Monday, May 19, 2014

Berita Terkini 19 May 2014

ADUN parah jatuh longkang

SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang Datuk Yunus Rahmat, patah lima tulang rusuk kanan akibat terjatuh ke dalam longkang di Jalan Kuala Pilah-Seremban, berhampiran Taman Golf Height, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, beliau yang singgah di kawasan itu untuk ke kedai gunting rambut dikatakan terjatuh kerana tidak menyedari longkang berkenaan tidak mempunyai penutup. Pembantunya, Suhaily Mohd Hashim, berkata pemandu Yunus dan orang ramai di kawasan itu segera membantu dan menghantarnya ke Hospital Pakar KPJ Seremban, di sini, untuk rawatan lanjut. “Doktor mengesahkan lima tulang rusuk pada bahagian bawah sebelah kanan patah. Buat masa ini, doktor belum membuat keputusan sama ada beliau perlu dibedah atau tidak. “Bagaimanapun, keadaannya stabil dan doktor menasihatkan supaya banyak berehat bagi mengelakkan keadaan lebih buruk,” katanya ketika ditemui, semalam. Sumber: HM

Tarian ghairah atas meja

ANTARA GRO warga asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan
KUALA LUMPUR – : Tarian seksi dengan hanya memakai pakaian dalam menjadi tarikan di dua pusat hiburan di Jalan Klang Lama di sini, yang diserbu polis Bahagian Siasatan Jenayah, Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Kuala Lumpur, kelmarin. Dalam serbuan Op Noda kira-kira jam 9.30 malam itu 69 wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing ditahan, 67 berasal dari Thailand dan masing-masing seorang dari Sepanyol dan Pakistan. Pegawai Turus D7 IPK Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Bahrin Mohd Rose berkata, semua wanita itu berusia antara 24 dan 30 tahun dan ketika serbuan dua pusat hiburan itu dipenuhi lebih 50 pelanggan lelaki. “Semua wanita yang ditahan menyalahgunakan pas lawatan sosial manakala premis hiburan itu tidak mempunyai lesen yang sah,” katanya. Seorang penjaga pusat hiburan itu memberitahu semua wanita warga asing terbabit menari dengan hanya berseluar dalam dan memakai coli di atas meja bagi menghiburkan pelanggan. “Kelab buka jam 10 malam pada setiap hari, bagaimanapun tarian berahi hanya akan bermula tepat jam 12 tengah malam,” katanya yang enggan dikenali. Menurutnya, penari akan menari selama 20 minit untuk satu sesi sebelum berehat dan disambung semula 30 minit kemudian sehinggalah jam 2 pagi sebelum premis ditutup. Sumber: HM

Dibelasah sampai mati

BUTTERWORTH: Cinta hingga ke hujung nyawa. Itulah nasib malang menimpa seorang lelaki selepas dia dibelasah hingga mati dipercayai kerana menjalin hubungan cinta terlarang dengan seorang gadis. Dalam kejadian jam 11 pagi semalam, mangsa, B Muniandy, 37, dipercayai dibunuh abang teman wanitanya selepas mangsa mengadakan temu janji di Pantai Bersih, Bagan Ajam di sini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, mayat mangsa ditemui orang awam dalam keadaan terbaring berpakaian lengkap di tepi pantai berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bagan Ajam di sini. Beliau berkata, pemeriksaan awal dilakukan terhadap mayat mangsa menemui kesan lebam di dada, rusuk kanan, luka di dahi, jari kaki dan tangan dipercayai akibat dipukul menggunakan kayu. “Pemeriksaan lanjut dilakukan di sekitar lokasi kejadian kami turut menemui kayu disyaki digunakan untuk mermbunuh mangsa. Sumber: HM

Balasan Pemandu Sengal Yang Sesuka Hati ‘Double Park’

Sikap sesetengah individu yang gemar memarkir kereta sesuka hati tanpa berfikir mereka bakal menyusahkan pemilik kereta lain memang boleh membuat sesiapa sahaja naik angin. Contohnya pemandu yang meletak kereta secara ‘double parkir‘ hingga membuat urusan orang lain tergendala dalam gambar di atas. Bayangkan, siapa yang tak marah kalau terpaksa tunggu sampai sejam gara-gara tidak dapat keluarkan kereta yang dihalang bukan? Kadang-kadang pemilik kereta lain pun faham ada situasi yang memerlukan ‘double park’ dilakukan tapi sekurang-kurangnya tinggalkanlah nombor telefon untuk dihubungi. Jika tidak, jangan marah jika kereta anda menjadi mangsa contengan seperti ini. Pemandu yang terpaksa menunggu anda lebih sejam itu tak calarkan kereta anda pun dah cukup baik! Sumber: Rem Ramzi / My News Hub / Facebook Friends of BN

Azad Terima Tawaran Produksi Bollywood

DALAM pada pelakon Eira Syazira dilanda kontroversi mengenai kes menyerang seorang kru produksi sewaktu penggambaran, lain pula cerita mengenai suaminya, Azad Jazmin, 38. Boleh dikatakan rezeki Azad kini melimpah ruah bukan sahaja dalam industri perfileman tempatan, tetapi juga hingga ke peringkat antarabangsa. Terbaru, Azad telah ditawarkan watak oleh penerbit filem Bollywood untuk berlakon sebagai pembantu kepada aktres jelita, Lara Dutta, memetik mStar Online. Azad Terima Tawaran Produksi Bollywood http://t.co/bTGWXicUo5 via @sharethis — mynewshub (@mynewshub) May 19, 2014 “Saya kadang-kadang bingung kenapa saya dipilih dan ingatkan watak tempelan tetapi rupa-rupanya saya ada 22 babak bersama Lara. “Bagaimanapun saya sudah bersedia untuk menyahut cabaran itu dan ia adalah peluang terbaik bagi saya mengembangkan karier lakonan di peringkat antarabangsa,” katanya yang bakal menjalani penggambaran selepas Aidilfitri nanti.

Pada masa yang sama, Azad turut menerima satu lagi tawaran berlakon dalam sebuah drama bersiri daripada rangkaian saluran televisyen BBC di London. Namun, dia masih mempertimbangkan tawaran itu kerana dia perlu mengikat kontrak selama lima tahun jika bersetuju. Bagi kami, jika ia memberi banyak kelebihan kepada karier Azad, tidak ada salahnya jika dia menerima saja tawaran itu. Manalah tahu, untung-untung boleh diterima berlakon untuk filem Hollywood pula, tak gitu? Sumber: Elza / My New Hub

Hudud: DAP patut lebih tahu makna kebebasan

Mohd Khairuddin (dua, kanan) bergambar kenangan bersama pimpinan Pas Kedah.
ALOR SETAR – Pas tidak akan keluar daripada PR untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan pada tahun 2015 meskipun mendapat tentangan daripada DAP. Jawatankuasa Lajnah Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Nik Mahadi Mahmood berkata, sebaliknya yang perlu meninggalkan pakatan itu ialah DAP. “Ini penegasan kita. Mereka (DAP) perlu tahu, mereka parti demokratik. Sepatutnya mereka lebih tahu apa itu demokrasi dan hak kebebasan. “Kami orang Islam dan kami nak hak kami. Kamu tidak boleh halang hak kami,” katanya pada sesi penggulungan pembentangan Hiwar Siyasi (dialog politik) peringkat negeri Kedah di Kompleks Pas Kedah, Batu 9, di sini, baru-baru ini. Menurutnya, Pas juga tidak pernah bekerjasama dengan Umno untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu. “Kita hanya sepakat antara kerajaan dengan kerajaan. Kena faham situasi dan jangan buat polemik seperti itu. “Kerajaan negeri dan kerajaan Pusat mesti bekerjasama. Tidak cerdik kalau kerajaan negeri dan kerajaan Pusat bermusuh,” katanya. Beliau berkata, rakyat dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan bisikan-bisikan ‘iblis’ terhadap pelaksanaan syariat ALLAH itu. “Apabila mereka (kerajaan Pusat) mengizinkan kita, wajib kita melaksanakan syariat itu. Memang kita tidak ada kuasa penuh di Kelantan, tetapi apabila mereka bagi kuasa kepada kita dengan tuntutan pelaksanaan hudud, maka wajiblah kita melaksanakannya. “Jangan pula kata Umno rampas Kelantan. Ini tidak betul. Jangan kita meragui kerjasama antara kerajaan dengan kerajaan ini,” katanya. Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Pas tidak akan menarik diri dalam usaha melaksanakan hudud di Kelantan. “Perbincangan di peringkat PR menyatakan bahawa Pas tidak akan menarik diri. Hudud akan kita usahakan kerana ini perjuangan sejak dulu lagi. “Semua juga telah bersetuju bahawa apa yang berlaku adalah hak parti masing-masing. Kita tidak mengalah, cuma tinggal bagaimana nak menguruskan isu itu saja,” katanya.

Rumahtangga Abby Abadi mula bergolak?

