Thursday, May 8, 2014

Berita Terkini 08 May 2014

Ikhwan sudah ‘musnah’: Al-Sisi

Kaherah: Bekas panglima tentera Mesir dan kini mendahului senarai calon bagi pilihan raya presiden, Abdel Fattah Al-Sisi semalam menyifatkan Ikwanul Muslimin sebagai sudah ‘musnah’ dan tidak akan kembali jika dia memenangi pilihan raya itu. Berikutan penggulingan kerajaan Presiden Mohamed Morsi oleh tentera yang diketuainya Julai lalu, Ikhwan telah diharamkan dan pemimpinnya ditangkap. Selain itu, kira-kira 1,400 orang, kebanyakannya aktivis Ikhwan yang menyokong Morsi terbunuh dalam pertempuran ketika tunjuk perasaan. “Bukan saya yang menghapuskannya. Anda, rakyat Mesir yang menghapuskan mereka,” kata Al-Sisi dalam temubual pertamanya, semalam di televisyen sejak dicalonkan. Dia berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada Ikhwan sudah ‘musnah.’ Apabila ditanya sama ada kumpulan itu tidak akan wujud jika dia menjadi presiden, bekas ketua tentera itu menjawab: “Ya.” Kenyataannya itu menggambarkan dia menolak sebarang peluang berbaik-baik dengan gerakan itu. Ikhwan yang memenangi semua pilihan raya selepas penggulingan Hosni Mubarak pada 2011, disenaraihitamkan sebagai “kumpulan pengganas” oleh pihak berkuasa yang dilantik oleh tentera. Al-Sisi mendakwa rakyat Mesir menolak ideologi gerakan itu dan tidak akan membenarkannya kembali. - AFP

Bertenggek bumbung tingkat 11, cubaan bunuh diri
Foto
PASUKAN penyelamat membawa turun wanita yang ingin terjun dari tingkat 11 pangsapurinya, semalam.
Petaling Jaya: Seorang wanita yang mengalami masalah gangguan emosi bertindak ‘berani mati’ apabila memanjat keluar dari tingkap dapurnya di tingkat 12 pangsapuri di Desa Mentari, di sini, sebelum bertenggek di atas atap dapur jirannya di tingkat 11 bangunan sama. Aksi ngeri wanita berusia 30-an itu menyebabkan penghuni di kawasan pangsapuri itu gempar apabila mangsa seolah-olah cuba terjun dari bumbung berkenaan dalam kejadian jam 7.20 pagi semalam. Mangsa yang juga ibu kepada tiga anak itu dilihat meracau sambil meluahkan perasaan berhubung masalah peribadi dihadapi selain turut mengacah untuk terjun dari bumbung dapur jirannya itu. Susulan itu ahli keluarga wanita terbabit terpaksa menghubungi talian kecemasan untuk menyelamatkannya. Anggota Bomba dan Penyelamat mengambil masa hampir 30 minit untuk memujuk mangsa sebelum wanita terbabit berjaya diselamatkan daripada terjatuh.

Mayat lelaki tepi rumah pam air

Butterworth: Seorang lelaki warga asing dipercayai menjadi mangsa samun dan bunuh sebelum mayatnya dibuang oleh penjenayah di Jalan Kelik, Permatang Pauh di sini, malam kelmarin. Mayat dipercayai baru meninggal dunia itu ditemui berhampiran sebuah rumah pam air di tepi tali air oleh orang awam pada jam 7.40 malam sebelum memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis. Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Superintendan Baharom Abu berkata, berdasarkan keadaan mayat, lelaki berkenaan dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dibuang di kawasan itu. “Pemeriksaan mendapati kesan darah pada kecederaan di badan mangsa sudah kering dan kami tidak menemui titisan darah atau sebarang kesan kemungkinan berlakunya pergelutan di tempat mayat itu ditemui. “Kami turut menemui beberapa kesan luka dan kecederaan pada badan mayat berkenaan dan ketika ditemui mangsa masih lengkap berpakaian dengan memakai baju kemeja jean dan seluar jean,” katanya.

Kebetulan di luar jangkaan
Foto
BANGKAI pesawat ringan diangkat menggunakan kren.
Colorado: Seorang juruterbang terselamat selepas pesawat udara enjin tunggal dipandunya terhempas ke atas sebuah rumah di Denver yang kebetulan pernah dimilikinya. Brian Veatch, 52, mengalami masalah ketika membawa iklan berbentuk kain rentang di kawasan kejiranan di bandar Northglenn sebelum pesawatnya terhempas pada bahagian belakang rumah dua tingkat itu. Rempuhan itu mengakibatkan kebakaran kecil yang meninggalkan lubang besar di dinding rumah berkenaan, manakala ekor kapal terbang terbabit turut dilihat terjuntai keluar. Veatch yang juga seorang anggota bomba bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan malah sempat memadamkan api menggunakan paip getah dari pili air di belakang rumah berkenaan. Jurucakap polis Ron Haralson berkata, Veatch dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. “Penghuni rumah itu berada di luar ketika kejadian dan hanya ada dua anjing ditinggalkan di situ tetapi haiwan berkenaan selamat,” katanya. Veatch pernah membeli rumah itu pada 2000 sebelum dijual pada Mei 2003. Namun Haralson menegaskan kes itu sekadar satu kebetulan kerana tiada apa-apa yang dapat mengaitkan Veatch dengan pemilik rumah berkenaan. - Agensi

Dua wanita berebut 1 lelaki
Foto
MICHELLE ditahan dan polis merampas pistol kaliber .22 simpanannya.
Alabama: Seorang wanita didakwa menculik bekas suaminya dari rumah teman wanita lelaki itu sebelum mengugut menembaknya sehingga mati. Michelle Barker Bradley, 26, ‘menyerang’ rumah berkenaan awal pagi Sabtu lalu dan melepaskan beberapa tembakan ke udara sambil mendesak bekas suaminya itu keluar. Apabila lelaki terbabit akur, Michelle memaksa bekas suaminya itu memasuki keretanya. Jurucakap Jabatan Polis Daerah Selma, Left Curtis Muhannad berkata, Michelle kemudian terus mengancam bekas suaminya itu. “Dia menelefon ibu mangsa dan memberitahu mahu membunuh lelaki itu serta mencampakkan mayatnya di satu kawasan antara Selma dan Maplesville,” katanya dalam satu kenyataan. Kekasih baru bekas suaminya berkenaan bagaimanapun berjaya mengekori kenderaan yang dipandu suspek lalu menghubungi talian 911. Polis berjaya menahan Michelle dan merampas pistol kaliber .22 dalam simpanannya. Michelle kemudian didakwa atas beberapa tuduhan termasuk penculikan dalam kes keganasan rumah tangga.- Agensi

Rakan dajal rancang rogol kerana dendam
London: Hanya kerana tidak sebulu dengan rakan sekerjanya, seorang wanita merancang helah untuk membalas dendam. Caranya - Joanne Berry menyamar sebagai rakannya itu dan mendaftar di beberapa laman sesawang sembang, termasuk kategori lucah. Joanne, 30, kemudian mempamerkan dirinya sebagai wanita yang dahagakan seks. Dia juga merangsang ahli lain di laman sesawang berkenaan dengan menyamar kononnya mengidamkan pengalaman dirogol. Mahkamah Maidstone diberitahu, pekerja pentadbiran itu kemudian mengajak lelaki yang melayan perbualannya itu supaya datang ‘ke rumahnya’ untuk memenuhi keinginan dirogol. Namun tanpa diketahui lelaki terbabit Joanne memberi nama, nombor telefon dan alamat rakan yang didendaminya. Pendakwa Andrew Espley berkata, seorang lelaki Dean Hicks mengetuk pintu rumah mangsa berdasarkan alamat diberi Joanne untuk melakonkan fantasi seks seperti dibincangkan. “Joanne memang berniat memastikan rakannya itu dirogol dengan memasuki pelbagai laman sembang seks dengan menyamar sebagai mangsa. “Dia kemudian memberikan nama, alamat dan nombor plet kereta mangsa yang diletakkan di luar kediaman itu untuk memastikan lelaki terbabit memasuki rumah wanita berkenaan dan merogolnya,” katanya. Menurutnya, Joanne menyimpan dendam selepas bergaduh dengan rakannya itu sekitar Mac 2012. Dokumen mahkamah menyatakan Joanne membuat dakwaan palsu bahawa dirinya mangsa rogol. Atas dasar simpati, mangsa cuba memberi sokongan namun mereka bertengkar selepas wanita berkenaan menuduh Joanne sekadar mahukan perhatian apabila enggan bekerjasama dengan polis. Tertuduh kemudian melemparkan pelbagai tuduhan terhadap mangsa termasuk melalui pesanan ringkas mendakwa wanita itu tidak boleh dipercayai dan menyebabkan Joanne dipecat. Beberapa hari kemudian kakak mangsa yang tinggal bersamanya membuka pintu rumah selepas diketuk kuat beberapa kali sebelum melihat seorang lelaki di luar. “Dia mendakwa bersembang dengan mangsa sepanjang hari namun kakak mangsa menyangka dia sekadar tersalah alamat. “Lelaki itu kemudian beredar tetapi kakak mangsa menemui pesanan ditinggalkan di telefon rumahnya daripada lelaki berbeza. “Keesokannya mangsa sendiri berada di rumah ketika Hicks mengetuk pintu. Dia terkejut apabila Hicks cuba menyerangnya namun lelaki itu menganggap itu yang diminta dalam sesi sembang mereka,” katanya. Kata Espley, Hicks menyedari ada sesuatu tidak kena apabila mangsa menjerit meminta bantuan dan cuba menghalangnya masuk. “Hicks terus memberitahu mangsa mengenai sesi sembang dan fantasi seks yang diceritakan sebelum mendedahkan dia turut diarahkan meminta maklumat mengenai Joanne selepas selesai melakukan fantasi berkenaan,” katanya. Joanne ditangkap kira-kira sebulan kemudian. - Agensi

Pian Cecupak, Boy Iman, Nash terima gelaran Datuk
Pian Cecupak, Boy Iman, Nash
Dari kiri Pian Cecupak,, Nash, Boy Iman
SIAPA sangka, aktor komedi, Pian Cecupak yang pernah mencetuskan kontroversi menerusi pengakuannya yang melakukan suntikan wajah, dikhabarkan telah dianugerahkan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.N.M), dari Kerajaan Naning, yang membawa gelaran Datuk, baru-baru ini. Meskipun gelaran itu menjadi pertikaian oleh segelintir pihak, namun Pian tetap bersyukur kerana dia terpilih menerima gelaran itu bersama dua rakan artis lain, iaitu penyanyi Boy Iman dan Nash. “Terpulanglah orang nak cakap apa. Tapi saya sebenarnya banyak melakukan kerja-kerja amal bersama anak yatim, ibu tunggal dan juga jemaah masjid. "Takkanlah segala benda, lebih-lebih lagi berkaitan amal saya nak hebohkan satu dunia. Saya melakukan kerja amal hanya kerana ALLAH SWT. “Sesungguhnya hanya ALLAH SWT tahu apa yang saya buat sehingga mendapat kurniaan dan gelaran Datuk ini,” katanya yang kini banyak menghabiskan waktunya menyumbangkan keringatnya membantu golongan yang kurang bernasib baik selain menjadi orang yang bertanggungjawab menguruskan majlis-majlis keramaian bagi Kerajaan Naning.
Aktif berpersatuan.
Walaupun sebelum ini pelakon Nurul Iman atau lebih dikenali dengan panggilan Boy Iman kurang menyerlah dalam industri seni, namun ia tidak membataskan pelakon ini untuk berjaya dengan cara sendiri. Bersyukur dengan gelaran Datuk yang diterima, Boy berkata, ia bagaikan satu mimpi di dalam hidupnya. Malah dia tidak menyangka kerja amal yang dilakukannya sebelum ini menjadi faktor utama melayakkannya menerima gelaran Datuk. “Saya terlibat dengan beberapa persatuan atau NGO. Antaranya Persatuan Insan Prihatin Malaysia di mana saya bertindak sebagai timbalan pengerusi. "Menerusi persatuan saya banyak terlibat dengan pelbagai aktiviti, seperti projek amal bersama golongan gelandangan, anak yatim, orang-orang tua, ibu-ibu tunggal dan sebagainya,” katanya. Menurut Boy, dia juga sering menjayakan program keraian yang melibatkan Kerajaan Naning. “Sebagai artis, selain menghiburkan tetamu pada majlis-majlis keramaian, peranan saya juga memberi publisiti kepada Yang Amat Mulia dan menguruskan sesuatu majlis,” katanya. Sementara itu, bagi Nash atau nama sebenarnya Nashrudin Elias, gelaran yang diterima tidak membuatkannya mendabik dada. Jelas bekas vokalis kumpulan Lefthanded ini, dia masih seperti 'Nash' yang dulu. “Biarpun telah diberikan gelaran Datuk, itu tidak membezakan siapa diri saya. “Saya harap dengan penganugerahan ini, usaha saya untuk terlibat dalam kerja amal akan terus berterusan,” katanya yang turut aktif melakukan kerja-kerja amal.

Budak maut dihempap rumah
Budak maut dihempap rumah
Mohd Taufiq (kanan) bersama-sama salah seorang anggotanya yang bertugas menunjukkan tempat Lingiswaran ditemui iaitu di bilik hadapan rumah berkenaan.
KAMUNTING - Seorang kanak-kanak lelaki maut dihempap struktur rumah yang roboh akibat pokok tumbang dalam kejadian ribut di Perumahan Awam Batu 4, di sini, petang semalam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Penolong Penguasa Mohd Taufiq Abd Sattar berkata, selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.30 petang, sebuah jentera dengan kekuatan seramai enam anggota telah dikejar ke tempat kejadian. “Apabila sampai di lokasi kejadian, kita dapati sebatang pokok besar telah tumbang dan menghempap ruang hadapan rumah separuh kekal itu. "Mangsa, S Lingiswaran, 4, ditemui dalam keadaan duduk di atas katil bilik utama rumah berkenaan," katanya kepada Sinar Harian. Mohd Taufiq berkata, anggota bomba segera melakukan kerja-kerja memotong pokok besar itu dan mengalihkannya bagi menyelamatkan mangsa. “Kita berjaya mengeluarkan mangsa kira-kira 15 minit kemudian dalam keadaan tidak sedarkan diri walaupun tidak mengalami sebarang pendarahan bahagian luaran sebelum diserahkan kepada pegawai perubatan dari Hospital Taiping untuk memberikan bantuan pernafasan. “Namun pada jam 4.20 petang, kanak-kanak malang itu disahkan meninggal dunia,” katanya. Menurutnya, mayat mangsa di bawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat. “Difahamkan ketika kejadian, mangsa hanya berseorangan di dalam bilik dan lima ahli keluarga yang lain tidak sempat menyelamatkan mangsa,” katanya. Mohd Taufiq berkata, sehingga kini kerja-kerja mengalihkan sisa pokok berkenaan dan membersihkan kawasan terjejas masih giat dijalankan. “Ini kerana di kawasan perumahan ini terdapat beberapa rumah lagi yang terlibat dengan kejadian ribut dan pokok tumbang. “Dijangka kerja-kerja pembersihan akan dilakukan sehingga lewat malam ini (semalam),” katanya.

