan, mencari dan menyelamat selain kursus penyelamatan di air," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis Tamat Latihan Kursus Sijil Sains Kebombaan Siri 3/2013 di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai,hari ini. Amer berkata, selepas tamat kursus itu, tahap keberkesanan pelatih akan dinilai dan jika positif, Dubai akan menghantar 1,000 pelatih setahun untuk menjalani kursus sama di Malaysia. Penghantaran pelatih dari negara berkenaan dikendalikan oleh sebuah agensi konsultansi milik syarikat minyak dan gas Arab Saudi yang beroperasi di Dubai. Selain itu, JBPM menjangka 25 pelatih Bangladesh yang berkerja di syarikat yang berpangkalan di New Zealand dihantar untuk mengikuti latihan kebombaan di ABPM Wakaf Tapai dekat sini. Menurutnya, minat pelatih luar negara untuk mengikuti kursus kebombaan di Malaysia didorong maklumat menerusi internet selain keupayaan di segi kelengkapan dan kepakaran yang terdapat di akademi bomba di negara ini. Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) yang melibatkan 100 negara juga menyaksikan 30 daripada negara berkenaan termasuk Amerika Latin, Afrika, India Barat, ASEAN dan Asia berminat menghantar pelatih mendalami kursus kebombaan di Malaysia. Selain itu, Amer berkata JBPM akan menambah kira-kira 100 buah lagi jentera tangki air secara berperingkat di seluruh negara dalam usaha meningkatkan kerja memadamkan kebakaran dan menyelamat. Beliau berkata setiap jentera baharu itu, yang berharga RM1.4 juta, mempunyai kapasiti 20,000 liter air berbanding jentera sedia ada yang berkapasiti 10,000 liter air. "Kini kita ada sebanyak 30 jentera tangki air (kapasiti 20,000 liter), ini bermakna tahun ini kita akan mempunyai kesemua 130 jentera tangki air dengan penambahan 100 buah lagi secara berperingkat," katanya. Menurutnya dalam tempoh Januari hingga April tahun ini, JBPM dapat menyelamatkan harta benda bernilai RM16 bilion daripada kebakaran. JBPM juga menerima 43,254 panggilan dan daripada jumlah itu, sebanyak 33,038 adalah panggilan kes kebakaran diikuti 9,303 panggilan penyelamatan, 432 panggilan tugas-tugas khas selain 481 panggilan palsu. Amer berkata, JBPM dengan kekuatan 13,000 pegawai dan anggota di seluruh negara sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi segala kemungkinan pada musim kemarau khususnya fenomena El-Nino. - Bernama

Rasuah: Konsultan dipenjara, denda
KUALA LUMPUR - Seorang konsultan hari ini dipenjara sehari dan didenda RM20,000 kerana meminta dan menerima rasuah RM4,000 daripada seorang pengurus restoran dua tahun lepas. Hakim Mohd Nasir Nordin menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Rashid Roy Abdullah, 51, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah terhadap pertuduhan itu pada 30 April lepas ketika kes itu masih dalam perbicaraan. Hakim Mohd Nasir turut memerintahkan Mohd Rashid menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Dia membayar denda itu. Mohd Rashid didakwa meminta suapan wang tunai RM4,000 daripada Chew Hian Tat melalui perbualan telefon sebagai dorongan bagi membolehkan restoran yang diurus Chew menjalankan perniagaan tanpa masalah dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedangkan tertuduh tidak mempunyai kuasa berbuat demikian. Mohd Rashid didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Cochrane dekat sini pada 12.30 tengah hari, 12 November 2012. Dia juga didakwa menerima suapan wang tunai itu daripada Chew melalui seorang penuntut warga Libya berusia 30 tahun bagi tujuan sama di Restoran Old Town White Coffee, Ampang Water Front, Ampang dekat sini pada 3.30 petang, hari yang sama. Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi. Bagaimanapun, mahkamah melepaskan Mohd Rashid daripada pertuduhan cuba menipu Chew dengan bon berkelakuan baik bagi tempoh dua tahun dan bon RM3,000 tanpa cagaran. Bagi pertuduhan itu, Mohd Rashid didakwa memperdaya Chew untuk mempercayai bahawa dia boleh mengambil tindakan terhadap perniagaan yang diuruskan Chew sehingga mendorong lelaki itu menyerahkan wang tunai RM4,000 kepadanya di Restoran Old Town White Coffee, Ampang Water Front, Ampang dekat sini pada 3.30 petang, 12 Nov tahun lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Mohd Nur Lukman Samingan manakala tertuduh diwakili peguam V. Ravichandran. - Bernama

Alahai Abu Backer Sidek...
Mohd Iskandar (kanan) ketika menghadiri sidang media Abu Backer Sidek.
Mohd Iskandar (kanan) ketika menghadiri sidang media Abu Backer Sidek.
“SAYA dah benci semua ini, saya nak balik Kuala Lumpur, saya nak pi Madinah. Kilang saya ada banyak, berniaga lagi bagus," antara kata yang diungkapkan calon Bebas PRK Bukit Gelugor, Abu Backer Sidek Mohamad Zan ketika melahirkan rasa sedih dengan media kerana kurang memberi liputan kepadanya sepanjang tempoh berkempen. Dalam sidang media yang diadakan kira-kira 45 minit di lobi sebuah hotel pada 19 Mei lalu, Abu Backer Sidek yang juga seorang peguam, mengalirkan air mata kerana kecewa perjuangannya tidak diberi perhatian media. Namun saya menafikan sekeras-kerasnya perkara itu kerana sejak hari penamaan calon lagi saya diarahkan oleh ketua untuk mengikuti segala aktiviti dan kempen dijalankan olehnya. Tidak kira panas dan hujan, saya tetap akur dengan arahan ketua yang mahu liputan berita dari setiap calon kerana mahu memberikan laporan yang seimbang kepada pembaca. Dalam sidang media itu, selain melahirkan rasa kekesalannya terhadap media, Abu Backer Sidek juga mengungkapkan perkataan ‘media ini perlu diajar’ dan perkataan itu sedikit membuatkan saya rasa terkilan kerana beliau langsung tidak menghargai sumbangan yang kami beri sebelum itu membuat liputan aktiviti dan kempennya. Malah, sehari sebelum kejadian itu, saya baru sahaja menyiapkan wawancara khas bersamanya yang menceritakan mengenai dirinya yang sebelum ini mungkin tidak dikenali oleh masyarakat Pulau Pinang khasnya penduduk Bukit Gelugor. Ikutkan hati mahu sahaja saya menarik balik artikel berkenaan dan meminta restu ketua supaya tidak menyiarkannya. Namun apabila mengenangkan konsep Sinar Harian yang telus dan tulus, saya terpaksa mengetepikan rasa sakit hati terhadap calon Bebas yang berusia 46 tahun itu. Dalam sidang media itu juga, saya melemparkan soalan sama ada beliau bersedia diboikot oleh media disebabkan kenyataan ‘media ini perlu diajar’ yang diungkapkan olehnya. Abu Backer Sidek yang dilihat tidak senang dengan soalan itu menjawab tidak kisah kerana stesen televisyen luar negara sedang menunggunya. Kenyataannya itu juga tidak disenangi beberapa wartawan lain dan kami bersepakat untuk memboikotnya dengan tidak memberi liputan. Namun keesokan hari lain pula yang terjadi, Abu Backer Sidek dilihat terbaring bawah kenderaan rasmi Ketua Menteri di hadapan Dun selepas hasratnya bertemu Lim Guan Eng tidak kesampaian. Tiada istilah boikot lagi kerana apa yang berlaku mempunyai nilai berita dan mahu atau tidak, kejadian itu mesti dilaporkan. Akhirnya ia dilaporkan muka hadapan Sinar Harian pada 21 Mei lalu. Akibat kejadian itu, Abu Backer Sidek dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang sebelum dipindahkan ke sebuah hospital swasta. Walaupun perasaan sakit hati masih membara dalam diri namun saya bersimpati dengan apa yang berlaku. Walaupun masih lagi dalam mood boikot, namun terpaksa akur dengan arahan ketua yang mahu saya membuat liputan mengenai keadaan Abu Backer Sidek yang terlantar di hospital. Kebetulan, pada hari berkenaan saya menerima mesej dalam aplikasi Whatsapp yang dihantar oleh pengikut calon Bebas berkenaan yang memberitahu Abu Backer Sidek akan membuat sidang media di hospital pada jam 2.30 petang. Tidak mahu terlepas sidang media itu, saya bergegas 30 minit awal ke hospital berkenaan. Sebaik tiba saya menghubungi beliau untuk mengetahui lokasi sidang media namun tidak dijawab. Saya turut menghantar mesej dalam aplikasi Whatsapp namun tidak juga dibalas. Sehingga jam 3 petang, saya tunggu di lobi hospital berkenaan namun langsung tiada maklum balas. Iman saya sekali lagi diuji, kerana geram dengan apa yang berlaku. Saya meluahkan rasa kecewa dalam kumpulan Whatsapp yang dibuat khas oleh calon Bebas itu kerana peranan kami sebagai media langsung tidak dihormati dan dihargai. Saya bertekad untuk memboikotnya dan sudah tidak mahu lagi ambil tahu mengenainya. Dua hari terlantar di hospital, Abu Backer Sidek dibenarkan keluar selepas disahkan tidak mengalami kecederaan serius. Walaupun belum sihat sepenuhnya namun beliau dilihat mahu meneruskan kempen yang pada masa itu hanya berbaki dua hari sahaja lagi. Beliau dilihat menggunakan tongkat untuk berjalan selain tidak mampu berdiri terlalu lama. Pada Jumaat lalu, saya diarahkan untuk membuat liputan kempen seorang lagi calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar namun dalam masa yang sama menerima mesej yang mengatakan Abu Backer Sidek akan berkempen menggunakan karavan selain membawa seekor kuda di pekarangan Masjid Bandar Baharu Air Itam. Bagi saya, apa yang cuba dilakukan Abu Backer Sidek itu menarik dan saya memilih untuk melihat kempennya dan mengabaikan arahan ketua supaya membuat liputan kempen Mohamed Nabi Bux. Namun ternyata pilihan saya itu salah, saya terpaksa menunggu hampir dua jam mendengar ceramah Abu Backer Sidek sebelum memanggil saya dan beberapa wartawan lain untuk sidang media. Saya sekali lagi mengetepikan rasa sakit hati dan hanya bertanyakan apa yang perlu sahaja untuk dijadikan bahan berita. Selesai sidang media, saya bergegas balik ke pejabat. Walaupun perasaan marah dengannya masih ada namun saya tetap menyiapkan laporan tanpa mencampuri perasaan emosi yang agak kurang stabil ketika itu. Namun hati saya sedikit sejuk apabila saya membuka aplikasi Whatsapp dan menerima mesej dari Abu Backer Sidek. ‘Saya minta maaf dengan salah faham yang berlaku sebelum ini. Sebenarnya saya sayangkan semua media’. Mesej yang dihantar Abu Backer Sidek dalam kumpulan Whatsapp itu terus melenyapkan semua rasa sakit hati saya terhadapnya. Pada hemat saya, mungkin dia tertekan sebelum ini dan tidak dapat berfikir panjang sehingga mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya kepada pengamal media. Abu Backer Sidek terus menjalankan kempennya. Menggunakan karavan, teksi dan kuda untuk menjelajah seluruh kawasan Bukit Gelugor. Setiap perkembangan aktivitinya dikemas kini dalam kumpulan Whatsapp namun pada petang Sabtu, Abu Backer Sidek yang lebih dikenali sebagai calon kontroversi dalam kebanyakan pengamal media sekali lagi membuat kejutan dengan mengumumkan mahu menarik diri. Alasannya, kesal dengan layanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selain mendakwa semua permohonannya untuk mengadakan ceramah tidak mendapat permit. Malah beliau juga dilaporkan mahu membawa ahli keluarga dan penyokongnya ke Langkawi untuk bercuti sedangkan keesokannya adalah hari pengundian. Kelibat Abu Backer Sidek langsung tidak kelihatan semasa hari pengundian malah cubaan saya menghubunginya melalui telefon juga gagal apabila dimatikan. Khabarnya, beliau dimasukkan semula ke hospital pada malam sebelum hari pengundian. Entah tidak tahu yang mana satu betul. Mungkin Abu Backer Sidek dah kembali ke Madinah untuk meninjau kilang kurmanya di sana atau berada di Kuala Lumpur bagi menyambung kerja di firma guaman. Tidak kira di mana pun Abu Backer Sidek kini berada, saya harap beliau pulih sepenuhnya atas kecederaan yang dialami sebelum ini. Kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kerana beliau berjaya memperoleh 225 undi pada PRK Parlimen Bukit Gelugor. Walaupun banyak kontroversi yang dicipta Abu Backer Sidek sepanjang dua minggu tempoh berkempen namun kehadirannya sedikit menceriakan suasana PRK Parlimen Bukit Gelugor. Rakan-rakan pernah berkata, kalau Abu Backer Sidek tak ada, pasti pilihan raya kali ini amat bosan.

Rogol beramai-ramai: 3 beranak antara 14 ditahan

Gadis 17 tahun yang ditahan
PASIR MAS - Seorang bapa bersama dua anaknya antara 14 yang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan lebih 30 suspek dalam satu kejadian di Ketereh pada 20 Mei lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, tiga beranak yang berumur antara 15 hingga 38 tahun itu ditahan pagi semalam di sekitar Ketereh. "Anak beranak itu ditahan untuk membantu siasatan kes rogol itu dan terbaharu kita menahan seorang lagi lelaki berumur 20-an juga di sekitar Ketereh pagi ini. "Pagi ini, seramai sembilan lelaki termasuk tiga beranak itu direman selama seminggu yang menjadikan keseluruhan direman adalah seramai 13 orang termasuk seorang gadis berumur 17 tahun semalam," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini, hari ini. Yong Heng berkata, seorang lagi suspek yang ditahan pagi ini akan direman esok. Beliau berkata, gadis yang direman semalam turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Polis Kota Baharu mendakwa dirinya dirogol dalam kejadian itu. Polis kini sedang memburu saki-baki suspek yang terbabit dalam kes berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan, katanya. Dalam kejadian 7.30 petang itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Krai dan gadis berusia 17 tahun yang tidak bersekolah dari Ketereh itu mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian. Sementara itu, Yong Heng berkata polis menahan seorang lelaki berumur 20-an kerana membelasah dua lelaki disyaki merogol adiknya yang berusia 12 tahun dalam satu kejadian di Tawang, Bachok, pada 24 Mei lepas. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata, katanya. - Bernama

Dua suspek kes bunuh di Pantai Bersih diburu
BUTTERWORTH - Polis sedang mengesan dua lagi suspek dipercayai terbabit dalam kes bunuh seorang lelaki di belakang restoran makanan laut berhampiran pesisiran Pantai Bersih pada 18 Mei lepas. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Asisten Komisioner Nasir Salleh berkata dua lelaki terbabit ialah S. Dharshendran, 19, beralamat terakhir di No. 31 Lorong Murni 23 Taman Desa Murni, Sungai Dua dan J. Dineshkumar, 20, beralamat terakhir di Blok C-5-09 Pangsapuri Taman Sri Pinang. "Setakat ini polis telah menahan lima lelaki berusia 19 hingga 22 tahun dan tiga daripadanya akan menjalani proses pertuduhan di mahkamah esok," katanya kepada pemberita selepas melawat anggota keluarga mangsa di Flat Pantai Bersih di sini hari ini. Mayat B. Muniandy, 37, ditemui dalam keadaan terbaring di tepi pantai oleh orang awam yang melalui kawasan itu pada 11 pagi, 18 Mei lepas. Motif kejadian dipercayai berkaitan dengan seorang daripada suspek yang tidak berpuas hati kerana mangsa bercinta dengan adik perempuannya. Nasir berkata polis turut menemui sebatang kayu yang disyaki senjata pembunuhan dan mangsa yang ditemui dengan kesan luka di dahi dan jari selain lebam di dada serta rusuk kanan dipercayai dipukul lima hingga tujuh lelaki. Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan. - Bernama

Nurul Izzah mohon hak penjagaan dua anaknya
Nurul Izzah Anwar
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar memfailkan tuntutan hadhanah (hak penjagaan) terhadap dua anaknya yang berusia tujuh dan empat tahun di Mahkamah Tinggi Syariah di sini. Peguam Azmi Mohd Rais yang mewakili suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, memaklumkan demikian ketika kes mereka disebut di dalam kamar Hakim Syarie Amran Mat Zain, di sini, hari ini. Permohonan itu difailkan Nurul Izzah pada 30 April lalu melalui peguam Nor Mawaddah Ramli. Peguam itu memfailkan permohonan dan dan menyerahkan dokumen berkaitan kepada defendan dan peguamnya pada 24 Mei lalu. Mahkamah kemudian menetapkan 17 Jun ini untuk sebutan semula kes itu. Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Azmi berkata, mahkamah turut menetapkan tarikh itu bagi membolehkan Raja Ahmad Shahrir Iskandar selaku responden bagi menyempurnakan wakalah pelantikan peguam secara rasmi. Azmi dan peguam Syarie Zulkifly Che Yong akan menyerahkan wakalah ekoran Raja Ahmad Shahrir tidak hadir kerana berada di luar negara. Nurul Izzah, 34, anak sulung ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya itu awal Januari lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, pada awal Januari. Seksyen itu menyentuh pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah. Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang anak lelaki berusia empat tahun.