ORANG tua tua ada berkata, kalau ada masalah rumahtangga jangan dibawa ke laman sosial — berbeza pula dengan Abby Abadi yang walaupun tidak bercerita penuh di akaun Instagram beliau, namun memberikan bayangan yang rumahtangga beliau ada masalah. Abby Abadi menerusi Instagram beliau beberaoa hari kebelakangan ini mengirimkan beberapa status meminta orang ramai mendoakan yang terbaik untuk beliau dan suaminya walaupun tidak diceritakan apakah sebabnya. Apabila ditanya oleh para peminat yang ingin mengetahui apakah sebenarnya yang telah terjadi, Abby Abadi bagaimana pun enggan membuka mulut dan terus meminta supaya semua mendoakan yang terbaik. Dalam salah satu komen beliau, Abby Abadi turut menggunakan kata kata ‘peluang tinggal yang terakhir’ dan ini terus membayangkan yang rumahtangga pasangan ini seakan berada di hujung jalan. Apa cerita sebenarnya?

Abby Abadi bernikah dengan Farhan yang 12 tahun lebih muda pada 9 Julai 2013 yang lalu iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan & pernikahan mereka turut menjadi bualan para peminat. Kami doakan yang terbaik buat Abby Abadi & suami. Sumber: RotiKaya

Tasha Shilla Antara Punca Kekasih Menang Pertandingan MIMMA 2

Tasha bertindak sebagai 'cornerwoman' kepada Han semasa Perlawanan Pemilihan Malaysian Invasion Mixed Martial Arts (MIMMA 2) musim kedua yang diadakan di Paradigm Mall, Petaling Jaya pada Ahad. -
PETALING JAYA:Peninju Muay Thai yang juga kekasih kepada Tasha Shilla iaitu Han Chen Wong memberitahu kehadiran aktres berkenaan untuk memberi sokongan ketika dia menyertai perlawanan Ladder Match Malaysia Mixed Martial Arts (MIMMA 2) musim kedua yang diadakan di Paradigm Mall di sini pada Ahad memberi lebih keyakinan sehingga dia menang acara itu. Han, 24, berkata, dia terkejut dengan semangat Tasha yang turut berada di gelanggang sepanjang perlawanan itu berlangsung. "Ia adalah pertama kali saya menyertai MIMMA kerana sebelum ini saya hanya fokus kepada Muay Thai sahaja tetapi kehadiran Tasha sangat bermakna buat saya kerana saya menjadi lebih yakin untuk bertarung. "Dari jauh saya dengar suaranya memberikan kata-kata semangat dan kehadirannya membantu saya untuk memenangi pertandingan itu," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Ahad.

Pasangan ini sentiasa menyokong kerjaya masing-masing.
Sementara itu, Tasha berkata, biarpun pertama kali bertindak sebagai 'cornerwoman' namun dia tidak kekok kerana sebelum ini sering memerhati tugas yang biasanya dilakukan oleh kaum lelaki semasa menemani Han ke perlawanan Muay Thai. Malah kata Tasha, dia gembira dapat memberi sokongan kepada Han kerana kekasihnya itu sentiasa menyokong kerjayanya dan sering menemaninya ke majlis-majlis hiburan. "Setiap pusingan akan ada waktu rehat selama lima minit dan peluang itu saya gunakan untuk memberi kata-kata semangat selain memastikan dia berada dalam keadaan baik untuk perlawanan seterusnya. Saya sangat gembira dapat beri sokongan kepada dia malah ini adalah satu pengalaman baharu buat saya," ujarnya. Sumber: mStar

Teori MH370 ditembak jatuh disangkal

Buku karya penulis Australia, Nigel Cawthorne yang keluarkan pelbagai ‘teori’ mengenai kehilangan pesawat MH370
Bekas juruterbang MAS sangkal dakwaan penulis buku Flight MH370: The Mystery dakwa pesawat ditembak jatuh oleh pesawat pejuang Thailand, Amerika KUALA LUMPUR : Dakwaan bahawa pesawat MH370 ditembak jatuh oleh pesawat pejuang tanpa sengaja sewaktu hilang dari radar pada jam 1.19 pagi tidak masuk akal, berdasarkan terdapat isyarat ping yang diterima sehingga jam 8.19 pagi pada 8 Mac lalu. Bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS), Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, berkata sekiranya benar pesawat itu ditembak jatuh sekalipun, mengapa sehingga kini tiada serpihan atau bahagian pesawat ditemui. Katanya, dakwaan ini tidak mempunyai asas kerana bercanggah dengan apa yang dikesan radar penerbangan awam malah satelit Immarsat sendiri mengesahkan berlakunya pusingan balik oleh pesawat MH370. Sumber: BH

Penamaan Calon PRK Parlimen Teluk Intan Ditutup – Hanya 2 Calon Bertanding

TELUK INTAN – Proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak di sini, ditutup pada 10 pagi ini. Hanya dua calon mengemukakan borang pencalonan mereka iaitu calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Ibrahim Ahmad dijangka mengumumkan calon yang layak bertanding tidak lama lagi. Sumber: Bernama

David Beckham Dan Victoria Memiliki Harta RM533 Juta... Anak Diajar Kerja Kedai Kopi

London – Ibu bapanya adalah individu kaya dengan pendapatan dianggarkan bernilai RM533 juta. Namun Brooklyn Beckham yang merupakan anak kepada pasangan terkenal David Beckham dan Victoria diajar supaya berdikari. Remaja berusia 15 tahun itu diajar menghargai wang, bagaimana caranya? Iaitu dengan bekerja pada hujung minggu di sebuah kedai kopi, dengan pendapatan kira-kira RM15 sejam. Bagaimanapun disebabkan usianya bawah umur, dia tidak boleh bekerja lebih tujuh jam sehari. Brooklyn sebaliknya perlu diberikan waktu rehat selama sejam selepas empat jam bekerja. Salah seorang pekerja di kedai kopi itu memberitahu, Brooklyn telah bekerja di situ dan hubungannya dengan pembancuh kopi yang lain adalah baik. Cerita mengenai Brooklyn yang bekerja bagi mencari duit sendiri itu meskipun ibu bapanya adalah orang kaya telah menjadi contoh kepada remaja lain. Dia mendapat pujian daripada orang ramai di media sosial kerana sanggup bekerja di situ walaupun boleh hidup mewah. Dalam pada itu, sumber rapat keluarga Beckham berkata, pasangan berkenaan memang menggalakkan anak mereka bekerja. Beckham yang mempunyai tiga anak lain iaitu Romeo, 11, Cruz, sembilan dan Harper, dua, memang selama ini mengajar anak-anak mereka mengenai kerja keras. Sebelum ini, Beckham dilaporkan memberitahu bahawa dia dan Victoria cuba menjadikan diri mereka sebagai contoh yang baik kepada anak-anak mereka. “Salah satu perkara yang saya dan isteri saya lakukan ialah kami sering bersama anak-anak kami kerana mereka adalah keutamaan kami, dan kerja keras merupakan salah satu perkata untuk ditunjukkan kepada anak-anak kami,’’ katanya. Sumber: My News Hub

Kes Ajak Raba Dan Zina: NGO Buat Laporan Polis Ke Atas Ustaz Azhar Idrus

Semalam, SiakapKeli melaporkan kisah seorang gadis yang dikenali sebagai Maryam Mazlieynna Mazlee mendakwa dirinya pernah diraba dan diajak berzina oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI). Berikutan itu, difahamkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan membuat satu laporan polis berhubung dakwaan gadis itu di Balai Dang Wangi, 11.30 pagi ini. Gadis berkenaan dikatakan malu dan takut untuk membuat laporan polis berhubung ajakan ustaz itu. Isu itu mula hangat pertengahan tahun lalu sebelum reda. Namun, tak semena-mena ia kembali hangat di sebuah laman forum, baru-baru ini. Menurut status yang dikongsikan oleh gadis itu, dia pernah diajak keluar oleh Ustaz Azhar yang difahamkan juga sudah siap menempah sebuah bilik hotel untuk tujuan terkutuk itu. Mungkin perkara ini merupakan suatu fitnah kerana kalau fikir logik pastinya gadis ini dah buat laporan polis berhubung gangguan yang dihadapinya. Ini tidak, siap pos status di Facebook, namun tidak berani laporkan kepada pihak berkuasa hanya kerana alasan dia takut nak buat laporan polis. Sumber: My News Hub

Al Sisi terdesak guna taktik kotor
Al Sisi terdesak guna taktik kotor
Rakyat Mesir tiada pilihan lain melainkan mengundi Hamdeen bagi memastikan kekalahan berpihak kepada Al-Sisi. - Foto: AFP
KAHERAH - MESIR . Mesir sekali lagi menggunakan taktik paling kotor dalam sejarah pilihan raya apabila melanjutkan tempoh pengundian ekspatriat negara itu sehingga petang hari ini. Jurucakap Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC) Abdel Aziz Salman sebelum ini mengumumkan, penduduk di luar Mesir mula membuang undi pada Khamis dan mesti berakhir jam 9 malam tadi. Namun semalam, beliau mengubah kenyataan apabila mengumumkan, tambahan sehari diberikan kepada mereka dengan alasan peratus keluar undi sangat tinggi. “Lebih daripada 210,000 ekspatriat mengundi di pejabat kedutaan di seluruh dunia. Jumlah ini adalah dua kali ganda daripada mereka yang mengundi pada referendum Perlembagaan Januari lalu,” katanya. Media tempatan melaporkan, tindakan itu sudah dijangka apabila PEC yang sebelum ini dikatakan sekutu kuat Abdel-Fattah Al-Sisi sanggup berbuat apa sahaja bagi memastikan lawannya, Hamdeen Sabahi tewas. Sementara itu, episod drama pilihan raya Mesir bertambah rancak apabila Kesatuan Eropah (EU) secara tiba-tiba membatalkan hasrat menjadi pemerhati. Jurucakap Ketua Dasar Luar EU Catherine Ashton berkata, pembatalan itu disebabkan Mesir gagal memenuhi piawaian peraturan pemerhatian. “Mesir gagal memberi akses telekomunikasi, perubatan dan pengawal keselamatan,” katanya, dipetik dari laporan Agensi.