Polis bertindak tegas terhadap pencetus isu kaum
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak memainkan sebarang isu yang boleh mewujudkan ketegangan kaum dan ketidakharmonian dalam kalangan masyarakat di negara ini. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata isu-isu berkaitan agama, adat resam, keturunan dan bangsa tidak boleh sewenang-wenangnya dibangkitkan untuk mendapatkan pengaruh di dalam apa jua platform. "PDRM akan mengambil tindakan tegas di bawah undang-undang sedia ada khususnya Akta Hasutan 1948 terhadap sesiapa sahaja yang mengeluarkan sebarang kenyataan atau bertindak dalam apa jua cara yang dilihat berupaya memecah-belahkan hubungan antara kaum di negara ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan polis menyiasat Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Abdullah Zaik Abd Rahman mengikut Seksyen 4 (1)(c) Akta Hasutan 1948, hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisoner Khairi Ahrasa ketika dihubungi Bernama berkata Abdullah Zaik disiasat kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dengan mendakwa kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu dulu satu bentuk 'pencerobohan'. Semalam, Abdullah Zaik, dalam laman sesawang pertubuhan berkenaan di www.ismaweb.net menyifatkan kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu, yang dibawa ke negara ini oleh kolonial British adalah satu bentuk 'pencerobohan' serta menyifatkan mereka sebagai tidak sedar diri. Kenyataan beliau sebagai reaksi tindak balas kepada pihak menentang cadangan pelaksanaan undang-undang Islam, hudud, daripada golongan bukan Islam. - Bernama

10 pegawai kanan polis bertukar, naik pangkat
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran dan kenaikan pangkat 10 pegawai kanan polis, berkuat kuasa semalam. Menurut kenyataan Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) Datuk Abdul Samah Mat dilantik sebagai Ketua Polis Selangor, memangku pangkat Senior DCP. Jawatan Abdul Samah diganti SAC Datuk Abd Manan Mohd Hassan, yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan dengan memangku pangkat DCP. Sementara, SAC Datuk Hamzah Md Jamil, yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua Polis Terengganu dilantik menggantikan jawatan Abdul Manan. Penolong Pesuruhjaya Polis (Asisten Komisioner) Saiful Azly Kamaruddin pula dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pengarah (Pencegahan Pembanterasan Jenayah/Sukarelawan Polis/Polis Bantuan/Pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela)/ Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ), Bukit Aman, yang sebelum ini telah memegang jawatan sebagai Penolong Pengarah Perjawatan (Pengambilan), Unit Pengambilan, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman. ACP Dr Mustafa Khan Abdul Samat, yang sebelum ini memegang jawatan Pegawai Turus (PT) Urusetia Ketua Polis Negara (Pentadbiran), Bukit Aman, dilantik sebagai Asisten KomisionerPengajian Sains Kepolisan, Maktab PDRM. Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor pula dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang manakala jawatannya digantikan oleh Supt Mohd Nadzri Hussain, yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Polis Daerah Arau, Perlis, dengan memangku pangkat Asisten Komisioner. Pengurus Keselamatan Kebombaan, Lembaga Pelabuhan Klang, Asisten Komisioner Mahamad Akhir Darus dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Trafik Pasukan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman. Penguasa Polis (SUPT) Yap Toon Khuan, yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang pula dilantik menjadi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, IPK Perak dengan memangku pangkat Asisten Komisioner. Penguasa Polis Seksyen Penyelidikan Dasar dan Peraturan, Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), Bukit Aman, SUPT Siti Mariam Salikin pula dilantik sebagai Penolong Pengarah Perjawatan (pegawai diwartakan), Jabatan Pengurusan, Bukit Aman, dengan memangku pangkat Asisten Komisioner. - Bernama

Ribut: Kanak-kanak maut rumah dihempap pokok
IPOH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut apabila rumahnya runtuh dihempap sebatang pokok besar yang tumbang akibat ribut di Taman Perumahan Awam Kamunting dekat Taiping hari ini. S.Lingiswaran disahkan meninggal dunia pada 4.20 petang dipercayai akibat sesak nafas. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting Mohd Taufiq Sattar berkata insiden itu berlaku pada 3.34 petang dan mangsa ditemui di atas katil dalam keadaan dihempap tingkap lima belas minit kemudian. Beliau berkata mangsa berada di rumah berkenaan bersama-sama lima anggota keluarga lain iaitu ibu, dua orang nenek, adik serta ibu saudara manakala bapanya tiada di rumah. "Ketika kejadian, mangsa yang berada dalam bilik tidak sempat menyelamatkan diri manakala anggota keluarganya yang lain sempat keluar dari rumah itu," katanya ketika dihubungi hari ini. Mohd Taufiq berkata sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping bersama 13 anggota dikerah ke tempat kejadian dan pihaknya menerima lima laporan pokok tumbang susulan hujan lebat serta ribut di kawasan Kamunting. - Bernama

51 murid muntah selepas minum susu di sekolah
SIK - Seramai 51 murid Sekolah Kebangsaan Jeneri dekat sini mengalami muntah-muntah dipercayai selepas minum susu kotak yang disediakan di sekolah itu dalam kejadian kira-kira 11 pagi tadi. Anggota Dewan Undangan Negeri Jeneri Mahadzir Hamid berkata tiada pelajar yang mengalami masalah kesihatan serius berikutan kejadian itu. Katanya kesemua 51 pelajar itu mendapatkan rawatan di sekolah itu, Hospital Sik dan Pusat Kesihatan Begia dekat sini sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. - Bernama

Imigresen P Pinang kesan sindiket palsu PLKS
BUTTERWORTH - Jabatan Imigresen mengesan sindiket mengeluarkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu kepada pekerja asing hasil pemeriksaan di sebuah kilang di Bayan Lepas di sini semalam. Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang Basri Othman berkata dalam pemeriksaan pukul 10.30 pagi itu sebanyak 20 wanita Indonesia berusia 20 hingga 40 tahun ditahan selepas siasatan mendapati pelekat PLKS milik mereka palsu. "Selepas pemeriksaan lanjut kami dapati ada antara pelekat PLKS yang dikeluarkan kepada pekerja diragui kesahihan dan sebenarnya menggunakan identiti orang lain. "Nama tertera pada dokumen itu sama dengan pekerja yang diperiksa tetapi semakan lanjut berdasarkan nombor siri pada pelekat PLKS berkenaan mendapati pasport itu sebenarnya milik orang lain yang masih sah dan belum tamat tempoh, cuma maklumatnya dipalsukan," katanya. Beliau berkata, hasil siasatan awal, pekerja asing terbabit mendakwa memperoleh pelekat PLKS berkenaan melalui ejen yang dibayar untuk memperbaharui permit kerja masing-masing. Basri berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan majikan pekerja terbabit dalam usaha mengesan ejen yang menguruskan dokumen berkenaan bagi membantu siasatan kes itu. "Kami terpaksa menahan pekerja terbabit untuk membantu siasatan, selain meminta majikan untuk mengemukakan pasport milik individu berkenaan bagi penelitian lanjut," katanya. Beliau berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan pasport milik pekerja asing terbabit turut dipalsukan. Kesemua mereka dihantar ke Depoh Tahanan Juru, katanya. - Bernama

Jurujual mengaku bersalah buang bayi dalam tandas
KUALA LUMPUR - Seorang jurujual di sebuah farmasi hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini membuang bayi yang baharu dilahirkan di dalam tandas tempat kerjanya, minggu lepas. Remaja perempuan berusia 18 tahun dari Pasir Mas, Kelantan itu didakwa dengan sengaja menyembunyikan kelahiran dengan membuang bayi itu secara sulit di tandas Guardian Retail Vision GCH Retail (M) Sdn Bhd, Taman Melawati, Ampang Jaya pada 4 petang, 2 Mei. Dia didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Mengikut fakta kes, perbuatan tertuduh disedari rakan sekerjanya apabila rakannya itu melihat terdapat bayi yang tidak bergerak, yang baharu dilahirkan berada atas mangkuk tandas di farmasi tersebut. Setelah beberapa kali bertanya kepada tertuduh mengenai perkara itu, tertuduh akhirnya mengaku melahirkan bayi berkenaan. Tertuduh kemudiannya dibawa ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut dan tangkapan dibuat oleh pihak polis pada 3 Mei. Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan dia perlu menjaga ibu dan adiknya. "Saya berjanji tidak akan membuat perkara ini lagi dan saya akan berubah," katanya sebak. Majistret Noor Farah Hazwani Osman menetapkan 16 Julai depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan akhlak tertuduh dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mahkamah juga membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran seminggu sekali sehingga tarikh jatuh hukum. - Bernama

Wanita didakwa salah guna kad bank rakan
KUALA LUMPUR - Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan kad bank milik suami rakan serumahnya untuk membeli barangan kosmetik dan beg tangan bernilai RM4,150. Nazathul Shima Mohd Azman, 38, didakwa dengan curang menyalahgunakan kad bank CIMB milik Aslin Amat untuk membuat pembayaran pembelian kosmetik dan beg tangan wanita di Plaza Damas, Jalan Sri Hartamas 17, di sini pada 11.16 pagi, 25 Februari lepas. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Joy Jothi Nadrarasan menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin bagaimanapun peguam Mohd Rohan Razi yang mewakili Nazathul Shima memohon jaminan dikurangkan kepada RM1,000. Majistret Nurul' Ain Abdul Rahim membenarkan wanita itu diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Mei untuk sebutan. - Bernama

Broker didakwa lepaskan tembakan ke arah polis
KUALA LUMPUR - Seorang broker rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini atas dua pertuduhan melepaskan tembakan ke arah dua anggota polis dari Balai Polis Pandan Indah, bulan lepas. Abdul Aziz Soh Abdullah, 44, dari Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan sempat berkata, "Tolong siasat, saya betul-betul tak buat", selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Zulyana Zollkapli. Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh. Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Abdul Aziz didakwa melepaskan tembakan kepada Lans Koperal Lionel Richard Jr dan Konstabel Zullfadzly Atlah dengan niat menyebabkan kematian atau kecederaan terhadap mereka di tepi Jalan Maju 1/16, Taman Lembah Maju, Pandai Indah, Ampang Jaya pada 10.52 pagi, 11 April lepas. Dia, yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan. Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin. Mahkamah kemudiannya menetapkan 7 Ogos depan untuk sebutan bagi penyerahan laporan kimia. - Bernama

Bunuh staf Ambank: 35 saksi akan dipanggil
Suspek bunuh pegawai bank
Suspek kes rompakan dan bunuh pegawai AmBank Subang Jaya dikawal ketat oleh anggota polis selepas ditahan di Kota Tinggi di Petaling Jaya.
SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini dimaklumkan terdapat 35 saksi yang akan dipanggil sepanjang perbicaraan melibatkan kes bunuh kakitangan Ambank Subang Jaya, Oktober tahun lalu. Senarai itu dikemukakan kepada mahkamah oleh Ketua Unit Pendakwa Negeri Selangor, Mohd Azari Harun. Antara saksi yang akan dipanggil memberi keterangan adalah ketua penyiasat, tiga kakitangan Ambank, penyelia pengawal keselamatan, jururawat dan pegawai forensik serta pegawai persenjataan. Hakim, Datuk Akhtar Tahir mengarahkan pihak pendakwaan dan pembelaan menentukan sama ada saksi memberi keterangan secara bertulis mahupun pemeriksaan lisan mengikut persetujuan bersama. "Untuk senarai barang kes pula, ia perlu ditanda mengikut persetujuan kedua-dua pihak. "Salinan dokumen senarai barang kes hendaklah diserahkan kepada mahkamah pada hari ini," katanya. Sebelum ini, mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan kes ini pada 23 sehingga 27 Jun depan. La Ode Ardi Rasila, 37, didakwa membunuh Norazita Abu Talib, 37, antara jam 6 petang hingga jam 6.30 petang di Bangunan Ambank,Jalan USJ Sentral, Subang Jaya. Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori. La Ode turut didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. Selain Mohd Azari, Timbalan Pendakwa Raya, Suzana Abdul Latif juga mengendalikan kes bagi pihak pendakwaan S.Selvi yang dilantik kedutaan Indonesia sebagai peguam mewakili tertuduh manakala Ravin Jay bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga mangsa. La Ode tiba di mahkamah 11. 35 pagi dengan dikawal ketat oleh anggota polis.-sinar

Bekas jurujual mengaku tidak bersalah
KUALA LUMPUR - Seorang bekas jurujual telefon bimbit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap 14 pertuduhan menipu majikannya yang membabitkan kerugian berjumlah RM50,393 dua tahun lepas. Peh Swee Kim, 28, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah. Swee Kim didakwa memperdayakan Syarikat Asia Mobile Supplies Sdn Bhd dengan mendakwa terdapat 14 tempahan invois yang bernilai antara RM885 dan RM12,840 daripada beberapa syarikat telefon bimbit lain, yang menyebabkan syarikat itu menyerahkan barangan terbabit. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Syarikat Asia Mobile Supplies, Tingkat 1, Plaza Low Yat, Off Jalan Bukit Bintang di sini antara 15 Mei 2012 hingga 10 Januari 2013. Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan namun peguam Mohd Riza Zakaria memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya kini hanya bekerja sebagai penjual sayur di Pasar Borong Selayang dengan pendapatan RM1,000 sebulan. Hakim Mat Ghani kemudian membenarkan Swee Kim diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Jun untuk sebutan. - Bernama

Gempa bumi kuat landa Kepulauan Solomon
KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat dengan magnitud 6.2 pada skala Ricther melanda Kepulauan Solomon pada 12.20 tengah hari pada Rabu. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, gempa bumi itu berpusat di 118 km barat daya Arawa, Papua New Guinea dan 4,220 km tenggara Semporna, Sabah. Gempa itu tidak menimbulkan sebarang ancaman tsunami, menurut kenyataan itu. - Bernama

Penyokong, penentang Yingluck rancang himpun
Yingluck Shinawatra
BANGKOK - THAILAND. Penyingkiran perdana menteri sementara Yingluck Shinawatra oleh Mahkamah Perlembagaan Thailand hari ini menjadikan keadaan politik di negara ini terus tidak menentu. Dekri mengenai pilihan raya umum belum dikeluarkan, manakala kumpulan penyokong dan penentang kerajaan merancang untuk mengadakan perhimpunan secara besar-besaran dalam tempoh terdekat bagi mengukur sokongan yang diterima mereka. Mahkamah Perlembagaan mendapati Yingluck bersalah terhadap tuduhan menyalahguna kuasa dengan tindakannya menukar ketua Majlis Keselamatan Negara (NSC) Thawil Pliensri pada 2011, dan oleh itu perlu berundur. "Yingluck tidak boleh lagi memegang jawatan sebagai perdana menteri sementara," kata mahkamah itu. Mahkamah tersebut berkata keputusan menukar ketua NSC itu dibuat dengan tergesa-gesa, tidak telus, tidak beretika, bukan kerana kepentingan negara dan melanggar perlembagaan. Keputusan itu juga bermakna sembilan daripada 25 menteri Kabinet yang terbabit membuat keputusan berkenaan turut hilang jawatan masing-masing, termasuk Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sementara Kittirat Na Ranong, dan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Sementara Surapong Tovichakchaikul. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Pongthep Thepkarnchana berkata kabinet meluluskan pencalonan Niwatthamrong Boonsongpaisan, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan sementara untuk menggantikan Yingluck. Beratus-ratus penyokong Yingluck berkumpul di hadapan pejabat sementara beliau untuk memberi sokongan dan galakan selepas beliau disingkirkan mahkamah daripada jawatannya. Dalam reaksi pertamanya mengenai keputusan mahkamah itu, Yingluck berkata beliau akan terus bersama rakyat dan berkhidmat kepada mereka tanpa mengira jawatan yang disandang. "Saya bangga kerana telah menjadi perdana menteri. Setiap minit, setiap hari dalam tempoh dua tahun, sembilan bulan dan dua hari itu merupakan saat-saat yang amat membanggakan bagi saya kerana dapat bertugas sebagai perdana menteri yang dipilih rakyat," kata Yingluck pada sidang akhbar yang disiarkan secara langsung melalui saluran televisyen kerajaan. Yingluck enggan mengulas secara langsung tentang keputusan Mahkamah Perlembagaan hari ini dan hanya berkata beliau sedang menunggu keputusan rasmi daripada mahkamah. Yingluck menghadapi satu lagi kes mahkamah apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan mengenakan terhadapnya tuduhan mengabaikan tanggungjawab berhubung skim subsidi padi yang berhutang berbilion baht kepada petani, yang didakwa para pengkritik sebagai penuh dengan amalan rasuah. Perkembangan terbaru ini menaikkan semangat kumpulan 'Baju Merah', gelaran yang diberi kepada penyokong kerajaan. Kumpulan Baju Merah dijadual mengadakan perhimpunan mulai hari ini hingga 9 Mei di stesen TV Asia Update di Latprao, Bangkok, untuk mengadakan raptai penuh sebelum mengadakan perhimpunan secara besar-besaran yang dijadualkan pada 10 Mei di Aksa Road di kawasan Phuthamonthon, tidak jauh dari sini. Kumpulan penentang kerajaan, yang bernaung di bawah Jawatankuasa Pembaharuan Demokrasi Rakyat (PDRC) juga merancang mengadakan perhimpunan secara besar-besaran di ibu negara Thailand ini pada 14 Mei. Keputusan mahkamah itu bagaimanapun tidak memberi kemenangan penuh kepada kumpulan penentang kerajaan kerana majoriti anggota kabinet masih kekal dengan jawatan masing-masing dan tidak digantikan seluruhnya seperti yang dituntut kumpulan berkenaan selama ini. Sementara itu, isu pilihan raya umum, yang ingin diadakan Suruhanjaya Pilihan Raya pada 20 Julai, masih tertangguh kerana Dekri Diraja yang memerintahkan pilihan raya diadakan, masih belum dikeluarkan. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Pongthep Thepkarnchana berkata beliau sedang menunggu pengesahan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai mesyuarat yang akan diadakan Jumaat ini untuk membincangkan perkara berkaitan pilihan raya itu. Deraf Dekri Pilihan Raya itu sepatutnya dibentangkan pada mesyuarat mingguan kabinet semalam. Parti pemerintah, Pheu Thai, mahu pilihan raya umum diadakan lebih cepat memandangkan ia masih mendapat sokongan di kawasan utara negara ini, manakala pembangkang pula mempunyai kekuatan di Bangkok dan selatan Bangkok. Pheu Thai menjadi pilihan ramai untuk mengekalkan kuasa pada pilihan raya umum itu kelak. - Bernama

Yingluck berdepan Mahkamah Perlembagaan
Yingluck Shinawatra
BANGKOK - THAILAND . Perdana Menteri kerajaan sementara Thailand Yingluck Shinawatra ialah seorang daripada empat orang yang dijadual memberi keterangan di Mahkamah Perlembagaan hari ini, dalam kes beliau didakwa menyalahgunakan kuasa berhubung pertukaran Ketua Majlis Keselamatan Negara Thawil Pliensri pada 2011. Beliau berdepan kemungkinan disingkirkan daripada jawatan jika disabitkan kesalahan. Ketika Yingluck tiba di mahkamah kira-kira 10.30 pagi, keadaan keselamatan diperketatkan dengan anggota polis dan tentera pencegah rusuhan dikerah berkawal di kawasan sekitar mahkamah. Penyokong beliau mengugut untuk bertindak jika beliau didapati bersalah dan disingkirkan daripada jawatan perdana menteri, manakala sebuah kumpulan antikerajaan yang berkumpul tidak jauh dari sini, turut merancang tindakan balas. Kedua-dua kumpulan merancang untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran minggu depan. Kes yang dihadapi Yingluck itu adalah satu daripada dua ancaman dari segi undang-undang terhadap jawatan beliau sebagai perdana menteri sementara. Satu lagi kes, yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Antirasuah Negara, adalah tuduhan mengabaikan tugas dalam mengendalikan skim subsidi beras apabila kerajaan kini berhutang dengan petani bayaran berbilion-bilion baht yang tertangguh sejak berbulan-bulan lamanya. Sekiranya keputusan mahkamah membawa kepada penyingkiran Yingluck, ia menimbulkan kemungkinan pilihan raya umum yang dijadual diadakan pada 20 Julai ditangguhkan. Pemimpin pembangkang Parti Demokrat Abhisit Vejjajiva mencadangkan pilihan raya yang dirancang itu ditangguhkan enam bulan bagi membolehkan perubahan politik dan pilihan raya mengambil tempat. Bagaimanapun parti pemerintah Pheu Thai Party yang diramal akan mengekalkan kuasa menolak cadangan itu. - Bernama