Sultan Johor zahir takziah
JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan sembah takziah atas kemangkatan Sultan Perak Sultan Azlan Shah, semalam. Sultan Ibrahim menzahirkan sembah takziah itu dalam titah baginda pada majlis perasmian pembukaan penggal persidangan kedua Dewan Undangan Negeri Johor ke-13, di Bangunan Sultan Ibrahim, di sini. "Saya dan seluruh rakyat negeri Johor ingin mengucapkan takziah kepada Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun dan keluarga atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak semalam. "Mudah-mudahan roh Almarhum akan dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para solihin," titah baginda. Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari semalam dan jenazah akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar hari ini. - Bernama

Enam anggota 'Geng Kerol' diberkas
PASIR MAS - Polis melumpuhkan 'Geng Kerol' yang aktif mencuri motosikal di beberapa negeri termasuk Kelantan, selepas memberkas enam individu termasuk ketua kumpulan, dalam operasi khas yang dilancar 15 Mei lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata enam lelaki terbabit berusia antara 21 dan 32 tahun diberkas di sekitar Kota Baharu dan Bachok. "Seorang daripada mereka merupakan ketua kumpulan yang dikenali sebagai 'Kerol', berusia 20-an. Kita juga menemui 120 rangka motosikal curi yang dibuang di sebatang sungai di Bachok serta di beberapa buah rumah," katanya dalam sidang media, di sini hari ini. Menurut Lai, geng itu aktif mencuri motosikal di Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Terengganu dan Johor sejak setahun lalu. Motosikal terbabit kemudian dilerai dan komponennya dijual dan antara yang paling banyak dicuri oleh geng ini ialah motosikal jenis Honda EX5, katanya. "Polis menganggarkan nilai motosikal yang dicuri itu mencecah RM300,000," katanya sambil menambah polis sedang memburu saki-baki anggota kumpulan itu. - Bernama

Rumah kosong lokasi melepak, tempat pelajar dirogol oleh 38 lelaki
Bilik yang dipercayai digunakan untuk merogol mangsa.
Bilik yang dipercayai digunakan untuk merogol mangsa.
KOTA BHARU - Penduduk di sekitar kampung Hutan Pasir, semalam, tidak mengetahui kejadian dua remaja perempuan dirogol 38 lelaki di sebuah rumah kosong, di sini, dalam kejadian 20 Mei lalu. Seorang penduduk, Rogayah Abdullah, 57, berkata, dia hanya mengetahui mengenai kejadian itu apabila tertangkapnya beberapa suspek yang tinggal berhampiran kediamannya. “Makcik kerja di kedai makan dan sekitar jam 4 petang, makcik akan bersiap-siap ke kedai untuk berniaga. “Balik ke rumah hampir jam 10 atau 11 malam, jadi memang makcik tak tahu langsung mengenai kejadian yang berlaku hanya beberapa meter dari rumah makcik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian. Rogayah berkata, rumah kosong yang menjadi tempat dua remaja itu dirogol sememangnya sebelum ini dijadikan lokasi budak kampung melepak dan menghabiskan masa membaiki motosikal. “Pernah saya suarakan kepada tuan rumah terbabit yang telah pindah ke kawasan lain supaya merobohkan rumah kayu peninggalannya itu, memandangkan rumah tersebut tidak berpenghuni dan sudah lama ditinggalkan kosong, namun pemiliknya endah tak endah. “Jadi, rumah terbabit dijadikan tempat remaja di sekitar kawasan ini membawa rakan mereka melepak dan sebelum ini polis pernah menyerbu rumah tersebut berhubung kes penagihan pil kuda,” katanya. Sementara itu, Mat Hussin Mat Nor berkata, kegiatan remaja berkenaan di kawasan itu sebelum ini hanya tertumpu kepada membaiki motosikal dan melepak. “Terkejut juga apabila ramai polis datang dan menangkap suspek tinggal tidak jauh dari kediaman saya. “Lagipun semasa kejadian kami tidak menyedari apa-apa kegiatan mencurigakan memandangkan ia berlaku pada waktu Maghrib dan tidak mendengar bunyi bising,” katanya. Dalam kejadian 20 Mei lalu, dua remaja termasuk seorang pelajar tingkatan dua mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh 38 lelaki dalam sebuah rumah kosong di Ketereh, di sini. Mangsa yang berasal dari Kampung Guchil, Kuala Krai, pada mulanya mengikut seorang rakan lelakinya ke sebuah rumah kosong untuk menemui seorang rakan perempuan. Dalam pertemuan itu, mangsa dihampiri seorang lelaki berusia 40 tahun yang dikatakan mempunyai hubungan dengan salah seorang lelaki yang tidak dikenali mangsa. Mangsa gagal melarikan diri selepas dikepung dan dihampiri lebih 30 lelaki yang berada di atas rumah terbabit dan dirogol beramai-ramai.

DAP Sahkan Dyana Sofya Bantah Pelaksanaan Hudud

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengakui calon parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud mempunyai pendirian yang sama dengan DAP berhubung undang-undang hudud. Beliau mendakwa, Dyana Sofya menyokong pendirian DAP iaitu membantah pelaksanaan undang-undang hudud di Malaysia kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. “Dyana Sofya telah menyatakan sokongan kepada pendirian DAP untuk tidak membantah hudud dalam Islam tetapi membantah pelaksanaan undang-undang hudud di Malaysia kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan. “Pendirian Dyana itu lebih baik berbanding pemimpin UMNO yang mahu melaksanakan undang-undang hudud,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini. Guan Eng dalam pada itu melahirkan rasa tidak puas hati beliau ke atas jentera Barisan Nasional (BN) kerana didakwa melakukan serangan peribadi bagi merosakkan karakter Dyana Sofya. Menurutnya, serangan itu termasuk mempersoalkan kelayakan beliau sebagai seorang peguam, hal paras rupa, fitnah memakai bikini, menggelarnya seorang penipu serta seorang anak kecil yang memerlukan puting. “Dyana Sofya diejek kerana terlalu bergantung kepada pemimpin DAP, Lim Kit Siang, malah mendakwa Dyana Sofya menangis tanpa kehadiran Kit Siang,” katanya. Sumber: Mynewshub

Wanita dibakar hidup-hidup kerana menculik

MENURUT Info di kawasan Ekoro Abule Egba, Lagos, seorang wanita yang dituduh menculik pelajar sekolah rendah yang ber umur dalam lingkungan 7-10 tahun. Penduduk-penduduk kampung tersebut telah mengepung kediaman wanita itu. Wanita tersebut mendakwa kanak-kanak tersebut adalah anaknya namun gagal memberikan nama mereka (kanak-kanak) bila diminta. Ia menjadikan kemarahan orang-orang kampung Kumpulan orang kampung yang marah dengan tindakan wanita itu telah mula memukulnya lalu melemparkan tayar yang telah dicurahkan dengan petrol lalu membakar wanita itu

Sumber: Newmalaysianpost

Remaja Dirogol Di Rumah Sendiri

MIRI – Seorang remaja berusia 14 tahun dirogol seorang lelaki tidak dikenali yang menceroboh kediamannya di Bandar Baru Permyjaya, malam tadi. Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata kejadian berlaku jam 12.02 tengah malam ketika mangsa hanya tinggal berdua dengan adiknya yang berusia tujuh tahun. Ibu bapa mangsa tidak ada di rumah kerana menziarahi saudara yang meninggal dunia, katanya kepada Bernama, di sini. Menurut Gan remaja itu diserang seorang lelaki bertopeng yang mengacu pisau ke lehernya ketika memeriksa bunyi bising di bahagian belakang rumah. “Lelaki itu kemudian membawa mangsa masuk ke bilik dan menutup muka mangsa dengan bantal sebelum merogolnya,” kata Gan. Beliau berkata suspek yang dipercayai memasuki rumah itu menerusi pintu dapur, kemudian melarikan diri dan mangsa menghubungi ibu bapanya untuk memaklumkan kejadian sebelum mereka membuat laporan polis. Sumber: Bernama

Flappy Bird Menyertakan Sokongan Multiplayer

Flappy Bird sememangnya merupakan aplikasi permainan yang menjadi fenomana disebabkan oleh ‘gameplay nya’ yang menguji tahap kesabaran si pamain. Aplikasi permainan ini menjadi viral di laman youtube apabila ada sahaja video yang membuatkan si pemain marah lalu memecahkan harta-benda. Sememangnya permainan yang menggunakan grafik 2D ini sangat menguji kesabaran. Bagi yang tidak mengenali akan permainan Flappy Bird, ia merupakan sebuah permainan ringkas yang mana memerlukan pengguna untuk mengawal watak burung, dan mengelak daripada pelbagai halangan untuk mencatatkan markah yang tinggi. Ia dikatakan Flappy Bird yang akan diterbitkan semula pada bulan Ogos ini akan membawakan beberapa perubahan, termasuk salah satunya adalah penambahan sokongan permainan multiplayer. Jadi, bagi para peminat permainan tersebut, mungkin boleh tandakan bulan Ogos pada kalendar anda, dan nantikan apakah yang akan dibawakan oleh permainan Flappy Bird baru kelak.

Sumber: Techcrunch / hzqahmd / Mynewshub

Wanita Penggal Kepala Anak Kucing Dikecam Di Internet

BEIJING: Seorang wanita warga China yang memenggal kepala seekor anak kucing dan memuat naik gambar tersebut secara dalam talian membangkitkan kemarahan ribuan pengguna di Internet. Li Pingping, bekas perunding pemasaran di Huizhou di selatan wilayah Guangdong, membeli anak kucing itu pada awal bulan ini. Akhbar China Daily melaporkan, dia bertindak memenggal kepala anak kucing itu di bilik mandi rumahnya pada minggu lalu. Dia kemudiannya memuat naik kepingan gambar badan anak kucing tesebut bersama kepalanya yang dipenggal menerusi laman sosial, Sina Weibo. Li memadam entri tersebut selepas menerima kritikan hebat di Internet sejak beberapa hari lalu. Li kemudiannya menulis surat permohonan maaf dan menjelaskan dia mabuk dan tidak berfikiran waras ketika melakukan perbuatan itu. Menurutnya, dia bertindak begitu kerana marah selepas mengesyaki bapanya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain. Surat tersebut mendapat lebih 60,000 komen dengan ada diantaranya tidak henti-henti memaki Li. Sumber: mStar

Sultan Johor Mahu Tuntut Pulau Batu Putih

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan supaya kerajaan negeri menubuhkan pasukan khas untuk membuat rayuan bagi membatalkan keputusan berkaitan Pulau Batu Putih. Baginda bertitah, perkara itu juga adalah pesanan Almarhum ayahandanya bahawa pulau itu adalah milik Johor dan mestilah menjadi sebahagian daripada negeri berkenaan. Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-13, sebentar tadi. Pada 23 Mei 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Putih adalah milik Singapura manakala Terumbu Karang Tengah milik Malaysia. Mahkamah itu juga menetapkan bahawa Terumbu Karang Selatan pula tertakluk kepada wilayah perairan di mana ia berada. Penghakiman itu diumumkan oleh Naib Presiden ICJ, Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh di The Hague, Belanda. Pulau Batu Putih, yang dipanggil Pedra Branca oleh Singapura, terletak 7.7 batu nautika di luar pantai Tanjung Penyusuh di Johor. Panel 16 hakim membuat penghakiman 12-4 menyebelahi Singapura. Bagi Terumbu Karang Tengah pula, mereka membuat keputusan 15-1 memihak kepada Malaysia. Begitu juga Terumbu Karang Selatan. Sumber: BH Online

Tiket Pertemuan Pahang - JDT Habis Dalam Tempoh 2 Jam

KUANTAN – Sekumpulan peminat bola sepak yang gagal mendapat tiket perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim (JDT), mencetuskan kekecohan apabila merempuh masuk ke kaunter jualan di Stadium Darul Makmur di sini, hari ini. Mereka dipercayai tidak berpuas hati kerana 32,500 keping tiket untuk penyokong Pahang menyaksikan pertemuan malam esok itu habis dijual dalam tempoh tidak sampai dua jam. Bagaimanapun, kekecohan itu dapat diredakan oleh anggota keselamatan yang berkawal di kaunter jualan tiket terbabit. Terdahulu, tinjauan di situ mendapati peminat membanjiri kawasan stadium sejak awal pagi untuk mendapatkan tiket terbabit walaupun kaunter jualan hanya dibuka pada pukul 9 pagi. Seorang penyokong wanita Slina Awang, 48, berkata dia bersama dua anaknya tiba di stadium itu pada pukul 8.15 pagi dan berbaris di kaunter khas untuk wanita selama sejam apabila dimaklumkan tiket habis dijual. “Saya memang kecewa kerana tiket habis, tetapi yang lebih mengecewakan saya apabila kaunter khas untuk wanita turut digunakan oleh kaum lelaki,” katanya kepada Bernama. Seorang lagi penyokong yang kecewa, Khairul Azmi Bakar, 32, berkata dia menunggu hampir dua jam untuk mendapatkan tiket. Rata-rata peminat yang gagal mendapatkan tiket juga tidak berganjak dari kaunter jualan utama sekalipun kaunter terakhir ditutup pada pukul 10.30 pagi. Mereka turut berkumpul di pekarangan stadium sebelum diiring keluar oleh anggota polis pada jam 11 pagi. Malam esok, JDT akan bertandang ke Stadium Darul Makmur dalam pertemuan kedua separuh akhir Piala FA. Dalam pertemuan pertama di Stadium Larkin, kedua-dua pasukan seri 1-1. Sumber: Bernama

Huawei Membawakan Honor 3X Pro Dengan Skrin 5.5 inci

Huawei telah memperkemaskinikan spesikasi peranti pintar mereka yang baru-baru ini telah hadir dalam keluarga berkenaan, yang dikenali sebagai Honor 3X Pro. Huawei Honor 3X Pro membawakan pelbagai spesifikasi yang lebih kurang sama dengan versi asal, tetapi hanya membawakan perkara baru pada resolusi skrin peranti berkenaan. Honor 3X Pro hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci yang mana membawakan paparan resolusi 1080p – berbanding Honor 3X yang hanya membawakan paparan 720p sahaja. Dari segi cip pemprosesan, ia menggunakan cip lapan-teras 1.7Ghz MediaTek, memori sebanyak 2GB RAM, dan kamera 13-megapixel pada bahagian belakang. Selain perubahan pada skrin, Honor 3X Pro turut dilihat membawakan perubahan pada rekaan kerangka belakang, dimana kini ia membawakan sedikit rekaan berbentuk teksture – sama seperti pada beberapa peranti Samsung. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada peranti ini akan memasuki pasaran tempatan ataupun sebaliknya. Memandangkan pihak Huawei akhir-akhir ini dilihat telah mula memfokuskan pasaran tempatan sejak hadir dengan VMall, ia tidak mustahil untuk mereka turut memperkenalkannya ke pasaran Malaysia pada masa akan datang. Sumber: Talkandroid / hzqahmd / Mynewshub

GB Bangga Filem KIL Sertai Festival Antarabangsa

KUALA LUMPUR – Grand Brilliance berbangga kerana filem KIL lakonan Redza Minhat dan Cristina Suzanne layak menyertai Festival Filem ‘Fantastic’ Antarabangsa Porto Alegre 2014 di Brazil dan Festival Filem Asia Tenggara 2014 di Singapura baru-baru ini. Pengurus Besar Grand Brilliance, Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata, filem cereka yang dibuat pada tahun 2013 itu merupakan satu-satunya filem dari Malaysia yang menyertai kedua-dua festival tersebut. “Filem KIL telah bertanding bersama 10 buah filem hebat termasuk komedi-drama dari Kanada The Dirties dan filem arahan Martin Turk, Feed Me with Your Words, dari Slovenia pada i Festival Filem ‘Fantastic’ Antarabangsa Porto Alegre 2014. “Penyertaan filem KIL di festival filem terbesar di Amerika Latin itu bertambah bermakna sempena ulang tahun festival itu yang kesepuluh tahun ini. Program tahun ini disertai lebih 150 filem yang ditayangkan sepanjang 17 hari,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini. Tengku Iesta turut memaklumkan, filem KIL juga merupakan satu-satunya filem Malaysia yang menyertai barisan filem di Festival Filem Asia Tenggara 2014 pada April lalu. Menurut Grand Brilliance, KIL merupakan filem pertama arahan Nik Amir Mustapha yang m,enerima tayangan perdana dunianya di Marche du Film di Cannes pada Mei 2013 Filem tersebut mempunyai keupayaan mengetengahkan subjek bunuh diri dengan cara yang positif itu pernah juga menyertai beberapa festival filem antarabangsa sebelum ini. Antaranya termasuk Festival Filem Luang Prabang 2014, Festival Filem Antarabangsa Dhaka 2014 dan Festival Filem Asia Osaka 2014. Sumber: Mynewshub

Pemandu Maut Kereta Terjunam Ke Laut

IPOH: Seorang pemandu terbunuh apabila kereta yang dipandunya terjunam ke dalam laut di Lekir Bulk Terminal dekat Pelabuhan Lumut pada malam Rabu. Pegawai kanan balai bomba Manjung, Ismail Othman berkata, pemandu tersebut yang belum dikenal pasti, terperangkap di dalam keretanya dalam insiden yang berlaku kira-kira pukul 11.30 malam dekat Sitiawan, kira-kira 90 kilometer dari sini. "Memandangkan keadaan gelap, kami terpaksa bergantung dengan peralatan sonar yang dimiliki pekerja jeti di sini untuk membantu mengesan kereta tersebut yang tenggelam di dalam laut. "Sebaik saja dikesan, kami hanya boleh mengarahkan penyelam untuk mengeluarkan kereta tersebut kira-kira pukul 8 pagi Khamis," katanya. Menurut Ismail, mereka berjaya mengangkat kereta tesebut dari laut dengan menggunakan sebuah kren di jeti di sini. "Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut," katanya. Operasi menyelamat berakhir pada pukul 10.40 pagi.
Kereta mangsa dinaikkan menggunakan kren di jeti berkenaan. - Sumber foto dari Bomba dan Penyelamat
Sumber: mStar

Al-Sisi menang pilihan raya Presiden

Ketua Tentera Mesir, Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi 
KAHERAH - MESIR. Bekas ketua tentera Mesir, Abdel Fattah al-Sisi menang dalam Pilihan Raya Presiden selepas memperoleh kira-kira 96.3 peratus daripada kiraan undi awal hari ini. Sebuah stesen televisyen rasmi melaporkan sekurang-kurangnya 21 juta pengundi memilih bekas ketua tentera yang menggulingkan bekas Presiden, Mohammed Mursi pada Julai tahun lepas, selepas undi 312 daripada 352 pos pengundian dikira, lapor AFP. Sumber: AFP/ Sinar Online