Hamas, Fatah capai sepakat
Hamas, Fatah capai sepakat
Hamas dan Fatah bersepakat membentuk kerajaan perpaduan. - Foto: AFP
RAMALLAH - PALESTIN . Hamas dan Fatah bersetuju membentuk kerajaan perpaduan dalam perjanjian pembentukan Kabinet baharu, kelmarin. Pemimpin kanan Hamas Musa Abu Marzouk berkata, Hamas dan Fatah mencapai persetujuan mengenai nama-nama menteri yang akan berkhidmat di dalam kerajaan perpaduan itu nanti. “Perjanjian itu telah dicapai beberapa hari lalu semasa perbincangan antara Hamas dan pegawai Fatah di Genting Gaza. Kami akan umumkan nama senarai baharu itu sebelum akhir bulan ini,” katanya. Menurutnya, di bawah perjanjian itu, Hamas dan Fatah diberi tempoh lima minggu untuk membentuk kerajaan dan mengadakan pilihan raya enam bulan kemudian. Keputusan pembentukan kerajaan perpaduan itu bagaimanapun mencetuskan kemarahan Israel dan mengancam untuk melanjutkan tempoh sekatan ekonomi dan kebebasan terhadap rakyat Palestin. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberitahu Fox News bahawa rundingan dengan Palestin akan terus gagal jika Hamas dan Fatah membentuk Kabinet perpaduan. Bulan lalu, perancangan untuk melakukan kerajaan perpaduan diperkuatkan dengan peningkatan penindasan dan pencabulan hak terhadap rakyat Palestin dan beberapa siri serangan rejim Zionis, dipetik dari laporan Al Ahram.

PBB kutuk potong paip air di Aleppo
PBB kutuk potong paip air di Aleppo
Penduduk mengambil air dari sumber tercemar untuk bekalan.
BEIRUT - LUBNAN . Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk tindakan kumpulan pemberontak memotong bekalan air di Aleppo utara Syria menyebabkan lebih 2.5 juta penduduk gagal mendapatkan bekalan air bersih. Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon berkata, tindakan ini satu pencabulan hak dan melanggar undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan. Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdurrahman berkata, tindakan itu dipercayai dilakukan oleh kumpulan pemberontak Nusra Barisan yang juga kumpulan sayap Al -Qaeda. “Mereka menutup stesen pam air utama di Aleppo sejak dua minggu lalu sebagai tindakan menghukum orang awam yang dikatakan menyokong rejim Basar Al-Assad,” katanya, dipetik dari laporan Al Monitor. Menurutnya, kejadian itu menyebabkan penduduk terpaksa menggunakan sumber air dari perigi tercemar.

Dalang serangan bom di Narathiwat diberkas
Dalang serangan bom di Narathiwat diberkas
Landasan kereta api dijangka beroperasi 31 Mei ini dan perkhidmatan kereta api disambung semula pada 1 Jun.
NARATHIWAT - THAILAND . Empat suspek mempunyai kaitan dengan insiden pengeboman dua landasan kereta api di selatan Thailand diberkas, semalam. Panglima Tentera Kolonel Rungroj Ananto berkata, kesemua mereka ditahan di rumah masing-masing di daerah Tanyonglimo dalam operasi bersepadu. “Kami menemui bahan peledak. Kami percaya, mereka mempunyai kaitan dengan pengeboman di Rangae dan Sungai Golok, Rabu lalu,” katanya. Dalam perkembangan berasingan, seorang pengawal kampung cedera parah apabila ditembak oleh individu tidak dikenali di daerah Muang, Yala awal pagi semalam. Polis tempatan Somchai Makchuay berkata, mangsa Mayako Paji, 37, diserang ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya oleh lelaki bermotosikal. “Mangsa dipukul dan dapat meloloskan diri sebelum dibawa ke Hospital Yala,” katanya, dipetik dari laporan Bangkok Post.

Lebih 3,000 rakyat China dipindahkan
Lebih 3,000 rakyat China dipindahkan
Polis mengarahkan orang ramai meninggalkan Kedutaan China di Hanoi.
HANOI - VIETNAM . Lebih 3,000 rakyat China dibawa keluar dari Vietnam kelmarin susulan rusuhan anti China yang semakin memuncak di negara itu. Media tempatan melaporkan, tindakan itu diambil selepas beberapa kumpulan aktivis Vietnam mahu mengadakan protes di beberapa bandar termasuk Hanoi dan Ho Chi Minh. Protes itu dilakukan bertujuan untuk menghalang tindakan China yang mahu mendirikan pelantar minyak di kawasan perairan Laut China Selatan yang sejak dari dulu menjadi rebutan. Dalam protes itu, sebanyak 16 rakyat China cedera parah akibat dibaling objek keras. "Kesemua mereka akan kembali ke tanah air dengan bantuan Kedutaan China ke Vietnam," menurut Kementerian Luar China . Sementara itu, pihak berkuasa Vietnam yang sebelum ini berdiam diri bagaimanapun memberi jaminan akan menghalang protes daripada terus meruncing. - Channel New Asia

Industri halal: Mexico mahu kepakaran Malaysia

MEXICO mahu mendapatkan kepakaran Malaysia untuk membangunkan industri halalnya menjadi hab halal serantau berikutan potensi yang besar dalam industri halal global. Duta Mexico ke Malaysia, Carlos Felix Corona berkata, Malaysia mempunyai peranan kepimpinan sebagai pembina kepakaran pasaran halal dalam perkara seperti piawaian industri dan pensijilan. “Kami mahu membangunkan makanan halal dan industri halal di Mexico. Jika kami memiliki pensijilan dari Malaysia, kami boleh mengembangkan operasi ke seluruh dunia dan syarikat Mexico boleh mengeksport produk halal ke Amerika Syarikat berikutan terdapat populasi umat Islam yang besar di negara itu. “Memandangkan Malaysia mempunyai pengalaman dalam mewujudkan dan membangunkan hab halal di sini, kami mahu guna kepakaran mereka untuk bekerjasama dengan kami,” katanya. Menurutnya, Mexico juga ingin mengukuhkan hubungan dengan Malaysia dan merancang untuk mengembangkan perdagangan dua hala. Katanya, prospek perniagaan adalah positif berikutan pemulihan ekonomi di rantau Amerika Utara, yang menawarkan peluang bagi membangunkan semua sektor ekonomi Mexico untuk menjalin hubungan dengan syarikat Malaysia. Mexico, merupakan negara kelima terbesar di Amerika dengan populasi lebih 150 juta orang, menawarkan pelbagai peluang bagi syarikat Malaysia. “Terdapat sektor tertentu yang boleh kita padankan dengan lebih baik, misalnya, tenaga merupakan elemen sangat penting berikutan Mexico adalah satu daripada pengeluar minyak terpenting di dunia dengan 3.7 juta tong sehari. “Kami mempunyai pembaharuan tenaga yang kukuh di Mexico dan pada masa ini, terdapat banyak syarikat asing yang mahu melabur di negara kami untuk meneroka sektor tenaga,” katanya. Corona berkata, syarikat Mexico harus datang ke Malaysia dan menemui banyak peluang yang terdapat di sini dan di Asia Tenggara. Corona menegaskan kepentingan perdagangan dua hala antara Mexico dan Malaysia, rakan dagangan utamanya di Asia Tenggara dengan nilai perdagangan berjumlah RM16.91 bilion (AS$5.234 bilion) pada 2013. - Bernama

GST, jumlah pelanggan berkurangan
AEON
AEON Co (M) Bhd (Aeon) menjangkakan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015 akan mengurangkan jumlah pelanggan yang keluar membeli-belah. Pengerusi Aeon, Datuk Abdullah Mohd Yusof berkata, kesan penurunan jualan bagi tempoh tiga bulan pertama GST dilaksanakan hanyalah bersifat sementara. "Aeon sudah bersedia dalam menghadapi situasi berikut kerana mempunyai pengalaman sebelum ini di Jepun. “Situasi itu , memang kami sudah jangkakan tetapi kita harus tahu bahawa sambutan Hari Raya Aidilfitri akan jatuh pada Jun (2015, dua bulan selepas GST dilaksanakan), yang mana akan membantu kami untuk pulih seperti sediakala,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan Aeon di Kuala Lumpur. Sementara itu, Pengarah Urusan Aeon, Nur Qamarina Chew Abdullah berkata, tempoh dua bulan sebelum pelaksanaan GST merupakan peluang terbaik bagi syarikat itu untuk mencari strategi promosi berlainan. “Saya juga percaya bahawa perayaan Aidilfitri pada Jun 2015 akan menstabilkan semula kesan penurunan itu,” katanya.