Mahkamah arah Yingluck letak jawatan
Yingluck Shinawatra
BANGKOK - THAILAND. Mahkamah Perlembagaan Thailand hari ini mengarahkan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra meletak jawatan selepas beliau didapati bersalah atas tuduhan menyalahguna kuasa. Yingluck didakwa kerana menyalahguna kuasa dengan memindahkan seorang pegawai kanan kerajaan pada 2011 kepada jawatan lain. Mahkamah memutuskan bahawa perpindahan itu dijalankan dengan niat tersembunyi yang melanggar perlembagaan. Bagaimanapun, penyokong Yingluck mendakwa mahkamah menjatuhkan hukuman menerusi sistem kehakiman yang tidak adil selepas enam bulan penunjuk perasaan anti kerajaan gagal menggulingkan beliau. Penyokong Yingluck berikrar akan mengadakan perhimpunan besar-besaran pada Sabtu ini, sekali gus mencetuskan keganasan terbaru dalam krisis politik Thailand yang berlarutan sejak sekian lama. - AP

Lagi serangan di stesen kereta api China
BEIJING - CHINA. Sekurang-kurangnya enam orang cedera dalam insiden serangan terbaharu yang menyasarkan stesen kereta api di China. Pegawai biro keselamatan bandar memaklumkan, polis berjaya menembak seorang daripada empat suspek kejadian di selatan Guangzhou tersebut. Difahamkan, kesemua suspek yang memakai topi putih dan bersenjatakan pisau itu dipercayai menyerbu dan menyerang orang ramai di stesen berkenaan. "Seorang penyerang diberkas manakala dua lagi berjaya melarikan diri. Polis telah melancarkan operasi memburu mereka," menurut laporan akhbar People Daily. Mac lalu, laporan dipetik dari AFP, kira-kira 29 cedera manakala lebih 130 cedera diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan pisau di sebuah stesen kereta api di Yunnan, barat daya China.

Hamas bebas anggota Fatah
GENTING GAZA - PALESTIN. Seramai enam anggota Fatah dibebaskan Kementerian Dalam Negeri Hamas sebagai sebahagian daripada perjanjian damai yang dipersetujui bersama Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), 23 April lalu. Kelmarin, penasihat kepada perdana menteri Hamas, Issa Nashar turut menggesa pemangku Presiden Mahmoud Abbas supaya memberi respons positif terhadap langkah tersebut. "Mahmoud dan Pihak Berkuasa Palestin perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat perdamaian di wilayah ini. Mereka perlu menghentikan semua amalan yang mengancam hubungan bersama Fatah," katanya. Difahamkan, kira-kira 3,000 anggota polis juga akan ditukarkan dari Tebing Barat ke Genting Gaza mengikut kandungan perjanjian damai terbabit. Dalam perkembangan lain, Mahmoud mengadakan pertemuan pertama kali bersama pemimpin Hamas Khaled Meshaal yang berada di Doha sejak lebih dua tahun lalu selepas beliau meninggalkan Syria. Kedua-dua pemimpin tersebut dijangka membincangkan kandungan perjanjian damai tersebut dan bagaimana untuk melaksanakannya, laporan dipetik dari Press TV.

MCA tolak hudud kerana pelaksanaan tidak jelas
Hudud
SHAH ALAM - MCA tetap menolak cadangan kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud kerana kerana pelaksanaannya dilihat masih tidak jelas. Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong berkata, ini kerana masyarakat bukan Islam melihat perkara ini sebagai ada kaitan dengan agenda politik Pas. "Mengapa pada pilihan raya umum lepas, mereka tidak berani sebut tentang perkara ini dalam manifesto pilihan raya mereka? "Jadi apabila mereka nak buat sekarang, sudah tentu wujud pelbagai fahaman dan perspektif berbeza daripada kalangan masyarakat bukan Islam mengenai perkara ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Wacana Sinar Harian Siri 27 bertajuk 'Hudud: Bersediakah Kita?' di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas komentarnya berhubung pelaksanaan hudud selepas menjadi anggota panel dalam wacana itu. Turut menganggotai panel berkenaan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, Timbalan Pengarah Institut Wasatiyah Malaysia Dr Mushaddad Hasbullah dan bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Mengulas lanjut, Wee berkata, MCA tidak menentang Islam malah menghormatinya sebagai agama rasmi negara dan turut mempertahan perlembagaan sedia ada. "Saya rasa tiada masalah kepada kerajaan Persekutuan untuk memperkukuh undang-undang syariah sedia ada," katanya. Sementara itu, Mohd Amar berkata, Kelantan bersedia membawa usul rang undang-undang persendirian (hukum hudud) di Parlimen selewat-lewatnya November ini. Beliau berkata, ini kerana draf undang-undang itu telahpun siap dan majoriti rakyat bukan Islam di Kelantan turut menyokong pelaksanaan hukum hudud. Terdahulu, Mushaddad dan Mohd Asri yang turut menyokong pelaksanaan hudud, meminta kerajaan negeri Kelantan menangguh serta mengkaji semula hukum itu yang dilihat belum sesuai dilaksanakan pada masa ini. - Bernama

Belum ada kesan ke atas harga rumah
Belum ada kesan ke atas harga rumah
Sundram (kanan) dan Kho semasa pembentangan laporan hartanah PropertyGuru, semalam.
LANGKAH 'penyejukan' pasaran hartanah diperkenalkan kerajaan dalam Bajet 2014 tahun lalu tidak memberi kesan serta-merta ke atas sektor itu. Pengarah Urusan (Antarabangsa) PropertyGuru International, James Sundram berkata, kesan daripada langkah dilaksanakan kerajaan itu memerlukan masa sebelum impaknya terhadap kenaikan harga rumah boleh dinilai. Menurutnya, kesan langkah penyejukan itu hanya boleh dilihat apabila masyarakat mula bertindak balas terhadap perubahan yang berlaku. “Langkah ‘penyejukan’ pasaran bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. (Pembeli) biasanya akan melihat kemampuan kewangan terlebih dahulu sebelum membeli hartanah. “Bagaimanapun, ini berbeza dengan mereka yang mempunyai kewangan lebih baik dan biasanya mereka akan mengambil peluang untuk membeli lebih daripada sebuah hartanah, sekali gus mewujudkan permintaan tinggi yang akhirnya memberi kesan terhadap kenaikan harga rumah,” katanya dalam sidang media selepas pembentangan Laporan Tahunan PropertyGuru Malaysia 2013 di Kuala Lumpur, semalam. Laporan mengenai sektor hartanah itu menunjukkan kebimbangan terhadap kenaikan harga hartanah dan ketidakpastian dalam nilai pasaran antara penyumbang utama terhadap penurunan pembelian hartanah tempatan. Sementara itu, Pengurus Negara (Malaysia) PropertyGuru Malaysia, Gerard Kho berkata, kelembapan dalam industri itu berpunca daripada kenaikan harga yang meliputi semua jenis hartanah. “Harga rumah di Malaysia kini dianggap terlalu mahal dan tidak mampu dimiliki, selain harga kurang munasabah. "Kenaikan harga mendadak menjadi faktor utama kurangnya pembelian hartanah," katanya. Menurut Kho, harga kediaman di kawasan Lembah Klang kini meningkat sehingga 30 peratus tetapi pendapatan isi rumah pula secara purata hanya mencecah RM5,000.-sinar

SME Corp akan serah hasil kaji selidik kesan GST
SME Corp Malaysia
KUALA LUMPUR - SME Corp Malaysia akan menyerahkan hasil kaji selidik kesan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed, pada bulan ini. Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Datuk Hafsah Hashim berkata, kaji selidik itu juga meliputi kesan pelaksanaan gaji minimum serta kos utiliti. "Selepas kaji selidik itu selesai baru-baru ini, kami sedang memproses angka-angkanya. "Kami berharap dapat menyiapkan analisis itu pada pertengahan bulan ini dan dikongsikan dengan menteri," katanya kepada pemberita satu acara perangkaian yang dibuat bersempena Smidex 2014 dan Minggu PKS di sini, hari ini. Katanya, Mustapa akan membuat pengumuman rasmi mengenai hasil daripada kaji selidik itu. - Bernama

Hudud: Ramai sudah buka mata, kata Asri
Dr Asri Zainul Abidin
SHAH ALAM - "Bagus juga Pas bawa hudud ini, sebab Dr Wee Ka Siong (Timbalan Presiden MCA) sudah baca tentang hudud," demikian antara petikan menarik daripada Profesor Datuk Dr Asri Zainul Abidin sepanjang berlangsungnya Wacana Sinar Harian Siri ke-27 hari ini. Menurut Asri, kelantangan Kelantan dalam membawa isu hudud pada masa ini telah menyebabkan ramai pihak mula buka mata dan cuba belajar tentang hukum itu. "Ramai yang telah cuba belajar hukum ini. "Tengok hari ini Ka Siong sudah baca tentang hudud," katanya pada Wacana Sinar Harian siri ke-27 bertajuk 'Hudud: Bersediakah Kita" di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini. Sebelum itu, Ka Siong memberitahu kepada peserta wacana dan ahli panel bahawa beliau telah mengambil masa hampir empat hari untuk membaca dan memahami tentang undang-undang hudud Kelantan sebelum memenuhi jemputan sebagai ahli panel wacana kali ini. "Saya sudah baca empat hari dan minta kawan Melayu tolong jelaskan tentang hukum yang berkaitan," katanya sambil menerima tepukan gemuruh daripada hadirin. Wacana kali ini turut menampilkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Timbalan Pengarah Institut Wasatiyah Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, Dr Mushaddad Hasbullah. Wacana ini, dikendalikan oleh penganalisis politik, Dr Maszlee Malik.-sinar

Isteri Sarat Mengandung Dibakar Suami Kerana Gagal Beri ‘Dowry’

Seorang isteri yang sedang sarat mengandung tujuh bulan, Rihana Shekh Dhafali telah dibakar hidup-hidup oleh suaminya selepas keluarga Rihana dikatakan gagal memberikan wang hantaran perkahwinan yang berupa sebuah motosikal dan seekor kerbau, baru-baru ini. Disebabkan perbuatan kejam suaminya, Farid Sheikh, Rihana telah keguguran bayi yang dikandungnya selepas disimbah minyak tanah di badan. Rihana yang tinggal di Miyapur, India kemudiannya telah dihantar ke hospital oleh ahli keluarga suaminya yang turut mendesaknya mengakui perbuatan membakar diri itu adalah hasil daripada kecuaiannya sendiri. Rihana turut mendakwa sebelum ini suaminya pernah membakar alat sulit Rihana dengan menggunakan rokok malah kerap-kali menghinanya gara-gara kegagalannya menyediakan barang hantaran tersebut. Bapa Rihana, Mohammad Samim Shekh Dhapali yang mengetahui mengenai insiden tersebut terus bergegas melawat anaknya di India dan kemudiannya membawa pulang Rihana ke Nepal, di mana anak perempuannya mengakui kebakaran itu dimulakan oleh suaminya selepas dia tidak berpuas hati kerana masih lagi tidak menerima barang hantaran berupa sebuah motosikal dan seekor kerbau seperti yang dijanjikan sebelum ini. Rihana kini sedang dirawat di Kathmandu untuk rawatan lanjut berhubung kecederaannya dan pihak polis Nepal juga sedang menyiasat insiden tersebut untuk tindakan lanjut. Oleh: Audrey Lee / MyNewsHub

Muhyiddin Tersentuh Melihat Al-Quran Yang Digunakan Khalifah Uthman Bin Affan…

TASHKENT – Malaysia menghargai inisiatif yang dilakukan kerajaan Uzbekistan bagi memulihara senaskhah Al-Quran lama yang menurut sejarah digunakan Khalifah Islam ketiga, Uthman bin Affan. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan penghargaan itu kepada ketua badan lembaga Islam Antarabangsa Uzbekistan Mohammad Akhmal Khan Shakirav, yang mengiringi beliau dalam lawatan ke kompleks Hazrati Imam, yang menempatkan naskhah Al-Quran itu. “Apabila saya melihatnya, ia benar-benar menyentuh perasaan saya memandangkan ia merupakan warisan dunia,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi empat hari beliau di Uzbekistan. Semasa lawatan itu, Muhyiddin melihat 338 bahagian halaman Al-Quran yang sarat dengan sejarah itu yang disimpan di dalam sebuah bekas kaca dalam satu daripada bangunan di kompleks berkenaan. “Kami benar-benar menghargai inisiatif yang diambil oleh pusat itu dan kerajaan Uzbekistan bagi memulihara Al-Quran berkenaan,” katanya. Katanya beliau dimaklumkan bahawa banyak lagi manuskrip berkaitan sejarah Islam dan kecemerlangan tamadun Islam disimpan di situ. Muhyiddin berkata perkara ini perlu menjadi inspirasi kepada golongan muda untuk menghargai Islam dan ajaran Al-Quran dan juga langkah yang diambil oleh sebuah negara seperti Uzbekistan untuk mempertahankan warisan Islam. Menurut sejarah, Khalifah Uthman dibunuh ketika membaca Al-Quran berkenaan. Sijil Unesco mengesahkan kesahihan Al-Quran berkenaan yang dipercayai mengandungi kesan darah khalifah. – BERNAMA

Kabinet Putuskan Ruangan ‘Kaum’ Dalam Borang Tiada Nilai Tambah DIGUGURKAN

PUTRAJAYA – Kabinet hari ini memutuskan ruang kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tiada nilai tambah digugurkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun. Bercakap dalam sidang media di sini, beliau berkata kerajaan menilai setiap kewajaran sebelum memutuskan menggugurkan ruang kaum dalam borang rasmi kerajaan. “Berdasarkan trend, kita memang nak menggugurkan ruang kaum dalam borang tetapi bukan sekarang. Ia akan dilaksanakan kemudian secara perlahan-lahan. “Buat masa ini, kita mengambil langkah gugurkan yang tiada nilai tambah sahaja,” katanya, sambil memberikan contoh borang seperti permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Skim Pinjaman Perumahan untuk golongan berpendapatan rendah. Terdapat lebih 120 borang rasmi kerajaan yang telah menggugurkan ruang kaum sehingga kini. Entulu berkata terdapat tiga kategori borang yang masih mengekalkan maklumat identiti kaum kerana ia berkaitan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan bagi memelihara kedudukan dan kepentingan sah kaum-kaum di Malaysia. Bagi kategori kedua pula maklumat identiti kaum diperlukan untuk memenuhi keperluan perundangan seperti perundangan tanah, pendidikan, perniagaan dan kaedah-kaedah diwartakan di bawah semua akta, katanya. Kategori ketiga, maklumat kaum diperlukan bagi tujuan penyelidikan dan perancangan antaranya mengenai kawalan penyakit, penambahbaikan pendidikan, kajian demografi penduduk dan perancangan kemudahan dan pembangunan, katanya. Entulu bagaimanapun berkata agensi kerajaan digalakkan menggugurkan ruang kaum dalam borang rasmi kerajaan walaupun setakat ini tiada arahan ataupun surat pekeliling dikeluarkan. – BERNAMA

AirAsia Diarahkan Bayar RM43,999 Kepada Penumpangnya Yang Diminta Turun Kerana Hamil