Operasi Bil Tertunggak Jun 2014 – Syabas

KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) akan menjalankan operasi bil tertunggak di beberapa kawasan di ibu negara, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Kuala Langat dan Sepang di Selangor bermula 1 Jun ini. Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awamnya, Priscilla Alfred Dharan berkata, operasi itu bagi mengesan pihak yang gagal membayar bil air. “Oleh itu Syabas menasihatkan pengguna agar membuat bayaran bil air tertunggak dengan kadar segera kerana operasi bil tertunggak bagi bulan Jun 2014 akan dijalankan. “Tindakan pemotongan bekalan air akan dikenakan kepada pengguna yang gagal menjelaskan bil tertunggak. Jika tindakan diambil, pengguna akan dikenakan caj pemotongan RM35 dan caj penyambungan semula RM35 sebelum penyambungan semula dapat dibuat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Priscilla bagaimanapun menjelaskan, aj yang dikenakan itu bukan denda atau penalti sebaliknya caj tetap perkhidmatan seperti yang diwartakan kerajaan Selangor di bawah Enakmen Pembekalan Air 1997. Menurut beliau, kawasan terlibat dengan operasi tertunggak Jun 2014 tersebut adalah seperti berikut:
1) Kuala lumpur:
Kampung Pandan, Desa Pandan, Jalan Cochrane, Sri Angsana Hilir, Pandan Jaya, Taman Cempaka, Taman Dagang, Taman Nirwana, Taman Maluri, Taman Cheras Indah, Taman komersial/Pandan Mewah, Taman Mawar/Taman Kencana, Taman Mega/ Taman Muda, Taman Melor/ Bukit Permai, Taman Pertama, Taman putra/Taman Bukit Teratai, Taman Saga, Taman Seraya, Taman Shamelin, Taman Miharja; Taman Rajawali, Kampung Cheras Baru, Taman Tenaga, Desa Aman, Taman Bukit Pandan, Taman Mutiara, Taman Bahtera/ Taman Cheras, Taman Billion, Taman Rakyat, Taman Segar, Alam Jaya, Taman Sunway, Cheras Awana, Taman Mudun, Taman Mulia, Taman Bukit Hijau, Desa Bukit Cahaya, Alam Damai, Cheras Utama; Taman Supreme, Bandar Tun Razak, Taman Midah, Desa Tun Razak, Bandar Damai Perdana, Desa Baiduri, Taman Bukit Angsana, Taman Delima/ Taman Dahlia, Taman Minang/ Taman Anggerik, Taman Minang Ria, Taman Len Sen/ Taman Connought, Taman Orkid Desa, Taman Cheras Pertama, Taman TayntonView, Cuepacs, Taman Masria, CherasHartamas/ Taman Wangsa, Chan Sow Lin, Loke Yew, Salak South, Sungai Besi, Bangsar, Damansara, Taman Tunku, Sri Hartamas/ Bukit Persekutuan, Jalan ipoh/Jalan Kolam Air, Jalan Duta, Segambut, Sentul, Jalan Gandek/ Jalan Berangan, Jalan imbi, Jalan Padang Walter Granier, Jalan Merlimau/ Jalan Meranti, Jalan San Peng/ Jalan Hicks, Jalan Sultan Ismail, Jalan Petaling, Jalan Pudu, Jalan Hang Jebat, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut/ Lorong Haji Taib, Kampung Bharu, Jalan Gurney dan Jalan Pahang/ Jalan Semarak.
2) Sabak Bernam:
Parit 10 sehingga ke Parit 6, Sungai Leman; Sungai Limau, Sungai Haji Dorani, Sungai Nibung; Parit 13 sehingga ke Kampung Belia1 dan 2 termasuk Kampung Merbau Berdarah; Taman-taman di sekitar Sungai Besar; Parit 1, Timur, Barat Gambut sehingga ke Parit 11, Timur, Barat, Gambut; Taman-taman di seluruh pekan Sekincahan; Site A,B,C dan Bagan Sekinchan; Taman-taman dan kawasan perkampungan berhampiran pekan Sabak Bernam; Batu 35 sehingga batu 39 Sabak Bernam; Jalan Sungai Lias hingga ke Pekan Sabak Bernam; Jalan Bagan Terap, Kampung Sapintas; Tebuk Pulai, Kampung Baru; Seluruh kawasan Sekendi hingga ke Teluk RHU; BNO, Sungai Air Tawar dan Parit Baru.
3) Kuala Selangor:
Kawasan Perumahan dan Perniagaan Batang Berjuntai, Pekan Batang Berjuntai, Jaya Setia; Jalan Rantau Panjang/ Sungai Darah, Kawasan Berjuntai Tin, Kampung Raja Musa; Kawasan Pasir Penambang/ Ujung Permatang; Kawasan Sungai Yu/ Sungai Terap Pusat Perniagaan Tanjung Karang & Kawasan Taman Tanjung Karang; Bagan Pasir, Jalan bomba Tanjung Karang, Kampung Sungai Sireh, Kampung Sri Gambut, Parit Serong, Kampung Seri Tiram Jaya, Kawasan Pt 1 hingga Pt 4Sungai Burong; Bukit Kuching, Bukit Cherakah, bukit hijau, Parit Mahang; Bukit Rotan, Perumahan dan Perniagaan Ijok, Bukit Badong dan Kampung Jaya Setia; Kawasan Taman dan Perniagaan Sungai Buloh; Seluruh Kawasan Taman Perumahan dan Perniagaan Bandar Puncak Alam.
4) Kuala Langat:
Bandar Saujana Putra; Kampung Sijangkang; Kampung Kebun Baru (Batu 9, Batu 10), Telok Panglima Garang (Ladang Telok), Taman Perwira, Taman Jaya Utama, Taman Dato’ Hormat; Kampung Pulau Carey, Jalan Bandar Lama; Jalan Banting Klang, Kampung Sungai Rambai; Kampung Sungai Jarom, Kampung Jenjarom; Kampung Seri Cheeding, Kampung Busut Orang Asli, Pulau Kempas; Jalan Banting Klang, Kampung Sungai Sedu; Kampung Sungai manggis, Taman Sungai Emas, Bandar Mahkota; Kampung Olak Lempit, kampung bukit Changgang, Kampung Labohan Dagang; Jalan Besar Bukit Cahnggang, Salak Tinggi, Selangor Dreeging; Taman Lanagt Murni, Taman Bandar Seri Ehsan; Kawasan Banting, Kampung Telok Bunut, Jalan Raba, Kampung Sungai Buaya, Kampung Bandar, Kampung Chodoi; Taman Banting Baru, Kampung Permatang Pasir, Kampung Kelanang; Kampung Kanchong Darat, kampung Sungai Lang, Kampung Sungai Kelambu; Kampung Endah, Kampung Tali Air, tanjung Layang, Kampung Badford, Batu Untung; Kampung Batu Laut, Kampung Kundang, kampung Tanjung Sepat dan Kampung Tumbuk Darat.
5) Sepang:
Kampung Sungai Merab Luar, Kampung Dato Abu, Desa Putra, Bakar Baginda, Desa Sri melor; Kampung Sungai Merab Tengah, Desa Saujana, Desa Anita, Desa Damai, Desa Sentosa; Desa pinggiran Putra, Sungai Merab ulu; RKT Sungai Merab, Kampung Limau Manis, Desa Mekar, Lestari Putra, Teras Jernang; Kondominium Unipark, Putra Heights; Taman Dengkil Jaya, Taman Intan, Taman Baiduri, Taman Putra, Taman Nilam; Kampung Dato Ahmad Razali, Taman Mesra, Taman Permata, kampung Baru, Pekan Dengkil; Pusat Perdagangan Deluxe, Taman Jed; Taman Emas, Putra Intan, Taman Timah; Jalan Air Hitam, Bandar Baru Dengkil; Bandar Baru Salak Tinggi, Kampung Salak tinggi, kota Warisan, Kosmopleks; Taman Dahlia, Taman Seroja, Taman Mawar; Desa Vista, Kampung Semarang, Kampung Sungai Buah; Taman Desa Air Hitam, Taman Meranti Indah; Kampung Sungai Rasau, Pulau Sebok; Taman Desa Air hitam, Taman Meranti Indah; Taman Kipark, Taman Aman Putra; Kampung Pulau Meranti; Taman D’Alpinia, Taman Alam putra; Taman putra Perdana, Taman Meranti Indah, Kampung Sungai Merab Luar, Kampung Dato Abu, Desa Putra, Bakar Baginda, Desa Sri Melor; Kampung Sungai Merab Tengah, Desa Saujana, Desa Anita, Desa Damai, Desa Sentosa; Desa Pinggiran Putra, Sungai Merab Ulu; RKT Sungai Merab, Kampung Limau Manis, Desa Mekar, Lestari Putra, Teras Jernang; Kondominium Unipark, Putra Heights; Taman Dengkil Jaya, Taman Intan, Taman Baiduri, Taman Putra, Taman Nilam; Kampung Dato Ahmad Razali, Taman Mesra, Taman Permata, Kampung Baru, Pekan Dengkil; Pusat Perdagangan Deluxe, Taman Jed; Taman Emas, putra Intan, Taman Timah; Jalan Air Hitam, Bandar Baru Dengkil; Bandar Baru Salak Tinggi, Kampung Salak Tinggi, Kota Warisan, kosmopleks; Taman Dahlia, Taman Seroja, Taman Mawar; Desa Vista, Kampung Semarang, Kampung Sungai Buah; Taman Desa Air Hitam, Taman Meranti Indah; Kampung Sungai Rasau, Pulau Sebok; Taman Desa Air hitam, Taman Meranti Indah; Taman Kipark, Taman Aman putra, Kampung Pulau Meranti; Taman D’Alpinia, Taman Alam Putra; Taman Putra Perdana, Taman Meranti Indah; Taman putra Prima, Taman Meranti Jaya, Bandar bukit Puchong; Nilam Terraces, Taman Putra Impiana; Taman Suria Tropika; Taman Prima Tropika; Bandar nusaputra, Puchong; Taman Putra Perdana Taman Tasik; Taman Aman putra, Bandar Bukit Puchong, Anggerik Apartment; Bandar 16 Sierra, Taman Lestari Permai; Taman Mas puchong, The Lake residence, Pangsapuri Jati; Taman Perindustrian Puchong; Glomac Cyber, park Villa, D’Island Residence, The Promenate; Domain Cyber, Garden Residensi, Taman Pinggiran Cyber; CBD Perdana, Cyberjaya; Jalan Diplomatik, Putrajaya; Kampung Batu 4, Kampung Tanjung Mas, Sungai Pelek; Kampung Bukit Bangkong, Kampung Ulu Cuchoh, kampung Ulu Teris; Taman Sri Bayu, Pantai Sepang Putra, Taman Kedidi, Bagan Lalang, Sepang; Taman Murni, Pekan Sepang, Taman Desa Indah; Kampung Lembah Paya, Kampung Baru Lanjut, RTB Labu Lanjut Salak Tinggi; Labu Lanjut, Kampung Geching dan Kosmopleks.
Sumber: Mynewshub

Oppo N1 Mini Tertiris Dengan Pelbagai Pilihan Warna.

Oppo N1 adalah phablet unik yang datang dengan ciri kreatif pada bahagian 13 megapixel kameranya yang boleh berputar. Peranti pintar ciptaan China ini tampaknya akan mengecilkan saiz kamera selfie-depan nya dari 5.9 inci ke saiz yang lebih padat iaitu 5 inci. Digelar sebagai Oppo N1 Mini, maklumat mengenai spesifikasi peranti ini masih agak terhad tetapi ia boleh didapati dalam pelbagai pilihan yang berwarna-warni seperti pastel pink, kuning dan biru. Paparan 5 inci skrinya mungkin sedikit sebanyak menyokong resolusi HD 720p dan seterusnya menggerakan sistem prosessor Exynos atau MediaTek Octa-core nya. Peranti ini juga dikatakan akan datang dengan sokongan LTE 4G. Tidak dinafikan spesikasi yang ditawarkan agak setanding dengan jenama-jenama peranti pintar yang lain dengan harga yang setanding dengan Xperia Z1 Compact. Harga yang ditawarkan di pasaran setakat ini ialah RM 1798. Beberapa imej N1 Mini yang tertiris boleh di lihat di bawah.

Oleh: hzqahmd / Mynewshub

Pemandu Maut Lori Bawa Asid Terbabas

KEPALA BATAS – Seorang lelaki maut apabila lori muatan asid hidroklorik yang dipandunya merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 126.9 Lebuhraya Utara Selatan, di sini, hari ini. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohd Shoki Hamzah, berkata kejadian pada jam 7.30 pagi itu melibatkan lori dari kawasan perindustrian Seberang Jaya di sini yang dalam perjalanan ke Sungai Petani, Kedah. Beliau berkata, satu daripada tayar lori itu dipercayai tercabut kira-kira 300 meter dari plaza tol Bertam menuju Sungai Petani menyebabkan pemandunya hilang kawalan dan terbabas. “Lori itu membawa 11 tong asid dan ketika anggota kami sampai dua daripada tong itu telah bocor dan isinya tumpah di atas jalan raya,” katanya ketika dihubungi. Beliau berkata, pemandu lori enam tan yang hanya dikenali sebagai Lam Thin, 61, ditemui tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan mati di tempat kejadian manakala kelindan lori itu ialah rakyat Bangladesh, dikenali sebagai Sukumar Ghosh. “Bomba terpaksa memotong bahagian hadapan lori untuk mengeluarkan mangsa tersepit dan lelaki Bangladesh yang cedera ringan dihantar ke hospital berdekatan,” katanya. Beliau berkata, Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) memindahkan baki asid ke dalam bekas lain dan kawasan kemalangan dibersihkan sepenuhnya pada jam 9 pagi ini. Sumber: Bernama

Gadis Jadi Suspek Kerana Tak Lapor Kes Rogol

GADIS berusia 17 tahun yang ditahan reman berhubung dengan kes rogol seorang gadis 15 tahun oleh kira-kira 38 lelaki di Ketereh, Kelantan pada 20 Mei lalu mungkin bersetongkol dalam merancang jenayah tersebut. Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Azham Othman berkata, pihak polis curiga kerana dia tidak membuat laporan polis berkenaan insiden itu, memetik The Star. Setakat ini, lebih 10 orang termasuk gadis itu sudah ditahan dan polis percaya hampir kesemua mereka berada di bawah pengaruh dadah sewaktu melakukan perbuatan tersebut. Azham turut menekan pengambilan pil kuda atau amphetamine sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes rogol. “Di Kota Bharu saja, lebih kurang 16 kes rogol dilaporkan sebulan dan kebanyakannya melibatkan mangsa bawah umur. “Kami percaya ia ada kaitan dengan penyeludupan dadah merentasi sempadan Malaysia dan Thailand,” katanya. Sumber: The Star / Elza / Mynewshub

MH370 : Operasi Mencari Dasar Laut Ditangguhkan

Selepas dua bulan harapan untuk mendapat perkembangan terkini berkenaan nasib ahli keluarga yang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, nampaknya waris penumpang terpaksa menunggu sekurang-kurangnya dua bulan lagi. Misi kapal selam robotik Bluefin-21 kini sudah pun melengkapkan misi terakhirnya di Lautan Hindi semalam menandakan operasi pencarian dasar laut telah berakhir untuk masa ini, menurut laporan laman web CNN. Dengan pencarian menggunakan Bluefin-21 terus buntu serta terpaksa menelan kos sebanyak ASD$40,000 Dolar Amerika sehari untuk beroperasi, pasukan mencari kini kembali duduk bersama dan berbincang untuk menggunakan aset lain yang lebih canggih. Tidak banyak syarikat yang memiliki aset berteknologi tinggi dan berkemampuan untuk mengendalikan operasi mencari sedemikian rupa. Usaha mencari syarikat yang ada dan perbincangan kontrak akan mengambil masa, dan menurut pihak berkuasa mereka mahu melantik satu syarikat untuk mengetuai fasa seterusnya dalam operasi pencarian MH370. Fasa baru itu yang akan melibatkan kawasan seluas 60,000 km persegi dipercayai tidak akan bermula sekurang-kurangnya dua bulan dengan kos kira-kira AS$60 juta. Sementara itu, China kini sedang menggunakan sebuah kapal khas untuk membuat operasi pemetaan dasar lautan di sebuah lokasi terpencil di Lautan Hindi, sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Biarpun kapal selam robotik Bluefin-21 memberikan visual yang lebih baik berkenaan dasar lautan selain peralatan sonar yang lain, kapal selam itu hanya boleh menyelam sedalam 4.5 kilometer sahaja. “Kedalaman kawasan lautan yang bakal diterokai selepas ini masih tidak jelas kerana ia masih belum dipetakan melalui rekod,” kata Timbalan Perdana Menteri Australia Warren Truss awal bulan ini. Sumber: Ibnu Khusairy Aris / Mynewshub

Hudud: Penyokong PAS Tidak Akan Boikot Dyana

TELUK INTAN – Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub percaya isu hudud tidak akan mempengaruhi penyokong parti itu untuk memboikot calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan. Beliau berkata, tiada masalah yang timbul sekiranya penyokong PAS mendapatkan penjelasan yang tepat mengenai isu berkenaan dan kemudiannya akan menyokong DAP. “Saya percaya ia tidak sampai ke tahap boikot. Jika ada pun, kita akan memberikan penerangan kepada mereka tentang penjelasan isu hudud ini. “Masyarakat mesti dididik dengan pengetahuan dan ilmu yang dapat membantu mereka untuk memberikan penilaian terhadap mana-mana isu,” katanya kepada pemberita di Kampung Padang Tembak di sini. Dyana sebelum ini menyatakan beliau tidak menolak hukum hudud tetapi akan menentang jika rang undang-undang mengenai pelaksanaannya dibentangkan di Parlimen. Salahudin berkata, isu hudud tidak berbangkit buat PAS untuk bersama-sama dengan DAP dalam kempen PRK Teluk Intan. “Sewaktu kita (PAS) mula-mula mengenali DAP, mereka sudah tidak bersetuju tentang hudud. “DAP pun tahu tentang pendirian PAS tetapi itu tidak menghalang kita bersama-sama untuk menubuhkan Pakatan Rakyat. “Ia juga sama sekali tidak menghalang PAS untuk terus memperjuangkan syariat Islam dalam negara kita,” katanya. Mengenai kempen PAS pada PRK Teluk Intan, parti itu menggunakan pendekatan eksklusif khususnya kepada pengundi sasaran termasuklah golongan muda dan pengundi luar. “Antara yang kita lakukan adalah mengadakan kempen dari rumah ke rumah dan ceramah kelompok yang telah disusun setiap hari,” katanya. Sumber: mStar