Nicol rangkul juara lagi
Datuk Nicol David
Datuk Nicol David
RATU skuasy negara Datuk Nicol David merangkul gelaran Terbuka Britain untuk kali kelima selepas membalas dendam terhadap juara bertahan Laura Massaro pada final hari ini. Pada pertarungan di Sports Arena, Universiti Hull, England, Nicol, selaku pilihan utama, bagaimanapun kalah set pembukaan sebelum bangkit untuk menewaskan pemain England itu dengan keputusan 8-11, 11-5, 11-7 dan 11-8. Nicol, pemain nombor satu dunia, memenangi gelaran itu pada tahun 2005, 2006, 2008 dan 2012. Kejayaan tersebut merupakan gelaran kedua tahun ini buat pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 30 tahun itu selepas Cleveland Classic di Ohio, Amerika Syarikat, Februari lepas. - Bernama

Jangan perlekeh kredibiliti Dyana Sofya
 Zairil Khir Johari
Zairil Khir Johari
ALOR SETAR - DAP membidas kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang menyifatkan pemilihan calon parti itu, Dyana Sofya Mohd Daud, 27, bertanding Parlimen Teluk Intan sebagai kosmetik dan boneka DAP. Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Zairil Khir Johari berkata, pemilihan Dyana Sofya bukan dilakukan secara rambang bagi mengisi kuota, sebaliknya berdasarkan kemampuan dan kredibiliti beliau sepanjang berkhidmat dalam parti. “Dyana Sofya dipilih setelah beliau membuktikan kemampuan berkhidmat cemerlang sebagai Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah yang juga Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Kelayakan beliau sebagai peguam muda tidak perlu dipertikai,” katanya. Zairil yang juga Pengerusi Interim DAP Kedah berkata, penyertaan Dyana Sofya sepatutnya disokong kaum wanita negara ini terutama sebagai anak Melayu profesional yang berjaya dan wajar dicontohi. “Calon seperti ini wajar diberi galakan. Sebagai pemimpin wanita veteran, Shahrizat sepatutnya memberi sokongan kepada peluang yang diberi kepada kaum wanita muda untuk menceburi kancah politik kebangsaan, walaupun berbeza parti,” katanya. Menurutnya, pemilihan ini juga membuktikan DAP dan PR merupakan sebuah parti yang sentiasa membuka peluang kepada anak muda.

Budak maut lemas dalam tong
Budak maut lemas dalam tong
Ibu mangsa, Aminah Samion (tengah) tidak dapat menahan kesedihan ketika pengebumian anaknya di Tanah Perkuburan Kampung Medan, semalam. Gambar kecil, Muhammad Syawal Firdaus
BANTING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lapan bulan maut selepas terjatuh dalam tong simpanan air di rumahnya di Taman Pahlawan, Telok Panglima Garang, kelmarin. Ibu mangsa, Aminah Samion, 39, berkata, ketika itu anaknya Muhammad Syawal Firdaus Nasir bermain sendirian di luar rumah kira-kira jam 4 petang sebelum dia menyedari kejadian itu. “Saya rasa seperti ada yang tidak kena sebelum bertanya kepada abang dan kakak di mana adik berada. “Mereka cakap tidak nampak. Ketika itu kami terus berpecah mencari arwah di dalam dan luar rumah sebelum saya jumpa dia berada di dalam tong dalam keadaan tertonggeng beberapa minit kemudian,” katanya. Aminah berkata, dia terus meminta bantuan jiran menghantar anaknya ke klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan sebelum dibawa ke Hospital Banting. Menurutnya, selepas rawatan susulan dibuat, anaknya terpaksa dibawa ke Hospital Ampang sebelum dimasukkan ke wad kecemasan kira-kira jam 1.50 pagi dan meninggal dunia 3.30 pagi, semalam. “Sehari sebelum kejadian, saya masih ingat lagi arwah menjerit dan menangis apabila melihat tong itu. “Anak saya kelihatan takut sangat. Saya hanya fikir itu perkara biasa , tapi tidak sangka itu merupakan petanda bahawa arwah akan meninggalkan kami,” katanya. Bapa mangsa, Nasir Abdullah, 39 berkata, anaknya itu antara yang paling mesra dan manja dengannya “Dia manja dengan saya dan biasanya akan tunggu saya pulang dari kerja,” katanya. Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Medan jam 12.40 tengah hari semalam.

Maut dilanggar tren komuter
Maut dilanggar tren komuter
Bomba sedang mengeluarkan mangsa yang tersangkut pada sebatang pokok.
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut selepas dilanggar tren komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dalam perjalanan dari Jalan Kucing menghala Kepong, di sini, malam kelmarin. Pegawai Bomba Kanan II Othman Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada pemandu tren komuter terbabit kira-kira jam 10 malam. “Kami tiba di lokasi kejadian 18 minit kemudian dengan kekuatan lima anggota termasuk pegawai,” katanya. Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian, polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dan polis bantuan dari KTMB sudah berada di lokasi kejadian. "Lelaki itu dipercayai dilanggar tren komuter sebelum terpelanting sehingga jatuh ke dalam lurah yang curam kira-kira 3 hingga 4 meter dan tersangkut pada sebatang pokok. Kami terpaksa memotong sebatang dahan pada pokok itu untuk mengeluarkan mangsa,” katanya. Menurutnya, mangsa warga tempatan yang berumur lingkungan 40-an dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.- sinar

Wanita Tanpa Pakaian Berlegar-legar Tepi Jalan Tawau-Kunak
[5 Gambar] Gempar Wanita Tanpa Pakaian Di Balik Pulau
Gempar ! kejadian ini dipercayai berlaku tengah hari tadi di Sungai burung Jalan tawau-kunak. Punca kejadian tidak dikenalpasti dan dalam siasatan pihak berkuasa. Adakah ia sama seperti yang berlaku baru-baru ini di jalan Karamunsing Kota Kinabalu dimana seorang lelaki telah dirompak dan dibogelkan tepi jalan atau disebaliknya. Atas sebab keselamatan beliau, admin sensor bahagian muka dan bahagian-bahagian tertentu.



Wanita Tanpa Pakaian Di Balik Pulau
Laporan awal
Balik Pulau Rpt: 1314/14

Keterangan kes. Pada 18.5.14 jam l/kurang 8.45 pagi anggota pejabat pertanyaan terima panggilan telefon dari orang awam mengatakan 1 perempuan melayu disyaki kurang siuman dalam keadaan berbogel di tepi jalan Pondok Upeh Balik Pulau.
Tindakan.
KPB Balik Pulau bersama 2 anggota dan 1 wpc ke tempat kejadian dan telah tahan wanita tersebut dengan di bantu oleh orang awam. Wanita berkenaan telah dihantar ke Hospital Jln Perak untuk rawatan. Tiada maklumat diri yang lengkap semasa ditahan. 
sumber http://mediaharia.blogspot.com/2014/05/wanita-bogel-di-sungai-burong-tersebar.html

Buku dakwa MH370 ditembak ketika latihan tentera

SYDNEY – AUSTRALIA. – Buku pertama yang diterbitkan tentang kehilangan pesawat MH370 mendakwa ia mungkin telah ditembak dalam latihan ketenteraan dan kejadian itu ditutupi, lapor portal The Sydney Morning Herald. Kandungan buku Flight MH370: The Mystery tulisan Nigel Cawthorne yang juga seorang wartawan itu tidak mempunyai jawapan namun terdapat beberapa perkara yang menyokong teori kehilangan MH370 itu. “…pesawat itu mungkin ditembak secara tidak sengaja ketika latihan ketenteraan antara Thailand dengan Amerika Syarikat (AS) di Laut China Selatan. “Misi pencarian pula berkemungkinan diarah ke arah yang salah untuk menutup kesilapan itu,” lapor portal itu. Sementara itu, portal berita Daily Mirror yang juga memetik buku tersebut melaporkan pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) itu akan ditemui sekiranya MAS membelanjakan RM32.62 untuk menaik taraf perisian. “Pesawat itu hanya menggunakan pakej data murah yang hanya menghantar maklumat asas pesawat. “Pesawat itu akan ditemui sekarang kalau MAS membelanjakan RM32.62 dalam menaik taraf perisian pesawat,” dakwa buku tersebut lagi. Kehilangan MH370 sudah masuk hari ke-72, hari ini. Sumber: Sinar Online

Kucing Haiwan Yang Bersih!
Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing. Kenapa Rasulullah Saw mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit haiwan ini mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria. Ototnya juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Kajian Yang Dijalankan
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.
4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya. Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit. Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bemama lysozyme.