PUTRAJAYA – Seorang suri rumah yang hamil diarah turun dari sebuah pesawat Airasia di Denpasar, Bali, Indonesia tiga tahun lalu kerana tidak mempunyai sijil perubatan menyatakan beliau layak dari segi kesihatan untuk melakukan perjalanan, mendapat award RM43,999 sebagai ganti rugi oleh Mahkamah Rayuan di sini Rabu. Patricia Karen Chew Mei Yik, 44, dan suaminya Michael Januarius, 57, memenangi saman ke atas Airasia Berhad selepas tiga panel hakim membenarkan rayuan mereka untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi mengenai saman itu. Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Wahab Patail memberikan award ganti rugi khas kepada pasangan itu sebanyak RM18,999 dan juga ganti rugi am berjumlah RM25,000. Beliau juga memerintahkan AirAsia membayar faedah lima peratus setahun mulai 27 Dis, 2011, tarikh writ difailkan untuk penyelesaian penuh saman itu. Hakim Abdul Wahab yang mempengerusikan panel itu dengan Hakim Datuk David Wong Dak Wah dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim juga memerintahkan AirAsia membayar RM10,000 sebagai kos perundangan kepada pasangan itu. Dalam pernyataan tuntutan mereka, Chew dan Januarius, seorang ahli perniagaan, berkata mereka membeli tiket penerbangan pergi balik ke Bali pada 2 Feb, 2011. Mereka berkata selepas menghabiskan percutian mereka di Bali bersama-sama dengan anak perempuan mereka ketika berumur empat tahun (kini 7 tahun), mereka menaiki pesawat untuk pulang ke Kuala Lumpur pada 26 Feb, 2011. Pasangan itu mendakwa sebelum pesawat itu berlepas, seorang pramugari bertanyakan sama ada Chew, yang ketika itu hamil 28 minggu, sama ada beliau mempunyai surat daripada doktor yang mengesahkan beliau layak dari segi kesihatan untuk melakukan perjalanan menggunakan pesawat. Chew berkata beliau mendapat sijil daripada pakar sakit puan Datuk Dr Ang Chin Guan dari Sime Darby Specialist Centre Megah Sdn Bhd yang dikeluarkan pada 11 Feb, 2011. Bagaimanapun, beliau memberitahu pramugari terbabit sijil itu diserahkan kepada seorang pramugari yang namanya beliau tidak dapat diingat dalam pesawat pada 20 Feb, 2011 semasa bertolak dari Kuala Lumpur ke Denpasar. Chew mendakwa pramugari terbabit memberitahu beliau dalam nada suara marah bahawa semakan dalam sistem online tidak dapat mengesan sijil itu dan Chew dimaklumkan supaya mendapatkan sijil baharu daripada doktor. Pada ketika itu, suami Chew memutuskan bahawa beliau kekal di dalam pesawat untuk pulang ke Kuala Lumpur tanpa isteri dan anaknya kerana beliau perlu menghadiri satu majlis resepsi korporat di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, pasangan itu mendakwa pramugari terbabit memberitahu mereka supaya pergi ke pintu depan untuk berbincang tetapi sebaik mereka berada di situ, seorang pengawal keselamatan mengarahkan mereka untuk turun dari pesawat dan kemudiannya menutup pintu pesawat. Pasangan itu berkata mereka kehilangan bagasi tangan mengandungi sebuah kamera dan sebuah komputer riba yang ditinggalkan di dalam pesawat. Pasangan itu berkata mereka kecewa dan diaibkan dengan cara keadaan itu dikendalikan. Chew kemudiannya memperoleh sijil layak dari segi perubatan di lapangan terbang Denpasar yang membenarkan keseluruhan keluarga itu untuk menaiki pesawat lain ke Kuala Lumpur. Dalam pembelaan mereka, AirAsia menafikan Chew dan keluarganya menerima layanan kasar sambil menambah petugasnya dilatih berdepan sebarang keadaan membabitkan penumpang dengan sabar, tenang, sopan dan secara profesional. Syarikat itu mendakwa petugas mereka dalam insiden itu hanya menjalankan tugas mereka mengikut prosedur operasi standard dan peraturan yang dikuat kuasakan. Pada 29 Ogos, 2012, Mahkamah Tinggi di Shah Alam menolak saman mereka. Chew dan Januarius diwakili peguam M Manoharan manakala AirAsia diwakili Zaini Mazlan dan Raja Nurul Iylia Raja Mohd Tajuddin. – BERNAMA

Pantau Produk Mainan, Makanan Menyerupai Rokok

GEORGETOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan memantau penjualan produk mainan dan makanan menyerupai bungkusan rokok yang menyasarkan kanak-kanak sebagai pengguna di bandar ini. Presidennya SM Mohamed Idris berkata produk seperti coklat, gula-gula pelbagai perisa dan mainan air itu dipercayai diimport dan dijual antara RM3 dan RM6 di kedai barangan permainan dan kedai hadiah termasuk di pusat membeli belah. “Terdapat juga helaian kertas nota berwarna putih dan kuning diletakkan dalam kotak seakan-akan sama dengan jenama rokok terkenal, lengkap dengan arahan cara menggulung kertas itu menjadi seperti rokok,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata label yang terdapat pada rokok seperti kandungan tar serta nikotin rendah dan tembakau membahayakan kesihatan turut tertera pada bungkusan mainan itu, dilihat seolah-olah bagi membiasakan rokok kepada kanak-kanak. Mohamed Idris berkata kajian CAP mendapati 50 hingga 70 orang dari kumpulan berumur antara 12 dan 18 tahun mula merokok setiap hari di negara ini. Lambakan produk itu boleh membantutkan usaha membendung tabiat merokok dalam kalangan generasi muda, katanya menambah pihak berkuasa perlu mengenakan tindakan tegas terhadap peniaga yang memperkenalkan produk berkenaan.- BERNAMA

KESELAMATAN SABAH: Memang Saya Rasa Kecewa – Timbalan Perdana Menteri

TASHKENT – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan tindakan segera perlu diambil untuk menangani insiden penculikan di pantai timur Sabah, sekali gus mengelak pihak keselamatan daripada menjadi bahan tempelak masyarakat. “Memang saya rasa agak kecewa (kerana) selepas beberapa isu sebelum ini maka tertubuhlah Esscom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) dan Esszone (Zon Selamat Timur Sabah) bagi lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan-kawasan keselamatan. “Tetapi nampak (langkah itu) masih lagi belum berupaya mengekang peristiwa seperti itu berulang,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi empat hari beliau ke Uzbekistan di sini pada Rabu. Muhyiddin menarik perhatian bahawa susulan insiden pencerobohan perairan dan penculikan sebelum ini, arahan dikeluarkan berhubung keperluan meningkatkan aset dan menggunakan beberapa sistem pemantauan radar untuk memantau pergerakan. “Ini bidang keselamatan yang diurus di bawah Esscom. Sebab itu bagi saya, lebih segera tindakan diambil untuk menangani perkara itu (isu keselamatan) lebih baik. Kalau tidak nanti akan banyak pihak yang menempelak,” katanya. Dalam insiden terbaharu awal pagi semalam, sekumpulan lelaki bersenjata menculik warga China, Yang Zai Lin, 34, pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar di Pulau Baik yang terletak kira-kira 23 kilometer dari pekan Lahad Datu. Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata susulan kes seumpama itu dan perbincangan Majlis Keselamatan Negara, arahan telah dikeluarkan supaya memperkukuhkan kawalan keselamatan di sempadan perairan berkenaan, yang panjangnya lebih 1,400 km. “Ia antara yang terpanjang, lautanpun terbuka dengan kawasan Filipina dan pulau-pulau tidak jauh daripada sempadan kita. “Tapi kita tak boleh jadikannya sebagai satu helah (untuk memandang mudah isu keselamatan),” kata Muhyiddin. Beliau percaya kerajaan negeri Sabah mahu langkah-langkah lebih tegas diambil lebih awal daripada yang dijangka, sambil menegaskan perkara itu patut disegerakan. Insiden penculikan semalam merupakan yang ketiga dalam tempoh tujuh bulan. Pada 2 April lepas seorang pelancong wanita rakyat China dan seorang pekerja wanita diculik sekumpulan tujuh lelaki bersenjata di resort Singamata, Semporna. Wanita China yang juga seorang pelajar itu dikenali sebagai Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai manakala pekerja wanita warga Filipina berusia 40 tahun itu dikenali sebagai Marcy Dayawan atau Mimi. Pada November tahun lepas, seorang pelancong Taiwan ditemui mati ditembak dan isterinya pula diculik oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian di Pulau Pom Pom, Semporna. – BERNAMA

Mufti Perlis Ingatkan Pengusaha Ladang Harumanis BAYAR ZAKAT!

KANGAR – Mufti Perlis, Datuk Dr Juanda Jaya mengingatkan pengusaha ladang harumanis beragama Islam di negeri ini supaya menunaikan zakat pertanian untuk tanaman buah itu selepas selesai pengiraan hasilnya yang dijangka sekitar penghujung Jun ini. Juanda berkata, penanaman harumanis di negeri yang hasil kutipannya mencapai kadar nisab zakat iaitu kira-kira 653 kilogram (kg) layak dikenakan zakat pertanian iaitu kira-kira lima hingga 10 peratus. “Sebenarnya, ini adalah adaptasi kepada keputusan fatwa yang sudah dibuat di Perlis sejak 1985 yang menyatakan hasil pertanian hendaklah dikeluarkan zakat sama ada hasil pertanian itu dalam bentuk makanan ruji (asasi) seperti padi atau tanaman bukan makanan ruji seperti buah-buahan, kelapa sawit, sayuran apabila mencapai kadar nisab zakat. “Kita terpaksa mengingatkan dan menasihatkan semula mengenai perkara ini kerana rekod menunjukkan tiada pembayaran zakat harumanis yang diterima di negeri ini setakat ini. “Bagi peraih harumanis yang tidak menanam dan cuma menjualnya saja, mereka hanya perlu membayar zakat perniagaan tapi bagi pengusaha atau penanam, mereka perlu membayar mengikut zakat pertanian,” katanya dalam sidang media, di sini, tadi. Juanda turut menasihatkan penanam atau penjual yang ingin menjelaskan zakat supaya merujuk kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis untuk mendapatkan maklumat terperinci. – BERITA HARIAN

‘Perubahan’ Payudara Tasha Shila Jadi Tanda Tanya?

Secara tiba-tiba foto pelakon Tasha Shila sedang memegang segelas minuman kesihatan menjadi ‘viral’ di laman sosial. Selepas Astro Gempak telek dan baca komen-komen yang ditulis, rata-rata peminat telah memberi komen mengenai saiz payudara aktres itu yang kelihatan semakin bertambah saiznya. Memang agak seksi foto Tasha bersama T-Shirt sendat berwarna putih yang dipakainya itu sehingga jelas menampakkan bentuk badannya yang terkini. Jika sebelum ini kecoh tentang Tasha Shila ke negara jiran untuk membuat pembedahan plastik dan mengubah bentuk hidungnya, adakah kali ini dia melakukan rawatan yang sama, tetapi di bahagian yang dikatakan aset wanita itu? Astro Gempak akan cuba mendapatkan Tasha Shila untuk memberi komen tentang perkara ini. Di harap spekulasi tidak ditimbulkan terlebih dahulu kerana mungkin benar produk yang diminum Tasha Shila itu menyebabkan perubahan ketara berlaku di bahagian dadanya. - www.astrogempak.com.

TNB, apa sudah jadi?

KUALA LUMPUR – Laman Facebook Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini dihujani dengan keluhan pelanggan syarikat utiliti itu berikutan masalah terputus bekalan elektrik yang dikesan berlaku di beberapa negeri. Berdasarkan komen-komen dalam laman tersebut, bekalan elektrik terputus di Sungai Petani (Kedah), Segamat, Muar (Johor), Merlimau (Melaka), Jempol dan Seremban (Negeri Sembilan). Rata-rata mereka meluahkan rasa kecewa kerana masalah tersebut sudah berlarutan selama beberapa jam manakala talian khidmat aduan TNB sentiasa sibuk. Ada pelanggan yang memberi komen mendakwa bekalan elektrik turut terputus di Hospital Segamat. Antara aduan yang diajukan melalui laman Facebook TNB ialah: “Mohon maklumat yang tepat, apa yang berlaku? Ada masalah gangguan bekalan elektrik melibatkan beberapa negeri? Berapa lama masa yang bakal diambil untuk mendapatkan semula bekalan? – Mohd Soffian Osman “Taman Bukit Mika 2, Seremban, sudah hampir satu jam terputus bekalan elektrik. Telefon TNB Careline asyik sibuk.” – Liza Marwati Mohd Yusoff. “Bekalan elektrik di Jln 1/21 Bdr. Putra Segamat terputus. Saya cuba menghubungi careline 15454 dan no 1300 tetapi talian sibuk. Mohon bantuan untuk baiki. Terima kasih.” “Kenapa bila saya hubungi TNB Careline selalu sahaja sibuk. Kawasan taman saya sudah hampir dua jam tiada bekalan elektrik. Boleh beritahu apa masalah?” Abdurrahman Husain. Sementara itu, kakitangan TNB yang bertanggungjawab menjawab pertanyaan di laman berkenaan menjelaskan bahawa terdapat gangguan bekalan di beberapa kawasan dan usaha menyelesaikan masalah itu sedang giat dilakukan. “Selamat sejahtera, Tuan. Terdapat gangguan bekalan di beberapa kawasan dan usaha untuk memulihkan bekalan ke kawasan-kawasan perumahan sedang giat dilakukan oleh pihak kami. “Disebabkan gangguan ini, talian 15454 adalah agak sibuk dari pengguna mengenai gangguan bekalan ini. Mohon maaf keatas segala kesulitan. Sekian, terima kasih menggunakan perkhidmatan FB TNB CareLine. (Neasa, TNB)” Kakitangan berkenaan bagaimanapun tidak menjelaskan secara lanjut masalah yang menyebabkan bekalan elektrik di kawasan berkenaan terputus. TNB di laman berkenaan turut memohon maaf atas masalah bekalan tersebut dan menjelaskan usaha mengatasi masalah tersebut sedang dijalankan. – New Malaysian Post

SEGERA: Enam Negeri Alami ‘BLACKOUT’!
TNB
KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Johor, Melaka dan Perak mengalami gangguan bekalan elektrik jam 2 hingga 5 petang tadi. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) antara kawasan yang terbabit adalah di Bandar Baru Nilai dan Rantau di Negeri Sembilan; beberapa tempat di Segamat, Bakri dan Pagoh di Johor; Merlimau, Masjid Tanah dan Jasin (Melaka); Manjung di Perak; Beberapa tempat di Sungai Petani dan Kulim (Kedah) serta beberapa kawasan di Prai, Pulau Pinang. Menurut TNB, punca kejadian sedang disiasat dan pengguna dinasihati supaya menghubungi talian 15454 untuk sebarang pertanyaan. Di Melaka, gangguan itu bermula pada kira-kira 2.30 petang di sekitar Masjid Tanah, Bukit Katil dan Jasin. Jurucakap Tenaga Nasional Berhad (TNB) negeri ketika dihubungi berkata, gangguan disebabkan kerosakan pada stesen pencawang kuasa utama syarikat berkenaan di Jasin. “Kami menerima banyak aduan mengenai gangguan bekalan elektrik daripada orang ramai dan pihak TNB sudah menghantar juruteknik untuk menyiasat pencawang yang terjejas dan punca gangguan,” katanya yang enggan mengulas lanjut. Difahamkan, bekalan elektrik membabitkan semua kawasan di Melaka berjaya dipulihkan mulai jam 5.30 petang. Sementara itu, dua kawasan perindustrian di Perak iaitu Jelapang dan Lumut mengalami gangguan bekalan elektrik selama kira-kira dua jam bermula 2.30 hingga 4.30 petang tadi. Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perak Datuk Mohd Zahir Md Nagor berkata, gangguan berkenaan berlaku disebabkan masalah di stesen jana kuasa elektrik TNB. Gangguan juga dirasai majoriti penduduk di Alor Setar, Sungai Petani dan Kulim kira-kira jam 1 hingga 2 petang tadi, manakala beberapa kawasan di Negeri Sembilan, iaitu Bandar Baru Nilai, Mantin dan Rantau di daerah Seremban, Bahau di Jempol dan Pasir Besar di Gemas mengalami gangguan bekalan elektrik antara 2 hingga 5 petang tadi akibat masalah di beberapa stesen jana kuasa elektrik TNB. Di Johor pula, beberapa tempat di Segamat dan Bakri Pagoh mengalami gangguan elektrik lebih dua jam bermula kira-kira jam 2 petang tadi.