Lelaki Parah Ditetak Empat Lelaki

ALOR SETAR: Seorang lelaki mengalami kecederaan serius selepas empat lelaki tidak dikenali menyerangnya di sebuah kedai kopi dekat Jalan Kilang Tebu pada Khamis. Low Khee Meng, 20, sedang bersarapan dengan seorang rakannya di sebuah kedai kopi kira-kira pukul 10 pagi apabila empat lelaki menyerangnya menggunakan sebilah parang. Low meluru masuk ke bilik stor kedai kopi terbabit untuk berlindung manakala rakannya, yang hanya dikenali sebagai Raajeswaran, 25, melarikan diri dari kedai tersebut. Namun, sekumpulan lelaki tersebut dapat mengesan Low dan menetak belakangnya di dalam kedai kopi itu manakala pemilik kedai tersebut menyaksikan insiden itu. Raajeswaran berjaya melarikan diri dengan beberapa kesan kecederaan kecil. Pemilik kedai kopi itu yang enggan dikenali berkata, Low dan Raajeswaran baru saja memesan makanan apabila empat lelaki itu keluar dari sebuah kereta lalu menyerang mereka. Katanya, beliau menyedari kereta tersebut dipandu sekitar kawasan kedainya lebih daripada tiga kali sebelum berhenti. Sumber: mStar

6 Anggota Geng ‘Kerol’ Diberkas Di kelantan

PASIR MAS – Polis melumpuhkan ‘Geng Kerol’ yang aktif mencuri motosikal di beberapa negeri termasuk Kelantan, selepas memberkas enam individu termasuk ketua kumpulan, dalam operasi khas yang dilancar 15 Mei lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng berkata enam lelaki terbabit berusia antara 21 dan 32 tahun diberkas di sekitar Kota Bahar dan Bachok. “Seorang daripada mereka merupakan ketua kumpulan yang dikenali sebagai ‘Kerol’, berusia 20-an. Kita juga menemui 120 rangka motosikal curi yang dibuang di sebatang sungai di Bachok serta di beberapa buah rumah,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini. Menurut Lai, geng itu aktif mencuri motosikal di Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Terengganu dan Johor sejak setahun lalu. Motosikal terbabit kemudian dilerai dan komponennya dijual dan antara yang paling banyak dicuri oleh geng ini ialah motosikal jenis Honda EX5, katanya. “Polis menganggarkan nilai motosikal yang dicuri itu mencecah RM300,000,” katanya sambil menambah polis sedang memburu saki-baki anggota kumpulan itu. Sumber: Bernama

VIDEO: Perogol Dihukum Sebat Ibu Mangsa Di Kelantan
Satu video yang dikongsikan di YouTube, seorang lelaki didakwa suspek kes rogol disebat banyak kali sekuat hati oleh seorang wanita menggunakan rotan di Pantai Tujuh Tumpat, Kelantan. Wanita itu dikatakan ibu kepada mangsa yang dirogol lelaki tersebut. Orang ramai yang berdiri mengelilingi kejadian tersebut kelihatan tidak berbuat apa-apa untuk membantu lelaki yang terikat kaki tangan dan terlondeh seluarnya itu. Sambil merotan, wanita tersebut menyuarakan kemarahannya atas pebuatan lelaki itu terhadap anaknya. Jika benar lelaki tersebut sememangnya telah merogol anak wanita tersebut, memang patutlah dia kena belasah sebelum diserahkan kepada polis. Kalau kita berada di tempat makcik tersebut tentu kita pun berasa sangat marah kan?

Sumber: Rem Ramzi / Mynewshub

Lelaki Rakam Kelibat Buaya Di Sungai Klang
PETALING JAYA: Seorang pengguna laman sosial Facebook yang dikenali sebagai Fadhlan HelangPutih mendakwa telah merakam kelibat seorang buaya di Sungai Klang pada Ahad lalu. Pendedahan itu dibuat selepas individu tersebut mendakwa berjaya merakam kelibat buaya semasa berhenti di laluan motosikal Lebuhraya Shah Alam (Kesas) semasa dalam perjalanan dari Klang ke USJ. Dalam entrinya, Fadhlan HelangPutih mendakwa, rakaman itu dibuat pada pukul 2.50 petang (14.50) dengan disaksikan oleh empat penunggag motosikal lain.

"Pernah drgr (dengar) org kata sg.klang ada buaya tapi aku tak caye (percaya).... Erm... Skrg sendiri yg lihat..... Uh!!!!! Benar rupanya...... "Kebetulan naik moto (tunggang motosikal) dari klg (Klang) nk ke usj... Namapak (nampak) penungang lain jegok2 bawah tu... Try ar jegok nampak ekor binatang berenang2 masuk bawah jembatan tapi ekor tu aku yakin buaya... "Jd ambik fon.. G (pergi) ke sebelah jembatan... Yes!! Dapat rakam.... Erm... Hope korg sebarkan video ni kerna jgn pula ada anak2 atau sesiapa yg sangkan," jelasnya dalam entri tersebut. Entri lelaki yang tinggal di Klang itu kemudian mendapat sebanyak 2,225 kongsi (share) dan tujuh komen daripada rakan-rakanya sehingga pukul 10.30 pagi Khamis. Sumber: mStar

Ana Dahlia Cuba Berdolak Dalih?

Ana Dahlia yang hadir bersama ibunya serta kekasihnya, Ubaidullah di majlis meraikan Hari Ibu anjuran Rafflesia di hotel Royal KL, pada Rabu. Kredit foto Selebriti online.Ana Dahlia yang hadir bersama ibunya serta kekasihnya, Ubaidullah di majlis meraikan Hari Ibu anjuran Rafflesia di hotel Royal KL, pada Rabu. Kredit foto Selebriti online. Berita pelakon Ana Dahlia, kini sedang hangat bercinta dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Ubaidullah bukanlah lagi rahsia. Sebelum ini kecoh apabila beberapa foto pasangan kekasih ini bercuti di Bangkok, Thailand bulan lalu. Bahkan pernah sebelum ini kecoh apabila bekas menantu kepada Chef Selebriti, Datuk Chef Wan ini dikatakan bakal berkahwin dalam masa terdekat. Hal itu timbul apabila seorang pereka fesyen terkenal memuat naik gambarnya bersama Ana dan kekasihnya. Gambar tersebut menunjukkan mereka bertiga seperti sedang berbincang, apa lagi kalau bukan perbincangan tentang busana perkahwinan. Bagaimanapun Ana menerusi kenyataannya kepada media menafikan yang dia akan berkahwin tidak lama lagi. Namun sewaktu majlis meraikan Hari Ibu anjuran Rafflesia yang berlangsung di Hotel Royal, Kuala Lumpur malam tadi, kami pihak media terkejut apabila tertera di lampiran kenyataan media bahwa Ana hadir bersama bukan saja ibunya malah turut serta ialah tunangnya, Ubaidullah. “Okay macam ni, sebelum ni ada ura-ura mengatakan yang saya akan berkahwin lah, bertunang lah dalam bulan Mei ini. Padahal semua itu tidak benar. Tapi saya tak nafikan perancangan ke arah itu memang ada. Setiap pasangan yang bercinta mahu berkahwin. Kita hanya merancang dan berusaha. Jodoh dan ketentuan di tangan Tuhan. “Memang keluarga dia (Ubaidullah) ada berjumpa dengan keluarga saya, baru-baru ini. Hanya merisik tapi tidaklah sampai bertunang. Dengan status saya dan pengalaman lalu mengajar saya supaya lebih berhati-hati. Banyak perkara yang saya perlu fikirkan sebelum saya betul-betul bersedia untuk bergelar isteri semula. “Ibu bapa saya juga tidak memaksa saya untuk buat apa-apa keputusan. Mereka sangat memahami saya. Malah semasa merisik pun keluarga kami pun tidak menentapkan apa-apa tarikh baik tarikh bertunang atau berkahwin,” katanya sambil tersenyum. Pemilik nama sebenar Diyana Mastura Jaafar, 31, ini berkata demikian ketika diminta mengesahkan sejauh mana kebenaran status antara dia dan kekasihnya itu seperti yang dinyatakan pihak penganjur majlis di dalam lampiran kenyataan media sekaligus benarkah mereka akan bernikah tidak lama lagi. Dalam pada itu, menurut pelakon drama ‘Cinta Yang Satu’ ini, dia dan teman lelakinya yang berusia 24 tahun itu sebetulnya sudah lama saling mengenali memandangkan mereka berasal dari satu kampung iaitu di Taiping Perak. Namun mereka mula menjadi teman rapat sejak setahun lalu. Ditanya apa yang membuatkan dia tertarik dengan jejaka itu, Ana berkata Ubaidullah seorang yang sangat mengambil berat dan berfikiran matang meskipun jarak umur mereka berbeza tujuh tahun. “Walaupun dia muda dari saya tapi dia seorang yang matang dan itu yang mungkin buat kami serasi. Paling penting, saya yakin dia boleh membimbing saya dari segi didikan agama. Dia seorang yang releks tapi dia tak romantik (gelak)”, kata Ana yang sudah dua tahun hidup solo selepas bercerai dengan Chef Riz. Bagaimanapun ketika majlis berlangsung, pengacara yang juga merupakan teman baik Ana dan Ubaidullah beria-ria memberitahu kepada para tetamu yang hadir bahawa pasangan itu bakal berkahwin tidak lama lagi. Berkali juga si pengacara mengatakan yang Ana dan Ubaidullah akan berkahwin. Masakan si pengacara itu sengaja mengada-adakan cerita sebegitu kalau ianya tidak benar, bukan? Lagipun si pengacara tersebut tidak pula mengatakan yang dia hanya bergurau dengan pasangan kekasih itu. Tambahan tatkala mendengar ‘pengumuman’ itu, Ana dan kekasih dilihat tersenyum lebar. Persoalannya mengapa Ana bersikap berdolak dalih ketika ditemubual pihak media beberapa minit sebelum itu sedangkan si pengacara majlis dengan begitu gembira meuar-uarkan berita baik tersebut. Sumber: Malaysian Digest

Polis Jepun Buru Lelaki Lontar Air Kencing

TOKYO – Polis bandar raya ini melancarkan gerakan memburu seorang lelaki yang didakwa melontar air kencingnya menyasarkan wanita muda. Setakat ini, enam laporan diterima membabitkan lelaki berkenaan. Kes pertama dilapor berlaku pertengahan April di utara Tokyo apabila lelaki berkenaan melontar cecair ke atas seorang wanita di jalan raya, lapor akhbar Asahi Shimbun. Polis merumuskan cecair itu air kencing selepas meneliti warna dan ciri-cirinya. Sejak itu, menurut sumber, lima kes yang sama dilapor berlaku di sekitar kawasan berkenaan. Polis tidak menolak perbuatan itu dilakukan oleh suspek yang sama, katanya. Mangsa yang terdiri daripada remaja dan wanita dalam lingkungan usia 20-an berkata, suspek yang memakai topi keledar itu menyimbah cecair itu pada muka dan bahagian atas badan mereka. Sumber: AFP / Mynewshub

Operasi Cermin Gelap Diteruskan – Abdul Aziz

PETALING JAYA – Operasi pemeriksaan cermin gelap kenderaan di seluruh negara masih akan diteruskan pada 16 Jun ini, kata Datuk Abdul Aziz Kaprawi. Timbalan Menteri Pengangkutan itu menafikan laporan baru-baru ini yang menyatakan pihak berkuasa tidak akan mengenakan tindakan terhadap pemilik kenderaan cermin gelap. Namun, katanya, operasi tersebut yang diketuai oleh Polis Trafik dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambil kira kertas cadangan dari bengkel mengenai cermin gelap pada 2 Jun ini. “Saya ingin jelaskan bahawa operasi masih diteruskan dan ia akan dilakukan di seluruh negara. “Kami akan mengenakan tindakan terhadap pemilik kenderaan yang melanggar peraturan cermin gelap ini,” katanya. Beliau berkata, bengkel khas bagi tujuan itu akan melibatkan pelbagai jabatan berkaitan dan pelbagai lapisan masyarakat amat penting dalam memberi gambaran jelas mengenai operasi tersebut. “Pemilik kenderaan mempunyai tempoh masa sehingga 15 Jun ini untuk menukar cermin gelap tersebut. “Kami akan memaklumkan kepada orang ramai mengenai sebarang perubahan pada peraturan sedia ada berdasarkan hasil yang diperoleh dari bengkel tersebut,” katanya. Beliau mengulas mengenai kenyataan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad yang mendakwa operasi pemeriksaan cermin gelap tidak akan diadakan secara besar-besaran. Sumber: mStar

Terkejut Temui Anak Lipas Dalam Mi Bandung

KUALA LUMPUR - Seorang konsultan kewangan terkejut apabila menemui anak lipas ketika menikmati mi bandung yang dipesannya di sebuah restoran terletak di Setiawangsa. Lebih mengecewakan, hidangan tercemar itu menyebabkan dia mengalami masalah kulit. Mohd Amin Jumberi, 42, berkata, dia memesan hidangan berkenaan di sebuah restoran ketika kunjungan pada jam 6.30 petang, Isnin lalu. Bagaimanapun katanya, seleranya terbantut apabila menyedari satu objek hitam dalam mangkuk mi itu adalah anak lipas. “Saya memanggil pekerja di situ dan dia sekadar meminta maaf atas apa yang telah berlaku. “Dia mengambil nama dan nombor telefon saya dan berjanji pengurus restoran akan menghubungi saya. Namun sehingga kini saya tidak menerima sebarang panggilan dan permohonan maaf daripada pihak restoran berkenaan. “Apa yang membimbangkan apabila kulit saya mengalami gatal-gatal pada sebelah malam, mungkin disebabkan makanan yang telah tercemar itu,” katanya kepada Sinar Harian. Kata Mohd Amin, itu merupakan kali kedua dia ke restoran berkenaan dan dia amat kesal dengan apa yang berlaku kerana pihak pengurusan tidak menitikberatkan hal kebersihan. “Saya belum membuat sebarang tuntutan, namun saya sedang fikirkan untuk tuntut ganti rugi kerana bahan kotor yang saya makan mungkin boleh menjejaskan kesihatan saya,” katanya. Ekoran kejadian itu, dia telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Setapak serta aduan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut. Sumber: Sinar Online

Suami Abby Abadi Lakukan Dua Kali Lafaz Cerai

Abby Abadi melambaikan tangan kepada jurugambar yang merakamkan wajahnya. - Foto: Azman Ghani. KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini diberitahu suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, melakukan dua kali lafaz cerai terhadap pelakon itu termasuk salah satunya tidak dimaklumkan kepada mahkamah. Sehubungan itu Hakim Syarie iaitu Shaiful Azli Jamaludin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat pelakon itu kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan. Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, sebelum itu mendedahkan kepada mahkamah suaminya pernah memberitahu seorang kenalan bahawa mereka sudah bercerai.

Muhamad Noor Farhan berjalan keluar dari mahkamah. 
Pasangan itu bagaimanapun meminta nasihat kes itu kepada bapa saudara Muhammad Noor Farhan yang juga defendan dalam kes ini dan mereka kemudiannya melakukan rujuk tanpa melaporkan kes berkenaan kepada mahkamah. Pelakon drama bersiri Gerak Khas itu turut memberitahu kejadian itu berlaku pada Januari lalu. Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan. Mereka bernikah di Selatan Thailand. Berita penuh akan dilaporkan kemudian.

Sumber: mStar

Pahang kibar bendera separuh tiang tiga hari

KUANTAN - Bendera negeri Pahang dan bendera Persekutuan akan dikibarkan separuh tiang selama tiga hari bermula hari ini sebagai tanda berkabung atas kemangkatan Sultan Perak Sultan Azlan Shah semalam. Dalam satu kenyataan ringkas di sini, Unit Protokol Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang berkata pengibaran bendera separuh tiang itu adalah titah daripada Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah. Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari semalam dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar hari ini. Baginda memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Februari 1984. - Bernama

Istiadat penghormatan terakhir bermula
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor memberi penghormatan terakhir kepada Jenazah Almarhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, hari ini. Turut berangkat Pemangku Raja Perak Raja Dr. Nazrin Shah dan Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim. - Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor memberi penghormatan terakhir kepada Jenazah Almarhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, hari ini. Turut berangkat Pemangku Raja Perak Raja Dr. Nazrin Shah dan Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim. - Foto Bernama
KUALA KANGSAR - Suasana sedih jelas terasa tatkala rakyat jelata tiba di pekarangan Istana Iskandariah di sini pagi ini untuk menziarahi jenazah Almarhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang mangkat petang semalam. Anggota masyarakat pelbagai lapisan dilihat tiba di pekarangan Istana Iskandariah seawal 8.30 pagi dan dibenarkan masuk ke balairung seri, tempat jenazah Almarhum disemayamkan, setengah jam kemudian untuk memberi penghormatan terakhir. Istiadat penghormatan orang awam ini berlangsung dari pukul 9 hingga 11.30 pagi dan akan disusuli orang kenamaan, menteri, timbalan menteri, menteri besar, ketua menteri dan perwakilan asing bermula 11.45 pagi hingga 1.15 tengah hari. Sesi penghormatan terakhir untuk raja-raja Melayu, yang dipertua negeri, ketua negara dan ketua kerajaan pula akan bermula 1.30 tengah hari hingga 2.15 petang. Terdahulu, lapan pegawai daripada pasukan Polis Diraja Malaysia dan ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia mengusung keranda jenazah Almarhum yang dilitupi kain songket berwarna kuning diraja, memasuki balairung seri sebelum diletakkan di atas peterana tiga anak tangga, juga berwarna kuning diraja, berhadapan singgahsana. Ini disusuli perarakan masuk darjah-darjah kebesaran baginda oleh 11 pegawai daripada pasukan keselamatan. Darjah-darjah kebesaran terbabit diletak di atas bantal berwarna kuning diraja yang kemudian disusun mengelilingi keranda. Menyusuli mereka 36 jejawat yang membawa payung kebesaran diraja. Alunan ayat-ayat suci al-Quran diperdengarkan oleh beberapa kumpulan termasuk pelajar tahfiz, anggota kariah beberapa buah masjid dan Jabatan Agama Islam Perak pada sepanjang masa di balairung seri itu. Terdahulu, Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, Raja Puan Besar Tuanku Zara dan kerabat diraja berangkat tiba di balairung seri itu. Turut berada di dewan itu ialah Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta pembesar-pembesar negeri. Rakyat jelata pelbagai kaum yang rata-rata berpakaian serba hitam sebagai tanda berkabung, kemudian menuju ke peterana tempat disemayamkan jenazah Almarhum, dan membacakan doa mengikut kepercayaan agama masing-masing sebelum berjalan keluar meninggalkan balairung seri. - Bernama

Najib tiba beri penghormatan terakhir
Almarhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah
Almarhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah
KUALA KANGSAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat meninggalkan pekarangan Istana Iskandariah, Bukit Chandan kira-kira jam 9.22 pagi tadi. Beliau tiba di istana bagi memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Azlan Shah pada jam 8.45 pagi. Najib akan kembali ke Beijing untuk menyambung lawatan rasmi enam hari yang bermula kelmarin sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik dijalin antara Malaysia dan China.