Lysozyme menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing
Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya. Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Hadis-Hadis Mengenai Kucing
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu dia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas dia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum.
Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”.
Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?”
Kabsyah menjawab, “Ya”.
Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”.
Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut.
Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu dia memberikan isyarat untuk menyimpannya.
Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, dia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.
Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).
Sumber: Aku Islam

Polis Telah Soal Siasat Lelaki Panah ‘Anjing’

PIHAK Polis telah menyoal siasat lelaki yang mencederakan seekor anjing dengan dua anak panah di Taman Sinaran, Taming Jaya pada Rabu lepas. Menurut seorang Pegawai Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang yang enggan dikenali, mereka menerima arahan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor untuk menyiasat insiden itu Pegawai itu juga enggan memberikan sebarang kenyataan berkenaan sebab lelaki itu disiasat sama ada kerana memiliki peralatan memanah, anak panah atau mendera haiwan. “Kita tidak boleh mendedahkan apa-apa pada masa ini kerana kes itu sedang disiasat,” kata pegawai polis itu menurut laporan Mstar Online. Lelaki itu telah memanah dan mencederakan anjing yang berada di pintu pagar rumahnya dan enggan berdedar dan satu anak panah mengenai bahagian kaki depan manakala satu lagi di bahagian belakang. Pencinta haiwan bergegas membawa anjing itu ke klinik veterinar di mana ia menerima rawatan awal bagaimanapun ia telah mati seperti dilaporkan laman web The Star kelmarin. Anjing itu dianggarkan berusia kira-kira 12 tahun dan juga separuh buta serta diberikan nama Brianna. Sumber: My News Hub

Erin Bercinta Dengan Jejaka 10 Tahun Lebih Tua

Selepas menjuarai program realiti lasak Fear Factor musim kedua, nama Nur Arina Abdul Malek, 20, atau Erin Malek semakin meningkat naik sejak kebelakangan ini. Selain daripada perkembangan seni terbaharunya, pelakon yang mula dikenali ketika membintangi filem Tentang Bulan ini turut tidak terkecuali ditanyakan tentang hubungan cintanya dengan seorang jejaka yang juga merupakan anak kepada pengusaha kenderaan terkenal. Erin mengakui dirinya sedang hangat bercinta dengan jejaka tersebut yang dikenali menerusi laman Instagram sejak empat bulan lalu. “Saya memang sedang mengenali seorang lelaki dan saya hanya boleh beritahu nama ‘F’. Kami dah kenal sejak empat bulan lalu. “Dari segi jarak umur kami berbeza 10 tahun dan dia berusia 30 tahun. Bagi saya bila kita mengenali dengan orang yang lebih berusia daripada kita, fikiran mereka lebih matang dan dalam masa yang sama dia juga sentiasa beri sokongan pada saya,” katanya memetik portal Murai. Menurut Erin lagi, sikap penyayang dan romantik yang dimiliki F telah menarik hatinya untuk berhubungan dengan jejaka tersebut.

Sumber: My News Hub

MH370: Tanya CIA dan Boeing, jangan salahkan MAS – Dr M

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ahad mencadangkan supaya Boeing dan Agensi Perisikan Pusat (CIA) dipersoalkan di atas kehilangan pesawat MH370. “Seseorang menyembunyikan sesuatu. Ia tidak adil kerana Penerbangan Malaysia (MAS) dan Malaysia yang dipersalahkan,” kata Mahathir dalam blognya Chedet.cc. Dalam perenggan ke-11, Dr Mahathir menyatakan pandangan dan teori kepada keadaan dan menegaskan bahawa sesuatu yang lain timbul dan media tidak akan menyiarkan apa-apa mengenai Boeing atau CIA. “Mereka boleh mendarat dengan selamat atau mereka mungkin kemalangan, tetapi kapal terbang tidak boleh hilang. Lebih-lebih lagi hari ini sistem komunikasi berkuasa yang beroperasi hampir dalam tempoh yang lama dan mempunyai kapasiti simpanan yang besar ,” jelasnya. Beliau percaya sistem pengesanan pada pesawat itu sengaja dilumpuhkan dan mempersoalkan di mana data pesawat, yang sepatutnya dirakamkan oleh satelit. “MH370 adalah pesawat Boeing 777. Ia dibina dan dilengkapi komunikasi dan peralatan GPS telah dipasang oleh Boeing. “Jika mereka gagal atau dilumpuhkan, Boeing perlu tahu bagaimana ia boleh berlaku dan sudah tentu Boeing akan memastikan mereka tidak boleh dilumpuhkan dengan mudah kerana melibatkan keselamatan dan operasi kapal terbang, ” katanya. Beliau menambah bahawa pada 2006, Boeing menerima sistem data milik Amerika Syarikat untuk satu sistem apabila diaktifkan mampu mengawal semua kawalan dari juruterbang untuk kembali sebuah pesawat komersial secara automatik ke lokasi pendaratan yang telah ditetapkan . Beliau menyebut satu rencana oleh John Croft dalam Flightglobal.com pada 1 Disember 2006 yang menyatakan bahawa ‘autopilot akan diaktifkan – sama ada oleh juruterbang, pemerhati lembaga atau melalui radio mahupun satelit yang berkaitan dengan agensi-agensi kerajaan seperti Agensi Perisikan Pusat, jika pengganas cuba untuk mengawal penerbangan. “Jelas sekali Boeing dan agensi-agensi tertentu mempunyai keupayaan untuk mengambil alih ‘kawalan tidak terganggu’ daripada penerbangan komersial yang mana salah satunya adalah MH370,” kata Mahathir. Mahathir berkata, percubaan untuk mengesan kapal terbang dengan mencari serpihan dan minyak licin adalah satu pembaziran wang, sambil menambah bahawa ini bukanlah satu kemalangan biasa dan yang pesawat itu di suatu tempat, mungkin tanpa penanda MAS. “Boeing perlu menjelaskan mengenai apa yang dipanggil anti keganasan sistem auto ini. “Saya tidak boleh bayangkan juruterbang membuat pendaratan ‘lembut’ di laut bergelora dan kemudian secara perlahan-lahan lemas dengan pesawat,” katanya. Sumber: mStar

MH370: Ahli keluarga anak kapal kecewa

KUALA LUMPUR: Ahli keluarga anak kapal pesawat MH370 kecewa dengan MAS yang menarik balik khidmat penjaga yang disifatkan sebagai “talian hayat” kepada mereka. Mereka berkata, mereka percaya MAS menghentikan perkhidmatan itu sebagai “hukuman” berikutan tindakan mereka mengupah peguam bagi mendapatkan nasihat undang-undang. Salah seorang waris anak kapal pesawat itu, Jacquita Gonzales iaitu isteri kepada Patrick Gomes berkata, semuanya berjalan dengan baik sehingga pengurusan MAS mengetahui mengenai tindakan mereka mendapatkan khidmat peguam. “Cuba bayangkan anda di tempat kami. Adakah salah jika dapatkan khidmat peguam untuk mendapatkan nasihat undang-undang? Kami bukan peguam dan dalam keadaan ini, kami tidak fikir ia salah untuk dapatkan peguam. Adakah bahaya jika dapatkan khidmat peguam,” kataya pada sidang media di sebuah hotel di Subang, hari ini. Sementara itu, suami kepada Christine Tan, Calvin Shim pula berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein atas bantuan berterusan dan perkembangan terkini berkaitan isu itu. “Kami juga ingin ucapkan terima kasih atas kenyataan Datuk Seri Hishammuddin dalam akhbar New Sunday Times bahawa MAS patut memberi tumpuan kepada keperluan waris penumpang dan anak kapal,” katanya. Sumber: BH

Luahan Rita Rudaini buat arwah bapa tiri tersayang

PADA hari Jumaat yang lepas, 16 Mei 2014 menjadi hari yang amat menyedihkan buat aktres Rita Rudaini, 38 apabila bapa tirinya, Johari Joned, 66, dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Kangar, Perlis kira-kira pukul 5 petang kerana serangan jantung. Penderitaan sakit jantung yang dialami bapa tiri yang dipanggil uncle oleh Rita telah mula dikesan sejak lebih lima tahun lalu dan sudah menjalani pembedahan pintasan jantung sebanyak dua kali dalam tempoh masa dua tahun kebelakangan ini. Difahamkan bahawa Allahyarham Johari telah berkahwin dengan ibu Rita Rudaini, Basariah Ibrahim pada awal 1980-an sekaligus menggalas tanggungjawab menjaga aktres jelita itu semenjak dia masih kecil. Ini kerana kedua ibu bapa kandung kepada Rita Rudaini telah bercerai ketika usianya masih kecil. Dalam dua keratin foto yang dimuatnaik di Instagram Rita Rudaini turut memberikan gambaran mengenai keakraban dan kasih sayang yang telah dicurahkan oleh bapa tiri Rita terhadapnya.