LAHAD DATU: Saksi Rampas Pistol ‘Made In Israel’ Daripada Penceroboh

KOTA KINABALU – Sepucuk pistol yang tertera tulisan ‘Made In Israel’ ialah antara senjata yang dirampas di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu pada 7 Mac tahun lalu, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini. Asisten Superintendan Mursalim Mohd Salleh berkata beliau merampas pistol Bul M5 selepas berlaku pertempuran kecil antara pasukan keselamatan dan kira-kira 30 hingga 35 penceroboh yang bersenjata semasa operasi “cut-off” pada 6 hingga 7 Mac tahun lalu. Ketika disoal oleh timbalan pendakwa raya Datuk Abdul Wahab Mohamed untuk menerangkan secara khusus mengenai pistol itu, saksi ke-27 pihak pendakwa itu berkata ia diperbuat daripada perak dengan pemegang berwarna hitam dan pada pemegangnya terdapat tulisan kecil huruf M dengan nombor 5 dalam tulisan. Ia juga mengandungi magazin berwarna perak tanpa peluru, kata beliau. “Ada tulisan ‘Made in Israel’ (pada pistol),” beliau memberitahu mahkamah. Pistol Bul M5 itu dikenal pasti oleh Mursalim di mahkamah bersama tiga lagi pistol – revolver, pistol jenis Armscor bersama magazin tanpa peluru dan pistol jenis Gold Cup National Match bersama magazin dengan lima butir peluru dan sebutir lagi peluru dalam ruang peluru pistol. Komander platun Pasukan Gerakan Am (PGA) itu berkata beliau merampas 12 magazin di lokasi pertempuran kecil – lapan magazin bagi peluru 7.62mm, satu magazin peluru 9mm, satu magazin bagi peluru semi-automatik dan dua magazin bagi peluru jenis 303 yang digunakan bagi raifal Garand. Saksi itu berkata beliau juga merampas 186 peluru pelbagai saiz dan jenama. Tiga puluh orang iaitu 27 warga Filipina dan tiga penduduk tempatan menghadapi pelbagai pertuduhan termasuk menjadi anggota kumpulan pengganas atau melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, merekrut anggota untuk kumpulan pengganas atau melindungi orang yang mereka tahu adalah anggota kumpulan pengganas. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 12 Februari dan 10 April tahun lalu. Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung yang diadakan di Jabatan Penjara Sabah bersambung esok. - BERNAMA

Malaysia belum kondusif untuk laksana hudud, kata Asri

Mantan Mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (dua dari kiri) antara panel dalam wacana siri ke-27 yang bertajuk Hudud: Bersediakah Kita di Auditorium Krangkraf Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 Mei, 2014. Malaysia masih mempunyai banyak masalah dari aspek rasuah sehingga jenayah sekaligus menyaksikan pelaksanaan hudud bakal menyukarkan keadaan, kata mantan Mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Asri ketika wacana Sinar Harian di Auditorium Karangkraf di Shah Alam berkata, umat Islam sememangnya menyokong Kelantan untuk melaksanakan hudud namun perkara itu perlu diperhalusi agar tidak menjadi mudarat. "Sebagai Muslim kita percaya undang-undang ini jika diberi mencapai maksud keadilan membawa kepada kebaikan manusia sejagat. "Sebagai orang Islam kita perlu dukung hasrat Kelantan. Tetapi kita kena bincang bagaimana ia tidak menjadi mudarat," katanya. Untuk melaksanakan hudud, Kelantan jelas Asri perlu menyediakan "landasan yang jelas" kerana jika berlaku kesilapan, ia bakal menyebabkan komuniti bukan Islam menjauhi umat Islam. "Nak buat hudud, 'landasan' mesti jelas. Saya bersama Kelantan dari sudut kehendak. Kepada pelaksanaan, saya bimbang. ibaratnya kita ada 'pintu yang sangat cantik, tetapi pasang di reban." "PAS perlu duduk dan bincang balik soal hudud. Ini bukan soal tidak bersetuju dengan hudud," katanya. Selain Asri, turut hadir sebagai panel dalam wacana siri ke-27 itu termasuklah Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah, Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Pengarah Institut Wasatiyah Malaysia Dr Mushaddad Hasbullah. "Buat undang-undang itu jangan sampai orang salah tafsir terhadap Islam," kata Asri lagi. Asri ketika sesi wacana yang berlangsung selama dua jam itu turut menegaskan, hukuman yang dikenakan terhadap pesalah seharusnya tidak mengenal pangkat, sebaliknya keadilan tanpa mengira pangkat dan darjat. "Jangan ada mahkamah khusus. Biar satu mahkamah adili raja, sultan, rakyat. "Jangan curi kayu kena, curi kayu balak tidak kena," katanya lagi. – 7 Mei, 2014. - The Malaysian Insider

HUDUD: Kalau Nak Buat Pastikan Semua Kena, Termasuk Istana Kalau Bersalah!

SHAH ALAM – Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Asri Zainul Abidin hari ini menyatakan bahawa hukum hudud perlu dilaksanakan namun hukuman tersebut perlulah dikenakan kepada semua golongan termasuk golongan tertinggi negara. Dr Asri yang juga merupakan bekas Mufti Perlis berkata, sebagai contoh di negara Arab Saudi, hukuman hudud hanya dikenakan ke atas rakyat namun tidak bagi golongan istana, oleh itu tambahnya kalau mengikut hudud sebenar semua golongan perlu disabitkan hukuman hudud sekiranya didapati bersalah. “Sebagai Muslim kita wajib menyokong hukuman hudud. “Tetapi perlaksanaan hudud perlulah untuk semua golongan, bukan untuk rakyat bawahan sahaja. “Sebab kalau ikut hadis Nabi, kalaulah Fatimah mencuri, beliau wajib dipotong tangan. “Oleh itu untuk perlaksanaan hudud kita perlu pastikan semua golongan akan dikenakan hudud, walaupun orang tersebut merupakan golongan istana,” katanya pada Wacana Sinar Harian siri ke-27 bertajuk ‘Hudud: Bersediakah Kita” di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini. Sementara itu, mengulas lanjut mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan, Asri menegaskan bahawa secara peribadinya beliau menyokong perlaksanaan tersebut namun Kelantan perlu mengemas kini undang-undang yang sedia ada. “Perlaksanaan hudud di Kelantan, secara peribadinya saya menyokong penuh. “Namun Kelantan perlu mengemas kini undang-undang yang sedia ada. Pastikan kerangka-kerangka ke arah perlaksanaan hudud itu diperkukuhkan terlebih dahulu. “Misalnya, membendung hiburan, merangka pusat baitulmal supaya lebih efisien, bidang pendidikan yang lebih baik, mewujudkan suasana kondusif dan sebagainya selain memperkuatkan dan mengemaskini undang-undang yang sedia ada,” katanya. - MyNewsHub

Bantah Hudud: Tak Akan Bekerjasama Dengan MCA

KUALA LUMPUR – DAP tidak akan bekerjasama dengan MCA dalam usaha kedua-dua parti itu membantah rancangan PAS melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa, DAP tidak boleh mempercayai MCA dalam hal tersebut kerana mengamalkan pilih kasih dalam berhadapan isu tersebut. “DAP tidak boleh bekerjasama dengan parti yang hipokrit kerana menyerang PAS sahaja dalam isu hudud,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini. Guan Eng bagaimanapun mengakui pandangan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek bahawa seramai 88 Ahli Parlimen UMNO akan menjadi kuasa penentu sama ada hudud dapat dilaksanakan atau tidak oleh PAS. Bagaimanapun, tegasnya, DAP tetap dengan pendirian membantah pelaksanaan hudud di Malaysia sama ada ke atas umat Islam mahupun bukan Islam meskipun tidak bekerjasama dengan MCA. Dakwanya, pelaksanaan undang-undang hudud bercanggah dengan peruntukkan Perlembagaan Persekutuan. Katanya, DAP cukup tegas dalam hal itu malah pernah menegur rakan mereka daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berhubung isu itu sebelum ini.

Amerika Syarikat Bimbang Hukum Hudud Brunei

AMERIKA SYARIKAT (AS) menyuarakan kebimbangannya kepada undang-undang hudud baharu yang dilaksanakan di Brunei diperkenalkan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.
Kebimbangan meliputi aspek hukuman yang akan dilaksanakan antaranya termasuk hukuman rejam sampai mati, demikian menurut kenyataan pihak AS semalam.
“Duta kami sudah pun menyampaikan kebimbangan itu secara tertutup kepada kerajaan Brunei,” kata jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat Jen Psaki, menurut laman web Channel News Asia.
Bagaimanapun, jabatan itu tidak mengambil keputusan memboikot perlaksanaan itu yang dilihat semakin meluas ke atas pengendali hotel mewah Dorchester Collection yang ada kaitan dengan Sultan Hassanal Bolkiah.
“Kami memahami boikot menjadikan hotel-hotel di bawah Dorchester Collection sebagai sasaran yang mana satu kenyataan telah diberikan bahawa tiada sebarang diskriminasi akan diberikan toleransi,” kata Psaki.
Kanun Keseksaan baharu Brunei, yang bakal dilengkapi dengan hukuman keras Hudud seperti potong tangan dan rejam dijangkakan akan mula dilaksanakan pada Khamis.
Peringkat awal, hukuman seperti denda dan penjara akan diperkenalkan ke atas kesalahan seperti gagal menghadirkan diri solat Jumaat dan juga kehamilan luar nikah.
Pada peringkat kedua tahun ini, perlaksanaan hudud akan merangkumi hukuman ke atas kesalahan mencuri yang melibatkan hukuman lebih berat seperti memotong tangan.
Tahun depan, hukuman mati dengan direjam akan dilaksanakan bagi kesalahan seperti meliwat dan zina.
Personaliti televisyen AS Jay Leno menyertai senarai selebriti Isnin lepas untuk memulaukan rangkaian hotel Dorchester Collection terasuk bintang komedi Stephen Fry, hos televisyen Sharon Osbourne dan Ellen Degeneres.
Difahamkan rangkaian hotel di bawah Dorchester Collection dimiliki oleh Agensi Pelaburan Brunei yang diletakkan pengurusannya di bawah Kementerian Kewangan Brunei.- MyNewsHub

Peniaga Melayu Kompleks PKNS Tidak Terjejas

KUALA LUMPUR – Persatuan Peniaga-Peniaga Kompleks PKNS Shah Alam menafikan dakwaan perniagaan di kompleks itu kini didominasi bukan bumiputera. Yang Dipertuanya, Amran Yahya berkata, dakwaan itu tidak benar kerana kedudukan peniaga bumiputera di kompleks itu berada dalam keadaan baik. “Inisiatif pengurusan PKNS Real Estate (PREC) menarik lebih ramai penyewa dengan pelbagai jenis perkhidmatan dan jualan bertujuan menarik lebih ramai pengunjung datang ke pusat membeli-belah ini. “Usaha ini tidak menjejaskan kedudukan peniaga bumiputera bahkan memberi keuntungan dengan bertambahnya jumlah pengunjung ke kompleks itu,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini. Sehubungan itu, Amran melahirkan rasa kesal beliau dengan pihak tertentu kerana memanipulasi isu itu demi kepentingan politik pihak tertentu. Menurutnya, tindakan itu langsung tidak membantu memartabatkan lagi peniaga bumiputera negara ini.

Twitter: Aplikasi Vine Untuk Galaxy K Zoom

Bersama-sama dengan pengumuman Galaxy K Zoom, pihak Samsung turut berkongsi pentas dengan pihak Twitter dalam mengumumkan kerjasama untuk membawa sebuah aplikasi Vine yang dioptimasikan untuk Galaxy K Zoom. Untuk makluman, Vine merupakan salah satu aplikasi daripada pihak Twitter yang membolehkan pengguna berkongsi video selama 6 saat melaluinya. Menggunakan aplikasi yang dioptimasikan ini, ia membolehkan pengguna menggunakan kelebihan kamera pada peranti ini. Bercakap mengenai kerjasama dengan Twitter, ia bukanlah sesuatu yang baru, memandangkan mereka pernah hadir dengan aplikasi Twitter yang dioptimasikan untuk Galaxy Tab sebelum ini. Oleh: hzqahmd

MCA akan kaji kedudukan dalam BN jika Umno sokong hudud

Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong semasa berucap di wacana Hudud: Bersediakah Kita hari ini yang diadakan di Pejabat Karangkraf, Shah Alam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 Mei, 2014. MCA akan mengkaji kedudukan parti komponen itu dalam Barisan Nasional (BN) jika Umno menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan kata Datuk Dr Wee Ka Siong. Wee ketika wacana Sinar Harian di Karangkraf, Shah Alam berkata, pendirian MCA kekal untuk mempertahankan Perlembagaan seperti mana mereka mempertahankan kontrak sosial ketika negara ini mencapai kemerdekaan. "Kalau jadi perkara itu, sudah tiba masanya kita bincang kedudukan kita dalam BN," kata Wee ketika wacana bertajuk "Hudud: Bersediakah Kita." Selain Wee, turut menjadi panel dalam wacana tersebut adalah bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah, dan Timbalan Pengarah Institut Wasatiyah Malaysia Dr Mushaddad Hasbullah. Wee turut berkata, mempertikaikan hudud Islam juga bukan bermakna parti komponen BN itu menolak Islam. "Itu pandangan MCA yang amat jelas... saya tidak percaya dengan hukum hudud PAS," katanya. Sementara itu, Mohd Amar bagaimanapun berkata PAS tidak akan sesekali meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) jika rakan komponen DAP dan PKR menolak rancangan mereka untuk melaksanakan hudud di Kelantan. "PAS takkan masuk BN kalau PR tolak hudud," katanya. Beliau berkata, PAS hanya melaksanakan tindakan berkenaan apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mempelawa PAS untuk meneruskan perkara itu. "Orang sudah bagi jalan, kita hanya menyambutnya," katanya lagi. – 7 Mei, 2014. - SinarOnline

Wanita Dituduh Salah Guna Kad Kredit Suami Kawannya Untuk ‘Shopping’ Sakan!

KUALA LUMPUR – Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan kad bank milik suami rakan serumahnya untuk membeli barangan kosmetik dan beg tangan bernilai RM4,150. Nazathul Shima Mohd Azman, 38, didakwa dengan curang menyalahgunakan kad bank CIMB milik Aslin Amat untuk membuat pembayaran pembelian kosmetik dan beg tangan wanita di Plaza Damas, Jalan Sri Hartamas 17, di sini pada 11.16 pagi, 25 Feb lepas. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Joy Jothi Nadrarasan menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin bagaimanapun peguam Mohd Rohan Razi yang mewakili Nazathul Shima memohon jaminan dikurangkan kepada RM1,000. Majistret Nurul’ Ain Abdul Rahim membenarkan wanita itu diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Mei untuk sebutan. – BERNAMA

Tiga Termasuk Dua Kanak-Kanak Rentung Kebakaran Di Kuching Pagi Tadi

KUCHING – Tiga rentung termasuk dua kanak-kanak perempuan berusia lima dan tiga tahun dalam kebakaran yang memusnahkan 11 buah rumah di Tabuan Foochow di sini, hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya Tawang Lingen berkata kebakaran yang turut mengorbankan seorang wanita itu bermula kira-kira 10.30 pagi dan api marak dengan cepat. “Kami menerima panggilan daripada orang awam kira-kira 10.30 pagi dan 41 anggota bomba dari Balai Bomba Tabuan Jaya, Batu Lintang dan Kuching bergegas ke lokasi kejadian,” katanya kepada Bernama. Tawang berkata tujuh buah rumah musnah sama sekali manakala yang lain musnah 70 peratus. “Kami berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah berhampiran dalam tempoh 20 minit,” katanya yang mengetuai operasi itu. Turut berada di lokasi, Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Norisham Mohammad. Tawang berkata kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti dan siasatan mengenai punca kejadian sedang disiasat. Mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat. – BERNAMA

Zain Saidin Komen Gambar ‘Mesra’ Atas Katil

Pelakon Zain Saidin mengakui dia sememangnya tidak terkejut dengan pelbagai komen kurang enak daripada peminat berhubung gambarnya di atas katil bersama isteri, Rozita Che Wan yang dikongsikan isterinya di Instagram, baru-baru ini. Memetik laporan Gua, Zain menjelaskan, “segalanya tentang Che Ta sering kali mengundang kontroversi. Gambar ketika kami bercuti di Paris dan Krabi juga menjadi buah mulut orang, jadi saya tidak terkejut apabila ramai pihak yang memperkatakan mengenai gambar kami di Bali ini”. Zain enggan mengambil pusing mengenai cakap-cakap kerana tujuan mereka berkongsi gambar mesra begitu adalah kerana teruja untuk berkongsi kegembiraan mereka dengan peminat di luar sana. Sabar je la Zain, dah awak tu public figure, setiap tingkah laku pastinya menjadi perhatian mata-mata di luar sana. Cumanya selepas ini diharap berhati-hati dalam berkongsi gambar yang boleh mengundang kontroversi di mata peminat anda. Oleh: Audrey Lee / MyNewsHub

Dua ADUN Diminta Bersedia Ganti Menteri Besar Terengganu?