Rakyat berpeluang beri penghormatan terakhir
Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
KUALA KANGSAR - Orang awam dijadual memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah bermula pukul 9 pagi hingga 11.30 pagi di Balairong Seri, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak malam tadi, kumpulan kedua yang akan memberi penghormatan terakhir pada pukul 11.45 pagi hingga 1.15 tengah hari adalah orang kenamaan, menteri, timbalan menteri, menteri besar, ketua menteri dan perwakilan asing. Ia disusuli Raja-raja Melayu, Yang Dipertua Negeri, Ketua Negara dan Ketua Kerajaan pada 1.30 petang hingga 2.15 petang. Istiadat pelantikan dan pengisytiharan raja baharu akan disempurnakan pada 2.30 petang di balai sama sebelum diteruskan dengan istiadat pemakaman di Makam Diraja yang terletak bersebelahan Masjid Ubudiah, pada pukul 3 petang. Sultan Azlan Shah mangkat pada usia 86 tahun, dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar hari ini. Baginda yang telah memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Feb 1984, akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir. - Bernama

Istiadat Pelantikan Dan Pengisytiharan Sultan Perak Yang Baharu Petang Ini

Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak.
IPOH: Istiadat pelantikan dan pengisytiharan Sultan Perak yang baharu akan diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada petang Khamis. Setiausaha Dewan Negara Perak Datuk Ayob Hashim berkata istiadat tersebut akan dijalankan sebelum istiadat pengebumian jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah, yang mangkat pada Rabu. Beliau berkata satu mesyuarat khas Dewan Negara Perak akan diadakan lewat petang Rabu bagi menentukan pengganti Sultan Azlan Shah untuk menerajui takhta pemerintahan negeri Perak. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin akan mempengerusikan mesyuarat tersebut yang berlangsung di Istana Iskandariah, katanya. Mesyuarat khas itu diadakan berdasarkan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Bahagian Yang Kedua yang terkandung dalam Fasal LXIII yang antara lain menetapkan Dewan Negara hendaklah bermesyuarat di Kuala Kangsar dalam tempoh dua puluh empat jam daripada kemangkatan seorang Raja Pemerintah. Ayob berkata istiadat pelantikan dan pengisytiharan Sultan Perak yang baharu itu akan berlangsung selepas orang ramai dan orang kenamaan menziarahi serta memberi penghormatan terakhir buat Almarhum Sultan Azlan Shah. Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari Rabu dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar Khamis. Sumber: mStar

MH370: Empat Ping Dirakam Bukan Dari Kotak Hitam

SEORANG pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat mendedahkan bahawa isyarat 'ping' yang dirakam ketika pencarian pesawat MH370 di Lautan Hindi bukan dari kotak hitam. Sebaliknya, empat ping itu didakwa dikeluarkan dari kapal atau peralatan yang digunakan oleh skuad pencarian.

"Pihak berkuasa yang melakukan pencarian merasakan ping itu dari kotak hitam pesawat tetapi sebenarnya ia dihasilkan oleh kapal dan peralatan yang digunakan untuk mengesan isyarat ping," katanya kepada Mirror Daily. Jelasnya, empat isyarat ping yang dimaksudkannya merupakan hasil rakaman ketika skuad pencarian menggerakkan usaha mereka pada fasa pertama di Lautan Hindi. "Kami mendapati ping itu dihasilkan oleh peranti yang digunakan untuk mengesan isyarat dari kotak hitam menerusi kapal lain dan bukannya dari kotak hitam," ujarnya.

Pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) dilaporkan hilang daripada radar pada 8 Mac lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Penerbangan itu kemudian dilaporkan telah berakhir di Lautan Hindi berhampiran Perth , Australia. Sumber: mStar

Kerajaan perlu lindungi kepentingan orang Islam

SHAH ALAM - Kerajaan tidak perlu takut melindungi kepentingan orang Islam dan membela nasib mereka berkaitan isu halal. Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Ma'amor Othman berkata, kerajaan perlu serius dalam isu seperti ini kerana umat Islam merupakan penduduk majoriti. “Kerajaan jangan takut. Sepatutnya apabila termaktub Islam sebagai agama persekutuan, beri perlindungan kepada kepentingan umat Islam. “Beri kuasa kepada penguatkuasaan agama seperti Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) untuk jalankan tugas sepenuhnya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurutnya, sekarang bukan masa untuk menyalahkan sesiapa, tetapi masa untuk mencari jalan penyelesaian. “Kerajaan perlu beri kuasa kepada Jakim, agar mereka memiliki makmal, penguatkuasaan dan pakar pemakanan sendiri dalam penilaian produk halal. “Wujudkan akta produk halal yang bolehkan kerajaan bertegas dalam isu seperti ini supaya tidak berulang,” katanya. Katanya, pihak yang berselindung menggunakan logo halal yang sebenarnya tidak halal boleh dikenakan tindakan di bawah perihal Perbahasaan Halal, Akta Perihal Dagangan. “Ia dikira salah dan menipu. Namun jika sesuatu produk menggunakan semula bekas makanan haram dan dibersihkan ia tidaklah menjadi haram. “Misalnya botol arak digunakan semula untuk diisi produk lain, ia tidak salah asal dibersihkan terlebih dahulu,” katanya. Sumber: Sinar Online

China sekat WeChat

BEIJING - CHINA. Parti Komunis China akan mengenakan tindakan tegas terhadap perkhidmatan mesej popular termasuk WeChat Tencent sebagai langkah terbaharu untuk menyekat ucapan dalam talian, menurut laporan AFP. Kempen sebulan itu adalah sama seperti kawalan ketat dikenakan ke atas Sina Weibo tahun lalu, sebuah perkhidmatan laman mikro seperti Twitter. Tindakan tegas ini juga diambil susulan rentetan serangan ganas di Xinjiang dan pembunuhan di Dataran Tiananmen di mana Beijing telah dipersalahkan oleh masyarakat minoriti Islam di wilayah tersebut. Sumber: Sinar Online / First Post

Ada Pihak Mahu Tutup Periuk Nasi Akhil Hayy

Akhil Hayy menunjukkan single terbaharunya. 
PETALING JAYA: Penyanyi dan pendakwah bebas Akhil Hayy mendakwa seorang individu berpengaruh cuba menyekat namanya daripada terlibat dengan beberapa program terbitan sebuah stesen televisyen. Akhil atau nama sebenar Akhil Abdul Hayy, 44, berkata, dia menyedari perkara itu selepas mendapati sudah beberapa kali namanya digugurkan pada saat-saat akhir sebelum menyertai sesebuah rancangan. "Saya tiada masalah dengan stesen televisyen berkenaan sebaliknya ada seorang individu dalam stesen itu yang cuba menyekat periuk nasi saya. "Dia menggunakan kuasanya untuk mempengaruhi orang lain sehingga mereka gugurkan nama saya tanpa memberi alasan," katanya kepada mStar Online, di sini, Khamis. Akhil ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Andai Esok di Pua Herritage, Amcorp Mall, di sini. Dia sepatutnya terlibat dengan sebuah telefilem berjudul Rock Sangkut yang diterbitkan syarikat milik Mawi namun terpaksa digantikan dengan seorang pelakon lain selepas namanya ditolak. Katanya, bukan itu sahaja, malah beberapa program keagamaan popular yang pada mulanya menawarkan dia sebagai juri juga ditarik balik tanpa sebarang alasan. "Sudah empat tahun perkara ini terjadi. Ia seperti masalah peribadi individu itu sendiri kerana pihak stesen beberapa kali cadangkan nama saya tetapi digugurkan pada saat-saat akhir,” katanya kesal. Bagaimanapun, dia biarpun tidak muncul di televisyen, dia masih aktif menyebarkan dakwah di masjid dan juga surau. Dalam pada itu, single Andai Esok dicipta oleh Badhisham, manakala lirik ditulis oleh Hairul Anuar Harun. Menurut Akhil, lagu keagamaan ini merupakan sumbangannya kepada umat Islam sebelum dia meninggal dunia. "Lagu ini menceritakan tentang perjalanan hidup manusia dan saya harap dapat ia memberi kesan kepada orang yang mendengarnya," kata Akhil. Sumber: mStar

Sandar Dan Letak Kaki Pada Kaabah, Polis Terima Kecaman

MEKAH – Tindakan kurang ajar seorang anggota polis di Arab Saudi yang menyandarkan badan dan meletakkan sebelah kaki yang berkasut di atas dinding kaabah telah mencetuskan kecaman dan cemuhan ramai. Ia merupakan perbuatan biadap yang tidak menghormati kesucian Kaabah. Susulan itu, Gabenor Mekah, Putera Mishal Abdullah mengarahkan siasatan dijalankan berhubung insiden tersebut. Beliau juga memaklumkan tiada tolak ansur terhadap tingkah laku berkenaan. Selain siasatan, Putera Mishal juga mahu tindakan disiplin diambil ke atas anggota polis terbabit kerana gagal menjaga kesucian kaabah. Dalam pada itu, media di Arab Saudi melaporkan orang ramai terkejut dengan imej tersebut dan kecaman serta hentaman diterima oleh anggota polis terbabit dalam media sosial. Sumber: Mynewshub

Sempat minta maaf dengan isteri, ibu

Norhidayah (kanan) dan Norma tidak dapat menahan sebak menatap gambar Allahyarham Muhamad Fiffiexezapey PASIR PUTEH - Beberapa jam sebelum terbunuh, anggota tentera, Lans Koperal Muhamad Fiffieixezapey Mat Hussin, 28, sempat menghubungi isterinya di sini, meminta maaf atas kesilapan yang mungkin melukakan hati isterinya. Norhidayah Hasbullah, 27, berkata, suaminya itu menghubunginya jam 10 malam kelmarin dan mereka berbual lebih 10 minit. “Dia tak macam biasa malam tadi (malam kelmarin), dia asyik meminta maaf atas segala kesalahan dan berharap saya tidak kecewa kerana dia tidak mampu memberikan kekayaan. Saya hairan kerana dia tidak pernah berbual demikian sebelum ini. Saya katakan kepada dia bahawa saya tidak mengharapkan kemewahan hidup. “Dia berharap benar supaya saudaranya membuat telegram di kem tentera bagi membolehkan dia balik kampung kerana dia risau keadaan saya yang mengandung anak pertama sejak dua bulan lalu,” katanya ketika ditemui di Kampung Gong Guchil, Sungai Petai di sini, semalam. Norhidayah turut memberitahu suaminya itu dia sihat dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan, namun suaminya tetap berhasrat untuk balik ke Kelantan walaupun baharu sebulan berada di Sabah. Norhidayah yang berasal dari Kampung Chat, Meranti, Pasir Mas, berkata, suaminya beria-ia untuk pulang, mungkin kerana mahu meraikan ulang tahun pertama perkahwinan mereka pada Sabtu ini. “Saya terfikir untuk meraikan ulang tahun perkahwinan bersama tapi saya tidak menyuarakannya kerana saya mahu dia komited dengan tugasan. “Dia sepatutnya ke Dubai tapi dia meminta untuk berkhidmat dalam negara memandangkan saya menghadapi masalah dengan kandungan, akhirnya dia ditugaskan ke Lahad Datu selama tiga bulan,” katanya yang berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mersing, Johor. Menurutnya, suaminya pernah ditugaskan ke Sabah sebelum ini tapi menolaknya atas beberapa faktor tetapi kali ini, dia tidak boleh menolak kerana tiada orang boleh menggantikan tempatnya. Sementara itu, ibu Muhamad Fiffeixezapey, Norma Mohamad, 50, ketika ditemui berkata, dia menghubungi anaknya itu tiga hari lalu untuk bertanya khabar. Katanya, ketika itu, anak kedua daripada lima beradik itu banyak menasihatinya supaya mengambil ubat mengikut jadual kerana dia menghidap pelbagai penyakit. “Dia juga meminta maaf sekiranya ada terkasar bahasa terhadap saya," katanya. Menurut Norma, dia menerima ketentuan ALLAH itu walaupun sedih dengan kehilangan arwah selepas kematian suami, Allahyarham Mat Hussin Mat Hassan, 10 tahun lalu. Sumber: Sinar Online

Ganja: One Direction Berdepan Risiko Dihalang Masuk AS

LONDON – Kumpulan popular One Direction berdepan risiko dilarang daripada memasuki Amerika Syarikat selepas rakaman aksi dua anggota kumpulan itu Zayn dan Louis menghisap ganja didedah oleh MailOnline. One Direction dijadual mengadakan siri jelajah di Amerika Syarikat tidak lama lagi. Jika mereka dibenarkan memasuki Amerika Syarikat sekalipun, kumpulan itu bakal berdepan pemeriksaan rapi dan mengambil masa yang lama oleh Jabatan Kastam negara berkenaan. Undang-undang ketat Amerika Syarikat pernah menyaksikan Justin Bieber ditahan berjam-jam oleh Kastam negara itu susulan tangkapannya pada bulan Januari lalu dan pengakuan Bieber sendiri bahawa dia mengambil ganja. Malah selebrit chef, Nigella Lawson pernah dilarang memasuki Amerika selepas pendedahan dia mengambil dadah di mahkamah. Video tersebut dirakamkan ketika dalam perjalanan ke Lima, Peru, pada bulan lepas, sempena siri jelajah dunia. Rakaman yang didedahkan semalam menunjukkan Louis dan Zayn menghisap ganja manakala Louis pula dirakamkan menyebut `nig’. Perkataan `nig’ dianggap sebagai perkauman kerana ia merujuk kepada kulit hitam. Susulan pendedahan itu, orang ramai terutama peminatnya mendesak Louis dan Zayn meminta maaf kerana mereka merupakan model kepada golongan muda dan perbuatan itu menggalakkan peminatnya mengikut aksi tersebut. Dalam pada itu, polis di Peru pula menyatakan mereka tidak bercadang mengambil tindakan ke atas kumpulan One Direction. “Apa yang berlaku kepada kumpulan itu ialah mereka membawa dadah itu dalam kereta. Terdapat banyak tempat untuk membeli dadah ini dan bukan sukar untuk mereka mendapatkannya. “Peru mempunyai isu lebih besar iaitu masalah pengedaran dadah. Bagaimanapun penggunaan dadah oleh kumpulan itu di negara ini telah memberikan imej tidak baik kepada kami,’’ katanya. Sumber: Mail Online / Mynewshub

Mesir lanjut hari mengundi

Masih ada penduduk Mesir keluar mengundi pada hari ketiga, semalam. KAHERAH - MESIR. Pilihan Raya Presiden Mesir dilanjutkan ke hari ketiga semalam, selepas peratus pengundi keluar mengundi sangat sedikit. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Abdel Aziz Salman melaporkan, sehingga Selasa, hanya 37 peratus daripada 53 juta pengundi keluar mengundi. “Kami terpaksa memanjangkan tempoh mengundi kerana jumlah terlalu sedikit dan sukar untuk membentuk kerajaan,” katanya dipetik Al Arabiya. Menurutnya, jumlah itu jauh lebih rendah daripada 52 peratus yang keluar mengundi ketika pilihan raya pada 2012 dimenangi Presiden yang digulingkan Mohammed Mursi. Pemerhati politik berpendapat, situasi itu membimbangkan calon Abdel Fattah Al-Sisi yang sebelum ini yakin beliau dapat meraih undian majoriti. Sementara itu, gerakan Ikhwanul Muslimin masih meneruskan boikot menggesa orang awam supaya tidak keluar mengundi dan tidak akan mengiktiraf keputusannya. Dalam perkembangan lain, kerajaan Arab Saudi menahan sembilan pensyarah universiti disyaki terlibat dengan gerakan Ikhwanul yang diharamkan di negara itu sejak Mac tahun lalu. Akhbar Okaz melaporkan, kesemua profesor itu didakwa terlibat dalam kumpulan terbabit berdasarkan rakaman suara dan emel. Jika sabit kesalahan , mereka boleh dipenjara antara 10 dan 15 tahun dan dihantar pulang ke negara masing-masing. Sumber: Sinar Online

Junta Thai bergabung dengan polis

Prayuth mengumumkan pentadbiran baharu, semalam.
BANGKOK - THAILAND. Pemerintah junta tentera di Thailand mengarahkan rombakan ke atas jawatan penting dalam pasukan polis, berkuat kuasa serta merta. Beberapa gabenor wilayah termasuk selatan Thailand ditukarkan ke jawatan yang tidak memegang kuasa eksekutif. Kebanyakan mereka diserap semula ke dalam jawatan kerajaan seperti sebelum ini. Kelmarin, Jeneral Prayuth Chan-O-Cha mengumumkan untuk mewujudkan pusat perdamaian di seluruh negara dalam usaha mewujudkan perpaduan yang akan ditakbir oleh pemimpin tempatan yang dipilih oleh junta. Menurut DPA, beliau turut mengumumkan ahli penasihat majlis akan membantu mentadbir negara dan menasihati junta dalam beberapa bidang termasuk keselamatan, hal ehwal luar negeri dan ekonomi. Dalam perkembangan berasingan, sekurang-kurangnya tujuh orang cedera selepas sebutir bom meletup di tempat letak kereta di Hospital Khok Pho, daerah Pattani, semalam. Bom diletakkan pada motosikal dipercayai meletup kira-kira pukul 9.30 pagi (waktu tempatan), dan polis kini sedang menyiasat dalang di sebalik kejadian itu. Sumber: Sinar Online