“AL-FATIHAH buat bapa ku yg ku pggil ‘uncle’ ..walaupon uncle bukan bapa kandung cek,tp uncle jaga cek mcm anak sendiri.uncle jaga kami dr kecik.uncle syg kami lebih dr uncle syg mama.uncle xpernah jentik,marah atau tggi suara dgn ank2..tgn uncle yg bg kami mkn..klau mama marah kami,uncle akan lindungi kami..cek xpernah sekali dlm hidup tgk uncle marah..uncle akan tau apa makanan kegemaran cek,abg,adik dan menantu2 dia..klau tau ank2 dan menantu nak balik,uncle akn cari setiap makanan kegemaran kami..bila uncle nak dtg melawat cek dan ryanarjuna,uncle akan bwk mcm2 utk cek dan ank2..bila tiba puasa atau raya,uncle org yg paling seronok utk cari makanan utk menjamu kwn2 cek yg dtg..dan yg paling cek xle lupa,uncle jaga cek dlm pantang…skrg smua tu da xde lagi utk cek..tkasih uncle krn menjaga cek dan abg spt ank uncle sendiri dan jaga mama dan adik kami dgn baik..kasih syg uncle dan jasa uncle kami akn kenang smpai akhirat..kasih syg uncle masih ada dgn kami..cek sgt rindu uncle,cek akan simpan jam tgn kesayangan uncle..kami smua rasa kehilangan yg sgt berat..trus terang cek xbole lg terima yg uncle da ‘pergi’ tggalkn kami smua…kami syg uncle..YA ALLAH ampunilah dosa bapa ku dan tempatkan dia bersama org2 yg beriman..amin….AL-FATIHAH..”

“Baru balik ziarah pusara uncle (bapa) masih tidak percaya dan tak bole terima yg uncle telah pergi meninggalkan kami..byk kenangan bersama uncle yg dtg setiap saat dlm fikiran..sedih yg xbole sy gambarkn..airmata xbole di sekat…setiap sudut dlm rumah nmpk kenangan dgn uncle…lebih sebak bila ryan memanggil2 tokwan di pusara tadi..terharu bila ryan berdoa katanya ‘bg lah tokwan masuk syurga’ …tokwan mmg sygkn ryan dan cucu2nya..sbb tu cucu2 sgt terasa bila tokwan xde..AL-FATIHAH buat uncle yg kami syg..byk kenangan yg uncle tgglkn utk kami sentiasa ingat pd dia… Bapa yg paling baik utk kami dunia dan akhirat.”
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sentua, Utan Aji, Perlis. Sumber: Murai

Jemaah Umrah Meninggal Dunia Negatif MERS-CoV

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga emas meninggal dunia dalam penerbangan pulang daripada mengerjakan umrah bersama keluarga, Jumaat lepas. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan awal bedah siasat bagaimanapun mendapati wanita berusia 89 tahun itu negatif jangkitan Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona (MERS-CoV), namun menghidap pneumonia. Beliau dikatakan mengalami sesak nafas dalam penerbangan dari Jeddah ke Kuala Lumpur sebelum disahkan meninggal dunia, katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Menurut Dr Noor Hisham, jemaah itu mengalami demam, batuk dan kesukaran bernafas selama tiga hari ketika berada di tanah suci dan tidak pernah mendapatkan rawatan ketika di sana. “Anggota keluarga juga memaklumkan beliau merupakan penghidap asma, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung serta sedang dalam rawatan sebelum mengerjakan umrah,” katanya. Beliau berkata pihaknya sedang menunggu keputusan akhir bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian wanita berkenaan. Selain itu, sebagai langkah pencegahan semua 107 penumpang dan 12 anak kapal yang menaiki pesawat bersama-sama wanita tersebut telah menjalani ujian saringan MERS-CoV, katanya. Tiga daripada mereka mengalami demam ringan manakala seorang lagi batuk dan keempat-empat mereka diberi rawatan simptomatik selain dinasihati mendapatkan rawatan susulan jika tidak sembuh dalam tempoh 14 hari daripada tarikh ketibaan. Malaysia merekodkan kematian pertama akibat MERS-CoV pada 13 April lepas apabila lelaki berusia 54 tahun meninggal dunia susulan pneumonia yang teruk akibat dijangkiti virus tersebut. Lelaki berkenaan yang berasal dari Batu Pahat, Johor mengerjakan umrah pada Mac dan mengadu demam serta sukar bernafas kira-kira 10 hari selepas kembali ke tanah air dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, Johor pada 10 April. Sumber: Bernama

Mekap Bertompok Di Muka Angelina Jolie

Kasihan melihat penampilan Angelina Jolie ketika menemani suaminya, Brad Pitt ke malam tayangan gala drama terbaharu Brad, The Normal Heart, baru-baru ini. Apa tidaknya kelihatan bedak bertompok di bahagian dahi, pipi dan dada aktres seksi tersebut. Menurut sumber juga, Angelina dikatakan tidak menyedari perkara tersebut malah selamba memberikan ‘pose’ yang menarik untuk bidikan lensa kamera pada majlis tersebut. Mungkinkah mekap artis sengaja hendak mensabotaj Angelina ataupun dia tak jangkakan bedak yang dipakaikan itu akan kelihatan bertompok dan tidak sekata?

Sumber: Audrey Lee / My News Hub

Polis Perak tubuh ‘tim cantas’

IPOH – Polis Perak mengambil pelbagai langkah termasuk menubuhkan ‘tim cantas’ bagi memastikan pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan berlangsung dalam suasana aman. Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata peranan pasukan itu ialah memintas sebarang cubaan menimbulkan kekacauan oleh pihak tertentu. “Tim-tim cantas ini digerakkan ke semua lokasi yang dikenal pasti,” katanya dalam sidang media di sini hari ini. Katanya tim cantas itu juga bertujuan mencegah kejadian jenayah membabitkan kumpulan kongsi gelap. “Selain itu, pihak risikan Jabatan Siasatan Jenayah juga mendokumentasikan individu yang dikenal pasti terbabit dalam beberapa insiden pergaduhan semasa pilihan raya umum ke-13,” katanya. Menurut Acryl Sani, polis juga meningkatkan kehadiran dan rondaan di lokasi-lokasi yang dikenal pasti. Mengenai proses penamaan calon esok, beliau menasihati parti-parti bertanding agar mengingatkan penyokong masing-masing menjaga kelakuan dan mematuhi arahan pihak berkuasa. Orang ramai juga dinasihati tidak menggunakan Jalan Changkat Jong yang dijangka dijadikan kawasan berhimpun calon dan penyokong parti-parti bertanding, katanya. PRK Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas. Penamaan calon ditetapkan esok, 19 Mei, manakala pengundian awal pada 27 Mei dan hari pengundian 31 Mei. Sumber: Bernama

Pengerusi MyWatch Tak Puas Hati Polis Tutup Kes

KUALA LUMPUR – Pengerusi badan pemantau jenayah (MyWatch), R.Sri Sanjeevan mendakwa pihak polis menutup siasatan kes beliau ditembak ketika memandu di Bahau, Negeri Sembilan pada 27 Julai tahun lalu. Beliau yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mendakwa, polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai `No Further Action’ (NFA) hanya kerana tiada pengecaman terhadap suspek kejadian itu. “Pada tarikh 2 Mei lalu, saya menerima satu surat daripada Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Jempol yang menyatakan bahawa siasatan kes tembak saya pada 27 Julai 2013 telah selesai dijalankan dan kes ini telah diklasifikasikan sebagai NFA. “Dinyatakan alasan pihak polis menutup kes ini adalah kerana tiada pengecaman terhadap suspek yang menembak saya tempoh hari,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini. Justeru, Sri Sanjeevan mendakwa, beliau telah gagal mendapat keadilan dalam kes tersebut malah penyiasatan kes tembak itu juga didakwa lebih berkisar tentang MyWatch dan bukannya mencari suspek. “Sepatutnya, kes tembak saya ini lebih mudah diselesaikan kerana saya masih hidup untuk memberi maklumat kepada polis hingga tertangkapnya suspek,” dakwanya. Beliau tetap menegaskan bahawa kes tembak ke atasnya itu ada kaitannya dengan pendedahan jenayah dadah yang beliau mahu bongkarkan sebelum ditembak. “Suspek bermotorsikal yang menembak saya dari jarak dekat memang bertujuan untuk “shoot to kill” dan bukannya semata-mata mahu memberi amaran. “Namun saya bernasib baik kerana sempat menekan pedal minyak dan memecut kereta bagi menjauhkan diri daripada penembak,” dakwanya lagi. Sumber: My News Hub