PETALING JAYA – Putrajaya telah meminta dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk bersedia menghadapi rombakan yang dipercayai akan berlaku dalam pucuk pimpinan tertinggi di negeri itu. Sumber berkata, proses pelantikan Menteri Besar baharu di Terengganu sedang dilakukan dan akan berlaku pada bila-bila masa antara 15 dan 18 Mei ini. Difahamkan dua individu tersebut iaitu Adun Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman, 49, dan Adun Air Putih, Wan Hakim Wan Ahmad, 45 akan dilantik sebagai exco kerajaan negeri. Detik perubahan di Terengganu harus dilakukan apabila Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said telah menandatangani satu surat persetujuan bahawa beliau akan kekal selama setahun selepas Barisan Nasional menang tipis di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi tempoh selama setahun selepas PRU-13 kerana beliau mahu pemimpin tertinggi di negeri itu berundur secara baik. Terengganu nyaris tewas pada PRU-13 yang lalu dengan BN hanya memenangi 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding Pakatan yang memperoleh 15 kerusi. BN berjaya memenangi separuh daripada lapan kerusi Parlimen di negeri itu. Sumber dari Putrajaya berkata, Ahmad menandatangani surat persetujuan itu kira-kira dua minggu selepas PRU-13, 5 Mei lalu. Surat sepanjang dua perenggan itu menyatakan Ahmad akan meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri selepas setahun dan pada tarikh yang akan ditentukan oleh Perdana Menteri. Difahamkan nama Abdul Razif dan Wan Hakim telah dikemukakan kepada Istana. – The Star

Guna Kalimah ‘Allah’ Untuk Kristianisasi – MUAFAKAT

LANGKAH pihak gereja mahu menggunakan kalimah “Allah” bagi menggantikan perkataan “God” di dalam Bible berbahasa Melayu disifatkan sebagai strategi Kristianisasi ke atas umat Islam di negara ini. Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Abdul Karim Omar berkata komuniti Kristian cuba memurtadkan umat Islam dengan mula menggunakan “Strategi Kontekstualisasi” untuk mendekati masyarakat Melayu Islam. Laman The Malaysian Insider melaporkan Abdul Karim berkata ia cuba dilakukan melalui budaya dan adat resam mereka. “Mereka akan meneruskan identiti komuniti sebagai ‘Muslim’ tetapi menyatakan ketaatan kepada Tuhan Kristian,” katanya ketika seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam semalam. Kaedah itu katanya menjadikan masyarakat Melayu yang menganut agama Kristian “menyembunyikan identiti” mereka apabila bersama kelompok Melayu beragama Islam. Beliau menegaskan, melalui kaedah itu juga kelompok Melayu Kristian itu menjadi “gerakan dalaman” dalam usaha memurtadkan masyarakat Islam di negara ini. Karim dalam sesi seminarnya bertajuk, “Cabaran dan Ancaman Kristianisasi Malaysia” menegaskan bahawa berdasarkan satu kajian, masyarakat Melayu yang menganut Kristian juga tidak mempamerkan “elemen Kristian” mereka secara terbuka. “Mereka tidak letak tanda salib di dalam atau luar rumah. Mereka juga mengaku tidak amalkan ajaran Kristian di hadapan orang ramai. “Malah, kadang-kala mereka turut solat di masjid dan berpuasa di bulan Ramadhan serta Tidak mempamerkan bahan bacaan Kristian,” katanya. Beliau berkata, sehingga individu Melayu Kristian itu meninggal dunia sekalipun, mayatnya tidak akan direbut pertubuhan Kristian sebaliknya akan diuruskan keluarga beragama Islam. “Jika orang Melayu Kristian itu mati, keluarganya juga akan menguruskan mayat. Pertubuhan Kristian tidak akan berebut mayat,” katanya. Situasi seperti itu turut berlaku di Bangladesh, kata Karim apabila pertubuhan Kristian menggunakan istilah “Iswar” sebagai pengantara kepada agama Kristian untuk gerakan Kristianisasi di sana. “Di Bangladesh mereka guna istilah ‘Iswar’. Untuk 10% penduduk Bangladesh yang beragama Hindu, Iswar adalah istilah pengantara kepada kepercayaan Kristian,” katanya. Karim turut berkata, sekiranya trend memurtadkan umat Islam berkembang, menjelang tahun 2100, penganut Islam dan Kristian akan berada dalam sekitar 40%, manakala lain-lain kaum berada pada paras 20%. Statistik terkini menunjukkan penganut Kristian di Malaysia adalah sekitar 9.2%, manakala penganut Islam menjadi komuniti majoriti dengan 61.3%, Buddha (19.8%), Hindhu (6.3%), lain-lain (0.4%). Mengambil Korea Selatan sebagai contoh, Karim berkata pada 1905 jumlah Kristian hanya 0.5% daripada populasi negara itu. Tetapi akibat perkembangan pesatnya pada tahun 1970an dan 1980an, ia meningkat kepada 30% pada 2005, katanya. “Ia berlaku di Korea Selatan dan boleh berlaku di sini,” tambahnya. Sebelum itu Karim berkata, ucapannya bertujuan untuk mendedahkan agenda buruk Kristian evangelis. Beliau juga memberitahu kira-kira 1000 yang hadir, termasuk pelajar sekolah menengah dan universiti, jumlah Muslim yang menganut Kristian pada 1900an boleh dibilang dengan jari. “Tetapi dalam kertas puteh di Parlimen, presiden PAS ketika itu Yusof Rawa memberitahu bahawa 66,000 meninggalkan Islam.” “Dan pada 2006, Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria memberitahu jumlahnya sudah mencecah 250,000. Saya tidak tahu berapa jumlahnya sekarang,” katanya, sambil menambah jumlahnya menakutkan. Sebelum itu, bekas paderi Katolik Indonesia memberitahu seminar itu bahawa penganut Kristian mengkhianati perintah Tuhan jika tidak menganut Islam. Insan LS Mokoginta berkata, setiap pengikut Jesus patut menganut Islam jika tidak ia akan mengkhianatiNya. Mokoginta yang menganut Islam pada 1976 berkata demikian dalam ucapannya bertajuk “Ancaman Kristianisasi”. – MyNewsHub

Wanita Ugut Nak Bom Pesawat Malindo Air Direman Tiga Hari

Sepang – Wanita yang mencetuskan kekecohan dalam pesawat Malindo Air 0D1622 petang semalam ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret dan Sesyen Sepang, Rozaidi Yaacob, di sini, sebentar tadi. Wanita berusia 41 tahun yang berasal dari Kuching dan bekerja di Semenanjung itu dalam perjalanan pulang ke kampung atas urusan keluarga. Dia ditahan semalam selepas memarahi pramugari yang memintanya meletakkan beg yang berada dihujung kakinya di tempat menyimpan barang di bahagian atas dengan mengeluarkan perkataan ugutan malah difahamkan turut menyatakan terdapat bom di dalam pesawat itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah dengan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. – Harian Metro

VIDEO: Cubaan Bunuh Diri Di Taman Medan, PJ

Seorang lelaki mencemaskan penduduk di sebuah pangsapuri di Taman Medan, Petaling Jaya apabila duduk di atas bumbung tingkap di tingkat 12, pagi tadi. Dia dipercayai bertindak demikian kerana sedang menimbang untuk membunuh diri dengan terjun ke bawah. Berdasarkan gambar yang disiarkan di Facebook Daily Traffic Report, seorang penduduk kelihatan cuba memujuk lelaki terbabit. Bagaimanapun setakat sekarang, belum ada laporan berkenaan kes bunuh diri diterima di kawasan tersebut. Seorang pengunjung Facebook Daily Traffic Report pula melaporkan, lelaki tersebut sudah pun diselamatkan oleh anggota bomba.

Buku amaran ‘agenda Kristian’ diedarkan di forum kalimah Allah di universiti

Buku terbitan Majlis Agama Islam Selangor yang diedarkan kepada pelajar yang mengikuti seminar mengenai penggunaan nama Allah, semalam.
Buku terbitan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang memberi amaran kepada umat Islam tentang ancaman Kristianisasi dan didakwa evangelis di kalangan umat Islam di Malaysia, diedarkan kepada lebih 1,000 pelajar yang mengikuti seminar mengenai penggunaan nama Allah dan Kristologi di Universiti Teknologi Mara (UiTM), semalam. Buku bertajuk Pendedahan Agenda Kristian diserahkan kepada pelajar bersama sebuah lagi buku terbitan Mais iaitu Kewajipan untuk mengekalkan Kesucian Nama Allah. Pendedahan Agenda Kristian setebal 120 muka surat, mempunyai 5 bab membicarakan isi Al-Quran mengenai agama Kristian, undang-undang mengenai prostelisasi di kalangan umat Islam dan risalah Kristian. Ia memberi amaran kepada umat Islam untuk berhati-hati dengan helah Kristian untuk mempengaruhi umat Islam daripada kepercayaan mereka. Buku itu juga mendakwa sebab utama berlakunya murtad di kalangan umat Islam adalah kerana Kristianisasi. "Masalah orang Islam memeluk agama Hindu dan Buddha dikenal pasti kerana perkahwinan dan hubungan cinta," kata buku itu. "Tetapi daripada tiga agama, hanya Kristian didapati secara aktif menggunakan mubaligh untuk menukar agama orang lain, terutamanya orang Islam." Katanya, pergerakan Kristianisasi adalah misi amat terancang terdiri daripada 'dalang' yang merancang pergerakan dan strategi prostelisasi. "Ini yang menjadikan mereka begitu licin dalam kerja mereka. Mereka secara aktif melakukan kerja ini dalam diam." Sementara itu, buku Kewajipan untuk mengekalkan Kesucian Nama Allah menjelaskan kepada umat Islam mengapa orang bukan Islam, khususnya orang Kristian, tidak boleh dibenarkan menggunakan perkataan Allah.

Buku yang memberi penerangan mengenai penggunaan kalimah Allah.
Ini adalah petunjuk kepada perebutan ke atas perkataan Arab - yang bermaksud Tuhan - antara gereja Katolik dan kerajaan persekutuan. Gereja Katolik sedang berusaha untuk membatalkan larangan Kementerian Dalam Negeri terhadap perkataan daripada penerbitan mingguannya, Herald, manakala Putrajaya menegaskan kalimah Allah adalah eksklusif untuk orang Islam. Seminar semalam dianjurkan bersama oleh Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM, Warisan Ibnu Aaby dan Majlis Agama Islam Selangor dengan sokongan Utusan Malaysia, Kumpulan Karangkraf, TV Al-Hijrah, Zikay Group dan Pantai Bharu Group of Companies. UiTM berkata, seminar itu dianjurkan untuk meningkatkan kefahaman umat Islam mengenai isu kalimah Allah yang hangat dibahaskan. Penceramah termasuk Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Abdul Karim Omar serta penceramah dari Indonesia termasuk Masyud SM, Irena Handono, Menachem Ali dan Insan LS Mokoginta. Irena dan Insan adalah bekas paderi Katolik yang masing-masing memeluk Islam pada 1983 dan 1976. Sebahagian daripada seminar ini ialah satu forum bertajuk, "Kristianisasi Lawan Islamisasi: Ke arah Mana" dan menerusi forum itu, penceramah menjawab soalan terutama mengenai kepercayaan Kristian dan Bible. Antara soalannya ialah:"Adakah Jesus benar-benar mati di atas salib untuk pengampunan dosa?, apakah Trinity?, mengapa Jesus menangis 'Eloi, Eloi, Lama Sabachthani? (Aramaik untuk "Tuhan saya, Tuhan saya, mengapa perlu Anda meninggalkan saya?") ketika berada di kayu salib?". Insan berkata, Jesus tidak mati di atas salib dan dipertikaikan Dia meninggal dunia untuk pengampunan dosa-dosa, seperti yang dipercayai oleh orang Kristian. "Jesus mati kerana ketamakan dan iri hati para pemimpin agama pada masa itu. "Tetapi jika Jesus adalah Tuhan, mengapa dia memanggil "Eloi Eloi Lama sabachthani"? Beliau menyeru Tuhan jadi bagaimana dia sendiri boleh menjadi Tuhan,” katanya. Beliau berkata, ini adalah merupakan sebahagian daripada agama Kristian dan mendakwa iman mereka adalah sia-sia kerana persoalan ini. – 7 Mei, 2014.

Al-Sisi mahu 'hapuskan' Ikhwanul Muslimin

KAHERAH - MESIR. Bekas Ketua Tentera Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, kelmarin dengan angkuh menyatakan bahawa beliau akan 'menghapuskan' Ikhwanul Muslimin jika dilantik sebagai presiden baharu negara itu. Al-Sisi membuat kenyataan tersebut ketika diwawancara sebuah stesen televisyen sempena kempen pilihan raya yang sedang rancak berlangsung. Beliau turut membuat tuduhan melulu dengan mendakwa gerakan itu sebagai dalang kempen pengeboman dan keganasan di Mesir. Menurutnya, gerakan itu kononnya menggunakan pelbagai nama kumpulan bersenjata untuk mengaburi mata pihak berkuasa ketika melancarkan serangan. Al-Sisi turut mendedahkan beliau nyaris menjadi sasaran cubaan bunuh, namun bekas pemimpin tentera itu enggan memberikan butiran lanjut mengenainya, laporan dipetik dari Al-Jazeera.

Kalimah Allah: Mahkamah Persekutuan perlu benarkan Gereja Katolik merayu, kata peguam

Isu penggunaan kalimah Allah membawa kepada pertembungan dua kumpulan berbeza agama di negara ini. Gambar fail The Malaysian Insider.
Peguam menggesa Mahkamah Persekutuan memberikan Gereja Katolik kebenaran untuk merayu terhadap larangan Putrajaya terhadap penggunaan kalimah Allah kerana hak beragama kepada bukan Islam disekat oleh kerajaan Barisan Nasional. Mereka berkata, Mahkamah Persekutuan, sebagai penterjemah tertinggi dalam Perlembagaan Persekutuan, patut membenarkan permohonan untuk merayu yang dikemukakan gereja dan membuat keputusan berhubung isu Allah untuk membuat kesimpulan terhadap kes yang menimbulkan perbalahan itu. Peguam juga mendesak Mahkamah Persekutuan tidak mengambil jalan sama seperti Mahkamah Tinggi yang pada Isnin lalu enggan mendengar aduan daripada Sidang Injil Borneo (SIB) terhadap Kementerian Dalam Negeri berhubung rampasan buku agama, yang mengandungi perkataan Allah. Ketika menolak permohonan kebenaran mendapatkan semakan kehakiman SIB, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zaleha Yusof, berkata beliau berpegang kepada keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober yang memutuskan perkataan Allah bukan sebahagian daripada keimanan Kristian. Peguam berkata, mahkamah apex patut mengambil peluang ini untuk menunjukkan kepimpinan dan peranannya dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain. Mereka berkata, perdebatan mengenai perkara itu tidak akan berakhir dan kumpulan yang saling bertentangan akan terus berpegang kepada pandangan mereka sama ada Allah adalah hak eksklusif umat Islam di negara ini. Pada 5 Mac, panel tujuh hakim mendengar permohonan gereja mendapatkan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan tetapi keputusan berkenaan ditangguhkan. Peguam, Abd Shukor Ahmad, berkata ada kemungkinan berlaku perubahan di Parlimen selepas keputusan Mahkamah Persekutuan diketahui mengenai kontroversi itu. “Mahkamah apex perlu membuat keputusan dengan berhati-hati dan melakukannya berdasarkan merit,” kata Shukor dan menambah, peguam gereja sudah memenuhi semua syarat untuk mendapatkan kebenaran. Beliau berkata, perlembagaan sebagai dokumen hidup dan interpretasi baru, selaras dengan hubungan manusia di Malaysia, amat diperlukan. “Hakim perlu memberi nafas kehidupan kepada perlembagaan, jika tidak ia akan kekal sebagai surat mati undang-undang,” katanya. Shukor berkata, beliau faham panel tujuh hakim berkenaan memerlukan masa untuk mengkaji permohonan mendapatkan kebenaran itu tetapi “9 minggu adalah tempoh penangguhan terlalu lama”. “Mengikut amalan undang-undang mahkamah, hakim diberikan hanya 8 minggu untuk menulis asas penghakiman,” katanya. Peguam, Syahredzan Johan, berkata Mahkamah Persekutuan patut mendengar rayuan gereja memandangkan ia membabitkan isu lebih besar dalam kepentingan perlembagaan. “Keputusan Mahkamah Rayuan hanya dalam ruang yang membolehkan Putrajaya menghentikan penerbit Herald daripada menggunakan perkataan Allah tetapi kesannya lebih daripada itu,” katanya. Beliau berkata, Mahkamah Tinggi mengambil contoh daripada kes terdahulu perkataan itu tidak boleh digunakan dalam mana-mana penerbitan. Syahredzan berkata, berdasarkan penghakiman Mahkamah Rayuan, penyelesaian 10-perkara yang diwartakan oleh Putrajaya pada 2011 untuk membenarkan penganut Kristian menggunakan Alkitab dalam amalan agama mereka, tidak mempunyai asas undang-undang. “Penyelesaian 10-perkara itu kini tidak ada asas dan dianggap kurang penting kepada keputusan Mahkamah Rayuan,” katanya. Sejurus sebelum pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April, 2011, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghantar surat kepada Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia pada ketika itu, Biskop Ng Moon Hing menyatakan Alkitab boleh digunakan di seluruh negara dan bukan setakat di Sabah dan Sarawak. Peguam R Kenghadharan, berkata walau apa pun keputusan Mahkamah Persekutuan, ia akan membawa kepada penutup perkara itu dan mengembalikan kehidupan normal selepas lebih setahun berlakunya ketegangan kaum dan agama. “Sepanjang tempoh setahun lalu membuatkan rakyat Malaysia jadi lebih bertoleransi terhadap kritikan. Mahkamah Persekutuan hanya perlu mempercepatkan mendengar rayuan itu,” katanya. Walaupun Kenghadharan berpegang kepada pandangan Malaysia adalah negara secular dan perlembagaan melindungi hak beragama bukan Islam, semua kini bergantung kepada bagaimana Mahkamah Persekutuan menterjemahkan perlembagaan. Pada Oktober, panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali – yang membenarkan rayuan Putrajaya untuk melarang Herald daripada menggunakan perkataan Allah – berkata pada 1986, Kementerian Dalam Negeri ada mengeluarkan arahan yang melarang penerbitan bukan Islam menggunakan empat perkatan: Allah, Kaabah, Solat dan Baitullah. Dalam penghakimannya, Apandi berkata alasah terhadap larangan itu ialah melindungi kesucian Islam dan mengelak kekeliruan di kalangan umat Islam. Beliau berkata, jika Kristian dibenarkan menggunakan perkataan itu, ia boleh mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam. Tambahan lagi, mahkamah berkata larangan itu adalah munasabah kerana perkataan Allah bukan sebahagian daripada keimanan dan amalan dalam agama Kristian. Keputusan itu mencetuskan kekecohan di kalangan penganut Kristian dan bukan Islam lain di semenanjung dan Sabah dan Sarawak. Gereja menyerahkan 26 soalan mengenai perlembagaan, undang-undang pentadbiran dan kuasa mahkamah untuk membenarkan menteri dalam negeri melarang penggunaan perkataan teologi itu. Ketua Hakim, Tun Arifin Zakaria, Tan Sri Raus Sharif, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Zainun Ali dan Datuk Jeffrey Tan Kok Hwa adalah panel yang mendengar permohonan mendapatkan kebenaran rayuan itu. Sementara itu, SIB pada 2007 mengemukakan cabaran undang-undang selepas buku agama untuk kanak-kanak mereka dirampas pihak berkuasa kastam di Terminal Penerbangan Tambang Murah di Sepang. Mereka memohon untuk membatalkan keputusan menteri untuk larangan mengimport dan menyekat penghantaran buku Sekolah Ahad itu berdasarkan kepada tindakan itu tidak mengikut perlembagaan, berlaku kesilapan dalam undang-undang dan bertindak tanpa bidang kuasa. Minggu depan, satu lagi Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur akan membuat keputusan sama ada permohonan seorang penganut Kristian dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill terhadap menteri berikutan rampasan 8 cakera padat (CD) Kristian daripadanya di LCCT mempunyai asas undang-undang atau tidak. Jill Ireland membawa CD berkenaan yang dibelinya di Indonesia untuk kegunaan peribadi, bertajuk "Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah", "Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah" dan "Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah". Putrajaya menyandarkan harapan kepada keputusan Mahkamah Rayuan untuk menyatakan menteri bertindak mengikut kepentingan negara. – 7 Mei, 2014.