Terowong MRT Bukit Bintang siap Julai

KUALA LUMPUR - Kerja pembinaan terowong di Bukit Bintang untuk projek Mass Rapid Transit (MRT) jajaran Sungai Buloh-Kajang dijangka siap Julai ini, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Datuk Azhar Abdul Hamid. Beliau berkata, kerja pembinaan terowong di kawasan itu sekarang telah 90 peratus siap dan mengikut jadual. "Pada keseluruhan, projek telah 42.7 peratus siap dan dijangka boleh beroperasi pada Julai 2017 bagi jajaran Sungai Buloh dan Kajang," katanya dalam sidang media di Bukit Bintang Tunneling Challenges di sini hari ini. Sementara itu, Pengarah Terowong Bawah Tanah MRT Corp, Blaise Mark Pearce berkata mendapan dan keretakan yang berlaku akibat kerja-kerja mengorek tidak dapat dielakkan kerana kawasan itu mengandungi batu kapur yang mendedahkannya kepada keretakan.. "Bagaimanapun, langkah-langkah keselamatan telah diambil untuk menjamin keselamatan awam dan sebarang pergerakan tanah, mendapan akan ditangani dengan segera oleh pegawai yang menjalankan pemantauan," kata beliau. MRT juga memasang alat pengesan di bangunan-bangunan berhampiran untuk mengesan sebarang perubahan struktur. Beliau berkata, selain faktor geologi, kawasan itu juga dipenuhi saluran seperti paip air, talian elektrik dan gas bawah tanah yang tidak dibuat pemetaan sewajarnya. Kerja-kerja pembinaan di jajaran Sungai Buloh-Kajang yang bermula pada 2011 dijangka siap pada 2017. Apabila siap, tren berkelajuan tinggi itu boleh membawa sehingga dua juta penumpang sehari, lebih lima kali ganda daripada perkhidmatan tren LRT sekarang. - Bernama

Keputusan bantahan nusyuz Sari Yanti September
Sari Yanti
SUBANG - Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari menetapkan 8 September depan untuk keputusan permohonan pelakon, Sari Yanti Mohamad Nazari, 30, terhadap bantahan awal nusyuz sama ada mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes tersebut. Hakim Mahkamah Rendah Syariah Abdul Halim Abu Samah turut membenarkan permohonan peguam plaintif (Sari Yanti), Marlina Amir Hamzah untuk memohon tarikh penyerahan afidavit jawapan dan hujahan serta afidavit balasan oleh defendan. "Kedua- dua pihak bersetuju untuk menetapkan tarikh 18 Jun sebagai penyerahan afidavit jawapan bagi plaintif dan 11 Julai untuk afidavit balasan bagi defendan. "Hujahan pula ditetapkan pada 11 Ogos secara serentak," katanya. Menurutnya, penyerahan dokumen tersebut dilakukan di kaunter mahkamah. Sebelum ini, pelakon tersebut menerusi peguamnya, Marlina telah memfailkan permohonan bantahan awal nusyuz yang difailkan oleh suaminya, Edy Casmady, 34, pada 7 Mac lepas. Ia adalah susulan kepada tindakan Sari Yanti memfailkan permohonan cerai terhadap di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan, 25 Februari lalu. Pasangan berkenaan berkahwin pada 16 Januari 2009 dan dikurniakan dua anak lelaki, iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2.

Bersalah ubah wang haram, rasuah

MELAKA - Seorang bekas pemeriksa penyenggaraan loji kimia hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram antara tahun 2006 hingga 2010. Hakim Ahmad Sazali Omar membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan pertuduhan terhadap T Gauthaman, 45, melampaui keraguan yang munasabah dan menetapkan 9 Jun depan bagi pendengaran untuk hukuman. Tertuduh didapati bersalah atas lapan tuduhan menerima suapan berjumlah RM341,922 daripada Ghang Min Goo sebagai upah bagi membantu Syarikat Soo Min Inc mendapatkan tawaran kerja membekal dan membaiki peralatan di BP Chemical (M) Sdn Bhd. Gauthaman juga disabitkan atas 13 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dan menggunakan wang hasil aktiviti haram untuk membayar deposit membeli sebuah kereta dan polisi insurans hayat. Tertuduh melakukan semua kesalahan itu di Maybank dan HSBC Jalan Hang Tuah di sini dan Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad cawangan Melaka di Plaza Mahkota antara 3 Februari 2006 dan 6 Mei 2010. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Heikal Ismail dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, manakala tertuduh diwakili peguan M Moghan. - Bernama

Sultan Azlan Shah seorang hakim yang sabar
Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
KUALA LUMPUR - Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah merupakan seorang hakim yang sabar dan jawatan itu amat sesuai dengan diri baginda, kata Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria. Arifin berkata semasa Sultan Azlan Shah menjadi hakim dan ketua hakim negara, baginda telah menulis banyak penghakiman penting khususnya tentang perlembagaan dan undang-undang pentadbiran. "Kami (para hakim) masih membaca dan merujuk kepada penghakiman dan keputusan dibuat baginda," kata Arifin semasa dihubungi hari ini sambil berkata beliau berasa amat sedih dengan kemangkatan baginda. Sultan Azlan Shah mangkat pada 1.30 petang ini. Baginda berusia 86 tahun. Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir melalui Radio Television Malaysia (RTM). Arifin, yang mempunyai pengalaman luas bekerja bersama-sama Sultan Azlan Shah sejak beliau menjadi pendaftar di Mahkamah Tinggi pada 1976, menyifatkan baginda seorang hakim yang sabar. "Semasa Tuanku dilantik sebagai Sultan Perak, saya juga merupakan Penasihat Undang-undang Negeri Perak dan saya berkhidmat kira-kira lima tahun dan apabila Tuanku menjadi Yang di-Pertuan Agong, saya menerima surat pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi daripada baginda. "Semua hakim dan peguam akan setuju bahawa baginda seorang hakim yang sabar dan benar-benar sesuai bagi jawatan itu (hakim). Saya benar-benar bangga pernah bekerja dengan baginda," kata Arifin, dan menurutnya beliau pernah mengendalikan kes di hadapan Sultan Azlan Shah semasa beliau menjadi peguam persekutuan. Sultan Azlan Shah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, merupakan hakim termuda dilantik dalam Komanwel, pada 1965 pada usia 37 tahun. Pada 1973, baginda dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan dan enam tahun kemudiannya pada 1979, sebagai Hakim Besar Malaya, jawatan yang dipegang baginda sehingga dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada 12 November 1982 dan merupakan hakim termuda dilantik ke jawatan itu. - Bernama

KPDNKK rampas 3.7j liter diesel RM7.4j
KOTA TINGGI - Operasi penyeludupan minyak diesel yang didalangi sindiket antarabangsa lumpuh berikutan rampasan sejumlah 3.7 juta liter minyak diesel bernilai RM7.4 juta dalam "Ops Diesel Selatan Tiga" di Sungai Rengit, di sini. Menurut Timbalan Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Iskandar Halim Sulaiman, rampasan hasil daripada intipan sejak Isnin itu, merupakan kejayaan terbesar, tahun ini. "Kita juga menyita empat buat kapal tangki asing yang disyaki terlibat di dalam kegiatan penyeludupan minyak diesel bersubsidi itu," katanya kepada pemberita di Jeti Tanjung Belungkor hari ini. Turut ditahan 52 kru kapal tangki terbabit terdiri daripada warga Thailand, Vietnam dan Indonesia berumur antara 20 dan 50 tahun, katanya. Beliau berkata, modus operandi sindiket terbabit dipercayai mengumpulkan diesel di jeti persendirian di beberapa lokasi pesisir pantai sebelum dipindahkan ke kapal tangki yang sedia menunggu di perairan untuk dijual kepada pihak ketiga di luar negara. "Mereka (sindiket antarabangsa) menyeludup keluar minyak diesel negara di dalam kuantiti yang sangat banyak," menurutnya. Keuntungan yang diperoleh sindiket terbabit adalah lumayan kerana harga seliter minyak diesel di beberapa negara Asean mencecah RM3.50, berbanding hanya RM2.00 seliter di pasaran tempatan, katanya. Beliau berkata, jika dicampur dengan empat buah kapal tangki yang disita di dalam operasi terbabit, nilai keseluruhan rampasan oleh anggota KPDNKK mencecah sehingga RM50 juta. Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 22, Akta Kawalan Bekalan 1961. - Bernama

5,800 liter diesel bersubsidi dirampas
KUCHING - Pasukan Gerakan Am (PGA) PGA Briged Sarawak merampas 5,800 liter diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah stor di E Park Light Industrial Park, Jalan Batu Kitang, di sini hari ini. Pegawai Risik PGA Briged Sarawak, Inspektor Pabilah Abdullah berkata dalam serbuan itu, seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun ditahan bagi membantu siasatan. "Turut dirampas 46 buah tong minyak, satu unit pam minyak, dua batang hos minyak dan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux. Nilai keseluruhan rampasan adalah RM104,500," katanya ketika dihubungi Bernama. Pabilah berkata siasatan awal mendapati Toyota Hilux itu juga telah diubah suai dan mempunyai tangki tambahan yang mampu mengisi sehingga 500 liter diesel. "Siasatan awal mendapati sindiket ini akan membeli diesel dari stesen minyak sekitar bandaraya ini. Mereka akan kumpul sehingga 10,000 liter sebelum menjualnya kepada pihak industri," katanya. Menurutnya semua hasil rampasan itu akan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk siasatan lanjut. - Bernama

Polis Marin tahan 3 lelaki, rampas diesel RM5,400
KUANTAN - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3 menahan tiga lelaki dipercayai cuba menyeleweng minyak diesel bersubsidi dalam serbuan serentak di dua lokasi di Tanah Putih Baru dan Taman Tas di sini malam tadi. Menurut Komander PPM Wilayah 3 Asisten Komisioner Azmi Ibrahim, serbuan dilakukan pada 12.30 tengah malam setelah menerima maklumat daripada orang awam sebelum melakukan membuat intipan di dua lokasi berkenaan. "Hasil dua serbuan itu polis menahan tiga lelaki berusia 26 hingga 42 tahun bersama 2,700 liter bahan api dipercayai minyak diesel subsidi bernilai RM5,400. "Polis turut merampas dua kenderaan milik suspek iaitu sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan sebuah lori jenis Nissan Hino yang diguna untuk memuatkan muatan minyak diesel tersebut," katanya di sini hari ini. Rampasan itu, katanya adalah kejayaan keempat PPM Wilayah 3 dalam usaha membenteras cubaan menyeludup minyak diesel di daerah Kuantan. Azmi berkata, kes berkenaan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. - Bernama

Tiada pemimpin Islam dunia berani tegur Israel
Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf), Muhammad Nasir Hamzah (empat dari kiri) bersama delegasi dari Palestin di Kompleks Karangkraf, hari ini.
Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf), Muhammad Nasir Hamzah (empat dari kiri) bersama delegasi dari Palestin di Kompleks Karangkraf, hari ini.
SHAH ALAM – Tiada pemimpin Islam dunia yang berani menegur Israel atas tindakan tidak berperikemanusiaan di bumi Palestin. Demikian luahan hati Ketua Pertubuhan Al-Aqsa dalam menjaga Kebajikan, Dr Kamil Rayyan. Beliau bersama delegasi Palestin lain tiba di Malaysia, semalam. Mewakili rakyat Palestin, beliau berharap seluruh dunia dapat memainkan peranan sama ada dengan memberi pandangan mahupun menegur Israel. “Apa yang diharapkan hari ini ialah seluruh dunia memainkan peranan. Beri pandangan dan teguran kepada Israel. Tidaklah sampai Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu menghantar tentera tetapi tidak ada sebarang kata-kata, teguran ataupun amaran dibuat kepada Israel. “Saya merasa sangat pelik bagaimana umat Islam di seluruh dunia boleh tidur nyenyak sedangkan ada seorang lelaki tua yang lemah tidur di pinggiran masjid Al-Aqsa dan tidak mempunyai tempat tinggal,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini. Menurutnya, bukan bertujuan untuk meminta-minta namun mahu umat Islam seluruh dunia memainkan peranan. “Usaha kami sejak akhir-akhir ini adalah untuk keluar ke peringkat antarabangsa bertemu dengan negara-negara Arab dan negara-negara Islam untuk menyampaikan mesej kepada semua bahawa ini bukan isu rakyat Palestin semata-mata tetapi seluruh umat Islam. “Tetapi kelengkapan, persediaan serta keperluan untuk kami tetap berada di bumi Palestin adalah tanggungjawab umat Islam di luar Palestin. “Kami bukan menghulur tangan kami untuk meminta-minta tetapi kami mahukan supaya umat Islam seluruhnya memainkan peranan dan tanggungjawab kepada perjuangan rakyat Palestin yang sedang mempertahankan Masjid Al-Aqsa,” katanya. Sementara itu, Ketua Harakat Islamiah Palestin 1948, Dr Hammad Abu Bakar berkata penggulingan terhadap Presiden Mesir Mohamed Mursi memberi kesan kepada pembebasan Palestin. “Ketika pentadbiran Mohamed Mursi sebenarnya rakyat Palestin secara umum telah beri harapan yang tinggi kepada kerajaan Mesir untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin. “Apa yang terjadi kepada Mursi telah mengubah keadaan Mesir itu sendiri terpisah dan disibukkan dengan krisis dalaman malah tidak dapat memainkan peranannya terhadap Palestin,” katanya.

NGO Kelantan lapor polis terhadap Cadbury
KOTA BHARU - Dua badan bukan kerajaan iaitu Institusi Modenisasi Pemikiran Anak Kelantan (Impak) dan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan hari ini membuat laporan polis terhadap syarikat pengeluar coklat, Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd (Cadbury). Pengerusi Impak Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata mereka membuat laporan itu kerana menganggap penemuan DNA khinzir di dalam dua produk Cadbury sebagai isu serius yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini. "Kita juga mahu satu ketetapan dan tindakan segera Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk mengeluarkan satu pekeliling supaya produk Cadbury tidak dipasarkan di mana jua premis sehingga siasatan selesai dan pastikan produk ini bersih daripada benda-benda yang menjadi sensitiviti kepada orang Islam," katanya. Beliau ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu di sini. Wan Khairul Ihsan turut menggesa kerajaan agar segera mewujudkan satu akta produk halal yang dikatakan tertangguh sehingga ke hari ini. "(Akta) Ini perlu dan ini masa yang sesuai untuk memberi jaminan dan keselamatan kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam dan saya juga mohon Kementerian Kesihatan memberi satu keputusan yang cepat dan tidak melengah-lengahkan siasatan kerana rakyat berada dalam keadaan tertunggu-tunggu untuk mengetahui status sebenar produk tersebut," katanya. Beliau berkata pihaknya juga mahu syarikat tersebut diheret ke mahkamah dan dikenakan tindakan supaya menjadi pengajaran kepada pengeluar-pengeluar makanan yang lain. Sabtu lepas Kementerian Kesihatan mengesahkan dua sampel coklat keluaran syarikat itu mengandungi DNA khinzir iaitu Cadbury Coklat Susu dengan Kacang Hazel (nombor kelompok 200813M01H12) dan Cadbury Coklat Susu dengan Buah Badam (nombor kelompok 221013N01RI1). - Bernama

10 cedera, bom buatan sendiri meletup
PATTANI - Sebutir bom buatan sendiri meletup di tempat letak motosikal di Khokpo, selatan Thailand hari ini, menyebabkan 10 orang cedera dan dua daripadanya parah. Lebih 60 motosikal turut musnah dalam kebakaran akibat letupan itu. Ketua Polis Daerah Khokpo, Pol. Col. Kampanat berkata, bom yang diletakkan pada sebuah motosikal meletup ketika pasukan sukarelawan sedang membuat pemeriksaan di kawasan letak motosikal itu pada kira-kira 9.30 pagi. Suspek yang dipercayai berada di kawasan berdekatan mengaktifkan bom dengan walkei talkie, katanya. Katanya anggota bomba dan penyelamat mengambil masa 20 minit untuk memadamkan kebakaran itu. Sementara itu, tiga orang awam ditembak di daerah Khokpo pada 6 petang tadi. Seorang daripada mereka mati di hospital manakala dua lagi cedera. - Bernama

76 masih ditahan, perintah berkurung dilanjut - Thailand

BANGKOK - THAILAND. - Mereka yang masih dalam tahanan selepas diperintah hadir dan kemudian ditahan, sejak rampasan kuasa tentera, berjumlah 76 orang, sementara 124 yang lain telah dibebaskan. Sementara itu, perintah berkurung masih berkuat kuasa di beberapa kawasan tetapi tempoh dipendekkan kepada 1.00 pagi hinggga 4.00 pagi dari sebelumnya 10 malam hingga 5 petang. Junta tentera memanggil 253 orang untuk melaporkan diri kepada Majlis Kebangsaan bagi Keamanan dan Ketenteraman (NCPO) sejak panglima Tentera Jeneral Prayuth Chan-ocha mengisytihar rampasan kuasa pada 22 Mei. Sejumlah 53 orang masih belum tampil, kata timbalan jurucakap NCPO Kol. Weerachon Sukondhapatipak pada sidang akhbar hari ini. Antara mereka yang telah dibebaskan ialah bekas perdana menteri Yingluck Shinawatra. Sementara itu, jurucakap NCPO Kol. Wintai Suwaree berkata setakat ini empat orang yang enggan tampil telah dibekukan aset mereka. Seorang daripada mereka bekas menteri pendidikan Chaturon Chaisaeng tetapi beliau ditangkap tengah hari semalam selepas sidang akkhbarnya di Kelab Wartawan Asing Thailand (FCCT). Tiga yang lain ialah Jarupong Ruangsawan, bekas menteri dalam negeri; dan pemimpin-pemimpin aktivis Baju Merah Sombat Boon-ngam-anong dan Prasit Chaisrisa. Sementara itu, pihak junta menayangkan video menunjukkan beberapa orang tahanan mendapat layanan baik. Antara mereka ialah pemimpin utama kumpulan Baju Merah Jatuporn Prompan, Nuttawut Saikua, Weerakarn Musikapong, Jen. Polis Pracha Promnok, bekas timbalan perdana menteri yang juga bekas anggota pembangkang parlimen Tankun Jit-Issara. Kumpulan Baju Merah adalah penyokong bekas perdana menteri dalam buangan Thaksin Shinawatra. - Bernama