Dyana Pernah Cadang ‘UiTM’ Untuk Bukan Melayu
Dyana Sofya Mohd. DaudUiTM
KUALA LUMPUR – DAP mengakui calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud pernah mencadangkan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk membantu kaum bukan Melayu. Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok berkata, Dyana Sofya juga pernah mendakwa ramai rakan bukan Melayu dinafikan hak untuk melanjutkan pelajaran ke IPT dan berasa kesal dengan situasi itu. Katanya, calon berwajah cantik itu juga pernah mengutarakan pendapat supaya pelajar bukan Melayu diberi keistimewaan yang sama seperti pelajar UiTM termasuk kadar yuran yang minimum. “Beliau (Dyana Sofya) bagaimanapun dituduh sebagai pembelot disebabkan pandangan itu, tetapi beliau bertegas dengan pendiriannya dan memberi tentang ibarat seekor harimau betina,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini. Justeru, Teresa Kok percaya Dyana Sofya akan menjadi Ahli Parlimen pembangkang yang paling ditakuti Barisan Nasional (BN) jika beliau memenangi PRK Teluk Intan kali ini. Dakwanya, dua kelebihan pada Dyana Sofya yang juga bekas pelajar UiTM adalah mempunyai keberanian dan mempunyai komitmen utama Malaysia seperti yang diingini oleh DAP selama ini.

Ramkarpal Tak Berhak Buat Kenyataan Tentang Hudud

GEORGETOWN – Ramkarpal Singh Deo tidak berhak mewakili DAP untuk membuat kenyataan berhubung hukum hudud, kata calon Bebas pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar. Bercakap kepada pemberita selepas melawat pasar Taman Tun Sardon, Gelugor di sini hari ini, Mohamed Nabi Bux berkata ini kerana Ramkarpal tiada jawatan dalam parti selain jangka masa keanggotaannya dalam DAP juga dipersoal anggota parti itu sendiri. Mohamed Nabi Bux berkata demikian bagi membidas kenyataan Ramkarpal Singh baru-baru ini bahawa beliau mempunyai pendirian sama dengan mendiang bapanya Karpal Singh dan DAP yang menolak pelaksanaan hukum hudud di negara ini. Mohamed Nabi Bux juga mendakwa Ketua Menteri Lim Guan Eng secara sulit menyokong penuh pelaksanaan hukum hudud di Kelantan demi kepentingan politiknya di negeri ini. Walaupun Lim sebelum ini mengumumkan kerajaan negeri menolak pelaksanaan hukum hudud di Pulau Pinang, Mohamed Nabi Bux mendakwa ketua menteri itu secara sulit menyokong hukum hudud demi mengambil hati pemimpin PAS. Ditanya bila Lim menyatakan sokongannya terhadap hukum hudud, Mohamed Nabi Bux berkata: “Dia tidak akan beritahu saya atau rakyat, beliau akan beritahu pemimpin PAS. Ini semua kepentingan politik. Dia memang setuju, saya tahu dia 100 peratus setuju…secara sulit, (kerana) politik dia mesti setuju.” Sementara itu, Mohamed Nabi Bux berkata beliau bersedia untuk dihadapkan ke Lembaga Disiplin PAS sekiranya Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berhasrat mengambil tindakan terhadapnya. “Kalau (Datuk) Mahfuz nak bawa saya ke lembaga disiplin parti saya tak gentar, dipersilakan,” katanya. Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Mohamed Nabi Bux dan Ramkarpal Singh serta calon Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan dan calon bebas Abu Backer Sidek Mohamad Zan. Sumber: Bernama

Towerton: Pelari Australia Pecah Dominasi Kenya

KUALA LUMPUR – Pelari jarak sederhana Australia, Darren Wilson memecahkan dominasi atlet Kenya apabila mengungguli kategori terbuka lelaki Cabaran Towerton Antarabangsa Menara Kuala Lumpur (Menara KL) yang berlangsung di sini hari ini. Wilson, 39, menamatkan cabaran pendakian 2,058 anak tangga dalam masa 12 minit 23.84 saat untuk membawa pulang wang tunai RM3,000; piala, sijil danpingat emas selain pelbagai hadiah sampingan lain. Dua peserta Kenya iaitu Enock Kipchirchir Kigen dan Alex Kipkorit masing-masing di tempat kedua dan ketiga dengan catatan 13:16:38s serta 13:46:83s. Naib juara hingga peserta di tangga kelima masing-masing menerima RM2,000; RM1,000; RM800 dan RM700 manakala bagi tempat keenam hingga ke-10 membawa pulang hamper barangan Adabi dan hamper makanan bernilai RM50. Carolyne Jepkosgei Chepkwony dari Kenya menguasai kategori wanita dengan catatan 16:53:63 saat sementara atlet triatlon negara Kimbeley Yap Fui Li di tempat kedua (18:09:24s), diikuti seorang lagi peserta tempatan Tan Mei Wai (21:03:39s) di tempat ketiga. Ketua Pegawai Eksekutif Menara KL Datuk Zuraidah Mohd Said menyampaikan hadiah kepada pemenang. Bercakap kepada pemberita selepas perlumbaan, Wilson berkata beliau sangat gembira dengan kemenangannya memandangkan ini kali pertama menyertai pertandingan di negara ini. Bapa kepada tiga anak lelaki itu berkata beliau pernah menyertai beberapa perlumbaan termasuk Maraton Empire State yang diadakan setiap tahun di New York, Amerika Syarikat, namun tidak pernah muncul juara. “Saya gembira menang hari ini. Memang berbaloi dengan latihan yang saya lakukan selama ini,” katanya yang aktif menyertai separa maraton sejak 10 tahun lepas. Sementara itu, Yap berkata beliau tidak menduga dapat menamatkan perlumbaan di tempat kedua memandangkan hanya menyertai pertandingan tersebut untuk berseronok. “Memang memeranjatkan namun ini satu pengalaman yang bagus dan satu kelainan memandangkan selama ini saya terlibat dalam acara triatlon,” kata Yap. Hampir 3,500 peserta tempatan dan antarabangsa mengambil bahagian dalam acara yang memerlukan mereka mendaki 2,058 anak tangga menara itu, bermula di kawasan terbuka tempat letak kenderaan dan berakhir di Dewan Bankuet Mega View yang terletak 288 meter dari aras laut. Perlumbaan bermula 5 pagi melibatkan lapan kategori iaitu Terbuka Lelaki dan Wanita (18-39 tahun); Junior Veteran Lelaki (40-49); Senior Veteran Lelaki (50 tahun ke atas); Veteran Wanita (35 tahun ke atas), Kanak-kanak Lelaki dan Perempuan Junior (13-17) dan kategori Kurang Upaya (18 tahun ke atas). Sumber: BH

Hans Isaac dapat gelaran Datuk

Datuk Hans Isaac: KETERANGAN pada gambar yang dimuat naik oleh Ziela Jalil ini mengundang persoalan. – Foto Kosmo TIBA-TIBA saja timbul khabar angin yang mengatakan pelakon kacak yang juga penerbit popular, Hans Isaac sudah bergelar Datuk. Setahu Diva, tak ada pula penyampaian pingat kebesaran oleh mana-mana sultan kebelakangan ini, kecuali kisah gelaran Datuk daripada Kerajaan Naning! Diva bukannya saja-saja nak reka cerita pasal Hans, ini mungkin disebabkan ‘terasuk’ dengan sekeping gambar yang ditunjukkan oleh sahabat Diva. Dalam gambar yang dimuat turun daripada Instagram penerbit popular Ziela Jalil itu, Hans tidak pula pakai songkok atau berbaju Melayu yang menandakan dia baru dapat pingat, tetapi keterangan gambar itu membuatkan Diva musykil. Kapsyen yang ditulis oleh Ziela Jalil mengatakan dia secara tak sengaja terserempak dengan Hans yang kacak, sempatlah dia ucap tahniah untuk Hans atas kurniaan gelaran Datuk. Nak sibuk bertanyakan Ziela, tidaklah Diva tergamak, segan. Tapi kawan Diva ada juga cuba mendapatkan pengesahan daripada Hans. Hans hanya beritahu, dia berada di Singapura ketika ini. Apabila ditanya pasal gelaran Datuk seperti yang ditulis oleh Ziela, Hans langsung tak menjawab. Mungkin dia sibuk. Kawan Diva pula tak larat nak tunggu lama-lama, jadi tugas Divalah untuk tanya siapa-siapa yang tahu. Sumber: Kosmo

Isu Diraba Ustaz Azhar Idrus Kembali Hangat.. Betul ker??