Sabah Dikejutkan Lagi Dengan Insiden Culik Warga China

Hamza (kanan) bersama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah SAC Omar Mamah (kiri) menunjukkan lokasi kejadian bersama gambar rumah pengurus ternakan ikan dalam sangkar warga China yang diculik sekumpulan lima lelaki bersenjata di Pulau Baik, Lahad Datu kira-kira 2.45 pagi Selasa. - fotoBERNAMA LAHAD DATU: Sabah sekali lagi dikejutkan dengan insiden penculikan terbaharu melibatkan seorang lagi warga China dari sebuah pulau berhampiran. Ketua Menterinya, Datuk Musa Aman mengumumkan pelaksanaan zon perintah berkurung dan zon kawalan kawasan berisiko di perairan negeri itu. Mangsa, seorang pengurus ternakan ikan, Yang Zail Lin, 34, dari Guangzhou diculik lima lelaki bersenjata warga Filipina yang kemudiannya melarikan diri ke Pulau Sibutu, selatan Filipina. Insiden penculikan itu berlaku kira-kira 28 jam selepas empat lanun lengkap bersenjatakan M-16 menyerang dan merompak enjin bot empat nelayan di Tanjung Labian, dekat Kampung Tanduo pada Ahad lalu. Insiden pada pukul 2.45 pagi di ladang ternakan ikan, Wonderful Terrace Sdn Bhd di Pulau Baik, berhampiran perairan Silam, kira-kira 20 kilometer dari selatan Lahad Datu, mengejutkan rakyat Sabah yang kini mempertikaikan fungsi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom). Sekumpulan penculik itu turut bersenjatakan M-16, pada awalnya mendayung bot dengan 40 kuasa kuda berwarna putih ke ladang ternakan ikan itu untuk mengelakkan daripada dikesan pasukan keselamatan sebelum menuju ke jeti kedua di ladang tersebut. Sumber berkata, dua lelaki bertopeng menuju ke bilik seorang tukang masak wanita sebelum bertanyakan mengenai pemilik ladang tersebut yang merupakan warga Hong Kong. Difahamkan pemilik ladang tersebut baru saja beberapa jam meninggalkan kawasan itu sebelum ketibaan kumpulan penculik itu. Mereka melarikan Yang yang keluar dari biliknya selepas terdengar bunyi bising dari bilik tukang masak tersebut. Mereka kemudiannya membawa Yang menaiki bot laju yang menjadi tempat pengawal keselamatan ditahan. Namun, penculik tersebut melepaskan pengawal keselamatan itu dan memecut laju ke perairan antarabangsa. Pasukan keselamatan dimaklumkan segera mengenai insiden itu. Ekoran insiden itu, polis telah melakukan sekatan jalan raya di sepanjang laluan Tawau-Lahad Datu manakala Ops Tutup turut dilaksanakan di perairan negeri tersebut. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kira-kira pukul 6.20 pagi mereka berjaya mengesan bot dengan kekuatan enjin 200 kuasa kuda berhampiran perairan Pulau Mataking dan berlaku tembak-menembak antara pasukan keselamatan dan kumpulan penculik itu. Menurutnya, kumpulan penculik itu berjaya memasuki Alice Reef sebelum melarikan diri ke Pulau Sibutu, selatan Filipina. Beliau berkata, kumpulan penculik itu dipercayai menggunakan bot dengan kekuatan enjin 40 kuasa kuda sebelum menukar bot laju untuk melarikan diri dari perairan Sabah. Katanya, beliau telah meminta bantuan daripada polis Filipina dan turut menyiasat sama ada kumpulan tersebut merupakan dalang di sebalik insiden rompakan di Tanjung Labian pada Ahad. Menurut sumber, sekumpulan lanun dalam insiden di Tanjung Labian menggunakan bot hitam dan bercakap dalam bahasa Melayu manakala di Silam mereka bercakap dalam dialek Bajau. Namun, mereka tidak menolak kemungkinan kumpulan tersebut mungkin ada kaitan. Pada 2 April lalu, kumpulan bersenjata dari selatan Filipina menculik pelancong warga China, Gao Huayun, 29, dan seorang pekerja resort, Marcy Dayawan, 40, dari Resort Singamata, Semporna. Lokasi sebenar mangsa culik dilarikan di selatan Filipina belum diketahui walaupun pihak berkuasa Malaysia memberi jaminan bahawa kedua-dua tebusan berada dalam kedaaan selamat. Pada 15 November tahun lalu, seorang wanita warga Taiwan, Chang An Wei, 58, diculik sekumpulan penjenayah di Pulau Pom Pom, Semporna manakala suaminya, Li Min Hsu, 57, dibunuh. Kira-kira sebulan selepas itu, mangsa yang diculik kemudian berjaya diselamatkan pihak berkuasa. - mStar

MH370 : Rakaman audio kokpit dikongsi

KUALA LUMPUR – : Laporan awal MH370, yang turut mengandungi rakaman audio perbualan antara kokpit dan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur serta senarai kargo, dikeluarkan Kementerian Pengangkutan, hari ini. Laporan itu turut memuatkan peta laluan penerbangan, pelan tempat duduk penumpang selain dokumen tambahan yang memberi maklumat lanjut berkaitan tindakan yang diambil antara 1.38 dan 6.14 pagi, pada 8 Mac. Dalam satu kenyataan, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata laporan awal itu dikeluarkan berdasarkan kepada panduan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bahawa selagi maklumat tertentu yang dikeluarkan itu tidak menghalang penyiasatan atau operasi pencarian dan atas nama keterbukaan serta ketelusan, maklumat itu seharusnya diumumkan.
Maklumat diumumkan itu termasuk:

a. Rakaman audio perbualan antara kokpit MH370 dengan kawalan trafik udara Kuala Lumpur
b. Laporan awal berkaitan MH370, bertarikh 9 April.
c. Dokumen tambahan, yang memberikan maklumat lanjut berhubung tindakan-tindakan yang diambil antara jam 01:38 dan 06:14 pada Sabtu 8 Mac.
d. Peta menunjukkan laluan penerbangan MH370.
e. Senarai kargo MH370. f. Pelan tempat duduk MH370.

LAPORAN AWAL MH370 (SIRI 03/2014)
Jenis Pesawat & Pendaftaran: Boeing 777-2H6ER, 9M-MRO.
Tahun Pengeluaran: 29 Mei 2002.
Negara Pendaftaran: Malaysia No Jenis Engin: 2 Rolls Royce RB211 Trent 892B17 .
Lokasi: Tidak Diketahui (Kali terakhir ‘return’ oleh Radar Pemantauan Sekunder (SSR), Waypoint IGARI).
Tarikh & Masa (Masa Tempatan) 8 Mac 2014 & Tidak Diketahui (kali terakhir `return’ SSR pada jam 01:21:13).
Operator: Malaysian Airlines (MAS) .
Nama Penerbangan: MH 370 .
Jenis Penerbangan: Berjadual (Pengangkutan Udara Komersial), IFR Orang Dalam Pesawat: 227 penumpang + 12 anak kapal.


AirAsia Minta Penumpang Tiba 3 Jam Awal Di KLIA2

KUALA LUMPUR – AirAsia dan AirAsia X yang akan memulakan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 9 Mei ini mengeluarkan tiga nasihat perjalanan kepada para penumpang mereka. Tiga nasihat itu adalah tiba di KLIA2 tiga jam sebelum waktu perlepasan, daftar masuk sendiri melalui lama web atau peranti mudah alih dan penguatkuasaan hanya satu bagasi kabin bagi setiap penumpang. “Penumpang dinasihatkan tiba tiga jam awal sebelum waktu perlepasan dan menguruskan segala keperluan perjalanan seawal mungkin kerana KLIA2 meliputi kawasan yang luas dan lebih masa diperlukan untuk sampai dari satu tempat ke tempat yang lain di lapangan terbang tersebut. “Mereka juga digalakkan untuk melakukan daftar masuk sendiri melalui laman web atau peranti mudah alih sebelum tiba ke lapangan terbang. Daftar masuk sendiri boleh dilakukan dari 14 hari dan sehingga satu jam sebelum perlepasan bagi penerbangan AirAsia dan sehingga empat jam sebelum perlepasan bagi penerbangan AirAsia X,” kata kenyataan itu hari ini. Menurut kenyataan itu, kaunter daftar masuk bagasi dibuka tiga jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan dan ditutup satu jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan bagi semua penerbangan antarabangsa dan domestik. Jelas kenyataan itu, polisi ‘satu bagasi kabin’ akan terus dikuatkuasakan bagi memastikan kelancaran proses menaiki dan turun pesawat di KLIA2. “Kakitangan AirAsia dan AirAsia X bersedia membantu para penumpang bagi memastikan perjalanan operasi yang lancar di lapangan terbang baharu tersebut,” kata kenyataan itu. AirAsia turut meminta penumpang yang mahu mendapatkan sebarang maklumat lanjut mengenai operasi di KLIA2 supaya melayari laman web www.airasia.com/ask. “Bagi sebarang pertanyaan berkenaan perkhidmatan lain di KLIA2 yang tidak berkaitan dengan syarikat penerbangan, lawati laman web www.malaysiaairports.com.my,” tambah kenyataan itu.

Isu Pelacur: Wanita PAS Buat Laporan Polis

KUALA LUMPUR – Wanita PAS Wilayah Persekutuan membuat laporan polis ke atas ulama muda, Mohd. Radzi Othman kerana didakwa mengelar wanita yang menyertai perhimpunan Anti GST di ibu negara pada 1 Mei lalu seperti pelacur. Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Nuridah Salleh mendakwa, ulama muda itu membuat kenyataan tersebut dalam laman Facebook baru-baru ini. “Beliau menggelarkan para muslimat yang turun berdemonstrasi dalam himpunan anti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tempoh hari sebagai pelacur. “Laporan polis dibuat di Balai Polis Sentul Kuala Lumpur,” katanya melalui satu kenyatan media hari ini. Sehubungan itu, Nuridah turut mendesak Radzi membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan tersebut. “Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi,” katanya. Beberapa media pro-pembangkang baru-baru ini mendakwa Radzi menyamakan muslimah bertudung yang menyertai protes sama dengan pelacur golongan atasan dalam entri laman Facebooknya atas nama ‘Abu Amru Radzi Othman’ pada Jumaat lalu.

Gara-gara Parking, Felixia Yeap Ditengking Seorang Lelaki
Budi bahasa budaya kita atau lebih mudah lagi apa yang diluahkan menunjukkan diri kita yang sebenar. Itulah yang dialami oleh bekas model dan kini sedang mendalami agama Islam Felixia Yeap yang diluahkan melalui laman sosial facebook miliknya beberapa hari lepas.Katanya hanya gara-gara parking, dia dimarah dan ditengking oleh seorang lelaki yang memandu kereta mewah model Audi.

Alhamdulilah. Felixia sabar dengan keadaan yang begitu tegang itu, walaupun dia belum lagi memeluk agam Islam, sekurang-kurangnya dia mengamalkan adab yang dititikberatkan dalam agama, apa-apa pun yang penting dia mampu mengawal kemarahan dalam keadaan apa sekalipun, tahniah Felixia! Felixia atau nama sebenarnya Yeap Chin Yee berkata, dia bakal memeluk Islam pada awal Ramadhan ini dan kini sibuk mempelajari ilmu agama. Katanya dia akan menghadiri kelas dan ceramah agama untuk memudahkan dirinya lebih memahami mengenai agama Islam. - Harian Blogger

Bersiar Dalam Edah – Fiza Elite Kena Tegur!
Semuanya gara-gara dia memuat naik foto terbarunya keluar bersiar di Instagram bersama dua anaknya hasil perkahwinan terdahulu (sebelum Adam). Antara teguran tersebut ialah mengenai tindakan Fiza yang keluar rumah ketika masih dalam tempoh edah. Ada yang berkutbah bagai tokoh agama, ada yang memberi pendapat peribadi dan ada juga yang memihak pada Fiza.
 
Tegur mereka, Fiza sepatutnya duduk di rumah kerana kemungkinan untuk bekas suami akan kembali rujuk menjadi mudah. Pendapat kami: Hello dia juga manusia okey! Apa pula pendapat anda? - MyArtis

Kenyataan Fazura Sindir Wartawan Hiburan?

Semalam berlangsung majlis pelancaran produk kecantikan Nutox yang menampilkan pelakon jelita Nur Fazura sebagai jurucakapnya. Namun, menerusi laporan mStar, tidak banyak kelihatan wartawan akhbar arus perdana pada majlis tersebut. Adakah wartawan-wartawan hiburan sudah mula memboikot Fazura selepas insidennya menegur beberapa wartawan hiburan sebelum ini? Malah dalam majlis yang sama, Fazura juga dikatakan seakan menyindir golongan tersebut dengan berkata, “wartawan terlalu malu untuk bertanya di sini tetapi bila saya turun sahaja ke bawah nanti barulah mereka confident, mungkin mereka kena pakai serum kot baru confident sikit”.

Hmm, takkanlah Fazura nak berperang pula dengan wartawan hiburan, kalau bukan sebab mereka yang sentiasa menulis perkembangan terbaharu aktres tersebut, mungkin nama Fazura dah tenggelam dengan kehadiran ramai pelakon baru dalam industri. Atau pun mungkin Fazura berkata begitu sekadar bergurau dengan para hadirin untuk mempromosikan produk Nutox? Entahlah. Oleh: Audrey Lee / MyNewsHub

VIDEO: Arwah Aziz Sattar Pernah DIHALAU Dari Set Oleh P. Ramlee Gara-Gara…

KUALA LUMPUR – Allahyarham Datuk Aziz Sattar pernah menceritakan kepada Astro AWANI kisah di mana beliau dan Allahyarham S. Shamsudin dihalau dari set pengambaran filem Pendekar Bujang Lapok. Allahyarham yang juga dikenali sebagai Pak Ajis berkata demikian ketika menjadi tetamu program Temujanji terbitan Astro AWANI sekitar tahun 2008 yang dihoskan oleh Dino Omar. Menurut Pak Ajis, ketika itu mereka sedang melakonkan satu babak ketika S.Shamsudin menyalakan lilin untuk berjumpa dengan seniwati Allahyarhamah Roseyatimah. “Saya tak tahu apa yang saya dan Sudin dah buat, tapi P.Ramlee tidak boleh menahan gelak sepanjang shooting sampai kami kena halau. “Esok bila pengambaran disambung semula, selepas satu take, P. Ramlee gelak lagi sampai nak pecah lampu” Mengimbas kembali, Allahyarham memulakan kerjayanya sebagai Pengalih Bahasa di Jalan Ampas. Walaupun bergaji kecil dari kerja sebelumnya, namun kerana minat yang mendalam pada bidang seni, Allahyarham sanggup. “Satu hari, mereka tak cukup watak extra. Saya cakap, buat apa susah-susah cari, di sinikan ada. Siapa? Tanya mereka. Aku la!” cerita Allahyarham yang kemudiannya diiringi gelak tawa penonton program Temujanji. Di situlah, bermula kerjaya Pak Ajis sebagai pelakon dan kemudiannya menjadi pelakon utama di dalam filem. Sepanjang hayat, Pak Ajis sering mengagumi P. Ramlee. Di dalam temubual ini, Pak Ajis ada menceritakan beberapa babak yang disyorkan olehnya kepada P.Ramlee. “P. Ramlee seorang yang menghormati orang dan senang menerima pendapat orang lain. Ada beberapa babak yang saya cadangkan diterima olehnya. “Seperti babak Pendekar Bujang Lapok, babak saya dibaling batu. Itu idea saya. Ketika itu juga P. Ramlee tukar posisi kamera dan rakamkan babak tersebut” cerita Allahyarham lagi. Di akhir bicara, Pak Ajis yang sememangnya dikenali sebagai seorang yang suka buat orang ketawa, mengucapkan syukur apabila sehingga sekarang, filem-filem lakonan beliau dan rakan-rakan ditontoni ramai. “Alhamdulillah, sehingga sekarang orang masih sukakan cerita P.Ramlee, orang kenal siapa itu Ajis, Sudin dan Ramlee. “Itulah yang P. Ramlee katakan, seni kami bukan untuk wang, seni kami untuk masyarakat” Pak Ajis atau sebenarnya Abdol Azez Bin Satta dilahirkan pada 8 Ogos 1925 dan telah kembali ke rahmatullah pada 6 Mei lalu akibat sakit jantung. Pada zaman kegemilangannya, Allahyarham berlakon bersama-sama seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarham S. Shamsuddin, sebagai trio Bujang Lapok pada tahun 1950-an. Antara dialog Allahyarham yang masih diingati ialah menerusi filem Pendekar Bujang Lapok ketika membaca surat biarpun buta huruf. “Aziz: Sekali syair daa!…Alkisah… Alkisah tersebutlah kisah sang kancil mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Firaun P Ramlee: Cit!… mana Firaun pakai sultan” 