Forbes umum 100 wanita paling berkuasa 2014
SINGAPURA - Forbes hari ini mengumumkan ulang tahun ke-10 100 Wanita Paling Berkuasa di Dunia, dengan Canselor Jerman Angela Merkel mendahului senarai tahun ini bagi tahun keempat berturut-turut. Ia merupakan kali sembilan Angela berada dalam senarai itu. Ini diikuti Pengerusi Rizab Persekutuan US Janet Yellen di tempat kedua, dan Pengerusi Bersama Bill & Melinda Gates Foundation, Melinda Gates, sekali lagi di tempat ketiga. Dilma Rouseff, Presiden Brazil, turun dua tempat di Nombor 4 manakala Christine Lagarde, Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa, naik dua anak tangga ke tempat kelima. "Sempena ulang tahun ke-10 penerbitan senarai 100 Wanita Paling Berkuasa di Dunia, wanita-wanita mengagumkan dari seluruh dunia ini akan terus membuat impak berpanjangan dalam semua aspek kehidupan kita di dunia," kata Moira Forbes, Presiden Forbes dan Penerbit ForbesWoman. Mereka yang dimasukkan dalam ranking 2014 mewakili wanita dalam lapan kategori iaitu teknologi, politik, perniagaan, kewangan, media, hiburan, dermawan dan NGO serta jutawan. - Bernama

Sultan Azlan Shah raja berjiwa rakyat
Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengahari tadi di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur hari ini. Baginda yang telah memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Feb 1984, akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir. - Foto Bernama
Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengahari tadi di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur hari ini. Baginda yang telah memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Feb 1984, akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir. - Foto Bernama
IPOH - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah merupakan seorang raja berilmu dan berjiwa rakyat selain dikenali sebagai tokoh perundangan yang dikagumi, kata Ketua Penerangan Umno Perak Datuk Khusairi Abdul Talib. Beliau berkata, kemangkatan Sultan Azlan Shah amat dirasai oleh rakyat jelata kerana baginda merupakan seorang raja yang mengambil berat tentang permasalahan mereka. "Semasa hayatnya, setiap tahun baginda mengadakan sambutan majlis berbuka puasa bersama rakyat pada Ramadan. Cuma, sejak tahun lepas baginda tidak dapat meneruskan rutin tahunan itu atas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Sultan Azlan Shah mangkat pada 1.30 petang tadi dan akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok. Almarhum berusia 86 tahun. Almarhum meninggalkan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, seorang putera iaitu Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah dan tiga puteri Raja Datuk Seri Azureen, Raja Datuk Seri Aleena dan Raja Datuk Seri Yong Sofia. Anakanda ketiga baginda Raja Datuk Seri Ashman Shah mangkat pada 30 Mac 2012. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Peladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Saarani Mohammad berkata sepanjang hayatnya, Almarhum telah menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap kerajaan Perak. "Sultan merupakan tempat kita bernaung dan baginda banyak memberi nasihat kepada kerajaaan negeri. Baginda selalu membimbing dan menegur kepada kerajaan negeri sekiranya perlu," katanya. Ketua Wanita Umno Perak Datuk Rusnah Kassim berkata, Almarhum seorang tokoh perundangan yang sangat disegani berdasarkan kepada penghakiman baginda yang amat bernas. "Baginda seorang yang penting dalam bidang undang-undang... baginda bukan sahaja seorang sultan yang begitu pengasih kepada rakyat bahkan seorang sultan yang berilmu," katanya. Bekas Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Perak Mohd Zamri Mustajab pula berkata Almarhum sangat dekat di hati rakyat terutama dalam kalangan masyarakat Orang Asli sehingga menganggap masyarakat itu adalah 'anak emas'. "Sepanjang saya berkhidmat di bawah jabatan itu selama 10 tahun sehingga bertukar pada September lepas, jabatan itu adalah yang paling hampir dengan baginda. "Kenangan semasa baginda merasmikan Kompleks Orang Asli di Sungai Siput empat tahun lepas tidak mungkin saya lupakan," katanya. Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming turut merafak takziah kepada keluarga diraja Perak di atas kemangkatan baginda. "Pemergian Tuanku merupakan satu kehilangan yang besar kepada Perak amnya dan rakyat jelata seluruh negara kerana baginda juga pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong. "Jasa Tuanku dikenang di atas kebijaksanaan baginda khususnya ketika menjadi Ketua Hakim Negara...," katanya. Sementara itu, Anggota Dewan Negara Perak Datuk Seri Annuar Zaini berkata Sultan Azlan Shah merupakan seorang yang tegas dan amat teliti. "Baginda seorang sultan yang mempunyai intelektual yang cukup tinggi dan terhormat. Baginda juga seorang yang cukup teliti dan berhati-hati dalam berkata-kata," katanya. Jurukamera Radio Televisyen Malaysia (RTM) Lam Pau Yin pula tidak dapat melupakan pengalamannya membuat liputan acara-acara Sultan Azlan Shah termasuk upacara perkahwinan anakanda-anakanda baginda. - Bernama

Dadah: Penerbangan dari China, Malaysia diawasi
-Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
JAKARTA - INDONESIA . Pihak berkuasa Kastam dan Eksais Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Cengkareng, Banten akan memperketatkan pengawasan terhadap penumpang penerbangan dari China dan Malaysia susulan peningkatan kes penyeludupan dadah ke Indonesia. Ketua Kastam dan Eksais Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Okto Irianto berkata, pemerhatian pihaknya mendapati banyak cubaan menyeludup dadah melalui lapangan terbang itu dilakukan oleh penumpang yang berlepas dari kedua-dua negara berkenaan. Penyeludup tidak semestinya rakyat Malaysia atau China, namun mereka cenderung berlepas dari kedua-dua negara berkenaan, katanya dipetik berkata oleh agensi berita Antara, pada Selasa. "Kami biasanya menggunakan data pejabat perisikan untuk mengetahui rekod setiap penumpang agar mereka yang disyaki menyeludup dadah dapat ditahan. Agak sukar untuk hanya bergantung kepada alat x-ray kerana terlalu ramai penumpang," kata Okto. Statistik Kastam dan Eksais lapangan terbang itu menunjukkan sekurang-kurangnya 52 penyeludup dadah ditahan sejak Januari lepas. Daripada jumlah itu, 31 warganegara Indonesia manakala baki 21 orang meliputi rakyat Malaysia, China, Taiwan, Hong Kong, Thailand, Nigeria, Kenya, Afrika Selatan dan Uganda. Sebanyak 41.6 kilogram methamphetamine atau syabu dirampas daripada penyeludup terbabit dengan nilai Rupiah 54 bilion (US$4.6 juta). - Bernama

Facebook disangka ditutup di Thailand

BEBERAPA penunjuk perasaan bertempur dengan polis pencegah rusuhan bagi membantah rampasan kuasa tentera di Monumen Kemenangan di Bangkok, Thailand semalam.- AP
BANGKOK - Pengguna-pengguna Facebook di Thailand cemas semalam apabila mereka tiba-tiba gagal mengakses laman jaringan sosial popular tersebut. Bagaimanapun, junta tentera segera menafikan bahawa pihaknya telah melakukan sekatan. "Penting: Facebook telah ditutup," kata seorang pengguna yang menulis di laman sosial Twitter. "Sudah pasti tindakan itu ibarat membunuh diri. Seluruh negara akan memprotes," ujar seorang pengguna lain. Namun, beberapa minit kemudian sejumlah pengguna meraikan dengan gembira: "Facebook kini kembali!" Mengulas situasi tersebut, junta tentera yang merampas kuasa pada 22 Mei lalu memberitahu, pihaknya tidak menutup laman sosial tersebut. "Kami tidak mengarahkan atau menutup Facebook. Ia bukan dasar kami," kata jurucakap tentera, Kolonel Winthai Suvaree. "Facebook mengalami kegagalan teknikal yang tidak serius manakala Kementerian Teknologi Maklumat dan Komunikasi sedang berusaha menyelesaikan masalah tersebut," tambahnya. Sebelum ini, junta tentera turut mengganggu siaran harian televisyen untuk memberi jaminan kepada rakyat bahawa Facebook tidak akan ditutup ekoran rampasan kuasa tersebut. - AFP

Google keluarkan kereta tanpa stereng

GAMBAR yang disiarkan Google semalam menunjukkan versi awal sebuah kereta tanpa stereng keluaran syarikat enjin carian di internet itu. - AP
WASHINGTON - Syarikat enjin carian internet, Google mula membina kereta tanpa stereng yang dijadualkan diuji seawal tahun ini. "Kereta itu tidak mempunyai stereng, pedal minyak atau brek kerana semua itu tidak diperlukan. Pemanduan akan menggunakan perisian dan sensor kami," kata firma berkenaan dalam kenyataan di sebuah laman blog kelmarin. Pembuatan kereta keluaran Google merupakan inisiatif baharu firma itu yang sebelum ini hanya mengubah suai kenderaan lain seperti Honda dan Lexus bagi tujuan tersebut. Menurut Google, ia merancang membina kira-kira 100 prototaip kereta tanpa pemandu itu. "Pemandu kami akan memandu uji versi awal kereta prototaip itu secara kawalan manual," kata Google dalam kenyataan tersebut. "Jika semuanya berjalan lancar, kami akan mewujudkan satu program perintis di California selama beberapa tahun untuk menguji prototaip kereta tersebut," tambah kenyataan sama. Kereta itu mempunyai kelajuan maksimum 40 kilometer sejam. Dalam pada itu, portal berita San Jose Mercury News pula melaporkan bahawa kereta prototaip itu akan mempunyai dua tempat duduk. Menurutnya, kereta itu menggunakan kuasa bateri dan dilengkapi ciri-ciri keselamatan seperti cermin hadapan yang fleksibel dan bahagian hadapan yang dibina daripada bahan berasaskan buih. - AFP

Warga emas hiasi bilik tidur dengan warna bendera Brazil

SILVA duduk di dalam rumahnya yang hiasi dengan langsir dan cadar bendera Brazil di Brasilia, Brazil kelmarin.- REUTERS
BRASILIA, Brazil - Seorang warga emas, Marilza Guimaraes da Silva menghiasi bilik tidurnya dengan warna-warna bendera pasukan bola sepak Brazil. Silva yang berusia 63 tahun turut menggunakan cadar bendera Brazil yang menyelimuti tilam di atas katil bilik tidurnya. Dia juga meletakkan langsir yang mempunyai corak warna bendera Brazil. Bendera Brazil mempunyai warna hijau, kuning, putih dan biru. Silva turut memakai jersi berwarna kuning dan seluar panjang biru. Skuad Brazil akan bertanding pada Pusingan Akhir Bola Sepak Piala Dunia yang akan berlangsung di negara ini pada 12 Jun hingga 13 Julai depan. - Agensi

Suami maut, isteri patah tangan

MOTOSIKAL jenis Modenas milik mangsa remuk selepas dirempuh oleh sebuah lori dalam kejadian di Jalan Demak Laut, Kuching semalam. KUCHING - Hasrat sepasang suami isteri untuk pulang ke rumah di Kampung Sejingkat berakhir dengan tragedi apabila mereka terbabit dalam satu kemalangan di Jalan Demak Laut di sini semalam. Kemalangan kira-kira pukul 3.30 petang itu mengakibatkan mangsa, Khairul Makri, 23, maut, manakala isterinya Izzah Abdullah, 22, patah tangan kanan. Jurucakap polis berkata, kemalangan berlaku apabila sebuah lori satu tan yang datang dari arah bertentangan secara tiba-tiba merempuh motosikal jenis Modenas yang ditunggang Khairul.

Jenayah rogol di Kelantan serius

KOTA BHARU - Kelantan terkenal dengan gelaran 'Serambi Mekah'. Namun ironinya, kes rogol yang melibatkan remaja di bawah umur semakin membimbangkan di negeri ini dengan sejumlah 21 kes dilaporkan sejak awal tahun ini. Meskipun jumlahnya belum mencatatkan peningkatan berbanding tahun lepas, nisbah laporan sebanyak empat kes sebulan merupakan suatu perkara yang perlu dipandang serius. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner, Azham Othman berkata, majoriti kes rogol yang dilaporkan adalah melibatkan remaja bawah umur.

Helikopter TUDM mendarat cemas

INILAH helikopter milik TUDM jenis Alouette III yang melakukan pendaratan cemas di padang Sekolah Kebangsaan Nawa, Pokok Sena, Alor Setar semalam.
ALOR SETAR - Sebuah helikopter milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Alouette III melakukan pendaratan cemas di padang Sekolah Kebangsaan Nawa, Pokok Sena di sini dipercayai akibat masalah teknikal semalam. Dalam kejadian pukul 11.20 pagi itu, helikopter yang dalam latihan penerbangan tersebut dikendalikan oleh dua juruterbang sebelum berlaku masalah teknikal yang memaksa mereka melakukan pendaratan cemas.

Kalimah ALLAH: Keputusan Permohonan Gereja 23 Jun

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan akan menyampaikan keputusannya pada 23 Jun ini, sama ada membenarkan atau tidak, permohonan kebenaran merayu oleh Gereja Katolik terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penerbitan mingguan ‘The Herald’ daripada menggunakan kalimah ‘ALLAH’, dalam versi bahasa Malaysia terbitannya. Peguam S.Selvarajah, yang mewakili gereja itu, ketika dihubungi Bernama berkata beliau menerima sepucuk surat daripada timbalan pendaftar Mahkamah Persekutuan Nor Aziati Jaafar petang semalam untuk memaklumkan tentang penetapan tarikh pada 23 Jun itu. Peguam Kanan Persekutuan Andi Razalijaya A. Dadi yang mewakili kerajaan dalam kes itu, mengesahkan tarikh berkenaan dan berkata Jabatan Peguam Negara turut menerima surat daripada pendaftar mahkamah. Pada 5 Mac, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, mempengerusikan panel tujuh anggota terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, dan tiga Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Zainun Ali dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha mendengar penghujahan daripada kedua-dua pihak. Gereja itu memohon kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 15 Oktober tahun lepas yang melarang penggunaan kalimah ALLAH dalam versi bahasa Malaysia terbitannya. Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan The Herald untuk menggunakan kalimah ALLAH selepas Mahkamah Tinggi mengisytiharkan bahawa keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang penerbitan itu daripada menggunakan kalimah ALLAH adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah. Pada 2009, gereja Roman Katolik diketuai Archbishop Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, antara lain memohon perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah ALLAH dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah. Majalah mingguan itu, yang diterbitkan dalam empat bahasa, menggunakan kalimah ALLAH untuk merujuk kepada Tuhan dalam versi bahasa Malaysia, terutamanya bagi memenuhi keperluan penganut Katolik di Sabah dan Sarawak. Mengikut Akta Mahkamah Kehakiman 1964, seseorang pemohon dalam kes sivil perlu terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan dalam usaha membawa rayuan mereka ke Mahkamah Persekutuan yang merupakan mahkamah tertinggi di Malaysia. Mahkamah Persekutuan, perlu memuaskan Mahkamah Persekutuan bahawa terdapat persoalan undang-undang melibatkan kepentingan awam yang turut mengandungi persoalan tentang prinsip umum yang belum pernah diputuskan sebelum ini oleh Mahkamah Persekutuan, yang perlu diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. Apabila Mahkamah Persekutuan berpuas hati bahawa persoalan undang-undang yang dikemukakan pemohon telah memenuhi keperluan perundangan, Mahkamah Persekutuan kemudiannya akan memberi kebenaran merayu. Jika Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk tidak memberi kebenaran merayu kepada gereja, keputusan Mahkamah Rayuan tetap terpakai dan gereja tidak boleh lagi mengemukakan rayuan. Sumber: Bernama

Rajagobal Terima Tawaran Kendali Pasukan Asia

KUALA LUMPUR – Bekas pengendali skuad Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal mendedahkan bahawa beliau sedang mempertimbang tawaran daripada beberapa pasukan benua Asia yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya. Jurulatih berusia 57 tahun itu yang sebelum ini dikaitkan sebagai seorang calon skuad kebangsaan Vietnam, bagaimanapun enggan menyatakan nama pasukan berkenaan kerana beliau sedang mempertimbang terma serta visi yang mahu dicapai oleh persatuan bola sepak negara-negara tersebut. “Saya mahu lihat dahulu visi dan misi negara berkenaan. Apa yang mereka mahukan dari segi jangka pendek atau panjang. Saya tidak mahu buat keputusan drastik. “Memang saya ada mendengar nama saya dikaitkan dengan pasukan Vietnam (sebelum ini), namun saya belum mendapat kertas hitam putih daripada mereka,” katanya. Rajagobal berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran logo Kejohanan Piala Dunia Bola Sepak Bersatu Olimpik Khas 2014 yang disempurnakan Tunku Muinuddin Putra Tunku Ahmad Nerang bagi mewakili Raja Puan Besar Perak Tuanku Raja Zara Salim di Kelab Diraja Selangor di sini hari ini. Selain tawaran berkenaan, Rajagobal turut mendedahkan beliau sedang dipancing oleh empat pasukan daripada Liga Malaysia yang turut berminat mendapatkan khidmatnya. “Saya berterima kasih kepada empat pasukan berkenaan yang berminat untuk mendapatkan khidmat saya. Saya perlu fikir dengan baik sebelum buat keputusan (muktamad),” katanya. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak melanjutkan kontrak Rajagobal yang berakhir pada 31 Dis 2013 selepas gagal membawa pasukan kebangsaan beraksi pada Piala Asia 2015 di Australia yang dijadikan Petunjuk Prestasi Utama kepada beliau. Rajagobal pernah membantu skuad bawah 23 negara (Harimau Muda A) meraih pingat emas pada Sukan Sea 2009 di Laos selain membawa skuad Harimau Malaya muncul juara Piala AFF Suzuki pada 2010 yang dianjurkan bersama Malaysia dan Indonesia. Sumber: Bernama