Isu ini mula hangat pertengahan tahun lalu di mana seorang gadis yang dikenali sebagai Maryam Mazlieynna Mazlee mendakwa dirinya pernah diraba dan diajak berzina oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI). Namun, tak semena-mena isu ini kembali hangat di sebuah laman forum, baru-baru ini. Menurut status yang dikongsikan oleh gadis itu, dia pernah diajak keluar oleh Ustaz Azhar malah Ustaz itu juga difahamkan sudah siap menempah sebuah bilik hotel untuk tujuan terkutuk itu. Mungkin perkara ini merupakan suatu fitnah kerana kalau fikir logik pastinya gadis ini dah buat laporan polis berhubung gangguan yang dihadapinya. Ini tidak, siap pos status di Facebook, namun tidak berani laporkan kepada pihak berkuasa hanya kerana alasan dia takut nak buat laporan polis. Kan pelik tu? Sumber: My News Hub

Malaysia Komited Laksana PPP: Mustapa

KUALA LUMPUR – Malaysia komited untuk melaksanakan Perjanjian Pemudahan Perdagangan (PPP) dan bersedia melaksana hampir 100 peratus peruntukan di bawah Kategori A perjanjian berkenaan yang akan dimaklumkan menjelang 31 Julai depan. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata Malaysia menyokong kuat pemudahan perdagangan kerana ia akan memanfaatkan masyarakat perniagaan serta kerajaan dalam negara maju dan sedang membangun di samping mewujudkan pekerjaan dan menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi. “Ekonomi global memerlukan kepastian dan kebolehjangkaan dan Pertubuhan Perdagangan Dunia dan APEC perlu memainkan peranan utama dalam memantau langkah merosak dan melindungi perdagangan yang akan memberi kesan buruk kepada pemulihan ekonomi dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Mustapa turut menekankan mengenai keperluan untuk kekal waspada bagi mengelak percambahan langkah merosak dan melindungi perdagangan. Beliau menggesa semua negara bertindak tegas menghalang sebarang langkah perlindungan dan mengelak daripada mewujudkan rintangan kepada perdagangan antarabangsa. “Sebaliknya mereka perlu meneruskan usaha ke arah mewujudkan persekitaran perdagangan global yang lebih bebas dan adil,” kata Mustapa. Mengenai perluasan Perjanjian Teknologi Maklumat (PTM) WTO, Mustapa berkata Malaysia bimbang dengan kekurangan kemajuan dalam memuktamadkan perjanjian itu dan menggesa semua pihak supaya bergerak keluar daripada kedudukan mereka dan menjadi pragmatik. “Malaysia akan terbabit secara aktif dalam rundingan terbabit dan kami berharap semua negara boleh bekerja lebih keras untuk menyelesaikan perluasan PTM dengan pantas,” katanya. Mengenai rantai nilai global (RNG), Mustapa berkata, Malaysia menyokong inisiatif baharu mengenai ‘Pelan Tindakan Strategik APEC Untuk Mempromosi Rantai Nilai Global’. Menurutnya, pelan tindakan itu perlu direka bagi memudahkan pembangunan RNG melalui pendekatan yang sistematik. Kerjasama yang dipertingkat antara pelbagai negara akan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) meningkatkan kapasiti dan keupayaan serta menggalak pelaburan dalam kegiatan tambah nilai seperti perkhidmatan berkaitan pembuatan. “Di samping itu, RNG perlu menyediakan laluan kepada PKS untuk diintegrasi dengan rangkaian global yang perlu menjadi keutamaan kepada negara anggota APEC pada masa depan,” kata Mustapa. Sumber: Bernama

Skirt mampu elak dari diraba

Urban Armour rekaan Kathleen McDermott skirt yang boleh berubah bentuk seakan payung yang boleh mengembang bagi mengelakkan anda diraba ketika menaiki pengangkutan awam. Beliau mendapat idea untuk mencipta skirt yang boleh dikembangkan itu selepas membaca laporan masalah molestation yang dihadapi wanita moden. Pada posisi terbuka iyanya akan mengembang sekiranya perlaku menggesalkan diri mereka pada tubuh pemakai.Kathleen McDermott berkata dia akan menaik taraf skirt tersebut dengan renjatan eletrik sekiranya sipemakai diraba.

Sumber: New Malaysian Post

Situa durjana cabul kanak-kanak 11 tahun

MIRI – Dua lelaki, termasuk seorang warga emas, ditahan di sebuah rumah pekerja di tapak binaan di Permyjaya, di sini, semalam, selepas disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, Khamis lalu. Kedua-dua lelaki berusia 30-an dan 78 tahun itu ditahan pada jam 4.30 petang oleh bapa mangsa bersama beberapa rakan sekerjanya selepas kanak-kanak itu memaklumkan kejadian kepada ibunya pada pagi hari sama. Bagaimanapun, seorang lagi lelaki sempat melarikan diri sebaik menyedari dua rakannya ditahan dan usaha menjejakinya dilakukan bagi membantu siasatan kes. Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku ketika kanak-kanak berkenaan bermain di luar rumah pekerja berkenaan sebelum seorang daripada lelaki itu memanggil dan meminta mangsa masuk ke dalam rumah. Katanya, ketika berada di dalam rumah itu, mangsa dipercayai dicabul. Semua lelaki terbabit rakan sekerja bapa mangsa di tapak pembinaan berkenaan. “Mangsa hanya menceritakan perbuatan semua lelaki itu kepada ibunya kelmarin. “Terkejut dengan pendedahan itu, ibu mangsa berusia 40-an kemudian membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri. Bapa mangsa yang mengetahui kejadian menimpa anaknya menahan kedua-dua lelaki itu yang juga rakan sekerjanya sebelum menyerahkan mereka kepada polis. “Bagaimanapun, pemeriksaan doktor mendapati tiada kesan koyakan pada kemaluan mangsa, sebaliknya tidak menolak kemungkinan mangsa dicabul tiga lelaki berkenaan,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Gan Tian Kee ketika mengesahkan kejadian itu berkata, kedua-dua suspek ditahan untuk direkod keterangan bagi membantu siasatan. Katanya, kedua-dua lelaki itu direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Sumber: HM

Pekerja MBI maut dipaksa minum racun

IPOH: Seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) maut ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), semalam, dipercayai selepas dipaksa meminum racun oleh tiga individu tidak dikenali, berhampiran kuil di Taman Falim Indah, di sini. Difahamkan, kejadian pada Khamis lalu, kira-kira jam 6.10 pagi itu, M Anathan, 43, dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sini sebelum dihampiri tiga lelaki menaiki dua motosikal. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, berkata suspek berpura-pura menyamar sebagai anggota polis. Katanya, ketiga-tiga lelaki terbabit dikatakan mendesak mangsa mengeluarkan kad pengenalan namun mangsa enggan kerana syak sesuatu yang tidak kena. Beliau berkata, tindakan mangsa menimbulkan ketegangan hingga memaksa salah seorang suspek mengeluarkan pisau dan bertindak kasar. Mangsa juga didakwa diarah mengeluarkan wang yang ada manakala kedua-dua tangannya dipegang. “Kemudian seorang daripada suspek mengeluarkan botol dipercayai mengandungi racun dan menuangkan ke dalam mulut mangsa. Ketiga-tiga suspek melarikan diri bersama wang tunai berjumlah RM100,” katanya. Chang Keong berkata, mangsa bergegas ke HRPB bagi mendapatkan rawatan lanjut dan ketika itu keadaannya sudah kritikal. “Mangsa dilaporkan mati di HRPB pada jam 5.16 pagi semalam dan siasatan awal mendapati racun digunakan mangsa adalah dari jenis ‘paraquat’,” katanya. Sumber: BH

Kisah si kembar, kahwin dan mati bersama
Kisah si kembar, kahwin dan mati bersama
Kenangan...Ismail dan Fatima (kiri) bersama Suleyman dan Murside merakamkan gambar pada hari perkahwinan mereka, empat tahun lalu. Foto Daily Mirror SOMA - TURKI. Pasangan kembar di Turki ini bukan sahaja berkahwin dengan wanita pilihan masing-masing bersama, malah mereka juga ditemui meninggal dunia bersama, Selasa lalu.
Mayat Ismail dan Suleyman Cata, 32 ditemui pasukan penyelamat berpegangan tangan tertimbus akibat letupan lombong arang batu yang dilaporkan telah meragut 301 nyawa. Isteri Suleyman, Murside berkata, suaminya seorang yang mementingkan keluarga juga cinta sejatinya. “Dia bekerja keras untuk upah yang sedikit dan dalam keadaan sukar. Impian dia adalah untuk bersara awal dan menghabiskan lebih banyak masa dengan keluarga. “Sekarang dia dah tak ada dan tak akan pernah kembali,” katanya yang dipetik portal berita Daily Mirror. Pasangan ini mempunyai seorang anak berusia empat tahun, Ahmet manakala Ismail dan isterinya, Fatima dikurniakan anak kembar, Sude dan Buse yang sudah berusia dua tahun. Kedua pasangan ini berkahwin pada 2010.

No comments:

Post a Comment