Samsung Hadir Dengan Tablet “Galaxy Tab S”

Samsung telah berjaya mengeluarkan salah satu tablet android terbaik sejak pelancaranya di persidangan IFA, Berlin pada 2010. Nampaknya tahun 2014 menjadi tahun Samsung memfokuskan kepada arena tablet, dimana selain beberapa tablet yang telah diperkenalkan sejak awal tahun ini, kini dikatakan Samsung turut akan hadir dengan sebuah siri tablet baru dinamakan Galaxy Tab S. Menurut sumber dari ‘SamMobile’, tablet Galaxy Tab S ini mungkin merupakan diantara yang terbaik dikalangan peranti tablet yang lain, ia juga mengatakan tablet dari syarikat teknologi Korea Selatan itu akan mudah menjangkaui prestasi kebanyakan telefon pintar dan teknologi paparanya merupakan yang terbaik setakat ini. Galaxy Tab S akan menyertakan pelbagai ciri-ciri premium bersama-sama dengannya. Ia dikatakan akan hadir dalam dua variasi saiz, iaitu 8.4-inci dan juga 10.5-inci. Kedua-duanya dijangka akan menggunakan paparan WQXGA dengan resolusi 2560×1600. Pada masa yang sama, sama seperti Galaxy S5, tablet ini juga bakal menyertakan pengimbas cap jari bersama-sama dengannya, untuk beberapa perkara seperti untuk pembayaran PayPal (dibeberapa buah negara), mengakses peranti, log masuk akaun Samsung dan sebagainya. Samsung turut dikatakan akan menyertakan fungsi Multi-User Login pada tablet ini yang akan menggunakan sokongan pengimbas cap jari. Tablet yang membawakan rekaan seumpama Galaxy Tab 4 ini kelak dijangka akan menyertakan cip pemprosesan lapan teras – empat-teras 1.9Ghz Cortex-A15 adn empat teras 1.3Ghz Cortex-A7, memori 3GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 2.1-megapixel. Galaxy Tab S ini dikatakan akan menggunakan Android 4.4.2 KitKat, dan dilengkapi antaramuka khusus daripada Samsung. Apa pun, tarikh pasti pelancarannya masih tidak diketahui lagi buat masa ini. Sumber: SamMobile

Komen Sinis, ‘Kenapa tak tolong?’ Ini Penjelasan Sebenar Anggota Tentera

Kecoh juga beberapa hari lepas apabila tersebarnya gambar seorang anggota polis yang rebah ketika menunggu ketibaan Yang Dipertua Negeri Tan Sri Abdul Taib Mahmud sempena Perasmian Persidang Dewan Undangan Negeri. Ini kerana ramai yang mempertikaikan kenapa anggota lain yang berada disitu tidak menolong anggota yang rebah. Susulan dari itu, ada anggota tentera yang memberi respon berhubung isu berkenaan. Beliau menjelaskan bahawa disiplin seseorang anggota badan beruniform perlu tinggi dan psikologi mereka seharusnya sudah bersiap sedia untuk berdepan dengan segala kemungkinan.

Ulasan anggota tentera berkenaan adalah sebagaimana dibawah:
Itu la dikatakan rejimental.. disiplin dan mental kena kuat… knp sy ckp mcm tu.. sy pon selalu buat perbarisan atas padang kawad.krana sy seorg tentera. mmg bg org awam benda mcm ni pelik.. knp x tolong. . Yg lain berdiri dan tengok je.. sebb knp ye.. apabila seseorang polis.. tentera.. ataupun mna2 badan beruniform. Disiplin kna tinggi.. mental kna kuat.. berdiri di padang kawad x kira la kawad panji2 atau pon kawad istiadat bila sesorang tu jatuh anggota medik akn masok dan mengangkat anggota yg tumbang tu keluar dt perbarisan.. mmg la kerjasama diperlukn.. mmg la protolkol diperlukn. Jgn main ckp je sebarangan. Kerana anda semua x merasai apa yg kami lalui.. anda blh la ddk dlm pjbt. Atau ddok menonton je lepas tu. Bila keburukan org sikit mula nk dihebohkan.. mmg disiplin diperlukn dan kekuatan mental diperlukn bg anggota polis dan tentera.. sbb knp.. apabila peperangan belaku kami boleh bertindak dgn satu arahan je.. contohnya lahad datu.. polis hebat.. tentera hebat.. tp anda semua x thu kami bergadai nyawa disana.. tinggalkan ank bini. Tinggalkn ayah ibu.. bila gugurnya seorg pahlawan tu baru nk dikenang.. anda semua x thu apa yg kami rasa. Apa yg kami lalui.. anda boleh la ckp saja.. cuba anda semua berada di tmpt kmi.. anda akan rasa apa yg kami lalui. penderitaan kami.. kita sepatutnya bersyukur kerana negara kita aman.. damai.. tak ada perbalahan.. x da perang.. cuba kita tengok.. negara islam kita yg lain.. syria. . Lubnan.. palestin. . Negara mreka berperang. . Nk tdo pon x aman.. nk berjln pon x aman. . Nk mkn pon x aman.. kita rsa bersyukur kerana negara kita aman dan damai.. alhamdulilah. . Sabelum kita nk mengkritik atau nk megata sesuatu tu.. baik kita selidik dulu.. knp dia tmbang. Knp org lain tak tolong. Maaf la jika bicara sy membuat anda terasa. Kerana sy sendiri terasa apa yg anda katakn dkt anggota polis yg tumbang tu.. kerana sy anggota beruniform jgk.. kedaulatan negara tanggungjawab kita bersama.. assalammualaikum. (Sumber)
Jelas pasti ada sebabnya kenapa anggota lain tidak perlu membantu rakannya yang rebah. Kerana sudah siap sedia pasukan perubatan yang akan membantu mana-mana anggota yang menghadapi masalah. Kalaulah anggota dalam perbarisan itu sibuk nak membantu sudah tentu perbarisan itu akan jadi kelam kabut. Kalau tidak ada pasukan perubatan, pastinya mereka juga sedia membantu. 

Anak tak tahu ibu meninggal

KUALA TERENGGANU: “Saya belum bersedia memberitahu ibu mereka sudah meninggal dunia kerana dua anak saya masih terlantar,” kata Eushaini Abdul Rahman, 43, bapa Nur Eusnaime Dayana, 11, dan Mohd Eusnaifi, 15, yang cedera parah di muka serta badan akibat kemalangan jalan raya yang mengorbankan bekas isterinya, Rosnazira Mahmood, 33, di Sungai Tong, Setiu, Ahad lalu. Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, Rosnazira bersama dua anaknya menaiki menaiki kereta Proton Iswara dipandu teman lelakinya, Mohd Hafzan Jusoh @ Ab Ghaffar, 35, dari Sungai Udang, Melaka, untuk menziarahi ahli keluarga yang meninggal dunia di Kuala Krai, Kelantan. Kereta mereka bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda Toyota Fortuner dinaiki dua lelaki yang terbabas berhampiran Balai Polis Sungai Tong. Mohd Hafzan dan Rosnazira yang berada di depan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua anaknya yang berada di belakang cedera parah di muka serta badan, kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Eushaini ketika ditemui di Wad Multidisiplin Kanak-Kanak HSNZ di sini, semalam, berkata itu anak sulungnya, Mohd Eusnaifi, kritikal kerana cedera parah di mata serta anggota badan dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNZ manakala Nur Eusnaime Dayana yang patah kedua-dua paha dan betis serta cedera di muka, stabil. Menurutnya, sebaik mengetahui tragedi menimpa bekas isterinya malam Ahad lalu, dia segera bertolak dari tempat kerjanya di Kawasan Perindustrian Krubung, Melaka, ke Kuala Terengganu untuk menjaga dua anaknya di hospital. “Pilu melihat anak yang terlantar dan terpaksa mengharungi dugaan ini namun saya akan berusaha menghilangkan penderitaan mereka dengan memberi sepenuh perhatian menjaga mereka berdua,” katanya. Pekerja swasta itu berkata, dua anaknya masih tidak mengetahui kejadian sebenar malah tidak tahu ibu mereka sudah meninggal dunia dan dia tidak mahu terburu-buru memberitahu perkara sebenar “Biarlah mereka sembuh dan tenang, barulah saya beritahu,” katanya.- HM

Penyelam Maut Ketika Sertai Misi Mencari

JINDO – Seorang penyelam yang menyertai misi mencari mereka yang masih hilang dalam kejadian feri karam di Korea Selatan, maut selepas didapati tidak sedarkan diri ketika menjalankan operasi mencari semalam. Penyelam yang dikenal pasti sebagai seorang lelaki berusia 53 tahun itu dibawa ke sebuah hospital di Mokpo, kira-kira jam 7.12 pagi semalam selepas didapati tidak sedarkan diri, lapor media tempatan hari ini. Lee, antara anak kapal Undine Marine Industries, terputus hubungan selepas lima minit menyelam pada kedalaman 25 meter, kira-kira jam 6.05 pagi. – Yonhap News

Mayat Kanak-kanak Ditemui Terapung

KUANTAN – Mayat murid lelaki tahun empat, Ngai Ji Hong, 10, yang lemas semasa mandi bersama dua rakannya di Sungai Pahang dekat Ulu Perting, Bentong petang Isnin berjaya ditemui pagi Selasa oleh pasukan penyelamat. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang Anuar Hassan berkata, mayat ditemui tenggelam di dasar sungai berkenaan berhampiran Empangan Ulu Perting kira-kira pukul 10.29 pagi. “Sebaik ditemui mayat mangsa itu dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi. Murid Sekolah Kebangsaan Perting, Bentong itu yang sepatutnya menghadiri kelas tuisyen dipercayai mandi di sungai berkenaan bersama rakannya sebelum didapati hilang di antara pukul 2 hingga 3 petang Isnin. Sementara itu katanya, usaha mencari seorang lagi mangsa, Sean Ng, 15, yang dikhuatiri lemas pada Sabtu lepas di Air Terjun Gapoi kira-kira 22 km dari Perkampungan Orang Asli Telemong dekat Bentong masih diteruskan. Pelajar tingkatan tiga berasal dari Taman Melawati, Kuala Lumpur itu berkelah di situ bersama 11 rakannya dan didapati hilang semasa mandi di air terjun itu pada pukul 3 petang. – mStar

Pacuan Empat Roda Milik Awie Lesap
 
KUALA LUMPUR – Sebuah kenderaan pacuan empat roda model Mitsubishi Pajero milik pelakon dan penyanyi terkenal, Awie atau nama penuhnya Azhar Othman, 46, dilaporkan lesap dilarikan penjenayah ketika diletakkan di hadapan Pangsapuri Villa Danau, Danau Kota Setapak di sini. Dalam kejadian jam 8.30 pagi semalam, kenderaan itu dipandu pembantu peribadi Awie, Mohd Khyrull Anuar Ahmad, 30, bagi urusan kerja sejak dua tahun lalu. Mohd Khyrull berkata, kejadian berlaku sehari selepas dia dan Awie pulang dari mengikuti program minggu berbasikal di Wilayah Persekutuan Labuan. “Kebiasaannya saya akan meletakkan pacuan empat roda itu di dalam kawasan pangsapuri didiami. Bagaimanapun semalam (kelmarin) saya meninggalkan pacuan empat roda itu di luar kawasan pangsapuri sekitar jam 10.30 malam kelmarin. “Saya tidak langsung berasa bimbang kerana kenderaan itu diletakkan berhampiran pos kawalan pangsapuri itu. Malah banyak kenderaan penghuni turut diletakkan di kawasan sama,” katanya. Dia yang mahu keluar untuk bekerja pagi semalam bagaimanapun terkejut apabila mendapati kenderaan pacuan empat roda itu hilang dicuri. “Saya cuba mencari kenderaan itu di kawasan sekitar pangsapuri, namun gagal. Malah, saya turut menghubungi rakan untuk meminta bantuan mengesan kenderaan itu,” katanya. Menurutnya dia amat sedih dan terkilan dengan kehilangan kenderaan milik majikannya itu. “Abang Awie memang baik. Dia tidak pernah berkira dan selalu meminjamkan kenderaannya bagi memudahkan saya menguruskan hal persembahan dan perkara berkaitan kerja seninya,” katanya. Menurutnya, kejadian itu sudah dilaporkan ke Balai Polis Setapak. – Harian Metro

Beg Animasi Jadi Tarikan Baru

TAIWAN – Ia nampak seperti animasi, namun sebenarnya, ia adalah 100 peratus asli. Beg ini adalah ciptaan terbaru dan berada di pasaran dengan harga 150 euro, bergantung kepada saiznya. Beg `kartun’ jenama Jump From Paper ini adalah hasil rekaan Rika Lin serta Chay Su dari Taiwan dan ia kini boleh diperolehi di 25 negara. Ia direka dengan menggunakan lukisan berwarna ceria 2D, menjadikan beg itu seperti animasi, namun ia boleh digunakan dalam urusan harian. Idea rekaan itu tercetus selepas salah seorang pereka terbabit membuat lukisan beg idaman mereka dengan harapan beg itu akan menjadi dua dimensi. Dengan menggunakan bakat mereka, Rika dan Chay akhirnya dapat menjadikan beg idaman itu sebagai satu kenyataan. “Kami gembira kerana dapat mengelirukan orang ramai dan apa yang menariknya, orang ramai akan ketawa apabila mereka mendapati bahawa beg-beg tersebut adalah asli,’’ kata Chay dan Rika. Kedua-duanya juga mempunyai hobi mengumpul beg ganjil dan menarik, dan hobi berkenaan digunakan untuk mereka beg tersebut. Antara koleksi beg mereka ialah Time Machine dan Wanderlust.

Sabah akan umum perintah berkurung, lapor media

Kes penculikan terbaru di perairan Sabah, pagi semalam membabitkan seorang pengurus ladang ternakan ikan sangkar. Kerajaan negeri Sabah akan mengeluarkan perintah berkurung di kawasan tertentu di negeri itu susulan siri kejadian penculikan oleh kumpulan bersenjata, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, lapor Malaysiakini. Musa mengumumkan perkara itu selepas mengadakan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Keselamatan Negeri Sabah (JKNN) hari ini selepas kejadian penculikan tersebut. "Kita melihat keadaan ini sebagai satu ancaman yang membimbangkan. Ini adalah satu keadaan yang serius di mana ia perlu dibanteras secara habis-habisan," katanya sebagaimana dipetik laman web itu. Pagi semalam seorang lagi diculik kumpulan bersenjata berhampiran Lahad Datu, Sabah. Dalam kejadian terbaru itu, seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar dilarikan sekumpulan lima lelaki bersenjata di Pulau Baik. Mangsa dikenali sebagai Yang Zai Lin, 34, berasal dari Guangzhao, China. Zai Lin bekerja di syarikat Wonderful Terroce Sdn Bhd milik warga China dari Hong Kong sejak tiga tahun lalu. Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohamad Mantek mengesahkan kejadian itu dalam satu kenyataan. Dalam kenyataannya, Musa berkata, tiada pergerakan dibenarkan sama sekali di kawasan perintah berkurung tersebut. “Tidak ada pergerakan dibenarkan (di kawasan perintah berkurung) dan polis akan meneliti secara mendalam pelaksanaan ini," kata kenyataan itu. Selain itu, katanya, kerajaan negeri akan menubuhkan kawasan kawalan, yang mengehadkan kemasukan mengikut masa, tempat dan keadaan tertentu. “Sesiapa yang memasuki kawasan kawalan perlu mendapat kebenaran dan permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). PDRM akan memberi perincian mengenai pelaksanaan kawasan kawalan ini,” katanya. Musa mengumumkan 9 langkah utama yang akan dilaksanakan iaitu:

1.Tindakan drastik akan diambil dengan melaksanakan Control Area iaitu mengehadkan kemasukan mengikut masa, tempat dan keadaan. Sesiapa yang memasuki kawasan kawalan perlu mendapat kebenaran dan permit polis.
2.Mewujudkan pangkalan hadapan atau Forward Base di kawasan strategik untuk memantau keselamatan perairan Sabah.
3.Melaksanakan Kawasan Perintah Berkurung di kawasan berisiko di mana tidak ada pergerakan dibenarkan dan polis akan meneliti secara mendalam pelaksanaan ini.
4.Langkah jangka pendek, sederhana dan panjang akan dilaksanakan termasuklah membuat penyesuaian kepada organisasi, perjawatan dan pengisian pegawai dan anggota Esscom, mewujudkan radar berkeupayaan tinggi.
5.Meningkatkan keupayaan pasukan keselamatan khususnya daripada segi logistik seperti jumlah bot laju berkeupayaan tinggi di kawasan berisiko tinggi.
6.Mengukuhkan pelaksanaan gerak saraf dan perang saraf untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan rakyat untuk menjadi barisan pertahanan di Esscom.
7.Memperbaiki segera saluran dan Standard Operating Procedure (SOP) komunikasi Esscom supaya maklumat segera disalurkan dengan pantas kepada semua agensi keselamatan di lapangan.
8.Menguatkuasakan Designated Route dengan segera di kawasan yang berisiko di mana pergerakan bot dan kapal mesti mengikut laluan yang dibenarkan sahaja.
9.Meningkatkan keupayaan logistik seperti mewujudkan sokongan logistik melalui konsep kapal induk untuk menjadi hab atau pelantar bagi pengisian minyak oleh bot laju tanpa perlu balik ke daratan yang mengambil masa dan kos. – 7 Mei, 2014.

No comments:

Post a Comment