JMM Kumpul Umat Islam Saman Cadbury

KUALA LUMPUR – Jaringan Melayu Malaysia (JMM) akan tetap menyaman syarikat Cadbury Malaysia berikutan pendedahan DNA babi dalam produk keluaran syarikat tersebut. Presidennya, Azwanddin Hamzah berkata, JMM akan mengumpulkan umat Islam yang berasa tertipu oleh produk tersebut dalam usaha menyaman syarikat berkenaan. “Masyarakat Islam negara ini boleh menghubungi JMM di talian 03-4288 3365 atau menghantar e-mel kepada jaringanmelayumsia@gmail.com,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Azwanddin dalam pada itu menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat pemantauan ke atas siasatan yang dilakukan pihak berkuasa terlibat berhubung kes itu. Beliau dalam pada itu menyelar Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam kerana didakwa seolah-olah cuba mempertahankan syarikat berkenaan. Dakwanya, Subramaniam semalam mengeluarkan kenyataan bahawa JMM boleh menyaman Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Kesihatan berhubung isu tersebut jika mahu. “Bukan Jakim atau Kementerian Kesihatan yang terlibat dalam pengeluaran coklat Cadbury. Amat ganjil Menteri Kesihatan menjemput orang ramai menyaman kementeriannya sedangkan kesalahan dilakukan oleh Syarikat Cadbury,” katanya. Media pada 26 Mei lalu melaporkan lebih 80 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam akan memfailkan saman RM100 juta terhadap syarikat Cadbury Malaysia ekoran penemuan DNA babi pada dua produk keluaran syarikat terbabit. Azwanddin dipetik berkata, saman yang akan difailkan itu turut mendapat kerjasama Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) sebagai mewakili pengguna Islam di negara ini. Ia bagi menuntut keadilan terhadap tindakan syarikat berkenaan yang tidak sensitif apabila sengaja menganiaya dan menghina umat Islam di negara ini dengan mencampurkan DNA babi di dalam produk mereka. Sumber: Mynewshub

5 Termasuk Warga Asing Ditahan Curi Jengkaut
Jengkaut yang dicuri dan berjaya dijumpai semula di Beruas.
Jengkaut yang dicuri dan berjaya dijumpai semula di Beruas.
SEPANG – Lima lelaki termasuk seorang warga asing ditahan dalam dua serbuan berasingan di sekitar Dengkil di sini Jumaat lepas dan semalam kerana dipercayai terbabit dengan kegiatan mencuri dan menjual mesin jengkaut di sekitar Selangor. Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata turut dirampas ketika serbuan memberkas suspek yang berumur antara 17 hingga 47 tahun itu ialah enam buah jengkaut. Bercakap dalam sidang media di Balai Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini, Mohd Yusoff berkata dalam serbuan pertama di sebuah stor di Kampung Semarang kira-kira 7.15 malam Jumaat lepas, empat lelaki termasuk dalang kumpulan tersebut yang berumur 37 tahun dan seorang warga asing ditahan. “Dalam serbuan itu polis turut merampas tiga jengkaut jenis Kobelco yang jika dijual setiap satu bernilai kira-kira RM150,000,” katanya. Siasatan mendapati dalang tersebut mempunyai lima rekod lampau antaranya samun, bunuh dan rogol, katanya. Mohd Yusoff berkata dalam serbuan kedua kira-kira 11 malam semalam pula seorang lagi suspek berumur 17 tahun ditahan di rumahnya di Kampung Seri Tanjung. Turut ditemui tiga lagi jengkaut jenis Case yang setiap satu dijual secara terpakai bernilai antara RM80,000 hingga RM90,000, katanya. Beliau berkata siasatan mendapati modus operandi mereka ialah mencuri jengkaut tersebut dan menggunakan geran yang telah lupus dengan hanya menukar nombor casis. “Kita percaya mereka pernah bekerja di bengkel memandangkaan kemahiran dalam memperbaiki dan mengecat jengkaut tersebut sebelum dijual secara terpakai,” katanya. Jengkaut disewakan selagi tidak ada pembeli, kata beliau. Mohd Yusoff berkata pihaknya percaya kumpulan tersebut telah lama melakukan kegiatan itu namun tempoh serta jumlah jengkaut yang telah dicuri masih dalam siasatan. Kesemua mereka kini ditahan reman sehingga Jumaat ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 379 (a) Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam curi kenderaan bermotor. Sumber: Bernama

PAC Cadang Rombak Kem. Pertanian, KPDNKK

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan supaya rombakan besar-besaran dilakukan ke atas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berikutan kegiatan penyeludupan diesel yang masih berleluasa. Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, rombakan perlu juga dilakukan ke atas dua agensi kerajaan iaitu Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan Unit Pencegahan Penyeludupan yang bertanggungjawab dalam soal penyeludupan diesel. “PAC berpendapat kementerian dan agensi kerajaan yang diberikan tanggungjawab menjaga subsidi diesel perlu menjalani rombakan secara besar-besaran bagi membanteras penyeludupan diesel ke negara jiran. “Jenayah ini bukan baru dan melihat kepada statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), penguatkuasaan dijalankan sejak lima tahun lalu tetapi kegiatan penyeludupan terus berlaku,” tegasnya melalui satu kenyataan media hari ini. Nur Jazlan berkata, kegagalan penguatkuasa terbabit membanteras kegiatan penyeludupan diesel secara konsisten membuktikan bahawa tindakan tegas perlu diambil kepada pengurusan tertinggi kementerian dan agensi kerajaan terbabit. Menurutnya, adalah sesuatu yang menghairankan apabila SPRM melaporkan ada pegawai penguatkuasa mempunyai akaun berjuta ringgit hasil kegiatan penyeludupan diesel sedangkan mereka adalah pegawai kerajaan yang sepatutnya melindungi kepentingan rakyat dan negara. “Dimana peranan ketua setiausaha kementerian dan ketua pengarah jabatan berkenaan yang sepatutnya memastikan pegawai dan kakitangan mereka berintegriti dalam melaksanakan tanggungjawab. “Mungkin sudah sampai masa kerajaan memikirkan mekanisme baharu dalam membanteras gejala ini termasuk mewajibkan semua pegawai dan kakitangan kementerian dan agensi tersebut mengisytiharkan harta mereka secara berkal Mengulas lanjut, katanya, kerajaan Persekutuan akan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada tahun depan tetapi hasil daripada kutipan itu tidak bermakna jika penyeludupan itu masih berlaku dan merugikan negara. Sehubungan itu, katanya, PAC akan mengarahkan Jabatan Audit Negara menjalankan audit forensik kepada penyeludupan diesel pada tahun ini bagi memastikan jumlah sebenar kerugian yang ditanggung kerajaan didedahkan. Katanya, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Audit Negara untuk tujuan tersebut dan audit berkenaan akan dimasukkan ke dalam Laporan Ketua Audit Negara Siri 3 2014 yang akan dibentangkan di Parlimen hujung tahun ini. Menerusinya, kata beliau, PAC akan memanggil semua kementerian dan agensi terlibat bagi memberi keterangan. “Kita berharap dapat mengeluarkan satu laporan terperinci mengenai kegiatan penyeludupan diesel yang berlaku sekali gus memberi cadangan terbaik kepada kerajaan untuk membanterasnya,” tegas beliau. Sumber: Mynewshub

Beri Subsidi Diesel Kepada Golongan Memerlukan

KUALA LUMPUR – Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) mencadangkan supaya pemberian subsidi diesel hanya diberikan kepada mereka yang layak di negara ini. Presidennya, Datuk Moehamad Izat Emir berkata, subsidi tersebut perlu diagihkan kepada mereka yang memerlukan sahaja seperti golongan berpendapatan rendah dan sederhana. “Perubahan harus dilakukan supaya struktur ekonomi dapat ditingkatkan setimpal dengan perubahan taraf hidup semasa dan khusus kepada mereka yang berpendapatan sederhana dan layak. “Bagi memastikan sistem pembahagian dan pengkelasan dilakukan sebaik mungkin, mereka yang bertanggungjawab harus menambah baik kualiti pengurusan dan tidak harus ada kepentingan politik dalam memilih,” tegasnya melalui satu kenyataan media hari ini. Beliau berkata demikian kerana mendakwa proses pembahagian bahan bakar terlalu longgar hingga membolehkan pihak tidak bertanggungjawab menjual diesel bersubsidi ke negara jiran. Sehubungan itu, Moehamad Izat memuji usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam mencegah kegiatan penyelewengan diesel yang mengakibatkan negara mengalami kerugian yang besar. Katanya, Perdasama berharap usaha oleh SPRM itu sentiasa berterusan dalam membantu membanteras penyelewengan yang berlaku di negara ini. Beliau bagaimanapun menyatakan pendirian Perdasama bahawa sistem subsidi diesel tidak harus diberikan percuma selamanya. Sumber: Mynewshub

Fakta Dan Auta Bagi Anda Yang Berdiet

Apabila hendak berdiet, mentaliti kebanyakan kita sering mengaitkannya dengan pengurangan jumlah nasi yang diambil dalam sehari. Hal ini kerana nasi antara makanan yang mempunyai karbohidrat kompleks dan lambat dibakar. Begitu pun walau anda sering melakukan senaman dan meninggalkan nasi, ia sebenarnya tidak menjamin berat badan ideal. Mari kita lihat apa lagi fakta lain yang selama ini kita percaya boleh turunkan berat badan tapi sebenarnya tidak.
1. Sup
Masyarakat kita percaya makanan berasaskan sup baik untuk kesihatan serta mampu menurunkan berat badan. “Ala, nama pun sup kan? Apalah yang ada dalam sup tu, sekadar air, small the pieces je lah…” Hakikatnya bukan semua sup rendah kalorinya. Sup berasaskan binatang berkaki empat contohnya sup daging, sup kambing dan sup ekor mengandungi kalori tinggi daripada lemak tepu binatang. Kalori daripada lemak tepu ini boleh memudaratkan kesihatan walaupun anda seorang yang kurus dan teringin nak naikkan berat badan.
2. Burger
“Jangan makan nasi, kalau makan nasi cepat gemuk. Tukar menu lain selain nasi untuk makan malam, macam burger ke. Tak pe, jangan risau, janji bukan nasi, gerenti awak tak gemuk punya!” Tidak perlu melihat faktor lain, cukuplah dengan daging burger itu sahaja. Sekeping daging burger lembu mengandungi kalori bersih sebanyak 189kcal. Daging burger yang dimasak dengan mentega atau planta akan menambahkan lagi jumlah kolestrol di dalamnya. Belum dikira lagi campuran mayonis, sos, keju dan roti.
3. Yong Tau Foo
“Asalkan awak tak makan nasi untuk makan malam, mesti boleh kurus punya. Makan something yang rebus-rebus macam Yong Tau Foo ke,ok lah tu kan…?” Kalori yang tersembunyi di dalam Yong Tau Foo ini terletak pada kuahnya yang tinggi dengan kandungan gula dan mengandungi minyak. Ada yang suka ‘hirup’ kuah Yong Tau Foo. Nikmat sangat katanya.
4. Keropok (snek ringan)
” Alaa.. setakat satu pek besar Twisties tak ada apalah. Dah la tak mengenyangkan, makan sambil tengok TV, sedar-sedar dah habis. Benda kecil je tu. Tak perlu risaulah kawan.” Satu pek besar snek ringan ini mengandungi kira-kira 490kcal, hampir separuh daripada jumlah kalori yang kita kena ambil sehari. Jangan tidak tahu, separuh daripada nilai kalori tersebut berasal daripada lemak. Satu pek besar Twisties mempunyai 20 gram lemak, jumlah itu sebenarnya lebih kurang sama dengan dua sudu besar minyak masak. Secara logiknya kalau anda memakan sebungkus besar pek Twisties ialah sama seperti menghirup dua sudu besar minyak masak.
5. Capati
“Kalau nak diet jugak time makan kat mamak, baik makan capati sebab capati kurang berminyak. Jangan makan roti canai, roti canai banyak minyak. Tak percaya? Cuba tengok kilau-kilau kat atas roti canai tu.” Ramai tidak tahu capati merupakan ‘pembohongan’ paling berjaya yang dibuat oleh pemilik gerai mamak. Capati mempunyai kalori tersembunyi, sesetengahnya mengunakan minyak sapi selain mentega, di situlah punca kalori tersembunyi yang orang ramai tidak tahu. Sekeping capati seberat 100 gram mengandungi kalori lebih kurang sama dengan sekeping roti canai 100gram, iaitu 300kcal. Fakta-fakta ini tidak bermaksud makanan di atas tidak boleh dimakan langsung. Ia sekadar perkongsian bersama akan nilai kalori yang diambil oleh kita. Kebanyakan makanan ini popular di negara ini, malah penulis sendiri amat mengemari makanan kedai mamak. Selepas ini pastikan anda menghadkan pengambilan makanan-makanan ini ya! Sumber: hzqahmd / Mynewshub

Ceroboh Dun: DAP Mahu Hukuman Lebih Berat

GEORGETOWN – Kerajaan DAP Pulau Pinang mahu hukuman lebih berat dikenakan terhadap sekumpulan lelaki yang menceroboh Dewan Undangan Negeri (Dun) Rabu lepas. Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata hukuman sedia ada yang memperuntukkan penjara dua tahun tidak mencukupi selain tidak memberi pengajaran sewajarnya kepada mereka yang terlibat. Justeru, beliau berkata pihaknya akan mencadangkan dua seksyen yang memperuntukkan hukuman setimpal iatu Seksyen 121B yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan Seksyen 124B yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan. “Kami berasa sangat sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku. Pada masa yang sama mahu tindakan keras diambil ke atas samseng-samseng Umno yang menceroboh masuk Dewan Undangan Negeri supaya tindakan yang diambil tidak akan dilupa sekali gus agar mereka tidak terlintaspun untuk mengulangi perbuatan sama. “Kami akan cadangkan pada polis supaya peguam negara mengambil kira seksyen-seksyen itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Rabu lepas, sekumpulan 100 lelaki terdiri daripada anggota Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) merempuh pagar utama Dun Pulau Pinang untuk mencari Adun Seri Delima RSN Rayer yang mengatakan “Umno Celaka” pada persidangan Dewan. Rayer mengeluarkan perkataan itu ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dengan mendakwa beberapa pemimpin Umno di negeri ini cuba menghasut rakyat melalui satu demonstrasi dengan mengapi-apikan tragedi 13 Mei 1969, pada 20 Mei lepas. Lim berkata, beliau akan menulis surat kepada polis untuk mempertimbangkan cadangan itu. Beliau berkata hukuman itu wajar dikenakan terhadap mereka kerana tindakan menceroboh Dun itu disifatkan sebagai mencemar perlembagaan negeri dan mencabar kuasa Yang Dipertua Negeri. Sumber: Bernama

PRK Teluk Intan Kekal 31 Mei, Tiada Penangguhan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan akan diteruskan mengikut tarikh yang diwartakan iaitu pada 31 Mei ini. Keputusan itu adalah selaras dengan kehendak undang-undang SPR, kata Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini. Kenyataan itu dikeluarkan berikutan kemangkatan Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah pada 1.30 tengah hari tadi. Sumber: Bernama

Abby Abadi Bakal Failkan Perceraian Esok

AKHIRNYA, ramalan segelintir peminat mengenai pergolakan rumahtangga pelakon Abbdy Abadi, 37, dan suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, bakal menjadi kenyataan apabila dia akan memfailkan perceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, esok. Khabar itu dimaklumkan menerusi laporan mStar Online, hari ini. Pasangan itu telah mendirikan rumahtangga pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand dan ia merupakan perkahwinan kedua Abby selepas pelakon Norman Hakim. Rumahtangga Abby dan Farhan dikatakan mula bergolak selepas pelakon itu memuatkan gambar mereka bersama dengan ‘caption’ yang meminta agar peminat mendoakan yang terbaik untuk rumahtangganya untuk kali terakhir. Setakat ini, punca keretakan rumahtangga mereka tidaklah kami ketahui. Namun, diharap agar peminat dapat mendoakan yang terbaik untuk pasangan ini kerana kami yakin tidak ada siapa yang mahu rumahtangga mereka berakhir dengan perceraian. Sumber: Elza / Mynewshub

Etika Berpakaian Bagi Orang Awam Ziarah Jenazah Almarhum

Orang ramai yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah esok perlu mematuhi beberapa garis panduan berpakaian. Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar Perak Rabu, lelaki Islam perlu memakai pakaian kebangsaan berwarna gelap, bersamping warna gelap tanpa corak benang emas atau perak serta bersongkok hitam dengan lilitan kain putih atau riben selebar satu inci. Lelaki bukan Islam pula perlu memakai sut berwarna gelap dengan bertali leher hitam atau berseluar panjang dan berbaju tangan panjang dengan dililit kain hitam (toha) berukuran tiga inci lebar di lengan baju tangan kiri. Sementara itu, perempuan Islam pula perlu berbaju kurung atau berkain sopan dan bertudung hitam. Perempuan bukan Islam pula hendaklah berpakaian sopan serta memakai lilitan kain hitam (toha) berukuran tiga inci lebar di lengan baju kiri. Penghormatan terakhir oleh orang ramai diadakan mulai 11 pagi hingga 2 petang esok di Balairong Seri Istana Iskandariah di Kuala Kangsar. Sultan Azlan Shah mangkat pada 1.30 tengah hari tadi. Almarhum berusia 86 tahun. Jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar Khamis. Almarhum meninggalkan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, seorang putera iaitu Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah dan tiga puteri Raja Datuk Seri Azureen, Raja Datuk Seri Aleena dan Raja Datuk Seri Yong Sofia. Anakanda ketiga baginda Raja Datuk Seri Ashman Shah mangkat pada 30 Mac 2012. Sumber: Bernama

Pengisytiharan Sultan Perak Yang Baharu Esok

Istiadat pelantikan dan pengisytiharan Sultan Perak yang baharu akan diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada petang esok. Setiausaha Dewan Negara Perak Datuk Ayob Hashim berkata istiadat tersebut akan dijalankan sebelum istiadat pengebumian jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah, yang mangkat hari ini. Beliau berkata satu mesyuarat khas Dewan Negara Perak akan diadakan lewat petang ini bagi menentukan pengganti Sultan Azlan Shah untuk menerajui takhta pemerintahan negeri Perak. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin akan mempengerusikan mesyuarat tersebut yang berlangsung di Istana Iskandariah, katanya. Mesyuarat khas itu diadakan berdasarkan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Bahagian Yang Kedua yang terkandung dalam Fasal LXIII yang antara lain menetapkan Dewan Negara hendaklah bermesyuarat di Kuala Kangsar dalam tempoh dua puluh empat jam daripada kemangkatan seorang Raja Pemerintah. Ayob berkata istiadat pelantikan dan pengisytiharan Sultan Perak yang baharu itu akan berlangsung selepas orang ramai dan orang kenamaan menziarahi serta memberi penghormatan terakhir buat Almarhum Sultan Azlan Shah. Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari ini dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok. Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment